Tiga isyarat BN boleh tumbang
Sumber HD - 18-5-2018SAYA tdak berani mengatakan BN akan kalah dalam PRU14 tetapi dalam semua ceramah kelompok yang saya sertai di Melaka, Labuan, Lembah Pantai, Gombak dan Wangsa Maju saya sebut tiga isyarat BN bermasalah untuk menang.
Pertama, Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agung Umno berkali-kali mengingatkan sebelum PRU agar penyokong partinya jangan sabotaj parti dan calon.
Kedua, Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar memaklumkan beberapa ketua bahagian Umno, Wanita dan Pemuda sedia tidak dicalonkan bagi memberi laluan kepada siapa saja yang parti calonkan.
Dan ketiga, 16 ahli Umno menyaman Umno menjelang pembubaran Parlimen atas alasan parti itu dikatakan tidak lagi sah pendaftarannya, bahkan Tun Daim Zainudin menyebutnya tidak sah.
Saya hanya menyangka ia adalah masalah untuk menang tetapi tidak berani mengatakan ia akan kalah seteruk yang kita saksikan sekarang.
Ingatan Tengku Mansor itu diulang berkali-kali. Ia tanda perkara itu adalah masalah besar kepada Umno. Jika ia padu, Tengku Adnan tidak membuat ingatan berkali-kali. Semua tahu perpecahan Umno lebih dua tahun lalu berikutan Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin terkeluar dari Umno dan menubuhkan parti baru. Orang yang menyokong sudah bersama pembangkang dan mereka bukan Umno lagi. Mereka tidak perlu diberi amaran lagi.
Yang Tengku Adnan bagi amaran iu ialah kepada orang yang masih Umno dan bekerja untuk Umno. Ia tanda pemimpin Umno itu sudah tidak percaya kepada ahli-ahlinya.
Dan memang benar antara yang mengundi Harapan itu ialah orang Umno. Seorang penyokong Umno di Kedah memberitahu saya, ahli Bersatu di tempatnya tidak berapa orang saja. Jauh sikitnya dibandingkan dengan Umno. Tetapi Umno kalah di tempatnya. Siapa yang mengundi Harapan jika tidak Umno?
Mungkin setelah dua PRU BN kalah di Selangor, pemimpin-peminpin Umno sedia tidak bertanding bagi memberi laluan kepada yang lain supaya calon mereka yang disepakati boleh menebus kekalahan dulu.
Tetapi sejak bila pemimpin Umno sedia memberi laluan kepada calon lain. Mereka bergoncang sama sendiri untuk menjadi calon. Yang tak terpilih biasanya akan khianati rakannya. Benarkan mereka berkorban untuk menang.
Sebenarnya ia adalah tanda mereka tidak yakin Umno boleh menang. Jarang ada orang Umno menolak menjadi calon kerana jadi calon itu seperti beroleh lombong emas.
Seoang ahli parti yang setianya untuk melihat partinya menang tidak peka sangat mentakwil kelemahan dalam partinya terutama menjelang pilihan raya. Jika Umno tidak mengadakan mesyuarat menjelang pilihan raya, sekalipun tidak ikut kemahuan perlembagaan parti, mungkin ada muslihatnya mesyuarat ditangguhkan.
Apakah ia boleh menyebabkan pendaftaran parti tidak sah, boleh ditolak ansur kerana yang utama ialah memenangi pilihan raya. Kita sangkat ahli-ahli Bersatu saja mengadu kepada ROS Bersatu tidak ikut peraturan. Umno juga rupanya menyaman parti kerana merasakan parti itu tidak sah.
16 orang itu mungkin tidak peka sangat sah atau tidak pendaftaran Umno, tetapi ia adalah protes kepada parti atas sebab-sebab tidak puas hati kepada pemimpin dan parti.
Adakah 16 orang itu saja di belakang tindakan menyaman Umno itu? Tidakkah mungkin ramai lagi seperti mereka. Menjelang pengundian Tun Daim pula timbulkan Umno tidak sah juga. Tindakan itu mereka buat bagi mengajar pemimpin-pemimpin Umno yang sudah melampaui batas.
Isyarat yang saya sebut itu benar-benar menumbangkan BN. – HARAKAHDAILY 18/5/2018
Hujung telunjuk kiriku terlalu legam
Sumber HD - 14-5-2018SUDAH lima hari pilihan raya berlalu hujung jari telunjuk kiriku masih legam bahkan lebih legam dari orang Afrika. Orang Afrika kukunya tidak legam, kulitnya saja hitam, tapi kuku telunjuk kiriku tiada beza dengan kulit.
Itulah dakwat yang SPR guna untuk PRU kali ini. Setiap yang mengundi wajib telunjuknya dicelup ke botol dakwat. Jari Mahathir dan Najib pun tidak terkecuali. (Foto di atas sekadar hiasan.)
Di masjid saya dapati beberapa orang telunjuknya tak berdakwat. Mereka itu rakyat. Mesti termasuk orang yang tidak menunaikan tanggungjawab sekalipun mufti mengingatkan supaya turun mengundi.
Semasa jari dicelup botol dakwat itu tidak semuanya cecair. Terasa bukan cecair sama. Ketika jari dikeluarkan dari botol, tidaklah hitam sangat. Macam tidak berapa lekat dakwat itu di jari. Saya macam hendak celup semula.
Petugas tidak memberi kertas tisu untuk mengelap cecair itu. Di mana-mana pejabat bila kita terpaksa cap jari, kita dibagi kertas tisu mengesat jari bagi menipiskan hitam di ibu jari.
Dalam beberapa saat saja jari itu kering terus tanpa dikesat.
Dalam PRU13 dulu kita diberi tisu bagi mengeringkan jari tapi tidak menjejaskan hitam di jari. Kali ini, belum sempat kertas undi dibuka untuk dipangkah, jari sudah betul-betul kering.
Ia tidak berapa hitam. Tetapi ia beransur hitam. Lima minit saja ia sudah jadi lebih hitam dari kulit orang Afrika.
Dakwat itu disyaratkan bagi mengelak orang mengundi lebih dari sekali. Sebelum Lee Kuan Yew berkuasa di Singapura, dikatakan penyokongnya mengundi di beberapa tempat. Singapura bukanlah luas sangat. Orang boleh berkeliling dengan motokar lapan sembilan kali sehari. Lepas mengundi satu tempat mereka sempat pergi ke beberapa tempat lagi untuk mengundi. Dikatakan ia membantu PAP menang besar.
Mengelak ada oang mengundi lebih dari sekali banyak negara mewajibkan jari didakwat. Sesetengahnya kuku saja dicalit. Ia tidak padam lebih dari sehari.
SPR mula tidak berminat menggunakan dakwat itu. Semua pembangkang menuntut SPR mengelak. Satu masa DAP amat kecewa dengan PAS. Ketika mereka berjumpa Pengerusi SPR minta dakwat jari digunakan, ia ditolak dengan alasan PAS tidak setuju kerana kononnya tak telus wuduk. Solat tidak sah kalau anggota wuduk tidak dirata air wuduk.
PAS kata pada DAP, PAS tidak pernah menghalang pengguna dakwat, bahkan ia mahu digunakan. Maka SPR tidak beri penjelasan atas dalih loyar buruknya.
Pada PRU 2008 SPR setuju mendakwat telunjuk pengundi. Berjta peruntukan bagi menyediakan dakwat. Dua tiga hari sebelum mengundi SPR membatalkan konon atas sebab-sebab keselamatan. Perdana Menteri Abdullah Badawi mentakwil kebijaksanaan mengguna dakwat. Heboh seluruhnya mentakwil sikap Perdana Menteri itu.
PM menjelas, dia sekadar memberi pandangan, bukan suruh batalkan mengguna dakwat. Yang jadi tempat melonggokkan kesalahan ialah SPR. Pengerusi SPR pun pencen. Pada PRU13 dakwat diwajibkan.
Sesudah empat hari kuku dan belakang jari tidak berubah hitamnya. Perut jari mula lekang hitam itu. Di masjid bilal menunjukkan jari tidak hitam lagi. Dia guna clorox membersihkannya. Saya tak mahu guna clorox kerana hendak melihat berapa lama dakwat itu tahan. Lagipun ia tidak menghitamkan kita. Jari saja hitam sementara. – HARAKAHDAILY 14/5/2018
Pastikan Universiti Al-Quran bukan projek dirar
TIDAK elok dipertikai projek Universiti al-Quran yang disentuh dalam Bajet 2018 dan dimuatkan dalam manifesto BN dicadangkan di negeri Serambi Mekah Kelantan. Tetapi ada dalam sejarah Rasulullah SAW sebuah masjid dibina pemimpin munafiqin Abdullah bin Ubai diperintah bakar oleh baginda. Ia adalah projek Masjid Dirar.
Baginda telah diminta oleh Abdullah bin Ubai untuk merasmikannya. Baginda minta tangguh kerana hendak keluar Madinah dulu. Akan menyempurnakan sepulangnya nanti.
Baginda mendapat wahyu betapa Masjid Dirar itu tidak didiri atas dasar taqwa, tetapi bagi menjadi pusat pengintipan puak munafiqin terhadap kegiatan Rasulullah SAW dan Islam.
Barang dijauh Allah, Universiti al-Quran itu tidak seobjektif dengan Masjid Dirar tetapi kebetulan dicadangkan di negeri Islam Serambi Mekah Kelantan pada masa kerajaan PAS Kelantan begtu gigih membangunkan Kelantan Bersama Islam.
Moga-moga objektifnya tidak sekadar memakmurkan Islam di negaraa kita tetapi menambah sejahtera pembangunan Islam Kelantan, satu-satunya negeri Islam yang jauh ke depan dibandingkan dengan lain-lain negeri di Malaysia.
Bersaing untuk memajukan Islam adalah satu hikmah, sama seperti berhikmah perlumbaan sihat dalam perniagaan dan membangunkan Islam, tetapi lebih berhikmah kerajaan pusat tidak berasing dengan kerajaan dalam bidang dan matlamat yang sama. Lebih bermakna jika projek universiti dijadikan sebahagian dari kemajuan Islam sedang digiatkan oleh kerajaan Kelantan.
Diadakan di Kelantan kerana Kelantan itu subur Islamnya dan rakyatnya berjiwa Islam lebih ke depan. Tetapi tidak bertujuan bagi menyaingi pengaruh dan politik Kelantan bagi menjadi wilayah yang melaksanakan Islam serba serbi. Kerana Kelantan dengan Islamnya, tiada cara golongan sekular mengambil alih negeri itu melainkan lebih Islam dai PAS.
Jika universiti itu dibina bagi merampas negeri iu dari PAS, maka matlamat itu tidak seindah demi Islam.
Semasa pentadbiran Tun Hussein Onn media asing bertanya mengapa kerajaan bertumpu membina masjid, mengatasi tumpuan kemajuan ekonomi dan lain-lain. Jawapannya dikatakan, jika tidak dirikan banyak masjid, maka menanglah PAS.
Membina masjid sama pentingnya dengan pembangunan yang lain-lain. Tetapi binalah ia kerana Islam, bukan takut kalah pada PAS.
Jika tidak jelas niatnya, ditakuti membina masjid tadi setara mendirikan Masjid Dirar. Takut lucut ibadatnya sedang mendirikan masjid adalah satu ibadat.
Maka mendirikan Universiti al-Quran itu adalah satu kewajipan. Biar negara kita ada pust pengajian tinggi al-Quran seperti Mesir dan negeri Arab yang lain. Dengn kemudahan itu pelajar-pelajar kita tidak pelu pergi jauh bagi menuntut Islam. Adanya kemudahan di negeri sendiri, maka lebih ramai rakyat berpeluang belajar.
Apa jua motif manifesto BN itu projek wajar dialu-alukan. Yang baik itu disokong. Jika BN tidak menang dengan manifesto itu, PAS boleh teruskan sekalipun ia tidak sebutkan Universitu al-Quran dalam manfestonya. Ia sekadar menyatakan mahu memperkasa pengajian Islam dan al-Quran.
Sebelum PAS kalah di Kelantan ia saja ada pusat pengajian Islam Nilam Puri. Kerajaan sekular Kelantan selepas itu menggadai madrasah Nilam Puri itu kepada Universiti Malaysia. Bila PAS berkuasas semula ia terpaksa memikirkan yang baru.
Ia bukti BN tiada dasar tegas megenai pengajian Islam. Dibimbangi projek Univesiti al-Quran itu sebagai satu rancangan bagi mengambil semula Kelanan setelah hampir 30 tahun terlepas dan bagi mengelak Malaysia jatuh ke tangan PAS.
Pastikan jangan ada unsur dirar itu. – HARAKAHDAILY 9/5/2018
DAP terima muslim, tidak Islam
Sumber HD - 8-5-2018TIADA masalah bagi DAP menerima orang Islam sejak ia ditubuhkan, tetapi ia tiada ia terima dasar dan isu Islam barang sekelumitpun.
Sikap itu samalah dengan Umno Dato Onn. Ia sekadar parti orang Melayu/Islam. Islamnya atas semangat agama, bangsa dan tanah air. Isu Islam ia tidak main. Ada orang mati atas isu Natrah yang dimurtadkan, Umno tidak kisah.
Ia mendorong ulama Umno menubuh PAS.
PAS bersama DAP membentuk Pakatan Rakyat. Bagaimana PAS bersama DAP sedang ia dipersepsi anti Islam? Ramai ahli tawakuf dengan PAS. PAS bersamanya kerana Allah bagi menyampaikan dakwah.
Mengapa tidak bersama Umno demi dakwah. PAS prnah bersama Umno membentuk BN demi dakwah, justerunya Umno tendang PAS.
Dasar tidak anti muslimnya DAP terbuka kepada orang Melayu. tidak ramai Melayu menyertainya kerana persepi ia anti Islam.
Sepanjang ada orang Melayu yang kedudukannya dalam masyarakat Melayu tidak ketara, menyertai DAP dan jadi calon DAP. Status Islam Melayu DAP itu tidak ketara. Mereka boleh masuk DAP, tinggalkan Islam di pagar pejabat DAP sama seperti mufti/majlis agama minta PAS tinggalkan politik di pagar masjid.
Saya tidak mahu kata DAP anti Islam kerana ia mesra dengan orang Islam. Tetapi selama bersama dengan DAP, PAS tidak boleh bawa dan bincang Islam kerana ia tidak sebahagian dari persetujuan. DAP bukan sekadar tolak bincang Islam dengan PAS, tetapi ia tidak setuju PAS bincang Islam dengan Umno.
Ia isyarat DAP tidak kompromi dengan Islam. Apakah itu dasar, anti atau fobia? Tiada pengecualiannya dengan Islam melainkan mahu dan menerima muslim masuk DAP.
PAS berpisah dengan Umno semasa zaman Dato Onn dan di awal pembentukan BN kerana dakwah PAS tidak diterima, dan tiada guna sebantal bersama DAP bila pintu dakwah ditutup. Buang masa bersamanya selagi ia tidak selari dengan Islam.
Tetapi mengapa orang Islam masuk DAP? Kerana ia satu peluang makan gaji. Bagi yang tiada pekerjaan, mereka mendapat upah atas kerjanya dengan DAP. Bekerja dengan DAP ada peluang jadi calon. Dalam keadaan tertentu jadi calon di kawasan bukan Melayu dia berpeluang menang.
Jika dia jadi calon PAS, dia belum tentu menang. Kerana DAP memerlukan calon Melayu, orang Melayu yang bertuah jadi calon dan jika DAP beroleh majoriti, seorang Islam yang jadi waibi boleh jadi Menteri Besar.
Seenivasagam yang memimpin PPP sebelum 13 Mei mencalonkan Samsudin Harun. Politik ini PPP membentuk kerajaan dengan seorang waibi Islam di tengah lain-lain yang tidak Islam. Malang PPP menang 12 Dun, seorang Adun Melayu. Jika PPP dapat majoriti, Samsudin Harun yang seorang itulah Menteri Besarnya.
Dalam Umno dan PAS belum tentu depa dicalonkan dan jauh sekali menjadi Menteri Besar. Tetapi DAP memerlukan seorang Melayu, maka berebutlah orang Islam masuk DAP moga-moga dapat jadi ia wakil rakyat dan bepeluang jadi menteri.
Keyakinan pada parti itu tidak diketahui, tetapi DAP boleh dijadi sember cari rezeki dan jika tuah baik, senang jadi waibi dan berkemungkinan jadi MB. Jika tidak tercapai, pilihan raya yang lain ada lagi orang lain pula makan gaji dari DAP.
Saya kenal peguam Melayu masuk DAP. Katanya, ini saja dia ada peluang jadi MB.
Saya sangka Aziz Bari calon MB Selangor. Rupanya calon MB Perak. – HARAKAHDAILY 8/5/2018
Apa sikap Mahathir atas anti hadis?
Sumber HD - 3-5-2018SEBELUM Mahathir sekali lagi diangkat jadi Perdana Meneri, dia mesti menjelaskan sikapnya tentang fitnah anti hadis yang mengganggu pemikiran umat Islam Malaysia sejak lebih dua dasawarsa.
Persoalan ini tidak menonjol ketika dia mahu jadi Perdana Menteri kali pertama dulu dan dia pun bukan calon utama. Dia di tempat ketiga dalam Umno selepas Ghafar Baba dan Tengku Razaleigh. Calon popular sebelum mereka ialaha Tun Ghazali Shafie. Dia memintas semuanya kerana Perdana Menteri Hussein Onn menamakannya pada saat akhir.
Sekarang dia satu dari dua nama untuk jadi Perdana Menteri menggantikan Najib. Pertama dia dan kedua yang tidak menyatakan kandidasinya ialah TG Haji Hadi.
Tuntutan terbaru ialah Perdana Menteri itu imam bagi negara dan imam iu tidak semestinya ketua solat jamaah tetapi dia ketua kerajaan yang penampilannya mengimamkan solat.
Seoang imam baik mengetuai solat mahupun mengetuai kerajaan, pada masa ini ialah dia mesti bersih dari gara-gara anti hadis. Syarat utama imam baik solat mahupun kerajaan ialah beriman kepada hadis selepas al-Quran.
Lebih dua puluh tahun anti hadis ini jadi isu, disepakati oleh sekalian penguasa agama Islam, ulama rasmi dan ulama haraki, tetapi tiada tindakan bersungguh-sungguh oleh kerajaan Mahathir untuk membendungnya, bahkan macam apa dalam dedak terus berasap.
Semasa menjadi Perdana Menteri dan selepas bersara dalam tahun 2003 Mahathir tidak dilihat anti kepada anti hadis. Bahkan dipersepsikan cenderung kepada pemikiran sesat.
Juara pengembang anti hadis di Malaysia yang namanya tidak perlu dimasyhurkan adalah seorang politikus yang anti Umno tegas, tetapi dikatakan menjadi ahli Umno di zaman pimpinan Mahathir. Umno itu layak dianggotai oleh setiap yang mengucap dua kalimah syahadat tak kira pegangan ibadatnya tetapi secara jelasnya mengelak dari disyubhatkan dengan anti hadis.
Justeru anti hadis itu tidak menerma hadis sebagai sumber iman, maka logiknya masuk Islam memadai satu kalimah syahadat iaitu aku naik saksi tiada tuhan wajib disembah melainkan Allah, tiada perlu bersaksi Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah.
Umno tidak layak menerima anasir ini menjadi ahli, tetapi pimpinan Mahathir dirasakan tidak sensitif dengan isu anti hadis ini. Malah ada presepsi mengira bersemangatnya golongan anti hadis ini justeru kecenderungan Mahathir untuk berkongsi falsafah dan pemikirannya.
Ketika isu anti hadis tadi dilihat reda, mungkin pengembangnya penat dengan faktor usia, Mahathir yang juga sudah tua sebagai pesara Perdana Menteri memberi ruang pada seminar institusi perdana yang dibantu kerajaan untuk berkarya, menampaikan pemikiran anti hadis.
Lalu gempar sekalian pembantah anti hadis kerana membenarkan pengembangnya menyatakan lagi pendiriannya. Hingga menyebabkan majlis agama Islam bertindak mengarahkan polis menahan individu itu dan mendakwanya di mahkamah. Sekalipun kes itu tidak menyebabkan yang didakwa terhukum, tetapi tidak nampak Mahathir senang dengan tindakan jabatan agama itu.
Semua ini menggambarkan bahawa Mahathir tidak bebas dari kecenderungannya tentang isu anti hadis.
Jika imam Perdana Menteri terus tidak jelas dengan isu anti hadis itu, jika dia jadi Perdana Menteri, maka tiada jaminan anti hadis ini dapat dibendung.
Sebelum dia disokong untuk jadi Perdana Menteri semula, dia kena jelaskan dia juga adalah anti hadis. Adakah orang percaya, Allah saja yang tahu. Anti rasuah, anti penyelewengan mesti bukan anti hadis. – HARAKAHDAILY 3/5/2018
Nik Omar tak jejas PAS
PAS dipercayai tidak terjejas dengan Nik Omar, anak TG Nik Aziz menjadi calon parti pimpinan bersama Mohamad Sabu dan Dr. Mahathir di Dun Cempaka yang di dalamnya Kampung Pulau Melaka, kampung hidup mati TG Nik Aziz.
Cuma ia boleh mengelirukan setengah orang bagaimana anak pemimpin besar PAS boleh menyertai parti lawan yang pimpinan besar gabungan parti itu Dr. Mahathir, Perdana Menteri yang menghalang pelaksanaan hudud dan lain-lain program Kerajaan PAS Kelantan pimpinan TG Nik Aziz.
Sekalipun Nik Omar mewakili Parti Amanah Negara (PAN), tetapi sebahagian kecil dari Harapan, yang pimpinan utama semasa PRU14 ini adalah Dr. Mahathir yang tidak pernah menghormati TG Nik Aziz. Bagaimana anak pejuang/pimpinan Islam boleh menjadi calon pimpinan Mahathir yang sikap pobianya terhadap gerakan Islam sama saja dengan DAP sepanjang masa.
Ia memayahkan PAS untuk menarik orang di luar PAS untuk menyertai PAS atau menyokong PAS kalau anak pemimpinnya sendiri meninggalkan PAS. Sekalipun tidak menjejaskan PAS tetapi payah hendak menjawab terutama kepada orang awam.
PAS tidak terpukul dengan perkembangan itu.Tidak sama sseperti kesan Anwar Ibrahim yang pernah dekat dengan PAS menyertai Umno pada PRU1982. Ketika masyarakat umum bersamanya memperjuangkan Islam, tiba-tiba dia masuk Umno, memang tergencat program sokongan PAS masa itu.
Ketokohan dan kepintaran Datuk Asri adalah hebat, tetapi PAS tidak mati dengan ketiadaannya. Jika Mahathir menentang Umnopun belum tentu Najib/Umno dapat ditumbangkan, maka payah Nik Omar boleh menyusahkan PAS.
Jika berlaku sesuatu kepada PAS Kelantan dalam PRU ini, ia adalah atas sebab lain, bukan kerana anak Tok Guru tidak menyambung perjuangan bapanya.
Kejadian itu boleh menyusahkan keluarga Tok Guru untuk menghadapi keadaan sekitar, boleh mengelirukan sambutan umum kepada sekolah agama yang ditegakkan oleh Tok Guru yang Nik Omar penerajunya, mengelirukan orang hendak berjamaah di masjidnya yang Nik Omar adalah imamnya.
Payah hendak difikirkan bagaimana ia mudah dikompromi. Setiakawan orang Kelantan terhadap PAS adalah kuat. Bagaimana mreka boleh terima perkembangan itu?
Ternyata ia telah menyusah sekalian yang menyayangi Tok Guru dan keluarga Tok Guru. Semuanya kesian kepada peninggalan Tok Guru dan amat simpati kepada keluarganya. Keluarganya telah disusahkan oleh orang tidak menyenangi PAS. Pilunya melebihi pemergian Tok Guru tiga tahun lalu.
Keluarganya tidak bersalah jika masing-masing berbalah politik kerana PAS. Tetapi mengapa keluarga Tok Guru dihukum? Memang PAS telah disusahkan oleh orang yang tidak mempusakai PAS setelah ketiadaan Tok Guru.
Tidak dikatakan kasih kepada Tok Guru oleh orang yang mengaku setia kepadanya apabila mereka menyusah dan mengganggu kedamaian keluarga Tok Guru.
Keluarganya telah diceroboh. Ceroboh paling ketara ialah memerangkap anggota keluarga Tok Guru meninggalkan parti dan menentang parti yang diperkasakan oleh Tok Guru. Bahagia bagi pemimpin apabila anak cucunya menyambung perjuangannya.
Pemimpin-pemimpin bekerja siang malam memperkasakan PAS. Menyeru seramai-ramai menyertainya. Orang ramai berduyun-duyun menyokong dan meneruskan perjuangannya sekali selepas pemergiannya. Tetapi anak-anak para pemimpin bukan saja tidak mewarisi wadahnya sebaliknya bertempur dengan orang-orang yang meneruskan perjuangannya.
Apakah segala seruan para pemimpin menyeru orang bersama dalam perjuangan hanya untuk orang ramai bukan untuk anak-anak dan cucunya?
Tidakkah mereka yang memerangkap anak cucu para pemimpin memperleceh wadah yang mereka tinggalkan adalah jenayah ketara kepada para pemimpin yang sudah tiada itu? – HARAKAHDAILY 1/5/2018
Calon PM adalah calon imam
Sumber HD - 30-4-2018KETIKA kita menyambut kemerdekaan tahun 1957 tidak ada yang memikirkan seorang Tok Guru bukan sekadar imam solat Jumaat dan imam solat jenazah, bahkan imam bagi negara, kerajaan dan umat. Sekalipun imam itu adalah khalifah dan khalifah itu adalah imam sebenarnya, tetapi persepsi semua termasuk orang Islam perdana menteri bukan imam dan imam itu ketua solat saja.
Tetapi sekarang dengan siyasah syariah mulai berdaulat imam tidak sekadar mengetuai urusan ibadat dan berdekatan dengan Allah, bahkan imam yang seebnarnya adalah raja, presiden dan perdana menteri. Bila raja ada rajalah imam. Bila tiada raja perdana menterilah imam.
Kriteria ini mula terserlah di Malaysia. Al-Marhum TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan memang imam dalam erti kata sebenarnya, tetapi dalam keadaan tertentu ketika ada Sultan Tok Guru jadi makmum, Sultanlah imam.
Dan jika PAS beroleh majoriti atau menjadi kingmaker selepas PRU14 ini TG Presiden PASlah imam seperti yang selayak diamanah Allah kepada peciptaan manusia sebagai khalifah dan seperti yang Nabi ungguli. Tetapi selepas khalifah ar-Rasyidin antara khalifah layak jadi makmum saja, maka umat Islam tidak peka raja dan perdana menteri adalah imam.
Sementara di Malaysia yang masih wilayah dan kerajaan dikira Islam, berkewajipan kembali kepada kemahuan Islam yang awalun imam adalah perdana menteri dan perdana menteri adalah imam.
Maka PRU14 ini selain dari mengisi kerajaan, meneruskan kerajaan yang ada atau menggantikan dengan yang lain, maka tugas utama pengundi Islam ialah mencari imam yang menjadi perdana menteri.
Parti-parti politik dalam pertandingan tiga penjuru kali dikehendaki menyediakan calon perdana menteri. BN memang tidak perlu cari calon baru. Harapan menamakan Tun Mahathir ganti sementera Anwar. Manakala TG Haji Hadi tidak dinamakan imam/perdana menteri. Dalam perlumbaan ini beliau sedia jadi kingmaker dan ketika itu barulah difikirkan perdana menteri itu dan yang paling berkelayakan menjadi perdana menteri dan imam.
Maka sekarang tugas umat Islam ialah mencari perdana menteri yang berkelayakan sebagai imam.
Kta tidak gemar jika Pedana Menteri itu jujur, bersih, berakhlak dan berwibawa, tetapi tidak mampu menjadi imam. Dia mestilah menjalankan kerja perdana menteri sebagaimana bertanggungjawab kepada Allah semasa menjadi imam kerja-kerja ibadat.Sebagai rakyat dan sebagai pengundi, hidup dan mati adalah kerana Allah, maka kita mesti ada harapan jenazah kita diimamkan oleh seoang ulama besar. Sebagaimana Sukarno mahu jenazahnya dimamkan oleh Hamka, dan demikian juga Presiden Assad yang status akidahnya diragukan tetapi keluarganya mahu dia diimamkan oleh ulama masyhur Syria, Said Ramadhan Buti. Rasa bahagialah jika jenazah diimamkan oleh mana-mana ulama yang dihormati masa ini dan ulama itu adalah perdana menteri.
Saya tidak merendahkan Mahathir dan Najib, kerana saya belum tentu lebih baik dari mereka, tetapi jika Najib terus jadi perdana menteri, jenazah saya berkemungkinan diimam oleh mana-mana Tok Guru tetapi bukan Perdana Menteri mengimaminya. Demikian juga kalau Mahathir perdana menteri. Jika dia imamnya saya tidak diimamkan oleh seorang imam yang sebenarnya.
Tetapi jika perdana menteri itu TG Haji Hadi, jika saya diimaminya, itulah hasrat utama saya.
Masa ini imam itu bukan setakat imam yang ditauliahkan oleh pejabat agama, tetapi imam itu adalah orang-orang politik yang berkelayakan dan dipilih oleh rakyat menjadi wakilnya.
Justeru, semuanya mahu perdana menteri jadi saksi berkhidmat sebagai imam rakyatnya. – HARAKAHDAILY 30/4/2018
Tiga penjuru bukan strategi PAS
Sumber HD - 29-4-2018PERTANDINGAN tiga penjuru bagi PRU14 adalah benar sekarang seperti syurga adalah benar, neraka adalah benar, hidup semula selepas mati adalah benar.
PAS tidak akan bersama Harapan kerana kemungkinannya sejak Harapan menggantikan Pakatan Rakyat. Terbukti ia tdak menjadi ssebahagian dari Umno/BN seperti yang diprovokasi DAP sejak masih dalam Pakatasn Rakyat dulu lagi.
Sekalipun sikap bersendiri semula PAS itu penyebab terjadinya tiga penjuru, tetapi itu niat sebenar PAS bila ia sedia bersama membentuk Pakatan Rakyat. Jika positif pelan dakwahnya bersama Pakatan dulu, nescaya positif ia dalam Pakatan hinggalah Putrajaya berada dalam genggaman dan Harapan adalah jenama yang tidak berbangkit.
Tiga penjuru yang dibukti pada penamaan calon 28 April 2018 adalah strategi awal BN yang sememangnya terancam dengan penyertaan PAS bersama DAP. Perkara yang BN dan Mahathir halang sejak lama agar PAS jangan bersama DAP, tetapi ia terjadi. Adapun penampilan PKR adalah pemudah cara. Sejak Anwar Ibrahim dalam Umno lagi PAS+DAP adalah ancaman politik monopoli Umno.
Berbagai provokasi dan tohmah Umno buat gagal merenggangkan TG Haji Hadi dan Kit Siang, buntu menjarakkan TG Nik Aziz dan Karpal Singh, bahkan PPU12 menafikan majoriti dua pertiga BN dan PRU13 BN kandas undi popular kemungkinan PRU14 Putrajaya terlepas dari genggaman BN.
Umno melepaskan asap propaganda Islamnya, pura-pura memuji PAS lebih jujur dari PKR dan bersedia berbincang isu RUU355, suatu yang mengetuk pintu hati PAS, kerana Islam itulah ia ditubuhkan 67 tahun dulu. Umno berlunak dengan PAS demi membakar curiga DAP terhadap PAS.
DAP tidak anti orang Islam kerana orang Islam boleh jadi ahli/pemimpin DAP tetapi tidak Islam. DAP simpati dengan kelemahan orang Islam dalam bidang pelajaran dan ekonomi tetapi pobia tetang Islam. Ia tidak sedia bincang isu Islam dalam Pakatan tetapi marah PAS bincang isu Islam dengan Umno.
Berbincang isu Islam dengan Umno adalah peluang dakwahnya sama dengan muafakatnya dengan DAP demi dakwah. Justeru Islam bukan suatu yang disetujui dalam Pakatan, tetapi tidak pula disetujui tidak boleh dibincang dengan lain pihak luar Pakatan.
Memang Umno hendak memecahkan PAS dengan DAP, tetapi bila DAP tidak boleh terima PAS bagi reaksi pada Umno atas isu Islam, lalu ditempelak PAS mahu bersekongkol dengan Umno dan dimana PAS hendadk bercakap tentng Islam yang diperjuangkannya sejak 1951?
Strategi Umno mahukan tiga penjuru kerana ia tahu PAS tidak mahu jadi tangan dipatuk ular sama dari lubang sama. Jika PAS tidak boleh bersama Umno jangan ia bersama Pakatan lagi. Reaksi DAP menolak PAS atas perkembangan, ia merancang parti ganti PAS dalam Pakatan, maka tiada pilihan bagi PAS melainkan tidak bersama lagi dengan sekutu yang tidak suka kepadanya lagi.
Maka logik tiga penjuru itu adalah strategi Umno dan DAP. Sekalipun DAP tak pernah suka apa yang Umno buat tetapi ia terperangkap dengan strategi tiga penjuru yang Umno pasang.
Harapan dan Bersatu adalah wadah baru yang dibentuk selepas PAS mahu bersendirian. PAS sudah bersendirian sebelum Mahathir keluar Umno. Ia muncul dalam masyarakat pembangkang yang sudah berpecah.
Dia boleh meminimumkan peerpecahan iu juga penentang Najib tidak menubuhan parti sendiri. Patutnya mereka masuk PAS atau PKR. Begtu juga Anwar bila dia keluar Umno, patutnya masuk PAS, bukan membanyak parti Melayu. – HARAKAHDAILY 29/4/2018
Kita kekang keganasan dalam, dilanda keganasan luar
KALAUPUN Malaysia belum jadi juara tetapi ia muncul sebagai pihak yang amat ketera membendung apa yang dikira keganasan Islam dalam negeri. Sepanjang Syria sekitar lima tahun ini agak ketara bilangan orang Islam tempatan jadi sasaran keselamatan kerana dikatakan anasir keganasan antarabangsa.
Dan Malaysia amat aktif menentang keganasan itu dalam forum antarabangsa, sama ada membekal maklumat atau memberi kerjasama dengan negara luar atau memberikan contoh apa yang Malaysaia buat bagi membendung apa yang dikatakan ancaman itu.
Agak payah untuk memberi ulasan bebas atau pandangan kedua atas topik itu kerana takut terperangkap dengan tohmah menyokong keganasan atau memberi semangat kepada isu amat sensitif dalam dan luar negeri itu.
Macam zaman konfrantasi dengan Indonesia dulu, ramai yang cuak untuk berhubung dengan orang Indonesia yang dikenali dan lama menetap di sini kerana mudah dikira memberi perlindungan atau bekerjasama dengan pihak itu.
Jika ada yang tidak disenangi atas tindakan mengekang keganasan Islam itu, maka komen dibuat dalam hati saja.
Tidak pasti orang-orang diperhati polis itu menyulitkan keselamatan kepada negara ini. Rata-rata yang dicekup itu dikatakan hendak berjuang di bumi Islam yang hendak melepaskan belenggu yang dihadapi oleh Islam di sana.
Seperti semasa perang Afghanistan diduduki Soviet dulu ramai umat Islam dari luar jadi mujahidin di Afghanistan. Penyertaan itu dikatakan atas seruan jihad. Boleh dikira semua negara Islam menjadkan mereka orang yang dikehendaki termasuklah Malaysia sendiri. Sekaliannya menghadapi risiko tinggi bila balik ke negara masing-masing.
Rata-rata mereka menyambut seruan jihad dan cintakan syahid. Sedang dunia seluruhnya tiada sikap ikhlas membela negara dan umat Islam yang tertindas itu.
Apa yang dibimbangi mereka yang dicurigai itu menerima nasib yang sama dengan orang-orang awal menerima Islam dulu. Mereka diancam dan disiksa oleh musyrikin jahiliyah kerana mereka menganut dan menyembah Tuhan yang satu. Jika ada jenayahnya ialah mereka menjadi orang Islam.
Sumber HD - 26-4-2018Tidak dinafikan antara yang jadi Islam ada yang jadi ahli neraka, tetapi bukan mudah orang Islam yang khususnya yang berkuasa bagi menentukan orang jadi Islam itu ahli neraka. Maka orang Islam dan penguasa di kalangan Islam jangan mudah memangsakan orang Islam yang tidak disenangi oleh musuh Islam dan mengira mereka adalah benar-benar musuh sedang mereka dimusuhi oleh anti Islam luar negeri.
Ditakuti sikap kita leih sudu dari senduk. Jika kita tidak menyokong orang sesiapa yang menyokong orang yang membela umat Islam yang dizalimi. Maka janganlah kita musuh kepada mereka yang hendak membela saudara-saudara mereka.
Peka kita kepada isu-isu keganasan itu adalah wajar. Berhati-hati itu adalah dikehendaki. Tetapi jangan lebih sudu dari senduk dan jangan sampai jadi orang yang tidak adil orang Islam yang adil.
Kita setuju kita berwaspada. Kita tidak mahu umat Islam di negara kita terlibat dalam keganasan kerana keganasan itu bukan cara Islam.
Dunia puji kita kerana kita berjaya mengekang keganasan dalam negeri. Tapi kita mulai dilanda keganasan luar negeri. Setahun dulu abang pemimpin Korea Utara dibunuh di sini oleh agen negara itu. Seminggu ini imam Palestin yang menetap di sini tentunya patriot bangsa itu dibunuh oleh perisik Yahudi.
Keganasan asing menjadikan kita tidak selamat juga, dibimbangi kemungkinan ia gara-gara tidak cermat atas orang Islam yang hendak membela Islam. – HARAKAHDAILY 26/4/2018
Allah suka anak yang muliakan bapa
Sumber HD - 24-4-2018SEJURUS selepas abang saya, Ustaz Baharuddin Abdul Latif, mantan Setiausaha Agung PAS meninggal awal 90-an saya diberitahu, pesan terakhirnya kepada cucunya, Zia ul-Haq, jangan tinggalkan jamaah Islam.
Mafhumnya hendak sentiasa bersama jamaah Islam hidup dan mati.
Saya beritahu ini kepada TG Haji Abdl Hadi Awang ketika itu Timbalan Presiden PAS. Beliau amat gembira dengan pesan terakhir rakan seperjuangannya itu kepada anak cucunya.
Ia mengingatkan saya kepada wasiat Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub. Menjelang kematian mereka dipesannya kepada anak cucu yang berkumpul di sisi mereka, hendaklah masing-masing mati dalam Islam.
Pada hal dua putera Nabi Ibrahim tentu diketahuinya menjadi nabi, Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Cucunya juga jadi nabi, Nabi Yaakub. Nabi Yaakub tahu anaknya Yusuf menjadi nabi. Tentu ada hikmahnya mengingatkan supaya masing-masing hidup dan mati dalam Islam kerana tiada jaminan sekalian zuriat mereka jadi imam.
Abang saya tiada harta unuk diwasiatkan kepada anak dan cucunya. Yang ada dia meninggalkan jamaah Islam, PAS yang disertainya sejak muda hinggalah matinya. Saya kira abang saya sedikit sebanyak mengikut apa yang Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub ingatkan anak-anaknya menjelang matinya.
Saya percaya abang saya memang berpesan begitu kepada cucunya. Sekalipun ia disampai kepada seorang cucu, tetapi ia pesan kepada semua.
Saya ingatkan kepada anak-anaknya yang ramai bahawa bapa mereka adalah orang yang hadir pada penubuhan PAS tahun 1951. Ia satu penghormatan Allah kepadanya. Haji Yusof Rawa, TG Nik Aziz, Ustaz Fadzil Noor dan TG Haji Hadi tidak dapat peluang itu. Maka wajarlah anak cucunya bersyukur dan memelihara rahmat bapanya.
Lebih sejuta ahli PAS sekarang dan ribuan lagi yang menyokongnya hari ini adalah menyambut bangga akan wadah Islam yang bapa mereka ikut tubuhkan 67 tahun dulu. Wajar berada dan menyumbang apa yang ada pada wadah itu. Jika tidak terdaya beri apa-apa jangan jauhkan diri pusaka yang dia tinggalkan. Tidak ada yang dapat diawariskan kepada anak-anak.
Jangan berjuta orang menjunjungnya, anak-anak tengok dari jauh saja.
Wajar diingatkan ramai anak-anak pemimpin PAS bukan saja tidak pedulikan PAS, sebaliknya menentang parti bapa masing-masing. Telah berlaku sejak dulu lagi Pesuruhjaya PAS Pahang 50-an dan 60-an, Dato’ Abu Samah dan Dato Yassin’, anaknya jadi menteri Umno dan orang kuat Umno.
Bukan asing anak-anak pembesar PAS meninggalkan PAS dan menentang PAS. Abang saya pernah tidak senang dengan pemimpin PAS dan dilucutkan jawatan parti, tetapi dia kekal dalam parti, kerana perbezaan adalah dengan pemimpin, ia tidak melayakkannya keluar PAS.
Saya takut anak-anak abang saya tercicir sama. Seorang pemimpin tinggi PAS tidak senang dengan seorang pmimpin yang lain yang terbilang pintarnya. Dia tulis surat kepada pemimpin itu. Katanya dia getik dengan politiknya, tetapi dia pernah mendengar bapanya memuji ilmu dan kepintarannya. Dia tidak boleh terus membencinya kerana teringatkan sebuah hadis bermaksud, anak yang disukai Allah ialah yang memuliakan apa yang ibu bapanya suka dan fikir.
Ibu bapa masing-masing sayang dan mati meninggalkan PAS, tiba-tiba anak cucu tidak hormati apa yang mereka suka. Takut jadi anak yang Nabi maksudkan itu.
Jika tidak suka sesuatu pada parti, diam macam abang saya dulu. Bila berubah pimpinan, dia gembira bersama PAS hingga mati. – HARAKAHDAILY 24/4/2018
Ajak anak buah munajat mohon kemenangan
ANTARA yang golongan Assabiqun boleh buat untuk membantu kemenangan PAS dalam PRU14 ini ialah mengajak anak buahnya bermunajat setiap malam hingga malam membilang undi, moga-moga Allah buka pintu kemenangan kepada PAS.
Justeru, kebanyakannya uzur kerana berusia 60 tahun ke atas, ada yang kurang daya/tenaga, ada sakit lutut, lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, kurang daya ingatan dan lain-lain, maka tidak dapat cergas seperti muda-muda dulu.
Tetapi masih boleh menyumbang mengikut keupayaan masing-masing iaitu bermunajat setiap malam. Selain berdoa minta kemenangan setiap solat fardu dan sunat boleh lakukan solat hajat secara sendiri atau berjamaah.
Seeloknya ajak dan pesan kepada semua anak buah, kaum kerabat terdekat dan sekalian aktivis dan penyokong parti. Pada warga Assabiqun sekalian aktivis dan penyokong parti adalah anak buahnya. Nasihatnya sebagai orang tua, banyak jasa dan pengalaman selalunya didengar dan dihormati.
Bagi aktivis yang sibuk dan banyak tugas, boleh adakan solat hajat ringkas, tapi bila ada kelapangan tunaikanlah sepanjang masa yang ada.
Dewan Ulamak telah mengeluarkan satu buku Munajat Pilihan Raya, Himpunan dan Zikir sebagai panduan kepada semua dan merayu supaya setiap ahli dan penyokong PAS menunaikannya setiap malam.
Dianjurkannya bermula dengan membaca al-Fatihah dan Yasin, diikuti dengan empat rakaat solat hajat dua salam. Rakaat pertama selepas Fatihah diiring dengan 10 kali surah al-Ikhlas. Rakaat kedua 20 kali, rakaat ketiga 30 kali dan keempat 40 kali. Jumlahnya 100 kali. Kemudian berdoa nyatakan hajatnya iaitu minta sekalian calon PAS dan penyokongnya dimenangkan.
Orang tua cakapnya masin, doanya makbul, munajatnya didengar Allah. Bagi anak buahnya yang mendengar pesan orang tua amat disayangi Allah dan disediakan pahala yang banyak.
Dalam setiap doa minta tamatkan parti/kerajaan yang mengabaikan tuntutan Allah, gantikan ia dengan kerajaan Islam pimpinan PAS. Moga-moga dengan izin dan syafaat-Nya PAS dapat membentuk kerajaan yang adil, dapat memberi kesejahteraan kepda semua. Amin! – HARAKAHDAILY 21/4/2018
Smber HD - 21-4-2018Penulis ialah Pengerusi Assabiqun Pusat.
Dua-dua gajah, pilih yang ketiga
Sumber HD - 19-4-2018SEMUANYA melihat PRU14 Mei 9 ini adalah antara Barisan Nasional dan Harapan iaitu antara PM Najib dan bekas PM Mahathir. Hingga ada yang menujum PAS tidak beroleh satu kerusi pun. Mungkin tiada di Parlimen dan mungkin tiada di mana-mana Dun.
Kesianlah pada PAS. Supaya ia ada juga di Parliman dan ada di Dun-Dun tertentu, antara yang hendak mengundi BN atau Harapan dan orang atas pagar yang akan memberi undi kepada tiga petanding berilah kepada PAS.
Dengan tidak jadi mengundi BN dan Harapan itu nescaya tidaklah Parlimen dan Dun-Dun itu sunyi dari suara PAS. Sekalipun ia tinggal satu kerusi saja, dapatlah ia mengekalkan rekod tanpa sifar tahun 1955 dan tahun 1986.
Kedua-dua Najib dan Mahathir atau BN dan Harapan adalah agung dan gajah, PAS adalah kancil Islam. Gajah-gajah itu berlaga dan berlumba sejak dua tahun lalu untuk jadi Perdana Menteri. Yang tidak bercakap hendak jadi Perdana Menteri PAS saja. Misi mudahnya dalam PRU14 ini hendak menentukan raja saja iaitu king.
Susah-susah dan padah gajah berlaga, dikatakan kancil mati di tengah. Mengetahui nasih kancil dulu begitu, kancil tidak di tengah tapi di tepi. Bila dua-dua gajah tumbang kacil tidak cedera bahkan selamat.
Nescaya ia dapat menegakkan king. Mungkin selama ini raja itu King Kong atau King Kang, tapi king yang hendak dibentuk itu ialah Kingdom Islam yang Allah istilahkan ketika membentuk makhluk manusia dulu khalifah.
Dari susah-susah memilih dua gajah untuk dijadikan raja, pilihlah yang ketiga yang berkata, PM atau raja akan ditentukan setelah dua-dua gajah terguling. Dua-dua gajah itu adalah simbolik kuasa besar Rom dan Parsi ketika kemunculan Islam dulu. Islam yang kerdil ketika itu, sepertinya kerdilnya PAS di tengah dua gajah, tidak ia bersama Rom dan tidak ia bersama Parsi, memilih jadi yang ketiga, atas roboh dua gajah, muncul Islam menjadikan insan itu insan.
Rasulullah SAW boleh menentukan khalifah menjalankan tugas Nabi sebelum baginda wafat, tapi baginda membiarkan khalifah itu ditentukan oleh orang-orang yang hidup selepas wafatnya.
Gajah sememangnya perkasa tetapi ia memerintah alam haiwan, bukan alam manusiawi. Dijadkan manusia itu khalifah kerana tidak mahu dunia diperintah secara haiwani. Gajah hanya mahu jadi Perdana Menteri tetapi tidak memikirkan Islam selamat, rakyat kekal dengan akidah yang betul, hingga boleh Islam itu tidak selamat dan akidah rakyat goyang.
Biarlah semua berebut jadi Perdana Menteri, PAS merebut kesejahteraan Islam dan negara dulu. Perdana Menteri penting tetapi kesejahteraan Islam dan negara lebh penting.
Dari susah memikirkan gajah mana yang hendak dipilih, kedua-duanya jangan dipilih. Pilih yang ketiga yang tidak bernafsu merebut Perdana Menteri dengan segala habuan yang Perdana Menteri boleh dapat.
Setiap gajah bercakap tentang nasib orang Melayu. Gajah pertama tidak menyediakan pentas selamat dan selesa bagi oang Melayu, gajah kedua menambah kelam kedudukan Melayu di negeri sendiri. Jika orang Melayu susah, orang lain pun susah.
Yang ketiga, yang berjimat-jimat seperti Umar Abdul Aziz yang cuba ditiru oleh TG Nik Abdul Aziz, mengambil rahmat yang diturunkan untuk semua alam bersama turunnya nabi akhir zaman, bukan Melayu dan Islam saja mendapat rahmat, sekalian yang bernyawa khususnya manusia dan yang tidak bernyawa seperti petrol mendapat rahmat. Berpesan-pesanlah untuk kemenangan! – HARAKAHDAILY 19/4/2018
Anggaplah kali ini mengundi terakhir
Sumber HD - 18-4-2018LAPAN hari selepas mengudi pada 9 Mei ini kita bersyukur jika berpeluang bertemu Ramadhan mulai 17 Mei tidak kira anak bulan nampak atau tidak. Setiap kali berada dalam bulan puasa itu kita diingatkan, anggaplah ia adalah Ramadhan yang terakhir unuk semua. Moga-moga ia mengingatkan semua dapat menumpukan penghayatan ibadat puasa sepenuhnya.
Pada 9 Mei ini sekalian pengundi diberi Allah peluang mengundi sekali lagi dan hayatilah ia sepenuhnya sebagai satu ibadat yang mungkin mengundi terakhir untuk setengah jika bukan untuk semua.
Mengundi itu bukan sekadar satu kewajipan bagi penganut demokrasi, lebih-lebih lagi bagi pengundi Islam ia adalah sutu ibadat. Ulama siyasah syariyah mengira ia termasuk jihad kaum Sunni tidak memasukkan jihad sebagai satu dari Rukun Islam. Jika rukun itu enam jihad jadi Rukun Islam keenam, tetapi Syiah menjadikan satu dari Rukun Islam.
Apabila siyasah jadi satu ciri jihad, maka mengundi yang jadi satu kegiatan jihad, jadilah mengundi itu ibadat.
Bagi yang mengira siyasah dan mengundi itu satu kegiatan hidup duniawi tidak menerimanya satu ibadat, dibimbangi terjerumus dalam kancah sekular yang memisahkan politik dari agama.
Sekalipun Umno sejak zaman Dato’ Onn hingga Dr Mahathir adakah totok sekular, tetapi Najib cuba menerapkan unsur pemikiran Islam seperti mewar-warkan falsafah wasatiyah dan maqasid syariyah. Ia baru setitik lautan khazanah falsafah pemikiran Islam belum diamalkan sehingga Parlimen dibubarkan.
Hanya menjadikan politik termasuk mengundi itu amalan Islam dan ibadat ialah PAS yang sudahpun dipraktik di Kelantan, Terengganu dan Kedah semasa ia ditadbir sekejap oleh PAS dulu.
Maka pada 9 Mei ini pengundi diberi peluang mengamalkan ibadat lima tahun sekali bagi mengisi keperluan yang Islam tuntut. Peluang ibadat demikian Allah telah beri sejak tahun 1955 tetapi tidak sekalian orang Islam masa itu merebut peluang itu. Samalah seperti lain-lain ibadat yang Allah beri peluang seperti solat dan puasa. Ia adalah kebaikan individu umat, bukan untuk Allah, tetapi ramai orang Islam tidak merebut peluang itu.
Sebelum seseorang mati Allah beri lagi peluang solat buat terakhir, dan sepanjang Ramadhan kita diingatkan ia mungkin Ramadhan terakhir, maka pulunlah apa yang wajar ditunaikan. Maka bagi PRU 9 Mei ini anggaplah ia mengundi terakhir bagi semua.
Kebanyakan pengundi sudah selalu mengundi sebelum ini, tetapi apakah semua mengundi sebagai satu ibadat atau ia sekadar menunaikan tanggungjawab kepada demokrasi dan negara sahaja?
Bila ia diisi dengan demokrasi dan negara kita dapat negara dan demokrasi yang belum tentu sempurna. Tetapi kita tidak dapat baldatun toyibatun warabun ghafur. Bagi yang tidak mengundi sebagai satu ibadat dulu, telah didapati semua yang Islam patut buat tidak dapat dibuat. RUU355 yang sekalian umat dan mufti mahu, kita tidak dapat dan tidak berani buat.
Jika dulu kita tidak jadikan mengundi itu ibadat, jangan mengundi yang mungkin terakhir inipun tidak dijadikan ibadat juga!
Adalah benar dunia ini tidak didiami oleh Islam saja. Allah tahu syaitan ada sebelum Adam dan Nabi Muhammad SAW ada. Tetapi Allah telah tetapkan dunia ini tempat ibadat manusia. Iblis tetap tidak terhalang meneruskan maksiat. Islam tetap menjamin keselesaan bukan Islam.
Jangan mengundi yang terakhir ini disia-siakan juga untuk kebaikan Islam dan diri sendiri. – HARAKAHDAILY 18/4/2018
Apa cerdiknya SPR mengundi Rabu?
Sumber HD - 14-4-2018SUDAH 14 kali wilayah kita menghadapi pilihan raya umum termasuk sekali sebelum merdeka tahun 1955 tiadalah bermasalah sangat orang yang bertugas pada hari mengundi unuk menunaikan kewajipan.
Ada kaedahnya bagi pengundi dan majikan menyusun bila mereka patut mengundi. Mengundi dulu dan mengundi pos boleh diseminarkan, apakah ia wajar atau ia sekadar satu muslihat politik golongan tertentu khususnya demi mempertahankan kuasa.
Apapun yang jelas mengundi dulu bagi keadaan tertentu banyak menimbulkan syak dan waham akan ketelusan SPR.
Mungkin pengundi di konsulat kita di Medan yang kertas undinya perlu dikumpulkan di kedutaan di Jakarta sebelum diedarkan ke pusat mengira undinya di kawasan dia mengundi perlu kertas undi itu tiba pada hari pengiraan undi, maka ada munasabahnya mengundi dulu.
Tetapi bagi pasukan keselamatan berada di rimba satu masa dulu, siapa yang memantau pengundian telus atau bolos? Tiada siasatan terbuka akan ketelusannya melainkan ada kata-kata sang ketua mengedarkan kertas undi ikut sukanya dan ada pula mengatakan ditugas pangkah oleh seorang dengan beri 10 pada pembangkang, lainnya calon yang memerintah.
Bekas tentera Ustaz Hasan Johar pernah jadi calon PAS Dun Belanja, Parit mengaku dia diarah memangkah begitu di kem tentera di Pengkalan Chepa dan di Yong Peng. Ustaz Hassan masih ada lagi. Boleh tanya dia.
Jika tujuan memberi semua menunaikan tugas didulukan mereka mengundi, jika mereka belum tentu dapat haknya, apakah bijak dan adil haknya diseleweng oleh pak-pak hantu?
SPR telah dibantah tentang mengundi di kawasan keselamatan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali penduduk tetap di tempat itu. Biasanya polis. Bagi isteri polis boleh keluar kawasan membeli itu dan ini, boleh keluar masuk, maka apa perlunya mereka mengundi dalam kawasan? Oleh kerana SPR serba betul tiada apa yang dapat dikata.
Pengundi dulu mulanya tidak ketara. Semasa pentadbiran Mahathir, ada pegawai tentera berpangkat bertanya saya apa rasionalnya petugas keselamatan beruniform atau tidak menjadi pengundi dulu tidak seperti sebelumnya.
Saya tidak tahu. Rupanya ia boleh disyaki ia jadi simpanan tetap calon parti kerajaan. Mahathir boleh jelaskan ini kerana pengundi jenis ini – petugas bomba dan kakitangan kesihatan bertambah besar, sedang yang mengun didulu banyak keraguannya.
Kononnya SPR ada kecerdikan demi berlaku adil kepada semua sekalipun pelanggan SPR iaitu parti-parti yang bertanding tidak pernah diminta pandangan. Sedang umumnya tahu pilihan raya dalam sistem jahiliah yang pengundinya bukan malaikat menghalalkan silap mata. Tiada siapa boleh buat keputusan sendiri melainkan atas kearifan mahkamah.
Kecerdikan SPR itu sewajarnya atas pengetahuan mahkamah sekalipun dalam sistem jahiliah ada undang-undang riba, loyar buruk dan hakim rimba.
Maka dalam kecerdikan terbaru SPR ditetap hari Rabu pada PRU14 ni. Ia hari bekerja. Ada masalah bagi pengundi luar hendak balik mengundi sedang ia tidak cuti umum.
Islam adalah agama yang tidak menyusahkan. SPR sebuah wilayah Islam eloklah tidak menyusahkan. Setelah 14 kali PRU tentulah mengundi hari cuti seperti Sabtu jauh lebih cerdik dari Rabu. Seolah-olah ia cerdik Luncai dan Pak Pandir. Itulah susahnya bila orang merasakan dia saja tahu dan cerdik.
Apa cerdiknya? Entahlah jika ia atas nasihat tuan-tuan bomoh, satu amalan popular dalam sistem jahiliah, tak terkecuali di Malaysia. – HARAKAHDAILY 14/4/2018
Yang serang PAS di Kelantan bukan Umno
Sumber HD - 13-4-2018PEMIMPIN Umno Kelantan mungkin sudah boleh berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Kelantan sejak 28 tahun ia dikalahkan oleh PAS kali kedua dalam tahun 1990.Mungkin ia berpuas hati, tanpa menjelaskan kebaikan Kerajaan Kelantan dan Kelantan di bawah PAS, ketuanya Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahun Umno Kelantan yang bersamanya dalam himpunan Umno bersamanya di Kuala Lumpur, Umno hendak menambah baik saja apa yang dikatakannya sudah baik di bawah kerajaan yang ada.
Sambil tidak menyatakan apakah kebaikan itu, dia juga tidak menyatakan keburukannya. Misi BN Kelantan untuk mengambil alih Kerajaan Kelantan kali ini hanya unuk menambah baik apa yang sudah baik di bawah PAS itu.
Ia hendak mengambil alih negeri itu bukan kerana ia tidak ditadbirkan secara baik dan tentunya bukan tidak ada kemajuan, Cuma ia menambah baik apa yang ada di Kelantan sekarang. Berbeza dengan PAS dan pembangkang yang lain hendak mengambil Putrajaya ialah kerana BN dan Umno dikatakan tidak menunjukkan contoh yang baik dalam pembangunan, pentadbiran dan apa aspek juga.
Keburukan Umno, kerajaan dan pemimpinnya itu bukan dirasa buruk oleh PAS dan pembangkang yang lain, tetapi ia dikatakan tidak baik juga oleh setengah pimpinan kanan dan orang Umno sendiri. Contohnya yang sudah menyediakan calon Perdana Menterinya sendiri ialah orang-orang Umno yang keluar memimpin Harapan bersama Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semuanya hendak menukar pentadbiran di Putrajaya kerana terlalu banyak yang tidak baik dari yang baik. Kerana kelemahan yang menonjol itu Putrajaya hendak diambil alih.
Kelantan hendak diambil alih oleh Umno bukan kerana kerajaan dan politiknya tidak baik. Ia sudah baik, dan ia hendak menambah baik saja. Jika hendak menambah baik, tidak perlu ia mengambil alih negeri itu. Salur saja pandangan, nasihat dan peruntukan kekwangan yang secukupnya, supaya ia bertambah baik.
Ada risikonya hendak menambah baik apa yang sudah baik. Takut jadi tikus membaiki labu. Dr. Kamarul Zaman Yusuf dari Universiti Utara Malaysia boleh menyenaraikan keburukan dan kebaikan Kelantan selama sebelas tahun di bawah BN sebelum ditumbangkan semula tahun 1990.
Yang nyata hutang negeri Kelanan kepada Kerajaan Pusat bertimbun. 20 tahun Kelantan di bawah PAS sebelum itu hutangnya tidak sebanyak itu. Sekejap saja ia mengambil alih tidak terhingga hutangnya. Kerajaan PAS terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan hutang itu.
Laporan Ketua Audit Negara, bajet surplusnya yang terbaru dan perkembangan Kewangan Dalam Negara Kasarnya memang menunjukkan negneri itu tidak kurang dari Kerajaan Pusat bahkan lebih baik dari negeri-negeri di bawah BN yang berduit.
Jika diambil Umno ia menjadi labu sekali lagi seperti nasib Malaysia di bawah BN sekarang, maka biarlah ditadbir oleh PAS saja. Dengan Umno membantunya dari luar Kelantan tujuan BN menambah baik Kelantan itu lebih mudah tercapai.
Dan Kelantan dipercayai mampu memacu menambah baik itu juga dibandingkan manifesto PRU14 oleh dua parti itu. Bukan BN saja ada TN50 bagi memacu negara tahun 2050 nanti, PAS juga ada gagasan WINSnya – Wawasan Induk Negara Sejahtera – yang dipacu mulai sekarang hingga 2041-2051 nanti.
Manifesto BN dan TN50 tidak menjanji doa mendapatkan keredhaan Allah, tetapi manifesto PAS dan gagsan WINSnya mewawaskan mardhatillah. Tambah baik Kelanan itu lebih terjamin di bawah PAS.
Yang kacau PAS sekarang bukan BN tapi suku Harapan. – HARAKAHDAILY 13/4/2018
Mengekang budaya pantang ditegur
Sumber HD - 7-4-2018ADA beberapa kejadian yang berkaitan antara satu sama lain terjadi dalam minggu Parlimen membentangkan Rang Antiberita Tidak Benar.
Pertama sekonyong-konyong Tan Sri Rais Yatim, seorang menjadi menteri sangat intim dengan Perdana Menteri Najib dulu terbabit dalam polemik pemimpin mesti sedia ditegur dan dia memulakan budaya menegur itu.
Masa itu juga PM Najib melancarkan program Bakat Global Malaysia (MGT) bagi melahirkan 5,500 pemimpin Malaysia bertaraf global menjelang 2022 – lima tahun lagi.
Parlimen pula membentang Rang Antiberita Tidak Benar yang dibimbangi oleh setengah pemikir boleh membantut kebebasan bersuara dan boleh mengancam budaya menegur pemimpin dan membantut kelahiran 5,500 pemimpin bertaraf global.
Minggu ini juga saya membaca tafsir Fi Zilalil Quran, Sayyid Qutub mengenai kaum Ahlil Kitab berperangai suka berita bohong dalam semua perkara.
Ironi pertamanya Tan Sri Rais bukan saja intim dengan PM Najib dan kerajaannya semasa menjadi anggota kabinetnya dan selepas tidak lagi jadi menteri. Bahkan pasangan suami isteri Rais juga dikatakan amat intim dengan pasangan suami isteri Perdana Menteri. Tas intimnya dia dijadikan pengerusi Universiti Islam Antarabangsa selepas tidak lagi jadi menteri dan jadi penasihat sosiobudaya kepada kerajaan.
Terlalu banyak Najib diperkata orang sejak sebelum jadi Perdana Menteri lagi. Apa yang diperkata itu termasuk satu bentuk teguran di samping yang lain-lain. Bahkan sudah berlebihan teguran. Agaknya itulah yang diibaratkan menegur telinga kuali. Rais bolehlah selama ini dikira mewarisi budaya Hang Tuah atau mengikut bahasa Tun Musa Hitam, disampuk sindrom bisu.
Tiba-tiba selepas bertahun-tahun orang bercakap tentang 1MDB, Rais bersuara mendakwa menegur hal itu mula-mula dulu dan dia menyambung tegurannya. Apapun Rais pernah tegur PM Mahathir hingga menubuhkan parti lawan Umno.
Dia menegur sekali sekala. Apa yang ditegurnya tentang 1MDB tidak diketahui, tetapi teguran pemimpin mesti boleh ditegur tidak dilihat satu teguran umum terhadap semua pemimpin tetapi terhadap Najib.
5,500 pemimpin global yang Najib hendak lahirkan setakat jadi macam Annuar Musa tak payah. Dia tak tegur Perdana Menteri semasa. Dia tegur selepas PM tak jadi PM lagi, macam ia tegur Mahathir. Yang Rais mahu tegur pemimpin semasa jadi pemimpin.
Anwar Ibrahim tidak tiba-tiba saja menegur pemimpin. Dia dilatih oleh sistem siswa bebas bersuara sebelum ada Akta Universiti. Khairy Jamaluddin ada keupayaan menegur, dia dilatih oleh universiti luar negara yang tiada akta universiti. Atas 5,500 yang hendak dilahirkan itu diragu kritisnya seperti Mahathir, Anwar dan Khairy, tetapi melahirkan Hang Tuah dengan ampun tuanku beribu-ribu ampun.
Rais penegur, tetapi sekali sekala sedang kezaliman sepanjang masa. Penegur mesti ada dari semasa ke semasa.
Berita tidak yang dirangkan sekarang adalah gejala yang disuburkan oleh ahli kitab khususnya Yahudi sebelum adanya Taurat dan Injil. Nabi Musa dan Nabi Isa mereka bohong. Taurat dan Injil mereka palsu. Sayyid Qutub menghurai panjang lebar ketika mentafsir Surah Al-Maidah tentang kesukaan mereka berbohong.
Bagi menangani berita palsu itu Allah jadikan al-Quran sebagai pengekang. Jika umat Islam diasuh dengan ilmu al-Quran, bukan sekadar khatam sekali, sekaliannya hidup dengan al-Quran, memerintah dengan al-Quran, Rang Antiberita Tidak Benar tidak diperlukan.
Al-Quran itu adalah penegur yang amat berhemah.
Rang antiberita palsu ditakuti mengulangi Akta Universiti dan Akta Hasutan hingga keadilan payah disuarakan. – HARAKAHDAILY 7/4/2018
Rang Antiberita Tidak Benar tak perlu
Sumber HD - 6-4-2018SEBAGAI pengamal berita dan warta saya tidak sependapat dengan kerajaan yang membentang Rang Antiberita Tidak Benar dan saya juga tidak sependapat dengan PAS yang menyokong rang itu.
Pada saya memadai dengan undang-undang yang ada, penyebar berita palsu didakwa dan jika sabit hukum. Jika undang-undang yang ada tidak kemas, pinda supaya ia berkesan.
Risiko rang ini boleh menjadi pesalah mandatori penjenayah, sedang berita/maklumat adalah satu keperluan kepada manusia sama seperti perlunya ilmu buat mereka. Berita asalnya kebaikan sebagai alat memerangi kejahilan dan sumber bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Para rasul dan nabi diutus untuk menyampaikan berita gembira tentang ganjaran syurga bagi orang beriman dan berita amaran dengan siksaan neraka bagi yang kafir.
Allah cipta jin dan malaikat tanpa memaklaumkan kepada sesiapa. Tetapi penciptaan manusia sebagai khalifah di bumi Allah maklumkan kepada malaikat. Demikian pentingnya berita dan maklumat bagi penciptaan manusia. Sebagai calon khalifah Adam dibekalkan dengan maklumat apa yang diperlukan dan apa yang patut dijauhinya.
Iblislah yang menyampaikan berita palsu kepada Adam hingga dia terusir dari tempat transitnya di syurga hingga terdampar ke bumi.
Dari mula lagi manusia sudah didedahkan dengan berita benar dan berita palsu. Dari awal lagi manusia diingatkan maklumat palsu.
PAS ada hujah mengapa ia tidak menolak rang itu. Saya juga ada hujah mengapa rang itu tidak diperlukan.
Sekalipun saya ada hujah, setelah PAS membuat keputusan, saya telah diajar oleh Datuk Asri, Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor dan TG Nik Abdul Aziz bahawa keputusan jamaah itulah yang dipakai. Sekalipun saya ada hujah, kputusan saya adalah pandangan individu/peribadi.
Sebagai ahli parti saya diajar menerima keputusan jamaah. Sekalipun hujah saya kuat, tetapi keputusan jamaah lebih baik dari keputusan seorang sekalipun bergeliga. Maka tidaklah kerananya saya mesti meninggalkan parti dan menubuhkan parti sendiri atau masuk Bersatu atau masuk DAP yang pendirian masing-masing sama dengan sikap saya menolak rang itu.
Kerana PAS parti saya, Bersatu parti Mahathir dan DAP parti Kit Siang, parti sayalah lebih baik dari parti orang lain. Jika PAS itu bukan harakah Islamiyah, bersisa jahiliah seperti kebanyakan parti politik di dunia dulu dan sekarang tiadalah saya ingin mendekatinya.
Kata Sayyid Qutub dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran, ada dua manhaj politik saja di dunia sejak Adam hingga kiamat. Satu Islam dan selainnya jahiliah. Ertinya secebis saja Islam itu dinafikan, maka jahiliahlah ia.
Kerana Islamnyalah saya menjadisebahagian daripadanya. Sekalipun Islam meraikan peerbezaan pandangan, pandangan saya jadi minoriti yang terlalu seni dalam sikap jamaah Islam yang amat besar.Perbezaan pandangan saya dengan PAS tidak menghalalkan saya keluar dari PAS, dan persamaan saya dengan Dr. Mahathir dan Kit Siang atas isu itu tidak menghalalkan saya masuk Bersatu atau DAP atau Harapan.
Berita tidak benar terbagi dua. Satu disengajakan seperti watak Ahli Kitab. Bohong itu mulia baginya. Benar itu hina baginya. Saranan Islam, bila ada berita dari orang fasik, waspada kebenarannya. Ahli Kitab sumber berita bohong. Bohong itu amalan orang fasik. Maka berita tidak benar yang bohong adalah lanjutan kesukaan Ahli Kitab.
Kedua silap. Silap juga salah tapi itu bukan wataknya. Nabi Adam pernah silap, termakan berita palsu dari iblis. Dia dihukum. Dia menyedarinya lalu taubat. Allah terima taubatnya.
Ketika propaganda. Tiada dapat ditentukan benarnya. Ia juga budaya jahiliah.
Menanganinya berpandulah kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah. – HARAKAHDAILY 6/4/2018
Risiko tidak dapat berita benar
SEBELUM ini menyentuh rang antiberita tidak benar berisiko tidak benar-benar mengekang berita tidak benar. Kali ini saya bimbang risiko rang itu tidak dapat memberikan berita benar yang amat diperlu semua tetapi tidak diketahui oleh semua.Sumber HD - 5-4-2018
Keupayaan terhad pengamal berita kita justeru gangguan kebebasan pemberitaan dan profesionalnya menyebabkan pelanggan sukar mendapat maklumat sebenar atas satu-satu kejadian.
Belum lagi diambil kira rang antiberita benar yang menggerun dan dipercayai berisiko tinggi yang baru dibentangkan di Parlimen.
Yang nyata pelanggan sebenar tiada maklumat penuh tentang 1MDB yang dikatakan ada puaka, tidak ada maklumat penuh tentang siapa pembunuh Altantuya, tidak jelas tentang duit 2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Maklumat benar mesti ada tetapi sistem yang terpakai kurang menggalak melahirkan wartawan profesional berwibawa, maka tiada kemampuan dan keberanian untuk mencari dan melaporkan apa sebenarnya yang terjadi. Tidak sewibawa dua penulis Amerika yang membongkar skandal Watergate Presiden Richard Nixon dan dua warrtawan Jepun yang menjatuhkan Perdana Menteri Esako Sato.
Kebebasan akhbar di zaman penjajah dan akhbar/majalah tidak memerlukan KDN untuk terbit mampu melahirkan wartawan terbilang seperti Rahim Kajai, A. Samad Ismail, Melan Abdullah dan lain-lain. Akhbar boleh terbit dan ia boleh tutup. Dalam kaedaan modal terhad itu ia dapat mengekalkan penerbitan Utusan Melayu.
Masyarakat selepas merdeka suka dan rajin membaca, penerbitan akhbar berpotensi menjadi industri berjaya, tetapi dengan KDN yang mesti dimohon baru setiap tahun terdedah kepada risiko KDN tidak dikeluarkan. Jika usahawan melabur berjuta di situ, industri tidak boleh diteruskan dan modal beku atau berhutang.
Bila mesin cetak harganya berjuta, bila permit tidak dibaru setiap tahun, percetakan tidak boleh berjalan dan ia boleh jadi besi buruk. Maka pelabur industri percetakan tidak tertarik kepada pelaburan yang tidak menggalakkan. Kesannya pembaca tidak dapat bahan bacaan pilihan dan ia terdedah kepada berita separuh benar.
Jika sistem KDN dibatalkan pelanggan banyak akhbar pilihan, berita separuh masak dalam satu akhbar akan ada pandangan kedua mengenainya dalam akhbar lain. Berita palsu dalam sebuah akhbar, akan ada fakta betul dalam akhbar lain.
Memang setiap akhbar ada dasarnya, ia mungkin tidak siarkan berita yang bertentangan dengan kepentingan dan dasarnya, tetapi kita kita banyak akhbar, kita boleh dapat sesuatu yang dibercayai berasas.
Tamadun menyediakan undang-undang. Di mana-mana pun ada undang-undang media yang boleh mendisplinkan bila ia melanggar undang-undang. Undang-undang boleh menghukum penyebar berita tidak benar.
Sarawak Report dikatakan memfitnah PAS diberi 90 juta oleh agensi pro Umno. PAS menyaman penerbitan itu. Tuntutan samannya berjuta. Jika PAS berjaya, Sarawak Report akan menanggung beban besar. Saman itu bukanbuntuk menutup penerbitan itu, tetapi mendisiplin supaya mengelakkan risiko ganti rugi besar.
Kawalan diperlukan supaya semua berita mesti tepat dan berasas. Tetapi jika rangnya menyebabkan orang tidak berani menulis, ia melahirkan wartawan yang lembik, maka pelanggan terdedah dengan berita separuh masak dan berat sebelah. Yang ruginya ia rakyat tidak dibekalkan maklumat yang cukup.
Masyarakat kurang maklumat lazimnya tidak dinamik, lembab, jadi mangsa orang yang cergas yang banyak maklumat. Jika kita dinamik disebabkan oleh suasana sekitar, kita tahu apa yang palsu. Tetapi kalau kita diasuh oleh suasana kurang maklumat, kita tidak tahu yang betul-betul dan yang salah itu salah. – HARAKAHDAILY 5/4/2018
Bodoh Umno tak peralat persempadanan
Sumber HD - 4-4- 2018APA yang kerajaan buat dalam persempadanan baru pilihan raya pada Rabu 28 Mac yang lalu samalah seperti yang kucing lakukan bila ia menangkap tikus.
Tikus dalam kejadian ini adalah pembangkang dan kucingnya UMNO yang masih menguasai kerajaan dan parlimen.
Memanglah tikus itu sejak kejadiannya adalah makanan bagi kucing. Setiap kali tikus ditangkap kucing, ia tidak terus makan rezekinya itu. Ia buli tikus hingga lembik. Ia tidak gigit tikus yang dikawalnya di depan matanya. Dibuatkannya sang tikus bergerak di persekitarannya.
Ketika tikus cuba lari ikut mana arah saja, kaki depan kucing akan mencecah kepala tikus menjadikan tikus tidak dapat lepas darinya. Tikus ditarik dekat kepadanya. Dibiarkannya tikus cuba melarikan diri lari. Dicekupnya lagi si tikus. Dan tikus itu dilambung-lambungnya. Begitulah diulanginya hingga akhirnya tikus itu lembik.
Apa yang kucing buat pada tikus, itulah yang UMNO buat pada pembangkang.
UMNO kata, ia tidak campur urusan SPR. Siapa yang percaya. Kalau batu yang kaku itu boleh berkata, batu akan kata pada UMNO, ‘Tak usah lebonglah (temberang)!’
SPR yang ia tidak perdaya PRU1959 saja. Masa itu baru lepas merdeka dan UMNO belum memperalatkan semua jentera kerajaan untuk kepentingannya.
Masa itu semua parti politik yang bertanding adalah wakil menentukan dasar dan hala tuju SPR. PAS selalunya diwakili oleh Hanif. Maka SPR tidak dipunyai oleh sesiapa melainkan ia bertankan pelanggan pilihan raya itu parti-parti yang bertanding. Setelah UMNO bertaring dalam kerajaan, maka SPR dijadikannya seperti tikus sebelum ia jadikan pembangkang seperti tikus.
Ketika UMNO berbalah dengan Tengku Razaleigh, orang penting SPR Nik Rashid Abdul Rahman, orang Kelantan. Dr. Mahahir tidak percaya pada orang Kelantan kerana kebarangkalian ia menyokong Ku Li, Nik Rashid dihumban ke kemenerian pelajaran. Bila Ku Li tidak jadi masalah lagi, Nik Rashid dipanggil menerajui semula SPR.
UMNO jadikan SPR yang ada peruntukan persempadan baru setiap lepas lapan/sepuluh tahun dijadikannya alat strategi bagi menjamin kemenangan UMNO/BN. Sekalipun ia cuba mendapatkan kemenangan sapu bersih di semua kawasan, ia buat apa saja tetapi ia tidak dapat buat apa bagi kawasan yang lebat pengundi Cina dan sebahagian yang tebal PAS terutama Kelantan dan kawasan tertentu Kedah dan Terengganu.
Bukan ia tidak peralatkan SPR dan persempadan baru di situ, tetapi Allah sebutkan dalam al-Quran yang bermaksud, manusia merancang dan Allah juga merancang, Maha Perancang Allah yang menentkan sesuatu.
Jika SPR kata ia tidak diperalat dan UMNO kata ia tidak memperalatnya, ia adalah contoh berita palsu yang kerajaan yang Saleh Keruak rang undang-undangkan dengan apa yang dikatakan antiberita tidak benar.
Kerana PAS boleh menang di Kelantan dan DAP boleh menang di Pulau Pinang, lalu dijadikan dalih SPR tidak bekerja untuk UMNO. Ini bukan alasan terbaik. Jika ia tidak boleh tipu semua, jangan tak tipu semua kerana ada tempat yang tidak dapat ditipu. Tipu sebanyak mana yang boleh asal matlamat mengekalkan kuasa itu tercapai.
Persempadanan baru sebelum ini berjaya mengekalkan kuasa UMNO, dan persempadanan yang terbaru itu adalah strategi terbaik mengekalkan kuasa. Jika Putrajaya tidak jatuh bukan kerana pembangkang berpecah atau tiga penjuru tetapi UMNO tidak sia-siakan persempadanan baru sebagai strategi/senjata mengekalkan kuasa.
Strategi itu adalah membuli pembangkang yang berkesan. Mahathir dan Anwar arif apa Najib buat itulah yang mereka buat dulu. – HARAKAHDAILY 4/4/2018
Dua-dua tak layak jadi PM lagi
KEDUA-duanya Datuk Najib dan Dr. Mahathir berlumba dalam PRU14 ini untuk menjadi Perdana Menteri lagi.Sumber HD- 29-3-2018
PM Najib hendak menyambung jawatannya menjadi Perdana Menteri untuk penggal ketiga dan Dr. Mahathir pula yang bersara tahun 2003 hendak menjadi Perdana Menteri semula bagi kali kedua.
PRU14 ini adalah peluang yang diberi oleh sistem demokrasi untuk rakyat sekalian untuk mencari Pedana Menteri yang terbaik dan pengundi jangan sia-siakan peluang yang Allah beri itu. Carilah yang bersih, bermaruah dan berakhlak mulia, bijaksana, berpandangan jauh, berwibawa/integriti, jujur dan dipercayai.
Siapakah antara keduanya yang lebih layak?
Kedua-duanya sudah ada pengalaman dan rakyat dan bukan rakyat, dalam negeri dan luar negeri tahu mereka dalam dan luar.
Kedua-duanya tidak layak lagi untuk menjadi Perdana Menteri baik sementara atau sepenggal lagi. Sekalipun ada pengalaman yang luas. Seorang 23 tahun Perdana Menteri saja dan seorang lagi 9 tahun.
Sepatutnya pengalaman yang banyak dapat menjadi pemimpin yang baik dan bewibawa. Tetapi mereka gagal pemimpin yang bersih, mulia, berwibawa dan bermoral.
Amalan demokrasi dan sistem yang terpakai di serata dunia tidak berjaya menjadikan kedua-dua pemimpin yang demokratik yang disegani ramai seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi kedua-duanya menjadi diktator, seorang keras dan garang iaitu Dr. Mahathir dan seorang lagi lembut pijak semutpun tak mati. Tapi kalau yang dipijak itu tikus, tikus itu mati.
Kuku besi itu tidak semesti garang, keras dan kasar. Tetapi ada juga diktator itu senyum dan lemah lembut di depan, tapi di belakang betul-betul besi, ditakuti semua. Diktator lembut itu kadang-kadang lebih menggerunkan dari yang kasar.
Antara maqasid syariyah yang PM Najib selalu sebut ada menjaga nyawa. Mahathir gagal menyelamatkan nyawa 14 rakyat awam dan empat anggota polis dalam kejadian berdarah di Memali. PM Najib pula gagal melindungi nyawa nona dari Mongolia, Altantuya yang melancong ke sini, bahkan mayatnya diberitakan diletupkan berkecai.
Keluhuran undang-undang yang jadi satu rukun dari Rukun Negara tidak dilihat berjaya digunakan bagi menyelesaikan kedua-dua pencabulan atas kehendak maqasid syariyah itu. PM Mahathir tidak menggunakan kuasanya menyelesaikan pembunuhan di Memali melalui undang-undang.
Selain dari tiada siasatan dilakukan, saman mangsa Memali yang difailkan tidak diusik mahkamah hingga peguam yang membela mereka mati dan mangsanya yang beratus tidak ramai lagi yang ada.
Bahkan pembunuhan nona Altantuya masih belum diselesaikan oleh undang-undang kita. Apakah kita menunggu PM Najib mati baru hendak diselesaikan?
PM Mahathir campur tangan dalam urusan mahkamah bila mentribunal lima hakim termasuk Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas. Semua hakim itu dipecat oleh tribunal itu. PM Najib yang diputuskan untuk disiasat badan khas atas skndal 1MDB/duit 2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, sekonyong-konyong Peguam Negara Tan Sri Gani Patail yang jadi pengerusi badan siasatan itu dipecat serta merta dari jawatan Peguam Negara atas alasan kesihatan yang diketahui rekod sakitnya.
Mahathir tidak menyekat amalan rasuah berleluasa, dan Najib juga mampu membendung rasuah yang berganda-ganda di zamannya. Berguni-guni duit Bank Negara lesap dalam niaga mata wang asing di zaman Mahathir dan berbilion-bilion duit 1MDB hilang di depan mata Najib.
Banyak lagi keburukan kedua-dua mereka itu sebagai Perdana Menteri, maka kedua-duanya tidak layak menjadi Perdana Menteri lagi. – HARAKAHDAILY 29/3/2018
Pemimpin kemahuan forum perdana
SEKURANG-kurangnya tiga malam Jumaat Forum Perdana TV1 membincangkan topik pimpinan yang dikehendakinya.Sumber HD - 27-3-2018
Ia diadakan di ambang PRU14, satu ruksah yang disediakan oleh sistem demokrasi betapa pimpinan – Presiden, Perdana Menteri dan lain-lain – boleh diganti atas kemahuan rakyat mengikut tempoh yang ditentukan oleh perlembagaan.
Ruksah itu satu rahmat yang Allah bagi dan tidak bercanggah dengan Islam. Ia adalah pilihan terbaik dari terbelenggu di bawah kezaliman kuku besi baik dalam sistem monarki mahupun republikan.
Allah bagi peluang kepada Malaysia secara bebas menentukan pemimpinnya lima tahun sekali. Ia seperti permit akta mesin cetak dibaharui setiap tahun. Ia tidak automatik disambung, tetapi dibaharui atas permohonan.
Pemimpin yang Forum Perdana ajak cari itu ialah ketua kerajaan. Pemimpin kerajaan itu sudah ada, tetapi ia patut ditukar atau dikekalkan sepenggal lagi?
Oleh kerana dalam salah satu forum itu Perdana Menteri hadir bersama lain-lain pembesar, ia mencerminkan Forum Perdana mahu pemimpin dan sistem yang dipakainya dikekalkan. Keputusan itu ada pada rakyat, tetapi Forum Perdana mengajak semua memilih pemimpin kemahuannya.
Kerana program itu bersifat agama dan Islam, diajaklah pemikir Islam memberi panduan tentang pemimpin yang Islam mahu mengikut skop yang TV kerajaan mahu. Maka pembicara pun bebaslah menyarankan antara pemimpin yang Islam mahu.
Maka pemimpin itu selain dari Rasulullah SAW tidak terlepas dari kelemahan, mereka ingatkan juga pemimpin itu ada kelemahannya. Mereka boleh ditegur mengikut adabnya. Jika dibuat terbuka dibimbangi lebih negatif dari positifnya. Cari masa dan tempat yang sesuai.
Dalam masa kurang dari tiga bulan menjelang pemilihan bagaimana berjuta rakyat dapat menyampaikan apa yang hendak disampaikan supaya semua faham ciri pemimpin yang hendak dipilih?
Kerana adab tadi tidak menjamin teguran itu positif, ada kala penalis lebih fokas terhadap negatif penegur dari negatif pemimpin. Hingga kurang terserlah lebih banyak keburukan menegur dari mengetahui ciri positif pemimpin yang dicari.
Allah memberi ruksah menukar pemimpin tetapi Allah tegaskan manhaj Allah/Islam tidak boleh diganti. Pemimpin yang lemah wajar diganti tetapi manhaj Islam jalan terus. Jika tuntutan Islam pemimpin abai atas apa alasan jua maka kena sebutkan pemimpin itu tidak terpakai.
Forum tidak jadi wadah Islam jika tidak disebutkan apa yang Islam mahu dari seorang pemimpin yang patut dikekal atau digantikan.
Semua patut tahu pemimpin itu mesti berakhlak mulia. Jika akhlak dan peribadi pemimpin itu disangsikan, maka menggantikannya adalah wajib. Pemimpin yang dikehendaki bukan sekadar bersih tetapi mesti dilihat bersih.
Pemimpin yang baik pada Islam ialah seorang yang tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil. Bagi yang pernah terjerumus dalam dosa basar, hendaklah diketahui taubatnya. Taubat seorang pemimpin tidak memadai dilafazkan seorang diri sebelum solat dan selepas solat, tetapi mesti dinyatakan di khalayak umum.
Pemimpin tidak taubat di depan umum, ditakuti pengaruh dosanya diteruskan oleh pengikutnya.
Betul teguran itu ada adabnya, tatapi Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khatab tidak melarang siapa menegurnya secara terbuka. Bahkan mereka menggalakkan.
Jika khalifah besar mengalu-aulkan teguran terbuka, mengapa ustaz Forum Perdana tidak suka pemimpinnya ditegur?
Ditakuti kita tidak menolong pemimpin yang zalim. Menolong pemimpin zalim itu ialah menegurnya supaya dia pencen zalimnya. – HARAKAHDAILY 27/3/2018
Mengukuhkan konsep federalisma
TERAS ketujuh Manifesto PAS, Malaysia Sejahtera untuk PRU14 ini adalah mahu mengukuhkan semula federalisma dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri.Sumber HD - 26-3-2018
Perkara ketiga dan keempat dalam teras ini ia menyebut untuk mengembalikan hak royalti minyak kepada negeri-negeri yang layak pada kadar 20 peratus, 15 peratus lebih dari yang kerajajan beri sekarang iaitu lima peratus.
Manakala perkara keempat ialah untuk memulangkan wang royalti minyak yang tertangguh bagi Kelantan dan Terengganu yang dirampas kerajaan pusat mulai tahun 2000.
Royalti 20 itu adalah janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya yang lalu yang PAS rasa amat penting kerana secara langsung kesannya ditanggung oleh negeri yang PAS kuasai dan PAS pernah kuasai seperti Terengganu. Sebelum muafakat Pakatan Rakyat wujud PAS sudah menyuarakan supaya royalti dinaikkan dari lima peratus.
Sarawak dan Sabah yang banyak telaga minyak mendapat faedah dari yang PAS suarakan dari dulu. Sejak Pakatan memperjuangkannya, Sabah dan Sarawak adalah sama menyuarakannya sekarang agar ia dipulangkan 20 peratus.
Ketika Persekutuan Tanah Melayu dibentuk negeri diperuntukkan banyak kuasa. Tetapi sedikit-sedikit kuasanya diambil pusat. Tiada banyak takwil. Ketika Malaysia dibentuk, Sabah, Sarawak dan Singapura beroleh banyak keisitimewaan dibanding dengan dengan negeri-negeri di Semenanjung.
Perlembagaan memperuntukkan kajian dibuat setiap tahun. Tujuannya untuk mengambil langkah-langkah supaya negeri dan pusat lebih rapat. Tetapi kajian sepuluh pertama seolah-olah bergerak menjarakkan, tidak menambah dekatkan.
Di bawah konsep 1Malaysia, menjarakkan suara menjarak lebih bergema dari menyatukan. Tetapi di wilayah dulunya Persekutuan Tanah Melayu kuasa negeri lebih mengecil. Contohnya hak ke atas minyak. Negeri makan kuah, pusat makan isi.
Inilah yang PAS anjurkan royaltinya dinaikkan ke 20 dari lima peratus. Anjuran seperti itu adil tetapi negeri yang menuntut dikira mementingkan diri dan negeri yang berminyak. Tetapi dari duitnya dicurahkan entah ke mana, memulangkan 20 peratus kepada negeri lebih adil.
Pelobi pusat mungkin mengira ia keterlaluan. Tetapi apa yang negeri dapat selama ini jauh lebih kecil dari yang Indonesia bagi kepada Aceh. Perjanjian Indonesia dengan Aceh Merdeka, lima peratus yang federal bagi kepada negeri habis celah gigi saja. Jika 20 peratus dikabulkan, masih negeri tidak bernasib baik dibandingkan dengan yang Aceh dapat.
Bagi telaga minyak 12 batu dari pantai, Aceh dapat 70 peratus, Indonesia ambil 30 peratus. Bagi luar dari 12 batu Indonesia ambil 70 peratus, Aceh diberi 30 peratus. Aceh jauh lebih beruntung dari negeri-negeri di Malaysia kerana berpuas hati dapat lima peratus.
Jika Indonesia kabul perjanjian itu, menjadi orang Aceh lebih beruntung dari jadi orang Kelantan dan Terengganu. Mengapa Indonesia lebih bermurah hati terhadap propinsinya dari Malaysia terhadap negeri-negerinya.
Soal propinsi lain tidak dapat yang Aceh dapat itu adalah masalah mereka, tetapi ia dilihat lebih pemurah dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Ia adalah tanda-tanda Aceh yang benar-benar mengutamakan rakyat.
Setakat ini PAS menawarkan 20 peratus dulu. Tidak penting Umno setuju atau tidak. Jika mereka tidak setuju, tiada apa yang ia dapat buat kiranya PAS disokong oleh pengundi. Jika PAS jadi kingmaker, kita tidak perlu tanya BN boleh beri atau tidak.
Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak akan dapat royalti yang tinggi selepas PRU nanti dan selepas itu negeri-negeri ini akan dapat imbuhan dari royalti yang digelapkan selama ini. Bolehkah PAS beri? Ia boleh beri kerana ia bukan kerajaan yang bocor. – HARAKAHDAILY 26/3/2018
Pencerahan Awang Azman atas GST
PROF Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dipercayai telah memberikan pencerahan baru betapa tidak popularnya GST sekalipun yang terbaru ia dikatakan menyumbang lebih 40 bilion kepada pendapatan negara.Sumber HD - 25-3-2018
Cukai mencekik darah itu memang ditolak oleh semua pembangkang dan lain-lain orang berfikiran madani.
Terkedu lidah sekalian orang awam bila pelobi GST memberitahu banyak negara di dunia termasuk yang maju melaksanakan cukai itu. Dan orang Islam yang buta ekonomi pun terpesona kononnya Saudi pun hendak mengadakan GST. Jika negara Islam itu yang lazimnya peka dengan syariyah pun tertarik dengan GST, seolah-olah ia petunjuk yang baik bagi Negara Islam seluruhnya.
Memang kerajaan sebelum menguatkuasakan GST menjamin rakyat ia boleh membendung harga barang yang tinggi dan bertambah tinggi masa demi masa. Tetapi apabila dilaksanakan harga barang dan kos hidup tidak pernah turun, bahkan naik dan naik. Seolah-olah semuanya gembira mendengar guruh di langit tapi hujan tidak turun jua.
Jika jaminan GST itu dulunya satu berita, ia adalah conoh berita palsu yang terbesar.
Adapun GST itu ada di banyak naegara, tidak pernah kita diberitahu betapa rakyat dan pengundinya menolak cukai itu. Kita diberitahu, mereka juga ada GST tetapi kita diberitahu masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat yang ada GST.
Prof Awang Azman menjelaskan betapa kerajaan yang melaksanakan cukai itu telah berdepan dengan risiko yang besar hingga beberapa kerajaan telah tumbang dalam pilihan raya.
Dia tidak meramalkan PM Najib dan Barisan Nasional akan kalah PRU14 ini, tetapi ia akan berdepan jejas peratus undi yang banyak dibandingkan dengan sebelum ada GST dulu.
Jika kita berada pada tahap masyarakat madani jelaslah BN akan tersungkur seperti yang dialami beberapa kerajaan yang bermasyarakat madani.
Untung bagi BN ialah ia masyarakat yang belum madani. Bagi masyarakat madani rakyat tidak dapat diperbodoh kerajaan dan pemimpin. Bila kita belum madani, kita jadi mangsa diperbodoh pemimpin dan kerajaan.
Adalah betul Malaysia sekarang diselamatkan oleh GST yang setiap tahun memungut puluhan bilion. Jika GST tidak ada, mampuslah semuanya. Kerana itu kononnya GST adalah wajar.
Negara kita bukanlah sebuah wilayah yang bangsat. Selain ia kaya dengan hasil mahsul semua jadi, ia dikayakan dengan perkebunan dari luar. Misalnya getah dan sawit. Getah adalah tanah di Brazil. Bila ia dimajukan besar-besaran, Tanah Melayu menjadi pengeluar getah terbesar dunia. Sawit bukanlah tumbuhan yang menghutani negara kita.
Baru setengah kurun ia ditanam besar-besaran. Ia jadi komoditi penting dan kita kaya dengannya. Apabila dalam tempoh 40 tahun belakangan ini Malaysia dipimpin oleh lintah darat, gunung emas sebesar Gunung Uhud, ia jadi tanah rata mendatar apabila dikikis setiap hari.
Dengan limpah rahmat yang dicurah Allah, tiada janji Malaysia boleh bangsat. Di bawah kerajaan lintah darat, kering sekering-keringnya khazanah negara, hingga ia ada di jurang kepapaan. Demi hidup sesuap pagi dan sesuap petang, kantung sudah kering, maka diselit setiap saku rakyat di bawah sistem GST.
Bukan cukai tidak perlu. Cukai satu sumber pendapatan, tetapi ia bukan mencekik tengkuk rakyat. Ia adalah pendapatan tambahan bagi negara dan rakyat yang sejahtera.
Jika sekalian profesor boleh berfikir dan bercakap seperti Prof. Awang Azman, kita akan jadi masyarakat yang bertuah. – HARAKAHDAILY 25/3/2018
Bagaimana PAS boleh jadi ‘kingmaker’
DALAM PRU 1969 diikuti oleh perstiwa 13 Mei Perikatan Perak tidak cukup seorang untuk membentuk kerajaan.Sumber HD - 24-3-2018
Ramai orang mencari abang saya, Ustaz Baharuddin Abdul Latif, Pesuruhjaya PAS Perak bagi mendapatkan sokongan ADUN tunggal PAS yang menang di Bota bagi memungkinkan Perikatan membentuk kerajaan.
Abang saya menghilangkan diri. Tidak dapat dikesan dalam suasana Perkatan tidak dapat membentuk kerajaan itu. ADUN tunggal PAS itu didatangi orang-orang Umno minta dia menyokong Perikatan. Dia ditawarkan macam-macam.
Dia jawab, dia hanya mendengar keputusan Ustaz Baharuddin. Mereka cari dia, tidak ditemui. Dia menyorok di hotel kecil di Ipoh dalam masa undang-undang berkurung 13 Mei itu.
Perikatan dapat membentuk kerajaan setelah seorang dari 12 ADUN PPP, Samsuddin Harun terpisah dengan isteri dan anak-anaknya semasa berkurang itu dan rumahnya diawasi oleh orang-orang Umno. Bagi menentukan anak isterinya selamat dia balik juga. Dia dikepung, dikatakan hingga bersetuju menyertai Umno. Barulah Perikatan dapat membentuk kerajaan Perak.
Abang sayapun balik ke Semanggol. ADUN Bota iu kekal jadi ADUN tunggal PAS Perak.
Dengan seorang ADUN PAS dikira amat berharga, maka apa lagi kalau PAS dapat 40 atau lebih kerusi Parlimen dalam PRU14 nanti. Kurang dari 40 pun amat berharga bagi BN dan Harapan yang tidak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan. 10 pun memadai jika ia boleh membantu BN atau Harapan membentuk kerajaan.
Masa itu PAS dapat menjadi kingmaker. Kalau BN cukup majoriti mudah sekalipun seorang, ia tidak memerlukan kingmaker. Demikian juga Harapan dapat majoiti dua orang, ia boleh bentuk kerajaan sendiri.
Kingmaker dalam situasi itu tidak berbangkit dan tidak diperlukan. Jika Umno tidak cukup orang dan tiada sedia membatalkan GST, maka PAS biarkan saja apa yang ia boleh buat.
Demikian juga jika Harapan tidak setuju meluluskan RUU355, maka biarkan Mahathir dengan labu-labunya.
PAS goyang kaki tengok apa yang BN dan Harapan hendak buat bagi membentuk kerajaan. Tiada siapa boleh membentuk kerajaan. Bolehlah mencuba membentuk kerajaan minoriti. Risikonya ia akan menghadapi undi tidak percaya dalam sidang pertama Parlimen.
Untuk jadi kingmaker PAS tidak perlu buat apa-apa. Tunggu saja orang datang mengajak membentuk kerajaan. Siapa boleh setuju dengan manifesto PAS dan sedia gugurkan janji manifesto mereka yang pelik-pelik, maka boleh terima sebagai rakan kongsi dalam kerajaan dan tidak semestinya PAS jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Kalau semua tidak sedia menerima manifesto PAS, biarkanlah negara tanpa kerajaan hingga beberapa bulan seperti yang Canselor Angela Markel, sampai empat bulan baru dapat bentuk kerajaan.
Dalam PRU Jerman Barat 1969, parti SPD enggan meneruskan kerajaan campuran terbesar dari dua parti besar. SPD sedia mengadakan kerajaan campuran lebih kecil. Parti yang disekutunya hanya punya belasan anggota Bundestag. Willy Brandt dapat menjadi Censelor Jerman Barat yang tersohor hanya dengan sokongan parti sekutu kecil sekadar berbelas MP.
Jika PAS dapat 40 ia sudah boleh jadi kingmaker yang hebat. 15 memadai jika BN atau Harapan berada dalam keadaan terdesak.
Kalau kedua-duanya tak sedia, jalan keluarnya, PAS tidak jadi kingmaker, tapi BN dan Harapan mengadakan kerajaan campuran. Jika BN lebih kerusi Najib jadi PM, Mahathir jadi TPM. Kalau Harapan lebih, Mahathir jadi PM, Najib TPM.
PAS? Jadi pembangkang! – HARAKAHDAILY 24/3/2018
Pembangkang sederhana dan manifesto sederhana
BIAR masing-masing mengulas dulu pro dan kontra, positif dan nagatifnya Manifesto Malaysia Sejahtera yang PAS/Gagasan Sejathera bentangkan kepada pengundi dalam PRU14 ini.
Memadai komen awal saya manifesto yang Sembilan teras dan 20 tawaran utamanya adalah sebuah dokumen politik dan pilihan raya yang sederhana. Sesuatu yang sederhana itu biasanya datang dari orang dan golongan masyarakat yang sederhana.
PAS itu bermula lebih 60 tahun dahulu sebgai sebuah gerakan, parti Islam yang sederhana dan sepanjang penyertaannya sebagai parti politik dan pembangkang lebih banyak sederhananya dari melampaunya. Bila banyak sederhana, maka ia adalah layak dikenali parti politik sederhana dan pembangkang sederhana.
Pada ketika mulanya dahulu – masa assabiqun dan awalunnya – ketika parti pembangkang tidak banyak ia sudah jadi pembangkang yang sederhana, tidak terikut dengan ekstremisma pembangkang yang lain antara bergerak bawah tanah yang diharamkan seperti komunis dan yang tidak sampai jadi komunis dalam masyarakat terbuka dan separuh terbuka lebih melampaunya dari sederhananya.
Sampai sekarang pun ketika Umno dan Barisan yang memerintah sudah banyak buruknya dari eloknya, PAS tetap mahu mengekalnya sifat sederhananya dari mula dahulu, sedang pembangkang lain seangkatannya lebih ekstremnya dari sederhananya.
Kerana kesederhanaannya itu menyangkalah pesaing pembangkangnya dan antara kerabatnya yang tidak khatam tarbiyah semasa bersama PAS, ia sudah jadi Umno dan hampir ditelan Umno.
PAS dengan pendirian sederhananya itu pernah bersama pembangkang yang ada sekarang ini secara langsung dan tidak langsung selama lebih dua dekad, seawal DS Anwar Ibrahim dinyah dari Umno dan kerajaan.
Adapun keadaan pembangkang yang PAS dekati dan temani itu ada ekstremnya dan mungkin ada kesederhanaannya tetapi sederhananya itu tidaklah sampai sederhana PAS.
Mengapa PAS dekati yang ekstrem itu? Jika ada baiknya apa salah mendekatinya. Pertama ia boleh mengurangkan kemaharajalela Umno dan supaya kesan mustadhafinnya ke atas rakyat dan Negara tidak terlalu teruk sekalipun ia memang betul-betul teruk.
Sekurang-kurangnya penyertaan PAS bersama muafakat pembangkang mengerat beberapa sayap dan taring maharajalela Umno/BN di banyak tempat. Ia mengekalkan kerajaannya di Kelantan, mengambil kuasa di Terengganu dan mendapat lebih banyak kerusi Parlimen di Kedah dan pembangkang erat dalam DUN Kedah.
Kemudian maharajalela Umno di kerat-kerat lagi di Kedah, Pulau Piang, Perak dan Selangor sekali gus majoritinya di Parlimen dirobek dalam dua PRU berturut-turut tahun 2008 dan 2013. Peryertaan PAS bersama pembangkang dapat mengajar Umno ia hilang undi popular di Parlimen.
Sekalipun beroleh sedikit sebanyak faedah politik bersama kaum pelampau setengah pembangkang, tetapi tidak ia menjadikan PAS kagum dengan apa yang diraih itu.
Bukan menang banyak kerusi itu tidak guna tetapi jangan kemenangan yang sedikit itu sampai melupakan PAS kepada perjuangan sucinya yang asal dan merobek statusnya sebagai pembangkang yang sederhana. Tidak salah dalam percubaannya kalau dapat mengendurkan kedudukan pembangkang totok masing-masing supaya sama-sama jadi pembangkang yang sederhana.
Tetpi percubaan PAS tidak kesampaian, dakwahnya tidak berjaya, bahkan puak-puak pelampau itu menempelaknya sudah dibeli Umno. Ia dikira alat dan boneka Umno kerana ia hendak mengekalkan status pembangkangnya yang sederhana.
PAS ditubuhkan tahun 1951 kerana ulama dalam Umno kecewa dengan Umno pimpinan Dato Onn Jaafar tidak indahkan isu Islam bahkan mahu meniru MCA mengumpul dana melalui loteri MCA. Bimbangkan politik mengabaikan Islam itu diwujudkan.
Maka bila pembangkang yang PAS temani tidak tidak sedia menimbangkan isu-isu Islam kerana ia tidak menjadi sebahagian dari persetujuan semasa Pakatan Rakyat dibentuk, pejuang politik Islam terasa ia sudah kembali pada masa Datuk Onn tidak peduli isu Islam. Jika mereka tubuhkan PAS membantah Umno Datuk Onn meremehkan isu Islam, maka apa yang PAS harap dari pembangkang tidak jadi macam Dato Onn tidak mahu dibabitkan dengan isu Islam.
Sebagai pembangkang yang sederhana selama bersekutu dengan kumpulan pembangkang, kerajaan tidak persetujuan semasa penubuhannya dulu PAS tidak boleh kegiatan dan isu Islam dari kerajaan dan Umno, maka tiada apa yang menghalang PAS peduli bersama Islam isu Islam dari Umno dan kerajaan.
Pembangkang ekstrem tidak suka peduli Islam PAS dari sesiapa dan oleh sesiapa jua. PAS bersedia bertaawun atas perkara Islam dan kekal sebagai pembangkang dalam isu skandal dan rasuah Umno. Bersekongkol dengan Umno tidak sama sekali sekalipun PAS terpaksa bersendirian dalam PRU14.
Banyak yang kata PAS habis bila bersendirian. Ia yakin dengan janji Allah, tiada siapa tahu secara tepat segala sesuatu di hari muka melainkan Allah. Terlalu banyak buruknya Umno untuk kongsi oleh PAS jika bersamanya. Ketika Umno sendiri bergolak, lebih baik PAS bersendiri dari rebah bersama Umno.
Jika Umno sendiri mentakwil Umno kiri dan kanan, bodohlah PAS untuk keluar dari status pembangkang sederhana. PAS meminjam kalimah wasatiyah yang Umno dan Najib perkenalkan bagi perkara-perkara yang sederhana.
Sekalipun Umno tidak peduli dengan wasatiyah dalam skandal dan rasuahnya, biarlah PAS berwasatiyah dalam politk, pembangkangannya, hubungannya dengan kerajaan dan kuasa politik kerajaan.
Umno sekarang amat ekstrem dengan rasuahnya, dengan skandalnya, dalam fanatik membabi buta dengan Najibnya, dengan poltik wangnya. Mulai ramai Umno yang tidak senang dengan Umno, ada yang melepas cakap dan ada yang menyimpan dalam hati.
Orang-orang yang tidak senang tidak banyak pilihan. Mereka tolak pembangkang yang ekstremis, dan mereka juga muak dengan ekstremis salah guna kuasa Umno. Apa pilihan mereka selain dari menerima pembangkang yang sederhana.
Pembangkang itu membenci Umno totok. Ia sokong apa yang boleh disokong dan tidak boleh sokong apa yang tidak boleh disokong.
Bersama Umno memang tidak boleh terlalu banyak yang Umno biar tidak dapat ditelan. Untuk bersama-sama dengan orang Umno dan rakyat yang kenal dengan Umno adalah sikapnya yang terbuka.
PAS tidak dapat bersama pembangkang yang ekstrem menumbangkan Najib di luar pilihan raya seperti memorandum dan tanda tangan yang mereka serahkan kepada Agong. Bukanlah kerana PAS sayang pada Najib, tetapi PAS mahu menggugur Najib dalam pilihan raya yang akan diadakan sebelum bulan puasa ini.
Akan semuanya sudah tidak percaya PAS akan bersama Najib dan Umno. Ia sudah ada manifesto Malaysia Sejahtera yang amat sederhana.
Dengan sikap sederhananya itu ia mendakwa untuk membentuk kerajaan. Ia datangg dengan calon tidak seramai BN dan Harapan. Jika semua calonnya menang, senang ia menjadi king-maker. Kalau menang sepah saja, masih boleh penentu kerajaan baru.
Pilihan pengundi sekarang bukan ekstrem BN yang maharajalela skandal, politik wang dan salah guna kuasanya dan bukan juga pembangkang yang ekstrem yang dipengerusikan oleh pelampau skandal dan rasuah juga, tetapi yang terbaik ialah pembangkang yang sederhana yang tiada rekod rasuah/skandalnya di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang pernah diperintahnya. – HARAKAHDAILY 23/3/2018
Geli manifesto Mahathir menghapus tol
MANIFESTO yang belum bertulis untuk PRU14 memikirkan untuk menghapuskan sistem tol. Itu yang disebutnya dalam jelajahannya di ambang PRU. Tetapi jalan yang baru siap di DUKE ke Bulatan Jalan Pahang ditolnya.Sumber HD - 21-3-2018
Seeloknya selepas hapuskan tol Batu Tiga Shah Alam beberapa bulan lalu, tak payahlah jalan ke Bulatan Jalan Pahang itu ditol seperti tiadanya rancangan mengetol Lebuhraya Trans-Borneo yang sedang dibina sekarang.
Harapan Najib membatal tol bergantung kepada kesan Manifesto Mahathir bahawa Harapan akan memansuhkan tol. Jika manifesto Harapan itu laku, maka Najib akan membuat manifesto bertulis mengakhiri tol. Jika ia tidak laku menanggung kita sampai mati.
Dan Najib juga dipercayai menunggu memulangkan paku buah keras betapa yang meniagakan lebuh raya itu ialah Dr. Maahthir. Macam penyangak zaman Nabi Syuaib dulu menunggu di laluan penting. Pengguna laluan di tol dan dagangan dirompak. Anak-anak raja kita di zaman purba diibaratkan seperti menahan lukah di tempat genting. Siapa yang lalu lalang selamat jika membayar tol.
Tol zaman itu tidak bergezet. Bila Mahathir memajukan sistem lebuh raya bagi memesatkan perdagangan diperudang sistem tol.
Sebagai pengerusi Harapan dan calon Perdana Menteri sementara, Mahathir mengumumkan Manifesto Harapan tanpa tol.
Ia adalah cabutan Manifesto Pakatan Rakyat dulu berjanji untuk memansuhkan tol. PAS, PKR dan DAP setuju jika Putrajaya diambil tol pun habis.
Kerana tol itu dasar Mahathir. Dia yang mahu macam itu, maka dia pertahankan macam Najib mempertahankan GST sekarang. Dan kalau BN kalah kali ini dan Najib kekal dalam politik sebagai ketua pembangkang pula, maka manifesto Najib buat PRU15 akan memansuhkan GST pula?
Sebagaimana oang tidak terfikir Mahathir akan terjerumus ke lembah pembangkang, orang tidak terfikir Mahathir menjadi pengerusi perangka manifesto untuk untuk membatalkan tol. Tidak pelik bagi Anwar, Kit Siang dan PAS yang bersendirian sekarang untuk memansuhkan tol. Itu yang pembangkang mahu sejak sistem tol itu diguna dan ia yang Anwar tuntut sejak PKR ditubuhkan.
Lebuh raya bertol itu adalah seperti anak yang Mahathir lahir dan bidani sendiri samalah seperti membidani Mukhriz dan anak-anaknya yang lain.
Maka tol bagi Malaysia sepanjang 30 tahun ini adalah selari dengan politik dan pentadbiran Mahathir. Selagi berkuasa Mahathir tidak terfikir sesiapa tol itu berakhir. Dengan konsesi dan bebannya yang tidak terkira, tidak diketahui bila akan habis.
Kuasa Mahathir berakhir tetapi janji tolnya berterusan. Dia akan mati, tetapi tol payah mati dan ditinggalkannya untuk diwarisi rakyat.
Semua tahu bahawa baharu tidak kekal. Yang kekal hanya Allah. Tol itu pun baharu, tidak kekal juga. Mungkin generasi tol yang ada mati belaka, mungkin lepas itu tol binasa.
Mahathir yang ada sekarang seperti bukan Mahathir dulu lagi. Dia yang menggubal sistem tol yang ada, dan dia pula di barisan depan untuk menghapuskan tol.
Geli dan menggelikan. Dia yang cipta tol dan dia hendak hapuskan pula. Mahathir itu keras orangnya. Kini seperti lembut dalam keras. Dia juga baharu. Tidak sentiasa keras dan tidak sentiasa lembut.
Jika tol itu menindas, maka Mahathir sekarang yang menebus penindasannya. Mengakhiri penindasan dengan menghapuskan penindasan adalah betul dan mulia. Penindasan itu boleh diakhiri jika Mahathir berkuasa semula. Bila tidak berkuasa semula, apapun tidak dapat dibuat. – HARAKAHDAILY 21/3/2018
Manifesto PAS yang terawal dan yang terbaharu
PAS adalah pihak kedua dari tiga komponen parti yang mengumumkan manifesto pilihan rayanya yang mengandungi sembilan teras utama. Yang pertama HARAPAN dan belum berbuat demikian Barisan Nasional.
Ketika rencana ini ditulis belum melancarkannya. Ia baru sekadar mengumumkan terasnya dan huraiannya baru diperolehi pada pelancarannya nanti.
Untuk itu saya salin terasnya tanpa komen sementara menunggu apa yang tersirat dari parti yang melahirkan dokumen itu dan membandingkannya dengan manifesto yang terawal yang keluarkannya menjelang PRU 1955 sebelum merdeka dan sebelum ia dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy.
Masa itu tiada yang tahu apa gerangan yang dikatakan manifesto itu.
Manifesto yang terbaru untuk PRU14 dengan bahasa dan teknik sesuai dengan pencapaian dan kemajuan rakyat pada masa ini, dan yang pertama dulu sesuai dengan tapak pemikiran dan politik pengundi pada masa itu.
Berikut adalah teras yang sembilan itu yang dinamakan Malaysia Sejahtera untuk amatan awal pakar dan penganalisis politik sebelum mereka membaca dokumen sepenuhnya dan huraian dari PAS seperti berikut:
1. Pembentukan sebuah krajaan yang berintegriti, beramanah serta bebas rasuah;
2. Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baharu untuk rakyat;
3. Pemberdayaan rakyat untuk meredakana kesan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup;
4. Pengurangan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar;
5. Peningkatan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan cemerlang;
6. Pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak syariah;
7. Pengukuhan semula konsep federalism dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri;
8. Pemerkasaan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan demokrasi;
9. Penambahbaikan keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan.
Berikut adalah salinan manifesto pilihan raya tahun 1955 itu seperti yang terdapat dalam buku Perjuangan PAS 1951-1970 oleh Dr. Ismail Said terbitan Buku Harakah:
SIASAH (Politik)
1. Menyemak dan menyusun semula perjajian Persekutuan Tanah Melayu bagi disesuai dengan hasrat rakyat;
2. Berusaha supaya sekalian Ahli Majlis Mesyuarat sama ada Majlis Persekutuan, Negeri, Jajahan, Selat dan bandaran semua sekali dipilih oleh rakyat;
3. Mengakui kedaulatan Duli-Duli Yang Maha Mulia sebagai raja-raja berperlembagaan;
4. Berusaha menghapuskan dasar pindu terbuka, yakni menahan kemasukan orang-orang dagang ke Tanah Melayu yang membahayakan kedudukan anak negeri;
5. Menjamin kebebasan beragama dan hak asasi manusia;
6. Berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya Bahasa Melayu diamal benar-benar sebagai bahasa rasmi kerajaan dan kebangsaan;
7. Berusaha supaya tiap-tiap orang hanya mempunyai satu taraf kerakyatan saja;
8. Berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kemerdekaan dengan secepat mugkin; dan
9. Berikhtiar bersungguh-sungguh peraturan-praturan Islam dapat dijalankan dalam masyarakat dan urusan pemerintahan dari satu masa ke satu masa hingga terlaksana cita-cita Islam.
IKTISAD (ekonomi)
1. Berikhtiar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat didirikan usaha-usaha untuk memajukan pertanian, perusahaan, perniagaan dan pelayaran (Pelajaran?);
2. Menghapuskan perniagaan yang berupa pembolotan ekonomi (monopoli);
3. Berikhtiar supaya Negara tidak berharap semata-mata kepada luar negeri untuk kehidupan rakyatnya;
4. Berikhtiar mengadakan rancangan dan usaha yang tegas bagi membantu perkembangan ekonomi orang Melayu;
5. Berikhtiar supaya penanaman modal luar dapat dihadkan;
6. Berikhtiar mengecilkan perbelanjaan Negara dengan seberapa kecil yang boleh dengan memotong segala perbelanjaan yang tidak mustahak;
7. Berikhtiar mengadakan peraturan-peratran untuk melindungi hak-hak tani, nelayan, perniagaan, perusahaan dan sebagainya;
KETENTERAAN
1. Berusaha supaya diadakan satu askar kebangsaan sahaja unuk menjamin keselamatan Negara;
2. Berusaha supaya askar-askar luar dikurangkan dengan seberapa banyak yang boleh dan supaya tempat mereka diganti dengan askar-askar kebangsaan saja;
3. Berikhtiar dengan sehabis tenaga supaya darurat dapat ditamatkan dan supaya undang-undang darurat dihapuskan;
4. Berusaha supaya diadakan perkhidmatan Negara untuk menjamin keselamatan Negara;
5. Menggalakkan supaya rakyat mula mengambil sebahagian dalam pertahanan Negara ini.
PELAJARAN DAN PENDIDIKANSumber HD - 20-3-2018
1. Mengambil langkah supaya tiap kanak-kanak mendapat pelajaran percuma yang bersesuai dengan kemajuan;
2. Pelajaran Islam hendaklah diberikan kepada kanak-kanak beragama Islam;
3. Berikhtiar supaya pemerintah dapat mengadakan sekolah-seolah dewasa dengan seberapa segera, terutama pada bahagian pertukangan dan ekonomi;
4. Berikhtiar dan berusaha supaya Sekolah-sekolah Melayu yang ada sekarang ini menjadi pokok bagi sekolah Negara dengan memperluas dan mempertinggikan tingkatan darjah pelajarannya bersesuaian dengan dasar negara;
5. Berikhtiar mengambil perhatian yang berat terhadap perkembangan pendidikan akhlak bagi meninggikan mutu dasasr pelajaran.
KEBAJIKAN
1. Berikhtiar dengan bersunggh-sungguh supaya tahanan-tahanan darurat dapat dibebaskan dengan segera atau dihadapkan ke muka pengadilan;
2. Berikhtiar supaya dapat menjalankan undang-undang terhadap perkara-perkara pelacuran, perjudian, minuman keras, permakanan riba dan sebagainya;
3. Mengadakan peraturan-peraturan yang tegas mengenai (peng)hiburan, pertunjukan, bacaan, filem-filem dan sebarang apa yang boleh menyebabkan jatuhnya akhlak rakyat;
4. Berikhtiar membaiki kesihatan, terutama di kawasa luar bandar;
5. Berikhtiar memperbaiki nasib fakir miskin dengan mengadakan rancangan yang menjamin hak hidup mereka; dan
6. Berikhtiar dan berusaha supaya hal-hal kebajikan tempatan diselengarakan dengan sebaik-baiknya.
Ketika manifesto ini dibuat PAS baru berusia dua tahun. Ia belum ditubuhkan di semua negeri di Semenanjung dan dalam pilihan raya itu ia hanya meletakkan 11 calon daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Rata-rata ia dianggotai oleh lulusan sekolah agama dan orang professional amat terhad sekalipun ia ketika itu dipimpin oleh Dr. Abas yang berpendidikan sistem pendidikan barat tetapi tidak pernah belajar di luar negeri.
Manifesto itu dirangka dengan mengambil kira penduduk Tanah Melayu adalah anak tempatan dan orang dagang kebanyakannya adalah pemegang pasport British. Majoriti yang rendah saja menjadi rakyat dan pengundi.
Isu kebanjiran orang dagang menjadi perbincangan di kalangan orang tempatan tetapi ia tidak didorong oleh sentimen perkauman. Ia berbangkit justeru rakyat terancam oleh kebanjiran orang dagang justeru itu menjejas kepentingan anak negeri.
Yang dibangkitkan ialah seperti rakyat semua kaum sekarang membincangkan kebanjiran begitu ramai orang dagang dari Indonesia dan Bangladesh hingga menjejaskan peluang pekerjaan dan ekonomi rakyat berbagai kaum itu.
Yang amat peka atas isu itu masa itu ialah orang PAS samalah seperti kepekaan berbagai parti politik dan kaum sekarang atas kehadiran pekereja Indonesia dan Bangladesh itu. Tidak adil dianggap perkauman bagi rakyat berbagai kaum peka mengenainya kerana mereka rakyat. Demikian kepekaan PAS masa itu.
Maka manifesto PAS itu dirangka dengan latar belakang demikian. – HARAKAHDAILY 20/3/2018
Menyiasat Jho Low seperti menyiasat Najib
KAPAL mewah Jho Low, Equanimity yang dicari Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dikesan di perairan benua Amerika tetapi tuhan hantar ke Bali, di depan muka Malaysia, yang pembeliannya dikatakan dicuri dari kompeni Kementerian Kewangan Malaysia.
Tidak perlu lagi jauh mencari dan tuannya. Tiba-tiba dijumpai di Indonesia. Bukankah ini Allah hendak menyerahkannya kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Ibarat ikan kita tidak perlu ke laut jauh, ikan masuk ke bubu tepi rumah sendiri. Buatlah apa yang dibuat dengannya.
Tetapi Peguam Negara ada dalih untuk bertindak. Kita tidak tertarik dengan apa jua dalih, tetapi membiarkan si fulan pergi dengan labu-labunya. Biarkan Jho Low berlayar dengan bahteranya.
Semua tahu duit kerajaan yang dibancuh dalam 1MDB hampir habis. Digunakan antaranya membeli kapal mewah itu. Duit itu tidak pergi sendiri tetapi diambil dari kompeni itu. Pertama ia diambil dengan kekerasan; rompak atau curi. Jika ini yang terjadi mengasa wajar mengadu. Kedua ia diambil kerana diberi
Jika yang mengambilnya Jho Low, maka 1MDB memberinya. Siapa boleh memberi berguni-guni duit 1MDB kepadanya? Tiada mungkin ia diberi tanpa persetujuan yang paling berkuasa atau yang paling berkuasa itu suruh beri kepadanya.
Siapa lagi yang paling berkuasa di situ melainkan Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri. Semua tahu 1MDB telah hilang duit. Tiada kenyataan yang ia tidak pernah hilang duit. Tiada bukti dan saksi PM Najib atau sesiapa memberi duit itu kepada Jho Low.
Siapa juga yang hilang duit, dia mesti mengadu. Siapa juga yang memberi duit kerana ditipu, dia juga mengadu. Tetapi siapa juga yang memberi duit kepada orang, nescaya tiada ia mengadu.
Keluarga diraja Saudi derma RM 2.6 billion kepada Najib tidak mengadu dia. Dalam Islam bersedekah dan berderma tidak boleh diumumkan. Habis pahalanya. Jika yang memberi duit pada Jho Low beritahu dia beri duit kepadanya, hilanglah pahalanya.
Berpahala yang memberi duit kepada sesiapa jika duit itu dia punya. Jika ia duit orang diberi tanpa pengetahun dan persetujuan tuannya, ia adalah pecah amanah. Pemecah amanah dan penerima duit orang tanpa kebenaran tuannya, sama-sama besar dosanya.Lain-lain harta yang dibeli Jho Low dari duit yang dikatakan diambil dari 1MDB telah diambil oleh Jabatan Keadilan Amerika. Yang belum dapat diambil bahtera mewahnya. Bila ia dikesan berada di Bali, Amerika telah mendapatkan kerjasama Indonesia menahannya. Tentunya FBI membuat siasatan rapi atasnya.
Indonesia boleh mengambil tahu tentangnya atau dapatkan sahaja maklumat dari FBI. Tetapi kerana dibeli dari duit 1MDB, Malaysia berhak peduli atas perkara itu. Jika Malaysia dikira sebagai mangsa, maka mangsa di mana-mana juga dan sesiapa juga berhak untuk peduli. Hanya orang seperti Pak Pandir tidak terasa atas apa juga yang berlaku terhadapnya.
Pegawai tinggi Malaysia ketika rencana ini ditulis ada dalih tidak pedulikan keberadaan kapal itu di Bali. Ia bagai bukan Malaysia ada kepentingan. Ertinya Malaysia berlepas tangan. Apa orang hendak kata, katalah. 1MDB, kerajaan tidak terkesan dengannya.
Sumber HD - 12-3-2018Selama-lamanya Najib dan 1MDB berdalih tiada yang luar biasa dalam urusan 1MDB dan apa yang dikatakan skandal hanya fitnah memburukkan kerajaan, PM. Yang semua mahu kapal itu dan Jho Low disiasat ialah untuk tahu penglibatan Jho Low atas skandal itu. Jika Jho Low disiasat, Ia sama seperti menyiasat Najib. - HARAKAHDAILY 12/3/2018
Jurutera jual nasi persepsi Mahathir betul
BETAPA jurutera yang amat diperlukan oleh orang Melayu tetapi memilih menjual nasi lemak sebagai kehidupannya menyebabkan Dr Mahathir menempelak kerajaan di bawah Najib.
Itulah nilai kerajaan yang ada hingga jurutera, unuk maka sesuap pagi dan sesuap petang, terpaksa berniaga nasi lemak.
Berniaga nasi lemak tidak hina. Ia adalah lebih mulia dari berniaga dadah dan perdagangan orang. Nabi pun zaman remajanya jadi jurujual kepada pedagang wanita terbilang di Makkah. Tetapi itu adalah permulaannya dalam bidang pekerjaan.
Jurutera yang jual nasi lemak adalah gara-gara ramainya orang berkelulusan tinggi tetapi tiada pekerjaan. Universiti Perguruan Sultan Idris mengeluarkan ribuan graduan guru tetapi tidak cukup sekolah untuk menampung mereka. Sekarang bukan saja lulusan tinggi payah dapat kerja, ribuan yang sudah bekerja dibuang kerja.
Kita pernah ada bekas tentera tiada kerja dan mereka digaji jadi komunis oleh komunis yang diperangnya dulu. Baik juga jurutera itu jual nasi lemak, amat malang kalau dia ambil upah sebagai penumpang kapal terbang hantar dadah ke negara asing dan ditangkap sebaik mendarat. Atau dia ambil upah sapu muka abang pemimpin Korea Utara dengan upah RM400.
Mungkin jurutera itu berjiwa berniaga dan bermula dengan buka gerai nasi lemak. Tapi dalam suasana pengangguran terhormat bertimbun-, payah orang menerima seorang lulusan sains yang kerajaan atau ibu/bapanya melabur ribu-ribu menyekolah tinggikannya, bila tamat jual nasi lemak.
Sekalipun minat niaga, kerja dulu di bidang kejuruteraan. Dengan pengalaman kerja itu nanti, berhenti dan berniaga, nescaya senang jadi jutawan. Unuk jadi jutawan mesti beniaga, bukan rasuah. Tapi niaga itu bukan jual nasi lemak. Saudagar nasi lemak juga lumayan tetapi payah jadi jutawan.
Jika minat jadi saudagar nasi lemak, tidak perlu belajar jadi jurutera. Ilmu jurutera itu akan membazir bila jadi peniaga nasi lemak. Bila ilmu kejuruteraan itu hendak digunakan? Kalau lulusan pondok jual nasi lemak, ilmunya boleh juga untuk beri kuliah di surau dan masjid. Berguna juga ilmunya.
Ilmu kejuruteraan nescara membazir kecuali kemudiannya dia tinggal nasi lemak itu pada orang lain, dia kerja di bidang kepakarannya. Teknik masak nasi lemak dan memasarkannya tidak perlu belajar kejuruteraan, kecuali nasi lemaknya hendak difrancais ke seluruh dunia seperti ayam goreng Kentucky.
Hendak belajar masak nasi goreng mari jumpa isteri saya. Setelah 40 tahun kahwin saya tidak jemu dengan nasi gorengnya. Nasi goreng kampong, nasi goreng Hailam, semua saya tidak minat. Tetamu sarapan tidak tolak jemputan saya kalau diberitahu ada nasi goreng.
Memang payah dapat pekerjaan sekarang, tapi kalau jurutera berniaga nasi lemak, orang ajaib akan pilihannya, tapi persepsi semua ia adalah tanda teruknya kerajaan dan urusan Negara kita sekarang. Jurutera Bangladesh dan Indonesia boleh datang kerj di Malaysia, tetapi jurutera kita yang menganggur hendak ke mana?
Tanggapan awal kejadian itu ialah Najib telah mmbazirkan jurutera dan lulusan pengajian tinggi kita. Najib mungkin wujudkan banyak peluang pekerjaan,tapi untuk warga Bangladesh dan Indonsia. Bukan untuk belia kita.
30 tahun dulu Tan Sri Megat Joned kata saya aniaya anak-anak hantar mengaji Quran di Turki. Balik nak jadi apa. Jawab saya, kita ada 17 universiti. Semua ada fakulti
kejuruteraan. Bila satu jawatan jurutera kosong ribuan yang mohon. Anak saya ke Turki untuk belajar sejarah Empayar Othmaniyah. Jika dia jadi pakar sejarah Othmaniyah, 17 universiti mengambilnya jadi profesor. - HARAKAHDAILY 5/3/2018Sumber HD - 5-3-2018
Kubah 80 tan tersadai di sawah
ANTARA kesan ajaib tsunami Aceh tahun 2004 yang rombongan Assabiqun lawati ialah kubah masjid yang tersadai di tengah sawah di Kampung Gampong Surah beberapa kilometer dari Banda Aceh. Kiri kanan lorong masuk ke tapak kubah kawasan sawah, bahkan sekitar kubah pun orang masih bersawah.
Ia sebesar lebih dari dua puluh kaki yang dikatakan beratnya 80 tan. Ia tidak cacat sekalipun masjidnya musnah dan dihanyutkan ke situ dari jarak beberapa kilometer. Saya tidak memastikan ia dari simen atau dari logam apa. Tapi tapak kubah itu kini disimen dan dipagar supaya ia terpelihara.
Antara yang ajaib ialah ia dikatakan beratnya 80 tan. Bagaimana sebuah masjid yang jauh dari kota ada kubah seberat itu? Dan apa kaedah yang digunakan oleh jurubina membina kubah seberat itu dan boleh ditampung oleh masjid di bawahnya?
Ia adalah dari masjid yang terletak di belah belakang bukit. Ia bukan bukit yang kecil walaupun bukan bukit yang besar sangat. Bukit itu kira-kira dua setengah kilometer dari kubah itu terdampar sekarang.
Kejadian yang berlaku begitu cepat sekitar pukul lapan pagi itu hampir tidak disedari oleh ramai justeru terjadi tiba-tiba dengan air melanda terlalu deras. Memang semasa tsunami itu melanda tidak ramai yang dapat menyelamatkan diri. Gelombang yang melanda lebih laju dari kelajuan sebuah motokar.
Pemandu pelancong tempat itu seorang ibu 40-an. Dia datang dengan motosikal ke situ sebaik kami sampai, tIada pengunjung lain ke situ masa itu. Dia terselamat kerana dia bersalin di tempat lain. Dia tidak menyaksikan air yang deras itu.
Katanya kejadian iu disaksikan oleh imam masjid di kampung itu semasa beliau bekerja di atas bukit. Imam itu baru saja meninggal. Dia menyaksikan air datag dari semua penjuru. Dia nampak kubah itu dibawa air deras terapung dari depan bukit ke kawasasn sawah di depannya.
Kubah itu adalah dari masjid Kampung Lam Tengah. Kubah itu mulanya mengeliling bukit itu dulu. Dia hanya sedar ketika ia lalu di depan bukit. Setelah ia dihanyutkan begitu cepat, ia kemudian berpatah ke belakang begitu laju juga hingga tersadai di tempat sekarang.
Ia berlaku kurang dari setengah jam. Tsunami yang disaksikan oleh imam di tempat itu tidak sampai setengah jam. Masjid Lam Tengah sendiri musnah oleh bencana itu, tetapi kubah itu tidak cacat. Pada hal gelombang tsunami itu menyapu dan melanggar apa saja objek kecil dan besar dan segala sampah sarap tetapi kubah itu yang terpisah dari masjidnya tidak ada-apa.
Ia adalah satu keajaiban. Demikianlah Allah menunjukkan kebesaran dan kekuasaan-Nya. Apa makhluk yang Allah gunakan untuk membawa kubah itu ke situ? Allah saja yang mengetahui. Ia boleh berlaku dengan perintah kun fayakun.
Mungkin samalah dengan kejadian Nabi Sulaiman memerintahkan jin memindahkan istana tersergam indah Ratu Balqis dari Sabak ke Palestin dalam sekelip mata. Sebelum sempat Nabi Sulaiman membuka mata istana itu sudah ada di depannya.
Sumber HD - 16-2-2018Tiddk retak dan tidak sompek. Sebagaimana istana itu di tapak asalnya, demikianlah ia di sebelah istana Nabi Sulaiman di tapak baharunya. Kubah itu tidak cacat setelah tsunami tiada lagi. Ia hanya terpisah dengan masjidnya. Beberapa gerai didirikan di sebelahnya untuk pengujung membeli cenderahati. - HARAKAHDAILY 16/2/2018
Khalid tolong kita
PADA makan selesai Fastaqim 2.0 Selangor di Shah Alam 21 Januari, saya duduk semeja sebelah Sehak. Di sebelahnya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Selalunya bila Tuan Guru Abdul Hadi hadir di majlis parti di Selangor Sehak ada sama.
Masa makan itu kami tidak bercakap politik, tapi bercakap tentang masa muda semasa bujang dulu.
Seminggu kemudian Sehak mengumumkan dia akan tolong PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 di Selangor tapi tidak masuk PAS.
Itulah Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar pertama Pakatan Selangor yang masa muda saya mengenalinya Sehak. Ayahnya Haji Ibrahim, pesara polis, bondanya, neneknya, kakaknya membahasakan Khalid itu Sehak dengan saya.
Saya tahu dia Khalid bila dia kahwin dan saya jadi pengapitnya. Selepas kakaknya wartawan Siti Zaharah mati awal 1970-an kami putus hubungan. Bertemu semula dengannya bila dia masuk PKR.
Saya tanya macam mana dia masuk politik? Dia tidak minat politik. Diapun tidak tahu macam mana boleh jadi PKR. Kira-kira katanya jika dia hendak berpolitik, dia masuk PAS.
Agaknya semasa dia dalam PKR dan jadi Menteri Besar, dia tidak berpolitik sangat. Agaknya jika dia berpolitik, dia ikut saja apa yang partinya mahu, dia selamat. Macam Dato' Seri Shahidan Kassim. Apa saja yang Dato' Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad kata dulu, dia ikut saja. Dan sekarang, apa yang Mahathir kata dia tidak ikut lagi. Dia ikut apa saja yang Dato' Seri Mohd Najib Razak kata.
Sekarang Khalid Ibrahim belum mahu berpolitik lagi. Agaknya cukuplah denan pengalaman singkatnya dalam politik dengan PKR dulu. Mungkin payahnya dengan pengalaman yang singkat itu jauh lebih payah dari kepayahan sepanjang dalam PNB dulu.
Tetapi dipercayai dia suka PAS. Kalau dia masuk PAS dia berpolitik lagi. Maka dia putuskan setakat ini tidak masuk PAS, sebaliknya dia hendak menolong PAS. Dia suka PAS menang dan hendak melihat PAS menang baik di Selangor mahupun di Persekutuan.
Jika Selangor dapat dikuasai, itulah yang sama disukainya. Bukan justeru hendak memadankan muka Dato' Seri Mohamed Azmin Ali tetapi boleh menolong PAS menyambung kerja-kerja yang tidak selesai dulu.
Sejak bersara dari MB dia selalu bersama dalam majlis PAS dan tidak diketahui dia ada menolong PAS. Dalam PRU nanti, dia berjanji untuk menolong PAS.
Menolong PAS itu samalah seperti menyokong PAS, bahkan menolong itu adalah lebih baik dari menyokong. Penyokong PAS itu adalah pada umumnya kekuatan yang kedua bagi parti itu. Kekuatan peertamanya adalah orang PAS yang menjadi ahlinya. Dan kedua adalah penyokongnya yang tidak menjadi ahlinya.
Penyokong itu memang berperanan. Kadang-kadang ia memberi lebih banyak sumbangan daripada orang PAS sendiri. Selama ini yang merancakkan kempen dan perjuangan PAS antaranya adalah peranan penyokong. Macam-macam kerja yang penyokong buat, kadang-kadang mereka lebih rancak berbanding petugas PAS.
Semasa saya bertanding dengan Mahathir dalam PRU1999 di Kubang Pasu, antara datang menyumbang yang saya tidak kenali adalah seorang dari Kuala Lumpur. Saya tanya dia berkhidmat di mana? Jawabnya di PNB. Jangan-jangan sumbangannya dari Sehak.
Sekalipun Sehak dan Khalid itu adalah orang yang sama, tapi Sehak lebih dekat dengan saya kerana saya adalah 'family friend'nya.
Khalid tidak mahu masuk PAS tetapi dia mahu jadi penolong PAS. Penolong adalah ke depan dari penyokong. Penyokong ada sumbangan tetapi tidak semua penyokong memberi sumbangan. Selama ini penyokong banyak memberi sumbangan wang ringgit, tenaga dan semangat. Tapi ada juga penyokong memberi semangat saja.
Semangat dan pandangan adalah sumbangan juga. Mungkin tiada yang lain dapat diberinya. Sebagai penyokong dia tidak beri undinya pada orang lain dan dia pesan pada anak-anak dan adik-beradiknya beri undi pada PAS.
Akan tetapi Khalid sudah berjanji mahu menolong PAS. Menjadi penolong adalah lebih ke depan daripada menjadi penyokong. Penyokong memberi sumbangan yang besar tetapi penolong memberi lebih besar dalam serba serbi.
Di luar PAS penyumbang PAS itu penolong, kemudian penyokong, lepas itu atas pagar boleh menyokong dan boleh tidak menyokong. Menyokong bersebab. Jika idak bersebab dia tidak menyokong sebaliknya memberi undi pada orang lain. Atas pagar yang terbaik ialah tidak menentang PAS dan tidak menyokong parti lawan.
Risiko orang atas pagar atau yang tidak ke mana-mana ini ialah dia menunggu siapa boleh beri lebih banyak kepadanya. Dari kanan dia terima dan dari kiri dia terima.
Sekalipun dia sudah terima dari satu pihak, jika datang tawaran yang lebih baik, dia terima yang lebih baik dan tidak pula pulangkan pemberian yang kurang itu. Dia makan keliling.
Mereka tidak anti-PAS tetapi tidak mengundi PAS kerana PAS tidak dapat beri apa-apa padanya. Mereka adalah sama saja dengan yang menentang PAS atau anti-PAS.
Orang seperti Khalid ini ramai. Dalam musim pilihan raya mereka memenuhi markaz, seusai pilihan raya mereka hilang. Bila ada pilihan raya mereka datang semula. Tetapi ramainya tidak mengumumkan mereka menolong PAS. Yang berani mengaku menolong PAS masa ini ialah Khalid.
Khalid bolehlah dikira rakan kongsi PAS dan sekalipun tidak menjadi ahli PAS tetapi dengan mengumumannya menyokong PAS seolah-olah dia sudah memutuskan hubungannya dengan satu pihak lagi, yang tidak mungkin lagi dapat apa-apa daripada Khalid sekurang-kurangnya dalam pilihan raya yang dekat ini.
Apa pertolongan yang Khalid hendak beri tidak usah ditanya dan dikorek. Apa yang dia beri terima sajalah. Dia bukan seorang saja menjadi rakan PAS. Ramai lagi yang sepertinya tetapi tidak menyatakan sepertinya. Dan dia mungkin menjadi contoh kepada lain-lain yang mahu melihat PAS berjaya dan bergaya dalam pilihan raya.
Dan kita mungkin tidak tahu orang duduk di sebelah kita dan solat di masjid sebelah kita adalah seorang penolong PAS seperti Khalid tetapi tidak menyatakan dirinya.
Khalid dipercayai tidak menolong sekadar PRU ini saja. Dia akan menjadi kawan selepas PRU dan selama-lamanya. Tidak kira PAS berkuasa atau tidak seleps PRU ini. Jika PAS berkuasa, dia akan menjadi penolong yang sedia menunggu untuk apa-apa kerja saja dalam kerajaan pro-Islam. Pertolongannya itu dalam apa bidang jua sedang menunggu.Dengan imejnya yang baik, orang yang menunggu-nunggu apa dasar ekonomi dan pembangunan PAS setelah berkuasa nanti boleh berpegang kepada ketokohannya dalam ekonomi, pembangunan, kewangan dan lain-lain.
Amerika, Eropah, Jepun, China dan lain-lain telah tahu lama dengan keuppayaannya. Bila dia mengumumkan menolong PAS, maka dia telah memberitahu dunia seluruhnya tentang hala tuju PAS yang berkuasa nanti.
Sumber HD - 7-2-20118Kuasa PAS nanti tidak rasuah. Tugas awal kuasa PAS nanti ialah unuk menyelesaikan hutang yang bertimbun, skandal yang banyak sebelum dan sesudah Najib. Kerja itu besar. Khalid jadi penolong PAS menangani wilayah yang hampir runtuh ini. -HARAKAHDAILY 7/2/2018
Hebat paluan Husam kepada PM
AMAT hebat dan tepat pukulan Datuk Husam Musa ke batang hidung Perdana Menteri Najib yang membangkitkan betapa gaji kaki tangan Kerajaan Kelantan bergantung atas bantuan Kerajaan Persekutuan.
Husam bukan lagi sebahagian dari Kerajaan Kelantan, bahkan bukan lagi parti yang memerintah Kelantan iaitu PAS, atas sifatsnya rakyat Kelantan tidak dapat membiarkan apabila Kelantan ditempelak oleh Perdana Menteri Najib sedemikan.
Kerajaan Pusat yang tanggungjawabnya di bawah konsep persekutuan/federalisma, memayungi negeri dan kerajaan negeri termasuk Kelantan wajar menampung sebarang kekurangan yang terdapat di negeri-negeri.
Tanggungjawab dan beban Kerajaan Pusat itu bukanlah atas permintaan Kelantan, tetapi Kerajaan Pusat sendiri ketika menandatangani perjanjiian memasukkan Kelantan dalam gagasan persekutuan bersetuju untuk menerima tanggungjawab melindungi negeri-nengeri dan kerajaan yang bersekutu dengannya.
Dan jika Kerajaan Pusat berhalangan untuk memikul tanggungjawab itu, maka ia boleh keluarkan Kelantan dari Malaysia atau pada pembentukan Kerajaan Persekutuan dulu, ia boleh tolak Kelantan menyertainya.
Apabila seorang anak jantan bersedia kahwin dengan mana-mana anak dara, maka dia mesti bersedia menanggung nafkah lahir dan batin isterinya. Tidak sekadar nikah tetapi nafkahnya tangungjawab bapa dan ibu mertua. Jika Kerajaan Pusat hendak menjadi bapa yang memayungi Kelanan, maka ia jangan takwil kekurangan yang ada di Kelantan.
Husam telah ajar Perdana Menteri Najib dalam facebooknya atas tempelak Najib itu sekalipun Najib bergurau. Husam telah beri jawapan yang tepat seperti yang PAS patut buat. Jika PAS beri reaksi atas kenyataan tidak senonoh PM itu memang PAS dan Kerajaan Kelantan wajar nyatakan reaksinya. Dan Husam telah ambil peranan yang tepat dan hebat pukul batang hidung Perdana Menteri.
Tempelak Najib itu menghina kedaulatan Kelantan dan rakyatnya, yang Husam dipercayai sebagai rakyat tersinggung. Bukan rakyat yang bersama PAS dan Husam saja rasa tersinggung, Datuk Mustafa Mohamad yang hendak sangat jadi Menteri Besar Kelantan selepas PRU14 ini juga patut terhina dengan ungkit Najib itu.
Jika Mustapa ada rasa bangga sebagai rakyat Kelantan, dia patut jawab seperti yang Husam buat jika dia bukan seorang yang tidak pemalu.
Pada saya Husam buat sepatutnya dan PAS patut suka dengan apa yang dia kata itu. Sepatutnya Husam tidak perlu keluarkan dirinya dari PAS dalam politik di negeri itu.Dia adalah antara orang berfikiran bergeliga pernah ada dalam PAS tetapi dia memilih jalan untuk tidak bersama PAS, suatu kejadian yang saya amat pilu.
Dan agak saya reaksi Husam sedemikian sebagai usahanya supaya PAS tidak campur BN dalam PRU nanti. Dan yang bimbangkan PAS hendak bersama BN/Umno itu satu sangkaan.
Adapun gaji kaki tangan kerajaan Kelantan itu dipercayai boleh Kerajaan Kelantan tangani jika Kerajaan Pusat tidak curi royalti petrol dan gas yang Petronas kendali. Jika pusat tidak amalkan pencurian, Kelantan mungkin sudah lama berdikari.
Bahkan Najib telah gunakan sebahagian dari hasil yang dicukai dari Kelantan dan royaltinya untuk tampung sebahagian dari keperluan Kerajaan Pusat.
Jika Pusat tidak mahu ambil lagi tanggungjawab atas Kelantan, merdekakan ia seperti ia pernah memerdekakan Singapura, dan dengan minyak diperairannya, biar Kelantan sendiri terokai.
Sumber HD - 2-2-2018Dan yang bongkar Pusat curi minyak Kelantan itu adalah Husam juga. Yang elok padanya wajar dihargai. Dia suruh PAS keluarkan dia, yang tidak eloknya.
Tiada siapa khianat siapa di Selangor
SEPATUTNYA kenyataan AMK Selangor yang mengira ulang hasrat PAS mengambil Selangor dalam PRU14 nanti sebagai pengkhianat kepada kerajaan sekarang tidak perlu dilayan.
Kenyataannya itu bukan satu kejutan politik yang menggemparkan. Belum tentu ia pandangan rasmi kerajan negeri dan ia juga pandangan rasmi PKR.
Justeru ia satu kenyataan politik, seremeh mana sekalipun elok juga diulas supaya orang-orang yang baru hendak mengenali politik dapat memahami persoalan yang dihadapi.
Yang kata PAS hendak tawan ngeri itu bukan suatu pengkhianatan, dan yang kata beberapa kejadian di Selangor yang mengejutkan PAS sepanjang kerajaan bersama itu bukan juga pengkhianatan.
Lidah dan gigi bergigitan dalam kerajaan oleh lebih dari satu parti politik adalah biasa dalam apa sistem politik sekalipun. Jika ia kecil dan sekali sekala, kerajaan iu dapat dipertahankan. Jika sebuah rumahtangga idak dapat dikawal lagi, Islam membenarkan perceraian sekalipun ia tidak salah dan dibenci Allah.
Keluar dari rumah yang runtuh adalah lebih baik dari hidup dalam rumah dalam rumah yang runtuh.
Sekalipun PAS dan PKR ada msalah di Selangor tetapi kedua-dua parti berjaya mengatasi masalahnya sehingga menjelang PRU baru mereka masih kekal. Ia satu toleransi atau tolak ansur baik yang patut disyukuri dan patut dipuji.
Kedua-duanya berseetuju untuk kekal lagi tetapi kalau idak boleh kekal juga, kedua-duanya setuju unuk tidak kekal lagi.
Masalah kdua-dua tidak boleh meneruskan tahaluf ialah PAS tidak lagi boleh bersama dengan DAP dan DAP juga tidak boleh bersama PAS lagi manakala PKR tidak boleh idak bersama DAP.
PAS sayang pada kerajaan Selangor dan DAP juga sayang pada Kerajaan Selangor. PKR tentu tidak kurang sayangnya dari kedua-dua parti itu. Sekalipun PAS dan DAP sudah bercerai, mereka ada idah duduk serumah lagi hingga idah itu tamat apabila Parlimen dibubarkan.
PAS mahu bersama PKR lagi tetapi PKR tidak boleh berenggang dengan DAP. Kerana PKR tidak sedia tinggalkan DAP, maka tiada jalan lagi untuk bersama.
Bila kedua-duanya tidak dapat brsama lagi, apa yang patut mereka buat? Dari mula PAS sudah bai tahu, ia idak dapat bersama dalam pilihan raya bagi menyambung kerajaan yang 12 tahun itu. PKR mahu kekalkan PAS bersamanya tetapi mesti sedia bermadu dengan DAP. Cerai PAS dengan DAP itu talak tiga. Untuk kahwin semula mesti yang jadi isteri kena cina buta dulu.
Bukan untuk PRU14 saja PAS tidak akan bersama lagi dengan PKR selagi ia bersama DAP, malah dalam PRK Parlimen Sungai Besar lebih dua tahun PAS tidak dapat bersama PKR tidak menyokongnya lagi sebaliknya dalam Pakatan yang sudah ditransformasi.
Notis PAS tidak bersama lagi dalam pakatan pembangkang sudah dibuat lama. Harapan sudah tahu hakikat itu. Kalau hendak dikatakan pengkhianatan juga, ia adalah pengkhianatan bernotis.
Demokrasi yang kita setujui ialah tidak boleh larang sesiapa hendak bersatu dan tidak boleh larang siapa tidak mahu bersekutu. Tidak boleh siapa hendak bertanding dan tidak boleh paksa sesiapa hendak bertanding. PAS tidak halang sesiapa menentang PAS dalam pilihan raya dan PKR tidak boleh halang PAS bertanding dengannya.
PAS ikut perlembagaan dan PKR pun ikut perlembagaan. PKR menyediakan calon untuk bertanding denan PAS, bukan pengkhianatan. Bila PAS suarakan untuk tubuh Kerajaan Selangor juga bukan pengkhianatan. - HARAKAHDAILY 1/2/2018
Bukan khayal PAS mahu kuasai Malaysia
JIKA PAS bercita-cita untuk menguasai Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 seperti yang disuarakan oleh Presidennya Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Fastaqim Selangor di Shah Alam pada 21 Januari lalu, bukanlah sekadar khalayan bagi yang disangka oleh pengamat politik.
Sekalipun indikator politiknya tidak dirasakan ia dapat dicapai oleh PAS memandangkan sejuknya rentak kempen sekarang, tetapi Islam itu dalam sejarahnya acap berlaku kejutan.
Yang orang takjub, ia sukar menang dalam Perang Badar, ia menang cemerlang padahal bilangan mujahidin sepertiga saja dari tentera musyrikin. Ketika ia punya tentera yang ramai dan persiapan yang cukup, ia tidak menang seperti dalam Perang Uhud.
Sumber HD - 31-1-2018
Politik geli di Selangor
HARAPNYA tidak berlaku apa yang dikatakan Kerajaan Selangor menyekat peruntukan pembangunan di DUN yang diwakili PAS.
Inilah yang berhembus di Selangor hingga menggerak hati PAS hendak mengadu kepada Sultan. Angin menderu itu tidak dikira ribut, tetapi angin politik menjadi ribut.
Sama ada ia ribut atau sekadar sepoi-sepoi bahasa, ia adalah politik yang menggelikan. Sama ada ia betul atau sekadar satu salah faham, dan yang dikatakan dipotong itu termasuklah dua DUNnya yang dibawa lari? Ia terjadi beberapa bulan saja lagi pilihan raya.
Yang jadi geli itu kerana penggal kerajaan di ambang tamat. Dua tiga bulan saja lagi. Lepas itu peruntukan itu akan ditentukan oleh parti yang menang dalam pilihan raya.
Berapa duit sangat yang dapat selamatkan atau dijimatkan oleh kerajaan yang berlebihan duit itu.
Tiada apa manfaat politik yang boleh diraih kerajaan dan pimpinan kerajaan yang bertindak begitu. BN yang mengamalkan diskriminasi di Parliman/DUN pembangkang, sekalipun politik tidak bermaruah, tetapi hendak melemahkan pembangkang di kawasan itu. Bila sekatan dibuat Waibi tidak dapat menggunakan peruntukan kerajaan untuk mendapat faedah politik, dan bila pembangunan di kawasan itu tidak rancak diharapkan pegundi tidak lagi menyokong pembangkang.
Kesannya pun tidak ada. Peruntukan ada atau tidak, pembangkang di bandar-bandar terus menyokong DAP. Peruntukan di Kelantan disekat, ia masih dikuasai PAS juga. Apa yang BN dapat? Nama buruk saja.
Maka tiada apa yang PKR dan Harapan dapat dari menyekat peruntukan dua tiga bulan lagi. Sebaliknya ia boleh menjejaskan wibawa kepimpinan si penyekat.
Tidak berapa masuk akal Embi Azmin Ali boleh bertindak begitu melainkan tidak rasional lagi. Dan sekalipun MB banyak kuasa, tapi kerajaan yang ada itu masih kerajaan bersama PAS. Tidak bijak tindakan seperti tidak dibincangkan oleh Exco sedang PAS ada tiga Exco untuk menentukan kelancaran pentadbiran kerajaan dari semasa ke semasa.
Tekanan dari BN dan DAP bahawa PAS jadi pihak ketiga dalam PRU14 bukan perkembangan baru. Ia sudah diiklankan sejak tahaluf siyasi dengan DAP dibatalkan lebih dua tahun lalu. Jika peruntukan itu hendak disekat mengapa tunggu tiga bulan sebelum Parlimen bubar? Mengapa tidak dari dulu atau setahun dulu?
Dan politik geli ini terjadi bukan mustahil gara-gara perangkap berterusan DAP dan BN/UMNO supaya pilihan raya tiga penjuru diteruskan. BN mahu PAS bersendirian dan DAP mahu jangan ada hubungan lagi PKR dengan PAS.
Sekalipun betul ada sekatan itu, saya payah percaya. Yang saya percaya ia satu salah faham justeru ada yang tidak kena dalam pentadbiran, maka aliran peruntukan terlambat. Terlambat boleh jadi silap atau ada anasir yang buat silap supaya memburukkan imej Azmin berterusan hingga DUN dibubarkan.Sumber HD -25-1-2018
Ramai yang mahu supaya orang PAS marah pada Azmin dan jika boleh sama marahnya dengan DAP.
Memang perkara bukan isu itu sudah jadi isu. Kita ada banyak isu mengapa PAS tidak boleh bersama Harapan dan tidak boleh bersama UMNO. Menyekat peruntukan menjelang Parlimen bubar memang menggelikan sama geli dengan Mahfuz Omar tidak tunggu Parlimen bubar untuk keluar PAS.
Benda boleh selesai dengan Parlimen bubar, buat apa tambah perbalahan dengan benda kecil sedang kita banyak benda besar yang dibalah? – HARAKAHDAILY 25/1/2018
Padah Trump cabul Baitulmuqaddis
MENJELANG genap setahun Presiden Donald Trump meraja Rumah Putih secara angkuh mengumumkan kepada dunia, Amerika mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel dan bersegera memindahkan kedutaannya ke situ dari Tel Aviv.Sumber HD - 24-1-2018
Sedunia termasuk PBB mengecam sikap Trump itu sebagai pencabulan terhadap usaha damai yang dunia usahakan tetapi presiden yang ranggi itu mempersetan bantahan semua orang. Dia kekal dengan keangkuhannya.
Tiada yang dapat menghalang nafsu dan kegilaannya sepanjang setahun lalu. Apa yang dimahunya ikut peraturan atau tidak mesti dilaksanakan.
Dipercayai daripada sedikit balasan Allah, setahun genap pentadirannya, malapetaka awal menimpa Amerika sebagai amaran kepada kegilaannya.
Senat tidak meluluskan belanjawan. Memang senat dikuasai oleh Demokrat. Bukan sentor Demokrat saja menghalang bajetnya, senator Republikan ada yang tidak menyokongnya. Apabila bajet ditolak, kerajaan tidak boleh berbelanja. Beribu staf pentadbiran tidak dapat gaji dan semua kerperluan kewangan dibeku.
Pentadbiran Washington dikira seperti tudup kedai. Untuk beberapa ketika ini ia adalah bencana kepada bangsa dan pentadbiran itu. Ia lebih malang dibandingkan dengan bencana banjir atau ribut salji atau gempa bumi. Semua bencana alam itu tidak menyekat bantuan perbelanjaan. Tetapi bencana bajet disekat, duit banyak tapi tidak boleh diguna.
Tindakan senat itu bukan totok kerana pencabulannya terhadap Baitulmuqaddis, tetapi lain-lain tindakan tidak popularnya khususnya sekatan perjalanan terhadap pemastautin dari beberapa negara Islam Arab. Beribu-ribu diancam diusir dari Amerika, yang keluar Amerika secara sah dihalang pulang ke Amerika dan macam-macam gangguan kebebasan bergerak sekalipun masing-masing mematuhi undang-undang tempatan.
Atas tindakan hawa nafsunya yang lain itu tidak begitu nampak amaran dari langit, tetapi tidak lama selepas Baitulmuqaddis dan Palestin dihina, pentadbirannya diancam dengan sekatan bajet yang menjadikan pentadbiran beku.
Kita memastikan apa sebenarkan bencana itu diizinkan Allah, tetapi kita boleh mengagak, ia adalah kejadian mencolok mata beberapa ketika setelah kota suci semua agama langit – Islam, Yahudi dan Kristian – dicabulnya.
Mungkin para senator tidak peduli sangat atas pencabulan atas Baitulmuqaddis itu, tetapi semua mereka digerakkan hati oleh Allah menghukum pantadbiran yang genap setahun itu. Adakah gara-gara itu Trump dibala, tetapi tindakan paling angkuhnya yang terbaru ialah mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel seperti yang dimahu oleh Negara Yahudi itu.
Tindakan adalah demi mengajar Trump yang ranggi, tetapi kini yang terhukum keseluruhannya ada bangsa Amerika, yang kesannya pentadbiran tidak bergerak dan pegawai kerajaan tidak dapat gaji selagi bajet itu dibekukan. Bagaimana mereka hendak berbelanja?
Biasanya apabila berlaku sekatan bajet begini akan ada rundingan dan tolak ansur. Tuntutan senator Demokrat sekarang ialah Trump membatalkan ancaman terhadap pemastautin tetap dari negara luar.
Masyarakat Amerika secara rasional melayan saksama terhadap pemastautin dengan warga negaranya. Mereka menentang sebarang layanan tak saksama sesama penduduk tanpa mengira rakyat atau pemastautin tetap dari luar.
Bajet itu nescaya dicairkan jika Trump membatalkan penindasan terhadap para pemastautin dan lain-lain tindakan tidak siumannya sebelum ini termasuklah isu Baitulmuqaddis. Senat mungkin tidak minta isu itu dibatalkan kerana ia sensitif bagi bangsa dikuasai Yahudi, tetapi secara mudahnya ia tidak dilaksanakan.
Trump kini diajar. Dia mungkin tidak mahu belajar kerana masyarakat termakan dengan buku yang mengatakan otaknya tidak ‘centre’. Payah otak yang bermasalah hendak dibetulkan. – HARAKAHDAILY 24/1/2018
Senasibkah Mahathir dengan Datuk Onn?
SEKALIPUN Dr. Mahathir merosot popularitinya sebagai pemimpin Melayu UMNO ketika dicabar Tengku Razleigh dalam perlumbaan Presiden UMNO, sejurus selepas itu UMNO jadi Team A dan Team B, diikuti UMNO diharamkan. Selepas itu dia muncul sebaai pemimpin UMNO dan Perdana Menteri yang terbilang dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO sebelumnya dan mungkin juga selepasnya.
Dia bereada dipuncak keagungan semasa berundur dari pemerintahan.
PM Abdullah Badawi tidak dapat imej itu bahkan PM Najib juga disangsi dapat mengatasi kehebatan pimpinannya.
Tetapi apabila beliau keluar lagi UMNO dan membentuk partinya sendiri bagi mencabar UMNO dan kepimpinan Najib, rata-rata orang-orang UMNO yang memuja dan memujinya dulu menolak dan menentangnya. Orang UMNO yang tidak seronok dengan Najib tidak semua muncul menyokongnya dan partinya.
Harapannya seolah-olah bergantung kepada yang tidak senang dengan Najib tetapi tidak berani menentang UMNO, akan mengundinya dalam PRU14 bersama penyokong Harapan yang berdiri di belakangnya.
Tetapi harapan penyokong UMNO untuk menyokongnya bagi menjadi Perdana Menteri semula harap ada percaya tidak. Harapan itu tinggal pada orang Harapan saja dan cukupkah ia untuk mengalahkan UMNO dan Najib?
Terasa sekarang nasib Mahathir kemungkinan nasib Datuk Onn dulu. Selepas British mengharamkan semua parti politik Tanah Melayu kecuali UMNO, Datuk Onn muncul sebagai pemimpin Melayu dan kerajaan yang popular. Walaupun kerajaan yang berkuasa adalah British, tetapi kerana dia adalah menteri paling kanan, seolah-olah dialah pemimpin kerajaan.
Di tengah kemasyhurannya itu dia keluar UMNO kerana menolak keanggotaan bukan Melayu yang dicadangkannya. Dia nampak politik Tanah Melayu tidak boleh bergantung kepada orang Melayu saja tetapi ditentukan oleh bangsa Malayan.
Bila dia menentang UMNO hanya hulubalangnya saja bersamanya, penyokong UMNOnya dulu tidak bersamanya. Walaupun penggantinya memimpin UMNO, Tunku Abdul Rfahman Putra tidak terkenal sebagai pemimpin politik sebelum itu tetapi orang bersamanya.
Dia gagal untuk menjadi pemimpin orang Malayan dan dia tidak diterima untuk jadi memimpin Melayu. Parti Negaranya tidak mampu meletak 52 calon bagi semua kawasan Pilihan Raya 1955. Semua calonnya sekitar 30+ kalah bersamanya. Johor yang jadi kubu kuatnya tolak dia. Satu pilihan raya kecil di Johor selepas itu dia kalah juga.
Cuma dalam PRU pertama 1959 dia menang di Terengganu, jadi Waibi tunggal partinya di Parlimen. Bila beliau meninggal partinya pun mati. Demikian Datuk Onn sebagai pemimpin lincah dan pintar masa mudanya berakhir sebagai oang tidak berjaya.
Adakah Mahathir yang terbilang dulu akan senasib dengan Datuk Onn? Ini yang kita perhatikan.
Datuk Onn tidak menentang sesiapa semasa meninggalkan UMNO. Bila Tunku mengambilalih pimpinan UMNO, dia menentang Tunku, seorang yang UMNO dan rakyat tidak nampak kelemahannya.
Mahathir menentang Najib atas kelemahannya yang sarat. Dia menentang UMNO kerana UMNO tidak terdaya buat apa-apa terhadap Najib. Tetapi Najib kini dapat kekuatan seperti kekuatan yang Perdana Menteri dan pimpinan UMNO sebelum ini dapat termasuk yang Mahathir dapat dulu.
Orang UMNO yang ketara menyokong Mahathir sekarang kurang dari yang setia kepada Najib.
Jika Najib tidak dapat ditumbangkan dalam PRU14 ini, maka nasib dan politik masa depan Mahathir sama dengan Datuk Onn. Tidak diketahui siapa mati dulu antaranya dan partinya.
Jika Najib dikalahkan dia tidak jadi macam Datuk Onn. – HARAKAHDAILY 22/1/2018
Assabiqun mengesan 300,000 jasawan PAS
ADAKAH anda jasawan PAS yang sudah berusia 60 tahun ke atas? Sebagai ahli PAS yang tentunya banyak menabur jasa, maka anda layak menjadi anggota Sidang Assabiqun, wadah bongsu yang PAS tubuhkan bagi menjaga kepentingan warga emasnya pernah berjasa itu.
Warga kanan PAS berjasa ini Assabiqun nobatkan mereka sebagai jasawan PAS dan layak menjadi kerabat Sidang Assabiqun. Jasawan yang berusia 60 tahun ke atas dalam senarai daftar keahlian PAS yang sejuta orang yang tidak diketahui lari dari parti adalah seramai 384,459 orang.
Di Kedah sahaja terdapat seramai 93,297, Kelantan seramai 66,162 diikuti Perak 50,784 orang. Jasawan ini meliputi hampir 40 peratus ahli parti. Umumnya yang dibangsakan sebagai Assabiqun ini ialah yang tidak lagi memegang jawatan dan tidak terdaya menjadi aktivis yang aktif disebabkan oleh faktor usia dan kesihatan.
Yang tidak cergas ini ada juga yang lebih muda. Yang terusia 55 tahun ke atas. Mereka mencintai PAS dan PAS mencintai mereka tetapi tidak lagi memegang jawatan. Maka layaklah dikategorikan sebagai Assabiqun. Bahkan yang lebih muda yang berusia pertengahan disebabkan diserang penyakit, atau eksiden terpaksa dijaga isteri, maka mereka tidak dapat bergerak lagi, layak mendapat manfaat dari penubuhan Assabiqun itu.
Jika mereka menganggotai Assaiqun, maka sekaliannya mencecah 50 peratus dari keahlian PAS. Paling istimewa dari jasawan itu mereka telah lama menjadi ahli – dari muda dengan berbagai aktiviti. Yang kedua baru menyertai PAS selepas bersara dari khidmat kerajaan tetapi usianya dalam lingkungan usia Assabiqun. Mereka mahu berjasa kepada PAS, sekalipun tempoh bergiatnya singkat, maka mereka juga jasawan seperi Mufti (Bersara) Kedah yang baru mengisyiharkan menyertai PAS. Yang ketika ialah warga muda yang uzur tadi.
Sesudah tidak lagi dalam arus aktif, antaranya tertinggal dalam arus perdana. Ia boleh menjauhkan meraka dari PAS. Ada yang terbiar, ada yang rasa mereka dilupa dan tidak diperlukan lagi, dan ada pula yang membawa diri dan tidak melihat PAS positif lagi. Bila dalam yang lara ini, mereka boleh putus dari jamaah. Keadaan demikian mereka mudah disambar lang buana.
Mereka adalah jasawan yang perlu diberi perhatian dan dihargai. Pihak yang tahu dan mahu mengenang jasa dan memuliakan orang lama adalah golongan orang mulia dan mereka dekat di sisi Allah.
Jasawan ini mesti didekati dari semasa ke semasa supaya mereka merasa mereka disayangi dan dihargi. Bila tiada banyak kerja dalam parti kunjungi mereka. PAS adalah orang banyak kerja, cari kelapangan di tengah kerja itu menziarahi dan mendapatkan pandangan mereka tentang sumbangan PAS dalam politik sekarang.
Mereka kaya pengalaman, mereka mengongsi pengalaman mereka.
Mungkin PAS terlepas pandang akan keberadaan mereka, lalu membiarkan mereka dengan keadaan mereka saja.
Maka PAS menyedari akan tanggungjawab terhadap pejuang-pejuang awal lagi jasawan itu, maka diwujudkan wadah bongsu Assabaqun bagi merai dan mempedulikan mereka.
Menjelang pilihan raya yang di ambang ini adakah semuanya menjadi pengundi. Assabiqun perlu mengambil tahu, tetapi Assabiqun yang baru beberapa pun adalah rata-rata bertongkat. Maka semua unit dalam PAS mesti membantu Assabiqun mengesan orang yang 300,000 itu.
Jika tidak semua jadi pengundi, jangan semua tidak mendaftar jadi pengundi. Buatlah apa yang terdaya dalam waktu yang singkat, tetapi mereka mengisi borang keanggotaan Assabiqun secara percuma supaya mereka bermanfaat kepada Assabiqun dan Assabiqun bermanfaat kepada mereka. – HARAKAHDAILY 18/1/2018
Syabas! Felda dapat balik tanah
SYABAS buat Tan Sri Shahrir Samad dan tahniah buat Felda kerana dapat balik tanah di Jalan Semarak tanpa membayar sesen tebus milik.Sumber HD - 17-1-2018
Syarikat yang beroleh milik secara tersembunyi itu memulangkan balik tanah itu bunyi tanpa mengambil apa-apa bayaran dari Felda.
Cara mana syarikat itu mendapatkan hak milik belum didedahkan kepada umum.
Apakah ia menggunakan kepintarannya mendapatkan hak milik dari pihak yang berkuasa atas Felda atau ia disuruh beli oleh Felda belum terbongkar. Dan lambat laun ia akan dibongkar jua kelak.
Bukanlah mudah tuan punya tanah untuk mendapatkan semula hak milik yang sudah terlepas baik pindah milik itu dulu dilakukan secara halal atau tidak.
Tuan tanah terpaksa menggunakan proses undang-undang. Kena buktikan dulu ia dibuat secara tidak sah. Pembeli pula mesti membuktikan ia diperolehnya secara sah. Kes sebesar itu sekalipun akhir akan dipulangkan kepada tuan asal, akan mengambil masa yang lama dan Felda mungkin terpaksa menggunakan perbelanjaan yang banyak.
Syarikat terlibat tentunya tidak dapat hak milik itu sescara percuma. Tentulah berbayar sama ada membelinya secara sah atau tidak. Dan Felda dikatakan tidak dapat sesen pun atas tanah yang orang lain jual itu.
Alaska asalnya wilayah dalam kedaulatan Rusia. Ia telah dijual kepada Amerika dan kini berada dalam kedaulatan Amerika. Wilayah itu adalah kepunyaan rakyat Rusia. Bangsawannya telah menjualnya kepada negara asing tentunya tidak diredha oleh rakyatnya.
Sekalipun rakyat sebagai tuan punya wilayah tidak setuju, Tzar yang yang dipinjamkan kuasa oleh rakyat tidak dapat berbuat apa untuk mendapatkan balik wilayah itu. Rakyat bagi kuasa untuk mentadbir dan menjaga kedaulatannya, bukan memberi kuasa untuk menjualnya. Kerana penjualan iu sah, bangsa Rusia tidak dapat balik wilayah itu.
Akan tetapi Felda dengan mudah dapat balik tanahnya dipercayai bukan pemidahan milik sah atau tidak sah, rakyat bangun serentak menuntut balik tanahnya.
Raja Felda, Sang Najib boleh payah jika hak milik Felda iu tidak dipulangkan. Kuasa politiklah yang memungkin tanah Felda itu dapat balik secara percuma.
Seperti King’s House, kediaman rasmi Pesuruhjaya British di Kuala Lumpur. Ia dikenali sebagai Carkausa adalah hadiah Tunku Abdul Rahman Putra kepada British atas jasanya memberi kemerdekaan begitu mudah kepada Tanah Melayu. Secara tekniknya hadiah itu sah, Anwar Ibrahim yang baru jadi Ketua Pemuda UMNO tidak setuju harta rakyat disedekah kepada penjajah British.
Pemuda UMNO menuntut kedaulatan atas bangun dan hartanah bangsa. Dari segi undang-undang hadiah itu sah tetapi British tidak mahu hubungan diplomasi terjejas, Ia menyerahkan balik hartanah itu.
Shahrir yang diberi kuasa untuk membersihkan segala kekusutan dalam Felda, terserempak dengan kejadian tanah Felda di Jalan Semarak sudah lebuh, hak milik sudah diambil oleh orang lain.
Semua terkejut atas kecurian hak milik itu. Didedahkannya kepada media, ia hendak balik tanah. Dia tidak sebut akan tindakan yang hendak diambil kecuali berfakta, Felda hendak balik hah miliknya tanpa sebarang bayaran.
Segeralah tuntutan Shahrir itu tular.
Ia dipercayai menusuk kalbu syarikat yang mengambil milik Felda itu. Ia pun susah menghadapi asap marah orang ramai ataas kejadian itu. Maka dipulangnya tanah sekalipun ia terelepas peluang memiliki harta bernilai 270 juta.
Bila tanah dipulangkan, tuan kompeni itu tentu tidak ditanya lagi di kubur bila dia mati kelak. – HARAKAHDAILY 17/1/2018
Dapat juga Anwar ganti Mahathir jadi Perdana Menteri?
APAKAH Brother Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri selepas ini bukan suatu yang mustahil.
Seorang warga Malaysia dibenarkan oleh perlembagaan bercita-cita menjadi Perdana Menteri seperti tidak salah teringin kahwin dengan Siti Nurhaliza. Jadi atau tidak jadi perkara kedua. Semua boleh berhajat jadi PM.Sumber HD - 11-1-2018
Tetapi yang ditunggu oleh dan hendak ditengok oleh semua jadi jugakah akhirnya Anwar jadi Perdana Menteri menggantikan Dr. Mahathir? Untuk Anwar jadi PM tidak pelik, tetapi menggantikan Mahathir jadi Perdana Menteri adalah ajaib.
Dalam pusingan pertama dulu Anwar sudah sepatutnya jadi ganti Dr. Mahathir bila Mahathir hendak berundur.
Dia sudah berada di tempat yang selesa. Bukan saja dia TPM, bahkan Timbalan Presiden UMNO yang sudah memangku jawatan Perdana Menteri semasa Mahathir bercuti dua bulan. Walaupun sebelum ada beberapa Timbalan Perdana Menteri tidak jadi Perdana Menteri, dengan wibawanya yang boleh menggerhanakan Mahathir dialah yang sepatutnya menggantikan Mahathir.
Tetapi dia tidak jadi disebabkan Mahathir ada pilihan lain. Boleh juga ganti Mahathir kiranya dia berjaya melawan Mahathir atas sokongan ramai. Tetapi Mahathir sememangnya licin, dia tutup semua peluang bagi mengalahkannya.
Bila Mahathir bersara orang lain yang menggantikannya. Peluang Anwar jadi Perdana Menteri tidak pernah tertutup, tetapi bukan menggantikan Mahathir, sebaliknya menggantikan orang yang menggantikan Mahathir.
Untuk jadi pengganti Mahathir dikira sudah tutup buku. Sudah dua Perdana Menteri lepas Mahathir, belum juga Awnar dapat jadi Perdana Menteri.
Dengan permusuhan yang dikira payah ada damainya, dan Perdana Menteri semasa mengukuhkan kedudukannya dengan macam strategi menghalang Anwar mencabarnya, mulai payah orang memikirkan Anwar akan jadi Perdana Menteri sebelum mati sekalipun demokrasi tidak menutup peluangnya.
Tiba-tiba berlaku keajaiban. Ketika Anwar berjuang dari dalam penjara yang peluangnya dirasakan tipis, Mahathir amat marahkan PM Najib. Dia keluar UMNO kali kedua, kali ketiga jika dikira pernah dipecat sekali. TPM Muhyiddin Yassin pula digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Secara sistematik jawatan Timbalan Presiden UMNO tidak dipegangnya, mereka tubuh parti baru dan Mahathir tidak segan-segan berjumpa Anwar di mahkamah dan akhirnya mereka berdua semula.
Anwar di penjara, Mahathir di luar penjara. Mahahir dan partinya Bersatu diterima jadi kerabat Harapan. Anwar kekal sebagai calon PM Harapan dengan jawatannya sebagai Ketua Umum PKR. Sebelum dipenjara sekali lagi Presiden PKR kekal Dr. Wan Azizah, isterinya. Semasa di penjara Wan Azizah juga Presiden.
Bila Mahathir jadi kerabat Harapan, tanpa bantahan Anwar, Mahathir diterima sebagai orang yang memimpin Harapan di luar penjara dan Anwar memimpin sama dari penjara.
Yang terakhir Mahathir dan Anwar setuju Anwar jadi Ketua Umum Harapan, Mahathir jadi pengerusi, semua empat ketua parti komponan jadi timbalan presiden. Terbaru Harapan setuju jadikan Mahathir calon Perdana Menteri dan Wan Azizah calon Timbalan Perdana Menteri.
Mahathir setuju jadi Perdana Menteri sementara, menguruskan membebaskan Anwar dari masalah undang-undang. Bila semuanya selesasi Mahathir serahkan Anwar jadi Perdana Menteri.
Jika berlakulah apa yang dirancang itu, maka bagi pusingan kedua jadi juga Anwar menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Peluang pertama dulu tidak menjadi. Nampaknya terbuka peluang kedua bagi Anwar menggantikan Mahathir dan Mahathir dapat juga peluang menjadikan Anwar sebagai penggantinya.
Bukan soal kita seronok dan hendak menyambut kemungkinan itu, tetapi menunggu berlakukah keajaiban yang tidak pernah diduga itu? – HARAKAHDAILY 11/1/2018
Seronokkah PAS dipuji Najib?
TELAH saya tulis sebelum ini, tidaklah PAS selesa bila dipuji dan disangka baik oleh Perdana Menteri Najib.Sumber HD - 6-1-2018
Lebih selesa ia jika seteru politiknya terus menerus mengutuknya seperti istiqamahnya Dr. Mahathir bersangka buruk pada parti itu.
Demikianlah adanya UMNO itu selamanya tidak merasa senang dengan PAS. Mungkin orang PAS tidak pernah seronok dengan segala caci maki UMNO padanya selama ini. Tiada apa yang PAS buat itu ada eloknya.
Tetapi itu adalah lebih baik bagi PAS.
Seperti yang selalu pimpinan PAS dari dulu pesan kepada penyokongnya, jangan gembira bila dipuji musuh! Musuh itu sifatnya tidak pernah selesa dengan musuhnya. Bila musuh kata kita baik, maka perkara pertama yang perlu diperhatikan mengapa ia dipuji musuh?
Kita kena kaji kemungkinan adanya yang tidak betul dari kita bila dipuji musuh. Tidak baiknya jadi persepsi pertama. Kebaikannya jadi perkara kedua.
Dua kali Najib dalam masa dua bulan ini memuji PAS. Pertama dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Ketika dia mengecam pembangkang diselitkannya sebaris pujiannya kepada PAS. Dalam mesej tahun barunya pula diulangi kematangan politik PAS itu baik baginya dan baik bagi negara.
Padanya pembangkang lain itu tidak guna semuanya.
Budaya politik matang dan sejahtera yang PAS layari sekarang memanglah suatu yang baik tetapi bila dipuji Najib menyebabkan ia boleh tidak seronok. Yang PAS mahu ia digemari oleh sekalian rakyat dan rakyat menyokongnya.
Telah saya sangka bila PAS dipuji Najib, maka bertambah sangkalah ia dicurigai oleh musuhnya yang lain. Memang selepas ia bersendirian ia dipelupuh bekas sekutunya dalam PRU13 dulu dan pelarian PAS. Bila Najib pula puji bertambahlah celaan mereka.
PAS tidak minta Najib memujinya. Bukan salah PAS bila dipuji Najib. Sepatutnya Najiblah yang disalahkan kerana pujiannya yang dua kali mnyebabkan seteru PAS yang lain bertambah marah kepadanya.
PAS tidak marah pada yang lain bila mereka marah PAS dan tidak boleh kecil hati dengan Najib bila pujian Najib itu menyusahkan PAS. Pada PAS, Najib kekal berkuasa tidak menguntungkan PAS dan rakyat dan Najib dikalahkan oleh Harapan pun tidak menguntungkan PAS dan rakyat.
Pertukaran hanya orang tapi sistemnya sama. Islam tidak dapat apa jua.
Apa yang PAS buat seperti Nabi Musa, tidak boleh tukar Firaun tetapi seru Firaun tukar sistem. Jika Firaun setuju, Firaun kekal berkuasa tetapi Nabi Musa berperanan dalam kerajaan. Bila Firaun enggan, Firaun akan temui natijahnya.
Sebelum itu di Mesir juga Nabi Yusuf berdepan dengan pentadbiran al-Aziz sebagai wazirnya yang isterinya, Zulaikha berperanan. Nabi Yusuf memilih dipenjara. Dari sana Nabi Yusuf ke Istana, tidak menukar Firaunnya, Raja Rayyan yang di bawah pemerintahannya baginda dipenjara.
Tetapi Nabi Yusuf tidak menggulingkan Raja Rayyan. Raja kekal, pentadbiran diserah kepada Nabi Yusuf. Firaun masa itu kekal tapi sistem bertukar.
Jika Najib tidak dapat ditukar, tetapi rela sistem ditukar, ia adalah pilihan matang. Dengan PAS boleh dapat antara 40 dan 80 kerusi saja, Najib tak boleh dibuang, Harapan tidak dapat dinafikan, pilihan PAS ialah siapa sedia tukar sistem dengan PAS sebagai penentu?
Terbaik bagi Firaun tukar sistem dengan Nabi Musa berperanan. Raja Rayyan setuju tukar dengan Nabi Yusuf berperanan. Jika Najib jadi Raja Rayyan, Islam berperanan, itulah yang terbaik. – HARAKAHDAILY 6/1/2018
Berani Guan Eng kata PAS sesat
TIDAKLAH Guan Eng dan DAP itu tahu Islam, siyasah syariyah apa lagi fikah politiknya. Jauh sekali dia alim dan arif tentangnya.
Tapi dia dengan kekurangan dan kejahilannya itu sanggup tempelak dan berani kata PAS, golongan yang paling arif dengan siyasah Islami sebagai sesat.Sumber HD - 5-1-2018
Sesat itu bukan sekadar tidak jumpa jalan yang dicari, tetapi apabila ia pakai dalam kehidupan orang beragama, sesat itu adalah ajaran dan amalan yanag menyimpang dari manhaj dan tasawur Allah/Islami.
Yang terbabas dari Islam itu dinamakan ajaran sesat. Tidak ajaran dan amalan selain dari Islam dan penggunakan kalimah itu dikata ajaran sesat. Salah guna senjata nuklear disebut ajaran sains/teknologi sesat atau pelajaran akademik yang tidak betul dikatakan ajaran sesat.
Pelancaran roket ke bulan mungkin tersasar tetapi orang tidak kata ia hasil penemuan sesat. Selain dari dipakai terhadap ajaran Islam yang menyeleweng ia diguna pada peribahasa peluru sesat.
Ajaran sesat adalah manhaj jahiliyah. Pengamal jahiliyah adalah isi neraka. Mengatakan PAS sesat adalah membangsakan politik yang PAS ambil sekarang bakal menjadi isi neraka.
Inilah logik dan sifir atas politik sesat PAS itu sedang tindakan dan fikiran politik yang PAS ambil dan amal adalah berpaksi kepada Islam yang difahaminya.
Apa yang memberanikan Guan Eng berkata terhadap kepercayaan umum golongan Islam di negara ini adalah fitnah besar yang terbit dari tidak menjadikan Islam sebagai pakaian kemerdekaan yang Tunku Abdul Rahman Putra dan UMNO asaskan tahun 1957 dulu.
Sebelum merdeka tiada pemastautin di luar Islam berani kata golongan Islam tertentu sesat. Mufti dan jabatan agama sahaja yang menentukan sesuatu itu sesat. Hasil fitnah tidak menjadikan Islam sebagai pakaian hidup bernegara, maka orang boleh kata sesat kepada orang Islam.
Jika Tunku dan Tun Razak datang semula ke Malaysia sekarang, mereka adalah orang yang paling tidak seronok dengan fitnah yang ditinggalkan dulu.
Sekalipun Guan Eng tidak kata pada orang Islam lain, dia tuju pada PAS sekarang yang TG Nik Aziz dan Ustaz Fadzil Noor sudah lama meninggalkannya, tetapi dia berani kata pada golongan Islam yang paling berpengaruh dalam negara ini.
Sekalipun ketua agama itu raja-raja dan para mufti penentu tunggal fatwa rasmi, tetapi pengaruh Islam yang dibawa PAS adalah merata dan menyeluruh, disegani dan dihoramti.
Mungkin umumnya ada yang tidak melihat apa yang Guan Eng kata itu mencabar alam Islam itu secara totok, malah banyak cabaran yang melanda Islam secara pokok tidak banyak yang dapat ditangkis oleh umat Islam, maka tidak banyak tohmah Guan Eng dirasa berkesan oleh semua.
Islam yang berdaulat itu ibarat yang dikata cubit paha kiri peha kanan terasa sakit. Umat yang peka itu mesti rasa tersinggung apabila sesuatu yang menyinggungnya. Adapun keadaan yang ada, umat Islam itu sudah jadi anggota yang kebas. Paha kiri yang dicubit tidak rasa sakit oleh paha kanan kerana paha kanan itu kebas.
Oleh kerana PAS itu adalah politik untuk sebahagian umat saja, maka yang lain tidak rasa tercabar bila PAS dikata sesat. Tetapi adakah orang Islam yang bersama Guan Eng tak terasa apa, bahkan seronok dengan tohmahnya. Khususnya orang yang pernah jadi makmum solat berimamkan PAS? Fitnah gagah tikus bila kucing tidak bergigi. – HARAKAHDAILY 5/1/2018
Moga-moga Mahfuz yang terakhir
MUNGKIN Datuk Mahfuz Omar pembesar PAS yang terakhir meninggal PAS sebelum meninggal dunia dalam kejadian pecah PAS tahun 2015.
Mungkin ada satu dua Adun yang ikut yang tahu tidak tersenarai lagi sebagai calon. Jika ada depa bukan anatara 18 orang ternama PAS yang bertemu di Muar sejurus selepas Muktamar PAS memutuskan tahaluf dengn DAP. Pertemuan di Muar itulah menyarankan keluar PAS dan tubuh parti lain.
Jika di Muar juga tahun 1950 jadi tempat pertemuan alim ulama UMNO membincang awal untuk menubuh parti lain yang tahun 1951 terbentuklah PAS, maka di bandar itu juga 18 orang penting PAS mahu tinggal PAS.
Dua daripadanya keluar PAS tapi tidak sertai parti kumpulan itu. Mereka ikut PKR. Seorang daripadanya cabut pula daripada PKR. Mahfuz tidak ikut mereka. Dia berfikir panjang dari jauh tentang kedudukannya dalam PAS dan cara mana hendak membawa PAS supaya dapat kembali dalam pakatan pembangkang pada PRU14.
15 daripada 18 itu tubuh parti baru. Mahfuz isytihar cuti daripada PAS untuk berfikir dan cari jalan supaya PAS kembali ke pangkuan Pakatan. Tetapi dia tidak bertemu dan berbincang dengan PAS. Dipercayai dia berbincang dengan kumpulan yang tinggal 15, dengan PKR, DAP dan Dr. Mahathir yang baru tinggal UMNO.
Dia seru PAS dari jauh sama seperti PAS seru UMNO dari jauh supaya masuk PAS. Dia bincang dan minta nasihat dari semua tapi tidak minta nasihat daripada PAS. Lebih dua tahun dia memerah otak. Acap bersama PKR, DAP dan Dr. Mahathir memikirkan hendak terus dalam PAS atau hendak buat apa dengan PAS.
Semuanya menasihatkan baik tinggal PAS sebelum tinggal dunia. Lebih dua tahun memikir sehingga PAS tidak memikirkan dia tidak bersama PAS lagi. Pilihan raya tinggal satu dua bulan lagi, namanya tidak dicalonkan lagi. Tidak keluar PAS, dia tidak dicalonkan juga.
Dalam dua tahun lebih itu sikapnya terhadap PAS seolah-olah lebih kritis daripada Rafizi, Guan Eng dan Mahathir.
Ia bukan brfikir panjang lagi, tapi lambat buat keputusan. Parlimen pun mungkin tidak sempat bersidang lagi. Tidak keluar PAS pun hendak jadi apa?
Orang PAS yang sayang pada Mahfuz dari dulu memang ramai. Tapi yang mungkin sayang padanya lagi saya saja. Sebagaimana sayang saya pada PAS begitulah sayangnya saya kepadanya. Tapi sayangkan PAS lebih sayang daripada Mahfuz. Dia pun sayangkan PAS. Sayangkan PAS tidak sama dengan sayangkan bini. Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan! Jika sayangkan PAS tinggal-tinggalkan, maka jadilah ia sayang yang tidak difahami.
Lebih 30 tahun dia menentang Mahathir dalam PAS, akhirnya dia jadikan Mahathir pemimpinnya. Itulah hebatnya Mahathir dibandingkan dengan TG Haji Hadi. Penentang Mahathir jadi penyokong Mahathir, penyokong TG Haji Hadi jadi penentang Tok Guru.
Yang ikut Mahathir dalam PAS sudah tidak ramai. Mahfuz dan satu dua lagi adalah yang terakhir. Semua yang tidak setuju dengan PAS sudah lama keluar. Yang tidak keluar itu pun sudah lama macam keluar. Patutnya Mahfuz adalah yang terakhir.
Yang jadi perhatian sekarang bukan lagi yang hendak keluar, tetapi bagaimana dan bila yang keluar itu hendak masuk balik ke dalam PAS?
Ini yang ramai tidak fikir, tetapi inilah yang saya fikir. Ituah fikiran saya bila saya terima untuk menjadi Pengerusi Sidang Assabiqun, wadah jasawan orang yang lama dalam PAS yang baharu diwujudkan. – HARAKAHDAILY 4/1/2017
BRIM, KISS bukti uzur Umno urus negara
PEMBERIAN BRIM, pengagihan wang tunai bagi keluarga berpendapatan rendah – mungkin yang Islam bangsakan fakir – bermula sebagai pemberian rasuah politik BN bagi pemadat Umno, tetapi sekarang menjadi ikhtiar tetap bagi meringankan golongan miskin.Sumber HD - 3-1-2018
Ia projek PM Najib bagi si miskin Umno, buat tiga empat tahun kebelakangan ini bertukar menjadi program negara bagi meringankan sikit warga yang terhimpit oleh memansuhkan subsidi, kesan GST dan rudum ringgit. Mulanya ia tidak dibajetkan, sekarang ia sebahagian daripada bajet. Untuk berapa lama? Selagi urus negara di tangan pesakit politik.
Dan segi penyokong kerajaan BN kenyang dengan dedak dan mabuk dedak.
Justeru kegagalan pengisian kemerdekaan oleh kerajaan persekutuan di bawah Umno menggugat kestabilan ekonomi negeri maju Selangor yang sepatutnya sudah mampu berdikari. Gara-gara orang susah seluruh negara berhimpun mencari rezeki di Wilayah Persekutuan dan Selangor, maka sakit negara ini jangkit ke Selangor.
Sekalipun kaya-raya, Selangor itu mula oleh urus tadbir Umno juga, tetapi pencapaian Selangor itu oleh tumpuan pembangunan dan pelaburan asing di situ. Tadbir uzur secara umum itu tidak terkesan di Selangor, tetapi negeri-negeri lain tidak upaya mengejar nasib Selangor.
Mungkin Malaysia mampu membangun dibanding dengan negara baru merdeka yang lain, tadbir yang bermula uzur itu gagal menyaingi kejayaan Singapura, Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan lain-lain.
Malaysia yang ditinggal British teruk sangat kehidupan rakyat. Ia tidak sehancur Jepun dan Korea Selatan yang dilanda perang dunia kedua dan perang Korea. Setelah keluar dari perang Jepun orang Malaya dapat makan nasi tanpa gaul ubi kayu atau pisang muda rebus. Yang kaya Inggeris dan saudagar yang dapat faedah daripada penjajah. Rata-rata rakyat miskin tapi tidaklah fakir sangat.
Tanah besar China juga hancur gaga-gara perang Jepun. Ia terus bangsat di bawah komunis. Jepun dan Korea hancur. Taiwan dan Hong Kong tak ada apa-apa. Malaya yang senang sikit jadi tumpuan pengungsi Cina yang lari dari komunis. Sejurus Malaya pun merdeka. Serentak Jepun, Korea Selatan dan Taiwan membangunkan wilayah yang hancur sedang Malaya merdeka mengisi kemerdekaannya.
Singapura yang ditinggal British kira-kira sama seperti Malaya yang ditinggal British. Lapan tahun selepas Malaya merdeka, Singapura berpisah daripada Malaysia. Sama-sama Malaysia dan Singapura mengisi kemerdekaan.
Lain-lain wilayah yang membangun serentak tadi sekarang adalah wilayah gergasi ekonomi dan kemajuan. Sedang kita wilayah makan nasi tak bercampur rebus ubi kayu dan pisang muda seolah makan dedak. Sekalipun tidak lagi nasi digaul ubi kayu dan pisang muda, tetapi rakyat rata-rata kais pagi makan pagi, makan petang berkais lagi.
Wakil Timur Leste jadi tetamu PAS. Mereka tidak sentuh ikan, daging dan ayam yang dihidang. Mereka makan nasi putih tanpa kuah. Jika Umno dan Najib memerintah lagi tidak mungkin kita makan nasi putih tanpa lauk macan Timur Leste?
Masih belum ada kebuluran. Tapi anak-anak mula dibagi beg sekolah. Buku dan pensel bercuma. Pakaian sekolah mulai dibagi. Lama selepas merdeka rakyat beli sendiri. Semuanya kini mulai diberi. Selain daripada BRIM. Selangor sebagai negeri kaya terkesan penduduknya dengan uzur tadbir pusat terpaksa adakan KISS, beri barang keperluan bulanan.
Sedekah itu bukan kerana Malaysia pemurah, tetapi bukti kegagalan pentadbiran uzur Umno. Ia sebelum kita makan nasi tanpa lauk. – HARAKAHDAILY 3/1/2018
Masih tak bertudung orang getik
SEKALIPUN sudah tidak ramai, tapi masih ada wanita Islam tidak bertudung.
Jika awal 70-an dulu orang soksek mana-mana wanita yang menutup aurat, maka sekarang kita dapati yang sekadar muslimah awam bersoksek sama sendiri melihat wanita tidak bertudung terutama ibu-ibu tua atau sudah jadi opah.
Tidak ada yang kutuk perempuan yang tidak bertudung, tetapi secara spontan mereka getik wanita yang mendedahkan kepala itu. Pada hal mereka tidaklah terdiri daripada ahli-ahli agama yang menjaga adab dan akhlak sebagai orang Islam, tetapi getik pada yang masih tidak bertudung itu.
Selama ini terutama bagi masyarakat Islam konservetif mengira anak-anak wayang sebagai golongan yang tidak peka akhlak Islam. Saya tidak mahu kata mereka dibenci, tetapi mereka dipandang tidak enak oleh orang Melayu. Dan mereka dikira golongan paling bebas pergaulannya. Pergaulan bebas itu tidak disukai masa itu.
Tetapi masa ini penyanyi dan pelakon filem pun rata-rata sudah menjaga aurat. Saya adalah peminat lakonan seniwati Sarimah semasa muda dulu. Amat bangga saya apabila Sarimah menjaga auratnya dalam semua keadaan termasuk dalam filem.
Kerana terlalu menjaga auratnya hingga terasa saya lakonannya tidak realistik. Dalam kehidupan anak-beranak dalam rumah ibu dan anak perempuan tidak haram mendedahkan aurat. Tetapi dalam lakonan sedemikian Sarimah menjaga aurat. Terasalah ia tidak realistik. Tetapi itulah pekanya dia menjaga aurat.
Kebanyakan ahli seni sekarang sudah peka dengan adab aurat, tetapi setengah anggota masyarakat yang hidupnya ada kelas tidak hiraukan kod berpakaian itu sekalipun berada dalam majlis yang semuanya bertudung. Ketika ziarah jenazah saja tutup kepala tapi leher terdedah.
Apa jua status agamanya masing-masing sudah menjaga aurat. Payah kita jumpa orang bersekolah Orang Putih dulu kini tidak menutup aurat. Tahniah buat Tun Rahah, bonda PM Najib, semasa jadi isteri Perdana Menteri dulu tidak ramai orang kenamaan menutup aurat. Tetapi hari ini dia menutup aurat.
Wanita Umno tidak tahu bertudung, tetapi hari ini ketuanya Shahrizat Jalil pun sudah lingkup. Sebelumnya kebanyakan perwakilan bertudung tetapi ketuanya keras kepala tak bertudung.
Mula orang bertudung selepas 13 Mei, 1969. ABIM ditubuhkan selepasnya. Semua ahli bertudung. Lepas itu ia berkembang pesat. Tahun 1984 saya ke Mesir selepas haji.
Sekalian wanita dalam rombongan bertudung belaka. Orang Mesir bertanya, semua wanita Malaysia macam inikah?Sumber HD - 2-1-2018
Sekalipun ia belum diterima pakai orang majoriti, tapi bagi orang Mesir, beginilah wanita Malaysia. Mereka bersyukur, kerana di Mesir ketika itu seolah tidak cukup kain unuk bertudung.
Dulu bertudung itu bukan budaya isteri menteri-menteri. Sejak Anwar Ibrahim jadi TPM kebanyakan isteri TPM bertudung. Isteri PM hingga hari ini belum bertudung. Raja-Raja adalah ketua agama, permaisuri belum semua bertudung. Untung juga isteri rakyat tidak ikut isteri raja mereka.
Perkembangan meggalakkan. Hanya kerajaan Kelantan mensyaratkan petugas wanita Melayunya bertudung. Kerajaan pusat dan lain-lain negeri tidak membuat syarat tetapi kebanyakannya memilih bertudung.
Apakah menjelang TN50 tamat, semua wanita Islam bertudung? Moga-moga amin! Yang masih tidak bertudung, bukan mereka saja berdosa, tetapi yang bertudung kerana bersoksek pada yang tidak bertudung boleh disambar dosa juga.
Jika yang tidak bertudung itu tidak dapat dicegah dengan tangan dan mulut, sekadar getik sekalipun selemah-lemah iman, berpahala jua. – HARAKAHDAILY 2/1/2018
Cabar Guan Eng agar MCA keluar BN betul
GUAN Eng, Setiausaha Agung DAP telah membuat cabaran yang betul supaya MCA meninggalkan Barisan Nasional justeru UMNO dikatakan kian rapat dengan PAS.Sumber HD- 31-112-2017
Apakah betul PAS dan UMNO sudah seperti isi dengan kuku, hanya Allah dan PAS saja yang tahu. Nampaknya UMNO macam bersedia, tetapi ia belum berani tawarkan apa ia hendak beri kepada PAS.
Jika tawaran itu baik, apa salah ia ditimbangkan. Ini adalah jawapan atas teka-teki politik tinggi sekarang dan PAS adalah sepat yang tidak makan pancing emas.
Teka-teki itu adalah dari DAP. MCA seolah-olah termakan dengan teka-teki itu. Ia amat bimbang umpan UMNO itu dimakan PAS. Kebimbangan itu atas sebab nafsu UMNO akan ditelan hudud PAS. Jika MCA tidak peka, ia akan ditelan bersama UMNO.
Bimbang tidak bererti apa-apa jika tidak bertindak seperti tinggalkan BN seperti cabaran Guan Eng. Jika MCA bodoh ia sambut cabaran itu.
Tetapi ia belum sambut kerana politik isi dengan kuku UMNO-PAS itu satu andaian. Jika ia jawab cabaran, ia akan terperangkap. BN ditinggal, PAS tidak sambut UMNO. Kerana lamanya ia dengan UMNO, ia tidak percaya PAS tidak terperangkap dengan UMNO. Ia tahu susahnya orang yang menubuh parti bagi menggantikan PAS yang dikatakan dipancing UMNO. Parti sudah ditubuhkan, PAS masih jinak dengan UMNO tapi tak makan pancing emas.
Bagi MCA serugi-ruginya kalau ia dalam BN dan PAS bersama, ia akan dapat beberapa kerusi, dan dengan PAS join UMNO itu BN menang besar, aka nada MCA jadi menteri.
Jika ia keluar BN sekarang, apapun ia tidak dapat. DAP tidak akan bagi apa-apa padanya. Jika ia jawab cabaran DAP melompat tinggilah Gerakan. Itulah yang Gerakan tunggu. I suka cabaran Guan Eng dan ia suka MCA terima.
Sama ada PAS bersama UMNO atau tidak, MCA sudah jadi embun di rumput. Ketika UMNO sendiri tidak tentu nasibnya, MCA tidak dapat berpaut sangat pada dahan yang rapuh.
Jika UMNO patah, MCA akan ditimpa dahan reput itu. Kalau UMNO diselamakan oleh PAS, ia akan dapat seperti apa yang ia dapat sebelum ini. Jika PAS akan membawa hudud, ia tidak menghalang MCA dapat panggunya.
Cuma berkat hudud itu akan membuka hati ahli-ahli MCA suka akan keadilan Islam. Mereka mungkin tinggalkan MCA untuk bersama DHPP.
Dan dalam teka-teka politik tinggi ini MCA tinggalkan BN, bergabung dengan PAS dalam Gagasan Sejahtera. PAS akan ganti UMNO dan MCA teruskan peranan sebagai pari orang Cina yang bekerjasama dengan parti Melayu lain yang menggantikan UMNO.
Di mana-mana pun MCA payah menarik undi Cina. Dalam suasana UMNO cemas ini pengundi Cina lagi tidak percaya kepada UMNO dan sekutunya. Tetapi kalau MCA jadi regu PAS, pengundi PAS akan beri kepada MCA sebagaimana ia beri kepada calon DAP dulu.
DAP boleh berkawan dengan Anwar, Mahathir dan lain-lain, tapi tidak akan terima MCA. Semasa Lee Kuan Yew bersama Malaysia dulu, dia berusaha menggantikan MCA dalam Perikatan. Tunku sedia terima PAP tapi tidak buang MCA. Kuan Yew tolak sertai Perikatan kerana MCA dikekalkan.
Kuan Yew jadi pembangkang dalam PRU1964 kerana tidak mahu bersama MCA. Sampai hari ini DAP yang ganti PAS tolak MCA. – HARAKAHDAILY 31/12/2017
Ajaib Najib tak tahu
MUNGKIN Perdana Menteri Najib benar-benar tidak tahu tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang nilai semasanya kini sekitar RM270 juta telah ditukar milik kepada satu syarikat yang dikatakan orang penting Felda ada kepentingan.Sumber HD - 26-12-2017
Dia adalah bukan sekadar Perdana Menteri bahkan pegawai besar paling berkuasa di Felda yang statusnya boleh dikira seperti raja Felda. Cuma ladang negara itu tidak distatuskan sebagai Felda Diraja.
Maka amat ajaiblah jika sungkelap tanah Felda itu tidak diketahuinya. Bukan pula mustahil dia tidak tahu seperti sindiran cerita rakyat barat yang popular iaitu Raja Berbaju Baharu. Raja tidak menyangka dia ditipu penyangak yang mengaku boleh sediakan pakaian ajaib yang tidak dapat dilihat oleh orang bebal.
Digayanya pakaian yang tidak nampak oleh semua di badan raja. Maka yang tak nampak raja berpakaian kata ajaibnya pakaian itu. Pakaian itu sebenar dongeng dan raja tidak sedar dia ditipu.
Dalam keadaan raja tertipu seperti ini saja Najib boleh ditipu oleh penyangak mencuri tanah Felda itu. Sebagai pemimpin berwibawa, Perdana Menteri dibekalkan dengan semua maklumat dan nasihat oleh sekalian pegawainya. Maka tiada sesuatu dirahsiakan kepadanya. Jika mungkin PM ditipu seperti pencurian dalam 1MDB, maka amat rendah wibawanya unuk menjadi Perdana Menteri dan hilang kelayakan menjadi Raja Felda.
Tidak tahunya itu mungkin, tetapi tarafnya sudah sama dengan raja yang sangka dia berbaju tadi.
Tanah Felda itu dalam usaha untuk diambil balik. Semua setuju siasatan diambil dan penyangak mesti dikenakan tindakan. Menteri Ismail Sabri Yaakob mahu siasatan hingga ke akar umbi. Jika siasatan demikian, Najib tentu tidak terlepas daripada disiasat. Setujukah menteri itu dan sekalian pacal dalam UMNO memasukkan Najib dalam siasatan?
Jika boleh disiasat dan ditakdirkan ada kes setujukah dia dikenakan tindakan?
Setakat ini Najib bebas daripada tohmah. Sama ada dia bersubahat atau penipuan dirahsiakan daripadanya, tidak terlepaslah dia daripada pertanggungjawaban dan akauntabiliti.
Bagi mana-mana pemimpin yang bermaruah dalam amalan politik yang bermaruah akan mengambil tanggungjawab memelihara maruahnya dengan melepaskan jawatan.
Willy Brandt, Censelor kafir Jerman Barat tahun 1970 meletak jawatan kerana skandal seorang menterinya. Bukan salahnya. Demi menjaga maruah politik, dia letak jawatan.
Malulah Melayu/Islam tidak peka dengan maruah politik. Orang kafir pekakan maruah, orang Islam persetankan maruah.
Najib telah banyak mencatutkan maruah yang dikira rendah. Menggelapkan tanah Felda ini adalah yang terakhir daripada banyak kekacauannya. Sama ada dia selamat atau tidak, dia patut lepaskan jawatan atas nama maruah Melayu/Islam/UMNO dan lain-lain. Biarlah ada dalam UMNO itu seorang Perdana Menteri yang bermaruah.
Biar TPM Zahid Hamidi teruskan pimpinan menghadapi PRU.
Sekalian Melayu/Islam dan Malaysia sudah penat dengan politik kacau bilau PM Najib dan tipuan demi tipuan, skandal demi skandal. UMNO tidak mampu selamatkan Melayu dengan timbunan skandal. Jika UMNO rasa hendak selamatkan Melayu, mesti setuju dulu gantikan Najib.
Tengok dulu apa Zahid boleh buat bagi menyelesaikan kecurian tanah Felda dan hadapi Dr. Mahathir dalam PRU14.
Bukan kita hendak menghukum sesiapa. Tetapi Malaysia perlu keluar daripada timbunan skandal. Tidakkah kecurian tanah di Jalan Semarak itu satu puaka semua. Maka kita mahu keluar daripada puaka itu. – HARAKAHDAILY 26/12/2017
Suka tak suka Cina akan jadi PM
SAMA ada Lim Kit Siang berpura-pura tidak mahu jadi Perdana Menteri bukanlah suatu yang perlu didebat.Sumber HD-21-12-2017
Isunya bukan Kit Siang tetapi kemungkinan Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti orang Cina.
Sekalipun pemimpin senior DAP itu tidak jadi Perdana Menteri, apakah orang UMNO reda seorang Cina yang lain jadi Perdana Menteri?
Suka atau tidak suka tiada cara ia dapat dibantah. Mungkin orang UMNO dapat menghalangnya. Sekali atau 10 kali. Tetapi ia tidak mungkin terhalang akhirnya. Kalau tidak dalam masa 50 tahun ini, dalam masa 100 tahun lagi atau 200 tahun lagi.
Siapa yang tidak terliur untuk jadi Perdana Menteri. Orang yang jadi sultan pun jika boleh teringin juga kerana banyak yang sultan tidak boleh buat tapi Perdana Menteri boleh buat.
Bukan satu dosa besar atau dosa kecil jika Kit Siang teringin jadi Perdana Menteri. Ia tidak dilarang oleh perlembagaan. Perlembagaan yang disediakan oleh UMNO 70 tahun dulu membenarkan siapa saja warganegara boleh jadi Perdana Menteri. Yang tidak boleh untuk jadi sultan saja.
Kit Siang dengan usianya, pertengahan 70-an sekarang masanya tidak sempat. Menangis air mata darah pun dia tidak jadi Perdana Menteri. Bukan dihalang perlembagaan, politik masa ini tidak memberi laluan kepada selain Melayu jadi Perdana Menteri. Bukan semua Melayu boleh jadi Perdana Menteri. Setakat ini Melayu UMNO saja.
Melayu Sarawak sekalipun kerabat Barisan Nasional, tiada peluang. Kena jadi UMNO dulu. Lainlah setelah tiada lagi UMNO.
Masa 10 tahun ini tidak selesa bagi Kit Siang unuk jawatan itu. Selepas 10 tahun usianya lewat 80-an. Bukan usia yang logik lagi. Yang 90-an boleh jadi PM, Mahathir saja.
Kalaupun Kit Sing terliur, dia tahu masa tidak memihak kepadanya. Maka tidak berbangkit baginya jadi PM.
Jika dengan kemahiran politiknya, dia dapat gunakan Dr. Mahathir atau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, itu adalah kelebihannya. Bodohlah dia jika tidak menggunakan siapa saja - Melayu, Mahathir atau Anwar – untuk bekerja demi kepentingan kumpulan yang diwakilinya.
Jangan sangka Mahathir dan Anwar saja jika jadi PM diperalatkan oleh Kit Siang atau mana-mana Cina jua. Jangan kata Tunku dan Tun Razak bebas langsung daripada diperalat Cina dan India.
Selain Tunku dan Tun Razak memperalat Cina dan India untuk jadi PM, mereka juga bagi persepsi setengah orang, diperalat saudagar Cina. Banyak yang kata mereka pernah jadi alat MCA.
Bahasa politik terbuka Melayu dan Cina, UMNO dan MCA bekerjasama bagi mencapai kemenangan demi kekuasaan. Bahasa tidak diplomasinya iaitu Melayu diperalat Cina dan UMNO diperalat MCA dan sebaliknya.
Tunku pernah kata pada MCA, jangan tuntut banyak sangat. Setakat yang diberi itu orang sudah kata dia jual negeri pada Cina. Dari mula MCA tidak boleh menang di kawasan pengundi Cina. MCA menang sampai sekarang di kawasan Melayu. Ertinya UMNO jual kawasannya pada MCA.
PM itu baik dari DAP atau MCA sama saja iaitu Cina. Bukan PM dari DAP saja UMNO tidak suka. Mana-mana Cina saja UMNO tidak senang. Jika Anuar Tan, Cina PAS Kelantan jadi PM, UMNO tidak suka juga.
Tiada jaminan Cina tak boleh jadi PM. Itulah sebab TG Nik Aziz pernah kata, Cina yang menguasai Islam lebih layak daripada Melayu yang jahil. - HARAKAHDAILY 21/12/2017
Tiada tanding Najib, Zahid langkah undur
PERHIMPUNAN Agung UMNO boleh apa keputusan jua seperti tiada pertandingan bagi Datuk Najib dan Dr. Zahid Hamidi untuk jadi Presidennya dan Timbaln Presidennya sekalipun ia kurang indah untuk roh demokrasi dan parti dan transformasi politik parti itu.Sumber HD - 19-12-2017
Perhimpunan Agung adalah kuasa tertinggi parti dan apa jua perlanggaran tidak boleh diadukan ke mahkamah. Sekalipun ia berlawanan dengan semangat perlembagaan, kerana kekangan untuk ke mahkamah itu ia adalah agung.
Adakah ia demokrasi? Tidak berbangkit. Banyak amalan dalam dunia komunis diragui sebagai amalan demokrasi, tetapi semua negara komunis menamakan ia wilayah demokrasi.
Jika Najib hendak jadi Presiden UMNO seumur hidup dengan keputusan itu dia akan jadi Presiden hingga mati.
Tetapi ia tidak sesuai dengan semangat transformasi yang diperkenalkan oleh pimpinan Najib. Layaknya politik transformasi itu meliputi semua bidang.
Dengan keputusan itu ada cacat pada demokrasi UMNO dan transformasi Najib. Ia tidak pernah berlaku dalam UMNO sejak 70 tahun lalu.
Dr. Mahathir membuat peraturan. Sepuluh undi bonus untuk satu pencalonan bagi Presiden dan Timbalan Presiden. Dalam demokrasi parti yang terkawal, tiada terbuka peluang sewajarnya bagi calon lain bertanding. Dengan ini Presiden dan timbalan tidak bertanding. Masing-masing boleh bertanding, tetapi payah bagi pencabar dapat memenuhi syarat.
Bagi Najib dan Zahid tiada ruang lagi untuk bertanding sehinggalah perhimpunan membuat satu keputusan yang lain.
Keputusan yang baru dibuat itu bagi mengelakkan berulang perpecahan UMNO seperti yang berlaku apabila Tengku Razaleigh mencabar Dr. Mahathir. Gara-garanya ia berpecah dan UMNO diharamkan oleh mahkamah.
Perpecahan itu bukan kerana adanya pertandingan, tetapi masing-masing tidak sabar menerima keputusan dan kegagalan pentadbiran parti menjalankan keadilan.
PAS dengan sistem syuranya juga jika boleh mengelakkan pimpinannya dicabar, tetapi ia tidak menutup pintu kepada pertandingan. Ia mengelakkan pertandingan kerana Islam dan membenarkan pertandingan kerana Islam.
Mengharuskan pertandingan adalah satu langkah terbuka dan terbaik. Demikianlah UMNO selama ini harus jawatan itu dicabar. Harus tidak semestikan dicabar. Ia boleh dicabar dan boleh tidak dicabar. Tetapi zaman Najib ia tidak jadi harus lagi.
PAS yang lebih 60 tahun baru sekali dicabar Presidennya tahun 2015 dulu. Memang berlaku pertembungan sengit. Dan memangnya berlaku perpecahan. Kerana Islam mengharus pertandingan, maka pertandingan itu sewajarnya kerana Islam. Masing-masing wajar menerima keputusan. Walaupun ada yang tidak dapat menerima keputusan dan kekal dalam parti, justeru pertandingan tadi kerana Islam, hikmat niat Islamnya, sekalipun ada tidak menerima keputusan, tidaklah ia menjadikan parti itu lumpuh.
Perpecahan UMNO atas pertandingan antara Mahathir dan Ku Li, bukan kerana pimpinan dicabar, tetapi keengganan yang menang menerima yang kalah terus berada dalam UMNO. Walaupun pengendalian pertandingan itu ada kelemahan dan kelemahan itu diadukan ke mahkamah, ia tidak dibuat untuk mengkhianati parti, tetapi manusia itu dibenarkan mengadu atas yang ia tidak puas hati bagi menentukan keadilan dan kebenaran ditegakkan.
Jika yang menang dapat melayan yang kalah sewajarnya, Ku Li tidak menubuhkan parti lain. Ia menubuhkan parti sendiri kerana mereka tidak diterima lagi dalam UMNO.
Mengapa Najib tutup pertandingan? Kerana takut dikalahkankah? Dengan sokongan yang dirasakan besar sekarang, payah dia kalah. Tetapi dia tidak yakin sokongan kepadanya. Bukan takut perpecahan tapi takut dikalahkan. - HARAKAHDAILY 19/12/2017
NS negeri kedua lancar assabiqun
NEGERI Sembilan adalah negeri kedua melancarkan Assabiqun menjelang senja 26 November di Seri Menanti.Sumber HD- 18-12-2017
Saya sebagai Pengerusi Sidang Assabiqun melancarkannya yang dihadiri sama Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Harun, Ketua Penerangan Assabiqun Pusat dan Pengerusi Assabiqun Negeri Sembilan, Haji Alias Tijat.
Pelancaran itu satu daripada acara sambutan 50 tahun penubuhan PAS Negeri Sembilan.
Negeri pertama melancarkannya ialah Pahang pada 4 November lalu.
Pelancaran itu adalah muqadimah awal kegiatan Assabiqun bagi menggerakkan wadah dalaman PAS itu bagi menyegarkan semangat dan keberadaan warga berjasa PAS yang berusia 55 tahun ke atas yang dalam buku induk keahlian PAS yang berusia 60 tahun ke atas berjumlah lebih 300 ribu dari sejuta ahlinya sekarang.
Jika dimasukkan yang 55 tahun ke atas, maka jumlahnya lebih besar.
Golongan ini rata-rata tidak cergas lagi untuk bergiat dalam politik yang aktif kerana faktor usia, sebahagiannya uzur dan yang lain tenaga tidak mengizinkan dan ramai yang solat dengan kerusi.
Bagi menyegar semangat dan istiqamah dengan PAS, maka PAS bentuk wadah dalaman dinamakan Assabiqun bagi mengekalkan rasa senang kepada perjuangan PAS demi mendaulatkan Islam dan merangsang orang PAS yang lebih muda meneruskan azam mewujudkan tertegaknya sebuah pemerintah di Malaysia yang terlaksana di dalamnya aturan dan peraturan Islam.
Jika orang-orang tua yang berjasa ini tidak pernah putus asa menunggu kemenangan PAS, dengan semangat tingginya untuk melihat kemenangan, maka tentulah ia dapat membakar semangat sekalian aktivis yang lebih muda meningkat jasa juang bagi memacak bendera PAS di puncak kejayaan.
Ia dinamakan Assabiqun mengambil barakah peranan dan sumbangan Assabiqun pada zaman Nabi menyambut kedatangan Islam di tengah masyarakat jahiliyah Quraisy Mekah dulu. Sahabat-sahabat yang awal menerima Islam sebagai agama dan menerima Nabi Muhammad sebagai Rasul dirakam dalam al-Quran sebagai Assabiqun.
Antara yang al-Quran rakamkan ialah Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah.
Dengan menamakan demikian, ia adalah menghormatan tinggi PAS kepada golongan ini dan saya sendiri terharu dan bersyukur atas panggilan PAS mengepalai mereka.
Bagi menggerakkan wadah dalaman ini pertamanya mengadakan pelancaran di peringkat negeri. Pada 9 Disember pelancaran di Kelantan dan 22 Disember di Muar, Johor. Assabiqun menunggu lain-lain negeri menetapkan tarikh pelancaran.
Kerana yang dinamakan pemimpin Assabiqun adalah warga emas keupayaan bergeraknya terhad. Maka Pesuruhjaya Negeri, Yang Dipertua dan Setiausaha Kawasan mestilah menggerakkan tenaga dulu bagi Assabiqun tiba ke sasarannya.
Atas bantuan itu barulah Assabiqun dapat mendekati 300,000 orang itu. Atas sokongan itu nescaya pembentukan Assabiqun dapat dicapai.
Menjelang PRU14 yang sudah dekat, sekalian Assabiqun boleh berperanan berpesan-pesan untuk kemenangan sebagai sampingan kepada berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Manusia itu sentiasa dalam kerugian. Dengan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran dapat meminimumkan kerugian.
Dan berpesan-pesan kepada kemenangan selepas itu nescaya dapat mendekat kepada kemenangan. Maka berpesan-berpesanlah kepada anak menantu dan isteri, kepada adik-beradik dengan SMS, kepada jiran-jiran dan orang sebelah menyebelah dalam saf solat berjemaah pastikan kemenangan dan jangan lepaskan lagi peluang kemenangan.
Dengan berakah memuliakan para Assadiqun-al-awalun mempermudah pesan kemenangan itu. Allah berjanji kemenangan itu. Carilah melalui kemulian Assabiqun. Janji Allah adalah benar. Jika kemenangan terlepas juga, jangan salahkan Allah, tetapi kajilah kelemahan sendiri. Kepada-Nya sekalian berserah. – HARAKAHDAILY 18/12/2017
No comments:
Post a Comment