BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, October 11, 2014

HIMPUNAN AMAN RAKYAT ATAS PELBAGAI ISU : BERSIH 4 / PRB

Kerajaan dalang baju merah, kata Tun M
Posted on Sunday, September 27 @ 13:41:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan adalah dalang di sebalik himpunan baju merah yang berlangsung pada 16 September lalu.

Beliau berkata, sebahagian besar peserta perhimpunan tersebut terdiri daripada ahli Umno dan masyarakat Felda yang diberikan kemudahan pengangkutan serta wang saku untuk menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Kebanyakan peserta yang hadir ke perhimpunan tersebut datang dari Felda menggunakan bas kerajaan dan mereka diberi duit dan makanan. Jadi ia seolah-olah kerajaanlah di belakang perhimpunan itu.

“Hanya orang di dalam kerajaan yang boleh membenar dan menggunakan kemudahan tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Human Rights Public Forum sempena United Nation’s International Day of Peace 2015 yang
dianjurkan Mallaca Bar di sini, semalam.

Sementara itu, Mahathir berkata, sentimen perkauman tidak dibangkitkan dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang disertainya sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau melihat isu tersebut sengaja diwujudkan sendiri oleh kerajaan melalui himpunan baju merah.

“Saya berada di perhimpunan baju kuning itu tetapi mereka tak berkata apa-apa tentang perkauman. Mereka hanya mahukan Perdana Menteri berundur. Itu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, situasi negara dalam pelbagai aspek hanya akan pulih selepas siasatan terhadap 1MDB selesai. - Sinar 
Sumber TKO - 27-9-2015


Jamal dibebaskan, ancam saman media
Posted on Sunday, September 27 @ 06:57:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Datuk Jamal Mohd Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September lalu, dibebaskan alam ini dan mengancam bertindak terhadap media yang didakwa menyebabkan dia ditangkap.

Jamal berkata terdapat media alternatif yang tidak melaporkan kenyataannya secara penuh pada 23 September, yang mendorong pihak berkuasa menahannya.

“Saya sangat bersyukur hari ini tetapi bagi saya penahanan saya hari ini sangat mendukacitakan dan tidak wajar kerana penahanan saya berasaskan laporan media kurang tepat diambil 23 hari bulan lepas.

“Hanya sebahagian diambil dan dihebah,” kata pemimpin akar umbi Umno itu.

Dia berkata, keadaan itu menyebabkan keadaan tidak selesa dan kelam kabut serta menyusahkan banyak pihak.

“Saya berkali-kali tegaskan saya dikerah jadi orang tengah di Jalan Petaling ketika 16 September.

“Tetapi laporan sesetengah media propembangkang telah mensensasikan apa yang saya kata. Saya ingin beri amaran rakan media yang laporkan ini bakal hadapi tindakan tegas daripada saya,” katanya.

Jamal sekali lagi menegaskan beliau bukan penganjur yang hendak mengadakan rusuhan di Jalan Petaling.

Jamal ditahan polis semalam, dipercayai ditahan bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Hasutan.

Jamal mendakwa pihaknya hanya menyampaikan hasrat individu yang menyebabkan suasana tegang di Jalan Petaling ketika 'Himpunan Rakyat Bersatu' berlangsung pada 16 September lepas.

Tiada perhimpunan yang dikhuatiri menyebabkan rusuhan berlaku di Jalan Petaling hari ini. - MK

Sumber TKO - 27-9-2015



Baju merah menang sorak

Posted on Wednesday, September 23 @ 13:48:50 MYT by paktam

Oleh Rahmat Haron    

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan perhimpunan baju merah yang berlangsung pada sambutan Hari Malaysia ke-54 tahun yang lalu.Laungan garang kemarahan dengan nada perkauman Melayu yang sempit menjadi wacana pasca perhimpunan.

Barangkali inilah yang dimaksudkan kebebasan bersuara untuk sebuah negara rojak dalam struktur kekuasaan politik.

Mungkin ia boleh dilihat seperti resepi demokrasi yang semu dengan gaulan bahan-bahan suku feudal monarki, suku authoritarian dan tiga suku kejiwaan dunia ketiga.

Di United Kingdom misalnya memang terdapat kumpulan berhaluan kanan perkauman, yang wujud berasaskan semangat kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan berhimpun seperti English Defense League dan parti politik British Nationalist Party.

Namun beberapa orang penganalisa politik Malaysia berpendapat gelora perkauman ini perlu dikeluarkan secara berperlembagaan supaya berlaku perbincangan, pendidikan demokrasi dan akhirnya perdamaian ke arah menghormati hak-hak asasi manusia.

Himpunan Baju Merah lebih baik terjadi daripada ia terpendam di bawah tanah, bergerak seperti mafia ataupun pergerakan ektremis yang bersandarkan keganasan untuk merebut kekuasaan – pembunuhan bersenjata seperti gerakan penghapusan etnik di Rwanda dahulu.

Saya percaya setakat hari ini, pihak keselamatan dan keamanan – juga pihak perniagaan dan perdagangan – Malaysia tidak akan membenarkan peristiwa 13 Mei berulang lagi.

Maka tiga orang anggota polis cedera ringan dalam mempertahankan Petaling Street daripada dirempuh para penunjuk perasaan, meski mereka dilemparkan kata-kata kesat “barua Cina.”

Saya boleh katakan Himpunan Baju Merah berjaya mencapai tujuannya untuk menunjukkan (tidak sama sekali kebenaran, melainkan tanggapan) bahawa kononnya orang-orang Melayu tanpa berbelah bahagi bersatu menyokong padu Najib Razak.

Perdana menteri itu kini berhadapan desakan dan tuntutan untuk melepaskan jawatannya akibat terpalit dengan berbagai skandal rasuah dan jenayah.

Selain itu, himpunan tersebut juga berjaya membentuk tanggapan bahawa segala masalah yang berlaku di Malaysia ini berpunca daripada orang-orang Cina, khususnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) atau di atas kesemua hirarki itu, dua orang manusia yang dikecam sebagai paling hina, saudara Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ini adalah suatu tanggapan serong yang tidak didokong dengan fakta atau pertimbangan akal budi. Ia suatu keterbalikan, mungkin ia dapat menjadi cermin untuk orang-orang Melayu, khususnya kumpulan Baju Merah bahawa Kit Siang dan Guan Eng, DAP dan orang-orang Cina bukanlah pihak yang menggadai tanah air tercinta ini.

Dosa kronisme Kit Siang dan Guan Eng, bukanlah kerana membahagi-bahagikan projek kerajaan kepada ahli keluarga atau merampas tanah rakyat.

Dosa kronisme mereka kerana berkongsi derita penderitaan dalam membela kaum tertindas tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia, termasuklah pengalaman merengkok dalam penjara tanpa bicara ISA selama dua tahun.

Kumpulan baju merah perlu diingatkan siapa yang membela berhabis-habisan sewaktu Akta Pengambilan Tanah Negara dipinda dulu. Siapa pula yang membangkitkan bantahan di parlimen, kalau bukan veteran politik kita, Lim Kit Siang dan para ahli parlimen DAP.

Akta gila yang membolehkan tanah sesiapapun di negara ini dirampas kerajaan atas tujuan pembangunan ekonomi semata-mata, yang tersangat luas taksiran dan ruang lintup kuasanya, meliputi kepentingan ekonomi pihak swasta yang boleh saja bertentangan dengan kepentingan orang ramai. Walhal sebelum itu, kerajaan hanya boleh mengambil tanah milik peribadi dan orang ramai atas tujuan kemudahan dan infrastruktur awam.

Dengan demonstrasi Baju Merah, sekurang-kurangnya perhatian masyarakat tempatan dapat dialihkan seketika daripada isu yang paling mencabar hari ini, iaitu 1MDB dan desakan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad agar Najib Razak meletakkan jawatan PM.

Ribuan Baju Merah yang berhimpun itu memang menang sorakannya, dengan seruan slogan perkauman yang penuh gegak gempita. Kemenangan sorakan anda untuk Najib Razak amat dialu-alukan.

Terlebih-lebih lagi, bulan November ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, juga rakan bermain golf Najib Razak (sewaktu tengkujuh yang lalu) akan sekali lagi mencemar duli kemuliaan dirinya untuk datang melawat Malaysia. Memang pelik, Obama yang anti rasisme disokong Najib Razak yang didokong Baju Merah yang rasis.

Najib Razak bukan sembarangan perdana penteri, begitu juga Rosmah Mansor bukan sembarangan ‘wanita pertama’. Buktinya Presiden Obama datang ke Malaysia sebanyak dua kali. Ini bukan calang-calang. Kali terakhir Presiden AS, Lyndon B. Johnson datang melawat Malaysia pada 1966.

Saya amat berharap kalau-kalau ada kampung atau Felda yang dapat dinamakan dengan nama Barack Obama, presiden kulit hitam pertama dalam sejarah AS.

Pentadbirannya memperlihatkan tentera AS keluar dari Afghanistan dan Iraq, usaha pendemokrasian di Myanmar, serta ikhtiar diplomasi perdamaian dengan Iran dan konflik Palestin-Israel.

Legasi pentadbiran Obama yang paling jelas adalah perdamaian republik itu dengan negara sosialis Cuba.

Namun di sebalik kebaikan pentadbiran Obama ini, polisi Pivot Asia (memasak Asia) melalui Perjanjian Perdagangan Bebas TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement-Perjanjian Kerjasama Rentas Pasifik) dengan Malaysia sebagai salah satu anggota kerjasama itu mengundang berbagai kritikan.

TPPA dibantah oleh gabungan kumpulan NGO Bantah TPPA dan parti dalam Pakatan Rakyat.

Saya berpendirian, sebelum Malaysia menandatangani TPPA, Malaysia perlu meratifikasi Pengisytiharan Hak-hak Asasi Manusia Sejagat, khususnya konvensyen berkenaan hak sivil dan politik. Jika ia tidak dilakukan, maka ia hanyalah liberalisasi ekonomi palsu.

Tetapi semua orang tahu muafakat pakatan pembangkang telah berkecai, dengan usaha pemulihan yang memakan masa, tenaga dan belanja. Manakala pemimpin utama gerakan reformasi dan pendemokrasian Malaysia, saudara Anwar Ibrahim, sedang merengkok di penjara Sungai Buloh. Sekarang ini, beliau amat perlukan penjagaan kesihatan.

Sementara itu, gerakan Islam, khususnya PAS yang dahulu lantang anti dasar-dasar luar AS, kini sedang dalam proses muhasabah diri samada untuk bergerak sendirian atau bersama Umno agar hudud PAS dilaksanakan di Kelantan.

Saya juga tidak tahu apakah gerakan Bantah TPPA ada keupayaan yang sama seperti BERSIH dan baju merah?

Moga-moga TPPA selamat ditandatangani Najib Razak. Terima kasih Baju Merah, kepada Obama kita bangun dan kita angkat piala anggur tanda menjunjung kasih.

Benarlah pepatah lama, menang sorak, kampung tergadai.-Mkini

RAHMAT HARON seorang seniman outsider.

Sumber DD - 23-9-2015

Hari di mana suara menentang demonstrasi tiba-tiba lenyap

Posted on Tuesday, September 22 @ 21:43:35 MYT by paktam

Oleh Robin Stanley Augustin 

Tiga minggu lalu, menjelang Perhimpunan Bersih 4 di seluruh negara, seorang menteri memberi amaran perhimpunan bakal menggugat ekonomi negara. Benarkah?

Banyak kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman, terutama kedai tekstil, tidak menjalankan perniagaan selama 2 hari, dan mereka mengalami kerugian.

Restoran dan peniaga kecil bagaimanapun mencatat untung menjual minuman, makanan dan vuvuzela.

Samada anda sokong Bersih 4 atau sebaliknya, sukar menafikan hakikat bahawa perhimpunan telah dijalankan dengan aman.

Tiada insiden tidak diingini dan peserta Bersih 4 menjaga kebersihan.

Jadi bagaimana seorang menteri, Abdul Rahman Dahlan boleh membuat kenyataan yang sama tentang perhimpunan baju merah pada 16 September lalu.

Ia dicemari kenyataan berbaur perkauman dengan ucapan provokatif yang memberi kesan negatif sebelum ia bermula.

Dilaporkan pengurusan pusat membeli belah Pavilion di Bukit Bintang telah menasihati penyewa yang berhadapan Jalan Bukit Bintang menutup pintu mereka.

Di Jalan Petaling, pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Ang Say Tee menggesa perniagaan ditutup selama sehari.

Menurut The Star, Ang berkata 90% peniaga memutuskan tidak menjalankan operasi bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini.

Sepuluh peratus dari mereka melakukannya, dan walaupun pasukan polis mengawal serta menghadang beberapa kawasan, terdapat peserta perhimpunan yang biadap dan mahu masuk ke Jalan Petaling.

Keadan semakin tegang sehingga Pasukan Polis Keselamatan terpaksa menghalakan tembakan air berbisa.

Dilaporkan juga, ketua bahagian Umno yang kontroversi Jamal Yunos mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kooperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan ke atas penjaja di Jln Petaling dalam masa lima hari.

Tiada siapa tahu mengapa.

Jamal memberitahu peserta baju merah sekiranya kementerian gagal berbuat demikian, mereka akan berarak masuk ke Jln Petaling.

Maka Ang menasihati peniaga menutup kedai selama dua hari.

Di pasar Pudu pula, keadaan dilihat lengang.

Dalam pada itu, Malay Mail melaporkan pengurusan Hotel Seri Pacific kecewa kerana para demostran menyerbu hotel sehingga 60% tempahan dibatalkan.

Paling mengecewakan, perhimpunan baju merah mendapat perhatian media antarabangsa dengan satu portal berita Amerika Syarikat berkata, "Kaum di Malaysia melumpuhkan ibu negara dengan himpunan anti Cina".

Ini bukanlah tajuk yang mampu membantu ekonomi negara.

Pelancong dari Singapura dan China hadir berbondong bondong ke negara kita.

Selepas episod kemalangan udara dan penculikan pelancong di pantai Sabah tahun lalu, nampaknya protes baju merah ini bakal menjadikan keadaan bertambah gawat.

Adakah etnik Cina akan datang ke sini lagi selepas ini?

Semua orang nampak kemusnahan yang dilakukan ke atas ekonomi oleh kumpulan baju merah ini.
Pusat pelancongan ditutup kerana orang ramai bimbang keselamatan di ibukota.
Jadi di mana suara penentangan dari pihak berkuasa?

Mungkin mereka hanya pandai menyelar peserta baju kuning, yang tidak menyokong mereka.

Sumber DD - 22-9-2015


Himpunan baju merah bukan hal remeh

Posted on Tuesday, September 22 @ 10:22:10 MYT by paktam

Oleh MOHD NASIR HASHIM

Perhimpunan rakyat di Kuala Lumpur sudah pun berlalu. Dianggarkan penyertaan Perhimpunan BERSIH 4 (baju kuning) pada penghujung 29 dan 30 hari bulan Ogos berjumlah 300,000 orang.

Mereka yang datang dari seluruh negara, sanggup membiayai sendiri,
membeli baju kuning dan tidur di kaki lima semata-mata untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa negara kita makin runtuh dan dalam keadaan gawat.

Perhimpunan Maruah Melayu (Baju Merah) pada 16 hari bulan September pula menghimpunkan 50,000 orang walau pada mulanya dijanjikan 1,000,000 akan berhimpun di Kuala Lumpur.

Kumpulan baju merah itu hanya berjaya mengumpulkan peserta yang disewa, dengan biaya dan sokongan pucuk pimpinan Umno tertentu dan kerajaan Malaysia. Ramai tidak tahu menahu tujuan kehadiran mereka di Kuala Lumpur.

Mereka juga mengumpan masyarakat gelandangan di sekitar Kuala Lumpur untuk meramaikan lagi penghimpunan ini.

Pelbagai pandangan, fitnah dan tohmahan dilemparkan melalui media massa dan semasa perhimpunan tersebut agar membara lagi api perkauman.

Sekali gus ia melunakkan isu yang sebenarnya iaitu masalah ekonomi dan pemimpinnya.

Soalnya bagaimanakah masyarakat Melayu dan bukan Melayu yang tidak terlibat secara langsung dalam perhimpunan ini mahu menyokong pemimpin-pemimpin Melayu menjelang pilihan raya umum nanti.

Perhimpunan baju kuning inginkan pembangunan negara yang adil, saksama, demokratik dan tidak korup. Perhimpunan baju merah pula ingin kekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya walaupun sudah timbul dakwaan berlaku kecuaian, keraguan, salah guna kuasa dan penyelewengan wang.

Akhirnya rakyat terpaksa menanggung bebanan hutang piutang dan penipuan yang dilakukan atas nama rakyat walhal rakyat sendiri tidak mendapat nikmat kekayaan negara.

Isu penyelewengan ini tidak akan hilang begitu sahaja. Tidak mungkin masalah serius umpama bangkai gajah yang busuk ini boleh disorokkan dengan mudah.

Kita tidak boleh remehkan kejadian perhimpunan baju merah ini kerana implikasinya amatlah luas. Keadaan ini mendedahkan hakikat bahawa perkauman sungguh menebal dan segala usaha serta wawasan yang bertujuan menyatukan rakyat Malaysia tidak berkesan dan masih ketinggalan jauh di belakang.

Orang Melayu sudah hilang pedoman dan sanggup mempertahankan pemimpin Melayu yang korup.

Kesemuanya budaya songsang ini bermula daripada pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Dengan bantuan media massa, pemimpin politik dan NGO, ramai kaum Melayu terpengaruh dengan hasutan yang membenci kaum dan agama tertentu seolah-olah tidak ada kaum lain yang lebih unggul daripada kaum sendiri.

Yang menghancurkan maruah Melayu berakar umbi daripada pentadbiran dan tingkah laku pemimpin-pemimpin Melayu sendiri.

Benih fasis ini sengaja ditanam dalam hati sanubari peserta perhimpunan baju merah dan hari demi hari matlamatnya terus bercelaru termasuk percanggahan pendapat antara pemimpin Umno, pembiaya dan penganjur perhimpunan ini.

Ada yang bersuara bahawa mereka ingin mempertahankan martabat dan maruah Melayu. Soalan yang timbul, siapakah yang mencabuli maruah dan memundurkan kaum Melayu.

Semenjak merdeka lagi, negara ini dikongkong dengan dasar yang memihak kaum Melayu.

Institusi kehakiman, kewangan, keselamatan, pendidikan dan sebagainya diketuai oleh pemimpin Melayu. Malahan semenjak Merdeka lagi, semua perdana menteri merupakan kaum Melayu.

Maka mengapakah kaum Melayu masih terpinggir dan terperangkap dalam budaya kebergantungan (culture of dependency) sehingga mewujudkan kaum pengemis dan melumpuhkan inisiatif dan semangat berdikari?

Ciri-ciri yang negatif ini dibela dan dibelai demi kepentingan kuasa politik, kedudukan dan membolot kekayaan. Melayu yang untung terdiri daripada kroni, keluarga mereka dan sesiapa jua yang mereka dapat beli. Rakyat biasa yang memerlukan bantuan untuk berdikari dipinggirkan dan diumpan dengan pelbagai janji manis.

Malangnya hari demi hari masalah ekonomi mengasak setiap keluarga miskin dan sederhana tidak kira kaum, warna kulit dan agama. Ada yang dihasut habis-habisan dengan hujah bahawa kaum lain yang mengakibatkan keadaan mereka begini.

Kerajaan terus memuja golongan kapitalis yang kaya raya dan diberi berbagai-bagai kelonggaran. Pada masa sama mereka membebankan rakyat, contohnya dengan pelaksanaan GST dan kenaikan harga barang.

Selain itu, keadaan ekonomi dibebankan dengan kejatuhan nilai ringgit, penyusutan harga minyak, rasuah yang bermaharajalela, hutang 1MDB yang berlipat ganda dan isu wang yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.

Kita juga bimbang denga MACC, pihak keselamatan; pejabat Peguam Negara yang rela mempertahankan dan membela pentadbiran Negara yang mencabuli hak rakyat.

Sistem pembangunan yang dianuti ini berkiblat kepada penindasan dan mempertuhankan kepada keuntungan hingga menghancurkan manusia dan kemanusiaan serta memusnahkan alam semula jadi.

Alangkah murninya semenjak merdeka lagi, pemerintah membangunkan Negara mengikut program menghapuskan kemiskinan tidak kira kaum atau agama.

Taraf kemiskinan dikaji semula pada masa ke semasa agar memastikan tiada sesuatu kaum pun tertinggal dalam usaha membasmi kemiskinan secara menyeluruh.

Andainya kaum Melayu masih tidak boleh berdikari semenjak merdeka lagi maka kesalahan ini adalah pada pucuk pimpinan Melayu yang berfoya-foya dengan kaumnya sendiri.

MOHD NASIR HASHIM pengerusi Parti Sosialis Malaysia.

Sumber DD - 22-9-2015


Himpunan merah: Najib patut larang dari awal lagi










HARAKAHDAILY | .


PADA hari ini Datuk Seri Najib Razak menyatakan kerajaan tidak akan berkompromi perihal keselamatan, dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang menimbulkan provokasi di dalam Himpunan 16 September.

Sepatutnya beliau daripada awal lagi melarang himpunan tersebut kerana ia tidak jelas dari segi matlamat. Kelibat beberapa anggota kabinet dan pimpinan Umno kelihatan dalam himpunan tersebut. Ia lebih kepada untuk mengalih isu negara yang melanda negara.

Himpunan yang  telah berlangsung dengan beberapa insiden yang tragis. Dinamakan "Himpunan Rakyat Bersatu" dengan memakai baju merah berlangsung di Padang Merbok di ibu negara pada Rabu lalu, diterajui Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) yang dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas.

Ungkapan yang tidak sedap didengar dan kain rentang yang tertulis dengan tulisan yang tidak patut ditulis kelihatan di dalam himpunan tersebut. Himpunan ini merosakkan sambutan Hari Malaysia yang  sepatutnya disambut dengan penuh harmoni dan mahabbah sesuai dengan masyarakat majmuk.

Himpunan yang lebih kepada emosi sahaja. Mereka tahu bahawa orang Melayu cukup termakan dengan emosi. Apa yang hendak diemosikan lagi.

Sepatutnya Umno yang menjadi tonggak kuasa mesti ada tindakan yang pro aktif untuk menaikkan taraf hidup orang Melayu. Pemimpin Umno kena suluh cermin dan letak tangan atas kepala mencari sebab kenapa Melayu tertinggal. Buangkan sikap diskriminasi kerana berbeza ideologi, mesti buta warna untuk membantu kepada mereka yang memerlukan.

Negara sudah 58 tahun merdeka dan sudah ada Sebelas Rancangan Malaysia. Tetapi ke manakah wang berbilion telah dihabiskan. Persoalannya, ke manakah orang Melayu sekarang?

Tindakan polis tidak membenarkan melalui Jalan Petaling satu langkah yang bijak. Lebih baik mencegah daripada mengubat. Berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku ketika emosi memuncak. Di dalam keadaan polis melarang itupun mereka yang tidak bertanggungjawab cuba membuat provok sehingga berlaku kekecohan.

Nasib baik tidak terjadi apa-apa yang lebih mudarat. Jika ada pula satu pihak yang menyambut provokasi tersebut maka sudah tentu akan menimbulkan suasana yang tidak diingini. Waktu itu yang kalah menjadi abu, yang menang menjadi arang.

PAS tegas menolak sebarang himpunan yang boleh mencetuskan keharmonian kaum dan mengganggu kehidupan masyarakat majmuk. - HARAKAHDAILY 18/9/2015

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS

Sumber HD - 18-9-2015









Kenyataan Annuar bercanggah dengan Islam - Mapim

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengesa Tan Sri Annuar Musa menarik balik kenyataannya  yang memberi implikasi dan gambaran yang salah mengenai Islam.

Kenyataan Anuar Musa, ketika mempertahankan perhimpunan 16 September baru-baru ini apabila beliau menyatakan beliau adalah seorang rasis dan menambah dengan mendakwa beliau adalah rasis Islam.

"Dari mana Anuar mendapat fahaman ini. Dengan menyatakan pendirian tersebut seolah-olah beliau mendakwa dalam Islam ada fahaman rasisme. Apakah asas beliau untuk mengatakan wujud rasisme dalam Islam?

"Lebih berat lagi ialah  beliau telah menghina kesucian Islam sebagai agama yang mengajar sikap saling menghormati antara kaum," soal Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Jelas Mohd Azmi, perasaan marah kepada satu pihak yang kebetulan adalah satu kaum, tidak boleh dijadikan alasan untuk Anuar mengisytiharkan adanya rasisme dalam Islam.

Secara definisi, rasisme adalah sikap prejudis , diskriminasi atau menimbulkan rasa kebencian terhadap seseorang berasaskan bangsa dengan kepercayaan bahawa bangsanya sendiri adalah lebih tinggi darjatnya.

"Kami amat kesal keghairahan beliau untuk mempertahankan perhimpunan yang berbau rasis tersebut dengan alasan kononnya ada rasisme Islam," ujarnya.

Untuk mengelakkan kekeliruan, Mapim menyeru agar pihak berkuasa agama dan para alim ulama mengeluarkan kenyataan supaya sikap ini perlu dibetulkan dan pernyataan  Annuar itu ditolak dengan tegas. – HARAKAHDAILY 18/9/2015

Sumber HD - 18-9-2015


Pas punca penyertaan himpunan di luar jangka
Posted on Thursday, September 17 @ 23:29:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



KUALA LUMPUR - Penganjur perhimpunan baju merah, Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau ada menghubungi pemimpin Pas untuk mempelawa parti itu untuk serta dalam program itu.

"Saya akui saya berhubung secara langsung dengan pimpinan Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, secara tidak rasmi mereka tidak halang ahli-ahli datang, itu pun sudah cukup bagi kita.

"Saya tak tahu (berapa ahli Pas hadir) sebab saya diberitahu secara tidak formal, mereka menjanjikan 10,000 ahli akan turut hadir," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Himpunan Baju Merah di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sebelum ini mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan Rakyat Malaysia Bersatu di lokasi sama.

Dalam masa sama, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini mengumumkan memberi komitmen untuk mengumpul sehingga 30,000 ahlinya dalam perhimpunan baju merah itu.

Ditanya tentang khabar angin mengatakan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir pada perhimpunan itu, hari ini, beliau bagaimana tidak dapat mengesahkannya.

"Saya terima visual di hadapan Padang Merbok bahawa Nik Abduh bersama dengan kumpulan pengiringnya.

"Sama ada dia hadir atau tidak, yang saya pasti ahli-ahli Pas juga bersama, kalau tidak seramai ini kita, semua datang, saya ucapkan ribuan terima kasih," katanya lagi.

sumber 


Sumber TKO - 17-9-2015


Apa motif sebenar himpunan ‘baju merah’

Posted on Thursday, September 17 @ 11:09:55 MYT by paktam

OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Di sebalik retorik perang, himpunan ‘baju merah’ di Kuala Lumpur semalam sebenarnya lebih mengenai sokongan kepada perdana menteri yang dilanda masalah, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya melindungi Umno, apatah lagi tentang mempertahankan hak dan maruah masyarakat Melayu.

Beberapa perkara yang berlaku sebelum perhimpunan mengiakannya. Malam sebelum perhimpunan tersebut, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa orang Melayu supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.



Pada masa yang sama tokoh berpengaruh Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad turut memperlekehkannya.

Laporan The Malaysian Insider juga memetik beberapa pemimpin akar umbi Umno berkata mereka menentangnya. Kedua-dua Muhyiddin dan Dr Mahathir adalah pemimpin Umno tidak sehaluan dengan Najib dan wakil kepada ahli parti yang kecewa dengan presiden Umno itu.
Tidak kurang pentingnya ialah kajian Merdeka Center pada Selasa yang menunjukkan hanya 24% orang Melayu ditemu bual berkata mereka menyokong perhimpunan tersebut.

Sebagai perbandingan, 53% berkata mereka menentangnya, satu petunjuk yang majoriti masyarakat tidak fikir pekerjaan, keluarga dan masa depan mereka diancam "kaum lain".

Tetapi apa yang jelas daripada perhimpunan itu, Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata masih ada kumpulan kecil penyokong Umno tegar yang benar-benar percaya permainan isu perkauman itu.

Paradoks kehilangan kuasa

Walaupun niat yang dinyatakan adalah untuk melindungi maruah Melayu, tiada seorang pun kecuali Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, memperincikan bagaimana kaum majoriti itu sedang dipinggirkan.

Juga tiada yang menyuarakan dakwaan rasuah dan salah urus kewangan terhadap syarikat pelaburan bermasalah negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun peribadi Najib.

Ibrahim hanya menyentuh mengenai tanah rizab Melayu yang merosot dalam tempoh 50 tahun lepas.Himpunan Rakyat Bersatu semalam tidak disokong 2 tokoh penting Umno iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 September, 2015.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut kuasa untuk menarik balik warta tanah rizab Melayu milik kerajaan negeri dan untuk 51 tahun yang lalu, Umno memerintah semuanya kecuali Kelantan.

Menurut penganalisis politik, Prof Shaharuddin Badaruddin, ia menggambarkan keseluruhan paradoks perhimpunan tersebut.

Shaharuddin dari Universiti Selangor berkata, ahli Umno berarak untuk melindungi orang Melayu pada suatu masa apabila semua institusi di negara ini dikawal mereka dan Umno adalah parti yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen.

"Jadi di mana ancaman Melayu kehilangan maruah atau kuasa? Selepas 58 tahun merdeka kita masih perlu ada perhimpunan seperti ini?" katanya.

Yang menimbulkan persoalan – adakah perhimpunan itu mengenai ahli Umno yang keluar untuk menyokong parti?

Bagi ahli Umno yang tidak muncul, ini ketakutan sebenar, kata Ibrahim.

"Perhimpunan dan retorik bercakap pada naratif lebih besar di mana Umno berdepan dengan prospek politik tidak menentu, kerana ekonomi hampir nazak, pengundi muram terbeban dengan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan pemimpin yang tidak popular."

Bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah juga tidak berfikir ia tentang menyelamatkan Umno dan menekankan kepada ketiadaan pemimpin Umno di perhimpunan tersebut.

Ahli paling tinggi kedudukan ialah Ahli Majlis Tertinggi Tan Sri Annuar Musa. Bandingkan ini dengan Bersih 4, yang dihadiri pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Ia bukan sebenarnya tentang menyokong parti tetapi tentang membela individu tertentu," kata bekas ahli Parlimen Temerloh itu.

Membela pihak yang tidak dapat dipertahankan

Saifuddin berkata, tanda paling jelas mengenai perhimpunan itu ialah bagaimana ia mahu menangani perhimpunan Bersih 4, 2 minggu lalu.

"Bersih 4 mempunyai 5 objektif utama. Ia juga termasuk matlamat meminta perdana menteri meletakkan jawatan,” katanya.

Peserta Bersih 4 menggesa Najib meletakkan jawatan atas dakwaan beliau menerima derma RM2.6 bilion.

Saifuddin meragui ‘baju merah’ menentang mana-mana 5 objektif, termasuk pilihan raya adil dan kerajaan yang bersih. Sasaran paling berkemungkinan adalah seruan kepada Najib untuk meletak jawatan.

"Jika Bersih 4 mahu menjatuhkan kerajaan, akan ada lebih ramai orang di perhimpunan tersebut.
"Tetapi saya rasa orang Melayu faham jika kita menukar perdana menteri, kerajaan akan tetap Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

Dan di sinilah retorik perkauman datang, kata Saifuddin.

"Anda tidak boleh berhimpun untuk sesuatu atau seseorang yang tidak dapat dipertahankan dan mengharapkan orang ramai muncul menyertainya. Jadi anda menggunakan isu perkauman dan bermain dengan emosi."

Slogan kedua paling popular dalam himpunan berkenaan selain "Melayu perlu bangkit" adalah "mempertahankan kerajaan yang dipilih rakyat".

Tetapi tidak ada yang menjawab apabila ahli politik yang berucap pada perhimpunan itu berkata 'Hidup Umno'.

Dalam perjalanan ke perhimpunan tersebut, penulis terserempak dengan rakan Melayu yang sedang dalam perjalanan ke sebuah kompleks beli-belah.

Apa yang dikatanya menggambarkan bagaimana Melayu bandar, bertindak balas terhadap ‘baju merah’.

Daripada semua orang Melayu yang dikenalinya, hanya seorang saja pergi ke Padang Merbok.

Dan bagaimana pula dengan rakan-rakan Melayu lain, apa yang mereka fikirkan?
"Rakan Melayu saya yang lain pergi ke Bersih 4," katanya.
- TMI

Sumber DD - 17-9-2015















Kami sedia tanggung kos kerosakan- Jamal Yunos
Posted on Thursday, September 17 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR : Penganjur Himpunan Baju Merah sedia membayar segala kos kerosakan yang dibuat oleh peserta himpunan di ibu negara.

Janji itu dibuat oleh Pengerusi NGO Gabungan Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus ketika diminta mengulas mengenai sampah sarap di Padang Merbok.

Menurutnya, pihak penganjur telah berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai segala kerosakan yang dibuat oleh peserta.

“Pihak penganjur telah berbincang dengan DBKL dan bersetuju membayar apa-apa kos yang melibatkan sampah dan sebagainya,” ujarnya.

Sebelum ini, pada himpunan Bersih 4.0 yang lalu, penganjur perhimpunan iaitu Bersih 2.0 diarah untuk membayar RM65,000 bagi menanggung membaiki kerosakan dan kos kerja-kerja pembersihan sepanjang dua hari perhimpunan itu diadakan di ibu negara.

Sumber Link

Sumber TKO - 17-9-2015

Nik Abdul Naik Kapal Terbang Dari Penang ke Kota Bharu, Macam Mana Hadir?
Posted on Thursday, September 17 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan beliau hadir ke himpunan baju merah seperti yang didakwa beberapa pihak.

“....tidak berlaku hari ini,” katanya ringkas kepada The Rakyat Post, hari ini.

Terdahulu, sekeping foto yang memperlihatkan dirinya memakai baju merah tersebar di media sosial yang mengaitkan dirinya hadir dalam himpunan tersebut.

Tambah Mohamad Abduh, foto berkenaan adalah ketika perhimpunan lawan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tahun lalu.

Katanya lagi, foto itu tersebar lebih kurang jam 4 petang tadi, beliau sedang berada dalam pesawat yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kota Bharu.

“Ya la.. terbang dari Penang ke Kota Bharu. Itu gambar lawan GST dulu,” katanya.

Sebelum itu penganjur perhimpunan baju merah, Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau ada menghubungi pemimpin Pas untuk mempelawa parti itu untuk serta dalam program itu.

"Saya akui saya berhubung secara langsung dengan pimpinan Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, secara tidak rasmi mereka tidak halang ahli-ahli datang, itu pun sudah cukup bagi kita.

"Saya tak tahu (berapa ahli Pas hadir) sebab saya diberitahu secara tidak formal, mereka menjanjikan 10,000 ahli akan turut hadir," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Himpunan Baju Merah di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sebelum ini mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan Rakyat Malaysia Bersatu di lokasi sama.

Dalam masa sama, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini mengumumkan memberi komitmen untuk mengumpul sehingga 30,000 ahlinya dalam perhimpunan baju merah itu.

Ditanya tentang khabar angin mengatakan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir pada perhimpunan itu, hari ini, beliau bagaimana tidak dapat mengesahkannya.

"Saya terima visual di hadapan Padang Merbok bahawa Nik Abduh bersama dengan kumpulan pengiringnya.

"Sama ada dia hadir atau tidak, yang saya pasti ahli-ahli Pas juga bersama, kalau tidak seramai ini kita, semua datang, saya ucapkan ribuan terima kasih," katanya lagi.

Sumber Link


Sumber TKO - 17-9-2015

2 ditahan bantu siasat rempuhan di Jalan Petaling, kata polis
Posted on Thursday, September 17 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di hadapan Jalan Petaling di Kuala Lumpur hari ini selepas sekumpulan peserta "Himpunan Rakyat Bersatu" cuba merempuh kawalan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah.

"Semasa perhimpunan, terdapat sekumpulan lelaki cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki kawasan Jalan Petaling.

"Keadaan itu menyebabkan seorang anggota polis patah jari tangan ketika cuba menghalang mereka manakala seorang lagi anggota cedera di bahagian kepala dipercayai terkena benda keras.
"Keadaan ini menyebabkan polis melepaskan semburan air untuk meredakan ketegangan," katanya kepada Bernama.

Tajudin berkata perhimpunan di Padang Merbok bersurai jam 6.30 petang manakala di Jalan Petaling pada jam 7.00 petang.


Sumber TKO - 17-9-2015


Baju Merah vs Baju kuning , Baju Hijau pulak diseret sama!

Posted on Thursday, September 17 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




Assalamualikum, Perhimpunan baju merah yang berlangsung  hari ini, 16 sept 2015 merupakan respon kepada perhimpunan bersih 4.0 yang berlangsung menjelang hari merdeka dulu.Ianya secara jelas anjuran UMNO yang menaja beratus buah bas untuk mengangkut peserta himpunan.Ianya menandakan berlakunya pertembungan kaum yang nampaknya menguntungkan Najib kerana dengan menunjukkan pertembungan kaum ini dapat menutup segala kesalahannya yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan kaum.

Punca kepada perhimpunan baju merah hari ini datang dari perhimupun bersih 4.0.Penampilan 90% kaum cina semasa bersih telah menukar tujuan perhimpunan daripada tuntutan pilihanraya yang bersih kepada tuntutan penggulingkan Najib lebih lebih lagi dengan kehadiran Mahathir yang dialu alukan olih pemimpin pembangkang serta bertukar kepada simbol anti melayu dengan kejadian memijak gambar Najib dan TGHH olih peserta bersih 4.0 dari kaum cina.

Kesilapan besar berlaku semasa bersih 4.0 memberi peluang kepada Najib dan UMNO untuk membalas perhimpunan bersih 4.0 dengan perhimpunan hari ini yang temanya jangan cabar orang melayu khusus ditujukan kepada kaum cina yang sebenar didalangi olih DAP.

Jelasnya, pertembungan baju merah dengan baju kuning ini sebenarnya pertembungan antara UMNO balaci Najib dengan DAP budak suruhan LKS.Tidak lebih dari itu tetapi untuk menunjukkan perhimpunan baju merah turut disertai olih semua kaum melayu, PAS cuba diseret sama kerana perhimpunan ini tidak bermakna tanpa penyertaan PAS yang merupakan salah satu parti dominan melayu.Untuk itu digubah keadaan seperti adanya ketua pemuda PAS bersama unit amal berganding tangan dengan pemuda UMNO turut sama dalam perhimpunan itu.Kemudianya cerita ketua pemuda PAS dan unit amal turut serta dalam perhimpunan dijaja ke sana ke mari.Untuk meyakinkan lagi gambar ketua pemuda PAS berbaju merah ketika bantahan GST dulu dipamirkan sebagai bukti kehadirannya di perhimpunan baju merah.Tanpa sedar gambar tersebut turut mempamirkan gambar Azmin Ali, MB Selangor.Percubaan yang kantoi!

Apa yang cuba disampaikan ialah perhimpunan baju merah diadakan demi survival Najib dengan menggunakan perkauman.Dalam masa yang  sama LKS dan LGE juga turut menyumbang kepada terjadinya perhimpunan ini kerana menukar perhimpunan Bersih 4.0 kepada perhimpunan menentang Najib dan melayu.Memijak gambar Najib dan TGHH adalah kesilapan terbesar mereka kerana gagal mendidik peserta Bersih supaya berdisplin serta seruan menggulingkan Najib sebagai sokongan kepada Mahathir menyebabkan Najib bertindak balas dan inilah yang berlaku.

Ringkasnya berlaku pertembungan antara UMNO dan DAP kerana kesilapan yang dilakukan olih DAP, tetapi pertembungan ini cuba diterjemahkan sebagai pertembungan kaum dengan tak pasal pasal PAS nak diheret sama.Baju merah yang bertembung dengan baju kuning tetapi baju hijau pun nak diheret sama! apa cerita?
Sumber TKO - 17-9-2015


3 polis cedera, dibawa ke hospital
Posted on Thursday, September 17 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling, kata Timbalan Pengarah Jenayah Komersial dan Risikan SAC Roslan Abdul Wahid.

Katanya, ketiga-tiga mereka telah dibawa ke hospital dan hanya cedera ringan.

Selain itu, beliau juga memberitahu, polis terpaksa mengguna meriam air kerana peserta himpunan ingin merempuh kawasan perniagaan di kawasan itu.

"Kami perlu gerakkan aset, FRU (Unit Simpanan Persekutuan) dan tambah halangan keselamatan. Ketika itu kami cuba bercakap dengan mereka jangan rempuh halangan.

“Ada lima, enam kumpulan kecil tanpa pemimpin dan tiada kawalan.

"Apabila FRU tiba, kami cuba kekalkan supaya mereka tidak berlaku ganas," katanya kepada pemberita.

Polis antirusuhan petang tadi menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara setelah terdapat peserta enggan berganjak dari Jalan Petaling.

Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik selain membuat provokasi kepada polis, termasuk menggelar mereka “barua Cina”.

Lautan manusia berbaju merah hadir dalam perhimpunan hari ini, yang dilihat menyatakan sokongan kepada pentadbiran perdana menteri selain menyatakan bantahan kepada BERSIH 4 sebelum ini.

Polis hanya memberikan kebenaran berhimpun di Padang Merbok sahaja.

Kejadian di Jalan Petaling berlaku ketika kumpulan di Padang Merbok sedang bersurai.

Sumber LinK
Sumber TKO - 17-9-2015


Selepas 2 jam berkeras, peserta himpunan ‘baju merah’ akhirnya tinggalkan Jalan Petaling
Posted on Thursday, September 17 @ 03:45:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Selepas 2 jam bertempur dan berunding dengan anggota polis, peserta "Himpunan Rakyat Bersatu" akur dengan perintah pihak berkuasa untuk bersurai tanpa memasuki kawasan Jalan Petaling di Kuala Lumpur.

Meskipun pada mulanya enggan beredar, namun selepas dipujuk penganjur Datuk Jamal Yunus yang berjanji pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap peniaga Jalan Petaling.

"Kita minta KDN (Kementerian Dalam Negeri) ambil tindakan kepada peniaga-peniaga Jalan Petaling. Kita bagi masa 7 hari, kalau tak ada apa-apa tindakan saya akan jadi kepala untuk buat demo kat sini," katanya.

Beberapa peserta memberi alasan untuk memasuki kawasan tersebut kerana mereka ingin membeli barang.

"Kita nak masuk cuma nak beli barang sahaja. Kenapa tak bagi kita masuk," kata salah seorang daripada mereka.

Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa yang membuat halangan di kawasan tersebut membangkitkan kemarahan di kalangan mereka.

Peserta juga mempersoalkan mengapa kawasan tersebut ditutup pada hari ini, sedangkan ia beroperasi seperti biasa pada hari-hari lain.

Dalam sidang media terbarunya, Jamal berkata beliau hadir di Jalan Petaling kerana diminta polis untuk menyuraikan peserta.

"Saya ingin jelaskan semua yang ada di sini sudah balik. Tadi pihak polis minta saya datang, saya datang... untuk bantu berbincang dan menghalang mereka (peserta) dan alhamdullilah mereka bersetuju.

"Selepas ini kita akan maklumkan apa yang ingin dibuat," katanya kepada pemberita.
Beliau juga pada masa sama enggan memberi komen adakah perhimpunan tersebut berjaya susulan daripada insiden kekecohan.

Terdahulu, kekecohan mula berlaku ekoran provokasi daripada peserta baju merah yang ingin merempuh masuk ke dalam kawasan peniagaan Jalan Petaling yang kebanyakannya dikuasai peniaga Cina, meskipun mereka dihalang oleh pihak berkuasa.

SumberTKO - 17-9-2015

Himpunan merah: Rakyat bertenang, jangan beri reaksi

















HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta bertenang dan jangan memberi sebarang reaksi kepada Perhimpunan Baju Merah yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

"Anda akan termasuk perangkap jika anda menyebarkan gambar-gambar perhimpunan yang membawa mesej perkauman di sepanduk dan banner yang disengajakan mereka.

"Anda akan terkena perangkap jika anda mula berbicara mengenai insiden-insiden kurang enak yang terjadi di perhimpunan tersebut.

"Anda akan termakan racun jika anda mula terasa hati dengan ucapan-ucapan yang dilaungkan di perhimpunan tersebut," ujar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Menurutnya, itu yang dikehendaki mereka di mana rakyat Malaysia sibuk dibuai dengan bicara perkauman.

Beliau berkata, muslihat mereka jelas kerana tiada satu sepanduk mahupun banner mahupun sepatah ayat yang bertanya mengenai derma RM2.6 bilion ke dalam akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kejatuhan nilai Ringgit, 1MDB dan juga inflasi yang sedang dihadapi rakyat.

"Jangan biarkan muslihat mereka untuk mengalihkan tumpuan kamu berjaya," ujarnya lagi.

Tambah beliau, tindak-tanduk peserta Perhimpunan Merah bukanlah tindak-tanduk orang Melayu.

"Itu mirip tindak-tanduk Umno, yang sedang kita usaha untuk menumbangkannya pada PRU14 bagi menghentikan kerosakan berterusan terhadap perpaduan nasional dan juga masa depan Malaysia," katanya. - HARAKAHDAILY 16/9/2015

Sumber HD - 16-9-2015

TMI cuba rosakkan reputasi Nik Abduh, kata Nasrudin

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: "Fitnah dan percubaan yang tidak bermoral dari TMI yang cuba merosakkan reputasi YB Ustaz Nik Mohamad Abduh," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada twitter portal The Malaysian Insider (TMI) kononnya Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut serta dalam himpunan baju merah di ibu negara, petang tadi.

"Semalam Ustaz Nik Mohd Abduh travel bersama saya ke Merbok untuk menghadiri Tamrin PAS Kawasan Merbok di Kem Merbok Indah.

"Slot saya jam 9.30 semalam sementara slot YB Ustaz Nik Mohd Abduh adalah pagi ini.

"Flight pulang YB Nik Mohd Abduh adalah jam 5 petang tadi dari Penang ke Kota Bharu," jelas Nasrudin kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Menurut Ahli Parlimen Temerloh itu lagi, gambar yang disebar kononnya melibatkan Nik Abduh itu adalah himpunan membantah GST suatu ketika dahulu. - HARAKAHDAILY 16/9/2015

Sumber HD - 16-9-2015


Perhimpunan Merah: FRU lepaskan tembakan meriam air (video)

Posted on Wednesday, September 16 @ 17:33:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
https://www.youtube.com/watch?v=fPX39KsojYw&feature=player_embedded

Akibat enggan bersurai dan tindakan ganas peserta 'baju merah' membaling botol dan batu, anggota FRU melepaskan tembakan meriam air.


https://www.youtube.com/watch?v=KSNpyLS78o0&feature=player_embedded

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=iPVhnl7FfEU

Sumber TKO - 16-9-2015


Pemandangan Himpunan Merah Berarak Ke Padang Merbok
Posted on Wednesday, September 16 @ 17:06:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Peserta berhimpun di Padang Merbok. Mereka membawa sepanduk “hidup Melayu”, “Melayu bersatu” dan bendera negeri masing-masing.









Sumber TKO - 16-9-2015



Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Peserta Himpunan Rakyat Bersatu atau himpunan baju merah yang mula membanjiri ibu negara

Posted on Wednesday, September 16 @ 15:00:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Rakyat Bersatu atau himpunan baju merah yang mula membanjiri ibu negara sejak pagi tadi datang dari pelbagai lokasi.

Menurut salah seorang peserta, Mohd Ali Yusof, 54, ‎yang berasal dari Alor Setar Kedah, sebanyak 20 buah bas dari negeri itu datang ke himpunan pada hari ini.

"Dari Kedah ramai, Alor Setar sahaja sudah 20 buah bas, kami bertolak awal pagi tadi," katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu,terdapat beberapa peserta yang mengedar salinan 'Ikrar Sumpah Melayu' kepada peserta untuk dibacakan dalam himpunan nanti.

Antara kandungan ikar tersebut ialah menyeru agar orang Melayu bersatu dan mempertahankan maruah mereka.

Selain itu, terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan menjual air minuman kepada peserta.

Pihak berkuasa seperti polis dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelihatan mengawal lalu lintas di sekitar‎ lokasi himpunan.

Di beberapa lokasi, keadaan sedikit tidak terkawal apabila peserta mahu 'merempuh' masuk ke Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling yang sememangnya tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.


- Sinar Harian

Sumber TKO - 16-9-2015


Nik Abduh Nik Aziz Dan Azmin Ali Turut Serta Himpunan Merah Pagi Ini????????
Posted on Wednesday, September 16 @ 17:37:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Punyalah ghairah nak beritahu satu dunia Himpunan Merah mendapat sokongan padu dari orang-orang Melayu sampai sanggup dan tergamak memuat naik gambar Ketua Pemuda PAS berpakaian baju merah ketika berada di Himpunan Bantah GST pada 1 hb Mei 2014 di Dataran Merdeka.

Sanggup heret Ketua Pemuda PAS kononnya himpunan merah mendapat restu dan sokongan padu dari beliau dan parti PAS.

Dalam keseronokkan itu situkang muat naik gambar ini lupa individu yang paling hadapan itu ialah Timbalan Presiden PKR merangkap Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali .. apakah Azmin Ali pun turut serta dalam Himpunan Merah... tak kanlah Azmin pun turut serta .. aduhhh!!!!!!

Hentikanlah buat kerja yang memalukan ini ... peliknya ada yang percaya dan sanggup kongsi cerita fitnah dan karut ini.

Himpunan Merah berkumpul di Padang Merbok bukannya di Dataran Merdeka.

Sumber Link


Sumber TKO - 16-9-2016


Perhimpunan Baju Merah Agaknya Terima Bil Perhimpunan 16 September ??

Posted on Wednesday, September 16 @ 07:02:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: PAS mempersoalkan sama ada penganjur perhimpunan baju merah dan Himpunan Rakyat Bersatu akan menerima bil pembersihan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagaimana yang dilakukan terhadap Bersih 4, baru-baru ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man percaya rakyat akan membuat perbandingan mengenai tindakan polis dan kerajaan terhadap penganjur kedua-dua perhimpunan tersebut.

"Apakah ada yang lebih menjengkelkan di perhimpunan 16 September nanti? Apakah pula nilai bil membersihkan Kuala Lumpur yang akan diterima penganjur selepas perhimpunan nanti? Apakah pihak berkuasa boleh bertindak secara konsisten dan adil?

"Tindakan pihak polis dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum, semasa dan selepas Bersih 4 akan menjadi perhatian khusus terhadap penilaian sikap mereka yang bakal diambil di perhimpunan baju merah 16 September ini," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.


Malah, Tuan Ibrahim turut mempertikaikan sama ada penganjur akur dengan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak membenarkan peserta berhimpun di tiga lokasi panas iaitu Bukit Bintang, Jalan Petaling dan Plaza Low Yat.

"Persoalannya, apakah penganjur akan akur dengan larangan ini," soalnya.

Pada masa sama, beliau turut membangkitkan sama ada perhimpunan tersebut tidak akan mengganggu peniaga dan tidak bersifat perkauman seperti dakwaan yang dilemparkan terhadap penganjuran Bersih 4.

"Apakah perhimpunan baju merah tidak mengganggu peniaga sebagaimana yang didakwa terhadap Bersih 4?

"Apakah kedai tidak perlu ditutup dan peniaga akan mendapat manfaat dari himpunan tersebut? Apakah ia akan mengganggu jalan lintas? Apakah sentimen perkauman akan dimainkan?," soalnya lagi.

Tuan Ibrahim turut menegaskan, PAS tidak akan membenarkan ahlinya menyertai perhimpunan anjuran Umno itu walaupun kecewa dengan tindakan segelintir peserta Bersih 4 yang bertindak memijak gambar pemimpin Umno dan juga PAS.

"Ketika Bersih 4, ada usaha pihak tertentu membuat provokasi meletakkan gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS untuk dipijak sebagai simbolik kerjasama antara PAS dan Umno. Tapi, hakikatnya usaha provokasi ini gagal.

"Ia adalah tindakan pihak yang tidak faham dengan keadaan semasa. Lebih mengharukan apabila Presiden PAS memaafkan tindakan mereka," katanya.
Sumber TKO - 16-9-2015


Umno Jadikan Hari Malaysia 16 Sept. Sebagai Pentas Perkauman

96ea
Berbelanja besar kali ini UMNO untuk menjayakan himpunan perkauman terbesar, dengan disediakqn khidmat bas percuma dan Wang poket sekuranng-kurangnya RM100 seorang. Dapat t shirt percuma lagi.

Mereka yang kritis akan melihat jurang antara kaum sedang dilebarkan lagi.

BERSIH 4 yg didominasi lebih 90% masyarakat cina yang terselit insiden memijak 2 pemimpin pemimpin tertinggi dan dihormati oleh parti parti masing masing PAS dan UMNO yg merupakan parti parti terbesar yang dianggotai dan disokong orang orang Islam adalah kegagalan total.

Tidak ramai benar benar ingat perjuangan sebenar BERSIH 4 adalah berkenaan isu isu pokok yg diperjuangkan tentang pilihanraya yang bersih, proses yang telus, ruang demokrasi yang adil, kebebasan media.

Masyarakat melayu telah dihasut oleh media arus perdana untuk menerima BERSIH 4 sebagai provokasi menunjuk kuasa kaum tertentu yqng mahu menunjuk dominan. Tindakan tindakan pemimpin tertentu yang chauvinist memburukkan lagi tanggapan ini.

Mereka yang hadir dalam himpunan ‘Melayu’ hari ini mungkin bertujuan memberi mesej keras jangan dicabar sensitiviti antara kaum.

Akan tetapi tidak dapat dielak, himpunan merah yang dijenamakan dengan tema perkauman itu sendiri cuma menambah keresahan antara kaum.

Tak dapat disembunyikan tujuan sebenar UMNO adalah untuk menggunakan himpunan ini sebagai bukti bahawa UMNO di bawah kepimpinan DS Najib mendapat sokongan besar dari rakyat.

Kerana itu mereka sanggup berbelanja besar. Mengarahkan pelbagai kerahan dan menaja tarikan kebendaan.

Cuma mesej besar kepada masyarakat dunia nanti mungkin akan berbunyi,

“walau begitu besar kesalahan kepimpinan DS Najib yg terpalit pelbagai isu isu besar yang menggoncang negara Malaysia. Ekonomi, kegagalan projek projek mega yg utama, rasuah, menipu rakyat, masalah sosial, jenayah dan kualiti kehidupan rakyat yg terpaksa menanggung kesalahan beliau dalam bentuk kos sara hidup yg melambung, namun orang orang melayu tetap halal kan kerana dia pemimpin UMNO, kerana dia orang melayu!”

PAS menentang sikap begini kerana ini fahaman Assobiyah perkauman yg diharamkan oleh Islam.
Islam menerima kasih dan sayang kepada kaum dan keturunan sebagai fitrah manusia yg semulajadi.

Tetapi di sana ada batas batas syariat yg mencegah berlakunya amalan menyeleweng sehingga mempertahankan mereka yg jahat semata mata kerana mereka datang dari kaum sendiri. Amalan yg menghalalkan rasuah, kronisma dan nepotisma.

Islam menentang itu.

Gagasan Membina Malaysia Sejahtera yg dibincangkan dalam Kongres Rakyat 12hb September 2015 yg lalu di Shah Alam, melalui ucaptama Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di atas kapasitinya sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Se Dunia, antara lain menjelaskan permasalahan ini yg menjadi punca rosaknya kehidupan bernegara.

Perosak perosak yg berselindung di dalam bukit yg mengotorkan dengan najis najis penyelewengan, salahgunakuasa, diskriminasi, kezaliman, rasuah dan berbagai kejahatan yang membinasakan tiang seri negara.

16hb September setiap tahun kita sambut Hari Malaysia. Ia seharusnya hari yang menyuburkan prinsip prinsip kerukunan bernegara. Memupuk perpaduan antara kaum dan bangsa
Tetapi UMNO memilih menjadikan hari ini medan menunjuk kuasa.

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
16hb September 2015

Sumber BO - 16-9-2015


Perhimpunan baju merah: tuan rumah ke hantu rumah?

Posted on Tuesday, September 15 @ 14:39:06 MYT by paktam

Oleh Farouk A. Peru

Kadang-kadang, saya tertanya juga kalau-kalau Melayu rasis yang menunjukkan belang mereka benar-benar percaya dengan royanan mereka itu.Sekarang ini, mereka sedang menyiapkan diri untuk perhimpunan “Redshirts” yang kononnya mahu mempertahankan maruah Melayu. Daripada ancaman siapa pulak tu? Ancaman Cina DAP kononnya.

Yang hairannya, angkara Umno yang merugikan negara berbilion-bilion ringgit tidak pula mengancam maruah Melayu. Perhimpunan Bersih 4 yang tidak pun menyebut kalimah ‘DAP’ tetapi menuntut pilihan raya yang adil dan saksama pula menjadi sasaran mereka. 


Adakah maruah Melayu memerlukan pilihan raya yang berat sebelah dan zalim sebelum boleh memberi kejayaan kepada Melayu rasis ini?

Jadi mereka hanya boleh jadi pemenang jika peraturan diubah mengikut haluan mereka. Alangkah malunya!

Dalam huru-hara ini timbul pula memo Facebook daripada seorang yang menamakan dirinya “Jogho Kelate” (Juara Kelantan).

Orang yang tidak berani memberi namanya yang sebenar mengatakan dalam Facebook: “Kita bukannya nak halau orang yang tumpang rumah kita. Kita hanya nak ajar penumpang supaya kenal tuan rumah. Jom sertai perhimpunan Melayu bersatu pada 16 September 2015.

Saya yang sudah masak dengan retorik angkatan Melayu rasis ini memang tidak terkejut langsung dengan kata-kata mereka. Yang saya tertarik ialah mentaliti mereka-mereka yang tidak tahu malu ini.

“Jogho Kelate” ini sanggup menamakan dirinya sebagai “tuan rumah”. Adakah dia benar-benar tuan rumah atau kelibat yang mengganggu ketenteraman negara, iaitu hantu rumah?

Mari kita fikirkan penyataan “Jogho Kelate” ini.  Dia menamakan orang bukan Melayu sebagai “penumpang”. Bagaimana kita boleh tahu maksud ini? Kerana yang dipanggilnya untuk berhimpun ialah orang Melayu sendiri. Jadi orang Melayu bukan penumpang walhal kaum-kaum lain hanyalah penumpang.

Adakah analogi ini sahih dan boleh dipakai? Jika kita memanggil orang ‘penumpang’ maka mereka tiada hak ke atas pentadbiran dan ketuanpunyaan negara. Jadi mereka bukannya rakyat yang sah.

Jika penggunaan kalimah “penumpang” ini benar,  “Johgo Kelate” patut didakwa kerana menolak perjanjian yang dimeterai sebelum Merdeka.  Bukan sahaja itu dia menolak Rukun Negara yang memelihara keluhuran perlembagaan.

Kita juga patut bertanya, mengapa kaum-kaum lain adalah penumpang apabila mereka secara keseluruhan membayar cukai yang lebih daripada kaum Melayu sendiri? Adakah ini “perniagaan” yang adil?

Mereka menghabiskan seluruh hidup mereka di negara di mana mereka hanya dianggap penumpang. Jika kita membeli perabot, perkakas rumah, kereta atau rumah pun, satu hari kita akan habis pembayaran dan akan menjadi tuan punya harta itu.

Tapi tidak di Malaysia versi “Johgo Kelate” ini jika kita bukan Melayu.  Inilah adalah mentaliti yang zalim yang patut dibuang daripada negara moden dan berdemokrasi. Jika kita menganggap kaum-kaum lain hanya sebagai penumpang, mengapa kita mengharapkan mereka juga menyumbang kepada kemajuan negara?

“Johgo Kelate” juga melabel orang Melayu sebagai ‘tuan rumah’.  Apakah yang melayakkan orang Melayu menjadi tuan rumah pula? Kita pun menjadi pendatang ke semenanjung ini suatu masa dahulu. Yang membezakan antara kita dan kaum-kaum lain ialah masa kedatangan kita ke tanah ini, itu saja.

Sebenarnya, kita juga sudah menjual negara ini suatu masa dahulu kepada penjajah. Itulah sebabnya kita terpaksa berjuang untuk mendapatkan kembali tanah jajahan British. Adakah “Johgo Kelate” melupai yang semasa perjuangan ini, kaum-kaum lain juga menyertai kita? Adakah adil yang selepas kita telah berjaya mendapatkan kemerdekaan, kita menjadi “tuan rumah” walhal mereka menjadi penumpang? Memang tiada keadilan dalam penilaian “Johgo Kelate”.

“Johgo Kelate” juga ingin “mengajar” kepada “penumpang”. Apa yang ingin diajarnya? Sopan-santun? Budi bahasa? Sikap toleransi dan kejiranan? Sama sekali tidak! Dia ingin mengajar kepada kaum-kaum lain yang dia sebenarnya tuan rumah dan mereka sebagai penumpang harus menikus dan berdiam diri.

Di mana “Johgo Kelate” mendapat prinsip ini, yang mengatakan jika kita dizalimi, kita patut menikus sahaja? Sememangnya bukan daripada agama Islam yang mengajar umatnya menyuarakan pendapat apabila dizalimi pemerintah. Jadi adakah “Johgo Kelate” menolak prinsip Islam ini?

Sebenarnya mentaliti yang dipamerkan Melayu baju merah rasis adalah mentaliti yang paling jijik.

Jijik kepada budaya Melayu, jijik kepada agama Islam dan juga jijik kepada silaturahim antara insan. Mereka ini hanya berpegang kepada ide yang orang Melayu itu tuan punya negara kita.

Itulah tahap daya falsafah mereka. Tiada pemikiran yang diperlukan. Mereka tidak bertanya untuk menyoal, bagaimana mereka boleh menjadi tuan punya negara kita? Mereka tidak menyoal, adakah kaum-kaum lain tiada sumbangan kepada negara kita?

Mereka tidak bertanya, apakah adil untuk mendapat hak semata-mata kerana mereka itu dilahirkan dalam sesuatu bangsa. Beranikah mereka bertanya, bagaimana pula sesetengah pendatang selepas merdeka boleh diiktiraf sebagai bumiputera walhal kaum-kaum lain tidak boleh?

Daya pemikiran cetek inilah yang mengakibatkan mereka mudah menjadi alat yang dimanipulasi kaum elit yang sudah terdesak untuk memegang kuasa yang kian lama, kian terlepas daripada tangan mereka.

Saya menyeru kepada bangsa Melayu, usahlah terpedaya dengan langkah silat politik “tuan rumah” ini. Mereka ni bukanlah tuan rumah tapi sebenarnya hantu rumah. Rumah yang aman tenteram diganggu oleh hantu-hantu ini kerana mereka ingin makan percuma, itu sahaja.

Mereka mengharapkan kerajaan terus memberi mereka layanan ini semata-mata kerana mereka “tuan rumah”. Harapan ini tidak realistik langsung. Al-Quran sendiri menyatakan yang insan itu tidak akan dapat selain daripada apa yang diusahakan dengan gigih (Surah An-Najm, Ayat 39).

Jadi apakah gunanya kita lantang tentang identiti Islam jika perkara mudah sebegini pun kita gagal?

Tinggalkanlah mentaliti rasis ini dan jadilah rakyat Malaysia yang sama dengan kaum-kaum lain.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/farouk-a-peru/article/perhimpunan-baju-merah-tuan-rumah-ke-hantu-rumah#sthash.edLAgIjr.dpuf

Sumber DD - 15-9-2015


Mufti perlu keluar fatwa atas himpunan baju merah, kata Abim

Posted on Tuesday, September 15 @ 13:34:11 MYT by paktam

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa para mufti bersuara bagi mengeluarkan fatwa atau penjelasan hukum mengenai perhimpunan baju merah yang bakal diadakan esok, lapor Sinar Harian hari ini.

 Presidennya Amidi Abdul Manan menuntut mufti berbuat demikian agar rakyat tidak nampak seperti adanya sikap berat sebelah di kalangan agamawan.


"Jika dulu Mufti Kelantan (Datuk Mohamad Shukri Mohamad) kata, Bersih 4 haram, maka beliau juga patut buat penegasan untuk perhimpunan baju merah ini.


"Jika mufti berdiam diri, akan beri imej tidak baik, kerana dikatakan tidak berlaku adil," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Beliau menyifatkan tindakan penyokong perhimpunan baju merah itu yang membakar patung-patung menyerupai penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai perbuatan melampau.

Peserta himpunan tidak sepatutnya membangkitkan kontroversi apatah lagi melibatkan kaum, kata Amidi.

"Ini satu contoh tidak baik, pihak berkuasa perlu bertindak seperti mana yang berlaku pada peserta Bersih 4 yang lalu.

"Mereka patut lebih rasional, saya juga tidak rasa ahli Umno yang lain merestui perbuatan sedemikian," katanya.

Himpunan baju merah atau Himpunan Maruah Melayu, anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), dijadualkan berlangsung esok di Padang Merbok, Kuala Lumpur.-.themalaysi-aninsider.com

Sumber DD - 15-9-2015


Himpunan Melayu Bersatu; Kenapa Kerah Peneroka?

ku-nan-baju-merah
Oleh : Naraza Muda

Tidak kena pada tempat dan masa. Pihak pengajur memaksa peneroka Felda yang hampir semuanya mendapat gelaran warga emas untuk mengarahkan mereka berdemo isu melayu bersatu dalam keadaan IPU yang mencatat bacaan tidak baik.

Kerajaan mula cuba mengelirukan pemikiran peneroka Felda yang mulai sedar isu saham FGV mula memberi kesan dan kebimbangan mereka terhadap dakwaan peneroka akan terjejas dengan perkembangan kedudukan pasaran saham FGV yang merudum teruk melepasi kejatuhan 70 peratus daripada harga IPO.

Ada sesetengah tempat pihak pengurusan mewajibkan peneroka Felda agar turun ke Kuala Lumpur untuk sertai “Himpunan Baju Merah” menyokong pimpinan Perdana Menteri.

Adalah lebih baik peneroka Felda berhimpun di pejabat Perdana Menteri, minta penjelasan kenapa harga saham jatuh, kenapa hutang kami sampai ratus ribu, kenapa harga komoditi sawit dan getah terus menjunam, kenapa projek Perumahan Generasi Baharu Felda ( PGBF) 20,000 unit gagal dilaksanakan, ke mana peruntukan RM1.4 billion untuk PGBF hilang?

Kenapa projek Felda Caviative Blue Dream Park rugi RM135 juta, padahal sebelum ini Felda bermatian pertahan projek ini akan untung RM360 juta setahun.

IMG-20150915-WA0033

Peneroka Felda kena tanya Perdana Menteri berapa kerugian Kilang TRT & ETGO di Canada. Masa nak beli kilang ini kata akan beri keuntungan besar, jika untung kenapa nak jual pula?

Peneroka kena tanya Perdana Menteri betul ke Tanah yang dibeli oleh KPF di Samarahan, 60 peratusnya tanah gambut? Berapa kos penanam sawit sekar di tanah jenis ini?

Soalan yang wajib Peneroka tanya Perdana Menteri ialah siapa FGV?

Siapa pemegang saham dalam dan luar negara? Jika pelabur asing membeli dan menguasai saham FGV semasa harga merudum ini apa akan terjadi kepada kami?

Dulu kerajaan kata ” tidak seinci pun tanah peneroka terlibat” . Jika tidak terlibat kenapa tanah kami dimasukan di dalam buku prospektus penyenaraian FGV yang setebal hampir 2000 muka surat.

Adalah lebih baik kerajaan turun ke 317 tanah rancangan Felda memberi penjelasan isu tanam semula, isu harga BTS, isu KPG, isu pewaris, isu perjanjian tanam semula yang berat sebelah, isu pembelian Hotel luar negara, isu pemilikan saham PT EHP syarikat perladangan Indonesia dan berbagai isu menghimpit warga Felda ketika ini.

Panggil semula pegawai-pegawai yang turun ke seluruh pelusuk Tanah Rancangan Felda yang memberi jaminan harga saham FGV akan mencapai sasaran RM7 sesaham dan ketika ini peneroka boleh jual dan mengecapi keuntungan.

Semoga dengan penjelasan isu-isu dapat memberi penjelasan kepada peneroka Felda Generasi pertam agar mereka tidak resah dan pastinya menganggu kesihatan mereka ketika dipenghujung usia…
▪ NARAZA MUDA adalah anak jati Felda Jerangau, Dungun, Terengganu yang juga Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.

Sumber BO - 15-9-2015























PAS kecam tindakan membakar patung

























SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS konsistan tidak bersetuju dan tidak akan bersekongkol dengan sebarang tindakan yang boleh mengundang kepada ketegangan, membenihkan rasa kebencian dan mencemari keharmonian masyarakat.

Sebaliknya, menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan rasa hormat-menghormati dan memelihara maruah sesama insan wajib disemai dan diamalkan.

Justeru, PAS mengecam perlakuan pihak tertantu yang bertindak membakar patung menyerupai pemimpin parti pembangkang yang didakwa berlaku di Kota Bahru Kelantan.

Katanya, amalan ini bukan sahaja tidak bertamadun malah bukan merupakan budaya masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi rakyat Kelantan yang berbudi bahasa dan mengutamakan keharmonian dan keamanan masyarakat pelbagai kaum.

"Demi menjamin kestabilan negara dan mengekalkan kesejahteraan rakyat, PAS menyeru semua pihyak terutama parti pemerintah supaya mengawal ahli dan penyokong masing-masing agar melihat masa depan kita semua dengan lebih optimis dan ralistik," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Pada 13 September lalu, Umno Bahagian Kota Baru menganjurkan sebuah program membakar patung pemimpin DAP berpakaian baju Bersih 4 sebagai persediaan untuk turun ke himpunan di Kuala Lumpur itu pada 16 September ini

Tindakan itu mendapat perhatian umum, apabila sebuah klip video dimuat naik di laman sosial YouTube, yang mana ahli-ahli Umno dilihat membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. – HARAKAHDAILY 15/9/2015

Sumber HD - 15-9-2015

Apa motif himpunan merah 16 Sept?

HARAKAHDAILY | .


Himpunan Bersih 1, 2, 3 dan 4 motifnya untuk menuntut pilihan raya yang adil dan demokrasi yang telus.

Himpunan membantah PPSMI supaya kerajaan membatalkan mata pelajaran Matematik dan Sains diajar di dalam Bahasa Inggeris.

Begitu juga himpunan supaya memansuhkan ISA. Himpunan membantah penyenaraian Felda Global Venture. Himpunan membantah GST.

Semua himpunan ini jelas dari segi matlamat dan tujuan.

Persoalannya himpunan merah 16 September ini, apa pula tujuannya.

Apakah himpunan ini sebagai reaksi himpunan Bersih 4 baru-baru ini?

Atau hanya untuk menutup dan mengalih isu yang melanda di negara ini terutama 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Yang paling kita bimbang himpunan ini kalau bertujuan untuk meniupkan semangat perkauman.

Sebenarnya himpunan merah tidak perlu dibuat kalau hanya hendak mengeluh kegagalan orang-orang Melayu yang ketinggalan dalam segala sudut kerana sebahagian besar penganjur ialah mereka yang menyokong parti yang terpalit dengan isu 1MDB.

Mereka boleh belasah perkara ini di dalam persidangan Umno, kenapa orang Melayu tertinggal sebab pemimpin Umno gagal melaksanakan amanah rakyat.

Jangan salahkan kaum lain dan orang lain. Tidak perlu menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan yang berpunca daripada diri sendiri.

Dunia akan ketawa, kenapa perlu merungut, sedangkan kamu perlu bertindak dan mengarahkan kerana mempunyai kuasa.

Himpunan ini tidak perlu kalau hendak tunjuk kekuatan orang Melayu sehingga menimbul keresahan orang lain, lebih-lebih lagi di dalam keadaan ekonomi yang mengucup dan nilai ringgit yang menjunam.

Kita bimbang tanggapan buruk di kalangan pelabur semakin buruk, maka impaknya kepada semua rakyat.

Di dalam dunia masa kini, politik yang menanamkan sentimen kaum sudah tidak relevan.

PAS sudah membuat ketetapan tidak terlibat di dalam himpunan merah 16 September ini.

USTA IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS - HARAKAHDAILY 14/9/2015

Sumber HD - 14-9-2015




























"Himpunan Baju Merah" - Akar Umbi Umno Nampak Lebih Cerdik

Posted on Monday, September 14 @ 13:56:08 MYT by paktam

Oleh Abu Hassan Adam

Walau pun ternampak dengan jelas tujuan ‘tersirat’ mengapa ‘Himpunan Baju Merah’ diadakan namun jika diperincikan maka jelas pula bahawa perhimpunan sedemikian tidak akan memberikan apa-apa faedah dan manfaat samada kepada orang Melayu atau bangsa Malaysia secara umumnya. Sememangnya tidak jelas tujuan dan matlamat perhimpunan berkenaan diadakan. 



            Yang selalu diteriakkan oleh golongan tertentu bahawa perhimpunan ‘Himpunan Baju Merah’ yang akan diadakan pada 16 September 2015 nanti adalah sebagai ‘tindak balas’ perhimpunan Bersih 4 yang diadakan baru-baru ini yang telah amat berjaya menarik perhatian lebih kurang setengah juta rakyat Malaysia (dari semua kaum) yang menyertainya. Dan telah ‘difitnahkan’ oleh pihak-pihak tertentu bahawa Perhimpunan Bersih 4 itu adalah anjuran kaum Cina untuk ‘menghina’ pemimpin Melayu. Jika diteliti dan diperhalusi jelas bahawa tuduhan sedemikian amat menyimpang jauh darpada kenyataan yang berlaku pada 29 dan 30 Ogos yang lepas. Tanyalah siapa pun ( yang berfikiran waras) yang hadir pada hari berkenaan pasti akan menyanggah tuduhan dan anggapan yang difitnahkan itu.

            Lantas ‘Himpunan Baju Merah’ atau pun nama barunya “Perhimpunan Rakyat Bersatu” yang akan diadakan pada 16 September 2015 adalah bertujuan untuk ‘menandingi’ dan menunjukkan ‘kekuatan’ dan ‘kehebatan’ perhimpunan yang dikatakan ‘kekuatan’ orang Melayu. 

Pada hakikatnya hanya segelintir orang Melayu sahaja, khususnya ahli UMNO (hanya segelintir juga) yang menyokong perhimpunan yang diadakan.

            Walaupun tidak mendapat sokongan rakyat terbanyak, “Pehimpunan Baju Merah’ tidak mendapat tentangan daripada pemimpin negara khsuusnya Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sendiri yang merasakan tidak ada halangan bagi ahli UMNO untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

            Yang agak menyedihkan ialah hasrat para peniaga di Jalan Petaling untuk menutup kedai mereka pada 16 September yang akan datang takut timbul keadaan yang tidak diingini ekoran daripada ‘Perhimpunan Baju Merah’ yang akan diadakan. Tindakan para peniaga demikian merupakan langkah bijak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan perkara yang tidak diingini berlaku. Dan jika dilihat dari sudut yang lain maka jelas perhimpunan yang akan diadakan ini amat mengganggu perniagaan yang dijalankan berbanding dengan Perhimpunan Bersih 4 yang baru lalu yang sangat-sangat dialu-alukan oleh para peniaga di persekitaran Dataran Merdeka. Ada peniaga yang merasakan bahawa mereka mengalu-alukan perhimpunan sedemikian yang mendatangkan keuntungan berpuluh kali ganda daripada hari-hari biasa.

            Jelas menunjukkan bahawa ‘Perhimpunan Baju Merah’ yang akan diadakan nanti mengganggu perniagaan di persekitaran dan pastinya menyusahkan rakyat terbanyak.

            Aku tertarik juga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh golongan akar umbi UMNO yang merasakan bahawa ‘Perhimpunan Baju Merah’ ini merupakan satu perhimpunan yang sia-sia tanpa mempunyai matlamat dan tujuan tertentu. Biar aku petik kenyataan seorang ahli Umno Kedah dan aktivis, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar yang mengatakan bahawa perhimpunan tersebut adalah sia-sia kerana tidak akan dapat mengubah nasib kaum Melayu dalam negara."Adakah selepas 16 September. Orang Melayu akan bertukar jadi pemain dan pemegang utama ekonomi negara?” Soalnya. (petikan “MALAYISAN INSIDER 12 September 2015 )
            Beliau juga mempersoalkan tentang hasrat dan matlamat perjumpaan itu diadakan. 
Beliau merasakan bahawa perhimpunan sedemikian tentunya tidak mendatangkan faedah sekiranya
 tidak ada matlamat yang jelas. Sekiranya perhimpunan ini betul-betul memperjuangkan sesuatu isu
yang membabitkan kepimpinan negara kini, maka sudah seharusnya perhimpunan ini mendesak
 agar pihak kepimpinan negara menyelesaikan segera isu IMDB dan isu RM 2.6 billion yang tertera
 dalam akaun peribadi DS Najib Tun Abdul Razak. Yang anihnya ‘Perhimpunan Baju Merah’ tidak
 langsung menyebut isu sedemikian sedangkan seluruh dunia mempersoal dan membincangkan isu
 sedemikian. Dengan demikian memberikan gambaran kepada penduduk dunia bahawa orang
 Melayu hanya memikirkan isu-isu remeh yang tidak langsung menyentuh persoalan bangsa dan
 negara, apatah lagi menyentuh persoalan yang berbentu global.

            Bagi aku Datuk Seri Zaienal Abidin Omar telah membangkitkan satu isu yang cukup
 ‘pertinent’ apabila beliau mempersoalkan,  "Adakah kaum Cina akan tunduk dan takut serta akan
 turut apa juga kemahuan Melayu? Tiada apa yang berubah kerana penoreh getah akan pulang
 menoreh pada 17 September dan seterusnya. Apa faedahnya?"
            Kenyataan dari ahli akar umbi UMNO dari Kedah itu semacam disokong pula oleh ahli
 UMNO dari Selangor. Bagi Ahli Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor Moohamad 
Faizal Abdul Raub pula, perhimpunan yang menggunakan nama Melayu itu hanya memberikan
imej buruk kepada kaum itu."Memang berhimpun hak rakyat Malaysia seperti mana Bersih 4,
tetapi isunya di sini himpunan tersebut kononnya untuk mempertahankan maruah dan ketuanan
Melayu. Kalau ikutkan situasi kini, Melayu Umnolah yang menjahanamkan bangsa sendiri,"
katanya kepada The Malaysian Insider.
            Maknanya golongan UMNO peringkat akar umbi telah merasakan bahawa ‘Perhimpunan Baju Merah’ itu tidak mempunyai matlamat tertentu, walaupun ‘dihalalkan’ dalam sistem pemerintahan demokrasi. Mungkin ramai lagi ahli UMNO di seluruh negara yang berpandangan seperti yang dilahirkan oleh tokoh UMNO berkenaan. Dan menampakkan kecerdikan yang menyerlah dikalangan golongan UMNO akar umbi berbanding dengan segelintir ahli UMNO yang tergolong dari kalangan elit (konon!)
abuhassanadam
14 September 2015

Sumber DD - 14-9-2015 

Jamal jangan lupa, Dr M juga warga Malaysia dan ahli Umno!

Posted on Monday, September 14 @ 13:48:27 MYT by paktam

Oleh Robin Stanley Augustin

Dengan perhimpunan baju merah pada 16 September yang semakin hampir, “kemasyhuran 15 minit” presiden Gabungan NGO-NGO Melayu Jamal Md Yunos nampaknya semakin padam.

Beliau sememangnya sudah tidak popular di kalangan pelbagai segmen masyarakat ekoran publisti murahan dan kenyataan bersifat perkauman yang dibuatnya berhubung perhimpunan Bersih 4. Namun, kenyataan terbaru ketua bahagian Umno yang sebelum ini tidak dikenali ini pasti akan mencetuskan kemarahan lebih ramai orang.


Laman Malay Mail Online melaporkan yang beliau mencabar Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai perhimpunan itu jika bekas perdana menteri itu merasakan dirinya “cukup Melayu”.

Katanya, Mahathir amat dialu-alukan untuk menyertai perhimpunan pada Hari Malaysia itu, apatah lagi beliau sebelum ini telah turun ke perhimpunan Bersih 4.

“Kalau Tun M cukup Melayu, beliau amat dialu-alukan untuk datang,” katanya kepada wartawan di Balai Polis Dang Wangi baru-baru ini.

“Asalkan beliau tidak membuat desakan agar Perdana Menteri Najib Razak meletakkan jawatan. Beliau tiada kelayakan untuk membuat desakan itu.”

Hanya rakyat dan ahli Umno yang boleh meminta Najib letak jawatan, tetapi kita semua berdiri di belakangnya.”

Mahathir sebelum ini menyifatkan perhimpunan 16 September oleh Pesaka itu tidak perlu dilakukan dengann memberikan contoh ketegangan di Bangkok, Thailand yang disebabkan protes dua pihak yang bertentangan.

Jamal sememangnya pak lawak. Adakah menyertai perhimpunan yang bernada perkauman akan membuktikan seseorang itu cukup Melayu? Logik apa yang beliau pakai?

Tindakan menyertai perhimpunan itu hanya membuktikan yang seseorang itu bersifat perkauman.
Pemimpin-pemimpin Melayu seperti para pengasas negara ini tidak perlu bertindak sedemikian rupa bagi membuktikan kemelayuan mereka.


Mereka membuktikan komitmen dan dedikasi terhadap orang Melayu dan rakyat Malaysia dengan mengangkat kedudukan rakyat dan memastikan wang rakyat digunakan untuk membina sekolah, universiti dan pelbagai infrastruktur lain.

Adakah Jamal tidak sedar betapa bodohnya kenyataannya itu?

Sama ada anda suka atau benci, setuju atau tidak dengan cara Mahathir mentadbir Malaysia, sumbangannya terhadap orang Melayu, rakyat Malaysia dan negara ini selama 22 tahun menjadi perdana menteri dan presiden Umno tidak dapat disangkal lagi.

Tiada apa lagi yang perlu dibuktikannya. Siapa Jamal untuk berkata sedemikian? Dan apa pula sumbangan Jamal sendiri terhadap orang Melayu?

Ketika Mahathir mula memperjuangkan orang Melayu, beliau barangkali masih lagi kanak-kanak, kalaupun beliau sudah lahir pada waktu itu.

Lagi pula, bagaimana Jamal boleh berkata yang Mahathir tidak layak untuk mendesak Najib meletakkan jawatan, dan tiada gunanya Mahahir berbuat demikian memandangkan rakyat dan ahli Umno di belakang Najib?

Pertama, semua warganegara berhak meminta Najib atau mana-mana pemimpin untuk berundur jika mereka sudah hilang kepercayaan kepadanya.

Mahathir juga seorang ahli Umno dan warga Malaysia.

Memang, Najib dan mana-mana pemimpin boleh sahaja untuk mengabaikan desakan itu, tetapi kita tetap mempunyai hak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kita kepadanya.

Jamal hanya menipu diri sendiri jika beliau merasakan semua rakyat dan ahli Umno di belakang Najib.

Adakah beliau sudah lupa tentang ratusan ribu yang turun ke perhimpunan Bersih 4, dan sejumlah ahli Umno sendiri yang telah mendesak Najib agar berundur?

Maka tindakan Mahathir menyuarakan rasa tidak puas hatinya bukanlah sesuatu yang tidak berguna.

Yang tidak berguna adalah menyertai perhimpunan baju merah pada 16 september ini.
- See more at: http://bm.theantdaily.com

Sumber DD - 14-9-2015        

Bersih 4: Satu pengamatan ke atas masyarakat Cina

Posted on Monday, September 14 @ 13:42:25 MYT by paktam

Oleh Lim Hong Siang

Seandainya kita mengimbas sejarah, Bersih padahalnya berperanan untuk menyatukan semula parti pembangkang, sengaja atau tidak. Bersih 1.0 ditubuhkan pada zaman pasca perpecahan Barisan Alternatif dan kekalahan teruk pembangkang dalam PRU11 pada tahun 2004. Bersih 1.0 menjadi wadah untuk menjalinkan hubungan tidak rasmi, antara PAS, PKR dengan DAP – menggalas satu misi bersama untuk menentang sistem pilihan raya yang tidak adil.


Bersih 1.0 pada 10 November 2007 amat mengujakan, disusuli himpunan HINDRAF pada 25 November 2007 dan akhirnya disempurnakan dengan Tsunami Politik pada 8 Mac 2008. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 untuk menyahut tuntutan rakyat dalam PRU12. Namun Pakatan terus dihantui dengan isu-isu seperti Hudud dan sebagainya, sehingga momentumnya semakin berkurang.

Pasca "Tsunami politik 8 Mac 2008", sekretariat Bersih 2.0 diambil-alih NGO daripada pemimpin politik untuk meneruskan perjuangan tuntutan reformasi sistem pilihan raya – gelanggang yang sama rata untuk semua parti politik. Bagaimanapun, himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 melakar sejarah. Semakin keras kerajaan menekan, semakin berani rakyat bangkit menentang. Kisah pengalaman pada 709 dengan sendiri membuatkan rakyat tidak sabar-sabar untuk turun ke himpunan Bersih 3.0.


Sambutan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 diterjemahkan ke dalam PRU13 pada 5 Mei 2013. Ia memperlihatkan keghairahan masyarakat Cina (yang sebelum ini fobia dengan demonstrasi) untuk turun ke jalan raya. "All-out", barangkali ungkapan terbaik untuk menggambarkan suasana kemuncak dalam masyarakat Cina sepanjang tempoh menjelang PRU13.

Tidak dinafikan komuniti aktivisme diselubungi kemurungan selepas kegagalan menawan Putrajaya. Perjuangan ini seolah-olah menemui jalan buntu, memandangkan perubahan tidak berlaku setelah penat lelah mereka berhempas pulas.

Realitinya, ekonomi terus merudum, tekanan kos sara hidup semakin berat, dan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pula diheret dengan skandal RM2.6 billion. Sesungguhnya ia saat terbaik untuk pembangkang, namun pada masa yang sama, PR berpecah dan ketua pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Bersih 4 lahir berlatar-belakangkan pergolakan ini.

Gagal mengubah apa-apa?

Dalam konteks sedemikian, bukan tugas enteng untuk mengerah masyarakat Cina ke Bersih 4.

Kata-kata semangat seperti "Bangkit hari ini atau rebah hari esok", "perjuangan tidak menjanjikan perubahan, tetapi tanpa perjuangan mustahil perubahan berlaku" dan sebagainya, semakin hilang mujarabnya. Rakyat tidak nampak "impak" yang serta-merta, khususnya selepas siri perhimpunan Blackout 505, Tolak GST, Kita Lawan dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi apabila gerakan Occupy di Hong Kong selama 79 hari tahun 2014 dijadikan rujukan. Maka muncul suara-suara yang mendesak agar langkah protes ini ditingkatkan, misalnya occupy untuk mengganggu, malah melumpuhkan kelangsungan sistem harian, sehingga Najib tunduk kepada tekanan dan tampil berdialog. Mereka tidak percaya hasil akan berubah seandainya percubaan yang sama diulangi.

Namun demikian, pada masa yang sama, sentimen di kalangan mereka yang tidak pernah turun demonstrasi – agak berlainan. Mereka menunggu untuk menyahut "seruan pertama" daripada siapa-siapa sahaja – melakukan sesuatu sebagai reaksi terhadap apa yang berlaku pada negara ini.

Tidak masuk akal jikalau kita hanya berpeluk tubuh melihat apa yang berlaku sekarang! Sentimen ini barangkali ada kaitannya dengan satu insiden yang hangat diperbincangkan masyarakat Cina pada tahun 2006. Bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-Bian disumbat ke penjara hanya kerana terlibat dalam skandal rasuah NT700 juta (kira-kira RM 70 juta pada tahun 2006). Jutaan rakyat turun mendesak agar Chen berundur, antara alasannya, "Kita tidak tahu bagaimana nak mendidik anak kita tentang nilai kejujuran, seandainya kita kekalkan Chen sebagai Presiden!"

Tidak sabar-sabar untuk turun ke jalan raya

Keghairahan itu semakin dirasai, apabila baju kuning yang bercetakkan Bersih 4 habis dijual dalam pasaran. Malah saya dimaklumkan sekumpulan penduduk Kepong mula berhimpun, dengan pakaian kuning di tepi jalan, dua malam sebelum himpunan Bersih 4 berlangsung. Apabila ditanya apa tujuannya, sedangkan himpunan Bersih 4 belum bermula lagi, sahabat di sana membalas, "Latihan."

Dalam satu sesi perkongsian pada 10 September, seorang anak muda meluahkan peraasannya, bagaimana dirinya terpanggil untuk menyumbang sebagai "sukarelawan". "Saya berada di situ, bersedia menerima arahan untuk berbuat apa-apa sahaja kerja di situ."

Sesungguhnya kelompok mereka yang tidak pernah turun demonstrasi tetap melebihi mereka yang berpengalaman. Dalam sesi perkongsian yang sama, seorang pesakit barah mendakwa dirinya "orang baru", tetapi mengambil bahagian dengan mengedar risalah di pasar malam untuk menyeru agar orang ramai menghadiri Bersih 4. Seorang sian seh tradisional, berumur 74 tahun, yang hanya bergantung kepada sebelah mata untuk penglihatannya - turun untuk menjadi sebahagian daripada "medical team" - sungguhpun khuatir penglihatannya gelap seluruhnya jikalau satu-satunya mata itu juga terkena gas pemedih.

Adegan yang terharu

Pengamatan saya dalam himpunan Bersih 4 mendapati tidak kurang yang membawa ibu bapa tua bersama kanak-kanak ke himpunan Bersih 4. Ramai lagi anak muda, yang dari gaya dia selfie, kita boleh agak mereka dari "dunia yang lain" – bukan dunia aktivisme. Apa yang terkejut buat saya, mereka bermalam di tepi jalan – tempat di mana orang awam meludah dan buang sampah pada waktu siangnya!

Kebetulan malam itu jatuh pada bulan hantu mengikut kalender Cina. Keluarga yang pantang semestinya akan menasihat agar anak mereka tidak keluar malam sepanjang bulan itu. Lebih-lebih lagi, ugutan manusia pun boleh tahan juga. Pesanan ringkas (sms) tersebar luas, berbunyi

"Kumpulan ayahanda akan turun ke Dataran Merdeka malam ini untuk belasah Cina yang kurang ajar." Sudah pasti ramai yang menerimanya tetapi ia berakhir dengan ribuan yang bermalam di jalan raya tengah-tengah ibu kota!

Makanan dan minuman diedarkan, ditaja mereka yang mahu menyumbang. Nasi lemak, nasi ayam, roti, bubur, 100 plus, Red Bull dan sebagainya, malah kopi dihidangkan pada awal pagi. Malam itu malam yang panas, dan saya ternampak ada orang yang secara sukarela, mengipas dengan menggunakan kulit kotak agar peserta yang bermalam di situ tidak kepanasan. Belum lagi mereka yang secara sukarela, memungut sampah dan membahagi-bahagikan mengikut kategori. Dan adegan yang paling terharu, sudah tentu bukan muslim yang menjiruskan air untuk muslim yang berwudhu sebelum menunaikan solat.

Malaysia milik keunikan tersendiri

Itu keunikan demonstrasi sebuah masyarakat majmuk bernama Malaysia. Kita tidak mencipta rekod untuk occupy selama 79 hari seperti Hong Kong, dan kita belum berjaya mendesak agar seseorang pemimpin tinggi berundur melalui demonstrasi. Malah kita sering terperangkap dalam mainan perkauman – apabila regim pemerintah menggunakan keghairahan satu kaum untuk mematahkan kebangkitan satu kaum yang lain.

Namun kita memiliki keunikan tersendiri yang tidak ada di pelusuk lain dunia ini. Sebuah masyarakat yang ditadbir dengan dasar "pecah dan perintah" untuk lebih setengah abad, kini memiliki hanya satu warna kulit – kuning pada ambang Hari Merdeka 2015. Barangkali kita memikul beban sejarah yang berlainan, kita mempunyai tafsiran yang pelbagai terhadap apa yang sedang berlaku sekarang, dan kita mempunyai imaginasi yang berbeza tentang masa depan kita.

Tetapi kita boleh disatukan dengan nilai sejagat – keadilan dan kebebasan, keberanian untuk menegakkan kebenaran – meskipun diugut, difitnah dan dizalimi. Saya cukup sedar bagaimana kejadian memijak gambar Najib dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibesar-besarkan sebagai cara protes yang tidak beradab, tetapi kita juga perlu mengambilkira insiden bagaimana gambar Maria Chin disimbah cat merah dalam demonstrasi yang lalu. Kita akui ada yang bersikap tidak matang ketika meluahkan ketidakpuasan, namun jangan ia digunakan untuk mengalihkan tumpuan – sebaliknya mereka perlu dibimbing supaya lebih matang pada masa akan datang.

Akhirnya, tidak kurang peserta Cina yang tertanya-tanya, "Mengapa Melayu kurang?" sebaik sahaja berada di jalan raya pada 29 Ogos. Ia bukan rasis. Padahal ia sesuatu yang harus kita rasa gembira – kerana Cina mahu berganding bahu dengan saudara-mara Melayu dan kaum lain dalam perjuangan ini. Mereka cukup sedar, tanpa keterlibatan kaum Melayu dan kaum lain, perjuangan ini tidak ke mana.

Baru-baru ini saya dimaklumkan seorang aktivis peringkat akar umbi, kumpulan yang giat berkempen untuk perubahan pada PRU13, kini beria-ia untuk belajar pantun atau puisi daripada Pak Samad. Mereka tahu kawasan pengundi Cina sudah "tepu", dan mereka kini mahu sebarkan mesej perubahan ke kampung Melayu. Mereka mahu gunakan bahasa Melayu untuk mendampingi pengundi Melayu.

Saya tidak terkata apa-apa. Hati saya bergelora dengan arus harapan yang menderas.

Sumber DD - 14-9-2015

PAS tegas tidak terlibat perhimpunan 16 Sept

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS berasa kesal di atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan bendera dan lambang parti PAS dan cubaan mengaitkan parti itu dalam himpunan di ibu negara pada 16 September ini.

"PAS telah menegaskan bahawa ia tidak terlibat dalam himpunan tersebut dan turut melarang mana-mana ahli menghadirkan diri," tegas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Menurutnya, perhimpunan yang menyuburkan unsur perkauman itu langsung tidak membantu negara malah ia melemahkan perpaduan nasional dan akan merosakkan lagi imej Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kerana dianjur oleh orang besar Umno. - HARAKAHDAILY 13/9/2015

Sumber HD - 12-9-2015


Hindari himpunan berwajah perkauman

Posted on Sunday, September 13 @ 13:00:42 MYT by paktam

Oleh Wan Ji Wan Hussin

Dalam al-Quran, Allah menyatakan  negara yang tidak dibinasakan oleh Allah adalah kerajaan yang rakyat dan pemerintahnya saling baiki membaiki, saling betul membetulkan. Hal ini, seperti ditegaskan oleh Allah dalam firman Allah dalam surah Hud, ayat 117.

Sikap perkauman merupakan antara tindakan yang, bukan sekadar tidak melahirkan kebaikan, malahan ia boleh memberi implikasi keburukan kepada rakyat dalam sesebuah negara. Ia umpama benih bagi kehancuran bagi sesebuah pemerintahan.

Dalam tradisi Islam, perkauman sempit ini dinamakan sebagai assobiyyah. Dalam satu hadis yang sahih dinyatakan Nabi Muhammad ada bersabda yang bermaksud, "Bukan dalam kalangan kami orang yang menyeru atas dasar perkauman sempit; bukan dalam kalangan kami orang yang berjuang atas dasar perkauman sempit; bukan dalam kalangan kami orang yang mati atas dasar perkauman sempit."


Bagi sesebuah kerajaan yang mentadbir rakyat pelbagai bangsa dan pelbagai agama, sewajarnya sebarang tindakan yang boleh melahirkan semangat perkauman sempit akan diusahakan agar diberhentikan.

Begitujuga, sebagai rakyat biasa, tidak sewajarnya melibatkan diri pada program yang melahirkan perkauman sempit ini.

Ini kerana, implikasinya amat buruk iaitu bakal melahirkan permusuhan berasaskan kaum. Lebih bahaya lagi, jika amalan durjana ini disulami dengan hujah Islam, sedangkan Islam tidak mungkin bersekongkol dengan permusuhan.

Himpunan “baju merah” yang dirancang berlaku pada 16 September. Berdasarkan kenyataan dan tindakan pihak penganjur, dari sudut persepsi, kelihatan himpunan yang tidak memberi sesuatu kecuali keburukan kepada suasana aman damai di Malaysia.

Ini kerana, asas bagi himpunan ini sendiri, elemen dan unsur perkauman semakin lama semakin kelihatan.

Lebih-lebih lagi, himpunan ini dilakukan di Plaza Low Yat yang sebelum ini sudah ada krisis kecil yang melibatkan kecalaran hubungan kaum di Malaysia.

Justeru, Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama menentang keras sebarang tindakan yang boleh melahirkan permusuhan atas nama kaum, seperti yang mahu dianjurkan oleh pihak “baju merah”.
Jauh lagi, jika ia boleh melahirkan permusuhan atas nama agama.

Sumber DD - 13-9-2015


Perhimpuan baju merah batal jika ‘samseng Kedah’ hadir

Posted on Sunday, September 13 @ 12:58:51 MYT by paktam

Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin 

Penganjur Himpunan Baju Merah 16 September 2015 Datuk Jamal Md Yunos mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan itu untuk membuktikan dirinya sebagai Melayu.Katanya:”Jika dia cukup Melayu maka dia akan turut menghadiri perhimpunan ini.”

Apa yang dijangka akan berlaku ialah jika Dr Mahathir mengumumkan akan hadir maka pastinya perhimpunan itu akan dibatalkan seperti pembatalan forum Nothing2hide bila diketahui bekas perdana menteri itu akan hadir.

Dr Mahathir sewajarnya menyambut cabaran "Pak Pandir Moden" ini kerana inilah kesempatan untuk beliau berucap meminta Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib turun dari takhtanya di depan ribuan orang.

Lebih baik juga jika "Pak Pandir Moden" ini turut mencabar Najib untuk turut hadir bagi membuktikan dia seorang Umno tulen daripada keturunan Melayu Bugis yang terkenal berani.

Najib juga mesti diminta untuk tidak baling batu sembunyi tangan sebaliknya menampilkan dirinya bersama baju merah sebagai seorang wira Melayu. – zamkata.blogspot.com,

* Tan Sri Zainuddin Maidin ialah bekas menteri penerangan.

Sumber DD - 13-9-2015





























































Himpunan baju merah mula celaru, lebih baik batal saja

SHAHBUDIN HUSIN | .


Beberapa hari sebelum himpunan baju merah pada 16 September ini, kecelaruan mula berlaku di sana sini dan sesama mereka yang terlibat dengannya.

Gabungan NGO-NGO Melayu yang diketuai oleh Jamal Mohd Yunus tetap mahu berarak dengan baju merah melalui beberapa kawasan di Bukit Bintang sebelum menuju ke destinasi akhir di Padang Merbok.

Pesaka yang dipilih sebagai penganjur pula hanya mahu berkumpul di Padang Merbok. Mereka juga tidak menetapkan sebarang tema warna kepada peserta, boleh berbaju merah, hitam atau apa saja.

Malah, Pesaka mengatakan baju merah bukanlah sebahagian daripada mereka.

Mungkinkah nanti himpunan 16 September itu menjadi berbelang-belang warnanya? Tak kelakar ke?

Lalu, di mana kesepakatan dan solidaritinya?

Pesaka turut tidak meletakkan sebarang sasaran jumlah kehadiran, tetapi Jamal mengatakan pihaknya akan mengumpul seramai 30 ribu peserta bagi tujuan itu.

Kenapa hanya 30 ribu? Mana angka yang diwar-warkan dulu kononnya sejuta peserta, 500 ribu, 300 ribu dan sebagainya?

Kalau nak lawan Bersih 4 dan menunjukkan sokongan kepada Najib Razak, bukankah jumlah yang munasabah ialah sekurang-kurangnya 500 ribu?

Jika tidak, malulah Pahlawan Bugis!!

Dalam pada itu, walaupun UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Abd Rauf Jusoh akhirnya mengakui penglibatan parti itu dalam mengerahkan kehadiran ahli-ahli UMNO seluruh negara ke himpunan tersebut, banyak pihak jelas tidak bersetuju dengannya.

Pakar sejarah, Dr Ramlah Adam nyata tidak senang dengan himpunan baju merah yang dirancang itu manakala adik Najib, Nazir Razak  pula mengatakan beliau akan meraikan kepelbagaian serta tidak akan berbaju merah sempena sambutan Hari Malaysia itu nanti.

Tun Mahathir, Rafidah Aziz dan ramai lagi semuanya juga tidak setuju.

Pemimpin komponen BN lagi tidak setuju dengan himpunan baju merah yang lebih bercorak perkauman dan hanya melibatkan satu-satu kaum saja serta dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan kepada kaum yang lain.

Dengan ini kebarangkalian untuk BN lebih menjarak daripada pengundi bukan Melayu selepas himpunan baju merah ini adalah paling mungkin sekali.

Dalam negara berbilang kaum, tiada sebarang himpunan melibatkan kaum patut dibenarkan. Jika ia berlaku, reaksi daripada kaum lain akan muncul selepasnya dan akhirnya semua kaum akan bebas berarak di jalan-jalan sepanjang masa untuk menuntut dan memperjuangkan hak mereka.

Apa jadi akhirnya?

Sudah tentu keharmonian dan kedamaian sesama rakyat akan terjejas. Hubungan dengan jiran tetangga daripada kaum lain dan kemesraan dengan rakan berbilang bangsa serta pergaulan anak-anak di sekolah pastinya tidak seharmoni dulu lagi.

Semuanya akan rosak binasa.

Sebelum api ini memusnahkan segala-galanya, adalah lebih baik Najib Razak mengambil tindakan mengeluarkan arahan membatalkan saja himpunan pada 16 September ini.

Meskipun pada awalnya Najib mengatakan tiada halangan dan tidak melarang ahli-ahli UMNO menghadirinya, mungkin kerana merasakan ia untuk memberi sokongan kepadanya, lebih terpuji jika Najib segera menarik balik semua itu.

Sudah cukup isu 1MDB, derma RM2,600 juta dan isu Altantuya yang timbul kembali kian menghakis sokongan rakyat terhadapnya, himpunan baju merah ini juga tidak menyumbang apa-apa keuntungan atau bonus tambahan kepadanya.

Tidak seperti Bersih 4 yang ada asas perjuangannya, himpunan baju merah hanyalah medan pembodek dan pengampu mempamerkan aksinya sambil memasang angan-angan untuk mengaut laba diri sendiri sahaja.

Sekali lagi, demi keharmonian dan semangat Hari Malaysia, lebih baik Najib batalkan segera, setidak-tidaknya dapat juga menjimatkan lebihan derma RM2,600 yang masih disimpannya! - http://shahbudindotcom.blogspot.my/

Sumber HD - 13-9-2015

Ramai skeptikal terhadap 'himpunan rakyat bersatu'

NIK NURFAQIH NIK WIL & AMIRUL MOHD SAJADI | .


KUALA LUMPUR: Rabu ini merupakan hari bersejarah buat rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Tarikh yang sama pada 1963, Tanah Melayu, Borneo Utara, kini Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju membentuk Malaysia.
  
Namun selepas 52 tahun, pada tarikh yang sama tahun ini ramai pihak di ibu negara menyatakan kegusaran untuk menyambutnya di sini.
  
Kegusaran timbul selepas ada pihak yang kononnya mahu menegakkan 'Kebangkitan Maruah Melayu' melalui perhimpunan di sekitar beberapa lokasi utama di ibu negara, termasuk tempat tumpuan pelancong.
  
Lokasi berkenaan termasuk Bukit Bintang, Pudu dan Petaling Street sebelum berakhir di Padang Merbok, di sini.
  
Tinjaun Bernama di beberapa lokasi mendapati ramai pihak yang sebenarnya bersifat terbuka mengenai perhimpunan aman, namun bagi perhimpunan yang dirancang pada 16 Sept ini, mereka berasa sedikit skeptikal.
  
Ini terutama selepas melihat imej tertera di baju ‘Merah’ yang mengandungi imej bayangan orang bersilat dengan tulisan ‘Kebangkitan Maruah Melayu’ dan ‘Tanah Tumpah Darahku’ yang dijual kepada orang ramai di beberapa lokasi sejak minggu lepas.
  
Adil Ismail, 29, pekerja syarikat swasta di ibu negara ketika ditemui berkata maruah bangsa Melayu tidak perlu ditegakkan melalui perhimpunan.
  
"Ada banyak cara yang lebih baik, contohnya, naikkan maruah Melayu melalui ekonomi, bela nasib Melayu yang terjerumus dalam najis dadah contohnya. Tunjuk sifat bangsa Melayu yang lemah lembut, berbudi bahasa. Ini saya rasa lebih baik.
  
"Kita tak nak ‘menang sorak, kampung tergadai’," katanya.
  
Menjawab isu sama, N. Bahveshen, 34, berkata Hari Malaysia sepatutnya dihormati, namun jika benar penganjurannya bersifat perkauman ia akan merosakkan keharmonian kaum yang telah tercapai sebelum ini.
  
"16 Sept ini adalah cuti umum, rancangan saya untuk membawa keluarga saya terpaksa dibatalkan sekiranya perhimpunan itu tetap dijalankan. Saya tak nak bahayakan keselamatan keluarga saya," katanya.
  
Salehien Abdul Rahman,22, berkata penganjuran ini bukan sahaja menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat bahkan pelancong asing.
  
"Pelancong akan berasa tidak selamat apabila kehadiran mereka (penyokong) berada di kawasan tumpuan pelancong seperti 'Petaling Street'," katanya ketika ditemui Bernama.
  
Pegawai bank itu menarik perhatian, perhimpunan sebegini hanya akan memberi impak negatif terhadap ekonomi negara yang sememangnya sedang menghadapi cabaran.
  
Pendapat sama turut diutara di laman sosial Twitter.
  
Syed Husin Ali@syedhusinali menulis: "Memang Bajumerah ada hak Perlembagaan berhimpun secara aman. Tapi janganlah bakar api perkauman. Jangan ugut mandi darah melalui poster."
  
LeonardThen @EesanThen pula menulis: "BajuMerah rally should be stopped. Investors always lose faith when there's racism,"
  
Penganjuran perhimpunan dengan nama ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ itu, turut mendapat bantahan 20 badan bukan kerajaan (NGO).
  
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan berkenaan atas faktor keselamatan. - BERNAMA

Sumber HD - 13-9-2015


Bersih 4.0 bukti Harapan Baru gagal ganti Pas

Posted on Sunday, September 13 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




SHAH ALAM - Kegagalan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk mengerahkan orang Melayu turun ke perhimpunan Bersih 4.0 membuktikan NGO itu tidak mampu menggantikan Pas jika Pakatan Rakyat 2.0 ditubuhkan.

Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad sambil menegaskan, ketidakupayaan Harapan Baharu membuktikan PR 2.0 tidak dapat berperanan dengan berkesan tanpa kekuatan Pas.

"Kita lihat pada Bersih 4.0, bahawa tanpa Pas, PR tidak dapat bertindak dengan berkesan.

"Kalau kita lihat Bersih 4.0 itu hanya kurang lima hingga 10 peratus saja orang Melayu, walaupun Harapan Baharu telah digunakan untuk menggerakkan orang Melayu," katanya kepada pemberita pada Kongres Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Iskandar juga berkata, pakatan pembangkang hanya akan menjadi kuat dan efektif jika Pas terlibat sama dalam gabungan tersebut khususnya di Selangor, Terengganu dan Kelantan.

"Ia memberi satu petunjuk kepada parti-parti yang menentang BN, kalau nak bergabung, nak satu pembangkang yang efektif, kena ada Pas," ujarnya.

Sementara itu, Iskandar turut menegaskan kemenangan Pas pada PRU12 dan PRU13 bukan kerana semangat PR semata-mata.

"Saya rasa semangat PR itu bukan semangat DAP atau PKR, ia semangat bersama, kalau kita lihat gelombang pada 2008 dan 2013 adalah gelombang bersama.

"Saya berpendirian bahawa parti-parti PR perlu bersama jika nak pertahankan kerajaan, ataupun nak memberi sesuatu tekanan kepada BN," dakwanya.

Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata lagi, kekuatan Pas di Selangor jauh lebih hebat dari Harapan Baharu berdasarkan jumlah ahli parti masing-masing.

"Sebelum ini, Harapan Baharu mensasarkan boleh menarik 3,000 ahli, tapi kita mempunyai 90,000 ahli Pas di Selangor, kalau boleh capai sasaran mereka, namun ia hanya beberapa peratus dan jauh dari jumlah ahli Pas," katanya lagi.

Sumber Link

Sumber TKO - 13-9-2015


Confession by a Chinese Bersih 4.0 participant, “I felt a bit ashamed…”
Posted on Saturday, September 12 @ 18:30:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Photo Credit: viralcham.com



Photo Credit: viralcham.com

Viralcham.com/Malaysiakini, September 6, 2015

Bersih 4.0 ended peacefully. There were many faces of first timers which is comforting. However, to a participant who has gone through several Bersih rallies, Bersih 4.0 seemed to have changed. There was no more the feeling of closeness among Chinese, Malays, Indians and other races like before.

Many people noticed that there were less Malay participants in the last rally. Many Chinese attributed this to the lack of support from PAS. They also said as UMNO and PAS are at the brink of breaking up, the Malays felt threatened, and worried about losing their political dominance. As such, they showed no interest in Bersih 4.0.

Do the Malays prefer to live in a corrupt and backward country just to keep their political advantage?

Is PAS so influential among urban Malays that they have become the deciding factor? Without the verification of a thorough opinion poll, all these are mere speculations.

Nonetheless, Bersih 4.0 is a wake-up call and we are surprised that the Malays have begun to change.

Politicians have their own schemes and calculations. We, as ordinary folks, are helpless in the face of the Pakatan and Barisan crisis. However, As Chinese participants of Bersih 4.0, shouldn’t we do some self-examination as regards to the absence of Malays? Frankly, after taking part in the two-day rally, it left me feeling a bit shameful.

First of all, many young participants had been very “creative” in inflicting insults to Najib and Rosmah. The most common display was by using a toy knife or hand gesture in chopping off the head of a toy chicken. The more obscene gesture was poking the backside of the chicken. There were also people who pasted Najib’s picture with joss papers to imply that he’s a blood-sucker. Some of them were holding placards carrying crude and insulting words. Others were stomping on Najib and Rosmah’s pictures.

We Chinese used to regard ourselves as victims. When UMNO leaders raised the keris at an UMNO meeting, we felt hurt and threatened as if our dignity had been shredded. However, when we used such a crude and barbaric gesture of chicken slaughtering, have we ever thought of the feelings of the Malays? To the Malays, no matter how much they dislike Najib, he is still a Malay and one of them.

It is only human that people will defend their own kind. Sex blogger Alvin Tan had done a lot of stupid things which the Chinese disagreed with but when other races screamed to whack and kill him, many Chinese also found it difficult to tolerate.

Malays respect their elders and are loyal to their leaders. No matter how bad Najib is, he is their elder and a national leader. Of course, they follow him. When the Chinese openly insult their elder and national leader, how can they earn the respect of the Malays? To paste joss papers on Najib’s picture is a total lack of religious sensitivity. We all know the Malays are religious people and why should we do such a thing to make the Muslims angry.

Participants of Bersih 4.0 should understand that it was not a rowdy gathering to vent their emotions. It was a gathering to apply pressure on the government and also to gauge public opinion. We should maintain a good image in local and foreign media but more importantly, we should win the support of other races. Other people may be cold to politics or be lack of political awareness. As they have been brainwashed by Utusan, they are confused as to what is right and what is wrong as well as who is right and who is wrong. And thus, they hesitated.

But at this juncture, the action of every Bersih 4.0 participant would determine whether other races would support Bersih 4.0’s demand and even influence their voting in the next general election. Therefore, every Bersih 4.0 participant was a Bersih image ambassador.

Because of the above reasons, there is no harm to use English and Bahasa as the main language on our banners or placards for the rally. We may love our mother tongue, but English would be more effective in conveying our message. If we want to sway our Malay brethrens, is there any alternative but use Bahasa which we are familiar with?

When Barisan-controlled English and Malay newspapers are playing up the poor Malay participation and describing the rally as a Chinese plot to seize power, can we ourselves do something? Can we at least defuse the racial elements by posting pictures taken with other races besides those taken of our own selves?

Some friends are upset and worried that Bersih 4.0 have turned into a carnival. Some criticised certain participants were there just to earn some praises. I have not much comment whether the street protest have turned into a carnival or not. Anyway, the success of a rally should not be dependent on being sad or somber. Making it a happy event would certainly attract a bigger crowd. I believe that some first-timers may be eager to join Bersih 5, 6, or 7 because they find that their life was not threatened and the experience was fine.

My only hope is that the Chinese would interact more with the strangers around them, the Malays and Indians who were less in number. Many would find it uncomfortable to be in an environment where 90 percent of the people belong to another race. There is no harm stretching out our hands of friendship and warm up to them which may dispel the stereotype misconception by the Malays that the Chinese are arrogant and selfish.

If we can share such pictures on the Facebook, it may even help Bersih to achieve its goal. Can we also use Bahasa or English to write something positive to allow the Malays and other races to share our love of this land?

In Malaysia, the undisputable reality is that without Malay support, it is impossible to topple Barisan and realize the objective of dual party system. Barisan is in domination today because it was able to manipulate racism and chauvinism. To break this political stalemate, there is no other way except to use our own hands to start demolishing the racial barrier.

Original Source: 一名华人参与Bersih4.0的自省:“我是觉得颇为羞惭的…”

Sumber TKO - 12-9-2015


Patutkah perhimpunan baju merah 16 Sept ini dibenarkan?

Posted on Saturday, September 12 @ 07:01:27 MYT by paktam

oleh Robin Stanley Augustin 

Banyak yang telah dan sedang diperkatakan tentang perhimpunan baju merah pada 16 September ini, sama seperti banyak yang diperkatakan tentang perhimpunan Bersih 4.Tentulah ada perbezaan besar antara dua perhimpunan itu, dan kebanyakannya, kalau pun tidak semua, berkaitan dengan kaum.

Perhimpunan baju merah ini dianjurkan NGO hak Melayu, Pesaka dan itu bukanlah masalahnya.

Apa yang menjadi masalah adalah nada perkauman yang dibawa.

Ia telah mencetuskan kebimbangan dan pihak terbaru yang bersuara menentang perhimpunan itu adalah jawatankuasa pembangunan politik MCA yang menggesa ia dihentikan.
Menurut laman The Star Online, jawatankuasa yang diketuai presiden parti Liow Tiong Lai itu berkata, mengadakan perhimpunan Melayu di Jalan Petaling dan Bukit Bintang, kawasan yang dikenali pelancong asing sebagai Chinatown, boleh mencetuskan bahaya.

“Acara itu telah memberikan ketakutan kepada peniaga di kawasan ini, dengan ramai bercadang untuk tidak berniaga pada hari itu bagi mengelakkan pertelagahan kaum.”

Kenyataan itu juga berkata, MCA hanya akan setuju dengan perhimpunan seumpama itu jika penganjur meninggalkan pendirian provokasi perkaumannya dan dibuat bukan di kawasan komersial yang sibuk, seperti di stadium.

Di pihak lain pula, MP PKR Tian Chua berkata yang perhipunan itu patut dibenarkan walaupun beliau sendiri merasa jengkel dengan propaganda provokatif kumpulan itu.

MP Batu itu berkata, polis patut mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

Liow dan Tian Chua masing-masing mempunyai pendapat yang kukuh.

Pertama, sesiapa sahaja mempunyai hak untuk berhimpun secara aman, termasuklah Pesaka.

Bukankah ini demokrasi? Tetapi di mana kita harus letakkan sempadannya?

Nada perkauman perhimpunan ini menakutkan dan provokatif. Matlamat dan motifnya tidak dinyatakan secara jelas.

Pemilihan tempatnya juga menimbulkan persoalan, terutama dengan nada perkauman yang dibawanya.

Mengapa Jalan Petaling dan Bukit Bintang? Semua tahu kedua-duanya adalah kawasan majoriti Cina.

Sama ada anda setuju atau tidak dengan pemilihan tempat Bersih 4, Dataran Merdeka tidak syak lagi adalah kawasan yang neutral.

Ia tidak diadakan di kawasan majoriti Melayu, Cina atau India.

Kombinasi tempat dan pendirian provokatif mereka adalah bahaya.

Di sinilah pihak berkuasa perlu meletakkan sempadannya.

Polis telah berkata yang mereka tidak akan benarkan perhimpunan itu. Tetapi cukupkah dengan hanya menyatakan larangan?

Polis turut melarang Bersih 4 tetapi ia tidak menghalang ramai orang untuk menyertainya.

Maka kemungkinan besar peserta perhimpunan ini akan mematuhi larangan polis. Jika tidak tentu mereka sudah pun membatalkannya.

Memang polis boleh mengendalikan situasi, namun barangkali tindakan pencegahan diperlukan dalam isu ini.

Jika polis masih tidak berbuat demikian, mereka perlu mula berbincang dengan penganjur sama ada untuk menasihati mereka membatalkannya atau mengadakan di kawasan persendirian.

Paling kurang, perhimpunan itu hanya akan menakutkan peniaga dan pelancong, selain warga Malaysia lain. Apatah lagi 16 September adalah cuti umum.

Siapa tahu kalau perkara yang lebih buruk berlaku? - theantdaily.com

Sumber DD - 12-9-2015
Tindakan polis memanjangkan hayat Bersih

Posted on Saturday, September 12 @ 06:45:50 MYT by paktam

Oleh Hazlan Zakaria 

Walaupun polis berjaya menjadikan Bersih kurang “perjuangan” dan “tidak berbaloi” dengan tidak mencetuskan sebarang tindakan ke atas peserta dan penganjur sewaktu perhimpunan, mereka sebenarnya membantu memanjangkan jangka hayat dan tarikan pergerakan itu dengan meneruskan pendakwaan ke atas mereka.



Sehingga kini, pihak polis telah memanggil penganjur Bersih untuk soal siasat, mendakwa sebilangan mereka untuk perhimpunan yang berkaitan dengan tuntutan yang dilakukan Bersih dan memanggil orang yang biasa disyaki;

politikus pembangkang dan aktivis yang akan disoal siasat dan didakwa untuk kesalahan berkaitan.

Seolah-olah polis sengaja membantu memanjangkan jangka hayat Bersih 2.0 dalam berita dan menjadikan pemimpinnya dan politikus pembangkang yang licik bak perwira dalam perjuangan mereka.

Walaupun tidak semua baik, pendakwaan tetap pendakwaan dan akan mempunyai kesan buruk kepada aktivis dan politikus terbabit. Bagaimanapun, ia juga menyebabkan matlamat mereka menjadi lebih dikenali dan memberikan mereka masa dan ruang dalam media yang lebih lama.

Lagipun di negara seperti Malaysia, salah satu tanda keberanian dan petanda pergerakan masyarakat sivil yang dikenali adalah apabila salah seorang ahlinya didakwa oleh kuasa pemerintah, kerana ia bermaksud perjuangan mereka mendatangkan kesan.

Malah sebilangan politikus dan aktivis hidup semata-mata untuk dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Pihak polis sewajarnya mengingati yang tidak peduli adalah satu rahmat.

Kaedah terbaik untuk mengabaikan sesuatu apabila anda tidak selesa denganya kadang-kadang ialah berpura-pura ianya tidak wujud.

Malah kadang-kadang cara terbaik untuk berdepan dengan masalah yang berlanjutan ialah membenarkan ia berlaku mengikut kehendaknya seperti mengalami selesema.

Lagipun, aktivis bukanlah penjenayah merbahaya.

Membebaskan mereka hanya akan membantu pihak polis mempunyai lebih banyak anggota untuk jenayah sebenar yang banyak wujud kini.

Seperti kata-kata hikmah... biarkan sahaja dan tunggu sampai ia lenyap.

Sesuatu yang sebenarnya berkesan dalam perhimpunan popular yang bermasalah dan kenyataan politik yang memalukan.

Masa, ingatan yang mudah berubah dan mudah lupa rakyat Malaysia akan menggerakan semuanya nanti, memadamkan apa sahaja isu semasa sebaik sahaja ada isu baru yang tercetus dan menjadi bualan hangat harian, mingguan atau bulanan.

Timbul sahaja isu jenayah ganas, serbuan seks beramai-ramai, remaja mengahwini orang tua, kenyataan menteri yang melawakkan atau lembu dicuri dijumpai dalam kereta sedan atau kondominium, orang akan melupakan.

Dan mungkin inilah formula yang digunakan polis yang memberi kesan besar kepada perhimpunan Bersih 4 lepas yang dianjurkan oleh kumpulan pendesak Bersih 2.0 pada 29-30 Ogos, untuk mendesak kempen satu negara bagi undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Walaupun polis menutup beberapa tempat di Kuala Lumpur, terutama sekali dengan kawasan sekitar Dataran Merdeka di mana sambutan Merdeka dijangka akan berlaku sehari selepas perhimpunan dua hari itu, kehadiran mereka sangat sukar dikesan.

Kecuali untuk pegawai Pasukan Gerakan Am yang mengawal halangan, pegawai Cawangan Khas yang ‘bercampur’ dengan khalayak dan polis trafik yang membantu mengawal trafik, kehadiran polis rat-rata tidak wujud.

Tiada tanda yang dilihat wujudnya Light Strike Force dari balai polis berhampiran, atau Unit Tindakbalas Kesejahteraan Awam atau yang paling digeruni Unit Simpanan Persekutuan.
Malah kerana kurangnya tindakan dari pihak polis, bukan sahaja mereka menerima ucapan tahniah kerana tindakan profesional mereka, tetapi juga mengurangkan impak penerimaan Bersih

4.
Seperti kata mereka, bagi media, berita baik bukanlah berita.

Walaupun Bersih menerima liputan meluas, ia tidak sama seperti liputan yang diberikan sekiranya wujud kejadian tergempar di tempat kejadian.

Tetapi pendakwaan berterusan polis kepada Bersih, pemimpin dan politikus sekutu mereka memanjangkan lagi isu ini dan ia bukan hanya membantu menyebarkan lebih banyak berita tentang pergerakan ini tetapi juga meningkatkan kesan tarikan mereka.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di hazlan@hckmedia.com

Sumber DD - 12-9-2015






































Jangan jadikan hak berhimpun perkara main-main

NIK NURFAQIH NIK WIL | .


KUALA LUMPUR: Jangan jadikan hak yang dijamin kerajaan untuk berhimpun sebagai satu perkara main-main, kata penganalisis politik.
  
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata setiap perhimpunan yang dirancang perlu ada rasional.
  
"Kita tak nak hanya disebabkan perkara remeh-temeh, sampai nak dibuat satu perhimpunan besar-besaran, kalau boleh cari jalan lebih profesional," katanya kepada Bernama.
  
Md Shukri berkata walaupun hak berhimpun dijamin Akta Perhimpunan Aman 2012, namun setiap perkara dilakukan semasa berhimpun adalah juga bersandarkan sistem perundangan negara.
  
"Kita ada Akta Hasutan dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) antara lain, ini harus dipatuhi selain disulam dengan etika berhimpun," katanya.
  
Md Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rancangan 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' yang dilapor media bakal dianjur 16 Sept ini, di ibu negara, antara lain sebagai membantah penganjuran himpunan Bersih 4 baru-baru ini.
  
Penganjur perhimpunan berkenaan dilapor memohon pesertanya memakai baju berwarna merah pada hari berkenaan.        
  
Mengulas lanjut mengenai motif penganjuran perhimpunan yang lebih dikenali sebagai perhimpunan Baju Merah berkenaan, Md Shukri berkata: "Two wrongs don't make a right (Dua-dua perhimpunan adalah salah)."
  
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata dalam konteks negara pelbagai kaum, sensitiviti antara kaum perlu dilihat.
  
Pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia itu berkata ini supaya keharmonian yang telah lama terbina tidak terganggu.
  
"Saya percaya apa sahaja tindakan yang akan diambil, harus berpusatkan kepada pendirian itu. Walaupun ada perbezaan, pendekatan praktikal yang tak memberi kesan kepada keharmonian perlu diambil," katanya.   
  
Ditanya sama ada beliau setuju sekiranya perhimpunan bersifat perkauman dianjurkan, Pandian berkata beliau bersifat terbuka mengenainya, namun khuatir sejauh mana ia boleh berlangsung tanpa melibatkan unsur-unsur emosional.
  
"Ini pasti ada. Jadi terserah kemampuan penganjur untuk mengawal mereka. Faktor keselamatan dan keamanan ini harus diambil kira," katanya.
  
Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan perhimpunan itu diadakan atas faktor keselamatan. - BERNAMA

Sumber HD - 11-9-2015








































Makna ‘Bersih’ bagi orang seperti saya

Posted on Friday, September 11 @ 06:49:33 MYT by paktam

Oleh Sheikh Omar Ali

Perhimpunan Bersih 4 pada saya amat berjaya. Kehadiran rakyat yang dianggarkan mencecah 500 ribu orang oleh beberapa portal berita dan penganalisis politik sudah cukup menjadi bukti rakyat Malaysia sedar sesuatu tidak kena sedang melanda Malaysia, meskipun kedapatan beberapa media yang 'buta angka' dengan menyatakan partisipasi rakyat hanyalah sekitar 20 ribu orang sahaja.


Biarkan mereka. Biar luncai terjun dengan labu-labunya.
Saya amat yakin ramai lagi rakyat di luar sana yang sedar, sesuatu perlu dilakukan segera bagi merubah nasib politik dan ekonomi negara yang kian parah.


Mungkin mereka tidak keluar ke ibu kota pada 29 dan 30 Ogos lalu atas pelbagai faktor, tetapi kesedaran itu pastinya wujud lebih-lebih lagi di kalangan generasi muda.

Menurut dapatan kajian politweet.org, sebanyak 76.62% pengguna twitter di Malaysia menyokong perhimpunan Bersih 4.

Meskipun pendetailan maksud sokongan mereka mungkin berbeza-beza, yang sudah terang lagi bersuluh ialah lapisan rakyat yang celik media baru khususnya mengetahui yang kompas pentadbiran Malaysia sedang menuju ke arah songsang yang bakal menjadikan nasib rakyat sebagai taruhan.

5 tuntutan Bersih 4

Saya turut menyertai himpunan Bersih 4. Mungkin orang seperti sayalah yang dikatakan 'Melayu bangsat' oleh sesetengah pemimpin suci Umno kerana terlibat dengan perhimpunan haram yang ternyata berjalan dengan aman, rukun dan sangat patriotik selama 34 jam sehinggalah saat bersurai 12.00 malam 30 Ogos.

Ini bukan kali pertama. Sejak himpunan Bersih 1 pada 2007, Bersih 2 pada 2011 dan Bersih 3 (duduk dan bantah) pada 2012, saya tidak pernah ketinggalan untuk turut serta. Bahkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) pada Januari 2013 juga turut saya sertai.

Setiap himpunan gergasi ini punya objektif khusus yang ingin dicapai. Saya memahaminya. Bersih 4 sendiri mensasarkan 5 tuntutan khusus.

Tuntutan pertama 'Bersihkan sistem pilihan raya'. Lucu sekali apabila 52% undi popular dalam PRU ke-13 yang lalu memihak pada Pakatan Rakyat, tetapi Umno/BN kekal berkuasa. Hanya di Malaysia!

Tuntutan kedua 'menuntut sebuah kerajaan yang Bersih'. Ini tidak sukar untuk dihurai apabila isu-isu seperti skandal 1MDB, ‘derma’ RM2.6 bilion dan cukai GST menjadi 'makanan' rakyat setiap hari. Anda bacalah sendiri.

Tuntutan ketiga ialah 'hak untuk membantah'. Dalam sebuah negara yang demokratik, membantah bukanlah suatu jenayah.

Asalkan ia tidak tergelincir dari lunas-lunas demokrasi dan kerangka perlembagaan, hak membantah adalah hak untuk semua warga.

Lihat sahaja himpunan Bersih 4, asalkan tiada ugutan, tekanan dan provokasi, rakyat bijak mengurus diri bagi memastikan himpunan berlangsung dengan aman dan selamat.

Tuntutan keempat ialah 'kukuhkan demokrasi parlimen' agar Parlimen benar-benar dapat berfungsi membahas dan merangka dasar-dasar yang baik untuk negara.

Tidaklah parlimen menjadi sekadar simbol semata-mata sedangkan hasilnya tidak membuahkan natijah yang baik untuk Malaysia.

Tuntutan kelima ialah 'selamatkan ekonomi Malaysia'. Saya bertemu rakan dari Singapura sebulan yang lalu di JB. Di akhir pertemuan, sebelum kami berpisah, dengan nada berseloroh beliau ucapkan "see u at 3!".

Mulanya saya terpinga-pinga sehinggalah saya menangkap mesej beliau yang bermaksud nilai ringgat yang bakal menjunam AS$SD1-RM3! Muka saya merah padam!

Mengapa saya sertai Bersih 4

Bagi orang kecil seperti saya, cukuplah pengalaman diri sendiri menjadi pemangkin untuk saya menjadi sebahagian daripada Bersih 4.

Bagi anak muda 30-an seperti saya, membesarkan dua orang anak yang masih kecil tanpa isteri disisi cukup menginsafkan.

Bagi isteri saya pula, berkerja nun jauh di seberang laut untuk mendapatkan gaji yang lebih baik sehingga terpaksa melepaskan peluang mendidik anak-anak dengan tangan sendiri yang datangnya hanya sekali seumur hidup, pastilah amat membungkam perasaan dan naluri seorang bergelar ibu.

Mungkin kami terlalu obses, inginkan pendidikan serta kehidupan yang sempurna dan terbaik untuk keluarga dan anak-anak.

Saya pula bukanlah tidak berkerjaya, jauh sekali seorang suami yang pemalas yang tidak memiliki pendapatan untuk menampung rumah tangga. Kami saling memahami kondisi ini.
Namun, mungkin 'dosa' pasangan suami isteri muda seperti kami kerana terlalu obses untuk memberikan yang terbaik buat keluarga dan anak-anak yang pastinya menelan kos perbelanjaan agak besar. Lantas, atas banyak hambatan kehidupan, pengorbanan harus dilakukan untuk perkara tersebut.
Ini bukan cerita '#SayaZahra'. Pun begitu, sedikit sebanyak apa yang Zahra alami ada persamaannya dengan situasi kami.
Keadaan ini menjadi obor pembakar semangat dalam diri saya untuk menyertai dengan apa juga aktivisme kearah memaksimumkan peranan sebagai seorang rakyat untuk menjadi sebahagian dari proses demokrasi yang hidup dalam mencorakkan perubahan kearah Malaysia yang lebih baik.
Pada saya, Malaysia rumah saya. Rumah semua bangsa Malaysia berteduh dibawahnya. Tidak wajar rumah ini diambil manfaat besar oleh beberapa kerat pemimpinnya sahaja sehingga ada warga yang terpaksa menanggung derita dan mencari makan di rumah orang lain.
Nasib anak muda
Keadaan ini tidak melemahkan kami. Bahkan, ia menjadikan kami lebih teguh untuk berkerja keras bukan sahaja demi survival keluarga dan anak-anak tetapi juga seluruh generasi anak Malaysia.
Saya cukup yakin, ramai anak muda seperti kami yang turut bergelut dengan permasalahan sama. Bezanya cuma, mungkin ramai dari kalangan mereka yang telah merasa seakan-akan berada pada 'comfort zone'.
Kata orang, alah bisa tegal biasa.
Mungkin ramai yang berasa 'ok' dengan tabiat membayar hutang PTPTN sebaik sahaja tamat pengajian sekalipun belum ketemu apa-apa kerjaya. Selesa menambah hutang piutang di bank yang belum tentu langsai diakhir usia.

Lebih malang ada juga yang disenarai hitamkan untuk itu dan ini tatkala usia masih muda dan baru ingin memulakan kehidupan berkeluarga dan berkerjaya.

Salahkah mereka? Mungkin tidak salah. Namun bagi pasangan muda yang obses dengan kehidupan seperti saya dan isteri, saya fikir kita tidak wajar hidup bagai pengemis tatkala Malaysia memiliki segala sumber kekayaan buminya. Tatkala pemimpin mendapat derma berbilion ringgit. Bangsat sangatkah kita?

Untuk rakyat Malaysia

Oleh itu, Bersih 4 dan siri-siri himpunan rakyat sebelum ini amat penting dan bermakna bagi saya. Juga bagi isteri yang berada jauh dan anak-anak yang menerima kesan langsung akibat keadaan Malaysia yang sakit hari ini.

Kerap juga sebelum tidur, selepas anak-anak melepaskan rindu menerusi panggilan internet dengan ibunya, saya bisikkan ke telinga mereka. Inilah perjuangan. Supaya kamu tidak menjalani kehidupan sama pada masa hadapan nanti.

Entah mereka faham atau tidak, saya optimis sahaja.

Semasa saya tiba di Puduraya pada 29 Ogos, isteri saya WhatsApp dan memuatnaik status serta foto-foto di FB.

Antaranya seperti berikut:

"Bersih 1 2007: Habis exam physio di Kuantan, bergegas saya naik bas ke KL... sampai2 je, perhimpunan dah habis... org mula bersurai...

Bersih 2 2011: Jln pudu... Hospital Tung Shin... sdg mengandungkan Mu'izz 4 bulan, lari kena sembur dgn FRU, pastu panjat pagar dgn Bro Shake nk selamatkan diri...

Bersih 3 2012: Duduk bantah. Saya cuti kerja. Mu'izz di nursery, umi n abi je gi membantah... Sarah ikut dlm perut.

Bersih 4 2015: Saya di sini. Mem'Bersih' di media sahaja. Bro shake di sana. Masih terus walau tanpa saya. Tapi matlamat kami sama.

‪#‎DemiMalaysia"

Saya tidak akan berhenti berjuang. Saya TIDAK BOLEH berhenti berjuang.

Pengorbanan hari ini adalah untuk masa depan Malaysia yang lebih gagah dan sejahtera.

Untuk saya, iste ri, anak-anak, generasi akan datang dan… untuk seluruh keluarga besar bernama RAKYAT MALAYSIA!

Sumber DD -         


Renungan tentang Bersih 4.0

Posted on Thursday, September 10 @ 11:12:11 MYT by paktam

Oleh Steven Sim

Seramai 500,000 orang berhimpun di ibu kota pada minggu sambutan Hari Merdeka yang lalu. Sesiapa yang pernah menyertai perhimpunan awam di Malaysia akan mendapati terdapat perbezaan pada himpunan Bersih 4.0 tersebut. Suasananya seperti pesta, peserta menyanyi, berpuisi, dan membuat persembahan seni.

Saya turut tertarik ke dalam ragam karnival tersebut sehinggakan apabila diminta berucap, saya menyanyi, suatu perkara yang amat jarang sekali berlaku. Lagu yang dinyanyikan itu lagu perjuangan orang lama, “Darah Rakyat”.


Himpunan kali ini dilabel sebagai program kaum Cina kerana kehadiran orang Cina yang amat memberangsangkan. Tapi, tempoh hari saya terdengar satu jenaka tentang Bersih 4.0 dan orang Cina. Katanya, Cina sudah jadi liberal, sedangkan dalam bulan “hantu” mereka tetap berani keluar ke jalanan dan lagi dahsyat, bermalam di jalanan.
Pantang orang Cina terhadap angka “4” yang bunyinya semacam “mati” juga diketepikan. Cina sudah jadi liberal, sudah murtad kecinaannya.

Satu lagi perkara yang terang lagi nyata tentang Bersih 4.0 ini sudah tentulah kehadiran orang Melayu yang kurang berbanding perhimpunan terdahulu. Pandangan saya tentang perkara ini ialah, sebenarnya ramai orang Melayu yang mendukung tuntutan Bersih merupakan ahli dan penyokong PAS.

PAS sebuah parti politik, ada disiplin tersendiri. Disiplin ini termasuklah akur dengan mobilisasi pemimpin mereka. Justeru, walaupun majoriti besar orang Melayu ini menyokong penuh tuntutan Bersih 4.0, namun tanpa digerakkan oleh kepimpinan, maka mobilisasi Melayu lebih rendah.
Namun tidak dapat dinafikan orang Melayu turut beramai-ramai keluar berarak, berhimpun, bermalam di Kuala Lumpur semasa Bersih 4.0, sampai solat pun di atas jalan raya.

Adakah Bersih 4.0 bawa apa-apa perubahan?

Selepas Bersih 4.0 ada yang bertanya, "Jadi apa korang sudah capai?"

"Adakah apa-apa yang berubah?"

Yang sinis pula bertanya, "Berhimpun sudah, apakah Najib pun sudah meletak jawatan?"

Yang optimis menjawab, "Perjuangan kita untuk jangka masa lama, perubahan bukan sehari dua".

Saya pula berpendapat memang ada sesuatu yang berubah. Apabila 500,000 orang rakyat Malaysia berarak, berhimpun dan tidur di jalanan di Kuala Lumpur dan puluhan ribu lagi berkumpul di lokasi-lokasi lain di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia, ada suatu perubahan berlaku serta merta.

Dan bagi mereka yang terlibat secara tidak langsung, yakni mereka yang mempunyai ahli keluarga ataupun kenalan yang menyertai Bersih 4.0, ataupun mereka yang mengambil tahu dan mengikuti perkembangan Bersih 4.0 tersebut, ataupun mereka yang membantu menyebarkan maklumat, yang “Share” dan “Like” dalam Facebook, yang membeli T-shirt kuning, yang memuat naik foto bertema kuning di laman media sosial, yang memakai baju ataupun apa-apa yang berwarna kuning pada hari minggu tersebut, buat mereka juga, ada suatu perubahan berlaku serta merta.

Apa perubahan tersebut?

Dari dulu lagi, kita sudah tahu “negara sedang menghadapi krisis”. Tahu itu tahu dari membaca ataupun berbincang, tahu buku teks kata orang, “tahu dari jauh”. Tapi selepas melalui Bersih 4.0, tahu itu sudah menjadi “tahu daripada pengalaman sendiri”.

Macam belajar secara teori dan belajar secara pengalaman kerja, dua-dua pengetahuan yang penting, tetapi tak sama. Selepas bermandi keringat di Bersih 4.0, sudah tentu pengalaman itu memberi nafas dan pengertian baru kepada ide “negara sedang menghadapi krisis”.  Pada masa yang sama, pengalaman baru itu juga memberi dorongan yang lebih kuat kepada mereka untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan negara.

Apakah tidak, apabila seseorang itu sanggup bersusah payah membeli T-shirt, mengembara ke Kuala Lumpur, mengambil risiko berhimpun walaupun diancam penguasa, berarak dan berkumpul di bawah panas terik ibu kota, bertilam-bantalkan tar yang kasar dan keras pada malam hari, menyeberangi halangan psikologi pemikiran “selamat” yang konservatif seperti “jaga kestabilan masyarakat”, jangan provokasi, peristiwa 13 Mei dan termasuk sekali pantang larang tentang “bulan hantu”; jika seseorang itu sanggup bersusah payah sebegitu, maka tidak hairan komitmennya terhadap matlamat selamatkan Malaysia pun berganda.

Di atas jalanan pada hari itu, walau yang paling sinis sekalipun, semua yang terlibat dapat merasai harapan yang menggunung. Di atas jalanan pada hari itu, rakyat Malaysia berkeyakinan “ya, kita mampu untuk mengubah nasib negara”.

Apa yang perlu dilakukan sekarang?

Tiga tahun lalu, saya menulis dalam buku saya,

"Pada masa di mana ada terlalu banyak suara menawarkan pelbagai pilihan, Ironinya perkara paling pragmatik dan juga paling revolusioner yang boleh dilakukan adalah jangan buat apa-apa, diam dan berfikir sejenak.

Analisa keadaan secara kritis dahulu sebelum mengambil tindakan seterusnya, supaya tak timbul keadaan “pi mai pi mai tang tu”, iaitu buat bermacam-macam tetapi hasilnya tetap sama sahaja.”

Apabila semua orang tengah sibuk nak melakukan sesuatu, ambil selangkah ke belakang dan renungi masalah di depan kita secara kritis sebelum kita masuk semula sibuk beraktiviti.

Jadi apa sebenar permasalahannya di sini?

Masalah yang kita hadapi sekarang, yang menyebabkan krisis negara ini bukannya ketamakan individu semata-mata. Ia juga bukan tentang Najib semata-mata. Kalau ia tentang seorang individu bernama Datuk Seri Najib Razak yang tamak haloba, maka mudah ditangani, tukar saja orangnya.

Tapi kita semua sedia maklum, Najib tukar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kah, tukar Tan Sri Muhyiddin Yasin kah, tukar Datuk Seri Mukhriz Mahathir kah, tukar Khairy Jamaluddin kah, tukar siapa-siapa sekalipun, tetap sama. Justeru, tidak memadai sekadar suruh Najib letak jawatan.

Masalah sebenarnya adalah sistem.

Sistem di mana semua benda boleh dijual beli atau dalam bahasa seharian kita, budaya "boleh settle". Dalam sistem ini, semua orang berpotensi menjadi Najib. Sebab sistem ini membenarkan siapa sahaja yang buat salah untuk "membeli jalan keluar". Asalkan ada kuasa atau wang atau lebih baik, kedua-duanya sekali.

Dalam sistem ini, kita boleh jual beli apa sahaja, daripada pendidikan terbaik sehingga kepada keputusan peperiksaan yang cemerlang, sampai boleh jual beli soalan bocor Ujian Penialaian Sekolah Rendah (UPSR). Kita boleh jual beli layanan keutamaan di lapangan terbang dan di hospital sekalipun.

Kita boleh membayar wang lebih untuk servis VIP di hotel, begitu juga untuk "layanan istimewa" di jabatan kerajaan. Kita boleh jual beli perlindungan undang-undang malah bila kita buat salah boleh dibeli perlindungan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Kita bukan sahaja boleh jual beli perkhidmatan orang lain, malah boleh jual beli organ-organ orang lain, dan yang paling dahsyat sampai jual beli orang lain pun boleh, kalau ada wang dan kuasa. Kita boleh jual beli sokongan walaupun tiada yang sudi menyokong – itulah sebabnya parti yang dapat sokongan hanya 48% itu boleh tubuh kerajaan.

Semuanya boleh dijual beli dan kita sebahagian daripada sistem ini.

Minggu lalu, ada seorang wanita menghubungi saya minta pertolongan. Dia mencuri barangan bayi bernilai kira-kira RM200 di sebuah pusat membeli belah dalam kawasan saya. Dia merayu minta saya tolong “settle” di luar mahkamah.

Saya menasihatinya untuk mendapatkan khidmat guaman, itu sekadar yang boleh saya bantu buat masa ini. Dia kecewa dan berkata, "Kerana RM200 hidup saya musnah, namun sesetengah orang terlepas walaupun sudah ambil RM2.6 bilion”.

Kita semua berpotensi menjadi Najib.

Perkara ini bukan soal ketamakan peribadi, sebaliknya, ia adalah akibat satu sistem yang tidak menjamin akauntabiliti dan ketelusan. Sistem yang mana kalau buat salah sekalipun, “jalan keluar” boleh dibeli. Wanita tadi tidak mampu untuk membeli jalan keluar bagi dirinya, tapi di bawah sistem ini, ramai yang mampu dan melakukannya. Jika yang buat salah terlepas begitu sahaja, maka di manakah keadilan?

Di manakah amar ma'ruf nahi munkar? Di manakah soal hak dan tanggungjawab? Sebab semua perkara boleh “settle”, boleh dijual beli, asalkan ada wang dan kuasa.

Yang paling menyedihkan ialah, dalam sistem tersebut, semua benda, waima demokrasi sekalipun, menjadi mahal. Bukankah Barisan Nasional sendiri mengaku perlu RM2.6 bilion semata-mata untuk mengalahkan satu parti lawan iaitu DAP semasa pilihan raya yang lalu.

Demokrasi sudah menjadi terlalu mahal untuk marhaen dan murba. Orang biasa sudah tidak mampu memiliki demokrasi, terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan demokrasi untuk menyuarakan kepedihan hidup.

Jangan celoteh banyak, berikan satu strategi yang praktikal

Ada juga yang akan berkata kepada saya, “Tak payahlah cerita panjang lebar, bagi tau terus apa benda yang boleh kita semua lakukan selepas Bersih 4.0, benda yang betul-betul praktikal”. Baiklah...

Sementara kita menanti sistem ini diubah oleh "orang-orang politik besar” – entah bila – satu nasihat saya kepada semua penyokong Bersih 4.0 pasca himpunan kita ialah ini: Ayuh kita semua berpura-pura apa yang kita inginkan benar-benar wujud.

Maksud saya ialah, kita anggap seolah-olah demokrasi itu wujud, tadbir urus baik itu wujud, hak asasi manusia wujud, keadilan juga wujud. Walau dalam keadaan sekarang, memang susah nak anggap semua perkara ini wujud di Malaysia, marilah kita berpura-pura ia ada.

Contohnya, tentang keadilan, hiduplah seolah-olah ada keadilan, anda mungkin akan dilihat sebagai naif dan ditertawakan, tetapi tuntutlah keadilan, kejar keadilan dan berlaku adil kepada sesiapa sahaja. Sudah tentu tabiat ini tidak masuk akal dalam sistem yang saya sebut tadi. Sudah tentu lebih mudah untuk kita beli jalan keluar daripada susah payah menuntut keadilan. Tapi biar kita anggap dunia ini semacam ada keadilan dan bertekad untuk mencarinya.

Dan tuntutlah tadbir urus baik daripada kerajaan di semua peringkat: kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Kita kena buat semacam tadbir urus baik ini perkara biasa bukan perkara luar biasa. Justeru kita mesti mengharapkan perkhidmatan yang baik daripada kerajaan, kalau tidak memperolehnya, kita kena tuntut “kao kao”, tuntut sampai dapat, seolah-olah perkara ini patut berlaku.

Kita perlu buat-buat bodoh macam budak kecil yang tidak segan silu minta dan minta dan terus meminta supaya tadbir urus baik ini dilaksanakan.

Bagi demokrasi pula, kita turun berkempen dan mengundi seolah-olah usaha kita mampu mengubah keadaan. Memang lebih mudah untuk kita putus asa dan anggap kita tidak mampu mengubah sistem ini. Memang lebih mudah untuk kita sinikal dan tolak sebarang usaha sebagai sia-sia. Tapi untuk sekarang, biar kita naif, kita tuntut demokrasi seolah-olah benda ini wujud, seolah-olah pilihan raya itu adil bersih dan telus.

Bayangkan, jika cukup ramai orang yang berpura-pura demokrasi itu wujud dan berkesan, jika cukup ramai orang yang menuntut demokrasi, turun berkempen dan turun mengundi seolah-olah tiada penipuan dalam pilihan raya.

Jjika cukup ramai orang yang rela dicemuh sebagai naif dan mereka masih percaya serta yakin undi mereka itu penting - maka nescaya kita akan nampak, harapan tinggi menggunung di jalanan Bersih 4.0 hari itu, semangat “ya, kita mampu untuk mengubah nasib negara” yang diperlihatkan oleh peserta-peserta perhimpunan akan diulang-ulang kali ini bukan hanya di Kuala Lumpur tetapi di seluruh pelosok Malaysia.

Sahabatku, bukankah itu suatu revolusi?

Apa yang ingin saya sampaikan dalam panjang lebar ini sebenarnya ialah: Kipidap, dongibap.

* Steven Sim ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Sumber DD - 10-9-2015

Himpunan: Polis siasat artikel berbaur perkauman, hasutan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat sebuah artikel berbaur perkauman dan hasutan yang menyeru orang ramai menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara pada 16 September ini.

Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana cubaan menghasut.

"Setakat ini, polis belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan, dan polis menganggap perhimpunan ini melanggar undang-undang," ujarnya, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh untuk menyertai perhimpunan itu, seperti yang disiarkan dalam media sosial tersebut.

Sumber HD - 10-9-2015













































Biarkan si baju merah berarak

Posted on Wednesday, September 09 @ 14:58:32 MYT by paktam

Oleh Hafidz Baharom

Hujung minggu lepas, Utusan Malaysia menyuarakan sokongan mereka terhadap "Himpunan Maruah Melayu" yang akan berlangsung di kawasan segi tiga emas Bukit Bintang pada 16 September nanti.Saya tidak menyokong perbuatan tersebut, tapi saya berpendapat rakyat Malaysia patut membiarkan ia berlaku tetapi motif saya berlainan.

Biarlah si baju merah semuanya berkumpul di Bukit Bintang, beraksi semula dengan kayu-kayan, berguling sana sini, mengucapkan apa-apa yang mungkin bersifat perkauman dan anti Cina, menunjukkan mereka kononnya perwira bangsa Melayu.


Biarlah setiap kata-kata mereka direkodkan dan dimuat naik ke semua laman sosial. Biarlah setiap kata-kata mereka diterjemahkan ke semua bahasa yang rakyat Malaysia dan warga asing di sini faham.

Biarlah video-video berserta terjemahan dalam setiap bahasa ini disebarkan oleh rakyat Malaysia sendiri melalui laman sosial ke Bangladesh, Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, United Kingdom, China, Vietnam, Singapura dan Rusia – mana-mana negara yang mempunyai kepentingan perdagangan dengan Malaysia.

Maka dengan aksi sedemikian rupa, kerajaan sendiri perlu menanggung tanggungjawab penyokong politik mereka sendiri.

Apakah menteri perdagangan antarabangsa boleh dikekalkan dalam perundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) jika semua menteri perdagangan antarabangsa berserta ahli politik Kongres AS melihat video tersebut?

Apakah Datuk Seri Noh Omar selaku pengerusi Barisan Nasional Selangor boleh memenangi kembali 20% pengundi Cina di negerinya dengan video penyokongnya malah ketua Umno Sungai Besar, Datu Jamal Yunos sendiri tersebar luas?

Apakah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz boleh terus menarik pelancong dari China dan Taiwan ke Kuala Lumpur jika setiap ayat bersifat perkauman dilontarkan, direkodkan dan dihebohkan bersama terjemahan dalam bahasa Mandarin?

Bagaimana pula dengan menteri dalam negeri kita? Apakah dia masih lagi boleh menarik 1.5 juta warga Bangladesh menjadi pekerja asing jika video tersebut berserta terjemahan bahasa mereka tersebar ke pihak kedutaan mereka?

Bagaimana pula jika disebarkan kepada setiap kedutaan yang ada di Malaysia yang mempunyai laman sosial Facebook dan Twitter? Setiap akaun e-mel?

Bagaimana pula dengan setiap ahli parlimen Barisan Nasional yang bukan Melayu? Apakah mereka boleh bertahan lagi dua tahun jika setiap pengundi mereka mendapat tayangan percuma si baju merah pejuang bangsa Melayu ini?

Mungkin mereka semua tidak menggunakan Internet, tetapi ini boleh diselesaikan dengan sebiji telefon bimbit, projektor mini dan layar putih - anggaran kos di bawah RM3,000 – yang boleh dialihkan dengan mudah ke mana-mana kawasan pedalaman.

Apakah pihak polis sendiri sudah bersedia untuk menerima beratus atau beribu laporan polis serata negara atas percakapan berbaur perkauman yang menyalahi undang-undang?

Adakah Nancy Shukri sudah bersedia menjawab berliku-liku persoalan perundangan mengapa tiada tindakan diambil? Bagaimanakah pula pihak peguam negara?

Sewaktu perhimpunan Bersih, ada yang kata ia membantu kerajaan dalam propaganda mereka meraih kembali sokongan.

Pada jangkaan saya, perhimpunan kononnya hendak "membangkitkan semula maruah Melayu" ini pula akan membenarkan pihak anti Barisan Nasional bukan sahaja mendapat sokongan dari rakyat Malaysia, tapi boleh juga dijadikan bahan propaganda untuk meraih sokongan antarabangsa.

Manalah kita tahu, lepas ini pihak lain pula yang terima "wang derma" berbilion-bilion datang pilihan raya umum tahun 2018 nanti.

Tetapi lebih penting dari itu, apa-apa bahan propaganda yang dicatat, direkod dan disebarkan berpunca dari pihak baju merah ini boleh dijadikan bahan-bahan untuk menekan semua rakyat negara luar untuk mengenakan satu "harta global" ke atas negara kita.

Setiap negara luar dan rakyat mereka akan menyebarkan bagaimana rakyat Malaysia sendiri bersikap aparteid, menyamakan tindakan dan perbuatan si baju merah ini dengan apa yang berlaku dengan sejarah Nazi di Jerman, dengan dasar-dasar Afrika Selatan, malah mungkin juga dengan puak Klu Klux Klan di Amerika Syarikat.

Dengan perbandingan seperti ini disebarkan ke serata dunia, mampukah menteri-menteri Kabinet kita berusaha memulihkan semula imej Malaysia bukan di mata ahli politik antarabangsa, tapi rakyat marhaen luar negara?

Mengikut data laman web statista.com, suku kedua 2015 menunjukkan jumlah pengguna aktif bulanan Facebook sedunia menjangkau 1.31 bilion pengguna. Laman tersebut juga menyatakan pengguna laman Twitter sedunia pula berjumlah 304 juta pengguna aktif bulanan.

Rakyat Malaysia pula sudah majmuk, sudah faham dan boleh menterjemah pelbagai bahasa dari Bahasa Melayu hinggalah ke bahasa Mandarin mahupun Bahasa Perancis. Rakyat Malaysia juga meluangkan purata 5 jam sehari menghadap Internet.

Ini termasuklah mereka yang menyertai perarakan oleh Bersih selama 34 jam itu, berjumlah antara 50,000 hingga 100,000.

Cuba bayangkan bagaimana kelihatan laman sosial masing-masing ketika itu, dengan keadaan kerana terlalu padat dan kawasan Dataran Merdeka yang memang "lubang hitam" tiada signal Internet.

Sekarang bayangkan apa yang mereka boleh lakukan dengan akses Internet di Bukit Bintang dan rumah masing-masing bagi menyebarkan sebarang perbuatan perkauman, anti Cina, anti Yahudi, malah anti apa-apalah yang si baju merah nak berucap nanti.

Jika kerajaan berkata mereka sudah bersiap sedia untuk bertanggungjawab ke atas sebarang tindak balas dari segi imej negara kita di khalayak antarabangsa, perdagangan antarabangsa negara kita, segala wang yang masuk dari industri pelancongan, maka teruskan menyokong himpunan Melayu ini.

Bagi kita yang tidak menyokong tindakan ini, kita juga akan bersiap sedia untuk memastikan mereka ini mendapat perhatian khalayak antarabangsa bagi menunjukkan parti politik kerajaan – tidak mengira UMNO, MCA, MIC, Gerakan, semua parti ahli Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak – menyokong golongan ekstrem bersikap perkauman.

Jadi, teruskanlah. Kita masing-masing bersiap sedia.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Sumber DD - 9-9-2015

Kenyataan Media PAKSI : Menolak Manipulasi Terhadap Fakta Bersih 4

Posted on Wednesday, September 09 @ 13:53:45 MYT by paklang

Memerhati keadaan politik-sosial-keagamaan masyarakat kita hari ini yang nampaknya semakin keliru, gelisah dan kacau, akibat pentadbiran negara yang lemah, elitis dan kurang peduli-rakyat, (walaupun himpunan Bersih.4 pada 29-30 ogos lalu berlangsung dalam suasana aman dan mesra); kami NGO Gatera, ASASI, Muafakat, Paksi dll merasa terpanggil untuk tampil membuat kenyataan berikut:

 1.  Memohon pihak kerajaan supaya memberi respon positif kepada lima tuntutan Bersih yang telah diulangi sebanyak empat kali, iaitu:

     1. Pilihan raya yang bebas dan adil,
     2. Pemerintahan yang bersih,
     3. Hak untuk memprotes,
     4. Memperkasakan demokrasi berparlimen,
     5. Selamatkan ekonomi Malaysia.

 2.  Membantah usaha pihak-pihak tertentu yang cuba memanipulasi berita mengenai Bersih.4 dengan membuat gambaran palsu bahawa ia dikuasai oleh pihak Yahudi dan Cina DAP, tanpa bukti bagi mengesahkan dakwaan tersebut. Kami melihat itu adalah helah pihak tertentu untuk lari daripada menghadapi realiti sebenar atau gelodak dan gelisah batin rakyat yang berasa terlalu lama tertindas oleh pelbagai kerenah pentadbiran kerajaan yang kurang peduli-rakyat.

 3.  Kehadiran dalam himpunan Bersih.4 seramai lebih 200 ribu orang itu dianggarkan 65 peratus terdiri dari orang Cina, 25 peratus Melayu dan 10 peratus India dll itu jelas menunjukkan bahawa orang Melayu kini berada dalam keadaan yang keliru disebabkan oleh permainan politik-berlebihan ditambah dengan sentimen ketuanan dan kefahaman Islam sempit di kalangan mereka; manakala orang Cina pula dalam keadaan yang lebih yakindiri disebabkan oleh kurang sentimen politik-berlebihan akibat daripada mereka lebih aktif dalam ekonomi dan budaya. Hal ini tentulah perlu diberi perhatian dan diusahakan bagi mengatasinya segera.

 4.  Keadaan ekonomi negara yang semakin merosot, dengan nilai wang yang jatuh teruk akibat masyarakat antarabangsa semakin hilang kepercayaan kepada kepemimpinan negara ini, bukanlah sesuatu yang boleh disembunyikan lagi dengan helah-helah perkauman yang bertujuan menakut-nakutkan rakyat dan mengalih perhatian mereka daripada pelbagai skandal kepemimpinan negara yang tak terjawab, khasnya isu 1MDB dan wang ‘derma’ RM2.6 bilion itu.

 5.  Kepada sekumpulan orang Melayu yang melaung-laungkan slogan membela Melayu dan menyalahkan Cina konon hendak merampas hak Melayu, kami bertanya kenapakah mereka tidak turun membela orang Melayu di Kg Banda Dalam, Kg Puah, Kg Chubadak dan sekitarnya yang sedikit demi sedikit dihalau, dan rumah-rumah mereka diroboh; sedangkan inilah kampung-kampung warisan Melayu yang menyimpan nilai-nilai seni-budaya Melayu yang sangat tinggi nilainya, yang masih ada di ibukota Kuala Lumpur hari ini? Terbukti bahawa laungan mereka membela Melayu itu hanyalah untuk bermuka-muka dan tidak ikhlas. Mereka tak pernah membela Melayu sebaliknya hanya untuk memperalatkan mereka.

 6.  Kami masyarakat NGO yang prihatin dengan permasalahan yang dinyatakan di atas menyeru rakyat Malaysia umumnya supaya bertenang dalam keadaan yang bergelora hari ini, dan janganlah mudah terpengaruh dengan dakyah atau kempen pihak-pihak tertentu yang menunjukkan semangat dan sikap yang kurang adab dan kurang kemanusiaan serta membenci kaum-kaum tertentu di kalangan sesama rakyat negara ini.

Sekian. Terima kasih.

Sumber DD - 9-9-2015

PAS tidak sertai Himpunan Rakyat Bersatu

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS memutuskan tidak menyertai atau mengerahkan ahli dan penyokongnya menyertai Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkan berlangsung pada 16 September ini.

Dengan ditegaskan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber HD - 8-9-2015


Perhimpunan haram tidak akan menumbangkan kerajaan sah

Posted on Tuesday, September 08 @ 12:52:05 MYT by paktam

Oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed 

Ucapan tahniah saya ucapkan kepada peserta Bersih 4 serta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya kerana walaupun perhimpunan haram tetap berlangsung seperti yang dijadualkan, tiada sebarang insiden kekerasan berlaku antara kedua-dua belah pihak.

Tidak dapat dinafikan, saya boleh menyimpulkan dengan tiada insiden seperti yang berlaku seperti dalam demonstrasi jalanan yang berlangsung di Kuala Lumpur sebelum ini, membuktikan betapa rakyat Malaysia serta PDRM dapat bertolak ansur dalam memastikan matlamat kedua-dua pihak dapat dicapai.


Sebab itu juga saya mengeluarkan kenyataan sebelum ini PDRM adalah pasukan polis yang paling bertoleransi di dunia dan ia terbukti sepanjang 2 hari, Bersih menganjurkan Bersih 4, tiada sebarang insiden besar berlaku kecuali beberapa insiden terpencil.

Sama ada penganjur Bersih 4 berjaya mencapai matlamatnya atau tidak, ia bukan perkara utama kepada saya memandangkan saya tetap berpendirian sebelum dilantik menjadi ahli pentadbiran kerajaan untuk tidak menyokong sebarang demonstrasi jalanan kerana ia tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat dan negara.

Walaupun, hujah ini boleh disangkal dan diperkecil mana-mana pihak kerana ia bercanggah dengan kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, hakikat yang perlu kita sentiasa sedar adalah Malaysia mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) setiap 5 tahun.

Ia medan demokrasi yang paling utama kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang akan menerajui Malaysia dalam tempoh 5 tahun dan melalui peti undi ini, tiada mana-mana pihak yang dapat menyangkal kuasa rakyat memilih kerajaan melalui proses pilihan raya umum, sebagai demokrasi sebenar.

Di pihak kerajaan, sudah pasti mandat untuk memerintah Malaysia selama 5 tahun dengan penggal ini berkemungkinan besar berakhir dalam tempoh 2 tahun lagi terus dipelihara dan tiada demonstrasi jalanan yang dapat menjatuhkan kerajaan seperti juga yang berlaku pada 1997 dan 1998 pada zaman Reformasi pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pasukan PDRM yang diberi amanah serta tanggungjawab bagi melindungi keselamatan dan menjaga ketenteraman awam terus berevolusi sesuai dengan peranan yang diamanahkan sejak lebih 200 tahun lalu.

Walaupun, kerajaan mengeluarkan arahan mana-mana individu yang didapati memakai baju kuning dengan tulisan Bersih adalah sesuatu yang dilarang, tiada mana-mana individu yang ditahan atas kesalahan berkenaan pada hari perhimpunan haram berkenaan berlangsung.

Ia membuktikan polis tidak semberono dalam menguatkuasakan undang-undang dan sudah pasti pertimbangan kemanusiaan turut diambil kira dalam memastikan perhimpunan haram dijalankan mengikut lunas undang-undang.

Kerajaan sememangnya menyedari betapa rakyat negara ini, semakin prihatin terhadap hak asasi mereka seperti hak untuk berhimpun serta bersuara dan atas sebab itu, Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 digubal dan diluluskan Parlimen.

Penggubalan APA 2012 ini bertujuan supaya hak majoriti rakyat dipelihara dan tidak dinafikan golongan minoriti yang mahu berhimpun sehingga mengganggu ketenteraman serta merosakkan harta benda.

Malah, polis pernah memberikan kebenaran supaya Stadium Merdeka digunakan sebagai tempat berhimpun untuk 'Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 pada 12 Januari, 2013 serta kebenaran untuk Stadium Kelana Jaya pula digunakan sebagai tempat berhimpun untuk acara 'Blackout 505' pada 8 Mei, 2013.

Perlu difahami APA 2012 sudah menggariskan dengan sejelas-jelasnya garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan aman.

Akta ini yang mempunyai 27 seksyen di dalamnya mengguna pakai 'template' perbandingan daripada negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia (Queensland Peaceful Act) serta mematuhi hak asasi masyarakat yang diamalkan di peringkat antarabangsa.

Namun yang menyedihkan tiada kerajaan negeri termasuk daripada negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang mahu menawarkan tempat untuk digazet sebagai kawasan perhimpunan aman.

Ramai masih tidak memahami jika ada sesuatu tempat digazetkan sebagai kawasan perhimpunan aman, polis tidak perlu lagi mengeluarkan permit kepada mana-mana kumpulan jika mereka mahu mengadakan perhimpunan aman di dalam kawasan itu.

Berdasarkan rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerajaan Pulau Pinang pernah membuat permohonan untuk menggazet 76 tempat untuk diwartakan sebagai tempat berhimpun di bawah APA 2012 pada April 2014.

Tetapi sehingga ke hari ini, kerajaan Pulau Pinang masih gagal menghantar permohonan rasmi kepada KDN berserta dokumen lengkap untuk kawasan berkenaan digazet sebagai tempat berhimpun di bawah APA 2012.

Di Selangor pula, kerajaan negeri berkenaan melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sudah pun membenarkan Stadium Shah Alam dijadikan sebagai tempat berhimpun di bawah APA 2012, bagaimanapun, MBSA menarik semula kebenaran berkenaan tanpa sebarang sebab.

Kerajaan tidak mahu menyekat hak ini dan walaupun semua demonstrasi jalanan yang diadakan di negara ini lebih kepada agenda politik dengan parti pembangkang senantiasa menjadi penggeraknya.

Apa yang berlaku dalam Bersih 4 ini seakan ulang tayang atau 'déjà vu' kepada saya ketika menjadi exco Pemuda Umno pada 1997 dan 1998 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan demonstrasi jalanan atau reformasi yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan ketika itu. Ia menyebabkan polis terpaksa menggunakan kekerasan berikutan peserta demonstrasi haram berkenaan merosakkan harta benda.

Ironinya, kerajaan Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah sehingga ke hari ini dengan dipilih secara demokrasi melalui PRU dan atas sebab itu saya sentiasa berpegang teguh kepada pendirian untuk tidak menyokong perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan.

Sebab itu juga saya tidak menyanggah apa yang diperjuangkan Bersih 4 kerana itu hak masing-masing sebagai rakyat Malaysia tetapi kita perlu berpegang kepada undang-undang yang seharusnya menjadi garis panduan sebagai rakyat negara ini.

Jika diteliti semua kenyataan saya berhubung Bersih 4 ini, saya hanya mahu penganjurnya mematuhi undang-undang yang digariskan dalam APA 2012, itu yang paling utama kerana pada mulanya sasaran adalah seramai sehingga sejuta orang dan bayangkanlah siapa yang perlu dipertanggungjawabkan jika ada kumpulan anarki yang mengambil kesempatan.

Tetapi selepas berakhirnya Bersih 4, peserta yang hadir tidak sampai 50,000 orang di Kuala Lumpur manakala objektif penganjurnya di Sabah serta Sarawak langsung gagal mencapai matlamatnya.

Saya simpulkan Bersih 4 gagal mencapai matlamat adalah disebabkan segala tuntutannya langsung tidak mencapai hasil atau objektif, jadi selama 34 jam berhimpun, apa hasilnya? Yang dapat saya lihat kerugian kepada peniaga yang terbabit di kawasan perhimpunan haram itu.
Wang rakyat dibelanjakan bagi membolehkan pihak berkuasa mengawasi peserta Bersih 4 sesuatu yang langsung tidak perlu dilakukan.

Jika ada pihak yang menyatakan Bersih 4 bukan bermotifkan politik, ia adalah pembohongan paling besar kerana jika seseorang itu melihat serta meneliti momentum perhimpunan haram ini sejak mula ia diumumkan, segala-galanya mempunyai agenda politik bukan untuk kesejahteraan rakyat.

Penganjur Bersih 4 gagal memberikan jawapan mengapa perlu diadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur, mengapa perlu babitkan Sabah dan Sarawak, jika ia bukannya bermotifkan politik.

Sudah pastinya, pemilihan Kuala Lumpur adalah untuk mengambil fenomena penduduk Lembah Klang yang dilihat 'anti-establishment' serta sering menyalahkan kerajaan dan ia dimanupulasi penganjur Bersih serta ahli politik pembangkang untuk membangkitkan sentimen membenci kerajaan. Seperkara yang menarik mengenai perhimpunan haram Bersih 4 ini, adalah mengenai kurangnya penyertaan daripada kaum Melayu tidak seperti demonstrasi jalanan sebelum ini dan ia jelas membuktikan betapa pakatan pembangkang begitu 'merindui' kehadiran PAS.

Walaupun, parti serpihan PAS iaitu Gabungan Harapan Baru (GHB) cuba memberi keyakinan terhadap pakatan pembangkang tetapi semua sedar betapa parti serpihan ini terdiri daripada golongan elit progresif dalam PAS, bukan mewakili akar umbi PAS.

Di sinilah kekurangan utama yang bakal menjadi halangan kepada pakatan pembangkang untuk menumbangkan BN dan Umno dalam PRU14 kelak apabila sudah pasti berlaku pertembungan 3 atau 4 penjuru.

Bersih 4 memberikan pelbagai isyarat kepada semua pihak sama ada kerajaan, pembangkang atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bagaimana demonstrasi jalanan tidak akan mengubah kerajaan atau mendapat sokongan majoriti.

Sudah pasti, pilihan raya umum adalah medan terbaik untuk rakyat menentu dan memilih kerajaan yang bakal memimpin mereka apabila membuang undi di peti undi bukannya terjerit-jerit memaki kerajaan dan menyusahkan majoriti rakyat untuk hidup aman damai.

Sumber DD - 8-9-2015



Apa Salahnya Kumpulan 'Baju Merah' Berhimpun ?

Posted on Tuesday, September 08 @ 11:42:55 MYT by paktam

Oleh Abu Hassan Adam

Tidak salah rasanya sekiranya Kumpulan ‘Baju Merah’ mahu mengadakan perhimpunan sepertimana yang dilakukan oleh Kumpulan Bersih 4 baru-baru ini. Setiap negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara tidak menghalang rakyatnya menyuarakan sesuatu pandangan dan pendapat malah adalah digalakan rakyat mengadakan ‘percambahan fikiran’ demi untuk menyuburkan demokrasi di negara itu sendiri.


Malangnya di negara ini perhimpunan sedemikian tidak medapat kebenaran dan kelulusan dari pihak berkuasa. Semacam pemerintah di negara ini amat takut dan bimbang dengan sebarang perhimpunan dan tunjuk perasaan yang dijalankan. Lihat sajalah apa yang berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi awam di negara ini. Para pelajar yang sepatutnya terdedah dengan berbagai pendedahan telah tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang ‘percambahan fikiran’ atau perdebatan yang mempersoalkan hal-hal berkaitan dengan negara. Lantas para pelajar terus menerus ‘tertutup’ fikiran mereka dan ‘terciptalah’ pemimpin-pemim masa depan kita sebagai pemimpin ‘yes-man’.

Kumpulan Bersih 4 telah berhimpun pada 29 dan 30 Ogos yang lalu. Tidak mendapat kebenaran polis. Lebih kurang 500,000 hadir. Berani buat berani tanggung. Dan Kumpulan ‘Baju Merah’ pula akan mengadakan perhimpunan ‘besar-besaran’ pada 16 September 2015 nanti. Dan difahamkan mereka juga tidak mendapat kebenaran pihak polis. Dan kononnya mereka juga akan meneruskan program yang telah sedia dirancang walaupun tidak ‘berketua’ dan tidak tahu siapa yang menjadi ketuanya. Yang dapat diketahui bahawa seorang Menteri dari Pahang telah menggalakkan ahli UMNO dari kawasannya supaya hadir pada perhimpunan berkenaan. Apakah beliau yang merupakan ketua dan perancangnya? Entahlah.

Inilah perbezaan yang jelas antara ‘Bersih’ dan ‘Baju Merah’. Kumpulan ‘Bersih’ dilihat agak tersusun dan bertanggungjawab tentang apa yang hendak dilakukan. Jelas matlamatnya.

Mungkin dengan sebab itulah ramai yang hadir ‘menunjukkan muka’ diperhimpunan demikian dengan tidak sedikit pun memikirkan samada perhimpunan Bersih itu dianjurkan oleh Cina atau oleh Melayu atau oleh India. Tidak ada perasaan sedemikian. Yang penting matlamat dan tujuannya jelas. Sesuai dengan tuntutan keadaan semasa.

Hanya segelintir masyarakat di negara ini yang menuduh mengatakan bahawa Perhimpunan Bersih 4 adalah anjuran masyarakat Cina untuk ‘menghina’ masyarakat Melayu. Bagi aku satu fitnah yang amat serious. Mungkin jugalah ‘puak’ yang menuduh itu tidak hadir pada perhimpunan Bersih demikian dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana bersatunya rakyat Malaysia menentang kezaliman dan penyelewengan yang sedang berlaku di Malaysia kini. Ada ‘episode’ di perhimpunan berkenaan yang amat ‘menyentuh’ perasaan sesiapa yang melihat tentang keintiman ikatan bangsa Malaysia. Mengapa ada pihak yang memutarbelitkan hubungan kaum yang begitu murni itu? Apakah untungnya pihak yang cuba melaga-lagakan antara kaum itu sedangkan tidak wujud walau sedikit pun ketegangan antara kaum itu. Mengapa?

Bagi pihak yang membuat tuduhan, apakah mereka mempunyai statistik yang konkrit menyatakan bahawa majoriti yang hadir itu adalah kaum Cina dan terlalu kurang kaum Melayu.

Mungkin betul terdapat perbezaan kecil tentang kehadiran antara kaum Melayu dan bukan Melayu? Mungkin. Apakah tidak dirasionalkan mengapa terdapat perbezaan sedemikian? Sekiranya pelajar-pelajar dari pusat pengajian tinggi awam dibenarkan hadir maka besar kemungkinannya Kuala Lumpur akan ‘banjir’ dengan anak-anak muda dari semua kaum yang bakal menentukan masa depan kehidupan mereka di negara yang tercinta ini. Malangnya golongan ini dihalang dan disekat. Itupun masih ramai yang berjaya ‘melepaskan’ diri untuk hadir.

Hadirnya peserta ke Perhimpunan Bersih 4 adalah jelas tujuan dan matlamatnya. Dan telah terbukti bahawa Bersih 4 telah berjaya mengukuhkan pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang harmoni dimana semua kaum dapat wujud seiringan dan bekerjasama dalam menuntut keadilan di negara ini. Dan tentulah terfikir bahawa apakah Kumpulan ‘Baju Merah’ juga mempunyai matlamat dan tujuan sebagaimana yang dilakukan oleh Bersih 4.

Suatu hal yang amat ketara yang kelihatan amat tidak sesuai tentang kewujudannya ialah tentang peserta yang akan hadir yang terdiri semata-mata dari kaum Melayu sahaja. Mungkin orang Melayu ahli UMNO. Dan semacam ada usaha untuk menandingi kumpulan Bersih 4. Dengan jelas juga menampakkan bahawa tidak ada matlamat yang jelas mengapa diadakan perhimpunan ‘Baju Merah’ itu. Larangan yang dikenakan oleh pihak polis itu terhadap perhimpunan itu ada asasnya.

Namun sekiranya pihak Kumpulan ‘Baju Merah’ yang dirasakan ramai antara pesertanya terdiri dari ahli UMNO Melayu dapat menjemput ahli-ahli MCA (Cina) dan MIC (India) untuk bersama-sama memperjuangkan sesuatu, maka tentulah tidak ada sebab mengapa pihak polis tidak memberikan kebenaran kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan demikian. Kumpulan ‘Baju Merah’ harus dengan segera menyatakan tujuan dan matlamatnya mengadakan perhimpunan sedemikian dan dinyatakan dengan jelas organisasi yang menganjurkan perhimpunan demikian.

Aku merasakan bahawa tidak ada sebab mengapa Kumpulan ‘Baju Merah’ tidak sepatutnya mengadakan perhimpunan pada 16 September yang akan datang. Aku merasakan amat meriah keadaan sedemikian, apatah lagi pada hari menyambut kemerdekaan dalam Malaysia. Yang penting perhimpunan itu bukan sahaja dihadiri oleh orang Melayu (UMNO) tetapi juga mesti disertai bersama oleh kaum Cina (MCA) dan India (MIC). Dan tidak salah sekiranya rakyat Malaysia lain juga menyertai bersama.

Yang penting ialah dijelaskan matlamat dan tujuan perhimpunan berkenaan. Untuk apa dan ke mana arah tujunya. Selamat berhimpun……

abuhassanadam
 http://abuhassanadam.blogspot.my/

Sumber DD - 8-9-2015


Penganjur Bersih 4 Terima Bil Pembersihan RM65,000
Posted on Monday, September 07 @ 18:50:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Penganjur Perhimpunan Bersih 4 menerima bil pembersihan RM65,000 daripada wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Terdahulu pegawai kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan gagal menemui rumah yang betul untuk menyerahkan bil tersebut pada Sabtu.

"Kami menerima 'bil' walaupun kami membantu membersihkan jalan di sekitar Kuala Lumpur," kata Bersih 2.0 di laman Twitternya pada Isnin.

Dalam Twitter itu turut dimuat naik gambar Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menerima bil tersebut daripada seorang pegawai DBKL.


Terdahulu, penganjur Bersih menaikkan kain rentang dan papan tanda di luar premisnya di Petaling Jaya untuk memastikan pegawai tersebut sampai ke lokasi yang tepat.

Jawatankuasa tersebut turut mencetak notis dengan alamat lengkap Bersih 2.0 di Petaling Jaya dan papan tanda berbunyi Ibu Pejabat Bersih 2.0 yang diletakkan di pagar premis tersebut.

Lukisan anak patah berwarna merah turut ditampal di sebelah pagar supaya pegawai tersebut tidak terlepas premis No.13 itu.

Sumber Link

Sumber TKO - 7-9-2015



BERSIH tanda pagar untuk menteri salah alamat
Posted on Monday, September 07 @ 17:05:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Entah serius atau tidak, BERSIH hari ini meletakkan kain rentang di pagar pejabatnya bagi memudahkan seorang menteri kabinet mengecamnya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh pengerusinya Maria Chin Abdullah, pagar pejabat mereka di Petaling Jaya ditandakan dengan tulisan "BERSIH 4".

Malah, diletakkan juga anak panah merah besar menunjukkan nombor pejabat mereka.
"(Datuk) Rahman Dahlan – kalau-kalau kamu tak jumpa pejabat BERSIH lagi. Maaf, tiada permaidani merah," katanya dengan nada menyindir.

Sabtu lepas, hasrat Rahman, menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, untuk menempelak BERSIH bertukar jenaka luar jangka.

Ia berlaku apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghantar notis tuntutan kos pembersihan RM65,000 ketika perhimpunan BERSIH 4 ke alamat salah.

Rahman pada mulanya menulis Tweet menyebut premis itu sebagai berkunci, terbiar dan “tak nampak bersih langsung” sambil memuat naik gambar itu ke Internet.

Kesilapan itu bagaimanapun cepat disedari aktivis BERSIH 2.0.

Salah seorang daripada mereka, Zoe Randhawa membalas tweet Abdul Rahman: "Salah rumahlah!”

Abdul Rahman sebelum ini menuntut penganjur BERSIH 4 membayar kos pembersihan sekitar tapak perhimpunan yang berlangsung selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu

Bil berkenaan, kata Abdul Rahman, tidak termasuk kerugian akibat kerosakan harta awam sepanjang perhimpunan berlangsung.

Bagaimanapun Pengerusi BERSIH 2.0 Maria berkata mereka tidak akan membayarnya dan akan membawa kes itu ke mahkamah.

Sumber Link

Sumber TKO - 7-9-2015

Pasca Bersih 4, siapa undurkan Najib secara sah?

Posted on Monday, September 07 @ 13:52:53 MYT by paktam

Oleh Ooi Heng 

Bersih 4 yang selama dua hari dan satu malam itu sudah pun tamat secara aman. Ramai orang pasti akan bertanya: selepas beberapa ratus ribu orang turun ke jalan raya, dan buat pertama kali beberapa ribu orang tidur di tepi jalan raya, adakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terlibat dalam kes 1MDB dan AS$700 juta akan berundur?

Secara amnya, konvensi dan prinsip demokrasi berparlimen menyatakan seseorang perdana menteri yang berdepan dengan krisis ketidakpercayaan akan berundur.

 Namun persoalannya ialah, bagaimana beliau akan berundur, dan bila beliau akan berundur. Soalan yang lebih specifik ialah: Siapa yang bakal membawa kepada pengunduran secara sah seorang perdana menteri yang berdepan dengan krisis?

Pertamanya, adalah perdana menteri sendiri membawa kepada pengunduran diri. Terdapat dua keadaan yang berbeza – Perdana menteri yang menghormati semangat demokrasi berparlimen, apabila berdepan dengan krisis ketidakpercayaan, akan mengambil inisiatif untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan meletak jawatan.

Seorang perdana menteri yang berdepan dengan krisis ketidakpercayaan ekoran dakwaan skandal akan menetapkan syarat peletakan jawatan dan sekiranya syarat-syarat yang berkenaan dipersetujui, maka perdana menteri akan berundur pada masa yang sama berjaya mempertahankan diri, memastikan rejim Umno diteruskan. Sistem pemerintahan bersifat autoritarian akan berterusan.

Sebaliknya, perdana menteri yang mengetepikan semangat demokrasi berparlimen, akan beralih daripada sistem pemerintahan bersifat "autoritarian ala-parti" kepada "autoritarian ala-diktator". Diktator bukan sahaja akan melakukan tangkapan secara besar-besaran, pada masa yang sama juga menggunakan cara yang lembut dan kasar. “Kawat berduri” diktator akan dibentuk untuk mempertahankan kelangsungan kuasa.

Ini dilakukan pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, dan mampu bertahan selama beberapa penggal pilihan raya. Itu adalah zaman di mana sumbangan petroleum mencecah setinggi 30 peratus hingga 40 peratus daripada jumlah pendapatan pemerintah pusat, predatory regime sedang terbentuk, dan pemerahan sumber negara mencorakkan landskap hegemoni di Malaysia.

Paradigma pembangunan ekonomi mengatasi semuanya, penindasan terhadap oposisi dan mereka yang berani membantah dan memberontak dilihat sebagai kezaliman yang wajar. Masyarakat lazimnya memilih untuk bersekongkol dengan hegemoni yang dibentuk pada ketika itu. .

Zaman kini berbeza dengan zaman Mahathir

Zaman kini berbeza dengan zaman Mahathir. Jikalau ini dilakukan pada zaman Najib, rasanya rejim Najib hanya mampu bertahan sehingga pilihan raya yang akan datang.

Landskap hari ini adalah, sumbangan petroleum kepada pendapatan pemerintah pusat sedang menurun menghala ke arah paras 20 hingga 25 peratus, Internet dan media sosial membolehkan pelbagai maklumat disebarkan dengan pantas, harga sumber semulajadi seperti minyak mentah berada pada paras rendah yang baru, nilai Ringgit menyusut, pasaran saham dan pasaran bon penuh dengan ketidaktentuan, predatory regime kini berdepan dengan konflik, perpecahan, dan penyusunan semula secara dialektik dalam konteks sumber yang terhad dan pemerahan yang tidak terhad.

Hari ini, tuntutan demokrasi serta perubahan politik dan pembangunan ekonomi adalah seiring, masyarakat lazimnya enggan memberikan legitimasi kepada rejim pemerintah untuk melakukan penindasan dan kezaliman secara sah.

Keduanya, kerjasama politik membawa kepada pengunduran seorang perdana menteri. Setelah Najib merombak semula kabinet pada 28 Julai 2015, ramai yang menganggap serangan kumpulan Dr Mahathir sudah kehilangan momentum. Saya berpendapat masih awal untuk membuat rumusan.

Dalam keadaan politik dan ekonomi kini, serangan kumpulan Dr Mahathir tidak akan berhenti begitu sahaja. Malahan, interaksi antara setiap kumpulan politik akan membawa kepada pelbagai kerjasama dan ketidaktentuan dalam suasana politik yang dinamik ini. Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, dan Pakatan Rakyat dikuburkan, terdapat perubahan strategi dan taktikall dalam kalangan kedua-dua pihak pemerintah dan pihak oposisi. Anwar di penjara, Najib berdepan dengan krisis ketidakpercayaan, Parti Amanah Negara (AMANAH) masih dalam peringkat awalan penubuhannya, kepimpinanan Melayu berdepan dengan perubahan dinamik dan kedinamikannya masih perlu diperhatikan.

Ketiga, ahli Parlimen backbencher membawa kepada pengunduran seorang perdana menteri. Perkembangan pasca rombakan kabinet buat julung kali seorang perdana menteri yang berdepan dengan dakwaan skandal, bukan saja menyaksikan kewibawaan fungsi institusi awam dirosakkan, malah semangat demokrasi berparlimen juga diketepikan.

Pihak tertentu menggunakan hujah kebertanggungjawaban kolektif (collective responsibility), untuk mempertahankan tindakan perdana menteri menyusun semula kabinet. Hujah ini sah tetapi hanya menonjolkan salah satu daripada ketiga-tiga konotasi prinsip kebertanggungjawaban kolektif.

Dua hujah yang lain itu, bukan saja dielakkan, malah dalam kes 1MDB dan AS$700 juta, prinsip kebertanggungjawaban kolektif dalam konteks demokrasi berparlimen secara keseluruhan diketepikan dan digantikan dengan satu-satunya hujah, seorang perdana menteri berkuasa merombak kabinetnya tanpa membincangkan soal legitimasi.

Tiga konotasi prinsip kebertanggungjawaban kolektif

Dalam semangat demokrasi berparlimen, konsep kebertanggungjawaban kolektif dalam keseluruhannya mempunyai tiga konotasi. Konotasi pertama adalah, rakyat memilih ahli Parlimen melalui pilihan raya umum. Parti atau gabungan parti yang mempunyai bilangan kerusi majoriti dalam Parlimen menjadi parti pemerintah, perdana menteri lahir daripada parti yang mempunyai bilangan kerusi majoriti dalam konteks Perlembagaan Persekutuan. Selepas itu perdana menteri melantik anggota-anggota kabinet.

Seringkali, apa yang diabaikan adalah hukum perdana menteri dan kabinetnya lahir daripada majoriti kerusi di Parlimen. Kerana itu, selain merujuk kepada kuasa seorang perdana menteri melantik dan merombak kabinet, di mana anggota kabinet harus menjalankan tanggungjawab bersama, melaksanakan keputusan pihak kerajaan, konotasi kedua prinsip kebertanggungjawaban kolektif juga merujuk kepada kuasa kolektif dipunyai semua ahli Parlimen backbencher pihak pemerintah dan semua ahli Parlimen oposisi serta "ahli parlimen bebas'.

Sepertimana perdana menteri dan kabinetnya mewakili kuasa legislatif secara kolektif, semua ahli parlimen backbencher pihak pemerintah dan semua ahli parlimen oposisi serta "ahli parlimen bebas" mewakili kuasa perundangan secara kolektif.

Kerana itu, pemakaian istilah "Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC)” tidak begitu tepat dalam konteks demokrasi berparlimen. Ahli Parlimen pihak pemerintah yang tidak berada dalam kabinet merupakan sebahagian daripada kuasa perundangan dan sewajarnya melaksanakan kuasa dan kewajiban mereka sebagai ahli Parlimen backbencher Parlimen Malaysia, bukan sekadar ahli Parlimen penyokong Barisan Nasional.

Konotasi ketiga berkait rapat dengan kuasa rakyat dalam konteks legitimasi sistem pemerintahan. Malaysia mengamalkan sistem berkabinet di mana kedua-dua kuasa legislatif dan perundangan lahir daripada legitimasi yang mendapat pengiktirafan kolektif rakyat.

Legitimasi yang diiktiraf rakyat bermula dengan proses pilihan raya umum yang bersih dan adil. Proses perundangan yang bebas merupakan sebahagian daripada proses pembentukan legitimasi tersebut. Legitimasi itu boleh ditarik balik apabila krisis ketidakpercayaan melanda kuasa legislatif.

Apabila beberapa ratus ribu rakyat turun ke jalan raya membuat tuntutan terhadap seorang perdana menteri yang didakwa terlibat dengan skandal, hal ini bermaksud Najib dan kabinetnya berdepan dengan krisis ketidakpercayaan. Dalam konteks sedemikian, seorang perdana menteri yang menghormati semangat demokrasi berparlimen akan mengemukakan undi kepercayaan terhadap dirinya di Parlimen.

Jika undi tersebut berjaya dipertahankan, perdana menteri dapat meneruskan pentadbirannya atas kepercayaan yang diberikan semua ahli parlimen yang tidak menganggotai kabinet. Jika tidak, perdana menteri dan kabinetnya harus meletak jawatan.

Ataupun, ahli Parlimen backbencher BN yang menghormati semangar demokrasi berparlimen akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri di Parlimen. Harus diingatkan di sini, dalam konteks di mana krisis ketidakpercayaan melanda pihak pemerintah, ahli parlimen backbencher harus melaksanakan kewajibannya yang mewakili kuasa kolektif perundangan, bukan kuasa kolektif legislatif.

Semua ahli Parlimen BN yang berada dalam kabinet melambangkan kuasa eksekutif, namun semua ahli Parlimen backbencher BN yang berada di luar kabinet tidak patut merendahkan diri sebagai “Kelab Penyokong Barisan Nasional”.

Dalam kelima-lima tuntutan Himpunan Bersih 4, salah satu daripadanya ialah “kukuhkan demokrasi parlimen”. Tindakan ahli parlimen backbencher akan menjawab persoalan sama ada prinsip kebertanggunbjawaban kolektif dalam keseluruhannya diangkat dalam konteks semangat demokrasi berparlimen pada sidang parrlimen yang akan datang.

Akhir kata, dalam kita membincangkan proses pengunduran seorang perdana menterii secara sah, para ahli Parlimen bacbenchers atau yang tidak menganggotai kabinet harus melaksanakan tanggungjawab bersama mereka terhadap Parlimen dan bukannya kabinet, di bawah semangat demokrasi berparlimen.

Hal ini bermaksud, apabila berdepan dengan krisis besar sepertimana yang berlaku hari ini, para ahli Parlimen backbenchers BN haruslah mengetepikan buat seketika, kesetiaan diri terhadap perdana menteri, kabinet, serta parti mereka, supaya secara kolektif, mereka dapat mengekalkan asas kesahihan sistem demokrasi berparlimen.

Ini ertinya legitimasi. Inilah juga common sense yang harus kita memperingatkan ahli Parlimen kawasan masing-masing dengan tegas.

* Penulis merupakan Pengarah eksekutif Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).


Sumber DD - 7-9-2015




















































Polis tidak benarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu

BERNAMA | .


GEORGE TOWN: Polis tidak akan membenarkan 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 16 Sept ini atas implikasi keselamatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Noor Rashid berkata setakat ini pihak penganjur masih belum membuat sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan yang dirancang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.

"Sekiranya perhimpunan ini diteruskan juga, polis akan mengawal dan memastikan bahawa mereka tidak mengganggu dan merosakkan harta benda atau orang-orang yang menjalankan aktiviti harian mereka di tempat tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, di sini Isnin.

Noor Rashid menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Menurut Noor Rashid, sebarang perhimpunan yang ingin dianjurkan seharusnya mendapat keizinan pemilik premis kawasan berkenaan dan kebenaran pihak polis.

Sekiranya perhimpunan itu gagal mendapat kebenaran polis, maka perhimpunan itu akan menjadi perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana individu yang mengambil bahagian, katanya.

"Kita akan mengawal perhimpunan tersebut dan selepas perhimpunan, kita akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya sambil menambah, sebanyak 2,000 anggota polis akan digerakkan untuk mengawal perhimpunan berkenaan.

Media melaporkan 'Himpunan Rakyat Bersatu' dijadual berlangsung pada 16 Sept dan 10 Okt di Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota. - Bernama

Sumber HD - 7-9-2015


Tindakan keras hanya menambahkan sokongan terhadap Bersih

Posted on Sunday, September 06 @ 16:46:21 MYT by paklang

Oleh Hazlan Zakaria 

Seperti yang telah diingatkan ramai, apa-apa pujian terhadap ‘anggota beruniform biru’ atas tindak profesional mereka ketika perhimpunan (yang tidak boleh dinamakan) hujung minggu lalu tidak akan bertahan lama, selagi mereka kekal di bawah naugan kerajaan hari ini.

Ini boleh dibuktikan dengan campur tangan pihak eksekutif dalam perjalanan kakitangan Cawangan Khas (SB) dan sebuah lagi badan penguatkuasaan dalam siasatan mereka terhadap individu berprofil tinggi baru-baru ini.

Memang, apa-apa merit yang diberikan atas tindakan cemerlang polis dalam mengendalikan perhimpunan itu hilang tidak lama kemudian, melalui penggunaan Kanun Keseksaan untuk memanggil penganjur Bersih 2.0 untuk soalsiasat.

Tujuh pemimpin Bersih 2.0, termasuk pengerusi Maria Chin, telah dipanggil ke Bukit Aman untuk merakamkan kenyataan bagi siasatan di bawah Seksyen 124C dan Seksyen 141 yang dibaca bersama Seksyen 120 Kanun Keseksaan.

Seksyen 124C atas dakwaan menjalankan kegiatan yang mengancam demokrasi berparlimen atau membuat persediaan bagi kegiatan yang menyebabkannya.

Seksyen 141 pula atas dakwaan mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 120 kerana merancang menyembunyikan kegiatan yang salah.

Perkembangan hal ini akan bergantung kepada sama ada polis akan turut bersikap profesional dalam siasatan, sama seperti apa yang ditunjukkan ketika perhimpunan.

Jika mereka kembali kepada taktik kekerasan seperti dulu, kita boleh mengandaikan bahawa polis kekal sebagai alat penguasa.

Namun jika mereka melayan pimpinan Bersih 2.0 sama seperti layanan lembut mereka kepada penganjur himpunan pro-kerajaan sebelumnya, kita boleh mengatakan yang polis hanya menjalankan tugas seperti biasa.

Namun pujian tetap perlu diberikan kali ini kerana mereka tidak lagi membuat serbuan untuk menahan aktivis dan politikus pembangkang seperti sebelum ini.

Namun kita masih tidak tahu sama ada polis akan menahan mereka yang terlibat dan mereman pimpinan Bersih 2.0, seperti apa yang mereka dilakukan sebelum ini kepada penganjur acara yang mengkritik kerajaan.

Apa-apa pun, penganjur perhimpunan perlu tahu apabila mereka bertukar daripada kumpulan pro-reformasi pilihanraya kepada kumpulan pendesak, tindakan dan sikap penguasa terhadap mereka juga turut akan berubah.

Kini parti pemerintah akan melihat mereka sebagai ancaman yang lebih besar. Ini kerana berbanding menggesa reformasi pilihanraya, mereka kini bergerak untuk tindakan politik.

Walaupun ia di bawah ruang lingkup demokrasi, ia akan dilihat sebagai ancaman oleh kerajaan yang memang sudah terdesak.

Apatah lagi apabila penganjur membenarkan slogan politik, tindakan memburukkan tokoh politik (yang kebal daripada kritikan) serta laungan kombatif sepanjang perhimpunan aman 34-jam itu.
Maka logiklah jika penguasa akan menjadi bertambah keras kerana mereka dikenali sebagai takut untuk kehilangan kuasa.

Apa-apa langkah untuk mengenakan tindakan keras terhadap Bersih 2.0 mungkin akan memberikan kesan yang berlawanan.

Selepas anti-klimaks perhimpunan aman tersebut, apa-apa langkah menindas hanya akan menambahkan sokongan kepada gerakan itu yang sudah terbukti aman.

Malah jika penguasa hanya menyentuh rambut pemimpin gerakan itu sahaja pun, mereka akan menyaksikan laungan sokongan yang mungkin akan melangkaui sempadan bandar yang sebelum ini di luar jangkauan Bersih.

Bukankah baru minggu lalu Merdeka Centre menyiarkan hasil pungutan suara mereka yang menunjukkan walaupun ramai rakyat Malaysia masih percaya yang kerajaan “paling tahu” dalam soal keharmonian, mereka tetap mahu kerajaan turut patuh kepada undang-undang.

Dalam kes ini, jika penguasa bertindak, atau kelihatan bertindak, seperti sebuah regim kukubesi tanpa mempedulikan undang-undang, tindakbalasnya mungkin lebih hebat daripada sokongan moral yang diterima Bersih 2.0.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis hazlan@hckmedia.com - bm.theantdaily.com

Sumber DD - 6-9-2015

Kerajaan Hantar Bil Bersih Ke Alamat Salah
Posted on Sunday, September 06 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Kerajaan akan cuba menghantar sekali lagi bil pembersihan kepada penganjur Bersih 4.0 pada minggu hadapan selepas percubaannya yang pertama gagal.

Dalam kenyataan yang dimuat naik dilaman Twitter, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Datuk Abdul Rahman Dahlan menyiarkan gambar rumah usang dan mendakwa ia sebagai pejabat Bersih.



“Hari ini pegawai saya pergi ke pejabat berdaftar Bersih untuk menghantar bil pembersihan sebanyak RM65 ribu. Ia dikunci dan tidak dijaga,”



“Kami akan cuba lagi untuk menghantar invois RM65k kepada Maria Chin Abdullah (Pengerusi Bersih 2.0) dan Bersih minggu depan. #payup!”, katanya di akaun Twitter @mpkotabelud.



Status itu kemudian dibalas Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh.



“@mpkotabelud untuk makluman anda, ini bukan @pejabat bersih2. Tertanya-tanya, siapa yang pilih anda jadi menteri?” sindirnya.



Di laman sosial yang sama, Ahli Parlimen Kota Belud itu cuba menempelak dengan memuat naik gambar rumah usang dan mendakwa ia premis yang menjadi ibu pejabat Bersih.



“Dan ini adalah pejabat Bersih yang sama sekali tidak kelihatan ‘bersih’,” katanya.



Bil pembersihan RM65,000, dikenakan ke atas Bersih sebagai kos untuk membersihkan kawasan yang digunakan pesertanya dalam bantahan aman minggu lalu.



-Astro Awani



Sumber TKO -6-9-2015

Apa yang berjayanya himpunan Bersih 4?

Posted on Saturday, September 05 @ 21:32:52 MYT by paktam

Oleh Nomy Nozwir 

Memetik kata seorang petani tembakau kolektif di Garut, Indonesia, semasa saya melawat ke sana, dia berkata: "Untuk membentuk sebuah perlawanan, itu gampang (mudah). Tapi untuk membentuk sebuah perjuangan, itu susah."

Pada minggu yang lalu, demonstrasi Bersih 4 berlangsung selama 2 hari di ibu kota. Melihat kesungguhan orang ramai yang hadir, terutamanya muka-muka baru yang baru turun ke jalan raya, serta mereka yang mula sedar kerajaan yang ada ini sudah bobrok, maka saya berfikir beberapa perkara.

Saya tidak turun ke Bersih 4. Ini kerana saya sendiri mempunyai banyak kerja untuk disiapkan, dan masa saya yang terluang adalah terlalu berharga untuk saya luangkan ke perkara yang saya fikir, sia-sia.


Beberapa wakil Bersih berkata, demo ini berjaya. Ada yang berani mengatakan seramai 200,000 orang turun ke jalan raya pada hari itu.

Mereka ni marah bila mereka dakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpakat dengan kerajaan menipu jumlah pengundi, marah bila mereka dakwa SPR berpakat dengan kerajaan tipu jumlah majoriti undi, tapi dengan beraninya menipu jumlah yang turun ke jalan raya.

200,000 ni dapat dari mana nombornya? Kira hantu, jin dan jembalang afrit?

Paling realistik nombor yang saya boleh beri, berdasarkan foto-foto mungkin sekitar 50,000 ke 60,000.

Saya percaya ini kerana apabila perlawanan akhir Piala Malaysia, jumlah yang hadir sekitar 80,000 ke 90,000 pun sudah padat seluruh kawasan persekitaran.

Saya lihat di foto-foto pun masih ada lagi kawasan lengang sepanjang demo ini berlangsung.
Kedua, pihak Bersih mendakwa, perhimpunan ini berjaya.

Mari kita imbas kembali apa tuntutan Bersih dalam perhimpunan kali ke-4 ini.

1. Bersihkan pilihan raya.

2. Kerajaan bersih.

3. Hak membantah.

4 Kukuhkan demokrasi berparlimen.

5 Selamatkan ekonomi Malaysia.

Jadi, apa yang berjaya? Pilihan raya negara ini sudah bersih lepas demo ini? Tidak. Kerajaan sudah bersih? Tidak. Hak membantah sudah ada? Tidak. Kalau tak, berapa ramai yang protes tentang polis menangkap peminat muzik di Rumah Api, Ampang, tapi tidak dipedulikan pihak berkuasa. Kawan saya juga ditahan reman 3 hari.

Demokrasi berparlimen kita sudah kukuh? Tak juga. Ekonomi Malaysia sudah selamat? Lagilah tidak. Jadi apa yang berjaya?

Kalau dakwaan pihak penganjur ini sebagai berjaya kerana jumlah yang sanggup beli baju kuning dan turun beramai-ramai ke jalan raya, macam ni samalah macam susun kek lapis bentuk Jalur Gemilang terpanjang macam kat universiti negara ni suka buat itu.

Apa yang berubahnya sistem ekoposial negara ini selepas demo baju kuning beramai-ramai ini?
Setakat semalaman tidur di tengah bandar, saya pun pernah 2 minggu tidur di jalanan. Ada kawan saya pernah 6 bulan tidur di jalanan. Ada yang seumur hidup tidur di jalanan.

Saya harap kritikan konstruktif ini dapat membuka mata mereka yang benar-benar mahukan perubahan di negara ini, dan bukannya mereka yang hanya nak berselfie bersama kawan-kawan berbaju kuning dan memuat naik di laman sosial.

Sumber DD - 5-9-2015

Alternatif demonstrasi masa depan

Posted on Friday, September 04 @ 17:31:05 MYT by paktam

Oleh Siti Aishah

Bersih 4 akhirnya melabuhkan tirainya dengan bergaya pada malam 31 Ogos yang diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku daripada peserta yang hadir. 34 jam, 1 hari setengah para demonstrasi duduk, baring, tidur bantah di sekitar Dataran Merdeka.

Tidak ingin untuk membuat analisis terperinci seperti rakan-rakan yang lain tetapi penulis hanya ingin berkongsi satu peristiwa menarik dan menakjubkan yang berlaku semasa tentatif perjalanan duduk bantah berlangsung.

Demonstrasi yang bermula lebih kurang jam 2 petang lebih di iringi dengan sorakan dan pekik semangat para demonstran yang meluah, melaung, memuntah amarah kepada rejim di sepanjang jalan daripada Pasar Seni (tempat penulis bermula) hinggalah ke Dataran Merdeka. Suatu pemandangan mengasyikkan, mempersona dan membangkitkan adrenalin untuk bersama melawan rejim zalim di celah ribuan "minion" pada hari itu.

Pelbagai acara di rangka dan di jalani sepanjang hari itu termasuk ucapan para wakil parti, ngo, dan anak muda. Beberapa tempat di letakkan hilux dan penceramah silih berganti di setiap tempat memberi ucapan sekaligus merangsang semangat demonstran sepanjang 34 jam demo duduk bantah.Namun, yang paling mencuri perhatian penulis adalah pada satu acara selingan anjuran sekumpulan anak muda pada sabtu malam selepas kuliah UTAM berakhir di tempat yang sama.


Mereka, anak-anak muda yang selekeh gayanya tetapi besar jiwanya. Di saat para demonstran mula beransur berkeliaran mencari sudut melelapkan mata, mereka -mereka ini mula beraksi dengan adegan yang penuh semangat mengajak dan mematikan langkah orang sekeliling untuk tertancap pada mereka. Membawakan tema "Sidang Rakyat" iaitu suatu adaptasi seakan sidang parlimen tetapi hanya melibatkan rakyat untuk memberikan idea, cadangan serta berbahas tentang tajuk besar berkaitan demonstrasi dan Bersih.

Suatu konsep cukup menarik dan seolah di jelmakan semula. Menelusuri sejarah sekitar 1947 malaya mempunyai pakatan  menggubal perlembagaan rakyat yang beraspirasikan kehendak rakyat ketika itu. Dan "hidup" nya kembali sidang rakyat pada malam itu membuat jiwa penulis terasa seolah "berada semula di celah kelompok" rakyat di rapat umum Perlembagaan Rakyat yang berlangsung pada 21 September 1947 di Ferrer Park, Singapura.

Dalam sidang rakyat yang benar mengaplikasikan konsep merakyat ini, hadirin di benarkan untuk mengemukakan idea serta tajuk sendiri yang mahu dibincang serta di bahaskan beramai-ramai. Hampir 30 minit akhirnya empat tajuk utama dipilih iaitu

1) Apa Selepas Bersih?

2) Adakah Melayu Sudah Putus Asa Dengan Demonstrasi?

3) Adakah demonstrasi memberi kesan kepada pemerintah?

4) Adakah Bersih bebas dari anasir parti politik?.

Walaupun penulis tidak menghabiskan masa di keseluruhan sidang tersebut namun rasa kekaguman yang tinggi pada usaha mereka ini amat menebal.

Mungkin, pada demo akan datang sidang rakyat ini boleh di perluas dan dijadikan salah satu acara utama di setiap demonstrasi. Usah di beri alasan jumlah peserta yang ramai kerana kumpulan-kumpulan kecil boleh di agihkan. Setiap kumpulan membincangkan idea serta hujah tersendiri yang di akhir demonstrasi semua idea tersebut di rangkum dan di serah pada suatu pihak untuk dijadikan penanda aras dan langkah demo yang seterusnya.

Akhirnya, sudah sekian lama bergelut dengan kebosanan, kebencian, keletihan tatkala demo yang di harapkan hanya menjadi agenda rakyat di"hijack" politikus dengan ceramah yang berterusan kemudian bersurai tanpa matlamat yang jelas, di ulangi perkara yang sama di demo seterusnya.

Kita akhirnya punya alternatif dan inspirasi untuk memikirkan langkah dan strategi baru dalam menentang rejim melalui sidang sidang begini yang wajar dan perlu di banyakkan lagi.

Berkuranglah juga suara sumbang yang akan mengkritik acapkali demo berakhir dengan kata-kata tiada perubahan yang berlaku. Tiada faedah yang di capai. Sidang rakyat sebegini mampu menjadi platform agar demonstran pulang dengan "sesuatu" hatta rejim tidak juga goyah.

Siapa tahu, melalui kesedaran, ilmu, idea yang terlahir dari sidang jalanan begini mampu menerbitkan perlawanan yang lebih besar seperti hartal atau kemuncaknya adalah revolusi.

Akhir kata, tahniah pasukan Buku Jalanan, tahniah saudara Zikri Rahman dan Ihsan Hassan!.

Andalah kejayaan demonstrasi yang sebenar-benar dengan konteks "rakyatnya"!.

Sumber TKO - 4-9-2015 


Bersih 4: Apabila ada nila yang mencemarkan seluruh belanga

Posted on Friday, September 04 @ 08:12:36 MYT by paktam

Oleh Robin Stanley Augustin


Sama ada anda sokong perhimpunan Bersih 4 atau tidak, tidak dapat dinafikan majoriti ratusan ribu yang hadir ke perhimpunan 34-jam itu berkelakuan amat baik.Tiada insiden tidak diingini berlaku atau laporan tentang kerosakan harta benda. Peserta dan sukarelawan malah membersihkan kawasan selepas tamat perhimpunan.

Walaupun ia memang menunjukkan sikap aman dan sivik peserta, aksi tidak sensitif, tidak enak dan provokatif segelintir telah sedikit sebanyak mencemarkannya.

Pertama, kita lihat gambar dua peserta yang memijak perdana menteri Najib Razak dan presiden PAS Abdul Hadi Awang yang yang diubahsai berada dalam keadaan berpelukan.

Gambar itu menjadi viral dan ramai pihak telah mengkritik aksi peserta terbabit.

The Star Online melaporkan yang Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor Mohamad telah membuat laporan polis terhadap peserta terbabit, dan menyifatkan tindakan memijak gambar itu sebagai provokatif dan dapat mencetuskan kemarahan di peringkat antarabangsa. Ini kerana Abdul Hadi juga merupakan naib presiden Persatuan Ulamak Sedunia.Polis telah menggea agar dua peserta itu menyerah diri.

Laporan itu kini disiasat Bukit Aman kerana berniat mencetuskan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai.

Kemudian ada juga gambar seorang kanak-kanak perempuan sedang mengangkat plakad yang agak tidak sopan berbunyi: “My mom & dad don’t need sex coz my government f***ed my mom & dad every day!” (Mak dan ayah saya tidak perlu melakukan hubungan seks lagi sebab kerajaan f***** mak dah ayah setiap hari!)

Gambar itu juga telah menjadi viral dan ramai pengguna media sosial menghentam ibubapa kanak-kanak perempuan itu.

Media telah melaporkan yang jawatankuasa pemandu Bersih 2 telah menjarakkan diri mereka dengan aksi memijak gambar Hadi dan Najib tersebut, dengan mengatakan ia tidak termasuk dalam program rasmi Bersih 4.

Mereka yang terlibat dengan aksi-aksi ini perlu menjadi lebih matang.

Kita sudah melihat banyak tindakan-tindakan provokatif ketika protes, seperti membawa kepala lembu dan membakar patung menyerupai pemimpin tertentu.

Mengapa ada yang perlu bertindak seumpama itu? Ia sangat kebudak-budakan, tidak perlu dan tidak wajar.

Tiada siapa yang memaksa sesiapa sahaja menyukai Najib atau Hadi, tetapi apa perlunya memijak gambar mereka?

Sama juga dengan tindakan kumpulan Anti-Bersih yang mencemarkan gambar Maria Chin Abdullah sebelumnya.

Memang setiap orang berhak menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin, tetapi tentunya kita tahu cara yang lebih baik untuk melakukannya.

Dan penakut jenis apa yang menggunakan anak sendiri untuk membuat kenyataan yang tidak sopan seperti itu?

Jika anda ingin membuat kenyataan seumpama itu, bawa sendiri plakad tersebut tanpa menyembunyikan muka anda.

Bersih 4 sudah cukup untuk menjadi platform menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara yang sepatutnya.

Malah jika ada peserta yang merasa perlu untuk menunjukkan kekecewaan dengan cara yang tidak sopan, mereka patut melakukannya di laman media sosial peribadi mereka dan bukannya di Bersih 4, di mana tindakan mereka akan memberikan imej buruk kepada acara tersebut, penganjur dan peserta lain.

Cukuplah dengan politikus dan pemimpin kumpulan sayap kanan yang berkelakuan seperti badut saban hari dengan aksi dan kata-kata mereka yang tidak sensitif dan provokatif.
Janganlah kita jadi seperti mereka pula.

Sumber DD - 4-9-2015


Melayu Umno dan politik mengugut

Posted on Friday, September 04 @ 07:52:41 MYT by paktam

Oleh Nora Reformis

Bersih 4 sudah dilabel orang Melayu Umno sebagai perhimpunan Cina. Ini bukan Melayu yang terbanyak tetapi cuma Melayu Umno yang masih lagi menggunakan senjata perkauman sebagai tali untuk pengikat perpaduan Melayu. Ini seolah-olah senjata Umno untuk mahu Melayu bersatu dan senjata menyatu-padukan Melayu adalah dengan menghentam kaum lain khususnya Cina.

Untuk mengukuhkan hujah agar Cina lain khususnya Gerakan dan MCA tidak lari dari menyokong Umno maka DAP dijadikan ikon Cina dengan gelaran Komunis dan ketagih mahu menghancurkan Melayu. Ini yang dijadikan Melayu Umno sebagai senjata perpaduan tanpa Melayu Umno sedar, kepimpinan Melayu Umno adalah sebenarnya punca segala kemunduran orang – orang Melayu khususnya dalam pengagihan ekonomi.


Realitinya tidak ada serangan Cina khususnya DAP kepada orang-orang Melayu. Melayu Umno hanya mahu menggunakan Cina sebagai sebab untuk penyatuan dan hari ini, amat jelas lagi Melayu Umno terus ketandusan modal bila mana seluruh rakyat Malaysia sedar dan menolak tuduhan Melayu Umno terhadap kaum Cina dan mempergunakan Cina sebagai modal penyatuan.

Penulis menulis ini atas kapasiti seorang Melayu yang berwadahkan landasan politik DAP kerana penulis sedar penipuan Melayu Umno yang menjadikan ugutan 13 Mei 1969 sebagai satu ugutan untuk melenyapkan kelemahan kepimpinan Melayu Umno sekian lama.

Ugutan pertempuran antara Melayu dan Cina hadir dari mulut Melayu Umno. Mereka mahu terus memegang kuasa dengan mendominasi minda Melayu lain, kononnya Cina mahu merebut kuasa dan mahu mendominasi kuasa negara ini dan memijak orang-orang Melayu.

Orang Cina diugut supaya mengingati 13 Mei 1969, satu hari gelap yang sepatutnya digunakan sebagai satu kesedaran bukan untuk ugutan mahu terus memegang kuasa secara tidak demokratik dan tersasar dari peruntukan undang-undang. Ini adalah hasutan dan ugutan besar yang sering bebas dari sebarang tindakan perundangan.

Alasan dangkal mereka tetap sama, apabila demonstrasi jalanan didominasi orang Melayu, mereka akan katakan Melayu ini dipergunakan Cina dan apabila majoriti Cina hadir dalam Bersih 4, mereka katakan Cina mahu menguasai orang Melayu. Ini semua dilakukan kepimpinan Melayu Umno yang tidak akan membawa orang Melayu kepada perubahan yang sepatutnya.

Ini amat jelas, apabila selesai Bersih 4 yang mana kehadirannya memperlihatkan ramai kaum Cina turun ke jalan raya, Melayu Umno merasa tercabar lantas mahu mengadakan satu himpunan Melayu terbesar dalam usaha kononnya untuk mengembalikan maruah orang Melayu.

Mereka hadir dengan logo pendekar berkeris, menggunakan perkataan semangat seperti darah, tanah air dan maruah. Tujuannya hanya untuk mengugut orang Melayu kononnya maruah orang Melayu tercabar. Beginilah sebenarnya tahap mental orang-orang Melayu Umno, bukan tidak berpelajaran tetapi amat terdesak untuk terus berkuasa.

Paling lucu ialah, Bersih 4 dilaksanakan untuk mendesak kepimpinan korup Umno, perdana menteri Malaysia untuk melepaskan jawatan, menuntut kerajaan yang bersih serta pilihan raya yang lebih telus dan tidak dimanipulasikan kerajaan Umno.

Mudah nya Bersih 4 menuntut agar demokrasi dituntut dan perlu ada pengagihan kuasa yang melibatkan pembebasan agensi tertentu dari dikawal kuasa politik. Tuntutan ini yang menyebabkan rakyat berhimpun, menyuarakan ketidakpuasan mereka dengan cara pemerintahan yang ada, yang membebankan rakyat dengan kenaikan kos kehidupan dan kemurungan ekonomi negara.

Untuk jawapan kepada tuntutan Bersih 4 ini Melayu Umno turut mengadakan perhimpunan untuk mempamerkan kekuatan Melayu Umno untuk mempertahan maruah bangsa Melayu. Perhimpunan akan dilakukan seolah-olah mereka akan berarak untuk menunjukkan mereka akan mempertahankan maruah Melayu dari diserang Cina.

Amat janggal sekali, inisiatif untuk perjuangan rakyat Malaysia disambut dengan inisiatif untuk berkelahi dan mengapi-apikan semangat perkauman dalam negara ini. Ini datangnya dari Melayu Umno bukan Melayu keseluruhan yang sudah sedar taktik dan teknik kepimpinan Melayu Umno untuk memegang terus kuasa yang semakin tiris.

Alasan sama mereka adalah Cina mahu memijak Melayu dan DAP adalah parti komunis yang mahukan orang Melayu terus terpinggir seperti Melayu Singapura, kata mereka.
Jelas, tindakan susulan bagi menjawab Bersih 4 adalah Perhimpunan membela maruah Melayu yang hanya bermotifkan ugutan dan hasutan. Adakah ini tidak menarik perhatian ketua Polis Negara atau sebab utama adalah Polis terikat kuasa politik Melayu Umno.

Sekiranya lah perhimpunan membela maruah Melayu dengan menghentam kaum Cina berlaku, saya amat yakin kaum Cina tidak akan terikut membuat perhimpunan seumpama itu kerana rakyat Malaysia semua sudah sedar, Melayu Umno hanya mahu satu cita-cita, bukan membela Melayu tetapi membela kepimpinan Melayu Umno bagi mereka terus membudayakan rasuah dan politik ugutan terhadap kaum.

Memang hebat Melayu Umno ini, mahu melakukan perhimpunan di Bukit Bintang dan Jalan Petaling – kononnya untuk menakutkan kaum Cina yang dikatakan mendominasi tempat-tempat tersebut. Politik ugutan itu bakal berakhir di Malaysia dan Melayu Umno akan sedar, Melayu terbanyak sedar, laungan kononnya mereka membela Melayu adalah satu usaha karut yang hanya mementingkan kuasa untuk diri sendiri dan tidak untuk rakyat keseluruhan.
Melayu harus sedar, Melayu Umno hanya mahu mempertahankan kuasa untuk tujuan kecil diri, mahukan sokongan Melayu atas ugutan rasis dan paling buruk sekali ialah melibatkan agama sebagai sandaran sokongan. Politik berbentuk rasis ini akan pupus sebagaimana pupusnya Melayu Umno yang hanya memerintah untuk perintah dan bukan untuk menjayakan agenda rakyat Malaysia keseluruhan.

Kita perlu uruskan pemerintahan negara kita ini tidak lagi memesongkan minda rakyat negara ini dengan perasaan buruk perkauman dan kita perlu memastikan kepimpinan rakyat adalah berdasarkan rakyat dan kerana rakyat usaha kita tidak ada sempadan kaum, kulit, budaya dan agama. Melayu Umno akan terus ketinggalan dan akan menjadi punca Umno lupus dalam politik negara ini. – 4 September, 2015.

* Penulis, Norazimah Mohamad Nor @ nora reformis, merupakan reformis jalanan yang hampir 14 kali ditahan. Penulis mengubah wadah politik dari PAS ke DAP dalam melunaskan usaha besar membebaskan rakyat dari kepompong politik rasis. Bagi penulis – sekiranya untuk rakyat ia adalah tanpa sempadan.

Sumber DD -  4-9-2015

Hentikan pemburuan, perbuatan biadap bukanlah satu jenayah

Posted on Friday, September 04 @ 07:33:20 MYT by paktam

Oleh Eric Paulsen

Lawyers for Liberty memandang dengan kebimbangan ke atas cubaan demi cubaan untuk menjenayahkan beberapa orang peserta Bersih 4 yang ditangkap gambar sedang memijak foto Perdana Menteri dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun perbuatan itu mungkin dikatakan biadab, ia bukan sesuatu yang bersifat jenayah kerana undang-undang tidak mengambil kira perkara yang remeh temeh.

Masyarakat kita yang bertamadun akan berakhir jika hanya kerana ketidak-sopanan, biadab atau kekasaran seperti dalam kes ini, seseorang mendapati dirinya terdedah kepada segala masalah dan kebimbangan penangkapan, penahanan atau perbicaraan jenayah.

Tiada sesuatu pun di dalam undang-undang yang mengangkat PM atau pemimpin parti politik kepada status istimewa yang kebal celaan dan mendapat mandat untuk menjadi “orang yang dilindungi”. Status mereka disisi undang-undang adalah sama dengan rakyat biasa dan mereka sepatutnya dilayan samarata seperti yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Pemburuan terhadap peserta Bersih tersebut adalah penyalahgunaan serius Kanun Keseksaan kerana walaupun kuno, peruntukan-peruntukannya tidak pernah bertujuan untuk melindungi PM atau tokoh masyarakat dari kritikan awam atau penghinaan. Insiden terkini menambah kebimbangan kes-kes yang meningkat terhadap orang-orang yang dikatakan menghina pihak berkuasa atau pihak-pihak yang dilihat bersekutu dengan mereka.

Kami juga maklum bantahan biadab sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa dan terdapat banyak bantahan yang sama atau lebih teruk terhadap pihak pembangkang dan pimpinan masyarakat sivil termasuk tingkah laku mengancam, namun tidak pernah diambil tindakan terhadap pelaku terbabit.

Persoalan sudah tentu timbul berkaitan pendakwaan terpilih dan bersifat dwi standard dalam pendekatan pihak berkuasa terhadap kes-kes penghinaan yang berdasarkan kepada personaliti yang terlibat dan pakatan politik mereka.

PM sepatutnya mengakui beliau berhadapan dengan imej awam yang buruk, namun ini tidak mungkin dapat dibaiki dengan penyalahgunaan kuasa yang berterusan untuk sesuatu yang remeh seperti kelakuan memijak gambarnya yang bukanlah bersifat jenayah walaupun perkara itu sama sekali tidak menyenangkan.

Kami ingin mengingatkan PM, Autoriti dan penghormatan terhadap pentadbiran beliau tidak datang dari rasa takut tetapi keyakinan orang ramai dan ini bergantung sepenuhnya terhadap integriti dan pentadbiran baiknya seperti menangani rasuah dan penyelewengan kuasa.

Kami menyeru pihak polis untuk kembali kepada asas - untuk menjadi pasukan polis yang profesional, adil dan cekap dalam memelihara undang-undang dan ketenteraman, mencegah dan mengesan jenayah sebenar dan memberkas penjenayah sebenar dan bukannya terlibat dengan perkara-perkara yang remeh seperti fitnah, penghinaan dan kelakuan jengkel terhadap PM atau pemimpin parti politik.

* Penulis adalah Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty

Sumber DD - 4-9-2015


Bersih 4 isyarat pembangkang lebih perlukan PAS bukan GHB?
Posted on Thursday, September 03 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Yang terkilan tentu Mohamad Sabu. Beliau sebagai pengerusi pertama gerakan Bersih tentu diimbau kenangan bagaimana ramainya penyokong PAS keluar berarak menuntut pilihanraya umum bersih dan adil diadakan pada 2007 lalu.

Namun lapan tahun kemudian, bekas timbalan presiden PAS itu tentu berasa sayu betapa beliau tidak mampu menggembleng sokongan ahli-ahli PAS untuk turut mengukuhkan perhimpunan siri keempat Sabtu dan Ahad lalu.

Jika beliau masih dalam PAS sudah tentu Mat Sabu boleh “menyelam sambil minum air”. Beliau tentu boleh “mengerahkan ahli PAS” berdemonstrasi dan pada yang sama ‘mengukur penerimaan kepimpinannya’ dalam PAS.

Sementara yang cemas sepanjang dan sesudah Bersih 4 tamat tengah malam Hari Kebangsaan lalu, pastinya PKR. Ia perlu mengakui tidak mempunyai daya dan pengaruh untuk menggerakkan orang Melayu menyertai Bersih 4.

Akibatnya, penyertaan penyokong Bersih dari kalangan rakyat keturunan Melayu cukup hambar hingga ada yang menganggarkan kehadiran mereka tidak sampai 20 peratus daripada kira-kira 30,000 yang keluar berdemonstrasi.

Bagaimanapun yang mungkin puas dengan Bersih 4 tentulah DAP. Ia boleh mendabik dada berjaya menyuntik keberanian di kalangan bukan Melayu untuk tampil mendesak perubahan dan perbaikan sistem pilihanraya dan kerajaan.

Adalah nyata bahawa hampir 80 peratus yang keluar berdemonstrasi selama 34 jam acara Bersih 4 hujung minggu lepas adalah bukan Melayu.

Tentu DAP bangga dapat memecahkan mitos bahawa orang bukan Melayu hanya mementingkan keuntungan ekonomi tetapi kurang peduli soal mewujudkan sistem pemerintahan kerajaaan yang telus.

Pada masa sama Bersih 4 juga mungkin menjentik kerisauan pada DAP. Ia perlu akur bahawasanya hanya PAS yang berpengaruh dan berdaya menggembleng azam rakyat untuk berdemonstrasi.

Jika DAP masih berharap PKR dan Mat Sabu serta GHBnya untuk menggerakkan kuasa dan pengaruh politik mereka ke atas orang Melayu, kini terbukti bahawa itu adalah sesuatu yang “bak jauh panggang dari api”.

Iktibarnya, jika masih tidak terdetik di hati pemimpin DAP betapa “keangkuhan” mereka mencerca PAS dan pemimpinnya dan dengan lancang mengumumkan berkuburnya Pakatan Rakyat, memang DAP masih belum “sedar diri”.

Yang mungkin tersenyum dalam hati akan natijah Bersih 4 ialah pemimpin-pemimpin PAS. 


Corak penyertaan Bersih 4 tentu menggambarkan betapa pada umumnya ahli-ahlinya masih taat pada pimpinan.

Mereka tidak keluar berdemonstrasi walaupun “dipujuk” oleh Mat Sabu dan rakan-rakannya yang kelihatan amat bangga dan yakin mengasaskan Gerakan Harapan Baru (GHB) kerana “mual” dengan halatuju perjuangan PAS kini.

Sekaligus ia mengisyaratkan bahawa “sergahan-sergahan” kumpulan serpihan PAS ini yang bercita-cita membentuk sebuah parti Islam yang mempunyai kekuatan menyaingi dan menyingkir PAS hanya “olok-olok politik” sahaja.

PAS nampaknya dapat membaca bahawa golongan yang mendakwa progresif Islam yang kecewa kerana tidak dipilih sebagai pemimpin oleh ahli akar umbinya pasti lebur wibawa mereka tanpa PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang memberikan empat hujah mengapa penghijrahan kumpulan yang mengaku progresif dari PAS ke gagasan GHB tidak akan meninggalkan kudis pada PAS.

“Tentang Bersih ni kita tak ikut berarak. Pasal apa? Kita tak jadi kepala. Kalau kita jadi kepala tak apa. Kalau orang jadi kepala kita ikut ajelah. Dia masuk lubang biawak kita masuk lubang biawak,” katanya.

Beliau tetap menegaskan bahawa matlamat Bersih itu baik dan PAS tetap menyokongnya. 


Bagaimanapun beliau berkata, dalam gerakan itu biarlah PAS jadi pemimpinnya.

PAS cuma mendapat jemputan daripada penganjur Bersih 4 pada saat-saat akhir kerana dipercayai DAP yang “mengambil alih” urusan penganjuran Bersih 4 masih kurang selesa dengan kehadiran PAS.

“Kalau orang (lain) jadi kepala dia buat tak munasabah. Antaranya dia pilih 30 haribulan (Ogos). Orang sibuk sambut merdeka. Semua kaum sambut merdeka. Kita pun nak merdeka juga. Orang Umno pun nak merdeka juga.

“Biar kita pakat sama nak sambut merdeka belaka. Tok sah sibuk nak Bersih-Bersih. Nak Bersih ni buat hari lain. Ni dia pilih kat hari tu juga. Ni tak sesuai,” katanya.

Menurut Hadi, hujah kedua mengapa PAS tidak turut dalam Bersih 4 adalah kerana soal kawalan akhlak.

“Majlis yang dia dok buat dulu banyak benda yang tak sesuai dengan kita. Tak sesuai dengan akhlak-akhlak Islam. Bila tak tak sesuai dengan akhlak Islam kalau benda itu berdosa kita pikul sama.

“Terlajak. Ada benda yang terlajak. Arahan-arahan yang terlajak kita tak mahu. Yang sedapnya ramainya orang kita. Orang dia tak ramai. Bila kerah orang PAS suruh berarak, turun selalu,” katanya.

Hadi berkata, hakikat ini adalah iktibar yang harus ditimba daripada pengalaman pergerakan Islam di seluruh dunia di mana pejuang Islam sering “terpedaya dengan pihak yang tidak menyenangi Islam”.

“Inilah yang berlaku di Mesir; di Indonesia dan di mana-mana. Kita kena sedar. Bila lawan komunis di Indonesia, puak-puak pondok Islam turun habis berarak. Bila komunis ‘mampus’ orang lain naik. Puak-puak Islam jadi anak tangga aje.

“Di Mesir pun begitu juga. Puak-puak Ikhwan keluar berarak. Jatuh Mubarak naik al Sisi. Tak boleh buat apa-apa. Orang lain naik. Kita jadi anak tangga. Kita tak mahu PAS mengulangi jadi anak tangga. Tidak boleh,” kata Hadi.

Hujah ketiga, kata Hadi ialah, Bersih akan menimbulkan dilema PAS mungkin mengadu-dombakan golongan rakyat yang miskin dan menghadapi masalah ekonomi yang berat.

“Kita berlawan dengan kaum, bangsa umat dan rakyat sendiri yang jahil dan tak tahu kala. Kita bertempur dengan siapa? Bertempur dengan polis; bukan dengan Umno bukan atau pemimpin-pemimpin yang buat tak jeruh tu.

“Orang kampung (menghadapi) harga barang naik (kerana) GSTlah dan macam macam harga barang naik. Orang kampung hidup susah sebab itu berarak sebab susah.

“Lepas tu berlawan dengan polis. Polis pula gaji murah. Hidup susah juga. Jadi orang susah berlawan sesama sendiri. Kita orang kampung yang susah berlawan dengan polis,” kata presiden PAS itu.

Dalam hujah keempatnya Haji Hadi menegaskan bahawa ahli-ahli PAS seharusnya bertindak cerdik, bijak dan pandai.

“Yang akhirnya, kita jangan bimbang. Kita jangan takut. Orang sokong Pas kerana perjuangan Islam. Kalau(pun) seseorang tu jadi pemimpin besar manapun lari dari perjuangan Islam, tinggal dia aje. Orang tak ikut dia,” tingkah Hadi.

Bersih 4 sudah datang dan pergi. Namun wibawanya di mata orang Melayu agak hambar. 


Namun pendirian dan alasan yang diberi Hadi tidak menyokong gerakan itu agak mencabar minda, terutama muhajirin GHB.

Benar atau tidak bukan persoalan lagi. GHB gagal memujuk dan merangsang ahli dan orang Melayu lain untuk menyertai Bersih 4. Mampukah GHB mendapat tempat di sisi DAP yang jelas memonopoli kempen politik Bersih 4?

Pada masa yang sama, apakah PKR sebenarnya ada pengaruh dan kekuatan untuk merangsang orang Melayu untuk semakin merapati DAP?

Dalam pada itu, memadaikah bagi PAS hanya bergantung kepada suratan takdir dan keyakinan bahawa perjuangan Islam mesti menang tanpa menilai dan menyelesaikan realiti perpecahan dalam umat Melayu-Islam? 


Sumber TKO - 3-9-2015


Strategi Bersih 4 makan diri GHB
Posted on Thursday, September 03 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Strategi pembangkang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 akhirnya memakan diri apabila ia mencalarkan imej pemimpin mereka dan merosakkan keharmonian berbilang kaum

Pensyarah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM, Azmi Hassan dalam tulisan rencananya berkata, paling ketara adalah kehadiran Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu yang memberi kesan tidak baik kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang baru sahaja dilancarkan.

"Bukan sahaja PAN diasaskan daripada Parti Pekerja yang lebih condong kepada fahaman sosialis dan kiri tetapi PAN dikaitkan pula dengan tingkah laku kurang ajar dan jijik peserta Bersih 4 sedangkan PAN seperti dicanangkan Mohamad Sabu adalah parti politik wadah Islam," katanya melalui ruangan Gerbang Global, hari ini.

Mohamad yang juga bekas timbalan presiden PAS dikecam apabila fotonya dilihat bergambar mesra dengan seorang wanita Cina semasa perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu tersebar luas di media sosial.

Begitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng apabila cuba mempamerkan pertembungan kuasa dengan kerajaan persekutuan dengan tema sambutan Hari Kebangsaan menjadi taruhan.

Azmi berkata, kesilapan setiausaha agung DAP itu adalah mempergunakan semangat patriotik rakyat Malaysia untuk meraih manfaat politik iaitu strategi yang betul tetapi tidak kena pada masanya.

"Guan Eng akur yang penggunaan tema sambutan berbeza dengan tema rasmi walaupun dianggap perkara remeh tetapi wujud persepsi kerajaan Pulau Pinang seakan-akan tidak menghormati kedaulatan negara.

"Sebab itu juga sebaik sahaja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menarik diri daripada mengambil bahagian dalam upacara sambutan, Guan Eng dengan serta-merta membuat keputusan menerima pakai tema sambutan rasmi iaitu Sehati Sejiwa.

"Keputusan yang dibuat oleh ATM bukan berasaskan percaturan politik kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tetapi lebih kepada mempertahankan kedaulatan negara daripada dicabar," katanya.

Katanya, kontinjen ATM semasa perbarisan 31 Ogos lalu juga menerima tepukan paling gemuruh, menunjukkan rakyat Malaysia merasai kedaulatan negara sekarang sedang dicabar dan Bersih 4 menguatkan lagi kegusaran rakyat.

Beliau turut melabelkan peserta himpunan Bersih 4 sebagai kurang ajar, biadab, jijik serta memualkan seolah-olah kumpulan itu tidak mempunyai budi pekerti yang murni sebagai masyarakat timur.

"Lebih dikesalkan lagi apabila ada ibu bapa yang sanggup mempergunakan anak-anak mereka yang masih kecil berarak dengan poster tertera perkataan lucah demi mencapai objektif mereka.

"Ibu bapa ini juga sanggup bersama-sama dengan anak mereka bersekongkol mempromosikan aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)," katanya.

Sumber TKO - 3-9-2015

Ringkasan Terjemahan Analisis Akhbar Cina Mengenai Bersih 4

Posted on Thursday, September 03 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



DITULIS OLEH TAY TIAN YAN TIMBALAN KETUA PENGARANG SIN CHEW DAILY..

1. Najib dan UMNO jelas tidak goyah dan terjejas oleh BERSIH 4. Sokongan untuk Najib bersandar kepada sokongan akar umbi UMNO. Majoritinya adalah Melayu yang menebal dgn semangat kebangsaan dan tetap kekal menyokong beliau.


2. MCA dan GERAKAN menanggung rugi besar. Kaum Cina tidak percaya mereka dan UMNO pula semakin mencurigai pendirian MCA yg kelihatan bersimpati dengan BERSIH 4. UMNO melihat MCA dan Gerakan  sebagai parti yg lemah dan tidak lagi mampu menarik sokongan orang Cina.

3. Kehadiran Tun M ke Dataran Merdeka gagal memenangi hati kedua dua belah pihak. Dia dianggap diktator  yg sering menindas sebarang perhimpunan awam. Dia tidak ada tempat di kalangan para demonstran pada hari tersebut di mana 80% daripadanya adalah kaum Cina. Dia juga dikecam hebat oleh ahli UMNO dan majoriti orang Melayu kerana menghadiri BERSIH 4. Imej Tun M sebenarnya terjejas teruk.

4. Malang untuk Anwar dan keluarganya kerana laungan BEBASKAN ANWAR tidak kedengaran sama sekali dan ditenggelami oleh tiupan hingar bingar vuvuzela.

5. Gerakan Harapan Baru diaibkan kerana gagal membawa penyokong yang ramai. GHB boleh diramalkan bungkus awal selepas PRU ke 14.

6. Ustaz Hadi Awang tentu ketawa besar kerana keputusannya memulaukan BERSIH 4 telah memalukan DAP. Dia melakukan perjudian politik yang mahal tetapi menang besar kerana menumpaskan sekaligus GHB, PKR dan DAP. 

7. Kegagalan BERSIH bukan sahaja dari segi jumlah kehadiran yang tidak seimbang antara kaum tetapi dicemari oleh berbagai insiden biadap seperti memijak potret DS Najib dan DS Hadi Awang. Tindakan mereka membawa penyapu dan menyapu potret Rosmah membangkitkan lagi kemarahan rakyat yang bertamaddun dan mengukuhkan lagi PERPADUAN MELAYU.


Buktinya pada 16.9.2015 ini akan ada perhimpunan yang dinamakan sebagai perhimpunan RAKYAT BERSATU di Bukit Bintang. Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh BERSIH

Sumber TKO - 3-9-2015

Peserta Bersih Kata Gereja Lebih Mesra Berbanding Masjid

Posted on Wednesday, September 02 @ 19:41:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
https://www.youtube.com/watch?v=T1nTaYUju2M&feature=player_embedded

Kuala Lumpur – Seorang peserta yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0 mengakui terima layanan lebih ‘mesra’ daripada gereja berbanding masjid. Wanita yang berasal dari Langkawi itu turut memberitahu selama dia sampai di ibu negara, dia menggunakan ruang dan fasiliti gereja St John Cathedral kerana masjid berada jauh dari kawasan mereka berhimpun.

Selain itu, dia turut mendakwa, disebabkan masjid terdekat (masjid jamek) tutup dia terpaksa menggunakan gereja di kawasan itu untuk tidur.

“Memandangkan masjid negara jauh, masjid jamek pula tutup lepas isya’ tutup lampu dan aircond semua orang pun disuruh keluar so, saya terpaksa keluarlah,”katanya.

Menurutnya semasa dijemput kakitangan gereja masuk ke dalam kawasan itu, mereka membuat pemeriksaan sekuriti. Kemudian, dia diberi minuman dan buah limau sebagai tanda menghormati tetamu. Setelah itu kakitangan tersebut menempatkannya di tempat tersorok untuk perlindungan wanita.

“Malam-malam mereka akan check bersama sekuriti. Malah, mereka juga ada ‘offer’ dan bertanya kepada saya apa cara terbaik untuk dilakukan supaya saya dapat solat dengan selesa dan dengan cara terbaik,”katanya.

Wanita itu turut mendakwa kakitangan gereja turut menyediakan fasiliti untuk tidur, mandi dan solat. Tambahan pula, menurutnya kakitangan gereta turut mengalu-alukan kehadiran wanita atau sesiapa sahaja diluar sana untuk menggunakan fasiliti yang ada dalam kawasan tersebut.

Ketika ditanya tentang perbandingan antara masjid dan gereja, wanita itu mengakui layanan gereja lebih mesra jika dibandingkan dengan masjid.

“Layanan mereka cukup mesra,”katanya. – SuaraTV

Sumber TKO - 2-9-2015


Boikot Bersih 4: PAS untung atau rugi?

Posted on Wednesday, September 02 @ 11:18:44 MYT by paklang 

Oleh Mohsin Abdullah

Akar umbi Umno pun tidak marah Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada perhimpunan Bersih 4. Itu menurut berita yang disiarkan The Malaysian Insider.Sebabnya – mereka terima “penjelasan “ Dr Mahathir yang bekas presiden mereka bukan sokong gerakan Bersih secara khusus tetapi kerana beliau menyokong rakyat.

Maknanya Dr Mahathir melihat rakyat menyebelahi atau bersama gerakan Bersih. Sekali gus tuntutan Bersih adalah tuntutan rakyat. Boleh disimpulkan begitu?


Jika boleh,  persamaannya (berdasarkan hujah Dr Mahathir) ialah Bersih = rakyat. Satu “equation” yang boleh membimbangkan pucuk pimpinan Umno
kerana “akar umbi setuju with such an equation”.

Dan dalam konteks PAS pula – adakah ketidakhadiran parti itu pada perhimpunan Bersih kali ini membawa erti parti itu “tidak bersama rakyat”?

Rasanya tidak adil menuduh demikian. Namun ada juga berpendapat PAS “detached“  atau “terpisah daripada rakyat berbilang kaum di Malaysia”. Setuju atau tidak terpulang.

Tetapi pemerhati politik beranggapan PAS terlepas peluang keemasan membuktikan parti itu masih bersifat “inclusive ” walaupun tanpa golongan progresif yang kini aktif dalam Gerakan Harapan Baru (GHB).

Seorang aktivis seni (yang kerap mengambil bahagian dalam aktiviti PAS) menyifatkan keputusan tidak menyertai Bersih 4 didorong “hasrat pimpinan tertinggi parti mahu berbaik-baik dengan Umno dan mengejar pangkat serta kedudukan".

Dengan kenyataan sekeras itu tidak memeranjatkan, beliau menambah kata “aku sudah bercerai dengan PAS“.

Seperkara menarik ialah Idris Ahmad,  naib presiden PAS yang mendapat undi terbanyak pada pemilihan parti lalu,  muncul pada hari kedua perhimpunan Bersih 4 (katanya siap berkemeja t kuning).

Mengapa beliau datang tidak pula dijelaskan. Pertanyaan wartawan kepada beliau dibalas dengan senyuman.

Lantas timbul spekulasi dan andaian yang tidak perlu diulangi.

Tidak dinafikan ketidakhadiran PAS pada Bersih 4 dirasai terutama pada aspek jumlah peserta Melayu.

Apa pun tindakan PAS itu “understandable “ berikutan pergeseran dengan DAP dan kehadiran anggota GHB bersama Bersih.

Dan tentunya PAS tahu – baik buruknya – kesan tindakan mereka memulaukan Bersih 4.
Keputusan mereka wajar dihormati. Ikut serta atau tidak, itu hak mereka.

Cuma PAS kelihatan tidak berterus-terang dalam menjelaskan  mengapa parti itu mengambil keputusan berkenaan.

Sebaliknya mereka memilih untuk memberi alasan seperti “tidak dijemput daripada awal” dan “sibuk dengan aktiviti Hari Kemerdekaan”.

Bagi orang di luar PAS, alasan seperti itu agak “melucukan”.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Sumber DD - 2-9-2015        
Bersih 4, matinya semangat perkauman

Posted on Wednesday, September 02 @ 11:11:08 MYT by paklang

Oleh Muhammad Syafiq Azmi

31 ogos 2015berlabuhnya tirai himpunan rakyat bagi menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih. Rakyat hadir dari seluruh pelusuk tanah air. Mereka bersama semenjak dari sabtu (30 ogos 2015) bagi menunjukkan solidariti ketidakpuasan hati kebanyakan rakyat Malaysia.




"Oh ale ale, ale ale Malaysiaku,
Oh ale ale, ale ale Malasyiaku,
Ku bangun, Ku lawan penindasan,
Untuk semua bangsa, Rakyat Malaysia,"

Pelbagai cara dan gaya peserta lakukan bagi menyatakan ekspresi masing-masing. Ada yang bersorak, ada yang menari, ada yang menyanyi. Cuma bezanya ia diraikan semua kaum yang ada di Malaysia. Tiada lagi rasa sengketa kaum dan yang lahir adalah keharmonian yang dicita.


Saya hanya hadir separuh dari masa program. Namun kekaguman membibit di hati kecil saya, inilah Malaysia yang kami impikan. Disaat kita laungkan Bersih, sampah dikutip setiap masa. Disaat peserta muslim menunaikan solat, sahabat bukan muslim menjadi benteng. Hingga satu detik, air wudhu dituang sahabat dari bangsa cina bagi peserta muslim sebelum mereka bersolat.

Beberapa jam sebelum saya pulang, di belakang saya ada seorang "uncle" berbangsa tionghua. Beliau memberi satu kenyataan yang saya sendiri hampir mengalirkan air mata. Beliau menyatakan tidak usah bercerita tentang 1MDB dan RM 2.6 bilion, tetapi beliau tanya mana wang zakat orang Islam?

Itulah Bersih. Matinya semangat perkauman,yang tertegak hanya bangsa Malaysia. Kami berbeza warna kulit, bahasa, fizikal, namun bila bersama, kami mencapai persetujuan negara ini perlukan perubahan yang besar. Kami tidak mahu masa hadapan generasi masih terus berperang bersandarkan polemik perkauman yang dimainkan pemerintah bagi terus berkuasa.

Kami peserta Bersih 4. Sehati Sejiwa
Kami tolak perkauman.

* Penulis merupakan aktivis AMAN.

Sumber DD - 2-9-2015
Perihal Bersih 4 dan PAS yang bakal tersisih

Posted on Wednesday, September 02 @ 11:07:45 MYT by paklang

Oleh Nazri Noor 

Sayang seribu kali sayang, dikala ratusan ribu rakyat turun merayakan pesta demokrasi Bersih 4 di Dataran Merdeka, parti PAS memilih untuk tidak menjadi peserta. Bukan setakat menjadi pemerhati, bahkan PAS memilih untuk menjadi pengkritik kepada program yang dihadiri suku juta rakyat (mengikut sesetengah bancian) tersebut. Tidak dinafikan, mengikut beberapa badan kajian berkecuali, ratusan ribu perserta bersih tersebut majoritinya adalah bukan Melayu, Cina khasnya.


Yang pasti, PAS terperangkap dengan sindrom penafian dan siege mentality. PAS masih belum bersedia menerima hakikat. Hakikat demokrasi akan terus meriah, dan suara rakyat akan tetap lantang.

Sebelum PAS merasai terdorong untuk kekal berbangga dengan sikap berkecuali mereka dan memperlekehkan usaha penganjur, PAS harus memahami beberapa hakikat dan realiti lanskap politik sediada yang memberi natijah dari boikot mereka, antara lain;

Hakikat 1: Nasib 54 kerusi PAS, ditangan 1 juta pemilih bukan Melayu.

PAS jangan lupa akan percaturan berebut kerusi menjelang setiap pilihanraya. Sudah menjadi tradisi PAS dan persepsi umum PAS sangat bermegah dengan jumlah kerusi yang ditandingi (sekaligus membawa mesej kepada rakyat PAS sangat berpengaruh dalam percaturan negosiasi kerusi, dan bukan parti umpama pipi tersorong-sorong dan terhegeh-hegeh mengharapkan ihsan DAP atau PKR untuk menagih jumlah kerusi yang banyak).

Pada PRU13 yang lalu, PAS diberi sejumlah 73 kerusi , jauh melepasi 51 kerusi DAP. Satu pembahagian yang dikira besar dan pengiktirafan kepada PAS sebagai rakan kongsi utama barisan pakatan pembangkang. Pada waktu itu. Bagaimanapun, semua sudah sedia maklum, pencapaian PAS adalah yang paling tercorot, berbanding rakan kongsi Pakatan Rakyat yang lain.

Dari 73 kerusi parlimen yang di peruntukkan kepada PAS untuk ditandingi pada PRU13, PAS berjaya memungut sejumlah 1,633,389 suara undi.

Satu perkara yang PAS perlu ingat, terdapat lebih 1 juta pengundi bukan Melayu, di seluruh kawasan yang di tandingi PAS. Umum juga mengetahui berbanding Umno/BN, lebih rami kaum bukan Melayu, kaum Cina khasnya yang mengundi Pakatan Rakyat, termasuklah PAS.

Dengan kata lain, hasil gabungan dalam Pakatan Rakyat, PAS mendapat limpahan manafaat undi bukan melayu, yang membantu memenangkan calon-calon mereka.

Dari 73 kerusi tersebut, sejumlah 54 kerusi PAS adalah bergantung kepada undian bukan Melayu. Tanpa undi bukan Melayu, PAS tidak mampu memperoleh majoriti yang begitu besar untuk menewaskan Umno, ataupun setidaknya mampu merapatkan jurang defisit majoriti Umno/BN kedalam jangkauan untuk menang.

Tetapi dengan sikap yang merasakan mereka kuat, mampu bersendiri, dan tidak memerlukan ihsan pengundi bukan Melayu, PAS berdepan dengan risiko kehilangan semua 54 kerusi tadi.

Hakikat 2: Nasib 21 kerusi yang dimenangi, belum tentu milik mutlak kelompok konservatif.

Dari 21 kerusi yang dimenangi, sejumlah 13 kerusi sememangnya sudah diiktiraf sebagai kerusi PAS, secara geografi, tradisi mahupun demografi pemilih melayu nya. Bagaimanapun, harus diingat 13 kerusi ini tidak semuanya dikira kerusi selamat untuk PAS. Sekurang-kurangnya 4 kerusi boleh dikira marginal dan masih dalam jangkauan untuk direntap musuh tradisinya, Umno

Dari baki 9 kerusi yang ‘betul-betul selamat’ dari jangkauan Umno itu pula, tidak semuanya boleh dikira sebagai kerusi milik mutlak puak-puak konservatif dalam PAS, mengambilkira pergolakan dalaman dan pengaruh puak-puak progresif yang cuba disingkirkan puak konservatif.

Ringkasnya, dari 21 kerusi yang dimenangi pada PRU13, kerusi yang betul betul boleh dianggap kubu kuat PAS, boleh dikira dengan jari. Selebihnya bole dianggap milik kelompok progresif yang kini sudah mengistihar diri mereka bersama parti baru, ataupun mereka yang sedang bersiap sedia untuk terjun bersama parti baru.

Hakikat 3: PAS akan tersisih

Amat malang jika PAS memilih untuk merasakan diri mereka hebat dan tidak perlu bergabung dengan pihak lain untuk mencari sinergi, hatta dengan parti Harapan Baru yang mereka anggap derhaka dan serpihan itu. Jika PAS masih berdegil dan masih dalam mode penafian, jangan terkejut jika PAS selamat dengan 7 atau 8 kerusi Parlimen, dan berisiko kehilangan negeri kubu tradisi mereka, dan akan tersisih secara semula jadi. Mungkin menerima senasib yang sama seperti parti Saadet Turki yang menafikan kemunculan dan kemaraan parti AKP yang asalnya dianggap serpihan. Lain lah kalau PAS melihat Umno, sebagai talian hayat politik mereka.

Sumber DD - 2-9-2015
Bersih 4, satu pemerhatian ringkas

Posted on Wednesday, September 02 @ 10:06:58 MYT by tokdalang

Oleh Haris Zalkapli

Bersih 4 diadakan pada masa Pakatan Rakyat seperti yang ditubuhkan selepas PRU 12 telah berakhir, dan pada masa serpihan PAS, GHB bergerak sebagai rakan  rapat DAP.Bersih 4 juga dijalankan tanpa penyertaan PAS seperti tiga protes sebelumnya, dan dapat dirasakan PAS tidak diajak untuk terlibat dengan mendalam kali ini dalam mengatur agenda protes.


Pada masa sama, PAS juga mahu menjarakkan diri daripada kumpulan Bersih 2.0 yang kelihatan semakin kurang diyakini dan diterima oleh orang Melayu, termasuk ahli PAS dan bukan ahli yang dapat menerima PAS.

Bersih kali ini jelas diadakan selepas kerjasama PR hanya tersisa sedikit daripada tiga perhimpunan sebelum ini.

Ini dipercayai menyumbang kepada penyertaan Melayu yang rendah, yang secara efektif menggagalkan protes kali ini.

PR yang telah berpecah, dan dua parti anggotanya dilanda krisis telah mengurangkan tenaga yang dapat disumbangkan untuk Bersih 4.

Sentimen kali ini juga agak jauh berbeza dengan tiga perhimpunan kali ini. Protes kali ini amat sedikit berkaitan dengan pilihan raya dan kelihatan diadakan untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan Najib dan krisis dalam Umno, yang diharapkan dapat menyumbang kepada satu hasil yang selari dengan kepentingan penganjurnya, dipercayai termasuk mendesak Najib berundur daripada jawatan perdana menteri.

Tetapi, akibat perpecahan PR dan dominasi DAP dan kelompok liberal, Bersih kali ini gagal menarik penyertaan orang Melayu yang signifikan.

Malah, penyertaan hampir 90 peratus kaum Cina dan penonjolan DAP menjadikan Bersih kali ini dapat digunakan oleh Najib untuk kempen politiknya; menegaskan peranan kepimpinan Melayu oleh Umno dengan cara menakut-nakutkan orang Melayu dengan kebangkitan dan penguasaan DAP.

Perbezaan Bersih kali ini dapat dilihat dengan jelas sejak awal. Dan apa yang berlaku selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos lalu mengesahkan jangkaan tersebut.

Bagi PAS, apa yang berlaku mengesahkan lagi hakikat dalam politik Malaysia bahawa ia mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap orang Melayu.

PAS juga selepas muktamar tiga bulan lalu dipercayai telah menerima sokongan dan keyakinan kembali orang Melayu, yang berpotensi memberi manfaat padanya dalam PRU 14 nanti.

Bagi Umno, setakat ini ia berjaya melapasi satu cabaran besar, tetapi dirasakan hanya menangguhkan apa yang pasti, iaitu penolakan ramai terhadapnya dan terhadap Najib.

Pihak GHB pula mencatat satu kegagalan pada awal kemunculannya sebagai sebuah gerakan yang mahu menggantikan PAS dalam PR dan menarik sokongan lebih luas, apabila kelihatan ia tidak mampu menggerakkan kehadiran orang Melayu beramai-ramai, membuktikan peranan pemimpinnya Mohammad Sabu menggerakkan massa selama ini disebabkan oleh kedudukannya dalam PAS.

Bersih 4 ini telah berakhir tetapi kesan-kesan yang diakibatkannya kelihatan tidak seperti diharapkan penganjurnya, terhadap Najib, Umno, PAS, GHB, DAP dan keseluruhan politik Malaysia.

Sumber DD - 2-9-2015


BERSIH timbang saman SKMM dan menteri dalam negeri
Posted on Tuesday, September 01 @ 21:25:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



BERSIH hari ini berkata ia sedang mempertimbangkan untuk membawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke mahkamah atas tindakan mereka terhadap BERSIH.

Khususnya, BERSIH akan mencabar langkah SKMM untuk menyekat laman web pergerakan itu www.bersih.org dan www.globalbersih.org dan tindakan Zahid mewartakan baju kuning BERSIH 4 sebagai haram.

Dalam satu kenyataan, BERSIH mendakwa tindakan SKMM dan menteri dalam negeri itu berniat jahat.

Ia seterusnya mendakwa mereka telah menyalahgunakan kuasa mereka dan mengharamkan hak yang sah kebebasan bersuara oleh jutaan Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, BERSIH akan mempertimbangkan untuk mengambil semua langkah yang perlu untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh SKMM dan menteri dalam negeri," kata BERSIH lagi.

BERSIH turut menegaskan bahawa perhimpunan hujung minggu lalu di mana ratusan ribu orang telah hadir, berjalan secara aman walaupun amaran daripada pihak berkuasa supaya mereka tidak menghadirinya.

Sumber Link

Sumber TKO - 1-9-2015


KDN serah pada polis tindakan atas Dr Mahathir, kata timbalan menteri
Posted on Tuesday, September 01 @ 21:21:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan keputusan kepada pihak polis sama ada mahu mengambil tindakan terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, meskipun perhimpunan 34 jam itu berlangsung dengan aman, namun ia tetap perhimpunan yang haram susulan pengisytiharan pihak berkuasa yang dibuat sebelum itu.

"Terserah pada polislah," katanya kepada wartawan selepas menghadiri taklimat di Pusat Perkhidmatan Modal Insan Ekspatariat Malaysia (Pusat Myxpats) di Petaling Jaya hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu turut menyerahkan kepada majlis tersebut sekiranya mahu mengenakan tindakan ke atas bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

"Terserah kepada MT Umno. Susah nak cakap dengan pemimpin lama Umno supaya ikut peredaran zaman. Zaman dah berubah, Tun M pun patut sedarlah hal ini," katanya.

Namun, Jazlan berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan Dr Mahathir yang menyertai Bersih 4 itu.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan polis berjaya mengawal perhimpunan itu, yang dianggarkan melibatkan ratusan ribu orang, supaya ia berlangsung dengan aman.

"Yang penting, pihak polis menguruskan perhimpunan Bersih itu, walaupun ia haram, dalam keadaan yang baik," katanya.

Sementara itu, mengulas perkembangan berkaitan, Jazlan berkata tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai tindakan polis memanggil 7 ahli jawatankuasa pemandu dan sekretariat Bersih 2.0 berhubung perhimpunan itu.

"Itulah yang dilaporkan. Saya tidak terima sebarang maklumat lagi," katanya.

Terdahulu hari ini, anggota sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata tujuh ahli jawatankuasa pemandu dan sekretariat Bersih 2.0 diminta tampil di ibu pejabat polis Bukit Aman esok berhubung perhimpunan itu.

Katanya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyembunyikan rancangan melakukan suatu kesalahan, cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan perhimpunan haram.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran yang walaupun tiada sebarang tangkapan dibuat sebelum Bersih 4, polis masih boleh mengambil tindakan terhadap penganjur selepas perhimpunan itu, mengikut akta dan peraturan sedia ada.

Sumber TKO - 1-9-2015


Natijah Bersih 4 Dan Dominasi Penyokong DAP
Posted on Tuesday, September 01 @ 21:18:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Pilihan antara Pakatan 2.0 dan BN
 

Setelah DAP menunjukkan wajahnya yang sebenar, aku mula bimbang sekiranya negara jatuh ke tangan Pakatan 2.0 dalam PRU14 nanti. Bukan aku tidak suka melihat kejatuhan BN yang sekian lama menjahanamkan negara. Bukan aku tidak suka melihat UMNO mati kekeringan tanpa ada lagi secebis kuasa. Tetapi yang kita bimbang ialah DAP yang berkuasa. Kalau hari ini aku ditanya; selain PAS pihak manakah yang perlu diberi kuasa sama ada Pakatan 2.0 atau BN, maka aku dengan tegas dan yakin menjawab, BN.

Kini jelas kelihatan kepada rakyat , DAP adalah pemain sebenar dalam politik pembangkang. Di Pulau Pinang, DAP berkuasa mutlak dan di negeri lain mereka adalah pemain belakang tabir yang berkuasa. DAP ada kuasa ugut-mengugut yang tinggi seperti mereka mengugut PAS dengan undi Cina. Kemahuannya jangan dibantah. Penentangannya terhadap hudud dan syiar Islam nampaknya mengatasi MCA. Manakala kehidupan bebas dan sekular mutlak menjadi matlamatnya.



Jangan dihalang pusat hiburan malam beroperasi tanpa waktu. Jangan dihalang penjualan arak dan majlis mabuk dianjurkan secara terbuka. Jangan dihalang perkembangan agama-agama lain di kalangan umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Jangan dihalang murtad dan pluralisme agama. Jangan dihalang gay dan lesbian berpesatuan dan beraktiviti di khalayak ramai. DAP sanggup pecah kawan.



Kita tak nafikan kemungkinan wujud demokrasi yang lebih adil. Kita tak nafikan korupsi dapat dibasmi. Kita tak nafi masjid lebih bebas beraktiviti. Kita tak nafi ekonomi negara lebih baik dan terjamin. Dan kita tak nafi sesuatu yang bersifat material dapat ditingkatkan.



Namun apakah erti semuanya itu jika Islam rosak dan tergadai. Perlaksanaan hukum Allah terhalang. Kuasa mahkamah syariah tergugat. Sedangkan andai DAP berjanji tidak akan mengganggu Islam, kita mustahil mempercayainya lagi. Kalau dulu mereka pernah bertopengkan Khalifah Umar Abdul Aziz, demi kuasa  mereka sanggup memakai topeng sesiapa saja agar orang Melayu/Islam dapat dipedaya.



Mengapa majoriti Cina melatari Bersih 4?



Pengundi Cina sedar Bersih 4 perlu dijayakan. Orang Melayu pasti berkurang apabila PAS tidak dilibatkan. Jadi pengundi Cina turun beramai-ramai untuk menunjukkan perhimpunan Bersih 4 berjaya. Maruah DAP ingin diselamatkan. Kesimpulan mudah ialah kuasa politik mereka akan lebih kukuh jika Pakatan 2.0 berjaya menguasai Putrajaya.



Mereka sanggup memuji dan memuja malah memimpin tangan Mat Sabu untuk menunjukkan perpaduan kaum. Sebenarnya mereka menjadikan Mat Sabu dan golongan kecewa sebagai terompah kayu. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah Lee Kuan Yew dalam jelmaan. 



Tunggulah Malaysia jadi macam Singapura; Negara maju dan makmur tetapi Islam dagang dan umatnya merempat. Apabila topeng telah dibuka, apa yang nak ditunggu lagi?



Justeru aku melihat beberapa aspek. PAS boleh berjuang bersendirian dalam pertandingan 3 penjuru. Jangan berkompromi dengan Pakatan 2.0  dalam meletakkan calon berhadapan dengan BN. Pakatan 2.0 yang bertulangbelakangkan DAP lagi berbahaya untuk diberi kuasa. Puak Islam Progresif lagi berbahaya untuk diberi kuasa mentafsir agama. Hukum bai’ah pun sudah mereka tafsir dan langgar segala.



Mudah-mudahan PAS menjadi pemenang mutlak. Ataupun rakyat memilih untuk mewujudkan tiada pemenang mutlak. Mereka memilih BN dan Pakatan 2.0 menang banyak kerusi. Cukup bagi PAS bilangan kerusi yang menjadi kuasa penentu. Biar PAS tak cantik tetapi digilai oleh kawan dan lawan. Ketika itu kita lihat pinangan siapa wajar diterima. Siapa yang sudi membina jambatan emas untuk hudud, itulah pilihan kita.



UMNO Tanpa Najib Wajar bersama PAS



Tan Sri Muhyidin Yassin, Shafie Afdal dan golongan mereka wajar bersama PAS demi Islam dan bangsa Melayu. Imej Najib pasti tidak terubat lagi. Ambillah air dari tujuh lautan untuk memandikan Najib, imejnya kepada rakyat sudah punah-ranah baik di kalangan sebahagian ahli UMNO apalagi di kalangan penyokong pembangkang. Gabungan UMNO Pro-Muhyidin dengan PAS sudah pasti menjadi kuasa Melayu/Islam yang dominan. Sekiranya Pro-Muhyidin bersama Pakatan 2.0, maka DAP tetap menjadi anak nakal yang menendang apa saja jika kehendaknya dilawan.



Justeru, gerakkanlah usaha persefahaman antara PAS dengan UMNO Pro-Muhyidin. PAS tidak terhalang untuk bertahaluf siyasi dengan sesiapa sahaja. Dunia sentiasa berubah. Apabila Islam mula terdesak oleh kerakusan dan ego DAP, tidak mustahil timbul rasa terancam terhadap agama dan bangsa kita. Kini UMNO boleh melihat bagaimana PAS ikhlas dalam berpolitik. Ahli dan penyokong UMNO boleh lihat bagaimana PAS istiqamah berjuang semata-mata untuk Islam tanpa menggadaikan prinsip. Ramai di kalangan mereka marah dan benci kepada PAS kerana bertahaluf dengan DAP. Kini telah tiba saatnya ummah kembali dan berbondong-bondong kepada PAS dalam keadaan imej dan kelakuan Najib tidak dapat diperbaiki lagi.



Sumber TKO - 1-9-2015


Pijak gambar Najib: Pemuda UMNO Pekan beri amaran keras

Posted on Tuesday, September 01 @ 18:34:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


Penganjur Bersih 4 didesak minta maaf dalam tempoh 24 jam atau sedia tanggung kesan akibat perbuatan biadap peserta perhimpunan.

PETALING JAYA: 
Pemuda UMNO Bahagian  Pekan mendesak penganjur perhimpunan Bersih 4 memohon maaf kerana perbuatan peserta perhimpunan itu yang memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Shahruddin Ahmad berkata, perbuatan memijak gambar Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO adalah melampau, biadap dan provokatif.

“Jika tiada pihak dari entiti Bersih 4 tampil berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, bermakna kalian merestui dan bersubahat dengan perbuatan tersebut,” katanya dalam  kenyataan media.

Sharuddin berkata,  pihak penganjur juga perlu menyedari perbuatan yang tidak hormat sedemikian bakal mengheret persepsi dan memburukkan imej serta nama ‘bersih’ yang didukungi.

“Kami berlepas tangan, seandainya kemarahan yang sedang membakar kini kian marak dan membakar kamu jika enggan menyelesaikan keterlanjuran tersebut secara harmoni,” tegasnya.

sumber 


Sumber TKO - 1-9-2015

Penganjur Bersih Bakal Terima Bil Pembersihan RM65,000
Posted on Tuesday, September 01 @ 14:17:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SERDANG: Penganjur Bersih 4 bakal berdepan tamparan hebat apabila menerima bil pembersihan sebanyak RM65,000 pada minggu ini, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Saya menggesa Maria Chin (Abdullah) untuk tidak membelanjakan kesemua RM1.5 juta yang mereka kutip untuk perhimpunan tersebut," katanya pada majlis pelancaran program pengasingan sisa pepejal di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini, Selasa.

Beliau berkata bil tersebut bagaimanapun tidak termasuk tuntutan bagi kerosakan harta benda dibawah selian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kami akan serahkan kepada DBKL untuk menghantar bil tersebut kepada Bersih," katanya.


Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata beliau bersyukur kerana tiada sebarang insiden keganasan berlaku semasa perhimpunan tersebut.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis dan Timbalan Perdana Menteri kerana berjaya mengawal perhimpunan tersebut," katanya.

Oleh: NEVILLE SPYKERMAN

Sumber Link 

Sumber TKO - 1-9-2015

Bersih 4 Dedahkan Fakta Sokongan Dominan PAS

IMG-20150829-WA0137
Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Kebijaksanaan dari keputusan PAS tidak membuat kerahan ahli adalah membolehkan kita menilai pola sebenar sikap rakyat terhadap DAP, PKR, GHB dan NGO NGO yang senada dengannya.

Bagi yang biasa dengan kajian makmal sains, ini mungkin sejenis “controlled experiment”. Ujikaji kawalan. Apa yang kabur sebelum ini mula jelas.

Kita sudah jelas setakat mana kekuatan sokongan orang melayu kepada PKR dan GHB. Lebih lebih lagi DAP. Tinggal lagi kita perlu lebih petunjuk tentang sikap orang Melayu antara PAS dan UMNO.

Dari 90% orang Melayu yg tidak mendokong BERSIH 4 berapa peratuskah yang kerana menyokong Najib dan UMNO? Dan berapa peratus yang mahu menyingkirkan Najib dan UMNO?

Penting pada Kongres Rakyat yang dijadualkan 12hb September 2015 agar seramai mungkin orang orang Islam hadir.

Gagal berbuat demikian akan membuka ruang DS Najib dan UMNO mendakwa orang orang Melayu menyokong mereka.

Gagal membuat demikian juga memberi mesej orang orang melayu boleh dipijak dan dihina pemimpin pemimpin yg dihormati mereka seperti perbuatan keji yg dilakukan ketika BERSIH 4 beberapa orang cina secara terbuka memijak mijak potret wajah DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS, mencucuk cucuk pada mata Tuan Guru sambil ber’selfie’, merasa bangga dan hebat dengan perbuatannya yang biadab itu.

Melihat kepada permohonan baru keahlian PAS yg luar biasa jumlahnya sehingga 9 ribu setiap bulan, saya percaya orang orang melayu telah memulakan langkah meninggalkan parti UMNO yg sudah rosak dan tidak dapat diperbaiki lagi.

Tun Mahathir bersungguh mahu menyingkirkan Najib kerana yakin cara itu sahaja boleh memberikan harapan baru kepada UMNO agar terus menang dan berkuasa.

Naikkan Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri yang baru. Jadikan dia Wira atau Hero yg berjasa kepada rakyat kerana berjaya kalahkan ‘kuasa jahat’ yang kini DS Najib dijadikan kambing hitamnya.

Walhal kuasa jahat itu sendiri adalah UMNO yg korup dari atas sampai ke bawah. Busuk sampai ke usus seperti diungkapkan oleh Tun Mahathir sendiri beberapa tahun yang lalu.

Mereka yg hari ini terpedaya menjulang Mahathir dan Muhyiddin, jika Najib tersungkur dan diganti gandengan baru, akan terdiam serba salah sekurang kurangnya setahun dua.

Mahu diserang, mereka juga yg menobat Tun Mahathir dan Muhyiddin sebagai wira dan hero.
Ingat. PRU14 paling lama 3 tahun lagi sahaja.

***HAJI AHMAD AMZAD HASHIM ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber BO - 1-9-2015


Bersih 4.0 : Insiden Kecil Yang Diperbesarkan

Posted on Tuesday, September 01 @ 08:55:52 MYT by paklang

Oleh Dr Tanaka Mustafa

a) Kehadiran geng LGBT

b) Video Mangok pijak gambar TGHH

c) Amoi selfie dengan Abg Mat Sabu

1) Tiga insiden yang saya sebutkan adalah insiden kecil jika dibanding dengan objektif keseluruhan Bersih 4.0. Insiden-insiden tersebut adalah bersifat terpencil kerana saiz perhimpunan yang sangat besar seperti Bersih 4.0.

2) Tak pasti apa motof geng LGBT hadir, tetapi jika mereka juga mahu negara ini humban Umno/BN ke laut atau menyelamatkan negara, maka objektif mereka sama dengan kita. Jika LGBT mahu join Kongres Rakyat sbg NGO yang mahu selamatkan ekonomi negara, apakah PAS akan menghalau mereka? Saya tidak tahu.

3) Ada saekor dua mangkok yang pijak gambar TG Haji Hadi yang diedit berpeluk dengan Najib. Ia tidak menggambarkan kehendak Bersih4.0. Malah Abg Mat Sabu pun akan pulas terajang mangkok tu kalau dia pijak gambar TGHH depan mata. Betul tak Abg Mat? Betul ke?

4) Amoi selfie dengan Mat Sabu, rapat-rapat berkepit. Selaku bekas Timbalan Presiden PAS, ia adalah sesuatu yang taboo dan mengundang fitnah besar. Tetapi ia insiden yang Abg Mat pun tak sengaja dan tak sempat mengelak. Ketua pengiring Mat Sabu pun dan minta maaf sebab cuai. Tapi malang bagi Abg Mat, gambar tersebut akan berkeliaran sampai kiamat.

5) Saya barap nangoi-nangoi PAS hentikan sebaran gambar tersebut kerana ia adalah keaiban seorang Muslim, apatah lagi dia tidak sengaja. Membuka dan menyebar aib saudara Muslim adalah dibenci Allah. Tak suka Mat Sabu pun, sila jaga akhlak kita.

Sekian.

Sumber DD - 1-9-2015

Reaksi Najib terhadap Bersih 4 ‘menyedihkan’, kata jurucakap G25

Posted on Tuesday, September 01 @ 08:54:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetepikan peserta perhimpunan Bersih 4 malam tadi menyedihkan dan menunjukkan beliau dalam keadaan penafian terhadap sejauh mana rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengannya, kata bekas diplomat Datuk Noor Farida Ariffin.

Jurucakap kumpulan tokoh Melayu (G25) itu berkata, rakyat Malaysia berpadu tenaga pada hujung minggu lalu menuntut jawapan daripada kerajaan, dan beliau sepatutnya mendengar suara mereka, bukan sebaliknya melabelkan mereka sebagai "berfikiran cetek".

"Ia benar-benar menyedihkan. Jika mereka bijak, mereka akan mendengar kata-kata rakyat.

"Tetapi sebaliknya, mereka berada dalam keadaan penafian dan menuduh kita macam-macam," kata Farida, yang juga menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadinya.

"Beliau membuat ucapan yang begitu bertentangan dengan fakta yang berlaku di peringkat bawahan. Mereka betul-betul menafikan realiti.

"Jika saya jadi beliau, saya akan mendengar suara rakyat dan benar-benar melakukan sesuatu untuk menerima dan memulakan perubahan yang dituntut rakyat," katanya.

Dalam perutusan Hari Kebangsaaannya malam tadi, Najib berkata perhimpunan itu sungguh tidak wajar, mempamerkan kecetekan minda dan miskin semangat kebangsaan.

Beliau berkata kerajaan menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang mengganggu ketenteraman awam, sambil menambah ia tidak mencerminkan kematangan.

Tetapi Farida hari ini berkata, daripada menghina penunjuk perasaan, Najib dan pentadbirannya sepatutnya bersyukur kerana ribuan orang yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka itu dalam keadaan aman.

Beliau berkata hari ini, perhimpunan itu membuktikan rakyat Malaysia tidak berminat menggulingkan kerajaan melalui keganasan, tetapi semata-mata menyuarakan pandangan mereka.
Farida berkata laporan yang mendakwa peserta Melayu sangat sedikit yang menyertainya adalah tidak benar, walaupun mengakui golongan Cina menjadi peserta majoriti perhimpunan.

"Terdapat lebih ramai Cina berbanding Melayu, ya, tetapi tidak benar yang tiada langsung orang Melayu.

"Mereka datang beramai-ramai. Ada makcik, pakcik, anak muda. Saya ambil gambar dengan gadis Melayu bertudung," katanya.

Beliau berkata, ketiadaan Melayu luar bandar tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda kumpulan etnik terbesar di negara ini menyokong Najib.

"Melayu luar bandar tidak dapat hadir kerana mereka tidak mampu. Semasa perhimpunan sebelum ini, PAS terlibat, bas disediakan untuk membawa mereka ke bandar.

"Mereka tidak mampu menanggung kos perjalanan ke Kuala Lumpur, penginapan. Ia tidak bermakna mereka bersikap tidak apati atau tidak peduli," kata Farida.

Katanya, beliau gembira dengan perhimpunan itu dan kawalan pihak polis, dan menganggapnya satu kejayaan.

"Apa yang begitu menakjubkan ialah orang ramai berkelakuan baik dan dalam mood baik. Kehadiran polis sangat sedikit.

"Walaupun matahari panas membakar, orang tidak hilang sabar. Mereka bersorak, suasananya seperti berpesta - ia lebih seperti karnival.

"Ramai daripada kita tidak dapat mendengar apa yang diucapkan, tetapi tetap bersorak," kata Farida sambil ketawa.

Ditanya sama ada kehadiran beliau pada perhimpunan tersebut bermakna G25 juga mahu Najib meletakkan jawatan, Farida berkata beliau dan beberapa ahli kumpulan pergi ke sana atas kapasiti peribadi.

Katanya, beliau berada di sana untuk menuntut jawapan daripada kerajaan berhubung keadaan negara dan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Kita mahu jawapan. Kami tidak berpuas hati dengan rasuah endemik pesat, yang didakwa pemimpin kita.

"Kami sudah bosan dengan kehilangan keyakinan terhadap ringgit, apa yang berlaku dengan ekonomi, kita bimbang tentang 1MDB," katanya.

Perhimpunan selama 2 hari yang berakhir malam tadi bukan saja menuntut Najib berundur tetapi juga untuk reformasi institusi.

Oleh : ANISAH SHUKRY
 



Sumber TKO - 1-9-2015

Polis siasat gambar Najib, Hadi dipijak semasa Bersih 4


Posted on Tuesday, September 01 @ 09:03:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pihak polis sedang menyiasat insiden gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipijak semasa perhimpunan Bersih 4, lapor Sinar Harian.



Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan perkara itu.

"Kes tersebut masih di dalam siasatan," katanya kepada Sinar Harian.

Foto yang tersebar luas di laman sosial sejak pagi semalam itu turut mempamerkan kapsyen "Kurang ajar upacara pijak gambar Tuan Guru."

Dilaporkan, polis  menerima 27 laporan mengenai perhimpunan Bersih 4 sehingga jam 10.45 malam tadi dan membuka 5 kertas siasatan.

Tajudin berkata 14 daripada laporan itu dibuat kelmarin dan selebihnya dibuat semalam.
Beliau berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka semalam kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Hampir tengah malam, bilangan mereka yang berhimpun semakin ramai di Dataran Merdeka ketika mereka mendengar ucapan dan menyanyi sambil menari.

Bagaimanapun, Tajudin berkata keadaan masih terkawal dan polis berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Perhimpunan Bersih 4 selama 2 hari anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang diisytiharkan haram oleh polis antara lain menuntut pilihan raya bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang bersih.

Di Kuching dan Kota Kinabalu, penganjur menghentikan perhimpunan masing-masing pada tengah malam kelmarin dan tengah hari semalam.

Sumber Link


Sumber TKO - 1-9-2015


Pijak gambar: PAS memaafkan pelaku tersebut

Posted on Tuesday, September 01 @ 10:52:20 MYT by paklang

Oleh Dato' Dr. Mahfudz Mohamad

Seusai peristiwa BERSIH 4, negara digemparkan dengan peristiwa pemijakan foto yang diedit melibatkan pimpinan utama PAS, Dato Seri Hj Hadi Awang dan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak oleh sebahagian kecil peserta-peserta BERSIH 4.

Peristiwa yang kita rasa tidak wajar berlaku di negara merdeka yang kita cintai ini.

PAS merasa sedih atas apa yang berlaku kerana ia melibatkan pimpinan utama parti ini. Namun, PAS merasakan ia dilakukan mungkin kerana pelaku mendapat informasi yang salah tentang pendirian Presiden PAS khususnya dan Parti PAS umumnya dalam masalah politik negara. Walaupun begitu, tindakan memijak foto tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana individu di dalam negara ini terutamanya para pemimpin samada kerajaan atau pembangkang.

PAS tegaskan sekali lagi bahawa PAS tetap berpendirian tidak akan bersama dengan UMNO dalam masalah politik dan ekonomi yang melanda negara sekarang ini. Pintu PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak samada muslim dan bukan Islam yang ingin mendapat gambaran sebenar pendirian PAS ini.

PAS berpendapat peristiwa memijak foto tersebut boleh menjadi punca ketegangan yang lebih parah di masa hadapan. Ia mungkin akan disabotaj oleh pihak-pihak tertentu dan berkemungkinan berlakunya acara pijak-memijak foto yang tidak berkesudahan dan ini sudah tentunya akan mencetuskan ketegangan yang berpanjangan. Justeru PAS memaafkan pelaku tersebut dan mendoakan semoga beliau diberi hidayah dengan kebaikan Islam dan semoga negara ini tetap terpelihara dengan kerahmatan Allah swt. Semoga episod ini tidak berulang di bumi Malaysia tercinta ini.

Dato' Dr. Mahfudz Mohamad
Ketua Dewan Ulama
Parti Islam Semalaysia
Pesuruhjaya PAS Johor

Sumber DD - 1-9-2015

Tanpa Memohon Maaf secara Terbuka, BERSIH Akan Jadi KOTOR

IMG_20150901_075307
Tuntutan BERSIH untuk reform sistem demokrasi dan pilihanraya negara adalah disokong oleh PAS tanpa berbelah bahagi. Malah PAS telah menganjur dan menyertai pelbagai bentuk rally sebelum daripada ini. Bukan hanya dalam bentuk anjuran bersama BERSIH, tetapi juga pelbagai isu yang menyentuh kepentingan ummah. PAS hanya berbeza pendekatan pada kali ini. Kebetulan PAS mempunyai komitmen yang tinggi terhadap beberapa program penting yang dianjur dalam tempoh ini.

2. Namun insiden memijak gambar Yb Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS dalam himpunan BERSIH 4.0 adalah suatu yang sangat memalukan. Perbuatan itu adalah KOTOR dan sangat biadap serta kurang ajar, sementelah tiada jenayah dan perbuatan yang melayakkan perbuatan sebegitu itu dilakukan ke atas Yb Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi.

IMG_20150901_075359

3. Kami mendesak supaya mereka yang bertanggungjawab tampil memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan provokatif sedemikian. Terlebih wajar jika pihak penganjur BERSIH mengambil tanggungjawab bagi membukti mereka tidak merestui perbuatan KOTOR sebegitu justeru membenci dan memusuhi Yb Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bukanlah sasaran yang termaktub dalam tuntutan BERSIH.

4. Ia adalah satu tragedi malang yang memapar standard akhlak dan moral pihak terbabit terlalu sangat rendah dan hina. Poster yang diedit sedemikian rupa dengan memaparkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi berpelukan dengan Dato’ Seri Najib kononnya mahu menggambarkan PAS seperti bersekongkol dengan UMNO dan BN. Ini juga merupakan satu fitnah yang jahat.

5. Perbuatan itu tidak boleh dipandangan ringan. Selain ia adalah perbuatan menghina maruah, ia juga merupakan satu tindakan yang melebarkan kebencian dan permusuhan. Sekaligus memperlihatkan kepada dunia perangai KOTORnya yang amat memalukan.

Sekian.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Malaysia.

Sumber BO - 1-9-2015








































































Pijak gambar: Penganjur Bersih 4 digesa mohon maaf

HARAKAHDAILY | .


Kami menggesa penganjur Bersih 4.0 segera tampil memohon maaf di atas insiden melampau, biadap dan provokatif yang dilakukan beberapa individu di dalam perhimpunan tersebut dengan memijak gambar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sekiranya tiada pihak dari entiti Bersih 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh segera, adalah dikhuatiri penganjur Bersih 4.0 dilihat merestui dan bersetuju dengan perbuatan tersebut.

Laporan polis akan dibuat di seluruh negara agar insiden ini disiasat. Dalam masa yang sama ahli-ahli Dewan Pemuda PAS dinasihati agar tidak bertindak balas di atas provokasi ini dan menyerahkan selanjutnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan. - HARAKAHDAILY 1/9/2015

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Sumber HD - 1-9-2015

Insiden Pijak Gambar Presiden Pas : Penganjur BERSIH 4.0 Digesa Mohon Maaf

Posted on Tuesday, September 01 @ 08:49:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



1. Kami menggesa penganjur BERSIH 4.0 segera tampil memohon maaf di atas insiden melampau, biadap dan provokatif yang dilakukan beberapa individu di dalam perhimpunan tersebut dengan memijak gambar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

2. Sekiranya tiada pihak dari entiti BERSIH 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, bermakna kalian merestui dan bersubahat dengan perbuatan tersebut.

3. Kalian telah mencetuskan bibit permusuhan serta menanam sentimen kebencian yang tidak sewajarnya secara emosi dan mencabar kesabaran kami anak-anak muda PAS.

4. Kalian perlu menyedari perbuatan tidak hormat sedemikian bakal mengheret persepsi dan memburukkan imej serta nama BERSIH yang kamu dukungi.

5. Kami berlepas tangan, seandainya kemarahan yang sedang membakar kini kian marak dan membakar kamu jika enggan menyelesaikan keterlanjuran tersebut secara harmoni.


 AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pijak Gambar Tokoh Ulamak : Penganjur Bersih 4.0 Didesak Beri Penjelasan

Posted on Tuesday, September 01 @ 10:46:01 MYT by paklang

Oleh Nazmi Nik Din

Sungguh biadap apabila imej Tuan Guru Presiden PAS merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia dipijak-pijak berulang kali oleh individu demostran dalam Bersih 4.0.Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan memberi amaran agar jangan melampaui batas dalam perbezaan pandanganPIJAK GAMBAR TOKOH ULAMAK : PENGANJUR BERSIH 4.0 DIDESAK BERI PENJELASAN


 Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun individu demostran yang memijak berulang kali imej Timbalan Presiden Ulamak Sedunia kerana ianya juga merupakan penghinaan kepada institusi ulamak yang menjadi rujukan umat Islam.

Kami memdesak supaya penganjur Bersih 4.0 memberikan penjelasan dan individu yang terlibat diheret ke muka pengadilan kerana ianya boleh mencetuskan perbalahan agama dan kaum memandangkan Tuan Guru Presiden PAS bukan sahaja tokoh agama di Malaysia bahkan diperingkat antarabangsa.

Khaibar ! Khaibar !

Nazmi Nik Din,
Ketua Penerangan,
Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.
1hb September 2015

Sumber DD - 1-9-2015

Sumber TKO - 1-9-2015


IMG_20150901_075307


Mencari Wajah Melayu Dalam Bersih 4
Posted on Monday, August 31 @ 21:26:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Maria Chin Abdullah kata Bersih 4 dihadiri kia-kira 500,000 orang. Kalau dia ni UMNO rasanya dah berasap kena hentam oleh blogger, tapi kerana dia geng PR semua blogger dan pembaca telan apa sahaja.

Tak kiralah berapa yang hadir. Orang kata Bersih 4 ini dihadiri oleh 10% Melayu dan 90% bangsa lain. Kalau 10% maknanya kira-kira 50,000 orang Melayu yang hadir. Betul ke?

Kehadiran Melayu telah menepati sasaran kajian Merdeka Center iaitu 10% sahaja berbanding bangsa lain dimana dulu melayu boleh hadir sehingga 80%.


Ambil mudah tak payah guna kajian, lihat sahaja pada setiap gambar satu persatu buat lakaran dan guna bilangan yang ada untuk cari paratus macam kita buat di sekolah zaman dulu.

Saya cuba melihat gambar satu persatu untuk mencari wajah Melayu pada Bersih 4. Saya fokus kepada 18 GHB yang kalah pada Muktamar PAS dengan harapan mereka ini datang dengan gerombangan pengikut Melayu yang ramai. (Mana tahu kena serbu oleh peminat ada yang tolong pertahan supaya tak bersalam dengan bukan mahram)
























Mungkin saya tidak cermat tak jumpa gambar pimpinan GHB yang ada pengikut Melayu begitu ramai bersama mereka. Pembaca boleh hantar kepada saya untuk saya tambahkan dalam nota tulisan saya ini.

Mudah cakap GHB tak ke mana, tidak dapat menarik Melayu untuk menyokong mereka. Melayu Islam tahu mereka sekadar boneka DAP yang boleh dicucuk hidung tanpa prinsip Islam yang tegas.

Bersih 4 sebenarnya telah memberikan kita satu signal mudah bahawa GHB atau parti baru mereka AMANAH tak ada apa-apa kekuatan untuk dibanggakan.

Sejarah akan mencatat bahawa mereka adalah proxy UMNO (suka atau tak suka, sedar atau tak sedar) untuk menjatuhkan PAS.

Seiapa ada bantahan?


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 31-8-2015

Bersih 4: Sehati Sejiwa Tolak Bn

Posted on Monday, August 31 @ 15:28:56 MYT by paktam

Oleh Mazlan Aliman

Himpunan BERSIH 4 telah melabuhkan tirainya. Pertama kali dibuat selama dua hari. Bagi mereka yang hadir dapat menyaksikan sendiri suasananya dan membuat ulasan mengenainya.

Andaian huru hara sehingga kononnya Angkatan Tentera sedia campurtangan, amaran keras Timbalan Perdana Menteri termasuk menahan peserta dan merampas baju kuning BERSIH 4, dakwaan penganjur BERSIH bersekongkol dengan Yahudi antarabangsa, kebimbangan berlakunya sex bebas, dan pesta minum arak; terjawab dengan sendirinya. Ia andaian semata mata.

Hakikatnya, BERSIH 4 memaparkan iltizam rakyat berbilang kaum yang cintakan Malaysia. Himpunan yang berlaku di ambang kemerdekaan negara ke 58, jelas sekali membangkitkan semangat patriotik rakyatnya.

Solat Hajat di awal Himpunan moga majlis berjalan lancar, Solat Fardu berjemaah samada di sekitar dataran Merdeka maupun di Masjid Jamek Kuala Lumpur, Tazkirah oleh Dato' Husam Musa, ucapan Ust Ahmad Awang, Hj Mohamad Sabu dan berbagai aktiviti dapat disempurnakan dengan jayanya.

Memang pada hari pertama, dominasi 80% demonstran Cina menyerlah. Namun, ia berubah pada hari kedua, apabila lebih 35% demonstran melayu menyertainya hingga jam 12 tengah malam.

Penganjur yang diketuai Maria Chin Abdullah dan sukarelawan BERSIH ternyata berjaya mengawal peserta yang jumlahnya amat besar. Peserta berada dalam suasana santai tapi memiliki tahap disiplin yang begitu baik.

Mengutip sampah, memberi minuman dan roti secara percuma. Bahkan ada team PEMANTAU yang membuat rondaan hingga hampir ke Subuh hari di khemah dan lokasi tempat tidur peserta himpunan bagi mempastikan perkara yang tidak diingini berlaku. Saya terkesan sewaktu melihat rakan rakan Cina membantu peserta Islam mengambil wudu' dan membuat benteng ketika mereka Solat. Ianya bukti keharmonian dan solidariti seluruh kaum dalam negara ini.

Dalam mana mana Himpunan yang besar, pasti ada kelemahan dan kepincangan. Apatah lagi bila semua kaum berkumpul tanpa terpisah antara satu sama lain. Ia lumrah dan bukan perkara baru. Untuk mencari cacat cela memang senang. Penambahbaikan di masa hadapan pasti dilakukan oleh penganjur.

Alhamdulillah, mesej dari himpunan BERSIH 4 telah sampai kepada pemimpin utama. Kehadiran Tun Dr Mahathir juga besar maknanya.

Saya tidak pasti adakah Dato' Sri Najib responsif dengan tuntutan BERSIH seperti di tunjukkan para peserta.

Moga usaha kita di berkati Allah.

SEHATI SEJIWA TOLAK BN.

Sumber DD - 31-8-2015




Selepas tamatnya Bersih 4, apa pula sekarang?

Posted on Monday, August 31 @ 15:14:08 MYT by paktam

Oleh Mike Tan


BERSIH 4: Selepas dua hari yang sibuk dan padat, Bersih 4 akhirnya tamat. Secara kebetulan, hari ini adalah ulangtahun kemerdekaan, dan perarakan rasmi sedang berjalan.
Namun ramai rakyat Malaysia mengadakan sambutan mereka sendiri semalam dengan menyertai Bersih 4. Pemandangan kuning tersebar di sepanjang Jalan Tun Perak dan kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Ada ucapan berapi, sesi debat dan diskusi, dan malah konsert jalanan spontan. Tetapi yang paling penting, rakyat biasa hadir beramai-ramai dan bergaul sesama mereka, saling menyuarakan pandangan dan pendapat.

Dan mereka beramai-ramai menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita.

Merentasi Laut China Selatan, warga Sarawak dan Sabah juga bersama-sama dan menganjurkan perhimpunan sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersih 4. Warga Sarawak berhimpung di ibu negeri mereka, Kuching dan ia berjalan lancar tanpa masalah. Mereka melakukannya dengan begitu baik sehigga membuat keputusan menamatkannya sehari lebih awal!

Malangnya di Sabah, perhimpunan di Kota Kinabalu untuk hari kedua terpaksa dibatalkan selepas polis menyekat laluan masuk ke tempat perhimpunan. Selepas berbincang dengan polis, pengerusi Bersih Sabah Jannie Lasimbang menamatkan program Bersih 4 KK.

Di Seluruh dunia, rakyat Malaysia turut mengadakan perhimpunan di pelbagai kota, dan berkongsi gambar dan kisahnya.

Dan kini selepas ia berakhir, masanya untuk membuat penilaian.
Jadi apakah langkah kita selepas ini?

Tidak dapat dinafikan, penganjur Bersih 4 dan kumpulan yang berkaitan akan bertemu untuk membuat strategi dan merangka langkah seterusnya. Boleh jadi ada Bersih 5 pada masa hadapan.

Namun bagi rakyat biasa yang menyertai Bersih 4 – terutama mereka yang kali pertama – pengalaman dan pendedahan yang mereka dapat pasti akan membuka mata dan minda dengan idea dan pemikiran baru.

Sepanjang Bersih 4 berlangsung, mereka yang ditemui pasukan Semut Harian menyuarakan rasa bimbang terhadap negara dan keperluan untuk bertindak. Itulah sebabnya mereka memutuskan untuk bangun dan didengar.

Mereka tidak lagi merasa cukup untuk sekadar duduk di tepi, atau kekal tidak endah tentang cabaran yang dihadapi negara.

Mereka bersedia untuk mengambil tanggungjawab selaku warga Malaysia dan melakukan apa yang boleh untuk memastikan negara ini diangkat ke tahap yang baru. Mereka ada idea tentang Malaysia yang mereka mahukan – sebuah negara yang adil dan saksama, dipimpin kerajaan yang cekap dan tidak rasuah.

Apa yang belum diketahui adalah sama ada pihak berkuasa bersedia untuk melibatkan rakyat dan berganding tangan untuk mencapai ideal-ideal ini
 http://bm.theantdaily.com/

Sumber DD - 31-8-2015


Anak Zahid Hamidi Selar Perhimpunan Bersih 4
Posted on Monday, August 31 @ 16:42:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



PETALING JAYA: Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan penyokong Bersih 4 kerana membuat perhimpunan jalanan.

Di laman Facebook miliknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan protes itu sebagai perbuatan bodoh dan lebih baik penyokong-penyokong yang terlibat memasuki askar dari membuat demo jalanan.

"Nak sangat pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan.

"Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa. Nie takat uniform kuning bangga dapat masuk TV, masuk paper.. apa ke jadahnya?

"Don't make me speak Malay language because I will speak the language that made u really understand.

Nurulhidayah juga turut menyatakan perasaan kesalnya kerana pernah berdemo ketika pada 1998 ketika era reformasi. Ketika itu, ayahnya, Zahid Hamidi pernah ditangkap oleh ISA kerana dilihat sebagai sekutu Anwar Ibrahim ketika era pemerintahan Mahathir.

"Berani sangat la tu konon nak bangkang macam tu? Aku pernah merasa zaman 1998 macam korang. Betapa BODOH nya aku ketika itu sbb berkumpul nak seronok2.

"Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu dulu. Tapi zaman skrg dah tak releven babe kat atas jalan ni!

"Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara. Malas la nak cakap. Pendapat aku - ITU KERJA SIA2. Dalam bahasa mudah faham - KERJA BODOH!", tulisnya di Facebook

Selain dari itu, turut kelihatan beberapa rentetan posting di Facebook yang menyuarakan pendapatnya mengenai Bersih 4.- Siakapkeli.my



sumber 


Sumber TKO - 31-8-2015

Permohonan Maaf Dari Ketua Pengiring Mat Sabu

Posted on Monday, August 31 @ 10:10:42 MYT by paklang

Oleh Aris Awang

Saya selaku Ketua Pengiring kepada Hj Mohammad bin Sabu sepanjang Himpunan BERSIH 4.0 memohon berbanyak kemaafan kepada Hj Mohammad Sabu, keluar

ga, sanak saudara dan kenalan Islamnya kerana tidak berjaya mengawal serbuan rakyat Malaysia dalam Himpunan Bersih 4.0 dari berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya.

Kejadian diluar kawalan dan kelalaian saya telah menyebab berlakukan insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam.

Insyaa Allah selepas ini saya dan team pengiring ARIF (kali.pertama bertugas) akan berusaha memastikan insiden serbuan sehingga diluar kawalan akan dapat di atasi pada masa hadapan.

Sebagai sedikit gambaran sebenar terhadap photo yang sedang diviralkan, kejadian berlaku ketika Hj Mohammad Sabu bergerak dari pentas ke pentas di tengah kesesakan puluhan ribu peserta, saya sendiri telah memberi arahan.agar kawalan tidak dilakukan terlalu ketat dan mesti mesra rakyat tanpa menjangkakan serbuan yang amat menakjubkan telah berlaku apabila mengetahui kehadiran Hj Mohammad Sabu sehingga ada yang seperti histeria untuk bergambar, berselfie dan sebagainya.

Sekali saya memohon berbanyak kemaafan di atas insiden yang telah menyinggung perasaan keluarga serta sahabat seIslam akibat kelemahan.kawalan kami terhadap Pengerusi Harapan Baru Malaysia.

Aris Awang
Ketua Pengiring
Pengerusi Harapan Baru Malaysia
Untuk Bersih 4.0












Sumber TKO - 31-8-2015



Catatan Bersih 4: Kau tak mahu berada dalam lipatan sejarah?

Posted on Monday, August 31 @ 07:38:12 MYT by paklang

Oleh Arif Atan

Sudahlah. Kalau kau rasa jumlah peserta Melayu dalam BERSIH4 begitu rendah semalam, apa kata kau bertindak? Kenapa kau masih meratap hiba di rumah? HARI INI jom turun Dataran Merdeka. Rai sama ambang 12 tengah malam dengan SUARA PADU RAKYAT. Jadikan HARI KEBANGSAAN 2015 ini tidak diakhiri esok pagi dengan berita kitar semula - penemuan kondom di sekitar Dataran Merdeka! 


Ajak kawan-kawan, bawa anak ahli keluarga semua sebab dah terbukti ramai Melayu yang turun BERSIH sebelum ni tapi yang lucunya masa tu boleh pula tuduh "Melayu jadi tunggangan Cina DAP". Sekarang bila ramai Cina turun BERSIH4, kecoh pula Cina dominasi, DAP kuasai.

Lawaklah. Sah-sah selama ni elok je Melayu kelas elit korporat atau bisnes alibaba juga cucu cicit kerabat raja dengan ramai lagi Cina maha kaya joli katak terbang ke luar negara macam naik bas mini, kau tak bising pula?

Atau kau tak nak turun sebab tak celik, tiada kesedaran politi hanya pentingkan diri sendiri mungkin kau dah rasa cukup selesa dengan harta, rumah, kereta, keluarga yang kau ada, kau boleh ada lesen baik punya kutuk sindir Bersih4?

Atau kau lebih beriman dengan suara elit politik? Atau jenis yang tak faham proses demokrasi dan tak menyedari sesuatu perkara itu boleh dicapai jika diusahakan secara padu dan berterusan bukannya hari ni kau berhimpun, esok Najib tumbang!

Selagi kau ketagih kitar semula ayat "alah...kalau turun Bersih4 pun bukan dapat tumbangkan Najib" atau "kalau Najib jatuh, siapa nak ganti, Umno jugak kan..." selagi itu tanpa kau sedar kau memanjangkan lagi talian hayat rejim untuk terus ketawa mengilai membodohkan kau, anak kau, cucu kau, cicit kau.

Nampak? Cuba kalau kau yang merungut turun penuhkan KL semalam, hari ni sampai seminggu bawak sepanduk, luahan hati pada kadbod, kertas manila, sarunglah sut Spiderman ke Cicakman ke, bawak jugak tikar bantal semua dengan Umno-BN tu semua tumbang ranap! Dari himpunan melangkah ke HARTAL! Itulah saktinya upaya dahsyat KUASA RAKYAT yang kita ada tapi sayang ramai persia.

BERSIH4 ni BUKAN himpunan parti politik. Semalam pun tiada peserta BERSIH4 bawa bendera parti politik. Gila kau kalau sepanjang masa masih nak terperuk dalam fahaman sempit kepartian. Apa yang ada dalam BERSIH4 yang kau mungkin tak pernah alami dalam himpunan paksarela anjuran kerajaan? Ada kuliah jalanan, ada persembahan muzik, ada maskot/replika menghiburkan berupa Rosmah, Najib dan sewaktu dengannya. Eh, tazkirah lepas solat pun ada! Susah nak solat?

Waktu ni lah kau boleh praktik ambil wuduk guna sebotol air mineral yang kecil tu! Waktu ni lah kau boleh solat jemaah di atas jalan raya disaksikan kawan2 bukan Islam yang akan menghormati duduk diam tak tiup benda yang bising nyaring tu.

Takut berlapar? Aduh, tak pernah lah lagi ada peserta himpunan mati kebulur. Banyak saja gerai2 dan peniaga2 jual makanan. Kita pun berhimpun tengah KL, nak makan apa semua ada. Paling mudah kalau jemu di kedai mamak, apa kata untuk makan tengah hari atau malam nanti kau pergilah di gerai sederet sebelah pondok polis di Jalan Masjid India. Ada ikan bako enak di situ!

Minum pula air tebu, air kelapa segar. Pergh! Barulah kau sedar betapa pentingnya makna kemerdekaan jangan biar dirosakkan bisnes makanan oleh marhaen ini dengan kerakusan rejim bersekongol dengan kapitalis bina gedung, mall sebesar alam di atas robohan dan air mata warung, gerai peniaga yang bila siap mall itu nanti tempat makannya menawarkan makanan yang 'palsu' sifatnya.

Ini himpunan massa luahan protes rakyat yang menolak sikap pemimpin yang suka mem"bangsat"kan dan meng"haramjadah"kan rakyat. (Tak kan kau lupa, 2 panggilan tu keluar dari Najib tuju kat Melayu! Kau tak rasa hina ke?).

Padahal, kita terutama anak2 muda yang masih lagi kuat tenaga sebenarnya mewakili jutaan pakcik makcik atuk nenek kita nun di kampung2 tu dari pesawah di utara tanah air; nelayan yang tertindas dan terancam punca rezekinya bila sumber air makin teruk tercemar; penoreh getah yang berduka dengan harg getah yang begitu rendah; peneroka tanah yang diusir untuk projek mengkayakan lagi yang maha kaya atas nama pembangunan dan kemajuan serta jutaan rakyat lagi yang duit gaji cukup-cukup hidup sebulan atau tak pernah cukup dengan ditandakan seramai lebih 7 juta penerima BR1M. Paling ketara yg kena pada semua ialah cukai GST yang menyebabkan semua orang termasuk golongan miskin, orang pencen dicukai!

Jap, atau kau takut gas pemedih mata hadiah FRU? Kau cuak nanti berlaku huru-hara? Eh, sejak bila kau bertuhankan manusia? ALLAH itu MAHA ADIL. Lagi satu kau sedar pola tindakan rejim bila berdepan protes rakyat? Kalau ramai Cina takdenya tindakan kasar diambil sebab BN takut reaksi lebih kuat dari kawan2 Cina kita terhadap mereka di peti undi nanti. Jadi, inilah kelebihan kita berbilang kaum yang patut kau manfaatkan untuk jatuhkan BN yang korup, kalau pertimbangan kau tak nak turun BERSIH4 sebab takut kena 'tear gas', masuk lokap.

Apa lagi WhatsApp kat kawan2 turun hari ini untuk merasai sendiri "pengalaman indah" himpunan rakyat. (Lanjut boleh baca posting aku sebelum ini). Selfie atau wefie lah puas2. Kau tak kena dakwa bawah Akta Hasutan pun. Kau ingat orang yang pergi BERSIH4 tu spesies yang marah-marah. Kau kalau turun sendiri yang turun itu ramah-tamah, senyum sentiasa menghias wajah. Akses? Susahlah bro jalan banyak ditutup. Eh LRT, Komuter kan ada. Hidup jangan terlalu banyak mencipta alasan tapi carilah penyelesaian.

Segan takde tshirt Bersih4 atau segan nak pakai tshirt Bersih4, kau sarung saja apa saja baju bewarna kuning atau pakai saja baju warna apa pun. Kau kalau pakai baju musim sejuk pun tak kisah, silap2 gambar kau boleh jadi viral. hahah.. Bila lagi kau nak mencipta detik2 yang tak akan dilupakan kalau sepanjang hidup kau hanya meneruskan rutin sama saja?

Ok, balik pada naik LRT, Komuter tadi. Turun saja di stesen Bandaraya, Bank Negara atau Masjid Jamek. Kalau takut dompet hilang ke atau hal di luar jangka, bawak cukup2 duit je, yang wanita tinggalkan barang kemas semua.

Aku dah balik kampung lah bro? Takpa. Lepas sarapan, makan tengah hari ni balik KL. Kau kalau duduk kampung pun kalau sibuk online atau merungut line teruk kat kampung, tak guna jugak, buat kecik hati orang tua!

Bersih 4 adalah ikhtiar seluruh rakyat Malaysia yang mahu mengisi makna kemerdekaan dengan bunga dan limpah sinar kebahagian, kemakmuran dan kesejahteraan. Rugilah kau kalau kau tidak merasai sendiri hatta 1/2 jam di lokasi himpunan Bersih4 kerana kau sudah hilang dalam catatan sejarah besar usaha seluruh jiwa massa yang menuntut masa depan lebih baik buat tanah air ini.

Dah, kalau baca pandangan aku ni pun kau menjuih mulut tak setuju dan suka sangat bersangka buruk berkonspirasi anggap BERSIH4 agenda nak hapuskan "kepimpinan" Melayu Islam, takpelah nak buat macam mana sebab kau sendiri tiada tergerak akal fikir lagi untuk hari ini turun tengok sendiri berjalan dengan lapang dada dan jiwa di ibu kota. Kau sendiri memilih untuk kau sendiri lambat laun jadi mangsa kepada segala bentuk penindasan rejim. Tepuk dada tanya akal.

‪#‎TurunBersih4‬
‪#‎RakyatAdaHakBersuara‬
‪#‎RakyatTolakPembodohan‬


Sumber TKO - 31-8-2015


Makna Bersih kepada kita semua rakyat Malaysia, sempena Hari Merdeka

Posted on Monday, August 31 @ 01:20:55 MYT by tokdalang

Oleh theantdaily.com

BERSIH 4:  Dalam masa 34 jam, Bersih 4 telah berubah menjadi acara yang dianjurkan oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang prihatin untuk mengubah negara ini, kepada satu perkara yang cukup berbeza.

Ia dihasratkan sebagai satu cara untuk menyuarakan bantahan dan ketidakpastian rakyat dan menonjolkan empat desakan utrama.

 Ketika ekonomi negara semakin jatun menjunam dan bertambah buruk, permintaan kelima- menyelamatkan ekonomi negara- telah ditambah ke dalam senarai.


Itulah yang tertulis di atas kertas tentang Bersih. Kenyataanya pula, Bersih mewakili sesuatu yang cukup berbeza. Ia merupakan satu peluang kepada orang Malaysia- rakyat- untuk akhirnya berani bersuara tentang apa yang mereka mahu, tanpa mengira akibatnya. Anda perlu menjadi rakyat Malaysia untuk memahami betapa sukarnya untuk bangun menentang, apatah lagi bersuara dan menyatakan sesuatu yang tidak diterima dengan baik oleh pihak berkuasa.

Itulah realiti kehidupan kita masa kini. Ini adalah satu-satunya cara kehidupan yang kita fahami.
Tidak lagi.

Untuk ramai orang, Bersih 4 adalah sesuatu yang memberikan mereka keberanian untuk berharap.

Untuk berharap yang Malaysia yang bebas dan adil boleh diwujudkan. Di mana kesejahteraan dan keamanan, pemahaman dan saling memahami, sebuah negara di mana rakyat tidak perlu gentar atau takut kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Bersih. Sebuah Malaysia yang bebas dan bersih daripada korupsi.


Itulah harapan yang berbaloi untuk bangkit menentang.

Dan kerana itulah mengapa Bersih hak milik mereka yang muda, yang mana keghairahan muda mereka menginspirasikan kita yang lebih sinikal untuk terlibat dalam masyarakat.

Bersin 4 ialah hak milik mereka yag tua, mereka yang telah melalui banyak pahit getir, dan melihat negara ini dikemudi melalui masa sukar dan mencabar. Hanya yang tua memahami apakah yang sedang terpajak, dan kerana itulah mereka juga bangkit bersuara.

Bersih 4 ialah hak milik generasi masa kini, yang sedang mengemudi kehidupan, yang sedang berusaha keras untuk terus hidup dan menyokong sebuah keluarga. Mereka adalah rakyat yang paling tertekan, dan mengetahui mereka tidak lagi boleh berdiam diri.

Bersih 4 ialah hak milik mereka yang kurang bernasib baik daripada kita, mereka yang selama ini terpinggir dan dipinggirkan oleh masyarakat kerana kelainan upaya mereka. Mereka yang sangat memahami, merasai dan mengetahui rasa ditinggalkan, dan kini telah melihat cara untuk berdiri bersama kita, sebelah-menyebelah.

Malah Bersih 4 ialah hak milik mereka yang masih hidup dalam penafian. Mereka yang tidak mahu melihat idea-idea suci yang menggerakan pergerakan ini, dan mereka yang terlalu takut akan perubahan yang boleh dibawa oleh prinsip-prinsip ini. Suka atau benci, mereka juga, adalah sebahagian daripada Bersih, samada mereka mengakui atau tidak.

Pendek kata, kebenaran yang paling mutlak ialah Bersih ialah hak milik semua.
Bersih milik Malaysia.

Selamat Hari Merdeka!

Sumber DD - 31-8-2015


Maka kuninglah Kuala Lumpur


Posted on Monday, August 31 @ 01:06:19 MYT by tokdalang

Oleh Anuar Mohd Nor

Hari ini isu Bersih 4 menjadi perbincangan. Perbincangan adalah  mengikut arah pegangan, antara yang setuju dan yang tidak. Dalam pada itu tindakan pro dan kontra akan terus berbahas-bahas mengenai Bersih.


Berbahas macam mana pun mereka terus pada agenda mereka sedang kita teraba-raba mencari jalan untuk mengendurikan gerakan ini agar akhirnya memastikan kemenangan tidak dapat dicapai mereka.

Mereka terus dengan agenda mereka, tanpa takut, menyusun perhimpunan besar untuk mencapai matlamat mereka, dari perjuangan pilihan raya yang bersih dan adil kepada memastikan hasrat asal bukan Umno tercapai dan menghumban Umno dari terus mengamalkan politik rasis dan kali ini meletakkan agenda undur Datuk Seri Najib Razak sebagai senarai tuntutan.


Demonstrasi mereka tersusun lebih hebat kali ini. Mereka merangka dari Bersih 1 kepada Bersih 4, menanam dalam minda rakyat hasrat yang mereka mahukan.

Kaum Cina yang sebelum ini kurang hadir dalam perhimpunan demonstrasi kali ini seakan bersatu menentang Umno dengan laungan Malaysian dan bukan politik rasis Melayu.

Kita mahu Malaysia untuk rakyat Malaysia. Kita buta warna,tidak mengikut warna kulit, kita tidak ada sempadan antara kaum. Semuanya Malaysia.

Itu perjuangan mereka dan mereka hadir dalam keadaan berbaju kuning tertera Bersih 4 yang dikatakan haram untuk dipakai. Hakikatnya perlu dilihat secara keseluruhan. Kehadiran kaum lain selain dari Melayu menunjukkan penyatuan kuat wujud dari kaum lain khususnya Cina.

Kesatuan mereka semakin besar,menuntut politik rasis digugurkan. Mereka mendakwa Umno adalah pengamal politik rasis, mereka mendakwa kerajaan Barisan Nasional/Umno adalah kerajaan korup dan kronisme dan nepotisme adalah amalan Umno/BN. Mereka timbul atas risiko yang besar: risiko untuk ditangkap atas amaran yang diberi Ketua Polis Negara.

Tetapi mereka hadir. Mereka akan hadir lagi dan lagi sehingga rakyat Malaysia terus didominasi minda mereka – menggugurkan kerajaan BN/Umno dan melupuskan politik kisar Melayu yang ada.

Mereka dengan matlamat mereka menyusun kehendak politik dan kehendak perjuangan dalam menjayakan Bersih 4 sedang Umno melihat dan cuba mengutuk mereka yang hadir dengan kata-kata cacian dan makian.

Seakan itu saja Melayu Umno mampu. Kita tidak mampu hadir sebanyak itu tanpa konsert tanpa makanan percuma dan tanpa insentif tertentu dan kalau kita tuduh pun mereka menerima insentif untuk hadir.

Matlamat mereka tetap tegas, mereka tahu apa yang mereka mahu, mereka bergerak atas landasan perjuangan.

Ini satu signal besar politik berasaskan kaum sedang di tentang. Ini signal besar. Mereka dari kaum lain khususnya Cina sedang bersatu dan seolah-olah memberi gambaran besar – kaum lain di negara ini – tidak berada dalam himpunan Barisan Nasional dalam konteks politik khususnya Semenanjung Malaysia. Mereka memberi indikasi yang kuat, MCA dan MIC khususnya gagal.

Apa mahu dijawab kepimpinan negara ini. Mereka bangsat, mereka bodoh, mereka lupa diri,  mereka tidak  bersyukur, demonstrasi itu haram... hukuman Islam ke atas mereka adalah atas dasar pengkhianatan dan menghalalkan darah mereka. Melayu yang hadir tidak Islamik, mereka kena menyokong kepimpinan biarpun dikatakan korup selagi kepimpinan itu Islam. Amat karut dan amat dangkal bila hujah pincang ini digunakan untuk membela Umno dan politik Melayu.

Lebih buruk kritikan kononnya pencinta Umno dengan melemparkan kutukan yang lagi menjijikkan. Mereka dengan tuduhan bukan sahaja kafir – tuduhan mencarut – menjijikkan atas nama mempertahankan Melayu sebenarnya menjahanamkan.

Sebenarnya kita Melayu yang membuka laluan kepada tentangan yang timbul. Kita Melayu yang terlampau mementingkan politik sendiri. Mementingkan diri sendiri dan akhirnya menjadi bala kepada politik Melayu keseluruhan.

Politik orang Melayu yang tidak berkembang; kepimpinan Umno yang tersekat dengan matlamat yang tidak menentu sehingga akhirnya seluruh organisasi Umno berada dalam keadaan bahaya.

Mereka tidak akan suka mendengar suara-suara yang mengkritik tindakan mereka. Mereka tidak akan dengar, mereka hanya tahu mengupah untuk menghentam sungguhpun hentaman mereka itu akhirnya merugikan Umno sendiri.

Hari ini kita jelas melihat bagaimana Cina bersatu dalam memastikan negara ini bebas dari apa yang mereka gelar politik rasis. Mereka timbul seolah-olah selama ini mereka ditindas, diabaikan dan didiskriminasi.

Untuk tujuan itu mereka bangkit menuntut perubahan dalam demokrasi yang dikatakan tidak wujud dalam negara kita ini. Mereka membawa isu yang tersentuh juga pada semua rakyat. Isu ini berkisar dengan kos kehidupan, GST dan tindakan rasuah kerajaan yang ada.

Mereka bangkit memperjuangkan rakyat atas landasan tiada sempadan perkauman.  Perjuangan ini turut disokong orang Melayu yang berbeza pendapat dan aliran pemikiran politik dengan Umno. Maka sokongan mereka bertambah. Sokongan terhadap tujuan Bersih 4 timbul, maka kuninglah bandar Kuala Lumpur.

Untuk tujuan menyedarkan dan bertindak untuk menangani isu Bersih 4 ini, maka kita Melayu memulakan isu pro Melayu. Isu sengketa yang akan berlaku kononnya akan bertembung dua ras terbesar Melayu dan Cina.

Penuh pejuang Umno memaki hamun, bangsat dan pengkhianat adalah terma agung penyokong Umno yang dilemparkan kepada Bersih 4.

Persoalannya dengan caci makian terhadap Cina maka adakah ini akan membantu Umno?

Kita perlu ingat, negara ini negara demokrasi. Bukan makna demokrasi lesen untuk memaki hamun mana-mana individu dan kumpulan ras tertentu, tetapi sekiranya dilakukan, pilihan raya akan menyaksikan jawapan kepada kemarahan mereka.

Undi mereka juga penting dan dalam keadaan MCA dan MIC gagal – beban adalah kepada Umno. Langkah sempit adalah dengan tindakan memaki hamun mengatakan mereka jijik, tidak sunat dan gelaran babi tidak akan dapat membantu Umno; Umno akan tersepit.

Dalam keadaan Umno tertingkat dilanda masalah dalaman maka yang lain akan mengambil kesempatan membunuh pemerintahan Umno. Kita tidak sepatutnya menambah keburukan dengan laungan perjuangan Melayu kerana Melayu hari ini ada yang sudah lusuh makna Melayu dalam diri mereka.

Kita perlu langkah yang lebih strategi lebih menunjukkan Umno adalah perjuangan yang merentasi tembok perkauman. Kita perlu sedar dalam kita sibuk menceritakan keperluan kedaulatan Melayu mereka sibuk membicarakan isu-isu rakyat.

Mereka menyusun kebangkitan era baru tanpa batasan kaum yang akhirnya menguntungkan kaum mereka juga. Mereka menggariskan keperluan rakyat dalam membicarakan soal kehidupan seharian.
Ini bagi mereka adalah langkah penting, sedangkan kita sendiri tahu dalam apa juga perjuangan kita terhadap Melayu, mereka lebih berjaya dari sudut kehidupan dari kita.

Hari ini jelas Bersih 4 adalah satu langkah mereka yang berjaya menyatukan kaum Cina di luar dari sokongan BN. Mereka juga menyatukan kaum India di luar skop BN. Mereka berjaya menyatukan Melayu di luar kepompong Umno. Mereka mengaut sokongan atas nama perjuangan untuk rakyat  dan dalam menyatukan semua kumpulan ini.

Mereka mendesak 1 Malaysia yang sebelum ini dilaungkan BN/Umno. Satu Malaysia yang dimaksudkan adalah untuk tidak ada sempadan rasisme dalam negara ini. Mereka berjaya menyempurnakan matlamat dalam mana Umno sedang bergelora dan terkial-kial mencari jalan untuk memintas Bersih 4 .

Maaf, tidak nampak Umno berjaya dalam usaha memanaskan isu perkauman seperti yang banyak berlaku dalam media-media sosial.

Usaha mengatakan Bersih 4 adalah landasan untuk mereka balas dendam isu Low Yat. Mereka akan menyerang Melayu, mereka komunis pupus dan kepupusan itu akan melenyapkan perjuangan Melayu dalam Umno.

Teruskan dengan sikap ortodoks pencinta Umno/Melayu, maka terkeluarlah Umno dari memerintah negara ini. Apa yang nampak pada Bersih 4, hari pertama mereka adalah penutupan tirai politik Melayu ortodoks Umno.

Dikatakan penutupan nilai adalah kerana Umno sendiri, di peringkat Bahagian dan Cawangan, apa lagi kepimpinan tertinggi yang ada sedang sibuk melihat cermin dan sibuk menyiapkan diri untuk diri sendiri.

Melayu adalah agenda untuk Melayu sahaja yang mana Melayu yang dimaksudkan adalah elitis mereka yang sudah lupa mengenai kehidupan di luar sana. Mungkin Bersih 4 ini akan menjadi pengajaran pada Umno dan kepimpinan Umno yang tidak berprinsip.

Sebagaimana pernah dikatakan Allahyarham Datuk Onn Jaafar: antara lain yang merisaukan beliau adalah gambaran gelap orang Melayu yang tidak berpendirian. Maka kuninglah bandar Kuala Lumpur.

Sumber DD - 31-8-2015         


BERSIH 4 tamat, semua selamat

Posted on Monday, August 31 @ 00:57:55 MYT by tokdalang

Selepas berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti selama 34 jam, peserta BERSIH 4 bersurai dengan aman sejurus selepas jam 12 tengah malam.Ia selaras dengan rancangan penganjur yang menamatkan perhimpunan kali ini pada jam 11.59 malam.

Sebelum bersurai, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah melaungkan kalimah "Merdeka sebanyak 10 kali, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-58 hari ini.

Kecuali beberapa kejadian kecil dan terpencil, keseluruhan BERSIH 4 adalah terkawal, malah turut mendapat pujian Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa kerana berdisiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa tidak masuk ke Dataran Merdeka.

BERSIH kali ini juga berbeza berbanding perhimpunan lain kerana bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat dua kemunculan singkat, masing-masing pada Jumaat dan Sabtu.

Bagaimanapun, di sebalik rasa teruja sebahagian peserta terhadap Dr Mahathir, sesetengah yang lain memandang sinis kehadiran beliau dan mengaitkannya dengan cara bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu mentadbir kerajaan sebelum ini.

Sumber DD - 31-8-2015


Semangat peserta Bersih 4 berkobar pada jam terakhir perhimpunan

Posted on Monday, August 31 @ 00:49:13 MYT by tokdalang

Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat persinggahan mengejut di perhimpunan Bersih 4 malam tadi, melakukan satu lagi lawatan petang ini.Bekas perdana menteri itu tiba di Pasar Seni, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.30 petang tadi dan dikerumuni orang ramai yang ingin bersalaman serta mencium tangannya.


Dr Mahathir berkata beliau tidak peduli mengenai tuntutan penganjur Bersih 4 tetapi berada di perhimpunan itu untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambai kepada orang ramai ketika melawat perhimpunan Bersih 4 di Pasar Seni, Kuala Lumpur, jam 4.30 petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 Ogos, 2015.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambai kepada orang ramai ketika melawat perhimpunan Bersih 4 di Pasar Seni, Kuala Lumpur, jam 4.30 petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 Ogos, 2015.Kunjungan hari ini, sama seperti malam tadi, ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim turut kelihatan ketika lawatan Dr Mahathir sebentar tadi.
Sementara itu, perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, melepasi 24 jam, sokongan untuk perhimpunan tersebut kekal kuat dengan penganjur mengatakan kira-kira 300,000 peserta hadir hari ini.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata lebih ramai dijangka datang malam ini untuk saat akhir perhimpunan.

Maria yang dilihat bercakap dengan polis sebelum ini berkata penganjur dimaklumkan yang perayaan malam ini sempena Hari Kebangsaan dipindahkan ke Bukit Jalil sementara sambutan esok akan diteruskan seperti dirancangkan di Dataran Merdeka.

"Kami berbincang dengan Ketua Polis Daerah tentang sambutan Hari Merdeka malam ini yang akan berpindah ke Bukit Jalil. Sambutan esok akan kekal di Dataran Merdeka. Bersih akan berada di sini sehingga tengah malam. Saya rasa ia masuk akal kami sedang adakan perhimpunan ini. Polis tidak membincangkan Bersih. Mereka sangat bekerjasama dan kami akan teruskan program.

Maria berkata pihak penganjur tidak tahu Tun Dr Mahathir Mohamad akan datang ke Dataran Merdeka untuk melawat seketika semalam.

"Kami sedang bersembahyang pada waktu itu. Jika beliau datang hari ini, kami akan mengalu-alukannya sebagai peserta seperti yang lain." katanya.

Peserta perhimpuna di hadapan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Ogos, 2015.
Peserta perhimpuna di hadapan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Ogos, 2015.
Meskipun dengan panas terik, ramai peserta kekal di Dataran Merdeka dan kawasan berdekatan, nekad untuk bersedia bagi pelbagai program di pengakhiran malam ini.

Perhimpunan Bersih 4 di Kuching, Sarawak berakhir awal pagi ini selepas pihak penganjur mendapati peraturan perhimpunan tidak diikuti.

Pengerusi Anjuran Bersih Kuching Nicholas Mujah berkata kehadiran 'terlalu ramai' kanak-kanak di perhimpunan semalam memaksa penganjur menghentikan perarakan lebih awal. Ia sepatutnya berakhir tengah malam ini.

Mujah juga mengatakan kehilangan sistem alamat awam merupakan sebagai sebab untuk pembatalan tersebut, menambah yang keputusan tersebut dibuat pada tengah malam semalam.

Selepas bermalam dengan aman di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi, peserta Bersih 4 hari ini mula berkumpul semula untuk meneruskan hari mereka sebelum perhimpunan 34 jam itu berakhir tengah malam ini.

Bagaimanapun, di Kota Kinabalu, Sabah, mereka yang berkhemah di tepi pantai di Taman Teluk Likas Dua, berurusan dengan pihak polis pagi ini yang datang untuk menghentikan rancangan jalan kaki demokrasi 6km mereka.

 Perarakan Bersih 4 Sabah dari Taman Teluk Likas di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 Ogos, 2015.
Perarakan Bersih 4 Sabah dari Taman Teluk Likas di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 Ogos, 2015.
Situasi di Kuala Lumpur terus aman setakat ini, dengan polis tidak langsung bertindak terhadap peserta perhimpunan yang berkumpul di sekitar Dataran Merdeka yang bersejarah, yang akan menjadi tapak sambutan Hari Merdeka esok.

Semalam, menurut penganjur, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), seramai 200,000 orang dianggarkan berkumpul ketika kemuncak perhimpunan itu kira-kira jam 4 petang walaupun pihak polis mengesahkan bilangan mereka hanya 29,000 orang.

Masih belum dapat dipastikan sama ada perhimpunan tersebut, yang diadakan untuk menuntut pembaharuan institusi, kerajaan yang bersih, hak untuk memproses dan langkah menyelamatkan ekonomi, akan menyaksikan lebih ramai peserta hari ini berbanding semalam.

Peserta perhimpunan mulai bergerak di kawasan Dataran Merdeka, kelihatan tulisan kapur berwarna di atas jalan raya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Ogos, 2015.
Peserta perhimpunan mulai bergerak di kawasan Dataran Merdeka, kelihatan tulisan kapur berwarna di atas jalan raya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Ogos, 2015.
IKUTI LINTAS LANGSUNG LAPORAN TERKINI DI SINI:

Ahad, 12.10am: Ambiga berkata, Tuhan merahmati anda semua dan Tuhan merahmati negara yang kita semua sangat cintai. Bekas pemimpin PAS Ahmad Awang memimpin bacaan doa. Diikuti ucapan Maria Chin.

12.03am: Laungan Merdeka dan Negaraku akhiri perhimpunan pada tengah malam.

11.57pm: Bekas pemimpin PAS Mohamad Sabu berkata: "Bersih 1, 2, kita dapat celup dakwat. Bersih 3 kita dapat Akta Perhimpunan Aman. Bersih 4 kita dapat apa? Barisan Nasional tumbang. Semua yang melawan British, melawan kemerdekaan. Esok pukul 3 petang akan lahir parti baru. Kami akan bekerjasama dengan parti politik pembangkang dan seluruh NGO di Malaysia."

11.45pm: Setakat ini tiada yang tercedera daripada letupan mercun itu dan suspek diiringi petugas perubatan Bersih 4 dibawa ke balai polis berdekatan. Setakat ini tiada yang tercedera daripada letupan mercun itu dan suspek diiringi petugas perubatan Bersih 4 dibawa ke balai polis berdekatan.

11.35pm: Suspek pengebom ditahan petugas perubatan di tepi kawasan letak kereta Hotel Swiss dan beliau kini dipegang petugas berkenaan sementara menanti kehadiran polis.

Suspek kini terduduk, berpeluh, berbaju-T hitam dan mengucap dua kalimah syahadah serta beristighfar berulang kali.

11.25pm: Skuad Keadilan mula membentuk barisan penghalang bagi mengelak sebarang kejadian merempuh masuk ke Dataran Merdeka.

11.23pm: Maria Chin berjumpa dengan polis untuk meminta peserta diberikan masa sejam untuk beredar.

11.22pm: Satu letupan kedengaran berhampiran air terjun buatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Asap letupan itu berbau seperti belerang namun orang ramai tidak berganjak.

Pada waktu ini dipercayai ada yang tercedera kerana orang ramai memanggil "Medik! Medik!" berulang kali.

11.10pm: Maria Chin berkata:”Perhimpunan ini bukan akan gagal kerana tak ramai Melayu.

Tapi kejayaan sebab ini bahagian rakyat Malaysia. Mungkin mereka takut. Ini bukan saja orang Cina tapi orang Malaysia.”

“Saya sedikit bimbang bila kita memutuskan untuk perhimpunan 34 jam. Tetapi ramai yang bertahan dan ia perasaan yang saya tidak boleh gambarkan untuk melihat jumlah peserta di sini,” katanya dan berkata peserta berkelakuan baik dan polis tidak mengganggu perhimpunan itu.

“Mereka tidak banyak membantu dalam mengawal orang ramai tetapi mereka ada di belakang dan tidak mengganggu perhimpunan ini. Saya anggap itu perkara yang baik,” katanya dan menganggarkan kira-kira 300,000 peserta ada di Dataran Merdeka.

11.15pm: Kesesakan lalu lintas 4km dari Jalan Kinabalu menuju Dataran Merdeka, di kedua-dua hala. Semakin ramai berjalan kaki ke arah Dataran Merdeka. Orang ramai meletakkan kenderaan di sepanjang jalan.

11.00pm: Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk Lee Khai Loon membuat persembahan nyanyian di atas pentas utama himpunan Bersih 4.

Beliau kemudian mengetuai orang ramai menyanyikan lagu "Selamat Tinggal Najib dan Rosmah".

10.27pm: "Hari ini kita semua penjenayah. Sebab Zahid Hamidi mengharamkan pakai baju Bersih. Tapi apa kita buat? 300,000 datang,” kata peguam New Sin Yew yang turut dilihat di kalangan khalayak di Dataran Merdeka yang sedang menikmati persembahan disediakan.

10.01pm: Peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan dilihat berada bersama peserta di Dataran Merdeka.

10.00pm: Aliran pergerakan peserta himpunan di simpang empat Jalan Raja, Jalan Tun Perak, dan Jalan Tuanku Abdul Rahman terlalu sesak sehingga merencatkan pergerakan mereka yang menuju ke Dataran Merdeka.

Pada masa sama, sambutan ambang kemerdekaan sedang berlangsung di pentas sementara yang didirikan penganjur di depan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Peserta menyanyikan lagu Sejahtera Malaysia beramai-ramai dan kebanyakan mereka kelihatan masih bertenaga walaupun himpunan ini sudah memasuki jam ke-32.

9.30pm: Di sepanjang Jalan Tun Perak berlangsung sekurang-kurangnya 4 ceramah yang berjarak kurang 30 meter di antara satu sama lain. Ini menyebabkan aliran trafik peserta himpunan ke Dataran Merdeka agak sesak apabila mereka memperlahankan langkah bagi mendengar ceramah. Pada masa sama, laungan "Bersih! Bersih!" kedengaran di udara yang dilaungkan peserta.

9.03pm: Bekas pemimpin PAS Dr Siti Mariah Mahmood berkata: "Insya-Allah kita akan bawa usul tidak percaya kepada Najib. Kita hanya perlu majoriti mudah untuk jatuhkan Najib. Kita mahu ahli Parlimen buat usul tidak percaya. Usul kita perlu diluluskan speaker supaya Najib turun dengan terhormat. Sebenarnya kalau Najib turun sekarang juga, orang Umno akan naik.

Tetapi untuk sementara saja, kita boleh jatuhkan Umno dalam pilihan raya akan datang."
9.04pm: Sukarelawan Bersih dijemput ke atas pentas untuk berucap.

9.00pm: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata:”Semalam Rosmah tak boleh tidur dia hanya nampak kuning, kuning, kuning. Kita berkumpul semua rakyat Malaysia kerana perlu selamatkan Malaysia daripada perdana menteri paling teruk dalam sejarah kita. Kalau kita tak turunkan Najib lebih banyak duit akan hilang.”

8.26pm: Bunyi vuvuzela memenuhi udara ketika peserta perhimpunan bergerak menuju Dataran Merdeka.

8.25pm: Bekas pemimpin PAS Datuk Husam Musa berkata Najib perlu berundur. "Najib mesti pergi, kemudian baru Malaysia akan berkembang," katanya.

7.41pm: Pengerusi Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu mengimamkan solat Maghrib di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

7.30pm: Jumlah peserta terus bertambah, terutama di kawasan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Semua bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

7.00pm: Naib Presiden PAS Idris Ahmad dilihat berpakaian kemeja T rasmi Perak PAS berwarna kuning berhampiran Dataran Merdeka. Dia ditemani beberapa rakan dan enggan beri komen ketika didekati media.

7.00pm: Momentum himpunan Bersih 4 semakin hebat apabila koc LRT kelihatan menurunkan penumpang yang sebahagian besarnya dilihat memakai kemeja T berwarna kuning.

Gerai menjual makanan seperti burger dan jagung dalam cawan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Gerai ini tidak kelihatan semalam namun pada masa sama, gerai menjual botol air mineral kurang rancak berniaga. Ini kerana sebahagian sukarelawan Bersih 4 kelihatan sentiasa mengagihkan air minuman dalam botol percuma.

6.56pm: Peserta di Dataran Merdeka menghiburkan diri dengan vuvuzela sementara menanti program berikutnya, yang termasuk ucapan pemimpin dan aktivis yang dijangka disambung semula pada 9 malam.

6.55pm: Polis berkata konsert Hari Kebangsaan diadakan di Bukit Jalil sudah diputuskan lebih awal dan bukan kerana perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka.

6.02pm: Persembahan tarian naga menuju ke Masjid Jamek sambil orang ramai menyorak "Bersih, Bersih".

4.30pm: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Pasar Seni, Kuala Lumpur bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan bekas menteri umno, Datuk Zaid Ibrahim.

4.12pm: Hujan di kawasan pentas utama di Dataran Merdeka mula reda dan khalayak menyanyi bersama BangsArt.

4.09pm: Khalayak di stesen LRT Masjid Jamek LRT terus melaungkan "Bersih" dan meniup vuvuzela.

4.05pm: Ramai peserta berada di pentas utama untuk menyaksikan persembahan kumpulan muzik BangsArt.

4.04pm: Peserta meredah hujan dan berjalan ke arah pentas utama Bersih di Dataran Merdeka.
3.53pm: Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka sampai ke stesen LRT Masjid Jamek pada 4.30pm.

3.39pm: Ucapan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dihentikan sementara peserta perhimpunan mencari teduh dari hujan di gerai-gerai Jalan Masjid India dan di Jalan Melayu.

3.37pm: Walaupun hujan, peserta perhimpunan mula menyanyi "Terima Kasih Rakyat Malaysia."

3.34pm: Peserta perhimpunan mencari teduh dari hujan yang mula turun di Dataran Merdeka dan kawasan berhampiran.

3.30pm: Angin kuat dan awam mendung di Dataran Merdeka.

3.28pm: Himpunan menunjukkan sokongan kepada Sultan Johor dengan melaungkan "Daulat Tuanku", dipimpin Adun Seri Delima, R.S.N. Rayer.

3.10pm: Peguam dan peguam bela hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata:

"Saya selalu percaya rakyat Malaysia tidak akan gagal mementingkan semangat kenegaraan. Yang patriotik akan turun padang mempertahankan hak rakyat. Jika terdapat elemen negatif, kami tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan negara. Inilah platform yang sewajarnya untuk meluahkan ketidakpuastian dengan korupsi. Sekiranya orang ramai tidak puas hati, kita mesti luahkan. Ini tanggungjawab kita kepada masa hadapan dan generasi baru."

3.08pm: Himpunan orang ramai semakin besar di Jalan Tuanku Abdul Rahman, serta Masjid Jamek dan Dataran Merdeka, di mana satu lagi lori sebagai pentas sementara disediakan.

3.05pm: Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berucap kepada perhimpunan di pentas utama, mengatakan: "Kami sudah pun melepasi 24-jam perarakan, saya bangga yang sekurang-kurangnya 300,000 hingga 400,000 datang menunjukkan sokongan dan ketidakpuashatian mereka kepada kerajaan kini. 1MDB kini menjadi kata yang tidak boleh kita sebut. Anda boleh tipu orang kadangkala, tetapi anda tidak boleh selalu tipu orang.

2.43pm: Hujan renyai-renyai di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.27pm: Program di pentas di Jalan Tuanku Abdul Rahman juga bersambung.

2.20pm: Program disambung di pentas utama Bersih dengan wakil dari Ikram berucap kepada perhimpunan.

2.15pm: Maria Chin dan seorang wakil dari Suhakam dilihat bercakap kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi polis.

"Kami berbincang dengan Ketua Polis Daerah tentang sambutan Hari Merdeka malam ini yang akan berpindah ke Bukit Jalil. Sambutan esok akan kekal di Dataran Merdeka. Bersih akan berada di sini sehingga tengah malam. Saya rasa ia masuk akal kami sedang adakan perhimpunan ini. Polis tidak membincangkan Bersih. Mereka sangat bekerjasama dan kami akan teruskan program. Hari ini, kira-kira 300,000 peserta menghadiri perhimpunan. Mungkin ada lebih banyak malam ini. Saya tidak tahu Tun Dr Mahathir Mohamad akan datang semalam. Kami sedang bersembahyang pada waktu itu. Jika beliau datang hari ini, kami akan mengalu-alukannya sebagai peserta seperti yang lain." kata Maria.

2.05pm: Perhimpunan Bersih sudah pun melepasi 24-jam. Ramai peserta yang berada di Dataran Merdeka sejak semalam selepas berehat selepas solat Zohor nampak nekad untuk kekal di perhimpunan sehingga tengah malam, apabila perhimpunan berakhir secara rasminya.

12.57pm: Tempat makan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur menikmati perniagaan baik dari peserta perhimpunan yang makan tengahari.

12.48pm: Di Medan Pasar di Kuala Lumpur, terdapat suasana pesta dengan badut berjalan atas galah antara mereka yang menyebarkan mesej Bersih. Satu organisasi NGO juga mengumpul tandatangan untuk protes terhadap persempadanan semula.

 12.35pm: Terdapat sekurang-kurangnya 40,000 peserta di Jalan Tun Perak kini, dengan lebih ramai lagi memenuhi kawasan. Banjir kuning di Masjid Jamek sementara mereka melaungkan "Jalan, jalan," untuk menggalakkan peserta bergerak. Dua lori dijadikan pentas sementara bagi pemimpin memberi ucapan.

12.06pm: Peserta Bersih 4 berehat sehingga 2 petang di Dataran Merdeka. Peserta Muslim akan menunaikan solat Zohor di hadapan pentas Bersih. Penganjur mengingatkan perhimpunan supaya jangan membunyikan vuvuzela semasa waktu solat sebagai tanda hormat.

11.59am: Pengerusi Bersih Sabah Jannie Lasimbang menyatakan perhimpunan adalah berjaya walaupun perarakan demokrasi tidak dibenarkan berterusan.

Anggota polis menyekat jalan ke pusat bandar Kota Kinabalu untuk peserta perhimpunan Bersih 4. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 Ogos, 2015.
Anggota polis menyekat jalan ke pusat bandar Kota Kinabalu untuk peserta perhimpunan Bersih 4. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 Ogos, 2015.
11.58am: Sabah Bersih mengumumkan perarakan demokrasi tamat selepas tidak dibenarkan memasuki pusat bandar. Penganjur memberi satu ucapan terakhir sebelum meminta peserta bersurai.

11.48am: Ahli Parlimen Kuala Krai  Dr Mohd Hatta Ramli berkata kagum dengan orang muda seperti aktivis Adam Adli dan Shukri Razab. "Kami rakyat Malaysia, kami menderita. Kami di sini sudah dua hari. Tidak pernah dalam sejarah negara kami berkumpul untuk sesuatu lebih dari 5 jam. Saya tabik semua di sini. Jika kita berjaya hari ini kita boleh lakukan perkara sama pada masa depan," katanya kepada peserta perhimpunan.

11.45am: Sekumpulan peserta Orang Asal menuju ke kawasan berhampiran Sogo di Kuala Lumpur.

11.44am: Pengerusi Sabah Bersih Jannie Lasimbang meminta polis yang menjaga penghadang supaya membenarkan perarakan terus ke pusat bandar Kota Kinabalu.

11.39am: Pemimpin Bersih Sabah berunding dengan polis untuk dibenarkan berarak ke dalam pusat bandar Kota Kinabalu.

11.38am: Perhimpunan semakin terlalu besar untuk Jalan Tun Perak, penganjur meminta orang ramai ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

11.35am: Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) meletakkan penghadang untuk menghalang peserta Bersih berarak ke hadapan ke dalam pusat bandar Kota Kinabalu.

11.27am: Di satu lagi pentas berdekatan stesen LRT Masjid Jamek, penganjur membenarkan seorang peserta bercakap kepada perhimpunan.

11.10am: Ramai peserta dilihat mencari teduh daripada terik matahari di bawah bangku yang disediakan untuk sambutan Hari Merdeka.

11.07am: Empat laporan polis dibuat terhadap perhimpunan Bersih 4 di Kuching, kata OCPD ACP Kuching Roslan Bek.

11.05am: Polis masih menjaga penghadang yang menghalang peserta Bersih 4 dari memasuki Dataran Merdeka.

11.02am: Peserta di Dataran Merdeka memenuhi kerusi yang dinaikkan untuk sambutan Hari Merdeka.

10.53am: Penganjur Bersih Kuching secara rasminya membatalkan perhimpunan hari ini. Menurut penganjur, kehilangan sistem alamat awam dan kehadiran "begitu ramai kanak-kanak" yang melanggar peraturan, merupakan sebab bagi pembatalan tersebut.

Perhimpunan Bersih 4 dibatalkan hari ini kerana salah satu peraturannya tidak diikuti. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos, 2015.
Perhimpunan Bersih 4 dibatalkan hari ini kerana salah satu peraturannya tidak diikuti. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos, 2015.
10.52am: Sabah Bersih berhenti seketika dalam perarakan demokrasi di Taman Teluk Likas I dalam perjalanan ke pusat bandar Kota Kinabalu.
10.33am: Sabah Bersih membuat perhentian pertama di bulatan hadapan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dalam perarakan demokrasi supaya peserta boleh berehat. Mereka juga menyanyi beberapa lagu.
10.27am: Perhimpunan menuju ke pentas utama Bersih seramai 5,000 orang dan lebih lagi menyertai jumlah tersebut dari Masjid Jamek dan kawasan sekitar. Terdapat beberapa persembahan menari dan nyanyian dijalankan.
10.25am: Aktivis pelajar Adam Adli mengambil alih bagi vokalis kumpulan muzik BangsArt yang menghiburkan peserta perhimpunan di Dataran Merdeka kerana vokalis Amir Abd Hadi sakit tekak. Beliau dijangka balik malam ini dengan lagu baru.
10.18am: Lebih 3,000 berarak ke Dataran Merdeka dari Dataran Maybank di Jalan Tun Perak.
10.10am: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata perhimpunan hari ini tidak mengganggu raptai sambutan Hari Kemerdekaan esok.
10.08am: Perarakan demokrasi Bersih Sabah di Kota Kinabalu riuh bermula walaupun kehadiran kurang, dipercayai kerana sekatan jalan.
10.00am: LRT penuh dengan penumpang memakai kuning menuju ke pusat bandar untuk menyertai peserta lain.

Komuter LRT dipenuhi penumpang yang dalam perjalanan ke Dataran Merdeka, berpakaian kuning kemeja-T Bersih 4. – Gambar The Malaysian Insider oleh Rahman Koya, 30 Ogos, 2015.
Komuter LRT dipenuhi penumpang yang dalam perjalanan ke Dataran Merdeka, berpakaian kuning kemeja-T Bersih 4. – Gambar The Malaysian Insider oleh Rahman Koya, 30 Ogos, 2015.
10.01am: Peserta Bersih Sabah berdoa sebelum memulakan perarakan demokrasi.
10.04am: Beratus lagi datang dari Dataran Maybank di Pudu. Trafik seperti biasa di persimpangan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak. Peserta hanya berkumpul selepas persimpangan yang menuju ke Dataran Merdeka.

9.58am: Peserta Bersih Sabah bersedia untuk perarakan demokrasi ke pusat Kota Kinabalu.

9.49am: Perhimpunan di Dataran Merdeka semakin ramai sementara peserta dari Dataran Maybank di Pudu menuju ke dataran tersebut. Kebanyakan berjalan kaki, ada juga yang menaiki LRT.

9.30am: Nyanyian lagu Negaraku.

9.15am: Upacara sembahyang antara agama diadakan selepas senaman pagi. Seorang sami Buddha bersama 3 lelaki Muslim memimpin upacara mengikut agama masing-masing dari atas lori yang berfungsi sebagai pentas sementara Bersih 4.

9am: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bertemu wartawan di kawasan protes berdekatan Dataran Merdeka.

Sukarelawan berpakaian kemeja-T Bersih 4 mengasingkan sampah dari beg plastik sampah di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Raja. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos, 2015.
Sukarelawan berpakaian kemeja-T Bersih 4 mengasingkan sampah dari beg plastik sampah di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Raja. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos, 2015.
Beliau berkata tidak benar yang tiada Melayu menyertai Bersih 4, mengulas laporan berita yang peserta perhimpunan kebanyakannya dari kaum lain.

"Kita tidak boleh nafikan yang terdapat lebih bukan Melayu yang menyertai. Tetapi bukannya tiada Melayu yang sertai. Ini merupakan satu perjuangan untuk semua rakyat Malaysia, dan kita tidak boleh melihatnya melalui kaum," katanya.

Sementara itu, helikopter tentera berlegar di ruang udara Dataran.

Selepas Maria habis berucap, wakil Bersih 2.0 Ivy Josiah berdiri di pentas dan memimpin beratus-ratus peserta membuat senaman dan regangan.

Sekumpulan sukarelawan dalam kemeja-T Bersih 4 juga mulai mengasingkan sampah dari beg plastik sampah di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Raja.

8.30am: Di KOTA KINABALU, sukarelawan menyediakan sarapan untuk khemah peserta Bersih 4 di Taman Teluk Likas Dua, sementara polis berpakaian uniform dan biasa tiba dan mengelilingi tapak kem tersebut.

Polis berpakaian vest merekodkan butir-butir IC beberapa peserta Bersih Sabah. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos, 2015.
Polis berpakaian vest merekodkan butir-butir IC beberapa peserta Bersih Sabah. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos, 2015.Beberapa anggota polis mulai masuk untuk bercakap dengan peserta sebelum perarakan demokrasi mereka yang dijadualkan.
Polis juga mulai merekodkan butir-butir IC beberapa peserta Bersih Sabah.

8.20am: Menjelang pagi, hasil kerja beberapa peserta perhimpunan mulai jelas dilihat, dengan jalan raya di kawasan Dataran Merdeka ditulis dengan kapur berwarna.  Peserta menaikkan bendera Malaysia dengan slogan seperti "Kami mahukan perubahan", "Kami mahukan bersih dan adil", "Kamu mahukan keamanan" dan "Hey Malaysia, masa untuk bangun!".

Anggota polis mulai mengambil kedudukan di belakang penghadang di Dataran Merdeka pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Ogos, 2015.
Anggota polis mulai mengambil kedudukan di belakang penghadang di Dataran Merdeka pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Ogos, 2015.Anggota polis mula mengambil kedudukan di belakang penghadang di kawasan Dataran Merdeka.
7.55am: Sementara peserta di Kuala Lumpur mula bangun daripada malam yang berjalan lancar di jalanan, Bersih 4 KOTA KINABALU tampak bersedia untuk pertembungan dengan polis bagi mereka yang nekad berarak demokrasi 6km di ibu kota.

Jalan Tun Fuad Stephens yang dirancang digunakan untuk perarakan tersebut kosong selepas disekat polis pagi ini.

Walaupun begitu, ditambah dengan amaran polis, peserta masih masuk melalui parkir kereta untuk perarakan.

7.30am: Di KOTA KINABALU, polis menutup semua jalan raya yang menuju ke tapak perkhemahan Bersih 4 di Taman Teluk Likas Dua di Kota Kinabalu sementara menunggu perarakan demokrasi pagi ini. Polis memberi amaran kepada peserta supaya jangan teruskan dengan perarakan 6km itu.

6.50am: Ahli Parlimen Batu Tian Chang yang juga dikenali sebagai Tian Chua, bercakap kepada kumpulan peserta kecil di luar bangunan Sultan Abdul Samad. Turut bersamanya ialah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang menggalakkan peserta supaya kekal dengan demonstrasi 34-jam itu.

"Saya yakin Bersih 4 boleh menarik jumlah yang ramai walaupun masanya amat sukar," kata Khalid.

Peserta yang tidur di jalanan mula bangun dan mengemaskan barang masing-masing.
6.44am: Peserta dilihat bergerak dari kawasan protes utama di kawasan Dataran Merdeka. Salah seorang dari mereka berkata akan pulang mandi dan datang semula.

Sebelum ini, peserta perhimpunan yang mengedarkan kopi percuma berkata mereka membawa 10 kilogram serbuk kopi untuk menyediakan 2,000 cawan minuman itu.

Poster kuning kumpulan tersebut yang tertera "Tak Mau Duit Kopi" merupakan ayat yang bermaksud penolakan rasuah.

6.10am: Pengerusi Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu mengetuai sekumpulan peserta perhimpunan menunaikan solat subuh berhampiran Dataran Merdeka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dilihat ceria selepas keluar daripada khemahnya.

5.30am: Menjelang subuh, beberapa penyokong Bersih mula menuangkan kopi, sebanyak 2,000 cawan disediakan untuk diagihkan secara percuma kepada peserta perhimpunan yang tidur di sekitar Dataran Merdeka.

Di persimpangan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak, ahli dan penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) meletakkan kon trafik untuk menyekat laluan di mana penunjuk perasaan sedang tidur dan menggesa penunggang motosikal termasuk anggota polis tidak memasuki kawasan itu dan mengganggu peserta.

"Semua orang setakat ini sudah memahami apabila kita memberitahu mereka, walaupun pihak polis," kata ahli PSM yang juga ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar.

Perhimpunan dikejutkan dengan kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat lawatan tidak dijangka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Ogos, 2015.Perhimpunan dikejutkan dengan kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat lawatan tidak dijangka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Ogos, 2015.
Perhimpunan dikejutkan dengan kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat lawatan tidak dijangka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Ogos, 2015.Perhimpunan dikejutkan dengan kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat lawatan tidak dijangka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Ogos, 2015.4.15am: Biarpun kebanyakan peserta sudah berehat dan tidur di atas jalan raya, sebahagian peserta lain membentuk 2 kumpulan menggunakan kapur berwarna menulis di atas sepanduk mereka bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Salah satu lukisan menunjukkan kotak derma dengan tulisan "2.6b" di atasnya yang merujuk kepada sumbangan politik RM2.6 bilion disalurkan ke dalam akaun perdana menteri itu, sebahagian besar dana itu dipindahkan sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013.

Najib kini mengalami tekanan berhubung pemindahan deposit itu di tengah-tengah skandal yang didakwa melibatkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd.

3.15am: Biarpun tidur dalam keadaan tidak selesa – beberapa peserta membentang helaian surat khabar di atas jalan raya – tiada siapa yang merungut kelaparan.

Beberapa peserta perhimpunan – dilihat menawarkan makanan percuma seperti nasi lemak, mi hon dan sandwic.

Ketika ditemui, mereka mengatakan makanan itu ditaja oleh "syarikat besar".

Makanan dan minuman juga dijual di gerai sementara, manakala kedai 24 jam di kawasan itu seperti 7-Eleven, tidak putus-putus dipenuhi pelanggan yang berpakaian kuning.

2.50am: Biar sudah larut malam, kanak-kanak masih dilihat berada di kalangan peserta perhimpunan di sekitar Dataran Merdeka, sebahagian daripada mereka menjerit "Bersih!" setiap kali kumpulan peserta perhimpunan lain mula melaungkannya.

Sebuah keluarga dengan anak-anak mereka datang dari Port Dickson berkata mereka teruja untuk menjadi sebahagian daripada peserta perhimpunan selama 34 jam di ibu kota itu.

Forsyn Soh, 41, juga membawa bersama anak perempuannya yang berumur 6 tahun.

"Saya beritahu dia supaya tinggal di rumah, tetapi dia berkeras untuk datang," kata Soh sambil menambah ini merupakan kali pertama dia dan keluarganya mengambil bahagian dalam perhimpunan jalanan ini.

Peserta perhimpunan Bersih 4 berkumpul di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sementara menanti program berikutnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 Ogos, 2015.
Peserta perhimpunan Bersih 4 berkumpul di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sementara menanti program berikutnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 Ogos, 2015."Saya berasa amat patriotik datang ke perhimpunan ini. Saya datang ke sini hanya satu alasan yang sama seperti orang lain iaitu menuntut keadilan," katanya.
2.30am: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang tidur di dalam sebuah khemah di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Beliau tidur di dalam khemah di atas jalan tar yang terletak dalam zon penampan (buffer zone) antara tempat polis berkawal dan kain pemidang Bersih 4 yang melarang peserta himpunan masuk ke kawasan dataran.

Relawan Bersih bagaimanapun enggan membenarkan wartawan The Malaysian Insider merakam gambar pemimpin veteran DAP itu di dalam khemahnya.

2.17am: Satu bengkel pendidikan sivik sedang berlangsung di luar bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut.

Sekumpulan kira-kira 20 penonton perhimpunan melakukan perbahasan Parlimen seperti sesi Dewan Rakyat terhadap apa yang perlu dilakukan selepas tamat perhimpunan Bersih 4 esok.

2.04am: Presiden Majlis Peguam Steven Thiru mengesahkan kepada The Malaysian Insider mengenai penangkapan beberapa peserta perhimpunan di Melaka mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak kerana memakai t-shirt Bersih 4.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan PKR Ginie Lim sudah menulis di Twitter beliau yang 20 orang sudah ditangkap mengikut akta itu kira-kira jam 9.30 malam tadi.

"Di Balai Banda Kaba sekarang," tulis beliau.

Kementerian Dalam Negeri pada petang Jumaat mengharamkan pemakaian t-shirt kuning dan tertera perkataan "Bersih 4" mengikut akta itu.

1.45am: Ketika ini sedang berlangsung “Sidang Rakyat” di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut.

“Sidang Rakyat” ini merupakan seperti perdebatan di Dewan Rakyat namun ia berlangsung di atas jalanraya dan keahliannya terbuka kepada  semua peserta perhimpunan yang hadir mendengar sidang, mengundi serta mengajukan usul.

Sekarang, mereka sedang membahaskan langkah seterusnya yang perlu dilakukan selepas himpunan Bersih 4 ini tamat – sama ada wajar atau tidak untuk menyampaikan surat kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat mengenai perjalanan himpunan kali ini.

“Sidang Rakyat” yang sama pernah dianjurkan aktivis Fahmi Reza sewaktu beliau dan sekumpulan aktivis mahasiswa berkampung di Dataran Merdeka pada acara “Occupy Dataran” pada 2012.

1.05am: Pasukan perubatan yang ditempatkan berhampiran Dataran Merdeka berkata mereak sudah merawat 13 kes keracunan makanan kira-kira sejam yang lalu.

Peserta mengangkat tangan ketika berkumpul berhampiran Datarang Merdeka, Kuala Lumpur malam ini dalam perhimpunan Bersih 4 anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang mendesak perubahan dalam institusi kerajaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 Ogos, 2015.
Peserta mengangkat tangan ketika berkumpul berhampiran Datarang Merdeka, Kuala Lumpur malam ini dalam perhimpunan Bersih 4 anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang mendesak perubahan dalam institusi kerajaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 Ogos, 2015.
Seorang ahli pasukan itu berkata punca kes itu dipercayai daripada paket minuman percuma yang diedarkan untuk peserta perhimpunan.

Enam pesakit sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, ia membabitkan 2 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Mangsa tertua adalah berusia 52 tahun.

12.48am: Beberapa peserta perhimpunan berdekatan penghadang di sekitar Dataran Merdeka sedang bersiap sedia untuk tidur dengan peralatan tidur masing-masing manakala beberapa peserta lain hanya berbaring di atas jalanraya berbantalkan beg galas mereka.

Kain rentang berwarna kuning yang dibuat penganjur, Bersih 2.0 digantung pada penghadang bagi mengingatkan peserta supaya tidak melintasi sempadan Dataran Merdeka.

Sementara itu, tali rafia diikat pada tiang sempadan oleh peserta perhimpunan bagi mengelakkan mereka menyeberang ke kawasan Dataran Merdeka.

12.30am: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo daripada DAP dilihat menurunkan tandatangan pada beberapa helai t-shirt Bersih 4 dan bergambar bersama peserta perhimpunan di Dataran Merdeka.

Terdapat kehadiran beberapa anggota polis dan polis trafik di kawasan itu.

Sebahagian daripada mereka dilihat berada berhampiran kompleks membeli-belah Sogo dan juga berdekatan lampu isyarat berdekatan Swiss Hotel.

12.09am: Peserta perhimpunan mendirikan khemah di hadapan stesen LRT Masjid Jamek.
Ribuan peserta perhimpunan Bersih 4 masih berada di luar bank OCBC di Jalan Tun Perak hingga ke Dataran Merdeka.

EHSAN:MALAYSIAINSIDER

Sumber DD - 31-8-2015


Mahathir Buat U-Turn: Demonstrasi jalanan satu-satunya cara jatuhkan Najib
Posted on Monday, August 31 @ 06:41:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini, demonstrasi jalanan merupakan satu-satunya cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang, sama keadaannya seperti yang berlaku kepada bekas presiden Ferdinand Marcos di Filipina.

"Kita nak singkir Najib saja, Barisan Nasional (BN) kekal," katanya sambil menambah, beliau berpendapat Najib tidak akan meletak jawatan kerana dia akan perlu berhadapan mahkamah dan mungkin ke penjara.

Dr Mahathir berkata demikian kepada media ketika sedang berehat dan minum petang di sebuah restoran di Pasar Seni sebelum mengunjungi peserta Bersih 4 di ibu kota hari ini.

"Kalau kerajaan dah tak peduli pasal undang-undang, kita terpaksa gunakan demonstrasi.

"Lihat presiden Marcos, ketika memerintah Filipina, mereka terpaksa jatuhkan beliau melalui demonstrasi," katanya.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau tidak akan turun menyertai perhimpunan itu jika pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dibubarkan.

"Jika pasukan petugas khas tidak dibubarkan, saya tidak akan turun demonstrasi semalam dan hari ini," katanya yang sekali lagi hadir bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Turut mengiringi mereka ialah bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim dan isterinya Datin Suliana Alias.

Sebelum itu, mereka tiba di kawasan Pasar Seni dengan menaiki LRT.

Dr Mahathir berkata, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) seharusnya bersama-sama mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ahli Parlimen Umno yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya.

"Lepas itu kerajaan Najib akan jatuh. Kerajaan selepas itu perlu BN kerana BN ada majoriti," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau dapat tahu ada ahli Parlimen Umno yang akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib tetapi tidak tahu siapa mereka.

"Saya minta ahli Parlimen Umno sedia (undi tidak percaya). Saya melihat demonstrasi terhadap Presiden Guatemala, mereka demonstrasi berhari-hari, tapi dia tidak berundur.

"Sokong ahli Parlimen anda. Jika tidak sokong undi tak percaya, kami tidak akan undi sebagai ahli Parlimen lagi.

"Sekarang ini tugas rakyat untuk menjadikan negara ini ditadbir tanpa rasuah," katanya.

Dr Mahathir merupakan pengkritik tegar dan paling lantang Najib menggesa beliau meletakkan jawatan susulan pembabitan perdana menteri dalam beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan terutama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber TKO - 31-8-2015

Perhimpunan Bersih 4 tamat, peserta bersurai selepas laungan Merdeka
Posted on Monday, August 31 @ 01:51:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


Nyanyian lagu 'Negaraku' dan laungan Merdeka mengakhiri perhimpunan yang dikategorikan haram oleh kerajaan itu. - Foto Astro AWANI/Haritz Asyraf Hasnan

Perhimpunan Bersih 4, berakhir tengah malam tadi selepas lebih 34 jam berlangsung dan kesemua peserta bersurai secara aman seperti yang dijanjikan.

Nyanyian lagu 'Negaraku' dan laungan Merdeka mengakhiri perhimpunan yang dikategorikan haram oleh kerajaan itu.

Menurut polis, sebanyak 27 laporan diterima. Bagaimanapun perhimpunan dua hari itu tidak dicemari sebarang kekecohan.

Ia juga mengakhiri pendudukan sekitar  Dataran Merdeka sejak malam Sabtu oleh penyokong Bersih 4.

Pengisian acara mereka menjelang jam 12 tengah malam ambang Merdeka tadi adalah acara mendengar ucapan-ucapan pemimpin dan pengerusi perhimpunan.

Pada petang Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di hentian pertemuan peserta perhimpunan Bersih 4 di Pasar Seni sekali lagi mencuri perhatian orang ramai.

Sementara itu, sambutan ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.

sumber


Sumber TKO - 31-8-2015

Bersih 4: Polis Terima 27 Laporan
Posted on Monday, August 31 @ 01:36:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Polis telah menerima 27 laporan mengenai perhimpunan Bersih 4 sehingga jam 10.45 malam ini dan membuka lima kertas siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata 14 daripada laporan itu dibuat semalam dan selebihnya dibuat Ahad.

Beliau berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka pada Ahad kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Hampir tengah malam, bilangan mereka yang berhimpun semakin ramai di Dataran Merdeka ketika mereka mendengar ucapan dan menyanyi sambil menari.

Bagaimanapun, Tajudin berkata keadaan masih terkawal dan polis berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Perhimpunan Bersih selama dua hari yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihyan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang bersih.

Di Kuching dan Kota Kinabalu, penganjur menghentikan perhimpunan masing-masing pada tengah malam semalam dan tengah hari, Ahad.

BERNAMA


Sumber TKO - 31-8-2015

Surat Terbuka: Sampai Hati Tun Mahathir Jual Agama, Bangsa kepada DAP

Posted on Monday, August 31 @ 00:29:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Amin Yatim

Assalamualaikum Tun Mahathir,

1. Saya terbaca satu pandangan seorang penulis di Facebooknya (Ab Jalil Backer) yang menyatakan, “Kehadiran Tun Mahathir Mohamad di Himpunan Bersih 4 semalam menunjukkan bekas Perdana Menteri tersebut akhirnya bersedia “menjual” UMNO, Melayu dan Islam kepada DAP kerana kroni-kroni perniagaannya yang berbangsa Cina.”

2. Sungguh saya bersetuju dengan pandangan penulis terbabit. Ahli-ahli perniagaan Cina yang mahu menjatuhkan Mohd Najib dengan menyokong DAP tahu bahawa kehadiran puluhan ribu orang tidak mungkin menggoyahkan kerajaan kerana ia sudah menjadi agenda kaum Cina DAP semata-mata. Beberapa hari lagi kumpulan Bersih akan dikecam sebagai kumpulan cauvinis Cina yang cuba mengganggu sambutan hari kebangsaan dan hari Malaysia.

3. Jalan terbaik membersihkan Bersih 4 dari menjadi agenda Cina semata-mata ialah dengan menurunkan pemimpin-pemimpin Melayu besar yang didokongi oleh mereka. Mereka tidak boleh meminta Timbalan Presiden UMNO turun kerana ia akan menyebabkan beliau dipecat dari jawatan. Ini sekaligus membahayakan kepentingan mereka dalam UMNO dan kerajaan.

4. Justeru orang yang mempunyai pengaruh kuat di kalangan orang Melayu dan boleh meneutralisasikan imej cauvinis Cina DAP dalam Bersih 4 ialah Tun Mahathir Mohamad. Bayangkan bekas Ultra Melayu turun ke perhimpunan Bersih 4. Ia sudah tentu menunjukkan Bersih ialah agenda orang Melayu juga.

5. Kecewa saya bukan kepalang apabila Tun mengambil keputusan hadir dalam himpunan terbabit.

Yang Berbahagia Tun,

6. Adalah tidak masuk akal untuk Tun kata “saya hadir tetapi tidak menyokong Bersih. Saya hanya menyokong usaha menjatuhkan Mohd Najib Razak.”

7. Agaknya Tun lupa bahawa Bersih bukan agenda menjatuhkan Mohd Najib Razak. Bersih ialah agenda untuk menghakis hak-hak bumiputera dan Islam di negara ini. Kumpulan-kumpulan yang ada dalam Bersih ialah penyokong kesamarataan kedudukan semua agama di negara ini dan penghapusan hak istimewa bumiputera.

8. Saya percaya Tun tidak minat bola kerana Tun tidak suka kalah. Tapi saya suka melihat kenyataan Tun dalam konteks permusuhan penyokong bolasepak. Penyokong fanatik Manchester United akan menyokong mana sahaja pasukan yang menentang Liverpool kerana benci mereka kepada pasukan merseyside tersebut. Demikian juga penyokong fanatik Liverpool akan menyokong apa sahaja pasukan yang menentang Manchester United.

9. Kata mereka, “The enemy of my enemy is my friend”. Musuh kepada musuh saya ialah kawan saya.

10. Tapi Tun, hadir dalam Bersih 4 tidak sama seperti penyokong Manchester United menyokong Chelsea hanya kerana tidak mahu Liverpool menang. Ia jauh lebih besar impplikasinya. Ia soal agama, bangsa dan negara.

11. Sampai hati Tun mengkhianati agama Islam, Melayu dan UMNO hanya kerana dendam politik dan kepentingan anak beranak Tun dan kroni Cina yang semuanya sudah bertaraf laksawan (billionaire).

Amin Yatim
Petaling Jaya

sumber 


Sumber TKO - 31-8-2015

Ustaz Idris Ahmad Turut Hadir di Perhimpunan BERSIH 4
Posted on Sunday, August 30 @ 19:46:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Masjid Jamek - Walaupun PAS sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi meminta ahlinya untuk menyertai himpunan BERSIH 4, namun kelihatan Naib Presidennya Idris Ahmad turut berada di perhimpunan ini.



Beliau yang memakai baju korporat PAS Perak yang berwarna kuning ditemani beberapa rakannya. Turut kelihatan bersama beliau, bekas anggota jawatankuasa PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin.

Ditanya mengapa beliau hadir pada perhimpunan hari kedua ini, beliau hanya tersenyum.

Ditanya lagi mengapa pimpinan lain tidak turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4, beliau hanya ketawa dan enggan mengulas.

sumber



Sumber TKO - 30-8-2015

Dr Mahathir lawat perhimpunan Bersih 4 sekali lagi
Posted on Sunday, August 30 @ 18:37:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat persinggahan mengejut di perhimpunan Bersih 4 malam tadi, melakukan satu lagi lawatan petang ini.

Bekas perdana menteri itu tiba di Pasar Seni, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.30 petang tadi dan dikerumuni orang ramai yang ingin bersalaman serta mencium tangannya.

Dr Mahathir berkata beliau tidak peduli mengenai tuntutan penganjur Bersih 4 tetapi berada di perhimpunan itu untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kunjungan hari ini, sama seperti malam tadi, ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim turut kelihatan ketika lawatan Dr Mahathir sebentar tadi.

Sementara itu, perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, melepasi 24 jam, sokongan untuk perhimpunan tersebut kekal kuat denga penganjur mengatakan kira-kira 300,000 peserta hadir hari ini.



Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata lebih ramai dijangka datang malam ini untuk saat akhir perhimpunan. Maria yang dilihat bercakap dengan polis sebelum ini berkata penganjur dimaklumkan yang perayaan malam ini sempena Hari Kebangsaan dipindahkan ke Bukit Jalil sementara sambutan esok akan diteruskan seperti dirancangkan di Dataran Merdeka.

"Kami berbincang dengan Ketua Polis Daerah tentang sambutan Hari Merdeka malam ini yang akan berpindah ke Bukit Jalil. Sambutan esok akan kekal di Dataran Merdeka. Bersih akan berada di sini sehingga tengah malam. Saya rasa ia masuk akal kami sedang adakan perhimpunan ini. Polis tidak membincangkan Bersih.

Mereka sangat bekerjasama dan kami akan teruskan program. Maria berkata pihak penganjur tidak tahu Tun Dr Mahathir Mohamad akan datang ke Dataran Merdeka untuk melawat seketika semalam. "Kami sedang bersembahyang pada waktu itu. Jika beliau datang hari ini, kami akan mengalu-alukannya sebagai peserta seperti yang lain." katanya.


Sumber TKO - 30-8-2015

Zahid: Jangan jadi 'kuda tunggangan' DAP
Posted on Sunday, August 30 @ 18:10:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap dalang di sebalik penganjuran perhimpunan Bersih 4.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan para pemimpin terbabit bahawa pihak berkuasa sedang memantau tindak-tanduk mereka.

"Kita juga mengikuti setiap patah ucapan mereka. Kita tahu apa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pihak mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Ipoh Timur di Bangunan Umno Perak di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak terbabit.

Ahmad Zahid berkata antara tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap mereka ialah di bawah Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Polis.

Ahmad Zahid juga mengingatkan pihak terbabit agar tidak menyalahkan pihak berkuasa jika tindakan diambil terhadap mereka.

"Saya bersetuju dengan Tan Sri IGP (ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar), berani buat berani tanggung. Jangan menuduh pihak berkuasa terutama kerajaan berlaku zalim...kerana sebenarnya mereka yang menzalimi diri mereka sendiri," katanya.

Beliau juga mengingatkan pihak-pihak tertentu agar tidak membuat fitnah ada tokoh tertentu yang menyertai perhimpunan itu.

"Jangan fitnah kononnya ada tokoh yang datang walaupun dia sebenarnya ada di luar negara," katanya.

Menyentuh kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan itu, Ahmad Zahid berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana bekas Perdana Menteri itu hanya berada di kawasan perhimpunan itu selama enam minit.

Ahmad Zahid juga berkata pihak terbabit harus tahu bahawa apabila warta kerajaan telah ditandatangani, perhimpunan itu adalah haram mengikut Akta Perhimpunan Aman atau undang-undang lain.

Terdahulu, dalam ucapannya Ahmad Zahid berkata orang Melayu tidak seharusnya membiarkan diri mereka menjadi 'kuda tunggangan' DAP untuk tujuan politik.

"Kita sering dicabar kerana mereka (DAP) anggap kita lemah...jadi mereka akan cuba melaga-lagakan kita antara satu sama lain," katanya.

Beliau juga mengingatkan anggota Umno supaya terus memberi sokongan dan bantuan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) walaupun mereka tidak bertanding di kawasan tersebut.

Ahmad Zahid berkata sebagai tonggak kerajaan BN, UMNO akan sentiasa melindungi hak agama dan bangsa lain walaupun Umno memperjuangkan nasib orang Melayu dan agama Islam.-Bernama

sumber


Sumber TKO - 30-8-2015

Kehadiran Dr Mahathir Di Perhimpunan Bersih 4 Mengecewakan - Ismail Sabri
Posted on Sunday, August 30 @ 18:03:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

SANDAKAN, 30 Ogos (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur semalam sebagai mengecewakan dan dikesali.

Ini kerana, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, Dr Mahathir merupakan individu yang paling lantang menentang demonstrasi jalanan terutama ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan berlaku demonstrasi besar-besaran oleh kumpulan reformasi.

Katanya bekas perdana menteri itu menganggap kumpulan melakukan demonstrasi jalanan adalah jahat.

"Kehadiran Mahathir pada perhimpuan Bersih 4 semalam sangat mengejutkan dan mengecewakan.

"Akhirnya Tun (Dr Mahathir) sendiri dahulunya penentang kuat kepada demonstrasi jalanan akhirnya dia sendiri terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Beluran di sini, hari ini.

Ismail Sabri menegaskan, sebagai anggota UMNO, Dr Mahathir sepatutnya menghormati parti itu.

Katanya alasan bahawa beliau bersama rakyat untuk hadir di perhimpunan Bersih 4 tidak boleh diterima sedangkan UMNO mempunyai 3.7 juta ahli yang boleh beliau wakili.

"Jumlah orang ramai yang hadir di perhimpunan Bersih 4 tidak boleh dianggap mewakili suara majoriti rakyat," katanya.

Beliau berkata sebagai anggota UMNO, Dr Mahathir perlu jelas bahawa perhimpunan Bersih 4 didokong pemimpin parti pembangkang dan beliau sepatutnya mempertahankan kerajaan dan bukannya bersama-sama dengan kumpulan yang mahu menggulingkan kerajaan secara tidak demokrasi menerusi perhimpunan haram.

BERNAMA


Sumber TKO - 30-8-2015

Masih Ingat Roslan Ismail Yang Cadang Abdul Hadi Gabung Dengan UMNO?
Posted on Sunday, August 30 @ 17:16:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Roslan Ismail paling kiri

Masih kita ingat seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.

"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.

Tulisan ini telah menjadi senjata kumpulan GHB dalam PAS menyerang kumpulan pro-ulama terutamanya kepimpinan PAS Terengganu yang dilihat sebagai kubu kepada kepimpinan ulama.

Hasil daripada tulisan ini Greenboc seorang penulis pro-PKR yang ada hubungan baik dengan Syed Azman (semasa dia belajar sekolah menengah dulu) telah menyerang kepimpinan ulama PAS bagi memberikan sokongan kepada pro-PASMA (GHB) untuk muktamar ke-61.



Mengikut kawan saya yang berada dalam "SB" Roslan Ismail membuat posting dalam facebook itu bertujuan untuk menyerang Tuan Guru Presiden PAS secara halus.

Roslan Ismail, Syed Azman dan beberapa kepimpinan GHB telah lama ada hubungan dan mereka ini telah merancang untuk menjatuhkan kepimpinan PAS secara halus.

Mengikut kawan saya orang yang dibelakang Roslan Ismail ialah Syed Azman Syed Nawawi. Manakala Greenboc atau Zulkifli Harun adalah talibarut untuk merosakkan PAS melalui tulisan sama peranan seperti Asmuni Awi dalam isu saman kepada Tuan Guru Presiden PAS atas kes Pil Kuda.

Mereka semua semua memainkan peranan secara halus dan sangat licik, kata kawan saya.

Roslan Ismail dikatakan telah bergerak secara senyap mengumpul ahli-ahli untuk menyertai GHB. Mereka ini bergerak dari rumah ke rumah kepimpinan PAS di Dungun terutama mereka yang berpendidikan.

Kawasan saya juga merasa hairan bagaimana sikap Roslan ini boleh dianggap remeh oleh Ustaz Satiful Bahri Persuruhjaya PAS Terengganu sedangkan mengikut kawan saya Ustaz Satiful ini seorang yang keras dan tegas dengan prinsip perjuangan. Katanya lagi sangat malu Dungun boleh ada tali barut GHB yang cuba rosakkan PAS secara halus dan licik!

Kawan saya ada menulis sedikit petikan pada gambar di atas (Bersih 4) yang dikirim kepada saya. Hebat Roslan Ismail bersama kepimpinan GHB boleh 'perbodohkan' PAS Terengganu.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/


Sumber TKO - 30-8-2015

Dr Hatta memuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri
Posted on Sunday, August 30 @ 16:39:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: “Apa masalah jika orang Cina lebih ramai sertai perhimpunan Bersih 4.0? Mereka juga rakyat Malaysia,” kata Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli

Dia mengakui kehadiran orang Melayu dalam himpunan Bersih 4.0 kurang mendapat sambutan berbanding orang Cina tetapi ia bukan masalah kerana orang Cina juga rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap masa depan negara ini.

“Kita harap semua pihak dan ahli politik berhenti memainkan isu perkauman.

“Kita tidak mahu pemikiran sempit ini berada dalam diri rakyat Malaysia dan kita mahu rakyat berhenti memainkan isu perkauman,” katanya dihadapan 10,000 peserta Bersih di Dataran Merdeka pada Ahad.

Bekas Pengarah Pilihanraya Pas itu turut memuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang hadir ke perhimpunan Bersih semalam.
“Kita memuji sikap Tun Mahathir yang berani datang ke himpunan ini,” katanya sambil menyeru peserta Bersih 4.0 terus berkumpul sehingga jam 12 tengah malam ini.

Sumber TKO - 30-8-2015


Tindakan sabotaj dan cuba racun peserta Bersih 4
Posted on Sunday, August 30 @ 16:21:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk pihak yang mengedarkan air kotak tercemar kepada peserta Bersih 4 dan menyifatkan ia sebagai tindakan sabotaj serta cubaan meracuni peserta himpunan itu.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah kecewa dengan perbuatan itu, kerana pihak terbabit menggunakan nama "sokongan untuk Bersih" untuk membahayakan kesihatan orang ramai.

"Minuman ini menyebabkan peserta Bersih 4 sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua peserta yang terjejas telah diberikan rawatan dan dibawa ke hospital.
Tambahnya, laporan polis telah dibuat dan berharap polis dapat menyiasat secepat mungkin, bagi mengesan dalang di sebalik perbuatan itu.

"Kita menasihatkan semua peserta supaya tidak menerima sebarang minuman percuma yang diedarkan orang tidak diberi kuasa oleh Jawatankuasa Penganjur Bersih 4," kata.

Beliau turut menasihatkan peserta Bersih 4 melaporkan kepada unit keselamatan, jika mendapati ada air kotak mempunyai kesan lubang tusukan.

Seramai 13 peserta Bersih 4 mengalami keracunan makanan, pada himpunan itu semalam.

Enam daripadanya, termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun telah dibawa ke hospital.

Sumber The Rakyat Post

Sumber TKO - 30-8-2015

Perhimpunan kali ini bertambah ramai sehingga menyebabkan penyokong Melayu nampak berkurangan - Khalid Samad
Posted on Sunday, August 30 @ 16:34:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, dakwaan yang mengatakan perhimpunan Bersih 4.0 didominasi kaum Cina dan wujudnya propoganda perkaumanan adalah tidak benar.

Ujarnya, tuduhan itu sengaja dicetuskan sedangkan hakikatnya 30 peratus daripada peserta Bersih 4.0 adalah orang Melayu.


“Bukan semua Melayu yang tak hadir itu menyokong dan bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Apa yang saya sendiri tinjau ialah 30 peratus peserta perhimpunan adalah orang Melayu. Jadi tidak timbul sama sekali propaganda perkauman," katanya pagi ini ketika berucap di Dataran Merdeka, pagi tadi.


Menggulas lanjut, Khalid berkata ‎oleh kerana perhimpunan kali ini bertambah ramai sehingga menyebabkan penyokong Melayu nampak berkurangan.


 Himpunan Bersih 4.0 berlangsung selama dua hari, hari ini merupakan hari terakhir Himpunan ini yang mana akan tamat pada pukul 12 malam ini.


Setakat ini himpunan berlangsung aman, dan peserta makin bertambah dari semasa ke semasa. - SInar



Sumber TKO - 30-8-2015


BERSIH 4: 12 ditahan di Melaka

Posted on Sunday, August 30 @ 16:09:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Polis Melaka menahan seramai 12 orang di negeri ini kerana didapati memakai kemeja-T kuning bercetak perkataan Bersih 4 yang dilarang mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No 22) 2015.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata seramai sembilan orang telah ditahan ketika menyertai perhimpunan Bersih 4 yang dihadiri kira-kira 100 orang di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di Melaka pada pukul 10.30 malam tadi.

Beliau berkata tiga orang pula ditahan dalam sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis di negeri ini pada petang semalam.

"Semua yang ditahan telah dibawa ke balai polis berhampiran dan dilepaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di Melaka hari ini.

Chuah berkata pihak polis akan meneruskan pemantauan terutamanya di kawasan tumpuan hari ini bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman orang ramai tidak terganggu.

Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan bertarikh 27 Ogos 2015 dan ditandatangani oleh Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengharamkan baju Bersih 4 atau penerbitan berkaitan dengan perhimpunan haram itu.

Pengharaman itu mula berkuat kuasa pada Jumaat lepas.

Sementara itu, tinjauan Bernama pagi ini di beberapa kawasan tumpuan antaranya di Bandar Hilir di sini mendapati orang ramai dan pelancong asing memenuhi kawasan itu seperti kebiasaan sempena cuti hujung minggu.
-Bernama

Sumber TKO - 30-8-2015

Awat Yang Kalut Sangat Ni Tun M

Posted on Sunday, August 30 @ 12:28:47 MYT by paktam

Oleh ABY

1. Seperti biasalah Tun M ni kalau dia dah kata itu atau ini maka makin lama tak jadi ikut dia kata itu dan ini dia akan jadi tak sabar malah tindakan dia ternampak sangat nak cepat dan tergopoh gapah.

2. Hari ini berulang lagi tindakan gopoh gapah beliau seperti terdesak sangat nak turunkan dsnajib. Dari JB dia terus ke Dataran Merdeka 'teruskan teruskan' . Mungkin apa yang dia lakukan seperti seorang panglima medan dalam peperangan yang minta askarx dia jangan undur jangan undur atau bertahan bertahan.

Sesungguhnya dia nak jerit melayu mana melayu mana. Dan macam dalam filem perang la pulak.

3. Tun M sebenarnya sudah mula resah semasa dalam sesi di JB lagi. Beliau tahu kalau setakat apa yg berlaku di KL itu kerajaan dsnajib tidak goyang sikit pun. Malah dia tahu semua orang akan balik rumah masing masing jumpa keluarga anak beranak dan tukar tshirt kuning dengan baju biru, kelabu atau merah dan pakai kain tidur. Maka cair lah semangat yang berkobar untuk menjatuhkan kerajaan UMNO yang ada atau sejuk lah panas untuk menghalau keluar dsnajib dari seri perdana. Hangat hati takdak dah dok di JB tu.

4. Tun M teramat sangat faham dengan perangai rakyat malaysia ni. Sejarah dia memerintah negara yang panjang 22 tahun itu buatkan dia mangli sangat dengan situasi rakyat berdemo dinegara ini kerana dia duduk panjang dikerusi dsnajib sekarang tu.

5. Malahan bila dia tahu begitu kecil bilangan orang melayu yang turun demonstrasi kali ini dia jadi tertekan kerana harapan menurunkan najib melalui himpunan hari ini akan gagal. Malah yang mengecewakan Tun M sangat tu bila pemimpin Pas tiada bersama beliau dalam usaha menjatuhkan dsnajib melalui demo jalanan hari ini. Tun M kalau boleh dari awal lagi dia mahu terus masuk KL tetapi perancangan awal berada di JB itu buatkan himpunan ketiadaan kepala perang yg boleh memberi impak yg kuat di KL. Mungkin itu dia rasa silap strategi.

6. Tentunya Tun M amat kecewa sebab itu sesampai saja di KL dia mahukan baki yang ada untuk 'teruskan teruskan'. Situasi semua kepala demo lakukan untuk capai tujuan berhimpun ramai sebegitu. Dia cuba untuk kekalkan semangat pendemo la katakan.

7. Teruskan teruskan teriakan ini membawa erti yang sangat mendalam bagi kepala demo kerana Tun M dok nampak sangat dah kalau puak puak ni balik pakai hanyut lagu tu saja cita cita nak gulingkan dsnajib ni. Dia pun tau puak puak ni tak mai dah esok nak sambung demo. Dia pun tengok dah sejarah orang malaysia berdemo hujung minggu atau sabtu saja. Tak mcm dilain negara berhari hari malah capai berbulan baru tergolek kerajaan dan pemimpin diganti.

8. Rakyat Malaysia semua ada kerja masing masing mai ahad ada negeri yg kerja dan bila isnin KL, Selangor, Negeri Sembilan dan lainx pun masuk kerja dan peniaga kena buka premis masing masing sebab bab cari makan ni semua orang tidak mahu terganggu. Takkan mahu orang malaysia hilang kerja dan peniagax rugi tak dapat berniaga. Ibu bapa nak kena hantar anak ke sekolah atau siapkan anak anak bersekolah. Tiada ada ibu bapa yang sanggup duduk bermalam di dataran merdeka berhari hari manakala anak anak duduk rumah tak sekolah. Sebab orang malaysia hidup dalam keadaan terbaik dah lama, malah lama lagi dari 22 tahun yang dikatakan diperintah si keramat tu.

9. Teruskan teruskan itu suara kekecewaan Tun M memikirkan kenapa orang melayu tersangat kurang kali ini. Tentu dia patah hati kerana cubaan memecah tradisi ahlix UMNO yang sayang parti keramat dan hormat pemimpin mereka gagal, malah semangat comradeship dan setia itu masih melebihi segala galanya.

10. Tun M mungkin sedih dan pilu sangat bila mensyuarat umno bahagian kekal menyokong kepimpinan Dsnajib, tiada huru hara dan tiada undi tiada percaya. Tun sahih sangat untuk nak jatuhkan Dsnajib hanyalah UMNO sendiri. Kot kalu melalui pemilihan parti tentu lambat lagi.

Manakala nak tunggu pilihanraya lama lagi dan semestinya pembangkang tak boleh menang. Dia pun tahu telahan kata UMNO akan kalah itu hanya gertak nak suruh Dsnajib kecut saja.

Pembangkang nak menang mai kot mana kalau depa dok pegheban hang aku la ni.

11. Rehatlah DSN jangan gundah gulana dengan kelakuan Tun M hari ni. Esok pagi baju kuning pakat buang dalam mesin basuh busuk peluh nak kena cuci. Kita boleh buat lagu untuk DSN bertajuk 'teruskan teruskan pimpin malaysia'.

Wassalam dari saya ABY. Ini saya yang kata.

Dari Petikan FB Zaharin Mohd Yasin


Sumber DD - 30-8-2015




'Tiada tempat untuk Tun Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO'

Posted on Sunday, August 30 @ 12:01:21 MYT by paktam

KUALA LUMPUR: Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Perhimpunan Agung UMNO pada hujung tahun ini hanya akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata adalah lebih baik jika mantan perdana menteri itu tidak dijemput ke perhimpunan itu selepas hadir ke perhimpunan Bersih 4 di ibu negara pada Sabtu.

"Elok beliau tidak perlu hadir ke perhimpunan itu nanti. Kehadiran beliau nanti dikhuatiri memberi persepsi negatif dalam kalangan ahli parti.

"Perjuangan sudah berbeza dan beliau sanggup bersekongkol dengan pembangkang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Pada Sabtu, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengejutkan banyak pihak apabila kedua-duanya hadir pada perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka.

Kehadiran mereka disambut peserta perhimpunan yang turut tidak melepaskan peluang merakamkan gambar bersama.

Dalam pada itu, ketika ditanya apakah UMNO perlu melucutkan keanggotaan atau mengharamkan terus kehadiran Dr Mahathir dalam mana-mana program anjuran parti, ini kata Tajuddin:

"Tidaklah perlu sampai hendak mengharamkan beliau. Ini bukan kerja kita... mengharam atau menghalalkan seseorang."

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijangka akan diadakan pada 9 September depan.

Beberapa portal berita melaporkan status keahlian Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam parti akan ditentukan pada hari tersebut.

Pada Mei 2008, Dr Mahathir pernah keluar daripada UMNO selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

  Bagaimanapun, pada April 2009, Dr Mahathir mengumumkan menyertai semula UMNO selepas Abdullah meletak jawatan sebagai perdana menteri dan digantikan dengan Datuk Seri Najib Razak.-Astro AWANI

Sumber DD - 30-8-2015




Bersih, harapan baru dan merdeka

Posted on Sunday, August 30 @ 11:48:50 MYT by paktam

Oleh Mujahid Yusof Rawa

Ada apa dalam faktor kesamaan perkataan Bersih, Harapan Baru dan Merdeka? Kesemuanya membawa kepada satu nilai iaitu kebebasan.Jika diambil perkataan Bersih secara bahasa contohnya, berlawanan dengan kotor dan bolehlah dikatakan Bersih adalah kebebasan dari kekotoran dan ia adalah sesuatu yang sangat didambakan manusia.

Perkataan Harapan pula membawa konotasi anti kekecewaan dan apabila dikaitkan dengan deskripsi 'Baru' ia seolah-olah kebebasan dari rasa kecewa dan senantiasa melihat masa depan yang cerah.

Apa pula tentang Merdeka?

Perkataan Merdeka lebih 'direct' kepada makna kebebasan sebagai kata lawan daripada sifat kongkongan dan menjajah.

Ketiga-tiga perkataan adalah sinergi kepada kelahiran entiti baharu dan stimulus kepada impian yang mahu dicapai bersama.

Tetapi faktor kesamaan ini secara operasionalnya jauh lebih realistik dan mencabar sifatnya.

Bersih sudah terbukti sebagai gerakan massa yang mencipta sejarahnya tersendiri apabila tuntutan pilihan raya Bersih mengubah cara SPR mengendalikan pilihan raya dan membebaskan sikap SPR yang dilihat berat sebelah sebagai pengadil demokrasi berpilihan raya.

Bersih merakamkan tiga perhimpunan besar sebelum ini (2007, 2011 dan 2012) melibatkan seluruh rakyat Malaysia yang inginkan demokrasi dan cara pengendaliannya yang adil dan telus.

Bersih tidak berhenti sekadar isu pilihan raya, kini ia menuntut ketelusan pemerintahan, hak berdemo, mengukuhkan sistem berparlimen serta menyelamatkan ekonomi negara.

Usah dikira susah payah yang terpaksa dilalui berhadapan dengan polis anti rusuhan yang satu ketika memalukan dunia reaksi berlebihan dan salah guna kuasa untuk menyuraikan perhimpunan aman.

Bersih adalah perjuangan mempertahankan Artikel 10 Perlembagaan Negara serta menguji keberkesanan pihak polis mengawal hak ini bagi melahirkan sebuah masyarakat yang matang dan bertamadun dalam mengendalikan penentangan secara sivil.

Negara tidak terkecuali dari dinamika parti politik yang membentuk sebahagian dari proses demokrasi.

Politik kepartian adalah tonggak terbentuknya sebuah kerajaan, walaupun di negara dunia yang lain parti politik boleh sahaja berubah asalkan mereka menang pilihan raya, tetapi di Malaysia kenyataan ini nampaknya masih taboo pada amalan politik Malaysia.

Parti pembangkang sejak sekian lama cuba untuk membentuk pakatan politik yang kuat dan rekod terbaiknya ialah pada PRU13 dengan jentera Pakatan Rakyat atau PR.

PR memperkukuhkan kedudukannya sehingga meraih 52% undi popular dan Barisan Nasional haya mampu mengekalkan kemenangan dengan kerusi yang dimenanginya di Timur Malaysia.
Namun harapan untuk melihat PR bertambah kukuh berkecai kerana parti komponennya masih berbalahan sehingga 52% undi yang diperolehinya seolah tidak dihormati.

PAS, DAP dan PKR sudah tidak dilihat bersatu lagi walaupun jaminan demi jaminan diberikan namun keretakan hanya menanti belah.

Peluang dalam krisis PR tercipta dengan lahirnya sebuah Harapan Baru yang mahu mengekalkan momentum pembangkang mengambil alih pentadbiran negara dari UBN.

Kelahiran Harapan Baru adalah dari kehendak gelombang rakyat terbentuk daripada kelompok pelbagai yang mahu bebas dari politik lama dan harapan lama.

Kini Harapan Baru akan muncul sebagai entiti politik menyatukan kekuatan pembangkang dalam kelahiran PR 2.0 yang dinanti-nantikan.

Merdeka menjadi kebanggaan setiap anak watan negara ini malah lagu Bahtera Merdeka sudah cukup menaikkan semangat menambahkan kecintaan kita pada negara ini.

Merdeka adalah sebuah perjuangan membina dan mewarisi amanah besar tanpa sebarang syarat dan siap berkorban supaya negara ini kekal Merdeka.

Setelah perginya penjajah perjuangan kemerdekaan mengambil bentuknya yang lebih rumit iaitu merdeka daripada korupsi, merdeka dari pemimpin berkepentingan, merdeka dari kongkongan akta yang menyekat, merdeka dari ideologi sempit agama dan kaum serta merdeka minda dan cita-cita.

Bersih akan berhimpun di ambang kemerdekaan bagi menuntut sesuatu yang jauh lebih besar daripada sekadar mengibar Jalur Gemilang atau melaungkan kalimah keramat merdeka!
Perhimpunan penuh makna ini adalah dalam semangat kemerdekaan yang padat dengan patriotisme kepada negara.

Harapan Baru akan mengumumkan pada pelancaran awalnya 31 Ogos ini tentang parti baharu bagi meneruskan gelombang rakyat dan cita-cita membentuk kerajaan baharu.

Merdeka akan tetap datang tanpa Bersih ataupun Harapan Baru namun kali ini Merdeka akan senyum kerana kedatangannya disambut oleh dua pengawal kiri dan kanannya untuk menyuntik semangat pada kita semua bahawa Bahtera Merdeka akan tetap terus melayari lautan bergelora demi memenuhi impian ke Pulau Idaman, destinasi seluruh rakyat Malaysia.

Itulah kebebasan yang dicari, erti sebuah kemerdekaan hakiki.

SALAM BERSIH!
SALAM HARAPAN!
SALAM MERDEKA!

Sumber DD - 30-8-2015




Laungan Merdeka sebenar apabila menteri wartakan rakyat penjenayah

Posted on Sunday, August 30 @ 11:45:48 MYT by paktam

Oleh Wong Chin Huat

Apakah makna kemerdekaan apabila menteri boleh menandatangani satu perintah untuk mewartakan jutaan rakyat sebagai “penjenayah”?  Ini yang berlaku tiga hari sebelum Hari Kemerdekaan ke-58 untuk Semenanjung dan Hari Kemerdekaan ke-52 untuk Sabah.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan satu perintah di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) yang mengharamkan
  • Apa-apa pakaian berwarna kuning dan yang mempunyai perkataan “Bersih 4”
  • Apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpunan “Bersih 4”

Di bawah Seksyen 8 Akta yang sama, kita boleh didenda sebanyak RM 3,000 kerana memiliki sehelai (Seksyen 8), seterusnya boleh didenda sehingga RM 20,000 dan dipenjarakan sehingga 3 tahun jika kita mempunyai dua atau lebih helai, yang memenuhi definisi “penjualan, pengelilingan dan pengedaran” (Seksyen 14).






 Mengikut anggaran saya, sekurang-kurangnya 50,000-60,000 kemeja Bersih 4 yang beraneka rekaan sudah dijual di seluruh negara.

Apakah kesemua pemilik mereka sekarang menjadi “jenayah baru” ciptaan Zahid jika tidak membinasakan atau membuangkan baju milikan mereka?

Bagaimana pula  dengan bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpunan Bersih 4?

Di bawah Seksyen 2, sebarangan penerbitan yang dilarang di bawah Seksyen 7(1) dinamakan “hasil penerbitan”  dan merangkumi sebarang “salinan, penghasilan semula, cabutan atau apa-apa terjemahan, ringkasan karangan dan parafrasanya”.


Kalau ada yang masih tertanya-tanya mengapa kemeja boleh dikawal PPPA, ini kerana “penerbitan” diberi definisi yang cukup luas, sebarangan yang “mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat” atau “boleh membayangkan kata-kata atau idea” termasuk “rakaman suara”.

Dalam kata lain, PPPA cukup untuk digunapakai untuk sebarangan benda yang berinteraksi dengan mata, telinga dan otak kita. Di samping Akta Komunikasi dan Multimedia, ia juga boleh digunakan untuk mengawal dan menapis Internet dan media sosial.
Secara teknikalnya, anda sudah melayakkan diri sebagai “penjenayah baru” jika anda memiliki sebarangan bahan tulisan dan lukisan yang anda miliki yang boleh ‘mendorong kepada perhimpunan “Bersih 4” yang boleh dikira sebagai salinan, penghasilan semula, cabutan, terjemahan, ringkasan karangan atau parafrasa daripada kemeja atau bahan bercetak Bersih 4.

Periksalah sekarang sama ada anda menyimpan dalam telefon bimbit anda apa-apa gambar kemeja Bersih 4?

Kalau ya, tahniah, anda sekarang sudah layak menjadi “penjenayah”, bersama jutaan rakyat Malaysia yang lain kerana menyokong Bersih 4.

Jadi, apakah akan anda lakukan?  Binasakan sebarang “penerbitan” Bersih 4 untuk melepaskan diri daripada jaringan Zahid?

Ataupun, anda akan mempersoalkan apakah asasnya untuk seseorang menteri mempunyai kuasa yang begitu besar untuk sewenang-wenangnya mengharamkan sesuatu dan “mewartakan” jutaan rakyat sebagai “penjenayah”?

Bukankah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan kita “bercakap” dan “berhimpun secara aman dan tanpa senjata” dan membenarkan sekatan kepada kebebasan ini atas asas yang amat terhad seperti keselamatan negara, ketenteraman awam, prinsip moral dan sebagainya?

Sekalipun Seksyen 7(1) PPPA yang zalim itu menghadkan penggunaannya kepada apa jua yang memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan; menggemparkan fikiran orang ramai atau berlawanan dengan mana-mana undang-undang; memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.

Persoalan kita, apa dalam perhimpunan atau tuntutan Bersih 4 yang memenuhi syarat-syarat ini?
Suhakam sudah menjelaskan persoalan perhimpunan haram tidak wujud.

Apakah salahnya lima tuntutan Bersih 4 – pilihan raya bersih, kerajaan bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan selamatkan ekonomi?

Apakah mereka memudaratkan ketenteraman awam?

Ataupun mereka menjatuhkan kemoralan?

Ataupun mengancam keselamatan?

Ataupun menggemparkan fikiran orang ramai?

Ataupun berlawanan dengan mana-mana undang-undang?

Ataupun memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara?

Saya akan pakai kemeja Bersih 4 saya dalam perhimpunan Bersih 34 jam. Saya tidak akan tunduk kepada kezaliman menteri yang bermaharajalela, menghina perlembagaan dan memijak rakyat jelata.

Kemerdekaan bukan sekadar tukar pemerintah daripada orang asing kepada orang sebangsa.

Kemerdekaan sebenar hanya wujud apabila rakyat menjadi tuan di atas bumi sendiri dan menjadi bos kepada pemerintah.

Saya akan membela kemerdekaan Malaysia. Bukan daripada penjajah asing. Tetapi daripada pemerintah yang mengkhianati dan menzalimi rakyat.

Saya tidak bersenjatakan apa kecuali bendera Malaysia, Perlembagaan Persekutuan yang selama ini menjadi pedoman perjuangan saya dan akhirnya cinta saya kepada tanah air.

Saya tidak berhasrat untuk menggulingkan pemerintah tetapi sebaliknya sekadar ingin membetulkan yang salah dan meluruskan yang bengkok dalam demokrasi berparlimen.

Jasad saya boleh dikurung tetapi tidak semangat saya.

Tulang saya boleh dipatahkan tetapi tidak iktizam saya.

Di mana bumi dipijak, di sana langit dijunjung.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sumber DD - 30-8-2015



Pandangan dari perhimpunan Bersih 4

Posted on Sunday, August 30 @ 11:29:58 MYT by paktam

Oleh MS Ismail dan rakan-rakan

Assalamualaikum warahmatullah saudara se-Islamku,
Alhamdulillah pagi Subuh 30 Ogos, 2015 ini, kami aktivis Bersih masih lagi berada di Jalan Tunku Abd Rahman/Tun Perak di lapangan Bersih 4.Kami ingin beri pandangan tentang komen beberapa ulama yang memberi komen tidak seimbang tentang Bersih 4, malahan boleh mengelirukan ummah.

Ada ulama yang tidak turun padang dan tidak mengkaji masalah ummah secara mendalam dan merujuk kepada pakar bidang lain seperti kajian politik dan sosial, tiba-tiba sahaja kata Bersih 4 tidak demokratik dan tidak patriotik.

Tetapi pemimpin negara yang menggelapkan duit rakyat dan kemudian saling berpakat menutup lubang, berbohong, mengugut pengawai kerajaan, demokratik dan patriotikkah mereka?

Ulama yang sama tidak pula membuat kenyataan pemimpin ini tidak demokratik dan tidak patrioktik kerana menipu rakyat secara terang-terang.

Allah akan memenangkan agamaNya. Kita hanya berada di dalam proses perubahan itu. Bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada yang terlibat dalam Bersih 4.

Jika satu kumpulan atau kaum enggan membantu agama Allah, maka Allah akan mengantikannya dengan kaum dan kumpulan lain.

Ramai kaum Cina di Malaysia bukan Islam, mereka berpakaian mendedahkan tubuh badan datang ke Bersih... memang mereka begitu. Mengapa ada pemimpin parti Islam membangkitkan sudut ini?

Tanggungjawab kita ialah membimbing mereka dengan nasihat dan teladan yang baik.

Kini mereka mendambakan kebaikan yang memang terangkum dalam Islam yang bersifat universal dan rahmatan lil alamin.

Mengapa pula parti Islam menolak mereka dan mencurigai mereka?

Sebahagian ummat Melayu terpengaruh dengan "fatwa" ulama' dan mufti yang tidak faham realiti atau keadaan semasa. Mereka mengunakan nas yang sahih tetapi diapplikasi di dalam konteks yang salah.

Mereka juga gagal mengimbangi antara keperluan untuk merubah kebatilan dengan tangan dengan menutup pintu kemungkaran.
Apakah kita ummat Islam begitu lemah imannya atau memiliki hati yang terlalu berpenyakit sehingga goyah pegangan agama jika melihat kaum Cina yang mendedah aurat? Walhal Bersih 4 ini adalah wahana perubahan untuk kebaikan.

Mengapa mengamalkan "double standard"? Tidakkah kita bermuamalah dengan kaum Cina dan kaum Melayu sendiri yang berpakaian mendedah aurat semasa berjual beli, urusan sosial yang lain dan sebagainya?

Kita melihat para demonstran Cina amat berdisiplin dan berprinsip. Mereka taat dan berdisiplin, mengutip semasa Bersih dan sanggup tidur di Jalan TAR dan Tun Perak setelah diarah penganjur.

Bahasa yang  digunakan amat tertib tetapi tajam menuju sasaran rakyat Malaysia yang mahu melihat negara yang lebuh bersih. Pemidato mereka berusaha bertutur dalam bahasa Malaysia, dan mengajak rakyat bersama-sama membina Malaysia yang bersih rasuah.

Bersih menuntut perubahan termasuk peletakan jawatan perdana menteri.

Menukar kerajaan sebelum PRU14 dikatakan tidak demokratik? Adakah demokratik terhad kepada pilihan raya sahaja?

Bagaimana pula dengan membuat usul undi tidak percaya oleh ahli Parlimen dengan desakan rakyat dari kawasan Parlimen masing-masing?

Bagaimana pula dengan gerakan luahan rasa rakyat melalui perhimpunan aman dan wahana Bersih dan seangkatannya? Adakah kedua-dua perkara itu tidak demokratik sedangkan ia dibenarkan undang-undang?

Umat Islam di Malaysia menanggung malu akibat "fatwa" yang pramatang oleh beberapa individu ulama ini.

Imam Abu Hanifah  membuat fatwa berkenaan muamalah jual beli, dan beliau, rahimahumullah adalah seorang ahli perniagaan. Imam Ibn Taimiyah apabila melawan kelesuan umat yang menutup pintu ijtihad, beliau sendiri giat terlibat dengan gerakan jihad berperang fi sabilillah.
Dalam suasana Malaysia, para ulama seharusnya, jika tidak terlibat dengan bidang yang hendak dikeluarkan fatwa, hendaklah memanggil mereka yang terlibat dalam bidang kepakaran yang khusus atau turun padang merisik dan bergaul dengan mereka yang terlibat supaya faham akan realiti semasa.

Di samping itu, mereka perlu dilatih dengan ilmu perancangan senario dan perancangan strategik.
Tidaklah berlaku keadaan mengeluarkan fatwa dari kamar pejabat, masjid sahaja dengan fatwa yang pelik dan tersasar jauh dari realiti semasa sehingga menjadi bahan tertawa puak 'civil society'.

Yang lebih menggerunkan ialah apabila para ulama tersebut dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang zalim dan rendah integriti. Memungkiri perjanjian dgn kumpulan belum Islam juga adalah satu amalan buruk.

Jika ada perkara yang kurang dipersetujui, tidak pula dibincangkan dalam mesyuarat secara terbuka tetapi mesyuarat pula kerapkali gagal dihadiri.

Kemudian memberi alasan tidak sihat sepanjang tahun sedang pemimpin yang uzur perlu diwakili tatkala keputusan untuk kepentingan ummah perlu diambil.

Tidak pula kita dengar para ulama itu menegur PM tentang salah lakunya. Atau mungkinkah mereka sudah terperangkap dengan jerat assabiyah kemelayuan atau ketuanan Melayu?

Tidak boleh menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah kerana hukumnya adalah haram. Demikianlah isi kandungan fatwa seorang mufti sebuah negeri. Betulkah begitu?

Fatwa dibentangkan sedemikian rupa atau di-orchestrated sehingga rakyat menjadi keliru dan menganggap luahan hati rakyat via Bersih adalah usaha menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan tidak mengikut saluran yang sah. Tuduhan ini tidak benar.

Fatwa tersebut dari kitab yang membicarakan isu bughah.

Orang yang bughah dan pemberontak, halal darahnya. Tetapi siapakah pula golongan bughah? Bukankah ia wujud pd zaman kegemilangan Islam di mana pemilihan dan wala' adalah kepada khilafah Islamiyah yang melaksanakan keadilan dan syariah sepenuhnya. Mereka mengangkat senjata utk menentang kerajaan yang sah.

Adakah pembangkang di Malaysia mengangkat senjata?

Satu lagi, tatkala rakyat berhadapn dengan isu 1MDB dan RM2.6 billion dan lain-lain hingga mencetuskan Bersih 4, ummat Islam disajikan dengan khutbah Jumaat yang menegur penggunaan media sosial yang menfitnah pemimpin negara yang kononnya punca menyebabkan suasana huru hara. Ini satu rumusan yg tersasar jauh.

Bukankah badan khas seperti SPRM, PAC, BNM dan PDRM dilantik? Semua orang tahu apa yang berlaku kepada agensi tersebut. Semua orang tahu jalan cerita isu ini.

Mula-mula menafi laporan WSJ, kemudian disusuli pengakuan derma dari timur tengah, untuk melawan Isis, kemudian pemecatan timbalan perdana menteri penamatan peguam negara sebagai pengendali kes, penukaran pegawai penyiasat, pembubaran PAC dan cubaan mencemarkan kredibiliti gabenor Bank Negara. Pada masa yang sama, isu 1MDB masih misteri.

Ini hakikat yang berlaku yang dilaporkan oleh pihak yang ada autoriti. Dan apa pula pandangan ulama berkenaan dalam hal yang amat memalukan negara ini?

Tiba-tiba ummat Islam disogokkan dengan konsep tabayyun dalam surah hujurat.

Wallahua'lam, bagi kami, ini satu lagi kes yang terang-terang hendak memperbodohkan umat Islam dalam isu penyelewengan yang dahyat yang dibuat pemimpin negara, yang cuba ditutup lubang, dan apabila rakyat  bangkit menyatakan suara dan perasaan mereka dicop tidak demokratik.-themalaysianinsider.com

Sumber DD - 30-8-2015



Apa yang indah tentang Bersih 4.0?

Posted on Sunday, August 30 @ 10:51:16 MYT by paktam


Oleh Arif Atan

1. Berjalan dari Pasar Seni menghala ke Dataran Merdeka, kita dapat melihat bangunan2 lama di Kuala Lumpur yang nampak makin dihimpit projek di sana-sini. Ada binaan bangunan tu tertera tahun 1920! Sayangnya, banyak premis sudah tergantung bisnes orang Nepal, Myanmar dari kedai makan sampai kepada barangan am. Tersergam juga bangunan Maybank yang dikatakan pertama wujud pada 1960. Siapa yang nak tahu di mana letaknya binaan tu, esok turunlah Bersih 4.0! 


Hanya ketika himpunan seperti ini kita sebagai rakyat Malaysia dapat "bersiar-siar" melihat pemandangan dan sisa tinggalan sejarah di ibu kota dan kau akan rasa betapa berharganya warisan itu dipelihara. Kita belajar sejarah di jalanan! Tak kenal maka tak cinta. Kalau cuti minggu biasa kawasan pusat ibu negara ini penuh dengan warga asing kelas buruh. Jadi? Kau tak payah memgaku patriotik cintakan negara kalau KL pun kau tak tahu apa yang menarik di sini!

2. Kawan2 Cina kita beri laluan untuk yang Melayu solat Marghrib berjemaah. Ketika berlangsungnya solat, kawan2 bukan Islam sekitar tempat yang Muslimin dan Muslimat solat tadi duduk diam, layan hp masing2 walaupun maklum 'line' teruk. Mereka tak sibuk nak tiup benda bising tu.

Masa Aisyah nyanyi lagu "Bahtera Merdeka" pun kawan-kawan bukan Melayu inilah yang angkat tangan buat isyarat minta peserta di belakang untuk senyap tak sibuk tiup benda tu (patut bako je benda tiup2 tu lepas ni. hahaha).
 
Siang tadi pun kami menapak sama, bercerita isu semasa, ketawa dan ada ketika serius berkongsi rasa tapi ceria kembali berkongsi kuih apam yang cantik hasil 'karya' Kak Siti - suri hati En Ahmad Lutfi Othman. Chia Fong Lau siap melawak, "Ini halal ar. Takde babi". Gila kau! Mesra. Tiada apa yang mengguris hati sebab kita sudah lama kenal hati budi.

Tengku Emma Zuriana pula bermalam di sebuah gereja dekat Dataran Merdeka. Ada ruang lelapkan mata untuk peserta himpunan Bersih 4.0. Punyalah bagus layanan kawan2 kita komuniti di sana meraikan yang Muslim untuk tumpang bermalam. Mereka mempraktikkan nilai kemanusiaan.

Nampak? Kau belajar tentang makna kemanusiaan & perpaduan nasional. Ketika himpunan rakyat seperti inilah kita dapat menilai ciri masyarakat sivil/ madani rakyat tanah air. Kita saling menghormati amalan agama masing-masing. 'Kan indah? Segalanya berlaku spontan. Bukan dibuat-buat macam iklan TV Hari Kebangsaan!

3.Bersih 4.0 seperti himpunan lazimnya adalah PESTA RAKYAT. Kita praktikkan senyum pada orang sekeliling, beri laluan pada yang mahu duduk sementara yang mahu duduk atau berjalan ucap terima kasih sambil senyum.

Ada yang sukarela kutipkan sampah siap dia pula yang ucapkan "terima kasih"! Ada yang bawa buku kempen membaca di jalanan. Tadi juga ada tayangan 10 Tahun Sebelum Merdeka. Ng Yap Hwa dan kawan2 beliau banyak main peranan di sana.

 Lagi? "Kuliah" jalan raya oleh pensyarah2 hebat tanah air kita. Ada bermain gitar, bergendang, menyanyikan lagu2 cintakan keadilan. Bahkan selepas solat Marghrib dan solat hajat tadi pun ada tazkirah yang turut didengari sama kawan2 bukan Muslim.

Ya. Apa makna semua itu? Indahnya di mana? Indahnya apabila rakyat terutama golongan muda disosialisasikan dengan nilai berdikari dan saling menghormati hak. Rakyat disemai dengan kesedaran sivik. Kalau program anjuran kerajaan, susah nak tengok ada pengunjung kutip, kumpulkan setempat plastik sampah.

Jadi, kau masih prejudis anggap Bersih 4.0 ni yang bukan-bukan? Lebih parah tuduh Bersih 4.0 ni ramainya 'Cina DAP'! Turunlah esok baru kau tahu indahnya hidup kita bermasyarakat. Kita berhimpun kerana kita menolak pelbagai bentuk pembodohan oleh kelompok elit penguasa-pemodal yang cenderung mahu jurang luas kaum-agama sentiasa luas hanya demi memastikan cengkaman kuasa dan monopoli mereka tidak terancam!

‪#‎HidupRakyat‬
‪#‎TurunBersih4‬
‪#‎TangkapNajib‬

Sumber DD - 30-8-2015



Makna kehadiran Dr Mahathir ke himpunan Bersih 4

Posted on Sunday, August 30 @ 09:50:37 MYT by paktam

Oleh Amin Iskandar Tiadalah berita yang paling besar di Malaysia minggu ini selain kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah ke perhimpunan Bersih 4, berhampiran Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur semalam.

Apa signifikannya kehadiran Dr Mahathir ke perhimpunan yang dibanjiri orang ramai berbaju kuning itu?

Pertama, maksudnya masa sudah tiba untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dengan apa cara sekalipun bagi menyelamatkan Malaysia.  Ini termasuklah menggunakan jalan demonstrasi jalanan.

Kejatuhan nilai ringgit dan isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih belum selesai membimbangkan semua bukan sahaja di peringkat atasan tetapi juga rakyat bawahan.

Kehadiran Dr Mahathir bukan sahaja "mengejutkan" perserta Bersih 4, tetapi juga Najib, menteri, media tempatan dan antarabangsa serta pihak berkuasa.

Dr Mahathir hanya mengatakan: "Teruskan, teruskan" dan ianya sudah cukup membangkitkan semangat peserta Bersih 4 untuk meneruskan perhimpunan yang pertama kali diadakan selama 34 jam itu.

Ke-2, kehadiran Dr Mahathir semalam akan menyebabkan lebih ramai lagi orang yang hadir menyertai Bersih 4 hari ini kerana "jaminan" bekas perdana menteri ke-4 itu.

Jika Dr Mahathir boleh turun dan singgah ke perhimpunan Bersih 4, mengapa tidak pemimpin dan ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan 1MDB serta penyingkiran timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.

Berita yang tersebar tentang kehadiran Dr Mahathir ke Bersih 4 menjadi viral di media sosial dan akan menambahkan keyakinan terutamanya bagi orang-orang Melayu untuk memenuhkan Kuala Lumpur hari ini.

Jika semalam dianggarkan di antara 200,000 dan 300,000  menyertai Bersih 4 dan kehadiran orang-orang Melayu tidak begitu membanggakan, tidak mustahil dengan kehadiran kaum majoriti itu akan menyebabkan angka yang berhimpun di Kuala Lumpur mencecah sejuta orang.

Ke-3, apakah "kelunakan" polis dalam "memberikan laluan mudah" kepada himpunan Bersih 4 memberikan isyarat Dr Mahathir masih berpengaruh dalam Cawangan Khas (SB) dan perpecahan berlaku dalam organisasi itu akibat daripada tindakan drastik pentadbiran Najib?

Ketegasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehari sebelum himpunan Bersih 4 mengharamkan T-shirt kuning tertulis "Bersih 4" tidak diterjemahkan dengan "kelembutan" polis dalam menggendalikan perhimpunan.
Ertinya, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih gagal untuk menguasai pasukan polis yang menjadi "tunjang" kepada jatuh atau naiknya sesuatu kerajaan itu.

Melihat kesanggupan hadirin tidur bergelimpangan menunggu sehingga pagi bagi meneruskan perhimpunan 34 jam itu memberikan isyarat "tidak baik" kepada jangka hayat Najib sebagai perdana menteri.

Inilah yang membimbangkan Najib dan pimpinan tertinggi Umno. Mungkin juga ramai yang tidak boleh tidur malam tadi termasuklah Najib sendiri!

Di mata peserta perhimpunan Bersih 4, kehadiran Dr Mahathir semalam seumpama memberikan "vitamin" kepada mereka untuk terus berhimpun sehingga tuntutan mereka tercapai.
Termasuk Najib letak jawatan!

Sumber DD - 30-8-2015

Aksi pijak gambar Najib, Hadi jadi viral
Posted on Sunday, August 30 @ 14:02:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Perserta Bersih 4.0 didakwa mula bertindak kurang ajar apabila melakukan aksi memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perbuatan itu berjaya dirakam dan mula menjadi viral di media sosial.

Gambar ‘yang dihasil menggunakan teknik ‘superimpose’ itu memaparkan Abdul Hadi dan Najib seolah-olah sedang berpelukan. Terdapat bunga yang ditelakkan di kiri dan kanan gambar itu seolah-olah berkabung.

Antara kapsyen lain pada gambar itu tertera tulisan “Puak DAP pijak gambar Tuan Guru Hadi ketika demonstrasi Bersih‎4, puak biadap ini makin kurang ajar!”.

Berdasarkan tinjauan FMT pada Sabtu, mendapati gambar Abdul Hadi dan Najib berpelukan itu wujud dan gambar tersebut diletakkan di Jalan Tun Perak.

Sumber FMT

Sumber TKO - 30-8-2015

Sepanduk peserta Bersih 4.0 di Kuching dirampas

Posted on Sunday, August 30 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUCHING - Polis merampas beberapa sepanduk yang dianggap mempunyai unsur sensitif dan boleh mengaibkan individu, daripada peserta perhimpunan Bersih 4 di Padang Song Kheng Hai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, sebelum peserta memasuki padang, polis terlebih dahulu membuat pemeriksaan dan merampas sepanduk sepanduk berkenaan daripada mereka. 


"Kita dapati ada peserta cuba bawa sepanduk-sepanduk berunsur sensitif tetapi telah dinasihatkan (tidak berbuat demikian) dan kami ambil sepanduk itu daripada mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di padang berkenaan.


Selain itu, katanya polis turut menasihatkan peserta yang membawa kanak-kanak supaya menghantar mereka pulang sebelum boleh memasuki kawasan perhimpunan.


Membawa kanak-kanak ke perhimpunan adalah perbuatan yang melanggar Seksyen 20(1) (c) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012. - Bernama



Sumber TKO - 30-8-2015

Kehadiran Dr Mahathir di Bersih 4 mengejutkan penganjur, peserta gembira

Posted on Sunday, August 30 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Walaupun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Bersih 4 mengejutkan penganjur perhimpunan itu, ribuan yang berkumpul di sekeliling Dataran Merdeka malam ini sangat gembira apabila perdana menteri paling lama berkhidmat itu datang di situ.

Dr Mahathir, yang beberapa jam sebelum itu memberitahu ahli Umno di Johor beliau berfikir untuk menghadiri perhimpunan itu, diserbu ribuan rakyat Malaysia, menjerit "Bersih, Bersih" sekuat hati mereka.

Meskipun ia hanya persinggahan sebentar, di mana beliau hanya melambai dan bersalaman dengan beberapa peserta, orang ramai terus-terusan meraikan bekas perdana menteri itu, yang kini menjadi pengkritik tegas kerajaan.

Malah, beliau ada berkata beberapa perkataan, "Teruskan, teruskan", menggesa mereka yang berkumpul untuk perhimpunan Bersih 4 teruskan perjuangan untuk mendapatkan kerajaan bersih.

Ketika beliau masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi, khalayak menjerit lebih kuat, menandakan kemenangan moral diperoleh mereka dalam menentang kerajaan pemerintah.

Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata beliau tidak menjangka Dr Mahathir akan menghadiri perhimpunan itu, walau hanya seketika meskipun beliau ada mempertimbangkannya.

"Saya tidak menjangka. Beliau berfikir mengenainya, ya. Pastinya beliau berfikir dengan sangat cepat," katanya.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih New Sin Yew berkata semua orang dijemput ke perhimpunan Bersih 4 dan tidak akan ada diskriminasi terhadap sesiapa yang menghadirinya.

"Ini tempat awam. Kami tidak diskriminasi sesiapa. Kami mengalu-alukan semua orang," katanya.
Sementara itu, sepasang warga emas dalam lingkungan 50-an yang turut menyertai perhimpunan itu memberitahu The Malaysian Insider, amat seronok melihat Dr Mahathir di perhimpunan itu, tetapi berkata negarawan bersara itu ada "misi dalam fikirannya".

"Dia ada misi dalam mindanya. Misinya ialah untuk menjatuhkan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak). Tidak semestinya untuk menjatuhkan kerajaan yang rasuah," kata mereka.
"Tetapi kita mesti pandai untuk guna dia (Dr Mahathir) berbuat demikian."

Pasangan itu yang datang bersama anak lelaki mereka berkata mereka juga membuat keputusan untuk hadir kerana kerajaan pada saat akhir melarang Bersih 4 semalam.

"Saya mahu beritahu kerajaan jika mereka larang perkara seperti ini, lebih ramai yang akan datang," katanya.

Sumber TKO - 30-8-2015

Pecahan ras ketara dalam BERSIH 4
Posted on Sunday, August 30 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Himpunan BERSIH 4 kali ini memperlihatkan sebahagian besar perserta terdiri daripada kaum Cina, berbeza dengan perhimpunan aman sebelumnya yang menyaksikan kehadiran lebih ramai kumpulan Melayu.

Kekurangan kehadiran peserta Melayu dalam BERSIH 4 hari ini juga didakwa kesan perbalahan dalaman Pakatan Rakyat sehingga mendorong ramai ahli PAS meninggalkan parti untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Konflik itu juga terkesan dengan pendirian PAS untuk tidak mengambil bahagian dalam BERSIH 4 walaupun antara tuntutan dibuat ialah menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, PAS telah menggerakkan puluhan ribu ahli akar umbi di seluruh negara.

Aktivis, Boon Kia Meng juga mengakui pola kaum tidak seimbang dalam BERSIH 4 ini.
Katanya, BERSIH 4 menyaksikan hanya 10 peratus daripada peserta adalah Melayu dan 90 peratus Cina memenuhi jalan raya di ibu kota hari ini.

"BERSIH 1 - Melayu 80 peratus dan Cina 20 peratus, BERSIH 2 - Melayu 60 peratus dan Cina 40 peratus, BERSIH 3 - Melayu 50 peratus dan 50 peratus Cina. Apa yang berlaku? "soalnya di Facebook.

Terdahulu, bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga enggan mengulas isu ketidakseimbangan kaum itu, sebaliknya berkata apa yang penting adalah kehadiran ramai rakyat Malaysia sebgai peserta.

Kekurangan peserta Melayu pada himpunan BERSIH kali ini juga menjadi tumpuan dalam blog pro-Umno seperti MyKmu.net yang menerbitkan artikel bertajuk Cina DAP Dominasi Himpunan Bersih 4.

Malah dalam tinjauan Merdeka Center juga mendapati bahawa 70 peratus daripada kira-kira 600 responden Melayu telah menentang Bersih 4.

Sumber: Malaysiakini

Sumber TKO - 30-8-2015

Suasana Bersih 4.0

Posted on Saturday, August 29 @ 16:27:01 MYT by paktam
















































Sumber DD - 29-8-2015

Dataran Merdeka mulai sesak
Posted on Saturday, August 29 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Keadaan di tengah ibu negara khususnya di sekitar Dataran Merdeka masih terkawal walaupun dilapor mula sesak menjelang jam 1 petang.

Segalanya berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini walaupun terdapat sorakan dan pekikan.

Selain berbaju kuning sebahagian mereka turut tampil dengan kreativiti sendiri termasuk menyolek muka dengan pewarna kuning.

Berikut laporan daripada krew FMT di lokasi:
bersih
1:00 petang : Lebih kurang 2,000 peserta berkumpul di sekitar stesyen LRT Masjid Jamek. Jumlah mereka yang ramai menyebabkan laluan di kawasan berkenaan terganggu.unnamed (20)
1:15 petang : Polis membuat kawalan ketat di kawasan pintu masuk Dataran Merdeka di mana dianggarkan lebih 200 anggota ditempatkan.bersih4
Orang ramai bergerak dan mengosongkan kawasan berkenaan selepas diarahkan berbuat demikian.
bersih5.
Sementara itu, di Brickfield hanya Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan kelihatan dengan jumlah penyokong yang dianggarkan sekitar 200 orang.
otw dm
1:30 petang : Peserta Bersih cuba berpatah balik ke Dataran Merdeka daripada kawasan sekitar Menara Maybank.

1:45 petang : Krew yang membuat tugasan memaklumkan internet mula perlahan khususnya di sekitar Sogo.

unnamed (22)
2.00 petang : Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di luar kawasan Masjid Negara. Sebelum itu lebih 100 penyokong Bersih 4.0 yang membawa bendera Terengganu berada di kawasan berkenaan.
wan-azizah
Pada masa yang sama, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama anaknya, Nurul Hana Anwar tiba di Sogo.
ambiga
2:10 petang : Bekas Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga tiba di Brickfield dan berjalan kaki menuju Pasar Seni sebelum ke Dataran Merdeka.
mat-sabu
2:17 petang : Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyampaikan ucapan di luar perkarangan Masjid Negara.
unnamed (23)
2:30 petang : Lebih 10 ribu peserta dilaporkan berkumpul dan menghala ke lokasi utama di luar Dataran Merdeka
unnamed (24)

20k
3.00 petang : Dianggarkan lebih 30,000 peserta tiba dan jumlah itu dijangka terus bertambah berikutan kebanjiran mereka yang datang dari arah Brickfield dan Masjid Negara.
Keadaan dilaporkan masih terkawal.

- SUmber FMT

Sumber TKO - 29-8-2015


Kedai nombor ekor antara tumpuan peserta Bersih
Posted on Saturday, August 29 @ 16:20:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Kegiatan harian di tengah Bandaraya Kuala Lumpur khususnya di sekitar kawasan Dataran Merdeka dilapor berjalan seperti biasa termasuk premis perniagaan.

Tidak terkecuali kedai nombor ekor di Jalan Tun H.S Lee.

Krew FMT yang membuat liputan di kawasan berhampiran sempat merakam gambar beberapa peserta bantahan Bersih 4.0 mencuba nasib.

Dalam gambar berkenaan, kelihatan para penyokong yang memakai baju kuning berurusan di luar kaunter kedai nombor ekor.

Ia antara kesempatan yang digunakan mereka ketika cuba berkumpul di lokasi utama, iaitu berhampiran Dataran Merdeka.  - FMT

Sumber TKO - 29-8-2015


Keadaan Peserta Bersih 4.0 Jam 1.30 Tengah Hari (video)
Posted on Saturday, August 29 @ 16:14:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
https://www.youtube.com/watch?v=_GlzhU3VIGc&feature=player_embedded


Ribuan peserta mula tiba di sekitar Jalan Tun Perak dan Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur sambil melaungkan BERSIH!  Keadaan dilaporkan sesak dan hiruk-pikuk dengan alat bunyian yang dibawa peserta.

Kredit:
KiniTV

Sumber TKO - 29-8-2015

Gambar Bersih 4.0 Tengah Hari (60 Gambar)
Posted on Saturday, August 29 @ 16:05:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Keadaan di ibu negara dengan kehadiran ribuan peserta himpunan Bersih 4.0 masih terkawal sekakat ini.





























































































Sumber TKO - 29-8-2015

Kit Siang Dah Insaf? - Tiada komen untuk Pas
Posted on Saturday, August 29 @ 15:39:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang enggan mengulas mengenai ketiadaan wakil Pas di Masjid Negara bagi menyokong perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung mulai hari ini.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk melihat sokongan rakyat tetapi yakin ramai akan bersama mereka dalan perhimpunan kali ini.

"Kita ada lokasi lain, masih awal saya belum dapat maklumat ditempatkan lain," katanya ketika ditanya mengenai sambutan orang ramai di Masjid Negara.

Berbeza dengan perhimpunan sebelum ini, Masjid Negara antara lokasi panas yang menjadi tumpuan peserta himpunan Bersih.

Namun sehingga jam 1 tengah hari tadi, kawasan sekitar Masjid Negara hanya dihadiri puluhan peserta sahaja.

Kit Siang ketika ditanya mengenai ketiadaan wakil Pas disitu beliau hanya berkata, "tiada komen untuk Pas".

Kawasan itu hanya mula dibanjiri peserta Bersih 4.0 sebaik ketibaan Kit Siang dan Presiden Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu.

Masjid Negara sebelum ini menjadi lokasi berkumpul pemimpin Pas, namun dalam satu kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyebut Pas tidak mengerah ahli-ahlinya untuk turun dalam perhimpunan Bersih 4.0.  - SInar


Sumber TKO - 29-8-2015

Gambar Awal Bersih 4.0 (25 Gambar)
Posted on Saturday, August 29 @ 13:33:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Rakyat mula banjiri KL














































Sumber TKO - 29-8-2015


Peserta himpunan Bersih 4.0 mula banjiri KL

Posted on Saturday, August 29 @ 12:48:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Keadaan di ibu negara dengan kehadiran ribuan peserta himpunan Bersih 4.0 masih terkawal sekakat ini.

Tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Peserta yang mula berkumpul di beberapa lokasi sejak awal pagi, dilihat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Beberapa lokasi yang sudah ditetapkan pihak penganjur mula dipenuhi dengan peserta himpunan yang memakai baju berwarna kuning.

Mereka juga kelihatan mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Ikuti laporan langsung dari kami menerusi laman web www.sinarharian.com.my, Facebook Sinar Harian dan Twitter @SinarOnline untuk perkembangan terkini himpunan Bersih 4.0.

12.00  tengah hari: Di kebanyakan lokasi di ibu negara mula dipenuhi dengan peserta himpunan Bersih 4.0.

12.04 tengah hari: kelihatan pemimpin pembangkang antaranya, Rafizi Ramli muncul di khalayak peserta Bersih 4.0.

12.12 tengah hari: Sebanyak tujuh buah bas yang membawa anggota polis kelihatan memasuki Dataran Merdeka. - Sinar


Sumber TKO -29-8-2015

Tips bila ditangkap di perhimpunan aman melalui pengalaman.

Posted on Saturday, August 29 @ 11:14:24 MYT by paktam

Oleh Nashita Md Noor

1. Polis akan menghampiri anda pegang tangan anda. Itu tanda sudah ditangkap. Anda akan dibawa terus ke dalam trak atau dikumpulkan di satu tempat sebelum dibawa masuk ke dalam trak.

2. Jangan melawan ikut saja arahan polis. Kawan- kawan jangan halang kerana dikhuatiri akan turut ditangkap atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam.


3. Pastikan kad pengenalan dibawa bersama. Sebolehnya jangan bawa barangan berharga dan wang yang banyak.

4. Sebaiknya bawa bag bersama anda dan jangan pass kepada kawan kerana kita masih boleh menggunakan barangan peribadi ketika dikumpulkan di balai atau pusat pengumpualan tahanan selagi belum dibawa ke lokap.

5. Jangan takut dan panik kerana ada yang lain bersama kita.

6. Peguam juga akan bersedia membantu kita.

7. Jangan jawab dan layan apa-apa soalan dari polis atau mereka yang tidak kita kenali.

8. Kita akan dimasukkan ke dalam trak polis yang gelap. Adakala terlalu sendat dan perlu berhimpit.

9. Kebiasaannya kita tidak akan digari ada juga yang digari. Jika digari jangan banyak bergerak kerana ianya akan mengetakan gari atau ikatan.

10. Cuba cari tempat untuk berpaut tangan kerana trak akan dipandu dengan sangat laju dan tak bertimbangrasa.

11. Di dalam trak jika tiada yang berpengalaman kita cuba jadi orang yang bertanggungjawab mengambil nama setiap orang yang ada di dalam trak. Maka sebaiknya sentiasa bawa pen dan kertas atau buku nota kecil.

12. Buat senarai nama semua yang ditangkap. Nama, no kad pengenalan dan no telefon.

13. Simpan no peguam dari tim yang disediakan oleh penganjur BERSIH4.

14. Senarai yang sudah siap diambil dihantar pada peguam juga rakan dekat kita. Ambil gambar senarai atau taip semula.

15. Masa di dalam trak gunakan peluang untuk hubungi keluarga rakan atau peguam.

16. Maklumkan pada keluarga di mana kita akan dibawa.

17. Pesan pada keluarga untuk membawa keperluan kita ubat-ubatan khususnya.

18. Jimat penggunaan handphone.

19. Jika ada yang cedera segera juga maklumkan pada kawan yang lain atau pihak penganjur.
20. Maka penting untuk cari dan simpan nombor-nombor penting.

14. Dari lokasi kita ditangkap akan dibawa ke IPD atau ke satu pusat yang besar seperti di PULAPOL Jalan Semarak atau PGA Cheras seperti yang berlaku di Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos 2009 di mana lebih 600 orang ditangkap!!

15. Di lokasi ini proses dokumentasi akan dilakukan dan akan mengambil masa yang agak lama.

16. Anda akan dipanggil dan duduk berhadap dengan pegawai penyiasat dan maklumat peribadi anda akan diambil. Nama, no kad pengenalan, alamat, nama ayah dan beberapa maklumat lain. Berikan saja maklumat ini dan beri kerjasama pada polis. Maklumat lain seperti kenapa anda datang kemana nak pergi dan seumpamanya tak perlu dijawab dan mereka tak akan paksa kita jawab.

17. Kebiasaannya akan disusuli dengan proses mengambil gambar setiap orang.

18. Kita akan berada lama di lokasi ini kerana kebiasaannya mereka hanya diarah menangkap dan kemudian tidak tahu apa nak buat.

19. Kebiasaannya juga ramai yang akan dibebaskan pada akhirnya dan tidak dibawa ke lokap. Ada beberapa orang yang akan terpilih untuk dibawa ke lokap dan direman.

20. Kita akan diberi makan oleh polis dan kawan-kawan juga akan membawa makanan dan minuman untuk kita.

21. Memandangkan kita datang dengan rela hati, penuh kesedaran dan tanpa paksaan hadapilah situasi ini dengan tenang, sabar dan redha.

22. Gunakan masa sebaiknya untuk berkenalan di antara satu sama lain dan isi masa untuk terus beraktiviti dan menaikkan semangat semua yang ditangkap.

Bersambung untuk episod jika ada yang dibawa ke lokap untuk direman. Apa yang akan kita lalui.

Sumber DD  - 28-8-2015




Apa salahnya beri peluang kepada rakyat untuk berhimpun

Posted on Saturday, August 29 @ 09:59:22 MYT by paktam

Oleh Hazayani Zakaria

Sejujurnya, saya bukanlah manusia yang benar-benar berani, benar-benar kuat menghadapi segala risiko. Saya juga bukanlah manusia yang suka mencari susah sedangkan jalan yang sedikit senang sudah terbentang di hadapan mata.

Tetapi, Allah campakkan ke dalam hati saya sedikit rasa tanggungjawab. Dengan kata lain, kalau saya tak laksanakan, saya akan rasa bersalah terhadap diri sendiri dan boleh jadi 'down' dua tiga hari.


Ini bukan tentang pengaruh rakan sebaya atau orang sekeliling. Saya manusia introvert. Manusia introvert biasanya melakukan sesuatu perkara atas faktor dalaman. Kehendak jiwa dan rasional sendiri, bukan desakan dari luar.

Perasaan takut diapa-apakan naik sekali ganda apabila saya akan turun ke ‪#‎Bersih4‬ tanpa sebarang imuniti. Kalau sebelum ini, saya ada kad media. Biasanya pihak berkuasa tak akan ganggu kalau ada tanda nama petugas media (walaupun ada juga petugas media yang kena pukul). Tetapi esok, saya turun sebagai orang awam, sebagai penganggur.

Saya bukan manusia yang terlalu berani tetapi selalu meminjam keberanian kawan-kawan.
Atas rasa tanggungjawab, saya akan turun ke #Bersih4 esok dan lusa. Tiada siapa pun yang memaksa, tiada siapa pun yang mendesak walaupun saya dikelilingi kawan-kawan yang akan turun ke himpunan keluarga ini.

Jujurnya juga, perasaan mahu turun ke #Bersih4 ini, bukanlah teruja, gembira, bersemangat, tak boleh tidur malam sebab tak sabar tunggu hari kejadian.

Jauh sekali rasa senang hati macam nak pergi back packing, seronok macam nak tonton teater yang saya suka, gembira macam nak pergi event buku, seni dan sastera, jumpa kawan-kawan yang gila buku dan boleh sembang tentang buku dan penulisan berjam-jam lamanya atau teruja seperti bersiar-siar di taman orkid.

Tidak.

Buat apa mahu berpanas, berjalan berbatu-batu jauhnya, berpeluh sampai naik ruam, bersesak-sesak dengan bau manusia yang macam-macam, dengar pidato yang rasanya sudah berpuluh-puluh kali saya dengar sedangkan saya boleh memilih untuk bersenang-lenang di rumah sambil membaca buku dan menghirup kopi, menonton televisyen sambil membalas mesej ataupun berdiri di balkoni sambil berangan.

Tetapi saya memilih untuk turun ke #Bersih4 atas kesedaran sendiri. Berbalik kepada rasa tanggungjawab tadi. Tanggungjawab untuk menempatkan diri saya dalam kalangan rakyat yang menuntut:

1. Pilihan raya bebas dan adil
2. Sebuah kerajaan yang telus
3. Hak untuk berdemonstrasi
4. Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
5. Menyelamatkan ekonomi negara

Yang paling penting, saya jelas dengan matlamat saya turun ke #Bersih4. Bukan sekadar untuk selfie atau sebagai modal untuk bersembang kencang dengan kawan-kawan.

Setiap orang ada cara masing-masing untuk perjuangkan hak mereka. Saya yakin setiap golongan sudah memainkan peranan masing-masing. Tolak ahli politik, saya percaya golongan seniman, karyawan, profesional, ulama, dan lain-lain lagi sudah berperanan bagi memastikan negara kita menuju ke arah yang lebih baik.

Jadi, apa salahnya beri peluang kepada rakyat untuk berhimpun, berarak, menzahirkan tuntutan mereka. Asal kita masih ada sikap hormat terhadap prinsip orang lain, semuanya akan baik-baik sahaja.

Saya sayang Malaysia.
#Bersih4 ‪#‎selamatkanMalaysia‬
Ok, lega.

Sumber DD - 29-8-2015


Selamatkan Negara : Hadir Bersih 4.0
Posted on Saturday, August 29 @ 09:55:07 MYT by paktam

Oleh Yb Dato Hj Husam Musa

Sebagai rakyat biasa Malaysia tercinta, apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan negara saya Malaysia pada hari ini?Ringgit menjunam sebahagiannya kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan negara dan krisis yg dicetuskan 1MDB. Jika ringgit terus menjunam, negara mungkin bangkrap.

Kepimpinan yang dikaitkan dengan jenayah ekonomi yang menjadi punca krisis enggan melepaskan jawatan.


Institusi utama negara pula menjadi mangsa sepak terajang politik.
Jawapnya: Saya mesti ikut sama berhimpun menyatakan tuntutan untuk selamatkan negara ini: bagi pihak diri saya dan anak cucu saya.

Ini selari dgn pendirian guru politik Islam negara ini, al Marhum Tok Guru Nik Aziz seperti kata-kata di bawah:

"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.

“Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram. “Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul,” katanya.
…..............
Sekalipun saya kurang sihat, InsyaAllah Saya cuba sedaya upaya akan hadhir hari kedua Bersih 4.

Yb Dato Hj Husam Musa
28 Ogos 2015

Sumber DD - 29-8-2015


Polis kawal ketat Dataran Merdeka
Posted on Saturday, August 29 @ 12:01:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Raptai penuh Hari Merdeka ke-60 yang sedang berlangsung di Dataran Merdeka seawal jam 8 pagi tadi berada dalam keadaan terkawal dengan kawalan ketat pihak polis di sepanjang Jalan Tun Perak dan Jalan Parlimen, di sini, hari ini.

Tinjauan Sinar Online mendapati Jalan Tun Perak dan Jalan Parlimen berdekatan lokasi raptai tersebut telah mula ditutup kepada semua kenderaan seawal jam 7 pagi tadi dengan kawal polis trafik untuk menyuraikan lalu lintas.

Selain itu, Jalan Raja berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad turut diletakkan penghalang jalan sejauh 1km dari lokasi raptai.

Dalam kesibukan raptai dijalankan, peserta Bersih 4.0 mula kelihatan menuju lima lokasi berkumpul perhimpunan itu seawal jam 9 pagi tadi.

Sinar Online mendapati peserta Bersih 4.0 yang memakai tshirt kuning kelihatan seolah-olah 'takut' ketika melalui Jalan Tun Perak dalam keadaan berkumpulan.

Tidak kurang pula, peniaga air turut kelihatan sibuk menolak bekas air untuk mencari lokasi sesuai untuk melariskan jualan sebelum perhimpunan itu bermula jam 2 petang nanti.

Dianggarkan kira-kira 200 anggota polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di sekitar Dataran Merdeka bagi menghalang peserta Bersih 4.0 menceroboh lokasi raptai Hari Kemerdekaan itu. - Sinar 


Sumber TKO - 29-8-2015

Bersih 4 berlangsung di seluruh dunia sebagai sokongan himpunan di MalaysiaPosted on Saturday, August 29 @ 11:50:46 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Biarpun ribuan rakyat Malaysia di 70 bandaraya seluruh dunia akan mengadakan perhimpunan hari ini bagi menyatakan solidariti terhadap Bersih 4, namun penganjur Bersih di Brisbane/Gold Coast, Australia memutuskan untuk membuat pendekatan berbeza - meronda sekitar dua bandaraya berkenaan menggunakan bas.

Bas memuatkan 24 tempat duduk yang terpampang perkataan Bersih 4 di kiri dan kanan badannya, akan menyebarkan kesedaran tentang perhimpunan itu dengan perjalanan dari ibu negeri Queensland di Brisbane ke bandaraya Gold Coast dari jam 9 pagi waktu tempatan hari ini dan akan berhenti di beberapa lokasi ikonik seperti Southbank, Movie World dan Surfer's of Paradise.


Setiap perhentian akan mengambil masa kira-kira 30 minit yang membolehkan orang ramai untuk turun dan naik bas, mengambil gambar, menyanyi dan menyiarkannya ke media sosial.

Penganjurnya Denzel Koh berkata menggunakan bas untuk perjalanan di sekitar bandaraya akan membolehkan mereka pergi ke lebih banyak tempat dan menyebarkan kesedaran mengenai perhimpunan itu kepada lebih ramai orang.

Pada masa sama, ia akan membolehkan peserta di dalam bas untuk bersuka ria.

"Semua fikir ia idea yang cukup bagus. Kami penduduk Queensland suka untuk berfikir di luar kotak. Tidak lama lagi musim bunga akan tiba di sini dan udaranya segar serta nyaman. Kuntuman bunga mula mekar dan burung bersiulan sepanjang hari. Kami tidak mahu terlepas semua itu," katanya dalam e-mel kepada The Malaysian Insider.

Salah sebuah poster mempromosikan Bersih 4 di Australia, antara negara yang mengambil bahagian pada perhimpunan kali ini. - Gambar Facebook, 29 Ogos, 2015. Salah sebuah poster mempromosikan Bersih 4 di Australia, antara negara yang mengambil bahagian pada perhimpunan kali ini. - Gambar Facebook, 29 Ogos, 2015.Beliau berkata sambutan amat menggalakkan, dengan semua 24 tempat duduk sudah ditempah.

Mereka yang terlepas masih boleh berkumpul di Southbank pada jam 9 pagi waktu tempatan untuk berhimpun sebentar sebelum bas berlepas.

Koh yang akan memandu bas itu berkata akan menanggung segala kos bahan api bas berkenaan yang dianggarkan sekitar AUS$80.

Koh dan peserta lain antara ribuan rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk dunia bermula di Jakarta hingga ke Rio de Janeiro yang akan mengambil bahagian dalam perhimpunan solidairti bersama rakan mereka di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching hujung minggu ini sebagai sebahagian daripada pergerakan perpaduan global mengenai pembaharuan.

Berbekalkan kain rentang dan t-shirt kuning tertulis logo Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), rakyat Malaysia yang menetap di luar negara akan mengadakan perhimpunan bagi menyokong perhimpunan selama 34 jam Bersih 4 diadakan di Malaysia hari ini.

Walaupun jauh dari tanah air, rakyat Malaysia yang menetap di luar negara merancang untuk hadir di perhimpunan di negara tempat tinggal mereka bagi menunjukkan mereka masih mempunyai rasa cinta kepada Malaysia serta memberi sokongan terhadap tuntutan Bersih 4 bagi menjalankan pilihan raya bersih, kerajaan bebas rasuah, hak untuk membantah, mengukuhkan demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara.

"Kami lihat banyak masalah dihadapi dengan sistem di Malaysia dan mahu menyumbang sebahagian daripada perubahan itu dan memperbaiki negara ini," kata seorang penganjur Bersih 4 di Hong Kong yang hanya mahu dikenali sebagai James.

Kira-kira 300 orang dijangka hadir pada perarakan di bekas tanah jajahan British itu.

Peserta akan berkumpul di Luard Road, berhampiran Taman Permainan Southorn antara jam 2.30 petang dan 3 petang waktu tempatan sebelum berarak menuju ke konsulat Malaysia di Gloucester Road, di mana mereka akan berkumpul untuk melakuakan bantahan.

Agenda utama perhimpunan di sana adalah untuk mendapatkan tandatangan peserta yang hadir di atas pepanji (banner) dan meminta peserta menyanyi sebuah lagu digubah oleh seorang rakyat Malaysia yang berkerja di Hong Kong.

Pihak penganjur juga akan menyediakan bahan perhimpunan dan mengingatkan orang ramai untuk menyemak status mengundi mereka.

Bancian susulan juga akan dibuat terhadap peserta bagi memastikan bagaimana kesedaran itu dikekalkan.

James berkata penganjur sudah mengumpulkan maklumat perhubungan peserta sejak perhimpunan Bersih 3 pada April 2012 dan mereka akan menganjurkan satu lagi perhimpunan bagi menunjukkan sokongan kepada perhimpunan di Malaysia.

"Semua orang mempunyai tugas masing-masing. Setiap rakyat Malaysia di Hong Kong akan memberitahu orang lain dan menggalakkan rakan-rakan dan keluarga mereka di Malaysia untuk menyertai Bersih 4.

"Melalui proses ini, kami berharap lebih ramai orang akan menyertai Bersih 4 di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu atau Kuching serta memahami 5 tuntutan dan memahami apa yang mereka perlu lakukan untuk menyelamatkan negara kita.

"Mereka yang terdapat dalam maklumat perhubungan itu perlu memastikan mereka berdaftar sebagai pengundi, terus menyemak status pengundi mereka, mempertimbangkan untuk menjadi pembantah dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya persempadanan akan datang; bersedia untuk mengundi - sama ada pulang ke tanah air untuk berbuat demikian atau sebagai pengundi pos - pada pilihan raya umum akan datang mereka perlu memikirkan bagaimana untuk memastikan setiap rakyat Malaysia di Hong Kong akan melakukan perkara yang sama.

"Jadi, kami merasakan kami menganjurkan perhimpunan yang jauh dari Kuala Lumpur secara tidak langsung akan membuat cara yang berbeza," katanya kepada The Malaysian Insider dalam e-mel.

Penganjur Bersih Global Jakarta S K S Sivananthan berkata perhimpunan Bersih di Jakarta akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang tidak dapat menyertai keluarga dan rakan mereka untuk pulang ke tanah air bagi menyuarakan pandangan mereka.

"Kami fikir ia akan membawa perubahan dengan menunjukkan sokongan kami di peringkat global, kita akan mengambil perhatian seluruh dunia pada perjuangan kita bagi menunjukkan keadaan buruk politik negara, keadaan ekonomi yang tidak stabil dan merosot, kegagalan kerajaan pemerintah dan keamanan global rakyat Malaysia yang berarak secara aman bagi menjadikan negara yang lebih baik," katanya.

Perhimpunan Bersih di Jakarta hari ini akan diadakan di Liquid Exchange di pusat beli-belah Epicentrum Walk dari jam 10.30 pagi hingga 2 petang waktu tempatan.
Kira-kira 200 peserta dijangka menghadiri perhimpunan itu.

Sivananthan, 35, yang sudah bekerja di ibu negara Indonesia itu sejak 10 tahun yang lalu mengatakan rasuah, jenayah, bajet defisit, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kejatuhan ringgit jatuh sebagai antara kebimbangan rakyat Malaysia di luar negara.

"Saya lebih bimbang tentang masa depan anak-anak saya dan saya menyayangi negara saya sepenuh hati... kami mahu negara yang kami cintai makmur, bebas daripada jenayah kolar putih dan jumlah rasuah yang tinggi serta mempunyai ekonomi dan keselamatan yang lebih baik," katanya.

Sementara itu, Presiden Bersih Global Colin Rajah, mengutuk dakwaan Putrajaya yang cuba menghalang perhimpunan Bersih di luar negara dengan melancarkan ancaman membatalkan biasiswa pelajar Malaysia yang ditaja kerajaan di luar negara kerana menyokong Bersih 4.

Beliau juga mendakwa penganjur menghadapi masalah dengan polis tempatan kerana "laporan yang mengelirukan" daripada kedutaan Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri juga sudah mengumumkan semalam semua pakaian berwarna kuning serta pakaian dengan perkataan "Bersih 4" dan juga bahan juga dicetak berhubung perhimpunan itu, adalah dilarang di perhimpunan tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan perintah ini di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa semalam.


Terdahulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman web rasmi Bersih 2.0.

Sumber TKO - 29-8-2015

Unit amal larang pakai seragamnya disalahgunakan
Posted on Saturday, August 29 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Unit Amal PAS hari ini melarang anggotanya memakai seragam jabatan itu dan sebarang pakaian yang mempunyai lambangnya dalam perhimpunan BERSIH 4 bermula esok.

Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Mohd Nasree Mohd Aris juga memberi amaran mengambil tindakan undang-undang jika ada individu bukan anggota yang memakai seragam mereka, lapor Harakahdaily.

Nasree juga berkata tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana anggotanya yang melanggar arahan dan jika berlaku kejadian tidak diingini segala liabiliti akan ditanggung sendiri individu itu.

Beliau juga memaklumkan tidak menerima arahan daripada pimpinan PAS untuk bertugas mahupun menyertai himpunan BERSIH 4, selari dengan keputusan tidak mengerahkan ahli turut serta.

Justeru, katanya, sekiranya terdapat anggotanya yang menyertai himpunan ia, atas dibuat atas kapasiti dan kemahuan sendiri.

Unit itu bagaimanapun menegaskan menyokong tuntutan BERSIH.

"Jabatan Amal Malaysia menyokong tuntutan BERSIH 4.0 dan berharap segalanya akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah," katanya.

Sumber TKO - 29-8-2015





































































































Kenapa PAS Tidak Menyertai Bersih?
Posted on Saturday, August 29 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



JANGAN TANYA KENAPA PAS TAK SERTAI BERSIH, TAPI TANYALAH KENAPA PAS DISINGKIRKAN DALAM AGENDA BERSIH. KENAPA ADA USAHA NAK SINGKIRKAN PAS DARIPADA AGENDA RAKYAT? NAK BUAT PAS KONONNYA TAK PERDULIKAN RAKYAT

Cerita pasal BERSIH 4.0.. sedang kami berkursus dalam Kursus Emergency dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Sg. Congkak Hulu Langat.. 


Kehadiran Ust. Nasaruddin Tantawi amat mengejutkan kami, beliau diberikan kesempatan memberikan sepatah dua kata..

Beliau menceritakan cerita sebenar disebalik BERSIH 4.0.. Bersih terdahulu Pas merupakan penganjur bersama.. PAS turut berperanan menentukan bentuk perhimpunan aman agar tidak bertentangan dengan prinsip Islam dan juga tidak mencetus situasi yang keterlaluan.

Namun pada bersih 4.. PAS tidak dilibatkan sebagai penganjur bersama.

Justeru dasar PAS yang Islamik, PAS berpendirian tegas utk tidak mengheret rakyat kepada aktiviti yang boleh mengharu birukan keselamatan negara.

Sudah lah PAS tidak dilibatkan sebagai penganjur bersama, mereka hanya meminta supaya PAS mengerahkan ahlinya dan Sayap Utama dlm kebajikannya (Unit Amal) utk turun seramai mungkin.. Tindakan ini seolah memperkecilkan PAS dan tindakan mereka AJK BERSIH 4.0 ini dilihat hanya nak meletakkan para pimpinan PAS dan UNIT AMAL sebagai budak suruhan mereka. Mana mungkin..

Pengalaman kami sendiri Unit Amal menjaga program/aktiviti mereka sebelum ini yg berkhemah di dataran merdeka sememangnya menghasilkan ketidakpuasan hati ahli amal yg bertugas kerana mereka mengadakan aktiviti hiburan, malah terdapat mereka yang minum arak dan berdua-duaan di dalam khemah masing2.

Bayangkan jika aktiviti yg lebih kurang sama nak dibuat dr 29 hingga 30 Ogos ini melibatkan ribuan yg hadir selama 36jam.. Tiada aktiviti yg khusus dirancang hanya nak duduk atau occupy padang dataran tersebut selama 36jam.. Jika berlaku kes yg sama seperti yg lepas dimana tiada kawasan khas muslimat@perempuan dan muslimin@lelaki (semua campur sekali) ini akan mendtgkan maksiat..

Program tersebut juga akan disertai oleh pelbagai NGO termasuk yang memperjuangkan LGBT (ngo lesbian dan gay) sanggupkah UNIT AMAL menjaga keselamatan mereka?

Sebelumnya Ust. Nasaruddin Tantawi menegaskan tak sanggup melihat unit amal menjadi budak suruhan utk kerja2 yang terdapat elemen maksiat padanya..



Sumber TKO - 29-8-2015




Baju Bersih Haram Untuk Kali Kedua
Posted on Saturday, August 29 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan warta kerajaan melarang pemakaian “apa-apa pakaian berwarna kuning” dan yang mengandungi perkataan “Bersih 4″ berkuatkuasa hari ini.

Perintah itu juga melarang apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpunan itu.


Perintah tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. Ia disiarkan di laman web Pejabat Peguam Negara.

Sumber TKO - 29-8-2015



Setuju, bantah BERSIH 4 sama banyak
Posted on Friday, August 28 @ 20:08:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tinjauan terbaru Merdeka Center menunjukkan pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH 4 esok hampir sama banyak.

Seramai 47 peratus tidak setuju dengan perhimpunan itu manakala 43 peratus lagi berpendapat sebaliknya.

Tinjauan juga menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan itu terbelah mengikut garis kaum.
Golongan yang bersetuju pula kebanyakan daripada responden Cina (81 peratus).
Manakala India pula sebanyak 51 peratus dan 23 peratus pula Melayu.

“Pada pandangan kami, tinjauan mendedahkan pengundi di semenanjung Malaysia terpisah mengikut garis kaum dan sosio ekonomi,” menurut kenyataan Merdeka Center.

Pusat tinjauan bebas itu juga berkata tinjauan mencadangkan bahawa peserta BERSIH 4 terdiri kebanyakannya daripada penduduk bandar, pengguna Internet dan pengundi bukan bumiputera.
Tinjauan itu dibuat antara 15 hingga 21 Ogos 2012 melibatkan 1,010 pemilih berdaftar meliputi Melayu (60 peratus), Cina (31 peratus) dan India (9 peratus.)

Responden diwawancara melalui telefon dan dipilih secara rawak berdasarkan kaum, jantina dan negeri masing-masing.





















Sumber TKO - 28-8-2015


4 laman sesawang promosi Bersih 4 disekat setakat 6 petang ini

Posted on Friday, August 28 @ 20:06:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 4 laman sesawang yang menyebar maklumat program perhimpunan haram Bersih 4, setakat 6 petang ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata 4 laman sesawang berkenaan ialah http://bersih.org, http://globalbersih.org, http://www.bersih.org dan http://www.globalbersih.org.


"Setakat ini saya dimaklumkan bahawa 4 laman sesawang sudah disekat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

SKMM dalam kenyataan semalam menegaskan akan menyekat mana-mana laman sesawang dan portal berita yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan haram itu kerana menyifatkan perbuatan itu boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

Menurut Salleh, SKMM kini sedang memantau portal-portal berita bagi memastikan tiada kesalahan sama.

"Setakat ini belum ada portal berita yang mempromosikan perhimpunan haram ini... cuma melaporkan saja, jadi belum ada pelanggaran undang-undang lagi... tiada sebab pengendali berita portal risau," katanya.

Cubaan Bernama untuk mengakses keempat-empat laman sesawang itu setakat 6 petang tadi menyatakan 'kesalahan server' (server error), dengan maklumat sumber yang dicari mungkin dikeluarkan, mempunyai namanya ditukar, atau tergendala buat sementara waktu. - Bernama

Sumber TKO - 28-8-2015

Bersih 4.0: Tiada kerahan anggota Jabatan Amal

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Malaysia memaklumkan pihaknya tidak menerima arahan daripada pucuk pimpinan PAS untuk bertugas mahupun menyertai himpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini.

Makluman itu menurut Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Mohd Nasree Mohd Aris selari dengan keputusan pimpinan PAS yang tidak mengerahkan ahlinya untuk menyertai himpunan tersebut.

Katanya, dalam satu kenyataan hari ini, sekiranya terdapat anggotanya yang menyertai himpunan berkenaan adalah atas kapasiti dan kemahuan individu tersebut.

"Jabatan Amal Malaysia dengan ini melarang dari memakai mana-mana pakaian seragam Jabatan Amal mahupun memakai apa bentuk pakaian atau topi yang mempunyai lambang unitnya atau divisyen di bawahnya iaitu Kadet Amal, Bridged Amal dan Unit Amal semasa himpunan Bersih 4.0," katanya.

Jabatan Amal juga, ujarnya memberi amaran sekiranya terdapat mana-mana individu yang bukan anggotanya mamakai pakaian seragam Jabatan Amal Malaysia dan divisyen di bawahnya, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

Katanya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana anggotanya yang melanggar arahan tersebut dan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini semasa himpunan itu segala liabiliti akan ditanggung sendiri oleh individu berkenaan.

"Jabatan Amal Malaysia menyokong tuntutan Bersih 4.0 dan berharap segalanya akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah," katanya. - HARAKAHDAILY 28/8/2015

Sumber HD - 28-8-2015

ProGuam Bersama Bersih 4.0 : Sediakan 80 Peguam

Posted on Friday, August 28 @ 12:23:14 MYT by paklang

Latar Belakang Ringkas ProGuam

ProGuam merupakan NGO yang berdaftar dengan ROS dan terdiri daripada para peguam, ahli akademik, pegawai undang-undang dan lain-lain ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang perundangan sivil atau syariah; termasuk yang berlainan latar belakang politik termasuk daripada Pas, Pkr dan Dap. Malah, kita juga telah menerima penyertaan rakan-rakan Peguam  daripada Ikram di mana kesemua Ahli yang telah berdaftar dengan ProGuam kini berjumlah 100 orang dari seluruh Negara.


Penubuhan ProGuam tercetus berdasarkan inisiatif peguam-peguam yang cintakan undang-undang serta perjuangan hak asasi manusia tanpa mengira latar belakang politik.

Buat masa ini, penggerak utama ProGuam adalah terdiri daripada bekas-bekas ahli jawatankuasa JUHAM (Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia, Pemuda Pas Malaysia) yang telah tersedia mempunyai rekod keterlibatan mereka dengan pelbagai kes-kes perundangan yang berkaitan dengan hak asasi manusia seperti Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0, Gerakan Mansuhkan ISA, kes-kes tangkapan di bawah SOSMA sehinggalah yang terkini kes tangkapan melibatkan mahasiswa yang berhimpun di hadapan Parlimen pada 25 Ogos yang lalu.

Semalam, 26 Ogos, saya dan rakan-rakan ProGuam  yang lain telah mewakili 4 orang daripada 16 orang mahasiswa yang terlibat dalam prosiding reman terbabit di mana 3 orang daripadanya adalah mahasiswa PAS dan seorang daripadanya adalah dari Anak Muda Harapan Baru.

ProGuam for Bersih 4.0

Pertubuhan Pengamal Undang-undang & Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam) menyatakan sokongan kepada penganjuran Bersih 4.0.

Sebagai komitmen ProGuam kepada Bersih 4.0, ProGuam menyediakan 80 orang Peguam yang akan berkhidmat sepanjang penganjuran Bersih 4.0 tersebut.

Peguam-peguam ProGuam akan ditugaskan ke lapangan iaitu di tempat perhimpunan tersebut bagi tujuan memantau dan juga akan ke lokap-lokap atau balai bagi tujuan prosiding reman sekiranya berlaku tangkapan.

ProGuam dengan ini melancarkan tiga nombor Hotline bagi membolehkan para peserta Bersih 4.0 hubungi sekiranya berlaku tangkapan:

017-394 1559
017-394 1561
017-303 2591

Nombor-nombor di atas akan mula diaktifkan bermula jam 8.00 malam pada 28 Ogos 2015.

ProGuam dengan ini juga melancarkan panduan ringkas undang-undang untuk tatapan dan panduan kepada para peserta Bersih 4.0 khususnya berkaitan hak-hak peserta sekiranya ditahan oleh pihak Polis. Panduan ringkas ini akan diviralkan melalui media-media baru seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan lain-lain untuk kemudahan orang ramai.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan ProGuam, Bersih 4.0 atau lain-lain hal yang berkaitan perundangan, orang ramai boleh layari laman facebook Proguam iaitu di https://www.facebook.com/proguam

Bersih 4.0 Bergiat Secara Tidak Sah?

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim melalui kenyataannya sepertimana yang disiarkan di Berita Harian pada 25 Ogos baru-baru ini telah menyatakan bahawa Bersih 4.0 telah bergiat secara tidak sah.

ProGuam ingin menegaskan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai, 2012 telah pun membuat keputusan mengenepikan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri bahawa Bersih adalah pertubuhan haram. Malah, keputusan Mahkamah Tinggi tersebut tidak pun dirayu dan masih kekal hingga kini. [Sila rujuk kes Dato’ Ambiga Sreenevasan & Ors v Menteri Dalam Negeri & Ors; Semakan Kehakiman No: R2-25-165-2011].

Justeru, ProGuam menegaskan bahawa kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri di atas adalah bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut serta boleh mengundang rasa kebimbangan yang tidak berasas kepada masyarakat. ProGuam percaya kenyataan ini lebih kepada ingin menakut-nakutkan rakyat daripada hadir menyertai perhimpunan aman terbabit.

Seharusnya, pihak berkuasa seperti KDN dan PDRM sama-sama berganding bahu bagi memastikan perjalanan Bersih 4.0 tersebut berjalan dengan aman dan tanpa sebarang provokasi. Secara tidak langsung, ia boleh memartabatkan imej Negara sebagai Negara yang mendaulatkan hak-hak demokrasi dan hak-hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, ProGuam ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk tidak berasa takut selagimana hak-hak anda dijamin oleh undang-undang.

NOORAZMIR ZAKARIA
PRESIDEN PROGUAM


Sumber DD -28-8-2015


Bersih 4 pertahan kuasa moral rakyat dan asak kerajaan penuhi tuntutan
Posted on Friday, August 28 @ 12:18:55 MYT by paklang

Oleh Mohamad SabuNegara kita sedang berhadapan dengan pelbagai skandal yang sangat menjolok mata, pembohongan melampau, pemerkosaan hak rakyat, dan salah urus kekayaan negara, seolah tiada lagi batasnya.

Pemimpin negara bertindak sesuka hati, para pegawai pelaksana undang-undang disingkir, suara yang menegur diugut dan ditekan, dan rakyat dibohongi saban hari.

Ekonomi negara pula sangat tenat. Nilai ringgit merudum tiada kawalan. Harga rumah, barang keperluan harian, dan kos perniagaan meningkat di luar tahap kemampuan kebanyakan rakyat.


Sedang harta negara diratah sesuka hati para penguasa. Amanah hilang entah ke mana. Kebejatan ini tidak mungkin berlaku di dalam negara yang punya kuasa moral yang tinggi. Tetapi, kuasa moral rakyat kelihatan cuba dihakis terus.

Dhamir rakyat yang masih punya kuasa moral sangat terluka dengan keadaan ini. Mereka mesti bangkit menyatakan sikap dan pendirian.

Gerakan Harapan Baru menyeru semua pendokong dan penyokongnya, serta seluruh rakyat negara ini, agar turut serta dalam Perhimpunan Aman Bersih 4, yang akan berlangsung pada 29 hingga 30 Ogos ini, bermula jam 2 petang di ibu negara.

Himpunan ini sangat penting bagi mempertahankan kuasa moral rakyat, sekali gus demi menyelamatkan Malaysia daripada segala kebejatan yang tidak berpenghujung ini.

* Penulis merupakan pengerusi Gerakan Harapan Baru.

Sumber DD -28-8-2015


Tentera campur tangan jika Putrajaya isytihar Bersih 4 darurat
Posted on Friday, August 28 @ 07:08:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan masuk campur menangani himpunan Bersih 4 yang akan diadakan hujung minggu ini jika kerajaan mengisytiharkan darurat, kata Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Panglima ATM itu dipetik The Star Online berkata, pihaknya setakat ini tidak terlibat mengawal himpunan ini kerana situasi masih belum mencapai tahap tersebut.

"ATM hanya akan masuk campur jika kerajaan mengisytiharkan darurat.

"Jika situasinya dikategorikan sebagai ancaman kepada orang awam, kami akan ambil alih peranan polis mengawal keadaan," katanya di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Zulkifeli berkata, walaupun anggotanya tidak diarahkan untuk mengawasi himpunan 29 dan 30 Ogos, namun mereka menjalani sesi latihan bagi menghadapi kemungkinan himpunan aman itu bertukar menjadi luar kawalan.

"Tidak bermakna kita tidak menjalani latihan dengan polis untuk mengekalkan ketenteraman awam.

"Kita perlu memastikan yang kita sentiasa bersedia, berkemahiran dan cekap dalam menjalankan tugas jika kerajaan perlu mengumumkan keadaan darurat," katanya.

Katanya, amat penting bagi ATM mengambil langkah pencegahan kerana bimbang insiden sama seperti letupan bom di Erawan Shrine di Bangkok, Thailand, terjadi di Malaysia.

"Kami bimbang jika himpunan sebegini bertukar darurat kerana beberapa perkara. Apa yang terjadi kejadian letupan bom di Thailand, ada yang ambil kesempatan terhadap situasi itu...itu yang kita bimbang.

"Ada banyak faktor yang menukar sesuatu himpunan itu, bagaimanapun aman, kelam-kabut," katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan yang akan mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan Bersih 4 pada hujung minggu ini, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan menteri dalam negeri itu berkata, wujud kumpulan anarki yang bertujuan mencetuskan provokasi terhadap polis supaya pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap peserta.

"Tindakan provokasi berkenaan adalah untuk menyebabkan polis dipersalahkan kerana menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram itu sekali gus akan meningkatkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan kerajaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber TKO - 28-8-2015

Kumpulan anti-BERSIH batal demo
Posted on Thursday, August 27 @ 21:23:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Selepas beberapa jam bertekad untuk tetap meneruskan perhimpunan hujung minggu ini, kumpulan anti-BERSIH kini membatalkan hasrat tersebut.

Keputusan itu dibuat selepas perjumpaan ketua kumpulan tersebut Datuk Jamal Md Yunos bersama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah.

Jamal berkata, perjumpaan antara Tajuddin dan Zainol dibuat selepas keterangannya diambil oleh pihak polis.

"Kami dan diambil keterangan oleh pihak polis dan berbincang dengan ketua polis Kuala Lumpur dan OCPD dan dengar taklimat daripada polis berkenaan persiapan polis jika BERSIH 4 tetap meneruskan niat mereka.

"Oleh itu, kami buat ketetapan untuk membatalkan niat untuk anjur BERSIH 4 Keamanan kerana kami beri kepercayaan sepenuhnya kepada polis," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Bagaimanapun Jamal berkata, berikutan tidak dapat mengadakan perhimpunan Sabtu ini, pihaknya berhasrat utnuk membuat satu lagi perhimpunan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun masa dan tarikh masih belum lagi ditentukan, katanya.

"Seminggu atau dua minggu lagi kita akan buat perhimpunan. Ralat memang ralat sebab kami dah bersedia.

"Tapi demi menghormati undang-undang dan penjelasan polis dan kami beri keyakinan pada mereka," katanya lagi.

Sebelum itu, Jamal berkata kumpulan itu akan tetap meneruskan perhimpunan mereka pada Sabtu ini.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menyediakan baju sebanyak 10,000 untuk perhimpunan itu nanti.
"Bergantung pada dua hari ini, ikut perkembangan semasa.

"Kami telah buat persediaan, baju dah sampai di tangan saya dalam 10,000 helai,” katanya.

Jamal berkata pihaknya hanya akan membatalkan hasrat mereka jika perhimpunan BERSIH dipindahkan ke stadium.

“Kami akan batalkan hasrat kami pada bila-bila masa jika pihak BERSIH haram ini bersetuju mengikut arahan polis dengan berkumpul dalam Stadium Titiwangsa,” katanya pada sidang media di Dataran Merdeka hari ini.


Bagaimanapun, dalam sidang media kemudianya, Jamal menjelaskan mengenai baju tersebut akan digunakan pada perhimpunan akan datang.

Sumber TKO - 27-8-2015

Menyekat Pelajar Universiti Menyertai Bersih 4 - Satu 'Kezaliman'

Posted on Thursday, August 27 @ 10:17:51 MYT by paktam

Oleh Abu Hassan Adam 

Aku tidak menggalakkan pelajar-pelajar universiti awam dan swasta menyertai perhimpunan Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos 2015. Dan melarang pun tidak. Maknanya terpulanglah kepada diri pelajar itu sendiri samada ingin menyertai atau ‘menjauhkan’ diri. Peribahasa Melayu kata ‘tepuk dada tanya selera’. Kini peribahasa itu telah berubah kepada ‘tepuk dada tanya iman’. Pakailah ‘versi’ mana sekalipun.


Yang ingin aku persoal dan kesalkan ialah sikap berkuasa universiti dan kolej yang bertindak menyekat kebebasan bersuara para pelajar kita. Yang ini betul-betul membuat aku bingung (bukan sahaja tak faham). Telah berapa ‘kurun’ dikatakan bahawa univeristi atau pusat pengajian tinggi adalah sebagai tempat anak-anak muda mengasah bakat, mendedahkan diri dengan berbagai pengalaman yang boleh ditimba ketika berada di menara gading. Adalah amat salah dan tidak kena sekiranya masih ada lagi ‘saki-baki’ ‘keturunan’ yang menganggap bahawa universiti hanya sebagai tempat untuk menuntut ilmu dan lulus dengan cemerlang dalam bidang ilmu yang dipelajari.

Aku petik kenyataan seorang ‘penguasa’ universiti berkaitan dengan hal larangan pelajar menghadiri Bersih 4. “Students should stay away from being used by certain parties or organisations not recognised by the government and should instead, concentrate on their studies,” public universities vice-chancellor/rector committee chairperson Kamarudin Hussin was quoted as saying in a Bernama report’.

Apakah rakyat Malaysia tidak berasa sedih membaca kenyataan sedemikian? Dan apakah ibu bapa kepada pelajar-pelajar univeristy ‘merelakan’ pemergian anak-anak ke universiti semata-mata untuk menuntut ilmu sepertimana mereka dihantar ke sekolah menengah untuk lulus SPM atau STPM. Apakah ibu bapa di Malaysia masih mahu anak-anak mereka bersikap sedemikian rupa walaupun berada di menara gading?

Dalam hal isu yang berkaitan dengan Bersih 4, sepatutnya para penguasa universiti di negara ini memberikan kebebasan berfikir dan bersuara kepada pelajar agar dapat menentukan hala tuju para pelajar itu sendiri. Lagi pun para pelajar di Malaysia kini harus memikirkan masa hadapan mereka kerana ‘masa hadapan’ itu milik mereka dan seharusnyalah mereka yang menentukan. Mereka adalah ‘the conscience of the majority’. Dan amat malang sekiranya masa hadapan para pelajar ditentukan oleh ‘pemimpin tua’ kini yang tidak berapa tahu dan faham apa sebenarnya yang terpendam di hati dan perasaan anak-anak yang berada di menara gading ketika ini.

Dan penguasa UITM juga terus menunjukan ‘kehebatan’ mereka dengan memberi amaran kepada pelajar-pelajar UITM agar tidak menyertai Bersih 4. Biar aku petik kenyataan dari Bernama.

“Sahol Hamid turut menasihatkan semua penuntut UiTM supaya tidak melibatkan diri dengan mana-mana aktiviti yang diharamkan kerajaan, sebaliknya fokus dengan pengajian mereka."Jika ada mana-mana penuntut UiTM dibuktikan terlibat dengan perhimpunan (yang polis klasifikasikan) haram itu, mereka boleh diambil tindakan sehingga digantung pengajian mengikut tahap kesalahan.

"Golongan ini hanya memburukkan nama universiti sedangkan mereka sebenarnya terikut-ikut dengan maklumat yang diterima tanpa usul periksa dan membuat andaian sendiri menggunakan ilmu pengetahuan yang cetek," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Apakah pihak ‘cerdik pandai’ di universiti berkenaan tidak merasa ‘malu’ mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa yang ditujukan kepada pelajar yang berada dalam Kurun ke 21. Apakah cara pemikiran golongan ‘bijak pandai’ kita masih lagi seperti katak di bawah tempurung. Apakah mereka tidak dapat melihat perkembangan pemikiran di universiiti-universiti dari negara-negara maju dunia.

Mungkinlah para penguasa universiti bertindak sedemikian disebabkan ada ‘arahan-arahan’ dari pihak atasan supaya bertindak sedemikian rupa. Tetapi soalnya apakah pihak penguasa universiti kini sudah turun darjat sebagai ‘tukang angguk’ dan hanya mengangguk tentang apa saja yang diarahkan ‘pihak atasan’. Apakah sudah hilang dan lenyap kredibiliti para ‘cerdik pandai’ di universiti kni sehinggakan tidak lagi berani untuk menyuarakan pendapat dan menentang ( secara hormat) arahan-arahan yang tidak masuk akal itu.

Tindakan para penguasa univeristi kini adalah seperti mengurung burung dalam sangkar. Mata lepas keluar sedangkan badan terkurung. Bayangkan keadaan pemimpin yang akan dilahirkan oleh pusat pengajian tinggi sebegini yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Yang malangnya juga ialah pelajar-pelajar UITM adalah terdiri dari pelajar Melayu.

Apakah pemimpin sedemikian yang diperlukan untuk menjadi pemimpin Malaysia pada masa akan datang? Bukan salah pelajar!!!........

abuhassanadam

27 Ogos 2015

Sumber DD - 27-8-2015


JINGGA 13 menyeru seluruh rakyat jiwa Merdeka turun BERSIH 4

Posted on Thursday, August 27 @ 09:52:02 MYT by paktam

Oleh Fariz Musa

JINGGA13 Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai jiwa yang merdeka untuk turun ke perhimpunan aman BERSIH 4 pada 29 - 30 Ogos 2015 sebagai tanda solidariti dan komitmen terhadap kecintaan kepada tanahair sempena tanggal keramat 31 Ogos hari kemerdekaan negara.


Rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai kaum, etnik dan budaya sewajibnya bersatu dalam menyelamatkan negara yang sedang dilanda krisis ekoran dari kebobrokkan sang penguasa sehingga rakyat terpaksa berdepan dengan GST 6%, kenaikan harga barang dan keperluan, nilai mata wang yang semakin merudum, peningkatan kos sara hidup dan ekonomi negara yang semakin tenat.


Skandal 1MDB yang melihat lambakkan hutang negara RM42 billion, isu wang derma RM2.6 billion dalam kantung Datuk Seri Najib Tun Razak, kegagalan Kerajaan Barisan Nasional mengurus tadbir negara dengan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998, hutang negara yang semakin meningkat dijangka pada tahun 2015 ialah RM 847 billion ( sumber The Economist ) serta amalan rasuah dan ketirisan yang sudah tidak dapat bendung lagi memberikan kesan kepada rakyat marhean sedangkan Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta seluruh pemimpin Umno dan Barisan Nasiona hidup penuh kemewahan.

Tindakan Najib Razak dilihat menyalahgunakan kuasa dalam usaha menyelamatkan diri ekoran skandal 1 MDB dan isu wang RM 2.6 billion, menyekat kebebasan media dengan mengantung The Edge, menyiasat dan menekan SPRM, menafi akses Sarawak Report dan sebagainya menjadikan Malaysia sedang menuju negara kuku besi.

JINGGA13 Malaysia menyatakan sokongan terhadap tuntutan BERSIH 4 ke arah  pilihanraya yang adil dan telus. Lima tuntutan Bersih 4 iaitu:

1) Pilihanraya yang bebas dan adil
2) Ketelusan kerajaan
3) Hak berhimpun
4) Memperkukuhkan sistem parlimen demokrasi
5) Menyelamatkan ekonomi negara adalah merupakan tuntutan untuk menyelamatkan negara yang bermaruah dan merdeka.

JINGGA13 Malaysia turut mendesak agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan segera ekoran konspirasi jahat para konspirator dengan pertuduhan yang tidak masuk akal serta diberikan hak kesihatan yang sewajarnya ekoran kesihatan beliau yang semakin membimbangkan di Penjara Sungai Buluh.

JINGGA 13 Malaysia menyeru pihak polis agar bersama-sama rakyat Malaysia ke arah menyelamatkan negara dan bukannya memberikan tekanan dan ugutan melalui tindakan undang-undang dan pelbagai tindakan yang bertujuan untuk menahan dan mencederakan rakyat yang akan berhimpun pada BERSIH 4 kerana Perkara 10 perlembagaan negara memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan bersuara serta menolak sebarang tindakan provokasi yang bertujuan mencemar perhimpunan BERSIH 4.

Ayuh rakyat Malaysia yang merdeka, muafakat ke arah menyelamatkan Malaysia yang tercinta, turun beramai-ramai ke himpunan aman BERSIH 4 di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 - 30 Ogos 2015 dan menolak Najib Razak, Umno dan BN!

Muafakat*Prihatin*Berani

Sumber DD - 27-8-2015 


Bersih dan rakyat harus sokong perubahan yang betul

Posted on Wednesday, August 26 @ 21:05:22 MYT by paklang

Oleh Khoo Kay Peng 

Perhimpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan memberikan saya perasaan bercampur-baur. Perhimpunan pertama memang mempunyai makna yang signifikan. Ia bertujuan untuk membangkitkan lebih banyak kesedaran berhubung hak mengundi serta mempromosikan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.

Di sebalik salah faham kononnya gerakan Bersih adalah alat politik pembangkang, ia telah diterima dengan meluas oleh politikus pembangkang, serta sebahagian politikus BN.

 Kedua-dua pihak telah menyokong dan menandatangani ikrar untuk berkempen secara saksama dan terbuka ketika pilihanraya umum (PRU) 2008.

Kita boleh mengatakan yang Bersih telah mencapai kejayaan dalam mendidik pengundi – kebanyakannya pengundi bandar – tentang hak dan jangkaan mereka. PRU ke-12 pada 2008 telah menyaksikan kebangkitan pengundi bandar. Mereka telah menghantar isyarat kepada parti pemerintah dan juga pembangkang bahawa tadbir urus lebih penting berbanding politik kaum.

Selepas kemenangan bersejarah pembangkang pada tahun 2008, parti pembangkang, Barisan Nasional dan Bersih sendiri telah membuat tindakan yang merugikan gerakan itu.

Pembangkang telah menarik sebahagian aktivisnya menjadi calon mereka. Bersih pula, dikejutkan dengan kejayaan yang dicapai (walaupun punca utama reaksi pengundi adalah ekoran kecewa dengan salah guna kuasa dan keangkuhan BN), mahu melangkaui perjuangan reformasi pilihanraya.

Akibatnya gerakan itu hilang sedikit sikap neutral mereka. Misalnya, Bersih tidak bersuara dalam isu ‘Langkah Kajang’ yang serta beberapa cubaan rampasan kuasa dari belakang oleh Anwar Ibrahim yang akhirnya menemui kegagalan.

Akhir sekali, BN pula terlalu cepat untuk menghentam gerakan itu kerana dikatakan berpakat dengan pembangkang untuk mencabar dominasi mereka. Ini bermakna regim pemerintah kehilangan peluang untuk mengetahui sebab sebenar mereka hilang majoriti dua per tiga buat pertama kali selepas beberapa dekad.

Di sebalik keraguan yang wujud, Bersih tetap mempunyai beberapa sebab yang absah untuk mengadakan perhimpunan kali ini. Iaitu kurangnya saluran rasmi yang berkesan bagi rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Tindakan yang diambil pentadbiran Najib untuk mengongkong beberapa institusi awam bebas telah memberi tanggapan kepada orang ramai yang kerajaan tidak mahu mengakui kesalahan dan memperbaiki kelemahan melalui reformasi institusi yang sebenar.

Rakyat biasa tiada platform lain untuk menyuarakan kemarahan mereka terhadap beberapa isu seperti 1MDB, salahguna kuasa politik, tadbir urus yang teruk, korupsi dan lain-lain lagi ekoran persekitaran media yang dikawal ketat.

Media arus perdana amat patuh dan tidak endah di sebalik hakikat bahawa regim BN kini berhadapan penggal yang paling kontroversi.

Ia tentunya boleh difahami kerana syarikat media juga adalah organisasi yang berpaksikan keuntungan, dan lesen mereka bergantung kepada budi bicara kerajaan.

Beberapa media yang berani dan bersikap telah digantung. Risiko kehilangan hasil sahaja sudah cukup untuk membawa mereka ke jurang penutupan.

Namun, kejayaan Bersih 4 tidak boleh diukur dengan kemampuannya menghimpunkan puluhan ribu di jalanraya semata-mata. Perhimpunan itu mampu menarik ramai orang tetapi tidak semestinya semua berkongsi niat dan objektif yang sama.

Majoriti adalah peserta parti yang menyertainya untuk membina momentum bagi parti masing-masing, apatah lagi pilihanraya negeri Sarawak bakal menjelang tiba.

Bersih 4 tidak boleh lupa mesej mereka. Ia perlu mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang terus dihormati. Dengan menghormati undang-undang, badan eksekutif terutama perdana menteri tidak boleh diberikan kuasa tanpa had serta tanpa semak dan imbang, yang membolehkan salahguna kuasa.

Justeru Bersih perlu mendesak reformasi institusi yang bermakna bagi meletakkan semak dan imbang serta tadbir urus yang baik sebagai perkara utama. Desakan agar Perdana Menteri Najib Razak meletakkan jawatan semata-mata tidak akan membantu memperbaiki kesilapan.

Tanpa pemusatan kuasa yang melampau, pasti sukar untuk Najib melakukan apa yang telah dilakukannya; termasuk memecat timbalan perdana menteri, campur tangan dalam proses siasatan, mengambil tindakan terhadap penyiasat awam, mengekang media dan sebagainya.
Bersih boleh menghantar mesejnya dengan kuat dan jelas tanpa menjadi partisan atau pro-pembangkang. Bersih 4 boleh mencapai kejayaan jika ia mampu mempengaruhi rakyat Malaysia agar menyokong kerajaan yang bertanggungjawab, bersih dan telus. Ia boleh jadi mana-mana kerajaan, tidak semestinya yang diperintah pihak tertentu sahaja.

Tidak dapat dinafikan yang rakyat kini berhadapan krisis sosio-politik paling sukar sejak kemerdekaan. Kerajaan pemerintah tidak pernah berhadapan persepsi negatif dan defisit kredibiliti seteruk ini, sama ada daripada rakyat sendiri atau masyarakat luar.

Lebih memburukkan keadaan adalah pengakuan bahawa regim pemerintah, terutama Umno, telah menerima dana politik daripada pihak asing.

Bersih juga perlu melaksanakan pengawalan agar tiada pihak yang membuat kenyataan dan tindakan yang boleh mencetuskan sentimen kaum dan agama.

Gerakan itu perlu menganjurkan perhimpunan dengan penuh cermat kerana konflik dapat dicetuskan dengan mudah jika ada pihak yang mahu mengambil kesempatan, dengan menganjurkan perhimpunan anti-Bersih pada masa yang sama.

Bagi membawa negara ke arah yang lebih baik, perubahan semestinya tidak dapat dielakkan tetapi kita harus menyokong perubahan yang betul. - bm.theantdaily.com

Sumber DD - 26-8-2015


Gereja Sedia Beri Perlindungan Kepada Peserta BERSIH 4.0
Posted on Wednesday, August 26 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sekurang-kurang tiga gereja bersedia untuk membantu dan memberi perlindungan kepada para peserta BERSIH 4.0, lapor projek dialog.

“Sekiranya apa-apa terjadi, gereja Katolik berikut terbuka untuk membantu: St John Cathedral – Bukit Nanas, Gereja St Anthony – Pudu dan Gereja Fatimah – Brickfields,”lapornya.

Sebelum ini, Helen Ang menulis berkenaan kempen masyarakat Kristian, terutamanya evangelistas, bergerak untuk protes jalanan Bersih 4.0.

Kolumnis Malaysiakini KJ John – bawah – menggesa pembaca portal itu bahawa 29-30 Ogos adalah “masa untuk berjalan”.



KJ John adalah seorang aktivis evangelis yang dirakamkan bergambar dengan aktivis-aktivis DAP dalam National Evangelical Christian Fellowship (NECF).



Kelihatan dalam foto itu adalah Hannah Yeoh, ADUN DAP Subang Jaya; Dr Cheah Wing Yin, ADUN DAP Damansara Utama; Teresa Kok, Ahli Parlimen DAP Seputeh; Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP; Rev Wah Wong Kim Kong, Setiausaha Umum Evangelical Christian Fellowship (NECF); Dr KJ John, Pengarah Eksekutif Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI) dan Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara.

Seorang lagi aktivis evangelis adalah Rama Ramanathan yang mempunyai kolum di The Malaysian Insider.

“Beberapa hari sebelum itu (5 Ogos), Rama disiarkan dalam TMI berkata BERSIH 4.0 adalah “perhimpunan rakyat … [di mana] kita boleh mengundi dengan kaki kita untuk integriti dan pembaharuan institusi dalam negara kita”.

“Secara berasingan, berkaitan dengan sokongan harapan baharu pro Kristian, Rama berkata matlamat negara yang ditaja oleh Islam dan PAS di Malaysia nampaknya lebih memihak kepada penindasan rakyat ala Arab Saudi..”

“Beliau juga mendedahkan bahawa ‘kebanyakan’ – dari kumpulan kawan-kawannya, menganggap PAS sebagai “Islamis” dan Umno adalah “perkauman” – (mereka) memberi harapan kepada Gerakan Harapan Baru’.



Kelihatan dalam gambar di atas, aktivis NECF, Rev Wah Wong Kim Kong di barisan utama berdiri teguh di belakang Pengerusi BERSIH 4.0 Maria Chin Abdullah.

Sumber TKO -26-8-2015

Mahasiswa boleh berfikir sendiri

Posted on Wednesday, August 26 @ 15:55:31 MYT by paktam

Oleh Nik Nazmi Nik Ahmad 

Kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, yang menyarankan mahasiswa agar tidak terlibat dengan perhimpunan Bersih 4 jelas menunjukkan betapa Umno-Barisan Nasional (BN) tidak pernah berubah, masih dibelenggu cara pemikiran politik lama.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin mengingatkan beliau yang mahasiswa pada hari ini lebih terdedah dengan perkembangan isu semasa di dalam dan luar negara. Justeru, mereka boleh dan mesti digalakkan untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri.

Mahasiswa dan anak muda lambat laun akan menjadi majoriti pengundi, dalam pada itu mereka bukan sahaja berdepan dengan realiti kehidupan sebenar tetapi mesti sedar tentang pengaruh politik dan ekonomi dalam kehidupan mereka.

Hutang PTPTN, harga rumah yang mahal, kesenjangan pendapatan yang semakin meluas, kos hidup yang kian meningkat, semuanya adalah masalah yang akan didepani oleh mahasiswa selepas mereka bergraduan.

Kekangan terhadap mahasiswa adalah bukti kerajaan sedar anak muda sememangnya boleh menggugat hegemoni kuasa parti pemerintah. Pindaan Auku yang kononnya lebih memberi kebebasan untuk mahasiswa terlibat dalam aktiviti politik ternyata hanyalah cakap kosong pemimpin Umno-BN.

Hakikatnya, bukan sahaja mahasiswa seperti Fahmi Zainol dan kawan-kawan di Universiti Malaya (UM), Hanif Mahpa dan Afiqah Zulkifli di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dikenakan tindakan tatatertib, tetapi pensyarah-pensyarah yang vokal, memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka juga ditekan dan dihukum.

Malam tadi, 17 pelajar yang terlibat dengan protes aman #occupyparliament pula ditangkap. Sekali lagi polis menggunakan seksyen 124B Kanun Keseksaan atas alasan mereka menjejas demokrasi Parlimen, sedangkan desakan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur tidak sepatutnya dikaitkan dengan pemudaratan Parlimen mahupun demokrasi. Malah, ia sebahagian hak asas demokrasi.

AMK ingin mengingatkan universiti adalah medan mengukuhkan peribadi merdeka di kalangan warga. Pastinya, apabila Umno-BN hilang kuasa pemerintahan, kami akan memastikan reformasi sampai ke setiap sudut universiti, hentikan segala kekangan dan mengembalikan nilai sebenar sebuah institut pengajian tinggi.

Oleh itu AMK menyeru seluruh mahasiswa turut sama hadir dalam perhimpunan Bersih 4 pada 29-30 Ogos nanti.

Kita akan tunjukkan kepada Umno-BN yang zaman ketakutan sudah berlalu, fajar perubahan pula akan mengambil tempat. Mahasiswa yang bebas dan beranilah yang akan mengisi perubahan ini dengan ilmu dan jiwa yang sentiasa bersama masyarakat - TMI

Sumber DD - 26-8-2015


Kerajaan tidak tahu urus demo

Posted on Wednesday, August 26 @ 15:34:44 MYT by paktam

Oleh NAJWAN HALIMI

Tindakan kerajaan mengisytiharkan pengharaman demonstrasi BERSIH 4 semalam tidaklah mengejutkan. Ia adalah tindakan sama yang dilakukan ke atas BERSIH untuk menghadapi perhimpunan tahun 2007, 2011 dan 2012.

Pada tahun itu, kerajaan mengeluarkan arahan pengharaman kurang lebih satu minggu sebelum demonstrasi diadakan.

Saya kira pentadbiran kerajaan sejak dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad hingga ke era Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berubah dan tidak mahu belajar dari kesilapan dalam menangani demonstrasi.

Menghimbau kembali sejarah, antara demonstrasi terbesar pernah disaksikan di negara ini adalah pada September 1998 pasca pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.

Ia kemudian disusuli dengan himpunan BERSIH pada 2007, 2011 dan 2012 yang merekodkan penyertaan puluhan ribu rakyat.

Apa yang berlaku, dari satu demonstrasi ke satu demonstrasi, kerajaan gagal menguruskannya dengan baik. Pihak berkuasa lazimnya akan menggesa peserta bersurai dengan segera tanpa memberi ruang kepada mereka untuk mengunjuk rasa dan sekiranya gagal mengikuti arahan maka tindakan agresif diambil.

Justeru berlakulah pertempuran antara peserta demonstrasi dengan pihak berkuasa. Gas pemedih mata ditembak, air disembur dan belantan dihayun.

Tangkapan secara pukal turut dilakukan. Inilah fenomena jika anda berdemonstrasi di Malaysia. Ia bermula dengan ceria dan penuh keseronokan namun akan berakhir dengan keganasan, darah dan penangkapan.

Sasaran media – baik dalam mahupun luar negara – semestinya untuk merakam imej dan visual aksi sekitar demonstrasi.

Lantaran khilaf pihak berkuasa menangani demonstrasi ini, imej dan visual ikonik anak-anak muda melempar kelongsong gas, memapah rakan yang cedera dan diberkas polis dalam keadaan kepala dipijak dengan pantas menular dan menyebar di laman media sosial.

Semua ini kemudiannya akan disifatkan oleh kerajaan sebagai “memalukan” negara atau “bukti keganasan” para demonstran.

Kerajaan sewajarnya belajar dari kegagalan mereka dalam menangani dan mengurus demonstrasi yang lepas-lepas. Telah tiba masa kerajaan belajar menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Tindakan mengharamkan demonstrasi sememangnya tidak akan menambahbaik amalan demokrasi di negara ini. Ingatlah, semakin rakyat ditekan, semakin mereka bersemangat untuk berdemonstrasi. Semua ini telah terbukti dalam siri-siri demonstrasi yang lalu.

Saya telah menyertai demonstrasi BERSIH sejak 2007 hingga demonstrasi terakhir pada 2012.

Kesemua demonstrasi ini gagal diurus dengan baik oleh pihak berkuasa. Sewajarnya pihak berkuasa membantu untuk memudahcara urusan pergerakan dan keselamatan para demonstran pada hari Sabtu dan Ahad ini.

Contohilah pihak berkuasa negara tetangga kita Indonesia dalam menguruskan demonstrasi. Mereka menjaga keselamatan dan membantu para demonstran.

Demonstrasi adalah sebahagian dari amalan demokrasi. Perlembagaan Persekutuan juga menjamin hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun. Mengambil kira situasi negara mutakhir ini, saya harap pihak kerajaan belajarlah memahami keresahan rakyat.

Hormatilah hak mereka untuk bersuara. Rakyat tidak meminta masa yang lama. Hanya 34 jam. Selepas dari itu mereka akan bersurai dan meraikan sambutan kemerdekaan yang ke-58.

Inilah masa untuk kerajaan buktikan bahawa semangat demokrasi masih hidup di negara ini. Tangani demonstrasi hujung minggu ini dengan sebaiknya – dalam semangat merdeka dan kemanusiaan.

NAJWAN HALIMI bekas setiausaha akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber DD - 26-8-2015

Mat Sabu tolak PAS tapi mahu ahli PAS ramai-ramai turun sokong Bersih 4.0
Posted on Wednesday, August 26 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu melanggar pendirian parti dengan mendesak ahli PAS supaya beramai-ramai sertai perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu ini.

Walaupun sudah menolak PAS sebagai sekutu dalam pakatan pembangkang baru, Mohamad Sabu atau Mat Sabu menyuarakan keyakinannya terhadap sokongan daripada ahli PAS dalam sidang akhbar mengenai pembabitan GHB dalam Bersih 4.0 di sini tadi.

"Tidak terjejas (penyertaan peserta Bersih 4.0) bahkan saya yakin ahli-ahli PAS juga akan bersama dalam himpunan itu. Bersih 4.0 adalah isu rakyat, semuanya tidak kira parti politik akan bersama", katanya dalam sidang media di GHB Selangor.

Dalam pada itu, GHB akan menghantar 500 wakil untuk bersama-sama menyertai himpunan berkenaan yang disifatkan himpunan jalanan pertama GHB.

"Himpunan Bersih ini cukup penting kepada semua agar berjalan dengan lancar. Dan kami GHB dapat menyirimkan sukarelawan yang arif melebihi 500 orang dengan uniform, mereka akan bertugas pada 29 dan 30 September nanti bersama Pemuda DAP, AMK, dan Jawatankuasa Bersih 4.0, lebih daripada 2,000 pengawasan akan bertugas pada 29 dan 30 Ogos nanti."

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yakin pihak berkuasa akan bertindak secara bijak dalam menangani himpunan pada Sabtu dan Ahad ini.

"Saya rasa polis ada pertimbangan dan mereka sudah hadapi himpunan aman banyak kali, dan kali ini mereka (polis) akan bertugas dengan baik seperti lalu."

Semalam Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata akan hanya menghantar tiga wakil bagi menyertai himpunan berkenaan.

Malah katanya, PAS tidak menghalang ahli-ahli parti berkenaan menyertai Bersih 4.0.

- AntaraPOS

Sumber TKO - 26-8-2015


Anti-BERSIH demo gaya gaduh

Posted on Wednesday, August 26 @ 09:36:37 MYT by tokdalang

Petikan Malaysiakini

Kumpulan anti-BERSIH 4, yang tampil dengan imej berbaju merah, hari ini sekali lagi berhimpun di ibu kota bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan 34 jam Sabtu ini.

Menurut video yang dimuat naik di Internet, mereka mempamerkan pelbagai aksi lasak, termasuk memukul kepala dengan kayu sehingga patah selain aksi memecahkan atap genting dengan kepala.

Mereka juga memakai baju bertulis “BERSIH 4 Keamanan”.

Berdasarkan video, beberapa orang juga mempamerkan beberapa aksi balik kuang serta beberapa “bunga” silat seperti dalam aksi berlawan.

Beberapa kain rentang anti-BERSIH dibawa, antaranya bertulis "Menentang keras BERSIH 4 jahat kerana merosakkan pemikiran generasi Y".

Ramai anak muda kelihatan menyertai perhimpunan itu.

Pada 20 Ogos lalu, sebuah perhimpunan anti-BERSIH telah diadakan di Kuala Lumpur yang menyaksikan gambar pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah disimbah cecair merah.

Kumpulan itu, yang menggelarkan diri sebagai “Gabungan NGO-NGO Malaysia”, juga mengugut berkumpul di depan rumah Maria dan mahu membawa 30,000 orang yang menentang BERSIH 4 berhimpun sama pada hari itu.

Sumber DD - 25-8-2015

Tangkapan dan lokap tidak akan dapat memenjarakan minda kita

Posted on Tuesday, August 25 @ 16:31:06 MYT by paktam

Oleh Mariam Mokhtar

Sebahagian daripada anda mungkin tidak setuju dengan protes jalan raya, tetapi hanya mereka yang naif sahaja menganggap kelima-lima tuntutan Bersih 4 dapat dicapai hanya dengan satu perhimpunan.

Hanya pilihanraya yang bersih sahaja dapat menjamin empat lagi tuntutan – iaitu menyelamatkan ekonomi, kerajaan yang bersih, hak berhimpun dan mengukuhkan demokrasi berparlimen – dapat dipenuhi.

Mungkin anda masih ingat – dengan sedikit ironi – pada tahun 2010, seorang pemimpin memberi amaran kepada perwakilan di sebuah konvensyen BN bahawa pakatan pembangkang yang tamak dan gila kuasa cuba mengambil alih Putrajaya. Katanya, “BN adalah gabungan yang bertanggungjawab. Anda boleh letakkan harapan dan kepercayaan kepada kita. Rakyat percaya kepada kita untuk bukan sahaja membuat perkara yang betul, tetapi untuk kepentingan mereka.”

Tetapi ramai yang tidak meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kata-kata itu. Ekonomi disalah urus, sebuah projek bernama 1MDB menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa, dasar agama mengancam keselamatan negara, golongan muda tidak mendapat kerja dan mata wang kita merosot dengan begitu teruk.

Buruh asing yang murah membanjiri pasaran kerja dan GST menambahkan lagi kesukaran yang dihadapi. Pada masa sama rakyat terpedaya dengan BR1M. Janji ditaburkan setiap lima tahun, tetapi dimungkiri sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan.

Polis boleh menangkap lebih ramai untuk menyertai Adam Adli, Eric Paulsen, Fahmi Zainol, Hishamuddin Rais, Mandeep Singh, Rafizi Ramli, Safwan Anang, dan Zunar. Tetapi ia hanya melahirkan lebih ramai pemimpin.

Menteri yang berkaitan telah mengarahkan siri tangkapan terhadap aktivis dan pemimpin pembangkang serta menarik permit akhbar. The Edge dihukum hanya kerana menyatakan kebenaran. Menteri tahu bahawa tindakan itu mengancam periuk nasi ramai orang. Mengapa beliau merasa perlu untuk menghukum mereka yang membuat laporan dengan jujur?

Tetapi tindakan seumpama itu hanya membuatkan semakin ramai rakyat yang nekad, yang akan merespon dengan lebih banyak perarakan, mogok dan protes.

Mengapa rakyat dihalang memasuki Dataran Merdeka, yang merupakan sebuah tempat awam? Merdeka bermakna bebas, tetapi ironinya, rakyat nampaknya memerlukan kemerdekaan kedua – kemerdekaan yang sebenar-benarnya.

Generasi rakyat Malaysia hanya mengenali sebuah kerajaan, iaitu Umno Baru dan Barisan Nasional. Mereka sudah biasa dengan keadaan yang berpecah, diberitahu apa yang perlu dibuat, serta ditakutkan kononnya apa-apa penentangan akan mencetuskan pertumpahan darah. Mereka sehingga lupa bagaimana untuk berfikir secara logik dan rasional.

Rakyat tidak menyertai perhimpunan kerana mahu mencetuskan masalah dan keganasan. Kerajaan yang tidak bertanggungjawab menyebarkan kepalsuan dan berkata masalah dan keganasan akan meletus. Walhal kerajaan sebenarnya takut kepada suara rakyat.

“Minda hamba” yang dimiliki ramai rakyat Malaysia bermakna mereka sukar untuk menyesuaikan diri kepada perubahan walaupun mereka ingin sekali memperbaiki kehidupan. Mereka tahu bahawa mereka tidak boleh lagi terus hidup di bawah regim yang menekan, tidak adil dan menafikan hak ramai orang.

Hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, kesaksamaan dan demokrasi adalah konsep yang sering diambil mudah warga di negara yang lebih progresif, tetapi ia adalah sesuatu yang cukup asing bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Pihak berkuasa boleh sekali lagi menutup Dataran Merdeka dengan kawat duri, tetapi mereka tidak boleh memenjarakan fikiran kita.

Inilah masanya rakyat Malaysia untuk menunjukkan solidariti dan melawan kekangan.

Sumber DD - 25-8-2015




























































































































KDN isytihar Bersih 4 haram
Posted on Wednesday, August 26 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati Bersih 4 yang bercadang mengadakan perhimpunan pada hujung minggu ini, bukan pertubuhan berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata siasatan KDN juga mendapati Bersih 4 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.

Beliau berkata Bersih 4 juga didapati menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan.

"Menerusi pelbagai kegiatannya memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara, malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, KDN meminta orang ramai supaya tidak hadir dan menyertai perhimpunan pada hujung minggu ini yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. - Bernama

Sumber TKO - 26-8-2015


BERSIH 4: Polis mungkin guna senjata renjat
Posted on Tuesday, August 25 @ 12:18:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Polis mungkin akan menggunakan senjata renjat terhadap peserta himpunan BERSIH 4.0 jika berlaku insiden rusuhan atau keganasan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Rashid berkata polis mempunyai beberapa kelengkapan itu dan sebahagian polis yang mahir menggunakannya akan ditugaskan pada hari himpunan, lapor Oriental Daily News.



Katanya, jika keadaan memaksa, polis akan menggunakan senjata renjat untuk memastikan tugas mereka lancar.

"Dalam apa-apa keadaan, polis akan mengikut SOP (prosedur operasi piawai) jika perlu menggunakan senjata renjat.

“Jika keadaan perlu dikawal, polis akan menggunakan senjata renjat untuk menundukkan suspek dengan mengikut SOP," beliau dipetik sebagai berkata.

Rashid berkata polis yang dibenarkan menggunakan senjata renjat telah melalui latihan yang profesional.

Katanya, polis akan menambahkan pembelian senjata renjat pada masa akan datang.

Oriental Daily melaporkan, senjata renjat atau taser gun itu mempunyai jarak tembakan antara 15 hingga 35 kaki dan mereka yang ditembak akan hilang keupayaan bergerak serta-merta.

Noor Rashid dilapor berkata polis menandatangani kontrak dengan syarikat Pro Ice Holding pada 2008. Tenaga pengajar untuk melatihnya dilapor dibawa daripada Amerika Syarikat.

sumber

Sumber TKO - 25-8-2015

PAS putuskan tidak kerah ahli ke Bersih 4.0

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk tidak mengerahkan ahli serta penyokongnya ke himpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan pada 29 hingga 30 Ogos ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan rasminya menegaskan keputusan itu dibuat kerana PAS sedang dalam persiapan mengadakan satu program besar iaitu Kongres rakyat bpada 12 September 2015 (Sabtu) yang melibatkan ahli dan pimpinan PAS dipelbagai peringkat dari seluruh negara, Ngo, parti politik dan orang awam bagi membincangkan pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama dan penyelesaian yang konstruktif.

"Maka PAS beranggapan seluruh komitmen sumber dan organisasi parti wajar digerakkan secara menyeluruh pada 12 September ini.

"PAS juga akan menganjurkan himpunan 60 ribu pada 17 oktober ini yang sedang giat direncanakan," katanya.

Tambahnya, tarikh himpunan Bersih 4.0 yang hanya selang satu hari dengan tarikh sambutan Hari Merdeka 31 ogos adalah dirasakan tidak sesuai

Katanya, tarikh tersebut juga bertembung dengan siri jelajah Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak) yang berlangsung di negeri-negeri pada setiap hari Sabtu dan Ahad hinggalah ia berakhir ada 3 Oktober 2015.

Bagaimanapun beliau menegaskan PAS komited berjuang ke arah tuntutan demokrasi yang adil sebagaimana yang disuarakan oleh Bersih sebelum ini.

Antaranya meliputi daftar pemilih, akses kepada media dan liputan secara adil, bebas dan benar, pengukuhan insitusi awam, penolakan amalan rasuah dan seumpamanya.

Katanya, perhimpunan secara aman di mana rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka secara bebas dan tidak provokatif adalah merupakan satu aspek amalan demokrasi yang tidak sewajarnya dihalang.

Namun demikian jelasnya, dalam masa yang sama kententeraman awam serta kestabilan negara mestilah dijaga dan menjadi tanggungjawab semua pihak.

Justeru, PAS akan menghantar wakil ke himpunan berkenaan sebagai tanda sokongan kepada tuntutan Bersih terutama dalam aspek sistem pilihan raya yang lebih telus dan adil. – HARAKAHDAILY 25/8/2015

Sumber HD - 25-8-2015



Bersih 4.0 - Tiada Kerahan Ahli
Posted on Monday, August 24 @ 20:55:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


PAS Pusat telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perhimpuan BERSIH 4.0

Pas tidak terlibat secara langsung dengan perhimpunan berkenaan dan PAS Pusat tidak akan mengerahkan ahli untuk terlibat. Terpulang kepada ahli

Sumber TKO - 24-8-2015

BERSIH 4.0; PAS Tidak Buat Kerahan Ahli

IMG-20150822-WA0058
KUALA TERENGGANU – PAS tidak dilibatkan secara langsung dalam penganjuran BERSIH 4.0 oleh jawatankuasa penganjur, berbeza dengan beberapa siri perhimpunan BERSIH sebelum ini
Walau bagaimana pun, Timbalan Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS menghantar wakil untuk berbincang dan memutuskan tidak ada kerahan kepada ahli PAS untuk menghadirinya.

“tentang perhimpunan BERSIH 4.0……pendirian parti pada mesyuarat harian pada Sabtu baru-baru ini, kita telah membuat satu keputusan bahawa parti tidak dilibatkan secara langsung,

“kita tidak dilibatkan secara langsung oleh jawatankuasa penganjur……….berbeza dengan (BERSIH) 1.0, 2.0 dan 3.0, kita terlibat sama dalam mesyuarat, kali ini kita hanya di jemput sahaja,”jelasnya.

Katanya, oleh kerana PAS memberikan fokus kepada Kongres Rakyat yang lebih kurang sama matlamatnya dengan BERSIH, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan kita hanya menghantar wakil sahaja.



“wakil kita telah (pergi) berbincang……..mesyuarat pun sudah dibuat (oleh itu) kita tidak ada kerahan kepada ahli untuk terlibat,

“sebab kita lebih fokus kepada program Kongres Rakyat yang dibawah anjuran PAS,”tambah beliau.

Beliau berkata, walaupun PAS menyokong tuntutan BERSIH, PAS tidak berapa jelas tentang bentuk perhimpunan kali ini yang dimaklumkan akan ‘bermalam’ dan dilaporkan akan terdapat beberapa pengisian.

“parti (PAS) buat keputusan setuju dengan memorandum……bantahan dan tuntutan…..Cuma penyertaan itu tidak ada kerahan kepada ahli,

“matlamat Kongres (Rakyat) hampir sama dan menyambung tuntutan BERSIH……dia sambung…..BERSIH buat 29 dan 30hb, Kongres kita buat 12hb,”ujarnya.

Katanya, Kongres Rakyat yang dipengerusikan oleh Presiden TERAS Cikgu Azmi Abd Hamid akan membincangkan beberapa perkara penting termasuk isu agama, isu ekonomi, 1MDB dan sebagainya, akan dianjurkan secara berkala dan berterusan.

Sumber BO - 24-8-2015


Mengapa pematahan berdarah Bersih 4 rugikan Najib dan Umno

Posted on Sunday, August 23 @ 16:50:23 MYT by paktam

Oleh Wong Chin Huat 

Saya jangka Bersih 4 akan aman kerana pematahan (crackdown) secara berdarah akan melenyapkan dengan serta-merta keabsahan (legitimacy) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk terus memerintah Malaysia.

Satu kebimbangan yang berada dalam hati ramai rakyat Malaysia tentang perhimpunan aman Bersih 4 minggu depan ialah kebarangkalian ia akan bertamat secara berdarah, bukan sekadar keganasan polis dalam perhimpunan Bersih 2 pada 2011 dan Bersih 3 pada 2012, tetapi rusuhan yang diikuti pemerintahan darurat ala 13 Mei.

Kegagalan "hantu 13 Mei" dalam Bersih 2
Ketakutan kepada "hantu 13 Mei" ini pernah dimainkan oleh Ibrahim Ali untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2. Beliau "menasihati" orang Cina supaya tinggal dalam rumah dan simpankan makanan kerana tiada siapa akan tahu apa yang berlaku.

Ugutan beliau membawa kesan yang bertentangan: beribu-ribu orang Cina turun menyertai Bersih 2 untuk menolak Ibrahim. Pada hari itu, Ibrahim sendiri pula tinggal di rumah kerana kononnya isterinya tidak benarkan dia turun ke jalan raya.

Daripada takutkan dan sangsikan sesama diri, anak-anak Malaysia bersama-sama menanggung meriam air, gas pemedih mata dan pukulan polis kerana tuntut pilihan raya bersih, lupakan mereka Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan Dusun dan sebagainya. Itu pengalaman yang cukup mengharukan daripada Bersih 2.

Apakah Bersih 4 akan sekali lagi menyemarakkan semangat patriotisme? Ataupun ia akan berakhir dengan kesudahan berdarah yang akan mengundurkan politik tanah air?

Mereka yang pesimis percaya Najib dan isteri akan menyelamatkan kuasa mereka dengan segala cara yang mungkin dan hati mereka cukup keras.

Analisa faedah kos untuk Najib

Analisa politik yang realis tidak boleh berasaskan saja pada bacaan subjektif terhadap keras atau lembutnya hati seseorang tokoh. Sebaliknya, kita harus buat andaian semua pemimpin politik ingin mengekalkan kuasa mereka dan tindakan mereka terpulang kepada analisa kos dan faedah (cost and benefit analysis) mereka.

Dalam kata lain, sama ada Najib akan memilih untuk mematahkan perhimpunan Bersih 4 itu secara berdarah tidak bergantung kepada sama ada beliau seorang yang berjiwa rakyat, sebaliknya bergantung kepada hasil (pay-off) yang akan dibawa pilihannya.

Bersih 4 bukan musim bunga Arab

Jika Bersih 4 sememangnya berhasrat ingin menggulingkan kerajaan dengan kekerasan, ataupun "pendudukan" yang berpanjangan ala musim bunga Arab, "Occupy Wall Street Movement" di Amerika Syarikat, "Occupy Central Movement" di Hong Kong, ataupun Pendudukan Parlimen (Legislative Yuan) di Taiwan, saya pasti Najib dan Zahid akan memilih untuk mematahkannya secara kekerasan dan tidak kisah sekalipun berlaku keguguran nyawa.

Ini kerana di bawah budaya politik Melayu, pemerintah yang bertoleransi dengan pembantah berterusan akan dilihat sebagai pemerintah lemah.

Akan tetapi, Bersih 2.0 telah menegaskan mereka tidak percaya cara musim bunga Arab. Sebaliknya, mereka ingin bertindak mengikut peraturan demokrasi berparlimen dan Bersih 4 cumalah satu tunjukan suara rakyat yang menyeru Najib undur atau Parlimen untuk memecat beliau dengan menarik balik kepercayaan padanya.

Dua cabaran Maria Chin Abdullah kepada Najib

Pada 19 Ogos, Maria, pengerusi Bersih 2.0, mengemukakan 2 cabaran kepada Najib. Cabaran pertama, Najib jamin keselamatan Bersih 4 dan kalau kehadiran Bersih 4 ini rendah, misalnya cuma kira-kira 26,000 orang, maka Najib boleh isytiharkan Bersih 4 itu gagal. Najib boleh terus berkuasa dengan megahnya.

Cabaran kedua, sekalipun kehadiran Bersih 4 itu raksasa, katakan mencecah 260,000 orang malah sekalipun sampailah 2.6 juta, Najib tetap boleh berkuasa kalau beliau berani mengemukakan "usul percaya" kepada dirinya di Parlimen dan berjaya angkat usul ini. Jika ini berlaku, rakyat yang tolak Najib harus hormati keputusan ini dan menangguhkan hukuman mereka ke Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kedua-dua cabaran Maria ini mendedahkan hakikat Bersih 2.0 sebagai penggerak penambahbaikan pilihan raya memang tidak melihat Bersih 4 sebagai medan perang terakhir (a do-or-die battle). Sebaliknya Bersih 4 akan disuraikan selepas 34 jam.

Sungguhpun Bersih 2.0 mewakili dan menyuarakan hasrat rakyat yang inginkan perubahan, tetapi ia juga sedia menerima hak Najib untuk berdegil  dan keputusan Parlimen untuk terus percayakan Najib.

Apakah faedah untuk pematahan berdarah?

Kerana Bersih 4 dianjurkan dengan cara yang mengukuhkan demokrasi berparlimen, dan langsung bukan kenderaan revolusi, maka apakah faedah untuk Najib mematahkannya secara berdarah?
Andaikanlah bilangan peserta yang hadir memanglah kecil, katakan 2,600 atau 26,000 saja, maka seperti yang dinyatakan dalam cabaran Maria, Bersih 4 akan gagal dan Najib boleh terus berkuasa dengan bangga dan megah.

Sebaliknya jika bilangan peserta terlalu besar, katakanlah 260,000 malah 2.6 juta, maka tiada pematahan berdarah yang dapat menyelamatkan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Sekalipun jika Bersih 4 berjaya dipatahkan secara berdarah, ini hanya akan menghantui Najib dan Rosmah sampai hingga riwayatnya.

Ada khabar angin yang tawarkan "teori" ini: Najib enggan membincangkan rancangannya untuk meletak jawatan atau bersara, kerana takutkan kehilangan perlindungan daripada dakwaan di dalam dan luar negara kerana "pencucian wang" (money laundering).

Kalau teori ini benar, pematahan berdarah Bersih 4 akan lebih merugikan Najib kerana beliau bukan saja dilihat sebagai rakus, tetapi juga zalim. Kalau dihadapi di mahkamah sehari nanti, hukuman akan lebih berat lagi.

Apakah ini akan menguntungkan pemimpin lain dalam Umno yang ingin menggantikan Najib sehingga mereka mungkin menangguk di air yang keruh? Jawapannya "Tidak."

Kalau berlaku pertumpahan darah, rakyat tidak akan maafkan Umno, bukan saja Najib.

Jika tangannya berdarah, Umno sudah pasti akan terkubur dalam PRU14 dan sesiapapun yang menggantikan Najib akan mendapati dirinya mewarisi sebuah kapal yang sudah pun tenggelam separuhnya.

Pilihan terbaik untuk Najib

Sememangnya pilihan terbaik untuk Najib ialah menghadapi pengkritiknya mengikut norma demokrasi berparlimen, yakni dengan menerima hak membantah.

Seperti yang dikatakan Maria sendiri, kalau Najib dapat memujuk orang ramai supaya tidak hadiri Bersih 4 sungguhpun ia selamat, maka Bersih 4 akan dikuburkan.

Tetapi beranikah Najib, kononnya seorang "wira Bugis"menerima kedua-dua cabaran yang dikemukakan Maria - menjamin keselamatan Bersih 4 dan mengemukakan usul percaya di Parlimen selepas Bersih 4?

- Petikan dari  http://www.themalaysianinsider.com



































































































































Saya akan terus turun jalan bantah ketidakadilan, kata ‘Aunty Bersih’

Posted on Sunday, August 23 @ 11:23:20 MYT by paktam

OLEH JENNIFER GOMEZ 

Annie Ooi, atau lebih dikenali sebagai Aunty Bersih, yang muncul sebagai ikon selepas mengambil bahagian dalam perhimpunan anjuran kumpulan reformasi pilihan raya itu pada 2011, tidak bercadang membawa tikar atau beg tidur untuk bermalam ketika Bersih 4 hujung minggu depan.
Dia hanya akan membawa lemon kuning.Dia mahu pastikan tangannya bebas, untuk menggenggam penumbuk di udara dan mengutip sampah di jalanan.

Dia juga tidak mahu bimbang tentang barang-barangnya sekiranya dia ditangkap dan dibawa menaiki van polis sekali lagi.

"Kalau saya penat, saya akan cari kotak kertas keras dan tidur sekejap. Ini yang saya belajar dari golongan gelandangan. Tidur itu penting. Kita sepatutnya boleh tidur di mana saja," kata wanita 69 tahun itu kepada The Malaysian Insider.

Aunty Bersih itu ditemui di rumah pangsanya yang kecil dan tidak banyak perabot, malah tidak mempunyai set televisyen.

Berpengalaman menyertai banyak perhimpunan, pesara guru sekolah itu masih ingat berasa tidak selesa dengan perhatian media yang diterimanya pada 2011, tetapi hari ini, beliau sudah mengenali beberapa orang pemberita, walaupun masih tidak berapa senang menjadi tumpuan.

Ooi pernah mengalami semuanya – dari ditolak ke dalam van polis, disembur gas pemedih mata, ditahan di lokap polis dan dinafikan hak asasi, hingga kepada berdepan dakwaan mahkamah.

Tetapi nenek itu tidak berhasrat berhenti menyertai protes, mengatakan walaupun tenaganya terbatas, semangatnya sentiasa tinggi.

Alasan beliau menyertai perhimpunan memprotes sebegitu tetap sama seperti sebelum ini - Ooi bosan dengan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang dialaminya, kebanyakannya dalam tempoh 35 tahun beliau sebagai seorang guru.

Bekas guru Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni itu mengenang kembali bagaimana ramai pelajarnya berjaya meraih A dalam semua mata pelajaran termasuk Matematik dan Kimia, tetapi dengan kredit yang lemah, C6, untuk kertas Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Ini, katanya, turut terjadi kepada anak-anaknya sendiri, yang kini berumur 40-an.

"Jangan lupa, semua subjek yang pelajar saya dapat A adalah dalam Bahasa Melayu. Jadi, kita tahu, pelajar kita jadi sasaran (dengan kertas BM), tetapi kita tidak boleh buat apa-apa.

"Remuk hati saya melihat mereka sedih kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan 6, hanya kerana memperoleh C6 untuk BM.
"Jadi, dengan menyertai perhimpunan ini, saya memprotes ketidakadilan dan ketidaksamaan. Saya mahu kesaksamaan untuk semua kaum, saya tidak mahu jadi warga kelas kedua, ayah saya meninggal sebagai warga kelas kedua, Karpal Singh meninggal sebagai warga kelas kedua.
"Saya hendak mengubah keadaan itu untuk generasi masa depan," katanya merujuk kepada bekas pengerusi DAP dan peguam yang meninggal dalam kemalangan jalan raya tahun lepas.
Tetapi, beliau sedar, bukan mudah untuk mengubah sistem atau cara manusia berfikir, mengatakan malah penduduk bandar juga memejam sebelah mata kepada ketidakadilan dalam masyarakat.
"Saya naik teksi baru-baru ini dengan bunga plastik Bersih di tangan saya dan saya cuba bercakap dengan pemandu teksi mengenainya. Tetapi dia jadi marah dan berkata, saya tak waras dan suruh saya balik China atau India kalau saya tak gembira di sini.
"Jadi, jelas, mereka tak sedar apa yang sedang berlaku, atau mungkin juga mereka tidak terkena ketidakadilan yang dihadapi orang lain dalam negara ini," katanya.
Ooi bagaimanapun tidak begitu bersedia bercakap mengenai keluarganya sebaliknya hanya mengatakan, anak-anaknya tidak bersetuju beliau menyertai demonstrasi jalanan kerana bimbang akan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk menjaminnya sekiranya beliau akan dipenjara.
Beliau mengakui, pertama kali menyertai perhimpunan Bersih, beliau tidak sangka akan bertindak melanggar undang-undang.
"Saya tidak tahu banyak perkara, bagaimana mahkamah berperanan atau malah, apa maksud 'sebutan kes', saya cuma tahu berjalan di jalanan," katanya sambil ketawa.
Sekarang, Ooi menganggap dirinya boleh dikatakan seorang ‘pro’ terhadap segala 'bahaya' di jalanan - beliau pernah tiga kali ditahan di lokap polis dan berdepan dua dakwaan berbeza kerana mengikuti perhimpunan Black 505 dan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau bersyukur kerana menerima sokongan peguam pro bono dan aktivis yang membantu peserta perhimpunan sepertinya apabila mereka berdepan masalah dengan pihak berkuasa, dan mengakui pernah terfikir risau akan menyusahkan anak-anaknya jika beliau ditangkap.
Bagaimanapun, selepas kelihatan berfikir sejenak, beliau mengetepikan kerisauan itu, mengatakan beliau percaya kepada Tuhan.

Sebelum perhimpunan, Ooi yang selalunya menaiki bas kerana tidak memiliki kereta, akan mengunjungi peniaga di sekitar bandaraya, meminta mereka membenarkan peserta perhimpunan menggunakan tandas di kedai mereka dan menurunkan harga barang makanan pada hari itu.

Ooi juga menggalakkan mereka yang ditemuinya mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut, tetapi berkata, hanya satu atau dua orang dari blok apartmennya itu yang akan pergi.

Beliau bagaimanapun tidak fikir akan mampu bertahan sepanjang 34 jam perhimpunan Bersih 4 yang dirancang pada 29 dan 30 Ogos ini.

Katanya, beliau akan berhenti rehat bila perlu.

Dan bekas guru itu, yang masih belajar membiasakan diri menggunakan telefon bimbit dan sistem pesanan WhatsApp, berharap beliau tidak akan terlalu banyak berselfie.

Beliau juga merancang untuk pergi perhimpunan tersebut sendiri kerana matlamatnya ialah untuk berhubung dengan mereka yang tidak pasti dan takut kepada pihak berkuasa.

"Saya cuma hendak berjalan antara orang yang ramai itu dan memerhati sekiranya ada yang kelihatan lemah dan keliru, saya akan tanya mereka, 'anda okay'?

"Kita mesti gunakan kebaikan untuk memecahkan masyarakat kronik yang dibina Umno," katanya.

Beliau juga bersedia menghadapi sebarang akibat, termasuk kemungkinan ditangkap, tetapi berkata: "Saya pernah dan akan terus bersedia untuk dibuli di negara ini, kerana saya seorang wanita, seorang Cina dan seorang tua, kalau keadaan masih tidak berubah".

Bersih 2.0, penganjur Bersih 4, menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya, tadbir urus, sistem demokrasi berparlimen dan ekonomi, serta kebebasan untuk membantah.-TMI

Sumber DD - 23-8-2015

PAS tak larang ahli sertai BERSIH 4
Posted on Saturday, August 22 @ 19:19:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

PAS Selangor tidak melarang ahlinya menyertai himpunan aman BERSIH 4 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini di ibu negara, tegas pesuruhjayanya Datuk Iskandar Abdul Samad.

"Ada tuduhan mengatakan PAS halang ahlinya turun, tetapi itu tak benar.

"PAS Selangor tak pernah halang ahli untuk turun menyertai himpunan BERSIH 4. Tidak ada masalah untuk mereka sertai himpunan itu. Apa yang penting ialah ia selamat dan aman," katanya kepada pemberita selepas majlis pendaftaran dan pelancaran Rumah Selangorku, di Setia Alam hari ini.

Diminta mengulas berhubung penyertaan Unit Amal PAS pada himpunan itu nanti, Iskandar berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya.

"Itu saya tak tahu sebab saya bukan dalam unit tersebut," katanya ringkas sebelum berlalu meninggalkan majlis.

Perhimpunan BERSIH 4 dijadualkan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos ini di tiga kota besar, iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.

Kuala Lumpur menjadi lokasi terbesar himpunan itu di mana penganjur BERSIH 4, Maria Chin Abdullah menjangkakan lebih 100,000 akan menyertai mereka.

Malah, Maria Chin juga merancang berarak daripada lima tempat tumpuan pelancong di sekitar bandar raya Kuala Lumpur menuju ke Dataran Merdeka dan bermalam di sana. - MK

Sumber TKO - 22-8-2015

Rakyat tiada pilihan, terpaksa bantah di jalanan, kata Ambiga

Posted on Friday, August 21 @ 10:22:25 MYT by paktam

Bekas pemimpin Bersih 2.0 mempertahankan rancangan pergerakan itu untuk terus dengan perhimpunannya di Kuala Lumpur dan bandar lain menjelang sambutan Merdeka bulan ini, dengan berkata rakyat Malaysia tidak ada pilihan kecuali ke jalanan tatkala institusi dalam negara berantakan.

“Malaysia kini negara yang hanyut. Kerajaan sedang mengecewakan kita. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikompromi. Kedaulatan undang-undang sedang terhakis,” kata Datuk Ambiga Sreenevasan, menulis pendapatnya dalam The New Yort Times.


“Rakyat Malaysia perlu ke jalanan untuk menuntut demokrasi kami dan jiwa negara kami,” kata peguam itu, yang pernah memimpin perhimpunan berskala besar mendesak perubahan pilihan raya ketika mengetuai Bersih 2.0 di Kuala Lumpur sebelum ini.

Dalam tulisan pendapatnya, Ambina menyenaraikan siri cubaan untuk memperkecilkan kebebasan SPR, dengan terbaru ialah pelaksanaan persempadanan semula di Sarawak yang kontroversi, di mana negeri itu akan menjalani pilihan raya negeri tidak lama lagi.

“Sekali lagi, rakyat Malaysia berdepan risiko ditipu dalam pilihan raya,” katanya, menambah kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Sarawak akan jadi perangsang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menjadi perhatian umum dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan berbilion ringgit masuk ke akaun bank peribadinya.

Seperti sebelum ini, pihak berkuasa mendesak perhimpunan itu berpindah ke stadium, sementara penganjur enggan berbuat demikian.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebaliknya berkata perhimpunan itu mampu menjadi pengukur kepada sokongan rakyat terhadap Najib.

Perhimpunan Bersih kali ini, yang keempat sejak 2007, akan diadakan selama 2 hari, dengan peserta merancang untuk berkhemah di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, yang dimaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan ditutup kepada umum bagi menjalankan latihan dan persediaan sambutan Hari Merdeka.

Sementara itu, Ambiga mendesak pemimpin BN untuk menyertai perhimpunan itu, dengan berkata ia boleh menjalinkan hubungan antara mereka dengan masyarakat umum.

“Anda tidak tahu bagaimana rasanya berjalan bersama rakyat,” kata aktivis peguam itu, yang kini mengetuai kumpulan kanan Hakam.

“Ia ada kuasa. Anda patut datang, walau hanya untuk berhubung dengan kami dan lihat bagaimana kami rasa. Anda mungkin tidak setuju dengan semua permintaan kami tapi anda akan tunjukkan walau apa pun, anda hormat hak kami untuk berkumpul dan bercakap,” katanya-MalaysiaInsider

Sumber DD - 21-8-2015        


Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Sertai Perhimpunan Bersih Di Padang Merdeka
Posted on Friday, August 21 @ 21:25:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



KUCHING, 21 Ogos - Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini di Padang Merdeka dinasihatkan membatalkan niat itu kerana kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak membenarkan sebarang aktiviti diadakan kerana padang berkenaan sedang dibaik pulih.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata penganjur dibenarkan mengadakan perhimpunan dengan syarat tidak diadakan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pemilik atau pentadbiran tempat berkenaan serta perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Roslan berkata sehubungan dengan keputusan larangan yang dibuat kerajaan negeri dan DBKU itu, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang ingkar dan ingin meneruskan perhimpunan di Padang Merdeka itu.

Beliau berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan bersama lapan orang wakil penganjur perhimpunan yang diketuai Nicholas Mujah Ason dan telah memaklumkan tentang bantahan daripada kerajaan negeri dan DBKU.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis Daerah Kuching di Padang Kawad Balai Polis Tabuan Jaya, di sini Jumaat.

Mengulas lanjut, Roslan berkata jika mana-mana pihak masih berdegil dan meneruskan perhimpunan di padang berkenaan, jika ditangkap dan sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.

"Nasihat saya kepada penduduk Kuching atau Sarawak yang ingin hadir (perhimpunan) kalau tahu bahawa perhimpunan akan dianjurkan di Padang Merdeka, jangan pergi atau hadir sebab itu akan melanggar syarat di bawah Seksyen 15 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000," katanya.

Ditanya maklum balas daripada penganjur selepas dimaklumkan mengenai larangan tersebut, Roslan berkata mereka memberi respons positif dan menyatakan akan membuat rayuan kepada kerajaan negeri dan DBKU supaya larangan itu ditarik balik.

Menurutnya dalam pertemuan itu, polis juga mencadangkan sebagai alternatif penganjur boleh mengadakan perhimpunan di dua lokasi alternatif lain iaitu di Padang Song Kheng Hai ataupun mana-mana stadium yang bersesuaian di bandar raya itu.

BERNAMA

Sumber TKO - 21-8-2015

Bersih 4: 500 anggota DBKL kawal trafik

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Sebanyak 500 anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengawal lalu lintas dan keselamatan awam dalam Perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan serentak dengan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan.
  
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau peserta perhimpunan yang dijangka berkumpul seawal 2 petang pada 29 Ogos sehingga pukul 12 tengah malam 30 Ogos.
  
"DBKL akan bantu polis dalam apa jua situasi dan pantau selama 24 jam khususnya dari segi kawalan trafik, kawalan keselamatan orang ramai dan aset yang melibatkan DBKL seperti penghalang jalan dan tanaman," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
  
Mhd Amin berkata DBKL telah meminta penganjur agar tidak menggunakan Dataran Merdeka dan Padang Merbuk sebagai lokasi perhimpunan dan mencadangkan ia diadakan seminggu selepas Hari Kebangsaan.
  
"Kedua-dua kawasan itu digunakan untuk persiapan dan raptai sambutan Hari Kebangsaan...ia juga hanya dikhaskan untuk acara-acara peringkat nasional.
  
"Bagaimanapun, berdasarkan perbincangan pagi ini dengan penganjur, mereka tetap mahu mengadakan perhimpunan itu pada 29 dan 30 Ogos... namun kami difahamkan mereka akan berada di sekitar Dataran Merdeka," katanya.
  
Beliau berkata peserta perhimpunan juga tidak dibenarkan mengganggu perjalanan Konsert Sehati Sejiwa yang akan diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dari 28 hingga 30 Ogos ini.
  
Mhd Amin menegaskan sebarang bentuk struktur binaan seperti khemah tidak dibenarkan dan pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya berlaku.
  
"Jika mereka didapati menceroboh kawasan Dataran (Merdeka), pihaknya akan bekerjasama dengan Polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka," katanya. - BERNAMA

Sumber HD - 18-8-2015







































































































































Bersih 4: Kenyataan Nik Abduh dipetik secara salah








































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Beberapa media dan akhbar memetik kenyataan saya secara salah mengenai Bersih 4.0 bahawa saya menggalakkan ahli dan pemuda PAS untuk menyertai Bersih 4.0," ujar Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia itu, kenyataan salah tersebut pastinya bertentangan dengan kenyataan PAS sebelum ini, sedangkan beliau secara jelas menekankan bahawa sikap Pemuda PAS adalah selari dengan pendirian asal parti.

Katanya, Pemuda PAS bersama mendukung matlamat dan aspirasi asal Bersih 4.0 yang menuntut pemulihan hak-hak demokrasi dan pilihan raya yang bersih.

Justeru, ujar beliau Pemuda PAS tidak akan menghalang ahlinya untuk menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 walaupun PAS tidak terlibat secara langsung.

"PAS akan menyatakan sikap secara rasmi mengenai Bersih 4.0 dalam tempoh terdekat insya Allah," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 18/8/2015

Sumber HD - 18-8-2015



Bersih 4 beri kelainan dengan penyertaan pimpinan Umno, kata penganalisis

Posted on Monday, August 17 @ 19:48:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perhimpunan Bersih 4 yang dijadualkan 29 dan 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, bakal membawa kelainan apabila ia dijangka akan turut disertai pimpinan dan penyokong Umno, kata penganalisis politik Dr Maszlee Malik.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata demikian susulan tindakan penganjurnya menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menyertainya, selepas beliau mengatakan tidak ada masalah dengan perhimpunan itu.

"Kita mungkin akan menyaksikan satu kelainan dalam Bersih kali ini, iaitu kehadiran para penyokong Umno sendiri.

"Dan tidak mustahil kita akan dapati ada pimpinan Umno turut serta," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ini kerana katanya, Bersih 4 yang turut akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak, diadakan ketika rakyat sedang keliru dengan keadaan ekonomi dan politik semasa.
"Pelbagai isu yang melanda negara, dibalas dengan 'act of denial' (tindakan penafian) di pihak kerajaan.

"Ini tidak menghilangkan kesangsian dan kegusaran yang bersarang di dalam jiwa rakyat Malaysia teramai, hatta dalam kalangan para pemimpin Umno dan penyokong Umno sendiri," kata Maszlee.
Beliau turut mengulas kenyataan Jazlan yang disifatkannya memperkecilkan perhimpunan yang dianjurkan rakyat.

"Adalah normal bagi menteri Umno untuk memperkecilkan demonstrasi dan perhimpunan yang dianjurkan rakyat selain penyokong mereka.

"Bukan pertama kali, malah di setiap perhimpunan Bersih dan lain-lain lagi," katanya.

Justeru, beliau menggesa menteri Umno itu untuk turun ke jalan dan melihat sendiri sambutan rakyat sewaktu perhimpunan itu nanti.

Sebelum ini, pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menjemput Jazlan menyertai perhimpunan mereka di Dataran Merdeka itu.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Kartini Aboo Thalib Khalid berkata, jumlah kehadiran peserta demonstrasi bukan kayu pengukur untuk menilai sokongan masyarakat.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, pola masyarakat Malaysia berbeza dengan negara lain yang menggunakan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan.
"Kalau ramai yang datang, tidak bermakna sokongan ramai dan kalau tidak ramai datang, tidak bermakna isu itu tidak penting. Saiz bukan ukuran.

"Pola demonstrasi di Malaysia tidak begitu tajam dan berkesan seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina yang menggunakan demo jalanan untuk jatuhkan regim dengan sokongan elit tentera" kata Kartini kepada The Malaysian Insider.

Malah katanya, segmentasi etnik di Malaysia adalah kuat dan beliau percaya politik akomodasi akhirnya akan berakhir di meja perundingan.

Dalam pada itu, Pengarah Institut Kajian Etnik UKM Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, golongan yang terlibat dalam demonstrasi merupakan penduduk bandar yang majoritinya faham tujuan dan matlamat akhir sesuatu demonstrasi.

Namun katanya, ada juga sebahagian pengikut muda dan peserta yang menyokong membuta tuli.
"Yang (turun) demonstrasi itu selalunya adalah yang celik politik. Sekiranya mereka merasakan demonstrasi tidak dapat merubah apa-apa, mereka tidak perlu demonstrasi," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Bilangan yang datang demonstrasi boleh meningkat sekiranya diadakan pada hujung minggu ketika ramai yang bercuti," kata Shamsul.

Jazlan sebelum ini menyifatkan sentimen rakyat untuk berdemonstrasi kini tidak lagi tinggi, meskipun terdapat perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan.

Rakyat kini pada pandangannya, bersikap rasional dan memikirkan jangka masa panjang negara.

Situasi kini berbeza katanya, dibandingkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, di mana rakyat ketika itu menurutnya cenderung menyertai demonstrasi.

Sumber TKO - 17-8-2015 

'Ketua Polis Negara, kami faham perasaan anda'










































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Banyak persoalan telah dilontarkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar tentang perhimpunan Bersih 4 yang bakal berlangsung kurang dua minggu sahaja lagi.

"Kami faham keresahan KPN dan juga mereka yang mempunyai banyak prejudis terhadap perhimpunan tersebut," ujar Pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah.

Menruutnya, Bersih 2.0 telah menulis surat kepada KPN, memaklumkan tentang perhimpunan Bersih 4 serta kesediaan pihaknya untuk bertemu dan berbincang dengan KPN.

"Namun KPN hanya mengutuskan Ketua Polis Daerah Dang Wangi untuk bertemu dan bermesra dengan kami," ujarnya lagi.

Justeru, katanya adalah tidak adil bagi KPN untuk membuat pelbagai andaian tanpa terlebih dahulu bertemu dan berbincang dengan Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.

"Kami tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Niat dan tujuan perhimpunan Bersih 4 telah dilaporkan oleh media dan kenyataan-kenyataan kami boleh dibaca di internet.

"Bersih 2.0 menyedari bahawa kami ini ibarat mentimun dengan durian. Menggolek pun luka, digolek pun kami luka," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, bukan sekali dua peserta himpunan Bersih telah dileraikan dengan kekasaran pihak polis, bahkan kali ini mungkin masuk kali keempat.

"Namun suka kami ingatkan bahawa perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 tidak mengundang huru-hara." ujarnya.

Menurutnya lagi, huru-hara hanya timbul apabila perhimpunan cuba dileraikan dengan kekasaran dan gas pemedih mata.

"Kami turut ingin mengingatkan Tan Sri KPN supaya bertindak bijak dan membaca mood orang ramai dengan tepat," ujarnya.

Beliau berkata, salah langkah pihak polis, sepertimana yang boleh dilihat dalam tiga perhimpunan lalu, hanya akan menyemarakkan semangat orang ramai untuk ikut serta dalam perhimpunan kali ini.

Katanya, ugutan dan tindakan hanya akan menambah rasa menyampah orang ramai terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Justeru, kata beliau Bersih 2.0 menasihatkan KPN dan pihak polis untuk menyiasat hal-hal yang lebih penting, seperti pengakuan Pengarah Komunikasi BN Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa Perdana Menteri telah bertindak mengelak pertuduhan jenayah terhadapnya, dalam satu wawancara bersama The Star semalam.

Ini, ujarnya satu pengakuan yang amat signifikan dalam siri siasatan terhadap skandal dana yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, selain dapat menjawab persoalan draf pertuduhan terhadap beliau yang kononnya dikatakan palsu sebelum ini.

Kata beliau, pihaknya memahami dilema yang sedang dihadapi ramai anggota polis, penjawat awam, pegawai SPRM malah-malah penyokong kerajaan sendiri apabila berhadapan situasi sekarang.

"Kami dengan rendah hati memohon anda mempertimbangkan semua yang sedang berlaku secara bijak, dan membuat keputusan untuk menyertai rakan-rakan rakyat Malaysia yang sudah siap sedia untuk turun ke Bersih 4, bagi mendesak sebuah kerajaan dan sistem pilihan raya yang adil, hak untuk membantah, sebuah sistem demokrasi berparlimen yang lebih kukuh dan demi menyelamatkan ekonomi negara; sepertimana yang telah termaktub sebagai hak rakyat dalam Perlembagaan Persekutuan," jelasnya. - HARAKAHDAILY 17/8/2015

Sumber HD - 17-8-2015

Nur Jazlan marilah sertai Bersih 4 - Maria Chin

HARAKAHDAILY | .


Maria Chin turut hadir majlis jamuan Hari Raya Bakip di Pejabat Agung PAS, petang ini.


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Datuk Nur Jazlan telah dilaporkan berkata bahawa kerajaan tiada masalah dengan perhimpunan aman Bersih 4.

Justeru, Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menerima baik respons Nur Jazlan ini dan dengan rasa besar hati ingin mengajak beliau untuk turut bersama-sama menyertai perhimpunan Bersih 4 yang dijadual berlangsung dalam masa dua minggu sahaja lagi.

"Pastinya tiada masalah bagi beliau untuk ikut serta berhimpun bersama-sama rakyat Malaysia yang menuntut pilihan raya dan kerajaan yang adil, hak membantah, pengukuhan demokrasi berparlimen dan demi menyelamatkan ekonomi negara," ujar Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan.

Pun begitu, katanya Nur Jazlan dalam kenyataannya kepada media turut menyebut bahawa pihak berkuasa akan bertindak sekiranya perhimpunan tersebut bertukar kecoh dan keadaan tidak terkawal.

"Suka kami ingatkan Datuk Nur Jazlan bahawa tugas menjaga keamanan dan mengawal keadaan adalah tugas pihak polis, yang kini berada di bawah bidang tugas beliau sebegai Timbalan Menteri Dalam Negeri," ujar beliau lagi.

Maria berkata, tiga perhimpunan Bersih telah berlangsung dan dunia telah menjadi saksi bahawa perhimpunan yang bermula aman hanya bertukar menjadi huru hara apabila pihak polis bertindak kasar dalam meleraikan perhimpunan.

Menurut beliau lagi, matematiknya mudah, sekiranya pihak polis boleh mengawal diri dan bertenang, perhimpunan juga akan kekal aman dan tenang.

Tegasnya, Bersih 4 tidak bertujuan menggulingkan kerajaan.

Justeru, katanya pihak polis perlu diingatkan bahawa rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan aman Bersih 4 hanya membawa lima tuntutan dan salah satu darinya adalah untuk memperkukuh demokrasi berparlimen.

Tambahnya, pihak polis harus mengambil semua langkah untuk memastikan peserta himpunan berada dalam keadaan aman dan selamat, dan bukannya mencetuskan kekecohan.

Kata Maria lagi, sekiranya ada antara kalangan peserta yang melanggar arahan jawatankuasa pengelola untuk berhimpun secara aman, dan memulakan kekecohan, pihak polis dialu-alukan untuk memberkas mereka.

"Sekali lagi kami tegaskan bahawa tanggungjawab pihak polis ialah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan Bersih 4.

"Sekiranya terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri lah yang harus bertanggungjawab," ujarnya. - HARAKAHDAILY 14/8/2015

Sumber HD - 14-8-2015

Bantahan bagi Bersih 4: Protes jalanan juga ada kelebihan

Posted on Friday, August 14 @ 08:14:36 MYT by paktam

Oleh Rama Ramanathan

Bersih 4 kini bermain di fikiran ramai pihak. Di sini saya menerangkan tentang Bersih 4, sebagai respon kepada bantahan terhadapnya dan juga bagi membincangkan keputusan perhimpunan Bersih di masa lalu.

Kita lihat enam ciri Bersih 4.

Pertama, Bersih 4 telah digelar Bersih 2.0 (Bersih), gabungan 89 NGO yang menumpukan kepada pilihanraya bersih dan adil di Malaysia.



Kedua, Bersih 4 menggesa orang ramai berhimpun secara aman di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching dari 2 petang pada 29 Ogos.

Ketiga, Bersih 4 berharap peserta dari warga Malaysia bersetuju negara kita tidak boleh dibelenggu kemelut PKFZ atau 1MDB dan satu jalan mencapainya ialah melalui reformasi institusi.

Keempat, Bersih 4 berharap kerajaan, pembangkang, sektor perniagaan dan dunia mengambil perhatian.

Kelima, Bersih 4 akan tunjukkan ketidakpuasan hati dari segenap segmen masyarakat - tua, muda, lelaki, wanita, kaya, miskin, bumiputera dan bukan bumiputera.

Keenam, Bersih 4 akan tunjukkan pecahan kaum dan sensitiviti yang dikatakan membelenggu negara tidak wujud sepertimana yang didakwa.

Kini saya ambil kira tentangan yang dibangkitkan bagi Bersih 4.

Pertama, ada yang berkata protes jalanan kurang berkesan berbanding menghasilkan petisyen. Saya tidak setuju.

Saya pernah menyertai persediaan mendapatkan petisyen dan mengumpul tandatangan.

Saya dapati proses menyediakan petisyen dan mendapatkan tandatangan amat bernilai bagi mendapatkan pendapat dan menafsirkan apa yang dipersetujui. Ia amat mustahak bagi memulakan perbincangan dan berusaha ke arah persetujuan.

Bagaimanapun, saya dapati petisyen agak perlahan, terlalu fokus dan efektif hanya apabila digunakan dengan perhimpunan bagi menampakkan jumlah sebenar mereka yang menandatanganinya.

Kedua, ada yang berkata protes jalanan mengganggu perniagaan dan ia mungkin menyebabkan kecederaan, kemusnahan harta benda dan kehilangan mata pencarian. Saya tak setuju.

Saya pernah ke bandaraya London, Manila, New York dan Rome di mana perhimpunan sering diadakan.

Bandaraya tersebut punyai trak khas, sekatan dan kakitangan terlatih bagi memastikan perhimpunan aman dan konstruktif berbanding suasana kelam kabut dan mengganggu keamanan.

Pihak berkuasa di sana menukar laluan bas, menambah perkhidmatan, dan mengizinkan perhimpunan, seperti yang dilakukan pihak berkuasa pada Grand Prix KL, maraton, Thaipusam dan sebagainya.

Hasil yang kurang memberangsangkan datang dari kegagalan kerajaan menghormati suara penentangan. Kita sedar apabila pihak berkuasa melakukan tugas mereka, gangguan tidak akan berlaku.

Ketiga, ada berkata perhimpunan Bersih tidak berjaya walaupun mengumpul ramai peserta.

Kejayaan sebenarnya diukur samada keputusan menepati objektifnya.

Pihak jurujual tahu jualan berhasil sekiranya satu barangan dibeli setelah ratusan pelanggan dirapati. JK Rowling pengarang buku yang begitu laris pada mulanya sukar mendapatkan penerbit. Beliau ditolak 12 penerbit namun tetap tidak putus asa.

Bukan mudah mendapatkan sebulat suara, dan bukan senang menilai keputusan.

Hasil perhimpunan terdahulu termasuk kisah para peserta yang tidak melihat faktor bangsa apabila diserbu pihak berkuasa; kesedaran peribadi tentang ketidakadilan kerana perbincangan dengan orang lain, tentang siasatan Suhakam bahawa pihak berkuasa gagal memainkan peranan.
Suruhanjaya Pilihanraya telah melihat keputusan Bersih 3.

Mereka saksikan ramai yang menolak amalan berat sebelah yang berlaku di dalam persempadanan semula kawasan mengundi di Sarawak. Rakyat sedar selepas Bersih 3 dan menyuarakan bantahan. Mahkamah Tinggi setuju bantahan tersebut ada benarnya.

Calon-calon pilihanraya dengan kemenangan tipis melihat hasil Bersih. Rakyat lantas mendidik diri di dalam proses pilihanraya. Ramai yang melatih diri dan menjadi Agen Pengundian, Pengiraan dan Pemilihan (PACABA). Mereka mengambil cuti pada hari mengundi dan mengelakkan proses mengundi tercemar.

Jawatankuasa Terpilih Parlimen (SAC) pada hari mengundi tidak akan tertubuh tanpa Bersih 3. Namun hasil yang dilihat semua ialah dakwat kekal. Ia gagal ketika dilaksanakan pada kali pertama dan Mejar Zaidi hilang pekerjaannya.

Bersih 4 menuntut reformasi institusi dan bukan hanya perubahan perdana menteri. Jumlah yang hadir akan menampakkan bahawa ramai yang sanggup memalukan ahli politik yang enggan melakukan reformasi institusi.

Rama Ramanathan, seorang jurutera terlatih, merupakan Ketua Kualiti (Asia Pasifik) di dua syarikat multinasional yang berpangkalan di AS sejak dua dekad yang lalu. Setelah penat mengembara, beliau kini mendiami KL dan memberi tumpuan kepada usaha menjadi seorang jiran dan warganegara yang bertimbangrasa.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Bantahan-bagi-Bersih-4-Protes-jalanan-juga-ada-kelebihan#sthash.kRIDYSmz.dpuf
Sumber DD - 14-8-2015        














































































































































Pesta Demokrasi 34 Jam Bersih4

Posted on Tuesday, August 11 @ 14:02:41 MYT by paktam

Oleh Bersih 2.0

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai Pesta Demokrasi 34 Jam Bersih 4 di Kuala Lumpur bermula jam 2 petang 29 Ogos 2015 sehingga jam 11.59 malam 30 Ogos 2015.

Jawatankuasa Pengelola Bersih 4 memutuskan untuk berkhemah semalaman di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi mendesak penambahbaikan institusi demi 5 tuntutan Bersih 4 iaitu, Bersihkan Pilihanraya, Kerajaan Bersih, Hak Membantah, Kukuhkan Demokrasi Parlimen dan Selamatkan Ekonomi Malaysia.

Bersih 2.0 menjemput rakyat Malaysia untuk turut serta dalam perhimpunan yang pertama kali seumpamanya diadakan dalam sejarah. Para peserta dinasihatkan untuk membawa alas kanvas, beg tidur, khemah mudah alih, serta keperluan untuk bermalam dan menjalani hujung minggu di tengah ibu kota.


Bersih 2.0 memaklumkan pihak Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tentang perhimpunan Bersih 4 dan menyatakan kesediaan berbincang dengan pihak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya keselamatan rakyat Malaysia terjamin dan lalulintas di ibu kota terkawal sepanjang berlangsungnya perhimpunan aman ini nanti.

Orang ramai dicadang berkumpul di lima tempat sebelum bergerak menuju Dataran Merdeka: 1. Brickfields 2. Pasar Seni 3. Sogo 4. Masjid Negara 5. Dataran Maybank.

Kami menyusun pelbagai acara, termasuklah bengkel-bengkel pendidikan sivil, perbincangan awam, persembahan seni budaya serta aktiviti kerohanian selain pidato-pidato pemimpin masyarakat untuk para peserta himpunan.

Kami juga ingin memaklumkan pada tarikh 14 Ogos kami akan memulakan proses undian atas talian untuk pertandingan poster ‘Jom Bersih4Malaysia’ yang dimulakan sejak hujung minggu lalu, bagi mengajak anak muda yang berbakat untuk memperlihatkan sokongan mereka melalui hasil karya masing-masing.

Bersih 2.0 juga amat menghargai kempen-kempen yang dimulakan rakyat Malaysia atas inisiatif sendiri, termasuk poster-poster, kempen nyalakan lampu, dan kempen ‘YellowRising Malaysia’ yang menganjurkan supaya rakyat Malaysia mula berpakaian kuning, atau mengikat kain kuning di pagar, pokok, beg dan sebagainya demi menyokong Bersih4.

Bagi merancakkan lagi kempen ini, kami turut mengajak orang ramai untuk mengikuti ‘Bersih4 Challenge’, dengan mengambil gambar masing-masing secara selfie atau apa sahaja dan menyatakan kesediaan menyertai perhimpunan Bersih 4, dan kemudian mencabar rakan-rakan mereka juga untuk melakukan perkara serupa.

Bersih 2.0 berharap perancangan untuk meraikan demokrasi dalam kerangka mendesak penambahbaikan institusi demi sebuah negara yang lebih bersih dan adil dari segi ekonomi, sosial dan politik akan berjalan lancar, selari dengan peruntukan undang-undang. –

Sumber DD - 11-8-2015

Bersih 4.0: Ahli PAS diminta tunggu arahan parti

HARAKAHDAILY | .


PAS konsisten menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih bagi menjamin kelangsungan sistem demokrasi dalam negara ini. Pelbagai bantahan terhadap penyelewengan dalam pilihan raya seperti penggunaan jentera kerajaan, daftar pemilih yang dipertikaikan, persempadanan pilihan raya dan penggunaan media perdana oleh parti pemerintah sahaja adalah antara sebahagian isu dari pelbagai isu utama yang ada.

Pelbagai bentuk bantahan digunakan bagi melaksanakan tuntutan seperti menghantar memorandum, dialog bersama SPR, perhimpunan aman, dan mengumpulkan tandatangan adalah sebahagian usaha bagi menjayakan tuntutan tersebut. PAS mengambil bahagian dalam semua bentuk tuntutan secara aktif.

Tunggu arahan

PAS akan terus bersama kebangkitan rakyat khasnya anak-anak muda bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut ekonomi, politik dan urustadbir negara kini.

Walau bagaimanapun oleh kerana kedudukan PAS kali ini bukan lagi penganjur bersama sebagaimana himpunan Bersih sebelum ini, maka parti telah bersetuju menghantar Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad dan Saudara Kamaruzaman Mohamad bagi mendapatkan maklumat lanjut himpunan tersebut. Sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang rally yang akan diadakan nanti.

Dalam suasana politik negara yang tidak stabil kini, PAS tidak akan bersetuju dengan apa jua usaha yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang yang ada, kerana ia akan diambil kesempatan oleh parti pemerintah bagi mengalih isu utama kepada tindakan provokasi bagi mencetuskan kegawatan dalam negara.

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden, bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli. Kita akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format himpunan tersebut.

Kongres Rakyat

Insya Allah, bagi melunaskan maksud mendukung cita-cita perjuangan rakyat yang mahukan perubahan positif dalam negara ini, PAS akan menganjurkan Kongres Rakyat yang menghimpunkan NGO, tokoh-tokoh masyarakat, parti politik, gerakan mahasiswa dan lainnya yang bakal diadakan dalam tempoh masa terdekat bagi meneruskan agenda dan tuntutan rakyat.

Kongres ini adalah kesinambungan pelbagai himpunan parti bersama rakan-rakan NGO yang diadakan sebelum ini. Kongres ini akan dikendalikan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat bersama pelbagai pihak yang akan turut serta sama ada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta. - HARAKAHDAILY 10/8/2015

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
10 Ogos 2015

Sumber HD - 10-8-2015

















































































































































PAS konsisten tuntut p'raya yang bersih dan adil

















































































































































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS konsisten dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil sebagaimana yang dituntut oleh rakyat negara ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim kepada media sebaik sahaja selesai Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Kuizm hari ini.

Tambahnya, PAS juga menuntut perubahan dalam kerangka undang-undang negara berdasarkan akta himpunan aman.

Sehubungan itu, jelas beliau, PAS menyokong dan bersetuju dengan tuntutan Bersih 4.0.

Justeru, katanya PAS Pusat juga memutuskan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0.

Himpunan Bersih 4.0 dijangka akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 8/8/2015

Sumber HD - 8-8-2015

PAS akan sertai Himpunan Bersih 4.0

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS Pusat memutuskan akan menyokong dan menyertai Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan hujung bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim kepada media sebaik sahaja selesai Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Kuizm hari ini.

Menurut beliau, PAS konsistan dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil  sebagaimana yang dituntut oleh rakyat negara ini.

Justeru, katanya PAS Pusat juga memutuskan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0.

"Atas prinsip pilihan raya adil dan bersih PAS akan menyertai Bersih 4.0 nanti,"tegasnya.

Himpunan Bersih 4.0 dijangka akan diadakan pada 28 dan 30 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 8/82015

Sumber HD - 8-8-2015




















































































































































Mengapa saya akan sertai Bersih 4

Posted on Thursday, August 06 @ 11:14:18 MYT by paktam

Oleh Wong Chin Huat 

Saya akan sertai perhimpunan aman Bersih 4 kerana saya ingin (1) pilihan raya bersih; (2) kerajaan bersih; (3) hak untuk membantah; dan (4) ekonomi diselamatkan.

Apakah tuntutan Bersih 4?

Ada ramai yang salah faham Bersih 4 mengambil sikap yang terlalu personal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga menjadikan pengunduran beliau matlamat perhimpunan raksasa ini.


Sebenarnya, Bersih 4 mempunyai empat tuntutan, yakni:  (1) pilihan raya bersih; (2) kerajaan bersih; (3) hak untuk membantah; dan (4) selamatkan ekonomi.

Saya percaya tiada sesiapa yang akan bantah tuntutan yang terakhir, iaitu “selamatkan ekonomi”, kerana orang ramai memang merasakan kesempitan kerana cukai baharu (GST), inflasi, jatuh nilai ringgit dan sebagainya.

Untuk mencapai tuntutan ini, selain polisi-polisi ekonomi yang lebih berkesan, kita perlu memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengurusan teruk yang melanda negara kita termasuk skandal 1MDB yang berhutang sebanyak RM42 bilion, dan berkaitan dengan itu, RM 2.6 bilion didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Apa pula yang menyebabkan rasuah begitu berleluasa? Bersih 2.0 (Gabungan untuk pilihan raya Bersih dan Adil 2.0) mencadangkan tiga sebab yang bersifat sistemik.

Pertama, pilihan raya yang dimanipulasikan sehingga ahli dan parti politik yang rasuah tidak perlu risaukan kemarahan pengundi.

Kedua, kuasa eksekutif terlalu dipusatkan sehingga pemimpin bukan saja tidak takutkan pembangkang, malah juga langsung tidak takutkan kritikan dan bantahan daripada rakan-rakan separti atau segabungan.

Ketiga, sekalipun marah, rakyat tidak berani membantah kerana kebebasan bersuara disekat atau dihukum. Dan sekatan atau hukuman tidak semestinya berkaitan dengan isu rasuah, sebaliknya pengkritik kerajaan mungkin dilemparkan pelbagai tuduhan daripada anti-raja, anti-agama, sehingga kini, anti-demokrasi.

Sebenarnya, tiga tuntutan Bersih 2.0 yang terdahulu itu adalah ringkasan daripada agendanya yang menggariskan 10 reformasi institusi.

Tuntutan “pilihan raya bersih” itu sebenarnya mengandungi dua reformasi institusi:
1. Penambahbaikan sistem dan proses pilihan raya
2. SPR menjadi badan yang bertanggungjawab kepada Parlimen

Tuntutan “kerajaan bersih” pula mengandungi enam reformasi institusi yang ingin memecah pemusatan kuasa Eksekutif:

1. Larangan untuk perdana jadi menteri kewangan
2. Penambahbaikan Parlimen
3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi badan bertanggungjawab kepada Parlimen
4. Pisahkan Peguam Negara daripada Pendakwaraya
5. Gubalkan undang-undang Kebebasan Maklumat (FOI)
6. Deklarasi Aset untuk nenteri dan pegawai tinggi

Tuntutan “hak untuk membantah” pula mewakili dua lagi reformasi institusi yang terakhir:

1. Mansuh/Pindaan undang-undang zalim

2. Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

Semasa mengemukakan 10 reformasi institusi ini pada 6 Julai, Bersih 2.0 sebenarnya menegaskan jika tidak berlaku reformasi institusi, sekalipun berlaku pertukaran kepimpinan juga tidak akan dapat mencegah rasuah raksasa seperti skandal 1MDB, ataupun skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang bernilai RM12 bilion pada penghujung pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengapa Bersih 4 menuntut Najib undur diri?

Sekiranya reformasi institusi yang dijadikan sasaran, ada yang seterusnya bertanya, mengapa Bersih 4 turut menuntut Najib untuk mengundur diri?

Kalau kita lihat kembali pendirian Bersih 2.0 pada 6 Julai, ia memang cuma menuntut Najib mengambil cuti dan mengumumkan butir-butiran terperinci tentang transaksi RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaunnya.

Pendirian Bersih 2.0 cuma menjadi tegas dan menuntut pengunduran beliau hanya selepas pelucutan jawatan Peguam Negara yang dipegang Tan Sri Abdul Gani Patail dan pelantikan seramai 4 daripada 13 orang ahli Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Parlimen untuk menjadi menteri atau timbalan menteri.

Kedua-dua langkah ini nyata mempunyai niat buruk iaitu untuk melengahkan atau menjejaskan kerja penyiasatan dan pendakwaan ke atas 1MDB.

Apakah peluang 10 reformasi institusi itu dilaksanakan jika Najib nampaknya ingin membelakangkan kedaulatan undang-undang (rule of law) dan tatapemerintahan baik (good governance)? Bukankah hampir sifar?

Kalau di Zaman Umayyah, Khalifah Umar Abdul Aziz boleh membezakan pelita kerajaan untuk kegunaan membaca dokumen kerajaan dan pelita peribadi untuk membaca bacaan peribadi, patutkah seorang PM yang tidak menafikan aliran wang masuk ke dalam akaunnya dan tidak memberikan sebarang keterangan (kecuali kenyataan “ini bukan untuk kepentingan sendiri”) kekal memimpin Malaysia?

Berupayakah beliau memimpin apabila kewibawaannya sudah jatuh berkecai di lantai?

Maka, kalau pemimpin berdegil untuk berkuasa tanpa integriti, apakah salahnya rakyat menjerit “undur” atau “tangkap”, selagi mereka tidak melaksanakan kehendak itu dengan kuasa sendiri?

Mungkinkah Bersih 4 berjaya?

Yang berkuasa untuk melaksanakan 10 reformasi institusi itu cumalah Parlimen dan perdana menteri. Yang berkuasa untuk memecat Najib juga cumalah Parlimen.

Apakah peluang untuk ahli-ahli Parlimen Umno dan BN meninggalkan Najib dan untuk perdana menteri dan Kabinet baharu – tidak kira ia terdiri daripada BN sahaja ataupun mengandungi ahli-ahli pembangkang – melaksanakan reformasi institusi?

Pada tahap ini, nampaknya juga sifar.

Maka, apa gunanya rakyat berhimpun untuk Bersih 4?

Jawapannya mudah. Kita ingin tunjukkan suara ramai untuk menolak rasuah yang berlaku kerana demokrasi berparlimen sudah pun dijejaskan.

Terpulanglah kepada ahli-ahli Parlimen sama ada untuk mendengar.

Sama ada kita ingin berdiam seolah-olah kita tidak kisah malah memperkenankan rasuah dan penjejasan demokrasi itu terus berlaku, itu terpulang kepada kita.

Itu sebabnya saya akan menyertai Bersih 4, pada 29-30 Ogos ini.

Sumber DD - 6-8-2015

Kenapa saya tidak akan pergi #Bersih4

Posted on Thursday, August 06 @ 10:58:52 MYT by paktam

Oleh Khairi Zulfadhli

Nama saya Khairi, saya bukan Zahra.

Sehingga artikel ini ditulis yakni jam 3.30 pagi, 6 Ogos 2015 saya masih berbelah-bahagi untuk ke perhimpunan #Bersih4 atau tidak. Nampak gaya seperti saya tidak ingin dan tidak akan pergi.

Kenapa?



Tiada manfaat

Saya tidak mendapat apa-apa untuk turun ke #Bersih4, tiada sebarang individu yang memberi saya elaun, tiada nasi bungkus, tiada baju percuma dan tiada juga walau sebotol air percuma untuk saya jika saya turun. Saya hanya mendapat lelah dan letih.

Jika saya turun, saya akan bersesak dan berhimpit bersama puluhan atau ratusan ribu individu lain. Saya terdedah dengan pelbagai kemungkinan buruk, mungkin saya akan kehilangan dompet dan telefon pintar saya. Siapa nak ganti ?

Jika saya turun, saya akan berdiri di tengah panas dan melaungkan “Tangkap Datuk Seri Najib Razak, Undur Najib, Hancur Barisan Nasional” dan pelbagai lagi laungan yang biasa kedengaran setiap kali demonstrasi berlaku. Selepas habis melalak dan terpekik terlolong saya akan pulang. Keesokan hari hidup akan bermula seperti biasa.

Bangun pagi, periksa telefon, balas mesej yang masuk, teliti emel penting, belek berita semasa dan kemudian pergi bersarapan. Sama, tiada apa yang berlaku, tiada pemimpin yang akan letak jawatan, tiada pilihan raya semula akan diadakan dan tiada juga wang derma masuk ke akaun saya.

Secara literalnya, saya tidak mendapat apa apa !!

Keganasan

Saya mahukan perubahan. Saya akui, saya mahu perubahan berlaku di dalam negara ini. Namun bukan dengan ini caranya. Ada pelbagai lagi cara untuk kita menuntut perubahan dalam negara ini.

Para demonstran yang turun sedang dalam keadaan marah, mereka marahkan segala perkara.

Marah pentadbiran Najib
Marah harga rumah tidak masuk akal
Marah GST yang membebankan
Marah harga barang meningkat
Mereka betul-betul marah.

Kemarahan mereka ini sedang membuak-buak. Datang pula individu yang dengan sengaja mencurah minyak ke dalam api kemarahan mereka. Maka akan berlakulah siri keganasan yang di luar tabii. Kita dapat lihat apa berlaku di Bersih3 apabila kereta polis diterbalikkan. Tidak mustahil kali ini Trak FRU merah yang besar gedabak itu juga akan diterbalik malah dibakar demonstran kali ini. Saya berdoa ini tidak berlaku.

Saya juga marah, saya mengaku saya manusia biasa. Saya juga akan terdorong melakukan benda-benda bangang dan tidak masuk akal apabila kemarahan membuak-buak yang disimpan lama itu meletus seperti merapi yang ingin meluahkan lavanya. Saya risau akan secara tiba tiba mengoyakkan baju dan bertukar menjadi Hulk.

Better the devil you know than the angel you don’t

Saya tiada pilihan. Keadaan politik negara dalam keadaan huru hara. Tiada pilihan yang diberi andai BN ingin ditukar. Kita nak serahkan negara ini pada siapa ?

Pada DAP?

Parti yang berusaha keras untuk menonjolkan sifat kemelayuan dan membuang imej kecinaan mereka. Merekrut lebih ramai anak bangsa Melayu dengan tujuan meraih undi bangsa terbesar Malaysia. Parti yang keras kepala untuk meraikan pendirian PAS dalam isu hudud ?

Pada PAS ?

Parti yang wala’ membabi buta pada pemimpin dan memanipulasi agama sepenuhnya demi kepentingan peribadi? Sibuk dengan zikir “kau tak ikut aku maka kau kafir”. Parti yang lupa suatu ketika dahulu mereka pernah berjabat tangan dengan Cina DAP. Ditambah lagi dengan perpecahan dalaman sehingga wujud Gerakan Harapan Baru. Thanks for the memories, thanks for the memories.

Pada PKR ?

Parti yang belum move on dengan fakta Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi lawatan sambil belajar jangka masa panjang ke Penjara Sungai Buloh? Sibuk kumpul sejuta tandatangan untuk membebaskan Anwar? Apa ingat kalau 29 Juta rakyat Malaysia tandatangan pun Anwar akan dibebaskan ke?

Sudahlah, tidak akan ada Shawshank Redemption Malaysian Edition. Ingat sebuah sangkar besi, tidak bisa mengubah rajawali, menjadi seekor burung nuri. Belajar move on sikit.

Saya lebih rela membiarkan BN terus memerintah walau 800 tahun sekalipun selagi mana belum ada koalisi berkualiti untuk mengganti pentadbiran negara ini. Don’t worry Najib, I love you forever and ever. Muahcikeddd.

Itu sahaja, konklusinya saya tidak akan turun.

Terima Kasih.

Sumber DD - 6-8-2015

1MDB: Bersih 2.0 kecam aktivis muda direman

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya perintah tahanan reman yang dikenakan terhadap tiga aktivis muda Mandeep Karpall, Adam Adli dan Ahmad Syukri Razab, yang masing-masing dikenakan tahanan reman selama 4 hari dan 6 enam hari bermula semalam.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata Bersih 2.0 melihat tangkapan dan tahanan reman yang dikenakan oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap aktivis, ahli politik, orang awam malah terhadap pihak-pihak yang menyiasat dakwaan skandal aliran wang terkait 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri sebagai sesuatu yang amat serius.

Katanya, protes anak-anak muda Demi Malaysia adalah berkenaan penambahbaikan tetapi mereka dihukum dengan tangkapan.

Tambahnya, tuntutan mereka samalah dengan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 ke arah akauntabiliti sepertimana yang telah dinyatakan dalam empat tuntutan sebelum ini:

- Supaya Najib Razak mendedahkan butiran akaun banknya, dan terutamanya memperjelaskan sama ada akaun AmBank dengan namanya benar-benar wujud, dan jika ya, mendedahkan butiran transaksi bagi tarikh-tarikh yang berkenaan.

- Najib Razak mesti bercuti daripada jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan kesemua jawatan awam yang disandangnya selama siasatan berlangsung.

 - Bekukan akaun Najib Razak, isteri dan anak-anaknya.

 - Kesemua hasil siasatan Bank Negara, SPRM, pihak polis dan PAC berkenaan 1MDB serta syarikat-syarikat berkaitan mesti didedahkan kepada orang ramai secepat mungkin.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, berikutan kegagalan Najib untuk melaksanakan penambahbaikan dan tindakannya melumpuhkan usaha mencari kebenaran di sebalik skandal 1MDB, suara rakyat mesti terus diperdengarkan dengan lebih kuat dan jelas. - HARAKAHDAILY 3/8/2015

Sumber HD - 3-8-2015

Malaysia seperti apa sedang kita bina?

Posted on Sunday, August 02 @ 09:36:08 MYT by paktam

Oleh Arif Atan

Melihatkan cara polis menangani peserta himpunan ‪#‎TangkapNajib‬, kita bimbang Malaysia akan menjadi negara yang tidak menghormati nilai manusiawi.

Belum pun ucapan bermula, seorang demi seorang ditangkap daripada ahli politik, mahasiswa, warga emas, pemandu teksi, pendeklamator, penjawat awam, kartunis, wanita sampailah remaja berusia 14 tahun! Melayu, Cina, Singh semua ada. Kegilaan apa sedang melanda selepas rombakan kabinet yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) juga memegang portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN)?

Lebih 20 orang rakyat yang tidak menerima sesen pun wang RM2.6 bilion yang didepositkan dalam akaun peribadi Najib Razak itu bermalam di lokap hanya kerana menuntut keadilan.

Dalam banyak keadaan polis juga gelabah semacam ketika mengheret orang awam ke trak polis. Macamlah tangkap penjenayah yang akaunnya ada berbilion dollar Amerika! Paling buat kecoh mereka yang tak beruniform dengan sebahagiannya memakai jaket tertera kata 'polis'.

Jerit, rempuh dan tolak orang lain termasuk petugas media. Dia fikir kerja dia saja, kerja orang lain tak fikir. Kadang-kadang kami di pihak media ni musykil, mereka ni betul ke polis sebab samsengnya lain macam.

Tak cukup tangkap, polis jugs menjerit-jerit suruh semua premis kedai sekitar Sogo ditutup! Kenapa begitu terdesak sekali kalau itulah arahan dari Ketua Polis Negara (KPN)? Serentak tangkapan dibuat, serentak itu juga kedengaran deruman pintu lot-lot kedai sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman ditarik sebagai mematuhi arahan polis. Nampak? Siapa yang menjejaskan urusniaga di ibu kota?

Asiah yang berusia 14 tahun bersama ibunya Nashita Md Noor di seberang Sogo juga diheret masuk ke trak polis hanya kerana mendesak supaya tangkap Najib. Seorang wanita bertubuh kecil juga diikat hanya kerana berpakaian serba putih warna yang menjadi tema himpunan #TangkapNajib.

Saya merasakan, anggota bertugas ketika itu sudah dibasuh otaknya bila dengar siapa yang sebut "tangkap Najib", tangkap orang itu. Bila nampak siapa yang pakai baju berwarna putih, ikat dan sumbat dalam trak! Gamaknya macam tu kot.

Bahkan, siap datang 1 bas PDRM menurunkan anggota yang kemudiannya menghalau orang awam yang sebahagiannya terpinga-pinga memenuhi sepanjang jalan dan persimpangan Jalan TAR-Jalan Dang Wangi.

Malah, pelanggan di premis kafe sebelah gedung Sogo - pusat unjuk rasa rakyat Malaysia - juga diusir pihak polis dan pihak keselamatan Sogo pun lagaknya mengalahkan IGP mengusir pelanggan meninggalkan kafe itu.

Kebetulan saya juga ada di sana jadi saksi mata matinya demokrasi negara. Saya tanyakan atas kapasiti pemegang pas media, "encik, siapa yang beri arahan?" Dijawab ringkas "arahan dari atas. bersurai semua."

Dalam masa sama juga di laluan bawah kafe seorang lagi polis berpakaian preman mengusir sambil menjerit "Hanya anggota polis saja dibenarkan berada di sini. Balik! Balik semuaa!!"

 
Kami mulanya enggan berganjak atas hujah sekadar minum tika himpunan pun sudah bubar. Namun, sehingga jam 3.30 petang, akhirnya saya bersama sekumpulan lagi rakyat juga YB yang "berkubu" di kafe The Loaf, Sogo itu akhirnya terpaksa akur untuk meninggalkan lokasi apabila dari perkarangan Sogo sekumpulan polis sudah bergerak ke arah kami.

Jadinya, bagi saya bermula sejak turun di LRT hentian Bandaraya jam 2 sehingga jam 3.30 petang, aksi demonstrasi semalam sebenarnya himpunan polis dan SB! Dari stesen menyusuri laluan berbumbung saya anggarkan sudah lebih 100 polis beruniform dan SB lengkap dengan kamera video.

Poyo. Macamlah peserta himpunan berpuluh ribu. Stesen lengang dengan orang awam. Sindrom ketakutan massa sudah mewabak.

Fitrah negara yang sejahtera lagi membahagiakan rakyatnya makin sukar untuk dicapai selagi rejim sedia ada terus berkuasa. Hak rakyat untuk bersuara juga dinafi.

Pihak yang tugasnya menjaga ketenteraman awam lebih kepada menjadi alat menjaga ketenteraman penguasa.

Lantas, Malaysia seperti apa yang kita sedang bina?

Ini antara situasi yang sempat saya rakamkan.

Sumber DD - 2-8-2015

Tanpa Penglibatan Dewan Pemuda Pas Ternyata Himpunan #Tangkap Najib Gagal Tarik Perhatian Orang Ramai
Posted on Saturday, August 01 @ 23:17:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Omak Kau!!



Lebih 20 orang ditangkap termasuk aktivis Hishamuddin Rais oleh pihak polis dalam himpunan #TangkapNajib.

















Sekitar 100 orang peserta menyertai himpunan berkenaan yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo di sini.

Pusat beli-belah berkenaan juga ditutup begitu juga dengan premis-premis perniagaan berhampiran.

Himpunan berkenaan bermula pada 2 petang dan mereka melaungkan slogan #Tangkap Najib sebelum pihak polis mula mengambil tindakan.

Ternyata tanpa Dewan Pemuda PAS dijemput untuk turut serta perhimpunan tidak mendapat sambutan terutama dari golongan anak-anak muda.

Dua letupan kuat kedengaran sekitar pukul 2.20 dan 2.30 petang dan ia dikatakan daripada mercun yang dilempar oleh peserta himpunan.

ADUN Teja, Chang Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan aktivis mahasiswa Fahmi Zainol ditangkap pihak polis.

Sekitar pukul 2.45 petang pihak polis memberi amaran kepada orang awam, peserta himpunan dan juga pihak media supaya beredar daripada kawasan Sogo.

Sekiranya enggan, pihak polis akan mengambil tindakan.

Sementara itu, pada 3 petang, pihak polis mula menutup kawasan Sogo dan juga Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Polis mula meminta orang ramai beredar daripada kawasan himpunan.

....
http://omakkau.blogspot.com/



Sumber TKO - 1-8-2015



Tangkapan bertujuan takutkan aktivis berhimpun
Posted on Saturday, August 01 @ 12:12:21 MYT by paktam

Oleh Dyana Sofya

Merujuk kepada penahanan dua aktivis anak muda Syukri Razab dan Adam Adli pada petang tadi yang dilakukan pihak polis di bawah Akta Hasutan, berhubungan dengan perhimpunan yang dijangka berlangsung pada esok, 1 Ogos 2015, pada 2 petang di hadapan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
DAPSY dengan ini menyuarakan sebulat suara sokongan kepada kedua-kedua anak muda ini dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan penahanan Syukri dan Adam tersebut.


Kedua-dua mereka hadir di ibu pejabat polis di Dang Wangi dengan sukarela untuk mengadakan perbincangan dengan pihak polis mengenai perhimpunan esok dan ditahan sebaik sahaja ingin meninggalkan perkarangan ibu pejabat polis tersebut.


Penahanan kedua-dua aktivis ini menunjukkan kepincangan kerajaan Barisan Nasional dan pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak boleh menerima sebarang suara bantahan walau dikritik hebat mantan pemimpin negara, media dan masyarakat antarabangsa dan rakyat Malaysia sendiri.

Penahanan ini adalah suatu bentuk ancaman kepada aktivis dan ahli politik berkaitan dengan perhimpunan esok dan juga perhimpunan-perhimpunan yang akan datang.

Adakah perhimpunan aman sebegini ataupun pemimpin korup yang menjejaskan keselamatan negara?

DAPSY menyeru supaya pihak berkuasa dan juga pihak kerajaan untuk menghormati hak untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat milik semua rakyat Malaysia. DAPSY juga menyeru supaya pihak berkuasa tidak bersekongkol dengan pemimpin yang korup dan ditolak majoriti rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia juga diseru menggunakan pelbagai platform untuk bersama-sama berdiri teguh, menyuarakan sokongan kepada usaha menyampaikan suara bantahan kepada pihak kerajaan demi menyelamatkan negara Malaysia dari menuju kehancuran.

* Penulis merupakan ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY

Sumber DD - 1-8-2015

Himpunan #TangkapNajib: Dua aktivis muda ditahan
Posted on Saturday, August 01 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




PETALING JAYA: Dua aktivis muda ditahan polis kerana terlibat untuk menganjur perhimpunan #TangkapNajib yang akan diadakan pada Sabtu di perkarangan Pusat Beli Belah Sogo.

Syukri Razab dan Adam Adli ditahan mengikut Akta Hasutan di Balai Polis Dang Wangi selepas hadir secara sukarela untuk membantu siasatan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengecam penahanan itu dan menganggap ia sebagai taktik ancaman pihak polis ke atas ahli politik dan aktivis berkaitan himpunan #TangkapNajib.

“Walaupun telah memberi jaminan untuk membenarkan perhimpunan aman, pihak polis masih menggunakan undang-undang yang tidak relevan untuk mewajarkan tindakan mereka, dan dengan itu telah melanggar hak kebebasan awam yang telah dijamin oleh Perlembagaan negara.

“Tindakan ini dikira telah melanggar kedaulatan undang-undang negara dan lebih mengancam prinsip demokrasi negara.


“Kami menyeru pihak polis untuk menghentikan taktik ugutan ini dan menghormati hak rakyat untuk berhimpun serta menyuarakan pandangan,” katanya.

Sumber : FMT

Sumber TKO - 1-8-2015




























































































































































Aktivis Bersih Mandeep Singh pula ditangkap
Posted on Saturday, August 01 @ 06:50:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh merupakan yang ketiga ditangkap hari ini selepas dua aktivis lain ditahan awal petang ini.

Peguamnya Honey Tan berkata, dia ditahan di balai polis Petaling di Jalan Klang Lama mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan, kerana menjalankan aktiviti mengancam sistem demokrasi berparlimen.

Tan berkata, menurut pihak polis, penangkapan Mandeep adalah berhubung dengan kenyataan dibuat pada satu sidang media baru-baru ini, tetapi ia tidak pasti mana satu kenyataan beliau yang akan disiasat.

"Kami tidak tahu sidang akhbar mana yang akan dirujuk pihak polis, tetapi hanya satu sidang akhbar yang disertai Mandeep iaitu bersama Bersih 4," katanya kepada The Malaysian Insider di balai polis malam ini.

Mandeep ditangkap ketika beliau hadir secara sukarela ke balai polis petang ini.

Pada 29 Julai lalu, Bersih 2.0 mengumumkan yang mereka akan mengadakan perhimpunan jalananan semalaman bermula 29 hingga 30 Ogos, yang digelar Bersih 4, bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan rombakan Kabinet.

Sebelum ditangkap, Mandeep memberitahu The Malaysian Insider hari ini beliau dipanggil untuk hadir ke balai polis tanpa diberitahu sebabnya.

Terdahulu hari ini, aktivis Demi Malaysia Adam Adli Abd Halim dan Syukri Rezab ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi susulan penganjuran demonstrasi jalananan #TangkapNajib yang akan diadakan di Kuala Lumpur esok.

Tiga tahanan terbabit dihantar ke balai polis Jinjang malam ini dan permohonan reman terhadap mereka dijangka dilakukan esok pada jam 10 pagi.
Sumber TKO - 1-8-2015

Morsi: PR, NGO serah memo ke Kedutaan Mesir

| .











KUALA LUMPUR: Gabungan parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir bagi membantah hukuman bunuh ke atas Presiden Mesir, Dr Morsi.

Selain Dr Morsi, gabungan ini juga membantah hukuman mati ke atas Dr Yusuf Qaradhawy dan pejuang legimitasi di Mesir.

Gabungan terdiri daripada parti politik PAS, PKR, DAP serta NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis),

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Pro-Mahasiswa, Jingga 13, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Malaysians4Egypt, Panglima Malaysia dan Gema.

Lebih 300 orang berarak dari Masjid Hotel De Palma Ampang ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat.

Mereka menuntut Presiden Morsi dan ribuan rakyat yang dipenjarakan secara zalim dibebaskan serta hak rakyat dikembalikan.

Selain itu, sokongan antarabangsa terhadap kerajaan haram Al Sisi mesti dihentikan.

Mereka juga menyeru semua penyokong keadilan dan pencinta demokrasi bersama dengan rakyat Mesir, mengiktiraf perjuangan mereka dan mengembalikan semula hak mereka memilih sendiri pemimpin secara demokratik.

Kerajaan Malaysia dan masyarakat juga diminta membantah sekeras-kerasnya pencerobohan dan demokrasi dan keadilan ini.

Bagaimanapun, kehadiran mereka tidak dilayan oleh pihak kedutaan Mesir dan memorandum tersebut gagal diserahkan sendiri kepada pihak kedutaan sebaliknya hanya diletakkan di dalam peti surat. - HARAKAHDAILY 22/5/2015


































































































































































Sumber HD - 22-5-2015



Pelik, peserta himpunan aman tetap juga ditangkap

Posted on Friday, May 08 @ 09:00:00 MYT by paktam

Seperti yang diketahui umum, perancangan rakyat untuk mengadakan himpunan aman #BatalGST - Kami Tok Janggut di ibu kota Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu telah berlangsung dengan jayanya, dengan penyertaan lebih 30,000 orang yang merangkumi pelbagai golongan dan kaum dari seluruh negara. 

Namun setelah perhimpunan itu selesai, seribu kehairanan dan tanda tanya pula timbul di kalangan rakyat, apabila pihak polis masih terus bertindak dengan tidak profesional dengan menangkap 53 peserta perhimpunan itu.

Atas alasan apakah mereka ditangkap? Mereka tidak pun melakukan sebarang keganasan.
Mereka semata-mata turut menyertai perhimpunan itu untuk bersama-sama orang ramai menyatakan pandangan berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi pertimbangan kerajaan.

Dengan tindakan pihak polis itu, ternyata undang-undang yang digubal pada persidangan Dewan Rakyat April lalu yang membawa kepada kelulusan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan pindaan Akta Hasutan 1948 tidak juga membawa perubahan ke arah yang lebih baik kepada rakyat dan negara ini.

Malah, kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai akta tersebut tidak bermotifkan politik, jaminan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai akta tersebut tidak akan diheret bagi kepentingan politik kerajaan Umno-BN, ternyata tidak memberikan sebarang erti.

Sebaliknya, kebimbangan pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai penyalahgunaan akta tersebut oleh pihak kerajaan Umno-BN ternyata berasas.
Lebih jauh dari itu, pihak polis jelas gagal untuk menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman, pada hal perkara itu termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dihormati dan dihayati semua pihak.

Seperti yang diketahui umum, tindakan rakyat menerusi gabungan Pakatan Rakyat, beberapa NGO dan orang perseorangan yang mengadakan serta menyertai perhimpunan itu bukanlah semata-mata atas pertimbangan politik. Sebaliknya, bagi kepentingan rakyat dan negara.

Setelah sebulan GST dilaksanakan, pelbagai keburukan telah muncul dalam negara ini. Rakyat yang prihatin terpanggil untuk mendesak kerajaan menimbangkan semula pelaksanaan cukai tersebut demi kepentingan semua pihak menerusi perhimpunan tersebut, setelah pelbagai usaha yang dilakukan sebelum ini tetap tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan.

Kebetulan pula, perhimpunan tersebut diadakan sempena sambutan Hari Pekerja di seluruh dunia.

Ketika negara sedang bersiap sedia untuk melangkah sebagai negara maju menjelang tahun 2020, pelbagai kelemahan yang ada perlulah diperbaiki oleh kerajaan. Di negara maju, himpunan aman yang diadakan oleh rakyat hanyalah perkara biasa. Di negara maju juga, pandangan yang baik daripada rakyat dialualukan oleh kerajaan.

Kenapa pula di tanah air kita yang tercinta ini, keadaannya menjadi terbalik. Sesuaikah apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan itu dengan status negara maju yang sedang dituju oleh Malaysia

Sumber DD - 9-5-2015

Perjuangan menentang GST diteruskan

HAZAYANI ZAKARIA dan MUHAMMAD FAIZAL | .





KUALA LUMPUR: Perhimpunan Hari Pekerja #batalGST hari ini bersurai aman dengan bacaan deklarasi oleh setiausaha himpunan, Suhaizan Kaiat.

Peserta himpunan berikrar akan meneruskan perjuangan Tok Janggut menentang sistem percukaian yang membebankan rakyat.

Mereka berikrar akan terus menuntut cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dibatalkan serta merta.

"Kami berjanji dan bersetiakawan akan meneruskan perjuangan menentang GST," ikrar Suhaizan diikuti seluruh peserta himpunan.

Himpunan yang disertai lebih 20,000 orang itu bersurai selepas bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Awang.

Sebelum itu Pengerusi Himpunan #batalGST, Mohamad Sabu berkata, bantahan terhadap GST akan diteruskan sehingga kerajaan membatalkannya.

Hampir 20,000 orang menyertai himpunan pada hari ini.

Himpunan yang berakhir di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) itu turut dihadiri kepimpinan PAS Pusat.

Perserta himpunan yang berhimpun di beberapa tempat seperti pusat membeli belah Sogo, Masjid Negara, Masjik Jamek, Dataran Maybank dan Puduraya bergerak ke Dataran Merdeka sebelum berarak ke KLCC.

Himpunan yang bermula selepas solat Jumaat itu disertai pelbagai kaum dan peringkat umur sebagai bantahan terhadap pelaksanaan GST.

Dalam pada itu, terdapat sekumpulan 30 orang aktivis 'anarkis' yang telah melakukan provokasi dengan membakar 'bom asap'dan mercun sewaktu berarak ke Dataran Merdeka.

Walaupun terdapat tentangan dari peserta himpunan, namun aktivis 'anarkis' tetap melakukan provokasi, namun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Himpunan tersebut berakhir kira-kira jam 530 petang setelah pimpinan Pakatan Rakyat berucap. - HARAKAHDAILY 1/5/2015

Sumber HD - 1-5-2015

GST: Pihak berkuasa telagah tambah sengsara rakyat

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Pertelagahan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan pihak Kastam terhadap cukai 6% yang dikenakan ke atas kad tambah nilai prabayar bukti nyata ketidaksediaan dan gopohnya kerajaan dalam melaksanakan GST.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir Khairil Nizam Khirudin pelaksanaan GST hanya samata-mata untuk menambahkan pendapatan negara yang kian merosot.

"Mengapa rakyat pula yang menjadi mangsa kekeliruan akibat pertelagahan pihak berkuasa?

"Kerajaan usahlah memandang enteng dan remeh sahaja isu ini kerana hal ini telah menyusahkan ramai pengguna dan jurujual kad tambah nilai prabayar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut kesal dengan kegagalan kerajaan dalam menyelesaikan isu kekeliruan GST kad tambah nilai prabayar (topup).

Pada awal April dahulu, kekecohan ini sudah pun berlaku kerana Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengatakan tidak akan berlaku perubahan harga kad tambah nilai prabayar tersebut.

Tetapi katanya, yang berlaku adalah sebaliknya apabila pihak kerajaan pula tunduk dengan desakan pihak syarikat telco dalam pertemuan mereka dengan pihak SKMM.

Kelmarin, Kastam mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar kembali kepada harga asal bermula 1 Mei namun, ia disanggah secara terbuka pula oleh SKMM dengan mengatakan harga sedia ada akan terus kekal.

Malangnya semalam Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad mengumumkan penarikan semula arahan yang telah diumumkan oleh beliau sendiri semalam.

Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS tetap tegas dan konsisten dengan pendirian bahawa GST adalah membebankan dan amatlah wajar ia ditarik semula pelaksanaannya.

"Pihak menteri, agensi pelaksana dan pegawai kerajaan sendiri telah gagal dalam memahaminya maka usahlah dilaksana perkara yang menambahkan lagi kesengsaraan dan penderitaan rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY 1/5/2015

Sumber HD - 1-5-2015


































































































































































Himpunan #BatalGST aman, tersusun dan berdisiplin

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Himpunan #BatalGST hari ini adalah himpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ia adalah untuk menzahirkan tentangan rakyat terhadap pelaksanaan cukai yang menzalimi mereka itu.

Justeru, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyeru para peserta supaya berjalan perlahan dalam keadaan aman, tersusun dan berdisiplin dari pekarangan Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka.

"Kita nak tunjuk ini bukan himpunan ganas tetapi aman, berdisiplin dan teratur," ujarnya ringkas sebagai taklimat kepada para peserta yang berkumpul di Masjid Negara.

Beliau berucap pada jam 2.05 petang sekitar lima minit selepas menunaikan solat fardu Jumaat sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Turut bersama ialah AJK-AJK PAS Pusat iaitu Datuk Kamarudin Jaffar, Dr Mohd Hatta Ramli dan Mohamed Hanipa Maidin. - HARAKAHDAILY 1/5/2015

Sumber HD - 1-5-2015



































































































































































Batal GST: 'Kami Semua Tok Janggut'

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Kira-kira hampir 3,000 peserta Himpunan #BatalGST memenuhi hadapan kompleks Sogo mula bergerak ke Dataran Merdeka jam 2.50 petang.

Bagaimanapun kelihatan pihak polis membuat benteng di hadapan Dataran Merdeka, akhirnya para peserta bergerak ke KLCC melalui Jalan Raja Laut.

Mereka diketuai oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua beserta dengan kumpulan anak muda Kita Lawan.

Para peserta tidak kira Melayu Cina dan India masing-masing berkumpul untuk menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST yang kini membebankan ekonomi rakyat.

Para peserta memakai baju t-shirt warna merah yang tertera Batal GST dan Kami Semua Tok Janggut dan ada juga peserta memakai baju berwarn hitam tertera Kita Lawan Sampai Menang.

Mereka mula berkumpul di Sogo sejak jam 2 petang lagi dengan pelbagai sepanduk seperti Batal GST, Undur Najib. - HARAKAHDAILY 1/5/2015

Sumber HD - 1-5-2015

Pak Samad 'maskot' Himpunan #BatalGST

.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberi jaminan Himpunan Hari Pekerja #Batal GST petang ini akan berlangsung aman dengan membawa semangat tokoh pejuang Kelantan, Tok Janggut.

Beliau berkata, oleh kerana seratus tahun dahulu pada tarikh yang hampir sama, Tok Janggut bangun menentang sistem percukaian dikenakan British kepada rakyat khasnya di Kelantan, maka mereka memilih slogan 'Kami adalah Tok Janggut' bagi membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Esok kita berjalan beramai-ramai, bawa suara kita, tidak terlalu perlahan, tidak terlalu laju kerana ada orang tua akan bersama-sama dalam himpunan ini.

"Kita ada Tok Janggut sekarang ini. Datuk A. Samad Said. Beliaulah maskot kita pada himpunan esok hari," kata beliau dalam ceramah Grand Finale Kita Lawan GST di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Himpunan #BatalGST memberitahu, himpunan hari ini akan bermula jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat.

Para peserta himpunan akan berkumpul di Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo dan Menara Maybank sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Kemudian para peserta akan bergerak perlahan-lahan dari Dataran Merdeka menuju KLCC.
Warna merah dipersetujui sebagai warna rasmi himpunan hari ini.

Mereka mensasarkan satu juta akan orang akan memenuhi ibu kota petang ini. - HARAKAHDAILY 1/5/2015

Sumber HD - 1-5-2015

Cucu cicit Tok Janggut berhimpun bantah GST

HARAKAHDAILY | .


SEBAGAI parti pilihan Penjajah British bagi meneruskan legasi kolonial. Umno-Barisan Nasional terus menindas rakyat melalui GST. Lebih teruk pada saat yang sama mereka  merompak kekayaan rakyat sejumlah 42 Bilion melalui skandal 1 MDB.

Jika dahulu British mengenakan cukai hanya pada kepala, tanah,  pokok kelapa, padi, buahan dan sireh.

Hari ini anak cucu cicit Tok Janggut dikenakan cukai hampir segalanya. Hampir tiada usaha dan perbelanjaan yang dibuat oleh anak cucu cicit Tok Janggut kecuali ia dikenakan GST bagi melimpahkan kekayaan buat memuaskan ketamakan pemimpin Umno-BN.

Kisah kemewahan majlis perkahwinan anak pembesar negara membuatkan hati rakyat remuk. Pada saat kehidupan rakyat bagai ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

100 tahun lalu British menggantung mayat Tok Janggut di  Padang Merdeka Kota Bharu Kelantan. Jumaat ini, berhampiran Dataran Merdeka, cucu cicit Tok Janggut bakal berkumpul untuk menggoncang takhta politik pemimpin negara yang korup.

100 tahun lampau British mengerah kapal perang H.M.S. Cadmus membedil bandar Pasir Puteh.

Jumaat ini kerajaan Umno-BN berhadapan dengan suara kebangkitan cucu cicit Tok Janggut di Kuala Lumpur.

Tok Janggut terus hidup. Ia hidup dalam semangat dan perjuangan anak muda.

Jumaat ini anak cucu cicit Tok Janggut turun membantah GST. - HARAKAHDAILY 30/4/2015

AHMAD MARZUK SHAARY
Exco DPPM
Exco DPPNK
Ahli Parlimen Bachok

Sumber HD - 30-4-2015

1 Mei 2015 : PAS – Pekerja Allah Sayang

Dengan izin Allah SWT, insha Allah Jumaat ini Malaysia akan menyambut Hari Pekerja bagi tahun 2015 dengan tema “Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat” sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

02. Tema ini selari dengan Islam seperti mana Baginda Rasulullah SAW sendiri begitu mengambil berat soal kesihatan khadam-khadam Baginda Nabi Muhammad SAW, begitu juga dengan Saidina Umar R.A pernah menjaga pembantu-pembantu beliau yang sakit.

03. Di Malaysia, urusan kebajikan pekerja telah termaktub dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994) hasil idea ahli akademik di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Nasional (IKKPN 1992).

04. Menyedari beberapa kelompangan yang berlaku dalam dasar sistem melibatkan kebajikan pekerja ini, pelbagai usaha islamisasi telah giat diperkenalkan termasuklah model FACT – “Faith, Acting, Commending, Tolerating”.

05. Dasar keharmonian setiap pekerja juga dilindungi oleh Islam bagi mengelakkan para pelabur dan kapitalis menindas serta memerah tenaga pekerja-pekerja demi mengaut sebanyak mungkin keuntungan semata-mata.

06. Elemen “soft factor” yang turut meliputi urusan kebajikan spiritual pekerja juga diberi penekanan di dalam menjamin produktiviti negara sebagaimana yang dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Pemikiran Islam pada tahun 2012.

IMG-20150429-WA0106

07. Hal ini adalah kerana di dalam Islam terdapat tiga bidang tugas utama seorang pekerja Allah sayang semasa waktu bekerja iaitu :
i. Hamba Allah SWT
ii. Pengamal Sunnah Rasulullah SAW
iii. Pekerja kepada Negara, Negeri mahupun Ummah

08. Biar apapun jenis pekerjaan kita, kita perlu berusaha menunaikan tiga tanggungjawab utama ini dengan “itqan”-tekun, tersusun dan teliti kerana kita percaya dan yakin dengan semangat serta suasana kerja inilah yang akan memberi jaminan keselamatan, penjagaan kesihatan selain peningkatan produktiviti baik kepada pekerja muslim dan bukan muslim.

09. Amanah masa sepanjang waktu bekerja hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin kerana setiap amalan kita ini akan dibalas mengikut apa yang telah kita kerjakan :

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (97)

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah An-Nahl : 97)

10. Bagi pihak Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Pekerja 2015″ kepada semua pekerja di Malaysia samada sektor awam mahupun swasta.

11. Terima kasih diatas kesungguhan usaha dan perkhidmatan terbaik dari anda, semoga mendapat keredhaan Allah SWT bagi pekerja-pekerja Muslim serta mendapat kesejahteraan hidup terutama kepada semua pekerja bukan Islam.
Selamat Hari Pekerja 2015 : Terima kasih – Thank You – Xie Xie – Nadri.
Pekerja Allah Sayang = Pekerja Cemerlang Duniawi Ukhrawi

Wallahu’lam.

Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh,
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2013-2015,
Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP).
10 Rejab 1436 H,
29 April 2015.

Sumber BO - 30-4-2015

Bantah GST sasar 200,000 tandatangan petisyen







































































































































































MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Laman web bantahgst atau Golongan Susah Tertindas mensasarkan tandatangan petisyen sebanyak 200,000 orang sebelum 1 Mei nanti.

Laman web yang menggunakan alamat www.bantahgst.com yang tidak diketahui pemilik ini turut mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan cukai GST (Goods and Services Tax) tidak membebankan rakyat.

Selain itu turut mempertikaikan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang berkata, sebanyak 500 barangan akan diturunkan harga apabila GST dilaksanakan.

Sehingga hari ini laman tersebut berjaya mengumpul tandatangan petisyen seramai 38,132 orang.

Menurut laman web itu lagi, GST merupakan satu cukai yang rakus serta bersifat regresif yang membebankan rakyat dan golongan yang terbeban adalah rakyat berpendapatan rendah, persara, warga emas, pelajar dan golongan pertengahan akibat kenaikan harga barang.

Selain itu, laman bantahgst turut meminta agar kerajaan tidak membebankan rakyat memandangkan Malaysia sebuah negara yang kaya jika ia diurus dengan lebih amanah dan cara yang betul.

Orang ramai boleh mengunjungi laman web www.bantahgst.com bagi tujuan mencapai sasaran tandatangan petisyen 200 ribu. – HARAKAHDAILY 29/4/2015

Sumber HD - 29-4-2015

PAS arah semua ahli hadir Himpunan 1 Mei Batal GST








































































































































































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua pimpinan dan ahlinya di semua peringkat untuk hadir ke Himpunan 1 Mei #BatalGST yang akan diadakan di Dataran Merdeka 1 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam satu surat rasmi yang bertarikh 20 April 2015, kepada pimpinan dan ahli PAS di seluruh negara.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 13 April lalu telah memperakukan program Himpunan Batal GST merupakan program parti yang dianjurkan bersama NGO dan Pakatan Rakyat.

Ahli PAS juga dimaklumkan tujuan utama himpunan ini untuk menyatakan secara aman bantahan PAS terhadap pelaksanaan GST oleh Kerajaan Malaysia dan kenaikan harga barang yang secara tidak langsung menindas rakyat.

"Semua perserta dicadangkan memakai pakaian berwarna merah dan dinasihatkan untuk datang lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk mengelakan dari tergendala perjalanan program ini," ujar Mustafa.

Himpunan Batal GST ini dijangka akan bermula jam 2.30 petang selepas solat Jumaat. Para peserta himpunan akan berkumpul di Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo dan Menara Maybank sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. 

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah antara yang tidak bersetuju pelaksanaan GST ini dan beliau juga dijangka akan turut bersama dalam himpunan itu nanti. – HARAKAHDAILY 20/4/2015

Sumber HD - 20-4-2015

Bantah GST: Ku Li mungkin turun ke jalan raya









































































































































































HAZAYANI ZAKARIA | .


KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah antara tokoh politik yang menyokong penuh Himpunan Hari Pekerja #BatalGST pada 1 Mei depan.

Pengerusi Sekretariat Batal GST, Mohamad Sabu berkata, Tengku Razaleigh atau mesra dipanggil Ku Li yang dihubungi beliau menyatakan kemungkinan besar akan bersama-sama turun ke jalan raya bagi membantah cukai barangan dan perkhidmatan yang mula dilaksanakan 1 April lalu.

"Saya menghubungi Ku Li dan beliau memang tak bersetuju dengan GST.

"Kalau ikutkan beliau GST mesti ditangguhkan hari ini juga kerana persediaan menghadapi GST belum dilakukan secukupnya," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini, hari ini.

Menurut Mohamad, himpunan tersebut akan bermula jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat.

Para peserta himpunan akan berkumpul di Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo dan Menara Maybank sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

"Kemudian para peserta akan bergerak perlahan-lahan dari Dataran Merdeka menuju KLCC. Ucapan pimpinan utama akan dibuat di KLCC," katanya sambil menambah warna merah dipersetujui sebagai warna rasmi himpunan tersebut.

Selain Ku Li, turut menyatakan sokongan penuh kepada himpunan tersebut ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Dr. Muhammad Haji Salleh, Pengerusi Bantah PPSMI, Prof Emeritus Dr Shahril Mohd Zain, bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Pengerusi NGO Negaraku, Datuk Ambiga Sreenevasan.

A Samad berkata, beliau akan menyertai himpunan tersebut kerana menyedari GST membebankan seluruh rakyat dan wajar dibantah.

"Saya sendiri lebih awal berasa himpunan ini demi umum.

"Kalau kita tak melawan kita akan terus dicengkam kerana kerajaan hanya tahu berhutang tetapi kita terpaksa membayar," katanya.

Jawatankuasa himpunan akan menyediakan khidmat guaman, perubatan dan keselamatan yang diselenggara pihak Jabatan Amal untuk kemudahan para peserta.

Sementara itu kata Mohamad, makluman kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi akan dibuat pada hari ini.

Turut bersama pada sidang media ialah  Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, Ketua Koordinator Jingga 13, Farez Musa dan aktivis Hishamuddin Rais. - HARAKAHDAILY 20/4/2015

Sumber HD - 20-4-2015

Harus Kutip Cukai Hanya Bila Darurat


Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, Islam melarang pemimpinnya mengutip cukai daripada orang miskin untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara.

Bagaimanapun beliau berkata, cukai tersebut harus dikutip apabila negara berada dalam keadaan darurat untuk tujuan mempertahankan kedaulatan negara.

IMG-20150411-WA0139 (2)

“Dalam Islam tidak membenarkan mengambil cukai daripada orang miskin. GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) itu orang kaya kena, orang miskin pun kena, tetapi dalam Islam tak boleh.

“Ketika sesebuah negara itu darurat kerana mempertahankan negara dari musuh, waktu itu harus. Ini kerana perbendaharaan negara kekeringan (habis sumber) jadi mengutip cukai itu harus untuk membeli persenjataan,” katanya pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama Pas Pusat, di Padang Merbok, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata lagi, sebelum pemimpin mengutip cukai daripada rakyat, mereka perlu memanfaatkan sepenuhnya aset dan harta kerajaan terlebih dahulu.

“Sebelum ambil cukai, kena keluar aset kerajaan dulu, perbelanjaan mewah perlu dipotong dulu, jika tidak cukup, jual harta kerajaan, kalau tak cukup juga, baru kenakan cukai,” katanya lagi.

Sumber BO - 12-4-2015

GST: Silap pilih pemerintah, rakyat tanggung derita











































































































































































MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata rakyat perlu membuat pilihan bijak pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, akibat dari kesilapan memilih pemerintah, rakyat terus menanggung penderitaan ekonomi selain daripada pelaksanaan undang-undang yang menekan kebebasan mereka.

"Inilah akibat dari kebodohan sesiapa yang memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

"Untuk kebaikan rakyat buat pilihan bijak pada pilihan raya nanti," katanya ketika berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok, di sini petang semalam.

Program membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) itu dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat.

Mohamad yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO PAS Pusat turut memaklumkan himpunan membantah GST pada 1 Mei depan.

Turut berucap pada sesi sebelah malam ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Ustaz Ahmad sebelum itu mengimami solat Maghrib sementara solat hajat dipimpin oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik. - HARAKAHDAILY 12/4/2015

Sumber HD - 12-4-2015

GST: BN bersalah bebankan rakyat sejak awal lagi












































































































































































MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Barisan Nasional (BN) bersalah membebani hidup rakyat sejak awal pemerintahan mereka.

Beliau yang berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok malam tadi berkata, pemimpin BN tidak perlu tuduh menuduh dalam kalangan mereka kerana pemimpin yang baharu ditipu pemimpin terdahulu.

"Pemimpin BN sering bertelagah, tuduh menuduh antara satu sama lain pada ketika rakyat menderita akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedangkan BN dulu pun bersalah dan pemimpin yang ada ini ditipu dan mengulangi kesalahan lalu," katanya.

Justeru, beliau menambah, PAS akan bertindak sebagai penasihat untuk menasihati kerajaan agar memperbetulkan kembali keadaan pentadbiran dan ekonomi.

"Kita perlu kembalikan ekonomi sekarang mengikut Islam, Islam bukan hanya pada hudud  semata-mata tetapi juga ekonomi.

"Kita sedih bila Melayu sendiri tidak terima Islam, kena ingat dalam menangani masalah ekonomi bukannya hanya melalui cukai semata-mata," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurut beliau, cukai bukan ubat, justeru pelaksanaannya bukan satu penyelesaian terbaik untuk sesebuah negara kerana ia akan mengakibatkan berlakunya inflasi.

"Selesaikan masalah ekonomi dengan tanggungjawab, banyak hasil bumi yang kita ada dan ini perlu kita laksanakan bukannya melalui cukai.

"Kita tidak lupa isu membabitkan kegagalan projek-projek mega dengan segala ketirisan, perbaiki ini dulu.

"Rasuah projek yang teruk dan terus berleluasa,  cara terbaik untuk mengatasinya beri sepenuh kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta agar kerajaan melantik seorang penasihat ekonomi yang baik dan bukannya penasihat ekonomi yang mengampu.

Tambah beliau, pemerintah perlu kembali ke pangkal jalan jika inginkan keadaan ekonomi terus pulih dan tidak terus membeli rakyat untuk terus memilih mereka.

Sebelum itu, Timbalan Musyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob turut menyampaikan ucapan.

Selain ucapan, program sesi malam bermula dengan solat Maghrib berjamaah yang diimamkan Ustaz Ahmad, diikuti solat hajat yang dipimpin oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.

Majlis berakhir sekitar masuknya waktu solat Isyak. - HARAKAHDAILY 12/4/2015





Sumber HD - 12-4-2015

GST: Kerajaan tidak prihatin, hanya harapkan poket rakyat












































































































































































MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai tindakan zalim kepada rakyat.

Katanya, ketidakprihatinan kerajaan dalam mengatasi masalah ekonomi serta mencari peluang baru, kerajaan hanya tertumpu kepada poket rakyat.

"GST ini zalim, cerdik ke kerajaan begini jika duit rakyat dijadikan mangsa, menekan hidup mereka serta membuatkan rakyat menderita.

"Negara luar jika hadapi masalah kewangan mereka akan mencari pelabur luar sebagai jalan penyelesaian kepada ekonomi negara, tidak menekan rakyat tetapi Malaysia menjadikan rakyat sebagai mangsa untuk tambah wang negara," ucap beliau pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok, di sini petang semalam.

Beliau menegaskan, Dewan Ulamak turut menentang pelaksanaan GST dan akan meneruskan kempen kesedaran tentang keburukan cukai itu ke seluruh negara.

"Kita harap program ini akan memberi kesedaran kepada kerajaan supaya mereka dapat melihat apa yang telah dilakukan terhadap rakyat.

"Kita bukan menentang membabi buta, tetapi mengikut prinsip, GST adalah cukai yng tidak sepatutnya dilaksanakan di negara ini kerana faktor ekonomi negara belum kukuh sepenuhnya.

"Kerajaan tidak boleh membandingkan Malaysia dengan negara lain kerana negara luar tidak mengenakan kepada rakyat selain itu hasil cukai GST dikembalikan kepada rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY 12/4/2015




Sumber HD - 12-4-2015

Ayuh ke Himpunan #KitaLawan GST 1 Mei

Keutuhan gabungan anak muda #KitaLawan yang terdiri daripada parti politik, kumpulan masyarakat sivil, NGO, mahasiswa, pekerja dan profesional muda telah membuktikan bahawa rakyat tidak perlu tunduk kepada kezaliman.

Walaupun sejak pemenjaraan Anwar Ibrahim terdapat lebih lebih daripada 120 tangkapan ahli politik, ahli akademik, peguam, aktivis, wartawan dan seumpamanya, anak muda tidak gentar malah tangkapan sedemikian dan salah guna kuasa oleh IGP menunjukkan bahawa perjuangan anak muda berada di landasan yang betul.

gst

Pelbagai pendedahan mengenai kerakusan pentadbiran Najib Razak seperti 1MDB, jet peribadi dan skandal-skandal ketirisan juga menjadi bukti bahawa beliau gagal memperjuangkan kebajikan rakyat.

Lebih malang apabila orang disekeliling beliau lebih risaukan tentang kedudukan dan harta yang menjadikan mereka begitu lemah dan longlai sedangkan kesengsaraan rakyat langsung tidak dihiraukan.

Kerana itu, anak muda tampil ke hadapan untuk memberikan inspirasi dan harapan kepada rakyat bahawa keadaan ini perlu diubah dan boleh diubah.

Hari ini bermulah pelaksanaan cukai GST. Mereka yang sebelum ini tidak membayar cukai pendapatan kerana gaji tidak cukup mahupun mereka yang sebelum ini tidak bekerja seperti mahasiswa, pelajar dan pesara kini berdepan dengan tekanan cukai.

Malah rakyat biasa terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup yang melampau sedangkan pemimpin negara terus bermewahan dan rakus menghabiskan dengan kekayaan negara.

Namun, keluhan dan rungutan rakyat tidak mencukupi. Kezaliman mereka perlu kita lawan.
Oleh yang demikian, Sekretariat #KitaLawan mengajak semua untuk bersama-sama turun ke Kuala Lumpur pada 1 Mei 2015 untuk Himpunan #KitaLawanGST.

Yang pasti bulan April ini akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia mengenai penindasan GST terhadap kita semua. Tempoh sebulan ini juga anak muda akan memberi suntikan semangat dan keberanian untuk kita semua bangkit menentang kezaliman mereka. Anak muda sedia menghadapi tekanan dan risiko. Anak muda tidak gentar, kita lawan demi kebajikan seluruh rakyat Malaysia.
Lagi ditekan, lagi Kita Lawan!
#KitaLawanGST #Himpunan1Mei

1 APRIL 2015

Sekretariat Kita Lawan
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65919

Sumber KD  - 11-5-2015



Himpunan PAS bantah GST di Padang Merbok (12 Gambar)

Posted on Saturday, April 11 @ 21:39:04 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perhimpunan PAS menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur hari ini sejajar dengan seruan Nabi Muhammad untuk menentang kezaliman, kata seorang pemimpin parti itu hari ini.

"GST benar-benar menzalimi rakyat. Menentang kezaliman adalah wajib, sama ada menggunakan kekerasan, lidah atau hati," kata Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

"Nabi bersabda sebaik-baik jihad adalah kalimah yang benar di sisi seorang penguasa yang zalim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menggesa rakyat menyokong perhimpunan hari ini yang bertemakan 'Himpunan rakyat derita; kenapa kita menentang GST' di Padang Merbuk di ibu negara mulai jam 4 petang tadi.



Perhimpunan itu akan menampilkan ikon Tok Janggut, yang menentang penindasan British mengenakan cukai semasa pemerintahan penjajah.

Sementara itu, PKR melancarkan 'flashmobs' anti-GST di seluruh negara bermula dengan di Plaza Tol Damansara berhampiran dengan pejabatnya di Petaling Jaya hari ini, dengan mengedarkan pelekat kereta #BantahGST.

Mereka juga telah memulakan petisyen di www.bantahGST.com untuk mengumpul satu juta tandatangan membantah cukai tersebut.

Dalam 15 hari pertama, kata Sim Tze Tzin, mereka telah mengumpulkan 15,000 tandatangan dan berharap dapat mencapai sekurang-kurangnya 200,000 menjelang 1 Mei.



............

Ribuan peserta Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) mula berkumpul di Padang Merbok, di ibu negara bagi menunjukkan tanda protes terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula berkuatkuasa sejak 1 April lalu.

HINDAR yang merupakan program anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat bermula jam 4 petang Sabtu hingga 9 malam, mendapat kelulusan pihak polis.

Turut hadir dan berucap adalah wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO), persatuan peniaga, selebriti dan pimpinan parti-parti politik.

Kemuncak himpunan ini turut diadakan persembahan puisi, pentomen, nasyid berkaitan GST dan munajat perdana selepas solat Maghrib.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob akan mengimamkan majlis solat Magrib berjemaah manakala Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyampaikan pidato khas selepas solat isyak berjemaah.

Sebelum itu, Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata, peserta HINDAR yang hadir menyertai himpunan ini terdirinya daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Bukan hanya wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO), persatuan peniaga, selebriti dan pimpinan parti-parti politik sahaja yang datang malah jutawan dan juruterbangpun datang.

“Kalau mereka yang professionalpun datang, takkan lah yang bawah teksipun masih menyokong UMNO,” katanya ketika berucap kepada orang ramai di Padang Merbok, berhampiran Tugu Negara.

Beliau berkata, rakyat tidak akan marah jika pelaksanaan GST memberi banyak manfaat.

Namun beliau mendakwa pelaksanaan cukai itu bukan seperti yang dilaksanakan di negara lain kerana di Malaysia keuntungan GST tidak dapat dinikmati oleh rakyat.

“Kerajaan cakap GST buat harga barang turun tetapi saya pergi kedai, dulu barang itu berharga RM100 kini sudah berharga RM106.

“Ini matematik moden, dan adakah ia munasabah?” katanya.

Sementara itu, aktivis pelajar, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS), Imran Ishak berkata, GST benar-benar membebankan pelajar sepertinya.

“Kerajaan Malaysia ambil sistem pengurusan banyak dari Barat sepatutnya daripada sistem Islam.

“Saya beli kasutpun naik harga, makan nasi ayampun kena GST sedangkan laporan audit sudah tertulis bahawa kerajaan kita korup dan banyak ketirisan,” katanya.

Pelawak, pelakon dan penulis lirik yang kini menjadi aktivis PAS, Bob Lokman turut turun ke Padang Merbok.

Beliau berkata, jika benar GST baik untuk rakyat negara ini sepatutnya menjadi negara pertama melaksanakan cukai tersebut.

Sementara itu, wakil OKU bangkit, Umar Abdul Aziz berkata, sebagai orang kelainan upaya (OKU) beliau rasa terpanggil untuk menentang pelaksanaan cukai tersebut.

“Mereka yang sihat tubuh badanpun menentang GST apatah lagi golongan OKU. GST menambah lagi penderitaan kami.

“Sebelum GST, golongan OKU sudah cukup menderita makan mee Meggi dengan nasi dan telur.
“Kini kena GST lagi menambah penderitaan kami,”.




















Sumber TKO - 11-4-2015

Seruan Kepada Semua Mahasiswa Bantah GST Sertai HINDAR




قال الله تعالى :
مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya.”
[Surah Al-Hasyr, ayat 07]

IMG-20150410-WA0018

1 – Pada 11 April 2015 ini bakal berlangsungnya Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

2 – HINDAR ini dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat bagi bertujuan mengzahirkan bantahan rakyat Malaysia, khususnya juga para mahasiswa terhadap pelaksanaan GST bermula pada 01 April 2015 baru-baru ini.

3 – Dengan ini, kami mewakili barisan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam PAS (IPTIP) menyeru kepada semua rakyat Malaysia amnya dan khususnya juga buat para mahasiswa seluruh Malaysia bagi turut sertai HINDAR ini.

4 – Sudah sampai masa dan waktunya kita bangkit bersama serta mengzahirkan perasaan kekecewaan kita semua kepada pemerintah yang zalim dalam Malaysia ini, dalam masa yang sama berhimpun dengan garis panduan Islam bagi membantah sekeras-kerasnya pelakasanaan GST tersebut.

5 – Justeru, sekali lagi kami daripada IPTIP menyeru kepada semua agar tidak menghindarkan diri anda daripada menyertai HINDAR tersebut.

6 – Bersama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar HINDAR ini berjalan lancar serta perolehi rahmat daripada-Nya, Insyallah.
“Anak Muda Terus Istiqamah Bersama Kepimpinan Ulamak”

MUHAMMAD HARITH MOHD NOH
Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM),
Selangor.

SYED MOHD ZUHAIRI TUAN KASMI
Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI),
Terengganu.

MUHAMMAD DANIAL MOHD ASRI
Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Islam Darul Ulum (KIDU),
Kedah.

Sumber BO - 10-4-2015

Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) – 10 Hari Selepas GST


Dewan Ulamak PAS akan mengadakan satu himpunan yang diberi nama sebagai Himpunan Derita Rakyat (HINDAR), bersempena sepuluh hari perlakasanaan cukai barangan dan perkhidmatan (Goods and Services Tax – GST) yang mula dikuatkuasakan pada 1 April lalu.

jalan_parlimen_map01

Menurut Pengarahnya Ustaz Nasruddin Hassan, himpunan itu adalah sebuah himpunan aman dan mempunyai cara dan tertib yang tersendiri.

Himpunan tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 11 April 2015 bersamaan 21 Jamadil Akhir 1436, di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.

Ia akan bermula kira-kira pada jam 4.00 petang dan akan berakhir pada jam 9.00 malam.

“Bermula dengan solat Asar berjamaah dan bacaan al-Mathurat, pidato pimpinan menjelaskan kenapa kita membantah GST,

“(kemudian ada) pentomen Derita Rakyat, puisi Derita Rakyat, solat Maghrib berjamaah dan Munajat Perdana serta pidato khas yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang,”jelas beliau.

Dalam satu pernyataan kepada pihak media, Ahli Parlimen Temerloh itu berharap semua warga prihatin dapat menyertai HINDAR mematuhi arahan pemimpinan dan peraturan yang telah ditetapkan.

“semua orang yang prihatin adalah dijemput hadir,”tambahnya.
Berikut dilampirkan tentatif bagi perjalanan himpunan tersebut;

TENTATIF :
4.00 pm : Kehadhiran
4.30 pm : Azan, Solat Asar & Al-Mathurat
4.45 pm : Pidato 1 (ucapan 4 pemidato)

hindar 3

Sumber BO - 9-4-2015

















































































































































































#BatalGST: Himpunan raksasa 1 Mei

| .


KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Hari Pekerja #BatalGST menyeru seluruh rakyat Malaysia, dari Johor hingga ke Perlis, dari Sabah ke Sarawak, untuk turun dan memenuhi bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Mei ini dengan berpakaian merah sebagai warna dan simbol perjuangan rakyat.

Timbalan Presiden PAS yang juga Pengerusi Sekretariat Batal GST, Mohamad Sabu berkata, fokus dan tuntutan himpunan ini hanya satu iaitu menuntut agar pelaksanaan GST dibatalkan serta-merta.

Perkara ini diputuskan dalam satu mesyuarat pada 29 Mac lalu melibatkan pemimpin NGO-NGO, parti-parti politik, pertubuhan mahasiswa dan organisasi massa bagi membincangkan aksi bantahan terhadap pelaksanaan GST yang telah pun bermula pada 1 April 2015 yang lalu.

"Mesyuarat juga bersetuju bahawa himpunan raksasa ini dibuat pada Hari Pekerja, iaitu 1 Mei 2015 dan dinamakan sebagai Himpunan Hari Pekerja #BatalGST," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, bagi menyemarakan lagi himpunan ini pihak Sekretariat akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan rakyat untuk turun ke himpunan kemuncak 1 Mei nanti.

Jelajah akan bermula 9 April ini di Alor Setar, 10 April (Bagan Serai Perak), 11 April ( Seremban, Negeri Sembilan), 12 April (Kemaman, Terengganu), 14 April (Batu Pahat, Johor), 20 April (Tumpat, Kelantan), 23 April (Temerloh, Pahang), 24 April (Seremban Negeri Sembilan), dan 30 April ( Wilayah Persekutuan).

Menurut Mohamad, kedegilan Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan GST tanpa mengambil kira kesusahan dan keperitan rakyat benar-benar membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat yang melihat ianya sebagai kemuncak sikap buta tuli pemerintah kepada suara rakyat.

"Hari demi hari semakin banyak hamburan amarah rakyat yang amat-amat geram dengan keangkuhan kerajaan dalam mempertahankan cukai zalim ini.

"Keadaan ini diburukkan lagi dengan penjelasan-penjelasan dangkal serta analisis-analisis karut pemimpin-pemimpin negara bagi merasionalkan polisi songsang ini," tegas beliau.

Tambah menjengkelkan, katanya, apabila pelaksanaan cukai ini dibuat semasa negara dihambat dengan skandal kewangan 1MDB iaitu skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara.

Kenyataan ini turut disokong oleh Pakatan Rakyat dan 10 lagi NGO termasuk Suaram, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia & Pelajar Malaysia (DEMA), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Pemuda Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Kelab Bangsar Utama dan Sekretariat #KitaLawan. - HARAKAHDAILY 6/4/2015


Sumber HD - 6-4-2015


















































































































































































#KitaLawan: Khalid Samad dibebaskan
Posted on Sunday, March 29 @ 20:00:15 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Khalid-Samad_600

PETALING JAYA: Khalid Samad dibebaskan berikutan pihak polis gagal mendapatkan permohonan
reman terhadapnya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu, ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan pada Sabtu,
lapor mStar Online. Peguam Michelle Yesudas menerusi Twitter memberitahu bahawa majistret 
Nurul Ain Abd Rahim turut menolak reman ke atas dua pelajar universiti yang ditahan berhubung 
perhimpunan sama.

“Dua pelajar universiti ditangkap semalam dan Khalid Samad bebas, reman ditolak,” demikian tulis
Michelle. Pada awal pagi Ahad, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ditahan di bawah 
Seksyen 143 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata, Khalid ditahan
di kediamannya di Shah Alam, kira-kira 3.20 pagi Ahad.

Sumber TKO - 29-3-2015

Khalid Samad pula ditahan polis 3.20 pagi tadi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan 'kegilaan' apakah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang ditahan polis jam 3.20 pagi tadi.

"Anak Khalid Samad btahu saya 5 buah kereta polis dtg rumah mereka jam 3.20 pagi dan ada yg pegang M16 utk tangkap YB. Kegilaan apa ni IGP?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang menerusi twitter.

Sementara Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sememangnya sudah hendak sampai hujung pemerintahannya.

"Ramai pemimpin pembangkang ditahan. Tak cukup siang. Malam hari pun tangkap juga.

"Terbaharu YB Khalid Samad ditangkap jam 3.20 am di rumahnya. Kenapa tak tangkap waktu siang hari?" tulis beliau menerusi facebook. - HARAKAHDAILY 29/3/2015

Sumber HD - 29-3-2015


KPRU : KES TANGKAPAN BUKTI SEMPITNYA DEMOKRASI - PKRU



http://www.harakahdaily.net/index.php/lain-lain/34580-kpru-118-kes-tangkapan-bukti-sempitnya-demokrasi

Sumber HD - 27-3-2015


JANGANLAH MENDIAMKAN DIRI BILA HARGA MINYAK TURUN


KPDNEP

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33608-janganlah-mendiamkan-diri-bila-harga-minyak-turun

Sumber HD - 2-2-2015
























































































































































































The Doomsday crash; It’s coming

AIMN | .

It is just a few days before Christmas and probably not the best time to be warning people of impending doom, but then, when is a good time? The world is in a precarious position right now, brought into sharp focus with the sudden and dramatic fall in the price of oil.

At its current price of $60 US per barrel, down from $115 US in June, oil could be the tipping point for a worldwide stock market crash in 2015, one that would be more severe and more devastating than the 2008 GFC. The current price might be great for consumers but definitely not for exporters like Russia.

There are a number of critical factors apart from oil that could bring such a calamity upon us and they are now very much in place and aligned. We are not yet in a housing bubble but for the last two years prices have been increasing at excessive rates and fueled by very low interest rates.
Read the full story here

Sumber HD - 22-12-2014

























































































































































































Himpunan tuntut turun harga minyak 31 Disember

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO), parti politik serta kumpulan aktivis akan bersama-sama pada himpunan Demokrasi Rakyat pada 31 Disember bagi menuntut harga minyak Ron95 diturunkan ke harga RM1.90 sen seliter.

Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Mohd Azan Safar pada sidang media berkata, parti-parti politik dan kumpulan aktivis serta NGO telah menyatakan sokongan mereka untuk turut sama pada himpunan malam tahun baru nanti.

"Kita akan berkumpul di Dataran Merdeka dengan berpakaian baju hitam bermula jam 9 malam.

"Pada tahun lepas kita telah berjaya berhimpun di tempat yang sama dengan jumlah penyertaan yang besar dan untuk 31 Disember nanti, saya menjangkakan jumlah yang lebih besar dapat kita kumpulkan," katanya.

Jelasnya, himpunan ini bagi menuntut kerajaan menurunkan harga minyak pada kadar RM1.90 seliter bagi Ron95 iaitu mengambil kira harga pasaran, jaminan keuntungan kepada syarikat minyak dan subsidi 30 sen setiap liter.

Dalam pada itu, Azan yang turut memberitahu bahawa pihaknya tidak akan memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu kerana kedatangan mereka untuk menyambut tahun baru 2015.

"Kita ingin sambut tahun baru 2015 yang merupakan tahun beban kepada rakyat, tidak salah untuk kita hadir seperti mana mereka yang datang sambut tahun baru.

"Jadi kenapa kita harus memohon permit untuk kita turun menyambut malam tahun baru," sambungnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat turut berjanji memberi sokongan pada himpunan tersebut.

"Bukan hanya Pemuda PAS sahaja tetapi seluruh pemuda Pakatan Rakyat memberi sokongan pada himpunan tersebut.

"Isu kenaikan harga minyak dan barang ini bukannya isu golongan tertentu tetapi keseluruhan rakyat negara ini," katanya. – HARAKAHDAILY 11/12/2014



























































































































































































Oil price slide, the economy and electricity tariffs

Harakahdaily | .


A former chief editor of an Umno-owned paper has chided Najib’s government for failing to tell the truth to the people about the state of the Malaysian economy.

Of course his observation is well founded taking into account current and future oil prices that have been sliding and are expected to continue downwards for at least two more years to come. The CEO of Petronas, the national oil company that acts as the saviour of the Umno-BN government through thick and thin has also indicated that the company would not be able to dish out to the government as freely as it did in the past due to declining revenue. And obviously to add salt to the wound, our currency is also depreciating compared to other major currencies where, as at last Friday, it was being traded at RM3.47 to one US dollar, one of the lowest levels since the financial crisis of 1997.

We are also aware that another major contributor to the national income, palm oil, has also seen a tremendous drop in prices since the middle of the year. Other indicators are also not so promising especially when oil prices are at such a low that other industries are also hit. Over reliance on oil has undone what has been achieved all this while.

While the falling oil prices and weaker ringgit may make our exports more competitive, but it is also going to affect our imports badly with sudden increases of prices of imported goods and services.

What with the introduction of GST in April next year, it is obviously going to be a disaster for the ordinary rakyat who earn less than RM3000 per household per month. Even for those households earning around RM 5000, it is going to be very tough indeed.

Now we come to one extremely pressing issue – tariffs for electricity. We were told earlier that the energy provider was going to raise tariffs beginning next year even after having raised it this year. If there was reason to raise the tariff before, perhaps due to high oil prices, what justification is there to maintain the high tariff as it is now since oil prices have dropped? And how ludicrous would it be if TNB were to raise it further next year? It simply does not make sense.

The people especially consumer groups and Pakatan Rakyat must come out strongly and oppose any tariff hike in electricity at a time like this when oil prices are fast dropping. It would be daylight robbery and a mockery if the people allowed TNB to raise electricity rates. PR must demand that TNB begin to slash its rates instead given the current situation.

As the former editor had written in his blog that the people were not fools to believe what the government says, it may be interesting to note that the Najib administration seems to think otherwise.
How then would one explain the retention of the Sedition Act, even strengthening it despite all the opposition to the Act besides continuous evasion of telling the truth about the state of the economy?

Najib can only spew out rhetoric and hollow claims like saying that the “days where government knew best is over” when faced with situations like post GE13 when BN lost further compared to 2008 simply to appease BN supporters.

The firm declaration that the Sedition Act would remain and be enhanced in its punitive aspect only proves that in Umno-BN’s case, there never is a time when the government never knew what was the best. And the people would only matter for the sake of votes.

Back to the dark old days of authoritarianism and economic doldrums.

Sumber HD - 10-12-2014



























































































































































































Turun sedia kerjasama jayakan Himpunan 31 Dis

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) sedia berbincang dengan Pakatan Rakyat bagi menjayakan himpunan pada 31 Disember nanti.

Pengerusinya, Mohd Azan Safar berkata, Turun telah mengadakan bantahan besar-besaran sejak tahun lepas dan kemuncaknya adalah himpunan Turun di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2013.

"Susulan pengumuman Pakatan Rakyat untuk mengadakan himpunan pada tarikh tersebut, Turun sangat mengalu-alukan dan sedia bekerjasama bagi menjayakannya.

"Tiga siri protes telah diadakan di Kuala Lumpur iaitu di Sogo, Puduraya dan terakhir di KLCC 7 November lalu, termasuk di tujuh lokasi di Negeri Sembilan dan Melaka pada Oktober lalu," kata beliau.

Menurut beliau walaupun tidak mendapat respons daripada kerajaan, Turun tetap meneruskan siri penerangan kepada rakyat.

"Oktober lalu kita telah mengumumkan himpunan malam tahun baru pada 31 Disember ini yang akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara khususnya di Kuala Lumpur.

"Walaupun bantahan ini tidak didengari, kerajaan tidak boleh melepaskan diri mereka yang mendera rakyat dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY 4/12/2014

Sumber HD - 4-12-2014




























































































































































































Dr Dzul - 

https://www.youtube.com/watch?v=mnoty-RYljY&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Malaysia faces serious headwinds as oil slumps

CNBC | .


While lower oil prices are set to give many of Asia's economies a fillip, Malaysia could face serious headwinds due to its heavy reliance on state-owned oil company Petronas.

"Malaysian bonds are all AAA rated because they're guaranteed by oil money," Jalil Rasheed, investment director at Invesco, said in an exclusive interview. "When Petronas says it's going to pay lower dividends, it questions the ability of the government to finance some these loan obligations."

He noted that Malaysia's debt-to-gross domestic product (GDP) could be as high as 75 percent when contingent liabilities are included. Invesco has cut its exposure to Malaysia by around half to about 15 percent of its portfolio for Southeast Asia this year, Rasheed said.

Read the full story here

Sumber HD - 4-12-2014
























































































































































































Rasionalkan harga minyak demi kebaikan pengguna

JOFRI JARAIEE | .


PADA 1 Disember 2014, harga minyak untuk RON95 dan RON97 telah dikurangkan sebanyak empat sen dan sembilan sen masing-masing kepada RM2.26 dan RM2.46. Walau bagaimanapun, harga diesel naik sebanyak tiga sen kepada RM2.23. Subsidi untuk petrol RON95 dan diesel telah dimansuhkan dan harga akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti harga pasaran global.

Walaupun harga RON95 dan RON97 menurun tapi kesan dari kenaikan harga diesel boleh menyebabkan kenaikan harga barangan dan pengangkutan awam. Kebanyakan kenderaan berat yang menggunakan diesel seperti lori, bas, kapal dan sebagainya pasti akan menaikkan kos untuk menampung pembelanjaan akibat kenaikan harga diesel. Begitu juga dengan penduduk luar bandar yang masih menggunakan diesel untuk generator dan bot akan menerima kesan dengan kenaikan harga diesel.

Pihak kerajaan perlu memikir kesan jangka panjang akibat kenaikan harga diesel tanpa subsidi sebab kos pengangkutan serta tambang pengangkutan awam pasti akan meningkat juga kerana mereka terpaksa menaikkan caj pengangkutan untuk menampung kos pembelanjaan mereka.

Sekiranya paras harga RON95 dan diesel naik semula maka kerajaan perlu memberi subsidi sementara sehingga ia kembali ke paras yang realistik agar rakyat tidak menanggung beban akibat kenaikan harga minyak dunia yang melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

Banyak kesan yang akan membebankan pengguna sekiranya pihak kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga diesel dan RON95 setelah subsidi dimansuhkan sekiranya harga pasaran minyak dunia naik semula ke paras yang terlalu tinggi.

Harga pasaran minyak dunia pasti akan naik semula nanti dan kesan dari kenaikkan tersebut boleh menjejaskan pengguna apabila subsidi minyak sudah dimansuhkan dan sudah pasti pengguna akan menghadapi bebanan akibat kenaikan kos harga barangan keperluan harian.

Kalau pihak kerajaan benar-benar ikhlas ingin membantu rakyat dengan menghapuskan subsidi, pihak kerajaan perlu tegas dalam pengawalan harga barangan keperluan harian sebab sekarang ini pun sudah ramai para peniaga menaikan harga barangan tanpa sebarang kawalan.

Rantaian bekalan akan menyebabkan kenaikan harga barangan disebabkan kebanyakan kos pengangkutan untuk sampai ke destinasi akan meningkat akibat kenaikan harga diesel. Rantaian bekalan adalah rangkaian peruncit, pengedar, pengangkutan, kemudahan penyimpanan, dan pembekal yang mengambil bahagian dalam pengeluaran, penghantaran, dan penjualan sesuatu produk kepada pengguna.

Walaupun dengan pemansuhan subsidi minyak akan menjimatkan pembelanjaan negara tetapi pihak kerajaan juga perlu perihatin kepada golongan yang berpendapatan kecil yang akan terpaksa menanggung beban kesan dari kenaikan harga barangan keperluan harian mereka.

Kita mengesa pihak kerajaan mengkaji semula pemansuhan subsidi RON95 dan diesel kerana harga pasaran minyak dunia tidak menentu sekarang dan ia boleh meningkat semula ke paras yang lebih tinggi dimana ia akan memberi kesan kepada pengguna dan akan menjejaskan pendapatan dan pembelanjaan harian mereka. Harga pasaran minyak global sentiasa turun naik seperti pasaran saham sudah tentu sukar untuk penjual untuk menentukan harga yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan pihak kerajaan perlu telus dalam menentukan harga minyak mengikut harga pasaran global.

Sepatutnya dalam keadaan harga minyak menurun sekarang ini pihak kerajaan perlu menurunkan harga minyak mengikut pasaran global supaya pengguna dapat menikmati harga minyak mengikut harga pasaran global. Sewaktu harga pasaran minyak global turun, pihak kerajaan agak lambat hendak menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran global tapi apabila waktu harga minyak naik, barulah pihak kerajaan segera menaikkan harga minyak mengikut harga pasaran global yang hanya menyusahkan pengguna.

Pihak penguatkuasa dalam hal ehwal pengguna perlu memantau, serta bertindak tegas ke atas para peniaga yang menaikan harga barangan keperluan. Walaupun para peniaga juga terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat kenaikan harga diesel ini bukan bermakna mereka boleh menaikan harga barangan keperluan sesuka hati mereka tanpa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa juga perlu perihatin kepada pengguna dan para peniaga yang terpaksa menanggung bebanan akibat kenaikan harga bahan api yang melanda seluruh dunia.

Kerjasama dengan semua pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan keperluan tanpa kawalan akibat kenaikan harga diesel amat dihargai. – HARAKAHDAILY 3/12/2014

Sumber HD - 3-12-2014
























































































































































































Yang patut anda tahu tentang harga minyak

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .

DALAM kekalutan sidang media oleh pelbagai pihak yang mewakili kerajaan untuk menandingi kepantasan maklumat yang disebar dan dimuat naik di dalam media alternatif, menyebabkan banyak pihak sama ada di pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang melupakan fakta sebenar demi menunjukkan yang masing-masing cakna dan prihatin tentang masalah rakyat.

Hakikatnya, harga bahan api di Malaysia telah sejak tahun 1983 lagi dipantau dan dikawal menggunakan system Automatic Pricing Mechanism (APM). Ia diguna pakai oleh pihak pemerintah pada asalnya untuk memastikan bahan api yang dijual kepada rakyat Malaysia umumnya adalah bersesuaian dengan kos sara hidup dan ekonomi semasa. Namun begitu, apabila Perdana Menteri silih berganti maka tujuan asal sistem APM ini dilaksanakan mula dilupakan demi mencapai imej populis dalam kalangan rakyat demi menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar mengambil tahu tentang masalah rakyat.

Ditambah lagi dengan harga pasaran minyak mentah dunia yang telah menurun daripada paras USD100 setong pada awal tahun 2014 hingga ke paras USD75 setong pada hari ini, kerajaan seolah-olah hilang punca apabila didesak oleh pihak pembangkang daripada pelbagai sudut. Walhal, hakikatnya kerajaan tidak perlu gopoh dan terburu-buru kerana sistem APM telah sedia ada untuk menampung sebarang perubahan ke atas harga pasaran minyak mentah dunia. Natijahnya membawa kepada penarikan subsidi secara mengejut.

Ia dibuat tanpa sebarang pelan alternatif bagi mengimbangi risiko yang bakal ditanggung oleh rakyat. Asasnya adalah semata-mata berdasarkan kepada trend penurunan harga pasaran. Perlu diingat, harga pasaran minyak sama ada mentah mahupun yang telah diproses adalah sangat tidak menentu.

Harga minyak untuk Malaysia disandarkan kepada harga MOPS yang dikeluarkan oleh syarikat Platts yang dikenali sebagai MOPS (Mean of Platts Singapore). Hal ini adalah kerana, Singapura merupakan pembekal terbesar untuk produk petroleum yang telah diproses di kawasan Asia Pasifik dan ketiga terbesar di dunia. Formula harga yang paling biasa adalah MOPS WMA (Mops whole month average), MOPS Half Month Average atau MOPS yang bersandarkan pada tarikh penerimaan (discharge laycan date). Platts merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi sebagai syarikat perniagaan komoditi dan maklumat di mana maklumat MOPS yang dikeluarkan oleh syarikat Platts digunakan sebagai rujukan kepada harga semasa untuk digunapakai oleh pihak syarikat penapisan dan pembeli minyak untuk tujuan urus niaga jualbeli. Maklumat yang disediakan oleh syarikat ini adalah hanya boleh diperoleh oleh syarikat pembeli minyak yang melanggan perkhidmatan mereka.

Tidak dinafikan, memang harga purata boleh disandarkan pada mana-mana tarif yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual (antara syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di Malaysia adalah seperti PETRONAS, SHELL, PETRON, CALTEX, SHELL dan BHP) dengan syarikat yang mempunyai kemudahan penapisan minyak di rantau Asia Pasifik. Tetapi, harga rujukan asas untuk berurus niaga akan sentiasa dirujuk kepada harga MOPS bagi tujuan perundingan.

Harga minyak mentah semasa dunia sememangnya berkait secara langsung dengan harga petrol semasa iaitu harga bahan petroleum yang telah diproses seperti gasolin (petrol), kerosin dan diesel akan bergerak seiring dengan pergerakan harga minyak mentah.

Hakikatnya ialah tiada siapa yang mampu menjamin harga minyak pasaran akan tetap kekal pada paras yang sama pada sepanjang masa kerana harga akan sentiasa berubah samada naik atau turun! Malaysia tidak terlepas dalam hal ini disebabkan ekonomi kita turut juga berkait dengan ekonomi global semasa yang bergantung kepada hal-hal semasa seperti perkembangan ekonomi di China, kuota pengeluaran minyak oleh negara-negara OPEC, kebergantungan bekalan import Amerika Syarikat, penemuan-penemuan telaga simpanan minyak dan lain-lain lagi.

Kesemua faktor-faktor ini sepatutnya telah diambil kira oleh pakar ekonomi negara, pegawai kerajaan, menteri bertanggungjawab untuk merangka strategi yang khusus dalam memastikan belanjawan yang direncanakan untuk perbelanjaan negara digunakan semaksima mungkin bagi memastikan subsidi yang diberikan adalah bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa rakyat secara amnya di samping mengurangkan kesan langsung kepada majoriti kehidupan seharian rakyat Malaysia secara khususnya.

Tetapi yang sebaliknya yang berlaku adalah ketidaktentuan polisi, dasar dan pelaksanaan kerajaan yang secara berterusan merangka perbelanjaan yang tidak mampu menampung asakan daripada perubahan ekonomi global yang menyebabkan akhirnya pihak kerajaan mengambil mudah dengan menyembunyikan fakta sebenar. Sewajarnya, kerajaan hendaklah bersikap telus dalam menguruskan jumlah bajet subsidi yang telah ditetapkan pada peringkat awal apabila belanjawan negara dibentangkan dan bukannya berdolak dalik apabila rakyat mahukan penjelasan tentang harga minyak yang sepatutnya turun seiring dengan harga semasa pasaran.

Yang lebih membimbangkan adalah tercetusnya keadaan panik dalam kalangan rakyat kesan daripada harga minyak yang tidak menentu yang membawa kepada kenaikan kos barang dan perkhidmatan yang melambung tinggi.

Penjual dan pemborong terpaksa meminimakan risiko sekiranya kenaikan harga minyak berlaku secara mendadak. Justeru, mereka terpaksa meletakkan harga yang tinggi dalam julat harga barang atau perkhidmatan yang mereka tawarkan agar mereka tidak perlu melakukan perubahan yang terlalu banyak sekiranya harga minyak naik melambung nanti. Nah, di sini jelas kelihatan siapakah yang tersepit. Rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat daripada keuntungan jualan harga minyak terpaksa membayar kesemua kos yang ditanggung.

Sejarah membuktikan bahawa pasaran minyak dunia pernah turun dan naik dengan kadar yang sangat drastik yang direkodkan di mana pada bulan Julai 2008, harga minyak mentah adalah USD147 setong, namun turun sehingga USD40 pada January 2011. Penurunan yang mendadak ini sekiranya disokong dengan sistem APM dan dasar kerajaan yang telus dalam menguruskan kewangan negara seharusnya tidak menyebabkan rakyat berasa gusar.

Namun begitu, dengan dasar dan skandal yang melibatkan polisi kerajaan seperti GST, pelaburan 1MDB, defisit yang tinggi, kenaikan kos sara hidup yang melampau dan lain-lain menyebabkan rakyat tidak lagi percaya dengan dasar dan pelaksanaan kerajaan. Ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan akhbar daripada menteri bertanggungjawab yang kebanyakannya bercanggah di antara satu sama lain dan berubah-ubah seolah-olah kerajaan seperti tiada sistem pelaksanaan untuk memantau harga bahan api selama ini. Ini ditambah lagi dengan janji-janji manis Perdana Menteri untuk tidak menurunkan harga bahan api selepas PRU13 yang lepas.

Kesemua kecelaruan ini akhirnya memakan diri apabila tiba-tiba tanpa diduga oleh politikus-politikus, harga bahan api mula menjunam turun. Subsidi yang dicanang-canang rupanya tidak perlu lagi diberi sekiranya harga semasa bahan api dikekalkan. Sebaliknya jika harga bahan api terus kekal, kerajaan akan dapat menikmati hasil daripada jumlah duti yang dikenakan ke atas syarikat minyak atas perbezaan harga jualan dan harga kos bahan. Barangkali baru sekarang pak menteri baru mahu ambil tahu tentang sistem APM yang telah lama wujud. Maka dikeluarkan kenyataan bahawa harga bahan api mulai bulan Disember 2014 akan dikawal melalui kaedah pengapungan terkawal yang hakikatnya telah lama dilaksanakan.

Natijahnya, sekarang, rakyat mahukan harga bahan api diturunkan seiring dengan janji Perdana Menteri. Sistem yang sedia ada akhirnya kini dijenamakan semula seolah-olah kerajaan telah bertindak dalam sekelip mata untuk mengatasi kekalutan dan lawak jenaka yang ditimbulkan oleh tangan-tangan mereka sendiri. – HARAKAHDAILY 2/12/2014

Ir. Khairil Nizam Khirudin ialah Naib Ketua Pemuda, Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 2-12-2014

‘Apungan terkawal’ wajar digelar ‘apungan kotor’

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: ‘Apungan terkawal’ yang bermula semalam bukti mekanisme tersebut hanyalah nama lain untuk ‘cukai bahan api’ walaupun harga petrol RON95 dan RON97 jatuh sementara diesel naik.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, pergerakan tidak konsisten harga kedua-dua jenis bahan api walaupun kejatuhan yang stabil harga minyak menunjukkan mengapa kaedah ‘apungan terkawal’ kerajaan wajar digelar ‘apungan kotor’.

Memetik laporan Roketkini, beliau berkata kaedah ‘apungan terkawal’ itu adalah sistem yang ditentukan sewenang-wenangnya oleh kerajaan tanpa ketelusan.

Menurutnya, tidak ada siapa yang menginginkan harga petrol atau diesel naik manakala harga minyak mentah terus menjunam (head south) secara besar-besaran sejak Jun lalu.

Beliau berkata, harga diesel sepatutnya menurun ke tahap bahan api industri, gred yang jauh lebih rendah akibat kejatuhan harga minyak mentah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek kelmarin mengumumkan kenaikan harga minyak diesel sebanyak tiga sen seliter, disebabkan kerajaan sudah banyak menampung subsidi sebelum ini.

Bulan lalu, kerajaan juga telah mengambil langkah menghapuskan sepenuhnya subsidi bahan api yang bermula semalam, dengan harga ditetapkan menggunakan ‘apungan terkawal’.

Sumber HD - 2-12-2014
























































































































































































Pengiraan harga petrol tidak telus

HARAKAHDAILY | .
RAFIZI Ramli, Ahli Parlimen Pandan mendedahkan bahawa pengiraan harga petrol RON95, RON97 dan diesel tidak telus dan tidak selari dengan harga pasaran dunia.

Dalam kenyataan medianya, beliau mendedahkan bahawa harga rujukan minyak mentah Brent pada hujung minggu lepas mencecah USD68 setong yakni harga sepatutnya sekitar RM1.70.

Berikut kenyataan penuh Rafizi.

Pengumuman harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014 membayangkan harga petrol dan diesel akan terus dimanipulasi oleh Barisan Nasional dan menjadi beban utama rakyat di masa akan datang. Walaupun Dato’ Seri Najib Tun Razak menggunakan alasan harga yang dibayar oleh rakyat sekarang adalah mengikut harga pasaran, perbezaan di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional adalah terlalu ketara.

Harga rujukan minyak mentah Brent di hujung minggu lepas telah mencecah USD68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah iaitu sekitar USD105 setong. Harga purata minyak mentah Brent sepanjang bulan November 2014 ialah sekitar USD76 setong, iaitu penurunan sebanyak 27.6% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak.

Harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan produk petroleum RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini. Oleh itu, jika harga rujukan minyak mentah Brent telah jatuh di antara 27% hingga 35%, sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga adalah dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza dari itu.

Malangnya, pengumuman Barisan Nasional menetapkan harga RON95 hanya turun 1.7%, RON97 hanya turun 3.5% malah diesel pula naik 1%. Rakyat tertanya-tanya kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional di Malaysia walaupun kononnya harga itu ditetapkan mengikut harga pasaran dunia.

Keadaan ini berpunca dari kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Bagi setiap liter RON95 contohnya, Barisan Nasional menjamin keuntungan dan kos dibayar-balik (cost reimbursement) kepada syarikat minyak sebanyak 30 sen.

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menyiarkan setiap minggu secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang menggunakan harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos-kos lain yang dimasukkan di dalam perkiraan menentukan harga pasaran Malaysia bagi RON95, RON97 dan diesel. Hanya dengan ketelusan sebegini Barisan Nasional boleh mengenepikan pandangan serong rakyat bahawa ia mengambil keuntungan dengan menetapkan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyat walaupun harga pasaran dunia telah jatuh menjunam.

Pada masa yang sama, KEADILAN juga telah menubuhkan pasukan sendiri untuk memantau harga pasaran RON95, RON97 dan diesel untuk memastikan harga pasaran di Malaysia adalah selari dengan harga pasaran dunia. KEADILAN akan mendedahkan secara terperinci harga pasaran rujukan MOPS serta kos-kos lain yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan pada setiap minggu untuk membolehkan rakyat mendapatkan harga minyak terbaik.

Perbezaan harga yang ketara ini (iaitu penurunan 2% di Malaysia berbanding kejatuhan 28% hingga 35%) juga menimbulkan tanda tanya sama ada Barisan Nasional akan mengenakan cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sepanjang bulan November 2014.

Kenyataan Dato’ Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan pada 31 Oktober 2014 yang disiarkan BERNAMA secara jelas menyebut bahawa jika harga minyak mentah dunia jatuh ke harga di bawah USD75 setong, harga petrol RON95 sepatutnya menjadi sekitar RM1.72 seliter. Menurut beliau, pada ketika itu Kerajaan Persekutuan boleh membuat keputusan sama ada mengenakan cukai petrol untuk mengekalkan harga yang lebih tinggi.

Pada ketika ini, harga minyak mentah dunia telah pun jatuh ke paras USD68 setong. Malah, harga rujukan purata minyak mentah bagi November 2014 dianggarkan sekitar USD76 setong. Mengikut kenyataan Dato’ Ahmad Maslan sendiri sebulan yang lepas, harga RON95 yang lebih selari dengan harga pasaran sepatutnya adalah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti yang diumumkan semalam.

Oleh hal yang demikian, saya akan terus berkempen supaya harga minyak diturunkan melalui kempen #turunhargaminyak. Sementara menunggu demonstrasi yang telah diumumkan pada 31 Disember 2014 ini, KEADILAN akan membantu rakyat dengan mengumumkan setiap minggu harga pasaran RON95, RON97 dan diesel mengikut harga pasaran antarabangsa untuk mengelakkan Barisan Nasional mengambil kesempatan mencukai rakyat melalui cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang telah berlaku sejak sebulan lalu. – HARAKAHDAILY 1/12/2014

Sumber HD - 1-12-2014

Subsidi hapus, harga minyak turun?

HAMBALI AKRAM | .

BERMULA hari ini, 1 Disember 2014, subsidi bagi bahan bakar petrol dan diesel ditarik balik atau dengan kata lain dihapuskan. Namun, saya tidak pasti sama ada mahu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atau berdiam sahaja kerana subsidi dihapuskan.

Secara logiknya, apabila subsidi dihapuskan, harga minyak akan naik. Yang berlaku ialah harga petrol sedikit menurun dan hanya diesel sahaja yang naik.

Sebelum ini pun, saya sudah tertanya-tanya kenapa harga Ron95 yang tidak bersubsidi lebih mahal daripada harga Ron97 yang tidak bersubsidi. Namun, mungkin ramai yang tidak perasaan akan keganjilan itu.

Secara umumnya langkah mengikut harga semasa ini mungkin perlu buat masa ini. Sekurang-kurangnya rakyat tidak diperbodohkan dengan alasan yang pelik-pelik ketika menaikkan harga minyak. Jika harga minyak dunia naik, maka rakyat sudah menjangka akan kenaikan, begitu juga jika berlaku penurunan.

Selain itu, yang masih menimbulkan persoalan ialah tentang duit subsidi yang selama ini digunakan untuk menstabilkan harga minyak. Adakah benar-benar wujud atau hanya sandiwara untuk mempermain-mainkan rakyat.

Jika duit subsidi itu benar-benar wujud, ke manakah akan disalurkan selepas ini selepas tidak lagi digunakan untuk subsidi.

Hakikatnya, banyak lagi persoalan yang ditinggalkan tanpa jawapan. Cuma, sebagai rakyat saya amat berharap penurunan harga minyak ini akan menstabilkan kos sara hidup agar tidak meningkat sewenang-wenangnya. – HARAKAHDAILY 1/12/2014

Sumber HD - 1-12-2014
























































































































































































Dirty float is just another name for “fuel tax”

Liew Chin Tong | .


A managed float system of pump price is called a “dirty float” by insiders. It is a system that is determined arbitrarily by the Government without being transparent.

Similarly Malaysia’s managed float for fuel prices is just a “dirty float”. No one in their right mind would expect pump prices of petrol or diesel to go up while crude oil price continues to head south massively since June 2014. The benchmark Brent price has come down from USD 115 in June to around USD 70 per barrel.

The pump diesel price should follow industrial diesel prices, which is much lower now.

The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Hasan Malek said the retail price for RON97 and RON95 will go down by nine sen to RM2.46 per litre and four sen (RM2.26 per litre).

However, the price of diesel would increase by three sen to RM2.23 per litre. This meagre drop in RON97 and RON95, and the 3-sen hike in diesel price, announced by the Government, is most unacceptable.

The current retail price for RON97 is RM2.55 per litre, RON95 RM2.30 per litre and diesel RM2.20 per litre.

The Government must annouce the details of the so-called managed float, otherwise it is just a name for “fuel tax” – Malaysians paying the Government to plug its fiscal holes.

Sumber HD - 1-12-2014
























































































































































































Oil prices plummet As OPEC mulls move

MSN Money | .

Oil prices are down from $107 a barrel to below $80. Most Americans can now buy gasoline at under $3 a gallon. It is also very possible that oil prices could continue to go down all the way to $60 a barrel, a nice Thanksgiving Day gift. Or is it?

Ironically, the Organization of the Petroleum Exporting Countries will meet on Thanksgiving Day in Vienna, Austria, to discuss the future of oil. OPEC is an international cartel comprised of 12 countries (Saudi Arabia, Iran, Iraq, Kuwait, Venezuela, Qatar, Libya, the UAE, Algeria, Nigeria, Ecuador, and Angola) that coordinate global oil prices amongst themselves by managing the supply of oil.

Read the full story here

Sumber HD - 26-11-2014

Subsidi: Jawapan Khairy dedah BN memangsakan rakyat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mengalu-alukan jawapan Khairy Jamaluddin berhubung penghapusan subsidi minyak kerana ia mendedahkan bagaimana Barisan Nasional terus memangsakan rakyat.


Beliau dimaklumkan akan reaksi Ketua Pemuda Umno itu terhadap tindakan menghapuskan subsidi oleh Barisan Nasional dengan menempelak kritikan di media sosial.

"Beliau menjawab dengan menunjukkan bagaimana harga akan ditentukan di bawah sistem apungan harga terkawal (managed float system) di laman Twitter," ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, jawapan itu mendedahkan bagaimana Barisan Nasional terus memangsakan rakyat tetapi membela syarikat-syarikat besar.

katanya, kenetapan harga petrol dan diesel telah lama dibuat melalui sistem Penetapan Harga Automatik (Automatic Pricing Mechanism) yang mengikut formula berikut (iaitu yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin):

1. Kos petrol dan diesel ditetapkan melalui harga rujukan menggunakan harga yang dikumpul oleh Platts melalui satu indeks yang dipanggil Means of Platts Singapore (MOPS). Harga ini adalah harga purata petrol dan diesel yang diperdagangkan melalui Singapura (dan bukannya harga minyak mentah). Kos ini telah termasuk kos dan keuntungan syarikat minyak yang mengendalikan loji penapisan kerana MOPS menentukan harga petrol dan diesel yang telah siap diproses.

2. Ditambah: “alpha” atau bayaran pampanan kepada syarikat minyak sebanyak 5 sen (petrol) dan 4 sen (diesel) untuk melindungi mereka dari turun naik kos petrol dan diesel di pasaran

3. Ditambah: “kos operasi” yang dibayar untuk menampung kos pengangkutan, agihan dan pemasaran yang ditanggung oleh syarikat minyak

4. Ditambah: “keuntungan syarikat minyak” sebanyak 5 sen (petrol) dan 2.25 sen (diesel)

5. Ditambah: “keuntungan stesen minyak” sebanyak 12.19 (petrol) dan 7 sen (diesel)

Rafizi berkata, ini bermakna sementara rakyat terpaksa berdepan dengan risiko turun naik harga petrol dan diesel di pasaran dunia ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia, Barisan Nasional meneruskan kaedah menjamin keuntungan syarikat-syarikat minyak melalui formula yang di atas.

Tambahnya, segala kos syarikat minyak – dari kos memproses minyak mentah menjadi petrol dan diesel (dengan merujuk kepada harga rujukan MOPS) sehinggalah ke kos pengangkutan, edaran dan pemasaran – dijamin dan dibayar balik kepada syarikat minyak.

Lebih dari itu, ujarnya Barisan Nasional juga menjamin keuntungan kepada syarikat minyak dan pemilik stesen minyak.

Sebelum ini, katanya rakyat mendapat subsidi yang mengimbangkan jaminan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat minyak.

Menurutnya, dengan penghapusan subsidi, rakyat terpaksa menanggung bukan sahaja kenaikan kos petrol dan diesel, malah keuntungan syarikat-syarikat minyak yang dijamin oleh Barisan Nasional.

Sebab itu beliau terus menegaskan bahawa subsidi itu adalah satu tanggungjawab sosial dan moral yang perlu Kerajaan Persekutuan tanggung kerana sistem yang sedia ada memunggahkan kekayaan kepada syarikat besar dan memangsakan rakyat.

"Saya berminat untuk mendapat jawapan lanjut dari Ketua Pemuda Umno sama ada tindakan beliau mempertahankan formula apungan harga yang menjamin keuntungan syarikat minyak ini bermakna beliau lebih mementingkan syarikat-syarikat besar berbanding kepayahan rakyat kebiasaan?" ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 24/11/2014

Sumber HD - 24-11-2014
























































































































































































Subsidi hapus, lepas ini apa pula?

HAMBALI AKRAM | .
SELEPAS puas berpencak silat, akhirnya subsidi petrol dihapuskan dan bermula 1 Disember 2014. Harga bahan bakar ini akan mengikut harga semasa dunia. Begitulah khabarnya kepada kami rakyat Malaysia yang tidak berapa faham sangat tentang permainan harga minyak ini.

Bagi rakyat seperti saya, yang lebih penting ialah harga bahan bakar ini mestilah tidak membebankan kehidupan rakyat secara keseluruhannya, tidak kira ada subsidi atau tidak. Bahkan selama berpuluh-puluh tahun, rakyat diulit ceritera tentang keperluan harga minyak dinaikkan – dengan alasan itu dan ini. Daripada alasan yang cerdik kepada alasan yang paling bangang.

Sebagai rakyat, yang kami maklum bahawa setiap kenaikan harga minyak atau yang cuba dilunakkan dengan ungkapan pengurangan subsidi – ialah akan berlaku rantaian kenaikan harga barangan lain. Maklumlah, semuanya ada kaitan dengan harga bahan mentah ini. Daripada sekecil-kecil mancis hingga sebuah banglo.

Selepas subsidi yang dikatakan berjumlah bilion ringgit ini dihapuskan, saya ingin tahu ke manakah duit itu akan diagihkan selepas tidak lagi digunakan untuk rakyat. Adakah akan diagihkan sesama pak menteri? Adakah dikembalikan kepada rakyat seperti rumah untuk rakyat miskin? Atau bagaimana?

Yang membimbangkan saya ialah, subsidi tiada dan duit itu juga lesap entah ke mana. Masihkah rakyat ingat ketika Pak Lah menjadi perdana menteri dan menaikkan harga minyak dengan alasan untuk digunakan meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam. Sehingga sekarang sistem pengangkutan awam tidak banyak berubah dan duit itu juga hilang dibawa angin!

Kini, tidak mustahil perkara yang sama berlaku pada zaman Pak Lah akan berulang pada zaman Pak jib.

Selepas penghapusan subsidi petrol dan diesel ditarik balik, rakyat akan berhadapan pula dengan pelaksanaan penuh Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan.

Khabarnya, semua yang dilaksanakan itu demi kebaikan rakyat terbanyak. Selepas ini, apa pula yang ditarik daripada rakyat? Sama-sama kita tunggu dan lihat. – HARAKAHDAILY 24/11/2014

Sumber HD - 24-11-2014

Tiada lagi subsidi RON95, diesel mulai 1 Dis

BERNAMA | .

PUTRAJAYA: Mulai 1 Disember, penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal, umum Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet hari ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

Berikutan itu, mulai tarikh itu juga tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam, katanya.

Melalui pengapungan terkawal, katanya, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.

"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya dalam sidang media di sini Jumaat.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Hasan berkata harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak 1983.

Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu iaitu perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

Beliau memberikan contoh harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 Nov 2014 ialah RM2.27 seliter, berbanding harga di pam RM2.30.

Hasan berkata penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Dis nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November.

"Dalam hal ini kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 30 November dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember," katanya.

-- BERNAMA

Sumber HD - 21-11-2014
























































































































































































Demo KLCC: 'Hutang peneman kubur rakyat'

ANIS NAZRI|Foto ARIF ATAN | .





KUALA LUMPUR: Hujan lebat tidak menghalang lebih 100 orang mengadakan himpunan aman 'Turun Beban Rakyat’ di hadapan bangunan KLCC hari ini.

Himpunan anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa NGO lain itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid As-Syakirin, sebelum berarak ke kawasan pintu masuk bangunan yang menempatkan Ibu Pejabat Petronas itu.

Antara lain, tujuan himpunan ini adalah bagi membantah kenaikan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sekaligus memberi kesan kepada peningkatan kos hidup rakyat.

Mereka antara lain membawa plakad bertulis "Minyak Naik", " Getah Jatuh", "Jangan curi duit poket kami", "Hutang peneman kubur rakyat" dan "Menteri ikat perut, rakyat jerut leher".

Sebahagian mereka juga turut memakai baju berwarna merah berlogo "R" iaitu merujuk kepada royalti.


Selain itu, satu memorandum turut diserahkan kepada pihak Petronas berhubung tuntutan bayaran royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebelum itu berlaku sedikit kekecohan apabila pihak petronas enggan menerima memorandum secara terbuka, sebaliknya mahu menerimanya di dalam bangunan dengan membenarkan hanya wakil sahaja masuk.

Bagaimanapun ia dibantah perserta himpunan yang mahu melihat memorandum itu diterima sendiri oleh pihak petronas di hadapan mereka.

Turut serta dalam himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, AJK Dewan Muslimat Aiman Athirah dan Setiausaha PSM S. Arutchelvan.



[Lanjut menyusul]

Sumber HD - 7-11-2014

Turun 7 Nov untuk Malaysia yang lebih baik

























































































































































































MUHAMAD AZAN SAFAR | .


Saya menonton perlawanan bola sepak UEFA Champions League awal pagi tadi menyaksikan Arsenal hanya sekadar mampu mengutip 1 mata apabila seri 1-1 dengan Anderlact. Saya memang peminat Arsenal tapi yang lebih penting, saya gemar memerhati pola dan corak yang digunakan dalam setiap perlawanan yang dimain Arsenal.

Kadang-kadang gelagat pengadil dan penjaga garisan juga mencuri tumpuan. Contohnya apabila berlaku sesuatu foul atau kesalahan yang disalah hukum oleh pengadil, pasti semua pemain akan mengerumuni pengadil membantah keputusan tersebut walaupun hakikatnya keputusan pengadil tak pernah akan berubah, itu pasti. Namun sebagai pemain yang tahu keputusan itu salah mereka tetap protes dan bantah kerana mereka tahu itu kebenaran, walaupun mereka juga tahu keputusan pengadil adalah muktamad.

Hasilnya, kadang-kadang pengadil akan lebih berhati-hati dalam memutuskan sebarang hukuman selepas itu bahkan kadang-kadang juga ada pengadil yang buat tak nampak apabila berlaku kesalahan lain kerana dia tahu dia tersalah menghukum tadi.

Itulah juga realiti di Malaysia. Setiap kali berlaku sesuatu isu yang melibatkan kezaliman dan penindasan pemerintah, rakyat akan turun ke jalanraya untuk protes. Sesetengah orang yang agak skeptik dengan demonstrasi mempersoalkan adakah kerajaan akan mendengar protes rakyat? Adakah harga minyak akan turun? Adakah akta hasutan akan dimansuhkan? Lebih malang mereka juga tidak memberi sebarang usaha dan alternatif untuk mengeluarkan rakyat daripada penindasan.

Rakyat yang prihatin dengan penindasan yang berlaku dan terang di matanya akan kebenaran pasti tak akan mempu berdiam diri apabila kezaliman berleluasa dan pemerintah bermaharajalela. Mereka yang hanya kabur dengan kebenaran akan memilih untuk tidak berbuat apa-apa kerana tidak pasti dengan tidakan yang patut di ambil.

Penindasan ke atas rakyat oleh pemerintah di Malaysia bukannya hal yang baru. Sehingga selepas Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Perdana Menteri, kita tidak merasa apatah lagi berjumpa dengan apakah sebenarnya titik penyelesaian untuk rakyat merasa ringan dengan beban kos sara hidup yang mereka hadapi pada hari ini.

Laporan daripada Perbendaharaan Negara menunjukkan isi rumah yang berpendapatan RM4000 dan ke bawah akan menerima kenaikan daripada RM140 hingga RM700 dalam perbelanjaan tahunan mereka bahkan yang berpendapatan RM4000 ke atas akan menerima kesan kenaikan belanja sekurangnya RM1550 setahun.

Lebih parah ialah jurang di antara orang kaya dan miskin yang semakin ketara. Sebagaimana perbahasan Bajet 2015 oleh Ketua Pembangkang di parlimen, data yang dipetik daripada sebuah buku tulisan Muhammad Abdul Khalid yang bertajuk “The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia” antaranya menyebut hanya 10% golongan terkaya yang memegang daripada 77% aset kewangan negara bahkan jumlah tersebut adalah 14,211% lebih tinggi daripada purata rakyat keseluruhannya.

Dari skop hartanah pula, 32% rakyat yang tinggal di Bandar tidak mempunyai hartanah, dan begitu juga 17% di desa. Manakala 10% kumpulan terkaya memiliki 294% aset hartanah lebih tinggi daripada purata rakyat. Kegilaan apakah ini? Apakah negara ini hanya dipunyai oleh orang kaya dan yang miskin menjadi hamba di bumi sendiri.

Orang miskin dan susah, rakyat marhein jauh sekali untuk berfikir soal aset kewangan mahupun aset hartanah, sedangkan tanah yang mereka miliki dan terokai juga diceroboh dan dirampas oleh orang kaya dalam negara ini. Kerajaan hanya diam seribu bahasa sedang air mata rakyat membanjiri tanah air sendiri.

Kerajaan menggunakan alasan rasionalisasi subsidi untuk mengurangkan subsidi petrol, kononnya untuk menampung perbelanjaan negara yang lain. Minyak naik maka harga gula, tepung, telur, susu dan barang-barang lain semuanya naik. Tambang bas juga naik sehingga 30%. Ceritanya ialah duit yang dikutip hasil rasionalisasi subsidi menunjukkan duit negara tak pernah cukup namun pemerintah tak pernah menjawab laporan Global Finance Integrity yang mendakwa sejak 2002 sehingga 2011 Malaysia kehilangan dana terkumpul sebanyak RM1.2 Trillion. Duit tiris lesap keluar negara, akhirnya diperah poket duit rakyat untuk menanggung kegagalan urus tadbir mereka.

Lalu adakah rakyat yang baik ialah dengan memendam sahaja kebenaran yang jelas terang benderang di siang hari atau kita memilih untuk bangun dan lawan. Saya jangka kalau rakyat konsisiten dan bersatu hati bukan sahaja kerajaan takut untuk terus menindas bahkan Dato Seri Najib yang memerintah hari ini juga boleh tumbang.

Justeru, saya mewakili NGO yang terlibat dan rakyat marhein menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berpimpin tangan sama-sama kita turun 7 November ini untuk Malaysia yang lebih baik.

Salam reformasi.

*Penulis adalah Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN)

Sumber HD - 5-11-2014
























































































































































































PAS sokong Himpunan Rakyat 7 November

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Himpunan Rakyat di KLCC, 7 November ini bagi membantah dasar kerajaan yang menekan rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu pemimpin PAS akan turun bersama NGO dan aktivis mahasiswa bagi menjayakan himpunan tersebut.

"Kita akan bersama-sama dengan NGO serta mahasiswa sebagai sokongan kita sebagai membantah dasar kerajaan yang menekan hidup rakyat," katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat pula menyeru agar Pemuda PAS seluruh negara dan anak muda turut hadir bersama menyertai himpunan itu nanti.

"Ia amat penting bagi kita mengekalkan momentun rakyat untuk terus memprotes tindakan kerajaan yang berterusan menindas rakyat serta tidak mempeduli kesusahan rakyat di bawah," jelas beliau.

Dalam pada itu, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) selaku penganjur bersama memaklumkan himpunan tersebut akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Assyakirin dan kemudian berarak ke KLCC.

Jurucakapnya, Azan Safar berkata setakat ini lebih 30 NGO dan parti politik, antaranya Gamis, PMUM, SAMM, SUARAM, Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Pertubuhan Anak muda Bersama Ulama atau Panglima, Bantah GST dan Pemuda Pakatan Rakyat sudah menyatakan komitmen untuk bersama.

"Himpunan ini memberi fokus kepada protes kenaikan harga minyak, bantah GST dan solidariti buat penduduk Kampung Chubadak Tambahan yang diroboh sebelum ini.

"Kita mengharapkan sokongan padu diberikan seluruh rakyat terhadap himpunan ini sebagai tanda sokongan kita atas keperitan yang dihadapi rakyat," katanya.-HARAKAHDAILY 5/11/2014

Sumber HD - 5-11-2014
























































































































































































Dirty EURO 2 diesel killing lives

Dr Ko Chung Sen | .

Malaysians are literally paying more than ever, and even with their lives for the dirty EURO 2 standard diesel in this country.

Malaysia is an oil producing country with its own national car companies, Proton and Perodua. Unfortunately, the government had failed to switch over to the cleaner petrol and diesel like Thailand and Singapore. \

The EURO 5 fuel with sulphur content of 10ppm is now required in Singapore to meet the emission standard. The petrol and diesel in Malaysia are of EURO 2M standard with sulphur content of 500 parts per million (ppm), fifty times higher.

Whereas Thailand already implemented EURO 4 fuel standards with much lower sulphur content of 50ppm and benzene level of 3.5% since 2012. In Malaysia, the government announced in 2011 that the EURO 4M standard will be implemented on 1st June 2015. A grace period of 4 years for the oil refineries plenty of times to upgrade.

However, in Malaysia that the oil companies are not making progress in upgrading their refineries. In fact, Petron had suspended their plan of upgrading the Port Dickson refinery because of funding issues. As for Petronas, its RAPID integrated refinery and petro-chemical complex can only start production in end 2017 or early 2018, from an initial target of 2016.

In July, 2014, International Trade and Industry Minister, Datuk Seri Mustapa Mohamed said the oil companies were asking for a postponement of the implementation of EURO 4 standards as the cost are “quite exorbitant” for them. The Minister also said “what the government is doing now is to balance the interests of the auto industry and the interests of the oil refiners.

This is absolutely outrageous as the oil companies are making billions and billions of ringgits every year. They have introduced EURO 4 and 5 diesels to Thailand and Singapore. Why can’t they supply the same to Malaysia? And we are an oil producing nation with dirty diesel smokes everywhere.

The Minister just care about the interests of the oil refiners and not the health and well beings of the nation being harmed by the toxic smokes in the air? As a fact, a recent research study by the Environmental Health Perspective showed that diesel engine exhaust could be responsible for as much as 6% of lung cancer deaths in US and UK, 11,000 deaths per year!

The risk of getting lung cancer is 10 times higher for people living in urban areas and near the highway. Lung cancer is the number 1 cause of cancer deaths accounting for 19.8% of cancer deaths in Malaysia. 3309 people die of lung cancer in 2011 in Malaysia.

I think all the Ministers, all the YBs here and your families are also exposed to the poisons in the air and are at risk of getting cancers together with all the other Malaysians. I am a doctor and have seen a few politicians lost their love ones who never smoke to lung cancers. You can choose what not to eat, but not what you breathe!

The modern diesel engines are 30% more efficient and eco-friendly. In Malaysia, the EURO 5 diesel is now available in Johore Bharu BHP petrol stations with the price costing extra 10sen. This is because the lorries and cars entering Singapore have to comply with the stringent emission requirement.

It showed that Malaysia can actually implement EURO 5 standard fuel with very little extra cost. I urge the government to implement the EURO 5 fuel standard as soon as possible with no further delay. This is to protect the health of our environment and the lives of our loved ones!

Sumber HD - 29-10-2014

Menteri juga tidak layak dapat subsidi minyak

GHARIB RAHMAN | .

CADANGAN kerajaan Umno-BN memberi subsidi minyak berdasarkan gaji individu bukanlah sesuatu yang wajar dan sesuai dilaksanakan.

Hal ini kerana, seperti kebiasaannya apa-apa idea yang dikemukakan atas nama kepentingan rakyat bukanlah untuk menyelesaikan masalah makro rakyat sebaliknya lebih bersifat sementara dan terpilih. Perlu diingat bahawa sebarang kenaikan harga minyak petrol (kononya dikurangkan subsidi) akan mewujudkan kesan berantai.

Untuk mengenalpasti individu yang layak menerima subsidi minyak sahaja pun bakal mengundang pelbagai kerja tambahan. Selain jenis kenderaan yang digunakan juga mesti diambil kira, Jumlah tanggungan keluarga, individu yang isteri tidak bekerja, individu yang berkerja sendiri dan tidak berdaftar dengan LHDN dan seribu satu kriteria lain yang akhirnya menyusahkan rakyat terbanyak.

Bagaimana pula dengan kenderaan perdagangan dan kenderaan awam? Adakah mereka juga termasuk dalam senarai yang tidak layak menerima subdidi minyak? Sebarang kenaikan turut akan membabitkan mereka. Mereka terpaksa menaikkan harga barangan dan tambang untuk menampung kos kenaikan harga minyak.

Saya berpendapat, para menteri juga tidak layak mendapat subsidi minyak. Bahkan mereka sepatutnya memotong segala elaun dan kemudahan termasuklah AP untuk pembelian kereta import, membayar tol dan pelbagai lagi kemudahan.

Kos membayar elaun dan perbelanjaan para menteri ini sudah tentu dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang hasilnya dikutip melalui pelbagai cukai termasuk cukai pendapatan dan GST.

Slogan rakyat didahulukan mesti diamalkan dan dibuktikan bukan sekadar slogan untuk menyedapkan kata-kata. – HARAKAHDAILY 28/10/2014

Sumber HD - 28-10-2014
























































































































































































Minyak naik: Rakyat tidak bangkit jika tiada maklumat

MUHAMMAD FAIZAL | .

SEREMBAN: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani berkata mendekati rakyat secara bersemuka dan kempen secara berterusan akan memberi kefahaman kepada rakyat mengenai isu kenaikan harga minyak dan barangan.


Sehubungan itu, beliau menyambut baik Jelajah Penerangan‎ Rakyat Protes anjuran Pemuda PAS Malaysia di Negeri Sembilan hari ini sebagai satu usaha menyampaikan maklumat yang berkesan kepada rakyat.

"Bagi saya rakyat tidak akan bangkit selagi mereka tidak ada maklumat atau difahamkan dengan isu yang sebenar terutamanya soal kenaikan harga minyak dan barang.

"Mendekati dan kempen secara berterusan merupakan kaedah terbaik untuk pemahaman yang lebih kepada rakyat," katanya ketika ditemui di Terminal One di sini tengah hari tadi.

Kata beliau, rakyat di negara-negara luar seperti Indonesia dan Thailand amat berbeza berbanding Malaysia apabila mereka bangkit dan mendesak kerajaan.‎

"Berbeza dengan Malaysia bila kenaikan harga minyak dan barang ini seolah-olh tidak memberi kesan kepada rakyak.

"Saya merasakan keadaan ini disebabkan kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat dari media arus perdana, yang cuba memutar belit dan mengelirukan isu ini.

"Kaedah yang kita gunakan adalah yang terbaik untuk kita berhujah berdasarkan fakta dan akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat," sambung beliau lagi.‎

Tambah beliau, PAS negeri akan memastikan Lajnah Penerangan dan Pengguna mengambil pendekatan ini untuk digerakkan di peringkat negeri.‎

‎"Saya juga akan mengarahkan mewujudkan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO di peringkat negeri seperti pengguna atau yang berkaitan dengan isu ini.

"‎Selain bergerak atas dasar politik, NGO juga dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam menyedarkan rakyat," katanya lagi.

‎Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Norazman Muhammad yang turut sama dalam jelajah tersebut yakin kempen kali ini bukan kepada golongan tertentu sahaja tetapi seluruh rakyat yang merasa keperitan ekoran kenaikan harga minyak.

"Kita harap rakyat akan menyambut baik kempen ini, cuma penerimaan mereka mungkin dalam bentuk berbeza.

"Apa yang kita inginkan adalah meminta mereka terjemah dalam bentuk undi pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau yang turut berterima kasih kepada PAS Pusat atas usaha memberi penerangan berkonsep 'hit n run'‎ dalam menyampaikan maklumat.

"Sekarang menjadi tanggungjawb kami untuk turun ke kawasan-kawasan bagi memberi penerangan secara rasmi atau tidak.‎

‎"Kita yakin kempen ini akan berjaya mendapat sokongan dari seluruh rakyat, kempen ini akan diteruskan selagi mana kerajaan gagal menurunkan harga minyak," ujar beliau.
‎‎
Jelajah Penerangan Rakyat Protes peringkat Negeri Sembilan meliputi tiga kawasan bermula di Gemencheh, Rembau dan berakhir di Terminal One, Seremban yang turut dihadiri Pemuda PAS negeri.‎‎ - HARAKAHDAILY 26/10/2014


Sumber HD - 26-10-2014

Anak muda beri isyarat tidak setuju naik harga minyak

MUHAMMAD FAIZAL | .




MELAKA: Pemuda PAS Malaysia ‎menyifatkan kempen berterusan perlu dilakukan bagi memastikan rakyat lebih sedar tentang kesan kenaikan harga minyak.


Ketua Pemuda PAS Melaka, Jauhar Muhammad Dawi berkata, anak muda mula memberi isyarat tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan sebanyak 20 sen seliter sebelum ini.

‎"Hari ini kita dapat melihat anak muda mula memberi isyarat bahawa mereka juga menolak dasar kerajaan yang menekan hidup rakyat terutamanya soal kenaikan harga minyak.

"‎Anak muda semakin matang dan bakal mengubah arus politik di Melaka, tetapi kempen ini harus berterusan agar mereka akan lebih faham," katanya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, perubahan anak muda bukan hanya setakat sambutan pada program jelajah hari ini tetapi turut berlaku pada laman sosial.

"Kesedaran secara mendadak berlaku akibat dari kenaikan harga minyak apabila mereka melihat sejak kenaikan tersebut harga barang terus mendadak naik.

"Walaupun kenaikan hanya 20 sen seliter tetapi kesannya amat teruk, kita akan meneruskan kempen protes ini agar maklumat akan terus sampai kepada rakyat," sambung beliau pada program Jelajah Penerangan Rakyat Protes di negeri ini hari ini.‎

Jauhar turut memberitahu kempen penerangan yang dilakukan hari ini cukup memberi kesan kepada rakyat Melaka.

"Pemuda PAS Melaka akan mengerakkan kempen ini ‎secara berskala, kita berpuas hati dengan perjalanan jelajah kempen di negeri ini.

"Kerjasama baik Pemuda PAS Pusat dan juga NGO telah melancarkan perjalanan kempen," katanya.‎

Kempen Penerangan Jelajah Rakyat Protes di Melaka hari ini meliputi empat kawasan iaitu Jasin, Kota Melaka, Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Turut hadir pada program itu adalah‎ Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail.

Sementara itu satu himpunan besar-besaran rakyat protes kenaikan harga minyak dan kos sara hidup akan diadakan di KLCC pada 7 November depan pada jam 2 petang. - HARAKAHDAILY 25/10/2014

Sumber HD - 25-10-2014
























































































































































































Tiada subsidi RON95 untuk golongan kaya tahun depan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Bemula Jun tahun hadapan, golongan berpendapatan tinggi perlu membeli bahan bakar RON95 pada harga pasaran dunia dan tiada lagi subsidi untuk mereka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia berikutan kerajaan akan melaksanakan sifar subsidi bagi petrol jenis itu kepada golongan kaya.

Bagaimanapun katanya golongan berpendapatan rendah masih boleh menikmati subsidi kerajaan dan membeli petrol pada harga sama seperti sekarang.

Dengan perlaksanaan itu, golongan kaya katanya perlu membayar RON95 pada harga RM2.58 per liter, manakala golongan berpendapatan rendah masih boleh membelinya dengan harga RM2.30.

"Bagi kelas pertengahan, sebahagian masih akan menikmati kadar subsidi," katanya dalam sidang akhbar selepas taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Bajet 2015 kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di Bangi hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Maslan berkata, hanya rakyat berpendapatan RM4,000 ke bawah mungkin mendapat subsidi petrol tersebut manakala bagi mereka yang berpendapatan antara RM4,000 hingga RM12,000 akan diputuskan kemudian.

Beliau juga menegaskan, kerajaan sedang mengkaji penggunaan My Kad bagi pembelian petrol sebagai mekanisma baru subsidi tersasar bermula tahun depan. - HARAKAHDAILY 23/10/2014

Sumber HD - 23-10-2014

Hanya di Brunei, sakit hati bila mata memandang




Ini kalau kena dekat macai mesti macai akan kata pergi duduk Brunei lah kalau tidak puas hati dengan harga minyak di Malaysia.

Sebagai renungan bersama, sebenarnya kita layak mendapat habuan sebegini, kita adalah antara negara pengeluar minyak dunia, malah jauh meninggalkan negara Brunei. Alasan negara kecil?, negara kecil pun kalau yang memimpin semua perompak, kaki rasuah takkan ke mana perginya.

Kita juga mempunyai minyak yang paling berkualiti dan yang paling mahal di dunia. Jika kita nilai kepada mata wang kita hari ini RON97 hanya RM1.36 di Brunei.

Maka berterima kasihlah kepada Umno BN yang telah membuatkan harga minyak kita antara yang terendah jika dibandingkan Indonesia, Thailand dan Singapore, ini perbandingan macai.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Sumber HD - 22-10-2014
























































































































































































RON97 sepatutnya RM2.20 ikut harga antarabangsa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Minyak RON97 diketahui umum diapungkan harganya mengikut pasaran minyak dunia.

"Inilah yang sering ditegaskan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional (BN)," kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Antaranya, kata beliau boleh dirujuk kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 5 Januari 2011 sewaktu mengulas kenaikan harga minyak RON97 pada masa itu.

Untuk rekod, ujarnya ketika minyak RON97 dinaikkan harga 10 sen pada 5 Januari 2011 kepada harga RM2.40 seliter, harga minyak di pasaran dunia pada masa itu ialah USD90.3 perbarrel.

Pada 4 September 2013, harga minyak RON97 dinaikkan 15 sen kepada harga RM2.85 seliter, harga minyak dunia pada masa itu ialah US114.85 perbarrel.

Pada 9 September 2014, RON97 diumumkan turun 10 sen kepada harga RM2.75 seliter. Mengikut rekod, harga minyak dunia pada masa itu ialah USD99.9 perbarrel.

Fadhli berkata, harga minyak dunia ditutup pada 17 Oktober 2014 dengan harga USD82.75 perbarrel.

Menurutnya, berasaskan kepada rekod kenaikan dan penurunan sebelum ini, harga minyak RON97 sewajarnya berada di paras RM2.20 seliter.

"Jika ada yang berhujah bahawa tukaran USD ke Ringgit Malaysia tidak sama, suka diingatkan bahawa ketika ini USD1 bersamaan RM3.27, kadar ini tidaklah jauh berbeza dengan kadar tukaran USD ke Ringgit Malaysia pada Januari 2011 iaitu pada kadar RM3.0668," jelasnya dalam sau kenyataan.

Katanya lagi, jika kerajaan Umno Barisan Nasional gagal untuk menurunkan harga RON97 selaras dengan pasaran minyak antarabangsa, terbukti lebih jelaslah bahawa rakyat sering ditipu oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.

Dalam hal ini, katanya tiada tindakan yang lebih patut dilakukan melainkan menurunkan kerajaan ini di dalam pilihan raya yang akan datang. - HARAKAHDAILY 19/10/2014

Sumber HD - 19-10-2014
























































































































































































Harga minyak naik, subsidi ditarik dari sudut syariah

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH | .

KALI ini saf pentadbiran Perdana Menteri Malaysia sudah check mate dengan hujah lapuk iaitu kenaikan harga petrol di Malaysia kerana seiring dengan kenaikan harga minyak dunia.

Hal ini kerana rakyat yang tidak lulus subjek ekonomi asas mahupun perdangan di peringat SPM juga mampu mengakses maklumat bahawa harga minyak dunia sedang mengalami kemerosotan. Maklumat di hujung jari.

Maklumat kasar hari ini sekitar harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada bulan Julai iaitu pada harga AS$103 setong. Malah diramalkan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusan lagi.

Rakyat sama ada yang pekak mahupun tuli telah tahu bahawa harga minyak naik adalah kerana subsidi dihisap kembali oleh kerajaan atas nama rasionalisasi subsidi walaupun kerja buat itu jelas tidak rasional!

Dengan peraturan baru percukaian GST yang bakal menjadi cek kosong kerajaan menaikkan kadar cukai ke atas mana-mana sahaja komoditi barangan harian rakyat, ianya jelas rakyat akan kian tertekan dengan domino kenaikan harga barang dan servis tempatan walaupun wirid selalu kerajaan selepas menaikkan harga minyak berbunyi begini: “peniaga dilarang menaikkan harga sesuka hati”.

Hakikatnya ramai yang sudah sedar, kenaikan harga ini disebabkan subsidi yang ditarik keluar daripada peruntukan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Subsidi adalah ihsan kerajaan. Ia bukan suatu jaminan bahawa kerajaan akan terus melaksanakan dasar ihsan walaupun istilah ihsan digandingkan dengan keadilan dalam Al Quran (konsep adlu wal ihsan)

Begitu juga rakyat menilai barangan tertentu yang kononnya tidak akan dikenakan GST, tidak mustahil ia akan turut dikenakan GST kerana istilah tidak dikenakan GST adalah istilah ihsan sahaja bukannya peruntukan yang mantap dalam mana-mana undang-undang.

Sedikit berkenaan GST, kerajaan berhujah dalam laman-laman rasmi bahawa daripada 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Hakikatnya penurunan harga 48% barang itu adalah jenis komoditi mewah yang selama ini menerima cukai tinggi. Malah ia bukan barang harian yang diperlukan rakyat. Sistem cukai dahulu hanya terkena kepada barangan yang tidak menjadi penggunaan harian rakyat bawahan.

Kata kerajaan lagi, banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015. Malah dirantau ini dikatakan 6% itulah yang termurah. Adakah ada jaminan angka 6% tidak akan menjadi 7, 8 dan seterusnya?

Dalam tempoh setahun ini sudah 40 sen harga minyak naik kerana penarikan subsidi. Itu belum diungkit penarikan subsidi gula, minyak masak dan lain-lain lagi tahun lepas.

Rakyat Malaysia telah dilatih untuk menerima banyak kejutan tahun ini. Dengan keganasan di Sabah yang semakin dramatik, tragedi misteri MH370 sehingga membabitkan kepakaran bomoh tercabar, kemudiannya pula tragedi MH17, rakyat Malaysia kelihatan boleh menerima kejutan menurut pandangan Putrajaya. Kenaikan harga minyak mendadak ala-ala kejutan ‘kinder joy’ ini bukan sahaja menyaksikan kritikan keras pemimpin Pakatan Rakyat, malah tindakan saf pentadbiran Datuk Seri Najib mengurangkan kadar subsidi bahan api RON95 dan diesel sebanyak 20 sen menerima kecaman juga daripada Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat ketika harga minyak dunia turun dan rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang makin meningkat.

Selain pemimpin PAS, PKR dan DAP menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, parti komponen BN, MIC dan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno juga turut mempersoalkan keputusan itu.

Apa reaksi pemimpin pro kerajaan:

Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis di dalam Facebooknya memohon kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi itu ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup. Katanya walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak ada kewajarannya, namun pemotongan subsidi ketika ini adalah tidak sesuai melainkan kita sudah berjaya menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan.

Obligasi kerajaan memberi jaminan keamanan, kestabilan sosial

Mengurangkan subsidi untuk rakyat untuk menampung ketempangan ekonomi kerajaan yang boros melambangkan betapa usaha itu tidak menepati syariah. Hal ini kerana peranan sebuah kerajaan walaupun bukan menerima obligasi untuk memberi subsidi dalam komoditi tempatan, ia berperanan sebenarnya menjamin kestabilan sosial, jenayah dan masalah sosial. Jaminan ini adalah ruang lingkup pemerintah jika ditekuni dari perspektif siasah syariyyah. Jaminan inilah yang menghendaki kerajaan berhemah dalam menarik subsidi tertentu kerana ia menghasilkan suatu reaksi negatif sosial.

Konsep keadilan distributif sering digunakan untuk melihat polisi pemerintah terhadap rakyat. Negara harus mengagih sumber alam yang dikuasai kepada rakyat secara adil. Pada tahap ini prinsip keadilan distributif perlu diterapkan. Subsidi adalah tergolong dalam ketagori ini. Mungkin idea Aristotle dalam aspek keadilan distributif kelihatan mendesak kerajaan untuk semata-mata berperanan mengalir kekayaan negara kepada rakyat. Jika dikaitkan dengan konsep keadilan dan ihsan dalam Al Quran, ia kelihatan lebih lunak untuk memahamkan sebuah kerajaan bahawa agenda ihsan adalah agenda besar selepas agenda keadilan.

Ihsan pada asasnya digariskan melalui fiqh klasik sebagai sedekah, faraid, hibah, derma dan sebagainya untuk meningkatkan kuasa membeli di kalangan rakyat. Namun dalam konteks kontemporari, subsidi adalah suatu bentuk sedekah atau infaq kerajaan untuk rakyat semata-mata untuk melihat kestabilan ekonomi, sosial dan mencegah mudharat dan jenayah akibat himpitan ekonomi. Inilah konsep ihsan yang sering diabaikan oleh kerajaan.

KH. M Shiddiq menyatakan bahawa subsidi adalah suatu bentuk bantuan kewangan (bahasa Arab disebut i’anah maliyah), yang biasanya dibayar oleh pemerintah, dengan tujuan untuk menjaga kestabilan harga-harga, atau untuk mempertahankan pengekalan kegiatan perniagaan, atau untuk mendorong berbagai kegiatan ekonomi pada umumnya.

Dalam sistem kapitalisme, subsidi merupakan salah satu instrumen pengendalian secara tidak langsung. Grossman dalam Sistem-Sistem Ekonomi (1995) menerangkan bahwa dalam sistem Kapitalisme terdapat dua jenis pengendalian ekonomi oleh pemerintah, iaitu pengendalian langsung dan tidak langsung. Pengendalian langsung adalah polisi mengabaikan mekanisme pasaran, contohnya embargo perdagangan dan penetapan harga tertinggi suatu barang. Adapun pengendalian tidak langsung adalah kebijakan yang bekerja melalui mekanisme pasaran, misalnya penetapan tarif serta segala macam cukai dan subsidi.

Islam berbeza dengan kapitalisme. Jika kapitalisme memandang subsidi dari perspekstif campur tangan kerajaan atau mekanisme pasaran, Islam memandang subsidi dari perspektif syariah, iaitu pada bila-bila subsidi boleh dan bila-bila subsidi wajib dilakukan oleh negara termasuk penentuan sektor yang boleh dan wajib disubsidikan.

Pastilah menurut syariah yang terkenal dengan konsep al adli wal ihsan menentang subsidi bilion ringgit untuk syarikat mega seperti TPP sedangkan untuk rakyat bawahan ditarik perlahan-lahan. Ihsan yang ditekan oleh Islam untuk meningkatkan kuasa beli rakyat, mencegah jenayah, mencegah masalah masyarakat disalah guna dengan mengekalkan subsidi kepada korporat besar tanpa segan silu.

Jika subsidi diertikan sebagai bantuan kewangan yang dibayar oleh negara maka Islam mengakui adanya subsidi dalam pengertian ini. Subsidi boleh dianggap salah satu cara (uslub) yang boleh dilakukan negara, kerana termasuk pemberian harta milik negara kepada individu rakyat (i'tha'u ad-dawlah min amwaliha li ar-ra'iyah) yang menjadi hak pengelola negara.

Khalifah Umar bin al-Khattab pernah memberikan harta dari Baitul Mal kepada para petani di Iraq agar mereka dapat membangunkan pertanian mereka sekaligus menstabilkan sosial di sana.

Atas dasar itu, boleh negara memberikan subsidi kepada individu rakyat yang bertindak sebagai pengeluar, seperti subsidi baja dan benih bagi petani, atau subsidi bahan mentah dan sebagainya. Boleh juga negara memberikan subsidi kepada individu rakyat yang bertindak sebagai pelanggan, seperti subsidi makanan atau subsidi komoditi harian seperti minyak masak, dan sebagainya.

Subsidi boleh juga diberikan negara untuk sektor perkhidmatan awam (al-marafiq al-'ammah) yang dilaksanakan oleh negara, sebagai contoh:

- perkhidmatan telekomunikasi (al-khidmat al-baridiyah) seperti telefon, pos, fax, internet;
- perkhidmatan perbankan syariah (al-khidmat al-mashrifiyah) seperti pemindahan, simpanan, dan pertukaran matawang asing;
- perkhidmatan pengangkutan awam (al-muwashalat al-'ammah) seperti kereta api, kapal laut, dan pesawat terbang.


Nabi s.a.w., pernah membagikan fai‘ Bani Nadhir (harta milik negara) hanya kepada kaum Muhajirin, tidak kepada kaum Ansar, kerana Nabi Saw., melihat ketidakseimbangan ekonomi antara Muhajirin dan Ansar. Ia boleh dianggap subsidi Nabi kepada satu kaum sahaja demi menstabilkan sosial di Madinah.

Tokoh ekonomi Islam terkenal seperti Saidina Umar Al Khattab semasa pemerintahannya dikatakan mengisytiharkan setiap tahun satu hari di mana segala dana negara perlu dikosongkan dan diberi kepada rakyat dalam bentuk subsidi. Amirul Mukminin mengeluarkan arahan tersebut kepada Abu Musa Ashaari yang menjaga perbendaharaan negara pada masa itu.

Pada tahun berikutnya Saidina Umar R.A menyuruh Menteri Kewangan pada masa itu, iaitu Abu Huzaifah Ibnu Yaman untuk melakukan perkara yang sama.

Kembali kepada isu pembohongan kenaikan harga minyak kerana kenaikan harga minyak dunia adalah seolah-olah kerajaan mengajar rakyat bahawa komoditi penting bernama minyak itu harganya bebas ditentukan mengikut pasaran bebas secara mutlak dan sebarang impak global akan terus diterima rakyat tanpa sebarang ‘filtration’. Apa pula peranan negara untuk memastikan rakyat tidak menderita kerana menerima impak perubahan harga global? Inilah peranan subsidi untuk mengawal harga. - HARAKAHDAILY 12/10/2014

Penulis ialah Timbalan Ketua Penerangan DPP Negeri Kedah.

Sumber HD - 12-10-2014
























































































































































































500 anak muda adakan protes aman bantah minyak naik

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: Hampir 500 orang, rata-ratanya anak muda menyertai protes kenaikan harga minyak yang diadakan di hadapan pusat membeli belah Sogo petang tadi.

Himpunan aman yang dianjurkan oleh‎ Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) bagi mendesak kerajaan menurunkan harga minyak yang dinaikan 20 sen awal bulan ini.

Mereka membawa plakad antaranya bertulis, 'menteri ikat perut, rakyat jerut leher', 'janji dicapati' dan pelbagai lagi.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang turut serta dalam himpunan itu berkata, kehadiran beliau sebagai menyokong usaha membantah dasar kerajaan yang membebankan rakyat.

"Kita bayangkan dalam keadaan rakyat susah tiba-tiba kita berdepan dengan kenaikan harga minyak, apa yang kita hadapi selain kesempitan hidup.

"Himpunan ini sebagai satu protes terbaik untuk kita tunjukkan kepada rakyat bantahan kenaikan harga minyak," jelasnya.

Beliau memberitahu, sepanjang tempoh tahun ini sebanyak 40 sen telah dinaikan dan ianya telah membebankan pengguna.

"Kita tidak bersetuju dengan apa yang kerajaan lakukan ini, kenaikan harga minyak akan menyebabkan harga barang turut naik.

"Apa lagi yang rakyat perlu lakukan, dalam keadaan mereka hidup susah, beban terus mereka pikul dalam meneruskan kehidupan.

"Kita mengharapkan kerajaan akan peka dengan apa yang rakyat hadapi dan bukan hanya tahu mengambil duit rakyat untuk menampung pendapatan negara," sambung beliau lagi.

Beliau menjelaskan, Pemuda PAS Malaysia akan berkerjasama dengan NGO Turun sebagai usaha membantah dasar yang dilihat menekan rakyat.

"Himpunan mungkin akan diadakan lagi pada minggu hadapan sehinggalah kerajaan mendengar dan menurunkan harga minyak.

"Kita dari Pemuda akan terus bersama NGO dalam memastikan desakan ini mendapat perhatian kerajaan," katanya lagi.

Perarakan turut diadakan mengelilingi pusat membeli belah Sogo dan Pertama Kompleks.

Himpunan aman yang mendapat sambutan dari anak-anak muda itu berakhir‎ sekitar jam 4 petang tadi. - HARAKAHDAILY 11/10/2014





G 1 - http://www.youtube.com/watch?v=-aOc-gAqteg

G 2 - http://www.youtube.com/watch?v=UMtyyrxiz1k

G 3 - http://www.youtube.com/watch?v=18oyJUZhIIk

Sumber HD - 11-10-2014

No comments:

Post a Comment