BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, June 15, 2015

RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA



Langkah tepat RRM jaga kepentingan Islam

SAYA menjunjung kasih menyokong langkah Majlis Raja-raja Melayu (MRR) yang telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 30 Julai 2018. Langkah ini merupakan satu langkah yang tepat dalam situasi isu-isu yang melibatkan kepentingan agama pada hari ini telah menjadi pertikaian oleh pihak-pihak tertentu. 
Melihat kepada keanggotaan yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam majlis ini, saya penuh yakin bahawa Majlis Raja-raja cukup serius dalam memastikan jawatankuasa ini berfungsi sepenuhnya dalam mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa, serta keberkesanan agensi-agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundangan dan penghakiman Syariah di peringkat Persekutuan. 
Saya juga menaruh harapan agar usaha-usaha untuk memperkasa dan menambah baik institusi Mahkamah Syariah seperti yang diperjuangkan oleh PAS selama ini dapat diberikan nilai tambah dengan adanya jawatankuasa ini. 
AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
Bertarikh : 30 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 30/7/2018
Sumber HD - 30-7-2018 

Agong sertai qiamulail jam 3.30 pagi

KOTA BHARU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersama rakyat Kelantan awal pagi tadi menunaikan qiamulail sempena program ‘Qiam With Me’ di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian bermula jam 3.30 pagi. 
Hadir sama Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, anggota kerabat diraja, Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentera Kanan Ahmad Yakob, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Abdullah Ya’kub, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan.
Program itu berakhir dengan solat Subuh. Orang ramai yang hadir turut menikmati sahur yang disediakan. 
Sebelum itu pada malam tadi ribuan rakyat Kelantan menunaikan solat tarawih bersama kedua-dua baginda juga diadakan di Masjid Sultan Ismail Petra. 
Ruang solat masjid penuh dengan kehadiran orang ramai. Kesesakan berlaku di ruang parkir kenderaan dan laluan utama di sekitar masjid. Anggota polis, penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) dan Jabatan Amal mengawal lalu lintas. 
Solat tarawih diimamkan Imam Muda Masjid Sultan Ismail Petra, Ustaz Abdul Bari Abdullah. Sempena program itu juga diadakan penyampaian bantuan zakat kepada asnaf. 
Seramai 200 penerima menerima sumbangan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Raja Kelantan. Selepas solat tarawih juga diadakan program Moreh Minda yang menampilkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Ibrahim Lew. 
Program tersebut sebahagian besar disertai anak-anak muda termasuk yang datang dari Bachok, Tumpat, Pasir Mas dan penduduk tempatan. 
Program tersebut boleh diikuti melalui siaran langsung melalui rtv.kelantan.my. Apa yang menarik perhatian orang ramai apabila Sultan Muhammad V menggunakan sejadah putih di atas sejadah berwarna kuning yang disediakan. Baginda juga berjubah dan berketayap putih. 
Program Qiam With Me merupakan acara tahunan di Kelantan yang diadakan setiap Ramadan. Sebelum ini pernah diadakan di Masjid Ismaili, Pasir Pekan dan Masjid Muhammadi, Kota Bharu. - HARAKAHDAILY 12/6/2018
Sumber HD - 12-6-2018 

Agong sertai qiamulai jam 3.30 pagi

KOTA BHARU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersama rakyat Kelantan awal pagi tadi menunaikan qiamulai sempena program ‘Qiam With Me’ di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian bermula jam 3.30 pagi. 
Hadir sama Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, anggota kerabat di raja, Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentera Kanan Ahmad Yakob, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Abdullah Ya’kub, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan. 
Program itu berakhir dengan solat Subuh. Orang ramai yang hadir turut menikmati sahur yang disediakan. 
Sebelum itu pada malam tadi ribuan rakyat Kelantan menunaikan solat tarawih bersama kedua-dua baginda juga diadakan di Masjid Sultan Ismail Petra. 
Ruang solat masjid penuh dengan kehadiran orang ramai. Kesesakan berlaku di ruang parkir kenderaan dan laluan utama di sekitar masjid. Anggota polis, penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) dan Jabatan Amal mengawal lalu lintas. 
Solat tarawih diimamkan Imam Muda Masjid Sultan Ismail Petra, Ustaz Abdul Bari Abdullah. Sempena program itu juga diadakan penyampaian bantuan zakat kepada asnaf. 
Seramai 200 penerima menerima sumbangan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Raja Kelantan. Selepas solat tarawih juga diadakan program Moreh Minda yang menampilkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Ibrahim Lew. 
Program tersebut sebahagian besar disertai anak-anak muda termasuk yang datang dari Bachok, Tumpat, Pasir Mas dan penduduk tempatan. 
Program tersebut boleh diikuti melalui siaran langsung melalui rtv.kelantan.my. Apa yang menarik perhatian orang ramai apabila Sultan Muhammad V menggunakan sejadah putih di atas sejadah berwarna kuning yang disediakan. Baginda juga berjubah dan berketayap putih. 
Program Qiam With Me merupakan acara tahunan di Kelantan yang diadakan setiap Ramadan. Sebelum ini pernah diadakan di Masjid Ismaili, Pasir Pekan dan Masjid Muhammadi, Kota Bharu. - HARAKAHDAILY 12/6/2018
Sumber HD - 12-6-2018
Demikianlah kuasa Yang Di pertuan Agung

















Posted on Saturday, October 08 @ 19:38:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31955


Perlembagaan persekutuan bab 3 pemerintah.
Fasal 40. Yang di Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.
 

  (1) pada menjalankan tugasnya dibawah perlembagaan ini undang undang persekutuan. Yang Di Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jumaah Menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak dibawah kuasa am jumaah menteri, kecuali sebagaimana di peruntukan selainnya oleh perlembagaan ini; tetapi Yang di Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apaapa maklumat mengenai pemerintahan persekutuan yang boleh didapati oleh jumaah menteri. 



(1A) pada menjalankan fungsi fungsinya dibawah perlembagaan ini atau undang undang persekutuan, jika yang dipertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(2) Yang di Pertuan Agong boleh bertindak menurut budibicaranya pada melaksanakan tugas tugas yang berikut, iaitu
(a)Melantik seorang perdana menteri
(b) Tidak mempersetujui permintaan membubar parlimen
(c) meminta diadakan suatu mesyuarat majlis raja raja yang semata mata mengenai keistimewaaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran duli dulia yang maha mulia Raja Raja dan mengambil apa apa tindakan dalam mesyauarat itu.dan dalam apa apa hal lain yang tersebut dalam perlembagaaan ini.

(3)Undang undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghendaki Yang Di Pertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas tugas yang di daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana mana orang atau kumpulan orang yang lain daripada jumaah menteri.
(a)Tugas tugas yang boleh dijalankan menurut budibicaranya

(b) Tugas tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat dalam mana mana perkara lain.

Sumber TKO - 9-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sultan Selangor selamat diijabkabul dengan Norashikin pada hari kemerdekaan
Posted on Friday, September 02 @ 16:31:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31530



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijab kabul dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 31 Ogos lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin dan Norashikin dinikahkan oleh Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam majlis pernikahan yang sederhana dan ringkas atas titah baginda.

Munir berkata pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Al Fadil Imam Paduka Mohd Rasid Mahful; Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin dan bapa serta ahli keluarga pengantin perempuan.

Sultan Sharafuddin dilahirkan di Istana Jema'ah Klang (kini Kolej Islam Sultan Alam Shah) pada 24 Dis 1945.

Ini adalah pernikahan ketiga Sultan Selangor selepas mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal pada 1968 tetapi bercerai pada 1986 dan kemudian berkahwin dengan Puan Nur Lisa Abdullah (rakyat Amerika) tetapi berpisah pada 1997.

Baginda mempunyai dua puteri dan seorang putera iaitu Tengku Zerafina, Tengku Zatashah dan Tengku Amir (kini Raja Muda Selangor).

Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).

Sumber TKO - 2-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Raja-raja Hilang Kepercayaan Pada Najib
Posted on Saturday, July 23 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                         

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31118



Kenyataan Majlis Raja-raja berkaitan 1MDB menunjukkan bahawa sultan-sultan tidak yakin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata penganalisis.

John Pang, felo kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura, membuat tafsiran itu memandangkan raja-raja Melayu tidak pernah merujuk secara khusus isu-isu kerajaan dalam kenyataan mereka.Najib juga telah hilang keyakinan sektor masyarakat yang lain, kata Pang, seperti dilaporkan The New York Times.
Sementara itu, Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Redzuan Othman pula berkongsi pandangan sama susulan kenyataan raja-raja yang tidak pernah berlaku itu.
"Isu ini (1MDB) amat serius, jika tidak sultan-sultan tidak akan campur tangan.
"Biasanya sultan-sultan hanya ulas isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu dan tidak campur isu berkaitan pentadbiran," kata Redzuan kepada Malaysiakini.
Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan".
Kenyataan itu dilihat memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang dihantui dakwaan skandal 1MDB, syarikat pelaburan negara yang kini menanggung hutang besar.                                                                                                                                                                                             Sumber TKO - 23-7-2016                                                                                                                    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                        Perkenan rang undang-undang, tidak wajar hadkan peranan Agong, raja
Posted on Saturday, May 07 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah tindakan mengehad atau menghapuskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam meneliti serta memperkenankan rang undang-undang adalah tidak wajar.

Baginda bertitah, peranan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja dalam hal ehwal Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri adalah penting, selain peranan dimainkan badan eksekutif, Speaker dan ahli Parlimen.


"Ini kerana Raja mempunyai kuasa memanggil dan membubar DUN, selain berkuasa melantik Menteri Besar dan barisan ahli majlis mesyuaratnya. Selain itu, sesuatu undang-undang yang diluluskan DUN hanya boleh berkuat kuasa selepas diperkenankan Raja.

"Jadi, hubungan antara Raja, badan perundangan dan eksekutif saling melengkapi antara satu sama lain dalam membentuk sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang cekap dan berkesan," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan Persidangan Speaker Parlimen dan DUN seluruh Malaysia 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk S Vigneswaran dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sultan Ibrahim bertitah, dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri, badan perundangan adalah dibentuk menerusi dua komponen utama iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Parlimen di peringkat Pusat atau Raja dan DUN di peringkat negeri.

"Jadi, adalah tidak wajar kuasa Agong atau Raja dalam meneliti dan memperkenan sesuatu rang undang-undang dihadkan atau dihapuskan.

"Ia akan menjadikan peranan Agong atau Raja hanya sebagai 'rubber stamp' untuk menurunkan cop mohor terhadap rang undang-undang yang diluluskan Parlimen atau DUN. Saya tahu perkara ini berlaku di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri, tetapi tidak di Johor," titah baginda.

Sumber TKO - 7-5-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Rasuah: Teguran Sultan Nazrin wajar dipandang serius





















HARAKAHDAILY | .


DEWAN Pemuda PAS Perak menjunjung titah Sultan Perak,  di majlis Anugerah Bisnes Utusan bahawa rasuah harus diperangi dengan berani dan tanpa pilih kasih.

Teguran Baginda Sultan seharusnya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia khususnya di Perak. Seandainya rasuah masih gagal ditangani, ia mengundang murka Allah malahan negara bakal berhadapan krisis kewangan dan rakyat terus menjadi mangsa. Kesan rasuah lebih dibimbangi jika melibatkan pemimpin negara yang akhirnya mampu melumpuhkan negara.

Isu 1MDB, SRC International dan derma RM2.6B masih menjadi perhatian dunia apakah nilai 'transparent' Malaysia berada pada tahap yang tinggi. Ini diburukkan lagi dengan ketirisan yang berlaku seperti yang dibentangkan oleh Jabatan Audit Negara.

Saranan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengambil tindakan terhadap Wartawan dan Editor Akhbar yang membongkar rahsia, dilihat sebagai satu langkah bagi menutup mulut daripada menceritakan ketirisan dan rasuah yang lebih besar dilakukan oleh individu yang berjawatan tinggi dalam Kerajaan.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Perak terus istiqamah menyatakan pendirian perang terhadap rasuah dan terus berpegang dengan prinsip seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 188.

Dewan Pemuda PAS Perak turut mengingatkan Kerajaan Barisan Nasional khususnya di Perak agar memimpin dengan landasan Islam, menghindarkan perkara yang dimurkai Allah dan mengutamakan segala kepentingan rakyat.

AKMAL KAMARUDDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak – HARAKAHDAILY 2/3/2016

Sumber HD - 2-3-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sultan beri amaran keras pada 2 ahli politik Umno

Posted on Monday, February 22 @ 19:34:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik Umno.

Baginda “menasihatkan” ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.

Sultan Ibrahim juga memberi amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk “membelasah” Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.

“Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak “whack” anakanda saya (TMJ).

“Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.

Pertelingkahan Nazri dan TMJ tercetus selepas anakanda sultan Johor memperli kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke majlis dialog terus terang #Nothing2Hide berkaitan isu 1MDB di Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Petikan ucapan itu dimuat naik ke Facebook rasmi pasukan bola sepak negeri Johor Southern Tigers.

Tengku Putra pula sebelum ini dilaporkan berkata, amaran Tunku Ismail kepada ahli politik yang cuba mendekati ayahandanya untuk kepentingan peribadi. patut juga dinyatakan kepada golongan taikun perniagaan negeri.

Sementara itu, dalam ucapan sama, baginda juga bertitah tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik.

Titah baginda, walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa, baginda hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu.

“Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor,” titah baginda.

Timbalan Muhyiddin Yassin sebelum ini mengadap baginda selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, yang dispekulasikan beliau mendapat dukungan istana. - MK
                                                                                                                                                             Sumber     TKO - 22-2-2016                                                                                                                  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara sifat pemimpin jauh diri dari tergelincir aqidah

BERNAMA | .


IPOH: Pemimpin yang melaksanakan pimpinan dan pemerintahan dengan adil, saksama, jujur, ikhlas, amanah, menegakkan yang makruf dan menentang yang batil serta memenuhi perintah serta amanah Allah SWT wajib dihormati selari dengan seruan dalam al-Quran.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah para pemimpin yang dipilih mempunyai tanggungjawab berat untuk memimpin ummah ke jalan yang lurus dan diredai Allah SWT agar umat Islam terus dilimpahi keberkatan dunia serta akhirat.

"Pada hari kebangkitan, beban tanggungan pemimpin amatlah berat kerana kesanggupannya menerima amanah. Setiap perkataan dan segala perbuatannya akan dihitung dan ditimbang.

"Antara sifat-sifat utama seseorang pemimpin adalah menjauhkan diri daripada tergelincir aqidah hingga ke peringkat sanggup menghambakan jiwa raga kepada kebendaan, bertuankan insan lain, bersekutu dan bersubahat merestui perbuatan mungkar," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada penutupan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-37 di Pusat Konvensyen Amanjaya di sini malam Sabtu. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah bilangan huffaz yang bertambah ramai serta kecenderungan ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti kelas tahfiz ketika ini merupakan satu petanda yang baik.

Baginda bertitah pada masa ini terdapat 54 pusat serta sekolah yang melaksanakan pengajian tahfiz di Perak dan ia memberi manfaat kepada 4,910 pelajar.

"Para huffaz berperanan penting membantu memelihara keaslian dan melindungi kesahihan al-Quran," titah baginda.

Sultan Nazrin turut bertitah al-Quran bukan sekadar kitab untuk dibaca dan dihafal, tetapi ia juga menuntut kepada pemahaman serta penghayatan bagi mengupayakan manusia melihat dunia dengan perspektif baharu.

Titah baginda selain berperanan sebagai kompas yang membantu pembentukan adab dan budaya, al-Quran turut berfungsi sebagai sumber inspirasi untuk membolehkan umat Islam mencipta tamadun agung dan mencapai mercu kegemilangan.

Pada majlis itu Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenaan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-37 berlangsung selama lima hari mulai 16 Feb lalu dan disertai 78 huffaz dari seluruh negara. - Bernama

Sumber HD - 21-2-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Antara sifat pemimpin jauh diri dari tergelincir aqidah

BERNAMA | .

IPOH: Pemimpin yang melaksanakan pimpinan dan pemerintahan dengan adil, saksama, jujur, ikhlas, amanah, menegakkan yang makruf dan menentang yang batil serta memenuhi perintah serta amanah Allah SWT wajib dihormati selari dengan seruan dalam al-Quran.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah para pemimpin yang dipilih mempunyai tanggungjawab berat untuk memimpin ummah ke jalan yang lurus dan diredai Allah SWT agar umat Islam terus dilimpahi keberkatan dunia serta akhirat.

"Pada hari kebangkitan, beban tanggungan pemimpin amatlah berat kerana kesanggupannya menerima amanah. Setiap perkataan dan segala perbuatannya akan dihitung dan ditimbang.

"Antara sifat-sifat utama seseorang pemimpin adalah menjauhkan diri daripada tergelincir aqidah hingga ke peringkat sanggup menghambakan jiwa raga kepada kebendaan, bertuankan insan lain, bersekutu dan bersubahat merestui perbuatan mungkar," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada penutupan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-37 di Pusat Konvensyen Amanjaya di sini malam Sabtu. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah bilangan huffaz yang bertambah ramai serta kecenderungan ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti kelas tahfiz ketika ini merupakan satu petanda yang baik.

Baginda bertitah pada masa ini terdapat 54 pusat serta sekolah yang melaksanakan pengajian tahfiz di Perak dan ia memberi manfaat kepada 4,910 pelajar.

"Para huffaz berperanan penting membantu memelihara keaslian dan melindungi kesahihan al-Quran," titah baginda.

Sultan Nazrin turut bertitah al-Quran bukan sekadar kitab untuk dibaca dan dihafal, tetapi ia juga menuntut kepada pemahaman serta penghayatan bagi mengupayakan manusia melihat dunia dengan perspektif baharu.

Titah baginda selain berperanan sebagai kompas yang membantu pembentukan adab dan budaya, al-Quran turut berfungsi sebagai sumber inspirasi untuk membolehkan umat Islam mencipta tamadun agung dan mencapai mercu kegemilangan.

Pada majlis itu Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenaan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-37 berlangsung selama lima hari mulai 16 Feb lalu dan disertai 78 huffaz dari seluruh negara. - Bernama

Sumber HD - 20-2-2016

------------------------------------------------------------------------------
Yang di Pertuan Agung tidak ada kuasa?

Posted on Wednesday, February 10 @ 12:50:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Tahun 2016 orang politik dan penganalisis politik mengharapkan raja raja Melayu campur tangan dengan status politik satu Malaysia yang diterajui perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Macam mana mengharapkan raja raja Melayu sedangkan raja raja Melayu memang tidak ada sebarang kuasa untuk campur tangan dalam arena politik tanahair.

Raja raja melayu boleh bertindak atas nasihat majlis mesyuarat kerajaan negeri masing masing.Raja raja Melayu memang tidak ada sebarang kuasa untuk bertindak dan campur tangan terhadap menteri besar dan ketua menteri (Pulau Pinang dan Melaka).

Dua tiga hari ini ada pihak yang mengharapkan Yang di Pertuan Agung campur tangan untuk menyelamatkan satu Malaysia.


Jika raja ra Melayu tiada ada sebarang kuasa mengenai status politik satu Malaysia apatah lagi Yang di Pertuan Agung.



Yang di pertuan Agung boleh bertindak atas nasihat perdana menteri. Bermakna yang di pertuan Agung tidak boleh bertindak suka sukanya, hatta Negara satu Malaysia ini sudah diancam bahaya.

 Yang di di pertuan Agung boleh bertindak dengan nasihat perdana menteri.Yang di pertuan Agung tidak boleh buat suka suka hatinya.



Kuasa besar dalam Negara satu Malaysia ini tidak lain dan tidak bukan ialah rakyat jelata. Rakyat jelata punya kuasa untuk campur tangan dalam politik untuk menyelamatkan Negara satu Malaysia.

Rakyat jelata pula terbahagi kepada dua. Satu, penyokong kerajaan yang memerintah satu Malaysia. Satu lagi, penyokong parti pembangkang yang bertungku lumus untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah.



Sehingga PRU 13 dan hari ini parti pemerintah (umno/BN) masih belum dapat dikalahkan oleh parti pembangkang (pakatan rakyat).malah semakin hari semakin rakus dan  bermaharajalela menyalahgunakuasa yang di amanahkan rakyat jelata.



Oleh kerana, raja raja melayu dan yang di pertuan agung tidak punya kuasa, maka kita mengharapkan rakyat jelata yang ada kuasa besar disisi demokrasi untuk menumbangkan kerajaaan (umno/BN) dalam PRU 14 nanti.



Itulah yang boleh kita harapkan. Hendak harapkan raja raja Melayu dan yang di pertuan Agung jauh sekali, kerana raj araja melayu boleh bertindak atas nasihat kerajaan negeri masing masing. Manakala yang dipertuan Agung pula boleh bertindak  atas nasihat perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.



Sumber TKO - 10-2-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU MKN: Agong tiada kuasa isytihar darurat

Posted on Thursday, December 24 @ 07:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa Yang di-Pertuan Agong akan  kehilangan kuasa untuk isytiharkan darurat apabila Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan Dewan Negara, semalam.

  Beliau berkata walaupun sebelum ini baginda akan meminta nasihat daripada Perdana Menteri, namun sebaik sahaja undang-undang itu diluluskan, perkenan Agong tiada kuasa isytihar darurat.
"Sekarang ini tidak, dengan undang-undang ini, baginda tidak terlibat, hanya Perdana Menteri yang isytiharkan.

"Kalau pindah kuasa ini ke tangan Perdana Menteri,ini adalah tindakan secara tidak langsung mengetepikan kuasa Agong," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Semalam, Dewan Negara telah meluluskan RUU MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara.
Perkara itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang pada jam 8.20 malam sambil berkata undang-undang itu diluluskan berdasarkan undian suara dengan lebih ramai yang menyokong berbanding yang membantah.
Rang itu telah dibahas begitu hebat oleh 37 senator baik daripada BN mahupun daripada pembangkang sepanjang persidangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika menggulung RUU itu berkata tidak timbul isu Perdana Menteri mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang menjadi kebimbangan banyak pihak sebelum ini.

Mengulas lanjut,Tian Chua selaku Naib Presiden PKR juga mempertahankan kebimbangan pemimpin pembangkang sebelum ini bahawa RUU itu boleh mengundang penyalahgunaan kuasa.

"Dalam keadaan sekarang, tafsiran pula sangat longgar dan kabur, ia boleh digunakan untuk kepentingan politik dan ini tidak wajar.

"Sungguhpun penyokong BN yakin terhadap Perdana Menteri sekarang, tapi kita tak boleh pastikan ada ahli-ahli politik akan datang berkemungkinan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukan peribadi," ujarnya.

Beliau berkata, penggunaan istilah kabur dalam RUU itu sebenarnya untuk memindahkan kuasa mengisytiharkan kuasa darurat kepada MKN.

"Sungguhpun kawasan keselamatan tidak dinamakan darurat, tapi semua kuasa yang ada kepada MKN itu ialah kuasa darurat.

"MKN berhak mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan, maksudnya kawasan darurat lah. Dia boleh main dengan istilah dengan mengatakan ini kawasan keselamatan, tapi maksudnya sama," dakwanya lagi. - SH

Sumber TKO - 23-12-2015

-------------------------------------------------------------------------------

Sultan Johor sarapan pagi bersama rakyat menjadi viral

Posted on Saturday, December 19 @ 13:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar keluar dari protokol Diraja apabila dilihat bersarapan di Restoran Ansari, sebuah kedai terkenal di Muar, hari ini.

Sultan Johor yang berpakaian kasual, berkemeja lengan pendek berkotak-kotak dan seluar berwarna biru gelap, dilihat menikmati hidangan roti canai di restoran terkenal itu.



Di dalam akaun rasmi Facebook milik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pemerintah yang berusia 57 tahun itu turut menyertai pelanggan lain yang berada di kedai makan itu.



Keempat-empat gambar itu menunjukkan Sultan Ibrahim duduk di restoran sementara menunggu hidangan roti canai dan kemudian meninggalkan restoran itu.


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar 
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar 

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar



Sumber TKO - 19-12-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















Jadikan perjuangan tokoh lama panduan – Raja Nazrin

BERNAMA | .


KUALA KANGSAR: Kata-kata kenegaraan pemimpin silam serta prinsip bina negara yang diasaskan pemimpin terdahulu hendaklah senantiasa dijadikan rujukan, panduan dan pedoman, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
  
Baginda bertitah bangsa yang berjaya membina tamadun agung adalah bangsa yang memberi pengiktirafan kepada tokoh-tokoh silam dan yang telah merintis perjuangan serta mengasaskan gagasan negara bangsa.
  
"Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan contoh teladan. Berpandukan kisah yang terkandung dalam peristiwa Israk dan Mikraj, baginda menunjukkan sifat menghormati rasul terdahulu; menghargai pandangan mereka ketika baginda menerima perintah menunaikan solat daripada Allah.
  
"Atas sifat menghargai pandangan para rasul terdahulu, baginda telah berulang-alik memohon ihsan Allah SWT untuk mengurangkan perintah solat daripada lima puluh waktu kepada lima waktu sehari semalam," titah baginda.
  
Sultan Nazrin Shah bertitah demikian pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran kepada 702 penerima bersempena Hari Keputeraan ke-59 baginda di Balairong Seri Istana Iskandariah di sini, yang didahului Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sultan Nazrin Shah bertitah sifat menghargai jasa tokoh-tokoh terdahulu hendaklah dijadikan budaya kepada warga bangsa.
  
"Dalam semangat mahu menghargai jasa bakti tokoh-tokoh terdahulu, Beta telah menetapkan, sempena istiadat sulung sambutan rasmi ulang tahun hari keputeraan ini, untuk mengurniakan anugerah secara anumerta kepada beberapa orang tokoh terdahulu dan kepada individu-individu yang telah mengorbankan nyawa mereka ketika melaksanakan tugas negara bangsa," titah baginda.
  
Baginda bertitah Malaysia mempunyai sejarah kemerdekaan yang masih baharu dan terlalu singkat yang tidak sepatutnya begitu cepat dilupakan.
  
Titah baginda negara terhutang budi kepada peranan Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dan barisan yang seangkatan dengan Almarhum, antaranya Tun Abdul Razak Hussein, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T. Sambanthan.
  
Sultan Nazrin Shah bertitah kerajaan hendaklah didukung oleh barisan pentadbir serta teknokrat yang turut berpegang kepada budaya kejujuran serta ketegasan untuk menyuarakan yang hak selaras dengan nasihat Tun Abdul Razak dalam ucapan yang bertemakan 'Road to nationhood' seperti berikut;
  
"Sebagai penjawat awam, saya berharap anda akan berpendirian teguh terhadap kami ahli politik, dan tidak membenarkan diri dikuasai oleh kami. Sebab dalam demokrasi sebenar, penjawat awam mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan. Masa depan cara hidup demokrasi negara kita bergantung kepada anda."
  
Pada tahun ini, Sultan Perak berkenan memberi anugerah secara Anumerta kepada enam penerima. Anugerah itu diberi kepada seseorang yang telah meninggal dunia.
  
Mereka ialah Datuk Sir Onn Jaafar dan Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, yang menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM); Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Aminuddin Baki (Darjah Seri Paduka Mahkota Perak - SPMP); Tan Sri Koo Chong Kong (Darjah Seri Panglima Taming Sari - SPTS) dan Kevin Anthony Morais (Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak - DPMP).
  
Onn adalah pengerusi pertama Umno; Abdul Wahab merupakan pengasas Perikatan Melayu Perak serta bekas Menteri Besar Perak; Burhanuddin ialah pemimpin Kesatuan Melayu Muda; Aminuddin ialah pengasas Persatuan Pelajar Melayu Insaf di Ipoh; Khoo adalah bekas Ketua Polis Perak manakala Kevin Morais merupakan Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - BERNAMA

Sumber HD - 27-11-2015


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sultan Perak kurnia Datuk Seri kepada Dr Burhanuddin

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Perak menyanjung tinggi atas pengurniaan Darjah Seri Paduka Sei Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P) kepada Almarhum Dr Burhanuddin Bin Muhammad Nur al-Helmi oleh Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Ibnu Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Pengurniaan darjah oleh baginda Sultan menunjukkan kasih hormat baginda terhadap anak watan negeri Perak yang bukan sahaja menabur bakti kepada negeri tetapi juga kepada negara.

"Pengurniaan darjah S.P.M.P. kepada Dr Burhanuddin al-Helmi yang membawa gelaran Datuk Seri merupakan satu pengiktirafan besar kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dari kalangan ulama yang merupakan tulang belakang utama kepada gerakan menentang penjajah.

"Dr Burhanuddin al-Helmi selayaknya mendapat pengiktirafan tersebut sebagai seorang negarawan unggul walaupun beliau kemudiannya berperanan memimpin parti pembangkang, iaitu PAS selepas negara mencapai kemerdekaan," katanya.

Dr. Burhanuddin dilahirkan pada tahun 1911, di Kota Bharu, Gopeng, Perak dan meninggal pada 25 Oktober 1969, di Taiping. Almarhum ialah Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (sekarang digelar presiden) dari tahun 1956–1969. – HARAKAHDAILY 27/11/2015

Sumber HD - 27-11-2015
-------------------------------------------------------------------------------
Sultan Nazrin: Kembalikan pendekatan sederhana Islam

Posted on Tuesday, November 24 @ 07:33:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Umat Islam di seluruh dunia perlu mengembalikan pendekatan sederhana Islam untuk memerangi ideologi ekstremis seperti militan IS, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda bertitah mesej Islam yang sebenarnya harus diperjelaskan bagi menangani fahaman ekstremis Islam.

"Ini susulan tindakan kumpulan militan IS atau anggota-anggota 'Daesh' yang membunuh orang awam tidak berdosa atas nama jihad di Paris dan Mali minggu lepas.

"Sesungguhnya mereka telah sesat dan amat malang sekali, mereka kini jauh menyimpang daripada jalan pertengahan," titah baginda semasa melancarkan buku 'The Middle Path of Moderates in Islam' karya Profesor Mohammad Hashim Kamali di ibunegara semalam.

Buku itu mengkaji konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan, menghalusi definisi dan skop daripada sumber-sumber asas Islam, Al-Quran dan Hadis.

Seramai 129 terbunuh dan 352 cedera apabila pengganas menyerang beberapa tempat termasuk restoran, dewan konsert dan stadium sukan di Paris.

Sultan Nazrin bertitah Al-Quran menekankan tentang 'pendekatan pertengahan dan kesederhanaan sebagai kebaikan moral yang relevan bukan sahaja kepada kelakuan peribadi individu tetapi juga dalam masyarakat negara-negara di dunia'.

"Walaupun dirahmati Tuhan dan memberi manfaat yang jelas kepada umat manusia, pendekatan secara sederhana sering diabaikan dan ia bersifat elusif dan sukar untuk dicapai, sama ada dalam ketaatan kita kepada agama, tingkah laku peribadi ataupun dalam hubungan dengan orang ramai dan masyarakat.

"Bagi saya, di sinilah terletaknya cabaran utama - tingkah laku sebenar diri kita, pemimpin kita, dan komuniti kita dan negara kita," titah baginda.
- Bernama

Sumber TKO - 24-11-2015
------------------------------------------------------------------------------
Melayu UMNO Dan Bunga Bakawali Pengubat Mata Raja

Posted on Monday, November 02 @ 05:42:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Besar ertinya hikayat bunga bakawali yang akhirnya dapat mengubat mata raja. Ahli dan penyokong UMNO boleh mengambil teladan dari kisah ini agar dapat menilai mana kaca yang melukakan dan mana permata yang bernilai. Apa tamsilan kisah ini?

Sesiapa yang pernah membaca atau menonton kisah Gul Bakawali pasti tahu perjalanan ceritanya. Bagaimana raja Zain al-Muluk yang buta matanya akhirnya dapat diubati dengan usaha dan kejujuran seorang pemuda yang bernama Tajul Muluk. Pemuda itu menghadapi pelbagai rintangan dalam usaha mengubati mata rajanya. Pemuda itu sebenarnya puteranya yang diramalkan membawa kecelakaan kepadanya. Zain al-Muluk membuang puteranya yang masih kecil itu. Namun akhirnya, pemuda itulah yang berjaya membawa bunga bakawali dan menyembuhkan matanya.



Dalam politik masa kini, pemuda itu adalah PAS dan raja yang buta itu adalah Melayu. Sekian lama bangsa Melayu teruja dengan retorik UMNO Baru sehingga tidak dapat melihat kejujuran perjuangan yang dibawa oleh PAS. Melayu UMNO terlupa atau buta untuk melihat bahawa yang ada pada hari ini  ialah UMNO Baru; bukan UMNO di zaman Tun Abdul Razak. UMNO  di zaman Tun Abdul Razak bolehlah dianggap sebagai UMNO yang berjuang untuk bangsa Melayu. UMNO itu telah mati di zaman Tun Dr Mahathir. Bukankah begitu?



Apakah bezanya UMNO Baru yang dicipta pada era Tun Dr Mahathir? Itulah mulanya zaman penswastaan, zaman perebutan projek dan kekayaan oleh pemimpin UMNO dari atas hingga ke peringkat JKKK. Zaman kronisme dan nepotisme. Rakyat diberi kuah untuk menyedapkan hati manakala pemimpin UMNO melahap isi untuk  imbuh berbakti.



UMNO di zaman Najib adalah UMNO Baru itu. Situasi makin kronik. Siapa yang dapat menafikan bermulanya era isteri PM memainkan peranan dalam pentadbiran Negara? Era harga barang naik , tarif eletrik naik  dan tol mencancang. Era GST, kejatuhan matawang, ketirisan wang negara, derma RM2.6b yang entah dari mana dan habis ke mana duit sebanyak itu.



Hari ini negara benar-benar berada dalam kemelut ekonomi dan politik yang merimaskan. Tiba-tiba PAS menjadi pemuda yang dikhianati rakan. PAS kekal istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam. PAS redha andai kecundang demi mempertahankan kemurniaan Islam. PAS kekal rasional dalam hubungan dengan kawan dan lawan.



PAS tak ambil kesempatan untuk menjatuhkan Najib di pintu belakang. PAS tak curi Dato’ Ahmad Said dan ADUN BN di Terengganu kerana pelahap kekuasaan. Satu-satu kes bagi UMNO yang dianggap pucuk dicita ulam mendatang.



Melayu UMNO boleh lihat bagaimana DAP tendang PAS kerana PAS perjuang hudud agar dilaksanakan di kalangan umat Islam di Kelantan. Melayu UMNO boleh lihat bagaimana Naib Ketua Ulama Sedunia, TGHH dihina dan difitnah semata-mata mempertahankan hak umat Islam melaksanakan tuntutan agamanya. Melayu UMNO boleh lihat bagaimana istiqamahnya PAS dengan perjuangan Islam walau ditikam dari depan dan belakang.



Semua itu adalah bunga bakawali tadi. Bunga bakawali pernah merawat mata raja sehingga mata raja dapat melihat kembali keindahan dan kebaikan.  PAS adalah pemuda yang membawa bunga bakawali untuk memulihkan mata rakyat kini. Sudah sembuhkah mata tuan-puan atau mata itu memang sedia buta sejak dilahirkan?



Sumber TKO - 2-11-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















Yang di-Pertuan Agong jalani rawatan berkala di IJN

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menjalani rawatan berkala seperti yang dijadualkan di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wira Awang Kechik Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat berkata Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 88, berangkat ke IJN pada 10.30 malam tadi (Khamis 22 Okt) dengan kenderaan rasmi Seri Paduka bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti yang dijadualkan.

"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedang berehat dan dijangka akan kembali bertugas secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda. - Bernama

Sumber HD - 23-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penganalisis: Raja hilang kepercayan pada Najib
Posted on Thursday, October 08 @ 13:41:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kenyataan Majlis Raja-raja berkaitan 1MDB menunjukkan bahawa sultan-sultan tidak yakin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata penganalisis.

John Pang, felo kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura, membuat tafsiran itu memandangkan raja-raja Melayu tidak pernah merujuk secara khusus isu-isu kerajaan dalam kenyataan mereka.

Najib juga telah hilang keyakinan sektor masyarakat yang lain, kata Pang, seperti dilaporkan The New York Times.

Sementara itu, Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Redzuan Othman pula berkongsi pandangan sama susulan kenyataan raja-raja yang tidak pernah berlaku itu.

“Isu ini (1MDB) amat serius, jika tidak sultan-sultan tidak akan campur tangan.

“Biasanya sultan-sultan hanya ulas isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu dan tidak campur isu berkaitan pentadbiran,” kata Redzuan kepada Malaysiakini.

Raja-raja Melayu kelmarin mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan”.

Kenyataan itu dilihat memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang dihantui dakwaan skandal 1MDB, syarikat pelaburan negara yang kini menanggung hutang besar. - MK
Sumber TKO - 8-10-2015

-------------------------------------------------------------------------------

Rahim Thamby Chik didakwa menghasut
















BERNAMA |
.


SHAH ALAM: Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku tidak bersalah hari ini atas tuduhan menerbitkan penerbitan menghasut yang mendakwa Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook milik beliau.
  
Abdul Rahim, 65, yang hadir berseorangan di Mahkamah Sesyen di sini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Slamat Yahya.
  
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebooknya Rahim Tamby Chik di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada kira-kira 8 pagi, 25 Sept lepas.
  
Abdul Rahim didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
  
Beliau turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya untuk membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya berhubung dakwaan sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di tempat, masa dan tarikh sama.
  
Bagi tuduhan itu, Abdul Rahim didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
  
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan supaya Abdul Rahim dibebaskan dengan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
  
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Abdul Rahim bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM2,000.
  
Hakim Slamat membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 5 Nov ini untuk sebutan semula kes.
  
Selain Mohd Dusuki, pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala pembelaan turut dibarisi peguam Wan Azmir Wan Majid serta Ahmad Al-Hady Abdul Razak.
  
Media sebelum ini melaporkan Abdul Rahim memuat naik status di laman sosial miliknya mendakwa Tengku Amir Shah telah murtad.
  
Pada 30 Sept lalu, Dewan Diraja Selangor mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Tengku Amir Shah telah menukar agama.
  
Namun, sehari sebelum itu, (29 Sept) Abdul Rahim dilaporkan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada Tengku Amir Shah menerusi laman Facebook dan Twitter miliknya. - BERNAMA

Sumber HD - 5-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PM menghadap Sultan Ibrahim
Posted on Monday, September 21 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Serene di sini semalam.

Najib dilihat tiba di pekara­ngan Gerbang Mahkota kira-kira pukul 11.30 pagi dengan menaiki kenderaan rasmi diiringi beberapa lagi kenderaan pengiring sebelum beredar keluar dari istana sejam kemudian.

Turut menyertai pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Najib percaya pertemuan selama satu jam itu dapat meng­eratkan hubungan kedua-dua belah pihak.
"Saya baru menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene. Turut hadir Tunku Mahkota Johor.

Pertemuan selama satu jam ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan Negeri dan Persekutuan," kata Najib menerusi akaun Facebooknya semalam. - Kosmo

Sumber TKO - 21-9-2015


Saya dihina kerana tegur Sultan Johor – Peguam

Posted on Friday, August 28 @ 11:42:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Seorang peguam, Kamal Hisham Jaafar mengambil langkah berani apabila memuat naik status di laman Facebook memperlekeh Istana Johor.

Menerusi status terbarunya yang ditulis `Lelaki ini dibenci hanya kerana dia berani tegur Sultan Johor’, Kamal Hisham memperincikan beberapa perkara yang mengaitkan Sultan Johor dan kerabat.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh beliau ialah kurangnya sokongan rakyat Johor terhadap Sultan yang dibuktikan semasa kempen Majlis Ikrar Taat Setia yang diadakan di Istana Pelangi sebelum ini yang kurang mendapat sambutan.

Dia juga menyatakan rakyat tidak lagi mahu untuk mengaminkan doa imam ketika disebut nama Sultan Johor dan Kerabat Diraja.

“Pada pandangan saya perkataan `Segelintir rakyat Johor yang menyokong’ adalah lebih sesuai digunakan,” katanya.

Kamal turut menyatakan masalah tanah di Johor yang semakin banyak jatuh ke pihak asing merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian.

“Masalah tanah tanah yang sedang dan telah terlepas kepada pihak asing dengan penglibatan langsung oleh Istana Johor sangat merbahaya dan ianya bernilai berbillion bilion jauh lebih tinggi dengan isu wang derma RM2.6 bilion,” tulisnya.

Kamal Hisham turut mendakwa, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar cuba menjadi `hero’ apabila menjadikan kemelut isu dana berjumlah RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengalih perhatian rakyat Johor terhadap beberapa perkara yang dikaitkan dengan baginda

Katanya, jika benar sultan berminat menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku itu, baginda sepatutnya memanggil Perdana Menteri mengadapnya dan bukan dengan cara sindir menyindir dengan bernada seperti ahli politik.

“Mungkin hari ini mereka marah dan benci kepada lelaki bernama Kamal Hisham bin Jaafar , tetapi satu hari nanti mereka pasti akan berterima kasih dengan apa yang saya pejuangkan,” katanya.

sumber FMT

Sumber TKO - 28-8-2015                                                                                                                       -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Don’t Make Fools Of The rakyat, Johor Ruler Tells Government

Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (pic) has advised the Government not to make a fool of the rakyat by sugarcoating information and news just to cover the current situation.

He wants the Government to immediately solve the current issues that is happening including the sliding ringgit value.

“As a Sultan, I can not interfere in politics but as a Sultan, I am responsible to make sure that the rakyat in my state are able to live in a progressive and prosperous way,” he said on Tuesday.

Sultan Ibrahim said this in his speech during the Special Forces 50th anniversary held at Kem Iskandar here.

The Ruler also reminded current leaders picked by the rakyat to carry out their responsibilities for the public interest and not to act with self-interest.

“The rakyat today are an educated generation and smart enough to judge any information given to them.-thestaronline

“Solve this problems immediately before the rakyat lose their faith and start to despise the Government,” he said.

Sumber BO - 25-8-2015
------------------------------------------------------------------------------
Ini KATA-KATA TMJ Yang Buat Seluruh Rakyat Malaysia BUKA MATA !!
Posted on Friday, August 21 @ 21:30:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

"TMJ-Johor-mydebat

Untuk makluman semua, Kesultanan Johor pernah melanggar perlembagaan kerajaan negeri Johor pada tahun 1899 kerana ketika itu DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar menolak..

Assalamualaikum w.b.t

Saya sedar ini adalah laman rasmi bola sepak negeri Johor. Bukan laman politik mahupun agama, akan tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi pengetahuan dan fakta kepada rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat di Malaysia yang saya hormati.

Baru-baru ini saya dapati ada beberapa komen yang negatif dan kurang arif daripada sesetengah individu berkenaan gambar bot saya yang dimuat naik oleh laman JOHOR Southern Tigers.

Ada terdapat beberapa pihak yang selalu menanyakan berkenaan hal duit rakyat. Oleh itu izinkan saya menggunakan ruang ini untuk memberi maklumat yang tepat serta ringkas dan anggaplah ini sebagai satu pelajaran yang boleh menambahkan pengetahuan berkenaan fakta Kesultanan Negeri Johor.

Negeri Johor ditubuhkan pada tahun 1885 beserta kerajaan dan perlembagaan sendiri sebelum wujudnya kerajaan persekutuan yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan untuk pengetahuan juga, Askar Timbalan Setia Johor (JMF) ditubuhkan pada tahun 1886.

Berkenaan isu duit rakyat yang dibangkitkan oleh individu-individu yang kurang arif ini, saya akan membuat kenyataan hari ini yang mana rakyat Johor boleh baca dan faham untuk disampaikan kepada generasi yang akan datang sehingga ke cucu cicit kita.

Untuk makluman semua, Kesultanan Johor pernah melanggar perlembagaan kerajaan negeri Johor pada tahun 1899 kerana ketika itu DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar menolak gaji sebagai Sultan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor ketika itu, dimana dana tersebut disalurkan kepada tabung yayasan yang sekarang ini dikenali sebagai Yayasan Iskandar, dengan Almarhum bertitah "Sebagai Raja dalam negeri ini, aku tak patut ambil duit rakyat aku". Dan objektif yayasan ini adalah untuk kerajaan negeri membantu rakyat negeri Johor yang memerlukan.

Sehingga hari ini, Yayasan Iskandar digunakan untuk pembiayaan pembelajaran, untuk menunaikan haji, menaik taraf kemudahan sekolah-sekolah agama dan lain-lain lagi.

Segala hasil atau pendapatan Kesultanan Johor datang daripada estet getah dan kelapa sawit sejak zaman DYMM Almarhum Sultan Ibrahim sehinggalah kini, yang mana sekarang ini dikendalikan oleh MADOS.

Saya tidak perlu dedahkan berapa jumlah zakat yang DYMM Sultan dan saya telah salurkan setiap tahun. Perkara ini saya bangkitkan kerana ada sesetengah individu yang bodoh sombong, kurang arif dan tidak boleh diajar lagi.

Segala elaun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor kepada saya sejak saya menjadi Raja Muda sehinggalah sekarang disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan apa yang saya ada sekarang adalah kurniaan daripada ayahanda saya sendiri.

Ini bukan untuk membangkit tetapi hanya sekadar untuk memberi maklumat ringkas sejarah Kesultanan Negeri Johor.

Lagi sekali kepada individu-individu yang kurang arif sebelum membuat kenyataan, kaji dan belajar dulu sebelum membuat kenyataan yang boleh mengaibkan diri anda sendiri.

Saya tidak perlu risau kerana saya tidak mencuri duit sesiapa.

Akhir kata,

"Janganlah cemburukan senyuman saya kerana saya telah puas menangis sebelum saya dapat merasainya.

Janganlah cemburukan kasih sayang saya kerana saya telah melalui kepahitan untuk membinanya.

Janganlah cemburukan kehidupan saya kerana saya telah melalui pelbagai rintangan untuk menghargainya."

DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. - mydebat.com"


Sumber TKO - 21-8-2015
----------------------------------------------------------------------------
Satu Pekembangan Yang Baik..
Posted on Wednesday, August 05 @ 19:04:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Semoga ini adalah titik permulaan ke arah yang lebih baik lagi

Kredit:
Zulkifli Hj Noh

Sumber TKO -  5-8-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boleh adakan perlawanan tinju dengan Nazri, gurau TMJ
Posted on Thursday, July 02 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru semua pihak, khususnya media supaya tidak memanjangkan isu membabitkan dirinya dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurutnya, beliau telah menyampaikan apa yang ingin disampaikan dan memohon supaya diberikan ruang untuk bersama keluarganya dan menyambut Ramadan secara aman.


"Buat masa ini, biarlah kita tamatkan isu berkenaan saya dan Datuk Nazri, kerana ianya tidak ke mana, dan secara jujurnya, saya pun sudah bosan dengan hal ini.

"Kalau anda mahu ianya lebih menarik, boleh diadakan satu perlawanan tinju antara saya dan Datuk Nazri, dan hasil kutipannya boleh disalurkan untuk tujuan amal...SAYA HANYA BERGURAU," katanya menerusi catatan Facebook Johor Southern Tiger.

Jelasnya, beliau akan terus bersuara demi kepentingan rakyat dan negerinya, meskipun berdepan kecaman dan kritikan.

"Saya akan terus bersuara demi rakyat dan kepentingan negeri saya. Sekiranya terdapat apa-apa yang ingin saya sampaikan, saya akan memaklumkannya kelak," katanya.

‘Perang' di antara TMJ dan Nazri bermula, apabila TMJ mula mengkritik kerajaan, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Nazri tampil memberi amaran yang meminta TMJ tidak campur tangan dalam hal ehwal politik negara atau akan turut ‘dibelasah' (dikecam) seperti ahli politik lain.  _ The Rakyat Post

Sumber TKO - 2-7-2015
-----------------------------------------------------------------------------
Pemimpin kita kurang sikap integriti – TMJ
Posted on Monday, June 29 @ 13:44:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: Kebanyakan pemimpin pada hari ini kurang memiliki sikap integriti yang merupakan sikap agung bagi seorang pemimpin.

Komen itu dibuat oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers.

“Sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti. Malang sekali, dalam dunia masa kini, sifat ini semakin sukar dijumpai,” titah baginda.

TMJ bertitah, pemimpin pengecut pula merupakan manusia paling bahaya.

Titah baginda, salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenalpasti sesuatu masalah sebelum ia menjadi darurat.

Baginda bertitah, erti kepimpinan itu merupakan pesanan yang diberikan oleh nenda baginda, Amarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

“Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukannya.

“Ingatlah bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang pada hari ini adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa.

“Tiada maknanya jika anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif. Sekiranya anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif, itu petanda yang anda tidak layak menjadi seorang pemimpin,” titah baginda.

TMJ bertitah, konteks itu merujuk kepada kepemimpinan Negeri Johor kerana apa yang dikatakannya sering membuatkan orang lain melenting.

“Nampaknya apa yang saya katakan sering membuatkan ramai orang melenting. Oleh itu, saya hanya bercakap dalam konteks Negeri Johor yang dekat di hati saya.

“Nasihat saya kepada semua pemimpin dalam setiap sektor kerajaan, NGO dan organisasi di Johor adalah supaya memberikan inspirasi dan memimpin segenap lapisan rakyat.

“Jangan cuba memanipulasi dan menguruskan orang. Inventori barangan boleh diuruskan, tetapi rakyat harus dipimpin melalui tauladan dan dengan berintegriti,” titah baginda. - FMT

Sumber TKO - 29-6-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika langgar perjanjian, Johor terkeluar M'sia
Posted on Wednesday, June 17 @ 17:44:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ketika Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertelagah dengan seorang menteri, adindanya Tunku Idris pula memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian itu, dalam status di Instragram pada Ahad itu, antaranya menyebut Johor setuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.

“Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia,” menurut tulisan dimuat naik itu.

Syarat-syarat itu, menurut tulisan itu, Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.

Selain itu, perlembagaan negeri Johor tidak boleh diusik dan kuasanya terletak pada tangan sultan.

Tulisan itu juga menyebut, Johor dikenali sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat ketika menandatangani Perjanjian Setia 1885 dengan British.

Hanya butiran perjanjian

Tiada sebarang status dimuat naik oleh Tunku Idris selain gambar butiran perjanjian itu.

Mengulas perkara itu, pengguna maya menyentuh pelbagai isu daripada kemungkinan Johor keluar Malaysia dan ada juga yang berharap baginda dapat bertenang.

Rakyat Johor semalam berkumpul di Johor Bahru bagi menyatakan sokongan terhadap kerabat istana setelah menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz menyelar Tunku Ismail.

Nazri antaranya berkata baginda tidak harus campur tangan dalam hal politik atau bersedia untuk 'dibelasah'.

Tunku Ismail sebelum itu mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak hadir dalam dialog terus terang Notihing2Hide bersama NGO yang disertai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib mengambil tindakan itu setelah dinasihatkan polis dengan mengambil kira faktor keselamatan.
Sumber HD - 17-6-2015                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

I’ll Continue to Speak Up, Says Johor Crown Prince

“I will continue to voice out for the people of Johor,” said Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

The Johor Crown Prince said he would always uphold the supremacy of the state to ensure the peace and harmony of Johoreans.

“Thank you for all your support. I do not want to speak much, as there are people in Putrajaya who want to whack me,” he told the crowd outside the palace gates here on Tuesday.

“As my father always advise me, I am a humble servant of Johor,” he added.

Earlier, the crowd cheered aloud as the Johor Crown Prince made an appearance at a royalty rally.

Hundreds of Johoreans turned up at the Bukit Serene palace here chanting “Daulat Tuanku” as the prince, accompanied by his wife and siblings, came out to address the people.

Members of various non-governmental organisations (NGOs) also gathered in front of the palace to show their love and support for the Johor royalty.

Supporters called for Tourism and Culture Minister Datuk Seri Nazri Abdul Aziz to step down from his position for making rude statements against the royal family.

The groups also submitted a memorandum to palace officials.

The crowd also sang the Johor state anthem before the royal family made their way back into the palace grounds.

They dispersed around 5.30pm.

On Saturday, Nazri criticised Tunku Ismail, saying that the prince should stay out of politics unless he wanted to be subjected to the same rule and be “whacked”.

Nazri said this in response to a post made by the prince on June 5, criticising Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for not attending an open dialogue session organised by an NGO to discuss national issues.

Tunku Ismail immediately responded through a video post on Johor Southern Tigers where he turned to the camera and made a beckoning gesture with his left hand, implying he was not afraid to face any challenge.

On Monday, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said Nazri would be investigated under Section 505B of the Penal Code for his remark against Tunku Ismail, which could cause alarm to the public.

On the same day, Tunku Ismail told Nazri in another post that “he is not a God from the heavens who lords above everybody”.-thestaronline

Sumber BO - 16-6-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nazri Aziz Silap Besar, Jawatan Kabinetnya Kini Terancam


Tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz mengkritik Tuanku Mahkota Johor dengan cara yang dianggap kasar lantaran terlalu ghairah ingin mempertahankan Najib Razak yang sedang diserang dari pelbagai sudut, kini semakin hampir mengundang malang kepada dirinya.

Beliau bukan saja bakal berhadapan dengan siasatan pihak polis, bahkan juga mulai menerima kecaman yang semakin meluas daripada pelbagai pihak.

Pemimpin politik, NGO dan rakyat biasa, tidak saja daripada Johor tetapi nampaknya di seluruh negara turut mengecam tindakan Nazri yang dianggap tidak sopan terhadap teguran baik daripada golongan diraja itu.

Difahamkan juga suatu perhimpunan mengecam tindakan Nazri sambil menyatakan sokongan terhadap TMJ akan turut diadakan petang esok di hadapan Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Dengan ini, tentulah Nazri akan menerima kesan penolakan yang lebih meluas daripada pelbagai lapisan masyarakat, tambahan pula beberapa kenyataan dan tindakannya sebelum ini turut membuatkan beliau merupakan antara menteri yang memang menjadi sasaran kebencian ramai.

Sebenarnya sebelum Nazri, seorang lagi pemimpin UMNO iaitu Tajuddin Abdul Rahman, turut mengulas kritikan TMJ mengenai ketidakhadiran Najib dalam forum Nothing2Hide pada 5 Jun lalu, tetapi ia masih dibuat dalam nada yang sopan.

Lantaran itu, reaksi Tajuddin yang mengatakan kritikan TMJ itu hanya menunjukkan seorang saja kerabat diraja yang dilihat tidak menyokong Najib berbanding kerabat  lain yang mungkin memberi sokongan, ia sebaliknya tidak mengundang respon yang berterusan.

Berbeza dengan Nazri,  selain mengingatkan TMJ agar menjauhi politik, perkataan "belasah" yang digunakannya dilihat kasar, keterlaluan dan mempunyai ciri-ciri sombong yang nyata. Perkataan itu, jika diucapkan oleh seorang pemimpin terhadap rakyat marhaen paling miskin sekali pun akan dianggap  jelek dan sombong, apatah lagi kiranya ditujukan kepada TMJ yang merupakan bakal Sultan negeri Johor.

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik oleh Najib dan terdengar pula ura-ura rombakan kabinet bakal diadakan tidak lama lagi, ia mungkin antara sebab yang mendorong Nazri bertindak "lebih lajak dari laju" dan berlebih-lebihan dalam menunjukkan sokongannya terhadap Najib.

Tetapi dengan tindakan terbaru TMJ mempertahankan kritikannya terhadap Najib bahawa ia hanya berupa ingatannya kepada pemimpin mengenai tanggungjawab mereka berkhidmat kepada rakyat dan tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletakkan jawatan mereka, episod ini dilihat tidak akan berakhir begitu saja.

Sambil TMJ mempertahankan tindakannya itu, rakyat di luar juga menyanjung tinggi sikapnya yang memperlihatkan ciri-ciri prihatin terhadap rakyat.

Sebelum mempertahankan tindakan itu, TMJ juga sudah memberi isyarat "marilah" terhadap Nazri yang dikeluarkan dalam bentuk rakaman video.

Pertelingkahan Nazri dengan TMJ ini tidak dapat tidak pastinya menambahkan lagi pening dan tumbuhnya lebih banyak uban di kepala Najib yang sudah sedia berserabut dalam mendepani serangan serta kritikan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Jika Nazri sebagai salah seorang anggota kabinetnya sekadar berbalah dengan individu ternama lain, barangkali tidak sukar untuk Najib mempertahankannya tetapi bertelingkah dengan kerabat diraja yang bakal mewarisi takhta Sultan Johor bukan sesuatu yang mudah menanganinya.

TMJ nampaknya tetap dengan pendiriannya mempertahankan kritikannya terhadap Najib sambil menyerang balas tindakan Nazri sebagai perbuatan yang sombong dan angkuh oleh seorang pemimpin yang dipilih rakyat.

Apakah Nazri akan membalas lagi kenyataan TMJ itu atau beliau akan berdiam diri berikutan siasatan polis sudah pun dimulakan terhadapnya?

Apa pun reaksi Nazri selepas ini - berdiam diri, membalas lagi atau menunggu hasil siasatan polis terhadapnya, tetapi di sisi Najib, beliau dilihat telah membawa kerosakan dan masalah kepada imej parti dan kerajaan yang sedang dipimpinnya. 

Jika tidak Najib, mungkin Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin terpaksa memohon untuk mengadap kepada Istana Johor sebagai langkah penyelesaian seterusnya.

Berbalah dengan Istana Johor, menjadikan dirinya kecaman ramai dan meletakkan kerajaan sebagai bahan cemuhan kerana mempunyai menteri yang dilihat angkuh dan sombong, kedudukan dan nilai diri Nazri sebagai sahabat lama kepada Najib juga makin berkurangan kerana dianggap lebih menyusah daripada menguntungkan.

Dengan itu, hayat politik Nazri mungkin akan berakhir dalam rombakan kabinet selepas Hari Raya nanti kerana Najib tidak mungkin mahu menyimpan terlalu banyak beban dan masalah dalam kerajaan pimpinannya yang sedia rapuh sekarang ini.

Tidak mustahil juga jika Najib  menggugurkannya lebih awal dan dalam waktu yang terdekat ini.  (SH 15/06/2015)                                                                                                                                     ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Message For Malaysians

Of late, I just voiced out my opinion and a reminder that people who has been entrusted with the responsibility to not blame the people for losing trust and confidence in them, but think of why the people no longer have the confidence and trust in them. Apparently my gentle reminder has been met with a rather hostile response from a minister. If I got such a reply, then what chances does the rest of the rakyat have?

You are a minister, not a God from the heavens who lord above everybody. Do not think the people of this country exist to provide you with position and wealth, but the position exists for you to serve the people. When I voice out, I do it as the leader of my rakyat, on behalf of Johoreans and Malaysians. All I did is to remind the leaders of the country that they have a responsibility to serve the people, and for this, I am attacked.

In the new world order, I envision a future that every person has a right to voice their opinions.

However, that is not the case in Malaysia today, where ministers think they are untouchable. I am willing to be cursed for standing up for what is right, rather than be loved for defending what is wrong.

I am not a politician. I am only answerable to Allah, my Sultan and the people of Johor. I do not do the bidding of some puppet-master who pulls the strings. Johor only has place for those who want to serve the people, not for those who want to garner votes for their own interests.

There will come a time, when the Johorean people must decide what is best for us and our future generations. Decide and unite we will, as Bangsa Johor, to forge our future. United we stand strong, divided we fall. I stand for my rakyat, not to joust for power, not to topple the government, but to ensure the well-being of my people.

I never told anybody to step down or resign, only to remind politicians of their roles and responsibilities. If you cannot deal with that, it just shows your arrogance to the people.

Alhamdulillah, I have been blessed with a comfortable life, and I can just live my own life and be oblivious to the worries of my people, but here I am, standing firm by their side. So for those wanting to tarnish my image and make me public enemy number one, the people are smarter than that, and they can think for themselves.

Do not use me to divert the attention from national issues. This country needs politicians who are clean and transparent, who carry out their duties with sincerity and integrity.

-HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor.

Sumber BO - 15-6-2015                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pecat Ketua Hakim: Anak Almarhum Sultan Johor Selar Kenyataan Mahathir
Posted on Monday, June 15 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Kuala Lumpur – Adinda Sultan Johor, Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar membidas kenyataan Tun Dr Mahathir yang cuba menyalahkan ayahandanya berhubung isu pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988.

Menurut Tunku Abdul Majid, mantan perdana menteri itu tidak sepatutnya meletakkan kesalahan itu terhadap mereka yang telah meninggal dunia.

“Mahathir mengunakan ayahanda saya untuk menyingkirkan Tun Salleh, beliau seorang individu yang baik dan (almarhum) ayahanda saya mengiktirafnya dan telah berbaik dengannya.

“Mahathir tolong jangan letak kesalahan (tersebut) pada orang yang tidak boleh mempertahankan dirinya” bidas baginda melalui catatan Facebooknya semalam.

Menurut anakanda almarhum Sultan Johor itu, dakwaan Mahathir itu tidak berasas kerana jarak antara istana Johor dan rumah Tun Salleh agak jauh dan adalah mustahil bunyi bising yang dimaksudkan itu boleh didengar dengan jarak tersebut.

“Kita manusia tak lari dari kesilapan. Arwah ayah saya ada baik dan buruknya tetapi semua rakyat tahu baginda adalah seorang Sultan yang Amanah, Jujur dan sentiasa menjaga kepentingan rakyat dan negeri Johor di atas segala-galanya.

“… apa yang saya nak katakan adalah mustahil yang Mahathir mengatakan Tun Salleh cakap rumah Tuanku bising sedangkan rumah Tun Salleh dan arwah ayah saya terlampau jauh (dan) kalau memandu pun mengambil masa lebih dari 5 minit jadi macam mana renovation istana boleh tun dengar” ujarnya lagi.

Matahir ketika bercakap dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur semalam mendakwa Yang di-Pertuan Agong ketika itu mahu Salleh disingkirkan.

Agong ketika itu ialah almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Menurutnya masalah itu berpunca daripada aduan yang dibuat Salleh kerana menulis surat kepada semua Sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa “terlalu bising dan mengganggu rumahnya”. - SUara TV

Sumber TKO - 15-6-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum Nak Belasah TMJ, Nazri Patut Belasah Najib Lebih Dulu

Ketika perbalahan antara Najib Razak dengan Tun Mahathir makin memuncak ketika ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz tampaknya seperti pembela utama dalam mempertahankan kedudukan Perdana Menteri.

Berbanding menteri dan pemimpin UMNO yang lain, beliau semakin kerap muncul di dada media dengan apa saja yang ditanya mengenai serangan terhadap Najib akan dijawabnya dengan lantang, berani dan terus terang - sesuai dengan perwatakan semulajadinya.

Mereka yang mengenali Nazri tahu dan faham benar wataknya. Beliau tidak berpura-pura. Kalau menyokong, dia akan menunjukkan sokongannya tetapi kalau sebaliknya, dia juga akan menunjukkan penentangannya.

Di sisi Najib sekarang, beliaulah yang paling berani menyanggah Tun Mahathir manakala yang lain agak berhati-hati dan masih menyimpan rasa hormat terhadap bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa itu.

Ketika era Tun Abdullah dulu, beliau jugalah antara yang paling lantang mempertahankan bekas Perdana Menteri itu daripada serangan Tun Mahathir.

Bagi Nazri, siapa Perdana Menteri itulah bossnya. Tidak lama dulu beliau pernah berkata, dalam dunia politiknya, hanya dua pihak yang perlu dijaganya - Perdana Menteri dan pengundinya di Padang Rengas.

Barangkali itulah antara sebab beliau masih kekal menjadi menteri sejak era Tun Mahathir dulu hinggalah sekarang.

Tidak saja Tun Mahathir yang berseteru dengan Najib sering dilawannya, bahkan Tuanku Mahkota Johor  atau TMJ yang baru-baru ini mengkritik Perdana Menteri kerana tidak hadir dalam forum Nothing To Hide, turut menjadi sasarannya.

Nazri memberi ingatan kepada TMJ agar tidak mencampuri urusan politik negara berikutan kedudukannya sebagai bakal raja akan mencemarkan kedudukannya.

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik, jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan belasah dia.

"Kalau dia mula mengulas mengenai politik dan kita belasah balik, maka dia jangan marah," kata Nazri mengingatkan.

Tindakan Nazri ini bagaimanapun mengundang polemik yang pantas di media sosial. Sementara ada yang bersetuju dan menyatakan kebenaran terhadap kata-kata Nazri itu, ramai juga mengatakan beliau kelihatan agak biadap dengan keluarga diraja Johor itu lantaran berani memberi ingatan sedemikian rupa.

Sebahagian pula mengatakan kerabat Johor ada hak menegur dan mengingatkan pemimpin UMNO kerana parti itu sendiri ditubuhkan di Istana Johor.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga bersetuju bahawa TMJ ada hak memberi teguran dan pandangan, kecuali ada undang-undang yang melarang daripada berbuat demikian.

Dalam hal ini, Nazri juga perlu diingatkan bahawa penglibatan Raja, Sultan atau keluarga diraja dalam politik bukanlah perkara asing sebenarnya. Selain ada Sultan di negeri tertentu yang memberi teguran atau sokongan terbuka kepada pemimpin kerajaan, Najib sendiri pernah menghebohkan sokongan Sultan terhadapnya.

Pada 23 Mei lalu, dalam usahanya meyakinkan rakyat bahawa kepimpinannya masih diyakini berikutan kritikan serta desakan meletakkan jawatan oleh Tun Mahathir, Najib secara terbuka mengatakan Sultan Pahang menyokong dan mahukannya terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan ini bukan saja turut dilihat sebagai campurtangan istana dalam politik, bahkan yang lebih buruk dan memalukan ialah tindakan Najib sendiri memperalat, menjaja dan menghebahkan sokongan Sultan Pahang terhadapnya.

Secara langsung dan penuh sedar, ia menunjukkan Najib sendiri yang mengheret nama Sultan dan istana demi keuntungan politiknya.

Sebelum mahu memberi ingatan kepada TMJ, Nazri sepatutnya membelasah perbuatan Najib itu terlebih dahulu. 

Oppsss...berani ke melawan boss? (SH 14/06/2015)

Sumber SH - 14-6-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TMJ jangan campur urusan politik atau kena ‘belasah’ – Nazri
Posted on Saturday, June 13 @ 19:11:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tengku Mahkota Johor ((TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta tidak campur tangan dalam
hal ehwal politik negara atau beliau akan turut dikecam seperti ahli politik lain, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.

“Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)…kalau kerajaan ‘belasah’ kamu balik, jangan marah,” kata Mohamed Nazri yang dipetik daripada portal berita The Star dalam satu majlis di Universiti Malaya, hari ini.

Menurut Mohamed Nazri, raja-raja dan keluarga diraja berada di atas undang-undang, justeru mereka tidak sepatutnya campur tangan dalam politik.

“Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik,” kata Mohamed Nazri sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini, berhubung ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program dialog “Nothing2Hide”.

Sebelum ini, Tunku Ismail turut dilapor menyuarakan sokongan, supaya bahasa Inggeris digunakan secara lebih meluas sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Sumber TKO - 13-6-2015
                                                                                                                         -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agong arah pecat Salleh Abas, bukan saya, kata Dr M

Posted on Saturday, June 13 @ 21:23:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Selepas 27 tahun krisis Perlembagaan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya membuka mulut dan mendedahkan pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas atas arahan Yang Dipertuan Agong pada ketika itu, Sultan Mahmud Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Dr Mahathir berkata, sultan Johor mengarahkannya supaya menubuhkan satu tribunal untuk memecat Salleh.


Namun, katanya timbul masalah apabila peguam negara ketika itu enggan mengheret nama Yang Dipertuan Agong dalam kertas siasatan tribunal, sebaliknya meletakkan namanya dan menyebabkannya dituduh mencalarkan kebebasan institusi kehakiman sehingga kini.

"Peguam negara tidak mahu sebut nama Sultan. Tribunal akhirnya putuskan beliau dipecat.

"Sampai mati saya dilabel sebegini (campur tangan kuasa kehakiman)," katanya dalam program bual bicara "Dangerous Idea" di Publika, Kuala Lumpur, hari ini.


Sumber TKO - 13-6-2015                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengku Mahkota Komen Najib dalam Facebook
Posted on Saturday, June 06 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Najib Razak tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur hari ini atas alasan keselamatan.

Pengkritik beliau pula berkata Najib “bacul” untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mempunyai telahan lain.

“Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya?

“Tentu sekali dia tidak akan muncul,” titah baginda dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Semakan Malaysiakini lewat petang ini mendapati tulisan itu telah tiada di Facebook itu sekurang-kurangnya sejam.

Status sama bagaimanapun dimuat naik kembali selepas itu.

Najib hari ini sepatutnya hadir dalam Nothing2Hide, dialog terus terang bersama aktivis NGO, dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Suara pertama kerabat

Beliau bagaimanapun tidak hadir setelah polis mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.

Semalam, Mahathir dispekulasi meluas akan hadir dan bertembung dengan Najib dalam majlis itu.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu pagi ini benar-benar tunjuk muka dan berucap sebentar kepada orang ramai sebelum diminta berhenti dan diiringi supaya beredar.

Tunku Ismail juga mengingatkan supaya pihak yang diberi amanah tidak menyalahkan rakyat kerana hilang kepercayaan.

“Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda,” titahya.

Tengku Ismail dipercayai kerabat pertama bersuara tentang perselisihan antara Najib dan Mahathir.

Kenyataan daripada pihak istana Johor itu sedikit sebanyak dilihat memberikan tamparan kepada Najib yang pentadbirannya diasak daripada segenap penjuru dalam isu 1MDB.- Malaysiakini


Sumber TKO - 6-6-2015       

No comments:

Post a Comment