BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, March 30, 2015

MESYUARAT - MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN DEWAN DAN PENCALONAN AJK PAS PUSAT



Mesyuarat Agung PAS Cawangan Kg Alur Tembesu/Sura
Gate

Posted on Saturday, January 21 @ 17:27:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33263

Lensa/Galeri

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Selesa sudah Mesyuarat Agung PAS Cawangan Kg.
ALUR Tembesu / Sura Gate telah dirasmikan oleh YB Ust. Hishamuddin Abdul Karim, Adun
Tepoh dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu. Cawangan Alur Tembesu adalah
salah satu daripada 72 cawangan Parlimen Dungun. PAS mesti terus maju, jangan hirau caci maki
dan sindiran musuh dan kawan. Kita akan jatuhkan BN pada PRU-14 nanti InsyaAllah.












Datang mesyuarat kena bayar yuran. Tak ada datang beri duit untuk ramaikan seperti sesetengah 
parti baru (serpihan) 

Sumber TKO - 20-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS perlu wujudkan produk untuk dikenali 

rakyat

HARAKAHDAILY | .


KAWASAN-Kawasan PAS yang tidak bertanding pada pilihan raya umum digesa mewujudkan
projek-projek untuk memperkukuhkan PAS di kawasan mereka.

Mereka adalah dinasihatkan agar melaksanakan projek-projek dakwah, tarbiyah, pendidikan atau
ekonomi yang akan menjadi jenama PAS yang dikenali oleh rakyat.

Di antaranya seperti sekolah rendah Islam, koperasi, rumah orang tua, pusat kegiatan remaja, pusat
dakwah atau pusat tarbiyah.

Ini adalah selari dengan PAS yang bukan sekadar sebuah parti politik tetapi sebuah gerakan Islam.
Ia merangkumi juga gerakan tarbiyah, gerakan dakwah, gerakan kebajikan dan gerakan massa.

Saya telah mengumumkan perkara ini ketika merasmikan secara serentak mesyuarat agung
Cawangan-Cawangan PAS Kawasan Petaling Jaya Utara pada 21 Februari lepas. Majlis telah
berlangsung di Dewan Serbaguna MBPJ SS3.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Azrie Mohanmad Arish telah menyampaikan ucapan pada majlis
tersebut.

Kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara dan 2 kawasan Dewan Negeri dibawahnya ditandingi oleh
DAP. Terdapat hanya 14 peratus pengundi Islam di kawasan tersebut.

Walaupun PAS tidak bertanding tetapi PAS Kawasan-Kawasan seperti Petaling Jaya Utara masih
mempunyai tanggung jawab sebagai sebuah gerakan Islam untuk memperkukuh dan
mengembangkan Islam. Di samping sebagai gerakan massa untuk memperjuangkan isu-isu rakyat.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Naib Presiden PASHARAKAHDAILY 22/2/2016

Sumber HD - 22-2-2016





Terpulang kepada ahli hendak pilih pemimpin

PAS

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi peluang kepada 
ahli-ahli untuk memilih pemimpin parti pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di Kuala 
Selangor nanti.

Beliau berkata terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak memilih pemimpin sendiri atau
mengikut telunjuk DAP.

Kata beliau, jika ada mana-mana parti lain yang ada pandangan tentang PAS termasuk DAP serta
mahu mengikut kehendaknya, itu terpulang kepada ahli-ahli PAS sendiri.

“Jika ada parti lain macam DAP, yang ada pandangan tentang PAS, pandangan dia (DAP) tentang
PAS, parti lain termasuk DAP hendak suruh begini, hendak suruh begini. Jadi terpulang kepada
ahli-ahli PASlah hendak bebas (pilih) diri dia sendiri, hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP,
” tegasnya kepada media, semalam.

Ketika ditanya dua kumpulan ulama dan profesional pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali
ini, beliau menjelaskan kedua-dua pihak mempunyai calon tetapi salah satunya menjadi pilihan
DAP.

“Tak timbul lagi ulama sebab dua-dua ada ulama. Belah ini ada ulama, belah itu ada ulama. Dua-
dua ada ulama. Cuma satunya hak DAP hendak, satunya DAP tak nak…pilihlah.

“Saya hendak beri peluang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak pilih hak kita sendiri atau hak
yang DAP hendak. Mungkin ada pemimpin yang dipersetujui DAP dan sependapat dengan DAP,”
jelasnya. - HARAKAHDAILY 30/5/2015

Sumber HD - 30-5-2015






DI AMBANG MUKTAMAR PAS, WAJAR DIDUKUNGI SEMUA - DR DZUL




Sumber HD - 28-5-2015

JK Pemilihan PAS nafi wujud akaun facebook

| .

 
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS menafikan sebarang kewujudan atau kaitan
dengan laman facebook yang memaparkan sebahagian daripada calon yang akan bertanding
dalam Muktamar PAS Ke-61.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan PAS, Mohd Azhar Mat Dali berkata, sebarang maklumat
rasmi kepada media hanya akan dihebahkan melalui sidang media atau kenyataan media khusus.

"Jawatankuasa Pemilihan PAS menerima beberapa pertanyaan berkaitan kewujudkan suatu laman
facebook yang memaparkan sebahagian calon-calon yang akan bertanding dalam Muktamar PAS
ke-61.

"Pihak kami juga tidak mempunyai sebarang laman facebook ataupun website," katanya dalam
satu kenyataan hari ini.

Nama-nama calon yang bertanding telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan,
Asmuni Awi pada 20 Mei lalu.

Ia selepas tarikh tutup pencalonan pada 19 Mei lalu. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

Sumber HD - 25-5-2015

Ketua Pemuda Pas: Suhaizan, Nik Abduh sengit
Posted on Monday, May 25 @ 00:34:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Analisis Isu

SHAH ALAM - Pemerhati melihat saingan sengit antara kedua-dua calon Ketua Pemuda Pas,
Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz dan Suhaizan Kaiat susulan iklim politik dalaman Pas
yang dilihat lebih dikuasai golongan ulama.

Namun, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan
Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin
Mohd Sani berpendapat, kelebihan dilihat berada di pihak Nik Abduh.

“Nik Abduh sekarang ini mendapat sokongan ulama yang konservatif sementara Suhaizan
mendapat sokongan daripada golongan ulama yang lebih ‘moderate’ dan profesional. Jadi,
sukar untuk tentukan siapa yang menang. Kerana kedua-duanya ada kekuatan.

“Tapi nampaknya sekarang ini kelebihan ada pada Nik Abduh. Pertama dia anak Allahyarham
Nik Aziz dan kedua, dia mendapat sokongan ulama yang dilihat agak dominan dalam Pas,”
katanya kepada Sinar Online.

Pemilihan Muktamar ke-61 Pas awal Jun depan menyaksikan Nik Abduh kembali ke Pemuda Pas
merebut jawatan itu dari penyandangnya, Suhaizan.

Meskipun begitu, beliau melihat Suhaizan masih ada potensi untuk mempertahankan kedudukannya.

“Cuma, Nik Abduh ini dilihat bermasalah dengan Nik Amar (Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan,
Datuk MohdAmar Nik Abdullah). Ada ‘clash’ sedikit antara kumpulan Nik Amar dengan Nik Abduh. Bimbang sebahagian kumpulan yang ulama ini tidak mengundi Nik Abduh. Itu yang agak sukar untuk diramalkan.

“Tapi potensi untuk menang masih ada lagi pada Suhaizan. Strategi Suhaizan kena hebat sedikitlah
kalau dia nak menang,” katanya.

Sementara, Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri
Amir menyifatkan calon yang mempunyai pemikiran selari dengan kepimpinan tertinggi parti
mempunyai kecenderungan untuk menang dalam pemilihan kali ini.

“Saya fikir penyandangnya itu masih ada harapan tapi yang dilihat betul-betul memperjuangkan
perjuangan yang di atas landasan parti...yang serasi dengan kepimpinan tertinggi akan menang.

“Jadi, siapa yang dilihat ada pendirian, ideologi dan pandangan yang sesuai dengan kepimpinan
tertinggi parti, calon itu saya fikir ada mempunyai peluang lebih cerah,” katanya. - Sinar

Sumber TKO - 25 -5-2015



Daripada Syura kepada Debat, Idea siapa ni?
Posted on Sunday, May 24 @ 23:49:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


















Saya ditanya berkenaan debat dalam pemilihan muktamar PAS kali ini. Yang bertanya kata
Ustaz Ahmad Awang telah bersetuju, Ustaz Abdul Hadi nampak tak melayan aje. Yang bertanya
menyebut juga berkenaan Suhaizan Kaiat bersetuju, malah beriya-iya tapi Ustaz Nik Abdul pula
setuju tapi mengambil pendirian untuk mendiamkan diri.

Saya mengemukan soalan balas. Zaman nabi dah ada ke debat ni? Ok saya tanya lagi. Adakah
pemilihan kepimpinan di asaskan debat sebelum nabi?

Seorang kawan saya dalam kumpulan kami berkata yang pertama berdebat ialah syaitan dengan
Allah s.w.t. pasal kes sujud kepada Adam a.s.

Ya, dalam surah al Baqarah semua orang tahu pasal debat syaitan dengan Allah s.w.t. Syaitan
dalam debat tersebut memberikan 4 hujah kepada Allah s.w.t kenapa dia tak nak sujud kepada
Adam a.s.

Dalam tulisan ini saya akan berikan 2 hujah syiatan.. bakinya cari sendiri. Satu, syaitan kata dia
lebih senior daripada Adam, takkan senior sujud kepada junior? Hujah kedua, syaitan kata dia
dijadikan daripada api sedangkan Adam daripada tanah. Tanah dengan api mana lebih hebat?
Kalau kita lihat cerita Avatar the Last Airbender, Tanah, Angin, Air dan Api. Yang hebatkan api.

4 hujah dalam debat antara syaitan dengan Allah s.w.t. syiatan telah mengemukan hujah yang
sangat logik daripada akal fikiran kita.

Saya tanya dalam nada sinis, agaknya kamu nak sokong Syiatan atau Allah s.w.t?

Ok. Kita pergi pula zaman Rasulullah s.a.w. dalam pemilihan kepimpinan. Adakah debat menjadi
satu agenda dalam pemilihan untuk memilih kepimpinan?

Tidak!!!

Rasulullah s.a.w. ikutan kita mengajar pemilihan kepimpinan melalui syura. Ini yang dididik dan
diajar oleh Rasul kepada kita yang mengikut rasul dengan asalan kita meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w dalam urusan dakwah.

Saya banyak kali menulis dan memberi maklumat sebelum ini ada usaha dalam PAS untuk
menjadikan syura sebagai asas kepada perjuangan PAS yang mana pernah dicadangkan sehingga
jawatan Naib Presiden PAS pun disyurakan. Tapi masa itu Salahudin Ayud dan Mahfuz tak setuju.

Saya melihat, orang muda pada masa itu rasa peluang mereka tidak cerah untuk jawatan jika syura
diadakan, pasal itu mereka membantah. Saya tak sangka pemilihan syura menjadi makin diketepikan dengan alasan PAS adalah parti demokrasi maka pemilihan perlu melalui undi. Jika dihalusi perkara ini sebanarnya inilah dipanggil penyelewengan
dalam jalan dakwah secara halus.

Saya tidak menolak debat itu satu daripada kaedah, tetapi debat lebih kepada untuk mengasah
berhujah dan kepetahan untuk berfikir. Debat lebih kepada proses tarbiyyah bukan proses
pemilihan kepimpinan -- yang ini saya boleh berdebat dengan siapa tak setuju.

Sekarang ini ada usaha untuk menyelewengkan PAS daripada gerakan Islam kepada sebuah parti
politik. Usaha dibuat sangat halus, jika kita tidak bertindak sekarang maka kita akan menyelesal apabila PAS sudah rosak jalan dakwahnya.


Nordin Bin Ali
[email protected] /* */
http://nordinali.blogspot.com/
Sumber TKO - 24-5-2015


Pemilihan PAS: Adab dan pertauran dalam berkempen
Posted on Saturday, May 23 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Komentar

PAS bakal menyaksikan pertandingan untuk pucuk pimpinannya pada Muktamarnya yang ke 61 

awal Jun ini bertempat di Kuala Selangor. Hampir kesemua jawatan bakal menyaksikan 
pertandingan dari Presiden sehinggalah Timbalan, Naib-naib serta Ahli-ahli Jawatankuasa selain 
diperingkat Dewan-dewan.
Bagi sesetengah pihak perkara ini merupakan sesuatu yang luar-biasa, sedangkan bagi mereka yang
di dalamnya ia sesuatu yang normal yang pernah berlaku sejak di awal penubuhannya lagi sehigga
lah kini membuktikan betapa amalan demokrasi subur di dalam PAS.
Pemilihan PAS adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pemilihan Parti Islam Se Malaysia 
(PAS)(2013) (Pindaan 2014) yang dibuat di bawah Fasal 85 Perlembagaan PAS (Pindaan 2011). 

Ianya merupakan suatu set peraturan yang cuba mengawal kaedah dan proses pemilihan dalam 
parti, suatu penambah-baikan bagi parti yang berusia lebih 60 tahun itu.
Di dalam peraturan berkenaan disebut juga Garis Panduan dan Etika Kempen yang sepatutnya 
dipatuhi dan dihormati oleh semua samada calon-calon yang bertanding lebih-lebih lagi mereka 
yang bekempen mempromosi calon-calon berkenaan. Segala-galanya diikat oleh hukum-hakam 
Islam selain peraturan dan undang-undang yang terpakai.
Pada asasnya semua yang bertanding dibolehkan berkempen walaubagaimanapun ianya perlulah 
mematuhi peraturan-peraturan ini, dan kesimpulannya dalam PAS calon-calon atau wakilnya boleh 
mempromosi diri mahupun mengemukakan wawasan dan manifesto masing-masing akan tetapi 
dilarang memfitnah, mengkeji atau mencela lawannya.
Nak kempen-kempenlah dan saya tahu ada pimpinan yang bertanding yang tidak berkempen pun, 
akan tetapi janganlah berkempen sehingga melanggar adab dan akhlak Islam sehingga memfitnah, 
mengkeji apalagi mencela lawan.
Terkadang kita dapati wakil-wakli calon samada yang rasmi dan ramai yang tidak rasmi yang 
berlebih-lebih seolah-olah kita bertanding dalam pilihanraya umum.
Saya tidak pasti apakah Jawatankuasa Pemilihan PAS punya kemampuan untuk memantau semua 
ini dan mengusulkan tindakan tatatertib jika berlaku kesalahan sebagaimana termaktub dalam 
Fasal 6.1.2 dan 6.2.2.
Contohnya seorang AJK PAS Pusat pernah mengeluarkan kenyataan berikut yang terbit dalam 
portal berita TMI:
Inilah wajah baharu PAS dalam konteks hubungan dengan Pakatan Rakyat jika kumpulan baharu 
dipilih sebagai Jawatankuasa PAS Pusat dalam muktamar PAS ke 61 Jun nanti. "Merekalah yang 
akan menggantikan wajah-wajah seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof 
Rawa dan pimpinan lain yang digelar 'Jebon' dan 'Parasit'," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu 
kepada The Malaysian Insider.
Bagi Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam, apa yang berlaku di Permatang Pauh juga akan 
berlaku di peringkat pusat jika "wajah-wajah baharu PAS" ini mengambil alih parti Islam itu di 
peringkat pusat. "Saya yakin inilah sikap yang akan diambil oleh orang-orang yang selama ini 
memburuk-burukkan kami sebagai liberal, Anwarinas dan berwala' pada Pakatan Rakyat (PR) jika mereka terpilih dalam muktamar PAS nanti sebagai AJK PAS Pusat," kata Khalid. “Sikap mereka keras dan tidak berhemah. Tiada unsur ingin berkawan 
dan tiada kebijaksanaan berpolitik. PAS akan kembali bersendirian, terpinggir dari politik arus 
perdana,” kata Khalid yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 
1987.
Tidakkah apa yang disebut itu punya unsur-unsur yang digariskan oleh Fasal 6.2 Larangan-larangan 
Am dalam Peraturan-peraturan PAS tadi?
Manakala dalam TMI hari ini (kebetulan TMI ini merupakan juru kempen satu pihak yang 
bertanding) seorang yang bertanding AJK Dewan Pemuda PAS dengan senang menyerang calon 
Ketua Pemuda PAS. Cuba teliti kenyataannya:
Kemenangan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam persaingan ketua pemuda 
dibimbangi akan merencatkan agenda pembaharuan sayap itu, kata anak kepada bekas Presiden 
PAS Datuk Fadzil Noor. Faiz Fadzil yang juga bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa 
Pemuda PAS Pusat dalam pemilihan parti kali ini bimbang kenyataan yang dikeluarkan Nik Abduh 
sebelum ini akan menghalang agenda pembaharuan parti. “Saya risau kalau betul kenyataan dia 
semalam, dia kata hudud boleh buat di Kelantan tapi bukan di Malaysia.
“Saya risau kalau pemimpin macam ini, apa yang dia nak bawa? Kalau saya nak reform Pemuda, 
saya takut tak boleh nak reform sebab ketua pun tak tau apa nak buat,” katanya menerusi forum "
Masa Depan PAS Pasca Muktamar" yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur 
malam tadi.
Saya yakin harapan Ustaz Nik Abduh sedikit pun tidak terjejas dengan serangan liar dan tidak 
berasas Sdr Faiz itu, tetapi tidakkah kenyataannya itu jelas melanggar peraturan-peraturan yang 
dimaksudkan?
Saya sendiri akan menggunakan blog ini untuk mempromosi calon-calon yang saya yakin boleh 
melonjakkan lagi agenda perjuangan Islam yang didukung oleh PAS. Blog ini memang sentiasa 
membuat promosi apabila berlaku pemilihan dalam parti sejak 11 tahun yang lalu berdasarkan 
pandangan peribadi saya.
Tawarkanlah diri untuk memimpin tetapi janganlah sampai melanggar adab dan peraturan.
Selamat berjaya.

....
http://n32.blogspot.com / Roslan SMS Corner


Sumber TKO - 23-5-2015


Nik Abduh Kembali Kerana Politik Makin Lemah
Posted on Saturday, May 23 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Komentar

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhasrat untuk
kembali menjadi kepimpinan Pas bukan sahaja kerana sayap pemudanya lemah bahkan iklim politik negara yang semakin membimbangkan.

Beliau berkata krisis politik yang kian meruncing antara Pas, PR dan BN sendiri menyebabkan 

rakyat semakin keliru untuk menentukan kepimpinan negara dan usaha memulihkannya perlu 

dilakukan segera.


"Semua orang tahu bahawa Pas, PR dan politik Malaysia hari ini dalam keadaan tidak seimbang, 

maknanya politik negara pun susah, rakyat keliru nak pilih Umno atau PR, Umno sendiri pun ada krisis.


"Kami dalam PR pun ada bermasalah, dalam Pas pun ada masalah, itu satu iklim yang memerlukan 
satu kekuatan...(sebab itu) sahabat diminta untuk kembali, setakat ini saya terima (pencalonan)," katanya kepada Sinar Online selepas forum Murabbi Ummah bertajuk "Untold Story" dan pelancaran album Dikir Tribute To Tok Guru di Auditorium 
Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas hasratnya untuk mencabar Ketua Pemuda Pas, Suhaizan 
Kaiat dalam pemilihan parti dalam Muktamar Pas ke-61 pada awal Jun ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata lagi, biarpun sudah mencecah 45 tahun, namun rakan-rakan 
politiknya mahu anak kepada bekas menteri besar Kelantan itu untuk kembali menerajui 
kepimpinan pemuda parti itu.
"Saya menerima pencalonan sebagai ketua dalam pemuda ini atas desakan daripada kawan-kawan dalam politik yang mengharapkan supaya saya kembali bersama dengan pemuda.
"Saya tak tahu, saya umur sudah 45 tahun, tapi orang masih rasa saya pemuda lagi," ujarnya.
Sementara itu, beliau menyambut baik cabaran Suhaizan untuk beliau berdebat namun beliau 
 mengambil sikap untuk berdiam diri dan mahu penilaian daya kepimpinan itu dibuat berasaskan 
rekod prestasi dan sumbangan kepada parti.
"Saya pilih yang lebih bagus...(iaitu) untuk berdiam diri dalam tempoh ini sebab ini adalah 
pertandingan semasa sendiri yang tujuan kita sama, hanyalah mungkin berbeza ialah cara 
kepimpinan.
"Ahli perlu melihat kepada rekod masing-masing, bukan hanya pemuda, tapi jawatankuasa Pas 
Pusat pun.
"Jadi pemilihan ini cukup dilihat daripada rekod prestasi masing-masing, soal hendak 
bercakap pasal hala tuju itu, boleh kita cakap selepas dari ini (pemilihan)," katanya lagi.
SH

Sumber TKO - 23-5-2015


Salahuddin Ayub Juga Ikut Jejak Mat Sabu ?

Posted on Saturday, May 23 @ 17:03:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Analisis Isu

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dilihat cuba mengikuti jejak timbalan presiden parti,
Mohamad Sabu apabila memperlihat dirinya keluar daripada kerangka pemikiran ulama parti itu.

Berkaitan dengan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) yang bertindak bersendirian mengadakan
perbincangan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pendapat Salahuddin hampir sama
dengan Mohamad Sabu.

“Saya tidak ada masalah jika mereka hendak bekerjasama dengan Lim Guan Eng.
“Bagi saya ia masih lagi dalam ruang lingkup (memperkukuhkan) Pakatan Rakyat” katanya ketika
dihubungi Malaysiakini semalam.


Facebook pro ulama, El Haraki berpendapat kenyataan Salahuddin itu melanggar ketetapan Majlis
Syura PAS.

“Majlis Syura Ulamak PAS telah menegaskan kepada semua ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dengan PASMA.
“Namun, ianya sungguh malang apabila ada lagi yang masih berdegil dan berani melanggar apa yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.
“Jelas, mereka ini ada kepentingan peribadi masing-masing serta tiada adab dalam berjemaah.

“Lebih baik mereka ini keluar sahaja daripada PAS kalau rasa berlagak hebat,”kata El Haraki.
PasMa dilaporkan Malaysiakini telah mula mengorak langkah di luar kerangka PAS apabila 15
delegasi NGO itu yang diketuai presidenya, Datuk Phahrolrazi Mat Zawawi mengadakan
kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pertemuan antara Phahrolrazi yang juga bekas Exco PAS Kerajaan Negeri Kedah dengan Guan
Eng yang juga Setiausaha Agung DAP diadakan di Komtar, Pulau Pinang pagi Isnin.

“Kami bincangkan beberapa isu dan strategi kerjasama untuk pilihan raya umum ke-14 dengan Lim,” kata sumber yang tidak dinamakan kepada Malaysiakini.

Sumber juga mendakwa Phahrolrazi, dalam pertemuan itu, berkata pihaknya menimbangkan
menjadi sebuah parti politik dan sedia untuk menjadi rakan baru DAP dan PKR.

“Kami juga memberi jaminan kepada Lim bahawa kami komited untuk kekal dalam Pakatan
Rakyat.”

Memetik sumber Buletin Mutiara, kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyerahkan bantuan
RM1.5 juta kepada mangsa banjir Kelantan melalui PasMa.

Sumber TKO - 23-5-2015

Kontroversi Salahudin Ayub, Pembunuh Dalam Senyap
Posted on Saturday, May 23 @ 16:38:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Salahudin Ayub kembali muncul dengan kontraversi terbaru. Watak "pembunuh dalam senyap"
yang dimainkan oleh Salahudin Ayub makin terserlah. Kini dia hadir mempertahankan pertandingan
jawatan Presiden yang dipertandingkan kali ini atas nama demokrasi dan berfikir secara positif.

Beliau ada mengatakan bahawa suara akar umbi mahukan Presiden PAS ditukar, jika kita perhatikan
jumlah pencalonan yang diterima oleh TGHH jauh meninggalkan UAA dari segi pencalonannya
selaku Presiden PAS. Nyata hujah songsang cuba dimainkan oleh Salahudin Ayub untuk mem
pengaruhi perwakilan supaya memilih UAA sebagai presiden baru. Beliau cuba mengalih perhatian
kononnya majoriti ahli PAS seolah-olah hilang kepercayaan kepada TGHH.


Seandainya beliau mengatakan penukaran Presiden bukan bererti hilang kepercayaan kepada
TGHH, maka apakah dengan alasan ahli perlu berfikir positif untuk menukar presiden sudah
memadai untuk melenyapkan tanggapan hilang kepercayaan tersebut? Andai kita perlu fikir
positif sudah pasti perbandingan diantara kemampuan dan keupayaan TGHH dan UAA wajar
dilakukan.

Jika dilakukan perbandingan sudah semestinya TGHH wajar terus dikekalkan sebagai Presiden
jauh meninggalkan UAA. Dari faktor usia TGHH jauh lebih muda dari UAA , dari sudut ilmu
TGHH jauh lebih terkehadapan, dari sudut penerimaan global TGHH diterima hingga ke seluruh
dunia meninggalkan UAA yang hanya dikenali oleh rakyat Malaysia , dari sudut pengalaman pula
nyata TGHH sudah pastinya sarat dengan pengalaman memimpin bukan sahaja PAS malah hingga
ke Kesatuan Ulamak Islam dunia meninggalkan UAA yang hanya mentadbir urus didalam
Malaysia itupun baru sahaja muncul setelah lama menyepi.

Lebih menarik lagi, TGHH adalah seorang tokoh pemimpin gerakan Islam yang terlibat secara
langsung dengan agenda Islam di peringkat antarabangsa.

Adalah lebih baik Salahudin Ayub menyatakan terus sokongannya kepada UAA supaya perwakilan
bertindak bijak untuk menunjukkan jalan keluar.

Semoga Allah membuka pintu hati Salahudin Ayub kearah kebenaran. Semoga dia diberi hidayah
agar dapat melihat perbezaan manakah yang baik dan mana satukah yang buruk.

Mohd Azuan Nawi
Kota Bharu, Kelantan
22 Mei 2015

Sumber TKO - 23-5-2015



PENCALONAN UNTUK PEMILIHAN MUKTAMAR PAS 2015

Perjuangan memakan masa yang lama, ia tidak dinamakan perjuangan tanpa perjalanan yang
panjang dan sebuah pengorbanan yang mahal harganya. Perjalanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
untuk kekal di persada perjuangan menyaksikan ramai pemimpin PAS yang datang dan pergi, tidak
ketinggalan yang pergi ‘meninggalkan’ perjuangan atau yang istiqamah hingga di titik akhir
nafasnya.

Patah tumbuh, hilang berganti, begitulah pewaris PAS meneruskan galas-ganti amanah menetapkan
garis perjuangan supaya tetap di paksinya. PAS tidak pernah kemarau dengan pelapis yang
senantiasa memenuhi ruang legar kepimpinan yang cukup untuk semua kerana setiap individu
dalam parti dalam setiap posisinya ada peranan masing-masing, yang utama ialah mencurahkan
kebaktian untuk parti.

Almarhum Pak Yusof Rawa senantiasa menitipkan kepada saya, “Jika Allah SWT mengkehendaki
anda berada di dalam kepimpinan, tiada sesiapapun yang mampu menghalang anda, tetapi jika DIA
tidak mengkehendaki anda berada di sana, walaupun seluruh ahli parti mahukan anda berada di sana, anda tidak akan sesekali berada di sana.

Tambah Almarhum, “Apabila anda berada di dalam sesuatu posisi atau jawatan, anda perlu tahu
apabila tiba masanya, anda perlu pergi dan letak jawatan tersebut”.

Pak Yusof Rawa tidak hanya mengungkapkan kata-kata sahaja, bahkan beliau mempraktikkannya.
Dalam satu muktamar, seorang perwakilan dari Dewan Pemuda yang juga AJK PAS Pusat
mengemukakan satu usul menyalahkan CCC (Chinese Consultative Council) sebagai faktor utama
kemerosotan sokongan terhadap PAS. Pak Yusof Rawa menanggapi usul tersebut adalah satu
penolakan terhadap kepimpinannya. Lantas beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan
sebagai Presiden PAS walaupun kemudiannya beliau menarik balik keputusan tersebut setelah
dipujuk oleh parti.

Organisasi parti politik Islam meletakkan akhlak dan etika bersaing dalam perspektif batasan-
batasan yang pokoknya ialah persaingan yang sihat. Tidak semua persaingan itu buruk, dalam
Islam persaingan ke arah kebaikan diungkapkan dalam kata-kata “fastabiqul khairat” ( berlumba-
lumbalah ke arah kebaikan).

Bersaing dalam Islam juga meletakkan adab tidak menjatuhkan lawan dengan tohmahan dan tuduhan tetapi yang dikritik dan dibahaskan ialah ide dan pendapat berasaskan dalil dan hujah.  Dalam mendebatkan ide perlu dijauhi nilai-nilai permusuhan
dan kebencian manakala keikhlasan adalah jambatan utama antara pesaing.

Paling buruk ialah kemampuan dan kelayakan ditutup oleh ‘kegilaan’ kelompok yang mahu
memenangkan kumpulannya bukan memenangkan ide yang terbaik untuk parti. Jika asas bersaing
itu untuk ide terbaik maka parti akan mendapat yang terbaik, tetapi apabila asas bersaing itu ialah
kekelompokan maka yang menang ialah kelompok dan belum tentu mereka ada ide untuk
memajukan parti.

Secara asasnya kepimpinan terhadap sesuatu urusan dinilai dari firman Allah SWT dalam surah
Al Qasas ayat 26 yang menyebut ciri “kelayakan” (al Qawiy) dan “amanah” (al Amin). Beberapa
ulama salaf membahaskan persoalan kelayakan dan keimanan dibandingkan dengan kemaslahatan
umum. Mereka membahaskan jika seseorang calon kepimpinan kuat keimanan itu tapi lemah
keupayaanya dibandingkan dengan calon yang kelemahan iman tetapi lebih berupaya, maka
didahulukan yang lemah iman tetapi lebih upaya daripada kuat iman tetapi tidak upaya.

Alasan atas kemaslahatan yang lebih besar diberikan kerana lemahnya atau kuatnya iman seseorang
adalah untuk dirinya manakala keupayaan mentadbir dan memimpin adalah untuk manfaat orang
ramai maka didahulukan maslahat untuk orang ramai.

Perbahasan ini dikupas panjang oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnu Khaldun dengan penuh kesedaran
bahawa tanggungjawab memimpin adalah untuk kepentingan umum dan bukan untuk diri sendiri
atau kelompok tertentu sahaja. Inilah asas yang perlu diperbahaskan dalam persaingan jawatan.
Bagi memenuhi kehendak perlembagaan parti, muktamar kali ini menuntut para perwakilan
memilih kepimpinan baru di semua peringkat. Bagi peringkat Pusat, saya telah dicalonkan oleh
beberapa kawasan sebagai mengisi jawatan Naib Presiden dan AJK PAS Pusat. Saya merakamkan
jutaan terima kasih ke atas penghormatan yang diberikan terhadap saya dalam pencalonan ini dan
saya amat menghargainya.

Dengan penuh rasa insaf dan rendah diri, saya MENERIMA pencalonan sebagai AJK PAS Pusat
dan TIDAK MENERIMA pencalonan sebagai Naib Presiden. Saya mengucapkan terima kasih
kepada kawasan-kawasan yang mencalonkan saya sebagai Naib Presiden, namun saya yakin barisan
nama yang dicalonkan untuk jawatan tersebut lebih berwibawa dan berkemampuan serta berlayakan.

Semoga muktamar kali ini menyaksikan pemilihan pimpinan yang terbaik dan saya doakan kepada
rakan-rakan seperjuangan daripada calon-calon yang menerima semoga bersainglah dengan akhlak
Islam dan garis panduan yang disediakan oleh jawatankuasa pemilihan parti.

Al-Faqir Ila Afwi Rabbihi
Mujahid Yusof Rawa

Bertarikh 19 Mei 2015

10408577_1448123528831213_5446034571821207144_n

Sumber FBDrMYR - 22-5-2015 (19-5-2015)


Visi Tuan Ibrahim: PAS sensitif isu rakyat

Posted on Thursday, May 21 @ 11:51:24 MYT by paktam

Menggalas tugas besar mencabar pemimpin nombor dua PAS Mohamad Sabu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan visi mahu menjadikan parti itu lebih sensitif isu rakyat.

Perkara itu, kata ulama terkenal itu, dengan 
menggesa pemimpin dan anggotanya lebih kedepan dalam isu berkaitan rasuah dan masalah ekonomi negara.


Pada masa yang sama, naib presiden PAS itu 

berkata beliau juga mahu menguatkan parti 
sebagai sebuah kumpulan melalui penganjuran 
program tarbiah dan santai antara anggotanya.

Diwawancara Malaysiakini melalui emel, Tuan Ibrahim menjelaskan perkara itu antara visi jangka 

pendeknya jika dipilih menjadi timbalan presiden PAS bagi penggal 2015-2017.

"Ahli-ahli dan pemimpin PAS perlu ditarbiah untuk lebih sensitif terhadap isu rasuah, ekonomi dan 

masalah rakyat.

“Komponen bangunan (pasir, simen, air) mesti bersama, kalau tidak tak boleh buat apa-apa," 

katanya berkias.

Set lima soalan yang dijawab secara bertulis ini turut ditanya kepada calon-calon bagi jawatan 

presiden, timbalan dan naib presiden dalam pemilihan PAS penggal ini.

Tuan Ibrahim berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Mohamad dalam pemilihan awal 

bulan depan di Kuala Selangor.

Berikut adalah sedutan temubual penuh Tuan Ibrahim.

Malaysiakini: Apa perancangan visi jangka pendek dan panjang jika dipilih?

Tuan Ibrahim: Visi jangka pendek ialah asas kekuatan parti bergantung pada kekuatan ikatan jemaah. Oleh itu, tugas pertama ialah menguatkan ukhuwah jemaah melalui program tarbiah dan program santai bersama pemimpin. Kekuatan kita hanya satu, 

ikhlas dalam perjuangan. Ahli-ahli dan pemimpin PAS perlu ditarbiah untuk lebih sensitif terhadap 
isu rasuah, ekonomi dan masalah rakyat. Komponen bangunan (pasir, simen, air) mesti bersama, 
kalau tidak tak boleh buat apa-apa.

Manakala visi jangka panjang pula, PAS bukan sahaja parti yang paling awal sertai pilihan raya, 

kita juga paling awal untuk terjemahkan Islam rahmat untuk semua di tengah-tengah Umno kuasai 
ketuanan Melayu.

Kita tampilkan dengan Rahmat Untuk Semua, bukan Melayu, Muslimin dan lain-lain sahaja. 

Rahmat Untuk Semua sebabkan PAS jadi parti sangat penting. Parti lain terpaksa buat anjakan 
persepsi terhadap PAS.

Penilaian terhadap prestasi PAS sejak kebelakangan ini. Kekuatan dan kelemahan?

Kekuatan PAS ialah istiqamah dengan Islam, berkonsep amal lillah iaitu beramal kerana Allah, 

(memperkuat) Unit Amal serta keikhlasan dalam perjuangan.

Kelemahan PAS pula ialah lambat menguruskan krisis dalaman yang dicetuskan media sosial, tidak 

dilihat bergerak seiring dengan keputusan parti dan presiden, perlu lebih berusaha menterjemahkan 
Islam sebagai agama yang Ad-deen serta perlu menguatkan sistem penyaluran maklumat agar suara 
musuh tidak dapat menjalar di dalam PAS.

kemelut utama PAS yang perlu diselesaikan segera?

Musuh PAS tahu PAS tak boleh dipecahkan dengan isu-isu luaran. Mereka berusaha pecah melalui 

isu dalaman. Musuh usaha masukkan elemen musuh dalam PAS untuk pecahkan PAS. Jangan bawa
suara musuh dalam jemaah hingga timbul keraguan sesama kita dan jangan sebarkan benda tak baik 
sekalipun betul. Ini adalah masalah yang perlu diselesaikan segera.

Langkah terbaik dan segera yang perlu ditangani?

Cabaran PAS hari ini ialah media baru yang tidak boleh dikawal. Setiap ahli perlu ditarbiah untuk 

menghentikan tindakan label-melabel, dan membeza-bezakan antara ahli PAS. Jangan ambil 
maklumat tepi jalan dan mudah percaya pada hantu-hantu di laman sosial yang tidak dikenali.

Tindakan ini telah membuka pintu kepada musuh memporak-perandakan PAS. Ruang ini perlu 

ditutup rapat. Selain itu, semua ahli di semua peringkat wajib memikul amanah dalam menjaga 
rahsia jamaah. Ingatlah bahawa Allah melihat setiap perbuatan kita, termasuklah maklumat yang 
kita sebarkan.

Harapan kepada kepimpinan Jawatankuasa Pusat PAS yang baru termasuk sayap parti.

Jangan biar orang yang kecewa tinggalkan jemaah. Jangan tubuh jemaah dalam jemaah. Bawalah 

mereka balik ke landasan perjuangan. PAS perlu dilihat sebagai parti yang terus istiqamah dengan 
perjuangan Islam - parti yang sensitif terhadap kebajikan rakyat dan benci kepada rasuah dan 
penyelewengan.

Di dalam politik, PAS wajib bersikap tegas dengan dasar parti dan bersifat anjal dengan strategi dan

pendekatannya. Pendekatan ini juga akan menjadi teras sikap PAS dalam kerjasama dengan rakan-
rakan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan musuh bersama kita iaitu Umno-BN di peluang 
terbaik kita pada PRU-14 nanti.

Sumber DD - 21-5-2015          


Suhaizan: Ya, mari debat Nik Abduh
Posted on Thursday, May 21 @ 13:29:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Penyandang jawatan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat tidak ada masalah untuk berdebat dengan 

pencabarnya Nik Abduh Nik Abdul Aziz bagi mengetahui misi dan visi masing-masing.

“Saya sejak pemilihan yang lepas sudah terima untuk wacana (debat), jadi saya tidak ada masalah.

“Bukan sekarang dulu pun kita sudah terima dah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya lagi, perdebatan ini penting memandangkan pemuda PAS ingin tahu idea bakal pemimpin 

nombor satu sayap kanan parti Islam itu.

Bukan sahaja di Johor, Suhaizan juga berkata sedia terus berdebat dengan anggota Parlimen Pasir 

Mas jika terdapat penganjuran di tempat dan negeri lain.

Semalam, Pemuda PAS Johor bersedia membuka gelanggang debat bagi dua calon ketua Pemuda 

PAS.

Penganjur acara itu berkata mereka mahu kedua-dua calon menjelaskan pandangan berkaitan isu 

politik negara, terutamanya dalam isu berkaitan anak muda.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Nik Abduh (atas), anak ikon ulama PAS Nik Abdul 

Aziz Nik Mat, berhubung perkara sama.

Sumber TKO - 21-5-2015



Muktamar Pas: Dr Mahfodz menang tanpa tanding

Posted on Wednesday, May 20 @ 17:38:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - ‎Hanya nama Pemangku Timbalan Ketua Ulama Pas, Dr Mahfodz Mohamad  

dicalonkan bagi jawatan Ketua Dewan Ulama untuk pemilihan pada Muktamar Pas ke-61, awal 
bulan depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa pemilihan, Asmuni Awi, selepas menerima semua pencalonan 

dari Pas negeri sehingga semalam, tiada nama lain dicalonkan untuk merebut jawatan tersebut.

"Senarai nama yang layak bertanding ini lewat kerana tarikh akhir mesyuarat ulama baru berakhir 

pada hujung minggu lalu.

"Selepas di analisa pada malam tadi, hanya satu nama dicalonkan untuk ‎jawatan Pengerusi Tetap, 

Timbalan Pengerusi Tetap dan Ketua Dewan Ulama iaitu Dr Hamdan Muhamad, Ustaz Omar 
Hashim dan Dr Mahfodz Mohamad," katanya pada sidang media di Ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: JK Pas Pusat saksi satu lawan satu]

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulama‎ menyaksikan dua nama yang layak 

dicalonkan iaitu Dr Nik Mohd Zawawi Sallleh dan Datuk Husin Awang.

Bagi Naib Ketua Ketua Dewan Ulama pula, dua nama juga dicalonkan iaitu Nik Zawawi dan Johari 

Mat.

Manakala 23 nama layak dicalonkan bagi AJK Kerja Ulama Pas Pusat antaranya Mokhtar Senik, 

Dr Khairuddin Aman Razali, Nasruddin Hassan, Abu Bakar Abdullah, Azhar Yahya dan Abdullah Awang.

Tarikh tutup maklum balas calon ialah pada 25 Mei 2015.‎

"Selepas tarikh itu nanti, baru kita dapat melihat sama ada jawatan-jawatan itu ada pertandingan 

atau sebaliknya," kata Asmuni. 

Sumber TKO - 20-5-2015
















Pemilihan PAS: Keputusan diumum hari yang 

sama














SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS akan memastikan perjalanan
pemilihan pada Jun nanti akan berjalan dengan baik setelah semua langkah dan penambahbaikan
pemilihan telah dilakukan pada kali ini.

Pengerusinya Asmuni Awi berkata, pihaknya telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi
memastikan pemilihan berjalan dengan lancar.

"Kita mengadakan mesyuarat hampir tiap-tiap malam, saya berulang-alik dari Perak ke Kuala
Lumpur untuk memastikan pemilihan nanti dapat memuaskan hati semua pihak," katanya dalam
sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Malah beliau turut meminta mana-mana pihak boleh mengemukakan cadangan terus kepada beliau
tanpa berselindung untuk mengelakkan timbulnya persepsi negatif.

"Saya diamanahkan untuk satu tugas yang berat, saya akan pastikan melaksanakan tugas ini seadil-
adilnya. Bagilah ruang untuk saya membuat kerja saya dahulu sebelum menilai saya, kecuali kalau
tidak percayakan saya, abaikan saya sebab saya dilantik oleh AJK PAS Pusat," katanya.

Beliau yakin dan percaya insiden pada pemilihan dua tahun lalu tidak akan berulang pada kali ini.

Sementara itu, untuk pemilihan kali ini katanya AJK PAS Pusat telah memutuskan sesi pemilihan
akan dijalankan pada hari pertama (3 Jun 2015) sidang Muktamar PAS Pusat di sebelah petang,
jam 4 petang.

Malah katanya dalam perancangan awal, pihaknya akan cuba untuk membuat pengumuman
keputusan pemilihan pada hari yang sama sekiranya perjalanan pemilihan berjalan dengan baik.

"Kita cuba umumkan keputusan pada hari yang sama. Ini perancangan dan mungkin akan berubah,
ini sebagai langkah untuk mengelakkan daripada timbul persepsi bahawa jawatankuasa pemilih
tidak telus," katanya.

Muktamar Tahunan PAS ke-61 akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Stadium Kuala Selangor,
pada kali ini akan berlangsung pemilihan bagi menentukan pucuk pimpinan PAS pada sesi 2015-
2017. – HARAKAHDAILY 20/5/2015

Sumber HD - 20-5-2015

Pemilihan PAS: Presiden 2, timbalan 2, naib 6

SALMIYAH HARUN | FOTO M NASIR | .


KUALA LUMPUR: Enam menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS
pada muktamar tahunan parti itu ke-61 yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun depan.

Mereka terdiri daripada Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Iskandar
Abdul Samad, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Bagi jawatan Presiden PAS hanya dua calon yang bertanding iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang dan Ustaz Ahmad Awang, begitu juga Timbalan Presiden PAS, antara Mohamad Sabu
dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Demikian diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-61,
Asmuni Awi pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, sebentar tadi.

Pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sesi 2015-2017

Pengerusi Tetap

1. Hussin Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Ustaz Kamal Ashaari

Pemeriksa Kira-Kira

1. Abdul Syukur Aziz

2. Mohd Najib Ahmad

Presiden

1. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

2. Ustaz Ahmad Awang

Timbalan Presiden

1. Mohamad Sabu

2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden

1. Datuk Husam Musa

2. Salahuddin Ayub

3. Ustaz Idris Ahmad

4. Datuk Iskandar Abdul Samad

5. Datuk Mahfuz Omar

6. Datuk Mohd Amar Abdullah

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

1. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

2. Ustaz Abd Ghani Samsudin

3. Abdul Wahid Endut

4. Datuk Abdullah Hussin

5. Dr Abu Bakar Mohamed

6. Aiman Athirah Aljundi (Raj Munni Sabu)

7. Dr Ali Akbar Gulasan

8. Aminolhuda Hassan

9. Datuk Amiruddin Hamzah

10. Apandi Mohamad

11. Dr Azman Ibrahim

12. Azman Shafawi

13. Dr Dzulkefly Ahmad

14. Datuk Dr Fadhli Hasan

15. Dr Fakrudin Fakrurazi

16. Dr Halimah Ali

17. Hanipa Maidin

18. Dr Hatta Md Ramli

19. Kamaruzzaman Muhammad

20. Datuk Dr Khairuddin Aman Razali

21. Khairul Faizi Ahmad Kamil

22. Khalid Samad

23. Lahirul Latigu

24. Zulkifli Mohd Omar

25. Marzuk Shaary

26. Mazlan Aliman

27. Misbahul Munir Masduki

28. Mohd Arif Fiazoul

29. Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin

30. Mohd Noor Mohamad

31. Dr Mohd Zuhdi Marzuki

32. Ustaz Mokhtar Senik

33. Mokhtar Suhaili

34. Dr Muhaimin Sulam

35. Muhamad Sanusi Md Nor

36. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

37. Mumtaz Md Nawi

38. Brig. Jen (B) Datuk Najmi Ahmad

39. Datuk Nasruddin Daud

40. Nasruddin Hassan Tantawi

41. Ustaz Nik Zawawi Salleh

42. Nor Azli Musa

43. Normala Sudirman

44. Nuridah Salleh

45. Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob

46. Razman Zakaria

47. Dr Ridhuan Mohd Noor

48. Dr Rosni Adam

49. Dr Siti Mariah Mahmud

50. Solehin Muhyi

51. Taufek Abd Ghani

52. Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad

53. Zaharuddin Mohamad

54. Ustaz Zulkifli Ismail


Pencalonan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat 2015-2017

Pengerusi Tetap

1. Kamal Ashaari

2. Abdul Latiff Abdul Rahman

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Riduan Mohd Noor

2. Ahmad Sabky Yusof

Pemeriksa Kira-Kira

1. Jamel Sering

2. Syahir Hasan

Ketua Pemuda

1. Suhaizan Kaiat

2. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Timbalan Ketua Pemuda

1. Muhammad Khalil Abdul Hadi

2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob

Naib Ketua Pemuda

1. Khairil Nizam Khirudin

2. Nor Azman Mohamad

Ahli Jawatankuasa Kerja

1. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

2. Afnan Hamimi Taib Azamudden

3. Ahmad Fadhli Shaari

4. Fadhli Ghani

5. Hishamudin Abdul Karim

6. Izwan Abd Halim

7. Lahirul Latigu

8. Mohammad Arifiriazul Paijo

9. Mohd Azam Abd Samat

10. Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar

11. Mohd Hafez Sabri

12. Mohd Hakim Mohd Nor

13. Mohd Hasbie Muda

14. Mohd Nasaie Ismail

15. Mohd Nasir Zakaria

16. Mohd Sany Hamzan

17. Mohd Zawawi Abu Hassan

18. Muhammad Faiz Fadzil

19. Muhammad Hafiz Musa

20. Muhammad Ramlan Mahmood

21. Muhtar Suhaili

22. Nor Azariza Alawi

23. Nurul Islam Mohamed Yusof

24. Ramadhan Elias

25. Syahir Che Sulaiman

26. Syarhan Humaizi Abdul Halim

27. Syed Abdul Kadir Al-Joofree


Pencalonan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2015-2017

Pengerusi Tetap

1. Norhashimah Deraman

2. Faizah Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Nor Azlin Md Shamsudin

2. Fauziah Bidin

Pemeriksa Kira-Kira

1. Basmatul Uyun Yusof

2. Siti Nor Fathiah Daud

3. Normilan Mamat

4. Wan Hasna Wan Ismail

5. Zakiah Tukirin

Ketua Dewan Muslimat

1. Siti Zailah Mohd Yusoff

2. Nuridah Salleh

Timbalan Ketua Muslimat

1. Dr Siti Mariah Mahmud

2. Dr Rosni Adam

Naib Ketua

1. Mumtaz Md Nawi

2. Salamiah Mohd Noor

Ahli Jawatankuasa

1. Aida Yusof Rawa

2. Aiman Athirah Al Jundi (Raj Munni Sabu)

3. Dr Asiah Ali

4. Aziah Saad

5. Dr Che Faridah Ismail

6. Fareedah Samad

7. Dr Halimah Ali Abdullah

8. Hamidah Wan Daud

9. Husna Hashim

10. Ilvira Mohd Dasuki

11. Kartini Ahmad

12. Khairiah Mohamad

13. Mariam Rashid

14. Mastura Mohamad

15. Dr Najihatussalehah Ahmad

16. Noor Hanim Ismail

17. Noorshina Mamat Noor

18. Noraini Hussin

19. Norhayati Bidin

20. Normala Sudirman

21. Rohani Ibrahim

22. Datuk Siti Aishah Ghazali

23. Siti Murshidah Ramly

24. Sofea Zakaria

25. Dr Uyun Abd Malek

26. Dr Uzaimah Ibrahim

27. Dr Wahibah Tahir

28. Wan Hasrina Wan Hassan - HARAKAHDAILY 20/5/2015

Sumber HD - 20-5-2015

Nik Abduh tanding Ketua Pemuda Pas
Posted on Wednesday, May 20 @ 06:53:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


SHAH ALAM‎ - AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengumumkan bakal kembali ke Dewan Pemuda Pas untuk merebut jawatan Ketua Pemuda dalam pemilihan Muktamar Pas ke-61, awal bulan depan.

Menurutnya, keputusan menerima pencalonan bagi jawatan itu dibuat selepas mendapat pandangan rakan-rakannya serta melihat suasana politik Islam parti itu muktahir ini.


"Saya telah memperoleh pencalonan untuk posisi AJK Pas Pusat dan sebagai Ketua Pemuda Pas. 


"Setelah beberapa ketika menilai pandangan daripada rakan-rakan seperjuangan selain menekuni beberapa faktor yang mewarnai iklim perjuangan politik Islam Pas hari ini, saya dengan ini selepas mengumpul kembali kekuatan jiwa kepemudaan, dengan rendah diri menerima pencalonan untuk posisi Ketua Pemuda Pas.


"Semoga ALLAH memberkati keikhlasan perjuangan ahli-ahli Pas dengan kepimpinan parti yang bertaqwa dan berilmu. Selamat bermuktamar," katanya melalui kemaskini status di Facebook, hari ini.


Setakat ini, hanya penyandangnya, Suhaizan Kaiat dan Nik Abduh yang mengumumkan untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut.


Sementara Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadli Shaari awal-awal lagi telah mengumumkan menolak pencalonan tersebut.


Manakala Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam mengumumkan hanya akan mempertahankan jawatannya sekarang dan ‎Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob masih belum mengumumkan menerima atau menolak pencalonan tersebut. - Sinar



Sumber TKO - 20-5-2015


Muktamar Kenapa saya cabar presiden PAS

Posted on Tuesday, May 19 @ 14:54:09 MYT by paktam

Oleh Ahmad Awang

Ketika kenyataan rasmi ini ditulis, saya baru sahaja selesai mengikuti program Global Convention Of Scholars For Palestine yang berlangsung di Beirut selama seminggu bermula 16 Mei lalu.

Mudah-mudahan kenyataan ringkas ini mampu menjawab persoalan rakan-rakan dalam PAS dan rakyat umumnya berhubung sebab dan tujuan saya menerima pencalonan untuk bertanding presiden PAS sesi 2015-2017.



PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang dipandu perlembagaan, telah menetapkan dalam Kaedah 4.8.6, Peraturan-Peraturan Pemilihan PAS 2013 (Pindaan 2014), bahawa “Hanya calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan sahaja yang layak bertanding di dalam pemilihan kecuali bagi kawasan yang mempunyai kurang daripada lima (5) cawangan dan negeri yang mempunyai kurang daripada 5 kawasan di mana satu (1) pencalonan sahaja sudah memadai bagi Kawasan dan Negeri tersebut”.

Justeru penerimaan pencalonan ini secara asasnya kerana diizinkan bahkan diraikan dalam jemaah yang kita sayangi ini.

Bahkan jika sahabat-sahabat lama PAS masih ingat, pertandingan seumpama ini pernah berlaku antara Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Prof Zulkifli Muhammad sekitar tahun 1956.

Menariknya pertandingan ketika itu menatijahkan kesan yang baik kepada jemaah dan meningkatkan ukhuwah dan mahabah sesama anggota PAS.

Rentetan sejarah positif berikut, saya dengan penuh takzim menggagaskan faktor-faktor utama yang mendorong saya bertanding:

(1) Saya berhasrat - tentunya dengan dokongan semua - ingin mempererat ukhuwah, dan memperkukuh kesatuan ahli bertunjang kasih sayang kerana Allah.

Perkara ini sudah pasti bermula dengan memupuk kesepaduan dalam kalangan pimpinan sesuai dengan peranan yang disebut dalam Fasal 26 (1) (d) iaitu "Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing".

PAS perlu menekuni firman Allah dalam surah As-Soff “kal bunyanum marsus”, iaitu seperti binaan yang saling memperkukuh dan menguatkan antara satu sama lain.

Setiap ahli keluarga PAS perlu menginsafi bahawa 'binaan' PAS ini tidak dibina dengan hamparan merah. Perit dan jerih silih berganti.

Maka sudah menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan 'binaan' ini terus utuh demi memikul amanah siasah dan dakwah di bumi Malaysia ini.

Dengan kesatuan ukhuwah ini juga, seluruh saf jemaah dapat memberi fokus untuk menunaikan amanah pentadbiran bagi negeri yang telah PAS menangi seterusnya berusaha memenangi negeri-negeri yang masih belum lagi kita menangi.

Amanah yang dipundakkan di bahu PAS hakikatnya terlalu berat. Hampir mustahil amanah ini dapat dilunaskan jika ahli dan pimpinan di setiap peringkat tidak fokus dan tidak bersatu.

(2) Meraikan perbezaan pandangan lantas mengurusnya dengan hikmah dan bijaksana.

Sebagai sebuah gerakan Islam yang cukup berpengalaman, dan memiliki bilangan ahli yang mencecah jutaan, bukankah perbezaan pandangan itu sememangnya sukar untuk dielakkan?

Mustahil untuk PAS mempunyai hanya satu pandangan sahaja. Ini membuktikan PAS sememangnya sarat dengan potensi dan kebijaksanaan yang perlu diraikan dan diurus untuk manfaat PAS itu sendiri.

Kita tidak mahu lagi PAS dikotak-kotakkan dengan perbezaan profesional dan ulama. Kita juga tidak mahu lagi PAS dijurangkan dengan sentimen 'anti itu' dan 'anti ini'.

Keadaan ini sesuai sepertimana yang diungkapkan oleh Al-Qaradhawi, "Perbezaan pendapat itu tidaklah berbahaya, khususnya dalam soal furuk sebahagian usul yang bukan asas. Akan tetapi yang berbahaya adalah perpecahan dan permusuhan yang telah diingatkan Allah dan Rasul-Nya kepada kita!"

Setiap sosok tubuh ahli PAS itu adalah rahmat yang Allah kurniakan kepada PAS. Maka terpulang kepada kepimpinan sam aada untuk bersyukur atau mensia-siakan peluang yang Allah berikan.

(3) Terus mempersada PAS di arena nasional.

PAS mempunyai 21 Ahli Parlimen dan 83 Adun di seluruh Malaysia. Jika rakyat mahu melihat bagaimana PAS jika diizin Allah memerintah Malaysia, maka 21 Ahli Parlimen dan 83 ADUN inilah yang akan menjadi ‘qudwah’ atau contoh panduan kepada rakyat.

PAS perlu sentiasa mengiktriaf dan menghargai peranan ahli Parlimen dan ADUN PAS.

Wakil-wakil rakyat inilah yang perlu sentiasa aktif membincangkan polisi-polisi di peringkat nasional dan negeri, mencadangkan pembaharuan kepada Kerajaan, dan perlu bersikap akomodatif kepada tuntutan rakyat.

Selain mengoptimumkan peranan wakil-wakil rakyat PAS, PAS mempunyai ramai lagi tokoh berketerampilan yang boleh dikehadapankan.

Lihat saja sejarah, terlalu ramai pemimpin PAS yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan rakyat. Saya percaya inilah harapan rakyat terhadap PAS.

Rakyat mahu melihat kepimpinan PAS terus menjadi peneraju dalam memperjuangkan isu-isu mereka.

(4) Terus aktif berpartisipasi dalam isu-isu internasional.

Pengalaman 17 tahun sebagai Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cukup mendedahkan saya betapa PAS perlu menjadi pendukung kuat kepada agenda pembangunan Islam sejagat.

PAS merupakan antara gerakan yang terkehadapan dalam mengetengahkan Islam di lapangan demokrasi.

Oleh itu saya berhasrat untuk memastikan PAS akan terus aktif menyertai forum-forum antarabangsa bagi berkongsi pengalaman PAS untuk manfaat gerakan Islam sejagat.

Hari ini dunia Islam berhadapan dengan rencam global yang sangat mencabar. Serangan terhadap Islam datang dari segenap penjuru.

Wujud kempen halus yang cuba melabelkan Islam sebagai antidemokrasi dan prokeganasan.

Bahkan terkini, hukuman yang dijatuhkan oleh pihak penguasa Mesir keatas Dr Muhammad Morsi, rakan-rakan seangkatan beliau dan Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi juga sudah cukup memperlihatkan kebangkitan Islam dalam pentas politik antarabangsa perlu diurus dengan penuh gagah dan berstrategi.

Maka kehadiran PAS di arena antarabangsa itu sendiri sudah cukup untuk menjadi jawapan kepada seluruh tohmahan negatif ini.

Selama 61 tahun di lapangan demokrasi, PAS terus konsisten mengetengahkan Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan ummah.

Akhirnya, saya melihat bahawa teras kekuatan PAS selama ini ialah ahli yang bersatu padu, mengutamakan perjuangan lebih daripada kepentingan diri dan keluarga serta hala tuju dan matlamat yang jelas sama ada di dunia mahupun akhirat.

Ketika ketiga-tiga ini kembali menyatu dan kukuh, saya yakin dan percaya PAS tidak hanya akan hadir sebagai tiang seri kekuatan Pakatan Rakyat bahkan lebih jauh mampu membuktikan kepada dunia bahawa PAS mampu melaksanakan sebaiknya amanah kepimpinan.

Ini sebagaimana yang disebut Al-Mawardi, "Iqamatiddin wa siayatud dunya bih", membangunkan agama Allah dan mentadbir dunia dengannya.


AHMAD AWANG calon presiden PAS.

Sumber DD - 19-5-2015        




















Khalil Abdul Hadi umum pertahan Timbalan Ketua Pemuda Pas
Posted on Tuesday, May 19 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi hari ini mengumumkan akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Muktamar Pas ke-61 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Pengumuman itu sekali gus mengesahkan beliau menolak pencalonan ke atasnya bagi jawatan-jawatan lain termasuk Ketua Pemuda Pas.


“Saya amat terharu dengan pencalonan yang diterima ini dan amat menghargai kepercayaan yang telah diberikan kepada saya oleh Pemuda Pas Kawasan dan Pas Kawasan untuk bertanding dalam pemilihan yang akan diadakan.


“Namun, setelah meneliti jumlah pencalonan yang saya terima bagi jawatan-jawatan tersebut dan setelah menilai pandangan-pandangan yang diberikan oleh sahabat-sahabat, maka dengan ini saya isytiharkan bahawa saya menerima untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas dan menolak semua pencalonan untuk jawatan-jawatan lain,” katanya melalui Facebooknya, hari ini.


Sebelum ini, Khalil dicalonkan bagi beberapa jawatan dalam Pemuda Pas seperti Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, AJK Kerja serta AJK Kerja Pas Pusat.  - Sinar



Sumber TKO - 19-5-2015

Husam terima pencalonan Naib Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .


Saya telah menerima pencalonan untuk pelbagai jawatan bagi Muktamar PAS yang akan berlangsung Jun nanti.

Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua kawasan yang terlibat yang telah memberikan kepercayaan dan harapan yang begitu tinggi kepada saya, termasuk untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti.

Saya memahami hasrat dan keprihatinan mereka, terutama terhadap hala tuju perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dalam konteks Malaysia bagi dekad-dekad akan datang.

Dengan memohon berbanyak maaf kepada semua kawasan dan ahli yang meletakkan harapan besar itu, saya hanya berhasrat menerima pencalonan jawatan Naib Presiden PAS yang saya sandang sekarang.

Saya fahami pergolakan yang berlaku di dalam PAS sekarang.

Selaku generasi yang dilahirkan oleh Kepimpinan Ulama' pada hari pertamanya iaitu Muktamar 1982 dan terpesona dengan gagasan Mengulama'kan Profesional dan Memprofesionalkan Ulama', saya tetap percaya tonggak kepimpinan PAS adalah Kepimpinan Ulama'.

Kepimpinan Ulama'  yang soleh, mukhlisin dan muttaqin yang menjadi teraju utama digandingkan dengan semua amilin yang lain dalam ikatan semangat syura, ukhuwah dan saling lengkap melengkapi.

Pada masa yang sama, memandu parti secara berhati-hati dari terperangkap dengan tipu daya politik pihak lawan dalam semua keadaan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Perlembagaan PAS Fasal 5 Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangakan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Apa yang telah dicapai oleh perjuangan PAS pada hari ini adalah kesinambungan dari pendekatan, strategi dan kaedah yang telah diputuskan oleh pendahulu kita secara syura pada semua peringkat.

Roadmap Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Persekutuan dan pendekatan PAS For All bagi memenangi hati masyarakat bukan Islam umpamanya adalah diputuskan oleh jamaah peringkat demi peringkat dan bukan lahir hanya oleh keputusan mana-mana individu.

Jika matlamat itu difikirkan tidak syar'ie, jamaah perlu membuat keputusan yang baru dan tidak boleh mana-mana pihak dalam jamaah mengambil sikap untuk menidakkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini.

Politik Islam yang mengatasi sempadan kaum sehingga membuahkan kepercayaan penyokong bukan tradisi adalah sebahagian dari buah kejayaan dalam rangka jangka panjang dakwah dan siasah Islami. Ia kejayaan dan keberkatan  dari apa yang telah disyurakan sebelum ini.

Dengan bertawakkal kepada Allah, saya menerima pencalonan sebagai Naib Presiden PAS.
Sekian, terima kasih.

Husam Musa - HARAKAHDAILY 18/5/2015

Sumber HD - 18-5-2015


Ini Jawapan Presiden PAS Bila Ditanya Jawatannya Dicabar Oleh Ahmad Awang
Posted on Friday, May 15 @ 18:11:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



https://www.youtube.com/watch?v=by95TYGdX2E&feature=player_embedded
https://www.youtube.com/watch?v=by95TYGdX2E


Ramai yang berkumpul pagi tadi (15/5/2015) selepas Kuliah Jumaat Mingguan Presdien untuk dapat komen Presiden PAS bila jawatan tersebut dicabar oleh Ustaz Ahmad Awang.

Kredit:
Abdullah Othman



DAP tak halang Muktamar Pas di Selangor
  • Teng Chang Khim
RAWANG -  Secara terbuka DAP menyelar kenyataan Pas Kelantan yang mengecam tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berceramah yang berlangsung di Kota Bharu, Ahad lalu.

Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim menjelaskan dua status Facebooknya yang dimuat naik berhubung kenyataan balas terhadap tindakan Pas Kelantan yang bertegas melaksanakan hudud.
"Saya bidas secara logik kenyataan Pas Kelantan bahawa Kit Siang tidak hormati Kelantan masa pergi rumah mereka. Begitu juga dengan Selangor yang tidak setuju dengan hudud jadi kita tolak berdasarkan logik.

"Pas Kelantan kata kalau tak setuju hudud tidak boleh pergi Kelantan sepatutnya orang Kelantan yang mahukan hudud tak boleh datang Selangor yang tolak hudud," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Naib Pengerusi DAP Selangor itu, jika ikut logiknya memang begitu. Beliau turut menafikan laporan sebuah portal bahawa DAP Selangor menghalang penganjuran Muktamar Tahunan Pas kali ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor.

"Saya tidak pernah kata DAP halang muktamar Pas buat di Selangor. Itu fitnah, kenyataan portal itu jelasnya fitnah. Jawablah di akhirat nanti," katanya.

Adun Sungai Pinang itu menjelaskan, dalam polisi kesepakatan PR, pelaksanaan hudud yang diperjuangkan Pas Kelantan itu tidak pernah dipersetujui.

"Itu perjanjian bersama dalam PR. Pelaksanaan hudud tidak termasuk dalam perjanjian bersama PR.

"Masalahnya jika mereka bertegas ingin laksanakan hudud di Kelantan atas kapasiti kerajaan negeri. Adakah Pas Kelantan bukan di bawah Pas Pusat? Jadi mereka tidak boleh laksanakan hudud," katanya.

Tegas Chang Khim, perjanjian tetap perjanjian, sekiranya Pas tidak setuju dengan dasar bersama PR, Pas boleh keluar.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, kenyataan DAP itu bukanlah bersifat serangan.

Katanya, hudud tidak terkandung dalam polisi yang diperjuangkan bersama PR seperti isu pendidikan, ekonomi dan keselamatan.

"Kita telah melihat banyak perubahan berlaku kalau timbul perbezaan pendapat. Kita bincang dalam keluarga (PR). Isu yang lebih sensitif lain juga kita telah selesaikan," katanya.

Kenyataan Azmin turut disokong Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad

"Kita akan bincang bersama dalam PR, itu pendapat seorang sahaja," katanya

Sumber SH - 15-5-2015


DAP larang PAS adakan muktamar di Selangor
Posted on Friday, May 15 @ 17:55:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM – Berang dengan PAS Kelantan yang mengecam tindakan Lim Kit Siang berceramah mengenai hudud di Kota Bharu baru-baru ini, DAP Selangor hari ini tampil mempertahankan ‘bosnya’ itu.


Seolah-olah mahu membalas dendam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, PAS tidak perlu mengadakan sebarang program utama di negeri ini jika sudah mengetahui kerajaan negeri Selangor menolak sebarang usaha untuk melaksanakan hudud.

Tegasnya, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.

“Kenapa pula kamu (PAS) datang ke Selangor yang tidak mahu melaksanakan hudud, untuk memperjuangkan hudud?

“Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?” katanya dalam laman Facebook hari ini.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menempelak Kit Siang yang merupakan Penasihat DAP kerana menyanggah pelaksanaan hudud dan pada masa sama dilihat cuba mengajar rakyat negeri itu berhubung hukum berkenaan dalam ceramah yang berlangsung di Kota Bharu, Ahad lalu.

Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS dalam nada sinis berkata, Kit Siang bukanlah individu yang layak untuk memperkatakan tentang undang-undang Islam, apatah lagi mengajar masyarakat perkara berkaitan hudud.

Dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana, Kit Siang memanfaatkan ruang untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong PAS.

Ceramah tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sedar Kit Siang sememangnya merupakan individu yang menolak hudud, namun beliau sepatutnya menghormati Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan enakmen berkaitan hudud secara sebulat suara oleh wakil rakyat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula memberitahu, PAS Kelantan telah bermesyuarat kelmarin dan bersetuju memanggil pemimpin PAS Kawasan Kota Bharu untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu.

Sementara itu, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 dijadualkan berlangsung dari 4 sehingga 6 Jun ini di Kuala Selangor. - Selangor Post

Sumber TKO - 15-5-2015












Bertanding presiden bukan berebut jawatan














| .


KUALA LUMPUR: Tidak timbul isu perebutan jawatan Presiden antara sesama ahli parti kerana ia adalah hak demokrasi dalam PAS, tegas bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang.

Beliau berkata, walaupun persetujuannya untuk menerima pencalonan sebagai Presiden PAS bukan kali pertama selepas Presiden PAS sebelum ini, Dr Burhanuddin Helimi yang dicabar oleh Prof Zulkifli Mohamad, ia tidak menimbulkan masalah kerana merupakan hak demokrasi yang dicalonkan dan mencalonkan.

Katanya, tidak timbul pertandingan antara satu dengan lain dalam parti politik kerana berdasarkan pertandingan antara Burhanuddin dan Zulkifli, tidak ternah timbul pergeseran antara kedua-dua pihak.

Ahmad berkata demikian kepada pihak media di pekarangan Pejabat Agung Pas Pusat, Jalan Raja Laut, semalam selepas menghantar borang pengesahan penerimaan pencalonan jawatan berkenaan.

Seorang lagi yang dicalonkan bagi jawatan Presiden ialah Datuk Husam Musa. Beliau bagaimanapun masih belum menyatakan sama ada menerima atau menolak pencalonan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lalu mengumumkan kesediaannya mempertahankan jawatan itu. - HARAKAHDAILY 15/5/2015

Sumber HD - 15-5-2015

Tuan Ibrahim terima dicalon Timbalan Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.

"Saya amat terharu dan menghargai kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh PAS kawasan yang mencalonkan saya untuk bertanding di Muktamar Pemilihan Jun ini," ujar Naib Presiden PAS itu menerusi facebook.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya amat terharu dan menghargai kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh PAS kawasan yang mencalonkan saya untuk bertanding di Muktamar Pemilihan Jun ini.

Setelah meneliti jumlah pencalonan yang diterima dan demi merai PAS kawasan yang mencalonkan saya, maka saya akur, dan dengan rendah diri menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS ke-61.

Atas dukungan kalian, saya bersedia menggalas amanah yang berat ini bersama-sama kalian sekiranya diberi peluang oleh perwakilan di Muktamar PAS ke-61 untuk membawa PAS ke persada yang lebih tinggi.

Muktamar adalah medan menentukan hala tuju parti. Tapi sebelum itu, kita perlu bermuhasabah diri dan jujur terhadap masalah yang sedang dihadapi parti.

Kita perlu tahu di mana kita berada, sebelum kita dapat menentukan hala tuju kita seterusnya, sebagaimana kita perlu sedar matlamat kehidupan dan perjuangan kita dalam PAS.

Parti PAS hari ini semakin membesar. Di bawah kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, PAS mencapai zaman kegemilangannya dan tidak berhenti berkembang sehingga kita berjaya meningkatkan keahlian lebih sejuta ahli.

Namun begitu, PAS mesti meneruskan usaha memenangi hati rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, kawan dan lawan dengan istiqamah kita dalam perjuangan. Sikap Almarhum TG Nik Abdul Aziz yang berjaya menawan hati semua lapisan rakyat Malaysia dengan sikap tegas dan tidak berganjak beliau dengan Islam, akan tetapi lembut daripada sudut pendekatan dan dakwahnya perlu kita ikuti. Jangan melenting apabila ada mereka berbicara Islam dengan cara yang salah kerana ia adalah ruang dakwah untuk kita menerangan perkara yang betul dan tepat.

Kita harus menerima hakikat bahawa PAS juga berdepan dengan masalah dalaman, dan sekiranya ia tidak dapat ditangani dengan baik, ia akan mengakibatkan perpecahan dan melemahkan parti. Sebagai pendukung jamaah Islam, mari kita perkasakan aqidah perjuangan yang menjadi teras dalam perjuangan PAS. Tanpa kemantapan aqidah, perjalanan jamaah kita akan tergelincir dari landasan sebenar. Kekuatan jamaah berdiri atas wehdatul (kesatuan) fikr dan wehdatul amal. Amal Lillah - Amal kerana Allah.

Hentikan tindakan label-melabel, dan membeza-bezakan antara ahli PAS. Jangan ambil maklumat tepi jalan dan mudah percaya pada hantu-hantu di laman sosial yang tidak dikenali.

Tindakan ini telah membuka pintu kepada musuh memporak-perandakan PAS. Ruang ini perlu ditutup rapat. Selain itu, semua ahli di semua peringkat wajib memikul amanah dalam menjaga rahsia jamaah. Ingatlah bahawa Allah melihat setiap perbuatan kita, termasuklah maklumat yang kita sebarkan.

Marilah sama-sama kita perteguhkan saf dan ukhuwah antara ahli-ahli parti serta thiqah kepada kepimpinan parti. Mari kita pulih dan tambah-baikkan segera ekosistem PAS sebagai rumah yang semua ahli berasa selesa untuk bergerak dalam satu suara dan tindakan tanpa buruk wasangka.

Di dalam politik, PAS wajib bersikap tegas dengan dasar parti dan bersifat anjal dengan strategi dan pendekatannya. Pendekatan ini juga akan menjadi teras sikap PAS dalam kerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan musuh bersama kita iaitu Umno BN di peluang terbaik kita pada PRU14 nanti.

Namun begitu, matlamat tidak menghalalkan cara. Kita boleh berunding, berbeza pandangan dengan rakan mahupun lawan tapi kita tidak akan melayan sebarang desakan untuk mengorbankan cita-cita dan dasar perjuangan parti selama ini iaitu Islam.

Sesungguhnya muafakat membawa berkat sebagaimana yang ditonjolkan di PRK Rompin dan Permatang Pauh. Di dua PRK ini, kita telah menunjukkan secara tidak sedar bahawa perbezaan antara kita bukan penghalang bagi ketiga-tiga komponen parti untuk terus bekerjasama. Setiap komponen parti wajib saling menghormati dan tidak mencabuli hak setiap parti untuk memperjuangkan dasar parti masing-masing di luar medan Pakatan Rakyat yang tidak termasuk dalam Dasar Bersama.

Kepada yang akan bertanding pada muktamar ke-61, saya mengharapkan agar kita semua memelihara akhlak jamaah. Pelihara ukhuwah kita, jangan melampau dalam keghairahan untuk memenangi apa jua jawatan. Kita hanya berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan kita sedar semua kita mesti berusaha perteguhkan jamaah sehingga Allah mengurniakan kemenangan di dunia dalam pilihan raya. Tapi itu bukan yang terpenting, kerana yang dihajatkan kita ialah kemenangan sewaktu kita semua bertemu dengan Allah nanti.

Salam Perjuangan. Senyum.

Tuan Ibrahim Tuan Man
15 Mei 2015
HARAKAHDAILY 15/5/2015

Sumber HD - 15-5-2015


Ahmad Awang akan cabar Hadi sebagai presiden PAS
Posted on Thursday, May 14 @ 14:08:53 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Bekas pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden pada pemilihan PAS Jun ini.
Ahmad, 79, berkata beliau menerima pencalonan yang ditawarkan kepadanya kerana percaya parti Islam itu perlu ada perubahan kepimpinan selepas lebih sedekad di bawah Hadi.

"Ini sebuah parti mengamalkan demokrasi dan kita mahu memperkasakan parti," kata Ahmad selepas menyerahkan pencalonannya di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, pagi tadi.


Katanya, beliau sedar pelbagai komen dibuat terhadapnya menerusi media sosial walaupun beliau baru saja dicalonkan.


 Ahmad berkata, beliau juga sedia menerima pencalonan sebagai pemeriksa kira-kira yang disifatkannya penting.

"Saya bukan saja dicalonkan bagi jawatan presiden tetapi turut menerima pencalonan bagi jawatan pemeriksa kira-kira di beberapa tempat.


"Jawatan itu lagi penting, jika laporan kewangan tidak diluluskan oleh pemeriksa kira-kira, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) boleh batalkan," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Asmuni Awi baru-baru ini mengumumkan Ahmad dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Ahmad layak bertanding jawatan presiden.

Asmuni berkata, bagi jawatan presiden untuk Muktamar Tahunan PAS pada Jun depan, walaupun 4 pencalonan diterima, hanya Hadi, Husam dan Ahmad layak untuk bertanding.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahmad-awang-setuju-cabar-hadi-jawatan-presiden-pas#sthash.oZtJNxQt.dpuf



Sumber TKO - 14-5-2015

Pemuda Pas NS Tekad Bersama Pakatan Rakyat Dekati Pengundi Muda
Posted on Tuesday, May 12 @ 04:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ustaz Nor Azman Mohamad mengekalkan jawatan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang disandang oleh beliau pada sesi lepas. Keputusan ini telah diperolehi dalam Muktamar Tahunan Pemuda PAS Negeri Sembilan Ke 30 yang berlangsung di Hotel Mayang Sari, Port Dickson semalam (10 Mei 2015).



Muktamar tahunan yang dirasmikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS itu turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya PAS Melaka, wakil Parti Keadilan Rakyat, wakil Pemuda PAS Malaysia.

Dalam ucaptema “Mendepani Cabaran, Memimpin Massa” Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan menegaskan bahawa perjuangan PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lepas adalah dalam rangka kerjasama politik (Tahalluf siyasi) bersama-sama dengan parti PKR dan DAP dalam entiti Pakatan Rakyat. Justeru kerjasama ini wajar dikekalkan dan diperkukuhkan dalam rangka untuk mencapai kemaslahatan umum bagi seluruh rakyat Malaysia.

 Dalam pada itu, beliau juga menggesa agar pemuda menganjurkan program-program yang berimpak tinggi di setiap kawasan dengan memberi fokus kepada pengundi muda. Bagi mencernakan kefahaman tentang tema muktamar kali ini “Mendepani Cabaran, Memimpin Mass” beliau menggesa kepada semua perwakilan agar memberi fokus kepada program bersama rakyat berbanding tenggelam dalam perbezaan pandangan yang berlaku. Beliau cukup optimis bahawa perbezaan pandangan yang timbul ini adalah salah satu medium untuk mematangkan parti bukan untuk memecahkan parti.

 Keputusan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan sesi 2015/2017

 Ketua Pemuda: Nor Azman Mohamad
Timb Ketua Pemuda: Mohd Yusri Mohamad
Naib Ketua Pemuda: Mohd Azlan Bin Zainal

 Barisan Ajk/Exco;
1. Mohd Fahri Maarof
2. Abdul Latip Yahaya
3. Rasyadan Hussin
4. Mohd Shazwan Zulkifli
5. Anas Kamaruddin
6. Mohd Anizar Abd Rahman
7. Mohd Saiful Ridzuan Jasmin
8. Muhammad Hanif Ibrahim
9. Mohamad Hashby Mohd Shah
10. Mohamad Mohshin

*Keseluruhan kabinet DPPN9 sesi ini Menang tanpa bertanding (MTB)


Sumber TKO - 11-5-2015

USTAZ NAZRI LEPAS KETUA PEMUDA PAS PAHANG - DPPP


USTAZ NAZRI AHMAD

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35360-ustaz-nazri-lepas-ketua-pemuda-pas-pahang

Sumber HD - 11-5-2015


Lupakan Agenda Untuk Jatuhkan Hadi - Mohd Amar
Posted on Saturday, May 09 @ 09:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU: Akar umbi telah menyatakan bahawa mereka mahu ulama memimpin dan mengemudi parti untuk satu penguasaan yang lebih baik, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Oleh itu, beliau berkata, mereka yang mempunyai 'agenda tersembunyi' untuk menjatuhkan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar Jun ini perlu menghentikannya kerana mereka mempunyai peluang yang tipis untuk menang.

Mohd Amar berkata, walaupun terdapat usaha melobi dan perbalahan oleh dua puak dalam parti, akar umbi telah membunyikan amaran bahawa mereka mahukan Hadi dan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai timbalan berdasarkan pencalonan yang diperolehi oleh kedua-dua mereka.

"Saya akui terdapat kempen sengit antara kedua-dua puak tetapi pada pendapat saya, akar umbi parti mahu ulama meneruskan landasan Islam yang sentiasa menjadi teras utama PAS.

"Saya juga berpendapat bahawa mereka yang ingin mencuba nasib untuk menjatuhkan presiden agar melupakan cita-cita mereka kerana mereka sendiri tahu bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa peluang untuk menang.

"Malah jika mereka berbuat demikian, saya tidak dapat melihat bagaimana mereka boleh mendapat presiden lebih baik yang telah membawa parti di mana ia berada hari ini," katanya.

Hadi mengetuai saingan untuk jawatan presiden dengan 99 pencalonan. Tuan Ibrahim telah menerima 94 pencalonan manakala penyandang Mohamad Sabu mempunyai lapan.

Bagi pencalonan beliau untuk jawatan timbalan dan naib presiden jawatan, Mohd Amar berkata beliau akan menunggu kerana beliau tidak menerima sebarang surat rasmi daripada jawatankuasa pemilihan.

Katanya beliau sentiasa mengamalkan prinsip memberi laluan jika ada calon yang lebih baik. - Mstar

Sumber TKO - 9-5-2015


Harap Husam, Ahmad tolak pencalonan - PAS Terengganu
Posted on Friday, May 08 @ 17:25:05 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu mengharapkan tiada sebarang pertandingan jawatan presiden dalam pemilihan parti itu menjelang Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menggambarkan kepimpinan presiden sedia ada sebagai terbaik dan berharap dua calon lain yang layak bertanding di peringkat jawatan presiden iaitu Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden, Ahmad Awang menolak pencalonan berkenaan.

Beliau berharap kedua-dua mereka bijak mengambil keputusan memandangkan Abdul Hadi ketika ini sudah jauh mendahului dengan angka pencalonan begitu besar berbanding Husam dan Ahmad.

“Melalui pencalonan itu sebenarnya kita sudah dapat lihat isyarat yang diberi oleh perwakilan peringkat kawasan, tetapi terserah kepada empunya diri untuk bertanding atau tidak. Harapan kita supaya tiada pertandingan.

“Kita harap mereka tengok pencalonan dan nilai (jumlah) pencalonan yang diberi. Ia sudah cukup memberi isyarat daripada perwakilan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan Sinar Harian Rabu lalu,  tiga daripada empat nama dicalonkan melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan layak bertanding bagi jawatan Presiden Pas.

Antara nama melepasi had kelayakan bertanding adalah Husam dan Ahmad.

Dalam kenyataan terbaharu, Ahmad memberitahu bahawa beliau mahu tunggu surat rasmi dikeluarkan sebelum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak pencalonannya untuk bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan bulan depan.

Sementara itu, Satiful Bahri berkata, di Terengganu, semua perwakilan di lapan kawasan mencalonkan Abdul Hadi sebagai presiden dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai timbalan presiden.

Menurutnya, keadaan itu bukan hanya berlaku di negeri ini tetapi juga sebahagian besar kawasan di negeri lain kerana gabungan kedua-duanya cukup menggambarkan bahawa Pas benar-benar menyokong dan mendukung kepimpinan ulama.

“Saya rasa kepimpinan ulama diberi isyarat jelas untuk jadi teras kepada kepimpinan selari dengan prinsip perjuangan Pas,” katanya. - Sinar

Sumber TKO - 8-5-2015



Mat Sabu akan pertahan jawatan timbalan presiden PAS

Posted on Friday, May 08 @ 17:18:05 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sedia mempertahankan jawatannya walaupun ketinggalan jauh dalam pencalonan untuk jawatan itu di belakang pencabarnya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai timbalan presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke-61 akan datang," kata Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad hanya mendapat 12 pencalonan daripada kawasan PAS di seluruh negara berbanding Tuan Ibrahim yang mendapat 94 pencalonan.

Turut mendapat pencalonan untuk jawatan itu adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Mohamad menolak beliau bertembung dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana yang disasarkan kepada beliau oleh saingannya bahkan akan membantunya.

"Insyaa Allah, saya akan terus membantu presiden dan parti terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, bukan Islam, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar," katanya.

Mohamad turut menekankan keperluan PAS untuk mendapat sokongan daripada orang bukan Islam di negara ini.

"Kita perlu akur, selama lebih 60 tahun PAS berada di persada politik Malaysia, sokongan orang Islam kepada PAS masih di bawah paras 50%, oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipat gandakan, disamping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada masyarakat bukan Islam dan rakyat awam," katanya.

Namun, katanya, perlu difahami, untuk mempertahankan dasar PAS dan matlamatnya serta dalam masa yang sama berusaha melebarkan pengaruh kepada semua kaum dan agama, adalah kerja yang mencabar.

"Tapi kita perlu yakin dengan kesabaran dan ketekunan kita, Insya Allah, kita akan meraih hasilannya," katanya.

Sumber TKO - 8-5-2015

Pertandingan 3 penjuru ketua Pemuda PAS - Ustaz Khalil Hadi Mungkin tolak

Posted on Friday, May 08 @ 15:16:48 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pertandingan bagi jawatan ketua Pemuda PAS dijangka menjadi 3 penjuru apabila Ketua Pemuda PAS Perak Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub, dijangka turut menyertai perebutan jawatan itu.

Dua lagi calon ialah penyandangnya, Suhaizan Kaiat dan bekas Timbalan Ketua Pemuda Nik Mohd Abduh Nik Aziz.

Turut dicalonkan dan layak bertanding adalah timbalan ketua Pemuda sekarang, Mohammad Khalil Abdul Hadi, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, kawasan presiden sendiri, Marang mencalonkan Nik Abduh untuk jawatan itu, membayangkan pilihan kumpulan pro ulama.

Seorang lagi calon yang layak adalah Fadli Shaari, namun beliau mengumumkan penarikan dirinya melalui Facebooknya.

"Saya sedang mempertimbangkannya seminggu dua ini dengan bertanya balik kepada kawasan dan kawan-kawan yang mencalonkannya saya," kata Raja Iskandar kepada The Malaysian Insider.

Bekas naib ketua Pemuda PAS itu berkata, beliau menerima panggilan daripada Jawatankuasa Pemilih PAS yang mengesahkan kelayakan beliau bertanding jawatan itu selain timbalan dan juga naib ketua Pemuda.

Dengan pengesahan Raja Iskandar, pertandingan 3 penjuru antara beliau, Suhaizan dan Nik Abduh dijangka berlaku.

Pada muktamar 2 tahun lalu, Raja Iskandar tewas pertandingan jawatan timbalan ketua pemuda di tangan Khalil.

Suhaizan sebelum ini pernah tewas dalam perebutan jawatan timbalan ketua, namun menang dalam perebutan kerusi ketua Pemuda dalam muktamar, 2 tahun lalu.

Sumber TKO - 8-5-2015

 'Terima kasih semua... tapi saya tak layak'













Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari hari ini, mengumumkan menolak pencalonan ke atasnya bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Pemuda PAS dalam pemilihan Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat, bulan depan.

Ahmad Fadhli berpendapat, belum tiba masanya untuk beliau menggalas amanah tersebut. Berikut adalah kenyataan beliau menerusi laman facebook beliau:

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke 61, Asmuni Awi hari ini seperti yang disiarkan di dalam laman web harakahdaily yang menyatakan bahawa nama saya turut dicalonkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia di dalam Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat awal bulan hadapan.

Saya akan menunggu surat tawaran dari Jawatankuasa Pemilihan sebagaimana yang diumumkan, namun sebagai pengumuman awal, saya ingin menyatakan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan yang telah mencalonkan nama saya untuk kedua-dua jawatan ini dan saya amat-amat menghargainya. Bagaimanapun, dengan maaf, saya merasakan belum sampai masanya untuk saya memikul amanah berada di tempat tersebut buat masa sekarang.

Justeru, dengan rendah diri, saya mengisytiharkan untuk tidak bertanding kedua-dua jawatan ini bagi memberikan laluan kepada mereka yang lebih berkelayakan. Insya-Allah, Pemuda PAS Malaysia akan terus maju ke hadapan mendepani arus politik semasa sekaligus menjadi benteng mempersadakan PAS selaku gerakan Islam di bawah lembayung kepimpinan Ulama.
Ahmad Fadhli bin Shaari,
5 Mei 2015

Sumber PP - 5-5-2015

Pemilihan PAS: 4 nama dicalon cabar Ketua Pemuda

HAZAYANI ZAKARIA | .


KUALA LUMPUR: Seramai empat nama dicalonkan bagi mencabar Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia bagi sesi 2015-2017.

Empat nama tersebut ialah:

1. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
2. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
3. Ahmad Fadli Shaari
4. Muhammad Khalil Abdul Hadi

Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-61, Asmuni Awi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini selepas pencalonan kawasan ditutup pada 30 April lalu.

Bagi jawatan timbalan ketua pemuda, seramai empat nama dicalonkan iaitu:

1. Muhamnad Khalil Abdul Hadi
2. Khairil Nizam Khirudin
3. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
4. Kamaruzaman Mohamad

Seramai 12 nama dicalonkan bagi jawatan naib ketua iaitu:

1. Khairil Nizam Khirudin
2. Syarhan Humaizi Abdul Halim
3. Ramadhan Elias
4. Muhammad Khalil Abdul Hadi
5. Ahmad Fadli Shaari
6. Afnan Hamimi Taib Azamudden
7. Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar
8. Mohd Nasir Zakaria
9. Nor Azman Mohamad
10. Mohd Sany Hamzan
11. Ahmad Marzuk Shaary
12. Mohd Nasie Ismail

Menurut Asmuni, jawapan penerimaan atau penolakan mesti dikembalikan kepada beliau melalui dua kaedah.

Mereka boleh membuat serahan tangan sama ada sendiri atau wakil pada 18 dan 19 Mei dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jika dibuat melalui serahan pos, surat mesti sampai sebelum jam 5.00 petang pada 19 Mei.

"Sekiranya kami tidak menerima jawapan pencalonan ini dalam waktu yang ditetapkan, maka mereka dianggap menolak pencalonan tersebut," katanya.

Menurut Asmuni, jawapan penerimaan atau penolakan mesti dikembalikan kepada beliau melalui dua kaedah.

Mereka boleh membuat serahan tangan sama ada sendiri atau wakil pada 18 dan 19 Mei dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jika dibuat melalui serahan pos, surat mesti sampai sebelum jam 5.00 petang pada 19 Mei.

"Sekiranya kami tidak menerima jawapan pencalonan ini dalam waktu yang ditetapkan, maka mereka dianggap menolak pencalonan tersebut," katanya. – HARAKAHDAILY 5/5/2015

Sumber HD - 5-5-2015












Pemilihan PAS: Dua dicalonkan ketua muslimat

HAZAYANI ZAKARIA | .


KUALA LUMPUR: Dua nama layak bertanding jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat bagi sesi 2015-2017.

Penyandang jawatan Ketua Muslimat sekarang, Siti Zailah Mohd Yusoff terus dicalonkan manakala seorang lagi ialah Nuridah Salleh.

Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-61, Asmuni Awi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini selepas pencalonan kawasan ditutup pada 30 April lalu.

Bagi jawatan timbalan ketua, seramai tujuh nama dicalonkan iaitu:

1. Dr. Najihatussalehah Ahmad
2. Dr. Siti Mariah Mahmud
3. Mumtaz Md Nawi
4. Dr Rosni Adam
5. Nuridah Salleh
6. Siti Zailah Mohd Yusoff
7. Wan Hasrina Wan Hassan

Manakala 10 nama dicalonkan bagi jawatan naib ketua iaitu:

1. Dr. Najihatussalehah Ahmad
2. Dr Wahibah Tahir
3. Mumtaz Md Nawi
4. Nuridah Salleh
5. Salamiah Mohd Nor
6. Aiman Athirah Al-Jundi (Raj Munni Sabu)
7. Wan Hasrina Wan Hassan
8. Dr. Rosni Adam
9. Siti Zailah Mohd Yusoff
10. Dr. Siti Mariah Mahmud

Menurut Asmuni, jawapan penerimaan atau penolakan mesti dikembalikan kepada beliau melalui dua kaedah.

Mereka boleh membuat serahan tangan sama ada sendiri atau wakil pada 18 dan 19 Mei dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jika dibuat melalui serahan pos, surat mesti sampai sebelum jam 5.00 petang pada 19 Mei.

"Sekiranya kami tidak menerima jawapan pencalonan ini dalam waktu yang ditetapkan, maka mereka dianggap menolak pencalonan tersebut," katanya. – HARAKAHDAILY 5/5/2015

Sumber HD - 5-5-2015












Pemilihan PAS: 3 nama layak tanding presiden

HAZAYANI ZAKARIA | .


KUALA LUMPUR: Tiga nama layak bertanding jawatan presiden PAS bagi sesi 2015-2017.

Tiga nama tersebut ialah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Ahmad Awang dan Datuk Husam Musa.

Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-61, Asmuni Awi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini selepas pencalonan kawasan ditutup pada 30 April lalu.

Manakala bagi jawatan timbalan presiden pula, empat nama layak bertanding iaitu Mohamad Sabu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Husam Musa.

PRESIDEN

1. Datuk Seri Abdul Hadi awang
2. Ahmad Awang
3. Datuk Husam Musa

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu
2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
3. Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
4. Datuk Husam Musa

Sementara itu, dalam pengumuman rasmi jawatankuasa pemilihan PAS hari ini, tidak banyak yang berubah, kecuali penambahan Husam sebagai calon layak untuk jawatan timbalan presiden.

Untuk jawatan naib presiden pula, angka terkini menunjukkan 12 orang layak bertanding, termasuk dua nama baru.

Seramai 12 nama pula dicalonkan bagi jawatan naib presiden iaitu:

1. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
2. Datuk Husam Musa
3. Salahuddin Ayub
4. Datuk Mahfuz Omar
5. Datuk Mohd Amar Abdullah
6. Idris Ahmad
7. Nasaruddin Hassan Tantawi
8. Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
9. Datuk Iskandar Abdul Samad
10. Mohamad Noor Mohamad
11. Mohamad Sabu
12. Dr. Dzulkefly Ahmad

Menurut Asmuni, jawapan penerimaan atau penolakan mesti dikembalikan kepada beliau melalui dua kaedah.

Mereka boleh membuat serahan tangan sama ada sendiri atau wakil pada 18 dan 19 Mei dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jika dibuat melalui serahan pos, surat mesti sampai sebelum jam 5.00 petang pada 19 Mei.

"Sekiranya kami tidak menerima jawapan pencalonan ini dalam waktu yang ditetapkan, maka mereka dianggap menolak pencalonan tersebut," katanya.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kini layak bertanding tiga jawatan tertinggi dalam PAS selepas pencalonan kawasan ditutup Khamis lalu.

Walaupun masih berteka-teki, Husam kini layak bertanding jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden – jawatan disandangnya sekarang.

Menurut perlembagaan PAS, beliau boleh bertanding semua jawatan itu secara sekali gus, walaupun daripada sudut strategi dianggap tidak bijak. – HARAKAHDAILY 5/5/2015

Sumber HD - 5-5-2015

Pemimpin Utama Muslimat Terengganu Kekal


KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Puan Safinah Jusoh, kekal menerajui kepimpinan ‘sayap wanita’ PAS itu untuk sesi 2015-2017.

Safinah Jusoh _ Ketua Dewan Muslimat Pas Terengganu (2)

Beliau mempertahankan jawatan tersebut setelah dipilih semula pada Muktamar Kali Ke-42, Dewan tersebut yang bersidang pada Sabtu lalu.

Selain beliau, pasukan kerja kepimpinan Muslimat Terengganu pada sesi lalu turut mengekalkan kedudukan masing-masing apabila Timbalannya Puan Zarani Othman dan Naib Ketua, Raja Endun Raja Abdul Rahman dipilih bersama beliau.

Dalam pemilihan yang melibatkan 90 kehadiran perwakilan itu, seramai 10 orang berjaya menyandang jawatan ahli jawatankuasa (AJK) antaranya Maznah Muftahudin, Zuraida Md Noor, Rahimah Muda, Suhaimah Alias, Zaitun Abas, Rohani Ramli, Fainah Mat, Zaitun Salleh, Nafisah Ismail dan Khairiah Mokti.

Dalam ucapan beliau kelmarin, Safinah menekankan sikap walak atau patuh ahli-ahli terhadap kepimpinan Pas di peringkat tertinggi parti.

IMG-20150502-WA0048

Sikap walak menjadi salah satu isu yang berlegar dalam Pas sejak kebelakangan ini apabila segelintir pemimpin Pas peringkat Pusat dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Safinah berkata, kepimpinan PAS berteraskan kepada kepimpinan ulama yang merupakan sebuah gerakan yang melaksanakan tugas-tugas dakwah dan tarbiyah.

“Perlembagaan PAS meletakkan Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam kepimpinan parti dan berperanan bagi memastikan dasar perjuangan Pas berada atas landasan sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Terengganu Kali Ke-42, di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini.

Hadir sama Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Dr Wahibah Tahir yang turut merasmikan majlis tersebut

Sumber BO - 4-5-2015

Tiga Jawatan Utama Dewan Ulamak Kekal


KUALA NERUS – Dewan Ulamak PAS Terengganu (DUPT) bersepakat mengekalkan ketiga-tiga jawatan utama penggal lalu, bagi sesi 2015-2017 yang dipertandingkan dalam pemilihan yang dilangsungkan dalam Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu semalam.

Dalam pemilihan yang telah diadakan di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring itu, Dato’ Hussein Awang telah dipilih kembali menerajui DUPT , manakala Dr. Abu Bakar Abdullah dan Ustaz Ismail Osman, masing-masing dilantik kembali sebagai timbalan dan naib.

Ustaz Ismail Osman sebelum ini dilantik memangku jawatan Naib Ketua DUPT, menggantikan Ustaz Nik Mohammad Zawawi Nik Salleh yang melepaskan jawatan naib kerana menerima amanah sebagai Pemangku Timbalan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP).

Turut terpilih sebagai AJK DUPT ialah Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ustaz Hamzah Ngah, Ustaz Mohd Suhaimi Daud, YB Ustaz Ariffin Deraman, Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik, Ustaz Hamdan Mohammad.

_DSC0312 - Copy

Sementara tiga lagi jawatan AJK diisi oleh YB Ustaz Ridhuan Hashim, Ustaz Mohd Razki Alias dan Ustaz Jamaludin Jusoh.

Jawatan Pengerusi Tetap dimenangi oleh Ustaz Sood Said tanpa bertanding sementara timbalannya pula Ustaz Abu Bakar Salleh dan pemeriksa kira-kira diamanahkan kepada Cikgu Shukrimun Shamsudin dan Kamarudin Yunus.

Ketiga-tiga jawatan itu telah dipersetujui secara syura oleh semua Ahli Jawatankuasa (AJK) yang telah dipilih oleh perwakilan.

Dalam ucapan penggulungannya, Dato Hussein memaklumkan kepada perwakilan, bahawa beliau menerima jawatan itu hanya kerana beliau takut mati di luar perjuangan dan terpaksa menerima amanah yang berat itu.

Sementara itu, dalam perbahasan muktamar DUPT yang secara tradisinya berlangsung dalam keadaan harmoni itu, majoriti perwakilan menyentuh berkenaan pendidikan samada di peringkat tinggi ataupun rendah.

Ini membuktikan bahawa golongan ulamak amat mementingkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang lebih baik dari masa ke semasa bagi menghadapi cabaran yang lebih mencabar bagi gerakan Islam.

Manakala usul yang telah diterima tanpa bahas ialah berkaitan tarbiyyah ahli-ahli yang dilihat tidak menyeluruh kepada pimpinan pusat yang sepatutnya menurut perwakilan Kuala Nerus yang membawa usul itu, pimpinan juga mesti melalui proses tarbiyyah yang sama.

Ini menurutnya, semestinya hanya fikrah PAS yang tulen diterima masuk dan bukannya pemikiran-pemikiran yang lain yang boleh menjejaskan jalan yang dirintis oleh PAS.

Usul kedua yang juga diusulkan oleh Kuala Nerus yang diterima tanpa bahas ialah berkaitan cadangan bagi DUPT mempunyai bangunan pentadbiran sendiri yang dengannya pengurusan DUPT diharap akan lebih efisyen dan berpusat.

Muktamar kali ke-50 itu telah dirasmikan oleh Pemangku Ketua DUPP Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed, yang dihadiri oleh seramai kira-kira 80 orang termasuk alimat (ilmuan dari kalangan muslimat).

Setiap kawasan menghantar seramai tujuh orang wakil dan Terengganu mempunyai lapan kawasan secara keseluruhan.

Sumber BO  - 4-5-2015

Ustaz Kamaruzzaman Kekal Terajui Pemuda


SETIU – Dewan Pemuda PAS Terengganu yang bersidang pada Mesyuarat Agung Tahunannya Kali Ke-46 di Markaz Tarbiah Lukmah al-Hakim di sini, telah memilih Ustaz Kamaruzzaman Abdullah terus menerajui sayap PAS Terengganu itu.

Beliau mendapat 91 undi, terbanyak dikalangan ahli jawatankuasa yang terpilih, sebulat suara diamanahkan semula jawatan penting bagi pemuda PAS negeri.

Manakala YB Ustaz Hishamuddin yang menjawat Timbalan Ketua kekal dalam saf organisasi pemuda 2015 – 2017.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu;

IMG-20150502-WA0058

Keputusan Pemilihan
Muktamar DPP Negeri Terengganu sesi 2015-2017
Pengerusi Tetap:
Hamzah Ngah (mtb)
Timbalan Pengerusi Tetap: Wan Faizul Wan Abas (mtb)
Ketua Pemuda
Us.Kamaruzzaman Abdullah
Timbalan Ketua
YB.Us.Hishamuddin Abd.Karim
Naib Ketua
Us.Mohd Khalil bin Abdul Hadi
10 Orang Ahli Jawatankuasa Kerja
1.Helmi Harun -87
2.Al-Ghazali Abu Bakar -83
3.Syeikh Hanafi Abdul Aziz -80
4.Ramlan Mahmood -77
5.Nasir Abdul Razak -73
6.Sulaiman Sulong -63
7.Zaidan Abdullah -61
8.Zulkarami Salleh -59
9.Hamdi Harun -57
10.Tarmizi Rasid -56
Pemeriksa kira-kira:
Badaruddin Ismail (mtb)
Saufi Chik (mtb)

Sumber BO - 2-5-2015


YB Mohd Azam Abd. Samad Mengalahkan Mohd Nasir Zakaria Untuk Pemuda PAS Kedah
Posted on Saturday, May 02 @ 07:26:40 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



YB Mohd Azam Abdul Samad telah mengalahkan Ust Mohd Nasir Zakaria bagi jawatan Pemuda PAS Kedah dalam Pemilihan kali ini.

Keputusan Pemilihan DPPNK seperti berikut :

Pengerusi Tetap :

1.Haji Adnan Saad 37
2.MOHD ROSLI AZMI 84


Timbalan Pengerusi Tetap :
1.YUSRIN ZIKRI ADNAN - Menang Tanpa Bertanding.

Ketua :
1.Mohd Nasir Zakaria 58
2.YB MOHD AZAM ABD SAMAD 64

Timbalan Ketua :
1.MOHD IDRUS AHMAD - Menang Tanpa Bertanding

Naib Ketua Pemuda :
1.Fadzil Mohd Nor 51
2.MOHD SALIM MAHMOD 68

Ahli Jawatankuasa :
1.AHMAD HAMADAH 100
2.AHMAD NAJHI HAYAZI 96
3.AHMAD TARMIZI SULAIMAN 89
4.MOHD NURUL AMIN 83
5.MOHD AIZAT ZAKARIA 82
6.MUHAMMAD ISMAIL 78
7.MOHD FAISAL MUSTAFA 77
8.MOHD SAIFUDDIN HASAN 73
9.IZWAN ABDUL HALIM 61
10.MOHD NURUDIN 61


Sumber TKO - 2-5-2015


DAP bukan penghalang hudud – Salahuddin

Posted on Monday, April 27 @ 07:08:51 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



IPOH 26 April - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan DAP bukan penghalang kepada pelaksanaan hudud, sebalik­nya parti itu hanya ‘bermain politik di persada akhbar' kerana tidak boleh sebulu dengan MCA dan Ge­rakan.

Katanya, bidang kuasa negeri hanya membenarkan pindaan enakmen dalam Dewan Undangan Ne­­geri, namun dua penghalang utama ke arah pelaksanaan hudud ialah Akta 355 dan Artikel 76A Perlembagaan Persekutuan.

"Bukan DAP yang menghalang hudud, DAP hanya bermain politik di persada akhbar tetapi dia tidak boleh tahan dengan MCA dan Gerakan. Pada hari pertama kita tahaluf dengan DAP pun, kalau mereka tidak setuju dengan negara Islam, apa boleh kita buat?

"Namun, kita tetap pertahan agenda parti kerana ini perjua­ngan Pas. Yang menjadikan UMNO sakit hati sangat dengan DAP ialah mereka telah ‘bunuh' MCA, MIC dan Gerakan sehingga menyebabkannya tempang," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Gopeng Ke-27, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan, kawasan majoriti penduduk Melayu yang terdedah kepada kuliah-kuliah agama, adalah lebih cepat untuk mendapat soko­ngan Pas berbanding di pe­nempatan Felda.

Mengambil contoh kawasan Subang, Shah Alam dan Bangi di Se­langor, Salahuddin yang juga Pengerusi Post Mortem Pas bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkata, undi parti tersebut telah meningkat de­ngan cepat.

"Kita berjaya meningkatkan kemenangan sehingga 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan tidak menafikan undi kaum Cina dan India apabila kita bersama-sama pakatan pembangkang," katanya.

Sumber TKO - 27-4-2015

Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 Akan Diadakan Pada Tahun Hadapan?


MARANG – Pemimpin, ahli-ahli dan para penyokong PAS diminta memberi perhatian yang serius kepada perkembangan politik semasa negara dan pertembungan yang berlaku dalam Umno.

Secara khususnya, ia akan memberikan kesan yang besar kepada suasana dan lanskap politik negara pada masa yang akan datang.

IMG-20150425-WA0051(1)

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata pertembungan antara kem Tun Mahathir dan kem Najib dalam Umno tidak dapat disembunyikan lagi.

“pertembungan (antara dua kem ini adalah) pertembungan yang serius yang mennetukan ‘hidup mati’ Umno di Malaysia,

“kalau pertembungan ini tidak dapat diselesaikan dengan baik, saya menjangkakan Umno akan mengalami nasib yang sama seperti mana Mahathir dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah dulu, Umno akan berpecah dua,”jelasnya.

Dalam keadaan masa kini, beliau tidak nampak kedua-dua pihak akan beralah, Mahathir tidak akan mengalah kerana sifatnya yang ‘tidak suka duduk diam’.

“Najib sendiri pun, walaupun sebelum ini seorang yang tidak suka bertembung……dia sentiasa memilih dalam keadaan yang selamat dalam politik, tetapi dengan suasana yang ada saya Nampak dia tidak akan berundur, dan mengalah dalam masalah ini,”ujarnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang pada Sabtu 25 April.



Secara politiknya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berpendapat, pertembungan antara kedua kem tersebut akan mengorbankan salah satu dari dua pemimpin Umno itu.

“salah satunya ‘kena mati’……….kalau tidak ia (pertembungan itu) tidak boleh selesai dan itulah cara Mahathir untuk menyelsaikan pergolakan politik partinya.

“Mahathir sudah ‘tumbuk’ muka Najib……kalau kita guna bahasa (umpama) sudah tumbuk muka, sebelum daripada ini dia sudah menyerang Najib ‘sipi-sipi’,

IMG-20150425-WA0133 (2)

“tapi sejak sebulan lalu, bila dia membangkitkan isu Altantuya (dan) isu 1MDB (yang merupakan) isu-isu sensitive yang cuba dielakkan oleh Najib sejak dari awal,”katanya.

Beliau berkata, apabila Tun Mahathir sudah mendedahkan isu-isu terbabit, bermakna beliau sudah mengisytiharkan ‘perang’ secara terbuka terhadap Najib.

Oleh itu, beliau berkata ia akan membawa implikasi kepada pembubaran parlimen dan pilihan raya umum yang lebih awal.

“dalam kegawatan yang ada ini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diadakan awal, parlimen mungkin akan dibubarkan pada tahun hadapan (2016),

“apabila cukup tempoh tiga tahun (parlimen ke 13) dari segi udang-undangnya ia boleh dibubarkan oleh Perdana Menteri dengan perkenan Yang DiPertuan Agong,”

Justeru itu, beliau menggesa agar pemimpin dan ahli serta penyokong PAS mengambil langkah bersiap sedia dengan jentera pilihan raya bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Sumber BO - 26-4-2015


Nik Abdul Lawan Suhaizan bagi jawatan ketua Pemuda PAS??

Posted on Thursday, April 23 @ 20:25:52 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kumpulan pro ulama dalam PAS dipercayai akan menyokong Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Aziz, sebagai calon ketua Pemuda PAS Pusat apabila Pemuda PAS Marang mencalonkan beliau menentang penyandang jawatan itu, Suhaizan Kaiat.

Turut mencalonkan Nik Abduh ialah Pemuda PAS Batu yang dipimpin Nurul Islam Mohamed Yusof, penyokong kuat kumpulan ulama yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, berlaku kekeliruan di kalangan penyokong ulama siapakah calon ketua mereka selepas Kamaruzaman Mohamad yang mereka calonkan dalam sesi lepas tewas di tangan Suhaizan.

Ekoran kekeliruan itu, beberapa Pemuda kawasan mencalonkan Kamaruzaman sekali lagi, sambil yang lain turut mencalonkan penyandang timbalan ketua Pemuda, Mohamad Khalil Abdul Hadi, anak presiden, di samping nama lain.

Khalil sendiri bagaimanapun dikatakan keberatan menerima pencalonan itu kerana kedudukan ayahnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Awal bulan lepas, Suhaizan dilaporkan bakal dicabar Khalil kerana beliau dikatakan tidak disenangi kerana pendekatan "politik budiman" yang dilihat lebih tunduk kepada Pakatan Rakyat (PR) selain kurang mempertahankan presiden PAS apabila menerima serangan.

Namun, pencalonan Pemuda PAS Marang pimpinan Khalil memberikan indikator kumpulan pro ulama akan memilih Nik Abduh, kata seorang ketua Pemuda PAS kawasan.

"Saya rasa Nik Abduh (calonnya), sebab Marang calonkan beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurutnya yang enggan dikenali, kumpulan pro ulama menghadapi krisis memilih calon yang sesuai bagi jawatan itu dalam muktamar kali ini.

"Mula-mula Kamaruzaman, lepas itu Fadhli Shaari (ketua Pemuda PAS Kelantan) dan terkini, macam sudah mencapai kata sepakat, Nik Abduh," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Abduh, anak kepada bekas murysidul am PAS yang paling dihormati, allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bertanding pada sesi lepas (2013) selepas satu penggal memegang jawatan sebagai timbalan ketua Pemuda pada muktamar 2011.

Beliau menang jawatan itu selepas berlaku pertandingan tiga penjuru antara beliau, Suhaizan dan Mohd Firdaus Jaafar.

Pemuda PAS juga dikatakan dalam dilema hendak mencalonkan Fadhli Shaari, ketua Pemuda PAS Pasir Mas, ekoran tuduhan yang beliau memenangi jawatannya secara tidak sah kerana mesyuarat yang diadakan didakwa tidak cukup korum.

PAS akan mengadakan muktamarnya pada Jun ini berserta dengan pemilihan kepimpinan parti bagi sesi 2015-2017.

Sumber TKO - 23-4-2015


Bekas Persuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani Osman Kalah YDP Kawasan Kapar Selangor
Posted on Monday, April 20 @ 19:04:09 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



YB Dr. Abdul Rani Osman, mantan Pesuruhjaya PAS Selangor difahamkan telah tewas mempertahankan jawatan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kapar kepada Ustaz Noor Najhan Mohd Salleh.

Ustaz Noor Najhan adalah calon PAS yang bertanding pada pilihanraya tahun 1999, kalah kepada calon BN, Dato’ Jaei Ismail dengan majoriti 2600 undi dan dikhabarkan mewakili golongan pro ulama PAS.

Perkembangan ini sangat menarik untuk terus diperhalusi, kerana ia hanya mukadimah, dengan kemuncaknya pada pemilihan PAS pada muktamar yang akan datang, dijadualkan bakal berlangsung di Kuala Selangor.

Muktamar PAS ke-61 akan berlangsung di Kuala Selangor pada 2 hingga 6 Jun depan dan ketika ini 191 kawasan telah atau akan bermesyuarat memilih nama untuk bertanding jawatan pucuk pimpinan parti.

Dalam pemilihan PAS di peringkat kawasan sebelum ini, turut menyaksikan beberapa nama penting tewas termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, gagal pertahan jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar yang disandangnya sejak tujuh penggal lalu.

Dr Abdul Rani Osman, mantan Pesuruhjaya PAS Selangor yang dikaitkan dengan kumpulan Pro 'Anwarinas' juga gagal mempertahankan jawatan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kapar pada pemilihan kali ini.

Pencalonan Muktamar PAS pusat sehingga pagi ini

Presiden PAS 1 Datuk Seri Abdul Hadi Awang (80)
2. Datuk Husam Musa (8)
3. Ahmad Awang (3)

Timbalan Presiden PAS 1. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (78)
2. Mohamad Sabu (9)

Naib Presiden 1. Dr Idris Ahmad (64)
2. Salahuddin Ayub (40)
3. Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (36)
4. Datuk Mahfuz Omar (34)
5. Nasrudin Hassan Tantawi (33)
6. Datuk Iskandar Abdul Samad (20)
7. Datuk Husam Musa (10)
8. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (6)
9. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (3)

Sumber TKO - 20-4-2015

Muktamar PAS ke-61 akan berlangsung di Kuala Selangor pada 2 hingga 6 Jun depan dan ketika ini 191 kawasan telah atau akan bermesyuarat memilih nama untuk bertanding jawatan pucuk pimpinan parti. Dalam pemilihan PAS di peringkat kawasan sebelum ini, turut menyaksikan beberapa nama penting tewas termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, gagal pertahan jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar yang disandangnya sejak tujuh penggal lalu. Dr Abdul Rani Osman, mantan Pesuruhjaya PAS Selangor yang dikaitkan dengan kumpulan 'Anwarinas' juga gagal mempertahankan jawatan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kapar pada pemilihan kali ini. INFO: Pencalonan Muktamar PAS pusat sehingga pagi ini Presiden PAS 1 Datuk Seri Abdul Hadi Awang (80) 2. Datuk Husam Musa (8) 3. Ahmad Awang (3) Timbalan Presiden PAS 1. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (78) 2. Mohamad Sabu (9) Naib Presiden 1. Dr Idris Ahmad (64) 2. Salahuddin Ayub (40) 3. Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (36) 4. Datuk Mahfuz Omar (34) 5. Nasrudin Hassan Tantawi (33) 6. Datuk Iskandar Abdul Samad (20) 7. Datuk Husam Musa (10) 8. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (6) 9. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (3)












Pencalonan AJK Pusat, Pemuda, Muslimat berakhir 30 April

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 11.59 malam 30 April ini ke Pejabat Agung PAS.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Asmuni Awi berkata, tarikh akhir pencalonan itu tidak termasuk untuk Dewan Ulamak PAS Pusat.

Bagaimanapun katanya, pihak jawatankuasa akan bermesyuarat sebaik sahaja pencalonan ditutup dan akan memaklumkan calon-calon yang layak bertanding pada 5 Mei nanti.

Dalam pada itu, beliau kesal apabila masih berlaku kempen-kempen kotor pada pemilihan kali ini walaupun pihak jawatankuasa telah menggariskan peraturan dan larangan berkempen kepada ahli.

"Ramai yang langgar etika dengan melabelkan individu tertentu melalui poster sehinggakan boleh menjatuhkan maruah calon, seperti 'perosak aqidah', 'liberal', 'ortodoks'. Banyak tersebar di media sosial.

"Cumanya saya tidak pasti siapa punya kerja sama ada dilakukan oleh ahli PAS atau mereka yang menangguk di air yang keruh," katanya.

Beliau tidak menolak cara kempen sebegini akan mendedahkan kepada pelbagai tindakan oleh mereka yang menjadi mangsa untuk difailkan kerana reputasi mereka terjejas.

"Walaupun tindakan disiplin diambil atau tidak, tetapi tidak menghalang mereka yang terjejas dari ambil tindakan kepada orang yang buat fitnah,"katanya.

Tegasnya, keadaan ini sekali gus akan menjejaskan imej parti yang akan memberi kesan lebih besar.

"Kita benarkan kempen pun mereka buat macam ni juga, kalau tidak benarkan pun mereka buat juga," ujarnya kepada media di Pejabat Agung PAS hari ini.

PAS Pusat telah menetapkan lokasi untuk melaksanakan muktamar di peringkat dewan-dewan iaitu Dewan Ulamak PAS Pusat akan bersidang di Dewan Datuk Fadzil Noor (Kuizm), Dewan Pemuda PAS Pusat pula di Dewan Jubli Perak Shah Alam dan Dewan Muslimat PAS Pusat di Shah Alam Convention Centre (SACC) di Shah Alam.

Muktamar di peringkat dewan ini akan bermula pada 2 dan 3 Jun manakala Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor bermula pada 4 hingga 6 Jun 2015. – HARAKAHDAILY 20/4/2015

Sumber HD - 20-4-2015












Pemilihan PAS: Aduan sebelum 24 April

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat mengingatkan semua kawasan yang telah bermesyuarat agar mengemukakan aduan tidak berpuas hati mereka pada atau sebelum 24 April ini.

Pengerusinya Asmuni Awi berkata, ini kerana selepas tarikh tersebut pihak jawatankuasa pemilihan akan membuat penilaian bagi melihat aduan yang diterima sebelum keputusan selanjutnya diambil.

"Sekiranya perlu diadakan pemilihan semula di peringkat kawasan ia hendaklah dibuat sebelum 15 Mei hadapan untuk membolehkan kawasan yang terlibat menghantar perwakilan ke muktamar Jun ini.

"Pemilihan yang dibuat lewat akan menafikan hak kawasan berkenaan untuk menghantar wakil pada muktamar nanti," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau berkata, pihak kawasan hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan berlaku masalah dan pertikaian perjalanan keputusan nanti.

Beberapa aduan yang diterima jelas Asmuni ia tidak lebih kepada aduan berkenaan perjalanan mesyuarat agung kawasan.

"Kebanyakkan aduan yang diterima daripada lima kawasan di Selangor termasuk di Puchong, Subang, dan Kuala Langat dan membabitkan satu aduan di peringkat Dewan Pemuda PAS Tumpat," katanya.

Antara aduan yang diterima katanya, melibatkan senarai calon yang bertanding tetapi nama mereka tercicir, keadaan ini perlu tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun beliau menolak aduan ini diterima kerana faktor sabotaJ sebaliknya ia melibatkan kelemahan pengurusan.

"Kelemahan ini mungkin disebabkan tidak faham dan tidak teliti Buku Peraturan Pemilihan PAS 2014 yang telah diedarkan kepada semua negeri dan kawasan," katanya. – HARAKAHDAILY 20/4/2015

Sumber HD - 20-4-2015


Hadi boleh menang, tapi PAS bakal alami luka yang dalam

Posted on Monday, April 20 @ 11:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kedudukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini tampak lebih kukuh berbanding sebelum ini, dan walaupun berdepan krisis dalaman parti, beliau terus menerima pencalonan bagi bertanding untuk mempertahankan kerusinya pada pemilihan akan datang.

Menjelang tarikh akhir mesyuarat agung PAS peringkat kawasan di seluruh negara 21 April ini, Hadi mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan presiden walaupun buat pertama kali dalam sejarah, dua pencabar jawatan itu layak bertanding dalam muktamar PAS ke-61 Jun ini.
Mereka ialah Naib Presiden Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden Ahmad Awang yang masing-masing mendapat sekurang-kurangnya 8 dan 3 pencalonan setakat ini.

Pada masa sama, seorang lagi naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang masih belum mendapat pencalonan kedua untuk melayakkan beliau turut bertanding jawatan presiden, menerima pencalonan bertanding kerusi timbalan presiden, mencabar penyandangnya Mohamad Sabu.

Tuan Ibrahim mendapat pencalonan dari Kota Bharu untuk kerusi presiden, di awal musim mesyuarat agung kawasan kali ini.

Sesuatu yang mengejutkan apabila beliau mendapat pencalonan lebih banyak untuk jawatan timbalan presiden berbanding Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu.

Berdasarkan trend pencalonan presiden ketika ini, kumpulan ulama dalam PAS mendahului pemilihan kali ini untuk jawatan presiden, dan Hadi dijangka berjaya mengekalkan jawatan ini.

"Tuan guru presiden masih kuat dan beliau akan menang dalam pemilihan kali ini," kata veteran politik PAS Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah mengulas trend tersebut.

Dua tokoh kumpulan profesional dalam PAS, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, kalah di Kampar, manakala Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari, tewas di Alor Gajah untuk jawatan yang dipertua PAS kawasan.

Menantu presiden PAS, Zaharudin Mohamad pula berjaya mengalahkan penyandang Yang Dipertua PAS kawasan Subang Mesni Dahlan.

Mesyuarat Agung PAS peringkat kawasan bermula 1 Mac lalu dengan PAS Kota Baru mengadakan mesyuarat yang pertama pada 11 Mac.

Wan Rahim berkata tindakan akar umbi PAS yang turut mencalonkan nama lain untuk jawatan presiden perlu diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti agar prihatin dengan tindak tanduk masing-masing.

"Ia memberi mesej kepada pihak tertentu supaya prihatin dengan politik dalaman dan dalam Pakatan Rakyat (PR), sepertimana diputuskan sebulat suara melalui Muktamar PAS 2008 di Ipoh yang mahu PAS kukuhkan PR," kata yang dipertua PAS Kota Baru itu.

Kepada yang dipertua PAS kawasan yang kalah, Wan Rahim menasihatkan semua penyandang jawatan mengambil iktibar dengan menjaga kawasan mereka dengan baik, bukan mengharapkan menang tanpa bertanding sebagaimana sebelum ini.

Penganalisis politik, Ibrahim Sufian dari Merdeka Centre berkata jumlah pencalonan tidak menentukan kemenangan dalam pemilihan ini sebagaimana berlaku dalam pemilihan PAS sebelum ini.

"Pernah sebelum ini, mereka yang hanya mendapat lebih sedikit pencalonan untuk jawatan timbalan presiden berjaya mengalahkan penyandang jawatan itu yang mendapat pencalonan lebih besar," kata Ibrahim merujuk kepada peristiwa Hassan Shukri yang dikalahkan untuk jawatan timbalan presiden PAS oleh Nasharudin Mat Isa sebelum ini.

"Kalau pertandingan berlaku, ia akan cukup untuk melukakan dan menghilangkan prestij presiden PAS itu dan menimbulkan perpecahan dalam PAS.

"Jentera PAS di peringkat bawahan juga boleh lumpuh dengannya," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

PAS kawasan Shah Alam dan Kuala Kedah adalah antara contoh senario yang dinyatakan Ibrahim.

Walaupun kawasan itu memberikan pencalonan kepada Hadi, hampir kesemua undi atau majoriti daripada perwakilan kawasan itu, mungkin akan mengundi pencabar Hadi jika berlaku pertandingan dalam muktamar nanti.

"Misalnya, jika 45% tidak menyokong Hadi dalam pemilihan ini, sudah tentu ia akan memberikan luka yang dalam kepada beliau. Dan ini tidak wajar berlaku kepada PAS," katanya.
Ibrahim berpendapat bagi menangani masalah tersebut, pihak dalam PAS perlu berbuat sesuatu demi kepentingan parti.

"Memandang perbezaan pendapat yang sudah sangat ketara ini, yang sudah sampai ke akar umbi, pihak terlibat kena mula fikirkan untuk membuat rundingan bagi mencari jalan tengah menyelesaikan kemelut ini.

"Ini kerana, jika pertandingan berlaku, ia akan merugikan PAS," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

PAS akan mengadakan muktamar ke-61 di Kuala Selangor mulai 5 hingga 7 Jun. Muktamar Dewan Pemuda, Ulama dan Muslimat pula akan diadakan sebelum itu pada 3 hingga 4 Jun.

Muktamar kali ini akan menyaksikan pemilihan untuk semua jawatan dalam PAS, daripada presiden hingga ahli jawatankuasa PAS Pusat serta jawatan dalam sayap parti, yang disifatkan paling sengit dalam sejarah parti selepas muktamar 1982 yang membawa kepada pengunduran presidennya Tan Sri Asri Muda.

Sumber TKO - 20-4-2015



EKJS di Kelantan, kenapa gempita seluruh negara?












HAZAYANI ZAKARIA | .


SELAYANG: PAS meminta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP memahami perjuangan parti itu dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS) di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS banyak bertolak ansur dengan PKR dan DAP dalam beberapa isu dan berharap DAP dapat melakukan hal yang sama.

"Tak setuju tak jadi masalah.  Itu hak kita masing-masing seperti mana PAS tak bersetuju dengan pilihan raya PBT, kita beritahu secara terus terang kepada DAP kita tidak setuju.

"Kita tidak boleh terima tetapi kita tidak pernah besar-besarkan isu.  Kita tidak sampai peringkat ugut DAP, tekan DAP tetapi hormat itu perjuangan dia.

"Sikap sperti ini juga yang kita harapkan bila kita bercakap soal undang-undang jenayah Islam. Apa yang kita harapkan ialah persefahaman kawan kita dalam Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga AJK PAS Pusat ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Selayang Kali Ke-32 dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, DAP sewajarnya menghormati PAS berhubung EKJS dan tidak bertindak melampau sehingga memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Mereka boleh tidak bersetuju itu hak mereka tetapi berilah sedikit penghormatan dan tolak ansur kepada kita.

"Jangan menekan kita dalam isu seperti ini. Jangan memaksa kita dan jangan mengugut kita sehingga memutuskan hubungan dengan presiden tetapi nak berbaik dengan PAS. Apa punya sikap seperti ini," katanya lagi.

Mohd Amar turut menegaskan, EKJS sepatutnya tidak menjadi isu besar kerana ia hanya ingin dilaksanakan di Kelantan yang mempunyai 95 peratus penduduk Melayu Islam.

"Sebab itu bila ada yang kata ustaz dan ulama tak faham waqi' dan realiti,  orang itu sebenarnya yang bebal yang tak faham pemikiran ulama.

"Kalau orang tanya saya sendiri berpandangan belum sampai masanya untuk Selangor bercakap soal undang-undang jenayah. Ada isu lain yang perlu kita selesaikan di Selangor.

 "Saya pun hairan bila orang pertikai hudud. Kita nak buat di Kelantan bukan di Malaysia. Apa yang menjadi isu yang gegak gempita di seluruh negara?" katanya.

Beliau juga berkata, Kelantan perlu diberi peluang melaksanakan EKJS sebelum meletakkan persepsi negatif berhubung undang-undang Islam itu.

"Kalau kita pertahankan semangat demokrasi, orang Kelantan minta hak mereka untuk hidup di bawah undang-undang Islam. Undang-undang ini tidak melibatkan orang bukan Islam seperti hari ini orang bukan Islam tidak boleh didakwa di mahkamah syariah.

"Jangan ada di kalangan orang PAS pertikai, selesai dulu masalah banjir baru laksana hudud. Ini perjuangan PAS bukan perjuangan individu.

"Kalau kelantan gagal kita boleh kata tak boleh laksana undang-undang Islam kerana Kelantan gagal. Tapi jangan sekat proses demokrasi," katanya. - HARAKAHDAILY 19/4/2015

Sumber HD - 19-4-2015


Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan setiu kali 37 pada 18 April 2015

Posted on Sunday, April 19 @ 08:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS Kawasa Setiu, Terengganu telah berjaya mengadakan mesyuarat Agung Tahunannya kali ke-37 pada 18 April 2015 (semalam)

Pencalonan AJK PAS Pusat ialah

1. Presiden : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (sebulat suara)
2. Timbalan Presiden : Ustaz Dato' Tuan Ibrahim (sebulat suara)

3. Naib Presiden :
Ustaz Idris Ahmad - sebulat suara
Ustaz Dato' Nik Amar - sebulat suara
Ustaz Nasrudin Hasan - sebulat suara

Cadangan pencalonan AJK diserahkan kepada AJK PAS Kawasan yang baru.







Kredit
Uwais Ismail

Sumber TKO - 19-4-2015


PAS Kemaman Calonkan DSTG Sebagai Presiden, TITM Timbalan


Posted on Sunday, April 19 @ 05:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Mesyuarat Agung Tahunan  2015

PAS Kemaman bermesyuarat agung tahunan di Dewan Mujamma’ Imam Shafie, Pusat Pengajian Taman Islam pada hari Sabtu 18 Apr 2015. Dalam agenda pemilihan, para perwakilan yang berjumlah lebih 100 orang sebulat suara mencalonkan DSTG Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden PAS bagi dikemukakan dalam Muktamar Tahunan PAS Pusat akan datang.

Bagi kerusi Naib-Naib Presiden pula, 3 nama berikut telah dipilih oleh para perwakilan melalui undian dari 5 orang calon:

1. YB Ustaz Nasarudin Hasan (126 undi)

2. YB Ustaz Idris Ahmad (125 undi)

3. YB Dato Nik Amar (69 undi)

Mesyuarat agung PAS Kemaman kali ke 55 ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, PJ BPPNT menggantikan DSTG Presiden yang tidak dapat hadir kerana urusan ke luarnegeri (Indonesia). Catatan ringkas intipati ucapan perasmian beliau seperti berikut:



Intipati ucapan PJ Tganu dlm msyrt agung PAS Kemaman, 18 Apr 15:

-Kita masih bersama dlm perjuangan, berada di atas landasan perjuangan PAS

-perjuangan Islam naik turun, tetapi Allah tetap menyempurnakan agamaNya.

-Janji Allah tetap benar.

-Hari ini kita bermuhasabah, supaya masadepan perjuangan Islam menjadi lebih baik.

-Di peringkat antarabangsa, seperti Mesir, gerakan Islam menghadapi ujian besar.

-Kita berada dlm gerakan Islam ini mencari redha Allah, ganjaran besar dari Allah terutama di akhirat nanti

-Perjuangan ini perlukan kekuatan dalaman yg digerak bersama dlm jemaah

-Dlm sejarah, Nabi SAW membina kekuatan di kalangan sahabat dari sudut akhlak dll

-Cabaran dlm perjuangan banyak. Cth di luarnegeri spt di Algeria, Palestin dll. Gerakan Islam yg menang dlm perjuangan melalui demokrasi tidak mudah diiktiraf oleh dunia.

-DSTG Presiden PAS diakui oleh gerakan Islam di prgkt antarabangsa.
-PAS pernah ditanya oleh pemimpin Spore dll ttg rancangan PAS jika berkuasa. Ini menunjukkan PAS berpotensi menang

-Dlm sejarah, ulama yg berjuang, tapi bila hampir menang, org lain yg diangkat

-Jgn harapkan org lain utk tegakkan dasar perjuangan PAS.

-Kitalah yg mesti menegakkan dasar perjuangan kita.

-Masadepan tetap untuk Islam. Cth Suraqah bin Malik dlm peristiwa hijrah. Nabi janji gelang Raja Rom, tapi hanya didapati di zmn Omar. Cth lain pembukaan Mekah selepas peristiwa Hudaibiah.

-Dlm memilih kepimpinan, kita ada amanah pilih pemimpin, jgn ambil mudah. ‘apabila diserahkan urusan kpd yg bukan ahlinya, tunggulah saat kehancurannya’

-Cth perlantikan Adam di bumi sebagai khalifah, para Sahabat berbincang ttg pengganti Nabi.

-Hanya Islam jadi penyelamat, hati2 dgn penyeru ke jln neraka

-Jgn perlekeh kepimpinan ulama dlm PAS

-Dasar Islam mesti dipegang

-Berbeza pandangan boleh, tapi jaga adab

-Raikan kepelbagaian dlm beri pandangan, tapi berhati2

-Yg penting jaga jemaah

-Pemimpin yg dipilih mesti mereka yg membawa kita ke syurga, mampu mengisi dalaman kerana perjuangan Islam perlukan kekuatan dalaman.

-Kemaman mesti pilih pemimpin yg jelas matlamat Islamnya

-Ttg PRU, jaga peranan, tugasan masing2
-Kemaman mesti perkukuh dan tambah kerusi utk menang
Catatan:
Ust Nik Muhammad Nasri,
TYDP PAS Kemaman
18 Apr 15

11.20 pagi 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ustaznik
Posted on Sunday, April 19 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Sumber TKO - 19-4-2015


DAP Memang Tak Boleh Perintah Selain P. Pinang, Tapi?

Posted on Sunday, April 19 @ 15:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Pas tidak bimbang kerana DAP tidak boleh menang dan memerintah negeri lain selain Pulau Pinang.

“Kita (Pas) berupaya untuk menang sekurang-kurangnya 10 negeri jikalau PR dijaga sebaik mungkin dengan prinsip dan dasar tidak lari dari perjuangan asal.


“Kalau kita menang di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka yang menjadi menteri besar ialah Pas. Kenapa kita perlu bimbang,” katanya ketika  merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas, di sini semalam.

Rasa macam nak tanya, bagaimana dengan Sabah dan Sarawak?

Tapi itu bukan pokok yang saya nak bawa dalam tulisan ini. Yang saya nak persoalkan ialah memang DAP tak memerintah secara zahir tapi pada hakikatnya semuanya di kongkong oleh DAP, lihat bagaimana Presiden PAS dihentam kiri kanan kerana tak ikut telunjuknya.














Saya ambil contoh di Perak. Semasa BN @ UMNO memerintah, hanya satu sahaja exco bukan Islam. Tapi bila Pakatan Rakyat memerintah DAP dapat 6 exco, manakala PAS 2 dan keadilan 3. PAS Walaupun jadi Menteri Besar tapi sekadar pak angguk. PKR pun ada kouta bukan Islam.

Lihat Perjanjian Pangkor II yang telah bocor.

Antara isi kandungan ’Perjanjian Pangkor II’ yang ditandatangani Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Nizar Jamaluddin (PAS) ialah:

1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.

2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain-lain lagi.

3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 Exco DAP, 1 wakil Exco PAS (tolak MB) dan 3 wakil PKR. DAP juga menuntut wakil speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Yang ini mungkin Mohamad Sabu tak sempat kaji.

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com  


Sumber TKO - 19-4-2015

Kepimpinan Baharu Pemuda Marang Azam ‘Rampas’ Pengkalan Berangan



MARANG – Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Marang Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyeru para pemuda PAS agar meneruskan perjuangan kepimpinan terdahulu.

“apa yang mesti dibawa oleh pemuda mesti meneruskan apa yang telah diteruskan oleh pimpinan kita sebelum daripada ini.

IMG-20150419-WA0088

“Yang telah meninggalkan kita dalam tempoh yang dekat ini, yang mana kita telah ditangisi dengan pemergian beberapa orang pimpinan yang tertinggi, Almarhum Tuan Guru Haji Harun Taib, Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik dan yang terakhir ini adalah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

“Dimana pimpinan datang dan pergi, tetapi perjuangan islam mesti diteruskan,”ujarnya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda PAS Marang di Bukit Payong pada Sabtu 18 April.

Menurutnya, para pemuda terus berjuang samada melihat kemenangan dihadapan ataup sebaliknya gugur syahid di jalan Allah SWT.

“walaupun kita mati diatas katil kita, tapi niat kita untuk mati syahid pada jalan Allah. Mudah-mudahan Taala menerimanya,”tambah beliau

Sehubungannya itu, pengganti beliau Ustaz Sulaiman Sulong pula berharap para pemuda menjadi benteng yang terus kukuh untuk membantu perjuangan Islam.

sulaiman sulong

“dengan terlantiknya kepimpinan pemuda yang baru ini kita mengharapkan supaya Pemuda PAS terus kuat menyokong Kepimpinan Ulamak dan terus maju menggerakkan PAS Kawasan Marang.

“juga (kita) berharap agar menjadi benteng yang terus kukuh untuk membantu perjuangan Islam, dan pada yang sama kita tidak akan lari perlembagaan yang telah ditetapkan oleh parti,”katanya ketika ditemui.

Katanya, saf pimpinan yang baru dilantik agar dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan PAS dikekalkan di Parlimen Marang, serta 3 DUN yang ain.

Pada masa yang sama, beliau mengajak para pemuda untuk mengerahkan tenaga dan kekuatan , merampas DUN Pengkalan Berangan yang belum dimenangi.

“Kita akan pastikan dapat merampas kembali DUN Pengkalan Berangan ini di dalam Pilihanraya ke-14 akan datang, insyaAllah,”ujarnya

Beliau turut mengharapkan agar jawatankuasa pemuda yang baru terpilih, bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan pemuda mendapat tempat di mata masyarakat.

Sumber BO - 19-4-2015


15 dicalon untuk jawatan Naib Presiden PAS












HARAKAHDAILY | .


Para perwakilan beratur untuk mengundi pada Muktamar PAS 2013 lalu.


KUALA LUMPUR: Pencalonan untuk pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2015-2017 semakin meriah setelah lebih banyak PAS kawasan mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Sehingga semalam, empat dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS, timbalan presiden (dua) dan naib presiden (15).

Antara kawasan yang sudah mengadakan mesyuarat agung ialah Shah Alam, Kuala Kedah, Kluang, Alor Gajah, Kuala Krau, Besut, Rompin, Kota Raja, Putrajaya, Kulai, Pulai, Wangsa Maju, Jerantut, Kota Kinabalu, Batu Gajah, Hulu Terengganu, Baling, Merbok.

Batu Kawan, Jerlun, Johor Bahru, Maran, Tasek Gelugor, Labuan, Bagan Serai, Subang, Lenggong, Sabak Bernam, Tambun, Kota Melaka, Kuala Langat, Kampar, Ipoh Timur, Titiwangsa, Kuala Kangsar, Rasah, Rembau, Bintulu, Pendang, Kulim Bandar Baharu.

Kuala Nerus, Sepang, Gombak, Padang Besar, Petrajaya, Kota Tinggi, Batu Sapi, Segamat, Teluk Kemang, Seremban, Tanjong Piai, Sri Gading, Kota Bharu, Parit Sulong, Jelebu dan Bukit Gelugor.

Mesyuarat agung PAS kawasan diteruskan pada hari ini.

Setiap calon yang ingin bertanding perlu mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan daripada PAS kawasan.

Pencalonan dibuat oleh PAS kawasan sama ada semasa mesyuarat agung atau diputuskan oleh jawatankuasa kawasan.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 akan diadakan pada 4 hingga 6 Jun depan di Kuala Selangor.

Presiden PAS

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Datuk Husam Musa
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ustaz Ahmad Awang

Timbalan Presiden PAS

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Mohamad Sabu

Naib Presiden PAS

Salahuddin Ayub
Ustaz Idris Ahmad
Datuk Mahfuz Omar
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Husam Musa
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Ustaz Nasrudin Hassan
Datuk Iskandar Abdul Samad
Mohamad Sabu
Dr Siti Mariah Mahmud
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Datuk Dr Mahfodz Muhammad
Mohamad Nor Mohamad
Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh - HARAKAHDAILY 19/4/2015

Sumber HD - 19-4-2015


Kepimpinan ulama tidak nafi sumbangan profesional












HAZAYANI ZAKARIA | .


SELAYANG: Kepimpinan PAS tidak boleh dipisahkan daripada ulama tanpa menafikan sumbangan golongan bukan ulama kepada parti Islam itu, tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, PAS tidak pernah menafikan golongan profesional dan aktivis dalam parti namun parti itu mesti dipimpin oleh golongan ulama.

"Kekuatan kita yang sebenar berada pada Islam. Islam pada asasnya dipimpin oleh ulama. Sebab itulah PAS dan ulama tidak boleh dipisahkan dengan tidak menafikan sumbangan mereka yang bukan ulama.

"Kita tidak pernah menafikan sumbangan orang-orang yang kita tidak panggil ulama sama ada profesional, aktivis, kita tidak pernah menafikan sumbangan mereka. Tetapi untuk memimpin parti Islam tentulah seorang yang mempunyai kelayakan sebagai ulama," kata beliau sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Selayang Kali Ke-32, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam pada ada PAS dikritik teruk ketika ini, pendaftaran keahlian PAS semakin bertambah menunjukkan masih ramai orang yang berminat dengan PAS.

"PAS parti yang tak pernah luntur. Dalam keadaan hari ini orang pertikai PAS, orang pertikai pembawaan Presiden PAS tetapi setiap bulan kita luluskan ribuan ahli baru. Mesyuarat PAS baru-baru ini meluluskan 8,000 ahli baru.

"Angka keahlian PAS mencecah 1 juta seluruh negara. Dalam keadaan orang kata PAS lemah, Presiden PAS tak mampu bawa PAS dengan baik, PAS kelam kabut tetapi jumlah orang yang mahu menjadi ahli PAS bertambah seluruh negara," katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Beliau turut mengingatkan ahli PAS agar berhati-hati dalam mengatur strategi politik agar tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan dalam Islam bagi memastikan kemenangan PAS kelak akan mendapat keredhaan Allah.

"Politik Islam mesti berbeza dari orang lain. Strategi yang kita rancang tidak boleh meniru orang lain. Dalam PAS ada batas. Kita mesti menang bermaruah, menang dengan mendapat keredhaaan Allah. Ada sebahagian daripada kita tidak faham.

"Sebab itu apabila ulama bercakap soal ini ada orang mempermainkan kenyataan ulama. Kalau macam ini mereka kata tak payah bertandinglah, tak payah susun strategilah kerana yang kita nak cari ialah mencari keredhaaan Allah. Ini orang yang singkat pemikiran. Tidak sepatutnya orang-orang begini ada dalam PAS. Ini bukan cara orang PAS berfikir," tegasnya.

Dalam pada itu Mohd Amar turut mempertahankan kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan meminta ahli PAS lebih beradab dalam menegur pimpinan tertinggi parti.

"Hari ini ada sebahagian orang PAS bertukar presiden, bertukar bapa. Ini bukan sikap yang betul. Boleh jadi ayah kita buat silap tapi dia adalah ayah kita yang mesti dihormati.

"Saya tidak kata presiden ini sempurna, maksum tak ada salah dan silap. Dia manusia biasa macam kita, ada salah dan silap tetapi kita sebagai orang di bawah mestilah menghormatinya," katanya. - HARAKAHDAILY 19/4/2015

Sumber HD - 19-4-2015


Jangan Peduli Gangguan Nyamuk – Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim



SETIU – “Nyamuk ni kecik saja. Kena darah pada pakaian pun tak dikira najis. Boleh pakai buat sembahyang. Tapi kehadirannya menganggu. Sekali masuk nyamuk dalam kereta, susah nyamuk nak keluar. Kita buka cermin dia hilang, tutup cermin ada semula.

IMG-20150418-WA0163

“Apakah kita kena berhentikan kereta kerana nak lawan dengan seekor nyamuk? Sepatutnya kita jalan terus. Buat tak tahu je dengan nyamuk seekor ni.”

Demikian penegasan Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man ketika merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 37 PAS Kawasan Setiu di Kompleks Tarbiyah Luqmanul Hakim pagi ini.

Berucap dalam mesyuarat agong yang dihadiri seramai 450 orang perwakilan, Dato Tuan Ibrahim menegaskan lagi, PAS adalah sebuah kapal besar.

IMG-20150418-WA0164

“Sifat sebuah kapal besar, ia tak belayar di anak sungai tetapi belayar di lautan yang luas dan bergelombang. Kapal yang dilanda gelombang adalah perkara biasa.

“Tapi jangan duduk main kat tepi, nanti jatuh ke laut. Biasanya selepas gelombang melanda, laut akan menjadi tenang setenang-tenangnya,”jelasnya.

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Setiu pada hari ini menyaksikan pertandingan bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua dan Ketua Urusan Ulama sementara jawatan YDP dan Naib Yand Dipertua dimenangi tanpa bertanding.

Dr Azman Ibrahim telah dipilih sebagai Naib yang baru setelah mengenepikan penyandang jawatan itu, Ustaz Mohd Pauzi Muda.

Mohd Nazari Alias telah dipilih sebagai Ketua Urusan Ulamak setelah menang mengatasi Ustaz Ali bin Mat.

Sumber BO - 18-4-2015


Mat Sabu masih ada pengaruh walau kurang pencalonan

Posted on Friday, April 17 @ 14:16:55 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


KUALA LUMPUR: Meskipun Mohamed Sabu ketinggalan dalam pencalonan jawatan Timbalan Presiden bagi Muktamar PAS Jun depan, ia tidak bermakna pemimpin tersebut ditolak oleh ahli-ahli PAS.


Penganalisis politik, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata hal itu mungkin terjadi kerana sebahagian ahli-ahli PAS masih menghormati kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Bagi jawatan Timbalan Presiden, di samping protes kerana Mat Sabu terlalu rapat dengan pemimpin PKR dan DAP, sebab lain juga kerana penyataan ketidakyakinan bahawa beliau mampu menggantikan Hadi sebagai Presiden. 


"Namun Mat Sabu masih ada pengikutnya tersendiri, maka saya fikir di kalangan pengikut PAS, Mat Sabu dianggap sebagai pejuang, dari zaman PAS tidak banyak pengaruh hinggalah apa yang PAS perolehi sekarang," katanya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.


Mohamed atau dikenali sebagai Mat Sabu menerima saingan daripada Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Timbalan Presiden.


Tuan Ibrahim kini mendahului jawatan itu dengan memperolehi 14 pencalonan daripada 175 bahagian.


Mat Sabu pula setakat ini hanya memperolehi enam pencalonan.


"Mungkin Mat Sabu tidak mencapai piawaian seorang alim ulama terhadap pengikut PAS," demikian menurut Tunku Mohar lagi.


Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu percaya rata-rata ahli PAS berada dalam dilema dalam menentukan barisan kepimpinan terbaharu parti Islam tersebut.


Ramai pihak melihat Muktamar PAS yang diadakan pada Jun depan akan berlangsung dengan sengit memandangkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menjadi benteng utama mengurangkan pengaruh golongan ulama di dalam PAS.


Malah kedudukan Hadi juga dilihat goyah selepas beberapa kawasan turut mencalonkan Naib Presiden, Datuk Husam Musa.



Sumber HD - 17-4-2015


Menantu Hadi Menang YDP PAS Subang

Posted on Friday, April 17 @ 13:11:45 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Zaharuddin Muhammad, menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenangi jawatan Ketua PAS Kawasan Subang. Beliau merupakan anak muda pro ulama di dalam PAS yang akan mencetuskan gelombang baharu bagi mengembalikan hala tuju dan dasar sebenar parti itu.


Zaharuddin yang berusia dalam awal 30-an dan Ketua Pegawai Agama Perangsang Selangor menewaskan penyandang Misni Rahman, seorang jurutera yang juga dari kumpulan pro-erdogan di dalam PAS. Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata kemenangan Zaharuddin merupakan sebahagian daripada trend kuat pro ulama di dalam pemilihan parti itu.

Katanya, pemimpin pro ulama yang juga berpengaruh di Selangor dengan segelintir pihak menyifatkan ia sebagai negeri pro-erdogan.
Kumpulan pro ulama juga mendominasi di Klang dimana terdapat peralihan mesra dari ulama Nazri Nayan kepada Mohd Prasad Haniff.
Lebih banyak kemenangan kumpulan pro ulama dijangka minggu ini dengan sebahagian besar daripada kawasan di Selangor akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) mereka dan mengadakan pemilihan baharu.
Di Kapar, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman berdepan persaingan sengit menentang Timbalan Ketua Ulama Kawasan, Najhan Salleh yang menerima sejumlah besar pencalonan.
"Trend ini juga menunjukkan bahawa ahli PAS mahu kekal sebagai Presiden," kata bekas setiausaha akhbar Hadi, Roslan Shahir yang juga dari PAS Kawasan Kelana Jaya.
Semua PAS Kawasan di Selangor yang sudah mengadakan AGM mereka setakat ini mencalonkan Abdul Hadi sebagai presiden.
Roslan berkata PAS kawasan tersebut mendapat petunjuk dari Ketua PAS negeri dan ahli exco negeri, Datuk Iskandar Samad yang menyeru agar Hadi dikekalkan.

Jawatan presiden tidak dipertandingan selama beberapa dekad tetapi ada kemungkinan Hadi akan dicabar.

Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Ahmad Awang dari Perak menerima pencalonan untuk bertanding jawatan tertinggi itu.

Timbalan Presiden Mohamad Sabu juga berdepan saingan sengit apabila Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga penyandang Naib Presiden turut dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Pemilihan PAS pada tahun ini adalah yang paling sengit dalam sejarah parti itu.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin, antara nama besar dalam kumpulan pro-Erdogan gagal mempertahankan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kampar selepas tewas kepada pencabarnya, Mohd Sofian Rejab.

Nizar hanya menerima 24 undi daripada 146 yang diperoleh pencabarnya.

Sumber TKO - 17-4-2015

Pemuda KT Tekad, Pastikan Lima Kerusi Kekal Milik PR


KUALA TERENGGANU – Kepimpinan baharu Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu (KT) akan meningkatkan usaha mempastikan kesemua lima kerusi di Parlimen Kuala Terengganu terus menjadi milik PR pada pilihan raya umum akan datang.

azrin aris

Ketuanya, Azrin Aris berkata, cabaran untuk mengekalkan kemenangan di semua kerusi termasuk parlimen KT akan digerakkan dengan beberapa usaha antaranya melipatgandakan pertambahan ahli PAS dan menggiatkan pendaftaran pemilih.

“Itu antara gerak kerja yang kita akan fokus demi memastikan kemenangan yang kita sapu bersih pada PRU baru-baru ini akan kekal dalam PRU akan datang,” katanya, ketika ditemui di pejabatnya, di sini semalam.

Azrin diamanahkan mengetuai ‘saf’ kepimpinan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu bagi penggal baharu 2015-2017 sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Agung Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh Wan Mohdd Faizul Wan Abas yang meninggalkan ‘era pemuda’ berikutan faktor umurnya sudah melebihi had ditetapkan dalam pemuda.

“Saya ucakan terima kasih kepada yang hadir baru-baru ini dan terima kasih pada kepimpinan yang lepas terutama Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas,

IMG-20150415-WA0083

“yang memberi peluang, sokongan dan dokongan untuk saya teruskan kepimpinan pada sesi 2015 hingga 2017,” katanya.

Azrin menjelaskan, program tarbiyah akan diteruskan kerana ia adalah elemen yang menguatkan jati diri ahli-ahli PAS, supaya terus istiqamah.

Tegasnya, program tarbiyah sangat penting dalam melicinkan perjalanan parti dan memperkasakan pemuda khususnya pemuda cawangan.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan mengetepikan beberapa agenda yang telah dilaksanakan pada penggal lepas dalam memperkemas gerak kerja di peringkat cawangan Pemuda.

Bahkan katanya, program dan gerak kerja akan diperhebat untuk memastikan setiap agenda yang dilaksanakan kelak menarik minat masyarakat dan pengundi untuk turut serta bersama-sama PAS.

Dalam masa sama, Azrin turun berharap ahli-ahli Pemuda aktif bergaul pergaulan dengan warga setempat serta melibatkan diri dalam hal-hal kemasyarakatan di kawasan masing-masing dan bukan hanya terhad dengan aktiviti dalaman parti sahaja.

Sumber BO - 15-4-2015































































Pemilihan: 147 kawasan belum bermesyuarat 

agung

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini akan menjadi tumpuan ramai berikutan akan diadakan pemilihan kepimpinan parti itu bagi sesi 2015 hingga 2017.

Bagaimanapun, setakat ini masih terdapat 147 kawasan yang belum menjalankan mesyuarat agung manakala 44 kawasan masing-masing telah selesai bermesyuarat.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kawasan-kawasan yang belum lagi menjalankan mesyuarat dijangka akan melaksanakan tugas mereka pada minggu ini.

"Minggu ini kita jangka kawasan-kawasan semakin rancak menjalankan mesyuarat agung masing-masing," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, di peringkat sekretariat PAS Pusat mereka sentiasa memantau perjalanan mesyuarat agung bukan sahaja di kawasan-kawasan malah dewan-dewan bagi membantu melicinkan perjalanan mesyuarat.

"Manakala Jawatankuasa Pemilihan yang dibentuk di peringkat Pusat akan menguruskan soal pemilihan di semua peringkat," katanya.

Pencalonan bagi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat termasuk dewan-dewan katanya, ia mestilah sampai ke Pejabat Agung PAS selewat-lewatnya pada 30 April ini sama ada melalui pos ataupun serahan tangan.

Beliau juga mengingatkan calon yang bertanding bahawa borang pencalonan tidak akan diterima sekiranya dihantar melalui emel atau faks atau apa jua selain yang ditetapkan.

"Perlu pastikan borang pencalonan dihantar pada waktu yang ditetapkan. Sekiranya terlewat maka pencalonan akan secara automatik tertolak," katanya.

PAS Pusat telah menetapkan lokasi untuk melaksanakan muktamar di peringkat dewan-dewan iaitu Dewan Ulamak PAS Pusat akan bersidang di Dewan Datuk Fadzil Noor (Kuizm), Dewan Pemuda PAS Pusat pula di Dewan Jubli Perak Shah Alam dan Dewan Muslimat PAS Pusat di Shah Alam Convention Centre (SACC) di Shah Alam.

Muktamar di peringkat dewan ini akan bermula pada 2 dan 3 Jun manakala Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor bermula pada 4 hingga 6 Jun 2015. – HARAKAHDAILY 15/4/2015

Sumber HD - 15-4-2015


Hulu Terengganu Sasar Tiga Kerusi

HULU TERENGGANU – PAS Kawasan ini sedang meletakkan sasaran untuk menawan kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Ngeeri (DUN) dalam membantu Pakatan Rakyat mentadbir Terengganu pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Yang Dipertuanya, Haji Muhyidin Abd Rashid berkata, pihaknya akan memperkasa jentera di peringkat dalaman parti untuk memastikan keseluruhan rakyat khususnya Hulu Terengganu memberi sokongan padu kepada parti itu.

IMG-20150410-WA0062

“Sasaran kita untuk hadap pilihan raya kerana pemilihan kali ini adalah untuk pilihan raya akan datang.

“Melalui usaha yang ada, kita gembleng terus sama ada usaha perkasa jentera ke dalam dan keluar untuk memastikan seluruh rakyat khususnya kawasan Hulu Terengganu melihat kita sebagai harapan rakyat untuk membantu rakyat merampas Terengganu daripada BN,” katanya
PR hanya berjaya mengekalkan Dun Manir daripada lima kerusi Dun termasuk satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Hulu Terengganu, Jumaat lalu, Muhyidin kekal mempertahankan jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Terengganu bagi penggal 2015-2017.

Beliau akan bekerja dengan kepimpinan sama memandangkan tiada sebarang perubahan di peringkat jawatankuasa kanan kawasan tersebut sebagaimana penggal lepas.

Antaranya, Timbalan yang dipertua kekal disandang Ismail Osman, Naib yang dipertua (Hilmi Harun), Setiausaha(Hamazah Abd Latiff), Bendahari (Dr Mamad Puteh) dan Ketua Penerangan disandang oleh Mohd Razki Yah@Alias.

IMG-20150410-WA0036 (2)

Di peringkat ahli jawatankuasa yang terpilih adalah Kamaruzaman Abdullah, Hamdi Harun, Safari Abu, Saiful Ambia Darusa, Badariah Awang, Samsul Bahri Saleh, Saniza Abd Rahman, Alias Salleh, Nasaruddin Salleh, Ibrahim Tahir, Nasrun, Noriah Said, Sulaiman Ismail dan Yusuf Embong

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung Pas Kawasan Hulu Terengganu, Khairuddin Mizi yang dihadiri oleh 419 perwakilan dan 71 cawangan.

Sementara itu, Muhyidin memberitahu bahawa pihaknya bersyukur dengan pencalonan di peringkat Pusat apabila kesemuanya sebulat suara mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Presiden dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai timbalan presiden sebagaimana disiarkan Sinar Harian pada 11 April lalu.

“Saya bersyukur kerana Pas Hulu Terengganu tiada masalah dari segi kesatuan fikrah dan perpaduan sebagaimana keputusan mesyuarat agung,” katanya.

Sumber BO - 14-4-2015


Ahmad Awang Cukup Untuk Tanding Presiden PAS

Posted on Monday, April 13 @ 17:03:57 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Selepas cukup pencalonan untuk mencabar presiden, penyokong veteran PAS Ahmad Awang dilihat terus berkempen mengangkatnya sebagai calon terbaik berdepan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anggota Parlimen parti Islam itu Khalid Samad mengetengahkan "perbualannya" dengan seorang penyokong Ahmad selepas mesyuarat agung tahunan PAS Shah Alam.

Dalam pemilihan peringkat bahagian itu sebelum ini, Ahmad dan Hadi sama-sama popular di mata perwakilan apabila dipisahkan cuma enam undi.

Hadi mendapat 78 undi, manakala Ahmad memperoleh 72 undi.

"Dia (Ahmad) menyelamatkan PAS semasa PRU (pilihan raya umum) 2008 dahulu. Kalau tidak kerana ketegasan Ustaz Ahmad Awang, PAS Perak mungkin sudah bersatu dengan Umno di Perak untuk membentuk kerajaan.

"Dia mampu menyatu padukan ahli dan PAS bersama Pakatan Rakyat. Kita patut berikan dia peluang," tulis Khalid, memetik jawapan penyokong Ahmad itu.

Bagaimanapun Khalid, dalam perbualan yang diceritakan kembali di blognya hari ini, membantah dengan menyatakan bahawa Hadi juga bertegas dengan Umno sewaktu krisis di Perak.

Ahmad 3, Hadi 22, Husam 8

"Tidak apalah YB, mesyuarat agung tahunan kawasan pun sudah selesai. Pandangan saya begitu. Bagi saya, PAS perlukan presiden yang lebih bijak merancang dan mengatur strategi, pandai berkawan dan jujur dalam persahabatan.

"Tapi yang lebih penting lagi, sebagai ketua eksekutif, seseorang presiden mesti bersedia untuk dikritik dan ditegur. Tidak dianggap 'berdosa' menyanggah pandangannya dan tidak salah membetulkan kesilapannya sekiranya tersilap," tulis Khalid, memetik jawapan anggota akar umbi PAS itu.

Ahmad selamat dengan tiga pencalonan bahagian dengan pencalonan daripada Parti Sulong, Jelebu dan Bukit Gelugor. Hadi pula mendapat sekurang-kurangnya 22 pencalonan kawasan.

Sementara itu Naib Presiden Datuk Husam Musa pula mendapat sekurang-kurangnya lapan pencalonan daripada kira-kira 30 daripada 191 bahagian yang telah bermesyuarat setakat ini.

Muktamar pemilihan PAS kali ini akan berlangsung pada Jun ini di Kuala Selangor.

Soalan Umno: Kamu barua atau broker?

Dalam tulisan di blog itu juga, Khalid berkata, berdasarkan maklum balas diterimanya, akar umbi PAS mengakui ketokohan dan kefakihan Hadi tetapi mereka perlukan pemimpin yang cekap berpolitik.

Perkara lain dibangkitkan padanya termasuk dakwaan kelemahan kepimpinan Hadi seperti kekalahan PAS di Terengganu sebelum ini, tidak terbuka pada kritikan serta kegagalan menangani perbalahan dalaman parti dan Pakatan.

Selain itu, kata Khalid, anggota itu turut mempersoal kritikan Hadi kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka dalam krisis Selangor serta tindakannya melemparkan ungkapan “barua” dan “broker' kepada ahli dan pimpinan PAS tertentu.

"Saya minta maaf lagi, saya hingga hari ini tidak boleh terima. Sudahlah tu, bukti pun tidak ada. Tetapi main tuduh begitu. Terbuka pula.

“Bila saya balik dari muktamar, kawan saya dari Umno tanya saya, kamu ni barua ke broker? Geramnya saya,” katanya.- MK

Sumber TKO - 13-4-2015

Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin Kalah YDP PAS Kampar
Posted on Monday, April 13 @ 10:19:02 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



IPOH 12 April - Setelah tujuh penggal menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kampar, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin hari ini terpaksa akur apabila pengundian barisan kepemimpinan baharu tidak lagi memihak kepadanya.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu tewas kepada pencabarnya, Mohd. Sofian Rejab yang memegang jawatan sebagai Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Kampar sejak 2011.
Pengerusi Tetap, Sulaiman Hamzah ketika mengumumkan keputusan pengundian tersebut pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kampar di Kampung Tersusun Malim Nawar dekat sini bagaimanapun, tidak menyebut jumlah keseluruhan undi yang diperolehi.

Jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Kampar dan Naib Yang Dipertuanya pula masing-masing dimenangi oleh Ketua Dewan Pemudanya, Anuar Morat dan Azmi Abdul Hamid yang berjaya mengekalkan kedudukan pada penggal lalu.

Dalam pada itu, Sofian ketika ditemui berkata, beliau berikrar untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dalam menarik lebih banyak sokongan masyarakat setempat untuk memperkukuh jentera parti di Kampar.

"Saya bukanlah yang terbaik, namun, selagi kita menganjur dan memperkembang syariat Islam, insya-Allah, semuanya akan berlangsung seperti yang diinginkan," katanya.

Dewan Ulama Pas Negeri baru-baru ini dilaporkan telah hilang kepercayaan terhadap Mohammad Nizar ekoran kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering itu bersama-sama Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Laksamana (B) Imran Hamid, berhubung isu hudud.

Kenyataan bersama itu antara lain memetik Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan adalah di luar dasar bersama dan wajar dibincang serta perlu mendapat persetujuan Majlis Presiden pakatan pembangkang.

Kekalahan Mohammad Nizar itu menyaksikan golongan ulama terus mendapat kepercayaan ahli parti apabila beberapa kawasan Pas seperti Tambun, Parit, Kuala Kangsar dan Bagan Serai yang turut menganjurkan mesyuarat sama pada hari ini memilih Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus menerajui saf kepemimpinan parti Islam itu.

Selain itu, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menjadi pilihan untuk dicalonkan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden oleh keempat-keempat kawasan tersebut.

Sumber TKO - 13-4-2015


Tuan Ibrahim Dahului Pencalonan No.2 PAS
Posted on Monday, April 13 @ 11:56:05 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA:
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendahului perebutan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan memperolehi lebih banyak pencalonan daripada penyandangnya, Mohamed Sabu.

Tuan Ibrahim memperoleh 14 pencalonan daripada 175 bahagian menjelang pemilihan yang akan diadakan pada Jun ini.


Mohamed atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu memperoleh enam pencalonan.
Pemilihan PAS pada tahun ini lebih menarik berikutan terdapat kemungkinan kerusi Persiden akan dicabar.

Walaupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang mendahului dengan 18 pencalonan untuk mempertahankan jawatan tersebut, penyandang Naib Presiden Datuk Husam Musa menerima tiga pencalonan untuk mencabar Presiden.

Buat pertama kalinya dalam tempoh 33 tahun pencabar berpotensi untuk jawatan Presiden dicalonkan, walaupun Husam belum mengesahkan sama ada beliau akan mencabar Abdul Hadi untuk jawatan No.1 dalam parti itu.

Penyingkiran Tan Sri Mohamed Asri Muda pada 1982 merupakan kali terakhir kerusi tertinggi itu dicabar.

Asri digantikan oleh Yusof Rawa.

Sejak itu, kerusi tersebut yang diterajui Yusof kemudiannya diambil alih Datuk Fadzil Noor dan seterusnya Abdul Hadi yang menang tanpa bertanding.

Abdul Hadi berdepan kritikan terutamanya daripada DAP berhubung niatnya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan yang menyebabkan keretakan hubungan di dalam Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Marang itu menerima pencalonan dari bahagian Shah Alam, Kuala Kedah, Kluang, Alor Gajah, Kuala Krau, Besut, Rompin, Kota Raja, Putrajaya, Kulai, Pulai, Wangsa Maju, Jerantut, Kota Kinabalu, Batu Gajah, Hulu Terengganu, Kuala Langat dan Sabak Bernam.

Husam pula mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden dari bahagian Kota Tinggi, Batu Sapi, Segamat, Teluk Kemang dan Seremban.

Timbul spekulasi bahawa Tuan Ibrahim dikatakan akan bersama-sama Abdul Hadi bertanding jawatan tertinggi dalam parti itu bagi mempertahankan dominasi kumpulan pro-ulama.

Ketua PAS Putrajaya Kamaruzaman Mohamed berkata bahagian tersebut sebulat suara mencalonkan Hadi dan Tuan Ibrahim bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dengan menyatakan tiada calon yang lebih baik untuk mengetuai parti itu selain Abdul Hadi.

"Kami percaya PAS akan menjadi lebih kuat dalam meneruskan perjuangan Islam. Tiada orang yang lebih baik untuk membantu Presiden selain Tuan Ibrahim," kata Kamaruzaman.

Ketika dihubungi, Tuan Ibrahim yang juga Persuruhjaya PAS Pahang berkata beliau hanya akan mengumumkan keputusannya untuk mencabar Mat Sabu sebaik sahaja semua bahagian menyerahkan pencalonan mereka.

"Bagaimanapun saya bersyukur dan terharu dengan sokongan akar umbi parti," katanya.

Pencalonan untuk pemilihan parti itu akan ditutup pada hujung bulan ini.

Sumber TKO - 13-4-2015


PAS MACHANG KEKAL TRADISI GANTI YDP 













YB ZULKIFLI MAMAT - ADUN PULAU CHONDONG

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34836-pas-machang-kekal-tradisi-ganti-ydp


Sumber HD - 12-4-2015

Jangan terikut sindrom pertikai pemimpin

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .


Ustaz Idris menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada Ustaz Mohd Baqi.

MARAN: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyeru ahli-ahli parti supaya tidak terikut-ikut dengan sindrom mempertikaikan pimpinan yang sengaja dimainkan oleh pihak tertentu pada masa ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, sebagai gerakan dakwah dan pertubuhan politik berteraskan Islam ahli-ahli PAS tidak sepatutnya hilang ketaatan kepada pimpinan dan jamaah selaras dengan seruan Saidina Umar ‘tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa ketua dan tiada ketua tanpa ketaatan’.

Berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Maran kali ke-35 di Pasti Al-Hidayah Kampung Awah di sini, beliau menempelak ada pihak yang menuduh PAS dilanda candu wala’ (taat) dengan mengambil kata-kata Abul A’la Al-Maududi ‘organisasi yang tiada ketaatan ahlinya lebih baik terlibat aktiviti gotong-royong sahaja’.

“Betul, pada masa ini ahli-ahli PAS sudah bercakap tentang tahaluf, berfikir luar kotak, pemikiran strategik dan sebagainya sedangkan taat itu termasuk dalam perkara-perkara awaliyat dan sepatutnya kita mengikut abjadiat dalam berorganisasi,” katanya.

Idris berkata, kadang-kadang ahli lupa ketika mempertikaikan pimpinan bahawa mereka yang di atas mempunyai kelebihan melihat perkara yang tidak terfikir oleh peringkat bawahan.

Beliau mengambil contoh bagaimana Almarhum Profesor Zulkifli Mohamad yang pernah mencadangkan supaya diwujudkan ahli bersekutu dalam PAS kepada bukan Islam.

“Tetapi oleh kerana suasana pada masa itu ahli-ahli tidak faham lalu menghentam almarhum sehingga beliau menangis dan menarik balik cadangannya.

“Tetapi kita lihat, 50 tahun kemudian tertubuh Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang bertaraf ahli bersekutu. Ertinya seorang pemimpin itu pemikiran dan pandangannya sudah jauh terkehadapan dan dia sudah nampak georafi politik dan faktor perkauman dalam negara ini, cuma ahli-ahli tidak faham.

“Begitulah juga dengan presiden parti kita yang pandangan dan bacaan politik jauh terkehadapan tetapi mungkin ada yang tidak faham lalu mempertikaikannya setelah mengambil maklumat dari sumber luar,” katanya di hadapan kira-kira 300 perwakilan dan pemerhati.

Tegasnya lagi, ahli-ahli PAS mesti ada jati diri sebagaimana ikan, walaupun berada dalam lautan yang masin tetapi tetap tidak larut dengan dunia sekelilingnya.

Maran merupakan PAS kawasan ketiga di Pahang yang mengadakan mesyuarat agung selepas Kuala Krau dan Jerantut.

Turut menarik perhatian mesyuarat itu ialah kali pertama majlis dikendalikan oleh pengacara dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Arab. - HARAKAHDAILY 11/4/2015

Sumber HD - 11-4-2015












HINDAR : Isyarat PAS Dungun Teguh Bersama Ulamak


Oleh : Zul Shawal
KUALA LUMPUR – PAS Kawasan Dungun terus mengzahirkan sokongan mereka untuk terus bersama kepimpinan ulama. Kali ini, Dungun berjaya menghantar perserta untuk bersama-sama menjayakan program Himpunan Derita Raya (HINDAR) anjuran Dewan Ulama PAS Pusat.

IMG-20150411-WA0093

Kontijen Dungun yang diketuai oleh ADUN Sura YB Cikgu Wan Hapandi Wan Nik yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Dungun yang juga Adun Sura menyatakan penyertaan kali ini adalah kesimbungan semangat yang dibawa daripada program Ijtimak Perpaduan Ummah Sedunia pada bulan lepas.

“Alhamdulillah, Dungun untuk program HINDAR, kita berjaya menghantar peserta ke sini. Ada Dun yang menyewa bas dan ada yang hadir dengan kenderaan sendiri,”kata Wan Hapandi ketika ditemui di tapak program HINDAR.

“Begitu juga dengan Muslim Bikers dan ARC Dungun yang menunggang secara berkumpulan dari Dungun untuk bersama kita,’ tambah beliau.

Jabatan Amal Dungun juga telah menghantar seramai 60 orang petugas bagi menjalankan tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka.

Program yang diadakan pada petang ini bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur adalah bertujuan membantah perlaksanaan GST yang dikenakan terhadap rakyat.

Sumber BO - 11-4-2015

Pemilihan PAS: Pencalonan semakin bertambah

HARAKAHDAILY | .


IMBAS...Tuan Guru Abdul Hadi pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan PAS 2013 lalu.

KUALA LUMPUR: Semakin ramai dicalonkan untuk pemilihan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang akan berlangsung Jun depan.

Pencalonan untuk jawatan Presiden PAS, timbalan dan naib bagi sesi 2015-2017 semakin meningkat selepas lebih 20 PAS kawasan selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Antara PAS kawasan berkenaan ialah Shah Alam, Kuala Kedah, Kluang, Alor Gajah, Kuala Krau, Besut, Rompin, Kota Raja, Putrajaya, Kulai, Pulai, Wangsa Maju, Jerantut, Kota Kinabalu, Batu Gajah, Hulu Terengganu, Kota Tinggi, Batu Sapi, Segamat, Teluk Kemang, Seremban, Kota Bharu, Parit Sulong.

Setiap calon yang ingin bertanding perlu mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan daripada PAS kawasan.

Pencalonan dibuat oleh PAS kawasan sama ada semasa mesyuarat agung atau diputuskan oleh jawatankuasa kawasan.

Presiden PAS

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Datuk Husam Musa
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ustaz Ahmad Awang

Timbalan Presiden PAS

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Mohamad Sabu

Naib Presiden PAS
Salahuddin Ayub
Ustaz Idris Ahmad
Datuk Mahfuz Omar
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Husam Musa
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Ustaz Nasrudin Hassan
Datuk Iskandar Abdul Samad
Mohamad Sabu
Dr Siti Mariah Mahmud - HARAKAHDAILY 10/4/2015

Sumber HD - 10-4-2015












Presiden: PAS Hulu T’ganu calonkan TG Hadi

BERNAMA | .


HULU TERENGGANU: PAS Kawasan Hulu Terengganu yang mengadakan Mesyuarat Agung hari ini telah sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus kekal sebagai Presiden manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden.
  
Keputusan pencalonan sempena muktamar tahunan parti yang dijangka berlangsung Jun depan itu dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 PAS kawasan itu yang diadakan di Kubang Lembek dekat Manir di sini hari ini.
  
Sementara itu, tiga calon Naib Presiden Pas yang dipersetujui pula ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah serta dua Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat iaitu Nasrudin Hasan Al-Tantawi dan Idris Ahmad.
  
Setakat ini hanya PAS Kawasan Besut dan Hulu Terengganu sahaja sudah selesai mengadakan mesyuarat manakala enam kawasan lain iaitu Setiu, Kuala Nerus, Marang, Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu akan bermesyuarat sebelum 25 April ini.
  
Keputusan yang dicapai oleh PAS Kawasan Hulu Terengganu pada hari ini juga adalah calon yang sama dipilih oleh PAS Kawasan Besut pada minggu lepas. - BERNAMA

Sumber HD - 10-4-2015

Pesuruhjaya PAS Melaka Kalah Bertanding Jawatan YDP PAS Kawasan Alor Gajah

Posted on Thursday, April 09 @ 16:44:47 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


















Kita masih ingat lagi dalam isu MB Selangor, Adly Zahari Pesuruhjaya PAS Melaka telah membuat kenyataan terbuka dalam Malaysiakini mengkritik Presiden PAS YAB DS Abdul Hadi Awang. (Boleh baca di sini)

Tindakan membelakangkan Presiden PAS ini dlihat sangat tidak kena dan sebenar tidak disenangi oleh ahli-ahli PAS Melaka.

Adly Zahari, bekas pelajar UTM yang pernah bekerja sepenuh masa dengan PAS Terengganu sebelum menjadi Pesuruhjaya PAS Melaka dulunya adalah orang yang sangat kuat menetang kumpulan dikenali IRC. Tapi dia berubah 100% sekarang.


Adly dikalahkan oleh Ustaz Shahbuddin Isnin untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah dalam pemilihan baru-baru ini.

Selain Adly, dua orang kuatnya, Ashraf (Timbalan Yang Dipertua) dan Bahuqi (Naib Yang Dipertua) turut tersingkir.

Kedua-dua jawatan itu diganti dengan muka baharu iaitu, Ustaz Wan Zaidi dan Ustaz Riduan.

Amiruddin Hamzah menerima cenderahati dalam
perasmian mesyuarat agung PAS Kawasan Alor Gajah, Melaka


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com


Sumber TKO - 9-4-2015

Muktamar Pencalonan tinggi Husam mesej tidak baik kepada Hadi

Posted on Tuesday, April 07 @ 12:41:48 MYT by paktam

Akar umbi PAS menghantar mesej jelas kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mereka tidak senang dengan kepimpinannya apabila memberikan hampir 30% pencalonan kepada Datuk Husam Musa untuk jawatan tertinggi itu, kata penganalisis politik Ibrahim Sufian.

"Ini belum pernah berlaku dalam PAS apabila calon lain mendapat tujuh pencalonan daripada 24 kawasan yang membuat pencalonan sehingga kini," kata pengarah Merdeka Center

"Saya rasa pencalonan kepada Husam untuk presiden adalah satu yang luar biasa, sebelum ini satu je dan nak dua pun susah. Ini signal daripada ahli tentang rasa tidak puas hati mereka.”


Bagaimanapun menurut Ibrahim, kumpulan konservatif masih mempunyai kelebihan dalam pemilihan yang akan berlangsung pada Jun kerana mereka lebih rajin turun ke bawah untuk menjelaskan isu-isu dan merapati akar umbi. 
Husam yang juga naib presiden PAS mencipta sejarah apabila sehingga kini mendapat 7 pencalonan termasuk 4 dari Johor iaitu Kota Tinggi, Segamat, Batu Pahat dan Seri Gading manakala 2 dari Negeri Sembilan iaitu Seremban dan Teluk Kemang dan 1 dari Batu Sapi, Sabah.
Sementara Hadi menerima 4 pencalonan dari Pahang, 3 di Johor, 3 di Selangor, 2 dari Wilayah Persekutuan dan masing-masing 1 dari Terengganu, Kedah dan Melaka.

Dua lagi calon yang turut mendapat pencalonan untuk jawatan presiden PAS adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahmad Awang.

Terdapat 150 kawasan PAS di seluruh negara yang masih belum mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan sehingga akhir bulan depan.

Pada Ahad, Husam mengakui berada dalam dilema berikutan pencalonan kawasan-kawasan untuk membolehkannya bertanding jawatan presiden PAS.

"Husam memberikan jawapan yang tepat," kata Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang memulakan usaha mencalonkan selain Hadi untuk jawatan presiden.

Seorang pemerhati politik PAS melihat perkembangan baru ini sebagai kemungkinan Hadi terpaksa menggantikan Datuk Haron Din sebagai mursyidul am selepas muktamar pada Jun.

"Ia menimbulkan persoalan kepada saya, apakah ini juga membuka peluang kepada Ustaz Hadi ke kerusi mursyidul am," kata beliau yang enggan namanya dinyatakan kerana hubungannya yang agak rapat dengan Hadi.

Majlis syura ulama boleh melantik pengerusi mereka yang baharu selepas wakil-wakil dari Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat, Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat dilantik semula selepas muktamar Jun nanti.

Bagi Ibrahim, apa yang berlaku dalam PAS kini adalah desakan akar umbi agar hala tuju parti sekarang diubah.

"Dalam mereka hendak menang, mereka juga mahu jelas menang dengan siapa. Nampaknya mereka mahu PAS kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) dan bukan dengan Umno," kata Ibrahim yang membuat banyak kajian sokongan di kalangan rakyat negara ini.

Bagaimanapun, kepimpinan tidak jelas Hadi menyebabkan ahli parti keliru dengan hala tuju parti dan kesetiaan, kata Ibrahim.

Katanya, ekoran kegawatan dalam Umno sekarang, dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Najib Razak, ahli PAS tahu betapa teruknya keadaan Umno kini.

"Tetapi pimpinan khasnya presiden tidak mahu ambil kesempatan daripada kelemahan Umno sebaliknya dilihat macam nak bekerjasama dengan Umno pula. Dari situlah timbulnya kekaburan itu," katanya.

Menurut Ibrahim, berdasarkan kajiannya, tiada siapa dalam PAS menyangkal cita-cita perjuangan Islam termasuk hudud tetapi pimpinan tidak menjawab banyak persoalan bagaimana ia boleh membawa kepada kemenangan.

Ibrahim memberikan tiga punca utama kenapa Husam mendapat banyak pencalonan dalam pemilihan kali ini; sikap PAS seperti tidak berminat terus bersama PR, kelemahan dalam pengurusan konflik dan polemik negatif dan tuduh menuduh sesama kumpulan bertelagah.

Menurut Ibrahim, ahli PAS juga mahukan pemimpin yang boleh membawa kemenangan dalam pilihan raya, mengambil kesempatan daripada kelemahan Umno dan Barisan Nasional dengan pelbagai isu termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan sebagainya.

"Tidak berbangkit soal geng Erdorgan (profesional dalam PAS) tak nak bawa hudud, cuma persoalan yang timbul macamana kita nak menang Putrajaya, boleh ke kita menang kembali Selangor dan Perak. Semua orang nak menang," kata Ibrahim.

Sumber DD - 7-4-2015 


PAS Kawasan Besut Pertahan Kepimpinan Ulamak

Oleh : KAM
BESUT – PAS Besut menzahirkan sikap dan pendiriannya bahawa konsep kepimpinan ulamak yang menjadi teras kepada kepimpinan parti sejak tahun 1982 itu harus dipertahankan.

Justeru itu, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata PAS perlu menyakinkan rakyat betapa konsep menjadikan PAS terus megah dipersada politik negara.

mesy agung pas besut 2015a

Menurutnya, bimbingan para ulama’ telah mewarnai jatidiri qiadah dan jundiyyah bagaimana perjuangan ini harus digalas.

Katanya, keterbukaan parti dalam menerima pelbagai kategori fikrah menyebabkan PAS melalui zaman segar dan suram.

“Kita (PAS) perlu menyakinkan rakyat betapa konsep (kepimpinan ulamak) ini menjadikan PAS terus megah dipersada politik tanahair ini. Bimbingan ulama’ telah mewarnai jatidiri qiadah dan jundiyyah kita bagaimana perjuangan Islam ini harus digalas.

“Keterbukaan kita (PAS) dalam menerima kepelbagaian fikrah juga menyebabkan PAS melalui zaman segar dan suramnya.

“Segar disaat kita bekerja dengan semangat ukhuwwah fillah untuk mendapat redha Allah SWT sehingga Allah menganugerahkan kemenangan (PAS) di Kelantan, Terengganu dan Kedah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Besut kali Ke-56, di Dewan Haji Salleh, Kampung Alor Lintah, Jertih, Besut pada Sabtu 4 April.

Mesyuarat Agung tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob.

mesy agung pas besut 2015b

Namun, katanya situasi suram itu berlaku disaat PAS dihimpit ‘gelora’ dengan pelbagai masalah dalaman kerana sedikit perbezaan pendapat.

Beliau yang telah menyandang jawatan YDP Besut sejak tahun 2009 itu menegaskan PAS mengalu-alukan penyertaan anggota dari pelbagai latar belakang secara berlapang dada.

Justeru, kata Ustaz Wan Azhar, PAS memiliki dasar parti yang perlu dijaga serta mempunyai matlamat yang harus dipertahankan.

“PAS melantik qiadahnya secara beretika. PAS akan terus memacu perjuangannya tanpa mempedulikan kemuncut yang merintangi perjuangan sepanjang zaman.

“Alhamdulillah, PAS Kawasan Besut akan tetap berdiri teguh mempertahankan kepimpinan ulamak yang soleh.

“(Ulama’) Yang tidak menjadikan dunia sebagai matlamat dalam kelangsungan kehidupan dunianya. (Ulama’) Yang sentiasa menjaga adab dan akhlak serta menjadi model dan idola kepada masyarakat dan anggotanya (ahli PAS),” ujarnya.

Sumber BO - 7-4-2015












PRU14: Muslimat perlu dekat dengan semua pihak

FUAD NURHADI | .


PASIR PUTEH: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Md Nawi menyeru muslimat agar mendekatkan diri dengan semua pihak dalam usaha melipatganda sokongan terhadap parti sebagai persiapan menghadapi PRU14 akan datang.

Katanya, muslimat perlu menjadi nadi penting dalam menggerakkan usaha untuk mendapat sokongan kerana mereka antara tenaga paling rapat dengan masyarakat.

Beliau berkat demikian ketika ditemui Harakahdaily selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh ke-42 di Ma'ahad Saniah di sini hari ini.

Ini, ujarnya sekaligus dapat berdakwah kepada golongan muda dan mereka yang berminat dengan PAS tetapi malu untuk bersama.

"Kita mahu dalam berdakwah tenaga muslimat jangan mengira fahaman politik, malah terus menjalinkan hubungan serta memberi keterangan yang jelas tentang hala tuju parti kita.

"Dalam usaha ini juga kita kena sabar untuk memenangi hati kerana dalam PAS bukan setakat kita memegang jawatan malah kita wajib berusaha supaya sokongan mereka juga tidak berbelah bagi walau dalam apa juga sekalipun," katanya. - HARAKAHDAILY 4/4/2015

Sumber HD - 4-4-2015

Husam akui dilema tanding jawatan presiden PAS

Posted on Saturday, April 04 @ 20:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengakui dirinya kini dalam dilema dengan keputusan beberapa PAS kawasan yang mencalonkannya bagi jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu akan datang.

Husam berkata, pada masa yang sama beliau perlu memikirkan perasaan dan hak ahli parti yang membuat pencalonan itu walaupun dirinya masih berbelah bahagi untuk memberikan kata putus.
"Memang saya dalam keadaan dilema. Saudara tidak perlu bertanya panjang-panjang (mengenai perkara itu).

"Ini masa ahli menyuarakan perasaan mereka. Saya sebagai pemimpin tidak boleh bertindak atas diri saya sendiri," katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Segamat, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat, Firdaus Mashod.


PAS kawasan itu hari ini mencalonkan Husam bagi jawatan Presiden PAS manakala Mohamad Sabu dicalonkan untuk terus kekal bagi jawatan Timbalan Presiden PAS.

Tiga Naib Presiden pula, kawasan itu mencalonkan Dr Dzulkefly Ahmad, Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Dr Mujahid Yusof.

Mengulas perkara itu, Husam yang merupakan bekas Exco kerajaan Kelantan berkata buat masa ini biarlah anggota parti membuat keputusan masing-masing dan apabila tiba masanya kelak, beliau akan membuat keputusan muktamad mengenainya.

"Tidak semestinya saya membuat keputusan itu sekarang. Jika saya kata tidak bertanding saudara kena fikirkan perasaan ahli. Apa kata mereka. Ini masa untuk ahli suarakan hak mereka.

"Saya sendiri pun tidak pernah menghitung berapa jumlah pencalonan untuk saya sehingga kini. Saya sendiri tidak pernah mempunyai sebarang rencana politik," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam yang mendedahkan amanat terakhir bekas mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu anggota parti itu mewujudkan hubungan baik dengan Umno, 


Husam berkata: "Saya tidak periksa kenyataan beliau (Mohd Amar) betul atau tidak berkata begitu.
"Saya takut salah petik nanti tidak adil kepadanya. Kalau siasat dan betul kata begitu, baru saya akan komen," katanya.

Mohd Amar dilaporkan berkata bekas menteri besar Kelantan itu meminta beliau dan ahli parti tidak mengkritik Umno kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti itu antaranya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. - Bernama

.............
Komen: Sebelum ini Husam kataTG Haji Hadi 10x lebih baik daripada dia. Tapi sekarang dia kata dilema pula? Dulu TG Abdul Hadi pernah dicalonkan oleh lebih daripada 10 kawasan untuk lawan Ustaz Fadhil Noor tapi tegas Ustaz Hadi kata dia tak akan lawan. Banyak perkara boleh difahami jika kita meneliti perkara ini.

Sumber TKO - 4-4-2015 

PAS Bawa Halatuju Islam



Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat digesa meningkatkan usaha dan menyusun program dengan perancangan yang rapi agar kemenangan Islam dapat diraih dengan segera.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata sayap kanan PAS itu adalah ‘umpama roda’ yang boleh mempercepatkan kemenangan PAS pada pilihanraya kali ke-14 akan datang.

IMG-20150328-WA0063\\

“muslimat biarlah menjadi roda yang mempercepat kemenangan Islam…………..jangan jadi batu yang menghalang dan melambatkan perjalanan menuju kemenangan.

“muslimat merupakan sayap parti yang mampu bergerak secara terancang dan tersusun dalam mengalas tanggungjawab,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini pada Sabtu 28 Mac.

Sehubungan itu, Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah ‘menyuntik’ semangat kepada para perwakilan pada mesyuarat tersebut.

Beliau memberi ingatan kepada 500 orang anggota muslimat yang hadir, PAS bukan hanya semata-mata parti politik sahaja.

“PAS bukan sekadar parti politik, tapi lebih dari itu……………kita yang membawa halatuju Islam.

“kita yang akan mengangkat martabat Islam dan muslimat adalah salah satu jentera yang mampu melaksanakannya,”ujarnya.

Mesyuarat Agung melibatkan pemilihan sesi 2015 – 2017 Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu itu dihadiri oleh para perwakilan dari 53 cawangan.

Pada pemilihan tersebut, Muslimat Kuala Terengganu telah mendapat Ketua yang baru apabila Puan Shamsiah Abu Bakar mengantikan Puan Zaitun Abas, yang telah berkhidmat selama dua penggal.

IMG-20150328-WA0059

Sebelum itu, Zaitun dalam ucapannya berharap.  Muslimat dan Ameerah dapat bergerak seiring bagi meningkatkan impak dakwah dan siyasah dalm kerja-kerja jamaah.

“kita mahu melihat Muslimat dan Ameerah bergerak seiring dalam melaksanakan gerakkerja jemaah

“dan setiap apa yang kita lakukan berpaksikan ikhlas kerana Allah dan tidak dapat (boleh) tidak wala dan thiqah pada pemimpin,

“itu asas dan tunjangnya,”ujar Puan Zaitun.

Sementara itu, wakil Dewan Muslimat PAS Negeri yang menghadiri mesyuarat tersebut, Puan Raja Endun Raja Abd Rahman, menggesa Muslimat menjadi elemen yang dapat menyatukan saf perjuangan PAS.

“Muslimat mesti memperkemaskan gerakkerja, rapatkan saf dan tidak mudah di pengaruhi oleh unsur unsur yang boleh memecahbelahkan parti,

“dan berdiri teguh di belakang Presiden,”tegasnya.

Sumber BO - 30-3-2015



JIKA UMNO SOKONG TAK PERLU TANYA IKHLAS ATAU TIDAK - PRESIDEN



DS TG HJ ABDUL HADI HJ AWANG - PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34621-jika-umno-sokong-tak-perlu-tanya-ikhlas-atau-tidak

Sumber HD - 30-3-2015

Tiga kesalahan & #8232;hudud dilaksanakan

Posted on Monday, March 30 @ 10:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SUNGAI SIPUT 29 Mac - Pembentangan rang undang-undang persendirian membabitkan pindaan 

kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat kelak hanya melibatkan hukuman 
ke atas tiga kesalahan jenayah terlebih dahulu.

Tiga kesalahan yang dimaksudkan ialah minum arak, perempuan atau lelaki bujang yang berzina dan 

menuduh perempuan Islam berzina.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, pindaan yang akan dibuat itu bukan bermaksud
kesemua peruntukan di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) Kelantan
bakal dilaksanakan secara terus 100 peratus.

Sebaliknya, ujar beliau, hanya hukuman terhadap tiga kesalahan sahaja akan dilaksana terlebih dahulu
berdasarkan enakmen itu apabila pindaan tersebut diluluskan.

"Ketiga-tiga kesalahan itu pula mengenai orang Islam dan berkait dengan hukuman sebatan sahaja.
Sebatan sudah ada dalam undang-undang Malaysia.

"Saya tidak nampak MCA boleh lawan undang-undang itu. Saya tidak nampak MIC, Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Bersatu Sabah (PBS) boleh
lawan.

"Kalau semua parti komponen Barisan Nasional (BN) boleh terima, takkan DAP mahu tolak," kata
beliau ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Sungai Siput
di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Husam memberitahu, sebelum ini banyak pihak yang salah faham mengenai
kedudukan sebenar pindaan tersebut sehingga mendakwa usaha itu bertujuan meminda Perlembagaan.

"Ada yang kata mahu pinda keseluruhan Akta Mahkamah Syariah 355. Kalau pindaan yang dicadangkan oleh Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu diperjelaskan dengan elok, saya yakin rakyat boleh terima.

"Bila saya jumpa Presiden, beliau jelaskan, saya faham. Mengikut pandangan saya, kalau itu bentuk
pindaan yang dicadangkan, tidak menjadi halangan oleh semua parti politik di negara ini," jelas beliau.

Dalam pada itu, berhubung kemelut membabitkan parti itu dengan DAP, Husam menegaskan, bahawa
bukan hanya DAP sahaja akan mengundi, tetapi juga MCA, MIC, PBB, SUPP, PBS.


"Tuan-tuan ini minat DAP sahaja. DAP ini ikut kawan-kawan lain, kalau kawan-kawan lain faham,
mereka pun faham, semua orang sokong," ujar beliau.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA

Sumber TKO - 30-3-2015

Tuan Ibrahim Cukup Pencalonan Cabar Mat Sabu

Posted on Monday, March 30 @ 11:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat pencalonan 

mencukupi untuk mencabar Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu 
Jun depan.

Menurut laporan sebuah portal berita pada Ahad, Tuan Ibrahim menerima pencalonan kedua apabila 

PAS Kawasam Kluang mencalonkan beliau untuk jawatan berkenaan.

Beliau menerima pencalonan pertama minggu lepas dari PAS Kawasan Kuala Kedah.

Seseorang calon memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk melayakkan mereka bertanding untuk sebarang jawatan.

Cubaan untuk mendapatkan reaksi Tuan Ibrahim berhubung pencalonan itu tidak berjaya.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa beliau berminat untuk mencabat Mohamad bagi jawatan nombor 

dua parti itu.

Sehingga kini Mohamad masih belum menerima pencalonan bagi membolehkan beliau untuk 

mempertahankan jawatannya. - Mstar
Sumber TKO - 30-3-2015


Timb. MB Kelantan gesa ahli PAS faham dan patuh dasar 
perjuangan parti

Posted on Monday, March 30 @ 08:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar, kiri) menggesa anggota dan pemimpin parti mematuhi arahan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan segala keputusan dibuat dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi parti.

Ketika membuat saranan itu, beliau berkata anggota parti perlu bertindak mengikut dasar parti dan segala perbezaan pendapat perlu diurus dengan baik.


"Meskipun kita menghormati rakan pakatan pembangkang, tetapi ahli PAS harus bertindak berlandaskan dasar parti.

"Autoriti presiden menentukan keputusan dan hala tuju PAS," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Ke-30 PAS Kawasan Klang di Pandamaran di Klang hari ini.

Dalam pada itu, Amar yang juga timbalan pesuruhjaya 1 PAS Kelantan menarik perhatian Kelantan berazam untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu dan oleh yang demikian, anggota PAS tidak sepatutnya menyokong cadangan untuk menangguh atau menolak pelaksanaan hudud.

Hadi sebelum ini mengemukakan notis usul kepada Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas bagi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian untuk pelaksanaan hudud di Kelantan.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Klang, Mohd Prasad Hanif berkata mesyuarat agung kawasan Klang pada hari ini sebulat suara menyokong kepimpinan ulama menerajui parti dengan mencalonkan Hadi bagi mempertahankan jawatan presiden parti untuk pemilihan parti Jun ini.
Beliau berkata perwakilan yakin kepimpinan ulama wajar diketuai Hadi yang membawa kemenangan besar kepada PAS sejak menjadi presiden.

Prasad turut menyelar tindakan DAP yang memutuskan hubungan dengan Hadi berhubung isu hudud yang dilihat bertentangan dengan amalan demokrasi.

Bagi jawatan timbalan presiden, PAS Kawasan Klang mencalonkan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Amar, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad dan Anggota Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan masing-masing dicalonkan untuk jawatan naib presiden. - Bernama

Sumber TKO - 30-3-2015

No comments:

Post a Comment