BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, April 4, 2015

KONGRES PROFESIONAL MUSLIM


Resolusi gesa hapuskan dikotomi ulama-profesional

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kongres Professional Muslim 2015 telah berlangsung di Ampang pada Sabtu lepas. Susulan daripada itu suatu resolusi telah dicapai antaranya mengiktiraf bahawa golongan ulama juga adalah sebahagian daripada golongan professional sama seperti mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran tertentu yang diiktiraf, di dalam bidang bidang lain, maka dualism dan dikotomi golongan profesional dan  golongan ulama harus dihapuskan.

Yang berikut ialah resolusi penuh tersebut.

Bahawa dengan ini, kami yang bersidang dalam Kongres Profesional Muslim 2015 pada hari ini, 29 Jamadil Akhir 1436H bersamaan 18 April 2015, di Auditorium MPAJ, Ampang

Menyedari bahawa dunia senantiasa dilanda krisis demi krisis baik daripada segi ketenteraan, politik ekonomi mahupun sosial, yang sekaligus menggambarkan gagalnya sistem penyelesaian sedia ada, dan memahami peri pentingnya semua tenaga manusia yang berkepakaran dalam  pelbagai bidangnya berganding bahu memberi pelbagai sumbangan membawa Malaysia dan dunia ke arah sebuah suasana kehidupan yang maju, cekap, adil, aman dan berharmoni, maka Kongres Profesional Muslim 2015 telah mengambil resolusi berikut:

1. Profesionalism ialah sifat-sifat adil, jelas dan rasional berasaskan kepada kekuatan ilmu dan hujjah yang perlu dimiliki semua orang khususnya golongan profesional iaitu mereka yang mempunyai ilmu, dan kemahiran yang diiktiraf di dalam sesuatu bidang tertentu.

2. Mengambil kira dunia kesarjanaan Islam sebagai satu bidang ilmu dan kemahiran tertentu yang diiktiraf, maka ulama juga adalah sebahagian daripada golongan profesional sama seperti mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran tertentu yang diiktiraf, di dalam bidang bidang lain, maka dualism dan dikotomi golongan profesional dan  golongan ulama harus dihapuskan.

3. Dunia amnya dan Malaysia khususnya perlulah secara adilnya memberi peluang kepada penyelesaian secara Islam dalam pelbagai bidang kehidupan manusia dalam menyelesaikan kemelut yang melanda dunia hari ini yang telah gagal diselesaikan oleh sistem dan kaedah penyelesaian lain

4. Bahawa usaha ke arah membina sebuah cara hidup maju, adil, aman dan berharmoni berasaskan Islam perlulah disokong oleh semua pihak, dan diterajui oleh sebuah organisasi gerakan Islam yang terbukti kejelasan perjuangannya dan kekukuhan prinsip Islamnya iaitu Parti Islam Se-Malaysia, PAS.

5. Mengiktiraf bahawa sesebuah organisasi gerakan Islam mestilah dipimpin oleh mereka yang lebih berilmu dan berkemahiran dalam prinsip dan dasarnya iaitu Al-Quran, Hadith, Qias dan Ijmak, iaitu golongan ulama sesuai dengan sifatnya yang profesional dalam bidang kesarjanaan Islam.

6. Golongan profesional selain daripada bidang kesarjanaan Islam seperti bidang sosial, ekonomi, undang-undang, perubatan, kejuruteraan dan pelbagai lagi mempunyai tanggungjawab dan peranan yang sangat besar dalam berganding bahu dengan profesional bidang agama atau ulama mengikut keperluannya masing-masing

7. Bersetuju untuk membentuk gabungan NGO profesional yang menggabung-jalinkan pelbagai bidang profesional, daripada kejuruteraan dan undang-undang sehinggalah ke kesarjanaan Islam. – HARAKAHDAILY 20/4/2015

IR PROF DR HAIRUL AZHAR ABDUL RASHID

Pengarah
Kongres Profesional Muslim SeMalaysia

Sumber HD - 20-4-2015


Sekitar Kongres Profesional Muslim Semalaysia 18hb April 2015

Posted on Sunday, April 19 @ 11:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



"Pembentangan Dr Bazlisham, Dr Khazani & Dato Raja pagi ni point2nya sgt cantik utk merungkai hal2 dalaman PAS khususnya berkaitan profesional & ulama serta Islam dilihat sbg penyelesaian."

"Tahniah pd semua yg menjayakan kongress ni. Lps ni biar marketing kuat sikit professional dlm pas ....Org dok ingat professional dlm jebon shj"
"Sesi pembentangan sangat ringkas tapi point padat dan ana rasa kena dengan tujuan kongres. Ulasan dari pengulas pun menarik cuma agak meleret. Apapun keseluruhannya ana rasa berjaya capai objektif dan mesej dari kongres ni diperluaskan ke pengetahuan umum"
"InsyaAllah, sekiranya perbincangan tadi diikuti profesional di luar, kemungkinan besar mereka berminat pada PAS tu tinggi. Tahniah utk penganjuran"









Sumber TKO - 19-4-2015




Jangan percaya berita kerajaan baru di Selangor

HARAKAHDAILY | .


Iskandar (kanan) bersama Tuan Guru Abdul Hadi pada program Kongres Profesional Muslim Se-Malaysia di Ampang semalam.

KUALA LUMPUR: Orang ramai digesa agar tidak mempercayai berita bahawa PAS dan Umno akan bergabung untuk membentuk kerajaan di Selangor.

"Menurut berita itu, lima orang Adun PKR akan melompat untuk memastikan pakatan tersebut memiliki majoriti di dalam Dewan," ujar Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A Samad dalam satu kenyataan.

Tegasnya, PAS Selangor dapat bekerjasama dengan Mohamed Azmin Ali, maka tidak ada sebab untuk menukar menteri besar.

Beliau menegaskan lagi bahawa PAS Selangor tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Umno.

Katanya, kemungkinan besar berita tersebut adalah bertujuan untuk menjatuhkan imej Presiden PAS menjelang Muktamar Tahunan PAS bulan Jun ini.

"Walau bagaimanapun saya percaya ahli-ahli dapat membezakan berita palsu dari berita yang tulen," ujarnya yang juga Exco Kerajaan Selangor. - HARAKAHDAILY 19/4/2015

Sumber HD - 19-4-2015




Pemimpin PAS profesional dalam bidang agama

SALMIYAH HARUN|FOTO WAN ZAHARI | .


Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan ucapan penutup.


KUALA LUMPUR: PAS sebagai sebuah organisasi yang berteraskan Islam digesa terus mengekalkan kepimpinan ulama dalam pemilihan akan datang, demikian menurut Prof Muhammad Khazami Abdullah dari Universiti Malaya.

Katanya, mereka yang memimpin PAS akan menjadikan Islam sebagai prinsip dan dasar di dalam organisasinya.

"Jadi mereka ini adalah profesional dalam bidang agama, untuk memahami gerakan sebuah organisasi yang boleh diperjelaskan dalam konteks semasa.

"Siapa paling berautoriti, dia adalah ulama," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Kongres Profesional Muslim Se-Malaysia.

Tambahnya, jika PAS adalah sebuah parti yang bukan berteraskan Islam maka terserah kepada ahli untuk memilih ketua mereka.

Bagaimanapun soalnya bagaimana ulama hendak meneruskan falsafah dan prinsip Al-Quran kepada pelaksana kerana ia memerlukan kepada golongan profesional.

"Sudah tiba masanya kita di kalangan profesional dalam semua bidang untuk berani ke hadapan," katanya di hadapan kira-kira 150 peserta kongres yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Turut bersama beliau membentangkan kertas kerja ialah Dr Badlihisham Mohd Nasir dari Fakulti Tamadun Islam UTM dan Pengerusi Perangsang Selangor Berhad, Raja Idris Raja Kamarudin.

Fitnah musuh

Sementara itu, Dr Suhaini Kadima dari Institut Jantung Negara pula berkata, PAS dilihat seolah-olah terperangkap dengan propaganda dan fitnah pihak musuh yang mahu memecahbelahkan jemaah Islam.

Menurutnya, perkara itu berlaku disebabkan para jemaah hari ini tidak ada keikhlasan di dalam perjuangan.

"Kita meraikan perbezaan pendapat untuk memecahbelahkan jemaah sebab kita tidak ada keikhlasan dalam perjuangan kita," katanya.

Justeru katanya, kepelbagaian perlu diuruskan oleh  pemimpin masing-masing iaitu ulama dan profesional bagi menyelesaikan masalah masyarakat.

"Pengurusan yang terbaik adalah gabungan profesional dengan ulama. Bagaimana kita uruskan perpecahan itu adalah satu rahmat," katanya.

Kongres yang berlangsung setengah hari turut menampilkan beberapa pengulas dan ahli panel antaranya Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengarah Pusat Strategik Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yusof, Adun Selat Klang Dr Halimah Ali dan Exco Kelantan Dr Muhamed Fadzli Hassan. - HARAKAHDAILY 18/4/2015

Sumber HD - 18-4-2015


Kongres Profesional Muslim Semalaysia
Posted on Friday, April 17 @ 20:43:38 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Golongan Professional terus istiqomah mendokong perjuangan Islam bersama Ulama. 


Sumber TKO - 18-4-2015







Kongres bincang intergrasi profesional dan ulama

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Profesional Muslim akan mengadakan suatu Kongres Profesional Muslim SeMalaysia yang dijangka berlangsung pada 18 April 2015 bertempat di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ampang, Selangor.

“Persiapan ke arah Kongres, yang pertama kali akan di adakan di Malaysia ini berjalan lancar. Pihak Gabungan NGO Profesional Muslim, berasa amat teruja dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh Sekretariat untuk mempastikan semua persiapan berjalan seperti yang dirancang,” demikian kenyataan Timbalan Pengarah, Kongres Profesional Muslim Se-Malaysia, Mazli Noor.

Menurutnya, semua persiapan yang sedang rancak berjalan ini adalah untuk mempastikan semua objektif Kongres akan tercapai dengan jayanya. Pihak penganjur amat yakin bahawa barisan panelis-panelis yang telah di jemput untuk mengemukakan pandangan dan pengalaman mereka adalah terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Antara panelis termasuklah Prof. Dr. Badlihisham Mohd. Nasir dari Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Khazani Abdullah dari Significant Technologies Sdn. Bhd. dan YM Raja Dato’ Idris Raja Kamaruddin, yang merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor Berhad. Para panelis akan memberikan paradigma baru dan menyelongkar konsep profesionalisma sebagai penyelesaian utama kepada semua permasalahan manusia dan dunia. Ini dilakukan dengan melihat model Rasulullah SAW dan para sahabat dari perspektif hubungan yang berintegrasi antara ulamak dan profesional.

“Manakala pada sesi kedua pula suatu bedah siasat akan di utarakan untuk lebih memahami dan melihat dengan dekat bagaimana PAS mengurus, menyusun dan memobilisasi golongan profesional yang berintegrasi bersama kepimpinan ulama’ ke arah melahirkan suatu gerakan Islam yang holistik. Ini akan dibentang dengan mendalam oleh Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Setiausaha Politik, Presiden PAS, Dr. Wan Nik Wan Yusof dari Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan dan penganalisis politik Dr. Mohd Fadli Ghani.

“Untuk lebih mendapatkan pencernaan akademik dan praktis, Kongres juga mempunyai sesi ulasan kertas kerja yang akan dilakukan oleh pengulas-pengulas gabungan daripada para akademik dan pengamal politik. Mereka adalah YB Zaidy Abdul Talib, Dr. Suhaini Kadiman, YB Dato' Dr Mohd Fadzli Hassan, Tuan Haji Muhammad Burok dan Prof. Dr. Anuar Ahmad,” kata Mazli lagi.

Angtara objektif utama kongres ini ialah.

1. Menzahirkan keyakinan golongan profesional bahawa Islam adalah jalan penyelesaian kepada permasalahan negara dan dunia hari ini.

2. Menjelaskan komitmen golongan profesional kepada PAS sebagai peneraju perjuangan menegakkan sistem hidup Islam secara holistik di Malaysia.

3. Menegaskan dokongan golongan profesional terhadap kepimpinan ulamak dalam membawa negara menuju sebuah cara hidup Islam yang adil, makmur dan progresif.

4. Menyeru golongan profesional bergandingan dengan ulamak agar bertindak secara kritis di atas asas ilmu dan profesionalisma dalam mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian masyarakat seterusnya memberi input secara efektif dan bertanggungjawab.

Justeru itu, penganjur menjemput dan mengalu-alukan para profesional muslim untuk sama-sama datang menyertai dan menjayakan Kongres ini. – HARAKAHDAILY 4/4/2015


Sumber HD - 4-4-2015

Persiapan Kongres Profesional Muslim Kali Pertama Berjalan Lancar

Alhamdulillah, persiapan ke arah Kongres, yang pertama kali akan di adakan di Malaysia ini berjalan lancar. Pihak Gabungan NGO Profesional Muslim, berasa amat teruja dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh Sekretariat untuk mempastikan semua persiapan berjalan seperti yang dirancang.

Semua persiapan yang sedang rancak berjalan ini adalah untuk mempastikan semua objektif Kongres akan tercapai dengan jayanya. Pihak penganjur amat yakin bahawa barisan panelis-panelis yang telah di jemput untuk mengemukakan pandangan dan pengalaman mereka adalah terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

IMG-20150403-WA0103

Nama-nama seperti Prof. Dr. Badlihisham Mohd. Nasir dari Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Khazani Abdullah dari Significant Technologies Sdn. Bhd. dan YM Raja Dato’ Idris Raja Kamaruddin, yang merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, akan memberikan paradigma baru dan menyelongkar konsep profesionalisma sebagai penyelesaian utama kepada semua permasalahan manusia dan dunia. Ini dilakukan dengan melihat model Rasulullah SAW dan para sahabat dari perspektif hubungan yang berintegrasi antara ulama’ dan profesional.

Manakala pada sesi kedua pula suatu bedah siasat akan di utarakan untuk lebih memahami dan melihat dengan dekat bagaimana PAS mengurus, menyusun dan memobilisasi golongan profesional yang berintegrasi bersama kepimpinan ulama’ ke arah melahirkan suatu gerakan Islam yang holistik.

Ini akan dibentang dengan mendalam oleh Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Setiausaha Politik, Presiden PAS, Dr. Wan Nik Wan Yusof dari Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan dan penganalisis politik Dr. Mohd Fadli Ghani.

Untuk lebih mendapatkan pencernaan akademik dan praktis, Kongres juga mempunyai sesi ulasan kertas kerja yang akan dilakukan oleh pengulas-pengulas gabungan daripada para akademik dan pengamal politik. Mereka adalah YB Zaidy Abdul Talib, Dr. Suhaini Kadiman, YB Dato’ Dr Mohd
Fadzli Hassan, Tuan Haji Muhammad Burok dan Prof. Dr. Anuar Ahmad.

Dengan barisan pembentang dan pengulas yang akan diutarakan oleh Kongres ini, sambutan awal yang telah ditunjukkan oleh bakal peserta adalah amat mengalakkan. Jesteru itu, penganjur menjemput dan mengalu-alukan para profesional muslim untuk sama-sama datang menyertai dan menjayakan Kongres ini.

MAZLI NOOR

Timbalan Pengarah, Kongres Profesional Muslim SeMalaysia
3 April 2015, Bandar Baru Bangi.

Sumber BO - 4-4-2015

No comments:

Post a Comment