BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, June 7, 2015

PASCA MUKTAMAR KE-61



Adakah GHB akan mampu kekal atau hilang ditelan masa?
Posted on Sunday, August 30 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Artikel Pilihan

Oleh Rita Jong and Ian McIntyrePETALING JAYA: Selain daripada melahirkan generasi kepimpinan baru, pergelutan kepimpinan
dalam parti politik biasanya akan membawa kepada pembentukan parti baru.


Contoh paling mutakhir adalah Gerakan Harapan Baru (GHB). Seperti namanya, ahli-ahli GHB -
yang terdiri daripada mereka yang tewas dalam muktamar pemilihan PAS baru-baru ini - berkata
yang mereka menawarkan harapan baru buat rakyat Malaysia.

GHB diketuai Mohamad Sabu - atau nama timangannya Mat Sabu - yang tewas kepada Tuan
Ibrahim Tuan Man bagi jawatan timbalan presiden PAS. Antara yang bersama Mat Sabu dalam
GHB adalah Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Salahuddin Ayub. Seperti Mat Sabu,
mereka adalah dari puak progresif yang kalah dalam pergelutan kepimpinan PAS. Salahuddin
adalah bekas naib presiden manakala Mujahid dan Khalid bekas ahli jawatankuasa pusat.

Penubuhan GHB diumumkan sebaik sebelum Aidil Fitri. Dan mereka terus melancarkan jelajah
seluruh negara selepas Hari Raya, bermula di Kangar, Perlis.

Tidak dapat dinafikan golongan Melayu yang progresif memang teruja dengan kemunculannya.
Tetapi secara praktikalnya, ia hanyalah sebuah lagi kumpulan serpihan. Ada banyak parti serpihan
yang pernah muncul di Malaysia. Ada yang menjadi satu kumpulan yang kuat, tetapi banyak yang
gagal memberikan sebarang impak.

GHB ada pilihan untuk mendaftar sebagai parti baru, tetapi mungkin perlu menunggu lama sebelum
Pedaftar Pertubuhan (RoS) memberikan kelulusan. Pilihan yang lebih cepat bagi pemimpinnya
adalah dengan menyertai parti sedia ada dan mengambil alih kepimpinannya. Sebuah parti yang
terbuka untuk menerima mereka adalah Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

PAS boleh dikatakan parti yang paling berjaya yang ditubuhkan oleh kumpulan serpihan. Parti itu
kini memiliki lebih daripada sejuta ahli.

PAS menunjukkan prestasi yang baik pada pilihanraya umum (PRU) ke-13 dengan menang di 21
kerusi Parlimen. Akan tetapi beberapa ahli parlimennya kini memilih untuk menyertai GHB.

PAS pernah kalah di Kelantan pada PRU 1978 tetapi merampasnya semula pada 1990. Dan ia
mentadbir negeri itu sehingga kini.

Pergelutan dalam PAS sudah boleh dilihat dengan jelas sebelum muktamar pada Jun lalu yang
menyaksikan kebangkitan puak ulama'. Kegagalan presiden Abdul Hadi Awang untuk menolak serta-merta usaha Umno mengajaknya menubuhkan kerajaan perpaduan telah membuatkan beliau agak tersudut daripada puak progresif parti itu.

Bagi puak ulama' pula, yang takut orang Islam akan hilang pengaruh politik jika rakan mereka
dalam Pakatan iaitu PKR dan DAP merampas Putrajaya, kerjasama dengan Umno merupakan satu
pilihan yang menarik.

Namun bagi puak progresif, rasa dikhianati Umno selepas PAS disingkirkan daripada Barisan
Nasional pada 1977 masuh segar di ingatan. Tambahan pula, PAS kemungkinan akan ditenggelami
Umno jika pulang ke pangkuan BN.

Walaupun berada di luar BN, PAS masih parti yang kuat. Ia mendapat sokongan meluas daripada
Muslim konservatif di negeri-negeri Pantai Timur. Perkara itu bakal menjadi cabaran terbesar buat
GHB.

Sekurang-kurangnya 18 pemimpin kanan PAS telah menyuarakan niat untuk bersama-sama GHB,
atau menyuarakan sokongan mereka kepada gerakan itu.

Objektif utama GHB pada masa ini adalah untuk menjadi pengganti PAS dalam Pakatan. Berbeza
dengan PAS, gerakan itu membuka pintu kepada orang bukan Islam berdasarkan prinsip "inklusif,
progresif, peduli".

Namun penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan mengingatkan bahawa GHB bakal membuat
kesilapan besar jika meletakkan diri mereka sebagai pengganti PAS. "Mereka perlu berhati-hati
untuk tidak menampilkan diri sebagai pesaing PAS secara langsung," katanya.

"Dengan menonjolkan diri sebagai parti yang memiliki idealisme yang sama dengan PAS, mereka
bukan sahaja meletakkan diri sebagai lawan kepada seteru politik terbesar, tetapi juga PAS," kata
ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal-ehwal Ekonomi (IDEAS) itu lagi.

Katanya lagi, sukar bagi GHB untuk mendapatkan sokongan akar umbi. Strategi lebih baik adalah
dengan meletakkan diri sebagai berlainan dengan PAS atau parti lain di negara ini.

"GHB bukan sahaja perlu mampu menarik ahli PAS, tetapi juga penyokong dan golongan progresif
dalam Umno, Gerakan, PKR dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) jika mahu memberi impak. Inilah satu-satunya cara mereka dapat memberikan nilai tambah dalam politik Malaysia," katanya lagi.

Bagi ahli sains politik Dr Sivamurugan Pandian pula, angka menjelaskan hal yang sebenar. Daripada
 11 parti yang ditubuhkan oleh kumpulan serpihan, hanya dua sahaja yang berjaya menjadi dominan. Parti itu adalah Gerakan - yang mentadbir Pulau Pinang selama hampir empat dekad - dan PAS sendiri.

Beliau berkata lagi, ahli-ahli GHB boleh menyertai PKR atau DAP jika mereka mahu terus
membawa pendirian progresif. "Dengan membentuk parti serpihan baru, ia mungkin hanya
memenuhkan ruang dalam politik Malaysia," katanya.

Akan tetapi ahli akademik Dr Wong Chin Huat yakin GHB akan terus kekal, dan berpeluang
muncul sebagai cabaran terbesar kepada PAS dan Umno.

Menurutnya, GHB akhirnya akan dapat mendominasi kawasan majoriti Melayu di pantai barat
semenanjung, sementara PAS terus berpengaruh di kawasan pantai timur.

Wong juga tidak menolak yang hayat PAS sebagai parti politik boleh berakhir. "PAS mungkin akan
tiada lagi selepas PRU ke-15 jika ia terus membawa dasar-dasar pecah dan perintah dan kekal t
erhad kepada masyarakat Islam sahaja," katanya.

"Dunia sudah menjadi inklusif dan penuh kepelbagaian, sesuatu yang mungkin tidak difahami PAS
dan ulama-ulamanya yang agak keras. GHB pula bersedia menerima masyarakat Kristian dan
kumpulan minoriti lain ke dalamnya, pada masa sama kekal sebagai pertubuhan Islam," katanya lagi.

Pengarah strategi PKR Sim Tze Zin bersetuju dengan Wong. Beliau berkata yang GHB muncul
tepat pada masanya di saat Malaysia memerlukan gerakan Islamis yang progresif.

Wan Saiful berkata, satu lagi faktor yang akan membantu GHB adalah perubahan sentimen yang
sudah beralih daripada politik etno-agama dan obsesi kepada entiti politik yang tuggal.

"Rakyat Malaysia sedang mencari sebuah parti yang memperjuangkan nilai-nilai sejagat, yang
memperjuangkan hak kita semua," katanya.

Katanya lagi, cabaran sebenar dalam membawa negara ke tahap seterusnya adalah untuk
menjadikan retorik Islamik kepada mesej-mesej sejagat yang dapat diterima semua.

Sentimen ini barangkali memang wujud di kawasan bandar. Tetapi adakah keadaan sama di
kawasan pedalaman, di mana masyarakat Melayu adalah majoritinya?

Kejayaan GHB akhirnya bergantung kepada faktor itu.

Sumber TKO - 30-8-2015

Sokongan orang pas inspirasi Mat Sabu
Posted on Sunday, August 30 @ 06:26:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Tidak salah berbeza pendapat, hatta dalam soal agama Islam sekalipun. 
Demikian juga dengan tajuk rencana penulis ini.


Penulis ada hak untuk bertanya, dan pembaca punya hak untuk menjawab. 
Jawapan pasti berbeza antara seorang dengan seorang.

Mengapa penulis  beri tajuk renacan ini sokongan orang pas inspirasi mat Sabu . 
Pasti ada yang marah marah kerana mengambarkan  buruknya  pemimpin idola
masing masing.
 

  penulis bertegas, atas sebab dua tiga hari ini, mat Sabu dikatakan telah lemah semangat dan akan 

berundur dan tidak akan  pegang jawatan presiden GHB@ parti Amanah rakyat.      


Anatar lain beliau berkata, jika ada orang lain lebih layak darinya dia sedia berundur, maka jawatan 
prsiden akan diberi kepada tokoh lain.Mungkin Dr Mujahid Yusof atau Husam Musa.

Sesetengah pembaca memberi komen, ini menunjukkan Mat sabu bukan tokoh yang gila nak jadi 
ketua sepertimana pernah didakwa sebelum ini.

Dengan kata lain, gila kuasa memang  membuat seseorang itu tidak layak jadi pemimpin, lebih 
lebih pemimpin parti Islam. Tak salah menjadi pemimpin parti Islam modern sepertimana yang 
berlaku di Indonesia.

Penulis berbeza pendapat. Bagi penulis mat Sabu sudah hilang semangat dan lemah hati apabila 
buat roadshow seluruh Negara sokongan orang pas merudum tidak sepertimana sebelum ini.

Contohnya, ketika mengadakan ceramah di dataran Shah Bandar Kuala Terengganu 21 Ogos.  
kehadiran hanya sekitar 3000 orang sahaja berbanding sebelum ini tak kurang  10,000 orang.

Bermakna,  peratus sokongan tehadap Mat Sabu sudah menurun keparas yang tersangat rendah 
inilah punca jadi lemah semangat lantas mengumumkan yang dia sedia berundur.

Inilah pun ca Mat Sabu patah semangat dan gelap masa depan GHB apabila ditubuhkan nanti. 
Apatah lagi untuk masuk bertanding dalam PRU 14 nanti.

Puak G18 , termasuk mat Sabu dan Dato Raja kena fikir banyak kali dengan kehadiran puluhan 
ribu pada ceramah pas 22 ogos malam di pasar baru cabang tiga.

Mereka sudah berada ditahap berbelah bahagi sama ada mahu terus menubuhkan parti baru atau  
kekal dengan pas sepertimana dinyatakan oleh Khalid Abdul samad yang beliau dan rakannya  
akan kekal sebagai ADUN dan parlimen PAS.Tidak akan letak jawatan.


Sumber TKO - 30-8-2015 


GHB: Kami tak takut guna nama Islam
Posted on Saturday, August 29 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Gerakan Harapan Baru (GHB), yang digerakkan bekas pemimpin kanan PAS, terkejut dan kecewa
dengan keputusan kerajaan menolak permohonan mendaftarkan parti baru Parti Progresif Islam
(PPI).

Malah, kata setiausahanya Dr Dzulkefly Ahmad, keputusan itu dibuat secepat kilat dalam masa 24
jam sahaja.

“Kalaulah kecekapan tadbir urus sepantas keputusan diambil ini, maka pastinya prestasi tata kelola
kerajaan akan dapat dipertingkatkan.

“Malangnya, sikap pantas penguasa politik ini bersifat selektif,” kata bekas anggota parlimen Kuala
Selangor itu.

GHB berkata menghantar permohonan mereka pada Khamis lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menolak permohonan GHB.

Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam
dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan.

Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian di
Marang semalam.

Bukan monopoli mana-mana pihak

Sementara itu, GHB berkata berkata walaupun memahami bahawa parti itu tidak diukur pada nama, “
namun ia mustahak supaya kami tidak didakwa takut menggunakan nama Islam”.

“Bahkan lebih penting dari itu Islam yang kami perjuangkan tidak lagi menjadi satu fobia di sisi
masyarakat bukan Islam,” katanya.

“Sementara itu masyarakat Islam pula amat senang dengan Islam yang inklusif dan memberikan
keadilan dan kesejahteraan menaungi semua kaum, agama dan budaya dalam negara ini.

“Sekali gus ia menjadikan Islam tidak lagi milik monopoli mana-mana pihak.”

Dzulkefly juga menegaskan, walau apa pun yang pentingnya dasar mereka tetap Islam yang syumul
dan inklusif serta dicorak oleh pemikiran maqasid syariah (tujuan-tujuan syariah), khasnya dalam
hal ehwal kenegaraan.

“Kami terus berusaha dan berdoa agar Allah akan permudahkan usaha-usaha ke arah pembentukan
sebuah parti Islam baru ini,” katanya.

Beliau juga berkata sidang media yang dirancang pada 31 Ogos ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur
diteruskan seperti biasa.

Dalam sidang media itu GHB akan menjelaskan tentang parti baharu yang bakal kami lancarkan
secara rasmi pada 16hb September nanti. - MK

Sumber TKO - 29-8-2015


Mengapa GHB tidak mahu berhenti menjadi ahli PAS?
Posted on Saturday, August 29 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Abdul Rahman Malik



Hina sangatkah menjadi seorang wakil rakyat yang tidak berparti? Apakah gelaran Ahli Parlimen
Bebas melambangkan seseorang itu tiada pendirian politik dan tidak layak menjadi pemimpin
rakyat?

Di samping itu, apa istimewanya menjadi wakil rakyat bagi orang yang berparti? Adakah dengan
menjadi ahli mana-mana parti politik bererti seseorang itu lebih mulia?

Sebaliknya, di manakah keutamaan dan kesetiaan seseorang yang terpilih menjadi ahli Dewan
Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri itu? Pada arahan dan prosedur partinya atau mutlak pada
rakyat?
Apapun, kenyataan Ahli Parlimen
Shah Alam, Abdul Khalid Samad
bahawa martabatnya akan jika
bergelar ahli parlimen bebas seperti
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau
bekas ahli parlimen, Ibrahim Ali,
adalah satu keangkuhan.

Beliau membuat kenyataan itu bagi
menjelaskan mengapa beliau dan
kawan-kawannya dari PAS tidak
mahu meletak jawatan sebagai ahli
parlimen atau Adun walaupun kini
berusaha keras menubuhkan sebuah
parti politik baru.

PAS dengan lantang menyatakan mana-mana wakil rakyatnya yang mahu menubuhkan parti baru
menggantikan PAS, seharusnya mengosongkan kerusi mereka kerana ia bertentangan dengan bai’ah
yang pernah mereka buat.

Namun Khalid sebagai koordinator Gerakan Harapan Baru (GHB) mengambil kesempatan untuk
menyindir wakil rakyat yang tidak berparti pula.

"Kami tak akan keluar Pas, kami tak nak jadi wakil rakyat bebas," demikian tegas Khalid mewakili
seluruh wakil rakyat Pas yang merancang menyertai sebuah parti Harapan Baru.

Antara wakil rakyat yang termasuk dalam kategori melanggar bai’ah PAS ini termasuklah Dr Hatta
Ramli, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Mujahid Yusuf, Dr Siti Mariah Mahmud, Datuk Raja
Kamarul Bahrin, Datuk Nizar Jamaluddin dan Husam Musa. 



“Kami tak akan keluar. Kami hanya tunggu Harapan Baru terbentuk sebagai sebuah parti, pada
masa itu keanggotaan kami sebagai ahli Pas akan gugur dengan sendirinya.


“Kalau kami keluar Pas, kami akan jadi wakil rakyat bebas. Itu kami tak mahu,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut menyindir Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga bekas Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim
Ali yang berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas.



“Jika kami jadi wakil rakyat bebas, kami kena duduk dengan Khalid Ibrahim di Parlimen. Kami tak
nak duduk dengan dia, nanti jatuhlah taraf kami macam Ibrahim Ali.



“Sebab itu kita nak ada parti, bila kita duduk dalam Parlimen, kita akan dilihat sebagai satu parti,”
katanya.


Soalnya, akhlak dan lojik apakah yang digunakan Khalid ini pada satu sisi sudah mahu mufarakah
dari PAS tetapi pada segi lain mahu terus “meminjam nama” PAS untuk “memuliakan” kedudukan
mereka sebagai seorang Yang Berhormat?

Sudah tentu pendirian dan kenyataan ini dibuat atas dasar politik. Bagaimanapun yang menyedihkan
ialah parti baru yang hendak ditubuhkan mereka ialah yang bertunjangkan Islam. Beginikah sikap
pemimpin Islam?

Sekalipun mereka sudah hilang hormat kepada ulama-ulama yang memimpin PAS tidak perlulah
mereka “menunjuk pandai” dan menyakat serta mencabar pemimpin PAS supaya memecat keahlian
mereka dari PAS.

Atas perkiraan politik, mereka menjangka akan memungut modal besar untuk dijaja pada rakyat
bahawa mereka menubuhkan GHB dan parti politik baharu kerana “dipecat” dari PAS.

Sekaligus untuk catatan sejarah, tindakan mereka itu akan menjadi sesuatu yang “halal” dan
diharapkan tidak akan timbul persoalan sebenarnya mereka mengkhianati perjuangan PAS hanya
kerana tidak dipilih menjadi pemimpin!

Jika demikian silat politik GHB yang cuba memutarbelit sejarah, wajarkah ia mendakwa mahu
menubuhkan sebuah parti politik Islam yang berakhlak dan layak menggantikan PAS?

Menurut Khalid lagi perisytiharan penubuhan parti politik baru itu akan dibuat pada 31 Ogos ini
dan pelancarannya akan dilakukan sempena Hari Malaysia pada 16 September 2015.

Mungkinkah GHB menjangka bahawa ‘peristiwa politik’ baru yang diatur pada tarikh berkenaan
tidak akan berlaku kerana pelbagai masalah teknikal. Umpamanya, ia mungkin tidak diluluskan
oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Atau, mungkin kerana rundingan mengambil alih parti berdaftar Parti Kesejahteraan Insan Tanahair
(KITA) masih belum selesai kerana parti itu juga menghadapi masalah pentadbiran dan teknikal
yang rumit.

KITA sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang ditubuhkan
sebagai parti serpihan PAS pada 1995 berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu.

Ramai juga Ada ahli parti serpihan Umno, Semangat 46 yang menyertai AKIM berikutan
pembubarannya pada tahun 1996.[5] AKIM pernah bertanding dalam pilihan raya umum 1999
untuk kerusi-kerusi parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi tidak berjaya.

Pada 15 Disember 2010, Datuk Zaid Ibrahim, seorang bekas
pemimpin parti  dan  PKR dilantik sebagai Presiden baru AKIM dan
meminda perlembagaannya dan menukar nama rasminya menjadi
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air atau KITA.

Adakah kerana khuatir diulet masalah teknikal dan rundingan
mengambil alih KITA belum selesai maka penghijrah politik berkenaan mahu terus berteduh di
bawah panji-panji PAS?

Atau, adakah muslihat sebenarnya ialah mereka bimbang jika PAS mampu membuktikan bahawa
bai’ah mereka semasa menjadi calon PAS dahulu boleh diterima mahkamah sebagai perakuan
bersumpah atau Statutory Declaration?

Jika demikian sudah pasti sebaik sahaja melangkah keluar dari laman politik PAS, undang-undang
akan menetapkan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat dikira batal!

GHB tentu insaf bahawa bukan mudah mempertahankan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS pada
PRU 2013 dahulu kerana pengundi tentu faham  bahawa GHB adalah pengkhianat kerana akan
bertanding semula menentang calon PAS!
  - ANtaraPOS

Sumber TKO - 29-8-2015


Kecewa,sepantas kilat permohonan nama parti Islam ditolak

Posted on Saturday, August 29 @ 11:23:56 MYT by paktam

Penulis TamuOleh Dr Dzulkefly Ahmad

Malangnya, sikap pantas penguasa politik ini bersifat selektif. Umum wajar tahu bahawa permohonan kami dihantar pada hari Khamis, 27hb Ogos, bererti jawapan dibuat KDN dalam masa 24 jam.

3. Kami kecewa kerana cita-cita untuk mendapat sebuah wadah yang diberi
nama PPI itu ditolak. Meskipun kami sangat memahami yang penting bukanlah diukur pada nama. Namun ia mustahak supaya kami tidak didakwa takut menggunakan nama Islam.


4. Bahkan lebih penting dari itu Islam yang kami perjuangkan tidak lagi menjadi satu fobia di sisi
masyarakat bukan Islam. Sementara itu masyarakat Islam pula amat senang dengan Islam yang
Inklusif dan memberikan Keadilan dan Kesejahteraan menaungi semua kaum, agama dan budaya
dalam negara ini. Sekaligus ia menjadikan Islam tidak lagi milik monopoli mana-mana pihak.

5. Apa pun yang pentingnya dasar kami tetap Islam yang Syumul dan Inklusif serta dicorak oleh
pemikiran Maqasid Syariah atau Tujuan dan Matlamat Syariah khasnya dalam pemerintahan dan
kenegaraan.

6. Kami terus berusaha dan berdoa agar ALLah akan permudahkan usaha-usaha ke arah
pembentukan sebuah parti Islam baru ini.

7. Kami mengundang semua pihak media ke Hotel Vistana Kuala Lumpur, jam 3 petang 31 Ogos ini, untuk pemakluman tentang parti baharu yang bakal kami lancarkan secara rasmi pada 16hb September nanti.

Dr Dzulkefly Ahmad
Setiausaha
Gerakan Harapan Baru
29 Ogos 2015.

Sumber DD - 29-8-2015

Nama parti baru diserah pada ROS - Mujahid
Posted on Friday, August 28 @ 16:10:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pengerusi jawatankuasa protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid
Yusof berkata masalah untuk memilih nama bagi kenderaan kumpulan politik timbul disebabkan
kekangan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mujahid mengakui wujud beberapa perdebatan antara pemimpin GHB untuk memasukkan perkataan
'Islam' daripada parti, walaupun kebanyakan mereka selesa dengan 'Amanah'.

"Ada beberapa perdebatan mengenainya tetap masalah berkaitan pemilihan nama melibatkan dengan
ROS lebih banyak daripada debat yang kami ada," kataya ketika ditemui Malaysiakini di
Georgetown hari ini.

Beliau berkata parti baru tetap akan dilancarkan seperti yang dijadualkan pada 31 Ogos ini.

Bagaimanapun, beliau enggan untuk mendedahkan nama parti baru itu walaupun 'Amanah' telah
dilaporkam dalam media.

"Jika kami mendedahkan nama itu sekarang, tak ada lah elemen kejutan pada 31 Ogos sewaktu
pelancaran," katanya.

Ditanya bagaimana boleh GHB dilancarkan tanpa nama, Mujahid yang juga MP Parit Buntar
berkata nama parti telahpun dipilih. - MK

Sumber TKO - 28-8-2015

Harapan Baru rampas pejabat Pas Jelebu
Posted on Friday, August 28 @ 13:13:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita
JELEBU - Seramai 24 orang daripada 28 Ahli Jawatankuasa termasuk ahli Dewan Himpunan 

Penyokong Pas (DHPP) kawasan itu  mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa hari ini.

Sehubungan itu, Pejabat Pas kawasan itu ditutup dan akan menjadi pejabat operasi Harapan Baru 

kawasan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Harapan Baru Jelebu, Muhammed Zabidi Abdullah berkata, mereka akan 

menghantar surat perletakan jawatan kepada Pas Pusat minggu depan dan keahlian mereka juga 
akan terlucut selepas menyertai parti baharu.

"Setakat ini kita telah menerima keahlian seramai 180 orang dan dijangka akan lebih ramai lagi 

penyertaan.

"Kita menjangkakan seramai 500 keahlian Harapan Baru sehingga hujung tahun ini,"katanya pada 

sidang media diadakan di sini, semalam‎.

Hadir sama, Pengerusi Harapan Baru Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan, 

Muhamad Taufek Abdul Ghani.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pas

sekarang yang membiarkan 'mungkar fitnah' berleluasa semasa pemilihan di dalam Muktamar Ke-61 
lalu. - SInar 

Sumber TKO - 28-8-2015



GHB tiada kaitan dengan KITA - Siti Mariah
Posted on Thursday, August 27 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM: Seorang lagi pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), Dr Siti Mariah Mahmud
menafikan bahawa wujud usaha daripada gerakan itu untuk mengambil alih Parti Kesejahteraan
Insan Tanah Air (KITA).

"Setahu saya, di masa-masa kita nak menuju pada 31 Ogos depan (untuk umum parti politik baru),
setahu saya bukan KITA. GHB tiada kena-mengena dengan KITA. Namun saya tidak tahu jika ada
rundingan yang lain. Namun setakat yang saya tahu, berita itu tidak betul," katanya kepada Antarapos.

Sebelum ini timbul dakwaan bahawa GHB mahu mengambil alih KITA untuk menubuhkan parti 

politik baru, sekaligus menggantikan tempat PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0.


Beberapa pemimpin gerakan itu juga menafikan membayar RM140,000 untuk memiliki KITA, bagi 

tujuan berkenaan.


Siti Mariah, yang juga Ahli Parlimen Kota Raja meminta pihak tertentu yang mereka khabar angin 

tersebut berhenti berbuat demikian dan menunggu pengumuman GHB yang akan dilakukan pada 
penghujung bulan ini.
KITA sebelum ini pernah diterajui oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang merupakan bekas pemimpin Umno
dan PKR.
Semalam Setiausaha Agung KITA, Azmi Othman membuat laporan polis mendakwa ada pihak 
tertentu cuba mengambil alih kepimpinan parti itu secara haram.
Azmi mendakwa ada orang luar yang kini mendakwa dirinya sebagai presiden baru KITA namun 
enggan menamakan beliau.
Azmi juga mendakwa ada individu mengemukakan minit mesyuarat parti yang dipalsukan kepada 
Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Tindakan itu bertujuan untuk menyakinkan ROS bahawa beliau adalah presiden KITA yang baru, 
kata Azmi.

Sumber TKO - 27-8-2015


KITA nafi GHB ambil alih parti

Posted on Thursday, August 27 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PUTRAJAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) hari ini menafikan laporan bahawa parti 

itu akan diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagaimana yang tersebar di media sosial, 
kata Setiausaha Pusatnya, Azmi Othman.

Beliau berkata, khabar angin itu mendakwa parti berkenaan akan ditukar nama kepada Diplomatic 

Islamic Party (DIP) atau AMANAH pada 31 Ogos ini, selepas pengambilalihan. "Semakan di Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 19 Ogos (mendapati) ada pihak cuba memalsukan maklumat 
untuk mengambil alih parti itu bagi diserahkan kepada GHB dengan tujuan menukar nama.

"Penjelasan ini perlu untuk mengelakkan mana-mana pihak tertipu sekiranya ada pihak yang tidak 

bertanggungjawab cuba mencari jalan mudah mencari keuntungan atau kesenangan politik," katanya 
pada sidang media di sini hari ini.

Azmi berkata, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 20 Ogos lepas.


Beliau berkata, penjelasan ini perlu bagi meredakan keresahan kira-kira 7,000 anggota parti KITA di 
seluruh negara yang gusar dengan desas desus itu. -BERNAMA 

Sumber TKO - 27-8-2015
Menunggu kelahiran bayi amanah dengan penuh debar!
Posted on Thursday, August 27 @ 13:58:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Assalamualaikum,,  Setia usaha GHB Dr. Zul menyatakan pengumuman
penubuhan parti amanah  isnin ini, mengambil sempena hari 
kemerdekaan negara.Sehingga hari itu, parti amanah GHB masih 
tinggal dalam perut ibunya dan kehadirannya masih dalam khayalan 
pendokongnya.Dalam tempoh khalyalan inilah timbul beberapa cerita 
yang menyenangkan dan yang tidak menyenangkan GHB.Yang 
menyenangkan termasuk berita masuknya Ustaz Bollywood kedalam 
GHB dan yang tidak menyenangkan pula ialah timbulnya cerita kemelut 
jawatan parti yang sedang melanda GHB.Sudah ada team team tertentu 
dalam parti yang masih belum ditubuhkan dan sudah ada nama nama 
tertentu dikaitkan dengan perebutan jawatan utama parti.
Di samping itu, ada juga cerita mengenai usaha GHB mengambil alih parti KITA sehingga
lapuran polis dibuat olih setia usaha parti KITA.Cerita mengatakan GHB mahu mengambil
alih parti KITA sebagai langkah mudah dan sesudah itu mahu mengembangkan parti itu untuk
membunuh PAS dengan bantuan DAP.

Begitulah coretan ringkas perjalanan untuk menghidupkan GHB.Walaupun sehingga kini tiada
siapa dari kalangan pendokong GHB mahu memdedahkan siapakah pembiaya kewangan
aktiviti aktiviti mereka yang kelihatan rancak itu.Apakah ada penderma RM2.6 Billion seperti
diterima olih Najib dan siapalah penderma itu.Kerana yang pastinya setiap perjalanan dan
pergerakan pendokong GHB memerlukan RM, perhimpunan yang mereka lancarkan di padang
Shah Bandar Kuala Terengganu tidak percuma.Kalau ketika arwah Dato Asri mahu
menubuhkan HAMIM dulu, UMNO yang baik hati menjadi penaja, kini siapa pula menaja
parti Amanah GHB?

Soalan yang mudah  mungkin memerlukan jawapan yang rumit.bertanya siapakah penaja
kewangan itu mudah semudah bertanya siapakah penderma RM2.6 Billion kepada Najib,
tetapi untuk menjawapnya pasti berbelit lidah seperti berbelitnya lidah Zaid Hamid mahu
menjawap siapakah penderma RM2.6 Billion itu!


Berdasarkan kepada perkembangan muktakhir kearah penubuhan parti amanah olih orang
orang yang sifat amanah mereka masih bolih dipersoalkan dan perkembangan terdahulu, bolih
disimpulkan bahawa kelahiran parti yang kononnya menjadi wadah alternatif kepada PAS
masih samar samar.Sehingga hari isnin ini, parti amanah masih khayalan dan masih menjadi
bahan utama tok selampit mereka untuk dijadikan cerita dongeng rakyat.Selepas hari isnin
barulah khayalan menjadi nyata, sama ada akan lahir parti amanah yang dipenuhi olih orang
orang yang melanggar bai'ah atau bagaimana.Sehingga itu, tidak salah untuk menjangka
bahawa parti amanah mungkin tidak jadi dilahirkan malah sebaliknya pendokongnya akan
beramai ramai masuk DAP dan mungkin kalau arwah Dato Asri dulu menghabiskan sisa sisa
hidupnya sebagai ahli UMNO, Mat Sabu dan beberapa nama yang pernah menjadi pejuang
Islam akan menghabiskan sisa sisa hidup mereka sebagai ahli DAP!

Sumber TKO - 27-8-2027

GHB Dilanda Krisis Dalaman Yang Serius?
Posted on Wednesday, August 26 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sebelum Gerakan Harapan Baru (GHB) merancang untuk melancarkan Parti Amanah Rakyat 
(Amanah) pada 31 Ogos ini, namun sudah bertiup khabar angin yang mendakwa serpihan PAS 
itu kini dilanda krisis dalaman.

Hari ini, facebooker pro PAS, Tok Usin Ceroii Original mendedahkan perbualan whatsapp dia
dengan salah seorang orang kuat GHB, Dr Mohd Hatta Ramli yang dilihat kecewa dengan
krisis dalaman gerakan itu.

“Macam dah kecewa saja, tentu pergolakan dalam GHB terlalu dahsyat dan rakus kerana
masing-masing nak jadi ketua dan hero di mata DAP…!!!

“GHB….Tok berani jamin, hayat GHB takkan mampu bertahan sehingga PRU 14 kerana
hampa bakal ditendang oleh DAP setelah habih madu nanti…!!!,”kata Tok Usin Ceroii yang
turut melampirkan perbualannya (di bawah) dengan Dr Mohd Hatta itu.


Sekurang-kurang dua tokoh GHB yang dilihat mula memberi saingan kepada kepimpinan
Mohamad Sabu iaitu Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Husam Musa.

Khabar angin krisis dalaman GHB mula bertiup sejak 15 Ogos apabila Pengerusi GHB Pulau
Pinang, Mujahid dipilih sebagai Pengarah Eksekutif Nadwah Ulama Nadwah Jadidah 2015
atau Nunji’15.



Melalui program itu, Mujahid dilihat cuba menonjolkan dirinya lebih ke depan berbanding
dengan Presiden GHB, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Malah, Mujahid juga lebih banyak bercakap soal GHB dan struktur parti baharu itu.



Gosip perpecahan dalaman GHB itu semakin kencang apabila Mat Sabu sendiri mengeluarkan
kenyataan bersedia berundur daripada menjadi ketua kumpulan itu, jika ada calon yang sesuai.

“Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka
saya bersedia untuk berundur.

“Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah
kepimpinan kolektif,” kata Mat Sabu ketika dihubungi Mstar empat hari lalu.

Mat Sabu berkata demikian pada malam Jumaat semasa sidang akhbar yang diadakan selepas
pelancaran GHB peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di sini.

Sejak GHB telah ditubuhkan, telah terdapat banyak persoalan terhadap kredibiliti pemimpin-
pemimpinnya, terutama Mat Sabu.

Ramai yang mengkritik beliau dengan berkata beliau bukanlah seorang pemimpin yang kuat
setelah gagal dalam beberapa pilihan raya umum dan dakwaan mempunyai kaitan dengan
Syiah.




Blogger pro PAS, Nordin Ali melihat saingan Mat Sabu adalah Husam yang sebelum ini lebih
banyak menyepi diri.

“Mengikut penganalisis politik, Husam Musa akan menggantikan Mohamad Sabu memimpin
Gerakan Harapan Baru (GHB) dan seterusnya akan mempimpin parti baru Parti Amanah
Rakyat (AMANAH).

“Sebahagian besar daripada kumpulan GHB yang pro kepada Husam sedang membuat kempen
“Husam Ganti Anwar” bagi memimpin Pakatan Rakyat 2.0 yang akan di tubuhkan setelah
Anwar Ibrahim tiada (penjara).

“Mengikut penganalisis berkenaan idea kumpulan pro Husam dalam GHB mendapat tentangan
daripada sebahagian besar pengerak GHB terutama yang pro kepada Mohamad Sabu.

“Tulisan rencana Mohd Azhar Abd Rahman di The Malaysian Insider dua hari lalu bertajuk
“Husam ganti Anwar – Mohd Azhar Abd Rahman” telah memberikan maklumat awal tentang
gerakan dalam GHB untuk menaikan Husam sebagai pemimpin menganggatikan Mohamad
Sabu,” ulas Nordin.

Menurutnya, Mohd Azhar menulis dengan satu mesej yang tajam iaitu hanya Husam yang
layak memimpin GHB, berbanding dengan Mat Sabu.

“Dalam tulisan berkenaan ketokohan Mohamad Sabu seolah-olah dipertikaikan. Saya pernah
menulis dua artikel mengenai Mohamad sabu tidak layak memimpin GHB dari sudut
pandangan kumpulan GHB sendiri. (rujuk sini dan sini)

“Gerakan menaikkan Husam Musa sebenarnya tidak disenangi oleh kumpulan pro Mohamad
Sabu,” ulas blogger PAS itu lagi.



Sumber TKO - 26-8-2015

‘Kita’ Sec Gen Reports Over ‘Hijacking’ Of Party

Kita_logo (2)

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) secretary general Azmi Othman has lodged a
police report over attempts to hijack the party.

Azmi alleged that a non-member of the party had claimed to be Kita’s new party president.

“I know something was amiss when claims are being made that Gerakan Harapan Baru (GHB)
is aiming to take over Kita.

“But none of those proposing to take over the party had ever contacted our chief Masrum
Dayat or me,” he said.

Azmi said he was shocked to find that thea non-member had submitted minutes of meetings to
the Registrar of Society claiming that he was the new chief as Masrum could not be located.

“Initially, the party was operating from the office of former party chief Datuk Zaid Ibrahim.

“But Masrum was recently denied entry into the office as he was no longer a staff of Zaid.

“We were not allowed to retrieve our party documents,” he said adding that Masrum was now
using his house as Kita’s temporary office.

Azmi said he had carried out a search at ROS to ascertain their status.

“And we found that we are still the office bearers of the party and that the non member had
submitted false meeting minutes,” he said.

Azmi said he had to lodge police report as he did not want irresponsible parties taking
advantage of the party.

GHB leaders, comprising those who lost in the recent PAS elections, had been reported as
mulling over the possibility of taking over Kita.

ROS officials confirmed that GHB did not submit any application to form a new party.

GHB secretary Dr Dzulkefly Ahmad said they would be announcing the formation of the
new party on Monday.

Sumber BO - 26-8-2015

Mengunakana Arab Menyerang PAS

Posted on Tuesday, August 25 @ 08:56:32 MYT by paklang

Oleh Alang Ibn Shukrimun

Ada pihak menentang perjuangan PAS dengan cuba mendapatkan pandangan Ulama'-ulama'
arab di Timur Tengah dan sekitarnya. Padahal ulama' kita telah memberi berbagai penerangan 
dan dalil menerusi al-Quran dan Sunnah. Ulama kita juga bergelumang langsung dengan sosio-

politik negara. Namun kenyataan umum ulama' yang tak memahami
situasi Islam di Malaysia juga yang nak diceduk. 


Ada yang nak belajar hudud di Tunisia. Tahukah mereka pemikiran
sekular rakyat Tunisia sangat tebal? Berpoligami pun haram. Tutup
kedai di siang bulan puasa juga dibantah keras. Padahal itu negara
majoriti muslim.

Ada yang cuba menangguk di Turki pula berdalilkan Turki negara khilafah. Sedarkah mereka
sebarang bentuk perjuangan atas nama agama diharamkan sama sekali oleh perlembagaan
negara itu? Pakai tudung pun suatu kontroversi. Membendung seks sejenis diprotes sangat
hebat. Sekularnya juga sangat tebal sekali.

Saya dapat tahu sekarang ada kumpulan sedang mengatur rombongan jelajah para ulama'
Timur Tengah, bertujuan mencari sokongan menghalalkan tindakan mereka dan menyelar
ijtihad PAS. Gerakerja awal berjumpa tok-tok arab telah dilakukan terlebih dahulu oleh
seorang yang dahulu punya autoriti atas nama PAS untuk menggambarkan keadaan PAS
pasca muktamar mengikut persepsi jahatnya. Sudah ada pihak yang silap faham tentang
keadaan PAS. Mujurlah merela bertanya dahulu Presiden dan tidak percaya bulat-bulat dakyah
orang itu.

Kenapa orang kita masih jumud dan tertutup dengan memahami bahawa arab sahaja yang
betul-betul Islam? Asal sahaja nama arab, dialah yang paling hebat Islamnya. Ada yang jumpa
sahaja arab terus bersalam cium tangan dek menganggap arab itu berilmu tinggi dengan
jambang dan jubahnya. Dia tidak tahu arab itu hanya saudagar kurma.
Orang seperti ini mudah ditipu pihak tidak bertanggungjawab. Mereka tidak nampak Islam yang sebenar melainkan ia perlu mendapat restu dari Syeikh-syiekh arab. Suatu bidaah yang amat khurafat lagi dholalah.

Mereka tidak sedar sebenarnya telah banyak ijtihad ulama bukan arab yang digunakan umat Islam zaman berzaman. Mereka tidak tahu ramai kalangan bukan arab lebih alim dan faqih dari arab itu sendiri.

Bahkan sedarkah mereka hari ini, pemimpin arablah pemimpin umat Islam paling jahat di dunia. Sanggup bersekongkol dengan barat untuk memporak perandakan dunia Islam. Sedarkah mereka selepas dari zaman Nabi dan khulafa' rasyidin, tokoh-tokoh mujaddid dan pejuang Islam hampir semuanya bukan kalangan arab?
Islam bukan berpaksi keturunan. Islam tidak mengambil kira kisah sejarah dalam menentukan siapa benar siapa salah. Islam berpaksikan hujah al-Quran dan Sunnah. Panduan kita bukan Timur Tengah. Tuhan bukan berada di Semenanjung Arab. Agama kita bukan padang pasir oriented. Mana-mana pihak yang mampu berdiri atas dasar kedua ini, merekalah yang paling benar.

Minta maaf andai menyinggung keturunan arab. Wallahi sayang amat sayang arab kerana arab
adalah keturunan Rasulullah SAW, dan keturunan al-Mahdi. Tapi sayang ini tidak boleh
keluar dari konsep sebenar berhukum dalam Islam.

Betulkan minda, murnikan persepsi. Jangan biarkan minda dikuasai si rakus kuasa.

(Alang Ibn Shukrimun)

Sumber DD - 25-8-2015
GHB Macam UMNO juga Rupanya: Orang sama
keluar dari tiga kawasan Pas Selangor

Posted on Tuesday, August 25 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Komentar

SHAH ALAM - Tindakan beberapa ahli Pas di tiga kawasan di Selangor yang 

 meletakkan jawatan beramai-ramai sejak akhir ini dipercayai hanyalah lakonan untuk 
memburukkan imej parti Islam itu.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman menegaskan, pihaknya sudah 

mengenal pasti beberapa individu terbabit yang didakwa menyamar sebagai ahli Pas di 
tiga kawasan di negeri itu ketika mengumumkan keluar parti.

"Cuba saudara tengok, gambar yang letak jawatan beramai-ramai, tidakkah muka orang 

yang sama?

"Di Kelana Jaya, muka sama..di Kota Raja, muka sama...di Shah Alam, muka yang sama, soalnya siapa yang letak jawatan?" soalnya pada sidang media di pejabat Badan Perhubungan Pas Selangor, di sini hari ini.

Minggu lalu, lebih 400 ahli Pas Selangor yang memegang jawatan dalam parti Islam itu 

mengumumkan peletakan jawatan mereka untuk menyertai gerakan Harapan Baru.

Ia termasuk 183 dari Pas Kota Raja, 227 dari Pas Kapar dan tiga dari Pas Klang.

Dalam pada itu, perkara tersebut turut diakui Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas 

(DHPP) Selangor, Datuk K Deepakaran sambil menafikan badan itu mempunyai 
cawangan.

"Ahli DHPP yang keluar itu tidak ramai, dalam surat khabar sebut 22 cawangan keluar 

dari kawasan Kota Raja, sedangkan kita tidak mempunyai cawangan.

"Kita hanya ada kawasan, negeri dan pusat. Ahli DHPP Shah Alam, yang keluar itu 

satu atau dua orang saja, ketua dan timbalan, jadi pelapis kita sudah ada," katanya.

Sebelum ini, YDP Pas Kawasan Kota Raja, Jaafar Shamsuddin yang meletakkan 

jawatan serentak dengan Ahli Parlimen kawasan itu, Dr Siti Mariah Mahmud 
mendakwa kesemua 22 ketua dan AJK cawangan DHPP turut keluar parti. - Sinar


Sumber TKO - 25-8-2015

GHB dan PAS berbeza

Posted on Monday, August 24 @ 11:12:42 MYT by paklang

Oleh Muhammad Syafiq Azmi

Saya sengaja tidak menggunakan tajuk Gerakan Harapan Baru (GHB) vs PAS,sebab
realitinya memang bukan PAS musuh GHB.Melihat serta mendengar hujah kedua-dua 
pihak, saya berharap ada
persefahaman yang boleh dicapai. Setidak-tidaknya belajar 
untuk menyerang musuh utama iaitu Umno-Barisan Nasional
(BN).

Di saat rakyat semakin sengsara, ada di kalangan kita yang
terus berpolemik dalam hal permasalahan rakyat. Ada yang lantang menyerang GHB,
dan lunak dengan yang dulu dikatakan musuh utama politik mereka.


Dasar GHB adalah memperjuangkan Islam yang syumul, benar-benar membawa
maksud sebenar “Rahmatan Lil Alamin”.

Jadi mengapa ada keperluan ia ditentang hingga ada yang mengeluarkan kenyataan
menghalalkan darah mereka.

Di saat ucapan wakil-wakil tertinggi GHB cuba untuk tidak membakar sentimen yang
ditinggalkan dalam muktamar lepas, pimpinan tertinggi PAS seolah-olah terus
memainkan isu kecewa, tunduk pada DAP, umpama tiada isu lain yang lebih besar
untuk dilaungkan.

Saya sempat hadir dalam sesi pengenalan kepada GHB oleh beberapa pimpinan seperti
Suhaizan Kaiat, Yang Berhormat Khalid Samad, mereka meminta mengelak untuk
bertelagah dengan yang ingin terus bersama PAS.

Memang dalam ucapan mereka ada menyentuh tentang PAS, namun ia sekadar
menjawab tuduhan kepada mereka.

Akhirnya saya ingin meninggalkan tuan-tuan dan puan-puan dengan satu buah fikiran.
PAS bertindak menyerang GHB adalah atas dasar tidak mahu ahli PAS terpengaruh
dengan GHB.

Namun ambil sedikit masa berfikir, setiap figura politik pasti ada penyokong dan
peminatnya,sudah pasti apabila mereka bersama wadah baharu,bala tentera ini pasti
bersama, dan jika ada figura dalam PAS yang mengisytiharkan diri bersama Umno,
mereka juga pasti membawa penyokong mereka bersama.

Biarkan ahli memilih, keluar PAS bukanlah bermakna keluar agama, sama juga
dengan Umno, tidak bersama Umno bukan bermakna bukan lagi Melayu.

Sumber DD - 24-8-2015

Raja Kamarul akan pertimbang saranan Hadi
Posted on Monday, August 24 @ 16:37:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM:  Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah 
Raja Ahmad mengambil sikap berdiam diri berhubung gesaan Presiden PAS, Datuk Seri 
Abdul Hadi Awang agar wakil rakyat PAS yang akan menyertai parti baru 
mengosongkan kerusi mereka.

Bagaimanapun beliau yang telah dilantik sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru 
(GHB) negeri Terengganu seakan membayangkan tidak akan berbuat demikian dengan 
komitmen terhadap rakyat walaupun pertubuhan bukan kerajan (NGO) itu akan bertukar 
menjadi sebuah parti politik tidak lama lagi.
"Amat saya untuk saya komen mengenai perkara ini, saya amat menghormati pandangan
Tok Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kedudukan saya ini. Saya akan buat
 pertimbangan sewajarnya nanti," katanya yang dipetik Utusan Malaysia.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi semalam yang meminta Ahli 
 Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang ingin menyertai parti 
lain mengosongkan kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Menurut Presiden PAS itu, tindakan itu perlu berdasarkan bai'ah sewaktu menerima 
tawaran untuk bertanding menjadi wakil rakyat dan terpulan kepada maruah pemimpin 
terbabit bagi mengosongkan kerusi masing-masing sebagaimana dijanjikan.
Beliau dalam pada itu turut tidak mahu mengulas lanjut mengenai kesediannya untuk 
meninggalkan PAS.- AntaraPOST

Sumber TKO - 24-8-2015
Maaf ya Dato Raja
Posted on Monday, August 24 @ 13:25:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

Gelaran ringkas “Dato Raja” pada nama Dato Raja Kamrul Bahrin Raja Ahmad ahli
parlimen Kuala Terengganu adalah panggilan manja anak raja negeri kaya rakyat miskin.

Maaf ya Dato Raja kerana buka cerita tanda aras tersangat benci dengan Presiden PAS
dan tergamak berkata, selagi ada Haji Hadi Awang dalam PAS selagi itulah PAS tak
maju.

Kata kata berkenaan pernah disebut kepada salah seorang orang umno Kuala Nerus
pada saya tiga minggu lepas.
 

  Kalau dah demikian mana mungkin Dato raja boleh bersama sama dengan PAS lagi.
Mungkin atas sebab itu jugalah PAS Kuala Terengganu awal awal lagi buat keputusan
memutuskan hubungan dengan Ahli parlimen Kuala Terengganu.

Beliau juga pernah berkata, kemenangan beliau sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu
PRU 13  bukan kerana dari undi orang PAS sahaja.

Kita tidak nafi semua itu, kerana kemenangannya pada PRU 13 termasuk  undi orang
China dan undi orang umno. Tetapi kena bekiau ingat bertanding atas tiket parti PAS.

Mengapa Dato Raja boleh bertindak demikian.Yang sebenarnya Dato Raja pernah
kecewa iaitu kalah dalam pemilihan AJK PAS Kuala Terengganu tidak lama dahulu.

Hal ini sama dengan apa yang berlaku pada geng Mat Sabu yang kalah dalam muktamar
agung tahunan di Kuala Selangor lepas. Mereka sangat kecewa dengan tindakan para
perwakilan dan melemparkan fitnah yang bukan bukan.

Dato Raja (ahli parlimen Kuala Terengganu) Syed Azman (ADUN Batu Burok) dan
Tengku Hassan (ADUN Ladang)  yang hebat ini semacam mustahil kalah dalam
pemilihan AJK PAS Kawasan Kuala Terengganu.

Walaupun kalah tradisinya dalam pas, mereka dilantik semula macam PAS Pusat
melantik semula Mahfuz Omar dan Sallehuddin Ayub sebagai AJK dan mereka tak sudi
lantas menolak pelantikan tersebut

Dato raja dan Dr Syed Azman juga menolak pelantikan tersebut manakala Tengku
Hassan menerimanya.Inilah sikit cerita sebenar yang tidak boleh dinafikan.
Bacaan politik kini jelas dan nyata dua dua orang ini tak sudi lagi bersama sama PAS
dan sah mereka telah memilih untuk bersama sama GHB yang pasti  gelap masa depan
sepertimana yang berlaku pada 4 parti Islam di Indonesia.


 Oleh itu, maka tercabutlah satu persatu duriduri dalam daging PAS yang pernah 

disebut oleh mursyidul Am Pas Dr Harun Din, awas, duri dalam daging


Sumber TKO - 24-8-2015


Mohamad Sabu Sedia Undur Diri Untuk Husam
Musa?

Posted on Saturday, August 22 @ 20:45:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mengikut penganalisis politik, Husam 
Musa akan menggantikan Mohamad Sabu
memimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) dan seterusnya akan mempimpin parti
baru Parti Amanah Rakyat (AMANAH).

Sebahagian besar daripada kumpulan GHB
yang pro kepada Husam sedang membuat
kempen "Husam Ganti Anwar" bagi
memimpin Pakatan Rakyat 2.0 yang akan
ditubuhkan setelah Anwar Ibrahim tiada (penjara).

Mengikut penganalisis berkenaan idea kumpulan pro Husam dalam GHB mendapat
tentangan daripada sebahagian besar pengerak GHB terutama yang pro kepada
Mohamad Sabu.

Tulisan rencana Mohd Azhar Abd Rahman di The Malaysian Insider dua hari lalu
bertajuk "Husam ganti Anwar – Mohd Azhar Abd Rahman" telah memberikan
maklumat awal tentang gerakan dalam GHB untuk menaikan Husam sebagai pemimpin
menganggatikan Mohamad Sabu.

Mohd Azhar menulis "Lontaran Husam ganti Datuk Seri Anwar Ibrahim ini bukanlah
untuk mengenepikan tokoh besar ketua Umum PKR dalam mengepalai gagasan
pembangkang dalam berdepan Barisan Nasional. Namun persediaan mencari
pengganti Anwar harus difikirkan bagi meneruskan perjuangan bersepakat parti-parti
 pembangkang ketika ini."
Dalam tulisan berkenaan ketokohan Mohamad Sabu seolah-olah dipertikaikan. Saya
pernah menulis dua artikel mengenai Mohamad sabu tidak layak memimpin GHB dari
sudut pandangan kumpulan GHB sendiri. (rujuk sini dan sini)

Gerakan menaikkan Husam Musa sebenarnya tidak disenangi oleh kumpulan pro
Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu dalam ceramahnya
di Terengganu semalam juga ada
menyentuh perkara ini secara tidak
langsung yang mampu difahami oleh
mereka yang berada dalaman GHB.

Kata Mohamad Sabu, dia akan meletak jawatan sekiranya jawatankuasa sementara yang ada
mampu mencari pemimpin yang lebih
sesuai.

"Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya
bahawa terdapat seorang pemimpin
yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur.

"Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah
kepimpinan kolektif,"
katanya yang dipetik daripada Mstar Online.

Kata-kata ini ditegaskan pada ceramah semalam.

Dia berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran GHB peringkat negeri Terengganu
di Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu.

Mengikut penganalisis berkenaan juga, keretakan awal antara kumpulan Mohamad Sabu
dan Husam Musa ini akan membuka ruang kepada tidak lamanya hayat parti baru
 AMANAH.

Lontaran Husam ganti Datuk Seri Anwar Ibrahim ini bukanlah untuk mengenepikan tokoh besar ketua Umum PKR dalam mengepalai gagasan pembangkang dalam berdepan Barisan Nasional. Namun persediaan mencari pengganti Anwar harus difikirkan bagi meneruskan perjuangan bersepakat parti-parti pembangkang ketika ini. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/husam-ganti-anwar-mohd-azhar-abd-rahman#sthash.OJDewJTq.dpuf


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 22-8-2015



Parti diasaskan GHB akan lebih cepat terkubur,
kata penganalisis

Posted on Saturday, August 22 @ 19:24:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Oleh HASBULLAH AWANG CHIK

Parti politik yang akan ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan lebih cepat
terkubur berbanding parti serpihan PAS lain seperti Barisan Jemaah Islamiah
SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) yang pernah
ditubuhkan pada sekitar 1980-an, kata penganalisis politik.

Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya berkata, Berjasa dan
Hamim mendapat sokongan dari parti pemerintah, sebaliknya GHB berada dalam
kondisi yang lebih lemah dari 2 parti itu.

"Pada masa itu, Berjasa dan Hamim ternyata kukuh kerana mendapat sokongan parti
yang memerintah, tetapi itu juga berkubur.

"GHB ini juga parti serpihan kalau terjadi, tetapi tidak berada dalam kondisi yang sama
seperti Berjasa dan Hamim.

"Jadi, dari sudut strukturnya GHB lebih lemah daripada itu," katanya pada Wacana
Kemerdekaan "Survival Politik Melayu/Islam Dalam Politik Malaysia" yang diadakan
di Shah Alam hari ini.

Mohamad yang merupakan salah seorang panelis wacana itu berkata, pemimpin GHB
terdiri daripada mereka yang kecewa dengan PAS pada masa ini dan berasa selesa untuk
terus mengadakan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, berdasarkan barisan kepimpinan GHB hari ini, parti politik yang bakal
ditubuhkan kelak tidak akan mampu bertahan lama kerana dibarisi pemimpin veteran.

"80% kepimpinan GHB berumur 60 tahun ke atas. Ada 64, ada 68. Maknanya
menjelang pilihan raya 2018, mereka mencecah 70. Tidak ada pelapis-pelapis yang
terkenal.

"Tambahan pula, di kalangan mereka tidak ada ikon yang boleh dijadikan perangsang
dan teras.

"Melihat keadaan ini, rumusan saya GHB berjaya hanya sementara. GHB akan popular
tetapi sementara," katanya.

Mengulas beberapa kes di mana orang Melayu dilihat makin berminat menganggotai
DAP, beliau berkata, terdapat 4 faktor yang menjadi penyebab mereka menyertai parti
sekular itu.

Katanya, penyertaan orang Melayu ke dalam DAP tidak boleh dikategorikan sebagai
satu fenomena kerana ia masih berada dalam kuantiti yang kecil.

"Perkataan fenomena tidak tepat sebab jumlah yang menyertai DAP amat kecil, cuma
digembar-gemburkan. Untuk menjadi fenomena, ia seharusnya mengarusi keadaan,"
katanya.

Beliau berkata, kemungkinan pertama ialah, orang Melayu ini berasa teruja dengan
DAP yang kononnya memaparkan budaya pelbagai kaum dan bahasa.

"Ini berlaku di kalangan generasi baru yang merasakan mereka ini tidak seharusnya
perkauman. Jumlahnya ada, tetapi kecil.

"Kedua, mereka yang merasakan untuk menyelamatkan Melayu, mereka perlu berada
dalam kapal lain, iaitu bergandingan dengan pihak lain," katanya.

Mohamad berkata faktor ketiga ialah, mereka mungkin menyertai DAP dengan niat
untuk meninggalkan parti itu.

Beliau berpendapat, perkara itu dilakukan bertujuan mengetahui dan mendapat rahsia
dari dalam parti itu untuk dibawa keluar kemudiannya.

"Keempat, ada tawaran, habuan dan peruntukan. Barangkali mereka ini teruja dengan
habuan politik dan material yang dibekalkan DAP. Walaupun ada 4 faktor namun ia
belum fenomena lagi," katanya.

Sumber The Malaysian Insider

Sumber TKO - 22-8-2015

Raja Kamarul Sah Pengerusi GHB Terengganu
Posted on Saturday, August 22 @ 13:40:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


KUALA TERENGGANU: Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad akhirnya 

mendedahkan bahawa beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Gerakan Harapan Baru 
(GHB) negeri.

Pendedahan itu dibuat apabila Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menyampaikan 

ucapan semasa pelancaran pergerakan itu di sini malam Jumaat.

Beliau kemudiannya mengakui perkara ini semasa sidang akhbar selepas majlis 

pelancaran di Dataran Shahbandar di sini.

"Semuanya jelas sekarang. Semua persoalan telah terjawab," katanya.

Raja Kamarul memberitahu pemberita bahawa sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat, 
penting bagi beliau untuk bersama GHB untuk berkhidmat kepada mereka selepas PAS 
Kuala Terengganu PAS memutuskan hubungan dengannya.

"Ini adalah masa depan. Buat masa ini adalah jalan ke hadapan," katanya.

Raja Kamarul menambah, sebaik sahaja GHB didaftarkan sebagai sebuah parti politik, 

beliau perlu berpisah dengan PAS.

"Pendirian saya adalah bersama GHB dan saya dengan rasa sedih perlu menamatkan 

keahlian PAS saya," katanya.  - Mstar 

Sumber TKO - 22-8-2015


Lebih ramai ADUN, MP dijangka tinggalkan Pas –
Mustafa Ali


Posted on Thursday, August 20 @ 21:44:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


Pas tidak akan menghalang mana-mana ahlinya meninggalkan parti kerana menghormati
hak demokrasi.

PETALING JAYA: Lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli
Parlimen Pas dijangka akan keluar parti, kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa
Ali.

Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan ramai ahli parti menyatakan hasrat dan
menunjukkan minat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

“Ada lagi ADUN dan Ahli Parlimen Pas akan keluar. Kita pun sudah jangka apabila
mereka (ahli Pas) mahu menyertai NGO itu.

“Kita tunggu sajalah sekiranya mereka isytihar untuk keluar ataupun mereka menunggu
untuk terkeluar secara automatik apabila masuk parti lain, ” katanya ketika dihubungi
FMT.

Mengulas pengumuman Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud keluar Pas,
Mustafa berkata, Pas menghormati keputusan itu

“Itu hak dia dan kita tidak boleh menghalangnya daripada menyertai parti yang
diminatinya. Kita guna hak demokrasi dan dia boleh pilih parti mana nak masuk, mana
nak keluar.

“Apa yang saya boleh maklumkan kita akan isi kekosongan yang ditinggalkannya itu,”
katanya.

sumber


Sumber TKO - 21-8-2015


Saari Sungib enggan jadi ADUN bebas

Posted on Thursday, August 20 @ 18:40:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib hanya 

akan meninggalkan Pas selepas parti Gerakan Harapan Baru (GHB) ditubuhkan.

Katanya, ia dilakukan bagi memastikan dia tidak menjadi calon bebas di Dewan Undangan
Negeri (DUN) Selangor, sebalinya menjadi wakil rakyat yang akan mewakili parti baru itu.

“Sekarang ini saya masih ADUN Pas kalau saya buat keputusan dan tinggal Pas, saya
akan jadi ADUN bebaslah,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan
Negeri Selangor pada Khamis.

Menyentuh mengenai keahliannya dalam Pas, dia berkata ia akan tergugur secara
automatik sebaik menyertai GHB.

Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, setakat ini
hanya dua ADUN Pas terdiri daripada ADUN Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN
Hulu Kelang, Saari dijangka meningalkan parti Islam itu dengan meyertai GHB.

“Dua sahaja bakal sertai GHB, 13 ADUN Pas lagi sudah menyuarakan taat setia mereka
untuk kekal bersama Pas dan tidak akan keluar parti,” katanya.

Dalam pengembangan lain, Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras turut mencabar
penyelaras GHB Selangor, Izham Hashim untuk mendedahkan nama 3,000 ahli Pas yang
menyertai NGO itu seperti yang didakwa.

“Kita ada keahlian mencecah 100,000 ahli, kenyataan Izham bahawa 3,000 sertai GHB
kita rasa itu tidak benar.

“Siapa 3,000 itu?, pemberita juga boleh tanya Izham Hashim daripada mana tiga ribu,
siapa 3,000, bagi nama kepada kita kalau betul ahli Pas, kalau tidak siapa pun boleh cakap,
” katanya.


Jelasnya, jika benar 3,000 ahli Pas sertai GHB ia tidak akan menjejaskan kedudukan Pas
Selangor. - FMT

Sumber TKO - 21-8-2015

Selepas Kota Raja, AJK PAS Shah Alam pula lepaskan 
jawatan

Posted on Thursday, August 20 @ 13:12:58 MYT by paktam

Tiga pemegang jawatan tertinggi PAS Kawasan Shah Alam

melepaskan jawatan mereka menjelang penubuhan rasmi parti
baharu kumpulan progresif hujung bulan ini.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan bersama bekas
yang dipertua Azli Yusof, bekas timbalan yang dipertua Zulkifli
Mohd Nani dan bekas naib yang dipertua Mohd Jamil Abd
 Rahim.


"Kami selaku yang dipertua, timbalan yang dipertua dan naib yang dipertua PAS
Kawasan Shah Alam mengumumkan peletakan jawatan berkuatkuasa 19 Ogos 2015,
bersama-sama 18 ahli jawatankuasa PAS Kawasan Shah Alam sesi 2015-2017.


"Selain itu, ketua Wanita, timbalan ketua Wanita dan naib ketua Wanita turut meletakkan
jawatan bersama-sama 11 AJK Wanita PAS Kawasan Shah Alam.

"Keseluruhan AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP Kawasan Shah Alam juga
meletakkan jawatan mereka," kata kenyataan mereka.

Mereka berkata peletakan jawatan secara baik itu dibuat pada mesyuarat PAS Shah Alam
semalam dan penyerahan tugas dilakukan kepada setiausaha PAS kawasan itu "dalam
suasana penuh persefahaman dan kasih sayang".

"Peletakan jawatan ini bukan bertujuan melemahkan jentera PAS di Shah Alam, tetapi
kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih kami yakini,"
kata mereka lagi merujuk kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dimaksudkan
sebagai wadah baharu itu.

"Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada PAS Kawasan Shah Alam
di bawah kepimpinan yang baru nanti. Mudah-mudahan semua akan terus istiqamah
dengan perjuangan Islam," kata kenyataan itu.

Mereka dijangka akan menyertai sebuah parti Islam baru yang dinamakan Parti Amanah
Rakyat (Amanah) yang akan dilancarkan pada hari kemerdekaan 31 Ogos ini.

Semalam, semua pemimpin PAS kawasan Kota Raja meletakkan jawatan selain turut
membubarkan 9 cawangan di bawah mereka.-TMI


Sumber DD -20-8-2015


Keluar PAS Bukan Bermakna Keluar Islam tapi khianat
PAS bukan ajaran Islam

Posted on Thursday, August 20 @ 10:16:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan hari ini, tindakan individu 

yang keluar meninggalkan PAS bukan bererti mereka murtad atau terkeluar daripada 
agama Islam.Bai'ah itu adalah ikrar. Seperti juga di Parlimen. Kita ada nas dan ijtihad 
daripada alim ulama. Tetapi, na'uzubillah, keluar daripada PAS bukan keluar Islam katanya lagi semasa mengumumkan keluar daripada PAS semalam.

Anggota PAS Kota Raja hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing 

di peringkat cawangan dan kawasan di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja 
di Klang.

Bekas yang di pertua PAS Kota Raja, Jaafar Samsudin berkata, 9 daripada 38 ketua
cawangan di kawasan itu meletakkan jawatan mereka dalam parti itu semalam.

Tapi bila ditanya berkenaan Adun dia menjaya masih kekal Adun, tidak pula diletakkan
jawatannya.

Memang keluar PAS bukan keluar Islam tapi cara keluar daripada PAS itu bukan Islam
ajar. memburukkan PAS, menghasut ahli-ahli untuk bersama parti baru dan meninggalkan
perjuangan PAS tapi masih kekal sebagai Adun sedangkan bertanding atas tiket PAS
semua itu bukan cara Islam.

Apakah Islam ajar bila kalah, kita kata PAS tidak betul, semasa kita menang kita tak
pernah ungkit perkara berkenaan.

Sumber TKO - 20-8-2015

Perletakan jawatan beramai landa PAS S'gor

Posted on Wednesday, August 19 @ 23:43:28 MYT by paktam

Kira-kira 400 ahli dan pemimpin PAS dari tiga kawasan PAS di Selangor hari ini
mengumum meletak jawatan sama ada dalam parti atau jawatan
yang mereka sandang, sementara menunggu untuk berpindah
menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ia termasuk 183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan
Kapar dan tiga orang dari kawasan Klang.


Naib Ketua PAS Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah itu bagi
mengelak berlaku keadaan tidak menentu melanda PAS sebaik sahaja GHB menjadi
sebuah parti politik dan lebih ramai ahli PAS keluar dan menyertainya.

Di Kota Raja, ketua kawasannya Jaafar Samsuddin dan timbalan ketua, Norhalim Sirome
dan Siti Mariah mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam satu sidang akhbar.

Ketua sembilan cawangan PAS dalam kawasan Kota Raja juga turut melepaskan jawatan
masing-masing dalam parti itu.

Turut menyertai mereka ialah ahli jawatankuasa (AJK) kawasan Kapar, Razak Abdul
Rashid dan AJK PAS kawasan Klang, Abdul Rashih Abdul Latiff.

GHB berkata peletakan jawatan beramai-ramai hari ini itu adalah sebagai permulaan di
Selangor - mulai hari ini sehingga akhir bulan ini.

Penyelaras GHB Selangor, Izham Hashim mendakwa kawasan Shah Alam dan Kelana
Jaya akan melakukan perkara yang sama, masing-masing esok dan dua hari kemudiannya.

Bagaimanapun, mereka yang meletak jawatan itu akan kekal sebagai ahli parti sehingga
GHB rasmi menjadi sebuah parti politik.

Mereka kemudiannya akan menyertai entiti baru itu, yang secara automatik, menyebabkan
keahlian PAS mereka terbatal, kata Izham.-Malaysiakini.com

Sumber DD - 19-8-2015


Keluar PAS bukan bermakna keluar Islam, kata Siti Mariah
Posted on Wednesday, August 19 @ 23:40:42 MYT by paktam

OLEH NABIHAH HAMID

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan
hari ini, tindakan individu yang keluar meninggalkan PAS bukan
bererti mereka murtad atau terkeluar daripada agama Islam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan
mengenai sumpah atau bai'ah yang dikatakan dibuat setiap ahli
PAS sewaktu menyertai parti itu.


"Bai'ah itu adalah ikrar. Seperti juga di Parlimen. Kita ada nas dan ijtihad daripada alim
ulama. Tetapi, na'uzubillah (minta dilindungi Allah), keluar daripada PAS bukan keluar
Islam.


"Ia adalah penghijrahan dari satu pertubuhan kepada satu pertubuhan," katanya pada
sidang media mengumumkan peletakan jawatan beliau bersama ahli parti lain dari PAS
Kawasan Kota Raja.

Dr Siti Mariah bagaimanapun berkata, peletakan jawatan beramai-ramai oleh ahli dalam
kawasan Parlimen Kota Raja itu bukanlah sesuatu yang dibanggakan.

"Kami lakukan ini untuk bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam memenangi
Putrajaya," beliau menjelaskan.

Anggota PAS Kota Raja hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing
di peringkat cawangan dan kawasan di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja
di Klang.

Bekas yang di pertua PAS Kota Raja, Jaafar Samsudin berkata, 9 daripada 38 ketua
cawangan di kawasan itu meletakkan jawatan mereka dalam parti itu hari ini.

"Kami menyahut saranan atau arahan pimpinan agar semua ahli yang hendak bergerak
atas wadah baru perlu meletakkan jawatan," katanya merujuk kepada Gerakan Harapan
Baru (GHB) yang dimaksudkan sebagai wadah baru itu.

"Dengan rasa penuh tanggungjawab kami merasakan peletakan ini adalah untuk
memudahkan ahli jawatankuasa (AJK) yang masih bersama PAS dapat menjalankan
tugas atau aktiviti di Kawasan Kota Raja," katanya.

Dr Siti Mariah, yang meletak jawatan sebagai naib yang dipertua PAS Kota Raja berkata,
tindakan beliau bukan satu pengkhianatan kepada rakyat.

"Saya tidak khianati amanah rakyat. Saya masih dalam perjuangan Islam. Tetapi,
pendekatan politik kami sudah berbeza," katanya.

Pada majlis hari ini, lebih 30 orang pimpinan dan AJK kawasan serta cawangan,
termasuk 22 ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), menyuarakan sokongan
mereka terhadap peletakan jawatan berkenaan.

Dua lagi ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dijangka akan mengambil
tindakan sama dalam masa terdekat.

Mereka ialah Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.

Seramai 183 ahli yang memegang jawatan dalam PAS Kota Raja meletakkan jawatan
selain 227 ahli PAS Kapar dan 3 PAS Klang hari ini.

Peletakkan jawatan pimpinan PAS Kota Raja hari ini susulan tindakan semua AJK 9
cawangan di kawasan itu menyertai GHB, kumpulan serpihan parti PAS.

GHB berperanan menyambung kerjasama dengan PKR dan DAP serta sekaligus
membentuk PR yang baharu.

Namun, mereka menegaskan, penghijrahan itu tidak bermakna mereka bermusuhan
dengan PAS kerana GHB Kota Raja sentiasa membuka ruang persahabatan untuk
merapatkan persaudaraan.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Sumber DD - 19-8-2015
        

Dr Siti Mariah & AJK PAS Kota Raja Lepas Jawatan Sertai Parti Baharu
Posted on Wednesday, August 19 @ 18:01:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Ahli Parlimen PAS, Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud bersama Ahli Jawatankuasa 
(AJK) PAS kawasan itu akan melepaskan jawatan dalam parti PAS untuk menyertai parti 
Islam baharu dinamakan Parti Amanah Rakyat (Amanah), tajaan Gerakan Harapan Baru 
(GHB).

Satu sidang media khas akan diadakan pada petang ini di kawasan Parlimen Kota Raja
bagi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di peringkat cawangan dan
kawasan.

Selain meletakkan jawatan, 9 cawangan PAS dijangka dibubarkan di kawasan Kota Raja
hari ini apabila semua AJK mereka menyertai GHB.

“Lebih 30 pemimpin dan AJK kawasan serta cawangan termasuk pimpinan Dewan
Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan hadir pada sidang media ini,” kata satu
yang dikeluarkan penggerak GHB Kota Raja hari ini, lapor The Malaysian Insider.

Namun, Dr Siti Mariah dilaporkan tidak akan melepaskan jawatan Ahli Parlimen Kota
Raja jawatan yang dimenangi kerana bertanding atas tiket PAS pada Pilihanraya Umum
ke-13 (PRU 13).

Menurut The Malaysian Insider, peletakan jawatan Dr Siti Mariah dan AJK PAS Kota
Raja itu adalah sebahagian daripada langkah berperingkat untuk keluar PAS beramai-
ramai menjelang penubuhan Parti Amanah yang akan diperkenalkan kepada umum
semasa sambutan hari kemerdekaan negara 31 Ogos ini.

Selain Kota Raja, PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Izham Hashim selaku yang
dipertua kawasan juga dijangka akan mengambil langkah sama.

Ini kerana, selain Izham yang merupakan penyelaras GHB negeri Selangor, majoriti AJK
PAS kawasan Kelana Jaya adalah penyokong GHB.

Mengikut perlembagaan PAS, selepas menyertai parti baharu, keahlian dalam parti Islam
 itu akan gugur secara automatik.

Sumber TKO - 19-8-2015

Harapan Baharu perlu gentleman
Posted on Wednesday, August 19 @ 17:53:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KOTA BHARU - Ahli Pas yang berminat menyertai Harapan Baru diminta mengisytiharkan penglibatan mereka secara gentleman.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, tindakan itu lebih baik daripada mereka terus jadi ‘duri dalam daging’ dalam Pas.

“Bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, apabila mereka keluar daripada Pas, mereka boleh bentuk apa-apa parti mengikut kebenaran  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Tetapi, sebelum itu mereka perlu beritahu kedudukan sebenar (sertai parti baharu ) daripada terus menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Pas. Apabila dah isytihar sertai parti baharu, mereka secara ‘gentleman’ boleh kemukakan dasar, strategi dan arah perjuangan mereka secara terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Galeri Tok Guru di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), semalam.

Ditanya mengenai kerjasama dengan parti baharu itu, Ahmad menyifatkan masih terlalu awal untuk Pas memutuskan perkara tersebut.

Katanya, sebagai parti politik, isu kerjasama itu lumrah biasa, namun perlu diteliti terlebih dahulu arah tujuan dan objektif parti baharu tersebut.

“Tunggu parti baharu itu ditubuhkan dulu, sebab kena tahu matlamat penubuhan mereka,” ujarnya.

Mengulas mengenai perhimpunan jalanan Bersih 4.0 Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas masih belum menerima sebarang kata putus daripada pemimpin tertinggi parti.  - Sinar 
Sumber TKO - 19-8-2015

PAS bincang ahli terlibat GHB 11 Sept

KOTA BHARU: Jawatankuasa PAS Pusat akan meneliti laporan yang diterima daripada
setiap negeri berhubung ahli parti itu yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata perkara itu dibincang nesyuarat 
yang akan diadakan 11 September hadapan.

“Kalau ada kes dan bukti yang kukuh, mungkin tindakan terhadap yang terlibat akan
diambil. Laporan mengenainya akan dibentangkan pada mesyuarat tersebut nanti,” katanya
selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Sebelum ini Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu 
Lembaga Disiplin PAS Pusat ada menerima laporan penglibatan ahlinya dalam GHB.

Bagaimanapun katanya, tindakan hanya diambil berdasar kepada jawatan yang dipegang 
ahli terbabit dalam wadah baru berkenaan.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata kelazimannya tindakan
yang bakal diambil dibincang peringkat Jawatankuasa PAS Pusat dan Jawatankuasa 
Disiplin PAS Pusat.

Kata beliau jawatankuasa berkenaan akan bermesyuarat membincangkan laporan yang 
diterima sebelum tindakan lanjut diambil.

Manakala bentuk hukuman mengikut Perlembagaan PAS iaitu pertamanya surat tunjuk 
sebab, kedua amaran, ketiga gantung keahlian dan keempat pecat keahlian.

“Kita tengoklah bagaimana keputusan mesyuarat itu nanti,” ujarnya.

Menurutnya juga sebahagian besar negeri-negeri telah menghantar laporan kepada 
Setiausaha Agung PAS mengenai penglibatan ahli dalam GHB. 

Sumber PP -19-8-2015


Parti Baru AMANAH akan bertanding di Kota Bahru?
Posted on Tuesday, August 18 @ 19:35:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Zaid Ibrahim yang dikatakan menjual partinya KITA kepada GHB untuk dijadikan parti 

AMANAH mengikut sumber. Jika benar itu jalan mudah GHB mendapatkan parti baru 
tanpa bersusah payah melalui ROS, macam Parti Keadilan mendapatkannya dulu daripada 
HAMIN.

Zaid Ibrahim dalam pelancaran ceramah GHB pertama GHB di Kota Bharu menjadi 

tetamu terhormat dimana penceramah pada masa itu Hamzah Pengerusi GHB Pahang 
mengalu-alukannya dalam ceramah.

Hari ini Zaid menyatakan penderiannya untuk bertanding di Kota Bharu menentang 

UMNO dan penyadang kerusi berkenaan Datuk Takiyuddin Hassan, yang juga setiausaha 
agung parti PAS.

Jika benar sudah pasti AMANAH parti baru adalah secara sedar tidak sedar membantu 

UMNO dalam pilihanraya ke-14 akan datang.

Zaid telah membayangkan perkara itu dalam tulisan di blognya, zaid.my dengan 

menyatakan ikrar untuk “menghabiskan” pemimpin Umno dan PAS di kawasan itu.

Tahniah juga kepada GHB dan parti baru Amanah sekurang-kurangnya anda mempunyai 

saham menjatuhkan PAS di Kelantan. Jika PAS tak jatuh anda juga ada sahang membantu 
menghuru harakan PAS.

Sumber TKO - 18-8-2015


"Harap TSKI Istiqamah, Pelawa Sertai PAS"

Posted on Tuesday, August 18 @ 10:31:12 MYT by paktam

Oleh USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT

1. Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
(TSKI) dipelawa untuk bersama perjuangan PAS agar terus
beristiqamah membina Malaysia ke arah lebih makruf dan berjaya.
2. Sesungguhnya beliau telah menunjukkan teladan dan pencapaian
serta integriti yang dikagumi, cemerlang lagi terpuji semasa
mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.


3. Adalah wajar dengan pengalaman, kesungguhan serta rekod
tersebut dilestarikan demi kepentingan rakyat dan negara yang
sememangnya memerlukan ahli dan tokoh politik amanah juga
gigih seperti beliau.

4. Karier politiknya tidak harus berakhir begitu sahaja apabila tamatnya penggal pilihan
raya kali ini, setelah beliau terdahulu meninggalkan dunia korporatnya demi
 menghambakan diri dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat.

5. Beliau memerlukan satu tapak teguh dan kukuh dalam realiti persaingan politik
Malaysia ini di mana kelazimannya menuntut perjuangan individu itu adalah menerusi
penglibatan bersama parti politik sedia ada. Sehubungan itu bahtera PAS adalah yang 
sesuai, selari dan terbaik untuk Tan Sri Khalid.

6. Saya menyeru beliau untuk tidak bertangguh lagi dan khususnya Pemuda PAS Negeri
Kedah bersedia memberikan slot khas menerima penyertaan beliau pada Himpunan Anak
Muda bersempena Himpunan Tolak BN yang akan berlangsung pada Sabtu, 22 Ogos ini
di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar.

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Sumber DD - 18-8-2015



PAS dan GHB perlu lantik majlis tahkim selesai masalah
Posted on Tuesday, August 18 @ 09:47:15 MYT by paktam

PendapatOleh USTAZ MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI

1. Saya berpendapat PAS dan Harapan Baru tidak boleh hanya membuat kenyataan dalam kemelut yang masih berpanjangan ini.

2. Pendekatan terbaik yang tidak merugikan mana-mana pihak hendaklah diusahakan bagi menyelesaikan isu ini.


3. Pendekatan "menang-menang" adalah yang terbaik dalam penyelesaian.

4. Saya mencadangkan supaya dibentuk Majlis Tahkim yang dianggotai oleh mana-mana pihak atau individu yang saling dipercayai oleh PAS dan Harapan Baru. Majlis Tahkim hendaklah menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian isu ini.

5. Tokoh-tokoh ulama, politik dan gerakan Islam luar negara yang sering menjadi rujukan PAS dan Harapan Baru juga boleh menganggotai Majlis Tahkim. Ulama tersohor seperti Dr Yusuf Al Qardhawi adalah salah seorang ulama terbaik bagi menjadi orang tengah dalam penyelesaian isu ini.

6. Penglibatan tokoh-tokoh Islam antarabangsa dilihat perlu, kerana mereka juga mempunyai pengalaman dalam menghadapi pergeseran dalam jamaah Islam.

7. Di negara kita, tidak kurang tokoh-tokoh hebat termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan untuk menyertai Majlis Tahkim yang dicadangkan bagi mencari penyelesaian ini.

8. Para ulamak, ahli akademik, veteran dan pemerhati politik yang saling dipercayai oleh kedua-dua pihak hendaklah tampil menawarkan diri bagi penyelesaian isu yang merugikan ini.

9. Situasi politik di Malaysia sekalipun panas, tetapi tidaklah sekronik persengkataan politik dunia luar. Masing-masing pihak hendaklah sering menghentikan serangan-serangan politik yang tidak mengungtungkan.

Beristiqamah Hingga Kemenangan

USTAZ MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak

 http://wadahbaru.blogspot.com/

Sumber DD - 18-8-2015


Anak Nik Aziz nafi sertai Harapan Baru
Posted on Monday, August 17 @ 19:50:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU - Anak sulung bekas Mursyidul Am Pas, Nik Omar Nik Abdul Aziz 

menafikan dakwaan menyertai Harapan Baru sebagaimana yang tersebar di blog dan portal 
berita sejak beberapa hari lalu.

Sebaliknya beliau berkata, kehadirannya pada program anjuran Harapan Baru ini bagi 

memenuhi undangan untuk menjayakan slot pengkisahan tentang bapanya (Allahyarham 
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

Menurutnya, tidak ada perbincangan mengenai Harapan Baru ketika itu, malah beliau tidak 

pernah disuarakan untuk bersama- sama menyertai gerakan tersebut sebelum ini.

“Tak bincang dan tak pernah bincang mengenai Harapan Baru. Kehadiran saya lebih 

kepada memenuhi undangan untuk slot pengkisahan tentang Tok Guru,” katanya kepada 
Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Harapan Baharu, Mohamad Sabu akan menghantar wakilnya bagi 

bertemu Nik Omar dalam masa terdekat.

Mohamad berkata, buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung 

hasrat anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Mengulas mengenai Harapan Baru, Nik Omar berkata, jika di peringkat awal dahulu, beliau lebih suka jika kepimpinan Pas sama ada mursyidul am ataupun Majlis Syura Ulama mengadakan perbincangan mengenainya.

“Namun kini ia sudah menuju ke arah parti Islam, dan mungkin satu hari perlu untuk 

menerima hakikat akan wujud dua parti berteraskan Islam di Malaysia,” katanya.

Nik Omar berkata, bagaimanapun apa yang lebih penting, satu kaedah supaya tidak berlaku 

pertembungan antara keduanya perlu dicari dan perbezaan pandangan yang wujud diraikan 
sebaiknya.

Beliau berkata, apa yang diharapkan pemimpin Pas dan Harapan Baru akan dapat duduk 

semeja untuk menyelesaikan kemelut dihadapi antara keduanya, malah  beliau percaya 
perkara itu akan dapat dilakukan selagi ada usaha ke arah itu.

Dalam pada itu, Nik Omar mengakui terdapat perbezaan kepimpinan Pas berbanding pada 

zaman bapanya, namun secara peribadi beliau menghormati pendekatan yang digunakan 
oleh kedua-duanya. - Sinar

Sumber TKO - 17-8-2015


GHB Sedia Kerjasama Dengan Perkasa
Posted on Sunday, August 16 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Parti Gerakan Harapan Baru (GHB) Johor yang baru ditubuhkan mengalu-alukan mana-
mana parti yang ingin bekerjasama bersama pergerakan itu, termasuk Pertubuhan Pribumi
Perkasa (Perkasa) demi pembangunan negara.

Walau bagaimanapun, menurut kepimpinannya, organisasi yang mengambil bahagian perlu
mematuhi objektif dan matlamat yang sama daripada GHB.

Pengerusi negeri, Aminolhuda Hassan berkata GHB terbuka, tetapi pada masa yang sama
terdapat keperluan bagi melihat dengan lebih mendalam terhadap agenda parti-parti politik
yang mengambil bahagian.

“Ya, kami mengalu-alukan semua badan-badan bukan kerajaan (NGO), bahkan Perkasa
untuk menyertai dalam program-program kami.

“Kami tidak mempunyai masalah, tetapi mereka (Perkasa) perlu memahami bahawa kami
memperjuangkan rakyat Malaysia pada platform Islam yang progresif termasuk kaum serta
agama yang lain,” katanya kepada The Post Rakyat ketika dihubungi hari ini.

Aminolhuda, yang baru-baru ini telah dilantik sebagai pengerusi negeri GHB menegaskan
bahawa persefahaman antara satu sama lain dan tidak mempunyai sentimen yang
menyakitkan adalah satu aspek penting dalam gerakan yang berusaha untuk pembinaan
 negara.

“Sudah tiba masanya rakyat Malaysia yang juga sebagai sebuah negara berbilang kaum
melihat lebih jauh demi negara ini,” kata Aminolhuda, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas
Johor.

Aminolhuda adalah sebahagian daripada puak progresif yang ditolak akar umbi di dalam
muktamar Pas pada Jun lalu.

Pemimpin-pemimpin Pas progresif yang ditolak akar umbi parti kemudiannya membentuk
GHB dalam usaha menghubungkan semula bekas Pakatan Rakyat serta sekutunya, DAP
dan PKR.

Kini, GHB sedang menantikan pendaftaran baru parti itu pada September ini untuk
memenuhi syarat Pilihan Raya Umum yang akan datang pada 2018.

Setakat ini, GHB di Johor mempunyai kira-kira 1,300 ahli berdasarkan kawasan Parlimen
di negeri itu sejak penubuhannya pada minggu lepas.

Difahamkan, sebahagian besar daripada ahli-ahli itu adalah dari bekas ahli Pas negeri yang
telah membentuk sebanyak 26 bahagian di negeri itu.

Aminolhuda, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Parit Yaani, berkata pergerakan
itu masih optimistik bagi mendapatkan lebih ramai ahli daripada pelbagai bangsa dan latar
 belakang yang lain untuk menyertai keahlian mereka.

Beliau berkata apa yang penting adalah ahli-ahli pergerakan itu percaya dalam bekerjasama
menentang ketidakadilan.

“Mereka harus faham bahawa GHB adalah sebuah gerakan yang dibina di atas landasan
Islam yang demokratik dan kami mendekati permasalahan dengan minda terbuka serta
penuh pertimbangan,” kata Aminolhuda.


Sumber TKO - 16-8-2015



Berpindah keluarlah golongan kecewa
Posted on Sunday, August 16 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Roslan SMS

Golongan kecewa dalam PAS, yang tewas dalam pemilihan Muktamar PAS ke 61 baru-baru

ini sedang ghairah mengaturkan perpindahan anggota mereka dari PAS ke bahtera baru 
mereka yang ditaja terang—terangan oleh DAP iaitu Gerakan Harapan Baru atau GHB.


Samada GHB ini nanti satu parti dengan nama yang sama atau satu parti dengan nama lain 

tidaklah diketahui. Yang pasti mereka sedang menyusun agar gerombolan mereka itu 

nanti dengan nama wadah baru akan bertindak sebagai alternatif kepada PAS, 

sekurang-kurangnya dalam menjalinkan hubungan dengan DAP dan berkemungkinan juga 

PKR.



Biar PAS dipinggirkan, biar ahli-ahli PAS keluar beramai-ramai. Ringkasnya biar PAS 

karam dan berkubur. Biar nanti mereka yang terbit sebagai parti “Islam” baru yang 

progresif, liberal, terbuka, menggantikan PAS yang sudah tidak relevan. Itulah cita-cita 

mereka.



Hari ini gerakan sedang diatur untuk perisytiharan berperingkat-peringkat keluarnya 

pengikut-pengikut mereka dari PAS untuk bersama mereka, pemuka-pemuka kecewa yang 

memimpin GHB itu.



Hari ini sudah dilaporkan contohnya, bekas pemimpin Pemuda PAS Melaka, Jauhar Mohd 

Dawi, mengisytiharkan keluar PAS untuk bersama GBH. Dan sebentar tadi dilaporkan pula 13 AJK Pemuda Kawasan Shah Alam diketuai Naib Ketuanya Abbas Salimmi Adzmi turut keluar PAS.



Mereka telah susun majlis-majlis pengisytiharan ini supaya tercetusnya gelombang yang 

kononnya boleh membuktikan kepada taukeh-taukeh mereka dalam DAP bahawa mereka 

punya sokongan kuat dalam PAS. PAS akan hancur apabila mereka “hijack” semua 

kekuatan ahlinya.



Taukeh-taukeh DAP yang sebelum ini telah tertipu apabila golongan ini gagal menguasai 

PAS melalui muktamarnya yang lalu, kini sedang memerhati dengan penuh tekun. Jangan 

tertipu lagi kali ini. 



Bagi mereka parti “Islam” baru ini penting. Masyarakat Cina yang mereka dakwa mereka kuasai lebih 80 peratus itu mahu melihat satu parti “Islam” yang sederhana.



Sederhana dalam erti kata, boleh mencairkan diri mengikut kehendak dan kemahuan DAP 

yang kononnya menguasai secara mutlak kunci kuasa politik masyarakat Cina di Malaysia 

itu.



PAS degil. PAS tidak boleh bertolak ansur dengan DAP. PAS bertegas mahu 

perlaksanaan hukum dan peraturan Islam tanpa kompromi. DAP tidak boleh terima

sikap seumpama ini kerana bagi DAP, konon-kononnya, kemenangan sebahagian besar 
calon PAS pun adalah atas bantuan undi pengundi Cina yang ia kuasai. Oleh itu dalam 
perkara-perkara berhubung Islam, sungguhpun PAS parti Islam, ia mesti ikut kehendak 
dan kemahuan DAP, jika tidak undi Cina yang DAP kuasai itu akan lari.  

Kerana itu apabila DAP beritahu PAS untuk gugurkan tuntutan Hudud, tapi PAS bertegas,
maka DAP putuskan hubungan dengan PAS.

Apabila tidak boleh menguasai PAS dari dalamlah maka Parti “Islam” baru ini telah 
“dilahirkan” oleh Lim Kit Siang dengan bantuan mereka yang kecewa dalam PAS. GHB 
yang akan menjadi parti Islam baru itu nanti mestilah sentiasa mengikuti agenda dan 
rencana politik Kit Siang, mentor dan penasihat agungnya.

Kelantan yang “Membangun Bersama Islam” pun mahu Kit Siang kuasai dan nanti 
menjadi Kelantan yang “Membangun Bersama Islam (ikut tafsiran Kit Siang)”.

Jadi esok lusa, ramai lagi dijangka akan mengikuti jejak mereka yang telah disusun oleh pimpinan kecewa PAS itu. Dari negeri ke negeri, mereka bekerja keras agar tampak PAS benar-benar goyang dan Kit Siang boleh nyenyak tidur.

Di Selangor sahaja sebahagian besar pimpinan kawasan, pemuda dan muslimat 
khasnya dari Kelana Jaya, Shah Alam dan Kota Raja akan terbit mengalu-alukan parti 
jelmaan Kit Siang ini. Cumanya yang jelas pimpinan peringkat kawasan yang sedih dengan
kekecewaan pemimpin-pemimpin mereka yang tewas sahaja yang diyakini akan bernafsu
keluar. Ahli-ahli lain yang telah menjalani proses tarbiyah dalam parti bertahun-tahun 
lamanya, yang kesedaran dan semangat Islamnya kental dan kuat, tidak akan berganjak, 
sekali-kali meninggalkan perjuangan Islam yang mereka kasihi.

Keluarlah tiga empat kerat, tetapi selebihnya akan tinggal dan akan segera mengisi saf 
yang kosong dan mereka ini dijangka akan isitiqamah meneruskan perjuangan ini.

Dari Selangor ke negeri-negeri lain, memang ia telah direncanakan. Banyak atau sedikit 
sahaja yang keluar sama-samalah kita saksikan. Tapi telah ada bukti contohnya di 
Puchong dimana yang didakwa keluar itu buaknnya ahli PAS tetapi sebaliknya PKR. 
Begitulah tunggang-langgang yang dijangkakan berlaku. Apa pun bagi PAS, proses 
penyaringan ini akan merupakan satu “exercise” yang sangat bermakna buat PAS.

Selepas ini PAS bersih, tiada lagi Jemaah dalam Jemaah, tiada lagi mereka yang tidak 
“clear” agenda dan keutamaannya. Yang keluar berpeluk cium dengan DAP dan Kit Siang 
nanti adalah mereka yang selama ini merasakan bahtera besar perjuangan PAS ini terlalu 
perlahan, tidak ikut kehendak dan selera mereka. Mereka inilah yang bakal gugur, dan 
dialu-alukan.

Kepada yang terbit keluar, janganlah kecewakan Kit Siang sebab sudah pasti beliau 
telah banyak menghabiskan masa dan tenaga merancang parti “Islam” baru ini.

Jangan risau tentang kami kerana kami mahu mati dalam PAS. PAS akan bersedia 
mempertahankan kedudukannya. Kerusi-kerusi PAS yang kamu “curi” akan kami 
tuntut sudah pasti dalam pilihanraya umum akan datang. Selamat jalan, semoga anda 
semua tidak akan kecewa lagi.

Sumber TKO - 16-8-2015

Tidak semua Cina Menolak PAS, Ada yang masih
rasional

Posted on Friday, August 14 @ 15:54:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sementara itu seorang pengundi Cina, Tong Tuck berpendapat kemunculan Gerakan 

Harapan Baru (GHB), serpihan PAS tidak menjejaskan parti Islam itu.
Menurutnya, jika GHB bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan
Rakyat (PR) 2.0 tanpa penglibatan PAS, gabungan pembangkang itu tidak sekuat seperti
sebelumnya.

Tong Tuck berkata GHB hanya serpihan kecil PAS, sedang parti induk itu masih lagi kukuh.

“PR (2.0) tidak kuat sebab PAS masih lagi kuat. Undi jadi bahagi dua.

“DAP pula dia lupa yang dia pun perlu undi orang Melayu, dia tak boleh sombong, “katanya
.
Tambahnya, walaupun GHB mampu memecahkan undi Melayu, namun parti baharu yang
bakal ditubuhkan GHB tidak sekuat seperti mana yang digembar-gemburkan kerana imej
kumpulan serpihan itu kurang baik, apatah lagi ia terpalit  dengan pelbagai isu yang masih 
gagal dijelaskan.

Sumber TKO - 14-8-2015


Harapan Baru sedia cabar Pas dalam pilihan raya
Posted on Friday, August 14 @ 15:16:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sering kali kita dengar bahawa parti baru nak perkukuhkan Pakatan Rakyat nak tumbang
UMNO. Tapi hari ini lain pula cerita apabila GHB isytihar akan cabar PAS dalam PRU
akan datang di kawasan tertentu.

Mereka cuba berdolak dalih dengan pelbagai alasan. Malah janji manis untuk menarik ahli
PAS supaya simpati dengan perjuangan mereka.

Ayah belahlah dada kami, pasti Islam yang ada, kami mahu Islam tetapi dalam masa yang
sama menyerang PAS lebih buruk daripada UMNO malah membantu memeberikan peluru
kepada UMNO yang selama ini tidak dapat menembusi PAS.



Slogan kempen yang manis dan manarik kononnya tidak akan menentang PAS tapi
malangnya ini sekadar janji kosong sahaja.

JANGAN MUDAH TERTIPU.

Petikan Malaysiakini.

SHAH ALAM - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) bersedia menentang Pas dalam
pilihan raya sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian.

Penyelaras Harapan Baru Selangor, Ir Izham Hashim berkata, kesediaan menentang Pas
bukannya bermaksud Harapan Baru akan mencabar setiap kerusi yang ditandingi Pas
sebaliknya bergantung pada rundingan masa depan bersama Pakatan 2.0 iaitu PKR dan
DAP.

“Saya tidak boleh kata secara khusus Harapan Baru akan mencabar setiap kerusi
ditandingi Pas. Saya tidak mahu disalah tafsir sedemikian.

Sumber TKO - 14-8-2015


PAS tak bawa ajaran Islam kata GHB Selangor


Posted on Friday, August 14 @ 13:24:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Selangor hari ini mengumumkan senarai 

kepimpinannya selepas melihat PAS kini tidak lagi demokratik dan meninggalkan ajaran 
Islam sebenar.

Penyelarasnya, Izham Hashim berkata  parti Islam itu kini dilihat membawa perbezaan 

besar daripada segi pemikiran yang memaksa GHB membawa wadah perjuangan Islam 
baru.

"Apa yang mereka (PAS) bawa pada kami tidak bertepatan dengan Islam yang sebenar,
iaitu terbuka dan demokratik, tidak lagi ada dalam PAS.

"Kita berpandangan, tidak ada pilihan melainkan kita terpaksa mengambil jalan (parti) yang
baru.

"Kita sudah cuba banyak tahun, buat perubahan dalam PAS, tetapi nampaknya kita tidak
boleh berbuat sesuatu lagi," katanya pada satu sidang media di Shah Alam hari ini.


GHB Selangor mengumumkan 21 ahli jawatankuasanya termasuk Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharudin yang dilantik
sebagai timbalan penyelaras jawatankuasa itu.

Sumber TKO - 14-8-2015

Era Selepas Muktamar PAS
Posted on Wednesday, August 12 @ 13:51:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Analisis Isu

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Muktamar PAS telah berlalu dan kejayaan yang besar bagi golongan yang ingin menegakkan
Islam di muka bumi ini khususnya di Malaysia. Golongan pencita Allah dan Rasul berada
di saf hadapan dalam mendepani dunia baik dalam dakwah, politik, ekonomi, sosial dan
segala macam hal kehidupan bagi menghadapi mati kelak. Golongan progresif yang tidak
tahu hala tuju perjuangan setelah termakan umpan keduniaan telah tewas dan mereka ini
mula mengalami masalah pemikiran kesan dari ubat ubat keduniaan yang dijanjikan oleh
tentera dajal dan kalah dengan bisikan syaiton.

Apa yang berlaku dan kesan selepas Muktamar PAS? Disini , akan di utarakan beberapa isu
semasa setelah muktamar PAS.

Pertamanya, PAS makin gah diseluruh pelusuk negara. masyarakat baik yang tidak berparti
dan yang berparti bercakap pasal PAS dan TGHH. Baik di kedai kopi, di lobi hotel, di media massa samada di kuasai PKR, DAP, UmNO .BN setiap hari berbincang, menyerang, memuji PAS. Seolah-oleh PAS seperti makanan ruji yang tidak
boleh ditinggalkan. Dalam hati dan pemikiran hanya PAS PAS PAS yang menjadi topik
utama dan penting. PAS makanan ruji dan lauk yang sedap. Rakyat makin ambil peduli dan
cakna terhadap PAS. Mereka tertunggu-tunggu keputusan PAS khususnya 'kata-kata , ucapan-ucpaan TGHH'. Seperti hamba abdi menunggu arahan tuannya. Kata-kata TGHH ibarat 'keramat'. Walaupun PAS teruk di serang, di hina, di maki
oleh musuh-musuh Islam, PAS tetap berdiri teguh di bawah panji-panji Islam. Tiada siapa
yang boleh goncangkan dan kuburkan PAS malah PAS makin utuh di bawah panji Islam.
Dalam sanubari musuh-musuh Islam telah bersemadi nama PAS dan TGHH..Dunia apakah
ini...

Ke dua: Kekayaan berjumlah RM2.6 bilion yang dikatakan derma telah tersebar dan
diketahui seluruh dunia. Pada peringkat awal dinafikan dan penuh dengan mainan bahasa dan
perkataan bagi mengharmonikan RM2.6bilion, namun akhirnya disahkan oleh PM sendiri
bahawa betul RM2.6b itu masuk dalam akaun peribadi PM.

Ke tiga: Ya, muktamar PAS berjaya dan diperkuatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang
istiqamah. Di kala PAS makin kuat, secara tiba-tiba UMNO mula bergoyang dan
berkecamuk. Tun. M mula bertindak menyerang PM dan disambut oleh penyokong-
penyokongnya serta parti sealiran dengan UMNO BN iaitu DAP dan PKR. UMNO mula
diambang perpecahan yang mana akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yasin di pecat dari menjawat
jawatan TPM dan jawatan Menteri dan Datuk Seri Syafie Afdal. Perpecahan dalam UMNO
bukan berlaku dibilik tidur yang empuk yang tiada sesiapa pun yang tahu tetapi tersebar di
seluruh dunia. Hakikatnya UMNO makin berpecah.

Ke empat: MH370 mula menerjah di media massa dan dikatakan makin hampir ditemui.

Ke lima: Pemecatan TPM yang berasal dari Johor seeolah-olah memberi gambaran bahawa
UMNO Johor makin terjejas. Pernah dahulu al marhum TGNA mendoakan perihal Najib
dan Zahid (boleh cari di alam maya doa tersebut).

Ke enam: Desakan agar Najib turun dari jawatan pemangkin kuat kedengaran dari orang
UMNO. Orang UMNO yang totok telah sedar jika Najib masih di kerusi PM, UMNO
dijangkakan akan mengalami masalah besar di PRU14 nanti.

Ke tujuh: DAP dan PKR secara terbuka ingin ber UG dengan UMNO. Lupakah kita, DAP
dan PKR sejak bertahun menyerang PAS dan TGHH akan isu UG dengan UMNO walaupun
di nafikan oleh TGHH. Tetapi sekarang jelas terbukti yang ingin bekerjasama dan tidak
segan silu menyatakan ingin ber UG dengan UMNO adalah DAP dan PKR. Inilah parti yang
tiada maruah. 

ke lapan: Membawa kecacatan dalam perkhidmatan awam dengan berlaku pertukaran 2
pegawai utama SPRM secara drastik (sudah ditarikbalik)

Itu serba sedikit ulasan terhadap kesan Muktamar PAS yang lepas. Hebat cara politik dan
strategi TGHH membawa PAS dalam landasan kemenangan dunia akhirat. Kata-kata seorang
ulama itu jangan dipandang sebelah mata. kata-kata ulama penuh dengan makna bukan
omongan kosong. TGHH seorang yang bijaksana dan mendepani isu dalam semua aspek
dengan Izin-NYA..

QuthubZaman

12 Ogos 2015


Sumber TKO - 12-8-2015


GHB: mungkinkah ada u turn?

Posted on Tuesday, August 11 @ 12:36:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Analisis Isu "

Assalamualaikum,,, PAS mengambil pendekatan yang lemah lembut dan berhemah apabila 

menyatakan akan menerima kembali mana mana ahli GHB yang ingin u turn, kembali kepada
perjuangan asalnya.Pada yang kuat menyokong penubuhan GHB dan mendokong DAP 
tindakan PAS dilihat tidak releven  kerana pada mereka ahli GHB sememangnya sudah 
berkerat rotan dengan PAS dan tidak akan mungkin kembali kepada PAS.Ada pula 
memperlekehkan tindakan PAS ini sebagai hidung tak mancung pipi tersorong kerana pada 
mereka tangan yang dihulur olih DAP sukar untuk dilepaskan.

Namun berita terbaru yang kita terima menyatakan Raja Bahrin MP Kuala Terengganu
sudahpun berpatah balik dan Syed Azman ADUN Batu Buruk awal awal lagi menolak
komitmentnya dengan GHB. Jika berita ini benar sudah hampir pasti GHB tidak akan
bertapak lama di  Terengganu walaupun awalnya ada berita yang menyatakan GHB
sambutan hangat di Besut ketika ceramahnya di sana.

Ramai profesional yang aktif di Terengganu dan dari jumlah itu, cuma 2 nama yang
dikaitkan dengan GHB dan  berita terkini yang sampai ialah kedua duanya sudah menolak
GHB atau membuat u turn untuk kembali kepada PAS.Mungkin ada lagikah yang akan
membuat u turn? Masih terlalu awal untuk menjangka tetapi dengan penubuhan GHB yang
mengambil masa, kemungkinan itu tetap ada.Mungkin kepada mana mana ahli GHB yang
menyedari kesilapan hala perjuangan mereka bakal membuat u turn apatah lagi menyedari
PAS begitu bertoleransi dengan mereka, berlembut dengan tindakan provokatif setengah
dari mereka.

Masa masih  ada untuk u turn kepada sesiapa yang mahu.


Sumber TKO - 11-8-2015


Kepimpinan Dah Tak Bertaring
Posted on Sunday, August 09 @ 16:56:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Pendapat "DULU, bila ada isu-isu besar yang melanda negara dan isu-isu
tersebut boleh menguntungkan pembangkang dalam meraih sokongan
rakyat, pihak pembangkang akan mengadakan ‘road show’ diseluruh
negara. Pimpinan PAS, DAP dan PKR berada di pentas yang sama
bagi memberitahu rakyat tentang isu-isu tersebut.

Kini perkara seperti itu tidak lagi berlaku. Bagi orang-orang kampung
mereka tidak lagi mendapat maklumat sebenar tentang-tentang isu-isu yang cuba disembunyikan oleh kerajaan UMNO/BN. Mereka hanya dapat maklumat dari media pro kerajaan yang sudah tentunya
tidak menyiarkan berita-berita yang tidak menguntungkan kepimpinan kerajaan sekarang ini.
Bagi mereka yang celik teknolgi maklumat, mereka mungkin mendapat membaca berita-
berita tentang sesuatu isu yang cuba disembunyikan oleh kerajaan.

Disinilah betapa ruginya apabila Pakatan Rakyat telah berpecah. Pimpinan PAS yang ada
sekarang ini agak lesu dalam menjelaskan sesuatu isu kepada rakyat. Tidak seperti dulu, PAS
sejak awal-awal lagi telah mengadakan ‘road show’ dalam menghadapi PRU yang walaupun
akan diadakan tiga empat tahun akan datang. Hakikatnya sekarang penceramah-penceramah
hebat yang dulunya banyak membantu PAS telah diketepikan.

Kerana itulah sekarang ini Najib Razak, berani membuat sesuatu perkara yang pelik-pelik,
kerana sedar saingan utama UMNO iaitu PAS telah berpecah belah. PAS tidak mampu lagi
untuk menarik minat rakyat untuk menyokong mereka dek kerana pimpinan ulamak yang
nampaknya kurang lantang untuk bersuara terhadap salah laku pemimpin UMNO/BN.

Diblog-blog pro PAS sekarang ini tak banyak berita-berita atau ulasan dari kepimpinan ulamak terhadap isu-isu salahguna kuasa salah guna kuasa oleh kerajaan UMNO/BN. Tapi yang apa yang dipaparkan lebih banyak pada isu-isu perpecahan
dalam PAS.

Nyatalah sejak golongan profesional disingkirkan dalam saf kepimpinan PAS, nampaknya
kepimpinan baru lebih banyak duduk ‘berwirik’ dan berdoa. Kepimpinan PAS turun padang
dalam memberi penerangan pada rakyat tentang sesuatu isu semakin kurang. Mungkin
agaknya kepimpinan PAS sekarang berharap doa pada Allah semata-mata untuk mereka
menang besar dalam PRU akan datang. Ataupun mungkin juga kepimpinan sekarang tidak
ada lagi cita-cita untuk menjatuhkan UMNO/BN, sebab itulah mereka tidak seagresif dulu
dalam melancarkan kempen untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN dari terus menguasai
Putrajaya."



Sumber TKO - 9-8-2015



PAS pecat ahli sertai GHB hari ini - Lapor Malaysian
Insider

Posted on Saturday, August 08 @ 13:23:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Akhbar The Malaysian Insider (TMI) menulis tajuk "PAS pecat ahli sertai GHB hari ini, 

lapor akhbar Umno" dalam laporannya hari ini. Laporan ini sebenarnya di ambil daripada 
Utusan Malaysia. Tujuan TMI buat tajuk supaya nampak PAS ini dapat berita saluran UMNO
Kononnya UG tu benar dan inilah ciri-ciri UG antara PAS dan UMNO.

Sila rujuk di sini.

Yang peliknya adalahlah tahu itu laporan UMNO kenapa pula TMI siar semula jadi berita?


Apa tujuan Malaysian Insider ambil berita AKHBAR UMNO? Bila pula TMI menjadikan 
akhbar UMNO sebagai rujukan?

Hebat dan benarkah berita akhbar berkenaan sehingga TMI jadikannya sandaran berita?

Dua orang pengarang dalam TMI Zulkifli Sulong dan Amin Iskandar perlu ditanya  jahat 

sangat PAS pada diri mereka berdua sehingga semua berita nak burukkan PAS?

Apakah berita-berita seperti ini disiarkan untuk menghidupkan kononnya wujud UG antara 

PAS dengan UMNO?

Sudahlah semenjak 2008 lagi UG antara ulama PAS dan UMNO disebarkan tanpa bukti 

yang sah. Mancari sesiapa sahaja yang bercakap seolah-olah ini berlaku dan dijadikan bukti 
kononnya UG akan berlaku.

Dulupun semasa pemilihan muktamar PAS Ustaz Ahmad Awang kata dia sanggup bertanding

untuk menghalang UG dibuat.

Bila semua ulama menang mana UG? 2008 sampai sekarang takkan UG tak buat lagi? Nak 

tunggu bila lagi? Semua yang tak sokong UG tak ada dalam kepimpinan PAS sekarang baik 
Pimpinan PAS Pusat, Pimpinan Ulama, Pimpinan Muslimat dan Kepimpinan Pemuda?

Kenapa kita ambil maklumat tak benar yang ada sedikit keraguan kita sebarkan untuk tujuan 

menjahatkan sesetengah kepimpinan PAS? Dimana Islam kita? Sedangkan Allah berpesan 
dalam Al Quran. Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, 
maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu 
kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu 
itu”. [Al Hujurat : 6].

Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin.
Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka.

Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya.

Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu.
Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang
hendak menyebarkan berita yang tidak benar.

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, 

maka periksalah dengan teliti”

Maksudnya, janganlah kamu menerima (begitu saja) berita dari orang fasik, sebelum kamu
periksa, teliti dan mendapatkan bukti kebenaran nya.

(Dalam ayat ini) Allah memberitahu, bahwa orang-orang fasik itu pada dasarnya (jika
berbicara) dia dusta, akan tetapi kadang kala ia juga benar. Karena, berita yang disampaikan
tidak boleh diterima dan juga tidak ditolak begitu saja, kecuali setelah diteliti. Jika benar
sesuai dengan bukti, maka diterima dan jika tidak, maka ditolak.

Kemudian Allah menyebutkan illat (sebab) perintah untuk meneliti dan larangan untuk
mempercayai berita-berita tersebut. Allah berfirman.

“Agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan
nya”.
Kemudian nampak bagi kamu kesalahanmu dan kebersihan mereka.

“Yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” [Al Hujurat : 6]
Sumber TKO - 8-8-2015




Pimpinan GHB sedia digugurkan PAS - Siti Mariah
Posted on Thursday, August 06 @ 11:26:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Analisis Isu

SHAH ALAM: Kumpulan progresif PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB)
terbuka dengan apa sahaja tindakan yang bakal diambil terhadap mereka, termasuk digugurkan
keahlian, demikian menurut Dr Siti Mariah Mahmud.

Namun begitu, Ahli Parlimen Kota Raja itu bertegas sebarang tindakan yang akan ditentukan 

PAS pada Sabtu ini perlulah berdasarkan lunas perlembagaan parti itu.


"Saya bersedia dengan apa pun kemungkinan. Soalan saya apakah yang paling teruk akan 

diambil terhadap kita? Mati kan? Adakah mereka nak hukum bunuh terhadap kami? 


"Mereka (PAS) kena melalui proses parti, tindakan disiplin di dalam PAS. Mereka tak boleh 

gugurkan kami dan halang kami begitu sahaja, kena ada perbicaraan iaitu proses keadilan," kata

nya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.


Siti Mariah mengulas mesyuarat yang akan diadakan oleh PAS Pusat, Sabtu ini bagi 

membincangkan tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap kesemua pimpinan dan ahli 

parti itu yang menyertai GHB.


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu kepimpinan tertinggi parti

kini sudah menerima laporan daripada setiap badan perhubungan negeri berkenaan penglibatan ahli-ahli di dalam gerakan itu.


Sementara itu apabila ditanya apakah tindakan itu kelak akan menjejaskan perjalanan GHB, 

Siti Mariah bertegas pimpinan gerakan amat komited dengan hala tuju politik Islam yang baru

menerusi gerakan itu.


"Kita kena teruskan, itulah keyakinan kita bahawa kita perlukan satu parti politik alternatif 

Islam. Seperti yang Presiden (PAS) sebutkan, semuanya di dalam ilmu Allah, Dia yang 

mengetahui segala-galanya, dan kita sebagai manusia berusaha atas nawaitu dan keyakinan 

kita demi Islam. 


"Pesan (Allahyarham) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dahulu, apabila bercakap kena 

bercakap hal Islam, bukan PAS. Jika mereka yakin kepada Islam, maknanya mereka juga akan

sokong bila kita buat yang betul untuk Islam," terangnya lanjut.


Umum mengetahui GHB ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS atau dikenali sebagai 

G-18 selepas mereka tewas di dalam Muktamar PAS Kali ke-61 pada Jun lalu.


Dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden PAS iaitu Mohamad Sabu, GHB juga 

dianggotai oleh Sallahuddin Ayub, Mujahid Yusof Rawa, Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa 

Maidin, Khalid Samad, Siti Mariah Mahmud, Dr Hatta Ramli dan Ahmad Awang.


GHB turut menjadikan perjuangan utama PAS iaitu hudud sebagai sebahagian agenda utama 

gerakan berkenaan, selain mahu memainkan peranan penting dalam menyatu-padukan parti-parti politik pembangkang di negara ini.


DAP dan PKR juga sebelum ini juga tidak menafikan mengadakan perbincangan beberapa 

kali dengan GHB bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0.

Sumber : AntaraPOS


Sumber TKO - 6-8-2015



Muslihat disebalik kelahiran "anak baru" politik 
Malaysia
Posted on Thursday, August 06 @ 10:10:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Artikel Oleh Roslan SMS


Parti serpihan PAS yang didalangi oleh kumpulan kecewa yang tewas dalam pemilihan 
Muktamar PAS yang lalu dijangka muncul bulan Ogos ini sekurang-kurangnya itulah yang 
diheboh-hebohkan.


Baru-baru ini “Pemimpin Agung DAP” Lim Kit Siang dalam membentangkan agenda 
politik barunya telah menyebut pakatan politik baru yang dikepalai DAP nanti akan turut 
disertai paling tidak 10 ahli Parlimen PAS atas nama Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ini bermakna diperingkat ini parti baru pro DAP itu diperingkat sarat mahu dilahirkan.

Yang mahu dimalukan, yang mahu diserang, yang mahu ditentang setakat ini yang jelas 
nampaknya adalah PAS. Presiden PAS, ulamak PAS, orang-orang PAS yang mahu Hudud dan
laksana Islam tanpa fikirkan DAP, mereka ini semuanya mesti dilupuskan.

Anak yang bakal lahir Ogos ini yang dibadankan oleh DAP itu dikatakan akan menggantikan 
peranan PAS dalam politik baru impian Kit Siang.

DAP, PKR, anak baru lahir ini, beberapa NGO katanya malah termasuk kalangan Umno yang
kecewa akan menganggotai pakatan baru, politik baru idaman Kit Siang itu. Malah jika 
cukup bilangannya dengan penyertaan kononnya pimpinan kecewa Umno dan beberapa 
wakil BN khasnya dari Sabah dan Sarawak, atas usaha dan kelicikkan politik Kit Siang, 
satu kerajaan perpaduan baru akan dapat dibentuk, siapa-siapa pemimpin kecewa Umno tadi 
boleh jadi PM sementara sehinggalah PRU yang akan datang.

Duduklah DAP, PKR dan anak baru lahir tadi dalam kabinet politik baru. Presiden parti 
yang menggantikan PAS itu kerana tak punya kerusi bolehlah dilantik sebagai Senator dan
diberikan kerusi kabinet Menteri Dalam Negeri yang sakan diidam-idamkannya sejak puluhan
tahun lalu. Pasti beliau gembira dan terhutang budi dengan Kit Siang.

Begitulah cantiknya nampak atas kertas perancangan Kit Siang, kepala bergeliga yang sebenar
yang  disebalik semua ini.

PAS berjaya dipecahkan, satu pihak yang pro ulamak yang mahu Islam yang sebenar berjaya
dimatikan usia politknya manakala serpihan PAS yang bangga dengan Islam 
progresifnya berjaya dibentuk yang tidak menaruh sebarang cita-cita sebagaimana PAS lama 
yang sangat ditakuti dan dibenci Kit Siang dan DAP itu.

Raja Petra Kamaruddin atau RPK dalam Malaysia Today di http://www.malaysia-today.net/dap

Their plan is after splitting PAS into two it is now time to split Umno into two as well. Then 
Malay political power will weaken. And if we do not support this DAP plan then we are traitors
. Only if we support the DAP plan will we be patriots.
That is how Malaysia’s politik baru is to be played. It must be DAP’s way or no way. And if 
we disagree then we must be whacked. And since I do not agree with what they are doing that 
means I am a traitor. Traitor to what? Traitor to the country or traitor to DAP?

(Perancangan mereka (Kit Siang/DAP) selepas memecahkan PAS kepada dua kini giliran 
memecahkan Umno kepada dua pula. Ini bermakna kuasa politk Melayu akan berjaya 
dilemahkan. Dan jika kita tidak menyokong pelan DAP itu bermakna kita adalah pengkhianat. 
Jika kita sokong pelan DAP bermakna kita adalah patriot.

Inilah caranya bagaimana “politik baru” Malaysia mahu direncanakan. Ianya mesti 
mengikut cara DAP jangan tidak.  Jika kita menentang maka kita akan diserang. Dan 
memandangkan saya tidak bersetuju dengan apa yang mereka lakukan maka saya juga turut 
menjadi pengkhianat. Pengkhianat kepada siapa? Pengkhianat kepada negara atau pada DAP?)

Memang sekali lalu jika hujah RPK digunakan kita seakan memain politik perkauman, 
benarkah cita-cita DAP ini sebenarnya mahu memecahkan kuasa politik Melayu, dua kuasa 
politik yang berbeza ideologi dapat dipecah dan dilaga, benarkah begitu?

Menolak politik perkauman ketepi dan membaca ikut selera dan kepala “liberal” dan logik
,begitulah nampaknya. Umno barangkali bukan DAP yang pecahkan secara langsung tetapi 
terpecah dengan sendiri akibat kerakusan rasuah dan  politik wang mereka kerja tangan 
mereka sendiri. Dan goyang DAP tumpeng gegarkan lagi.

Manakala PAS yang tegak berdiri konsisten atas nama perjuangan Islam sejak 60 tahun lalu, 
yang selama ini tidak dapat diganggu gugat khasnya oleh seteru politiknya Umno, rupanya 
dipecahkan memang melalui susupan dan perancangan DAP nampaknya.

Lahir anak baru dibidankan DAP, belanja sebelum dan semasa bersalin dan membesarkan pun 
dibiaya DAP, masuk akal juga leteran RPK itu.

Apa pun dengan lahirnya parti baru serpihan PAS ini, maka akan mara lah setapak lagi 
pelan DAP itu buat gagasan “politik baru” Malaysia nya. Politik “Malaysian Malaysia”, 
rakyat yang setaraf dan sama rata, meritokrasi dan kebebasan agama yang mutlak dengan 
tiada mana agama boleh mengatasi yang lain iaitu negara sekular yang meletakkan Islam 
sebagai semata-mata agama upacara dan bukannya cara atau sistem hidup bermasyarakat.

Lahirnya parti baru serpihan PAS ini pastinya akan diarahkan oleh “pemimpin Agung nya” 
untuk menakluk dan melumpuhkan kekuatan politik PAS, maka lahirnya mereka bermakna 
lahirlah musuh politik baru buat PAS kerana mustahil mereka mahu fokus pada kerusi-kerusi 
PKR atau DAP, sewajarnya tumpuna  PAS lah jua tumpuan mereka.


 PAS saya yakin akan terus istiqamah atas dasar dan prinsip perjuangannya. Jika itulah 
kemahuan Kit Siang dan anak barunya, maka PAS tidak akan teragak-agak menghadapi
mereka dan siapa sahaja yang berdiri menghalang matlamat perjuangannya.

Sumber TKO -6-8-2015


PAS perlu terbuka kerana GHB tak bercanggah dengan
Islam - Kamaruddin Jaafar


Posted on Wednesday, August 05 @ 18:46:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Anggota Gerakan Harapan Baru (GHB) Datuk Kamaruddin Jaafar
meminta PAS untuk bersikap lebih terbuka terhadap gerakan berkenaan yang disifatkan
sebagai tidak bercanggah dengan pegangan Islam.



Justeru katanya selagi GHB tidak didaftarkan pertubuhannya sebagai parti politik, PAS tidak 

boleh memecat ahlinya yang berhasrat menyertai gerakan itu.



"Tengok kepada keadaan. Kalau misalnya wujud parti yang baru (GHB) itu bukan keluar 

secara automatik (tidak lagi menjadi ahli PAS), tidak perlu keluar dan dipecat pun. 



"PAS seharusnya ada sikap yang terbuka kerana menghormati pendirian dan hasrat yang tidak bercanggah dengan Islam, kecuali kami menolak Islam, sekular. Walaupun itu tuduhan kepada kami," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.


Malah tegas beliau kumpulan progresif  PAS yang menubuhkan gerakan berkenaan tidak akan 

keluar parti Islam itu meskipun dikehendaki berbuat demikian.



"Tidak ada keperluan, kita tunggu perkembangan politik selanjutnya sebab bukan masalah kita

menolak Islam, hudud dan sebagainya, matlamat kita adalah untuk memperkuatkan lagi suara-

suara yang boleh kita gembeling untuk memperjuangkan hak rakyat," katanya lagi.



Ditanya mengenai keahlian GHB, ujar Kamaruddin tiada pendaftaran dibuat oleh gerakan 

berkenaan buat masa ini kerana ia masih belum didaftarkan sebagai parti politik.



"GHB ini hanya ditubuhkan sebagai NGO secara tidak rasmi untuk persiapan kearah cadangan

menubuhkan satu parti politik baru untuk mengambil kira perkembangan politik bukan sahaja

mana-mana politik dalam negara yang nampak sangat memerlukan kepada suara lantang.



"Kita terbuka kepada semua. Dari ahli UMNO, PAS atau mana-mana ahli politik. Mungkin 

kita harapkan anak-anak muda yang mengundi sebelum ini supaya suara mereka dan hasrat 

mereka dapat kita perjuangkan, krisis masalah negara kita ini amat terkesan kepada anak 

muda," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.



Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melarang semua ahli mahupun 

golongan pemimpin parti berkenaan mendekati GHB.



Malah, tindakan menggantung keahlian atau pecat secara automatik juga akan dikenakan 

keatas sesiapa sahaja yang didapati turut serta dalam sebarang program GHB.



Selain dianggotai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selaku Pengerusi GHB, ia 

turut dianggotai Naib Presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa; bekas 

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Mohamed Hanipa 

Maidin; bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.



Gerakan berkenaan dijadualkan akan ditubuhkan pada 14 September depan yang bakal 

menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 selepas Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 

2008 lalu terkubur.  - ANtaraPOS



Sumber TKO - 5-8-2015


GHB Tarik Ahli PAS, Yang Keluar Ahli PKR
Posted on Tuesday, August 04 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Macam tak percaya aje tajuk akhbar ini. Betul ke Ahli PKR yang keluar parti menyertai DAP 

dan GHB?

Kredit:
Hijau Putih 


Sumber TKO - 4-8-2015

Mencari Alasan Syarie Penubuhan Parti Baru dan GHB

Posted on Tuesday, August 04 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



ambe masih menunggu, mencari2 alasan syar'i yg membolehkan Dr Dzulkefly Ahmad dan
kawan2nya menubuhkan GHB. sudah tentu persoalannya dilihat dari aspek syar'i, bukan
sekadar memeriahkan demokrasi. perlu juga difahami, ta'addud sebelum wujudnya daulah
islamiyyah berbeza dengan ta'addud selepas wujudnya daulah.

ambe post semula pendirian Dr Solah Sowi dalam bukunya, "al thawaabit wal mutaghoyyiraat
nfi masirah al-amal al-islami al-mu'asir":

"Pada Prinsipnya, Ummah Islam adalah kesatuan (al-wehdah), kesatuan al-jamaah, kesatuan
panji2, dan kesatuan qiadah. Mana2 yg keluar dari prinsip ini adalah kecatatan yg mendatang,
 wajib kembali kpd prinsip ini. Tidak boleh redha dengan nya melainkan satu bentuk
penerimaan semasa yg sementara dengan reality yg berlaku. Ianya juga mesti disertakan
dengan usaha2 mengislahkan keadaan2 tersebut dan berusaha bersungguh2 menyempurnakan
maslahah2 dan mengurangkan mafsadahnya, sebagai permulaan kepada kembali nya kpd prinsip yg tetap (al-aslu assabit) tersebut iaitu al-wehdah hingga segala perkara kembali kpd perjalanan yg asal.

Ta’addud yg bahaya ialah yg menimbulkan saling menghentam dalam pendirian siasi atau
jihadi yg membawa kpd ta’assub terhadap kumpulan masing2 serta mengikat ahli2 dengan
asas wala’ dan bara’ terhadap kumpulan masing2. Ini akan membawa kpd perpecahan ummah
di antara penggabongan2 /intima’ yg saling bertentangan dan kepartian yg ditolak. Sekiranya
ta’addud seperti iniI tidak berlaku dan hanya dalam hal2 cabang (furu’) serta masalah2 ijtihadi,
tidak berlaku saling pertentangan dalam pendirian siasi dan jihadi bagi jamaatul muslimin,
tidak diikatkan asas pada kumpulan masing2 wala’ dan bara’, malahan ianya adalah ta’addud
pengkhususan dan saling melengkapi, berlumba2 ahli2 kpd kebaikan, amal2 birr, dalam rangka
saling nasihat menasihati, saling berkasih saying, ukhuwwah al-Islam umum, maka ianya
adalah fenomena yg positif yg memperkayakan amal islami dan mentajdidkan pemuda2nya
sebagaimana kesan yg ditinggalkan oleh mazhab2 fiqhiyyah kpd pemuda2 fekah dan dalam
memahamkan dalil dan menghasilkan hukum2, maka ianya adalah rahmat kpd ummat dan
perluasan kpdnya. Kalaulah tidak kerana malapetaka ta’assub yg menimpa sebahagian pengikut mazhab2 di waktu2 berikutnya, ie mereka mewarisi ilmu2 dari tokoh2 mazhab2 tetapi tidak mewarisi akhlaq dan kefahaman mereka, maka mereka adalah
merupakan liku2 yg mendatang dalam manhaj yg terpimpin dan lurus tersebut. "

sebagai noktah penangguhan, ambe suka petik kata2 dr fathi yakan rahimahullah dalam
bukunya " nahwa sohwah islamiyyah fi mustawa al-'asr

"selepas berfikir panjang ttg sebab2 yg membawa kepada bertambah banyaknya musykilat
hentam menghentam, fitnah2, perselisihan, lebih2 lagi kelemahan dan tiada persetujuan dalam
harakah2 islamiyah... jelas bahawa permasalahan asasi yg besar yg mungkin di sebalik
semuanya ini, adalah tiada lain melainkan (tidak berihtikam kepada kaedah2 syar'iyyah dan
sunan ilahiyyah) dan seterusnya tunduk dan menerima nya samada di peringkat qiadah atau
pengikut.."

soalan ambe: apakah melayu tidak layak membawa perjuangan Islam?

Kredit:
Syed Bakar Syed Idrus



Sumber TKO - 4-8-2015

GHB Perkenal Barisan ‘Ulama Luar Biasa’ Minggu Depan

Posted on Tuesday, August 04 @ 13:43:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA – Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mendedahkan barisan ulamanya 

sendiri yang disifatkan sebagai lain daripada yang lain minggu depan.
Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad berkata pergerakan itu akan mempamerkan jenama
'ulama inklusif’ pada seminar antarabangsa, Sabtu.

“Cendekiawan agama kita akan menyertai lebih daripada 200 ulama seluruh dunia menerusi
program Nadwah Ulama yang dianjurkan oleh kami.

“Kita akan menunjukkan kepada pengkritik kami bahawa kita mempunyai barisan ulama
mengagumkan yang tidak bersikap ‘judgmental’ dan tidak mempunyai sikap ‘saya lebih suci
dan warak daripada kamu’,” kata beliau sambil menambah ulama yang menyertai kumpulan
ini adalah moden, terbuka dan mudah didekati.

“Dengan mereka, kita boleh berbahas dan membincangkan isu-isu dengan mudah,” katanya.

Dr Dzulkefly berharap Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan meluluskan pembentukan GHB
sebagai sebuah parti baru tidak lama lagi.

Difahamkan GHB masih belum mengemukakan permohonan walaupun pengumuman bahawa
parti baru itu akan dilancarkan bulan depan telah dibuat.

Dr Dzulkefly juga menolak pengumuman oleh PAS Selangor bahawa beberapa ahli-ahli yang
didapati terlibat dalam GHB telah dipecat.

“Kami masih ahli PAS. Kami tidak menerima apa-apa surat mengatakan kami telah dipecat,
“katanya.

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli GHB Selangor telah dipecat
mengikut perlembagaan parti, yang menyatakan bahawa keanggotaan mereka yang menyertai
parti-parti politik lain akan secara automatik ditamatkan.

Dr Dzulkefly berkata tanggungjawab itu terletak di bahu PAS untuk mengambil tindakan jika
kepimpinan merasakan bahawa disiplin parti telah dilanggar.

Beliau juga mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin PAS juga terbahagi dua berhubung
tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang sealiran dengan GHB.

“Ada yang mahu tindakan tatatertib yang diambil terhadap kami manakala ada yang cuba untuk
memujuk kami berhubung penubuhan sebuah parti baru.

“Malah ada beberapa orang yang mengancam kita. Mereka tidak bersatu mengenai perkara ini,
“katanya.

Dr Dzulkefly juga mendakwa GHB telah mendapat momentum di perinkat bawahan untuk
menarik kumpulan majoriti senyap.

“Roadshow kami mendapat sambutan yang baik,” katanya.

Beliau berkata sasaran GHB adalah majoriti senyap, terutama orang Melayu yang percaya
dalam mengambil jalan tengah.

“Malah, bekas hakim pun menghadiri roadshow kami,” katanya. – mStar Online

Sumber TKO - 4-8-2015

2 Pimpinan PAS Terengganu Berpaling Kepada GHB
bantu Kukuhkan UMNO Terengganu - Kata Aktivis
UMNO

Posted on Saturday, August 01 @ 12:43:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Tengku Kamarul Azli

Hari ini terima mesej dari seorang kawan geng pasma yang merayu- rayu mengajak aku joint
Ghb, maaf la kawan walaupun kadangkala aku dilihat keras mengkritik umno dan BN, malah
lebih keras dari pembangkang tapi aku masih setia dgn umno.

Aku tak sanggup meninggalkan umno.

Namun begitu aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah juga la kepada
kedua dua YB kawasan aku, yb dun dan yb parlimen.

Ingat!!! kerja k.trg dan batu burok semakin mudah. Percayalah.

........

Tengku Kamarul Azli adalah aktivis UMNO Kuala Terengganu dalam percakapannya dia
mengatakan dengan kemasukkan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Adun Batu Buruk dan
MP Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ke parti baru dan Gerakan
Harapan Baru (GHB) akan membantu untuk UMNO Terengganu menawan semula Parlimen
Kuala Terengganu dan mungkin ini akan memberikan peluang yang lebih untuk menawan
Dun Batu Buruk yang telah lama dikuasai oleh PAS, semenjak Wan Abdul Mutalib.

2 Pimpinan PAS telah memberikan impak yang sangat besar membantu UMNO Terengganu
kerana kedudukan UMNO Terengganu sangat goyah disebabkan bilangan kerusi UMNO hanya
1 sahaja. PAS hanya memerlukan 1 kerusi sahaja untuk menjatuhkan UMNO Terengganu.

Sebab itu ramai dikalangan ahli UMNO terutama yang cerdik pandai yang tidak terbuka
keahlinya telah diarahkan bersama dengan GHB bagi membantu memarakkan kelancaran
GHB di Terengganu dimana GHB agak lembab di Terengganu.



Ceramah GHB di Terengganu diadakan di Jerteh juga telah dimanafaatkan oleh UMNO
Terengganu dimana sebahagian besar ahlinya diarah untuk memenuhi tempat ceramah yang
kebetulan dibuat berhampiran Masjid Jerteh.

Naib Ketua Pemuda Besut, Azizul Jasmin dari Gong Kemuntong mengesahkan perkara ini
dan mengaku bahawa UMNO menghantar orangnya untuk hadir ceramah berkenaan.

Katanya kami perlu selamatkan kedudukan UMNO yang makin terancang dengan pelbagai
krisis dan rakyat makin marah. Jika kedudukan PAS Terengganu dapat dipecahkan ini
membantu UMNO kekal di Terengganu.

GHB sebenarnya tidak akan membantu Pakatan Rakyat tawan Putrajaya tetapi sebaliknya
membantu UMNO mendapat nafas baru kata ketua cawangan PAS di situ.

Sumber TKO - 1-8-2015



Dilema Kamaruddin dan Hatta -- Pulang pada PAS atau
talak isteri

Posted on Tuesday, July 28 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Artikel

Oleh Abdul Rahman MaliK

Rupa-rupanya tidak semua wakil rakyat PAS baik di peringkat Dewan Undangan Negeri
mahupun di Dewan Rakyat perlu berbai’ah isteri mereka jatuh talak tiga jika mereka
mengkhianati perjuangan PAS.

Ia bergantung pada kepimpinan PAS negeri-negeri untuk mewajibkan perkara tersebut 
dimasukkan atau tidak dalam lafaz bai’ah setiap calon wakil rakyat dalam mana-mana 
pilihanraya.

Pada pilihanraya umum ke-13 
dua tahun lalu, cuma PAS 
Kelantan sahaja yang masih 
mewajibkan lafaz bai’ah talak 
tiga itu. Calon-calon wakil 
rakyat PAS di negeri lain tidak 
perlu melafazkan klausa talak 
isteri itu. 

Ini bermakna mana-mana 
ADUN dan Ahli Parlimen 
Kelantan yang terbabit dengan usaha melemahkan PAS akan secara automatik dihukum sudah menceraikan isteri masing-
masing dengan talak tiga. 

Pemimpin-pemimpin PAS 
Pusat terutama daripada Dewan Ulama sudah memberikan penjelasan seluas-luasnya 
berhubung motif, kesahihan bai’ah di segi syariat dan juga akibat jika bai’ah itu dilanggar.
Ini segera dituruti dengan ulama pelbagai peringkat di luar PAS juga memberi ulasan dan 
pandangan mereka berhubung isu ini. Setakat ini belum ada muafakat tuntas dan muktamad 
dicapai. 

Bai'ah elak ahli PAS belot

Namun bagi PAS ia adalah satu ikhtiar politik dan usaha untuk menjaga akidah perjuangan 
parti dan ahli-ahli parti yang dipilih sebagai calonnya dalam mana-mana pilihanraya. 

PAS tidak menganggap bahawa bai’ah sedemikian meletakkan isteri ahli-ahli yang terbabit s
ebagai cagaran politik. Bagi PAS perjuangannya total – dunia akhirat; politik parti dan 
politik rumahtangga adalah terkait erat. 

Maka jika sayang dan dambakan kehidupan sejahtera di dunia dan akhirat serta kerukunan 
rumahtangga sebelum dan selepas menjadi calon, usahlah terlintas di hati atau bertindak untuk 
melemah dan meranapkan perjuangan PAS.

“Dalam konteks Pas,  bai’ah ini ada dua. Yang pertama bai’ah ahli umum bila mereka mengisi 
borang Pas. 

Walaupun kita tidak namakan ia sebagai bai’ah tetapi mereka mengisi borang Pas 
mengakui dengan nama Allah, masuk Pas untuk menegakkan syariat Islam.

“Walaupun berhadapan dengan pelbagai isu sama ada isu dalaman atau luaran, supaya ahli 
(boleh) tahan, kita (Pas) ikat mereka dengan bai’ah,” kata Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, 
Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Adapun pengukuhan akidah perjuangan di peringkat kepimpinan, kata beliau, bai’ah menjadi 
semakin perlu kerana banyak cabarannya seperti terjebak isu membeli calon, isu lompat parti,
isu khianat parti yang menggoda mereka.

“Kita buat bai’ah mengikat calon kita biar lebih istiqamah dengan perjuangan Islam kerana 
bila kita ikat mereka dengan bai’ah, Insya-Allah calon ada ketahanan dan sebelum bertindak, 
ingat apa janji dengan parti,” katanya.

Ada pemimpin bakal 'hilang' isteri 

Ini bermakna jika wakil-wakil rakyat PAS mahu bersekongkol dengan kumpulan kecewa 
kerana tewas dalam pemilihan muktamar lalu menubuhkan parti baru menyaingi PAS, mereka 
akan ‘kehilangan’ isteri masing-masing. 

Yang paling terpukul akan baiah ini ialah bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin 
Jaafar yang menang kerusi Tumpat. Yang menyedihkan ialah isteri beliau kini baru dinikahi 
setelah isteri pertamanya meninggal dunia. 

Selain itu bekas Pengarah 
Pilihanraya PAS, Dr Hatta 
Ramli yang menjadi Ahli 
 Parlimen Kuala Krai juga akan 
perlu mengalami nasib 
bermufarakah dengan isterinya. 
Betapa hibanya keluarga kedua-
dua pemimpin ini kelak. 
“Atas nama kawan, saya sangat 
simpati kadang-kadang saya 
rasa kasihan walaupun  kadang-
kadang mereka lebih umur 
daripada saya, saya hendak 
 nasihat kepada mereka agar 
kembali ke pangkal jalan. 

“Kalau Allah boleh ampunkan dosa Saidina Umar Al-Khattab,  kita dalam PAS boleh maafkan kesalahan dan kesilapan dan balik ke pangkal jalan.. kami pun tidak untung apa,” kata Dr Nik Zawawi.

Dengan nada memujuk, beliau merakamkan simpati dan rasa kasihan terhadap mereka yang 
bertindak di ‘luar batasan agama’ ini bahawasanya mereka tidak akan selamat di dunia dan 
akan dihina masyarakat.

“Kita mati jawab di hadapan Allah. (Ini) satu benda yang sangat besar,” katanya.

Yang nyata ialah, soal niat, pemikiran dan tindakan setiap muslim itu ada batas dan adabnya. 
Sesungguhnya hakikat inilah yang amat payah difahami oleh pelaku politik dari parti lain, 
terutama DAP.

Mujur perkara bai’ah ini dibangkitkan di peringkat awal usaha menubuhkan parti Islam baru 
di atas inisiatif Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dari mula nampaknya bertekad mahu 
meleburkan perjuangan PAS.

Namun dipandang dari sisi yang lain, isu baiah ini sebenarnya mampu menggilap semua 
semangat dan niat pemimpin seperti Kamaruddin Jaafar dan Dr Hatta sekaligus menyegarkan 
iktikad ketika memilih PAS sebagai wadah perjuangan sejak berdekad lalu.  - ANtaraPOS
    



Sumber TKO - 28-7-2015


10 fakta apa itu sumpah bai'ah Pas
Posted on Monday, July 27 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SEPULUH fakta yang masyarakat perlu tahu tentang apa itu bai'ah yang dilafazkan oleh ahli 

dan wakil rakyat Pas. Pengertian mengenai bai'ah ini dikongsikan oleh Setiausaha Majlis 
Syura Ulama Pas, DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH kepada Sinar 
Online dalam satu wawancara khas semalam.

1. Definisi bai'ah Pas ?

Menyentuh topik yang dinamakan bai’ah di dalam Pas sama sebagaimana bai’ah yang dirujuk 

dalam Fiqh al-Islami , di dalam sirah Nabi Muhammad SAW, Rasulullah mengadakan bai’ah 
antaranya Bai’ahtul Nisa, Bai’atul Ridwan, Bai’atul Aqabah dan banyak lagi bai’ah-bai’ah 
yang lain, yang dilaksanakan oleh Rasululllah dengan tujuan supaya umat Islam ini terikat 
dengan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Islam, dan umat Islam ini terikat dengan peraturan 
yang ditetapkan oleh Rasulullah, walaupun peraturan itu kadangkala sangat mencabar seperti 
perkara yang membabitkan peperangan antara Islam dengan musuh Islam jadi bai'ah ini dibuat 
supaya ia mengikat para sahabat ini, maka Rasulullah memperkenalkan satu sistem yang 
dinamakan bai’ah.

Jadi kita sebagai parti Islam kita ambil semangat daripada sirah ini, untuk kita laksanakan 

didalam parti kita kerana parti kita Pas ini sangat berpengalaman dari segi pelbagai isu... 
masalah dan macam-macam perkara jadi kita ambil faedah bai’ah ini untuk diperkenalkan 
dalam Pas supaya pimpinan dalam parti kita tahan menghadapi ujian sama ada ujian berbentuk 
dalaman mahupun berbentuk luaran.

Jadi sebab itu bai’ah yang kita perkenalkan ini adalah salah satu daripada sunnah yang 

dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.


2. Jenis bai'ah dalam Pas ?

Dalam konteks Pas,  bai’ah ini ada dua yang pertama bai’ah kepada ahli umum apabila mereka 

ini mengisi borang Pas.

Jadi walaupun kita tidak namakan ia sebagai bai’ah tetapi bila mereka mengisi borang Pas ini 

mereka  mengakui dengan nama ALLAH, mereka mengakui bahawa masuk di dalam Pas ini 
untuk dia menegakkan syariat Islam.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai isu sama ada isu dalaman atau luaran, supaya ahli 

(boleh) tahan, kita (Pas) ikat mereka dengan bai’ah.

Ada pun peringkat kepimpinan terutama sekali pemimpin yang dipilih menjadi calon di dalam 

Pas kerana di dalam konteks negara kita ini banyak aspek yang akan mencabar calon-calon ini 
seperti isu membeli calon,  isu lompat parti, isu khianat parti, jadi kita dalam Pas hendak 
supaya parti Pas ini berbeza dengan parti-parti yang lain, maka kita ambil inpitati daripada 
sunnah ini kemudian kita laksanakan di dalam parti kita.

Kita buat bai’ah untuk mengikat calon kita biar mereka lebih istiqamah dengan perjuangan 

Islam kerana memang perjuangan Islam ini satu perjuangan yang banyak menghadapi ujian 
tetapi bila kita ikat mereka dengan bai’ah Insya-ALLAH calon ada ketahanan dan sebelum 
bertindak, mereka akan ingat apa janji dengan parti, janji dengan bai’ah yang dilafazkan 
sebelum daripada masuk bertanding dalam pilihan raya.

Untuk ahli, kita tidak namakan sebagai bai’ah secara umumnya, kita tidak rasmikan namanya 

sebagai bai’ah tetapi bila mereka isi borang Pas itu maka mereka memahami janji dengan Pas 
untuk patuh kepada segala peraturan parti dan kita kaitkan perkara ini dengan nama ALLAH, 
Nabi maka bila satu perjanjian dikaitkan dengan ALLAH dan Rasulnya maka perjanjian ini 
namakan sebagai bai’ah manusia dengan ALLAH adapun bai’ah membabitkan calon-calon 
yang bertanding ini perlu saya perjelaskan bahawa, bai’ah ini kita bagi pilihan kepada orang 
yang hendak bertanding atas tiket Pas, kalau calon merasakan bahawa mereka hendak 
bertanding atas tiket Pas kita mengatakan dalam Pas ada bai’ah, jadi kalau dia hendak 
bertanding dan dia tengok bai’ah itu, dia restu dengan bai’ah itu, dia kena patuh dengan bai’ah 
dan kalau dia tidak hendak dengan bai’ah ini, jangan bertanding atas tiket Pas, bolehlah 
bertanding atas tiket mana-mana sahaja.


3. Jika langgar bai'ah ?

Jadi sebab itu isu melanggar bai’ah ini adalah isu yang besar kerana bai’ah ini adalah pilihan 

daripada individu itu sendiri, bukan parti yang paksa... dia bebas kalau dia hendak bertanding 
sahaja, kalau dia tidak mahu bertanding tidak mengapa, kalau dia hendak guna parti lain tidak 
mengapa, tapi apabila hendak bertanding atas tiket Pas dia kena faham bahawa dalam Pas ini 
ada bai’ah ada janji setia untuk mengikat mereka ini dengan perjuangan Islam supaya mereka 
tidak tergopoh-gapah, istiqamah dengan perjuangan Islam, jadi bila dia berbai’ah dengan Pas 
dia kena akur bai’ah ini janji dia dengan ALLAH yang paling besar.

Calon  ini  menyebut sumpah dengan nama ALLAH, nama Nabi dan malaikat, sekiranya dia 

khianati apa yang diamanahkan ini dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat, sekalian  
makhluk yang boleh melaknat.


4. Garis panduan lafaz bai'ah ?

Di dalam Pas, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa lafaz yang dilafazkan di dalam bai’ah 

itu satu lafaz.  Cuma kita dapati beberapa negeri ada yang menambah lafaz, jadi Majlis Syura 
Ulama kita tidak menghalang apa yang hendak ditambah itu  kerana di dalam bai’ah ini kita 
 tengok bai’ah yang dilakukan oleh Rasullullah pun ada berbeza misalnya Bai'atul Nisa 
berbeza dengan Bai'atul Aqabah.

Jadi bila kita meletakkan satu lafaz maka lafaz itu digunapakai oleh semua wakil-wakil rakyat 

hampir semua negerilah kecuali saya difahamkan di Kelantan dia menambah sedikit dalam 
bai’ah dan kita dalam Majlis Syura tidak menghalang tetapi lafaz yang diluluskan oleh Majlis 
Syura Ulama adalah lafaz yang jelas antara intipatinya janji supaya tidak mengkhianati parti, 
tidak mengkhianati amanah yang diamanahkan oleh calon Pas.


5. Bila bermulanya bai’ah ?

Waktu Pas mula-mula ditubuhkan dulu tidak ada bai’ah sebab dulu ujian tidak besar dan orang 

bertanding dalam pilihan raya dalam Pas ini dulu orang tak bercakap akan menang sekiranya 
bertanding sahaja, cuma tidak mahu Umno menang percuma.

Saya masih ingat ketika saya masih kecil,  orang kampung cari duit untuk beri kepada calon 

Pas semata-mata tidak mahu memberi Umno ini menang percuma.

Jadi zaman dulu tidak timbul masalah hendak beli calon, hendak hasut,  tidak timbul masalah  

jadi zaman itu.. tiada bai’ah tetapi apabila ALLAH bagi kekuatan kepada perjuangan Pas kita 
melangkah selangkah demi selangkah sekarang ini bila sebut sahaja kita bertanding dalam 
pilihan raya maka orang boleh sebut kemungkinan besar Pas akan menang.

Apabila menampakkan semakin hari (Pas) semakin kuat , maka sudah tentulah andaian yang 

kita takut, berlaku dalam kepimpinan dalam Pas ini... lompat parti ke… walaupun 
Alhamdulillah kita parti yang paling bersih berbanding dengan parti-parti lain berkenan 
dengan lompat parti ini tetapi macam mana pun kita perlu berwaspada sebab itulah kita 
 meletakkan bai'ah dalam Pas.


6. Ada calon yang pernah tolak untuk berbai'ah ?

Sepanjang pengalaman saya tidak ada  calon yang dicadangkan menolak bai’ah…. dan tidak 

ada seorang calon yang menolak untuk berbai’ah dalam Pas.

Sebab kalau dia (calon)  tolak….. dia kena tengok dulu kalau hendak bertanding atas tiket Pas, 

ini dia kena berbai'ah kalau setuju sila, kalau tidak setuju dia jangan bertanding… semua calon 
bertanding semua berbai'ah, bila hendak bertanding dia kena setuju, kalau buat sesuatu yang 
bercanggah dengan Pas dia dikira mengkhianatilah.


7. Wujud bai'ah talak tiga ?

Bai'ah talak tiga ini Masjlis Syura tidak menghalang,  cuma lafaz dikeluarkan Majlis Syura 

tidak ada kandungan itu. Tetapi kita tidak menghalang mana-mana negeri mungkin semangat 
untuk menjaga kuasa pemerintahan yang ada di Kelantan mungkin dia tekankan, Tok guru 
 (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) jika dia saksikan dia adalah Mursyidul Am, 
orang paling besar dalam Majlis Syura Ulama, jadi kalau dia restu isi kandungan tersebut, 
maka hak negeri dan hak Mursyidul Am kerana umumnya lafaz bai’ah ini dia tidak ada nas 
qat'i.. sebab itu Rasulullah pun berbeza .. Baiah'tul Ridwan lain, Aqabah lain, bai’ah lain lain 
ikut keadaan, ikut suasana.

Cuma yang saya sebut Majlis Syura Ulama tidak ada talak tiga ini, cuma kalau ditambah 

di peringkat negeri itu adalah hak yang tidak dihalang oleh Majlis Syura Ulama.

Maksudnya mungkin tidak ada taklik talak tiga, setakat ini saya ingat tidak ada di negeri lain 

cuma rasa di Kelantan sahajalah.


8. Komen bila Mufti Perlis dan Pulau Pinangs katakan bai'ah talak tiga Pas tidak sah 

(tidak jatuh taklik)

Bila dia sebut taklik ini tidak sah, dia punya ayat itu sangat jelas.. mana dia tahu hati orang, 

mufti ini bila dia tahu hati orang, ayat itu sudah tidak betul.

Saya nasihat agar mufti bercakap dengan ilmu dan orang yang layak untuk bercakap dalam isu 

perjuangan Islam adalah orang yang duduk dalam saf perjuangan Islam, jadi kalau orang yang 
dalam perjuangan Islam tidak terlibat, tidak faham jadi tidak payah bercakap dalam isu ini, 
kalau dia tidak sempurna dia tak payah cakap berdiam lebih baik.


9. Bagaimana hendak elak jatuhnya talak tiga ini ?

Saya sarankan agar isteri calon-calon tersebut memainkan peranan agar menasihati suami dia, 

beri nasihat supaya jangan buat tindakan-tindakan yang orang panggil tidak beretika,  tidak 
ada moral dalam konteks perjuangan ini.

Hatta orang bukan Islam yang berjuang pun mereka tidak berganjak daripada parti mereka 

walaupun komunis, mereka ada integriti, orang Jepun tidak berganjak, kalau kita dakwa kita 
pejuang Islam, tiba-tiba hendak berganjak. Oleh itu isteri mereka orang yang paling rapat 
dengan suami, nasihat suami, pujuk dia supaya dia tidak bertindak sebagai mana yang dia 
hendak bertindak.

Nasihat yang paling sesuai kerana akibat sangat buruk, kalau orang yang langgar bai’ah ini 

akibat sangat  buruk kita bimbang dalam rumah tangga tiada keberkatan, anak-anak tiada 
keberkatan jadi menyusahkan dia sendiri. Kalau dia berbai'ah dia memang jatuh talak kerana 
kuasa cerai itu ikut pada suami, jadi isteri jangan diam, pergi rujuk mahkamah syariah, paling 
praktikal cakap dari hati ke hati, beritahu suami agar berfikir panjang supaya tidak berlaku 
perkara yang tidak diingini, kalau berlaku memang jatuh talak.


10. Nasihat kepada rakan-rakan yang seolah-olah hendak langgar bai'ah dan tubuh parti

baharu.

Jangan sesekali sesiapa melanggar bai’ah dengan ALLAH, mengkhianati jemaah, dalam 

sejarah perjuangan,  minta maaf saya tidak mahu sebut nama sesiapa… tetapi dalam Pas orang
yang langgar bai’ah yang cuba keluar parti semua sekali, saudara boleh tengok macam mana 
kedudukan mereka dunia ini.

Dia tidak dihormati dan kadang-kadang kita lihat individu  itu berhadapan dengan kesusahan 

yang banyak…. kerana apa?

Kerana apabila kita langgar perjanjian  ini dengan umum semua makhluk  yang boleh 

melaknat akan laknatnya termasuk ALLAH, malaikat lebih daripada itu di hari akhirat …

Satu benda yang sangat besar, jadi sebab itu dalam kesempatan ini saya hendak nasihat kepada 

kawan-kawan semua yang cuba hendak tubuh parti baharu, saya ingatkan perjuangan Islam ini 
tidak akan tergugat… kerana perjuangan Islam ini dijaga oleh ALLAH sebab itu dalam sejarah 
parti politik mereka yang tidak perjuangkan Islam ini mereka akan hanyut habis begitu sahaja.

Atas nama kawan, saya sangat simpati kadang-kadang saya rasa kasihan walaupun  

kadang-kadang mereka lebih umur daripada saya, saya hendak nasihat kepada mereka agar 
kembali ke pangkal jalan. Kalau ALLAH boleh ampunkan dosa Saidina Umar Al-Khattab,  
kita dalam Pas boleh maafkan kesalahan dan kesilapan dan balik ke pangkal jalan.. kami pun 
tidak untung apa.

Cuma kita kasihan mereka yang bertindak di luar batasan agama tidak akan selamat, di dunia 

ini dihina oleh orang masyarakat, kita mati jawab di hadapan ALLAH satu benda yang sangat 
besar.

Saya mengharapkan supaya semua kawan balik semua ke jalan Islam, kalau mereka hendak 

keluar tubuh parti cubalah mereka jawab, yang pertama parti yang ditubuh mereka itu, mereka 
berpegang pada ayat mana, surah mana kerana perjuangan Islam ini hanya satu. - Sinar


Sumber TKO - 27-7-2015






KOTA BHARU - Pihak berkuasa agama Islam negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya
membatalkan sumpah dan bai’ah dibuat wakil rakyat Pas Kelantan kerana ia bertentangan
tujuan asal perkahwinan dan boleh mendatangkan mudarat lebih besar.

Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, ia memberi kesan negatif 

kepada isteri, anak dan keluarga pihak berkenaan, berbanding sekatan keluar parti.


“Ia proses menyalahgunakan kuasa talak yang dibenarkan Islam tanpa tujuan dibenarkan 

syarak. Justeru, saya harap pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya,” katanya, semalam.


Che Ibrahim yang pernah menjadi hakim mahkamah syariah berkata, antara alasan kukuh 

bai’ah perlu dibatalkan kerana perkahwinan dibina atas asas kekal tanpa status politik.


Selain itu katanya, ikatan perkahwinan adalah perjanjian sehidup semati pasangan dan ia 

tidak boleh dirombak semata-mata kerana suami bertukar parti kecuali kerana maslahat atau 

kepentingan agama lebih besar.


Menurutnya, keluar parti atau melompat parti lain selama mana ia tidak menimbulkan 

mudarat besar kepada Islam bukanlah sesuatu diharamkan oleh syariah.


“Bai’ah dan sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga melangkaui maslahat syarie antara 

kepentingan menjaga kerukunan dan ikatan perkahwinan dengan maslahat politik diperlukan 

semasa dilafazkan.


“Bantahan saya ini berdasarkan Undang-Undang Mesir, Perkara 25 Tahun 1929 dan Perkara 

90 Undang-Undang Syria memperuntukkan, ‘Tidak jatuh talak ditakhlikkan jika dilafazkan 

bukan bermaksud menceraikan isterinya kecuali mendorong ia melakukan sesuatu atau
menghalang berbuat sedemikian, atau menggunakan sumpah bagi menyatakan sesuatu, tanpa 

tujuan lain’,” katanya.


Che Ibrahim berkata, pendirian itu juga selaras dengan pegangan Ibn Taimiah dan Ibn Qayyim.




“Mereka yang melafazkan bai’ah dan sumpah hendaklah melepaskan diri mereka daripada 

ikatan sumpah ini secara membayar kafarah iaitu beri makan kepada 10 orang miskin, atau 

beri pakaian kepada mereka, atau berpuasa tiga hari,” katanya.  - SInar



Sumber TKO - 27-7-2015


'Pertaruh idea politik matang, bukan isteri'


Posted on Sunday, July 26 @ 15:21:09 MYT by paktam

PendapatOleh Dr Maszlee Malik

Isu baiah talak tiga merupakan tindakan pre-emptif politik PAS untuk menangani isu lompat parti pasca pilihan raya umum ke-12.

Di kala kerajaan Pakatan Rakyat di Perak roboh kerana tindakan beberapa wakil rakyat dari DAP dan PKR yang telah melompat parti, PAS telah berjaya mengelakkan wakil rakyat mereka dari dibeli untuk melompat.



Sekaligus telah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Ini merupakan justifikasi PAS.

Persoalannya, apakah sistem politik di tanah air ini kekurangan mekanisme undang-undang dan nilai moral kendiri untuk mengelakkan isu lompat parti, sekaligus menjamin politik yang penuh integriti?

Apakah sehingga kesucian ikatan rumahtangga perlu dipertaruhkan demi kepentingan politik kepartian?

Bagaimana pula jika isu lompat parti bukan disebabkan dibeli seperti yang berlaku lewat insiden Perak, tetapi disebabkan oleh prinsip dan disebabkan sesebuah parti itu tersasar dari landasan perjuangannya?

Saya berpendapat pengamalan politik lama yang dipenuhi dengan sentimen, penggunaan retorik agama, penggunaan isu perkauman dan penggunaan wang serta patronage perlu diberikan titik noktah.

Malaysia memerlukan nafas segar politik baru berteraskan polisi yang baik, pertandingan idea matang, penumpuan kepada isu tatakelola yang baik (good governance) dan pembelaan terhadap keadilan dan kesaksamaan.

Politik dunia ketiga yang mewarnai ruang atmosfera politik Malaysia perlu dihentikan dan digabtikan dengan politik integriti, amanah, bebas rasuah, berakauntabiliti dan berteraskan amanah.

Warga Malaysia perlu diberdayakan dan dihargai akal mereka agar mereka sedar akan hak sebagai warga dan bukan hanya sebagai penerima gula-gula dari ahli politik.

Jika rakyat Malaysia boleh mengamalkan politik matang, isteri-isteri dan institusi kekeluargan tidak perlu lagi menjadi pertaruhan di dalam persaingan politik kepartian lagi.


DR MASZLEE MALIK pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sumber DD - 2 6-7-2015       

Salleh Man: 'Saya setia bersama Pas'

Posted on Sunday, July 26 @ 22:51:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



PERMATANG PAUH - Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man Mat Aji menegaskan masih 

bersama Pas dan sesekali tidak akan meninggalkannya.

Beliau berkata, kehadirannya dalam majlis rumah terbuka Gerakan Harapan Baru (Harapan 

Baru) di Komtar beberapa hari lalu sekadar memenuhi jemputan dan kapasitinya sebagai 
pegawai dalam kerajaan negeri.

"Saya hadir majlis itu dan ini tidak bermakna saya menjadi ahli Harapan Baru. Mereka jemput 

saya dan saya datang sebagai seorang pegawai kerajaan negeri.

"Dalam soal ini, sehingga hari ini saya masih ahli Pas dan tidak akan meninggalkan parti ini," 

katanya kepada media selepas menghadiri Rumah Terbuka Anjuran Parlimen Permatang Pauh 
di Permatang Pasir, hari ini.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed 

Azmin Ali.

Mengulas mengenai sumpah ba'iah, Salleh Man berkata, tidak pernah mengangkat sumpah itu 

walaupun sudah tujuh kali bertanding dalam pilihan raya.

"Seingat saya tidak pernah mengangkat sumpah itu. Setahu saya sumpah bai'ah tidak ada di 

negeri ini.

"Yang ada hanya sekadar lafaz ikrar biasa dan bukan sumpah bai'ah," katanya.  - Sinar

Sumber TKO - 26-7-2015


Dr Mujahid Dan Dr Haron Din
Posted on Sunday, July 26 @ 22:45:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Saya menganggap kenyataan Dr Mujahid terhadap Mursyidul Am PAS sebagai suatu perkara 

yang serius. Beliau telah mempertikaikan kenyataan TG Haron Din yang menyifatkan wang 
hasil dari jawatan sebagai wakil rakyat sebagai haram apabila keluar PAS sebagai tidak 
berhati-hati.

Beliau menyatakan, TGHD berpendapat demikian kerana sikap sesetengah pemimpin yang
bertindak menyokong Pakatan Rakyat. Kenyataan ini bersifat tuduhan jahat untuk
menggambarkan Mursyidul Am sebagai anti Pakatan Rakyat. Sedangkan isu sebenarnya
adalah pengkhianatan terhadap PAS dan para pengundi yang mengundinya atas tiket PAS.

Sebenarnya merekalah yang mengkhianati Pakatan Rakyat. Ini kerana konsensus PR sewaktu
PRU13 dulu adalah menyetujui perjuangan asas setiap parti komponen terutama PAS yang
memperjuangkan syariat Islam. Oleh itu undi yang diperolehi dari rakyat waktu itu
berdasarkan asas yang dipersetujui ini.

Namun mutakhir ini berlaku sebaliknya apabila DAP jelas mencabul persetujuan lama PR
dengan menentang kembali perjuangan PAS. Maka PAS bertindak mempertahankan perjanjian
asal yang menjadi punca mandat rakyat diberikan kepada komponen PR di beberapa kerusi
dalam PRU lepas. Mereka pula mendakwa mempertahankan hubungan antara parti PR sahaja
sedangkan PR sudah lari jauh dari tawaran asal kepada rakyat.

Dr Mujahid juga perlu ingat, beliau juga bertanding atas tiket PAS, bukan Pakatan Rakyat.

Pengundi memangkah di atas lambang bulan yang tertera di kertas. Ini yang zahir. Adapun
undi atas faktor PR adalah perkara yang tidak jelas dan tidak boleh dijadikan sandaran hukum.

Dr Mujahid pernah mengangkat baiah untuk taat setia kepada parti dan tidak mengkhianati
parti. Inilah faktor yang membuat PAS bersetuju memberikan jawatan calon kepadanya.

Dalam baiah juga, secara jelas setiap calon menyatakan bahawa harta yang diperoleh dari
jawatan itu akan menjadi haram sekiranya mengkhianati parti.

Sekiranya Dr Mujahid mahu mengkhianati baiah, maka segala hak yang PAS berikan perlu
dipulangkan kembali. Jika tidak, ia sama hukumnya dengan mereka yang menipu dan
merampas hak orang lain. Haram hukumnya dan segala hasil dari perbuatan itu adalah tidak
halal baginya.

Amat pelik apabila ada agamawan kalangan mereka cuba menghalalkan jawatan mereka dengan menyatakan baiah terbatal kerana dipaksa. Bagaimanakah rupa paksaan yang mereka nyatakan itu? Adakah Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am waktu
itu meletakkan pisau di tengkuk mereka semasa baiah? Adakah mereka akan dibunuh kalau
tidak berbaiah?

Mereka diberi pilihan sebebasnya. Seandainya mereka tidak mahu berbaiah, mereka boleh saja
melepaskan diri dari menjadi calon PAS. Tiada sesiapa memaksa mereka. Tetapi demi jawatan
itu, mereka tetap rela melafaz dan menandatangani baiah tersebut tanpa sebarang ancaman. Ini
menunjukkan mereka redha dan setuju dengan apa yang diakui.

Ataupun, adakah kecintaan mereka terhadap jawatan tersebut membuatkan mereka tidak kisah
berikrar apapun? Besar sangatkah jawatan itu sehingga tidak mempedulikan laknat dan halal
haram yang mereka cuba bermain dengannya?

Nabi SAW berpesan kepada mereka yang mahu menerima jawatan:

Sesungguhnya ia adalah suatu amanah, dan akhirat nanti bakal menjadi suatu kekecewaan dan
penyesalan, melainkan mereka yang mampu menunaikan segala haknya.

Dr Mujahid juga berhujah orang yang mengundinya atas dasar PAS mungkin hanya sekitar
4000 orang. Lupakah beliau bahawa walaupun yang bertukar haram itu sedikit, tetapi bila
bercampur dengan perkara halal, ia akan mengharamkan semuanya sekali? Walaupun beliau
memperoleh satu undi sahaja, tetapi sekiranya undi tersebut diperoleh atas dasar beliau
mewakili parti Islam, ia tetap diperhitungkan Allah.

Saya hanya mampu menasihat. Saya cukup bimbang jika inilah sikap mereka terhadap parti,
apakah pula sikap mereka terhadap negara sekiranya menjadi pemimpin Malaysia kelak?
Apakah mereka juga sanggup menggadai kedaulatan negara hanya kerana menjaga hubungan
dengan pihak-pihak luar yang jelas mahu mengambil kesempatan terhadap tanahair?

Mereka masih punya pilihan, antara terus kekal berjuang dalam PAS sekurangnya sehingga
tamat tempoh sebagai wakil rakyat sekiranya tidak mahu menyusahkan rakyat menghadapi
PRK, ataupun terus keluar dengan meletakkan jawatan demi maruah, harga diri dan takutkan
Allah biarpun terpaksa menunggu sepenggal lagi untuk bertanding semula.

Kasihanilah jua anak dan isteri, yang terpaksa menelan rezeki haram, membesar dalam
keadaan syubhah, yang bakal menyebabkan doa mereka tidak diendahkan oleh Allah SWT
kelak.

Oleh : Alang Ibn Shukrimun

Sumber TKO - 26-7-2015


Dr Yusuf Qardawi perlu nasihati GHB elak perpecahan

Posted on Sunday, July 26 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Oleh Zainal Salleh

Isu beberapa pemimpin PAS yang ditewaskan dalam pemilihan parti itu bulan lalu dan kini 

giat berusaha menubuhkan sebuah parti Islam baru mungkin sudah menjadi perhatian dunia.

Setidak-tidaknya ia tentu sudah sampai ke pengetahuan ulama tersohor,  Dr Yusuf al Qaradawi 

yang memang sentiasa peka akan perkembangan gerakan Islam seluruh dunia. 



Sempena aidil fitri minggu lalu, beliau mengutus salam Syawal 1436 kepada presiden PAS, 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang seraya meletakkan harapan tinggi kepada kepemimpinan beliau 
menerajui perjuangan Islam di Malaysia. 



Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu percaya Presiden PAS itu akan berhasil “mengemudi 
bahtera perubahan umat Islam dan rakyat Malaysia secara khususnya.” 



“Kita merafakkan doa kepada Allah agar menjadikan hari raya ini membawa berita gembira 
yang baik serta dilimpahi keberkatan dan dipermudahkan segala urusan dan diberikan 
kemenangan kepada pihak tuan dan seluruh umat Islam," kata Dr Yusuf dalam ucapan Hari 
Raya beliau.


Perihal ulama besar itu bertukar salam dan ucapan dengan Haji Hadi itu mungkin didorong oleh hakikat bahawa Hadi adalah naib presiden Kesatuan Ulama Sedunia yang dipimpinnya. 



Mungkin Dr Yusuf peka kemelut yang Hadi depani kini 



Mungkin juga perutusan itu adalah isyarat bahawa beliau maklum mehnah atau ujian getir 
yang sedang dihadapi oleh Haji Hadi yang digerakkan oleh pasukan yang ‘merajuk dan 
kecewa’ kerana tidak dipilih dalam muktamar lalu.




Apapun Dr Yusuf memang mempunyai jaringan sumber maklumat untuk memahami selok 
belok dan sifir politik yang melanda gerakan seluruh dunia.


Beliau kini termasuk dalam senarai ulama dunia yang paling dikehendaki oleh beberapa 
kerajaan kuasa besar dan juga kerajaan Mesir kerana dituduh mencampuri dan menghasut 
menjatuhkan regim zalim di negara itu. 



Kali terakhir Dr Yusuf dikatakan mengambil berat perihal perkembangan politik di Malaysia 
ialah sebelum pilihan raya umum lalu apabila beliau dilaporkan menulis surat terbuka 
kepada pemimpin PAS dan DAP.



Kandungan surat berkenaan dikatakan menghuraikan hujah mengapa pada pengamatannya 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus diangkat menjadi perdana menteri jika 
Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum itu.



Hubungan Dr Yusuf dan Haji Hadi tetap utuh

Bagaimanapun pengedaran surat berkenaan tidak mengubah pendirian Pakatan Rakyat, 
khususnya PAS, yang lebih cenderung menunggu hingga PRU berkenaan selesai dan 
kemenangan benar-benar sudah dicapai. 



Pendirian PAS itu menyebabkan modal untuk mengisytiharkan kabinet bayangan Pakatan itu 
tidak dapat digunakan. Ini mengurangkan keyakinan rakyat terhadap tahap keseriusan pakatan 
itu mahu menjadi pengganti Umno-Barisan Nasional. 



Sebenarnya, pendirian PAS itu tidak sedikitpun menggugah jalinan perhubungan Dr Yusuf 
dengan Haji Hadi seperti yang cuba digambarkan oleh beberapa pihak tertentu kerana Hadi 
dikatakan sudah “menyanggah” pendirian Dr Yusuf itu. 



Ini menguatkan andaian beberapa pihak bahawa Dr Yusuf sebenarnya tidak pernah menulis surat sedemikian. 


Pihak berkenaan menganggap ia dilakar untuk memenuhi strategi PRU 13 demi menonjolkan Anwar calon perdana menteri yang kononnya mendapat restu Dr Yusuf al Qaradawi dan dunia Islam. 



Sebaliknya, dalam persidangan Kesatuan Ulama Sedunia yang berlangsung selepas PRU 13, presiden PAS itu pula dilantik untuk menjadi Naib Presiden kepada Dr Yusuf dalam kesatuan sedunia itu.


Rasanya memang wajar Dr Yusuf memberi pandangan dan merangsang kata-kata perjuangan kepada Hadi dalam situasi politik Malaysia hari ini kerana apa yang dihadapi Hadi kini ialah cabaran dari dalam jemaah. 



Jangan berimankan orang kafir, pesan Dr Yusuf



Yang nyata Dr Yusuf perlu mengingatkan semua pihak yang mahu melakar sejarah
menubuhkan sebuah parti Islam baru dalam konteks politik Malaysia hari ini sebenarnya agak
bersilang dengan perintah Allah s.w.t.



“Janganlah orang-orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin (auliyah atau
wali), melainkan orang-orang beriman.



“Barangsiapa berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperoleh apa-apapun daripada Allah, kecuali kerana (siasah) menjaga diri daripada sesuatu yang kamu takutkan daripada mereka.



“Dan Allah mengingatkan kamu akan diri (seksa)Nya, dan hanya kepada Allah tempat kembali.” (Surah Al Imran ayat 28).


Sebelum nasi menjadi bubur, nasihat Dr Yusuf juga amat diperlukan untuk menghuraikan maksud ayat berikut:


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman (setiamu); mereka satu sama lain saling melindungi. 


“Barangsiapa di antara kamu menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Surah al Maidah ayat 51).


Simpulan konspirasi musuh Islam mungkin lebih mudah difahami jika dihuraikan oleh Dr
Yusuf; lebih-lebih lagi jika diambilkira bahawa golongan yang mahu mengorak langkah yang
pasti melemahkan kesatuan dan perpaduan ummah bukanlah muka baru dalam bidang dakwah.


Mungkin juga huraian beliau berhubung mesej Allah dalam mengatur strategi asas pergerakan Islam seperti dalam surah Al Saff akan membangkitkan kesedaran di kalangan golongan ini betapa tindakan mereka boleh merobek perpaduan umat.



“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukan!


“Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya,
dalam barisan teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
(Surah Al-Saff ayat 2-4).

Sudah tentu Dr Yusuf lebih mampu menafsirkan mesej ini dengan lebih bening dan bernas.

Semoga ini akan menyedarkan G-18 betapa mereka kini sedang menyanggah perintah Allah
supaya berperang di jalanNya bak bangunan tersusun rapi… - ANTARAPOS

Sumber TKO - 26-7-2015

Tiada bai'ah taklik talak tiga
Posted on Sunday, July 26 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu hanya melafazkan bai’ah atau sumpah taat setia 

terhadap perjuangan parti tanpa sebarang penambahan lafaz taklik talak tiga sebagaimana yang 
dikatakan berlaku di negeri lain.


Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat yang juga Adun Paka berkata, bai’ah
dilakukan oleh semua calon Pas Terengganu sama ada menang atau kalah pada pilihan raya
lalu.

“Kita berbai’ah di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas pelantikan
calon di Rusila, Marang. Semua berbai'ah sama ada menang atau tidak, tapi kita tak ada
tambahan lafaz cerai talak tiga seperti negeri lain.

“Bai’ah yang kita lafaz antaranya tak boleh khianat, tak boleh lari daripada perjuangan sama
ada menang atau kalah,” katanya ketika mengulas isu bai’ah dalam Pas yang dikatakan
mengandungi lafaz taklik talak tiga jika mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat
meninggalkan parti. 

Isu itu timbul berikutan beberapa calon Pas yang bertanding dan menang pada pilihan raya lalu
dikatakan akan meninggalkan Pas untuk menyertai Harapan Baru.

Satiful berkata, pihaknya tidak mengetahui alasan negeri lain seperti Kelantan dan Selangor
menambah lafaz taklik tersebut namun bersetuju dengan pandangan Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Mohamad bahawa talak dilafaz secara bersumpah,
bergurau atau berikrar sah dan hakiki serta tidak boleh dielakkan sekalipun dengan kafarah
atau bayar denda sumpah.

Katanya, lafaz itu 'sorih' atau jelas dan bertulis yang bukan diniatkan untuk main-main atau
bergurau sambil memberitahu perkataan cerai boleh jatuh sekalipun pasangan suami isteri
hanya berlakon.

Beliau juga kesal terhadap sesetengah pihak yang menuduh penambahan lafaz cerai tersebut
dituntut kepimpinan Pas dan meminta tuduhan itu dihentikan, lebih-lebih lagi ia tidak menjadi
isu di negeri ini sedangkan bai’ah dilakukan di hadapan presiden parti.

Beliau meminta pihak luar tidak menghentam sesuka hati terutama berhubung bai’ah kerana ia
perkara biasa yang menuntut sumpah taat setia yang wujud pada zaman Rasulullah SAW untuk
mendapatkan kepercayaan daripada sahabat.

“Ini dalaman Pas, melibatkan disiplin. Orang luar yang tak tahu, tak perlu komen. 


“Ada bangkitkan istilah bai’ah sedangkan ia ada dalam Islam, al-Quran dan hadis serta berlaku
pada zaman Rasulullah SAW. Yang tak tahu jangan menghukum,” katanya. - Sinar

Sumber TKO - 26-7-2015


Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup
Posted on Sunday, July 26 @ 13:58:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Oleh Khalid Samad



Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempuran. Melarikan diri dari pertempuran merupakan satu tindakan yang jauh lebih besar dan jelas haramnya! Dengan membakar kapal-kapal ini Tariq menjadikan persoalan berpatah balik sesuatu yang tidak mungkin kerana yang ingin berpatah balik akan terpaksa berenang merentasi Lautan Mediterranean.

Oleh yang demikian, lafaz cerai taklik dalam soal menjadi calon adalah bagi saya dan isteri seperti ibarat tindakan Tariq Ibn Ziyad. Sepertimana tindakan Tariq membakar kapal-kapal dengan bertujuan menghalang berlakunya kemungkinan untuk lari dari medan pertempuran, lafaz taklik bertujuan menghalang berlakunya lompatan khianat dalam politik.


Sekiranya ingin melompat, akan jatuh talak tiga dan ini seolah menyerupai tindakan memilih untuk berenang merentasi Lautan Mediterranean. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan kepayahannya, apatah lagi melakukannya.

Ya, sememangnya talak tiga merupakan satu tindakan yang menggerunkan dan itulah yang diinginkan! Ia bertujuan merupakan benteng penghalang supaya menyelamatkan calon tersebut dari melakukan perbuatan haram yang jauh lebih besar, iaitu khianat dan derhaka keatas perjuangan dan janjinya. Lebih-lebih lagi apabila perjuangan itu merupakan perjuangan yang berlandaskan Islam, atau adakah yang masih mempertikai dasar perjuangan PAS? Kalau ada, semestinya dia tidak layak menjadi calon dan dengan itu akan sendirinya terlepas dari persoalan ini.

Ada juga yang berkata bahawa tindakan seperti ini menzalimi isteri. Namun ia hanya menjadi zalim sekiranya calon itu khianat dan berpaling tadah! Sekiranya calon tersebut istiqomah di dalam perjuangan, tiada kezaliman yang berlaku. Manusia yang sanggup melompat dan dengan itu menzalimi bukan sahaja partinya dan rakyat yang telah menyerahkan amanah kepadanya, tetapi sekaligus isteri kesayangnya melalui talak tiga ini, manusia sebegini sememangnya layak dilaknat Allah, para Malaikat dan seluruh yang melaknat. Masyarakat seluruhnya akan melihat betapa khianatnya manusia ini, demi jawatan, pangkat dan wang sogokan. Dengan itu, sudah pasti dia akan dikutuk kerana sifat khianatnya yang begitu terserlah melalui kesanggupan mencerai talak tiga isterinya demi semua itu.

Begitu juga terhadap mereka yang mendorongnya kearah tindakan khianat ini. Melalui sogokan dan pujukan, menyeru supaya dia melompat, mereka ini turut layak dilaknat. 


Sedangkan pada ketika itu, rakan seperjuangannya akan berusaha untuk memujuknya supaya tidak mengkhianati amanah yang diberikan. Ini termasuklah isterinya yang pada ketika itu dan ketika itu sahaja akan menangis menggeletar mengigil, merayu supaya suaminya tidak melompat.

Inilah sebenarnya tujuan di sebalik lafaz itu. Ianya bukan sebahagian dari bai’ah. Tujuannya supaya yang dilantik menjadi calon tidak mengkhianati perjuangan yang telah didokong bersama. Kalau dilafaznya “jika melompat akan aku belikan isteriku gelang emas separas lengan”, sudah pasti ia bukan penghalang kepada tindakan melompat. Isterinya pula mungkin akan gembira sekiranya dia ini melompat dan bukan itu sahaja, malah akan menggalakkannya! Inilah sebenarnya kehendak UMNO. Kalau lafaz sebegini sudah pasti mereka sokong. Sebarang usaha untuk menutup peluang untuk membeli wakil rakyat parti lawan akan mereka tentang habis-habisan.

Amalan rasuah membeli calon yang menyebabkan perlunya bai’ah dan lafaz sebegini langsung tidak diambil peduli. Sedangkan ianya jelas bukan sekadar andaian tetapi telahpun berlaku di Perak dan baru-baru ini di Selangor. Kutukan terhadap bai’ah dan lafaz taklik bagaikan kutukan terhadap yang memasang grill di rumahnya, sedangkan pencuri berkeliaran di luar. Itulah Malaysia di bawah UMNO.

Malah lebih teruk lagi, terdapat pula golongan yang tidak hadir tetapi membawa cerita seolah-olahnya dia hadir dan tahu selok-belok perkara ini. Inilah sebenarnya tukang karut par excellence. Dia turut membawa hujjah “senanglah Khalid kahwin bini baru”. Hujjah jahil dari seorang yang berfikiran dayus. Kalau ingin menceraikan isteri sekalipun, tidak perlulah berselindung disebalik parti dan bai’ah. Tidak perlu menyalahkan orang lain. Kata-kata seperti ini lebih mendedahkan perwatakan dirinya sendiri, bukannya saya.

Ada pula yang bertanya, “mengapa Khalid membincang persoalan ini?” Sebenarnya ianya telah pun dibincang dan diketahui oleh ramai pihak lain terlebih dahulu. Saya berpendapat lebih baik perkara ini dijelaskan sekarang, bukan tiga hari sebelum hari mengundi. Ini kerana keyakinan saya kepada apa yang telah saya lakukan adalah berlandaskan keperluan semasa dan tidak merupakan satu kesalahan.

Namun sekiranya pimpinan PAS menganggap ianya tidak perlu, saya akan akur walaupun pada saya dan isteri, kelebihan amalan ini amat jelas sama sekali. Pada masa yang sama, saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan Allah seorang isteri yang memahami erti perjuangan yang telah bersama saya selama lebih 30 tahun ini.

Dalam pada itu terdapat juga yang berkata, mengapa perlu mengheret isteri dalam soal politik melalui lafaz taklik? Jelas, yang berkata sedemikian rupa tidak pernah meneliti ayat mubahalah di mana bukan sahaja isteri tetapi seluruh kaum keluarga telah diheret demi menegakkan kebenaran hujjah Rasulullah (SAW) di dalam ayat 61 Surah Al-Imran yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang membantah kamu berhubung dengannya (Nabi Isa A.S.) setelah datang kepada kamu ilmu, katakanlah: Mari kita panggil anak-anak lelaki kami dan anak-anak lelaki kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu dan kemudian itu kita doa bersungguh-sungguh memohon semoga Allah melaknat golongan yang berdusta.”

WaLlahu 'Alam


KHALID SAMAD
November 2011


Sumber TKO - 26-7-2015


Mujahid Sanggah Abdul Hadi Lagi

Posted on Sunday, July 26 @ 08:48:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan pertubuhan itu menjadikan DAP sebagai 'wali', seperti didakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang itu berkata, Hadi tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS.

"Saya tak tahu dalam konteks apa dia cakap. Ini sebenarnya masalah (dalaman) PAS dan kelemahan dia sendiri dengan PAS.

"Tetapi nak alihkan isu dan salahkan DAP," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, penubuhan GHB sebaliknya berkaitan isu kebangkitan rakyat akibat masalah yang dilalui dalam PAS sendiri.

"Ini soal kebangkitan rakyat, kerana PAS yang bermasalah. Tidak ada kaitan dengan DAP," katanya.

Hadi dalam kenyataannya 23 Julai lalu mengingatkan ahli GHB agar tidak menjadikan DAP sebagai wali atau ketua.

Dalam kenyataannya yang bertajuk ‘Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja', Hadi berkata hanya ahli parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman.

"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi berkata, hubungan dengan DAP adalah sebagai rakan pembangkang yang bercita-cita untuk meneruskan kembali tahaluf siyasi yang terkubur dan bakal menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tidak ada siapa dari ahli kami Harapan Baru yang 'berwalikan' DAP.

"Dulu, yang kerap membuat tuduhan PAS diperkudakan dan menggadaikan prinsip perjuangan demi mencapai kemenangan politik, ialah Umno.  "Kini nampaknya giliran PAS pula membuat tuduhan terhadap kami," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, lebih baik jika PAS bersama dengan GHB menumbangkan Umno daripada terus bercakaran sesama sendiri.

"Adalah lebih baik kalau kita sama-sama 'berlumba-lumba' menumbangkan Umno bagi menamatkan kebobrokan tadbir urus parti pemerintah yang sarat dengan kemungkaran rasuah, salah guna kuasa, kerakusan, pembolotan, pembaziran, ketidakadilan dan kezaliman, daripada mengulangi fitnah Umno," katanya.

Hadi dalam kenyataan sama berkata, sesiapa yang tidak istiqamah atas akidah, dasar dan matlamat, pasti akan berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar jemaah.

"Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah maha mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya," katanya.

Sumber TKO - 26-7-2015



Dr Halimah nafi sertai Harapan Baru
Posted on Sunday, July 26 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SHAH ALAM - Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali menyangkal dakwaan sebuah akhbar berbahasa Cina yang melaporkan beliau keluar Pas untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru).



Katanya, beliau masih lagi bersama Pas dan setia dengan perjuangan parti tersebut  walaupun sebelum ini pernah dituduh menyertai Tindakan Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) serta berhasrat keluar daripada parti.

“Pra-Muktamar Pas ke-61 yang lalu, nama saya tersenarai dalam Pasma walaupun tiada kaitan langsung dengan NGO tersebut. Hari raya kedua pula, timbul pula berita hangat yang mengatakan saya dan rakan-rakan akan keluar Pas pada 31 Ogos nanti.

“Terkini, sebuah akhbar berbahasa Cina pula memaparkan lima gambar Adun Pas termasuk saya akan keluar Pas untuk masuk Harapan Baru Selangor.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa kami menyertai Pas bukan ikut-ikut tetapi dengan kefahaman yang jelas mengenai misi perjuangan kami,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengakui Pas mempunyai kelemahan dan kesilapan, Halimah berkata, ia bukan alasan untuk beliau menyertai parti baharu kerana apa yang berlaku adalah proses bagi mencapai misi dan perjuangan parti.

“Secara peribadi, saya mengakui memang ada kelemahan dan kesilapan dalam Pas. Ia berlaku dalam proses mencapaikan misi perjuangan dan bersifat faktor manusiawi. Telah ditegur dan akan terus ditegur kerana tiada pemimpin Pas yang maksum.

“Saya melihat fenomena yang berlaku mutakhir ini sedikit sebanyak mentarbiyahkan, langsung melaksanakan mata rantai perjuangan murni Rasulullah SAW,” katanya.

Tambahnya, landasan perjuangan Pas adalah jelas dan telah teruji sejak enam dekad lalu melalui sokongan dan mandat yang diberikan oleh rakyat.

“Pas berupaya meyakinkan Islam yang syumul yang tujuannya adalah menjaga kepentingan ummah termasuk ekonomi, sosial, keselamatan, keadilan semua kaum, semua bangsa, semua keturunan bahkan semua agama.

“Andai kata Pas sudah jatuh, maka masanya untuk bangkit  dengan membuang ego dan kembali semula pada perancangan asal. Pas For All adalah realiti yang boleh dicapai sekiranya laluan ke tangga kejayaan direncana dan dipraktikkan secara membumi hingga diyakini,” katanya.

Kelmarin, sebuah akhbar berbahasa Cina telah melaporkan dan menyenaraikan nama Halimah sebagai satu daripada Adun Pas yang bakal meninggalkan parti kerana menyertai Harapan Baru. 

Akhbar tersebut turut memaparkan sekali gambar beliau bersama Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman; Adun Seri Serdang, Noorhanim Ismail dan dua lagi Adun yang digantung keahliannya dari Pas iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib serta Adun Morib, Hasnul Baharuddin.  - Sinar Harian



Sumber TKO - 26-7-2015

Bai'ah Talak Tiga Bukan Keputusan Majlis Syura
Posted on Saturday, July 25 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Ekoran timbulnya isu mengenai bai’ah talak tiga yang hangat diperkatakan kini, Majlis Syura Ulama Pas, selaku badan tertinggi dalam parti itu tampil menjelaskan mengenai kandungan sebenar taat sumpah berkenaan.


Setiausahanya, Datuk Muhammad Nik Zawawi Salleh berkata, ba’iah talak tiga tiada dalam bai’ah yang diluluskan oleh parti dan Majlis Syura sepertimana yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Memang tak ada... itu bukan keputusan Majlis Syura… tidak pernah, itu tidak betul dalam bai’ah kita tidak ada (bai’ah talak tiga) , “ Katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kandungan bai’ah tersebut, Muhammad berkata, ia melibatkan perjanjian manusia dengan ALLAH.

“Antara kandungan nya adalah ‘ Kalau saya melanggar ba’iah ini saya akan dilaknat oleh ALLAH, Rasul, Malaikat dan sekalian makhluk…kemudian  segala harta benda yang diperolehi daripada atas nama Pas, kalau saya khianati akan dilaknat’…..semua benda itu tidak bolehlah…tapi yang cerai talak tiga itu tidak diluluskan oleh Majlis Syura Ulama,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian memetik Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob yang mengesahkan adanya sumpah bai’ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Menurutnya, akuan sumpah itu diguna pakai sejak  2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.

“Bai’ah itu memang betul. Seperti yang dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan (Datuk Daud Muhammad), perkara ini bukan main-main,” katanya.

- Sinar Harian

Sumber TKO - 25-7-2015

Sumpah bai'ah: Pemimpin GHB tidak boleh buat tafsiran sendiri
Posted on Saturday, July 25 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Kesemua pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak boleh mentafsir sendiri lafaz bai'ah yang dibuat mereka ketika menerima perlantikan sebagai wakil rakyat PAS, semata-mata mahu 'lepaskan diri' daripada hukum sumpah tersebut.



Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata kesemua wakil rakyat samada ahli Parlimen atau ADUN PAS perlu merujuk pada yang pakar dan tidak membuat andaian membuta tuli dalam isu serius itu.

Ini kerana lafaz bai'ah tersebut melibatkan 'talak tiga' kepada isteri masing-masing dan ia tentunya isu besar dalam arena politik negara.
Terdahulu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyatakan pendapatnya bahawa sumpah yang diikrarkan pada 2008 melibatkan 'menceraikan isteri' tidak diperbaharui menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

"Khalid Samad mencari alasan supaya dia terkeluar dari konteks bai'ah. Tetapi sejauh mana ia terpakai atau tidak, pada saya ia akan dirujuk kepada Mahkamah Syariah. Dan mereka akan berdepan dengan situasi yang agak rumit," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Khalid juga mendakwa parti Islam itu sendiri yang bertindak melanggar bai'ah dan lari daripada landasan perjuangan Islam.
"Sekarang ini mereka cuba menafsir sendiri apa yang dimaksudkan? PAS sudah tentu tidak melanggari bai'ah. Yang melanggar bai'ah adalah mereka (pemimpin GHB), mereka yang melafazkan akad itu sekaligus mereka tertakluk kepada bai'ah. PAS tidak ada kena-mengena, sebab mereka bukan pihak yang berbai'ah," katanya lagi.

Isu sumpah bai'ah kini menjadi pertikaian di kalangan pemimpin PAS dan kumpulan progresif parti itu yang menyertai GHB.
Terdahulu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob mengesahkan bahawa bai'ah talak tiga memang wujud di kalangan wakil rakyat parti itu dan ia bukan perkara main-main.

Menyentuh hal ini, Abdullah menyifatkan perkara cerai yang dikaitkan dengan bai'ah itu merupakan 'nilai tambah' yang dilakukan parti berkenaan demi mengekalkan kesetiaan ahli-ahlinya.

"Bai'ah dilakukan dalam keadaan suka sama suka.

"Jika nak kata bai'ah itu tidak kena, kita kena lihat di waktu bila mereka mengangkat janji. Bai'ah bukan satu pihak memaksa pihak yang lain, mereka boleh memilih mahu lakukan bai'ah atau sebaliknya. Jadi bila buat bai'ah, mereka kena tanggung risikonya 
"Kita sebagai orang luar, nak kata bagus atau tidak, (sedangkan) mereka sudah setuju dengan terma dan syarat bai'ah itu," ujarnya lanjut.
Abdullah kemudiannya menambah bai'ah menjadi sebahagian amalan dalam Islam, namun ia tertakluk kepada situasi.
Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Agus Yusoff menerusi status laman sosial Facebooknya kelmarin menyifatkan sumpah bai'ah sebagai karut.
Beliau juga mempersoalkan kewajaran PAS mengikat wakil rakyatnya dengan cara begitu sehingga menjadikan isteri-isteri mereka sebagai cagaran politik.  - ANtarPOS



Sumber TKO - 25-7-2015




Kalau dengan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), ia membuatkan gaji wakil rakyat PAS 

haram, bagaimana pula dengan gaji mereka yang hanya mendiamkan diri apabila Pakatan Rakyat
(PR) tumbang, soal Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu, yang kini pengerusi protem GHB Pulau Pinang, menuduh 

kepimpinan PAS gagal mengambil berat mengenai rakyat dan gabungan pembangkang.

Beliau bertanya, tidakkah itu bermakna gaji mereka juga haram kerana turut mendapat manfaat
daripada sekutu mereka dengan PR sebelum ini.

Mujahid berkata, isu dimainkan bagi menentang GHB, yang dibentuk satu kumpulan serpihan
PAS, dan surat khabar arus perdana seperti Utusan Malaysia, digunakan bagi menyerang gerakan
baharu itu.

"Sesuatu yang menyedihkan apabila ada orang daripada parti, yang merupakan sebahagian PR,
kini menyerang gerakan baharu ini.

"Mereka membuat kenyataan tidak logik, contohnya wakil rakyat yang menyertai GHB makan
gaji haram kerana mereka menang pilihan raya atas tiket PAS.

"Saya ingin bertanya mereka, adakah gaji wakil rakyat yang gagal menjaga rakyat dan yang
menyerang PR juga haram?

"Saya ingin bertanya, adakah mereka menang pilihan raya kerana PR atau hanya kerana mereka
daripada PAS?" soalnya pada rumah terbuka Hari Raya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia
(PasMa) dan GHB di Komtar, Pulau Pinang malam tadi.



Sumber TKO - 25-7-2015

YB Dr Halimah KEKAL bersama PAS
Posted on Saturday, July 25 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ribut politik yang melanda negara seolah memberi kesan agak besar kepada warga Malaysia tidak terkecuali Selangor. Barisan Nasional teruk dibelasah kerana masalah tadbir kelola negara yang mengundang seribu satu macam persoalan daripada rakyat negara samada daripada lawan BN daripada parti PAS, PKR dan DAP yang sebelum ini dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT, bahkan ahli UMNO-BN sendiri terasa tertipu oleh tingkah laku dan tindakan peneraju kerajaan di Putrajaya.

Saya yakin majoriti rakyat yang waras mahu urus tadbir yang baik, berprinsip, amanah dan MAMPU menjaga maslahah rakyat dan melindungi mereka daripada kemalaratan hidup dan mencegah mafsadah dalam masyarakat Malaysia. Apa jua kecenderungan politik mereka, naluri manusia akan mahu kebaikan untuk diri, keluarga dan masyarakat sekeliling bahkan alam sekitar. Habis kenapa ribut melanda negara?

Orang politik semua faham pilihanraya negeri Sarawak bakal menjelma. Semua parti berhajat besar. Ada yang sudah menunjuk prestasi yang agak baik sudah tentu bermati-matian mahu mengekalkan kejayaan tersebut. Rasionalnya mereka mahu kejayaan lagi besar dan pengaruh meluas dan mendalam. Samada di kalangan komponen parti BN mahupun DAP dan PKR.

PAS ada bertanding tetapi BELUM memenangi sebarang kerusi. Maka, pada hemat saya adalah logik apabila ketua-ketua parti politik ini berpencak dan berkungfu untuk meraih sokongan sebesar mungkin. Golongan media TIDAK  gemar menyiarkan berita orang berbaik-baik dan saling berkasih sayang kerana kurang jumlah yang mahu membaca berita 'boring' dan tidak ada 'kick' seperti itu.

Daripada strategi pemasaran, pihak media memerlukan berita yang 'panas' dan sensasi. Barulah akhbar mereka cepat laku seperti goreng pisang!!

Maka, adalah tidak menghairankan sekiranya tajuk seperti yang pilih di atas, Dr Halimah KEKAL bersama PAS BUKAN PILIHAN media! Itu resam dunia media. Bagi rakyat jelata , kita perlu faham rentak itu.

Kita mesti kenal muzik itu. Apatah lagi kalau kita pemimpin! Boleh jahanam masyarakat dan organisasi yang kita pimpin sekiranya fakta asas mengenai PUNCA KAWALAN ATAU PENGARUH MEDIA kepada emosi dan tindakan yang terhasil daripada PERSEPSI yang salah atau kurang tepat atau hanya sekerat separuh.

EMOSI yang berpotensi untuk mempengaruh seseorang membeli surat khabar adalah biasa emosi yang negatif seperti marah, sedih, tidak puas hati sebab rasa tertipu atau kerisauan.

Itu baru cerita media cetak dan formal. Media baru dengan kepantasan tekonologi viral, juga menggunakan rasional yang sama. Untuk sesebuah berita di panjangkan secara meluas dengan pantas melalui hujung jari ia mesti bercirikan yang 'gempar' dan boleh 'menggempabumikan' media siber di kalangan seramai mungkin rakan taulan, friends fb, instagram, website, telegram dll. Bercirikan 'hot and spicy'!

NEWS  BREAKING.

Pengalaman Peribadi Mutakhir.

Pra-muktamar PAS ke 61, dengan ribut dalam cangkir PAS yang melahirkan NGO PASMA, nama saya tersenarai dalamnya walaupun saya tidak ada kaitan langsung dengan PASMA.

Hari kedua raya, 2 Syawal 1436H,  berita hangat bahawa saya akan keluar PAS 31 Ogos bersama rakan-rakan lain tersebar luas. Penafian saya dimuatkan dalam Harakahdaily.Terima kasih Harakahdaily!

Terkini saya difahamkan sebuah akhbar Cina , Orientaldaily memaparkan gambar 5 ADUN PAS Selangor kan keluar PAS untuk masuk GHB Selangor, di antaranya ialah ADUN MERU, ADUN SRI SERDANG selain daripada 2 ADUN PAS yang digantung keahlian kerana membelakangkan parti, disiplin parti. Orang yang ke 5 adalah saya , ADUN SELAT KLANG!!

Saya difahamkan rakan sejawat saya. YB Dr Rani dan YB Noor Hanim telah menyangkal dakwaan tersebut di media massa. Saya ingin menegaskan di sini bahawa kami menyertai PAS bukan  'ikut-ikut' trend atau orang tetapi dengan kefahaman yang jelas mengenai misi perjuangan kami.

Secara peribadi, saya mengakui memang ada kelemahan dan kesilapan dalam PAS. Ia berlaku dalam proses mencapaikan misi perjuangan. Ia bersifat faktor manusiawi. Telah ditegur dan akan terus ditegur kerana tiada pemimpin PAS yang maksum. Saya melihat fenomena yang berlaku mutakhir ini sedikit sebanyak mentarbiyahkan langsung 'hands on' sebagai mata rantai perjuangan murni rahmat lil 'alamin Rasulullah saw. Belum sempurna? Ya . Belum.

Namun landasan perjuangan dalam PAS adalah jelas, telah teruji 6 dekad. Andaikata , PAS sudah 'hit rockbottom' maka the only way is to go up insya Allah! Buang ego, buang superiority complex. Balik ke 'drawing board' .

PAS berupaya meyakinkan Islam yang syumul yang tujuannya adalah menjaga kepentingan ummah termasuk ekonomi, sosial, keselamatan, keadilan semua kaum, semua bangsa, semua keturunan bahkan semua agama. PAS FOR ALL adalah realiti yang boleh dicapai sekiranya 'critical pathway to success' di rencana dan dipraktikkan secara membumi hingga diyakini dan insya Allah diterima oleh semua lapisan masyarakat yang amat memerlukan penyelamat Malaysia sekarang ini.

Wallahu a'lam

YB DR HJH HALIMAH ALI
ADUN SELAT KLANG
24 Julai 2015



Sumber TKO - 25-7-2015


Insya Allah, Saya Terus Bersama Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Posted on Saturday, July 25 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Tidak semena-mena diri dan nama saya jadi perbualan politik tanahair. Selama ini saya mengambil pendekatan untuk low profil apatah lagi menzahirkan pemikiran kritis politik. 


Mungkin disebabkan saya masih sedar siapalah saya di kalangan kawan-kawan yang menjadikan platform politik sebagai medan populariti diri ataupun membina pengaruh dan kekayaan.

Ribut politik yang melanda negara seolah-olah memberi impak kepada generasi yang dibina atas kesedaran diri lalu mengikuti marhalah perkaderan dan tarbiyyah tangga demi tangga. 


Maka sudah pastinya gaya dan corak pemikiran serta tindakan terhadap sesuatu isu terkait pada diri, memerlukan untuk saya memikirkan kesan atau natijah kemudian hari (hari perhitungan di hadapan Illahi). Saya telah melalui sejarah kehidupan politik di kala diminta bertanding dalam pilihanraya 2004 (PRU11). Ketika itu, pimpinan negeri tidak pernahpun turun ke bawah mendapatkan maklumat tepat akar umbi. Apa yang berlaku adalah berkisarkan teori lalu diterjemah melalui pengarahan yang tidak masak. Akibatnya memaksa kami di peringkat Pas Sepang ketika itu bernekad untuk terus turut serta dalam pertandingan tiga penjuru.

Tahun 2008 (PRU12), sekali lagi saya diminta untuk bertanding mewakili Pas di Dun Tanjong Sepat. Walaupun berat, sebab agak fobia dengan kesan kehidupan selepas pilihanraya 2004 (PRU11), saya ambil tanggungjawab dan risiko untuk kedua kali. Tewas kali kedua mengajar saya tentang erti keupayaan diri. Maka selepas 2008 (PRU12) saya lebih bersedia untuk berkhidmat untuk parti BUKAN bermakna saya ingin jadi calon pilihanraya mendatang, tetapi untuk membantu mencipta dan melakar sejarah di Sepang. 


Menghadapi pilihanraya 2013 (PRU13) saya telah mengharungi pelbagai dugaan samada dari dalaman parti mahupun luaran. Tidak perlulah saya ceritakan semuanya. Pendekkan cerita, Allah kurniakan sedikit kemenangan kepada kami Pas Sepang bagi mengisi kerusi Dun Tanjung Sepat dan Parlimen Sepang. Semua ini berlaku adalah disebabkan kesungguhan usaha, pengorbanan, keikhlasan ahli-ahli dan keizinanan Allah S.W.T.

Menyedari kepada hakikat kemenangan itu adalah hasil kerja berpasukan dan izin Allah, maka saya ingin tegaskan bahawa provokasi berita di Kosmo keluaran 23 Julai 2015 mengaitkan saya akan menyertai GHB adalah provokasi dan andaian kumpulan yang kecewa. Saya akui terdapat individu yang cuba menjinakkan saya untuk turut serta dalam kumpulan GHB. Saya ingin tegaskan, selagimana Pas kekal dengan prinsip perjuangan yang termaktub dalam perlembagaannya dan dipimpin oleh kepimpinan ulamak, Insya Allah saya akan kekal dalam perjuangan tarbiyyah, dakwah dan siasah Pas ini. Saya tidak terlibat GHB sebaliknya Insya Allah kekal bersama Pas dan kepimpinan sediada.

Saya berseru kepada semua yang mengaku sebagai ahli Pas agar terus istiqamah bersama Pas hingga akhir hayat. Oleh itu, mana-mana individu atau kumpulan yang mengaitkan saya dengan GHB atau menyokong GHB, harap hentikanlah cita-cita dan usaha kalian.







Dalam kesempatan ini saya ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YB Dr. Rani Osman (ADN Meru), YB Dr Halimah Ali (ADN Selat Kelang) dan YB Hanim (ADN Sri Serdang) di atas penegasan mereka untuk terus kekal bersama dan komited memperkukuhkan Pas melaksanakan amanah dan sekaligus menafikan penglibatan mereka bersamai GHB.

Doakan kami untuk terus bersama dalam perjuangan Pas hingga akhir hayat.

Allahu Akbar!! 3X


YB. IR. MOHD HASLIN HASSAN
ADN Tanjong Sepat
9 Syawal 1436H/25 Julai 2015M


Sumber TKO - 25-7-2015

Raja Bahrin akui dipelawa sertai Harapan Baru
Posted on Saturday, July 25 @ 02:17:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mengakui menerima pelawaan daripada kumpulan progresif Pas supaya beliau menyertai Gerakan Harapan Baru.

Beliau yang berada di luar negara ketika dihubungi memberitahu, masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung perkara itu buat masa ini.

“Ada orang pelawa saya tetapi saya tak beri apa-apa jawapan,” katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya lebih lanjut, beliau enggan mengulas sama ada akan menerima atau tidak pelawaan tersebut.

Buat masa ini katanya, beliau hanya aktif dengan penglibatan NGO yang dipengerusikannya iaitu Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) serta Selamatkan Alam dan Warisan Kita (Nusantara).


 Raja Bahrin adalah antara wakil rakyat daripada golongan profesional Pas negeri ini yang disebut-sebut sebagai salah seorang yang menyertai Harapan Baru dipengerusikan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Sumber TKO - 25-7-2015

Bai'ah Diikat Lafaz Talaq Tiga : Suatu Pandangan
Posted on Friday, July 24 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Zaharudin Abdul Rahman(Info : Pada 12 Nov, Kenyataan Rasmi PAS Pusat  dikeluarkan , PAS TIDAK BERSETUJU dengan Bai'ah beserta Ta'liq Talaq Tiga, ia hanya dilakukan secara sukarela oleh individu tertentu. Case closed)
talaq3.jpg

SOALAN
Baru-baru ini, heboh diperkatakan tentang janji setiap calon yang bertanding untuk menceraikan isteri masing-masing dengan talaq tiga jika khianat atau keluar parti, minta sangat ustaz dapat ulas perkara ini dari sudut hukum Islam. Harap ustaz dapat bersifat neutral seperti biasa ketika menghuraikannya.

JAWAPAN.



Sebelum memberikan jawapan, saya cuba melihat-lihat berita yang ditulis dalam perkara ini, maklumlah, setiap berita yang berkait dengan sesebuah parti politik lebih baik dicari dan diambil dari sumber ahli parti tersebut. Ini penting bagi mengelakkan salah faham dan termakan dengan mainan berita oleh pihak yang tidak bersama dengannya.



Oleh kerana isu ini berkait dengan parti PAS, maka berita yang disiarkan oleh akhbar yang dikenali sebagai pro UMNO mungkin perlu diambil disemak ketepatannya dari sumber media parti PAS itu sendiri. Bagi saya, ini adalah pendirian yang amat perlu bagi semua pembaca dan masyarakat Malaysia.



Sama seperti, setiap berita berkenaan UMNO yang disiarkan oleh akhbar rasmi PAS seperti Harakah, setiap individu sepatutnya berhak untuk menyemak ketepatannya dari sumber parti UMNO. Begitulah displin yang dianjurkan oleh Islam.



Namun setelah mencari dan membuka web para pimpinan PAS dan berita rasmi PAS, tiada kelihatan sebarang tulisan berkenaan hal ini. Sudah pasti, hal ini sama sekali TIDAK ELOK untuk didedahkan kepada umum. Malah saya kira ia mungkin salah satu dari perkara yang dirahsiakan oleh PAS yang dianggap sebagai isu dalaman pimpinan.



Namun demikian, pengesahan yang dibuat oleh YB Shah Alam, temuramah Mingguan Malaysia dengan Dewan Muslimat PAS serta tulisan YB Zulkifli Nordin yang mengandungi pengesahannya setelah beliau menghubungi beberapa wakil rakyat PAS. Dengan semua informasi ini, kelihatan sudah cukup untuk saya mempercayai kewujudan Bai'ah tersebut.



Hari ini barulah muncul berita di Harakahdaily yang menunjukkan baia'ah tersebut agak pelik dan janggal, malah mungkin hanya dibuat oleh beberapa negeri atas inisiatif pesuruhjaya masing-masing. 



Bagaimanapun, disebabkan telah ada pengakuan seperti yang disebutkan oleh YB Khalid Samad, soalan ini masih relevan untuk dibincangkan.



Bagi saya, paling kurang terdapat beberapa perkara yang perlu diperinci dan diteliti dalam hal ini. Ia seperti berikut :-

  • 1)    Hukum melafazkan Talaq tiga dengan sekali lafaz

  • 2)    Bersumpah atau berbai'ah sambil ta'liq talak dengan tiga sekaligus.

  • 3)    Munasabah mengikat bai'ah taat setia dengan lafaz ta'liq tercerai isteri dengan tiga talaq

TIGA SEKALI LAFAZ JATUH BERAPA DAN DOSA ATAU TIDAK?



Ulama berbeza ijtihad seperti berikut:-



PENDAPAT PERTAMA: Talaq sedemikian adalah HARUS (dibenarkan) dan jatuh TIGA sekaligus : Ini merupakan ijtihad mazhab Syafie dan Hanbali serta majoriti ulama silam : (al-Muhazzab, 4/282; Al-Mughni, 7/104 ;)



Malah Umar al-khattab juga mendenda sesiapa sahaja yang menjatuhkan talaq tiga sekaligus. Sebagai dinukilkan oleh Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari :-



أَنَّ عُمَر كَانَ إِذَا أُتِيَ بِرَجُلٍ طَلَّقَ اِمْرَأَته ثَلَاثًا أَوْجَعَ ظَهْره



Ertinya : Sesungguhnya Umar, apabila didatangi oleh lelaki yang menceraikan isterinya dengan talaq tiga ( sekali lafaz), lalu akan dipukul belakangnya (sebagai hukuman)

Satu ketika Rasulullah s.a.w. diberitahu tentang seorang laki-laki yang mencerai isterinya tiga talaq sekaligus. Kemudian Rasulullah berdiri dan marah, sambil bersabda:



أيُلعبُ بكتابِ اللَّه عزَّ وجلَّ وأنا بينَ أظهُرِكم حتى قامَ رجلٌ فقال يا رسولَ الله أَلاَ أقتُله   



Ertinya : "Apakah dia mahu mempermainkan kitabullah, sedang saya berada di tengah-tengah kamu? Sehingga berdirilah seorang laki-laki lain, kemudian dia berkata: Ya Rasulullah! apakah tidak saya bunuh saja orang itu!" (Riwayat Nasa'i, 2/349, perawinya dikatakan boleh dipercayai namun diperbincangkan oleh Ibn Hajar)



Gejala menceraikan isteri dengan talaq tiga melalui satu lafaz juga berlaku di zaman Umar al-Khattab r.a, ini dikisahkan oleh Ibn Abbas r.a dalam satu riwayat yang sohih:-



إبن عباس رضي الله عنهما قال: كان الطلاق على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبي بكر وسنتين من خلافة عمر رضي الله عنهما طلاق الثلاث واحدة، فقال عمر رضي الله عنه: إن الناس قد استعجَلُوا في أمرٍ قد كانت لهم فيه أَنَاة، فلو أَمْضَينَاهُ عليهم، فأَمْضَاهُ عليهم



Ertinya : Ibn Abbas berkata : Talaq di masa Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan dua tahun awal pemerintahan Umar, talaq tiga dianggap satu , maka Umar berkata selepas tu : Sesungguhnya manusia (ramai orang) tergesa-gesa dalam urusan ini (semakin ramai menggunakan lafaz tiga tanap tertibnya), walaupun sebelum ini mereka lebih cermat, maka jika demikian kita benarkan untuk mereka (jatuh tiga sekaligus) ( Riwayat Muslim, no 1472 )

Pendirian Umar al-Khattab ini yang tidak dibantah oleh sahabat lain, menunjukkan berlakunya Ijma' Sukuti berkenaan jatuhnya tiga talaq dengan sekali lafaz.



PENDAPAT KEDUA : Ia adalah HARAM (DOSA) dan jatuh TIGA SEKALIGUS



Malik dan Abu Hanifah & Salah satu riwayat dari Ahmad. Ia juga pendapat majoriti Sahabt, tabien dan ulama silam.  (Hasyiah Ad-Dusuqi, 2/385)


Sebahagian dalil-dalil mereka adalah sama dengan kumpulan pertama di atas namun dengan cara kefahaman yang berbeza.



PENDAPAT KETIGA : Ia HARAM tetapi hanya jatuh SATU talaq sahaja : Sebahagian sahabat seperti Ali Abi Talib r.a, Ibn Mas'ud r.a,  Abd Rahman Auf r.a, Az-Zubayr Awwam r.a.



Dalil mereka yang pertama adalah hadis Ibn Abbas dari Thowus, namun riwayat ini dikritik oleh ulama hadis seperti Ibn Abd Barr dan ramai lagi serta dianggap lemah.



Dalil kedua adalah hadis Ibn Umar yang menjatuhkan talaq tiga dengan sekali lafaz, kemudian Nabi s.a.ww mengarahkannya untuk kembali dan rujuk.



Dalil ketiga adalah Hadis Rukanah yang juga menceraikan isterinya dengan sekali lafaz, namun bila dirujuk kepada Nabi, berikut adalah hadisnya :



طَلَّقَ رُكَانَة بْن عَبْد يَزِيد اِمْرَأَته ثَلَاثًا فِي مَجْلِس وَاحِد ، فَحَزِنَ عَلَيْهَا حُزْنًا شَدِيدًا ، فَسَأَلَهُ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كَيْف طَلَّقْتهَا ؟ قَالَ : ثَلَاثًا فِي مَجْلِس وَاحِد فَقَالَ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّمَا تِلْكَ وَاحِدَة ، فَارْتَجِعْهَا إِنْ شِئْت . فَارْتَجِعْهَا



Ertinya : Rukanah Bin Abd menceraikan isterinya dengan talaq tiga dalam satu majlis, maka sesudah itu ia jatuh sedih yang amat sangat. (Apabila dibawa kepada Nabi) Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya : Bagaimanakah kamu menceraikannya? Dia menjawab  : Dengan tiga sekaligus dalam satu majlis, lalu Nabi menjawab : Sesungguhnya itu hanyalah satu, rujuklah dengannya sekiranya kamu mahu, lalu dia pun kembali rujuk dengan isterinya ( Riwayat Ahmad dan Abu Yu'la, Dinilai Sohih olehnya)



Penggunaan hadis sebagai hujah, tidak disetujui oleh Ibn Hajar dan beliau menjawabnya dengan jawapan panjang lebar dari empat sudut, (Rujuk kitabnya Fath al-Bari syarah sohih Bukhari)



Selain itu, berkata Ibn Abbas :


وهل هو إلا كمن قال : قرأت سورة البقرة ثلاث مرات وقد قرأها واحدة فإن قوله ثلاث مرات يكون كاذباً

Ertinya : "Adakah ia tidak ubah seperti seorang berkata : aku telah membaca surah Al-Baqarah sebanyak tiga kali, padahal ia hanya membaca sekali, dan kata-katanya TIGA kali itu hanyalah bohong semata-mata"

Ibn Taymiah, Ibn Qayyim dan As-Syawkani juga bersama dengan kumpulan ini. (Zad Al-Ma'ad, 4/67)

DI MALAYSIA MANA YANG TERPAKAI?

Apapun, di Malaysia pendapat majoriti mazhab adalah terpakai, ini bermakna sesiapa yang menyebut cerai talaq tiga dalam satu lafaz, jatuhlah talaq tiga.

Kes Zakaria Talib lwn Norziah Ahmad [2005] 1 CLJ (Sya) 132 adalah contoh dimana suami menlafazkan talak tiga sekali gus melalui surat dan hakim berpendapat bahawa talak tiga telah jatuh kerana lafaz telah jelas dan niat tidak perlu dibuktikan.

Hasilnya, suami tidak boleh rujuk atau nikah semula dengan isterinya kecuali setelah isterinya berkawhin dengan lelaki lain, cerai dan tamat iddahnya.

TA'LIQ DENGAN TALAQ TIGA DALAM BAI'AH

Setelah melihat ringkasan perbahasan ulama di atas, jelas kepada kita undang-undang keluarga di Malaysia mengambil pandangan majoriti mazhab yang menganggap jatuhnya TIGA TALAQ dengan sekali lafaz, maka oleh kerana itu, sekiranya mana-mana suami yang melafazkan ta'liq dengan talaq tiga sekaligus, lafaznya itu dianggap sah dan terpakai oleh empat mazhab Islam, dan jika berlaku, dua mazhab mengganggapnya berdosa selain jatuhnya talaq itu.

Talaq itu juga adalah berstatus Bain Baynunah Kubra dan tidak boleh rujuk kecuali setelah bekas isteri berkahwin lain dan kemudian tercerai secara neutral dan habis iddah, barulah bekas suami yang asal boleh bernikah baru dengan bekas isterinya itu. Dalilnya jelas dari firman Allah :-

فَإِن طَلَّقَهَا فَلاَ تَحِلُّ لَهُ مِن بَعْدُ حَتَّىَ تَنكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ فَإِن طَلَّقَهَا فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللّهِ وَتِلْكَ حُدُودُ اللّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Ertinya : Kemudian jika si suami menceraikan (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan istri) untuk kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mahu) mengetahui ( Al-Baqarah :230)

Seperti dijelas sebelum ini, terdapat satu kumpulan sahabat dan ulama yang menganggap hanya satu talaq sahaja yang jatuh walau dilafaz dengan tiga sekaligus.

Namun demikian, melafazkan talaq tiga dalam satu lafaz adalah satu isu. Berbai'ah akan tercerai isteri dengan talaq tiga pula boleh termasuk dalam perbahasan Fiqh yang lain pula. Iaitu kes Bersumpah Untuk Mencerai Isteri Secara Ta'liq.

Tidak dinafikan, ia mempunyai perbahasan tersendiri pula dan tidak mudah untuk diringkaskan dalam ruangan ini.

Cuma, ringkasnya terdapat sekumpulan ulama seperti mazhab Hanafi dan Ibn Taymiah menegaskan sumpah tersebut adalah bergantung kepada niat, tetapi si pelaku berdosa. [1]

ومن قال في معرض حديثه: الطلاق يلزمني لأفعل كذا، أو لأقول كذا فهذا يدل في ظاهره على اليمين لأنه لا معنى له غير هذا، ومن علق طلاق زوجته على أمر تفعله هي أو يفعله شخص آخر -كقوله: إن عمل أخوك أو أبوك كذا فأنت طالق- فهذا المرجع فيه إلى نيته الخفية، فإن كان يقصد من ذلك اليمين ولم يقصد الطلاق فقوله هذا يمين، وإن كان يقصد الطلاق 
إذا وقع الأمر المعلق عليه وقع الطلاق

Ertinya : Jika seseorang berkata : "Talaq akan jatuh sekiranya aku melakukan ini dan itu" ini semuanya menunjukkan pada zahirnya ia adalah sebuah sumpah dan tiada makna lain selainnya, barangsiapa yang mengikat akan jatuhnya talaq ke atas isterinya jika diperbuat sesuatu ataupun orang lain buat sesuatu seperti katanya :" Sekiranya saudara kamu atau bapa kamu melakukan itu maka engkau tercerai" semua lafaz sebegini perlu merujuk kepada niat dalamannya, sekiranya diniatkan ia sebagai sumpah dan tidak bermaksud sebenar untuk cerai, ia akan menjadi sumpah sahaja, jika diniat talaq, dan sekiranya berlaku apa yang diikat tadi, jatuhlah talaqnya. [2]

Berdasarkan pendapat ini, jika niat suami yang melafaz hanyalah sebagai ancaman kepada isteri atau menegahnya dari melakukan sesuatu perkara. Tatkala itu lafaz ta'liq itu dianggap bukan sumpah sebenar dan apabila ia dilanggari, perlulah si suami melunaskan kaffarah langgar sumpah yang ditetapkan oleh undang-undang Islam sahaja dan isterinya TIDAK TERCERAI sama ada dengan satu talaq atau tiga talaq.

Mazhab Syafie pula bergantung kepada uruf setempat, namun kebanyakan ulasan ulama syafie menjurus kepada JATUH TALAQ YANG DIIKAT ATAU DIJADIKAN SUMPAH, IAITU jika dilanggar dengan SENGAJA. Manakala, talaq tidak jatuh jika terlupa atau tidak sengaja. [3]

KONTEKS BAI'AH PAS

Maka dalam konteks PAS, DALAM MENENTUKAN HUKUM IJTIHAD MANA YANG AKAN TERPAKAI (IAITU JATUH SATU TALAQ ATAU TIGA) disebabkan PAS dan semua ahli parlimen PAS berada di dalam wilayah pemerintahan negara Malaysia, para ulama mengatakan keputusan menggunakan ijtihad ulama yang mana satu bergantung kepada undang-undang yang diterima pakai oleh pemerintah agama di Malaysia.

Namun demikian, saya tidak pasti sama ada akan ada pimpinan dan ulama PAS akan cuba mentarjihkan pandangan Ibn Taymiah yang mengelaskan jenis ta'liq talaq yang dibuat oleh calon PAS itu sebenarnya At-Ta'liq al-Qasami iaitu ikatan sumpah janji setia dan lafaz cerai isteri dengan talaq tiga hanyalah bersifat ancaman dan menunjukkan keseriusan tanpa diniatkan. Yang mana jika dilanggari Talaq sedemikian, talaq TIDAK JATUH TETAPI si pelaku hanya dikenakan Kaffarah melanggar sumpah sahaja. [4]

Ringkasnya, bai'ah tercerai isteri dengan talaq tiga itu bergantung kepada niat calon PAS yang menyebut dan teks yang dibacakan. Jika ia diniat semasa dilafaz untuk cerai jika keluar atau khianat parti, maka cerai akan berlaku dengan Talaq Tiga, jika ia diniat sumpah, maka tidak tercerai, cuma perlu membayar kaffarah.

PANDANGAN SAYA
Saya tidak pasti bagaimana teks dan lafaz yang dibacakan oleh calon-calon PAS tersebut, justeru sukar untuk memberi komentar samada ia dari jenis sumpah dengan atau dilafaz ta'liq Talaq dengan niat.

Apapun, secara peribadi, saya cenderung untuk TIDAK BERSETUJU dengan cara bai'ah yang mewajibkan calon untuk melafaz ta'liq talaq tiga ke atas isteri masing-masing, yang diLAKUKAN OLEH SEBILANGAN PAS DI NEGERI TERTENTU. Walaupun saya merasakan bahawa sebahagian pimpinan PAS membenarkan teknik bai'ah sebegitu dibuat kerana :-
  • Pimpinan PAS dan calonnya semua secara yakin mampu melafazkan bai'ah sedemikian rupa  kerana sedar dan percaya semua mereka akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam melalui PAS, sehingga lafaz tersebut sedikit pun tidak diras beban sama sekali.
  • Lafaz baiah dan ta'liq talaq itu sama sekali TIDAK menjadikan isteri dan keluarga sebagai gadaian atau cagaran UNTUK KERJA POLITIK, malah ia sebenarnya menunjukkan bahawa perjuangan PAS bukan sekadar politik tetapi adalah Islam dan semuanya adalah sama penting dengan keluarga. Kesemua itu seolah-olah satu, Politik, Islam dan kelaurga adalah perjaungan yang satu tanpa sebarang pemisahan.
  • Pimpinan mungkin membenarkan atas dasar siyasah syar'iyyah yang memang wujud di dalam Islam.
  • Bai'ah tersebut dibuat bagi tujuan menolak kemudaratan yang lebih besar dan menyeluruh (JIKA lompat, khianat atau keluar parti) sehingga diharuskan untuk dikemudiankan mudarat yang kecil peribadi dan individu. Dan ada kaedah Fiqh yang terang menyatakan : "Didahulukan maslahat ramai atas maslahat peribadi". Justeru, lafaz talaq walau dibuat mudaratnya hanya akan terkena atas individu sahaja berbanding mudarat kepada seluruh perjuangan parti dan Islam akibat keluarnya seseorang dari partinya.
Walaupun semua di atas saya yakin dan faham, namun secara peribadi saya melihat TIDAK BOLEH UNTUK sengaja menggabungkan dua mudarat dalam satu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.

Kita faham, keluar dari parti (perjuangan Islam melalui parti) adalah satu kesalahan, malah di sisi ahli PAS, PAS adalah sebuah jemaah Islam dan bukan sekadar parti politik. Justeru memang amat wajar untuk tidak sesekali memikirkan untuk keluar dari kumpulan atau jemaah amar makruf nahi mungkar atas nama PAS itu dikira sebagai KESALAHAN, NAMUN ADALAH TIDAK WAJAR kerana :
  • Mengikat KESALAHAN ITU DENGAN satu kesalahan lagi seperti mencerai isteri dengan Talaq Tiga kerana ia akan hanya menggandakan mudarat ke atas seseorang sedang Islam amat menganjurkan sesebuah mudarat itu diminimakan dan bukan dipergandakan. Lebih kurang tepat, kerana mudarat itu bukan hanya mengenai individu yang bersalah tetapi akan merebak kepada isteri dan anak-anaknya.

  • Islam juga tidak membenarkan hukuman atas satu kesalahan dijatuhkan sebanyak dua kali. Demikian juga displin dalam hal hukuman hudud dan qisas. Sebagai contoh, sekiranya seorang lelaki berzina sebanyak tiga kali, dan kemudiannya barulah dia ditangkap dan dihukumi oleh sebuah kerajaan Islam, hukuman sebatnya hanyalah 100 kali juga dan bukan 300 kali.[5] Kecuali setelah dihukum, ia mengulanginya, barulah hukuman berasingan akan dikenakan semula. Itulah ruh dan maqasid dalam hukuman Islam yang sentiasa mendidik dan minimakan hukuman. Namun dalam konteks baiah talaq ini, ia seolah memberikan hukuman berganda atas satu kesalahan (jika berlaku). Wallahu'alam. PAS mempunyai ramai cendiakawan Islam, kita amat berharap dapat mendengar hujjah dan justifikasi mereka dalam hal ini.

  • Keluarnya seseorang calon dari PAS tidak semestinya ia terus mengkhianati perjuangan Islam secara total, malah terdapat kemungkinan ia akan terus aktif dalam perjaungan Islam melalui platform jemaah-jemaah lain yang mungkin tidak bersifat politik seperti tabligh dan lain-lain. Justeru, mengenakan dua mudarat ke atasnya adalah tidak wajar kerana dia BELUM BOLEH DIKIRA mengkhianati Islam secara sepenuhnya, hanya kerana ia meninggalkan PAS.

  • Menggunakan sumpah setia dengan lafaz ta'liq sebagai pengikat juga tidak WAJAR kerana melafazkan talaq tiga dengan satu lafaz dianggap satu kesalahan dan dosa oleh majoriti ulama,malah penceraian sebegitu juga dibenci oleh Rasulullah serta para sahabat. Maka mengapakah diambil jalan yang dibenci ini sebagai strateginya, sedang boleh difikirkan cara-cara lain untuk mengikat calon untuk kekal. Seperti sumpah laknat atas diri, dicagarkan harta tertentu kepada parti dan sebagainya yang bersifat neutral, bukan sumpah yang tercela dan dikira dosa.

  • Bukankah talaq adalah perkara yang dibenci oleh Allah walau ia diharuskan? Ia juga adalah ihsan yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukan, ia juga diajar oleh Allah swt untuk mengikut tertib kiraannya. Mengapa perlu hal sebegini dijadikan pengikatnya? Amat sedih jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan dalam peribadi mereka berdua. Maqasid Shariah dalam peruntukan cerai dalam Islam adalah untuk keharmonian rumahtangga dan keluarga, peruntukan tiga kali diberikan oleh Allah adalah khas untuk suami isteri yang bercerai agar memikir kembali kebaikan kedua-dua pihak dan dibenarkan mengikat semula perkahwinan setelah muhasabah.
Lalu, sebarang penggunaan ‘cerai' untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan nas dan hujjah yang benar-benar kukuh. Kerana ia aakan memadam seluruh objektif asal peruntukan cerai yang diberikan oleh Allah swt.

  • Saya tidak pasti bagaimana teks dan lafaz diolah. Cuma kita juga tidak boleh menolak kemungkinan perjuangan PAS menjadi melencong akibat pertukaran pimpinan di masa-masa akan datang. Walaupun akan dibidas sebagai KURANG PRAKTIKAL DAN TIDAK MUNGKIN HAL ITU AKAN MENJADI KENYATAAN, namun sepak terajang politik sukar diduga. Bayangkan, jika itu berlaku dan PAS tidak lagi komit dalam perjuangan Islamnya, apakah yang mampu dibuat oleh calon PAS yang masih inginkan perjuangan Islamnya?. Dia tidak boleh keluar parti kerana terikat dengan lafaz talaq tiganya.

AKHIRNYA

Demikian pandangan saya, semua yang membaca bebas untuk menerima pendapat ini atau menolaknya.

Terpulanglah, jika ada sesiapa yang ingin meremeh dan menolak tulisan ini serta menuduh saya sebagai ahli akademik ‘yang duduk dalam bilik aircond', tidak layak memberi pendapat dan tidak mengerti apa-apa hal perjuangan politk Islam. Mereka bebas untuk berbuat demikian.

Apapun, saya hanya memberikan jawapan berupa pandangan kepada orang yang menyoal, boleh jadi pandangan ini benar dan wajar difikirkan, boleh jadi ia tidak mempunyai sebarang nilai untuk difikirkan. Keikhlasan saya dalam melontarkan pandangan ini, tidaklah perlu untuk dipersoal dan didebatkan dan cukuplah Allah swt sebagai saksinya. Saya yakin lontaran ini dibuat secara ikhlas, untuk kebaikan umat Islam di Malaysia khususnya ahli-ahli PAS.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
09 November 2009




Muslimat Pas pertahan bai'ah

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti.
Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti.

"Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah.

"Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," kata beliau kepada Mingguan Malaysia semasa ditemui pada Seminar Memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas tentang bai'ah talak tiga itu yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.

Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.

Mengulas lanjut, Nuridah berkata, amalan bai'ah ini diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007.

"Saya tak rasa wanita direndahkan. Ini merupakan satu cabaran kepada pada muslimin. Ia bukan menggalakkan penceraian, ia satu pengorbanan. Mereka tidak boleh 'main-main' masuk parti Pas yang berjuang memperteguh syiar Islam.

"Saya melihatnya positif. Media jangan 'main-main' dengan isu ini," katanya.

Turut bersetuju dengan pendapat beliau ialah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Mumtaz Md. Nawi yang menyifatkan amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.

"Ini pembelaan kepada wanita. Janji tetap janji. Apa pula pelik? Taklik kalau keluar pintu pun jatuh talak. Inikan pula keluar perjuangan Islam, lepas habis tempoh nak lompat, lompatlah.

"Kenapa pula orang nak bising. Taklik itu sah. Kalau tak sanggup tak ada orang paksa jadi calon," katanya.

Jelasnya, semua wakil rakyat Pas memahami Islam dan mereka tidak ada masalah untuk memahami mengapa bai'ah dilakukan oleh parti.


Bai'ah talak: PAS Pusat sedang siasatPDF | Print | E-mail
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Nov: PAS sedang menyiasat amalan bai'ah yang dibuat oleh sesetengah pihak dalam parti itu kerana tidak pernah ada sebarang arahan rasmi dari PAS Pusat untuk berbuat demikian.

"Kita memang ada bai'ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan itu," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengarahkan beliau sebagai Setiausaha Agung PAS untuk menyiasat perkara itu.

Mustafa membuat kenyataan ini bagi mengulas laporan media sejak kebelakangan ini yang mendakwa PAS mewajibkan para calonnya untuk berbai'ah (ikrar) untuk taat setia kepada parti.

Antaranya dilaporkan, calon PAS berbai'ah jika beliau menyeleweng dan mengkhianati PAS, maka terjatuhlah talak ke atas isterinya.

Ia dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.

Laporan ini pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Menurut laporan, PAS menjadikan bai'ah sebegini untuk memastikan tidak ada calon atau wakil rakyatnya yang mengkhianati PAS dengan cara berpaling tadah dan menyokong parti lawan.

Sehingga kini, terbukti tidak ada satupun wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti itu dengan menyokong parti lawan.




[1] Hasyiah Ibn Abidin, 3/785
[2] Majmu' al-Fatawa, IBn Taymiah, 33/141
[3] Al-Hawi Al-kabir, Al-Mawardi, 13/178 ; Mughni muhtaj, 3/326
[4] Rujuk Majmu' Al-Fatawa, 33/208 ( Kafarah langgar sumpah adalah mengikut urutan kemampuan 1) bebaskan seorang hamba 2) Memberi makan 10 orang miskin 3) berpuasa tiga hari.
[5] Rujuk At-Tasyi' Al-Jina;ie, Abd Qadir Awdah

Sumber TKO - 24-7-2015

10 hujah kenapa tolak GHB
Posted on Friday, July 24 @ 00:32:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



BAGI seorang Islam, sumber perundangan dan tindakannya mesti berlandaskan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan Qias serta sumber lain untuk menerima atau menolak sesuatu, apatah lagi kalau ia melibatkan isu ummah.

Saya kemukakan 10 hujah untuk menolak Gerakan Harapan Baru:

1. Kewujudannnya ke arah merealisasikan tertubuhnya satu lagi parti Islam di Malaysia bercanggah dengan tuntutan alQuran yang menyebut: “Hendaklah kamu berpegang dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah”. Penubuhan parti Islam baru mengundang perpecahan undi umat Islam. Ayat al-Quran lain juga banyak memperihalkan perkara ini.

2. Ia bercanggah dengan banyak hadith Nabi yang menyebut tentang kepimpinan umat Islam yang mesti disatukan.

3. Ia bercanggah dengan kaedah Usul fiqh 'Tiada kemudaratan dan tiada memberi mudarat' Kewujudannya sedikit sebanyak boleh memudaratkan kesatuan umat dengan satu suara.

4. Ia bercanggah dengan Sirah Nabi yang mengumpulkan umat Islam di bawah kepimpinan Nabi SAW seorang sahaja.

5. Ia bercanggah dengan Perlembagaan PAS sedangkan ahli GHB mengakui mereka masih ahli PAS sehingga parti baharu ditubuhkan. [Rujuk Fasal 13 (3) (a) ]

6. Ia bercanggah dengan kenyataan pengerusi GHB, Muhammad bin Sabu yang pernah melarang ahli PAS menubuhkan parti baharu jika tidak setuju dengan kepimpinan PAS. Rujuk ucapan mereka yang lepas. ( http://www.astroawani.com/…/biarpun-berbeza-pendapat-tetapi… )

7. Ia bercanggah dengan baiah yg telah mereka lafazkan ketika menjadi calon PRU.

8. Sekiranya mereka berkata perjuangan GHB menyambung hasrat perjuangan Tok Guru Nik Aziz dan Ust Fadhil Nor, maka ia suatu pembohongan terhadap mereka yg sudah meninggal dunia. Tok Guru Abdul Hadi ialah org paling dekat dengan kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang meninggal ketika memimpin PAS.

9. Sekiranya mereka menganggap baiah, taat, wala, thiqah adalah istilah yang mengarut, maka ternyata sia-sialah tarbiah, usrah dan ilmu yg mereka dapati sebelum ini.

10. PAS Pusat sebenarnya sudah bertolak-ansur dengan GHB. Jawatan pernah ditawar walaupun kalah tetapi ditolak. Tindakan belum diambil walaupun GHB sangat galak membuat provokasi.

Selepas percanggahan dengan nas Quran, Hadis, kaedah fiqh dan ucapan pemimpin GHB sendiri, masih adakah lagi kebaikannya? - HARAKAHDAILY

Sumber TKO - 24-7-2015

Cubaan Memujuk Bekas Adun Pas Titi Serong Bersama GHB Gagal
Posted on Wednesday, July 22 @ 21:30:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Seawal masuk Islam pada tahun 25 sept 1985 saya sesudah itu dipinang oleh jemaah tabligh dan al arqam untuk bersama mereka...alhamdulillah mengikut penelitian saya dengan ilmu yg masih cetek pada masa itu saya membuat keputusan untuk memilih PAS....

selepas menghabiskan pengajian di 3 universiti dan bersama jemaah sehingga kini dengan tahu selok beluk perjalanan parti PAS dan parti2 lain di msia juga dengan sedikit ilmu yg sudah bertambah In Shaa Allah...adalah suatu yang tidak masuk akal @ gila kalau saya meninggal jemaah PAS yang saya sayangi...jadi saya mohon maaf kepada rakan2 yang cuba menghubungi saya untuk memujuk saya supaya bersama GHB...

Rasanya Omak Kau tidak perlu nak ulas .. cukup penjelasan dan kupasan yang dibuat oleh Dr Khalil Idham Lim bagi memberi gambaran betapa GHB dalam kedudukan terdesak dan gelojoh untuk menarik ahli PAS menyertainya.

Sepatutnya jika menyimpan hasrat dan nawaitu penubuhan semata-mata mau melawan dan menumbangkan UMNO, carilah helah dan daya usaha memancing dan pujuk pemimpin UMNO sertai kumpulan mereka

Sumber Link

Sumber TKO - 22-7-2015


Dua ADUN, Seorang MP PAS Selangor Sah Akan Keluar 

Parti
Posted on Wednesday, July 22 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dua ADUN PAS dan seorang Ahli parlimen dari Selangor mengesahkan akan keluar parti dan menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) pada 14 September ini.

Ketiga-tiga mereka ialah ADUN Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud.

Keputusan Hasnul dan Saari dijangka meletakkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah teraju PKR berada dalam keadaan tidak menentu. Ini memandangkan tindakan mereka akan mengurangkan jumlah kerusi PAS di dalam DUN dari 15 kepada 13 kerusi. DAP pula menguasai 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi.

Hasnul yang digantung keahliannya berkata, keputusan itu diambil atas alasan PAS telah berpatah balik ke belakang apabila meminggirkan dan membuang pemimpin berwibawa yang membawa parti itu maju ke hadapan dan menjadikan perbezaan pendapat sebagai satu kesalahan.

“Keluar PAS bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya kerana saya telah lama dengan parti itu dan saya tidak bencikan PAS tetapi saya perlukan wadah lebih baik. Kalau satu, dua orang keluar bolehlah dianggap parti sebagai kecewa tetapi ini melibatkan ramai orang serta mendapat sokongan dan saya percaya ada lagi ahli PAS lain yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

“PAS kena ingat, parti itu dulunya hanya dianggap parti kampung atau Pantai Timur tetapi akhir­nya mendapat banyak sokongan melalui dasar keterbukaannya dan kerjasama dengan pakatan pembangkang tanpa meninggalkan prinsip-prinsip asal,” katanya.

Semalam, bekas Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Khalid Abdul Samad mengesahkan kesemua pemimpin PAS yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baharu (GHB) akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.

Parti tersebut yang tertubuh hasil inisiatif GHB yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan menggantikan PAS bagi menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain melalui apa yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat Baru.

Saari Sungib yang turut digantung keahlian PAS memberitahu, beliau membuat keputusan menyertai parti baharu atas prinsip demokrasi.

“Saya bukan lagi pemimpin PAS kerana keahlian saya dalam Pas digantung sehingga Oktober ini. Atas prinsip demokrasi, saya menyokong GHB seterusnya parti baharu yang bakal ditubuhkan nanti,” katanya.

Siti Mariah pula menjelaskan, terpulang kepada kepimpinan parti untuk memecatnya sekiranya beliau menyertai parti baharu nanti.

“Saya tunggu parti baharu ditubuhkan terlebih dahulu kerana kini masih dalam proses. Saya tidak perlu keluar kerana dengan sendirinya akan gugur jika saya sertai parti lain,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang daripada PAS, Mohamed Hanipa Maidin yang difahamkan turut akan menyertai parti baharu terbabit gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.


Panggilan telefon yang dibuat kepadanya tidak dijawab manakala mesej menerusi WhatsApp yang dihantar tidak dibalas.-2

Sumber TKO - 22-7-2015

Saya tak akan cerai isteri, PAS yang langgar bai’ah
Posted on Wednesday, July 22 @ 14:40:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak akan menceraikan isterinya kerana PAS Selangor tidak pernah mengangkat sumpah bai'ah sedemikian jika ahlinya bertindak keluar daripada parti itu.

Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu sebaliknya membidas parti Islam itu yang disifatkannya "melanggar bai'ah kepada ahlinya" dan lari daripada perjuangan asal.

"Parti yang langgar bai'ah, bukan kami. PAS yang lari daripada perjuangan sebenar," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya di Parlimen hari ini.

Khalid merupakan salah seorang daripada kumpulan progresif PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB), yang akan menjadi tapak kepada penubuhan gabungan parti politik pembangkang yang baharu.

Beliau menafikan ada mengangkat "bai'ah cerai isteri" seperti yang dikatakan, menjelaskan yang sumpah tersebut tidak dimasukkan dalam bai'ah semasa pilihan raya umum 2013 (PRU13) lalu.

"Masa PRU13, sumpah cerai isteri tidak termasuk dalam bai'ah PAS Selangor," katanya.
Mengenai kemungkinan dipecat daripada PAS susulan menyertai GHB, Khalid berkata, keputusan muktamad terletak di tangan parti.

Beliau bagaimanapun mengakui menyedari risiko terkeluar daripada parti serta-merta dengan penyertaannya dalam parti baharu itu.

"Kalau tak dipecat pun, jika saya menyertai kumpulan baharu ini, secara automatik saya pun terkeluar daripada PAS," katanya.

Sumber TKO - 22-7-2015

Gerakan Harapan Baru Akan Jadi Sekadar NGO Sahaja - Iskandar
Posted on Tuesday, July 21 @ 18:58:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar A Samad mendakwa kumpulan progresif dalam parti itu yang kini dilihat sebagai kumpulan Gerakan Harapan Baru tidak yakin mendapat sokongan rakyat sehingga terpaksa menangguhkan penubuhan parti baru beberapa kali.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Iskandar berkata, beliau juga tidak akan terkejut jika parti berkenaan ditangguhkan sekali lagi penubuhannya atau akhirnya hanya menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Pada asalnya parti tersebut dijangka ditubuhkan pada pertengahan Ogos tetapi kemudian ditangguh kepada awal September. Terkini, ia akan ditubuhkan pada pertengahan bulan September.

"Saya percaya kumpulan tersebut yang sekarang ini menggelar diri mereka sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB) sedang meninjau sokongan rakyat terhadap gerakan tersebut," katanya.

Kelihatan kabur

Iskandar yang juga Exco Selangor berkata, penubuhan parti itu akan ditangguhkan jika sokongan rakyat dilihat tidak memberangsangkan.

"Malah saya juga tidak terkejut jika penubuhan parti tersebut dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai NGO," katanya.

Iskandar yang memenangi jawatan naib presiden dalam muktamar yang menyaksikan hampir seluruh pemimpin progresif diketepikan berpendapat, jika GHB mahu menjadi parti, ia perlu dilakukan segera.

Ketika ini, katanya, kredibliti mereka sedang dipertikaikan apabila hala tuju mereka "kelihatan kabur".

Jika benar mahu membawa nilai tambah ke  dalam landskap politik negara, katanya, GHB perlu menarik keanggotaan daripada kalangan penyokong Umno atau BN, bukan ahli PAS.

"Sepatutnya matlamat utama mereka adalah menumbangkan Umno dan BN, bukan menghancurkan PAS.

"Perkara yang hendak diperjuangkan mereka seperti inklusif dan mendekati masyarakat bukan Islam telah lama ada di dalam PAS.

"Masanya untuk memperkukuhkan PAS kerana sudah tentu Umno akan bersorak jika berlaku perpecahan di dalam parti ini," katanya. 


Sumber TKO - 21-7-2015


GHB Tak Curi Ahli PAS Tapi Rosakkan PAS Aje!!
Posted on Tuesday, July 21 @ 19:02:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan pihaknya tidak pernah sama sekali mencuri ahli, penyokong mahupun pengundi Pas sedangkan mereka melakukan penghijrahan itu secara sukarela. memang tak curi GHB hanya sekadar nak rosakkan PAS aje kalau boleh nak jatuhkan PAS Kelantan yang UMNO usahakan selama 22 tak berjaya, dan selepas ini GHB akan tolong bantu kerja-kerja UMNO.

Baca seterusnya dari Sinar Harian

SHAH ALAM - Penghijrahan beramai-ramai ahli dan bekas pimpinan Pas ke dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) bukannya berlaku kerana paksaan, ugutan ataupun kerana janji politik untuk kepentingan mana-mana pihak.
 
Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan pihaknya tidak pernah sama sekali mencuri ahli, penyokong mahupun pengundi Pas sedangkan mereka melakukan penghijrahan itu secara sukarela.
 
“Yang nak bersama kami termasuk kami sendiri ini ahli dan orang Pas..kesemua kami lakukan secara reda dan rela..walaupun ada sedikit sedih dan pilu...tapi tak ada yang (masuk kerana) dipaksa, diugut dan diumpan untuk keluar dgn janji-janji.
 
“Bahkan ada yang masih pegang jawatan parti pun nak keluar, kami tak izinkan lagi. Kalau mereka nak keluar juga, kami tak boleh halang kerana mereka lebih yakin serta jelas akan tujuan dan matlamat GHB,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad pada Ahad yang melihat GHB berupaya mencuri ahli, penyokong dan Pengundi Pas sahaja.
 
Iskandar dalam satu kenyataan semalam juga berkata kemunculan GHB dalam arena politik negara tidak memberi kesan kepada menjejaskan sokongan pengundi kepada Umno dan BN pada pilihan raya akan datang.
 
Dalam pada itu, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu juga membidas dakwaan Iskandar bahawa pihaknya ingin mencuri ahli Pas sambil menyifatkan hujah Exco Selangor itu sebagau tersasar daripada istilah sebenar.
 
“Mencuri itu bukan istilah yang betul...siapa yang nak datang dengan kami, silakan, kita menerima, tetapi kalau kami nak buat penerangan mencuri, tak payah. Itu bukan sifat dan akhlak nabi. 
 
“Tetapi betul-betul nak keluar dari Pas untuk bersama kami, dah tak boleh dengan Pas, itu bukan mencuri namanya, jangan silap lagi guna istilah curi,” katanya lagi.



Sumber TKO - 21-7-2015


Saya Masih Ahli PAS dan MP PAS - Hatta Ramli
Posted on Monday, July 20 @ 23:02:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas pengarah pilihan raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli menafikan meletak jawatan dalam parti Islam itu sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar melalui laman portalnya hari ini.

Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) yang disertainya bersama pemimpin progresif dalam PAS lain yang kalah dan ditolak akar umbi pada pemilihan parti awal bulan lalu, bukan bertaraf parti politik.


"Benar kami menyertai Gerakan Harapan Baru tetapi tidak ada sebarang keputusan untuk meninggalkan parti lagi," kata Dr Hatta kepada The Malaysian Insider ketika mengulas laporan dalam laman web New Straits Times hari ini.

Portal berita itu melaporkan, Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai meletakkan jawatannya dalam parti untuk menyertai GHB.

"GHB bukan sebuah parti, buat apa saya tinggalkan PAS?" soal Hatta yang turut menyertai majlis jelajah GHB yang diadakan di Kota Baru, Kelantan malam tadi.

Susulan PAS dikuasai sepenuhnya golongan ulama pada pemilihan Jun lalu, GHB dilancarkan secara rasmi pada 13 Julai dengan bekas timbalan presiden Mohamad Sabu dilantik sebagai pengerusi protemnya.

Ia kini sedang menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan.

Malam tadi, GHB mengadakan jelajahnya yang pertama di Kota Baru dan Kangar dan menerima sambutan hangat orang ramai.

Tekanan dari pimpinan PAS semakin kuat agar anggota yang menyertai kumpulan ini meninggalkan parti itu di samping meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat sama ada ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri.

Ia turut dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat yang lalu namun kepimpinan utamanya menolak cadangan agar tindakan diambil ke atas mereka.

Hatta antara yang mendapat tekanan agar meletak jawatan sebagai ahli Parlimen dan meninggalkan parti itu secara rasmi agar pilihan raya boleh diadakan semula di kerusi berkenaan.

Desakan secara rasmi dibuat melalui ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Nazman Che Iberahim dalam satu kenyataan bertulis sebelum ini.


Menurut perlembagaan PAS, keahlian anggotanya gugur secara automatik jika menyertai mana-mana parti politik yang lain.

Sumber TKO - 20-7-2015


Kemelut dalaman PAS: Biduk berlalu, kiambang bertaut semula?
Posted on Saturday, July 18 @ 21:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Ahmad Shahir Abdul Aziz

Sebelum muktamar PAS berlangsung, pelbagai isu dan krisis berlaku. Akhlak yang tidak Islami dipraktikkan baik daripada golongan agamawan mahupun profesional. Tuduh-menuduh, label-melabel, kecam-mengecam bahkan fitnah-memfitnah semacam tidak dapat diselindung lagi.

Ungkapan "Mencegah lebih baik dari mengubati" gagal dihayati sepenuhnya. Malah langkah penyelesaian yang diambil khususnya untuk mendamaikan kedua-dua pihak ini hanya bersifat ala kadar ibarat menyapu dan menyembunyikan kotoran di bawah karpet menyebabkan ianya kekal kotor dan semakin parah.

Lebih menyedihkan, kudis yang menanah-busuk itu dibawa untuk disebar-jangkitkan sepanjang muktamar berlangsung.

Akhirnya sebelah pihak berjaya mengekalkan kuasa dan cengkaman mereka manakala sebelah pihak lagi tersungkur menyembah bumi termasuk golongan atas pagar yang tidak menyertai mana-mana kem.

Sudah pasti, yang menang akan mendabik dada mangatakan "Allah bersama pejuang-pejuang yang benar" dan yang tewas pula akan kecewa dan menyalahkan sistem pemilihan.
Krisis yang dianggap akan berakhir dengan berakhirnya pemilihan kini menjadi semakin meruncing.

Jika dahulunya "cakap-cakap" mengatakan perbalahan yang berlaku ini hanya diibaratkan seperti "retak mananti belah", namun situasi yang berlaku kini umpama "arang menjadi abu".
Pada 13 Julai 2015, Gerakan Harapan Baru ditubuhkan. Penubuhannya membawa maksud untuk mengasaskan penubuhan sebuah parti politik baru berteraskan Islam.

Bagaimanapun suatu fakta yang perlu diketahui, pendokong-pendokong gerakan ini masih dan sedang menunggu kelulusan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjadikan pertubuhan tersebut sebagai parti politik.

Ini bermakna, mereka masih merupakan ahli PAS & bai'ah mereka masih sah dan tidak terbatal.
Sehubungan dengan itu masih ada harapan untuk melihat kiambang bertaut semula walaupun peluang tersebut hanya sipi dan ibarat telur di hujung tanduk.

Kecaman-kecaman melampau seperti "pengkhianat", "pengaruh bisikan syaitan", "pendokong Islam liberal", "perjuangan songsang" dan lain-lain ungkapan yang tidak berakhlak perlu segera dihentikan.

Sebaliknya "Majlis Tahkim" perlu segera ditubuhkan sebelum jalan cerita drama ini ditamatkan musuh serta-merta. Dalam hal ini Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Subky Latif adalah antara tokoh yang difikirkan layak untuk menjadi perunding atau pendamai kepada pihak yang bertelagah sepertimana peranan yang dimainkan oleh Abu Musa al-Asy'ari r.a dan Amru bin al-As r.a dalam peperangan Shiffin.

Ini sahajalah langkah terakhir yang ada untuk menyatukan semula kedua-dua pihak.

Jika tidak, besar kemungkinan undi kepada parti Islam akan berpecah teruk pada PRU14 kelak apabila kedua-dua parti ini bertembung antara satu sama lain.

Bagaimanapun, jika langkah ini juga gagal membuahkan hasil, maka tiadalah daya penulis untuk membantu menyatukan semula mereka melainkan hanya berharap dan berdoa agar perpecahan ini akan membawa rahmah dan hikmah kepada Islam dan bukannya mudarah dan musibah.

Rahmah dan hikmah ini terbukti berlaku melalui penubuhan AKP di Turki di bawah pimpinan Abdullah Gul dan Reccep Tayyip Erdogan yang bertekad untuk berpisah daripada Parti Saadat pimpinan Necmettin Erbakan.

Perpisahan ini berlaku dek kerana perbezaan pendekatan yang sangat ketara antara kedua-dua pihak (tradisional vs kontemporari).

Perpisahan ini juga ternyata membawa kebaikan apabila AKP berjaya menubuhkan kerajaan di Turki pada tahun 2002 untuk "mengIslamkan" sistem pemerintahan secara berperingkat dan sekaligus melebarkan dakwah mereka ke seluruh pelusok negara.

Namun, mudarah dan musibah juga terbukti berlaku hasil daripada perpisahan.

Tindakan Parti Salafi An-Nur yang mengisytihar untuk "mufaraqah" dengan parti FJP pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada tahun 2012 menyebabkan jatuhnya kerajaan Islam pimpinan Mohamad Morsi dan kejatuhannya tidak mampu lagi dipulihkan sehingga ke hari ini.

"Sesungguhnya kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik".

Sekadar pandangan untuk muhasabah kita bersama. Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan bertindaklah segera.

Coretan ini ditulis tidak lebih hanya sekadar nasihat dan pandangan peribadi dari seorang hamba yang fakir lagi hina.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Sumber HD - 19-7-2015


Catatan Pasca Muktamar: Infiru Khifafan wa Tsiqalan!
Posted on Saturday, July 18 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




Oleh: Mukhtar Suhaili As-Sarawaki

1. Alhamdulilllah, barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada siapa yang mampu menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah maka tidak ada sesiapa yang mampu memberi hidayah kepadanya.

2. Perkembangan politik menarik hari ini 13 Julai 2015 ialah pelancaran Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dibuat di Vistana Hotel Kuala Lumpur. Rumah yang saya diami sekarang ialah di Titiwangsa Sentral Condo iaitu bersebelahan dengan Vistana Hotel, tapi saya tidak hadir dan tidak berminat untuk turut serta! :-)

3. GHB digerakkan dan didokongi oleh majoriti mereka yang kalah pemilihan pimpinan dalam Mukmamar Tahunan PAS Pusat dan Dewan-dewan baru-baru ini. Pengerusi GHB ialah Tuan Haji Mohamad Sabu (mantan Timbalan Presiden PAS) dan Timbalan Pengerusi GHB ialah Tuan Haji Salahudin Ayub (mantan Naib Presiden PAS).

4. Apabila saya menerima gambar pelancaran GHB  tersebut melalui applikasi WhatsApp, saya telah menghantar mesej kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi GHB. Sehingga catatan ini ditulis, saya masih belum menerima balasan kepada mesej-mesej tersebut.

5. Kepada Tuan Haji Mohamad Sabu, saya hantarkan mesej:

“Hj Mohamad Sabu dalam banyak ceramah selalu sebut, dan ana akan sentiasa ingat: “Kita ni hendaklah sentiasa istiqamah. Dulu Ustaz Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden PAS dan dialah yang buat silibus dan manhaj tarbiyah PAS serta menulis buku tentang Istiqamah, akhirnya dia keluar PAS dan masuk UMNO”.

Hari ni Abang Mad, mantan Timbalan Presiden PAS sendiri keluar PAS dan tubuh parti baru! Sungguh ironi..

Semoga kita semua terus #BeristiqamahHinggaKemenangan! Aamiin.

#KekalBersamaPAS”

6. Kepada Tuan Haji Salahudin Ayub saya hantar foto kenangan ketika saya menjemput beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 PAS Kawasan Miri pada 11 April yang lalu. Saya turut menyertakan snapshot catatan tangan saya tentang isi-isi ucapan beliau.

7. Kepada beliau saya hantarkan mesej:
“Nota catatan tangan ana semasa anta merasmikan AGM PAS Kawasan Miri.
Anta sebut dan ana akan pegang sebagai pedoman perjuangan: “Hanya mereka yang istiqamah akan kekal dalam PAS”.

Anta juga sebut: “Istiqamah penting sebab perjuangan payah, semua zaman ada ujian”.”

8. Saya memilih untuk bersama PAS kerana Dasar PAS ialah ISLAM, Seruan PAS ialah
ALLAHU AKBAR dan tujuannya ialah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaannya.

9. Dan sehingga hari ini PAS kekal dengan dasar, seruan dan tujuan ini. Maka tiada keperluan kepada GHB di Malaysia!

10. Sama-samalah kita berdoa, “Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah imanku, hatiku agar tetap dalam perjuangan Islam melalui wadah PAS ini”. Allahumma Aamiin.

11. Semoga kita semua terus beristiqamah. Semoga Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya dalam perjuangan memartabatkan Islam di Malaysia melalui wasilah PAS.
Baca juga  Catatan Pasca Muktamar: Infiru Khifafan wa Tsiqalan! | Muhtar Suhaili As-Sarawaki

https://muhtarsuhaili.wordpress.com/2015/06/11/catatan-pasca-muktamar-infiru-khifafan-wa-tsiqalan/#more-5403


#BeristiqamahHinggaKemenangan

Sumber TKO - 18-7-2015

Di mana tempat G18 dalam Pakatan Rakyat

Di mana tempat G18 dalam Pakatan Rakyat?
SHAH ALAM – Bekas pimpinan Pas yang menggelarkan diri mereka G18, yang masih memegang jawatan sebagai ahli parlimen parti Islam itu - perlu melepaskan jawatan mereka sebelum menubuhkan parti baharu.

Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ini kerana ia akan menyebabkan kekeliruan terhadap perjuangan sebenar G18.

“Segmen pengundi dan kerusi manakah yang ditagih oleh kumpulan ini? Kerusi DAP? Kerusi PKR? Atau mungkin DAP akan bermurah hati memberikan kerusi mereka nanti... di Ipoh Barat kah, atau di Jelutong kah, atau di Kulai?

“Tentunya G18 ini sedang senyum berkira-kira membayangkan menjadi ahli parlimen di kerusi ini! Atau ada yang sudah membayangkan untuk berpindah alamat rumah ke kawasan ini nanti. Selamat berpindah kawan-kawan,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.
G18, sebuah kumpulan yang dianggotai oleh bekas pimpinan Pas yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini membayangkan akan menubuhkan parti baharu bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0.

Awal bulan ini, Pasma mengumumkan bakal bergabung dengan kumpulan G18 dalam usaha menggerakkan penubuhan sebuah parti baharu.

“Adakah kumpulan ini ingin mengambil kerusi Pas di Pantai Barat, sebagaimana yg pernah diuar-uarkan? Atau mereka berharap Pas akan menyerahkan kerusinya, untuk parti yang menjadi khadam kepada DAP? Tentunya berparanglah nanti keadaannya!," kata Ahmad Samsuri sinis.

G18 diterajui bekas Timbalan Presiden Pas yang tewas, Mohamad Sabu, selain bekas Naib Presiden, Salahuddin Ayub dilantik sebagai timbalan pengerusi manakala Suhaizan Kayat sebagai penolong setiausaha.

Kumpulan itu dikatakan akan mengadakan jelajah di seluruh negara, mempromosi kempen mereka untuk satu politik ‘Harapan Baru’ atau ‘Harapan dan Impian Baru’ selepas sambutan Aidilfitri - SINAR HARIAN ONLINE

Sumber PP - 13-7-2015

DAP diminta jangan pancing ahli PAS, tunggu wadah 
baharu - Ahmad Awang

Posted on Monday, July 06 @ 18:02:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tindakan DAP memancing dan menerima kemasukan bekas ahli PAS ke dalam parti mereka tidak disenangi sesetengah pemimpin parti Islam itu yang mahu menubuhkan wadah baharu politik Malaysia, kerana ia dianggap menganggu proses itu.

Namun begitu, ada yang berfikiran positif dengan tindakan DAP itu, menganggap perkara itu terjadi akibat kekesalan yang dirasai sebahagian ahli terhadap apa yang berlaku dalam PAS baru-baru ini.


Calon presiden PAS dalam muktamar tahunan PAS ke-61 baru-baru ini, Ahmad Awang berkata, DAP tidak wajar memancing ahli PAS untuk menyertai mereka kerana ia boleh menganggu proses penubuhan wadah baharu yang sedang diusahakan sekarang.

"DAP tahu kita sedang usahakan wadah baharu itu, jadi tidak perlulah memancing ahli PAS menyertai mereka.

"Jika DAP buat macam ini dan ada yang masuk, maka orang akan kata sahlah memang DAP terlibat dalam kekecohan PAS selama ini," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Bagi Ahmad yang memainkan peranan penting dalam penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 lalu, DAP dan ahli PAS perlu bersabar sekejap sehingga wadah baharu itu ditubuhkan kerana ia akan bekerjasama dengan parti sekular itu juga.

"Bukan lambat (bertindak). Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum wadah baharu ini dibentuk.

"Antaranya, apa kedudukan aset yang misalnya diletakkan atas nama pemimpin yang mahu menyertai wadah baru ini? Ini semua perlu diselesaikan," kata Ahmad.

Bekas pesuruhjaya PAS Perak itu pernah menolak permintaan segelintir pemimpin parti di peringkat Pusat agar kerajaan perpaduan ditubuhkan dengan Umno selepas PRU-12 lalu.

Ahmad mengulas tindakan beberapa ahli PAS seperti aktivis Pemuda Sheikh Omar Ali dan peguam Zulhazmi Sharif yang mengumumkan penyertaan mereka ke dalam DAP baru-baru ini, sesuatu yang tidak pernah terfikir ahli parti Islam itu selama ini.

Ini kerana, DAP membawa bersamanya imej tertentu kepada kebanyakan ahli PAS dan orang Melayu.

Oleh itu, tindakan mereka yang keluar parti itu untuk menyertai parti sekular itu dianggap tindakan mereka dianggap keterlaluan oleh sesetengah ahli PAS.

"Mujurlah tak menang jadi ketua pemuda sebelum nie... kalau tidak habis hancur para pemuda PAS punya masa depan. Kita perlukan pemimpin yang faham erti perjuangan dengan PAS... bukan yang hanya ada semangat hangat-hangat tahi ayam dan mabuk isu," tulis Herman Samsudeen aktivis Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dalam Facebooknya.

Herman merujuk kepada tindakan Zulhazmi, calon ketua Pemuda PAS 2013, yang menyertai DAP minggu lalu.

Sementara itu, DAP dipercayai memang berusaha memujuk ahli dan pemimpin PAS yang tidak senang dengan apa yang berlaku dalam parti itu supaya menyertai mereka.

Bekas naib yang dipertua PAS kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam menyiarkan satu teks sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada beliau daripada seorang ahli Parlimen DAP.

"Selamat berpuasa datuk. Nama saya Lim Lip Eng, ahli Parlimen Segambut, menjemput Datuk dan kawan-kawan PAS cawangan Batu masuk DAP. Terima kasih," tulis Lim seperti di dalam SMS itu.

Bagaimanapun, Tarmizi tidak menerimanya sebagai sesuatu yang negatif, sebaliknya melihat SMS itu atas dasar prihatin DAP terhadap nasib ahli PAS yang dipinggirkan dalam parti mereka sendiri.

"Namun saya dan rakan ucapkan berbanyak terima kasih atas undangan itu, kerana kami pun sudah 'ready' dengan komitmen lain yang lebih fokus," kata Tarmizi.

Sikap positif Tarmizi itu sememangnya juga diambil ahli kumpulan G-18 - pemimpin profesional dan progresif yang tewas dalam pemilihan parti awal bulan lepas - yang sedang dalam proses membentuk wadah baharu politik Malaysia.

Setiausaha G-18 Gerakan Harapan Baru Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau mahu melihat isu ini secara positif kerana ia berlaku selepas mereka sangat kesal dengan apa yang berlaku dalam PAS baru-baru ini dan juga apa yang berlaku dalam Umno sekarang.

"Jadi, mereka mahukan platform baru untuk bergerak. Kalau air yang tak bergerak pun bahaya, nyamuk-nyamuk akan membiak.

"Cuma, saya harap selepas wadah baharu kita tubuhkan, mereka akan kembali semula," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sumber TKO - 6-7-2015



Susah saya nak saman Hadi - Ahmad Awang
Posted on Saturday, July 04 @ 07:16:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas calon presiden PAS, Ahmad Awang berkata beliau menghadapi kesukaran untuk meneruskan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana presiden PAS itu menafikan tuduhannya.

"Dia boleh selamatlah di dunia," kata Ahmad merujuk kepada kenyataan Hadi yang menafikan beliau mendakwa bekas pesuruhjaya PAS Perak itu calon yang mewakili DAP dalam pemilihan yang lalu.

Menurut Ahmad, oleh kerana perkara itu dinafikan Hadi, sukar untuk beliau meneruskan saman terhadapnya berdasarkan kes yang hampir sama di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu sebelum ini.

"Peguam saya menasihatkan saya, oleh kerana dia nafi, maka sukar kita nak menang, kerana dalam kes sebelum ini, mahkamah memutuskan walaupun ada fitnah, tetapi dia tidak nyatakan dengan jelas orang yang difitnahnya.

"Jadi, dalam kes saya pun samalah. Dia tidak sebut nama saya, cuma dia kata, nak pilih calon DAP atau calon dari PAS sendiri.

"Sekarang dia nafi pula apabila saya kata mahu saman," kata bekas naib presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Bekas naib presiden PAS itu sebelum ini berkata, beliau sedang mengkaji tindakan saman terhadap beberapa pihak, termasuk Hadi, yang memfitnahnya menjelang muktamar itu.

Ahmad merujuk kepada sebuah video yang diedarkan di media sosial, khasnya di kalangan perwakilan PAS, yang menunjukkan Hadi mendakwa perwakilan boleh memilih antara calon pilihan DAP atau pilihan PAS sendiri.

Ahmad dan kumpulan profesional progresif yang menyertai pertandingan itu ditewaskan secara blok melalui "undi cai" yang digunakan dalam pemilihan itu.

Sebelum ini, bekas calon PKR pilihan raya umum ke-13 di Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Terengganu pernah menyaman Hadi selepas beliau mendakwa pihak yang menjual pil kuda juga terpilih sebagai calon dalam PRU13.

Calon PKR itu menyaman Hadi dengan dakwaan memfitnah beliau.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memutuskan ada unsur fitnah dalam kenyataan itu, tetapi pihak yang dimaksudkan tidak dinyatakan oleh defendan (Hadi).
Ekoran itu mahkamah memihak kepada Hadi dalam kes itu.

Sumber TKO - 4-7-2015

Kisah PAS pasca muktamar

ABU IMAN MUHAMAD HAKIMI | .

MUKTAMAR PAS Pusat telah pun melabuhkan tirai. Ada yang gembira dan tidak kurang ada yang kecewa, yang gembira meraikannya dengan lafaz tasbih, syukur dan istighfar sebagaimana yang diajar oleh Allah di dalam surah Al-Nasr,

“Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.” (Al-Nasr: 3)

yang kecewa ada yang sinis dalam ucapan, menolak lantikan dari Presiden partinya, merancang menubuhkan parti dan pakatan baru bahkan ada yang terus meninggalkan partinya.

TINGGAL PAS, PAS RUGI?

Tindakan segelintir pimpinan dan aktivis PAS keluar dari PAS menimbulkan tanda tanya.

Adakah tindakan itu bersifat populis agar ada yang menjejaki langkahnya atau hasil muhasabah selepas kalah dan kecewa di dalam muktamar yang lepas.

Andai ia bersifat populis, rasanya silap kerana tidak kedengaran pun ribuan ahli PAS yang mengikuti langkahnya dan andai ia muhasabah, rasanya ia bertentangan dengan sunnah perjuangan kerana Allah merakamkan di dalam al-Quran,

"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepada-Nya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." (Muhammad: 38)

Jelas Allah sebut Islam dan perjuangannya tidak pernah rugi. Andai ada yang berpaling keluar daripada jalan ini maka akan diganti dengan orang yang lebih baik daripadanya. Paling dibimbangi, apabila diasingkan diri maka syaitan dan tenteranya akan menerpa ke arahnya.

Pesanan ini juga pernah disebut oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang juga menjadi ikon dan idola sepanjang waktu kempen pemilihan yang lepas. Andai benar pengidolaan tersebut, ambil masa dan fikir semula dengan tindakan itu. Andai difikirkan tindakan memisahkan diri dengan PAS itu merugikan PAS,ia silap kerana Allah telah membenarkan janji-janjinya sama seperti yang dirakamkan di dalam kitab-Nya.

Sungguh janji Allah itu pasti.

SIFAT TERGESA-GESA DI TEGUR OLEH NABI SAW

Kisah Khabbab al-Munzir seharusnya dijadikan pengajaran supaya tidak wujud perangai “isti’jal” (gopoh) untuk mencapai kemenangan sehingga membuat tindakan yang memalukan diri sendiri. Khabbab Al-Munzir pernah ditegur oleh Nabi SAW kerana permintaannya supaya Nabi SAW bermohon kepada Allah agar diberikan kemenangan terhadap Islam. Lalu baginda SAW menegurkan agar tidak terlalu gopoh untuk mencapai kemenangan.

“Kesabaran itu daripada Allah, tergesa-gesa itu dari syaitan.”

Nabi SAW juga mempraktikkan kesabaran tersebut sehingga memakan masa 23 tahun sebelum diberikan kemenangan walaupun “kemenangan segera” pernah ditawarkan oleh pembesar Quraish di Mekah. Baginda menegaskan andai bulan dan bintang diletakkan di tangan kiri dan kanannya untuk ditinggalkan perjuangan Islam tidak sesekali akan baginda lakukan. Semuanya demi keredhaan Allah. Sunnah itulah yang diamalkan oleh Tuan Guru Presiden walaupun 14 negeri di Malaysia menjadi pertaruhannya.

AL-HAQ DAN AL-BATIL MENGIKUT NERACA SYARAK, BUKAN AKAL

Ramadhan bulan mulia menyaksikan darah syuhada mengalir di bumi Badar. Pertempuran dahsyat yang menyaksikan kemuliaan berpihak kepada mujahidin Nabi SAW. Yang menarik dalam kisah Badar ini menyaksikan bagaimana Abu Jahal berdoa kepada tuhannya agar diberikan kemenangan kepada tentera Jahiliah. Hapuskan Muhammad kerana dia telah memutuskan persaudaraan dan mencabul agama nenek moyang.

Walaupun pada sudut akalnya, Abu Jahal menentang Nabi SAW kerana mempertahankan kepercayaan dan amalan warisan nenek moyangnya, namun ia tetap batil kerana bertentangan dengan seruan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Muktazilah menjadi salah apabila menilai baik dan buruk dengan kadar akal kerana baik dan buruk itu ditentukan sifatnya oleh Allah dan Rasul-Nya.

RAMADHAN BULAN KESATUAN

Justeru dengan hadirnya Ramadhan, bulan diturunkan al-Quran yang menjelaskan kebenaran dan kebatilan agar semua umat Islam bersatu mempertahankan manhaj Rabbani yang telah sekian lama menjadi dasar perjuangan PAS semenjak zaman awal penubuhannya. Jangan terlalu gopoh untuk menebuk dan terjun daripada bahtera ini kerana yakinlah bahawa pelayarannya akan sampai ke tepian.

“Dan ingatlah bahawa pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Ali-Imran: 126)

Beristiqamahlah hingga kemenangan kerana kemenangan yang hakiki hanya lahir daripada perjuangan yang suci. – HARAKAHDAILY 3/7/2015

Sumber HD - 3-7-2015

Pasca muktamar, Mahfuz risau Kelantan tumbang
Posted on Thursday, July 02 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bimbang kerajaan PAS Kelantan tumbang jika kepimpinan parti gagal meraih semula sokongan rakyat selepas berlangsungnya muktamar bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata PAS perlu mengambil tindakan drastik untuk memperbaiki "kerosakan dan imej PAS yang tercalar" dengan melihat secara menyeluruh kesan pemilihan parti - yang menyaksikan tersingkirnya pemimpin progresif - kepada masyarakat dan anak muda.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa kepimpinan PAS tidak beretorik dengan "kata-kata manis" dengan menyembunyikan masalah termasuk ketidakpuasan hati rakyat dan penyokong seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam PAS, sedangkan pada hakikatnya rakyat menuntut tindakan PAS mengenainya.

"Ya, kalau gagal (atasi masalah pasca muktamar) sokongan akan merosot. Apatah lagi dengan sokongan kewujudan parti baru, sudah pasti, ia akan memberikan implikasi yang buruk. Yang sangat menjadi kebimbangan saya ialah kehilangan Kelantan.

"Kita boleh kata tak (ada) apa. (Tapi) jangan sampai orang kita menyembunyikan sesuatu, yang tidak sepatutnya kita sembunyikan (seperti) menyembunyikan ketidakpuasan hati rakyat, penyokong dan sebagainya," katanya.

Dengan mengandaikan pilihan raya umum boleh diadakan lebih awal sama dengan Sarawak atau pada 2017, Mahfuz berkata kepimpinan PAS perlu segera dan drastik mencari jalan penyelesaian dan menunjukkan rasa jiwa besar serta merendahkan ego masing-masing demi kebaikan parti.

Beliau menjawab soalan berhubung harapan beliau kepada kepimpinan baru PAS dan implikasi jika gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketika diwawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata faktor kewujudan parti baru juga perlu ditangani kerana menurutnya boleh memberi "implikasi yang sangat tidak sihat" dan PAS perlu memperlihatkan sikap lemah lembut dan kasih sayang sewaktu mengadakan rundingan dengan mereka.

"Keutamaan kita ialah PAS meletakkan matlamat Islam. Jadi bagaimana nak menyelamatkan imej Islam? Imej Islam mesti diselamatkan supaya oran lihat Islam agama yang baik dan lemah lembut, kasih, sayang, bukan dilihat," katanya.

Sokongan 'tak menggembirakan'

Mahfuz bagaimanapun enggan mengulas kepimpinan PAS yang dikuasai kumpulan pro-ulama malah menasihatkan mereka agar meneliti maklum balas dan komen rakyat terhadap PAS selepas muktamar, yang disuarakan dalam media online yang mesra parti itu.

Beliau berkata berdasarkan rumusan seorang ahli akademik yang juga sahabatnya kepadanya, menunjukkan maklum balas yang diberikan kepada PAS selepas muktamar "tidak menggembirakan" beliau.

"Kalau sebelum (pilihan raya umum) 2008, Datuk Rohani Ahmad membuat andaian rambang berasaskan komen dalam media online, dia buat satu rumusan bawa BN akan kalah.

"Tapi bila kawan saya dari universiti buat rumusan dengan mengambil (maklum balas) media online macam Harakahdaily, Tranungkite, dan satu dua tiga lagi, yang memperlihat peratusan (sokongan) yang tidak menggembirakan kepada PAS.

"Saya tidak lihat sangat keputusan muktamar, tapi orang yang komen hasil daripada, bagaimana perjalanan kempen (dalam pemilihan), yang dilihat tidak sihat," katanya.  - MK

Sumber TKO - 2-7-2015


Konflik boleh 'diselamatkan' jika DAP ubah sikap, jangan 
tuding jari k

Posted on Thursday, June 25 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Syed Mu'az Syed Putra



KUALA LUMPUR: Kemelut yang menyelubungi hubungan PAS-DAP masih boleh 'diselamatkan' dengan syarat komponen Pakatan Rakyat itu mengenepikan sikap ego dan pentingkan diri dengan membuka laluan untuk rundingan.

Menurutnya Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh, perpecahan dalam Pakatan itu bukan disebabkan PAS tetapi kehendak DAP sendiri yang tergesa-gesa membuat keputusan.


"Ya, betul..jadi kita lihat maknanya apabila bersama kita dapat sebenarnya untuk menunjukkan kepada rakyat khususnya tentang tujuan Pakatan Rakyat itu sendiri.


"Jadi ustazah rasa itu bergantung kepada sikap DAPlah," katanya.


Beliau berkata usaha tersebut akan menemui kegagalan sekiranya DAP kekal dengan sikap dan pendiriannya.


"Pada pandangan ustazah ia sebenarnya bergantung kepada sikap kedua-dua pihak.


"Ustazah rasa sikap PAS dah ada ketetapan iaitu pada PAS sesiapa yang ingin berbaik dengan PAS maknanya boleh bersama dalam mencapai kejayaan dan juga ketika untuk menjatuhkan kezaliman," katanya kepada Antarapos.


Malah beliau turut melahirkan rasa kesal dengan keputusan DAP mengumumkan penamatan riwayat Pakatan yang dianggap tindakan tergesa-gesa.


"Jadi saya rasa PAS sebenarnya terbuka dengan sesiapa pun sebab perjuangan PAS adalah berasaskan kepada tuntutan Allah dan agama Allah itu sendiri seperti menegakkan kebenaran, menegakkan keadilan dan ia rahmat kepada seluruh alam itu sendiri.


"Maknanya sesiapa yang datang untuk bersama-sama membantu kebaikan, menegakkan kebenaran serta menjatuhkan kezaliman ustazah rasa insya-Allah PAS terbuka," katanya berhubung sikap parti itu yang kekal bertahaluf siyasi dalam gabungan itu.


Keretakan bermula apabila DAP memutuskan hubungan dengan PAS di Sabah dan Sarawak ekoran isu hudud dan kemudiannya memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi masih kekal bekerjasama dengan parti Islam itu.


PAS kemudian menerusi satu usul tergempar Dewan Ulama sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tetapi kekal bersama pakatan pembangkang. Usul itu kemudiannya diterima tanpa bahas pada Muktamar tahunan PAS ke-61 pada awal bulan ini.


Rentetan itu, pada 16 Jun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengisytiharkan bahawa Pakatan tidak lagi wujud dengan menuding jari kepada PAS apabila mengatakan keputusan muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' pakatan

itu.


Bagaimanapun keputusan berkenaan usul berkenaan belum lagi dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama PAS bagi menentukan tindakan itu.


Bijakkah DAP salahkan PAS sebagai punca perpecahan Pakatan?


Ujar Nuridah lagi, DAP seharusnya mempertimbangkan semula keputusan berkenaan memandangkan PAS belum memuktamadkan lagi usul daripada sayap ulamanya.


"Ustazah harap DAP boleh berfikir balik, adakah bijak dengan cara yang seperti ini hanya kerana nak menyalahkan PAS dalam sudut PAS konsisten untuk memastikan undang-udang Islam dapat ditegakkan?


"PAS pun daripada awal lagi, tak akan DAP tak tahu? Dalam perlembagaan PAS dah tertera daripada dulu pun PAS macam itu," katanya.


Beliau juga kesal dengan sikap DAP yang berterusan menyalahkan PAS hanya kerana komitmen melaksanakan perundangan Islam di Kelantan.


"Jadi ustazah rasa sepatutnya DAP daripada dulu dia berkawan dengan PAS dan bersama-sama dalam Pakatan Rakyat patutnya DAP menyedari perkara ini.


"Daripada awal pun memang ustazah rasa kita dapat berjalan dengan baik sebenarnya sehingga Pakatan Rakyat telah berada di hati rakyat khususnya di negeri-negeri Pantai Barat," katanya.


Untuk rekod, sebelum ini PAS dan DAP pernah bersama dalam Barisan Alternatif (BA) pada 1999 bersama dua parti lain iaitu PKR dan Parti Rakyat

Malaysia (PRM).


Lantaran tidak bersetuju dengan dasar PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam, DAP keluar daripada BA pada 2001 manakala Keadilan dan PRM bergabung membentuk PKR pada 2003.


Kini nasib yang sama bakal dilalui Pakatan seolah-olah mengulangi episod hitam yang pernah berlaku semasa BA. - AntaraPos



Sumber TKO - 25-6-2015

Kumpulan Pro Pakatan Yang kecundang sah mahu mufarakah dari PAS
Posted on Thursday, June 25 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Zainal Salleh



Kumpulan Pro Pakatan PAS yang kecundang dalam pemilihan saf kepimpinan parti itu awal bulan ini cuba menggunakan formula sakti Anwar Ibrahim yang menghasilkan penubuhan Pakatan Rakyat tujuh tahun lalu.

Himpunan pemimpin yang gagal mencabar kepimpinan ulama yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang nampaknya kini senang meneruskan perjuangan mereka dengan gelaran G18 (Kumpulan 18). 

Yang pastinya gelanggang mereka kali ini bukan dalam PAS. Semua petunjuk menuding ke arah pembabitan mereka dalam wadah baru. Cuma yang tidak jelas sama ada ia bersifat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau parti politik.

Hakikat bahawa formula sakti Anwar ini akan digunakan di luar padang politik PAS, membuktikan bahawa memang ada ‘kesepakatan di kalangan mereka’ untuk benar-benar menjatuhkan Hadi dan ulama sebelum muktamar lalu.

G18 mengatur supaya slogan “Harapan Baru” bergema ke seluruh pelosok negara selepas aidilfitri bagi menyebarkan khabar kelahiran sebuah “wadah baru yang lebih kukuh dan inklusif untuk rakyat Malaysia”.

Yang pastinya juga, harapan baru yang mereka mahu sebarkan pada rakyat Malaysia itu bukanlah bersandar pada payung politik PAS lagi.

Slogan ini sahaja sudah cukup mengesahkan betapa kuatnya pengaruh Anwar pada G18 ini. Slogan inilah yang digunakan parti Anwar, PKR, untuk membuat kejutan besar menafikan Umno-BN majoriti dua pertiga di parlimen pada 2008.

Cuma yang berbeza sedikit ialah terjemahan yang digunakan dalam bahasa Inggeris ialah “The New Hope and Dream” dan bukan “New Dawn” yang digunakan oleh PKR.

Malah konsep permuafakatan yang diketengahkan oleh G18 ini ‘salin tak tumpah’ dengan idea Anwar yang berjaya menumpulkan perbezaan di antara DAP dan PAS hingga tertubuhnya Pakatan Rakyat – menghimpunkan NGO dan parti politik yang mempunyai cita-cita sama.

"Kami yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini," kata Setiausaha G18, Dr Dzulkifley Ahmad.

Beliau yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS menggariskan bahawa selain bersatu dengan PKR dan DAP, wadah baru itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.

Dzulkefly bagaimanapun berkata, beliau dan pimpinan G18 akan mengambil pendekatan tidak akan berkonfrontasi atau menjadikan parti lama mereka iaitu PAS sebagai musuh.

"Kita akan melihat masa depan dan cuba melupakan perbezaan pendapat kita dalam PAS. Kita akan membawa gagasan masa depan dan lupakan masalah lama kita," katanya.

Dzulkefly berkata, sepanjang Ramadan ini kumpulan G18 akan mengadakan mesyuarat bersama NGO Islam dan bukan Islam serta pemimpin masyarakat di seluruh negara bagi menjelaskan peranan pergerakan itu.

Langkah mendekati NGO-NGO Islam ini dilihat untuk membina wibawa wadah baru berkenaan menyarung jersi Islam dalam politik Malaysia -- satu isyarat jelas hasrat mahu menggantikan PAS sebagai suara Islam dalam politik negara.

Difahamkan bahawa G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik timbalannya.  Bekas Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat pula dipilih sebagai penolong setiausaha.

Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.
Kemunculan G18 ini adalah semboyan nyaring bagi PAS bahawa harapan untuk ‘memujuk’ kumpulan profesional ini supaya terus bernaung di bawah payung perjuangan PAS sudah berkubur.

Azam kumpulan pro pakatan ini yang berkempen sebelum muktamar bahawa tujuan mereka menawarkan diri bersaing dalam pemilihan lalu ialah untuk menambah baik prestasi politik PAS, kini sudah luntur.

"Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini," kata Dzulkifley kepada portal berita, The Malaysian Insider.

Di luar pagar PAS, G18 akan membina impian dan harapan baru – keadilan untuk semua ikut citarasa dan neraca profesional mereka. Bagi mereka pendekatan ulama PAS tidak akan membantu mencapai maksud perjuangan.

PAS harus menerima hakikat bahawa anak-anak muda yang mereka rekrut untuk memajukan PAS  dan berjuang di bawah lambang parti itu kini sudah dewasa dan mahu berhijrah.

Bagaimanapun satu hakikat kekal. Bahawasanya kesemua anggota G18 itu adalah hasil program tarbiyah PAS yang telah membantu mereka mendalami ilmu dan silat politik Malaysia dan mempersiapkan mereka menjadi pendakwah.

Cuma natijahnya kini ialah, mereka memilih untuk menjadi ahli politik sepenuh masa mengikut waqi’ atau realiti Malaysia hari ini. PAS harus meneruskan program merekrut dan melatih soldadu dakwah baru.

PAS harus “masuk ke kampung dan kampus’ di dalam dan luar negara untuk mengenalpasti murrabi baru bagi mengisi program tarbiyahnya sendiri tetapi  dengan sedikit penambahbaikan supaya episod hijrah ini tidak berulang.

Yang pastinya PAS tidak perlu gusar dengan keadaan ini kerana wawasan perjuangannya bukan terhad pada pilihanraya umum akan datang tetapi menjalar hingga selepas pemilihan calon-calon ke syurga di yaumil masyar kelak. - AntaraPOS

Sumber TKO - 25-6-2015



Setuju Perkukuhkan DAP

Posted on Thursday, June 25 @ 23:43:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ada satu mamat mencadangkan kepada G18 supaya jangan tubuh parti politik baru, tapi masuk saja dalam DAP, dengan itu ahli parlimen G18 boleh membawa masuk ke dalam DAP kerusi mereka.

Aku pula cadangkan bukan saja bawa bawa masuk kerusi, bawa sekali lemari, meja, alas kasut. Dengan ini DAP akan bertambah kuat dah boleh membela seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ugama, bangsa dan keturunan. Bukan ka bagus itu.

Kalau tubuh parti baru, nanti bergaduh baru pula, untuk merebut jawatan siapa nak jadi ketua. Kalau DAP diperkukuh, mudahlah DAP hantam PAS yang dibencinya, bukan kah PAS tu parti kolot yang tak habis habis nak ketengahkan huduh.

Bukan kah yang disukai ialah oktoberfest?

by Hamirdin b Ithnin 


Sumber TKO - 25-6-2015





Kenyataan Haji Hadi Awang ada benarnya

Posted on Wednesday, June 24 @ 13:56:26 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias


Pandangan Haji Hadi Awang yang parti baru yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan kalah (G18) dalam pemilihan parti PAS itu ada benarnya jika dipandang dari satu sudut pandangan politik. G18 itu akan tenggelam jika menubuhkan parti baru dan keluar dari PAS. Kumpulan G18 in akan bergabung dengan PasMa untuk menjadi rakan kongsi Pakatan Rakyat yang baru sebagai pengganti PAS yang tidak lagi diakui oleh rakan kongsi Pakatan Rakyat sebagai segabungan dengannya.


Selalunya satu kumpulan serpihan itu tidak kekal. Tidak tahu pulalah jika yang kali ini ia akan kekal. Kita tunggu sahajalah. Masa akan menentukan. Jika ia kekal Alhamdulillah dan saya ucapkan selamat berjuang dan teruskan apa-apa yang anda semua hajatkan.

Jika kita masih dibuai oleh sentimen tanpa memikirkan apa yang anda semua akan lalui secara realitinya maka anda akan merasakan yang anda semua akan menjadi satu ‘force’ yang ‘formidable’. Kita belum nampak lagi ranjau-ranjau yang bakal anda tempuhi dalam perlaksanaan politik mereka anda. Tentulah ada pihak yang berkepentingan mahukan keadaan ini berlaku, tetapi itu adalah mainan pilitik yang biasa, terutamanya dalam politik Malaysia ini.

Teruskanlah, tetapi berhati-hati sambil melalui jalan dan liku-liku perjuangan mereka. Saya mempunyai sebab untuk berkata demikian tetapi sebabnya bukan boleh diluahkan begitu sahaja kerana ia berkaitan dengan siapa yang menerajui kumpulan baru pembangkang ini. Saya tidak nampak bagaimana gabungan baru ini boleh membezakan keadaan dengan keadaan semasa Pakatan Rakyat yang dahulu.

Pakatan Rakyat yang baru ini wajar mempunyai pendaftaran secara formal dan wujud diatas entiti yang terdaftar dengan pandaftaran pertubuhan. Itu satu. Tetapi persoalannya parti manakah yang akan menjadi ketua kepada ‘coalition’ yang baru ini. Dalam Pakatan Rakyat dahulu perhubungan diantara ketiga-tiga parti itu ialah ‘equal partners’ dan jika ini terus berlaku dalam Pakatan dan persepakatan yang baru ini maka masalah yang sama akan tetap berlaku.

Kita lihat dalam Pakatan Rakyat yang dimatikan walaupun pada hakikatnya Pakatan itu tidak pernah wujud secara formal, perbalahan ialah wujud kerana tiada parti diantara ketiga-tiga ahli itu yang menjadi ketuanya. Dalam sesuatu ‘coalition’ mesti ada satu parti yang menjadi ketuanya dan dihormati oleh rakan-rakan kongsi di dalamnya.

Jika dalam persepakatan dan persefahaman yang baru itu sama sahaja cirinya seperti dalam Pakatan Rakyat yang dahulu dengan ciri ‘equal partners’ dan ‘equal say’ dalam persahabatan baru itu, hasilnya akan sama sahaja dengan apa yang dihasilkan oleh Pakatan Rakyat dahulu.

Sesungguhnya PAS sekarang ini tidak kebelakang sangat seperti yang di anggapkan oleh kumpulan 18 yang dikatakan progresif itu. Paling jauh PAS telah kembali kepada rupa dan ‘attribute’ asal parti itu yang konservatif. Sememangnya ‘attribute’ asal PAS begitu dari dahulu.

Perlu diingat semasa PAS mencuba menjadi parti progresif dengan menyertai Pakatan Rakyat dahulu bukannya sedikit kaum Melayu yang tidak menyokong PAS lagi kerana parti itu dikatakan telah berubah corak dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang mereka beranggapan sebagai chauvinis Cina dan sebagainya. Dengan kembalinya PAS dengan imej berkepimpinan ulamak maka mereka ini jelas telah kembali memberikan sokongan dan ramai yang baru sedang mendekati PAS.

DAP kecewa dengan PAS kerana mahu tidak mahu parti itu perlukan sokongan orang Melayu Islam apabila menghadapi rakyat dalam pilihanraya nanti. Itu sebabnya mereka amat bergembira sekarang ini kerana setidak-tidaknya masih ada segelumit penyokong PAS yang sudah terbiasa menyokong DAP dan Pakatan dalam dua pilihanraya umum yang lalu. Tanpa sokongan Melayu, DAP akan hanya tertumpu pengaruhnya dalam kawasan Cina sahaja dan sekarang ini ada beberapa kerusi DAP yang kedudukannya dalam bahaya apabila pilihanraya umum tiba nanti.

Walaupun begitu besar publisiti tentang kemasukan (exodus) ramai ahli PAS kedalam DAP, ramai lagi yang berubah menyokong kembali parti itu apabila sudah berpisah dengan PR terutamanya DAP.

Dengan perpecahan DAP dengan PAS, kedua-dua parti akan merasakan hasilnya. Tetapi bagi PAS setidak-tidaknya ia kembali kepada corak dan ciri asalnya. PAS mula menyedari yang parti itu akan hilang identitinya jika berterusan bersama DAP. Apabila parti itu hilang identitinya maka ia akan menghadapi banyak masalah pada masa yang akan datang. Contohnya identiti UMNO yang asal sudah cukup untuk dijadikan pelajaran kepada semua pihak. UMNO kini menghadapi penyakit daya tahan seperti orang yang dihinggapi HIV, hidup tidak segar, hanya mati yang ditunggu.

UMNO yang dahulunya mempunyai imej sebagai parti bersemangat kebangsaan tetapi sejak parti itu  bertukar menjadi parti ‘taukey’, ramai yang telah meninggalkan parti itu. Lanjutan dari itu UMNO akhirnya akan hanya menjadi sebuah parti yang dilihat sebagai parti untuk ‘the rich and the famous’ sahaja dan tidak ubah seperti ‘exclusive club’ untuk keuntungan mereka yang hampir dengan kuasa sahaja.

Asri Muda merupakan seorang pemimpin utama PAS yang pernah dianggap bukan sahaja oleh ahli PAS tetapi juga oleh pemimpin-pemimpin parti lawan sebagai pemimpin yang sukar dicari ganti untuk PAS. Ketiadaan beliau sepatutnya telah menguburkan parti itu tetapi PAS tetap wujud dan segar sampai kehari ini.

Sesebuah parti itu ciri yang kekal di dalamnya dan jika sesiapa termasuk pemimpin besarnya tidak bersama dengan ciri-ciri asalnya secara ‘natural’ mereka akan meninggalkan parti itu akhirnya. Saya tidak berada dalam parti ini tetapi sekadar memberikan pandangan berdasarkan kepada keadaan dan hakikat sebenarnya yang akan berlaku.

Mungkin ada gulungan G18 itu sedang memujuk hati mereka dengan berkata keadaan sekarang lain dan dulu lain. Tetapi natijahnya sama-sama kita akui satu kenyataan….PAS tetap akan wujud seperti sediakala jika tidak lebih dari itu.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/


Sumber DD - 25-6-2015

Tahaluf Siyasi : Bukan ambil kesempatan




USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .


PRESIDEN PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan beliau di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor ada menyebut bahawa PAS bertahaluf siyasi dengan bukan Islam ataupun kumpulan bukan Islam adalah bukan untuk mengambil kesempatan ke atas mereka untuk Islam mencapai kemenangan tetapi adalah untuk menunjukkan rahmat dan keindahan Islam sekaligus bersedia bersama dalam perkara kebaikan dan kemanusiaan.

Tahaluf siyasi adalah perjanjian persefahaman antara Islam dengan Kafir di atas tujuan tertentu yang tidak melibatkan aqidah dan dasar Islam seperti bersatu dan bekerjasama dalam penentangan terhadap unsur penyelewengan dan kezaliman dan juga isu kemanusiaan yang bersifat sejagat.

Para ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Ada yang berpendirian haram secara mutlak dan ada berpandangan diharuskan apabila menepati syarat-syarat tertentu.

Syarat-syarat bertahaluf inilah yang selalu terlepas pandang dan ada juga yang tidak mempedulikannya.

Atas sebab inilah wajar juga dilihat bahawa hukum asal bertahaluf itu merujuk kepada isu aqidah bukannya sekadar kepentingan dan aspek taktik dan startegi organisasi sahaja.

Ini supaya jangan sampai kita bertahaluf sehingga menggadaikan prinsip dan matlamat perjuangan Islam iaitu mendirikan Daulah Islamiyyah dan juga melaksanakan syariat Islam berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.

Marilah kita merujuk dan meneliti ayat al Quran, Allah SWT berfirman, dalam Ali-Imran ayat 51.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
"..Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.."

Ayat ini datang sesudah ayat ke-50 dan 51 al-Maedah, dimana perintah Allah SWT kepada orang beriman agar berhukum dengan hukum Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah SWT.

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
"..Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.."

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

"..Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah..."

Imam Qurtubi menyebut dalam tafsirnya menyatakan bahawa diturunkan ayat 51 berkenaan golongan Munafik yang menzahirkan iman mereka tetapi menyembunyikan kekufuran lalu mereka berwala' dan meminta pertolongan daripada Yahudi dan Nasrani serta mendedahkan rahsia orang Islam kepada mereka.

Ada pendapat mufassirin yang lain menyatakan bahawa diturunkan ayat ini iaitu larangan memberi ketaatan dan wala' pada peristiwa Perang Uhud dimana sebahagian orang Islam merasa kebimbangan akan kekalahan sehingga tercetus idea untuk meminta pertolongan daripada musuh.

Atas dasar kefahaman menerusi ayat diatas, bahawa Tahaluf Siyasi bukanlah batu loncatan yang digunakan sebagai pelapik kaki kita untuk mencapai destinasi yang dituju. Dalam berTahaluf Siyasi, aspek yang paling penting perlu diperlihara adalah Aqidah Islam. Ini penting untuk difahami dan diingati oleh kita.

Maka dengan sebab yang demikian, dalam inisiatif untuk Tahaluf Siyasi, perlu dipertahankan prinsip iaitu Islam hanya akan meminta dan bersedia mendapat pertolongan daripada bukan Islam ketika dalam keadaan kuat, dan tidak menerima atau meminta pertolongan dalam keadaan lemah.

Diceritakan bahawa dalam Perang Badar ketika Islam dan keadaan lemah dan serba kekurangan, Nabi SAW ditawarkan pertolongan daripada orang yang kafir untuk membantu peperangan di pihak Islam, Rasulullah SAW menolak tawarannya berkali-kali sehinggalah dia mengucapkan syahadah.

Nabi SAW diberi syarat pertolongan dan bantuan dari kafir untuk tidak menyatakan Islam dan menyuarakan Islam dan dakwah. Pertolongan dan bantuan seperti ini ditolak oleh Nabi SAW walaupun Baginda amat berhajat kepada sokongan dan bantuan.

Sebaliknya dalam Peristiwa Hijratur Rasul SAW ke Madinah yang telah dijamin kejayaan dengan pertolongan Allah SWT, Nabi SAW meminta dan menerima seorang penunjuk jalan dari kalangan bukan Islam sehingga berjaya Nabi SAW sampai ke Madinah.

Ini menunjukkan bahawa mana-mana gerakan Islam dan perjuangan Islam sememangnya perlukan kekuatan dan strategi yang baik, namun kekuatan aqidah adalah elemen utama dan paling penting yang perlu dipertahankan.

Lihatlah firman Allah dalam Ali-Imran: 160,

إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

"..Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri..."

Ketahuilah bahawa kemenangan Islam adalah daripada pertolongan dan bantuan daripada Allah SWT bukannya daripada makhluk dan material semata-mata.

Maka disimpulkan disini bahawa Tahaluf Siyasi bukanlah boleh diambil hukum sebegitu mudah apabila melibatkan aspek Wala' dan aqidah serta dasar Islam dan kaedah اﻷصل في الاشيأ اﻹباحة iaitu "..Asal hukum bagi sesuatu perkara ialah harus..." tidak boleh dijadikan hujjah dan asas dalam berTahaluf Siyasi.

Para ulama yang mengharuskan Tahaluf Siyasi seperti Sheikh Dr Yusof Qardawi dan lain-lainnya dari kalangan sarjana semasa bukan menggunakan kaedah اﻷصل في الاشيأ اﻹباحة iaitu "..Asal hukum bagi sesuatu perkara ialah harus..." dalam mengharuskan Tahaluf Siyasi tetapi mereka mengharuskannya daripada hukum asalnya dilarang dengan syarat-syarat yang begitu ketat dan tegas. Ini mesti difahami oleh para ahli dan pemimpin PAS.

Oleh sebab itu PAS khasnya Majlis Syura Ulamak (MSU) yang memberi idea tahaluf siyasi ini dan mengharuskannya dengan enam syarat berikut yang mesti dipegang oleh kita semua.

Enam perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Tahaluf mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam.
2. Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan.
3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukan kepada Pakatan Tahaluf.
4. Tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.
5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.
6. Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah syar'iyyah dari semasa ke semasa.

Marilah ahli dan pemimpin PAS disemua peringkat, kita berilmu dan memfaqehkan diri kita dengan ilmu Islam dan feqahnya agar kita berada di medan perjuangan ini dan sebagai penyambung perjuangan terdahulu di atas jalan Islam yang sebenar menuju Redha Ilahi. – HARAKAHDAILY 23/6/2015

Penulis ialah Setiausaha, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Sumber HD - 23-6-2015

Saya tak kata keluar PAS kafir - Ustaz Norazli

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Norazli Musa atau lebih dikenali sebagai Ustaz Taliban menafikan beliau ada menyebut keluar dari PAS boleh menjadi kafir.

Beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini berkata, ucapan beliau pada program tazkirah Ramadan Masjid Lama Jelai Batu Kurau, Perak hanya merujuk kepada keluar jemaah Islam dan bukannya keluar PAS.

"Saya bercakap merujuk kepada sebuah hadis nabi, aoabila berjemaah hendaklah duduk dalam jemaah, taat dengan pemimpin dan jihad di dalam jalan Allah.

"Saya hanya berkata keluar jemaah Islam dan tidak mengatakan keluar PAS akan kafir, apa yang disebarkan itu tidak betul (fitnah), saya menafikannya dan kalau ada rakaman sila buktikan," katanya.

Beliau menjelaskan sebaran fitnah itu turut memberi kesan kepada dirinya apatah lagi setelah beliau dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Norazli yang juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang telah menyebarkan fitnah tersebut di laman sosial.

"Sebelum Tindakan undang-undang dibuat oleh peguam, saya akan membuat laporan polis terlebih dahulu pada hari ini," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 23/6/2015

Sumber HD - 23-6-2015

Keluar PAS Jadi Kapir Fitnah Baru Kepada AJK PAS Pusat 
Dalam Usaha Bunuh Kreator

Posted on Sunday, June 21 @ 13:38:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



IPOH – “Saya tidak ada mengeluarkan kenyataan seperti itu,” itu penjelasan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa berhubung kontroversi kononnya beliau mengeluarkan fatwa menyatakan mana-mana individu yang keluar dari Pas akan jatuh kafir.



Nor Azli berkata, isu berkenaan timbul selepas beliau dijemput menyampaikan tazkirah Ramadan di sebuah masjid di Batu Kurau, kelmarin.

Katanya, apa dijelaskan dalam tazkirah itu hanya membabitkan maksud sebuah hadis yang menyentuh mengenai perjuangan dalam Islam.

“Dalam hadis yang saya nyatakan itu bermaksud:  ‘Sesiapa yang berpisah atau keluar dari jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya”.

“Saya ulas lebih lanjut berhubung hadis itu dan ia tidak rujuk pun kepada mana-mana pihak, jadi saya tidak pasti bagaimana dakwaan seumpama itu boleh keluar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menerusi laman sosial, Facebook, Nor Azli didakwa mengeluarkan fatwa jatuh kafir kepada mereka yang keluar dari parti Islam itu.

Kenyataan dimuat naik dalam Facebook itu mendapat reaksi negatif.

Nor Azli yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, sepanjang tempoh ini, isu jatuh kafir sekiranya keluar Pas tidak pernah dibangkitkan dalam ceramah melibatkan dirinya. “Tak tahulah kalau ada pihak yang cuba nak fitnah saya, setahu saya mereka yang memuat naik isu itu pun, tidak hadir dalam tazkirah saya semalam (kelmarin),” katanya. _ sinar


Sumber  TKO - 21-6-2015


Ahmad Awang pertimbang saman Hadi kerana dakwaan 
calon DAP

Posted on Saturday, June 20 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Calon presiden PAS yang tewas, Ahmad Awang, sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan baru-baru ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau tidak kesal kecundang dalam pemilihan itu kerana ia adat pertandingan namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS.


"Saya sedang kaji tindakan itu (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

"Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya," katanya yang tewas dalam pemilihan itu awal bulan ini apabila hanya mendapat kira-kira 25% sahaja dari keseluruhan jumlah undi.

Menjelang pemilihan pada muktamar tahunan ke-61 parti itu di Kuala Selangor, Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.

"Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak," katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu.

Semasa pemilihan pula, 'cai' atau senarai calon kumpulan pro beliau disebarkan di kalangan perwakilan yang sedang berbaris untuk mengundi.

Dalam pemilihan itu, kumpulan pro-Hadi menyapu bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding.
Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam cai pro-Hadi itu, memenangi jawatan ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, namun meletakkan jawatan kira-kira seminggu selepas itu.

Selain Ahmad, bekas bendahari dan juga pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi juga turut mengkaji mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat fitnah terhadapnya.

Asmuni, seorang peguam dan pernah mewakili Hadi dalam kes saman RM2 juta oleh bekas calon PKR Bukit Besi menyatakan perkara ini melalui satu posting dalam Facebook beliau sebaik sahaja selesai muktamar PAS tersebut.



Sumber TKO - 21-6-2015


The Economist: Malaysian Politics to Pivot 

on PAS Ulama Choice

haron_din_muktamar

The direction of Malaysia’s political scene will rest heavily on how the dominant cleric or ulama faction in PAS responds to the disintegration of Pakatan Rakyat, The Economist wrote today.

Despite the attention on how the Islamist party’s progressive faction will react to its recent trouncing at the PAS Muktamar, the London-based daily said it was the victorious ulama who will have a bigger effect over how local politics plays out amid crises in both the ruling Barisan Nasional and the federal opposition parties.

“Much hinges on how PAS’s dominant conservative wing chooses to proceed.

“The party’s ageing leaders seem to think that time is running out to introduce hudud in Kelantan and look willing to reach some form of accommodation with Umno, despite a history of antagonism, in order to achieve it,” the report said.

Going with Umno will, however, entrench Malaysia’s already divisive politics that trade heavily on the contentious issues of race and religion, even as the country experiences growing conservatism and religious fundamentalism.

Haron Din

Umno has long tempted PAS on the grounds of Muslim unity and the former party’s state lawmakers also threw their support behind the Islamist party’s bid to amend Kelantan’s hudud law in March.

Following the disintegration of PR, a PAS leader has also suggested a new coalition comprising only of Muslims.

The Economist noted in its piece that Umno’s support for PAS has so far been tacit, as illustrated by Putrajaya’s refusal to state its stand on hudud during Parliament this week, to the chagrin of PAS lawmakers.

“But it would also see Malaysia’s poisonous politics split more cleanly along ethnic lines — hardly a heartening thought,” the business daily concluded.

DAP this week proclaimed that PR no longer exists following the PAS decision to sever ties with the former.

PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail this week also said that the pact has stopped to function “officially”, while her deputy, Azmin Ali, yesterday denied that Pakatan Rakyat has ceased to exist.

Azmin is attempting to keep a coalition government including all three parties in Selangor despite the breakup, but is being pressed to choose between DAP and PAS to remain in his administration.

PAS election director Datuk Mustafa Ali was quoted in media reports as saying yesterday that the Islamist party will continue to work with PKR to keep PR alive, saying that the coalition is not dead and merely “pengsan” ― the Malay word for fainted.

Separately, there are rumblings that the defeated PAS progressives may exit the party and joined a rumoured new political party to be formed by spinoff group Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia that is seen as the potential replacement for PAS in the federal opposition pact. – source – themalaymailonline

Sumber BO - 20-6-2015

Kerjasama politik PAS-DAP tak dapat bertahan kali kedua

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerjasama politik DAP dengan PAS akhirnya tidak dapat bertahan jua buat kali keduanya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dari sudut positifnya, hubungan parti itu dengan DAP kali ini berlangsung lebih lama berbanding pada zaman Barisan Alternatif selepas berehat selama 7 tahun (2001-2008).

"Jika ada kali ketiga, diharap kerjasama ini akan lebih panjang berbanding yang sebelumnya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PAS tetap kesal dengan serangan berterusan DAP terhadap presiden parti dan fitnah bahawa PAS mahu mengadakan kerjasama politik dengan Umno.

"Lebih baik bagi DAP untuk menumpukan serangan pada Umno yang berkuasa di kerajaan persekutuan," katanya.

Tambah beliau, tiada siapa yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang bakal berlaku pada masa depan.

Katanya lagi, kekalahan hari ini mungkin adalah rahmat di masa depan, kemenangan hari ini mungkin ialah musibah yang tidak diundang.

"Siapa yang menjangka kemenangan besar Umno di 2004 merupakan pintu kepada kehilangan undi popularnya hari ini?

"Biarlah sejarah menilainya," ujar beliau seterusnya.

Apapun, tegas beliau prinsip dan dasar parti akan terus menjadi kompas perjuangan PAS.
Jelas beliau, PAS akan terus istiqamah dan menerima qada dan qadar Allah dengan hati terbuka.

PAS, ujar Tuan Ibrahim kekal dengan kerjasama bersama PKR yang tidak pernah putus sejak penubuhannya. - HARAKAHDAILY 19/6/2015


Sumber HD - 19-6-2015

Datuk Dr Mahfodz Mohamed menggesa Majlis Syura Ulama segera bermesyuarat
Posted on Thursday, June 18 @ 10:37:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed menggesa Majlis Syura Ulama segera bermesyuarat membincangkan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP seperti diluluskan pada Muktamar Tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, tidak berapa lama selepas Pakatan Rakyat (PR) diisytiharkan mati.

Menurut Mahfodz, majlis itu dijangka bermesyuarat dalam masa seminggu atau dua minggu lagi, namun, perkembangan terkini hubungan PAS-DAP menuntut kesegeraan.

"Memang saya ingat ada kesegeraannya, pasal di luar sana dah bising kata dah putus (hubungan PAS-DAP). Sedangkan pimpinan kata belum putus, kerana menunggu keputusan Majlis Syura," kata bekas pensyarah Universiti Malaya itu dalam wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider semalam.


"Jadi saya menggesa Majlis Syura buat mesyuarat segera bagi menentukan cadangan Dewan Ulama itu, sama ada kita hendak putus atau bagaimana".

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas perkembangan terkini pengumuman DAP dan PKR yang mengisytiharkan PR terkubur, berikutan usul Dewan Ulama PAS yang diterima tanpa bahas pada muktamar awal bulan ini.

Sebaik sahaja diluluskan muktamar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau sedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang.

Setakat ini, bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam kerajaan negeri.

Sementara itu, dua ahli majlis kerajaan tempatan Pulau Pinang dari PAS, Dahalan Fazil dan Mhd Nasir Yahya, turut mengambil langkah sama.

Pada masa sama, ramai lagi wakil PAS dalam kerajaan Selangor pimpinan PKR dan Pulau Pinang yang enggan menurut langkah mereka.

Semalam, PKR mengesahkan PR secara rasmi tidak lagi wujud berikutan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP yang sebelum itu membuat pengumuman mengisytiharkan berakhirnya gabungan yang berusia 7 tahun itu.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR kesal dengan tindakan PAS dan DAP yang menyatakan PR tidak boleh berfungsi lagi.


Sumber TKO - 18-6-2015

Usul Muktamar Rupanya Merangkumi Semua Parti!!
Posted on Thursday, June 18 @ 10:43:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Saya sangka keputusan muktamar PAS hanya menakluki PAS. Rupanya kini sudah melangkau menakluki parti lain juga.

Usul Dewan Ulamak PAS dalam Muktamar ke-61 telah dilaksanakan oleh DAP dengan jayanya!

Bolehlah diucapkan Tahniah kepada DAP kerana melaksanakan usul dalam Muktamar PAS tanpa segan silu.


  Pelaksanaan usul itu berlaku bagai terteguk kopi panas. Ada yang menelan paksa dan ada yang menyembur. Belumpun Majlis Syura sempat bersidang membahaskannya dari sudut syarak seperti yang dikehendaki oleh usul yang lulus tanpa bahas itu. Padanlah DAP menelan secara paksa kerana tidak perlu ambil pusing kepada persoalan hukum, hanya tujuan politik. Yang menyembur pun diperhatikan orang, sudah tidak sempat menekup mulut.

PAS Pusat pun belum bermesyuarat untuk mengaplikasikan pandangan dari sudut hukum yang bakal diputuskan oleh Majlis Syura.

DAP dan sekumpulan orang telah merentas jalan pintas (short cut) terhadap pelaksanaan usul itu. Apakah yang ingin dicapai?

Hari ini keinginan itu nampak jelas. Mereka hendak memberi persepsi buruk kepada PAS, khususnya kepada para ulamak untuk menendang PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Mereka mahu capai matlamat politik diri sendiri, tanpa matlamat politik PAS.
Pengumuman parti baru (Parti Islam Progresif) akan ditubuh dan akan bergabung dalam Pakatan Baru dengan DAP tanpa PAS. Perekabentuk, consultant engineer dan kontraktornya ialah DAP dan buruh-buruhnya ialah segelintir bekas-bekas ahli dan mantan pemimpin PAS.

Patutlah dalam dua muktamar PAS yang terakhir ini, tema dan Ucapan Dasar Presiden telah mengangkat ISTIQAMAH yang terakam dalam Al-Quran dan hadis sebagai teras untuk mengacuankan perjalanan politik, dakwah dan tarbiyah pemimpin dan ahli PAS. Selepas dua kali seruan Istiqamah dibacakan, bertempiaranlah sekelian yang terasuk pragmatis sekular.
.
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"
Selamat Berpuasa Menambah Taqwa.
Muhammad Sanusi
Sik Kedah

Sumber TKO - 18-6-2015


DAP, PAS perlu undur daripada kerajaan Selangor, kata Mahfuz

Posted on Wednesday, June 17 @ 16:28:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS dan DAP perlu menawarkan diri untuk berundur daripada pentadbiran kerajaan Selangor susulan berakhirnya gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) semalam, kata bekas ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, sekiranya kedua parti tersebut masih enggan menarik diri dari pentadbiran Selangor, ia memberi persepsi kepada rakyat yang kerajaan Selangor ditadbir parti politik yang hipokrit.

"Kalau terus kekal, ia akan membina persepsi... bukan saya kata, tetapi untuk orang kata, ini parti politik hipokrit.

"Ini akan menjejaskan kepercayaan rakyat," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Sumber TKO - 17-6-2015


Hampir semua mati tak berkubur

Posted on Wednesday, June 17 @ 15:01:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



RANTAU PANJANG - Yang Dipertua (YDP) Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun yakin penubuhan parti politik atas dasar kecewa dan tidak berpaksi pada dasar perjuangan adalah tidak relevan serta tidak boleh diterima pengundi masa kini.



Malah katanya, hampir semua parti serpihan akan ‘mati tak berkubur’ berdasarkan peristiwa sebelum ini.

“Lihat sahaja parti Akim (Angkatan Keadilan Insan Malaysia) yang ditubuhkan bekas YDP Pas Pasir Puteh, Musa Salleh dan Barisan Bebas Bersatu ditubuhkan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Mohamad Fakhruddin Abdullah yang tidak bertahan lama.

“Walaupun Fakhruddin meletakkan calon bebas di semua peringkat Dun dan sebahagian besar Parlimen seluruh Kelantan, namun mereka kalah kepada calon BN termasuklah ketuanya,” katanya.

Kata Abdul Fatah yang juga bekas Adun Bukit Tuku, walaupun penubuhan parti serpihan itu mempunyai matlamat tersendiri, namun belum dapat meyakinkan pengundi.

Menurutnya, dengan tertubuhnya Pasma, mungkin akan memberi kesan sama sepertimana parti serpihan lain.

Katanya, pada peringkat awal penubuhan, sememangnya kelihatan hebat dengan pelbagai kenyataan di media massa dan elektronik, bagaimanapun masa depan parti politik serpihan itu dijangka tidak berpanjangan.

“Ia bukanlah disebabkan kredibiliti tokoh parti itu, sebaliknya perjuangan dilihat kurang relevan dan tidak membawa mereka ke mana-mana.

“Saya nasihatkan sesiapa yang mahu menubuhkan sesebuah parti politik, berfikir panjanglah. Ambil iktibar berdasarkan nasib penubuhan parti politik serpihan yang berkubur sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, kata Abdul Fatah, lain yang berlaku kepada Parti Gerakan Rakyat Malaysia hasil serpihan MCA, yang masih kukuh sehingga sekarang kerana bersandarkan kepada BN.

Menurutnya, jangka hayat PKR pula lebih panjang kerana bergabung di bawah Pakatan Rakyat, namun beliau yakin PKR juga pasti berkubur sekiranya tidak bernaung dalam pakatan.

  Katanya, begitu juga dengan parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) apabila berjaya menumbangkan kerajaan Pas apabila mereka bergabung dengan BN. - Sinar Harian

Sumber TKO - 17-6-2015


Deklarasi Bakri
Posted on Wednesday, June 17 @ 10:54:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Semalam Majlis "Jasamu DiKenang" telah diadakah serentak dengan "Himpunan Ucapan Dasar PAS Istiqamah Sehingga Kemenangan" yang diadakan di Tapak Tok Guru di Rusila, Terengganu. 


Himpunan Jasa Mu diKenang diadakah di Bakri, Muar, Johor kemudiannya bertukar menjadi "Perjuangan BARU Bermula" dikatakan sengaja diadakan bersamaan tarikh program parti PAS.
Diantara yang memberikan ceramahnya pada malam tadi ialah Sdra Mazlan Aliman, Dr. Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Suhaizan Kayat, Datuk Dr. Mujahid Yusuf, Hanipa Maidin, Dato Seri Nizar Jamaluddin, Dato Mahfuz Omar, Dr.Dzulkefly Ahmad, Dr. Siti Mariah, Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu.

Selain mereka, terdapat beberapa tokoh lain yang turut hadir termasuklah Dato Kamaruddin Jaafar, Dato Mohammad Taib, Asmuni Awi, YM Tengku Puji, Adly Zahari, Rosly Omar, Faiz Fadzil dan lain-lain.

Sekalipun diberikan masa cuma sekadar 5-6 minit untuk berucap.

Dpedas.fm telah membuat lintas lansung untuk program berkenaan malam tadi.

Rata-rata penceramah menyatakan bahawa melalui Pakatan Rakyat, kita akan tumbangkan kerajaan UMNO BN kerana telah terbukti didalam pilihanraya yang lalu bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan UMNO BN telah terus merosot dan menurun dengan kewujudan Pakatan Rakyat.

Yang jelas, semangat pimpinan dari kalangan profesional ini tidak terjejas sedikit pun dengan penyingkiran mereka oleh akar umbi PAS dari saf kepimpinan PAS baru-baru ini.

Ada yang mengatakan mereka telah dikalahkan dengan perbuatan fitnah, cai, makian, cacian, boo segala jenis akhlak yang tidak islamik yang dilakukan oleh kalangan pro-ulama. Mereka juga menuduh dan merasa kecewa dengan perbuatan dan tindakan melampau yang langsung tidak dibendung oleh para ulama PAS.

Yang menjadi perhatian dan wira pada malam tadi sepastinyalah sdra Mazlan Aliman, seorang pemimpin NGO ANAK yang telah sanggup melepaskan jawatan sekalipun menang sebagai AJK PAS Pusat demi untuk menyertai barisan rakan-rakannya dari kalangan pro pakatan.

Ada hadirin yang hadir menjerit dan meminta sebuah parti Islam yang baharu ditubuhkan segera di setiap kali penceramah berceramah, bagi menggantikan PAS yang dilihat sudah tidak lagi diyakini mampu untuk melawan kerajaan UMNO BN setelah semua jawatan diboloti oleh pro-ulama dan telah bertindak untuk mengeruhkan hubungan dengan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apatah lagi dengan usul yang diluluskan tanpa bahas memutuskan kerjasama dengan DAP.

Malah ada ura-ura pimpinan PAS yang baru akan membawa PAS bersama UMNO apabila Presiden PAS membuat kenyataan “UMNO tidak seburuk Firaun.” Ini diperkuatkan dengan kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa yang menyatakan “inilah saat terbaik untuk PAS-UMNO bersatu,” yang mana kenyataannya lansung tidak disanggah oleh mana-mana pemimpin PAS yang baru.

Harapan dan cita-cita rakyat itu nampaknya seperti bakal ditunaikan apabila bekas Timbalan presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu di dalam ucapannya memberikan indikasi dengan kata-katanya:

“Kami akan mencari wadah, wadah itu sebagai kenderaan untuk membela Islam, rakyat dan menentang kezaliman.”.

Sebelumnya Mohamad Sabu telah menyatakan kekesalannya apabila PAS terus ditipu oleh UMNO di dalam isu hudud yang setelah dua penggal parlimen bersidang, Private Bill masih gagal dibentang.

Akibat darinya juga, PAS telah berpecah, Pakatan Rakyat berantakan. Mangapakah kita terlalu bodoh untuk percaya kepada UMNO? Soalnya.

Tapi mengikut The Malaysia Insider Rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan dimasukkan dalam kertas aturan Dewan Rakyat sekali lagi hari ini.























Sumber TKO - 17-6-2015


Mazlan Aliman letak jawatan AJK PAS Pusat





HAZAYANI ZAKARIA | .


KUALA LUMPUR: Mazlan Aliman mengumumkan perletakan jawatan sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat  berkuatkuasa hari ini.

Beliau akan memberikan lebih tumpuan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diketuainya iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu, beliau yang juga penasihat kepada beberapa NGO lain antaranya Badan Prihatin Orang Asal (Batin), Pertubuhan Kebajikan Anak Penoreh Getah (Petah) dan Pertubuhan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa Malaysia (Anak Warisan) mahu memberi tumpuan kepada NGO-NGO tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau tetap bersama PAS sebagai ahli biasa.

“Saya tetap bersama PAS walaupun sebagai ahli biasa dan akan terus memberikan sumbangan dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.

“Saya ingin memanfaaatkan masa dan ruang untuk mengambil inisiatif menggabungkan NGO-NGO bagi menangani isu-isu kritikal seperti FGV, GST, kos sara hidup rakyat dan lain-lain dengan mekanisme yang berkenaan,” kata beliau pada siding media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Beliau mengakui keputusan yang diambil itu sangat sukar dan menyedihkan.

“Saya amat menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh para perwakilan dalam pemilihan di Muktamar PAS Kali Ke-61 baru-baru ini.

Meskipun mengakui beliau kecewa dengan perkembangan PAS sekarang, namun beliau menafikan perletakan jawatannya kerana kehilangan rakan-rakan yang kalah dalam pemilihan.

“Suka saya nak sebut di sini ia bukan soal saya kehilangan rakan-rakan yang kalah dalam pemilihan.

“Sama ada mereka yang kalah atau menang, mereka ialah rakan saya,” tegasnya.

Beliau menang bagi jawatan AJK PAS Pusat dengan mendapat 593 undi. - HARAKAHDAILY 15/6/2015


Sumber HD - 15-6-2015

Ex-PAS Leader Not Keen To Join PasMa

siti_mariah_mahmud_parlimen

Ex-PAS leader who lost their positions in the recently-concluded muktamar will not be joining Persatuan Ummah Sejahtera Ma­­lay­sia (PasMa) when it registers as a political party.

Kota Raja MP Dr Siti Mariah Mahmud told The Star Online that she had no plans to join PasMa.

“I have never been with PasMa and I have no intentions to be with them,” she said when contacted on Sunday.

Asked about the statement by Selangor Mentri Besar Azmin Ali that PasMa would be welcomed in Pakatan Rakyat as long as it shares the same ideals, Siti Mariah said that the decision could not be made in a unilateral manner.

“We cannot just make a unilateral decision and neither can PasMa. We have to come together and plan a strategy.

“Joining will not be easy for Penang and Selangor as we have coalition governments in those states.
“We need some time to cool off, do research and really see who is for PasMa,” said Siti Mariah.

SIRUL AZHAR UMAR_ALTANTUYA SHAARIIBUU_PAS

She added that PAS had not heard directly from Azmin about the issue.

“We have to think everything through carefully. We are committed to the rakyat and to uphold Pakatan.

“Discussions need to be held with all groups concerned,” said Siti Mariah.

Pokok Sena MP Datuk Mahfuz Omar said that he too would not be joining PasMa, adding that it was up to the Pakatan Rakyat supreme council to decide whether to accept it as a component party.

He added that Azmin was entitled to his opinion, but said that for PasMa to be accepted as part of the Pakatan Rakyat coalition, it has to be accepted by all members of the supreme council – including PAS.

PAS Dewan Ulama chief Datuk Dr Mahfodz Mohamed said that anyone had a right to voice their opinions in a democratic nation.

“However, PasMa’s objective is to replace PAS in Pakatan Rakyat. So we need to solve the problems faced by Pakatan Rakyat before accepting PasMa.

“The acceptance of any new party must be agreed on by all in the Pakatan Rakyat coalition,” added Mahfodz. – Source thestaronline

Sumber BO - 15-6-2015


Apabila keputusan muktamar PAS diputar 

belit

HARAKAHDAILY | .


Semalam FB Dewan Ulamak PAS Pusat telah memuatkan usul mereka pada Muktamar PAS yang baru lalu.

Tujuannya adalah untuk merungkai kekeliruan yang timbul akibat usul tersebut.

Para akhir usul tersebut menyebut:

"Maka Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat".

Inilah usul Dewan Ulamak.

Ia tidak menuntut muktamar memutuskan hubungan tetapi mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Pusat untuk membuat keputusan tersebut.

Itulah keputusan muktamar, agar dibawa ke Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Pusat.
Keputusan pula belum dibuat.

Tetapi ada pihak yang mengambil keputusan untuk membakul sampah keputusan muktamar itu dengan mengumumkan perkara yang tidak diputuskan oleh muktamar.

Mereka mengatakan Muktamar telah memutuskan hubungan dan berhujjah bahawa keputusan Muktamar perlu dipatuhi.

Ada yang menghuraikan dengan panjang lebar tentang Perlembagaan PAS tetapi usul yang mereka fahami adalah bukan usul yang diluluskan oleh muktamar.

Saya tidak tahu kenapa keputusan muktamar diputarbelit begitu rupa.

Kita perlu maafkan mereka jika mereka benar-benar tidak faham atau tidak jelas.

Saya berharap usul asal Dewan Ulamak yang dimuatkan ke FB mereka akan dapat menjelaskan perkara ini.

Hormatilah keputusan perwakilan muktamar. - HARAKAHDAILY 14/6/2015

DATUK ISKANDAR A SAMAD
Naib Presiden PAS

Sumber HD - 14-6-2015

Asakan Uji Kepemimpinan PAS
Posted on Sunday, June 14 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Zulkiflee Bakar



REALITI politiknya, Pas kini berhadapan dua asakan. Dari luar mereka diasak oleh DAP manakala dari dalam pula, pemimpin-pemimpin yang tewas dalam pemilihan 4 Jun lalu, menyatakan tidak akan memegang sebarang jawatan dalam parti dan pada masa sama mahu Pas melaksanakan usul Dewan Ulama yang menggesa parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Dua "asakan" tersebut merupakan ujian pertama kepada barisan kepemimpinan ulama Pas. Kedua-dua asakan itu jika tidak ditangani dengan betul boleh menjejaskan imej golongan berkenaan dan membuka ruang kepada pihak tertentu memburuk-burukkan mereka.

Asakan DAP

DAP ibarat tidur tak lena, apabila Pas enggan tunduk dengan desakan mereka supaya melaksanakan usul Dewan Ulama pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 yang mahu Pas pusat dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dengan DAP. Pelbagai kenyataan mereka keluarkan sehingga ada antaranya sudah sampai tahap memperlekehkan kepemimpinan Pas.

Sebenarnya DAP kecewa kerana usul itu diluluskan dan pada masa yang sama amat kecewa apabila pemimpin-pemimpin yang mereka harapkan akan mengambil alih kepemimpinan Pas "tumbang secara total" dalam pemilihan parti itu. Kebiadaban mereka memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi masih mahu bekerjasama dengan Pas membuktikan ada agenda di sebalik "tindakan songsang" tersebut.

Agendanya ialah DAP memerlukan Pas untuk bertarung dalam pilihan raya bagi meraih sokongan undi orang Melayu. Sebab itulah mereka memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi bukannya Pas.

 Begitu juga apabila usul Dewan Ulama diluluskan oleh muktamar, DAP mahu Pas melaksanakan usul itu dan bukannya DAP dengan hati terbuka meninggalkan Pas.

Sudah pasti DAP tidak akan meninggalkan Pas kerana dalam keadaan apa sekalipun walaupun tidak suka kepada kepemimpinan Pas namun DAP memerlukan Pas bagi mencapai agenda politiknya.

Oleh itu asakan yang dilakukan oleh DAP ke atas Pas hanyalah sandiwara supaya apabila ia benar-benar dilaksanakan, DAP boleh menyalahkan Pas kalau apa-apa berlaku kepada pakatan pembangkang dalam pilihan raya.

Sebagai sebuah parti yang berasa mahu menjadi "taiko" dalam pakatan pembangkang dan sentiasa dilihat angkuh kerana merasakan mereka sebuah parti yang kuat, DAP sepatutnya memutuskan hubungan dengan Pas "bagi menghormati usul Dewan Ulama". Tetapi DAP tidak mungkin dan tidak akan berbuat demikian kerana mereka memahami kekuatan yang ada pada Pas.

Atas sebab itulah, Pas tidak perlu melayan karenah "kebudak-budakan" DAP. Sebaliknya dalam membuat keputusan berhubung usul Dewan Ulama tersebut, maruah dan dasar perjuangan parti perlu diutamakan.

Kalau mahu kekal dalam pakatan pembangkang, apakah PKR dan DAP akan menghormati maruah Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam? Dan adakah kedua-dua parti itu akan menghormati dasar perjuangan Pas?

Sebelum ini apa yang kita saksikan, kedua-dua parti itu sentiasa bergabung tenaga bagi menolak dasar perjuangan Pas. Pelbagai alasan mereka berikan.

Oleh itu Pas perlu bertegas dalam soal ini. Kalau mahu kekal dalam pakatan pembangkang, Pas perlu mengenakan syarat yang ketat kepada PKR dan DAP supaya tidak menunjukkan "lagak politik" mereka seolah-olah Pas sekutu yang tidak berharga.

Namun begitu dengan apa yang terjadi banyak pihak tertanya-tanya bentuk kerjasama seperti manakah yang akan diteruskan antara ketiga-tiga parti tersebut. Ini memandangkan tindak tanduk DAP membuktikan mereka seolah-olah mahu "berpatah arang dan berkerat rotan" dengan Pas.

Malah perlu diingat sebelum ini DAP menyatakan akan membuat pendirian dalam soal hubungan dengan Pas selepas pemilihan selesai. Ini menunjukkan DAP seolah-olah sudah membuat perancangan mengenai hubungan dengan Pas.

Justeru Pas tidak boleh dilihat terhengeh-hengeh hendak terus bekerjasama dengan DAP. Kalaupun Pas mempertahankan kerjasama dengan DAP, percayalah DAP tidak akan menghormati Pas apatah lagi melayan Pas sebagai sekutu yang perlu dihargai. Ini memandangkan mereka akan menganggap Pas sebuah parti yang tiada keberanian.

Sebab itulah asakan daripada DAP itu perlu diuruskan dengan sebaik-baiknya oleh kepemimpinan Pas. Janganlah membuat keputusan seolah-olah begitu sayang sangat kepada DAP sedangkan DAP sendiri dilihat tidak pernah memberi ruang "kasih sayang" kepada Pas, apatah lagi mengiktiraf pentingnya Pas dalam pakatan pembangkang.

Apa yang sering kita saksikan ialah DAP "menyakiti hati" Pas dengan menolak pelaksanaan hukum hudud dan membuat kenyataan yang memperlekehkan kepemimpinan Pas. Kalaulah dasar perjuangan tidak diterima, kepemimpinan pula dihina, apa gunanya Pas mahu menjalinkan kerjasama dengan DAP? Tiada maruahkah Pas? Tidak malukah Pas?

Asakan dalaman

Selain asakan daripada DAP, Pas juga berhadapan dengan asakan dalaman khususnya daripada pemimpin-pemimpin yang tewas dalam pemilihan parti. Pemimpin-pemimpin tersebut bukan sahaja dilihat merajuk apabila tidak mahu memegang sebarang jawatan dalam parti tetapi juga mendesak Pas melaksanakan usul Dewan Ulama bagi memutuskan hubungan dengan DAP.

Kepemimpinan Pas "sudah ada mandat penuh" apabila segelintir pemimpin parti itu yang sebelum ini begitu bertungkus lumus mempertahankan tahaluf siyasi 'menyokong jika usul Dewan Ulama dilaksanakan. Lagipun Pas induk tidak perlu risau kerana tempat mereka boleh digantikan Pasma yang sememangnya diketahui mempunyai rapat dengan DAP. Apatah lagi Pasma pun sedang mempertimbangkan sama ada kekal sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau menjadi sebuah parti politik.

Tidak kira apapun keputusan mereka, ia sama sekali tidak akan menjejaskan kekuatan Pas. Sejarah Pas sendiri sudah membuktikan, tiada mana-mana individu yang berjaya apabila mereka meninggalkan Pas. Oleh itu biarlah Pasma dengan "mimpi indahnya".

Apa yang penting bagi kepemimpinan Pas di bawah teraju Abdul Hadi dan dibantu oleh Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ialah memimpin parti itu mencari keredaan Allah dan memburu kemenangan di dunia serta akhirat. Biarlah DAP terus "terpekik terlolong" sendirian kerana selama inipun apapun Pas buat, apapun Pas kata, DAP tidak menghiraukannya.

Oleh itu kenapa perlu Pas melayan "jeritan" DAP dan "sahabat baik"mereka dalam Pas? Sebaliknya, Pas buatlah keputusan dalam keadaan tenang dengan meletakkan maruah dan dasar perjuangan Islam itu mengatasi segala-galanya.

Sumber TKO - 14-6-2015

PAS, DAP tak perlu panaskan cuaca politik

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS dan DAP tidak perlu memanaskan cuaca politik antara kedua-dua parti itu, kata Ustaz Idris Ahmad.

"Jika media dijadikan medan penyelesaian, sampai bila pun tidak boleh selesai," ujar Naib Presiden PAS itu.

Menurutnya, ini kerana sememangnya kerja media untuk mensensasikan berita mereka.

"Kadang-kadang kita terperangkap dengan provokasi media untuk melaga-laga sesama sendiri. Jika kita mahu rakyat menolak BN, pemimpin mesti mempunyai jiwa besar," ujarnya lagi.

Justeru, tambah Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan tindak balas sehingga menyakit hati antara kedua-dua belah pihak.

Ini, ujarnya kerana masing-masing ada pengikut yang akan tangkas bangkit mempertahankan parti masing-masing.

"Biarlah ia diselesaikan dengan baik dan teratur. Apa-apa keputusan kita terima dengan lapang dada, kerana perjalanan kita masih jauh dan mencabar.

"Pemain-pemain media sosial kita tidak boleh halang, kerana mereka panglima di alam maya yang tidak ada siapa pun yang akan dapat menghalang mereka," tambahnya. - HARAKAHDAILY 13/6/2015


Sumber HD - 13-6-2015


Krisis: Pemimpin politik perlu bertindak 

sebagai negarawan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pemimpin politik dari semua parti perlu bertindak sebagai seorang negarawan apabila berhadapan dengan krisis dengan memikirkan juga nasib rakyat.

Justeru, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar A Samad mengingatkan mereka supaya memikirkan kesan sebarang pergeseran kepada rakyat dan bukan hanya memikirkan kepentingan masing-masing.

"Kasihanilah rakyat yang dahagakan pembelaan ketika pelbagai faktor menghimpit kehidupan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau juga Exco Kerajaan Selangor juga mempersoalkan siapa yang hendak memikirkan nasib kakitangan MAS yang dibuang kerja.

"Kenapa GST seperti telah dilupakan walhal rakyat terus tertekan? Kenapa penentangan terhadap akta-akta zalim kurang kedengaran lagi?

"Rakyat masih menunggu akan pembelaan dari kita," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 13/6/2015


Sumber HD - 13-6-2015

Tasahul, tasyaddud dan cemburu politik

Posted on Thursday, June 11 @ 19:59:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Zainal Salleh



Kepimpinan PAS kini lebih teguh dan berpadu. Ini berlaku kerana itu adalah hasrat dan pilihan ahli akar umbinya. Sejak sekian lama mereka mahu ulama memimpin tetapi Muktamar ke-61 mereka membuat penegasan paling jelas.



Mungkin ada sebilangan ahli PAS dan juga pihak yang besimpati dengannya kecewa apabila jawatan tertinggi PAS dimonopoli ulama. Namun demikianlah keadaannya apabila persaingan kepimpinan dihadkan pada dua pilihan sahaja.

Suka tidak suka ahli perlu memilih salah satu. Maka di antara profesional yang telah cuba diulamakkan selama ini dan ulama yang sudah diusahakan bersikap profesional, ahli lebih yakin pada ulama profesional.

Namun trend pengundian begini ada buruk dan baiknya. Di segi negatifnya, mungkin ia akan menolak atau menyisihkan golongan yang kalah. Ini boleh memarakkan api kekecewaan, kemarahan, kebencian dan juga permusuhan.

Di samping itu, ia juga ada kebaikannya. Sekurang-kurangnya pemikiran, halatuju dan juga strategi politik PAS akan lebih jitu dan berpadu. Ulama yang dipilih mungkin lebih mudah keputusan kerana mereka mempunyai latarbelakang pendidikan dan tarbiyah politik yang sama.

Justeru dalam menghadapi cabaran seperti kebengisan DAP terhadap PAS, perjuangan menegakkan hukum hudud serta kerjasama membela yang dhaif seperti mangsa banjir melalui kerjasama Umno, PAS akan lebih berpadu menanganinya.

Sebelum ini umum maklum, PAS kelihatan kurang bermaya dan berpadu apabila DAP menyindir, menggertak dan memperkecilkan pimpinan PAS, terutama Presidennya, Datuk Seri Haji Abndul Hadi Awang.

Kali ini, Haji Hadi dan kumpulan ulama mungkin akan lebih mudah mengendali isu-isu sensitif ini kerana pendiriannya lebih mudah diakuri dan disokong. Sebelum ini, adalah rahsia umum jalur pemikiran golongan profesional ada kalanya bersilang dengan makrifat ulama.

Ulama perlu terbuka terhadap profesional

Cuma apa yang harus diutamakan ialah ulama kini perlu lebih terbuka terhadap profesional dan tidak boleh cuma hanya bermanis muka dan mempermainkan lidah untuk memimpin profesional. Jurang sedia ada mesti dipersempitkan.

Mungkin sebab itu, meskipun terzahir rasa kecewa golongan profesional akan kekalahan Jumaat lalu, Haji Hadi menghimpunkan pengalaman kepimpinannya dengan secara jelas tegas dan ikhlas memulakan usaha mencantumkan semula PAS.

Beliau menggunakan hemah dan adab sopan Melayu untuk 'memujuk' dan merangsang golongan profesional ini terus berkubu dalam jemaah Islamiyah.  Hadi menyimpulkannya dalam pantun:

Pergi memancing di Laut Andaman
Berpatah balik tanpa tidur
Walau bertanding tetap budiman
Terus berjuang tidak berundur

Pantun di atas adalah jawapan Presiden PAS itu kepada bekas Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatan yang digalas selama dua penggal.

Mesej yang hendak disampaikannya ialah teruskan politik budiman, beristiqamah hingga kemenangan tiba dan teruskan perjuangan untuk mendaulatkan politik Islam.

Mesej ini adalah motivasi. Tiada niat menyindir, memperkecil dan cuba melepaskan geram yang mungkin bersarang dalam musim pra-pemilihan kepimpinan PAS.

Kini tanggungjawab Hadi ialah menghuraikan cabaran yang perlu dihadapi oleh baik ulama mahupun profesional yang masih mahu berganding bahu dengannya mengemudi PAS walaupun sebagai entiti tukang 'semak dan imbang'.

Dalam ucapan pembukaanyanya Khamis lalu Hadi menonjolkan mudharat mengikut tatacara dan pemikiran politik tasahul dan tasyaddud.

“Sebenarnya tidak ada pemisahan di antara ulama dan profesional dalam bahtera PAS. Apa yang berlaku adalah kita berdepan dengan tempias sekularisme yang diwujudkan untuk penghalang kebangkitan Islam, yang cuba membolos ke dalam saf gerakan Islam,” katanya.

Katanya, musuh Islam di seluruh cuba mengambil kesempatan daripada kelemahan dalam saf kebangkitan Islam terkini dengan menyebarkan virus mahu menang cepat dan gopoh yang dinamakannya tasahul dan tasyaddud.

“Kalangan berjuang secara tasahul, ingin menceduk setiap perkembangan yang berlaku daripada luar Malaysia, seperti Revolusi Islam Iran, AK Turki, Ikhwan dan Hizbu al-Nahdhah di negara Arab, tanpa melihat perbezaan waqie’ (realiti) di bumi tempat kita berpijak.

“Sedangkan kita di tanahair ini telah jauh bergerak ke hadapan dalam matlamat memurnikan aqidah dan amalan masyarakat Islam ke jalan yang tulen berbanding dengan suasana masyarakat di tempat rakan rakan kita di luar sana,” tegas Hadi.

Cemburu politik untuk tingkatkan keakraban

Sementara virus tasyaddud cuba menyuntik angan dan harapan mahu melaksanakan Islam dalam sekelip mata, atau menang secara cepat tanpa pilihan raya seperti Taliban, al-Qaeda dan ISIS atau DAAISH.

“Kumpulan ini juga melibatkan kalangan ulama dan ilmuwan yang bersemangat Islam tetapi tidak feqah dalam harakah Islamiyyah dan perlu dinasihati dan dibimbing” kata Hadi.

Selepas pencerahan berhubung kedua-dua virus itu Hadi boleh melebarkan horizon pemikiran dan adaptasi politik PAS dalam lanskap Malaysia dengan penghuraian maksud cemburu politik yang disebut dalam ucapan penggulungannya.

Ada yang berpendapat bahawa cemburu terbit dari desakan sayang. Cuma apabila desakan jiwa ini tidak ditangani dengan baik ia akan meninggalkan natijah yang buruk.

Justeru cemburu politik perlu digalakkan untuk meningkatkan keakraban dan kesatuan fikiran atau wahdatul fikri dalam kepimpinan dan ahli-ahli PAS.

Profesional beriltizam mahu mengganti ulama kerana cemburu bahawa ulama akan bersikap terlalu 'kolot dan konservatif' sehingga gagal memahami waqi’ atau realiti politik hari ini. Bagi mereka wadah Pakatan Rakyat adalah perlu.

Bagaimanapun ulama bertegas mengingatkan bahawa pakatan yang dilahirkan oleh hukum tahaluf siyasi mestilah bersyarat dan mengikut adab-adabnya. Justeru profesional perlulah mengelakkan jangkitan virus tasahul dan tasyaddud.

Lebih utama ialah profesional haruslah menghayati konsep budiman dan menghormati bahawa buat masa ini, ahli akar umbi lebih yakin dengan peta politik dan menu kepimpinan yang disajikan oleh ulama. Semak dan imbanglah.  - ANtaraPos

Sumber TKO - 11-6-2015

Muktamar: Mazlan umum pendirian 15 Jun

| .


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman akan mengumumkan pendiriannya sama ada akan kekal sebagai AJK atau tidak, pada 15 Jun ini.

Ini katanya bagi memberi tumpuan kepada NGO yang dipimpinnya iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diluluskan pendaftarannya oleh ROS baru-baru ini.

"Muktamar PAS telah selesai. Kepimpinan baru telah dipilih. Masa untuk melaksanakan amanah. Bagi yang tidak terpilih, medan siasah dan dakwah masih terbentang luas.

"Saya sendiri akan umumkan pendirian 15 Jun ini. Kita mesti memandang ke hadapan dengan agenda besar, untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Bertindak matang dan bijak menangani masyarakat majmuk.Moga usaha kita diberkati Allah," tulis beliau di laman facebooknya hari ini.

Sehari selepas keputusan pemilihan PAS bagi sesi 2015-2017 diumumkan, Mazlan mengeluarkan kenyataan di facebooknya mengenai kekecewaannya terhadap PAS hari ini.

Menurutnya, buat tempoh tertentu, beliau mahu menumpukan perhatian terhadap NGO Anak yang mempunyai pejabat baru di Ukay Perdana.

"Memperkasa organisasi dan menangani isu FGV serta kebajikan warga Felda adalah fokus utama.

Ia disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden PAS , Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," katanya.

Tambah Mazlan, sungguh pun komitmen terhadap NGO Anak akan diteruskan, kemelut dalaman parti telah memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.

"Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi. Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban telah tewas dalam pemilihan.

"Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya. Ia detik yang sukar; kepada Mu Ya Allah, hamba Mu memohon pertolongan," luahnya.

Sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS Ke-61 di Kuala Selangor Sabtu lalu, Mazlan menegaskan bahawa beliau tidak mahu berpolemik sebaliknya mahu menumpukan perhatian terhadap pembelaan rakyat.

Beliau menang bagi jawatan AJK PAS Pusat dengan mendapat 593 undi. - HARAKAHDAILY 11/6/2015

Sumber HD - 11-6-2015


Hentikanlah fitnah PAS bersama dengan Umno

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kenapa masih menuduh pimpinan Pas di bawah TG Haji Abd Hadi Awang hendak bersama Umno. Ini merupakan satu tuduhan orang yang kecewa dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang masih mendapat sokongan daripada ahli.

Gesaan tegas ini dibuat oleh Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataanya kepada Harakahdaily.

“Untuk makluman TGHH pernah diajak oleh pemimpin Umno untuk bergabung dengan PAS, tetapi dijawab dengan tegas, PAS tidak akan bersama dengan Umno sebaliknya terus akan kekal dengan PR.

“Janganlah akibat terlalu marah sehingga sanggup menuduh pemimpin PAS ketagih sangat mahu bergabung dengan Umno. Sedangkan ada dalam kalangan mereka ini borang Umno pun tidak pernah pegang. Majoriti anak menantu dan keluarga mereka bersama PAS,” ujar Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau menggesa mereka yang menuduh pemimpin PAS yang hendak menyertai Umno agar melihat kiri kanan dahulu, adakah tidak ada ahli keluarga mereka yang tidak menyertai Umno. Alangkah baiknya masa yang terluang untuk menulis dan memfitnah orang lain menyertai Umno digunakan untuk berdakwah keluarga terdekat untuk bersama dengan perjuangan PAS.

Mereka yang menyertai PAS kebanyakannya faham sebab apa mereka bersama PAS. Mereka menyertai PAS bukan kerana benci individu dalam Umno, bukan kerana kalah berlawan dalam persidangan Umno, bukan kerana kecewa tidak dapat projek tetapi kerana dasar Islam.

“Prinsip kita jelas, siapa yang teringin sangat dengan Umno, dia seorang diri sahaja yang akan pergi bersama Umno. Sejarah terpahat pemimpin yang menyertai Umno seperti Datuk Asri Hj Muda, Ustaz Osman Abdullah, Ustaz Nakhaei Ahmad dan lain-lain lagi, mereka keseorangan sedangkan PAS tetap teguh dan segar, walau pun mereka dipandang hebat ketika memimpin Pas.

“Satu ketika dahulu ada orang menuduh Almarhum Ustaz Harun Taib dan Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik akan menyertai Umno. Sedangkan mereka berdua meninggal di dalam perjuangan PAS, yang menuduh mereka berdua belum pasti mengakhiri hayat bersama dengan PAS.

“Janganlah sikap melampau sehingga tidak boleh lihat pemimpin PAS yang kita benci minum teh bersama pemimpin Umno, terus dituduh menjadi Umno. Sedangkan orang yang mereka suka, walaupun siang malam bersama pemimpin Umno tidak dituduh apa-apa pun,” tegas beliau lagi. – HARAKAHDAILY 11/6/2015

Sumber HD - 11-6-2015


Muktamar Hentikanlah fitnah PAS bersama dengan Umno
Posted on Thursday, June 11 @ 12:46:12 MYT by paktam

KUALA LUMPUR: Kenapa masih menuduh pimpinan Pas di bawah TG Haji Abd Hadi Awang hendak bersama Umno. Ini merupakan satu tuduhan orang yang kecewa dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang masih mendapat sokongan daripada ahli.

Gesaan tegas ini dibuat oleh Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataanya kepada Harakahdaily.


“Untuk makluman TGHH pernah diajak oleh pemimpin Umno untuk bergabung dengan PAS, tetapi dijawab dengan tegas, PAS tidak akan bersama dengan Umno sebaliknya terus akan kekal dengan PR.

“Janganlah akibat terlalu marah sehingga sanggup menuduh pemimpin PAS ketagih sangat mahu bergabung dengan Umno. Sedangkan ada dalam kalangan mereka ini borang Umno pun tidak pernah pegang. Majoriti anak menantu dan keluarga mereka bersama PAS,” ujar Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau menggesa mereka yang menuduh pemimpin PAS yang hendak menyertai Umno agar melihat kiri kanan dahulu, adakah tidak ada ahli keluarga mereka yang tidak menyertai Umno. Alangkah baiknya masa yang terluang untuk menulis dan memfitnah orang lain menyertai Umno digunakan untuk berdakwah keluarga terdekat untuk bersama dengan perjuangan PAS.

Mereka yang menyertai PAS kebanyakannya faham sebab apa mereka bersama PAS. Mereka menyertai PAS bukan kerana benci individu dalam Umno, bukan kerana kalah berlawan dalam persidangan Umno, bukan kerana kecewa tidak dapat projek tetapi kerana dasar Islam.

“Prinsip kita jelas, siapa yang teringin sangat dengan Umno, dia seorang diri sahaja yang akan pergi bersama Umno. Sejarah terpahat pemimpin yang menyertai Umno seperti Datuk Asri Hj Muda, Ustaz Osman Abdullah, Ustaz Nakhaei Ahmad dan lain-lain lagi, mereka keseorangan sedangkan PAS tetap teguh dan segar, walau pun mereka dipandang hebat ketika memimpin Pas.

“Satu ketika dahulu ada orang menuduh Almarhum Ustaz Harun Taib dan Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik akan menyertai Umno. Sedangkan mereka berdua meninggal di dalam perjuangan PAS, yang menuduh mereka berdua belum pasti mengakhiri hayat bersama dengan PAS.

“Janganlah sikap melampau sehingga tidak boleh lihat pemimpin PAS yang kita benci minum teh bersama pemimpin Umno, terus dituduh menjadi Umno. Sedangkan orang yang mereka suka, walaupun siang malam bersama pemimpin Umno tidak dituduh apa-apa pun,” tegas beliau lagi.

Sumber DD - 11-6-2015


Pas masih belum putus kedudukan dalam PR
Posted on Tuesday, June 09 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan parti itu masih bersama PR dan belum memutuskan untuk meneruskan atau menghentikan kerjasama politiknya dalam perikatan itu.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa agar pimpinan Pas mengeluarkan arahan agar wakil Pas meletakkan jawatan di Pulau Pinang.

"Saya setuju (wakil Pas letak jawatan) jika itu (tinggalkan PR) keputusan Pas. Sekarang ini, Pas masih belum lagi buat keputusan mengenai hubungan dengan parti-parti dalam PR. Jadi mengapa perlu kita lakukannya sekarang?

"Keputusan belum lagi dibuat berhubung kedudukan Pas di dalam PR. Oleh itu kedudukan sekarang ini, Pas masih di dalam PR," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng berkata, Pas perlu  mengarahkan wakilnya meletakkan semua jawatan dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menunjukkan parti itu masih mempunyai maruah.

Ketika ditanya mengenai mesyuarat Majlis Syura Ulama yang akan membincangkan usul Dewan Ulama yang diterima tanpa bahas pada muktamar lalu, Takiyuddin memberitahu tidak mempunyai sebarang maklumat setakat ini.

Setakat ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sudah pun melepaskan jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan kini Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa turut mengikut jejak langkah sama.

Sementara itu, menyentuh soal amanat bekas Ketua Pembangkang yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh, Takiyuddin memberitahu, pihaknya akan memberi maklumat terkini kepada Anwar.

Sabtu lalu, Pas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas pada Muktamar Pas Pusat ke-61. - Sinar Harian 

Sumber TKO - 10-6-2015

DAP Semakin Angkuh

IMG-20150605-WA0051 (2)
DAP semakin angkuh dan hanya mahu melihat Pas menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Malah katanya, DAP tidak menyenangi agenda perjuangan Islam yang dibawa PAS dan menyerang pimpinan Pas setiap hari.

“Pada ketika ini yang tidak senang dengan agenda dan perjuangan Islam dibawa PAS adalah DAP.

Setiap hari pimpinannya menyerang PAS, termasuk masuk mencampuri hal ehwal pemilihan Pas.

“DAP semakin angkuh dan hanya mahu melihat PAS seperti ‘lembu dicucuk hidung’. Insya-ALLAH kepimpinan baru Pas akan terus melangsungkan amanah perjuangan Islam,” katanya dalam satu kenyataan beliau.

muktamar pas 61

Sejak muktamar PAS yang lalu, hubungan PAS-DAP dilihat semakin meruncing apabila persidangan tersebut menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa dibahaskan.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil berkata, kemenangan barisan pimpinan yang dipilih pada muktamar kali ini memikul tanggungjawab untuk memenangkan Islam.

“Mereka yang telah terpilih itu mendapat kepercayaan para perwakilan mewakili ahli PAS dari seluruh negara bagi memikul amanah untuk memenangkan Islam. Manakala mereka yang tidak terpilih pula tetap menjadi harapan agar terus istiqamah menggalas amanah membantu parti hingga mencapai kemenangan perjuangan.

“PAS akan kekal beristiqamah menegakkan syariah Islam di bumi Malaysia selaras Perlembagaan Persekutuan hingga mencapai kemenangan menumbangkan kezaliman Umno-BN.

PAS juga komited berpegang kepada janji diikat dalam tahaluf siyasi bersama PR dan menghormati perbezaan yang wujud serta mengakui realiti kemajmukan rakyat negara ini,” katanya.

Sumber BO - 10-6-2015


Muktamar 61: Ulama kukuhkan kedudukan 

dalam parti

HARIS ZALKAPLI | .


PEMILIHAN barisan pemimpin PAS untuk penggal 2015-2017 telah berjalan dengan lancar, dengan hasil keputusan yang sedikit sebanyak telah dijangka tetapi tetap mengejutkan termasuk kepada kelompok yang telah lama melakukan persediaan untuk memastikan penguasaan pemimpin-pemimpin mendukung kepimpinan ulama.

Barisan pemimpin berubah hampir sepenuhnya, melibatkan perubahan timbalan presiden, tiga naib presiden dan kekalahan ramai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, perubahan ketua sayap Pemuda dan tiga jawatan ketua, timbalan dan naib Dewan Muslimat.

Sejak perubahan besar-besaran kepimpinan Dewan Pemuda pada Rabu 3 Jun, perubahan landskap kepimpinan PAS  secara keseluruhan telah kelihatan. Pengundian secara blok menyaksikan pasukan Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat, calon Timbalan Ketua Pemuda Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan calon Naib Ketua Nor Azman Mohamad tewas dengan jumlah undi yang agak besar, dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda dimenangi oleh pemimpin-pemimpin Pemuda yang mendukung kepimpinan ulama.

Tidak seperti pemilihan penggal 2013-2015 yang menyaksikan undi tidak sepenuhnya secara blok walaupun pemimpin-pemimpin proulama Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ir Khairil Nizam Khiruddin mendapat jumlah undi yang selesa tetapi Suhaizan memperoleh kemenangan, undi tahun ini menunjukkan pembahagian yang jelas.

Keputusan pertandingan satu lawan satu dalam Dewan Pemuda daripada pengerusi tetap hingga naib ketua pemuda menunjukkan satu jumlah rendah yang hampir sama diperoleh kumpulan Suhaizan, dengan jumlah tertinggi tidak menghampiri 300 undi.

Keputusan Dewan Muslimat meneruskan trend pengundian secara blok apabila calon Ketua Muslimat Ustazah Nuridah Salleh, calon Timbalan Ketua Dr Rosni Adam dan calon Naib Ketua Salamiah Md Nor menewaskan penyandang, Ketua Muslimat Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Dr Siti Mariah Mahmud dan Naib Ketua Mumtaz Mohd Nawi.

Dewan Muslimat dilihat sesetengah pihak sebagai kayu ukur yang akan menunjukkan sejauh mana kelompok konservatif proulama berjaya dalam memenangkan pemimpin-pemimpin proulama dalam pemilihan kali ini. Ada yang menjangka calon-calon proulama berdepan cabaran paling getir dalam Dewan Muslimat, ekoran pengaruh kuat Ketua Muslimat Ustazah Siti Zailah dan pasukannya Dr Mariah dan pemimpin popular Muslimat di Kelantan, Mumtaz.

Pada Khamis, 4 Jun, keputusan pertandingan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengesahkan lagi pengundian secara blok oleh pendukung kepimpinan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama.

Keputusan Tuan Guru Abdul Hadi memperoleh 928 undi berbanding hanya 233 diperoleh Ustaz Ahmad Awang menegaskan sokongan kuat kepada Tuan Guru Presiden yang telah berdepan cabaran getir termasuk usaha pembunuhan karekter sejak dua pilihan raya umum yang lalu.

Jumnlah undi rendah Ahmad Awang berbanding undi diterima penyandang Timbalan Presiden Mohamad Sabu - sebanyak 279 undi - dan calon-calon AJK Pusat dari kelompok yang sama yang tewas menunjukkan Ahmad Awang tidak mendapat sokongan penuh daripada blok yang tidak menyokong Tuan Guru Abdul Hadi.

Keputusan-keputusan ini semua menunjukkan kewujudan satu gelombang proulama yang sangat kuat, lebih-lebih lagi selepas kempen dua tahun lalu gagal mendapatkan hasil keputusan seperti diharapkan. Kekuatan gelombang ini juga dipercayai didorong juga oleh kenyataan-kenyataan dan tindakan kelompok yang lebih liberal dan pragmatik yang mengguris perasaan kelompok konservatif pendukung kepimpinan ulama.

Perkembangan ini menunjukkan kepimpinan ulama masih diterima sebahagian besar ahli, dan PAS kelihatan akan kekal di atas landasan dan prinsipnya sebagai sebuah parti Islam yang konservatif, mengatasi tuntutan-tuntutan pragmatik yang semakin kuat sejak bersama dalam kerjasama Pakatan Rakyat.

Keputusan dalam Muktamar Tahunan ke-61 ini juga menegaskan kedudukan PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai ahli-ahli yang teguh pendirian dan mempunyai kesatuan pemikiran dalam agenda yang menjadi pegangan parti.

Pada masa sama, terbukti juga yang proses demokrasi pemilihan pemimpin parti terus dapat berjalan dengan lancar dalam PAS. Kempen termasuk usaha menganjurkan debat berjalan tanpa kejadian di luar kawalan dan memalukan parti.

Pemilihan PAS, beberapa isu penting

Pemilihan kepimpinan PAS yang baru berlangsung dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 telah mendapat perhatian ramai sejak sebelum undian dijalankan, dan mencetuskan banyak istilah dan pandangan-pandangan untuk menjelaskan apa yang berlaku dalam parti ini. Berikut beberapa isu penting berkaitan dengan perkembangan ini.

1. Pengundian blok
Pengundian secara blok bukanlah sesuatu yang aneh atau negatif, kerana boleh wujud satu kumpulan atau beberapa orang pemimpin yang mempunyai aspirasi yang disokong dan dilihat sebagai berdaya maju oleh ahli-ahli parti. Ini termasuklah penggunaan senarai atau "chai" untuk mengenal pasti nama-nama yang hendak diundi atau sekadar dijadikan panduan dan endorsmen pihak-pihak tertentu termasuk oleh Majlis Syura Ulama. Endorsmen bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam pemilihan dan pilihan raya.

2. Kewujudan kem
Kewujudan kem mempunyai kedua-dua sisi positif dan negatif. Positifnya ialah calon-calon yang berwibawa dan wajar dipilih dapat dikenal pasti dan diperkenalkan dengan lebih mudah. Hal ini hampir sama dengan kempen parti-parti politik menggesa pengundi mengundi calon-calon parti mereka. Tetapi wujud juga soal apa yang dinilai dahulu, calon yang mempunyai kecenderungan sama atau kebolehan? Kewujudan kem boleh mendorong kem-kem terbabit meletakkan calon tidak layak yang dipilih semata-mata kerana menjadi sebahagian kumpulan mereka.

3. Kesan persepsi
Mungkin persepsi tidak dianggap penting oleh sesetengah pihak, tetapi dalam politik negara ini yang persepsi dan permainan imej menjadi semakin dominan, soal persepsi tidak boleh dipandang ringan. Kemenangan kelompok konservatif yang imejnya telah lama diserang dan diberi gambaran negatif oleh media terutamanya media liberal kini menjadi satu cabaran besar untuk diatasi oleh PAS. Kelompok liberal dalam PAS lebih mendekati golongan bukan Muslim dan dilihat sebagai lebih "progresif" dalam hal ini. Kekalahan besar mereka akan memberi kesan kepada persepsi bukan Muslim terhadap PAS.

4. Rasa puas hati
Kemenangan luar biasa kelompok ulama dalam pemilihan kali ini berpotensi mewujudkan perasaan puas hati dan rasa segala masalah telah selesai. Wujud kemungkinan sesetengah pihak dalam kalangan yang menang memandang terlalu tinggi kemenangan ini dan melihat penyelesaian masalah akan menjadi mudah. Persetujuan dalam hal apa yang ditentang sentiasa lebih mudah berbanding apa yang ingin dicapai dan cara mencapainya.

5. Kerjasama Pakatan Rakyat
Kerjasama dengan gabungan Pakatan Rakyat tidak dapat dielakkan daripada berdepan cabaran ekoran hasil pemilihan yang telah mengubah landskap kepimpinan PAS. Akibat persepsi negatif yang telah lama dibina dan PAS yang dijangka bersikap lebih asertif dan tegas, rakan Pakatan akan merasai satu perubahan daripada PAS yang lebih lembut dan mengalah seperti sebelum ini. Perubahan sifat PAS ini akan mengubah bentuk kerjasama Pakatan Rakyat.

6. Kesatuan dalaman
Selepas pertembungan yang sengit dan mencederakan kedua-dua pihak, usaha mendamaikan dan meredakan persaingan diperlukan oleh PAS. Ketua Pemuda Nik Mohamad Abduh Nik Mat sendiri menyatakan hasrat melaksanakan agenda ini dalam ucapan kemenangannya di Shah Alam. Hal ini bakal menjadi sesuatu yang mencabar dan lebih sukar daripada yang dijangkakan, ekoran perbezaan pandangan alam antara dua pihak yang bersaing.

7. Label "profesional"
Banyak pihak memberi label "profesional" dan "progresif" kepada pihak yang tidak sehaluan dengan kelompok yang mendukung kepimpinan ulama. Kesalahan pengkategorian ini amat jelas, kerana golongan berkerjaya profesional turut mewakili kelompok konservatif yang sering dilabel sebagai golongan "agamawan." Label dan kategori yang salah ini meletakkan golongan penyokong kepimpinan ulama di sisi negatif.

8. "UG"
Label UG (unity government) atau kerajaan perpaduan digunakan - dengan membawa pengertian dan implikasi berbaik dan berkomplot dengan Umno dan mengkhianati rakan pakatan) oleh pihak tertentu untuk memberi gambaran negatif Tuan Guru Presiden Abdul Hadi dan kumpulan penyokong ulama.

Malang sekali, ketika amalan label-melabel dikecam kuat, masih ada yang menggunakan label ini.

Malah, pihak yang menganjurkan "ruhama" sendiri menyindir dengan menyebut "kenyit mata dengan Umno."

9. Pengaruh luar
DAP melalui beberapa orang pemimpinnya termasuk Lim Guan Eng secara keras mengecam Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi menjelang muktamar dan pemilihan. DAP telah mendedahkan dirinya sebagai parti yang ingin menguasai PAS dan Pakatan dan mahu mempengaruhi pemilihan, dan juga melakukan provokasi mungkin dengan harapan PAS melatah dan bertindak tidak rasional. Akhirnya, pemilihan pemimpin-pemimpin yang tidak disukai DAP merupakan tamparan kepada parti itu.

10. Kumpulan Islam utama
Perhatian terhadap PAS oleh kawan dan lawan meletakkan PAS di satu kedudukan yang istimewa. PAS menunjukkan bahawa ia mempunyai pengaruh dan nilai tersendiri yang penting dalam politik Malaysia dan juga pelbagai lapangan lain dalam negara ini. Kedudukannya sebagai pihak yang menjadikan pelaksanaan syariat Islam sebagai agenda utama dan mewakili orang Melayu yang merupakan majoriti terus mengesahkan posisi istimewa PAS ini. – HARAKAHDAILY 10/6/2015

Sumber HD - 10-6-2015


Usul muktamar: Pemimpin DAP tidak perlu 

gopoh

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS mengharapkan supaya pemimpin DAP tidak gopoh untuk mengeluarkan kenyataan sehingga mengeruhkan suasana mengenai usul Dewan Ulamak PAS pada Muktamar PAS Ke-61, minggu lalu.

"PAS meminta supaya semua pihak bersabar dengan tidak mengeluarkan kenyataan yang mengeruh suasana dan memanaskan iklim politik di negara ini," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, kenyataan Lim Guan Eng yang meminta supaya semua penjawat lantikan politik di Pulau Pinang meletak jawatan satu kenyataan yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Biarlah pimpinan PAS yang mengendalikan isu ini dengan baik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Baginya, tidak perlulah kenyataan itu dikeluarkan kerana ia memberi kesan politik jangka panjang dan persepsi buruk terhadap DAP dalam kalangan orang-orang Melayu.

Jelas beliau, selama ini PAS cuba membetulkan persepsi buruk bahawa DAP bukan parti yang anti Melayu dan Islam, walau pun PAS dipandang buruk oleh orang-orang Melayu terutama di luar bandar.

"Tetapi atas semangat setia kawan dalam tahaluf, PAS tetap pertahankan," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 10/5/2015


Sumber HD - 10-6-2015


Pasca muktamar: Teruslah melangkah ke 

hadapan

AHMAD HAKIMI OTHMAN | .


MUKTAMAR PAS ke 61 telah melabuhkan tirainya pada petang sabtu 6 Jun 2015. Berakhirnya muktamar 61, bermula pula perjalanan baru gerakan Islam PAS mendepani cabaran dengan barisan kepimpinan yang baru. Cabaran pertama PAS ialah berhadapan respon dan serangan agresif parti lawan dan kawan serta rakan rakan yang kecewa dalam Pemilihan muktamar kali ini.

Serangan pasca muktamar 61 tertumpu kepada usul Dewan Ulama PAS Pusat yang diterima tanpa bahas dengan cadangan kepada Majlis Syura Ulamak PAS supaya menimbang untuk memutuskan tahaluf Siyasi dengan DAP di samping memperkukuhkan Pakatan Rakyat bersama PKR.

Usul ini, pastinya menerima reaksi agresif DAP yang seolah olah lupa akan tindakan mereka dalam 2-3 bulan yang lepas yang CEC DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS dan sayap dan beberapa DAP Negeri juga memutuskan hubungan dengan PAS.

Turut membelasah PAS ialah tokoh tokoh yang sebelum ini berbeza pendekatan dan pendapat dengan Presiden PAS yang menggunakan media media lain seperti Malaysiakini, The Malaysia Insider dan juga roketkini untuk melepaskan geram terhadap kekalahan dalam perebutan jawatan dalam muktamar yang lalu.

Apa Seharusnya PAS lakukan?

PAS yang dipimpin dengan barisan baru yang teguh di belakang kepimpinan seharusnya melangkah gagah ke depan tanpa menghiraukan lagi suara suara sumbang yang tidak puas hati dengan perkembangan terbaru PAS.

Kesepaduan dalam barisan baru hari ini adalah aset penting dalam mengukuhkan PAS dan perjuangan ISLAM yang menjadi dasar dan prinsipnya. Dengan keutuhan yang ada kepada pimpinan dan akar umbi yang menyeluruh di seluruh pelosok negara boleh terus digilap dengan perjuangan Islam yang dilaungkan selama ini. Perjuangan meletakkan Islam sebagai Penyelesaian kepada masalah dunia hari ini tidak boleh lagi diganggu gugat dari dalam.

Masalah negara yang berpunca dari tadbir urus Umno dan BN sebelum ini perlu diambil kira oleh PAS untuk menyediakan penyelesaian alternatif secara Islam. PAS boleh mula mengorak langkah dengan mengukuhkan dakwah Islam dan Mukjizat al-Quran tatkala PAS hari ini menjadi tumpuan media dengan pelbagai tuduhan dan cerita palsu.

Kita boleh lihat daripada perspektif yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW di Mekah. Ketika Nabi dituduh sebagai orang gila, ahli sihir dan tidak siuman. Tuduhan-tuduhan itu menyebabkan Nabi Muhammad SAW menjadi tanda tanya bagi orang yang mempunyai mata hati yang cerah dan jernih dalam mencari kebenaran.

Reputasi melalui propaganda buruk itu bertukar kepada tumpuan bijak pandai mendapat cerita sebenar dari Muhammad bin Abdullah SAW. Apa yang Nabi terangkan tidak lain hanyalah Penyelesaian ALLAH iaitu wahyu AL Quran sebagai panduan penyelesaian masalah Umat dunia waktu itu yang mengalami keruntuhan moral dan nilai nilai kemanusiaan.

Maka, mengambil iktibar ini, PAS tidak boleh berhenti mengutarakan Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai penyelesaian. Kesepaduan di bawah Kepimpinan Ulama yang dipimpin Majlis Syura Ulamak mendapat sinar dengan kepimpinan Baru pasca muktamar ke 61.

DAP, PASMA dan Pakatan Baru Politik?

Perkembangan serangan DAP dan desas desus parti orientasi Islam baru yang mungkin ditubuhkan dalam sedikit masa tidak akan memberi kesan besar kepada Perjuangan PAS. Reputasi DAP yang bertalu talu menyerang PAS sehingga keluar dari norma norma demokrasi menyebabkan ketakutan kepada sebahagian rakyat yang tidak suka kepada tindakan agresif dan dolak dalik.

Mereka yang berasosiasi dengan Politik DAP dalam waktu terdekat ini akan menerima tempias buruk kerana tindakan DAP mutaakhir ini. Bahkan penubuhan parti Politik baru pula pasti akan mengulangi sejarah Hamim, Berjasa dan S46 yang sudah berkubur ditelan zaman.

Layanan PAS kepada DAP dan rakan rakan yang lain boleh diteruskan dengan cara yang lain. PAS masih boleh lagi menghormati pimpinan yang senyap dan menghormati PAS. DAP bukan lawan PAS dalam medan pilihan raya. Lawan PAS dalam pilihan raya adalah Umno dan BN. Manakala DAP berhadapan dengan GERAKAN, MCA, PPP, MIC dan lain lain.

DAP terpaksa berhadapan dengan banyak pihak dalam pertembungan pilihan raya, sedangkan PAS tidak begitu rugnsing, kerana cabaran yang dihadapi zaman berzaman adalah Umno/BN yang sudah difahami pendekatan dan strategi mereka.

Kesimpulan

PAS berada atas landasan yang betul dalam membawa Perjuangan Islam tanpa tergugat dengan krisis dalaman lagi. Krisis yang sebelum ini berada di dalam, sudah dikeluarkan dan berada di pinggiran. Tinggal lagi, PAS perlu memenuhi syarat Allah untuk mencapai kemenangan iaitu terus istiqamah membawa seruan Islam sebagai dasar perjuangan. – HARAKAHDAILY 10/6/2015

Penulis ialah KP DPP Kuala Selangor

Sumber HD - 10-6-2015

MUKTAMAR NEVER FAILS TO DRAW CROWDS - GELEGATES




http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/35863-muktamar-never-fails-to-draw-crowds

Sumber HD - 9-6-2015

Catatan Pasca Muktamar PAS 2015: Biduk Berlalu, Kiambang Bertaut Semula..?
Posted on Tuesday, June 09 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



1. Catatan ini dibuat adalah kesinambungan daripada artikel yang ditulis menjelang Muktamar yang bertajuk "Menang Jadi Arang.., Kalah Jadi Abu..?" pada 28 Mei 2015. Artikel itu ditulis kerana timbul kerisauan apabila melihat suasana dan trend berkempen begitu agresif oleh kedua-belah pihak yang boleh menatijahkan impak yang buruk apabila calon idaman pilihan masing-masing menang mahupun kalah.

2. Kini, umum sudah pun mengetahui keputusan pemilihan kepimpinan PAS bagi sesi 2015/2017. Suka atau tidak, itulah pendirian akar umbi PAS yang dizahirkan melalui 1162 orang perwakilan yang mengundi sebagai wakil setiap Kawasan di seluruh Malaysia.

Keputusan itu agak mengejutkan bagi sesetengah pihak khususnya bagi pengguna alam maya yang begitu mencintai portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang bersungguh juga berkempen baru-baru ini. Manakan tidak,keputusan sebenar pemilihan itu begitu kontra dan berlawanan daripada analisa jangkaan dan survey yang dibuat oleh portal tersebut.

Amatlah wajar untuk kita ketahui bahawa perwakilan yang mengundi itu adalah mereka yang berjawatan di peringkat PAS Kawasan seperti Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Pemuda,Ketua Muslimat dan lain-lain. Tidak kesemua perwakilan ini begitu terpengaruh dengan corak permainan media samada arus perdana yang dimiliki UMNO mahupun media alternatif yang pro Pakatan Rakyat.

3. Sungguhpun demikian, kita tidak dapat menafikan bahawa peranan media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Youtube dan lain-lain turut menjadi faktor yang mempengaruhi keputusan pemilihan baru-baru ini. Wujudnya akaun page FB yang tidak bernama, sebaran infografik, poster, berita dan artikel yang berunsur fitnah begitu menghangatkan lagi suasana kempen. Cuma, tidaklah dapat dipastikan sejauh mana ia memberi kesan kepada para perwakilan untuk membuat pemilihan.?
 
4. Di samping itu, antara faktor lain yang mempengaruhi keputusan pemilihan kepimpinan PAS baru-baru ini ialah kempen dan campurtangan tidak langsung oleh pihak parti rakan khususnya DAP.

Ia turut diakui sendiri oleh Tuan Guru Presiden PAS ketika ucapan penggulungan, beliau berkata " Isu kepimpinan parti, ini urusan dalaman PAS. Kita tidak kempen pemilihan parti lain, orang tolong kempen pemilihan parti kita. Disiar oleh media.,kesian kepada rakan-rakan kita yang menjadi mangsa.

Tidak ada dalam kalangan pemimpin PAS yang menolak syariat, yang menolak akidah Islam. Kalau mereka tolak ini, mereka tidak masuk PAS ini. Tetapi akibat salahlaku pemimpin rakan-rakan Pakatan Rakyat ini menyebabkan pimpinan kita tercalar."

5. Saya juga ingin memetik artikel analisa Muktamar PAS yang ditulis oleh Joceline Tan, wartawan The Star di dalam siri artikel yang bertajuk Pro Ulama Tsunami in PAS Youth, Ulama in Total Control dan Tsunami Wipes Out Big Names. Mungkin perkataan 'Tsunami Ulama' itu agak besar maknanya yang boleh diragui, tetapi saya bersetuju dengan penulis tersebut yang menyatakan;

"The attacks by the DAP father-and-son seem to have worked against the professionals. The two Lims, Kit Siang and Guan Eng, thought they could frighten the Youth delegates with their scare tactics of Pakatan breaking up after the muktamar. Instead, their tactics backfired and angered the delegates who found the pair disrespectful and rude. The Lims clearly do not understand how the Malays and Muslims feel about their leaders and beliefs."

6. Terdapat banyak pengajaran dan muhasabah yang boleh diambil daripada Muktamar PAS ke 61 baru-baru ini. Keputusan pemilihan menunjukkan para perwakilan telah membuat keputusan yang nekad dan berani apabila menukarkan lebih daripada separuh muka lama kepada muka baru yang majoritinya terdiri daripada mereka yang beraliran agama.


Telahan peribadi saya merasakan perwakilan mahukan kepimpinan yang lebih tegas dalam mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan PAS serta tidak lebur apabila bertahalluf siasi melalui Pakatan Rakyat. Mungkin juga mereka ingin membuktikan kepada orang Melayu-Islam khususnya bahawa PAS bukanlah kuda tunggangan DAP dan tidak melukut di tepi gantang di dalam Pakatan Rakyat.

7. Sudah menjadi kebiasaan juga di dalam PAS, apabila berakhirnya pemilihan kepimpinan, mereka yang kalah akan dilantik kembali bersama dengan barisan kepimpinan yang menang. Dahulunya, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim, Tuan Haji Mohamad Sabu, Dato' Mahfuz pernah dilantik memegang jawatan dalam kepimpinan PAS Pusat setelah mereka tewas dalam pemilihan. Jadi, tidaklah menjadi perkara yang aneh dan pelik apabila mereka yang telah kalah dalam pemilihan kali ini boleh dibawa masuk kembali dalam barisan kepimpinan khususnya bagi pemimpin yang senior, berpengalaman dan berkebolehan.

Inilah juga salah satu cara terbaik untuk memperkemaskan saff kepimpinan dan mengukuhkan kembali parti. Mana mungkin PAS boleh bergerak maju ke hadapan, jikalau ketiga-tiga tungku iaitu Ulamak, Profesional dan Aktivis tidak digabung-jalin dan bersinergi dalam gerakerja di medan siasah, dakwah dan tarbiyyah.

8. Buat akhirnya, adalah menjadi harapan kepada para pimpinan lama yang tidak terpilih baru-baru ini, agar tetap teguh bersama parti. Contohilah kisah Almarhum Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri yang kalah dalam pemilihan namun tetap istiqamah sehingga ke akhir hayatnya.

Almarhum meninggal dunia setelah pulang daripada Muktamar PAS kali ke 55 di Kota Bharu pada tahun 2010. Almarhum yang dianggap sebagai 'arkib' PAS dan 'arkitek' yang mencetus pembinaan Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar (kini bernama KUIZM), tidak canggung untuk membersihkan Markaz setelah tidak lagi bergelar Timbalan Presiden PAS.

Begitulah hebatnya tarbiyyah dan jiwa besar pemimpin PAS yang perlu kita contohi kerana tidak semestinya kita hanya menunggu berjawatan besar barulah boleh berjuang dalam parti. Tidak kurang ramainya para penyokong dan pencinta PAS yang tidak bernama menginfakkan harta, peluh-keringat walaupun mereka sendiri hidup susah di ceruk ladang, sawah,pantai dan kampung. Usah kita mengsia-siakan harapan mereka yang begitu ikhlas mengimpikan Islam termartabat di bumi Malaysia ini.

9. Kepada barisan kepimpinan yang baru dipilih, kini masa untuk membuat kerja.Laksanakan dan buktikanlah kepada sekalian pendokong PAS bahawa amanah yang telah diberikan itu akan dilaksanakan dengan sebaiknya. Kita tidak mahu mereka yang hanya pandai petah berhujjah dan berceramah tetapi tidak pula pandai untuk membuat gerak kerja. PRU 14 tidak lama lagi akan berkunjung tiba, UMNO sudah pun berada di dalam keadaan tenat akibat krisis dalaman dan rakyat kian hilang kepercayaan kepada UMNO.

Cuma, persoalan kini adakah sekalian rakyat bersedia untuk memberi kepercayaan kepada PAS melalui Pakatan Rakyat sebagai pengganti UMNO-Barisan Nasional untuk mentadbir di Putrajaya.?

Maka, perkukuhkanlah dahulu dalaman parti kita barulah gagah untuk melangkah berpencak di medan PRU 14 kelak. Semoga dengan berlabuhnya tirai Muktamar PAS kali ke 61 baru-baru ini, maka berakhirlah sengketa dan pertempuran dalaman bak kata pepatah "Biduk Berlalu, Kiambang Bertaut Semula".

Nota Tambahan: 

Merujuk kepada Perlembagaan PAS, Fasal 25 (4) dan (5) menyatakan bahawa Presiden dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhak melantik Setiausaha Agung, 3 orang Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihan Raya dan 6 orang AJK PAS Pusat.


InsyaAllah, bersama kita nantikan kabinet penuh barisan kepimpinan PAS Pusat sesi 2015/2017 yang dijangka akan dilengkapkan tidak lama lagi.

Catatan oleh,

Syed Ahmad Fadhli
Pusat Penyelidikan PAS

Sumber TKO - 9-6-2015


Pas sudah tekad, tak akan patah balik

Posted on Tuesday, June 09 @ 10:25:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berpandangan parti berkenaan tidak akan berpatah balik mengenai usul putus kerjasama dengan DAP.

Beliau berkata, kredibiliti parti itu akan tercalar sekiranya berpatah balik daripada keputusan usul tanpa bahas pada muktamar lalu.

“Jika kita berpatah balik, pasti orang Islam di negara ini akan memandang negatif terhadap Pas yang memperjuangkan Islam.

“Pasti mereka (orang Islam) akan kata Pas tidak konsisten. Jadi imej kami akan buruk,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Mahfuz berkata, sekiranya Pas berpatah balik untuk bekerjasama semula dengan DAP rakyat akan melihat bahawa Pas lebih mementingkan jawatan berbanding prinsip parti.

Menurutnya, usul memutuskan hubungan DAP yang diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Dewan Ulama Pas pusat telah di bawa oleh ahli jawatankuasanya sendiri.

“Sebenarnya sebahagian Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama adalah Ahli Majlis Syura Ulama. Jadi secara prinsipnya Majlis Syura telah memutuskannya.

“Apa pun kita tunggu ia dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Syura nanti,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata cubaan PKR untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan DAP dan Pas dilihat sebagai usaha yang sia-sia.

“Itu satu usaha yang sangat sukar kerana usul yang dibawa Dewan Ulama Pas sudah menggariskan sembilan alasan tentang keperluan untuk putus kerjasama dengan DAP,” katanya.

Ditanya adakah Pas akan mengarahkan ahli Pas yang memegang jawatan dalam kerajaan Selangor turut meletakkan jawatan seperti yang digesa oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, Mahfuz berkata ia bergantung kepada PKR.

“Selangor dan Pulau Pinang adalah berbeza. Di Pulau Pinang DAP boleh memerintah tanpa Pas, begitu juga sekiranya tanpa PKR.

“Namun begitu di Selangor ia terpulang kepada PKR. Jika mereka mahu bersama Pas, DAP perlu berundur. Kalau PKR mahu bersama DAP, Pas terpaksa berundur,” katanya.

Ditanya lagi, adakah Pas akan bekerjasama dengan BN di Selangor, Mahfuz berkata perkara tersebut tidak akan berlaku.

“Moral politiknya, kita tidak akan bekerjasama dengan BN. Pas boleh jadi komponen besar bagi kerajaan pakatan,” katanya.  - Sinar Harian 



Sumber TKO - 9-6-2015



Usul tahaluf siyasi: DAP jangan cepat melatah

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .


USUL Tergempar yang dikemukan oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak dalam Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat pada 3 Jun lalu iaitu mencadangkan kepada Majlis Syura dan Jawatankuasa Pas Pusat untuk memutuskan kerjasama Tahaluf Siyasi dengan DAP cukup menggemparkan dunia politik negara.

Usul ini bukan difikirkan oleh seorang sahaja  tetapi secara berhati-hati dan berhemat dan dikemukan oleh kesemua Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat dengan 9 hujah yang kukuh yang bersifat syarie dan dipersetujui sebulat suara oleh 644 perwakilan ulamak dari setiap kawasan. (Sila rujuk Usul Dewan Ulamak Pas Pusat untuk melihat 9 sebab dan hujah.)

Bahkan usul ini tiada berkepentingan yang lain melainkan melihat masa depan survival perjuangan Islam dan Parti PAS sebagai satu amanah agama ke atas orang Islam yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian masyarakat bahkan mungkin sebahagian kecil ahli PAS sendiri terkeliru.

Usul ini juga sudah tentu menimbulkan reaksi daripada pihak DAP yang sepatutnya mampu menjangkakan bahawa dengan beberapa bilangan tindakan mereka sebelum ini adalah provokasi negatif terhadap PAS sehingga timbulnya usul ini.

DAP sewajibnya menoleh ke belakang sedikit melihat telahan dan keceluparan tindak tanduk dan sikap mereka yang telah mencalarkan persepakatan bersama dalam Pakatan Rakyat.

DAP lah yang memulakan kekeruhan ini apabila  menunjukkan segala penentangan terhadap prinsip dasar Parti PAS dalam isu EKJS II Kelantan secara terbuka dalam media dan umum. Begitu juga serangan bertubi-tubi terhadap Presiden PAS serta penglibatan secara tidak beradab dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat baru-baru ini. Bukankah dalam perjanjian persefahaman Pakatan Rakyat di sana ada perkara yang dipersetujui dan perkara yang tidak dipersetujui diterima oleh ketiga-tiga parti dengan berlapang dada?.

Lim Guang Eng telah bertindak secara tidak profesional dan menunjukkan amarahnya apabila dengan serta merta meminta kesemua ahli PAS yang memegang jawatan di Pulau Pinag agar meletakkan jawatan masing-masing atas alasan bahawa Kerajaan Pulau Pinang dipimpin oleh DAP.

Lupakah Lim Guang Eng kerajaan Pulau Pinang adalah dimenangi secara bersama dalam Pakatan Rakyat dan kerajaan itu adalah kerajaan bersama? Jangan bertindak seperti Umno-BN yang tidak mampu membezakan antara kerajaan dan parti politik. Adakah DAP sudah lupa indentiti dirinya sendiri yang pernah mendakwa diri mereka sebagai perjuang demokrasi dalam negara ini?.

Sekiranya DAP benar-benar ingin melihat PAS tiada dalam kerajaan Pulau Pinang, lebih senang, cepat dan lebih profesional Lim Guan Eng sendiri sebagai Ketua Menteri memecat semua Ahli PAS dalam jawatan lantikan kerajaan.

Kepada Ahli PAS, PAS telah menegaskan bahawa keputusan penerimaan Usul Dewan Ulamak Pas Pusat akan dibawa ke Mesyuarat Syura dan JK Pas Pusat untuk diperinci dan diperhalusi. Oleh itu, ahli PAS dan pimpinan PAS tidak perlu menjadi panik, berilah mandat dan kepercayaan kepada pimpinan JK PAS PUSAT yang baru dilantik sebagaimana sebelum ini.

PAS masih bersama Pakatan Rakyat, dengan menegaskan kerjasama dan tahaluf siyasi parti dalam Kerajaan Pakatan Rakyat yang terjalin dengan begitu baik di Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat PKR tidak akan terjejas dengan usul ini. Segala urusan kerajaan di Selangor hendaklah diteruskan seperti biasa demi kepentingan dan kepercayaan rakyat yang memberi mandat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Parti PAS seharusnya diberi hak laluannya sendiri dan dan bebas untuk menentukan halatujunya tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Jangan ada pihak yang cuba untuk mencucuk hidung PAS agar mengikut segala karenah dan kehendak pihak lain khususnya DAP. – HARAKAHDAILY 10/6/2015

Ustaz Muhammad Najhan Halim ialah Setiausaha Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor

Sumber HD - 9-6-2015


Pendekatan PAS ikut realiti politik negara

| .


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan akan memperkukuh pakatan tersebut seperti yang dipersetujui dalam muktamarnya.

Beliau berkata, pendekatan PAS mengikut realiti politik di negara ini.
"Cuma biasalah pendekatan-pendekatan kita mengikut kesesuaian realiti politik di Malaysia ini terutama yang menjadi tunjang kita ini isu-isu yang agak sensitif seperti Islam di mana kena ambil kira kerana kita rasa penolakan kepada BN telah sampai maksimum," ujarnya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, PAS kena lakukan lonjakan di kalangan orang-orang Melayu.
Ini katanya supaya perkara yang dieksploitasi oleh musuh yang akhirnya menjadi bebanan kepada PAS dapat dihindari.

Beliau juga berharap Pemuda yang menjadi sayap kepada parti sentiasa memastikan krisis diredakan dengan mendekati anak muda kerana anak muda biasanya melihat suatu isu itu secara luaran sahaja.
"Mereka hanya ambil input dari WhatsApp atau Facebook dan mereka jadikannya isu yang tidak matang. Maka sebab itu Pemuda mesti membuat satu perkara yang mengatasi bebanan untuk ‘tackle’ Gen-Y ini terutamanya," katanya. - HARAKAHDAILY 8/6/2015

Sumber HD - 8-6-2015























Gempa Sabah: Cari peluang nak balun Tuan 

Guru

USTAZ IDRIS AHMAD | .


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar meninggalkan bangunan ketika taklimat perkembangan gempa bumi Sabah di Kundasang selepas berlaku gegaran susulan jam 1.35 petang, semalam.‎ Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Kalau sudah benci jangan sampai hilang kewarasan.

Gempa bumi di Sabah pun hendak mencari peluang balun Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang apabila berita Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di tempat kejadian.

Laporan berita yang diviral oleh pahlawan di alam siber seolah-olah ada UG di tempat gempa bumi.
Kesian siapa yang berkelakuan demikian.

Pemain media sosial janganlah membuat dosa kering untuk mengadu domba selepas pemilihan.

Orang yang bertanding tidak ada masalah, kenapa pula orang lain pula yang meracau selepas muktamar. Tidak perlulah berperangai sedemikian.

Saat kematian sedang menunggu kita semua. Cuba renunglah ke hadapan apakah kerja ini boleh mendapat pahala.

Kalau kita merasakan ini boleh mendapat pahala. Silakanlah, tidak ada siapa pun yang boleh melarang.
Anda bebas hendak menulis apa sahaja sebelum Malaikai Izrail mengambil nyawa. - HARAKAHDAILY 8/6/2015


Sumber HD - 8-6-2015

Iktibar yang patut DAP timba daripada Muktamar PAS ke-61
Posted on Monday, June 08 @ 19:05:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Oleh Abdul Rahman Malik


Kini DAP sudah tidak ada banyak pilihan. Iktiraf kepimpinan ulama PAS dan belajar menghormati adab politik parti itu atau secara terbuka menghasung PKR supaya menyebelahinya dalam perimbangan pengaruh dalam Pakatan Rakyat.



Jika DAP masih percaya formula Pakatan Rakyat adalah strategi politik terbaik untuk menjadikan impiannya menubuhkan kerajaan Malaysia ke 14, ia perlu menghakis rasa kurang selesa dan melembutkan pandangan serongnya terhadap PAS.

DAP harus insaf walaupun pelbagai strategi digunakan untuk mempengaruhi PAS, khususnya pemimpin muda dan profesionalnya, supaya memahami pemikiran politik pragmatiknya, namun PAS tetap PAS.

Jemaah PAS memang amat cemburu dan sensitif apabila ada pihak lain cuba mengambil tempatnya sebagai autoriti mentafsir pemikiran agama Islam di negara ini. Saingan paling dekatnya ialah Umno.

Bagi ahli dan penyokong tegar PAS, wibawa menafsir dan menterjemah maksud gerakan Islam di Malaysia ialah hakmiliknya sahaja. Sebab itu, sebarang percubaan, walau dari kalangan ahli, yang cuba mengubah status quo ini, akan ditentang.

Mohamad Sabu walaupun menjadi ayam tambatan PAS untuk berhujah dan berceramah yang boleh merobek maruah dan pengaruh lawan pun tidak boleh mengubah wala’ penyokong PAS kepada ulama.

Hatta Ustaz Haji Ahmad Awang walaupun pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia dan memikul tanggungjawab sebagai Naib Presiden PAS pun tergamak disisihkan dari saf kepimpinan, kerana dilihat “mengancam” kedudukan ulama.

Begitu juga Salahuddin Ayub yang sudah agak sinonim dengan kepimpinan pemuda serta dua penggal menjadi Naib Presiden. Bila ada riak bahawa beliau juga mungkin terpalit dengan usaha mencabar kedudukan ulama, beliaupun diketepikan.

Persepsi yang sama diserkup ke atas peranan “panglima-panglima” PAS seperti Hanipah Maidin, Abdul Khalid Samad dan juga Husam Musa. Kesemuanya ditolak penyokong PAS keluar dari saf kepimpinan parti itu.

Sehubungan itu, walaupun ahli-ahli PAS amat memahami dan kenal pendirian pemimpin seperti Dr Hatta Ramli yang sudah sekian lama diterima baik untuk menjadi ahli parlimen di Kelantan tanpa banyak soal, beliau tetap “dihukum” kerana bersubahat dengan puak yang mahu menjatuhkan ulama.

DAP harus menerima hakikat bahawa ideologi perjuangan PAS disandarkan pada keyakinan pada isi kandungan al Quran dan Sunnah yang memberi “lesen” dan “kuasa” untuk memimpin pemikiran politik muslim di Malaysia.

“Kedaulatan” dan tempat istimewa ulama inilah sumber kekuatan dan kewujudan PAS. Kepercayaan sepenuhnya diberikan kepada ulama untuk menafsir dan menghuraikan apakah sebenarnya ajaran Islam.

Tuduhlah itu sikap taksub kepada ulama, tetapi dalam kitab politik PAS itulah jalan pemikiran dan pengurusan politik yang betul. Sebab itu, mereka menerima tanpa banyak soal dan ragu menu atau syor mengundi mengikut blok.

Kini PAS sudah mengisytiharkan bahawa ia tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adalah cabaran langsung kepada DAP bahawa kali ini PAS bersungguh untuk “memimpin” pemikiran dan halatuju politik pakatan itu pula. 
Besar padahnya jika DAP masih bertegas mahu mencabar budaya dan carahidup politik PAS ini.

DAP harus insaf yang mengizinkan dan membuka ruang banyak kemenangan bagi DAP dan PKR ialah sumbangan penyokong PAS tegar ini.

Mereka taat pada pemimpin walaupun mereka terpaksa memangkah calon DAP dan PKR yang bukan sahaja tidak menyokong matlamat perjuangan mereka seperti hudud, malah ada kala mempersendakannya.

Jika pemimpin-pemimpin DAP sangat alergik atau ada alahan terhadap jatidiri PAS ini, ia harus mempertimbangkan menjauhkan diri dari PAS dan mungkin juga Pakatan Rakyat sendiri tetapi bukan sebaliknya.

Jika tidak pilihan yang ada ialah berkomplot dengan PKR untuk membuat PAS rasa tidak selesa dalam Pakatan Rakyat dan ini mungkin “menggalak dan merangsang” PAS melangkah keluar pakatan itu.

Bagaimanapun jika DAP cuba membunuh “karakter atau perwatakan” politik PAS sama ada secara bersendirian ataupun bergabung dengan PKR, ia akan menjadi pemicu kepada banyak masalah politik di negara ini.

Oleh kerana terlalu menatang sokongan masyarakat bukan Islam, khususnya kaum Cina, bagai minyak yang penuh, DAP akan meruncingkan imbangan hubungan kaum Melayu dan umat Islam dengan bukan Islam.

Semangat muktamar yang berakhir Sabtu mempamerkan keyakinan PAS bahawa label pejuang Islam adalah miliknya. Mungkin yang boleh menyainginya ialah Umno. Tetapi banyak kalanya, Umno kurang bermaya menghadapi hujah agama yang digunakan PAS.

Umno terlalu kerap terperangkap dalam kesibukan “memerintah dan mentadbir” negara sehingga kurang memberi tumpuan kepada isu dan sensitiviti agama.

Mungkin ini kerana ia harus berhadapan bukan sahaja dengan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, malah semakin kerap terpaksa menyemak strategi menguruskan harapan dan kecenderungan bukan Islam dalam Barisan Nasional sendiri.

Muktamar ke-61 PAS bukan sahaja mengukuhkan kedudukan ulama dalam politik PAS tetapi ia semakin memarakkan pengaruh ulama dalam politik Malaysia.

Malangnya di peringkat ini DAP, terutama Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, langsung tidak mahu mengambil iktibar bagaimana pemimpin profesional PAS yang akrab dengannya “dihukum” oleh akar umbi PAS.

Sebaliknya Guan Eng bertindak penuh emosi. Beliau mahu wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang supaya berundur.

"Wakil PAS tidak mempunyai pilihan lain kecuali meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan agensinya serta ahli majlis perbandaran dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

"Walaupun saya menikmati hubungan kerja yang mesra dan baik dengan kebanyakan wakil PAS, saya faham mereka perlu meletakkan jawatan atas sebab etika dan moral.

"Adalah suatu yang tidak dapat dipertahankan daripada segi politik bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh saya dalam kapasiti saya sebagai Setiausaha Agung parti, apabila Muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP," kata Lim dalam satu kenyataan.

Ini menyinggung perasaan mantan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mengumumkan akan meletakkan semua jawatan yang dipegangnya dengan mandat kerajaan negeri Pulau Pinang susulan usul Dewan Ulama itu.
“Oleh itu (untuk) memenuhi hasrat usul itu, saya memulakan terhadap diri saya. Minggu ini saya akan letak jawatan di Pulau Pinang sebagai ahli Lembaga Pengarah Air dan Lembaga Halal Hub  Pulau Pinang,” kata beliau dalam ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke 61.

“…sebab saya patuh resolusi ulama, kalau tak patuh kata saya lawan ulama. Maka saya mulakan dalam diri saya, diikuti rakan-rakan lain di Pulau Pinang dan Selangor. Jangan bimbang kita akan kuat bila berseorangan,” kata beliau seolah menyindir.

Namun hakikatnya ialah, walaupun usul Dewan Ulama PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima oleh muktamar tanpa bahas tetapi ia belum muktamad kerana perlu dibahas Dewan Syura Ulama terlebih dahulu.

Nampaknya rumusan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ada asasnya. Bahawasanya hayat Pakatan Rakyat sudah sampai ke penghujungnya dan apa yang tinggal adalah membaca talkin untuk pakatan pembangkang itu.

Namun sandaran analisisnya amat menarik.

“Apa yang berlaku pastinya adalah kemenangan untuk ahli strategi dan perencana Umno dalam konspirasi mereka memecah dan menghancurkan PR dengan umpan kerajaan perpaduan di antara Umno serta PAS  dan pelaksanaan hudud di Kelantan.”

Benarkah begitu? - AntaraPOS

Sumber TKO - 8-6-2015

Kerja Merosakkan Jamaah PASPosted on Monday, June 08 @ 19:10:42 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



RAYUAN KEPADA MANTAN PIMPINAN PAS
Ana, mewakili sebahagian ahli-ahli PAS, menyeru semua pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan parti semalam supaya MENOLAK semua jenis tawaran lantikan ke apa jua jenis jawatan parti di peringkat pusat atau negeri (jika ada). Rayuan ini berasaskan kepada pertimbangan-pertimbangan berikut:


1. Perwakilan-perwakilan telah memberi mesej yang jelas bahawa anda semua TIDAK DI PERLUKAN secara "toto" dan blok dengan undian chai mereka.

2. Pimpinan yang baru sudah mempunyai pasukan chai mereka sendiri dan anda tidak perlu menggangu-gugat pasukan ini. Beri peluang pada pasukan baru membuktikan mereka juga mampu memimpin dengan lebih baik daripada prestasi anda dahulu.

3. Anda semua kalah kerana dituduh golongan liberal, Anwarinas, Jebon, anai-anai, pencinta DAP, munafik haraki, pengkhianat parti, penghina Presiden dan macam-macam lagi gelaran yang amat menghinakan dan memalukan. Dan kami yakin anda semua kalah bukan kerana tak buat kerja. Jadi adakah selepas Muktamar anda semua sudah bersih dan kini boleh pula di tawarkan dengan jawatan-jawatan?

Jadi permintaan kami tolong jangan malukan diri anda dan diri kami dengan menerima pelantikan jawatan parti cara "pintu belakang". Berjuang terus sepertimana Khalid ibnu Walid dengan menjadi ahli biasa saja.

Ir. Izham Hashim
6 Jun 2015

Sumber TKO - 8-6-2015
























Pendekatan PAS ikut realiti politik negara

| .


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan akan memperkukuh pakatan tersebut seperti yang dipersetujui dalam muktamarnya..
Beliau berkata, pendekatan PAS mengikut realiti politik di negara ini.

"Cuma biasalah pendekatan-pendekatan kita mengikut kesesuaian realiti politik di Malaysia ini terutama yang menjadi tunjang kita ini isu-isu yang agak sensitif seperti Islam di mana kena ambil kira kerana kita rasa penolakan kepada BN telah sampai maksimum," ujarnya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, PAS kena lakukan lonjakan di kalangan orang-orang Melayu.
Ini katanya supaya perkara yang dieksploitasi oleh musuh yang akhirnya menjadi bebanan kepada PAS dapat dihindari.

Beliau juga berharap Pemuda yang menjadi sayap kepada parti sentiasa memastikan krisis diredakan dengan mendekati anak muda kerana anak muda biasanya melihat suatu isu itu secara luaran sahaja.

"Mereka hanya ambil input dari WhatsApp atau Facebook dan mereka jadikannya isu yang tidak matang. Maka sebab itu Pemuda mesti membuat satu perkara yang mengatasi bebanan untuk ‘tackle’ Gen-Y ini terutamanya," katanya. - HARAKAHDAILY 8/6/2015

Sumber HD - 8-6-2015























Jika ulama, mufti bersatu perjuangan Islam 

berjaya

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Jika semua ulama termasuk mufti bersatu ada kemungkinan perjuangan Islam di negara ini akan berjaya.

Demikian ulasan Wan Mohd Raznan menerusi facebook Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, semalam.

Menurutnya, dunia tidak sempurna dan PAS wujud untuk melaksanakan pemerintahan Islam dalam kerangka demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

Tambahnya, sistem peninggalan British seperti undang-undang berasaskan civil dan common law tidak menepati kehendak Islam, sebagaimana juga sistem pendidikan, kewangan negara seperti GST yang juga tidak dipersetujui oleh Dr Maza hanya boleh diubah dengan kuasa pemerintahan.

Oleh itu, bagi beliau perlu ada parti yang memperjuangkannya seperti PAS.

"Tidak dinafi ada kekurangan tetapi jika semua ulama termasuk mufti bersatu kemungkinan untuk Islam berjaya akan ada, insya Allah," ujarnya. - HARAKAHDAILY 8/6/2015


Sumber HD - 8-6-2015























Tidak terpilih istiqamah bantu parti capai 

kemenangan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Semua calon yang bertanding dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor kelmarin hakikatnya memperolehi kemenangan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, mereka yang telah terpilih itu mendapat kepercayaan para perwakilan mewakili ahli PAS dari seluruh negara bagi memikul amanah untuk memenangkan Islam.

Tambahnya, manakala mereka yang tidak terpilih pula tetap menjadi harapan agar terus istiqamah menggalas amanah membantu parti hingga mencapai kemenangan perjuangan.

"Kerana hakikatnya, kekalahan hanyalah untuk golongan yang merasa tidak senang dan tidak mahu melihat kejayaan serta kemenangan Islam," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pada ketika ini, katanya yang tidak senang dengan agenda dan perjuangan Islam dibawa PAS adalah DAP.

Beliau berkata, setiap hari pimpinannya menyerang PAS, termasuk masuk campur hal ehwal pemilihan PAS.

Menruutnya, DAP semakin angkuh dan hanya mahu melihat PAS seperti 'lembu dicucuk hidung'.

"Insya Allah, kepimpinan baru PAS akan terus melangsungkan amanah perjuangan Islam," tegasnya.

PAS, ujarnya akan kekal beristiqamah menegakkan syariah Islam di bumi Malaysia selaras Perlembagaan Persekutuan hingga mencapai kemenangan menumbangkan kezaliman Umno BN.

PAS juga, kata beliau komited berpegang kepada janji diikat dalam tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat dan menghormati perbezaan yang wujud serta mengakui realiti kemajmukan rakyat negara ini. - HARAKAHDAILY 7/6/2015

Sumber HD -  7-6-2015























Hubungan PAS dengan rakan PR di Selangor 

macam biasa

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa hubungan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat di Selangor masih berjalan seperti biasa.

Naib Presiden PAS itu berkata, hubungan tersebut sama ada di dalam atau luar kerajaan mesti diteruskan seperti biasa.

Justeru, katanya ahli-ahli PAS di dalam kerajaan mesti terus menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

"Semua exco, Ahli Dewan Negeri, ahli majlis, ketua kampung, nazir masjid dan pengerusi surau dan kakitangan-kakitangan sokongan daripada PAS mesti bertugas seperti biasa," ujarnya yang juga Exco Kerajaan Selangor dalam satu kenyataan.

Beliau berharap penjelasan itu dapat menjawab beberapa persoalan yang timbul di Selangor sehubungan usul Dewan Ulamak pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang berakhir semalam.

Tambahnya, usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP itu belum lagi diluluskan.

"PAS Selangor yakin pandangan dan pengalaman kami akan diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat," ujarnya.

Setakat ini, jelas beliau Selangor dapat ditadbir dengan cemerlang hasil kerjasama erat kesemua parti-parti Pakatan Rakyat. - HARAKAHDAILY 7/6/2015

Sumber HD - 7-6-2015

'Jangan lantik saya lagi dalam PAS'

Posted on Sunday, June 07 @ 15:39:28 MYT by paktam

Tiada tanda-tanda PAS akan berpecah susulan pembersihan penuh kumpulan ulama dalam parti itu susulan keputusan pemilihan Jumaat lalu. Tetapi mungkinkah pemimpin yang dianggap daripada kem pencabar presiden Ahmad Awang perlahan-lahan menjarakkan diri daripada kepimpinan pusat?

Ketika Mazlan Aliman, satu-satunya calon pro-Pakatan Rakyat yang terpilih,  masih berkira-kira meletakkan jawatan, pemimpin muda PAS daripada Sarawak Abang Ahmad Kerdee Masagus pula
mengumumkan haluannya.

Setelah 12 tahun terlibat dalam kepimpinan pelbagai peringkat, Ahmad Kerdee berkata beliau kini tidak akan menerima lagi sebarang pelantikan ke dalam PAS negeri, sayap Pemuda mahupun jawatankuasa pusat.

Dalam kenyataannya, beliau memberikan alasan mahu memberi tumpuan terhadap dua kawasan pilihan raya PAS di Sarawak, iaitu Beting Maro dan Sebuyau.

“Keputusan ini pada saya, yang terbaik untuk diri saya buat masa ini.
“Boleh jadi sahabat-sahabat dan teman- teman pimpinan punya pandangan yang berbeza, saya mohon untuk dihormati pendirian ini dan beri peluang kepada saya bergerak ke hadapan dalam 'zon khas' bagi sesi ini.

Jawatan terakhir peguam itu sebagai anggota jawatankuasa pusat. Beliau juga anak Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu.

Dalam pemilihan kali ini beliau bertanding mempertahankan jawatannya tetapi kalah selepas kumpulan proulama mencapai kemenangan besar hampir seratus peratus.-mkini

Sumber DD - 7-6-2015        

Kenapa Pahat Masih Berbunyi ?

Posted on Sunday, June 07 @ 13:24:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh : Zulhimi Abd Rahman
Pemilihan muktamar telah selesai. Semua perwakilan telah membuat pilihan kepimpinan yang dikehendaki untuk mengerakkan PAS bagi sesi yang akan datang.

Selesai keputusan berlangsung semalam, penulis melihat pelbagai tulisan yang berbentuk negatif yang penulis tidak pasti kenapa ia ditulis.


Adakah kerana kepimpinan yang dilantik tidak menepati citarasa sendiri menyebabkan luahan negatif dikeluarkan.



Label kononnya team ni adalah geng ustaz amat memalukan. Bahkan ada pula yang mencanangkan untuk menubuhkan parti baru menggantikan PAS sebagai parti Islam. Yang lagi dahsyat menyebut lepas ni slogan PAS bertugas dari "PAS for All" kepada "PAS for ustaz".

Pemilihan dalam PAS adalah perkara biasa. Naik turun pemimpin pun adalah perkara biasa. Semua bergerak atas dasar sama-sama mengejar untuk berbuat kebaikan

Sebelum ni, penulis pernah kecewa apabila almarhum Ust Hasan Shukri dijatuhkan dengan fitnah dan adu domba.

Penulis juga pernah kecewa apabila saudara Kamaruzaman dikalahkan oleh saudara Suhaizan dalam pemilihan ketua pemuda dalam sesi lepas.

Kecewa memang ada, tetapi tidak pernah terlintas sampai ingin menubuhkan parti baru. Pelik, kegilaan apakah ini.

Terima keputusan dan terus bergerak ke depan.

Pimpinan bukannya dipilih oleh 1 atau 2 orang perwakilan. Bahkan kepimpinan dipilih oleh hampir 1200 orang perwakilan.

Kepimpinan yang menang pada sesi ini mendapat hampir 80% sokongan perwakilan. Takkan perwakilan seramai Itu dipersalahkan kerana tidak memilih pemimpin mengikut kehendak peribadi?

Sepatutnya mereka yg berfikiran negatif ini menunggu prestasi kepimpinan baru sebelum mengeluarkan sebarang kritikan.

Menganggap diri sendiri selalu betul adalah satu kesilapan.

Menyebarkan kemungkinan pimpinan selepas ini akan memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat dan bersama UMNO adalah satu tohmahan dan fitnah besar.

Adakah kerana prasangka buruk ni untuk menubuhkan parti baru?

Dangkal dan amat tidak profesional.

Tetapi kalau memang itu rancangan asalnya. Silalah. Manalah tahu, memang dah ada perancangan jika pemimpin ini dan ini tersingkir, kita akan buat parti baru.

Kalau dah perancangan, janganlah cari alasan untuk merelevankan penubuhan parti baru ini.

Pemimpin yang tidak dipilih tidak akan tersingkir pun dari jemaah.

Gerak kerja jemaah luas dan banyak.

Cukuplah dengan andaian negatif. Kita bergerak ke depan.

Terus istiqomah hingga mencapai kemenangan.

Teruskan perjuangan

Bekerja Untuk Islam

Sumber TKO - 7-6-2015

Tunggu laporan rasmi daripada DAP

Posted on Sunday, June 07 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau menunggu laporan rasmi daripada DAP berhubung permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang supaya semua wakil PAS di negeri itu meletakkan jawatan daripada agensi kerajaan negeri.

Sehingga laporan rasmi diterimanya, Abdul Hadi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang kenyataan mengenai permintaan Lim Guan Eng itu.

Malah Presiden PAS itu juga menjelaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP oleh Dewan Ulama itu hanya dipersetujui di peringkat muktamar.

Katanya, usul berkenaan perlu dibawa pula ke Majlis Syura dan keputusan tidak dibuat dalam muktamar.

"Saya perlu menunggu laporan daripada rakan-rakan Pulau Pinang terlebih dahulu. Tak boleh nak buat apa-apa kenyataan sebelum mendapat kenyataan yang terperinci.

"Usul itu sebenarnya diterima untuk dibawa ke Majlis Syura dan tidak buat keputusan di dalam muktamar," katanya di sidang media selepas berakhirnya muktamar PAS tahun ini.

Abdul Hadi yang menang dalam pemilihan selepas dicabar untuk kali pertama sejak menjadi presiden berkata, usul Dewan UIama itu perlu dikaji terlebih dulu oleh Majlis Syura.

Ditanya bilakah usul mengenai memutuskan hubungan dengan DAP akan dibincangkan, Ahli Parlimen Marang itu berkata ia akan dilakukan segera.

"Seberapa segera yang dapat dilaksanakan," katanya ringkas.

Berhubung hasrat bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang ingin melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang, Hadi hanya berkata: "Saya tak tahu lagi. Saya tak tahu," katanya ringkas.  - MK

Sumber TKO - 7-6-2015


Ahli PAS Tindak Perlu Gopoh Bertindak Mendahului Kepimpinan

Posted on Sunday, June 07 @ 12:55:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya


1. Antara ciri wacana fiqh Islam ialah memahami secara cermat, halus dan teliti setiap teks yang terpapar pada pemilihan kata dan susunan ayat sebelum membuat sebarang ulasan dan kesimpulan. Ketelitian ini gagal dipraktikkan oleh sebilangan kecil yang gopoh lalu bertindak pula secara kurang cermat dalam memahami Usul Dewan Ulamak PAS Pusat.

2. Usul tergempar yang diluluskan sebulat suara oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ialah "mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat." Usul itu merujuk kepada pelbagai tindak-tanduk menjolok mata oleh DAP terhadap PAS dan Presiden PAS.

3. Usul ini dipinda oleh Jawatankuasa Usul PAS Pusat dengan gaya bahasa lain yang memberi maksud "menggesa Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP".

4. Apabila Usul tersebut diputuskan untuk diterima tanpa bahas dalam Muktamar PAS Pusat oleh Jawatankuasa Usul PAS Pusat ia bermaksud; MELULUSKAN Usul itu untuk DIPUTUSKAN oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat. Ia bukan bermaksud meluluskan Usul untuk terus sahaja Muktamar membuat kepuusan memutuskan hubungan dengan DAP.

5. Persoalannya ialah kenapa usul itu diluluskan untuk diputuskan oleh dua badan tersebut? Kenapa tidak muktamar sahaja membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP?

Jawapannya ialah kerana keputusan memutuskan Tahaaluf Siyaasi dengan DAP adalah melibatkan hukum syarak. Badan yang akan bersidang untuk memutuskan hukum syarak itu ialah Majlis Syura Ulamak.

6. Sebagaimana Tahaaluf Siyaasi dengan DAP sebelum ini diputuskan hukum keharusannya oleh Majlis Syura Ulamak dengan 6 syarat maka begitulah untuk membatalkannya perlu dilihat hukum syarak sejauh mana syarat-syarat keharusan Tahaaluf Siyaasi telah dilanggar oleh DAP.

7. Seterusnya, setelah diputuskan hukumnya oleh Majlis Syura Ulamak maka terserahlah pula kepada Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan pelaksana untuk melihat dan mengkaji serta meneliti kebijaksanaan politik dalam pelaksanaannya menurut kesesuaian masa dan keadaan.

8. Maka sehingga MSU bersidang untuk membuat keputusan menerima atau menolak cadangan dan Usul tersebut berdasarkan perkiraan Syarak kerana melibatkan hukum Tahaaluf Siyaasi;

Dan sehinggalah setelah itu Jawatankuasa PAS Pusat melaksanakan mana-mana keputusan MSU menerusi arahan-arahan yang perlu dan tuntas kepada ahli;

Maka tidak perlu mana-mana ahli dan pimpinan PAS mendahului Majlis Syura Ulamak dan mendahului Jawatankuasa PAS Pusat dengan mengambil tindakan sendiri meletakkan jawatan dalam kerajaan di Pulau Pinang meskipun diminta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

9. Begitu juga, pimpinan PAS Selangor yang sama-sama membentuk kerajaan Selangor menerusi 15 kerusi Dun dan juga menerusi persetujuan bersama kepada Tuanku Sultan Selangor untuk membentuk kerajaan, tidak perlu keluar daripada kerajaan Selangor sekarang. Sementelah lagi kerajaan Selangor bukan milik bersendiri DAP tapi milik bersama 3 parti yang menyumbang kemenangan pilihanraya pada PRU ke 13.

10. Tambahan pula Usul DUPP juga dalam masa yang sama menegaskan "kekal dalam Pakatan Rakyat" dan bukannya keluar dari Pakatan Rakyat. PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat.

11. Sebagaimana juga penjelasan Dato Mustafa Ali selaku SU Agong di muktamar petang tadi ketika penggulungan; "kita masuk Tahaaluf Siyaasi dengan hukum maka keputusan keluar juga mesti berdasarkan hukum. Dan hukum itu diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak bukannya oleh muktamar".

12. Maka, saya menyeru pimpinan PAS di Pulau Pinang dan Selangor agar tidak terpengaruh dengan provokasi Lim Guang Eng supaya pimpinan PAS di Pulau Pinang meletakkan perjawatan mereka dalam kerajaan Pulau Pinang. Biarkanlah Lim Guang Eng dengan segala keangkuhannya bertindak menurut apa yang dikehendaki oleh partinya.

Sekian.
Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
7hb Jun 2015
jam 7 pg Kota Kinabalu


Sumber TKO - 7-6-2015

Tak berani tubuh parti Baru - Pengalaman Lama
Posted on Sunday, June 07 @ 08:36:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Walaupun cadangan bertalu-talu agar kumpulan profesional yang disingkirkan daripada PAS dalam pemilihan pada muktamar minggu ini menubuhkan parti baharu dan menyertai Pakatan Rakyat (PR), kebanyakan menolaknya kerana trauma dengan kehancuran semua parti serpihan yang pernah ditubuhkan sebelum ini.

Pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata beliau juga tidak bersetuju dengan idea itu dan mahu mereka terus kekal dalam parti.


"Reaksi awal saya, jangan keluar parti atau menubuhkan parti baharu," katanya kepada The Malaysian Insider mengulas hala tuju kumpulan progresif dalam PAS ini.

Beliau berkata, apa yang perlu mereka buat ialah pulang dan beri tumpuan terhadap kawasan masing-masing dan berada bersama dengan masyarakat di sana.

"Biar mereka yang dipilih pusing satu negara setiap malam seperti yang pernah orang seperti Mat Sabu (bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu) lakukan dua dekad yang lalu.

"Jadikan kekalahan ini hikmah untuk masa bersama kawasan dan keluarga," kata bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu.

Redzuan berkata, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menubuhkan sebuah parti baharu.

"Ikon, tenaga dan wang. Rasanya tokoh yang ada tidak cukup. Lagipun mereka ini sudah penat," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad juga bersetuju dengan pandangan Redzuan dengan berkata, beliau tidak akan mengganggu pucuk pimpinan baharu yang terpilih sekarang.

"Kita bagi peluang kepada mereka tentukan hala tuju parti dan saya tidak akan mengganggu mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.

Khalid turut ditewaskan bersama rakan-rakannya dalam pemilihan kali ini.

Pelbagai pihak mencadangkan mereka yang ditewaskan secara kumpulan dalam pemilihan PAS itu mengambil jejak langkah Reccip Toyyeb Erdogan yang menubuhkan parti baharu iaitu AKP, dan berpisah daripada rakannya dalam parti Refah yang membentuk parti Saadet.

Kini AKP sudah 3 penggal memerintah Turki manakala Saadet hilang daripada Parlimen Turki selepas mendapat undi tidak sampai 10%.

Mereka yang membuat cadangan itu termasuk bekas Penolong Setiausaha Agung PAS Profesor Dr Abdul Latif Ibrahim yang menyarankan sebuah parti baharu dibentuk bersama dengan profesional Islam dan aktivis badan bukan kerajaan yang lain serta bersama dalam PR.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof berkata, beliau boleh mempertimbangkan cadangan sebegitu, namun perlu pihak lain yang mengambil inisiatifnya.

"Jika kami yang buat inisiatifnya, ia akan dianggap tindakan 'desperado' selepas ditewaskan," katanya kepada The Malaysia Insider.

Namun, cadangan ini menjadi trauma kepada pemimpin PAS yang tewas kerana sepanjang sejarah perjuangan parti Islam itu, mereka yang menubuhkan parti serpihan akan hilang daripada persada politik begitu saja termasuk dengan partinya sekali.

Ia termasuk kumpulan seperti Hamim, Berjasa dan Islah.

Sumber TKO - 7-6-2015

No comments:

Post a Comment