BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, March 5, 2015

TG DATO' DR HARON DIN


Seminar pemikiran Haron Din 25 Februari

NUR HASMIRA MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44300-seminar-pemikiran-haron-din-25-februari

KUALA LUMPUR: Perikatan Gabungan Badan-badan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN) akan mengadakan Seminar Pemikiran Tokoh- Haron Din sempena mesyuarat agung tahunan ACCIN.

Timbalan Pengerusi ACCIN Ir Mohd Jamaludin Shamsudin pada sidang media semalam berkata Almarhum Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din telah dipilih kerana beliau merupakan seorang tokoh ulama tersohor dan terkenal dengan pemikirannya yang memiliki pengikut yang ramai.

"Dalam konteks ACCIN, beliau menjadi pengasas dan ketua umum Darul Syifa' yakni sebuah badan bukan kerajaan yang terkenal dalam perubatan Islam dan Darul Syifa' ini ialah ahli gabungan ACCIN," katanya
pada sidang media ACCIN di Bangunan Perkim.

Seminar yang akan diadakan pada 25 Februari ini bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari ini akan turut menampilkan beberapa tokoh yang mengenali beliau termasuk anaknya, Dr. Huda Haron Din.

Ujarnya, lima topik mengenai kepimpinan dan personaliti beliau akan dibincangkan iaitu topik TG Prof Datuk Dr. Haron Din di belakang tabir akan disampaikan oleh anaknya, manakala pemikiran Almarhum sebagai seorang tokoh akademik, rakan seperjuangan dan peranannya dalam Majlis Dakwah Negara akan disampaikan oleh Datuk Prof Mahmod Zuhdi.

"Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aiziz pula akan membicarakan pendirian politik Almarhum dan siasah syarie'. Kemudian ada juga ustaz Fitri Abdullah, seorang daripada Ahli Majlis ACCIN dan beliau dianggap sebagai anak angkat Almarhum beliau diislamkan oleh Tuan Guru Haron Din dan daripada beliau kita mengharapkan untuk memahami pendirian beliau tentang dakwah kepada bukan Islam.

"Dianggarkan 800 orang akan hadir di Dewan Muktamar Pusat Islam pada 25 Februari, Sabtu ini. Perasmian saya rasa Timbalan Perdana Menteri tidak boleh hadir dan mungkin kita akan dapatkan Ketua Pengarah Jakim untuk merasmikan dan menutup seminar tersebut, masuk adalah percuma dan semua dijemput hadir," katanya. – HARAKAHDAILY 16/2/2017

Sumber HD  - 16-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Almarhum Ustaz Haron Din Dapat ‘Datuk’ Kerana

Usaha Martabatkan Islam

 

Penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din adalah sebagai pengiktirafan terhadap usaha beliau memartabatkan Islam dan menyebarkan ilmu agama tanpa batasan di negara ini, kata anaknya.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan anugerah itu yang membawa gelaran ‘Datuk’, kepada anak keempat allahyarham, Najmi Haron, 36 sempena hari keputeraan baginda ke-71 di Istana Alam Shah di sini semalam.

Menurut Najmi, baginda sejak awal tahun ini telah menyenarai nama allahyarham sebagai calon untuk dikurniakan darjah kebesaran tersebut, namun bapanya telah meninggal dunia pada 16 Sept lepas di Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
“Tuanku Sultan memang merancang untuk menganugerahkan anugerah ini kepada ayah saya sejurus selepas pulang menerima rawatan di Amerika, tetapi Allah S.W.T mengambilnya lebih awal.

“Namun, saya rasa bersyukur sebab dapat menerima anugerah ini bagi pihak ayah saya atas pengorbanannya memartabatkan Islam di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu.

Allahyarham Haron menghembuskan nafas terakhirnya pada 16 Sept lepas di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat setelah sekian lama menghidapi penyakit jantung.

Sepanjang hayatnya bermastautin di Bangi, allahyarham Haron merupakan tokoh ulama tersohor dan sentiasa berusaha menggerakkan perpaduan melalui syarahan agama serta tazkirah di masjid sekitar Selangor.

Sumber BO - 15-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------- 




Sultan Selangor kurnia DPMS kepada Almarhum Haron Din

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43540-sultan-selangor-kurnia-dpms-kepada-almarhum-haron-din

MENJUNJUNG kasih Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diatas perkenan mengurniakan darjah Dato Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Almarhum Prof Tuan Guru Dato Dr Haron Din sempena ulangtahun Hari Keputeraan Tuanku yang ke 71 hari ini.

Pengurnian darjah tertinggi ini mencerminkan kesepaduan hati istana dan rakyat jelata dalam mengiktiraf sumbangan dan jasa besar Almarhum selaku ulamak dan pembimbing ummah.

Daulat Tuanku.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan
PAS Pusat
11 Disember 2016 – HARAKAHDAILY 11/12/2016

Sumber HD - 11-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kisah Ustaz Harun Din Dengan Mubaligh Kristian
Posted on Wednesday, September 21 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31754



Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1.

Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."
Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk ber-jumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.
Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.
Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.
Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?
Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."

"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu. 


Sumber TKO - 21-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Pemergian Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dirasai dunia

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42557-pemergian-tuan-guru-datuk-dr-haron-din-dirasai-dunia

Pemergian Tuan Guru Datuk Dr Haron Din bertemu Maha Pencipta baru-baru ini terus diiringi dengan ucapan takziah dari pelbagai pihak dan organisasi Islam antarabangsa.

Yayasan Al-Quds Antarabangsa dalam sehelai surat yang ditujukan kepada Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah mengucapkan takziah atas pemergian Mursyidul Am parti itu, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, ke rahmatullah minggu lalu.

“Kami ingin menyampaikan kepada kalian, umat Islam keseluruhannya, rakyat Malaysia, pimpinan dan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) khususnya setulus takziah atas pemergian cendekiawan Sheikh Haron Din dan kami berdoa kepada Allah supaya mencucuri rahmat ke atasnya dan membina sebuah rumah buatnya di Syurga Firdaus.”

Penghargaan Takziah Parti Nahdah Buat Almarhum Musyidul Am

Presiden Parti Al-Nahdhah Al-Islamiah Tajikistan, Muhyidden Kabiri, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan telah menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, yang meninggal dunia minggu lalu di Hospital Universiti Stanford, California, Amerika Syarikat.

“Saya mewakili Parti Al-Nahdhah Al-Islamiah Tajikistan ingin mengucapkan setulus takziah kepada anggota keluarganya atas pemergian Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).”

Kenyataan tersebut telah ditujukan kepada Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan mengurniakan kesabaran kepada kaum keluarga dan mereka yang mengasihinya.

Pimpinan Ikhwan Muslimin Merasai Pemergian Murabbi Ummah

Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan telah merakamkan ucapan takziah atas pemergian Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, yang telah kembali menemui Allah Rabbul Jalil, minggu lalu.

Memetik kenyataan tersebut, Timbalan Mursyidul Am gerakan tersebut, Sheikh Ibrahim Munir berkata, dunia Islam merasai pemergian Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang disifatkan sebagai kehilangan besar buat ummah dengan posisi beliau sebagai Mursyidul Am sebuah gerakan Islam tanah air.

“Ikhwanul Muslimin ketika diberitakan mengenai pemergian almarhum melalui wakilnya, turut menyampaikan takziah kepada semua ahli keluarga, kerabat, para pelajarnya dan yang dikasihinya di Malaysia serta seluruh pelosok dunia Islam dan semoga diberikan ketenangan.

“Kami juga memohon kepada Allah agar mencucurinya dengan rahmat Allah yang luas, ketenangan, dan syurga abadi.

“Semoga dengan itu, Allah mengurniakan kesabaran dan ketenangan bagi menggantikan kesedihan ummah atas berita kehilangannya, ” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lalu itu. (ulamasedunia.org)

Sumber HD - 20-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Jemaah haji terkesan pemergian Haron Din

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42550-jemaah-haji-terkesan-pemergian-haron-din

MAKKAH: Berita kehilangan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din baru-baru ini turut terkesan kepada jemaah haji di sini.

Ramai terkejut setelah mendapat maklumat mengenainya melalui media sosial pada hari kematiannya.

Datuk Dr Haron Din menghadapi masalah jantung dan dimasukkan ke Hospital Stanford University, San Francisco, kembali ke rahmatullah jam 10.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat lalu.

Jenazah Almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat selepas solat Jumaat waktu tempatan.

Mereka juga tersentuh hati membaca catatan seorang anak Allahyarham yang begitu menghibakan.

Che Abdullah dari Peringat Kelantan pada awalnya tidak yakin dengan berita tersebut memandangkan sebelum ini sudah acap kali diviralkan info palsu.

Bagaimanapun katanya selepas diberitahu jemaah haji lain barulah beliau yakin kesahihannya.

"Kematian Dr Haron Din mengejutkan kerana sebelum itu tidak kedengaran dia sakit tenat.

"Bagaimanapun takdir mengatasi segala-galanya di mana tanah kuburnya di negara orang," katanya.

Mohd Saud dari Kota Bharu juga memberitahu terkejut apabila membaca berita kematian Mursyidul Am PAS di media sosial.

Menurutnya banyak laman berita dan sosial memaparkan berita sedih tersebut boleh dibaca biar pun berada di Makkah.

Beliau yang juga bekas kakitangan Jabatan Penyiaran berkata setiap isu yang berlaku di tanah air boleh diikuti di sini.

Begitu juga dengan kejatuhan nilai RM amat terkesan kepada jemaah haji di Makkah.

Kata beliau kerajaan tidak boleh menyembunyikan isu tersebut kerana jemaah haji Malaysia mengalaminya sendiri.

"Misalnya kalau ditukar RM1,000 kita hanya dapat sekitar SR900. Malah ada pengurup wang di sini enggan menerima not RM10 untuk ditukar kepada SR," ujarnya.

Isu kejatuhan nilai RM sebelum ini dipapar laman berita ini namun cuba dinafikan pemimpin Umno dengan menganggap sebagai gimik media pembangkang.

Mohd berkata kerajaan Malaysia tidak boleh menafikan keadaan sebenar yang berlaku kerana ia berlaku di hadapan mata sekarang.

Wan Tek dari Shah Alam pula mendakwa ada peniaga di sempadan sebelah Thailand tidak mahu menerima RM untuk urus niaga.

Sedangkan katanya sebelum ini rakyat Malaysia tidak menghadapi masalah membeli menggunakan RM. – HARAKAHDAILY 20/9/2016

Sumber HD - 20-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------










Pemergian Tuan Guru Haron Din: Henti sekat ulama

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42551-pemergian-tuan-guru-haron-din-henti-sekat-ulama

Dewan Pemuda PAS Sarawak mengucapkan takziah ke atas permergian Tuan Guru Dr Haron Din. Tuan Guru merupakan contoh seorang professional yang istiqamah bersama perjuangan PAS. Jutaan umat Islam mendapat manfaat daripada jasa Allahyarham, sama ada secara langsung melalui kuliah dan pengajaran beliau, atau secara tidak langsung beliau memperjuangkan Islam dalam sektor ekonomi seperti perbankan Islam, dakwah, pembangunan pendidikan dan lain-lain. Allahyarham Tuan Guru juga berjasa besar dalam PAS, dan amat tegas dalam memberi pandangan-pandangan beliau dalam isu-isu umat Islam.

Kita telah kehilangan permata besar Islam di Malaysia khususnya, dan dunia amnya. Kita telah kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini. Mereka diraikan selepas kematian mereka, dengan stesen-stesen televisyen utama memberi liputan meluas tentang pemergian mereka.

Amat malang di kala hidup mereka, ulama-ulama ini dihalang dan diberi pelbagai sekatan untuk menyampaikan ilmu. Program-progam agama yang pelbagai di stesen-stesen TV lebih mengutamakan ustaz-ustaz selebriti termasuk yang lahir daripada realiti tv, berbanding ulama-ulama. Ini hasil daripada sekatan-sekatan yang dikenakan dek kerana berbeza pandangan politik.

Kami menuntut sekatan-sekatan ini dihentikan. Berilah peluang kepada ulama-ulama tanpa mengira latar belakang politik untuk berdakwah secara meluas termasuk melalui stesen-stesen tv. Ulama besar Malaysia seperti Tuan Guru Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Dr Mahfodz dan lain-lain perlu diberi ruang seluas-luasnya untuk menyampaikan ilmu mereka. Sebarang sekatan yang dikenakan dengan niat politik tidaklah memberi manfaat kepada kemajuan umat Islam.

Janganlah selepas kita kehilangan mereka, barulah kita mula menghargai mereka.

Zharudin Narudin
Timbalan Ketua Pemuda PAS Sarawak - HARAKAHDAILY 20/9/2016

Sumber HD - 20-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kehilangan besar untuk umat Islam - Hamas

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42548-kehilangan-besar-untuk-umat-islam-hamas

Gerakan Islam, Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan Sabtu lalu telah merakamkan ucapan takziah atas pemergian ulamak dan murabbi ummah, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, ke rahmatullah Khamis malam lalu di Amerika Syarikat (bersamaan waktu Malaysia Jumaat 10.10 pagi).

“Hamas menujukan ucapan takziah tulus ikhlas kepada pimpinan dan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam atas pemergian Sheikh Dr Haron Din, Mursyidul Am PAS dan salah seorang ulamak umat Islam,” demikian dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan di laman web gerakan Islam Palestin.

Menerusi kenyataan akhbar itu juga, Hamas mendoakan agar ahli PAS meneruskan keazaman mereka sambil menggelar mereka sebagai ‘saudara kami’.

Solat jenazah ghaib telah ditunaikan di banyak tempat bagi mengiringi pemergian tokoh ilmuan ummah itu.

Jenazah Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Five Pillars Farm, Livermore, Amerika Syarikat pada 16 September lalu. (http://ulamasedunia.org/)

Sumber HD - 20-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Qaradhawi ucap takziah pemergian Dr Haron Din

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42547-qaradhawi-ucap-takziah-pemergian-dr-haron-din

Pemergian murabbi ummah, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, baru-baru ini turut mendapat perhatian Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, yang telah mengucapkan takziah atas kehilangan itu di akaun peribadi beliau di laman sosial Twitter.

“Semoga Allah merahmati Sheikh Dr Haron Din, Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS),” ujar beliau dalam petikan dari laman sosial Twitter itu.

“Kami bermohon kepada Allah agar mengampuninya dan mengangkat darjatnya bersama golongan yang tinggi kedudukan di sisi Allah,” tambah beliau lagi.

Jenazah Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Amerika Syarikat selepas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Stanford di San Francisco. (http://ulamasedunia.org/)

Sumber HD - 20-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------













2 ditahan hina Islam berkait kematian Dr Haron Din

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42534-2-ditahan-hina-islam-berkait-kematian-dr-haron-din

KUALA LUMPUR: Pihak PDRM menahan dua individu kerana menghina agama Islam berkaitan kematian Tuan Guru Datuk Dr Haron Din menerusi laman facebook.

Demikian dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman facebook rasmi Ketua Polis Negara, pagi ini.

"Syabas JSJK @PDRMsia tangkap 2 orang, seorang di Ipoh dan seorang di Shah Alam kerana buat posting dalam Facebook menghina agama Islam berkaitan kematian Dato' Dr. Haron Din," tulis beliau menerusi facebook.

Datuk Dr Haron Din menghadapi masalah jantung dan dimasukkan ke Hospital Stanford University, San Francisco, kembali ke rahmatullah jam 10.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat lalu.

Jenazah Almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat selepas solat Jumaat waktu tempatan. - HARAKAHDAILY 19/9/2016

Sumber HD - 19-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------













Jadikan Almarhum Dr Haron Din ikon pemimpin, ilmuan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42533-jadikan-almarhum-dr-haron-din-ikon-pemimpin-ilmuan

Cucu Almarhum Dr Haron Din, Hakeem Hamdi mengimami solat jenazah ghaib di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR: Generasi muda seharusnya menjadikan Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din sebagai ikon dan mencontohi beliau selaku pemimpin serta tokoh ilmuan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib Negeri Selangor, berkata di sepanjang hayatnya Almarhum membuktikan ketokohannya sebagai ulama dan ahli politik disegani namun disenangi semua pihak.

“Pemergian beliau amat terkesan kepada kita semua dan sebagai generasi muda, saya dan rakan lain seharusnya mencontohi beliau.

“Seperti mana dapat dilihat solat sunat jenazah ghaib diimamkan cucunya, maka kita sebagai generasi pelapis perlu bersungguh-sungguh menguasai ilmu sepertinya,” katanya dipetik SelangorKini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer itu menambah, pemergian Dr Haron Din diharap memberi iktibar kepada kita semua dan berdoa semoga bertambah alim ulama di kalangan generasi baru.

Solat sunat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am PAS itu diimamkan cucunya, Hakeem Hamdi, 17, di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Sabtu lalu yang disertai kira-kira 5,000 jemaah termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Haron Din menghadapi masalah jantung dan dimasukkan ke Hospital Stanford University, San Francisco, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat lalu.

Jenazah Almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat selepas solat Jumaat waktu tempatan.

Sumber HD - 19-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keluarga perjelas Kenapa Pilih kebumi Haron Din di AS
Posted on Sunday, September 18 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31709



KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas bantuan dan usaha yang dihulurkan bagi membawa pulang jenazah Mursyidul Am PAS itu ke tanah air.

Walaupun akhirnya keluarga memutuskan pengebumian jenazah pendakwah dan tokoh perubatan Islam itu disempurnakan di San Francisco, California, Amerika Syarikat, anaknya, Dr Huda Haron, mengakui bantuan diberi termasuk tawaran menyediakan pesawat persendirian amat menyentuh perasaan.

"Kami menghargai usaha pihak kerajaan terutama (Timbalan Perdana Menteri) Dato' Seri Zahid Hamidi yang bersusah payah membantu aturkan pesawat persendirian. "Terima Kasih. Sangat2 kami hargai dan tersentuh.

Kami sekeluarga merakamkan penghargaan atas keperihatinan Dato' Seri yang bersusah payah bertanya khabar dan menelefon sendiri Mama. Juga berkali2 bercakap sendiri dengan Balin jarak jauh melalui telefon," katanya. Ucapan itu dimuat naik dalam entri ke akaun Facebook milik Tuan Guru Dato' Dr Haron Din (Official) kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Dalam nukilan panjang lebar penuh emosi dari California itu, Dr Huda berkali-kali memohon maaf kepada keluarga, pelajar bapanya, sahabat dan kepemimpinan tanah air atas keputusan keluarganya mengebumikan Allahyarham di luar negara.

Katanya, mereka lima beradik bersama ibu sepakat dengan keputusan itu selepas mengambil kira pesanan Allahyarham yang mahu dikebumikan di tempatnya meninggal dunia.










UMAT Islam menunaikan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Haron Din yang diimamkan Timbalan Imam Besar, Ustaz Ehsan Mohd Hosni di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor "Semasa hayat baba, teringat suatu ketika nak bawa mayat dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin.

Inikan pulak berjam2 malah berhari2 dalam peti ais. Pulak tu perlu melalui 'embalm' (pengawetan) yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf.

"Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan dibawa pulang, tapi jangkamasa 7 hari suatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya.

"Hatta jika tanya hati kecil saya yang memang mementingkan diri sendiri, tentunya saya mahu baba dekat bersama-sama kita. Biar ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita. Biar kita mampu ziarah hari-hari. Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali. Biar ada depan mata.

"Itu kehendak kita dan saya rasa juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba. Tapi apakah keputusan itu tepat untuk baba? "Menyegerakan pengendalian dan penyelenggaraan jenazah juga dituntut syara'.

Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah," katanya sambil mengulangi permohonan maaf keluarga di akhir catatan itu. 


Sumber TKO - 18-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ambillah pengajaran dari mereka yang sudah meninggal dunia - Abdul Hadi
Posted on Sunday, September 18 @ 06:40:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31703



SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan agar masyarakat mengambil pengajaran dan iktibar daripada sumbangan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din kepada Islam.

Berkata ketika memberi tazkirah selepas solat jenazah ghaib di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini, Abdul Hadi berkata, banyak kisah yang baik boleh diambil daripada apa yang dilakukan oleh Allahyarham.

"Allahyarham Haron Din adalah seorang ulama yang telah habiskan hayatnya untuk Islam.

 Sekiranya ingin ambil pengajaran dan iktibar, ambillah pengajaran dari mereka yang sudah meninggal dunia.

"Yang di akhir umurnya dengan menyebarkan ilmu, sebar Islam dan memberi sumbangan pada Islam," kata Abdul Hadi.

Dalam pada itu, dengan nada yang penuh menyentuh sanubari Abdul Hadi turut meminta sekiranya Allahyarham mempunyai kesalahan agar orang ramai memaafkannya kerana menurutnya, manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan.

"Bagi pihak Pas dan keluarga, saya meminta sesiapa yang ada apa-apa kesilapan Allahyarham lakukan kesalahan, kerana manusia tak lari dari kesalahan, kalau ada diminta memaafkan.

"Mudah-mudahan kita dapat pahala dengan memaafkan orang," ujar beliau.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dimandikan dan dikafankan di Masjid An Noor Santa Clara pada jam 11.40 pagi (2.40 pagi waktu Malaysia).

Solat jenazah pula dilakukan selepas solat Jumaat kira-kira jam 2.21 petang (5.21 pagi waktu Malaysia) di Masjid Muslim Community Association yang diimamkan sendiri anak lelakinya, Hamidi Haron.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 10.05 pagi semalam pada usia 76 tahun di Hospital Stanford University Amerika Syarikat (AS) akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham disemadikan di bumi Carlifornia bersesuaian dengan amanatnya sebelum ini yang mahu disemadikan di tempat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Khatijah Salleh dan lima cahaya mata.

Sumber TIKO - 18-9-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tuan Guru Dato’ Haron Din dan Perubatan Islam

Genap usia 76 tahun yang dikasihi Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (aTGHD) telah kembali kerahmatullah pada jam 7:02 Petang (15-Sep-2016 – Waktu San Francisco USA) bersamaan jam 10:02 Pagi (16-Sep-2016 – Waktu Malaysia). Seluruh rakyat Malaysia kehilangan sebutir mutiara ulama yang sukar dicari ganti. Ramai yang mengucapkan takziah dikalangan kawan dan lawan atas pemergian beliau.

Segelintir kecil pembenci beliau mencemuh, kenapa aTGHD mengambil kaedah moden bagi rawatan sakit jantung beliau? Sedangkan beliau begitu popular dengan kaedah pengubatan air jampi Darussyifa’?

Allahyarham aTGHD cukup sinonim dengan pengubatan Islam Darussyifa’. Satu kaedah perawatan rukyah yang diasaskan oleh beliau sejak 1977 lagi. Darussyifa’ telah diorganisasikan secara tersusun pada tahun 1988 setelah penubuhan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa’) yang berpusat di Bangi.[1] Darussyifa’ merupakan sebuah klinik rawatan yang terkenal komplimentari nusantara dalam usaha mencari kesembuhan penyakit selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital.

Kebanyakan pesakit yang datang bukan hanya mengalami penyakit fizikal tetapi juga melibatkan penyakit rohani seperti terkena ganguan makhluk halus dan seumpamanya. Kaedah yang diamalkan oleh Darussyifa’ iaitu menggunakan konsep doa sebagaimana dianjurkan oleh syariat disaat kita mengalami musibah atau penyakit. Semua rukyah tersebut diambil dari ayat-ayat al-Qur’an, Hadith dan Doa-doa sebagai salah satu ikhtiar selain mendapat khidmat kepakaran diarus perubatan moden. Kini, Darussyifa berkembang seluruh negara dengan ribuan para perawat yang menggunakan kaedah rukyah tersebut.


Asas yang dikemukakan oleh Darussyifa’ cukup jelas iaitu menerima perubatan moden kerana ianya salah satu dari disiplin dari ilmu-ilmu Islam disamping berikhtiar dengan ayat-ayat doa rukyah. Secara praktisnya, aTGHD tunjukkan sendiri bahawa beliau menggunakan kedua-dua kaedah ini dalam merawat diri. Selain dari bait-bait rukyah yang diamal, aTGHD juga berubat dengan hospital terkemuka negara, IJN. Anakanda dan menantu aTGHD juga doktor perubatan yang senantiasa memberi khidmat nasihat perubatan. Pendek kata mereka bukan ektrimis menggunakan air jampi semata-mata tanpa mengambil asas berubat dengan kecanggihan perubatan terkini.[2]

Pernah aTGHD menulis dalam buku masyhur beliau bertajuk Konsep Perubatan Islam Darussyifa’:

“Dan setiap penyakit, sama ada sakit fizikal, mental ataupun yang berkaitan dengan hati ada penawarnya. Rasulullah s.a.w. menyuruh agar setiap orang yang sakit berusaha untuk berubat dengan pertolongan orang lain yang pakar dalam bidang yang dimiliki, ataupun oleh diri sendiri. Jelas terbukti bahawa tugas manusia di sini ialah berusaha untuk mendapatkan kesembuhan menurut keupayaan dan kemajuan akal tanpa putus asa. Usaha dan ikhtiar adalah tugas manusia manakala kesembuhan adalah urusan Allah yang telah ditetapkan termaktub di Loh Mahfuz.”[3]

Justeru, jika ada yang mempelekeh aTGHD berubat di California untuk sakit jantung yang dihadapi, tidak guna air jampi semata-mata, mereka sebenarnya buta akan keindahan ilmu dan konsep berubat dalam Islam.

Al Faqir ilallah
Dr Suhazeli Abdullah
17 Sept 2016
Istanbul

Rujukan
[1] Sejarah Darussyifa. http://www.darussyifa.org/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=32
[2] Asas Pengubatan Darussyifa’. http://www.darussyifa.org/AsasPengubatanDS_Iss1%285-May-2006%29.php
[3] Harun Din. Konsep Perubatan Islam. DarulSyifa. Ms 7. http://www.darussyifa.org/

Sumber BO - 17-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Solat Jenazah Ghaib Al marhum Tuan Guru Dato Dr Harun Din
Posted on Saturday, September 17 @ 22:04:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31702



Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hadir di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi menyempurnakan solat jenazah ghaib Al marhum Tuan Guru Dato Dr Harun Din yang telah diimamkan oleh cucunda beliau pagi tadi.



















Sumber TKO - 17-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Pengalaman Dr. Haron Din Masuk Dalam Kaabah
Posted on Saturday, September 17 @ 21:49:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31701



Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram. Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP.



Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan. Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam.

Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah. Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah.

Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh.

Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58) Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi.




Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun.

Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini. Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu.

Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.


Sumber TKO - 17-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















Perut lapar tiba-tiba menjadi kenyang

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42524-perut-lapar-tiba-tiba-menjadi-kenyang

SAYA selaku Setiausaha Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau, merangkap Mudir PDS merakamkan takziah kepada ahli keluarga yang dikasihi Almarhum Datuk Tuan Guru Dr Harun Din yang kembali ke Rahmatullah pagi kelmarin waktu Malaysia.

Pemergiannya buat selama-lamanya sangat dirasai oleh kami semua warga PDS, Almarhum sangat besar jasanya kepada pembangunan PDS sejak dari awal penubuhannya. Sumbangan dalam memberi buah fikiran, harta benda dan tunjuk ajarnya dalam setiap kali bermesyuarat sangat memberi semangat dan inspirasi kepada kami sebagai Ahli Majlis Perunding dan juga seluruh warga PDS yang lain.

Kesedihan Almarhum menerima dan memberi keistimewaan kepada pelajar PDS mempelajari dan mengikuti pengajian perubatan Islam setiap dua kali seminggu sangat-sangat dihargai.

Saya selaku Setiausaha PDS dan juga Mudir kerap bersama Tuan Guru dalam acara-acara PDS selain bermesyuarat, pengalaman bersama Almarhum merupakan buah ilmu yang sukar diperolehi dalam mana-mana majlis yang lain.

Kami sering merujuk pandangan Almarhum Tuan Guru dalam perkara yang berkaitan dengan fikah dakwah yang realitinya sentiasanya tidak sama antara satu tempat, etnik dan budaya yang berbeza. Keilmuan dan kedalaman ilmunya sangat menyakinkan kami dalam gerak kerja dakwah di merata tempat khususnya pendalaman Sabah Sarawak.

Walaupun kami sangat terasa kehilangannya, namun tidak mematahkan semangat untuk terus memajukan PDS dengan lebih cemerlang.

Berita pemergian Almarhum, saya antara yang terlewat mendengar khabarnya, ketika semua memperkatakan keadaan kesihatannya awal pagi tersebut, saya masih lagi dalam perjalanan pulang dari pedalaman Sarawak di Long Busang menuju Sibu, sebaik ada liputan internet menjelang petang, barulah beribu mesej dalam pelbagai kumpulan tidak ada berita lain sepanjang hari ini melainkan berita tentang pemergian Almarhum buat selama-lamanya. Perut yang terasa sangat lapar ketika itu, hilang rasa laparnya mendengar berita yang sangat mengejutkan.

Kita semua adalah saksi atas amalannya, perjuangan  dan pengorbannya dalam  perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Semoga Almarhum akan ditempatkan oleh Allah SWT bersama para anbiya, auliya, syuhada dan solehin.

MISBAHUL MUNIR MASDUKI
Setiausaha Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau merangkap dan Mudir Pusat Dakwah Serantau.
14 Zulhijjah 1437. – HARAKAHDAILY 17/9/2016

#Almarhum adalah Pengerusi Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau, sejak tahun 2010.

Sumber HD - 117-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Pemergian 'Sang Murabbi' undang kesedihan ummah

USTAZ MOHAMMAD IBRAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/lain-lain/42523-pemergian-sang-murabbi-undang-kesedihan-ummah

TANGGAL 16 September, tatkala seluruh Malaysia meraikan Ulang Tahun Hari Malaysia, negara dikejutkan dengan pemergian insan yang digelar sebagai 'Murabbi Ummah' dan 'Mutiara Ummah', Tuan Guru Datuk Dr Haron Din Al-Hafiz.

Pemergian insan hebat ini disambut dengan tangisan oleh seluruh pejuang Islam di bumi Malaysia dan mereka yang cukup mengenali keperibadian dan ketokohan Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din.

Tautan Rahmat melahirkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum khususnya kepada isteri dan anak-anak almarhum yang sesungguhnya sedang bersedih dengan kehilangan insan yang juga menjadi 'bapa ummah' ini.

Tautan Rahmat merasai kehilangan ini, apatah lagi Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din adalah insan yang pertama merestui dan merasmikan pertubuhan ini pada September 2014 di Surau An Nur, Bandar Baharu Bangi.

Dua tahun lalu, Tautan Rahmat secara rasminya bergelar pertubuhan dan melalui tangan insan yang bergelar Murabbi Ummah itulah Tautan Rahmat mencipa rentak meredah onak badai melayarkan perjuangan membawa sinar dakwah di muka bumi Malaysia.

Sesungguhnya kami warga Tautan Rahmat akan terus merindui dirimu wahai Murabbi Ummah. Bersemadilah dirimu wahai mutiara ummah, kami akan meneruskan gemilang jalan dakwahmu yang dibina sekian lama. Alfaatihah. – HARAKAHDAILY 17/9/2016

Penulis adalah Presiden Tautan Rahmat

Sumber HD - 17-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Bagaimana Tuan Guru Haron Din Terima Dan Belanjakan Wang RM 1 Juta
Posted on Saturday, September 17 @ 21:21:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31700



Cerita Almarhum Tuan Guru Haron Din Kepada Kami…. Saya sempat belajar dgn almarhum di Darul Syifa’ Bangi sekitar tahun 2009 bersama ustaz Al Rania dan ustaz Ihsan Abdullah. Almarhum TGHD seorang yg sangat merendah diri dan terlalu sedikit cintakan dunia bahkan ikhlas dlm merawat pesakit, walaupun individu tersebut dari ideologi parti berbeza.


Pernah almarhum bercerita kepada kami para pelajar. Kisah beliau pernah menasihati satu pasangan yg mana si isteri hampir menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia menerima cahaya mata (kalau tak silap saya). Pasangan ini daripada keluarga berada. Hasil nasihat dan teguran dari almarhum, pasangan ini membatalkan niat utk menggugurkan kandungan. akhirnya mereka mendapat cahaya mata yang sihat dan sempurna.

Lalu si suami menjemput almarhum untuk mentahnik dan memberi nama kepada anak tadi kerana terhutang budi dgn almarhum. Selesai tahnik, si suami menyerahkan sampul kepada almarhum, katanya sedikit sumbangan ikhlas. Almarhum berkeras menolak namun si suami tetap mahu memberi.

Setelah pulang, beberapa lama kemudian barulah almarhum teringat pada sampul yg diberikan tadi. Sebelum buka sampul, terdetik dalam hati " mungkin RM100 atau lebih sikit". Namun apa yg memeranjatkan, isi sampul tersebut adalah sekeping cek yg tertera RM 1,000,000.00!!!

Almarhum telefon kepada si suami tadi dgn mengandaikan beliau tersilap, tp si suami mengatakan memang beliau berniat utk memberinya kepada almarhum. "Ustaz gunalah duit tersebut utk apa2 pun".

Lalu almarhum teringat tentang janji beliau beberapa bulan sebelum itu di sebuah masjid di Langkawi. Pihak AJK masjid memaklumkan, kos utk membina masjid baru adalah berjumlah RM1.4 juta. Ketika itu almarhum kata, "saya tak dak jumlah sebanyak tu.

kalau saya ada, saya mesti bagi". Teringatkan janji tersebut almarhum terus menyerahkan cek tersebut kepada pihak masjid. Mereka begitu gembira bahkan berkali2 berterima kasih kepada almarhum. Kata almarhum, "bukan saya, tp ada seorang lelaki yg bagi cek ni pada sy. Saya tlg sampaikan saja".

Akhirnya masjid td berjaya disiapkan. Pada majlis perasmian masjid, almarhum mengajak si suami td menemani beliau ke Langkawi. Dalam ucapan beliau, almarhum memperkenalkan kepada penduduk tempatan ttg lelaki yg memberikan cek RM 1 juta kpd beliau. Si suami td terkejut. " Ustaz guna duit tu utk masjid?" Soal beliau terkejut. Almarhum hanya tersenyum.

Moral of story, almarhum berpesan kepada kami para pelajar, org agama tidak perlu kejar dunia. Jika mereka ikhlas, insya Allah dunia yg akan kejar mereka. Kisah ini saya ingat sampai sekarang. Semoga Allah SWT menempatkan almarhum di sisi para anbiya' dan solihin.


Credit: Abu Anas Mohamad Lutfi

Sumber TKO - 17-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hidup Berjuang!

Tiada yang mudah dalam perjalanan Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din untuk menjadi seorang ulama. Setelah bergelar ulama, tiada apa juga yang mudah bagi beliau dalam berperanan sebagai ulama yang berada betul-betul di tengah-tengah gelanggang masyarakat. Perjalanan itu dipenuhi dengan rintangan, cabaran, desakan dan ujian; kecil, besar dan kadang-kadang mengelirukan.

Apatah lagi beliau juga adalah seorang juru dakwah, seorang ahli akademik, seorang perawat, seorang pemimpin masyarakat, seorang ahli politik, seorang yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan seorang yang mepunyai banyak peranan dalam pelbagai bidang.

Menjadi al-Mursyid al-Am kepada parti Islam di negara kita sejurus kembalinya al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rahmatullah, tentulah menjadi tanggung jawab besar yang tidak mudah juga untuk beliau galas.

Pendek kata, kehidupan beliau sepanjang 76 tahun itu adalah sentiasa dalam keadaan berjuang dengan segala susah payah. Seolah-olah tiada ruang untuk istirehat daripada terus berjuang.

Mungkin itulah tafsiran secara amali tentang firman Allah SWT dalam surah al-balad, ayat 4;

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي كَبَدٍ

Bermaksud, _”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.”_
Seperti kata Imam Hasan al-Basri, _”manusia itu sentiasa bersusah payah berusaha menghadapi cabaran-cabaran kehidupan di dunia dan kesukaran-kesukaran negeri akhirat”_. Kata Imam Qatadah, _”engkau sentiasa melihatnya berjuang menghadapi rintangan urusan dunia dan urusan akhirat.”_

Begitulah umurnya yang berkat itu, dipenuhi dengan perjuangan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

BIDANG PENGUBATAN ISLAM

Dalam dunia pengubatan Islam, beliau gigih berjuang untuk menghapuskan kebergantungan masyarakat kepada kaedah perubatan tradisional yang mencampurkan unsur-unsur syirik dalam rawatan.


Untuk itu, beliau mendekati perawat-perawat tradisional itu dan cuba memahami dan mengkaji amalan dan bacaan mereka. Setelah itu, amalan dan bacaan mereka ditapis mengikut neraca syarak. Sebahagian mereka berterima kasih kepada beliau. Sebahagian lagi pula tidak menyenangi beliau.

Tidak cukup dengan itu, beliau berusaha melatih perawat-perawat yang bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu perubatan dan rawatan, tetapi juga diajarkan dengan konsep akidah yang benar, ibadah yang sahih serta bacaan-bacaan ayat al-Quran, hadith-hadith dan doa-doa yang jelas sebutan huruf daripada makhrajnya, serta terang maknanya.

Beliau merasakan tugas itu seperti fardhu ain ke atas dirinya. Kerana beliau berkebolehan dalam bidang rawatan dan beliau juga seorang pakar dalam bidang syariah.

Sedangkan, golongan masyarakat yang menghadapi masalah gangguan yang tidak bersifat fizikal pula cenderung untuk menemui bomoh-bomoh yang tidak diketahui susur galur ilmu perubatannya. Ada di kalangan yang mendakwa bomoh itu pula, rupanya mencari duit mudah dengan memberikan rawatan palsu. Ada juga yang memberikan rawatan, tetapi rawatan yang bercampur dengan unsur-unsur syirik melalui kaedah pemujaan atau cara-cara lain-lain yang mengundang murka Allah dan membuka pintu kekufuran.

Berkat sokongan dan dokongan murid-murid utama beliau, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia Darussyifa’ ditubuhkan, dan akhirnya berkembang ke seluruh negara dan luar negara bagi menawarkan khidmat rawatan dan perubatan alternatif mengikut kaedah yang dibenarkan oleh syarak.

Sungguh pun begitu bersepadu usaha beliau dalam memerangi amalan syirik dalam perubatan melayu tradisional, beliau sendiri tetap juga tidak selamat daripada dituduh mengamalkan amalan syirik. Sebahagian daripada ulamak-ulamak muda yang baru menamatkan pengajian di luar negara tanpa teragak-agak menuduh Darussyifa’ mengamalkan amalan syirik lantaran selawat asy-syifa’ dan selawat tafrijiyyah.

Ironinya, negeri kelahiran beliau sampai mengeluarkan fatwa mengharamkan selawat tafrijiyyah dan menuntut orang yang mengamalkannya supaya bertaubat. Masalah ini sebenarnya seputar memahami makna selawat tersebut mengikut kaedah bahasa arab dan kaedah usuluddin. Tetapi pihak yang mengharamkannya hanya mengambil maknanya yang zahir dan ditafsirkan mengikut kefahaman ringkas mereka sahaja.

Saya pernah mendengar beliau diminta mengulas tentang isu selawat ini. Jawabnya ringkas dan tidak mahu memanjangkan polemik, _”Ya lah, kita ini orang sekolah atap saja”._
Tentulah artikel ini, tidak bertujuan untuk membahaskan polemik ini. Sekadar memberikan gambaran.

Namun begitu, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din telah meninggalkan karya agung yang memberikan pencerahan tentang pengubatan Islam dan dalil-dalil syarak berkaitannya dalam 5 jilid buku dalam siri pengajian dan pengubatan Islam, terutamanya dalam jilid pertama yang berjudul Pengantar Pengubatan Islam. Siri itu juga turut memuatkan jilid berkaitan penyakit rohani, jasmani dan sihir.


BIDANG POLITIK

Dalam bidang politik, beliau tentulah memilih aliran politik Islam. Beliau adalah sarjana syariah yang sangat memahami Islam adalah penyelesaian untuk semua masalah ummat manusia. Apatah lagi, tamadun Islam begitu kaya dengan teori dan praktikal sistem politik Islam yang merentasi masa ribuan tahun serta merentasi sempadan geografi dan kaum. Dan ia adalah adil dan praktikal untuk semua.

Jika dunia sahaja sahaja yang menjadi buruan beliau, menyertai kepimpinan PAS adalah langkah yang paling merugikan. Bahkan, jika beliau mencari akhirat semata-mata, kerja buat beliau sebagai seorang ahli biasa PAS adalah sebahagian daripada perjuangan Islam. Tetapi PAS memerlukan kepakaran beliau, dan beliau sekali lagi tidak lokek untuk bersusah payah bersama PAS dalam pelbagai posisi kepimpinan.

Bersama dengan PAS, beliau pernah dicalonkan sebagai Timbalan Presiden tetapi menarik diri daripada bertanding. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS dan kemudiannya menjadi Timbalan al-Mursyidul Am PAS sehinggalah beliau dipilih menggantikan al-marhum Tok Guru Nik Aziz sebagai al-Mursyid al-Am PAS yang ke-3.
Beliau pernah dituduh orang sebagai agen UMNO dalam PAS oleh golongan yang ingin melihat beliau merajuk dan meninggalkan PAS. Beliau juga pernah dianggap tidak bijak dalam seni sepak terajang politik. Pandangan berbeza beliau dengan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam terjemahan Injil berbahasa melayu pada peringkat awal, juga digunakan oleh pihak tertentu untuk menjadikan beliau tawar hati dengan PAS.

Tetapi beliau adalah insan pejuang yang memiliki pendirian seteguh gunung. Tidak mudah merajuk dek perkataan manusia, lantas mahu meninggalkan perjuangan Islam sewenang-wenangnya. Perjuangan Islam tidak boleh ditinggalkan. Perjuangan Islam wajib diteruskan. Beliau terus istiqamah dengan perjuangan Islam, walaupun beliau memiliki banyak keuzuran.

Beliau tegak di atas kebenaran, tidak pernah takut kepada celaan orang yang mencela. Beliau terus bersabar dan terus lagi bersabar, sama-sama mengemudi bahtera PAS, terutamanya pada saat-saat getirnya.

Begitulah keadaannya sebagai insan pejuang, alim mujahid. Solatnya, ibadahnya, hidupnya dan matinya hanya kerana Allah, Tuhan Semesta Alam!

Semoga Allah SWT merahmati al-Marhum Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din dengan limpahan rahmatNya yang tidak bertepi dan mengampuni segala kesalahan beliau, serta memasukkan beliau di kalangan para siddiqin, para syuhada’ dan para solehin.

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku dan n masuklah ke dalam SyurgaKu!”

Surah al-Fajr : 27 -30

Zakaria Ismail
AJK PAS KAWASAN MARANG
17 Sept 2016
15 Zulhijjah 1437 H

Sumber BO - 17-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dato Haron Din sudah dimandikan, disolat dan dikebumikan (17 Gambar)
Posted on Saturday, September 17 @ 09:21:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31694



Alhamdulillah Dato Haron Din sudah dimandikan, dikafankan dan baru shj selesai disolatkan. InshaAllah akan dikuburkan di Five Pillars Cemetery, Livermore


































Sumber TKO - 17-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































TG Haron Din selamat dikebumikan di California

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42516-tg-haron-din-selamat-dikebumikan-di-california

KUALA LUMPUR: Jenazah Tuan Guru Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di California, Amerika Syarikat hari ini (Jumaat waktu tempatan), demikian dicatatkan dalam FB anak Almarhum Dr Huda.

Solat jenazah diimamkan sendiri oleh anak beliau Hamdi Haron di Masjid Muslim Community Association dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam  Five Pillars Farm Livermore selepas solat Jumaat.

Tuan Guru Harun Din, 76 tahun telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University AS semalam ketika menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan. – HARAKAHDAILY 17/9/2016

Sumber HD - 17-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Solat jenazah ghaib Almarhum TG Haron Din

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42513-solat-jenazah-ghaib-almarhum-tg-datuk-dr-haron-din

إنا لله و إنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Jenazah Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, insyaallah akan dimandikan pada jam 10 pagi Jumaat 16 Sept 2016. Sementara solat jenazahnya akan dilangsungkan sejurus selesai solat Jumaat. (Waktu San Francisco, US)
(Makluman dari pihak keluarga Al Marhum Tuan Guru)

Ia bersamaan jam 01.00 pagi Sabtu waktu Malaysia. Justeru itu kami pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengumumkan waktu solat jenazah ghaib ialah seperti berikut:

Tarikh: 17 Sept 2016
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 am
Tempat: Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

Imam: YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang (Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia)

Semua Muslimin dijemput hadir
(Kepada negeri yang berjauhan boleh memilih untuk mengadakan Solat Jenazah Ghaib pada hari dan masa yang sama di masjid negeri dan daerah masing-masing.)

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 16-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Lost Cleric Who Continues Committed And In Up To The End Of Life

Tuan Guru Dato Dr Haron Din has passed away at Stanford University Hospital USA at 10.10am Malaysian time on 16 Sept 2016.

All PAS members are deeply saddened by the news of his death because he was a competent scholar and always calm face the test. He continues to struggle with PAS to end his life. His departure is a great loss to the PAS and the country.

Sarawak PAS express condolences to his family and PAS members across the country to persevere and be patient to face this big test. We have lost a valuable jewel in this country. May Allah forgive him and put his soul with the spirit of the pious and devout.

Yours faithfully

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

versi BM

PAS kehilangan tokoh ulama yang terus istiqamah hingga akhir hayat
Tuan Guru Dato Dr Haron Din telah kembali ke ramahtullah di Hospital Stanford University USA jam 10.10am pagi waktu Malaysia pada 16 Sept 2016.

Seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia yang mengenali beliau amat sedih dengan berita kematian beliau kerana beliau merupakan seorang tokoh ulama yang berwibawa dan sentiasa tenang menghadapi segala ujian. Beliau terus bersama perjuangan PAS hingga akhir hayat beliau. Kepergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan juga negara.

PAS Sarawak merakamkan takziah kepada keluarga beliau serta ahli PAS seluruh negara agar tabah dan bersabar menghadapi ujian yang besar ini. Kita telah kehilangan seorang permata yang bernilai dalam negara ini. Semoga Allah mengampuni beliau dan meletakkan roh beliau bersama roh para solehin.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Sumber BO - 16-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr Harun Din Sendiri Minta DiKebumikan di AS
Posted on Friday, September 16 @ 16:01:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31684

Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din mengamanatkan untuk dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) jika ditakdirkan meninggal dunia di negara itu.

Amanat terakhir arwah itu disampaikan kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangannya di negeri ini, menurut BH Online.

Memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, pesanan tersebut disampaikan arwah di Pusat Rawatan Darussyifa di Santan, Kangar sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.

"Amanat itu disampaikan sebagai persediaan kerana ini kali keenam Allahyarham menjalani pembedahan," katanya ketika dihubungi, menurut laporan yang sama.

Arwah yang juga pendakwah terkemuka meninggal dunia di Hospital Stanford University, San Francisco, AS pada usia 76 tahun.

Terdahulu, arwah dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas mengalami masalah jantung.

Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.
Allahyarham mula bergiat aktif dalam PAS sejak 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983) dan dipilih sebagai Mursyidul Am PAS selepas pemergian arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata, solat jenazah ghaib akan diadakan di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama, Kangar malam ini.

Sumber TKO - 16-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haron Din merupakan generasi awal lulusan Islam bersama PAS - Abdul Hadi
Posted on Friday, September 16 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31685



MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia di Amerika Syarikat hari ini.
Beliau berkata Allahyarham Haron adalah di antara generasi awal lulusan Islam yang bersama-sama dengan PAS sejak parti itu ditubuhkan.

“Beliau merupakan generasi awal yang bersama dengan PAS, generasi awal lulusan Islam bersama dengan Profesor Dr Zulkifli Mohamad dan kumpulan Islam.

“Kita harap semua sumbangan Allahyarham terhadap Islam dapat diterima Allah SWT dan semua kekurangan beliau diampunkan oleh Allah SWT.

“Mudah-mudahan Allah bagi rahmat dan meletakkan rohnya bersama para Anbia, syuhada dan para solehin yang menegakkan Islam,” katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila di sini.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Sumber TKO - 16-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dalam kenangan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42511-tuan-guru-datuk-dr-haron-din-dalam-kenangan

Selepas solat Isya' tadi di Masjidil Haram, ingatan kepada Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din begitu kuat bermain dalam ufuk minda kami. Sementelahan pula pada sebelah petang, kami dikejutkan dengan berita beliau dalam rawatan jantungnya. Hati kami sedikit hiba dengan berita itu.

Pada akhir Ogos yang lalu, kami sempat berbual panjang dengan beliau dalam banyak topik seumpama hukum hakam agama, isu politik antarabangsa, coup détat di Turki, termasuklah isu RUU355 dalam satu pertemuan ziarah di rumah beliau. Alhamdulillah, pada masa itu sempat juga kami bertanyakan kesihatannya. Ketika itu, beliau nampak sangat bersemangat bila berbicara walaupun zahirnya nampak agak keletihan. Sedar tak sedar, hampir 3 jam diskusi kami.

Sebelum mengetahui berita pemergiannya, kami sempat mengambil kesempatan dengan keberadaan kami di Kota Suci Mekah dan pada malam Jumaat 14 Zulhijjah dengan penuh kesayuan berdoa kepada-Nya supaya diberi kesembuhan kepada beliau. Pun begitu, Allah lebih menyayangi hamba-Nya.

Kami lafazkan innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua pasti akan kembali kepada-Nya. Dengan perasaan redha dengan taqdir-Nya dan sabar kami ucapkan kalimah yang telah diajarkan kepada kita.

Kami tidak katakan berkenaan almarhum kecuali hal yang baik sahaja. Sesungguhnya almarhum merupakan tokoh yang mempunyai pendirian yang jelas dalam ilmu, tegas, cintakan Islam serta mendalam ilmunya. Mempunyai kefahaman yg tinggi ketika mana ramai orang kabur dan keliru dalam tindakan. Cintakan perpaduan dan mempunyai impian untuk melihat Islam dijunjung tinggi di tanah air.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keampuman serta ditempatkam bersama orang-orang yang beriman. Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu.

Akhukum fillah,
SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri - HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































Tuan Guru Dr Haron Din: Permata milik ummah

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42510-tuan-guru-dr-haron-din-permata-milik-ummah

Saat golongan intelektual selesa dengan kehidupan mereka dalam dekad 1970-an, beliau telah pun menjadi Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat. Maestro dakwah ini membangunkan jamaah semenjak zaman mudanya, walaupun menjadi tenaga pensyarah di kampus Bangi yang saat itu masih berhutan tebal. Beliau membangunkan jamaah saat, sebahagian besar kelompok kelas menengah masih meragui keupayaan Parti Islam mengurus dan mentadbir negara.

Tokoh sarjana muslim ini bukan sahaja mencanai intelektualnya dengan puluhan buku dan ratusan kerta kerja di menara gading, namun menyumbang kepakarannya untuk masyarakat umum negara ini. Namanya mengharum dalam perubatan Islam, bukan sekadar beliau mengubati masyarakat yang sakit daripada sudut akidah tetapi melahirkan jumlah yang besar pengamal perubatan Islam dengan tertubuhnya Darul Shifa' di Bangi. Darul Shifa' juga mempunyai jaringannya di seluruh negara, berbakti pada masyarakat.

Minat murabbi ini kepada pendidikan Islam tak mampu diremehkan, kerana usaha jihad ta'lim telah berakar dalam jiwanya. Beliau menjadi banyak penasihat kepada institusi pendidikan dan dakwah, antaranya Pusat Dakwah Serantau yang banyak melahirkan para daie dan menebarkan dakwah di kawasan pedalaman. Tuan Guru juga dalam keadaan uzur, masih lagi berulang ke Perlis, negeri kelahirannya untuk menyampaikan kuliah, antaranya di MATIN. Jiwanya segar apabila menyampaikan ilmu kerana itulah cinta dan citranya dalam kehidupan. Memberikan ilmu seolah therapi baginya dan tak banyak memberi alasan bila diajak menyumbangkan ilmu kepada masyarakat. Jika beliau tak hadir dalam majlis ilmu yang dirancangkan, bermakna beliau sakit yang tenat atau dalam pemerhatian doktor.

Dr Haron Din antara tokoh PAS yang dibenci oleh kelompok politikus liberal pragmatis kerana ketegasan beliau mempertahankan prinsip perjuangan Islam. Beliau dicaci dan dinista, namun ini tidak menjadi kudis buta kepada semangat beliau untuk membahterai perjuangan Islam ini. Sebagai Mursyidul Am, beliau mengambil tindakan bersama Majlis Syura dalam menentukan PAS tidak menjadi perkakas politik kepada musuh Islam untuk memanipulasi kekuatan jentera PAS. Memutuskan hubungan dengan rakan pemuafakatan politik yang tidak menghormati prinsip Islam mungkin pahit kepada pemimpi Putrajaya, namun itulah rakaman sejarah yang berlaku semasa Dr Haron memimpin Majlis Syura Ulamak.

Sikap pemurah beliau diketahui umum, membantu pembinaan kompleks tarbiah, sekolah agama, masjid serta pelbagai institusi Islam di negara ini. Masyarakat umum menghormatinya melepasi garisan sempadan politik kepartian, beliau dianggap milik ummat Islam. Kitab tulisannya bertebaran dan digunakan sebagai teks pengajian, termasuk oleh PDRM.

Penulis teringatkan sosok maestro dakwah ini dalam mengobarkan api semangat, beliau hadir ke daerah Besut dalam bulan Mac tahun ini untuk merasmikan kompleks Dakwah  Malaysia (KODIM) yang diusahakan oleh Ustaz Datuk Nik Zawawi. Murabbi ini berucap lebih sejam di atas mimbar masjid, guratan wajahnya gembira serta energinya kelihatan seperti masih muda. Beliau juga merasmikan majlis pecah tanah kompleks Pendidikan an-Nur Besut yang penulis usahakan, dalam keadaan agak penat beliau tidak menghampakan. Mendoakan supaya diberkati segala usaha mengajak manusia untuk hidup bertuhan serta dimudahkan segala gerak kerja membina mercutanda pendidikan di daerah agrarian itu.

Hari ini kita kehilangan murabbi ummah dengan segunung kebaktian di medan amal Islami. Negara kita bersedih kerana almarhum adalah milik semua orang, menyantuni orang susah, merawat yang sakit, mencerdaskan akal ummat. Terbayang senyuman manis dan doanya yang lirih serta taujihatnya yang menunjal-nunjal lubuk hati dan akal kita. Bersemadilah wahai sang murabbi, kami semua menjadi saksi akan kebaktianmu, kebaikanmu, juga dedikasimu di jalan juang ini. - HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































Datuk Dr Haron Din tinggalkan legasi

NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42509-datuk-dr-haron-din-tinggalkan-legasi

Benarlah Allah yang berfirman, bermaksud: “Satu diri itu tidak tahu di bumi mana dia akan mati.” Datuk Dr Haron Din meninggal di Hospital Stanford University, San Francisco, satu nama dan satu tempat yang cukup jauh bagi ahli keluarga almarhum, penuntut dan pengamal perubatan Islam DarulSyifa, pemimpin dan penyokong PAS mahu menziarahi kuburnya (kalau ditakdirkan dikembumikan di sana. Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kepastian). Namun itulah takdir dari Yang Maha Kuasa Dan Maha Mengetahui.

Ia bukan suatu yang asing. Nabi Adam dari syurga, wafatnya di bumi. Nabi Ibrahim dari Iraq, wafatnya jauh dari bumi Iraq. Nabi Muhammad SAW lahir di Mekah, wafatnya di Madinah. Para sahabat dan ulama lahir dan membesar di pelbagai tempat, tetapi maqam mereka juga bertebaran di seluruh pelosok dunia.

Yang penting bukan di bumi mana kita mati, kerana bumi ini milik Allah, tetapi bagaimana cara kita mati. Kalau mati itu di tepi Kaabah sekalipun, tetapi mensyirikkan Allah seperti kalangan musyrikin Mekah di awal Islam, apa ertinya?

Almarhum Datuk Dr Haron Din punya ramai anak murid, sama ada murid dalam perubatan Islam Darul Syifanya atau anak muridnya ketika beliau menjadi pensyarah di universiti dahulu. Tidak ketinggalan anak murid dalam ilmu politik terutama ketika dilantik menjadi Mursyid al-Am PAS menggantikan almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz. Ilmu syariah, aqidah, akhlak, perubatan dan pandangan politik yang dicurahkan, itulah yang menjadi peninggalan penting dan legasi yang kekal.

Saya sendiri mengenali beliau semenjak tahun 1980-an ketika bersekolah menengah. Mengikuti secara langsung kuliah Maghribnya di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi ketika belajar sekejap di UKM tahun 1987-1988, sebelum meninggalkan UKM. Terus mengikuti ceramahnya melalui pelbagai medium, termasuk pelbagai pandangan politiknya selepas dilantik menjadi Mursyid al-Am PAS. Beberapa ucapannya secara spontan ketika menggulung perbahasan dalam Muktamar Tahunan PAS Pusat, ucapan penangguhan atau perasmian Dewan Ulamak PAS Pusat, saya catatkan dan saya viralkan serta disiarkan di pelbagai medium.

Tiada lagi ucapan beliau selepas ini yang dapat saya catatkan dari mulut beliau, namun pendirian tegas dan Istiqamah beliau akan terus diingati. Semoga allah merahmati roh beliau, menempatkannya bersama para nabi, siddiqin, syuhada dan solehin. - HARAKAHDAILY 16/9/2016

Penulis adalah Timbalan 1 Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu.

Sumber HD - 16-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































Hilangnya ulama dan mutiara perjuangan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42508-hilangnya-ulama-dan-mutiara-perjuangan

PAS Selangor menzahirkan kesedihan di atas pemergian Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din pagi tadi, pukul 10 pagi di Amerika Syarikat.

Pemergian beliau menandakan kehilangan seorang ulama dan mutiara perjuangan bukan sahaja kepada Parti islam Se-Malaysia tetapi seluruh umat Islam. Sumbangan beliau di dalam rantai perjuangan ini tidak dapat dihitung, disukat mahupun ditimbang.

Setiap ahli PAS pasti akan merasakan kehilangan kepimpinan beliau dalam memastikan PAS sentiasa berada di atas landasan perjuangan dan dipimpin oleh Al-Quran dan Sunnah.

Ilmu dan pemikiran beliau telah menjadi satu aset yang tidak ternilai kepada ummah. Beliau dihormati oleh seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik. Beliau adalah satu permata yang susah hendak dicari ganti.

Seluruh Ahli PAS Selangor mendoakan agar Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham serta dtempatkan beliau bersama para solihin dan syuhada.

PAS Selangor tekad meneruskan perjuangan beliau dan membumikan tunjuk ajar beliau dalam menghadapi segala cabaran politik masa kini.

Bakti Untuk Semua

Datuk Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
16 September 2016 - HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesedihan Tidak Dapat Disembunyikan…….


Perjuangan perlu diteruskan. Amanah semakin berat. Terasa mutakhir ini parti kehilangan satu demi satu tokoh yang banyak berjasa dan menjadi rujukan.

Beliau pergi di saat pelbagai fitnah dilempar kepada beliau. Beliau yang terkenal dengan saorang yang tabah tidak mempedulikan apa orang kata, yang beliau takut ialah melanggar apa yang Allah kata ( wahyu ).

Perjuangan mesti diteruskan. Kesedihan tidak boleh dibiar lama sehingga melemahkan semangat juang di saat parti berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.

Kepada seluruh pimpinan dan ahli parti. Jadikan kehilangan ini sebagai pembina semangat bagi kita mengikuti jejak istiqamah beliau sehingga akhir hayat. Perkasakan ukhuwah jamaah.

 Mantapkan gerakerja parti. Susun semua kekuatan yang ada. Dengar dan patuh arahan Presiden dan pimpinan parti di waktu susah dan senang selagi ia tidak bercanggah dengan syarak.

Ingatlah perjuangan bukan hanya untuk dunia yang sementara. Ia bukan hanya sekadar Putrajaya. Ia jauh sehingga kita bertemu dengan Pencipta dalam keadaan Allah redha kepada kita dan tentunya kita redha kepada Allah. TG Dr Harun Din dan pimpinan sebelumnya telah membuktikannya. Akan sampai nanti giliran kita pula.

Semoga Allah cucuri rahmatNya.

Tuan Ibrahim Tuan Man.
Masjidil Haram.
Jumaat 16hb Sept 2016.

Sumber BO - 16-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekilas Kehidupan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rejab 1359 (Tarikh Hijriyah ini mengikut kiraan komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis.
Beliau merupakan anak ke tiga daripada 10 orang adik beradik yang terdiri daripada seorang abang dan kakak serta seorang adik lelaki juga enam adik perempuan.

Dua orang saudara lelaki beliau juga merupakan tokoh agama yang disegani di Malaysia iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din.Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam.

Oleh yang demikian, kehidupan beliau telah terdidik sejak kecil lagi dalam keadaan baik dan ilmiah. Ibu bapa beliau berkhidmat sebagai guru al-Quran kepada masyarakat setempat pada ketika itu. Ia suatu peluang baik kepada beliau serta adik beradiknya yang lain untuk lebih mendalami bidang al-Quran.

Oleh kerana kealiman dan keilmuan ayahanda Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din, dia dikenali sebagai Lebai Din. Semasa zaman remaja Lebai Din telah merantau mencari ilmu dari Phatani sehingga sampai ke Perlis dan menetap di Kampong Bohor Mali kerana di situ adalah tempat pengajian ilmu.
Beliau telah menetap dan berumahtangga di situ. Lebai Din dikenali umum sebagai seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan secara Islam. Selain daripada itu, Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani.
Namun, ilmu persilatan ini tidak diperturunkan kepada anak-anaknya. Akan tetapi, ilmu pengubatan Islam ini tidak terhenti setakatnya sahaja. Ilmu ini telah diperturunkan secara pengijazahan dengan menyerahkan buku catatan pengubatannya kepada Ustaz Haron Din. Memandang minat dan kecenderungan terhadap ilmu pengubatan Islam, Ustaz Haron Din sahaja terpilih untuk mewarisi ilmu pengubatan Islam daripada ayahandanya.

Kehidupan berumahtangga
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din telah mengakhiri zaman bujangnya ketika berusia 25 tahun dengan seorang wanita pilihannya Datin Khadijah binti Haji Salleh. Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka telah dikurniakan lima orang cahayamata, iaitu dua lelaki dan tiga perempuan . Anak-anak mereka ialah Huda, Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana .

Pendidikan Awal
Tuan Guru Dato’ dan adik beradiknya yang lain diwajibkan mempelajari ilmu agama terutama pengajian al-Quran. Oleh kerana itu, beliau menerima pendidikan awal daripada ayah dan ibunya sendiri. Sikap keprihatinan ayah beliau dalam memberi didikan agama kepada anak-anak, sehinggakan tidak membenarkan anak-anaknya mendapat pendidikan selain daripada pendidikan agama di pondok. Tidak seorang pun anak-anaknya yang mengikuti persekolahan secara formal pada ketika itu. Setelah menamatkan pengajian di peringkat pondok, rumah pula menjadi tempat bagi beliau mendalami bidang al-Quran dipimpin oleh ayahnya. Beliau bukan sahaja diajar kaedah bacaan al-Quran dengan betul, malah dilatih dan diberi kepercayaan sebagai pembantu ayahandanya mengajar al-Quran kepada anak-anak qaryah. Beliau juga telah dilatih menjadi imam solat dan tenaga pengajar fardu ain kepada umum.
Ayahanda beliau seorang yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak. Tidak pernah lekang di tangannya rotan untuk menghukum anak-anaknya apabila melakukan kesalahan. Manakala bondanya pula, seorang ibu yang memiliki sifat keibuan sempurna. Dengan perwatakan baik sebagai seorang ibu, dengan sifat lemah lembutnya, dia berjaya mendidik dan membentuk anak-anak secara berhikmah dan berbeza dengan cara suaminya. Dengan kombinasi kedua-dua bentuk didikan ini, maka terbentuklah keperibadian baik kepada tokoh ini. Ia menjadikan Tuan Guru Dato’ seorang yang amat tegas pendiriannya dalam membela, mempertahan dan memperjuangkan agama di tanahair. Tambahan, sifat lemah lembut ibunya juga telah diwarisi oleh beliau. Beliau amat berlemah lembut dalam tutur katanya serta mesra dengan mad’unya tanpa mengira batasan usia, pangkat dan kedudukan.

Pendidikan Sekolah Rendah (Ibtidaii)
Setelah menjangkau usia Tujuh tahun, ayahandanya telah menghantar beliau belajar di sebuah sekolah aliran pondok di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali yang terletak hanya lebih kurang 100 meter dari rumahnya. Walaupun jarak antara pondok dan rumahnya amat dekat, namun beliau mengambil keputusan menetap di pondok supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian dan dalam pada itu dapat mendidik diri hidup secara berdikari.
Suatu ketika, Tuan Guru Dato’ telah dihadiahkan seutas jam tangan berjenama Holok oleh bapa saudara kepada Almarhum Haji Zakaria. Hadiah tersebut diberikan kepada beliau sebagai satu anugerah kerana telah mendapat tempat pertama dalam kelas dua. Pemberian yang amat bernilai itu membuatkan beliau sangat gembira dan bersyukur kerana memilikinya.
Kecenderungan Tuan Guru Dato’ terhadap bahasa Arab mula berputik semenjak hari pertama beliau menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Pendekatan pengajian bahasa Arab secara berinovasi dan menyoronokkan daripada guru beliau, ustaz Shafie Omar, sedikit sebanyak telah memberi rangsangan kepada beliau untuk terus mendalami matapelajaran bahasa Arab ini.
Berbekalkan keazaman dan kesungguhan serta minat yang mendalam dalam diri, menjadikan bahasa Arab sebagai alat untuk beliau menimba ilmu-ilmu wahyu dengan lebih jauh. Berteraskan kemahiran bahasa Arab inilah, beliau dapat menggali khazanah ilmu dari sumber-sumber muktabar dalam bahasa Arab dalam pelbagai bidang ilmu termasuk aqidah, fekah, muamalat Islam, siasah Islam, perubatan Islam, kekeluargaan dan sebagainya.
Satu pengajaran yang dapat kita ambil di sini mengenai kepentingan pendidikan bahasa Arab kepada generasi muda supaya mereka dapat menyelami dan mendalami pusaka khazanah ilmu peninggalan ulama-ulama Islam terbilang. Amatlah wajar dielakkan tanggapan sesetengah orang yang beranggapan bahawa bahasa Arab ini bahasa yang sukar dipelajari dan difahami sehinggakan wujudnya golongan yang anti atau fobia dengan bahasa al-Quran juga bahasa syurga. Sesungguhnya Allah telah permudahkan bagi kita untuk mempelajari bahasa al-Quran.

Pendidikan Sekolah Menengah Rendah (I’dadiah)
Setelah beliau menamatkan pengajiannya di sekolah pondok Madrasah Islahiyah al-Diniah beliau telah menyambung pengajian ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah. Perpindahan beliau ke sekolah menengah memberi maksud penerusan perjuangan beliau yang lebih mencabar dalam mendalami ilmu pengetahuan agama. Tambahan pula, pada ketika itu jarak antara sekolah dan rumah beliau adalah lebih kurang 12 batu (20km). Kayuhan basikal sejauh 40km sehari, sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau dalam menuntut ilmu Allah S.W.T.
Bermula dari sinilah, terserlahnya kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan sifat kepimpinan. Di mana beliau telah mendapat tempat pertama (imtiaz) sepanjang tahun pengajian di situ. Sifat kepimpinan mula menyinar di mana beliau telah lantik menjadi ketua pelajar di sekolah. Keperibadian beliau yang cemerlang telah diakui oleh kedua-dua gurunya. Semasa belajar di sini, beliau dikenali sebagai seorang murid yang baik, cerdik, tekun dan fokus dalam pelajaran sehingga sentiasa berada dalam senarai pelajar terbaik ketika itu.
Tuan Guru Dato’ hanya sempat menghabiskan pengajian pada tahap tiga thanawi sahaja. Kemudian beliau terpaksa meninggalkan sekolah tersebut kerana terlibat dalam satu gerakan pelajar untuk membantah campur tangan pihak luar yang cuba campur tangan pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ia berikutan kerana, pada ketika itu ada pihak tertentu yang berhasrat menggantikan pentadbir baru yang bukan dari aliran atau lulusan agama. Akibat peristiwa ini, beliau telah di tahan lokap polis selama dua malam dan akhirnya beliau beserta seramai 60 orang rakannya telah dibuang dari sekolah sehingga mengakibatkan sekolah tersebut ditutup terus selama setahun.
Peristiwa ini membuktikan kepada kita semangat juang dan ketokohannya sebagai pemimpin yang berkarisma dan bermagnetisma yang menjadikan pelajar-pelajar di bawah pimpinannya sanggup mendengar arahan dan sebulat suara menyokong dan mendokong hak yang diperjuangannya.
Di sini juga kita dapat lihat ketokohannya sebagai seorang yang mempunyai prinsip yang tinggi dalam kamus perjuangannya. Di ketika itu beliau sanggup mempertahankan prinsip dan kebenaran sehingga sanggup membayar satu harga yang cukup tinggi dalam hidupnya, iaitu penyingkiran daripada persekolahan.
Semasa penggantungan itu, beliau bersama seorang rakan karibnya Almarhum Ustaz Dahlan Mat Zin telah memulakan kembara berbasikal dari Arau ke Kuala Lumpur. Satu jarak yang agak jauh, dengan keadan fizikal jalan pada ketika itu.
Ini dapat membuktikan kepada kita kecekalan dan ketabahan beliau untuk mengharungi cabaran untuk melihat dunia luar. Apa yang dapat kita lihat sekarang, apabila beliau telah menjadi seorang ulama yang telah mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk menyampaikan dakwah dan kerja-kerja kebajikan. Sudah tentulah hari ini sudah tidak dengan basikal tua lagi tapi dengan kenderaan yang moden.

Pendidikan Sekolah Menengah Tinggi
Dalam tempoh penggantungan beliau itu, orang-orang kampung telah memberi nasihat dan galakan supaya beliau menyambung pengajiannya yang tergendala itu. Mereka sanggup mengumpul dana bagi membantu beliau untuk meneruskan pengajiannya. Beliau menyedari yang dirinya belum menamatkan persekolahan sehingga lima thanawi ketika itu, sedangkan syarat utama penerimaan masuk kolej islam wajib dengan lima thanawi.
Beliau merasa dirinya seperti angan-angan mat jenin untuk merealisaikan hasrat masyarakat. Beliau merasa dirinya amat kerdil ketika itu. Semua orang yang mohon berbekalkan sijil lima thanawi sedangkan dirinya hanya sempat belajar dua thanawi. Beliau dipujuk untuk memohon menulis surat dalam bahasa Arab kepada pihak Kolej Islam Malaya ketika itu. Akhirnya beliau memberanikan diri menulis surat permohonan tersebut dalam bahasa Arab bertulisan tangan. Berasaskan nilaian terhadap kandungan surat tersebut beliau telah dipanggil untuk ditemuduga. Sesi temudgua dijalankan dalam bahasa Arab sepenuhnya. Beliau dapat mejawab soalan temuduga yang dikemukakan dengan baik. Akhirnya beliau diterima pada hari itu juga, sedangkan murid-murid lain pulang ke kampunng masing-masing menunggu surat jawapan temuduga.
Semasa beliau mengikuti pengajian di Kolej Islam Malaya ini, cabaran besar kepadanya ialah sistem pengajian di Kolej Islam itu disampaikan dalam bahasa Arab sepenuhnya sedangkan kemampuan beliau hanya di tahap thanawi dua thanawi. Apa yang banyak membantunya untuk menyaingi pelajar lain dalam berbahasa Arab ialah sistem pengajian Madrasah ‘Alawiyyah yang juga menggunakan bahasa Arab sepenunhya semasa pengajian.
Menyedari dirinya tidak mempunyai kelulusan yang setanding dengan pelajar-pelajar lain yang menyambung belajar di kolej itu, beliau telah menggembelingkan tenaga dan usaha dengan belajar bersungguh-sungguh. Masanya banyak dimanfaatkan di perpustakaan. Ini menjadikan beliau kurang aktiviti luar dan kesukanan seperti pelajar-pelajar lain.

Cerita menarik Tuan Guru Dato’ ketika di Kolej Islam Malaya
Semasa menuntut di Kolej ini, pada suatu hari dua orang pelawat Arab dari Palestin telah datang melawat Kolej Islam. Pelawat tersebut telah diundang untuk menyampaikan ucapan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar kolej. Setelah selesai ceramah, beliau meminta Pengetua Kolej ketika itu Almarhum Dato’ Prof Abdul Raof Shalabi untuk mendengar ulasan dan komentar dari seorang pelajar tentang Palestin. Pengetua menanyakan pelajar-pelajar siapa yang boleh memberi ucapan. Maka ketika itu Ustaz Mahyuddin yang mengenali Tuan Guru Dato’ telah mencadangkan beliau. Pengetua bersetuju dengan pilihan tersebut dan dia telah mengingatkan kembali ketika mana Tuan Guru Dato’ yang dapat menjawab soalan temuduga dengan cemerlang dan diterima pada hari itu juga belajar di kolej. Akhirnya beliau dipilih untuk menyampaikan ucapan dalam bahasa Arab di majlis tersebut. Keupayaan dan keberanian beliau untuk berucap di khalayak di majlis itu mendapat sanjungan dari guru-guru dan rakan-rakan pelajar.
Cerita kedua ini berlaku pada tahun ketiga. Seorang pensyarah baru berbangsa Arab telah tiba berkhidmat di Kolej Islam iaitu Ustaz Abdul Wahab. Kebetulan bersempena dengan sambutan Maulid al-Rasul pihak Kolej telah menjemput beliau untuk meyampaikan ceramah. Pihak kolej telah melantik Ustaz Haron Din untuk menjadi penterjemah pada ketika itu.
Pada tahun ketiga di kolej, Guru beliau Ustaz Mahyudin Musa menugaskan beliau menggantikannya untuk menyampaikan ceramah di suatu tempat di Selangor iaitu di Sejangkang dalam satu majlis sambutan Isra’ Mikraj.
Semenjak dari itu, beliau sentiasa menerima undangan berceramah. Yang meneronokkannya setiap kali ceramah beliau akan mendapat wang saguhati RM50.00. Satu jumlah bayaran yang cukup tinggi di masa itu.
Pengajian di Kolej ketika itu disampaikan secara tutorial dalam bahasa Arab sepenuhnya. Pada petangnya, beliau telah diminta oleh rakan-rakannya untuk mengajar mata pelajaran yang sukar iaitu Mantiq dan Falsafah. Beliau bertindak sebagai tutor kepada mereka.
Di Kolej Islam Malaya atau namanya ketika itu al-Kuliah al-Islamiah, Kelang, Selangor, beliau memperoleh Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang.

Di Peringkat Pengajian Tinggi
Minat Tuan Guru Dato’ terhadap ilmu pengetahuan tidak terhenti di peringkat pengajian tinggi sahaja. Dengan kecekalan dan kesungguhan dalam pengajian, beliau telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree”. Setelah tamat pengajian di Kolej Islam Malaya, beliau menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (1966-1968) dengan biasiswa tersebut. Semasa di Mesir, beliau telah mendaftar untuk belajar dua degree sekaligus iaitu Master di Universiti Al-Azhar, Kaherah dan Diploma Pendidikan di Universiti ’Ain Shams, Kaherah. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak ada ruang untuk mengikuti aktiviti luar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang lain ketika itu. Beliau terpaksa mengerah tenaga dan mental untuk belajar pagi dan petang. Masanya banyak dihabiskan dibilik perpustakaan untuk mendapatkan rujukan serta membuat kajian.
Semasa di Kaherah, beliau memilih untuk tidak tinggal bersama pelajar-pelajar Malaysia di asrama Rumah Melayu kerana budaya pelajar Malaysia di Rumah Melayu hanya bergaul sesama mereka dan bercakap bahasa ibunda. Keadaan sedemikian tidak banyak membantu pelajar melayu mempraktik bercakap bahasa Arab. Beliau memilih untuk menyewa di luar bersama-sama dengan pelajar-pelajar Mesir. Ini memberi lebih banyak peluang baginya untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan penutur aslinya. Dua orang sahabat karibnya yang tinggal bersamanya di Kaherah ialah Lutfi Ali Omar dan Mahmud al-Kafif seorang yang buta. Banyak masa beliau belajar bersama-sama dengan kedua-dua rakannya ini. Dan mereka juga banyak membantu beliau untuk menyiapkan tugasan pelajaran sehingga berjaya. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk menggilap bahasa Arabnya dari aspek percakapan, penulisan dan juga qaedah bahasa arab.
Tuan Guru Dato’ tidak pernah lokek dalam menyebarkan ilmu yang dimilikinya. Ini kerana, ilmu merupakan amanah Allah S.W.T. dan sepatutnya disebarkan kepada orang lain. Kesibukan beliau menelaah pelajaran tidak dijadikan penghalang untuk beliau berkongsi dan mencurahkan ilmu dengan pelajar-pelajar lain. Beliau diamanahkan mengajar pelajar-pelajar Melayu di Mesir terutama kuliah kepada pelajar-pelajar wanita yang kebanyakannya lemah dalam pelajaran dan ramai yang terkandas pada ketika itu. Kelas-kelas ini dianjurkan oleh pelajar Melayu di Mesir. Pengamalan sebegini masih diteruskan sehingga ke hari ini bagi pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Antara matapelajaran yang diajar oleh beliau ialah Bahasa Arab, Usul Fiqh, Qawaed Fiqhiyyah dan lain-lain.
Semasa di Mesir, beliau telah membuat dua degree; satu MA (Ijazah Sarjana) Syariah di Universiti al Azhar dan Diploma Pendidikan di ‘Ain Shams, Universiti Cairo. Akhirnya dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperoleh kedua-dua degree tersebut serentak dengan cemerlang.

Kehidupan Sebagai Murabbi
Setelah menamatkan pengajian di luar negeri, beliau kembali semula ke tanah air sekitar tahun 1968 dengan memperolehi Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Al-Azhar dan juga Diploma Pendidikan Universiti A’in Shams di Kaherah. Dengan ilmu yang diperolehi dari luar negeri, masyarakat meletakkan harapan tinggi agar dapat mengambil manfaatnya. Untuk tidak menghampakan harapan masyarakat, beliau telah berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Abdullah Munsyi, Penang. Beliau ditugaskan sebagai guru disiplin.
Bermula dari saat inilah, beliau mula aktif menyampaikan dakwah kepada umum sebagai memenuhi permintaan masyarakat. Beliau sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwah melalui kelas-kelas pengajian agama dan tazkirah di masjid-masjid serta jemputan ke rumah-rumah perseorangan. Selain pada itu, warga guru sekolah juga dianjurkan kelas pengajian khas bersama beliau.
Pada waktu yang sama beliau juga telah bekerja sebagai pensyarah sambilan untuk kursus-kursus pendidikan guru agama seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Pulau Pinang. Beliau mengajar matapelajaran art of teaching dan child development. Kebanyakan guru-guru agama ketika itu tidak memiliki ilmu pedagogi. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi dari Kolej Islam Malaya dan Universiti ‘Ain Syam, Mesir dalam bidang pendidikan, ia dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para guru pada ketika itu.
Rentetan dari itu, akhirnya beliau ditawarkan menjadi pensyarah di Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaya (nama sekarang Universiti Kebangsaan Malaysia UKM). Dengan sifat rendah diri, beliau enggan menerima tawaran tersebut dengan alasan ingin memberi peluang kepada mereka yang lebih senior dan lebih layak untuk memegangnya. Beliau merasakan terlalu awal baginya untuk memegang amanah sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti. Dekan Fakulti Islam ketika itu telah datang sendiri ke rumahnya memujuk beliau untuk menerima jawatan tersebut. Akhirnya beliau bersetuju dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Kecintaan Tuan Guru Dato’ terhadap ilmu telah mendorong beliau menyambung kembali pengajiannya. Ketika itu, beliau masih berkhidmat di UKM. Maka pada tahun 1972, beliau sekali lagi berlepas ke Mesir untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Doktor Falsafah. Pada tahun 1973, beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang Syariah dan memperolehi Ph.D daripada Universiti Darul Ulum, Kaherah.
Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setahun kemudian beliau dilantik sebagai timbalan dekan, empat tahun kemudian dianugerahkan profesor madya dan tiga tahun kemudian dilantik sebagai profesor penuh.
Hasil Sumbangan Beliau Dari Segi Penulisan.
Ketekunan dan kesungguhan beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan sepanjang penglibatan beliau dalam dunia akademik dapat dibuktikan dengan penghasilan pelbagai karya ilmiah seperti buku-buku, kajian ilmiah dan kertas kerja. Antaranya;

PENERBITAN BUKU
A. Buku Terbitan dalam Bahasa Arab
(Dissolution of Marriage and Related Problem: A Comparative Study of Schools of Law) I Watan Press, Kuala Lumpur. 1983.
(The Separation of Spouse Based on Legal Prohibition by Law and Court – Watan Press 1984.
( Some Family Cases : Maintenance, Breach of Marriage and Polygamy an Islamic Solution ) – Watan Press, Kuala Lumpur, 1985.
(Spread of Islamic Mission in Malaysia) – Watan Press, Kuala Lumpur, 1985.
B. Buku Terbitan dalam Bahasa Malaysia
1. Buku Teks untuk sekolah menengah – Pengetaahuan Agama Islam sebagai Ketua Editor – Obor Islam I, II, III, IV dan V.
2. Rawatan Pesakit Menurut al Quran dan as Sunnah. Percetakan Watan, terbitan bersama rakan. 1990
3. Buku tajuk “ Jawapan Kepada Hadith Satu Penilaian Semula – terbitan Dewan Pustaka Fajar 1988 Ketua Pengarang.
4. Masalah Pendidian Islam di Malaysia (bersama Dr Sabri Salamon) 1988.
5.Pengenalan Islam : Kemusykilan dan Penjelasan (bersama Ishak Din) 1989.
6. Rawatan Gangguan Makhluk Halus – Percetakan Watan 1989.
7. Taklik Talak Antara Hukum Fiqh dan Hukum Kanun – Watan 1989
8. Soal Jawab Agama – Fiqh Harian (bersama Ishak Din – Percetakan Akademi Art Printing Services Sdn Bhd 1992.
9. Aqidah Tauhid (bersama Ishak Din) 1995.
10. Hudud dalam Perundangan Islam – Pakar Print 1978.
11. Manusia dan Islam – Edisi Pertama (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1991) Ketua Editor
12. Manusia dan Islam – Edisi Kedua (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1992) Ketua Editor
13. Manusia dan Islam – Edisi Ketiga (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1992) Ketua Editor
13. Tasawwur Islam – Percetakan Graphico Kajang 1404H.
14. Melihat Anak Bulan di Malaysia : Maslah dan Kemungkinan
15. Kewajipan Menegak Negara Islam –Indera Press.
16. Suami Isteri dan Rumahtangga Menurut Islam – Maju Press KL 1979.
17. Penyelenggaraan Jenazah – Unit Bimbingan Agama UPM 1981.
18. Methodologi Zikr – Watan 1988.
19. Pengurusan Jenazah – Percetakan Zizi Kajang 1989.
20. Hudud dalam Perundangan Islam – Dany Press 1993.
21. Muhammad Rasulullah : Anugerah Kejayaan – Bahagian Hal Ehwal Islam JPM 1993.
22. Ulama’ Bukan Cap Getah – Percetakan Watan 1993.
23. Islam : Keadilan Membebaskan Manusia 2007 (PTS Millenia)
24. Islam : Jihad Sebagai Survival Insan 2001 (PTS Millenia).
25. Islam : Ibadah Pembina Tamadun Manusia 2007 (PTS Millenia)
26. Islam : Ada Apa Dengan Islam 2007 (PTS Millenia).
27. Islam : Agama, Bisnes dan Pengurusan 2007 (PTS Millenia).
28. Islam : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia 2007 (PTS Millenia).
29. Islam : Rujukan Afektif Akhlak Mulia 2007 (PTS Millenia).
30. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab 2009 (Darussyifa’).
31. Fikh Harian 2009 (Edisi Kemaskini ) PTS Millenia.
32. Pengantar Pengubatan Islam – Jilid I 2011 (Darussyifa’).
33. Rawatan Penyakit Jasmani 1 – Jilid II 2011 (Darusyifa’).
34. Rawatan Penyakit Jasmani 2 – Jilid III 2011 (Darussyifa’).
35. Rawatan Penyakit Akibat Sihir – Jilid IV 2011 (Darusyifa’).

Kerjaya
1. Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
2. Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
3. Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
4. Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
5. Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
6. Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
7. Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
8. Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
9. Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank.
10) Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
11) Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
12) Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Politik
1. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
2. Ketua Penerangan PAS Pusat
3. Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
4. Timbalan Mursyidul Am PAS

Sumber BO - 16-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Ucap Takziah

MARANG – Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah bagi pihak Parti Islam SeMalaysia kepada semua ahli keluarga Allahyarham Dato Dr Haron Din yang telah kembali kerahmatullah pagi ini.

Katanya, allahyarham Dato Dr Haron Din merupakan generasi awal lulusan Islam yang bersama perjuangan Islam PAS.

“Innalillahiwainailahirojiun, bagi pihak PAS, saya ucap takziah kepada ahli keluarga allahyarham, semoga roh beliau di tempatkan bersama para ambia, syuhada dan solehin.
“Beliau merupakan generasi awal yang bersama dengan PAS, generasi awal yang lulusan Islam bersama dengan Profesor Dr Zulkifli Mohamad dan kumpulan Islam.

“Kita harap semua sumbangan dia pada Islam, pada PAS diterima oleh Allah dan segala kekurangan dia diampunkan oleh Allah SWT,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, pagi tadi.

Menurutnya, kira-kira jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), kami menerima berita bahawa Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US.

Katanya, semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh.

Sumber BO - 16-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





































Kisah kecil kami dan Tuan Guru Dr Haron Din

IMAM MUDA FAKHRUL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42503-kisah-kecil-kami-dan-tuan-guru-dr-haron-din

MULA membuka mata di kala subuh hari di bumi Sudan. Hujan lebat membasahi bumi kering ini. Sebasah jiwa yang membungkam menangisi pemergian Murabbi Ummah Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

Insan yang terlalu banyak jasanya untuk Islam khususnya Pusat Dakwah Serantau yang kami sedang bina sudah masuk lima tahun. Almarhum adalah pengerusi majlis perunding Pusat Dakwah Serantau. Hasil usahanya memimpin kami dan Pusat Dakwah telah berjaya mengislamkan lebih 1000 orang di Malaysia, Indonesia, Kemboja dan lain-lain negara rantau ini. Hanya dalam masa 5 tahun.

Masih terpahat dalam ingatan ketika dalam mesyuarat majlis perunding membincangkan proses pembinaan kompleks Pusat Dakwah Serantau yang memakan belanja 25 juta. Salah seorang ahli mesyuarat bertanya dengan penuh keraguan, "macam mana kita nak cari 25 juta?" Spontan Almarhum menjawab "Minallah!", "Dari Allah!" Semua tersentak termotivasi dengan jawapan yang sangat meyakinkan. Allahu Akbar!

Alhamdulillah, dalam masa dua tahun Pusat Dakwah sudah mula dibina. Tanah sudah dibeli dan pembinaan sudah masuk fasa pertama. Pelajar pun sudah masuk pengambilan yang ke-6 dan anak didiknya sudah bertebaran di seluruh rantau asia menjadi selebriti langit mengajak insan kembali kepada Islam.

Kini kami mengorak langkah untuk menerbitkan Hidaya TV hasil sokongan kuat idea dan bantuan dari beliau. TV internet yang hanya fokus dakwah kepada yang belum Islam dengan pelbagai pendekatan.

Kini usaha sedang giat dilakukan dengan pelbagai penggambaran dan perbincangan. Masih teringat cukup semangat beliau membincangkan kandungan dan majlis pelancaran yang dicadangkannya besar-besaran. Malangnya beliau tidak sempat melihat hasilnya. Insya-Allah kami akan teruskan usaha ini. Semoga segala kebaikan dan pahala berterusan sampai kepadanya.

Terkadang rasa hairan di dalam jiwa. Bagaimana dia boleh menguruskan nyawanya sebegini hebat dalam keadaan dia sebagai seorang Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia PAS. Ketua Kluster Dakwah Kerajaan, Pengerusi Darul Syifa, Pengerusi Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau dan puluhan lagi tugas besar yang terpikul di bahunya.

Tiada jawapan lain kecuali kelebihan ini adalah karamah yang Allah berikan hanya kepada mereka yang terpilih.

Kini beliau telah meninggalkan kami walaupun kami masih lagi sangat memerlukannya. Allah lebih menyanyanginya. Walau di hujung dunia jasadmu dikebumikan tidak menjadi masalah kerana jiwamu sentiasa tertanam dihati dan doa kami.

Rehatlah wahai Murabbi Ummah daripada kekalutan dan makar dunia. Sudah bertahun dikau menanam. Kini tiba masanya menuai hasilnya. Bergembiralah menemui Pencipta dan Rasul-Nya. Senyumlah menemui para Murabbi yang sudah lama mendahului.

Semoga kami sentiasa istiqamah bersama jalan yang telah kau lalui. Tak dapat dibayangkan betapa seronoknya menemuimu kembali nanti dibelakang Rasul yang dirindui.

Damailah Murabbi Ummah..

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه.....

Dari Al-Faqir IM Fakhrul, Khartoum Sudan. – HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-20116

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































Kehilangan besar bagi umat Islam di Malaysia

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42501-kehilangan-besar-bagi-umat-islam-di-malaysia

PERTUBUHAN Rabithah Asatizah Ummah (ASATIZAH) melahirkan kesedihan dan dukacita atas pemergian tokoh ulama yang disegani Tuan Guru Datuk Dr Haji Haron Din. Ia merupakan kehilangan besar bagi umat Islam di Malaysia. Perjuangan dan keilmuan beliau moga terus diwarisi kita semua.

Nabi SAW menyebutkan:

إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ؛ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً،
فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا.

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta merta mencabutnya dari hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama. Kalau Allah tidak lagi menyisakan seorang ulama pun, maka manusia akan menjadikan pimpinan-pimpinan yang bodoh. Kemudian para pimpinan bodoh tersebut akan ditanya dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. [Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673)]

Kami mengucapkan Takziah kepada Ahli keluarga Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haji Haron Din serta anak-anak muridnya dan mendoakan:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Jasa dan khidmat baktinya kepada Ummah hanya Allah SWT dapat membalasnya.

Kami menyeru kepada seluruh Masjid dan Surau seluruh Malaysia serta mereka yang tidak dapat hadir ke majlis pengkebumian Almarhum dapat melaksanakan solat jenazah ghaib. Moga Allah memberkati, merahmati dan mengampuni Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haji Haron Din.

USTAZ MOHD SAIFUDDIN ABD FATAH
Timbalan Presiden
Pertubuhan Rabithah Asatizah Ummah (ASATIZAH) – HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Tuan Guru Haron Din, ulama tegas dan cekal

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42500-tuan-guru-haron-din-ulama-tegas-dan-cekal

Pagi Jumaat penuh barakah menyaksikan Tuan Guru Dr Haron Din (Al Mursyidul Am PAS) telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Perginya seorang ulama tegas dan cekal dalam mengharungi fitnah mehnah dalam perjuangan. Seorang lagi pemimpin utama PAS yang istiqamah pergi ketika sedang memimpin jamaah, pergi ketika jamaah masih memerlukannya.

Almarhum antara generasi awal menyertai PAS. Pernah berguru dengan pemimpin utama PAS pada masa itu Almarhum Dr Zulkifli Mohammad sewaktu menuntut di Kolej Islam Klang. Antara kata-kata Tuan Guru yang masih segar dalam ingatan ini: "Penyokong PAS sudah ditarbiah bahawa kita berjuang selama ini bukan untuk kemenangan peribadi, kita berjuang untuk kemenangan Islam, untuk mendaulatkan Islam sebagai ad-den".

Ulama yang banyak menjadi bahan hinaan pihak tertentu ini tetap konsisten terhadap perjuangannya mendaulatkan Islam. Walaupun Tuan Guru belum pernah menang dalam dalam mana-mana pilihan raya umum, ternyata pada hari ini Tuan Guru menikmati kemenangan sejati, insya Allah.

Tuan Guru, insya Allah kami akan meneruskan perjuanganmu tanpa jemu. Semoga rohmu ditempatkan bersama para anbiya'.

Sekalung takziah buat keluarga Almarhum.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النّار

AKMAL KAMARUDIN
Kg Rusila
14 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TG Haron Din: Pemergianmu sukar dicari ganti

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42499-tg-harun-din-pemergianmu-sukar-dicari-ganti

KAMI dari Sekretariat Kebangsaan Kongres Rakyat dan seluruh jaringan Ngo dibawahnya  merakamkan takziah kepada keluarga Tuan Guru Datuk Haron Din yang telah kembali ke Rahmatullah.

Kami berdoa agar roh almarhum dikumpulkan bersama para syuhada, solehin dan siddiqin.

Pemergian almarhum sangat dirasai bukan sahaja dalam kalangan umat Islam malah seluruh rakyat di negara ini.

Sesungguhnya pemergian beliau suatu kehilangan besar buat negara yang sukar dicari ganti.

Sebagai seorang ulama sekaligus pemimpin Islam, jasanya tidak terhingga dalam pembentukan pemikiran Islam khususnya dan pemikiran ketatanegaraan umumnya dalam kalangan rakyat.

Sebagai seorang ulama, murobbi dan da'i umat, beliau tersenarai sebagai tokoh yang sangat dihormati dan disayangi.

Kegigihan beliau bersama umat dan rakyat dalam memberi respon yang bernas dan terlibat langsung dalam pelbagai isu rakyat amat dirasai.

Usaha beliau mempelopori perubatan Islam dalam negara merupakan inisiatif beliau yang sangat berharga. Bukan sahaja ia sebagai pelengkap malah sebagai alternatif kepada sistem perawatan dan kesihatan negara.

Kami merasakan kehilangan beliau sukar dicari ganti.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Pengerusi Kongres Rakyat – HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Timbalan Mursyidul Am PAS ucap takziah

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42496-timbalan-mursyidul-am-pas-ucap-takziah

ALLAH SWT berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Maksudnya: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu. Barangsiapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia beroleh kejayaan. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Aali-Imran: 185)

Berita kepergian Tuan Guru Datuk Dr Haron Din sekejap tadi sangat menyedihkan saya dan seluruh pendokong serta penyokong PAS.

Sesungguhnya Almarhum Tuan Guru adalah seorang Ulama besar dan menjadi rujukan ummah dalam pelbagai bidang ilmu. Agak sukar menemui insan yang sangat peramah dan berprinsip seumpama beliau khasnya dalam menjulang tinggi agama Allah SWT di tanah air.

Penglibatan beliau dalam PAS memberi kekuatan kepada parti khasnya ketika beliau mengemudi Majlis Syura Ulamak sebagai Mursyidul Am. Prinsip dan dasar parti sentiasa dijaga dan dicermati agar PAS sentiasa teguh berdiri diatas dasar yang diredhai Allah SWT.

Saya dan seluruh kepimpinan Majlis Syura Ulamak merakamkan takziah kepada keluarga Almarhum Tuan Guru dan bersabarlah diatas berita ini. Semoga Allah menempatkan Almarhum bersama para Auliya' , Syuhada' dan Solehin di Syurga Firdaus tertinggi.

إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه، اللهم اسكنه فسيح جناتك جنات النعيم، مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين.
USTAZ HAJI AHMAD YAKOB
Timbalan Mursyidul Am PAS
14 Zulhijjah 1437H / 16 September 2016M – HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-20116

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TG Datuk Dr Haron Din: Istiqamah hingga akhir hayat

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42495-tg-datuk-dr-haron-din-istiqamah-hingga-akhir-hayat

TUAN Guru Datuk Dr. Haron Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rejab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan.

Beliau dibesarkan dalam kalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.

Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din.

Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor.

Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah menerima hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperoleh M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams.

Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Kaherah (1972-1974).

Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985). Pada tahun 1986 beliau dinaikan pangkat Profesor.

Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB; Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia; Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti; Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor; Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan; Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank; Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd; Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis; dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Dalam politik beliau menjawat pelbagai jawatan dalam PAS sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983); Ketua Penerangan PAS Pusat; Ahli Majlis Syura Ulamak PAS; Timbalan Mursyidul Am PAS dan yang terakhir ialah Mursyidul Am PAS hingga ke akhir hayatnya. – HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-20116

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































PAS ucap takziah kepada keluarga Dr Haron Din

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42494-pas-ucap-takziah-kepada-keluarga-dr-haron-din

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah bagi pihak parti itu kepada semua ahli keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

Katanya, allahyarham merupakan generasi awal lulusan Islam yang bersama perjuangan Islam PAS.

"Innalillahiwainnailahirajiun, bagi pihak PAS, saya ucap takziah kepada ahli keluarga allahyarham, semoga roh beliau ditempatkan bersama para anbia, syuhada dan solihin.

"Beliau merupakan generasi awal yang bersama dengan PAS, generasi awal yang lulusan Islam bersama dengan Prof Dr Zulkifli Mohammad dan kumpulan Islam.

"Kita harap semua sumbangan dia pada Islam, pada PAS diterima oleh Allah dan segala kekurangan dia diampunkan oleh Allah SWT," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, pagi ini. - HARAKAHDAILY 16/9/2016

Video

Sumber HD - 16-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































Ustaz Haron Din kembali ke rahmatullah

HARAKAHDAILY | .

Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A'lamin

إنا لله و إنا إليه راجعون

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian dari pihak keluarga al Marhum Tuan Guru.
Bagi pihak PAS kami mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Al Marhum Tuan Guru dan pastinya ia adalah satu kehilangan besar buat PAS khasnya dan seluruh ummat Islam amnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 16-9-20116

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US
Posted on Friday, September 16 @ 10:48:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31680



Salam Perjuangan buat semua.

Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima dari anggota keluarga bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A'lamin.

إنا لله و إنا إليه راجعون

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian dari pihak keluarga al Marhum Tuan Guru.
Bagi pihak PAS kami mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Al Marhum Tuan Guru dan pastinya ia adalah satu kehilangan besar buat PAS khasnya dan seluruh ummat Islam amnya.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

**
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.
Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Allahyarham mula menjawat jawatan tertinggi PAS itu pada tahun lalu selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Mula bergiat aktif dalam parti sejak tahun 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).


Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.


......
# Gambar di atas 2 hari sebelum ini, semasa ziarah pimpinan pemuda PAS.

Sumber TKO - 16-9-2016


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haron Din kritikal, alami ‘brain death’
Posted on Friday, September 16 @ 09:56:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31678



BANGI, Jumaat – Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din masih dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California, selepas menghadapi masalah jantung.

Beliau sebelum ini, dilaporkan menghadapi masalah kompilasi jantung dan dimasukkan ke ICU hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis jam 7.16 pagi ini, ismaweb.net dimaklumkan bahawa Haron Din dalam keadaan ‘brain death’, namun masih memakai alat bantuan pernafasan.

Difahamkan, berlaku pendarahan dalam pembuluh darah jantung selepas kegagalan pihak hospital melakukan angiogram.

Kira-kira jam 5 pagi waktu California, pihak hospital menghubungi keluarga Allahyarham untuk datang ke ICU, berikutan keadaannya yang semakin kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Pada April 2012 lalu, Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital sama.

Mac lalu, Allahyarham turut mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sumber TKO - 16-9-20116

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haron Din dimasukkan ke ICU di San Francisco
Posted on Friday, September 16 @ 07:27:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31675




KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika menjalani rawatan jantung di sebuah hospital di San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi laman status Facebooknya memberitahu, pihak hospital menghubungi keluarga Haron pada jam 5 pagi (waktu tempatan, 8 malam waktu Malaysia), memaklumkan beliau dimasukkan ke ICU dan meminta keluarganya segera datang.

 "Tuan Guru Datuk Haron Din mempunyai komplikasi di jantung dan dimasukkan di ICU. Dua anak Tuan Guru bersama doktor sekarang.

"Keluarga yang lain menunggu di luar. Masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon doa kalian," kata Ahmad Dusuki menerusi status yang dimuat naik kira-kira dua jam lalu.

Difahamkan, Haron berlepas ke AS sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.


Pada Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada. Beliau sebelum ini beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco, AS pada 2 April 2012.

Sumber TKO - 18-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Guru Dato' Haron Din dimasukkan di ICU
Posted on Friday, September 16 @ 00:17:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31674



Pada jam 5.00 pagi (SFO) hospital call. Minta keluarga datang hospital. Tuan Guru Dato' Haron Din mempunyai komplikasi d jantung dan dimasukkan di ICU.

Sekarang on heart support. 2 anak Tuan Guru bersama Doktor Sekarang. Keluarga yg lain menunggu di luar. Masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon Doa kalian..jazakallah.. 


Sumber TKO - 16-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































Kesihatan Dr Haron Din semakin baik

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin baik.

"Terima Kasih buat yg mengirim doa dan bertanya khabar.

"Tuan Guru berkirim salam pada semua yang prihatin dengan kesihatan beliau," tulis Dr Huda Haron menerusi laman facebook malam ini, sebagaimana berikut.

Salam dari IJN....
Alhamdulilahh.. Kesihatan semakin baik.. Terima Kasih buat yg mengirim doa dan bertanya khabar.

Tuan Guru berkirim salam pada semua yang prihatin dengan kesihatan beliau.
Kami sekeluarga memohon maaf kerana terpaksa akur dengan arahan ketat pihak IJN tentang 'pelawat'.

Masih mendapat rawatan di IJN sehingga betul2 pulih sebelum pulang ke pangkuan masyarkat. Iyaa.. Belum discaj lagi. Masih di IJN..

Inshaallah.. Sedikit masa lagi..
Mohon doa semua..

Sekalung penghargaan buat Jemaah Pakar Kardiologi (terutama Dato' Amin) dan jururawat bertugas dan semua kakitangan sokongan IJN. - HARAKAHDAILY 1/4/2016

Sumber HD - 1-4-2016



Prof. Dr. Haron Din dirawat di IJN, masih belum stabil

Posted on Saturday, March 26 @ 23:09:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Musyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan masih belum stabil.

Maklumat itu dinyatakan Pas Kawasan Subang menerusi akaun Facebook miliknya yang menyiarkan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada salah seorang menantu tokoh berkenaan.
“Keadaan Baba masih tidak menentu namun terkawal. Semalaman sakit dan tidak dapat tidur. Namun, setelah diberi ubat tidur yang agak kuat baru beliau dapat melelapkan mata sebentar tadi.
“Doktor masih memantau dan mencari kaedah rawatan terbaik buat Baba,” kata menantu Mursyidul Am Pas itu seperti dipetik oleh Pas Kawasan Subang.
Haron sebelum ini telah menerima rawatan beberapa kali di IJN disebabkan komplikasi jantung.



Sumber TKO - 26-3-2016









































Dalih Masyarakat Majmuk Tolak Hudud- Mursyidul Am PAS

Oleh: KAM

BESUT – PAS mempersoalkan hujah mana-mana pihak yang menolak pelaksanaan syariat Islam termasuk hukum hudud kerana beralasan masyarakat majmuk di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din berkata perjuangan Nabi Muhammad SAW membawa Islam di Madinah juga terdapatnya masyarakat majmuk berbilang kaum.

Ini kerana, katanya hukum-hukum Allah Ta’ala itu perlu diikuti kesemua sekali dan tidak boleh dipilih-pilih.

Justeru, kata beliau golongan yang tidak mahu melaksanakan hukum Allah itu hanya mencari dalih dan alasan masyarakat majmuk.

“Iman itu, barang yang kamu yakin dengan Allah Ta’ala, hukum-hukum Allah SWT, ikut kesemuanya sekali dan jangan pilih-pilih.

“Dia mencari alasan kenapa tidak mahu melaksanakan hukum Allah SWT. Alasan dia, Islam tidak boleh dilaksanakan lagi kerana masyarakat majmuk.

“Ambil di mana (alasan) masyarakat majmuk tidak boleh laksanakan Islam. Nabi (Muhammad) SAW dahulu pun berkembang (Islam) dalam masyarakat majmuk.


“Nabi (SAW) berpindah ke Madinah dan berkembang Islam di sana juga dalam masyarakat majmuk. Golongan Muhajirin dari Quraisy, Bani Auf (dari Yathrib), Bani al-Harith (dari Yathrib-Madinah) bin al-Khazraj, Bani Saidah, Bani Jusyam, Bani al-Najjar, Bani Amru bin Auf, Bani al-Nabiet dan Bani Aus (dari Yathrib) termasuk orang Yahudi,” jelasnya.

Dato’Dr Haron berkata demikian ketika merasmikan Kompleks Pendidikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Kodim) di Kampung Tok Has, Jertih, Besut pada 19 Mac lalu.
Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu, Dato’ Dr Nik Muhammmad Zawawi Salleh, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang dan Yand Dipertua (YDP) PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Sehubungan itu, kata Mursyidul Am PAS bahawa kerja-kerja dakwah Islam terhadap golongan non-muslim masih terlalu sedikit.


Menurutnya, apa yang diusahakan oleh sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di bawah Yayasan Amal Malaysia sebelum ini seperti Pusat Dakwah Serantau (PDS) amat baik.

“Kerja-kerja dakwah Islam untuk mendekati golongan non-muslim masih terlalu sedikit yang kita buat dalam masyarakat ini.

“Pusat Dakwah Serantau (PDS), (sebuah) NGO di bawah Yayasan Amal Malaysia ditubuhkan untuk mengisi kelompangan badan-badan dakwah yang sedia ada hari ini,” ujarnya.
Katanya, badan dakwah seperti PDS dan Yayasan Amal Malaysia tersebut bagi mengembangkan agama Islam ke seluruh rantau ini.

Pada majlis tersebut turut menandatangani plak perasmian Kompleks Pendidikan & Dakwah Islamiah Malaysia yang berharga RM6 juta jika siap sepenuhnya kelak.


Sumber BO - 22-3-2016

Pendapat Dr Haron Din mengenai kluster dakwah

NUR HASMIRA DAN SUFI NAZ | .


KUALA LUMPUR: "Pada saya, tidaklah kisah sangat dengan komen yang ada itu, tetapi saya katakan kalau azam itu baik dan perkara itu nampak berfaedah serta berguna kepada Islam, maka bertawakal dan serahlah dan buatlah dengan demi mendapat keredhaan Allah Taala," ujar Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya terdapat tuduhan daripada pihak tertentu yang mengatakan beliau sebagai lebih memihak kepada Umno, tambah-tambah lagi dengan pelantikan sebagai ketua kluster dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI).

"Dakwaan, kadang-kadang tuduhan, boleh berlaku dalam politik ini pada bila-bila masa. Dengan tidak membuat apa-apa pun boleh mendatangkan dakwaan yang negatif.

"Membuat sesuatu pada PAS khasnya di atas garis panduan yang telah ada pada kita iaitu asasnya kita nak melaksanakan tuntutan Allah kepada manusia sebagai hamba dan khalifah untuk memartabatkan agamanya," jelasnya.

IKUTI PENJELASAN PENUH BELIAU DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2132 EDISI ISNIN DI PASARAN.

Sumber HD - 20-3-2016



Isu Seluk Mulut Buaya Oleh Darussyifa, Ini Penjelasan Ustaz Ikmal Zaidi

Posted on Sunday, March 13 @ 22:18:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Artikel ini merupakan tulisan Al-Fadhil Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim Al-Muqri’. Beliau merupakan Ketua Lujnah Latihan Dan Kurikulum, Darussyifa Malaysia yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din. Kini beliau sedang berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan Tahfiz Al-Quran, Kolej Universiti Islam Selangor.

Sejak akhir-akhir ini timbul semula rakaman video dan gambar di media sosial mengenai upacara menyeluk mulut buaya ini. Isu yang telah berlaku pada 2010 ini diungkit kembali oleh manusia-manusia yang hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui niat mereka dan kepada Allah SWT jua kami serahkan mereka. Sebagai murid Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, saya terpanggil untuk menjawab isu ini:


1- Acara menyeluk mulut buaya merupakan acara tradisional masyarakat dahulu kala apabila mereka mendapati ada manfaat yang diperolehi iaitu tangan orang yang pernah dimasukkan ke dalam mulut buaya didapati boleh menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu khasnya penyakit kulit dan ulser dalam mulut hanya dengan menyapukannya pada tempat sakit, bukan menyapu dengan lendir buaya tersebut tetapi hanya dengan sentuhan dan usapan. Keberkesanan kaedah ini adalah semata-mata berdasarkan penelitian, pengalaman yang telah diujikaji iaitu sesuatu yang ‘mujarrabah’.



Pengalaman dan tajribah sememangnya menjadi prinsip utama para pengubat tradisional terdahulu. Oleh kerana itu terdapat pepatah Arab yang berbunyi:

اسأل المجرب ولا تسأل الطبيب



“Tanyalah kepada orang yang melakukan ujikaji (orang yang telah mencuba keberkesanan sesuatu kaedah dan ubat) dan janganlah tanya doktor (yang tidak semestinya melaluinya)”.




Maka apabila ada buaya yang ditangkap masyarakat tempatan termasuk orang Asli tidak melepaskan peluang untuk mengadakan acara tersebut beramai-ramai.

selukbuaya1

2- Acara ini diadakan di Darussyifa’ (DS) sebagai aktiviti ekstra kurikulum dan bukan sebahagian daripada pengajian mahu pun pengijazahan DS seperti yang didakwa bahkan ramai penduduk sekitar Bandar Baru Bangi yang turut serta dan mereka buka ahli DS.



3- Acara ini sama sekali tidak berunsurkan mistik, tahayul dan khurafat. Tiada sebarang mantera atau jampi, yang ada hanyalah bacaan Basmalah sebelum menyeluk mulut buaya. Dalam video kedengaran suara orang berzikir kerana semasa itu juga sedang berlangsung kelas pengajian Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ di surau sebelah atas bangunan DS. Kelas tersebut biasanya didahului dengan solat Hajat, bacaan Yasin, zikir dan doa.

seluk

4- Buaya yang digunakan dalam acara ini tidak dizalimi kerana terdapat pihak yang berkepakaran bersama-sama memantau. Ia direhatkan secara berkala sepanjang acara ini. Buaya tersebut juga dikembalikan ke habitat asalnya dengan selamat. Isu mulut buaya yang dibuka ternganga dengan diikat adalah untuk tujuan keselamatan dan buaya sememangnya binatang yang mampu mengangakan mulutnya berjam-jam lamanya.



5- Dari segi logika pula, kita mendapati buaya merupakan haiwan reptilia karnivor yang makan pelbagai haiwan lain sama ada yang hidup mahu pun yang telah menjadi bangkai. Walau bagaimanapun buaya didapati tidak sakit disebabkan makan bangkai kerana sistem pertahanan dirinya yang kuat.



Ini termasuklah air liur buaya yang mampu mengatasi pelbagai kuman dan bakteria seawal makanan itu masuk ke dalam mulutnya. Jika dilihat dengan mata kasar, mulut buaya putih bersih lebih bersih daripada mulut kita (apatah lagi mulut para pemfitnah TG).



Berikut ialah beberapa link yang berkaitan kajian saintifik mengenai buaya di Barat sehingga ada yang membuat antibiotik daripada darah buaya (kita tidak berniat sampai ke situ) :




6- Kesimpulannya ialah menyeluk tangan ke dalam mulut buaya bukanlah suatu yang bertentangan dengan syarak jauh sekali boleh menjejaskan akidah. Ia hanya bersumberkan pengalaman dan ujikaji para perawat tradisional yang didapati memberi manfaat kepada masyarakat suatu ketika dahulu.



Diharapkan agar selepas ini isu ini tidak lagi dibangkitkan. Kepada para pemfitnah DS dan Tuan Guru, cubaan yang baik. Cuba lagi kalau tidak takut azab Allah.

>

LIKE Laman Facebook Kami Di sini



Sumber TKO - 13-3-2016




TPM lantik Haron Din ketua kluster dakwah MPI

Posted on Friday, February 12 @ 22:27:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din antara ketua kluster yang dilantik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang bermesyuarat semalam.

Haron dilantik sebagai ketua kluster dakwah yang akan membawa cadangan kepada MPI untuk disepakati bersama dan menyelaraskan perbincangan di masa depan.

Selain Haron, enam lagi dilantik mengetuai kluster-kluster lain. Lantikan-lantikan lain seperti berikut:
  • Tan Sri Muhamad Ali Hashim (ekonomi)
  • Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan (pendidikan)
  • Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (sosial)
  • Prof Datuk Sri Zaleha Kamarudin (undang-undang)
  • Datuk Dr Siddiq Fadzil (pemikiran Islam)
  • Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (politik)
Menurut Asyraf Wajdi, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, anatra resolusi dicapai dalam pertemuan semalam ialah untuk menghimpunkan 87 anggota-anggota MPI pelbagai latar dan ideologi bawah tujuh kluster khusus.


Ini, katanya, bagi membolehkan perbincangan lebih tuntas dan telus dilakukan bagi mencari formula terbaik dan mencadangkan penyelesaian terhadap pelbagai isu umat Islam di Malaysia.

“Di samping itu TPM setuju bahawa MPI harus meraikan kepelbagaian pemikiran dan menghormati perbezaan,” katanya.

Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan bekas pemimpin kanan PAS yang kini memimpin Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharuddin Md Isa dikatakan turut hadir dalam acara itu.

Asyraf Wajdi sebelum ini berkata pertemuan pemimpin-pemimpin politik, NGO Islam, ulama dan cendekiawan Islam itu bertujuan membincangkan perkara-perkara melibatkan kepentingan umat Islam.

Menurut Bernama, MPI dianggotai tokoh pelbagai latar belakang meliputi ahli agama, ahli akademik, tokoh korporat dan pemimpin NGO.



Ia berperanan sebagai kumpulan pemikir bagi membantu kerajaan dalam memberikan idea dan cadangan ke arah melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak.

PAS sebelum ini menyatakan kesediaannya bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam, termasuk Umno.




Sumber TKO - 12-2-2016















































PAS Mengambil Pendekatan Dakwah & Menyampaikan Selain PR Yang Kita Sudah Tahu

Posted on Thursday, February 11 @ 18:23:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




Hari ini Tuan Guru Mursyidul Am dijemput ke Persidangan Majlis Perundingan Islam, bagi membincangkan isu melibatkan kepentingan orang Islam.

Turut mengiringi Tuan Guru bagi mewakili PAS ke persidangan ini ialah Ketua Dewan Ulama Dato' Dr Mahfodz, Ketua Penerangan Dewan Ulama Dr Khairudin At-Takiri dan Dato' Ustaz Taib Azamudin mantan Ahli parlimen PAS Baling.

Pelbagai parti politik dan NGO Islam dijemput termasuk Ikram, Abim, Isma, Wadah dan beberapa tokoh asatizah serta ulama'.

Kredit:
Mohhd Sobrii 

Sumber TKO - 11-2-2016

Ulama kelihatan berpecah kerana tidak satu wadah

ASLANI M | .



KOTA BHARU: Sudah sampai masanya ulama-ulama di seluruh Nusantara digabung di bawah satu bumbung bagi menyelesaikan masalah ummah secara lebih komprehensif.

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata sekiranya seluruh ulama yang berada di rantau Nusantara dapat dihimpunkan dalam satu organisasi ia dapat membantu mengurangkan bebanan dihadapi kalangan mereka.

Katanya, organisasi yang mantap seumpama sebuah bangunan yang tersusun rapi.

“Allah SWT akan tolong orang yang berada dalam jemaah berbanding mereka yang bersendirian di luar jemaah. Duduk bersendirian lebih mudah dihasut syaitan,” katanya sempena Ijtimak Pondok Nusantara di Balai Islam, semalam.

Perasmian ijtimak tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata negeri, Datuk Nassuruddin Daud.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kub, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Mohd Shukri Mohamad dan pegawai kanan kerajaan.

Turut diundang wakil Majlis Permusyuaratan Rakyat Republik Indonesia, Dr H M Hidayat Nur Wahid, Ketua Jamiah Ulama Fatoni Thailand, Tuan Guru Abdul Karim Hasbullah dan Ismail Ishaq Benjasmith Al-Fathoni.

Peserta ijtimak tersebut mewakili pondok di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Kempuchea.

Program berkenaan merupakan kali kedua dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pondok Bhd.

Dr Haron juga berkata ulama-ulama di Malaysia kelihatan berpecah kerana mereka tidak berada di bawah satu wadah.

Oleh itu beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada kerajaan Kelantan kerana menganjurkan program berkenaan membabitkan ulama dari kepulauan Nusantara.

Nassuruddin sebelum itu berkata apabila ulama tidak memainkan peranan mereka masyarakat akan kelihatan lesu.

“Sebab itulah kerajaan negeri menganjurkan ijtimak tersebut bagi menentukan hala tuju lebih jelas sebagai sebuah institusi ulama di Nusantara.

“Selain itu bagi melahirkan pemikiran ulama di masa hadapan dan memperkasakan institusi ulama bagi memayungi umat Islam, “ ujarnya.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata tugas ulama begitu mencabar bagi mendepani wabak kejahilan yang melanda umat Islam sekarang.

Katanya, ulama perlu berada di barisan hadapan bagi memimpin ummah. - HARAKAHDAILY 19/10/2015

Sumber HD - 19-10-2015



"bila PAS nak di laksanakan "Arahan" Mursyidul Am ni

Posted on Thursday, October 01 @ 10:31:44 MYT by paklang

Oleh abuamar

"[[ BERKATA Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din : Hubungan PAS dengan PKR terputus sekiranya PKR menyertai gabungan pembangkang yang baru bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Katanya lagi, kenyataan Anwar Ibrahim berhubung pembentukan muafakat pembangkang yang baru "menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan PAS"."Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri .]]


KINI PKR telah pun bersekutu dg DAP dan PAN (GHB) dan membentuk “PAKATAN HARAPAN RAKYAT”. Lalu PAS bagaimana?

1. Bila lagi PAS mau tendang PKR dan bentuk “kerajaan PAS di Selangor?”.

2. Bila lagi PAS mau tendang DAP dan bentuk “kerajaan PAS di penang?”.

3. Apakah PAS dah mula ingkar dan DERHAKA kpd Mursyidul Am?

Adakalanya kita bercakap tak serupa bikin atau bikin tak serupa dg apa yg kita cakap atau Bercakap dulu baru berfikir atau berfikir dulu, kemudian tak bercakap.

Teman bermimpi di siang hari? Hehehehehe...kdg2 tu seronok juga bermimpi ni, walaupun disiang hari."


Sumber DD - 1-10-2015        


Pertemuan Najib-Haron Din tidak sepatutnya disensasikan
Posted on Tuesday, September 22 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA : Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke atas Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) tidak sepatutnya disensasikan.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff kesal kerana dengan reaksi pengguna media sosial yang marah dan meluahkan rasa kurang senang berhubung lawatan Najib.

“Mengapa perlu marah? Bukahkah melawat orang sakit adalah fardhu kifayah dalam Islam?

“JIka pertemuan itu kita dakwa untuk kepentingan politik, maka apa salahnya? Janganlah kerana perbezaan politik, kita berputus saudara,” katanya menerusi Facebooknya.

Pada 17 September lalu, Mursyidul Am Pas itu dikejarkan ke IJN selepas mengalami kencing berdarah. - FMT

Sumber TKO - 22-9-2015


Najib lawat Haron Din di IJN
Posted on Saturday, September 19 @ 18:10:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarahi Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) selepas Mursyidul Am PAS itu dimasukkan ke wad dua hari lepas.

Kunjungan perdana menteri itu dimaklumkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan tengahari ini, melalui akaun Twitternya @ahmadmaslan.


"YAB PM sempat melawat Dato Ustaz Haron Din di IJN sebentar tadi (19/9/15). Didoakan moga segera sembuh, Insya'Allah," tulis Ahmad pada jam 1.37 tengahari ini dengan menyertakan sekeping gambar kedua-dua mereka.

Haron dikejarkan ke IJN Khamis lalu selepas mengalami kencing berdarah dan disusuli kesakitan yang amat sangat.

Sejak semalam, ahli PAS di seluruh negara diminta mendoakan kesejahteraan untuk pemimpin tertinggi PAS itu.

Haron dilantik menjadi mursyidul am PAS menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pemimpin ulung PAS yang meninggal dunia pada Februari tahun ini.

Ini bukan kali pertama Haron dimasukkan ke IJN susulan kesihatan jantungnya yang tidak stabil.

Tahun lepas, Najib turut melawat Haron di IJN pada April begitu juga sebelumnya pada Januari, beliau menerima kunjungan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menerima rawatan di situ.

.....
Kami siar berita ini agar yang suka buat fitnah UG antara PAS-UMNO bolehlah jadikan hujah setelah ulama menguasai PAS masih tak nampak UG yang diwar-warkan sebelum ini. Mungkin mereka ini frust agaknya.

Sumber TKO - 19-9-2015



Putus hubungan jika PKR sertai gabungan baharu, kata PAS
Posted on Sunday, July 26 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PAS sedia menamatkan hubungan dengan PKR sekiranya parti itu bersetuju menyertai DAP dan ‎Gerakan Harapan Baru (GHB) membentuk satu pakatan pembangkang baharu, kata Datuk Dr Haron Din dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia.

Mursyidul am PAS itu dilaporkan berkata, kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.

"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

"Kalau mereka hendak menubuhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya," katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia.

Haron berkata, pihaknya yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan ‎parti baharu GHB.

Katanya, ini kerana PAS pernah mengalami situasi sana melalui sejarah penubuhan ‎Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).

"‎Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya," katanya.

Anwar dalam kenyataan pada 24 Jun lalu membayangkan penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, PAS tidak akan dilibatkan dalam pakatan baharu tersebut kerana parti Islam itu menjadi punca kematian Pakatan Rakyat.
Sumber TKO -26-7-2015

Saya bercakap berdasarkan konsepsi – Dr Haron Din

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Dato’ Dr Haron Din, menjelaskan kenyataan yang dikeluarkannya berikutan isu tuduhan mengenai 1MDB yang dilaporkan oleh The Wall Street Journal seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian baru-baru ini adalah berdasarkan konsepsi.

Katanya wartawan bertanyakan pandangan beliau mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh The Wall Street Journal (WSJ), lalu menyatakan bahawa Islam mengajar umat bahawa perlu mendepani perkara-perkara besar seperti tuduhan
terhadap seseorang.

“Islam menyuruh kita mencari, menunggu alasan bukti nyata. Barulah kita boleh menyatakan bahawa tuduhan itu benar.

“Selagi tidak mempunyai bukti nyata sebagaimana tuduhan kepada diri sendiri, kawan atau musuh maka yang dituduh itu masih tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya,” katanya ketika dihubungi Harakah, 7 Julai lalu.

Atas konsepsi sedemikian beliau mempersoalkan bahawasanya adakah munasabah seseorang itu mencuri duit awam dan memasukkan ke dalam akaun peribadinya.

“Yang kita dengar selama ini, kalau songlap duit, orang itu akan masukkan ke akaun proksi ataupun akaun rahsia. Jadi itu biasanya. Tapi agak tidak masuk akal kalau masuk ke akaun peribadi, bukan maknanya mustahil.

“Tapi, saya bercakap logik biasanya orang tidak akan berbuat demikian. Pasal itulah saya telah memberi komen yang saya tahu akan dapat sambutan pro dan kontra sampai hari ini,” katanya.

Laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita pada 5 Julai lalu yang bertajuk “Haron Din pertahan Najib, tuduhan WSJ tidak logik” telah menjelaskan bahawa PAS hari ini dilihat mempertahankan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak daripada skandal terkini susulan pendedahan (WSJ) mengenai alir an wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkannya itu tidak langsung menunjukkan yang dia menyokong mana-mana pihak yang terlibat sebaliknya apa yang diperkatakannya adalah hanyalah berdasarkan konsepsinya.

“Bukan hanya Perdana Menteri kerana manusia mana pun bila bercakap apa pun atau orang tuduh apa pun, konsepsinya ialah sama.

“Tidak kira sesiapa pun. Itu yang saya cakap, kita ni kawan kita apa pun kalau timbul tuduhan begitu, apakah kita rasa logik? Tuduhan keluar saja kita terus hukum yang orang itu bersalah,” tambahnya lagi.

Ketika ditanya andai benar kenyataan yang dikeluarkan oleh WSJ masih belum sahih, wajarkah Perdana Menteri Malaysia itu mengisytiharkan hartanya?

“Saya nak sebut bahawa tidak ada niat langsung untuk saya berkata supaya jangan siasat Dato’ Seri Najib, tapi saya juga mengatakan bahawa setiap orang yang dituduh itu mesti disiasat.

“Siasat mesti. Adakan saluran penyiasatan penghebohan buktinya, seseorang itu mesti mengisytiharkan hartanya dalam suasana kegawatan tuduhan-tuduhan yang seperti ini,” katanya.

Maka katanya mungkin pengisytiharan harta adalah satu daripada keperluan dan orang akan boleh melihat antara yang diisytiharkan dengan yang sebenarnya merupakan miliknya.

Sumber PP - 9-7-2015


Haron Din: Ada perkara besar diselindungkan PM
Posted on Thursday, June 04 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Oleh Nizam Zain

GOMBAK - "Ada perkara besar berlaku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diselindungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Jika tidak katanya, mana mungkin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara lantang boleh bersuara agar semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan itu dipecat serta-merta.
"Nampaknya semakin parah (1MDB), PM dan TPM sedang bertelagah tanpa dapat diselindung lagi. 
"PM nampaknya sudah berang dengan komen daripada TPM dengan menyatakan mana-mana menteri yang tak bersetuju dengannya polisi kerajaan menangani 1MDB, sila letak jawatan sekarang. 
"(Perkara) ini jelas merujuk kepada TPM," katanya ketika berucap pada perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-54 di sini, hari ini.
Pada 30 Jun lalu, Perdana Menteri meminta anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB agar meletak jawatan.
Mengulas lanjut, Dr Haron turut menyindir Perdana Menteri berikutan jawapannya di Parlimen mengenai dana 1MDB dari Kepulauan Cayman yang dibawa balik ke sebuah bank di Singapura hanyalah satu penipuan semata-mata.
"Malangnya bank di Singapura menafikan tidak ada wang 1MDB yang masuk ke Singapura.

  "PM menarik balik jawapan bertulis itu dan membetulkan balik dengan mengatakan bukan wang tunai yang dibawa dari Kepulauan Cayman ke Singapura tetapi aset yang dibawa," katanya lagi.  - Sinar Harian

Sumber TKO - 4-6-2015


Harun Din Rasa Pelik... DAP yang jelaskan hudud pada PAS
Posted on Sunday, May 17 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Seronok tengok drama hudud... apatah lagi dengan kisah Penasihat DAP Lim Kit Siang beri 'kuliah' mengenai Hudud di Kota Bharu Ahad lalu. Ramai yang geleng kepala... sepatutnya, PAS yang ajar DAP mengenai hudud, tapi hakikat sebenar adalah DAP yang ajar PAS.

Perkara ini turut 'membingungkan' Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Dalam temubual dengan media, Harun berkata, Kit Siang sebagai bukan Islam sepatutnya mendengar penjelasan tentang hudud bukannya memberi penjelasan.

Bagaimanapun, katanya, ceramah ‘anti hudud’ anjuran PAS Kota Bharu itu telahpun berlaku dan beliau mengesyorkan supaya ahli PAS yang lain mengambil iktibar daripada perkara tersebut jika mahu Islam dihormati.

“Musuh-musuh sentiasa akan mencari ruang untuk menyebut perkara-perkara negatif tentang Islam.

“Kalau kita ingin lihat Islam dihormati maka kita yang memberikan penjelasan dan tidak boleh musuh Islam campur tangan dalam perkara besar,” katanya.

Haron turut mengingatkan ahli PAS supaya berpegang teguh kepada prinsip utama yang diperjuangan PAS iaitu memartabatkan syiar Islam.

“Semua ahli PAS perlu berhati-hati dengan pihak yang tidak selari dengan perjuangan PAS terutama yang menentang hudud,” katanya.

Haron juga menyelar PAS Kota Bharu yang tidak sensitif dengan mengundang Kit Siang untuk bercakap berkenaan hudud sekaligus bersekongkol dengan penentang hudud.

Ditanya adakan tindakan akan dikenakan terhadap PAS Kota Bahru, Haron berkata,

“Kita ada badan yang menguruskan tatatertib iaitu Lajnah Tatatertib. Bergantung kepada mereka melihat sejauh mana perkara ini memudaratkan PAS dan ahli.

“Jika mereka melihat perkara ini (ibarat) mengunting dalam lipatan atau menikam dari belakang, maka mereka sepatutnya menanganinya secara bijaksana,” katanya.

Selain Kit Siang, ceramah di Padang Perdana, Kota Bahru itu turut disertai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Dalam ceramahnya di Padang Perdana, Kota Bharu Ahad lalu, Kit Siang memanfaatkan sepenuhnya ruang disediakan oleh PAS Kawasan Kota Bharu untuk 'mengajar' pemimpin serta kira-kira 1,000 penyokong setia PAS tentang pelaksanaan hukum hudud.

Biarpun hudud menjadi dasar perjuangan PAS sejak sekian lama, beliau tanpa segan-silu atau rasa kekok menyanggah pelaksanaan undang-undang Islam di negeri ini di hadapan Timbalan Presiden PAS sendiri iaitu Mohamad Sabu atau Mat Sabu. 

Sumber TKO - 17-5-2015


Lim Kit Siang silap langkah - Haron Din
Posted on Thursday, May 14 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA : Penasihat DAP, Lim Kit Siang tersilap langkah apabila memberi penjelasan tentang hudud dalam ceramah di Kota Bahru pada Ahad lalu.

Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, Kit Siang sebagai bukan Islam sepatutnya mendengar penjelasan tentang hudud bukannya memberi penjelasan.

Bagaimanapun, katanya, ceramah ‘anti hudud’ anjuran Pas Kota Bharu itu telahpun berlaku dan beliau mengesyorkan supaya ahli Pas yang lain mengambil iktibar daripada perkara tersebut jika mahu Islam dihormati.

“Musuh-musuh sentiasa akan mencari ruang untuk menyebut perkara-perkara negatif tentang Islam.

“Kalau kita ingin lihat Islam dihormati maka kita yang memberikan penjelasan dan tidak boleh musuh Islam campur tangan dalam perkara besar,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today pada Khamis.

Haron turut mengingatkan ahli Pas supaya berpegang teguh kepada prinsip utama yang diperjuangkan Pas iaitu memartabatkan syiar Islam.

“Semua ahli Pas perlu berhati-hati dengan pihak yang tidak selari dengan perjuangan Pas terutama yang menentang hudud,” katanya.

Haron juga menyelar Pas Kota Bharu yang tidak sensitif dengan mengundang Kit Siang untuk bercakap berkenaan hudud sekaligus bersekongkol dengan penentang hudud.

Ditanya adakan tindakan akan dikenakan terhadap Pas Kota Bahru, Haron berkata,

“Kita ada badan yang menguruskan tatatertib iaitu Lajnah Tatatertib. Bergantung kepada mereka melihat sejauh mana perkara ini memudaratkan Pas dan ahli.

“Jika mereka melihat perkara ini (ibarat) mengunting dalam lipatan atau menikam dari belakang, maka mereka sepatutnya menanganinya secara bijaksana,” katanya.


Selain Kit Siang, ceramah di Padang Perdana, Kota Bahru itu turut disertai Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. - FMT

Sumber TKO - 14-5-2015

PAS cuba 'selamatkan' PR tapi masing-masing ada jalan sendiri - Haron Din

Posted on Friday, May 08 @ 19:51:18 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


BANGI: PAS tetap meneruskan usaha untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Kelantan meskipun berdepan tentangan keras rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, kata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.


Ketika mengulangi pendirian PAS itu, beliau berkata tidak ada tolak ansur dalam perjuanganmya untuk melaksanakan undang-undang Islam.
"Apa pun kita akan teruskan dan kalau ada orang tak setuju memanglah dalam dunia bukan semua orang bersetuju hatta Nabi yang menjadi pemimpin, Nabi dan Rasul bukan semua orang setuju.
"Sebab itu saya katakan selagi kita boleh pertahankan yang namanya Pakatan ini demi kemasyalatan bersama  kita pertahankan," katanya mengulas polemik pelaksanaan hukum hudud yang berdepan tentangan DAP.
Dalam temubual ekslusif bersama Antarapos baru-baru ini, Haron berkata PAS bersedia untuk kembali bersendirian sekiranya kemelut berlaku mengundang perpecahan Pakatan.
"Kalau kita dikeluarkan bukan pilihan kita, kalau mereka nak keluar daripada Pakatan bukan suruhan kita.
"Tapi kalau mereka merasakan keberatan bersama-sama dengan kita maka masing-masing ada jalan sendiri," katanya.
Tambah beliau, sekiranya ketiga-tiga komponen Pakatan itu tidak lagi sehaluan maka jalan terbaik adalah berpisah dan mengambil haluan masing-masing.
"Sebab itu kita tak perlu bergaduh pasal yang itu, kita pakat cari wasilah atau cara yang baru pula untuk menggantikan Pakatan kalau perlu kepada pertukaran," katanya.
DAP sebelum ini mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan tidak bermaruah dan tidak jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
Bagaimanapun tindakan DAP itu langsung tidak melemahkan semangat PAS apabila parti itu tetap meneruskan langkah apabila bakal membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat.
PKR turut selari dengan pendirian DAP dengan berpegang kepada konsensus Pakatan yang tidak meletakkan hudud sebagai dasar bersama dipersetujui oleh DAP dan PAS sendiri sebelum ini.
Pakatan hanya wasilah bukan matlamat PAS
Ditanya mengenai  pandangan PAS tidak akan 'survive' tanpa Pakatan, Haron memberitahu tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam Pakatan hanya wasilah bukan matlamat parti itu.
"Pakatan Rakyat adalah satu wasilah, satu cara daripada beberapa cara untuk sampai kepada matlamat PAS...Ia hanya wasilah, jalan atau cara tapi ia bukan matlamat.
"PAS tidak bermatlamatkan kepada tertubuhnya Pakatan Rakyat selama-lamanya, selagi mana kita merasakan Pakatan Rakyat itu memberi faedah kepada situasi menang-menang.
"PAS pun ada keuntungan, yang bergabung dalam Pakatan pun ada keuntungan jadi kita akan pertahankan dan kita akan berjalan bersama-sama," katanya.
Menurutnya, perjuangan PAS sudah sejak sekian lama dengan dasar serta prinsip yang tidak pernah berubah sedangkan Pakatan baru saja mencari tapak.
"Tapi jika sudah nyata contohnya kalau kita tiga orang berjalan dan semuanya menuju satu hala, tidak ada tikam-menikam antara kita, tak ada sekat-menyekat maka kita akan berjalan sampai kepada matlamat.

  "Ini belum sampai matlamat kalau antara kita pun sudah ada tak mahu berjalan, menekan kawan, mengkritik kawan, menikam kawan dan sebagainya bermakna ada masalah dan tidak akan sampai matlamat," katanya. - ANtaraPOS

Sumber TKO - 8-5-2015


Jangan samakan saya dengan Nik Aziz, kata Haron Din

Posted on Sunday, April 12 @ 16:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
BANGI: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din  berharap semua pihak terutamanya anggota parti memberi kepercayaan kepada beliau memikul peranan tersebut dan tidak menyamakan dirinya dengan kedudukan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkannya begitu gah.

Dalam temubual eksklusif bersama Antarapos, Haron yang dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baru berkata masing-masing mempunyai ramuan membentuk acuan tersendiri kerana baginya setiap era kepimpinan berbeza.

"Setiap pemimpin mempunyai besinya tersendiri dan cara yang tersendiri untuk menjalankan kewajiban.

"Almarhum tuan guru Nik Aziz adanya sendiri dengan lemah-lembutnya yang kadang-kadang ada kerasnya, ada ketegasannya bila menyentuh hal hukum," katanya dalam temubual tersebut.

Justeru beliau berharap waktu dan kesempatan diberikan untuk meneruskan kesinambungan perjuangan PAS sekaligus memastikan ia tidak terkeluar daripada landasannya.

"Saya tidak baru dengan beliau daripada tahun 1967 saya sudah bersama dengan Almarhum Nik Aziz menganggotai jawatankuasa PAS Pusat pada ketika itu dan kami bersama dah selama itu.

"Malah sepanjang Almarhum menjadi Mursyidul Am, sayalah timbalannya seawal hari pertama sampailah bila beliau meninggalkan kita semua dan saya mengambil tugas.

"Maka tidaklah jauh sangat saya nampak hala tuju yang sedang dituju oleh tuan guru Nik Aziz dan saya memegang jawatan itu sekarang ini bahawa kami tidak banyak berubah," katanya.

Untuk rekod, Haron dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baru menggantikan penyandangnya Nik Aziz yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu.

Perkara tersebut diputuskan sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS selepas mendapati Haron merupakan calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Majlis Syura Ulama PAS yang membuat keputusan itu pada 8 Mac lepas turut melantik Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am.

Sebelum ini, Haron yang berasal dari Bohor Mali, Kangar, Perlis, adalah Timbalan Musyidul Am PAS dan merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa').

Era Nik Aziz dah berakhir, kini era baru bermula

Akui Haron, kedudukan Nik Aziz begitu gah di persada politik tanah air sambil namun menegaskan era bekas Menteri Besar Kelantan itu sudah berakhir dan kini legasi diteruskan beliau.

"Walaupun demikian saya merasakan bahawa aura yang ditinggalkan tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu besar untuk saya memegangnya dengan auranya dan namanya yang begitu gah.

"Cukup dengan namanya sahaja jauh dengan saya, tidak boleh disamakan dengan tok guru Nik Aziz," katanya.

Mengulas lanjut, pengamal perubatan Islam itu berkata meskipun berlaku perubahan pimpinan dalam Majlis Syura Ulama namun entiti berkenaan tetap berperanan memastikan parti itu tidak tersasar daripada dasarnya.

"Namun demikian eranya telah berlalu, itu hakikat yang perlu kita hadapi dan saya juga akan habis era saya.

"Allah yang menentukan habisnya macam mana dan akan ada pengganti saya pula yang akan meneruskan legasi yang sama.

"Masing-masing ada watak, visi dan ada pandangan ke hadapan tersendiri tapi tidak boleh berubah daripada melihat kepada dasar dan perjuangan PAS hendak ke mana ia," katanya.

Justeru beliau berharap ahli serta barisan pimpinan PAS setiap peringkat memberikan kepercayaan untuk menggalas tugas yang besar itu.

"Maka itu saya merasakan bahawa terpaksa kita melupakan sekejap era lama dan hadapi dengan era baru yang kita lihat cabaran yang semakin hari semakin sengit.

"Insya-Allah, saya melihatkan bahawa ada penyelesaiannya di mana PAS akan terus kekal dengan perjuangannya tanpa berpisah dan akan mengharungi era politik yang baru ini dengan penuh keyakinan PAS akan mencapai matlamatnya," katanya. - AntaraPos 

Sumber TKO - 12-4-2015


Umat Islam Yang Tolak Hudud Perlu Jawab Di Hadapan Allah - Haron Din
Posted on Friday, April 10 @ 21:59:34 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Kalau mereka sokong alhamdulillah (maka) kita akan dapat majoriti mudah (di Parlimen) tapi kalau tak sokong mereka akan jawab di hadapan Allah tentang mengapa mereka tidak menyokong ataupun menentang hukum Islam," demikian kata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Dalam temubual eksklusif bersama Antarapos, Haron berharap tiada umat Islam yang menolak serta mempertikaikan hukum Allah termasuk melalui pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

"Atas itulah saya mengharapkan tidak ada orang Islam yang sanggup menentang hukum Islam kerana akidah dan kepercayaan berpegang kepada hukum Allah," katanya.

Tegas beliau, meskipun pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Pindaan 2015) atau hukum hudud berdepan halangan namun usaha keras PAS akan BERJAYA dengan berpegang kepada Allah.

Ujar Haron lagi, umat Islam seharusnya bersatu dan menerima hukum tersebut.

"Kerana itu saya melihat hukum hudud itu ada sedikit sebanyak permasalahan perlaksanaan antara yang menyokong, menentang dan sebagainya.

"Tapi biasalah di mana-mana pun tidak ada kejayaan tanpa kita menempuh onak dan duri maka kita harungi insya-Allah dengan meletakkan Allah akan tolong kita untuk dapat kejayaan," katanya.

Pada 18 Mac lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang mengemukakan notis kepada Dewan Rakyat bagi membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud.

Rang undang-undang itu adalah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac.

Beberapa pihak termasuk pemimpin PKR-DAP mempertikai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Tambah Haron, isu hudud berkenaan akan menjadi ujian kepada wakil rakyat Islam yang disifatkan tidak sewajarnya menolak usul pelaksanaan undang-undang Islam itu yang akan dibawa Abdul Hadi pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

"Presiden PAS akan membawa cadangan dipanggil dengan rang undang-undang persendirian meminta Parlimen meluluskan Kelantan melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II.

"Telah ada perkiraan sekarang ini yang boleh kita bawa dan dapat majoriti mudah," katanya.

Jelas pengamal perubatan Islam ini, PAS hanya memerlukan majoriti mudah dalam Dewan Rakyat menambah menyerahkan kepada kebijaksanaan ahli Parlimen untuk memutuskan sama ada Kelantan layak ataupun tidak untuk melaksanakan undang-undang persendirian berkaitan hudud.

"Ia menguji sebenarnya ahli Parlimen Islam khasnya sama ada mereka nak sokong atau tidak undang-undang syariah ini," katanya.


- Antarapos

Sumber TKO - 10-4-2015


Usah tunggu PAS tukar presiden, tegas Haron Din

Posted on Thursday, April 09 @ 11:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



BANGI: Jangan menunggu atau mengharap PAS akan menukar presiden sekarang sekaligus tunduk pada desakan pihak luar yang mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang disisih parti itu, kata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Tegasnya, jikapun ada pihak yang mahu memutuskan hubungan dengan Hadi, ia langsung tidak mempengaruhi sokongan ahli akar umbi dan pimpinan PAS terhadapnya.


"Saya sebut sekarang parti tidak akan menerima sebarang arahan daripada orang luar melainkan kita ada cara kita sendiri menyelesaikan masalah".


"Jadi jangan menunggu dan mengharapkan PAS akan menukar presiden sekarang ini".


"Maka itu saya merasakan bahawa isyarat yang diberi itu menyuruh orang PAS bersedia seolah-olahnya mereka menyuruh bersedia selepas putus hubungan dengan presiden mereka putus hubungan dengan parti pula," dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.


Rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat, DAP sebelum ini bertindak memutuskan hubungan dengan Hadi tetapi masih komited dengan PAS, sebagai reaksi balas mereka terhadap usaha membawa usul pelaksanaan hudud di Kelantan ke Parlimen pada sidang akan datang.


Tindakan DAP itu dikecam pimpinan PAS yang lain dan membayangkan jika parti dominasi Cina itu memutuskan hubungan dengan Hadi ia seolah-olah memutuskan hubungan dengan PAS.


"Bagi mereka putus hubungan dengan presiden seolah-olah memberi isyarat kalau orang PAS masih sayang kepada Pakatan maka tukarlah presiden kami akan terima semula presiden baru kamu dengan PAS kita akan bekerja sebagai sebuah parti yang dipanggil Pakatan Rakyat," katanya.


Mengulas lanjut, Haron tidak menolak kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah jika rakan komponen mereka terus memberi tekanan ke atas PAS.


"Kalau itulah pilihan mereka saya tidak nak paksa mereka atau mengatakan apa-apa, terpulanglah kepada budi bicara masing-masing untul buat keputusan.


"PAS ada cara untuk mengatasi masalah," katanya.


DAP mahu PAS tukar presiden jika mahu kekal dalam Pakatan


Haron kemudiannya mempersoalkan kewajaran DAP menghina rakan pimpinan mereka dalam Pakatan Rakyat, hanya kerana tidak bersetuju tentang sesuatu isu.


"Saya nampak dalam tinjauan politik saya ini seolah-olahnya memberi satu isyarat yang cukup jelas bahawa (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng amat perlu kepada PAS ataupun DAP dengan PKR perlu kepada PAS tapi tidak mahu kepada presiden.


"Semudah itu kita boleh membuat andaian PAS akan ikut telunjuk DAP, semudah itukah kita nak tukar presiden kita kerana suara daripada seorang yang bernama Lim Guan Eng?


"Tak mungkin, tak akan berlaku...dengan sendirinya saya dapat melihat manakala PAS tidak menukar juga presiden selepas ini mereka akan putus hubungan dengan parti pula sebab parti tidak menerima arahan Lim Guan Eng," katanya.


Tegas Haron lagi, DAP perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang menghina Hadi kerana tindakan itu tidak sewajarnya berlaku dan akan merugikan mereka sendiri.


"Apa yang kita dengar komentar daripada Lim Guan Eng tentang presiden PAS yang berakhir dengan tuduhan yang begitu berat iaitu pengkhianat, tak boleh dipercayai.


"Itulah yang menjadikan persoalan Pakatan ini begitu goyah, ada yang mengatakan dia terlalu gopoh ataupun dia memang tidak gopoh dia merancang untuk sebut demikian," katanya. - Antara POS



Sumber TKO - 9-4-2015





Agenda DAP pecah belahkan pakatan pembangkang – Haron Din

Posted on Thursday, March 26 @ 14:41:32 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberi amaran kepada DAP supaya tidak mengugut parti berkenaan berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Haron dalam wawancara di Berita Harian, berkata ugutan yang sepatutnya tidak dikeluarkan itu dilihat bukan sahaja mencampuri urusan dalaman PAS malah menunjukkan niat sebenar DAP yang mempunyai agenda memecahbelahkan pakatan pembangkang.

Di samping itu, campur tangan DAP dalam hal ehwal PAS juga secara tidak langsung memberi isyarat bahawa presiden parti perlu ditukar.

“Ugutan sepatutnya tidak dikeluarkan rakan sekutu, malah mencampuri urusan dalaman PAS. DAP sebenarnya mempunyai agenda untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang.

“DAP secara tidak langsung cuba campur tangan dalam hal ehwal PAS dengan memberi isyarat bahawa presiden parti perlu ditukar,” kata Haron yang pertama kali bersuara berhubung isu itu sejak dilantik menggantikan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Mac lalu.

Haron juga mencabar DAP melakukan sebarang tindakan terhadap PAS.

“Saya tegaskan, PAS tidak kisah dan tidak takut dengan ugutan DAP. Malah, sebelum ini pun DAP berkali-kali memberi amaran dan kata dua.

“Benda ini sudah lama didengari tetapi PAS tetap dengan pendirian bahawa kami tidak pernah rasa takut dan bimbang dengan pakatan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan DAP memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Abdul Hadi yang disifatkan sebagai pembelot dan tidak bermaruah tetapi masih bekerjasama dengan PAS.

Haron juga berkata Majlis Syura Ulama yang mengikuti perkembangan semasa dapat melihat keangkuhan DAP, sekali gus menunjukkan parti berkenaan tidak boleh menerima apa yang PAS lakukan dan semakin agresif dengan tuduhan liar.

“Selama ini PAS tidak mengambil langkah negatif apabila berhadapan penentangan DAP, malah sedaya upaya cuba mempertahankan pakatan pembangkang,” ujarnya.

Kata Haron lagi, semua pemimpin politik beragama Islam tidak kira dari parti mana secara dasar wajib menyokong usaha permulaan memartabatkan hukum Allah.

“Menentang hukum itu adalah menentang hukum Allah. Jangan kerana berpegang kepada politik sementara… akidah boleh terjejas. Berilah keutamaan kepada menjaga akidah dan menjadikan agenda hidup untuk mendapatkan keredaan Allah, bukannya kemurkaan Allah,” katanya.
Haron berkata PAS sentiasa istiqamah dalam perjuangan menegakkan syariat Islam kerana lebih takut memutuskan hubungan dengan Allah daripada ugutan manusia.

“Nasihat kepada DAP tidak bernilai lagi atas keangkuhan mereka yang tidak menghormati pendirian rakan.

“Oleh itu, DAP boleh buat apa yang mereka mahu lakukan, manakala PAS akan tetap buat apa yang PAS mahu, iaitu berusaha supaya undang-undang mengenai hudud dapat dilaksanakan,” katanya.

Ia susulan langkah Abdul Hadi mengemukakan notis membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud ke Parlimen.

Pada 18 Mac lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) untuk membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Sumber TKO - 26-3-2015

Mursyidul Am PAS ‘tanam’ DAP, PKR hidup-hidup

Posted on Tuesday, March 24 @ 03:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"DAP dan PKR hari ini ‘ditanam hidup-hidup’ apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegaskan bahawa parti itu meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama dalam pakatan pembangkang
Penegasan Haron Din yang menyandang antara jawatan tertinggi dalam PAS itu merupakan satu tamparan hebat kepada DAP dan PKR yang sejak kebelakangan ini sering memberi amaran dan kata dua kepada PAS berhubung pembentangan undang-undang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Mursyidul Am merupakan jawatan tertinggi dalam PAS iaitu menjadi ketua kepada Majlis Syura Ulama, berbeza dengan jawatan Presiden yang mengetuai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Suara Mursyidul Am kerap kali menjadi kata pemutus berkaitan sesuatu isu dan masalah yang dihadapi oleh parti itu.

“PAS tidak akan berganjak daripada prinsip asal perjuangannya,” tegas Haron Din sebagaimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Menurut beliau, agenda hukum hudud sudah sebati dengan PAS dan parti itu akan tetap meneruskannya walaupun mendapat tentangan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang.

“Seluruh ahli PAS terutamanya para pemimpin menyedari bahawa pada satu ketika akan berlaku pertembungan di antara PAS yang hendak menegakkan prinsipnya dengan rakan-rakan kongsinya
yang mungkin beralah lalu menyokong atau berkeras menentang.

“Kalau PAS teragak-agak atau lebih mementingkan sekutunya yang menentang atau terlampau sayang dengan pakatan sehingga sanggup mengorbankan prinsipnya, maka PAS tidak akan membentangkan rang pindaan hukum hudud yang sedang berlaku di Kelantan.

“PAS telah menyatakan kesungguhannya, PAS tidak bercakap sahaja, PAS melaksanakannya, PAS lebih mengutamakan hukum Allah lebih daripada hukum manusia,” katanya kepada akhbar itu, hari ini.

Hubungan antara PAS dengan DAP kini semakin tegang selepas Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mendakwa PAS menikam DAP dari belakang apabila tidak menghiraukan amaran untuk tidak membentangkan pindaan enakmen itu dalam sidang DUN Kelantan.

Haron Din , PAS tidak pernah membelakangkan DAP mahupun PKR kerana perjuangan PAS menegakkan hukum hudud telah diterangkan berulang kali sehingga seluruh dunia mengetahui mengenainya.

“Kalau perbuatan (membentangkan enakmen) itu dikatakan tikam belakang, kenapa tidak kata tikam hadapan sahaja, kita sudah beritahu dan terangkan berulang-ulang kali sampai masyarakat pun muak, PAS bukan sahaja beritahu DAP tetapi telah beritahu seluruh Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.

Ketika ditanya sama ada keputusan PAS melaksanakan hukuman hudud akan menjejaskan undi daripada bukan Islam, Haron Din berkata, PAS lebih bimbangkan kemurkaan Allah daripada bimbang tidak mendapat sokongan manusia.

“Dengan lain perkataan, PAS lebih mengharapkan bantuan Allah daripada bantuan manusia,” katanya.

Sumber:Portal Islam Melayu 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
Auditor
Posted on Tuesday, March 24 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Sumber TKO - 24-3-2015















































Keranda diusung keluar dari rumah saya - Dr Haron Din

HARAKAHDAILY | FOTO MOHD NASIR | .

MARANG: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkongsi pengalaman yang beliau tidak boleh lupakan yang berlaku pada tahun 1961.

"Sampai di rumah, saya tengok orang ramai di rumah saya. Saya tengok keranda diusung keluar dari rumah saya. Saya terduduk," ujarnya pada program Sembang Santai Anak Muda 'Chat With Me' sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3 di Dewan Tok Guru, Rusila malam tadi.

Turut menjadi ahli panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pekdakwan ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus. Imam Muda Fakhrurazi bertindak sebagai moderator.

Menurutnya, pada jangkaan beliau ada dalam kalangan keluarganya yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, beliau melihat ibu dan ayahnya ada di rumah, lalu bertanya kepada ayahnya siapa yang meninggal dunia, lalu dijawab "tanya mak hang".

Beliau diberitahu bahawa orang yang meninggal dunia itu ialah seorang jirannya yang tinggal bersendirian di hujung sawah.

Katanya, kejadian itu berlaku tatkala beliau baru sampai di rumah setelah 13 hari berbasikal bersama rakannya menjelajah dari Perlis ke Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalaman mengayuh basikal itu, beliau menyasarkan kayuhan 100 hingga 120 kilometer sehari dengan berbekalkan wang RM50 untuk mengembara seluruh tanah air.

Bagaimanapun, katanya pengembaraan itu terhenti setakat Kuala Lumpur apabila rakannya demam panas dan terpaksa berpatah balik ke Perlis.

Ustaz Azhar pula pernah berbasikal dari beberapa bandar antaranya Kuala Terengganu-Kota Bharu, Kuantan-Temerloh dan Johor Bharu-Segamat.

Selesai program itu, beliau melancarkan pertandingan fotografi sempena ijtimak. - HARAKAHDAILY 20/3/2015

Sumber HD - 20-3-2015

Saya ambil alih, sama seperti diperjuang Tok Guru Nik Aziz

HARAKAHDAILY | .



BANGI: Kelompongan yang ditinggalkan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam PAS terlalu besar untuk ditampung.

"Tetapi penampungan mesti berlaku, kalau dibiar ianya jadi lebih besar. Kena tampung walaupun tidak boleh sepenuhnya," ujar Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din ketika diwawancara Harakah, kelmarin.

Berikut penjelasan selanjutnya ketika ditanya selepas beliau dilantik sebagai Mursyidul Am PAS, mungkin ada pendekatan yang berbeza daripada Almarhum Tok Guru atau ada yang baru untuk melihat PAS lebih ke depan.

Jasa yang ditinggalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu, namanya sudah cukup besar. Dia seorang yang ikhlas dalam perjuangannya, seorang yang amat amat sederhana.

Pengalaman duduk di Malaysia ini, saya belum nampak lagi tahap ketawadukan, tawaduknya dalam semua hal. Itu yang menyebabkan ramai orang kagum.

Kedua ilmunya, yang diasah setiap hari. Kata orang belakang parang kalau diasah hari-hari ianya menjadi tajam. Dia (Tok Guru) guna ilmu dan asah ilmunya setiap saat. Dia menulis, dia mengajar harian, ceramah berkuliah. Itu semua orang tahu. Terkumpul semua personaliti, insan muslim yang ikhlas, yang guna ilmunya untuk kebaikan dan dia tidak termakan dengan pujukan-pujukan yang namanya keduniaan. Yang difikir apa yang boleh mendatangkan keredhaan Allah SWT. Dia insan kecil, berjiwa besar. Dia mahu Islam dimartabatkan. Apa sahaja untuk Islam, dia akan buat. Antaranya ialah Tahaluf Siyasi untuk memartabakan Islam.

Saya banyak berbincang dengan dia. Visinya jelas dan sama yang diperjuangkan oleh PAS. Oleh kerana PAS ini sudah ada dasar, dasar yang perlu ditanggung oleh semua ummah, bukan PAS sahaja.

PAS telah mendahului zaman. Kita lama dah ke hadapan. Orang lain baru nak dekat dengan Islam. Bagi macam-macam gelaran penerapan nilai-nilai Islam, Islam Hadhari, sekarang ini kesederhanaan, wasatiyah dan sebagainya. Ada yang baru lagi nanti, diganti dengan nama lain pula.

Maknanya, orang yang menjadi opponent kepada parti Islam ini, tahu PAS perjuangkan ini betul, mungkin cara kita mereka tidak suka sedangkan matalamat kita betul. Jadi mereka cuba nak beat dan lawan PAS dengan mengemukakan beberapa teori tadi hadharilah dan sebagainya. Semuanya dapat kita tangkis. Macam Presiden PAS ada menulis dan keluarkan buku Hadharah Islamiyah, bukan Islam Hadhari.

Berapa banyak wang negara habis untuk memantapkan Islam Hadhari itu, berakhirnya dengan tiada apa-apa. Apapun matlamat kita tidak perlu kepada nama sangat, yang penting keikhlasan kita untuk memartabatkan Islam dan menaikkan Islam itu supaya ianya benar-benar hidup dan subur. Bukan Islam pada nama tetapi melaksanakan hukum hakamnya.

Apabila saya ambil alih pun, ianya tidak akan lari ke mana, sama seperti yang diperjuangkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Bahkan siapapun ambil alih, tetap akan memperjuangkan Islam dan menjadikan Islam itu suatu yang dominan. Allah redha dengan perjuangan kita. Allah tidak mengganjarkan manusia apa yang dia berjaya tetapi diganjarkan apa yang dia beramal. Walaupun lambat sampai, atau orang bertanya kenapa PAS perlu kepada bertahaluf sebagainya tetapi akhirnya yang kita mahu adalah keredahaan Allah SWT. - HARAKAHDAILY 15/3/2015

Sumber HD - 15-3-2015















































Saya tidak izin langgar keputusan yang kita buat

HARAKAHDAILY | .



BANGI: "Masuk parti, kerja kita ialah nak menguatkan parti, kalau ada pihak yang sengaja tidak mahu menguatkan parti, melemahkan parti dengan melanggar perlembagaan yang jelas nyata, maka itu punca berlaku pergeseran," ujar Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Berikut petikan jawaban beliau dalam wawancara dengan Harakah, kelmarin.

Dan ini saya rasa cabaran masa depan kita, bukan syura sahaja, semua ahli dalam PAS ini, perlu bersama sama menggembleng tenaga untuk hal-hal yang begini nyata. Kalau ada betul, pelanggaran perlembagaan dan orang itu memang sengaja melanggar, membiarkannnya menjadi satu kesalahan kepada parti. Kena ajak dia balik, kena yakinkan dia balik dan tinggalkan perkara yang boleh mendatangkan keburukan, buat yang terbaik.

Dulunya bila berlaku masalah dalam parti bersabit dengan pemilihan kepimpinan parti, biasanya bila habis pemilihan, selesailah. Yang menang, menang, yang tak menang tunggu lagilah. Yang berlaku sekarang ini sama juga dan tidak menjadi rahsia yang selalu disebut-sebut tapi saya jarang sebut, adanya dua golongan dalam parti itu cara ketara. Kita pun tak boleh nafikan adanya golongan ulama dan golongan profesional.

Dua golongan ini dikatakan gandingan yang cukup mantap. Yang satu menampung yang satu kekurangan antara lainnya begitu sebaliknya. Kekurangan yang memang pasti ada, ditampung antara satu sama lain. Itu kalau berlaku kerjasama erat, dengan niat baik untuk menggembleng tenaga bagi mengukuhkan parti.

Tapi sekiranya ada, tetapi saya harap tidak adalah golongan yang sengaja nak mengenepikan ulama, kalau ada golongan profesioanl ambil alih kepimpinan, itulah yang akan menimbulkan masalah, yang saya sebut awal tadi seperti telah melanggar ketetapan yang dibuat oleh Muktamar sendiri pada tahun 1982, di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ketika itu berlaku krisis kepimpinan juga yang berakhir dengan keputusan PAS hendaklah beramal dengan kepimpinan ulama. Sejak daripada itulah maka PAS telah diserahkan Presidennya kepada ulama. Ketika itu krisis kerana Datuk Asri menjadi Presiden. Ada pihak tidak senang dengan dia, dia sendiri dijatuhkan maka dipilih Haji Yusof Rawa, seorang ulama. Lepas itu Datuk Fadzil Noor juga seorang ulama, kemudian beliau meninggal dipilih pula Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Itu tafsiran yang nyata dibuat tentang kepimpinan ulama, maka ulamalah yang menjadi Presiden. Itu ketetapan Muktamar. Muktamar ini badan tertinggi dan bila muktamar buat keputusan, maka kekallah keputusan itu sehinggalah muktamar sendiri mengubah.

Saya faham muktamar tidak ubah, maka wajib beramal dengan keputusan muktamar itu. PAS mesti dipimpin oleh ulama. Saya nak ingatkan itu bukan pandangan saya dan nak sedarkan ahli bahawa dasar kepimpinan ulama tidak dibuat oleh Syura (Majlis Syura Ulama) kerana Syura tidak ada ketika itu, belum tubuh lagi. Dibuat kerana nak menyatakan bahawa PAS perlu dipimpin oleh seorang ulama yang faham dasar, faham Quran dan sunnah.

Maka selagi tidak ubah keputusan muktamar, Syura sendiri tak boleh ubah. PAS Pusat pun tidak boleh ubah. Kalau mereka ada keinginan nak menukar kepimpinan yang tidak semestinya ulama, perkara itu mestilah dibawa balik usul ke dalam muktamar, pinda dulu keputusan. Kalau dah pinda keputusan, barulah boleh kepimpinan bukan ulama bertanding memegang jawatan Presiden. Jika tidak, kita melanggar keputusan.

Saya tidak izin untuk melanggar perlembagaan dan saya tidak izin dilanggar keputusan yang kita buat secara ramai yang kita panggil sebagai muktamar.

Antara soalan lain yang dikemukakan kepada beliau selepas dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu sebagaimana di bawah.

Boleh Datuk kongsikan bagaimana perasaan Datuk dengan pemilihan ini dan bagaimana prosesnya dalam membuat keputusan pelantikan ini.

Kalau kita tengok sebelum ini perbezaan pandangan hanya berlaku sewaktu pemilihan tapi pasca pemilihan 2013 masih lagi berlarutan dalam muktamar yang lepas betapa kita dapat lihat sedikit tegang dan sampai ke hari ini, mungkin ada nasihat Datuk.

Ada yang kurang jelas dengan fungsi Majlis Syura Ulamak dan ada yang mempertikaikan badan itu dalam beberapa kemelut seperti bermulanya isu Selangor, seolah-olah ada isyarat daripada Majlis Syura mencampuri urusan itu, boleh Datuk terang fungsi sebenar Majlis Syura ini supaya ramai yang akan faham bidang kuasa badan itu.

Selepas Datuk dilantik ini mungkin ada pendekatan yang berbeza daripada almarhum atau ada yang baru untuk melihat PAS ini lebih ke depan lagi, aspirasi Datuk.

Jawaban dan penjelasan kepada soalan-soalan itu dapat diikuti dalam akhbar Harakah Bil 2030 Edisi Isnin ini.

Sumber HD - 14-3-2015


PasMa bantah Dr. Haron Din jadi Mursyidul Am PAS

Posted on Friday, March 13 @ 15:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Umum dah tahu bahawa Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, sudah sepakat melantik Datuk Dr Haron Din untuk mengisi jawatan Mursyidul Am PAS yang kosong disebabkan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia.

Jawatan Mursyidul Am ini bukan jawatan sembarangan yang boleh dipilih dengan mudah, kerana ia mempunyai syarat dan kriterianya tersendiri.


Kriteria calon Mursyidul Am hendaklah "individu itu mestilah dikenali umum sebagai ahli ilmu, sifat-sifat jelas ketara mendukung prinsip ulama yang diterima umum, berakhlak yang dipanggil hasanah dan tidak kontroversi.

Perlembagaan PAS tidak menyebutkan kriteria khusus siapa yang layak dilantik sebagai mursyidul am.

Persetujuan Majlis Syura Ulama

Fasal 8(6) Perlembagaan PAS hanya menyebutkan bahawa:

Seorang ketua Majlis Syura Ulama yang dikenali sebagai mursyidul am dan seorang timbalannya yang dikenali sebagai timbalan mursyidul am hendaklah dipilih dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura Ulama tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun.

Peruntukan ini jelas bahawa mursyidul am itu dilantik oleh ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) di dalam mesyuarat mereka. Maka jelas Perlembagaan memberikan kuasa kepada seluruh ahli MSU untuk melantik siapa yang difikirkan paling layak untuk mengetuai mereka sebagai Mursyidul Am.

Ahli MSU lebih arif untuk mengetahui siapa yang paling layak di antara mereka, untuk diangkat.

Dalam keputusan mesyuarat, ternyata mereka membuat pilihan yang tepat kerana memilih Datuk Dr Haron Din. Kerana beliau memenuhi kriteria yang dimaksudkan dalam perlembagaan PAS.

Bukan penghormatan, tapi kesempatan penipuan

Tapi bukan semua orang senang dengan keputusan itu. Lebih-lebih lagi di pihak PasMa, mereka menerima berita lantikan itu bukan satu berita yang baik untuk mereka.

Mereka di PasMa pernah memberi cadangan kononnya jawatan Mursyidul Am itu patut dipegang oleh Haji Hadi (Presiden PAS). Atas alasan, tiada siapa yang lebih hebat daripada Haji Hadi dan kata mereka ianya satu penghormatan.

Benarkah ianya penghormatan? Atau ianya satu penipuan untuk mengambil kesempatan.

Penulis berpendapat, jika Haji Hadi menjadi Mursyidul Am, sudah tentu jawatan Presiden PAS secara automatik akan kosong dan terbuka luas untuk ‘Abang Mat' Sabu menduduki kerusi tersebut.

Ianya mencerahkan lagi peluang PasMa, meletak pemimpin mereka di sana. Maka tercapailah cita-cita PasMa untuk mengambil alih parti PAS.

PasMa berdepan Haron dan Hadi

Tetapi semuanya hancur bila Dr Haron Din yang dilantik menjadi Mursyidul am.

Sudah la geng PasMa memang tak suka dengan Dr Haron Din, yang dikatakan tegar Unity Government (UG) dan pro UMNO. Kini beliau pula dilantik mengetuai MSU dan menjawat jawatan tertinggi dalam parti PAS.

Kiranya lepas ni, PasMa bukan hanya perlu berhadapan dengan Haji Hadi, tapi dengan Dr Haron Din juga.

Team Ulamak kukuhkan lagi tempat mereka dalam PAS. Tapi PasMa, masih mencari tapak, walaupun di akar umbi mereka kuat, namun jika gagal untuk menguasai organisasi tertinggi, cita-cita mereka tak tercapai.


Lepas ni agaknya apa pula rancangan yang PasMa akan lakukan?

Sumber TKO - 13-3-2015

Profesional perlu melihat kata-kata Mursyidul Pas Datuk Dr Haron Din Ke Depan

Posted on Friday, March 13 @ 15:12:01 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Hermansyah Abd Rahim Syah



YB Hanipa agak sinikal dalam isu Presiden Pas. Pastilah beliau ada hujah politik. Saya fikir golongan Profesional perlu melihat kata kata Mursyidul Pas yang baru Datuk Dr Haron Din sebagai upaya meredakan kocakan politik dalam Pas.

Saya setuju Datuk Ibrahim Tuan Man menggeser Mat Sabu dengan cara bertanding Timbalan Presiden Pas. Mengapa ? Hujah yang saya akan surahkan ini adalah mudah. Jika Datuk Tuan Ibrahim berada di posisi itu pelan peralihan kuasa akan lebih mudah Tuan Ibrahim Man boleh mengambil kerusi Presiden dengan lebih teratur, berakhlak dan dengan cara itu Datuk Seri Hadi boleh memilih berundur dengan cara yang lebih baik.

Tok Guru Hadi boleh berundur dengan cara yang persepsi umum akan muncul golongan profesional menghormati Ulama dalam Pas. Cara itu juga membuktikan Pas pintar dalam menangani persepsi politik selain dapat menyatukan perbedaan politik dibawah kepimpinan Presiden baru.

Datuk Seri Hadi juga sedar akan hal itu. Sejak akhir ini kesihatan Tok Guru tak berapa menentu . Pastinya Tok Guru Hadi mahu mewariskan Pas yang kuat, dihormati oleh rakan dan lawan politik dimasa hadapan

Saya menghormati sikap politik YB Hanipa. Bagi saya itu sebagai nilai tambah dalam pengisian politik dan demokrasi. Hakikatnya bila kita cermati, Pas sendiri di Selangor menang 15 Dun. YB Hanipa sendiri menang di Sepang. Kawasan kerusi Dun , Parlimen dalam bandar di Selangor tidak mudah bagi Pas untuk menang tanpa sokongan DAP dan PKR. Sebab itu YB Hanipa mempertahan hujah politiknya maknanya Pas sudah diterima oleh berbagai kaum

Golongan Ustaz juga perlu melihat pandangan YB Hanipa ini sebagai nilai baru dalam persekitaran politik Pas. Kemasukan profesional Pas kedalam Pas terbukti menjadikan Pas lebih dinamik, segar dan Pas tidak lagi di cop parti untuk golongan yang berlatar belakang pendidikan agama sahaja, tapi Pas mampu melahirkan imbangan politik, dengan golongan profesional yang datang dari aliran pendidikan Barat


Sumber TKO - 13-3-2015 















































Bantu Dr Haron Din pacu Majlis Syura - Ustaz Ahmad

WAN NORDIN WAN YAACOB | .



BANGI: Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yaakob atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mad akan terus membantu ketuanya bagi memacu Majlis Syura Ulamak dengan sebaiknya pasca ketiadaan Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ustaz Ahmad berkata, beliau tidak menyangka akan dilantik ke posisi yang sangat tinggi itu.
"Saya merasakan saya tidak layak. Namun saya ambil tanggungjawab ini sebagai amanah parti dan saya akan membantu Dr Haron Din yang lebih banyak ilmu dan pengalaman untuk memacu Majlis Syura Ulamak," kata beliau ketika ditemui di kediaman Dr Haron Din dalam sesi wawancara ekslusif bersama Harakah, semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pelantikan Dr Haron Din tepat pada masanya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Bagi beliau, Dr Haron Din memiliki kepakaran dan sangat berpengetahuan luas dalam bidang agama selain sangat dihormati semua pihak.

"Insya Allah kita akan meneruskan apa yang telah dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi kepercayaan kepada saya untuk bersama membantu Dr Haron Din memacu badan tertinggi PAS ini," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 13/3/2015

Sumber HD - 13-3-2015

Perlantikan Mursyidul Am; PAS Terengganu Ucap Tahniah

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengucapkan tahniah mengucapkan tahniah di atas pelantikan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, amanah yang diberikan kepada Tuan Guru Dr. Haron Din, adalah ‘kena pada tubuhnya’ yang dikenali sebagai seorang tokoh memiliki ilmu yang tinggi dan kepimpinan yang dimaklumi oleh umum.

“AlhamduliLlah, PAS Terengganu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tuan Guru Dr. Harun Din yang sememangnya layak kerana beliau dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai tokoh ilmuan,“dan beliau sudah lama memimpin PAS serta umat Islam,”ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di masjid Rusila Marang, hari ini.




Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ustaz Ahmad Yakob, yang dilantik sebagai Timbalan Mursydul Am PAS.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia turut merakamkan tahniah atas perlantikan tersebut.
Timbalan Ketuanya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pelantikan Majlis Syura Ulama itu adalah bertepatan pada masanya.

Katanya, Tuan Guru Dr. Haon Din juga ‘tersohor’ kerana ketinggian ilmunya, ketokohannya sebagai pemimpin bukan sahaja di peringkat pimpinan Pas, akar umbi malah masyarakat Islam dan rakyat Malaysia umumnya.

“Pelantikan ini juga akan terus memperkasakan parti hasil kerjasama baik golongan ulama dan profesional dalam kalangan anggota Pas,” katanya.

Pelantikan Haron diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada satu mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, 8 Mac lalu.

Jawatan Mursyidul Am Pas kosong berikutan penyandangnya, Nik Abdul Aziz, yang juga bekas menteri besar Kelantan meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.


Sumber BO - 12-3-2015

Dr Haron Din, sinambungan legasi yang hebat














































| .


IPOH: PAS Perak merakam ucapan tahniah atas perlantikan Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS menggantikan Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pesuruhjaya, Razman Zakaria berkata, kepakaran serta ilmunya yang tinggi perlu digunakan sebaik mungkin bagi mengemudi dan memimpin bahtera perjuangan parti Islam itu.

Menurutnya, PAS Perak turut meletakkan harapan tinggi kepada Dr Haron dalam mengetuai Majlis Syura Ulamak yang menjadi pelindung serta penunjuk arah perjuangan parti itu.

"Kepakaran serta ilmunya harus dikongsi bersama dalam mengemudi Majlis Syura Ulamak yang turut dianggotai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Saya melihat kesinambungan legasi yang sangat hebat ini mampu membawa PAS ke arah mendapat keredhaan Allah seterusnya memacu perjuangan ini dengan baik," katanya kepada Harakahdaily.

Razman menjelaskan, gandingan Dr Haron bersama kepimpinan Tuan Guru Hadi merupakan satu kekuatan yang mampu membawa wadah perjuangan PAS dengan lebih baik.

Ini kata beliau bagi menzahirkan kebenaran perjuangan parti itu sebagai mata rantai perjuangan Rasulullah dan sebuah parti politik yang bakal menerajui pemerintahan negara ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam respons ringkas berkata, perlantikan Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS serta Datuk Ahmad Yaacob sebagai timbalannya merupakan satu keputusan yang sangat tepat.

Ini kata beliau, kedua-dua tokoh tersebut mempunyai kelebihan, kemampuan, keunikan serta kehebatan tersendiri dan diyakini berupaya menjalankan amanah yang diberikan itu sebaik mungkin.

"Mudah-mudahan dengan kepimpinan kedua-dua tokoh ini, Majlis Syura Ulamak PAS akan terus diperkasa serta dihormati dan disegani oleh semua dalam meneruskan bahtera perjuangan ini bagi mencapai keredhaan Allah," kata Penolong Setiausaha Agung PAS itu. - HARAKAHDAILY 12/3/2015

Sumber HD - 12-3-2015

Dr Haron Din mampu kukuhkan PAS - Pemuda

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pelantikan Datuk Dr Haron Din sebagai Al-Mursyidul Am PAS yang baharu.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, pelantikan itu pada hakikatnya selaras dengan kehendak Fasal 8 (6) Perlembagaan PAS.

"Sebagai seorang tokoh ilmuan yang dihormati kawan dan lawan, pelantikan beliau dilihat sebagai satu inisiatif untuk menyatukan saf anggota dan pimpinan PAS," ujarnya kepada Harakahdaily.

Selain itu, katanya Dr Haron Din juga dilihat mampu untuk memandu PAS dalam meneruskan agenda tarbiyah, dakwah dan siyasah (politik) di peringkat nasional dan antarabangsa.

"Mudah-mudahan dengan pelantikan ini juga PAS akan terus kukuh dan bersatu-padu dalam memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang mahu melihat PAS menjadi parti masa depan yang mampu merubah Malaysia ke arah tatakelola yang lebih baik," katanya lagi.

Pelantikan Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS pada 8 Mac lalu.

Mesyuarat juga melantik pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS. - HARAKAHDAILY 12/3/2015

Sumber HD - 12-3-2015


BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Al Mursyidul Am PAS .

Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik. Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan. Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din.

Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.

Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.

Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.

Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.

RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Pendidikan

• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)
Kerjaya
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
Politik
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS selaku Timbalan Mursyidul Am
• Baru dilantik sbg Mursyidul Am PAS

Pilihan raya

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 , Ustaz Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia mendapat undi 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Pencabarnya , Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional mendapat undi: 17,367 . Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004 . Majoriti-diperolehi : 3,243 , Jumlah Undi : 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%

Sumber FB/YBUNH - 12-3-2015

Dr Haron Din dilantik Mursyidul Am PAS yang baharu                            HARAKAHDAILY |

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am

PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Demikian dimaklumkan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata, pelantikan Dr Haron yang sebelum ini adalah Timbalan Mursyidul Am PAS itu diputuskan sebulat suara pada mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 8 Mac lalu di Pejabat Agung PAS, di sini.

Menurut beliau lagi, pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dipilih sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS menggantikan tempat Dr Haron Din.
















































Katanya, anggota-anggota dalam Majlis Syura Ulamak yang lain tidak berubah. - HARAKAHDAILY 11/3/2015

Sumber HD - 11-3-2015

UTP lancar aplikasi Perubatan Islam Secara Ruqyah

BERNAMA | .




SERI ISKANDAR: Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih Sistem Perubatan Islam Secara Ruqyah atau 'Mobile Islamic Ruqyah Medication System' (M-IRMS), yang pertama di dunia, bagi merawat pelbagai masalah kesihatan melalui bacaan al-Quran dan hadis.
  
Naib Canselor UTP Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim berkata aplikasi itu menyediakan rakaman doa dan ayat suci al-Quran yang dibaca sendiri oleh pengasas pusat rawatan Islam terkenal, Darussyifa', Datuk Dr Haron Din bagi menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk masalah kesihatan umum, fizikal dan rohani serta gangguan mistik.  
  
Beliau berkata aplikasi M-IRMS memenangi beberapa anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa, antaranya, pingat emas di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) baru-baru ini.
  
"Aplikasi ini berpotensi besar menjadi rujukan masyarakat Islam di Malaysia mahupun di Asia Tenggara yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  
"Kita juga sedang mengusahakan aplikasi ini dalam Bahasa Inggeris dan dijangka siap dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada pelancaran aplikasi M-IRMS yang disempurnakan oleh Haron di Dewan Canselor UTP di sini.
  
Pada majlis itu, Haron turut menyampaikan syarahan bertajuk 'Ruqyah Islam Suatu Perubatan Komplimentari'.
  
Sementara itu, Ketua Penyelidik aplikasi itu, Dr Hanita Daud, yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat UTP, berkata M-IRMS yang diusahakan sejak Jun 2014 dengan kos RM50,000 mendapat sambutan memberangsangkan apabila mencatat lebih 1,000 muat turun selepas diperkenal pada 4 Feb lepas.
  
Hanita berkata dengan kewujudan aplikasi M-IRMS, ia membolehkan masyarakat mendapatkan rawatan melalui bacaan al-Quran dan hadis dengan lebih pantas dan tepat, terutama apabila ia mendapat sokongan luar biasa Haron yang juga tokoh rawatan Islam terkenal.
  
"Aplikasi ini diilhamkan selepas saya membaca buku yang ditulis Datuk Haron Din dan saya dapati ia kurang mendapat sambutan, terutama daripada kalangan generasi Y, jadi saya olahkan ia ke dalam bentuk aplikasi mudah alih supaya mereka boleh menggunakannya ketika mereka sakit tanpa mengira tempat dan waktu," katanya.
  
Beliau juga berkata pengguna Android dan IOS boleh memuat turun aplikasi itu dengan bayaran RM5. - BERNAMA

Sumber HD - 5-3-2015

No comments:

Post a Comment