BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, June 16, 2015

ISU KEHILANGAN KAPAL : TANGKI MT ORKIM HARMONY / MT JOAQUIM


Rampasan MT Joaquim insiden pertama dalam kawasan Maritim Malaysia
Posted on Tuesday, August 11 @ 14:20:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




KUALA LUMPUR: Rampasan kapal tangki berdaftar di Singapura, MT Joaquim, yang hilang di perairan Selangor adalah insiden pertama yang berlaku di kawasan maritim negara di Selat Melaka tahun ini.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ini berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan.

"Rondaan dan pemantauan kawasan-kawasan maritim Malaysia termasuk di Selat Melaka telah dijalankan dengan aktif oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.
Kapal tangki itu yang sarat dengan muatan 3,500 tan minyak mentah marin membawa sepuluh kru, dilaporkan hilang semasa dalam pelayaran dari Tanjung Pinang, Indonesia ke Pulau Langkawi di Kedah.
Kapal tangki itu dijumpai pada Ahad tetapi kargonya bernilai RM2.8 juta dicuri.
Beliau berkata negara-negara pesisir Selat Melaka dan Singapura telah melaksanakan peraturan kerjasama dalam bentuk Rondaan Selat Melaka (MSP) pada 2004.
Anifah berkata MSP terdiri daripada dua komponen - Rondaan Laut Selat Melaka (MSSP) dan rondaan udara maritim 'Eyes in the Sky' (EiS).
Ia terbukti berjaya mengurangkan bilangan kegiatan pelanunan dan rompakan di laut (sebenar dan percubaan) di Selat Melaka dan Singapura daripada 38 kes pada 2004 kepada 02 kes pada 2014.
Justeru, beliau berkata Malaysia menggesa negara-negara pesisir untuk mengukuhkan lagi kerjasama di bawah rangka kerja sedia ada, meningkatkan perkongsian maklumat dan perisikan serta menjalankan usaha secara kolektif untuk memastikan keselamatan secara berterusan di Selat Melaka.
Mengenai tawaran bantuan asing, Malaysia berpendapat bahawa negeri-negeri pesisir pantai mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan keselamatan di Selat Melaka dan Singapura, katanya.
"Bantuan sedemikian terhad kepada usaha membangunkan kapasiti, perkongsian maklumat dan perisikan, dan bantuan tersebut tidak menjejaskan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah," kata beliau.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata sejumlah 28 kapal dan empat pesawat telah dikerah untuk misi mencari dan menyelamat kapal tangki tersebut.
"Pihak berkuasa maritim Malaysia mendapat kerjasama yang baik daripada Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Laut Diraja Thailand, Angkatan Laut Nasional  Indonesia, Tentera Laut Singapura dan Pengawal Pantai Polis Singapura," kata beliau pada sidang media di sini Isnin.  - AntaraPOS

Sumber TKO - 11-8-2015
-------------------------------------------------------------------------     Lagi Kapal tangki minyak dirompak, kargo hilang

Posted on Sunday, August 09 @ 13:17:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SHAH ALAM - Kapal MT Joaquim yang hilang ketika belayar dari Tanjung Pinang Indonesia ke Langkawi dikesan dekat Pulau Rupat, Indonesia 8.45 pagi ini, menurut Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim).

Dilaporkan, kapal tangki MT Joaquim dengan muatan minyak mentah itu telah dilepaskan perompak namun kargonya hilang.

Dua daripada 10 kru kapal yang dilepaskan turut mengalami kecederaan.

Kapal MT Joaquim yang berdaftar di Singapura membawa muatan 3,500 metrik 'marine fuel oil' sepatutnya tiba di Langkawi jam 3 pagi Ahad, dilaporkan hilang awal pagi tadi. 


Sumber TKO - 9-8-2015                                                                                                                            --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kapal MT Orkim Harmony tiba di Pelabuhan Kuantan




BERNAMA | .

KUANTAN: Kapal Tangki MT Orkim Harmony yang membawa 21 anak kapal selamat tiba di Pelabuhan Kuantan pagi ini.

Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kapal berkenaan selamat berlabuh pada kira-kira pukul 7.50 pagi tadi di Dermaga Petronas, pelabuhan berkenaan.

Kapal yang membawa muatan 6,000 metrik tan petrol RON95 bernilai RM21 juta itu pada awalnya dijadualkan tiba pada pukul 2 pagi tadi, namun tiba lewat setelah mengalami kerosakan pada salah satu enjinnya.

Pada 11 Jun lepas, kapal berkenaan terputus komunikasi dengan pangkalan pada 8.57 malam di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor.

Pada 18 Jun, kapal itu berjaya dikesan telah dirampas dan ditukar nama asalnya 'Orkim Harmony' kepada 'Kim Harmon'.

Semalam, kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.

Bagaimanapun seorang daripada kru kapal iaitu tukang masak cedera di paha kerana ditembak perampas dan telah diterbangkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan menggunakan helikopter.

Tiga pesawat iaitu P-3C Orion, C130 dan Beechcraft dihantar untuk menjejaki perampas yang melarikan diri daripada kapal tangki MT Orkim Harmony.

Lapan lelaki warga Indonesia yang dipercayai perampas kapal itu telah ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam semasa cuba meloloskan diri daripada pemburuan pada 6.30 pagi.

Pihak TLDM dan APMM ketika ini masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Vietnam sama ada lapan lelaki yang ditemui berhampiran perairan Vietnam pagi ini adalah perampas kapal tangki Malaysia.

Di Pelabuhan Kuantan, lebih 30 petugas media yang mula berkumpul seawal pukul 4.30 pagi ini bagi membuat liputan ketibaan kapal tangki berkenaan.

Satu sidang media oleh pihak TLDM dan APMM dijadual akan diadakan di Pangkalan Tanjung Gelam, di sini. - Bernama

Sumber HD = 20-6-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Vietnam tahan suspek perampas kapal MT Orkim Harmony
Posted on Friday, June 19 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Lapan suspek yang dipercayai terbabit merampas kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya ditahan pihak berkuasa Vietnam.

Ia dibuat selepas mereka menceroboh perairan negara itu.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, semua lanun tersebut kini sedang disoal siasat secara terperinci oleh pihak Vietnam dan APMM masih menunggu laporan daripada kerajaan negara itu.

“Mereka dijumpai di Pulau Tho Chu, 80 batu nautika dari selatan Vietnam dan 107.4 batu nautika dari sempadan negara dan Indonesia.

“Kami telah berhubung dengan rakan di Vietnam untuk dapatkan pengesahan. Saya boleh katakan rundingan berjaya”, katanya dalam sidang medianya pada Jumaat.


Tambahnya, siasatan kini telah memasuki fasa kedua di mana siasatan menyeluruh secara terperinci akan dilakukan bagi membawa pulang individu yang terlibat ke Malaysia. - FMT

Sumber TKO - 19-6-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dalang Rampasan di Tawan
Posted on Friday, June 19 @ 18:38:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Kapten kapal tangki MT Orkim Harmony, Nor Fazly Sahat mendedahkan ketua lanun telah mengugut beliau dan keluarganya akan diancam sekiranya  mendedahkan rancangan perompak untuk melarikan diri.



Perkara itu dimaklumkan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Menurut Aziz, perompak turut mengambil butiran peribadi kapten kapal sebelum melarikan diri.

“Kelapan-lapan perompak tersebut melarikan diri menggunakan bot penyelamat MT Orkim Harmony kira-kira jam 8.30 malam Khamis dan turut mengambil butiran peribadi Kapten kapal, Master Nor Fazly.

“Ketua perompak juga mengugut untuk mengancam keselamatan keluarga beliau sekiranya mendedahkan rancangan mereka untuk meninggalkan kapal,” jelas Abdul Aziz dalam kenyataan tersebut.

Demi keselamatan keluarganya,  kapten kapal hanya memaklumkan kepada KD Terengganu pada jam 12.55 tengah malam iaitu hampir lima jam setelah kesemua perompak melarikan diri.

Kata Abdul Aziz, sebelum kejadian, kapal pengiring KD Terengganu turut diugut oleh ketua perompak untuk menjarakkan kedudukan kapal kepada tidak kurang dari lima batu nautika dan sekiranya tidak, kru kapal akan dicederakan.

Dalam pada itu, TLDM telah meminta kerjasama Tentera Laut Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam misi memburu perompak-perompak tersebut.

“Tentera Laut Indonesia telah bersetuju untuk membantu mencari perompak –perompak tersebut di perairan Kepulauan Natuna. Persetujuan ini telah disuara dan dinyatakan oleh Kepala Staf Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Ade Supandi kepada Panglima Tentera Laut melalui perbualan telefon dan teks pesanan ringkas awal pagi Jumaat,” kata Abdul Aziz.

Kira-kira 2.30 pagi Jumaat, Kapal Orkim Harmony bebas dari tawanan perompak setelah lapan perompak melarikan diri ketika dalam pelayaran menuju ke Kepulauan Natuna, Indonesia.

Kapal tersebut yang membawa Unlead Gasolin (ULG 95), iaitu minyak petrol RON 95 hampir 6000 tan matrik yang bernilai RM21 juta dilaporkan selamat  ketika ditemui.

Kini MT Orkim Harmony dalam pelayaran pulang diiringi oleh KD Handalan menuju ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba di pelabuhan pada jam 2 pagi Sabtu.


Sumber TKO - 19 -6-2015                                                                                                                         --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rakyat lega kapal tangki MT Orkim Harmony ditemui





MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan rasa syukur dan gembira di atas penemuan kapal tangki MT Orkim Harmony bersama 22 anak kapal di perairan Kemboja semalam oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Ia suatu berita yang melegakan hati rakyat Malaysia terutamanya keluarga mangsa yang terpaksa menyambut Ramadhan dalam suasana yang penuh hiba," ujarnya menerusi facebook.

Katanya, pujian seharusnya diberikan kepada pihak TLDM dan semua agensi dalam dan luar negara yang telah bertungkus lumus dalam usaha mencari kapal tangki yang dilaporkan hilang sejak Khamis yang lalu.

Tambahnya, usaha menyelamat pada mulanya agak sukar disebabkan lanun yang merampas kapal berkenaan bersenjatakan pistol dan parang.

Namun, ujar beliaulanun-lanun berkenaan akhirnya dipercayai melarikan diri menggunakan bot penyelamat dan semua anak kapal ditemui berada dalam keadaan selamat.

Beliau mengharapkan penguatkuasaan keselamatan di perairan negara dipertingkatkan.

"Kes kehilangan kapal tangki ini merupakan pengajaran penting kepada Malaysia dan negara-negara serantau bahawa kedudukan perairan dalam linkungan Asean ini terdedah kepada ancaman aktiviti lanun," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Justeru, beliau menggesa langkah penguatkuasaan yang proaktif perlu diambil supaya kejadian yang sama tidak berulang pada masa hadapan. - HARAKAHDAILY 19/6/2015

Sumber HD - 19-6-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perampas MT Orkim Harmony cuba lari, belayar ke Pulau Natuna, Indonesia
Posted on Friday, June 19 @ 07:50:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kapal tangki MT Orkim Harmony dilaporkan beralih arah belayar ke timur Indonesia menuju ke Kepulauan Natuna dalam cubaan sekumpulan perampas bersenjata yang menawan kapal itu, untuk melepaskan diri.

Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid berkata kumpulan perampas terbabit juga meminta pihak penguatkuasa menyediakan bot ketika mereka sampai di Pulau Natuna.

"Proses rundingan masih berjalan... apabila sampai di Pulau Natuna, mereka (perampas kapal) meminta disediakan sebuah bot untuk mereka melepaskan diri, sementara pihak TLDM masih mengiringi kapal tangki itu ke sana.


"Kapal itu dijangka sampai ke pulau berkenaan pada Sabtu pagi dan TLDM juga memaklumkan kepada pihak penguatkuasa Maritim Indonesia mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Pada masa ini, KD Terengganu masih meneruskan rundingan dengan perompak supaya mereka menyerah diri.

TLDM masih menunggu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha menyelamatkan anak kapal terdiri dari 16 rakyat Malaysia, 5 Indonesia dan seorang Myanmar, yang kini dalam tawanan sekurang-kurangnya lapan perampas bersenjatakan pistol dan parang.

Kapal tangki milik Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta itu, dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal itu yang disahkan ditemui hari ini oleh pihak berkuasa, dicat semula dan ditukar nama kepada 'Kim Harmon'.

Azahari berkata sehingga kini, sebanyak 16 buah kapal dan empat pesawat berserta 1,200 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi tersebut. – Bernama 

Sumber TKO - 19-6-2015


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Semua anak kapal MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi ini, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.

Beliau berkata kapal MT Orkim Harmony akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal 6 petang ini.

"Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan mengalami cedera ringan dan akan dihantar ke hospital berdekatan sama ada di Kuantan atau Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata perampas bagaimanapun berjaya melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal berkenaan.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. - Bernama

Sumber HD - 19-6-2015                                                                                                                             -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mt Orkim Harmony: Semua Kru Dibebaskan - APMM



KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi ini, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.

Beliau berkata kapal MT Orkim Harmony akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal 6 petang ini.

"Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan mengalami cedera ringan dan akan dihantar ke hospital berdekatan sama ada di Kuantan atau Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata perampas bagaimanapun berjaya melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal berkenaan.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

-- BERNAMA / HD - 19-6-2015                                                                                                               --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perampas MT Orkim Harmony minta dilepaskan
Posted on Thursday, June 18 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perampas kapal tangki MT Orkim Harmony meminta supaya mereka dilepaskan sebagai tuntutan untuk mereka membebaskan kru kapal itu, kata Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid.

Beliau berkata buat masa ini TLDM sedang berkomunikasi dengan mereka menggunakan frekuensi radio.
  
"Mereka tidak benarkan TLDM dan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) menghampiri kapal berkenaan demi keselamatan kru kapal.
  
"Kami terpaksa berada pada jarak lima batu nautika dari kapal itu untuk memastikan kesemua kru selamat dan tidak diapa-apakan. Kesemua kru selamat.
  
"Mereka perompak (perampas) minta dibebaskan dengan selamat dan tidak ditangkap serta dicederakan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Mereka dipercayai ingin merampas minyak RON95 dan dijual kepada sindiket tertentu," katanya sambil menambah agensi lain yang terlibat adalah APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
  
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
  
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.
  
-Bernama 


Sumber TKO - 18-6-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Runding dengan perompak untuk bebas anak kapal

MUHAMMAD AFIQ MOHD ASRI | .


KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang berunding dengan perompak untuk membebaskan kesemua 22 krew kapal MT Orkim Harmony.
  
Perkara itu dimaklumkan oleh Panglima Wilayah Laut 1 Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan kesemua 22 anak kapalnya selamat.
  
TLDM menerajui operasi menyelamat kapal tangki itu susulan pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang semalam.
  
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
  
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. - BERNAMA

Sumber HD - 18-6-2015


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Kapal MT Orkim Harmony dikesan di perairan Kemboja

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan Kemboja, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis, beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.

Beliau juga mengesahkan bahawa kapal itu telah ditukar nama dan catnya.

Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar. - Bernama


Sumber HD - 18-6-2015


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Runding dengan perompak untuk bebas anak kapal

MUHAMMAD AFIQ MOHD ASRI | .


KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang berunding dengan perompak untuk membebaskan kesemua 22 krew kapal MT Orkim Harmony.
  
Perkara itu dimaklumkan oleh Panglima Wilayah Laut 1 Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan kesemua 22 anak kapalnya selamat.
  
TLDM menerajui operasi menyelamat kapal tangki itu susulan pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang semalam.
  
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
  
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. - BERNAMA

Sumber HD - 18-6-2015                                                                                                                             ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Doakan kapal tangki MT Orkim Harmony selamat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Mari bersama berdoa untuk keselamatan anak-anak kapal dan semoga kapal tangki tersebut kembali dijumpai," ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau berharap semoga operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjalan lancar, selamat dan berjaya.

Katanya, kehilangan kapal tangki berdaftar di Malaysia MT Orkim Harmony itu yang membawa muatan petrol RON95 begitu mendukacitakan.

Ia dipercayai hilang pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Selidi, Kota Tinggi pada awal pagi 12 Jun yang lalu.

Kapal tangki yang membawa kira-kira 6,000 tan metrik petrol itu dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

Tambahan pula, ia dianggotai 22 orang kru, 16 orang daripadanya adalah warganegara Malaysia, lima orang warganegara Indonesia dan bakinya berwarganegara Myanmar.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah, kehilangan kapal tangki tersebut merupakan satu tragedi kepada negara.

"Episod duka ini berterusan melanda negara sejak kehilangan pesawat MAS jenis MH370 tahun lalu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujar beliau operasi mencari dan menyelamat perlu dipergiatkan di semua peringkat.

Selain itu, katanya kerjasama dari negara jiran juga amat ditagih bagi memudahkan usaha pencarian tersebut.

"Kita juga harus berwaspada dengan sebarang aktiviti lanun yang tidak mustahil bertapak di perairan tersebut dan menjadi punca kehilangan kapal terbabit," katanya lagi.

Menurut laporan media, kawasan pencarian diperluas sehingga meliputi 50,000 kilometer persegi dan merentasi sepanjang perairan Tanjung Penawar hingga ke Mersing.

Ia juga berkemungkinan merentasi ke sempadan perairan negara jiran. - HARAKAHDAILY 16/5/2015

Sumber HD - 16-6-2015

No comments:

Post a Comment