BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, October 12, 2014

MASJID AL AQSA






Baitul Maqdis: Kutuk pengisytiharan haram Trump

YAYASAN MyAQSA (MyAQSA) mengutuk keras campur tangan pihak asing ke atas Baitul Maqdis ekoran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara yang baharu bagi negara haram Israel. 
Pengisytiharaan haram ini sebenarnya bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia bahkan tidak sama sekali menjurus ke arah usaha keamanan. 
“Ia akan mencetuskan kemarahan rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif MyAQSA, Dr Noorazman Samsuddin dalam kenyataan kepada Harakahdaily
Katanya, MyAQSA berpendapat bahawa sepatutnya penyelesaian yang terbaik adalah dengan mengisytiharkan kemerdekaan ibu kota al-Quds yang kini dijajah oleh pihak Israel. 
“Pengisytiharan haram ini akan mengembangkan lagi penempatan-penempatan haram (illegal settlements) Yahudi di tanah milik rakyat Palestin. 
“Pengisytiharan ini juga sebenarnya akan mengulangi kesilapan perjanjian Balfour yang berlaku 100 tahun dahulu di mana pihak yang tidak mempunyai locus standi sama sekali mencampuri hal dalaman sesebuah negara yang mengakibatkan rakyat Palestin menderita sehingga ke hari ini,” ujarnya lagi. 
Sehubungan itu, kata beliau MyAQSA ingin menyeru kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang untuk sama-sama bersatu bagi menyokong segala usaha ke arah pembebasan Baitul Maqdis. 
Tambahnya, jangan terkejut sekiranya pengisytiharaan haram Donald Trump itu akan membawa tindak balas rakyat Palestin iaitu Intifadhah Al Aqsa yang semakin memuncak yang membawa kepada semakin banyak penumpahan darah, semakin banyak kematian dan huru-hara yang akan merebak ke seluruh dunia. 
“MyAQSA menyeru untuk kita semua bangkit dan bersatu membebaskan Baitul Maqdis daripada penjajahan rejim zionis Israel,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD - 7-12-2017 

Masa depan bumi Al-Aqsa di tangan kita











Saudaraku-saudaraku sekalian,
Di sini ada beberapa cadangan yang boleh kita praktikkan setelah bertawakkal kepada Allah SWT dalam usaha memelihara kesucian bumi Al-Aqsa. 
Allah SWT pasti akan membantu kita dan sentiasa meletakkan kebaikan bersama dengan kita dalam usaha mengikuti jejak Rasulullah SAW. 
Cadangan yang boleh dipraktikkan ialah:-
● Para Ulamak perlu bangkit dan memainkan peranan mereka sebagai golongan yang penting dalam institusi masyarakat bagi menjentik kesedaran, memberikan pedoman tentang apa yang pernah umat Islam perolehi pada zaman Ayyubiyah dalam menolak kehadiran tentera salib dari barat di tanah Al-Quds.
● Memupuk keprihatinan terhadap tanah Al-Quds. Menyebarkan kepada masyarakat di tempat-tempat yang khusus seperti masjid dan pusat pengajian tentang sejarah – sejarah terulung di tanah Al-Quds terutama peperangan yang berlaku di sana.
● Para ulama juga berperanan dalam menganjurkan pertemuan-pertemuan seperti nadwah, konferens, muktamar tentang bahaya-bahaya yang sedang menimpa Al-Aqsa dan tanah Al-Quds. Bahkan menghidupkan semula usaha-usaha yang dilakukan golongan-golongan terdahulu seperti penganjuran Muktmar Islami pertama di tanah Al-Quds pada 5 Disember 1931. Penganjuran tersebut diadakan di beranda Al-Aqa dan tepian Masjid. Semua usaha yang dilakukan adalah dalam rangka memperlihatkan kepentingan Al-Aqsa kepada Umat Islam.
● Merangka projek-projek pembangunan kebudayaan dan warisan untuk memelihara kesucian Al-Aqsa seperti yang telah dilancarkan oleh Dr Raid As-Solah kerana ianya bertujuan memelihara kesucian Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa.
● Memberi panduan kepada para pengkaji dan penyelidik tentang tanah suci Al-Quds serta memelihara manuskrip-manuskrip warisan tentang kesucian tanah tersebut. Bahkan turut mengambil perhatian terhadap penjagaan arkib-arkib tersebut dan memeliharanya dari serangan zionis yang sistematik.
● Mewujudkan struktur organisasi dengan nama Ulamak Al-Quds bagi menangkis serangan musuh terhadap Al-Aqsa dan Tanah Al-Quds.
● Mewujudkan hubungan komunikasi dua hala dengan pihak gereja dan golongan paderi di tanah Al-Quds bagi menghadapi serangan-serangan yang dilancarakan di tanah Al-Quds di mana ia merupakan bumi yang suci bagi agama Islam dan Nasrani.
● Menyuarakan dan melaungkan seruan kepada Ulamak Ummah kesuluruhannya dalam meminta mereka mempertahankan siri-siri serangan yang dituju terhadap bumi Al-Aqsa.
● Menghantar wakil untuk memberi keterangan kepada Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap apa yang telah dilakukan oleh zionis terhadap tanah suci umat Islam.
● Menyeru para masyaikh, para pengkhutbah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk selalu memberi peringatan tentang perancangan Yahudi serta mendedahkan konspirasi mereka terhadap Masjid Al-Aqsa.
● Mengkhususkan tarikh 21 Ogos setiap tahun sebagai Hari Al-Aqsa Al-Mubarak. Pada hari tesebut disusun program-program berbentuk ilmiah dan mengadakan perhimpunan bagi mewujudkan kesedaran tentang apa yang dilakukan Yahudi terhadap Al-Aqsa sebagai kiblat pertama Umat Islam.
● Memperanankan ‘mimbar’ di setiap masjid dalam negara Islam sebagai platform untuk menyampaikan dan menyuarakan tentang isu Al-Aqsa dan tanah Al-Quds.
● Berusaha semaksimum mungkin dalam memberi penerangan tentang kelebihan untuk mendirikan solat di Al-Aqsa dan menyebut tentang kelebihan-kelebihannya.
● Berhubung dengan Para Masyayikh Al-Aqsa untuk mencapai target ke atas beberapa perkara iaitu: 
1- Penyusunan Ulamak untuk mengajar di mihrab-mihrab Al-Aqsa.
2- Penggunaan telaga di ruangan luar Masjid Al-Aqsa untuk kebersihan dan memberi minum kepada pegunjung.
3- Pemantapan dan pengukuhan terhadap pegawai yang berkawal di setiap pintu-pintu masjid Al-Aqsa.
4- Penambahan kuantiti bas yang membawa para jemaah untuk solat subuh di sana.
5- Penyusunan jadual iktikaf dan jadual program-program ibadah yang tersusun di dalam Masjidil Aqsa.
6- Mewujudkan penyebaran untuk memberi kesedaran tentang Masjid Al-Aqsa.
7- Keprihatinan terhadap manuskrip-manuskrip warisan dalam usaha percubaan diseleweng oleh orang barat.
● Merangka usaha sama di antara para ulamak dalam usaha mengimarahkan Masjid Al-Aqsa serta melengkapkannya dengan prasarana yang diperlukan.
● Merancang perluasan Masjid Al-Aqsa.
● Menyeru Umat Islam di Palestin untuk tetap menunaikan solat jemaah di dalam Masjid Al-Aqsa dan mengimarahkannya walaupun berhadapan dengan cabaran dan ujian.
● Umat Islam dan para ulamak keseluruhannya perlu memiliki inisiatif dalam memikirkan masa depan Al-Aqsa.
● Berusaha menganjurkan muktamar antarabangsa di sekitar Al-Aqsa.
Ini merupakan sebahagian cadangan untuk membantu pembebasan Al-Aqsa. Tidak dapat disangkal inilah perkara-perkara yang hanya semata-mata berlegar di kebanyakan fikiran umat Islam sekarang. 
Namun yang paling penting adalah kita melakukannya bersama-sama kita akan melepaskan diri kita dari tuntutan sebagai umat Islam mempertahankan kesucian Al-Aqsa. 
Allah SWT akan memelihara sesiapa yang membantu Al-Aqsa, memeliharanya dari perancangan jahat musuh, rasa dengki dan dendam kesumat mereka. 
Ya Allah! Jadikanlah mereka yang melindungi Al-Aqsa berada dalam lindungan Kamu dan peliharalah mereka dari sebarang kejahatan musuh-musuh-Mu. Dan kami memohon kesempatan sebelum mati, agar dapat menunaikan solat di dalam dalam Masjid Al-Aqsa dengan bebas dari sebarang gangguan zionis Yahudi dan kejahatan mereka. Amin. (http://ulamasedunia.org
Diterjemah dari tulisan Dr Marwah Nassar, Lajnah Al-Quds KUIS
Sumber HD - 18-8-2017 



10,000 Solat Jumaat Di Al-Aqsa Dalam Suasana Masih Tegang

Beribu-ribu rakyat Palestin berarak ke Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat selepas lebih daripada seminggu bantahan dilakukan terhadap langkah-langkah keselamatan Israel yang meletakkan akat pengesan logam di pintu masuk Al-Aqsa.

“Sekurang-kurangnya 10,000 rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa,
“Beribu-ribu orang lagi yang lain terpaksa solat di jalan-jalan di sekitar Kota Lama Jerusalem selepas mereka dihalang memasuki kawasan masjid kerana terlalu ramai),” kata Firas al-Dibs, jurucakap Majlis Wakaf masjid.

Walau bagaimana pun, Dibs kata pihak berkuasa Israel menutup kawasan masjid kepada warga Palestin Muslim yang berusia di bawah 50 tahun dan telah menutup beberapa pintu Al-Aqsa.
Persatuan Tahanan Palestin berkata, 21 rakyat Palestin dari Jerusalem Timur telah diharamkan daripada memasuki perkarangan masjid selama 15 hari dan penahanan lima yang lain telah dilanjutkan.

Jumaat lepas, umat Islam enggan memasuki masjid dan solat di jalan-jalan sekitar kawasan masjid kerana membantah pemasangan pengesan logam dan sekatan lain yang dilaksanakan Israel selepas dua pegawai polis Israel dan tiga Arab-Israel terbunuh.

Al-Aqsa adalah tapak ketiga paling suci dalam Islam dan yang dianggap paling penting untuk orang Yahudi, yang merujuknya sebagai Temple Mount.

Dalam kejadian berasingan di Tebing Barat selatan, seorang lelaki Palestin telah ditembak mati selepas didakwa cuba menikam askar Israel di Gush Etzion.

“Seorang askar di tempat kejadian ditembak penyerang, yang menyebabkan kematiannya, tiada kecederaan dilaporkan di kalangan tentera Israel,” Menurut kenyataa tentera rejim

Bulan Sabit Merah Palestin berkata anggota pasukan keselamatan menghalang ambulans daripada mendapat ke tempat kejadian untuk merawat lelaki itu, yang mengalami pendarahan akibat luka kerana tembakan peluru.

Dalam pada itu, di seluruh wilayah, berpuluh-puluh rakyat Palestin cedera dalam konfrontasi dengan pasukan keselamatan Israel.

“Tiga belas rakyat Palestin cedera oleh peluru getah dan peluru hidup dalam pertempuran yang tercetus di pintu masuk utara bandar Baitulaham,

“Tujuh yang lain cedera dalam pertempuran yang berlaku di bandar-bandar Ramallah, Tebing Barat, Hebron dan Tulkarem,” kata Bulan Sabit Merah dalam satu kenyataan.

Menurut Bulan Sabit Merah lagi, pemedih mata telah menyebabkan ‘asfiksia’ sementara kepada 23 penunjuk perasaan.

Sejak Oktober 2015, lebih daripada 300 rakyat Palestin terbunuh dalam keganasan Israel-Palestin, menurut angka rasmi Palestin.

Pihak berkuasa Israel telah berkata sekurang-kurangnya 55 Israel terbunuh dalam tempoh yang sama.

Sumber BO - 29-7-2017

Negara Haram Israel Tiada Hak Keatas Baitul Maqdis





Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyifatkan negara haram Israel sebagai penjajah dan tidak mempunyai kuasa keatas Baitul Maqdis.

Badan Islam itu mengecam penutupan tempat suci tersebut dan pemasangan pengesan logam di pintu masjid oleh rejim Israel.

“Israel, sebagai kuasa penjajah, tidak mempunyai kuasa undang-undang kepada Jerusalem dan tempat-tempat Islam dan Kristian [di bandar itu],” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan OIC semalam.

Kenyataan keras itu diterbitkan selepas wakil negara-negara dibawah organisasi itu mengadakan mesyuarat tergempar di bandar Saudi, Jeddah pada hari Isnin untuk membincangkan isu pelanggaran Israel terhadap masjid Al-Aqsa.

Mesyuarat itu telah diadakan di peringkat perwakilan tetap ahli-ahli daripada negara-negara umat Islam.

Sehubungan itu, OIC berkata ia akan mengadakan satu lagi mesyuarat tergempar di peringkat menteri-menteri luar awal pada bulan Ogos untuk membincangkan perkembangan di Jerusalem.

Kemarahan telah merebak di seluruh wilayah Palestin sejak minggu lalu apabila Israel menutup Masjid Al-Aqsa, berikutan kejadian tembak menembak yang membawa maut.

Al-aqsa telah dibuka semula selepas penutupan dua hari, dengan Israel memasang pengesan logam dan kamera di pintu masjid.

Israel mendakwa pengesan logam adalah tindak balas keselamatan yang diperlukan selepas peristiwa maut itu yang menyaksikan dua pegawai polis Israel dan tiga rakyat Palestin terbunuh.

Namun rakyat Palestin berkata langkah itu bertujuan untuk mengubah status quo Al-Aqsa yang akan memberi kesan kepada kedudukan masjid dan melancarkan hasrat Zionis untuk membangunkan ‘kuil gunung’ (Temple Mount).

Empat rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran berasingan dengan pasukan keselamatan sejak Jumaat lalu dan tiga Israel terbunuh di rumah mereka di penempatan Tebing Barat.

Sumber BO - 24-7-2017






Warga Palestin Bantah Langkah Ketat Keselamatan Di Al-Aqsa

Ribuan warga Palestin penuh sesak di lorong-lorong sempit menuju ke masjid Al Aqsa pada hari Isnin, menunaikan solat di dipintu-pintu masuk masjid, sebagai protes terhadap langkah-langkah keselamatan.

Pegawai masjid memberitahu jemaah tidak masuk ke masjid kerana tidak mahu melalui alat pengesan logam baru yang letakkan di pintu masuk, ia dibuka semula ahari Aha.

Rejim Israel telah menutup seluruh masjid al-Aqsa dan membatalkan solat Jumaat sebagai tindak balas kepada kepada kejadian tembak menembak maut, yang berlaku di perkaranganya pada pagi Jumaat.

Warga Palestin berkata, langkah-langkah keselamatan mengubah keseimbangan waktu solat dan hak melawat pada kawasan masjid yang dikenali sebagai status quo.

Pemimpin Inisiatif Kebangsaan Palestin Mustafa Barghouti, adalah antara orang yang menunaikan solat di pintu ‘Lions’, laluan masuk utama ke Kota Lama itu.



“Mereka [Israel] menyuraikan bantahan kerana mereka tidak mahu orang ramai berada berhampiran masjid Al-Aqsa, (kerana) mereka tidak mahu langkah-langkah keselamatan mereka akan terdedah,

“Mereka tidak akan berjaya, kami akan kembali untuk sembahyang yang dan doa selepas itu,

“Ini akan menjadi permulaan kepada kebangkitan rakyat Palestin,” kata Barghouti, menyeru negara-negara Arab untuk meletakkan sekatan ke atas Israel sebagai tindak balas.

Jemaah telah berkumpul di dua pintu masuk utama ke masjid untuk setiap solat lima waktu sebagai sebahagian daripada protes berterusan.

Tapak al-Quds adalah sangat suci oleh orang Islam dan Yahudi, yang mereka memanggilnya sebagai ‘Temple Mount’.

Pada kejadian Jumaat lalu, Israel mendakwa dua pegawai polisnya dan tiga rakyat Palestin terbunuh dalam kawasan halaman masjid.

Serangan itu dikutuk oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tetapi Pihak Berkuasa Palestin juga mengkritik tindak balas Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan pemasangan pengesan logam dan lain-lain langkah-langkah keselamatan baru pada malam Sabtu, ekoran keajdian tersebut.

Sumber BO - 18-7-2017








Al-Aqsa Dibuka Semula Pada Petang Ahad

Rejim Israel membuka semula masjid al-Aqsa selepas menutupnya dua hari pada Jumaat dan Sabtu, yang mecatat sejarah hitam kepada umat Islam apabila solat Jumaat dibatalkan buat kali pertama sejak Israel diduduki timur Jerusalem pada tahun 1967.

Jurucakap Wakaf Islam Firas Dibs, yang menguruskan al-Quds mengesahkan laporan bahawa pekerja dari perbandaran Jurusalem Israel telah memasuki halaman al-Aqsa pagi Ahad untuk membersihkannya sebelum ia dibuka semula.

Menurut beliau, selepas kejadian tembak menembak pada pagi Jumaat, polis Israel telah merampas kunci bagi memasuki halaman al-Aqsa dan menempatkan berpuluh-puluh pegawai penjaga telah ditempatkan di luar masjid utama.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata tempat suci itu akan dibuka semula untuk lawatan berkala oleh orang Islam, Yahudi dan pelancong bermula dari petang Ahad.


Sehubungan itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut mengecam sekerasnya tindakan rejim haram Israel yang menutup Masjid Al-Aqsa dan menahan Mufti Baitul Maqdis.

Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia merupakan satu tindakan jenayah biadap Israel kepada umat Islam dan alasan sama juga telah digunakan oleh rejim haram Israel untuk membenarkan tindakannya seperti yang berlaku pada 12 Disember 1968 apabila tercetusnya tragedi pembakaran Masjid Al-Aqsa.

“Saya menyeru kepada pemimpin dunia Islam dan umat Islam seluruhnya untuk sedar dan bersatu apa juga usaha bagi melawan regim berkenaan dan sekutunya.

“Masjid Al-Aqsa dan keselamatan Baitul Maqdis adalah tiang kesatuan umat dan mesti menjadi salah satu matlamat utama umat Islam dalam mengharungi percaturan politik dunia untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman regim haram Israel dan Zionis,” geasnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, saat genting ini sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa di tengah kekalutan dunia Arab. Sepatutnya OIC, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Ketua-ketua Negara umat Islam bukan sekadar mengecam tindakan Israel dan Zionis itu bahkan mengambil tindakan drastik yang munasabah bagi mengembalikan Masjid Al-Aqsa dan tanah hak milik umat Islam.

Justeru itu, katanya, PAS akan membincang perkara tersebut pada Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan pada 20-22 Julai 2017 di Kelantan.

“kita akan membincangkan usul tergempar bagi mengecam tindakan regim haram Israel ini dan memperkukuhkan kesatuan umat Islam bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan keamanan dunia,” jelasmya.


Rakyat Perancis Kutuk Presidennya

Sementara itu, pada perkembangan berkait, penunjuk perasaan yang berhimpun di ibu negara Perancis telah mengkritik Presiden Emmanuel Macron kerana menjemput Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ke Paris.

Mereka mengutuk dasar penempatan haram Israel di Tebing Barat dan sekatan rejim terhadap Gaza.

Presiden persatuan EuroPalestine, Olivia Zemor, memberitahu agensi berita AP pada hari Sabtu bahawa ‘menghamparkan permaidani merah’ kepada seseorang yang melanggar konvensyen antarabangsa adalah tidak menghantar isyarat yang betul kepada dunia dan memalukan Perancis.

“Kami menyeru bantahan untuk menyokong ini, kami membantah jemputan Emmanuel Macron yang menyambut Netanyahu dengan permaidani merah…… seorang penjenayah, penyeksa…….penyeksaan lelaki dan anak-anak,

“pencuri tanah (Palestin), dan seorang yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan Hak asasi manusia, yang memalukan, ” Olivia.

Seorang demonstran Yassine Blicqy, 19 tahun dari Valenciennes, berkata beliau berharap Perancis, dalam beberapa tahun akan datang atau bahkan beberapa dekad, akan memilih keadilan.

“dan akan berpihak kepada rakyat yang tertindas kerana itulah yang dikatakan oleh Perancis, bukan penindasan,

“tu kebebasan dan hak asasi manusia, ia adalah kepelbagaian dan kesamaan, dan kita mesti memberi contoh. ” tegasnya.

Macron telah menjemput Netanyahu untuk mengambil bahagian dalam majlis peringatan pengusiran besar-besaran Yahudi Perancis pada hari Ahad.

Pada tanggal 16, 17 Julai 1942, polis Perancis menahan kira-kira 13,000 orang Yahudi, termasuk kira-kira 4,000 kanak-kanak, di sekitar Paris dan mengepung mereka ke stadium sebelum mereka dihantar ke kem-kem Nazi 75 tahun yang lalu.

Sumber BO - 16-7-2017











Israel Halang Solat Jumaat Di Masjid Al-Aqsa

Israel laknatullah buat kali pertamanya sejak bertahun-tahun telah menutup masjid al-qsa dan tidak membenarkan umat Islam menunaikak sokat Jumaat, semalam.

Rejim juga telah menahan Mufti Besar Baitul Maqdis selepas kejadian didakwa sebagai tiga warga Palestin dan dua pegawai polis Israel terbunuh dalam tembak menembak.

Sheikh Mohammad Ahmed Hussein, yang telah mengecam penutupan masjid, telah ditangkap di kawasan Bab Al-Asbat selepas mengimamkan solat Jumaat dikawan terbuka, di situ.


“Polis Israel menahan bapa saya dalam cara yang ganas dan membawanya ke destinasi yang tidak diketahui,” kata anak Sheikh Mohammad, Omar bin mufti besar.

Namun, laporan menyatakan beliau kemudiannya dibebaskan ikat jamin sebanyak $ 2,800.
Sebelum itu, ribuan rakyat Palestin menunaikan tetap menunaikan solat Jumaat walaupun mereka dihalang memasuki masjid Al-Aqsa.

Keadaan tersebut, sudah tentu akan menwujudkan potensi untuk meningkatkan ketegangan diantara kira-kira 10,000 warga Palestin yang biasanya datang ke situ, untuk beribadah.


Seorang pegawai masjid al-Aqsa, Sheikh Omar Keswani mengecam penutupan dan pembatalan solat Jumaat.

“Menghalang mendirikan solat Jumaat adalah satu prosedur yang tidak adil,

“Apa yang berlaku sebelum ini kini diambil kesempatan oleh hak Israel untuk mengenakan sekatan baru di masjid Al Aqsa,” kata Keswani memberitahu Al Jazeera.

Seorang ahli jamaah Haji Khalil Abu elsheikh, 77, telah datang sejauh 100km dari Beer-Sheva untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Aqsa.


“Tidak ada agama membolehkan ini,” katanya kepada Al Jazeera, merujuk kepada berdoa di tepi jalan raya. “Tidak kepercayaan menerima ini.”

Sehari sebelumnya Polis Israel menembak mati tiga rakyat Palestin yang mereka dakwa melakukan serangan bersenjata dalam perkarangan Al-Aqsa, menyebabkan kematian dua anggota.

Berikutan serangan itu, polis Israel talh menutup masjid Al-Aqsa kepada orang awam

Sumber BO - 15-7-2017













Di sebalik 50 tahun penaklukan Masjidil Aqsa

PEMBATALAN Jubli Jerusalem yang dijadualkan di Melaka dan Sarawak rentetan daripada bantahan dan laporan polis oleh pelbagai pihak bukanlah bererti kemenangan untuk dirai atau menganggapnya telah tamat selesai. Sebaliknya ia perlu dilihat sebagai titik kesedaran membuka mata manusia sejagat khususnya umat Islam atas kelekaan dan kealpaan selama ini terhadap perancangan global oleh golongan yang rakus mahu menguasai muka bumi ini. 
Kezaliman sememangnya tidak pernah puas menjarah tanah dan harta, hingga turut meragut maruah, darah dan nyawa manusia, bahkan juga terhadap pengabdian hamba kepada Tuhannya dengan merampas rumah ibadah. Itulah terjadi tanggal 7 Jun 1967, genap 50 tahun lampau dalam Perang 6 Hari yang menyaksikan Masjidil Aqsa berada dalam genggaman rejim Zionis Israel. Ia terakam dalam tragedi Perang 6 Hari antara Israel menentang ketenteraan gabungan Arab terdiri daripada Mesir, Jordan dan Syria. 
Mesir, Jordan dan Syria memiliki kekuatan yang berpotensi melenyapkan Israel dari peta dunia dalam masa hanya dua jam. Malangnya, Israel yang mempunyai angkatan kurang seperlima daripada tiga negara bersekutu itu, berjaya memenangi peperangan tersebut menerusi strategi dilancarkan. Lebih mendukacitakan, bersama lebih 20,000 nyawa terkorban, tanah umat Islam di Gaza, Tebing Barat, Semenanjung Sinai dan Bukit Golan juga jatuh dalam taklukan Israel, sedang rejim itu menerima kurang 1,000 korban. 
Kejayaan itu bukan sahaja melonjak kemegahan Israel, tetapi mengubah geopolitik dan ekonomi di Timur Tengah khususnya melibatkan hubungan sesama negara umat Islam, termasuk pengaruh Amerika Syarikat dan British. 
Malaysia Proksi Kebangkitan Israel?
Kini, penguasaan dan kejayaan itu dirayakan di seluruh dunia dan khususnya rantau ini yang berada dalam jalur ‘Gerbang Emas’ iaitu salah satu dari 12 gerbang, menjadikan Malaysia sebagai pilihan. Berikut disenaraikan beberapa pernyataan yang membayangkan ‘perhatian’ gerakan tersebut terhadap negara ini: 
•“Ada kebangkitan hebat yang akan datang atas Malaysia. Urapan untuk doa 24 jam akan dicurahkan ke atas kamu. Kamu akan mendirikan Menara Doa. Memulihkan Khemah Suci Daud...” - Cindy Jacob, 16 Ogos 2016, Jakarta 
•“....Gereja Malaysia akan masuk ke dalam satu kesatuan baru yang hebat sekali. Akan keluar dari Malaysia, seruan yang memulihkan Asia, kata Tuhan!” – Cindy Jacobs, Julai 2016, San Jose, Costa Rica 
•“....Malaysia adalah kunci yang merubah negara-negara...” – Cindy Jacob, September 2012, Perhimpunan Negara-negara Sedunia Jerusalem (ANCJ) di ‘Tanah Suci’ selepas Malaysia memasuki Tahun Yobel-nya. 
•Menerima pesanan Rasul dan Nabi yang canggih dari wakil Majlis Penatua Antarabangsa (ANCJ) yang kurang terdengar di Malaysia dan rantau ini 
•Memasuki penggenapan ketentuan hala tujuan peribadi, korporat, nasional dan kewilayahan dalam penerobosan peribadi, menjajar dengan Jubli Jerusalem untuk penerobosan-Nya dan dalam proses ini, membawa penerobosan Kerajaan, penebusan, pemulihan, reformasi dan transformasi kepada negara sendiri, Negara-negara Pintu Gerbang Emas dan ASEAN 
•Menggenapi panggilan ‘Bapa’ untuk Malaysia, ASEAN dan Negara-negara Pintu Gerbang Emas mengiringi kedatangan ‘Raja’ Kemuliaan sehingga sampai ke Jerusalem, Kota Suci (Wahy 21:2), Kota Tuhan kita (Maz 48:1) dan Pusat Dunia (Yeh 5:5) 
•“...supaya melawan untuk ketentuan hala tuju Negara-negara, terutamanya untuk Jerusalem, ASEAN dan Negara-negara Pintu Gerbang Emas di Zaman Akhir ini.” 
•“Menghubung... Melawan & Menyelesaikan... Perjalanan... Dari Negara-negara Pintu Gerbang Emas kembali ke Jerusalem – Kota Raja Besar” (Maz 48:1-2, Mat 5:35) 
•Menyediakan jalan untuk kepulangan Raja Kemuliaan melalui MALAYSIA Negara Pelangi Asia & Pemangkin Kebangkitan Negara-negara Pintu Gerbang Emas Untuk ASEAN & Negara-negara Pintu Gerbang Emas. 
•Masa kembali, penebusan, pemulihan, perhitungan, pembebasan, kemerdekaan, penerobosan, pemilikan warisan 
•Tahun perkenan ADONAI untuk umat-Nya dan pembalasan dendam ELOHIM terhadap seteru-Nya, supaya YAHWEH dimuliakan! 
Malah, ungkapan-ungkapannya juga berunsur melemah, menentang, mengambil alih, merubah, membebas, memiliki, merampas, mengisytihar dan memasyhurkan negara ini kepada satu pemilikan, hak, kekuasaan dan kedaulatan baharu. 
Hina, Cabar & Perangi Islam
Semua terma ini tersebar meluas ke pengetahuan umum pada awal pagi 5 Jun bertepatan 50 tahun peristiwa tersebut. Ia seolah-olah cuba memprovokasi, mencabar, mengancam mengejek dan membangkitkan emosi; seumpama meletakkan garam di atas luka yang dialami umat Islam. 
Di mana ketika meraikan kejayaan itu separuh abad lalu, mereka mengulangi laungan  sorakan “Khaibar! Khaibar!” dan ungkapan bahawa “Agama Muhammad sudah mati dan hanya meninggalkan wanita-wanita”. Ianya sebagai penghinaan kepada Islam dan Rasulullah SAW serta menganggap negara-negara Islam amat lemah sekali di mana mereka telah menebus kekalahan sekian lama didendami itu. 
Bahkan, perlecehan dan penghinaan itu juga dibawa dengan memilih Melaka sebagai lokasi utama perayaan tersebut atas semangat mengulangi nostalgia bahawa wakil mereka, yakni Portugis pernah meruntuhkan Kerajaan Islam Melaka suatu ketika dahulu. Antara penyataannya adalah sebagaimana berikut: 
•“Doa jalan penerobosan Apostolik-Profetik Warisan Kristian” melalui tempat bersejarah Kristian di Melaka: Menebuskan Mezhab-mezhab 
•Di negeri bersejarah dan kota terkuno dalam Malaysia. Dahulu kala pusat strategik di Laluan Kelautan Sutera (Jalan Laluan Rempah dan Jejak Dupa) di mana tercagak di dalamnya akar-akar pelbagai negara – Jawa, Sumatera, India, Arab, Portugal, Belanda, Britain, China, Thailand, Singapura dan banyak lagi. Sekarang sebahagian daripada Laluan Sutera Baru yang moden (1 Jalur 1 Jalan): KOTA MELAKA ditempatkan secara unik untuk ADONAI membuat “Jalan di padang gurun dan sungai-sungai di padang belantara.” (Yes 43:19) 
Waspada Gerakan Evangelis
Ternyata ia bukan semata-mata keraian, tetapi merintis dan menjana satu tujuan serta komitmen terhadap matlamat tertinggi yang mahu dicapai. Bahkan, ia tidak kebetulan tetapi menjadi sebahagian perancangan strategik melibatkan beberapa peristiwa dunia mutakhir ini antaranya: 
1.Sempena menggenapi 100 tahun terlerainya Khilafah Islamiyah;
2.Cubaan rampasan kuasa ke atas negara Turki oleh tentera yang belot; 
3.Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menjalin hubungan dengan Negara-negara Arab dan OIC; 
4.Kejadian serentak ekstremis di lokasi-lokasi tumpuan dunia dan pengisytiharan memeranginya termasuk oleh Malaysia; 
5.Negara-negara Arab mengisytiharkan pemutusan hubungan dengan Qatar.
Maka, umat Islam mesti meluaskan kepekaan dan perhatian terhadap semua kelicikan sama ada yang zahir mahupun terselindung. Kerana hakikat dari Jubli Jerusalem yang mahu dirayakan itu mempunyai sentimen, semangat, kepercayaan dan keyakinan yang menjurus kepada kebangkitan, gerakan dan perancangan iaitulah dari golongan pelampau Kristian atau dikenali sebagai Evangelis Kristian. 
Mereka telah menguasai atau mencengkam banyak sektor penting menerusi jalur pendidikan, kebajikan, ekonomi dan lain-lain termasuk juga politik, bahkan bersatu di seluruh dunia memasuki dan menyelinap dalam pelbagai proksi. Maka menjadi kewajipan umat Islam agar tidak ‘kembali dijajah’ dengan sentiasa berwaspada dan memerhatikan dengan renungan mendalam terhadap gerakan ini serta bertindak, antaranya: 
•Jangan terpesona atau terpedaya dengan tawaran atau bantuan atas nama kebajikan;
•Jangan menerima tawaran untuk anak-anak memasuki sekolah-sekolah mubaligh;
•Jangan menghadiri pelawaan ke majlis atau premis mereka (banyak menggunakan bangunan perniagaan) sekiranya tidak punyai keteguhan jati diri agama;
•Jangan sewenang-wenangnya menyokong, berpihak dan memilih pemimpin yang dikenalpasti cenderung kepada gerakan tersebut.
Akhirnya, renungilah firman Allah SWT: 
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sehinggalah kamu mengikut telunjuk agama mereka.” (al-Baqarah: 120) – HARAKAHDAILY 7/6/2017
Sumber HD - 7-6-2017 


Al-Aqsa: ancaman, masa depan dan harapan!
Posted on Monday, May 15 @ 22:33:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34952



Oleh Abdullah Abdul Hamid
SETIAP umat Islam dituntut untuk sampai ke Masjidilaqsa, seperti sabda Rasulullah SAW: “Janganlah perjalanan itu memberatkan (kamu) kecuali ke tiga masjid iaitu Masjidilharam, Masjid Rasulullah SAW (Masjid Nabawi), dan Masjidilaqsa di Palestin,” - Sahih Bukhari


Masjidilaqsa mulia kerana kelebihan-kelebihan yang dimilikinya. Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam selama kira-kira 14 tahun, ada pendapat lain mengatakan selama 17 tahun. Kemuliaannya juga kerana ia menjadi destinasi persinggahan Rasulullah SAW dalam peristiwa Israk Mikraj pada 622 Masihi. Peristiwa agung ini tercatat dalam surah al-Israa’, ayat 1.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (Mekah) ke Masjidilaqsa (Baitulmaqdis), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihat kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Masjidilaqsa juga adalah binaan ibadat kedua dibina di muka bumi selepas Masjidilharam di Mekah.
“Saya pernah bertanya kepada Rasulullah, wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama dibangunkan di muka bumi? Baginda bersabda, Masjidilharam. Saya bertanya lagi, kemudian apa? Baginda bersabda, Masjidilaqsa. Saya bertanya lagi, berapa lama antara kedua-duanya? Baginda bersabda, empat puluh tahun,” - Mutafaq Alaih.

MENJADI REBUTAN PENGANUT AGAMA SAMAWI

Kerana kemuliaannya ia menjadi rebutan tiga agama samawi terbesar dunia, Islam, Kristian dan Yahudi. Jika Islam berbangga kerana Masjidilaqsa menjadi kiblat pertama umat Islam dan destinasi Mikraj Baginda SAW, Kristian pula meyakini di situ tempat Nabi Ibrahim a.s. mengorbankan anaknya Ishak, sementara Yahudi percaya kitab Taurat Nabi Musa a.s. berada di bawah Dome of the Rock selain percaya inilah tanah yang dijanjikan buat mereka oleh Allah.

Palestin dari sudut sejarah awalnya didiami kaum Kanaan yang menghuni tanah ini kira-kira 1,800 tahun Sebelum Masihi. Mereka adalah penduduk asal yang berasal dari wilayah Arab sebelum kedatangan keluarga besar Nabi Ibrahim a.s. dan keturunan Bani Israel yang dimulai daripada Nabi Yaakob a.s.

Kota Baitulmaqdis ini pernah berada bawah pemerintahan Romawi Byzantine sebelum dibuka semula oleh Khalifah Umar al-Khatab r.a. pada tahun 638 Masihi menerusi Perjanjian Omaria Treaty. Sejak itu kota suci yang berada bawah naungan Islam memberikan kemakmuran kepada penduduknya.

Bagaimanapun, kejatuhan empayar Uthmaniyah dan percaturan jahat British menyaksikan tanah-tanah berkat ini didatangi Yahudi Zionis yang sebenarnya sudah pun hancur dan bertaburan di seluruh dunia.

Sejak itu Palestin yang menempatkan Masjidilaqsa, nasib dan masa depannya tidak lagi menentu. Sejak hampir 70 tahun Zionis Yahudi tidak henti-henti berusaha untuk mengambil alih tempat ini dan mengusir penduduk Islam buat selama-lamanya.-U/M

Sumber TKO - 15-5-2017

















UNESCO Luluskan Resolusi BantulMaqdis, Jusalem Bandar Diduduki Israel











Lembaga eksekutif Pertubuhan Kebudayaan (UNESCO) Pendidikan dan Saintifik PBB pada hari Selasa meluluskan satu resolusi yang menjelaskan BaitulMaqdis sebagai kota yang ‘diduduki’ (ditakluki) dan mencabar kedaulatan Israel ke atas bandar itu.

UNESCO meluluskan resolusi dengan 22 negara anggota mengundi memihak, 10 undi menentang dan 23 berkecuali.

Resolusi itu menyatakan bahawa Kota Lama Baitulmaqdia atau Jerusalem adalah “sepenuhnya milik Palestin” dan menekankan sejarah serta warisan ‘Islam dan Kristian’.


Keputusan itu juga menggambarkan Israel sebagai “kuasa berkongsi” yang tidak mempunyai kedaulatan ke atas bandar suci itu.

Apa lagi, resolusi mengesahkan watak Islam Masjid Ibrahimi di bandar Hebron (Al-Khalil) dan kubur Rachel di bandar Bethlehem.

Israel, sebagaimana dijangkakan tidak menerima resolusi yang diputuskan badan dunia itu dan mendakwa keputusan tersebut bermitifkan poliiitik

Perdana Menteri negara haram itu, Benjamin Netanyahu menyatakan, rejim tersebut tidak mengiktiraf UNESO.


“Kami [Israel] tidak percaya kepada UNESCO…….Tidak ada orang lain di dunia bagi Jerusalem seperti sucinya dan penting hanya untuk orang-orang Yahudi,” katanya.

Israel menawan dan menduduki Jerusalem Timur semasa Perang Timur Tengah tahun 1967. Ia secara ‘unilateral’ dilampirkan seluruh bandar itu pada tahun 1980, dengan mendakwa ia sebagai ‘yang kekal dan tidak berbelah bahagi’ menjadi ibu negara.

Langkah itu tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Sumber BO - 3-5-2017


















Bumi Palestin milik hamba-hamba beriman

BUMI Palestin milik hamba-hamba yang beriman. 
Di akhir zaman, akan berlaku pertembungan antara bangsa Yahudi dan Orang Islam, kata Pengerusi Lajnah Al-Quds Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam syarahan sempena penganjuran Sembang Santai Minggu Al-Quds, semalam. 
Beliau berkata, kezaliman yang dilakukan zionis ke atas Palestin adalah tanda-tanda kiamat sebagaimana disebut melalui al-Quran dan hadis Nabi. 
Tambah beliau, dunia akan berakhir dengan tanda-tanda yang telah disebut oleh Allah SWT sebagaimana manusia akan menemui ajal. 
“Kita manusia kita lahir ke dunia akan temui ajal yang kita sendiri tidak tahu bila. Dunia pun begitu, dunia akan tiba akhirnya dan Allah bagi tanda-tanda kiamat. 
“Oleh kerana itulah Nabi Muhammad SAW, Nabi terakhir yang paling banyak bagi alamat tanda akhir zaman untuk kita jadikan pedoman. 
“Nabi sebut isu Palestin ini dan kaitannya dengan kiamat,” kata beliau. 
Muhammad Khalil menyedarkan hadirin bagaimana orang bukan Islam giat membuat kajian mengenai tanda akhir zaman sedangkan umat Islam masih leka dan membisu terhadap apa yang berlaku di Palestin. 
Selain itu katanya, Palestin adalah milik orang-orang yang beriman namun mereka dituduh pengganas apabila bangkit mepertahankan negara sendiri. 
Menurutnya, orang menuduh agama Islam ganas apabila berkait perang, tetapi dalam Islam perang adalah jalan terakhir mempertahankan tanah air. 
“Kebanyakan sejarah islam, peperangan dalam Islam penuh dengn adab, Nabi SAW tak pernah bunuh kanak-kanak, Nabi tidak bunuh perempuan, Nabi tidak merobohkan bangunan. 
“Hari ini Islam dituduh pengganas sehingga dia tuduh (Palestin) pengganas bila nak pertahankan negara sendiri,” tegas beliau. 
Justeru, beliau berharap penganjuran program tersebut sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran kepada semua terhadap isu Palestin. (ulamasedunia)
Sumber HD - 23-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





















Kayuhan Al-Quds 2.0 pada 22 April

LAJNAH Al-Quds Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), akan menganjurkan sebuah program Kayuhan Al-Quds 2.0 bertempat di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 22 April ini. 
Program yang dianjurkan dengan kerjasama beberapa NGO lain itu dijadualkan berlangsung selama dua jam bermula 7 pagi hingga 9 pagi. 
Penganjuran pogram tersebut adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat awam mengenai Al-Quds melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. 
Selain itu, satu wacana Al-Quds akan diadakan malam ini di Masjid Kompleks Pertanian Serdang sebelum acara Larian Al-Quds dilancarkan secara rasminya Sabtu nanti. 
Pengerusi Lajnah Al-Quds Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi antara tetamu jemputan program mewakili KUIS. 
Terdahulu, acara ini telah dianjurkan pada Mei 2016 lalu menyaksikan peserta kayuhan Al-Quds dilepaskan oleh Naib Presiden KUIS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sumber HD - 20-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Zionis terus usaha rampas Masjid al-Aqsa
Posted on Wednesday, April 05 @ 13:39:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34361


MUFTI Besar Jerusalem mengutuk tindakan Israel menahan pengawal keselamatan Palestin yang bertugas mengawal di perkarangan al-Aqsa, lapor al-Jazeera.Penahanan tersebut berlaku selepas mereka cuba untuk menghentikan tindakan salah seorang ahli arkeologi Israel yang membuang batu dari kawasan.

Kesal dengan apa yang berlaku, Mufti Muhammad Hussein berkata tindakan itu tidak boleh diterima dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan zionis menukar status quo Masjid al-Aqsa.


“Saya percaya polis Israel cuba untuk mengenakan realiti baru dan cuba untuk menakutnakutkan pengawal al-Aqsa sekali gus menghalang mereka daripada menjalankan tugas mereka.

“Itu tidak boleh diterima,” kata Mufti Muhammad Hussein memberitahu al-Jazeera.

Memetik sumber sama, agensi berita antarabangsa al-Jazeera melaporkan konfrontasi awal berlaku pada pagi Isnin lalu selepas para pengawal al- Aqsa mula campur tangan semasa Yuval Baruch, salah seorang pekerja di bawah Pihak Berkuasa Antikuiti Israel diiringi polis Israel, memasuki perkarangan dan cuba untuk mengambil batu dari tiang di bahagian bawah tanah masjid Al-Qibli.

Ulas al-Jazeera, pertengkaran meletus apabila salah seorang pengawal mendapati Baruch memasukkan sekeping batu kecil dari tiang ke dalam poketnya.

Ahli arkeologi itu sebaliknya menafikan tuduhan tersebut sebelum dihalau oleh pihak polis.

Bukan setakat itu sahaja bahkan tambah al-Jazeera, ahli arkeologi terbabit sekali lagi cuba memasuki bahagian bawah tanah dewan solat Marwani sebelum dihalang oleh para pengawal al Aqsa.

Susulan kejadian itu, polis Israel bertindak menahan tiga pengawal yang bertugas menggalas amanah agama menguruskan perkarangan al-Aqsa tersebut.

Marah dengan apa yang berlaku, Mufti Hussein menuntut agar Israel menghormati status quo yang telah berlaku sejak sebelum Israel menduduki Baitulmaqdis pada tahun 1967.

Katanya lagi, walaupun Yahudi dan orang bukan Islam dibenarkan melawat kawasan itu, ibadat selain Islam adalah dilarang.

Hal demikian jelasnya adalah mengikut perjanjian yang ditandatangani di antara Jordan dan Israel sejurus selepas Israel menduduki Timur Baitulmaqdis.

Perjanjian tersebut turut meletakkan Waqf Islam sebagai orang yang bertanggungjawab bagi pentadbiran kawasan terbabit.

“Penyelenggaraan dan kerja-kerja pengubahsuaian di perkarangan adalah perkara di bawah kelolaan Wakaf dan Israel tidak mempunyai hak untuk campur tangan.

“Ketegangan di Masjid al-Aqsa adalah faktor utama kepada pergolakan yang bermula sejak bulan Oktober 2015, selepas sayap kanan Israel kerap membuat lawatan ke kawasan terbabit.


 “Malah, polis Israel juga sering mengiringi pelawat Yahudi di seluruh kawasan itu, dan mereka sering memudahkan lawatan ahli politik sayap kanan Israel yang telah didakwa cuba ‘mengubah status quo’ di tempat suci itu,” ujar beliau. – ulamasedunia.org

Sumber TKO - 5-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Pemusnahan Masjidil Aqsa satu bencana besar

SESUNGGUHNYA menjadi kewajipan ke atas aku untuk mengingatkan kalian semua tentang kelakuan Israel. 
Baru-baru ini, mereka telah mengeluarkan kenyataan bahawa Masjidil Aqsa adalah tempat yang suci bagi orang yahudi. 
Demikian menurut Raed Solah, seorang aktivis Al-Quds dalam kenyataan terbaru beliau semalam. 
Marah dengan kenyataan Israel itu, Raed Solah berkata, tindakan tersebut membuktikan bahawasanya di belakang penjajahan mereka bermatlamatkan kepada beberapa perkara.
Ulas beliau, antara matlamat utama zionis Israel ialah menjadikan Masjidil Aqsa sebagai hak milik mereka. 
“Israel bermatlamatkan penguatkuasaan undang-undang yang tidak sah oleh penjajahan Israel ke atas Masjidil Aqsa. Penguatkuasan dan pelupusan mutlak ke atas masjidil Aqsa. 
“Penjajahan ini dilihat seolah-olah menjadikan Irael sebagai pemilik Masjidil Aqsa dan berkuasa sewenang-wenangnya ke atas urusan harian Masjidil Aqsa,” jelas Raed. 
Tambah beliau, tindakan itu bermakna mereka cuba memusnahkan nama Masjidil Aqsa dan memusnahkan Masjidil Aqsa itu sendiri. 
“Inilah kekhuatiran yang dibimbangi. Kerana pemusnahan Masjidil Aqsa merupakan satu bencana besar. 
“Disebabkan itu, aku melihat menjadi kewajipanku untuk aku tanyakan kepada kalian semua. 
“Apa yang kalian lakukan selepas mendengar kecaman, kutukan dan tindakan dan kenyataan berani Israel? 
“Ketahuilah bahawa Masjidil Aqsa sedang menyeru kita,” seru beliau mengakhiri kenyataan. (ulamasedunia
Sumber HD- 4-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


























Israel Telah Mula Membahagikan Al-Aqsa











Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memberi amaran, Israel telah mula membahagikan kompleks Masjid Al-Aqsa Baitulmuqaddis Timur dengan tujuan untuk mewujudkan ruang sembahan untuk agama Yahudi, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memberi amaran Rabu.

“Penempatan sebuah bilik kaca di dalam halaman kompleks Masjid Al-Aqsa adalah langkah pertama ke arah pemisahan ruang masjid,” kata wakil OIC di Palestin Ahmad al-Ruwaidhi, pada sidang akhbar pada hari Rabu.

Langkah itu, tegas beliau, merupakan pencerobohan harian oleh penduduk Yahudi ke atas Al-Aqsa
“ia mendedahkan hasrat Israel untuk menempatkan ritual Talmud di dalam Al-Haram al-Sharif,” kata al-Ruwaidhi.

Wakil OIC juga memberi amaran mengenai bahaya yang disebabkan oleh penggalian Israel sebagaimana dilaporkan, sedang dijalankan di bawah tempat suci itu.

Memandangkan penggalian ini, kata al-Ruwaidhi, kami bimbang Masjid Al-Aqsa boleh runtuh dalam kejadian gempa bumi semula jadi atau gegaran.


Mufti Besar Baitulmaqdis Sheikh Muhammad Hussein berkata, bagi pihaknya beliau menegaskan identiti Islam kepada Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

“Tuntutan yang dikemukakan minggu ini oleh mahkamah majistret Israel bahawa Al-Aqsa adalah tempat suci bagi orang Yahudi adalah palsu dan tidak disokong oleh bukti,” jelasnya.
Bagi umat Islam, Al-Aqsa adalah kawasan ketiga paling suci di dunia.

Yahudi, bagi sebahagian mereka, merujuk kawasan itu sebagai ‘Temple Mount’ dan mendakwa ia merupakan tapak dua kuil Yahudi pada zaman purba.

Beberapa kumpulan pelampau Yahudi telah menyeru kepada kemusnahan Aqsa Al-Masjid supaya sebuah kuil Yahudi akan dibina di tempatnya.

Pada akhir 2000, lawatan ke tempat itu ahli politik Israel, Ariel Sharon mencetuskan ketegangan dan dikenali sebagai ‘Intifadah Kedua’, apabila rakyat Palestin bangkit menentang penjajahan.
Beribu-ribu orang warga Palestin terbunuh.

Israel menjajah Timur Baitulmaqdis pada perang Timur Tengah 1967.

Ia kemudian melampirkan bandar Baitulmaqdis pada tahun 1980, dengan mendakwa ia sebagai ibu negara Yahudi dalam langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Sumber BO - 3-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























Peperangan Al-Furqan titik mula pembebasan Al-Quds

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43730-peperangan-al-furqan-titik-mula-pembebasan-al-quds

Peperangan Al-Furqan atau dikenali dengan ‘peperangan pemisahan’ telah menjadi sejarah dengan menyaksikan pencerobohan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza bermula 27 Disember 2008 sehingga 18 Januari 2009.

Naib Presiden Biro Politik Gerakan Pembelaan Islam HAMAS merangkap ahli Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Sheikh Ismail Haniyeh berkata, peperangan Al-Furqan mencetuskan satu peristiwa penting ke arah pembebasan al-Quds, al-Aqsa dan Palestin.

Penegasan beliau itu disuarakan dalam ucapannya sempena ulang tahun ke-8 memperingati pencerobohan ke atas Gaza pada 2008.

Tambah beliau, pihak musuh telah gagal mencapai matlamat mereka.

Dalam ucapan sama, Haniyeh memberitahu rakyat Palestin telah berjaya menegakkan matlamat serta membuktikan ketabahan dan kekuatan dimiliki mereka.

“Kami menamakan peperangan ini sebagai peperangan ‘pemisahan’.

“Ini kerana melalui peperangan tersebut telah berlakunya pemisahan di antara dua peringkat.

“Iaitu peringkat perarakan rakyat dan peringkat penentangan secara berani,” jelasnya dipetik laman web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia-Asia.

Beliau memberitahu pencerobohan rejim zionis sama sekali tidak melunturkan semangat pejuang Gaza.

Bahkan jelasnya, mereka (pengganas) akan menanggung segala kesilapan atas kejahatan diperlakukan terhadap rakyat Gaza.

“Sesiapa yang berhenti dari memberi sokongan kepada rakyat kita, lalu menentang dengan senjata, harta dan kedudukan, serta segala bentuk sokongan sama ada harta mahupun sokongan moral, ia sebenarnya telah menambahkan lagi kekuatan rakyat kita dalam menghadapi musuh.

“Musuh membuat pertaruhan bahawa orang ramai akan tergugat dengan penentangan mereka,” katanya.

Beliau turut menyampaikan rasa cinta dan kesetiaannya kepada rakyat yang sentiasa memberi komitmen berjuang mempertahankan kebenaran dan tidak mensia-siakan amanah serta mengharapkan pertolongan Allah SWT.

Ujar beliau, pengorbanan tersebut bukti rakyat mahu melihat al-Quds kembali bebas merdeka lantaran Al-Quds dan al-Aqsa merupakan pengakhiran tujuan dan harapan semua umat Islam.

Beliau juga mengenangkan kembali detik 21 hari pertama pencerobohan Al-Furqan yang penuh dengan cerita kepahlawanan, kesabaran dan penebusan.

Walau bagaimanapun katanya, musibah besar menyaksikan ratusan syahid itu dihadapi dengan keteguhan akidah yang diterjemahkan oleh rakyat dan penentang.

Haniyeh mengakhiri ucapan sambil berdoa semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas para syuhada’ Al-Furqan iaitu al-Syahid Menteri Sai’d Siyam, al-Syahid al-A’lim Nizar Rayya, al-Syahid Taufiq Jabbar, al-Syahid Ismail Ja’bari, dan seluruh para syuhada’ rakyat lain dalam peperangan ‘pemisahan’ itu. (ulamasedunia.org)

Sumber HD - 31-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























Polis, perisik Yahudi menyamar masuk Al-Aqsa

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43260-polis-perisik-yahudi-menyamar-masuk-al-aqsa

SEBANYAK 239 warga Yahudi dilaporkan menyerbu masuk Masjid Al-Aqsa sepanjang seminggu seperti dilapor pejabat berita Al-Quds Press dalam laporan semalam.

Daripada 239 warga yang menyerbu masuk dalam tempoh dari tarikh 11 hingga 17 November, sebanyak 34 di antaranya adalah anggota polis dan perisikan Zionis Israel yang menyamar untuk dapat masuk ke kompleks masjid melalui Gerbang Mughrabi yang menjadi jalan masuk khusus Yahudi.

Jumlah tersebut menurun jika dibandingkan dengan tempoh yang sama antara 4 hingga 10 November sebanyak 320 peneroka Yahudi Zionis Israel.

Setelah berjaya memasuki Masjid Al-Aqsa pada hari ketiga perang 1967, Jeneral Mordechai Gur bersama-sama tenteranya merampas kunci-kunci pintu masjid dan menutup pintu masjid selama seminggu untuk melarang solat dan azan di masjid.

Setelah seminggu Jeneral Mordechai Gur mengembalikan kunci-kunci gerbang Al-Aqsa kepada pejabat wakaf Islam, kecuali Gerbang Al-Magharibah yang hingga kini dijadikan pintu masuk warga Yahudi untuk menyerbu Al-Aqsa. (Eramuslim)

Sumber HD - 19-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azan Akan Terus Berkumandang Hingga Hari Kiamat!

Ketua Majlis Tertinggi Umat Islam di Bait al-Maqdis Sheikh Ekrema Sabri, mengutuk sekeras-kerasnya cubaan rejim Israel untuk mengharamkan azan di bandar itu.

Datuk Bandar Jerusalem (Bait al-Maqdis) Nir Barkat menggesa pihak polis Israel untuk menggunakan undang-undang ‘bunyi bising’ terhadap azan solat di masjid-masjid di Jerusalem .

“seruan azan adalah salah satu aspek yang paling penting dalam agama Islam,”kat Sheikh Sabri memberitahu Anadolu Agency.

Mantan Mufti Palestin itu menegaskan, seruan azan akan terus berkumandang di masjid-masjid Jurusalem sehingga hari kiamat.

“Israel tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam hal ehwal agama,” katanya dan menambah “Kami akan berdiri teguh menentang sebarang cubaan Israel untuk mengharamkan azan di masjid-masjid di Jerusalem.”

Sheikh Sabri menegaskan bahawa sumber utama “bunyi bising tidak tertanggung” adalah dating dari pesawat Israel yang tidak berhenti-henti sibuk melakukan serangan “ke atas Palestin”.

Beliau berkata: “Jika Barkat mahu bercakap tentang ‘bunyi’ beliau perlu memberhentikan pesawat pejuang Israel dari sibuk atas wilayah kami; kereta kebal rejim yang terus bergerak melalui jalan-jalan kami; jentolak yang merobohkan rumah kita, dan pasukan tentera dari terus menembak rakyat kami.”

Sumber BO - 4-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UNESCO Formally Adopts Al-Aqsa Resolution

The executive board of the UN’s Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) on Tuesday officially adopted a resolution denying a Jewish connection to Jerusalem’s Al-Aqsa Mosque complex (Haram al-Sharif).

UNESCO member states voted on the resolution last week, with 24 voting in favor, six voting against and 26 abstaining.

The resolution calls on Israel — as an “occupying power” — to restore of the “historic status quo” that prevailed until September 2000, under which the Jordan-run Organization for Muslim Endowments and Al-Aqsa Affairs exercised exclusive authority over the iconic mosque complex.
The text of the resolution also strongly condemns “escalating Israeli aggression and illegal measures” against the organization and Israeli violations of Muslims’ right to worship at the site.

In a statement, Palestinian government spokesman Youssef al-Mahmoud said the UNESCO resolution represented a “rebuke to the Israeli occupation and its practices and policies”, which, he asserted, “aim to distort Jerusalem’s [Arab and Muslim] identity”.


He went on to urge the international community to take “serious action” to end Israel’s decades-long occupation and to support the establishment of a Palestinian state with East Jerusalem as its capital.

Sami Abu Zuhri, a spokesman for Palestinian resistance movement Hamas, for his part, described the resolution as a “victory for the Palestinian cause” and hailed UNESCO for resisting Israeli pressures to reverse the decision.

Following last week’s vote on the resolution, Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu blasted the decision.

“To say that Israel has no connection to the Temple Mount and Western Wall is like saying Egypt has no connection to the pyramids or China has no connection to the Great Wall of China,” he declared in a statement.

“By adopting this absurd decision, UNESCO has lost what little legitimacy it once had,” he added.
For Muslims, Al-Aqsa represents the world’s third holiest site. Jews, for their part, refer to the area as the “Temple Mount,” claiming it was the site of two Jewish temples in ancient times.

In September 2000, a visit to Al-Aqsa by controversial Israeli politician Ariel Sharon sparked the Second Intifada, a popular uprising against the Israeli occupation in which thousands of Palestinians were killed.

Israel occupied East Jerusalem, in which Al-Aqsa is located, during the 1967 Middle East War. It formally annexed Jerusalem in 1980 — in a move never recognized by the international community — claiming the city as the Jewish state’s capital.

Sumber BO - 20-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muslim Leaders Warn Jerusalem’s Al-Aqsa ‘Is In Danger’

More than 500 Muslim leaders and clerics from 30 countries met in Istanbul on Friday to warn that the Al-Aqsa Mosque, Islam’s third holiest site that is located in Jerusalem, was in danger.

The religious and political leaders, representing at least 50 civil society organizations and political parties in their countries assembled at the 8th Islamic Countries’ Opinion Leaders Forum, titled “Al-Aqsa is in Danger” in Istanbul, organized by the Arab-Turkish Relations Center.


Yasin Aktay, vice chair of the ruling Justice and Development (AK) Party, represented Turkey as he spoke at the opening of the forum, saying: “Al-Aqsa [Mosque] is in danger means humanity is in danger, because Al-Quds [Jerusalem] gave us an example how people [from different sects] coexisted peacefully in an ideal way.”

Abderrazak Makri, president of the Movement of Society for Peace in Algeria, claimed: “There would be no success in any Islamic country without working on Palestine” and blamed foreign powers that “do not want us to become united, be developed. That is why we should be united to work for Al-Aqsa Mosque.”

During last year’s Rosh Hashanah holiday, which marks the Jewish new year, restrictions on men under 50 entering the mosque caused clashes in Jerusalem and the occupied West Bank.

A month-long series of Jewish holidays that start with Rosh Hashanah have in the past also caused heightened tensions as many Palestinians object to the increased numbers of Jewish visitors to the Al-Aqsa compound, which is revered by both Muslims and Jews, who know it as the Temple Mount.


Palestinians have in the past accused Israel of altering the status quo, a balance of prayer and visiting rights that reserves the right to worship at the site for Muslims, through its policing of Al-Aqsa and the surrounding area.

The tension caused by restrictions on entry to Al-Aqsa last year were followed by a period of violence that has seen at least 235 Palestinians killed by Israeli forces, mostly during clashes or alleged attacks.

“You know that the bad coup, the failed coup in Turkey was aiming to weaken Turkey because Turkey is taking a strong role on Palestine; because they wanted to stop Turkey supporting Palestine,” Makri added.

Salah Abdel Maksoud, Egypt’s former information minister in Mohamed Morsi’s government, said Turkish people defeated a military coup that aimed to marginalize the country.

He claimed that the military coup in Egypt in 2013, which ousted Morsi, had been triggered because he “ wanted to break the [Israeli] siege, help Gaza.”

Meanwhile, Mohammed Walid, head of the Syrian Muslim Brotherhood, spoke at the forum, addressed the crisis in his country.


He said he brought messages from Syrian opposition forces to Russia: “We did not go to the country to kill you, but you came to our country to kill our children, and our women, and to destroy our houses, history. We know that you are aggressor.

“You have intercontinental rockets, and missiles really effective against the bodies of children. […] We know that you are the most coward people in history,” Walid said.

The clerics meet once a year in Turkey to discuss solutions for conflicts that challenge Muslim countries. The two-day forum ends Saturday.

Sumber BO - 9-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Raja Jordan Bertekad Mempertahankan Al-Aqsa

  http://www.buletinonline.net/v7/index.php/raja-jordan-bertekad-mempertahankan-al-aqsa/                                                                                                                                                                                    Raja Jordan, Raja Abdullah II dalam satu temu bual yang disiarkan semalam oleh akhbar Addustour beliau bertegas untuk menjalankan tanggungjawab mempertahankan al-Aqsa.                                                        
“Kami akan berterusan dalam menjalankan tanggungjawab agama dan sejarah kita terhadap masjid Al-Aqsa, yang menghadapi pelanggaran berulang oleh kumpulan-kumpulan pelampau,” katanya.                    
“Sebagai Penjaga tempat suci Islam dan Kristian di Jerusalem, maka aku akan meneruskan usaha saya untuk melindungi tempat-tempat ini dan berdiri menentang semua pelanggaran kesucian mereka,”tegasnya.                                                                          
Israel sebaliknya tidak akan menerima peraturan ‘tanah haram’ sebagaimana Mekah dan Madinah, yang mengharamkan orang-orang kafir dari memasuki kawasan Masjid al-Aqsa, kerana mereka menggap ia adalah ‘tapak rumah ibadat Solomon’
Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Hal Ehwal Luar Negeri Keesset Israel, Avi Dichter menegaskan, rejim itu tidak bertolak ansur dengan ketetapan tersebut.                                                                            
“Idea bahawa apa yang telah dilakukan di Arab Saudi, di mana dua kota suci Islam, Mekah dan Madinah, adalah kawasan di mana hanya orang Islam mempunyai hak untuk memasukinya,

Avi Dichter                                                                                
“(dan) akan dilakukan di Gunung Kuil (Lomon Temple) adalah idea yang diputarbelitkan bahawa kita tidak akan membiarkan ia berlaku, “kata Dichter.                                                                                            
“Kami akan menghormati kesucian Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, dan akan mempertahankan hak-hak kami di Temple Mount.”tambahnya.                                      
Dichter mengulas komen yang dibuat oleh Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan Wael Arabiyat, yang mengecam lawatan “ganas” pendatang Israel sehari sebelumnya.                                              
Dalam kejadian itu, sekumpulan peneroka pelampau telah merempuh masuk ke perkarangan al-Aqsa dengan diiringi oleh pasukan keselamatan rejim.                                                                                                
Jordan merupakan penjaga masjid Al-Aqsa dan persekitarannya di timur Israel, telah berulang kali mengecam apa yang dikatakannya adalah pelanggaran peraturan di tapak, ketiga paling suci Islam itu.

Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan Wael Arabiyat                                                                                                 
Yahudi, yang menganggap kawasan itu juga tempat suci mereka, sebelum ini telah bersetuju, dibenarkan untuk melawat tetapi tidak untuk beribadat bagi mengelakkan ketegangan dengan umat Islam.                                                                                                                                                                  
Pada hari Ahad, kira-kira 400 Zionis menyerbu kawasan itu untuk memperingati kemusnahan dua kuil purba, tetapi beberapa individu mengambil kesempatan cuba melakukan iabadat mereka di sana telah diusir keluar.                                                                                                                                                      
“Meneruskan langkah-langkah seperti itu boleh mencetuskan perang agama di rantau ini,” Wael Arabiyat memberi amaran dalam kenyataannya yang disiarkan pada Isnin.                                                              
Arabiyat turut mengecam polis Israel kerana didakwa “menangkap dan memukul” jemaah Islam di perkarangan al-Aqsa.                                                                                                                                                                      
Polis Israel pada hari Ahad berkata umat Islam berkumpul disitu telah mengusir dua orang Yahudi.
Polis menolak dan merempuh mereka, menyebabkan tiga orang Islam telah cedera ringan dalam pergelutan itu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber BO - 18-8-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                             








































Merasai Ramadhan di Baitul Maqdis


MOHD AZMI ABDUL HAMID | .

MENEMPUH sempadan Jordan dan Tebing Barat Palestin yang dikuasai Israel, penuh dengan ketidakpastian. Ketika bergerak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia Jordan dan ke imigresen Jordan bersempadan Tebing Barat, kami cuba mendamaikan diri dengan menikmati lanskap sepanjang perjalanan. Dari jauh dapat dilihat Laut Mati dan bandar Jericho, Palestin.

Delegasi Mapim bergerak ke Baitul Maqdis untuk mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak dari 6 Jun (1 Ramadhan 1437 H) hingga 13 Jun (7 Ramadhan 1437 H) dalam rangka rencana melancarkan Wakaf Al-Aqsa.

Sebaik sahaja sampai ke sempadan Tebing Barat, bas dihentikan oleh polis Israel. Kami melalui 4 pemeriksaan di imigresen Tebing Barat semuanya oleh pegawai dan pengawal Israel. Hati berdebar kerana pasport delegasi Mapim terdapat cop pelbagai negara yang dikunjungi sebelum ini. Tidak ada pegawai Israel yang mesra ketika menyemak beg dan pasport kami, melainkan memberi renungan penuh kecurigaan .

Satu pemerhatian yang jelas dibumi Palestin ini; walaupun mempunyai pihak berkuasa Palestin, ternyata yang benar-benar berkuasa ialah Israel. Setiap lorong, disetiap bandar dan di setiap penempatan Palestin, tentera dan polis Israel berkawal disetiap sudut.

Beberapa orang Palestin diketemui menyatakan, antara Barat dan Timur Jurusalem bagaikan syurga dan neraka. Di sebelah Jurusalem timur, penempatan kaum Yahudi mendominasi semua kawasan.  Kemudahan awam yang lengkap dan rumah kediaman Yahudi kelihatan mewah. Manakala disebelah Jurusalem timur rakyat Palestin hidup dengan pemantau polis dan askar Israel.

Berpuasa di Baitul Maqdis punya kenikmatan yang tersendiri. Dikala ribuan rakyat Palestin sendiri disekat untuk datang ke Masjid Al-Aqsa , melawat ke Masjid Al-Aqsa menjadi idaman semua Muslimin. Keberkatan Al-Aqsa As-Syarif yang disebut-sebut disamping perjuangan mempertahankannya

Beberapa organisasi dari dalam dan luar Baitul Maqdis seperti Turki, Australia, UK dan Qatar sering kelihatan menyediakan ribuan pek makanan untuk iftar kepada jamaah di dalam Masjid Al Aqsa. Pihak sekuriti Israel sengaja menyulitkan kemasukan makanan ke dalam masjid.

Di sekitar perkarangan Masjid Al-Aqsa ribuan orang beriftar bersama ahli keluarga. Ruang di sekitar Qubah Al-Sakhra (Dome of the Rock) dipenuhi jamaah untuk beriftar. Manakala di taman-taman di sekitar masjid juga kelihatan khemah-khemah dan payung yang menyediakan makanan untuk para jamaah .

Semua ahli jamaah mempunyai satu tujuan,  berada dekat dengan Masjid Al-Aqsa agar tidak terlepas peluang bersolat maghrib dan isya serta terawih di masjid tersebut.

Jika ada jamaah dari luar Baitul Maqdis seperti dari Hebron, Nablus, Jenin, Jericho dan Ramallah yang dapat bolos masuk ke Masjid Al-Aqsa, mereka cuba beriktikaf  didalam Masjid Al-Aqsa sehingga ke waktu subuh. Di ruang sepert di Masjid Marwan dan Masjid Qadim yang berada di bawah Masjid Qibliti (Masjid Al Aqsa yang sdia ada sekarang) dipenuhi para jamaah yang beriktikaf dan membaca Al-Quran .

Ketika menemui Imam utama Masjid Al-Aqsa Syeikh Yusof Abu Sunainah , beliau mengeluh "tahun lepas Ramadhan Masjid Al-Aqsa menarik tidak kurang 200,000 orang untuk berterawih dan lebih 50,000 orang untuk solat subuh. Tahun ini akibat sekatan dan halangan Israel, bilangannya berkurangan. Hanya sekitar 10,000 ketika solat Terawih dan sekitar 2,000 - 3,000 ketika solat subuh".


Berpuasa di Baitul Maqdis bercampur perasaan antara ingin menikmati keberkatan dan ganjaran berlipatkali ganda dari Allah SWT, namun juga untuk merasakan suasana perjuangan mempertahankan kesuciaan Al-Aqsa itu sendiri.

Berjalan dilorong-lorong rumah dan kuarters kediaman dalam Bandar Tua (Old City) untuk menuju ke Masjid Aqsa sangat menarik. Suasana meriah sempena Ramadhan dapat dilihat dengan kedai-kedai menjual aneka barangan serta makanan di lorong-lorong didalam Bandar Tua itu.

Lorong-lorong itu dipenuhi pengunjung dari sekitar Tebing Barat Palestin. Akan tetapi rasa diintimidasi oleh kehadiran polis dan tentera Israel yang lengkap bersenjata menjadikan keadaan kurang selesa. Malah ketika hendak masuk ke pintu Al-Aqsa adakala disekat dan diinterogasi .

Kehadiran pengunjung di bulan Ramadhan dari luar Palestin sangat dialu-alukan oleh penduduk Palestin tempatan . Mereka ingin mengkisahkan kesempitan yang mereka alami oleh karenah pihak Israel yang mempunyai agandda besar untuk mengyahudikan seluruh Baitul Maqdis.

Ketika berbuka puasa bersama mereka di sekitar Masjid Al-Aqsa, penduduk Palestin meluahkan pelbagai kisah mereka berdepan dengan tentera dan polis Israel. Delegasi Mapim mengesan betapa kedatangan orang luar untuk bersama di Masjid Al-Aqsa sangat mereka alau-alukan.

"Kami mahu kaum Muslimin di seluruh dunia tahu apa yang kami sedang lalui. Mereka perlu melihat isu Masjid Al-Aqsa sebagai isu aqidah umat, bukan hanya isu pembebasan Palestin." kata seorang aktivis Murobitun yang berusha melanjutkan intifadhah mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

Di dalam Masjid Al-Aqsa hampir semua jemaah sibuk bersendirian menatapi Al-Quran . Ruang solat di dalam Masjid dipenuhi warga emas dan anak muda, masing-masing bertumpu membaca Kitabullah. Terdapat kelompok halaqah ilmu di beberapa sudut masjid yang dilengkungi oleh mereka yang mahu mendengar tazkirah dari ilmuan dan ulama, sementara menunggu solat isyak dan teraweih.

Sememangnya berpuasa di Masjid Al-Aqsa sangat istimewa. Keghairahan untuk beribadah sangat tinggi sementara kewaspadaan terhadap ancaman Yahudi yang mahu menghancurkan masjid itu menyebabkan rasa ingin melibatkan diri dalam perjuangan pembebasan Palestin sangat segar. – HARAKAHDAILY 24/6/2016

Sumber HD - 24-6-2016

Tujuh Warga Palestin Cedera Bertempur Dengan Polis Israel Di Al-Aqsa



Beberapa jemaah warga Palestin telah cedera selepas bertempur dengan polis Israel di Masjid al-Aqsa, berikutan bantahan terhadap lawatan Yahudi di tapak pada bulan suci Islam Ramadan.


Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata pada hari Ahad bahawa pasukan perubatannya membawa tujuh rakyat Palestin ke sebuah hospital Baitulmuqaddis Timur bagi rawatan kecederaan dari peluru getah, gas pemedih mata dan dipukul.

Jurucakap polis Israel berkata beliau tidak mengetahui pegawai menggunakan kekerasan, tetapi imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan pegawai polis Israel menyeret seorang lelaki dengan wajah berlumuran darah dan kepala.


Pegawai Palestin berkata, masalah itu bermula apabila Israel membenarkan pengunjung Yahudi ke dalam perkarangan al-Aqsa melanggar tradisi yang hanya membenarkan jemaah Muslim sahaja masuk ke dalam tempoh 10 hari terakhir bulan Ramadhan, yang kini sedang berlangsung.

Mereka berkata, mereka yang terkejut pada kemunculan pengunjung Yahudi dan sekumpulan pemuda Muslim membantah, sebelum berundur ke Masjid Al-Aqsa itu sendiri.


Sumber BO - 27-6-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih 130 Pelampau Yahudi Menceroboh Perkarangan al-Aqsa

Lebih daripada 130 orangg pendatang pelampau Yahudi memecah masuk ke oerkarangan masjidal-Aqsa cuba untuk melakukan ‘ritual Talmud’.

Seorang pegawai Palestin berkata, kira-kira 135 peneroka pelampau menyerbu kawasan suci masjid melalui pintu Al-Mugharbeh di bawah perlindungan polis Israel.

“Peneroka Yahudi cuba untuk melaksanakan ritual Talmud berhampiran Masjid Al-Qibali dan Dome of the Rock,

“tetapi mereka dihalang daripada berbuat demikian oleh jemaah Islam dan pengawal masjid,” kata Ketua Pengarah Hal Ehwal Al-Aqsa Sheikh Azzam al-Khatib pada Ahad.


Menurut beliau, berpuluh-puluh peneroka Yahudi, bagaimanapun, berjaya melaksanakan ritual Talmud di Al-Qataneen dan ‘pagar singa’.

“Lembaga Wakaf al-Aqsa Jordan mengutuk serangan provokatif oleh penduduk Yahudi,” kata al-Khatib.

Bagi umat Islam, Al-Aqsa mewakili tapak ketiga paling suci di dunia.

Yahudi, bagi sebahagian mereka, merujuk kepada kawasan itu sebagai “Temple Mount,” mendakwa ia merupakan tapak dua kuil Yahudi pada zaman purba.

Beberapa kumpulan Yahudi pelampau telah menggesa perobohan Masjid Al-Aqsa supaya sebuah kuil Yahudi mungkin akan dibina di tempatnya.

Pada bulan September 2000, lawatan ke tapak al-Aqsa oleh Ariel Sharon telah mencetuskan kontroversi yang kemudiannya dikenali sebagai “Intifada Kedua,” kebangkitan rakyat Palestin menentang penjajahan Israel di mana ribuan terbunuh.

Israel diduduki Timur Jerusalem pada 1967 Perang Timur Tengah. Ia kemudian dilampirkan bandar pada tahun 1980, dengan mendakwa ia sebagai ibu negara Yahudi dalam langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Sumber BO - 12-6-2016

Baitul Maqdis: Alunan ombak perjuangan tidak putus














































      HARAKAHDAILY | .







UCAPAN PERASMIAN OLEH DATUK SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG PADA PROGRAM KAYUHAN JIHAD SELAMATKAN AL-QUDS

Kita mengambil peluang daripada kelaziman umat Islam seluruh dunia yang menyambut Isra’ Mikraj dengan mengadakan program bagi mengingatkan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia umumnya yang cintakan kedamaian dan keadilan supaya mengingati isu Palestin dan Baitul Maqdis yang merupakan peristiwa yang mencacatkan sejarah Nabi-nabi dan umat sedunia.

Pada masa yang sama, barangkali kita lupa bahawa kita juga perlu mengingati Peristiwa 100 Tahun Penjajian Sykes-Picot, perjanjian di antara kuasa-kuasa besar dunia di ambang Perang Dunia Pertama iaitu Perancis dan Rusia yang berjanji untuk memecahkan dan membahagikan negara Asia Barat sekiranya dapat ditumbangkan Kerajaan Uthmaniyyah dan juga melaksanakan polisi yang sama di Asia Tenggara dengan memecahkan negeri-negeri yang dianggap lemah di antara penjajah British, Belanda, Sepanyol dan Perancis.

Peristiwa yang berlaku ini untuk mengingatkan kita bahawa isu Baitul Maqdis yang merupakan tempat Isra’ dan Mikraj adalah isu utama umat Islam dan masalah dunia yang dicetuskan oleh Zionis dan Freemason yang mempunyai perancangan pelampau Yahudi yang fanatik terhadap kaum dan agama dengan menganggap manusia selain mereka adalah binatang dan mereka juga telah mencipta ideologi yang meruntuhkan tamadun manusia di seluruh dunia.

Barangkali dunia turut melupai peranan Zionis yang telah berjaya menubuhkan negara haram Israel pada tahun 1948 dan merampas Baitul Maqdis pada tahun 1967 yang menjadi kiblat pertama umat Islam dan tempat Isra’ dan Mikraj yang menghubungkan Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

Kita mengadakan program ini untuk mengingatkan umat Islam atas kelekaan dan kelalaian mereka pada hari ini sama ada disedari atau tidak disedari yang telah memasuki dalam perangkap dan strategi Zionis yang bukan sahaja telah berjaya memecahbelahkan neegeri-negeri umat Islam dengan melakukan beberapa siri kekacauan, pada masa yang sama telah berjaya melekakan umat Islam dengan Perjanjian Oslo 1993, Perjanjian Camp David 1978 dan 2000, Perjanjian Madrid 1999 dan seterusnya mengheret negara Islam, khususnya negara Arab supaya melakukan hubungan diplomatik dengan Israel dan secara langsung mengiktiraf negara haram Israel dan membiarkan Baitul Maqdis menjadi mangsa tawanan.

Alhamdulillah, Malaysia negeri yang kecil sejak awal tidak mengizinkan dan mengiktiraf negara haram Israel. Secara khususnya umat Islam telah berjaya memberi tekanan politik kepada kerajaan dan rakyat supaya tidak mengiktiraf negara haram Israel. Malangnya, negeri besar dan kaya hanyut dengan penipuan Zionis dengan melaksanakan polisi ke arah mengiktiraf negara haram tersebut.

Hari ini kita menarik pemuda-pemuda secara khusus dan semua pihak umumnya di dalam aktiviti sukan sebagai satu kempen kesedaran kepada isu Baitul Maqdis dan Palestin dengan tujuan untuk mengembalikan semula ke dalam ingatan umat Islam.

Bukan sahaja perlu memberi sokongan, bahkan memberi tanggungjawab berjuang untuk membebaskan Baitul Maqdis. Bukan sahaja menjadi cita-cita, bahkan menjadi satu kenyataan satu hari nanti kita dapat membebaskan Baitul Maqdis supaya Zionis menyedari perjuangan Palestin dan Baitul Maqdis tidak hanya intifadah yang berlaku di Palestin sahaja dan mereka tahu bahawa kepalanya di Baitul Maqdis dan ekornya di Malaysia yang menjadi alunan ombak perjuangan yang tidak putus.

Ditulis oleh:
Abdul Malik Ab Razak
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak
15 Mei 2016, Taman Mutiara Gombak - HARAKAHDAILY 15/5/2016

Sumber HD  - 15-5-2016



Sultan Nuruddin Az Zanki, Merintis pembukaan Baitul Maqdis kali kedua

Posted on Saturday, May 14 @ 07:36:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




Sosok Pahlawan besar Islam yang satu ini.  Berkat Kiprahnya memimpin, Mesir dan Tanah Syam menyatu dalam  Kepemimpinan Islam, yang pada saat itu tercerai berai oleh Pasukan  Salib dan Syiah di Mesir (Bani Fathimiyyah). Berkat jasa besarnya,  pintu Penaklukan Kedua atas Palestina oleh penerus sekaligus  muridnya, Sholahuddin Al Ayyubi menjadi terbuka lebar.

KHALIFAH TERBAIK SETELAH UMAR ABDUL AZIZ
 Dengan penerapan Islam secara Kaffah (menyeluruh), keadilan, dan  kesejahteraan menjadi kunci pembuka bagi kegemilangan pasukan  tentera dalam melawan kezaliman, mengusir musuh pasukan Salib  dan membuat Keadaan negara menjadi teguh tak tergoyahkan. Sultan Nuruddin Zanky, nama lengkapnya adalah Al-Malik Al-Adil  Nuruddin Abul Qasim Mahmud bin Imaduddin Zanki, lahir pada tahun  1118 M. Beliau adalah putra kedua dari Imam Ad-Din Zanki.  Imam Ad-Din Zanki merupakan gubernur Aleppo, Suriah pada masa  itu. Ayahnya dibunuh musuh pada tahun 1146 M. Kemudian Nuruddin  dan abangnya Saif ad-Din Ghazi I membagi wilayah kekuasaan  menjadi dua. Nuruddin mengendalikan separuh wilayah dari Aleppo,  dan abangnya mengendalikan separuh lagi dari wilayah Mosul, Irak.

Pada akhirnya kedua wilayah ini bersatu di bawah kepemimpinan  Sultan Nuruddin Zanky. Nuruddin Zanky terkenal sebagai pemimpin  yang saleh dan adil.  Ibnu al-Athir, seorang sejarawan Muslim, penulis kitab Al-Kamil  fi-l-Tarikh, mendudukkan beliau pada urutan ketiga pemimpin paling  adil setelah Khulafaur Rasyidin dan Khalifah ‘Umar bin Abdul  Aziz Rahimahullah. Tentang ini Ibn al-Athir menerangkan, “Di antara bukti keadilan  Nuruddin adalah ia tidak pernah menjatuhkan suatu hukuman  berdasarkan dugaan atau tuduhan melainkan meminta dihadirkan  beberapa saksi atas tindakan yang dilakukan oleh terdakwa.  Kemudian jika memang ia terbukti salah, maka Nuruddin akan  menghukumnya dengan hukuman yang pantas dan tidak  berlebih-lebihan. Dengan keadilan ini, Allah menghilangkan  sekian banyak kejahatan di negerinya. Sedangkan di negeri lain  kejahatan begitu bermaharajalela karena para penguasanya  menerapkan kebijakan represif, hukuman yang berlebihan,  dan memutuskan suatu hukuman berdasarkan dugaan.  Wilayah kesultanan Nuruddin yang begitu luas terasa aman  dan tidak banyak orang yang jahat disebabkan oleh keadilan  dan komitmen dalam menjalankan tuntunan syariah yang suci.”

LANGKAH STRATEGIK DI BIDANG POLITIK DAN EKONOMI

Untuk menjadi Negara yang kuat, ada dua kunci utama adalah  Pertama, Penerapan Syariah dan Kedua, penyatuan negeri  Islam dalam Satu Kepemimpinan. Dalam Hal Ekonomi.  Restrukturisasi kebijakan Ekonomi dalam hal penerimaan negara  dilakukan secara radikal dan  fundamental. Pada saat sebelum Sultan Nuruddin Zanky berkuasa,  pajak yang berlaku saat itu mencapai 45 persen untuk rakyatnya.  Sultan mencabut kebijakan pajak tersebut dan mencari sumber  pendapatan lain yang sesuai Syari’ah agar mendapat berkah. Kebijakan pajak membuat rakyat tercekik dan susah  mengembangkan hartanya. Ibnu Khaldun berkata : pajak  tidak membuat negeri kaya, pajak membuat pembangunan  terhenti, gedung tidak berkembang, pengusaha  menyembunyikan hartanya. Sultan meminta kepada  para ulama dalam setiap khutbah Jum’at agar menyampaikan  permintaan ma’af kepada seluruh kaum muslimin atas pajak  yang sebelumnya telah diberlakukan. Penerimaan negara yang sah dan syar’i adalah dari zakat, infaq,  shodaqah, jizyah, kharaj, fai, ghanimah, ‘usyur dan khumus. . (Lihat : Sistem Keuangan Negara Khilafah, karya Syekh Abdul  Qadim Zallum). Adapun Pajak (dharibah), diterapkan jika negara  dalam kondisi paceklik, kas negara kosong, dengan dua syarat  obyek dan wajib pajak, yakni muslim dan kaya. Non muslim dan  tidak kaya, bebas dari beban pajak! Pajak dalam hal ini  bersifat Insidental. Berkat strategi radikal dan strategis di bidang ekonomi  inilah, keadilan dan kesejahteraan di Syam menjadi meroket.  Dan dampaknya berpengaruh pada infrastruktur dan ketenteraan.  Pasukannya merupakan yang paling kuat di Suriah pada masa  itu.

Tentang ini Ibn al-Qalanisi berkata, ”Tidak ada yang pernah  melihat tentara yang lebih baik daripada tentaranya … (baik)  dalam hal penampilan, perlengkapan, maupun jumlahnya.” Dalam hal politik dan kekuasaan, kebijakan ekonomi dan  kesejahteraan menjadi magnet bagi persatuan umat Islam dan  kunci kekuatan dalam penaklukan. 52 kota di tanah Syam  kembali ke tangan kaum muslimin. Dan puncaknya seluruh  tanah Syam menyatu dan berpusat di Damaskus. Kebijakan  bengis dan menindas negara Romawi berbanding terbalik  dengan kebijakan Syariah Sultan Nuruddin Zanky, sehingga  berbagai wilayah di sekitar Suriah bergejolak dan mendukung  kepemimpinan Islam di bawah Sultan Nuruddin Zanky.

PINTU PENAKLUKAN PALESTIN TERBUKA LEBAR

Keagungan, dan kemuliaan Kepemimpinan Islam oleh Sultan  Nuruddin Zanky menjadi inspirasi bagi penerusnya Sholahuddin  Al Ayyubi Rahimahullah. Untuk menaklukkan Palestina,  tanah Syam harus bersatu terlebih dahulu, dan hal itu telah  dilakukan dengan cemerlang dan berani oleh Sultan Nuruddin  Zanky. Perkembangan teknologi, IPTEK dan ketenteraan  bekembang pesat pada masa itu. Pedang Damaskus misalnya.  Dia adalah pedang terkuat dan legendaris hingga hari ini.  Mereka menggunakan teknologi Nanotubes dalam bahan  pembuatan pedang. Pedang ini lebih kuat dan tangguh daripada Pedang Samurai  milik Jepun apalagi Keris Indonesia. Dan sampai saat ini belum  ada scientists yang bisa menemukan bagaimana cara membuat  carbon nanotubes dalam struktur mikro baja. Termasuk  bagaimana membuat pedang Damaskus dengan struktur  yang sama seperti aslinya. Pelajaran penting dan  mencengangkan lainnya adalah, dengan Khilafah ternyata  suatu masyarakat bisa menciptakan sesuatu karya  yang elegan, bahkan bisa dibilang melebihi sejarah  pengetahuan itu sendiri. Luar biasa! Dengan pedang Damaskus itulah, pasukan Salib morat marit,  lari tunggang langgang, tameng dan baju perisai besi  tak ada guna. Kehebatan teknologi pedang saat itu,  sebagaimana kehebatan teknologi perang saat ini,  penuh rahsia, strategi, dan kekuatan pendukungnya yakni 

EKONOMI DAN POLITIK.

Dan keberkahan kepemimpinan  yang bisa menghasilkan kekuatan politik, ekonomi dan militer,  hanya dengan penerapan Syari’ah secara kaffah, dan  penyatuan dunia Islam dalam naungan khilafah.

TANAH SYAM KUNCI PENAKLUKAN AFRIKA DAN EROPA

Melalui Suriah, maka Penaklukan Palestin dan Mesir akan  menjadi terbuka. Melalui Mesir pulalah, Afrika akan berpeluang  besar untuk disatukan dalam satu kepemimpinan. Dan Melalui  Afrika itulah penaklukan Eropa Barat semakin terbuka  sebagaimana yang dilakukan oleh Abdurrahman ad Dakhil  yang sukses menyeberang melalui Maroko dan membuat  kekuasaan di Andalusia, Spanyol. Dan melalui Suriah pula,  Pintu penaklukan Eropa Timur menjadi terbuka melewati  Turki (Konstantinopel) seperti yang dilakukan oleh  Sultan Muhammad Al Fatih. Suriah wilayah paling strategis secara teritorial, dan merupakan  daerah yang diberkahi secara normatif karena sering dipuji  oleh Rasulullah Saw. Letak strategis Suriah inilah,  menjadikan daerah ini wilayah yang diperebutkan oleh siapapun  yang ingin menguasai Dunia. Apa yang dilakukan oleh  Sultan Nuruddin Zanki dengan menguasai bumi Kinanah,  meliputi tanah Syam dan Mesir (Suriah, Yordania dan  Libanon, belum Palestina), dan menyatukan kepemimpinan  Islam dalam satu naungan Khilafah dengan  penerapan Syariah, merupakan pengalaman sejarah  yang menjadi momok Dunia Barat dan Timur, khususnya  Israel. Konflik di Suriah akan terus berlangsung.
 http://silverheritage.blogspot.my

Artikel lain yg menarik
1.  saad bin-muaz-bergerak-arasy-dengan kematiannya
2. syria-berdarah-ratusan-terkorban
3.  Akhir Zaman, Binatang Dabatul Ard akan keluar beri tanda pada manusia

Sumber TKO - 14-5-2016

Israel gali bawah Masjid Al-Aqsa haram - Unesco
















































HARAKAHDAILY | .


Sebuah resolusi Unesco menyatakan bahawa Al-Aqsa dan tempat suci lain di Hebron dan Bethlehem merupakan "bahagian integral Palestin". Kenyataan ini membuat kesal kerajaan zionis yahudi.

Unesco juga mengutuk Israel, "pemerintahan penjajah," kerana menanam kubur palsu di tanah perkuburan Muslim, lapor World Buletin, Selasa lalu.

Dua tujuan ziarah kaum muslim, Masjid Ibrahimi (gua para leluhur) di tengah-tengah kota tua Hebron dan Masjid Bilal bin Rabah (Makam Rachel) di Bethlehem, diberi nama dalam laporan tersebut sebagai "laman Palestin". Draf keputusan dewan eksekutif Unesco di Palestin yang dijajah tersebut dikeluarkan pada tarikh 11 April 2016.

Badan khusus PBB yang menangani masalah Pendidikan, Keilmuan, dan Kebudayaan ini "menegaskan kembali bahawa dua tapak berkenaan yang terletak di Hebron dan di Betlehem merupakan bahagian integral dari Palestin" dan "tidak meluluskan penggalian haram Israel, pekerjaan, pembangunan jalan peribadi untuk peneroka dan tembok pemisah di dalam Kota Tua... Hebron yang sedang berlangsung, yang akan menjejaskan integriti laman web," kata kenyataan itu.

Unesco juga mengecam serangan Israel terhadap umat Islam di Al Haram Al-Sharif, dan tempat sucinya, Masjid Al-Aqsa.

"Unesco mengutuk keras tindakan Israel dan langkah-langkah menyalahi undang-undang terhadap kebebasan beribadah dan akses Muslim menuju tapak suci mereka Masjid Al-Aqsa/Al-Haram Al Sharif dan meminta Israel, kerajaan penjajah, untuk menghormati status quo tapak bersejarah tersebut dan agar segera menghentikan kesemua tindakan mereka," kata kenyataan itu lagi.

Unesco meminta Israel untuk menghentikan "larangan bagi umat Islam untuk mengebumikan jenazah di beberapa tempat dan melarang penanaman kubur palsu Yahudi di tanah perkuburan Muslim".

Unesco juga mengkritik "sekatan zionis terus menerus di Jalur Gaza" yang menyebabkan "jumlah korban antara anak-anak Palestin yang tidak boleh diterima" serta mengecam "serangan terhadap sekolah-sekolah dan kemudahan pendidikan dan budaya dan penolakan akses pendidikan". (Eramuslim)

Sumber HD - 21-4-2016



















































Persidangan untuk Al-Aqsa diselenggara di Istanbul

HARAKAHDAILY | .


Persidangan Global anti penjajahan Israel diadakan selama dua hari di Istanbul, Turki pada hari Jumaat (12 Feb).
Persidangan itu dihadiri oleh tokoh-tokoh agama, intelektual, wartawan dan ahli politik.

Seperti dikutip Palestinian Information Center (PIC) semalam, para peserta dalam persidangan mengadakan bengkel untuk membincangkan pelbagai topik dan membangunkan rancangan praktikal untuk menghadapi pencerobohan penjajah Israel terhadap Masjid Al-Aqsa.

Mohamed Nazzal dan Mohamed al-Hindi, ahli biro politik Hamas mengambil bahagian dalam persidangan tersebut.

Selain itu, Ahmed bin Sa'eid, seorang penulis Arab beserta Mohamed al-Hadif, seorang setiausaha Agung Parti Umma Emirates, Hasan al-Dauqi serta Abdullah Akkash, bekas ahli parlimen Kuwait ikut serta dalam majlis tersebut. [Islampos]

Sumber HD - 14-2-2016












































Khatib Al-Aqsa minta Israel kembali jasad para syuhada

HARAKAHDAILY | .


Puluhan ribu jamaah dikhabarkan telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat (11 Dis).

Pegawai Dinas Wakaf menyebutkan jumlah jamaah mencapai 40,000 orang dari Al-Quds, Palestin 1948, Tebing Barat  dan Jalur Gaza.

Ribuan jamaah ini berdoa bersama untuk membebaskan Al-Aqsa dari campur tangan Israel yang ingin menghancurkannya.

Sebelum solat, pasukan Israel menahan kad pengenalan para pemuda yang datang ke Al-Aqsa di gerbang-gerbang di sana. Pasukan juga melepas belon udara pengintai di atas udara Kota Lama ketika solat Jumaat, lapor Palestinian Information Center (PIC).

Khatib Jumaat Syeikh Dr Muhammad Salim Muhammad Ali menegaskan kedudukan mulia para syuhada dalam khutbahya.

Syeikh Salim juga meminta penjajah Israel agar mengembalikan jasad syuhada yang mereka tahan agar dapat dikebumikan sesuai dengan syariat Islam.

"Penahanan jasad itu hanya semakin memburukkan imej Israel dan tidak ada manfaatnya," tegasnya. [Islampos]

Sumber HD - 13-12-2015





















































Qaradhawi gesa umat Islam pertahan Masjid Al-Aqsa

HARAKAHDAILY | .


SHEIKH Yusuf Qaradhawi menyeru umat Islam di seluruh dunia untuk menyokong rakyat Palestin mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

Dipetik Palestin Information Centre, Sheikh Qaradhawi memberi amaran situasi di Yerusalem sedang serius oleh keganasan Israel.

"Sekarang atau tidak sama sekali. Peringatan telah terdengar," tegas Qaradhawi kelmarin yang mengajak semua Muslim bersatu.

Beliau menambah warga Muslim di Jerusalem perlu bantuan umat Islam untuk mempertahankan identiti muslim di sana.

"Jerusalem bukan milik warga Palestin sahaja. Wilayah itu milik setiap Muslim," kata Qaradhawi dipetik laman Islampos.

Sumber HD - 19-10-2015

Petanda kuasai Masjid Al-Aqsa

Posted on Sunday, October 11 @ 10:15:58 MYT by paktam

Oleh Zin Mahmud

Suasana tegang sedang melanda Baitulmaqdis. Minggu lalu, polis Israel mengharamkan selama dua hari orang Palestin daripada memasuki Kota Lama di mana terletaknya Masjid al-Aqsa.

Sehari sebelum itu, seorang remaja Palestin ditembak mati oleh polis Israel setelah dia menikam dua orang Yahudi di Kota Lama itu. Beberapa minggu lalu pula, pertempuran berlaku antara polis Israel dan penunjuk perasaan Palestin di sebuah kawasan atas bukit, yang kemudian merebak ke Jericho, Baitulaham, Hebron dan Ramallah. Keadaan itu mendorong mahasiswa Universiti Birzeit untuk mengisytiharkan Hari Kemarahan.

Keadaan tegang ini bermula sebulan lalu apabila terdapat tanda-tanda bahawa Israel akan bertindak mahu menguasai sepenuhnya Haram Sharif meliputi Masjid al-Aqsa. Pada masa ini ia ditadbir oleh kerajaan Jordan dan pihak Israel hanya membenarkan orang Yahudi mengunjunginya tetapi tidak boleh beribadat di situ.

Orang Yahudi pula bukan saja mahu melawat kawasan itu tetapi juga melakukan ibadat kerana mereka menganggap ia tapak Rumah Ibadat Sulaiman atau Temple of Solomon yang pernah wujud pada zaman purba. Dalam tradisi Islam, ia adalah Masjid Nabi Sulaiman yang telah dibina semula sebagai Masjid Al-Aqsa.

Maka menjelang Tahun Baharu Yahudi baru-baru ini, mereka mengunjungi kawasan itu dengan dipimpin oleh seorang rabbi iaitu paderi Yahudi. Mereka datang tanpa memakai kasut bagi menghormati kawasan itu dan rabbi menunjukkan tempat-tempat di mana haram bagi seseorang Yahudi memijaknya menurut agama mereka.

Dalam kalangan orang yang melawat itu ialah Menteri Pertanian Israel, Uri Ariel. Mereka ini semua dikawal oleh polis Israel. Maka keadaan ini menimbulkan curiga dalam kalangan orang Islam.

Perbuatan mereka itu dilihat sebagai suatu provokasi Israel untuk akhirnya menguasai Masjid al-Aqsa. Sememangnya orang Yahudi menganggap keseluruhan kawasan itu milik mereka dengan sebahagiannya mempunyai cita-cita bahawa satu hari Rumah Ibadat Sulaiman dapat dibina semula menurut reka bentuk asal.

Keadaan ini melahirkan dua kumpulan iaitu Gerakan Islam dan Murabitat Masjid al-Aqsa untuk mempertahankan kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai milik orang Islam. Gerakan Islam dan Murabitat al-Aqsa ini dianggotai oleh warganegara Israel tetapi berbangsa Arab dan beragama Islam. Mereka ini sebenarnya orang Palestin. Tetapi oleh kerana mereka tinggal di wilayah Palestin yang telah menjadi negara Israel, maka mereka dikenali sebagai Arab Israel.

Kumpulan Murabitat al-Aqsa terdiri daripada muslimat. Mereka membawa al-Quran dan melaungkan takbir apabila datang para pengunjung Yahudi ke kawasan Haram Sharif. Kumpulan ini menyatakan bahawa tindakan mereka tidak berbentuk keganasan dan ia merupakan demonstrasi membantah sebarang usaha Israel untuk menguasai Masjid al-Aqsa.

Namun begitu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menganggap mereka sebagai pengganas dan polis Israel bertindak menangkap anggotanya. Akibatnya berlaku pertempuran antara polis Israel dengan orang Palestin. Polis menggunakan peluru getah dan pihak Palestin menggunakan batu.

Israel pun mengenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang membaling batu. Banyaklah orang Palestin ditangkap.

Kemuncaknya apabila polis Israel menyerbu Masjid al-Aqsa pada satu subuh dan menghalang orang Islam daripada bersembahyang di situ. Bagaimanapun mereka kemudian membenarkan solat Aidiladha di situ. Tetapi kebenaran untuk sembahyang di situ hanya dihadkan kepada mereka yang berusia lebih 50 tahun. Keadaan ini menimbul lagi kemarahan orang Palestin hinggakan terdapat jangkaan akan berlaku kebangkitan Intifadah ketiga.

Suasana kecewa dalam kalangan orang Palestin sememangnya dirasakan. Impian untuk mewujudkan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka terasa hilang. Sebaliknya lebih banyak tanah Palestin di Tebing Barat diambil oleh Israel untuk dibina penempatan Yahudi. Perjanjian Oslo yang diharap merintis kepada penubuhan negara Palestin ternyata hanya menguatkan kedudukan Israel ke atas wilayah yang dikuasai.

Dalam suasana geopolitik serantau, Israel mendapat kelebihan. Apabila Iran dihalang daripada membangun senjata nuklear, maka Israel muncul sebagai satu-satunya negara di Timur Tengah yang memiliki bom nuklear. Sementara perang di Syria pula menghancurkan satu-satunya negara Arab yang mampu berdepan dengannya secara ketenteraan. Maka dalam suasana ini tidak hairanlah Israel boleh bertindak untuk menguasai sepenuhnya Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Dalam negara pula, Israel sudah menjadi lebih kepada sebuah negara Yahudi berbanding pada masa ia mula-mula ditubuhkan dahulu. Walaupun Zionisme merupakan fahaman yang menjanjikan sebuah negara sendiri bagi orang Yahudi, tetapi cita-cita asalnya adalah untuk menubuhkan sebuah negara sekular, demokratik dan pelbagai kaum serta agama. Tetapi kini ia menjadi negara agama Yahudi dan demokrasi hanya untuk satu kaum. Ia jadi eksklusif dan tidak inklusif. Lebih buruk lagi ia jadi negara penjajah dan dipencilkan majoriti negara dunia. Keadaan ini berlaku kerana pada setiap pilihan raya, pengundi memilih parti yang berpandangan lebih melampau. Parti lebih sederhana terus terpinggir.

Maka Israel dilihat bukan saja tidak mahu adanya negara Palestin berdaulat dan merdeka, tetapi tahun demi tahun ia terus menambah penempatan Yahudi di wilayah Palestin hingga mahu menelan kesemua kawasan yang dijajah termasuk Masjid al-Aqsa. Sedangkan pada masa penubuhannya, Baitulmaqdis dan Tebing Barat adalah sebahagian daripada Jordan. Gaza pula adalah sebahagian daripada Mesir. Dari segi wilayah, Israel tidak rugi jika negara Palestin ditubuhkan di Tebing Barat dan Gaza.

Tetapi Israel tidak mahu mengaku wujudnya Palestin. Yang diakuinya hanyalah Pihak Berkuasa Palestin yang bertugas untuk menghalang warganya daripada menyerang Israel seperti yang termaktub dalam Perjanjian Oslo. Maka tidak hairanlah, kini rakyat Palestin berasa kecewa dan gelisah. Suasana ini tercermin dalam ucapan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu. Katanya, pihak Israel telah banyak melanggar perkara-perkara dalam Perjanjian Oslo. Maka, pihak Palestin sudah tidak terikat dengan perjanjian itu.

Namun, apakah yang dapat dilakukan oleh pihak Palestin selain daripada membaling batu?
-utusan.com.my

Sumber DD - 11-10-2015        


Al-Aqsa Tidak Akan Dibahagikan

Pemimpin Gerakan Islam di Israel Sheikh Raed Salah berkata, beliau akan menentang apa yang disifatkannya sebagai percubaan oleh pihak berkuasa Israel untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa di antara Islam dan Yahudi.

Ketegangan telah meningkat baru-baru ini kerana sekatan Israel ke atas jemaah Islam Palestin yang ingin memasuki kompleks Al-Aqsa, menyebabkan beberapa pertempuran antara pasukan keselamatan kedua dan Israel.

Bagi umat Islam, Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci di dunia. Yahudi mendakwa, bagi sebahagian mereka, merujuk kepada kawasan itu sebagai ‘Temple Mount’ (kuil gunung) yang mereka tuntut sebagai tapak dua kuil Yahudi pada zaman purba.

Raed-Salah-Abir-Sultan

Beberapa kumpulan pelampau Yahudi telah mebuat seruan agar Masjid Al-Aqsa dimusnahkan dan supaya sebuah kuil Yahudi dibina di tempatnya.

Sehubungan itu, Syeikh Salah (gambar kiri), ikon perjuangan Palestin yang menentang penjajahan Israel dari dalam negara itu menegaskan bahawa, ‘ancaman Israel’ tidak akan menghentikan penentangan Palestin daripada menjalankan ‘tugas suci’ untuk melindungi Al-Aqsa.

Pada hari Selasa, Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia berkata, pasukan keselamatan Israel mungkin telah menggunakan kekerasan yang berlebihan terhadap penunjuk perasaan Palestin semasa pertempuran baru-baru ini di kompleks masjid.

Pada hari Ahad, penunjuk perasaan Palestin bergelut dengan pasukan keselamatan Israel di dalam kawasan masjid, dengan tentera Israel menggunakan bom asap dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan telah membuat halangan pada pintu masuk ke perkarangan di tengah-tengah khabar angin bahawa pelampau Yahudi merancang untuk masuk beramai-ramai ke perkarangan al-Aqsa pada hari tasriq terakhir yang berkebetulan dengan permulaan cuti Sukkot Yahudi.

Al-Aqsa telah lama menjadi zon sengketa antara Palestin dan tentera Israel. Pada awal bulan ini, kawasan itu menyaksikan tiga hari pertempuran yang menyebabkan berpuluh-puluh rakyat Palestin cedera.

Al-Aqsa_Mosque

Pada masa ini, penggunaan kawasan masjid adalah terhad kepada jemaah Islam. Sesetengah rakyat Palestin, bagaimanapun, menuduh pihak berkuasa Israel merancang untuk memulakan satu skim pengasingan dan pembahagian, yang mana penyembah Yahudi akan diberi akses kepada bahagian perkarangan ‘kiblat perama umat Islam itu, pada jam-jam tertentu dalam sehari.

Baitulmuqaddis Timur, di mana terletaknya al-Aqsa telah dijajah oleh Israel pada perang tahun 1967. Kemudian pada tahun 1980, Israel mengisytiharkan kota suci sebagai ibu negaranya, tetapi tindakan tersebut tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Pada bulan September 2000, lawatan ke Al-Aqsa oleh pemimpin kontroversi Israel, Ariel Sharon mencetuskan apa yang kemudiannya dikenali sebagai “Intifada Kedua”, kebangkitan rakyat menentang penjajahan Israel di mana ribuan rakyat Palestin terbunuh.

Sumber BO - 2-10-2015























































Himpunan Selamatkan Masjid Al-Aqsa di Masjid Jamek esok

HARAKAHDAILY | .
Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa
















KUALA LUMPUR: PAS menganjurkan Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa di pekarangan Masjid Jamek, Jalan Tun Perak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, esok (2 Okt).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata himpunan bersebelahan stesen LRT Masjid Jamek itu bermula selepas solat Jumaat.

Sehubungan itu, beliau menjemput semua NGO dan orang ramai hadir pada himpunan itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut memaklumkan tentang perubahan tempat himpunan itu.

Sebelum ini, himpunan Membantah Pencerobohan Masjid Al-Aqsa anjuran Pemuda PAS dijadual diadakan di hadapan Kedutaan Amerika. - HARAKAHDAILY 1/10/2015

Sumber HD - 1-10-2015











































Malaysia perlu juarai isu Masjid Al-Aqsa

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Negara-negara Arab dan umat Islam perlu bersatu bagi menghentikan pencerobohan Yahudi Israel terhadap kesucian Masjidi Al Aqsa.

Zionis Israel sekarang berusaha menghadkan sempadan masa dan zon di Masjidi Al Aqsa, yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

Presiden Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia, Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, Yahudi sedang berusaha untuk menjadikan Masjidi Al Aqsa untuk kegunaan bersama antara umat Islam dan Yahudi.

Katanya, pelbagai usaha dan langkah diambil umat Islam bagi meyuarakan bantahan terhadap tindakan Zionis yang menzalimi jemaah di Masjidil Aqsa semenjak 13 September lalu.

“Pencerobohan tentera Isreal sejak kebelakangan ini sepatutnya membuka mata umat Islam di seluruh dunia.

“NGO-NGO di negara ini telah melancarkan program 'Kempen Global Selamatkan Al-Quds'  di Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya di sini.

Wan Mohd Sharafi juga berkata, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah lebih proaktif dan berani bagi menyatakan pendirian Malaysia terhadap isu terbabit di peringkat serantau dan antarabangsa.

Katanya, Malaysia perlu memanfaatkan kedudukan sebagai Pengerusi Asean, ahli Majlis Keselamatan PBB dan anggota OIC bagi mengetuai bantahan terhadap kekejaman Israel. - HARAKAHDAILY 1/10/2015

Sumber HD - 2-10-2015

Ketegangan Al-Aqsa Mencetuskan Pertempuran Di seluruh Tebing Barat

Pertempuran telah meletus di seluruh Tebing Barat yang diduduki Israel, termasuk di Baitulmaqdis Timur, berikutan konfrontasi berterusan antara Palestin dan tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Turut sama berada di al-Aqsa pada hari Selasa adalah ahli parlimen (Knesset) Israel Jamal Zahalka yang hadir di perkarangan Al-Aqsa untuk menentang lawatan ahli-ahli pertubuhan Yahudi dan membantah sekatan kemasukan keatas rakyat Palestin yang mahu beribadah.



“Kami tidak mempunyai masalah dengan pelawat Yahudi. (tetapi) Kami mempunyai masalah dengan kumpulan-kumpulan yang datang untuk memprovokasi rakyat Palestin,” Zahalka memberitahu Al Jazeera, merujuk kepada pertubuhan-pertubuhan sayap kanan dan kumpulan peneroka haram.

Sejak pagi Isnin, lelaki Palestin di bawah umur 50 tahun telah dihalang daripada memasuki masjid, manakala wanita tidak disekat.

“Ia adalah di dalam wilayah yang diduduki (scara haram oleh Israel) dan Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan tempat-tempat ibadat mereka,” kata Zahalka.

“Kami menolak untuk menjadikan kebiasaan lawatan (oleh Yahudi Israel) ke masjid kerana langkah seterusnya (akan) membahagikan (al-Aqsa),” katanya, merujuk kepada pembahagian Masjid Hebron, al-Ibrahimi kepada bahagian Islam dan Yahudi.



Anggota Knesset warga Palestin itu menyeru perpaduan antara Fatah yang berpangkalan di Tebing Barat dan Hamas di Semenanjung Gaza.

“Kami mahu melihat perpaduan atas alasan untuk menyokong Al-Aqsa,” kata Zahalka lagi.

Semasa percutian Sukkot Yahudi selama seminggu yang bermula petang Ahad, ramai orang Yahudi dari seluruh negara melawat perkarangan Masjid Al-Aqsa, yang mereka rujuk sebagai ‘Temple Mount’ dan menganggap sebagai suci bagi mereka.

Gerakan Kuil Gunung dan Eretz Yisrael, sebuah organisasi garis keras Israel yang menyokong menghapuskan Masjid Al-Aqsa, telah menganjurkan perarakan di perkarangan al-Aqsa pada Rabu pagi.

Kumpulan itu mengeluarkan kenyataan menyeru orang-orang Yahudi untuk melindungi ‘Temple Mount’, yang kini mereka mendakwa ‘di tangan musuh-musuh Israel’.



“Kami akan menghentikan Islamisasi Kuil Gunung (Mount Temple) dan pembinaan lebih banyak masjid,”menurut kenyataan itu, yang menambah bahawa pasukan polis Israel akan menyediakan perlindungan kepada peserta perhimpunan.

Di bandar-bandar dan kampung-kampung di seluruh Tebing Barat, pemilik kedai Palestin dan institusi awam mengadakan mogok umum selama dua jam dalam perpaduan mempertahankan Al-Aqsa.

Pada petang Selasa,warga Palestin bertempur dengan tentera Israel di Ramallah, Bethlehem, Hebron dan beberapa tempat lain. Berpuluh-puluh kecederaan dilaporkan, termasuk sekurang-kurangnya tujuh cedera dalam demonstrasi berhampiran Ramallah.

Bercakap kepada Al Jazeera, seorang jurucakap tentera Israel berkata, beratus-ratus rakyat Palestin berkumpul berhampiran Ramallah di luar Beit El, yang terletak sebuah penempatan Yahudi sahaja.



“rusuhan berlaku dan tentera Israel bertindak balas menggunakan cara rusuhan penyebaran.” Kata jurucakap itu yang mengesahkan bahawa tentera Israel menggunakan peluru getah dan peluru kaliber 0.22 inci, menembak tujuh penunjuk perasaan di paras ‘kaki yang lebih rendah’.

Beliau menafikan penggunaan peluru hidup, namun kumpulan hak asasi Israel sendiri, B’Tselem menerangkan 0.22 inci peluru berkaliber sebagai peluru hidup yang kesannya adalah tidak kurang teruk berbanding dengan ’peluru biasa’.

“ia boleh membawa maut dan mendatangkan kerusakan serius , terdapat sekurang-kurangnya dua penembak tepat menembak peluru 0.22 inci berkaliber pada kami,” kata Muhannad Drabee, yang terlibat dengan protes,

“Seorang lelaki telah dipukul dan cedera, maka tentera Israel datang dan membawanya dengan ambulans dan menahannya,”tambah Muhammad



Di Hebron, berpuluh-puluh pemuda Palestin membantah terhadap sekatan di perkarangan Al-Aqsa telah berhadapan dengan tentera dan peneroka haram Israel di kawasan-kawasan perumahan di seluruh kawasan bandaraya itu.

“Pertempuran yang sangat ganas, tentera Israel telah menembak peluru hidup ke arah penunjuk perasaan,”kata Issa Amro, penyelaras Kumpulan Aktivis Belia Terhadap Penempatan Haram Israel.

Beliau berkata, askar di Bandar Lama Hebron melepaskan bom asap ke arah penunjuk perasaan dan di atas rumah rakyat Palestin.

Di tempar-tempat lain, tentera menggunakan peluru keluli bersalut getah, dilaporkan mencederakan sekurang-kurangnya dua orang demonstran.

Jurucakap tentera berkata bahawa “rusuhan ganas berlaku di Hebron dan [Bethlehem],” tetapi dia enggan mengulas lanjut.



Sebelum subuh pada hari Selasa, tentera Israel menahan tujuh penduduk Palestin di Baitulmuqaddis Timur kerana disyaki terlibat dalam pertempuran di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada hari Isnin, menurut Rangkaian Sokongan Banduan Addameer.

“Kami boleh mengesahkan bahawa seorang budak lelaki berusia 14 tahun dari kejiranan Issawiya [di Baitulmuqaddis Timur] turut ditahan,” kata Rafat Sub Laban, pegawai sokongan Addameer.

Sumber BO - 1-10-2015











































Himpunan Membantah Pencerobohan al-Aqsa

Keangkuhan Zionis Israel terus menerus menceroboh kiblat pertama umat Islam telah membakar kesabaran kaum Muslimin untuk bangkit menentang kebiadaban tersebut.

2. Tindakan Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa itu jelas paluan gendang ke arah kobaran untuk mencetuskan peperangan.



3. Seluruh dunia Islam percaya, umat Islam Palestin tidak akan hanya melihat sahaja pencabulan sedemikian. Sebaliknya mereka akan bangkit menentang dan mempertahankan rumah Allah itu.

4. Semangat Intifadhah tidak pernah padam dan Zionis Israel perlu bersedia menghadapi kekuatan yang pasti lebih menggerunkan dari yang pernah dihadapi sebelum ini.

5. Sebagai solidariti dan maruah Islam, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan himpunan sokongan ke atas perjuangan umat Palestin mempertahankan Masjid al-Aqsa.

6. Himpunan tanggal Jumaat, 2 Oktober 2015 di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat itu nanti juga adalah pernyataan bantahan terhadap Israel atas kerakusan mereka itu.

7. Kami menyeru umat Islam khususnya anak muda hadir menyatakan sokongan dan berdiri atas dasar maruah dan semangat cintakan keamanan sejagat.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
15 Zulhijjah 1436 | 29 September 2015

Sumber BO - 29-9-2015

Himpunan bantah ceroboh Masjid Al-Aqsa 2 Okt

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sebagai solidariti dan maruah Islam, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan himpunan sokongan ke atas perjuangan umat Palestin mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Himpunan tanggal Jumaat, 2 Oktober 2015 di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat itu nanti juga adalah pernyataan bantahan terhadap Israel atas kerakusan mereka itu.

"Kami menyeru umat Islam khususnya anak muda hadir menyatakan sokongan dan berdiri atas dasar maruah dan semangat cintakan keamanan sejagat," ujar Timbalan Ketua DPPM, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan.

Katanya, keangkuhan Zionis Israel terus menerus menceroboh kiblat pertama umat Islam telah membakar kesabaran kaum Muslimin untuk bangkit menentang kebiadaban tersebut.

Tambahnya, tindakan Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa itu jelas paluan gendang ke arah kobaran untuk mencetuskan peperangan.

"Seluruh dunia Islam percaya, umat Islam Palestin tidak akan hanya melihat sahaja pencabulan sedemikian. Sebaliknya mereka akan bangkit menentang dan mempertahankan rumah Allah itu," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan, semangat Intifadhah tidak pernah padam dan Zionis Israel perlu bersedia menghadapi kekuatan yang pasti lebih menggerunkan dari yang pernah dihadapi sebelum ini. - HARAKAHDAILY 29/9/2015

Sumber HD - 29-9-2015





























































Pemuda PAS Malaysia Akan Anjur Perhimpunan ‘Selamatkan al-Aqsa’

MARANG – Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan dan jelajah siri penerangan tentang isu masjid al-Aqsa dalam usaha mempertahankan kesucian masjid yang menjadi ‘kiblat’ pertama umat Islam itu.

Timbalan Ketuanya Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, isu al-Aqsa adalah amat penting dan menyeru semua pihak agar memberikan perhatian terhadap perkara tersebut.



“isu (al-Aqsa adalah isu) yang panas pada hari ini, yang mungkin kita semua terlepas pandang, apabila rejim Israel melakukan rempuhan dan menceroboh masjid al-Aqsa,

“saya ingin menegaskan bahawa isu Palestin umumnya dan isu masjid al-Aqsa secara khususnya adalah merupakan isu yang utama kepada umat Islam,”ujarnya ketika ditemui semalam, 26 September di sini, pada Majlis Korban Perdana Ma’ahad Darul Quran.

Menurutnya, walaupun banyak isu-isu lain seperti isu pembunuhan umat Islam dalam pertelingkahan di negara Syria dan isu peperangan di negara Yaman, pencerobohan keatas masjid al-Aqsa tidak boleh dibiarkan.

Oleh itu, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan siri program bagi memberikan kesedaran kepada umat Islam di negara ini.



“kita akan memberikan kesedaran kepada umat Islam di Malaysia melalui ‘road show’ (jelajah) ceramah-ceramah yang terdekat ini,

“dan in sha Allah kami juga akan membuat satu perhimpunan di Kuala Lumpur untuk kita membangkitkan isu ini supaya umat Islam Malaysia terus memberikan perhatian,”jelasnya.

Pada 15 September lalu, media antarabangsa melaporkan warga Palestin telah bertempur dengan tentera Israel di Masjid Jerusalem Al-Aqsa untuk hari ketiga berturut-turut, kerana tentera Israel telah menceroboh dan dilihat berada di atas bumbung tempat suci itu.

Presiden Hal Ehwal Baitul Maqdis Suleiman Ahmad, yang berada di tempat kejadian, memberitahu agensi Al Jazeera bahawa sekurang-kurangnya 36 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran awal pagi tersebut.

Polis Israel telah membenarkan aktivis Yahudi melawat halaman masjid, yang menimbulkan kemarahan rakyat Palestin kerana mereka bimbang Israel mengubah peraturan mengenai lawatan di perkarangan Al-Aqsa.



Ketua Pergerakan Murabitun al-Aqsa Yousef Mukhaimar, memberitahu bahawa umat Islam Palestin telah berkali-kali dihalang daripada memasuki masjid untuk beribadat, sebaliknya pendatang haram Israel “dibenarkan memasuki masjid dan berkeliaran dengan bebas di bawah perlindungan polis”.

“Kawasan luas (yang ditutupi) permaidani (merah) masjid (al-Aqsa) telah terbakar akibat daripada polis Israel menembak bom, peluru dan gas pemedih mata di dalam kawasan masjid,” kata Mukhaimar.

Sumber BO - 27-9-2015

Selamatkan Aqsa

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .


Berita terkini melaporkan, bahawa kumpulan pelampau Zionis Yahudi menceroboh Masjid Aqsa dengan sokongan polis dan tentera negara haram Israel. Pertempuran sengit berlaku dengan pemuda dan penduduk sekitar yang terus bertahan di dalam Masjid Aqsa dan kelilingnya, termasuk yang tua, pemuda, wanita dan kanak-kanak dengan bersenjatakan batu-batu sahaja, berkubukan dinding masjid dan tiang-tiangnya. Mereka berdepan dengan pihak Zionis Israel yang bersenjata canggih segala jenisnya, bukan sahaja gas pemedih mata, bahkan sehingga menggunakan peluru hidup. Pihak Zionis Israel bergerak dibelakang kenderaan berperisai dan dilindungi helikopter canggih. Mereka yang mempertahankan masjid suci itu tidak berganjak, walaupun sudah ada yang gugur syahid, ramai yang cedera dan ditahan.

Bagi ummat Islam, Masjid Aqsa adalah salah satu daripada tiga masjid yang dimuliakan. Di sinilah berlakunya Israk Rasulullah SAW dan bermulanya Mikraj ke angkasa lepas, menjadi tetamu Allah dalam peristiwa yang terkenal itu. Allah memuliakan masjid ini juga dengan menjadikannya kiblat pertama bagi ummat Nabi Muhammad SAW sebelum beralih kepada Kaabah di Makkah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS. Ummat Islam menyebutnya dengan "Ibrahim" adapun orang Kristian Barat dengan "Abraham" manakala pengikut kepercayaan agama penyembah berhala pula menyebutnya dengan "Brahma". Namun penganut Islam  tetap berpegang kepada firman Allah SWT:

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
"Bukanlah Ibrahim itu penganut agama Yahudi dan agama Nasrani (Kristian). Dia sebenarnya menganut agama Hanif (Mengesakan Allah tanpa syirik), Dia seorang Muslim. Bukannya seorang musyrikin(penyembah berhala dan lain-lain, selain Allah)." (Surah Ali-Imran, ayat 67)

Inilah keyakinan yang dipegang oleh penganut  Islam tanpa memaksa penganut agama yang lain, kerana berkonsepkan firman Allah:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ

"Tidak ada paksaan dalam agama". (Surah Al-Baqarah, ayat 256)

Ummat Islam juga menghormati hak penganut Yahudi dan Kristian menjadikan Palestin tanah suci masing-masing, tanpa dihalang mereka beribadat dengan menjaga sensitiviti semua pihak. Sejarah telah membuktikan betapa Yahudi dan Kristian yang memerintahnya tidak menghormati hak di antara satu sama lain. Hanyalah Islam yang memberikan hak ini sebagaimana terbukti ketika ia berkuasa memerintah:

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
"Kalau sekiranya Allah tidak menolak kalangan manusia berlawanan (di antara yang menegakkan Islam menghadapi penentangnya) nescaya dibinasakanlah kuil penganut Yahudi, gereja penganut Kristian, sembahyang-sembahyang dan masjid-masjid  yang disebut di dalamnya nama Allah. Demi sesungguhnya Allah pasti menolong sesiapa kalangan yang menegakkan agamanya dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (Surah Al-Hajj, ayat 40)

Ketika Perang Dunia Pertama, Zionis yang menguasai ekonomi berjaya menggoda negara besar dan selepas Perang Dunia Kedua, negara Israel diwujudkan secara haram, dihalau penduduk asalnya yang menganut Islam, dengan sokongan semua negara kuasa besar Timur dan Barat (Kapitalis, Komunis dan Sosialis) di atas alasan bersimpati dengan peristiwa "holocaust" yang terkenal, kerana kezaliman Nazi pimpinan Hitler terhadap kaum Yahudi, dengan berita provokasi dan dongeng yang penuh tambahan, sehingga melupai bangsa lain lebih ramai yang juga menjadi mangsa perang tersebut, tanpa menimbulkan betapa Zionis Yahudi adalah penyebab besar kepada semua perang dunia.

Ada pun penganut Mazhab Yahudi Ortodok (Naturikata) mengharamkan penubuhan Negara Israel itu kerana mengetahui asal usul dan akibatnya yang menimpa kaum yahudi kerana pelampau Zionis itu.

Sekiranya  dirujuk kepada kitab Taurat yang menjadi pegangan kaum Yahudi menunjukkan betapa Zionis yang sudah meyelewengkan Taurat menjadikan mereka sebenarnya lebih ganas dan zalim daripada kaum Nazi.  Al-Quran melaporkan bahawa mereka membunuh ramai kalangan para anbiya dan para ulama yang soleh. Mereka juga bersikap ganas terhadap bangsa bukan Yahudi.

Sila lihat kitab Taurat yang mereka percaya, menerusi Safar Tathniah 20/10 - 17 dan Yasyu’ 09/03 - 27: “Sekiranya kamu menghampiri mana-mana kota yang hendak diserang, ajaklah kepada perdamaian. Setelah mereka menerima perdamaian itu, jadikan kaum yang telah berjaya ditundukkan itu diperhambakan dan dipergunakan. Kalau mereka tidak mahu berdamai dan mahu berperang juga. Kepung dan setelah Tuhan serahkan mereka kepada kamu, pancungkan dengan pedang-pedang kamu kaum lelakinya. Ada pun semua kaum wanita, kanak-kanak dan binatang menjadi ghanimah (harta rampasan) milik kamu".

Ayat yang tegas mendukung teori mereka, yang lahir  daripadanya teori Darwin dan lain-lain, menganggap manusia selain bangsa Yahudi adalah goyim (binatang) yang boleh diperlakukan apa-apa sahaja. Maka berlakulah kemalangan kemanusiaan paling buruk dalam sejarah di zaman moden yang menjulangkan hak asasi manusia, tetapi mencabulnya secara berterangan pada tahun 1948 dengan mengiktiraf Negara haram Israel yang ditubuhkan secara paling kejam, namun dilindungi oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang beranggota tetap semua Negara Besar Kapitalis dan Komunis, berkuasa veto boleh membatalkan segala keputusannya bagi melindungi Israel. Semua anggota daripada negara lain wajib patuh. Adapun negara ummat Islam yang dikatakan merdeka mengubah kiblat politik antarabangsa, menghala ke London, New York, Paris atau Moscow dan Beijing, bukan lagi mengahala kearah Kaabah di Makkah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan dihidupkan oleh Nabi Muhammad SAW walaupun pemimpin dan rakyat semuanya berhaji ke Makkah dan mengadap sembahyangnya ke arah yang sama. Inilah penyakit memisahkan politik daripada agama, termasuk politik antarabangsa.

Bacalah cerita benar,  Khalifah Al-Muktasim di zaman kerajaan Abbasiyah yang sudah dianggap lemah, apabila disampaikan kepada baginda bahawa seorang wanita Islam dihina di negara asing bukan Islam, dimalukan ditengah khalayak dengan sedih merayu: ”Wahai Muktasim ! Selamatkan daku !”.  Terus disorak lagi. Sebaik diceritakan kepada Khalifah Al-Muktasim, baginda bangkit bangun daripada kerusinya dan terus menyampuk, ''Wahai Ibuku ! ini dia Muktasim mendengar rayuanmu”. Kemudian baginda mengarahkan bala tentera memimpin sendiri dan meninggalkan wasiat sekiranya baginda gugur, seterusnya  menyerang sehingga raja yang zalim melarikan diri, setelah diajar kerana menghina seorang ibu Islam."

Tindakan Khalifah Muktasim kerana ajaran Islam yang dianutnya wajib menjaga maruah kaum wanita, tanpa mengira agamanya, kerana Islam mengharamkan penganutnya menghina wanita,  walaupun bukan Islam. Jangan samakan dengan kebebasan barat yang menjadikannya bahan iklan untuk serba barangan. Wanita diharamkan menjadi sasaran peperangan dan segala yang menghinakannya.

Islam mengikat tali persaudaraan Iman pula di kalangan penganutnya laksana anggota dalam satu jasad. Sabda Rasulullah SAW:

مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى

"Bandingan hubungan persaudaraan dikalangan orang-orang yang beriman itu dari segi berkasih sayang dan bersimpati sesama mereka laksana anggota dalam satu jasad. Apabila satu anggota mengadu kesakitan maka seluruh jasad berjaga kesakitan dan demam." (Riwayat Imam Muslim dan Ahmad)

Hanya seorang yang beriman sahaja terasa dirinya ikut menderita walau pun sesiapa dan di mana sahaja adanya saudara beriman yang dizalimi atau ditimpa apa-apa bencana menjadikannya terasa kasihan, bersimpati dan bergerak secara bertindak membantu dan membelanya.

Kemalangan yang berlaku di Masjid Aqsa menyentuh jasad manusia beriman dan tanah sucinya. Sepatutnya membangkitkan seluruh dunia Islam kerajaan dan ummat bertindak sewajarnya, menandakan adanya perasaan iman dalam dirinya dan menentukan tahap kekuatannya atau kelemahannya atau menggerakkan kemanusiaan yang berkeluarga besar.

Secara khusus wajib menyedarkan yang terlena di kalangan kerajaan di negara umat Islam dan rakyat, organisasi antara dunia Islam (OIC), parti politik lslam, NGO dan seluruh anggota masyarakat wajib menunjukkan kepada Zionis yang melampau zalim itu, bahawa mereka tidak hanya berdepan dengan jumlah mereka yang bertahan di dalam Masjid Aqsa sahaja, bahkan akan menghadapi gelombang persaudaraan iman yang tidak putus datang dari seluruh pelusuk dunia dimana buminya ada penganut Islam yang berpijak atau adanya manusia yang masih bersifat kemanusiaannya.

Seterusnya, Zionis akan berdepan dengan sabda Rasulullah SAW yang berucap bersama mukjizat yang diketahui juga oleh pendita agama Yahudi, khususnya kalangan Ortodok yang membaca kitab asalnya, dan malang bagi penganut Islam yang memperkecilkannya:

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِى عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلاَّ مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ قَالَ « بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
"Akan berterusan ada dikalangan umatku  satu kumpulan yang tegak berjuang diatas pegangan agamanya (Islam), mereka terus zahir terserlah menghadapi musuh dalam keadaan gagah perkasa, tidak boleh memberi kemudaratan terhadap mereka, sehingga boleh menghentikannya oleh kalangan yang menentang mereka, apabila mereka ditimpa kesulitan, sehinggalah tibanya keputusan Allah, mereka masih terus dalam keadaan begitu juga (tidak berganjak), para Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah!  Di manakah mereka itu berada? Sabdanya : Di Bait Al Maqdis dan dikeliling Bait Al Maqdis”." (Riwayat Imam Ahmad)

Percayalah bahawa obor perjuangan Aqsa yang dikibarkan oleh penduduknya yang dikira sangat lemah tetapi mustahil dapat dipadamkan, bahkan semua yang dilakukan oleh kaum Zionis itu menandakan ajal pengikutnya dan kalangan yang mengecewakan perjuangan Palestin akan menerima ajal bersama Zionis.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
8 Zulhijjah 1436H / 22 September 2015M

Sumber HD - 22-9-2015


The Zionist plan for Al-Aqsa Mosque

By : Akif Emre

Since 1967 Jerusalem and Al-Aqsa Mosque have been under the illegal Zionist occupation.
The issue of Jerusalem, is the fundamental core problem of Israel; the Al-Aqsa Mosque, is a sacred Islamic site and for this reason, is above any debate contrary to this.

The status of Al-Aqsa Mosque as well as its historical and religious connection, also belongs to Muslims under international law and agreements.

In a systemic and dangerous manner, Israel is giving the signals for a plan to be carried out. Their manic, historically legendary claims to Judaize Al-Aqsa Mosque are being put in place. Dividing the mosque in two in order to Judaize one part of it, is gained only through violence.

In a similar manner, in al-Khalili, the Abraham Mosque had been attacked in a bloody Zionists raid. A similar intent has been forthcoming at Al-Aqsa Mosque evident from the repression and violence experienced in the last few days which is absolutely unacceptable.

It must noted that Jerusalem is neither the capital of Israel, nor is the Al-Aqsa mosque a Jewish temple.

What must also be not forgotten is that the Islamic world, rather than spending its energy dealing with ethnic and sectarian in fighting, Israel – taking a stand against all of humanity – will continue in its killing spree.

The time has come for Muslims to unite with a single consciousness and each and every Muslim must raise their voice – Kurd, Turk, Sunni-Shia conflicts ought to be replaced with a conscious effort to a real target, and take a stand to strengthen Jerusalem.

Sumber BO - 19-9-2015


Israel Jangan Bermain Api – Turki

Turki sekali lagi mengecam dan memberi amaran keras terhadap tindakan tentera Israel yang menyerang perkarangan Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmuqaddis.

“Mana-mana percubaan untuk melanggar dan kedudukan di Masjid Al-Aqsa……..Israel sedang bermain dengan api…….Israel sedang bermain dengan api sekarang,” kata jurucakap Presiden Ibrahim Kalin pada sidang akhbar di Ankara pada hari Selasa



Saksi memberitahu bahawa tentera Israel melepaskan gas pemedih mata, bom asap dan peluru getah kepada orange Islam yang sedan beribadah di Masjid al-Aqsal dan Masjid Al-Qibali.

“Dalam mencegah kemasukan umat Islam ke Masjid Al-Aqsa, tentera Israel menyebabkan kecederaan kepada berpuluh-puluh orang. Kita tahu sebab di sebaliknya,” kata Kalin.

Beliau berkata, kerajaan Israel mahu membahagikan bahagian tertentu dalam Masjid Al-Aqsa.
“Oleh itu, ia cuba untuk menghalalkan pencerobohan pelampau pendatang Yahudi di sana,” katanya.
Kalin mengutuk perilaku biadap askar Israel menjejakkan kaki di atas tanah suci Al-Aqsa, permaidani, dan masjid-masjid dengan “but kotor”.

Ketegangan telah berlaku di kompleks Masjid Al-Aqsa selepas pelampau Yahudi menggesa pengikut menyerbu masjid pada Rosh Hashanah, Tahun Baru Yahudi.



Bagi umat Islam, Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci di dunia. Yahudi merujuk kepada kawasan itu sebagai “Temple Mount,” mendakwa ia merupakan tapak dua kuil Yahudi pada zaman purba.

Beberapa kumpulan pelampau Yahudi telah dipanggil untuk perobohan Masjid Al-Aqsa supaya sebuah kuil Yahudi mungkin akan dibina di tapaknya.

Pada bulan September 2000, lawatan ke Al-Aqsa oleh ahli politik kontroversi Israel, Ariel Sharon mencetuskan apa yang kemudiannya dikenali sebagai “Intifada Kedua,” kebangkitan rakyat menentang penjajahan Israel di mana ribuan rakyat Palestin terbunuh.

Israel menduduki timur Baitulmaqdis pada 1967 Perang Timur Tengah. Ia kemudian dilampirkan bandar pada tahun 1980, dengan mendakwa ia sebagai ibu negeri mengisytiharkan diri Yahudi dalam usaha tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Sumber BO - 16-9-2015

































































Masjid Al-Aqsa: Pemimpin Hamas bertemu Erdogan

































































HARAKAHDAILY | .



PEMIMPIN Hamas Khaled Meshaal bertemu dengan Presiden Turki Recep Tayip Erdogan, hari ini (15 Sept).

Mesyuarat tersebut membincangkan pertembungan antara warga Palestin dan pasukan keselamatan Israel di Masjid Al-Aqsa. Demikian dikutip dalam WorldBulletin seperti dilaporkan laman Islampos.com.

Erdogan mengutuk kekerasan terhadap puluhan warga Palestin yang cedera. Selama pertemuan di Ankara, Meshaal mengucapkan terima kasih kepada Erdogan atas perhatian dan sokongan beliau itu.

Pasukan Israel menarik diri dari kompleks Al-Aqsa pada Isnin (14/9/15), Sheikh Azzam al-Khatib Ketua Pengarah urusan Al-Aqsa, menyatakan kepada Anadolu Agency.

Dalam menanggapi masalah tersebut juru bicara Kementerian Luar Negeri Amerika Syarikat (AS) John Kirby juga menyatakan kebimbangan dan mengecam keganasan di sekitar Masjid al-Aqsa.

Sumber HD - 15-9-2015

Zionism in overdrive to Judaize al Quds – Al Aqsa is in danger

Harakahdaily | .


The extent to which the Zionists spin and force their views and “facts” on people is simply unsurpassable.

Over the past year or so there have been very high tensions in occupied West Bank, due to incorrigible Zionists wanting to “occupy” Masjidil Aqsa which is the third holiest site for Muslims. So persistent have been the Zionists that all sections of Zionist society seem to have come together to continue the affront of this Muslim holy site. Naturally as a response the Palestinians have risen up to oppose it.

And in the process a few Zionists and some Palestinians have died and some others been injured. Zionist Israel itself has deployed hundreds of security personnel to the site. While claiming to “prevent” violence, they actually facilitated Zionist incursions into the compounds of the masjid.

 Under international agreement the masjid is under the Waqf Ministry of Jordan, hence no one besides the Muslims are allowed into the actual area of the masjid. However since the end of the attack on Gaza last August, Zionists have been pressing to go into the masjid compounds and that has sparked immediate reaction from the Muslims.

And all these have been reported in the Zionist-controlled western media simply as “Palestinian violence”. In fact the death of an Israeli is highlighted to the point that Palestinians are inherently blood-thirsty creatures and only know violence. No mention is made as to what caused the Palestinian to drive his car into a group of Israelis – which of course was in response to continued incursions into the restricted area of al Aqsa masjid.

As one would already have noticed for quite a long time now, more so after the 1967 occupation of Palestine, the Zionists have been aggressively Judaizing the West Bank, in particular around al Quds and al Aqsa. Their prime aim is to destroy the masjid and put up a temple there. That is why if one were to read anything written by these so-called reporters one would find that Masjid al-Aqsa is not referred to as such but as temple Mount.

In a Foreign Policy magazine article “Jerusalem, on a Knife’s Edge” the writer who is probably a Zionist, fills it up with constant mentions of “temple Mount”. In fact, the entire article is an aggressive attempt to paint the Palestinians as the rogues and the Zionists as the victims. The sacrilege on the masjid is simply not relevant. And not just this writer but others as well.

The issue here is when will Muslims do something to stop this active Judaization project that now is targeting the most holy of sites – the Masjidil Aqsa? - ES

Sumber HD - 17-11-2014











































Call for solidarity against Al Aqsa Division

Abdul Ghani Samsudin (SHURA) and Mohd Azmi Abdul Hamid (MAPIM) | .

The recent bill to be approved by the Knesset of Israel to divide the Al Aqsa mosque and allow Jews to enter the mosque is unprecedented and indicates the Zionist Israeli regime's intention to have full control over the holy mosque. The bill will spark resentment from the Palestinians.

The decision to divide the mosque so as to allow access to all Jews to worship in it is outrageous and must be condemned strongly as this is a clear indication of challenging the sanctity of the mosque.
This move is a continuation of decades of an ongoing process of Judaization of al-Quds (Jerusalem)and now this bill is targeting the holy mosque Al Aqsa. This is a provocation that will instigate tension not only within al Quds but will also spark worldwide anger among Muslims.

The aggressive assault by the Zionists is not something new. From the imposition of rules, changing names of roads and citizens from Arab to Jewish names to the construction of the separation wall, intrusion in all Palestinians lands, pushing Palestinians out of Baitul Maqdis, the denial of travel documents and rights to access their homes, intrusion and destruction of historical places of Muslims and Christian homes, resettlement of over 200,000 Jews on Palestinian lands in al-Quds and establishing 40 excavation points surrounding the Aqsa mosque.

The move, legalizing Jews to have equal praying rights as Muslims in the Al Aqsa Mosque is a final blow to the Muslims and it is tantamount to intimidating Muslims for an all out confrontation with the Zionists.

The world cannot just stand still at this potentially explosive situation. If the bill passes through, the world community must respond to demand for a stop to the implementation of the free and legal access of Jews into the mosque and a consequent bloody clash between the Arab Palestinians and the Jews.

The Judaization of al Quds and the Al Aqsa mosque cannot be left without a response or without a strong protest.

The heart of the Palestinian issue that is most felt among all Muslims is that that relates to Al Quds and Al Aqsa. It is this very issue that triggered the long struggle and resistance from the Palestinians. It is the issue of Al Aqsa that has united all Muslims to support the Palestinian struggle.

We demand that the OIC respond appropriately to pressure Israel not to proceed with approving the bill. The OIC must send a strong message to the Zionist regime on this issue. Failing which the Muslims must voice their feelings and act as a united front to save Al Aqsa.

We call upon the Malaysian government who is now an elected member of the UN Security Council to push for a strong response to the Knesset bill. It must be registered that the ownership of the holy mosque of Al Aqsa is solely that of the Muslims. The move to approve this particular bill is unprecedented and must be blocked as it jeopardizes any prospect of a peace deal and is an affront to the internationally agreed fact that the al Aqsa mosque belongs to Muslims.

We urge all Muslims and civil organizations, irrespective of race and creed to join forces and reiterate that Israel is going overboard with its move and it must be strongly condemned.

The Jordanian Parliamentarian protest against Israel must be fully supported since the agreed treaty between Jordan and Israel that the supervision of the Al Aqsa mosque is under the behest of the Jordanian government and hence must be respected.

We call on all Muslim scholars of the International Association of Muslim Scholars led by Sheikh Dr Yusof Qardhawi to take the initiative to launch and mobilize the Muslims worldwide for an all out Save Al Quds campaign. A special call to all Muslims to organize rallies, submit memorandums, launch a Boycott, Divestment and Sanction of Israel campaign and demand for a Muslim peacekeeping force be deployed to Al Quds should be initiated.

Sumber HD - 1-11-2014

UN DPA dedah rancangan jahat Israel

MOHAMMAD FAZRIL MOHD SALEH | .



PKPIM menyatakan kekesalan terhadap sikap dan tindakan para pemimpin Israel yang terus-menerus melakukan pencerobohan secara sistematik dan terancang ke atas bumi Palestin. Bukan sekadar itu sahaja, Israel kini sedang merencanakan usaha merampas Masjid al-Aqsa iaitu Tanah Suci ketiga umat Islam, dan juga merupakan tapak warisan peradaban antara tertua di dunia.

Kami merujuk kenyataan Jeffrey Feltman, Ketua Jabatan Perhubungan Politik Pertubuhan Bangsa Bersatu (United Nation Department of Political Affair – UN DPA) semalam yang menggesa Israel menghentikan rancangannya untuk membina 1000 lagi penempatan baharu di Timur Jerusalem. Menurut beliau, pembinaan penempatan baharu ini adalah pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dan kontradik dengan pelan “two-states solution”.

Dalam masa yang sama, usaha penggalian bawah tanah di dalam kompleks Masjid al-Aqsa sedang giat dijalankan oleh pihak Israel. Beberapa insiden pencerobohan golongan ekstrimis agama Yahudi ke dalam kawasan Masjid al-Aqsa juga semakin kerap berlaku. Lebih mengecewakan apabila pencerobohan ini direstui oleh pimpinan Israel dan disokong oleh pihak bersenjata Israel.

PKPIM mengutuk keras tindakan dan sikap angkuh para pimpinan Israel yang sesuka hati mencabuli undang-undang dunia. Sememangnya Israel terkenal dengan kesombongannya dan sewenang-wenangnya memperlakukan Palestin. Luka di hati masyarakat dunia masih belum sembuh pasca peristiwa serangan Israel ke atas Gaza beberapa bulan yang lalu, kini Israel mencipta onar lagi.

Pencerobohan seperti ini bukanlah kali pertama berlaku dalam sejarah Palestin. Pada tahun 1994, di Bandar Al-Khalil (Hebron), Masjid Ibrahimi telah dicerobohi oleh seorang pelampau Yahudi yang masuk ke masjid dan melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan kematian puluhan jemaah yang sedang bersolat, manakala ratusan yang lain turut cedera. Apa yang berlaku kini, Masjid Ibrahimi di Bandar al-Khalil dibahagi kepada dua bahagian; satu bahagian untuk umat Islam, dan satu lagi untuk umat Yahudi.

Ini tidak dapat diterima akal. Orang Yahudi punya tempat ibadat yang tersendiri, mengapa menceroboh tempat ibadat penganut agama lain? Jelas, ini pencabulan terhadap prinsip dan hak kebebasan beragama yang sewajarnya dihormati secara bersama oleh seluruh penduduk dunia.

Justeru, PKPIM menyeru masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya, untuk bersama-sama bersatu menyelamatkan Masjid al-Aqsa dan mempertahankan hak kaum tertindas. Penjajahan Israel ke atas Palestin adalah tidak sah di sisi undang-undang, dan Kuasa Besar dunia hanya mendiamkan diri sahaja atas kezaliman nyata yang dilakukan. Justeru, kita sebagai rakyat dan penduduk dunia yang akan menghakimi Israel!

PKPIM dan seluruh badan gabungan kami juga menyatakan sokongan padu terhadap NGO Malaysia yang dibentuk untuk kempen Selamatkan al-Quds yang terdiri daripada pertubuhan antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Permuafakatan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM), Aqsa Syarif, Aman Palestin, Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) dan lain-lain. NGO ini telah mengeluarkan kenyataan media mereka semalam dalam sidang media yang berlangsung di Wisma Bernama.

Dengan ini, PKPIM sekali lagi menyatakan sikap dan pendirian kami menolak sebarang usaha pembinaan penempatan haram Israel dalam kawasan Jerusalem. Kami juga menolak dan membantah tindakan pencerobohan golongan yahudi ke dalam kawasan Masjidil Aqsa dan usaha keji mereka melakukan penggalian bawah tanah di kawasan tersebut yang bakal merosakkan struktur tapak warisan peradaban dunia ini.

PKPIM sekali lagi menyeru masyarakat Malaysia menyokong usaha dan kempen menyelamatkan Masjid al-Aqsa dan mengenakan tekanan global terhadap Israel dan sekutu kuat mereka. Sekiranya sebahagian masyarakat Eropah dan Amerika Latin berusaha memberi tekanan dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin, apakah kita masih terus berdiam diri?

Sesungguhnya perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan adalah tugas kita bersama. Palestin akan dibebaskan suatu hari nanti. – HARAKAHDAILY 30/10/2014

Mohammad Fazril Mohd Saleh ialah Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Sumber HD - 30-10-2014











































Al-Aqsa vandalised and sacrileged– will Malaysia act?

Harakahdaily | .

For over the past few months we have been conveniently diverted from an extremely pressing issue that was not even reported by the Umno-owned media that claims to champion Islam and Muslim issues or causes.

It is the issue of trespassing carried out by Zionist settlers in occupied West Bank into the compounds of the holy Al-Aqsa masjid. By the way, this is a sanctuary, a holy place that is under the care of Jordan and which is the third most holiest place for Muslims after the Grand Masjid in Makkah and the Prophet’s masjid in Madina. Even under Zionist occupation by and large every attempt by Zionists to desecrate the mosque has always been met with fierce opposition from Palestinians.

But while the Zionists were bombarding and terrorizing Gaza for nearly two months last July and August, there have been several incursions by Zionist settlers into the compounds of the Noble Sanctuary where the Holy Prophet (pbuh) made his night journey to Heaven as described by the Qur’an. All such incursions were backed and supported by Zionist occupation forces and in fact each time they went in, the Zionist soldiers would fire on Palestinians trying to stop them and on many occasions even worshippers inside the masjid proper were fired upon with tear gas.

On 7 July 2014, 12 Israeli settlers broke into the al-Aqsa mosque. These 12 Israeli extremist settlers were headed by Rabbi Yehuda Glick and they broke into al-Aqsa courtyards through al-Magharba backed by Zionist occupation police. At the same time Israeli occupation imposed restrictions on access to al-Aqsa mosque for Muslim Palestinians.

Then on 18 August, dozens of Israeli settlers, headed by Likud party member and deputy Knesset speaker Moshe Feiglin, broke into al-Aqsa courtyards. Tension prevailed among Palestinian worshipers, while Zionist settlers toured al-Aqsa.

On 4 September over 20 Zionist settlers entered the compound through al-Magharba gate again and tried to perform Talmudic rituals. Israeli forces beat two Palestinian guards when they tried to prevent the invasion.

Again through the Magharba gate on 16 September, Jewish settlers backed by Israeli police forced their way into Jerusalem's Al-Aqsa Mosque compound. A total of 36 settlers stormed the Al-Aqsa complex through the gate under Zionist police protection,"

On 24 September, they went even further when Israeli military troops attacked Al-Aqsa masjid and threw countless teargas bombs, sound bombs and black metal bullets. Soldiers assaulted the worshippers, which caused more than 15 injuries in the worshippers’ queues.

The Zionist entity further tightened access to Al-Aqsa, while facilitating settlers’ break-ins on 30th September.

On 2nd October 2014, a group of over 80 Israeli rightists toured the Al-Aqsa compound escorted by armed Israeli police. 84 Israeli rightists entered the compound at 7:30 a.m. via the Moroccan Gate and performed religious rituals. The Israeli Tourism Ministry is considering dedicating a second gate for Zionist settlers into the Al-Aqsa Mosque compound. Currently, Israel allows Jewish settlers into the Al-Aqsa Mosque via the Magharba gate.

On the 9 October, dozens of residents had been wounded when Zionist soldiers and settlers invaded the yards of the Al-Aqsa Mosque and attacked dozens of worshipers. Soldiers threw gas bombs at the Palestinians in the yards of the mosque.

Following this the clashes started becoming worse. On 13 October hundreds of Israeli police raided the Al-Aqsa Mosque compound, leading to clashes with Palestinian worshipers. Israeli forces fired stun grenades, tear gas canisters and rubber-coated steel bullets at Palestinians.

The next day clashes continued as the Zionist occupation forces continued their invasion of the holy grounds.

And last Tuesday one of the worst attacks in recent history took place when Zionist soldiers attacked hundreds of protestors who were protesting the continuous assault of the holy site of Al Aqsa. Israeli armed police forcefully dispersed 500 protestors outside the Lions Gate.

Video footage has emerged from within the grey domed al-Aqsa building, showing a full-scale attack by the Israeli military, with unarmed Palestinians trying to escape. Palestinians were then blockaded inside the building.

“The level of violence being witnessed within the al-Aqsa now is unprecedented. Palestinians are fighting to defend their holy sites from relentless Israeli aggression and the world is turning a blind eye. Unless there is some intervention from the global community, it is only a matter of time before more Palestinians are killed by Israel,” said Ismail Patel, Chair of Friends of Aqsa.

With the level of Zionist belligerence going on, what is the whole doing to prevent such sacrilege from continuing?

Where are the Muslim nations and their organizations at this time when al-Aqsa is being bled by the Zionists? And since Malaysia has secured a seat at the UN Security Council, would it not be proper and urgent that it moves a motion to bring this matter up for deliberation and immediate action to prevent the illegal and sacrilegious affront on the holy al-Aqsa masjid.

Sumber HD - 24-10-2014

Siapa pembina asal Masjid Al Aqsa


Regim Zionis telah sampai ke kemuncak usaha mereka untuk merobohkan
Masjid al-Aqsa. Masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam,
masjid ke-3 suci umat Islam dan juga tempat berlakunya Isra' & Mi'raj
Rasulullah s.a.w kini berada di ambang bahaya. Bila-bila masa je,
bila-bila saat je, bila-bila waktu je kaum Zionis akan merobohkan
Masjidil Aqsa dan membina kuil ( Haikal Sulaiman ) mereka di atas
runtuhan tersebut. sayangnya majoriti umat Islam masih kurang
memberikan perhatian tentang bahaya yang menanti al-Aqsa.

Artikel ini ditaip sebagai meniti usaha hebat yang dilakukan oleh "
Syeikh al-Aqsa ", Raed Solah, pemimpin Gerakan Islam di Bumi Palestin
1948 untuk menyedarkan umat Islam tentang bahaya-bahaya yang menanti
al-Aqsa. Kempen " al-Aqsa fi khatar " yang dilancarkan oleh beliau
telah dapat menyedarkan sebilangan daripada umat Islam tentang bencana
yang bakal menimpa al-Aqsa dari ancaman Zionis. Sayangnya di Malaysia
ini kempen ini tidak begitu dirasakan, mungkin kerana umat Islam di
Malaysia terlalu sibuk mengirim SMS untuk AF, Mentor atau juga sibuk
menjadi pengadil untuk Malaysian Idol selain menjadi penonton setia
Juara Lagu dan Konsert Jom Heboh yang tumbuh mekar bagai cendawan di
saluran-saluran TV di Malaysia. So, semoga dengan artikel ini, semua
mendapat manfaatnya…..

Siapakah pembina yang telah membina Masjid al-Aqsa ???

Satu persoalan yang cukup menarik untuk dibongkar. Bagi kaum Yahudi,
mereka beriman bahawa Daud a.s pernah bercita-cita untuk membina
Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa sebagai Haikal Sulaiman atau kuil (
dalam bahasa Hebrew yakni Ibrani dipanggil sebagai HaMikdash ), tetapi
telah dihalang oleh Tuhan Yahweh. Tuhan Yahweh mengkehendaki Sulaiman
a.s untuk mendapatkan kemuliaan tersebut, maka menurut tanggapan
mereka, Sulaimanlah Pembina Haikal atau Kuil tersebut. Ini dapat kita
lihat di dalam Old Testament yang sama diimani oleh orang-orang Yahudi
dan orang-orang Kristian di dalam buku Kings (1) 6 : 14 yang berbunyi:

" So Solomon ( Sulaiman ) built the temple and complete it "

Inilah juga pegangan yang diimani oleh penganut agama Kristian yang
turut berpegang kepada Old Testament ( Kitab Perjanjian Lama ) atau
Torah ( Taurat ) menurut bangsa Yahudi. Namun, bagaimanakah pula
pendirian kita sebagai Muslim ???

Ya, memang ada diceritakan dalam al-Quran tentang pembinaan bangunan
yang kemudiannya diambil menjadi Masjid al-Aqsa oleh Sulayman ( Nabi
Sulaiman ) dengan menggunakan tenaga para jin. Persoalannya adakah itu
menunjukkan Islam juga mengiktiraf sejarah yang diriwayatkan di dalam
Old Testament itu ???

Jawapannya….NOP !!!

Sulayman ( Nabi Sulaiman ) a.s hanyalah membina semula bangunan masjid
al-Aqsa tersebut setelah bangunan asalnya telah roboh sama ada kerana
berlakunya bencana alam yang menimpa kawasan tersebut. Sebagai umat
Islam, sudah tentulah al-Quran dan Hadis sahih sahaja yang menjadi
rujukan dalam menjawab persoalan ' ghaibiyat ' seperti ini…


DALIL-DALIL BERKAITAN

Berikut adalah dalil-dalil yang menceritakan tentang siapakah yang
membina Masjid al-Aqsa dan bilakah ianya dibina :

Hadis Imam Bukhari :

حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن
أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام.
قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة

Maksud : Hadis Sulaiman bin Mahran al-A'mash, daripada Ibrahim bin
Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Dzar telah meriwayatkan, saya
telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w :

" Apakah masjid pertama yang dibina di atas muka bumi ini ??? "
Rasulullah s.a.w menjawab :

" Masjid al-Haram "
Saya bertanya lagi :

" Kemudiannya ??? "
Balas Rasulullah s.a.w :

" Masjidil Aqsa "
Saya bertanya lagi :

" Berapakah jarak antara keduanya ( tempoh binaan kedua-dua masjid ini ) ??? "
Balas Rasulullah s.a.w :

" 40 tahun, dimana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka
bersolatlah, disana ada kelebihan ( untuk mereka yang bersolat di
kedua-dua masjid tersebut ) "
Jelas dalam hadis tersebut, ianya menunjukkan bahawa masjid yang
pertama dibina ialah Masjid al-Haram di Makkah dan kemudiannya dibina
pula Masjid al-Aqsa, yakni selepas 40 tahun terbinanya Masjid
al-Haram.

Berdasarkan hadis di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara
al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun,
ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai
ulama' berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang
sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah
perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di
Makkah.

Menurut fahaman majoriti umat Islam, Nabi Ibrahimlah yang telah
membina Masjid al-Haram berdasarkan ayat 128 dalam surah al-Baqarah
yang bermaksud :

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ

Maksud : Dan ketika Ibrahim mengangkat dasar al-bait ( al-Haram atau
Ka'bah ) dan Ismail

Jumhur ulama', walau bagaimanapun menyatakan ayat di atas hanyalah
menunjukkan yang Nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram
yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi
Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi
Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga
bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Masjid al-Aqsa pula menurut fahaman majoriti masyarakat, ianya dibina
oleh Sulaiman. Persoalannya, jarak antara Ibrahim a.s dengan Nabi
Sulaiman a.s adalah lebih kurang 750 tahun, dan bukannya 40 tahun
seperti yang telah disebutkan dalam hadis Abu Dzar tadi. Maka…….

SIAPAKAH PEMBINA SEBENAR AL-AQSA ???

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan
beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya.

Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato' bin Abi Rabah dan
Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka'bah yang pertama
sebenarnya ialah nabi Adam.

Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah
ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di
keliling Ka'bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah
ditetapkan. Ka'bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram.
Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina
al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah
membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan
banjir besar serta faktor bencana alam yang lain.

Jika dilihat kepada hadis Abu Dzar di atas, ternyata Masjid al-Aqsa
telah dibina 40 tahun selepas Masjidil haram. Berhubung dengan
kekhilafan ini, Ibnu Hajar telah membawakan beberapa andaian, tetapi
akhirnya beliau telah memilih pendapat Ibnu Hisyam di dalam kitabnya
al-Tijaan, termasuk memilih pendapat ulama-ulama lain seperti
al-baihaqi, Abdul Razzaq, dan Wahab ibn Munaibih yang sepakat
mengatakan bahawa Nabi Adamlah yang terlebih dahulu membina Masjid
al-Aqsa kerana tempoh waktu 40 tahun pembinaan al-Aqsa selepas
terbinanya Masjid al-Haram adalah lebih dekat dengan Nabi Adam a.s
berbanding nabi-nabi yang lain.

TUNTASNYA………

Konklusinya, Masjid al-Aqsa telah dibina oleh Nabi Adam a.s ataupun
anak-anaknya, yakni beribu tahun sebelum Nabi Sulaiman membinanya
kembali buat kali ke-2.

Kebanyakan hujah-hujah mereka yang mengatakan bahawa Nabi Sulaiman
adalah pembina asal Masjid al-Aqsa adalah tidak kuat dan tidak
bersandarkan dalil-dalil yang sahih. Manakala dalil-dalil yang
mengatakan bahawa Nabi Daud yang membinanya pula adalah hadis-hadis
yang lemah selain diperoleh daripada sumber Israeliyyat ( ahli kitab
).

Satu-satunya hadis yang sahih dan kuat adalah seperti yang dikemukakan
oleh penulis seperti diatas ( Hadis Abu Dzar ) yang diriwayatkan Imam
Bukhari. So, benarlah….pembina sebenar al-Aqsa adalah Nabi Adam a.s…

Wallahu'allam...........

Sumber HD - 12-10-2014

No comments:

Post a Comment