BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, April 1, 2015

PRK PERMATANG PAUH


Akar umbi Pas masih beri undi pada PKR

Posted on Saturday, May 09 @ 15:03:02 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh MOHD IDROS MOHD ALI



PERMATANG PAUH - Pengundi Permatang Pauh sudah buat keputusan dengan mengekalkan legasi PKR atau keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakili suara dan hati mereka sejak 1982.


Mereka terus memberi kepercayaan kepada calon PKR yang juga presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menerajui parlimen itu bagi tempoh tiga tahun akan datang sebelum PRU14.

Dr Wan Azizah mengungguli carta dengan 30,316 undi berbanding calon BN, Suhaimi Sabudin 21,475 undi; calon Bebas, Salleh Isahak (367) dan Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (101).

Walaupun timbul beberapa isu meruncing dalam kalangan gabungan PR, terutama Pas dan PKR, ia sedikit pun tidak menjejaskan hubungan yang terjalin demi berkongsi matlamat yang sama untuk ke Putrajaya.

Pas nampak begitu sabar dan terus mengalah dengan rakan lain walaupun diperlakukan apa sahaja selama ini sehingga ada yang memberi pelbagai gelaran, semua itu tidak menghakis kesetiaannya dengan PR.

Berdasarkan keputusan PRK Permatang Pauh malam kelmarin, menunjukkan undi Pas masih kepada PKR dan tidak berubah. Mereka masih memberi sokongan padu walaupun pada awalnya timbul ugutan Pas Kawasan Permatang Pauh memboikot jika PKR mencalonkan Dr Wan Azizah. Tetapi akhirnya, berpatah balik kepada laluan asal.

Begitu dengan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang yang mengugut merehatkan jentera pilihan raya berikutan kenyataan AMK Pulau Pinang yang mengguris perasan mereka apabila menyentuh mengenai kewibawaan ayahanda mereka (Presiden Pas).

Tetapi sekali lagi berpatah balik dan masuk semula ke laluan asal.

Ugutan jiran iaitu Pas Kawasan Bagan untuk memastikan 10,000 ahli Pas memboikot dan merosakkan kertas undi sebagai tanda protes terhadap Dr Wan Azizah juga tidak menjadi kenyataan dan berlalu begitu sahaja.

Seorang pemerhati politik tempatan yang tidak mahu dikenali berkata, kesetiaan Pas memang tidak perlu diragui lagi dan semangat itu terus dipupuk dalam kalangan ahlinya walaupun mereka dihina atau disisihkan.

Mereka berpegang kepada semangat Islam dan pantang sekali mungkir janji setelah dimeterai walaupun kadang-kadang tidak membawa sebarang keuntungan atau manfaat.

Beliau berkata, tidak rugi jika ahli Pas beralih angin dengan memberi undi kepada BN sebagai pengajaran kepada PKR dan mungkin DAP. Tetapi mereka tidak 'tikam belakang kawan' berbanding rakan lain.

“Saya puji semangat setiakawan Pas dalam hal ini walaupun kadang-kadang ia melampaui atau tersasar dari isyarat tersembunyi dari kepimpinan tertinggi Pas.

“Agak sukar untuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan arahan secara nyata kepada ahlinya agar memboikot PRK Permatang Pauh agar tidak mengeruhkan hubungan dalam PR. Tetapi tindak-tanduk dan kenyataannya sudah jelas
bahawa beliau tidak menyokong PKR.

Menurutnya, mungkin mesej itu gagal diselami dengan teropong hati oleh ahli Pas di Permatang Pauh.

Kehadiran Timbalan Presiden, Mohamad Sabu tidak mencerminkan sokongan padu secara keseluruhan kepada PKR kerana orang nombor dua itu kerap menyanggah presiden dan tidak sealiran dalam banyak hal.

Seorang lagi pemerhati politik tempatan berkata, trend pengundi sejak kebelakangan ini agak pelik kerana mereka lebih melihat kepada parti dan bukan calon yang diketengahkan.

Sebagai contoh, BN menampilkan calon lengkap pakej tersendiri di Permatang Pauh tetapi masih ditolak tanpa alasan yang munasabah.

“Apa lagi yang kurang pada Suhaimi Sabudin berbanding Dr Wan Azizah yang banyak komitmen sehingga Kajang terabai.

“Nasib sama mungkin berlaku kepada kawasan ini kerana sejarah sebelum ini membuktikan beliau gagal menguruskan Permatang Pauh dengan baik ketika menjadi ahli parlimen dari 1999 hingga 2008,” katanya.

Menurutnya, kini tertanam satu istilah dalam fikiran pengundi, terutama golongan muda bahawa pilihlah calon selain Umno atau BN.

“Mereka hanya akan mengundi calon yang bukan dari Umno atau BN. Walaupun calon itu berkaliber dan mampu buat kerja, ia tidak diambil kira dan tetap dicantas.

“Jadi calon dari parti lain tetap jadi pilihan walaupun kurang berwibawa dan kerap tinggalkan kawasan dan pengundi terkapai-kapai,” katanya.

Sementara itu, bekas pemimpin Pas yang minta namanya dirahsiakan berkata, pergolakan dalam PRK Permatang Pauh, 'macam kapal nak karam' memang sudah dijangka akan berakhir sedemikian rupa.

“Hanya ribut dalam secawan kopi. Mula-mula riuh, lepas tu selesai tanpa banyak soal,” katanya.

Jelasnya, kebanyakan pemimpin parti itu terikat jawatan lantikan kerajaan negeri seperti jawatankuasa kemajuan dan keselamatan komuniti, ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Katanya, jika masih berdegil tidak mustahil jawatan itu akan ditarik balik dan diganti dengan pemimpin lain dilihat setia dengan perjuangan PR.

“Sekarang ini, kita boleh lihat sendiri. Mereka berjuang untuk parti atau kepentingan diri sendiri.

“Apa ada dengan ganjaran kewangan sedikit berbanding menggadaikan prinsip perjuangan dalam parti yang begitu dipandang mulia oleh pemimpin terdahulu,” katanya.

Mengambil contoh yang berlaku kepada Yang Dipertua Pas Kawasan Bayan Baru, Iszuree Ibrahim yang digantung semua jawatankuasa dalam MBPP (ketika itu MPPP) kerana lantang dan membangkitkan isu tanah dalam Muktamar Pas tahun lalu.

“Adakah salah sebagai Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pulau Pinang membangkitkan isu tanah dan masalah orang Melayu di negeri ini. Kenapa perlu mengambil tindakan sebegitu kepadanya. Fikirlah sendiri,” katanya.

Beliau membangkitkan nasib menimpa pemimpin PKR peringkat cabang, Johari Kassim yang pernah mengkritik pelantikan Yang Dipertua MPSP, Datuk Mokhtar Jait beberapa tahun lalu dengan alasan lebih wajar diberikan kepada orang politik.

“Johari mengugut akan memboikot majlis angkat sumpah jika Mokhtar dilantik. Akhirnya beliau digugurkan dari ahli MPSP.

“Selepas meminta maaf, beliau dilantik semula pada penggal baharu. Tetapi apa guna kerana tidak boleh bersuara langsung,” katanya.

Menurutnya, semua pemimpin parti dalam PR di Pulau Pinang mampu dikawal dengan mudah kerana ditawarkan pelbagai jawatan dengan alasan berkhidmat kepada rakyat.

Beliau berkata, pemimpin Pas perlu lebih istiqamah dalam perjuangan parti dan tidak mudah hilang arah jika digertak oleh sekutu dalam PR.

“Saya nampak PR mungkin sudah hilang kepercayaan kepada Pas dan akan beralih kepada Pasma sebagai rakan baharu gabungan itu,” katanya.

Tambahnya, begitulah nasib parti perjuangan Islam diuji dengan ujian kebendaan oleh ALLAH SWT.

.....
Artikel Sinar Harian

Sumber TKO - 9-5-2015

Permatang Pauh: AMK ucap terima kasih DAP, PAS



HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) berterima kasih kepada pengundi, penyokong dan rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PAS yang membantu memenangkan PKR dalam PRK Permatang Pauh, 7 Mei, semalam.

“kami ingin berterima kasih kepada pengundi-pengundi serta penyokong, terutamanya dikalangan anak-anak muda, yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan bagi KEADILAN. Juga kepada rakan-rakan kami,  DAP dan PAS yang bergandingan menyumbang ke arah kemenangan ini,” ujar Ketua Angkatan Muda Keadilan, Malaysia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Kejayaan PKR mengekalkan kerusi P44 Permatang Pauh merupakan kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat dan mesej kepada Umno-BN.

“Keputusan ini juga memberi mesej yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional bahawa rakyat sudah jemu dengan kepincangan di dalam tadbir urus negara terutamanya dengan perlaksanaan cukai GST yang membebankan,” ujarnya lagi.

Dalam PRK ini Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR), menewaskan tiga calon lain iaitu Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia atau PRM) dan Salleh Isahak (bebas) dengan majoriti 8,841.

“Angkatan Muda Keadilan ingin mengucapkan penghargaan di atas sokongan yang diberikan oleh pengundi-pengundi Permatang Pauh kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dan memastikan kerusi P44 kekal di tangan Pakatan Rakyat.

“Keputusan ini juga membuktikan penduduk Permatang Pauh terus bersama-sama menolak fitnah dan kezaliman terhadap Anwar Ibrahim,” kata Nik Nazmi.

Permatang Pauh mempunyai 71,699 pemilih dengan 70 peratus Melayu, 23 peratus Cina dan 6 peratus India. – HARAKAHDAILY 8/5/2015

Sumber HD - 8-5-2015



Permatang Pauh: Pening bila Zahid kata positif kepada BN

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tentu ramai yang pening kepala memikirkan apabila Naib Presiden Umno yang juga Pengarah Jentera Pilihan raya Permatang Pauh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan pilihan raya itu semalam menunjukkan simptom positif kepada BN,

“Apa dan di mana simptom positif daripada kekalahan itu?” tanya penulis Shahbudin Husin dalam blognya.

Ini, ujarnya kerana BN bukan saja terus gagal untuk menawan Permatang Pauh, bahkan peratusan undi BN hampir tidak meningkat berbanding pilihan raya umum lalu.

Berikut tulisan penuh beliau bertajuk ‘Pening Kepala Bila Zahid Kata Permatang Pauh Tunjuk Simptom Positif Kepada BN’.

Apabila Naib Presiden Umno yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya Permatang Pauh, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan pilihan raya itu semalam menunjukkan simptom positif kepada BN, tentu ramai yang pening kepala memikirkannya.

Apa dan di mana simptom positif daripada kekalahan itu?

Ini kerana BN bukan saja terus gagal untuk menawan Permatang Pauh, bahkan peratusan undi BN hampir tidak meningkat berbanding pilihan raya umum lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon BN Dr Mazlan Ismail mendapat sebanyak 25,360 undi daripada 88.3 peratus yang keluar mengundi. Ini bermakna sokongan yang diterima BN ialah 40.06 peratus.

Dalam pilihan raya kecil kali ini pula, calon BN Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi daripada 73 peratus yang keluar mengundi. Ia bermakna sokongan yang diterima BN hanyalah 40.44 peratus saja.

Apakah peningkatan 00.38 peratus itu boleh dianggap simptom positif kepada BN?

Dari segi undi yang diperolehi PKR pula, ia jelas tidak jauh berbeza. Dalam pilihan raya umum lalu, Anwar yang menjadi calon mendapat 37,090 undi atau 58.57 peratus berbanding Dr Wan Azizah yang mendapat 30,316 atau 57 peratus sokongan.

Berbekalkan dengan sebahagian besar pemimpin Umno dan kerajaan berkampung di Permatang Pauh membawa segala macam peruntukan dan buah tangan kepada pengundi, malangnya undi PKR yang berjaya diturunkan hanyalah sebanyak 1.57 peratus saja.

Penurunan undi PKR sebanyak 1.57 peratus inikah yang dianggap simptom positif kepada BN itu?

Lebih memeningkan kepala apabila dalam ulasannya Zahid Hamidi juga berkata, "simptom positif ini membawa sinar baru kepada perjuangan Umno di Permatang Pauh".

Kata Zahid lagi, walaupun tewas dalam pilihan raya kecil ini tetapi ia menampakkan perubahan dan "peningkatan sokongan yang besar"  kepada BN.

Di mana sebenarnya sinar baru dan wujudnya "peningkatan sokongan yang besar" kepada BN?

Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh bukan saja memberi "isyarat demam berpanjangan" kepada Umno dan BN, tetapi yang lebih memualkan ialah pemimpin Umno nampaknya masih dibuai simptom syok sendiri yang berlebih-lebihan.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said, tidak sekadar melahirkan keyakinan untuk menang, bahkan mengatakan pihaknya sudah pun menggerakkan jentera pilihan raya sejak Februari lagi.

Amboii...kalau dah bergerak sejak Februari lagi, takkan keputusan jadi lagu ni?

Zahid Hamidi pula, pada dua hari sebelum pembuangan undi tempoh hari mengatakan ada angin perubahan sedang bertiup kuat di Permatang Pauh dan ianya amat dirasai oleh jentera BN.

Katanya, suasana di Permatang Pauh kali ini amat berbeza berbanding sesama pilihan raya kecil 2009 lalu.

Tetapi berdasarkan keputusan pengundi yang terus memberi kemenangan kepada PKR melalui calonnya Dr Wan Azizah dengan majoriti 8,841 selain tiada angin perubahan yang bertiup, apa simptom positif yang dimaksudnya Zahid Hamidi juga sukar difahami.

Apakah Zahid masih ingin menunjukkan beliau lebih berjaya berbanding Hishammuddin yang mengetuai jentera Rompin tetapi perolehan undi BN merosot sebanyak 41 peratus berbanding pilihan raya umum lalu?

Ahh...makan panadol lima enam biji pun tak hilang lagi pening kepala memikirkan justifikasi Zahid ini. – HARAKAHDAILY 8/5/2015




Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin-top:auto; mso-para-margin-right:0in; mso-para-margin-bottom:auto; mso-para-margin-left:0in; text-indent:51.85pt; mso-line-height-alt:9.0pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin;}


Permatang Pauh: Pening bila Zahid kata positif kepada BN

Sumber HD - 8-5-2015

Wan Azizah menang isyarat kerjasama PR masih utuh




MOHD SABRI SAID | .


PERMATANG PAUH: Kemenangan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh adalah isyarat kepada kekuatan kerjasama Pakatan Rakyat (PR) masih utuh.

Pengarah PRK.044 PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, walaupun berbagai badai dan ombak melanda hubungan antara parti dalam PR namun gerak kerja PRK telah berjaya mengatasinya.

“Bagi PAS khususnya kami berjanji untuk menyumbang undi terbanyak di Dun Permatang Pasir dan kami telah membuktikannya dengan komitmen para petugas tegar di MTD dan negeri-negeri dari utara yang bertugas termasuk Kota Bharu, Kubang Kerian dan sebahagian Selangor,” ujarnya.

Katanya, penyelarasan kerja di Bilik Operasi Induk PKR menandakan PR mampu mencapai matlamatnya yang lebih besar iaitu membuka lembaran politik baru.

Tambahnya, isu perkauman dan sentimen agama sempit tidak lagi menjadi tumpuan tetapi penderitaan rakyat adalah keutamaan untuk dibela.

Katanya lagi, kemenangan PR di Permatang Pauh perlu menjadi semangat tentang kesetiaan dalam bertahaluf dan dorongan untuk meneruskan agenda PR.

“Saya sekali lagi mengucapkan tahniah Kak Wan dan kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara telah dibela oleh pengundi Permatang Pauh. Tahniah para petugas PAS dan PKR serta DAP,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Menurutnya, Permatang Pauh menjanjikan harapan di sebalik saat sukar yang dilalui oleh ketiga-tiga parti.

Dr Wan Azizah selaku calon PKR yang mewakili PR memperolehi 30,316 undi mengalahkan calon BN, Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 dengan majoriti 8,841 undi.

Calon Bebas yang menggunakan lambang kunci, Salleh Isahak mengutip 367 undi manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman (101), kedua-duanya hilang deposit.

Keputusan diumumkan oleh Pengurus PRK Permatang Pauh, Jusni Ismail jam 10.15 malam ini di dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Hadir sama meraikan kemenangan Wan Azizah di dewan itu ialah Timbalan Presiden PKR dan PAS, Mohamed Azmin Ali dan Mohamad Sabu serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. – HARAKAHDAILY 7/5/2015

Sumber HD - 7-5-2015

Perutusan khas Dr Wan Azizah Wan Ismail




HARAKAHDAILY | .


Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, di atas kurnia-Nya, memberi kemenangan kepada calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Kecil P.44 Permatang Pauh yang berlangsung hari ini, 7 Mei 2015.

Kemenangan hari ini adalah bukti bahawa rakyat, khususnya pengundi-pengundi di Permatang Pauh, mahukan sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.

Kemenangan ini, bukan hanya kemenangan KEADILAN sahaja. Tetapi ianya adalah kemenangan rakyat, yang menentang kezaliman Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar Ibrahim dan ianya merupakan suatu referendum rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan terhadap rasuah dan salahguna kuasa.

Dalam Pilihan Raya Kecil ini, kita menyaksikan peningkatan undi kepada KEADILAN sekitar 4 hingga 5 peratus daripada kalangan masyarakat Melayu, khususnya anak-anak muda.

Ternyata pemenjaraan bermotifkan politik oleh Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar, menzahirkan simpati yang tinggi dan ianya adalah bukti bahawa beliau masih relevan kepada rakyat.

Menerusi Pilihan Raya Kecil ini menterjemahkan manifestasi kepada kekecewaan rakyat terhadap kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dipenuhi dengan pelbagai ketirisan, kemewahan pemimpin dan pelbagai skandal, terutamanya skandal 1MDB, yang terkini terpaksa menggunakan dana dari Tabung Haji.

Pilihan Raya Kecil ini adalah pencetus dan pemberi inspirasi kepada sebuah gerakan rakyat yang lebih besar untuk menuntut suatu perubahan yang total, bagi mengembalikan negara ke landasan yang betul.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh kepimpinan serta pendukung Pakatan Rakyat, daripada KEADILAN, PAS dan DAP yang sejak awal-awal lagi bertungkus lumus membantu kita memenangi pilihan raya ini.

Walaupun saya, Saudara Anwar dan KEADILAN difitnah menerusi media arus perdana setiap hari, walaupun mereka berusaha sedaya upaya memburukkan prestasi saya di Kajang, walaupun mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memecah belahkan kesatuan kita dengan pelbagai isu, namun ternyata segala tohmahan mereka tidak berkesan.

Terima kasih kepada pegawai SPR dan polis yang bertugas untuk memastikan Pilihan Raya Kecil ini berjalan lancar.

Bagi pihak KEADILAN, insya Allah segala isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat sepanjang Pilihan Raya Kecil ini, akan kami tangani seberapa segera. Untuk itu juga kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah membuat pengumuman untuk membantu kita di Permatang Pauh ini.

Terima kasih rakyat Permatang Pauh yang sudi menerima Kak Wan untuk kembali berbakti. Reformasi! Hidup Rakyat!

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
Calon KEADILAN Permatang Pauh.

Sumber HD - 7-5-2015

KEADILAN menang di Permatang Pauh, majoriti hampir 10,000

(Oleh: Azuan Ab Rahman)

PERMATANG PAUH 7 MEI- Seperti dijangka, KEADILAN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu dengan majoriti besar.

PRk permatang Pauh

Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendahului tiga pencabarnya dengan majoriti 9,918 undi.

Sehingga jam 9.25 malam, KEADILAN memperolehi 30,504 undi berbanding Barisan Nasional (BN) 20,586 undi, Bebas 359 undi dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) 98 undi.
Keputusan rasmi dijangka diumumkan pada bila-bila masa.

Sementara itu, difahamkan Wan Azizah akan menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangannya kepada semua petugas dan pengundi di Tapak Ekspo Seberang Jaya selepas pengumuman rasmi dibuat.

Dalam PRK itu, Wan Azizah berdepan calon BN, Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (bebas).

Kerusi itu kosong susulan kegagalan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan pengampunan diraja atas kes Fitnah 2 yang mengheretnya ke penjara.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=66485

Sumber KD - 7-5-2015

PRK Permatang Pauh: Laluan berliku

Posted on Thursday, May 07 @ 13:46:47 MYT by paktam

Oleh Wan Nik Wan Yussof 


PILIHAN Raya Kecil P.044 Permatang Pauh berlangsung pada 7 Mei . Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong apabila penyandangnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen pada 16 Mac 2015 lalu ekoran hukuman penjara yang dihadapinya. Ia suatu laluan berliku, lebih lebih lagi parlimen Permatang Pauh itu sendiri telah melalui beberapa kali pilihan raya kecil (PRK).

Paling dekat PRK ialah pada 26 Ogos 2008 ekoran daripada perletakan jawatan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku ahli parlimen bagi kawasan itu. Ketika itu juga Wan Azizah adalah Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

 Perletakannya pada 31 Julai 2008 bertujuan perletakan untuk mengosongkan kerusi bagi membolehkan suatu PRK diadakan untuk memberi laluan Datuo’ Seri Anwar Ibrahim bertanding selepas dibebaskan daripada sekatan undang undang akibat hukuman penjara.


PRK untuk Anwar

Pada pilihan raya kecil itu berlaku pertandingan tiga penjuru yang menyaksi Anwar dari Pakatan Rakyat (baca, Parti Keadilan Rakyat; PKR) berdepan calon Barisan Nasional, Arif Shah Omar Shah dan calon parti Angkatan Keadilan Insan (AKIM), Hanafi Mamat.

Anwar telah meraih kemenangan dengan majoriti besar, iaitu 15,671 dengan peratusan keluar mengundi 81.1 peratus, dan jumlah undi diperolehi KeADILan sebanyak 31,19 berbanding Barisan Nasional mendapat 15,524 dan AKIM mendapat 92 undi sahaja.

Kemudian selepas itu, pengundi Permatang Pauh turut dihadapkan pula dengan satu lagi pilihan raya kecil Dun Penanti, salah satu Dun dalam parlimen tersebut pada 31 Mei 2009. 

Ia berlaku ekoran Adun Penanti merangkap Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin telah meletak jawatan pada 8 April 2009 (alasa) untuk menjaga integriti kerajaan negeri) setelah disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari di Pulau Pinang.

Pada pilihan raya tersebut, Barisan Nasional tidak menurunkan calon atas alasan membazir wang rakyat. Apapun PKR telah menurunkan calonnya, Dr Mansor bekas pensyara Universiti Sains Malaysia yang terpaksa berdepan dengan tiga calon bebas. Keputusan pengundiannya seperti yang dijangka adalah berpihak kepada PKR, apabila Dr Mansor memperolehi 6,052, diikuti caloncalon Bebas yang kesemuanya telah hilang wang pertaruhan (Kunci 392, Wau 494 dan Payung 56 undi). Dr Mansor meraih majoriti sebanyak 5,558 dengan  peratusan mengundi hanya 46.15 peratus sahaja.

Oleh kerana itu, PRK sekarang ini merupakan yang ketiga dalam konteks pengundi Dun Penanti dan kedua bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh itu sendiri. Justeru laluannya dikatakan berliku liku yang dijangka lebih menarik daripada sebelumnya.

Lebih berliku dan menarik kerana bukan sahaja PRK ketiga dalam tempoh tujuh tahun, malah ia belaku dalam suasana politik nasional dan lokal (khususnya di kawasan Permatang Pauh sendiri) yang dilihat bakal menyaksikan suatu petunjuk baru dalam beberapa isu besar yang bergelumang sekarang.

Faktor BN kalah

Walaupun berliku liku, nasib (kemenangan) mungkin menyebelahi PKR berikutan suasana politik Barisan Nasional yang berkecamuk (dengan isu kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, pelaksanaan GST, kejatuhan nilai ringgit dll), meskipun dalaman Pakatan Rakyat pun tidak kurang berkecamuk (hubungan renggang sesama Pakatan Rakyat, polemik kepimpinan PAS, bangkangan PAS Permatang Pauh secara khusus, pemilihan PAS dll).

Nasib yang dimaksudkan mungkin dari segi nilai keberatan isu yang melanda masingmasing pihak (Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat), faktanya masih berpihak kepada asaspersekitaran kondusif (conducive) kepada PKR. Ini ada kaitannya dengan sejarah PRK lalu, iaitu Barisan Nasional menerusi calonnya dari Umno telah kalah dalam PRK parlimen Permatang Pauh dan Umno pula tidak bertanding (juga dianggap kalah) di Dun Penanti. 

Sekatan psikologi ini turut dikecamukkan lagi dengan imbauan isu- isu yang berlegar dalam kelompok Barisan Nasional sendiri yang sekarang ini masih terpasak dengan nilainilai faktor kekalahan ketika PRK 2008 dulu.

Sebagaimana pengamatan yang dibuat ketika PRK 2008 dulu, terdapat lapan faktorkekalahan Barisan Nasional yang nampaknya sekarang masih dominan sebagai faktor yang mengekang Barisan Nasional untuk menang kerana kesemuanya masih berlegar segar di kalangan rakyat, khususnya di Permatang Pauh.

Pertama, dalaman Umno sendiri sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri ketika itu berada dalam keadaan yang amat lemah. Ia ekoran kegagalan transformasi politik di peringkat negeri dan kedudukan Barisan Nasional Pulau Pinang yang terus bergolak tanpa kepimpinan yang berwibawa.Kedua, faktor calon (PRK 2008, Dato’ Arif Shah Omar Shah dan kini SetiausahaBahagian, Suhaimi Sabudin) dilihat tidak mampu menyaingi ketokohan Anwar atau Wan Azizah yang jauh lebih popular.

Ketiganya, keputusan Kerajaan Persekutuan (ketika itu) telah menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang menyebabkan semakin timbul perasaan tidak berpuas hati menjelang hari mengundi. Faktor ini masih menjadi isu- isu ferderalisme tatkala perbezaan kerajaan Ngeeri dengan Pusat berlarutan.

Begitu pula, faktor keempat, kesan kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu telah membenarkan kempen Pakatan Rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang tidak prihatin dengan bebanan hidup rakyat kerana gagal mengawal kenaikan harga tersebut. Ini semakin hangat dan menimbuilkan bangkangan rakyat ekoran pelaksanaan GST yang memberi kesan kenaikan harga barangan secara menyeluruh.

Sementara yang kelimanya adalah pendekatan kempen Barisan Nasional yang ofensif dalam kes moral (liwat) membabitkan tuduhan terbaru terhadap Anwar yang majoriti rakyat tidak bersetuju dan tidak mempercayai. Hal ini dibebankan pula dengan faktor keenam yang ketika itu kepercayaan pengundi Cina dan India masih berada dalam momentum pilihan raya umum 2008 yang rata -rata menolak Barisan Nasional. Hal ini masih terkait, kerana kekosongan kerusi pun adalah rentetan isu yang dibangkit ketika PRK 2008 dulu (kes liwat II terhadap Anwar).

Senario sama yang mengundang faktor ketujuh, apabila peranan Badan Bertindak Hak- hak Hindu (Hindraf) sebagai satu kuasa politik masyarakat India (ketika itu) yang masih tidak mesra Barisan Nasional ketika PRK 2008. Nilai kemesraan antara kaum ini masih belum pulih untuk mengatakan pada PRK kali ini, orang India kembali menyokong Barisan Nasional.

Akhirnya yang kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai‘politik 3M’ iaitu media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun persekitaran politik Permatang Pauh (ketika PRK 2008) yang semacam sebati dengan Anwar.

Ia menyebabkan kempen media Kerajaan Barisan Nasional terpaksa berdepan dengan laluan sukar untuk mengubah persepsi pengundi yang ketika masih kuat menaruh harapan kepada Anwar untuk memimpin Pakatan Rakyat pasca pilihan raya umum. Hal yang sama sedang dihadapi oleh Barisan Nasional, ekoran peranan media baru (khususnya facebook, twitter dan whatapps) yang mencabar kepantasan media konvensional. Justeru ia memberi kelebihan untuk Pakatan Rakyat mengawal perkembangan isu dan memantapkan persekitaran politik Permatang Pauh terus bersimpati kepada Anwar yang dipenjarakan untuk kesekiankalinya.

Persoalannya sekarang, apakah terjemahan daripada kelapan lapan faktor tersebut benar nenar masih kekal (berpihak kepada Pakatan Rakyat) atau mungkin sudah berubah (kembali menyokong Barisan Nasional) dalam kalangan pengundi PermatangPauh pada saat PRK kali ini? Atau mungkin juga kondisi semasa ini (dari segi situasidalaman mahupun luaran) menunjukkan Barisan Nasional masih dirasuk sakakegerunan.

Sementara realiti dalaman Pakatan Rakyat pula dilihat kian berliku -liku yang mungkin boleh meloyak pengundi.

Bertolak daripada situasi dan kondisi tersebut, maka justifikasinya kedudukan Barisan Nasional terlalu sukar untuk menang. Hal ini dsokong oleh perkembangan mutakhir, selain rakyat tertekan dengan pelaksanaan bulan pertama GST, ditambah lagi oleh kelantangan pengkritikan kelas atasan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Nasjib di dalam banyak perkara. Paling lantang ialah kritikan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selain daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kritikan Dr M beban BN

Sehubungan itu, berlakunya kondisi yang memeritkan sedang melanda Barisan Nasional sekarang, terutama daripada segi keupayaan untuk menambah sokongan pengundi.

Sebenarnya, agak malang bagi BN kerana nilai kritikan tersebut dilihat agak tajam menyerang Perdana Menteri merangkap Presiden Umno. Pertama, kritikan Dr. Mahathir berhubung ‘12 kegagalan Najib’ yang menyentuh isu isu:

(1) Kegagalan pembinaan jambatan bengkok yang dianggap sebagai satu episod memalukan menghubungkan Johor dengan Singapura yang dianggap memalukan kerana kita tidak berani membina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

(2) Kegagalan melaksanakan projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini (tetapi dibatalkan semasa Tun Abdullah), sepatutnya disiapkan dengan kos RM14 bilion pada 2010.

(3) Berkaitan dengan tindakan Najib merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan rekrut pegawai British sebagai penasihat dalam perkara pentadbiran negara.

(4) Menggunakan khidmat konsultan asing dengan menghabiskan kos lebih RM7 bilion, sekali gus menafikan nilai kemerdekaan negara dan kebolehan rakyat Malaysia sendiri untuk membangunkan negara(5) Pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan, namun, kini dilihat ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan Barisan Nasional.

(6) Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain kerana tindakannya mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi baru itu pula diketuai oleh bukan kakitangan awam yang gajinya jauh lebih tinggi yang dianggap tidak menggembirakan kakitangan awam. Akibatnya sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan, malah ada yang menyertai pembangkang dan menjadi calon dalam pilihan raya selepas bersara.

(7) Penggunaan slogan 1Malaysia dilihat sebagai slogan yang dilaungkan Najib, tetapi ia didakwa sebagai slogan daripada pembangkang.

(8) Keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan sesuatu yang benar, sebaliknya tindakan kerana desakan pembangkang menyebabkan jenayah semakin meningkat.

(9) Membuat pelbagai keputusan yang teruk dan salah serta memberi impak buruk kepada negara. Antaranya berbelanja besar sampai berbilion ringgit kerana pemberian duit kepada rakyat berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, kepada pertubuhan dan sektor korporat, kemudian menghabis banyak wang semata mata menganjurkan himpunan dalam setiap majlis yang mempamerkan sokongan––‘I Love PM’ dan menyanyi lagu ‘1M4U’ sedangkan keputusan yang lebih

(10) Menganggapkan apa yang dibuat oleh Najib sebagai semakin menjatuhkan lagi Umno dan orang Melayu ekoran keputusan pilihan raya yang teruk di Selangor dan lebih buruk daripada tahun 2008. Jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, maka Najib patut letak jawatan.

(11) Menegur gaya hidup Najib dan isterinya yang mewah dan penuh kontroversi dan BN akan kalah dalam pilihan raya akan datang.

(12) Pengurusan 1MDB yang menghilangkan berbilion ringgit dan penglibatannya dengan orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB. Keseluruhan daripada kenyataan itu, disimpulkan oleh Dr Mahathir bahawa Najib sememangnya seorang yang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana tindakannya selama ini telah menghilangkan berbilion ringgit wang negara. Walaupun begitu, sesetangah pihak menganggap kesemua kritikan Dr Mahathir itu bukannya alasan yang cukup untuk menggesa Najib meletakkan jawatan. Mereka masih berpandangan, apa yang dialami dan ditanggung oleh Najib, hakikatnya merupakan kesan-kesan peninggalan (baca, kegagalan dan kerosakan) legasi Dr Mahathir dan Abdullah.

Justeru Abdullah turut menggesa agar Najib sedia menjawab segala-gala kritikan Dr Mahathir.

Peluang menang

Meskipun banyak isu yang melingkungi kempen PRK Permatang Pauh kali ini, apa yang pasti, rekod pencapaian pilihan raya umum dan PRK lepas sememangnya sentiasa menyebelahi PKR.

Maklumat jadual 1 berikut menggambarkan realitinya.


Berdasarkan keputusan daripada tiga PRU lalu (2004, 2008 dan 2013), hanya pada PRU 2004, PKR mencapai kemenangan tipis, 50.69 peratus.

Namun pada PRU 2008, lonjakan besar undi PKR kepada 64.16 peratus. sementara ketika Anwar sendiri sebagai calon pada PRU 2013, PKR meraih sokongan yang masih selesa, 59.19 peratus iaitu merosot sedikit (-4.97 peratus).

Kemerosotan ini ada kaitannya dengan faktor calon Barisan Nasional yang asalnya adalah bekas kepimpinan Pemuda PAS, di samping faktor-faktor lain.

Apapun untuk PRK kali ini, Barisan Nasional tidak ada kekuatan isu untuk mengimbangi atau mengatasi bangkangan rakyat kesan pelaksanaan GST, di samping beberapa fakta kritikan Dr Mahathir yang masih tidak dijawab oleh Najib. Rumusannya di atas dua sudut isu ini, disokong oleh pendekatan kempen mesra calon PKR, Wan Azizah serta rayuan simpati untuk Anwar sudah cukup untuk membilang fakta-fakta kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional.

>> Penulis adalah Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.

Sumber DD - 7-5-2015








PRK Permatang Pauh panas, BN tak ikut peraturan








MOHD SABRI SAID | .


BN melanggar peraturan apabila membina pondok panas dalam kawasan 50 meter dari pusat mengundi.
PERMATANG PAUH: Suasana tegang membabitkan perayu undi BN dan PKR di beberapa pusat daerah mengundi mencetuskan perang mulut dan serangan fizikal.

Antara lokasi panas adalah Sekolah Menengah Guar Perahu, Penanti dan Bukit Indera Muda, Tanah Liat.

Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh turun mententeramkan keadaan di Sekolah Menengah Guar Perahu (gambar kanan).

Di Sekolah Menengah Guar Perahu, petugas kempen BN didakwa tidak mengikut peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mendirikan pondok panas di dalam kawasan 50 meter dari pusat pengundian.

Walaupun mendapat bantahan PKR, petugas kempen BN tetap berkeras mempertahankan lokasi pondok panas tersebut hingga diserbu penyokong Pakatan Rakyat.

Kehadiran petugas SPR dan polis berjaya meredakan keadaan.

Namun arahan pegawai SPR agar pondok panas BN itu diubah tidak dihiraukan petugas BN atas alasan 'menjaga maruah parti'.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad yang kebetulan berada di tempat kejadian kesal dengan kejadian tersebut dan mahu SPR dan polis bertindak tegas.

"Kalau Pakatan Rakyat buat kesalahan dah lama polis dan SPR berkeras. Apa yang kami boleh buat adalah buat laporan polis. Biar polis pula yang bertindak," tegasnya. - HARAKAH, 7 MEI 2015

Sumber HD - 7-5-2015









43% keluar mengundi setakat 12 tengah hari

BERNAMA | .


PERMATANG PAUH: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh berjalan lancar dengan 43 peratus atau 30,865 daripada 71,252 pengundi berdaftar keluar mengundi setakat 12 tengah hari ini.
  
Keadaan dilaporkan mulai sesak di kebanyakan 25 pusat mengundi berikutan cuaca cerah sejak awal pagi yang menggalakkan orang ramai keluar mengundi.
  
Calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin dan anggota keluarganya antara yang terawal keluar mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, di sini.
  
Suhaimi, 44, mengundi pada 8.10 pagi. Ibu dan kakak sulung Suhaimi, Che Jan Ahmad dan Suraya Sabudin tiba di sekolah berkenaan pada kira-kira 8.30 pagi.
  
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada 8.40 pagi.  
  
Calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan Salleh Isahak (Bebas) tidak mengundi kerana bukan pengundi berdaftar bagi kawasan Parlimen itu.
  
Proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini walaupun berlaku beberapa keadaan yang boleh menimbulkan ketegangan.
  
Terdapat beberapa kejadian perang mulut antara penyokong parti-parti bertanding terutama PKR dan BN namun berjaya dikawal polis.
  
Sejak awal pagi penyokong parti-parti PKR dan BN berkumpul di bahu-bahu jalan bagi menyatakan sokongan kepada calon-calon mereka, dan anggota polis trafik dilihat mengawal lalu lintas di beberapa kawasan yang sesak.
  
Pengundi tertua, Othman Daud, 103, tiba di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada 8.05 untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menyediakan kemudahan untuk warga emas.
  
Rata-rata warga emas yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan SPR.
  
Sebanyak 71,252 pengundi biasa layak mengundi hari ini menakala 549 orang atau 87.6 peratus daripada 627 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka Ahad lalu.
  
PRK itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun. - Bernama

Sumber HD - 7-5-2015

Awas, akhbar Harakah palsu disebar di Permatang Pauh

HARAKAHDAILY | .


Akhbar Harakah palsu (atas) dan Harakah Bil 2045 edisi Jumaat terbaru yang sebenar (bawah).

KUALA LUMPUR: Terdesak untuk meraih kemenangan dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan akhbar Harakah palsu untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR.

Sehubungan itu, Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop memberitahu pihaknya akan membuat laporan polis.
(lanjut menyusul)

Sumber HD - 7-5-2015









Keputusan PRK Permatang Pauh seawal 9 malam

BERNAMA | .


PERMATANG PAUH: Sebanyak 24 pusat mengundi dengan 130 saluran untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 71,252 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
  
Pusat mengundi itu akan ditutup pada 5 petang.
  
Proses pengundian awal membabitkan 627 pengundi telah diadakan pada Ahad lepas di dua saluran iaitu di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) dan di berek kelamin Balai Polis Kubang Semang.
  
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR menjangkakan jumlah yang akan mengundi mencapai 80 peratus daripada 71,890 orang yang layak mengundi di kawasan itu.
  
"SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini menurun kepada 80 peratus daripada 88.50 peratus pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei, 2013," katanya.  
  
Beliau berkata keputusan PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka diketahui seawal 9 malam.
  
Proses pengiraan undi PRK ini akan dilakukan di tempat mengundi dan bukan di pusat penjumlahan rasmi undi, sebaik sahaja proses pengundian tamat pada 5 petang ini.
  
Hari ini merupakan cuti peristiwa di Pulau Pinang dan dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka.
  
PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).
  
PRK itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun. - Bernama

Sumber HD - 7-5-2015











Pesanan Anwar dari penjara Sungai Buloh











MOHD SABRI SAID | .


PERMATANG PAUH: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi mesej dari penjara Sungai Buloh supaya rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan mutlak PKR dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, hari ini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, PRK Permatang Pauh yang diadakan hari ini bukan kehendak rakyat tetapi kerana kerakusan Barisan Nasional ( BN) yang tidak mahu melihat kelibat Anwar dalam politik tanah air.

Menurutnya, semalam peguam Anwar telah memfailkan saman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menafikan hak beliau membuang undi di Permatang Pauh.

"Pesanannya dari penjara ialah supaya teruskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat," ujarnya.

Katanya, Anwar sendiri sedaya upaya mencari jalan perundangan untuk keluar mengundi berikutan adanya Akta 119 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan seseorang keluar mengundi.

PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Sementara itu, Wan Azizah menerusi facebook memaklumkan, beliau akan mengundi di lokaliti Sungai Semambu, Kubang Semang dalam Dun Permatang Pasir, pagi ini.

"Kak Wan jemput semua pengundi hadir, jangan lupa undi calon Keadilan, Dr Wan Azizah Wan Ismail, insya Allah. Terima kasih Kak Wan ucapkan kepada semua," tulisnya. - HARAKAHDAILY 7/5/2015

Sumber HD - 7-5-2015











'Keluar beramai-ramai untuk undi Kak Wan'

MOHD SABRI SAID | .


PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan para pengundi  Permatang Pauh supaya bijak membuat pilihan pada pilihan raya kecil (PRK) esok.

Beliau menyifatkan keputusan dalam PRK Rompin, Pahang boleh menjadi membakar semangat pengundi untuk menambah majoriti Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.

"Semua pengundi yang berhak melaksanakan tanggungjawab di Permatang Pauh esok mesti keluar beramai-ramai untuk undi Kak Wan. Bukan pengundi sahaja malahan ahli PAS di sini juga mesti undi Pakatan Rakyat menerusi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)," tegasnya.

Katanya, kemerosotan undi Barisan Nasional (BN) di Rompin semalam dapat memberikan inspirasi kepada pengundi menolak BN yang tidak bertanggungjawab dan menekan rakyat.

Tambahnya, jika rakyat terus memberi tekanan pada BN menerusi dua PRK berkenaan pasti BN lebih berhati-hati untuk memperkenalkan undang-undang mahupun akta yang zalim.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pasti 'panas' melihat perkembangan mutakhir ini apabila mendapat isyarat rakyat tidak menyebelahi BN walaupun jutaan ringgit ditaburkan kepada pengundi.

"Najib mesti tidak senang duduk melihat peratus undi yang keluar di Rompin. Itu negeri dia kalau negeri lain tak apalah sangat," kata beliau yang juga Pengarah PRK PAS di Permatang Pauh. - HARAKAHDAILY 6/5/2015

Sumber HD - 6-5-2015


Rafizi Dakwa BN Bawa Pengundi Hantu

Posted on Wednesday, May 06 @ 19:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

 PERMATANG PAUH – Kurang 24 jam sebelum pembuangan undi PRK Parlimen Permatang Pauh esok, pemimpin PKR mengesan kehadiran undi hantu yang didaftarkan di sebuah apartmen di Bandar Perda, di sini.
 Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli mendakwa pengundi hantu itu dikesan selepas menemui dua slip pengundi yang diedarkan petugas BN dari rumah ke rumah, semalam.
Beliau mendakwa ditemui pemilik rumah awal pagi tadi yang mengadu kediamannya disalahgunakan individu tidak dikenali sebagai daftar pemilih tanpa pengetahuan dan kebenaran pemiliknya.
“Menurut pemilik rumah itu, dia tidak pernah menyewakan rumah tersebut yang siap sejak 14 tahun lalu.
“Kita mengesan pengundi hantu itu berdasarkan butiran dalam slip itu seperti nama pengundi, alamat rumah, saluran dan tempat mengundi.
“Dua slip itu hasil laporan pemilik rumah itu yang mengadu tidak mengenali kedua-dua pengundi yang menggunakan alamatnya,” katanya pada sidang media di Pusat Media PKR, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata hasil siasatannya mendapati individu bernama Sakinah Ahmed tersebut pada PRU12 mengundi di Parlimen Jelutong.
Bagaimanapun pada PRU ke-13 lalu, daftar pemilih Sakinah telah berpindah ke Parlimen Permatang Pauh.
Selain Sakinah, seorang lagi individu bernama Nur Fadilawaty Hanafi turut dikesan menggunakan alamat palsu untuk mengundi pada esok hari.
Bagaimanapun katanya lima lagi slip pengundi yang ditemui di unit apartmen sama itu turut menggunakan alamat palsu.
“Ini bukan kali pertama perkara ini berlaku. Sebelum ini, perkara yang sama juga berlaku di kawasan saya iaitu di Parlimen Pandan pada PRU13 lalu,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau akan mengarahkan Jabatan Daerah Mengundi (JDM) dari PKR, DAP dan Pas untuk menghalang pengundi hantu itu daripada keluar mengundi.
“Kita akan pastikan mereka melarikan diri apabila melihat jentera-jentera dari PKR,” ujarnya. – Sinar

Sumber TKO - 6 - 5 -2015

PRK Rompin: PKR ucap tahniah













MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: PKR mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas kejayaan PAS mengurangkan majoriti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya kecil (PRK) Rompin semalam.

Presiden PKR, Datuk Seri wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan tersebut menunjukkan rakyat terus memberi sokongan dan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"PKR mengucapkan sekalung tahniah kepada calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad serta seluruh kepimpinan dan jentera pilihan raya yang telah bekerja keras untuk mengekalkan sokongan para pengundi Rompin kepada PAS.

Kejayaan ini wajar disyukuri dan dibanggakan memandangkan pada Pilihan Raya Umum 2013, calon PAS meraih 14,926 undi dan undi yang diperoleh kali ini adalah 14,901iaitu hampir sama dengan PRU-13 yang lalu," katanya melalui laman facebook.

Menurut beliau lagi, keputusan tersebut menunjukkan pencapaian BN kian merosot kerana jumlah undi yang diperoleh calon mereka kali ini adalah 23,796 undi berbanding 30,040 undi sebagaimana yang diperolehi pada PRU lepas.

"Jurang peratusan pengurangan undi dan majoriti yang besar ini, memberikan isyarat yang jelas bahawa, sebahagian besar penyokong BN sendiri, khususnya yang berada di luar bandar telah hilang kepercayaan kepada Umno dan BN.

"Walaupun pada siri kempen PRK Rompin, BN janji bantuan dan pembangunan dengan nilai jutaan ringgit, namun ia tidak mampu melonjakkan sokongan kepada mereka.

"Tidak boleh dinafikan bahawa pelaksanaan GST yang memangsakan seluruh rakyat, iaitu ahli dan penyokong Umno turut merasai keperitannya," sambung beliau lagi.

Tambahnya lagi, rata-rata rakyat khususnya orang-orang Melayu di kawasan pedalaman dan kawasan Felda yang berpendapatan rendah begitu terkesan dan menderita dengan kenaikan harga barang akibat GST.

Pakatan Rakyat perlu terus mara dengan momentum ini kerana kita pasti bahawa majoriti rakyat mendokong perjuangan kita.

"Insya-Allah, kita berharap, kejayaan kita mengekalkan sokongan di Rompin, dengan komitmen rakyat menolak sogokan BN pada setiap kali pilihan raya, akan dapat diterjemahkan dengan mengundi calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat di Permatang Pauh esok.

"Pakatan Rakyat harus terus istiqamah dalam membela dan memperjuangkan kebajikan rakyat. Kita akan terus prihatin dengan suara rakyat dan melaksanakan amanah rakyat sebaik mungkin, insya Allah," kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 6/5/2015

Sumber HD - 6-5-2015

Rompin sudah tolak GST, bagaimana Permatang Pauh

HARAKAHDAILY | .


Culaan terbaru menunjukkan bahawa peratusan yang akan keluar undi lebih kurang 68%.

Ini adalah peratusan keluar undi yang paling rendah dalam masa 16 tahun selepas lima kali pilihan raya sejak pilihan raya umum 1999.

Apakah senarionya jika peratusan yang keluar undi jatuh hingga 68%?

Jika sokongan kepada Pakatan Rakyat masih sekuat pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013, maka walaupun peratusan undi kepada Kak Wan akan menurun, namun, sekurang-kurangnya undi majoriti beliau masih tinggi iaitu lebih kurang 9,000 undi berbanding undi majoriti kepada PKR pada tahun 2013 iaitu 11,700 apabila PKR mendapat 58.6% daripada undi keseluruhan.

Namun kita perlu ingat bahawa pada tahun 2004, sokongan kepada PKR merudum kepada hanya 49.9%. Antara sebabnya adalah, kelemahan dalam kolisi pembangkang terutamanya pertelingkahan dalam isu negara Islam dan Hudud. Umno Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan terhadap pergolakan dalam pembangkang dan Pak Lah, Perdana Menteri ketika itu mengemukakan alternatif “Islam Hadhari” yang dilihat sebagai lebih moderat dan universal. Sudah tentu secara retrospektifnya, semua janji-janji UmnoBN ketika itu hanyalah janji kosong semata-mata. Namun ia cukup untuk memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional.

Kak Wan mungkin kalah kalau peratusan keluar undi terus menyusut

Justeru, berbalik kepada Pilihan raya Kecil Permatang Pauh kali ini, dengan mengambil senario paling teruk pernah berlaku, jika pola pengundian 2004 berulangan, maka undi majoriti Kak Wan dijangka lebih kurang 600 undi sahaja. Walaupun menang, namun kemenangan tidak selamat dalam tangan. Dalam keadaan sebegini, jika ada sedikit sahaja peralihan, contohnya penyokong Pakatan Rakyat tidak keluar mengundi ataupun dihalang dari mengundi, maka kalah-lah Kak Wan.

Rompin tolak GST

Ada sehari lagi sebelum rakyat Permatang Pauh akan membuat keputusan. Rakyat Rompin telahpun bersuara, Umno hanya menang 61.2% undi berbanding 65.5% pada 2013. Undi majoriti Umno di Rompin juga telah berkurangan. Ini jelas bermakna rakyat Rompin telah mewakili rakyat Malaysia menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

GST 6% hanya satu permulaan

Rompin sedar bahawa GST 6% hanya permulaannya. Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2014 telah berkata di Parlimen bahawa GST dijangka memberikan kerajaan pendapatan sebanyak RM23.2 billion setahun. Ini hanyalah separuh daripada hutang syarikat berkait kerajaan (GLC), 1MDB sebanyak RM42 billion. Jika pendapatan setahun GST yang dikutip daripada darah dan keringat rakyat pun tidak sampai separuh hutang hanya sebuah GLC, maka kita tahulah bahawa GST 6% hanya permulaan sahaja.

Permatang Pauh kena buat keputusan pada 7 Mei. Namun Permatang Pauh ada kelebihan berbanding Rompin. Di Rompin, hampir tidak mungkin mereka mampu menghantar seorang Ahli Parlimen yang berani lawan rejim ke Parlimen. Di Permatang Pauh, pengundi berpeluang menghantar seorang Ahli Parlimen sebegini ke dalam Dewan Rakyat meneruskan perjuangan Reformasi dan melawan rejim termasuk cukai menindas rakyat GST. Jom keluar undi! - HARAKAHDAILY 6/5/2015

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Pengarah Pilihan Raya Kecil DAP Pakatan Rakyat

Sumber HD - 6-5-2015















Pilihan Raya Kecil Penahanan pemimpin pakatan yang menganggu kempen Permatang Pauh

Posted on Tuesday, May 05 @ 13:57:50 MYT by paktam

Oleh Ian McIntyre


Tindakan terbaru oleh polis terhadap beberapa pemimpin PKR nampaknya mengesahkan pandangan orang awam yang mereka pilih kasih dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap ahli politik.


Polis telah menahan beberapa orang aktivis masyarakat sivil dan pemimpin PAS dan PKR semasa operasi hujung minggu.


Ini berkaitan dengan mereka yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan anti-GST di ibu kota Sabtu lepas. Perhimpunan itu dikatakan melanggar beberapa undang-undang seperti perhimpunan haram dan juga dikatakan sebagai cubaan menghasut.

Tetapi penahanan dilakukan ketika ramai pemimpin Pakatan Rakyat sedang menuju ke Permata Pauh untuk melakukan kempen menyokong calon dalam pilihan raya kecil nanti.
Penahanan itu juga telah menganggu urusan kempen.

Seperti biasa, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bengang dengan tindakan ini, memberitahu dalam ceramahnya di Permatang Pasir yang polis tidak bersikap adil terhadap barisan pembangkang.

Antara yang ditahan ialah naik presiden PKR Tian Chua yang ditarik keluar daripada keretanya beberapa minit selepas sampai di Permatang Pauh pada hari Sabtu untuk memulakan kempen.

Azmin berkata yang tindakan polis menganggu persediaan akhir PKR untuk pilihanraya kecil itu.

“Pemimpin kita telah ditangkap tetapi kita akan terus bertahan,” kata menteri besar Selangor itu.

Pengundian rasmi bermula pada 7 Mei di mana 70,000 orang pengundi boleh memilih satu daripada empat calon yang bertanding.

Mereka ialah presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, BN Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman daripada PRM dan calon bebas Salleh Ishak.

Penindasan pemimpin PKR oleh polis, antara salah satu halangan yang dihadapi oleh parti keadilan kebangsaan itu.

Terpaksa berdepan dengan kemungkinan yang bilangan pengundi yang keluar mengundi rendah, dan kemungkinan sabotaj oleh bahagian akar umbi PAS, ia adalah pilihanraya yang menjadi semakin sukar untuk ‘membezakan kawan dan lawan.”

Tetapi pengarah kempen pilihanraya kecil PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa optimis atas kejayaan untuk Wan Azizah, mengatakan yang pengundi boleh mengaitkan diri mereka dengan perjuangan Wan Azizah.

Dia telah bekerja keras untuk ‘merungkai permasalahan’ dalam kalangan akar umbi PAS yang kecewa dengan PKR dan DAP kerana menyerang mereka apabila mereka mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Saya rasa 90% ahli-ahli PAS di Permatang Pauh menyokong parti ini untuk menang dalam pilihanraya kecil ini, “kata Mujahid.

Kelegaannya bertambah apabila hukum hudud bukanlah faktor ancaman dibandingkan dengan faktor Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam kalangan pengundi bukan-Islam- orang Cina dan India.

PKR juga berharap yang dua bekas pemimpin senior Umno boleh memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengundi atas pagar.

Bekas menteri besar Selangor Muhammad Taib dan bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang Mohd Shariff Omar telah bekerjasama dalam kempen, merayu pengundi supaya menyokong Wan Azizah.

Nampaknya perebutan hangat akan berlaku tetapi BN kekal sebagai calon bukan pilihan, menurut pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir.

- See more at: http://bm.theantdaily.com

Sumber DD - 5-5-2015         

Jangan harap dia nak lemahkan parti - Mukhriz

BERNAMA | .


BUKIT MERTAJAM: Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering memberikan pandangan termasuk yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan berniat melemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata jika diteliti, kenyataan dan pandangan yang disuarakan oleh bapanya itu adalah untuk kebaikan UMNO dan BN sendiri.

Katanya apa yang berlaku, Dr Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, mempunyai pandangan sendiri yang lebih kepada untuk menguatkan lagi parti.

"Jika kita lihat kepada kenyataannya, beliau berharap BN akan menang (dalam pilihan raya kecil) di Rompin dan juga di Permatang Pauh. Apa sahaja pandangannya adalah untuk kekuatan parti dan tidak sesekali untuk melemahkan parti," katanya kepada pemberita selepas Program Kenduri Rakyat di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Tanah Liat Mukim 9, di sini Isnin.

Mukhriz ditanya tentang kritikan Dr Mahathir terhadap kerajaan dan Perdana Menteri yang menyebabkan pakatan pembangkang menganggapnya sebagai "De facto Opposition Leader".

Mukhriz yang juga Pengerusi BN Kedah berkata tindakan Dr Mahathir yang sering menyatakan pandangan yang berbentuk kritikan terhadap kerajaan, dijadikan modal dalam kalangan parti pembangkang kononnya bekas perdana menteri itu menyokong parti-parti pembangkang.

"Saya nampak poster nakal pembangkang yang dipasang, yang kata Tun nak datang Rompin dan Permatang Pauh untuk berkempen bagi Pakatan Rakyat. Ada juga kata Tun nak berdemo depan (pasar raya) Sogo untuk gerakan anti-GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan).

"Ini karut belaka. Jangan harap dia nak lemahkan parti (UMNO dan BN) dan sokong Pakatan Rakyat. Tak timbul langsung isu dia nak menyokong pembangkang," tegasnya. - Bernama

Sumber HD - 4-5-2015


















Catatan separuh masa kempen PRK Permatang Pauh

STEVEN SIM CHEE KEONG | .

Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sudah lebih seminggu. Kepanasan mula muncul, bermula pada 29 April hari ke-5 berkempen apabila lebih seribu hadir di Tapak Ekspo Seberang Jaya bagi ceramah Pakatan Rakyat. Dua hari selepas itu, lebih kurang 2,500 orang penyokong hadir ke ceramah Pakatan Rakyat di Taman Ciku.

Calon Parti Keadilan Rakyat ialah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ataupun lebih dikenali di kalangan pengundi dan pekerja kempen sebagai "Kak Wan". Bila rakan saya Melvin bertemu dengannya buat kali pertama terus terpanggil "Kak Wan". Apabila menyedari mungkin kurang sopan panggil begitu, Melvin pun segera perbetulkan ayat panggil, "Datuk Seri". Jawab Kak Wan ringkas, "panggil je Kak Wan".

Kak Wan miliki kepedulian yang tulen terhadap orang lain

Berkempen dengan Kak Wan seperti mana-mana kempen memanglah meletihkan sebab kena cover kawasan yang amat besar. Jadual saya bermula seawal 8 pagi sehinggalah habis mesyuarat debriefing harian yang kadang kala boleh berlanjutan sehingga 3 pagi. Namun ada suatu perasaan senang hati bila berkempen bersama Kak Wan. Mesranya bukan sekadar mesra orang politik, dia benar-benar peduli hal ehwal penduduk di sini.

Di beberapa kawasan yang kami turun bersama Kak Wan, selalunya akan terjumpa orang yang ingat lagi Kak Wan sebagai Ahli Parlimen mereka dulu; sampai ada seorang auntie umur dah 82 tahun di Kampung Bukit Merah bila kami ke rumahnya dia berkata, "saya tau Kak Wan, dia selalu  mai tengok kami". Tak kiralah Melayu, Cina, India ramai orang dari Sama Gagah hinggalah ke Guar Perahu, pada mereka Kak Wan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim macam kenalan lama. Ada seorang pekedai di pekan Kubang Semang bila Kak Wan ke kedainya, mereka terus macam kawan lama, "ayah saya kawan lama Kak Wan".

Dan Kak Wan benar-benar peduli, bila terjumpa orang tua yang uzur dia terus beri "diagnosis", mungkin sifat kedoktoran tak hilang dalam diri. Ada sekali Kak Wan berpesan kepada saya untuk beri cadangan kepada kerajaan negeri buat program pemberian vitamin kepada warga emas di kawasan pedalaman, sebab di waktu kempen, dia mendapati ada beberapa orang pakcik dan makcik mempunyai simptom kekurangan vitamin - “lidah mereka licin” katanya. Ada sekali pula dia ternampak kulit muka saya kering lalu menasihati saya untuk menjaga kesihatan. Begitulah kepedulian Kak Wan terhadap orang lain, beliau teliti memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi dan kemudian mengambil berat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Taktik pihak lawan minggu pertama - perkauman, fitnah, “janji kitar semula” dan serangan peribadi

Pihak lawan tak mampu tanding dengan sosok tubuh bernama Kak Wan. Moralnya tinggi, kepedulian terhadap rakyat tulen, perjuangan untuk yang miskin dan tertindas tidak pernah luntur, keluarga beliau telah banyak berkorban demi rakyat dan negara.

Maka ada yang cuba guna jalan mudah - main balik kaset lama, isu perkauman dan agama. Dalam minggu pertama ini, sudah ada banner dan risalah provokatif tentang kaum dan agama. Di kawasan Cina, kain rentang tidak bernama menghentam DAP sokong Hudud, di kawasan Melayu pula kata DAP tak hormat ulama. Taktik zaman penjajah masih belum luput nampaknya. Pecah dan perintah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut ambil bahagian dalam permainan ini - katanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang tak bantu peniaga bumiputera, sedangkan calon Barisan Nasional sendiri merupakan salah seorang kontraktor Melayu di Pulau Pinang yang mendapat kontrak kerajaan negeri.

Permatang Pauh juga dijadikan medan menabur fitnah demi kepentingan politik sempit; di laman Facebook mula timbul gambar cek bernilai RM2.5 juta kononnya daripada syarikat air negeri Pulau Pinang, PBA Holdings Bhd kepada orang tertentu untuk mendapatkan sokongan kepada Kak Wan. Ketua Pegawai Eksekutif PBA Holdings Bhd telahpun membuat laporan polis terhadap cek palsu tersebut.

Ada pula taktik menyerang peribadi, konon Kak Wan kena jaga cucu, jaga anak, jaga suami. Apakah kini yang sudah bergelar datuk dan nenek tidak boleh menjadi Ahli Parlimen?

Bukankah Perdana Menteri kita sendiri sudah bergelar datuk (yang dianugerah Tuhan, bukan Sultan)? Ramai ahli parlimen, dan Adun kita yang ada anak dan cucu. Adakah mereka perlu meletak jawatan? Dulu di Kajang, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menghina Kak Wan panggil dia “doll” (patung). Jangan lupa, nenek ini, “doll”, ini merupakan pemenang pingat emas Royal College of Surgeon Ireland, beliau merupakan seorang doktor pakar, presiden sebuah parti pembangkang utama di negara kita, sudah pernah menyandang jawatan ahli parlimen selama lebih dua penggal serta pernah menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Ada pula taktik “kitar semula janji”; bila Kak Wan diumumkan sebagai calon, pihak lawan mula mengejek kata dia “calon kitar semula”. Ini pelik, sebab Perdana Menteri dan Presiden Umno sendiri bertanding di kerusi yang sama, Pekan, sejak 1976 sudah 10 penggal pilihan raya. Apakah Perdana Menteri “calon kitar semula” juga?

Tapi yang jelas ialah pihak Barisan Nasional sendiri “janji kitar semula”. Salah satu perkara dalam manifesto Barisan Nasional ialah janji untuk naik taraf Hospital Seberang Jaya.

Hospital itu dah beberapa tahun terlalu sesak, kadar penggunaan katil mencecah 105%.  Kerajaan pusat telah berjanji untuk menaiktaraf hospital tersebut dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010). Namun sehingga kini, sudah nak masuk Rancangan Malaysia ke-11, janji tidak tertunai. Kini janji lapuk dan luput tersebut dikitar semula menjadi manifesto Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Entah apa taktik baru akan dimainkan masuk minggu terakhir berkempen ini. Yang pasti ialah, provokasi kaum, fitnah, janji kitar semula dan serangan peribadi akan ditingkatkan lagi.

Permatang Pauh, Ibu Reformasi

Manifesto yang paling penting ialah adakah bakal Ahli Parlimen Permatang Pauh mempunyai wibawa dan keberanian untuk membela nasib rakyat daripada dasar zalim seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), daripada undang-undang zaman penjajah seperti Akta Hasutan dan menentang rasuah serta kronisme dan, kepincangan pemerintah?

Apa gunanya ahli parlimen yang bersetuju 100% dengan Akta GST dalam Dewan kemudian bila dah terkena pada batang tubuh baru rasa sakit dan melatah di Facebook kata GST membebankan rakyat, kemudian bila dah kena "sound" dari bos, terus u-turn lagi sokong GST semula. Ini bukan cerita rekaan, ini cerita betul, ahli parlimen tersebut, Ahli Parlimen Sepanggar, Sabah daripada Umno, Datuk Jumat Idris. Sudah tentulah Ahli Parlimen Umno tidak akan berani sound dekat bos dia di Parlimen.

Itulah sebabnya pemerintah bermati-matian nak hapuskan Anwar Ibrahim. Sebab beliau berani berjuang demi rakyat. Berani lawan pemerintah bela rakyat bawahan, tak gentar masuk keluar mahkamah, tak berganjak walaupun terpaksa “check in check out” penjara.

Permatang Pauh ialah Ibu Reformasi. Di sinilah lahirnya gerakan yang telah membuahkan harapan Malaysia baru - Pakatan Rakyat. Adanya Pakatan Rakyat, pemerintah tak berani buat sesuka hati. Adanya Pakatan Rakyat, tak mudah penguasa mencuri, merompak dan menindas rakyat. Adanya Pakatan Rakyat, nak buat GST pun bukan sewenang-wenangnya. Walaupun akhirnya GST berjaya dilaksanakan tetapi Umno BN terpaksa berdepan dengan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berlawan mati-matian menentang gagasan rejim zalim. Adanya Pakatan Rakyat, maka tergugatlah rejim ini, dan mungkin besar rejim akan tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Justeru, Umno BN bertekad hendak mematikan kerjaya politik Anwar Ibrahim. Dia bersungguh-sungguh nak Pakatan Rakyat kalah di Permatang Pauh. Sebab Permatang Pauh Ibu Reformasi. Munculnya Anwar di persada politik negara mulanya di Permatang Pauh pada tahun 1982. Munculnya gerakan Reformasi, mulanya di Permatang Pauh pada tahun 1998.

Jika Anwar sudah tiada, jika Permatang Pauh sudah kalah, maka mulalah kemerosotan Pakatan Rakyat. Bila Pakatan Rakyat sudah lemah, maka mudahlah pencuri, perompak dan penyamun negara membuat kerja jahat mereka. - HARAKAHDAILY 4/5/2015

Penulis ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Pengarah PRK Permatang Pauh, DAP.

Sumber HD - 3-5-2015

BN gagal bina rumah tapi tuduh kerajaan negeri

MOHD SABRI SAID | .


PERMATANG PAUH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa menuding jari kepada Kerajaan Pulau Pinang kononnya gagal membina rumah mampu milik untuk warga negeri ini bagi melindungi kegagalan mereka selama ini.

Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, walhal kerajaan negeri mengutamakan kemudahan rakyat khususnya pemilikan rumah mampu milik.

"Sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Umno dan BN main isu yang dia sendiri gagal laksanakan untuk keperluan rakyat.

"Bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak swasta kami telah pun usahakan yang terbaik demi rakyat," tegasnya dalam sidang media di Pusat Media PRK Permatang Pauh, Yayasan Aman, Penanti.

Kerajaan negeri tambahnya, telah merancang untuk menyediakan sebanyak 22,512 unit rumah.

Beliau memberi contohnya, daerah Barat Daya sebanyak 594 buah diina melibatkan kos sederhana dan mampu milik.

Daerah Barat Daya pula, katanya pembinaan rumah kos sederhana mewah sebanyak 770 unit dan mampu milik berjumlah 1,323 unit, begitu juga di tiga daerah lagi iaitu utara dan selatan.

Menurutnya, Kerajaan BN sendiri sebenarnya bercakap tidak serupa bikin apabila gagal melaksanakan janji menerusi Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang melibatkan kos RM1.3 bilion untuk pembinaan 80,000 unit perumahan mampu milik di negeri ini.

"Mereka hanya pandai janji tapi tak pandai laksanakan. Lepas tu tuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak prihatin tentang pembinaan perumahan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/5/2015

Sumber HD - 3-5-2015




















627 layak undi awal PRK Permatang Pauh hari ini

BERNAMA | .
PERMATANG PAUH: Sebanyak 627 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh yang bermula 8 pagi ini.

Proses pengundian berlangsung di dua saluran iaitu Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dan Berek Kelamin, Balai Polis Kubang Semang.

Pusat mengundi di Berek Kelamin akan ditutup pada 2 petang manakala di Dewan Gemilang pada 5 petang.

Sebanyak 597 pengundi akan mengundi di Dewan Gemilang manakala 30 orang di Berek Kelamin.

PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Ia diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat. - Bernama

Sumber HD - 3-5-2015

'Biar kami derita asalkan rakyat dapat manfaat'

MOHD SABRI SAID | .


PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau dan keluarga sanggup menangis kerana rakyat asalkan mereka menikmati hasil pengorbanan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Permatang Pauh itu reda dengan apa yang ditentukan Ilahi walaupun perjuangan belum selesai sepenuhnya.

"Saya dan keluarga sanggup menangis semata-mata kerana rakyat. Biar kami menderita asalkan rakyat mendapat manfaatnya," ujarnya ketika berucap di hadapan seribu orang sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya semalam.

Katanya, walaupun Anwar dipenjara tetapi auranya tetap ada di hati rakyat yang cintakan keamanan.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat yang memperjuangkan kebajikan sewajarnya menjadi pilihan rakyat berbanding Umno BN yang hanya retorik.

Tambahnya, Pilihan Raya Umum ke-14 nanti merupakan medan terbaik untuk rakyat menjatuhkan pemerintah yang tidak tahu berterima kasih kepada rakyat yang mengangkat ke tampuk kuasa.

"PRU14 medan terbaik jatuhkan penguasa yang zalim. Manakala PRK Permatang Pauh dan Rompin pula adalah isyarat terbaik rakyat untuk mereka," katanya. - HARAKAHDAILY 2/5/2015

SUMBER HD - 2-5-2015























GST: Tiada menteri, MP wanita BN segigih Wan Azizah

HARAKAHDAILY | .

PERMATANG PAUH: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan salah seorang perintis dalam perjuagan untuk membawa agenda Reformasi di Malaysia.

"Beliau berjuang dan menuntut keadilan bukan sahaja demi keluarga beliau, tetapi demi seluruh masyarakat Malaysia," ujar Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail.

Katanya, Wan Azizah berjuang demi membantu mereka yang hidup dalam kemiskinan dan kesusahan.

"Sebagai Adun Kajang, beliau menuntut polisi yang lebih baik apabila bersidang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor," ujarnya yang juga Adun Batu Tiga, Shah Alam.

Beliau berkata, Wan Azizah terus-menerus menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sistem cukai yang dimulakan oleh kerajaan BN yang tidak langsung mengira derita rakyat Malaysia.

"Tiada menteri dari wanita BN, ahli parlimen ataupun Adun yang boleh menandingi jasa dan kegigihan beliau malah seberani beliau lagi-lagi lagi dalam isu GST," tegasnya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya PKR bersama Dr Wan Azizah, akan terus meninggikan martabat wanita di Malaysia dan menggalakkan mereka untuk menjadi pemimpin.

Tambahnya, PKR sudah membuktikan bahawa kami lebih mengutamakan kesaksamaan gender berbanding dengan BN, sehinggakan Jawatankuasa Utama Kerajaan di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mempunyai lebih ramai wakil wanita.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat juga telah memberi peluang kepada lebih ramai calon wanita untuk bertanding di peringkat negeri dan persekutuan pada setiap kali pilihan raya umum.

"Akhirnya, sama ada seorang wanita itu suri rumahtangga ataupun tidak, semua wanita wajib dihormati," ujarnya. - HARAKAHDAILY 2/5/2015

Sumber HD - 2-5-2015

Guar Jering bubar, tamparan buat Umno Permatang Pauh

MOHD SABRI SAID | .


PERMATANG PAUH: Umno Permatang Pauh khususnya calon BN pada PRK Permatang Pauh,  Suhaimi Sabudin menerima tamparan hebat apabila 60 ahli Umno Cawangan Guar Jering Jaya akan mengisytihar keluar parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut bekas ketua Umno cawangan terbabit, Asri Ahmad, mereka bertindak demikian berikutan tidak mendapat perhatian daripada Umno sama ada bahagian mahupun negeri.

"Sejak 2006 kami tidak memperolehi apa-apa peruntukan tambahan lagi soal kebajikan seperti cawangan lain sekitar sini," jelasnya yang datang bersama 15 bekas ahli cawangan dalam sidang akhbar di Pusat Media PKR Yayasan Aman, Penanti pagi tadi.

Turut serta dalam sidang media tersebut ialah Adun Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin.

Beliau menambah, semua janji Umno dan BN adalah kosong hanya sekelompok pimpinan di atas yang mendapat hasil sedangkan ahli bawahan terumbang ambing tidak tahu untuk menaruh harapan kepada siapa.

"Kami dah putus harapan pada Umno," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Sharmizan Mohamad Noor ketika dihubungi menyifatkan, perkembangan tersebut membuktikan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) memakan diri Umno BN.

Beliau berharap Umno cawangan di Permatang Pauh mengikut langkah yang diambil oleh Umno Cawangan Guar Jering Jaya kerana sedar sokongan yang diberikan membawa mudarat kemudian hari. - HARAKAHDAILY 1/5/2015

Sumber HD - 1-5-2015

























Pengundi Rompin, Permatang Pauh perlu sokong PR

MOHD SABRI SAID | .


PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, rakyat Permatang Pauh perlu memberikan undi kepada calon PKR pada PIlihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya nama Pakatan Rakyat dijulang semula seperti pada awal 2008.

Katanya, kemenangan di Permatang Pauh amat perlu kerana jasa penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbukti berjaya menaikkan nama Permatang Pauh.

Tambahan pula, ujar beliau PRK Permatang Pauh diadakan berpunca daripada kerakusan Kerajaan BN yang menimbulkan konspirasi bukannya kehendak Pakatan Rakyat.

"Rakyat wajib mengundi dan memenangkan calon dari Pakatan Rakyat di Permatang Pauh dan Rompin. Kemenangan tersebut akan memberi isyarat bahawa rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," ujarnya ketika menyampaikan pidato di program Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di tapak parkir Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi PRK Permatang Pauh menambah, bukan sahaja Permatang Pauh mesti dimenangi Pakatan Rakyat bahkan juga di Rompin, Pahang melalui calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad.

Menurutnya, para petugas PKR sedang bertungkus lumus membantu calon PAS mengalahkan calon BN di Rompin.

"Rakyat kena persalahkan Kerajaan BN kerana sengaja mengadakan PRK, mewujudkan GST, menaikkan harga barangan dan petroleum. Sebagai rakyat yang prihatin marilah beramai-ramai menolak kenaikan barang yang menindas kita," katanya. - HARAKAHDAILY 30/4/2015

Sumber HD - 30-4-2015

























Wan Azizah yakin dapat sokongan pengundi

MOHD SABRI SAID | .


PERMATANG PAUH: Calon P44 Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin sokongan rakyat melonjak kepada Pakatan Rakyat setelah perjalanan kempen masuk hari keenam hari ini.

Katanya lagi, hasil turun padang ke lokasi yang bukan kubu Pakatan Rakyat juga mendapati perkembangan yang positif terutamanya kalangan pemuda pemudi yang rasa tertekan dengan kemunculan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Apabila saya turun jumpa orang ramai yang bukan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, ramai yang sesak nafas apabila memikirkan keadaan sekarang. Gaji tidak naik tapi kena bayar itu dan ini, " jelasnya semasa ditemui selepas majlis Bantah GST di tapak parkir Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Menurut beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), inilah medan terbaik untuk rakyat menunjukan protes kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berterusan angkuh, tidak bertimbang rasa dan suka menindas rakyat tanpa belas kasihan.

Jika dibiarkan mereka berkuasa sambungnya, hutang negara terus melambung.

GST jelasnya, walau dikenakan sekadar enam peratus namun sebenarnya menekan naluri rakyat tanpa disedari.

"Inilah masa terbaik untuk rakyat menghukum kerajaan yang zalim apabila memperkenalkan akta tidak sepatutnya di samping GST yang menjerat pendapatan rakyat bawahan, " katanya. – HARAKAHDAILY 30/4/2015

Sumber HD - 30-4-2015


PKR terima baik keputusan Pemuda PAS Pulau Pinang
Posted on Wednesday, April 29 @ 17:02:02 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PKR menerima baik keputusan Pemuda PAS Pulau Pinang menarik balik boikot kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan sebaliknya memberikan sokongan mereka.


Namun, walaupun PAS Pulau Pinang masih menggesa supaya membuat permohonan maaf, calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, isu berkenaan tidak timbul.

“Isu ini telah selesai. Buat apa hendak minta maaf? Isu memohon maaf tidak timbul,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution mengucapkan terima kasih atas usaha Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Muhamad Sabu dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kerana berjaya menghentikan boikot.

“Kami sekarang menantikan jentera pilihan raya daripada mereka untuk membantu mengetengahkan isu yang memberi kesan kepada rakyat,” katanya.


Sementara itu, pengarah pilihan raya PAS, Mohd Hatta Ramli berkata, “episod ini sudah berlalu” dan jentera akan digerakkan bagi membantu kempen PKR.

Apabila ditanya apakah perlu tindakan disiplin diambil terhadap Pemuda PAS Pulau Pinang, Hatta berkata, ia tidak perlu.

“Mereka telah membuat keputusan untuk menyokong kami seratus peratus, jadi tidak timbul tindakan disiplin diambil.”

Selepas empat hari memboikot kempen pilihan raya PKR, Pemuda PAS pagi ini mengumumkan niat mereka untuk membantu PKR.

Namun, Ketua Pemuda PAS, Yusni Mat Piah mahu Pemuda PKR Pulau Pinang memohon maaf kerana didakwa menghina Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Keputusan sebulat suara mahu membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang ini dibuat selepas satu pertemuan diadakan di antara Pemuda PAS Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin,” katanya di ibu pejabat PAS Pulau Pinang, hari ini.

Sumber TKO - 29-4-2015


Pemuda PAS Pulau Pinang Ubah Pendirian Setelah Jumpa Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat


Posted on Wednesday, April 29 @ 11:57:33 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Pemuda PAS Pulau Pinang telah mengubah pendiriannya dan hari ini mengumumkan untuk membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Pemudanya Mohd Yusni Mat Piah berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat Pemuda PAS Pulau Pinang bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Khairil Nizam Khirudin, malam tadi. 
"Kami sebulat suara untuk akur arahan PAS Pusat untuk bantu gerak kerja PRK Permatang Pauh. 

"Kami juga tetap dengan pendirian kami supaya AMK menarik balik kenyataan melampau terhadap presiden PAS," kata Mohd Yusni (kanan) dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang di Kepala Batas pagi ini.

Malah, Yusni berkata, pihaknya juga hanya akur pada Majlis Syura Ulama apabila sebelum ini yang menetapkan bahawa PAS masih lagi kekal di dalam Pakatan.

"Kami tetap dengan pendirian sebelum ini tetapi pada masa sama tetap nak pertahankan kerusi Permatang Pauh. Tidak mahu kerusi terlepas daripada Pakatan.

"PAS ada Majlis Syura Ulama yang tetapkan parti ini masih dalam Pakatan, jadi akhirnya kami akur," tegasnya lagi.

Selain itu, Yusni juga berkata, beliau turut bersedia untuk memberi kerjasama dengan Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya dikenakan tindakan tatatertib.

"Saya bersedia dan tahu prosudernya. Kalau ada laporan untuk diambil tindakan, saya bersedia kalau diminta.

"Saya atau (Pemuda PAS) Pulau Pinang bersedia untuk bekerjasama dengan Lembaga Tatatertib," katanya lagi.

Sumber TKO - 29-4-2015 




























DPP Pulau Pinang: Tegas, berprinsip dan anjal

HARAKAHDAILY | .

DEWAN Pemuda PAS Pulau Pinang telah membuat keputusan yang tepat membantu jentera Pakatan Rakyat untuk memastikan Umno-BN terus tewas di Permatang Pauh.

Semua sayap di semua peringkat kawasan perlu sentiasa bersikap tegas dalam prinsip, dan pada masa yang sama bersikap anjal dalam setiap tindakan tanpa menjejaskan perjalanan organisasi parti yang telah dibentuk sekian lama dengan mengamalkan konsep wala’ pada keputusan parti dan jemaah (taat pada perkara yang tidak dipersetujui).

Hanya mereka yang berjiwa besar dapat mengamal dan menghayati konsep wala’ sepenuhnya – dan tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang atas kejayaan mengekalkan semangat ini di saat yang sukar.

Tindakan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang akur dengan keputusan parti merupakan pukulan maut kepada Umno-BN dan medianya yang sememangnya mengharapkan isu ini bakal berlanjutan sehingga hari pengundian.

Untuk meningkatkan keharmonian Pakatan Rakyat, PAS Pusat mendoakan agar AMK Pulau Pinang juga boleh berlapang dada dan berfikiran matang untuk sekurang-kurangnya menarik balik kenyataan mengkritik serta campurtangan terhadap masalah dalaman PAS.

PAS Pusat juga mengharapkan agar pimpinan tertinggi PKR diberi kekuatan untuk mengambil sesuatu tindakan dalam isu ini untuk menjernihkan lagi suasana sebagaimana yang telah dilakukan oleh para pimpinan PAS demi kejayaan bersama di Permatang Pauh.

Diharap semua pihak di dalam Pakatan Rakyat dapat mengambil pengajaran bersama dan tindakan pembetulan susulan daripada episod ini – agar kerjasama di dalam Pakatan Rakyat dapat dieratkan dengan memperkukuhkan sikap saling menghormati dasar parti masing-masing - bagi menghadapi Umno-BN yang semakin rakus dan zalim menekan rakyat.

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang. Selamat berkhidmat di PRK Permatang Pauh untuk menghantar isyarat kepada Umno-BN bahawa rakyat menolak GST. Bersama kita doakan kejayaan PAS di Rompin dan PKR di Permatang Pauh demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat. – HARAKAHDAILY 29/4/2015

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS

Sumber HD - 29-4-2015

Pengundi Pmtg Pauh tidak lupa Anwar - Wan Azizah

HARAKAHDAILY | .



PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa gembira dengan sambutan yang diberikan para pengundi kepada beliau selaku calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Permatang Pauh.

"Orang ramai beri sambutan macam kalangan keluarga yang lama tak jumpa," ujarnya pada sidang media PRK P.044 Permatang Pauh di Yayasan Aman, Penanti pagi ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Pengarah Pilihan raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Katanya, lebih menggembirakan beliau pada perjalanan kempen PKR ialah para pengundi tidak lupa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.

"Perjalanan kempen bagus, mereka ingat kepada Anwar, mereka tanya apa khabar Datuk Seri Anwar," ujarnya yang juga Adun Kajang.

Beliau juga memberitahu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah isu penting yang diketengahkan kepada pengundi.

Ini, jelasnya kerana GST memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat terutama golongan bawahan.

"Rakyat tertekan dengan GST, GST adalah isu rakyat," ujarnya. - HARAKAHDAILY 29/4/2015

Sumber HD - 29-4-2015






























Terima kasih Pemuda PAS Pulau Pinang - Dr Hatta

HARAKAHDAILY | .


PERMATANG PAUH: Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli mengucapkan terima kasih kepada Pemuda PAS Pulau Pinang yang akur dengan arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

"Terima kasih kepada Pemuda PAS Pulau Pinang untuk kempen yang lebih meriah," ujarnya pada sidang media PRK P.044 Permatang Pauh di Yayasan Aman, Penanti pagi ini.

Hadir sama ialah Presiden PKR yang juga calon parti itu pada PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Yusni Md Piah pada sidang media pagi tadi memberitahu pihaknya sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh.

Katanya, keputusan itu diambil setelah berbincang dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS negeri yang turut dihadiri oleh Timbalan dan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Khairil Nizam Khirudin. - HARAKAHDAILY 29/4/2015

Sumber HD - 29-4-2015

1MDB: Mahathir dialu-alukan ke Permatang Pauh































HARAKAHDAILY | .


PERMATANG PAUH: PAS mengalu-alukan Tun Mahathir Mohamad ke Permatang Pauh bagi menjelaskan isu 1MDB dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada para pengundi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar bersetuju jika bekas Perdana Menteri itu turun ke Permatang Pauh selepas menyampaikan ucapan di Universiti Sains Malaysia (USM), esok.

Mahathir dijadualkan hadir pada program Cakna Ilmu MPP USM: Tun Dr Mahathir 'Mendepani Pemikiran Tun M' yang diadakan di Dewan Tunku Syed Putra, USM bermula jam 9.00 pagi.

"Saya setuju jika Tun Mahathir turun ke Permatang Pauh esok, bukan di USM sahaja kerana rakyat dahagakan maklumat mengenai 1MDB dan GST yang perlu dimansuhkan," ujar Mahfuz kepada Harakahdaily selepa menyampaikan ceramah di Kampung Kubang Semang, malam tadi. Selepas itu beliau bergegas ke Sungai Petani untuk menyampaikan ceramah berhubung Himpunan 1 Mei 2015: Bantah GST yang akan diadakan di ibu negara.

Tambahnya, adalah wajar Mahathir yang menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan isu 1MDB menjelaskan perkara itu khususnya kepada para pengundi di Parlimen Permatang Pauh.

"Kalaupun beliau setuju hadir tidak berkempen cukup beliau meminta para pengundi PRK Permatang Pauh menolak BN," ujarnya berseloroh. - HARAKAHDAILY 29/4/2015

Sumber HD - 29-4-2015































Akur arahan Pusat, Pemuda PAS P Pinang berjiwa besar

HARAKAHDAILY | .


PERMATANG PAUH: "Alhamdulillah, saya merakamkan ribuan penghargaan di atas jiwa besar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk akur keputusan PAS Pusat," ujar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada keputusan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Yusni Md Piah berkata pihaknya sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK) Permatang Pauh setelah berbincang dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS negeri yang turut dihadiri oleh Timbalan dan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Khairil Nizam Khirudin.

"Dalam masa yang sama, kami juga tetap dengan pendirian kami sebelum ini supaya AMK Pulau Pinang menarik balik kenyataan melampau terhadap Presiden PAS dan memohon maaf," ujarnya. - HARAKAHDAILY 29/4/2015

Sumber HD - 29-4-2015
































GST: Ahli Umno tak faham kerana baca akhbar, tengok tv

HARAKAHDAILY | .




PERMATANG PAUH: Ahli-ahli dan penyokong Umno tidak akan memahami pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membebankan rakyat jika hanya membaca akhbar seperti Utusan Malaysia dan menonton televisyen.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, beliau pernah ditanya oleh ahli Umno mengapa pentadbiran negara di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenakan GST kepada rakyat.

Kata beliau, soalan itu diajukan kepadanya kerana beliau adalah ahli parlimen yang boleh mendapat jawaban daripada Kerajaan Persekutuan.

"Saya jelaskan kerana hutang negara meningkat, PM tak urus negara dengan baik, beli jet, banyak ketirisan, jadi terpaksa kutip GST daripada rakyat untuk bayar hutang," ujarnya pada sidang media Pilihan raya Kecil (PRK) P.044 Permatang Pauh di Penanti, hari ini.

Tambahnya, selama ini mereka tidak memahami kenapa kerajaan melaksanakan GST kerana tidak mendapat maklumat yang sebenar.

"Sebab selama ini mereka tengok TV3, baca Utusan. Baru sekarang mereka faham," ujarnya yang juga Pengarah Strategi PKR.

Menurutnya lagi, maklum balas yang diterima daripada para pengundi di Permatang Pauh mendapati mereka memberi perhatian serius terhadap pelaksanaan GST yang menyebabkan harga barangan meningkat.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada satu majlis kelmarin memberitahu bahawa hasil kajian lapangan yang dilakukan Merdeka Center mendapati 70 peratus pengundi di Permatang Pauh menyatakan isu ekonomi khususnya GST adalah penting untuk menentukan parti pilihan mereka. - HARAKAHDAILY 28/4/2015

Sumber HD - 28-4-2015

































Boikot PRK bukan jalan betul untuk selesai masalah

HARAKAHDAILY | .


PERMATANG PAUH: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata memboikot pilihan raya kecil (PRK) bukannya jalan yang betul untuk menyelesaikan masalah.

"Pemuda PAS perlu bijaksana mengurus perbezaan. Kebijaksanaan mengurus masalah adalah salah satu elemen 'Politik Budiman'," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau merujuk kepada mesyuarat PAS Pusat pada 13 April lalu yang telah memutuskan agar PAS membantu kempen di Permatang Pauh dan Rompin.

Justeru, katanya mana-mana Pemuda PAS negeri mesti patuh.

Tambahnya, adapun masalah di peringkat pemuda negeri-negeri hendaklah diselesaikan dengan cara yang bijaksana.

"Kita tidak setuju tindakan individu pemuda AMK menghina Presiden PAS kerana  tidak wajar mencampuri urusan dalaman parti rakan PR dan kita juga tidak setuju Pemuda PAS Pulau Pinang memboikot PRK kerana melanggar arahan mesyuarat PAS Pusat pada 13 April 2015," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau telah mengusahakan pertemuan antara pemuda PAS Pulau Pinang dan Pemuda AMK Pulau Pinang sejak seminggu yang lalu.

Malangnya, kata beliau pertemuan tersebut tidak menjadi kenyataan kerana keengganan pihak terbabit. - HARAKAHDAILY 28/4/2015

Sumber HD - 28-4-2015

































Sejarah PM berundur selepas p'raya Pmtg Pauh berulang?

HARAKAHDAILY | .


PERMATANG PAUH: Adakah sejarah Perdana Menteri Malaysia berundur selepas pilihan raya Parlimen Permatang Pauh akan berulang?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin pada sidang media Pilihan Raya Kecil (PRK) P.044 Permatang Pauh di Yayasan Aman, Penanti pagi ini.

Menurutnya, Tun Mahathir Mohamad berundur selepas dua tahun Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan raya Umum 1999.

Begitu juga, katanya Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan Perdana Menteri beberapa bulan setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi PRK Permatang Pauh pada 2008.

"Adakah sejarah itu akan berulang?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Beliau mengemukakan persoalan itu berikutan serangan yang berterusan Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Mohamad.

Bahkan, katanya sehingga kini tidak terdapat kain rentang dan poster Perdana Menteri di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Menurutnya, dalam 27 tinjauan yang dilakukan di pondok panas dan bilik gerakan BN didapati langsung tiada poster Najib.

"Ada sesuatu yang tidak kena, dalam tinjauan kita tak nampak poster PM," katanya lagi.

Tanya beliau lagi, adakah politik dalaman Umno yang bermasalah sekarang dibawa ke PRK Permatang Pauh.

"Kali ini poster PM tak nampak langsung, adakah Najib diboikot di Permatang Pauh?

"Adakah orang-orang Umno sendiri, Umno Permatang Pauh dan Umno negeri, calon BN setuju dengan Mahathir kata Najib kena letak jawatan?" tanya beliau lagi. - HARAKAHDAILY 28/4/2015

Sumber HD - 28-4-2015


































Tajuk Sinar Harian lari dari konteks - Suhaizan

HARAKAHDAILY | .


PERMATANG PAUH: "Sinar Harian telah memberikan laporan dengan pemilihan tajuk yang lari dari konteks apa yang saya sebutkan," ujar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Justeru, tegasnya, tidak benar beliau menyebut bahawa isu GST lebih mudarat daripada hudud kerana ia memberi makna yang berbeza.

"Anda boleh lihat laporan penuh Sinar Harian tersebut dan tidak ada sepatah pun saya sebut isu mudarat lebih besar," jelasnya.

Tambahnya lagi, beliau akan tegur editor Sinar Harian segera untuk diperbetulkan tajuk yang memberi makna yang berbeza dari apa yang disebut.

Beliau menjelaskan, berita itu menjelaskan bahawa walaupun berlaku pertembungan sesama PR dalam isu hudud, namun ia tidak memberi kelebihan yang banyak kepada BN untuk menang PRK.

Ini, kata beliau kerana BN dibebani dengan isu GST yang lebih besar mendatangkan kemarahan rakyat. - HARAKAHDAILY 28/4/2015

Sumber HD - 28-4-2015


Pemuda PAS sokong tindakan disiplin atas ketua Pemuda PAS Pulau Pinang

Posted on Tuesday, April 28 @ 08:57:30 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pemuda PAS Pusat akan menyokong cadangan agar ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPNPP), Mohd Yusni Mat Piah, dikenakan tindakan disiplin ekoran tindakan memboikot kempen Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat berkata, pendirian Pemuda PAS negeri itu melanggar keputusan pimpinan parti di peringkat Pusat untuk menyokong calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK itu.
"Timbalan presiden (Mohamad Sabu) akan membawanya dalam mesyuarat akan datang. Pemuda akan menyokong," kata kepada The Malaysian Insider.

Suhaizan berkata demikian ketika mengulas cadangan agar Yusni dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin PAS ekoran kenyataannya menentang keputusan PAS Pusat yang mengarahkan agar jentera PAS membantu calon PKR di Permatang Pauh.

Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan (DPPK) hari ini menyatakan sokongan padu terhadap pendirian DPPNPP untuk tidak membantu gerak kerja pakatan pembangkang dalam PRK Permatang Pauh, lapor Bernama.

Sokongan itu disuarakan lapan ketua pemuda DPPK iaitu Wan Ahmad Rafaie Abdul Rashid (Permatang Pauh), Ahmad Taufiq Saedon (Bagan), Ahmad Fahmi Mohd (Balik Pulau), Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim (Bukit Mertajam), Mohd Najib Hamsi (Batu Kawan), Zulazhar Mohamad (Nibong Tebal), Rizal Hafiz Roslan (Tasek Gelugor) dan Mohd Hafiz Kasim (Kepala Batas).

"Kami sepenuhnya memberi sokongan padu pendirian tersebut atas dasar kebersamaan kami dalam mengecam kenyataan biadab Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan keengganan mereka memohon maaf atas kecaman mereka terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Adalah dipertegaskan di sini, pendirian bukanlah pendirian peribadi Yusni sahaja, malah adalah pendirian yang dibuat bersama semua exco DPPNPP.

"Maka, pendirian ini juga adalah pendirian bersama semua exco DPPK kami."

Mohamad atau Mat Sabu, sebelum ini menyatakan, siasatan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap Yusni ekoran kenyataan beliau yang bertentangan dengan keputusan dan kenyataan yang dibuat PAS Pusat itu.

"Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa PAS Pusat terhadap ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat," kata Mat Sabu dalam satu kenyataannya.

Sebelum ini, Yusni dalam kenyataan medianya berkata, semua jentera dan petugas Pemuda PAS Pulau Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh.

"Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini," katanya.

Malah, katanya, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru tadika (Pasti) juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

"Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh," katanya.

Ini berikutan desakan permohonan maaf yang disuarakan Pemuda PAS negeri itu berhubung kenyataan media Pemuda PKR Pulau Pinang yang dianggap menghina dan memfitnah Hadi tidak dilayan PKR.

Tempoh untuk menyatakan permohonan maaf itu kini tamat tempohnya pada hari penamaan calon, 25 April lalu.

Ini bukan pertama kali Yusni terlibat dengan pertelagahan dengan rakannya dalam PR.

Dalam pilihan raya umum lalu, beliau menjadi calon PAS dalam pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN) dan PKR di kerusi DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang.

Dalam pilihan raya itu, beliau hanya mendapat 690 undi berbanding calon PKR Badrul Hisham Shaharin mendapat 6,083 undi manakala calon BN Datuk Mahmud Zakaria mendapat 6,891.

Ekoran kenyataan Yusni, Mat Sabu berkata, keputusan menyokong dan membantu calon PKR Permatang Pauh dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan badan eksekutif tertinggi dalam organisasi PAS.

Mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak dalam PAS yang bercanggah dengan keputusan itu adalah dengan sendirinya terbatal, katanya.

"Saya dengan ini menegaskan semua ahli PAS wajib menolak sebarang arahan atau pendirian yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat ini, dan sekiranya ada tindakan dari mana-mana ahli yang terbukti bertentangan dengan arahan ini, tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas ahli tersebut berdasarkan peruntukan-peruntukan yang jelas termaktub dalam perlembagaan," katanya.

Suhaizan pula, dalam kenyataannya berkata, mesyuarat PAS Pusat pada 13 April membuat keputusan sebulat suara untuk membantu calon PR di Permatang Pauh.

Justeru, Pemuda PAS Malaysia mengerakkan jentera pilihanraya khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di bawah Parlimen Permatang Pauh, katanya.

"Mana-mana petugas Pemuda yang ingin bertugas boleh mendaftar terus di Markas Induk PAS PRK Permatang Pauh di pejabat ahli DUN Permatang Pasir dan Permatang Rambai," katanya.

Sumber TKO - 28-4-2015


Isu GST lebih mudarat dari hudud, kata Suhaizan
Posted on Tuesday, April 28 @ 07:11:14 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Pemuda Pas Pusat mengakui isu hudud yang menjadi perbalahan antara anak buahnya dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pulau Pinang sedikit banyak memberi kesan kepada jentera Pas untuk berkempen memenangkan calon PKR pada PRK Permatang Pauh, pada 7 Mei ini.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat bagaimanapun menyifatkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai isu paling besar sepanjang kempen pilihan raya kawasan itu.

"Adalah masalah sikit tapi tidak besar dan tidak ganggu jentera berkempen untuk PKR.

"Saya ingat isu GST lebih besar sebab kita telah dijelaskan (isu hudud) pada pertemuan lalu dengan pimpinan DAP, PKR dan pimpinan Pas kawasan sendiri," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perbalahan Pemuda Pas Pulau Pinang yang bertindak menutup bilik gerakan parti itu dan enggan membantu berkempen memenangkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Permatang Pauh.

PKR menamakan Wan Azizah sebagai calonnya pada PRK Permatang Pauh bagi mempertahankan kerusi yang dikosongkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah dalam kes liwat II dengan hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, pada 10 Februari lalu.

Kemelut antara parti dalam PR berhubung isu hudud dalam kempen PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka meninggalkan kesan mendalam dalam usaha parti pembangkang itu meraih sokongan pengundi Melayu.

Perbalahan itu yang berlarutan sejak Pas membawa Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah ke persidangan Dewan Rakyat memberi ruang kepada BN untuk menambah majoriti undi pada pilihan raya kawasan itu.

Ketika ditanya mengenai peluang PKR untuk mempertahankan kerusi yang diwarisi Anwar itu atas faktor undi simpati, Suhaizan bagaimanapun tidak menolak kebarangkalian tersebut.

"Ya masih ada (undi simpati), insya-ALLAH boleh menang lagi, tapi kena terus bekerja seperti biasa.

"Masyarakat kawasan itu sudah terlalu banyak kali berdepan dengan pilihan raya, dan sudah ada keputusan sebenarnya dalam minda mereka untuk berdepan dengan PRK kali ini," ujarnya.

Sementara itu, Suhaizan juga berkata meskipun Pemuda Pas Pulau Pinang sudah menutup semua bilik gerakan parti itu di kawasan itu, namun jentera Pas dari negeri lain beroperasi seperti biasa.

"Bilik gerakan lain memang tiada, bilik gerakan Pas sekarang ialah markas operasi di Pejabat Adun Permatang Pasir di Permatang Binjai.

"Kawasan itu tidak besar, kecil saja kawasan itu. Ya selainnya program bersama, kalau diperlukan kita akan turun (kempen di kawasan lain)," katanya lagi. - SH

Sumber TKO - 28-4-2015

Pemuda Marang Sokong Pendirian Pemuda Pulau Pinang

MARANG – Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) menyokong pendirian Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang mengumumkan untuk ‘merehatkan’ semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ketua Pemuda PAS Marang Ustaz Sulaiman Sulong dalam kenyataannya melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad.

kenyataan AMK

“DPPKM sepenuhnya menyokong pendirian tersebut (AMK) tidak matang dan tidak mempamerkan akhlak yang tidak terdidik dengan nilai-nilai budi pekerti yang mulia,

“kenyataan AMK Pulau Pinang pada 26 Februari 2015, menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang,

“DPPKM turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh Ketua AMK yang dipimpin oleh saudara Nik Nazmi Nik Ahmad yang tidak berupaya untuk memberi kefahaman kepada AMKPP dalam isu ini,”jelasnya.

Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah telah mengambil keputusan untuk merehat seluruh jentera pemudanya ekoran kegagalan AMK memohon maaf.

Menurutnya, pihak Pemuda PAS Pulau Pinang telah memberikan tempoh sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf.

“Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.

“Pemuda PAS Pulau Pinang dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

“Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini,”menurut kenyataan Husni yang dikeluarkan pada Ahad 26 April.

Sumber BO - 27-4-2015




































Suri rumah: Mei Fun jangan pandang rendah pada wanita

HARAKAHDAILY | .

PERMATANG PAUH: Ketua Wanita DAP, Chong Eng menggesa Datin Paduka Chew Mei Fun supaya jangan memandang remeh kepada golongan wanita.

Katanya, kalau Mei Fun yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak faham peranan wanita bagaimana hendak memperjuangkan hak wanita di negara ini.

Beliau turut mendesak Naib Presiden MCA itu memohon maaf kerana menggelarkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai suri rumah.

Menurutnya, Wan Azizah bukan sahaja sebagai suri rumah tetapi pakar mata dan berjaya   memimpin PKR lebih 17 tahun.

“Beliau juga ketua pembangkang wanita pertama di negara ini,” katanya pada sidang media di Penanti, hari ini. (Foto atas oleh Yus SK)

Beliau merujuk kepada kenyataan Mei Fun yang disiarkan satu portal berita yang dilaporkan berkata Wan Azizah menggunakan 'telatah suri rumah'.

Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail yang turut menggesa Mei Fun meminta maaf berkata, kenyataan sedemikian tidak sewajarnya dikeluarkan.

Tambahnya, apatah lagi selepas Mei Fun kalah kepada Wan Azizah pada PRK Kajang yang diadakan 23 Mac 2014 lalu.

Wan Azizah yang memperoleh 16,741 undi menewaskan Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

"Beliau (Mei Fun) seorang wanita ke apa," tanya Rodziah. - HARAKAHDAILY 27/4/2015

Sumber HD - 27-4-2015

Pulau Pinang isytihar 7 Mei hari kelepasan am

BERNAMA | .



GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengisytiharkan 7 Mei sebagai hari kelepasan am di negeri ini bersempena pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
  
Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri bagi melancarkan proses pengundian pada hari berkenaan yang jatuh pada hari Khamis iaitu hari bekerja.
  
"Saya harap semua pengundi luar boleh pulang mengundi. Kami juga berharap majikan (sektor) swasta kalau tidak cuti boleh memberi masa kepada pekerja mereka untuk mengundi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, calon Bebas Salleh Isahak dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia.
  
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya. -- Bernama

Sumber HD - 27-4-2015








































SPR patut bimbang MIC sasar 3,000 pengundi di Pmtg Pauh

HARAKAHDAILY | .


PERMATANG PAUH: Kenyataan MIC yang mensasarkan 3,000 undi India bukan sahaja membimbangkan pengundi sah di Permatang Pauh tetapi juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Demikian kata Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang, Kasthuri Patto sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramanian dua hari lalu bahawa parti itu akan mensasarkan 3,000 undi India pada Pilihan raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Menurutnya, dalam PRU13 lalu, jumlah pengundi India yang telah membuang undi adalah 6 peratus iaitu bersamaan dengan hampir 3,900 daripada jumlah keseluruhan pengundi di Permatang Pauh yang telah keluar membuang undi iaitu 63,332 orang.

Kini, ujarnya mengikut data bilangan pengundi tahun lepas, didapati jumlah pengundi Permatang Pauh telah meningkat kepada 72,513 dengan pengundi India sebanyak 4,584 atau 6.32 peratus.

"Walaupun tepukan boleh diberikan kepada MIC di atas 'mood' positif mereka untuk meraih 3,000 undi pengundi India di Permatang Pauh, namun hakikatnya adalah kepercayaan rakyat Malaysia terutama sekali bagi pengundi etnik India telah diambil mudah oleh parti komponen Barisan Nasional ini, dulu, kini dan selamanya," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat PRK Permatang Pauh di Penanti, hari ini. (Foto atas oleh Yus SK)

Hari ini, ujar beliau MIC masih lagi berfikir yang mereka masih relevan dalam prasarana politik dewasa ini.

"MIC dengan 4 ahli parlimen, jelas sokongan rakyat Malaysia terhadap parti tempang ini terhakis," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan.

Agaknya, kata beliau sekiranya mereka itu tidak dapat menyumbangkan sokongan 3,000 undi dari Permatang Pauh, adakah parti yang sepatutnya melindungi dan mempertahankan hak etnik India di Malaysia akan menyeludup pengundi masuk ke Permatang Pauh supaya sasaran 3,000 itu dapat dicapai.

"Kenyataan yang cukup membimbangkan bukan sahaja bagi pengundi sah Permatang Pauh tetapi sepatutnya membimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya juga," ujarnya. - HARAKAHDAILY 27/4/2015

Sumber HD - 27-4-2015










































Ahmad Maslan tolak jemputan Pakatan untuk debat GST

Posted on Monday, April 27 @ 07:00:17 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak memerlukan pentas pembangkang untuk memberi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ahmad berkata tidak perlu bagi beliau menerima jemputan sebagai ahli panel forum GST daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu.

AMK Pulau Pinang dilapor menyerahkan surat jemputan sebagai ahli panel forum GST 2 Mei ini kepada Ahmad semasa lawatan beliau ke tapak ekspo Seberang Jaya, 23 April lepas.

"Saya tidak mahu berdebat di pentas mereka bukan kerana saya takut... di Dewan Rakyat sudah berkali-kali saya jawab. Saya ada banyak pentas dan medium lain untuk jelaskan (GST).

"Mereka (pembangkang) perkara yang betul pun mereka akan putar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang kali ke-39, di George Town, hari ini.

Beliau berkata persepsi negatif mengenai GST dalam kalangan masyarakat disebabkan kurang pemahaman tentang konsep percukaian baharu itu dan sikap tamak segelintir peniaga yang memanipulasi GST untuk mengaut untung.

"Peniaga tidak beretika membentuk persepsi umum yang silap...sedangkan mereka (peniaga) boleh tuntut semula cukai input yang dibayar," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 27-4-2015

"Rasa Hati Saya Tiada Siapa Tahu" - Wan Azizah

Posted on Monday, April 27 @ 07:04:43 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



BUKIT MERTAJAM: “Rasa hati saya tiada siapa yang tahu,” kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditanya mengenai keceriaannya ketika memulakan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di sini.

Ditanya lanjut mengenai penampilannya yang kelihatan lebih ‘muda’ dengan berseluar dan blaus, Dr Wan Azizah yang kini berusia 63 tahun tersenyum gembira sambil berkata: “Lebih selesa macam ni.”


Dr Wan Azizah atau Kak Wan cuba bermain sepak raga tuju.


Hadir ke Program Santai Rakyat di Padang Bola Taman Guar Perahu di sini, pada Ahad, Dr Wan Azizah yang bertanding dalam PRK Permatang Pauh kelihatan lebih santai berbanding penampilannya sebelum ini yang gemar berbaju kebaya walaupun ketika melakukan walkabout atau riadah.

Ceria-ceria pun hanya penampilan saja…hati masih sama. Orang tak tahu dalam hati saya,” katanya ringkas kepada mStar Online



Luahan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR itu dilihat merujuk kepada hukuman penjara lima tahun ke atas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat.



Pada PRK yang akan diadakan pada 7 Mei ini, Dr Wan Azizah berhadapan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Salleh Isahak.



Meluangkan masa hampir sejam di karnival berkenaan, Dr Wan Azizah melayan orang ramai serta permintaan pihak media termasuk menjaringkan gol di gelanggang futsal.


Kak Wan ceria bersama Nurul Izzah ketika bergambar kenangan dengan pasukan futsal.

Lebih menarik apabila beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang di Selangor mencuba permainan sepak raga tuju bersama penduduk setempat.



Kempen Dr Wan Azizah ke kawasan itu juga turut disertai anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.



Malah Izzah dan ibunya juga saling bergurau apabila mengetahui Dr Wan Azizah mencuba permainan sepak raga tuju.



“Fusal OK la…tapi sepak raga saya tak tahu main,” kata Nurul Izzah ketika diminta mencuba permainan tradisional Melayu berkenaan.



Namun apabila diberitahu ibunya lebih ‘sporting’ dan berjaya menendang bola sepak raga, Nurul Izzah dalam nada bergurau berkata: “Alaaa…itu sebab luck jadi calon.” - Mstar



Sumber TKO - 27-4-2015


Anwar tidak layak mengundi PRK Permatang Pauh, kata SPR

Posted on Monday, April 27 @ 09:59:37 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Aziz berkata, walaupun PKR mahukan Anwar mengundi dalam PRK Permatang Pauh, perkara itu tidak dibenarkan berdasarkan kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Tak layak di bawah Perkara 119(3)(a) Perlembagaan Persekutuan," kata Aziz, dalam satu mesej WhatsApp, kepada The Malaysian Insider malam tadi ketika ditanya berkenaan status Anwar untuk mengundi dalam PRK Permatang Pauh.

Perkara 119(3)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: "Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan."

Semalam PKR menggesa Putrajaya membenarkan Anwar untuk mengundi pada PRK Permatang Pauh yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei depan dan menyeru kerajaan
Persekutuan untuk melaksanakan rancangan membenarkan banduan mengundi.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, sudah wujud rancangan sejak 2013 untuk membenarkan banduan menggunakan hak mereka untuk mengundi dalam pilihan raya.

Menurutnya, pada Jun 2013, kementerian dalam negeri merancang merangka mekanisme untuk membenarkan mereka yang dipenjarakan untuk mengundi.

Beliau juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah berkata, perbincangan masih dijalankan dengan pihak berkuasa berkaitan seperti pihak polis dan SPR untuk membenarkan banduan mengundi.

"Saya mengalu-alukan langkah tersebut dan mencadangkan supaya Pilihan Raya Permatang Pauh dijadikan tapak projek pertama, membenarkan banduan politik nombor satu Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengundi.

"Bukankah jangka masa lebih dari setahun cukup untuk mencari mekanisme undang-undang yang selari dengan Akta Penjara dan Perlembagaan Persekutuan?" katanya.

Bagaimanapun Zahid menyerahkan kepada SPR sama ada mahu memberikan kelonggaran kepada Anwar untuk mengundi dalam PRK Permatang Pauh.

"Mungkin SPR akan meneliti fasal-fasal yang akan memberi peluang kepada banduan untuk mengundi...tetapi setakat yang saya tahu, banduan tidak ada hak untuk mengundi.

"Jika terdapat fasal untuk membenarkan banduan mengundi, saya pasti SPR akan menyediakan kertas undi untuk dihantar ke Penjara Sungai Buloh untuk individu itu mengundi," kata Zahid yang juga pengarah PRK Permatang Pauh bagi Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang semalam.

Anwar yang merupakan bekas ahli Parlimen Permatang Pauh sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini sedang bertanding dalam pilihan raya kecil untuk mempertahankan kubu kuat PKR daripada dirampas BN.

Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata Akta Penjara membolehkan banduan meninggalkan tapak penjara dalam beberapa kejadian, seperti pengebumian, dan membenarkan mereka mengundi adalah selari dengan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 21, Perlembagaan Persekutuan.


"Di Malaysia, rakyat mempunyai hak untuk mengundi wakil Dewan Undangan Negeri atau Parlimen dalam mana-mana pilihan raya seperti yang dicatatkan di dalam Artikel 119 dalam Perlembagaan," katanya.

Sumber TKO - 27-4-2015


PKR mahu Anwar dibenar mengundi di Pmtg Pauh

Posted on Monday, April 27 @ 06:58:10 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PKR memohon supaya Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan untuk mengundi pada pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Naib Presiden Nurul Izzah Anwar berkata bapanya perlu diberi kebenaran itu memandangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini mengatakan akan mencari mekanisme bagi membenarkan banduan mengundi.

Menurutnya lagi, pada Julai 2013 Zahid mengumumkan kementeriannya akan mencari mekanisme bagi membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.

"Saya menyambut baik saranan menteri dalam negeri dan mencadangkan agar pilihan raya kecil Permatang Pauh ini menjadi projek rintis dengan membenarkan Anwar dibenarkan keluar mengundi pada 7 Mei ini.

"Bukankah tempoh setahun lebih yang diperuntukkan untuk mencari mekanisme perundangan yang selari antara akta penjara dan Perlembagaan sudah mencukupi," katanya dalam sidang media di Pusat Media PKR Permatang Pauh.

Zahid dilapor berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan perbincangan berterusan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan banduan menunaikan hak mereka sebagai pengundi.

Nurul Izzah juga berkata Akta Penjara 1965 memperuntukkan kuasa membenarkan mana-mana penghuni penjara hadir ke majlis atau pengebumian yang tertakluk bawah arahan pengarah penjara dan KDN.

Malah, hak warganegara untuk mengundi ahli dewan rakyat atau ADUN dalam sebarang pilihan raya terjamin dalam artikel 119, Perlembagaan Persekutuan, katanya lagi.

"Justeru, saya menyeru agar KDN melaksanakan prinsip asas dengan membenarkan hak kewarganegaraan dilunaskan oleh Anwar yang menjadi tahanan politik dengan membenarkan beliau keluar mengundi," kata anak sulung Anwar itu lagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan jentera Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini, akan terus menumpukan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution.
  
Beliau berkata keputusan itu diambil berdasarkan maklum balas dari 28 Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) PKR bahawa masyarakat Permatang Pauh lebih mengutamakan isu sistem pencukaian itu berbanding isu lain.
  
"Penerangan jentera kita tentang isu CBP dan kesengsaraan akibat CBP ini adalah isu yang paling teratas sekali menerima penerimaan dan sambutan yang baik dari rakyat.
  
"Contoh, dengan gerakkan jentera kami dari rumah ke rumah, pasar, tempat-tempat berhimpun penduduk, dengan menyebarkan risalah seperti ini, kami dapati petunjuk yang sangat terang dan jelas bagaimana rakyat begitu resah sekali akibat pelaksanaan CBP," katanya dalam sidang media itu.- MK


Sumber TKO - 27-4-2015










































PAS Permatang Pauh hargai keprihatinan pimpinan Pusat

HARAKAHDAILY | .

PERMATANG PAUH: PAS Permatang Pauh mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kepimpinan PAS Pusat yang mengambil langkah segera menyelesaikan salah faham yang timbul sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

"Kami ucap terima kasih kepada PAS Pusat yang beri perhatian," kata Yang Dipertua PAS kawasan, Omar Hassan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, semua ahli di peringkat Majlis Tindakan Dun dan Unit Peti Undi menerima keputusan PAS kawasan bersandarkan arahan PAS Pusat melaksanakan tugas bagi mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat menerusi calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Kita tak ada masalah, ahli parti kita berdisiplin, beradab," ujarnya yang memaklumkan PAS kawasan bersedia untuk PRK itu sejak pertengahan Februari lalu.

Beliau turut berharap Umno BN tidak menimbulkan isu sensitif seperti perkauman sepanjang kempen PRK Permatang Pauh.

"Kita harap Umno jangan sentuh isu perkauman, jangan main api pada kempen kali ini," ujarnya yang berpuas hati penyusunan gerak kerja PAS kawasan yang telah  diatur. - HARAKAHDAILY 27/4/2015

Sumber HD - 27-4-2015

Pemuda boleh daftar terus di markas induk Pmtg Pauh

HARAKAHDAILY | .


PERMATANG PAUH: Para pemuda PAS yang ingin bertugas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh boleh mendaftar terus di markas induk di pejabat Adun Permatang Pasir, Permatang Rambai.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, mesyuarat PAS Pusat pada 13 April 2015 yang telah membuat keputusan sebulat suara untuk membantu calon Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.

Justeru, katanya Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan jentera pilihan raya khususnya di Dun Permatang Pasir.

Untuk maklumat lanjut, ujar beliau petugas pemuda boleh menghubungi Pengarah Pilihan raya, Mujahid Yusof (016-4403164) dan Pengarah Operasi Pilihan raya Pemuda, Sany Hamzan (019-6111171). - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Sumber HD - 26-4-2015



Tamat Tempoh Permohonan Maaf AMK


Posted on Sunday, April 26 @ 21:03:54 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.

DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.

Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.

DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.

Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
26 April 2015

Sumber TKO - 26-4-2015


Krisis belum selesai, Pemuda Pas bagi jentera cuti
Posted on Sunday, April 26 @ 20:28:13 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PERMATANG PAUH - Pemuda Pas Pulau Pinang kekal dengan pendirian merehatkan jentera untuk PRK Permatang Pauh berikutan kegagalan AMK Pulau Pinang memenuhi tuntutannya hingga kelmarin.

Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, AMK Pulau Pinang gagal meminta maaf secara terbuka kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abduil Hadi Awang yang didakwa menjalinkan kerjasama dengan Umno dan memintanya meletak jawatan. 


Berikutan itu, semua jentera Pemuda Pas Pinang direhatkan dan tidak terlibat dalam urusan PRK Permatang Pauh walaupun masih menjalin kerjasama dengan rakan PR.

"Dewan Pemuda Pas menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh.

"Semua bilik gerakan Pemuda Pas tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis bawah seliaan kami juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh," katanya dalam kenyatan media di sini hari ini.

Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru Pasti juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK itu.

"Kami juga tidak akan terlibat  dengan jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.

"Pemuda Pas Pulau Pinang juga kecewa atas sikap berdiam diri AMK Pulau Pinang dan helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu Pas dalam mengurus  desakan akar umbi Pas di Permatang Pauh," katanya.

Diminta mengulas tindakan Pas Kawasan Permatang Pauh membuat pusingan-U dan kembali menyokong calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yusni  berkata, mesyuarat agung tahunan (MAT) kawasan itu membuat keputusan berdasarkan suara akar umbi dengan meminta permohonan maaf dibuka secara terbuka.

Ini kerana permintaan akar umbi agar Dr Wan Azizah menarik balik kenyataan dan meminta maaf secara terbuka berhubung isu hudud.

"Tetapi beberapa pemimpin kawasan dan negeri mengadakan perjumpaan secara tertututp dan membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan ahli akar umbi

"Namun lain jadinya dalam mesyuarat yang diadakan malam semalam (kelmarin). Sepatutnya majlis taklimat kepada ahli bertukar kepada majlis pelancaran jentera.

"Ini menyebabkan kekeliruan kepada akar umbi dan mahu penjelasan dari pimpinan PKR sama ada menyokong atau tidak hudud," katanya sambil menganggap  beberapa isu yang timbul masih tidak selesai selagi belum ada kenyataan rasmi dari Dr Wan Azizah.

‎Sebelum ini media melaporkan sengketa Pas Permatang Pauh dengan PKR selesai setelah kedua-dua belah pihak bertemu dan bersetuju berdamai pada malam 24  April lalu.

Perjumpaan itu melibatkan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man.

Manakala PKR diwakili presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk mansor Othman.

Omar berkata, pihaknya menerima persetujuan PKR iaitu semua pemimpin dan ahlinya yang beragama Islam akan menyokong pelaksanaan hudud yang  dicadangkan Pas manakala pemimpinnya yang bukan Islam tidak menyokong hukum itu.

Sebelum ini, dalam mesyuarat agung tahunan Pas Permatang Pauh Ahad minggu lalu, meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf  secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Omar berkata, PKR diberi tempoh sehingga sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong  hudud.

Pendirian ini dibuat dan disepakati oleh akar umbi kerana ahli Pas Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada calon yang akan bertanding pada PRK  nanti. - SH

Sumber TKO - 26-4-2015


PKR Tak Layan Karenah PAS Pulau Pinang


Posted on Sunday, April 26 @ 20:35:57 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



BUKIT MERTAJAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan melayan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang bertegas untuk terus memboikot kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, parti itu tidak perlu menghiraukan pendirian akar umbi sekutunya ekoran kepimpinan tertinggi PAS sudah berikrar untuk terlibat mempertahankan kerusi tersebut.

“Kita ‘deal’ dengan PAS sebagai organisasi, takkan nak deal dengan PAS cawangan? Takkan nak deal dengan Pak Leh bin Saad ketua cawangan…tak habis kerja lah. Itu cara kira deal dalam politik,” katanya pada Ahad.

Beliau mengulas mengenai tindakan nekad Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk memboikot kempen PRK Permatang Pauh selepas permohonan maaf mereka berhubung dakwaan menghina Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dilayan.

Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah mengarahkan supaya membekukan jentera dan aset mereka daripada terlibat dalam semua gerak kerja PRK Permatang Pauh.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, jaminan PAS Pusat termasuk arahan supaya jenteranya menyokong dan membantu memenangkan Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK ini adalah memadai.

“Tindakan PAS Pusat melantik Mohamad Sabu dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa terlibat secara langsung dalam membantu PKR bukti kerjasama dalam pakatan.


“Jadi sebagai organisasi parti, kita ada proses dalam membuat urusan dengan parti sahabat. Itulah amalan kita,” katanya. – Mstar

Sumber TKO - 26-4-2015



Pilihan Raya Kecil Lima isu utama dalam PRK Permatang Pauh

Posted on Sunday, April 26 @ 16:08:20 MYT by paktam

Pilihanraya kecil Permatang Pauh mempunyai lima isu utama, bukan sahaja untuk para pengundi di kawasan tersebut, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, iaitu: Pertama :Sebagai pungutan suara yang jelas dan tanpa sangsi, bukan sahaja bagi pihak rakyat Permatang Pauh tetapi juga 30 juta rakyat Malaysia, menentang penganiayaan berterusan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipenjarakan buat kali kedua dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen; justeru menjadi seruan lantang dan tegas supaya Anwar segera dibebaskan dari penjara.


Kedua :Menolak pelaksanaan cukai GST sejak 1 April yang menindas serta membebankan orang ramai serta menuntut supaya cukai enam peratus itu dimansuhkan.
Ketiga: Mengetuai negara mendesak ketelusan segera serta akauntabiliti ke atas ibu kepada segala skandal kewangan di Malaysia, skandal 1MDB yang bernilai RM42 bilion. Ketika para pengundi membuang undi mereka pada 7 Mei nanti, sudah lebih dua bulan sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk memeriksa kira-kira 1MDB. Pengundi Permatang Pauh mestilah mengundi demi mendesak supaya Ketua Audit Negara membentangkan laporannya mengenai skandal 1MDB itu kepada Parlimen apabila ia bersidang pada 18 Mei - atau sekurang-kurangnya supaya satu laporan interim dapat dikeluarkan.

Keempat :Mengundi untuk mengecam penindasan di negara ini, bukan sahaja penggubalan undang-undang yang tidak demokratik seperti pindaan terhadap Akta Hasutan dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) tetapi juga sikap double standard, penindasan dan gangguan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat dan aktivis NGO terutamanya dalam contoh yang dapat dilihat melalui tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bertwitter ria.

Kelima: Untuk ‘Selamatkan Malaysia’ dengan memberikan undi yang jelas dan tegas terhadap kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan gagasan 1Malaysianya, yang berkesudahan dengan polarisasi kaum dan agama yang paling buruk sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Lim Kit Siang

Sumber DD - 26-4-2015 

Pas terima hakikat PKR tolak hudud

Posted on Sunday, April 26 @ 15:32:49 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PERMATANG PAUH: Pas Permatang Pauh menerima kenyataan pelaksanaan undang-undang hudud ditolak sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR.

Namun begitu ia tetap membantah pendirian pemimpin Islam dalam parti yang menentang undang-undang hudud.

Di sebalik kemelut yang berlaku, ia masih meletak harapan perbezaan yang timbul akan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Menurut Yang Dipertuanya, , Omar Hassan perbezaan yang timbul tidak akan menjejaskan jentera pilihan raya PR untuk membantu calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

“Selepas kita mendengar penjelasan demi penjelasan dengan begitu teliti dalam suasana yang harmoni, akhirnya kita bersetuju dan pihak PKR juga bersetuju dengan (Pas) tidak bersetuju setiap pimpinan parti keadilan muslim menolak hudud PAS,” katanya.

Omar berkata demikian semasa majlis penerangan dan pelancaran jentera PAS Kawasan Permatang Pauh di Dewan Yusof Rawa.

Sumber TKO - 26-4-2015

Kami Bantu PKR Kerana Patuhi Arahan Presiden PAS

Posted on Sunday, April 26 @ 15:34:30 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PERMATANG PAUH: PAS Kawasan ini menggerakkan keseluruhan jentera pilihan rayanya walaupun wujud ugutan untuk memboikot pilihan raya kecil itu kerana diarah berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan Tok Guru Hadi pada 13 Mac lalu memutuskan PAS perlu membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
"Kami juga mendapat arahan daripada sayap ulama supaya menyalurkan kerjasama dan ia dilaksanakan sebagai tanda hormat kepada pemimpin parti," kata Ketua Penerangannya, Jamsari Samad.
PAS melancarkan jentera pilihan rayanya di Samagagah pada 9.30 malam, Sabtu.
Pada 19 April, PAS Permatang Pauh memutuskan untuk tidak  bekerjasama dengan PKR kecuali pihak PKR memohon maaf kerana menentang pelaksanaan hudud PAS.
"Kami akan maklumkan semua 30 cawangan bahawa kami mematuhi arahan parti untuk membantu PKR kerana ia diputuskan presiden," katanya.

 PRK Permatang Pauh menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Azman Shah (Parti Rakyat Malaysia) dan calon Bebas, Salleh Isahak.
Sumber TKO -26-4-2015


















































PRK PERMATANG PAUH - Temubual Eksklusif Bersama Timbalan Presiden PAS - Mohamad Sabu
Posted on Sunday, April 26 @ 15:37:39 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




S : Adakah PAS memberi sepenuh sokongan kepada calon PKR?

J : Bila Permatang Pauh Parti Keadilan, maka Keadilan berhak memilih sesiapa sahaja calon daripada Keadilan, PAS akan sokong. Bukan kita bertahaluf dengan orang, kita dengan parti. Bila Parti Keadilan memilih Wan Azizah dan kita kena sokonglah Wan Azizah sebagai calon Pakatan Rakyat.


S : Adakah ahli PAS akan memboikot calon PKR?
J : Tiada, pandangan ahli bebas tetapi bila parti buat keputusan, ahli kena patuh terutamanya sekali yang buat keputusan di dalam PAS ini yang paling tinggi Majlis Syura yang kedua Jawatankuasa Pas Pusat. Oleh kerana pilihanraya ini hal pentadbiran, maka PAS Pusat yang buat pilihan. Keputusan PAS Pusat kita hendaklah membantu sepenuhnya calon dari Pakatan Rakyat untuk menang di Permatang Pauh.

S : Bagaimana dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS Pulau
Pinang yang tidak mahu membantu calon PKR?
J : Semua ahli kena patuh pada keputusan parti. Hari penamaan calon anggota Majlis Syura turun bersama iaitu Ustaz Idris Ahmad, Dewan Ulamak, Khairuddin Takiri dan pemimpin-pemimpin Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, saya sendiri Timbalan Presiden, Ketua Muslimat. Ertinya parti bersama dengan Pakatan Rakyat, semua ahli kena patuh.


S : Kenapa kenyataan yang dikeluarkan pimpinan PAS sering bercanggah antara satu sama lain?
J : Pandangan peribadi lain dari keputusan parti yang kita dokong. Mana-mana parti pun orang ada beri pandangan peribadi tetapi keputusan parti yang kita kena dokong.
S : Apakah halatuju PAS selepas muktamar? Adakah PAS masih komited bersama Pakatan Rakyat?

J : Itu tidak tahu, itu bergantung, kita masih dalam Pakatan Rakyat sebab Pakatan Rakyat keputusan muktamar. Mengubah nak bersama atau nak berpisah tentu melalui muktamar. Muktamar saya yakin akan terus bersama Pakatan Rakyat.

Sumber TKO - 26-4-2015

Ingatlah 6%, pesan Pak Samad kepada pengundi

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


PERMATANG PAUH: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berpesan kepada para pengundi agar mengingati enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas mereka ketika memangkah undi.

Menurutnya, masalah terbesar yang sedang melanda negara ini adalah pelaksanaan GST yang membebankan rakyat.

Kata beliau, tidak menentang GST dan menyokong BN adalah sebenarnya menolong menaikkan harga barang seterusnya membantu membebankan rakyat.

"Setiap kali anda memangkah, ingatlah 6 peratus. Hendakkah anda memangkah untuk menaikkan harga, atau menurunkan harga?" katanya dekat sini, semalam.

Oleh yang demikian, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menegaskan setiap undi adalah sangat perlu bagi sama-sama menzahirkan bantahan dan penolakan terhadap cukai tersebut.

"Wan Azizah bukan hanya mewakili suaminya yang dizalimi, undi itu juga perlu diberi untuk menghanyutkan GST.

"Oleh kerana itu, janganlah berfikir jauh sangat, ingatlah Wan Azizah yang mewakili suaminya yang terdera dan kita yang didera oleh harga, pangkahlah Pakatan Rakyat. Itu yang saya harapkan," tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Sumber HD - 26-4-2015













































SPR tentukan sama ada Anwar boleh mengundi

BERNAMA | .


BUKIT MERTAJAM: Kelonggaran untuk menentukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
"Mungkin SPR akan meneliti fasal-fasal yang akan memberi peluang kepada banduan untuk mengundi...tetapi setakat yang saya tahu, banduan tidak ada hak untuk mengundi.
  
Jika terdapat fasal untuk membenarkan banduan mengundi, saya pasti SPR akan menyediakan kertas undi untuk dihantar ke Penjara Sungai Buloh untuk individu itu mengundi," kata Zahid yang juga pengarah PRK Permatang Pauh.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar supaya memberi kelonggaran kepada bapanya untuk mengundi.
  
Sementara itu, Nurul Izzah berkata permintaan beliau itu sejajar dengan saranan Ahmad Zahid pada Julai 2013, bahawa kementerian sedang mengkaji mekanisme yang sesuai membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.  
  
"Saya sambut baik saranan Menteri Dalam Negeri dan mencadangkan agar PRK Permatang Pauh dijadikan projek perintis kayu ukur, dengan membenarkan Anwar, yang kami tegaskan sebagai tahanan politik, mengundi pada 7 Mei nanti," katanya dalam sidang media berasingan.
  
Menurut Ahmad Zahid ketika itu, antara aspek yang perlu diteliti ialah mengenai undang-undang yang diperuntukkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan banduan mengundi.
  
Katanya jika banduan yang telah tiga tahun dalam penjara atau dihukum penjara lebih daripada tiga tahun, mungkin perlu mekanisme sesuai untuk (membolehkan) mereka mengundi di kawasan penjara yang ditempatkan.
  
PRK Permatang Pauh akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).
  
PRK ini diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.
  
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya. - Bernama

Sumber HD - 26-4-2015

Pilihan Raya Kecil Siapa Menang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh ?

Posted on Sunday, April 26 @ 10:49:55 MYT by paktam

Oleh Mohammad Agus Yusoff


Sambil makan tengah hari, dua kawan saya berhujah UMNO menang di Permatang Pauh dengan majoriti kecil.

Hujahnya kerana jentera UMNO termasuk jentera kerajaan pusat bekerja kuat di Permatang Pauh. Kedua, calon pertaruhan PKR adalah calon kitar semula. Ketiga, PKR telah membuktikan bahawa ia parti keluarga yang hanya berjuang untuk Anwar yang pasti ditolak rakyat. Keempat, PAS tidak membantu calon PKR.

Kelima, PR sudah diambang perpecahan dan ini tidak memberi kelebihan kepada PKR. Keenam, pengundi Melayu tidak akan memebri undi kepada presiden parti yang menolak hudud.


Kawan saya bersemangat dengan hujahnya kerana ada sinar baru untuk perubahan bagi masyarakat di Permatang Pauh. Mereka sangat berharap dengan wakil rakyat UMNO nanti, rakyat Permatang Pauh tidak lagi menjadi katak di bawah tempurung.

 Saya memberi pandangan balas. Di Permatang Pauh ini, isu utamanya adalah GST. Macam mana rakyat hendak percaya calon UMNO boleh membawa perubahan, jika GST sekarang sudah cukup memeritkan mereka.


Apatah lagi jika setiap hari pengundi disuapkan dengan hujah cukai GST adalah lebih rendah dari SST. Itu kempen yang tidak masuk akal. Yang rakyat mahu ialah jika cukai GST lebih rendah, mengapa harga barang sekarang lebih mahal?

Politik ini serba mungkin. Biarpun sukar untuk menang di Permatang Pauh, tetapi UMNO tetap masih ada peluang. Cumanya cukup-cukuplah berkempen atas isu GST menurunkan harga barang. Realistiklah!

Sumber DD - 26-4-2015

























































PAS Permatang Pauh harap jangan timbul masalah lagi

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .



PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, jentera parti itu akan bergabung tenaga dengan jentera PKR dan DAP dalam menjalankan gerak kerja seiring serta bersama.

"Malam ini kita lancarkan jentera PAS secara rasminya walaupun gerak kerja telah mula berjalan.

"Kita akan bergabung tenaga dengan DAP dan PKR supaya dapat mengekalkan kemenangan serta meningkatkan majoriti undi pada 7 Mei nanti," katanya yang juga Pengarah Pihan raya PAS bagi PRK itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Jentera PAS PRK Permatang Pauh di Dewan Haji Yusof Rawa, Sama Gagah, malam tadi.

Hadir sama ialah calon PKR merangkap presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Wanita DAP, Chong Eng.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menambah, perbezaan pendapat yang berlaku telah berjaya diuruskan dengan mencari penyelesaian terbaik.

"Sudah selesai, perbezaan akan ada sehingga hari kiamat tetapi kita cari jalan penyelesaian.

"Kita bertemu dan bersemuka dalam usaha menyelesaikannya ke arah kebaikan dan penyatuan.

"Alhamdulillah, semuanya telah selesai dengan baik seperti yang diharapkan oleh semua pihak," jelasnya lagi.

Sebelum itu, beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa PAS akan mempertahankan dasar yang diperjuangkan dan dalam masa yang sama mahu mencapai kemenangan.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan menegaskan segala permasalahan dan perbezaan pendapat di antara parti itu dengan PKR telah selesai dari hati ke hati.

Beliau berkata, pihaknya mendapat arahan daripada Majlis Syura Ulamak dan dipersetujui Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang supaya membantu gerak kerja pilihan raya pada PRK kali ini.

Menurutnya, jentera pilihan raya PAS di peringkat negeri dan kawasan itu telah diarah untuk digerakkan untuk memberi sokongan ke arah kemenangan Pakatan Rakyat.

PAS kawasan, katanya berpuas hati dengan pertemuan yang telah dilakukan bersama pihak PKR berhubung isu yang berbangkit.

"Perbincangan ke arah kebaikan dan penyatuan. Semua permasalahan sudah 'settle', saya harap ia tidak ditimbulkan lagi," tegasnya. - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Sumber HD - 26-4-2015


PAS, PKR sifatkan isu hudud selesai, kata Mustafa Ali

Posted on Sunday, April 26 @ 07:03:24 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS dan PKR menyifatkan isu antara kedua-dua parti itu selesai apabila PAS bersetuju untuk turut bersama dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei ini, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata pemimpin pusat dan kawasan kedua-dua parti itu bermesyuarat malam tadi bagi menjelaskan isu berhubung sokongan PAS terhadap calon PKR pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.


"Isu itu selesai dan ia hanya salah faham. PAS kawasan Permatang Pauh akan bersama-sama dalam kempen pilihan raya kecil ini, malah PAS kawasan itu akan melancarkan jentera pilihan raya malam ini," katanya ketika ditemui hari ini.

Isu sokongan PAS terhadap calon PKR pada pilihan raya kecil itu timbul apabila PAS Kawasan Permatang Pauh meluluskan usul menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Ia juga mahukan PKR memohon maaf secara terbuka untuk mendapat sokongan PAS kawasan itu pada PRK berkenaan.


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula ketika diajukan soalan berhubung perkara itu, berkata antara pemimpin PAS yang hadir pada mesyuarat malam tadi ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Mustafa, Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Datuk Salleh Man, dan Ketua PAS Kawasan Permatang Pauh Omar Hassan.

"Mereka ingin mendapatkan penjelasan PKR dan kami juga mahu beberapa penjelasan daripada PAS Permatang Pauh.

"Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar dan kami mencapai persetujuan fokus kami sekarang bagi memastikan (Presiden PKR Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) menang besar dalam PRK Permatang Pauh," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata isu hukum hudud tidak dibincang secara khusus dalam mesyuarat itu tetapi PAS menjelaskan usul PAS Kawasan Permatang Pauh yang diluluskan oleh mesyuarat agung PAS kawasan itu adalah pandangan akar umbi yang dihormati.

"Tetapi sebagai pemimpin kita memberikan kepimpinan kepada anggota dan melihat kerangka besar Pakatan Rakyat. Kerangka dasar bersama Pakatan perlu ditangani," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata mesyuarat malam tadi adalah antara PAS dan PKR sahaja.

Ditanya pendirian DAP berhubung hudud, Lim berkata: "Saya tidak perlu ulang berulang kali, anda tahu apa pendirian kami... kami tidak akan pernah mengubah pendirian kami (berhubung hudud).


"Pendirian kami jelas. Kami memutuskan hubungan dengan (Datuk Seri) Hadi (Awang) kerana itu." - Bernama

Sumber TKO - 26-4-2015



























































'Ingatlah Anwar, ingatlah segala pengorbanan beliau'

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .

PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengharapkan semua pengundi memberi undi kepada beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei nanti.

Beliau yang menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat itu berkata, sokongan terhadap beliau adalah sebagai tanda memperingati pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjara selama lima tahun.

"Pilihan raya kecil ini satu sahaja yang saya ingin ingatkan kepada semua, ingatlah kepada Anwar. Ingatlah segala pengorbanan beliau," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas selepas selesai penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam dekat sini hari ini.

Turut hadir adalah pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR, Lim Guan Eng serta ribuan penyokong.

Wan Azizah turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir dari seluruh pelosok negara bagi menyatakan sokongan terhadap calon Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau melahirkan rasa kesal apabila ada yang cuba menggambarkan pilihan raya ini adalah 'main-main'.

"Ada yang kata kita main-main. Duduk dalam penjara tu depa (mereka) ingat main-main ke?

"7 Mei ni kita jangan main-main, kita pastikan Keadilan menang," pesan beliau. - HARAKAHDAILY 25/4/2015

Sumber HD - 25-4-2015



























































Muslimat PAS ketuk pintu rumah perjelas isu

HARAKAHDAILY | .


PERMATANG PAUH: Dewan Muslimat PAS Pusat berjanji akan mengetuk setiap pintu rumah pengundi bersama dengan wanita PKR dan DAP untuk memperjelaskan isu yang berbangkit sekarang supaya masing-masing tahu menunaikan tanggungjawab terhadap demokrasi.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, para petugas PAS pada PRK Parlimen Permatang Pauh yang datang dari empat negeri utara iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang akan membantu gerak kerja yang dibahagikan nanti.

"Muslimat PAS akan mengetuk pintu setiap rumah pengundi bersama wanita PKR dan DAP supaya mereka keluar mengundi sekaligus mengajar Umno Barisan Nasional (BN) yang senantiasa menindas rakyat," katanya.
.
Katanya, fokus utama Muslimat PAS pada PRK kali ini adalah memperjelaskan isu semasa yang mencengkam kehidupan rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga petroleum dan seumpamanya.

Muslimat PAS, katanya akan berkampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir yang dimenangi oleh calon PAS, Datuk Mohd Salleh Man.

"Kita minta petugas negeri yang berdekatan membantu PKR di Permatang Pauh manakala negeri berdekatan Parlimen Rompin pergi ke sana," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. - HARAKAHDAILY 25/4/2015

Sumber HD - 25-4-2015

Silap faham PAS Permatang Pauh selesai

MOHD SABRI SAID | .


PERMATANG PAUH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man yang bertindak sebagai 'orang tengah' berhubung silap faham melibatkan PAS Permatang Pauh bersyukur kerana ia sudah selesai.

Beliau mengusahakan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Fadzil Kemi, Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Dr Mansor Othman dan beberapa anggota  Dewan Harian PAS Kawasan Permatang Pauh bertemu supaya salah anggapan itu tidak berpanjangan.

"Jadi, mulai hari ini PAS Kawasan Permatang Pauh akan melancarkan jenteranya di Dewan Haji Yusof Rawa, Kampung Sama Gagah sekaligus menghentikan konflik berkenaan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

Jelasnya, pertemuan semalam diadakan di Hotel Light Seberang Jaya sebelum majlis pengumuman calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diadakan di SP Arena, Seberang Jaya malam tadi.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan sewaktu ditemui juga melahirkan kegembiraan kerana masalah tersebut dapat diselesaikan dengan cepat.

"Ramai kalangan kami tidak fahami apa yang dimaksudkan oleh Wan Azizah mengenai hukum hudud. Pertemuan malam tadi kami anggap pertemuan muhibah sebagai penerangan untuk kebaikan semua," katanya. - HARAKAHDAILY 25/4/2015

Sumber HD - 25-4-2015





























































4 calon bertanding PRK Permatang Pauh

HARAKAHDAILY | .
PERMATANG PAUH: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jusni Ismail mengumumkan empat calon bertanding pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang.

Mereka terdiri daripada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Suhaimi Shabudin (BN), Azman Shah (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas).

Penamaan calon berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Sumber HD - 25-4-2015

PAS Permatang Pauh lancar jentera PRK malam ini

HARAKAHDAILY | .
PERMATANG PAUH: PAS Permatang Pauh akan melancarkan jentera bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Dewan Haji Yusof Rawa, Sama Gagah jam 9.00 malam ini.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Hassan Omar berkata semua jentera PAS kawasan terlibat dengan majlis tersebut.

Katanya, Pengarah Pilihan raya Induk PRK Permatang Pauh yang juga Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut sama pada majlis itu.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada penamaan calon PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam pagi ini.

Sementara itu, calon PKR pada PRK Permatang Pauh yang juga presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pekarangan IKBN jam 8.53 pagi.

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang mengiringi beliau ialah timbalannya, Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Ketua Whip DAP, Lim Kita Siang. - HARAKAHDAILY 25/4/2015

Sumber HD - 25-4-2015

Permatang Pauh: PKR yakin isu dalaman PR selesai

MOHD SABRI SAID | .

PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali percaya masalah dalaman yang melibatkan parti dalam Pakatan Rakyat dapat diselesaikan.

Beliau melahirkan keyakinan dengan kepimpinan PAS sama peringkat pusat, negeri dan kawasan untuk bersama-sama menghindari perbezaan pandangan semata-mata bagi berhadapan dengan jentera Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Pandangan yang berbeza sesama.sendiri atau dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat bukan perkara baru bahkan hasil perbezaan itulah yang membawa kesan positif mencapai kemenangan pada Pilihanraya Umum (PRU12) dan PRU13.

"Tapi insya Allah beberapa perkara boleh diatasi dengan baik malam ini dan selepas ini tidak timbul lagi buruk sangka sehingga menjejaskan jalinan perpaduan," katanya pada Majlis Pengumuman Calon PKR Permatang Pauh di SP Arena, Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, Pakatan Rakyat menyertai PRU atau PRK adalah untuk mencapai kemenangan.

"Kemenangan dalam erti kata sebenarnya ialah dapat menguasai politik untuk memberi kata dua kepada Putrajaya supaya lebih melakukan perubahan demi rakyat," ujarnya.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS elaku Pengarah Pilihan raya parti itu pada PRK Permatang Pauh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. - HARAKAHDAILY 25/4/2015

Sumber HD - 25-4-2015































































PRK Permatang Pauh: PKR pilih Wan Azizah

HARAKAHDAILY | .


PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali membuat pengumuman demikian pada Majlis Pengumuman Calon Keadilan PRK Permatang Pauh di SP Arena, Seberang Jaya, kira-kira jam 11.20 malam ini.

Turut berucap pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Mudir Mudir Ma'had Ad-Da'wah Al-Islamiyyah, Padang Menora, Seberang Prai Utara, Ustaz Subri Md Arshad. - HARAKAHDAILY 24/4/2015

Sumber HD - 24-4--2015



PKR meminta maaf berhubung kenyataannya terhadap Presiden PAS Saat Akhir


Posted on Saturday, April 25 @ 00:31:12 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mengikut The SunDaily pada saat-saat terakhir sebelum hari penamaan calon, PKR  akhirnya telah  membuat permohonan maaf secara peribadi dan penjelasan berhubung kenyataan mereka terhadap Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang mengemukakan rang undang-undang persendirian Hudud ke bahagian Permatang Pauh parti itu dalam usaha untuk mengekalkan kerusi parlimen dalam akan datang pilihan raya kecil.


Petikan TheSun yang menyiarkan permohonan maaf PKR.

PAS Permatang Pauh dan ahli jawatankuasa bahagian Jamsari ketika dihubungi theSun, berkata bahawa mereka baru sahaja selesai pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan Timbalan Presiden parti itu Azmin Ali di sebuah hotel di Seberang Jaya pada pukul 9 malam pada malam ini.

Mereka bertemu sebelum pengumuman calon PKR yang bertanding untuk kerusi Parlimen.

"Azmin Ali telah meminta maaf kepada kami dan menjelaskan bahawa ada salah faham berhubung kenyataan mereka yang dibuat terhadap Hadi Awang mengemukakan rang undang-undang swasta hudud," jelas Jamsari.

"Azmin berkata salah faham yang berlaku pada yang teknikal hudud.

Beliau berkata umat Islam di PKR tidak pernah menentang hudud sama sekali. Beliau menekankan bahawa mereka menerima hudud."

Jamsari berkata PAS Permatang Pauh telah menerima permohonan maaf Azmin dan penjelasan.

Oleh itu, bahagian ini akan membantu PKR dalam pilihan raya kecil sejak perkara itu telah diselesaikan.



"Dalam mesyuarat itu, Azmin telah memberi jaminan bahawa DAP tidak akan menyerang PAS terus di atas perkara hudud. DAP perlu belajar menghormati objektif parti kita walaupun kita mempunyai pandangan yang berbeza. Mereka (DAP) tidak boleh menyentuh atau mempolitikkan isu ini," katanya.

.....
Komen: Tahniah kepada PAS Permatang Pauh yang menunjukkan sikap tegas dan berani dalam isu penghinaan kepada Presiden PAS dan sikap ini mengembalikan kewibawaan PAS disaat ramai pimpinan PAS sendiri menjadi 'alas kaki' Pakatan Rakyat. 


Sumber TKO - 24-4-2015

Presiden PAS ulas isu haram undi calon tolak hudud
Posted on Thursday, April 23 @ 20:37:51 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM -‎ "Memanglah hudud, bagi orang Islam wajib," demikian respons ringkas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya berkenaan kenyataan Ketua Urusan Ulama, Pas Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman yang berkata haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud‎.

Memperincikan dengan lebih lanjut, Hadi berkata beliau bersetuju dengan kenyataan tersebut.

‎"Betullah tidak boleh, iya," katanya kepada Sinar Online selepas selesai program Bicara Minda bersamanya di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Walau bagaimanapun, katanya Pas masih teguh  berada dalam PR walaupun parti itu tidak sependapat dalam beberapa perkara dengan parti komponen yang lain.

"Kita masih dalam PR dan saya menghormati penyokong Pas di Permatang Pauh," katanya.

Terdahulu, Badrul berkata, hujahnya berkenaan haram mengundi calon menolak hukum hudud adalah bertepatan dengan maksud Surah an-Nisa ayat 85 .

"Oleh itu, membantah dan mempertikaikan hudud akan merosakkan akidah umat Islam," katanya. - SH

Sumber TKO - 23-4-2015


Tuan Ibrahim: Kerjasama ikut hukum syarak

Posted on Thursday, April 23 @ 06:49:11 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang anggota Majlis Syura PAS menyeru ahli PAS di Permatang Pauh menyokong calon PKR dalam pilihan raya kecil parlimen itu dan menasihatkan pemimpin semua peringkat tidak mencetuskan kontroversi berkaitan hubungan Pakatan Rakyat.

Gesaan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu dibuat ekoran 'fatwa Permatang Pauh' oleh Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman bahawa "haram mengundi calon tolak hudud" dalam pilihan raya kecil parlimen itu 7 Mei depan, selepas PKR enggan menarik balik kenyataan berkaitan hukum Islam itu.

Tuan Ibrahim menegaskan isu melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS kerana jika tidak, ia boleh mendedahkan "mudarat yang lebih besar" dan menguntungkan musuh yang cuba memecah belah Pakatan.

"Maka sebagai ahli Majlis Syura, saya menyeru agar semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR.

"(Ini) kerana keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak," katanya sambil menegaskan PAS masih komited dalam Pakatan Rakyat.

Beliau, yang juga calon timbalan presiden PAS menegaskan, pendirian parti untuk menjadi sebahagian komponen dalam Pakatan Rakyat mesti didukong oleh ahli sehinggalah terdapat keputusan baru dibuat mengenainya.

"Isu sokongan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (EKJS) sebagaimana yang disebut oleh presiden PAS, PAS akan membawanya ke Parlimen dan kita menyeru agar ahli Parlimen Muslim menyokongnya. Akan tetapi, kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyokongnya.

"PAS menerima penjelasan dari PKR berhubung EKJS Kelantan dan memahami pendirian mereka yang tidak menolak syariat Allah yang menjadi kewajipan bagi umat Islam.

"Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya. Maka perbezaan ini akan membuka dialog dan perbincangan ilmiah secara berterusan pada masa kini dan akan datang," katanya. 


Sumber TKO - 23-4-2015


AHLI PAS PERLU MENGUNDI CALON PKR DI PERMATANG PAUH - DTITM


DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35044-ahli-pas-perlu-mengundi-calon-pkr-di-permatang-pauh

Sumber HD - 22-4-2015





































































Permatang Pauh: Presiden PAS dengar pandangan pengundi

| .


SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mendengar sendiri pandangan daripada pengundi Permatang Pauh berhubung dakwaan pengundi tidak akan mengundi calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei depan.

"Saya tidak boleh tengok berita mengenai perkara ini di media sahaja. Saya akan dengar pandangan orang bawah sendiri," katanya kepada pemberita sebaik sahaja selesai program Bicara Minda Dan Sesi Dialog 'Hudud dari kaca mata Hadi' di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi memberi respons berhubung dakwaan haram bagi pengundi di Permatang Pauh mengundi calon yang menolak hudud.

"Kita masih dalam Pakatan Rakyat dan saya hormati penyokong PAS di Permatang Pauh," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Akhbar Sinar Harian hari ini memetik Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Permatang Pauh,
Badrul Abdul Rahman sebagai berkata, haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud. - HARAKAHDAILY 22/4/2015 

Sumber HD - 22-4-2015

Fatwa: Mungkin pengundi tak keluar undi langsung

Posted on Wednesday, April 22 @ 17:49:12 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM – Susulan kenyataan Ketua Urusan Ulama Pas Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman yang meletakkan hukum haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud, penganalisis berpendapat kemungkinan ‘fatwa’ itu akan  menimbulkan rasa keliru atau takut kepada pengundi terutama yang beragama Islam.


Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kenyataan seperti itu boleh mempengaruhi sokongan pengundi Pas terhadap mana-mana calon.

“Isu ini lebih dimainkan untuk menakutkan orang Melayu Islam di situ. Kalau isu hudud sahaja tidak boleh diperdebatkan...kalau sampai ke tahap itu, pada saya teruklah. Sedangkan isu hudud ini perlu dibincangkan sebab rakyat di bawah ramai yang tak faham. Kalau ditakut-takutkan begini, lagi ramai rakyat yang tak faham.

“Kenyataan seperti ini boleh mempengaruhi sokongan orang Pas terutamanya di kawasan Permatang Pauh. Tapi secara umumnya, isu yang paling hangat di sana adalah isu ekonomi. Jadi, orang muda, orang bukan Islam dan pengundi luar lebih melihat isu ekonomi,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Melalui kenyataan medianya semalam, Badrul menyebut, membantah dan mempertikaikan hudud akan merosakkan akidah umat Islam.

Turut senada dengan Mohd Azizuddin, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, PKR bakal berdepan ujian getir di pilihan raya itu nanti susulan ‘penarikan’ sokongan jelas daripada Pas kawasan tersebut.

 “Apabila kenyataan seperti ini dikeluarkan, tujuannya untuk mengelakkan pengundi daripada mengundi calon dari parti yang menolak hudud. Tapi saya rasa PKR tidak ada lagi keluarkan kenyataan rasmi menolak hudud. Kalau dengar daripada pemimpin-pemimpinnya memang ada begitu.

“Saya rasa ini adalah satu cubaan untuk Pas...bukan sabotaj tetapi menarik sokongan daripada PKR di Permatang Pauh. Caranya dengan mengeluarkan pandangan atau fatwa sedemikian rupa. Pas tidak boleh suruh boikot tapi bahasa yang lebih lembut adalah dengan menarik sokongan Pas daripada menyokong PKR di Permatang Pauh,” katanya.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan pengundi tidak akan keluar mengundi ataupun berlakunya undi protes pada PRK Parlimen itu nanti.

“Kesannya...Pas ada ‘tempat’ di Permatang Pauh...ada beberapa kawasan yang dikuasai Pas di sana, ramai juga Melayu. Jadi, saya fikir PKR akan berdepan ujian yang getir di sana untuk mempertahankan kerusi di Permatang Pauh.

“Saya rasa mereka tidak keluar mengundi ataupun undi rosak. Ada kemungkinan mereka tidak keluar mengundi terus. Kecuali mereka hendak menunjukkan undi protes dengan undi rosak itu nanti,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada arahan langsung daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyelesaikan isu di Permatang Pauh itu, kedua-dua penganalisis mempunyai pandangan yang berbeza.

“Saya menjangkakan, Hadi tidak akan keluarkan arahan sebab dalam mesyuarat Pas Pusat sebelum ini sudah keluarkan arahan untuk sokong pemimpin PKR. Tapi kalau dia keluarkan arahan untuk mengundi, mungkin Ketua Urusan Ulama Pas Permatang Pauh terpaksa akur dengan kata-kata Presiden. Tapi setakat ini, saya rasa Haji Hadi tidak akan keluarkan sebarang arahan,” kata Dr Mohammad Fuad.

Manakala Dr Mohd Azizuddin pula berpandangan, arahan dan sokongan Abdul Hadi ke atas calon PKR akan menyelesaikan kemelut di kawasan Parlimen itu.

“Sepatutnya Pas Permatang Pauh ikutlah apa saja keputusan Pas Pusat. Tapi sekarang ini, masalahnya Ustaz Hadi pun tidak ada mengeluarkan arahan yang jelas (sama ada) semua ahli kena ikut dan sebagainya. Dia senyap. Tidak ambil tahu.

“Tak tahulah sama ada penamaan calon nanti dia akan datang atau tidak. Kalau dia datang, nampak macam ada ‘arahan’ dari atas suruh ikut siapa saja calon PKR. Itu yang kita nantikan sekarang ini. Kalau tidak datang maksudnya memang akan ada masalah. Sokongan Pas akan lari sedikit. Mereka mungkin tidak mengundi BN tapi mungkin tak mengundi langsung,” katanya.

Sebelum ini, Pas Permatang Pauh mendesak PKR dan pemimpinnya yang menolak dan menghina hudud, menarik balik semua bantahan dan penghinaan itu jika mahu bantuan dan sokongan Pas kawasan ‎itu dalam kempen PRK Permatang Pauh kelak.

Sumber HD - 22-4-2015


PAS Permatang Pauh Kekal Pendirian Desak PKR Mohon Maaf


Posted on Wednesday, April 22 @ 11:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGE TOWN - PAS Bahagian Permatang Pauh kekal dengan pendiriannya untuk tidak akan menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil (PRK) akan datang sekiranya pemimpin parti sekutunya tidak memohon maaf kepada PAS sehingga hari penamaan calon pada 25 April ini.

Perkara itu dibuat walaupun selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengisytiharkan gerakan itu sebagai terbatal dan tidak sah.

Terdahulu, beliau berkata, Jawatankuasa PAS Pusat akan memberikan sokongan tanpa syarat kepada calon Pakatan Rakyat.

Ketua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, langkah itu dibuat selepas mendapatkan undian kira-kira 400 ahli daripada 30 cawangan semasa mesyuarat agung tahunan ke-38 pada Ahad lalu.

“Kita masih dengan pendirian kita. Kita akan tunggu dan lihat jika mereka akan minta maaf,” kata Omar pada Isnin.

Keputusan itu menyaksikan PAS Permatang Pauh memberi tempoh kepada PKR sehingga hari penamaan calon pada 25 April dan mendesak PKR memohon maaf secara terbuka, atau parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan PKR.

PKR sebelum ini mengisytiharkan tidak akan menyokong langkah kerajaan Kelantan mengenai rang undang-undang hudud yang dibentangkan di Parlimen pada 7 Mei lalu.

Dr Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menggesa supaya ahli parti mematuhi keputusan yang dibuat jawatankuasa itu.

“Saya gesa ahli PAS supaya mematuhi keputusan yang dibuat jawatankuasa pusat, bukan bahagian,” katanya yang terkejut dengan pendirian Omar yang sebelum ini menyokong keputusan jawatankuasa pusat dalam mesyuarat baru-baru ini. – Mstar

Sumber TKO - 22-4-2025

Pemuda PAS P.Pinang tak mahu sertai kempen PRK Permatang Pauh

Posted on Wednesday, April 22 @ 14:30:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah nekad untuk tidak mengerahkan jentera parti bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

"Kami tak boikot, cumanya tak akan ada kerahan jentera. Jangan harap PKR dapat guna jentera Pemuda PAS Pulau Pinang di Permatang Pauh nanti," katanya.
Memetik laporan mStar Online, Mohd Yusni berkata tindakan itu ekoran tindakan PKR yang enggan menarik balik penghinaan dan mengemukakan permohonan maaf terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ditanya sama ada keengganan Pemuda PAS untuk membantu calon PKR di Permatang Pauh akan dianggap mengingkari arahan parti, Mohd Yusni bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan boikot.
"Bukan boikot, tak pernah keluar arahan begitu. Tapi kalau PKR tak mahu mohon maaf juga, kami Pemuda PAS akan tengok saja kempen itu nanti. Jangan harap kami tolong.
"Siapa (Pemuda PAS) yang nak turun, turunlah (berkempen). Tiada halangan kepada mereka. Tapi anda tak akan lihat jentera kami...itu sahaja," katanya.
Pada Isnin, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengeluarkan arahan rasmi daripada PAS Pusat supaya jentera di semua peringkat di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak membantu kempen sekutu mereka di Permatang Pauh.

  Kemelut pakatan pembangkang diperingkat akar umbi di Pulau Pinang tercetus ekoran PKR meminta Hadi meninggalkan PAS kerana dilihat menjadi liabiliti kepada usaha mengukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra Umno’.

Sumber TKO - 22-4-2015


PKR yakin PAS Pusat akan arahkan ahlinya tidak boikot PRK (bersama video)

Posted on Monday, April 20 @ 21:33:48 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: PKR yakin PAS Pusat akan mengarahkan PAS Permatang Pauh untuk tidak terus memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei depan.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada perbincangan beliau dan beberapa pimpinan PAS Pusat, pagi tadi.
"Pagi ini saya telah berbincang panjang dengan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali. 
"Kita serahkan kepada PAS Pusat untuk membuat pertimbangan sewajarnya  kerana pada saya PRK macam ini, keutuhan dan perpaduan amat penting untuk menjamin kemenangan," katanya kepada pemberita.
PAS Pulau Pinang pula mengugut untuk tidak memberi kerjasama sepanjang PRK itu berlangsung jika  PKR tidak menarik balik kenyataan mereka bersabit rang undang-undang (RUU) hudud di Kelantan.
Sementara PAS Permatang Pauh sebelum ini mengugut untuk memboikot kempen PRK Parlimen Permatang Pauh jika PKR sekali lagi menamakan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PRK kali ini.
Azmin kemudiannya meletakkan keyakinannya pada PAS Pusat untuk meredakan ketidakpuasan hati ahli-ahlinya yang menolak Azizah, yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
"Kita yakin kepimpinan PAS sedia ada dapat memberi mesej yang baik di peringkat akar umbi.
"Semua baik, saya masih boleh berinteraksi dengan Timbalan Presiden, Setiausaha Agung PAS Pusat dapat memberikan nasihat yang baik kepada semua pihak untuk memastikan gerak kerja berjalan lancar," katanya.
PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon ahli Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekaligus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh pada Sabtu depan dan pengundian pada 7 Mei. - AntaraPos

Sumber TKO - 20-4-2015







































































Parti bertanding pilih calon Permatang Pauh, Rompin

| .


PETALING JAYA: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk menyerahkan kepada parti yang bertanding dalam menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, mesyuarat hari ini membincangkan calon bagi kedua-dua PRK itu.

"Mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan kepada parti yang bertanding untuk menentukan calon masing-masing.

"PKR dan PAS telah membentangkan keputusan parti masing-masing kepada Majlis Setiausaha dan disepakati oleh mesyuarat," katanya selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Majlis Setiausaha memberi jaminan, keseluruhan jentera Pakatan Rakyat akan turun ke Permatang Pauh dan Rompin bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat.

"Selain itu kita turut berbincang bebanan yang ditanggung rakyat akibat pelaksanaan GST.

"PAS, PKR dan DAP akan menggerakkan seberapa ramai anggota untuk turut sama 1 Mei ini sebagai bantahan kepada GST," katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu, PAS akan mengumumkan calon bagi PRK Rompin pada malam ini.

Katanya, PAS turut menyatakan komitmen untuk bersama-sama PKR pada PRK Permatang Pauh nanti.

Dalam pada itu, DAP melalui Setiausaha Organisasinya Antony Loke berkata, sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat, parti itu akan turut memberi kerjasama membantu PAS dan PKR pada kedua-dua pilihan raya kecil itu. - HARAKAHDAILY 20/4/2015

Sumber HD - 20-4-2015










































































Permatang Pauh: Keputusan PAS bantu PKR tidak berubah

HAZAYANI ZAKARIA | .


KUALA LUMPUR: PAS tetap dengan keputusan akan membantu PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh tanpa mengira siapa pun calonnya.

Mohamad Sabu berkata, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 13 April lalu.

Timbalan Presiden PAS itu menambah, keputusan tersebut masih terpakai sehingga hari ini dan tidak ada keputusan baru dibuat.

"PAS meneruskan sokongan kepada calon pilihan raya daripada PKR Permatang Pauh tak kira siapa sahaja yang menjadi calon.

"Keputusan ini dibuat PAS Pusat dalam mesyuarat pada 13 April dan mengarahkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak untuk membantu calon Pakatan Rakyat di Permatang Pauh," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Justeru beliau yang juga Pengarah PRK Permatang Pauh menyeru jentera PAS agar turun membantu gerak kerja pada PRK itu.

"Oleh itu saya sebagai pengarah pilihan raya bagi pihak PAS Pusat menyeru semua jentera pilihan raya PAS di negeri-negeri yang disebut tadi dan ahli dan para penyokong turun membantu calon Pakatan Rakyat di Permatang Pauh," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Ditanya mengenai kemungkinan PAS Permatang Pauh tidak akan membantu PRK jika PKR meletakkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon, Mohamad berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat.

"Kenyataan itu pimpinan akan bincang tapi keputusan untuk bantu Permatang Pauh masih tidak berubah," katanya. - HARAKAHDAILY 20/4/2015

Sumber HD - 20-4-2015








































































PAS Pusat putuskan beri kerjasama di Permatang Pauh

MUHAMAD FAIZAL | .


PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan keputusan yang dibuat PAS Pusat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh mengatasi PAS kawasan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Katanya, PAS memutuskan akan memberi kerjasama penuh kepada calon PKR yanh bertanding pada pilihan raya kecil itu.

"Isu ini timbul bila keputusan itu dibuat pada mesyuarat PAS Kawasan Permatang Pauh, kita hormati setiap keputusan.

"Tetapi keputusan PAS Pusat dalam memberi kerjasama itu mengatasi setiap keputusan yang dibuat di peringkat kawasan.

"Tidak timbul lagi untuk PAS tidak mahu memberi kerjasama," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini.

Beliau berharap agar setiap ahli akan turut memberi kerjasama dan memenangkan calon PKR yang bertanding di Permatang Pauh.

Pengumuman calon PRK Permatang Pauh pada 24 April ini.

SPR menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon, sementara pembuangan undi pada 7 Mei depan. – HARAKAHDAILY 20/4/2015

Sumber HD - 20-4-2015


Kata dua PAS Permatang Pauh kepada PKR
Posted on Monday, April 20 @ 07:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

PAS Kawasan Permatang Pauh hari ini bertegas menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen kawasan itu.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan kata dua itu bagi tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini, sambil menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu.

"Jika bersetuju (dengan syarat yang diberikan) maka kami PAS Kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini. "Pendirian ini adalah keputusan yang dibuat dan disepakati dalam mesyuarat agung PAS kawasan kali ke-38 hari ini.

"Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Pada Mac lepas, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata hukum Hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR), yang dianggotai PAS, DAP dan PKR.

Beliau berkata, dasar bersama yang dipersetujui PR adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.

Pada 18 Mac lepas, Abdul Hadi, yang juga anggota Parlimen Marang mengemukakan notis kepada Dewan Rakyat bagi membentangkan rang undang-undang itu.

Mengenai pendirian PAS kawasan itu jika PKR mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK itu, Omar berkata masih terlalu awal untuk memperkatakan berhubung perkara itu.

Ditanya tentang kenyataannya berhubung 'kejutan' PAS Permatang Pauh sekiranya PKR dan DAP menyinggung dasar perjuangan yang didukung oleh parti, Omar berkata: "Kalau saya beritahu sekarang sudah tidak menjadi kejutan lah".


Beliau berkata, pada masa sama pihaknya juga tidak berhasrat untuk membelakangkan keputusan PAS pusat dalam membuat sebarang pertimbangan. - Bernama

Sumber TKO - 20-4-2015












































































Krisis Najib-Mahathir: Biar rakyat nilai Umno kucar-kacir

MOHD SABRI SAID | .

PERMATANG PAUH: Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, sekarang peluang terbaik untuk Pakatan Rakyat melonjakkan pengaruh kerana Umno sedang berhadapan dengan konflik dalaman yang serius.

Katanya, persengketaan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kian tajam dengan isu kegagalan kerajaan menjaga kebajikan rakyat apabila memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat kena ambil kesempatan persengketaan dua tokoh berkenaan sebab ia merupakan konflik yang kian meruncing. Biar rakyat menilai sendiri bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan kucar-kacir," tegasnya ketika ditemui di sini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai mengajak ahli PAS supaya berganding bahu dan tidak terikut dengan konflik semacam Umno.

"Konflik sesama sendiri tidak menyihatkan malahan membantut kemaraan parti bersama parti lain menuju Putrajaya," jelasnya.

Justeru itu, katanya para petugas kesemua parti yang bakal berhadapan dengan jentera Umno BN di Parlimen Permatang Pauh dan Rompin perlu bersiap siaga dengan memberikan penerangan sejelas-jelasnya kepada masyarakat di kampung-kampung terhadap apa yang berlaku dalam negara.

"Di Rompin PAS bertanding di Permatang Pauh PKR bertanding. Allah susun dah cantik, kita sokong dan kerja saja tanpa kira siapa calon yang dikemukakan, asalkan dia seorang yang baik tidak curi duit rakyat," ujarnya. - HARAKAHDAILY 19/4/2015

Sumber HD - 19-4-2015

Tumpu gerak kerja untuk menang PRK Permatang Pauh

MOHD SABRI SAID | .




PERMATANG PAUH: PAS menggesa supaya dihentikan perbalahan siapa calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh sebaliknya menumpukan gerak kerja untuk mencapai kemenangan pada 7 Mei depan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, tanpa gerak kerja yang seimbang kekuatan parti dalam Pakatan Rakyat akan terencat yang membolehkan pihak lawan menapak walaupun mereka berbalah panjang.

"Perbalahan sesama sendiri membuka ruang untuk musuh kita menjana kekuatan. Tidak guna kita dok sengketa pasal calon sebab teorinya mudah, parti mana yang bertanding pada pilihan raya umum (PRU) parti itulah yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK)," jelasnya sewaktu berucap pada pertemuan dengan petugas untuk Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir di Madrasah An-Nahdhoh, Penanti malam tadi.

Beliau selaku Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK Permatang Pauh berkata, percakaran sesama sendiri tidak menguntungkan Pakatan Rakyat malah mendatangkan prasangka negatif dalam kalangan masyarakat atas pagar.

Menurutnya, mana-mana anggota PAS tidak boleh bertindak menentang apa yang telah diputuskan oleh parti sebaliknya melaksanakan tugas berpandukan pengalaman yang ada bagi memenangkan kebenaran.

"Bila kita bantu rakan kita PKR di Permatang Pauh, insya Allah mereka juga membantu kita di Parlimen Rompin. Itulah hakikatnya dalam berpolitik," ujarnya.

Jelasnya, dalam suasana seumpama ini jentera PAS perlu matang berfikir kerana Umno Barisan Nasional (BN) tetap menzalimi dan menindas rakyat.

Turut berucap dalam majlis anjuran Jabatan Pilihan raya PAS negeri (JPN) itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli,  timbalannya, Datuk  Wan Rahim Wan Abdullah, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS, Mumtaz Mohd Nawi dan Pengarah JPN Pulau Pinang, Bukhori Ghazali. - HARAKAHDAILY 18/4/2015

Sumber HD - 18-4-2015














































































Dakwaan Shahrizat umpama 'pukul anak sindir menantu'

MOHD SABRI SAID | .


PERMATANG PAUH: PAS Permatang Pauh menolak dakwaan Ketua Wanita Umno Malaysia,  Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kononnya parlimen di sini tidak semaju kawasan lain kerana diwakili Ketua Pembangkang.

Yang Dipertua PAS kawasan, Omar Hasan menafikan kenyataan Shahrizat itu sewaktu berucap pada pelancaran jentera PKR di Dataran Rakyat Guar Perahu, dekat sini, semalam.

Katanya, Permatang Pauh mempunyai pusat pengajian tinggi seperti Politeknik Seberang Perai, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hospital termaju, beberapa pusat bandar baru seperti Bandar Perda dan Sunway, gedung perniagaan bertaraf mega dan seumpamanya.

Tambahnya, sedangkan di kawasan parlimen yang diwakili Umno dan BN seperti Kepala Batas dan Tasek Gelugor tidak mampu mengatasi kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat dari segi pembangunan.

"Sejarah terbukti bila kawasan yang dimenangi pembangkang di situlah pembangunan hebat berbanding BN, sebab kerajaan tahu jika tak buat pembangunan pun rakyat tetap memberi sokong padu pada parti mereka," ujarnya yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Beliau mengambil contoh parlimen Kepala Batas walaupun dimenangi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sejak beberapa penggal tetapi pembangunan tidak serancak di Permatang Pauh.

Justeru, ujar beliau apa yang dituduh oleh Sharizat sebenarnya umpama 'pukul anak sindir menantu' kerana kawasan bersempadan iaitu Parlimen Tasek Gelugor dan Kepala Batas sampai sekarang pembangunan tidak dilaksanakan walaupun sudah lama dikuasai BN. - HARAKAHDAILY 16/4/2015

Sumber HD - 16-4-2015


PRK Permatang Pauh: PAS Pulau Pinang janji sokongan penuh kepada PKR

Posted on Wednesday, April 15 @ 14:30:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


PRK Permatang Pauh: PAS Pulau Pinang janji sokongan penuh kepada PKR

GUAR PERAHU: PAS Pulau Pinang berjanji akan memberi sokongan penuh kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Pesuruhjayanya Datuk Dr Mujahid Rawa mengulangi komitmen PAS bagi memastikan kerusi parlimen itu kekal milik PKR.


"Saya datang untuk bagi sokongan 100 peratus, untuk pastikan siapa saja calon yang ditetapkan. Mat Sabu adalah pengarah di peringkat nasional dan saya di Pulau Pinang akan menggerakkan semua jentera di negeri untuk memastikan kemenangan di sini."

Mujahid berucap dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya PKR di Guar Perahu di Pulau Pinang pada Selasa. Majlis itu dihadiri semua pimpinan tertinggi PKR dan DAP.

Pemimpin kanan PAS pusat bagaimanapun tidak hadir.

Pada majlis itu, ahli parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Osman diumumkan sebagai pengarah
pilihanraya kecil Permatang Pauh PKR.

Demi Rakyat -Bantah GST Tegakkan Keadilan pula dipilih sebagai slogan Pakatan Rakyat sepanjang kempen nanti.


Proses penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 25 April manakala hari pengundian ditetapkan pada 7 Mei depan. - Astro

Sumber TKO - 15-4-2015
















































































Permatang Pauh: PKR hargai komitmen pemimpin PR

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghargai komitmen semua pemimpin Pakatan Rakyat daripada parti itu DAP dan PAS untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Majlis pelancaran malam tadi di Guar Perahu..terima kasih dan tahniah," tulisnya menerusi facebook.

Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PKR bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh diadakan di Guar Perahu, Penanti, malam tadi.

"Tekad bersama untuk pertahankan kerusi yang disandang DSAI," tambah beliau yang juga Adun Kajang.

Turut berucap ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Hadir sama ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS negeri yang juga Adun Permatang Pasir, Datuk Saleh Man. - HARAKAHDAILY 15/4/2015


Sumber HD - 15-4-2015

















































































Permatang Pauh: Pelancaran jentera PKR, PR malam ini

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Majlis Pelancaran Jentera PKR dan Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada jam 8.30 malam ini.

Menurut Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, majlis itu diadakan di Dataran Rakyat Guar Perahu iaitu bersebelahan Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh, Jalan Taman Guar Perahu.

Beliau berkata, PKR maklum tentang pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai PRK itu yang akan bermula dengan penamaan calon pada 25 April ini, pengundian awal pada 3 Mei dan hari mengundi pada 7 Mei.

"Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah kubu terpenting untuk perjuangan kami selama ini," ujarnya yang juga Exco Kerajaan Pulau Pinang dalam satu kenyataan.

Tambahnya, selain menjadi kerusi parlimen kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Permatang Pauh adalah nama yang dipilih untuk disematkan kepada Deklarasi Permatang Pauh, gagasan besar kepada perjuangan Reformasi dan PKR.

Justeru, ujarnya PRK Permatang Pauh sangat penting dalam usaha meneruskan agenda Reformasi dan masa yang sama memberi mesej jelas bahawa segala bentuk kezaliman, kepincangan, penyelewengan dan salahguna kuasa oleh Umno dan Barisan Nasional ditentang.

Katanya lagi, kemenangan di dalam PRK itu menjadi bukti bahawa rakyat menolak dan mengecam pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih sebelum ini secara sah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. - HARAKAHDAILY 14/4/2015

Sumber HD - 14-4-2015


Permatang Pauh Bakal Dijadikan Modal Untuk Perlekeh Mahathir

Posted on Monday, April 13 @ 16:36:15 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 


Berbanding di Rompin, pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dilihat amat penting dan bakal menentukan perjalanan seterusnya fasa politik negara, terutama yang melibatkan masa depan Najib.

Pentingnya Permatang Pauh kepada Najib, UMNO dan BN sehingga SPR sendiri menentukan hari pengundiannya ialah pada 7 Mei iaitu dua hari selepas pengundian di Rompin pada 5 Mei.

Keadaan ini terlihat pelik kerana pewartaan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebenarnya ialah pada 16 Mac apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen 

yang dikemukakan oleh keluarga Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu sedangkan nahas helikopter yang menyebabkan kematian Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis ialah pada 4 April.

Secara logik, berdasarkan hukum akal, mengikut tertib dan kebiasaan, tentulah pilihanraya kecil Permatang Pauh sepatutnya diadakan terlebih dahulu berbanding Rompin.

Lebih-lebih lagi SPR juga mengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh pilihanraya Permatang Pauh adalah pada 8 April manakala mesyuarat untuk menentukan tarikh Rompin pula ialah pada 10 April.

Setidak-tidaknya boleh juga diadakan tarikh penamaan calon dan pengundian secara serentak di kedua-dua kawasan itu.

Tetapi dalam mesyuarat 8 April itu, SPR menentukan hari pengundian di Permatang Pauh pada 7 Mei dan kemudian pada mesyuarat 10 April pula, SPR memilih tarikh pengundian untuk Rompin ialah pada 5 Mei.

Walaupun SPR memberi alasan pengundian di Rompin tidak dapat diadakan serentak dengan Permatang Pauh pada 7 Mei kerana hari tersebut merupakan Hari Hol yang merupakan cuti umum bagi negeri Pahang, persoalan yang timbul ialah kenapa tarikh lebih awal yang dipilih dan bukannya tarikh selepas 7 Mei? Kenapa pengundian di Rompin tidak diadakan pada 9 atau 10 Mei?

Ternampak sedikit pelik dan ajaib di sini. Kenapa tarikh pengundian di Rompin diawalkan berbanding Permatang Pauh sedangkan pewartaan kekosongan kerusinya lebih kemudian dan mesyuarat SPR juga dua hari lebih lewat daripada itu? Apa mustahil tarikh awal itu?

Di sinilah sebenarnya pentingnya keputusan pilihanraya Permatang Pauh itu kepada percaturan masa depan Najib. UMNO dan BN secara umumnya sedar mereka tiada masalah untuk menang di Rompin kerana majoriti yang dimenangi oleh Jamaluddin Jarjis dalam pilihanraya lalu adalah 15,114 undi. Rompin juga kubu kuat BN dan pembangkang tiada kekuatan di situ.

Kemenangan di Rompin yang sudah boleh diramalkan itu dijangka akan digunakan sebagai "psywar" atau perang saraf untuk mengajak pengundi Permatang Pauh agar turut sama memilih BN, kalau pun tidak memberikan kemenangan, sekurang-kurangnya ia diharapkan mampu mengurangkan majoriti kemenangan PKR di kerusi itu.

Selepas keputusan Rompin nanti, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO bercakap memuji dan menyanjung kepimpinan Najib yang kononnya masih diperlukan dan diterima oleh pengundi.

Mungkin nampak mustahil untuk UMNO dan BN menang di Permatang Pauh berdasarkan isu-isu semasa seperti serangan Tun Mahathir kepada Najib, GST, simpati kepada Anwar dan sebagainya serta berdasarkan majoriti PKR 11,721 undi pada pilihanraya umum lalu tetapi dapat mengurangkan majoriti undi di kubu kuat PKR sudah memadai untuk menunjukkan Najib dan UMNO masih diterima baik oleh pengundi.

Dengan kejayaan mengekalkan kemenangan di Rompin, mungkin dengan majoriti lebih besar dan disertai pula kemampuan mengurangkan majoriti undi PKR di Permatang Pauh, ia juga akan digunakan sebagai "modal utama" untuk menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa Najib semakin ditolak oleh rakyat pelbagai kaum dan lebih mungkin membawa BN kalah dalam pilihanraya akan datang.

Itulah sebab sebenarnya mengapa pengundian di Rompin perlu diadakan terlebih dahulu berbanding Permatang Pauh.

Sekiranya semua perancangan itu berjaya dilakukan, percayalah, selepas ini, Tun Mahathir juga akan dibelasah dan dihentam cukup-cukup oleh pimpinan UMNO kerana dakwaannya sebelum ini bahawa BN akan kalah ternyata meleset dan tidak benar sama-sekali.

Serangan dan kecaman Tun Mahathir kepada Najib selama ini juga dianggap tidak bernilai lagi. Bahkan jika bekas Perdana Menteri itu mahu terus menekan Najib selepas itu, lebih mudah bagi UMNO untuk menangkis dan menjawabnya.

Dalam hal ini, jika PR ingin melihat serangan Tun Mahathir kepada Najib terus relevan dalam fasa-fasa berikutnya, mereka tiada pilihan selain memastikan calon PKR di Permatang Pauh bukan saja menang dengan jumlah undi yang tidak jauh berbeza dengan dahulu, tetapi lebih baik jika dengan majoriti lebih besar lagi.

Sumber DD - 13-4-2015 

PRK Permatang Pauh: Wan Azizah bertanding?

Posted on Monday, April 13 @ 17:19:44 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dipilih bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) di kerusi Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei depan.

Pengesahan itu dibuat oleh sumber dalaman parti berkenaan kepada FMT mengakhiri spekulasi siapa yang bakal mengisi kekosongan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan liwat.

Sebelum ini terdapat desas-desus, ia akan diisi anak keduanya, Nurul Nuha Anwar.
Menurut perancangan, PKR akan mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada 14 April.

Dalam pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, 8 April lalu, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan tarikh penamaan calon akan dibuat pada 25 April ini.

Sekiranya benar maklumat berkenaan, ia bukan perkara baru bagi Wan Azizah kerana pada 1999, beliau pernah bertanding mengisi kekosongan yang ditinggalkan Anwar, selepas beliau dipenjara atas kesalahan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Dalam pilihan raya berkenaan, Wan Azizah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ibrahim Saad dengan majoriti 9077 undi.

Selepas lebih dua penggal, beliau kemudian meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, bagi memberi peluang kepada Anwar bertanding semula dalam PRK Permatang Pauh yang diadakan pada 31 Julai 2008. - FMT


Sumber HD - 13-4-2015























































































PAS Permatang Pauh bantu jentera PKR

MOHD SABRI SAID | .


PERMATANG PAUH: Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Abdul Samad memberi jaminan akan membantu jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang ditetapkan pada 7 Mei depan.

Menurutnya, Umno BN begitu bersungguh mahu merampas atau mengurangkan majoriti yang diperolehi Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kerusi parlimen itu pada PRU13 lalu.

"Umno jangan bermimpi di siang hari untuk kami (PAS) bekerjasama dengan Umno dan BN. Mereka sah penzalim dan penindas rakyat.

"PAS sudah buat keputusan akan bersama PAS negeri membantu jentera PRK untuk mempertahankan kerusi Pakatan Rakyat," tegasnya ketika dihubungi.

Katanya, keputusan tersebut juga selari dengan apa yang dipertegaskan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini.

Menurutnya, semasa pertemuan dengan semua ketua dan setiausaha PAS cawangan di Dewan Haji Yusof Rawa Kampung Sama Gagah sekali lagi saranan itu disuarakan demi memperkukuhkan ikatan dalam Pakatan Rakyat.

"Insya Allah kami akan bantu dengan harapan jangan pula ada kalangan pimpinan PKR terus keluarkan kenyataan penghinaan berhubung hudud kerana Permatang Pauh terkenal dengan majlis ilmu," ujarnya.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan penamaan calon PRK Permatang Pauh pada 25 April, pengundian awal 3 Mei manakala pengundian biasa pada 7 Mei.

PRK Permatang Pauh perlu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Pada PRU13 lalu, Anwar yang bertanding atas tiket PKR menang kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mazlan Ismail dan calon Bebas Abdullah Zawawi Samsudin dengan majoriti 11,721 undi. - HARAKAHDAILY 13/4/2015

Sumber HD - 13-4-2015


Calon PRK: Wan Azizah enggan ulas

Posted on Thursday, April 09 @ 06:52:02 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini enggan menyatakan sebarang bayangan calon parti bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Bagaimanapun, beliau yang ditemui pemberita di lobi Dun Selangor di sini hari ini berkata pihaknya ada mengadakan perbincangan dan mesyuarat tentangnya namun belum mahu membuat pengumuman tersebut.
    
Dr Wan Azizah berkata keputusan tentang individu yang akan dicalonkan parti bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
    
"Pada 14 April ini kami akan mula buka bilik gerakan pilihan raya. Mengenai calon, harap semua bersabar," katanya.
    
Ketika ditanya sama ada beliau sendiri berkemungkinan antara calon yang akan disenarai pendek, Dr Wan Azizah hanya tersenyum.
    
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 7 Mei, penamaan calon pada 25 April manakala pengundian awal ditetapkan pada 3 Mei.
    
PRK Permatang Pauh perlu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon ahli parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
    
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.- Bernama

Sumber TKO - 9-4-2015

























































































Permatang Pauh: Mengundi 7 Mei, penamaan calon 25 Apr

HARAKAHDAILY | .

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei sementara penamaan calon 25 April.

SPR turut menetapkan pengundian awal pada 3 Mei.

(lanjut menyusul)

Sumber HD - 8-4-2015


























































































PRK Permatang Pauh: Umno terdesak pujuk PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS akan turun ke Permatang Pauh bagi memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat (PR) melawan Umno BN.
Demikian ditegaskan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menerusi laman sosial facebooknya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan sebuah akhbar bertajuk 'Harap Pas bantu Umno di Permatang Pauh' yang memetik kenyataan Ketua Umno Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

"Sila lihat betapa terdesaknya Umno memujuk PAS. Pemuda PAS tidak akan termakan dengan pujuk rayu Umno.

"Pemuda PAS akan turun Permatang Pauh bagi memberi sokongan kepada calon PR lawan Umno," tulis Suhaizan.

Kelmarin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa parti itu akan membantu PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang bakal diadakan nanti.

Menurutnya, sebagaimana kelaziman pada mana-mana PRK yang ditandingi Pakatan Rakyat (PR) melalui parti komponennya, turut dibantu sepenuhnya oleh parti-parti komponen yang lain.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung PRK Parlimen Permatang Pauh pada 8 April ini.

PRK itu diadakan berikutan penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau. - HARAKAHDAILY 6/4/2015




Sumber HD - 6-4-2015


























































































PAS akan bantu PKR pada PRK Permatang Pauh

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS akan membantu PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang bakal diadakan nanti.
Demikian ditegaskan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily petang ini.

Menurutnya, sebagaimana kelaziman pada mana-mana PRK yang ditandingi Pakatan Rakyat (PR) melalui parti komponennya, turut dibantu sepenuhnya oleh parti-parti komponen yang lain.

"PAS sebagai komponen PR akan membantu PKR pada PRK Parlimen Permatang Pauh nanti yang calonnya akan ditentukan oleh PKR," ujarnya.

Katanya lagi, sebagaimana PRK Dun Chempaka, Kelantan yang ditandingi PAS baru-baru ini, parti itu menghargai kehadiran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK itu.

Malah, jelasnya dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 13 Mac lalu telah memutuskan melantik Timbalan Presiden yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS pada PRK Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung PRK Parlimen Permatang Pauh pada 8 April ini.

PRK itu diadakan berikutan penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau. - HARAKAHDAILY 4/4/2015


Sumber HD - 4-4-2015



























































































Permatang Pauh: Pakatan padu

ABD SHUKUR HARUN | .


PELBAGAI pihak yakin bahawa Pilihan Raya Kecil kawasan Parlimen P44 Permatang Pauh yang akan diadakan nanti akan memperlihatkan perpaduan erat parti dalam komponan Pakatan Rakyat.

Pelbagai tanda menunjukkan bahawa semua pendukung Pakatan akan bekerjasama berkempen untuk menjamin berulang kembali kemenangan calon Pakatan dari PKR.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan berikutan keputusan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada 16 Mac lalu iaitu sebaik saja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarganya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, surat memaklumkan keputusan petisyen pengampunan diraja itu diterimanya kelmarin.

Sehubungan itu Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh tertentu berhubung proses pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh itu dalam masa terdekat.

Antara yang akan ditentukan dalam mesyuarat tersebut, katanya, ialah tarikh penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa serta menentukan daftar pemilih bagi pilihan raya kecil tersebut, selain memutuskan tarikh mula kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun dilihat krisis dalam Pakatan masih wujud, tetapi ramai percaya masalah ini boleh diselesaikan dengan rundingan di mana harapan rakyat kepada Pakatan masih wujud.

Untuk itu tidak sukar meramalkan bahawa Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh nanti akan memperlihatkan kerjasama erat antara komponan parti dalam Pakatan.

Mereka dijangka akan bersama-sama berkempen untuk mencapai matlamat utama mengalahkan calon Barisan Nasional. Dijangkakan calon bebas mungkin ramai untuk mencuba nasib dan pengaruh masing-masing di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar telah memberi jaminan bahawa PAS akan bekerjasama dengan rakan dalam Pakatan untuk berkempen di kerusi yang menjadi milik tradisi PKR itu.

"Siapa calon untuk kerusi itu nanti akan diputuskan nanti oleh PKR. Kita tidak hantar calon, tetapi membantu semampu mungkin supaya kerusi itu akan dapat dipertahankan," katanya.

Menyentuh mengenai isu jawatan ketua pembangkang di Dewan Rakyat yang selama ini disandang oleh Anwar, ahli Parlimen Pokok Sena itu bagaimanapun berkata, soal itu belum dibangkitkan lagi, ia perlu dibawa ke meja rundingan dalam Pakatan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dari PKR berkata, pihaknya akan menyusun strategi untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.

Parlimen Permatang Pauh adalah sebuah kawasan parlimen yang terletak di dalam negeri Pulau Pinang. Ia menjadi kubu kuat PKR selama ini.

Dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, DS Anwar Ibrahim sekali lagi bertanding di kawasan itu bagi mempertahankan kedudukannya di situ.

Beliau mendapat 37,090 undi, calon Barisan mendapat 25,369 undi dan calon bebas 201.

Ramai yakin bahawa walaupun DS Anwar Ibrahim meringkuk di dalam penjara, namun legasinya tetap menyerlah dan mempunyai pengaruh dalam kalangan pengundi di Permatang Pauh, Belum lagi diambil kira simpati pengundi di sana terhadapnya yang diyakini masih kuat.

Malah pemerhati menjangkakan simpati pengundi terhadap Anwar akan bertambah dan memberi kesan besar kepada trend pengundian kali ini, di mana simpati pengundi yang dijangka bertambah akan pergi kepada calon dari PKR/Pakatan Rakyat nanti.

Bagaimanapun, perpaduan semua parti dalam komponan Pakatan Rakyat itu sendiri akan memulihkan kembali imej Pakatan iaitu sekaligus akan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa harapan masa depan politik Malaysia masih berada dalam Pakatan Rakyat.

PAS sendiri telah menunjukkan komitmennya untuk bersama dengan Pakatan dan membantu semua calon baik dari PKR mahupun DAP seperti yang ditunjukannya dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugur dan juga di Teluk Intan tahun lalu.

Bagaimanapun dari sudut apapun, Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh ini adalah ujian paling berat kepada PKR/Pakatan Rakyat.

Pertama kerana ia diadakan tanpa Anwar, personaliti hebat yang dapat diterima oleh semua kaum. Kedua, meguji perpaduan dan keutuhan Pakatan Rakyat yang kini dilanda krisis berat. Ketiga, menguji sokongan pengundi bukan Melayu bahkan pengundi Melayu sendiri ke atas calon PKR/Pakatan yang akan bertanding sekaligus menguji sokongan keseluruhaan pengundi di sana terhadap Pakatan itu sendiri.

Oleh itu, saya yakin PKR/Pakatan akan memilih calon yang terbaik dan sesuai untuk dipertandingkan di  situ. Calon itu tentu saja diharapkan dapat diterima oleh pengundi pelbagai kaum di situ, walaupun tidak standing dengan ketokohan Anwar.

Faktor simpati terhadapnya, seperti dikatakan tadi, akan memberi sumbangan besar kepada calon PKR/Pakatan. Bagaimanapun inilah ujian pertama bagi Pakatan untuk mengukur sejauh mana tahap sokongan pengundi selepas krisis dalamannya berlaku.

Tentu saja Umno/BN akan memberikan tumpuan bersungguh-sungguh untuk menawan Parlimen Permatang Pauh itu, yang mungkin dirasakannya ada peluang untuk menang memandangkan bukan DS Anwar Ibrahim bertandung di situ. Lebih-lebih lagi menurut perkiraan mereka, Pakatan sedang goyah akibat krisis yang melanda.

Oleh itu perpaduan Pakatan mestilah diperlihatkan dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh ini dan buktikan bahawa Pakatan masih utuh.

Saya yakin, tenaga PAS yang kuat dan ramai itu akan membantu semaksima mungkin calon PKR ini untuk mencapai kemenangan bagi Pakatan Rakyat. Mana tahu ditakdirkan selepas ini perpaduan dalam Pakatan semakun utuh, lebih dari masa lalu. – HARAKAHDAILY 2/4/2015

Sumber HD - 2-4-2015



























































































Siapa Ketua Pembangkang, dibincang selepas PRK

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini memberitahu kedudukan siapa calon Ketua Pembangkang hanya akan dibincangkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh nanti.

Ketua Whip DAP, Anthony Loke berkata sehingga sekarang tidak ada sebarang perbincangan mengenai siapa yang layak menduduki tempat tersebut.

"Kita tidak bincang siapa, kalau bincang pun selepas pilihan raya kecil dan itu jika kekosongan kerusi diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Begitu juga mengenai calon yang akan bertanding ia akan ditentukan oleh PKR nanti, apa-apa keputusan kita akan buat selepas itu," kata beliau pada sidang media bersama Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar dan PKR Datuk Johari Abdul.

Sebelum itu Lembaga Pengampunan telah menolak petisyen Pengampunan Diraja dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan tersebut menyebabkan Anwar telah hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen.

Pada 24 Februari lalu, keluarga Anwar telah menghantar permohonan pengampunan Diraja atas kesabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan itu telah diserahkan kepada pihak istana di Istana Negara di bawah peraturan 113, Peraturan Penjara 2000.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, yang menghantar afidavit kepada mahkamah memaklumkan bahawa lembaga telah melupuskan petisyen itu.

Afidavit yang disahkan oleh Ketua Pengarah bahagian undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon iaitu afidavit itu menyeru bahawa Anwar harus kekal dalam tahanan. – HARAKAHDAILY 1/4/2015


Sumber HD - 1-4-2015



























































































PRK Permatang Pauh: SPR mesyuarat 8 April

BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada Rabu depan (8 April), kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.
  
Beliau berkata mesyuarat khas itu diadakan berikutan penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.
  
"Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
  
Mesyuarat khas dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu akan diadakan pada 10 pagi di Ibu Pejabat SPR, di sini, disusuli sidang media kemudiannya.
  
Katanya mesyuarat itu akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh kekosongan kerusi P.44 Permatang Pauh, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian biasa.
  
"Selain itu, mesyuarat juga akan membincangkan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan," katanya.
  
Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh hari ini berkata Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui keluarga anggota Parlimen Permatang Pauh itu.
  
Pada 24 Feb lepas, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
  
Pandikar Amin, yang menerima surat memaklumkan keputusan petisyen pengampunan diraja itu hari ini, berkata selaras dengan keputusan Lembaga Pengampunan itu, maka Anwar telah hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen pada 16 Mac iaitu sebaik sahaja petisyen bagi pengampunan diputuskan. - BERNAMA


Sumber HD - 1-4-2015

No comments:

Post a Comment