BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, April 2, 2015

DANA PENDIDIKAN HARUN TAIB



Bilakah muncul jelmaan TG Harun Taib

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/44038-bilakah-muncul-jelmaan-tg-harun-taib

PADA detik ulangtahun pemergian Tuan Guru Harun Taib ini, terbayang-bayang kenangan berada di bawah pimpinan beliau. Bukan mengenang sosok tubuhnya, tapi mengenang 1001 mutiara dari pemikiran dan tindakannya yang belum sempat diwarisi, namun telah pergi bersama jasadnya buat selamanya.

TGHT adalah arkitek tarbiyah yang sangat berjasa. Beliau sangat tegas dari sudut pemikiran dan akidah perjuangan. Panduannya kejap bersama al-Quran dan Sunnah, mendahului semua pandangan manusia.

Dengan dua sumber nas ini, beliau membina kader-kader Islam. Bukan sekadar bergimik dan beretorik, tidak memerlukan pelancaran demi pelancaran, bergerak secara low profil tanpa liputan dan populariti, tetapi gigih tanpa erti penat letih.

Arena mahasiswa seringkali menjadi sasaran pertembungan fikrah. Yang tidak bergelumang dengan dunia mahasiswa, atau tidak terlibat dengan organisasi pelajar mungkin tidak merasai, tetapi bagi yang berkecimpung, tentu mengetahui bagaimana teruknya pertembungan antara jemaah-jemaah atas nama Islam.

Mendakwa Islam, tetapi berusaha menjatuhkan antara satu sama lain. Berebut kader, mencipta tuduhan, hi-jack program, sehingga ke tahap membunuh karektor, semuanya pernah berlaku di alam siswa.

Di sinilah letaknya kepakaran TGHT. Beliau boleh dianggap pahlawan dalam mempertahankan PAS dari dirosakkan fikrah yang bertentangan. Sejak pulang dari Mesir, universiti dan kampus-kampus menjadi rumah nombor dua beliau. Berulang alik ke Jordan, Mesir, UK, US, dan di mana sahaja pusat pengajian pelajar Malaysia adalah menjadi rutin beliau. Membawa mesej perjuangan dan vaksin mujarab bagi menangkis kecelaruan fikrah.

Oleh sebab PAS adalah gerakan paling berpengaruh di tanah air, memiliki ahli dan penyokong melebihi angka juta kini, maka ia menjadi sasaran utama semua jemaah lain sejak dahulu untuk menumpang kelebihan yang ada.

Sukar untuk dicerita, kerana yang tidak faham pasti menyangka PAS tidak meraikan kepelbagaian. Namun padah apabila terlalu merai adalah episod-episod krisis jemaah yang baru sahaja berakhir pasca muktamar lepas.

TGHT adalah orang yang tegas menentang kemasukan Saari Sungib ke dalam PAS. Namun mengalah dengan keputusan majoriti yang bersangka baik. Pandangan TGHT dianggap kolot di waktunya, tetapi lama selepas pemergiannya, dan Saari menjadi duri dalam daging mengucar-kacirkan PAS dari dalam, barulah orang mula kenangkan apa yang dikata Almarhum.

Walaupun orang menganggap cara TGHT terlalu rigid, tetapi kerigidan itulah yang melahirkan maestro dakwah, siasah dan dakwah seantero Malaysia hari ini, yang membawa PAS ke tahap terbaik kini sejak ia ditubuhkan. Dalam isu perkaderan, beliau langsung tidak berkompromi denga ABIM, JIM, IRC, IKRAM atau mana-mana jemaah sekalipun hatta yang mendakwa sebagai Ikhwanul Muslimin.

Saya masih menyimpan rapi pesanan al-marhum ketika berusrah dengannya di hujung usia beliau:

"PAS bukan Ikhwanul Muslimin. PAS bukan PKS. PAS bukan HAMAS. PAS adalah PAS"

Kini, kerigidan itu kembali dirindu. Entah siapa yang boleh mewarisi wataknya sekarang. Isu mahasiswa dan perkaderan tidak pernah habis. Pertembungan fikrah Islam juga terus berlaku. Namun hero itu telahpun pergi.

Kini, atas nama BPMS yang disalah erti, pertembungan itu seolah dihalalkan dan diraikan hingga ke peringkat yang tidak sepatutnya. Keaslian perjuangan Islam ditabrak dengan kekaguman terhadap tokoh-tokoh penghafal kitab tertentu, yang tidak pernah kenal apa itu perjuangan Islam.

Pada tarikh penuh nostalgia ini, cuma satu yang diharap hati. Semoga lahir ramai lagi jelmaan Harun Taib. Jemaah ini semakin kehausan sentuhannya. – HARAKAHDAILY 26/1/2017

Sumber HD - 26-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tribut buat Ustaz Harun Taib, tiga tahun berlalu

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44031-tribut-buat-ustaz-harun-taib-tiga-tahun-berlalu

TRIBUT BUAT USTAZ HARUN TAIB: TIGA TAHUN YANG BERLALU, DIA MURABBI, AYAHANDA DAN TEMAN

Hari ini genaplah tiga tahun almarhum Ustaz Datuk Harun Taib telah meninggalkan kita. Jarum jam bergerak dengan terlalu pantas, sedar tak sedar, telah tiga tahun murabbi ummah ini telah bersemadi meninggalkan kita. Beliau umpama singa jamaah Islam yang tegas menjaga asolah perjuangan dan manhaj perjuangan. Saya kembali memutar kembali kenangan tiga tahun lalu saat saya berprogram di Tawau, Sabah.

Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita almarhum Dr Haron Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU IJN. Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Panggilan telefon yang ringkas daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Datuk Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang menggoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam ini semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 terus melangkah dimedan operasional. Beliau sebenarnya sedang bertungkus lumus menyiapkan PhD, namun arahan jamaah supaya pulang ditaati. Sebelum itu beliau pulang bertanding dalam Pilihan raya tahun 1978, namun tewas dan kembali belajar di peringkat doktorat.

Figura hebat ini tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanah air ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat , beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80-an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam. Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.

Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982, seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS.

Dalam pertengahan dekad 1980-an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya PASTI telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini. Bersama teman-teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulama PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad. Ramai juga yang menggalang gelaran YB lahir daripada MDQ, apatah para amilin jamaah di pelbagai peringkat parti.

Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu, iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, sekolah rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan DUN Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya, Hilmi mewakili konstitusi tersebut.

Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihan raya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di Dun Manir. Beliau antara 10 orang calon APU yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990 yang menyaksikan aksi serpihan Umno, Semangat 46. Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ' muslimat Pembangun Ummah', 'berbilang-bilang jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.

Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami. Isterinya, Ustazah Zainab atau juga dikenali ramai ustazah Fatimah pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS . Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembik, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.

Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu. Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah. Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti SRAB, KOSTAQ, KOSPINT, pemerkasaan KUSZA sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.

Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembik di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai. Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah.

Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus. Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata- kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini... Al-Fatihah. - HARAKAHDAILY 25/1/2017

Penulis ialah AJK Lujnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat

Sumber HD - 25-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tuan Guru Harun Taib dalam kenangan

MUHAMMAD NASIH ULWAN ZAKARIA | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44025-tuan-guru-harun-taib-dalam-kenangan

Mengenai Tuan Guru Haji Harun Taib yang kami dalam kalangan abna’ul harakah (anak-anak gerakan) lebih mesra dengan panggilan Ustaz Harun itu, banyak juga yang ingin aku catatkan. Banyak kenangan manis aku dengan almarhum ustaz.

Kenangan paling manis dan mahal bersama almarhum ialah dapat menjadi bentara dalam sebuah tamrin. Ketika itu aku ditugaskan oleh Ustaz Mizan untuk menuangkan air buat Ustaz Harun di depan pentas. Aku terima dengan penuh lapang hati dan penuh berbunga-bunga. Kenangan itu sebetulnya masih ralit bermain di tasik fikiran.

Kali terakhir bertemu almarhum ialah ketika Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu 2013, setahun sebelum perginya Ustaz Harun. Ketika itu Ustaz Mizan juga yang minta aku supaya hadir ke muktamar.

Habis saja ucapan Ustaz Harun, aku melilau-lilau di Dewan Tuan Guru Haji Harun Taib, dekat Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Kubang Lembek. KUDQI merupakan institusi pendidikan yang dibangunkan oleh almarhum sendiri dengan keringat dan air matanya.

Aku mencari kelibat Ustaz Harun. Aku ke belakang dewan. Rupanya Ustaz Harun ke tandas. Aku sempat juga bertemu dan bertanya khabar Ustaz Harun. Masih aku ingat dialog terakhir kami di dunia, “Ustaz sihat?” tanyaku pada beliau.

“Sihat gini ah..” jawabnya ringkas.

Almarhum Ustaz Harun sangat mengenali anak buahnya – maksud aku ialah anak didik yang ditarbiah olehnya. Selalu juga jumpa Ustaz Harun di pejabat PAS, di program-program parti dan program tarbiah parti seperti tamrin dan sebagainya. Ustaz Harun tidak lokek, malah sangat murah dengan senyuman. Setiap kali bertemu pasti beliau tersenyum simpul. Sebetulnya lirik senyuman pada wajah manis beliau masih tersimpan kemas dan utuh di kotak fikiran.

Dalam suatu majlis Perjumpaan Hari Raya Bersama Perantau anjuran Badan Perhubungan PAS negeri, arwah menyebut dengan jelas dalam ucapannya, “Saya lihat yang hadir hari ini adalah mereka yang selalu saya lihat di tamrin-tamrin PAS.”

Itulah nilai seorang ayah di dalam sebuah jemaah. Almarhum ibarat bapa kepada kami di dalam jemaah. Beliau mengenali secara dekat setiap anak buahnya. Jiwa tarbiah beliau sangat kuat. Beliau murabbi utama buat kami para abna’ul harakah.

Aku ibaratkan Ustaz Harun seperti Abu Ayyub Al-Ansori dalam misi menawan Malaysia. Antara cita-cita Ustaz Harun yang tidak tercapai ialah mahu menjadi PM Malaysia. Sahabatku, Aiman Rosli memberitahuku bahawa ketika Ustaz Harun ditanya apakah cita-cita beliau, beliau menjawab dengan yakin, “Ana nak jadi Perdana Menteri.” Namun begitu tidaklah pula sampai tergila-gilakan jawatan itu seperti sesetengah orang lain. Bak kata pakar motivasi, “cita-cita harus setinggi langit.” Agak cliché di situ.

Ketika pulang ke Malaysia tahun lepas, aku dan sahabatku, Che Amiruddin telah pergi menziarahi kubur almarhum yang berdekatan dengan rumah peninggalan beliau. Almarhum Ustaz Harun meninggal dunia ketika keberadaanku di Perlembahan Nil. Sungguh sayu rasanya ketika itu. Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa sedih di atas pemergian beliau.

Sungguh aku rindu! Rindu yang teramat pada almarhum – pada tutur kata lembutnya, gerak laku siasahnya, tulisannya yang padu dan semua mengenai almarhum.

Almarhum meninggalkan legasi yang tidak kurang hebatnya. Malah anak-anak beliau semuanya memiliki tahap pengajian di peringkat sarjana (master). Itulah bukti kehebatan seorang ulama yang berjuang dengan darah dan air mata.

Almarhum mungkin telah pergi meninggalkan kita, tetapi perjuangannya tidak pernah mati, malah akan terus hidup dan akan disambung oleh kami para anak didiknya di dalam jemaah.

Kini aku bersama rakan-rakan dalam jemaah mengusahakan Institut Pemikiran Harun Taib (HARTA). Mudah-mudahan ianya menjadi jariah dan pahalanya semua sekali kami sedekahkan untuk almarhum serta para syuhada PAS yang telah pergi.

Semoga Allah pertemukan semula kami di syurga-Nya. Aamiin ya Robb! (Buletin Online)

Sumber HD - 25-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Almarhum Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib Dalam Kenangan

Oeh : Muhammad Nasih Ulwan Zakaria

Mengenai Tuan Guru Haji Harun Taib yang kami dalam kalangan abna’ul harakah (anak-anak gerakan) lebih mesra dengan panggilan Ustaz Harun itu, banyak juga yang ingin aku catatkan. Banyak kenangan manis aku dengan almarhum ustaz.

Kenangan paling manis dan mahal bersama almarhum ialah dapat menjadi bentara dalam sebuah tamrin. Ketika itu aku ditugaskan oleh Ustaz Mizan untuk menuangkan air buat Ustaz Harun di depan pentas. Aku terima dengan penuh lapang hati dan penuh berbunga-bunga. Kenangan itu sebetulnya masih ralit bermain di tasik fikiran.

Kali terakhir bertemu almarhum ialah ketika Muktamar Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu 2013, setahun sebelum perginya Ustaz Harun. Ketika itu Ustaz Mizan juga yang minta aku supaya hadir ke muktamar.

Habis saja ucapan Ustaz Harun, aku melilau-lilau di Dewan Tuan Guru Haji Harun Taib, dekat Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Kubang Lembek. KUDQI merupakan institusi pendidikan yang dibangunkan oleh almarhum sendiri dengan keringat dan air matanya.

Aku mencari kelibat Ustaz Harun. Aku ke belakang dewan. Rupanya Ustaz Harun ke tandas. Aku sempat juga bertemu dan bertanya khabar Ustaz Harun. Masih aku ingat dialog terakhir kami di dunia, “Ustaz sihat?” tanyaku pada beliau.

“Sihat gini ah..” jawabnya ringkas.

Almarhum Ustaz Harun sangat mengenali anak buahnya – maksud aku ialah anak didik yang ditarbiah olehnya. Selalu juga jumpa Ustaz Harun di pejabat PAS, di program-program parti dan program tarbiah parti seperti tamrin dan sebagainya. Ustaz Harun tidak lokek, malah sangat murah dengan senyuman. Setiap kali bertemu pasti beliau tersenyum simpul. Sebetulnya lirik senyuman pada wajah manis beliau masih tersimpan kemas dan utuh di kotak fikiran.

Dalam suatu majlis Perjumpaan Hari Raya bersama Perantau anjuran Badan Perhubungan PAS negeri, arwah menyebut dengan jelas dalam ucapannya, “Saya lihat yang hadir hari ini adalah mereka yang selalu saya lihat di tamrin-tamrin PAS.”

Itulah nilai seorang ayah di dalam sebuah jemaah. Almarhum ibarat bapa kepada kami di dalam jemaah. Beliau mengenali secara dekat setiap anak buahnya. Jiwa tarbiah beliau sangat kuat. Beliau murabbi utama buat kami para abna’ul harakah.

Aku ibaratkan Ustaz Harun seperti Abu Ayyub Al-Ansori dalam misi menawan Malaysia. Antara cita-cita Ustaz Harun yang tidak tercapai ialah mahu menjadi PM Malaysia. Sahabatku, Aiman Rosli memberitahuku bahawa ketika Ustaz Harun ditanya apakah cita-cita beliau, beliau menjawab dengan yakin, “Ana nak jadi Perdana Menteri.” Namun begitu tidaklah pula sampai tergila-gilakan jawatan itu seperti sesetengah orang lain. Bak kata pakar motivasi, “cita-cita harus setinggi langit.” Agak cliché di situ.

Ketika pulang ke Malaysia tahun lepas, aku dan sahabatku, Che Amiruddin telah pergi menziarahi kubur almarhum yang berdekatan dengan rumah peninggalan beliau. Almarhum Ustaz Harun meninggal dunia ketika keberadaanku di Perlembahan Nil. Sungguh sayu rasanya ketika itu. Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa sedih di atas pemergian beliau.

Sungguh aku rindu! Rindu yang teramat pada almarhum – pada tutur kata lembutnya, gerak laku siasahnya, tulisannya yang padu dan semua mengenai almarhum.

Almarhum meninggalkan legasi yang tidak kurang hebatnya. Malah anak-anak beliau semuanya memiliki tahap pengajian di peringkat sarjana (master). Itulah bukti kehebatan seorang ulama’ yang berjuang dengan darah dan air mata.

Almarhum mungkin telah pergi meninggalkan kita, tetapi perjuangannya tidak pernah mati, malah akan terus hidup dan akan disambung oleh kami para anak didiknya di dalam jemaah.

Kini aku bersama rakan-rakan dalam jemaah mengusahakan Institut Pemikiran Harun Taib (HARTA). Mudah-mudahan ianya menjadi jariah dan pahalanya semua sekali kami sedekahkan untuk almarhum serta para syuhada’ PAS yang telah pergi.

Semoga Allah pertemukan semula kami di syurga-Nya. Aamiin ya Robb!

***Almarhum mantan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kira-kira pada pada 12 tengah malam 25 Januari, 2014, kerana serangan jantung.

Sumber BO - 24-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAN @ IKRAM/IRC `Jual’ Nama Ustaz Harun Taib Pancing Undi Penyokong PAS?
Posted on Saturday, June 04 @ 15:46:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Jika ada gambar Ustaz Harun Taib, peluk UMNO atau peluk Mat Said tolong jangan muatkan dalam media sosial. Bukan apa takut UMNO jadi giler macam seorang PAN yang dulu semasa belajar musuh ICR tapi sekarang dah jadi keldai ICR/IKRAM. Peluk pun jadi hujah golongan profesional yang terlebih banyak teori. Mantanglah Suhaizan dalam nak berhujah. Maklumat lanjut boleh baca di bawah.

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar mempunyai hubungan rapat dengan bekas Ketua Dewan Ulama PAS, Allahyarham Datuk Harun Taib.


Malah, Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat mendakwa calon PAN, Dr. Tarmizi Ramli pernah dipeluk oleh bekas Ketua Dewan Ulama PAS itu pada tahun 1998.

“Pada tahun 1998 saya penganjur ceramah di Lima Kedai, Gelang Patah. Penceramahnya Allahyarham Ustaz Harun Taib. Sebelum mula ceramah saya sempat berbual dgn Allahyarham.

“Allahyarham kata beliau ada sahabat baik di Universiti Teknologi Mara namanya Tarmizi. Di hujung ceramah terpacul Tarmizi bertemu dan berpelukkan dengan Allahyarham,” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau dipercayai membuat kenyataan itu di laman media sosial bagi mempengaruhi penyokong PAS supaya mengundi calon Pakatan Harapan dalam PRK kali ini.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat itu disahkan meninggal dunia pada usia 70 tahun di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Upacara pengkebumiannya turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia pada waktu itu, Datuk Jailani Johari.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dikecam ramai penyokong PAS kerana didakwa `menjual’ nama bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor untuk memancing undi bagi calon PAN.

Suhaizan seterusnya mendakwa, Tarmizi turut mempunyai hubungan baik dengan bekas Ketua Pemuda PAS Pusat, Allahyarham Abu Bakar Cik.

“Begitulah hubungan dua org tokoh PAS dengan Tarmizi, calon PAN dan Pakatan Harapan Kuala Kangsar,” katanya. – mynewshub.cc

Sumber TKO - 4-6-2016



Dato Harun Taib: Angkat Darjat Muslimat, Arkitek Tarbiah PAS, Penegak Hukum

Posted on Wednesday, May 04 @ 06:53:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Bedah buku Almarhum Dato Harun Taib<

Oleh Prof Kamaruzzaman Yusof
Sempena Seminar Pemikiran Dato Harun Taib

Buku 1: Muslimat Pembangun Umat

1. Almarhum antara orang yang awal perkenalkan pendidikan Islam berinstitusi hingga dapat melahirkan modal insan dan tenaga penting dalam PAS.

2. Almarhum mampu mencerap keadaan semasa dan bertindak tangkas untuk selesaikan isu dalam masyarakat.

3. Beliau antara yang awal menulis buku tentang pendidikan dan tarbiah wanita.

4. Almarhum perkenalkan dan fokus tafsir ayat al-Quran khusus tentang wanita.

5. Almarhum menelusuri kehidupan sahabiah sebagai panduan bagi muslimat PAS.

6. Jelmaan dari buku ini ialah kedudukan wanita diangkat dengan ditubuhkan JK Alimat yang ada ilmu tentang agama, berfungsi sama seperti ulama lelaki.

7. Almarhum perkenalkan jawatan AJK Dewan.Ulama PAS Pusat di kalangan muslimat.
8. Almarhum pertahan wanita jadi calon. PAS sentiasa beri peluang kepada muslimat sebagai calon, sedangkan ia tidak berlaku di kalangan gerakan Islam lain.
Kesimpulan buku ini:
1. Kedudukan muslimat-contoh secara praktikal bagaimana  meningkatkan kemampuan muslimat.
2. Kedudukan.muslimat mungkin agak rendah sebelum ini. Almarhum angkat darjat muslimat, menyediakan tarbiah khusus untuk muslimat.
3. Bangsa Melayu ada budaya tersendiri. Ia membezakannya dengan budaya Arab. Almarhum bina budaya baharu di kalangan muslimat seperti cara bertabarruj (Muslimat tidak bersolek dengan cara yang dilarang).
Buku ke 2: Wehdatul ummah
1. Tajuk asal buku: Taaddud (Berbilang) Jemaah terbit 1991.
2. Semenjak tahun 1970-80 an lagi, berlaku fenomena dalam PAS iaitu pimpinan gerakan Islam masuk PAS.
3. Mereka perlu di ‘fine tuning’ supaya fikrah mereka menepati fikrah PAS.
4. Tahun 1990 an, apabila Anwar Ibrahim masuk umno, ada pemimpin gerakan lain  masuk PAS.
5. PAS adalah gerakan dakwah, tarbiah dan politik. Bila mereka masuk ke dalam PAS, berlaku sedikit ‘berkocak air’.
6. Tajuk buku Taaddud jemaah ditukar wehdatul ummah. Tujuan buku ditulis ialah untuk perkemas organisasi PAS,  pemikiran dan lain-lain, perbetulkan pandangan bahawa gerakan yang lain itu bukanlah Ikhwan yang sebenar, sedangkan almarhum sendiri sebenarnya pernah berada dalam Ikhwan Muslimin.
7. Mereka yang lain itu mendakwa PAS tidak membawa manhaj betul Ikhwan Muslimin.
8. Buku ini beri kesan besar terutama untuk tangkis gerakan yang dakwa mereka dari Ikhwan dan masuk dalam PAS.
9. Jemaah hendaklah satu, tidak 2, 3. Boleh ditubuh lebih dari satu tapi MESTI dengan syarat yang sangat ketat.
10. Almarhum pernah dapat bimbingan langsung dari IM. Oleh kerana itu dalam isu taaddud jemaah, almarhum dianggap panglima dalam isu ini.
11. Mereka yang lain menganggap perkara politik diserah kepada PAS, sedangkan tarbiah diserah kepada gerakan yang lain. Lepas Anwar masuk umno, mereka masuk PAS.
12. Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Ustaz Abu Bakar Cik dan Ustaz Harun Taib  memainkan peranan penting dalam mempertahankan PAS.
13. Apabila Dato Harun Taib meninggal, kemudian Ustaz Abu Bakar Cik, ada yang berkata: ‘habislah PAS’. Tetapi walaupun 2 tokoh meninggal, gokongan lain keluar tanpa dihalau.
Buku ke 3: Kuasa Pemerintahan Islam dan buku Kuasa Perundangan Islam
1. Terbit lebih awal dari buku di atas. Ia berkait pendidikan politik.
2. Perjuangan antaranya dengan mendapatkan kuasa pemerintahan Islam dan kuasa perundangan Islam.
3. PAS awalnya berkembang di luarbandar atau dianggap sesuai hanya dibincang di kedai kopi.
4. Almarhum perkenal politik Islam, yang boleh dicapai kemenangannya melalui sistem demokrasi.
5. Kita tdak bergerak secara revolusi. Kita bergerak menurut undang-undang.
6. Politik perlu ijtihad. Ijtihad mesti melalui pendidikan, tarbiah Islamiah. Politik mesti berasaskan ilmu dan ‘kitab’, bukan hanya ceramah atau tazkirah.
7. Buku tulisan almarhum ialah antara buku awal teori politik Islam, pembahagian kuasa dan lain-lain Ia ada asas dari AlQuran.
8. Ia menolak dakwaan bahawa perjuangan PAS bercanggah dengan cara Nabi tegakkan Islam.
9. Trend orang muda nak tahu tentang sesuatu hanya melalui ‘google’ tapi tidak mahu meneliti penulisan hebat dari tokoh seperti almarhum Dato Harun Taib.
10. Almarhum menulis tentang kuasa perundangan Islam.  Terang maksud perundangan Islam, bahaya jika tidak laksanakan Islam.
11. Apabila PAS perintah Teengganu akhir 1999, antara perkara yang awal ditekankan ialah bagaimana nak mantapkan kuasa perundangan Islam.
12. Untuk laksanakan Islam, makan masa panjang. Kerajaan PAS Terengganu mengadakan lebih dari 20 siri bengkel melibatkan pensyarah-pensyarah, berbincang nak letak Islam paling tinggi.
13. Nak laksana Islam mesti ada ilmu. Bila PAS menang di Kedah, pernah ada kritikan terhadap Almarhum MB Kedah ketika itu, Ust Azizan kerana lmbat laksana Islam. Almarhum Dato Harun bertegas bahawa situasi Terengganu berbeza dengan Kedah. Walaupun.dia yang menulis buku tentang undang-undang Islam, dia faham situasi berbeza.
14. Bila ada perbezaan dalam Qanun Kelantan, beliau sebut perbezaan itu adalah perbezaan furu’ yang ada perbahasan di kalangan ulama.
15. Buku ditulis di Kubang Lembek, dengan bahasa yang mudah. Keupayaan almarhum guna bahasa mudah walaupun isunya sukar. Ada kekuatan ilmu, penulisan. Perkara payah dapat diungkap dengan mudah.
Catatan,
Ust Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu
Dewan Ulama PAS Pusat.
dan
Ketua Lajnah Media Baharu
Dewan Ulama PAS Terengganu
Markas Tarbiah PAS Kubang Lembek, Manir, Terengganu
Ahad 1 Mei 2016
10.50 pagi.

Sumber TKO - 4-5-2016



Seminar Pemikiran Tuan Guru Dato' Haji Harun Taib

Posted on Sunday, May 01 @ 12:18:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seminar Pemikiran Al-Marhum TG Haji Harun Taib dirasmikan oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden Pas... "Kawan serumah, sebilik, sebantal, sesekolah & seperjuangan"...














Sumber TKO - 1-5-2016











Dana Pendidikan Harun Taib: PAS bangunkan pendidikan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



MENELUSURI sejarah awal sumbangan PAS dalam bidang pendidikan di negara ini turut mencatatkan usaha Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama, Sheikh Abdullah Fahim yang telah  mengadakan  pertemuan dengan ketua-ketua sekolah agama rakyat di Madrasah Daeratul Maarif al- Wathaniyah, Kepala Batas pada 22 Mei 1952. Manakala pada 25 Mei 1952, PAS telah menubuhkan satu badan pendidikan yang dinamakan 'Pembangunan Pelajaran  Persatuan Islam Se-Malaya' dengan matlamat untuk menyatukan sekolah- sekolah agama.

Mesyuarat Agung PAS pada tahun 1953 telah mendesak PAS supaya mengadakan biasiswa kepada pelajar-pelajar agama bagi membantu membangunkan pendidikan  Islam. PAS juga telah berjaya mendesak kerajaan supaya memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah agama agar setanding dengan sekolah-sekolah yang lain.

PAS secara konsisten telah menunjukkan kecenderungan untuk menggerakkan pendidikan Islam dan isu-isu yang berlegar di sekitarnya. Contohnya dalam manifesto Pilihan raya PAS pada tahun 1955, dengan jelas parti itu menawarkan tawaran parti tersebut untuk rakyatnya.Antaranya:

1. Mengambil langkah supaya setiap kanak-kanak mendapat pelajaran percuma yang bersesuaian dengan kemajuan.
2. Pelajaran agama Islam hendaklah diberikan kepada kanak-kanak beragama Islam.
3. Berikhtiar supaya pemerintah dapat mengadakan sekolah-sekolah dewasa dengan segera, terutama pada bahagian pertukangan dan ekonomi
4. Berikhtiar dan berusaha supaya sekolah-sekolah Melayu yang ada sekarang ini menjadi pokok bagi sekolah negara dengan memperluas dan mempertinggikan tingkatan darjah pelajarannya bersesuaian dengan dasar negara.
5. Berikhtiar megambil perhatian yang berat terhadap perkembangan pendidikan akhlak bagi meninggikan mutu dasar pelajaran.

Sumbangan PAS dalam bidang pendidikan semakin berkesan apabila berjaya menguasai negeri Kelantan dan Terengganu  pada pilihan raya tahun 1959 (Amaludin Darus, 1976). Di Kelantan, PAS telah berjaya menubuhkan Biasiswa Pelajaran PAS pada tahun 1960 iaitu melalui pemotongan gaji Menteri Besar Kelantan dan Exco-exco Kerajaan Kelantan. Matlamat biasiswa ini ialah untuk membantu anak-anak ahli PAS melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi. Biasiswa ini digelar sebagai Biasiswa Zulkifli Muhamad (seorang tokoh kanan PAS yang sinonim dengan dunia pendidikan) pada tahun 1964.

PAS terus memainkan peranan yang berkesan dalam menggerakkan pendidikan di negara ini terutama di Kelantan yang menjadi pangkalan politiknya.

Pada tahun 1984, Dewan Pemuda PAS Pusat telah secara rasminya menubuhkan sistem pendidikan pra sekolah bagi memenuhi tuntutan ahli terhadap kerperluan pendidikan Islam.Ini melengkapkan kitaran pendidikan dalam PAS melalui sekolah agama rakyat dan pondok. Satu lagi negeri yang menjadi pangkalan politik PAS iaitu Kedah turut aktif menggerakkan pendidikan prasekolah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) pada tahun1987.

Pada akhir tahun 1959, kerajaan PAS Kelantan telah melantik guru-guru agama dan dibayar gaji oleh kerajaan negeri.

PAS juga telah mewujudkan institusi pendidikan rendah dan menengah di seluruh negara sama ada langsung di bawah pentadbiran parti seperti Dewan Ulamak Negeri ataupun di bawah kelolaan ahli-ahli PAS. Di Terengganu sebagai contoh, Dewan Ulamak PAS telah menubuh dan mengelola sekolah rendah Islam yang digelar 'darul' Islah dan sebagainya.

Di Kedah pula ditubuhkan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di mana sekolah rendah Islam tajaan PAS ini telah berkembang menjadi 10 buah cawangan, Sekolah Islahiah Diniah Memali, SRIDU Kupang, Raudatul Muslimim Baling, Sri an-Nur Pendang dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU). Di Perlis pula ditubuhkan Madrasah Diniah Islamiah. Penyokong-penyokong PAS juga telah menubuhkan rangkaian Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) di seluruh negara dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kemenangan semula PAS di Kelantan di mana Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diberikan amanah menerajui kerajaan negeri turut menyuburkan pendidikan di Kelantan terutamanya pendidikan Islam (Kamaruzaman Yusuf, 1994). Pada tahun 1992, kerajaan negeri telah menubuhkan Mahaad Dakwah Wa al-Imamah yang diletakkan di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan. Antara projek pendidikan lain yang dilaksanakan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Institut Teknologi Darul Naim dan Mahaad Tahfiz Sains.

Galakan terus diberikan supaya institusi pendidikan pondok yang berumur ratusan tahun yang telah meletakkan Kelantan dengan gelaran Serambi Mekah untuk terus menabur bakti pada masyarakat dengan ditubuhkan Yayasan Pembangunan Pondok Berhad. Kelantan juga selepas 1990 turut menyaksikan pertumbuhan sekolah tahfiz al-Quran di mana lebih daripada 20 buah sekolah tahfiz telah muncul di Kelantan.

Penguasaan semula PAS di Terengganu pada tahun 1999 juga merupakan satu pencapaian untuk ditelusuri dalam konteks mandat seorang tokoh pendidikan. Terengganu di bawah mandat seorang tokoh pendidikan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menubuhkan beberapa institusi pendidikan seperti Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Kolej Islam Sains Terengganu (KIST), dan Kolej Sains dan Teknologi al-Quran (KOSTAQ). PAS juga membuka peluang pengajian tinggi yang meluas kepada rakyat dengan mengadakan pemberiaan biasiswa melalui Maidam.

Secara keseluruhannya, dapat dibuktikan bahawa PAS telah bergerak dan berkembang menjadi parti politik yang mendepani cabaran demokrasi di Malaysia. Pasang surutnya dalam pilihan raya, bersaing menebar pengaruh dan mencatur strategi, semua ini telah mewarnakan PAS sebagai parti politik pembangkang paling kuat di negara ini.

Menjana dan mengerakkan bidang pendidikan telah menjadi satu strategi utama kepada PAS untuk terus kekal relevan kepada masyarakat, berinteraksi dengan tuntutan pengikutnya dan membina perkaderan politik jangka panjang. Maka usaha Majlis Pendidikan PAS dengan kerjasama Dewan Ulamak Pusat menubuhkan Dana Pendidikan Harun Taib adalah usaha sistematik untuk memperkasakan institusi pendidikan di bawah naungan harakatul ummah ini. - HARAKAHDAILY 2/4/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Tarbiah Pusat.

Sumber HD - 2-4-2015

No comments:

Post a Comment