BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, April 6, 2015

YB USTAZ AHMAD FATHAN MAHMOOD @ MAHAMAD - ADUN CHEMPAKA



PAN bertenggek di atas populariti Tok Guru

“MANA boleh kita mendakwa Tok Guru Nik Abdul Aziz akan menyertai parti lain sekiranya masih hidup. Ini satu tuduhan yang berat,” ujar Adun Chempaka Ahmad Fathan Mahmood. 
Beliau berkata seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz yang dianjurkan Parti Amanah Negara (PAN) Ahad lepas tersembunyi dengan hasrat tersebut. 
“Sesiapa sahaja boleh menganjurkan seminar berkaitan pemikiran Tok Guru. Namun isunya rumusan seminar itu cuba menggambarkan PAN bertenggek di atas populariti Allahyarham Tok Guru,” katanya di Pengkalan Chepa. 
Ahad lepas PAN menganjur seminar Pemikiran Tok Guru di Kuala Lumpur biar pun keluarga bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak mahu nama Tok Guru diperalatkan parti serpihan terbabit. 
Tahun lepas Adun Salor Datuk Husam Musa dilapor melahirkan rasa yakin sekiranya bekas Mursyidul Am PAS itu masih hidup dia juga akan bersama beliau menyertai.
Beliau mendakwa PAS sudah tidak selari dengan cara perjuangan Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz. 
Ahmad Fathan yang menggantikan Allahyarham Tok Guru di Dun Chempaka berkata orang yang meninggal dunia tidak boleh membela diri untuk mempertahankan dirinya. 
“Namun perlu diingatkan PAN belum wujud lagi sewaktu almarhum masih ada,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 12/4/2017
Sumber HD - 12-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


Misi Chempaka Sejahtera hampiri kenyataan

MISI Chempaka Sejahtera 2015-2020 yang digagas Adun Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood kini semakin menjadi kenyataan. 
Antaranya Pasar Chabang Tiga Pengkalan Chepa yang sekarang dalam pembinaan bakal menjadi mercu tanda baru Dun berkenaan. 
Pasar terbabit juga akan dilengkapi dataran bersebelahan Kubu Jepun bagi kegunaan aktiviti kekeluargaan, ceramah dan sukaneka. 
Ahmad Fathan berkata cadangan membina dataran telah diangkat kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB BRI). 
“Alhamdulillah pada dasarnya MPKB-BRI bersetuju mewujudkan dataran tersebut,” katanya di Kota Bharu hari ini. 
Menurutnya juga pentas turut akan dibina di dataran terbabit bagi memudahkan diadakan pelbagai program bersama masyarakat. 
Beliau juga berkata Chempaka Sejahtera turut meliputi cadangan membina  Pejabat Pusat Khidmat Dun Chempaka di bangunan sendiri. 
Kata beliau pejabat berkenaan dicadang dibina di tapak terletak berhampiran pasar.
“Kedudukannya begitu strategik kerana berhampiran masjid, bank, rumah kedai dan pasar,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/4/2017
Sumber HD - 11-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Ustaz Ahmad Fathan Mahmood | Kuliah Jumaat 10 Jun 2016


Sumber KTV -  12-6-2016










Pengganti Tok Guru yang ‘mudoh bbaso, sene kkiro’

SALMAH MAT HUSAIN | .


KEHADIRANNYA begitu diraikan. Dia menjadi harapan jemaah Islam bagi menggantikan insan istimewa yang telah pergi mengadap Ilahi.

Pemilihannya sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dun Chempaka pada 22 Mac 2015, berikutan kematian  Murabbi Ummah, Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, disenangi semua pihak. Malah, pemilihannya begitu dinanti oleh pengundi Dun tersebut memandangkan masyarakat telah lama mengenalinya.

Pada masa yang sama, pemilihannya juga digeruni pihak lawan berikutan peribadi beliau begitu istimewa di mata masyarakat sejak awal lagi. Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, 43, dipilih rakyat sebagai penyambung perjuangan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Beliau membawa kejayaan besar pada PRK itu dengan majoriti 10,092 undi dengan mengalahkan empat calon Bebas.

Anak kesembilan daripada 10 orang adik beradik itu dikenali sebagai seorang wakil rakyat yang ‘mudoh bbaso, sene kkiro’. Menariknya, beliau bukan sahaja dikenali oleh mereka yang sering ke masjid untuk solat berjemaah atau sering ke tempatnya mengajar agama, sebaliknya  di pasar khususnya Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa.

Beliau sering dilihat membeli keperluan harian sendiri khususnya barangan dapur selepas menghantar anak-anak ke sekolah.
“Sekarang ni dah tak sempat dah, waktu pagi selepas hantar anak ke sekolah, ada masyarakat nak jumpa, kena ke pejabat Dun atau ke SUK,” ujarnya dalam pertemuan bersama Harakah baru-baru ini.

Harakah sempat menyelami kisahnya sebagai seorang wakil rakyat, setelah hampir setahun beliau diamanahkan dengan tanggungjawab itu. Fathan mengakui, tugasnya dahulu dan kini agak berbeza setelah menjadi wakil rakyat. - HARAKAHDAILY 27/2/2016

CERITA PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2126 EDISI ISNIN DI PASARAN

Sumber HD - 27-2-2016

Ustaz Fathan angkat sumpah Adun baru

ASLANI M Foto RIZAL TAHIR | .


KOTA BHARU: Selepas hampir tiga bulan dipilih sebagai wakil rakyat, hari ini Ustaz Ahmad Fathan Mahmood mengangkat sumpah sebagai anggota baru Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan.

Beliau mengangkat sumpah kira-kira jam 9.10 pagi tadi pada persidangan Dun di hadapan Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kub.

Pada pilihan raya kecil Chempaka pada 22 Mac lepas Ustaz Fathan mengekalkan Dun berkenaan selepas mengatasi empat calon Bebas.

Beliau yang juga bekas pensyarah menggantikan Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 12 Febuari lepas.

Turut menyaksikan majlis bersejarah itu Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan anggota-anggota Exco, penyokong kerajaan, pembangkang dan pegawai kerajaan.

Ustaz Fathan yang pertama kali menyertai persidangan Dun lengkap berpakaian baju Melayu hitam dan bersamping.

Sebelum itu Speaker mengumumkan Adun Salor, Datuk Husam Musa memohon cuti kerana masalah kesihatan.

Pada persidangan yang sama Dun Kelantan bersetuju menyambung perkhidmatan Khairiah Mohamad, 41 sebagai Senator sepenggal lagi.

Sebelum itu namanya dicadangkan Menteri Besar dan disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Perkhidmatan Khairiah yang juga seorang peguam bagi penggal kedua bermula 1 Julai ini.  – HARAKAHDAILY 15/6/2015

Sumber HD - 15-6-2015







Pengundi Chempaka tolak BN sebelum GST

| .


KOTA BHARU: Pengundi di Rompin dan Permatang Pauh perlu menterjemahkan kesusahan hidup mereka angkara pelaksanaan GST di kertas undi dengan menolak calon BN.

Adun Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood berkata kempen ‘Satu undi tolak BN bererti satu undi tolak GST’ perlu benar-benar direalisasikan sebelum bebanan kehidupan mereka semakin berganda.

“Saya nasihatkan pengundi Rompin dan Permatang Pauh menolak parti yang benar-benar membebankan kehidupan mereka.

“Sekarang bukan masa bercakap mengenai pembangunan kerana himpitan hidup akibat kenaikan harga barang selepas 1 April lalu benar-benar dirasai rakyat,” katanya di sini.

Ustaz Fathan menang besar pada pilihan raya kecil (PRK) Chempaka pada 22 Mac lepas selepas mengatasi empat calon Bebas, tanpa penyertaan BN.

Menurutnya, majoriti pengundi di Dun Chempaka awal-awal lagi menolak GST sebelum dikuatkuasa lagi kerana sudah menjangka bebanannya.

Kata beliau, pengundi Rompin dan Permatang Pauh perlu bijak menilai masa hadapan mereka kerana GST benar-benar membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.

“Dakwaan menteri kononnya harga barangan tidak naik selepas GST dilaksanakan tidak lebih sebagai omong kosong sahaja. Sekarang belilah apa sahaja pasti ada GST,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 28/4/2015

Sumber HD - 28-4-2015


Cabaran Besar Kepada ADUN Chempaka


KOTA BHARU – Walaupun baru bergelar ‘Yang Berhormat’ setelah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood mengakui beliau menghadapi cabaran yang cukup besar.

Beliau bagaimana pun, bersyukur dengan kemenangan yang dikurniakan oleh Allah, yang disifatkannya sebagai nenberikan banyak hikmah dan kebaikan kepada dirinya dan juga kepada perjungan PAS.

lawatan muslimat sbrg takir3

“(saya) bersyukur kepada Allah atas kemengan ini yang mana (kita) mendapat banyak hikmah dan kebaikan yang diperolehi walaupun berat sebenarnya untuk menggantikan tempat almarhum Tok Guru (Nik Abdul Aziz),

“cabaran yang cukup besar kerana DUN Chempaka ini sudah lama dipegang (dimenangi) oleh Tok Guru dan seolah-olah tergelam nama Chempaka kerana kerap kali digunakan oleh orang ramai (sebagai kampung tok guru), kerana sudah sebati dengannya,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Mahabbah Muslimat DUN Seberang Takir pada Sabtu, 4 April, di Kampung Tebing Tinggi dekat sini.

Seramai 102 anggota Dewan Muslimat DUN Seberang Takir telah menganjurkan satu lawatan ke Kelantan, khususnya DUN Chempaka sempena meraikan kemenangan PAS dalam PRK diadakan pada 22 Mac lalu.

Ustaz Ahmad Fathan yang diberi mandat menjadi calon PAS dalam PRK yang diadakan berikutan kekosongan kerusi itu, apabila penyandangnya almarhum Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia.

Walaupun merasa cukup berat dengan amanah yang digalasnya, beliau bagaimana pun melihat ia dengan sisi yang positif.

IMG-20150405-WA0005 (2)

“saya melihat dengan positif bila mana diberi amanah ini……… saya mencari peluang untuk mengandakan amal soleh diatas muka bumi ini yang pasti (saya perlu) pandai menggunakannya,

“saya mengalu-ngalukan kedatangan Muslimat serta Ameerah DUN Seberang Takir kerana dengan kedatangan ini memberi satu semangat untuk (saya) mengekalkan legasi perjuangan ini,”jelas Ustaz Fathan.

Pada majlis pertemuan itu, Ketua Muslimat DUN Seberang Takir Puan Fadilah Mohamad menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Fathan sebagai tanda kenang-kenangan lawatan tersebut.
Ahli-ahli rombongan turut dijamu oleh pihak ADUN Chempaka dengan hidangan ‘gulai kawah’ yang menjadi hidangan tradisi di setiap cawangan dalam DUN tersebut.

Konvoi Muslimat yang datang dengan dua buah bas dan sebuah van itu, tidak melepaskan peluang untuk menziarahi pusara almarhum Tok Guru Nik Aziz dan bertemu dengan balunya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak di Kampung Pulau Melaka.

Sumber BO - 6-4-2015

No comments:

Post a Comment