BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, March 9, 2015

SIDANG PARLIMEN PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE - 13 : 9 MAC 2015 - 9 APRIL 2015




Larangan arak: Malaysia patut malu, perlu contohi Singapura

HARAKAHDAILY | .

Sebagai sebuah negara yang memaktubkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dalam perlembagaan dan mempunyai penduduk majoriti Melayu dan Islam, Malaysia sepatutnya malu dengan tindakan proaktif dan realistik Kerajaan Republik Singapura yang memperkenalkan undang-undang baru melarang pengambilan alkohol di tempat-tempat awam selepas 10.30 malam hingga 7.00 pagi.

Lebih daripada itu, Singapura juga telah mewartakan dua “liquor control zones” iaitu di Little India dan Geylang. Di kedua-dua kawasan ini pengambilan alkohol tidak dibenarkan pada semua masa pada hujung minggu dan cuti am.

Melalui undang-undang yang baru diluluskan oleh parlimen negara itu awal tahun ini juga, hukuman bagi kesalahan menjual dan meminum arak dalam waktu larangan di tempat awam akan dikenakan denda sebanyak SG$1,000 (Singapore Dollar) manakala bagi kesalahan berulang pula dikenakan denda SG$2,000 dan boleh dipenjarakan sehingga tiga bulan.

Bagi penjualan alkohol di luar waktu dagangan yang ditetapkan dalam lesen pula, mereka boleh dikenakan denda sehingga SG$10,000.

Malangnya Malaysia yang mempunya 56.4% rakyat berbangsa Melayu dan 61.3% beragama Islam telah disenaraikan oleh World Health Organisation (WHO) dalam laporannya pada 2011 sebagai negara pengguna alkohol yang ke-10 terbesar di dunia walaupun saiz dan populasi penduduknya kecil berbanding negara-negara lain.

Statistik oleh sebuah badan antarabangsa juga mendapati rakyat Malaysia berbelanja lebih daripada AS$500 juta (RM1.5 bilion) setiap tahun untuk alkohol dengan pengambilan per kapita sebanyak 7 liter.

Walaupun angka ini adalah rendah berbanding negara-negara barat yang lain, namun ia adalah tinggi bagi negara-negara Asia.

Penggunaan arak di Malaysia pula ialah sebanyak 11 liter per kapita. Angka ini dikira sebagai tinggi dan dikatakan hampir sama dengan negara-negara Eropah.

Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia. Sekiranya Singapura yang hanya mempunyai 14% rakyat berbangsa Melayu dan 14.9% beragama Islam boleh meluluskan dan menguatkuasakan undang-undang seumpama ini, Malaysia sepatutnya boleh dan perlu melakukan lebih daripada itu.

Tanggungjawab ini juga wajib dilaksanakan selaras dengan ruh syariat Islam yang mengharamkan arak demi memelihara akal manusia dan kerana arak juga adalah ibu segala maksiat.

Sekiranya penjualan dan pengambilan arak ini berjaya dibendung secara sewajarnya, nescaya pelbagai masalah sosial dan jenayah dapat dibanteras.

Data-data berikut dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan:

(i) Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alkohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.

(ii) Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk.

(iii) Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alkohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.

(iv) Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol adalah penyakit cardiovascular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.

(v) 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alkohol.

(vi) Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alkohol manakala 4.5% kes penderaan kanak-kanak.

(vii) Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes.

(viii) Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.

(ix) Menurut satu statistik di UK, alkohol telah menyebabkan 45 hingga 46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga.

Oleh itu, saya menyeru dan mendesak Kerajaan Malaysia agar segera memulakan inisiatif untuk menguatkuasakan larangan penjualan arak di dalam kapal terbang dan penjualan secara terbuka di kedai-kedai runcit.

Saya juga ingin mengingatkan Kerajaan dengan amaran dan peringatan daripada Allah s.w.t. seperti di dalam firmanNya berikut yang bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah Al-Maaidah: 91) - HARAKAHDAILY 13/4/2015

DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Ahli Parlimen Kuala Nerus

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Tarikh: 13 April 2015 / 23 Jamadilakhir 1436H

Sumber HD - 13-4-2015

PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT DITANGGUH, 12 RUU DILULUS - TIMBALAN SPEAKER DEWAN RAKYAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34807-persidangan-dewan-rakyat-ditangguh-12-ruu-dilulus


Sumber HD - 10-4-2015

Pindaan Akta Hasutan dilulus selepas 14 jam dibahas

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Perbahasan terhadap pindaan Akta Hasutan 1948, mencipta rekod apabila diluluskan selepas kira-kira 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.
  
Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan dengan pindaan, mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis, sebelum diluluskan pada 2.30 pagi ini berdasarkan undian suara.
  
Antara isu utama yang hangat diperdebatkan anggota Parlimen termasuk kekhuatiran akta itu menjurus kepada penyalahgunaan kuasa susulan definisi 'kecenderungan menghasut' dalam rang undang-undang itu, yang disifatkan kurang jelas dan boleh menjurus kepada penyalahgunaan oleh pihak berkuasa apabila akta itu diwartakan kelak.
  
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat, bagaimanapun memberi jaminan bahawa penyalahgunaan tidak akan berlaku dalam penguatkuasaan akta tersebut kerana sesuatu kes akan dibawa ke mahkamah hanya selepas pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh.
  
Ini kerana, beliau berkata sekiranya seseorang ditangkap dan disiasat di bawah akta itu, tidak semestinya akan didakwa di mahkamah.
  
"Perkara itu bergantung kepada Peguam Negara, jika dia yakin ada kes baru, pendakwaan akan dibuat. Kita ada banyak kes di mana polis jalankan siasatan tapi pendakwaan tidak dibuat oleh Peguam Negara," katanya.
  
Berhubung definisi 'hasutan', Ahmad Zahid berkata ia telah dinyatakan secara jelas di bawah rang undang-undang berkenaan.
  
Ahmad Zahid dalam hujahnya beberapa kali, menegaskan bahawa langkah mengekalkan Akta Hasutan 1948 adalah perlu demi melindungi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan agama bagi mencegah sesuatu yang buruk daripada berlaku di negara ini.
  
Ini kerana, katanya akta itu yang telah sekian lama digunakan terbukti keberkesanannya sebagai alat paling berkesan untuk menghadapi isu-isu berbaur hasutan dalam memastikan keamanan yang dikecapi selama ini akan terus terpelihara. - BERNAMA

Sumber HD - 10-4-2015







Kerbau pun ada masa mandi tapi MP Malaysia...

V SIVAKUMAR | .


Sewaktu menulis kenyataan ini, jam 1.30 am, 9 April 2015, kami ahli-ahli parlimen terpaksa duduk di Dewan Rakyat untuk membahas 4 lagi rang undang-undang. Ini adalah satu lagi penyalahgunaan kuasa parlimen. Kerajaan mahu meluluskan undang-undang di larut malam secara terburu-buru.

Kenapa kerajaan mahu melakukan ini? Apa niat kerajaan sebenarnya? Adakah kerajaan mahu parlimen kita meluluskan undang-undang tanpa memberi ruangan dan peluang kepada pihak pembangkang membuat persediaan yang lengkap dan komprehensif? Sememangnya teknik yang digunakan kali ini adalah cukup ganjil tetapi memalukan Parlimen Malaysia.

Kerajaan tidak mahu pihak pembangkang membahaskan rang undang-undang secara teliti dan terperinci. Ini adalah niat jahat dan penyelewengan kuasa yang boleh memudaratkan rakyat.

Walaupun pihak pembangkang membantah dan memohon supaya Dewan ditangguhkan tetapi pihak kerajaan masih mahu meneruskan sidang Dewan lewat malam. Hujah-hujah pihak pembangkang ialah kualiti perbahasan akan terjejas apabila ahli-ahli parlimen letih kerana terpaksa bersidang dari pagi hingga larut malam.

"Kerbau pun ada masa untuk mandi, tetapi ahli-ahli parlimen Malaysia terpaksa bersidang tak bermandi".

Pada pandangan saya ini merupakan satu penderaan terhadap ahli-ahli Parlimen. Ahli-ahli Parlimen terpaksa  bersidang kerana rang undang-undang yang dibahaskan adalah penting dan melibatkan rakyat dan negara. Ahli-ahli parlimen berkewajiban untuk membela rakyat.

Oleh yang demikian, ahli parlimen pihak pembangkang terpaksa membahaskan rang undang-undang yang dibentangkan walaupun dalam keadaan cukup tertekan dan mendesak.

Penderaan terhadap ahli parlimen boleh dimaafkan, tetapi kezaliman yang dilakukan oleh Barisan Nasional terhadap rakyat dengan meluluskan undang-undang secara terburu-buru dan kelam kabut perlu dihukum. - HARAKAHDAILY 9/4/2015

Penulis ialah Ahli Parlimen Batu Gajah.

Sumber HD - 9-4-2015








NERS: Tolak rundingan terus tanpa justifikasi kukuh

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan memberikan justifikasi kepada rundingan terus berhubung MyEG dan NERS.

Ini, ujarnya membuktikan bahawa kerajaan mengikuti prosedur perolehan negara dengan sepenuhnya, mahukan pertandingan sihat dalam perniagaan dan tidak menyokong monopoli dan bersifat kronisme.

Beliau menyatakan demikian merujuk kepada saranan Timbalan Menteri Dalam Negeri bahawa Putrajaya dalam usaha mengkaji menubuhkan sebuah agensi di bawah Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) untuk menguruskan pembaharuan permit pekerja asing dan memecahkan monopoli yang dipegang oleh MyEG Services Bhd perlu diberikan perhatian terperinci.

Namun begitu, katanya kerajaan wajib menghormati prosidur perolehan negara di mana justifikasi untuk rundingan terus (direct negotiation) harus diikuti sepenuhnya.

"Adalah satu misteri bagaimanakah pembidaan Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) kepada Akrab Makmur Sdn Bhd telah dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pembidaan secara rundingan terus hanya dibenarkan untuk perkhidmatan ketenteraan, barangan-barangan proprietary dan perkara yang menggugat keselamatan negara.

Beliau mempersoalkan adakah hanya satu syarikat di dunia ini yang mampu menyediakan sistem NERS.

Katanya, amalan itu juga menunjukkan kerajaan lebih gemarkan pemberian projek kepada syarikat kroni dan menggalakkan monopoli.

Tambahnya, Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) diwujudkan bertujuan memantau kemasukan setiap warga asing di semua 96 pintu masuk utama negara.

Melalui pintu tersebut, ujarnya pihak berkuasa mampu menangani pelbagai isu membabitkan warga asing termasuk pemalsuan dokumen, tinggal lebih masa, salah guna visa serta pemerdagangan manusia.

Katanya lagi, Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian konsesi bersama NERS selama 12 tahun di mana sistem ini bertanggungjawab dalam sistem pengurusan pendaftaran warga asing.

Tambahnya, pembayaran caj yang dilakukan adalah subsidi daripada kerajaan Malaysia sebanyak RM50 bagi setiap pas lawatan (kerja sementara).

Sehingga tahun 2012, ujar beliau jumlah visa yang telah diluluskan adalah melebihi 2 juta pas.

"Jadi, kira-kira RM 100 Juta telah dikeluarkan sebagai subsidi bagi menyokong sistem ini," kaanya.

Persoalan yang timbul, katanya adalah bagaimanakah proses pemilihan syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sistem ini.

"Adakah projek yang diberikan melalui rundingan ataupun tender terbuka?" tanya beliau.

Tambahan pula, katanya siapa yang mempunyai autoriti ataupun pengalaman yang bersifat teknikal dalam menguruskan operasi dalam industri IT dan Telekomunikasi di dalam senarai lembaga pengarah syarikat.

Tambah beliau lagi, tempoh perjanjian konsensus untuk sistem ini kepada sebuah syarikat adalah selama 12 tahun.

"Apakah agensi yang menyelia ini mempunyai pelan sokongan jika tidak memenuhi KPI yang digariskan serta adakah wujud sebarang agensi yang akan memantau operasi sistem NERS ini?" ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 9/4/2015

Sumber HD - 9-4-2015











Presiden PAS minta Parlimen segerakan usul hudud

Posted on Wednesday, April 08 @ 15:50:24 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyegerakan usul rang undang-undang persendirian berkaitan hudud yang dibawanya ke Parlimen pada 18 Mac lalu.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya masih lagi menanti keputusan Speaker berhubung perkara itu.
"Kita ada minta usul persendirian didahulukan... kita tunggu keputusan speaker untuk kemukakan di Parlimen," kata presiden PAS itu kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Rang undang-undang persendirian berkenaan hudud itu tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat semalam.

Bagaimanapun, ia merupakan perkara terakhir dalam senarai perbahasan persidangan Dewan Rakyat sesi ini yang akan berakhir pada Khamis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri sebelum ini berkata, rang undang-undang persendirian itu mungkin tidak diangkat sebagai agenda dalam sesi kali ini kerana aturan urusan mesyuarat sudah penuh.

Ditanya sama ada PAS bersedia menerima bantahan berkenaan rang undang-undang tersebut, Hadi berkata:"Kita bersetuju untuk terima semua pandangan, termasuk yang menentang dan menyokong."
Kerajaan negeri Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Jenayah Syariah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Mac lalu.

Hadi berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain tidak seharusnya melahirkan rasa terkejut dengan tindakannya mengemukakan permohonan membentangkan rang undang-undang itu, memandangkan DAP dan PKR juga pernah melakukan tindakan yang tidak dipersetujui PAS.

"Sudah ada satu keputusan beberapa tahun yang lalu, ada hak bagi Kelantan mengemukakan undang-undang ini dan kita tidak ada halangan untuk DAP tidak bersetuju.

"Bahkan perjalanan kita dalam PR, sudah banyak perkara yang dilakukan DAP dan PKR tanpa diberitahu kepada PAS.

"Tidak perlu terkejut kerana perkara itu sudah lama dan berkait dengan orang Islam saja," katanya.

Sumber TKO - 8-4-2015

EKJS: PAS gesa MP Titiwangsa sokong RUU

| .



KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Titiwangsa hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani bagi meminta sokongan terhadap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian (Private Bill) yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS dijangka membentangkan RUU itu pada sesi kali ini setelah RUU mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 itu berada pada giliran ke-24 dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama.

Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa, Mejar (B) Abdullah Abdul Wahab berkata dengan sokongan dan kelulusan ini akan meluaskan lagi bidang kuasa yang sedia ada dalam Akta Mahkamah Syariah dan membuka laluan bagi pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 (EKJS2) di Kelantan.

"PAS melihat isu ini adalah isu umat Islam keseluruhan dan melangkaui sempadan politik kepartian.

"Pastinya juga, umat Islam seluruh dunia menanti dengan penuh minat bagaimana usul ini berjaya diluluskan untuk dilaksanakan nanti," katanya selepas penyerahan memorandum di lobi parlimen.

Katanya lagi, PAS Titiwangsa percaya pelaksanaan syariat Islam mampu dan sesuai dilaksanakan kerana Malaysia telah  diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, bahkan agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan seperti termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

"Seluruh umat Islam di negara ini ternanti-nanti dengan penuh debar dan harapan yang menggunung tinggi agar usul dibentangkan Ahli Parlimen Marang dipersetujui dan diluluskan sebulat suara oleh semua ahli-ahli parlimen beragama Islam dari pelbagai parti.

"Umat Islam Titiwangsa memerhati dan mengharapkan Ahli Parlimen di kawasan mereka menyokong usul ini bersama-sama dengan Ahli Parlimen Islam yang lain," sambung beliau.

Abdullah turut berharap agar semua pihak mengenepikan sentimen politik dan perbezaan fahaman bagi memastikan cita-cita mendaulatkan Syariat Islam terlaksana di negara ini kelak.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Suhaimi Abdul Aziz berkata PAS kawasan lain juga akan mengemukakan memorandum kepada ahli parlimen masing-masing bagi mendapatkan sokongan mereka. - HARAKAHDAILY 8/4/2015

Sumber HD - 8-4-2015

Ahli Palimen PAS Berdiri Teguh Menyokong Rang Undang-Undang Persendirian Syariah


Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan syariah Islam yang akan dibawa oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dimasukkan dalam kertas perintah Parlimen semalam.

Rang Undang-Undang itu adalah bertujuan untuk meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 itu sekiranya diluluskan akan memberi laluan kepada undang-undang syariah termasuk Hudud dan Qisas dilaksanakan di Kelantan dan lain-lain negeri.

Bagaimanapun, ia berada pada senarai ke-24 dan yang terakhir dalam aturan mesyuarat parlimen tersebut.

MAHFUZ 1

Masa yang berbaki membolehkan ia dibentangkan di parlimen adalah sehingga Khamis, apabila sesi semasa Parlimen akan berakhir.

Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Ketua Penerangan PAS Dato’ Mahfuz Omar berkata, walaupun begitu ia adalah bergantung kepada budi bicara Yang DiPertua Dewan Rakyat.

“ia bergantung kepada budi bicara speaker, kalau ia ingin mempercepatkan ia bergantung kepada persetujuan menteri untuk diangkat lebih awal, kita tunggu…..,”ujarnya.

Beliau percaya bahawa semua ahli-ahli parlimen Barisan Nasional akan menyokong rang undang-undang ahli persendirian, walaupun beberapa parti komponen pakatan telah menyuarakan pendapat berlainan.

Sehubungan itu, kesemua ahli parlimen PAS berdiri teguh di belakang Ustaz Hadi menyokong rang undang- undang yag akan dibentangkan itu.

Ahli Parlimen PAS dari negeri ini adalah terdiri daripada Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Datuk Raja Bahrin berkata, beliau menyokong hudud manakala Ustaz Mohd Khairuddin dan Ustaz Wan Hassan dalam kenyataan berasingan sebelum ini turut meminta ahli parlimen selain daripada PAS menyokong rang undang-undang tersebut.

khalidsamad

Ustaz Wan Hassan bahkan berkata, tiada alasan ahli parlimen tidak menyokong rang undang-undang itu.

“Usul Persendirian yang telah dihantar kepada Parlimen dan yang akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hanya Untuk Meminda Seksyen 2 Bidang Kuasa Jenayah, Akta Mahkamah Syariah 1965.

“Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ustaz Abdul Hadi Usul yang akan dibawa beliau ke Dewan Rakyat berkait dengan pindaan jadual ke-9 355, berhubung dengan Enakmen Jenayah Syariah negeri Kelantan,”katanya.

Menurutnya, ia jelas tidak ada kena mengena dengan orang-orang bukan Islam di negara ini, dan Wan Hassan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan kekeliruan orang ramai.

“Oleh itu, tidak ada sebab kepada semua kawan-kawan saya di parlimen untuk menolak atau tidak menyokong usul yang amat baik ini,”tambah beliau.

Dalam perkembangan yang sama Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata rang undang-undang itu telah dikelirukan dengan Enakmen Syariah dan pelaksanaan hudud di Kelantan kerana kedua-dua telah diperdebatkan pada masa yang sama.

Sumber BO - 8-4-2015

Mahkamah Syariah: Umno perlu berani sokong RUU persendirian














HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berharap kerajaan melalui menteri berkaitan akan dapat membantu melancarkan proses pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk memartabatkan syarih Islam.

Ini, katanya dengan mempercepatkan giliran RUU itu di dalam Aturan Urusan Mesyuarat agar sempat dibacakan dan diluluskan pada sidang kali ini juga.

"Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah pun menzahirkan keberanian dan kesungguhan ke arah memartabatkan Syariat Islam, maka PM Najib pun sepatutnya bertindak dengan cara yang sama," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Akhirnya, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) telah diluluskan di Dewan Rakyat walau ditentang hebat oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Undang-undang drakonian ini tidak ubah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu, cuma beza pada namanya sahaja sedangkan kuasa untuk penahanan tanpa bicara tetap diteruskan oleh Kerajaan pimpinan Umno BN ini.

Kerajaan begitu bersungguh untuk meluluskan akta ini sehingga perbahasan dibuat dalam tempoh sehari sahaja dan Dewan bersidang sehingga lewat tengah malam iaitu jam 2.25 pagi.

Jikalau kita melihat Ahli Parlimen BN begitu bersemangat untuk meluluskan akta kejam ini, maka PAS ingin melihat semangat yang sama ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Umno yang beragama Islam dan Ahli Parlimen Komponen BN yang mengundi menyokong undang-undang tahanan tanpa bicara, untuk menyokong pula Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Rang Undang-Undang Persendirian ini adalah berkaitan peluasan kuasa Mahkamah Syariah yang boleh diluluskan dengan majoriti mudah tanpa perlu meminda Perlembagaan Malaysia.

Sistem perundangan Islam ini wajar dimartabat dan diangkat tarafnya seiring dengan perkembangan Malaysia menuju ke arah negara maju ini.

Apabila Rang Undang-Undang Persendirian ini berjaya diluluskan secara tidak langsung ia akan membuka jalan untuk memudahkan penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali dengan Undang-Undang Hudud.

Di dalam Islam, setiap yang ditahan mesti dibicarakan dengan seadilnya, dengan syarat pembuktian yang begitu ketat, dibicarakan  di hadapan lebih daripada seorang hakim kemudian barulah hukuman dijatuhkan.

Adakah Umno tidak berhasrat untuk memperkasakan lagi Undang-Undang Islam di Malaysia ini atau masih sekadar mahu berselindung di sebalik pelbagai slogan dan pendekatan politik?

Justeru, saya mengharapkan PM Najib dapat menyatakan pendirian rasmi dan membuat seruan agar kesemua Ahli Parlimen Umno dan BN yang telah menyokong akta POTA yang menahan tanpa bicara itu agar dapat juga menyokong Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang pada hakikat asalnya di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah pun menzahirkan keberanian dan kesungguhan ke arah memartabatkan Syariat Islam, maka PM Najib pun sepatutnya bertindak dengan cara yang sama bahkan, ia telah pun dipersetujui di dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Islam yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri pada 15 Disember 2014 untuk meminda Akta 355.

Saya juga berharap agar Kerajaan melalui Menteri berkaitan akan dapat membantu melancarkan proses pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian ini dengan mempercepatkan gilirannya di dalam Aturan Urusan Mesyuarat agar sempat dibacakan dan diluluskan pada sidang kali ini juga. - HARAKAHDAILY 8/4/2015

Sumber HD - 8-4-2015

BR1M: Institut Rakyat saran sistem saluran elektronik
















| .



KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2014[1] semalam mendedahkan bahawa 6 ribu lebih penerima Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) didapati menuntut lebih daripada sekali menyebabkan Putrajaya mengeluarkan kos sebanyak RM3.3 juta sepanjang tempoh tahun 2012 ke 2014.

Jika kepincangan ini dapat dielakkan, kos ini sudah pasti dapat memanfaatkan lagi 6 ribu lebih penerima yang memerlukan. Institut Rakyat menyeru kerajaan mengambil serius isu keberkesanan kos (cost effectiveness) program dan menuju ke arah sistem penyaluran bantuan tunai secara elektronik.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014, BR1M disalurkan melalui dua kaedah: 1) pembayaran dikredit ke dalam akaun bank penerima; 2) pemberian baucar kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk ditunaikan di bank-bank terpilih atau kaunter bank bergerak. Bagi BR1M 2014, sebanyak 60% penyaluran BR1M adalah secara atas talian (online) terus ke akaun bank penerima. Bagi BR1M 2015 pula, masih wujud 11.3% penerima yang tidak mempunyai akaun bank.

Laporan tersebut turut mendedahkan penunaian BR1M lebih daripada sekali ini berlaku ketika pihak bank membuka kaunter bergerak di luar talian (off line), di mana bayaran dibuat kepada penerima BR1M dengan hanya menyemak senarai nama penerima yang berjaya tanpa membuat semakan lanjut melalui sistem online database. Tanpa perkongsian data di antara bank secara langsung (live), semakan penunaian secara langsung di antara bank tidak dapat dibuat maka memberi ruang kepada segelintir penerima BR1M melakukan tuntutan bayaran lebih daripada sekali.

Meskipun mereka yang terlibat dalam penunaian BR1M lebih daripada sekali hanya 0.4% daripada jumlah penerima bagi ketiga-tiga tahun tersebut, hakikatnya kos akibat penunaian lebih daripada sekali adalah sebanyak RM3.3 juta. Jumlah ini dapat memanfaatkan sekurang-kurangnya 6600 orang jika seorang menerima RM500, ataupun 5077 orang jika seorang menerima RM650.

Malah, jika diambil kira kos pentadbiran yang terbabit samada ditanggung oleh kerajaan mahupun pihak bank, baik secara langsung atau tidak langsung akibat daripada penunaian lebih daripada sekali serta pengeluaran surat peringatan untuk mengembalikan lebihan wang BR1M yang dituntut, kos yang ditanggung sudah pasti melebihi RM3.3 juta.

Walau bagaimanapun, penggunaan baucar bakal digantikan dengan surat kelulusan BR1M yang mempunyai ciri-ciri keselamatan anti copy bagi penerima yang tidak mempunyai bank akaun. Kaedah ini sememangnya satu langkah kedepan yang lebih baik daripada baucar, namun ia masih tidak dapat mengatasi masalah struktural yang asas.

Pertama, peratus isi rumah atau populasi memiliki akaun bank yang rendah. Laporan Pembangunan Manusia Malaysia (Malaysia Human Development Report 2013)[2] memperlihatkan kadar populasi berumur 15 tahun ke atas yang memiliki akaun bank adalah 66%. Berbanding dengan Singapura, Japan dan Hong Kong, peratus isi rumah atau populasi yang memiliki akaun bank adalah 98%, 96% dan 89%. Bagi kategori 40% isi rumah terrendah (bottom 40%) pula, setinggi 50% tidak mempunyai akaun bank, iaitu seorang daripada dua orang yang miskin tidak mempunyai akaun bank.

Kedua, jurang keberkesanan kos di antara lokaliti tetap wujud di antara bandar dengan luar bandar, Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Keberkesanan kos adalah rendah di luar bandar, Sabah dan Sarawak berbanding dengan bandar dan Semenanjung Malaysia kerana infrastruktur ekonomi dan sosial yang terhad[3], maka agensi kerajaan dan pihak bank perlu memperuntukkan lebih kos untuk menyediakan kemudahan kewangan dan sosial, mencapai (reach out) mereka yang susah dan menyalurkan bantuan tunai dengan telus.
Sebagai langkah asas, kerajaan perlu mewujudkan mekanisme kerjasama dengan sektor bank untuk mempertingkatkan peratus populasi memiliki akaun bank khasnya golongan miskin. Sebagai contoh di India, peratus populasi memiliki akaun bank adalah 35% sahaja[4], kerajaan India memperkenalkan program Jan-Dhan Yojana[5] pada tahun 2014 bagi membolehkan seluruh rakyat India membuka akaun sifar simpanan (zero balance account) dengan mana-mana bank di India dan menikmati manfaat pelbagai program kebajikan kerajaan.
Bagi penyelarasan maklumat penerima, kerajaan boleh merujuk kepada open source web-based Management Information System (MIS) seperti yang dilaksanakan di Kenya untuk program Hunger Safety Net Programme yang membolehkan akses untuk semua agen pelaksana termasuk kerajaan Kenya dan Bank Ekuiti. Sistem ini menggabungkan pihak kerajaan, bank dan syarikat telekomunikasi bagi membolehkan penggunaan sistem penyaluran elektronik seperti kad pintar dan telefon bimbit dalam program bantuan tunai di Kenya[6]. 

Sesungguhnya, kelemahan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sepertimana yang dikemukakan oleh Laporan Ketua Audit Negara hari ini hanya akan dapat ditangani dengan memastikan rakyat Malaysia khasnya golongan miskin mempunyai akaun bank sebagai langkah asas menuju ke arah sistem penyaluran bantuan tunai secara elektronik. Langkah ini bukan sahaja dapat mempertingkatkan keberkesanan kos program dan mengelakkan manipulasi, yang terpenting adalah menjamin bantuan terus sampai ke tangan golongan miskin. - HARAKAHDAILY 7/4/2015

Sumber HD - 7-4-2015

EKJS: RUU persendirian nombor 24, yakin BN sokong



















MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yakin Barisan Nasional (BN) akan memberi sokongan penuh kepada Rang Undang-Undang persendirian (Private Bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 (EKJS2).

Beliau mengatakan bahawa berkata, jika BN bersangguh menyokong Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 yang menahan orang tanpa bicara pasti menyokong EKJS2 yang dilihat adil kepada semua.

"Saya yakin semua parti komponen di dalam BN sama ada MCA, MIC mahupun parti-parti dari Sabah dan Sarawak akan menyokong rang undang-undang persendirian yang di bawa oleh Presiden PAS.

"Mustahil mereka tidak menyokong kerana Pota yang jelas menekankan rakyat atau tertuduh diberi sokongan, EkJS2 lebih sempurna dan adil tidak diberi sokongan," katanya di lobi parlimen.

Beliau ketika ditanya mengenai peluang EKJS2 dibentangkan pada sesi parlimen kali ini, berkata keutamaan giliran itu bergantung kepada budi bicara Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat.

"Ia bergantung kepada budi bicara speaker, kalau ia ingin percepatkannya ia perlu mendapatkan persetujuan dari menteri untuk diangkat lebih awal.

"Kalau dari nombor 24 itu bergantung kepada kelulusan menteri dan speaker, kita tunggu," katanya lagi.

Rang Undang-undang persendirian yang kemukakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berada pada nombor 24 pada aturan mesyuarat bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. – HARAKAHDAILY 7/4/2015

Sumber HD - 7-4-2015

Petisyen 1 juta rakyat #BantahGST




















| .



KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menghidupkan semula kempen #BantahGST bagi mendapatkan satu juta petisyen rakyat secara online melalui laman web bantahGST.com
Tujuan petisyen rakyat ini dilancarkan adalah untuk menghantar mesej secara jelas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau harus membatalkan cukai GST.

"Kami mensasarkan 200,000 bantahan menjelang 1 Mei 2015. Kemudian berperingkat-peringkat mencapai 1 juta. Kalau suara rakyat kuat, rakyat berkuasa. Kami percaya Suara Rakyat, Suara Keramat.

"Tema Kempen ini adalah “Bantah Cukai Rakus, Golongan Susah Tertindas!” kata kenyataan bersama Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru), Teo Kok Seong (DAP-Rasah), Hanipa Maidin (PAS- Sepang) dan G Manivannan (PKR-Kapar).

Kempen ini adalah kempen bersiri selama beberapa minggu dan empen Pertama adalah #BantahGST berkaitan tambah nilai prabayar telefon bimbit iaitu isu Telco Top Up Card yang penuh kontroversi.

Mengikut aduan yang diterima oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Konsumer dan Koperasi (KPDNKK), 44% adalah berkenaan dengan Telco Top Up. Ini adalah berpunca daripada kegagalan kerajaan berunding dengan syarikat-syarikat Telco.

"Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menjanjikan tiada GST untuk Top Up Card, tetapi sekarang terbuktinya GST dikenakan. Ini jelas janji tidak ditepati!

Perkhidmatan prabayar merangkumi 60% daripada jumlah panggilan, sistem pesanan ringkas (SMS) dan servis data syarikat Telco.

Dengan mengenakan cukai GST, dijangkakan syarikat-syarikat Telco akan mengaut keuntungan setinggi RM80-120 juta ringgit setahun.

"Isu Top Up card ini melibatkan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan anak muda, pelajar, golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pesara. Mereka menggunakan service top up kerana tidak mampu bayar postpaid plan.

"Buat masa sekarang, kenyataan kerajaan adalah sangat mengelirukan. Kerajaan hanya mengumumkan penyelesaian 3 bulan sahaja. Itu bukan penyelesaian," kata kenyataan itu lagi.
Justeru mereka akan memperjuangkan tiada cukai GST dikenakan kepada tambah nilai prabayar.

"Kami menyeru semua golongan yang tidak puas hati menanda-tangani petisyen rakyat untuk menyatakan suara hati kepada kerajaan. Kami juga akan turun padang membuat kempen mengenai isu ini.

"Kalau rakyat bersatu #bantahGST, rakyat akan Berjaya hapuskan GST," katanya. - HARAKAHDAILY 6/4/2015

Sumber HD -6-4-2015

Tarik balik ketum kejayaan kecil Pakatan Rakyat

| .



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin meminta kerajaan membuat kajian terlebih dahulu berkaitan impak pelaksanaan akta baru sebelum sebarang Rang Undang-undang (RUU) dibentangkan di parlimen.

RUU Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2014 yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam bagi menyediakan takrifan baharu bagi daun ketum dan menyenaraikannya sebagai dadah berbahaya ditarik balik semalam.

"Penarikan balik RUU mengenai daun ketum semalam merupakan satu kejayaan kecil Pakatan Rakyat.

"Kita membantah kerana terlalu banyak impak yang perlu kita hadapi dan kerajaan sebelum membuat sebarang pembentangan perlu ada kajian secara menyeluruh apa kesan di sebaliknya," katanya ketika ditemui Haakahdaily di parlimen hari ini.

Menurut beliau, tindakan tergesa-gesa kerajaan membuat pembentangan di parlimen sehinggakan banyak bantahan dari ahli-ahli parlimen mengambarkan kerajaan tidak mengkaji terlebih dahulu kesan jika ia dilaksanakan nanti.

"Hendak masukkan daun ketum dalam Akta Dadah Berbahaya adalah tidak wajar kerana di sebelah utara semenanjung ia merupakan satu perkara biasa.

"Malah perbahasan dari mereka yang bergelar doktor turut memberitahu tidak ada kesan sampingan sebaliknya memberi kebaikan kepada mereka yang menggunakannya.

"Apa yang menjadi kesalahan adalah jika ia diproses dengan cara yang salah iaitu mencampurkan dengan pelbagai bahan lain bagi tujuan untuk mendapatkan kesan lebih teruk," katanya lagi.

Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut menegaskan, bantahan pelaksanaan pindaan RUU ini bukan bermaksud menyokong penggunaan daun ketum tetapi memikirkan kesan hukuman nanti.

"Kalau diluluskan sesiapa yang memiliki daun ketum akan ditangkap malah tidak boleh dijamin dan paling teruk adalah penjara seumur hidup serta enam sebatan.

"Pokok ketum ini tumbuh secara liar dan ia bukannya ditanam serta bukan peladangan, kita tidak tahu pun pokok ketum tumbuh di sekitar rumah dan kalau undang-undang ini dilaksanakan apa akan berlaku," kata beliau lagi.

Hanipa turut mencadangkan Akta Racun 1952 diubah dengan meningkatkan lagi hukuman berkaitan penggunaan daun ketum.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya ketika membentangkan rang undang-undang tersebut berkata, Akta Racun 1952 yang ketika ini digunakan bagi mengawal penyalahgunaan daum ketum, tidak cukup kuat untuk mengekang aktiviti tersebut.

Justeru katanya, adalah menjadi keperluan untuk mentakrifkan ketum sebagai dadah berbahaya, supaya kawalan lebih ketat terhadap penyalahgunaan bahan itu dapat dilaksanakan. - HARAKAHDAILY 1/4/2015

Sumber HD - 2-4-2015 

GST: PR terus bersuara keras perjuang nasib rakyat















MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini menegaskan terus bersuara dengan keras untuk memperjuangkan nasib rakyat dengan memberi perhatian kepada permasalahan yang timbul akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul pada sidang media di parlimen hari ini berkata pelaksanaan GST yang bermula hari ini merupakan titik hitam dalam sejarah negara, di mana kerajaan terus tertegas melaksanakan sistem percukaian regresif dan menekan hidup rakyat.

"Hari ini rakyat Malaysia akan melihat harga barang terus naik, walhal gaji dan pendapatan rakyat terbanyak tidak meningkat sepantas yang diharapkan.

"Pakatan Rakyat menegaskan bebanan terhadap rakyat terbanyak akan bertambah berat dan pasti ramai yang terkesan akibat pelaksanaan GST ini," katanya.

Tambah beliau lagi, usaha dan dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meringankan beban rakyat tidak memadai dan ditambah pula dengan pelaksanaan yang tempang dan tidak bermaya.

Sementara itu, Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata sikap tidak endah kerajaan untuk mendengar rintihan rakyat serta pandangan pimpinan lain amat mengecewakan.

"Jelas bila kita tegur dengan pelbagai pandangan dan pendapat tentang kesan GST kerana tetap meneruskannya.

"Ini membuktikan GST digunakan untuk membayar segala hutang negara, beban negara ditanggung sepenuhnya boleh rakyat.

"Kerajaan perlu ada insiatif baru dalam mencari sumber pendapatan negara bukannya menggunakan poket rakyat untuk membayar segala kerugian yang dilakukan kerajaan," jelas beliau.

Pakatan Rakyat akan terus membangkitkan kesusahan dan keperitan yang dialami oleh setiap lapisan masyarakat, agar pemerintah di Putrajaya mendengar dan faham suara hati dan kesengsaraan hidup dengan terlaksananya GST.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Ketua Whip DAP, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid. - HARAKAHDAILY 1/4/2015


Sumber HD - 1-4-2015















GST: Apa pendirian MP BN ketika rakyat tertekan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN digesa tidak memekakkan telinga dan membutakan mata akan reaksi suara dan tulisan rakyat membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula hari ini.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary dalam tulisannya menyatakan bahawa 1 April sering dijadikan tarikh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab bagi acara membodohkan yang lain.

1 April sering dijadikan tarikh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab bagi acara membodohkan yang lain.

1 April 2015 juga adalah satu tarikh malang buat rakyat Malaysia apabila mereka ditindas dengan sistem percukaian GST. GST dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional, yang dipersoal integriti mereka dan terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan penipuan.

1 April 2015 rakyat terus mencemuh dan mengkritik GST di mana-mana pasar raya, pasar tani, kedai kopi, kedai runcit juga setiap kali duit mereka dikeluarkan untuk berbelanja.

1 April 2015 rakyat bersuara dan menulis secara terbuka menyindir dan membantah GST.

1 April 2015, suara Ahli Parlimen BN mula cenderung diam seribu bahasa. Lupakah mereka saat suara mereka menyatakan sokongan pada GST pada sidang parlimen yang lepas?

1 April 2015, ahli parlimen BN cenderung mengambil sikap menyokong tidak, menentang pun tidak. Bersuara menyokong GST pasti berlawanan dengan suara kemarahan rakyat yang diwakili. Bersuara menentang GST pasti berlawanan dengan dasar kerajaan BN yang memerintah, yang mereka sendiri menyokongnya.

1 April 2015 saya menggesa seluruh Ahli Parlimen BN tidak memekakkan telinga dan membutakan mata akan reaksi suara dan tulisan rakyat membantah pelaksanaan GST.

1 April 2015 saya menggesa Ahli Parlimen BN agar bersuara dengan suara rakyat, yakni Bantah GST! - HARAKAHDAILY 1/4/2015

Sumber HD - 1-4-2015














Tangkap: Kecewa kerajaan tidak hormati perlembagaan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar melahirkan rasa kecewa apabila Perlembagaan Persekutuan tidak dihormati lagi oleh kerajaan.

Katanya, tindak-tanduk kerajaan seolah-olah mencabar hak-hak yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada warganegara.

"Baru-baru ini ramai di antara ahli-ahli parlimen ditahan oleh polis kerana terlibat dengan perhimpunan aman 'Kita Lawan'," ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya rasa sungguh kecewa apabila Perlembagaan Persekutuan tidak dihormati lagi oleh kerajaan.

Tindak-tanduk kerajaan seolah-olah mencabar hak-hak yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada warganegara.

Baru-baru ini ramai di antara ahli-ahli parlimen ditahan oleh polis kerana terlibat dengan perhimpunan aman 'Kita Lawan'.

Perlembagaan Persekutuan memberi hak kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara kepada semua rakyat Malaysia apatah lagi kepada ahli-ahli parlimen.

Penangkapan dan penahanan ahli-ahli parlimen ini adalah penyalahgunaan kuasa yang melampau.

Ahli-ahli parlimen adalah wakil yang dipilih oleh rakyat dan mempunyai kekebalan tertentu yang dijamin oleh undang-undang negara.

Ahli-ahli parlimen diberi kebebasan dan keistimewaan untuk memperkatakan sesuatu perkara tanpa rasa gusar atau dikecam di luar dewan.  Satu-satunya badan yang boleh mengecam seseorang ahli parlimen ialah Jawatankuasa Parlimen bagi Hak dan Kebebasan.

Kekebalan parlimen ini berkuatkuasa serta-merta apabila seseorang itu mengangkat sumpah menjadi ahli parlimen.

Satu pindaan telah dibuat di bawah Perkara 63 Perlembagaan berikutan Peristiwa 13 Mei dengan penambahan Perenggan 4 yang menidakkan Fasal 2 Perlembagaan yang secara amnya memberikan hak-hak kebebasan asasi.

Perenggan 4 itu menerangkan bahawa sesiapapun termasuk ahli parlimen yang berucap di Dewan Rakyat boleh didakwa jika melakukan kesalahan di bawah Fasal 4 Perkara 10 atau di bawah Akta Hasutan 1948.

Selain itu ahli-ahli parlimen juga kehilangan hak-hak istimewanya jika menganjurkan penghapusan kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana raja di negeri-negeri.

Baru-baru ini ahli-ahli parlimen ditangkap dan dilayan buruk oleh polis. Mereka dipaksa memakai pakaian banduan, berkaki ayam dan dimasukkan dalam lokap.

Mereka ini bukan penjenayah. Mereka hanya membela keadilan melalui proses demokrasi iaitu perhimpunan aman.

Adakah mereka ini wajar ditangkap dan dihina seperti itu?

Mereka dengan rela hati  pergi ke balai polis apabila dipanggil untuk disoal siasat. Tetapi, mereka ditangkap dan dimasuk ke dalam lokap. Ini merupakan penyalahgunaan kuasa untuk meruntuhkan amalan demokrasi negara.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditangkap kerana hujah-hujahnya di Dewan Rakyat.

Seseorang wakil rakyat mempunyai kekebalan apabila berucap di Parlimen. Ini adalah penting dalam konteks demokrasi berparlimen supaya wakil-wakil rakyat akan berani membawa apa jua isu yang melibatkan rakyat dan negara.

Walaupun ada  limitasi tertentu dalam perkara ini, tetapi kekangan itu tidak harus menggangu proses demokrasi dan hak wakil rakyat. Apa yang dihujah oleh Yang Berhormat Lembah Pantai itu tidak melanggar Fasal 4 Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ataupun Akta Hasutan 1948.

Oleh yang demikian, pihak polis telah menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka untuk mengambil tindakan yang melampau terhadap beliau.

Selain daripada itu, penahanan YB Pandan Rafizi Ramli juga membuktikan pihak polis bertindak di luar bidang kuasa mereka. Polis telah menangkap Rafizi dan menghalang beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat pada hari ini.

Sekali lagi, ini merupakan penyalahgunaan kuasa polis terhadap wakil rakyat pembangkang. Polis telah menghalang wakil rakyat daripada  melaksanakan kewajiban ataupun tanggungjawab yang diamanatkan kepada beliau.

Kepercayaan rakyat terhadap institusi polis semakin luntur. Jika perkara ini tidak diperbetulkan dengan serta-merta maka negara kita akan menjadi sebuah negara polis.

Adakah ini yang menjadi aspirasi kerajaan Barisan Nasional?

Jika bukan, maka tindakan segera harus diambil oleh kerajaan, memecat Ketua Polis Negara dengan serta merta untuk melindungi Perlembagaan Persekutuan dan menjaga imej dan nama baik Polis Diraja Malaysia. - HARAKAHDAILY 31/3/2105


Sumber HD - 31-3-2015

Buku berkadar sifar, kerajaan tidak sedia laksana GST

NURUL IZZAH ANWAR | .


SETELAH bertalu-talu diasak dan ditekan; termasuklah menerusi penyertaan 100 warganegara Malaysia yang membuat aduan di kaunter awam Pejabat Kastam Kelana Jaya pada 23 Mac, Kementerian Kewangan akhirnya menambah senarai barang dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai di bawah regim baru (GST) cukai barang dan perkhidmatan yang bermula 1 April ini.

Ternyata, kita mengalu-alukan keputusan kerajaan yang memperluaskan GST pada kadar sifar yang dahulunya hanya tertakluk buat buku tertentu seperti buku latihan, kamus, buku teks, buku rujukan, kitab agama, surat khabar termasuk versi elektronik, buku bergambar, buku lukisan dan buku berwarna kanak-kanak yang diumumkan sebelum ini; kini dikadarsifarkan buat semua jenis bahan bacaan. Akhirnya gesaan rakyat, beserta rangkaian warga penerbitan dan pembaca terlaksana jua.

Saya juga mengalu-alukan keputusan meluaskan skop ubat-ubatan yang berkadar sifar di bawah rejim GST, walaupun, saya ingin menggesa kerajaan untuk mengkadarkan sifar terus kesemua perkhidmatan, ubatan dan juga alatan kesihatan, untuk tidak menambah beban rakyat terbanyak.

Pun begitu, pengumuman di saat akhir sebegini menimbulkan kebimbangan samada kerajaan benar-benar bersedia untuk mengimplementasikan GST April ini?

Pertama, wajib dipersoalkan mengapa kebimbangan mengenai GST ke atas ubat-ubatan dan buku yang saya bangkitkan semenjak November 2014 gagal diendahkan. Yang kedengaran hanya komentar hambar Timbalan Menteri yang melahirkan kebimbangan kawalan bagi caj perkhidmatan di rumah pasca keluhan isteri Perdana Menteri dan dandanan rambut yang mencecah RM1,200.

Kerajaan dan pihak kastam punyai lebih enam tahun masa persediaan bagi menilai impak sosial dan merancang pelaksanaan regim GST yang rapi. Malangnya, 6 hari sebelum pengenalan GST, senarai pengecualian masih belum dimuktamadkan. Apakah pampasan dapat diberikan kepada syarikat-syarikat penerbitan - sama ada berskala kecil atau besar - yang sudah melaksana pembelian stok barangan yang sudah dicukai dalam senarai terdahulu?

Ternyata, kegagalan pejabat kastam menjawab persoalan rakyat menerusi 106 persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat yang membantah GST di Kelana Jaya tempoh hari mencalar kewibawaan dan kesediaan kerajaan dalam memperkenal regim cukai baru kelak. Lebih malang apabila soalan tidak terjawab, dan mereka yang menyoal dikasari, ditangkap dan kemudiannya didakwa.

Keengganan bersifat terbuka dan konsultatif sebegini terserlah menerusi keputusan ad hoc di saat akhir. Di manakah bukti bahawa perancangan pengenalan GST ini kononnya demi manfaat rakyat terbanyak? Bagaimanakah mencukai ilmu dan kesihatan dilihat sebagai manfaat?

Kita dapat menjangkakan bahawa lebih banyak kekhilafan bakal disedari kelak - apakah jaminan bahawa di masa mendatang pihak kastam tidak akan menukar fikiran mereka - lantas menambah atau mengurangkan senarai barangan yang dikecualikan atau dikenakan GST?

Justeru, kerajaan wajib menangguhkan pengenalan regim GST sehinggalah rakyat mempunyai pendapatan median dua kali ganda daripada nilai sekarang; kerajaan benar-benar bersedia, dan meleraikan kekeliruan dalaman atau dasar ad hoc yang menyulitkan pelaksanaan; dan Perdana Menteri dan anggota kabinet mengorak langkah membanteras keborosan dan rasuah yang semakin membarah sehingga ke saat ini. - HARAKAHDAILY 27/3/2015

Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR.

Sumber HD - 27-3-2015

Tanjong Piai Maritim: Jawapan menteri kabur

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Jawapan kabur diberikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk  Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat pada 24 Mac lalu berkaitan masalah nelayan yang menerima kesan terhadap projek pembangunan Tanjong Piai Maritime Industrial Park.

"Persoalan pertama adalah, mengapa pembayaran ex-gratia kepada nelayan itu perlu dibuat?" tanya Ketua Biro Pertanian DAP Johor, Mahdzir Ibrahim, Adun Bekok, Lim Eng Guan, Adun Pekan Nenas, Yeo Tun Siong dan Adun Pengkalan Rinting, Cheo Yee How dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Jawapan kabur diberikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk  Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat pada 24 Mac lalu berkaitan masalah nelayan yang menerima kesan terhadap projek pembangunan Tanjong Piai Maritime Industrial Park.

Persoalan pertama adalah, mengapa pembayaran ex-gratia kepada nelayan itu perlu dibuat?

Secara konteksnya, ex-gratia ini bermaksud bayaran ganti rugi atau pampasan. Ia dibuat apabila berlaku bencana atau kerosakan. Maka bayaran ex-gratia yang dinyatakan oleh menteri ini, jelas menunjukan bahawa suatu bencana atau kerosakan telah berlaku ke atas perairan terbabit yang mana ia membawa kesan hilangnya lebih lima puluh peratus (50%) punca pendapatan bagi sejumlah 1,023 nelayan daripada 14 pangkalan di Johor Bahru dan 19 yang berpangkalan di kawasan Pontian.

Ini bertentangan sekali dengan dakwaan kerajaan negeri dan pihak pemaju baik projek Forest City (Country Garden) dan Tanjong Piai Maritime Industrial Park (Benelac) yang sebelum ini menyatakan bahawa projek-projek tersebut akan memberikan impak ekonomi yang positif kepada rakyat tempatan.

Oleh itu, jika benar ada berlaku kerosakan kekal pada perairan tersebut, kerajaan negeri atau kementerian harus mengisytiharkannya kepada umum, agar tujuan pembayaran ex-gratia (pampasan) ini dapat diwajarkan.

Namun, kenyataan menteri ini bertukar lucu apabila beliau menyatakan ex-gratia ini sebagai ‘saguhati’ kepada nelayan.

Konsep ex-gratia dan saguhati ini sangat mengelirukan sama sekali kerana bayaran ex-gratia mempunyai mekanisme dan struktur penilaian yang tertentu berbanding bayaran saguhati yang dibayar mengikut ehsan atau kemampuan kerajaan.

Jadi, mana satukah yang akan dibuat, ex-gratia (pampasan) atau saguhati (ehsan)?

Kemudian menteri menyatakan lagi, “bayaran ex-gratia kepada nelayan dan penternak adalah berasaskan kepada aktiviti yang mereka lakukan”. Dari jawapan menteri sendiri, purata hasil pendapatan nelayan pantai yang terendah dicatatkan ialah  nelayan dikawasan selatan dan Johor Bahru dengan purata sekitar RM1,151 sebulan.

Soalannya, apakah mekanisme yang berkesan, yang beliau gunakan untuk menentukan ‘aktiviti’ nelayan ini? Dari hasil tangkapan atau asetnya?

Soalan berikutnya berkenaan dengan pembayaran ex-gratia ini, pihak manakah yang akan membayarnya? Kerajaan negerikah? Kementeriankah? Atau kedua-duanya?

Jika pembayaran ex-gratia ini dibuat oleh mana-mana pihak, kerajaan negeri atau kementerian, maka persoalan lain timbul iaitu fungsi program Tabung Pembangunan Nelayan.

Untuk kes Forest City, pada Julai 2014, Kerajaan negeri mengumumkan penubuhan tabung tersebut dan menganggarkan kutipan sekitar RM 104 juta melalui caj RM 0.30 sen bagi setiap sekaki persegi (psf) dari saiz seluas 3,237.48 hektar.

Kemudian, lima bulan selepas itu iaitu pada November 2014, dalam belanjawan negeri Johor yang lalu, sejumlah RM 1.8 juta diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai insentif kepada 1,800 nelayan iaitu bersamaan dengan RM 1000 untuk satu keluarga (tidak sampai sepuluh peratus dari anggaran RM 104 juta).

Bagaimana pula dengan pembangunan Tanjong Piai Maritime Industrial Park yang bersaiz 1411 hektar dengan jarak yang kurang 500 meter dari pantai tanjung Piai ini? Adakah ia termasuk dalam pembiayaan Tabung Pembangunan Nelayan tersebut?

Maka, duit pembayaran ex-gratia yang dinyatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, akan diambil dari sumber mana? Dari Tabung Pembangunan nelayan atau apa?

Jawapan dan penjelasan oleh kerajaan negeri dan kementerian setakat ini, terus mendatangkan lebih banyak kekeliruan dan persoalan yang masih tergantung. Ini perlu segera dijelaskan oleh kerajaan negeri dan kementerian. - HARAKAHDAILY 27/3/2015

Sumber HD - 27-3-2015

EKJS: Jamil Khir dicabar nyata pendirian

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk berani menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-undang Persendirian (RUU) mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) di Kelantan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mahfuz di dalam celahannya itu mengasak Jamil Khir beberapa kali untuk meminta menteri itu bersetuju atau tidak dengan RUU Persendirian itu sebaliknya menteri berkenaan tidak menjawab.

"Nak minta menteri kata setuju atau tidak apa yang di bawa oleh Marang," soal Mahfuz berkali-kali ketika sesi penggulungan oleh Jamil di Dewan Rakyat, semalam.

Mahfuz terus menyoal bertalu-talu selepas Jamil pula mendedahkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJSII) tidak pernah dibawa untuk perhatian Majlis Raja-raja Melayu pada 11 Mac sebagaimana didakwa Mahfuz.

Ekoran itu Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohd Said mengarahkan Mahfuz keluar dewan selepas beberapa kali cuba menyoal Jamil Khir sehingga suasana menjadi kecoh.

Jelas Mahfuz, jawatankuasa yang diselia di bawah Jakim dan Peguam Negara sudah menyatakan kesediaan terhadap enakmen itu.

"Jadi tidak ada masalah semua sudah dibawa ke Majlis Raja-raja untuk  mendapat sokongan.

"Persoalannya mengapa dia tidak bawa? Jadi nampak jelas apabila kerajaan ada tekanan daripada komponen BN lalu mereka terpaksa ambil jalan untuk tidak membawa perkara itu bagi membolehkan pindaan ke atas Akta 355.

"Sebab itu saya tanya sekarang ini kalau kerajaan tidak boleh bawa Marang telahpun bawa dan kemukakan cadangan pindaan kepada akta yang sama," tegas Mahfuz ketika bercakap kepada wartawan.

Bagi Mahfuz, Jamil telah melakukan pembohongan di dalam dewan yang mana beliau pernah berjanji pada Disember lalu akan memberi ruang untuk membolehkan EKJS dapat dilaksanakan.

Mahfuz turut mencabar Jamir yang sepatutnya membuat saman pencelahan terhadap saman pemula yang dibuat oleh Gerakan untuk menghalang EKJS di Kelantan.

"Jadi mana? Kata Umno nakkan kepada EKJS. Jadi kerajaan pusat kena buat Pindaan Akta 355 untuk membolehkan EKJS dilaksanakan. Akta 355 dibawah kerajaan Persekutuan," katanya.

Isu Akta 355 jelas Mahfuz, kerajaan sudah bersetuju dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri untuk meminda Akta 355 iaitu Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965 (pindaan) dan perkara ini telahpun disebut akan dibentangkan dalam Majlis Raja-raja pada 11 Mac lalu.

"Perkara ini sudah dimaklumkan oleh jawatankuasa teknikal undang-undang Jenayah Syariah di peringkat persekutuan untuk membuka ruang bagi memudahkan pelaksanaan EKJS II Kelantan. Kelantan pun sudah setuju," jelas Mahfuz. – HARAKAHDAILY 27/3/2015

Sumber HD - 27-3-2015

MP BN kecewa menteri cuti ketika bah besar

.


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN melahirkan rasa kecewa apabila ramai menteri bercuti ketika negara sedang menghadapi banjir luar biasa pada penghujung Disember tahun lalu.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa ketika banjir sedang memuncak pada 24 Disember beliau menghubungi beberapa orang menteri bagi mendapatkan kemudahan aset untuk membantu mangsa banjir.

"Di saat banjir sedang memuncak saya minta helikopter sampai sudah pun tak dapat. Banyak prosedur. Untuk aset tentera mesti dapat arahan daripada tentera sedangkan waktu itu banjir. Saya ada kawan di agensi ini mereka pun tidak boleh tolong.

"Saya 'call' menteri, pula ramai yang cuti,"celah beliau ketika sesi penggulungan di Jabatan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Shahidan Kassim.

Annuar turut membidas menteri agar tidak melonggokkan cuti mereka ke Disember kerana ia akan menimbulkan masalah bagi mendapatkan pertolongan apabila banjir melanda.

"Hujung tahun bulan 12 semua menteri cuti timbul masalah bila keadaan banjir berlaku,"katanya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencadangkan agar agensi kerajaan bersiap sedia setiap akhir tahun yang merupakan musim banjir di negeri Pantai Timur.

"Apa kata tiap-tiap tahun kerajaan bersiap sedia dengan tentera dan segala kelengkapan sebelum banjir berlaku. Jangan harapkan kerajaan negeri sahaja. Tiap-tiap tahunkan banjir,"katanya. - HARAKAHDAILY 26/3/2015

Sumber HD - 26-3-2015

PAS cadang badan khas selesai kemelut Selatan Thai





























| .



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mempersoal tindakan kerajaan Malaysia selaku Pengerusi Asean dalam membantu menyelesaikan kemelut di Pattani Selatan Thai.

Kamarudin dalam soalan tambahan ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, masalah yang timbul di Selatan Thailand sedikit sebanyak memberi kesan kepada negara ini khususnya negeri di sempadan negara tersebut.

Malangnya kata beliau, cara Malaysia menangani masalah di Thailand berbeza di Selatan Filipina walaupun suasana di Thailand lebih buruk daripada Filipina.

"Pemimpin dan pegawai Malaysia di Thailand tidak berkesan dalam membantu rakyat Thailand berbanding di Filipina.

"Kalau kita tidak sokong usaha rakyat Selatan Thai untuk merdeka, pa yang boleh kita lakukan? Kita kena mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka,"katanya.

Tegasnya, kerajaan perlu ada satu badan khusus untuk Selatan Thailand seperti mana kerajaan mempunyai fasilitator di Mindanao Selatan Filipina.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainudin mengakui sukar untuk membantu menangani kemelut di Selatan Thailand kerana kerajaannya mengalami keadaan yang kucar kacir.

"Kita buat konsep yang sama antara Thailand dan Filipina tetapi keadaan di Thailand menyebabkan masalah berbangkit dan tidak menjadi agenda utama kerajaan.

"Thailand bersetuju Malaysia satu satunya fasilitatornya dan usaha ini sudah bermula tetapi sikap kerajaan Thailand menyebabkan perkara ini tertangguh dan bersambung-sambung,"katanya.

Malah katanya, Malaysia tidak mahu negara jirannya menghadapi masalah ini dan berjanji akan terus memberi kerjasama baik untuk kesejahteraan dua-dua negara.- HARAKAHDAILY 26/3/2015

Sumber HD - 26-3-2015

1Azam gagal, RM1.3b wang rakyat tiris lagi






























HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM1.3 bilion untuk skim 1Azam telah dibazirkan oleh kerajaan, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Semalam, katanya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dipengerusikan oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed telah mengumumkan bahawa program usahasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu 1Azam adalah bermasalah dan terdapat banyak kelemahan dalam pelaksanaannya.

Beliau berkata, beberapa penemuan oleh PAC seperti mendapati pemilihan peserta tidak dibuat menerusi sistem eKasih yang menyebabkan peserta terpilih bukan dalam kalangan kumpulan sasar.

Selain itu, ujarnya justifikasi kepada pemilihan pembekal barangan tidak dibuat dan peralatan tidak dimanfaatkan peserta, wujud peserta yang tidak dapat dikesan, peraturan perolehan tidak digunakan dalam memilih pembekal barangan  kepada peserta dan terdapat projek yang gagal.

"Dengan pelbagai masalah dan kelemahan ini bolehlah saya sifatkan ia sebagai gagal," ujarnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dalam satu kenyataan.

Katanya, program yang asalnya bertujuan untuk membantu belia yang miskin dan miskin tegar untuk memperoleh kemahiran hidup dan galakan keusahawanan terbukti tidak berkesan langsung untuk mengeluarkan para belia daripada kemiskinan.

Menruut beliau, perkara itu disahkan sendiri apabila mendapati hanya 49.82% sahaja daripada 265 peserta yang ditemubual mengaku bahawa pendapatan isi rumah mereka meningkat melebihi RM300 setelah menyertai program 1Azam, selebihnya tidak mengakui sedemikian.

Apa yang pasti, ujarnya peruntukan sebanyak RM1.3 bilion untuk skim itu telah dibazirkan oleh kerajaan.

"Inilah norma salah urus tadbir yang berlaku dalam kerajaan sehingga menyebabkan berlaku pembaziran dan ketirisan wang rakyat," ujarnya.

Tambah beliau, sudahlah wang diambil oleh kerajaan, rakyat pula terus menjadi mangsa kemiskinan kerana sikap kerajaan yang tidak berhemah dan cermat dalam menjalankan tugas terhadap rakyat.

Menurutnya lagi, dengan pendapatan yang tidak bertambah dan kos sara hidup yang semakin tinggi, yang miskin akan menjadi miskin tegar dan yang miskin tegar akan menjadi papa kedana.

"Bukan setakat itu sahaja, ia juga pasti akan memberi kesan langsung kepada kemerosotan produksi negara dan peningkatan kejadian jenayah dalam masyarakat," katanya. - HARAKAHDAILY 26/3/2015

Sumber HD - 26-3-2015

BNM tegur bank tempatan lulus pinjaman 1MDB































| .


KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan enggan menjawab status audit Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap pinjaman yang diberikan oleh bank tempatan iaitu Maybank, RHB dan Ambank kepada 1MDB.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam pertanyaan lisannya di Dewan Rakyat semalam meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan setiap hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan sehingga januari 2015 dan bagi tujuan tersebut, nyatakan keputusan audit tahunan terkini yang dibuat oleh BNM berkenaan setiap hutang tersebut.

Namun menjawab pertanyaan itu Menteri Kewangan hanya menjelaskan bahawa sehingga Januari 2015, jumlah hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan sebanyak RM5.037 bilion.
Rafizi berkata, jawapan Menteri Kewangan itu sekaligus mengesahkan bahawa dakwaan dan maklumat yang diperoleh ada kebenarannya.

"Jika audit BNM tidak menimbulkan apa-apa teguran atau kelemahan dalam proses kelulusan pinjaman oleh 1MDB, sudah tentu Menteri Kewangan tidak teragak-agak untuk mendedahkan keputusan audit itu,"soal Rafizi dalam kenyataannya.

Jelas Rafizi, apabila jawapan menteri kepada soalan parlimen mengelak sepenuhnya dari satu soalan yang khusus sebegini, beliau beranggapan ia adalah pengesahan bahawa BNM memang menegur Ambank mengenai proses kelulusan pinjaman kepada 1MDB seperti yang didakwa sebelum ini.

"Ia juga mengiyakan bahawa ada kebenaran kepada dakwaan saya sebelum ini bahawa pertukaran pengurusan tertinggi Ambank baru-baru ini ada kena mengena dengan isu pinjaman yang diberikan oleh Ambank kepada 1MDB.

"Saya diberikan maklumat bahawa BNM menimbulkan beberapa perkara yang serius menegur proses kelulusan pinjaman oleh Ambank kepada 1MDB,"jelasnya.

Isu ini sangat penting katanya, bukan kerana jumlah pinjaman yang diberikan kepada 1MDB tetapi risiko kepada sistem perbankan akibat reputasi dan kredibiliti yang merudum sekiranya dakwaan bahawa proses pemberian pinjaman oleh Ambank itu ditegur oleh audit BNM adalah benar. - HARAKAHDAILY 26/3/2015

Sumber HD - 25-3-2015

Menteri tidak tahu guna kuasa kawal harga barang
































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak pernah menggunakan kuasanya sebagaimana diperuntukan di dalam Akta Kawalan Harga dan Percatutan 2011, dakwa Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Jelas Rafizi, menteri boleh menggunakan perkara 15 akta ini untuk mengenakan tindakan kepada peniaga yang mengambil keuntungan yang tidak munasabah.

"Sebelum ini kementerian kata peniaga Cina ambil keuntungan lebih dan tidak mahu turunkan harga.

"Kenapa kementerian dan menteri tidak guna kuasanya untuk ambil tindakan kepada mereka?," soal Rafizi ketika mencelah dalam sesi penggulungan oleh Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sebaliknya Ahmad Bashah menegaskan pasukan penguatkuasa sudah memadai bagi menjalankan pemantauan terhadap para peniaga yang mengaut keuntungan luar biasa.

"Kita guna penguatkuasa. Cukup dengan penguatkuasa. Kita guna pegawai ini," kata Ahmad Bashah.

Ahmad Bashah berkata, pihaknya juga memerlukan aduan daripada orang ramai bagi memudahkan mereka menjalankan penguatkuasaan.

Rafizi sekali lagi membidas menteri terbabit sambil menegaskan tugas penguatkuasa tidak lebih kepada mendenda peniaga yang tidak meletakkan tanda harga.

"Saya tanya khusus kawalan oleh menteri sendiri. Kenapa tidak guna kuasa menteri. 100 kali operasi pun harga barang tidak juga turun," tegas Rafizi. – HARAKAHDAILY 25/3/2015

Sumber HD - 25-3-2015

Mengapa sekolah agama rakyat masih dipinggir?

































SALMIYAH HARUN | .

5
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menambahkan subjek di dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi memenuhi tuntutan di masa hadapan.

Katanya, kementerian boleh mengembangkan lagi subjek STAM kepada bidang yang lebih luas seperti subjek ideologi.

"Kini STAM sudah ada subjek tauhid, mantik dan banyak lagi, kalau boleh kembangkan kepada subjek ideologi," katanya dalam soalan tambahan di dewan hari ini.

Beliau juga mempersoalkan tindakan kementerian seolah-olah meminggirkan pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) apabila jumlah mereka yang mengambil STAM agak sedikit berbanding Sekolah Agama Negeri.

"Berdasarkan kenyataan pengarah pendidikan, hanya 7.7 peratus pelajar SAR jumlah ini terlalu kecil berbanding Sekolah Agama Negeri. Mengapa jumlah ini terlalu jauh?

"Adakah peminggiran SAR ini kerana faktor pembangunan dan kemudahan?" soalnya.

Dalam pada itu Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan mengakui faktor kemudahan guru dan prasarana antara yang mempengaruhi pelajar untuk ke SAR.

"Lebih ramai pelajar yakin mengikuti pembelajaran di Sekolah Agama Negeri," katanya.

Katanya, pihak kementerian akan menyemak semula kurikulum ini dan menterjemahkan semula di dalam kurikulum kebangsaan pada tahun hadapan," katanya.

Nasrudin dalam soalan asalnya meminta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan penyertaan pelajar SAR, sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan untuk mengambil STAM. – HARAKAHDAILY 25/3/2015

Sumber HD - 25-3-2015

Jet: Henti boros melampau, hidup rakyat derita

































MOHD FAKHRULRAZI MOKHTAR | .


KETIKA hanya berbaki seminggu sahaja lagi sebelum GST berkuatkuasa sepenuhnya di seluruh negara pada 1 April 2015, beberapa minggu yang lalu negara dikejutkan dengan pendedahan oleh Rafizi Ramli di Dewan Rakyat akan pemborosan melampau yang dilakukan pihak kerajaan berkaitan pembelian jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pembelian ini berlaku pada saat rakyat menderita akibat kenaikan kos sara hidup yang melampau dan nilai mata wang ringgit yang semakin jatuh, pihak kerajaan sewajarnya tidak terus menerus mengamalkan pemborosan dalam mengurus kewangan negara.

Kos pembelian jet peribadi serta kos penyelenggaraan yang menelan belanja hampir setengah billion ringgit bukanlah satu langkah kewangan yang bijak.

Dengan wang sebanyak itu, masih terlalu banyak kepentingan rakyat dan negara yang perlu diutamakan seperti menyelesaikan hutang negara yang meningkat sehingga lebih RM700 bilion ketika ini.

Tindakan ini jelas bertentangan dengan slogan ‘rakyat didahulukan’.

Perdana Menteri telah membuktikan bahawa dirinya merupakan pemimpin yang mementingkan keselesaan diri sendiri. Sikap sebegini pastinya bakal menyebabkan negara terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi yang lebih parah.

Sudah sampai masanya, bukan sahaja rakyat keseluruhannya bangkit, malah kakitangan kerajaan juga perlu bertindak menghalang kegilaan pentadbiran Perdana Menteri yang terlalu mementingkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan negara dan rakyat.

Saya memberi amaran kepada Perdana Menteri untuk tidak cuba mengalihkan isu ini dengan pemberian ‘gula-gula basi’ seperti bantuan BRIM dan seumpamanya kerana rakyat semakin celik dan tidak mudah diperbodohkan lagi.

Maka dengan ini, saya mendesak supaya pembelian jet ini dibatalkan serta-merta dan Perdana Menteri memohon maaf atas pembaziran yang telah beliau lakukan. – HARAKAHDAILY 25/3/2015

Penulis ialah Bendahari Pemuda Pas Malaysia

Sumber HD - 25-3-2015

Bicara hudud adalah bodoh, itu kenyataan orang bodoh


































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kebodohan yang sebenar-benarnya ialah kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bahawa orang yang berbicara tentang hudud adalah bodoh.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, ia memperingatkan kita dengan firman Allah perihal perilaku golongan munafikin dalam ayat 13 surah al-Baqarah.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لَا يَعْلَمُونَ

"Apabila dikatakan kepada mereka, berimanlah kamu sebagaimana orang ramai beriman, mereka membalas; adakah kami patut beriman sebagaimana orang-orang bodoh beriman? Ketahuilah merekalah sebenar-benar orang yang bodoh tetapi malangnya mereka tidak tahu."

Beliau menjelaskan bahawa undang-undang Jenayah Islam termasuk hudud, qisas dan takzir adalah undang-undang Allah, Tuhan yang mencipta Mohamed Nazri dan memberinya nyawa, jasad, makan dan minum yang dibicarakan oleh Allah dalam al-Quran.

"Adakah Allah itu bodoh pada perkiraan Datuk Seri? Memperbodohkan hukum-hakam Allah adalah memperbodohkan Allah. Ia tindakan yang boleh membawa kepada kekufuran," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Justeru, beliau menasihati Nazri selaku seorang muslim agar segera bertaubat kepada Allah kerana tidak ada manusia yang sempurna.

Katanya, kesilapan dan keterlanjuran masih boleh diperbetulkan.

"Ashaab al-Samahah, Mufti-mufti dan ahli agama dalam kerajaan juga perlu segera menasihati Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz kerana beliau adalah seorang menteri kerajaan," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 25/3/2015

Sumber HD - 25-3-2015

Bodoh: Kenyataan Nazri boleh singgung mufti



































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz melabelkan individu yang membincangkan hal hudud sebagai bodoh disifatkan satu penghinaan dan tidak demokratik.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar juga melahirkan kecewa apabila Nazri yang mempunyai latar belakang perundangan menghalang rakyat negara ini membincangkan soal undang-undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

"Dia juga pernah jaga hal ehwal parlimen. Takkanlah nak bincang pun tak boleh tentang perundangan Islam. Ini sangat pelik.

"Seolah-olah dia juga mahu perundangan Islam yang diajar di universiti juga dimansuhkan. Buat apa mengaji?

"Ini bermakna pelajar dan pensyarah yang mengajar perundangan Islam pun boleh dianggap bodohlah," soal Mahfuz pada sidang media di parlimen petang ini.

Malah katanya, kenyataan Nazri itu juga boleh menyinggung para mufti yang menjadi rujukan utama oleh orang Islam.

Justeru, Mahfuz menggesa Nazri menarik balik kenyataannya yang mengguris perasaan ramai.

Bekas menteri undang-undang itu berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang "bodoh".

Nazri, yang juga Menteri Pelancongan berkata, undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

"Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," katanya. - HARAKAHDAILY 24/3/2015

Sumber HD - 24-3-2015

MAS: Arak kekal dalam penerbangan antarabangsa




































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary sempat membangkitkan tentang janji kerajaan untuk hapuskan hidangan arak dalam penerbangan MAS semasa sesi penggulungan Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat.

Menurutnya, menteri tampil dengan jawapan bahawa arak akan dikekalkan dalam penerbangan MAS antarabangsa secara percuma.

Ini, ujarnya bermakna semua penumpang beragama Islam dikira bersubahat sama setiap kali membeli tiket MAS.

"Satu kenyataan menteri yang sangat mendukacitakan seluruh umat Islam Malaysia," ujarnya kepada Harakahdaily.

Semasa persidangan Dewan Rakyat pada 11 November tahun lalu, Timbalan Menteri Pengakutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyatakan "apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk denga hidangan yang disediakan dalam kapal terbang". - HARAKAHDAILY 23/3/2015

Sumber HD - 23-3-2015

Pentaksiran Tingkatan 3 tergesa-gesa, bebankan guru





































.


KUALA LUMPUR: Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang dilaksanakan pada tahun 2014 dilihat terlalu tergesa-gesa sehingga menimbulkan kepincangan dalam sistem pendidikan.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad yang mempersoal tindakan Kementerian Pendidikan melaksanakan PT3 tanpa melalui kajian perintis.

"Kenapa kementerian tidak buat kajian perintis dahulu, kerana pelajar tingkatan 1 dan 2 menggunakan kaedah PBS,"katanya dalam soalan tambahan ketika soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Ini kerana katanya, ibu bapa mengadu anak-anak mereka tidak mahu belajar disebabkan tidak ada peperiksaan.
"Akhirnya guru-guru diarahkan untuk melaksanakan PT3, selepas itu ramai guru rasa terbeban khususnya guru-guru di kelas tingkatan 3,"katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd Johari Baharom mempersoalkan kaedah PT3 yang dinilai oleh guru sendiri bukan seperti PMR sebelum ini.

"PT3 ini soalan dibuat sendiri oleh guru mereka (murid) dan markah juga dibuat oleh guru mereka juga. Sedangkan guru-guru ini juga yang memberi latihan kepada anak murid mereka.

"Sebab itulah keputusan peperiksaan PT3 ini luar biasa. Ramai yang lulus," katanya.

Tambahnya, penilaian ini telah mengecewakan ramai ibu bapa kerana bagi mereka pencapaian anak-anaknya tidak mencerminkan pencapaian sebenar pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan dalam jawapannya menafikan pelaksanaan PT3 kerana tergesa-gesa sebaliknya ia telah memenuhi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang didedahkan ketika tingkatan satu.

Kamalanathan juga menegaskan Kementerian membenarkan guru-guru membuat soalan dan memberi markah kepada pelajar PT3 sebagai bukti pengiktirafan kementerian kepada mereka. - HARAKAHDAILY 23/3/2015

Sumber HD - 23-3-2015






































Kanun Syariah: RUU mungkin tak dapat dibentang sesi ini

BERNAMA | .




KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.

Beliau berkata ini berikutan banyak lagi Rang Undang-undang kerajaan perlu dibentangkan pada sidang Parlimen (Dewan Rakyat) kali ini yang akan berakhir 9 April hadapan.

"Saya difahamkan Speaker Dewan (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) sudah menerima Rang Undang-undang Persendirian mengenai hudud ini, tetapi belum tahu sama ada akan dibentangkan atau tidak.

"Kerana banyak bill (RUU) kerajaan seperti rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan IS akan dibentangkan pada persidangan kali ini.

"Jadi kita tidak tahu ada masa yang cukup atau tidak untuk dibentangkan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak, di sini Sabtu.

Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu. - Bernama

Sumber HD - 21-3-2015







































Banjir: petani diminta sabar tunggu bantuan pertanian

| .


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman meminta para petani supaya bersabar menunggu bantuan pertanian daripada kementeriannya.

Tajuddin berkata, soal bantuan pertanian atau penternakan kepada mangsa banjir besar baru-baru ini masih di peringkat kajian.

"Sabar-sabarlah. Saya dengar macam-macam. Semua nak cepat. Tidak bolehlah nak cepat sangat. Kajian sudah dibuat.

"Dan kita belum dapat jumlah keseluruhan mangsa, bagaimanapun kita akan bagi komitmen untuk membantu yang kebanyakkanya kehilangan pokok seperti pokok durian banyak mati kerana banjir begitu juga haiwan ternakan seperti lembu,"katanya dalam sesi soal jawab hari ini.

Tambahnya, pihak kementerian juga ada membincangkan soal bantuan penternakan tetapi belum dimuktamadkan dan biarlah diumumkan sendiri oleh Menteri.

Terdahulu Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad dalam soalan tambahannya melahirkan simpati terhadap petani yang kehilangan hasil pertanian ekoran banjir tempoh hari.

"Sudahkan kementerian membuat kajian khususnya di Kelantan dari segi berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh petani dan apakah usaha bantuan kerajaan kepada mereka dan berapa banyak bantuan yang diberikan setakat ini,"katanya. - HARAKAHDAILY 19/3/2015

Sumber HD - 19-3-2015

Pindah wang 1MDB: Najib PM Malaysia atau Singapura?

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar mendesak agar Bank Negara Malaysia dapat melakukan penyiasatan segera berasaskan jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen berhubung wang 1MDB dipindahkan ke BSI Bank Limited di Singapura.

Dalam jawapan Perdana Menteri di Parlimen berkenaan wang 1MDB ada menyebutkan sejumlah RM4.08 billion sudah dipindahkan ke BSI Bank Limited di Singapura kerana urusan pengeluaran wang di sana lebih senang berbanding di Malaysia yang memerlukan kebenaran Bank Negara Malaysia bagi setiap transaksi yang melebihi RM50 juta.

"Saya ingin bertanya kepada PM Najib ini adakah PM Malaysia atau PM Singapura?" tanya Mahfuz selaku Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga mempersoalkan adakah tujuan menyimpan wang 1MDB di Singapura itu bagi mengelakkan pengawasan oleh Bank Negara Malaysia.

"Tidakkah tindakan ini jelas bercanggah dengan Financial Services Act 2013, Anti Money Laundering & Anti Terrorism Financing Act 2001?" soalnya lagi.

Katanya, jikalau ia satu kesalahan, tindakan tegas wajar diambil kepada 1MDB dan PM kerana aktiviti ‘money laundering’. - HARAKAHDAILY 19/3/2015

Sumber HD - 19-3-2015

OKU DALAM SEKTOR PEKERJAAN BELUM CAPAI SATU PERATUS - TMPWKM



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34409-oku-dalam-sektor-pekerjaan-belum-capai-satu-peratus

Sumber HD - 18-3-2015








































Banjir: Banyak kelemahan agensi kerajaan terdedah

| .



KUALA LUMPUR: Walaupun sistem pengurusan banjir negara dianggap sebagai terbaik di dunia, namun masih banyak yang perlu dikaji semula, sama ada melibatkan perancangan, prosedur mahupun pelaksanaan.

Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian, Baihaqi Atiqullah, banjir besar yang berlaku di Kelantan akhir tahun lalu mendedahkan banyak kelompangan yang perlu ditampung termasuk tindakan daripada agensi yang terlibat.

"Dilihat agak kelam kabut seolah-olah ini adalah kali pertama menghadapi bencana yang serupa. Saya masih tidak faham dengan apa yang dinamakan SOP Tentera.

"Misalnya, adakah boleh mereka memberhentikan operasi penyelamatan dengan alasan ‘tak kerja waktu malam’, sedangkan itulah waktu yang kritikal dan masih ramai mangsa yang terperangkap,"katanya ketika membahaskan ucapan Titah Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga kesal apabila kekurangan kemudahan yang ada digunakan tidak mengikut keutamaan seperti helikopter yang masih menurunkan bantuan di tempat-tempat yang masih boleh sampai melalui jalan darat.

"Tetapi tidak pula bergegas ke pusat-pusat yang terkepung dan tak mampu dihantar kecuali melalui udara. misalnya di Sek Kebangsaan Gong Dermin,"katanya.

Beliau juga meminta kerajaan menyiasat aduan yang diterima berhubung tindakan guru besar di
Sekolah Menengah Chenulang Kuala krai yang tidak membenarkan sekolah mereka digunakan sebagai tempat pemindahan ketika suasana agak kritikal dengan alasan ia tidak didaftarkan sebagai pusat pemindahan pada awalnya.

Agak mengejutkan katanya hanya sebuah sahaja 'generator set' dibekalkan untuk seluruh negeri Kelantan apabila bekalan elektrik terputus.

"Samalah juga dengan unit bot penyelamat yang ber’kuasa’ seumpama Amfibia hanya dua buah sahaja dipunyai bomba dan penyelamat negeri , dan inilah yang sebenarnya banyak membantu khususnya ketika suasana kritikal di Manik Urai dan Kuala Krai secara umumnya,"tambahnya. - HARAKAHDAILY 18/3/2015

Sumber HD - 18-3-2015













































SPR gopoh lakukan Persempadanan semula p'raya S'wak

.



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli mempersoal tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat tergesa-gesa melakukan persempadanan semula pilihan raya negeri Sarawak.

Ini kerana dakwa Hatta, kes persempadanan semula negeri Sarawak masih dalam proses semakan di mahkamah.

"Mengapa SPR tidak mahu tunggu proses semakan mahkamah yang akan berlangsung esok sebelum mereka teruskan persempadanan semula.

"Apa-apa keputusan ini akan membuatkan proses ini berbalik kepada langkah awal semula,"katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, proses persempadanan semula sedang berlangsung di mahkamah dan berlaku pertikaian dalam proses semakan itu.

Proses ini katanya, akan membawa isu yang amat penting untuk memastikan persempadanan berjalan mengikut perlembagaan dan memberi keadilan terutama bagi pertambahan kerusi mengikut jumlah penduduk.

Tegas Hatta yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, penambahan undi banyak berlaku di kawasan luar bandar yang memberi kesan tidak seimbang antara kerusi-kerusi di negeri Sarawak.

Hatta dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan apakah faktor SPR telah menyiapkan proses persempadanan semula kerusi Dun Sarawak berbanding di negeri-negeri lain dan di peringkat Persekutuan. - HARAKAHDAILY 18/3/2015

Sumber HD - 18-3-2015

Pesawat di Indianapolis: Najib tak dedah, rakyat marah

RAFIZI RAMLI | .



Ketika bencana banjir memuncak sekitar akhir tahun 2014, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa bergegas pulang dari percutian beliau dan keluarga di Hawaii.

Perjalanan pulang beliau diikuti dengan rapat oleh rakyat dan beliau dilaporkan mendarat di Kota Bharu pada petang 27 Disember 2014.

Pada sekitar masa yang sama, jet peribadi yang digunakan beliau dan keluarga yang berpendaftaran 9M-NAA dilaporkan mendarat di Indianapolis sekitar jam 652 petang waktu Malaysia pada 26 Disember 2014.

Mengikut semakan perjalanan 9M-NAA di laman www.flightradar24.com jet peribadi 9M-NAA itu kekal berada di Indianapolis selama enam hari sebelum berlepas ke Los Angeles, New York, London, Dubai dan destinasi terakhir di Bangkok.

Sehingga sekarang, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak enggan memaklumkan siapakah sebenarnya yang berada di atas pesawat 9M-NAA itu sedangkan Perdana Menteri berada di Malaysia menguruskan bencana banjir.

Persoalan lebih besar yang menjadi misteri: apakah istimewanya Indianapolis sehingga pesawat 9M-NAA itu singgah selama 6 hari di situ?

Sepanjang siasatan yang dilakukan oleh NOW (National Oversight & Whistleblowers) mengenai pembelian jet peribadi baru oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, fakta-fakta berikut telah disahkan:

1. Jet peribadi baru yang dibeli iaitu ACJ320 9H-AWK sebelum ini dimiliki oleh Comlux Aviation Group. Semakan di laman Comlux iaitu www.comluxaviation.com menunjukkan bahawa pengkalan untuk rekabentuk, ubahsuai dan naiktaraf kabin jet peribadi terletak di Indianapolis, Amerika Syarikat (lihat paparan dari laman Comlux yang disertakan bersama).

2. Perjanjian sewa beli jet peribadi baru ACJ320 9H-AWK ditandatangani pada 1 Disember 2014.

3. Dalam bulan Oktober 2013, Comlux telah mengumumkan bahawa ia telah selesai menaiktaraf jet peribadi kegunaan Ketua Negara Malaysia setelah kerja-kerja naik taraf bermula dalam bulan Jun 2013.

4. Perjanjian pembelian jet ACJ320 9H-AWK menunjukkan ia melibatkan kerja-kerja naik taraf kabin.

Berdasarkan maklumat-maklumat ini, adalah tidak munasabah bahawa jet peribadi sedia ada ACJ319 9M-NAA singgah di Comlux, Indianapolis untuk kerja-kerja naik taraf kabin kerana pesawat itu baru sahaja dinaiktaraf setahun sebelum itu.

Kita juga tahu bahawa pada 26 Disember 2014 semasa pesawat ACJ319 9M-NAA singgah di Indianapolis selama 6 hari secara misteri, Kerajaan Malaysia telah pun membeli jet peribadi baru ACJ320 9H-AWK.

Makanya, persoalan yang berlegar ialah ada kemungkinan besar penumpang yang menaiki ACJ319 9M-NAA singgah di Indianapolis untuk meninjau sendiri kerja-kerja naik taraf jet peribadi baru yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia.

Oleh kerana Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pulang ke Malaysia pada ketika itu, soalan seterusnya yang berlegar ialah siapakah sebenarnya VVIP yang singgah di pengkalan Comlux yang sedang menaiktaraf jet peribadi baru yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia?

Spekulasi yang berlegar ialah kemungkinan besar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah VVIP yang menggunakan ACJ319 9M-NAA untuk singgah di Indianapolis dan meninjau sendiri kerja-kerja menaik taraf jet peribadi baru ACJ320 9H-AWK yang baru dibeli Kerajaan Malaysia.

Keengganan Datuk Seri Najib mengesahkan siapa VVIP yang menggunakan pesawat ACJ319 9M-NAA dan apakah tujuan pesawat itu singgah di Indianapolis selama 6 hari hanya akan menguatkan spekulasi ini, maka perkara yang terbaik ialah Datuk Seri Najib perlu mendedahkan:

1. Siapa penumpang di atas ACJ319 9M-NAA ketika ia singgah di Indianapolis?

2. Apakah tujuan sebenar rombongan yang menggunakan jet rasmi kerajaan itu singgah selama 6 hari di Indianapolis?

Tanpa jawapan yang telus, perkara-perkara begini akan terus menimbulkan kemarahan rakyat. - HARAKAHDAILY 18/3/2015

Penulis ialah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Sumber HD - 18-3-2015
















































Pembelian jet baru tidak kena masa

SHAHBUDIN HUSIN | .



BUAT seketika, ramai yang terperanjat dengan pendedahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai pembelian jet baru kerajaan, Airbus Corporate Jetliner atau ACJ320 yang didakwa untuk kegunaan Perdana Menteri, Najib Razak.

Tersentaknya rakyat dengan pendedahan itu bukan saja kerana kerajaan dipercayai sudah mempunyai sekurang-kurangnya enam jet eksekutif untuk kegunaan Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja tetapi juga kerana isu jet yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, sudah sering menjadi perbualan umum.

Kali terakhir itu jet melibatkan Rosmah diperkatakan ialah bilamana jet kerajaan ACJ319 didapati terus berada di beberapa bandar di Amerika Syarikat sedangkan ketika itu Najib sudah kembali ke tanah air untuk meninjau keadan banjir di Kelantan dan negeri-negeri lain. Najib yang sedang bercuti dengan keluarganya di Hawaii terpaksa pulang ke Malaysia dengan pesawat komersial hingga ke Hong Kong sebelum dijemput oleh jet TUDM.

Sudah tentu ramai yang bertanya, apa perlunya ditambah sebuah lagi jet?

Lebih mengejutkan juga ialah kerana pembelian jet itu dilakukan ketika rakyat berhadapan dengan pelbagai isu yang mencengkam kehidupan mereka seperti 1MDB, kejatuhan ringgit, ekonomi yang suram, hutang negara menjangkau RM740 bilion, beban sara hidup yang kian meningkat serta cukai GST yang bakal dilaksanakan 1 April depan.

Dalam keadaan negara bergelumang dengan banyak isu yang gagal diselesaikan serta ditakrifkan ekonominya tidak begitu baik, tentu saja pembelian sebuah jet baru kerajaan mengundang rasa tidak puas hati serta keresahan rakyat.

Memburukkan lagi keadaan, Jabatan Perdana Menteri atau JPM juga agak lewat memberi penjelasan mengenainya. Hanya pada lewat petang semalam barulah JPM tampil dengan penjelasan bahawa pembelian jet ACJ320 itu ialah untuk menggantikan Boeing Business Jet atau BBJ yang telah berusia 16 tahun.

Dimaklumkan juga melalui penjelasan JPM itu bahawa perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan sejak dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan yang semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

Walaupun penjelasan JPM itu boleh diterima, khususnya atas faktor kos penyelenggaraan dan risiko keselamatan, masa dan ketika pembelian jet ini tetap dianggap tidak kena dan langsung tidak sesuai.

Ketika rakyat resah melihat pendedahan demi pendedahan mengenai 1MDB dan sedang bersiap-siap mencongak tambahan perbelanjaan berikutan perlaksanaan cukai GST, tentu saja pendedahan mengenai pembelian jet baru kerajaan dengan mudah mengundang kemarahan.

Ia ibarat seorang suami yang tiba-tiba hendak menikah lagi sedangkan di ketika yang sama isterinya sedang berada di hospital untuk melahirkan anak.

Memang menjadi hak dan dibenarkan oleh syarak untuk seseorang lelaki menambah isterinya, tetapi menikah lagi ketika isteri sedia ada sedang berada di hospital untul bersalin, adalah perbuatan purba yang tidak boleh diterima oleh sesiapa jua pun.

Begitu jugalah dengan pembelian jet ACJ320 ini, berdasarkan beban kos penyelenggaraan dan risiko keselamatan, membeli yang baru untuk menggantikan yang lama memang boleh diterima, bahkan dianggap suatu keperluan.

Cuma, masa dan ketikanya saja tidak berapa kena. Kerajaan sepatutnya memilih waktu yang sesuai untuk membeli dan menukar jet baru itu. Walaupun perbincangan sudah dilakukan sejak dua tahun lepas, tiada masalah jika pembelian itu ditanggunghkan, sesuai dengan slogan kerajaan sendiri iaitu "rakyat didahulukan".

Dalam pada itu, selain kerajaan sudah mempunyai sekurang-kurangnya enam jet, diketahui juga bahawa Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja tidaklah sekerap Perdana Menteri mempunyai atur cara atau program di luar negara.

Pandangan umum ialah, kemudahan jet kerajaan itu lebih banyak digunakan oleh Perdana Menteri berbanding Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja.

Ditambah sudah banyak kali isu jet ini menjadi perbualan ramai berikutan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor juga ke sana ke mari menggunakan kemudahan tersebut, tanggapan umum juga ialah pembelian jet baru ACJ320 ini ada kaitan dengan kehendak Seri Perdana.

Inilah masalah Najib setiap kali isu jet ditimbulkan. (SH 17/03/2015) - shahbudindotcom.blogspot.com/


Sumber HD - 17-3-2015


















































Hutang negara, Dewan Rakyat dan tanggungjawab kita

| .



PADA 30 Oktober 2014, saya mengutus surat kepada setiap Ahli Dewan Rakyat tanpa pengecualian, suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Ia menitikberatkan kebimbangan saya yang amat sangat terhadap kesejahteraan negara kita yang tercinta serta kedudukan Dewan yang mulia ini.

Saya mengambil tindakan tersebut memandangkan bahawa dalam sesebuah demokrasi berperlembagaan, Dewan Rakyat merupakan institusi terakhir yang bertanggungjawab ke atas keadaan negara dan rakyat jelata. Di samping itu, sebagai Ahli Dewan Rakyat kita telah bersumpah untuk berkhidmat kepada negara serta menegakkan Perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia. Sayugia diingat bahawa sumpah setia itu bukanlah kepada parti ataupun pemimpinnya.

Sejak penulisan surat tersebut, keadaan ekonomi dan politik dunia telah pun berubah secara mendadak. Barang diingat bahawa setiap negara saling bergantung antara satu sama lain. Ini bermakna Malaysia tidak terlepas daripada merasai kesan perubahan ekonomi dan politik yang dialami dunia. Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira dan menimbang perubahan yang perlu kita buat. Sekiranya kita hendak menyelamatkan rakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi masalah berat yang melanda negara. Dalam menimbang apa jua perubahan, kita seharusnya memahami keadaan yang sedang melanda negara. Yang demikian saya ingin nyatakan kerisauan saya terhadap keadaan negara sekarang ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan hutang negara akan tentukan keadaan dan kestabilan ekonomi kita. Mutu dan gaya hidup rakyat bergantung kepada dua perkara ini.
Yang saya maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah.

Kerisauan saya mengenai hutang negara adalah kerana ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka. Kita tidak mungkin dapat menelah akan akibat dan kesan daripada krisis sebegini. Tetapi apa yang nyata ia berbahaya terhadap Demokrasi Berperlembagaan yang mencorakkan kenegaraan Malaysia.

Sekaligus ini mengarahkan perhatian umum kepada persoalan asas lagi penting sama ada Dewan Rakyat mampu bertindak untuk menangani permasalahan semasa demi menegakkan ikrar kita ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Berpandukan ikrar tersebut, saya berpendapat bahawa kita berkewajipan untuk mengetahui sebanyak manakah hutang negara itu dan apakah kemungkinan bebanannya terhadap rakyat kelak. Sila maklum bahawa kita dianggap gagal dalam memenuhi ikrar keperlembagaan tersebut sekiranya kita tidak ajukan soalan terpenting dalam menentukan sebanyak manakah hutang tersebut. Dalam hal ini kerajaan haruslah bertindak secara telus serta memberitahu kepada Dewan Rakyat akan keadaan sebenarnya berkaitan dengan hutang negara.

Oleh kerana kita mengambil berat akan hutang negara, sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab ke atasnya maka kita berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut.

Yang demikian, sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut. Sebagai Ahli Dewan Rakyat kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, dengan izin Tan Sri Yang Dipertua, instrument kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan.

Atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30 Oktober 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.

Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini.

Sekiranya sebab musabab perlunya berhutang dibentang di Dewan Rakyat dan ia didapati munasabah tentu sekali kita dapat bertindak secara wajar terhadap niat Kerajaan. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati mengenai sama ada Kerajaan berhak mengenakan beban tambahan ini.

Sayugia diingatkan bahawa hutang isi rumah secara rasminya adalah pada tahap 87.4 peratus dan ini diakui satu-satunya yang tertinggi di Asia. Kita juga dibebani hutang korporat dan kita seharusnya mengambil berat akan perkara ini. Malangnya kita tidak dapat tanggapan sebenarnya mengenai masalah ini oleh kerana ketidaktelusan berkaitan dengannya. Apa pun, jumlah hutang isi rumah,hutang negara dan hutang korporat seharusnya merunsingkan kita apabila soal masa depan diperkatakan.

Juga merunsingkan ialah penggunaan dana Kumpulan Wang SimpananPekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusiinstitusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadananperbadanan tertentu. Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman.

Dengan sendirinya ini membawa kita kepada persoalan tatacara pemerintahan atau, dengan izin, good governance yang penting dan perlu dalam pentadbiran kewangan negara kita. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan. Barang diingat bahawa pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius.

Bahawa perkara ini mungkin telah diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya.

Satu perkara yang ada hubungkait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti. Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka dari sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang.

Pengisytiharan ini hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang
diwujudkan melalui Akta Parlimen.

Kini kita sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi serta institusi yang dipertanggunjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan Pemerintahan melalui Undang-Undang dan Perlembagaan demokratik, dan penghakisan perpaduan nasional mendadak sekali dan bertembung antara satu sama lain. Keadaan ini telah mencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan kita kini berada di dalam keadaan kesesakan politik dan ekonomi.

Keadaan ini memberi kesempatan kepada Dewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita. Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun bukan politik yang dapat mengatasi kesesakan ini kecuali AhliAhliYang Berhormat sekalian.

Kita sedang mengalami cabaran yang tidak pernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat telah beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar perlembagaan. Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi berperlembagaan.

Yang demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian seharusnya membuat keputusan sama ada hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewan yang mulia ini atau pun melepaskan sahaja hak sebagai Ahli Yang Berhormat kepada kuasa di luar Dewan Rakyat. Keputusan yang harus dibuat merupakan keputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian dan perlu membuat pilihan sama ada hendak berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama
kepimpinan parti.

Tan Sri Yang Dipertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan bahawa dalam usaha kita membuat keputusan yang saya sebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara hati atau pun, dengan izin, conscience. Ini bermakna kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita.

Dalam pada itu kita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi. - HARAKAHDAILY 17/3/2015

(Ucapan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 17 Mac 2015)


Sumber HD - 17-3-2015

















































PM kena hadir ke parlimen untuk jawab soalan

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR:  Dewan Rakyat dicadangkan agar memperuntukan waktu sekurang-kurangnya setengah jam seminggu untuk sesi soal jawab Ahli Parlimen dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu diutarakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa ketika membahaskam ucapan Titah Yang DiPertuan Agong lewat petang semalam.

Mujahid berkata, cadangan itu sebagai usaha untuk memperkasakan parlimen kerana prosiding yang diamalkan sekarang masih di takuk lama.

"Kalau bangunan Parlimen sedang diperkasa dengan pembinaan dan pengubahsuaian yang begitu gah, saya juga melihat pengisian parlimen juga perlu dipulih.

"Banyak soalan yang diajukan kepada PM. Beliau perlu peruntukkan setengah jam misalnya setiap hari Rabu di mana dia sendiri akan jawab soalan-soalan Ahli Parlimen," katanya.

Hal ini kerana katanya, berdasarkan rekod pada Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13  Perdana Menteri menjawab dua soalan lisan empat soalan tambahan, penggal ke-2 hanya dua soalan lisan dan penggal ke-3 satu soalan sahaja.

"Berdasarkan pengamalan di United Kingdom Perdana Menteri hanya perlu ada seminggu sekali. Tidak semestinya hari Rabu, hari lain pun boleh di mana sesuai untuk PM.

"Setengah jam seminggu, PM boleh menjawab misalnya isu 1MDB dibangkitkan. Sekali gus menggambarkan ia adalah tanggungjawab PM," katanya. – HARAKAHDAILY 17/3/2015


Sumber HD - 17-3-2015

















































Sistem amaran tempatan dalam pengurusan bencana

NASRUDIN HASSAN | .



Terlebih dahulu saya mengambil contoh di beberapa buah negara membangun, fakta menunjukkan pelbagai bencana telah berlaku samada secara semulajadi ataupun akibat daripada kecuaian manusia.

Tragedi Kebocoran Gas Beracun di Bhopal, India (1984),

Tragedi Kebocoran Tenaga Nuklear di Chernobyl, Ukraine (1986),

Tragedi Tsunami di Selatan Asia (2004)

dan pelbagai lagi, adalah contoh bencana yang telah mengorbankan lebih 2 juta nyawa menurut rekod yang dilaporkan.

2. Akhir-akhir ini di Malaysia juga telah berlaku bencana banjir lumpur yang teruk. Sebagai contoh berlaku di kawasan Lembah Bertam, Cameron Highland, Pahang pada Oktober 2013 dan disusuli dengan tragedi banjir besar di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Sabah pada penghujung tahun lalu.

3. Sejujurnya, kita sebagai rakyat Malaysia harus meneliti hikmah atas teguran Allah SWT terhadap kita semua.

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Surah Al Hadid: 22)

لِّكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al Hadid: 23)

Tidak terlambat untuk saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negera khususnya di kawasan saya,

Temerloh, Pahang. Sesungguhnya semangat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia amat membanggakan dan kita berharap agar ia terus dipupuk dan dibaja bagi melahirkan perpaduan dan kehidupan yang lebih harmoni.

Dalam hal ini, saya ingin menyentuh mengenai sistem komunikasi amaran awal pra bencana. Ia penting sebagai salah satu persediaan menghadapi bencana dan maklumat yang diterima daripadanya mampu mengurangkan risiko atau meminimumkan mudharat yang lebih besar.

Sebagai contoh banjir besar di Temerloh tempoh hari. Tanda aras di Kuala Tahan telah dibaca pada 27/12/14 dan bacaannya melebehi paras 1971. Kedalaman biasa Sungai Pahang ialah 5 meter. Banjir baru - baru ini pada tahap minima 10 meter dan maxima 28 meter. Paras air di jalan Temerloh - Mentakab menyamai paras banjir 1988. Malangnya pihak Pengurusan Bencana negeri dan daerah tidak bertindak cepat dan berkesan walaupun amaran awal itu telah diketahui.

Saya melihat keberkesanan sistem ini bergantung kepada kebolehupayaan menganalisis, kecekapan aspek teknikal dan kefahaman yang menyeluruh terhadap risiko. Maklumat yang saya baca, terdapat beberapa buah negara yang telah membuktikan kecekapan penggunaan sistem komunikasi amaran awal tersebut.

Contohnya,

Pertama, Sistem Amaran Taufan Tropika di Cuba,

Kedua, di negara Bangladesh yang telah berjaya mengurangkan efek bencana Taufan Sidr pada tahun 2007 dan

Ketiga, di Tohoku, Jepun ketika berlaku bencana gempa bumi dan tsunami pada tahun 2011.

Dalam konteks Malaysia, usaha telah banyak dilakukan untuk berhadapan dengan risiko bencana, namun realiti yang berlaku menunjukkan ketidakcekapan dan ketidakmampuan kerajaan untuk mengurangkan risiko tersebut. Contohnya, penggubalan Akta Pemuliharaan Tanah 1960, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Begitu juga dengan projek-projek tebatan banjir yang diperuntukkan di bawah RMK Ke-8 dan RMK Ke-9.

Saya ingin memetik tulisan seorang Pensyarah Pusat Pengajian Komunikasi dan Multimedia, Universiti Utara Malaysia. Beliau mendakwa daripada satu temubual yang dilakukan kepada 22 orang mangsa bencana banjir lumpur di Cameron Highland (2013), hampir semua responden berpandangan bahawa dasar pengurusan bencana terutamanya aspek amaran yang menggunakan siren tidak berkesan.

Ini menunjukkan komunikasi peringkat tempatan dan komunikasi pelbagai peringkat masih belum menunjukkan keberkesanannya. Kita tidak boleh bergantung kepada penggunaan aplikasi media sosial, sistem automatik SMS dan laman sesawang sahaja kerana bencana boleh berlaku di lokasi pendalaman yang kurang atau tidak mendapat aksesibiliti internet.

Saya juga tekankan, ia bukan hanya fokus kepada pertambahan aset, malah latihan-latihan perlu juga dilaksanakan di pelbagai peringkat untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kecekapan masyarakat.
Saya juga ingin menegur satu situasi yang tidak wajar berlaku di Pihak Pengurusan Bencana negeri mahupun daerah tidak melibatkan kami wakil rakyat dari pembangkang, sama ada ahli parlimen mahupun ahli dewan undangan negeri ke mesyuarat pengurusan banjir.

Kami juga perlukan maklumat serta tindakan yang betul, cepat dan tepat untuk membantu rakyat yang dilanda banjir tempohari. Saya harap di lain masa, kami dilibatkan bersama untuk membantu rakyat yang kesusahan. - HARAKAHDAILY 17/3/2015


Sumber HD - 17-5-2015

















































Sabah: Jangan sampai pungutan suara keluar Malaysia

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Ucapan Ahli Parlimen BN yang menghentam kerajaan pusat kerana tidak cakna dengan nasib rakyat Sabah mendapat sokongan ahli dewan termasuk Timbalan Speaker.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh dengan lantang meluahkan isi hati dan denyut nadi rakyat Sabah yang masih terpinggir daripada kemajuan dan pembangunan ekonomi.

Beliau ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat turut memberi amaran kepada kerajaan pusat bahawa parti itu akan hilang Sabah jika terus tidak mempedulikan nasib rakyat negeri itu.

Beliau turut meluahkan isi hati rakyat Sabah yang saban hari hidup dalam serba kekurangan di tambah pula situasi keselamatan yang tergugat kerana kes pencerobohan.

"Kita tidak mahu pungutan suara untuk Sabah keluar. Selama 52 tahun keselamatan tidak dijaga sebab itu mereka tidak puas hati.

"Kalau kita tidak jaga. Kita kalah. Habislah BN. Sabah dan Sarawak lari tidak sokong BN. Habislah kita," tegasnya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Majigoh bangun sambil mempersoalkan Abdul Gahfur yang berani menghentam kerajaan begitu lantang.

"Tidak takutkah YB?" soal Marcus.

"Sebenarnya bukan soal takut, tapi siasat dulu kenapa orang Sabah buat demikian. Kita tidak mahu pungutan suara untuk Sabah keluar.

"Saya percaya saya penyokong kuat BN," balas Ghafur.

Ahli Parlimen Kapar G. Manivannan bangun menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Kalabakan kerana keberaniannya.

"Saya amat setuju, Kalabakan berani. Berani kerana benar," celah Kapar.

"Adakah ini ucapan Ketua Pembangkang?" celah Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.

Abdul Ghafur yang merasakan masa perbahasannya sudah habis beliau memohon untuk menamatkan ucapannya namun ditegur oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Said.

"Saya belum puas dengar ucapan Kalabakan. Kalabakan ada masa sikit lagi," celah Timbalan Speaker.

"Boleh sambung lagi Kalabakan," celah Kapar.

Ahli Parlimen Kalabakan yang mengakhiri ucapannya sekali lagi menghentam kerajaan BN yang membuat pembangunan di kawasan terpilih sahaja.

"Buat rumah besar-besar di Kota Belud di tempat menteri. Ertinya kalau saya jadi menteri hanya di tempat saya sahaja yang ada," bidasnya yang diikuti pengakuan Timbalan Speaker bahawa di tempatnya juga tidak ada pembangunan seperti itu. – HARAKAHDAILY 17/3/2015


Sumber HD - 17-3-2015

















































Tolak usul hak MP Permatang Pauh, Speaker langgar perlembagaan

| .



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menyifatkan tindakan Speaker Datuk Ronald Kiandee menolak usul berhubung hak Ahli Parlimen Permatang Pauh menghadiri sidang Parlimen sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hanipa yang tidak berpuas hati usulnya bertarikh 12 Mac lalu ditolak di dalam kamar, bangun mempersoalkannya sebaik sahaja sesi soal jawab di Dewan Rakyat tamat jam 11.30 pagi tadi.
"Isu ini melibatkan perlembagaan. Kerusi Permatang Pauh belum kosong. Mengikut perlembagaan kerusi Permatang Pauh tidak dikosongkan.

"Saya rasa tidak adil, kita kena hormati ketinggian perlembagaan. Macam mana? Alasan apa lagi kalau kita tidak ikut perlembagaan,"soal Hanipa.

Hanipa terus bersuara dan berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Speaker.

"Ini perlembagaan, Speaker tidak boleh atasi perlembagaan. Ini pandangan perlembagaan,"tegas Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Bagaimanapun, Ronald yang mempengerusikan sidang dewan menegaskan bahawa usul yang telah ditolak tidak boleh dibacakan.

"Sekarang usul Sepang telah ditolak dalam kamar. Itu soalnya. Peraturan mesyuarat kata macam itu, usul ditolak,"ulang Speaker.

Terdahulu, Hanipa menjelaskan usulnya adalah spesifik kerana merujuk kepada hak seorang Ahli Parlimen yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan di mana kerusi Permatang Pauh belum boleh dikosongkan mengikut perlembagaan kerana keputusan pengampunan beliau masih belum diputuskan maka beliau sewajarnya diberi hak perlembagaan untuk hadir ke dewan.

Usul itu, katanya adalah kepentingan bersama kerana ia melibatkan hak seorang Ahli Parlimen yang kerusinya masih belum dikosongkan menurut perlembagaan untuk hadir berbahas di dalam dewan bagi pihak kawasannya dan juga rakyat secara umumnya atas kapasiti beliau sebagai Ketua Pembangkang. - HARAKAHDAILY 16/3/2015


Sumber HD - 16-3-2015


Malaysia ada platform suarakan hasrat umat Islam


MEMBUKA tirai 2015, Malaysia telah mempunyai platform yang lebih kukuh untuk menyuarakan hasrat umat Islam di arena antarabangsa.

Ini adalah peluang yang terbaik untuk dimanfaatkan supaya imej negara umat Islam dapat ditonjolkan dengan lebih murni untuk mengikis prejudis masyarakat antarabangsa terhadap agenda Islamophobia dan ekstremisme.

Malaysia telah dipilih dengan mandat majoriti yang besar untuk menganggotai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC). Tambahan lagi, kini giliran Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2015.

Saya juga difahamkan bahawa Menteri Luar Negeri telah mengadakan Asean Foreign Ministers’ Retreat di Kota Kinabalu, Januari lalu. Saya amat berharap agar agenda perbincangan tersebut dapat dipanjangkan di dewan yang mulia ini.

Bertepatan dengan peranan Malaysia hari ini, saya ingin menyeru supaya pihak kerajaan dapat menjayakan dua Resolusi PBB yang sangat berkaitan sepertimana yang telah diputuskan pada hujung Disember lalu.

Dua agenda penting tersebut adalah pengiktirafan Palestin untuk mendapatkan hak dalam ‘Rome Statute’ Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan isu di negara jiran iaitu pembelaan terhadap masyarakat minoriti Muslim Rohingya di Myanmar.

Sehubungan itu, saya menyeru seluruh rakyat dan pemimpin negara untuk bersolidariti dan memberi sokongan terbuka kepada Palestin untuk mengheret Israel ke muka pengadilan di International Criminal Court (ICC) di The Hague yang dijangka akan bermula 1 April 2015 ini.

Israel telah melakukan pembunuhan terhadap lebih 2,000 rakyat awam Palestin dalam peperangan yang berlangsung sekitar 50 hari tahun lalu.

Saya melihat Malaysia harus menonjolkan peranan yang aktif ketika keberadaannya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ini peluang yang harus dioptimakan sementara tekanan terhadap umat Islam khususnya di Eropah semakin memuncak. Dalam hal tertentu, Malaysia juga harus berani menjelaskan pendiriannya terhadap sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat.

Benjamin Netanyahu telah mendakwa ‘wave of Islamization’ telah melanda Eropah Barat dan akan mengancam masyarakat Yahudi di benua tersebut. Ini akan meningkatkan sikap prejudis terhadap Islam dan umatnya khususnya di Eropah.

Apa yang membimbangkan, pihak-pihak tertentu telah mengambil kesempatan dan melancarkan tindakan reaksionari terhadap institusi Islam seperti masjid, kawasan umum, premis komersial dan residen orang Islam. - HARAKAHDAILY 16/3/2015

Penulis ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sumber PP - 16 - 3 - 2015
















































Pendedahan : Najib PM ‘boros’ beli jet peribadi baru – Rafizi


KUALA LUMPUR 16 MAC : Sikap ‘boros’ Datuk Seri Najib Razak makin terserlah dengan pembelian terkini sebuah lagi jet peribadi baru bagi kegunaan perdana menteri.

newjet1

Dalam satu pendedahan kepada Keadilandaily, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu pentadbiran Najib pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd.

“Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan membuktikan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB,” kata Rafizi.

Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik 5 jet peribadi termasuklah Boeing Businees Jet.

Sikap boros ini dilihat bertentangan dengan situasi yang dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.

Kesal dengan tindakan Najib itu, Rafizi turut mendakwa tindakan Najib ini juga mengesahkan lagi bahawa rakyat bakal berhadapan dengan satu bentuk cukai baru untuk membayar jet peribadi Perdana Menteri.

 .page1

“Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.
“Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan.

Justeru, Rafizi menuntut pembelian jet peribadi ini dibatalkan kerana tindakan ini hanya akan membelakangkan kepentingan rakyat sekaligus Najib perlu memohon maaf atas tindakannya itu.

Sebelum ini, Najib dan Isterinya, Rosmah Mansor juga dilaporkan gemar berboros dan menghabiskan dana awam untuk tujuan peribadi. Tindakan ini juga turut mengundang kritikan banyak pihak yang memaksa Perdana Menteri itu berundur dan melepaskan jawatannya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65672

Sumber KD - 16-3-2015

PENTADBIRAN NAJIB BELI JET PERIBADI BAHARU - RAFIZI


Sumber HD - 16-3-2015

Kata tak guna duit rakyat, tapi sah RM950 juta untuk 1MDB

SALMIYAH HARUN | .




KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II mengesahkan terdapat suntikan dana baru sebanyak RM950 juta kepada syarikat 1MDB.

Datuk Seri Husni Hanadzlah ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata dana baru itu sebagai 'standby credit' kepada 1MDB.

"Ini bermakna menteri mengakui desas-desus sebelum ini yang mengatakan ada dana baru sebagaimana saya kemukakan semalam," kata Rafizi dalam sidang media di lobi parlimen.

Ini bermakna jelas Rafizi kerajaan telah meluluskan dana baru sekaligus 1MDB boleh menggunakan dana itu bila-bila masa sahaja.

"Ia mengesahkan kenyataan saya semalam pada masa yang sama kerajaan beri jaminan tidak akan ada wang daripada rakyat," jelas Rafizi.

Katanya, pengakuan Menteri Kewangan itu sangat signifikan kerana ini adalah rekod kepada "bail out' 1MDB.

"Ini kerana lain-lain bantuan kerajaan adalah dalam bentuk kontrak, maknanya ada perjanjian pinjaman. Dan inilah 'bail out' yang pertama hampir RM1 bilion secara tunai kepada 1MDB," tambahnya.

Bagi Rafizi tindakan ini bertentangan dengan kenyataan keputusan sebelum ini kononya 1MDB tidak akan diselamatkan oleh kerajaan.

Katanya Menteri Kewangan juga tidak menafikan langsung kenyataannya bahawa RM300 juta telah diambil oleh 1MDB dari jumlah RM950 juta sebagaimana dimaklumkan dalam pertemuan dengan Ketua Bahagian Umno tiga minggu lalu. – HARAKAHDAILY 12/3/2015

Sumber HD - 12-3-2015






























































Bincang kewangan 1MDB, usul PAS ditolak

| .


KUALA LUMPUR: Usul untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ditolak Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz dalam notis usulnya bertarikh 10 Mac meminta dewan ditangguhkan bagi membincangkan masalah kewangan 1MDB yang merupakan syarikat strategik milik penuh kerajaan yang dikaitkan dengan salah laku dan pecah amanah.

Bagi Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, isu ini melibatkan kepentingan ramai kerana segala dana, aset dan hutang yang ditanggung oleh 1MDB mempunyai kesan langsung kepada kerajaan dan seluruh rakyat.

"Perkara ini perlu disegerakan kerana ia adalah lanjutan daripada arahan Perdana Menteri kepada Ketua Audit Negara agar audit dibuat terhadap akaun 1MDB mengambil kira saranan Timbalan Perdana Menteri agar laporan audit forensik dibuat.

"Demi memastikan ketelusan, keberanian dan kebebasan dalam penyiasatan maka adalah menjadi kewajiban agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera," jelas Mahfuz ketika membacakan usul tersebut.

Bagaimanapun Timbalan Yang diPertua Datuk Ismail Mohamed Said menolak usul tersebut dengan alasan ia tidak perlu disegerakan dan perkara ini sedang di dalam proses pengauditan. - HARAKAHDAILY 12/3/2015

Sumber HD - 12-3-2015

Audit 1MDB untuk beri 'status halal'?

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa sangsi terhadap langkah kerajaan untuk mengaudit kewangan 1MDB.

Katanya, langkah itu dibimbangi hanya untuk memberi 'status halal' kepada kewangan 1MDB bagi meredakan persoalan yang ditimbulkan rakyat hari ini.

"Kita hanya mainkan isu untuk redakan keadaan. Saya takut Ketua Audit diarah memberi 'cop halal' kepada 1MDB selepas ianya diaudit nanti akhirnya mengisytiharkan tidak ada penyalahgunaan dalam kewangan syarikat itu. Semuanya beres dan tidak ada apa-apa yang berlaku," katanya.

Ini kerana katanya, pengurusan kewangan Hari Belia 2013 lalu juga diaudit tetapi sehingga kini laporan itu tidak dibentangkan di parlimen.

"Kenapa audit dibuat tetapi tidak boleh dibentang di parlimen?" soalnya ketika membahaskan ucapan Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Mahfuz turut mempersoalkan apa kepentingan 1MDB kepada Umno sehingga Ketua Bahagian Umno di panggil menghadiri taklimat mengenai 1MDB pada 8 Mac lalu.

"Saya melontarkan persoalan ini, kamu panggil ketua bahagian untuk menjelaskan 1MDB. Apa istimewanya isu ini dijelaskan.

"Bekas Naib Ketua Umn Bahagian Batu Kawan yang buat report polis mengaitkan PM dengan 1MDB. Umno bising dan marah. Nak minta siasatan sahaja. Kenapa bising? Apa kepentingan Umno dalam isu ini?" tambahnya.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang bangun mencelah turut mempersoalkan langkah pengauditan itu sedangkan hari ini kerajaan dikatakan telah meluluskan RM900 juta lagi dana untuk disuntik ke dalam 1MDB.

"Apa guna audit sedangkan terus menerus dana disuntik ke dalam akaun itu," soal Rafizi.

Masalah Kewangan 1MDB semakin parah dan telah dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri sehingga kerajaan memutuskan agar pengauditan dibuat oleh Ketua Audit Negara. - HARAKAHDAILY 11/3/2015

Sumber HD - 11-3-2015
































































Kes Anwar: Dedah bayaran kepada Shafee jika bersetuju

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Jumlah bayaran kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sepanjang kes Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibuat atas persetujuan Jabatan Peguam Negara dengan peguam itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa.

Teck Hwa dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah perbelanjaan yang dibayar kepada Shafee sepanjang kes Anwar dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, kata menteri itu, Shafee dibayar sebanyak RM1,000 oleh Pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan kes Anwar.

Menurutnya, bagi mengelakkan tohmahan pihak peguam negara melantik peguam swasta iaitu Shafee bagi mengendalikan kes terbabit.

"Shafee antara yang bersetuju di antara beberapa peguam yang dikenal pasti," katanya.

Tambah Nancy, pihaknya ada membuat tawaran debat bersama Shafee bagaimanapun tidak ada siapa yang berani menyahut cabaran itu. - HARAKAHDAILY 11/3/2015

Sumber HD - 11-3-2015

Tiada keperluan turun harga barang kawalan ketika ini

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hassan Malek menjelaskan tidak ada keperluan untuk kerajaan menurunkan harga barangan kawalan ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak menurunkan harga barangan kawalan terlebih dahulu seiring dengan penurunan harga minyak dunia.

"Kenapa barang-barang kawalan oleh kerajaan seperti minyak, gula, tepung tidak diturunkan pada waktu harga minyak dunia jatuh," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Ini kerana, katanya para peniaga tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan harga tanpa kebenaran daripada kerajaan.

"Kalau gula yang dihasilkan di dalam negara dan tidak babitkan harga minyak dunia, mengapa ianya tidak diturunkan," soalnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Bagaimanapun, Hassan memberitahu syarikat-syarikat pengeluar besar memainkan peranan untuk menurunkan harga.

"Sebab itu kita jumpa dengan syarikat-syarikat besar dahulu, dia boleh pengaruhi harga barang. Jika bersetuju turunkan harga bermakna harga boleh diturunkan," katanya. - HARAKAHDAILY 11/3/2015

Sumber HD - 11-3-2015




Dewan larang Nurul berucap wakili Anwar

Posted on Tuesday, March 10 @ 20:30:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ahli parlimen Lembah Pantai yang berhasrat menyampaikan ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilarang mewakili bapanya.

Dewan Rakyat bagaimanapun membenarkan Nurul Izzah Anwar memasukkan sedutan ucapan Anwar sebagai sebahagian ucapannya sendiri.

"Kita sudah putuskan bahawa ucapan Yang Berhormat adalah ucapan Yang Berhormat, bukan mewakili ketua pembangkang," kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee kepada Nurul.

Jika dibenarkan hadir di Parlimen hari ini, Anwar dijadual berucap dalam perbahasan menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mencemar duli membuka persidangan semalam.

Ucapan Anwar (kanan) dibacakan selepas perbahasan wakil kerajaan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang).

Anwar, walaupun masih seorang anggota Dewan Rakyat, tidak dibenarkan hadir sidang parlimen kali ini.

Beliau masih kekal jawatan itu selepas memohon pengampunan diraja setelah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Sewaktu membacakan ucapan Anwar, ahli parlimen Lembah Pantai menggunakan peluang itu untuk menegaskan pendirian bapanya bahawa beliau tetap tidak bersalah atas jenayah liwat yang disabitkan ke atasnya.

"Saya tidak bersalah atas tuduhan palsu dan fitnah ini tidak pernah berlaku.

"Fitnah ini satu rekayasa yang jahat datang dari satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

"Tidak menjadi satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri boleh mengeluarkan kenyataan rasmi bertulis mengenai keputusan yang cuma selang beberapa minit selepas penghakiman dikemukakan, malah sebelum hukuman dijatuhkan.

"Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, hakim-hakim itu menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman.

"Mereka telah menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan," kata Nurul Izzah, memetik teks ucapan Anwar.

Sumber TKO - 11-3-2015


Nurul Izzah jadi ‘ketua pembangkang’ di Parlimen esok

Posted on Monday, March 09 @ 16:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau akan menjadi "ketua pembangkang" di Sidang Dewan Rakyat esok, menggantikan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan titah diraja.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tidak ada sebab beliau tidak boleh mewakili bapanya dalam membahaskan titah Agong di Parlimen esok, kecuali dihalang pihak tertentu.


"Saya akan bacakan ucapan ketua pembangkang bagi menyampaikan suara Permatang Pauh (kawasan Parlimen diwakili Anwar) di dalam Dewan esok.


"Saya tidak nampak ada halangan saya mewakili beliau kerana sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution juga pernah mewakili Anwar membacakan ucapan ketua pembangkang," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Sumber TKO - 9-3-2015





































































Agong rasmi pembukaan penggal ketiga parlimen ke-13

BERNAMA | .



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 di sini pada Isnin.

Istiadat pembukaan itu menyaksikan atur cara sambutan majlis perbarisan kawalan kehormat yang secara tradisinya berlangsung di Dataran Parlimen, diadakan di Dewan Bankuet Bangunan Parlimen.

Ini merupakan kali ketiga istiadat itu diadakan di Dewan Bankuet, dengan kali pertama ialah semasa pembukaan penggal pertama Parlimen ke-13 pada 25 Jun 2013 atas faktor cuaca.

Keberangkatan tiba Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 10 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Turut menyambut ketibaan Seri Paduka berdua ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian diiring masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah 'Hormat Diraja' daripada tiga pegawai dan 24 anggota lain-lain pangkat Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Azlan Shah Baharom.

Lagu 'Negaraku' kemudian dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi dan diikuti tembakan meriam 21 das.

Upacara pemeriksaan kawalan kehormat oleh Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun tidak diadakan seperti kebiasaannya berikutan ruangan dewan yang terhad.

Tepat 11 pagi, loceng istiadat dibunyikan dan Seri Paduka diiringi ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari mulai hari ini hingga 9 April diikuti sidang Dewan Negara pada 13 hingga 28 April. - Bernama

Sumber HD - 9-3-2015

No comments:

Post a Comment