BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, October 21, 2016

NEGERI PH - SELANGOR D.E. (JILID 3)










Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) & Peniaga Air Tepi Jalan



Atas pandangan pembaca yang menghantar komen kepada kami, artikel 'laporan' ini kami tarik untuk edaran disebabkan kes ini dalam siasatan pihak berwajib dan tidak boleh diputuskan siapa bersalah atas edaran video diedarkan kerana ada beberapa video pada posisi yang berlainan memberikan gambaran yang berbeza.

Pihak kami minta maaf atas edaran awal.

Terima kasih


Sumber MR - 11-6-2018
   
Giliran Tan Sri Khalid “Sekolahkan” Azmin
Posted on Monday, April 02 @ 13:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38919



SHAH ALAM - Kemahiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali `berpidato' di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi mempertahankan dirinya dalam skandal penjualan tanah seluas 880 hektar di Ijok memang mempersonakan.

Kepetahannnya menyusun kata dengan riak penuh yakin sambil `mencucuk-cucuk’ peta yang dibawanya mungkin sedikit sebanyak mengundang kepercayaan orang kononnya beliau tidak salah dalam skandal tersebut.

Mohamed Azmin dalam `pidatonya’ mendakwa isu tanah Ijok melibatkan tiga kawasan iaitu Alam Utama, Alam Perdana serta Alam Mutiaram, tetapi kerajaan Selangor pada tahun 2009 didakwa hanya berjaya merampas Alam Perdana.

Dakwa Mohamed Azmin lagi, Alam Utama dan Alam Mutiara pula masih milik syarikat swasta yang membeli tanah itu beberapa belas tahun lalu dan kerajaan Selangor pimpinan beliau tidak mampu membayar pampasan kira-kira RM1.4 bilion untuk mendapatkan balik Alam Perdana seperti yang ditetapkan mahkamah.

Justeru, dakwa Mohamed Azmin, kerajaan Selangor pimpinannya telah berunding dengan syarikat berkenaan dan kerajaan Selangor tidak perlu membayar sebarang pampasan dan mendapat balik Alam Perdana.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun dalam satu kenyataan hari ini membidas dakwaan Mohamed Azmin itu sebagai cubaan untuk mengelirukan fakta sebenar berhubung skandal penjualan tanah Ijok.

Beliau antaranya menjelaskan Mohamed Azmin membuat dakwaannya tanpa mendedahkan dokumen penting berhubung isu tanah tersebut termasuk Perjanjian Penyelesaian dan Perjanjian Penyelesaian Tambahan.

Malah, kata beliau, Alam Mutiara dan Alam Utama adalah tanah yang terlibat dalam Penghakiman Persetujuan yang dimeterai antara kerajaan Selangor dan syarikat LBCN serta Mujur Zaman.
.
Berikut penerangan panjang lebar Abdul Khalid bagi menjawab kekeliruan yang cuba ditimbulkan Mohamed Azmin di DUN Selangor beberapa hari lalu:

SAYA berkesempatan membaca laporan 19-mukasurat berkenaan isu tanah Ijok yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Selangor yang diedarkan kepada wartawan terpilih dalam satu sesi penjelasan minggu lepas.

Agak mengecewakan laporan penjelasan tidak mendedahkan dokumen-dokumen penting berkaitan dengan Penghakiman Persetujuan di antara Kerajaan Negeri dan dua syarikat berkenaan; LBCN Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd pada Mei 2016 yang menjadi asas kepada bagaimana isu ini terbongkar.

Sepatutnya dokumen-dokumen seperti Perjanjian Penyelesaian dan Perjanjian Penyelesaian Tambahan didedahkan agar rakyat tahu kebenaran sepenuhnya. Mengapa sehingga kini dokumen-dokumen tersebut tidak didedahkan?

Jika diteliti dengan mendalam, memang benar terdapat tiga plot tanah – Alam Perdana, Alam Mutiara dan Alam Utama. Tetapi apa yang tidak disebut oleh Dato’ MB adalah:

– Tanah 2200 ekar yang dikatakan milik swasta tersebut yang dikenali sebagai Alam Mutiara dan Alam Utama adalah tanah yang terlibat dalam Penghakiman Persetujuan yang dimeterai di antara Kerajaan Negeri dan LBCN dan Mujur Zaman.

– Tanah 2200 ekar inilah yang disenaraikan secara khusus dan jelas di dalam Penghakiman Persetujuan yang mana Kerajaan Negeri bersetuju akan melepaskan segala tuntutan ke atas tanah-tanah tersebut yang telah diambil melalui proses Pengambilan Tanah yang saya lakukan ketika menjadi MB.

– Proses pengambilan tanah telah dibuat atas dasar kepentingan awam ditambah pula dengan kegagalan LBCN dan Mujur Zaman untuk mematuhi syarat-syarat pemberimilikan serta kegagalan untuk memulakan dan menyiapkan pembangunan di tanah tersebut.

-Dengan menandatangani Penghakiman Persetujuan tersebut, Kerajaan telah memberi persetujuan untuk melepaskan serta menggugurkan semua tuntutan terhadap tanah 2200 ekar tersebut dan menyerahkan semula kepada LBCN dan Mujur Zaman.

Jika benar Kerajaan Negeri tiada kena mengena dengan tanah 2,200 ekar, bagaimana ia boleh memberi persetujuan untuk menggugurkan semua tuntutan dan menarik balik semua notis pengambilalihan yang dikeluarkan melalui Akta Pengambilan Tanah?

Apabila kini tanah-tanah itu telah dibeli oleh sebuah syarikat swasta, maka rakyat akan bertanya, adakah mungkin syarikat swasta – berwibawa atau tidak – berani mengambil risiko membeli tanah yang terlibat dalam tuntutan undang-undang pengambilan oleh Kerajaan Negeri?

Jika jawapannya tidak, rakyat pasti akan bertanya lagi, adakah mungkin satu jaminan telah diberikan oleh dari Kerajaan Negeri untuk membatalkan pengambilan? Jika jawapannya ya, maka boleh dirumuskan Kerajaan Negeri sememangnya terlibat samada secara langsuang atau tidak langsung dalam perbincangan dan/atau penjualan tanah 2,200 ekar tersebut.

Lebih banyak persoalan yang berlegar di fikiran rakyat:

1. Adakah Kerajaan Negeri memainkan peranan dalam memastikan transaksi jual beli tanah 2200 ekar tersebut dimuktamadkan dengan memberi jaminan kelulusan Pelan Pembangunan serta menjamin Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebelum Persetujuan Penghakiman dibuat?

2. Adakah benar Kerajaan Negeri mendapat 1,000 ekar tanah Alam Perdana tanpa perlu membayar walau satu sen sebagaimana yang dicanang? Saya telah merampas tanah lebih Alam Perdana seluas 1000 ekar dan mendaftarnya atas nama Menteri Besar (Selangor) Inc (MBI). Apabila Kerajaan membuat keputusan untuk menggugurkan tuntutan terhadap tanah seluar 2,200 ekar, ini bermakna Kerajaan Negeri telah melepaskan tanah 2,200 ekar tanah untuk memiliki 1,000 ekar tanah sahaja yang telahpun saya perolehi terdahulu?

3. Kononnya pampasan bagi rampasan dan pengambilan tanah seluas 3,200 ekar tanah akan mencecah RM4.4 bilion. Benarkah? Jika diamati kenyataan akhbar sebelum ini yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar serta peguam Sivarasa Rasiah yang mewakili peneroka-peneroka, Kerajaan Negeri dikatakan terpaksa bersetuju dengan penyelesaian luar mahkamah kerana jika tidak berhadapan dengan nilai pampasan mencecah RM1.4 bilion. Jadi, mana pula datang lagi RM3 bilion yang dikatakan oleh Dato’ MB?

Jika benar kenyataan Sivarasah bahawa pampasan bagi 1,000 ekar yang telah terdapat pembangunan dan infrastruktur dianggarkan RM860 juta, maka 2,200 ekar tanah yang belum dibangunkan tidak mungkin mencecah lebih RM3 bilion hingga menjadikan jumlah pampasan RM4.4 bilion.

Malah nilai RM860 juta tersebut masih belum muktamad kerana saya telah meminta peguam mencabarnya di Mahkamah bagi mendapatkan taksiran yang lebih munasabah kerana tanah tersebut masih dalam kategori pertanian.

Jika pun benar pampasan bagi 1000 ekar adalah RM860 juta, maka jika dicongak ratio yang sama maka 3200 ekar adalah RM2.75 bilion. Jadi dari mana pula nilai pampasan RM4.4 bilion yang dinyatakan oleh Dato MB?

Apa-apapun, katalah benar pampasan mencecah RM2.7 bilion atau mungkin RM4.4 bllion; persoalannya, mengapa LBCN dan Mujur Zaman menjual tanah 2,200 ekar pada harga RM1.18 bilion dan sanggup pula melepaskan 1,000 ekar kepada Kerajaan Negeri?

Tidakkah lebih baik mereka setuju sahaja dengan perampasan dan pengambilan dengan bertegas mempertahankan tuntutan pampasan dan pengambilan tanah-tanah tersebut?

4. Tidakkah terdapatnya satu keadaan yang memeranjatkan apabila Kerajaan Negeri dikatakan takut dengan risiko membayar RM1.4 bilion, tetapi tiba-tiba pemaju yang membeli tanah 2,200 ekar tersebut dengan bangga mengumumkan the bahawa mereka akan memajukan tanah 2,200 ekar yang berjaya dibeli dengan harga RM1.18 bilion (RM12 sekaki persegi) dengan Nilai Kasar Pembangunan (GDV) berniai RM15 bilion? Pengumunan pemaju ini dilakukan seawal September 2015 – yakni jauh lebih awal dari Penghakiman Persetujuan yang Kerajaan Negeri meterai iaitu pada Mei 2016.

Bukankah Kerajaan Negeri mempunyai kemahiran Pihak Berkuasa Tempatan serta beberapa Jabatan yang lain seperti Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Penilaian yang terlibat dalam meluluskan pelan pembangunan, jumlah densiti dan akhirnya penentuan terhadap nilai GDV sesuatu projek pembangunan?

Mana mungkin Kerajaan Negeri tidak berkeupayaan membuat penilaian tepat terhadap nilai hartanah sehinggakan Dato’ MB berhujah kononnya jika Kerajaaan Negeri meneruskan semua tindakan yang telah dimulakan oleh saya; merampas dan mengambilalih tanah-tanah maka kantong perbendaharaan akan kempis dan berisiko.

Banyak persoalan timbul kerana tidak mungkin sebagai Kerajaan yang dikatakan memperjuangkan reformasi boleh tunduk dengan asakan pemaju gagal dan culas seperti LBCN dan Mujur Zaman. Jika pun benar terdapat lebih 30 tuntutan mahkamah, tanggungjawab Kerajaan adalah untuk mempertahankan hak dan tanah rakyat apatah lagi ketika berdepan dengan pemaju culas.

Perkembangan isu tanah Ijok dari masa Kerajaan Negeri menandatangani Penghakiman Persetujuan, melepaskan hak tuntutan kepada 2,200 ekar dan yang akhirnya dijual kepada pemaju di bawah nilai sebenar, serta kelulusan pembangunan bernilai RM15 bilion; bersama-sama dengan soalan-soalan yang masih belum dijawab memberi persepsi bahawa “keuntungan” yang dikatakan berpihak peneroka-peneroka dan Kerajaan Negeri juga berpihak kepada LBCN dan Mujur Zaman, dan pemaju berwibawa.

Hakikatnya rakyat menuntut Menteri Besar dan Kerajaan Negeri untuk mendedahkan semua kronologi peristiwa dan dokumen-dokumen berkaitan termasuk dokumen-dokumen antara pemaju-pemaju dan supaya rakyat dapat menilai dengan sendiri kebenaran sepenuhnya, tiada lain melainkan yang benar belaka. -MYNEWSHUB.CC


Sumber TKO - 2-3-2018

DUN Selangor tolak cadangan persempadanan semula SPR
Posted on Thursday, March 29 @ 06:36:30 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38849



SHAH ALAM: Dewan Negeri Selangor merakamkan penolakan kepada cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tidak lama sebelum usul itu menjalani proses belah bahagi di Dewan Rakyat hari ini.

Speaker DNS Hannah Yeoh memaklumkan keputusan itu dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

“Dewan yang mulia ini mengecam tindakan SPR yang tidak bertindak adil dalam kajian persempadanan semula kawasan pilihanraya dan menggesa SPR untuk menarik balik cadangan persempadanan semula dan mengemukakan satu cadangan persempadanan semula yang baru yang adil, seimbang dari segi bilangan pengundi, selaras dengan prinsip satu orang satu undi,” katanya Hannah kepada pemberita.

Usul dibawa Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing) dan dibahaskan bersama Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Bharu), Ng Sue Lim (DAP-Sekinchan) dan Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas) selama lebih 1 jam.

Exco Elizabeth Wong dalam penggulungannya berkata walaupun cadangan persempadanan semula itu lulus di Dewan Rakyat, keputusan rayuan kerajaan Selangor mencabar proses persempadanan semula akan diumumkan Mahkamah Rayuan esok.

Beliau berkata Pandikar tidak sepatutnya membenarkan cadangan persempadanan semula dibentangkan kerana boleh membawa kepada krisis perlembagaan.

“Parlimen tak sepatutnya bentang laporan persempadanan semula memandangkan terdapat banyak kes mahkamah,” katanya.

Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lulus selepas sesi belah bahagi di Dewan Rakyat hari ini, dengan 129 menyokong dan 80 menolak. Usul ini berjaya diluluskan dalam beberapa jam selepas dibentangkan dan dibahaskan oleh 7 wakil rakyat dari kedua belah pihak.

SPR mengesyorkan perubahan nama pada 12 kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Tanah Melayu. Usul itu juga mengesyorkan tiada perubahan bilangan kerusi Parlimen dan DUN di Tanah Melayu, menjadikan bilangan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kekal 222 kerusi dan kerusi DUN keseluruhannya kekal 587 kerusi.

Menurut pembangkang, cadangan SPR itu jika diluluskan akan mewujudkan kerusi “super Cina” dan “super melayu” di Kuala Lumpur jika diluluskan, manakala pengundi India akan dipinggirkan. Naib Presiden PKR Tian Chua mendakwa keadaan itu akan memberi kelebihan kepada BN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kerajaan mengganggu, mempengaruhi atau mencadangkan perubahan pada cadangan SPR itu.

Sumber TKO - 29-3-2018





MB terjah dan ketawakan sidang akhbar ADUN Umno
Posted on Tuesday, March 27 @ 12:43:10 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38829



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali melakukan tindakan yang sama dengan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau hadir dan kelihatan memerhatikan sekumpulan ADUN Umno yang mengadakan sidang akhbar mengkritik kerajaan negeri.

Bertempat di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini, Azmin berdiri bersama-sama wartawan yang membuat liputan sidang akhbar dan tersenyum ke arah ADUN Umno tersebut kira-kira dua minit.

ADUN Umno yang diketuai ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyenaraikan dakwaan 10 kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan PAS.

Kemudian, Azmin yang ditemani beberapa orang ADUN HARAPAN meninggalkan sidang akhbar itu sambil tertawa.

Sumber TKO -27-3-2018

‘Syarat pelik’ untuk jaga kepentingan rakyat
Posted on Sunday, March 25 @ 23:55:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38797



PERDANA Menteri perlu menyatakan ‘syarat-syarat pelik’ (odd conditions) yang beliau dakwa semalam dikenakan ke atas pemaju-pemaju oleh Kerajaan Negeri Selangor. Beliau berkata peraturan-peraturan ini menyebabkan harga rumah di negeri Selangor meningkat.

Mungkin syarat yang dimaksudkan oleh beliau adalah syarat kerajaan negeri mewajibkan pemaju membina Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) sebelum atau serentak bersama rumah harga bebas.

Kerajaan negeri meletakkan syarat ini agar pemaju tidak menangguhkan pembinaan Rumah Mampu Milik mereka sehingga bertahun-tahun selepas rumah harga bebas siap dibina.

Ketika Barisan Nasional mentadbir negeri Selangor, pemaju boleh membina rumah harga bebas sebelum membina Rumah Mampu Milik (Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Kos Sederhana). Akibatnya masih banyak Rumah Mampu Milik tersebut yang diluluskan di zaman mereka yang masih belum dibina hingga ke hari ini. Ada pula pemaju yang memohon untuk tidak membina rumah-rumah tersebut.
Kerajaan negeri mewujudkan ‘syarat pelik’ ini untuk mengelakkan pemaju lari daripada tanggungjawab mereka.

Untuk Projek PR1MA, kerajaan negeri mensyaratkan sebahagian dari projek tersebut wajib menyediakan Rumah Selangorku dengan harga jualan kurang daripada RM250,000. Peratus Rumah Selangor tersebut adalah bergantung kepada lokasi dan keluasan projek. Tetapi ianya adalah di antara 20 hingga 40 peratus.

‘Syarat pelik’ ini adalah untuk memastikan rumah yang dibina mampu dimiliki oleh rakyat kerana Rumah PR1MA adalah bermula dari RM300,000 hingga RM400,000.

Saya ingin mengingatkan Perdana Menteri bahawa ‘syarat-syarat pelik’ ini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat. Ianya hanya ‘pelik’ kepada mereka yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

YB DATO' ISKANDAR A. SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
25 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 25/3/2018
Sumber TKO - 25-3-2018

Program 3K rangsang agenda pemerkasaan Islam

KUALA LUMPUR: Program Jelajah Karnival KampungKu KesayanganKu (3K) bertujuan merangsang agenda pemerkasaan Islam dengan menjadikan masjid sebagai tapak lokasi program dengan kepelbagaian program yang boleh membina kekuatan dan kesepakatan umat Islam setempat. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program 3K juga turut menjadi platform mempromosikan produk halal usahawan desa untuk dikembangkan sebagai produk bertaraf nasional. 
“Sesetengah daerah juga mempunyai potensi untuk menjadi produk pelancongan yang boleh menarik pelancong dalam dan luar negara,” katanya dipetik SelangorKini. 
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian 3K di Padang Awam Batu 14, Hulu Langat, malam tadi.
Menurutnya, program J3K menjadi salah satu medan membawa jabatan dan agensi kerajaan negeri turun kepada masyarakat di desa-desa seluruh negeri. 
Tambahnya lagi, program 3K telah memasuki tahun keempat penganjurannya sejak Mac 2015 dengan 3K telah menjelajah di 30 DUN berlainan sepanjang tempoh tersebut dan alhamdullilah 3K kini telah diterima sebagai program memasyarakatkan kerajaan negeri dengan rakyat. 
Beliau yang juga Adin Sijangkang berkata, program 3K tahun ini bertemakan habluminal alam (hubungan dengan alam sekitar) dengan kempen ‘Desaku Bebas Sampah Jalanan’ bagi meningkatkan lagi kesedaran awam. 
“Menjaga kestabilan ekologi merupakan salah satu cara menjaga hubungan dengan alam, begitu juga menjaga persekitaran dan kesegaran udara kerana kita bergantung dengan udara untuk hidup tetapi udara kita sudah tercemar,” ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 24/3/2018
Sumber HD- 24-3-2018 


PAS jangan heret Istana dalam isu beku peruntukan, kata Azmin
Posted on Sunday, March 18 @ 07:14:01 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38679



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata isu pembekuan peruntukan negeri kepada wakil rakyat PAS adalah soal pentadbiran dan parti itu tidak sepatutnya mengheret pihak istana dalam masalah berkenaan.

“Ini soal pentadbiran, bukan jumpa sultan. Nak maklum apa kepada Istana Selangor?

Mereka kena ikut prosedur, ikut peraturan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Karnival Himpunan Membangun Rakyat Memakmur Negeri semalam.
Katanya, kerajaan negeri sebelum ini meminta semua Adun PAS supaya berjumpa pegawai daerah masing-masing bagi tujuan berkenaan.

Isnin lepas, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi mengemukakan surat berhubung pembekuan peruntukan tahunan negeri terhadap wakil rakyatnya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sallehen sebelum ini dilapor berkata surat itu bertujuan memaklumkan kepada baginda mengenai situasi sebenar selepas Mohamed Azmin menyekat peruntukan tahunan 13 wakil rakyat PAS sejak 2 bulan lalu.

Terdahulu, dalam ucapannya pada karnival berkenaan, Mohamed Azmin membayangkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


“Saya bagi 3 pilihan, Bukit Antarabangsa, Gombak atau mana-mana kerusi di Selangor. Saya tak pilih kerusi Pekan atau Bagan Datuk,” katanya.

Sumber TKO - 18-3-2018


HARAPAN, PAS S'gor rai 10 tahun mentadbir di program berasingan
Posted on Saturday, March 17 @ 07:34:35 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38669



Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) dan PAS di Selangor akan mengadakan himpunan berasingan esok di Shah Alam sempena 10 tahun pentadbiran mereka di negeri itu.

Di Stadium Melawati, pasukan sukarelawan yang dinamakan "Team Selangor" akan mengadakan Karnival Himpunan Rakyat: Membangun Bangsa Memakmurkan Selangor.
Karnival itu akan dimulakan pada pukul 9 pagi dengan permainan dan pertunjukan dari beberapa pegawai atasan bertemakan "kisah kejayaan Selangor".

Sumber menyataan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka tampil menjelaskan kenapa pentadbiran Selangor penting kepada negara.

"Kita menjangkakan beliau akan menjelaskan kenapa kesinambungan 42 skim Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) termasuklah air percuma, subsidi perubatan, skim mikro-kredit penting bukan saja untuk Selangor tapi juga negara," kata sumber yang rapat dengan pihak penganjur.

Berdasarkan atur cara program, tiada pemimpin dari PAS - yang memiliki tiga kerusi di kabinet negeri - akan berucap.

Sementara itu, kira-kira 10km dari tapak karnival itu, PAS akan berkumpul di stadium JKR pada sebelah petang untuk solat hajat dan program ceramah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disenaraikan sebagai tetamu utama program itu diikuti Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dan ahli kabinet Datuk Iskandar Abdul Samad.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir, program itu bertujuan sebagai tanda syukur sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan negeri Selangor.
"Tujuan utama untuk menunjukkan tanda syukur atas kemampuan PAS bertahan (10 tahun dalam kerajaan negeri) meskipun pelbagai insiden kebelakangan ini," katanya kepada Malaysiakini.

Sumber TKO - 16-3-2018


Pengawal Keselamatan Dikasari Staf MPKJ (bersama video)
Posted on Wednesday, March 14 @ 21:47:16 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38635



HANYA kerana diminta butir pengenalan diri, seorang lelaki dirakam bertindak agresif menampar pengawal keselamatan yang bertugas dalam kejadian di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemandu Perodua Myvi itu terus melulu keluar dari kenderaanya sebelum menolak muka pengawal keselamatan berasal dari Nepal itu.




Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, Kumal Dilbahadur, 27, kejadian itu berlaku pada 5 Mac lalu ketika dia sedang bertugas di Bangi Golf Resort.

“Sebuah kereta Perodua Myvi telah berhenti di Pondok Pengawal dan pemandunya telah keluar dan terus menghampiri saya lalu menumbuk pipi sebelah kanan saya.

“Punca dia berbuat demikian kerana saya telah meminta dia mengeluarkan butiran diri untuk saya uruskan pendaftaran masuk,” katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari kejadian.
Kumal kemudian menghubungi dan memaklumkan kejadian itu kepada penyelianya yang kemudian datang berjumpa dengan lelaki terbabit.

“Selepas penyelia saya menerangkan tujuan meminta butiran diri pengunjung, lelaki itu terus memberi kerjasama dan menyerahkan butiran dirinya tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

“Lelaki itu juga memperkenalkan dirinya sebagai kakitangan MPKJ kepada penyelia saya,” katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan biadab dan kurang ajar lelaki berkenaan dan meminta pihak majikannya mengambil tindakan tegas terhadap lelaki terbabit.

“Direct ke pegawai atasan MPKJ, confirm kena tindakan tatatertib. Pengawal Keselamatan itu hanya menjalankan tugas sahaja.

“Sebagai Pengawal Keselamatan, jangan takut kerana kamu berada dalam bidang keselamatan, memang patut buat kerja. Lelaki itu patut hormat kerja orang,” kata seorang netizen.
-MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 14-3-2018

Pengurusan masjid jawab kenapa tukar karpet sampai RM34,000
Posted on Sunday, March 11 @ 12:24:41 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38583


PETALING JAYA: Insiden Masjid Jamek Sungai Plong yang dicerobohi seekor babi hutan pada Selasa malam lalu, telah diselesaikan dengan pembersihan dan proses sertu di kawasan masjid yang terjejas.


Karpet masjid di Sungai Buloh, Selangor itu pula digantikan dengan yang baharu membabitkan kos bernilai RM34,000, melalui sumbangan jemaah.
Namun tular di media sosial mengenai segelintir netizen yang menyifatkan karpet baharu itu sebagai satu pembaziran.
Menjawab kritikan berkenaan, Imam 1 masjid itu, Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin berkata, terdapat beberapa pilihan bagi mengatasi masalah susulan insiden itu dan ia dibincangkan pihak masjid bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Katanya, pilihan pertama adalah sertu pada karpet tetapi pihak masjid tidak mampu melakukan secara manual dengan tangan dan air, dan cara terbaik pembersihan menggunakan mesin.
Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya, atau terkena air liurnya.
Ini kerana katanya, haiwan tersebut memasuki ruang masjid dalam keadaan berdarah yang mengalir di bahagian leher dan mulut yang berlendir.
“Untuk sertu karpet secara manual memang boleh tapi membebankan pihak kami sebab kami tidak memiliki teknologi mesin tersebut.
“Ada syarikat yang tawarkan khidmat, namun bayarannya tidak kurang RM10,000 kerana kebanyakan ruang telah dicemari.
“Namun setelah mengadakan perbincangan yang panjang, kami memutuskan pilihan yang kedua iaitu menukarkan karpet baharu secara keseluruhannya kerana lebih mudah bagi kami,” dipetik Mstar Online.
Mengenai pilihan kedua, Ungku Ahmad Hazwan berkata, bahagian karpet yang terjejas akan dipotong dan dibuang dengan bantuan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), manakala baki yang masih elok disalurkan kepada institusi yang memerlukan.
Malahan katanya, tidak timbul isu pembaziran kerana terdapat beberapa pihak termasuk surau dan sekolah tahfiz berminat untuk menggunakan baki karpet tersebut.
Sehubungan itu, beliau berharap isu ‘pembaziran’ tidak dibangkitkan, termasuk mempertikaikan sumbangan individu yang sudi menghulurkan bantuan.
Operasi sertu dan membersih kawasan masjid. Foto Facebook Masjid Jamek Sungai Plong
“Kami di masjid ini, sumber pendapatan cukup-cukup menampung kos operasi. Malah kadang-kadang kos operasi lebih tinggi dari pendapatan sebab kami masjid kampung saja. 
“Kami memang mengharapkan sumbangan orang ramai dalam menguruskan kewangan kami,” kata Ungku Ahmad Hazwan sambil menambah bahawa penyumbang dana dan pembekal karpet turut hadir semasa perbincangan tersebut.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam Selasa lalu, seorang jemaah cedera disondol seekor babi hutan yang menceroboh ke dalam Masjid Jamek Sungai Plong.
Jemaah yang terkejut dengan kejadian itu kemudian cuba menghalau haiwan terbabit, namun ia ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah.

Sumber TKO - 11-3-2018


Azmin: Jangan salahkan kerajaan negeri, gangguan air berterusan kerana paip pecah
Posted on Saturday, March 10 @ 07:10:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38560



SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali berkata, kerajaan Selangor tidak patut dipersalahkan atas krisis gangguan air di sekitar Lembah Klang sejak Isnin lalu kerana pihaknya sedang mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah itu.

Menteri besar Selangor itu berkata, punca krisis air itu berpunca daripada insiden paip pecah semasa proses penyelenggaraan dijalankan di bawah seliaan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).

Katanya, Splash masih berada di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Oleh itu, Azmin menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kerajaan Selangor tidak pandai menguruskan masalah air.

“Kalau berani salahkan Najib,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persempadanan antara kerajaan Selangor dan Pahang hari ini.

“Kita sedang mengambil langkah proaktif, jadi tuduhan perdana menteri kita tak boleh urus air, berlaku catuan dan kekurangan bekalan ini satu tuduhan tidak berasas.”

Rabu lalu, Najib dilaporkan berkata, masalah bekalan air dan kos harga rumah tinggi antara 5 kelemahan besar gagal ditangani kerajaan pembangkang di Selangor.

“…air gagal diurus kerajaan negeri, tengok saja pembangkang di Kelantan, kita (kerajaan pusat dan kerajaan negeri) boleh uruskan air, tetapi di sini (Selangor) mereka utamakan politik, bukan hal rakyat.

“Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) memaklumkan 6 daerah kritikal, cemas, ibarat telur di hujung tanduk, sebab bekalan air lemah, kualiti semakin teruk, tekanan rendah, bil kelam-kabut dan khidmat servis tidak baik…inilah kisah pentadbiran air di Selangor,” katanya kelmarin.

Ia susulan gangguan bekalan air melibatkan banyak kawasan di sekitar Lembah Klang sejak Isnin lalu, dijangka berlarutan sehingga Sabtu dan Ahad ini kerana Sistem Mampatan Udara di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) pecah dan menyebabkan 5 batang paip bersaiz 1,100mm rosak dengan 2 daripadanya terpelanting keluar daripada strukturnya serta beberapa pekerja cedera.

Antara kawasan terjejas adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Azmin berkata, isu gangguan air itu tiada kaitan dengan masalah kekurangan air kerana Loji Rawatan Air Semenyih 2 di Dengkil yang bernilai RM177.5 juta mula beroperasi 1 Mac lalu.

“Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi pada pihak kerajaan negeri, kita telah mengambil semua langkah perlu untuk memastikan perkara ini tidak berlaku. Isu ini berlaku disebabkan kemalangan yang saya sendiri tidak mahu ia berlaku.”

Rabu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib dilaporkan berkata bekalan air ke kawasan terjejas di Lembah Klang sejak dijangka pulih secara berperingkat mulai 6 petang semalam.


Katanya, bekalan air akan pulih sepenuhnya dalam tempoh 36 hingga 72 jam.

Sumber TKO - 10-3-2018


Silakan tulis surat kepada sultan, Azmin beritahu PAS
Posted on Friday, March 09 @ 19:56:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38556



SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali mengalu-alukan PAS menulis surat kepada Sultan Selangor berhubung isu pembekuan peruntukan untuk wakil rakyat dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) parti Islam itu.

“Silakan (tulis surat kepada istana),” kata menteri besar Selangor itu selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persempadanan antara kerajaan Selangor dan Pahang, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan amaran PAS Selangor yang mahu mengambil tindakan terhadap pengerusi Pakatan Harapan negeri itu, jika beliau gagal memenuhi tuntutan mereka untuk mengagihkan peruntukan negeri kepada adun dan penyelaras DUN PAS sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada 16 Februari lalu.

Kelmarin, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dilaporkan berkata, parti itu akan menulis surat kepada Istana Selangor dalam masa beberapa hari lagi dan menggesa Jabatan Audit Negeri serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat isu itu.

Beliau berkata, tindakan itu akan dilakukan dalam beberapa hari lagi kerana Azmin enggan memberi kebenaran bertulis untuk adun PAS diberikan akses kepada dana itu.

Difahamkan, pembekuan peruntukan RM800,000 kepada setiap adun Selangor itu hanya membabitkan wakil rakyat PAS dan didakwa untuk mencantas khidmat mereka kepada penduduk setempat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Pada 9 Februari lalu, Azmin dilaporkan berkata, isu pembekuan peruntukan negeri kepada wakil rakyat dan penyelaras DUN PAS boleh diselesaikan tanpa perlu berjumpa Sultan Selangor.


“Kalau Umno kita bagi, takkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan tak bagi. Cuma kena patuh prosedur.”

Sumber TKO - 9-3-2018














PAS Rep Allocation Issues To Be Resolved Soon















Bangunan SUK Selangor
SHAH ALAM : Datuk Seri Azmin Ali said PAS assemblymen can speak directly with the district officer in their respective constituencies about their annual development allocations.

“I have received many letters from various assemblymen on the subject, and we will go through the process and make sure they comply with all the requirements,” said the Selangor Mentri Besar.

Selangor PAS commissioner Sallehen Mukhyi told a press conference on Wednesday that the state’s 13 assemblymen have yet to receive the annual allocation for their respective constituencies.

Azmin, who spoke to reporters after attending a local inquiry by the Election Commission (EC) on its re-delineation exercise at a hotel here, added that once the process was complete, the PAS assemblymen’s allocations would be immediately approved.- thestar

Sumber BO - 4-3-2018










Perjalanan lebih singkat guna jalan B20

JARAK perjalanan ke Kota Warisan dan Bandar Baru Salak Tinggi akan menjadi lebih singkat apabila projek pembinaan laluan alternatif iaitu jalan sambungan B20 (missing link) yang menghubungkan Kota Warisan dan Salak Tinggi, siap sepenuhnya menjelang November 2020 kelak. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, pengguna tidak perlu lagi melalui jalan persekutuan FT29 dan FT32 apabila mempunyai pilihan lain. 
Katanya, sebagai contoh, pengguna dari Taman Ixora atau Salak Tinggi yang ingin ke Kota Warisan tidak perlu lagi melalui jalan utama, iaitu laluan sedia ada. 
“Sebaliknya, mereka boleh melalui jalan B20 (apabila siap nanti) dengan tempoh perjalanan lebih singkat iaitu dari jangkaan masa 15 hingga 20 minit kepada lima hingga 10 minit sahaja. 
“Selain itu, jalan ini dapat menghubungkan kawasan Kota Warisan, Taman Ixora, Ixora Hill Park, Taman Dahlia, Taman Seroja serta kemudahan awam seperti Stadium Sepang,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah jalan sambungan B20 daerah Sepang, kelmarin. (Foto selangorKini) 
Beliau berkata, ia juga akan memberikan impak sosioekonomi kepada penduduk setempat dan industri sekitar Kota Warisan.
Di samping itu, ujarnya pengangkutan logistik untuk menampung keperluan industri juga menjadi lebih efektif kerana tempoh masa dan jarak perjalanan akan menjadi lebih singkat. 
“Di sekitar Kota Warisan juga terdapat lot-lot industri yang belum dan telah dibangunkan. Justeru, dengan adanya kemudahan infrastruktur ini, ia secara tidak langsung dapat membangunkan sektor perindustrian di kawasan sekitar Kota Warisan dan Salak Tinggi,” katanya dipetik SelangorKini
Sumber HD - 1-3-2018 


Faekah Cabar Azmin Dedah Dokumen ‘Rundingan Tepi’ Skandal Ijok
Posted on Monday, February 26 @ 14:28:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38401



SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kembali bertugas hari ini dicabar agar mendedahkan segala butir dokumen ‘rundingan tepi’ dalam skandal tanah di Ijok jika benar ia bersifat menang-menang dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Pegawai Khas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, tiada makna kerajaan negeri mendakwa ia perjanjian menang-menang atau guna istilah ‘syarikat
berwibawa’ mahu pun ‘formula global’ tanpa disokong dengan pendedahan butir dokumen.

“Sungguh panjang lebar (jawapan), terbelit sampai nak terkeliat tulang belakang memberi penerangan, atau lebih tepat mahu menegak benang yang basah sehingga nama Tan Sri Khalid disebut sekurang-kurangnya sebanyak 20 kali.

“Lucu kerana ia menggambarkan betapa rendahnya tahap keyakinan sendiri sehingga berhempas pulas cuba menyakinkan diri mereka dan juga rakyat bahawa mereka ‘lebih pandai’ berbanding Tan Sri Khalid.

“Malang sekali di sebalik kenyataan berjela-jela dan serangan terhadap bekas Menteri Besar, tiada satu pun fakta dapat menjelaskan isu pokok yang kita telah ketengahkan iaitu mengapa kerajaan negeri culas serta bertindak secara cuai dengan memberhenti proses mahkamah yang diambil terhadap pemaju curang meskipun Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada kerajaan negeri,” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sumber TKO - 26-2-2018

Azmin kembali ke pejabat dengan pendakap leher
Posted on Monday, February 26 @ 11:50:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38394


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Azli secara rasmi masuk bertugas kembali selepas disahkan mengalami kecederaan tulang belakang ‘annular tear of spinal disc’.


Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong mengesahkan Azmin mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini.

Berdasarkan gambar, Azmin memakai pendakap leher.

Dalam kenyataannya semalam, Yin berkata Azmin mengalami kecederaan itu ketika teruja membersihkan rumah dan mengalihkan perabot untuk menyambut kehadiran cucu sulungnya.

Sumber TKO - 26-2-2018


















AGROGEMS berjaya lahirkan generasi muda agro

SHAH ALAM: Julung kalinya, Majlis Malam Aspresiasi Usahawan Agrogems dan Industri Asas Tani Selangor 2018 telah meraikan kejayaan 13 usahawan tani dan usahawan Industri Asas Tani (IAT) dengan pemenang menerima trofi dan sijil serta insentif berbentuk bantuan peralatan.
Pemenang-pemenang yang diraikan merupakan sebahagian program Agro Generasi Muda Selangor yang telah bermula sejak tahun 2015 sehingga 2017.
Menurut Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib di bawah program AGROGEMS sepanjang tempoh empat tahun program berlangsung telah melibatkan seramai 1,100 golongan muda yang menceburkan diri dalam sektor pertanian sebagai sumber ekonomi utama.
"Bermula dari tahun 2015 sehingga 2017, hasil dari program seminar tersebut, kerajaan Selangor telah menyalurkan sejumlah hampir RM1.5 juta kepada seramai 103 penerima yang terdiri daripada pelbagai bidang usahawan tani.
"Melalui pemantauan yang dibuat oleh pihak jabatan, laporan yang diterima menunjukkan penerima-penerima bantuan melalui program AGROGEMS untuk tahun 2015 hingga 2016 adalah seramai 65 penerima bantuan," katanya pada Majlis Aspresiasi Usahawan AGROGEMS dan Industri Asas Tani yang diadakan di Wisma PKPS, di sini semalam.
Tambahnya hasil usaha tersebut menunjukkan kesan positif di mana data hasil jualan menunjukkan peningkatan sehingga 63 peratus dari sebelum menerima bantuan peralatan dan hanya 6 peratus gagal disebabkan oleh faktor tanah yang tidak disambung penyewaan. -HARAKAHDAILY 24/2/2018


































Sumber HD - 24-2-2018


















Sembilan kelulusan projek Rumah Selangorku dibatalkan

MESYUARAT Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku hari ini telah bersetuju agar kelulusan bagi membina sembilan projek Rumah Selangorku dibatalkan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato' Iskandar A. Samad.
Kelulusan projek-projek tersebut telah dibatalkan kerana pemaju telah gagal mendapatkan Kebenaran Merancang dalam tempoh 2 tahun dari tarikh kelulusan MMKN ( Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ) / EXCO.
Pembatalan projek-projek tersebut akan disahkan oleh MMKN.
Pecahan projek menurut Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:
1) Majlis Perbandaran Kajang - 3 projek
2) Majlis Perbandaran Subang Jaya - 1 projek
3) Majlis Bandaraya Shah Alam - 1 projek
4) Majlis Perbandaran Selayang - 2 projek
5) Majlis Perbandaran Ampang Jaya - 1 projek
6) Majlis Perbandaran Klang - 1 projek
Projek-projek tersebut telah diluluskan di antara tahun 2014 dan 2016.
Kerajaan Negeri mempunyai satu jawatankuasa khas untuk memantau pembinaan Rumah Selangorku iaitu Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Selangorku untuk memantau pelaksanaan projek-projek Rumah Selangorku.
Ia dianggotai oleh:
1. Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor ( LPHS )
2. Wakil Pejabat Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar.
3. Wakil Pejabat Tanah Galian Selangor.
4. Wakil Pejabat Tanah Dan Daerah terlibat.
5. Wakil Pihak Berkuasa Tempatan terlibat.
Tugas-tugas jawatankuasa ini adalah:
1. Memantau status permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan Dan Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan ( APDL ) oleh pemaju.
2. Membuat lawatan tapak berkala ke projek-projek dalam pembinaan.
3. Menyelesaikan isu-isu berkaitan pembangunan yang melibatkan agensi-agensi teknikal seperti TNB, Air Selangor, IWK dan lain-lain.
4. Melaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku untuk tindakan selanjutnya.
Apabila pemaju diberi kelulusan untuk membina Rumah Selangorku oleh MMKN, mereka diberi tempoh 2 tahun untuk memulakan pembinaan.
  
Surat peringatan dan notis dikeluarkan secara berperingkat sepertimana berikut bagi pemaju yang gagal atau lewat,
1) Surat Peringatan -
12 bulan selepas kelulusan MMKN mengarahkan pemaju mengemukakan status kemajuan dalam tempoh 14 hari.
2) Notis 14 Hari Selepas Surat Peringatan - Peringatan untuk memulakan pembinaan atau kelulusan akan dibatalkan 
3) Notis Akhir - 6 bulan sebelum tarikh luput kelulusan MMKN di mana pemaju dimaklumkan bahawa tarikh kelulusan mereka akan luput.
4) Notis Pembatalan - 2 tahun selepas tarikh kelulusan MMKN di mana pemaju dimaklumkan bahawa kelulusan mereka akan dibatalkan.
Kerajaan Negeri sentiasa memantau projek-projek yang telah diluluskan dan mengambil tindakan tegas ke atas pemaju yang melewat-lewatkan pembinaan projek Rumah Selangorku mereka.
Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri mengambil kira akan masalah-masalah yang dihadapi oleh pemaju seperti masalah tanah, perundangan, cerun, pencerobohan dan sebagainya.
Selain dari pembatalan kelulusan MMKN, permohonan Kebenaran Merancang untuk projek-projek lain pemaju juga ditahan jika mereka melewatkan-lewatkan pembinaan Rumah Selangorku.
Di bawah Kerajaan Negeri sekarang, pemaju tidak boleh membina Rumah Selangorku paling akhir tetapi perlu dibina terlebih dahulu atau serentak dengan rumah harga bebas.
Di zaman Barisan Nasional, rumah kos rendah boleh dibina selepas rumah harga bebas siap dibina.
Akibatnya rumah kos rendah tersebut tidak dibina.
YB DATO' ISKANDAR A SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusn Bangunan dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
6 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 6/2/2018




































Sumber HD - -2-2018

Azmin Arah Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor Disiasat ?
Posted on Tuesday, January 30 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37995



AIDCNews -29/01/18 -Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai terus memberi tekanan politik kepada Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi apabila mengarahkan syarikat audit menyiasat pejabat pusat khidmat ADUN PAS tersebut.

Bagaimanapun, syarikat audit itu tidak menjumpai apa-apa kesalahan yang boleh mensabitkan Sallehen yang juga ADUN PAS Sabak terbabit dalam salah laku pengurusan peruntukan.

“Dapat info Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi ADUN Sabak atas arahan SO1 diserbu audit kononnya ada salah guna peruntukan.

“Lepas diaudit dan didapati tiada sebarang penyelewengan atau salah laku, peruntukan tetap tak dikembalikan.


“Punyalah hati kaudu dan pendendam kesumat Azmin Ali Timbalan Presiden PKR,” dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.

Sumber TKO - 30-1-2018

Apa motif peruntukan Adun PAS S'gor ditahan?
Posted on Tuesday, January 30 @ 07:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37984



SABAK BERNAM: Penahanan dan pembekuan peruntukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor terhadap Adun-adun PAS berlaku dalam keadaan serba pelik, demikian menurut Adun Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang. 
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor menzahirkan kemusykilannya apabila arahan pembekuan datang dan kemudiannya baharulah disusuli siasatan audit.
"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri 'aircond" dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, di sini kelmarin.
Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang dibayangkan beliau sebagai hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan Dun Sabak adalah bersih tanpa masalah.
Beliau juga menyatakan tidak kisah dengan pembekuan tersebut kerana sejak dahulu pun PAS sentiasa menambah sokongan masyarakat tanpa peruntukan dan akan bertemu dengan Menteri Besar. -HARAKAHDAILY 29/1/2018

Sumber TKO - 30-1-2018






















Exco PAS Komited Laksanakan Tanggungjawab

Pada tanggal 19 Januari 2018 lalu di Auditorium Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, di dalam Majlis Himpunan Jabatan-Jabatan dan Agensi di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, telah dilaksanakan majlis pelancaran Buku Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor serta Buku Terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor iaitu buku “Garis Panduan Etika Berpakaian Bagi Orang Islam Di Premis-Premis Kerajaan Negeri Selangor.

Kewujudan kedua-dua buku ini adalah hasil daripada perancangan yang telah dilaksanakan melalui Pejabat EXCO integrasi dengan jabatan-jabatan dan agensi di bawah Standco EXCO melalui program Sumbang Saran dan Bengkel Standco bagi pelaksanaan program-program EXCO sejak tahun lepas.

Saya selaku EXCO Agama Negeri Selangor sangat komited untuk mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif dan mahabbah kepada seluruh warga masyarakat yang ingin bermuamalah di pejabat-pejabat dan agensi kerajaan Negeri Selangor. Dengan kewujudan Buku Garis Panduan Etika Berpakaian Bagi Orang-Orang Islam di Premis-Premis Kerajaan Negeri Selangor ini adalah diharapkan ianya dapat memberikan kesedaran dan keselesaan kepada semua pihak.
Walaubagaimanapun buku ini hanyalah sebagai garis panduan dan bukannya satu ketetapan yang perlu dipatuhi sehingga mengikat kebebasan peribadi anggota masyarakat. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor di atas usaha murni ini.

Saya turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak Lembaga Penasihat dan pasukan Editor Penerbitan Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Halim Bin Tamuri daripada KUIS yang telah menyelaraskan pengumpulan artikel-artikel ilmiah berkenaan dengan hala tuju pembangunan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor untuk dimuatkan di dalam jurnal ini yang akan menjadi bahan rujukan generasi akan datang.

Saya sangat mengharapkan semoga dengan kehadiran kedua-dua buku ini akan menambahkan lagi khazanah ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada Kerajaan Negeri Selangor amnya dan seluruh rakyat Negeri Selangor khususnya.

YANG BERHORMAT DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI
D.P.M.S.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan
Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Negeri Selangor
06 Jamadil Awwal 1439 H / 23 Januari 2018

Sumber BO - 23-1-2018

Azmin nafi beri tender pasir pada anak saudara
Posted on Friday, December 01 @ 05:11:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37083



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menafikan tuduhan bahawa beliau menganugerahkan tender kepada anak saudaranya yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Azmin menjelaskan bahawa semua tender untuk perlombongan pasir di negeri itu dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Inc).

"Pertama dakwaan itu tidak betul. Dasar kerajaan negeri tanah-tanah dimiliki oleh kerajaan negeri, sekiranya ada permohonan untuk aktiviti perlombongan pasir ia akan diuruskan oleh Kumpulan Semester.

"Semua proses tender dijalankan Kumpulan Semester, saya bukan board member (ahli lembaga pengarah) Semester.

"Saya tidak terlibat dalam sebarang keputusan dan saya yakin pegawai Semester mempunyai integriti tinggi dalam memastikan proses itu berjalan dengan telus dan terbuka,"katanya kepada wartawan ketika ditemui di Bandar Baru Bangi hari ini.

Terdahulu hari ini, SPRM dilapor menahan anak saudara Azmin yang berusia 34 tahun dan tiga yang lain atas tuduhan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu di sebuah lokasi di Kajang sejak 2014.

Suspek yang terdiri daripada dua pengarah syarikat perlombongan pasir, seorang pengurus tapak projek dan seorang pekerja agensi pengiklanan, didakwa merasuah pegawai pihak berkuasa tempatan di Kajang untuk tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan yang menyalahi undang-undang itu.

Sebuah blog mendakwa mereka juga menerima tender daripada menteri besar.

Kesemua lelaki berusia antara 34 tahun dan 67 tahun itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Disember.

SPRM juga membekukan wang RM4 juta daripada akuan bank milik salah sebuah syarikat berkenan.

Azmin mengulangi kenyataan di pejabatnya hari ini bahawa terdapat konspirasi politik terhadap kerajaan negeri dalam kes itu.

"Saya tidak mahu membuat tuduhan, tetapi saya merasakan dalam kes ini, saya melihat seolah-olah ada konspirasi politik kerana sebelum beliau ditahan, blogger umno telahpun mengeluarkan maklumat ini lebih awal daripada tindakan SPRM.

"Persoalan saya kenapa ini berlaku. Saya tidak mahu tindakan politik mempengaruhi siasatan ini," katanya.

Sumber TKO - 1-12-2017























Ibu bapa bantah kehadiran Jamal di sekolah

IBU bapa di Pandan Indah membantah kehadiran Datuk Seri Jamal Mohd Yunos, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar atau yang lebih dikenali sebagai Jamal Baju Merah di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah, pagi tadi. 
Beliau hadir untuk merasmikan program Khatan Perdana 2017 anjuran Pemuda Umno Bahagian Pandan. 
Ibu bapa mempertikaikan kesesuaian Jamal untuk satu program di dalam sebuah sekolah kebangsaan dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar memandangkan reputasi Jamal yang banyak terlibat dengan pelbagai kontroversi. 
“Dengan itu beliau bukan satu contoh yang baik bagi generasi muda,” kata Adun Chempaka, Datuk Iskandar A Samad.
Sebelum ini, ujar beliau Jamal terlibat dengan tindakan-tindakan ganas seperti memecahkan botol-botol di tempat awam iaitu di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. 
Tambahnya, Jamal juga telah melakukan demonstrasi membawa kereta-kereta jenazah dan mengusung katil-katil di hadapan bangunan tersebut mengkibatkan orang ramai tidak dapat berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan di situ. 
“Selain dari itu beliau juga mengadakan demonstrasi di situ dengan hanya bertuala,” ujarnya yang juga Exco Kerajaan Selangor dalam satu kenyataan. 
Maka, kata Iskandar wajar para ibu bapa membantah kehadiran Jamal di sekolah tersebut. 
“Selain dari itu saya turut mempertikaikan keputusan untuk membenarkan Pemuda Umno Bahagian Pandan menganjurkan program di sekolah itu. 
“Sebelum ini kami menerima laporan bahawa seorang guru telah diberikan surat tunjuk sebab kerana kononnya membawa pemimpin kerajaan negeri ke dalam sekolah,” katanya lagi.
Justeru, kata Naib Presiden PAS itu, kementerian dan jabatan yang terlibat perlu adil. 
Beliau berkata, jika Umno dibenarkan menganjurkan program di sekolah kebangsaan maka parti-parti lain seperti PAS dan PKR juga perlu dibenarkan. 
Tambahnya lagi, sikap pilih kasih dan "double standard" ini tidak sepatutnya dimiliki oleh kementerian dan jabatan yang bertanggungjawab ke atas generasi yang menjadi harapan negara di masa akan datang. 
“Saya juga ingin bertanya kepada mereka, adakah pelajar-pelajar sekarang akan diajar untuk memecahkan botol-botol di tempat awam atau memakai hanya tuala di khalayak ramai? 
“Mungkin ini wawasan baru Kementerian Pendidikan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/11/2017
Sumber HD - 25-11-2017 

























MCK bantu percepat kes libat individu tiada upaya

AGENDA membawa Mahkamah Syariah turun ke masyarakat bagi menjalankan perbicaraan menjadi lebih lancar selepas Kit Mahkamah Bergerak (MCK) dilancarkan sejak awal tahun ini. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penggunaan MCK membolehkan perbicaraan melibatkan golongan uzur dapat dijalankan dalam suasana lebih selesa. 
“MCK adalah set kemudahan bagi melaksanakan perbicaraan kes di luar
Mahkamah Syariah yang mengandungi set peralatan lengkap berfungsi sebagai meja dan kerusi kegunaan Hakim Syarie, Pembantu Syariah dan Setiausaha Hakim, ruang penyimpanan fail, tempat meletakkan komputer riba, alat tuli serta mengandungi soket wayar elektrik dan peralatan audio.
“Dengan terciptanya MCK ini, ia memberikan kemudahan kepada Hakim Syarie dan kakitangan sokongannya yang menjalankan perbicaraan di luar dengan lebih selesa tanpa perlu membawa peralatan seperti kerusi dan meja lebih besar yang memerlukan kenderaan lebih besar membawanya,” katanya dipetik SelangorKini
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran MCK Dan Penyerahan Sumbangan Kerusi Roda Bagi Kegunaan Orang kelainan Upaya di Mahkamah Syariah Selangor, Shah Alam semalam. 
Jelasnya, JAKESS juga tidak lagi perlu menyewa kerusi dan meja daripada pihak luar dan sekaligus membantu menjimatkan kewangan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). 
Katanya, selain kecil dan kompak, kos membina sebuah MCK juga rendah dengan melibatkan kos kira-kira RM1,500.
an di hospital dan juga di penjara apabila melibatkan kes terbabit
Sumber HD-25-11-2017 




























BN memang kerap tiru Selangor - Iskandar

SUDAH menjadi kelaziman Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Umno Barisan Nasional meniru pelaksanaan dasar berkebajikan yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ia membuktikan Selangor lebih ke hadapan melaksanakan dasar berkebajikan negeri berbanding di peringkat Persekutuan.
“Barisan Nasional memang kerap tiru Selangor. Terbukti cara (dasar) Kerajaan Negeri adalah yang terbaik,” katanya dipetik SelangorKini
Beliau menyatakan demikian diminta mengulas kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar untuk memperlebar luas pelaksanaan Skim Smart Sewa di bawah dasar Perumahan Rumah Mampu Milik (PPR) di seluruh Selangor sekiranya berjaya menawan negeri pada pilihan raya umum nanti. 
Ini bukan kali pertama wujud cadangan di peringkat Persekutuan untuk menggunapakai dasar sedia ada yang sudah dilaksanakan di Selangor. 
Antaranya sebelum ini, Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan Belanjawan Pusat 2018 memperkenalkan insentif skim yang dikenali sebagi Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50).
Sumber HD - 18-11-2017 






























Rumah SelangorKu: Antara teras berkebajikan negeri

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri fokus meletakkan pembangunan Rumah SelangorKu sebagai antara teras utama agenda berkebajikan
negeri. 
Beliau berkata, tumpuan berkenaan termasuklah memperkenalkan Revolusi Rumah SelangorKu 2.0 yang dilaksanakan untuk tempoh 2018. 
“Sudah empat tahun dasar ini dilaksanakan, justeru sudah wujud cadangan daripada pemaju tentang keperluan bagaimana dasar ini boleh ditambahbaik untuk tempoh 2018 akan datang. 
“Antara tumpuan itu termasuklah usaha memastikan kualiti Rumah SelangorKu dapat dipertingkatkan dengan memastikan spesifikasi yang wajib ada dalam pembinaan rumah berkenaan,” katanya dipetik SelangorKini
Kerajaan negeri memperkalkan Skim Rumah SelangorKu sebagai inisiatif membuka peluang rakyat Selangor memiliki sebuah rumah sendiri bernilai tidak melebihi RM250,000. 
Untuk rekod, sebanyak 96,832 unit Rumah Selangorku diluluskan kerajaan negeri sejak mula diperkenalkan pada 2014. 
Dalam perkembangan lain, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sebelum ini menetapkan setiap pemohon Rumah SelangorKu perlu mendaftar semula setiap dua tahun. 
Pelaksanaan itu bagi membolehkan LPHS mengenal pasti dan menentukan sama ada pemohon masih berminat untuk memiliki Rumah SelangorKu.




























































Sumber HD - 15-11-2017































Rancang bina Maahad Tahfiz Sains seluruh negeri

SELANGOR merancang untuk membina Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) di seluruh negeri bagi memenuhi keperluan pelajar mendapat pendidikan peringkat menengah berteraskan Islam. 
Pengerusi Jawatan Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perancangan terbabit dijalankan secara berterusan mengikut daerah, di negeri itu. 
Katanya, sejak 2013 kerajaan negeri membangunkan dua MITS iaitu di Bagan Terap, Sabak Bernam dan Bagan Lalang, Sepang, lapor SelangorKini
“Satu lagi MITS akan dibina pada tahun depan,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Dr Abdul Rani Osman pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini. 
Beliau berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan kira-kira RM2.7 juta bagi kedua-dua MITS berkaitan dalam tempoh dua tahun ini. 
Adun Sijangkang itu menambah, ia meliputi perbelanjaan bagi pelantikan guru dan bukan guru, pembekalan kawalan asrama, kawalan keselamatan dan kontraktor pembersihan kawasan serta yang berkaitan.
































































Sumber HD - 14-11-2017

































Loji rawatan air North Hummock sumber air Meru

PENGERUSI Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib memaklumkan loji rawatan air North Hummock di Meru mendapat bekalan air mentah dari empangan tasik Subang. 
Loji itu katanya membekalkan air ke sebahagian kawasan Meru dengan kapasiti pengeluaran semasa sebanyak 15 juta liter melalui paip utama bersaiz 500mm dari kolam air bersih ke kawasan agihan di pekan Meru. 
Manakala kolam air Lam Bee yang menjadi sumber bekalan air yang utama ke kawasan Meru dengan reka bentuk kapasiti simpanan sebanyak 19 juta liter.
"Kolam ini mendapat bekalan air dari sumber Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 dan 2 yang mendapat bekalan air mentah dari Sungai Selangor," ketika menjawab soalan daripada Adun Meru-PAS, Dr Abdul Rani
Othman di sesi soal jawab lisan sidang Dewan Negeri Selangor. 
Berdasarkan rekod loji North Hummock membekalkan air untuk kawasan Meru berjumlah 4,430 akaun manakala untuk kolam air Lam Bee pula membekalkan air sebanyak 28,820 akaun untuk kawasan Kapar dan Meru," katanya. 
Beliau berkata, bekalan air ke kawasan Meru disalurkan dari loji Rawatan Air North Hummock dan dari sumber bekalan SSP1 dan SSP2. 
Katanya, gangguan pengeluaran atau penggurangan bekalan air dari Loji rawatan air utama yang disebabkan oleh kes pencemaran sumber air mentah atau pengurangan kadar aliran dari sungai. 
"Gangguan bekalan elektrik ke atas pemasangan atau penambahbaikan rumah pam dan loji rawatan air. 
Kerosakan kepada pepasangan injap kawalan tekanan atau pada pepasangan injap di sepanjang jajaran tersebut sebagai contoh injap jatuh, injap tersekat, pecah dan bocor," katanya. 
Beliau berkata, perancangan menambahbaik bekalan selain program penggantian paip ialah dengan melaksanakan program pembentukan zon kawalan meter `District Metering Zone (DMZ) atau zon Pemantauan Tekanan `Pressure Monitoring Zone (PMZ) bagi kawasan yang kritikal dan berada di luar liputan DMZ. 
"DMZ/PMZ akan dipasang meter dan juga injap kawalan tekanan untuk mengurangkan tekanan air ke tahap optimum. Langkah ini akan dpat mengurangkan masalah paip pecah yang disebabkan oleh tekanan air yang tinggi dan keadaan paip yang uzur, katanya. – HARAKAHDAILY 14/11/2017
Sumber HD - 14-11-2017 



































861 unit rumah mampu milik telah diproses

SEHINGGA hari ini, sebanyak 861 unit rumah mampu milik dengan kos RM123.14 juta telahpun diproses untuk pemilikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dilantik sebagai agen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan Skim Smart Sewa. 
Demikian dijelaskan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad semasa menjawab pertanyaan Ustaz Sallehen Mukhyi (PAS-Sabak) pada persidangan Dewan Negeri Selangor, hari ini. 
Beliau juga berkata, sehingga kini 220 iaitu sebanyak 26 peratus unit rumah telah sedia untuk disewakan dengan kadar sewaan daripada RM550 sehingga RM650 sebulan. 
Manakala sehingga hujung tahun ini sebanyak 111 unit lagi dijangka akan disiapkan dan sedia untuk disewakan manakala bakinya sebanyak 530 unit dijangka dapat disiapkan untuk disewakan mulai tahun 2018 hingga 2020.
“Setiap penyewa dijangkakan akan menerima balik sekurang-kurangnya sebanyak RM10,000 hingga RM12,000 selepas lima tahun,” ujarnya. 
Dari itu, katanya kerajaan negeri dijangkakan akan mengembalikan kepada penyewa sebanyak RM9.5 juta bagi membolehkan mereka dan keluarga memiliki kediaman. – HARAKAHDAILY 13/11/2017
Sumber HD- 13-11-2017



Umno pun tak baca akhbar harian mereka, kata Azmin
Posted on Monday, November 13 @ 13:53:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36684



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan keputusannya untuk menghentikan langganan beberapa akhbar harian kerana mengambil sikap pro-Umno.

Azmin berkata, Utusan Malaysia dan Berita Harian, yang ditamatkan langganan oleh kerajaan negeri, tidak mempunyai nilai berita, sambil mendakwa kedua-dua akhbar itu menyebarkan fitnah.

“Utusan dan NSTP itu Umno yang punyai, buat apa kerajaan Selangor nak langgan akhbar yang polisinya semata-mata untuk (serang) seteru politik mereka,” kata Azmin merujuk syarikat penerbitan 2 akhbar itu.

Menurutnya, bilangan pembaca kedua-dua akhbar harian itu sekitar 150,000-200,000 “sedangkan Umno ada 3 juta ahli”.

“Jadi eloklah tanya ahli Umno dulu kenapa mereka tak sokong akhbar mereka sendiri.

“Kalau ahli Umno pun tidak sokong Utusan dan NSTP, buat apa kerajaan negeri mahu melanggan akhbar yang tidak ada nilai langsung? Ini wang kerajaan, pembayar cukai, tidak perlu kita langgan akhbar yang tidak ada nilai langsung, yang ada fitnah, putar belit, kecaman tidak berasas.

“Sekarang ini orang Melayu tak baca Utusan, ahli Umno pun tak langgan Utusan,” katanya ketika di Dewan Undangan Negeri Selangor, menjawab soalan tambahan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi yang mempersoalkan keputusan kerajaan negeri memberhentikan langganan akhbar tersebut.

Azmin berkata rakyat Selangor perlu ada akses kepada ilmu yang beri pencerahan kepada mereka.

“Tapi pencerahan yang saya masudkan adalah berasaskan fakta, bukan fitnah,” tambah Azmin, mengundang reaksi Budiman yang mencelah keputusan menamatkan langganan itu tidak dipatuhi sejak dasar itu diperkenalkan pada 2008, selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN).

Azmin menjelaskan, tindakan kerajaan negeri terus melanggan akhbar terbabit adalah untuk memberi peluang kepada Utusan dan Berita Harian memperbetulkan sikap mereka.

Jumaat lalu, kerajaan Selangor mengeluarkan pekeliling mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri menghentikan langganan akhbar itu berkuat-kuasa serta-merta.

Arahan membatalkan langganan dan menghentikan iklan dalam akhbar Kumpulan Utusan pertama kali dikeluarkan pada 12 Jun 2008, beberapa bulan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Selangor.

Sumber TKO - 13-11-2017






































Kebajikan: Dapatkan maklumat tepat di akhbar rasmi

MASYARAKAT boleh mendapatkan maklumat tepat dan lengkap berhubung inisiatif berkebajikan dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor di akhbar rasmi, SelangorKini
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan, Pertanian Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, akhbar milik kerajaan negeri itu memaparkan laporan tepat dan telus terhadap pentadbiran negeri, lapor SelangorKini
“Kerajaan negeri banyak melaksanakan inisiatf berkebajikan, dan masyarakat boleh ambil maklumat dan fakta (tepat) itu di SelangorKini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Infratani Peringkat Daerah Dengkil, di Tapak Pasar Awam Dengkil, semalam. 
Terdahulu, wujud penularan laporan tidak tepat yang dilemparkan media milik Umno, khususnya Utusan Malaysia terhadap pentadbiran negeri yang didakwa berunsur fitnah bagi memburukkan imej Kerajaan Pakatan di Selangor. 
Susulan itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan negeri menghentikan langganan akhbar di bawah Utusan Malaysia berkuatkuasa serta-merta. 
Arahan itu dikeluarkan melalui pekeliling bertarikh 9 November dan ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.
Sumber HD - 12-11-2017 








































Pembinaan Masjid Subang Bestari diperuntukkan RM17 juta

SUBANG: Hasrat penduduk untuk mempunyai masjid tertunai setelah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pada Belanjawan Selangor 2018 mengumumkan peruntukan RM17 juta bagi pembinaan Masjid Subang Bestari, di sini.

Akhirnya, selepas 18 tahun iaitu sejak menerima kelulusan Kebenaran Merancang (KM) pada 17 Julai 1999, usaha yang dirintis PAS Cawangan U5 bersama dengan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 18 berjaya direalisasikan.
Dikategorikan antara projek utama di bawah sektor Pembangunan Institusi Kerohanian, ia menggembirakan Jawatan Kuasa Pembangunan Masjid Subang Bestari diketuai Khairul Shaufuan yang telah dibentuk sejak 14 Oktober 2012 lagi.
Dari penyediaan kertas cadangan pembangunan pada 2 Januari 2013 disusuli permohonan sokongan kewangan dari istana pada 19 Januari tahun sama dan kelulusan JAIS pada 20 Ogos, usaha mengumpul dana giat diadakan.
Sejak itu, dana terkumpul secara berperingkat bersama PAS Cawangan Subang Suria dan penduduk Pangsapuri Subang Suria telah mencecah RM20,000 di mana masjid dicadang dibina bersebelahan Taman Perumahan Laman Permai.
Rentetan lanjut dari itu adalah usaha pihak jawatan kuasa membawa memorandum pembangunan yang diserah kepada Azmin paa 23 April 2016 semasa Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Rumah Selangorku hingga membawa kepada pengumuman tersebut. - HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD =- 10-11-22017 










































Ikatan Desa bantu PDRM atasi jenayah

KERAJAAN Negeri memandang serius isu keselamatan penduduk kampung dan telah meluluskan pelaksanaan program Ikatan Desa di Kampung Tradisi dengan peruntukan sebanyak RM3,680 juta. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, Ikatan Desa merupakan satu inisiatif kerajaan Negeri untuk membantu pihak Polis Diraja Malaysia mengurangkan kadar jenayah di kawasan luar bandar. 
Katanya, seramai 10 orang ahli akan dilantik di setiap kampung Tradisi yang akan menjalankan tugas meronda dan memastikan keselamatan kampung 
Menjawab soalan dari Adun Selat Klang-PAS, Dr Halimah Ali katanya, Ikatan Desa akan meningkatkan hubungan kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk kampung sendiri. 
Namun begitu tambah beliau ia menjadi peranan ahli-ahli JKKK sendiri di dalam menjaga keselamatan kampung supaya  kehidupan masyarakat kampung diperkukuhkan. 
"Buat masa ini kerajaan Negeri belum bercadang untuk memperuntukkan sebarang peruntukan khas bagi pemasangan CCTV di kawasan hot spot jenayah sosial di kampung," katanya. 
Tambah beliau, bagaimana pun kerajaan Negeri lebih menumpukan kepada pemberian peralatan keselamatan seperti walkie talkie, vest keselamatan, lampu baton, first aid kit dan beberapa peralatan lain untuk digunakan semasa sesi rondaan. – HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD - 10-11-2017 













































Pembangunan desa ke arah konsep menyeluruh

KERAJAAN Negeri ingin mengubah strategi pembangunan desa ke arah satu konsep menyeluruh dan holistik bagi memastikan pembangunan kampung secara bersepadu dan mampan. 
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, ia bertujuan meningkatkan pendapatan penduduk kampung dan mewujudkan nilai keempunyaan penduduk setempat dapat dilaksanakan. 
"Melalui program-program seperti Karnival Kampungku Kesayanganku ini juga diharapkan objektif ini dapat mencapai matlamatnya," katanya menjawab soalan Adun Kajang-PKR, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
Menurut beliau, bagi aspek infrastruktur, kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pembangunan projek-projek infrastruktur di kampung yang mana RM15 juta diberikan untuk menaiktaraf dan baik pulih jalan-jalan kampung dan RM15 juta lagi untuk maniktaraf balairaya. 
Melihat kepada keadaan semasa dan keperluan yang mendesak, fokus utama Kerajaan Negeri pada masa ini adalah untuk menaiktaraf infastruktur seperti jalan kampung. 
"Ini kerana masih terdapat banyak jalan-jalan di kampung yang tidak mempunyai jalan yang sempurna dan tidak mengikut spesifikasi MARRIS. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sejumlah RM30 juta di bawah MARRIS untuk tujuan penyelenggaraan jalan-jalan kampung," katanya. 
Selain itu kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan berjumlah RM6.43 juta  untuk membangunkan ekonomi kampung-kampung tradisi di samping menjalankan aktiviti berbentuk sosial untuk dimanfaatkan kepada semua masyarakat di kampung. 
Jumlah itu katanya termasuk peruntukan sebanyak RM3.68 juta bagi program Ikatan Desa yang bertujuan untuk memperkasakan dan memastikan keharmonian di kampung sentiasa terpelihara. – HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD- 10-11-22017 















































Bantuan Nelayan bukti kerajaan Selangor prihatin

KERAJAAN Negeri telah meluluskan wang berjumlah RM5 juta bagi memberi bantuan peralatan nelayan antaranya jaring, jaket keselamatan dan sampan kepada 333 orang nelayan. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, manakala enjin tidak diberikan lagi sejak tahun 2016 memandangkan kos satu unit membeli enjin sampan amat tinggi. 
Menurut beliau, bantuan tersebut bagi memastikan bekalan sumber marin tidak terputus kerana golongan nelayan menjadi pembekal kepada salah satu sumber proten kepada rakyat. 
Dalam sesi soal jawab lisan dari Adun Sekinchan-DAP, Ng Suee Lim katanya, syarat utama yang ditetapkan adalah setiap nelayan mesti merupakan nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Selangor. 
Beliau berkata, ini kerana hanya nelayan yang berdaftar sahaja diperakui sebagai nelayan yang menjadikan tangkapan ikan sebagai sumber pendapatna utama keluarga. 
"Melalui kaedah tersebut setiap nelayan yang menerima bantuan peralatan akan dipantau secara berkala iaitu sekurang-kurangnya sekali setahun iaitu ketika permohonan memperbaharui lesen nelayan dan juga melalui pemantauan oleh Jabatan Perikanan Selangor di jeti nelayan dengan kadar 2 kali setahun," katanya. – HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD- 10-11-2017 
















































Jawapan exco kepada soalan Wan Azizah

SKIM Smart Sewa yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Oleh itu pada tahun 2017 kerajaan negeri telah meningkatkan pembiayaannya kepada RM100 juta. 
Penjelasan itu diberikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sebagai menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail. 
Yang berikut jawapan penuh Datuk Iskandar Abdul Samad; 
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATUK SERI DR. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL
(N25 KAJANG)
BAGI SOALAN NO. 59 PADA 9 NOVEMBER 2017.
SKIM SMART SEWA PERUMAHAN 
a)Untuk makluman Yang Berhormat, memandangkan skim Smart Sewa ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan millennials, pada tahun 2017 Kerajaan Negeri telah meningkatkan pembiayaan Skim Smart-Sewa kepada RM100 juta untuk membeli unit-unit rumah di lokasi strategik yang akan disewakan kepada mereka yang berkelayakan. 
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Smart Sewa dengan objektif utama adalah bagi membantu golongan yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan supaya dapat menyewa kediaman yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan kadar sewa yang berpatutan berbanding harga pasaran. Mereka ini akan diberi tempoh sewaan minima bagi setiap penyewa adalah selama 2 tahun dan maksima selama 5 tahun. 
Penyewa akan mendapat pulangan semula 30 peratus daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dalam tempoh minima 2 tahun. Dengan pengembalian sebanyak 30 peratus wang sewaan kepada pemohon selama tempoh simpanan tersebut maka bayaran tersebut boleh dijadikan sebagai wang pendahuluan dalam pembelian Rumah Selangorku pada masa akan datang. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan memberikan keutamaan dalam penawaran kepada pemohon berkenaan untuk ditawarkan mana-mana projek Rumah Selangorku sedia ada sekiranya terdapat kekosongan unit. 
Setakat ini sebanyak 861 unit rumah mampu milik dengan kos RM123.14 juta telah pun diproses untuk pemilikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dilantik sebagai agen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan skim ini. 
Berdasarkan rekod, akibat kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan Rumah Selangorku, dijangkakan seramai 4,967 pemohon yang berminat untuk menyewa di bawah Skim Smart Sewa. 
b)Untuk makluman Yang Berhormat, golongan sasaran bagi pelaksanaan Skim Smart Sewa ini adalah rakyat yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000 sebulan bagi Rumah Selangorku Jenis A atau rumah kos rendah. 
Manakala bagi Selangorku Jenis B, C dan D akan diberi keutamaan kepada rakyat yang berpendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan sehingga maksimum RM15,000 sebulan. 
Sehingga kini 220 unit rumah telah sedia untuk disewakan dengan kadar sewaan daripada RM550.00 sebulan sehingga RM650.00 sebulan:

Bil
Projek
Pangsapuri Tun Teja, Alam Impian
5
Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama,Kapar
64
Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam
41
Pangsapuri Taman Damai Utama,Puchong
110
                                                 JUMLAH
220
Manakala sehingga hujung tahun ini sebanyak 111 unit lagi dijangka akan disiapkan dan sedia untuk disewakan:
Bil
Projek
Lokasi
Pangsapuri Arista, Parklands
Klang
11
Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands
Klang
50
Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands
Klang
50
                                                                   JUMLAH
111
Manakala senarai projek Skim Smart Sewa yang dalam proses untuk pemilikan dan status projek masih dalam pembinaan sebanyak 530 unit dijangka dapat disiapkan untuk disewakan mulai tahun 2018 hingga 2020  seperti berikut:
Projek
Lokasi
Bil Unit
Bandar Bukit Raja Fasa 17B
Bukit Raja
50
Apartment Trifolis
Klang
30
Jade Hills Jenis A
Kajang
10
Jade Hills Jenis B
Kajang
10
Jade Hills Jenis C
Kajang
10
Jade Hills Jenis D
Kajang
30
Bandar Seri Coalfields
Ijok
10
Pangsapuri Taming Mutiara
Cheras
30
Taman Puchong Utama Jenis B
Puchong
30
Taman Puchong Utama Jenis C
Puchong
30
Pangsapuri Seri Akasia
Puchong
40
Emira @ TTDI Grove
Kajang
10
Setia Eco Templer A
Rawang
10
Setia Eco Templer C
Rawang
30
Pangsapuri De Bayu
Setia Alam
30
Pangsapuri De Kiara
Setia Alam
30
Pangsapuri Seroja
Setia Alam
20
Pangsapuri Subang Bestari
Subang
30
Bandar Rimbayu A
Kuala Langat
40
Bandar Rimbayu B
Kuala Langat
50
Jumlah
530
 – HARAKAHDAILY 9/11/2017
Sumber HD - 9-11-2017 



















































HORAS: 190 juta liter air sehari walau belum siap

PROJEK HORAS 600 (HORAS) berjaya menghasilkan air tambahan sehingga 190 juta liter sehari (JLH) untuk keperluan empat Loji Rawatan Air (LRA), walaupun ia belum siap sepenuhnya. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, loji berkenaan adalah LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSPP2, SSP3 dan Rantau Panjang. 
Beliau berkata HORAS juga berperanan mengawal dan mengurangkan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi. 
“Kejayaan HORAS membantu masalah air adalah sangat besar jika dibandingkan dengan kos pembinaannya. 
“Pelaksanaan HORAS ini menjadi rujukan negeri lain termasuk Melaka, Kelantan, Johor dan pelbagai badan bukan kerajaan untuk melihat bagaimana ia berjaya menyelesaikan masalah kekurangan sumber bekalan air,” katanya semasa menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz berhubung kejayaan HORAS di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini. 
 Beliau yang juga ADN Taman Templer berkata, HORAS masih diperlukan sementara menunggu pembangunan LRA Langat 2 yang dijangka siap pada 2019.
“HORAS diperlukan untuk berfungsi sebagai sumber air mentah di Selangor memandangkan bekalan air LRA Langat 2 dirangka untuk menampung permintaan di kawasan berbeza dari kawasan agihan Skim Sungai Selangor.
“Bekalan air dari LRA Langat 2 juga tidak menampung permintaan semakin meningkat di kawasan pembangunan baru seperti Elmina dan Kwasa Land yang akan terus mendapat bekalan dari Skim Sungai Selangor,” katanya memetik laporan SelangorKini.
Sumber HD - 9-11-2017 





















































Selangor cadang tambah sekolah agama negeri

SELANGOR bercadang menambah bilangan sekolah agama menengah (SAM) di seluruh negeri memandangkan wujudnya keperluan penambahan itu. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, hal itu kerana 23 sekolah sedia ada tidak dapat menampung pertambahan penuntut, lapor SelangorKini
“Walau bagaimanapun, pembukaan sekolah agama menengah baru tidak dapat dilaksanakan (secara terus) kerana penyediaan jawatan guru SAM membabitkan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya semasa menggulung perbahasan Belanjawan 2018 di Dewan Negeri Selangor (DNS), petang semalam. 
Beliau juga memaklumkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bercadang menambah Kafa Menengah yang kini beroperasi di sekolah rendah agama (SRA). 
Menurutnya, pertambahan semasa itu juga bakal memberi manfaat untuk meningkatkan jaringan pendidikan sekolah agama di Selangor. 
“Kalau ada gabungan dan persetujuan, pertambahan sekolah jenis ini boleh dibuat jika wujud kelulusan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk memberi pelepasan bagi membolehkan SRA dibuat di peringkat menengah,” katanya.
Sumber HD - 9-11-2017 























































Pulangan positif kepada penggiat tani di Selangor

GOLONGAN petani dan penternak seluruh Selangor diberikan perhatian khusus dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan bimbingan serta bantuan oleh jabatan berkaitan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, hasil daripada komitmen itu memberikan pulangan positif kepada penggiat tani negeri. 
Beliau berkata, perkembangan positif itu dibuktikan hasil komitmen kerajaan negeri dalam memberi galakan kepada petani untuk menerapkan kaedah pertanian berteknologi tinggi membabitkan kerjasama syarikat swasta.
Katanya, ia termasuklah penggunaan kaedah pertanian persis (precision agriculture) untuk memastikan produk pengeluaran dapat dihasilkan secara tepat dan bersistematik. 
“Selain daripada itu penglibatan pihak swasta yang membawa bersama pengalaman, teknologi moden diberi perhatian untuk dilaksanakan di seluruh negeri," ujarnya semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Kelang, Dr Halimah Ali pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini. 
Beliau berkata, antara kejayaan pengusaha sektor pertanian di peringkat kebangsaan, antaranya jumlah pengeluar padi per hektar yang teringgi dicatatkan pada kadar purata 6.49 metrik tan per hektar berbanding pengeluaran purata negara iaitu 4.4 metrik tan per hektar. 
“Selain itu, jumlah penerima anugerah myGAP dan myOrganik tertinggi direkodkan untuk tempoh lima tahun berturut-turut. 
“Untuk tahun 2016 pula menyaksikan, 209 (21 peratus) pengusaha tanaman negeri dianugerahkan Sijil myGAP dan myOrganik 208 penerima Sijil myGAP dan 1 penerima Sijil myOrganik daripada 973 penerima sijil myGAP dan 15 penerima myOrganik dari seluruh negara,” katanya dipetik SelangorKini. 
Menurutnya, pada masa sama, kejayaan lain diraih meliputi program pertanian fertigasi dengan perolehan jumlah polibeg tertinggi sebanyak 2 juta polibeg dihasilkan 1,000 pengusaha di atas tanah berkeluasan 790 hektar. 
“Program Taman Kekal Pertanian Makanan (TKPM) Negeri juga menyaksikan kejayaan apabila mencatatkan jumlah hasil jualan tinggi sebanyak RM32 juta atau 43 peratus dari jumlah TKPM lain. 
“Program ternakan ayam kampung secara berperingkat di Kuala Langat pula dilihat berjaya apabila Selangor menjadi antara pengeluar telur ayam tertinggi di Malaysia dan bekalan telur untuk negeri mencapai 100 peratus dari segi Self Sufficient Level (SSL),” katanya
Sumber HD - 8-11-2017























































Kerajaan Negeri arah Maahad Tahfiz Selangor laksana DPTN

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, bantuan Sekolah Agama Rakyat melalui exco Pendidikan daripada 2009 sehingga 2016 sebanyak RM6 juta setahun. 
Katanya, pada tahun 2017 pula dinaikkan kepada RM9 juta manakala pada tahun 2018 dinaikkan kepada RM10 juta. 
"Maahad Tahfiz Negeri (MITS) diberi peruntukan baikpulih pada tahun 2017 sebanyak RM2 juta manakala pada tahun 2018 RM2 juta. 
Peruntukan Tahfiz Persendirian baikpulih pada tahun 2017 sebanyak RM1.6 juta, 2018 berjumlah RM2 juta," katanya dalam sesi soal jawab Dewan Negeri Selangor. 
Tambah beliau sejumlah RM12 juta untuk membina dua bangunan baru Maahad Tahfiz Persendirian iaitu satu di Kuala Selangor dan satu di Kuala Langat. 
Kerajaan Negeri juga kata beliau memberi peluang kepada pelajar Tahfiz Persendirian untuk mengambil peperiksaan SPM. 
Bagaimanapun kata beliau, kerajaan Negeri melalui Unisel telah mempunyai program `fastrack' untuk peperiksaan SPM khas kepada para pelajar tahfiz dari sekolah Persendirian. 
Katanya, kerajaan Negeri akan memantau perjalanan dan keadaan infrastruktur sekolah Maahad Tahfiz Persendirian di Selangor melalui Sektor Pengurusan Naziran JAIS dan Unit Pendidikan Islam Daerah. – HARAKAHDAILY 8/11/2017
Sumber HD - 8-11-2017 

























































Bengkel keselamatan Maahad Tahfiz Selangor

BENGKEL garis panduan keselamatan dan seminar pengurusan Tahfiz melibatkan Maahad Tahfiz seluruh Selangor sama ada berdaftar atau tidak berdaftar akan diadakan pada 15 November 2017. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, ia ekoran kerajaan negeri memandang serius tragedi kebakaran Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, kampung Dato' Keramat. 
Beliau berkata, selepas insiden tersebut di Selangor berlaku lagi kebakaran melibatkan Maahad Tahfiz iaitu Pusat Tahfiz Nur Al-Quran batu 4, jalan Pengkalan, Rantau Panjang pada 9 oktober 2017. 
Selepas itu katanya kebakaran juga berlaku di Akademi Tahfiz Ihyaul Quran, kampung Bukit Lancong pada 22 Oktober 2017. 
"Ekoran tragedi tersebut satu Jawatankuasa Pemandu telah dibentuk dan saya sebagai Pengerusi. Timbalan Pengerusi SS Dato' Pengarah JAIS; Setiausaha KPP BPI JAIS, Ahli Jawatankuasa terdiri daripada pelbagai agensi temasuk MAIS, Pengarah Jabatan Pendidikan, Pendidikan Jakim, Jabatan Pelajaran Selangor; Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor; Jabatan Kesihatan Selangor; Timbalan Pengarah PBT UPEN, Datuk Bandar dan YDP PBT serta Pengerusai PITAS," katanya. 
Menurut beliau, jumlah pelajar dan sekolah tahfiz Selangor dari Maahad Tahfiz Negeri (MITS) empat sekolah seramai 1017 pelajar manakala maahad Tahfiz Persendirian sehingga oktober 2017 berdaftar 262 sekolah dengan 17,440 pelajar dan 1,995 guru. 
Tambah beliau, manakala yang tidak berdaftar berjumlah 127 sekolah dengan 2862 pelajar 346 guru serta jumlah keseluruhan 393 sekolah dan 21,319 pelajar.
Katanya, setakat ini kerajaan negeri tidak dapat mengemukakan jumlah Maahad Tahfiz Persendirian yang tidak mendapat KM atau kelulusan pelan bangunan daripada PBT kerana permohonan pendaftaran sekolah-sekolah tersebut kepada JAIS sebelum ini tidak menekankan aspek tersebut. 
Beliau berkata, melalui PITAS dan pendekatan sumbangan Sekolah Agama Rakyat daripada kerjaan negeri sejak tahun 2008 telah dapat menggalakkan pendaftaran Maahad Tahfiz Persendirian. - HARAKAHDAILY 8/11/2017
Sumber HD - 8-11-2017 



























































Keseluruhan 525,025 peroleh hak milik strata

Demikian jawapan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad kepada soalan Ng Sze Han (Kinrara) pada persidangan Dewan Negeri Selangor.
Walau bagaimanapun, katanya siasatan oleh pihak PTGS mendapati bahawa terdapat 276 skim pembangunan yang layak mengemukakan permohonan, tetapi pihak pemaju atau pemilik tanah masih belum mengemukakan permohonan bagi memperoleh hak milik strata. 
Di samping itu juga, ujar beliau PTGS sedang menyemak status 849 skim pembangunan lagi bagi menentukan sama ada layak untuk membuat permohonan hak milik strata. 
Statistik skim pembangunan yang belum mempunyai hak milik strata mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut: 
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN  JUMLAH SKIM  BELUM MEMOHON STRATA  MASIH DALAM SIASATAN
1 Majlis Bandaraya Shah Alam           227                   10                                              20
2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya       212                   17                                             169
3 Majlis Perbandaran Subang Jaya    284                   28                                             134
4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya   269                   60                                              38
5 Majlis Perbandaran Kajang              306                   38                                              100
6 Majlis Perbandaran Klang                258                   24                                               72
7 Majlis Perbandaran Selayang          310                   10                                               222
8 Majlis Perbandaran Sepang             299                   59                                               45
9 Majlis Daerah Hulu Selangor           86                     26                                                11
10 Majlis Daerah Sabak Bernam         2                      0                                                   2
11 Majlis Daerah Kuala Langat          35                       4                                                   29
12 Majlis Daerah Kuala Selangor      19                      0                                                     7
JUMLAH BESAR                               2,307               276                                                   849
Menurutnya, di antara faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kelewatan proses pengeluaran hak milik strata adalah: 
i. Urusan tanah yang belum diselesaikan, sebagai contoh, tanah belum disatukan atau dipecah sempadan, premium yang masih belum diselesaikan, dan tanah yang masih berstatus hak milik sementara. 
ii. Bangunan yang tiada CF (Sijil Kelayakan Menduduki) atau CCC (Perakuan Siap dan Pematuhan), dan bangunan yang dibina terlebih dari sempadan lot.
iii. Pemilik atau pemaju yang telah mempunyai masalah kewangan, atau telah digulung dan masih di dalam tindakan insolvensi. 
Tambahnya, dalam usaha untuk menjaga kebajikan rakyat dan meneraju inisiatif “Peduli Rakyat”, kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah pun mengambil beberapa tindakan proaktif dengan mengadakan aktiviti “turun padang” dari semasa ke semasa secara giatnya. 
“Inisiatif ini dapat membantu meningkatkan kesedaran pihak pemilik hartanah, pemaju dan juga pihak-pihak berkepentingan lain tentang kepentingan dokumen hak milik strata serta kepentingan pengurusan strata yang efektif,” jelasnya lagi. 
Katanya, aktiviti seperti mesyuarat dan perjumpaan bersama pihak Pesuruhjaya Bangunanan (COB) dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) telah diadakan dan sejumlah 209 skim telah terlibat di dalam aktiviti ini, di mana secara tidak langsung telah membantu dalam peningkatan permohonan hak milik strata.
Sumber HD- 8-11-2017 

Negeri terima tanggungjawab urus senggara PPR

Demikian dijelaskan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad kepada soalan ADN Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan pada persidangan Dewan Negeri Selangor, semalam. 
Katanya, bagi PPR Kg. Baru Hicom, PPR Taman Tasik Teratai dan PPR Kota Damansara ianya diuruskan oleh agensi Kerajaan Negeri iaitu anak syarikat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB). 
Beliau berkata, PHSSB bertanggungjawab menguruskan kemasukan penyewa dan kutipan sewa di PPR tersebut serta melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan di PPR tersebut, manakala bagi PPR Lembah Subang 1, ianya diuruskan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi kemasukan penyewa dan kutipan sewa serta melaksanakan kerja-kerja pembersihan bangunan di PPR tersebut. 
“Semenjak kerajaan negeri diberi tanggungjawab dalam pengurusan PPR tersebut, tidak terdapat Standard Operating Procedure (SOP) yang jelas dalam menetapkan bidang kuasa masing-masing,” ujarnya. 
Ketika itu, katanya kerajaan negeri telahpun menerima tanggungjawab pengurusan penyenggaraan PPR demi menjaga kepentingan rakyat walaupun tapak pembangunan PPR Lembah Subang 1 dan PPR Taman Tasik Teratai adalah kepunyaan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). 
Tambah beliu, ianya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk urusan penyewaan dan penyenggaraan melaui kutipan sewa. 
“Walau bagaimanapun kutipan sewaan untuk kedua-dua PPR ini ialah dalam lingkungan 45% sahaja dan ini telah menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membelanjakan peruntukan tambahan,” jelasnya. 
Bagi PPR Lembah Subang 1, ujar beliau kerajaan negeri melalui MBPJ telah membelanjakan lebih RM60 juta, manakala PPR Taman Tasik Teratai, semenjak diambil alih oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. didapati kutipan dalam lingkungan 98%. 
Katanya, dengan kutipan sebegitu pun, pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor masih perlu mengeluarkan peruntukan tambahan dengan anggaran melebihi RM130,000 setahun untuk pembaikan, pembersihan, keselamatan dan sebagainya. 
“Sewajarnya Kerajaan Persekutuan membiayai kos-kos pembaikan kerosakan di kedua-dua PPR tersebut memandangkan mereka adalah pemilik sementara kerajaan negeri bertanggungjawab dalam menguruskan kos penyenggaraan seperti pembersihan, pembaikan kecil dan keselamatan,” katanya lagi. - HARAKAHDAILY 8/11/2017
Sumber HD - 8-11-2017 
































































34 projek hotspots siap 2018

PENGERUSI Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, 23 projek hotspots sedang berjalan semenjak tahun 2016 dan dijangka siap pada suku tahun pertama 2018. 
Katanya, bagi tahun 2017 sehingga bulan September 2017 projek hotspots baru telah dianugerahkan kepada kontraktor yang berjaya sementara 10 projek hotspots lagi sedang dalam peringkat penganugerahan. 
"Dijangkakan akan ditawarkan kepada kontraktor yang berjaya pada tahun ini. Semua 34 projek hotspots itu dijangka akan siap pada penghujung tahun 2018," katanya menjawab soalan daripada Adun Permatang - BN, Dato' Sulaiman Abdul Razak. 
Menurut beliau, baki 27 hotspots lagi akan dilaksanakan pada tahun 2018 tertakluk kepada baki pinjaman sebanyak RM93.70 juta. 
Ia dikeluarkan lebih awal oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2018 dan bukannya pada tahun 2019 seperti yang dijadualkan sebelum ini. 
Katanya, sejak pengambilalihan oleh Air Selangor pada Oktober 2015, NRW telah dapat dikurangkan daripada 32.56 peratus kepada 31.41 peratus sehingga September 2017.– HARAKAHDAILY 7/11/2017
Sumber HD - 7-11-2017 


































































39 ajaran, fahaman dan amalan di Selangor sesat

PENGERUSI Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, terdapat lebih kurang 39 ajaran, amalan dan fahaman yang menyeleweng dan sesat telah difatwakan di negeri Selangor. 
Katanya, hanya 19 ajaran direkodkan masih aktif  dan pada tahun 2017, kerajaan negeri merekodkan 246 tangkapan berbanding tahun 2016 mencatatkan 31 tangkapan dan 75 tangkapan pada tahun 2015. 
Beliau berkata, penduduk Selangor dari pelbagai negeri dan rakyat asing maka usaha membanteras ajaran sesat mengambil masa yang lama dan memerlukan kerjasama berterusan pelbagai pihak.   
"Senarai ajaran sesat yang masih aktif ialah golongan anti hadis; ajaran Qadiani / Ahmadiah; fahaman syiah; pemikiran liberalisme dan pluralisme agama; 
Hizbut Tahrir; ajaran Islam Jamaah; ajaran kumpulan Negara Islam Indonesia (NII); ajaran Millah Abraham; ajaram ilmu Hakikat Hassan bin Jonit; Al-Arqam/Rufaqo'. – HARAKAHDAILY 7/11/2017 
Laporan penuh dalam Harakah yang akan datang
Sumber HD - 7-11-2017 


































































Belanjawan Selangor: Penjelasan isu rumah

a) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha memberikan komitmen dalam mengatasi masalah projek terbengkalai di Selangor walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad kepada tindakan secara pentadbiran sahaja tetapi kuasa pemulihan ini terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. 
Sehubungan itu, beberapa langkah proaktif telah diambil oleh Kerajaan melalui LPHS bagi memastikan usaha pemulihan perumahan terbengkalai dapat disiapkan adalah seperti berikut : 
i.Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada,
•Wakil Y.B. Penasihat Undang-Undang.
•Pengarah Eksekutif LPHS.
•Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar.
•Wakil Jabatan Kerja Raya Selangor
•Wakil Pengarah Tanah dan Galian Selangor
•Wakil Pejabat Tanah dan Daerah yang berkaitan
•Wakil Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan
•Wakil Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor
•Jabatan Insolvensi/Liquidator (Jika ada keperluan)
•Wakil Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah (Jika ada keperluan)
•Bank atau institusi kewangan yang terlibat (Jika ada keperluan) 
Mesyuarat Jawatankuasa dipengerusikan oleh saya sendiri dan telah dilaksanakan secara berjadual bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. 
Jawatankuasa ini yang diurusetia oleh LPHS juga memainkan peranan penting dalam merangka pelan pemulihan di samping membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. 
LPHS sebagai agensi pemantauan sentiasa berusaha memastikan projek terbengkalai dapat dipulihkan dan seterusnya dapat disiapkan sehingga Sijil Layak Menduduki diperolehi. 
ii.LPHS berperanan bagi mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau bank. 
iii.LPHS juga mengadakan perbincangan bersama pelikuidasi (liquidator) terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai. 
iv.LPHS turut mengadakan perbincangan dengan semua jabatan teknikal seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan. 
v.Sekiranya projek ini menghadapi defisit kos pemulihan, LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan daripada kontraktor yang berminat dan berwibawa kepada KPKT untuk membuat keputusan bagi mendapatkan peruntukkan khas pemulihan projek. 
vi.Memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. 
vii.LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan-tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. 
Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang sama.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli.
Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke Mahkamah. 
viii.Kerajaan Negeri telah menubuhkan Tabung Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai atau TEPAT dengan dana RM20 juta. 
Satu projek iaitu Taman Desa Mawar di Tg Karang dengan 499 unit rumah sedang dipulihkan sistem pembentungannya.Sebanyak RM6.36 juta telah diperuntukkan.Kerja-kerja dijangka siap bulan Mac depan. 
STATISTIK KESELURUHAN.
Bilangan projek perumahan terbengkalai pada 2008 - 117 projek
Bilangan projek perumahan terbengkalai yang diselesaikan dari 2008 hingga 2017 - 53 projek
Bilangan projek perumahan terbengkalai yang baru didaftarkan dari 2008 hingga 2017 - 41 projek
Bilangan projek perumahan terbengkalai pada 2017 - 105 projek 
b) PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA.
Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Perumahan Generasi Kedua buat masa ini hanya tertumpu kepada Felda Sg. Tengi Selatan, Daerah Hulu Selangor adalah merupakan sebuah projek inisiatif Kerajaan Negeri yang dimajukan oleh PKNS. 
Projek ini meliputi pembangunan sejumlah 136 unit Rumah Berkembar Satu Tingkat yang mana Kerajaan Negeri akan membiayai sepenuhnya kos pembangunan infrastruktur yang dianggarkan berjumlah RM7.65 juta.
Ia akan dijual dengan harga RM96,000 sebuah. 
Jika Kerajaan Negeri tidak menanggung kos infrastruktur, harga jualan sebuah rumah adalah sehingga RM150,000. 
Kos projek ini adalah RM20.4 juta.
Berikut adalah status semasa dan sasaran bagi kelulusan yang berkaitan dengan cadangan pembangunan perumahan generasi kedua Felda Sg. Tengi Selatan:
i.Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) Bersyarat telah diperolehi dari Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada 5 Mei 2017. 
ii.Kelulusan KM Penuh dari MDHS telah diperolehi pada 12 September 2017.
iii.Pelan Bangunan dan Pelan Sementara disasarkan untuk mendapat kelulusan dari MDHS pada bulan November ini.
iv.Kerja-kerja pembinaan dijangka dimulakan di tapak oleh kontraktor yang dilantik pada akhir bulan November ini. 
DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor 
6 November 2017. – HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD - 6-11-2017 




































































Guru kontrak JAIS tidak diserap secara automatik

KERAJAAN Negeri Selangor tidak memberikan jaminan terhadap guru-guru kontrak di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diserap ke jawatan tetap.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perlantikan ke jawatan tetap melalui proses temuduga SPA bukan serapan dan ia juga bergantung kepada waran perjawatan JPA. 
Menurut beliau, jumlah guru-guru tetap DG 29 dan DG 52 seramai 1,028 orang manakala guru-guru kontrak seramai 486 orang. 
Bagaimanapun katanya, sehingga kini kerajaan negeri menetapkan tiada proses serapan guru-guru tersebut daripada jawatan kontrak ke jawatan tetap. 
"Kerajaan Negeri melalui JAIS menggalakkan semua guru-guru kontrak mengikuti program perguruan untuk proses menaiktaraf guru-guru memiliki diploma Pendidikan sama ada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atau Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan berhubung tindakan kerajaan negeri terhadap guru-guru kontrak daripada Adun Sabak - PAS, Ustaz Sallehen Mukhyi di sesi soal jawab Sidang Dewan Negeri Selangor, 6 November. 
Menurut beliau, kerajaan Negeri tidak memberikan apa-apa jaminan terhadap guru-guru kontrak untuk diserap tetap tetapi lantikan itu mengikuti prosedur yang diamalkan oleh kerajaan. 
"Mereka ini berpeluang mencari jawatan tetap di mana-mana jabatan sama ada di Selangor dan Pusat," katanya. – HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD - 6-11-2017 






































































Bajet rakyat dari desa ke kota

ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor yang membentangkan Bajet untuk rakyat dari desa hingga ke kota.







































































Katanya, Bajet 2018 itu lebih merakyat dan memberikan fokus kepada dua kumpulan iaitu B40 dan golongan wanita.

"Saya harap kaum wanita dapat manfaat yang banyak daripada Bajet ini iaitu wanita B40.Selangor adalah negeri yang terkedepan dan saya harap kedepan membela rakyat di bawah B40," katanya.

Sumber HD - 4-11-2017








































































Komitmen Selangor selesai masalah rumah rakyat












KLANG: Jangan parkir ikut suka kerana hedak solat, hingga menyusahkan pengguna jalan raya lain, demikian nasihat Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.
Beliau juga menasihatkan umat Islam agar mengamalkan sikap toleransi dan tidak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman berhubung kes pergaduhan di hadapan sebuah surau di Taman Austin Perdana, Johor Bahru, Jumaat lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.00 tengah hari itu, dipercayai berpunca daripada kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan seorang pemandu.
Kerana kesukaran itu, pemandu berkenaan telah membunyikan hon ketika solat Jumaat sedang berlangsung.

Berikutan itu, sekumpulan lelaki dipercayai jemaah masjid dilaporkamerusuh dan memukul pemandu serta merosakkan kenderaannya.

Mohamad Adzib berkata, umat Islam tidak sepatutnya menjadikan kejadian itu sebagai alasan untuk mewujudkan sifat benci dalam kalangan masyarakat yang berbeza fahaman agama.

"Kenapa sebagai umat Islam kita tidak boleh bertolak ansur dan tanam sikap toleransi dalam diri," kata beliau.

Kejadian itu kemudian menjadi tular di laman sosial. -- BERNAMA


Sumber TKO - 9-5-2017                 


















































































































































































































Tiga zon waktu di Selangor bermula 2018

USAHA meningkatkan ketepatan waktu giat dijalankan Jabatan Falak, Jabatan Mufti Selangor bagi meningkatkan kesempurnaan ibadah umat Islam di negeri itu. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kajian itu bakal menjadikan Selangor mempunyai tiga zon waktu bermula pada 2018.

“Apabila diperkenalkan dengan penelitian yang baik, Selangor dilihat perlunya ada tiga zon waktu yang berbeza kerana kita melihat kepada tempoh waktu yang agak panjang. 
“Apabila diperkenalkan pada 2018 nanti, maka ini juga suatu perkara yang baik kerana keperluan kontemporari pada masa ini,” katanya dipetik SelangorKini
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Konvensyen Falak Selangor di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini. 
Jelasnya, keperluan tiga zon waktu itu bakal memberi impak khususnya bagi menentukan waktu solat, berbuka puasa dan imsak yang akan memberi jarak waktu yang lebih baik. 
Katanya, langkah itu juga selaras dengan kajian dan cadangan sarjana astronomi Islam di peringkat antarabangsa. 
Sebelum itu, Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid memberitahu pada 2016 Bahagian Falak, Jabatan Mufti Selangor telah melaksanakan penentuan dan pengesahan arah kiblat bagi sembilan masjid, 79 surau, 50 surau solat Jumaat, 36 tanah perkuburan dan 318 pelbagai premis lain.
Sumber HD - 6-5-2017 




















































































































































































































Gangguan bekalan air: Mesej viral tidak sahih

MESEJ yang tersebar di media sosial mengenai gangguan bekalan air di kawasan Klang/Shah Alam dan Kuala Langat kononnya akan berlaku pada 30 April 2017 adalah tidak benar. 
Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, mesej gangguan bekalan air berjadual tersebut adalah untuk tahun lepas pada 30 April 2016. 
"Kami menasihatkan pengguna merujuk kepada aplikasi telefon pintar “mySyabas” atau melayari laman sesawang www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini mengenai gangguan bekalan air," ujarnya dalam kenyataan media, hari ini. - HARAKAHDAILY 25/4/2017
Sumber HD - 25-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
























































































































































































































Optimis kekal pengeluar padi terbesar negara

SELANGOR mencapai perolehan pengeluaran padi terbesar negara dengan penghasilan 6,500 kilogram tan setahun, untuk tempoh 2011 hingga 2015. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, beliau optimis kejayaan itu mampu dikekalkan walaupun perolehan untuk tahun 2016 masih belum dikeluarkan. 
“Komitmen berterusan di pihak pentadbiran negeri dan usaha gigih golongan petani Selangor meletakkan kita sebagai pengeluar produk tani tertinggi negara,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata, walaupun tempoh 2016 dan 2017 menyaksikan kesukaran produk pertanian ekoran serangan hawar daun bakteria (BLB), namun kebajikan petani serta pengusaha masih menjadi teras utama pentadbiran negeri. 
Katanya, kesungguhan itu dinyatakan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengumumkan bantuan RM8.7 juta bagi membantu pengusaha tani yang terkesan. 
“Bantuan disalurkan mengikut keutamaan kadar kerosakan dan mengenepikan sentimen sokongan parti politik seperti didakwa individu tertentu sebelum ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Ketua Blok di Kuala Selangor, hari ini. 
Tidak terhenti setakat itu, Zaidy berkata, kerajaan negeri turut menyalurkan keperluan bantuan baja organik dan racun rumpai kepada pengusaha tani terbabit dengan jumlah peruntukan RM943,300. 
“Peringkat awalnya di bawah portfolio saya, kita salurkan bantuan dalam bentuk baja mikro sebanyak 2,000 botol membabitkan 2,000 lot dan racun rumpai 2,600 lot. 
“Bantuan kerajaan negeri ini tentunya sedikit sebanyak melegakan pengusaha tani kerana difahamkan di peringkat Persekutuan khabarnya ada janji untuk diberikan bantuan. Tetapi sampai sekarang belum lagi,” katanya. 
Terdahulu, seramai 169 petani bagi kawasan Barat Selangor dipilih sebagai ketua blok baru bagi tempoh lanjutan dua penggal bermula tahun ini.
Sumber HD - 21-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































Dialog PPR Lembah Subang 1

SATU dialog telah diadakan di antara Datuk Menteri Besar dengan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 pada 19 April 2017 di Shah Alam, Selangor. 
Dialog juga turut dihadiri oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Penyelaras Kawasan Dewan Negeri Kota Damansara, Radzlan Jalaludin dan Ahli-Ahli Majlis MBPJ, Wong Yuet Leng dan Suriase a/l Gengiah. 
Di akhir dialog tersebut satu persetujuan telah dicapai agar perlu ada kerjasama di antara kerajaan negeri dan penduduk demi kebaikan penduduk. 
Penduduk perlu memastikan segala tanggungjawab mereka seperti membayar sewa menurut jadual perlu ditunaikan. 
Kerajaan negeri melalui satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh Penyelaras Kawasan Dewan Negeri Kota Damansara, Ahli Majlis dan pegawai-pegawai MBPJ akan sentiasa mengadakan perbincangan dengan penduduk bagi mengenalpasti sebarang masalah sebelum ia menjadi kritikal. 
Sebelum ini penduduk tertanya-tanya akan masa depan PPR mereka apabila Kerajaan Persekutuan mengumumkan akan mengambil alih PPR itu pada 1 Januari 2017. 
Keadaaan menjadi kelam kabut apabila Kerajaan Persekutuan membuka pejabat di PPR itu tanpa mendapat persetujuan dari kerajaan negeri. 
Akibatnya kutipan sewa bulanan telah menurun dengan hanya 20% dari penduduk yang membayar sewa kepada MBPJ. 
Kekurangan pungutan sewa ini telah mengakibatkan perkhidmatan penyelenggaraan yang diberikan oleh MBPJ terjejas. 
Walaupun terdapat banyak pengumuman-pengumuman sehingga hari ini Kerajaan Persekutuan masih belum bersetuju dengan syarat-syarat pengambilalihan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. 
Di antaranya adalah pembayaran semula RM60.6 juta yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri dan MBPJ sejak mengambil alih PPR itu dalam tahun 2001.
Oleh yang demikian YAB Datuk Menteri Besar dalam dialog semalam telah memberitahu penduduk bahawa MBPJ akan kembali melakukan pembersihan bangunan memandangkan persetujuan Kerajaan Persekutuan belum tentu akan diperolehi. 
Penduduk telah dimaklumkan bahawa satu dialog di antara Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar dengan wakil-wakil penduduk pada 29 Mac lepas, kutipan sewa telah meningkat kepada 60% setelah penduduk diterangkan bahawa Kerajaan Persekutuan kelihatan tidak serius untuk mengambil alih PPR tersebut. 
Kerajaan negeri akan tetap dengan komitmen untuk memastikan PPR tersebut dalam keadaaan baik sepertimana sebelum ini. 
YB Datuk Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
20 April 2017
Sumber HD - 20-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Proses akhir kemas kini bantuan BLB

PENGAGIHAN bantuan kepada pesawah yang terkesan ekoran serangan wabak Hawar Daun Bakteria (BLB) dilakukan secara berperingkat, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib 
Beliau berkata, tidak timbul sebarang isu kononnya pengagihan tidak disalurkan secara adil memandangkan senarai pengusaha tani yang terjejas masih lagi dalam proses kemas kini. 
“Berdasarkan bancian Jabatan Pertanian, senarai lot yang terkena serangan BLB sudah dikenal pasti berserta nama pengusaha untuk diedarkan kepada ketua blok bagi mengesahkan pengusaha sebenar yang mengusahakan lot berkaitan," ujarnya dipetik SelangorKini.

Tambahnya, ketua blok mengemukakan senarai dikemas kini kepada Jabatan Pertanian berserta dokumen salinan kad pengenalan untuk proses pembayaran.
"Senarai yang dikemas kini dijangka siap pada 21 April ini,” katanya.
Beliau berkata, selepas proses kemas kini selesai, Jabatan Pertanian akan mengemukakan senarai kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) untuk proses pembayaran bantuan pada kadar RM960 mengikut lot. 
Menurutnya, majlis penyerahan cek akan dibuat secara berperingkat oleh kerajaan negeri. 
Namun, ujarnya sebelum bantuan diberikan, kerajaan negeri sudah mengedarkan input baja mikrob sebanyak 2,000 botol untuk 2,000 lot sawah terlibat dan 2,600 racun rumpai bagi 2,600 lot sawah. 
Menurut beliau lagi, jumlah peruntukan terlibat dianggarkan RM942,000.
Untuk makluman, sektor pertanian adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, namun keprihatinan kerajaan negeri melangkaui fungsi sebenar dasar berkebajikan itu
Sumber HD - 20-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



























































































































































































































Jambatan rosak dibaiki dalam tempoh 15 jam

JAMBATAN Bandar Baru Kundang yang rosak teruk akibat banjir kilat pada 16 April lalu boleh digunakan sepenuhnya selepas kerja-kerja membaik pulih berjaya disiapkan dalam tempoh 15 jam. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Kerajaan Selangor Zaidy Talib tidak menjangka kerosakkan dapat dibaik pulih dalam tempoh yang agak singkat memandangkan kerosakan yang dilihat teruk akibat banjir di Kuang-Kundang. 
"Jalan B149 Jalan Kundang yang telah dibuka pada jam 4.00 am hari ini setelah kerja-kerja baik pulih telah berjaya dilakukan oleh JKR Daerah Gombak dalam masa 15 jam. Baik pulih jambatan di Jalan B149 dijangka ditutup lebih lama memandangkan kerosakan yang dilihat teruk akibat banjir kilat di Kuang-Kundang," katanya kepada Harakahdaily.
Bagaimanapun katanya, setelah diperiksa dan mendapati strukturnya masih kukuh dan tidak terjejas cuma penyambung 'approach'nya terjejas teruk maka ia mampu dibaik pulih dan dibuka kepada laluan jauh lebih awal. 
Punca kerosakan akibat hujan lebat di lembangan Sungai Kuang menyebabkan air anak Sungai Kuang melimpah dan juga tidak dapat mengalir ke Sungai Kuang. 
Kawasan terjejas akibat banjir kilat di sekitar Kuang-Kundang antaranya, Kampung Melayu Sri Kundang / Bandar Baru Kundang, Kampung Damai, Kampung Cempedak /Ladang Baru, Taman Rahmat Jaya Fasa 4, Kampung Melayu Sungai Buloh, Kampung Gombak, Kampung Setia, dan Kampung Bunga Raya. Anggaran rumah terjejas sebanyak 400 buah rumah. – HARAKAHDAILY 18/4/2017
Jambatan 2
Sumber HD - 18-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































































































Selangor alukan Persekutuan contohi Smart Sewa

KERAJAAN Negeri Selangor mengalu-alukan skim sewa dan menyimpan Kerajaan Persekutuan yang mencontohi Skim Smart Sewa Milik Kerajaan Negeri Selangor.
Semalam, Perdana Menteri telah mengumumkan skim tersebut semasa majlis pecah tanah projek perumahan Sungai Udang di Setapak, Kuala Lumpur. 
Beliau telah mengumumkan kediaman di projek tersebut akan disewa kepada rakyat dan sebahagian dari sewa yang dibayar akan dipulangkan kepada mereka selepas 5 tahun. 
Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan skim yang sama pada bulan Oktober tahun lepas. Di bawah skim tersebut yang dinamakan Smart Sewa, penyewa akan dipulangkan 30 peratus dari sewa yang dibayar selepas kontrak sewaan mereka tamat. 
Menteri Besar Selangor pada Sidang Dewan Negeri Oktober lepas telah mengumumkan RM100 juta akan dibelanjakan dalam tahun 2017 untuk membeli Rumah Selangorku yang akan disewakan. 
Ketika itu terdapat 100 rumah yang boleh disewakan di bawah skim ini. Tetapi pada bulan Januari tahun ini 260 unit Rumah Selangorku telah dikenal pasti untuk dibeli dengan kos RM46.5 juta. 
Kerajaan negeri berharap skim Kerajaan Persekutuan akan berjaya dan bersedia berkongsi pengalaman dengan mereka demi kebaikan rakyat. 
Sejak 2008, kerajaan negeri telah menjadi peneraju kepada pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat sama ada dalam sektor perumahan atau sektor-sektor lain.
Di antaranya adalah Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan atau CERIA. Skim ini merupakan skim baik pulih pangsapuri melalui perkongsian kos di antara penduduk dan kerajaan negeri. 
Sejak mula dilaksanakan skim CERIA, lebih RM72 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk kerja-kerja membaikpulih. Ia merangkumi 223 pembangunan pangsapuri. 
Kerajaan Persekutuan mempunyai skim yang sama iaitu Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M). 
Walaupun Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sering mempertikaikan peranan kerajaan negeri tetapi pelancaran skim Kerajaan Persekutuan yang mirip skim kerajaan negeri ini merupakan satu pengiktirafan kepada usaha kerajaan negeri. 
YB Datuk Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
18 April 2017 - HARAKAHDAILY 18/4/2017
Sumber HD - 18-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































































































































































































































































































































RM167 juta bina, baik pulih tujuh masjid

DATUK Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sebanyak RM167 juta diperuntukkan bagi membina dan membaik puluh tujuh masjid di Selangor. 
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri itu, sebahagian besar daripadanya kini dalam proses tender dan dijangka mula kerja, pada tahun ini.

“Buat masa ini, kita tidak mula apa-apa kerja permbinaan kerana ada proses yang perlu diikuti dan makan sedikit masa. 
“Bagaimanapun, kita jangkakan pada bulan ini juga (April) tender akan dimulakan untuk tindakan seterusnya,” katanya dipetik SelangorKini
Terdahulu, beliau hadir di Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan Sambutan Hari Bumi di Dataran Kemerdekaan, di Shah Alam, hari ini. 
Beliau turut ditanya gesaan membina Masjid Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor yang didakwa dijanjikan sejak 2013. 
Dr Yunus berkata, beliau akan menyemak isu berkenaan dan menyelesaikannya sebaik mungkin. 
“Saya akan lihat semula namun isu pembinaan masjid atau surau ini kebiasaannya membabitkan isu tanah. 
“Kadangkala dikatakan sudah wakaf tetapi apabila kita lalui proses selanjutnya terdapat masalah. Apapun, kerajaan negeri akan semak,” katanya.
Sumber HD - 16-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
































































































































































































































132,916 mohon Rumah Selangorku hingga Feb

KERAJAAN negeri menggesa pemaju mempercepatkan pelaksanaan pembinaan Rumah Selangorku ekoran permintaan yang tinggi. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan pemantauan secara berkala melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Katanya, kerajaan negeri juga memberikan insentif kepada pemaju dalam menggalakkan pembinaan Rumah Selangorku. 
Tambahnya, oleh kerana permintaan tinggi daripada pemohon Rumah Selangorku, maka kerajaan negeri meneruskan dasar sedia ada bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi, lapor SelangorKini
“Sehingga 28 Februari lalu, seramai 132,916 pemohon memohon Rumah Selangorku dengan pecahan pemohon mengikut jenis rumah," katanya pada persidangan Sidang Dewan Negeri, semalam. 
Menurutnya, seramai 87,552 memohon bagi jenis A, jenis B (8,008 ), jenis C (21,762) dan 15,594 pemohon jenis D. 
Beliau berkata seramai 21,510 pemohon layak ditawarkan Rumah Selangorku bermula 1 Januari 2014 hingga 28 Februari lalu. 
Katanya, daripada jumlah itu, hanya 65 peratus iaitu seramai 14,002 pemohon berjaya memenuhi permintaan atau ditawarkan unit manakala sebanyak 35 peratus iaitu 7,508 pemohon menolak tawaran unit. 
“Sebab utama permohonan ini ditolak kerana kegagalan pemohn memenuhi syarat kelayakan pinjaman ditetapkan oleh institusi kewangan antaranya mempunyai komitmen tinggi, tiada wang pendahuluan, disenarai hitam oleh  bank. 
“Selain itu, faktor lokasi dan rekabentuk juga mempengaruhi penolakan tawaran ini disebabkan oleh pemindahan tempat kerja pemohon, kemajuan kerja pembinaan baru bermula atau kerja awalan dan pemohon mempunyai pelbagai pilihan projek dan jenis Rumah Selangorku sedang dimajukan,” jelasnya.
Sumber HD - 4-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


































































































































































































































Nelayan tidak pernah dipinggirkan - Exco

SELANGOR tidak mempunyai cadangan untuk memberikan bantuan secara ‘one-off’ kepada nelayan, buat masa ini. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, bagaimanapun golongan itu tidak pernah dipinggirkan dalam usaha meningkatkan hasil dan pendapatan mereka.

Katanya, sejumlah RM1.3 juta diperuntukkan dalam bentuk bantuan enjin, sampan dan peralatan menangkap ikan membabitkan 144 penerima pada 2015, lapor SelangorKini
“Bermula 2016, dasar pemberian ditambah baik iaitu bentuk bantuan adalah berbentuk peralatan menangkap ikan sahaja dan kita tidak lagi memberikan bantuan sampan serta enjin. 
“Ini disebabkan dengan peruntukan yang ada, lebih ramai lagi golongan nelayan dapat merasai bantuan disediakan,” katanya ketika sesi penggulungan Menjunjung Titah Sultan Selangor, di Dewan Negeri Selangor (DNS), di Shah Alam, hari ini. 
Beliau menambah, sejumlah RM824,390 diperuntukkan kepada 732 nelayan dalam bentuk bantuan peralatan menangkap ikan seperti GLobal Positioning System (GPS) dan jaring menangkap ikan, pada 2016. 
“Ia tidak termasuk RM607,780 membabitkan 168 penerima dalam kalangan usahawan akuakultur yang menjadikan jumlah keseluruhan RM1.4 juta dengan 900 penerima,” katanya lahi.
Sumber HD - 3-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Lebih 700 kes peneroka bandar selesai sejak 2008

SEBANYAK 747 keluarga peneroka bandar sudah diberikan hak milik tanah sejak 2008, kata Datuk Iskandar Abdul Samad. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor itu berkata, ia melibatkan penempatan di dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Daerah Kuala Selangor.

Katanya, ia termasuk penempatan di Kampung Sungai Sireh dengan 79 keluarga, Tanah Mardi (137), Kampung Jawa Estate (66), Kampung Pecah Batu (78), Kampung Baru Lembah Pantai (33), Kampung Seri Makmur (60), Jaya Setia (44), Kampung Seri Aman (78) dan Kampung Sri Sentosa (172). 
“Untuk makluman, tiada kos dibelanjakan Kerajaan Negeri sehingga 2015 untuk penyelesaian setinggan,” katanya dipetik SelangorKini
halimahBeliau ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berhubung pencapaian penyelesaian setinggan di negeri itu pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam, hari ini. 
Menurutnya, terdapat 2,542 keluarga tinggal di penempatan setinggan melibatkan sembilan daerah di Selangor. 
Katanya, kerajaan negeri masih mengekalkan dasar merobohkan penempatan peneroka bandar baru sementara penempatan sedia ada atau yang dibawa ke mahkamah dipertimbang mengikut keperluan semasa. 
“Dasar kita untuk kes masih belum berjaya diselesaikan adalah melalui cara berhemah dan mengambil kira pandangan semua termasuk peneroka sendiri. 
“Kita akan mengenalpasti masalah peneroka terlebih dahulu sebelum diputuskan sama ada perobohan akan dijalankan atau dikekalkan di atas tapak," ujarnya. 
Tambahnya, pada masa sama, Rumah Selangorku juga ditawarkan kepada peneroka bandar yang layak memohon untuk memiliki rumah
Sumber HD- 3-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































































































































Tangki simpanan air tanggungjawab pemaju

PENGERUSI Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, tanggungjawab menyelenggara, menjaga keselamatan dan kebersihan tapak tangki air adalah di bawah pemaju sehingga diserahkan kepada pemegang lesen bekalan air. 
Katanya, ia adalah selaras peruntukan dalam Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014, lapor SelangorKini
Tambahnya lagi, peruntukan itu merangkumi Bahagian III (Bab 1: Pelaksanaan Tanggungjawab) dan Bahagian III (Bab 4: Penyerahan Sistem Bekalan Air). 
“Pemaju dikehendaki mematuhi kesemua keperluan teknikal sebelum menyerahkan sistem bekalan air kekal kepada pemegang lesen. 
“Hal ini termasuk pematuhan terhadap penyerahan tangki air untuk tujuan pewartaan sebagai Rizab Bekalan Air sebelum diambil alih dan dioperasi pemegang lesen,” 
katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di Shah Alam, hari ini. 
Beliau merujuk soalan lisan dikemukakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han berhubung menara tangki simpanan air. 
Menurutnya lagi, terdapat 14 sistem simpanan air gagal diserahkan kepada Air Selangor disebabkan kegagalan pemaju menyiapkannya mengikut pelan dan mengemukakan Borang 12B tapak tangki air untuk pewartaan Rizab Bekalan Air. 
“Untuk kes khusus seperti pemaju bankrap, ia bergantung kepada proses pemulihan sesuatu projek, sama ada diambil alih kerajaan negeri atau pihak lain. 
“Selepas diambil alih, tanggungjawab berkenaan akan diambil alih pemaju baru,” katanya menjawab soalan tambahan Sze Han
Sumber HD - 31-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






































































































































































































































Dua LRA dijangka siap ikut jadual

KERJA pembinaan dua Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Labohan Dagang masih berjalan mengikut jadual serta dijangka siap mengikut tempoh ditetapkan. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, setakat 25 Mac lalu kerja di LRA Semenyih 2 sudah mencapai 24.14 peratus berbanding jadual 55.5 peratus sejak dimulakan, pada 20 Mei 2016. 
Bagi LRA Labohan Dagang, masih terdapat beberapa kerja dalam perbincangan dan status kerja dipantau dari semasa ke semasa, lapor SelangorKini
“Pemantauan tapak yang dibuat Unit Perancang Ekonomi Negeri secara berkala dan mesyuarat jawatankuasa diadakan setiap bulan bagi membincangkan jadual projek dan mencari penyelesaian masalah yang timbul supaya tidak menjejaskan jadual projek,” katanya ketika menjawab soalan lisan ADN Sekinchan, Ng Suee Lim pada persidangan Dewan Negeri Selangor. 
Zaidy berkata, masalah utama yang dihadapi dalam melaksanakan projek itu adalah pengambilan tanah, namun semuanya sudah berjaya diselesaikan. 
Katanya, kerajaan negeri sudah meneliti unjuran permintaan dan pembekalan air sehingga 2027 serta berusaha mencapai sasaran meningkatkan rizab simpanan air mencapai 15 peratus sebagai satu inisaitif Pelan Permintaan Air jangka panjang.
“Setakat ini, kadar simpanan air tipis yang dianggarkan sekadar 3.4 peratus dan rizab air mentah semakin terhad dengan permintaan penggunaan disasarkan pada kadar 3.5 peratus, setiap tahun. 
“Keadaan ini akan mengehadkan kerajaan negeri memberikan bantuan jika berlaku kejadian luar jangka seperti musim kering berpanjangan atau kerosakan peralatan di loji bekalan air,” katanya yang juga ADN Taman Templer. 
LRA Semenyih 2 dijangka siap Disember ini sementara LRA Labohan Dagang pula dijangka siap pada Disember 2018 dengan jumlah keupayaan penghasilan 300 juta liter air sehari yang mampu membekalkan air khusus kepada penduduk Klang dan Kuala Langat
Sumber HD - 30-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 









































































































































































































































SBSK bantu 606 kes tuntutan nafkah

MELIHAT keruncingan kes pengabaian perintah mahkamah berkaitan pemberian nafkah, Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) membantu 606 kes tuntutan nafkah. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sehingga Disember 2016, sebanyak 606 kes tuntukan nafkah dibawa ke Mahkamah untuk tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah. 
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 449 kes telah berjaya diselesaikan manakala bakinya masih dalam prosiding mahkamah. 
“SBSK membantu dari segi nasihat guaman secara pecuma kepada. SBSK juga menggunakan aplikasi e-Nafkah bagi memantau perintah nafkah agar masalah kelewatan dalam pengendalaian kes dapat diatasi,” katanya dipetik SelangorKini
Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan lisan ADN Taman Medan, Haniza Talha pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), Shah Alam, hari ini.
Tambahnya, adalah menjadi keutamaan SBSK memastikan kepentingan dan kebajikan golongan berhak menerima nafkah terutama anak-anak. 
“Apabila sisatan dijalankan dan mendapati bekas suami tidak membayar nafkah, maka tindakan penguatkuasaan bersesuaian dibincangkan. 
“Antara tindakan penguatkuasaan termasuklah perintah tahanan pendapatan tenaga (potongan gaji), notis penghakiman, penyitaan dan penjualan, hiwalah (penahanan harta penghutang bagi penghakiman melalui pihak ketiga) atau penghkomitan,” katanya lagi.
Sumber HD - 30-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Adun DAP hina orang buat salah sebagai "Tok Lebai"
Posted on Wednesday, March 29 @ 19:56:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34246



Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam hari ini kecoh seketika apabila seorang anggota dari DAP mengeluarkan perkataan "tok lebai" yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan "tok lebai" yang merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit.

Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah dan menegur Lau untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia seolah-olah menghina agama Islam.

"Dalam agama Islam, tok lebai merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam," katanya.

Namun, Lau enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker DUN, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Lau menarik semula perkataan itu.

Lau kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam.
Istilah "tok lebai" popular selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitternya baru-baru ini merujuk seorang invidu sebagai tok lebai yang dikatakan bercita-cita hendak menawan Selangor.

"Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur," kata Mohamed Azmin.
- Bernama

Sumber TKO - 29-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































































































































Selangor pastikan pemaju patuh syarat pembangunan

KERAJAAN Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa memastikan pemaju mematuhi segala syarat Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan (PB) diluluskan bagi mengelak tindakan perundangan dibuat ke atas pihak berkenaan. 
Demikian dijelaskan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad semasa menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Razaly Hassan pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam hari ini. 
Beliau berkata, sebarang pembangunan pemajuan perlu memperoleh kelulusan kebenaran merancang daripada PBT yang dinilai jabatan teknikal di peringkat kerajaan tempatan itu.

Tambahnya, penguatkuasaan berasaskan perundangan sering dilakukan PBT mahupun Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagaimanapun ujar Adun Pandan itu, masih terdapat projek tidak berlesen dibuat di tapak tanah pertanian berukuran kurang daripada satu ekar setiap satu yang mana ianya sukar dipantau kerana sering urusan tukar syarat tanah tidak dilaksanakan. 
Katanya lagi, kesedaran pembeli juga perlu memandangkan mereka perlu memastikan pemaju berlesen dengan kementerian melalui penetapan syarat ditetapkan. 
Menurutnya, tindakan perundangan terhadap pemaju berlesen boleh dilaksanakan mengikut peruntukan terdapat di dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118) sekiranya mereka dengan sengaja atau tidak, melanggar syarat diluluskan - HARAKAHDAILY 29/3/2017
Sumber HD - 29-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































































































































20,675 unit Rumah Selangorku sedang dibina

KERAJAAN Selangor sedang membina 20,675 unit Rumah Selangorku menerusi 24 projek sejak Insentif Pembinaan Rumah Selangorku diperkenalkan. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, setakat ini hanya 665 unit yang sudah siap dibina merangkumi dua projek di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). 
“Berdasarkan pecahan, rumah Jenis A 1,333 unit, Jenis B 4,300 unit, Jenis C 8,875 dan Jenis D 6,167,” katanya dipetik Selangorku
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan ADN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS).
Secara keseluruhan kerajaan negeri sudah meluluskan pembinaan 89,396 unit dengan 24,700 mendapat kebenaran merancang (KM) yang merangkumi 45 projek. 
Manakala 3,803 unit merangkumi 13 projek telah mendapat kebenaran merancang serta pelan bangunan sejak insintif itu diperkenalkan
Sumber HD - 28-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
















































































































































































































































Kepimpinan Islam: 3K junjung titah Sultan Selangor

KARNIVAL Kampungku Kesayanganku (3K) pada tahun ini membawa mesej dititahkan Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya menjadikan Selangor sebagai tanda aras ketamadunan kepimpinan Islam. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata tema ini bersesuaian dengan senario semasa yang menyaksikan terdapat banyak kes salah laku melibatkan pemimpin sejak akhir-akhir ini, lapor SelangorKini.

“Penerapan yang kita bawa dalam Karnival 3K tahun ini berkaitan dengan soal kepimpinan terutamanya masyarakat Islam supaya mengambil peranan dalam titah DYMM Sultan Selangor supaya Selangor dijadikan penanda aras ketamadunan kepimpinan Islam. 
“Ini amat bertepatan dengan keadaan hari ini di mana setiap hari kita dengar isu salah tadbir urus, salah laku pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan sebagainya dan saya kira penerapan inilah yang kita nak bawa kepada pemimpin di Selangor tak kita pemimpin dalam keluarga atau jabatan, agensi, malah ke peringkat kerajaan negeri. 
“Kita mahu tadbir urus yang baik, ketelusan, kebertanggungjawaban, integriti itu akan diterapkan dalam kepimpinan di semua lapisan peringkat,” katanya kepada SelangorKini selepas merasmikan Karnival 3K di Masjid At-Taqwa, Kampung Bukit Kapar, Klang malam tadi. 
Jelasnya, selain itu Karnival 3K turut membawa agenda memperkasakan aqidah ahli sunnah wal jamaah berikutan semakin banyak kefahaman dan ajaran sesat menggugat kesejahteraan umat Islam di negara ini. 
Katanya, turut disampaikan melalui Karnival 3K tahun ini adalah mesej memperkasakan institusi kekeluargaan supaya melahirkan generasi baik pada masa hadapan.
Sumber HD - 18-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































































Selangor bakal perkenal cukai petak ganti cukai tanah

SELANGOR terus menjadi peneraju apabila memperkenalkan cukai petak bagi menggantikan cukai tanah melalui pindaan Akta Hakmilik Strata, bermula 1 Januari 2018. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, pelaksanaan itu kini dalam proses akhir dan cukai tanah induk itu akan diagihkan secara adil kepada setiap petak mengikut kiraan terkini.

“Sementara menunggu cukai petak itu dikuatkuasakan, Selangor sudah melaksanakan tempoh peralihan dengan semua urus niaga dan bukan urusniaga boleh dilaksanakan tanpa perlu menjelaskan cukai tanah lot induk. 
“Ia hanya memerlukan pemilik petak mengemukakan bukti pembayaran cukai bahagian masing-masing yang disahkan Badan Pengurusan mereka,” katanya dipetik SelangorKini. 
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Smart Strata, di Pusat Konvensyen Setia City, di Shah Alam. 
Iskandar berkata, pelaksanaan terbabit turut mengambil kira urusniaga dan bukan urusniaga petak seperti pindah milik, gadaian dan urusan lain tidak dapat didaftarkan atau dilaksanakan sekiranya cukai petak tidak dijelaskan dan mempunyai tunggakan.
Sehubungan itu, katanya, penggantian cukai petak itu perlu dilaksanakan segera bagi memudahkan semua pemilik strata. 
Beliau menambah, Selangor sentiasa mencari kaedah terbaik dan sistematik dalam mengangani isu strata. 
“Sehingga kini, Selangor mencatatkan hak milik strata berdaftar sebanyak 544,284 petak daripada 10,198 skim pemilikan strata. 
“Ini merupakan bilangan tertinggi di Malaysia dengan populasi negeri sebanyak 6.074 juta dan permintaan hartanah strata kian meningkat dengan migrasi penduduk ke Lembah Klang. 
“Justeru, pemilikan strata ini menjadi pilihan masa kini akibat daripada penawaran tanah yang terhad,” katanya.
Sumber HD - 14-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 




















































































































































































































































Pelan induk pertanian Selangor siap Mei ini

KERAJAAN negeri dalam usaha menyiapkan pelan induk bagi pembangunan pertanian di Selangor untuk jangka masa sehingga 10 tahun. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, pihaknya telah meminta agar Unit Perancangan Ekonomi Selangor (UPEN) menyiapkan pelan induk pembangunan pertanian yang dijangka siap pada pertengahan tahun ini.

“Banyak kajian dibuat secara menyeluruh melalui pelan ini serta diletakkan rangka strategi bagi membangunkan pertanian di Selangor dijangka Mei ini siap. 
“Pelan ini juga dalam usaha meningkatkan tahap pengeluaran hasil pertanian untuk makanan seperti sayur-sayuran, ternakan lembu, ayam pedaging dan akuakultur,” katanya kepada ketika Majlis Perasmian Program Karnival Jelajah Infratani Peringkat Dun Sungai Burong, Tanjung Karang, semalam. 
Tambahnya lagi, perkara itu adalah penting kerana bekalan makanan atau sekuriti makanan perlulah mencukupi atau sekurangnya boleh menampung dalam beberapa ketika untuk bilangan rakyat yang ramai jika terjadi krisis makanan. 
Memetik laporan SelangorKini semalam, beliau berkata jika berlaku perkara seperti itu, sudah tentu penggunaan tanah menjadi faktor kritikal memandangkan Selangor merupakan negeri perindustrian dan mempunyai jumlah penduduk tinggi akan menjadi lebih mencabar. 
“Dengan siapnya pelan induk pembangunan pertanian ini, diharap ianya merangkumi aspek penggunaan tanah yang optimum bukan sahaja kurang dari segi penggunaan keluasan tanah tetapi boleh menjana hasil yang tinggi melalui penggunaan teknologi dan konsep pertanian moden,” katanya.
Sumber HD - 12-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MAIS desak penulis blog mohon maaf pada Sultan
Posted on Friday, March 10 @ 06:56:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33933



Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyangkal laporan dua blog yang mendakwa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terlibat dalam tuntutan saman MAIS ke atas syarikat Redha Resources Sdn Bhd di mahkamah baru-baru ini.

Sehubungan itu Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa mendesak dua penulis blog berkenaan supaya membuat permohonan maaf secara bertulis kepada Sultan Selangor kerana laporan tersebut mengandungi kenyataan berbaur fitnah selain memberi gambaran yang tidak benar terhadap baginda.

"Artikel yang dipaparkan blog 'Another Brick in The Wall' bertajuk 'Selangor Royal Default' yang disiarkan pada 6 Mac serta artikel blog 'Rocky's Bru' bertajuk 'While the Agong Makes Headlines' yang disiarkan pada 7 Mac telah membangkitkan rasa marah dan benci terhadap institusi diraja dan pihak berkuasa agama Islam negeri.

Kami juga mendapati, kandungan artikel-artikel itu telah menyentuh secara langsung fakta kes yang masih dalam prosiding mahkamah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Mohamad Adzib turut mendesak penulis blog terbabit menarik balik laporan berkenaan serta tidak mengulangi kesalahan sama yang dilihat bertujuan meruntuhkan kepercayaan rakyat Selangor terhadap kredibiliti Sultan Selangor dan MAIS.

"Kami menyeru penulis-penulis blog dan artikel berkenaan untuk menghentikan tohmahan dan menarik balik artikel-artikel itu dalam tempoh 24 jam dari tarikh kenyataan media MAIS ini dikeluarkan.

Permohonan maaf juga hendaklah disiarkan dalam dua akhbar harian tempatan berbahasa Melayu dan Inggeris berserta akujanji daripada penulis blog ini," katanya.

Mohamad Adzib berkata, sekiranya penulis blog terbabit gagal mematuhi tuntutan MAIS ekoran kenyataan fitnah yang disebarkan, pihaknya tidak teragak-agak untuk menggunakan segala peruntukan undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap mereka.
- Bernama

Sumber TKO - 10-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































132,916 mohon Rumah SelangorKu

SEBANYAK 132,916 pemohonan diterima bagi pemilikan rumah mampu milik Rumah SelangorKu bagi tempoh tiga tahun sejak dilancarkan 2014 lalu. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, sambutan menggalakkan itu susulan tawaran nilai berpatutan Rumah SelangorKu yang dijual pada kadar serendah RM42,000 dengan tidak melebihi RM250,000 seunit.

“Pembangunan Rumah Selangorku mendapat respon positif daripada orang ramai apabila untuk tempoh sehingga kini, kami menerima jumlah pemohon mendaftar sebanyak 132,916. 
“Sambutan positif ini kini terus tertumpu ke arah memperbanyakkan lagi kediaman selesa, berkualiti dan mampu dimiliki rakyat di Selangor. 
“Usaha ini dijalankan sebagai inisiatif untuk mensejahterakan rakyat di Selangor menerusi polisi pembinaan Rumah SelangorKu yang mesra rakyat,” katanya dipetik SelangorKini
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah SelangorKu Setia Eco Templer, Rawang, hari ini. 
Dalam perkembangan sama, beliau berkata pemaju hartanah di seluruh negeri digalakkan untuk menyahut seruan kerajaan negeri untuk tampil membangunkan projek perumahan mampu milik di negeri itu.
Beliau berkata, usaha tersebut mampu memenuhi tuntutan umum seiring gagasan pentadbiran negeri, ‘Membangun Bangsa Memakmur Negeri’. 
“Kerajaan negeri berharap lebih banyak Rumah SelangorKu dibina pada harga kawalan bergantung kepada keluasan minima.
 “Tetapi bagi pemaju yang gagal menyiapkan projek Rumah SelangorKu, syarikat mereka akan disenaraihitamkan dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat juga tidak terlepas berdepan tindakan sama,” katanya.
Sumber HD - 4-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



























































































































































































































































Lebih 20,000 kes syariah di Selangor selesai tahun lepas

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44389-lebih-20-000-kes-syariah-di-selangor-selesai-tahun-lepas

KUALA LUMPUR: Lebih 20,000 kes syariah di seluruh Selangor berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Selangor sepanjang tahun lalu.

Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebanyak 26,503 kes berjaya diselesaikan dan daripada jumlah itu, 22,213 merupakan kes bukan jenayah manakala 4,290 kes pula membabitkan jenayah syariah.

“Jumlah kes mal (bukan jenayah) yang direkodkan sepanjang tahun lepas termasuk hal berkaitan nikah, cerai dan kebenaran berpoligami adalah sebanyak 27,726 kes dengan 80 peratus daripadanya berjaya diselesaikan.

“Untuk kes jenayah syariah seperti khalwat dan persetubuhan haram pula, kita berjaya selesaikan hampir 68 peratus daripada 6,282 kes,” katanya dipetik SelangorKini.

Na’im berkata, pencapaian itu menjangkaui sasaran ditetapkan pihaknya iaitu 75 peratus bagi mal dan 60 peratus untuk jenayah.

“Tahun ini, kita yakin dapat menyelesaiakn 90 peratus kes mal dan juga jenayah susulan pencapaian yang baik pada tahun lepas.

“Ini juga selari dengan misi kita dalam melaksanakan pengadilan dan pengurusan mahkamah syariah yang berkesan serta sistematik untuk rakyat,” katanya.

Sumber HD - 23-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































































































































































































Selangor terus bela nasib nelayan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44310-selangor-terus-bela-nasib-nelayan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor menyerahkan bantuan peralatan menangkap ikan kepada 278 nelayan di Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, antara bentuk bantuan diberikan adalah jaring dan sistem kedudukan sejagat (GPS).

“Nelayan tidak tersisih dengan pembangunan negeri. Tanpa nelayan, masakan kita mampu untuk menikmati ikan.

“Pada 2016, kita memperuntukkan RM1.6 juta untuk memberikan bantuan peralatan menangkap ikan kepada nelayan dan peralatan serta makanan ternakan ikan kepada usahawan Selangor.

“Bagi 2017, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta bagi tujuan sama dan dijangka 500 penerima bakal memperolehi manfaat program,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian Program Penyerahan Bantuan Nelayan dan Akuakultur Kerajaan Negeri Selangor Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Daerah Sabak Bernam menyaksikan 133 nelayan menerima bantuan dengan 17 orang daripadanya menerima bantuan jaring dan selebihnya mendapat GPS.

Sementara di Kuala Selangor, 29 daripada 145 penerima mendapat bantuan jaring manakala selebihnya mendapat GPS.

Secara keseluruhan, terdapat 7,395 nelayan berdaftar di Negeri Selangor.

Pada 2016, 698 nelayan menerima bantuan berbentuk peralatan menangkap ikan dengan peruntukkan RM995,000.

Manakala seramai 168 usahawan akuakultur menerima bantuan peralatan kolam ternakan dan makanan ikan melibatkan peruntukkan bernilai RM600,000.

Sumber HD - 17-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































































































































































































































































































































































































Selangor tanggung kos senggara semua lif

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44301-selangor-tanggung-kos-senggara-semua-lif

KERAJAAN Negeri Selangor akan membiayai kos penyelenggaraan lif di semua pangsapuri kos rendah di dalam usaha untuk membantu penduduk menguruskan pembangunan mereka.

Ia akan melibatkan 405 buah lif di 126 pembangunan sama ada di pembangunan yang diuruskan oleh JMB/MC atau yang di uruskan oleh agen pengurusan. Kerajaan negeri akan membayar terus kepada firma-firma kompeten yang akan menyelenggarakan lif-lif tersebut.

Kos keseluruhan yang diperuntukan oleh kerajaan negeri adalah RM8 juta untuk tempoh 12 bulan. Kos sebulan untuk setiap lif bagi kontrak penyelenggaraan komprehensif yang akan digunapakai adalah dianggarkan RM1,600 sebulan atau RM19,200 setahun.

Sebelum itu, kerajaan negeri akan membaikpulih 88 buah lif yang tidak berfungsi terlebih dahulu. Ia dijangka akan melibatkan kos sebanyak RM22 juta yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Anggaran kos bagi setiap lif adalah RM250,000.

Program baru ini di namakan “SELANGOR SMART LIFE” dengan jumlah peruntukan sebanyak RM30 juta.

Pada ucapan Belanjawan 2017 Dato’ Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali telah mengumumkan peruntukan RM55 juta untuk pengindahan dan membaikpulih pangsapuri di Selangor.

RM30 juta ini adalah daripada peruntukan RM55 juta tersebut. Baki dari peruntukan itu adalah untuk Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan atau CERIA dan PERMAI CERIA iaitu sebanyak RM25 juta.

CERIA adalah skim baikpulih perkongsian kos di antara kerajaan negeri dan penduduk untuk kerja-kerja seperti mengecat bangunan, menukar tangki air, membaikpulih bumbung atau menggantikan saluran air hujan. Sementara PERMAI CERIA adalah skim untuk membantu penduduk melaksanakan migrasi air dari meter pukal kepada meter individu.

Kerajaan negeri menyedari penduduk di pangsapuri kos rendah menghadapi masalah untuk menguruskan pembangunan mereka. Pelbagai program telah diwujudkan seperti CERIA, SEROJA (Skim Rondaan Keselamatan Dan Kejiranan), FOKUS (Format Kurikulum Pembayaran Berstrata) dan LAPOR & DAPAT untuk membantu.

Tetapi masih terdapat juga permintaan agar kerajaan negeri mengambil alih penyelenggaran semua pangsapuri kos rendah. Dengan adanya program baru ini, kerajaan negeri telah meringankan sebahagian dari beban penduduk untuk menyelenggarakan pembangunan mereka.

Kerajaan Negeri Selangor sekarang telah terbukti dapat memberi pembelaan kepada kepada rakyat. Memang tidak dinafikan gandingan yang mantap yang wujud hari ini amat diyakini oleh rakyat kerana dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kebajikan mereka. Mereka amat berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada dan akan menolak sebarang usaha untuk menggantikannya.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
16 Februari 2017 – HARAKAHDAILY 16/2/2017

Sumber HD- 16-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelan Induk Pertanian sasar lonjak pertumbuhan hasil

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44278-pelan-induk-pertanian-sasar-lonjak-pertumbuhan-hasil

KUALA LUMPUR: Selangor giat menyediakan Pelan Induk Pertanian tertumpu kepada perancangan jangka panjang untuk membangunkan prospek pertanian negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, pelaksanaannya berkuatkuasa untuk tempoh 10 tahun bermula tahun ini.

“Kerajaan negeri sudah menerima hasil draf pertama pembentangan projek Pelan Induk Pertanian oleh Institut Kajian Dasar.

“Ia bakal dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun sebagai pelan pembangunan pertanian yang diyakini mampu direalisasikan secara konsisten dalam tempoh berkenaan,” katanya dipetik SelangorKini.

Difahamkan, pelan pertanian tersebut turut memberi keutamaan kepada inisiatif berterusan Kerajaan Negeri memajukan bidang keusahawan tani.

Ia turut tertumpu kepada usaha pembangunan semula Selangor Fruit Valley yang dilaksanakan di Kuala Selangor dapat dinikmati bagi menjana pertumbuhan hasil pertanian negeri.

“Kerajaan negeri dalam proses untuk menyiapkan pelan induk ini menerusi kerjasama pelbagai agensi.

“Pengisiannya tertumpu kepada pelan perancangan dan pembangunan jangka panjang untuk meningkatkan lagi peluang (pengeluaran) pertanian negeri,” katanya.

Sumber HD - 14-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































































































































































Dr Halimah komited selesai isu pangsapuri

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Dun Selat Klang komited untuk terus membantu penduduk Pangsapuri Seri Perantau menyelesaikan isu berbangkit di kawasan itu sejak sekian lama.

Ahli Dewan Negerinya, Dr Halimah Ali berkata, ini kerana lebih 1,000 penduduk pangsapuri yang berasal dari rumah panjang itu mengalami pelbagai masalah kemudahan infrastruktur, lapor SelangorKini.

“Saya mendengar banyak rungutan dan aduan berkenaan kemudahan serta cuba membantu sebaiknya.

“Kawasan ini pertama sekali saya pergi selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2008 dan saya tidak ke sini hanya sekadar memberi gula-gula,” katanya ketika sesi taklimat membaik pulih lif di pangsapuri itu.

Terdahulu, sesi taklimat bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bertukar kecoh apabila penduduk mendakwa Kerajaan Negeri tidak bersungguh membantu mereka.

Bagaimanapun, Halimah menafikan perkara itu dan menjelaskan isu berbangkit yang ditimbulkan berpunca daripada kerajaan sebelumnya.

“Pangsapuri ini mewarisi permasalahan sebelum 2008, namun Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan hak milik tanah itu yang sebelum ini milik KTM.

“Pangsapuri ini juga pernah ditawarkan skim Ceria untuk pembaikan lif, namun pihak Pengurusan Badan Bersama (JMB) menolak untuk memberi kerjasama.

“Saya juga merayu kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya membantu penduduk dan tidak memotong bekalan air mahupun elektrik,” katanya.

Sebelum ini, pangsapuri terbabit turut disediakan kemudahan gelanggang futsal, dewan dan perpustakaan mini, namun gagal disiapkan pemaju.

Sumber HD - 11-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































































































































Isu ladang babi: Selangor masih cari kaedah terbaik

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44224-isu-ladang-babi-selangor-masih-cari-kaedah-terbaik

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri masih mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ladang penternakan babi di Selangor khususnya Kuala Langat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, isu itu masih dibincangkan kerajaan negeri supaya ia diselesaikan secara baik tanpa menjejaskan keharmonian perpaduan di Selangor.

“Kita belum mendapat satu penyelesaian yang baik. Kita menghargai kepelbagaian kaum dan anutan agama.

“Usaha ‘Modern Pig Farming’ ini baik kepada mereka yang mempunyai keperluannya tetapi jika berterabur kita bimbang kehadiran penyakit mengakibatkan ia susah dikawal.

“Buat masa ini kita belum ada penyelesaian konklusif walaupun cadangan kepada ‘Modern Pig Farming’ itu sudah berlaku beberapa tahun lepas,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan penduduk Kampung Tumbuk Darat mengenai nasib mereka terhadap pertambahan ladang babi di Kuala Langat seperti dilaporkan Utusan Online.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2, Kuala Langat memiliki lebih daripada 132 ladang ternakan babi sama ada yang beroperasi secara berlesen mahupun tidak berlesen.

Sumber HD - 10-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































Bantuan peralatan beri manfaat kepada nelayan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44177-bantuan-peralatan-beri-manfaat-kepada-nelayan

KUALA LUMPUR: Pendekatan baru Kerajaan Selangor memberi bantuan berbentuk peralatan kepada golongan nelayan dan berkaitan banyak memberi manfaat kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, kaedah dipraktikkan itu berhasil dengan kebanyakan mereka memperoleh bantuan disalurkan.

“Pendekatan baru kita laksanakan ini banyak mendapat pujian daripada penerima kerana ramai di antara mereka mendapat kemudahan dan manfaat.

“Sama seperti bantuan alat pengesan lokasi (GPS) bernilai antara RM1,000 ke RM2,000 yang diberikan ini ekoran ramai nelayan memerlukan dan ingin menggunakan tetapi tidak mampu, jadi mereka sangat berterima kasih,” katanya dipetik SelangorKini.

Zaidy menyerahkan bantuan berkenaan kepada 200 penerima dalam majlis Progran Penyerahan Bantuan Nelayan dan Akuakultur bagi daerah Kuala Langat dan Sepang yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan, di Tanjung Sepat, hari ini.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada program bantuan diagihkan mengikut daerah di seluruh Selangor yang diserahkan kepada golongan berkaitan seperti petani dan nelayan termasuk usahawan akuakultur.

“Program ini berterusan dari tahun lalu dan pemilihan dibuat dengan kita berikan bantuan hingga tahun ini, manakala permohonan diterima bagi tahun ini sedang diproses.

“Tahun lalu, kita salurkan bantuan RM1.6 juta yang diagihkan mengikut daerah. Pada minggu lalu, Datuk Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri menyerahkan bantuan di Morib,” katanya.

Sumber HD- 6-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu Lagi Tokong Berupa Kubah Masjid
Posted on Wednesday, February 01 @ 09:15:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33418&mode=thread&order=0&thold=0



Sebagai org islam tolong pakat ambil tanggong jawab share dan viralkan biar sampai roboh mcm yg kat Bukit Raja Klang Selangor

Lokasi : Berhampiran Tabung Haji Klang Selangor

Kredit
Yaakob Manaf

Sumber TKO - 1-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Berhala Yang Menyerupai Kubah Masjid Dirobohkan
Posted on Tuesday, January 31 @ 20:23:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33411&mode=thread&order=0&thold=0



Sebuah tokong dengan reka bentuk menyerupai masjid di Bandar Bukit Raja, Klang dibina tanpa halangan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

okong itu bersimbolkan kubah dan bulan sabit yang menjadi lambang masjid dan dicat pula dengan warna hijau dan kuning.

Pembinaan tokong itu telah menimbulkan kemarahan netizen beragama Islam dan menyifatkan pembinaan struktur berkenaan sengaja untuk mencetuskan provokasi serta tidak menjaga sensitiviti orang Islam.

Pemilik akaun Semangat Zaman berkata, binaan kubah yang terdapat pada struktur berkenaan jelas mahu mencetuskan provokasi dan menghina agama Islam.

“Semakin jelas permainan kaum ini…dengan bawa anjing letak dalam troli, kemudian bina kubah atas tokong. Depa ini memang tak jaga sensitiviti orang Islam langsung,” kata May Jer.

Amirul Amir pula menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab ke atas binaan itu sekali gus segera merobohkan struktur berkenaan.



Sumber TKO - 31-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tokong kecil menyerupai masjid
Posted on Monday, January 30 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33393



KLANG – Pembinaan sebuah tokong Cina kecil dengan reka bentuk mengelirukan menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja di sini me­nimbulkan kemarahan penduduk yang menganggap ia satu perbuatan yang tidak sensitif.

Selain dicatkan dengan warna hijau dan kuning, lebih meme­ranjatkan apabila tokong ber­kenaan turut mempunyai kubah dan bulan sabit yang melambangkan masjid sebagai tempat ibadah orang Islam.

Difahamkan proses pembinaan tokong kecil berkenaan dilakukan lebih seminggu lalu sebelum siap pada Jumaat lepas.

Seorang penduduk, Mohd. Abdul Rahman Abdullah, 56, berkata, pembinaan tokong berkenaan dianggap kurang sensitif dan boleh menyinggung perasaan masyarakat Islam setempat.

Sumber TKO - 30-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Caj beg plastik: Terpulang kepada peniaga - MB S'gor
Posted on Sunday, January 22 @ 11:21:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33271



Kerajaan Selangor masih menyerahkan kepada peniaga untuk terus mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik kepada pengguna atau sebaliknya.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri belum mewujudkan sebarang peraturan khusus bagi menghentikan caj 20 sen itu.

"Sebarang maklum balas yang kita terima dalam isu ini kita akan teliti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Konvokesyen Pengajian Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas ketidakpuasan hati pengguna yang terpaksa menanggung caj tambahan 20 sen bagi setiap beg plastik semasa membeli barangan.
Caj 20 sen setiap beg plastik itu berkuat kuasa 1 Jan lepas menerusi "Kempen Selangor Bebas Plastik".

Bagaimanapun, usaha yang bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran bersih itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang tidak bersetuju terhadap caj berkenaan.

- Bernama

Sumber TKO - 22-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































































































































































400 terima baucer Jom Shopping DUN Gombak Setia

HARAKAHDAILY | .







http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43955-400-terima-baucer-jom-shopping-dun-gombak-setia

BATU CAVES: Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini lebih bermakna buat 400 penerima baucer kupon Jom Shopping dari Kerajaan Negeri Selangor, DUN Gombak Setia.

Program Jom Shopping Gombak Setia diadakan di Pasaraya Giant Batu Caves bagi memberi ruang yang selesa membeli belah bersama keluarga buat semua penerima baucer bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

Hasbullah Mohd Ridzwan, Ahli Dewan Negeri Gombak Setia berkata Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan rakyat di Negeri Selangor terutama ketika menyambut musim perayaan.

Dalam pada itu, Hasbullah turut menyantuni warga emas dan mereka gembira menyambut Tahun Baru Cina kali ini kerana keperihatinan kerajaan negeri.

Beliau juga berpendapat inilah peluang yang membolehkannya mendekati warga emas dan warga miskin lebih rapat dan mengurangkan jurang perbezaan kaum.

“Saya amat berterima kasih kepada YB Hasbullah kerana dapat bersama-sama masyarakat Tiong Hua dalam pemberian kupon Jom Shopping. Ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kewangan bagi menghadapi perayaan Tahun Baru Cina,” kata Kong Tuck Wah, 61 tahun.

Hasbullah juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina dan menjemput semua warga Tiong Hua ke Majlis Makan Malam sempena Sambutan Tahun Baru Cina DUN Gombak Setia pada 10 Februari 2017 di Pasar Moden Taman Sri Gombak. – HARAKAHDAILY 19/1/2016

Sumber HD - 19-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































Pelajar tahfiz disaran perluas ilmu pengetahuan


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pelajar tahfiz di Selangor disarankan mempelajari aktiviti lain selain ilmiah untuk memperluaskan ilmu pengetahuan mereka.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, ia boleh dilakukan dengan menceburi aktiviti ekonomi yang mendedahkan mereka kepada perniagaan, lapor SelangorKini.

“Islam mengajar umatnya supaya berniaga. Justeru, pendidikan kepada perniagaan perlu didedahkan dari awal,” katanya ketika merasmikan program Saudagar Muda di Kompleks Tahfiz al-Quran dan Sukan Sofiuddin (KOMTAS), Klang.

Pada masa sama, Halimah menyarankan semua pihak supaya bekerjasama dalam merealisasikan hasrat terbabit.

Beliau turut memuji usaha Overbooked Media Group (OMG) Sdn Bhd yang menjadikan KOMTAS sebagai projek perintis dalam usaha itu.

Sementara itu, Pengetua KOMTAS, Mohd Sapidin Amran berharap program itu dapat membuka ruang kepada pelajarnya mendalami ilmu kemahiran yang akan dipelajari kelak.

“Selain mempelajari ilmu al-Quran dan sukan, pelajar boleh ke depan menjadi seorang yang berpengalaman dalam ilmu perniagaan,” katanya

Sumber HD 14-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































































































500 pesawah terima baja organik atasi BLB

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43893-500-pesawah-terima-baja-organik-atasi-blb

KUALA LUMPUR: Seramai 500 pesawah di Dun Sungai Panjang menerima bantuan baja organik bernilai RM250 setiap seorang bagi mengawal serangan penyakit hawar daun bakteria (BLB).

Pengerui Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, sumbangan itu mampu membantu petani mengelakkan kerugian sika serangan BLB dapat dikawal atau dicegah.

“Kerajaan negeri juga berharap petani memperolehi hasil lebih baik untuk pendapatan mereka selepas mengalami kerugian ekoran BLB, sebelum

“Buat masa ini, wabak BLB masih belum ada penawarnya, namun kita yakin ia boleh dikawal jika petani mengikut langkah disarankan,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bantuan Baja kepada pesawah DUN Sungai Panjang di Dewan Orang Ramai Simpang Lima, Sabak Bernam, semalam.

Hadir sama, Pengarah Pertanian Selangor, Idrus Abdul Hamid dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Dr Akma Ngah Hamid.

Terdahulu, kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM800,000 bagi membantu pesawah di daerah itu yang terjejas ekoran wabak BLB.

Pada 5 Disember lalu, serangan BLB menyebabkan hasil sawah padi seluas 3,700 hektar di Sabak Bernam musnah dengan kerugian hampir RM5 juta.

Serangan itu dikatakan paling teruk berlaku pada musim kedua tahun ini selepas serangan terakhir pada 2013.

Sumber HD - 13-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































































































































































































Tanam padi: Selangor kaji kesesuaian guna dron

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43882-tanam-padi-selangor-kaji-kesesuaian-guna-dron

KUALA LUMPUR: Penggunaan dron untuk kerja penanaman padi adalah antara kaedah terbaik dan kerajaan negeri sedang mengkaji kesesuaiannya untuk dilaksanakan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, kajian dilakukan dengan mengambil kira pelbagai aspek supaya ia memberi manfaat kepada golongan petani serta penghasilan pertanian.

“Ia memang satu cadangan yang baik dan kita juga sedang dalam peringkat perintis mengguna pakai kaedah itu.

“Jika dilihat ketika kita jayakan perasmian Selangor Agrofest baru-baru ini, kita menggunakan dron dan ditunjukkan bagaimana menggunakannya,” katanya memetik laporan SelangorKini.

Beliau berkata, penggunaan kaedah itu adalah pelbagai iaitu bukan setakat bagi kerja pemantauan tetapi juga untuk meracun dan seumpamanya.

“Namun, kita perlu mengkaji dari sudut kos dan method supaya tidak membebankan petani,” katanya lagi.

Sumber HD - 12-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































































































































































































Ladang Smart Selangor jana pendapatan hasil tani negeri

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43864-ladang-smart-selangor-jana-pendapatan-hasil-tani-negeri

KUALA LUMPUR: Program Ladang Smart Selangor terus dilaksanakan sebagai komitmen kerajaan negeri menggalakkan hasil pengeluaran pertanian negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Permodenan dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, program itu menekankan konsep penggunaan teknologi tinggi bagi menjana perolehan pengeluaran pertanian pada kadar maksimum, lapor SelangorKini.

“Untuk tempoh ini tiga kawasan sudah dikenalpasti dan berpotensi untuk dibangunkan secara konsisten.

“Program ini mengetengahkan konsep pengamalan teknologi tinggi fertigasi dan banyak lagi.

“Kita harap projek ini berjaya dan mampu membantu lebih ramai petani dan masyarakat menjana pendapatan serta mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, pembangunan projek ladang tersebut turut mensasarkan penglibatan usahawan tani belia di bawah paras umur 40 tahun.

Namun katanya, jumlah itu terbuka kepada pemberian kuota 30 peratus kepada belia berminat di bawah program pembangunan petanian negeri itu.

“Pembangunan ladang ini melibatkan sejumlah keluasan tanah melebihi lima ekar yang mana ia juga disertai usahawan tani pernah menyertai program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS),” katanya.

Sumber HD-111-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































AGROGEMS 2017 sasar lahir jutawan tani muda

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43844-agrogems-2017-sasar-lahir-jutawan-tani-muda

KUALA LUMPUR: Program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS) 2017 diteruskan dengan sasaran melahirkan lebih ramai petani muda di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, program tersebut diyakini membantu golongan muda mendapat pemahaman jelas berkait peluang pertanian, lapor SelangorKini.

“2016 menyaksikan penyertaan yang saya sifatkan sebagai ‘dasyat’ kerana kita menerima ramai penyertaan daripada golongan muda.

“Perkembangan ini membuktikan bahawa individu terlibat dalam sektor pertanian juga mampu berjaya dan menjana pendapatan yang baik khususnya kepada golongan muda,” katanya.

Beliau berkata, pengisian program bagi tahun ini diteruskan dengan sesi seminar membabitkan peserta dan individu yang berjaya dalam bidang pertanian.

“Mereka akan diberikan taklimat dan panduan oleh usahawan tani yang pernah menyertai program ini dan telah bergelar jutawan tani hasil daripada aktiviti pertanian diusahakan.

“Selepas seminar, mereka juga akan diberikan khusus lanjutan dan ilmu secara praktikal supaya mereka boleh mengaplikasikan pemahaman secara terus dalam sektor pertanian,” katanya yang juga Adun Taman Templer.

Program AGROGEMS mula diperkenalkan Januari 2016 sebagai suntikan kerajaan negeri menggalakkan penyertaan usahawan tani di bawah umur 40 tahun dalam sektor pertanian.

Mereka berminat boleh mendaftar di pejabat Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani di Tingkat 15 bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Sumber HD- 9-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































































































































































































Agenda Smart State teras infrastruktur Selangor 2017

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43827-agenda-smart-state-teras-infrastruktur-selangor-2017

KUALA LUMPUR: Pembangunan kemudahan infrastruktur Selangor untuk tempoh 2017 mengutamakan penggunaan sistem dan teknologi berteraskan agenda Smart State demi kelangsungan serta kemudahan rakyat.

Pengerui Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, penggunaan teknologi yang mencapai tahap ‘Smart State’ akan dilaksanakan secara menyeluruh seiring hasrat kerajaan negeri menjadikan Selangor sebagai Smart State, menjelang 2025.

Beliau berkata, usaha itu dijalankan bersama agensi Jabatan Pengairan Selangor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri menerusi usahasama Menteri Besar Incoporation (MBI) dan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU).

“Kerajaan negeri teruja untuk menyediakan peluang itu menerusi penggunaan teknologi mampan yang kita ada sebagai ‘platform’ yang boleh diberikan kepada rakyat Selangor mencakupi aspek pembangunan infrastruktur negeri.

“Antara pendekatan dan tumpuan yang sedang diberi perhatian termasuk gerak kerja untuk melaksanakan sistem pemantauan sungai secara langsung, sistem hidrologi dan smart traffic light,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menjalankan perbincangan bersama agensi kerajaan negeri lain untuk menyediakan garis panduan menilai pelaksanaan dasar yang dijalankan sepanjang 2016.

Katanya, perbincangan tersebut dijalankan bagi mengenal pasti sebarang gerak kerja yang memerlukan pembaikan demi kesejahteraan masyarakat Selangor.

Sumber HD - 7-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































































































































































































Jaga kebersihan perlu digalas seluruh masyarakat

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43825-jaga-kebersihan-perlu-digalas-seluruh-masyarakat

KUALA LUMPUR: Walaupun memegang porfolio Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Exco Zaidy Abdul Talib turun padang bersama penduduk Kampung Baru Kepong Ulu, Kepong, membersihkan habitat nyamuk aedes, hari ini.

Komited memastikan persekitaran di kawasan pinggir bandar bersih dan bebas daripada wabak denggi, beliau berkata, tanggungjawab untuk menjaga kebersihan perlu digalas seluruh anggota masyarakat, lapor SelangorKini.

“Semua rakyat perlu bersama membersihkan kawasan kediaman masing-masing dan mengambil tanggungjawab untuk lebih peka terhadap isu kebersihan persekitaran.

“Saya difahamkan banyak kes denggi juga berlaku di kawasan luar bandar kerana habitat ini tidak memilih kawasan kerana jika ada tempat kotor dan berpotensi, nyamuk ini akan membiak, sekali gus mengundang wabak denggi dan penyakit,” katanya pada Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Perdana itu.

Program dengan kerjasama Parlimen Selayang dan Pusat Khidmat Dun Taman Templer itu dilaksanakan sebagai inisiatif untuk memberi kesedaran kepada penduduk terhadap isu kebersihan setempat.

Seramai lebih 100 penduduk setempat tidak melepaskan peluang bersama hadir membersihkan persekitaran taman ke arah menjadikan kawasan penempatan penduduk lebih ceria, bersih dan bebas denggi.

Terdahulu, kerajaan negeri menerusi Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga komited melaksanakan pelbagai program untuk memerangi wabak denggi di negeri ini.

Bahkan, peruntukan RM10,000 juga disalurkan kepada Pusat Khidmat Dun seluruh negeri untuk menjayakan program bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap bahaya denggi.

Dalam perkembangan lain, Zaidy yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer turut menyampaikan bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) fasa satu kepada 10 penerima dan waris keluarga.

Sumber HD - 7-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































































































































































































Sediakan bas khas untuk pengunjung Hospital Ampang

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43815-sediakan-bas-khas-untuk-pengunjung-hospital-ampang

KUALA LUMPUR: Kesesakan yang dihadapi di sekitar Hospital Ampang perlu diselesaikan menerusi penyediaan bas khusus untuk pengguna yang mahu ke sana tanpa perlu bersesak mencari parkir kenderaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, bas itu perlu dihubungkan berhampiran stesen LRT di sekitarnya dan melalui kawasan yang mempunyai banyak ruang letak kereta.

“Bas ini perlu kerana terdapat tempat letak kenderaan yang terhad sekitar hospital. Pesakit dan pengunjung terpaksa meletakkan kereta mereka di tepi jalan dan berdepan risiko disaman polis.

“Selain itu, kereta tersebut mengganggu lalu lintas dan boleh menyebabkan kemalangan,” katanya dipetik SelangorKini.

Stesen LRT yang berhampiran dengan hospital tersebut adalah Cahaya, Cempaka, Pandan Indah dan Pandan Jaya.

Katanya, jika pihak Hospital Ampang tidak mampu memberikan perkhidmatan bas secara percuma, mereka boleh mengenakan bayaran minimum seperti RM0.50 atau RM1 kepada pengguna dengan kekerapan 30 minit sekali pada waktu puncak dan sejam sekali pada waktu biasa.

“Penyediaan bas khas merupakan penyelesaian yang paling praktikal bagi masalah tempat letak kereta itu. Tidak ada tanah kerajaan yang kosong untuk dijadikan tempat letak kereta di kawasan itu.

“Tambahan pula harga tanah adalah tinggi di Ampang dan tidak berbaloi untuk dibangunkan sekeping tanah sebagai tempat letak kereta sahaja. Kecuali bangunan tempat letak kereta sedia ada hospital itu dibangunkan semula dengan ditambah bilangan tingkat,” katanya.

Sumber HD - 6-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas hotel ditutup, Jamal bantu polis serbu pusat judi
Posted on Saturday, December 24 @ 11:43:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32964



PETALING JAYA: Ketua gerakan Baju Merah Datuk Jamal Yunos menekan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) supaya bertindak ke atas semua perniagaan tanpa lesen.

Sehari selepas hotel miliknya ditutup MDSB kerana beroperasi tanpa lesen, beliau bersama penyokongnya “menyerbu” sebuah pusat judi di Sekinchan yang didakwa beroperasi secara haram.
Jamal memberitahu Utusan terdapat 5 premis judi di Sekinchan dan 4 lagi di Sabak Bernam.

Jamal memberitahu NST Online polis bertindak atas aduan mereka dan menyerbu premis itu pada 7.00 malam semalam.

“Kami juga membuat aduan kepada MDSB tetapi tiada tindakan.

“Saya harap pihak majlis berlaku adil dengan mengambil tindakan terhadap semua perniagaan yang beroperasi secara haram, selepas mereka menutup hotel saya.”

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa mengesahkan serbuan ke atas pusat hiburan keluarga itu.

Menurut beliau, premis berkenaan menyalahi lesen kerana menjalankan kegiatan judi haram. Polis berjaya merampas 48 mesin dalam operasi itu.

Azmi berkata polis akan menyiasat dakwaan Jamal mengenai pusat judi haram lain di Sabak Bernam.

Menurut beliau, pihak berkuasa tempatan hanya memberi lesen kepada 5 pusat hiburan keluarga di daerah itu.

Sumber TKO - 24-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PBT Roboh Resot Milik Jamal
Posted on Thursday, December 22 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32951



PETALING JAYA: Sebuah resort milik pemimpin baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dirobohkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Sekinchan pada Khamis.

Menurut notis MDSB, resort itu beroperasi tanpa lesen yang sah di bawah Undang-undang Kecil Hotel (Majlis Perbandaran Sabak Bernam) 2013.

Sementara itu Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar membuat dakwaan di Facebook bahawa kerja-kerja merobohkan premis berkenaan dijalankan atas arahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

"Pada waktu pagi mereka ditampal notis (di resort) dan pada waktu petang mereka merobohkannya.

"Ini adalah satu tindakan membalas dendam oleh kerajaan negeri kerana kritikan saya terhadap kepimpinan Azmin," katanya.

Jamal mendakwa bahawa apa yang dilakukannya selama ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang mengalami gangguan bekalan air.

Pada Rabu, Jamal mencetuskan kontroversi apabila hadir di hadapan pejabat SUK di Shah Alam dengan hanya bertuala.





 


Sumber TKO - 22-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































































































































































































Bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan

HARAKAHDAILY | .
















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43646-bekalan-air-pulih-sepenuhnya-di-semua-kawasan

KUALA LUMPUR: Sejak pukul 1:00 petang hari ini, bekalan air telah pulih sepenuhnya di semua kawasan yang mengalami gangguan bekalan air akibat henti tugas separa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 berikutan kerja-kerja penyenggaraan TNB di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong pada 19 Disember lalu.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata Bekalan air kepada pengguna secara berjadual mengikut dua zon telah menyegerakan pemulihan bekalan air.

Namun demikian, katanya beberapa kawasan di Gombak seperti Taman TAR, Ampang Jaya, Kg. Dato Mufti, Menara Mutiara Taman TAR dan Taman Bukit Indah sedang mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kes paip pecah di kawasan berhampiran.

Menurutnya, segala usaha sedang diambil untuk memperbaiki paip-paip tersebut dan mempercepatkan pemulihan di kawasan-kawasan ini.

"Insiden paip pecah ini adalah kejadian terasing dan tidak berkaitan dengan gangguan bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat dengan Pemulihan Berjadual.

"Pemantauan ke atas sistem bekalan air akan diteruskan untuk memastikan kuantiti air  mencukupi dan tekanan air yang optimum di paip-paip utama serta paras air di kolam-kolam memuaskan," ujarnya dalam satu kenyataan, petang ini.

Justeru, beliau menasihatkan para pengguna untuk sentiasa menggunakan air secara berhemat.

Tambahnya, Air Selangor ingin merakam ribuan terima kasih kepada semua pengguna air di atas kesabaran sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini.

Pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook“Air Selangor” atau Twitter “air_selangor”  untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air. - HARAKAHDAILY 22/12/2016

Sumber HD - 22-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































































































































































































Bekalan air hampir pulih sepenuhnya kecuali di Klang

AMIN LIN ABDULLAH | .















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43642-bekalan-air-hampir-pulih-sepenuhnya-kecuali-di-klang

Bekalan air hampir pulih sepenuhnya di semua kawasan yang mengalami gangguan bekalan air akibat henti tugas separa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 berikutan kerja-kerja penyenggaraan TNB di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong pada 19 Disember 2016.

Bekalan air kepada pengguna secara berjadual mengikut dua zon telah menyegerakan pemulihan bekalan air.

Sehingga pukul 7.00 pagi hari ini, hampir semua kawasan telah mendapat bekalan air. Kawasan-kawasan di Zon 1 telah mencapai pemulihan 100% sementara kawasan-kawasan di Zon 2 mencapai pemulihan 99.5 %.

Peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan di Zon 1 dan 2 adalah seperti berikut:
Wilayah
Zon 1
Zon 2
1.
Kuala Lumpur
100%
100%
2.
Petaling
100%
100%
3.
Klang
100%
96%
4.
Gombak
100%
100%
5.
Kuala Selangor
100%
100%
6.
Hulu Selangor
100%
7.
Kuala Langat
100%
Jumlah
100%
99.5%
Segala usaha sedang ditumpukan untuk memulihkan bekalan air di Kg Rantau Panjang dan Taman Cempaka Sari di Klang. Bagi 2 kawasan ini pemulihan sepenuhnya dijangkakan menjelang lewat petang ini.

Maka dengan itu, Air Selangor ingin memaklumkan bahawa Pemulihan Berjadual ditamatkan bermula jam 7.00 pagi hari ini. (22 Disember 2016)

Air Selangor ingin merakam ribuan terima kasih kepada semua pengguna air di atas kesabaran sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini. Kami juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baharu 2017.

Pemantauan ke atas sistem bekalan air akan diteruskan untuk memastikan kuantiti air  mencukupi dani tekanan air yang optimum di paip-paip utama serta paras air di kolam-kolam memuaskan.
Pengguna yang memerlukan bekalan air bantuan boleh memohon dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip: TANKER <jarak> Nama & Alamat).

Pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook“Air Selangor” atau Twitter “air_selangor”  untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air. - HARAKAHDAILY 22/12/2016

Penulis ialah Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor.

Sumber HD - 22-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemenang Lelongan Serah Rumah Kepada Pemilik Asal
Posted on Wednesday, December 21 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32936



PETALING JAYA: Apabila Lee Hui Sen menghadiri sesi lelongan rumah yang ditarik oleh bank, beliau menyukai sebuah rumah teres dua tingkat dan membida sebanyak RM445,000 untuk rumah tersebut.
Beliau kemudiannya membayar deposit sebanyak 10% kepada mahkamah tinggi untuk rumah tersebut.

Hui Sen kemudiannya pergi memeriksa keadaan rumah berkenaan.

Sebaik sahaja beliau melihat keluarga pemilik rumah itu masih tinggal di kediaman tersebut, beliau tidak sampai hati untuk mengambilnya daripada mereka.

Lelaki berhati mulia itu kemudiannya memutuskan untuk melepaskan wang deposit itu dan menyerahkan semula rumah tersebut kepada pemilik asalnya.

Peguam Lee sudah menghantar notis pengosongan dan surat meminta pemilik asalnya yang hanya dikenali sebagai S, 47, dan isterinya Nor, 42, untuk keluar dari rumah tersebut.

S diisytiharkan muflis pada 2014 selepas gagal membayar pinjaman gadai janji.

Dalam sepucuk surat tulisan tangan kepada S, Lee memaklumkan beliau tidak akan meneruskan pembelian rumah itu walaupun sudah membayar deposit sebanyak 10%.


Surat yang ditulis Hui Sen kepada S.

"Saya Lee Hui Sen, pembeli rumah lelong yang sedang anda duduk sekarang. Saya minta maaf sebab sudah beli rumah ini dan mungkin anda dan keluarga risau dan bimbang.

"Hari itu, keluarga saya ada pergi ke rumah anda dan kami ada nampak baju-baju budak di luar rumah. Keluarga saya tidak sampai hati nak halau anda.

"Keluarga saya sudah buat keputusan, untuk tidak beli rumah encik lagi. Walaupun kita sudah payah (bayar) 'high court' 10% (RM44,500).

"Kita akan kehilangan wang itu, tapi itu wang akan pergi ke akaun bank rumah encik. Harap itu adalah pertolongan kecil untuk anda," katanya menerusi surat dua muka surat.

Beliau turut menasihati S supaya pergi ke bank untuk menyusun semula pinjamannya bagi mengelakkan rumah tersebut dilelong semula.

Nor berkata dia tidak mempercayai surat yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya pada 21 Julai lalu.

Dia menunjukkan surat tersebut kepada Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan untuk mengenal pasti ketulenan surat tersebut dengan peguam bank.

"Ia sukar dipercayai dan satu keajaiban hadir memberi peluang kepada kami untuk membina semula kehidupan sekeluarga," katanya.

Nor berkata S telah membuat bayaran balik pinjaman selama hampir 20 tahun tetapi tidak tepat waktunya.

Pihak bank didakwa mengisytiharkan S sebagai muflis pada Jun 2014 tanpa pengetahuannya dan pada masa sama menawarkan penyusunan semula bayaran sebanyak RM350,000 bagi tempoh 25 tahun.

S dan Nor merupakan bekas pegawai bank sebelum mereka meletak jawatan masing-masing pada 2010 dan 2011 bagi memberi tumpuan kepada perniagaan mereka dalam sektor perkhidmatan.
Namun mereka berdepan masalah kewangan selepas perniagaan mereka jatuh.

"Saya benar-benar rasa tertipu kerana mereka tidak pernah memberitahu kami mengenai kebankrapan dan masih menawarkan kami penyusunan semula pembayaran.

"Pada 2014, kami menerima notis lelongan pertama. Selepas mesyuarat dengan pegawai bank, kami diberitahu untuk membayar RM40,000 sebelum tarikh lelongan. Kami membayar jumlah tersebut dan berbincang dengan bank mengenai proses penyusunan semula bayaran.

"Dari situ, perkara itu berlanjutan sehingga lelongan keempat," kata Nor.


Nadzim yang menemani pasangan tersebut untuk membantu mereka berkata beliau cuba mengatur mesyuarat dengan pihak bank sejak tiga bulan lalu tetapi tidak berjaya.

Sumber TKO - 21-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































































































































































































































Senggaraan pencawang TNB siap, LRA beroperasi semula

AMIN LIN ABDULLAH | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43622-senggaraan-pencawang-tnb-siap-lra-beroperasi-semula

Kerja-kerja penyenggaraan TNB di Pencawang Bukit Badong telah siap dilaksanakan mengikut jadual pada tengah malam tadi. Loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 kini beroperasi semula sepenuhnya.

Pemulihan bekalan air secara berjadual akan dilaksanakan bermula 4.00 petang ini di Zon 1.

Bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air ke zon yang masih mengalami gangguan bekalan air kerana paras air rendah di kolam takungan air.

Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak>Nama & Alamat.

Pengguna adalah dinasihati menggunakan air secara berhemat demi mempercepatkan pemulihan bekalan air, terutamanya kawasan di penghujung sistem agihan serta di tanah tinggi.

Sila rujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook“Air Selangor” atau Twitter “air_selangor” untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai gangguan bekalan ini.

Segala kesulitan amatlah dikesali.
Penulis adalah Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor.

Sumber HD - 20-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































































































































































































































































Insiden pencemaran air berlaku di luar kawalan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43568-insiden-pencemaran-air-berlaku-di-luar-kawalan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor memberi jaminan gangguan bekalan air yang berlaku seperti sebelum ini tidak akan berulang kembali, sekali gus mencapai ‘kosong’ gangguan.

Pengerusi Jwatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, jaminan itu berdasarkan beberapa tindakan drastik dan kawalan pengurusan dilakukan pasukan jawatankuasa serta agensi yang terbabit.

“Selepas beberapa insiden yang berlaku, kita menambah baik dari sudut komunikasi dan kita belajar daripada pengalaman lepas.

“Kita mempunyai pasukan yang baik, malah tindakan diambil bagi mengatasi insiden sebelum ini juga dilakukan dengan baik,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Mesyuarat Tahunan dan Persidangan Air Jawatankuasa Tindakan Jurutera-jurutera Air Daerah Se-Malaysia ke-29 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

Bagaimanapun, Zaidy berkata insiden pencemaran berlaku di luar kawalan kerana membabitkan negeri lain boleh diselesaikan dengan baik dan memerlukan kerjasama yang lebih.

“Perkara ini berada di luar kawalan kita tetapi kita akan pastikan semua agensi kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan dan negeri yang terbabit memberikan kerjasama dengan baik.

“Kita yakin dan memberi jaminan perkara seperti ini akan dilaksanakan dengan lebih lancar. Kita berharap penambahbaikan dari sudut operasi dan tatakelola,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini meningkatkan kecekapan dengan memperbanyakan stesen kawalan bagi mengawasi lembangan sungai dan menggunakan dron bagi tujuan meninjau serta mengenal pasti punca pencemaran.

Dalam Belanjawan Selangor 2017, kerajaan negeri memperuntukan sejumlah RM192.7 juta untuk pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang.

Kedua-dua loji rawatan air itu akan menambah bekalan air terawat sebanyak 400 JLH. Kerja-kerja pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2 dijangka siap pada Disember 2017 manakala Loji Rawatan Air Labohan Dagang akan mula beroperasi sepenuhnya pada pertengahan 2018.

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada tahun hadapan, perancangan juga dibuat untuk melaksanakan Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air Sungai Langat dan Projek Menaiktaraf Rumah Pam di 11 lokasi yang menelan kos RM98 juta.

Kedua-dua projek itu bertujuan untuk memastikan bekalan air terawat dapat diagihkan kepada pengguna tanpa sebarang gangguan. Bagi 2017, sejumlah RM44 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek itu.

Penggunaan semula aset-aset rumah juga dikenalpasti bagi mendapat meningkatkan jumlah simpanan air dalam kolam dan seterusnya mengurangkan gangguan bekalan air kepada para pengguna.

Sumber HD - 13-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































































































































































































Hak milik tanah: Penantian 35 tahun berakhir

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43516-hak-milik-tanah-penantian-35-tahun-berakhir

KUALA LUMPUR: Perjuangan lebih 35 tahun bagi 62 penduduk Kampung Sungai Cincin membuahkan hasil apabila Kerajaan Negeri Selangor memberikan hak milik tanah di kawasan Buluh Akar, Mukim Setapak, daerah Gombak.

Walaupun pernah mengutarakan masalah sama sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN), namun ia berjaya diselesaikan selepas Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzuan membawa perkara itu ke peringkat kerajaan negeri pada 2013, lapor SelangorKini.

Penduduk, Ahmad Zake Abbas, 60, berkata, usaha berterusan dilakukan Hasbullah untuk berbincang dengan penduduk kampung dan pelbagai agensi kerajaan negeri bagi menyelesaikan perkara itu amat dihargai.

“Saya rasa begitu terharu sehingga ingin menitiskan air mata selepas usaha beliau yang tidak jemu turun naik tangga Pejabat Tanah Gombak selama lebih 35 tahun akhirnya berjaya,” katanya yang juga pesara swasta.

Perasaan sama turut dikongsikan Ahmad Mahamad Tahir, 62, yang berharap anak-anaknya dapat mengusahakan tanah terbabit memandangkan beliau sudah uzur.

Sementara itu, Hasbullah dalam ucapannya pada Majlis Penyampaian Notis Borang 5A berkata, empat permohonan tanah besar dibawa berbincang antaranya tanah Buluh Akar, Telegas, Bukit Hijau dan Kampung Gombak Indah.

“Ada tanah sudah berjaya mendapat geran, sementara yang lain masih dalam perbincangan di peringkat akhir.

“Pejabat Daerah dan Tanah Gombak banyak membantu memberikan sokongan juga bantuan baik untuk memudahkan urusan mendapatkan tanah. Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang membantu,” katanya.

Pada majlis sama, Hasbullah turut melancarkan Kad Kesihatan Peringkat DUN Gombak Setia dengan kerjasama Gombak Medical Centre (GMC) kepada warga emas untuk mendapat konsultasi kesihatan secara percuma.

Sumber HD - 8-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































































































































































































Serangan BLB: RM800,000 bantu petani terjejas

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43514-serangan-blb-rm800-000-bantu-petani-terjejas

KUALA LUMPUR: Kira-kira RM800,000 bakal diperuntukkan Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu petani yang terjejas ekoran serangan Hawar Daun Bakteria (BLB), baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, sebahagian daripada bantuan terbabit akan disampaikan, pada awal tahun hadapan.

Katanya, ia diberikan dalam bentuk peralatan dan barangan keperluan untuk pengawalan serangan.

“Kita akan melihat bentuk bantuan yang diperlukan sama ada dalam bentuk pemberian racun atau baja mikrob.

“Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu petani terjejas memulihkan hasil mereka,” ujarnya dipetik SelangorKini.

Pada 5 Disember lalu, serangan BLB dilapor menyebabkan hasil sawah padi seluas 3,700 hektar di Sabak Bernam musnah dengan kerugian hampir RM5 juta.

Serangan itu dikatakan paling teruk berlaku pada musim kedua tahun ini selepas serangan terakhir, pada 2013.

Zaidy berkata, setakat ini tiada kawalan ampuh mampu menghalang serangan BLB yang boleh dibawa manusia, peralatan dan angin

Sumber HD - 8-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































































Bekalan air loji Langat kembali beroperasi berperingkat

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43505-bekalan-air-loji-langat-kembali-beroperasi-berperingkat

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja menaik taraf loji Rawatan Air Sungai Langat telah selesai dan loji kini beroperasi semula. Walau bagaimanapun bekalan air ke kolam simpanan sedang dipulihkan secara berperingkat

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bekalan air ke kawasan zon 1 akan pulih secara berperingkat bermula jam 4.00 petang ini.

Bagaimanapun katanya, bekalan air akan dihentikan bermula jam 9.00 pagi esok (8 Disember 2016) dan disalurkan semula dua hari kemudian bermula jam 4.00 petang.

Bekalan air ke kawasan Zon 2 akan pulih secara berperingkat bermula jam 4. 00 petang esok (8 Disember 2016).

Namun katanya, bekalan air akan dihentikan dua hari kemudaian bermula jam 9.00 pagi dan disalurkan semula dua hari kemudian bermula jam 4.00 petang.

"Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki air ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di zon yang sepatutnya mendapat bekalan air, terutamanya premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak> Nama & Alamat.

Maklumat terkini mengenai kerja-kerja pemulihan bekalan air ini boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook“Puspel Syabas” atau “Air Selangor” . – HARAKAHDAILY 7/12/2016

Sumber HD - 7-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































































































































Serangan BLB: Pesawah rugi hampir RM5 juta

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43484-serangan-blb-pesawah-rugi-hampir-rm5-juta

KUALA LUMPUR: Serangan Hawar Daun Bakteria (BLB) mengakibatkan hasil sawah padi seluas 3,700 hektar di Sabak Bernam musnah dengan kerugian hampir RM5 juta, lapor SelangorKini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, Sekinchan mengalami serangan BLB paling teruk pada musim kedua tahun ini selepas serangan terakhir pada 2013.

“Kalau dahulu, satu hektar boleh mendapatkan hasil hampir 10 tan tetapi sekarang di bawah lima tan.

“Kiraan kasar di kawasan Sekinchan kerugian dianggarkan RM5 juta,” katanya ketika meninjau keadaan padi di Blok Sawah Jalan Parit Lima bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Beliau berkata, setakat ini tiada kawalan ampuh mampu menghalang serangan BLB yang boleh dibawa manusia, peralatan dan angin.

Bagaimanapun, katanya, masalah itu akan dibentangkan pada Mesyuarat Exco dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), minggu ini.

Sumber HD - 5-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































































































































































































































Kerja baik pulih tanah runtuh Serendah selesai empat hari

HARAKAHDAILY | .






























http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43471-kerja-baik-pulih-tanah-runtuh-serendah-selesai-empat-hari

KUALA LUMPUR: Kerja baik pulih kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah siap dalam tempoh empat hari, berbanding tujuh hari yang dijadualkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) memulakan kerja pada 26 November dan siap pada pagi 30 November lalu.

Katanya, jalan berkenaan juga sudah mula dibuka untuk kenderaan ringan sejak tarikh itu, lapor SelangorKini.

“Ini adalah hasil daripada langkah drastik diambil kerajaan negeri untuk JKR negeri memulakan kerja baik pulih.

“Walaupun ketika kejadian menteri besar berada di Jepun, namun peruntukan segera diluluskan untuk JKR terus mulakan kerja.

“Tahniah kepada JKR Selangor,” katanya yang dihubungi SelangorKini.

Pada 26 November lalu, sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van milik penduduk tertimbus dalam runtuhan di Taman Idaman.

Runtuhan sepanjang hampir 100 meter dari kawasan rumah teres sehingga ke bekas lombong di situ turut meranapkan tujuh unit kedai.

Kerajaan negeri bersetuju membiayai pembinaan semula jalan raya utama yang melalui jalan dalam dan luar dengan anggaran kos RM5 juta.

Sumber HD - 4-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































































































SAM bimbang ancaman JE berulang di Tanjung Sepat

SM MOHAMED IDRIS | .























http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43390-sam-bimbang-ancaman-je-berulang-di-tanjung-sepat

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Selangor memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran najis babi yang berlaku di Tanjung Sepat daerah Kuala Langat ketika ini.

Masalah yang berlarutan sejak berpuluh tahun yang lalu itu bukan saja menjejaskan alam sekitar di kawasan berkenaan malah turut mengancam sumber pendapatan nelayan, hutan paya bakau dan hidupan laut di perairan tersebut.

Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati kira-kira 1,000 nelayan di kawasan ini mengeluh  kerana tempat mereka mencari rezeki semakin teruk tercemar dan tidak ada tindakan berkesan yang diambil walaupun masalah itu sudah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa berkenaan.

Peniaga-peniaga makanan dan orang ramai yang menjamu selera merungut dengan bau busuk yang meloyakan ini dan bimbang perniagaan mereka merosot dan kesihatan orang ramai terjejas pada masa akan datang jika pihak kerajaan terus berdiam diri mengenai isu ini.

SAM kesal kerana penternak-penternak babi di kawasan ini dengan sewenang-wenangnya membuang sisa najis binatang itu ke dalam parit, sungai serta laut menyebabkan kampung-kampung berhampiran diselubungi bau busuk, manakala sistem pengairan di kawasan tersebut pula menjadi hitam akibat mendapan najis binatang itu.

Penternakan babi dan pencemaran najis babi  mendedahkan penduduk-penduduk kampung yang terlibat termasuk para pengunjung Pantai Morib kepada jangkitan virus Japanese Encephalitis (JE) dan jangkitan bakteria Escherichia Coli (E.Coli).

Di samping itu pendapatan nelayan-nelayan di sini juga telah merosot dari lebih RM800 sebulan kepada RM600 sebulan. Selain ikan dan udang berkurangan, ketam, lokan, dan mentarang yang menjadi sumber tangkapan utama mereka sebelum ini kian pupus akibat kemusnahan hutan paya bakau yang berlaku.

Sehubungan itu SAM berharap kerajaan Selangor, kementerian dan jabatan yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada dengan tegas supaya kejadian ancaman JE seperti yang berlaku di Bukit Pelanduk Negeri Sembilan 15 tahun yang lalu tidak berulang.

SAM mencadangkan supaya pihak berkenaan membuat pemantauan secara berterusan di semua ladang ternakan babi di sini dan laporan terkini berkaitan masalah tersebut didedahkan kepada umum terutama penduduk tempatan bagi meredakan perasaan bimbang yang membelenggu diri mereka selama ini. - HARAKAHDAILY 28/11/2016

Penulis ialah Presiden SAM.

Sumber HD - 28-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































































































































































































































Tanah runtuh: Selangor tawar PPR percuma

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43385-tanah-runtuh-selangor-tawar-ppr-percuma

KERAJAAN Negeri Selangor menawarkan penempatan sementara untuk mangsa-mangsa tanah runtuh Serendah di PPR Serendah secara percuma.

Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri memerlukan sedikit masa untuk memastikan unit-unit PPR itu sesuai didiami.

Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) akan menguruskan penempatan tersebut.

PPR tersebut adalah di bawah pengurusan PHSSB.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
28 November 2016 – HARAKAHDAILY 28/11/2016































































































































































































































































































































Telusuri keunikan adat perkahwinan Melayu

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43376-telusuri-keunikan-adat-perkahwinan-melayu

KUALA LUMPUR: Dalam keghairahan mengecapi status Smart State, kerajaan negeri tidak mengabaikan usaha mempromosi keunikan dan nilai estetika adat perkahwinan masyarakat Melayu di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, ia penting untuk generasi baru memahami asal usul adat istiadat dan upacara perkahwinan tradisi.

Katanya, dengan itu, mereka dapat meneruskan kelangsungan adat istiadat dengan mudah tanpa beranggapan ia sebagai amalan karut.

“Melalui program seperti hari ini juga, mereka dapat melihat dan mengamati sendiri keistimewaan adat perkahwinan Melayu.

“Pengalaman ini juga diharap dapat dikongsi bersama masyarakat kaum lain,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Adat Perkahwinan dan Warisan Kesenian Melayu Selangor di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Mohd Faizul Fitri Muslil.

Program satu hari itu menyajikan demonstrasi adat perkahwinan Melayu termasuk persembahan silat, bersanding, menepung tawar dan makan beradab serta makan walimatulurus.

Turut diadakan, pertandingan Gubahan Hantaran Perkahwinan Melayu, Gubahan Sajian Raja Sehari, Sirih Junjung Tradisional, Jom Ngail dan Kompang Berirama.

Sumber HD - 27-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Taman Idaman, Serendah diisytihar Zon Merah
Posted on Saturday, November 26 @ 15:54:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32597



HULU SELANGOR - Pihak polis mengisytiharkan kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini sebagai kawasan larangan Zon Merah.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata sehubungan itu pihaknya telah mengarahkan 340 penduduk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah.

"Kesemua mereka diarahkan berpindah sebelum pukul 1.45 petang ini. Setakat 11.45 pagi tadi, hanya 10 peratus penduduk yang berpindah. Kami minta kerjasama penduduk agar akur dengan arahan ini demi keselamatan mereka.

"Di sekolah ini, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memainkan peranan menyediakan makanan kepada mereka. Penduduk akan ditempatkan di sekolah ini sehingga proses baik pulih selesai," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Menurut Supramaniam, sebanyak 64 unit rumah terjejas dalam insiden tanah runtuh itu yang berlaku kira-kira 1 pagi tadi.

Beliau berkata penduduk tidak perlu merasa khuatir kerana anggota polis akan ditempatkan bagi mengawal kediaman mereka yang ditinggalkan.

Orang ramai juga tidak dibenarkan berada di kawasan kejadian yang merangkumi radius seluas 600 meter itu, katanya.

Satu lencongan jalan baharu akan dibina segera untuk kegunaan penduduk, tambahnya.

Supramaniam berkata siasatan mendapati runtuhan tanah itu berpunca daripada pengaliran air bawah tanah yang deras.

"Hasil pemantauan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) ia (tanah runtuh) bukan daripada air paip," katanya.

Supramaniam berkata, operasi membaik pulih serta memantau keadaan di lokasi kejadian disertai oleh pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kerja Raya.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, cedera dipercayai mengalami patah tangan dan kaki dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian itu, 10 buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan tersebut tercampak ke lereng bukit berdekatan.

Ahli Parlimen Hulu Selangor yang juga Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan turut melawat kawasan kejadian. – Bernama 

Sumber TKO - 26-11-20116

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MBSA Arah Kakitangannya Tarik Balik Laporan Polis, Dakwa Hanya Salah Faham Berkaitan Uniform
Posted on Friday, November 25 @ 18:07:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32579&mode=thread&order=0&thold=0



ADUN Seri Kembangan dari parti DAP yang mewakili pasangan tersebut YB Ean Yong Hian Wah yang mewakili pasangan tersebut, dikhabarkan telah menawarkan sejumlah ganti rugi sebagai pampasan kepada penguatkuasan wanita MBSA yang berkenaan.
Hal ini menurut sumber, adalah salah faham berikutan pasangan berkenaan keliru dengan pakaian seragam yang digunakan anggota MBSA berkenaan, yang menurut pasangan berkenaan sama seperti pakaian seragam badan beruniform sekolah.

Oleh yang demikian, menyangkakan pelajar sekolah cuba bergurau dengan memberikan saman, pasangan berkenaan juga bergurau semula tanpa menyedari mereka adalah penguatkuasa MBSA yang sebenarnya.

Justeru, MBSA juga, atas arahan kerajaan negeri, telah mengarahkan kakitangan penguatkuasaan yang berkenaan untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat dan sebagai kakitangan kerajaan negeri, mereka wajib mematuhi arahan tersebut atau tindakan tatatertib dikenakan.

Hal ini akan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu campur tangan pihak polis.  MBSA juga akan menukar pakaian seragam anggota penguatkuasanya untuk mengelakkan salah faham.


















Sumber Link



Sumber TKO - 25-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































































































































































































































































Selangor lulus pembinaan PPA1M

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43287-selangor-lulus-pembinaan-ppa1m

Wakil Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M), Ismail Che Hassan, Ketua Unit PPA1M telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangor Bil. 8/2016 hari ini.

Mesyuarat di antara lain telah membincangkan 8 projek PPA1M yang akan dibina di negeri Selangor. Ia melibatkan 6,108 unit rumah kediaman.

Mesyuarat hari ini bersetuju meluluskan pemohonan-permohonan tersebut tertakluk kepada kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan syarat-syarat pihak berkuasa tempatan terlibat.

PPA1M disyaratkan untuk membina 20 peratus Rumah Selangorku di setiap projek dan harga jualan maksimum rumah PPA1M adalah RM300,000.

Senarai pembeli-pembeli Rumah Selangorku mestilah daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

Sebagai pulangan kerajaan negeri membenarkan kepadatan pembangunan PPA1M menurut kepadatan Rumah Selangorku. Ini bermakna di antara 80 hingga 120 unit seekar bergantung kepada pihak berkuasa tempatan.

Kelulusan yang diberi hari ini adalah membuktikan sikap terbuka kerajaan negeri yang bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Ini mungkin boleh berlaku kerana PP1AM bukan di bawah bidang kuasa Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesejahteraan Bandar yang mengambil sikap berkonfrontasi terhadap kerajaan negeri. Sikap seperti ini hanya akan merugikan rakyat. Pemimpin negara mestilah bersikap seperti seorang negarawan dan bukan seperti seorang ketua Umno cawangan.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
21 November 2016 - HARAKAHDAILY 21/11/2016

Sumber HD -21-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































































































































































































































Kurikulum Al-Quran, As-Sunnah teras pendidikan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43223-kurikulum-al-quran-as-sunnah-teras-pendidikan

KUALA LUMPUR: Teras pendidikan sekolah agama aliran integrasi seluruh Selangor menekankan prinsip kurikulum berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pelaksanaannya seiring tuntutan pemerkasaan prinsip ditetapkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Kurikulum berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah terus menjadi sandaran dan rujukan utama teras pendidikan utama dalam pembelajaran Islam di sekolah agama seluruh Selangor," katanya dipetik SelangorKini.

Menurutnya, pentafsiran iitu diharap mampu melahirkan pelajar bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia seiring tuntutan ditetapkan dalam agama.

“Pada masa sama, ketetapan ini diharap mampu menjadi kayu ukur untuk menilai sejauh mana pencapaian kurikulum ini dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di SRAI Sungai Manggis, semalam.

Enakmen atau keputusan berhubung penyebaran fahaman bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah telah ditetapkan di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketetapan itu seiring dengan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang menuntut agar pegangan itu dilaksanakan bagi mengelakkan penyebaran fahaman radikal.

Sebelum ini, wujud kebimbangan masyarakat berhubung penyebaran dakwah yang tidak bertepatan dengan prinsip dan ajaran Islam di negara ini.

Ini termasuklah penularan dakyah dan ajaran sesat disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di Selangor.

Sumber HD - 16-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































































































































































































































Syukur, tak risau tragedi ‘lori terbang’ berulang

HARAKAHDAILY | .
















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43222-syukur-tak-risau-tragedi-lori-terbang-berulang

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun sukar tidur lena akibat dihantui tragedi ‘lori terbang’, akhirnya 14 keluarga tinggal di kawasan berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Kampung Seri Indah B menarik nafas lega apabila diberikan tanah kediaman baru oleh Kerajaan Negeri Selangor, lapor SelangorKini.

Penduduk terlibat ketika ditemui SelangorKini, berkata peristiwa sebuah lori konkrit untuk projek MRT seberat 60 tan terbabas pada 2014 sebelum jatuh ke atas salah sebuah rumah penduduk kampung merupakan detik hitam yang mahu dilupakan.

Guru Sekolah Agama Rakyat, Mohd Nakhori Arrifin, 37, berkata walaupun bimbang terhadap keselamatan keluarganya tetapi beliau tiada pilihan lain kecuali terus menetap di rumah yang sudah diduduki hampir 20 tahun itu.

“Sejak peristiwa lori jatuh ke atas rumah jiran kami, memang kami penduduk di sini sentiasa ketakutan kerana bimbang terjadi lagi peristiwa seperti itu terutamanya semasa semua ahli keluarga berada di rumah hingga nak tidur pun tak berapa lena.

“Ada juga pihak luar tanya kenapa tak pindah sahaja kerana tinggal di situ merbahaya tetapi kami nak tinggal di mana, pendapatan kecil, nak bayar deposit, sewa rumah, kos pindah dan sebagainya. Anak-anak pula masih sekolah. Jadi memang tak mampu.

“Saya agak bernasib baik bertugas sebagai guru sekolah agama tetapi ada penduduk lain yang suami sahaja bekerja sebab itulah kami bertawakal terus tinggal di sini tetapi hari ini,syukur dan gembira sangat, saya rasa balik nanti saya kena sujud syukur,” kata Mohd Nakhori pada Majlis Penyerahan Notis 5A Hak Milik Tanah di Kampung Seri Indah A dan Kampung Seri Indah B di Sungai Buloh, semalam.

Suri rumahtangga, Rohana Mohamad, 49, berkata, selain kejadian lori terbang, kejadian tayar sebuah trak yang ditunda melalui lebuh raya PLUS terpelanting dan menghentam bumbung di bahagian dapur rumahnya di mana betul-betul di bahagian tiga anaknya sedang makan tengah hari turut menghantui beliau dan suami.

“Risau dan ketakutan itu sentiasa ada terutamanya bila dengar bunyi lori lalu tetapi sekarang syukur betul rasanya. Memang ini pun yang kami tunggu-tunggu.

“Insha Allah selepas selesai urusan hak milik dan urusan bina rumah baru kami akan pindah tahun depan” kata beliau yang sudah menetap di rumah tepi lebuh raya itu sejak 1990 lagi.

Pemandu lori, Nor Azman Ismail, 49, yang juga sudah menetap selama 16 tahun berkata beliau dan keluarga sentiasa ketakutan setiap kali terdengar bunyi tayar lori meletup hingga menggangu tidurnya.

“Walaupun selepas beberapa kejadian mereka ada membina tembok tetapi kami masih rasa tidak selamat. Perasaan takut sentiasa ada terutamanya bila terdengar bunyi tayar lori meletup kerana bimbangkan berulang kejadian lori terbabas atau tayar terbang lagi.

“Terima kasih sangat kepada semua pihak yang berusaha hingga kami dapat tanah baru untuk kami bina rumah yang lebih selamat untuk keluarga,” katanya.

Terdahulu 14 keluarga yang menduduki berhampiran lebuh raya PLUS menerima Notis 5A yang disampaikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Sumber HD - 16-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Puchong Sekali Lagi Bah Kilat Dinaiki Air
Posted on Wednesday, November 16 @ 06:17:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32395



PUCHONG - Hujan lebat sejak jam 4 petang Selasa menyebabkan banjir kilat melanda di Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), di sini, berhadapan pusat beli-belah IOI Mall, Bandar Puchong Jaya.

Kejadian menyebabkan kedua-dua laluan di lebuh raya tersebut terjejas teruk hampir tiga kilometer dari arah Bandar Sunway ke Pusat Bandar Puchong.

Beberapa keping gambar yang merakamkan keadaan itu disiarkan oleh netizen menerusi laman Facebook dan perkongsian grup WhatsApp.

Difahamkan, kenderaan yang cuba melalui lebuhraya berkenaan pula terpaksa menggunakan lorong kanan ekoran laluan kiri dan di tengah ditenggelami air.






Pusat membeli belah IOI Mall turut tidak terkecuali dengan tempat letak kereta bawah tanah ditenggelami air manakala beberapa kedai di luar turut terjejas.

Membuatkan ratusan kenderaan yang berada di tempat parkir pusat beli belah berkenaan turut ditenggelami air.

Difahamkan, hujan dengan kuantiti luar biasa menjadi punca paras air Sungai Klang meningkat mendadak.

Ia mengakibatkan sistem saliran air dari kawasan berdekatan stesen LRT tidak dapat mengalir sempurna.

Sehingga berita ini disiarkan, tiada kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda dilaporkan. -MYNEWSHUB.CC



Sumber TKO - 16-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































































































































































































































































PSRA: Sabak Bernam daerah terbaik

HARAKAHDAILY | .


Pelajar cemerlang PSRA keseluruhan peringkat negeri. (Foto SelangorKini)

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43211-psra-sabak-bernam-daerah-terbaik

KUALA LUMPUR: Daerah Sabak Bernam dipilih sebagai penerima anugerah Daerah Terbaik bagi Peperiksan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) peringkat negeri Selangor untuk 2016.

Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Datuk’ Haris Kassim bagaimanapun berkata, jumlah kelulusan keseluruhan mencatatkan penurunan jumlah dengan 89.6 peratus membabitkan 39,782 orang calon.

Beliau berkata, sebanyak 0.2 peratus penurunan dicatatkan berbanding jumlah kelulusan tahun lalu, 89.8 peratus.

“Peratus calon mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) menurun 1.9 peratus bersamaan 16.6 peratus (6,480) calon berbanding 18.5 peratus (7,004 calon) tahun lalu.

“Begitu juga bagi calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) menurun 1.3 peratus iaitu 29.9 peratus (11,647 calon) berbanding 31.2 peratus (11,789 calon) tahun lalu.

“Bagi calon yang mendapat pangkat Jayyid (Baik) meningkat 0.4 peratus iaitu 23.2 peratus (9,036 calon) berbanding 22.8 peratus (8,633 calon) tahun lalu,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengisytiharan Keputusan PSRA di SRAI Sungai Manggis, di sini, petang ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIS, Mohamad Amir Danuri.

Dalam perkembangan itu, seramai 7,757 calon mendapat status Makbul (Lulus) dengan peningkatan sebanyak 2.6 peratus berbanding 17.3 peratus untuk tahun lalu.

“Namun begitu bilangan calon yang mendapat pangkah Musaadah (Perlu Bimbingan) meningkat 0.1 peratus iaitu 4,032 calon iaitu 10,3 peratus berbanding 10.2 peratus melibatkan 3,856 calon pada tahun sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Amir Rafiq Rahmat dari SRA Al- Husna Taman Universiti Indah, Petaling dan Ruqayyah Nur Muhammad dari KAFAI Darus Salim, Petaling dipilih sebagai murid cemerlang PSRA terbaik keseluruhan peringkat negeri.

Bagaimanapun Haris berkata, kejayaan tersebut perlulah menjadi penanda aras kepada setiap calon untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

“Kejayaan ini tidak datang secara mudah, sebaliknya ianya terhasil dari usaha gigih dan kerjasama semua guru, murid-murid, ibu bapa, PIBG masyarakat setempat dan pelbagai pihak secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Sumber HD - 15-1-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































































































































































































































































































Penjelasan notis 'sewa atas sewa' PPR Kota Damansara

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43180-penjelasan-notis-sewa-atas-sewa-ppr-kota-damansara

Memang benar seperti laporan media bahawa Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) telah memberi notis keluar kepada penduduk PPR Kota Damansara yang menyewa dari penyewa yang sah atau mereka yang “sewa atas sewa”.

Terdapat pihak yang menggesa agar mereka ini dibenarkan menyambung sewaan dari penyewa yang sah.

Kerajaan negeri berpandangan adalah tidak adil untuk memindahkan kontrak sewaan kepada mereka memandangkan terdapat ramai yang masih menunggu untuk menyewa di PPR tersebut.

Menyewakan kediaman kepada pihak ketiga dan “sewa atas sewa” adalah menyalahi peraturan sewaan di PPR itu dan PPR-PPR lain di Selangor.

Adalah tidak adil untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan walhal mereka yang sabar menunggu giliran mereka diabaikan.

Kerajaan negeri tidak boleh membiarkan mereka yang “sewa atas sewa” memintas giliran mereka yang berada di dalam senarai menunggu.

Walau bagaimanapun kerajaan negeri akan cuba membantu mereka yang diberikan notis keluar untuk mendapatkan kediaman lain tetapi kekosongan di PPR-PPR lain adalah amat terhad.

Datuk Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor.

Sumber HD - 12-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Khalid Akan Jawab Isu Perjanjian Air Di DUN
Posted on Thursday, November 10 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32317



KUALA LUMPUR:
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan permohonan kepada speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk membuat penjelasan berhubung isu penstrukturan semula air Selangor.

Khalid berkata beliau menghantar permohonan kepada Hannah Yeoh pada pagi Rabu bagi menyahut cabaran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

"Saya menghubungi pejabat Speaker Selangor bagi menetapkan masa dan tarikh yang sesuai untuk menjelaskan dan menjawab apa-apa soalan berhubung isu ini secara komprehensif, berbudi bahasa dan matang," kata Khalid dalam satu sidang media di kediamannya di Bukit Damansara.

Berhubung tindakan Azmin memanggilnya "hipokrit", Khalid berkata Menteri Besar itu perlu melihat dirinya sendiri.

"Beliau perlu melihat dirinya dalam cermin. Saya rasa kita perlu bertindak dengan cara yang lebih bertamadun," katanya.

Sebelum ini Khalid diminta hadir ke sidang DUN bagi menjawab sekali gus menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah menawarkan sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata ini kerana pihaknya telah mengemukakan dokumen dan surat yang membuktikan perkara tersebut telah berlaku semasa kepimpinan bekas menteri besar itu. 


Sumber TKO - 10-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































































































































































































































Tiada pemilik jual tanah ekoran pencemaran babi

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43158-tiada-pemilik-jual-tanah-ekoran-pencemaran-babi


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor menangkis dakwaan terdapat penduduk Melayu di Tanjung Sepat menjual tanah mereka ekoran pencemaran najis dan bau babi di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani Negeri negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, berdasarkan semakan dari 2011 hingga 2016, hanya satu daripada tujuh pemilik tanah di kawasan terbabit melakukan pindah milik.

“Ramai jual tanah? Hanya satu daripada tujuh indivitu dalam satu syarikat yang membuat pindah milik daripada pemilik Melayu kepada bukan Melayu dan itu bukan disebabkan pencemaran.

“Pada masa ini, kerajaan negeri berada dalam fasa akhir semakan pelaksanaan projek Ladang Khinzir Moden (MFP) bagi menguruskan semua penternak haiwan itu di Selangor,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau turut menafikan dakwaan berkenaan kewujudan ladang ternakan babi di Kuala Langat yang beroperasi tanpa lesen.

Sebaliknya, Zaidy berkata, 125 ladang ternakan babi di Kuala Langat memiliki lesen sah berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor.

“Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan lesen itu tetapi saya baru semak dengan JPV dan terdapat 125 ladang ternakan khinzir dengan semua berlesen,” katanya.

Sebelum ini, laporan akhbar mendakwa 127 daripada 132 ladang babi di Kampung Batu Laut tidak memiliki lesen sah, sekali gus menjadi penyebab pencemaran bau di kawasan terbabit.

Sumber HD - 10-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































































































RM6.9 juta aktif tindakan kecemasan bekalan air

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43151-rm6-9-juta-aktif-tindakan-kecemasan-bekalan-air

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM6.9 juta dibelanjakan bagi mengaktifkan pelan tindakan kecemasan ketika loji rawatan air (LRA) di Selangor ditutup ekoran pencemaran air, bermula 2013 hingga 17 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, kos itu bagi membiayai 110 kali pengaktifan pelan tindakan kecemasan, lapor SelangorKini.

“Paras mangan dan ammonia tinggi kerana air sungai rendah serta bahan cemar dilepaskan kawasan perindustrian berhampiran sungai,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Tze Han pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Katanya, bahan kimia yang dilepaskan premis perindustrian terbabit juga mengakibatkan pencemaran bau di beberapa sungai terlibat.

Selain itu, ia turut dipengaruhi pelepasan daripada premis perindustrian atau pembuatan berhampiran sungai dan kadangkala akibat tumpahan minyak daripada kenderaan pembawa minyak

Sumber HD- 9-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































































































































































Spesifikasi ternakan babi, hormat sensitiviti awam

HARAKAHDAILY | .



















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43143-spesifikasi-ternakan-babi-hormat-sensitiviti-awam

KUALA LUMPUR: Pusat habitat dan penempatan ladang ternakan babi secara spesifik dan jauh daripada penempatan masyarakat di sekitar Tanjung Layang dan Kampung Baru Laut perlu dilaksanakan sebagai jaminan kesejahteraan penduduk.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan berkata, keprihatinan kerajaan negeri mengenainya diperlukan dengan mengambil kira sensitiviti penduduk setempat di kawasan tersebut.

“Isu ini berlanjutan sejak 20 tahun, dan ianya memang agar sulit untuk membuang sisa buangan itu secara teratur supaya tidak berlakunya pencemaran bau dan air," ujarnya dipetik SelangorKini.

Katanya, penduduk meluahkan perkara itu supaya wujudnya insiatif daripada kerajaan negeri dan memberi manfaat kepada penternak dan penduduk.

“Kita dimaklumkan kerajaan negeri akan membangunkan penempatan baru untuk selesaikan isu ini menerusi pewartaan tanah khusus untuk proses penternakan lebih moden.

“Bagaimanapun keutamaannya adalah tidak menjadi kewajaran apabila penempatan masyarakat Melayu ini menjadi kawasan penternakan khinzir,” katanya.

Beliau mengulas laporan media berhubung rungutan penduduk apabila najis ternakan babi di Tanjung Sepat dialirkan ke sungai dan menyebabkan pencemaran bau sekitar penduduk di sini.

Susulan perkara itu, nilai hartanah yang diselubungi pencemaran itu merosot hampir 45 peratus kepada RM100,000 bagi keluasan tanah seluas 0.4 hektar, berbanding RM180,000 nilai semasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini menegaskan kerajaan negeri dalam usaha melaksanakan kerja pembersihan di seluruh kawasan di Tanjung Layang dan Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat.

Sumber HD- 8-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































































































































































































































































Peruntukan Kafa, Maahad Integrasi ikut gred operasi

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43132-peruntukan-kafa-maahad-integrasi-ikut-gred-operasi

KUALA LUMPUR: Peruntukan bagi sekolah agama Kelas Al-Quran Fardhu Air (Kafa) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains untuk 2017 mengikut gred operasi dan kelayakannya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Yunus Hairi berkata, sekolah agama seluruh negeri turut mendapat kemudahan dan pemantauan berterusan kerajaan negeri.

“Peruntukan ini tertakluk mengikut kategori operasi iaitu bagi Gred A, peruntukan operasinya RM813,800, gred B pula RM406,200 dan gred C RM222,600.

“Bentuk kemudahan ini juga termasuklah pegawai keselamatan, pembersih kawasan, guru tetap, guru Kafa dan peruntukan elaun baru untuk kakitangan tetap dan sokongan,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Dr Abdul Rani Osman pada Sidang Dewan Selangor (DNS) yang membangkitkan peruntukan tahunan bagi sekolah rendah agama, seluruh negeri.

Sumber HD - 8-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Pelan induk pertanian Selangor siap Disember ini

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43128-pelan-induk-pertanian-selangor-siap-disember-ini

KUALA LUMPUR: Pelan induk pembangunan pertanian Selangor dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib.

Beliau berkata, fokusnya tertumpu kepada perancangan jangka panjang untuk membangunkan prospek pertanian negeri yang giat dilaksanakan ke arah membantu perkembangan industri pertanian negeri.

“Kita sedang dalam proses akhir untuk menyiapkan pelan induk pertanian pembangunan negeri menerusi kerjasama yang dibuat bersama Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Pengisiannya tertumpu kepadap pelan pembangunan jangka panjang pertanian negeri yang akan siap sepenuhnya Disember ini,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Ijok, Dr Idris Ahmad pada persidangan Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Terdahulu, pelan tersebut dirangka secara konsisten dan akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Dalam perkembangan sama, pelan tersebut juga tertumpu kepada usaha pembangunan semula hasil projek Fruit Valley yang dilaksanakan di Kuala Selangor dapat dinikmati dan menjana pertumbuhan hasil pertanian negeri.

“Dalam tempoh terdekat ini kita boleh melihat dan melawat perkembangan yang sangat baik dengan peningkatan hasil tanaman yang diusahakan usahawan tani.

“Dijangka pertengahan 2017 juga Selangor Fruit Valley ini akan dibuka kepada umum sebagai inisiatif menyokong program agro pelancongan negeri,” katanya.

Sumber HD - 7-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Mekanisme semakan Rumah Selangorku dikaji semula

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43122-mekanisme-semakan-rumah-selangorku-dikaji-semula

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri bersedia untuk mengkaji semula mekanisme sistem semakan permohonan rumah mampu milik, Rumah Selangorku.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bandar dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, pelaksanaannya dibuat supaya sistem berkenaan lebih bersifat mesra pengguna.

“Seperti yang pernah dibangkitkan sebelum ini, laman semakan perlu bersifat lebih mesra pengguna supaya ia memudahkan pemohon membuat semakan status permohonan.

“Mungkin, kita boleh selaraskan sistem ini dengan menambah baik perkhidmatan melalui beberapa kaedah antaranya menghantar surat jawapan berhubung status permohonan,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau menyatakan demikian semasa menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung mekanisme penyelarasan sistem permohonan Rumah SelangorKu di Dewan Negeri (DNS), hari ini.

Rumah Selangorku kian menjadi antara pelopor pasaran hartanah tempatan yang mula diintai untuk dimiliki rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Walaupun masih hijau dalam gelanggang perumahan juga hartanah, namun tawaran harga jualan Rumah Selangorku tidak melebihi RM250,000 seunit meyakinkan rakyat untuk memohon menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Faktor perumahan dijalankan Institut Kajian Khazanah mendedahkan Rumah Selangorku menawarkan tiga varian; jenis B dijual pada harga RM100,000 dengan keluasan 750 kaki persegi, jenis C dari RM150,000 hingga RM200,000 (800-1080 kaki persegi).

Sementara jenis D pada anggaran harga RM220,000 hingga RM250,000 berkeluasan 1,000 hingga 1,200 kaki persegi.

Pesaing terdekat Rumah Selangorku adalah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dengan tawaran harga jualan sehingga RM300,000.

Daripada segi anggaran pendapatan, Rumah Selangorku dan PPA1M menjadi tumpuan golongan berpendapatan 0 hingga RM5,000 sebulan sementara RUMAWIP dari 0 hingga RM10,000 sebulan.

Bagaimanapun, wujud dakwaan daripada pemohon yang mengalami kesukaran untuk menyemak status permohonan yang dibuat di laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

Sumber HD - 7-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































S'gor terus perkasa prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43121-s-gor-terus-perkasa-prinsip-ahli-sunnah-wal-jamaah

KUALA LUMPUR: Pemerkasaan prinsip yang ditetapkan dalam ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah terus dipergiatkan di peringkat pengajaran dan pendidikan seluruh Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pemahaman mengenainya dibuat menerusi pengajaran di peringkat sekolah intergrasi milik kerajaan negeri oleh warga pendidiknya, lapor SelangorKini.

“Sehingga kini Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengadakan program bersama dengan institusi latihan dan pusat kegiatan perguruan.

“Pada masa sama, kita tidak nafikan guru di sekolah rendah agama dan Kafa ini memerlukan masa yang panjang dengan memberi penekanan utama untuk pemerkasaan asas ini.

“Merekalah yang menjadi sandaran dan keutamaan bagi kita kerana memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu kepada generasi muda,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Sebelum ini, enakmen atau keputusan berhubung penyebaran fahaman bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah telah ditetapkan di bawah ketetapan Jais.

Terdahulu, umat Islam dan rakyat Malaysia yang bermastautin di negeri itu digesa supaya mengikuti dan mematuhi prinsip yang ditetapkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sumber HD - 7-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Jalan persekutuan, negeri sentiasa dipantau

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43120-jalan-persekutuan-negeri-sentiasa-dipantau

KUALA LUMPUR: Selangor terus komited dalam memastikan kerja pembukaan jalan persekutuan dan negeri diselenggara dengan baik serta selamat digunakan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, pelaksanaan kerja penyelenggaraan jalan negeri dan persekutuan adalah secara kontrak jangka panjang yang merangkumi kerja senggara rutin, berkala pavemen dan berkala bukan pavemen.

“Pelaksanaan program kajian pavemen adalah satu kaedah saintifik iaitu kekuatan, ketahanan dan kerosakan jalan dinilai secara sistematik," ujarnya dipetik SelangorKini.

Katanya, kerja penyelengaraan jalan negeri akan dibuat berdasarkan senarai keutamaan melalui kajian itu.

“Kos keseluruhan penyelenggaraan rutin, berkala pavemen dan bukan pavemen bagi 2015 di jalan Klang Banting Port Dickson lebih RM3.9 juta,” katanya ketika menjawab soalan berkaitan perancangan kerajaan negeri bagi memastikan permukaan jalan persekutan dan negeri diselenggara dengan baik dari ADN, Telok Datok, Loh Chee Heng.

Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor telah menerbitkan Garis Panduan Amalan Baik Dalam Kerja Turapan dan Senggara Jalan dan sudah diedarkan kepada semua pegawai JKR sebagai rujukan semasa kerja pengawasan di tapak.

“Spesifikasi pembinaan dan membaiki jalan raya akan sentiasa ditingkatkan.

“Ibu pejabat JKR Malaysia juga sentiasa mengemaskini spesifikasi pembinaan dan selenggara jalan yang dilaksanakan kumpulan pakar mereka,” katanya.

Sumber HD - 7-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak pernah tawar RM2.975 bilion ambil alih SPLASH, kata Khalid
Posted on Sunday, November 06 @ 06:21:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32251



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak pernah menawarkan bayaran RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) antara 2008 dan 2014 seperti didakwa Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

Bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dakwaan tersebut dibuat bagi mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran Azmin untuk membayar sebanyak RM2.7 bilion ke atas ekuiti syarikat konsesi air itu, iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal yang berjumlah RM250.6 juta.

“Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9 bilion untuk ekuiti SPLASH seperti yang didakwa oleh Azmin.

“Dalam tawaran terakhir (kepada SPLASH), kami merasakan tawaran yang berpatutan adalah sebanyak RM250.6 juta bagi bayaran ekuiti serta tujuan menanggung hutang yang berjumlah RM1.564 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khalid mengulas kenyataan Azmin yang disiarkan satu portal berita semalam, antara lain menyatakan kerajaan negeri semasa di bawah Khalid tidak pernah memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun

2009 dan seterusnya pada 19 Julai 2009.

“Pentadbiran sebelum ini menyatakan nilai tawaran pengambilalihan SPLASH adalah sebanyak RM250 juta dan inilah angka yang diuar-uarkan seantero dunia, namun orang yang sama tidak pernah memaklumkan kepada Dewan berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009,” kata Azmin ketika sesi penggulungan

Belanjawan 2017 Negeri pada sidang DUN Selangor di sini semalam.

Khalid berkata dalam tawaran terakhir kepada SPLASH, pihaknya menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang dibayar.

Katanya, kaedah ini adalah adil memandangkan terma tersebut dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk SPLASH.

Dalam pada itu, Khalid menegaskan pengambilalihan industri air secara keseluruhan tidak boleh melebihi kos sebanyak RM9.65 bilion kerana ia akan memberi kesan kepada tarif air pada masa hadapan dan usaha untuk menurunkan air tidak terhasil di Selangor.

Sumber TKO - 6-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Sambut baik larang guna polisterin

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43106-sambut-baik-larang-guna-polisterin

KUALA LUMPUR: Pengusaha perniagaan dan masyarakat awam menyambut baik langkah Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan polisterin di seluruh negeri itu mulai tahun depan.

Tinjauan SelangorKini mendapati majoriti daripadanya memberikan maklum balas positif kepada program itu dan menyifatkannya sebagai langkah tepat ke arah mengangkat Selangor sebagai negeri peneraju teknologi hijau.

Pengusaha Bu Bu Food Truck, Douglas Jim, berkata pendekatan diambil itu membawa manfaat kepada semua pihak dan seharusnya disokong bagi mewujudkan persekitaran lebih baik dalam kehidupan.

“Saya rasa elok sangat hapuskan polisterin kerana perniagaan ini dimulakan memang tidak menggunakan bahan itu.

“Sebagai alternatif kita gantikan dengan bahan lain yang mesra alam dan kesihatan yang berkualiti demi kebaikan pelanggan,” katanya dipetik SelangorKini.

Berhubung galakan untuk orang ramai membawa bekas makanan sendiri, ia adalah saranan baik dan telah menjadi amalan kepada segelintir masyarakat di negara ini.

“Memang ada di kalangan pelanggan yang gemar membawa bekas makanan sendiri dan kita menggalakkannya,” kata Chef Bu Bu Food Truck, Tony Mokhtar.

Pengusaha RNR Food Truck, Syafizal Syaren Hashim berkata, penggunaan bahan lain selain polisterin juga plastik memberi banyak manfaat kepada peniaga dan pengguna.

“Saya sendiri menggunakan beg kertas untuk pelanggan dan langkah melarang penggunaan polisterin memang disokong penuh.

“Ia bagi memastikan kehidupan kita menjadi lebih baik,” katanya.

Manakala, Sharifah Syazanur Ain Syed Zahari, 24, berkata, program itu amat baik dan perlu disokong kerana mampu mengurangkan kos ditanggung peniaga dengan penggunaan bahan lebih mesra alam.

“Ia bagus apabila bahan kitar semula dijadikan bahan alternatif ini supaya orang boleh pakai dan buang.

“Bagi saya, polisterin dan plastik macam sesuatu yang agak eksklusif dan peniaga harus gunakan bahan jimat kos,” katanya turut bersetuju pelaggan membawa bekas sendiri untuk pembelian bahan makanan.

Selain penguatkuasaan larangan penggunaan polisterin, kerajaan negeri juga tidak menggalakkan penggunaan beg plastik dengan pengusaha perniagaan perlu mengenakan caj bayaran untuk pengedarannya kepada pelanggan.

Sumber HD - 5-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































S'gor rancang bina kompleks Islam di semua daerah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43093-s-gor-rancang-bina-kompleks-islam-di-semua-daerah

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri dalam perancangan membina Kompleks Islam Daerah merangkumi komponen Pejabat Agama Islam Daerah, Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pembinaan kompleks itu bertujuan mewujudkan pusat setempat di semua daerah bagi pengurusan hal ehwal agama Islam.

“Mengikut perancangan jangka masa panjang dan keperluan di daerah, kerajaan negeri merancang untuk membina Kompleks Islam Daerah di semua daerah," ujarnya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata, pengisian bagi kompleks itu merangkumi pengurusan dan aktiviti agensi di peringkat daerah termasuk pengurusan pendaftaran perkahwinan, pengurusan sekolah yang berada di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Juga pengurusan masjid dan surau, penerimaan aduan dan urusan lain yang melibatkan hal ehwal agama islam di peringkat daerah,” katanya yang turut menganggarkan kos pembinaannya menelan belanja sekitar RM30 juta.

Sumber HD - 4-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Fokus tangani 84 hotspot gantian paip rosak

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43080-fokus-tangani-84-hotspot-gantian-paip-rosak

KUALA LUMPUR: Proses gantian 84 hotspot paip giat dilaksanakan di Selangor dengan menggunakan perolehan peruntukan lebih RM100 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, penambahbaikan itu dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang pembaziran air terawat seluruh negeri.

“Kita ambil perhatian keprihatinan anggota Dewan untuk selesaikan isu paip pecah di seluruh negeri.

“Namun, ingin kita maklumkan bahawa ada 84 hotspot gantian paip yang memerlukan perhatian dengan menggunakan peruntukan lebih RM100 juta,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan pembentangan Belanjawan Negeri 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Dalam perkembangan terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata proses gantian kini dijalankan di sepanjang 400 km jajaran bagi memastikan bekalan air terawat dapat disalurkan kepada pengguna tanpa berlakunya pembaziran Non Revenue Water (NRW).

Sebelum ini, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menanggung kerugian air tidak berhasil (NRW) sebanyak RM1.8 juta akibat kecurian air dari 1 Januari sehingga 24 Mei.

Jumlah tersebut diperoleh hasil daripada 261 notis dikeluarkan Syabas membabitkan kes kecurian air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Jumlah tersebut meliputi pengunaan air sebanyak 587,011.67 meter padu bagi tempoh sehingga Mei.

Sumber HD - 3-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Miliki rumah: Selangor pertimbang kuota ibu tunggal

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43075-miliki-rumah-selangor-pertimbang-kuota-ibu-tunggal

KUALA LUMPUR: Kuota milikan perumahan mampu milik, Rumah Selangorku bakal dilaksanakan kepada ibu tunggal bagi membantu golongan itu memiliki kediaman sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bandar dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, pelaksanannya kini dibuat berpandukan sistem permarkahan mengikut beberapa kriteria utama.

“Kita ada pemarkahan supaya golongan ini boleh mendapat rumah, selepas kita campurkan keseluruhan dan markah dibuat, individu paling tertinggi layak membeli Rumah Selangorku.

“Bagaimanapun untuk tempoh ini, kita belum ada sebarang ketetapan kuota kepada golongan ini.

“Tetapi selepas beberapa perdebatan dibuat di peringkat Dewan, cadangan bagi memberi kuota ini boleh dipertimbangkan,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan di Sidang Dewan Negeri (DNS), di sini, pagi ini.

Dalam perkembangan sama, sebelum ini kerajaan negeri menetapkan beberapa prosuder awal kelayakan milikan Rumah Selangorku.

Iskandar berkata, sistem pemarkahan dibuat dengan mengambil kira hasil pendapatan bulanan pemohon dan tanggungan keluarga.

Rumah Selangorku kian menjadi antara pelopor pasaran hartanah tempatan yang mula diintai untuk dimiliki rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Walaupun masih hijau dalam gelanggang perumahan juga hartanah, namun tawaran harga jualan Rumah Selangorku tidak melebihi RM250,000 seunit meyakinkan rakyat memohon menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Pesaing terdekat Rumah Selangorku adalah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) dengan tawaran harga jualan RM300,000.

Sistem markah tentukan kelayakan

Kerajaan negeri menolak amalan meraih sokongan wakil rakyat untuk tujuan melancarkan proses kelulusan pembelian Rumah Selangor, malah sama sekali tidak laku.

Iskandar berkata, sistem permarkahan dibuat bagi menentukan individu yang benar-benar berkelayakan,

“Sokongan wakil rakyat tidak diamalkan,” katanya.

Sebelum ini, konsep perumahan Selangorku menyediakan empat jenis rumah iaitu A berharga RM42,000, B (RM120,000), C (RM180,000) dan D (RM220,000 hingga RM250,000).

Berdasarkan penyelidikan Faktor Perumahan dijalankan Institut Kajian Khazanah (KRI), Rumah Selangorku menawarkan tiga varian; Jenis B dijual pada harga RM100,000 dengan keluasan 750 kaki persegi.

Sementara itu, Jenis C dari RM150,000 hingga RM200,000 (800-1080 kaki persegi) sementara Jenis D pada anggaran harga RM220,000 hingga RM250,000 berkeluasan 1,000 hingga 1,200 kaki persegi.

Sehingga kini, daripada segi anggaran pendapatan, Rumah Selangorku menjadi tumpuan golongan berpendapatan 0 hingga RM5,000 sebulan

Sumber HD - 3-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Pembangkang di Selangor seharusnya cermin diri

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43067-pembangkang-di-selangor-seharusnya-cermin-diri
KUALA LUMPUR: Pembangkang seharusnya cermin diri dahulu sebelum mengkritik Belanjawan Negeri Selangor 2017 yang dibentangkan pada Isnin lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, perkara yang sama seharusnya ditujukan kepada Kerajaan Persekutuan yang lebih jelas mengejar populariti, lapor laman web Merahkuning.

"Sepatutnya beliau berkata perkara yang sama kepada bajet Persekutuan yang lebih jelas cuba meraih populariti.

"Kerajaan Persekutuan turut mengalami bajet defisit selama 19 tahun berturut-turut," katanya kepada Merahkuning di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Terdahulu, ADN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi mengkritik belanjawan itu yang disifatkan sebagai belanjawan populis.

Menurut Hasbullah, kerajaan negeri hanya mengembalikan hasil yang diperolehi daripada lebihan belanjawan selama 2 tahun dan kedudukan ekonomi yang kukuh kepada rakyat.

"Isu bajet populis sebenarnya tidak timbul dalam Bajet Negeri Selangor," kata beliau.

Sumber HD - 2-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Sabotaj air pecah kesatuan rakyat, fitnah kerajaan negeri

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43059-sabotaj-air-pecah-kesatuan-rakyat-fitnah-kerajaan-negeri

KUALA LUMPUR: Perbuatan sabotaj pihak tidak bertanggungjawab terhadap bekalan air di Selangor bukan sahaja mendatangkan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor tetapi turut mampu memberi kesan terhadap perpaduan rakyat di negeri itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi berkata, tindakan segera perlu diambil bagi membendung fitnah termasuk memberi kesedaran kepada rakyat terhadap bahaya fitnah dalam khutbah Jumaat, lapor SelangorKini.

“Mereka ini memecah belahkan kesatuan rakyat dan mendatangkan fitnah kepada kerajaan negeri.

“Semoga pihak yang menabur fitnah ini dibinasakan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2017 Negeri Selangor, di Dewan Negeri Selagor (DNS), semalam.

Bliau berkata, selain itu langkah membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan haruslah diteruskan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Sumber HD - 2-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Tunggakan PTPTN: Longgar syarat pinjaman rumah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43057-tunggakan-ptptn-longgar-syarat-pinjaman-rumah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor giat mengadakan perbincangan dengan beberapa bank bagi melonggarkan syarat pinjaman perumahan terhadap pemohon yang mempunyai tunggakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Bank Rakyat adalah institusi kewangan pertama bersetuju meluluskan pinjaman sekiranya pemohon melunaskan sedikit tunggakan PTPTN, lapor SelangorKini.

Katanya, ia antara usaha kerajaan negeri membantu rakyat Selangor memiliki rumah terutama dalam kalangan belia.

“Saya mempunyai hubungan baik bersama Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan PRIMA Malaysia dan selalu berjummpa dan berbincang walaupun menteri cakap lain.

“Mereka mensyaratkan setiap program PRIMA disertai PTPTN agar pemohon dapat membuat semakan segera selain berbincang bagi menyelesaikan masalah.

“Jadi, kita buat perkara sama memohon pemaju membawa PTPTN ketika hari terbuka untuk semakan pemohon,” katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau menyatakan demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan berhubung langkah kerajaan negeri membantu lebih 70 peratus pemohon yang gagal mendapat pinjaman perumahan ekoran disenarai hitam PTPTN.

Sumber HD - 1-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Rumah: Tiada mekanisma lepas kuota Bumiputera

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43055-rumah-tiada-mekanisma-lepas-kuota-bumiputera

SHAH ALAM: Pada masa kini, kerajaan negeri menggunapakai ‘Blue Print’ Perumahan Negeri Selangor sebagai panduan dalam menetapkan peruntukan kuota Bumiputera di dalam sesebuah pembangunan.

"Peruntukan kuota Bumiputera ini mengambil kira faktor penempatan penduduk, ekonomi semasa serta aktiviti sosial setempat di samping penganalisian terhadap kedapatan tanah-tanah berpotensi yang boleh dibangunkan," kata Datuk Iskandar Abdul Samad.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri itu berkata, peruntukan kuota Bumiputera bagi sesebuah pembangunan itu adalah di antara 30% hingga 70% mengikut kawasan.

Walau bagaimanapun, katanya keputusan akhir penetapan kuota Bumiputera adalah tertakluk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Tambahnya, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dalam proses penyediaan kajian semula ‘Blue Print’ Perumahan tersebut dan dijangka siap dan diguna pakai pada Tahun 2018.

Menurutnya, peruntukan kuota Bumiputera pada penjualan rumah Selangorku juga berpandukan kepada ‘Blue Print’ Perumahan Negeri Selangor.

"Namun begitu, keputusan akhir dalam memperuntukkan kuota Bumiputera bagi rumah Selangorku adalah tertakluk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)," ujarnya semasa menjawa pertanyaan ADN Andalas, Dr Xavier Jayakumar pada persidangan Dewan Negeri Selangaor (DNS), hari ini.

Tambahnya, buat masa ini tidak ada satu mekanisma bagi pelepasan kuota Bumiputera untuk Rumah Selangorku.

Namun, jelas beliau dalam kes- kes tertentu, terdapat kaedah di mana bagi pemaju yang telah menerima senarai nama bakal pembeli selepas 6 bulan dari tawaran nama pertama dilaksanakan atau sekurang-kurangnya 3 kali tawaran nama daripada LPHS adalah di benarkan membuat penawaran terbuka.

Katanya, syarat kelayakan pemohon diberikan kelonggaran di mana pemohon secara individu berpendapatan tidak melebihi RM10,000.00 sebulan dan pemohon sahaja tiada pemilikan kediaman dan bukan diambilkira bersama pasangan berbanding dengan penetapan proses penawaran biasa/merit.

Jelasnya lagi, pemaju boleh membuat permohonan untuk kelonggaran syarat melalui proses penawaran terbuka kali kedua sekiranya masih terdapat unit yang tidak terjual di mana syarat ditetapkan adalah pemohon secara individu berpendapatan tidak melebihi RM20,000.00 sebulan dan pemohon yang telah mempunyai pemilikan kediaman adalah dibenarkan.

Walau bagaimanapun, kata Iskandar syarat pertimbangan untuk permohonan itu dibenarkan sekiranya kemajuan kerja di tapak telah mencapai 70% siap.

Pada masa yang sama, katanya LPHS melalui Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) akan menilai serta membeli unit- unit berkaitan dan hanya akan disewakan ataupun dijual kepada pembeli melalui Program Dana Sel.

Menurutnya lagi, LPHS melalui PHSSB telahpun membeli 100 unit Rumah Selangorku di kawasan Klang yang dijangkakan siap pada Tahun 2018.

Beliau menambah, sekiranya masih juga terdapat unit yang tidak terjual, pemaju boleh mendapatkan pelepasan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Nama Rumah Selangorku dan Hartanah Harga Kawalan di mana pemaju boleh menjual unit berkenaan kepada orang awam secara bebas tanpa dikenakan syarat kepada pemohon dari segi pemilikan kediaman atau pendapatan.

Katanya lagi, kriteria kelayakan permohonan itu dibenarkan setelah projek siap dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) selepas tempoh 6 bulan. - HARAKAHDAILY 1/11/2016

Sumber HD - 1-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Pertanian diperluas, sambut baik inisiatif Pasar Rakyat

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43054-pertanian-diperluas-sambut-baik-inisiatif-pasar-rakyat

KUALA LUMPUR: Aktiviti pertanian negeri untuk 2017 terus diperluaskan bagi menjana pertumbuhan ekonomi golongan petani dan peladang di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, ini termasuklah inisiatif menubuhkan pasar rakyat di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri.

“Kita menyambut baik apabila Datuk Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menggesa PBT untuk wujudkan pasar rakyat di seluruh negeri.

“Ini secara tidak langsung, petani dan pekebun kita boleh memasarkan hasil tani tanpa menggunakan orang tengah.

“Keberkesanannya, kaedah ini mampu menjana pertumuhan ekonomi golongan petani dan peladang di seluruh negeri,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian mengulas inisiatif pembentangan Belanjawan Selangor 2017 terhadap peruntukan sektor pertanian negeri.

Mohamed Azmin dalam pembentangannya semalam berkata, pembangunan pasar rakyat diyakini mampu membantu meningkatkan jaringan ekonomi petani negeri.

“Kerajaan negeri mencadangkan pembangunan ‘Pasar Rakyat’ untuk menemukan pengeluar produk yang terdiri dari petani dan peniaga dengan pengguna tanpa khidmat orang tengah.

“Selain daripada kemudahan, prasarana dan reka bentuk moden, pasar ini juga dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan harian rakyat seperti kemudahan perbankan dan khidmat pos.

“Pembangunan Pasar Rakyat mesti dimulakan seawal 2017 dengan menggunakan peruntukan pembangunan PBT masing-masing,” katanya.

Sumber HD - 1-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Selangor peruntuk RM125 juta laksana Skim Peduli Sihat

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43043-selangor-peruntuk-rm125-juta-laksana-skim-peduli-sihat

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor amat prihatin terhadap tahap kesihatan rakyat yang boleh menjejaskan produktiviti, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Biarpun kerajaan negeri tidak mempunyai sumber pendapatan sebesar Putrajaya, namun kita memiliki rasa kepedulian yang raksasa," ujar beliau ketika membentangkan Belanjawan 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri akan memperkenalkan skim perlindungan perubatan dan kesihatan (medical and healthcare coverage) atau Skim Peduli Sihat bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) iaitu kelompok yang paling tertekan berikutan daripada kenaikan kos sara hidup.

Menurutnya, untuk maksud itu, kerajaan negeri bercadang memperuntukkan sejumlah RM125 juta setahun bagi pelaksanaan Skim Peduli Sihat yang akan menyediakan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan untuk 250,000 keluarga atau 1 juta rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

Beliau berkata, Skim Peduli Sihat yang diuruskan oleh Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator akan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

"Penerima skim ini boleh mendapat rawatan di 1,000 buah klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang," katanya.

Tambahnya, mereka yang dilahirkan atau telah menetap lebih 10 tahun di Selangor layak untuk menyertai skim itu.

Katanya lagi, pendaftaran boleh dilakukan di Pejabat Ahli Dewan Negeri, PBT dan pejabat daerah dan tanah, klinik-klinik berdaftar termasuk pendaftaran atas talian dengan menyertakan bukti atau pengesahan pendapatan.

"Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat. Pemegang akaun utama Peduli Sihat beserta tanggungannya isteri serta anak-anak di bawah umur 21 tahun boleh menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik-klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan yang telah ditetapkan," ujarnya lagi.

Beliau menambah, klinik-klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran yang ditetapkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). - HARAKAHDAILY 31/10/2016

Sumber  HD - 31-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Imam, ketua kampung dapat manfaat Belanjawan S’gor

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43041-imam-ketua-kampung-dapat-manfaat-belanjawan-s-gor

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor bersetuju memberikan bantuan khas kewangan kepada semua penjawat awam mereka sebanyak dua bulan gaji.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali ketika membentangkan Belanjawan 2017 di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pemberian bantuan khas untuk sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam negeri itu telah diberikan pada 1 Julai 2016 manakala bantuan khas sebanyak setangah bulan lagi akan diberikan pada 20 Disember 2016 sebagai persediaan persekolahan anak-anak mereka.

Menurut Azmin, pembayaran ini membabitkan sejumlah wang sebanyak RM57.2 juta.

"Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan negeri yang profesional dan berintegriti di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri. Baru panggil sudah datang, belum suruh sudah buat, inilah perkhidmatan awam Selangor. Tahniah.

"Kewangan negeri asyik belek buku kira-kira bukan apa, mahu memerangi ketirisan. Datuk Bandar turun lapangan rayau-rayau di sepanjang jalankalau-kalau ada jalan berlubang, intai-intai lorong kalau ada sampah yang tidak diangkut. Inilah tulang belakang kerajaan negeri Selangor," ujar beliau diikuti sorakan penjawat awam yang turut sama mengikuti pembentangan Bajet 2017.

Sementara itu, bermula Januari 2017 seramai 734 imam di negeri ini akan menikmati tambahan elaun sebanyak RM300 menjadikan elaun bulanan mereka kepada RM1300 setiap seorang dengan peruntukan sejumlah RM9.9 juta.

Manakala seramai 386 Ketua Kampung Tradisi dan 78 Ketua Kampung Baru dan Bagan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM300 sebulan begitu juga kenaikan elaun sebanyak RM200 untuk Ketua Komuniti India. – HARAKAHDAILY 31/10/2016

Sumber HD - 31-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Air percuma: Selangor sedia RM183.2 juta bagi 2017

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43039-air-percuma-selangor-sedia-rm183-2-juta-bagi-2017

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM183.2 juta diperuntukkan bagi meneruskan Program Air Percuma yang mula dilaksanakan di Negeri Selangor sejak 2008.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dasar tersebut diteruskan demi kelangsungan dan memenuhi permintaan masyarakat Selangor khususnya di kawasan luar bandar, lapor SelangorKini.

“Peruntukan sebanyak RM183.2 juta disediakan untuk program air percuma bagi tahun 2017.

“Walau bagaimanapun, kerajaan negeri menyarankan air percuma dimanfaatkan secara berhemah.

“Air adalah sumber yang sangat bernilai dan pengguna perlu membudayakan amalan konservasi air,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau berkata, skim pemberian air percuma kepada rakyat Selangor bagi 2017 dan tahun seterusnya, membabitkan jumlah peruntukan besar.

Dalam pembentangan Belanjawan 2016, sebanyak RM170 juta diperuntukkan bagi meneruskan lanjutan Skim Pemberian Air Percuma.

Sejak dilaksanakan pada 2008, masyarakat Selangor menikmati pemberian air percuma sebanyak 20 meter yang terus memberi manfaat kepada golongan sasar termasuk rakyat berpendapatan rendah

Sumber HD  31-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Rizab Selangor melonjak RM3.62 bilion

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43035-rizab-selangor-melonjak-rm3-62-bilion

KUALA LUMPUR: Rizab Selangor sehingga 14 Oktober 2016 melonjak kepada RM3.62 bilion berbanding RM3.26 bilion tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata prestasi kewangan semasa kerajaan pada 14 Oktober kekal kukuh dengan lebihan semasa berjumlah RM351.38 juta.

Katanya, rizab negeri pada 2015 mencatatkan peningkatan sebanyak 1.8 peratus atau RM57.7 juta berbanding 2014.

“Kita bersyukur sehingga 14 Oktober 2016 kedudukan kewangan negeri berada pada tahap lebihan sebanyak RM351.38 juta.

“Selangor sehingga Jun 2016 mencatatkan jumlah pelaburan RM3.04 bilion daripada 130 projek yang diluluskan.

“Negeri Selangor kekal sebagai penyumbang utama kepada KDNK negara dengan peningkatan sumbangan kepada 22.6 peratus,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian semasa Pembentangan Belanjawan 2017 Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Sumber HD - 31-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Loji rawatan air Semenyih beroperasi semula

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Loji rawatan air Semenyih beroperasi semula pada pukul 3:15 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, bekalan air sedang disalurkan ke kolam takungan perkhidmatan untuk pemulihan secara berperingkat di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Katanya, bekalan air bantuan sedang dihantar ke kawasan terlibat serta disediakan di “Stesen Lori Tangki Air Jumbo” dan “Pili Air Awam”.

“Segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke kawasan yang terlibat,” katanya dipetik SelangorKini.

Untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan, sila hantar SMS 15300 (Taip: TANKER<jarak>Nama & Alamat) untuk memohon bekalan air bantuan. Untuk maklumat terkini mengenai bekalan air di kawasan anda, sila muat turun aplikasi telefon pintar “mySYABAS”, layari www.syabas.com.my , Facebook “Puspel Syabas” atau “Air Selangor”.

Sumber HD - 29-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Menteri tidak perlu cari 'kambing hitam' untuk tutup kelemahan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43022-menteri-tidak-perlu-cari-kambing-hitam-untuk-tutup-kelemahan

Dakwaan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahawa polisi Kerajaan Negeri Selangor yang menyebabkan kenaikan harga rumah adalah tidak masuk akal.

Harga rumah di Kuala Lumpur dan Johor adalah juga tinggi dan menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor di atas kenaikan harga rumah di Malaysia adalah seperti untuk melarikan diri dari tanggungjawab.

Kerajaan Persekutuan tidak perlulah mencari kambing hitam (scapegoat) setelah gagal menstabilkan harga rumah.

Pada hakikatnya rakyat Selangor berpeluang membeli rumah mampu milik atau Rumah Selangorku di antara RM42,000 hingga RM250,000.

Harga maksimum Rumah Selangorku, RM250,000 adalah lebih rendah dari harga maksimum yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk rumah mampu milik iaitu RM300,000.

Maklum balas yang diterima menunjukkan pemaju perumahan mula memberi tumpuan kepada pembinaan Rumah Selangorku apabila permintaan untuk membeli jenis rumah tersebut terus meningkat.

Lebih 70,000 orang telah mendaftar untuk membeli Rumah Selangorku.

Terdapat pemaju yang tidak wajib membina Rumah Selangorku tetapi telah juga memohon untuk membinanya memandangkan insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Di antaranya adalah peningkatan jumlah unit kediaman yang boleh dibina bagi setiap ekar.

Setakat ini permohonan dari pemaju swasta untuk membina lebih kurang 22,000 unit Rumah Selangorku telah diluluskan.

Ternyata kerajaan negeri telah berjaya mengawal harga rumah mampu milik.

Walhal Menteri tersebut baru sahaja mengumumkan Majlis Profesor Negara (MPN) akan ditugaskan untuk mengkaji kemungkinan kerajaan Persekutuan mengawal harga rumah mampu milik.

Ini bermakna kerajaan negeri mendahului Kerajaan Persekutuan.

Sebarang dakwaan bahawa program-program kerajaan Persekutuan seperti MyHome dan MyDeposit dapat menurunkan harga rumah belum dapat dibuktikan kerana harga rumah masih pada tahap yang sama selepas pelaksanaan program-program itu.

Adalah lebih baik jika Kerajaan Persekutuan mengecualikan pemaju-pemaju perumahan dari membayar GST.

Pemaju-pemaju tidak boleh mengenakan GST ke atas pembeli-pembeli rumah tetapi pemaju membayar GST untuk pelbagai perkara untuk menyiapkan projek mereka.

Maka sudah tentu pemaju akan menaikkan harga jualan untuk menanggung GST yang telah dibayar.

Datuk Iskandar Abdul Samad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor.

Sumber HD -29-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































Agrofest 2016 tampil meriah, rangka ikan paus kembali

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42912-agrofest-2016-tampil-meriah-rangka-ikan-paus-kembali

KUALA LUMPUR: Rangka ikan paus yang ditemui terdampar di Pulau Carey pada 2005 kembali semula ke Kuala Langat untuk dipertunjukkan kepada penduduk setempat.

Rangka ikan paus jenis 'Balaenoptera borealis’ berukuran 12.8 meter panjang dan 2.6 meter lebar itu adalah sebahagian daripada pameran yang tersenarai dalam Program Selangor Agrofest 2016 di Dataran Pantai Morib sejak semalam hingga Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib menyasarkan lebih 50,000 pengunjung bakal membanjiri Agrofest kali ini dengan lebih RM250,000 jualan tunai diraih.

“Dengan tema SmartAgro@SmartSelangor, Agrofest tahun ini lebih memberikan tumpuan teknologi moden berkonsepkan fertigasi, penternakan menerusi konsep Artificial Insemination (AI), penggunaan dron dalam sektor pertanian.

“Penganjurannya juga sebagai meraikan kejayaan dan menghargai jasa petani, penternak dan nelayan di Selangor,” katanya dipetik SelangorKini.

Agrofest Selangor 2016 yang diadakan kali keenam sejak 2011 merupakan acara tahunan yang menghimpunkan gerai-gerai pameran hasil pertanian, penternakan, agrikultur, produk industri asas tani dan lain-lain yang berkait dengan pertanian.

Selain itu, pameran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor turut memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri pelbagai jenis ternakan dan haiwan peliharaan serta perkhidmatan klinik haiwan bergerak.

Sekurang-kurangnya lebih 100 tapak niaga disediakan khusus membantu usahawan tempatan meraih pendapatan besar menerusi jualan sejuk beku, kerepek, minuman herba dan anak-anak pokok.

Sumber HD - 21-10-2016

No comments:

Post a Comment