BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, April 7, 2015

PELAYARAN ISLAMIK - SYUKUR, TENANG, DAMAI


Ujian Allah mengukur tahap iman

Posted on Tuesday, April 28 @ 12:00:00 MYT by paktam

Oleh Dr. Muhaya Muhamad 


Usah bersedih jika kita diuji Allah. Hidup ini merupakan satu ujian kepada makhluk Allah, dan di akhirat kita akan mendapat balasan ke atas apa-apa jua yang kita lakukan di dunia ini. Oleh sebab itu, setiap yang berlaku terhadap diri kita merupakan satu ujian. Lagi susah kita mendapat ujian, lagi tinggilah makam kita di sisi Allah SWT. Jangan mengeluh, menyalahkan, dan merungut apabila menerima ujian Allah, kerana Allah sedang menyediakan markah atau pahala yang tinggi kepada hamba-Nya yang reda.

Terimalah semua perkara yang berlaku, sebagai qada dan qadar Allah. Yang semuanya telah ditakdirkan Allah kepada kita hamba-Nya, dan tidak terdaya kita mengelakkannya. Sebab kita tidak boleh kawal apa yang berlaku ke atas kita, tetapi kita hanya boleh kawal respons kita terhadap apa yang berlaku berdasarkan pilihan kita (negatif atau positif). PERISTIWA + RESPONS = HASIL KEHIDUPAN kita. Oleh sebab itu faktor yang menentukan HASIL KEHIDUPAN kita (4K= Ketenangan, Kebahagiaan, Kesihatan dan Kekayaan) adalah respons kita.

Bagaimanakah kita hendak menghadapi ujian Allah? Kita mesti yakin, bahawa Allah hanya beri ujian atas apa yang hamba-Nya boleh tangani. Sebab itu setiap orang akan menghadapi, cabaran, cubaan atau ujian yang berlainan atau berbeza-beza berdasarkan kemampuan kita.

Contohnya, kalau ada orang yang diuji Allah, ditakdirkan kematian seorang anak terunanya kerana kemalangan jalan raya, ada orang pula diuji kematian seluruh keluarganya kerana kemalangan jalan raya.

Lantaran itu, setiap kali kita berhadapan dengan ujian Allah, pada saat kita hendak berasa sedih dan hilang semangat, lihatlah dan kenangkanlah orang lain yang lebih berat ujiannya, jika dibandingkan dengan yang kita alami. Itu adalah satu cara proses "reset minda".

Jom audit diri dan marilah kita melihat masalah atau ujian Allah itu, sebagai satu peluang untuk kita dapat dua perkara. Pertama, macam mana dengan sebab ujian itu kita akan menjadi lebih dekat dengan Allah. Kedua, bagaimana dengan peristiwa itu, kita belajar tentang diri kita. Sebab kita akan lebih mengenali diri kita sebaik-baik sahaja kita ada masalah.

Dalam keadaan bahagia manusia tidak tahu dirinya yang sebenar. Tetapi, dalam keadaan bermasalah dan krisis, baru kita tahu diri kita yang sebenar. Iaitu ukurannya berdasarkan respons atau tindak balas kita terhadap sesuatu peristiwa negatif itu.

Apakah reaksi spontan kita apabila berlaku peristiwa negatif? Contohnya, kalau orang yang hidup dengan kesedaran ketuhanan (mukmin sejati), apabila berlaku kemalangan kereta, reaksi spontannya, dia akan pergi tengok kereta orang dahulu, sama ada kemek atau tidak, bukan dia tengok keretanya dahulu.

Seorang mukmin sejati, sangat sayang sesama manusia dan dia akan segera memohon maaf dan mengambil tanggungjawab atas kesilapannya. Tetapi, orang yang kesedaran keegoannya tinggi, tidak pedulikan perasaan dan kebajikan orang, asyik fikir dirinya, yang penting keretanya dan dia hanya mencari siapa salah, serta sikapnya akan menyalahkan orang. Perhatikan, dua peristiwa yang sama, tetapi menghadapi respons yang berbeza.

Respons itu positif atau negatif, berdasarkan atau bergantung pada kemantapan akidah, ibadah dan akhlak seseorang itu dalam menangani ujian Allah.

Bagaimanakah pula kita melihat ujian Allah itu? Bagi orang yang berjiwa besar, masalah akan menjadi kecil. Orang berjiwa kecil semua masalah menjadi besar. Kalau hendak tahu kita berada dalam kelompok yang mana, sama ada dalam kalangan orang yang kesedaran ketuhanan yang tinggi atau kesedaran keegoan yang tinggi, kita nilai percakapan yang keluar daripada mulut kita apabila ditimpa musibah.

Menyalahkan

Kalau berlaku sesuatu musibah atau ujian Allah, kita akan berkata perkara yang negatif seperti, “saya serabut,” “memang Tuhan tidak sayang saya,” “Allah tak adil,” dan “nasib saya memang malang selalu,” maka kita perlu "reset minda."

Iaitu ubah cara atau persepsi kita terhadap kejadian buruk yang berlaku ke atas kita itu, dengan melihat segala kejadian buruk itu sebagai ujian Allah untuk melihat tahap keimanan kita. Jika kita asyik merungut, mengeluh dan menyalahkan orang serta menyalahkan ketidakadilan Allah, kita akan menjadi semakin lemah, hilang semangat dan keyakinan, untuk terus menempuh hidup yang lebih mencabar setelah ditimpa ujian Allah.

Oleh sebab itu, kalau kita hendak tahu kuat atau tidak akidah kita, apabila sesuatu berlaku sama ada positif atau negatif, kita mesti ingat Allah dahulu. Kalau sesuatu yang berlaku kita ingat makhluk, itulah yang penat.

Kita penat sebab kita sibuk dengan makhluk. Kalau kita bermasalah pun kita letakkan harapan dan pergantungan kita kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Bayangkan kalau kita sedang berjalan mengangkat satu beg atau beban yang berat, tiba-tiba datang orang hendak membantu kita, tentu kita akan berasa lega kerana ada orang yang sanggup bersama-sama kita menggalas beban yang berat itu.

Tetapi, kalau kita hendak berkongsi menggalas beban yang berat bersama-sama orang yang lemah sama seperti kita (makhluk Allah), tentu tiada maknanya. Makhluk tidak dapat meringankan atau menyelesaikan masalah kita, bahkan sebaliknya membuatkan masalah kita menjadi lebih rumit. 

Jangan sesekali bergantung kepada makhluk, jangan minta orang bimbing kita tetapi kita pergilah mencari ilmu. Mantapkan ilmu, berguru dan perbetulkan diri kita.

Contohnya, ada orang yang diuji Allah kehilangan penglihatan, sesudah tamat pengajiannya. Orang yang menerima ujian ini perlu mencari penyelesaian dari segi luarannya, dengan mendaftar sebagai orang cacat penglihatan bagi membolehkannya mencari peluang pekerjaan bersesuaian dengan kemampuannya.

Seterusnya carilah penyelesaian dari segi dalaman pula, dengan cara hapuskan kesedihan, perasaan rendah diri dan merungut akan kelemahan dirinya dengan cara pertama, jangan fokus kepada apa yang kita tidak ada, tetapi fokuslah kepada apa yang kita ada, (terlalu banyak lagi yang kita ada yang masih sempurna).

Kedua, jangan kita terlalu fokus kepada perkara yang lepas (dahulu kita nampak, sekarang sudah tidak nampak), kerana akan melemahkan semangat). Ketiga, kita fokus kepada apa yang orang hendak untuk kita, bukan apa yang kita hendak. Ingatlah, Allah tidak akan memberi sesuatu kecuali untuk kebaikan hamba-Nya, biarpun ia merupakan perkara yang buruk di mata kita hamba-Nya. Sabar dan reda, serta rasakan dugaan daripada Allah itu tanda Allah sayang akan kita.

Pejamkan mata rapat-rapat, kita akan dapat bayangkan banyak perkara baik yang boleh kita fokus, sebab apabila kita menutup "mata fizikal", "mata hati" akan terbuka. Bayangkan, orang yang diuji Allah di dunia nampak susah, tetapi dari segi akhirat jika kita sabar dan reda, kita akan mendapat kesejahteraan hidup di sana.

Penyakit dan masalah manusia hari ini adalah kerana lebih yakin kepada manusia daripada keyakinan kepada Allah. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak.” - utusan.com.my

Sumber DD - 28-4-2015

Tazkirah pagi...

Semoga bermanfaat. Sebarkan & suburkan dakwah...
Syukur ~ Tenang ~ Damai
Hadis palsu yang popular di sosial media.
Rasulullah SAW sudah memberi amaran yang tegas di dalam sabdanya tentang mendusta atas nama baginda.
.
Iaitu, mengatakan sebuah hadis tetapi ia adalah hadis yang palsu. Di dalam kalangan para muhadis, hadis palsu dipanggilkan hadis maudhu'.
.
Umat Rasulullah SAW harus lebih berhati-hati untuk mengatahui kesahihan hadis itu sebelum menyebarkan.
.
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata:
.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka.” (HR. Al-Bukhari no. 107 dan Muslim no. 3)
.
Al-Mughirah radhiallahu anhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ فَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

“Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta atas nama orang lain. Karena barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya dari neraka.” (HR. Al-Bukhari no. 1209 dan Muslim no. 4)
.
Di masa kini, informasi mudah diserbakan di alam sosial media dengan adanya fungsi "retweet", "share" Dan sebagainya. Oleh kerana itu, hadis palsu juga kadang kala disebarkan oleh ramai orang sampai masyarakat sosial media menganggap hadis tu sahih! Nauzubillah
Maka dengan harapan post ini dapat mengajar semua tentang hadis palsu yang popular di sosial media.
.
Hadis #1
"Dengar lah nasihat waluapun dari seorang pelacur."
Hadis ini jelas palsu kerana tidak ada perawinya. Laku tidak tahu diriwayat kan siapa? Bukhari ke? Tirmizi ke? Juga, hadis ini tidak dijumpa di dalam mana-mana kitab hadis.
.
Hadis #2
Perbualan Rasulullah SAW dengan iblis LA.
Rasulullah: “Jika mereka membaca Al Qur’an?’
Iblis: “Aku meleleh seperti timah di atas api.”
Hadis ini sebenarnya sangat panjang. Ia menceritakan tentang iblis diperintahkan Allah untuk bertemu dengan Rasulullah kerana Rasulullah SAW ingin bertanya beberapa soalan.
Salah satu soalan yang ditanya Rasulullah SAW di dalam hadis palsu ini adalah "siapakah Teman mu?"
Hadis ini dihukum palsu. Seperti kata Ibn Taymiyya
“Ini hadits dusta. tidak terdapat di dalam kitab-kitab muslimin yang dipercaya baik kitab shahih, sunan ataupun musnad. siapa saja yang tahu bahwa ini adalah dusta atas nama nabi maka tidak boleh meriwayatkannya…” (Majmu’ al-Fatawa 18/350) .
Boleh lihat hadis sepenuhnya di sini
http://www.islam2u.net/index.php…
.
Hadis #3
"Jangan kamu berkata ketika azan, kerana pada saat sakaratul maut datang, Allah akan kelu lidahmu untuk mengucap "la ila ha illallah" "
Hadis ini juga tidak diketahui perawinya. Bukan itu sahaja, tetapi hadis ini jelas palsu kerana berkata ketika azan adalah harus atau makruh menurut ulama'. Sahabat Nabi juga pernah bercakap ketika azan.
.
Hadis #4
"Jangan kamu baring ketika azan, kerana jenezah mu akan menjadi berat."
Hadis ini tidak ketahui sanadnya.
Ia dihukum palsu.
.
Hadis #5
Setitik air mata prempuan jatuh kerana lelaki. Lelaki itu akn disebat 100kali diakhirat kelak
Hadis ini memang tidak ada perawinya. Maka dihukumkan palsu.
.
Hadis #6
Persisilahan pendapat dalam umat adalah satu rahmat"
Hadis ini tidak dijumpa di dalam kitab2 hadis. Menurut imam As Sayuti bahawa hadis ini munkin di dalam kitab lama dan kitab itu tidak sampai ke Mereka. Oleh kerana tidak diketahui sanadnya, maka ia tidak boleh dikatakan sahih. Ada para muhadis yang menghukumkan hadis ini maudhu', ada juga yang tidak berani untuk dikatakan maudhu'.
Walau bagaimana pun, ulama' berkata bahawa makna hadis itu dapat kita terima kerana khilafiyyah (persisilahan pendapat) memang satu rahmat. Kerana ia memudahkan umat. Contoh,bsentuh ajnabi menurut mazhab Syafi'i boleh batal wudu' tetapi jika menurut mazhab Hanafi tidak. Ini memudahkan umat apabila hendak menunaikan haji. Cuma kita tidak boleh mengatakan hadis ini dari Rasulullah SAW.
.
Hadis #7
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Barang siapa yang mengingatkan kedatangan bulan (sya'ban) ini, haram api neraka baginya.”
Hadis ini palsu.
.
Hadis #9
Hadis tentang fadhilat solat terawih. Contoh:
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Hadis ini menceritakan dari malam pertama hingga 30 tentang fadhilatnya. Hadis ini dihukum palsu sebab tidak diketahui perawinya.
Boleh lihat hadis sepenuhnya di
http://www.islam2u.net/index.php…
.
Hadis #10
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith ini TIDAK SAHIH ia adalah satu PENDUSTAAN, ia juga bukan dari hadith al-Bukhari mahupun Muslim. Sebaliknya hadith ini disebarkan oleh beberapa kitab Syiah
.
Hadis #11
DUA RAKAAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BELUM KAHWIN
Ibnu Hajar Al-Asqalaani mengatakan , "Riwayat ini 'Mungkar' iatu dusta.
.
Hadis #12
Dikisahkan bahawa Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril tentang api neraka, berkata
Rasulullah : Wahai Jibril! Beritahu kepada ku tentang api neraka.
Jibril : Ya, Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata kalau api itu jatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantungkan antara langit dengan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dahsyat.
Hadis palsu. Hadis ini sangat panjang. Boleh rujuk ke Al-Haythami" (10/387), Dan "Al-Da'eefa" (910)
Boleh lihat hadis sepenuhnya disini
http://kisah69.blogspot.sg/…/rasulullah-bertanya-kepada-mal…
.
Hadis #13
"Barang siapa jatuh cinta lalu menyembunyikan cintanya, menahan diri, bersabar lalu dia meninggal dunia maka dia mati syahid"
Hadis ini palsu. (Ibn Qayyim Tib Al Nabawi)
.
Hadis #14
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di
muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah
seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”
Palsu. (Tazkiratul I Mawdhuat)
.
Hadis #15
"Seorang sultan (yakni pemerintah) adalah bayangan Allah di atas muka bumi.."
Hadis ini palsu. Rujuk "Tazkirat Al-Mawdoo'at" oleh Al-Fatni (182), "Al-Fawaid Al-Majmoo'a" oleh Al- Shawkani (623), Dan "Al-Da'eefa" (475)
.
Hadis #16
"Tidur selepas subuh menghalang rezeki"
Hadis palsu
.
Hadis #17
"Kahwin dan jangan kamu cerai kerana cerai itu menggegar arash Allah."
Hadis palsu. "Tarteeb Al-Mawdoo'at" (694), "Al-Mawdoo'at" oleh Al-Sagh'ani (97), dan "Tanzeeh Al-Sharee'a" (2/202)
.
Hadis #18
“Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa sakit hendak bersalin, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”
Hadis ni palsu menurut ulama' seperti imam as sayuti
Tapi, Kepalsuan hadis ini tidak bermakna ibu yang mengandung dan melahirkan tidak mendapat ganjaran pahala dari Allah. Bukankah keumuman hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam menyebut : “Tidaklah seorang mukmin itu ditimpa kepenatan, kesakitan, perkara yang tidak disukainya, kesedihan, bahaya (yang disebabkan oleh orang lain) dan kerisauan, hatta duri yang mencucuknya kecuali Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
.
Hadis #19
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yanglebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
Al Iraqi menyebutkan hadis ni tidak ada asas.
.
Hadis #20
1. Jangan makan SUSU + DAGING
2. Jangan makan DAGING + IKAN
3. Jangan makan IKAN + SUSU
4. Jangan makan AYAM + SUSU
5. Jangan makan IKAN + TELUR
Hadis ini yang sangat popular juga adalah hadis palsu. Tidak Ada dalil yang menunjukkan ia adalah Sunnah Rasulullah SAW. Malah, ada yang mengatakan ini dari kitab.

Sumber FB - https://www.facebook.com/PelayaranIslamik/posts/1668097810076702



PELAYARAN PERCUTIAN BERILMU UNTUK AKHIRAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34749-pelayaran-percutian-berilmu-untuk-akhirat

Sumber HD - 7-4-2015

Hari Keempat Pelayaran Islamik 4.0 8-11 Mac 2015 (Kamera Utama)

Sumber FB - https://www.facebook.com/PelayaranIslamik

Pelayaran Islamik's photo.
Web : http://www.pelayaranislamik.com
Hubungi ; Sekreteriat Pelayaran Islamik
No 2.08, Jalan Prima Sri Gombak
68100 Batu Cave, Selangor.
Tel : 03 61850010


Sumber HD - 7-4-2015

No comments:

Post a Comment