BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, October 22, 2016

PERSIDANGAN PARLIMEN KE-4 : 17 OKTOBER HINGGA 24 NOVEMBER 2016 - BAJET 2017



a





Presiden PAS sambut rombongan penoreh getah Padang Terap

PADA jam 11.00 pagi tadi, Ahli Parlimen Marang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama YB Ustaz Idris Ahmad, YB Dr Che Rosli Che Mat dan YB Siti Zailah Mohd Yusoff telah menyambut rombongan rakyat penoreh getah dari Padang Terap, Kedah. 
2. Mereka menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen PAS bagi menggesa kerajaan agar bertindak segera terhadap isu harga getah dan bandaraya getah. 
Kos kehidupan yang semakin meningkat sementara harga getah pula semakin rendah telah menjerumuskan penoreh dan pekebun kecil khususnya dari Padang Terap dalam situasi kesempitan yang meruncing, mengheret penoreh ke perangkap berhutang dan hilang daya saing. 
3. Janji manis pihak kerajaan semasa Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu kepada rakyat Padang Terap untuk membina sebuah Bandaraya Getah di Padang Terap sehingga sekarang langsung tidak menunjukkan apa-apa kemajuan fizikal malahan rakyat tidak pernah melihat rupa bentuk perancangan bandaraya tersebut. 
4. Antara tuntutan mereka ialah: 
a) Mendedahkan harga kontrak komoditi getah seperti harga komoditi lain (minyak sawit mentah, emas, arang batu, kopi, dan lain-lain) yang menjadi asas penetapan harga di pasaran dan di ladang. Menyembunyikan harga ini membuka ruang manipulasi pengilang dan trader. 
b) Kerajaan segera memperuntukkan dana khas negara berjumlah RM1.6 bilion untuk membantu melaksanakan skim harga lantai getah pada RM4 sekilogram. 
c) Mendedahkan perancangan sebenar projek Bandaraya Getah Padang Terap, syarikat yang terlibat membangunkan projek tersebut, status pengambilan tanah di tapak projek tersebut (Ladang Bukit Ketapang) dan status terkini peruntukkan bajet kerajaan persekutuan 2016 untuk projek tersebut berjumlah yang berjumlah RM320 juta. 
5. Semoga hasrat dan rintihan rakyat ini dapat disuarakan oleh PAS kepada pihak Kerajaan ketika sidang dewan yang masih berlangsung sekarang.
Catatan oleh: 
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
20 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 20/3/2018




Sumber HD - 20-3-2018




Tuan Guru Presiden PAS Berbahas, Dewan Parlimen Berubah Bagaikan Dewan Kuliah Universiti
Posted on Thursday, March 15 @ 06:54:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38642



1. Pada tepat jam 12.00 tengah hari tadi, giliran Ahli Parlimen Marang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membahaskan Titah Diraja. Saya begitu tidak menyangka suasana perbahasan menjadi begitu menarik, dan mengasyikkan.  Sesiapa yang berada di dalam Dewan mahupun menonton secara langsung pasti  berasa teruja kerana suasana Dewan yang biasanya gamat dengan pertelingkahan dan bertikam lidah berubah menjadi diskusi ilmiah bagaikan dalam dewan kuliah universiti.

2. Asalnya masa yang diperuntukkan hanya 30 minit tetapi atas budibicara Dato' Timbalan Speaker, Tuan Guru Presiden dibenarkan untuk berbahas selama 1 jam kerana ramai Ahli Parlimen lain daripada BN mahupun Pembangkang yang berminat bangun membuat pencelahan.

Mereka bertanya dengan penuh adab tatasusila bahkan ada Ahli Parlimen DAP yang memanggil nama "Tuan Guru" sedangkan kebiasaannya sesama Ahli Parlimen akan memanggil " Yang Berhormat (nama  kawasan yang diwakili). Ada Ahli Parlimen BN yang bangun bertanya memulakan dengan lafaz "Subhanallah, Tabarakallah" kerana beliau begitu tertarik dengan isi perbahasan Tuan Guru Presiden.

3. Antara kelainan yang dapat saya perhatikan dalam perbahasan kali ini, Tuan Guru Presiden berucap tanpa teks, hanya sesekali merujuk catatan isi penting, ia membuatkan suasana yang lebih santai, spontan, banyak eye-contact dan gerakan tangan.

4. Di awal ucapan, beliau menyebut perbahasan akan menyentuh 2 perkara yang terkandung dalam Titah Diraja iaitu:

a) Sokongan Yang di-Pertuan Agong terhadap segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah.

b) Seruan  Yang di-Pertuan Agong agar hentikan berpolitik untuk kepentingan sempit.

5. Berikut adalah intipati utama ucapan perbahasan beliau:

- Seruan transformasi yang diwar-warkan oleh kerajaan perlulah mengikut petunjuk di dalam Al Quran.

Transformasi positif sepertimana dalam ayat 11, Surah Ar Ra'du, yang bermaksud "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri"

- Pembangunan insan akan dapat membangunkan negara dan ummat, Allah memulakan Islam di bumi Mekah yang kering, tidak ada apa-apa hasil,
lalu manusia dibangunkan dengan ilmu, akhlak, dan jatidiri.

- Kita kembali kepada Perlembagaan yang diasaskan oleh mereka generasi awal samada di pihak kerajaan dan pembangkang yang sama-sama memperjuangkan kemerdekaan walaupun berbeza dasar dan pendekatan politik. Suruhanjaya Reid telah menetapkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan, manakala agama lain bebas diamalkan, dan Perkara 152  Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan hak bahasa ibunda masing-masing.

- Yang di-Pertuan Agong menyeru agar mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan. Apabila hendak mendaulatkan Islam, perlulah berpandu kepada agama Islam yang disebut dalam Al Quran iaitu Ad Din dan kaffah (sempurna) sifatnya. Kita jangan terpengaruh dengan takrif agama mengikut Bahasa Inggeris, penjajah kita dan juga yang terkandung dalam Kitab Bible. Tuan Guru memetik :

"Jesus said to them, “Render to Caesar the things that are Caesar’s, and to God the things that are God’s.” ( Mark 12:17)
Ia menunjukkan pemisahan agama dan politik sedangkan Islam agama yang berdaulat. Islam menentang diktator dan teokrasi.

Ayat Quran menyebut mengenai adanya pemerintah yang berlagak bagaikan Tuhan samada bernama raja seperti Firaun dan Namrud, ataupun Al Malak (pemimpin-pemimpin).

[Pencelahan oleh YB DAP Bukit Mertajam- mohon penjelasan lanjut berkenaan tafsiran Bible yang dibaca oleh Tuan Guru]
- Tuan Guru menceritakan tentang sejarah dalam agama Kristian yang menindas golongan ilmuan, manakala golongan agamawan bersekongkol dengan pemerintah, merebut kuasa  melalui pengutipan cukai pengampunan dosa. Apabila Tamadun Islam mula mempengaruhi Barat maka lahirlah idelogi Sekularisme yang memisahkan agama daripada politik.

- Apa yang dibawa ke negara ini oleh penjajah British bukanlah ajaran asal Kristian tetapi ajaran yang sudah dipinda bagi menyekat kuasa agama Islam dengan merampas kuasa Raja-Raja. Agama dihadkan kepada sekadar nikah-cerai, pembahagian harta-pusaka, dan wakaf. Kuasa tanah, pentadbiran, dan kerakyatan dialmbil oleh British. Selepas merdeka, pemikiran British ini patutlah dibuang.

- Usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah amatlah dialukan. Apa yang ada hari ini, Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret padahal kita sebut Islam adalah Agama Persekutuan. bagaimana Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah di daerah-daerah.?

Saranan Yang di-Pertuan Agong agar Mahkamah Syariah diperkasakan  amatlah disokong dan dilalukan.

[Pencelahan oleh YB PKR Bukit Katil yang mencadangkan agar Hakim Mahkamah Syariah dilantik oleh Suruhanjaya sepertimana Hakim Mahkamah Sivil, agar mereka bukan sekadar penjawat awam biasa]
- Tuan Guru bersetuju cadangan itu tetapi mahukan aspek yang lebih luas iaitu kadar hukuman. Kuasa hukuman sepatutnya lebih tinggi dan sebolehnya menepati syariat yang sepenuhnya. Dalam hal ini, penganut bukan Islam jangan bimbang kerana wujudnya jaminan dalam Islam iaitu tidak ada paksaan untuk memeluk Islam. Ayat Quran juga menyebut mengenai larangan meroboh rumah ibadah agama lain. Lihatlah di Mesir, masih ada gereja yang dimiliki oleh Kristian Ortodok Koptik yang ada sebelum Islam. di Iran ada rumah api yang dimiliki oleh penganut agama Majusi, di Indonesia alam Melayu ini masih ada candi Borobudur. Ini menunjukkan kebebasan beragama yang dijamin oleh Islam.

- Dalam aspek pelaksanaan undang-undang, orang Islam tertakluk kepada undang-undang Islam tetapi hal ehwal umum seperti trafik jalanraya, tetap sama untuk semua yang Islam dan bukan Islam. Contohnya, tidak boleh dibuat lampu hijau untuk orang Islam boleh jalan manakala yang bukan Islam kena berhenti, pasti huru-hara di jalanraya.

[Pencelahan oleh YB BN Rompin yang berpandangan soal pendekatan kita apabila menyebut pemerkasaan Mahkamah Syariah berbanding penekanan Hudud boleh membuatkan orang bukan Islam tidaklah terkejut sangat yang cuba memahami Islam]
- Tuan Guru Presiden menjelaskan dalam Islam adanya undang-undang Perlembagaan, perdagangan, keluarga, jenayah, antarabangsa, semuanya ada dalam Islam. Seringkali golongan orientalis menggunakan Hudud sebagai senjata menyerang Islam, hukum potong tangan dijadikan hujjah menakutkan orang bukan Islam.

- Pernah berlaku satu Dialog pada tahun 1971,di antara Vatican City (wakil Barat) dan pemikir Islam  yang dianjurkan di Vatican dan Riyadh. Isu potong tangan ini timbul, mereka menyangka apabila ada jumlah 70,000 pencuri maka kesemuanya dipotong tangan. Mereka tidak sedar bahawa undan-undang Islam sifatnya mendidik, bukan menghukum. Hukuman yang hendak dijatuhkan sangat ketat termasuk ciri hakim, saksi, penjenayah, kadar curian, hubungan pencuri dan mangsa. Mengikut Islam, hakim perlu cari jalan membebaskan pesalah,kerana Islam menggalakkan pengampunan dan bertaubat. Apa yang penting undang-undang ini mendidik, bagi menggerunkan penjenayah dan semua orang. Apa yang hendak ditakutkan jika kita tidak mencuri..? Lihat di Arab Saudi adanya keamanan, kedai boleh ditutup hanya dengan kain tanpa kunci yang kukuh mahupun jaga yang gagah perkasa. Inilah kehebatan undang-undang.

- Hukuman sebatan dalam Islam bersifat tidak mencederakan tetapi memalukan.

Hukuman tidak boleh pecah kulit, bukan macam dalam penjara hari ini yang menggunakan rotan yang kuat sehingga tercabut kulit dari isi. Dalam sirah ada seorang tua yang kurus melakukan kesalahan, dihukum sebat sebanyak 100 sebatan, orang bertanya kepada Nabi, bagaimana hendak dilaksanakan hukuman ini.? Nabi menjawab, ambil 100 ranting, pukul 1 kali sahaja di khalayak ramai.

Inilah keindahan hukum Islam, jangan percaya seperti dalam filem yang ingin memburukkan imej Islam yang

[Pencelahan oleh YB PKR Penampang yang berpandangan tidak setuju undang-undang agama diperluaskan lagi penguatkuasaannya kerana itu syarat asal kemasukan Sabah ke dalam Malaysia dahulu]
- Tuan Guru Presiden menjawab dalam Perlembagaan Malaysia adanya sistem Federalisme yang memberikan hak agama adalah kuasa kerajaan negeri, maka terpulanglah kepada Kerajaan Negeri masing-masing, Beliau mengimbau kembali sejarah Islam. adanya pemerintahan yang begitu luas daripada India sehinggalah ke Sepanyol di Barat yang turut mengamalkan federalisme, zaman itu tiada lagi internet dan telefon. Raja Najasyi, pemerintah Habsyah yang baru memeluk Islam berhadapan dengan paderi Kristian yang tidak bersetuju dengan beliau, Hudud ditangguhkan berasaskan realiti masyarakat di situ. Ini adalah keanjalan yang ada dalam pelaksanaan Syariat Islam.

* Timbalan Speaker memaklumkan ramai yang berminat dengan perbahasan YB Marang,
[Pencelahan oleh YB BN Bagan Serai yang menyatakan beliau begitu tertarik mendengar penjelasan mengenai undang-undang Islam yang diterangkan oleh Tuan Guru Presiden, beliau meminta pendapat perlukah diubah undang-undang bagi mencegah jenayah dadah yang masih belum dapat ditangani sehingga sekarang.?]
- Tuan Guru Presiden menerangkan adanya 3 bahagian dalam undang-undang Islam iaitu Qisos (hal kecederaan), Hudud (hal moral), dan Ta'zir (hal yang tiada dalam Hudud dan Qisos). Dadah termasuk dalam Ta'zir yang tertakluk kepada budibicara pemerintah. Undang-undang Islam adanya aspek ruh spiritual, ini tidak ada pada undang-undang Barat. Makna spiritual ini ialah seseorang itu percaya bahawa sekiranya dia tidak dihukum di dunia, dia tetap tidak dapat lari daripada hukuman di Akhirat. Sebab itu dalam sejarah Islam, ada pesalah datang serah diri mengaku salah kerana adanya aspek spiritual dalam diri ini. Perbincangan lanjut diperlukan dalam hal ini, kerana masa yang ada sekarang singkat dan bukannya dalam kelas kuliah undang-undang.

[Pencelahan sekali lagi oleh YB BN Rompin bangun mencadangkan agar Perlembagaan sediaada tidak dipinda tetapi Mahkamah Syariah yang perlu diperkasa.]
- Tuan Guru Presiden menjawab ada perkara yang beliau setuju dan ada yang beliau tidak setuju. Islam sebagai agama persekutuan tidak perlu dpinda, tetapi undang-undang lain boleh dipinda seiring dengan perkembangan semasa. Semenjak beliau berada di Parlimen pada tahun 1990 lagi, sudah banyak kali pindaan Perlembagaan dibuat. Ini menunjukkan kita boleh fleksibel, tidak perlu jumud dalam semua perkara.

Contohnya, hukuman gantung sampai mati yang menggunakan tali. Islam menetapkan hukuman bunuh perlu dilaksana tetapi bukan menyeksakan. Hukuman mati tetap perlu ada, cuma kaedah yang berbeza. Dalam Islam adanya perkara Tsawabit (yang sudah tetap, tidak boleh berubah) dan Mutaghaiyyirat (yang boleh berubah mengikut perkembangan.

[Pencelahan oleh YB BN Julau yang bertanya berkenaan berita dalam media bahawa Tuan Guru Presiden mendakwa orang Islam ditawarkan wang oleh gerakan Missionary untuk memeluk agama Kristian]
- Tuan Guru Presiden menjelaskan beliau mendapat maklumat berkenaan wujudnya aktiviti sedemikian seperti di negara Afrika. Dalam Islam pun ada, iaitu wang zakat untuk menggalakkan orang masuk Islam, dalam Kristian pun ada, itu hal agama mereka. Apa yang lebih penting ialah menjaga keharmonian, sebab itu dalam Islam menggalakkan dialog antara satu sama lain bagi berhujjah dengan tidak menimbulkan ketegangan.
Biar kita berbeza pendapat, jangan berpecah.

[Pencelahan sekali lagi oleh YB BN Julau yang berpandangan tidak boleh orang yang dihormati dan bergelar Tuan Guru membuat dakwaan sebegitu terhadap agama Kristian]
- Tuan Guru Presiden berkata terserah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan membuat tindakan selanjutnya. Beliau memetik kata-kata Imam Al Ghazali,"agama asas kehidupan manusia, kuasa pemerintahan adalah pengawas, perkara yang tidak ada asas akan runtuh."

Apabila kita tidak mengikut agama, maka akan runtuh kehidupan. Usah percaya dengan Islamophobia, yang mengatakan Islam agama pengganas sedangkan Kristian juga ada pengganas sepertimana di Ireland,pengganas dalam agama Hindu di India, 2 PM India dibunuh oleh Hindu. Jangan dituduh Islam sahaja.

Sebenarnya, Islam menentang keganasan, menggalakkan hubungan yang baik. Islam melarang membunuh kucing, dan boleh pahala apabila memberi minum anjing yang dahaga, bagaimana mungkin Islam membenarkan manusia dibunuh sesuka hati.?

- Seterusnya, Tuan Guru Presiden membahaskan betapa pentingnya memartabatkan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan, bahasa perantara kaum. Bahasa adalah naluri fitrah manusia, yang menjadi medium komunikasi, dan mencari ilmu. Bagi mengilmukan sesuatu bangsa maka perlulah dipelajari dalam bahasa ibunda masing-masing, yang menjadi jiwa bangsa. Mengapa ilmu asas pun hendak dipelajari dengan menggunakan bahasa asing.? Solat itu dalam Bahasa Arab tetapi kita belajar solat dalam Bahasa Melayu.

Mengapa kita tinggalkan bahasa kita sendiri untuk belajar Sains.? Hal ini menyebabkan kaum Bumiputera ketinggalan.

Kita cuba lihat di peringkat antabangsa, ketua-ketua negara asing berucap di PBB dalam bahasa ibunda sendiri.

* Timbalan Speaker menggesa YB Marang membahaskan mengenai isi kedua Titah Diraja berkenaan hentikan berpolitik untuk kepentingan sempit.
Beliau turut memberi izin YB Marang berbahas sehingga jam 1.00 petang.

- Tuan Guru Presiden menjelaskan kita tidak boleh berhenti daripada politik kerana ia adalah sebahagian kehidupan manusia. Namun, yang masalahnya apabila berpolitik melampau, sehingga meninggalkan akhlak, perangai yang baik. Ini tidak elok. Seruan ini kepada semua, tidak tuju kepada tertentu.

Lantas, Tuan Guru Presiden memetik kata-kata Saidina Abu Bakar As Siddiq dilantik sebagai Khalifah Ketua Negara, "wahai tuan-tuan, saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, saya bukan orang yang terbaik. Kalau saya baik, tolonglah saya, saya tidak baik, perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat."

Ini menunjukkan budaya memecat pemimpin tidak digalakkan dalam Islam, kita perlu sabar dan memperbetulkan pemimpin.

- Lihat pada Arab Spring, apa yang jadi.? Musim bunga yang tidak berbuah sehingga berlaku campurtangan asing dalam negara yang menghuru-harakan negara.
Walaupun saya tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kita sabar.

PAS menyertai arena politik tanah air sejak sebelum merdeka sehingga ke hari ini, part-parti lain banyak yang baru ditubuhkan kemudian. Kita sabar, kita menang, kita kalah, kita rebah, kita bangun, kita banyak kerusi, kita tiada kerusi langsung, kita tidak kisah, yang penting jangan mengacau rakyat. Ini yang perlu kita jaga betul-betul. (bunyi tepukan sokongan daripada Ahli Dewan).

Saya tidak mengampu sesiapa, orang hendak sokong, sokonglah, yang tidak mahu, tidak mengapa.

6. Tuan Guru Presiden menamatkan ucapan beliau pada jam 12.50 tengah hari. Sesungguhnya, suasana ucapan perbahasan beliau tadi begitu menarik kerana wujud perbincangan dua hala secara ilmiah dan penuh adab. Tuan Guru Presiden dengan berani menyampaikan mesej dakwah Islam secara hikmah dan tegas berprinsip kepada sekalian Ahli Dewan samada yang beragama Islam dan bukan Islam.

7. Sejurus Tuan Guru Presiden menamatkan ucapan, sempat mengiringi beliau ke kereta sambil mengucapkan tahniah atas ucapan yang begitu menarik. Beliau memaklumkan tidak dapat meneruskan ucapan sehingga jam 1.00 petang kerana tekak sudah kering. Beliau bertolak pulang ke Pejabat Agung PAS bagi meneruskan tugasan  untuk mpengerusikan mesyuarat parti pula.


Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS


Sumber TKO - 15-3-2018


YB Pagoh Terkedu Ditegur oleh YB Bachok Kerana Memfitnah Presiden PAS (bersama video)
Posted on Wednesday, March 14 @ 23:25:52 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38640



1. Suasana dewan pada petang ini hangat sedikit apabila YB Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mahu menegakkan benang yang basah walaupun sudah ditegur oleh YB PAS Bachok, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary berkenaan fitnah terhadap Tuan Guru Presiden PAS.

Video - https://youtu.be/r2wi9gLruHY

Tan Sri Muhyiddin ketika berceramah di Bachok baru-baru ini menyebut kononnya Tuan Guru Presiden PAS menyokong GST.

Kasihan melihat Presiden PPBM ini, punyalah benci terhadap PAS sehingga sanggup mengutip berita palsu untuk dijadikan modal ceramah menghentam PAS.

2. Sebenarnya, alkisah berita fitnah Tuan Guru Presiden PAS sokong GST ini berpunca daripada soalan lisan YB Marang pada 18 Oktober 2016.

Ia dimanipulasi oleh TV3 dan Utusan yang menyiarkan sebahagian sahaja apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Presiden PAS.

Soalan asal YB Marang adalah;

"Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana hasrat Kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat tidak mengira kaya atau miskin dan mengambil mekanisme lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan rakyat.?"

Kemudian, YB Marang bertanya soalan tambahan kepada Menteri Kewangan;
"Tuan Yang di-Pertua,

a) soalan tambahan saya, GST merupakan anugerah oleh kerajaan khususnya terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan, tanpa dinafikan.

b) Namun di sana ada efek seperti Yang Berhormat sebut yang kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi masih ada sungutan-sungutan.Nilai mata wang ini juga membebankan pelajar kita di luar negara yang ke luar negara. Sungutan itu banyak.

c) Sejauh mana langkah-langkah kerajaan dan penilaian terhadap keberkesanan daripada langkah-langkah itu atau kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada.

Terima kasih."

3. Media propaganda Kerajaan iaitu TV 3 dan Utusan menyiarkan hanya sebahagian sahaja apa yang diucapkan oleh YB Marang;

"GST merupakan percukaian murah oleh Kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan."

Mereka menyiarkan perenggan A sahaja tanpa memasukkan perenggan B dan C bagi menggambarkan kononnya Tuan Guru Presiden PAS menyokong GST.

Jahat bukan kerja media spin sebegini.?

Namun, apa yang lebih malang ialah pemimpin PH dan sekalian juaknya yang kononnya anti kepada TV 3 dan Utusan tetapi boleh pula mereka menyerang PAS dengan menggunakan sumber berita musuh.
Percaya pula geng PH ini terhadap berita TV 3 dan Utusan ye.?

4. Cybertrooper PH mengulangsiar berita spin yang sudah diperjelas pada tahun 2016 dahulu untuk dijadikan modal menyerang Tuan Guru Presiden PAS pada tahun 2018.

Presiden PPBM pun terikut sama percaya berita palsu tersebut.
Apabila YB Bachok bangun menegur YB Pagoh, dia gagal menjawab mana sumber berita sahih bahawa YB Marang menyokong GST.

Dia enggan menarik balik tuduhan fitnah terhadap YB Marang.

YB Bachok terus bangun mendesak YB Pagoh agar menarik balik tuduhan tersebut.
YB Ustaz Ahmad Marzuk turut membaca petikan handsard (penyata rasmi) Parlimen yang bertarikh 18 Oktober 2016 sebagai bukti menunjukkan kesilapan YB Pagoh.
Tan Sri Muhyiddin tetap tidak mahu menjawab dan terus mengakhiri ucapannya.

5. Sempat juga YB PAN Shah Alam sibuk mahu mencelah menjadi hulubalang membela YB Pagoh.

Punyalah bersungguh YB PAN Shah Alam ini menuduh YB Marang dalam soalan pada tahun 2016 itu tidak ada pun menyebut menolak GST.

Dia juga menuduh PAS Berkecuali ketika undian meluluskan GST di Parlimen.

YB PAN Shah Alam ini mungkin sudah nyanyuk atau buat-buat lupa.

Untuk rekod, Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 diluluskan di Dewan Rakyat pada tarikh 7 April 2014.
RUU GST diluluskan menerusi undi belah bahagi sebanyak dua kali dengan undian pembangkang memperoleh 81 undi berbanding penyokong kerajaan mendapat 118 undi.
PAS ketika itu turut bersama PKR dan DAP mengundi menolak GST. Ketika itu Pakatan Rakyat masih hidup

dan PAS berada dalam gabungan tersebut.

6. YB PAN Shah Alam mungkin terlupa akan hakikat bahawa pada 7 April 2014, Tan Sri Muhyiddin masih dalam UMNO-BN dan bergelar Timbalan Perdana Menteri.
YB Pagoh bersama Ahli Parlimen BN mengundi menyokong GST ketika itu.
Tiba-tiba, sekarang apabila YB Pagoh sudah bergelar Pembangkang barulah dia berpura-pura pula kononnya menolak GST.
Inilah pelakon dan pelawak di pentas arena politik tanah air kita.

Kita patut bertanya kepada Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, dan Dato' Seri Shafie Apdal;
mengapa dulu apabila kamu sedang berada di puncak kuasa, lain tutur bicaranya.
Kini, apabila kamu sudah hilang kuasa, lain pula bicaranya.?

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

14 Mac 2018

Sumber TKO - 14-3-2018


Catatan Parlimen: Ahli Parlimen PAS Perjuangkan Isu Rakyat
Posted on Friday, March 10 @ 08:48:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33939



Catatan Parlimen: Ahli Parlimen PAS Perjuangkan Isu Rakyat

1. Pada setiap Selasa dan Khamis, sidang Dewan Rakyat dimulakan dengan sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT). Ia agak berbeza dengan sesi Pertanyaan Jawab Lisan.

MQT berlangsung selama 30 minit sahaja iaitu 3 soalan terpilih yang telah dihantar sehari sebelum akan dijawab oleh Menteri yang berkaitan.
Pertanyaan Jawab Lisan pula soalannya perlu dihantar oleh Ahli Parlimen dalam tempoh 10 hari sebelum bermulanya sesuatu sidang.

Slot MQT agak terhad masanya kerana Ahli Parlimen yang bertanya dan Menteri yang menjawab perlu mematuhi had masa yang ditetapkan. Terdapat timer dan penggera akan berbunyi apabila masa tamat.

2. Pagi tadi, 3 orang Ahli Parlimen PAS memanfaatkan slot MQT ini dengan bangun mengemukakan soalan tambahan setelah soalan asal dijawab oleh Menteri.

Mereka menyuarakan berkenaan isu;

a) Ahli Parlimen Kota Bharu, Y.B. Dato' Takiyuddin Bin Hassan mencadangkan Kerajaan meminda Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan Raya agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut jalan raya.

b) Ahli Parlimen Hulu Langat, Y. B. Dr.Che Rosli Bin Che Mat bertanya mengenai apakah hasil daripada kajian yang dijalankan oleh Pegawai International Atomic Energy Agency (IAEA) berkenaan penjanaan kuasa nuklear di Malaysia.?

c) Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Ustaz Idris Ahmad membangkitkan berkenaan terdapat pesakit yang dibantu pernafasan secara manual sahaja kerana wad ICU penuh di Hospital Taiping.

3. Seterusnya, dalam sesi Pertanyaan Jawab Lisan pula Ahli Parlimen Pasir Puteh, Y.B. Dato' Dr Nik Mazian Bin Nik Mohamad bertanya mengenai pelaksanaan perkhidmatan secara kontrak terhadap pengambilan graduan perubatan, farmasi dan pergigian.

4. Bukankah ini bukti nyata Ahli Parlimen PAS berperanan aktif di dalam Dewan.? Ada yang membuat cereka fitnah kononnya Ahli Parlimen PAS hanya duduk diam sahaja dan tidak memperjuangkan isu rakyat di dalam Dewan.

Fitnah mereka sebar, kita jawab dengan hujjah.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

Sumber TKO - 10-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kerajaan tidak bersungguh hapus ‘industri dosa’
Posted on Friday, March 10 @ 07:21:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33936



KUALA LUMPUR: Tiada jalan lain bagi kerajaan mengekang gejala sosial di negara ini melainkan menghapuskan ‘industri dosa’ yang menjadi punca masalah itu, kata Ahli Parlimen Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas).

Malangnya, beliau berkata, setiap usaha yang dijalankan kerajaan sebelum ini hanyalah bersifat “melepaskan batuk di tangga”.

“Dadah masuk dengan begitu mudah, kita gagal selesaikan. Begitu juga judi dan pelacuran.

“Kerajaan tidak mahu dan tidak mampu ke isu sebenar, iaitu memastikan (pengedaran dadah, pusat judi dan pelacuran) ditutup sepenuhnya,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau mengambil contoh negeri yang berdekatan sempadan, iaitu Kelantan, Perlis dan Kedah, yang menurutnya dimasuki dadah dengan begitu mudah.

“Kita akui Kelantan juga berhadapan isu gejala sosial yang teruk.

“Maka kerajaan mesti memerangi pengedaran dadah di kawasan kampung, kerana inilah yang menyukarkan sejumlah anak muda di sana sukar keluar daripada gejala dadah,” katanya lagi.

Memetik Sinar Harian 28 Februari lalu, jumlah penagih dadah pada 2016 meningkat pada angka 30,847 pada tahun lepas berbanding 26,668 pada 2015.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Sujat berkata usaha memerangi dadah sukar memandangkan bekalannya boleh diperolehi melalui negara jiran.

Memetik Harian Metro 14 Februari 2016 pula, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan berkata jumlah kes penagihan dadah di negeri itu meningkat kepada 3,239 kes pada 2015, berbanding 2,426 pada 2014.

Dalam pada itu, Nik Abduh juga menyarankan kerajaan memberikan elaun bulanan kepada graduan yang masih gagal mendapatkan pekerjaan.

Beliau berkata, bantuan itu hanyalah bersifat sementara bagi memudahkan golongan itu mencari pekerjaan, tanpa menyusahkan ibu bapa mereka.

“Memang kita boleh kata ini bumi subur (untuk mencari rezeki), tetapi isu pengangguran masih ada.
“Soalnya, masalahnya berpunca daripada graduan atau peluang pekerjaan yang tiada?” soalnya.

Sumber TKO - 10-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkasa seru ahli Parlimen sokong usul PAS
Posted on Wednesday, March 08 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33910




PETALING JAYA: Pertubuhan hak Melayu, Perkasa merayu semua ahli Parlimen menyokong
rang undang-undang (RUU) yang dicadangkan PAS bagi menambah hukuman syariah, selepas seruan berasingan oleh kumpulan G25 agar wakil rakyat menolak usul itu.

Menurut Perkasa, intipati usul yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, terkandung dalam titah Yang Di-Pertuan Agong ketika merasmikan Penggal Keempat Parlimen Ke-13 Isnin lalu.

“Kali terakhir ia dipinda pada tahun 1984 berupa peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1,000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah,” kata Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Amini Amir Abdullah.

“Puak G25 tidak memahami bahawa sememangnya sudah sedia wujud 2 set sistem perudangan dan mahkamah yang berbeza iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah.”

G25 yang merupakan kumpulan bekas pegawai kanan Melayu baru-baru ini merayu ahli Parlimen agar tidak menyokong RUU apabila ia dibahaskan di Dewan Rakyat kerana ia tidak berpaksikan Perlembagaan Persekutuan.

Amini berkata cadangan menambah hukuman terhadap pesalah syariah menerima sokongan umat Islam.

“Dan ia adalah hasrat majoriti umat Islam yang percaya dengan kedaulatan Islam sebagai agama negara,” katanya.

Sumber TKO - 8-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Catatan Parlimen: Isu Rohingya disuarakan MP PAS

SYED AHMAD FADHLI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43496-catatan-parlimen-isu-rohingya-disuarakan-mp-pas

Ada yang menyebar cereka bahawa PAS hanya mahu bersandiwara politik dalam isu Rohingya apabila turut bersama PM dalam Himpunan Solidariti di Stadium Tertutup Titiwangsa pada Ahad lepas. Mereka bising kerana usul isu Rohingya oleh YB PAN Kuala Terengganu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat pada hari terakhir sidang, 24 November 2016. Mereka menjaja berita di alam maya bahawa ketika usul itu ditolak, tidak ada YB PAS yang bangun pertahankan usul PAN tersebut.

Mudah bukan? Sebar sahaja berita tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian?

Saya meneliti kembali rakaman video dan hansard penyata rasmi Dewan Rakyat yang bertarikh 24 November 2016. Isu penolakan usul YB PAN Kuala Terengganu dibangkitkan sejurus sahaja YB Marang selesai membaca pindaan usul RUU 355.

Tuan Guru Presiden PAS bersama para Ahli Parlimen PAS mengadakan sidang media di Lobi Parlimen ketika para YB PAN, PKR dan DAP bangkit mengenai penolakan usul mereka.

Jadi, adakah adil membuat tuduhan sedemikian rupa dek kerana PAS tidak bangkit membela usul PAN yang ditolak.

Cereka itu disebar meluas oleh juak mereka untuk dijadikan modal serangan menggambarkan kononnya Ahli Parlimen PAS ini bisu, tidak berperanan, hanya Ahli Parlimen PH sahajalah yang menjadi jaguh juara membela isu rakyat.

Kita jawab kembali dengan hujah bukan fitnah.

Untuk rekod, Ahli Parlimen PAS sudah pun menyuarakan isu Rohingya 10 hari lebih awal sebelum usul tergempar YB PAN Kuala Terengganu. Sila semak penyata rasmi (handsard) Dewan Rakyat bertarikh 14 November 2016, bahkan rakaman video pun ada di Channel Youtube TV PAS.

Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang telah menyentuh isu Rohingya dalam perbahasan Bajet 2017 peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri.

Begitu juga dengan seorang lagi Ahli Parlimen PAS, YB Pasir Puteh, Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad turut membahaskan isu yang sama ketika perbahasan tersebut.

YB PAS sudah sebut isu Rohingya dalam Dewan 10 hari lebih awal daripada usul YB PAN. Bahkan, Tuan Guru Presiden PAS berucap isu Rohingya di dalam Parlimen sudah bertahun-tahun lamanya.

Mereka yang terlewat sebenarnya, tetapi masih berbangga mendabik dada seolah hanya merekalah pejuang sejati lagi tulen.

Saya petik sebahagian ucapan perbahasan YB Bukit Gantang daripada handsard:

Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat malam, terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya hendak ambil sedikit masa sahaja iaitu berkenaan dengan Butiran 040000 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia iaitu berkenaan dengan Rohingya yang kita harapkan perkara ini perlu diambil perhatian oleh kerajaan Malaysia selaku negara yang agak dekat dengan negeri yang dianggap sebagai Gaza di sebelah Asia Tenggara pada hari ini yang disebut oleh —
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Rohingya ini adalah salah satu minoriti dunia yang paling teruk ditindas. Maka dengan sebab itu kita mengharapkan supaya tindakan drastik yang diambil oleh Kerajaan Malaysia ini perlu sama ada dengan cara diplomasi yang agak proaktif dan lebih agresif. Ini kerana Rohingya kalau kita lihat banyak perkara yang amat menyayat hati kita kerana dia tidak diiktiraf oleh Kerajaan Myanmar sana. Dianggap macam bukan bangsa dia ataupun rakyat dia. Ini satu perkara yang amat menyedihkan.

Kedua, kita lihat Bangladesh pun juga sama. Kadang-kadang mereka hendak pergi minta pertolongan di sana, dihalau, ditembak dan sebagainya. Ini perkara yang amat menyedihkan. Ketiga, kalau kita lihat juga dari segi hak asasi manusia. Mereka dinafikan. Malahan kita tengok bantuan-bantuan yang hendak dihantar ke tempat mereka dinafikan.

Bukan sahaja kerajaan mereka tidak hendak bantu malahan kalau ada NGO dari negeri-negeri lain yang hendak pergi bantu, mereka tidak benarkan. Ini adalah pengalaman-pengalaman daripada NGO Malaysia yang pergi ke sana yang tidak dibenarkan untuk menghulurkan bantuan.
(Pencelahan oleh YB PKR Kuala Kedah)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Memang pada abad ketujuh dahulu memang Arakan ini telah menjadi salah satu daripada kesultanan Islam selama 350 tahun sebenarnya yang ketika itu Sultan Mahmud, seorang sultan daripada Rohingya. Memang masuk apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi.

Keempatnya, kita lihat bagaimana keadaan buta huruf yang begitu tinggi di kalangan masyarakat Rohingya di sana. Yang amat kita sedih kalau dalam suasana dunia yang pada hari ini, kadar buta huruf yang cukup tinggi. Maka dengan sebab itu kita mengharapkan supaya Malaysia sama ada melalui OIC ataupun melalui ASEAN dan boleh untuk bertindak dengan secara agresif untuk memastikan keadaan Rohingya ini. Ini kerana apa yang berlaku di Rohingya sekarang ini telah pun mendatangkan masalah sosial juga kepada kita seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi, kita bertembung antara dua kepentingan. Satu, kemanusiaan. Keduanya, ialah soal kedaulatan yang ada di dalam negara kita."

Ini pula sebahagian ucapan perbahasan YB Pasir Puteh:

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Perkara yang kedua ialah tentang kita tahu masalah antarabangsa ini ialah suatu yang amat menggusarkan kita kerana kita melihat betapa ramainya manusia di dunia ini dalam keadaan yang susah dan lebih teruk daripada kita. Ini juga sepatut menjadi iktibar kepada kita bahawa kita patut bersyukur kepada Allah SWT kerana kita boleh hidup dalam keadaan aman, tenteram, dalam sistem demokrasi yang berperlembagaan dan kita boleh bersuara di sini dengan bebas, agak bebaslah jika kita lihat. Kebebasan ini agak banyak jika dibandingkan dengan banyak negara lain yang kita lihat di sana itu penindasan yang dilakukan kepada sesama manusia ini begitu teruk sekali.

Kalau kita lihat kepada jiran tetangga kita yang di ASEAN, maka kita lihat akan penindasan yang berlaku misalnya di Myanmar. Maka ini suatu yang menyayat hati kita kerana kita lihat di sana itu segolongan rakyat mereka sendiri tidak diiktiraf kerakyatannya, kemudian ditindas dan berbagai-bagai lagi yang kita dengar khabar berita yang menyedihkan. Sehingga ada ramai bilangan mereka itu terpaksa melarikan diri sampai ke negara kita dan mencari perlindungan di sini. Banyak kita lihat bilangan mereka di Malaysia ini begitu banyak sekali. Masalah ini berpanjangan.

Jadi peranan yang kita mainkan setakat ini saya ingin ucapkan tahniah. Sekadar yang kita mampu tetapi saya rasa kita boleh mainkan peranan yang lebih lagi untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat Rohingya di Burma ini atau di Myanmar ini. Ini kerana kita tahu bahawa mereka ini adalah golongan yang tertindas, golongan minoriti dan juga mereka ini kalau kita lihat mereka ini beragama Islam. Kita lihat bagaimana disebabkan perbezaan agama sahaja boleh menyebabkan mereka ini ditindas. Walaupun kita tahu juga ada penindasan kepada sesama bangsa mereka sendiri. Kaum Cham misalnya mereka terpaksa lari juga ke Malaysia ini dengan bilangan begitu ramai ke Malaysia walaupun mereka ini seagama dengan pemerintah. Akan tetapi kerana berbeza kabilah atau berbeza kaum menyebabkan mereka ini juga ditindas.

Jadi, penindasan ini banyak sebab menyebabkan penindasan kepada sesama manusia ini. Kita tahu kita sebagai seorang mukmin kita kena ambil tahu tentang masalah sesama Islam khususnya dan kepada umat manusia umumnya. Ini kerana kita tidak boleh mengatakan bahawa kita terselamat apabila kita tidak memikirkan masalah bangsa-bangsa yang lain. Bahkan bangsa yang membezakan di antara bangsa yang bertamadun dengan bangsa yang kurang tamadun ialah keprihatinan mereka kepada masalah manusia sejagat.

Jadi manusia bertamadun, kita harap kita ini tergolong daripada manusia yang bertamadun maka kita mesti peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita khususnya kepada manusia seagama dengan kita dan juga manusia yang tertindas di tempat lain. Maka kita mesti mempunyai sifat kemanusiaan dan mesti menenangkan keadaan supaya mereka ini tidak ditindas dan menegur sesiapa yang menindas ini.

Jadi siapa - kalau kita melihat suatu kemungkaran itu maka kita mesti usaha sedaya upaya kita untuk mencegah kemungkaran itu. [Berucap dalam bahasa Arab]

Apabila kita melihat kemungkaran, kita mesti mencegah. Kita sebagai suatu negara yang berdaulat dan kita pula bersahabat dengan negara-negara yang kita maksudkan ini, maka kita mesti menegur mereka, mesti menasihati mereka dalam forum-forum yang ada dan juga hubungan peribadi dan juga hubungan kepimpinan kita dengan mereka itu mesti berhubung. Sama ada dengan telefon atau melawat ke sana untuk bertanya masalah mereka yang tertindas ini dan meminta pertolongan supaya jangan dianiayai sesama manusia walaupun mereka ini bukanlah rakyat Malaysia. Ini adalah keprihatinan yang kena ada kepada kita jika kita tergolong kepada satu bangsa atau satu negara yang bertamadun. Ini tanggungjawab kita."

Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
06 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 6/12/2016

Sumber HD - 6-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Catatan Khas: RUU 355, Mengapa Ditangguh Lagi Perbahasannya.?
Posted on Saturday, November 26 @ 21:58:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32602



1. Maaf, baru hari ini saya berkesempatan menulis catatan tertangguh ini kerana awal pagi Jumaat perlu menghantar Ummi dan Abah ke KLIA, kemudian terus bertolak pulang ke Rantau Panjang, Kelantan.

2. Sebagaimana yang dijanjikan, saya cuba merungkaikan beberapa kekeliruan berkenaan RUU 355 yang telah dibaca pindaan terhadap usul asal oleh Tuan Guru Presiden PAS (YB Marang) pada tengah hari Khamis, 24 November 2016.

3. Setulusnya, saya juga seperti ramai lagi yang di luar sana begitu berharap untuk melihat Tuan Guru Presiden PAS dapat berucap membentangkan RUU 355 kemudian ianya dapat dibahaskan secara matang dan akhirnya dibuat pengundian samada ia diterima ataupun ditolak secara demokrasi.

4. Namun, adatlah resam perjuangan bukannya mudah dan sesegera yang disangkakan. Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bukanlah sama prosesnya seperti Rang Undang-Undang Kerajaan yang biasanya hanya melalui Bacaan Kali Pertama, Bacaan Kali Kedua dan Bacaan Kali Ketiga.

Usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian YB Marang adalah yang pertama diberikan laluan oleh pihak Kerajaan untuk dibaca di dalam Dewan. Ianya amat jarang berlaku, maka tidak hairanlah agak ramai yang terkeliru dan kurang faham proses pelaksanaannya.

5. YB Tan Sri Speaker sendiri turut memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang Ahli Persendirian.

Sila rujuk Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, No 49;

(1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam Perkara 67 dalam Perlembagaan siapa-siapa ahli yang bukan ahli Kerajaan yang hendak membawa Rang Undang-undang boleh meminta izin Majlis hendak berbuat demikian, dan ia hendaklah juga menyertakan bersama satu naskhah Rang Undang-undang berserta dengan huraian mengenai tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya, tetapi tidak boleh mengandungi apa-apa hujah pada masa membawa Rang Undang-undang itu.

(2) Tiap-tiap permohonan demikian itu hendaklah dengan cara yang dikeluarkan usul, dan ahli yang mengeluarkan permohonan itu hendaklah juga menyampaikan kepada Setiausaha suatu salinan usulnya mengandungi nama Rang Undang-undang yang dicadangkan itu. Setiausaha hendaklah enggan menerima apa-apa permohonan yang tidak menepati kehendak Peraturan-peraturan Mesyuarat ini atau mana-mana undang-undang Persekutuan.

(3) Apabila diperkenankan permohonan itu setelah dikemukakan kepada mesyuarat dan disetujukan usul itu, maka Rang Undang-undang itu akan disifatkan telah dibacakan kali yang pertama dan diperintahkan dicap; dan satu salinan Rang Undang-undang itu hendaklah disampaikan kepada Setiausaha.

Proses yang telah dilalui oleh YB Marang ialah Peraturan 49 (1) dan 2. Ianya masih di peringkat usul yang belum dikira sebagai Bacaan Kali Pertama selagi mana ianya belum dibahaskan dan majoriti Ahli Dewan bersetuju seperti dalam Peraturan 49 (3).

6. Bayangkan, belum pun lagi usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian YB Marang ini dibahaskan, terdapat ramai pihak yang menentangnya termasuk Ahli Parlimen Bukan Islam. Yang lagi bermasalah apabila para pemimpin parti bukan Islam ini samada yang berada di dalam Kerajaan mahupun Pembangkang memberikan tekanan begitu kuat agar usul RUU 355 ini tidak dibentangkan langsung apatah lagi dibuat pengundian.

7. Hal ini menyebabkan polemik dan persepsi begitu buruk berlaku terhadap Usul RUU 355 yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam sahaja. Hal ehwal agama dan ummat Islam cuba dicampuri oleh pemimpin bukan Islam, seolah-olah kita memerlukan keizinan mereka dahulu untuk memperkasa undang-undang orang Islam.

Dalam Sidang Media selepas bacaan usul pindaan, Tuan Guru Presiden PAS memberikan amaran kepada pemimpin bukan Islam ini supaya "Jangan berlagak seperti Gabenor Ahok di Jakarta", ayat ini diulang 2 kali oleh Tuan Guru yang turut mengisytiharkan Himpunan Aman Raksasa bagi menyatakan sokongan terhadap RUU 355 ini akan diadakan sebelum Sidang Parlimen Mac 2017.

8. Mengapa pula usul RUU 355 dipinda daripada yang asal dibentang pada Mei 2016.?
Ini bagi memperincikan usul asal yang sering dijaja oleh pihak penentang bahawa ianya "blank cheque", ayat terlalu umum sehingga dikatakan memberi kuasa yang begitu luas kepada Mahkamah Syariah.

Dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 1984, had maksimum kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah ialah 3-5-6 (Penjara 3 tahun, Denda RM 5,000 dan Sebatan 6 kali).

Dengan pindaan usul yang baru dibentang, had maksimum ini dicadangkan agar ditingkatkan kepada Penjara 30 tahun, Denda RM 100,000 dan Sebatan 100 kali mengikut tatacara jenayah Syariah.

Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa hukuman penjara 30 tahun itu adalah bermakna Penjara Seumur Hidup selaras dengan Akta Keadilan Jenayah 1953 (Pindaan) 2007.

Ianya berbeza dengan hukuman Penjara Sepanjang Hayat yang bermaksud si pesalah dipenjarakan sehinggalah dia mati.

9. Agak hairan juga memikirkan mengapa pemimpin parti bukan Islam begitu risau akan pelaksanaan undang-undang Syariah ini yang tidak melibatkan mereka pun.? Adakah mereka takut seandainya syariat dilaksanakan, ramai pula orang bukan Islam tertarik dengan keindahan Islam. Sebatan 100 kali syariah itu bersifat mendidik, bukannya menyeksakan seperti sebatan sivil.

10. Semestinya Tuan Guru Presiden PAS ada sebab yang kukuh dan hikmahnya apabila memilih untuk berucap pada sesi sidang akan datang setelah melihatkan polemik tekanan dan tentangan keras pihak tertentu. Ianya juga selaras dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat No 15;

"(5) Usul seseorang yang bukan ahli Kerajaan yang telah dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus, apabila pencadangnya memberitahu hendak disambung dalam mesyuarat akan datang, hendaklah didahulukan daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang bukan ahli Kerajaan."

Begitu juga dengan tindakan beliau meminda usul agar bersifat lebih terperinci hukumannya setelah mempertimbangkan cadangan, teguran dan pandangan pelbagai pihak. Ini juga selaras dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat No 28;

"Jika seseorang ahli hendak mengubah isi-isi sesuatu usul yang terdiri dengan namanya, maka bolehlah diubahnya dengan menghantarkan kepada Setiausaha, satu pemberitahu meminda usulnya itu tetapi disyaratkan iaitu pindaan itu, pada timbangan Tuan Yang di-Pertua, tidak mengubah asas atau tujuan yang terkandung dalam usul itu pada perkara besar-besar. Pemberitahu meminda usul itu adalah mula-mula berjalan daripada masa pemberitahu usul mula-mula."

11. Ada juga pihak yang terkeliru mengapa dalam pindaan usul terbaru ini menggunakan perkataan "melebihi", kata mereka sepatutnya perkataan "tidak melebihi".?

Jawapan penjelasannya mudah sahaja, apabila kita hendak meminda sesuatu undang-undang, usahlah dibaca hanya ayat pindaan. Rujuklah undang-undang asal, barulah tepat makna ayat untuk difahami. Dalam Akta 355 yang asal ia berbunyi;

"Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali."'

Anda tidak akan terkeliru sekiranya teks pindaan ini dibaca dengan ayat sebelum itu ""Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum."

12. Perjalanan ini masih jauh. Seandainya RUU 355 ini berjaya di peringkat Bacaan Kali Pertama nanti setelah ia dibahaskan dan mendapat sokongan simple majority, ia perlu melalui proses seterusnya seperti dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat no 49;

(4) Dengan tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 51, Rang Undang-undang itu hendaklah dicap dan dihantar kepada ahli-ahli dan dengan tidak dibahaskan, terserahlah Rang Undang-undang ini kepada Menteri yang berkenaan dengan perkara-perkara atau tugas-tugas yang terkandung dalam Rang Undang-undang itu atau, jika tiada Menteri yang berkenaan, maka terserahlah Rang Undang-undang itu kepada Menteri atau ahli yang dilantik oleh Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh dijalankan apa-apa langkah atas Rang Undang-undang ini sehingga Majlis menerima penyata daripada Menteri atau ahli itu.

(5) Setelah diterima penyata yang disebutkan dalam perenggan yang lalu itu, maka Rang Undang-undang itu akan ditetapkan bagi dibacakan kali yang kedua pada hari yang dikehendaki oleh ahli yang menjaga Rang Undang-undang itu.

13. Semoga catatan ini serba sedikit dapat membantu memperjelaskan apa yang samar, menerangkan apa yang kelam. Selebihnya, kita nantikan penjelasan yang lebih lanjut oleh Tuan Guru Presiden PAS sendiri dan Dato' Setiausaha Agung PAS yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS,
Sabtu, 26 November 2016,
Rantau Panjang, Kelantan.

Sumber TKO - 26-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUU355 Dengan Pindaan Dibentang, Sekali Lagi Penjelasan Sesi Depan
Posted on Thursday, November 24 @ 13:23:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32556



Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS - Marang) hari ini membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.
Walau bagaimanapun presiden PAS itu memohon penjelasan pada sesi yang akan datang.
Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.


Hukuman semasa Mahkamah Syariah ketika itu adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Sumber TKO - 24-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















RUU 355: Usul penuh Presiden PAS

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43331-ruu-355-usul-penuh-presiden-pas

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang telah memberitahu meminda usul berkaitan dengan Rang Undang Undang Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat tengah hari tadi.

Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan usul Rang Undang Undang Persendirian itu bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Walau Bagaimanapun penjelasan lanjut mengenai usul berkenaan akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.
Pindaan itu membabitkan seksyen 2 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali' dengan perkataan ' penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana di tadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah'.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, walaupun RUU ini dikhaskan buat umat Islam namun masih ramai mempertikaikan RUU ini di luar sana.

"Oleh itu saya pohon untuk buat huraian pada sesi parlimen akan datang," katanya ketika membacakan usulnya itu.

RANG UNDANG-UNDANG

Bernama suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965

Diperbuat oleh Parlimen Malaysia seperti berikut:

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016

Pindaan Seksyen 2

2. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 {Akta 355} dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan 'imprisonment for a term exceeding three years or with any fine exceeding five thousand ringgit or with whipping exceeding six strokes" dengan perkataan "imprisonment for a term exceeding thirty years or with any fine exceeding one hundred thousand ringgit nor with whipping exceeding one hundred strokes as administered in accordance with the Syariah criminal procedure".

HURAIAN

Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang termasuk dalam butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimana pun, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 1 Senarai Negeri. Undang-undang persekutuan yang memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah ialah Akat Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dengan objektif untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah. Dengan pindaan ini, Mahkamah Syariah akan diberikan bidang kuasa yang perlu untuk memastikan pematuhan terhadap perintah agama Islam. Peningkatan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah juga selaras dengan langkah untuk menambah baik pentadbiran Mahkamah Syariah.

Rang Undang-Undang ini tidak diniatkan untuk membenarkan pewujudan kesalahan dan hukuman bagi kesalahan itu oleh Badan Perundangan Negeri berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan. Sebagai contoh, Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menjadikan mencuri sebagai suatu kesalahan di bawah Enakmen Negeri. Ini adalah disebabkan hakikat bahawa kesalahan mencuri dan hukumannya telahpun diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574] yang merupakan undang-undang persekutuan. Bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah untuk membicarakan kesalahan jenayah mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas Akta yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda proviso  kepada seksyen 2 Akta 355 untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah untuk membicarakan kesalahan terhadap perintah agama Islam yang dilakukan oleh orang yang menganut agama itu. Dengan pindaan ini, Mahkamah Syariah akan mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga puluh tahun atau dengan apa-apa denda yang tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dengan sebat yang tidak melebihi satu ratus sebatan sebagaimana yang dilaksanakan mengikut tatacara jenayah Syariah atau dengan apa-apa gabungan hukuman-hukuman itu.

Berkenaan dengan tempoh pemenjaraan dan denda, pada masa ini Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk membicarakan semua kesalahan yang dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau dengan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit. Pindaan ini akan membolehkan Badan Perundangan Negeri menetapkan tempoh pemenjaraan dan denda yang lebih tinggi bagi kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen Negeri masing-masing bergantung kepada keseriusan kesalahan-kesalahan itu dan akan memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa dan kekompetenan untuk membicarakan kesalahan-kesalahan itu.

Berkenaan dengan sebat, pada masa ini Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk membicarakan semua kesalahan yang boleh dihukum dengan sebat yang tidak melebihi enam sebatan. Peningkatan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah kepada satu ratus sebatan adalah untuk membolehkan Badan Perundangan Negeri menetapkan bilangan sebatan yang lebih tinggi bagi kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen Negeri masing-masing bergantung kepada keseriusan kesalahan-kesalahan itu. Sewajarnya ditekankan bahawa sebat hendaklah dilaksanakan mengikut tatacara jenayah syariah yang diperuntukan du bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 {Akta 560} dan Enakmen Negeri yang lain. Di bawah tatacara jenayah Syariah yang berkenaan, sebatan adalah lebih ringan dan tidak sekeras yang diperuntukan di bawah undang-undang sivil. Contohnya seksyen 125 Akta 560 menghendaki orang yang melaksanakan hukuman sebat untuk menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah. Pesalah juga dikehendaki memakai pakaian mengikut Hukum Syarak.

Sewajarnya ditekankan juga bahawa walaupun bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ditingkatkan kuasa perundangan untuk mewujudkan kesalahan terhadap perintah agama Islam dan hukuman bagi kesalahan itu di bawah Enakmen-Enakmen Negeri yang berkenaan masih kekal dengan Badan Perundangan Negeri.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. – HARAKAHDAILY 24/11/2016

Berita penuh dalam Harakah cetak edisi Isnin ini.

Sumber HD - 24-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Ubah cara kepada hidup beriman

Ustaz Muhammad Najhan Halim | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43328-ubah-cara-kepada-hidup-beriman

KAJIAN KESIHATAN DAN MORBIDITI KEBANGSAAN (MASALAH MENTAL): UBAH CARA HIDUP MATERIALISME KEPADA HIDUP BERIMAN (Bahagian 1)

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah ar Ra'd ayat 28-29: "..(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya..."

Pendedahan Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam baru-baru ini yang menyebut tentang dapatan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bahawa seramai 30 peratus atau 4.2 juta rakyat negara ini mengalami masalah kesihatan mental amat mengejutkan.

Ini secara nisbahnya bahawa satu daripada tiga orang dalam negara ini mengalami masalah mental dan tambahanlagi sekiranya kajian dilihat mengikut ukuran umur, usia 16 sehingga 19 tahun antara yang paling ramai mengalami masalah ini. Pendedahan ini juga mendapati beberapa faktor sebagai punca utama antaranya krisis kewangan, tiada pekerjaan, tertekan kerana pekerjaan, isu dan masalah keluarga.

KEHIDUPAN MATERIALISTIK

Di antara penyakit kronik yang dihadapi oleh negara-negara maju dan membangun adalah penyakit yang disebut sebagai sindrom atau penyakit kebendaan. Iaitu satu trend atau sikap masyarakat dalam suasana mengejar kesenangan dalam kehidupan. Namun penyakit materialistik atau kebendaan ini apabila sudah menjadi sebati dan dianuti sebagai cara hidup,  ia berubah menjadi sesuatu penyakit jiwa yang merbahaya dan kronik.

Penyakit kebendaan atau materialistik ini adalah membawa maksud satu budaya dan cara hidup yang menjadi matlamat kebendaan seperti wang, kemewahan, kedudukan dan keglamoran, dan segala yang berbentuk cita-cita untuk memenuhi citarasa nafsu sebagai tujuan kehidupan.

Kemuncak kepada kehidupan materialistik ini apabila seseorang itu menjadikan kebendaan ini sebagai pegangannya dan tanda sebenar ukuran kejayaan dengan menolak sebarang bentuk pencapaian dalam bentuk holistik dan keagamaan.

Masyarakat yang berfikiran materialistik ini terlalu mementingkan dan mengutamakan perkara yang hanya dirasai oleh pancaindera samada melalui penglihatan, pendengaran, dan deria rasa yang lain dan tidak menerima aspek kerohanian serta janji Tuhan.

Mereka melihat bahawa unsur agama yang menjanjikan dapatan menerusi aspek kerohanian tidak diperlukan dalam kehidupan dunia dan dianggap seolah-olah tidak langsung mempunyai kaitan dalam memberikan input dan impak dalam kehidupan.

Oleh kerana itu, golongan berfikiran materialistik atau materialisme ini meyakini bahawa kejayaan sebenar dan pencapaian sepatutnya hanyalah apabila seseorang itu memiliki segala bentuk kemewahan dan keperluan duniawi sahaja. Adapun pencapaian agama atau aspek kerohanian itu bukan tanda kejayaan dan keuntungan.

Penyakit ini menjadi faktor terbesar kepada keruntuhan nilai jatidiri manusia yang sedang melanda masyarakat sesebuah negara dimana rakyatnya sedang melalui kejutan budaya arus pembangunan material dan ekonomi. Masyarakat materialistik ini menghabiskan segenap sisa kehidupan mereka semata-mata untuk mencapai hasrat kemewahan dan kedudukan malah  lebih teruk lagi apabila nilai-nilai agama dipandang sepi.

Mereka tidak lagi mempedulikan tentang dosa pahala, syurga neraka, kehidupan di alam barzakh dan akhirat serta hukum dan peraturan agama. Asalkan matlamat untuk mencapai kejayaan material dan kebendaan mereka tercapai, iaitu menjadi kaya, mengumpul harta sebanyaknya, terkenal dan glamor,  pekerjaan yang selesa dan apa sahaja untuk merasa mewah. Penyakit ini tidak hanya dilanda terhadap golongan yang kaya malah turut kepada golongan sederhana dan miskin.

Hasilnya golongan yang mengalami rasukan penyakit materialistik ini mengkesampingkan aspek iman dan agama dalam kehidupan mereka. Agama adalah dianggap oleh mereka sebagai batu penghalang untuk mencapai cita-cita mereka untuk menikmati kemewahan dan kesenangan. Halal dan haram, syurga neraka,  hukum agama semuanya ditolak dan tidak lagi menjadi panduan hidup. Mereka ingin bebas daripada kongkongan agama dan batas syarak. Mereka hidup tidak berpedoman dan hilang arah dalam mengejar apa yang dihajati.

HIDUP BERIMAN SOLUSI AMPUH

Islam mengemukakan konsep dan pandangan yang berbeza berkait soal kehidupan dunia supaya manusia tidak hilang arah sebenar.

Kehidupan dunia menurut pandangan Islam adalah lokasi transit manusia untuk menuju ke alam akhirat. Ia bukanlah destinasi utamanya dan bukan akhirnya.

Kehidupan dunia dijadikan oleh Allah s. w. t. sebagai tempat berbekalkan amal soleh sebanyak-banyaknya oleh hambaNya untuk dihitung di akhirat dan dibalas dengan ganjaran setimpal seadilnya. Kehidupan dunia diisi dengan serba perhiasan oleh Allah buat hambaNya untuk diambil manfaat sewajarnya menurut perintah Allah.

Tugas manusia di muka bumi dan mengeksploitasikan isinya menuruti apa yang dipandu dan diajar oleh wahyu al Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. bagi mencapai maksud  Khalifah iaitu bagi menjana konsep dan perlaksanaan Menegakkan tanggungjawab Agama Kehidupan Dunia dan Menguruskan Dunia dengan Agama.

Merujuk kepada pendedahan dapatan kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa punca masalah mental adalah disebabkan faktor kekangan kewangan, masalah rumahtangga dan masalah dalam pekerjaan yang dilihat mempunyai kaitan signifikan dengan hidup.

Cara hidup yang bercorakkan materialistik dan mengutamakan aspek kebendaan wajib diteliti secara holistik supaya dapat mengatasi masalah yang timbul.

Wallahua'alam

Al Faqir Ila Robbihi
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan
Lajnah Penerangan DUPP
24 November 16 / 24 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 24/11/2016

Sumber HD - 24-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Jangan berlagak jadi Ahok di Jakarta – Presiden PAS

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43335-jangan-berlagak-jadi-ahok-di-jakarta-presiden-pas

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli politik bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan yang membabitkan soal syariat agama Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, usul RUU 355 yang berkait dengan penganut agama Islam tidak sepatutnya diganggu oleh kalangan bukan Islam.

Namun katanya, terdapat ahli-ahli politik bukan Islam yang dipercayai tidak mewakili masyarakat bukan Islam seluruhnya mempersoalkan RUU ini lebih mendapatkan keuntungan politik daripada kepentingan awam.

"Kita melihat RUU 355 untuk menaik taraf Mahkamah Syariah yang diletakkan di taraf hina pada zaman penjajah. Dan ia perlu diperkasakan dengan mengangkat sebanyak dua kali pada tahun 1965 dan 1984 tanpa ada tentangan dari kalangan bukan Islam," katanya.

Malangnya kata beliau, hari ini ahli-ahli politik bukan Islam cuba menunjukkan campur tangan di dalam soal syariat agama Islam.

"Saya beri peringatan kepada mereka jangan berlagak jadi Ahok di Jakarta," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu PAS akan menganjurkan Himpunan Aman Raksasa berkaitan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Himpunan katanya, sebagai mewakili umat Islam daripada berbagai-bagai parti politik, Ngo atau di kalangan bukan Islam bagi membuktikan sokongan mereka kepada RUU ini.

"Kita tunggu dan lihat, saya minta umat Islam menjaga hubungan baik dengan mereka bukan Islam, yang penting untuk menunjukkan sokongan awam. Kita akan mengadakan rundingan dengan semua pihak bagi memastikan himpunan ini diadakan sebaiknya," ujarnya.

Walau bagaimanapun beliau tidak memberitahu apabila himpunan itu akan diadakan cuma memberi gambaran ia akan diadakan dalam tempoh sehingga bulan Mac tahun hadapan.

"Kita akan bagi penerangan di seluruh negara terlebih dahulu dan akan mengadakan dialog di kalangan bukan Islam," katanya.

Beliau bekata demikian dalam sidang media di lobi parlimen sebaik sahaja membacakan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355. – HARAKAHDAILY 24/11/2016

Sumber HD -24-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU 355: Sesi Taklimat Bermula Hangat, Namun Diterima Akhirnya - TPM
Posted on Thursday, November 24 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32551



BANGI: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu mendedahkan sesi taklimat khas Rang Undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) untuk Anggota Parlimen beragama Islam di Parlimen semalam, berlangsung dalam suasana 'hangat' pada mulanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata namun, keadaan itu tidak berlanjutan apabila kesemua Anggota Parlimen berkenaan menerima penjelasan kerajaan bahawa RUU 355 adalah berkaitan usaha memartabatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukannya mengenai pelaksanan Hudud, seperti yang dibimbangi sebahagian mereka.

"Walaupun negara kita cuba dipetak-petakkan dengan pelbagai fahaman, kita beruntung kerana atas nama Islam semua Anggota Parlimen beragama Islam boleh mengetepikan fahaman, pegangan dan ideologi politik untuk duduk bersama dan berbincang.

"Pada peringkat awal, sesi berlangsung agak hangat kerana mereka kurang faham tetapi apabila penjelasan dibuat, mereka pula sebaliknya mengatakan mengapa penjelasan tidak dibuat dari dahulu, dan kita pula berkata kenapa mereka tidak tanya dari dulu," katanya sambil disambut tepukan hadirin.


Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan Simposium Tahfiz Al-Quran Peringkat Antarabangsa sempena sambutan jumbli emas Darul Quran Ke-50 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, Rabu.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Seri Othman Mustapha.

Ahmad Zahid berkata taklimat khas itu diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dihadiri Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), PAS, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Mengulas lanjut, katanya, beliau tidak bermaksud menggunakan 'pentas' majlis itu untuk bercakap hal yang dianggap sebagai perkara politik tetapi ingin menjelaskan bahawa taklimat khas itu dibuat atas kapasiti untuk memartabatkan perundangan Islam.

Beliau berkata orang bukan Islam sepatutnya tidak merasa tergugat atau diketepikan berikutan perkara itu kerana pindaan akta berkenaan, jika dilaksanakan kelak, hanya tertakluk kepada mereka yang beragama Islam sahaja.

"Kenapa orang bukan Islam perlu merasa takut, hendak risau kenapa...sebab ini untuk orang Islam, tidak menyentuh orang bukan Islam pun.

"Kenapa orang Islam mesti disalahkan kalau kita cuba mempertingkatkan martabat dan sistem perundangan Islam. Apakah satu kesalahan jika langkah itu dapat memastikan hakim-hakim syariah dinaik taraf daripada gred 54 ke Jusa C, B, A dan sebagainya," kata beliau.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan supaya mereka yang menentang RUU 355 supaya menghormati hal berkaitan perundangan Islam dan memahami bahawa ia adalah undang-undang Islam dan hanya untuk umat Islam.

"Kalau mereka tidak faham kita akan jelaskan, rundingi tetapi jangan tentang sebelum faham dan memberikan persepsi berlainan berkenaan rang undang-undang itu," katanya.

Pada Selasa, Ahmad Zahid yang juga Ketua Whip BN dilaporkan berkata bahawa rang undang-undang itu, yang dibawa oleh Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang hingga mencetuskan pelbagai andaian dan perdebatan banyak pihak, akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat yang akan berakhir esok. 


Sumber TKO - 24-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya tarik balik kenyataan biadab saya - MP DAP
Posted on Thursday, November 24 @ 06:41:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32547



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menarik semula kenyataannya terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Amin Mulia, sebelum ini.
Menurutnya, tujuan utama beliau berbuat demikian kerana memikirkan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat.

"Saya tarik semula kenyataan biadab saya terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Amin Mulia, dan ucapkan terima kasih.

"Tujuan utama saya membuat keputusan ini kerana ingin terus berada di dalam dewan dan tidak mahu diharamkan memasuki dewan ini.  Selain itu, saya juga ingin terus menyuarakan hak-hak rakyat tidak hanya di Segambut tetapi seluruh negara,"katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, beliau telah diarah meninggalkan dewan oleh Speaker Dewan Rakyat setelah mengeluarkan kenyataan menghinanya.

Walaupun menarik semula kenyataan yang dikatakan biadab namun dalam masa yang sama menegaskan bahawa beliau tidak membuat permohonan maaf. 

Sumber TKO - 24-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























UPSR: Tidak semudah itu kementerian beri respons

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43322-upsr-tidak-semudah-itu-kementerian-beri-respons

Saya merujuk kepada Butiran 080000 – Dewan Bahasa dan Pustaka.

Beberapa tahun yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah pun menyasarkan penggunaan Bahasa Melayu dalam sesi pengajaran kursus undang-undang di institusi pengajian tinggi di seluruh negara dengan sasaran untuk mencapai 70 peratus. Sasaran ini, saya difahamkan adalah sebahagian daripada matlamat untuk memperkasakan sistem perundangan negara melalui bahasa kebangsaan.

Jadi saya mohon daripada pihak kementerian untuk menjelaskan sejauh mana pencapaian sasaran ini sehingga saat ini yang mana saya kira sepatutnya sasaran telah pun berada pada paras 40 ke 50 peratus. Kemudian, keduanya ialah pelan tindakan yang dirangka dan dilaksanakan ke arah mencapai sasaran itu khususnya yang telah dibuat di peringkat sistem pengajaran dan pembelajaran.

Tuan Pengerusi, pada tahun 2013, Dewan Bahasa dan Pustaka juga turut terlibat sama dalam penerbitan Buku Garis Panduan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Media Massa oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Itu nama yang dipakai pada waktu itu yang mana bertujuan untuk memastikan semua media penyiaran dan juga media cetak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu seragam dalam siaran radio, televisyen, akhbar dan juga majalah.

Akan tetapi kalau kita lihat pada hasilnya yang berlaku pada hari ini, pelaksanaannya masih berada pada tahap yang sangat tidak memuaskan di mana kecelaruan penggunaan bahasa Melayu ataupun bahasa Malaysia masih lagi berleluasa sama ada dalam media kerajaan ataupun media swasta. Sama ada kesalahan itu pada penggunaan bahasa ataupun pada tulisan dan juga sebutannya. Ini masih lagi terlalu ketara. Jadi sebagai pihak yang bertanggungjawab membina, mengembangkan dan juga memasyarakatkan serta membudayakan bangsa Melayu, saya ingin penjelasan sejauh manakah sebenarnya bidang kuasa dan juga peranan Dewan Bahasa dan Pustaka ke atas pihak-pihak yang berkenaan ini.

Seperkara lagi ialah pada awal tahun ini, negara kita telah pun dikejutkan dengan satu isu novel Pantai Kasih yang telah dijadikan sebagai komponen  sastera Tingkatan 4, yang mana dilaporkan bahawa novel ini mempunyai unsur lucah yang telah menonjolkan hubungan negatif antara seorang doktor dengan jururawat dalam novel tersebut sehingga ia mencetuskan kemarahan para ibu bapa dan juga orang ramai termasuk pelbagai pihak yang mengamati dan juga mengikuti perkembangan sastera dalam negara kita.

Jadi walaupun pihak penerbit buku juga bertanggungjawab terhadap kualiti penulisan yang akan diterbitkan supaya dia dapat membina pemikiran pembaca daripada hanya memikirkan soal keuntungan penerbitan buku semata-mata tetapi saya lihat juga ialah panel pemilih yang juga turut bertanggungjawab bagi komponen sastera ini sepatutnya peka dengan masalah ini sebelum ia menjadi sebahagian daripada kandungan dalam kurikulum sekolah menengah di negara kita. Jika tidak, memang ini akan menjejaskan imej dan juga kredibiliti Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai sebuah organisasi yang telah pun diberikan peranan untuk memperkasakan sastera kebangsaan melalui pembinaan dan juga perluasan khalayak sastera serta penghasilan produk sastera yang berkualiti tinggi dalam negara kita.

Kedua saya merujuk kepada Butiran 060000 – Dasar, Penilaian dan Pengurusan Prestasi. Dalam perkara ini saya ingin mengulas mengenai dengan keputusan UPSR baru-baru ini yang telah pun menunjukkan satu pencapaian yang sangat berbeza dari tahun-tahun yang lalu yang mana jumlah mereka yang mendapat kesemua ‘A’ berkurangan sebanyak 87 peratus daripada 38,344 kepada hanya 4,896 orang sahaja pada tahun ini.

Kita semua memahami bahawa pelajar UPSR ini telah menggunakan satu sistem baru iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini yang telah pun mula diterapkan sejak daripada tahun 2011 untuk pelajar Darjah 1 tahun 2011. Manakala dalam Malaysia Education Blueprint dengan izin, 2013–2025 meletakkan sistem KBAT ini akan diterapkan 40 peratus dalam soalan-soalan UPSR. Ini juga bererti orientasi peperiksaan berubah daripada asas membaca, mengira dan menulis kepada suatu tahap yang lebih tinggi iaitu berfikir, menyelesaikan masalah dan menganalisis situasi.

Namun apa yang mengecewakan saya ialah apabila kementerian telah memberi satu ulasan yang sangat simplistic terhadap keputusan yang begitu rendah pada keputusan UPSR baru-baru ini yang mana alasan dan ulasan yang diberikan oleh pihak kementerian bahawa keputusan itu adalah memuaskan apatah lagi ini adalah merupakan batch yang pertama yang mengaplikasikan sistem KBAT ini.

Jadi saya fikir sepatutnya tidak semudah itu bagi kementerian untuk memberi respons terhadap penurunan yang begitu ketara sebagai suatu pencapaian yang memuaskan. Hujah saya Tuan Pengerusi, pelaksanaan KBAT ini, ia sebenarnya telah bermula sejak tahun 2011, bermula dengan Darjah 1. Maknanya dalam tempoh enam tahun, mereka telah menggunakan sistem KBAT ini dalam proses pembelajaran dan juga pengajaran mereka di sekolah. Maknanya sepatutnya dalam tempoh enam tahun itu, mereka selayaknya telah memahami dan telah sebati dengan sistem KBAT ini. Tetapi dengan keputusan UPSR baru-baru ini yang diumumkan baru-baru ini, ternyata rendah dan keupayaan di kalangan mereka untuk mendapat straight ‘A’ itu sangat rendah.

Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan apakah sebenarnya yang berlaku? Apakah memang murid itu yang gagal untuk mengadaptasi sistem yang telah dikemukakan oleh pihak kementerian atau keupayaan guru dalam mengajar pelajar-pelajar ini terbatas sehingga keputusan yang sedemikian telah keluar dan memang ia telah menjadi satu penanda aras yang cukup membimbangkan kita kerana kita melihat bahawa ini telah enam tahun dilaksanakan. Persoalan yang lebih luas lagi, apakah polisi kerajaan ini tidak dapat diadaptasi dengan baik oleh sistem pendidikan di sekolah-sekolah?

Ini persoalan yang sangat besar, kementerian perlu berikan perhatian dan ini bukan perkara yang boleh dipandang remeh dan dijawab begitu mudah sahaja bahawa ini adalah pencapaian yang memuaskan.

Ini kerana pada saya jika sekiranya kerajaan menyebut bahawa angka ini adalah merupakan suatu pencapaian yang memuaskan, maka ini adalah satu sikap bermudah-mudah tanpa meletakkan apakah sebenarnya hasil kajian daripada kejatuhan keputusan ini ataupun kementerian sebenarnya tidak bersedia, tidak ada kajian yang lengkap. Kajian terhadap polisi yang telah dibuat, yang telah dilaksanakan. Apakah pencapaian itu berdasarkan kepada pelan yang telah pun ditetapkan?

Sebab itu saya ingin tekankan di sini, pada pandangan saya ialah kementerian perlu ada satu badan bertindak untuk melakukan analisis terhadap sebarang polisi-polisi yang besar yang telah pun dikemukakan terutamanya seperti KBAT ini. Apakah ia telah menepati polisi yang telah ditetapkan dengan penilaian impak yang telah ditetapkan?

Saya perlukan jawapan daripada kementerian ini supaya kita dapat menilai secara objektif kelemahan yang terdapat dalam polisi baru ini sepanjang tempoh ia dilaksanakan iaitu tempoh enam tahun sejak tahun 2011 sampailah kepada 2016. Ini juga akan memberikan kesan kepada masa depan pelajar untuk mereka menyambung ke peringkat sekolah menengah.

Kalau hanya 4,000 yang mendapat 6A, ertinya selepas ini sekolah berasrama penuh akan kehilangan pelajar. Nampaknya mereka terpaksa menurunkan pula gred kemasukan ke peringkat asrama penuh, di peringkat sekolah menengah nanti. Jadi kalau mereka turunkan kepada 3A, 3B sebagai contoh atau 4A, 2B sebagai contoh, ertinya mereka balik asal. Balik asal seperti tidak ada KBAT. Mereka terpaksa turunkan gred itu untuk masa depan pelajar sekolah rendah ini. Jadi apakah ertinya KBAT itu kalau sekiranya ia gagal untuk menepati apa yang disasarkan oleh pihak kementerian?

Oleh sebab masa sangat terbatas, saya kira sekadar itu yang dapat saya kemukakan. Saya harap jawapan yang tuntas daripada pihak kementerian, terima kasih. - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Ucapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan ketika membahaskan Anggaran Pembangunan 2017 Kepala B.63 dan Kepala Pembangunan P.63 di bawah Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat pada 22 November 2016.

Sumber HD - 23-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 




























RUU 355: PAS sedia bentang bila-bila masa

RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43320-ruu-355-pas-sedia-bentang-bila-bila-masa

KOTA BHARU: PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja membentang pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU 355) bagi bacaan kali kedua sekiranya diberi laluan pada persidangan parlimen kali ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membentangkan usul berkenaan apabila dibenarkan Speaker Dewan Rakyat.

“Pihak kami telah membuat persiapan untuk membentangkan RUU 355 dan ucapan menyokong usul itu,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata RUU 355 tetap dibentang bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat minggu ini.

Usul persendirian itu dibentang kali pertama pada 26 Mei lepas oleh anggota parlimen Marang selepas diberi laluan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mohd Amar juga berkata apa yang penting usul tersebut dapat dibentang bagi bacaan kali kedua.

“Kita tak jangka apa-apa tentangan dari mana-mana pihak, yang penting kita boleh bentang sebab masalah kita jika tidak boleh dibentang.

“Kalau boleh bentang, terserahlah sebab di parlimen bebas, sama ada ahli hendak bahas, sokong atau pun bangkang.

“Jika ada pihak menentang RUU 355, PAS tak boleh melarangnya,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan RUU 355 merupakan isu agama dan melangkaui sempadan politik.

Menurutnya mana-mana ahli parlimen yang beragama Islam sewajarnya menyokong usul itu.

“Bagi ahli-ahli parlimen yang tidak beragama Islam jika mereka boleh mengambil sikap tidak menentang itu lebih baik.

“Ini kerana RUU 355 untuk orang Islam dan tidak bersangkut paut dengan masyarakat bukan Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD - 23-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU 355: Sekretariat Ummat bakal himpun di Parlimen esok
Posted on Wednesday, November 23 @ 19:21:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32539



BANGI, 23 Safar 1438H, Rabu – Sekretariat Ummat Menyokong Memperkasakan Akta 355 (Ummat) yang dianggotai lebih 500 badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengadakan perhimpunan di hadapan Parlimen esok sebagai usaha menggesa ahli Dewan Rakyat menyokong usul berkenaan.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, perhimpunan itu adalah secara aman yang hanya memfokuskan usaha dan kempen terakhir sekretariat itu untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen.

"Kita akan berhimpun esok di hadapan Parlimen bersama-sama dengan anggota sekretariat yang lain pada jam 8 pagi sehingga 9.30 pagi.

"Sehubungan itu, kami mengajak semua rakyat yang menyokong supaya Rang Undang-Undang (RUU) 355 ini dilaksanakan untuk bersama-sama hadir ke Parlimen bagi menyatakan hasrat terakhir kita," katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan dibentangkan pada minggu ini.

Usul berkenaan dibentangkan Hadi pada 26 Mei lalu melalui peruntukan rang undang-undang persendirian yang perlu dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan sebelum Speaker membuat ketetapan mengenainya.

RUU itu antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal kesalahan disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati. - IsmaWeb

Sumber TKO - 23-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hormati hasrat orang Islam laksana hudud, kata ahli Parlimen PSM
Posted on Wednesday, November 23 @ 18:50:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32537



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu menghormati usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika masyarakat Islam negara ini percaya ia sebahagian daripada tanggungjawab mereka, kata Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi Parlimen, Jeyakumar mengingatkan ia menjadi hak setiap masyarakat di Malaysia untuk membuat keputusan mengenai bagaimana mahu mengamalkan agama mereka.

“Berdasarkan prinsip ini, jika masyarakat Islam di Malaysia percaya dengan memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah di negara inih merupakan sebahagian tanggungjawab sebagai seorang Islam, maka kaum lain tidak harus menghalang mereka berbuat demikian.

“Bagaimanapun golongan bukan Islam di negara ini perlu diberi taklimat mengenai RUU itu bagi memastikan hak mereka tidak dilanggar.”

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan sesi taklimat khas mengenai RUU 355, di mana setiap Ahli Parlimen Islam dijemput menghadirinya.

Ini mendorong respons daripada wakil Amanah, Khalid Samad yang menegaskan sepatutnya bukan Islam turut dijemput ke sesi taklimat itu dalam usaha membersihkan kekeliruan terhadap RUU itu.

Jeyakumar juga berkongsi sentimen sama dengan Khalid, mengatakan bukan Islam perlu diberitahu mengenai implikasi RUU itu untuk memastikan adanya pemisahan kuasa antara mahkamah Syariah dan sivil.

Beliau turut menekankan keperluan lebih banyak perbincangan mengenai RUU 355, kerana terdapat beberapa ahli Parlimen yang prihatin terhadap kemungkinan implikasinya ke atas orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

Apabila ditanya pemberita sama ada beliau akan mengundi menyokong terhadap RUU itu, Jeyakumar berkata beliau perlu merujuk kepada rakan-rakan parti dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM).

“Saya berbelah bahagi kerana tidak boleh mengundi berdasarkan apa yang saya rasa sebagai India. Saya perlu mengambil kira yang saya mewakili 1/3 Melayu dan 1/3 Cina di kawasan saya.
“Jadi saya perlu mengundi berdasarkan apa yang orang saya mahu.”

Semalam, Zahid berkata pindaan RUU 355 akan dibaca untuk kali pertama sebelum akhir sesi Parlimen pada Khamis ini.

Zahid juga berkata Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam akan ditubuhkan untuk mengkajinya lebih lanjut.

RUU yang dibawa Hadi pada 26 Mei bertujuan meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah untuk mengenakan penalti lebih berat terhadap kesalahan di bawah undang-undang Syariah bagi kesalahan Islam yang disenaraikan di bawah bidang kuasa negeri dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sumber TKO - 23-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















RUU 355: Penjelasan dan harapan

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43306-ruu-355-penjelasan-dan-harapan

Sebagaimana diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri semalam, Rang Undang-undang 355
(RUU 355) dijangka akan dijadualkan untuk dibahas di Dewan Rakyat pada hari Rabu 23 November
atau Khamis 24 November 2016 setelah mana perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Bajet 2017 selesai semalam.

Ada beberapa Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh Kerajaan perlu didahulukan
untuk dibahas sebagaimana peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Antara RUU yang telah disenaraikan
dalam Aturan Urusan Mesyuarat ialah RUU Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan
(pindaan 2016), RUU Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (pindaan 2016) dan RUU Lambang dan
Nama.

RUU 355 yang diusulkan oleh YB Marang di Dewan Rakyat adalah bertujuan meminda kadar
hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di negeri-negeri agar menurut
undang-undang Syariah.

Usul ini akan membuka ruang untuk 3 kesalahan jenayah syariah dihukum berdasarkan
undang-undang Syariat iaitu bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin
sebanyak 100 sebatan syarie, Qazaf sebanyak 80 sebatan syarie dan minum minuman memabukkan
sebanyak 40 sehingga 80 sebatan syarie berdasarkan khilaf antara mazhab fiqh.

Ketiga-tiga kesalahan tersebut telah sedia dibicarakan di Mahkamah Syariah pada hari ini tetapi had
hukumannya terhad kepada Akta 355 yang menetapkan had maksima 3 tahun penjara, 5 ribu ringgit
denda dan 6 kali sebatan.

Menurut Akta 355; Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 (Disemak 1988), bidang
kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman kepada kesalahan syariah adalah terhad
kepada tiga tahun penjara atau denda lima ribu ringgit atau enam kali sebatan atau apa-apa gabungan
hukuman-hukuman tersebut.

Teks Akta tersebut adalah seperti berikut:

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

“Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang
dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan
berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri
dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa
berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang
menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa
kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima
ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.”

HURAIAN RUU 355 oleh YB Marang

RUU 355 yang dikemukakan oleh YB Marang mengandungi beberapa poin utama yang perlu
difahami iaitu:

PERTAMA

Ia melibatkan cadangan pindaan “bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah”  dalam menjatuhkan
hukuman terhadap kesalahan jenayah syariah melibatkan orang Islam sahaja.

KEDUA

Ia melibatkan jenayah syariah yang dilakukan oleh orang Islam sahaja yang dibicarakan di Mahkamah
Syariah.

Ia tidak melibatkan bukan Islam kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan hanyalah terhad kepada orang Islam.

KETIGA
  
Ia melibatkan kesalahan jenayah yang hari ini telah pun dibicarakan di Mahkamah Syariah menurut
Enakmen Kesalahan Jenayah negeri masing-masing.

Kesalahan jenayah yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah tertakluk kepada kuasa yang ada
pada Negeri-negeri dalam Persekutuan menurut Butiran 1 Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan.

Butiran itu menyatakan bahawa antara bidang kuasa Negeri ialah “pewujudan dan penghukuman
kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu,
kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan”.

Berdasarkan Butiran 1 ini, negeri-negeri telah memperkenalkan Enakmen Kesalahan Jenayah
masing-masing yang menyenaraikan kesalahan-kesalahan jenayah yang boleh dibicarakan
di Mahkamah Syariah.

Sebagai contoh, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 menyenaraikan kesalahan jenayah berikut:

pemujaan salah, mendakwa bukan orang Islam untuk mengelakkan tindakan, takfir, doktrin palsu,
dakwaan palsu, mempersendakan, dll., ayat Al-Quran dan Hadith, menghina atau menyebabkan
dipandang hina, dll., agama Islam, memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat, menghina
pihak berkuasa agama, pendapat yang bertentangan dengan fatwa, mengajar tanpa tauliah,
mengingkari perintah Mahkamah, penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syara',
berjudi, Minuman Yang Memabukkan, tidak menghormati Ramadhan, tidak menunaikan sembahyang
Jumaat, tidak membayar zakat atau fitrah,  perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari,
Persetubuhan luar nikah, perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah,
hubungan jenis antara orang yang sama jantina, persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii,
khalwat, lelaki berlagak seperti perempuan, perbuatan tidak sopan di tempat awam, memujuk lari
perempuan bersuami, menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri,
menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan, menjual atau memberikan
anak kepada orang bukan Islam, Qazaf, Pungutan zakat atau fitrah tanpa diberikuasa dan penyalahgunaan tanda halal.

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e
748256faa00188094/bca11b8ae3c9251148257057000ca118?OpenDocument
Senarai kesalahan yang sama boleh dilihat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah negeri-negeri lain.

KEEMPAT

Semua senarai kesalahan jenayah di atas disenaraikan dalam Islam sebagai jenayah Ta’zir yang diberikan hak kepada pemerintah untuk berijtihad menentukan hukuman yang boleh dijatuhkan kecuali tiga kesalahan iaitu minum minuman memabukkan, persetubuhan luar nikah dan Qazaf.

Ketiga-tiga kesalahan jenayah ini telah ditetapkan oleh Islam hukumannya ialah masing-masing 100 sebatan syarie bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin, 80 sebatan syarie bagi kesalahan Qazaf dan 40 sebatan syarie (hingga 80 sebatan menurut sebahagian mazhab) bagi kesalahan minum minuman memabukkan.

KELIMA

Akta 355 yang sedia ada sekarang menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di atas terhad kepada 3 tahun penjara atau lima ribu ringgit denda atau enam kali sebatan.

Ia merangkumi juga 3 kesalahan jenayah yang telah ditetapkan oleh Syarak kadar hukumannya iaitu minum minuman memabukkan, persetubuhan luar nikah dan Qazaf.

KEENAM

Cadangan pindaan Akta 355 yang dicadangkan menerusi RUU 355 akan membolehkan 3 kesalahan jenayah iaitu minum minuman memabukkan, persetubuhan luar nikah dan Qazaf dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah menurut Syariat Islam iaitu:

A. 100 sebatan syarie bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin

B.     80 sebatan syarie bagi kesalahan Qazaf.

C.    40 sebatan syarie (hingga 80 sebatan menurut sebahagian mazhab) bagi kesalahan minum minuman memabukkan.

KETUJUH

Cadangan pindaan Akta 355 yang dicadangkan menerusi RUU 355 oleh YB Marang tidak melibatkan kesalahan jenayah mencuri dan merompak kerana kedua-duanya berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan menerusi Mahkamah Sivil.

KELAPAN

Setelah dibawa Usul RUU 355 ke Dewan Rakyat atas nama Usul Ahli Persendirian oleh YB Marang untuk Bacaan Pertama, menurut peraturan Dewan Rakyat pihak Kerajaan pula akan mengambil tanggungjawab membawa Usul tersebut sebagai Usul Kerajaan untuk proses seterusnya di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

PENUTUP

Saya menyeru seluruh umat Islam dan Ahli-Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam bersama-sama menjayakan RUU 355 ini sebagai satu usaha memperkasakan  hukuman di Mahkamah Syariah yang menjadi hak rakyat muslim di negara ini.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Rabu 23 November 2016; 8.30 pagi - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD - 23-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Marang Private Member’s Bill To Be Read A Second Time

Proposed amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 will not be tabled in this Parliamentary meeting, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He said that the Private Member’s Bill brought by Marang MP Datuk Seri Abdul Hadi Awang would merely be read out a second time this week to include several tweaks to the bill that he read out for the first time in the previous sitting.

The amendments would not be tabled or debated in this meeting, he clarified.

Following a briefing for Muslim lawmakers on Tuesday, Dr Ahmad Zahid said that as the Barisan Nasional chief Whip, he would be bringing a proposal to Cabinet to set up a Parliamentary Select Committee (PSC) to study the proposed amendments, commonly known as RUU355.

“I will take this matter to Cabinet, and propose a PSC that will involve Muslim and non-Muslim MPs in studying complicated matters on the proposed amendments, especially those related to the separation of powers between the civil and Syariah courts,” he told reporters after chairing the briefing.


The closed-door briefing was given by Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Dr Ahmad Zahid, who is Bagan Datoh MP, said the PSC would be responsible for explaining that the amendments to empower the Syariah courts would only apply to Muslims.

He said the bill would not disturb the powers of the civil courts or infringe upon the rights of non-Muslims.

“There are no provisions in the proposed amendments which would see matters under the civil courts’ jurisdiction being taken over by the Syariah courts,” he explained.

Dr Ahmad Zahid, who is also Home Minister, said that the Government respected the sensitivities of all communities and did not want to politicise the issue further.

“I am also certain it is not the intention of the Marang MP to muddle the situation concerning the various religions in the country,” he added.

The Bill brought by Hadi, who is PAS president, seeks to increase the power of the Syariah courts to impose stiffer penalties for offences, excluding the death penalty.

However, Barisan Nasional component parties and other Opposition parties have expressed objections to the Bill over fears that the amendments would eventually pave the way for the Syariah courts to implement hudud in Kelantan.

Sumber BO - 22-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU PAS: Zahid Jemput Ahli Parlimen Islam Hadir Taklimat Khas
Posted on Tuesday, November 22 @ 19:05:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32531



KUALA LUMPUR: Satu taklimat khas untuk semua ahli Parlimen beragama Islam berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akan diadakan pada Selasa.

Satu notis yang ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa, ahli-ahli Parlimen dialu-alukan untuk menghadiri taklimat itu yang akan diadakan pada pukul 5 petang di Bilik Taklimat di Parlimen.

RUU itu yang dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bertujuan untuk meningkatkan kuasa mahkamah Syariah bagi mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah, kecuali hukuman mati.

Beberapa pihak telah menyuarakan bantahan terhadap RUU ini, menyatakan bahawa pindaan itu akhirnya akan membuka jalan kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan hukuman hudud.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika ditemui di lobi Parlimen, mengesahkan kepada The Star bahawa mesyuarat itu akan diadakan pada pukul 5 petang.

Sumber TKO - 22-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Ubah cara kepada hidup beriman

Ustaz Muhammad Najhan Halim | .

KAJIAN KESIHATAN DAN MORBIDITI KEBANGSAAN (MASALAH MENTAL): UBAH CARA HIDUP MATERIALISME KEPADA HIDUP BERIMAN (Bahagian 1)

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah ar Ra'd ayat 28-29: "..(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya..."

Pendedahan Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam baru-baru ini yang menyebut tentang dapatan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bahawa seramai 30 peratus atau 4.2 juta rakyat negara ini mengalami masalah kesihatan mental amat mengejutkan.

Ini secara nisbahnya bahawa satu daripada tiga orang dalam negara ini mengalami masalah mental dan tambahanlagi sekiranya kajian dilihat mengikut ukuran umur, usia 16 sehingga 19 tahun antara yang paling ramai mengalami masalah ini. Pendedahan ini juga mendapati beberapa faktor sebagai punca utama antaranya krisis kewangan, tiada pekerjaan, tertekan kerana pekerjaan, isu dan masalah keluarga.

KEHIDUPAN MATERIALISTIK

Di antara penyakit kronik yang dihadapi oleh negara-negara maju dan membangun adalah penyakit yang disebut sebagai sindrom atau penyakit kebendaan. Iaitu satu trend atau sikap masyarakat dalam suasana mengejar kesenangan dalam kehidupan. Namun penyakit materialistik atau kebendaan ini apabila sudah menjadi sebati dan dianuti sebagai cara hidup,  ia berubah menjadi sesuatu penyakit jiwa yang merbahaya dan kronik.

Penyakit kebendaan atau materialistik ini adalah membawa maksud satu budaya dan cara hidup yang menjadi matlamat kebendaan seperti wang, kemewahan, kedudukan dan keglamoran, dan segala yang berbentuk cita-cita untuk memenuhi citarasa nafsu sebagai tujuan kehidupan.

Kemuncak kepada kehidupan materialistik ini apabila seseorang itu menjadikan kebendaan ini sebagai pegangannya dan tanda sebenar ukuran kejayaan dengan menolak sebarang bentuk pencapaian dalam bentuk holistik dan keagamaan.

Masyarakat yang berfikiran materialistik ini terlalu mementingkan dan mengutamakan perkara yang hanya dirasai oleh pancaindera samada melalui penglihatan, pendengaran, dan deria rasa yang lain dan tidak menerima aspek kerohanian serta janji Tuhan.

Mereka melihat bahawa unsur agama yang menjanjikan dapatan menerusi aspek kerohanian tidak diperlukan dalam kehidupan dunia dan dianggap seolah-olah tidak langsung mempunyai kaitan dalam memberikan input dan impak dalam kehidupan.

Oleh kerana itu, golongan berfikiran materialistik atau materialisme ini meyakini bahawa kejayaan sebenar dan pencapaian sepatutnya hanyalah apabila seseorang itu memiliki segala bentuk kemewahan dan keperluan duniawi sahaja. Adapun pencapaian agama atau aspek kerohanian itu bukan tanda kejayaan dan keuntungan.

Penyakit ini menjadi faktor terbesar kepada keruntuhan nilai jatidiri manusia yang sedang melanda masyarakat sesebuah negara dimana rakyatnya sedang melalui kejutan budaya arus pembangunan material dan ekonomi. Masyarakat materialistik ini menghabiskan segenap sisa kehidupan mereka semata-mata untuk mencapai hasrat kemewahan dan kedudukan malah  lebih teruk lagi apabila nilai-nilai agama dipandang sepi.

Mereka tidak lagi mempedulikan tentang dosa pahala, syurga neraka, kehidupan di alam barzakh dan akhirat serta hukum dan peraturan agama. Asalkan matlamat untuk mencapai kejayaan material dan kebendaan mereka tercapai, iaitu menjadi kaya, mengumpul harta sebanyaknya, terkenal dan glamor,  pekerjaan yang selesa dan apa sahaja untuk merasa mewah. Penyakit ini tidak hanya dilanda terhadap golongan yang kaya malah turut kepada golongan sederhana dan miskin.

Hasilnya golongan yang mengalami rasukan penyakit materialistik ini mengkesampingkan aspek iman dan agama dalam kehidupan mereka. Agama adalah dianggap oleh mereka sebagai batu penghalang untuk mencapai cita-cita mereka untuk menikmati kemewahan dan kesenangan. Halal dan haram, syurga neraka,  hukum agama semuanya ditolak dan tidak lagi menjadi panduan hidup. Mereka ingin bebas daripada kongkongan agama dan batas syarak. Mereka hidup tidak berpedoman dan hilang arah dalam mengejar apa yang dihajati.

HIDUP BERIMAN SOLUSI AMPUH

Islam mengemukakan konsep dan pandangan yang berbeza berkait soal kehidupan dunia supaya manusia tidak hilang arah sebenar.

Kehidupan dunia menurut pandangan Islam adalah lokasi transit manusia untuk menuju ke alam akhirat. Ia bukanlah destinasi utamanya dan bukan akhirnya.

Kehidupan dunia dijadikan oleh Allah s. w. t. sebagai tempat berbekalkan amal soleh sebanyak-banyaknya oleh hambaNya untuk dihitung di akhirat dan dibalas dengan ganjaran setimpal seadilnya. Kehidupan dunia diisi dengan serba perhiasan oleh Allah buat hambaNya untuk diambil manfaat sewajarnya menurut perintah Allah.

Tugas manusia di muka bumi dan mengeksploitasikan isinya menuruti apa yang dipandu dan diajar oleh wahyu al Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. bagi mencapai maksud  Khalifah iaitu bagi menjana konsep dan perlaksanaan Menegakkan tanggungjawab Agama Kehidupan Dunia dan Menguruskan Dunia dengan Agama.

Merujuk kepada pendedahan dapatan kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa punca masalah mental adalah disebabkan faktor kekangan kewangan, masalah rumahtangga dan masalah dalam pekerjaan yang dilihat mempunyai kaitan signifikan dengan hidup.

Cara hidup yang bercorakkan materialistik dan mengutamakan aspek kebendaan wajib diteliti secara holistik supaya dapat mengatasi masalah yang timbul.

Wallahua'alam

Al Faqir Ila Robbihi
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan
Lajnah Penerangan DUPP
24 November 16 / 24 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 24/11/2016

Sumber HD-24-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Usaha martabat Bahasa Melayu kurang memberangsangkan

USTAZ IDRIS AHMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43319-usaha-martabat-bahasa-melayu-kurang-memberangsangkan

Saya hendak berbahas berkenaan dengan Butiran 090200 – Martabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Saya hendak menyentuh berkenaan dengan program DLP iaitu tujuan DLP ini ialah untuk hendak meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam 14 subjek dan juga di bidang teknologi, kejuruteraan, Matematik dan STEM. Memang dia bermula dengan 300 buah sekolah dan akan meningkat dijangkakan dengan 1,000 sekolah. Perkara yang berlaku walaupun di sana letaknya antara ialah kehendak sekolah, PIBG, guru-guru tetapi rungutan juga timbul kerana di sana timbulnya soal sukarela dan paksa rela yang memerlukan sekolah itu buat.

Ini kerana terdapat rungutan di kalangan guru-guru terutamanya persiapan mereka kerana mereka tidak diberikan latihan yang sebenar-benarnya. Malahan kadang-kadang kita tengok lebih dahsyat lagi daripada pelaksanaan PPSMI. Malahan buku rujukan pun masih lagi mengguna pakai buku daripada projek PPSMI dahulu. Ini kerana kita lihat PPSMI yang telah pun mengorbankan hampir tiga juta pelajar yang menyebabkan RM5.2 bilion wang negara hangus begitu sahaja.

Sedangkan satu kajian yang dibuat oleh pembina yang diketuai oleh Profesor Dr Sahandri Hamzah daripada UPSI pada ketika itu bersama dengan 53 orang pensyarah daripada lapan buah universiti. Respondennya terdiri dari kalangan 15,089 orang murid yang saya difahamkan, bajet yang diberikan ketika itu oleh Yang Amat Berhormat Pekan pada waktu itu. Responden yang begitu banyak, saya rasa ini satu penyelidikan yang agak menyeluruh yang menyebabkan pelajar-pelajar di FELDA, pelajar-pelajar di pulau, Orang Asli, MRSM, sekolah berasrama penuh, sekolah menengah teknik.

Kajian yang dibuat oleh pembina ini, mereka lihat bagaimana peningkatan pelajar-pelajar bandar sahaja hanya 3.8 peratus sahaja dalam penguasaan mereka di dalam bahasa Inggeris. Itu kita bayangkan berkenaan dengan pelajar-pelajar yang berada di bandar.

Tadi dirungut oleh Sabah dan juga oleh sahabat kita daripada Sabak Bernam yang juga bekas seorang guru, mereka mengetahui bagaimana kemampuan guru-guru dalam konteks untuk menjayakan benda ini.

Jadi, perkara ini perlu difikirkan kembali oleh pihak kementerian terutamanya apabila pandangan-pandangan daripada mereka yang menjadi pejuang bahasa daripada kalangan Dewan Bahasa dan Pustaka, badan-badan NGO, kesatuan guru seperti mana Gapena, PIBG dan mereka ini telah pun memberikan pandangan-pandangan yang risau dengan program DLP ini. Ini bukan bererti kita merupakan orang yang anti kepada bahasa Inggeris. Malahan, saya juga hendak bertanya berkenaan dengan menyentuh usaha-usaha memartabatkan bahasa Melayu yang dilihat kurang memberangsangkan dan ini dirungut oleh pejuang-pejuang bahasa pada ketika ini.

Hal yang kedua ialah berkenaan dengan Projek Penutur Jati Bahasa Inggeris (PPJBI) yang dilaksanakan mulai pada tahun 2010 di 1,800 buah sekolah rendah seluruh negara. Persoalan saya ialah setakat mana pencapaian yang mana guru-guru yang kita import dari negara-negara luar untuk melatih atau meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru-guru sebagai TOT dan juga mereka ini akan mengajar anak-anak murid kita di seluruh negara? Persoalan saya, sejauh manakah kejayaan tadi?

Begitu juga dengan penguasaan Program Pengambilan Guru Penutur Jati Bahasa Arab untuk memantapkan bahasa Arab dan tempoh cadangannya ialah pada tahun 2016 hingga 2020. Soalan saya ialah daripada negeri mana guru-guru ini diambil, tenaga-tenaga ini diambil untuk mengajar di dalam program tersebut?

Butiran 050200 – Teknologi Maklumat. Apakah masih berjalan konsep pembelajaran menggunakan perkakasan chrome book yang dibekalkan sebagai peranti sokongan untuk akses bahan pengajaran dan pembelajaran melalui internet dengan menggunakan virtual learning environment (VLE) iaitu menggunakan perkakasan notebook dengan sistem operasinya Google Chrome?

Pelaksanaan projek yang berjalan sejak daripada tahun 2012 secara berperingkat-peringkat di semua sekolah dengan harapan untuk mencapai pencapaian internet pada tahun 2013. Ini soal pencapaian internet sedangkan rungutan yang ditimbulkan oleh guru-guru di sana ialah walaupun sekolah di tengah bandar sekalipun, kadang-kadang kelajuan internetnya agak menyedihkan. Macam mana dalam soal penggunaan chrome book ini?

Hari ini pun kita lihat guru-guru sendiri dekat sekolah kadang-kadang tidak boleh memakai internet yang dipasang di sekolah. Mereka terpaksa menggunakan data sendiri, telahan lagilah di Sabah dan di Sarawak. Sebab itu saya hendak bertanya berkenaan dengan hal ini. Berapakah kementerian sudah habiskan wang dalam projek untuk chrome book ini? - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 Kementerian Pendidikan berkaitan memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris pada persidangan Dewan Rakyat, 22 November 2016.

Sumber HD - 23-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Latih pengendali homestay

USTAZ IDRIS AHMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43295-latih-pengendali-homestay

Butiran 020500 Pembangunan Prasarana

Kementerian kena melatih juga untuk pengendali homestay supaya menepati dengan jenama homestay. Kadang-kadang  tidak menepati aspek kebersihan seperti tandas kotor, cadar yang tidak disalin. Sedangkan kita bayar untuk mendapat keselesaan, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Saya memohon peruntukan untuk jeti di Kuala Sepetang supaya dinaik taraf, kerana yang ada sekarang agak daif. Setiap minggu kedatangan pelacong  lebih seribu orang. Begitu juga kawasan klip di Kampung Dew perlu diberi perhatian serius.

Saya sebut macam mana wujud kolam udang berhampiran dengan tempat hinggap dan pembiakan kelip-kelip di kawasan tersebut. Lampu kolam udang mengganggu kehidupan kelip-kelip. Ia boleh rosak kelip-kelip dan pupus kelip-kelip.

Sepatutnya kolam tersebut buatlah di tempat lain, banyak lagi tanah tempat lain, kenapa tempat itu yang menjadi pilihan.

Saya minta supaya memberi bantuan untuk mereka yang hendak terlibat dalam industri kelip-kelip untuk membeli bot yang agak selesa untuk membawa pelancong.

Bukit Gantang yang terkenal kawasan buah-buahan.

Program menggalakkan pelacongan untuk membawa pelancong ke dalam kebun terutama musim buah-buahan. Secara tidak langsung ia akan menggalakan pertumbuhan industri hiliran dan produk buah-buahan tempatan seperti jem buah-buahan, lempuk dan sebagainya.

Butiran 020300 Pelesenan Pelancongan

Ada syarikat pengendali umrah yang tidak jujur. Macam mana kalau jamaah tidak jadi pergi dan apakah syarat-syarat wang wajib bagi balik kepada jamaah setelah tolak wang pengurusan dan kerugian. Berapa peratus kena bagi balik kepada jamaah. Setakat ini berapa banyak syarikat yang diambil tindakan kerana kes menipu jamaah umrah.

Petikan ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad ketika membahaskan RUU Perbekalan 2017 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Dewan Rakyat pada 21 November 2016.
Video

Sumber HD- 22-11-20116

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Khalid enggan tarik balik kenyataan 'sial' terhadap Tajuddin
Posted on Tuesday, November 22 @ 17:04:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32530



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau hanya akan menarik balik perkataan 'sial' sekiranya Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menarik balik kenyataannya yang disifatkan wakil rakyat itu sebagai 'tidak senonoh' di Dewan Rakyat.

"Biarpun bersongkok, tetapi perangai dan bahasanya (Tajuddin) adalah satu sikap yang langsung tidak berakhlak dan tidak melambangkan budaya Melayu. Kata-katanya memang layak mendapat gelaran 'menteri sial' kerana tindakannya itu sudah melampaui batas," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Tajuddin ketika ditemui di lobi Parlimen menyifatkan tindakan ahli parlimen Shah Alam itu sebagai kurang ajar dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Khalid sekiranya beliau mengulangi kenyataan itu di luar Dewan Rakyat.

"Macam mana perasaan anda jika anda dipanggil 'sial'? Mesti anda akan marah, kan? Ini suatu tindakan yang kurang ajar!" kata Tajuddin sambil mengulangi cabaran supaya Khalid menggunakan perkataan itu di luar Parlimen.

Menyahut cabaran itu, Khalid dalam satu sidang media berkata: "Dia (Tajuddin) mencabar saya, jadi saya buat sidang media hari ini. Saya tidak akan menarik balik perkataan 'sial' selagi beliau tidak menarik balik kenyataannya dan berjanji berkelakuan baik."

"Dia keluar ajak saya bertumbuk, tetapi saya takut saya masuk penjara sebab membunuh atau mengakibatkan kecederaan parah, lalu saya mendengar nasihat ahli Parlimen lain supaya duduk diam-diam saja," katanya. 


Sumber TKO  - 22-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































Penternakan rusa: Apa usaha kerajaan majukannya?

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43298-penternakan-rusa-apa-usaha-kerajaan-majukannya

KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar menyediakan peruntukan dan pertambahan dana yang lebih besar bagi menjayakan projek penternakan rusa, demikian menurut Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaari.

Ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini, Marzuk berkata, potensi penternakan rusa sangat baik dan menjadi ternakan alternatif bagi penternak di kampung-kampung.

"Kos menternak rusa ini hampir sama dengan penternakan yang lain dalam masa yang sama serangan penyakit sangat minima ke atas haiwan ini," katanya.

Bahkan katanya, kini daging rusa sering mendapat tempat di pasaran walaupun harga yang tinggi ianya boleh membantu ekonomi penternak di kampung.

"Saya lihat tidak ada banyak pertambahan di dalam peruntukan kerajaan. Selain ternak rusa masyarakat kita suka makan haiwan esotik seperti kijang, landak dan sebagainya," tambah beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli turut memberi cadangan agar kerajaan menjadikan sebanyak 341 pusat penternakan rusa sebagai produk pelancongan.

"Kita boleh tengok di luar negara mereka jadikan penternakan kambing biri-biri sebagai produk pelancongan dan hiburan, kita boleh ambil idea daripada mereka ini," katanya dalam soalan tambahan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Nogeh Anak Gumbek tidak menafikan penternakan rusa mempunyai potensi kerana haiwan itu tahan lasak dan tidak mudah kena penyakit.

Terdahulu, Ahmad Marzuk meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam menjayakan projek penternakan rusa yang disebut PM dalam Bajet 2016. Bagaimana caranya untuk memohon projek penternakan ini. – HARAKAHDAILY 22/11/2016

Sumber HD -22-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MP bebas, PAS tandatangan petisyen bantah tangkap MP
Posted on Monday, November 21 @ 19:23:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32506



Anggota-anggota parlimen pembangkang hari ini mengetepikan perbezaan dengan menandatangani petisyen membantah penangkapan tiga wakil rakyat kerana terlibat dalam himpunan BERSIH5, Sabtu lalu.

Seramai 44 orang menandatangani petisyen terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, termasuk bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Wakil PAS yang terlibat pula termasuk Siti Zailah Mohd Yusof, Nik Mazian Nik Mohamad, Ahmad Baihaki Atiqullah, Wan Hassan Mohd Ramli dan Datuk Mahfuz Omar.

Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal turut berbuat demikian.

Petisyen itu membantah penangkapan anggota parlimen DAP Anthony Loke dan PKR Tian Chua serta Zuraida Kamaruddin, yang melanggar kebebasan bersuara dan berhimpun yang dijamin perlembagaan.

Ketiga-tiga mereka dibebaskan hari ini. Tian malah terus ke parlimen selepas itu untuk mengikuti perbahasan.

Khalid sebelum ini menyokong rang undang-undang BN di parlimen, manakala PAS pula tidak mengundi.

BERSIH5 diadakan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil selain pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dakwaan skandal 1MDB dan kemasukan 'derma' berbilion ringgit dalam akan peribadinya.

Sumber TKO - 221-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Putrajaya bentang RUU henti penukaran agama Islam sebelah pihak
Posted on Monday, November 21 @ 16:12:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32504



KUALA LUMPUR: Putrajaya hari ini membentangkan pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) yang akan menghentikan perbuatan menukar agama kanak-kanak sebelah pihak.

Cadangan pindaan itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said bagi bacaan pertama di bawah akta itu.

Perkara utama dalam cadangan pindaan itu ialah ia akan diguna bagi mana-mana kes yang masih tertangguh di mahkamah di bawah akta itu.

Pindaan itu secara khusus menyatakan perlunya kedua-dua pihak dalam perkahwinan sivil memberikan kebenaran untuk anak mereka ditukar agama kepada Islam.

Maka, enakmen itu mencabar penghakiman mahkamah terdahulu yang perkataan “ibu bapa” dalam undang-undang sedia ada boleh membawa maksud hanya kebenaran salah seorang saja diperlukan.
Cadangan pindaan itu juga menetapkan kanak-kanak berkenaan akan kekal dalam agama ibu bapanya pada waktu perkahwinan mereka, jika salah seorang daripada pasangan itu kemudiannya memeluk Islam.

Bagaimanapun, apabila kanak-kanak itu berusia 18 tahun, mereka dibenarkan memilih agama sendiri.

Penukaran agama sebelah pihak menjadi topik hangat selepas 2 wanita Hindu, M Indira Gandhi dan S Deepa terbabit dalam perkelahian hak penjagaan anak antara agama selepas bekas suami memeluk Islam dan menukar agama anak mereka.

Cadangan pindaan itu juga menyatakan jika kedua-dua pihak dalam perkahwinan itu berbeza agama sebelum salah seorang daripadanya memeluk Islam, anak mereka boleh memilih agama mana yang hendak diamalkan.

Selain isu penukaran agama anak sebelah pihak, rang undang-undang (RUU) itu juga menangani isu aset jika mualaf berkenaan meninggal dunia sebelum pasangan mereka yang masih bukan Islam.
Menurut RUU itu, jika mualaf meninggal dunia sebelum pasangan mereka yang bukan beragama Islam, harta sepencarian akan diagihkan oleh mahkamah kepada pihak berkepentingan.


Mahkamah sivil juga berhak melihat tahap pengagihan yang dibuat berkepentingan dalam bentuk wang dan hartanah, atau usaha yang dibuat dalam pemilikan harta sepencarian itu atau bayaran dalam perbelanjaan.

Sumber TKO -21-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan Parlimen: Ahli Parlimen PAS Diam-Diam Ubi
Berisi

Posted on Friday, November 18 @ 08:48:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32426



1. Ada yang menyangka Ahli Parlimen PAS hanya berucap mengenai hal ehwal Islam sahaja di dalam dewan dan tidak pandai mengulas isu semasa yang melibatkan kebajikan rakyat.

Tanggapan itu jelas tersasar kerana mereka melihat daripada kacamata yang begitu sempit.

Ahli Parlimen PAS berperanan membawa suara Parti Islam Semalaysia dalam pelbagai isu daripada perspektif Islam.

Bagi yang berpemikiran sekular sememangnya tidak suka apabila Islam dikaitkan dalam segenap aspek kehidupan kerana mereka mahu Islam hanya terkurung di dalam masjid, dan hal ehwal nikah-kahwin sahaja.

2. Apatah lagi dalam dunia politik persepsi ini, PAS berdepan dengan situasi mencabar tatkala mengambil langkah yang tidak popular dan bercanggah dengan arus mainstream.
Apabila pendirian PAS berbeza dengan PH, terus dituduh kononnya menerima 'dedak' daripada PM Najib.

Mungkin mereka yang menuduh itu tidak dengar pun apa isi kandungan ucapan para Ahli Parlimen PAS di dalam Dewan. Mereka hanya beriman kepada apa yang disebar, copy-paste, forward cereka fitnah yang tersebar melalui FB, Whatsapp dan Telegram serta portal berita pro PH.
 
3. Pada sidang hari ini, seramai 6 orang Ahli Parlimen PAS yang bangun berucap.
Dalam sesi soal jawab lisan, Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Dr Che Rosli Che Mat bertanya kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah pengeluaran dan pasaran Proton Persona baru berbanding dengan Perodua Bezza baru dan ciri-ciri menarik masing-masing kereta.

Mungkin ada yang tidak tahu, YB Dr Che Rosli merupakan pakar dalam bidang sains nuklear.
4. Seterusnya, ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Dato' Dr Nik Mazian Bin Nik Mohamad telah bangun berucap.

5. YB Ustazah Siti Zailah atau lebih mesra dipanggil "Kak Lah" sememangnya dikenali sebagai YB yang begitu dekat dengan jiwa rakyat Rantau Panjang.

Ketika berbahas tadi, beliau menyuarakan isu menaiktaraf kemudahan infrastruktur Bandar Rantau Panjang yang menjadi pintu masuk ke Malaysia melalui sempadan Sungai Golok, Thailand.

6. YB Dato' Dr Nik Mazian pula merupakan seorang pakar bedah.

Ketika berbahas, beliau menyentuh mengenai peruntukan insuran yang secukupnya kepada anggota bomba. Beliau juga mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memperbanyakkan perumahan yang berasaskan sewa-beli sebagai solusi bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri.

7. Dalam perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan pula, Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan bin Mohd Ramli, dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Dr Ustaz Mohd Khairuddin Bin Aman Razali telah bangun berucap.

8. Tidak dapat dinafikan lagi, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh sememangnya mewarisi perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Bukan sahaja iras muka yang hampir sama, tetapi nada suara dan lenggok bahasa yang dituturkan Ustaz Nik Mohd Abduh sama seperti Almarhum ayahanda beliau.

Ketika berbahas tadi, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS menyentuh mengenai Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil yang sedang dinaiktaraf sebagai persediaan sebagai tuan rumah Sukan Sea 2017.

Beliau turut menyuarakan betapa pentingnya perancangan pembangunan belia khususnya bagi sukan yang telah mengharumkan nama negara oleh atlet sukan olimpik dan paralimpik. Ia amat penting agar sukan itu tidak terpadam apabila para atlet itu bersara.


9. YB Ustaz Wan Hassan pula walaupun usia beliau sudah mencecah 59 tahun, tetapi jiwa masih muda. Beliau seorang YB yang begitu low profile, merendah diri dan pemurah hati. Jikalau tidak percaya, tanyalah rakyat Dungun.

Saya begitu terkejut apabila beliau bercerita bahawa beliau sering tidur dalam kereta sahaja ketika dalam perjalanan daripada Dungun ke KL bagi menghadiri Sidang Parlimen. Beliau memandu sendiri kereta tersebut dan dek kerana keletihan, beliau berhenti rehat di RnR, lalu tidur sahaja di dalam kereta.

Beliau pernah menjawat jawatan Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan Kerajaan Negeri Terengganu ketika PAS memerintah pada tahun 1999-2004 dahulu.
Dalam ucapan perbahasan, beliau menyuarakan berkenaan pentingnya perhatian diberikan kepada pembangunan generasi belia Felda.

Beliau juga membela hak atlet lumba basikal, Azizul Hasni Awang yang juga merupakan anak kelahiran Dungun. Beliau bertanya bilakah janji kerajaan hendak membina velodrom akan dilaksanakan.?


10. YB Dato' Dr Ustaz Mohd Khairuddin pula bukanlah tokoh yang asing lagi bagi pendengar Radio IKIM. Beliau yang berkelulusan Jordan antara tokoh ulama muda PAS yang mampu berbahas dan berhujjah dengan baik. Beliau jtelah mengasaskan pusat pendidikan dan kebajikan Darul Fuqaha di Sungai Merab Bangi dan Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz.

Dalam ucapan perbahasan tadi, beliau menyuarakan kepada kerajaan agar dilaksanakan Dasar Pembangunan Belia Soleh agar generasi pemuda di negara ini terbimbing fizikal dan rohaninya. Beliau turut bertanya mengenai perkembangan Tabung Ekonomi Belia yang mempunyai Skim Belia Niaga dan Skim Belia Tani.

11. Coretan ringkas ini dibuat untuk dinilai secara adil oleh para pembaca agar tidak selamanya terpedaya dengan omongan khabar kononnya PAS sudah kekeringan tokoh dan pemimpin berkaliber akibat daripada krisis tahun 2015 yang memunculkan PAN.

Sebagai rekod tambahan, daripada 14 Ahli Parlimen PAS yang ada berbaki sekarang, hanya 4 orang sahaja yang senior, manakala 10 orang adalah Ahli Parlimen penggal pertama.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
09.20 pm, 17 November 2016
Tingkat 14, Menara Parlimen

Sumber TKO - 18-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































KBAT: Tidak bererti jika tidak mampu dikuasai pelajar

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43241-kbat-tidak-bererti-jika-tidak-mampu-dikuasai-pelajar

KUALA LUMPUR: Keputusan UPSR yang baru sahaja diumumkan oleh Kementerian Pendidikan hari ini mengejutkan banyak pihak apabila peratusan yang mendapat semua A hanya 1.11 peratus daripada 452,721 pelajar.

Keputusan ini menimbulkan tanda tanya terhadap format baru yang diperkenalkan oleh kementerian yang menekankan aspek Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff berkata pihaknya mengalu-alukan segala dasar yang menambah kualiti dan pencapaian di kalangan pelajar cuma cara dan teknik pembelajaran, penguasaan guru serta latihan amat penting agar hasrat murni  kerajaan tercapai.

"Kita ingin tahu apakah kaedah dan tujuan format baharu diperkenalkan sehingga perubahan angka yan begitu ketara.

"Tiada erti dasar yang hebat, kurikulum yang hebat tetapi tidak mampu dicapai dan dikuasai dengan baik ," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, pencapaian kecemerlangan tidak sampai 2% ini harus dimuhasabah dan perlu ada kajian oleh semua pihak dan agensi berkaitan.

"Agar sistem pendidikan kita mampu melahirkan generasi yang cemerlang untuk masa depan negara," ujarnya yang turut mengucapkan tahniah kepada pelajar UPSR.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah menyifatkan pelajar-pelajar UPSR tahun ini menjadi mangsa percubaan fomat baru.

"Hadapi peperiksaan dengan format yang kabur, bukan saja pelajar, bahkan guru yang mengajar," katanya.

Sepatutnya, kata beliau setiap format baru, mesti dimulakan pada tahun 4 atau 5 terlebih dulu, barulah pelajar dapat menguasai dalam masa setahun atau dua tahun.

"Lepas ini difahamkan Format yang berorientasikan peperiksaan macam UPSR ni pun, akan dimansuhkan. Dasar yang sentiasa berubah-ubah mengikut pertukaran menteri Pendidikan," katanya.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896  calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A.

Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,721 calon yang mendaftar dalam peperiksaan itu September lalu. – HARAKAHDAILY 17/11/2016

Sumber HD - 17-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Bantu beri khidmat kesihatan terbaik, elak bebankan

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43218-bantu-beri-khidmat-kesihatan-terbaik-elak-bebankan

1. Kualiti perkhidmatan hospital melibatkan rawatan dan perubatan perlu dipertingkat dari masa ke masa hingga mencapai indeks kesihatan yang sejahtera kepada semua rakyat. Lebih-lebih lagi masa ini di mana pembinaan infra hospital terutama pertambahan wad-wad berkaitan dan katil amat mendesak. Juga jumlah doktor dan pakar perubatan khususnya penyakit kronik, perlu diselaraskan dengan kadar pesakit.

2. Sektor kesihatan termasuk perkara dharuriyyat yakni keperluan asas yang wajib menjadi keutamaan dan diberi perhatian penting oleh kerajaan. Negara akan hilang kekuatan, bahkan berhadapan kemungkinan ancaman sekiranya kesihatan rakyat berada pada tahap minima. Maka, pengemaskinian caj rawatan hospital yang baharu diumumkan hendaklah dipertimbang semula.

3. Islam memandang pesakit sebagai golongan yang sedang menerima ujian dan kepayahan di mana menjadi fardu kifayah kepada pihak lain membantu dan mempermudahkan mereka. Wajib didatangkan ikhtiar dan kebajikan agar mereka kembali sembuh dan hidup seperti sedia kala, beribadah dan bekerja yang membolehkan menyumbang kepada kemakmuran negara akhirnya.

4. Apatah lagi rakyat yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan realitinya dari kalangan berpendapatan rendah, bahkan fakir miskin. Tanpa punyai insuran perubatan dan kemampuan kewangan, maka sangat besar kecenderungan dan kerelaan mereka memilih derita kesakitan dari menanggung caj rawatan.

5. Lebih-lebih lagi keperluan mendesak masa kini dengan kos sara hidup, kesan peningkatan harga barang yang melambung sudah cukup menghimpit rutin harian rakyat miskin. Kerana untuk ke hospital juga lazimnya mereka terpaksa menanggung kos lain seperti pengangkutan, mengambil cuti dan seumpamanya.

6. Maka, selami denyut nadi rakyat dan kemukakan alternatif lain agar caj tersebut tidak dinaikkan. Seterusnya kerajaan merangka usaha perkhidmatan kesihatan lebih berkualiti, serta mensasarkan pemansuhan sepenuhnya caj rawatan dan perubatan di masa akan datang. Insya-Allah perincian mekanisme untuk memenuhi pembiayaan berkaitannya akan PAS utarakan.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
16 Safar 1438 / 16 November 2016 - HARAKAHDAILY 16/11/2016

Sumber HD - 16-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































GCF: Apa yang telah dibuat oleh Malaysia?

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43226-gcf-apa-yang-telah-dibuat-oleh-malaysia

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaari mempersoalkan tindakan kerajaan seolah-olah melengah-lengahkan usaha dalam menangani perubahan iklim negara.

Katanya, penangguhan usaha itu antaranya mengakibatkan banjir besar pada 2014 yang membawa kerugian berjuta-juta ringgit.

Merujuk kepada laporan Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang mendakwa Malaysia ketinggalan dalam menggunakan peruntukan Kewangan Antarabangsa yang disediakan oleh Green Climate Fund (GCF).

Sedangkan katanya, banyak negara lain telahpun mengemukakan cadangan peruntukan kewangan kepada GCF.

"Apakah cadangan dan jumlah peruntukan yang telah dibuat oleh Malaysia sebagai bukti komitmen terhadap Perjanjian Paris?

"Negara Vietnam contohnya telah diluluskan permohonannya oleh GCF dengan dana AS29.75 juta bagi meningkatkan daya tahan masyarakat pesisir pantai yang terdedah kepada kesan perubahan Iklim," soalnya ketika membahaskan bagi butiran di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Dewan Rakyat hari ini.

Bahkan katanya, sehingga hari ini masih belum mendapat kepastian tentang cadangan daripada pihak kerajaan baik berupa geran kesediaan mahupun cadangan projek.

"Mohon dinyatakan alasan penangguhan dan kelewatan tindakan, ini penting kerana kita telah ketinggalan berbanding negara-negara lain seperti Kemboja,  Vietnam dan Laos," tegas beliau.

Beliau juga meminta kerajaan menyatakan anggaran rasmi kerugian yang dihadapi dari gelombang panas dalam masa yang sama rakyat merasai kesannya.

"Rakyat terpaksa memasang penghawa dingin dan membayar lebih untuk penggunaan elektrik, malahan ada yang terpaksa tidur menggunakan tiga buah kipas untuk satu bilik, mandi lebih lama dan acapkali serta minum air lebih banyak.

“Mohon juga dinyatakan kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan rakyat akibat kejadian gelombang panas?"ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/11/2016

Sumber HD - 16-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































Esscom masih jadi persoalan besar

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43215-esscom-masih-jadi-persoalan-besar

Perkongsian dari Parlimen. 55
Nasrudin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh

B6 Jabatan Perdana Menteri
Butiran 280000 ESSCOM

Persoalan keberkesanan (effectiveness) dan juga kecekapan (efficiency) ESSCOM masih menjadi persoalan besar yang sukar untuk menemui jawapannya sehingga hari ini. Selain daripada dibangkitkan oleh beberapa diperairan Sabah. Nampaknya makin kronik dan juga makin berisiko tinggi walaupun kita sudah dijanjikan kawalan keselamatan oleh pihak kerajaan.

Saya tertarik dengan kenyataan YAB Perdana Menteri tentang kewujudan “orang dalam” yang menjadi talibarut aktiviti penculikan yang berlaku di perairan Sabah ini. Jadi saya hendak tahu orang dalam yang bagaimana itu yang dimaksudkan itu.

Adakah dia rakyat Filipina yang berada di Sabah, atau mungkin orang Sabah sendiri, atau pun orang dalam itu ialah terdiri daripada anggota pegawai keselamatan itu sendiri yang mungkin tidak jujur dalam perkhidmatan mereka atau pun ini hanya sekadar tanggapan daripada pihak kerajaan untuk menutup kegagalan ESSCOM dan sebagainya. Jadi saya Mohon penjelasan dalam perkara ini. Apakah yang dimaksudkan dengan orang dalam itu yang menghantui aktiviti penculikan di Sabah ?

Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Yang Berhormat Temerloh

Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Sila

Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Tuan Pengerusi, bolehkah saya cadangkan kepada Yang Berhormat Temerloh, mungkin juga orang dalam itu ialah mantan Permatang Pauh yang berada dalam jel sekarang ini kerana dia ada komunikasi dengan Nur Misuari. Apakah pendapat Yang Berhormat Temerloh dalam hal ini ?

Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: [ketawa] itu sangat peliklah. Akan tetapi, walau bagaimanapun saya minta pihak kerajaan mesti memberi satu jawapan yang jelas kepada kita supaya ia dapat menyingkap satu kekeliruan. Apa yang penting sekali ialah supaya tidak ada fitnah-fitnah kepada mereka yang tentu sahaja tidak terlibat.

Baik , yang kedua adakah ESSCOM melakukan kerjasama dengan pihak berkuasa Filipina dalam mengatasi aktivti penculikan, tambahan kini kita dapati ESSCOM ini berhadapan dengan satu kumpulan yang disebut oleh YB Menteri iaitu satu kumpulan Kidnap for Ransom Group (KFRG).

Dia sebut ada satu istilah yang digunakan, saya tidak pasti ini nama kumpulan itu ataupun kerajaan yang menamakan itu sebagai kumpulan tersebut, daripada Selatan Filipina yang mana saya lihat kumpulan ini telah menyasarkan satu soft target ataupun sebuah kawasan mudah untuk mereka melakukan aktiviti - aktiviti penculikan mereka.

Jadi ini merupakan satu perkara yang sangat membimbangkan. Maka saya minta supaya pihak kerajaan jelaskan apakah telah ada satu kerjasama dengan pihak Filipina ataupun tidak.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Sedikit sahaja saya hendak tumpang perkara ini sebab sebelum ini Kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk melibatkan diri untuk satu perjanjian pendamaian dengan kumpulan Bangsamoro. Sekarang nampaknya sudah dapat mencapai itu, kita ingin dapat tahu apakah balasan daripada berkuasa Filipina untuk memastikan sempadan kita juga selamat. Bukan sahaja Malaysia yang menyumbang untuk keselamatan dan kedamaian di Filipina tetapi apa yang dibalas oleh pihak berkuasa Filipina.

Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Okey, saya kira soalan itu boleh masukkan dalam soalan saya untuk dijawab oleh pihak kerajaan tentang bagaimana situasi kerjasama yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Kemudian yang kedua dalam masa yang singkat ini, satu lagi ialah saya ingin menarik perhatian untuk rujukan :

B.6 Butiran 470000 TalentCorp

yang mana ini adalah berkait dengan rancangan untuk membawa pulang tenaga-tenaga pakar yang berada di luar negara untuk mereka pulang berkhidmat dalam negara kita.

Saya dapat maklumat di mana 300,000 orang sebenarnya rakyat Malaysia yang berkemahiran dalam pelbagai lapangan bekerja di luar negara tetapi setakat ini kejayaan hanya membawa pulang sekitar 3,110 orang sahaja. Ertinya terlalu jauh daripada jumlah yang ada dan sasaran yang ingin dicapai.

Jadi, peruntukan yang telah diberikan kepada TalentCorp ini apakah sebenarnya digunakan oleh pihak kerajaan dengan cara berkesan untuk memastikan satu strategi membawa pulang tenaga-tenaga pakar ini berkhidmat dalam negara kita bagi memastikan, insyaallah, negara kita juga boleh mencapai negara maju pada masa akan datang.

Sumber HD - 15-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Macam-macam masalah landa Felda

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43202-macam-macam-masalah-landa-felda


Perkongsian dari Parlimen. 54
Nasrudin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh

Perbahasan Peringkat Jawatankuasa
Rujukan saya: B6 Jabatan Perdana Menteri
Butiran: 010300 Kawal Selia FELDA & 010400 Seranta FELDA

Sejak Pengerusi FELDA yang ada pada hari ini setelah dilantik oleh YAB Perdana Menteri pada 2011, saya lihat bermacam-macam permasalahan melanda FELDA khususnya peneroka yang paling terkesan.

Antaranya ialah:

* kegagalan FELDA membayar duit hasil jualan BTB kepada peneroka pada masanya. Bayaran sebelum ini dibuat secara harian dan kini tertangguh menjadi bulanan.

* kontraktor FELDA tidak menerima bayaran tuntutan kerja mereka pada masa yang sewajarnya. Ada yang terima bayaran selepas 3 bulan dan ada yang masih belum menerima bayaran.

* penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia yang tidak menguntungkan dan sangat terdedah kepada risiko

* Koperasi Permodalan Felda (KPF) ditendang dari Felda Holding Berhad (FHB) menyebabkan kepentingan peneroka terabai.

Selain itu, peneroka juga terpaksa menanggung hutang bernilai ratusan ribu ringgit dan mereka tidak diberi penyata terperinci mengenai hutang yang ditanggung.

Ditambah lagi hutang itu diwariskan pula kepada generasi kedua FELDA. Jika ditambah dengan kos tanam semula, peneroka FELDA akan terbeban dengan hutang yang berganda.

Begitu juga berlaku kepada projek perumahan generasi kedua FELDA yang terbengkalai.

Janji Kerajaan menyediakan perumahan untuk generasi kedua FELDA ternyata gagal ditunaikan apabila tinjauan menunjukkan beberapa tapak projek perumahan tersebut kini terbiar.

Tuan Pengerusi, saya mahu tahu setakat ini berapa buah rumah telah siap dibina ? Sebab, semasa mahu menyenaraikan FGV sewaktu dulu, YAB Perdana Menteri janji nak bina 20 ribu unit rumah dalam masa 5 tahun. Sekarang dah 4 tahun.

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan segera mungkin yang boleh, antaranya dengan mengembalikan kepercayaan peneroka dan orang awam kepada pengurusan FELDA.

Kalau banyak perkara tidak selesai, Tuan Pengerusi, tidak keterlaluan saya cadangkan supaya kerajaan menukar Pengerusi FELDA. Supaya masa depan FELDA dan pengurusannya lebih baik. Jabatan Perdana Menteri perlu memberikan perhatian yang serius terhadap isu ini.
(bersambung)

Sumber HD - 14-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa kementerian buat atasi masalah suami abai nafkah?

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43200-apa-kementerian-buat-atasi-masalah-suami-abai-nafkah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff melahirkan kebimbangan terhadap kadar penceraian yang semakin tinggi pada awal usia perkahwinan kurang dari lima tahun, khususnya membabitkan pasangan Melayu Islam.

Katanya, soal penceraian ini akan menimbulkan masalah terutama anak-anak yang akan terabai apabila tuntutan nafkah tidak dilaksanakan walaupun mendapat perintah mahkamah.

"Pada awal usia kurang dari lima tahun majoriti daripada pasangan Melayu Islam sudah bercerai. Masalah timbul apabila si suami mengabaikan nafkah anak-anak sedangkan ia adalah arahan mahkamah.

"Sejauh manakah penyelarasan yang telah dibuat oleh pihak kementerian dengan agensi yang berkaitan terutama si suami yang tidak menghiraukan perintah mahkamah. Dan apa tindakan yang dijalankan bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab melaksanakan tugas mereka supaya anak-anak tidak menjadi mangsa," soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini, soalan asal beliau meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan statistik terkini kadar penceraian di Malaysia untuk tahun 2014, 2015 dan 2016 mengikut negeri dan bangsa serta cadangan mengatasinya.

Sementara itu, di dalam jawapannya, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun menjelaskan seramai 171,252 pasangan beragama Islam bercerai dari 2014 hingga 10 Julai lalu dengan Selangor, Sabah dan Johor mencatatkan kadar perceraian tertinggi sepanjang tempoh berkenaan.

"Kajian mendapati kebanyakan tempoh perkahwinan pertama yang berakhir dengan perceraian adalah dalam lima tahun ke bawah.

"Punca utama perceraian pula ialah tiada persefahaman, suami dan isteri curang, campur tangan mentua atau ipar duai serta suami tidak bertanggungjawab," katanya. – HARAKAHDAILY 14/11/2016

Sumber HD - 14-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

YB Ustaz Idris Ahmad Bahas Rang Undang2 Perbekalan 2017
Posted on Thursday, November 10 @ 21:54:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32326



Alhamdulillah jam 3.45 petang 10/11/16 Khamis sempat bahas Rang Undang2 Perbekalan 2017

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


Isu pertama.
Butiran 010400 Industri padi dan beras

Peruntukan 2017 RM71,908,800

  • Kerjaan berhasrat utk mencapai Tahap Sara Diri (SSL) beras tempatan disasarkan pd kadar 85 % menjelang tahun 2020.
  • Persoalannya sejauhmana pencapaian drp setahun ke setahun utk mencapai target ini.
  • Minta Kementerian boleh berikan dgn fakta keLuasan tanah dalam masa tahun 2010-2015 tanah yg telah dijadikan utk tanam padi
  • Saya mushkil kerana realiti kita lihat banyak tanah sawah yang telah bertukar menjadi kawsan perumahan.
  • Sepatutnya mesti ada kerjasama dengan phk negeri utk pastikan spy kwsn tanah sawah diperluaskan
  • Skrg kita ada 120,000 hektar tanah terbiar. Bukankah Malaysia ada kepakaran yg hebat untuk menukar tanah ini untuk tanaman padi

Isu Kedua
070000 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Peruntukan 2017 RM174,000,000

  • Objektif FAMA antaranya meningkatkan peluasan saiz pasaran domestik dan eksport. Meningkatkan pendapatan usahahwan, pemasar bimbingan FAMA.
  • Objektif bagus. Tapi jika kita ke peringkat bawah. Masalah pasaran di kalanagn usahawan pertanian masih berlak
  • Contohnya apabila petani Tanam serai, kunyit . Sayuran secara kormosial. Tapi gagal untuk dipasar.
  • Sedangkan pasaran sebenar tdk cukup.
  • Skrg kunyit sudah ada penemuan utk dijadikan bahan utk merawat beberapa penyakit. Apabila tanam secara kormesial, masalah pasaran.


  • Begitu juga pasaran durian kampungWalau pun selalunya Menteri jwab spy tukar durian musang king dan sebagainya.
  • Skrg kita kena cari formula spy hrga durian dapat di jaga utk bela org kmpung.
  • Selaluny harga dimain oleh org tengah.
  • Durian di Kg dibeli dgn harga RM1sekilo. Tapi di Kuala Lumpur masih lagi RM5 hingga RM7k
  • Saya ucap terima kasih kpd Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob dahulu ketika menjadi Menteri Pertanian telah menetapkan harga lantai RM1 sekilo.
  • Saya harap Menteri baru ini boleh tetapkan harga lantai RM2 sekilo.
  • Memandangkan durian kg tdk tahan lama,
  • Maka Kemneterian kena mencari jalan melalui kepakaran kita d MARDI kena membuat penyelidikan spy durian ada nilai tambah.
  • Antaranya kena perbanyak pusat belian oleh FAMA setiap daerah
Kemudian diproses isi durian dan dibekukan dan boleh diguna sepanjang tahun dan menjadi nilai tambah.

  • Kebetulan MARDI dpt peruntukan RM207,836,000. Boleh lah buat penyelidikan.
  • Secar tdk lngsung akan menstabilkan harga.

Yang pelik tempat saya ada pihak swasta drp Pahang yg buka kilang pemprosesan isi durian. Modalnya tidak banyak RM100k

Sedangkan dalam masa yang sama pada waktu itu Lembaga Pertubuhan Peladang Bkt Gantang masih pakai cara manual.



Isu Ketiga
030600PembangunanKomoditi Ternakan

Peruntukan 2017 RM19,100,000

  • Pelik negara kita luas, rumput menghijau, tapi lembu, kerbau, kmbing tidak cukup
  • Di Sabah dan Sarawak lagi pelik. Tanah yang subur dengan rumput yang hijau. Malangnya lembu berharga RM5,000 hingga RM6,000 seekor.
  • Negara Holland sebesar negeri Pahang. Boleh keluar produk tenusu.
  • Kenapa tdk di Malaysia
  • Tdk perlu fikir tanah besar utk buat ladang.
  • Banyak sangat masalah, Spt kes NFC lingkup RM250 juta
  • Saya cadang diPawah kpd org kampung. Kemudian pegawai pertanian akan pergi tengok lembu itu dijaga atau tidak. Supaya mereka tidak jual lembu tersebut.
  • Apabila lembu sudah beranak, beri kepada penjaga lembu anak tersebut.
Catatan Parlimen
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
10/11/16 Khamis.

Sumber TKO - 10-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Already Objected In Debate, Abstained From Budget 2017 Vote

A PAS MP explained today that most of the party’s lawmakers abstained from the Budget 2017 vote last night since it has already expressed its objection during the debates in Dewan Rakyat.

According to Kuala Nerus MP Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, the Islamist party has also provided its suggestions on how Putrajaya can improve on the Budget.

“PAS has taken a neutral stand,” the PAS central working committee member told Malay Mail Online over text message.

“PAS has criticised the government through the Budget 2017 debate session on issues and matters that PAS does not agree with, for the government to take responsibility, in addition to providing various suggestions for improvement.”


Last night, 11 out of 14 PAS MPs abstained from voting. Only Pokok Sena MP Datuk Mahfuz Omar voted against the Budget.

PAS president and Marang MP Datuk Seri Abdul Hadi Awang was noticeably absent, and so was Dungun MP Wan Hassan Mohd Ramli.

Khairuddin confirmed that the order to abstain came from the party’s leadership.

PAS information chief and Temerloh MP Nasruddin Hassan was reported telling reporters at the Parliament yesterday that the party’s MPs abstained because PAS did not wholly oppose the Budget.

“PAS has opted for our own approach. There are things we oppose and we already opposed them during debate. These included the GST and 1MDB too,” he said, referring to the Goods and Services Tax and state-owned fund 1Malaysia Development Berhad.

PAS has previously touted its “constructive opposition” approach, where it said it will not simply oppose the government but will also offer constructive criticism.

Budget 2017 was passed at the policy stage last night through a bloc vote with 117 votes in favour and 70 votes against.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak who had tabled the Budget as finance minister was also not present during the vote.

Sumber BO - 8-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bajet 2017 diluluskan peringkat dasar, PAS berkecuali
Posted on Tuesday, November 08 @ 07:00:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32283



Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat, malam ini.

Seramai 117 ahli parlimen menyokong manakala 70 lagi menentang dan 11 lagi tidak mengundi apabila undian belah bahagian diadakan.

"Keputusan belah bahagian adalah seperti berikut, yang tidak mengundi 11 orang, yang tidak bersetuju untuk Rang Undang-undang dibacakan kali kedua, 70 orang, yang bersetuju untuk Rang Undang-Undang dibacakan kali kedua, 117 orang," kata Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Semua sebelas ahli parlimen yang berkecuali itu adalah dari PAS.

Parti itu mempunyai 14 ahli parlimen. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengundi menentang belanjawan itu manakala presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) tidak hadir.

Ditanya mengapa mereka berkecuali, Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) berkata mereka mengambil pendirian tersebut kerana mereka bersetuju dengan perkara tertentu tetapi menentang elemen lain.
Bagaimanapun beliau berkata, mereka akan membincangkan apa tindakan yang perlu diambil apabila Bajet 2017 dibawa kepada pengundian peringkat jawatankuasa.

SumberTKO - 8-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































Perkongsian dari parlimen

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43127-perkongsian-dari-parlimen

Perkongsian Dari Parlimen. 51

Transkrip
Ucap Bahas Bajet 2017 : SIRI 01
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Parlimen : 01 Nov 2016 : 8.12 malam

بسم الله الرحمن الرحيم.   

الحمد لله رب العالمين و به نستعين
 في أمور الدنيا و الدين

Terima kasih kepada Tuan Yang di Pertua kerana memberi ruang dan keizinan kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan bajet kita pada hari ini. Saya mempunyai beberapa perkara yang ingin saya utarakan pada kesempatan waktu yang terbatas ini (15 minit)

Derita Rakyat

Tuan Yang di Pertua, di mana kita semua sedar pada hari ini khasnya rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka sekarang berada dalam keadaan sangat tertekan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat. Mereka juga hari ini sedang membuat penyesuaian selepas pengumuman Bajet 2017 yang lalu, yang dilihat secara umumnya tidaklah menyebelahi mereka.

Kenaikan Harga Minyak

Tambah pula pada hari ini mereka dikejutkan dengan kenaikan harga minyak pada kadar 15 sen satu per liter. Ini umumnya telah memberi satu kesan yang berantai dengan kenaikan kos bahan api ini. Ia akan berikutan dengan kos transport dan juga barangan lain di pasaran. Sudah tentu ia akan menjejaskan rakyat secara umumnya.

Justeru itu Tuan Yang di Pertua, mudahnya rakyat pada hari ini sedang mendepani satu bebanan yang bertimpa-timpa. Ia semakin hari semakin mencabar dan menekan mereka. Bermula perlaksanaan GST yang dikenakan ke atas mereka. Kemudian penurunan subsidi terhadap barangan keperluan mereka dan ditambah pula dengan peluang pekerjaan yang terhad dan pendapatan mereka pula tidak bertambah. Akhirnya mengakibatkan tabungan rakyat itu semakin surut dan semakin susut.

Jadi, yang lebih memeritkan ialah apabila disaksikan kerajaan pula dilihat mengambil satu formula mudah untuk menghadapi cabaran ekonomi yang sebegini.

Pertama : Menaikkan cukai
Kedua : menurunkan subsidi

Kemudian beri BR1M. Umumnya melihat BR1M ini boleh disifatkan sebagai ubat pelali untuk melalikan rakyat seketika daripada menghadapi bebanan hidup dan juga derita kos sara hidup yang ditanggung oleh mereka.

Tangani Kenaikan Harga Minyak

Tuan Yang di Pertua, persoalan di sini ialah apakah kerajaan tidak mempunyai satu kaedah yang lain ? Sebagai contoh untuk mengatasi kenaikan harga minyak ini. Kenapa tidak kerajaan menetapkan harga siling sebagai contoh bagi harga runcit petrol dan kerajaan menampung lebihan kos daripada harga siling itu dengan memberi subsidi kepada rakyat ?

Dengan itu Tuan Yang di Pertua, saya cadang supaya kerajaan kaji semula formula yang telah digunakan untuk penemuan harga petrol dan diesel ini dengan menetapkan harga siling untuk ia mengurangkan sedikit kejutan rakyat yang sedang menghadapi beban hidup dengan kenaikan kos sara hidup pada hari ini.

Kerajaan Mesti Berjimat dan Berhemah

Pastinya kalau kita bercakap tentang subsidi ini bagi membolehkan kerajaan selesa memberi subsidi kepada masyarakat dan juga kepada rakyat maka kerajaan janganlah hanya membiarkan rakyat sahaja berjimat cermat. Akan tetapi biarlah terlebih dahulu kerajaan juga berjimat dan mengamalkan langkah berhemah dalam pengurusan ekonomi negara.

Antaranya sebagai contoh boleh dikaji saiz Kabinet yang saya lihat lebih besar daripada keperluan. Kemudian menteri bolehlah contohnya memulangkan elaun minyak, elaun tol, percutian, keraian supaya sedikit aebanyak boleh merasai penderitaan rakyat marhaen dalam negara kita. Kalau perlu pemotongan gaji 10 peratus ke 20 peratus elaun bulanan ataupun gaji bulanan menteri.

Tuan Yang di Pertua, maksud saya ialah penjimatan daripada perbelanjaan protokol menteri ini dan kemudian menghadkan juga projek-projek mewah yang ada dalam negara kita yang kurang memberi impak kepada rakyat terbanyak serta cegah kawal terhadap ketirisan dan salah guna kuasa, salah guna dana negara yang mana semua ini adalah boleh dijadikan sebagai mechanism untuk menampung kenaikan kos sara hidup yang sedang dirasai ataupun dideritai oleh rakyat mutaakhir ini.

(bersambung...)

Sumber HD- 7-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Isu Tabung Haji: 7 hari Untuk Asyraf Wajdi saman atau berdebat - Rafizi
Posted on Friday, November 04 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32231



Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini memberikan tempoh selama tujuh hari kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk menyamannya berhubung tuduhan menfitnah Tabung Haji.

Jika tidak mahu menyaman, beliau perlu berdebat secara terbuka di depan orang ramai untuk membuktikan tuduhan telah memfitnah Tabung Haji, kata setiausaha agung PKR itu.

"Asyraf Wajdi boleh menyaman atas kapasiti beliau sendiri atau mengarahkan Tabung Haji menyaman sekiranya saya memfitnah Tabung Haji seperti yang didakwa.

"Jika tidak, beliau perlu bersetuju berdebat secara terbuka di depan orang ramai untuk membuktikan tuduhan beliau bahawa saya telah memfitnah Tabung Haji," katanya dalam kenyataan.

Menurut Rafizi, beliau telah menghantar satu surat rasmi kepada Asyraf Wajdi mengenai cadangan-cadangan tersebut.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah berkata, organisasi tersebut kini mempunyai nilai aset boleh direalisasikan berjumlah RM64.74 bilion berbanding liabiliti kepada pendeposit sebanyak RM59.33 bilion.

Justeru, ujar Johan, pihak mampu untuk mengembalikan kesemua deposit oleh pencarum jika wujud keperluan untuk berbuat demikian.

Lebih dari itu, tambah Johan, dana pendeposit TH juga selamat kerana dijamin oleh kerajaan di bawah Akta Lembaga Tabung Haji 1995.

Rafizi pula mendakwa dana TH berada dalam kedudukan defisit sekitar RM3 bilion ekoran kerugian yang ditanggung daripada aktiviti pelaburan.

Menurut setiausaha agung PKR itu, kerugian berkenaan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 itu menyebabkan dana terkumpul semasa ialah RM56.24 bilion berbanding jumlah deposit terkumpul sebanyak RM59.33 bilion.

"Minggu lalu Tabung Haji telah mengeluarkan keputusan kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan terkini 31 Disember 2015 dan menerusi analisis pergerakan dana pendeposit menunjukkan jumlah simpanan bersih bagi tahun itu merosot lapan peratus sedangkan selama enam tahun dari 2009 hingga 2015 simpanan bersih bertambah pada purata 22.6 peratus.

"Dengan angka-angka yang tidak memberangsangkan sebegini, sudah tentu ia tidak mengejutkan apabila analisa kebolehupayaan Tabung Haji membayar semula simpanan pendepositnya menunjukkan jika pendeposit mengeluarkan sekaligus pada tempoh itu ia akan kekurangan wang untuk memulangkan semua simpanan," katanya pada sdang media di Parlimen.

Untuk tahun kewangan 2015, TH mencatatkan perolehan sebanyak RM4.08 bilion, meningkat sebanyak 37 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai pula sebanyak RM3.54 bilion, 18.7 peratus lebih tinggi daripada 2014, menurut laporan tahunan TH.


Jumlah aset kumpulan itu pula, setakat 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM60.19 bilion berbanding RM734.2 juta dalam jumlah liabiliti yang ditanggungnya.

Sumber TKO - 4-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya Tak Nampak Rakyat Susah & Menderita Pun, Saya Tengok Lebuh Raya Sesak - UMNO
Posted on Friday, November 04 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32222



KUALA LUMPUR - Kesesakan di lebuh raya dengan jumlah kenderaan yang semakin hari semakin meningkat, sejumlah besar rakyat Malaysia melancong ke luar negara serta kemampuan umat Islam menunaikan umrah, menjadi ukuran bahawa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 yang lalu menguntungkan rakyat.

Wakil rakyat Bagan Serai (BN) Noor Azmi berkata demikian menepis dakwaan pembangkang kononnya rakyat menderita selepas perlaksanaan GST.

"Kata rakyat susah dan menderita, tetapi saya tengok lebuh raya sesak setiap hari. Di lapangan terbang, bukan KLIA sahaja malah lapangan terbang Terengganu, tahun ini saja 40,000 umat Islam pergi umrah. Susah, susah melancong di Vietnam dan Indonesia.

"Sebenarnya pakatan pembangkang mengatakan bahawa GST ini mendera rakyat adalah bohong dan karut. Dakwaan itu hanyalah persepsi semata-mata," katanya.


 Tambahnya lagi, kerajaan telah melakukan sebaik mungkin untuk membantu meringankan bebanan rakyat, namun pembangkang memutar belitkan dengan mendakwa GST sebagai punca rakyat Malaysia menderita.

Sumber TKO - 4-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Proses visa umrah sukar, agen pelancongan rugi

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43076-proses-visa-umrah-sukar-agen-pelancongan-rugi

KUALA LUMPUR: Proses mengeluarkan visa untuk umrah yang sukar diperolehi menyebabkan ramai agen pelancongan menghadapi kerugian, demikian menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Katanya, ramai agen pelancongan dan jemaah umrah bimbang kerana proses mendapatkan visa di saat-saat akhir iaitu sehari sebelum rombongan berlepas.

"Proses nak dapatkan visa umrah sukar, visa umrah dapat sehari sebelum bertolak menyebabkan agen gagal hadapi kes-kes seperti ini yang telah menempah tiket dan hotel.

"Adakah pihak kerajaan melihat isu ini yang menjadi punca kes penipuan yang tidak disengajakan?" katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Parlimen hari ini.

Tambahnya, kerajaan perlu mencari kaedah yang lebih baik dengan mengadakan perbincangan bersama Arab Saudi bagi menangani kes seperti ini supaya ianya tidak berlaku.

"Kita mengalu-alukan kerajaan menubuhkan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) bagi menghadapi kes penipuan umrah dan berharap dapat mengurangkan kes ke tahap sifar," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menasihatkan agar jemaah umrah mengenal pasti agen-agen pelancongan yang diiktiraf oleh kementeriannya.

"Kita beri kebenaran visa dan pengiktirafan hanya kepada syarikat yang didaftar di bawah kementerian kita untuk mengendalikan umrah.

"Untuk kes-kes lambat dapat visa ini adalah syarikat yang dikira tidak layak untuk menyediakan pakej umrah. Kita cadangkan lihat di 'website' kita untuk semak syarikat pelancongan yang diiktiraf," tambah beliau.

Beliau turut menegaskan pakej umrah yang ditawarkan dengan harga RM4,900 ke bawah untuk 12 hari 10 malam kebanyakannya adalah menipu.

Di dalam soalan asal, Nik Abduh meminta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan keberkesanan penubuhan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) dalam mengawal kes penipuan umrah dan usaha-usaha lain yang turut dilakukan bagi mencegah perkara ini. - HARAKAHDAILY 3/11/2016

Sumber HD - 3-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Sebelum adanya korban, segera besarkan LTSIP

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43072-sebelum-adanya-korban-segera-besarkan-ltsip

KUALA LUMPUR: Insiden pesawat Airbus A320 Air Asia tergelincir di  Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) pada Selasa lalu akibat kelemahan perancangan dan tindakan kerajaan menaik taraf lapangan terbang itu, demikian menurut Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaari

Ketika membahaskan Bajet 2017 di Parlimen beliau berkata, isu menaik taraf satu-satunya lapangan terbang di negeri Kelantan sekian lama dibangkitkan oleh ahli parlimen pembangkang dan juga kerajaan negeri namun sehingga hari ini kerajaan pusat seolah-olah buat tidak tahu.

"Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana tiada kecederaan dilaporkan berlaku. Namun insiden ini patut menjadi amaran awal kepada kita semua tentang tahap keselamatan LTSIP," katanya.

Malahan tegas beliau, kerajaan negeri dan Sultan Kelantan sendiri telah lama menggesa supaya dipercepatkan pembesaran LTSIP.

Kenyataan Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) Datuk Badlisham Ghazali pada Ogos 2016, menyatakan bahawa bilangan penumpang LTSIP sekarang lebih dua juta orang iaitu melebihi kapasitinya, 1.5 juta penumpang setahun. Setiap hari lebih kurang 70 kapal terbang berlepas dan mendarat di LTSIP.

Dan beliau juga menyatakan kemajuan  pelaksanaan projek pembesaran lapangan terbang itu yang telah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) masih di peringkat perancangan.

Pembesaran LTSIP sepatutnya bukan berada diperingkat perancangan, bahkan ianya sepatutnya telah lama dinikmati oleh semua.

"Bahkan kejadian pesawat tergelincir semalam, membuatkan ratusan penumpang pesawat berkenaan mengalami kejutan trauma, tidak terhitung pula kerugian moral dan kewangan akibat insiden ini," tambah beliau.

Katanya, Kelantan tidak boleh setakat berbangga dengan simbol wau bulan pada syarikat penerbangan negara, namun ia juga berhak untuk memperolehi lapangan terbang yang selamat dan cekap.

"Saya menggesa Menteri Pengangkutan memberikan penjelasan secepat dan setelus mungkin berkaitan insiden ini dan memberikan jawapan atas persoalan kelambatan pembesaran LTSIP," tegasnya. – HARAKAHDAILY 3/11/2016

Sumber HD - 3-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Razali: Siasatan RM2.6b berkaitan rasuah, bukan dari mana duit itu
Posted on Thursday, November 03 @ 10:05:42 MYT

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32210



Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 'derma' RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sama ada berlaku rasuah dan bukan duit itu dari mana, kata seorang timbalan menteri Umno.

"Kita (SPRM) hanya melihat tentang rasuah, kita tidak lihat tentang duit itu dari mana.

"(SPRM menyiasat) sama ada duit itu tertakluk kepada pelakuan rasuah atau tidak," Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim memberitahu Parlimen malam tadi.
"Kita tidak boleh kata andaian-andaian tentang 1MDB, tentang perkara-perkara di Amerika Syarikat dan Switzerland.

"Mereka mungkin lihat soal aliran kewangan, kita hanya melihat soal rasuah," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2017, dengan tumpuan kepada SPRM dan Felda.

Oleh itu, beliau berkata kes itu, yang telah ditutup awal tahun ini, akan kekal ditutup.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sama ada SPRM akan membuka semula siasatan terhadap skandal derma RM2.6 bilion ekoran saman sivil yang difail Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika pada bulan Julai.

Sumber TKO - 2-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































Catatan Parlimen: Bermula sesi penggulungan menteri

HARAKAHDAILY | .







http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43069-catatan-parlimen-bermula-sesi-penggulungan-menteri

Setelah 6 hari sesi perbahasan Bajet 2017 peringkat dasar, hari ini bermulalah sesi penggulungan, iaitu jawapan terhadap segala isu yang dibangkitkan dalam perbahasan akan dijawab oleh pihak kerajaan. Ketika sesi perbahasan, kerajaan perlu mendengar soalan yang dibangkitkan oleh para ahli parlimen, manakala ketika sesi penggulungan, para ahli parlimen pula perlu mendengar jawapan yang diberikan oleh kerajaan.

Sesi penggulungan adalah giliran menteri untuk berucap, sekiranya ahli dewan ingin bangun mencelah bertanya, terserahlah kepada pihak menteri samada memberi keizinan ataupun tidak.

Sekiranya tidak diberikan, ahli dewan yang bangun itu perlulah duduk semula. Inilah peraturan asas yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh para Ahli Dewan.

Harapnya di Parlimen ini, tidak berlakulah seperti Sidang Dun Kelantan. Ada Adun yang bangun mempertikai Exco Kerajaan yang sedang berucap itu sama ada ini "khutbah atau penggulungan"?

Di Dewan Rakyat juga, tidak boleh berdiri secara berterusan mengganggu sesi penggulungan kerana kedegilan dan lagak hero itu akan menyebabkan ahli dewan boleh dihalau keluar oleh Tan Sri Speaker. Setakat ini, masih belum ada Ahli Dewan Rakyat yang berkuasa 10 seperti Adun di Kelantan...hehe

Parlimen hari ini bersidang sehingga jam 11.30 malam.

Pagi ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri memulakan sesi penggulungan.Antara isu yang dijawab ialah berkenaan kegiatan judi yang begitu berleluasa.

Tuan Guru Presiden PAS, Ketua Penerangan PAS dan Ketua Dewan Pemuda PAS antara yang bangun mencelah ketika TPM membuat penggulungan. Mereka bertiga juga berucap ketika sesi perbahasan Bajet dulu.

Kalau ada yang masih membuat cereka kononnya Ahli Parlimen PAS adalah kaki ponteng, duduk diam sahaja dalam dewan, saya pun tidak pasti apakah dendam kesumat mereka yang tidak habis-habis memburukkan PAS?

Tuan Guru Presiden PAS, yang merupakan Ahli Parlimen Marang ketika bangun mencelah menyebut dalam isu judi ini, tindakan mencegah itu perlu diutamakan terlebih dahulu daripada tindakan undang-undang. Beliau mencadangkan agar masyarakat, NGO dilibatkan dengan sepenuhnya dalam usaha mencegah judi ini.

Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin pula mencadangkan agar kempen jauhi judi dilaksanakan sepertimana kerajaan melancarkan kempen jauhi rokok.

Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Nik Abduh menegur kerajaan dalam hal pemberian lesen judi kerana ia membuatkan seolah ada judi halal dan judi haram. Beliau turut menjadikan Kerajaan PAS di Kelantan sebagai contoh telah lama melaksanakan usaha membanteras judi ini dengan kuasa yang ada di peringkat negeri.

Untuk melihat apa respons jawapan oleh TPM, boleh saksikan video rakaman di channel youtube TV PAS.

Catatan oleh:
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

Sumber HD - 2-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Apa langkah kerajaan atasi masalah kawalan sempadan?

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43050-apa-langkah-kerajaan-atasi-masalah-kawalan-sempadan


KUALA LUMPUR: Masyarakat hari ini kurang keyakinan terhadap kawalan keselamatan di sempadan negara ekoran pelbagai kegiatan penyeludupan yang sering berlaku, demikian menurut Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, apabila isu persempadanan timbul ia berkait rapat dengan penyeludupan senjata api, dadah dan kemasukan pendatang asing.

"Terkini, di tempat saya dijumpai epat mayat warga asing bergelimpangan. Kawalan jenayah di sempadan semakin berleluasa. Kalau sebelum ini kita banyak melaksanakan operasi seperti Ops Laras, Senjata Api," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan menyatakan langkah-langkah yang dibuat bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat ke atas kawalan keselamatan di sempadan negara.

"Apakah ada operasi baru yang dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi masalah ini," soal beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan telah melanjutkan Ops Cantas kali ke-2 oleh Unit Ibu Pejabat Polis yang akan menumpukan di kawasan-kawasan yang ditetapkan.

"Antara langkah lain mempertingkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa kerajaan antara Malaysia dengan Thailand," katanya.

Di dalam soalan asal, Ahmad Marzuk minta Menteri Dalam Negeri menyatakan dalam usaha mengetatkan kawalan sempadan utara tanah air, adakah sudah ada cadangan atau perancangan pembinaan pagar sepanjang sempadan antara negara Malaysia dan Thailand. – HARAKAHDAILY 1/11/2016

Sumber HD - 1-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































TG Presiden PAS bahas Bajet 2017, perjelas RUU 355

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42993-tg-presiden-pas-bahas-bajet-2017-perjelas-ruu-355

Alhamdulillah, tengah hari tadi tibalah giliran YB Marang, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membahaskan Bajet 2017. Fokus ucapan beliau ialah mengenai RUU 355, GST dan TPPA.
Ucapan beliau sememangnya dinantikan sepertimana ramai yang tengah menunggu bilakah Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta 355 dibahaskan?
Saya kongsikan di sini intipati utama ucapan perbahasan beliau:

Pada tepat jam 12.45 tengah hari, Tuan Guru Presiden memulakan ucapan dengan membaca Firman Allah, dalam Surah Al  Maidah ayat 2 yang bermaksud: "Bertolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan sesekali bertolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan."

Segala perancangan yang dilakukan oleh manusia mesti mempunyai kelemahan, ada perkara yang positif dan ada yang negatif. Kita menyokong perkara yang positif seperti meluluskan peruntukan untuk jentera kerajaan, keamanan, dan keselamatan demi kepentingan negara dan rakyat umum.

Pada masa sama, kita perlu mengambil kira kelemahan yang berlaku seperti kebocoran, salah laku, dan sebagainya yang perlu diambil tindakan sewajarnya agar bukan sahaja duit yang selamat tetapi rakyat dan negara ini selamat.

Bagi mencapai tujuan itu, Islam berpandukan Al-Quran mengemukakan asas yang kukuh sepertimana Firman Allah dalam Surah Al Haj ayat 41 yang bermaksud: "Orang-orang yang kami berikan kuasa pemerintah di muka bumi, di dalam negeri, mereka hendaklah mendirikan solat, menunaikan zakat, amar  makruf nahi mungkar, kepada Allah segala urusan."

Kita membina negara dalam keadaan masyarakat majmuk berbilang kaum. Ini tidak menjadi masalah walaupun ianya diwujudkan oleh penjajah untuk melaga-lagakan kita.Ia dapat disempurnakan sekiranya kita menerima realiti manusia sejagat hidup bermasyarakat.

Semua orang menerima Rukun Negara:

a) Kepercayaan kepada Tuhan
b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
c) Keluhuran Perlembagaan
d) Kedaulatan Undang-Undang
e) Kesopanan dan Kesusilaan

Kita telah meletakkan asas yang kukuh iaitu Perkara 3 (1) Perlembagaan; “Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”.

Almarhum Profesor Ahmad Ibrahim ada menulis dalam buku yang bertajuk "Islam dalam Perlembagaan", yang memetik minit Suruhanjaya Reid yang berbincang mengenai Artikel 3 (1) setelah mengambil kira memorandum yang dihantar oleh Parti Perikatan.

Pada era menjelang kemerdekaan, PAS sudah ada 1 kerusi menjadi pembangkang dalam keadaan parti pembangkang lain belum pun wujud.

Al-Quran ada mengatakan tidak ada paksaan dalam beragama kerana ia kepercayaan di dalam hati yang tidak boleh dipaksa.

Al-Quran juga menyebut "sekiranya orang bukan Islam itu mahu berhukum dengan hukuman mereka sendiri, mereka tidak dipaksa."

Tuan Guru Presiden menzahirkan dukacita apabila beliau mengemukakan usul persendirian bagi meminda Akta 355, timbul desas-desus dan ucapan yang sangat negatif.

Sepatutnya kita menerima apa yang sudah ada di dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan mengenai kuasa negeri. islam termasuk dalam kuasa negeri.

Usul yang dikemukakan adalah mengenai Mahkamah Syariah yang melibatkan orang Islam sahaja, tidak ada kaitan dengan orang bukan Islam. Akta ini diluluskan pada tahun 1965, Singapura masih ada dalam Malaysia. Mendiang Lim Kuan Yew berada dalam Parlimen, tidak ada apa-apa bantahan.

Pada tahun 1984, ia dipinda dengan tidak ada apa masalah yang berlaku.

Namun, apabila saya mengemukakan hal ini telah timbul masalah sehingga boleh menghasilkan salah faham di antara satu sama lain. Kita mahukan urusan umat Islam ini diberikan kepada orang Islam sahaja sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang, terpulanglah kepada mereka, tidak perlu timbul isu yang boleh menyebabkan ketegangan. Pihak media juga berperanan dengan baik dan sihat untuk menghasilkan masyarat majmuk yang bersatu-padu.

Pada ketika ini, YB DAP Bandar Kuching bangun mencelah bertanya mengenai usul 355 dengan berkata ini usul Hudud:

a) Mengapa YB Marang merelakan PAS diperalatkan oleh PM Najib?

b) Adakah YB Marang sedar tindakan ini telah memecah-belahkan perpaduan pembangkang dan memusnahkan harapan rakyat yang mahu menyelamatkan negara ini daripada Umno?

c) Adakah YB Marang sedar tindakan ini telah menggugat asas pembentukan Malaysia?

d) Adakah YB Marang sedar usul YB sudah diturunkan dan sekiranya ianya dinaikkan pun, Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak, tidak akan menyokong usul ini kerana ia telah melanggari terma persetujuan kemasukan Sabah dan Sarawak ketika pembentukan Malaysia?

e) Apakah ada udang di sebalik batu apabila wujud persetujuan sulit antara YB Marang dan PM sehingga UMNO boleh kekal mentadbir negara ini?

Seterusnya, YB PAS Kota Bharu yang juga Ketua Whip PAS bangun bertanya adakah YB Marang bersetuju bahawa Usul RUU Persendirian ini adalah suatu perkara yang dibenarkan berpandukan Peraturan Mesyuarat  yang membolehkan kesemua Ahli Parlimen berhak mengemukakannya dan sepatutnya proses demokrasi ini dihormati. Persoalan hendak menyokong atau menolak itu hal yang lain, tetapi untuk menyekat hak Ahli Parlimen membawanya adalah bercanggah dengan amalan demokrasi.

Lantas, Tuan Guru Presiden menjawab bahawa usul ini bukannya Hudud. Perkataan Hudud perlu diperjelaskan, ia bermakna sempadan (border). Ia adalah undang-undang jenayah Islam yang disempadankan oleh Al-Quran dan Hadis yang tidak boleh diijtihadkan atau dipinda oleh penganut Islam.

Undang-undang jenayah Islam adalah kuasa negeri, terpulanglah kepada negeri masing-masing untuk mengemukakannya. Hudud, Qisos, dan Takzir adalah undang-undang jenayah Islam. Terpulanglah kepada Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang.

Usul yang dikemukakan adalah mengenai Mahkamah Syariah untuk memperkenalkan bagaimana konsep, sistem, dan peraturan mahkamah. Adalah tidak adil untuk kita melaksanakan undang-undang Islam tanpa perlu kepada mahkamah.

Mahkamah ini telah wujud zaman-berzaman, ada juga pada zaman British. Apa yang berlaku hari ini, Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret. Ini sangat mendukacitakan bagi penganut Islam.

Tidak salah bagi orang bukan Islam mengemukakan undang-undang mengikut agama mereka sendiri. Di dalam Bible Old Testament yang dikenali sebagai Taurat, ada juga undang-undang Hudud dan Qisas.

Berkenaan mengapa usul ini turun naik gilirannya, ianya bukan urusan beliau kerana beliau hanya mengemukakan usul. Terpulanglah kepada mereka (Parlimen) mahu meletakkan pada nombor berapa  sama ada 1, 10 atau 40 pun.

Berkenaan adakah wujud udang di sebalik batu, beliau tidak tahu pula sama ada ada udang, ikan, mahupun buaya di sebalik batu.

Rujuklah kembali Peraturan Mesyuarat. Usul ini beliau pernah mengemukakannya pada tahun 1990-an dahulu ketika YB DAP Bandar Kuching belum pun berada di dalam Dewan.

Mengikut Standing Order (Peraturan Mesyuarat), usul RUU Persendirian hendaklah diusulkan oleh seorang menteri, barulah usul ini dibawa dan dibenarkan oleh Parlimen barulah ia dikira sebagai Bacaan Kali Pertama. Beliau sudah mengemukakan usul ini beberapa kali, tetapi tidak dapat.

Di dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual kesembilan, Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas mengenai undang-undang Islam adalah kuasa negeri masing-masing, dan Mahkamah Syariah hanya boleh menghukum penganut Islam sahaja.

Bangun pula, YB DAP Tanjung yang bertanya, berdasarkan hujah YB Marang tadi bahawa tiada paksaan kepada Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, adakah mereka diberi kebebasan untuk tidak memberikan sokongan ketika RUU ini diputuskan nanti?

YB PAS Kota Bharu pula bangun mencelah dan memaklumkan mengenai ketika pindaan Akta 355 pada tahun 1984, meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah, tidak ada pun Ahli Parlimen bukan Islam yang berbahas sedangkan Ahli Parlimen DAP Gelang Patah (Lim Kit Siang), dan Kepong (Dr Tan Seng Giaw) ada di dalam Dewan. Bahkan, ketika ia dibawa ke Dewan Negara pada 18 Disember 1984, yang membawanya ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dan disokong oleh Menteri Kehakiman dan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr James P. Ongkili yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Sabah.

Tuan Guru Presiden PAS menjawab bahawa Perlembagaan sudahpun memberikan hak ini sepertimana dalam Perkara 3(1) dan kita juga ,menghayati konsep demokrasi berparlimen. Adapun mengenai sikap mereka mahu menyokong, membangkang, berkecuali adalah hak masing-masing yang tidak boleh dipaksa.

Kita bawa ke Parlimen ini pun kerana memahami prinsip demokrasi, perlembagaan dan rukun negara.

Ketika pemerintahan Islam selama 1000 tahun lebih di kawasan yang sangat luas, tanpa ada alat canggih moden seperti hari ini boleh menangani masyarakat majmuk. Penganut bukan Islam yang tidak mahu berhukum dengan undang-undang Islam dibenarkan mempunyai mahkamah mereka sendiri.

Dialog harmoni perlu diadakan dengan menghimpunkan tokoh agama masing-masing dan inilah cara yang terbaik bagi memelihara keharmonian negara ini tanpa perlu ada rasa sangsi dan takut antara satu sama lain.

Dalam hal berkenaan ummat Islam adalah tanggungjawab semua tanpa mengira fahaman politik kerana ia adalah kepentingan bersama. Sememangnya wujud rundingan peringkat politik, pegawai kerajaan pusat dan negeri. Dalam hal berkaitan kehidupan seperti lebuh raya, Jambatan Kedua Pulau Pinang adanya rundingan, maka adakah salah kami berunding dengan Kerajaan Pusat?

Seterusnya, Tuan Guru Presiden memfokuskan ucapan dalam hal ekonomi. GST adalah cukai darurat, adanya perkara tersurat, wujud juga yang tersirat. Kerajaan berkata ekonomi kita sangat kukuh, kuat, bermakna kita bukan dalam keadaan darurat.

Dalam keadaan darurat pun, Islam menetapkan syarat iaitu tidak ada sumber-sumber lain. Perkara seperti ketirisan, salah guna kuasa pembaziran perlu diselesaikan. GST ini membebankan rakyat, inflasi meningkat sehingga 3.2% sehingga berlakunya peningkatan barang keperluan rakyat.

Tuan Guru Presiden menegur Kerajaan dalam hal pemberian BR1M kerana ianya umpama memberi ikan, bukannya kail. Pastinya selepas habis nanti, mereka akan meminta lebih banyak. Meningkatnya peruntukan BR1M bermakna meningkatnya bebanan kerajaan. Sepatutnya kaedah memberi kail seperti subsidi kemudahan perikanan, pertanian, nelayan. Pengawalan terhadap alam sekitar dan hasil di laut juga perlu diperkemaskan.

Akhirnya, isu antarabangsa TPPA. Kerajaan perlu membuat kajian dalam keadaan ekonomi Amerika dan Barat yang tidak kukuh, dalam suasana keamanan dunia yang tidak boleh dijamin antara Timur dan Barat yang kini berubah menjadi perang panas setelah berakhirnya perang dingin. Maka, kerajaan perlulah mengkaji semula TPPA.

Kesimpulannya, dapatlah kita lihat sendiri bagaimana kemampuan Tuan Guru Presiden PAS berhujah dengan fakta, rasional, beradab dan tenang walau diprovok. Ada pihak yang sering menyebar cereka kononnya Tuan Guru Presiden PAS cenderung membela PM Najib dan Kerajaan Umno, tetapi hakikatnya anda yang membaca dan menonton rakaman ucapan dapat menilai sendiri. Sepanjang 30 minit ucapan beliau, adakah ayat yang Tuan Guru Presiden PAS memuji, dan mempertahankan PM Najib. Beliau berucap atas prinsip kebenaran dan menegur pemerintah dalam hal GST, BR1M, TPPA dan hentikan segala penyelewengan.

Beliau menunjukkan kepada kita bagaimana berperanan sebagai pembangkang yang menasihat kesilapan kerajaan dan bekerjasama dalam perkara kebaikan selaras dengan prinsip taawun yang diajar di dalam Islam.

Kita teruskan berdoa Tuan Guru Presiden PAS diberikan kekuatan apabila tiba masanya nanti bagi membentang dan membahaskan RUU 355 yang pastinya lebih getir dan hangat suasananya nanti.

Catatan oleh:
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
Menara Parlimen
09.55 malam, 26 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 227-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Apa peranan kementerian bantu anak petani

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42998-apa-peranan-kementerian-bantu-anak-petani

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk memberi pengajian secara percuma kepada anak-anak pekebun kecil bagi mencapai cita-cita mereka ke menara gading, demikian tegas Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad.

Ketika mengajukan soalan tambahan di Parlimen hari ini beliau berkata, usaha ini sebagai langkah untuk membantu pekebun-pekebun kecil meningkatkan taraf hidup sekali gus mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

"Memandangkan masalah pekebun kecil seperti pekebun getah berlanjutan, tambah pula anak-anak mereka kurang berminat untuk ceburi bidang perladangan getah kerana masa hadapan yang suram. Harapan agar mereka berusaha meningkatkan pengajian mereka untuk mencari kerja lain untuk bantu keluarga," katanya.

Tambahnya, ada di antara anak-anak pekebun yang tinggal di pedalaman dan terputus hubungan akhirnya mereka tidak cemerlang berbanding pelajar-pelajar lain di bandar.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pekebun getah atau kelapa sawit dengan mewujudkan beberapa pusat latihan untuk anak-anak pekebun kecil.

"Misalnya, Lembaga Getah Negara (LGN) menjalankan pelbagai kursus dan latihan khas untuk anak-anak pekebun kecil yang mahu berkecimpung di dalam dunia pertanian.

"Kerajaan bagi ruang kepada mereka untuk terus tambah ilmu dan menaikkan tahap pertanian bagi memajukan perusahaan getah  begitu juga ladang sawit," jawab beliau dalam sesi soal jawab hari ini.

Di dalam soalan asal, Nik Mazian meminta Menteri terbabit menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk membantu para petani dan usahawan kecil sektor pertanian dan asas tani dalam menghadapi kegawatan ekonomi, kesan daripada kejatuhan harga getah dan sawit. Apakah Kementerian ingin membantu anak-anak mereka mendapat bantuan pengajian hingga ke peringkat universiti secara percuma. – HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Jadikan bajet mabrur, baik, diberkati dan berkebajikan

IZWAN ABDUL HALIM | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42997-jadikan-bajet-mabrur-baik-diberkati-dan-berkebajikan

KUALA LUMPUR: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sepatutnya dikemukakan ketika negara berada dalam keadaan darurat ekonomi, malangnya dilaksanakan di sebalik dakwaan ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan kuat.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, syarat-syarat darurat yang dijelaskan Islam merujuk darurat ekonomi ketika tidak ada sumber-sumber lain, ditangani ketirisan, kebocoran, salah laku, pembaziran, penyelewengan dan seumpamanya serta mestilah tidak membebani rakyat.

“Sangat membimbangkan, GST yang dilaporkan dalam ucapan Bajet dibanding dengan sebelumnya, meningkat kepada peningkatan yang mendadak, cukainya mendadak. Tetapi mesti dikaji dalam masa yang sama ialah kesan inflasi yang meningkat, sehingga 2.3 peratus.

“Inflasi yang melibatkan barang-barang keperluan rakyat yang bukan sahaja berkait dengan penguatkuasaan undang-undang, termasuklah juga kesedaran dan kefahaman masyarakat yang perlu disedari. Perlu ditangani hal-hal ini, kita bimbang perkara negatif ini akan membebankan rakyat,” utaranya ketika Perbahasan Bajet 2017 pada Sidang Parlimen, di sini semalam.

Beliau juga menyentuh mengenai tindakan kerajaan menggunakan kaedah BR1M sebagai bantuan langsung kepada rakyat yang diumpamakan sebagai memberi ikan dan bukannya mata kail.

Jelasnya, pemberian sedemikian akan menyebabkan rakyat akan meminta lebih banyak sekali gus meningkatkan BR1M dan membebankan kerajaan.

“Sepatutnya bukan memberi ikan, berikan kail. Peruntukan disediakan untuk subsidi, kemudahan-kemudahan seperti perikanan, pertanian, nelayan, ini perlu dilakukan. Kemudahan mengeluarkan baja yang murah, makanan ternakan haiwan yang murah, itu sepatutnya.

“Kalau beri secara langsung, saya yakin pengalaman yang sudah-sudah berlaku hal-hal penyalahgunaan yang sangat membimbangkan. Dalam masa yang sama, pengawalan terhadap alam sekitar, ini juga tidak berlaku dengan cara yang baik dan telus.

“Hasil laut kita makin hari makin hakis kerana pengawalan yang tidak tegas dalam menghadapi hasil laut,” utara beliau yang juga Presiden PAS.

Tuan Guru turut menyinggung mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Rentas Pasifik (TPPA) dengan mengemukakan contoh Filipina yang telah membatalkannya kerana hubungan politik antarabangsa.

Beliau berharap kerajaan juga membuat kajian kerana ekonomi Amerika dan Barat tidak kukuh disebabkan suasana keamanan dunia yang tidak boleh dijamin dari ketegangan antara Timur dan Barat ekoran perang.

Katanya, PAS menyokong dan bersetuju dalam perkara positif untuk meluluskan peruntukan bagi jentera-jentera kerajaan, pegawai kerajaan, keamanan dan keselamatan yang menjalankan tugas untuk kepentingan negara serta semua isi negara ini.

Begitu juga ujarnya, untuk kepentingan umum bagi perkara-perkara asasi dan pokok dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Pun begitu tegurnya, mengambil kira kelemahan-kelemahan yang berlaku seperti kebocoran, salah laku dan sebagainya dengan mengambil tindakan sewajarnya, supaya rakyat dan negara selamat, bukan sahaja duitnya selamat.

“Orang-orang yang kami berikan kepada mereka kuasa memerintah di muka bumi (di dalam negeri) mereka hendaklah mendirikan sembahyang (hubungan spiritual rohani dengan Allah), menunaikan zakat (aspek ekonomi), menyuruh kepada yang baik, mencegah kemungkaran (terkandung di dalamnya perlembagaan undang-undang), dan segala pengurusannya dan bagi Allah sahaja akibat segala urusan (wawasan dunia dan wawasan akhirat),” ujar beliau membacakan ayat 41 surah al-Haj itu.

Jelas beliau, tidak hanya ibadah Haji, tetapi Bajet juga mesti mencapai kebaikan dan diberkati, mabrur dan berkebajikan.

Oleh itu katanya, perlu dipertimbang dan dilakukan perbahasan dengan penuh saksama, kerana segala perancangan yang dilakukan oleh manusia pasti mempunyai kelemahan-kelemahan melibatkan perkara positif dan negatif. – HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akta 355: Fahami kebebasan hak dan pembahagian kuasa

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42996-akta-355-fahami-kebebasan-hak-dan-pembahagian-kuasa

KUALA LUMPUR: Usul RUU Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 tidak ada kena mengena dengan hudud, demikian jelas Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Jelas beliau, hudud bermakna sempadan (border) iaitu undang-undang jenayah yang disempadankan di dalam al-Quran dan hadis tanpa boleh diijtihadkan ataupun dipinda oleh penganut-penganut Islam.

Malah terang Presiden PAS itu, Akta 355 hanya berkait dengan perundangan jenayah di bawah kuasa negeri di mana terpulang kepada negeri masing-masing sama ada mengemukakan Undang-undang Jenayah Islam Hudud, Qisas atau Takzir.

“Ada tiga jenis Undang-undang Jenayah dalam Islam. Terpulang kepada Sabah dan Sarawak, terpulang kepada Kelantan, terpulang kepada Terengganu, terpulang kepada Pulau Pinang, ini undang-undang negeri masing-masing. Usul yang saya bahas ini adalah berkaitan dengan Mahkamah Syariah.

“Mahkamah Syariah ini adalah untuk memperkenalkan bagaimana konsep mahkamah, sistem mahkamah, peraturan mahkamah. Adalah tidak adil sekiranya kita mahu melaksanakan undang-undang Islam, tak perlu mahkamah. Itu tak betul, mesti ada mahkamah, ini untuk memperkenalkan mahkamah.

“Mahkamah syariah sudah ada sejak zaman berzaman. Zaman British, setelah kita merdeka, ada lagi Mahkamah Syariah. Maka berlakulah dua kali pindaan bagaimana nak menaikkan taraf Mahkamah Syariah. Apa yang berlaku pada hari ini, taraf Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret, ini sangat mendukacitakan bagi penganut-penganut Islam,” perinci beliau.

Penjelasan itu diutarakan sebagai menjawab soalan-soalan diajukan kepada beliau ketika sesi Perbahasan Bajet 2017 dalam Sidang Parlimen, di sini semalam.

Tambah beliau lagi, perkara berkait dengan Mahkamah Syariah sudah disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan pada Jadual Kesembilan iaitu Perkara Satu Senarai Negeri, bermakna terpulang kepada negeri masing-masing melaksanakannya tanpa dipaksa.

Malah jelasnya, ia tidak berkait dengan orang bukan Islam di mana sebut jelas kewujudan dan penghukuman kesalahan hanya dilakukan ke atas penganut Islam terhadap perintah agamanya, bahkan tidak boleh melangkaui bidang kuasa dalam Senarai Persekutuan.

Demikian itu tegasnya, jelas menunjukkan bahawa tidak ada masalah yang menghalang bagi penganut-penganut Islam memperkasakan Mahkamah Syariah dan berunding dengan semua pihak.

“Perlembagaan sudah memberi hak, Islam Agama Persekutuan, agama-agama lain adalah bebas. Dalam masa yang sama kita menghayati konsep demokrasi berparlimen. Adapun sikap mereka di Parlimen, sama ada menyokong atau tidak, itu bukan hak saya.

“Terpulang kepada masing-masing, mahu menyokong, membangkang, berkecuali, saya tak boleh paksa. Ini adalah konsep demokrasi. Yang kita bawa ke Parlimen ini pun kerana memahami prinsip demokrasi dan memahami prinsip Perlembagaan dan rukun negara.

“(Kita) menghormati penganut semua agama, bukan sahaja perkara yang disebut, bahkan Islam sendiri dalam al-Quran,” ujarnya memetik ayat 42 surah al-Maidah mengenai hak bukan Islam sama ada mahu berhukum dengan hukum Islam atau hukuman lain.

Menurut Tuan Guru, Islam telah memerintah selama 1,000 tahun lebih dalam negara yang sangat luas ketika belum adanya alat-alat yang canggih dan segera seperti kini serta boleh menangani masyarakat majmuk.

Di mana ketika itu ceritanya, mengalami keadaan orang-orang bukan Islam yang tidak mahu menerima undang-undang Islam maka diserah kepada mereka sendiri dengan dibenarkan mereka mengadakan mahkamah sendiri dalam hal berkait dengan agama.

“Oleh kerana undang-undang ini (adalah) undang-undang agama, Quran mengatakan pilihan kepada penganut agama-agama lain. Tidak salah bagi penganut agama-agama lain untuk mengemukakan undang-undang mereka sendiri, undang-undang jenayah mereka sendiri.

“Setahu saya, di dalam ‘Bible Old Testament’ yang kami sebut Taurah, menjadi amalan kepada orang Kristian, ada juga undang-undang Qisas dan Hudud. Terpulang kepada mereka sendiri nak kemukakan atau tidak, kita orang Islam terpulang kepada kita sendiri,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Akta 355: Boleh dirunding, tidak perlu disangsikan

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42995-akta-355-boleh-dirunding-tidak-perlu-disangsikan

KUALA LUMPUR: Cadangan bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 telah beberapa kali dikemukakan sejak tahun 1990-an lagi, malangnya tidak pernah dapat dibawa untuk diusulkan pada sidang Parlimen.

Demikian maklum Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika Perbahasan Bajet 2017 pada Sidang Parlimen, di sini semalam.

Oleh itu katanya, perundingan dengan pihak Kerajaan Persekutuan dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkara itu jelasnya, memandangkan ‘Standing Order Parliament’ menetapkan Usul Persendirian mestilah terlebih dahulu diusulkan oleh seorang Menteri sebelum boleh dibawa usul tersebut.

Oleh itu ujar beliau, tidak menjadi kesalahan rundingan diadakan, sama ada peringkat politik, kerajaan mahupun pegawai.

“Maka diadakan perundingan peringkat politik, kerana yang dipilih dalam Dewan Negeri dan Dewan Rakyat ialah peringkat politik. Perundingan peringkat pegawai, pegawai juga. Negeri, kita ada Negeri Kelantan, ada Kerajaan Pusat, boleh berunding Kerajaan Negeri dengan Kementerian Kerajaan Pusat.

“Kalau sekiranya dalam hal yang berkait dengan kehidupan, hal lebuhraya, hal jambatan kedua Pulau Pinang, hal macam-macam boleh berunding antara negeri dengan Pusat, adakah salah kami berunding dengan Kerajaan Pusat di semua peringkat? Ini tidak menjadi satu kesalahan,” hujah beliau menjawab persoalan berkaitan yang ditanya.

Beliau turut menyatakan bahawa berlakunya turun naik usul tersebut dalam aturan mesyuarat adalah urusan di bawah Speaker dan Parlimen, bukannya Ahli Dewan.

Presiden PAS itu turut melahirkan rasa dukacita berikutan timbulnya desas-desus dan ucapan yang membangkitkan perkara sangat negatif terhadap usul tersebut.

Tegur beliau, sepatutnya perkara tersebut diterima kerana ianya sudah ada di dalam Perlembagaan khususnya Jadual Kesembilan di mana Undang-undang Islam atau hukum Islam adalah berkait dengan kuasa negeri dan ke atas orang-orang Islam sahaja.

“Usul yang saya kemukakan berkait dengan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah berkait dengan penganut Islam sahaja. Tidak ada kaitan dengan penganut yang bukan Islam. Bahkan (Akta) 355 ini pernah di bawa dalam tahun 1965 dan tahun 1966.

“(Tahun) 1965 dibuat pindaan. Di masa itu Singapura dalam Malaysia, mendiang Lee Kuan Yew di dalam Parlimen, tidak ada apa-apa bantahan. Tahun 80-an, dibuat pindaan lagi, tidak menimbul apa-apa masalah. Tetapi apabila saya kemukakan di peringkat ini, menimbulkan masalah yang boleh menghasilkan salah faham di antara satu sama lain,” terangnya mengimbau ringkas kronologi tersebut.

Pinta beliau, perkara yang berkait dengan penganut Islam hendaklah diberi kepada orang-orang Islam sahaja, sama ada oleh pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.

Tegasnya, tidak harus timbul isu-isu yang boleh menyebabkan ketegangan di mana pihak media juga perlu memainkan peranan secara sihat dan baik untuk menghasilkan masyarakat majmuk agar bersatu padu sebagaimana dimahukan.

“Sepatutnya kita berdialog secara harmoni. Masing-masing agama ada tokoh-tokoh agama, pemimpin agama mereka. Apa salahnya dihimpunkan semua penganut-penganut agama ini untuk memberitahu pandangan agama masing-masing, kita menerima apa yang terbaik.

“Ini adalah cara yang terbaik yang perlu kita lakukan untuk memelihara keharmonian di antara kaum dalam negara kita. Kita tak perlu sangsi dan takut di antara satu sama lain. Ada pun persoalan, adakah ada udang di sebalik batu? Kita perlu terbuka, bukan udang, batu disebalik udang pun tak apa, secara terbuka.

“Kita mengamal demokrasi, ada kerajaan negeri dan ada kerajaan pusat. Dalam perkara yang berkait dengan hal-hal orang Islam, adalah menjadi tanggungjawab penganut agama Islam tanpa mengira parti politik, tanpa mengira fahaman, tanpa mengira siapa, menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan ajaran agama mereka sendiri,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Pindaan Akta 355: PAS menerang bukan menghukum

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42990-pindaan-akta-355-pas-menerang-bukan-menghukum

Usul Pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melalui Rang Undang-Undang Ahli Persendirian semakin hari semakin menarik perhatian pelbagai pihak. Bukan sahaja parti politik bahkan NGO dan individu.

Uniknya, inilah satu-satunya Pindaan Akta yang dibahas secara terbuka kepada masyarakat di pelbagai peringkat sebelum ianya dibentang dan dibahas di Parlimen. Sedang pengalaman saya di Parlimen, ratusan akta telah dipinda melalui perbahasan dalam Dewan Rakyat tanpa melalui perbahasan awam malah tidak pun disedari oleh masyarakat awam. Tahu-tahu ia dibahas dan diluluskan di Parlimen.

Berbeza dengan Akta 355 ini. Usaha untuk memindanya demi memartabatkan Mahkamah Syariah dan memberi hak kepadanya menjatuhkan hukuman berdasarkan hukuman yang menepati Undang- Undang Syariat Islam, telah melalui jalan sukar dan berliku.

Pelbagai bantahan bermula dengan langkah mengheret pembawa usul YB DatukSeri Tuan Guru Abdul Hadi ke mahkamah, demonstrasi di hadapan parlimen, debat, wacana, dialog terbuka, penemuan tertutup dan sebagainya. Demikian juga pihak yang menyokong dengan pelbagai aksi, cara gaya dan pendekatan mereka. Pentas politik dan forum rakyat menjadi meriah dengan isu ini.

Malangnya kemeriahan ini tercemar dengan sikap keterlaluan dan melampau. Sama ada keterlaluan dalam menyokong mahupun melampau dalam menolak. Kedua-dua sikap ini merosakkan keharmonian bermasyarakat dan kemurnian berhujjah. Bila dan di manapun, sikap melampau dan keterlaluan ini menyusahkan. Namun ia sebuah realiti yang mesti depani secara bijak dan dewasa.

PAS mempertegaskan bahawa usaha meminda Akta 355 ini selayaknya bahkan sewajibnya disokong oleh Ahli Parlimen khas bagi yang beragama Islam. Justeru pindaan ini bermaksud memberi hak kepada Mahkamah Syariah agar boleh menjatuhkan hukuman menepati Undang-Undang Syariat Islam. Bukankah Allah SWT berfirman:

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (Surah Al Maaidah: 49)

Dasar, prinsip dan teknikal yang berbangkit sekitar usaha meminda Akta 355 bagi maksud memartabatkan Mahkamah Syariah akan diperjelaskan dari masa ke semasa oleh PAS tanpa bosan dan insya allah kita bersedia menemui siapa jua pihak yang ingin mencari kebenaran.

Adapun pihak yang hanya mahu mencari populariti murahan, rating di facebook, kelemahan yang mahu dieksploit, debat yang melampau, spin dan sebagainya, biarlah mereka tenggelam dalam keseronokan dan hanyut dalam keghairahan mereka membohongi dan memperbodohkan diri sendiri. Sementara mereka yang berlapang dada, bersikap terbuka, ikhlas dan jujur dalam perbincangan dan persahabatan, maka kita rakamkan setinggi-tinggi tahniah jua penghargaan.

PAS akan akan terus melangkah dengan cara dan pendekatan tersendiri untuk memahamkan ummah terhadap apa yang diperjuangkan. Meredah kabut kejahilan, mengharung badai cabaran dan menongkah rintangan yang menghalang dengan penuh sabar, tabah dan tekun.

Membudayakan Politik Matang dan Sejahtera dengan bercirikan Politik Dakwah dan Amar Makruf Nahi Mungkar, maka PAS bersikap terbuka bertemu dengan siapa jua, mendengar pandangan, menerima kritikan dalam usaha membawa Islam dan apa yang diperjuangkannya.

PAS menerang tidak menghukum. PAS berdakwah dan melunakkan madu'u (sasaran dakwah) bukan menjauh dan meliarkan mereka. Kita pendakwah bukan qadi. Jauhkan diri dari kafir mengkafir dan label yang tidak selayaknya sesama ummat Islam.

Sebaliknya terus berusaha tanpa letih untuk memahamkan ummah dan membimbing mereka biarpun mereka menentang dan tidak bersetuju dengan apa yang kita perjuangkan selama mana mereka tidak bertindak zalim dan melampau atau bertindak keras ke atas kita. - HARAKAHDAILY 26/10/2016

Sumber HD - 26-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Hadi Sangkal Ada 'Udang, Ikan Atau Buaya' Disebalik Kebenaran Pembentangan Usul RUU 355
Posted on Wednesday, October 26 @ 16:50:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32140


KUALA LUMPUR: PAS membidas tuduhan DAP mendakwa parlimen membenarkan usul persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibentangkan di Dewan Rakyat mempunyai agenda tersembunyi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang, tiada udang disebalik batu dalam kelulusan usul berkenaan.

"Ada udang ka,, ikan ka, buaya...saya tak tahu, terpulang. Ini usul persendirian saya," kata Hadi yang juga Presiden PAS.

Hadi berkata demikian bagi menjawab tuduhan Ahli Parlimen Kuching Chong Chien Jen mendakwa parlimen meluluskan usulnya untuk dibentangkan ekoran Ahli Parlimen Pekan (Najib) mempunyai agenda tersembunyi.

Kata Chieng Jen, tindakan Hadi menyebabkan perpaduan dalam kalangan pembangkang berpecah lantas membantutkan usaha menggulingkan kerajaan.

Wakil rakyat DAP itu turut mendesak penjelasan Hadi samaada terdapat rundingan sulit antara Hadi dan Najib disebalik kelulusan usul berkenaan sambil menegaskan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak akan menyokong usul yang diutarakan oleh PAS itu.

Jelas Hadi, usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 berkaitan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 merupakan urusan negeri-negeri terbabit dengan usul berkenaan dan tiada kaitan dengan wakil rakyat DAP itu.

Katanya, adalah terpuang kepada negeri-negeri terlubat untuk melaksanakannya atau tidak sekiranya perkara tersebut diluluskan.

Menyentuh mengenai kedudukan usul itu yang turun naik dalam kertas aturan mesyuarat, Hadi menegaskan bahawa perkara itu urusan Speaker.

"Bukan urusan saya, terpulang kepada mereka letak nombor berapa," katanya lagi.

Akta 355 yang dibawa Hadi mencetuskan kontroversi terutama dikalangan parti-parti pembangkang dengan DAP menentang sekeras-kerasnya manakala PKR dan PAN pula bersikap tunggu dan lihat.
Pembangkang menuduh wujud pakatan antara Hadi dan Najib selepas kedua-dua pemimpin itu kelihatan akrab dan majlis berkaitan Islam dan Melayu.

- Malaysian Digest

Sumber TKO - 26-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perubahan kedudukan usul urusan speaker

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42986-perubahan-kedudukan-usul-urusan-speaker

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan perubahan kedudukan usul persendirian RUU 355 di atas kertas perintah aturan urusan mesyuarat pada parlimen kali ini merupakan urusan Speaker Dewan Rakyat.

Presiden PAS itu juga berkata, terpulang kepada mereka untuk menaik atau menurunkan usul persendirian yang dikemukakan olehnya pada parlimen kali ini.

"Usul saya naik turun adalah urusan Speaker, terpulang kepada mereka," jawab Abdul Hadi kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching  Chong Chieng Jen.

Beliau yang enggan melayan persoalan yang dikemukakan oleh Chong Chieng Jen yang mendakwa beliau mempunyai 'persetujuan sulit' dengan Ahli Parlimen Pekan berkaitan RUU 355, meneruskan ucapannya.

"Ada udang ke, ikan ke, buaya ke saya tidak tahu. Saya balik kepada usul persendirian saya," tegas beliau.

Terdahulu, Chong Chieng Jen yang mencelah ketika TG Abdul Hadi membahaskan Bajet 2017 mempersoalkan kedudukan usul persendirian Marang yang berubah kedudukan pada sesi parlimen kali ini.

"Adakah YB Marang sedar sekarang usul YB diturunkan dan walaupun dapat dinaikkan dalam urusan mesyuarat kita, boleh kita tahu adakah ada udang di sebalik batu atau persetujuan sulit antara Marang dengan Pekan supaya usul ini dapat dinaikkan," soalnya. – HARAKAHDAILY 26/10/2016

Sumber HD - 26-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Bajet 2017 pinggirkan kepentingan rakyat Kedah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42983-bajet-2017-pinggirkan-kepentingan-rakyat-kedah

Secara umumnya mungkin ramai yang terpesona dengan pembentangan Bajet 2017 oleh  Perdana Menteri apabila memperuntukkan RM260.8 billion, RM214.8 billion darinya adalah untuk perbelanjaan mengurus dan bakinya RM48 billion bagi perbelanjaan pembangunan.

Setelah diperinci, semua angka tersebut tidak lebih dari angka permainan silap mata untuk mengaburi mata rakyat. Keanehan dalam Bajet 2017 ialah Perdana Menteri hanya membentang perbelanjaan negara tanpa menjelaskan sumber pendapatan. Menyembunyikan sumber pendapatan menjadikan bajet tidak realistik.

Kedah adalah sebahagian dari Malaysia mengikut konsep federalisme. Kedah telah berkorban untuk tidak mengganggu kawasan tadahan air terhadap aktiviti yang memberi hasil kepada negeri demi mempastikan bekalan air mencukupi untuk kawasan sawah padi, yang menyumbang sebahagian besar sumber bekalan beras negara.

Namun seperti biasa, bajet kali ini masih belum menghargai pengorbanan Kedah untuk mendapatkan saguhati terhadapnya walaupun tuntutan RM100 juta setahun itu dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah sejak sedekad lalu.

Sekalipun rakyat dihidang dengan kenaikan KDNK PPP perkapita daripada USD23,000 tahun 2012 kepada USD 26,891, hakikatnya rakyat berada di bawah tahap keupayaan ekonomi sebenar apabila rakyat diajar bergantung kepada BR1M yang tidak dijelaskan secara spesifik jumlah penerimanya dalam Bajet.

Terkini rakyat terbeban lagi dengan kenaikan harga makanan. Rasionalisasi minyak masak nampaknya tidak membantu menurunkan harga makanan berasaskan minyak masak.

Bahkan para peniaga serta rakyat bawahan menjadi panik dengan kenaikan mendadak harga produk tersebut dan seperti biasa lanjutan dari situasi seperti itu, minyak pun 'lenyap' dari pasaran sehingga menyusahkan pengguna.

Itu sekadar satu sketsa keresahan rakyat berhubung langkah rasionalisasi kerajaan. Belum lagi diperincikan masalah berhubung rasionalisasi petrol, diesel, elektrik dan sebagainya - yang kesemuanya menyusahkan rakyat.

Sewaktu rakyat Kedah, khususnya penduduk Pendang, merasa 'majai' dengan dendangan Hospital Pendang yang diumumkan dalam Bajet tahun lalu yang belum menjadi kenyataan, kini Perdana Menteri mengumumkan pula pembinaan dan penambahbaikan hospital baharu yang lain.

Sampai bila rakyat harus dipermainkan? Bagaimana dengan projek Bandaraya Getah di Padang Terap yang tersenarai dalam Bajet tahun lalu? Jangankan batang cerucuk, pita pengukur pun khabarnya belum sampai ke tapak yang dicadangkan. Bagaimana pula dengan litar lumba motor tertutup yang dicanangkan dalam manifesto BN pada PRU13? Semuanya tampaknya belum muncul.

Justeru itu, PAS Kedah menuntut Perdana Menteri membetulkan semula perancangan dan pengagihan Bajet 2017 supaya lebih realistik serta memenuhi keperluan rakyat, khususnya rakyat Negeri Kedah yang menjadi antara penyumbang hasil negara melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
26 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 26/10/2016

Sumber HD - 26-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Bajet 2017 tiada perancangan khusus keperluan OKU?

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42979-bajet-2017-tiada-perancangan-khusus-keperluan-oku

KUALA LUMPUR: Berdasarkan pembentangan Bajet 2017 tiada perancangan strategik khusus kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), persoalan yang wujud bagaimana bentuk kesungguhan kerajaan membela golongan tersebut.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2017 di dalam sidang parlimen.

Katanya, jika di negara maju golongan kelainan upaya merupakan golongan diberikan keutamaan seiring dengan Malaysia yang dikenali sebagai negara Islam, agama persekutuannya Islam maka wajar ia diberikan penekanan dalam kehidupan.

Beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan berkaitan elaun dan bantuan kendiri supaya elaun pekerja cacat dinaikkan daripada RM350 sebulan kepada RM550 sebulan.

"Ini kerana melalui dialog pihak komuniti OKU dan kementerian kenaikan ini telah dipersetujui walaupun alasan biasa disebutkan tiada peruntukkan.

"Alasan ini biasa kita dengar, sedangkan pada masa yang sama kos pembinaan Taman Tugu Negara berjumlah RM650 juta. Dalam keadaan ini sewajarnya wang tersebut perlu diberikan kepada keperluan yang lebih utama.

"Bagi ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak OKU memperoleh insentif cukai tetapi bagaimana pula ibu bapa yang tinggal di kampung tanpa pekerjaan menjaga anak-anak OKU, mereka wajar diberikan RM550 kepada mereka," ujarnya.

Idris berkata, kerajaan perlu memudahkan sebarang urusan berkaitan OKU. Contohnya setiap OKU perlu memperbaharui pendaftaran mereka sehingga hal ini menyusahkan mereka pula.

Tambahnya jika perlu, pegawai yang menguruskan turun ke lokasi tertentu dan OKU tidak perlu memperbaharui setiap tahun.

Beliau juga menyarankan agar pihak kerajaan menyediakan tapak perniagaan dan menghimpunkan usahawan OKU di setiap bandar seperti kewujudan wakaf orang buta yang pernah diwujudkan satu ketika dahulu.

"Mengadakan kouta khusus kepada usahawan atau profesional yang terdiri daripada kalangan OKU untuk mendapat kerja sama ada di sektor kerajaan atau GLC.

"Meningkatkan pengambilan OKU dalam sektor awam terutama dalam posisi pembuatan polisi di syarikat-syarikat berkaitan dengan GLC.

"Memperuntukkan sejumlah dana bagi pendidikan berkaitan OKU  yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan OKU secara holistik dan inklusif," cadang beliau kepada sidang dewan. – HARAKAHDAILY 26/10/2016

Sumber HD - 26-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Gaji permulaan doktor dicadang bermula gred 48

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42978-gaji-permulaan-doktor-dicadang-bermula-gred-48

KUALA LUMPUR: Mutu perkhidmatan sistem hospital kerajaan harus dipertingkatkan dari segi bilangan doktor pakar, langkah meningkatkan gaji doktor pakar penting, demikian disuarakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad di sidang parlimen.

Jelasnya, beliau pernah mencadangkan agar gaji permulaan doktor pakar bermula pada gred 48 bukan 44 bahkan berada pada JUSA supaya terus konsisten dengan kerajaan.

Idris berkata, tempoh pengajian bidang perubatan selama enam tahun adalah tempoh yang panjang bahkan Housemanship pula bertaraf kontrak sahaja.

"Ini sebagai suatu motivasi kepada pelajar perubatan untuk berkhidmat dengan kerajaan.

"Jika melihat ketiadaan doktor pakar maka pengguna akan memilih perkhidmatan hospital swasta dan ini menjadi satu bebanan bagi rakyat luar bandar apatah lagi mereka tiada mempunyai polisi skim insuran.

"Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan untuk terus berusaha meningkatkan bilangan doktor pakar bagi mengurangkan tempoh yang lama untuk menerima rawatan di hospital," ujarnya.

Beliau mengharapkan agar kerajaan memandang serius perkara tersebut kerana sebagai langkah meningkatkan mutu perkhidmatan hospital kesihatan kerajaan serta kehidupan rakyat.

Menurut Idris, rakyat yang sihat akan memberikan satu hasil terbaik kepada negara. – HARAKAHDAILY 26/10/2016

Sumber HD - 26-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Hutang syarikat besar hapus, hutang PTPTN diburu

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42968-hutang-syarikat-besar-hapus-hutang-ptptn-diburu

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan tindakan kerajaan menghapus kira hutang syarikat-syarikat besar sebaliknya bertindak memburu hutang PTPTN pelajar.

"Kenapa syarikat-syarikat besar disusukan dengan hapus kira hutang, tetapi pelajar kita terus terbeban," soalnya.

Katanya, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan tunggakan bayaran balik hutang oleh pinjaman pelbagai agensi kerajaan sehingga akhir 2015 berjumlah RM 9.954 bilion.

Jelasnya, tunggakan bayaran balik pinjaman Syarikat Pewaja Terengganu Sdn Bhd berjumlah RM793.81 juta yang mana kerajaan memutuskan untuk menyediakan peruntukan hapus kira  berjumlah RM100 juta setiap tahun dan dijangka selesai tahun 2027.

"Bagaimana dengan hutang PTPTN anak-anak muda kita yang sudah tamat belajar masih belum dapat pekerjaan (25% graduan kita masih menggangur).

"Mereka disenarai hitamkan, tidak boleh keluar negara, tidak boleh buat pinjaman bank kerana masih ada tunggakan hutang PTPTN," katanya kepada Harakahdaily.

Kementerian Kewangan telah meluluskan hapus kira baki pinjaman Mimos Berhad sebanyak RM12 juta pada 29 Oktober 2015.

Kementerian Kewangan juga telah hapus kira baki faedah pinjaman Lebuhraya Shapadu Sdn Bhd (LSSB) sebanyak RM33.49 juta. – HARAKAHDAILY 25/10/2016

Sumber HD - 25-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Bajet 2017, mana sumber pendapatan baru?

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42965-bajet-2017-mana-sumber-pendapatan-baru

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor melihat dengan Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober baru-baru ini yang bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh" tidak menyatakan secara perinci sumber pendapatan baru negara.

Menurut Pengerusinya Dauk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman, perkara ini amat membimbangkan kerana tanpa sumber pendapatan baru negara, akan menyebabkan Bajet 2017 tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Sebagai sebuah kerajaan yang telah lama memerintah Malaysia sepatutnya mempunyai mekanisma baru dalam memastikan negara ini mempunyai sumber pendapatan baru bagi menampung keperluan kewangan negara.

"Ikatan Selangor melihat kerajaan hanya tertumpu kepada cukai yang dikenakan terhadap golongan korporat dan juga individu," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, tindakan yang tidak proaktif dalam menambah keperluan kewangan negara menyebabkan rakyat akan terus terbeban dengan pelbagai tekanan ekonomi di masa akan datang.

Ikatan Selangor menjangkakan kerajaan akan mengalami kesukaran dalam merealisasikan segala perancangan yang ditetapkan dalam Bajet 2017 jika hanya melihat pada satu sudut sahaja iaitu pendapatan negara hanya diperolehi melalui cukai yang dikenakan.

"Rakyat sebenarnya ingin mendapat faedah melalui bajet yang dibentangkan itu, mereka ini melihat ada sumber baru diperolehi serta taraf kehidupan mereka meningkat pada tahun hadapan," kata beliau.

Beliau turut menyifatkan tahun 2017 merupakan tahun yang mencabar kepada kehidupan rakyat apabila mereka bukan sahaja terus dibebani dengan cukai tetapi terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang.

Dengan jumlah peruntukan pada 2017 sebanyak RM262.8 bilion iaitu RM214.8 bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan serta simpanan luar jangka RM2 bilion.

Tambah beliau, ia merupakan satu angka yang agak besar, pasti ada pelan tindakan luar jangka dari kerajaan dalam memastikan angka tersebut dapat dipenuhi sepenuhnya.

"Apakah rakyat akan menghadapi pemotongan subsidi ataupun terdapat perbentangan Bajet Tambahan awal tahun 2017 untuk mencari langkah baru dalam merealisasikan peruntukan 2017 dipenuhi, apakah GST yang tidak dinaikan akan diumumkan kadar baru pada Bajet Tambahan nanti," soal beliau. – HARAKAHDAILY 25/10/2016

Sumber HD - 25-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Bajet 2017: Yang tersurat dan tersirat

SYAHIR SULAIMAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42942-bajet-2017-yang-tersurat-dan-tersirat

“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (bakhil), dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros), kerana akibatnya akan tinggal lah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkannya; Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.” (Al-Isra’: 29-30)

Bajet Adalah Pilihan

Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun, bajet akan dibentangkan oleh kerajaan untuk disajikan kepada rakyat. Namun bagi orang awam, mengikuti pembentangan bajet pastinya memeningkan. Angka-angka yang dikemukakan amat besar, ditambah pula dengan penggunaan istilah yang janggal dan mengelirukan.

Proses penyediaan bajet adalah sangat rumit, apatah lagi dalam keadaan ekonomi negara dan global yang tidak menentu. Sesebuah bajet dirangka demi mencapai objektif keadilan sosial (social justice) dengan penumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif, mengawal kadar inflasi dan kos sara hidup, serta menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat yang berkemampuan.

Justeru, ukuran kejayaan bajet yang sebenar adalah memastikan semua pihak iaitu rakyat, peniaga, dan kerajaan, berada di dalam keadaan yang selesa. Sesebuah bajet tidak mencapai matlamat jika hanya pihak kerajaan (dan pemimpin) sahaja yang selesa, sedangkan rakyat masih menanggung beban yang belum selesai, atau mendatangkan masalah baru yang bakal ditanggung seperti, pengangguran, muflis dan kemiskinan, seterusnya menyumbang kepada gejala sosial dan jenayah yang kian meningkat.

Maka setiap peruntukan di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat sosioekonomi negara. Prinsipnya adalah sama tanpa mengira sama ada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan atau seorang bapa yang mengetuai sebuah keluarga, iaitu “Berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan, bukan mengikut kemahuan”. Inilah petunjuk yang diberikan oleh Allah s.w.t di dalam Surah Al-Isra’ ayat 29 dan 30.

Bajet 2017 – Yang Tersurat

Sebagaimana diumumkan, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion untuk dibelanjakan pada tahun 2017, peningkatan 3.4% daripada pengubahsuaian Bajet 2016. Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion (82%) diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM46 bilion (18%) untuk Perbelanjaan Pembangunan, suatu nisbah 80:20 yang tidak mampan untuk sebuah negara yang berhasrat mahu mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Untuk menampung perbelanjaan yang besar ini, kerajaan menjangkakan pungutan hasil berjumlah RM219.7 bilion (naik 3.0% berbanding unjuran hasil 2016), disumbangkan oleh cukai pendapatan individu dan korporat mencecah RM100 bilion, di samping kutipan GST yang lebih tinggi pada tahun 2017, iaitu RM40 bilion berbanding RM38.5 bilion pada tahun 2016.

Natijahnya, kerajaan dijangka akan menanggung defisit fiskal berjumlah RM40.3 bilion atau 3.0% kepada KDNK (2016: RM38.7 bilion, 3.1% KDNK), meneruskan rekod defisit fiskal berturut-turut sejak 1998. Tren defisit ini mengakibatkan jumlah Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga Jun 2016 berada pada paras RM655.7 bilion atau 53.2% kepada KDNK. Jika dicampur dengan liabiliti luar jangka yang dianggarkan pada paras 15% kepada KDNK, negara berhadapan dengan risiko hutang kerajaan mencecah 70% kepada KDNK. 

Bajet 2017 – Yang Tersirat

Menurut Kerajaan, usaha konsolidasi fiskal akan diteruskan di samping memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan. Walaupun berhadapan dengan cabaran ekonomi semasa termasuklah kejatuhan harga minyak mentah dunia, kerajaan akan memaksimakan sumber sedia ada dan menumpukan perbelanjaan kepada program dan projek yang berimpak tinggi dan mengutamakan rakyat.

Namun, antara perkara yang cuba didiamkan oleh Kerajaan adalah beberapa pemotongan dan pengurangan di dalam Bajet 2017, khususnya pengurangan sebanyak 10.4% bagi peruntukan subsidi dan bantuan sosial, iaitu RM22.4 bilion berbanding RM25 billion pada 2016.

Ketiadaan peruntukan untuk pampasan konsesi tol menunjukkan kemungkinan kenaikan tol pada tahun 2017. Di samping itu, subsidi minyak masak dan keperluan asas lain telah mula dihapuskan, membawa kemungkinan kenaikan harga makanan di pasaran.

Selain itu, bajet untuk universiti awam turut dikurangkan ke paras terendah sejak 2011 iaitu sebanyak RM6.2 bilion (kurang 20%), manakala beberapa agensi kerajaan yang penting turut menyaksikan pengurangan bajet antaranya Jakim, BTN, MKN. Apa yang lebih dikesali, tiada peruntukan khusus untuk projek tebatan banjir di Kelantan dan Terengganu serta fenomena ombak besar di pantai barat, yang keperluannya sangat mendesak.

Bajet 2017 juga tidak memperlihatkan mekanisma baru diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan tahap integriti, menghentikan ketirisan dan langkah penjimatan. Setiap ringgit yang dibelanjakan kerajaan masih terdedah kepada elemen salah urustadbir yang sering disiasat oleh SPRM dan dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, di samping kecenderungan untuk memohon Bajet Tambahan di setiap awal tahun. Selain itu, pembaziran masih terus berlaku, khususnya dalam aspek ‘perbelanjaan protokol’ yang melibatkan elaun, kos perjalanan luar negara dan penganjuran program para menteri.

Malah, tidak banyak langkah transformasi struktural diketengahkan oleh Perdana Menteri untuk menangani isu-isu kritikal ekonomi negara, khususnya kejatuhan nilai Ringgit, penjimatan operasi kerajaan, hutang kerajaan, kos sara hidup rakyat, rasionalisi konsesi, pengangguran graduan, kenaikan harga rumah, skandal 1MDB dan seumpamanya.

Selain itu, antara yang sering dilaungkan adalah pemberian BR1M yang dinaikkan daripada RM450 hingga RM1,200 yang akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion. Walaupun Perdana Menteri menyatakan BR1M bukannya dedak mahupun umpan, tetapi dengan jumlah penerima yang terus meningkat dan mencecah lebih 55% daripada jumlah pengundi berdaftar, ia suatu angka ‘deposit undi’ yang sangat signifikan bagi pihak Kerajaan. 

Ini ditambah pula dengan penerima baucer buku seramai 3.5 juta murid, kad debit IPTA seramai 1.3 juta pelajar, bantuan rakyat termiskin kepada 69,000 keluarga, bantuan warga emas kepada 120,000 penerima, bantuan OKU kepada 150,000 penerima, projek bekalan air di 42 perkampungan orang asli, kenaikan elaun imam kepada 15,000 penerima, kenaikan elaun guru Kafa kepada 33,000 penerima, bantuan musim tengkujuh kepada 440,000 pekebun dan penoreh getah, elaun sara hidup kepada 57,000 nelayan, projek bekalan air kepada 5,200 keluarga peneroka Felda, serta subsidi padi berjumlah RM1.3 bilion. Kesemuanya ini akan membentuk segolongan masyarakat yang terhutang budi dan berterima kasih kepada kerajaan.

Melihat kepada corak belanjawan ini, pemberian BR1M dalam keadaan GST diperluaskan dan subsidi dikurangkan; adalah terlalu awal untuk menjangkakan pilihan raya umum ke-14 diadakan pada tahun hadapan. Ini dilihat pula dengan peruntukan yang rendah untuk operasi SPR pada tahun 2017 sekitar RM48 juta, lebih rendah berbanding 2016 iaituRM150 juta yang menyaksikan pilihan raya negeri Sarawak, dan jauh lebih rendah berbanding peruntukan untuk PRU13 berjumlah RM461 juta. Namun tiada yang mustahil di Malaysia.

Kesimpulannya, ternyata Bajet 2017 ini menyerupai Bajet 2013 yang penuh dengan ‘janji manis’ dan menyeluruh kepada rakyat di semua peringkat. Justeru seluruh rakyat dan anak muda diseru agar lebih peka terhadap segala perancangan dan tindakan kerajaan di dalam Bajet 2017. Ini kerana bajet sebelum pilihan raya seringkali bersifat manis, namun selepas pilihan raya akan bertukar menjadi pahit. - HARAKAHDAILY 24/10/2016

Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM.

Sumber HD - 24-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Bajet 2017: Harapan Kedah tenggelam

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42933-bajet-2017-harapan-kedah-tenggelam

Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah bukti besar bahawa projek-projek mega di Kedah adalah seperti angan-angan Mat Jenin yang hanya bergantung kepada nasib sahaja bukan suatu janji yang mesti ditepati.

Ini jelas apabila harapan yang disebut oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bahsah supaya kerajaan pusat mempertimbangkan peruntukan untuk projek mega iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak tersenarai di dalam pembentangan Bajet 2017.

Sejak BN Kedah mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan Pakatan Rakyat, janji-janji projek mega yang dicadangkan seolah-olah tidak relevan apabila terus dipinggirkan oleh Kerajaaan Pusat.

Lebih mendukacitakan pertukaran Menteri Besar Kedah nampaknya tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada rakyat apabila suara Ahmad Bashah sendiri tidak mendapat perhatian oleh Perdana Menteri, tiada peruntukan untuk projek ikonik KXP kali ini.

Adakah janji BN Kedah ini akan terus dimainkan kepada rakyat untuk menagih sokongan dalam menghadapai pilihan raya akan datang, membiarkan rakyat terus bermimpi kewujudan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim?

Rakyat Kedah perlu meyakini di bawah pentadbiran yang amanah, berwibawa dan cekap dan tidak bergantung kepada kerajaan pusat, pembangunan terus dipacu maju sepertimana ditonjolkan oleh kecemerlangan pentadbiran oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak.

Nurul Amin Hamid
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
23 Oktober 2016 | 22 Muharam 1438 - HARAKAHDAILY 23/10/2016

Sumber HD - 23-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































Bajet 2017: Langkah Umno BN hadapi PRU14

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42928-bajet-2017-langkah-umno-bn-hadapi-pru14

KOTA BHARU: Bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan langkah menghadapi pilihan raya umum dijangka tahun depan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Kamaruddin Md. Nor berkata, 85 peratus dari keseluruhan bajet terhadap aspek pengurusan.

Manakala selebihnya sebanyak 15 peratus lagi terhadap perbelanjaan pembangunan yang sepatutnya diperuntukkan sebanyak 30 atau 40 peratus daripada perbelanjaan.

"Bajet mengurus ertinya bayar gaji, bayar itu, bayar ini. Sepatutnya ia sekitar 60 hingga 65 peratus mengurus, 30 hingga 45 pembangunan sepatutnya begitu.

"Ia termasuklah kenaikan duit BR1M kepada RM1,200, elauan penghulu, imam dan sebagainya, merupakan mesej jelas untuk memancing undi pilihan raya," katanya.

Menurutnya, pada bajet itu juga kerajaan tidak melakukan langkah-langkah fiskal iaitu usaha untuk merangsangkan perkembangan eknomi negara tahun hadapan.

Bahkan usaha menarik pelabur dan juga pelabur yang 'lari' ke negara lain untuk kembali ke Malaysia juga tidak ada inisiatif dalam pembentangan bajet itu.

Bercakap pada sidang media di sini, beliau turut mengecam kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Anuar Musa memperlekehkan kemampuan pembangkang mentadbir.

Katanya, Ahli Parlimen Ketereh perlu sedar bahawa di negeri Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Barisan Nasional (BN) ada pembangkang di negeri tersebut.

Datuk Kamaruddin berkata, kerajaan yang diketuai Umno kini sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat selepas gagal menguruskan kewangan negara.

Katanya lagi, rakyat bermaklumat kini memerlukan sebuah kerajaan yang telus serta integriti menguruskan dana rakyat seperti yang dilakukan negeri berkenaan. – HARAKAHDAILY 22/10/2016

Sumber HD- 22-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































Bajet 2017: Najib ambil pendekatan populis

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42920-bajet-2017-najib-ambil-pendekatan-populis

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil pendekatan populis dengan membawa beberapa tokoh masyarakat ketika membentangkan Bajet 2017, semalam.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin berkata, tindakan itu untuk cuba berbaik dengan banyak lapisan masyarakat sebagai usaha memancing undi pada PRU14 nanti.

Di dalam pembentangan Bajet 2017 semalam, Najib telah mengundang beberapa anggota masyarakat dalam kalangan pemandu teksi, tok batin, tukang jahit, atlet paralimpik dan ramai lagi.

Katanya, ini juga termasuk memberi permit teksi individu dan geran RM5,000 untuk pembelian teksi baharu kepada pemandu teksi yang layak.

"Cuba melebar pengaruh dgn janji-janji berbentuk 'one off'. Kerajaan menjanjikan pelbagai pemberian untuk mengaburi mata rakyat bahawa ekonomi Malaysia masih utuh, tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya," ujar beliau kepada Harakahdaily.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM60 juta untuk tujuan itu yang memberi manfaat kepada seramai 12,000 pemandu teksi yang layak dan tamat kontrak pajak dengan syarikat teksi mereka. - HARAKAHDAILY 22/10/2016

Sumber HD - 21-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Belanja berhemah tapi galak rakyat berhutang

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42918-belanja-berhemah-tapi-galak-rakyat-berhutang

KUALA LUMPUR: Kerajaan selalu menyeru rakyat agar mengamalkan perbelanjaan berhemah tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga menggalakkan rakyat berhutang.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah di dalam Bajet 2017 yang dibentangkan hari ini kerajaan memberi kemudahan pinjaman pembelian 'smartphone' kepada penjawat awam sebanyak RM5,000.

"Kerajaan seru rakyat beli barang dengan harga berpatutan. Pada masa sama, kerajaan menggalakkan berhutang untuk beli barang mewah seperti telefon bimbit dengan harga RM5,000.                   

"Kerajaan sendiri pun tak tunjuk contoh untuk berbelanja secara berhemah," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut pembentangan bajet ini, beliau tidak menafikan tanda-tanda PRU14 semakin hampir apabila pemberian BR1M dinaikkan lagi untuk tahun hadapan.

Katanya, pemberian BR1M tidak akan berjaya menyelesaikan masalah kemiskinan kerana setiap tahun penerima BR1M semakin bertambah.

"Yang lama tak boleh selesai, tambah lagi dengan penerima baru. Macam mana kerajaan kata nak rakyat berhemah dalam berbelanja," soalnya. -  HARAKAHDAILY 21/10/2016    

Sumber HD - 21-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Ahli parlimen perlu lebih profesional

HARAKAHDAILY | .






















KENYATAAN KHAS
Ahli parlimen perlu lebih profesional ketika berada di dewan persidangan. Tuan Yang Dipertua Dewan telah berusaha bersungguh-sungguh membawa penambahbaikan dalam perjalanan Dewan agar lebih mulia dan dihormati.

Pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk PM berucap membentangkan bajet. Tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang.

Masa untuk ahli parlimen membahas dan menghujah bajet adalah selepas ini. Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna.

PAS sentiasa mempromosi kesederhanaan dan menyeru rakyat untuk melakukan perubahan dan pembaikan dalam negara dengan cara yang lebih harmoni dan sejahtera. Itulah nikmat kebebasan yang harus digunakan.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 21/10/2016

Sumber HD - 21-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rumah: Pendapatan dan isu harga patut diberi perhatian

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42914-rumah-pendapatan-dan-isu-harga-patut-diberi-perhatian

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan isu penyelesian pemilikian rumah tidak memadai dengan menambah jumlah penawaran walaupun ia sesuatu yang penting.

Namun, katanya yang lebih utama untuk diberikan perhatian ialah isu harga rumah dalam pasaran dan keupayaan serta kelayakan pendapatan seseorang untuk mendapatkan rumah kediaman.

"Ini juga termasuklah dengan menyelesaikan masalah pengangguran dan peluang perkerjaan," katanya kepada Harakahdaily.

Jelas beliau, selain membina 10,000 unit rumah dan diberikan sewa untuk tempoh maksimum lima tahun, mesti juga dibangunkan lebih banyak perumahan dan diberikan skim sewa beli dengan kadar yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. – HARAKAHDAILY 21/10/2016

Sumber HD - 21-10-2016

1 comment:

  1. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    ReplyDelete