BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, October 22, 2016

HARI INI DALAM SEJARAH PAS (JILID 2)


Wajib sokong, pilih parti Islam

SHEIKH Abdul Qadir Abdul Mutallib al-Mandili (1910-1965), Ulama besar yang menjadi guru di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah ketika menjawab satu soalan yang ditanya oleh seorang pengundi di Tanah Melayu ketika berlangsung Pilihan Raya Umum 1959, telah menjelaskan bahawa wajib bagi umat Islam untuk menyokong dan memilih (mengundi) Parti Islam Se-Malaya (PAS) bagi membolehkan Islam ditegakkan dan hukum Islam dilaksanakan di negara ini. 
Sheikh Abdul Qadir yang berasal dari Tapanuli Selatan, Sumatera merupakan murid kepada Ulama besar Tanah Melayu, Sheikh Wan Ibrahim Abdul Qadir (Pak Chu Him Gajah Mati), sebelum beliau berguru dengan Pak Da ‘Eil al-Fathani, Sheikh al-Maliki, Sheikh Hassan al-Mashat, Sheikh Muhammad al-Arabi, Sheikh Syed al-Alawi dan Sheikh Mohamad Ahyad di Mekah. Turut menjadi guru beliau ialah Sheikh Hasan Yamani, Sheikh Mohamad Nur Saif, Sheikh Yasin Isa al-Fadani, Sheikh Abdullah Lahji dan Sheikh Zakaria Abdullah Bela. Beliau kemudiannya diterima sebagai guru di Masjidil Haram. 
Selain mengajar di Makkah, beliau juga merupakan penulis yang prolifik. Kitab beliau yang paling terkenal ialah "Penawar Bagi Hati" kitab Tasawuf yang masih digunakan di masjid-masjid dan menjadi teks sekolah agama di sesetengah negeri di Malaysia. Beliau menghasilkan 24 buah kitab dalam pelbagai bidang termasuk akidah, syariat, ibadat, tasawuf dan politik Islam. 
Fatwa tentang sokongan dan memilih parti politik dalam pilihan raya
Beliau ditanyakan perkara berikut:
"Di negeri kita ini ada beberapa parti, seperti Parti Kebangssan (Umno) dan Parti Buruh (PBM) dan Parti Rakyat (PR), Parti Komunis (PKM) dan Parti Islam (PAS), dan adalah tujuan segala parti Itu bersalah-salahan. Maka Parti Islam itu tujuannya memajukan agama Islam, dan menyuruh dengan segala kebajikan dan menegah daripada segala kejahatan dan mendirikan pemerintah yang berdasarkan Islam yang meluluskan segala perintah Allah Taala dan Rasul-Nya S.A.W. Maka apa hukum masuk kepada segala parti itu? Dan adakah wajib atas tiap-tiap orang Islam mausk dan menyokong akan Parti Islam itu? Dan apa hukum mereka yang mahayid (neutral) yang tiada masuk ia kepada parti mana-mana, dan tiada menyokong ia akan satu parti? Dan apa hukum alim Ulama yang diam ia dan tiada menolong ia akan Parti Islam yang tersebut?". 
Jawapan Sheikh Abdul Qadir al-Mandili:
"Tiada syak pada wajib atas tiap-tiap orang Islam istimewa alim Ulama daripada mereka itu menyokong akan Parti Islam (PAS) yang tujuannya seperti yang tersebut di dalam pernyataan itu, kerana firman Allah Taala yang ertinya: 
"Tolong-menolonglah kamu atas kebajikan dan takut akan Allah Taala."
"dan firman Allah Taala yang ertinya: 
"Dan sekalian orang yang beriman yang lelaki dan perempuan setengah mereka itu beberapa yang menolong akan setengah, menyuruh mereka itu dengan kebajikan dan melarang mereka itu daripada mungkar."
"dan sabda Nabi SAW yang ertinya: 
"Barang siapa mengetahui ia daripada kamu wahai sekalian mukallaf akan yang mungkar maka hendaklah mengubah ia akan dia dengan tangannya, maka jika tiada kuasa ia akan mengubah dengan tangannya maka hendaklah mengubah ia akan dia dengan perkataannya, maka jika tiada kuasa ia akan ingkar dengan perkataannya maka hendaklah ingkar ia akan dia dengan hatinya dan bermula demikian itu (ingkar dengan hati kerana lemah daripada ingkar dengan yang lain daripadanya) sedhaif-dhaif segala pekerjaan Islam."\ 
Hadis ini Hadis Sahih, telah diceritakan akan dia oleh Muslim dan Imam Ahmad daripada Abi Said al-Khudri R.A. Dikehendaki dengan mungkar itu meninggalkan yang wajib atau mengerjakan yang haram. Dan ijma' oleh Ulama atas wajib menghilangkan akan pekerjaan yang mungkar-mungkar. Maka jika terhenti ia atas tolong-menolong dan masuk parti Islam (PAS) supaya mendapat kekuatan maka adalah ia (tolong-menolong dan masuk parti) itu wajib, kerana kaedah (fekah) yang telah maklum pada sisi orang ramai, yang ertinya: 
"Barang apa yang tiada disempurna oleh yang wajib melainkan dengan dia maka ia wajib"
Dan kaedah (fiqh) yang ertinya: 
"Bagi segala wasilah (yang menyampaikan) hukum bagi segala yang dimaksud."
Setengah daripada segala yang wajib atas muslimin mendirikan pemerintah yang berdasarkan Islam yang menghukum ia dengan segala hukum yang menurun akan dia oleh Allah Taala. Dan tiada dapat yang demikian itu melainkan dengan lebih banyak orang yang faham Islam di dalam Parlimen (Dewan Perwakilan Rakyat). 
Maka kerana itu, wajib atas tiap-tiap mukallaf menyokong akan Parti Islam yang tujuannya meluluskan perintah Allah dan menghukum dengan segala hukum yang menurun akan dia oleh Allah Taala. Dan wajib atas sekalian rakyat jelata memilih akan wakilnya di Parlimen daripada mereka yang bertujuan dengan tujuan yang tersebut, supaya hasil oleh tujuan dan maksud yang wajib itu, dan haram atas mereka itu masuk atau menyokong parti yang lain yang tidak ada tujuannya seperti tujuannya yang tersebut. 
Istimewa Parti Komunis kerana firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan jangan tolong-menolong di atas perkara dosa dan permusuhan" 
Seperti haram atas mereka itu memilih akan wakil di Parlimen daripada mereka yang tidak ada tujuannya melainkan dunia, dan tiada maksudnya meluluskan hukum-hukum Allah Taala. Sekalipun ia daripada orang-orang yang beragama Islam. Kerana dengan sebab memilih dan menyokong parti yang tersebut itu tidak dapat meluluskan segala hukum tuhan, dan tidak dapat melarang segala yang mungkar. 
Adapun sekalian mereka yang neutral yang tidak menyokong mereka itu akan Parti Islam dan tidak yang lainnya istimewa alim Ulama daripada mereka itu maka adalah mereka itu daripada segala syaitan yang bisu. Tidak ada mereka itu daripada mukmin yang sempurna. Maka jangan terpedaya oleh orang awam dengan sebab mereka itu.
Kerana tidak beramal mereka itu dengan kandungan Hadis Nabi S.A.W yang ertinya: 
"Beramal orang yang beriman yang sempurna imannya bagi orang yang beriman itu seperti yang dibina (daripada umpama ruman batu) menguatkan setengahnya akan setengah." 
(Menceritakan ia oleh Bukhari dan Muslim dan Tirmizi dan Nasaie daripada Abu Musa R.A) 
Dan ditakuti bahawa masuk mereka itu di dalam Hadis Nabi S.A.W yang meriwayatkan dia oleh Abu Naim dan lainnya yang ertinya: 
"Barang siapa tidak mementingkan ia (tidak menitikberatkan) pekerjaan orang-orang Islam maka tidak ada ia daripada golongan mereka itu (Muslimin)." 
Adapun takut mereka itu akan marah anggota-anggota parti yang lain apabila menyokong mereka itu akan Parti Islam maka tidak ada ia jadi uzur meninggalkan barang yang wajib atas mereka itu daripada menolong yang sebenar dan menyokong saudara-saudaranya pada memajukan agama Allah Taala. Dan tidak ada ia mengharuskan bagi mereka itu bahawa mereka itu jadi ular sekerat dan sekeratnya lagi jadi belut. Wallahua’lam. 
Petikan fatwa daripada kitab Sheikh Abdul Qadir al-Mandili (1959), Islam: Agama dan Kedaulatan, The United Press, Penang, hal. 49-52 
MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
22 Syaaban 1439 / 8 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 8/5/2018
Sumber HD - 8-5-2018


Anwar Sertai Umno, Akhiri Spekulasi Bakal Pemimpin Utama Pas
Posted on Friday, March 30 @ 11:44:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38866



PADA hari ini dalam tahun 1982, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Anwar Ibrahim telah mengejutkan banyak pihak apabila beliau mengumumkan penyertaannya ke dalam Umno dalam rangka 'membersihkan Umno dari dalam.' Dengan penyertaannya Anwar ke dalam Umno ini, ia telah menamatkan spekulasi bahawa Anwar adalah bakal Yang Dipertua Agung PAS selepas Dato' Mohd Asri Haji Muda. Semenjak krisis politik di Kelantan pada 1977 yang membawa kepada kekalahan PAS di Kelantan, Anwar selaku Presiden ABIM disebut-sebut sebagai layak memimpin PAS.

Anwar yang dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Kampung Cheruk Tokkun, Bukit Mertajam adalah lulusan Universiti Malaya pada 1971. Semasa bergelar mahasiswa, beliau telah memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), sebelum memimpin ABIM selama 10 tahun mulai 1972.

Selain mengasaskan Yayasan Anda, Anwar juga adalah Presiden Majlis Beliau Malaysia (MBM) yang ditahan ISA pada 1974 selama dua tahun kerana demonstrasi isu kemiskinan Baling. Beliau yang menolak tawaran untuk dilantik sebagai wakil Malaysia dalam United Nation Council of Youth juga adalah pemimpin World Assembly of Muslim Youth (WAMY) mewakili rantau Asia-Pasifik.

Penglibatan Anwar dengan ABIM yang dilihat pro PAS pada 1970-an telah menyebabkan ahli-ahli PAS menganggap beliau sebagai 'Pemimpin al-Kahfi' yang disebut-sebut akan menyertai dan memimpin PAS. Dalam Pilihan Raya Umum 1978 selepas kekalahan Kelantan, Anwar bersama ABIM telah berkempen membantu PAS.



Tokoh Gerakan Islam Indonesia, Pak Natsir yang menyifatkan 'PAS lesu darah' telah mengarahkan ABIM melakukan 'blood transfer' untuk mengukuhkan PAS. Beberapa tokoh ABIM seperti Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad, Ustaz Yahya Othman, Syed Ibrahim Abdul Rahman dan lain-lain telah menyertai PAS dan bergiat aktif dalam kepemimpinan PAS. Bahkan, telah tersebar cerita tawaran Dato' Mohd Asri bahawa beliau bersedia untuk berundur untuk memberi laluan kepada Anwar untuk memimpin PAS.

Penulis terkenal, Subky Latif ketika menulis buku 'Siapa Ganti Asri' telah menamakan Anwar sebagai calon paling layak mengambil alih kepemimpinan PAS. Bahkan, akhbar The Straits Times Singapura pada 3 September 1980 turut menamakan Anwar sebagai tokoh yang layak mengetuai PAS selepas krisis politik Kelantan. Disebarkan kenyataan Anwar bahawa ABIM menggalakkan ahli-ahlinya memilih berjuang mengikut corak politik Islam, pada Ogos 1980, Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin turut membuat ramalan bahawa Anwar akan menjadi pemimpin utama PAS.

Namun begitu, seluruh spekulasi dan ramalan tersebut telah berakhir apabila Anwar mengumumkan penyertaannya beliau ke dalam Umno pada 29 Mac 1982 sebagai 'ijtihad perbadi' kerana "kagum dan yakin dengan pentadbiran dan corak perjuangan Dr Mahathir." Penglibatan Anwar dalam Umno selama 16 tahun untuk "membaiki dari dalam" telah berakhir apabila beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Meteri pada 2 September 1998 kerana dituduh oleh Umno terlibat dengan skandal seks liwat sejak dalam Perhimpunan Agung Umno 1997 lagi.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS

29 Mac 2018

Sumber TKO - 30-3-2018


Dato’ Asri Muda dan Pergolakan Dalam PAS
Posted on Friday, January 26 @ 15:50:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37926



Nampaknya bahang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin dirasai oleh rakyat Malaysia. Apa yang jadi tumpuan mestilah parti-parti politik yang akan bertanding nanti – Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (HARAPAN) dan dah pasti Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

PAS baru-baru ni juga kata yang diorang akan bertanding kat 130 kerusi masa PRU akan datang. PAS juga bagi bayangan yang diorang nak bentuk kerajaan atau sertai pembentukan kerajaan campuran lepas PRU-14 nanti. Maknanya, lepas ni kita mungkin akan nampak PAS sebagai sebahagian dari kerajaan.


Hadi Awang menjulang keris Sundang Bugis sebagai simbol mempertahankan institusi raja. Imej dari Utusan Malaysia.

Kalau korang nak tahu, pembentukan kerajaan campuran ni bukan perkara baru bagi PAS. Sebabnya, pada tahun 1970-an dulu, dah pun ada kerajaan campuran antara Parti Perikatan dan PAS. Kerana kerjasama ini jugalah munculnya nama Barisan Nasional (BN) yang kita kenal sampai sekarang.

Jadinya kali ni, SOSCILI nak cerita sikit tentang seorang tokoh PAS yang juga antara tokoh bertanggungjawab membentuk kerajaan campuran Perikatan-PAS. Tokoh itu adalah Allahyarham Dato’ Mohd Asri Muda. Sejarah politik Dato’ Asri sangat panjang iaitu bermula sejak zaman perjuangan kemerdekaan lagi, apabila beliau sendiri…

Pernah jadi anggota Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam Dato’ Asri Muda dilahirkan di Kampung Masjid, Kota Bharu, Kelantan pada 10 Oktober 1923. Asri mula terlibat dalam politik sejak zaman mudanya apabila beliau menjadi Penolong Setiausaha Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) dari tahun 1945 sampai 1947. Dalam masa sama, Asri juga jadi Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) Kelantan dari 1946 sampai 1947.

Untuk maklumat, API adalah sayap pemuda untuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) iaitu antara pertubuhan Melayu terawal yang memperjuangkan kemerdekaan. Nasionalis Ahmad Boestamam menjadi pemimpinnya yang pertama. Oleh itu, tak kisahlah kalau kita nak kata Asri juga adalah antara sebahagian dari pejuang-pejuang nasionalis yang memperjuangkan kemerdekaan.


Tan Sri Dato’ Mohd Asri bin Hj Muda. Imej dari flickr.com.
Tapi hayat API tak panjang bila ia diharamkan oleh penjajah British pada tahun 1948. Walaupun begitu, hal ni tak patahkan semangat Asri, kali ni beliau jadi pula antara pengasas parti Islam pertama di negara ni iaitu Hizbul Muslimin. Kepimpinan dan keterlibatan Asri semakin menyerlah selepas beliau menyertai PAS dan dilantik sebagai Setiausaha Kerja PAS (1953-1954).
Selain itu, beliau juga jadi Pesuruhjaya PAS untuk negeri Kelantan dan Terengganu. Beliau mula semakin popular bila PAS menang besar kat Kelantan dalam PRU-1959. Perkara ni dah buktikan kemampuan Asri dalam dunia politik (khususnya dalam PAS).

Ahmad Fuad Hassan antara pengasas PAS. Imej dari qalamthanawi.blogspot
Ketika kepimpinan PAS diberikan kepada Dr Burhanuddin al-Helmy (Presiden) dan Prof Zulkifli Muhammad (Timbalan Presiden), Asri dilantik sebagai Naib Presiden. Tapi pada tahun 1964, Dr Burhanuddin dah ditahan dalam ISA. Jadinya, jawatan Presiden PAS dipangku oleh Prof Zulkifli.
“Nyatalah peristiwa selepas Pilihan Raya 1964 itu amat mengusai jiwa dan perasaan saya. Dr Burhanuddin pula telah ditahan di bawah ISA. Jadi yang sepatutnya memangku kerja yang Dipertua Agung (Presiden) ialah timbalannya iaitu Ustaz Zulkifli Muhammad, sedang Ustaz Zulkifli pula hanya beberapa hari sahaja selepas Pilihan Raya Umum 1964 meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kuantan, Pahang.” – Memoir Politik Asri.


Prof Zulkifli Muhammad. Imej dari hijau.fm
Jadinya kalau ikut susunan, Asri lah orang yang paling layak memangku jawatan Presiden PAS. Maka bila Dr Burhanuddin meninggal dunia pada tahun 1969, Asri secara automatik dilantik menjadi Presiden PAS. Dalam waktu sama, Asri juga jadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1964 sampai 1972.
Mempelawa Nik Aziz (allahyarham) bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1964 Siapa tak kenal dengan tokoh PAS – Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (allahyarham) yang pernah menjadi Mursyidul Am PAS. Perwatakannyanya yang sederhana dan zuhud dah menjadi insan ini sebagai seorang yang sangat istimewa. Tapi kalau kita nak tahu, Dato’ Asri juga mainkan peranan besar dalam memulakan karier politik Nik Aziz.

Nik Aziz (tengah) masa zaman muda-muda dulu. Imej dari dinmerican.wordpress
Pada tahun 1967, wakil rakyat Kelantan Hilir – Hj Ahmad Abdullah dah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Jadinya, pilihan raya kecil kena diadakan dan PAS mula cari calon yang sesuai. Hasil perbincangan Asri Muda dengan barisan tertinggi kepimpinan PAS, akhirnya pilih Nik Aziz sebagai calon yang paling sesuai.
“…kata sepakat telah diambil bagi mempelawa Ustaz Nik Aziz Nik Mat untuk menjadi calon. Beliau lulus Sarjana Muda dari al-Ulum, India dan menyambung pelajaran ke Universiti Azhar dengan mendapat Ijazah Sarjana…Ustaz Abdul Nik Aziz mencapai kemenangan dengan cemerlang.” – Memoir Politik Asri.
Membuka jalan perpaduan antara PAS dan Perikatan Bagaimanapun, keadaan dan kestabilan negara masa tu masih lagi belum capai tahap yang memuaskan. Sebabnya, unsur- unsur perkauman mula bangkit menjelang PRU-1969. Kemuncaknya berlakulah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Makanya, keperluan untuk parti-parti Melayu bersatu dilihat perlu untuk mengukuhkan kedudukan negara masa tu. Jadinya, pada tahun 1972, Tun Abdul Razak (Perdana Menteri) dah cadangkan supaya diwujudkan Kerajaan Perpaduan Perikatan dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Asri Muda & Tun Razak. Imej dari helenang.wordpress
Sementara itu, Asri pun suarakan perkara sama kat Mesyuarat Agung PAS pada tahun yang sama. Hal ni jadi mungkin sebab Asri masa tu juga masih lagi dilihat sebagai seorang pemimpin nasionalis Melayu.
“Semenjak diisytiharkan darurat, pejabat Tun Razak yang dilantik sebagai Pengerusi MAGERAN diletakkan di bangunan Parlimen. Segala urusan MAGERAN juga berpejabat di bangunan Parlimen. Pertemuan saya dengan Tun Razak di pejabatnya, bagi saya, menjadi titik tolak dalam perkembangan baru politik Malaysia.” – Memoir Politik Asri.
Antara sebab kenapa kerajaan campuran ni dicadangkan adalah:
  1. Untuk kuatkan balik perpaduan Melayu-Islam kat negara ni selepas peristiwa 13 Mei 1969.
  2. Perpaduan rakyat perlu untuk berdepan dengan komunis, khususnya bila Amerika Syarikat kalah kat Vietnam.
  3. Membina bangsa Malaysia dengan cara hidup Islam.
  4. Berlaku perpecahan dalam GERAKAN dan DAP yang kemudiannya jadikan MCA kuat dan UMNO kena satukan orang Melayu termasuk yang kat luar Perikatan untuk mengimbangi MCA.
Jadinya, cadangan untuk kerjasama antara Perikatan dan PAS ni pun dimulakan. Tapi ada juga pihak PAS yang tak setuju dengan cadangan ni.
“Telah sekian lama kita marah kepada Perikatan kerana merugikan perjuangan Islam dan bangsa Melayu, sekarang hendak berunding pula.” – Wakil PAS Kuala Langat, dipetik dari PAS Dalam Era Mohd Asri Muda, 1965-1982.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz masa menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Imej dari idealismalaysia.blogspot
Walaupun ada bantahan, tapi tak kurang juga yang bagi sokongan. Akhirnya, cadangan kerajaan campuran ni dipersetujui dan diluluskan. 
Asri Muda letakkan jawatan sebagai MB Kelantan dan dilantik jadi Menteri Kabinet Akhirnya, pada 1 Januari 1973 kerajaan campuran Perikatan-PAS pun terbentuk. Perjanjian agihan jawatan pun dibuat di antara Perikatan dan PAS.
“PAS akan diberikan sebuah kementerian iaitu Kementerian Kemajuan Tanah dan Tugas-Tugas Khas, di mana menteri PAS ini akan turut dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia;
bahawa jawatan-jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik dan sebagainya bolehlah dipenuhi setelah Menteri PAS ini berunding dan mendapat persetujuan Perdana Menteri…” – Dipetik dari UM Students’ Repository.

Dato’ Asri di pejabatnya. Imej dari buletinonline.net
Jadinya, Asri dah dilantik sebagai Menteri Kemajuan Tanah dan Tugas-Tugas Khas pada 7 Januari 1973, dengan menyerahkan jawatan MB Kelantan kepada Ishak Lotfi Omar. Manakala, Abu Bakar Hamzah (Setiausaha Agung PAS) dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Perikanan.
Hassan Adli (Timbalan Presiden PAS) pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat. Yusuf Rawa (seterusnya Mursyidul Am PAS), juga dilantik dalam kerajaan iaitu sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama.
Bagi Asri, banyak kesan positif, khususnya untuk Islam dicapai dari pembentukan kerajaan campuran ni. Antaranya…
  1. Ramai pegawai-pegawai agama dilantik bertugas di tanah rancangan Felda.
  2. Guru-guru agama kat sekolah kerajaan bertambah.
  3. Kedudukan Mahkamah Syariah diselaraskan di seluruh negara.
  4. Jabatan Agama Wilayah Persekutuan diwujudkan.

Dato Hj Hassan Adli. Imej dari zabidin13.wordpress
“Kerajaan campuran PAS-Perikatan…telah memberikan suatu sumbangan yang amat tinggi nilainya dari segi hakikat perpaduan dan keharmonian umat. Simpang-siur pertarungan politik di kalangan bangsa Melayu telah reda, malah pemerintah mempunyai kesempatan yang cukup selesa untuk merancang dan membangunkan negara.” – Memoir Politik Asri.
Selain itu, kerjasama Perikatan-PAS ini juga dah membentuk satu pakatan baru yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN). Dikatakan, Dato’ Asri lah orang yang bertanggungjawab bagi nama ni.
Krisis Menteri Besar Kelantan dan bermulanya ketegangan hubungan PAS-UMNO Walaupun PAS dan UMNO dah adakan kerjasama, tapi masih ada lagi rasa tak puas hati. Macam isu agihan jawatan dan sebagainya. Pasca PRU-1974 menjadi antara titik mula keretakan yang lebih besar di antara UMNO dan PAS.
Hal ni berpunca dari dua nama yang dicadangkan sebagai MB Kelantan yang baru. Mereka adalah Dato’ Mohd Nasir dan Wan Ismail Ibrahim. Mereka berdua ni ahli PAS, tapi berbeza sokongan. Nama Mohd Nasir dicadangkan oleh UMNO, manakala Wan Ismail pulak dicadangkan oleh PAS.

Mohd Nasir dapat sokongan UMNO. Imej dari sokmo.net
Dato’ Asri pula masa tu terima cadangan UMNO dan pilih Mohd Nasir sebagai MB Kelantan yang baru, manakala Wan Ismail dilantik sebagai Timbalan MB. Jadinya, bertambahlah lagi rasa tak puas hati PAS Kelantan dengan UMNO.
Disebabkan tekanan-tekanan ini, Mohd Nasir akhirnya ambil keputusan untuk letak jawatan secara rasmi pada 31 Ogos 1977. Tapi tiba-tiba, Mohd Nasir tak lepaskan jawatan pada tarikh yang dijanjikan tu, disebabkan ada campur tangan UMNO. Jadinya, PAS ambil tindakan drastik dengan pecat Mohd Nasir dan undi tak percaya pun dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Hasilnya, Mohd Nasir tersingkir dari jawatan MB Kelantan.

Imej dari sokmo.net
Akibat dari peristiwa itu, dah berlaku demonstrasi dan rusuhan kat Kota Bharu. Dikatakan Ibrahim Ali (sekarang Presiden PERKASA) dah ketuai satu gerakan yang digelar sebagai ‘Barisan Bertindak Rakyat Kelantan’. Kerajaan lepas tu keluarkan perintah berkurung kat Kelantan dan ada cadangan supaya Kelantan diisytiharkan darurat. Jadinya, bermulalah ketegangan antara UMNO dan PAS.

Ibrahim Ali kat luar Dewan Undangan Negeri Kelantan masa undi tak percaya dibuat. Imej dari sokmo.net
UMNO juga masa tu dah ugut PAS supaya pecat semua orangnya yang bantah cadangan darurat. Tapi PAS tak kisah dan buat tindakan tegas dengan pecat Dato’ Hassan Adli (Timbalan Presiden PAS) sebab sokong cadangan darurat. Akhirnya, PAS disingkirkan dari BN dan jadi parti pembangkang balik.
Datangnya pengaruh Revolusi Iran dalam PAS dan berundurnya Asri dari PAS

Asri Muda & cendikiawan ulung – HAMKA. Imej dari mforum.cari.com
Lepas PAS tersingkir dari BN, pengaruh Asri dalam PAS pun mula berkurang. Hal ni ditambah lagi bila PAS kalah kat Kelantan dalam PRU-1978. Ahli-ahli PAS terutamanya Dewan Pemuda mula mempersoalkan kepimpinan Asri.
“… Dewan Pemuda PAS telah meluluskan satu usul supaya pemilihan kepemimpinan parti dilakukan secara syura dan ulama diberikan kedudukan yang lebih strategik. Usul ini dilihat seperti menyindir Datuk Mohd Asri yang dilihat mengamalkan ‘demokrasi terpimpin’ dalam kepemimpinannya.” – Dipetik dari Harakah Daily.

Suasana Muktamar PAS. Masa ni masih ramai yang pakai songkok. Imej dari Memoir Politik Asri.
Kemuncaknya, keadaan jadi semakin tegang bila Pemuda PAS bertindak mengadakan Muktamar Tahunan PAS lebih awal dari tarikh yang ditetapkan, sebab nak pulaukan Asri.
“Dewan Pemuda PAS telah memutuskan untuk mengadakan Muktamar Tahunan Ke-23 berasingan dengan Muktamar PAS Pusat. Datuk Mohd Asri menyifatkan tindakan Dewan Pemuda PAS sebagai ‘pengisytiharan perang’ terhadap beliau.” – Dipetik dari Harakah Daily.
Bagi Asri, antara punca perkara ini jadi adalah bila Dewan Pemuda PAS mula terpengaruh dengan Revolusi Iran 1979. Bagi Asri lagi, apa yang jadi kat Iran tak sesuai untuk budaya dan suasana Malaysia.

Imej dari keris7lok.blogspot
Hal ni ditambah lagi bila Asri bagi ucapan kat Muktamar Tahunan PAS Ke-28 pada pagi 23 Oktober 1982. Menurut Asri, muktamar tu dicemari dengan slogan-slogan pro-Revolusi Iran dan gambar-gambar tokoh Revolusi Iran. Ucapannya juga diganggu…
“Malah pekikan ‘Marakbar Asri’ berselang-seli dengan ucapan kalimah suci ‘Allahhuakbar’. Ketika itu banyak orang yang tahu makna ‘Marakbar Asri’ yang bererti ‘Mampuslah Asri’ iaitu pekikan yang sering diucap oleh Iran dengan kalimah ‘Marakbar Amerika’. Saya mencatatkan peristiwa ini hanyalah sekadar untuk kenangan sejarah bagi generasi akan datang.” – Memoir Politik Asri.
Kecewa dengan perkara tu, petang tu juga Asri bagi surat letak jawatan sebagai Presiden PAS. Bila surat ni dibaca oleh Setiausaha Agung PAS, ia disambut dengan laungan takbir oleh para perwakilan. Jawatankuasa Kerja Agung PAS masa tu jugak buat keputusan untuk terima peletakan jawatan Asri. Maka, tamatlah perjuangan politik Asri dalam PAS yang dah dipimpinnya sejak tahun 1965.
Asri Muda – “Kita tidak boleh menipu sejarah, tetapi menjadi orang yang jujur kepada sejarah” Sejarah yang dibina oleh Asri Muda sangat menarik sekali untuk dikaji. Masakan tidak, ketika diusia 40-an Asri dah pun memimpin sebuah parti politik Melayu-Islam kedua terbesar di negara ini. Hal ini ditambahkan lagi apabila beliau sendiri mewarisi kepimpinan dua tokoh penting PAS – Dr Burhanuddin al-Helmy dan Prof Zulkifli Muhammad.
“Insan ini tetap berjasa kepada PAS, walau hayatnya tidak habis bersama harakatul ummah ini… Beliau terlibat menyuburkan pendidikan dalam PAS semasa menjadi Menteri Besar Kelantan, ramai pelajar Kelantan mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.” – Dipetik dari Harakah Daily.

Dato’ Asri dan isteri. Imej dari towardsmardhatillah.wordpress
Selepas tersingkir dari PAS, Asri kemudiannya membuat parti baru yang dikenali sebagai Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM). Tapi parti ini tak bertahan lama. Akhirnya pada tahun 1988, Asri ambil keputusan untuk menyertai UMNO. Selain itu, Asri juga dilantik sebagai Karyawan Tamu di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM. 

Pada 28 Ogos 1992 Asri Muda menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat sakit jantung. Asri Muda adalah tokoh politik yang penuh warna warni dan pelbagai perkara kita boleh belajar darinya. Asri juga membuktikan kepada kita bahawa dua parti politik Melayu (PAS dan UMNO) boleh duduk semeja dan bekerjasama.
“Kita tidak boleh menipu sejarah, tetapi menjadi orang yang jujur kepada sejarah” – Dato’ Mohd Asri Muda.

Dato’ Asri & Tun Hussein Onn dalam satu majlis. Imej dari Memoir Politik Asri.

[Artikel ini banyak merujuk buku: Memoir Politik Asri (tulisan Dato’ Asri Muda) dan PAS dalam Era Mohd Asri Muda, 1965-1982 (tulisan Kamarul Zaman Haji Yusoff).]

Sumber TKO - 26-1-2018



Wazirah Tafwidh: Kuasa pelaksana dasar Negara Islam

SISTEM pemerintahan negara Islam yang dibangunkan berdasarkan al-Quran dan Sunnah telah meletakkan Khalifah sebagai ketua negara yang menjalankan kuasa pemerintahan, di samping mengamal pengasingan kuasa (separation of power) kepada tiga cabang kuasa. Tiga cabang tersebut ialah Sultah a-Tasyri’iyyah (legislatif), Sultah at-Tanfiziyah (eksekutif) dan Sultan al-Qudha’iyyah (judikatif). Pembahagian kuasa kepada tiga cabang ini wujud sejak zaman Rasulullah SAW, tetapi ia mula ditampilkan secara jelas setelah berakhir zaman kenabian, terutama mulai zaman Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644M).
Sultah at-Tanfiziyah adalah sebuah badan atau kuasa yang tanggungjawab melaksanakan segala dasar dan undang-undang yang diputuskan oleh Sultah at-Tasyri’iyyah. Dalam sistem negara demokrasi moden hari ini, badan ini dikenali sebagai kuasa eksekutif. Pada asasnya, dalam negara Islam, wujud pengasingan yang jelas di antara tiga kuasa, di mana anggota eksekutif tidak terlibat dengan legislatif dan judikatif. Dalam negara Islam, kuasa pemerintahan dikenali juga sebagai al-hay’ah al-hakimiyah yang menjalankan urusan pentadbiran negara dengan diketuai oleh perdana menteri dan dianggotai oleh menteri-menteri. Mereka bertanggungjawab kepada Allah, badan legislatif dan rakyat.
Ketua pemerintahan atau eksekutif bagi negara Islam adalah khalifah atau perdana menteri dan dibantu oleh para penasihat, menteri, ketua-ketua wilayah (gabenor / menteri besar) dan pegawai-pegawai. Ia meliputi kuasa pemerintahan dari serendah-rendahnya hingga kuasa tertinggi selaku ketua negara. Ketua negara Islam boleh mewakilkan kuasanya kepada para menteri untuk menjalankan tugas-tugas pemerintahan. Menteri atau wazir adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu kementerian yang berkuasa penuh (wazirah tafwidh) dan kementerian yang tidak berkuasa penuh (wazirah tanfiz). Wazirah atau kementerian tafwidh memiliki kuasa penuh untuk menjalankan kuasa pentadbiran mengikut pandangan dan budi bicara menteri berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
Wilayah (kuasa) tafwidh ini boleh dipegang secara langsung oleh Ketua Negara (seperti Yang di-Pertuan Agong) atau diwakil oleh ketua negara kepada ketua eksekutif (perdana menteri) dengan kuasanya meliputi seluruh wilayah negara. Perwakilan kuasa pemerintahan ketua negara kepada perdana menteri atau menteri-menteri tafwidh ini disebut sebagai Mu’awin Tafwidh, di mana mereka terikat dengan dua syarat iaitu tanggungjawab umum (umumum nadzir) yang mencakupi segala urusan negara dan sebagai wakil (niyabah) iaitu mewakili khalifah atau ketua negara. Para menteri tafwidh adalah bertanggungjawab melaksanakan mandat dan melaporkan urusan negara kepada khalifah selaku ketua negara. 
Dalam soal perlantikan wazirah tafwidh, para fuqaha sepakat mengatakan bahawa ketua negara yang memegang wilayah ammah atau wilayah tafwidh wajibkan seorang Islam. Ketua negara atau sesiapa yang diberi autoriti atau mandat dari ketua negara sebagai wakil (mu’awin), adalah terlibat dan berkuasa secara langsung dalam pembentukan polisi dan dasar utama untuk seluruh negara dan berkuasa menentukan hala tuju sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia hari ini, wazirah tafwidh adalah melibatkan jawatan ketua kerajaan (perdana menteri dan menteri besar) dan menteri-menteri yang memegang portfolio dasar seperti kewangan, pendidikan, keselamatan, pertahanan dan seumpamanya.
Adapun kuasa atau wilayah tanfiz atau khassah adalah para pelaksana dasar atau melaksanakan arahan ketua negara atau khalifah sahaja, di mana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir secara budi bicara, dan menurut sesetengah ulama, jawatan wazirah tanfiz ini boleh diserahkan kepada orang bukan Islam. Kementerian tanfiz adalah mempunyai kedudukan yang lebih rendah kerana mereka hanyalah pelaksana kepada dasar dan arahan ketua negara, dan tidak boleh menggunakan budi bicara dalam melaksanakan pemerintahan, tidak melantik ketua wilayah, tidak boleh mengarahkan tentera dan tidak boleh bertindak ke atas kewangan negara.
Walaupun menteri tafwidh berkuasa menggunakan budi bicara dalam menjalankan pemerintahannya, namun mereka sama sekali tidak boleh melakukan tindakan yang bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah, perlembagaan negara, dasar dan prinsip negara, serta tertakluk kepada ketua negara. Menteri-menteri tafwidh yang dilantik mestilah seorang Islam yang mempunyai semua sifat dan syarat sebagai ketua negara (khalifah), serta mempunyai kelayakan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang tugasnya. Kedudukan menteri atau wazir tafwidh ini sangat penting dalam memastikan Islam kekal sebagai dasar negara dengan al-Quran dan Sunnah menjadi rujukan tertinggi, kerana itu Islam tidak membenarkan orang bukan Islam diberikan jawatan ini.
MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
13 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 21/1/2018






Sumber HD- 21-1-2018

LEPIR penggerak Pendidikan Islam pasca perang

PENDIDIKAN merupakan nadi kebangkitan ummah dan ia mendapat perhatian besar para ulama sejak zaman-berzaman dalam membangunkan tamadun manusia. Dalam konteks Melayu sebagai bangsa yang dijajah pada abad ke-20, terutama selepas jatuhnya Khilafah Othmaniyah, maka institusi pendidikan Islamlah yang dijadikan benteng untuk membina semula kekuatan. Melanjutkan peranan institusi pendidikan pondok yang muncul semenjak abad ke-17 di Tanah Melayu, sistem pendidikan pondok mula mendapat tempat pada abad ke-20. Bermula dengan penubuhan Madrasah al-Masriyah di Bukit Mertajam pada 1906 dan Madrasah al-Iqbal di Singapura pada 1908, sistem pendidikan madrasah mula menjadi dominan selepas Perang Dunia Kedua.
Persoalan berkait dengan pembangunan dan masa depan sekolah-sekolah agama rakyat atau madrasah menjadi topik penting dalam perjuangan para ulama, terutama untuk menyediakan pendidikan agama yang berkesan dan berkualiti kepada generasi baru umat Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, tidak ada sebarang organisasi khusus yang memperjuangkan nasib pendidikan Islam, walaupun telah wujud beberapa organisasi seperti Jabhah ad-Diiniyah al-Islamiyah Kelantan, Jam’iyatul Dakwah al-Islamiyah Singapura dan Persatuan Ulamak Kedah. Isu pendidikan Islam ini hanya mula diperkatakan apabila para ulama menubuhkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) di Gunung Semanggol pada 24 Mac 1947 dengan diketuai oleh Sheikh Hussein ar-Rafik, guru Madrasah al-Mashoor.
Dalam persidangan MATA yang kedua di Madrasah al-Akhlak as-Salam, Guar Chempedak pada 12-13 Julai 1947, telah ditubuhkan 14 buah jabatan di bawah MATA, termasuk Jabatan Pelajaran, selain turut membincangan rancangan menubuhkan sekolah tinggi (universiti) Islam di Tanah Melayu dan mewujudkan derma pelajaran (biasiswa). MATA juga turut menekanan kepentingan membangunkan sekolah-sekolah agama “demi perlunya pendidikan untuk perjuangan.” Dalam bulan Ogos 1947, sebuah badan yang dinamakan Badan Kebajikan dan Pelajaran telah ditubuhkan oleh MATA dengan diketuai oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan dibantu oleh Ustaz Abdul Rab at-Tamimi. Badan ini bertujuan untuk menganjurkan satu kongres pendidikan di Maktab Mahmud, Alor Setar pada 1-2 September 1947 “untuk memajukan bangsa melalui pembinaan sekolah tinggi…”
Dalam kongres ini yang dihadiri oleh 300 orang ulama dan tokoh pendidikan ini, sembilan resolusi telah diluluskan termasuk menubuhkan Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR), menerbitkan buku-buku pelajaran, memperbanyakkan sekolah agama rakyat, mewujudkan derma pelajaran, menyamatarafkan silibus pendidikan, menghidupkan semula sekolah agama yang ditutup, membantahkan sekatan politik di sekolah, membantah kewujudan tauliah untuk menyekat gerakan dakwah dan menerbitkan akhbar-akhbar. LEPIR sendiri mewujudkan beberapa biro iaitu Badan Pentadbiran Pelajaran dan Pendidikan, Badan Propaganda, Badan Peperiksaan, Badan Kewangan dan Badan Hal Ehwal Am untuk menjalankan aktivitinya. Pada 15 November 1947, satu persidangan untuk menubuhkan LEPIR secara rasmi diadakan di Maahad Il Ihya as-Syariff, Gunung Semanggol dengan Ustaz Abdul Rab at-Tamimi sebagai pengerusinya dan Ustaz Harun Fahmi sebagai setiausaha.
LEPIR kemudiannya berjaya menubuhkan Pusat Pentadbiran Sekolah-sekolah Rakyat yang bertujuan menjadi payung kepada semua sekolah agama rakyat bagi mewujudkan keselarasan organisasi, pendidikan dan kurikulum. Bekas Mudir Madrasah Darul Ulum, Makkah, Sheikh Zubir Ahmad al-Filfulani dilantik sebagai pengelola pusat ini, manakala Pengerusi LEPIR, Ustaz Abdul Rab at-Tamimi menjadi nazirnya. Pergerakan aktif LEPIR yang menyatukan sekolah-sekolah agama rakyat ini bukan sahaja mendapat sokongan padu para ulama dan institusi pendidikan Islam, tetapi turut menggugat kedudukan Umno sehingga memaksa mereka menubuhkan Derma Pelajaran Umno dan mencadangkan penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur.
Dalam persidangan besar yang diadakan di Gunung Semanggol pada 13-16 Mac 1948, para ulama telah memberikan fokus kepada tiga isu utama iaitu penubuhan universiti Islam, penubuhan parti Islam dan pengendalian syarikat-syarikat perniagaan Melayu. Pada 14 Mac 1948, Persidangan MATA telah berjaya menubuhkan Hizbul Muslimin sebagai parti Islam yang pertama, sedangkan Persidangan PEPERMAS pada 15 Mac 1948, telah diputuskan penubuhan Bank Kebangsaan Melayu dan Hari Menguntum, makala Persidangan LEPIR pada 16 Mac 1948 pula bersetuju menubuhkan sebuah universiti rakyat yang dikenali sebagai Universiti Hang Tuah yang dipengerusikan oleh Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abdul Rab at-Tamimi sebagai setiausahanya. LEPIR kemudiannya berjaya menggabungkan 70 buah Sekolah Agama Rakyat di bawahnya. 
Selepas Persidangan LEPIR ini, badan pendidikan rakyat yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Rab at-Tamimi telah mengatur pertemuan dengan Persatuan Il Ihya Assyariff untuk menyusun perkara derma pelajaran dan kekurangan guru, sebelum mereka menyusun penubuhan Kuliah al-Muallimin untuk melatih guru-guru yang dirancang untuk dimulakan pada Ogos 1948. LEPIR juga memperkenalkan mata-mata pelajaran baru dalam bidang kejiwaan (psikologi), pentadbiran, bahasa asing, matematik dan lain-lain. Namun begitu, penggubalan Ordinan Darurat 1948 telah melumpuhkan pergerakan LEPIR apabila pemimpin utama mereka, Ustaz Abdul Rab at-Tamimi dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir ditahan di bawah ordinan ini pada Ogos 1948.
MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
11 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 20/1/2018
Sumber HD - 20-1-2018 





Pondok Tok Ayah Kedah : Kubu PAS Kelantan

PERANAN institusi pendidikan agama, termasuk pondok terhadap kebangkitkan gerakan Islam di Alam Melayu adalah satu fenomena selepas kejatuhan khalifah pada 1924. Baik di Indonesia mahupun Malaysia, kemunculan pondok, madrasah dan pusat-pusat pengajian tinggi Islam telah menyemarakkan kesedaran Islam, sekali gus menimbulkan kebangkitan umat dalam rangka mengembalikan semula kemuliaan Islam. Salah sebuah institusi yang berperanan besar dalam soal ini ialah Pondok Tok Ayah Kedah yang terletak di Kg Pachor, Kemumin, Kelantan yang bukan merangsang kebangkitan Islam, tetapi juga menjadi nadi pembangun kubu PAS di Kelantan.

Pondok Tok Ayah Kedah mempunyai sejarah yang menarik kerana ia bermula sebagai sebuah surau untuk pengajian agama mingguan, tetapi akhirnya bertukar menjadi sebuah pondok pada awal 1920-an, apabila Tok Ayah Kedah menetap di Kg Panchor dari Kenali. Nama Tok Ayah Kedah sebagai murid kepada ulamak-ulamak termasuk Tok Kenali, telah membuatkan pondoknya dikunjungi oleh ramai penuntut. Malangnya, di awal Perang Dunia Kedua, Tok Ayah Kedah telah meninggal dunia dan pondoknya terbangkalai. Pada 1952, anak Tok Ayah Kedah, Ustaz Nik Abdullah Mohd Arshad atau Pak Nik Lah Panchor telah membangunkan semula institusi ini di tapak pondok tersebut, tetapi dengan nama baru, Madrasah at-Tarbiyah al-Mardhiyah. Sejak itu, ia berkembang menjadi institusi pendidikan agama yang penting di Kelantan. SMU (A) Tarbiah Mardhiah yang terletak di Kg Panchor sekarang bukan sahaja sebuah sekolah agama yang terkenal, tetapi juga telah melahirkan tokoh-tokoh besar negara.

Pengasas pondok ini, Tuan Guru Haji Abdullah bin Tahir (1875-1942) atau dikenali dengan nama rasminya, Mohd Arshad adalah seorang ulamak yang berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang, tetapi berhijrah ke Kedah kerana menuntut ilmu dengan Tok Sheikh Jarum, setelah berguru dengan Tuan Minal di Seberang Perai. Ulamak yang bersusur galur dari Pattani ini kemudiannya belajar dengan Tok Kelaba dan Tok Chaok di Pattani, sebelum mendapat sentuhan ilmu dengan Tok Kenali di Kelantan. Setelah. eberapa ketika menjadi pengajar di Pondok Kenali, beluau kemudiannya diarahkan oleh Tok Kenali supaya membuka pondok di Panchor, Kemumin. Kerana berasal dari utara semenanjung, beliau lebih terkenal dengan gelaran Tok Ayah Kedah dan institusinya dipanggil Pondok Tok Ayah Kedah. Demi melanjutkan perjuangan ulamak Pattani sesudah kejatuhan negeri itu ke tangan Siam pada 1838, Tok Ayah Kedah tegar memainkan peranan dalam membangkitkan semangat perjuangan Islam di Kelantan.

Kebangkitan semula Pondok Tok Ayah Kedah dengan citra baru, Madrasah at-Tarbiyah al-Mardhiyah pada 1952 telah membolehkan ia melanjutkan perjuangan Tok Ayah Kedah dalam memacu perjuangan Islam. Ketika PAS mula berkembang di Kelantan pada akhir 1952, Pak Nik Lah Panchor, pewaris institusi Tok Ayah Kedah ini telah memilih untuk bersama perjuangan PAS, terutama selepas PAS Kota Bharu ditubuhkan pada 1954. Beliau sendiri, selain menjadi Naib Yang Dipertua PAS Kota Bharu mulai 1960, turut menjadi Penyelaras Pilihan Raya PAS Kota Bharu pada 1955, di samping merupakan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sejak 1962. Beliau kemudiannya menjadi ADUN Kota Bharu Pantai sejak 1959 hingga 1974, merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan (1967-1969) dan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa mulai 1975. Pada 1974, kawasan pilihan rayanya dikenali sebagai DUN Sering yang dipertahankannya sehingga 1982.

Pak Nik Lah yang pernah menjadi Speaker DUN Kelantan (1972-1974), adalah antara tokoh yang dicalonkan sebagai Menteri Besar Kelantan dalam merungkai krisis politik pada 1977. Dalam krisis ini, PAS telah kehilangan Kelantan, tetapi Pak Nik Lah adalah salah seorang daripada dua calon PAS yang menang dalam Pilihan Raya Umum Negeri Kelantan 1978. Beliau menjadi satu-satunya pemimpin PAS yang tidak pernah tewas dalam pilihan raya, walaupun pada saat kritikal. Pada 1986, beliau menjadi calon tunggal PAS memenangi kerusi parlimen menerusi kerusi Pengkalan Chepa. Kerusi ini dipertahankan oleh beliau sehingga 1995, sebelum digantikan oleh anaknya, Ustaz Datuk Nik Mohd Amar Abdullah selama dua penggal. Kerusi parlimen Pengkalan Chepa (dahulunya Kelantan Hilir) mencatat sejarah sebagai satu-satu kawasan yang tidak pernah dimenangi oleh Umno dalam pilihan raya umum sejak merdeka. Datuk Nik Mohd Amar sendiri kemudiannya menjadi ADUN Panchor sejak 2004, selain menjadi anggota Exco Kerajaan Negeri (2004-2013) dan kini sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Selain Pak Nik Lah dan Datuk Nik Mohd Amar, legasi Tok Ayah Kedah dalam mengukuhkan pengaruh PAS di Kelantan dapat dilihat dalam keluarga Haji Mohd Zain Mohd Arshad. Haji Mohd Zain (Ayah Wa) melahirkan beberapa tokoh seperti Usta Abdul Rahim Zain (bekas pensyarah Universiti Malaya) dan Mohd Ashari Mohd Zain (Penolong Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan). Seorang lagi cucu Tok Ayah Kedah, Ustaz Ahmad Fathan Mahmud adalah ADUN Cempaka sekarang, manakala Ustaz Dr Mohamad Md Daud, bekas ADUN Tendung yang juga bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS adalah cucu menantu Tok Ayah Kedah. Beberapa tokoh lain juga muncul dalam kelurga Tok Ayah Kedah tetapi melalui jalur pendidikan seperti Ustaz Prof Madya Dr Mohd Muhidden Abdul Rahman, pensyarah Universiti Malaya, Nilam Puri dan Prof Dr Haji Abdul Samat @ Lokman Musa, pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Di sebalik penglibatan anak cucu Tok Ayah Kedah dalam perjuangan pendidikan dan politik Islam di Kelantan, kesan pengaruh Pondok Tok Ayah Kedah sebenarnya boleh dilihat pada kuatnya PAS Pengkalan Chepa dalam menjadi benteng dan kubu di Kelantan. Selain melahirkan tokoh-tokoh pemimpin PAS yang bertaraf nasional, PAS sendiri tidak pernah tewas dalam pilihan raya di kawasan tersebut sejak 1959, kecuali ketika krisis politik 1978 dan kegagalan PAS mempertahankan kerusi DUN Kemumin dalam Pilihan Raya Kecil pada 1983 setelah tertubuhnya Hamim. PAS juga tidak pernah tewas untuk kerusi parlimen Hilir Kelantan (sekarang Pengkalan Chepa) sejak 1959 hingga sekarang, bahkan PAS pernah bercadang menamakan Presiden PAS, Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, cicit Tok Sheikh Jarum yang juga keluarga terdekat Tok Ayah Kedah untuk bertanding di Pengkalan Chepa pada 1995.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
12 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 20/1/2018
Sumber HD - 20-1-2018 












Pelaksanaan hukum syariat dalam undang-undang Kedah

PERLAKSANAAN undang-undang syariat merupakan salah satu ciri penting negara Islam, termasuk kerajaan-kerajaan Islam yang wujud di Alam Melayu. Semenjak berdirinya Kerajaan Islam Perlak pada tahun 840 Masehi sehingga lawatan Marco Polo di Samudera Pasai pada 1292, telah dicatatkan bahawa undang-undang syariat telah dikuatkuasakan di negeri-negeri tersebut. Sedangkan di Tanah Melayu, Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 adalah bukti artifak mengenai perlaksanaan syariat. Di Kelantan dan Kedah, kerajaan Islam dikatakan wujud seawal abad ke-12, manakala Hukum Kanun Melaka menjadi antara undang-undang Islam terlengkap yang pernah dilaksanakan di Tanah Melayu.
Hukum Kanun Melaka dikatakan memberi pengaruh yang besar terhadap Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang dan juga Undang-undang Kedah. Undang-undang Kedah yang bertarikh 1650 mempunyai beberapa teks undang-undang meliputi Undang-undang Pelabuhan, Undang-undang Seri Paduka Tuan, Hukum Kanun Datuk Kota Setar, Cara Membuat Bunga Emas dan Undang-undang Hijrah Seribu Seratus Sembilan Puluh Sembilan. Undang-undang Kedah dikatakan ditulis dengan bersumberkan Undang-undang Melaka, tetapi ia lebih teratur. R.O Winsted yang menterjemahkan undang-undang ini ke bahasa Inggeris dalam JMBRAS VI: 1928 mencatatkannya sebagai “The Kedah Laws.”
Berbanding dengan Undang-undang Pelabuhan yang membicarakan tentang peraturan pelabuhan dan perdagangan termasuk soal cukai kepala pendatang asing, cukai pelabuhan, cukai timah, cukai hamba, piawaian sukat timbang, keamanan pelabuhan serta misi dan duta asing yang termasuk dalam undang-undang sivil Islam; Undang-undang Seri Paduka Tuan pula membicarakan keberlakuan undang-undang jenayah syariat di negeri Kedah. Manakala Hukum Kanun Datuk Kota Setar memperkatakan tentang perilaku raja-raja dan larangan menderhaka, dan Cara-cara Membuat Bunga Emas menghuraikan tentang pembuatan bunga emas dan bunga perak untuk dihantar ke Siam sebagai ufti. Undang-undang Hijrah Seribu Seratus Sembilan Puluh Sembilan yang menyerupai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka melibatkan peraturan adat istiadat, hukum jenayah, hukum keluarga, hukum sukat timbang dan hukum berwakil. 
Undang-undang Seri Paduka Tuan yang mengandungi 16 fasal memperkatakan hukum orang mencuri, menyamun, menyabung, makan madat, berjudi, menyembah berhala, minum arak dan tuak serta perbuatan haram di sisi Islam; tanggungjawab ketua kampung untuk mengawasi orang tidak berpuasa dan tidak solat Jumaat yang boleh dikenakan takzir; pembazaran zakat pertanian; jual beli dan penjagaan haiwan ternakan; dan juga masalah tanah (ihya ul-mawat). Adapun sebahagian undang-undang jenayah dan sivil Islam terdapat juga di dalam Undang-undang Hijrah Seribu Seratus Sembilan Puluh Sembilan iaitu hukum jenayah terhadap perbuatan mencuri, merompak, membunuh, mengamuk, mengganggu isteri dan tunang orang, berhutang, memfitnah dan menuduh orang. Undang-undang ini turut mempunyai undang-undang keterangan mengikut hukum Islam.
Perlaksanaan Undang-undang Kedah semenjak tahun 1650 ini membuktikan undang-undang syariat telah berkuat kuasa dalam semua aspek kehidupan umat Islam di negara ini, termasuk undang-undang jenayah syariat. Kesalahan-kesalahan jenayah hudud seperti mencuri (sariqah), merompak (hirabah), meminum minuman keras (syarab), mengamuk (bughah), bersekedudukan (zina) dan menuduh orang berzina (qazaf), termasuk kesalahan membunuh (qisas) adalah merupakan undang-undang yang telah terpakai sejak sekian lama di Tanah Melayu. Misalnya, dalam Undang-undang Kedah dicatatkan, “Adapun hukum orang yang mencuri titah itu dibunuh atau dibelah lidahnya atau dikupas kulit kepalanya dan suatu hukum dipotong tangannya.”
Lebih menarik lagi, Undang-undang Kedah dalam mencatatkan peraturan-peraturan yang berkait dengan kesalahan jenayah, qisas dan takzir, dinyatakan pandangan al-Quran atau hukum Allah tentang hukum yang berkaitan tersebut. Dalam bab zina misalnya, ia mencatatkan, “Adapun hukum Allah Taala, jika ia muhsan itu direjam.” Kewujudan Undang-undang Kedah sejak abad ke-17 ini menunjukkan bahawa perjuangan PAS untuk menegakkan undang-undang syariat melalui pindaan Akta 355 dan juga Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 2015 adalah bukan perkara baru, tetapi mengembalikan semula undang-undang yang telah dicabul oleh penjajah setelah negara ini jatuh ke tangan mereka secara berperingkat semenjak jatuhnya Melaka pada 1511.
MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
9 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 16/1/2018
Sumber HD - 17-1-2018 







Teks tarbiyah PAS karya Dr Fathi Yakan

PERLAKSANAAN Sukatan Tarbiyah PAS 1982 sebagai aplikasi kepada program tarbiyah haraki oleh Lajnah Tarbiyah PAS Pusat telah mengenal pasti teks-teks rujukan untuk digunakan dalam program-program tarbiyah PAS. Tujuan utama penggunaan teks rujukan ini adalah untuk menyelaraskan pemikiran dan tindakan ahli-ahli PAS dalam menggerakkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Salah seorang tokoh murabbi gerakan Islam antarabangsa yang menjadi rujukan ialah Sheikh Dr Fathi Yakan iaitu pemimpin Ikhwanul Muslimin Lubnan. Antara karya beliau yang terkenal ialah Qawarib an-Najah fi Hayah ad-Du’ah atau Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah.
PAS telah memilih untuk menjadikan karya terkenal Dr Fathi Yakan ini sebagai teks tarbiyahnya, khusus untuk tujuan pembinaan syakhsiah ahli-ahli sebagai pendakwah. Sebagai pendakwah, ahli-ahli dan pemimpin PAS perlu mempunyai kekuatan dalaman melalui pengukuhan iman kepada Allah dan mengenali musuh-musuhnya dari kalangan orang-orang kafir dan munafik, sedangkan iman itu mempunyai ciri-cirinya yang disebutkan oleh al-Quran, sekali gus menghendakkan setiap pendakwah mempunyai amalan-amalan yang melibatkan hubungan dengan Allah dan juga manusia. Pemilihan buku ini sebagai teks tarbiyah dapat menjawab persoalan-persoalan yang berlegar di sekitar pendakwah.
Buku Bahtera Penyelamat yang diterbitkan pertama kali di Malaysia oleh Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam pada 1985 telah diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Ustaz Dr Zawawi Ali, di mana ia mengandungi empat bahagian utama. Bahagian pertama membahaskan tentang rintangan yang dihadapi dalam kehidupan pendakwah, manakala bahagian kedua membahaskan tujuh ciri keimanan yang mesti dimiliki oleh pendakwah. Dalam menghadapi cabaran dakwah, bahagian ketiga menjelaskan bekalan-bekalan yang mesti disediakan oleh pendakwah, sedangkan pada bahagian kelima di jelaskan dayung yang menjadi penyelamat dalam perjuangan seseorang pendakwah. 
“Keistimewaan golongan ini (pendakwah) tentunya kerana ketinggian dan keikhlasan amal-amal kerohanian yang membasahi kehidupan angkatan muharrik Islam yang seluruh keupayaannya dan jiwa raga mereka dinafkahkan ke jalan Allah,” demikian ulasan Ustaz Ya’qub Muhammad Hussin, pemilik Dewan Pustaka Fajar ketika mengulas yang hasil yang hendak dibina terhadap golongan pendakwah melalui buku ini. Dengan harapan dan sasaran yang begitu tinggi inilah, PAS telah menjadikan buku Bahtera Penyelamat ini sebagai salah satu sumber rujukan tarbiyah dalam pembentukan ahli-ahlinya, dan ia telah digunakan oleh PAS dalam program tarbiyahnya semenjak pertengahan 1980-an.
Sheikh Dr Fathi Yakan, penulis buku ini merupakan seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin Lubnan yang dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Utara Lubnan dan meninggal dunia pada 13 Jun 2009. Beliau yang berkelulusan kedoktoran falsafah dalam bidang pengajian Islam telah memimpin Front Amal Islam, iaitu sebuah cabang Ikhwanul Muslimin dan menghasil lebih 35 buah karya berkait pembentukan gerakan Islam, selain menubuhkan sebuah universiti, Jami’ah al-Jinan bersama isterinya, Dr Muna Haddad. Pada 1992, beliau menduduki kerusi Parlimen Jordan sebagai strategi dakwah silmiyah. Dalam sejarah gerakan Islam, pada 1964, Dr Fathi Yakan bersama Dr Faisal Maulawi telah menubuhkan al-Jamah al-Islamiyah, sebelum menubuhkan Jabhat al-Amal al-Isalami (Front Amal Islam) pada 2006.
Ulasan dan huraian Dr Fathi Yakan terhadap kehidupan pendakwah dalam buku ini menjadi begitu berkesan kerana ia bukan semata-mata bertolak dari keilmuan yang dimiliki oleh beliau yang begitu mendalam, tetapi juga oleh pengalaman dan penglibatan beliau dalam amal Islami sehingga beliau sangat dihormati sebagai tokoh gerakan Islam yang berwibawa pada abad ke-20. PAS sendiri, selain buku Bahtera Penyelamat, turut menjadikan beberapa karya beliau yang lain seperti Maza Yakni Intima’i lil Islam, Mutasaqitun Ala Tariq ad-Dakwah, Abjadiyat at-Tasawur al-Haraki lil Amal Islam, Kaifa Nad’u ila al-Islam dan lain-lain.
MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
8 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 15/1/2018
Sumber HD- 15-1-2018 

PAS cipta sejarah dalam PRU T'ganu 1959

SEMENJAK berlakunya perubahan politik selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, negeri-negeri Melayu mula mengadakan Pilihan Raya Umum peringkat negeri secara berasingan bermula di Perlis dan Kedah pada 20 Mei 1959, dan berakhir di negeri Pahang pada 27 Jun 1959. Negeri Terengganu adalah negeri yang pertama di Pantai Timur mengadakan Pilihan Raya Umum Negeri iaitu pada 20 Jun 1959, sebelum Pilihan Raya Umum Persekutuan diadakan pada 19 Ogos 1959. Kemenangan ini juga menjadi sejarah kerana inilah kemenangan pertama gerakan Islam di seluruh dunia dalam sistem demokrasi sejak kejatuhan Khilafah Othmaniyah pada 1924.
PAS yang pertama kali menyertai Pilihan Raya Umum di Terengganu telah melakukan kejutan apabila berjaya menewaskan Perikatan dan Parti Negara dengan memperolehi 13 daripada 24 kerusi DUN yang dipertandingkan. PAS tidak menyertai Pilihan Raya Negeri Terengganu pada 29 Oktober 1954, kerana PAS Terengganu hanya ditubuhkan pada 6 Julai 1956. Ketika menyertai Pilihan Raya Umum ini, usia PAS Terengganu baru mencecah tiga tahun.
Hari penamaan calon diadakan pada 16 Mei 1959, di mana PAS Terengganu telah berjaya menghantar calon untuk bertanding di kesemua 24 kerusi DUN yang dipertandingkan. Berikut adalah kerusi-kerusi DUN yang disertai oleh PAS iaitu Kuala Besut, Kg Raja, Ulu Besut, Besut Tengah, Setiu, Jeram, Langkap, Kuala Nerus, Batu Rakit, Kuala Terengganu Tengah, Batu Buruk, Bandar, Ladang, Bukit Besar, Binjai, Ulu Terengganu Timur, Ulu Terengganu Barat, Marang, Sura, Ulu Dungun, Paka Kerteh, Kemaman Utara, Chukai dan Kemaman Selatan.
Sebelum pilihan raya ini berlangsung, PAS telah mempunyai seorang wakil di Majlis Undangan Negeri Terengganu apabila Ahli Majlis Undangan Negeri Terengganu Kawasan Marang, Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar menyertai PAS dari Perikatan selepas tidak berpuas hati dengan Umno dalam rundingan kemerdekaan pada 1957. Dalam Pilihan Raya Umum Negeri Terengganu 1959 ini, Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar sekali lagi bertanding dengan mewakili PAS dan dapat mempertahankan kerusi tersebut. Calon-calon PAS yang berjaya dalam pilihan raya ini ialah Tuan Guru Haji Wan Said Mohd Noor (Kuala Besut), Mohd Sanari Yunus (Kg Raja), Ustaz Hussin Jusoh (Ulu Besut), Mohamad Ismail (Besut Tengah), Mohd Daud Abdul Samad (Setiu), Ustaz Ahmad Azzam Mohd Hanafiah (Jeram), Tuan Guru Haji Abdul Kadir Muhammad (Kuala Terengganu Tengah), Tuan Guru Haji Syafie Long (Binjai), Ismail Yusof (Ulu Terengganu Timur), Omar Abdul Rahman (Ulu Terengganu Barat), Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar (Marang), Abu Bakar Mohd Salleh (Sura) dan Ustaz Omar Shukri Embong (Ulu Dungun).
Sedangkan calon-calon PAS yang tewas pula ialah Mohd Rashid Su (Batu Rakit), Tuan Guru Haji Abbas Mohamad (Kuala Nerus), Ngah Awang (Langkap), Su Mahmud Dato’ Amar (Batu Buruk), Mohamad Chik (Bandar), Da Abdul Jalil Awang (Ladang), Syed Ahmad Khalid (Bukit Besar), Ahmad Mahmood (Paka Kerteh), Abdul Rahman Salleh (Kemaman Utara), Wan Ngah Abdul Rahman (Chukai) dan Syed Noh Alwee (Kemaman Utara). Perikatan telah memprolehi tujuh kerusi dan Parti Negara memenangi empat kerusi di 11 DUN yang PAS tewas ini.
Hasil daripada kemenangan yang dicapai oleh PAS dalam Pilihan Raya Umum Negeri Terengganu pada 20 Jun 1959 ini, PAS telah membentuk kerajaan yang diketuai oleh Mohd Daud Abdul Samad (Setiu) sebagai Menteri Besar Terengganu. Walau bagaimanapun, akibat krisis kepemimpinan yang berlaku, Kerajaan PAS Terengganu telah tumbang dalam undi tidak percaya pada 30 Oktober 1961. Dalam krisis kepemimpinan ini, Ustaz Ahmad Azzam Mohd Hanafiah (Jeram) dan Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar (Marang) yang masing-masing merupakan Exco Kerajaan Negeri dan Speaker DUN telah bertindak keluar PAS, manakala ADUN Parti Negara, Ismail Abbas (Langkap) pula bertindak menyertai PAS. 
Ustaz Ahmad Azzam Mohd Hanifah yang menyertai semula PAS sebelum usul undi tidak percaya tersebut telah bertindak untuk berkecuali dalam pengundian bersama Ustaz Hussin Jusoh (Ulu Besut) dan Mohamad Ismail (Besut Tengah), sedangkan Tuan Guru Haji Wan Said Mohd Noor (Kuala Besut) dan Tuan Guru Haji Abdul Kadir Mohamad (Kuala Terengganu Tengah) tidak hadir kerana diculik oleh agen Umno di Kuala Lumpur. Seorang lagi ADUN PAS, Omar Abdul Rahman (Ulu Terengganu Barat) diperintahkan keluar Dewan. Selepas undi tidak percaya ini, PAS telah memecat keahlian tiga ADUN yang berkecuali tersebut kerana mengkhianati parti, sedangkan dua ADUN yang diculik mengisytiharkan penyertaan mereka dalam Umno kemudiannya.
MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 14/1/2018
Sumber HD- 14-1-2018 










Al-Imam: Majalah Islam pertama di Nusantara

PERGOLAKAN politik umat Islam di seluruh dunia pada akhir abad ke-19 adalah difaktorkan oleh kemunduran berfikir setelah dijajah oleh kuasa Barat. Umat Islam bukan sahaja terkebelakang dalam dunia ilmu, tetapi juga telah mengalami kelumpuhan pengaruh politik yang menggoncang kekhalifahan. 
Menangani permasalahan ini, para ulama telah mengambil langkah "membangunkan semula umat yang sedang tidur" dengan mengejutkan pemikiran mereka melalui penerbitan majalah reformis Islam. Salah sebuah majalah reformis Islam yang terpenting di Nusantara ialah al-Imam yang ditubuhkan di Singapura pada 1906.
Menurut Hamka, pengasas al-Imam, Syed Mohamad Salim al-Khalali menjelaskan tujuan ia ditubuhkan adalah kerana dirinya merasa terpanggil untuk membangunkan bangsa dan kaumnya dari lena ketiduran dan kemalasan yang telah menyerang sejak bertahun-tahun. Maka, atas asas ini, edisi pertama al-Imam menggariskan tujuannya , iatu “... bertujuan untuk mengingatkan mereka yang telah lupa, membangkitkan mereka yang sedang tertidur, membimbing mereka yang tersesat dan memberikan suara kepada mereka yang berbicara dengan kebijaksanaan (hikmah).” Atas asas untuk menggerakkan kesedaran umat inilah, maka edisi pertama al-Imam berjaya diteritkan pada Julai 1906 (Jamadil Akhir 1304), dengan dicetak oleh Matbaah Melayu Tanjung Pagar, Singapura dalam tulisan Jawi.
Tokoh utama yang membangunkan al-Imam ialah para reformer Islam iaitu Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Mohamad Salim al-Khalali, Syed Mohamad bin Aqil, Sheikh Abbas Taha dan Abdullah Abdul Rahman. Syed Mohamad Salim al-Khalali bertindak sebagai mudir (director), sedang majalah al-Manar yang diterbitkan di Mesir oleh Sheikh Mohamad Abduh menjadi inspirasi utamanya. Abdullah Abdul Rahman dikatakan tokoh yang mendatangkan al-Manar ke Singapura untuk dijadikan rujukan. Sedangkan Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Abbas Taha dan Syed Mohamad Aqil adalah penulis-penulis yang progresif di sebalik penerbitan majalah ini.
Ramai pengkaji mendakwa majalah al-Imam adalah majalah Islam yang pertama di Nusantara yang bukan sahaja berasaskan Islam, tetapi turut membawa agenda pembaharuan pemikiran rakyat. Majalah al-Imam mempunyai rangkaian wakil sehingga ke Maninjau, Padang Panjang dan Betawi, selain Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu pada peringkat awal penubuhannya. Prof William Roof menganggap kemunculan al-Imam pada 1906 adalah permulaan kesedaran nasionalisme bagi orang Melayu di negara ini. Majalah ini dikatakan metamorfosis kepada majalah Urwatul Wustqa yang diterbitkan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Mohamad Abduh di Paris pada 1884 serta majalah al-Manar yang diterbitkan di Kaherah oleh Syed Mohamad Rashid Redha pada1897. Bahkan menurut Hamka, al-Imam mengambil haluan al-Manar dari segi kandungan dan objektif pembaharuannya.
Majalah al-Imam telah bertahan penerbitannya sehingga awal 1909, di mana penerbitannya terpaksa dihentikan atas faktor-faktor kewangan. Walaupun hayatnya tidak panjang, tetapi al-Imam selaku akhbar Islam yang pertama di Nusantara dan membawa agenda reformasi agama, ia telah berjaya menggerakkan kesedaran agama dan politik di kalangan umat Islam di seluruh Nusantara, kerana edarannya yang berkembang di Sumatera, Jawa dan Semenanjung Tanah Melayu. Selepas al-Imam terkubur pada 1909, muncul pula akhbar-akhbar baru yang mendukung pemikiran reformis seperti al-Munir (1911), al-Akhbar (1913), al-Munir al-Manar (1918) dan lain-lain di Sumatera; sedangkan di Tanah Melayu telah terbit Idaran Zaman (1925), al-Ikhwan (1926), Saudara (1928), Warta Malaya (1931), Majlis (1931) dan lain-lain.
Kesan daripada pemikiran pembaharuan Islam yang dibawa oleh al-Imam bukan sahaja membawa kepada kemunculan majalah-majalah reformis di Tanah Melayu, tetapi telah memunculkan madrasah-madrasah bermula dengan Madrasah al-Iqbal yang ditubuhkan oleh Syed Sheikh al-Hadi di Singapura pada 1908, sebelum ia berkembangan di Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang. Dari aspek yang lain, akhbar Saudara pula berjaya menubuhkan kelab pembacanya, Persatuan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM),  iaitu pertubuhan separa politik bertaraf nasional yang pertama di Malaya pada 1934. Kemunculan al-Imam pada 1906 bukan sahaja memulakan akhbar Islam di Nusantara, tetapi turut memacu pertumbuhan sistem pendidikan madrasah dan penubuhan organisasi Islam bertaraf nasional.
MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 13/1/2018
Sumber HD - 13-1-2018 











Islam: Agama dan kedaulatan - karya pemikiran politik yang diharamkan

PERUBAHAN politik dunia ekoran kejatuhan Khilafah Othmaniyah pada 3 Mac 1924 telah membentuk kesedaran ulama untuk membincangkan mengenai kepentingan politik, pemerintahan dan kenegaraan dalam sistem hidup umat Islam. Fahaman sekular yang melanda umat Islam akibat penjajahan Barat telah memyebabkan mereka memandang serong kepada sistem politik Islam, bahkan menganggap politik bukan sebahagian daripada agama. Menghadapi penularan fahaman sesat inilah, para ulama Melayu mula menuliskan tentang pemikiran politik Islam. 
Di kalangan ulamak Tanah Melayu, yang terawal memperkatakan tentang politik Islam selepas jatuhnya kekhalifahan ialah Tuan Hussin Kedah melalui karyanya, "Taslih Buldan" pada 1936, diikuti oleh Maulana Abdullah Noh dengan "Semangat Perajurit-perajurit Muslimin" pada 1947. Selepas Perang Dunia Kedua, Ustaz Zulkifli Mohamad telah menghasilkan karyanya, "Masyarakat dan Syariat" pada 1954, manakala Dr Burhanuddin al-Helmy menghasilkan "Agama dan Politik" dalam tahun yang sama, sebelum Sheikh Abdul Qadir al-Mandili menuliskan "Islam: Agama dan Kedaulatan" pada 1959, serta "Tatanegara Islam," karya Ustaz Budiman Radhi terbitan 1963. Perkembangan ini banyak didorong oleh kesedaran para ulamak tentang kegelinciran pemikiran umat berkait dengan politik dan kenegaraan. 
Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah "kemerdekaan yang kosong" menurut pendapat Dr Burhanuddin al-Helmy kerana perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam di atas kemerdekaan telah digagalkan oleh pemikiran kebangsaan sekular Umno. Para ulama PAS selain Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Zulkifli Mohamad, termasuklah Sheikh Abdul Qadir al-Mandili dan Ustaz Budiman Radhi mula membahaskan secara akademik tentang hakikat kenegaraan dan pemerintahan menurut kaca mata Islam. Atas sebab inilah, Sheikh Abdul Qadir al-Mandili menghasilkan beberapa karya lain seperti "Pendirian Agama Islam Daripada Kaum Feudal dan Kapitalisme dan Sosialis dan Komunisme;" "Menakutkan Daripada Memasukkan Kanak-kanak ke Dalam Sekolah Bangsa Kafir;" dan "Kebagusan Undang-undang Allah dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia." 
Sheikh Abdul Qadir Abdul Mutalib al-Mandili (1910-1965) adalah seorang ulamak yang berasal dari Tanapuli Selatan, Sumatera. Beliau yang berketurunan Mandailing ini telah mendapat pendidikan Belanda di Tanapuli sebelum berhijrah ke Tanah Melayu dan belajar agama di beberapa pondok di Kedah antara 1924-1936. Salah seorang guru beliau ialah Sheikh Wan Ibrahim Abdul Qadir (Pak Chu Him Gajah Mati), sebelum berguru dengan Sheikh Wan Ismail Abdul Qadir (Pak Da Eil) dan ulamak-ulamak lain di Mekah sejak 1936. Setelah itu beliau menjadi guru di Masjidil Haram dan berjaya menghasilkan 24 buah kitab berbahasa Melayu dan Arab dalam pelbagai bidang. Karya beliau yang paling terkenal ialah Penawar Bagi Hati, kitab tasawuf yang masih digunakan di masjid-masjid institutsi pendidikan Islam di seluruh Nusantara. Beliau dikatakan memainkan peranan utama terhadap penubuhan PAS Cawangan Mekah pada 1954. 
Selain bidang ilmu tasawuf dan fiqh ibadat, Sheikh Abdul Qadir al-Mandili juga telah berjaya menghasilkan kitab fiqh siyasah, "Islam: Agama dan Kedaulatan" yang dicetak kali kedua untuk Tanah Melayu pada 1959 oleh The United Press, Pulau Pinang hasil susunan semula oleh Pak Chu Him. Sheikh Abdul Qadir al-Mandili dalam kata pengantarnya menyebutkan bahawa buku ini ditulis sebagai "hadiah kepada saudara-saudara yang berjuang di lapangan agama Islam." Ia merupakan respon beliau terhadap kegagalan menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam sesudah kemerdekaannya, selain mengulas isu-isu berkait hukum kerjasama dengan orang bukan Islam, masalah loteri Umno, hukum menyokong selain daripada parti Islam dan sebagainya. 
Kitab "Islam: Agama dan Kedaulatan" ini telah menghuraikan tentang pemerintahan Islam, menghukum sebagai tabiat Islam, sifat-sifat kerajaan Islam, tanggungjawab kerajaan melaksanakan hukum Allah, musyawarah dalam pemerintahan, kekhalifahan dan hukum berkongsi dengan orang kafir dalam memerintah negara. Di bahagian akhir kitab ini, Sheikh Abdul Qadir al-Mandili telah menjawab isu-isu yang berbangkit di Tanah Melayu berkait politik dan undang-undang Islam. Walau bagaimanapun, ketika tercetusnya isu takfir pada tahun 1963, Kerajaan Perikatan dikatakan telah bertindak mengharam kitab ini kerana kandungannya dikatakan merugikan politik Umno. 
MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
5 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 5/1/2018
Sumber HD - 5-1-2018












Ustaz Wan Sulaiman pembangun PAS Kelantan

KEBANGKITAN politik Islam di Kelantan bermula apabila Tuan Guru Haji Hussein Che Dol, Naib Yang Dipertua Agung PAS mengadakan lawatan kerja ke Kelantan dalam bulan September 1952. Dalam rangka lawatan ini, beberapa siri penerangan tentang dasar, tujuan dan hala tuju perjuangan PAS ini, majlis pertama diadakah pada 9 September 1952 di Kampung Dalam Kemunting, Pasir Puteh, iaitu di rumah Ustaz Adam Kamil Mohd Salleh, seorang guru agama Sekolah Majlis. 
Sejarah penubuhan dan perkembangan PAS Pasir Puteh tidak boleh dipisahkan daripada tokoh besarnya, Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim yang juga ipar kepada Ustaz Adam Kamil Mohd Salleh. Setelah Ustaz Adam Kamil memimpin PAS Pasir Puteh antara 1954 hingga 1957, Ustaz Wan Sulaiman mengambil kepemimpinan PAS Pasir Puteh sebagai Yang Dipertua mulai 1957 hingga 1983. Beliau bukan sahaja menjadi watak penting dalam perkembangan PAS Pasir Puteh, tetapi juga PAS Kelantan. Sepanjang tempoh PAS memerintah Kelantan kali pertama (1959-1978), PAS Pasir Puteh berada di bawah kepemimpinan beliau sepenuhnya. 
Ustaz Wan Sulaiman adalah seorang tokoh yang lahir dalam keluarga ternama di Pasir Puteh. Ayahnya, Haji Ibrahim adalah penghulu mukim Tebing Tinggi pada zaman British dan merupakan seorang yang berharta dan berpengaruh. Antara anak Penghulu Haji Ibrahim yang terkenal ialah Haji Wan Ismail Ibrahim, seorang peguam yang pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan antara 1974-1977 dan pernah menjadi Bendahari Agung PAS pada zaman Dato' Mohd Asri Haji Muda. Manakala Ustaz Adam Kamil, Yang Dipertua PAS Cawangan Pasir Puteh yang pertama itu adalah menantunya. 
Ustaz Wan Sulaiman dilahirkan di Kampung Padang Siam, Pasir Puteh dalam tahun 1919, iaitu empat tahun selepas peristiwa Musuh Tok Janggut yang membangkitkan perjuangan politik Islam di Pasir Puteh itu. Salah satu sumbangan besar Penghulu Haji Ibrahim ialah penyediaan pendidikan yang berkualiti dalam membina anak-anaknya. Ustaz Wan Sulaiman pada awalnya memasuki Sekolah Melayu Pasir Puteh (sekarang Sekolah Lelaki Pasir Puteh) pada 1926 hingga 1931. Antara bekas pelajar sekolah ini yang terkenal ialah Haji Mohd Daud Abdul Samad, bekas Menteri Besar PAS Terengganu (1959-1961). Setelah itu, beliau diberikan didikan agama oleh ayahnya. 
Pada 1932, beliau dihantar ke Pondok Bukit Abal dan berguru dengan Tuan Guru Haji Awang selama dua tahun, sebelum memasuki Pondok Kenali. Seketika berada di pondok ini, Tok Kenali meninggal dunia dan beliau berpindah ke Masjid Muhammadi untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang, Tuan Guru Haji Yaakub Legor, Tuan Guru Haji Saad Kangkung dan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir. Pada akhir 1934, beliau memasuki pengajian tinggi di Kuliah al-Attas, Johor Bahru sehingga 1938 yang ketika itu Sheikh Fadhlullah Suhaimi adalah seorang gurunya. 
Ustaz Wan Sulaiman mula menjadi guru di Madrasah Ibrahimiyah, Padang Pak Amat mulai 1938 hingga 1940, dan menjadi guru agama Majlis pada akhir 1940 dengan mengajar Madradah Muhammadiyah Jalan Merbau (Maahad Muhammadi sekarang) sehingga 1946. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau menjadi guru di Madrasah Saniah Pasir Puteh, di samping turut mengajar di Pondok Tuan Guru Haji Wan Hassan Wakaf Bunut dan Pondok al-Balaghul Mubin, Dalam Kemunting sehingga 1951. 
Kerana kecemerlangan tugasnya, pada tahun 1951, beliau dilantik sebagai Penolong Pegawai Zakat Majlis merangkap Nazir Sekolah-sekolah Agama Majlis sehingga 1959. Dalam tahun 1959 itu, beliau selaku Yang Dipertua PAS Pasir Puteh telah meletakkan jawatan dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1959 di DUN Pasir Puteh Tengah. Ekoran kemenangan PAS pada 1959 ini, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kelantan 1959-1964. 
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Dakwah yang bertanggungjawab ke atas pendidikan Islam, Ustaz Wan Sulaiman bertanggungjawab mengatur pengambilalihan sekolah-sekolah agama di Kelantan, mewujud biasiswa pelajaran agama, mewujudkan Pegawai Muballigh, melantik guru-guru agama di sekolah kerajaan dan membangunkan masjid-surau di seluruh Kelantan. Ustaz Wan Sulaiman juga turut dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) antara 1959 hingga 1964. 
Walaupun telah melaksanakan tugas dengan cemerlang, namun Ustaz Wan Sulaiman gagal mempertahankan kerusi DUN Pasir Puteh Tengah pada 1964 dan 1969, sebaliknya memenangi kerusi Parlimen Pasir Puteh pada 1969 dan 1974. Beliau menjadi Ahli Parlimen Pasir Puteh antara 1969 hingga 1978. Selepas krisis politik Kelantan pada 1977, beliau tidak lagi bertanding dalam pilihan raya umum. Namun tetap berkhidmat sebagai Ahli Majlis MAIK semenjak 1964 dan menjadi Ahli Jawatankuasa JASA (sekarang YIK) yang ditubuhkan pada 1974. 
Krisis politik yang melanda Kelantan pada 1978 kemudiannya membawa kepada perpecahan PAS kali kedua pada 1983. Dato' Mohd Asri Haji Muda yang menubuhkan Hamim telah mendapat sokongan daripada Ustaz Wan Sulaiman. Semenjak menyertai Hamim pada 1983, beliau tidak lagi aktif berpolitik sehingga akhir hayatnya pada 25 November 2004. Sepanjang penglibatan beliau bersama PAS semenjak 1952 hingga 1983, sumbangan beliau sangat besar kepada PAS Kelantan dan Kerajaan PAS Kelantan khususnya, dan pembangunan umat Islam secara umumnya. 
MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 Januari 2018  - HARAKAHDAILY 3/1/2018
Sumber HD - 3-1-2018

Presiden Pas lancar buku Amanat Haji Hadi
Posted on Tuesday, January 02 @ 21:39:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37553



MARANG 11 Jan. - Biarpun dikecam hebat agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang didakwa memesongkan akidah umat Islam, Presiden Pas itu tidak menghiraukan desakan tersebut sebaliknya menegaskan beliau tetap akan mempertahankan amanat berkenaan.

Berikutan itu, beliau turut melancarkan buku Amanat Haji Hadi untuk cetakan kali kedua selepas selesai menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Buku setebal 74 muka surat itu bertajuk Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta selain tajuk kecil di bawahnya yang menyebut Penghuraian dan Penjelasan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang disusun oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Buku seumpama itu pernah dicetak kali pertama pada tahun 2002 dan untuk cetakan kedua tahun ini, ia telah dikemaskini bagi memperjelaskan amanat tersebut yang diterbitkan oleh Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Bagaimanapun, jumlah sebenar buku itu diedarkan tidak diketahui tetapi ia dijual RM10 senaskhah, manakala RM5 senaskhah dijual pada harga promosi sempena pelancarannya.

Selain menyempurnakan majlis pelancaran buku tersebut, Abdul Hadi sempat meluangkan masa menurunkan tanda tangan pada buku yang baru dibeli sebahagian hadirin.

Bercakap pada sidang akhbar selepas itu, Presiden Pas itu menjelaskan, beliau melancarkan semula buku Amanat Haji Hadi yang kini mendapat bantahan pelbagai pihak kerana dikatakan menimbulkan perpecahan umat Islam, adalah untuk memberi penjelasan atas kemunsykilan yang timbul.

"Untuk penjelasan lah. Petikan tak boleh, tak boleh tengok petikan dalam 10 baris saja, kena dengar sejamlah. Saya nak jelas dalam TV, tak bagi, jadi saya tulis bukulah. Sebenarnya (buku) dah tulis tahun 2002.

"Ya, kita pertahankanlah (buku Amanat Haji Hadi). (Berapa kali pelancaran buku) saya pun tak tahu lah, banyak orang lain tulis pun ada, saya tulis pun ada. Saya tak tahu orang cetak (berapa naskhah), orang lain yang cetak," katanya.

Abdul Hadi berkata, buku yang baru dilancarkan itu diharap dapat memperjelaskan kekeliruan kalangan umat Islam mengenai amanat yang dikeluarkannya pada tahun 1981 di Banggol Peradong, Manir.

Ditanya mengenai pendiriannya sama ada kandungan buku amanat tersebut tidak menyeleweng akidah umat Islam, beliau menjelaskan, itu adalah tanggungjawab beliau untuk memberi ilmu kepada masyarakat.

Abdul Hadi seterusnya menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik amanat tersebut, sebaliknya menyifatkan isu itu timbul semula kerana pilihan raya.

"Kenapa saya nak tarik, ini main-main pilihan raya saja. Tiap-tiap kali pilihan raya, adalah isu ini. Jangan macam itu, tak baik," ujarnya.

Sumber TKO - 2-1-2018














Jamiat Kheir: Penggerak Pan-Islamisme Nusantara

GERAKAN kesatuan Islam atau wehdatul Islamiyah (atau ittihad al-Islamiyah dan al-jamiah al-Islamiyah) yang biasa disebut oleh sarjana Barat sebagai gerakan Pan-Islamisme ialah satu gerakan politik Islam yang berkembang selepas Sultan Abdul Hamid II menjadi khalifah pada 1876. Gagasan ini turut diperjuangkan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani yang bergerak di Othmaniyah dan Mesir, kemudian di Perancis sejak 1871. Pada 1882, Syed Jamaluddin telah bergabung dengan Sheikh Mohamad Abduh di Perancis dalam mempelopori pembaharuan pemikiran Islam. Agenda utama pemikiran pan-Islamism adalah untuk menyatukan politik Islam dalam mempertahankan khilafah dan membendung penjajahan. 
Gerakan Pan-Islamisme yang mula dipelopori oleh Sultan Abdul Hamid II dan Syed Jamaluddin al-Afghani ini kemudiannya dikembangkan oleh Sheikh Mohamad Abduh dan Sheikh Rashid Ridha. Melalui majalah al-Urwathul Wuthqa dan al-Manar mereka menyebarkan kesedaran pan-Islamisme ini ke seluruh dunia termasuk di dunia Arab, India dan Nusantara. Perkembangan awal pemikiran ini di Nusantara dapat dilihat kepada kewujudan organisisasi pertama di Betawi (Jakarta) iaitu Jamiat Kheir yang ditubuhkan pada 1901 dan penerbitan majalah al-Imam di Singapura pada 1906. 
Penubuhan Jamiat Kheir atau Djamiat Choir ini tercetus hasil daripada kesedaran kelompok bangsawan Arab di Betawi yang menerima pengaruh dari Sheikh Mohamad Abduh menerusi Urwathul Wuthqa sejak 1884 di Paris. Pada 1898, para pemimpin Arab di Betawi telah mengadakan beberapa siri pertemuan untuk mewujudkan gerakan kesedaran dengan dipimpin oleh Mufti Betawi, Syed Uthman bin Abdullah bin Yahya, hinggalah mereka berjaya membentuk Djamiat Choir pada 1901. Organisasi ini bertujuan untuk menggerakkan kesedaran sosial dan pendidikan Islam dalam menghadapi Kristianisasi dan mempertahankan khilafah Islam.  
Pada peringkat awal ini, Djamiat Choir yang dipimpin oleh Syed Ahmad Basandiet telah mendaftarkan organisasinya kepada penjajah Belanda pada 15 Ogos 1903, tetapi tidak diluluskan kerana dilihat sebagai ancaman. Kerana itu pergerakannya ditetapkan untuk orang Arab di Pekojan, Betawi sahaja. Pada 13 Mac 1905, barulah Belanda meluluskan penubuhannya dengan Syed Fakhir Abdul Rahman al-Mashoor sebagai setiausahanya, dan mulai 17 Julai 1905 ia berdiri secara rasmi dengan Syed Idrus Abdullah al-Mashoor sebagai ketua. Seorang pendukung pan-Islamisme, Syed Abdullah Alwi al-Attas turut mengangotainya, walaupun Belanda tidak membenarkan Djamiat Choir terlibat dalam politik. Djamiat Choir mulai 1906 telah membuka keahliannya kepada orang Islam bukan Arab. 
Perkembangan organisasi Djamiat Choir selepas 1907 sangat membimbangkan Belanda sehingga ia disekat daripada berkembang ke luar Betawi. Walau bagaimanapun Djamiat Choir tetap menubuhkan sekolah-sekolahnya di Banyuwangi, Teluk Bentung, Banten dan lain-lain atas nama "Choir" atau "Choiriyah." Djamiat Choir dianggap pelopor sistem pendidikan moden di Nusantara melalui penubuhan madrasah atau sekolah-sekolahnya. Satu aspek yang menarik ialah hubungan antara Djamiat Choir dengan akhbar-akhbar di Asia Barat yang mengembangkan pan-Islamisme seperti al-Muayyad, al-Liwa, as-Siyasah al-Musyawarah, Samarat al-Funun, al-Qistah al-Mustaqim, Syamsu al-Haqiqah dan al-Adl. 
Perkembangan yang lebih menarik dalam Djamiat Choir ialah apabila bekas pejuang Tunisia, Muhammad al-Hashimi yang pernah berperang dengan Perancis telah menjadi guru di Djamiat Choir pada 1911, diikuti oleg kedatangan Sheikh Ahmad Syurkati, pejuang pembaharuan Sudan yang sangat anti Inggeris pada 1912. Pada tahun yang sama, Djamiat Choir yang telah mempunyai hubungan dengan tokoh reformis antarabangsa seperti Sheikh Rashid Ridha dan Amir Syakib Arsalan, telah terlibat membantu mangsa Perang Itali di Libya sejak 1911. Di sudut yang lain, Djamiat Choir dianggap berbahaya oleh Belanda kerana wujudnya kerjasama dengan orang Cina, terutama melibatkan Sarekat Dagang Islam (SDI) dan Kong Sing. Revolusi China pimpinan Dr Sun Yat Sen pada 1911 dengan bantuan Cina Muslim dianggap 'boleh berulang' di Indonesia melalui peranan Djamiat Choir dan SDI. 
Penglibatan Djamiat Choir dalam politik Islam tidak dapat disembunyikan apabila mereka menubuhkan percetakan HV Handel Maatschappij Setija Oesaha di Surabaya pada 1913 dengan dipimpin oleh Haji Omar Said Chokroaminoto sebagai direktor. Setija Oesaha pula menerbitkan majalah Oetoesan Hindia mulai 13 Mac 1913 dengan Chokroaminoto sebagai pengarangnya. Oleh kerana Sarekat Islam yang mula dipimpin oleh Chokroaminoto telah diterima sebagai pergerakan politik yang sah, Djamiat Choir telah bergabung dengan Sarekat Islam dalam pergerakan politik dan pernah didatangi oleh konsul Khalifah Othmaniyah, Abdul Aziz Musawi dan Galib Bek, sehingga ia menerima tekanan Belanda. 
Bagi membendung perkembangan Djamiat Choir yang dianggap berbahaya ini, Belanda telah mengambil beberapa tindakan antaranya menangkap dan menahan pimpinan Djamiat Choir, menubuhkan Budi Utama (Boedi Oetomo) dengan kebangsaan Jawa untuk menyaingi pemikiran politik Islam pada 1908 dan akhirnya bertindak membubarkan Djamiat Choir pada 1918 atas alasan pergerakan ini tidak ditubuhkan oleh anak Indonesia. Sejak itu, ia bertukar menjadi Yayasan Pendidikan Jamiat Kheir mulai 17 Oktober 1919 yang tidak lagi terlibat dalam politik Islam. 
Perjuangan Djamiat Choir walaupun dalam waktu yang relatifnya dua dekad sahaja, tetapi telah berjaya menggerakkan kesedaran pan-Islamisme di Nusantara, memulakan sistem pendidikan Islam moden, membina jaringan kerjasama umat Islam global, memajukan percetakan dan penerbitan, serta melahirkan tokoh-tokoh terkenal. Antara tokoh keluaran Djamiat Chori ialah Sheikh Ahmad Syukarti, tokoh reformis Indonesia yang terkenal; Haji Omar Said Chokroaminoto, pemimpin Sarekat Islam yang sangat berpengaruh; dan Kiyai Ahmad Dahlah, pengasas Pergerakan Muhammadiyah pada 1912. 
MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Januari 2018 -  HARAKAHDAILY 2/1/20178
Sumber HD - 2-1-2018 















Pendidikan agama isu terawal dibawa PAS ke Parlimen

PENDIDIKAN agama adalah antara keprihatinan besar para ulama di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua, sehingga pergerakan politik Islam menaja penubuhan Universiti Hang Tuah di Gunung Semanggol melalui Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) pada 16 Mac 1948, sebelum isu penubuhan Kolej Islam Malaya diangkat dalam Persidangan Alim Ulamak Malaya di Muar pada 20-21 Februari 1950. Bahkan, PAS sendiri, sejak awal penubuhannya telah mengadakan usaha-usaha ke arah penubuhan Kolej Islam sehingga wujud cadangan agar rancangan penubuhan Kolej Islam yang dipertanggungjawabkan kepada Jam'iyatul Dakwah Islamiyah Singapura pada 1948 diserahkan kepada PAS.
Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS sendiri, semenjak yang pertama pada 3 Januari 1953 hingga merdeka, isu pendidikan agama sentiasa dibangkitkan bermula dengan cadangan biasiswa pelajaran agama PAS (pertama - 1953), mewujudkan pelajaran agama Islam di Sekolah Melayu (kedua - 1953),  penubuhan sekolah agama dan Arab oleh PAS (ketiga - 1954), mewujudkan kelas agama di setiap sekolah (keempat - 1955), bantuan kewangan kepada sekolah agama (kelima - 1956) serta desakan supaya disegerakan dana pendidikan agama dan pembukaan kelas agama di sekolah (keenam - 1957), yang memperlihatkan kesungguhan PAS terhadap pembangunan pendidikan Islam di negara ini.
Di Majlis Undangan Persekutuan (Parlimen sekarang), Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan telah membangkitkan pada 20 November 1952 agar kedudukan Sekolah al-Quran diperkasa dan waktu belajar agama di sekolah ditambah ketika membahaskan Penyata Fenn-Wu 1952. Kemudian, selepas Pilihan Raya Umum 1956, wakil rakyat PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin (PAS - Krian) telah menyuarakan Manifesto PAS untuk memastikan "pelajaran agama Islam hendaklah diberatkan kepada kanak-kanak..." Di mana pada 14 Mac 1956, beliau telah membangkitkan isu bantuan kepada sekolah agama, yang kemudiannya membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Menimbang Bantuan Kewangan Kepada Sekolah Agama Islam Bukan Kerajaan yang turut dianggotai oleh wakil Krian itu. Jawatankuasa ini membuat kajian antara Ogos hingga Oktober 1956 berkait pendidikan pondok, madrasah, maahad dam kolej Islam.
Sebaik sahaja mencapai kemerdekaan, PAS mengatur langkah melalui Pilihan Raya Umum Pertama pada 1959 untuk mengukuhkan kedudukan pendidikan Islam di negara ini. Hal ini terbayang dalam memorandum PAS kepada Menteri Pelajaran pada 24 Januari 1958, "Memorandum Atas Perkara Perlaksanaan Dasar Pelajaran," yang berkait umur pelajar di sekolah Melayu, sekolah lanjutan (kelas petang dan malam) berbayar, isu bahasa kebangsaan dan pendidikan agama.
Setelah Pilihan Raya Umum 1959 tamat, dalam Sidang Pertama Parlimen Pertama yang bermula pada 11 November 1959, PAS telah mula membawa isu-isu pendidikan ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Sebaik sahaja selesai perlantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, majlis mengangkat sumpah ahli parlimen, meluluskan usul mewujudkan Aturan Mesyuarat (Standing Order) dan  pembentukan Committee of Selection untuk tujuan tersebut, PAS terus membahaskan isu-isu rakyat mulai 25 November 1959.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Utara, Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad pada 25 November 1959 telah mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran supaya membuka kelas pelajaran agama Islam terutama di sekolah Inggeris jika mempunyai tidak kurang 15 orang pelajar Islam, dengan guru digaji oleh kementerian. Bahkan Profesor Zulkifli Mohamad (PAS - Bachok) turut menimbulkan persoalan tanggungan Kerajaan Persekutuan untuk membiayai guru-guru agama di seluruh negara. Ustaz Hassan Adli (PAS - Kuala Terengganu Utara) juga mencadangkan supaya kementerian menyelaraskan sukatan pelajaran di sekolah-sekolah agama dan menubuhkan jawatankuasa khas untuknya mengikut syor Jawatankua Menimbang Bantuan Kerajaan Kepada Sekolah Agama Islam Bukan Kerajaan 1956. 
Wakil PAS itu juga mengesyorkan supaya kerajaan menyediakan asrama di sekolah-sekolah kerajaan, khususnya untuk anak-anak polis dan askar. Khadijah Mohd Sidek (PAS -Dungun) pula menimbulkan isu berkaitan Taman Asohan RIDA iaitu intitusi untuk melatih wanita melalui kursus jangka pendek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kini dikenali sebagai MARA. Beberapa isu pendidikan yang lain turut ditimbulkan oleh ahli-ahli parlimen seperti pengiktirafan ijazah Nanyang Technological University of Singapore, perperiksaan kemasukan sekolah menengah dan pendidikan rendah percuma.
Isu-isu pendidikan yang dibangkitkan oleh PAS pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat ini menunjukkan kesungguhan PAS dalam membela dan membangunkan pendidikan Islam di negara ini. Seorang pengkaji, Ismail Said (2011: 182) mengakui bahawa kesan daripada kesungguhan desakan PAS ini telah membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Penyemakan Dasar Pelajaran Razak yang diketuai oleh Dato' Abdul Rahman Talib pada 1960.
MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 1/1/2018
Sumber HD - 1-1-2018 











Istiqamah Ustaz Hashim menuju persada Mursyidul Am PAS keempat

Mohd Fadli Ghani | .












http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42796-istiqamah-ustaz-hashim-menuju-persada-mursyidul-am

Perjuangan Istiqamah Ustaz Haji Hashim Jasin Menuju Persada Mursyidul Am PAS Keempat

Saya mula mengenali dengan rapat al-fadhil Ustaz Haji Hashim Jasin ketika Pilihan Raya Kecil Arau pada 4 Julai 1998. Sebelum itu, hubungan kami hanya sebagai pemimpin dengan ahli, tetapi sejak Jun 1998 sepanjang kempen pilihan raya kecil itu sehingga menjadi wakil rakyat, saya mengenali beliau dengan rapat. Saya juga rapat dengan pemandu beliau ketika menjadi Ahli Parlimen Arau yang kami mesra dengan panggilan 'Pak Teh,' yang sentiasa setia membawa Ustaz Hashim Jasin ke mana-mana dengan Proton Wira putih yang beliau beli dengan ihsan Haji Ismail Ahmad HPA.

Hubungan rapat saya dengan Almarhum Ustaz Haji Hassan Shukri juga membolehkan saya mengetahui banyak sisi rahsia Ustaz Haji Hashim Jasin, seorang pemimpin yang tenang, peramah, suka berseloroh tetapi tajam pandangan politiknya. Ustaz Hassan Shukri adalah teman sekuliah beliau di Baghdad, selain Bapak KH Abdul Rahman Wahid (Gus Dur), pemimpin Nahdatul Ulamak yang pernah menjadi Presiden Republik Indonesia itu. Ustaz Hashim Jasin ke Baghdad pada 1964 kerana biasiswa yang diberikan oleh Presiden Abdul Salam Arif (1963-1966), Presiden Iraq yang mendukung perjuangan Ikhwanul Muslimin ketika itu melalui Pak Yusof Rawa, konsulat Iraq di Pulau Pinang. Pak Yusof Rawa menyerahkan biasiswa ini kepada PAS untuk mengirimkan 10 pemuda PAS melanjutkan pelajaran di Iraq. Begitulah bermulanya intimak Ustaz Hashim Jasin bersama PAS.

Zaman Muda Mursyidul Am PAS

Ustaz Hashim Jasin dilahirkan di Kampung Changkat Jawi, Arau, Perlis pada 1 Ogos 1939. Pada mulanya beliau belajar di Sekolah Melayu Jelempuk selepas Perang Dunia Kedua, sebelum memasuki Madrasah Alawiyah, Arau pada 1950. Ketika berada di Madrasah Alawiyah, beliau mula terdedah dengan pergerakan Islam apabila bekas Setiausaha Ikhwanul Muslimin Kaherah, Sheikh Taqiyuddin Qandil menjadi guru di sini. Sheikh Taqiyuddin Qandil berperanan menggerakan pelajar Islam di Madrasah Alawiyah, Arau dan Maktab Mahmud, Alor Setar sehingga tertubuhnya Kesatuan Pelajar Agama Kedah (KPAK) dan Kesatuan Pelajar Agama Se-Malaya (KPAS) pada 1954, yang merupakan sayap pelajar PAS ketika itu. Tokoh lain yang berpengaruh di Arau ketika ini ialah Sheikh Abu Bakar al-'Asyari, Imam Masjid Arau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis. Pada 1958, PAS telah melantik Ustaz Abu Bakar Hamzah yang berasal dari Sanglang, Perlis sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala bekas Yang Dipertua Persatuan Imam Seluruh Perlis, Ustaz Ahmad Long merupakan Pesuruhjaya PAS Perlis ketika ini.

Setelah menamatkan pengajian beliau di Madrasah Alawiyah, Ustaz Hashim Jasin mengikuti abangnya, Ustaz Ibrahim Yasin aktif bersama PAS sehingga dilantik menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis pada 1962. Ustaz Ibrahim Yasin adalah calon PAS dalam Pilihan Raya Umum 1959, sebelum menjadi pensyarah UKM. Setelah dua tahun mengetuai Dewan Pemuda PAS Perlis, beliau terpaksa berundur kerana melanjutkan pengajian di Iraq. Dengan biasiswa Kerajaan Iraq, 10 orang pemuda PAS telah bertolak ke Baghdad pada 1964. Antara mereka ialah ialah Ustaz Hassan Shukri (bekas Timbalan Presiden PAS), Ustaz Dato' Mohamad Daud Iraqi (bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat), Ustaz Ishamuddin Ahmad (bekas ADUN PAS, abang Mufti Kedah sekarang), Ustaz Dato' Sheikh Azmi Ahmad (bekas Mufti Pulau Pinang, pernah menjadi Naib Presiden PKN), Ustaz Dahlan Mohd Zain (pengasas ABIM Perlis), Ustaz Abdul Rahim Mohd Zain (pensyarah UM), Prof Hasbullah Kasban (pensyarah UTM) dan dua yang lain. Turut menyertai mereka ialah Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid (bekas Pesuruhjaya PAS Melaka). Mereka kemudiannya menubuhkan Persatuan Melayu Iraq di mana Ustaz Hashim Jasin adalah antara ahli jawatankuasanya antara 1964 hingga 1968.

Tarbiyah Ikhwan

Penghijrahan Ustaz Hashim Jasin dari Perlis ke Baghdad rupanya telah memperkukuhkan lagi pengaruh Ikhwanul Muslimin ke atas beliau. Beliau bersama pelajar-pelajar yang dihantar oleh PAS ke Baghdad telah mengikuti tarbiyah Ikhwanul Muslimin cawangan Iraq. Murabbi mereka yang terkenal termasuklah Sheikh Solleh Ali Abu Mun'im dan Dr Abdul Karim Zaidan. Melalui Persatuan Melayu Iraq, program-program tarbiyah disusun mengikut method dan silibus Ikhwanul Muslimin bagi membentuk abna'ul harakah yang mendukung perjuangan Islam. Mereka mengikuti usrah dan halaqat ilmu termasuk ilmu bahasa dan siyasah selama empat tahun. Hasil tarbiyah ini, hampir seluruh kelompok mereka menjadi tokoh-tokoh gerakan Islam yang ternama di Malaysia.

Penglibatan dalam tarbiyah Ikhwan ini adalah lanjutan tarbiyah Ikhwan yang telah diikuti di Madrasah Alawiyah yang dimurabbikan oleh Sheikh Taqiyuddin Qandil. Sezaman dengan Ustaz Jamaluddin Amini Marzuki, Ustaz Jaiz Anwar, Ustaz Johari Ahmad dan juga Ustaz Fadzil Mohd Noor yang mengikuti tarbiyah yang sama di Maktab Mahmud, Ustaz Hashim Jasin telah menerima pengaruh awal Ikhwan. Tokoh yang sangat terpengaruh dengan Ikhwan di Perlis ketika itu ialah Ustaz Abu Bakar Hamzah, yang pada asalnya Ketua Pemuda Umno Perlis, menyertai PAS pada 1955 kerana mendapati Umno tidak mengikuti landasan Ikhwan. Ustaz Abu Bakar Hamzah dan Sheikh Taqiyuddin Qandil berperanan besar mengembangkan pengaruh Ikhwan di Perlis. Pada 1958, ketika Ustaz Abu Bakar Hamzah menjawat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, beliau mengunjungi Ikhwanul Muslimin di Kaherah untuk membentuk hubungan rasmi PAS dengan Ikhwanul Muslimin. Sejumlah karya as-Syahid Hassan al-Banna telah dibawa pulang ke Tanah Melayu dan diterjemahkan oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah. Pada 1963, ketika Ustaz Hashim Jasin menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Dewan Pemuda PAS Pusat telah memutuskan supaya karya as-Syahid Hassan al-Banna, Usul 'Isyriin yang diterjemah oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah telah dijadikan teks tarbiyah rasmi PAS.

Melanjutkan proses tarbiyah yang lebih dekat dengan Ikhwan di Iraq rupanya mempunyai pendekatan yang berbeza. Kemasukan mereka ke Universiti Baghdad dengan dukungan Presiden Abdul Salam Arif, seorang simpati Ikhwan dalam kelompok Kesatuan Sosialis Arab. Tetapi kematian Presiden Abdul Salam Arif pada 13 April 1966 telah menjejaskan kedudukan Ikhwanul Muslimin di Iraq. Walaupun Presiden Abdul Rahman Arif tidak memberikan tekanan besar, tetapi penguasaan Parti Ba'ath mulai 17 Julai 1968 telah memberikan tekanan yang sangat hebat kepada Ikhwanul Muslimin Iraq. Agak bernasib baik, kerana mereka berjaya menamatkan pengajian pada akhir 1968 dan pulang ke Malaysia dengan selamat untuk melanjutkan perjuangan.

Mendukung Perjuangan

Setelah menamatkan ijazah Sarjana Muda dalam bidang syariah dan bahasa Arab di Universiti Baghdad pada 1968, Ustaz Hashim Jasin telah kembali ke Malaysia dan terus aktif bersama PAS. Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS pada 1968-1971, sebelum diberikan amanah sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis pada 1971-1973. Pada mulanya beliau berkhidmat sebagai Pegawai Agama Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) sejak 1969, tetapi mula berkhidmat sebagai Pegawai Agama Felda mulai 1972 yang memaksa beliau meninggalkan Perlis. Pada awalnya, berkhidmat di Felda akan memudahkan beliau untuk aktif kerana Felda adalah agensi di bawah Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda selaku Menteri Kemajuan Tanah dan Tugas-tugas Khas. Setelah PAS dipecat dari BN pada akhir 1977, kegiatan politik beliau mulai terbatas. Beliau berkhidmat dengan Felda sehingga bersara pada 1989. Kedudukan beliau sebagai Pegawai Felda menghalang beliau memegang jawatan utama dalam PAS.

Persaraan beliau dari Felda telah membolehkan beliau aktif semula dan terus dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perlis pada 1989 dan menjadi Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis, sebelum memangku jawatan Ketua Dewan tersebut pada 1990. Mulai 1991, Ustaz Hashim Jasin dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis, sekali gus menduduki Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat. Setelah PAS memindahkan Pejabat Agungnya ke Taman Melewar pada 1987, Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Pusat telah membeli sebahagian tanah Markaz Tarbiyah PAS Pusat itu atas nama beliau, sehingga dibangunkan pejabat tersebut. Pada 1994, beliau dilantik pula sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, jawatan yang dipegang sehingga sekarang, walaupun beliau telah melepaskan jawatan-jawatan lain sejak 2008 kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Mursyidul Am PAS

Kematian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Prof Dr Haron Din pada 16 September 2016, telah menimbulkan persoalan besar, siapakah yang layak menggantikan beliau sebagai Mursyidul Am PAS. Jawatan ini adalah tertinggi dan paling berprestij dalam PAS, sekali gus menjadi rujukan umat Islam di Malaysia. Menggantikan legasi yang ditinggalkan oleh Pak Yusof Rawa (1987-1994), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (1994-2015) dan Tuan Guru Prof Dato' Dr Haron Din (2015-2016) adalah tugas yang sangat berat bagi ulamak-ulamak dalam PAS. Penolakan jawatan tersebut oleh Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob selaku Timbalan Mursyidul Am PAS jelas menggambarkan beratnya beban jawatan tersebut.

Majlis Syura Ulamak PAS pada 9 Oktober 2016, setelah mempertimbangkan pelbagai faktor, telah secara ijmak berpandangan bahawa tokoh yang paling layak menduduki jawatan Mursyidul Am PAS ialah Ustaz Haji Hashim Jasin, ulamak yang berusia 77 tahun ini. Dengan latar belakang pendidikan agama beliau di Madrasah Alawiyah dan Universiti Baghdad, kemudian latar belakang tarbiyah Ikhwan yang diterimanya sepanjang 1950-an hingga akhir 1960-an sebelum berpadu dengan tarbiyah haraki dalam PAS, juga pengalaman kepemimpinan beliau dalam PAS sejak 1962 hingga 2008 yang bercantum dengan pengalaman profesional semasa berkhidmat dalam JAIPs dan Felda, maka beliau mempunyai kedudukan terbaik untuk menyambung kepemimpinan PAS.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS - HARAKAHDAILY 11/10/2016

Sumber HD - 11-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan TG Nik Abdul Aziz iktiraf Ustaz Hashim Jasin

HARAKAHDAILY | 


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42769-catatan-tg-nik-abdul-aziz-iktiraf-ustaz-hashim-jasin

CATATAN PENGIKTIRAFAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT KEPADA USTAZ HAJI HASHIM JASIN, MURSYIDUL AM PAS

Selepas Pilihan Raya Kecil Arau pada 4 Julai 1998, Kelantan mengadakan ceramah umum di Pasir Mas untuk meraikan kemenangan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yg juga Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Haji Hashim Jasin. Dalam ceramah perdana ini, Ustaz Hashim telah menyebutkan tentang tiga jenis manusia dalam al-Quran, iaitu:

I. Manusia rabbani
II. Manusia haiwani
III. Manusis syaitani

Selesai ucapan beliau, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan berceramah dengan menyebut:

"Ambo berasa segar dengar ceramah al-Fadhil wakil rakyat baru kita dari Arau. Manis (mantap dan berkesan) sangat. Ambo nak ceramah sikit jah malam ni, sebab bila kita dah makan kuih yang manis, kuih (ceramah) ambo yang tak berapa manis ni, kira tak jelira (tak sedap) lah..."

Demikian pengiktirafan TGNA terhadap keilmuan Ustaz Haji Hashim Jasin, Mursyidul Am baru PAS. Kata-kata TGNA masih segar dalam ingatan saya...

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS - HARAKAHDAILY 10/10/2016

Sumber HD - 10-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Pasir Puteh ditubuh, titik kebangkitan PAS Kelantan

HARAKAHDAILY | .



ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS: PAS CAWANGAN PASIR PUTEH DITUBUHKAN SEBAGAI TITIK KEBANGKITAN PAS KELANTAN

Kejayaan PAS menubuhkan cawangannya di Pasir Puteh, Kelantan pada 1 Oktober 1954 telah menjadi titik kebangkitan bagi PAS Kelantan kerana ia adalah cawangan PAS yang pertama ditubuh setelah Dr Haji Abbas Alias dilantik secara rasmi sebagai Yang Dipertua Agung PAS, dan beliau merancang membentuk PAS Negeri / Daerah yang diketuai seorang Pesuruhjaya PAS. Penubuhan PAS Cawangan (kini Kawasan) Pasir Puteh telah mengembangkan lagi pengaruh PAS di Kelantan sejak ia mula diperkenal pada akhir 1952 dan tertubuhnya PAS Cawangan Pasir Mas dan Machang pada 1953 sehingga PAS dapat berdiri sama tinggi dengan parti-parti yang ditubuhkan lebih awal di Kelantan seperti Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) dan Persatuan Melayu Kelantan (PMK), selain Umno yang wujud semenjak 1946. Salah satu kekuatan PAS di Kelantan, termasuk di Pasir Puteh ialah kerana ia dipelopori oleh golongan agama. Ustaz Haji Adam Kamil Mohd Salleh sendiri adalah guru agama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Sejarah pergerakan politik Islam di Pasir Puteh telah terkenal sejak awal 1900 apabila berlaku kebangkitan Tok Janggut pada 1915 dalam menghadapi British ketika tercetusnya Perang Dunia Pertama, di mana umat Islam di Kelantan menyokong Khilafah Othamiyah.  Perisytiharan fatwa Jihad-i-Ekbar Fardu Ain oleh Sheikhul Islam Otmaniyyah, Sheikh Khairy Effendi pada 1914, menurut Prof Dato’ Dr Nik Anuar Mahmud, telah mempengaruhi umat Islam di Kelantan sehingga berlaku kebangkitan Tok Janggut pada 1915, selain kebangkitan yang berlaku di Singapura dipimpin oleh Haji Nur alam Shah, Imam Masjid Kampung Jawa. Bertindak terhadap jihad yang dilancarkan oleh Tok Janggut, British telah menangkap, membunuh dan membakar rumah pejuang-pejuang sehingga suara-suara politik Islam hampir reda di Kelantan selepas 1915.

Selepas Kejatuhan Othmaniyah pada 1924, kebangkitan politik Islam di Pasir Puteh dipelopori pula oleh Maulana Abdullah Noh, pengasas Madrasah al-Balaghul Mubin, Dalam Kemunting. Madrasah ini menjadi pusat kegiatan politik termasuk Kesatuan Melayu Muda (KMM), Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan juga Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA), sebelum kemunculan Hizbul Muslimin pada 1948 dan juga Angkatan Suara Pemuda (ASP). Antara tokoh politik Islam yang terkenal di Pasir Puteh termasuklah Ustaz Abdul Rab Sulaiman at-Tamimi, Guru Besar Madrasah al-Balaghul Mubin yang menjadi pemimpin Hizbul Muslimin. Maulana Abdullah Noh yang menjadi tahanan British selepas Perang Dunia Kedua, kemudiannya turut hadir dalam Persidangan Agama Malaya di Gunung Semanggol pada 1947 yang menubuhkan MATA, terlibat merancang pengasasan Hizbul Muslimin dan menulis sebuah buku bertajuk “Semangat Perajurit-perajurit Muslimin” yang kemudiannya diharamkan oleh penjajah. Ordinan Darurat 1948, telah menghentikan pergerakan politik di Madrasah al-Balaghul Mubin.

Sejarah PAS Pasir Puteh pula telah menjadi permulaan bagi sejarah penubuhan PAS di Kelantan apabila Naib Yang Dipertua Agung PAS bagi Zon Utara (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu), Tuan Guru Haji Hussin Che Dol melawat Kelantan dan mengadakan majlis penerangan tentang PAS yang pertama di Kelantan di rumah Ustaz Adam Kamil Mohd Salleh pada 9 September 1952, sebelum sesi penerangan dibuat di Pasir Mas dan Kota Bharu. Dengan usaha beberapa tokoh seperti Ustaz Amaluddin Darus dan Ahmad Yatim, PAS telah dapat membuka cawangan yang pertama di Pasir Mas pada 23 Julai 1953 dengan diketuai oleh Omar Yusof, diikuti oleh penubuhan PAS Cawangan Machang pada 21 September 1953 dipimpin oleh Haji Noor Yusof. Kebangkitan PAS di Kelantan bermula apabila Pejabat Agung PAS telah mengirimkan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Othman Abdullah bersama Setiausaha Kewangan PAS, Mohd Asri Haji Muda untuk mengadakan rapat umum besar-besaran bagi mengembangkan PAS di Kelantan pada bulan Jun 1954. Rapat umum ini bermula di Pasir Mas, sebelum ia diadakan secara berturut-turut di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Machang.

Selain Ustaz Othman Abdullah dan Mohd Asri Haji Muda, tokoh yang paling aktif bergerak dalam menyusun program-program penerangan PAS di Kelantan pada 1954 ini ialah Ustaz Adam Kamil Mohd Salleh sendiri, selain Mohd Daud Salleh, Ustaz Abdul Rahman Awang Sulong (Ustaz Man Beta), Ustaz Haji Ishak Lotfi Omar, Tuan Guru Haji Mokhtar (Qadhi Bachok), Ustaz Amaluddin Darus dan lain-lain. Mohd Asri Haji Muda yang dilantik oleh Pejabat Agung PAS sebagai Pesuruhjaya PAS Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) telah memulakan inisiatif untuk mengembangkan PAS di Pasir Puteh dan Kota Bharu dalam 1954, sesudah wujudnya Cawangan PAS di Pasir Mas dan Machang. Menurut Laporan Cawangan Pasir Puteh 1954 (Fail Bil. 3 dalam PAS P.P 14/54), pada 1 Oktober 1954, Mohd Asri Haji Muda (Pesuruhjaya PAS Pantai Timur) bersama Mohd Daud Salleh (Ayah Ud) iaitu ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS dan Oma Yusof (Yang Dipertua PAS Pasir Mas) telah mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli PAS dalam jajahan Pasir Puteh di rumah Ustaz Adam Kamil Mohd Salleh di Kampung Dalam Kemunting.

Hasil daripada perjumpaan ini, PAS Cawangan Pasir Puteh telah berjaya ditubuhkan pada 1 Oktober 1954 dengan Ustaz Adam Kamil Mohd Salleh dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Cawangan yang pertama. Antara tokoh-tokoh awal PAS Pasir Puteh adalah di kalangan guru-guru Madrasah al-Balaghul Mubin seperti Ustaz Abdul Rahman Salleh dari Semerak dan Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim dari Dalam Kemunting. Tokoh lain termasuklah Ustaz Abdul Kadir Mat Saad dari Selising, Pak Su Daud dan Wan Ibrahim dari Cherang Ruku. Kebanyakka pengikut Maulana Abdullah Noh telah mendukung perjuangan PAS di Pasir Puteh, terutama apabila keluarga Ustaz Adam Kamil memimpin perjuangan PAS. Sehingga Julai 1957, PAS Cawangan Pasir Puteh telah Berjaya menubuhkan tiga Ranting PAS iaitu Ranting Sungai Kelong, Telipot dan Cherang Ruku dengan keahlian berdaftar seramai 97 orang, sedangkan ahli sebenar mencecah 200 orang. Atas kekuatan ini, PAS Cawangan Pasir Puteh meletakkan calon dalam Pilihan Raya Umum 1955 bagi kerusi Majlis Undangan Persekutuan kawasan Kelantan Timur. Calon PAS, Mohd Asri Haji Muda walaupun tewas, telah berjaya mengutip 2,922 undi.

Selepas merdeka, PAS Pasir Puteh yang mula berpengaruh sehingga dapat memenangi kerusi Parlimen Pasir Puteh serta kerusi DUN Pasir Puteh Utara (sekarang Selising), Pasir Puteh Tenggara (sekarang Semerak) dan Pasir Puteh Tengah (sekarang Limbungan). Dari segi kepemimpinan, selepas Ustaz Adam Kamil Mohd Salleh menjadi Yang Dipertua PAS Cawangan antara 1954 hingga 1957, beliau digantikan oleh iparnya, Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim (1957-1983), Cikgu Musa Salleh (1983-1992), Ustaz Othman Abdul Wahab (1992-1995), Ustaz Alwi Jusoh (1995-2005), Ustaz Muhamad Husain (2005-2007) dan Dato’ Dr Nik Mazian Nik Mohamad (2007-sekarang). Lebih menarik lagi apabila bekas-bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh mempunyai rekod menubuhkan parti serpihan PAS seperti Usaz Wan Sulaiman mengasaskan HAMIM pada 1983, Cikgu Musa Salleh menubuhkan AKIM pada 1993 dan Ustaz Muhamad Husain pula menubuhkan PASMA sebelum mengasaskan PAN pada 2015.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
5 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 5/10/2016

Sumber HD - 5-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Presiden PAS seru selamatkan Malaysia dengan Islam

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42708-presiden-pas-seru-selamatkan-malaysia-dengan-islam

PRESIDEN PAS SERU SELAMATKAN MALAYSIA DENGAN ISLAM (4 OKTOBER 2007)

PADA hari ini dalam tahun 2007, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyeru rakyat supaya menyelamatkan Malaysia dengan Islam. Beliau membuat seruan ini sebagai respons terhadap Kempen Selamatkan Malaysia yang digerakkan oleh PAS sejak Jun 2007 dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara, yang kemudiannya menjadi tema parti-parti pembangkang dalam memobilisasikan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-11, terutama oleh Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2007. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mempertegaskan bahawa kezaliman, rasuah, salah laku, sekatan ke atas Islam sehinggalah menindas gerakan Islam yang dilakukan oleh Kerajaan BN, menjadi sebab mengapa negara ini wajib diselamatkan dengan Islam.

Pada 21 Jun 2007, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki telah mengumumkan bahawa PAS akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-50 pada 31 Ogos 1957 dengan program "Kempen Selamatkan Malaysia." Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar berkata kempen ini diadakan kerana kemerdekaan negara semakin terhakis dan kedaulatan negara semakin hilang selepas 50 tahun diperintah oleh BN. Pelancaran Kempen Selamatkan Malaysia telah dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 4 Ogos 2007 di Maahad Tahfiz wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring, Terengganu. Ia kemudiannya diikuti oleh pelbagai program yang dibuat oleh pelbagai peringkat organisasi PAS dengan tema Selamatkan Malaysia.

Sepanjang tahun 2007, Malaysia telah dikejutkan dengan beberapa isu penyelewengan, salah laku dan rasuah yang besar. Antaranya ialah isu video klip seorang peguam dengan seorang hakim kanan, isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu, isu Laporan Audit Negara 2006 yang mendedahkan penyelewengan dan salah laku kerajaan, isu pembelian kapal selam Scorpene dan 18 buah jet pejuangan Sukhoi MKM-30 yang dikatakan melibatkan rasuah dan salah laku serta isu-isu sekatan ke atas kebebasan yang berleluasa. Atas asas ini, PAS telah menjadi program Kempen Selamatkan Malaysia sebagai agenda besar sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara.

Dalam pada itu juga, tema Selamatkan Malaysia turut menjadi tema perjuangan parti-parti pembangkang dalam menghadapi kezaliman BN, terutama setelah BERSIH ditubuhkan pada 23 November 2006. BERSIH yang turut disokong oleh PAS bertujuan untuk memobilisasikan tenaga rakyat dalam menuntut pilihan raya yang bersih terutama bagi pilihan raya umum yang dijangka berlangsung pada 2008. Perhimpunan BERSIH yang diadakan pada 10 November 2007 juga bertemakan Selamatkan Malaysia. Boleh dikatakan perhimpunan BERSIH ini menjadi kemuncak gerakan rakyat yang dimulakan oleh PAS pada 4 Ogos 2007 untuk Selamatkan Malaysia.

Bagi menghadapi arus kebangkitan rakyat ini, pada 4 Oktober 2007, Presiden PAS dalam satu ceramahnya kepada ahli-ahli dan penyokong PAS telah menjelaskan latar belakang kezaliman dan penyelewengan yang berlaku di seluruh dunia. Beliau menyatakan dunia Barat sangat takut kepada kebangkitan semula Islam, dan mereka berusaha menyokong aliran-aliran Islam yang liberal seperti Islam Hadhari dan memberi tekanan kepada gerakan Islam di seluruh dunia, supaya perubahan politik yang berlaku tidak menguntungkan Islam atau mengembalikan Islam sebagai agama yang berkuasa. Barat memperkenalkan pemikiran liberal dan perjuangan kebebasan asasi yang tidak berpaksi kepada agama untuk menangani kebangkitan Islam. Atas sebab itu, Presiden PAS pada 4 Oktober 2007 menyatakan wajib untuk PAS menyelamatkan Malaysia dengan Islam.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
4 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 4/10/2016

Sumber HD - 4-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Deklarasi perkasa tarbiyah Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42691-deklarasi-perkasa-tarbiyah-ijtimak-tarbawi-pemuda-pas

DEKLARASI MEMPERKASA TARBIYAH MENUTUP IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PAS PERINGKAT KEBANGSAAN DI RUSILA (3 OKTOBER 2010)

PADA hari ini dalam tahun 2010, Ijtimak Tarbawi Pemuda Kebangsaan selama tiga hari dua malam telah berakhir di Masjid Rusila, Marang dengan Deklarasi Ijtimak Tarbawi sebagai pernyataan memperkasakan tarbiyah. Ijtimak raksasa yang dianjurkan oleh Akademi Tarbiyah (AKTAR) Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai oleh Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz ini merupakan himpunan tarbawi yang pertama setelah ia terhenti semenjak pertengahan 1990-an.
Menurut Pengarah Program, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, himpunan ini adalah kesinambungan daripada perhimpunan tarbawi peringkat antarabangsa yang pernah diadakan di tempat yang sama pada tahun 1989 dan 1994, dan ia diharapkan menjadi tempat persediaan untuk membincangkan persiapan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ijtimak yang bermula dengan kuliah Maghrib oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man ini telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 1 Oktober 2010. Ia kemudiannya telah diisi oleh beberapa slot tarbiyah bermula dengan program taujihad tarbiyatur ruuhiyah oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, manakala Presiden PAS telah mengkhatamkan tafsir surah al-Hujarat selama tiga hari, di samping amanat khas amal tarbawi oleh Ahli Parlimen Ikhwanul Muslimin Mesir, Sheikh Dr Abdul Maqsud Muhammad Askar serta taujihad amal tarbawi dan amanah harakah Islamiyah oleh Murabbi PAS, Ustaz Haji Yahya Othman dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Harun Taib. Pidato-pidato lain telah disampaikan oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS), Ustaz Dato’ Haji Abu Bakar Chik (bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat 1989-1999), Haji Salahuddin Ayub (bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat 2003-2007) dan Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat).

Dengan kehadiran melebihi 5,000 peserta, termasuk peserta yang diwajibkan iaitu Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Negeri dan Dewan Pemuda PAS Kawasan, ijtimak ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan PAS sebagai sebuah harakah tarbiyah, dakwah dan siyasah. Ijtimak ini kemudiannya berakhir pada 3 Oktober 2010 dengan Deklarasi Ijtimak Tarbawi yang menggariskan enam perkara dalam memperkasakan tarbiyah, iaitu:

I. Bertekad memperkasakan tarbiyah dengan memahami dan melaksanakan program tarbiyah secara berterusan dan konsisten di dalam Dewan Pemuda PAS di seluruh peringkat;
II. Menjadikan tarbiyah merentasi tanzim, dengan erti kata nilai-nilai tarbiyah akan menguasai dan mengoreantasikan seluruh kegiatan lajnah dan jemaah;
III. Memperkukuhkan program usrah di seluruh peringkat sebagai asas dan akar kepada semua program kepartian dan politik yang lain;
IV. Demi memperkasakan tarbiyah di dalam Dewan Pemuda, maka kita sebagai peserta program Ijtimak Tarbawi 2010 bersetuju untuk mengadakan program Ijtimak Tarbawi sebagai acara tahunan;
V. Menyokong konsep kepemimpinan ulamak dan mempertahankannya untuk menerajui parti PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang memayungi umat Islam di Malaysia; dan
VI. Membina diri dan syakhsiyah dengan terus mendalami ilmu-ilmu Islam mengikut acuan al-Quran dan as-Sunnah serta hikmah para ulamak dan pejuang Islam di sepanjang zaman.

Setelah Ijtimak Tarbawi Peringkat Kebangsaan 2010 berakhir pada 3 Oktober 2010 dengan semangat deklarasi yang mahu ia dijadikan acara tahunan, Ijtimak Tarbawi 2.0 telah diadakan pada 28-30 Oktober 2011 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Selangor. Ia kemudiannya diikuti oleh Ijtimak Tarbawi 3.0 di Maahad Tahfiz al-Quran al-Muhammadi, Pagoh, Johor pada 4-6 Oktober 2013 dan Ijtimak Tarbawi 4.0 di Kompleks Yayasan an-Nahdah, Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 5-7 Disember 2014.

Ijtimak Tarbawi tidak diadakan pada tahun 2012 kerana seluruh jentera parti memberikan tumpuan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang berlangsung pada awal 2013, sedangkan Ijtimak Tarbawi 5.0 yang dirancang untuk diadakan di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 20-21 November 2015 bersempena dengan ulang tahun ke-30 Peristiwa Memali telah ditangguhkan, dan ijtimak tarbawi berikutnya dijangka akan diadakan di Pernu, Melaka pada 14-16 Oktober 2016.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 3/10/2016

Sumber HD - 3-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Burhanuddin berucap buka Kongres Ahli Tasawuf

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42683-dr-burhanuddin-berucap-buka-kongres-ahli-tasawuf

DR BURHANUDDIN AL-HELMY MENYAMPAIKAN UCAPAN PEMBUKAAN DALAM KONGRES AHLI-AHLI TASAWUF SUFIYYAH SELURUH MALAYA (2 OKTOBER 1960)

PADA hari ini dalam tahun 1960, Yang Dipertua Agung PAS, Dr Burhanuddin Mohd Noor al-Helmy telah menyampaikan ucapan pembukaan Kongres Ahli-ahli Tasawuf Sufiyyah Seluruh Malaya yang diadakan di Dewan Bandaran Kuala Lumpur. Kongres ini telah menghimpunkan kumpulan-kumpulan tareqat tasawuf dari seluruh negara dengan tujuan mengorganisasikan mereka bagi membina kekuatan umat Islam selepas negara mencapai kemerdekaan. Kongres ini kemudiannya berjaya menubuhkan Persatuan Tarekat Sufiyyah yang pernah mengadakan mesyuarat agungnya kali yang pertama pada 3 Jun 1962 yang juga dibuka oleh Dr Burhanuddin al-Helmy.

Kewujudan kumpulan-kumpulan tarekat dan tasawuf di kalangan umat Islam di Malaysia sebenarnya telah berlaku semenjak abad ke-17 lagi terutama dengan masuknya Tarekat Qadariyah dan Naqsyabandiyah ke Asia Tenggara pada zaman Sheikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri (1615-1693). Di Tanah Melayu, tokoh utama bidang tasawuf ialah Sheikh Abdul Malik Abdullah (Tok Pulau Manis) (1650-1736), penulis kitab Hikam Melayu, kemudiannya diikuti oleh Sheikh Daud Abdullah al-Fathani (1769-1847), penyebar Tarekat Syatariyah di kalangan ulamak Melayu. Semenjak itu, ilmu tasawuf mula berkembang di kalangan para ulamak Melayu di Mekah dan mula tersebar kepada murid-murid mereka di seluruh negara. Sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, kumpulan-kumpulan tarekat dan tasawuf telah tumbuh dengan banyak tanpa organisasi dan hanya bergerak mengikut aliran tasawuf masing-masing.

Salah seorang tokoh tasawuf yang terkenal di negara ini ialah Dr Burhanuddin al-Helmy. Pada usia mudanya, beliau terkenal kerana mendukung pemikiran reformasi dan menolak amalan tasawuf, walaupun bapanya sendiri adalah seorang ulamak tasawuf bertariqat Nasyabandiyah. Menurut Dr Burhanuddin al-Helmy, ketika menyiapkan kajian kedoktoran falsafah (PhD)-nya di India pada awal 1940-an, beliau telah mendalami pemikiran tokoh-tokoh tasawuf yang terkenal termasuk al-Ghazali, al-Badawi, ar-Rafi’i, ar-Rumi, al-Qusyairi, Ibnu Ata’illah dan lain-lain sehingga beliau menerima dan menjadi pengikut tasawuf. Beliau dikatakan seorang pengikut Naqsyabandiyah beraliran Chistiyah. Semenjak itu, beliau mulai terkenal sebagai seorang ahli politik yang mengamalkan tasawuf, terutama setelah beliau memimpin PAS mulai 25 Disember 1956.

Memandangkan penglibatan golongan tarekat dan tasawuf sufiyyah dalam pergerakan masyarakat sangat kecil dan ketiadaan organisasi mereka, pada tahun 1960 telah dibuat satu inisiatif untuk mengumpulkan kumpulan-kumpulan tawasuf dari seluruh negara untuk membolehkan para ahli tasawuf ini juga berperanan dalam pembentukan negara. Kongres yang diadakan pada 2 Oktober 1960 ini telah dibuka oleh Dr Burhanuddin al-Helmy. Dalam ucapannya, Dr Burhanuddin al-Helmy telah menyeru kepada para pengamal tarekat dan tasawuf supaya bangkit berjihad dalam kepemimpinan negara kerana jika golongan agama, terutama ahli-ahli tasawuf tidak terlibat dengan politik, kepemimpinan dan pemerintahan, pentadbiran negara akan dikuasai oleh golongan sekular yang tamakkan harta dan pangkat. Bagi beliau, ahli-ahli tasawuf perlu terlibat dalam politik pemerintahan untuk membentuk kerajaan yang bersih dan tunduk kepada Allah.

Beliau menyebutkan, “Janganlah lemah ahli-ahli tarekat sufiyah meneruskan jihad di tengah-tengah masyarakat kebendaan yang perlu disiram dengan siraman jiwa tauhid dan sufiyah, dan awas, dan jauhkan diri daripada tasawuf yang maghrur, tasawuf yang dirasuk oleh tipu daya musuh-musuh Islam.” Dalam konteks perjuangan berorganisasi, beliau menegaskan, “Dalam meneruskan jihad tarekat sufiyah ini, susunlah lebih kemas lagi perpaduan dan siarkanlah pelajaran-pelajaran tasawuf itu mengikut adab dan akhlak ahli-ahli tasawuf. Jangan tiru-tiru ahli fiqh. Biarlah ahli fiqh dengan gelanggangnya! Tetapi ahli tasawuf jangan tak bergelanggang, mestilah ada bergerak dalam gelanggangnya. Adakah yayasan dan perguruan tasawuf secara zaman (moden) ini, jangan jadi pak turut saja. Islam membenci pak turut dan taklik buta. Semua ahli tasawuf mestilah betul-betul menjadi at-tabi’in al-‘arifin as-sodiqin.” Ucapan beliau dalam Kongres Ahli-ahli Tasawuf Sufiyyah Seluruh Malaya pada 2 Oktober 1960 dan Mesyuarat Agung Persatuan Tarekat Sufiyah pada 3 Jun 1962 telah diterbitkan oleh Maktabah Haji Abdullah Mohd Nordin ar-Rawi pada 1966 dengan tajuk “Simposium Tasawuf dan Tariqat.”

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 2/10/2016

Sumber HD - 2-10-2016













SELAMAT ULANG TAHUN PERJUANGAN PAS KALI KE-66

(23 OGOS 1951 – 23 OGOS 2017)

PADA hari ini dalam tahun 1951, Persidangan Alim Ulamak Se-Malaya Kedua anjuran Bahagian Agama dan Pelajaran Umno di Sultan Sulaiman Kelab, Kampung Baru, Kuala Lumpur telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah badan politik Islam yang berkecuali dari Umno. Badan ini dikenali sebagai Pertubuhan Ulamak Malaya dengan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penajanya.

Dalam persidangan Pertubuhan Ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil, Seberang Perai pada 24 November 1951, pertubuhan ini dipersetujukan untuk dinamakan sebagai Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Sejak dari tarikh ini, nama PAS telah beberapa kali bertukar mengikut perkembangan politik semasa sebelum ia dinamakan sebagai Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

PAS telah melangkah gagah meredah badai perjuangan selama 66 tahun di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Prof Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Dato’ Mohd Asri Haji Muda (1969-1982), Ustaz Haji Yusof Abdullah ar-Rawi (1982-1989), Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor (1989-2002) dan kini dipimpim oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sejak 2002.

Sebagai parti yang menyambung perjuangan Hizbul Muslimin sebelumnya, PAS telah melalui 66 tahun perjuangan yang penuh sarat dengan pengalaman, pahit manis perjuangan, jatuh bangun pencapaian. Namun PAS bertegas untuk terus beristiqamah dengan dasar Islam sebagai teras perjuangan. Walau apa pun badai yang mendatang, parti Islam ini terus melangkah, dan perjuangannya pasti berbuah.

Selamat ulang tahun ke-67 perjuangan PAS menegakkan Islam di bumi Malaysia.

Mohd Fadli Ghani
Head House of Resources
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
23 Ogos 2017

Sumber BO - 23-8-2017











Sempena 15 tahun pemergian (Jun 2002-Jun 2017)













DATO' Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.  
Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih. 
Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi. 
Latar belakang keluarga
Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. 
Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam. 
Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah. 
Pendidikan
Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel. 
Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962. 
Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanah air. 
Perkahwinan
Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.
Bakat Kepimpinan
Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). 
Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. ( Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu). 
Perkhidmatan
Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978. 
Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan. 
Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.
PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh. 
Aktiviti Kemasyarakatan
Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah. 
Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.
Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO. 
Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an. 
Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:
"Kedatangan Islam yang di bawa oleh Rasullullah S.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda. Rasullullah menyebut dalam hadishnya: 
"Golongan mudalah yang menbantu perjuangan dakwah." 
Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan ,mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan. 
Inilah cita-cita kaum Quraisy, dalam kebingugan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan. 
Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda. 
Inilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan. 
Rusia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."
Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. 
Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya. 
"Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam. Peranan ‘ulama’ dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam. Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan ‘ulama’ juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar. 
Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari ‘ulama’. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya ‘Ulama’ (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam." 
Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi. 
Penglibatan dalam politik
Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985). 
Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983. 
PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia. 
Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah di mana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini. 
Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu. 
Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.
Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414. 
Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen). 
Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS. 
Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.
Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat. Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA. 
Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika. 
Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu. 
Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar. 
Perjalanan akhir yang memilukan
Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.
Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah. 
Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu. 
Riduan Mohamad Nor adalah AJK PAS Pusat.
Sumber HD - 24-6-2017 


AMANAH dan Datuk Fadzil Mohd Noor
Posted on Friday, June 23 @ 20:07:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35516



Bersempena ulang tahun kematian Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor pada 23 Jun 2002, hari ini, 23 Jun 2017, beberapa pemimpin AMANAH kelihatan mencoretkan semula pengalaman peribadi mereka bersama Almarhum, sudah tentu bersama niat tersirat untuk menunjukkan bahawa perjuangan mereka adalah selari dengan perjuangan Almarhum.

Seperti yang pernah saya beberapa kali sebutkan sebelum ini, perjuangan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sebenarnya adalah jauh berbeza dari perjuangan AMANAH sekarang, kerana Almarhum nyata mempunyai ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan parti yang Almarhum ketuai, khususnya yang membabitkan agenda perlaksanaan syariat.




Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor-lah yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 7 Julai 2001 yang membuat satu keputusan penting yang mendorong DAP menarik diri dari Barisan Alternatif (BA), satu pakatan politik yang dianggotai oleh PAS, PKN, DAP dan PRM sejak tahun 1999, pada 22 September 2001.

Keputusan penting yang tercatat kemas dalam lipatan sejarah ini adalah berbunyi bahawa “PAS tidak akan mengorbankan prinsip perjuangan dan undur ke belakang semata-mata untuk melayan kehendak Parti DAP” dan bahawa “prinsip (menegakkan Negara Islam) ini akan dipertahankan walaupun terpaksa kehilangan Parti DAP di dalam pakatan BA”.

Ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan parti ini dikekalkan oleh Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sehingga ke akhir hayat di mana sehingga Almarhum pergi mengadap Ilahi pada 23 Jun 2002 sekalipun DAP kekal berada di luar BA sehinggalah DAP dan PAS, juga PKR, kembali bekerjasama selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum 2008.

Ucapan dasar terakhir Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor pada Muktamar Tahunan PAS pada 31 Mei 2002 juga cukup tegas: “Agenda perlaksanaan syariat adalah agenda terpaling mulia dan maha besar yang perlu disegerakan oleh seluruh pimpinan negara ini. Ia adalah ibadah dan jihad yang paling awla (utama) yang perlu didepani oleh seluruh umat ini.”


Pada peringkat peribadi, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor pernah menulis kata-kata aluan di dalam salah sebuah buku saya kira-kira sebulan sebelum Almarhum pergi mengadap Ilahi, iaitu pada 20 Mei 2002, di mana kata-kata aluan Almarhum di dalam buku ini juga menjadi bukti jelas mengenai hala tuju terkini PAS jika Almarhum masih ada.

Tulis Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor di dalam buku saya ini: “PAS sebagai wadah politik Islam dan sentiasa ke hadapan dalam soal penegakan Negara Islam telah maju setapak lagi bagi merealisasikan negara ini sebenarnya menjadi Negara Islam dengan dua buah negeri yang dikuasainya diperkenalkan Enakmen Syariah yang di dalamnya terkandung Hudud dan Qisas untuk benar-benar menepati negeri-negeri berkenaan menegakkan daulah Islamiah.”

Jika benar perjuangan AMANAH diasaskan kepada perjuangan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, saya cabar pemimpin AMANAH menyebut apa yang Almarhum sebut ini, iaitu bahawa, jika AMANAH berkuasa, AMANAH juga akan memperkenalkan Enakmen Syariah yang di dalamnya terkandung Hudud dan Qisas di negeri-negeri yang dikuasainya!


FB
DR. KAMARUL AZMAN YUSOF



Sumber TKO - 23-6-2017











The Young Muslim Union: Pergerakan Islam terawal di Pulau Pinang

PULAU Pinang mempunyai latar politik Islam yang berbeza dengan negeri lain di Malaysia kerana inilah negeri yang pertama dijajah oleh British pada 1786, setelah sekian lama menjadi wilayah Kedah. Kehadiran British telah membawa sama imigran dari China dan India untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi di pulau itu. Orang-orang India dari pelbagai etnik telah berhijrah ke Pulau Pinang, termasuk sebahagiannya yang beragama Islam. Antara entik utama ialah Chulia (Tamil Muslim), Maraikkayar (Merican), Chettiar, Nagore, Rawther dan lain-lain. Berbanding dengan kebanyakkan etnik lain bermazhab Hanafi, kelompok Maraikkayar yang berasal dari Coromandel adalah bermazhab Syafie. 
Selain imigran dari India, terdapat juga komuniti Cina Islam dari Kwantung, orang Arab dan orang Aceh, di samping orang-orang Melayu yang merupakan penduduk asal Pulau Pinang. Dengan bertambahnya komuniti Islam di pulau ini, pada akhir abad ke-19 mula muncul usaha-usaha mewujudkan persatuan orang Islam, terutama setelah jatuhnya Kesultanan Mughal di India pada 1857 dan terbentuknya persatuan-persatuan Islam di Riau dan Singapura sejak 1880. Berbeza dengan orang Melayu, orang India Muslim yang menerima kesan langsung dari kejatuhan Kesultanan Mughal telah terlebih dahulu mempunyai kesedaran politik organisasi. 
Pada 1892, persatuan Islam yang pertama ditubuhkan dengan nama Peranakan Club, diketuai oleh K Patchee. Pada 1894, telah diwujudkan pula "tempat berhimpun" atau kelab yang digunakan oleh Jawi Peranakan Club, Muhammadan Cricket Club, SM Jamsyid Club dan The Muslim Recreation Club. Kelab-kelab ini merupakan persatuan-persatuan sosial dan sukan orang Islam yang tidak berbau politik, tetapi menjadi sekumpulan organisasi orang Islam yang terawal wujud di Pulau Pinang menjelang abad ke-20. 
Di samping itu juga sejak 1880-an telah wujud usaha menubuhkan badan perniagaan Islam di kalangan orang Tamil Muslim, Jawi Peranakan, Arab dan Aceh sehingga akhirnya berdiri Muslim Merchant Society pada 1912 dan Muslim Mahajana Sabha pada 1914. Sebuah pertubuhan yang lebih penting telah ditubuhkan sebagai kelab inteligen orang Islam di kalangan mereka yang terpelajar ialah Association of Young English Educated Muhammadan yang ditubuhkan pada 1 Januari 1911. Badan ini boleh dianggap yang pertama berbau politik di Pulau Pinang kerana tujuannya untuk menggalakkan orang Islam membaca akhbar, belajar bahasa asing dan juga membuat persediaan untuk menyertai perkhidmatan kerajaan. 
Setelah itu ia mula berkembang pesat, dengan pengaruh Madrasah al-Mashoor yang didukung oleh ramai reformis Islam dan peranan akhbar seperti Jawi Standard, Cahaya Pulau Pinang, Tanjung Penegeri, Bintang Timor, Jajahan Melayu dan Saudara, kesedaran politik mulai meningkat pada dekad 1920-an. Ini didorong juga oleh pengaruh Gerakan Khalifat yang berpusat di India pada 1919-1921 di mana mereka berusaha mempertahankan Khilafah Othmaniyah daripada jatuh seperti Kesultanan Mughal sebelumnya. Kesedaran politik ini kemudiannya menyebabkan Association of Young English Educated Muhammadan bertukar menjadi pergerakan politik Islam yang lebih jelas dengan nama baru, The Young Muslim Union (YMU) pada 1926 yang dianggotai oleh golongan elit berpendidikan Inggeris. 
YMU mempunyai tiga tujuan utama iaitu I) memelihara dan mengangkat nama anak-anak Islam di Pulau Pinang; II) melatih ahli-ahli supaya gemar membaca akhbar dan menjaga kesihatan; dan III) menggalakkan ahli-ahli bersahabat antara satu sama lain. Walaupun persatuan ini bersifat terhad dari segi keahliannya, tetapi ia memberi pengaruh yang besar terhadap kesedaran politik Islam pada dekad berikutnya. Pada 1927, orang-orang Melayu dan Jawi Peranakan telah menubuhkan pula Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) yang sebahagian pemimpinnya lahir dari YMU. Hasil dari galakan membaca yang dibuat, akhbar Saudara yang diterbitkan oleh Syed Sheikh al-Hadi di Pulau Pinang telah berjaya mewujudkan persatuan pembacanya dengan tertubuhnya Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) pada 1935 dengan dipimpin oleh SM Zainal Abidin, tokoh yang diasuh oleh YMU. Pada 1945, muncul pula Persatuan Melayu Seberang Perai (PMSP) yang dipimpin oleh Haji Ahmad Badawi Abdullah. 
Dalam bulan Mei 1946, PMSP, Kesatuan Melayu Pulau Pinang (KMPP) dan Pemenang telah menyertai Kongres Kebangsaan Melayu yang menubuhan Umno, di mana PMSP dan KMPP telah menyerap dalam Umno, sedangkan Pemenang kekal sebagai badan berasingan yang menyokong Umno. Tokoh-tokoh India Muslim, Arab, Jawi Peranakan dan Melayu yang diasuh oleh YMU terus memainkan peranan penting dalam politik Pulau Pinang apabila para ulamak menubuhkan PAS pada 1951. 
Dalam Persidangan Pertubuhan Ulamak Malaya pada 24 November 1951, beberapa tokoh YMU seperti BD Merican, Merican Mohd Yusof, Haji Ibrahim Aqibi, Baharum Shah Bukhari dan lain-lain turut hadir sebagai peserta persidangan yang menukar nama pertubuhan menjadi PAS. Dalam tahun 1952, dengan kesedaran politik yang terbina melalui YMU, mereka telah membuka cawangan PAS yang pertama di Tanah Melayu iaitu PAS Cawangan Bandar Pulau Pinang. Tokoh-tokoh mereka yang menonjol ialah Sheikh Ibrahim Aqibi, SA Rahman, MY Merican, BD Merican, Kassim Baba, Abdullah Mohd Mian Ibrahim, Kassim Ali Hashim Ali, Mohd Sulaiman Babachan dan Sharifah Rahmah al-Mashoor. Walau bagaimanapun, kerana krisis Kaum Muda - Kaum Tua, mereka tidak lagi aktif dalam PAS sejak akhir 1953. 
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Jun 2017
Sumber HD - 1-6-2017 

Presiden Pas Dedahkan Usaha Barat Untuk Menghancuran Gerakan Islam
Posted on Tuesday, May 23 @ 06:33:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



21 Mei 2017, PADA hari ini dalam tahun 2007, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mendedahkan peranan yang sedang dimainkan oleh Barat, terutama CIA menerusi Rand Corporation untuk melemahkan gerakan Islam di seluruh dunia, termasuk PAS.

Beliau mendedahkan demikian dalam satu temuramah dengan wartawan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Rashidi Hassan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Presiden PAS itu memberi tahu, konflik kepemimpinan yang berlaku dalam PAS dan perebutan jawatan utama dalam parti adalah kesan dari tindakan "musuh-musuh Islam antarabangsa yang turut memainkan peranan aktif" terutama oleh "badan yang ditaja oleh Barat, diwujudkan oleh CIA, iaitu Rand Corporation".

Rand Corporation adalah sebuah kumpulan pemikir dasar global Amerika Syarikat (AS) yang ditubuhkan pada 1948, kemudian menjadi pemikir utama dasar luar AS sejak berakhir Perang Dingin serta pertembungan baru Barat dan Islam dalam teori The Clash of Civilization.
Dalam menghadapi kebangkitan gerakan Islam, laporan Rand Corporation pada 2003 yang bertajuk Civil Democratic Islam telah membahagikan umat Islam kepada empat golongan iaitu fundamentalis, tradisionalis, modernis dan sekularis.

Mereka merancang untuk memperalatkan kelompok tradisionalis dan modernis bagi menghadapi fundamentalis, iaitu kumpulan yang dikatakan menentang budaya demokrasi Barat dan mahu menegakkan negara Islam yang melaksanakan syariat.

Pada 16 Mac 2006, Rumah Putih telah menerbitkan National Security Strategy yang menjelaskan strategi AS untuk menghadapi Islam. Pada 2007, Rand Corporation menerbitkan laporannya yang bertajuk Building Moderate Muslim Network yang mengatur strategi mengukuhkan kedudukan golongan moderate liberal dalam masyarakat Islam yang dikatakan tidak seimbang dalam menghadapi kemaraan gerakan Islam 'fundamentalis' yang mahu menegakkan Islam kaffah.

Rand Corporation telah menyenaraikan ciri-ciri golongan Muslim moderat liberal yang akan mendukung rancangan mereka seperti pendukung demokrasi, pejuang hak asasi manusia, kebebasan agama dan kesetaraan gender, pendukung pluralisme, golongan yang menerima sumber hukum bukan mazhab dan penentang terorisme.

Antara strategi yang disusun oleh mereka ialah menyokong gerakan modernis Islam yang mempromosi fahaman Islam liberal, melagakan kelompok fundamentalis dengan golongan tradisional dalam isu agama termasuk mazhab, menentang perjuangan fundamentalis dalam menegakkan negara Islam dan mendukung sekularisme.

Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Barat bertujuan untuk mewujudkan kebebasan demokrasi tanpa syariat kepada umat Islam seperti yang dilakukan terhadap negara komunis.

Usaha Barat mewujudkan Islam moderat adalah untuk merosakkan aqidah dan syariat Islam melalui kelompok yang dipanggil Islam Liberal atau Post Islamism. Mereka mahu mewujudkan parti Islam yang didukung oleh Muslim sekular melalui parti Islam pro agenda demokrasi sekular Barat.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi turut mendedahkan bahawa sejak kebangkitan Islam pada awal 1990-an, golongan berpendidikan Barat mula bersama gerakan Islam termasuk PAS untuk tegakkan syariat secara menyeluruh.

Barat bertindak balas dengan mewujudkan jurang ulama dan bukan ulama (profesional) yang akhirnya memecahkan kepemimpinan gerakan Islam.

Beliau mengingatkan ahli-ahli PAS supaya peka dengan strategi Barat ini, kerana ahli-ahli yang tidak peka akan terpengaruh dan menjadi alat kepada strategi Barat ini. Tend perebutan jawatan utama dalam parti sejak alaf baru ini, menurut Presiden PAS itu juga adalah kesan dari strategi Barat ini.


 Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
21 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 21/5/2016

Sumber TKO - 23-5-2017











PRK Bachok: PAS pertahan legasi Prof Zulkifli Mohamad

SEBAIK sahaja Pilihan Raya Umum 1964 yang berlangsung pada 25 April 1964 berakhir, PAS dikejutkan dengan kematian Timbalan Yang Dipertua Agungnya, Prof Zulkifli Mohamad dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Gambang, Kuantan pada 6 Mei 1964. Prof Zulkifli Mohamad yang juga adalah Ahli Parlimen Bachok semenjak 1959, baru sahaja memenangi pilihan raya tersebut dengan mengalahkan calon Perikatan, Hassan Mohamed dengan majoriti 4,318 undi. Ekoran itu, satu Pilihan Raya Kecil Parlimen Bachok terpaksa diadakan pada 27 Jun 1964. 
Kekosongan kerusi Parlimen Bachok ini sangat dirasai oleh PAS kerana ia diwakili oleh Prof Zulkifli Mohamad, seorang pemikir muda yang juga antara ahli Parlimen terbaik ketika itu. PAS telah memutuskan supaya calon PAS yang menggantikan beliau adalah seorang tokoh intelek yang tidak kalah hebatnya, dan akhirnya PAS menamakan Ustaz Abu Bakar Hamzah, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS yang ketika itu sedang berkhidmat sebagai Pengetua Sekolah Izzuddin, Perak dan pernah menjadi pegawai Kolej Islam Malaya dan pengasas Perintis Akademi Islam, Pulau Pinang. 
Prof Zulkifli Mohamad yang dilahirkan pada 1927 di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar telah mendapat pendidikan di Universiti al-Azhar dan American University of Cairo sebelum menjadi Setiausaha Kolej Islam Malaya. Sebagai pensyarah di kolej itu, beliau dianugerahkan gelar profesor oleh Universitas Sawerigading, Makasar pada 1959. 
Beliau menyertai PAS pada 1954 dan menjadi Ahli Jawatankuasa Politik PAS sebelum dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung PAS sejak 26 Disember 1956. Beliau mewakili PAS dalam Pilihan Raya Umum 1955 di Selangor Tengah, tetapi tewas, sebelum memenangi kerusi Bachok pada 1959 mengalahkan Nik Min Ali. 
Pengganti beliau, Ustaz Abu Bakar Hamzah adalah berasal dari Sanglang, Perlis dan dilahir pada 1925. Beliau mendapat pendidikan di Madrasah al-Huda, Pulau Pinang dan Madrasah Alawiyah, Arau, sebelum memasuki Sekolah Pertanian Teluk Chenai, Alor Setar pada zaman Jepun. Beliau juga pernah belajar di Kolej Islam Malaya tetapi tidak menghabiskan pengajian ijazahnya. Sebelum menyertai PAS, beliau pernah menjadi Yang Dipertua Nahdatul Ulamak Malaya dan Ketua Pemuda Umno Perlis. Pada 1956, 
beliau menyertai PAS dan menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS, Pegawai Penerangan PAS dan Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS. 
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bachok ini diadakan dengan PAS sebagai penyandangnya di mana sejak 1959 Bachok adalah kubu kuat PAS. Pada 1959, Prof Zulkifli Mohamad mendapat 13,880 undi mengalahkan Nik Min Ali (Perikatan) dengan majoriti 10,119 undi. Manakala pada 1964, Prof Zulkifli Mohamad mendapat 12,659 undi sedangkan calon Perikatan, Hassan Mohamed hanya memperoleh 8,278 undi. Pilihan raya kecil ini diadakan dengan penamaan calon dibuat pada 5 Jun 1964 di mana Perikatan telah menurunkan Abdul Ghani Sulaiman, sedangkan PAS menamakan Ustaz Abu Bakar Hamzah. Pengundian diadakan pada 27 Jun 1964. 
Pada hari pengundian, calon PAS, Ustaz Abu Bakar Hamzah yang mendapat 11,900 undi berjaya mempertahankan legasi Prof Zulkifli Mohamad setelah calon Perikatan hanya memperolehi 8,661 undi, iaitu perbezaan sebanyak 3,339 undi. Dengan kemenangan ini, PAS bukan dapat mengekalkan kerusi Parlimen Bachok, tetapi juga memiliki seorang ahli Parlimen yang lantang di Dewan Rakyat, seperti mana Prof Zulkifli Mohamad juga. Sejak pilihan raya kecil ini, Bachok kekal menjadi kubu kuat PAS sehingga hari ini. 
Dalam sejarah pilihan raya di Bachok, PAS telah mempertahankan kerusi ini dengan bergaya melalui Cikgu Mohd Zain Abdullah yang memenangi pilihan raya umum pada 1969, 1974, 1978 dan 1982. Pada 1983, dalam krisis kepemimpinan PAS, Cikgu Mohd Zain Abdullah menyertai Datuk Mohd Asri Haji Muda, bekas Yang Dipertua Agung PAS untuk menubuhkan Hamim. Bila Hamim menyertai BN pada 1985, Cikgu Mohd Zain Abdullah menjadi calon BN untuk menentang Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1986, di mana calon PAS tewas dengan 207 undi. Dalam Pilihan Raya Umum 1990, kerusi ini kembali kepada PAS menerusi Ustaz Bunyamin Yaakob selama dua penggal, sebelum diganti oleh Cikgu Wan Nik Yusof pada 1999. Namu begitu, Cikgu Wan Nik Yusof telah tewas kepada Datuk Dr Awang Adek Hussein pada 2004 dengan majoriti 6,272 undi. Pada Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013, PAS merampas semula kerusi Bachok masing-masing menerusi Ustaz Nasharudin Mat Isa (2008) dan Ustaz Ahmad Marzuk Shaary (2013). 
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
17 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 17/5/2017
Sumber HD - 17-5-2017 











Sokongan PAS kepada Penyata Razak membentuk asas Hari Guru

PENYATA Pelajaran Razak 1956 adalah salah sebuah penyata pelajaran terpenting dalam proses pembentukan dasar pelajaran kebangsaan menjelang kemerdekaan. 
Sebelum itu, Penyata Jawatankuasa Barnes 1951 dan Penyata Jawatankuasa Fenn-Wu 1952 telah menggariskan beberapa dasar berkaitan dasar pendidikan dalam menangani masalah perpaduan masyarakat. Ia adalah lanjutan daripada Penyata Jawatankuasa Cheeseman 1939 berkaitan pendidikan vokasional. Asas utama Penyata Pelajaran Razak 1956 adalah mewujudkan perpaduan melalui sistem sekolah kebangsaan dengan bahasa Melayu menjadi pengantar. 
Penyata Pelajaran Razak telah dibentangkan oleh Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak Hussain pada 15 Mei 1956 di Majlis Undangan Persekutuan. Ia bertujuan untuk menggabungkan penyata ini ke dalam Seksyen 3 Ordinan Pelajaran 1952 bagi membentuk Ordinan Pelajaran 1957. Pada asalnya, Jawatankuasa Penyiasat Pelajaran ditubuhkan oleh Menteri Pelajaran untuk mengkaji ketidakpuasan hati rakyat pelbagai kaum terhadap Penyata Barnes dan Penyata Fenn-Wu. Penyata Pelajaran Razak kemudiannya diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16 Mei 1956 dengan sokongan penuh ahli-ahli majlis tersebut, termasuk wakil tunggal pembangkang, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin (PAS - Krian). 
Wakil PAS yang berucap untuk membahas dan menyokong penyata ini pada 16 Mei 1956 telah mempertegaskan beberapa aspek, iaitu: 
I. Menyokong Penyata Pelajaran Razak dalam memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pelajaran dan bahasa kebangsaan; 
II. Mempertegaskan kedudukan dan kepentingan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan nasional; 
III. Mencadangkan semua sekolah diwajibkan menjadikan bahasa Melayu sebagai pengantar kerana masih ramai imigran yang tidak menguasai bahasa Melayu; dan 
IV. Mempersoalkan kegagalan kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah persendirian, sehingga memungkinkan sekolah-sekolah tersebut ditutup. 
Terdahulu, ketika Jawatankuasa Penyiasat Pelajaran sedang menjalankan kajiannya, pada 14 Mac 1956, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin telah membangkitkan dalam mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan supaya Jawatankuasa Penyiasat Pelajaran turut mengkaji bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat Bantuan Sekolah Agama Rakyat, sebagai sebahagian daripada isu penting dalam pembentukan dasar pelajaran. Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Menimbang Bantuan Kewangan Kepada Sekolah Agama Bukan Kerajaan yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib, Timbalan Menteri Sumbet Asli dan Kerajaan Tempatan. 
Dengan sokongan padu daripada PAS ini, proses pembentukan dasar pelajaran kebangsaan melalui Ordinan Pelajaran 1957 telah berjalan dengan lancar, terutama apabila ordinan ini diluluskan dengan sokongan penuh pada 16 Mei 1956. Tarikh ini dianggap sangat penting kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan sebelum ia dikemaskan lagi oleh Penyata Pelajaran Rahman Talib 1960. Menghargai proses pembentukan dasar pelajaran pada 16 Mei 1956 ini, tarikh tersebut telah dipilih sebagai tarikh sambutan Hari Guru setiap tahun. 
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
16 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 16/5/2017
Sumber HD - 16-5-2017 











Exco Semangat 46 pun enggan letak jawatan

YANG berlaku di Selangor sekarang hanya mengulangi episod hampir serupa di Kelantan kira-kira 21 tahun lampau. 
PAS memutus kerjasama politik dengan Parti Melayu Semangat 46 ekoran pemimpin parti itu mendedah rahsia kerajaan negeri. Presiden PAS Ustaz Fadzil Mohd Noor mengumumkan keputusan itu pada 14 Julai 1996. 
Datuk Rozali IsohakSebelum itu Pengerusi Perhubungan Semangat 46 Kelantan Datuk Mohd Rozali Isohak (Gambar) mendedahkan kerugian Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) akibat perniagaan saham. 
Selain itu turut mendakwa kerajaan negeri memberi kontrak bagi menyediakan draf Kanun Jenayah Syariah II kepada seorang peguam dari Terengganu. 
Ketika itu tiga Adun Semangat 46 berada dalam saf Exco kerajaan negeri. Rozali sebagai Timbalan Menteri Besar II. Manakala Adun Gual Periuk, Nik Mustapha Nik Loding dan Adun Jelawat, Daud Jaafar sebagai anggota Exco. 
Exco Semangat 46 juga enggan meletak jawatan ketika itu. Krisisnya jauh lebih hangat. Situasi yang berlaku tersebut boleh dianggap hampir sama, namun tidak serupa dengan kondisi sekarang.\ 
PAS sejak awal sudah mengesan Tengku Razaleigh Hamzah mahu menyertai semula Umno selepas gagal mengemudikan Semangat 46. 
Biarpun dinafi berkali-kali pemimpin Semangat 46, namun Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah mengesan bayangannya. 
Maka tidak hairanlah bekas menteri besar itu menyifatkan Semangat 46 sudah berkubur. Namun penafian Semangat 46 tidak ke mana-mana. Ku Li akhirnya menganjur sambutan ulangtahun ke-50 penyatuan bangsa Melayu pada 11 Mei 1996. 
“Ramai yang terkejut mendengar pengumuman saya untuk bekerjasama dengan kerajaan dan usaha penyatuan kita dengan Umno sekarang. Ada yang bertanya, apakah kita sudah belot dalam perjuangan. 
“Atau apakah kita sebahagian daripada soldadu lelah yang tidak upaya bertempur lagi. Tidak sama sekali. Semuanya tidak benar sama sekali. Apatah lagi kita pernah berkata, kita sanggup bertempur seribu tahun lagi dan kita sanggup mati daripada menyerah kalah dan berputih mata,” ujar Ku Li pada sambutan itu. 
Sekarang apa yang berlaku. Ku Li tidak dapat menyangkal lagi, sejarah membuktikan beliau sudah lama menyerah kalah.   
Selepas Semangat 46 dibubar akhirnya tiga Exco parti terbabit meletak jawatan. Hari ini situasinya jauh berbeza. PAS tidak dibubar untuk membolehkan anggota Exconya meletak jawatan di Selangor selepas hubungan politik terbatal. 
Adun PAS juga tidak dedah rahsia kerajaan Selangor. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Hashim Jasin menegaskan PAS sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk manfaat Islam. 
Pintu rundingan masih lagi terbuka biarpun berada di luar tahaluf siyasi. Seni politik masih luas. PAS sejak 2008 mahu mempertahan hayat kerajaan Selangor biar pun PAN, DAP dan Umno semakin panas punggung. 
Malah Penyelia Dun dan Parlimen serta ahli majlis pihak berkuasa tempatan di Kelantan dari PKR masih lagi kekal. Tiada keributan seperti di Selangor. – HARAKAHDAILY 15/5/2017

*** ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang
Sumber HD - 15-5-2017











Jemaah Pemangku Yang Dipertua Agung PAS: Merungkai Konflik Kepemimpinan PAS

PERLETAKAN jawatan oleh Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan pada 26 September 1953 telah menimbulkan krisis kepemimpinan PAS beberapa ketika. Ini kerana PAS baru sahaja mengadakan pemilihan parti sebulan sebelumnya, dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kedua pada 26-27 Ogos 1953. 
Tambahan pula Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Dr Haji Abbas Alias yang baru dipilih berada di Mekah kerana memimpin pasukan perubatan jemaah haji. Keadaan menjadi semakin sukar kerana Undang-undang Tubuh PAS 1953 tidak memperuntukkan tentang "Pemangku Yang Dipertua Agung PAS" jika berlaku sebarang insiden melibat jawatan tertinggi PAS itu. 
Faktor ketiadaan Dr Haji Abbas Alias dalam negara dan ketiadaan peruntukan undang-undang untuk memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS telah mendorong Jawatankuasa Tadbir PAS (hari ini Jawatankuasa Harian PAS) pada 30 Oktober 1953 membincangkan langkah-langkah untuk merungkai masalah ini. Dua keputusan penyelesaian dicapai iaitu; pertama, bersetuju supaya Dr Haji Abbas Alias diangkat sebagai Pemangku Yang Dipertua Agung PAS tetapi ia mesti dipersetujui sebelum 15 November 1953; atau kedua, jika Dr Haji Abbas Alias menolak, Setiausaha Agung PAS akan membuka pencalonan kepada semua Ahli Jawatankuasa Agung PAS dan semua Cawangan PAS. Kemudian nama calon-calon akan diedar untuk dipilih oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS dan semua Cawangan PAS, di mana calon yang terpilih akan disahkan sebagai Pemangku Yang Dipertua Agung PAS. 
Pada 15 November 1953, sebaik sahaja pulang dari Mekah, Dr Haji Abbas Alias telah dikunjungi tiga pimpinan PAS iaitu Ustaz Othman Abdullah (Ketua Dewan Pemuda PAS), Tuan Guru Haji Mohd Nor Mahyuddin dan Haji Abdullah Akin (Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS) untuk memaklumkan keputusan Jawatankuasa Tadbir PAS itu. Melihat krisis ini, Dr Haji Abbas Alias dilaporkan "dengan penuh keikhlasan dan keinsafan sanggup memimpin PAS ini sehingga Mesyuarat Agung yang ketiga." Pada 17 November 1953, Dr Haji Abbas Alias mengesahkan penerimaannya untuk memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS. Beliau kemudiannya secara rasmi menjadi Pemangku Yang Dipertua Agung PAS mulai 27 November 1953. 
Pada 25 Disember 1953, buat pertama kali Dr Haji Abbas Alias memimpin Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS. Beliau menegaskan, "Saya mengambil tempat ini (jawatan Yang Dipertua Agung PAS) kerana saya ingin melihat persatuan yang berdasarkan agama ini maju dan berkekalan...." Dalam mesyuarat pertama yang dipimpin oleh Dr Haji Abbas Alias ini, PAS memutuskan supaya penglibatan PAS dalam National Convention tajaan Umno-MCA ditamatkan kerana dasar-dasar mereka yang merugikan agama Islam dan orang Melayu. Walau bagaimanapun PAS mengambil pendirian untuk menyokong usaha menuntut pilihan raya segera diadakan ke arah berkerajaan sendiri. 
Dalam tempoh antara Januari hingga Mei 1954, PAS terpaksa berhadapan dengan isu-isu yang besar dalam soal kenegaraan yang memerlukan kepemimpinan yang berkesan. Antaranya ialah penghantaran Rombongan ke London pada 21 April 1954 setelah kerajaan British sedia berunding tentang tuntutan pilihan raya segera, dan pada hari yang sama berlangsung Muktamar Islam Asia Tenggara di Kuala Lumpur kerana membincangkan hukum penyertaan umat Islam dalam pilihan raya. Ini ekoran terbitnya Kertas Putih Bilangan 21 pada 1 Februari 1954 tentang cadangan mengadakan pilihan raya. Perkembangan politik Tanah Melayu sepanjang awal 1954 terfokus kepada persoalan pilihan raya yang akan diadakan dan PAS sangat memerlukan pemimpin yang berkesan, sedangkan Dr Haji Abbas Alias yang berkhidmat sebagai Pegawai Kesihatan di Pejabat Kesihatan Malaya di Kelang menghadapi masalah perhubungan dengan Pejabat Agung PAS yang terletak di Kepala Batas, Seberang Perai. 
Di sebalik usaha keras Dr Haji Abbas Alias mengemudi dan mengembangkan pengaruh PAS, pada Jun 1954, rombongan haji 1337 Hijriyah dari Tanah Melayu akan bertolak ke Mekah dan Dr Haji Abbas Alias sekali lagi akan memimpin pasukan perubatan jemaah haji. Ini memaksa beliau meninggalkan PAS antara Jun hingga November 1954, yang sekali gus memberi kesan buruk kepada kepemimpinan parti dalam menghadapi perubahan politik yang sedang berkembang ketika itu. Bagi menghadapi kelompangan kepemimpinan untuk tempoh lima bulan ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 25 Mei 1954 telah memutuskan untuk membentuk dan melantik sebuah "Jemaah Pemangku Yang Dipertua Agung PAS" untuk memimpin PAS. 
Jemaah Pemangku Yang Dipertua Agung PAS ini ditugaskan untuk mengendali dan memimpin PAS dalam tempoh pemangkuan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketiga yang dijangka diadakan dalam bulan Ogos 1954 melantik seorang Yang Dipertua Agung PAS yang baru. Tiga tokoh yang diberikan amanah untuk memimpin PAS dalam Jemaah Pemangku Yang Dipertua Agung PAS ini ialah Cikgu Ahmad Awang (Setiausaha Agung PAS), Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin (Bendahari Agung PAS) dan Haji Mansor Hassan JP (Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS). 
Mereka berfungsi sehingga Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketiga pads 12-14 Ogos 1954, di mana Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin menyampaikan Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS pada pembukaan mesyuarat agung itu, sebelum Dr Haji Abbas Alias dipilih secara rasmi sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 14 Ogos 1954 yang sekali gus merungkai masalah kepemimpinan PAS. 
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
12 Mei 2017
Sumber HD - 13-5-2017 


Detik Mula Krisis PAS-DAP
Posted on Monday, March 06 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33870



27 Mac 2014: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharum, memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan menyokong rang undang-undang persendirian bagi membolehkan Kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.

2 April 2014: Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob, mengumumkan bahawa mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan bersetuju untuk menyiapkan dua rang undang-undang persendirian untuk mendapat kebenaran dan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan Kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.

3 April 2014: Bekas Pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh, menyatakan penentangan DAP ke atas hudud adalah asas kepada kewujudan DAP, hudud pastinya bukan undang-undang untuk zaman dan waktu sekarang, dan kelulusannya tidak akan mendatangkan manfaat kepada negara.

9 April 2014: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, menyatakan DAP tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian bagi membolehkan hudud dilaksanakan kerana hudud bukan sebahagian daripada konsensus Pakatan Rakyat.

11 April 2014: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyatakan semua pihak, terutamanya yang beragama Islam, wajib menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan bagi membolehkan hudud dilaksanakan.

19 April 2014: Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen PAS Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan sokongan PAS Pusat kepada langkah Kerajaan Kelantan untuk membentangkan dua rang undang-undang persendirian bagi membolehkan hudud dilaksanakan.

24 April 2014: Ahli Jawatankuasa DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo, menyatakan jika PAS berkeras untuk membentangkan rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan, maka ia boleh menjangkakan penentangan penuh, tegas dan terbuka dari DAP.

25 April 2014: Teo Nie Ching, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Kulai, menyatakan inilah masanya untuk PAS Kelantan melihat ke dunia sekeliling dan memahami bahawa hudud adalah bercanggah dengan perlembagaan serta tidak sesuai untuk sebuah masyarakat berbilang bangsa dan berbilang agama seperti Malaysia.

25 April 2014: Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng, menyatakan DAP akan menentang sebarang rang undang-undang persendirian, baik dari PAS atau dari UMNO, bagi membolehkan hudud dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan perlembagaan.
25 April 2014: Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook, menyatakan sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat.

26 April 2014: Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohamad Arif Sabri Abdul Aziz, menyatakan jika PAS benar-benar bersungguh untuk melaksanakan apa yang ia mahu lakukan, maka ia perlulah membuat tindakan yang wajar, iaitu berundur dari Pakatan Rakyat.

27 April 2014: Ahli Jawatankuasa DAP merangkap Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo, menyatakan mungkin PAS perlu dengan seriusnya mempertimbangkan semula kerelevanan kewujudannya dalam Pakatan Rakyat.

30 April 2014: Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, menyatakan PAS tiada tempat dalam Pakatan Rakyat jika ia terus berkeras dengan agendanya untuk melaksanakan hudud.

Sumber TKO - 6-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Perlembagaan Malaya: Rangka awal pemikiran kenegaraan PAS

PERJUANGAN menuntut kemerdekaan yang dipacu oleh PAS membawa konsep yang tersendiri kerana hasrat parti Islam ini mahukan sebuah negara yang melaksanakan syariat ditegakkan di atas runtuhan penjajah. Sebagai sebuah parti yang masih baru, pada 27 April 1953, PAS telah menyertai National Conference, sebuah persidangan yang menggabungkan parti-parti politik di Malaya anjuran 16 orang kenamaan termasuk tujuh orang Menteri Besar bagi menuntut pilihan raya segera ke arah berkerajaan sendiri. Kerana penglibatan PAS dalam badan ini, di mana Yang Dipertua Agung PAS, 
Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa National Conference, PAS telah menggariskan satu konsep negara yang menjadi asas kepada semua perundingan PAS berkaitan isu-isu kenegaraan. Konsep dasar ini telah dinamakan sebagai "Perlembagaan Malaya." 
Perlembagaan Malaya yang digubal oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26 Mei 1953 ini telah merangka garis-garis besar tentang bentuk negara Tanah Melayu merdeka, yang sekali gus memperlihatkan komitmen PAS untuk mengambil pendekatan demokrasi sebagai pendekatan perjuangannya sebagaimana yang disebut dalam Program Politik PAS. Ia menjadi testament politik PAS ketika bersama National Conference, kemudiannya National Convention dan juga pakatan politik yang lain pra merdeka. Ia juga merupakan terjemahan sikap PAS yang disebut oleh Yang Dipertua Agungnya bahawa kerjasama politik ini tidak akan mengikat PAS, bahkan PAS boleh berkecuali jika pendirian mana-mana badan yang disertainya bercanggah dengan prinsip-prinsip asas yabg digariskan oleh PAS menerusi Perlembagaan Malaya. 
Perlembagaan Malaya ini pada asasnya menggariskan lima prinsip utama yang pegang oleh PAS untuk semua perundingan dalam soal kenegaraan. Lima prinsip tersebut ialah:
I. Nama perlembagaan negara;
II. Agama negara;
III. Bahasa rasmi negara;
IV. Corak kerajaan; dan
V. Kerakyatan. 
PAS memutuskan perlembagaan negara ini mestilah dinamakan sebagai "Perlembagaan Persekutuan Semenanjung Tanah Melayu" atau "The Constitution of the Federation of Malay Peninsula." PAS menolak perkataan Malaya kerana perkataan ini bukan sahaja berbau penjajah, tetapi tidak menggambarkan orang Melayu sebagai tuan punya negeri yang mempunyai hak ketuanan secara mutlak ke atas Tanah Melayu. Nama negara yang disebut sebagai Persekutuan Semenanjung Tanah Melayu menunjukkan bahawa hak ketuanan dan kebangsaan negara ini mestilah Melayu, dan orang asing boleh diberikan hak sebagai imigran secara terhad. Nama Tanah Melayu adalah nama asal yang sangat sesuai pada bunyi, makna dan isinya. 
Kedua, PAS mempertegaskan Islam hendaklah dijadikan agama rasmi negara dan sekali gus menjadi dasar negara. Islam menjadi agama rasmi bagi semua sembilan buah negeri Melayu dan empat buah wilayah Negeri-negeri Selat iaitu Melaka, Pulau Pinang, Seberang Perai dan Singapura, di mana PAS mahu sebuah kementerian khas diwujudkan untuk memusatkan pentadbiran agama. Hal ini sesuai dengan tujuan PAS untuk memperjuangkan tertegaknya syariat Islam di negara ini, sekali gus menolak pendekatan sekular dalam soal kenegaraan. Ketiga, bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi bagi Persekutuan Semenanjung Tanah Melayu, sedangkan bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua untuk suatu tempoh sementara dalam masa peralihan. Oleh kerana bahasa Melayu adalah bahasa anak negeri dan ia telah diterima sebagai bahasa pengantar oleh rakyat, maka ia perlu menjadi bahasa negara, iaitu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi Tanah Melayu. 
Keempat, PAS memberikan fokus kepada corak atau bentuk kerajaan bagi Persekutuan Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa aspek yang ditekankan oleh PAS iaitu negara ini mestilah berbentuk persekutuan (federal), iaitu gabungan negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Persekutuan ini ditadbir secara demokrasi di mana sebuah dewan perwakilan rakyat (parlimen) dibentuk sebagai majlis tertinggi dengan ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Pentadbiran awam dijalankan oleh kuasa eksekutif melalui penubuhan kementerian-kementerian di mana sebuah jemaah menteri (kabinet) yang bertanggungjawab kepada dewan perwakilan rakyat dibentuk untuk menjalankan pentadbiran awam negara. Dan kelima, soal kerakyatan. PAS berpegang bahawa dasar kerakyatan sedia ada mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Pindaan 1952) adalah wajar dikekalkan, di mana imigran tidak diberikan kerakyatan secara mudah, sebaliknya melalui syarat-syarat yang ketat. 
Pada asasnya, PAS telah mempunyai pandangan yang terkehadapan tentang realiti politik dan bentuk negara ini apabila berkerajaan sendiri. Selain mahu negara ini diberikan hak ketuanannya kepada pemilik asal iaitu orang Melayu, PAS juga mahukan kedudukan Islam sebagai dasar negara serta perlaksanaan syariat ditegaskan, selain kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Dalam menentukan corak kerajaan, PAS memilih bentuk negara persekutuan yang mengamalkan demokrasi berparlimen dengan kuasa rakyat untuk memilih kerajaan dan kewujudan pengasingan kuasa antara eksekutif (jemaah menteri) dan legislatif (dewan perwakilan). Setelah Perlembagaan Malaya ini dibentuk, ia telah menjadi asas kepada PAS dalam semua perundingan kenegaraan dalam National Conference dan National Convention antara 1953 hingga 1954. 
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Mac 2017
Sumber HD - 2-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 











Sarekat Islam: Perintis pergerakan politik Islam

PERUBAHAN politik Nusantara ekoran bermulanya penjajahan Portugis di Melaka pada 29 Ogos 1511, diikuti oleh kedatangan Belanda (1595) dan Inggeris (1786) yang telah menyebabkan Alam Melayu mulai terjajah secara berperingkat apabila kerajaan-kerajaan Islam yang wujud sejak tahun 1292 telah jatuh ke tangan kuasa-kuasa Barat. Kehancuran kuasa politik Islam telah ditandai oleh pecahnya Kerajaan Melayu Johor Riau melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, diikuti runtuhnya Kerajaan Melayu Pattani (1902), berakhirnya Kerajaan Melayu Aceh (1903) dan bubarnya Kerajaan Melayu Banjar (1905). 
Di Jawa sendiri, kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam seperti Kesultanan Demak (1475-1548), Kesultanan Ceribon (1430-1666), Kesultanan Banten (1527-1813) dan Kesultanan Mataram (1588-1681), telah membolehkan Belanda meluaskan pengaruh mereka dengan menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada 1602. Selepas jatuhnya Belanda dalam Perang Nepoleon di Eropah pada 1806, mulai 1808, setelah VOC dibubarkan pada 1799, Belanda telah menjadikan Hindia Timur (Indonesia) sebagai jajahannya, terutama selepas Konvensi London 1814. Abad ke-19 menjadi abad yang menyaksikan siri-siri perperangan umat Islam dalam mempertahankan tanah air mereka. Tercetusnya Perang Maluku (1817), Perang Sulawesi (1824), Perang Dipinegoro (1825-1830), Perang Paderi (1821-1838), Perang Aceh (1873-1903) dan Perang Banjar (1883-1905) adalah sebahagian dari penentangan umat Islam terhadap penjajahan. Dengan berakhirnya Kerajaan Aceh (1903) dan Kerajaan Banjar (1905), bermakna kekuasaan politik umat Islam telah berakhir, kerana beberapa kesultanan yang masih ada telah tunduk dan jatuh ke tangan Belanda. 
Di sebalik kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam ini, penubuhan Rusyidiyah Klab atau Jam'iyatul Rusyidiyah di Pulau Penyengat pada 1800 sebagai lanjutan dari Jam'iyatul Fathaniyah yang ditubuhkan di Mekah pada 1873, telah memberi nafas baru kepada perjuangan politik umat Islam. Dengan pengaruh Raja Ali Kelana dan Syed Sheikh al-Hadi, telah tertubuh pula Jam'iyatul al-Khariyah di Riau, kemudian satu badan yang serupa ditubuhkan di Betawi (Jakarta) pada 1901. Belanda kemudiannya menaja Jam'iyat Choiry yang dipimpin oleh R.M.T  Adhisuryo untuk menyaingi badan kebajikan Islam itu. Pada 16 Oktober 1905, seorang pedagang, Haji Samanhudi telah menubuhkan Sarekat Dagang Islam (SDI) di Surakarta, Solo untuk menyaingi pedagang Cina. Serentak dengan itu juga, ditubuhkan Sarekat Islam sebagai sebuah pergerakan politik bagi membela umat Islam setelah kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam. Sebagai mana SDI, Sarekat Islam turut dipimpin oleh Haji Samanhudi. Pada 1909, SDI pula disaingi oleh R.M Tirtoadisuryo yang menubuhkan Sarekat Dagang Islamiyah yang ditaja Belanda. 
Perkembangan Sarekat Islam menjadi lebih menarik apabila Haji Omar Said Choakroaminoto menyertai Sarekat Islam dan diangkat sebagai pemimpin utamanya pada 1912. Sarekat Islam telah didaftarkan secara rasmi pada akhir 1912 dengan memberi fokus kepada gerakan politik, ekonomi dan sosial berasaskan Islam. Pada 1916, Central Sarekat Islam.(CSI) diwujudkan badan hukum yang mentadbir persekutuan seluruh cawangan Sarekat Islam, sebelum mereka memutuskan untuk memperjuangkan kemerdekaan dan terlibat dalam Volksraad (Parlimen) pada 1917, selain turut mendukung Pan-Islamisme. Sehingga 1919, keahlian Sarekat Islam dilaporkan berjumlah lebih dua juta orang, sekali gus menjadikannya gerakan Islam terbesar di dunia ketika itu. 
Selain berhadapan dengan Belanda, Sarekat Islam terpaksa berhadapan pula dengan ISDV, sebuah pertubuhan komunis yang ditubuh pada 1914, tetapi telah melakukan infltrasi terhadap Sarekat Islam pada 1916 sehingga parti Islam ini berpecah membentuk Sarekat Islam Putih (pro Islam) dan Sarekat Islam Merah (pro komunis). Keadaan ini memaksa Sarekat Islam yang dikenali sebagai Partai Sarekat Islam (PSI) sejak 1920, mewujudkan disiplin parti pada 1921 yang menyebabkan Sarekat Islam Merah, Muhammadiyah dan Persis terkeluar dari badan induk gerakan Islam itu. Pada 1923, PSI telah mengukuhkan disiplin parti dengan menukar namanya kepada Partai Sarekat Islam Hindia Timur (PSIHT), sedangkan Sarekat Islam Merah membentuk Partai Komunis Indonesia (PKI). Sejak 1929, mereka dikenali pula sebagai Partai Sarekat Islam Indonesia (PSII). Namun begitu, telah berlaku krisis kepemimpinan terutama selepas kewafatan Haji Omar Omar Said Cokroaminoto pada akhir 1934 sehingga mewujudkan PSII Abikusono, PSII Kastosuwiryo, Partai Islam Indonesia (PARII) pimpinan Sukiman, selain PSII asal yang dipimpin oleh Haji Agus Salim, sebelum mereka bergabung semula pada 1937. 
Dalam bulan September 1937, PSII yang dipimpin oleh Wondoamiseno sejak 1936 telah menyertai Majlis Islam A'la Indonesia (MIAI) bersama Nahdatul Ulamak (NU), Muhammadiyah serta 10 pertubuhan lain untuk menyatukan umat Islam, sebelum ia bertukar menjadi Majlis Syuro Muslimin Indonesia (Masyumi) pada 1943. Pada 1947, PSII telah menarik diri dari Parti Masyumi yang mengakibatkan mereka hanya mampu memenangi lapan kerusi sahaja dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Indonesia 1955. Penghapusan parti-parti Islam oleh Sukarno pada 1960 telah menyebabkan PSII hanya menjadi organisasi masyarakat (ormas) yang dikenali sebagai Syarikat Islam (PSII) pada 1973. Selepas reformasi politik pada 1998, Majlis Tahkim (kongres nasional) ke-35 di Garut, nama PSII kembali dikenali sebagai Syarikat Islam (SI). 
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 1/3/2017
Sumber HD - 1-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Sekolah banteras buta huruf PAS dorong tubuh sekolah dewasa

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44234-sekolah-banteras-buta-huruf-pas-dorong-tubuh-sekolah-dewasa

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
SEKOLAH MEMBENTERAS BUTA HURUF PAS DORONG PENUBUHAN SEKOLAH DEWASA

PENDIDIKAN adalah antara elemen terpenting dalam membina bangsa yang merdeka. Sebelum kedatangan penjajah, pendidikan orang Melayu tertumpu kepada pendidikan agama di masjid dan pondok-pondok sehingga dapat melahirkan ulamak-ulamak besar. Namun begitu, dengan kehadiran penjajah, sistem pendidikan telah berubah, di mana sekolah-sekolah mula diperkenalkan, dengan sekolah Melayu pertama di buka pada 1816 iaitu Sekolah Melayu Gelugur. Sekolah Melayu pada masa ini hanya wujud di peringkat rendah sahaja dengan kemudahan yang sangat tidak memuaskan, dan hanya bermatlamat untuk mengekalkan cara hidup tradisional orang Melayu. Walaupun sekolah Melayu wujud di seluruh Tanah Melayu untuk mengajar menulis, membaca dan mengira, menjelang kemerdekaan, terdapat 1,868,948 orang dewasa yang buta huruf di Malaya, sedangkan kanak-kanak berusia 10-14 tahun yang buta huruf pula berjumlah 2,379,213 orang.

Setelah PAS ditubuhkan pada 23 Ogos 1951, antara tumpuan penting PAS ialah memajukan pendidikan masyarakat Islam terutama membangunkan sekolah agama, mewujudkan dana pendidikan dan membasmi buta huruf di kalangan masyarakat. PAS sangat sedar bahawa faktor pendidikan dan kebolehan membaca telah membantu mengubah pemikiran orang Melayu sejak awal 1900 sehingga mereka bangkit menentang penjajah dan mahu menegakkan semula negara Islam. Melalui media massa seperti al-Imam, Sekola Melayu, Saudara dan sebagainya, kesedaran orang Melayu telah meningkat, yang kemudiannya mewujudkan pula organisasi-organisasi yang membawa kepada kebangkitan bangsa Melayu. Atas asas ini, para ulamak dalam PAS memberikan tumpuan untuk "mencerdikkan umat" sebagai persiapan mencapai kemerdekaan dan menegakkan semula daulah Islam.

Antara langkah penting yang dipelopori oleh PAS ialah dengan menubuhkan Sekolah Membenteras Buta Huruf dan Buta Agama di Perak pada 1954 sebagai sekolah dewasa. Pendidikan dewasa atau andragogi adalah pendidikan yang menekankan supaya masyarakat menjadi celik pendidikan, terutama untuk menghapuskan buta huruf di kalangan orang dewasa di luar bandar. Inisiatif ini dibuat oleh PAS Cawangan Kerian, dengan menubuhkan sekolah dewasa yang bertujuan untuk membasmi buta huruf dan buta agama dalam masyarakat. Selain berusaha mencelikkan masyarakat, ia juga mempunyai matlamat "mengajar (masyarakat) mengenal agamanya dan menanam iman lebih dalam," di mana ia dapat menyediakan umat Islam yang bersedia untuk mencapai kemerdekaan dan menegakkan syariat Islam.

Menurut laporan dalam Penyata Tahunan PAS 1953-1954, sehingga pertengahan tahun 1954, sebanyak empat buah Sekolah Membenteras Buta Huruf dan Buta Agama telah berjaya ditubuhkan oleh PAS Cawangan Kerian. Usaha yang dibuat oleh PAS Cawangan Kerian ini telah mendapat perhatian daripada Jawatankuasa Kerja Agung PAS, di mana ia diiktiraf sebagai salah satu program dakwah dan politik terpenting PAS dalam mesyuarat pada 26-27 Mac 1954. Ternyata program sekolah dewasa yang diperkenalkan oleh PAS di Kerian ini telah memberikan kesan yang besar terhadap peningkatan kesedaran rakyat, sekali gus menambahkan pengaruh PAS. PAS Cawangan Kerian adalah antara cawangan yang mempunyai Ranting PAS paling banyak sebelum 1955. Kesan segera yang dicapai oleh PAS ialah kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Federal pada 27 Julai 1955 di Kerian.

Kejayaan PAS dalam Pilihan Raya Federal 1955 ini telah menyedarkan pemimpin Umno tentang kepentingan sekolah dewasa dalam meningkatkan pengaruh mereka di kalangan orang Melayu di luar bandar. Pada 1961, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak Hussein telah menubuhkan Bahagian Pelajaran Dewasa dengan tujuan utama untuk membasmi buta huta huruf. Ia bermula dengan kejayaan PAS melahirkan kumpulan orang dewasa yang celik huruf, diikuti oleh berkembangnya pengaruh PAS menjelang pilihan raya, pada tahun 1958, Persidangan Pembangunan Masyarakat Kedua di Kuala Lumpur telah menerima perakuan dari Jawatankuasa Khas Pelajaran Dewasa pada 3 Ogos 1960 untuk mewujudkan sekolah dewasa kerana buta huruf sebagai fenomena yang boleh menghalang kemajuan negara. Ia membawa penubuhan Bahagian Pelajaran Dewasa pada 1961. Pada 1969, bahagian ini dikenali sebagai Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sebagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
11 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 11/2/2017

Sumber HD - 11-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Pilihan Raya Negeri Kelantan 1955: Permulaan langkah PAS

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44228-pilihan-raya-negeri-kelantan-1955-permulaan-langkah-pas

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
PILIHAN RAYA NEGERI KELANTAN 1955: PERMULAAN LANGKAH PAS

NEGERI Kelantan adalah antara negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri 1954-1955 selepas Pilihan Raya Umum Federal 1955, setelah ia bermula dengan negeri Johor pada 10 Oktober 1954. Kelantan mengadakan Pilihan Raya Negeri bagi memilih 16 orang ahli Majlis Undangan Negeri (State Legislative Council) pada 19 September 1955, iaitu setelah Pilihan Raya Persekutuan selesai pada 27 Julai 1955. Pilihan Raya Negeri diadakan secara berperingkat ekoran desakan parti-parti politik termasuk gabungan National Conference pimpinan Dato' Onn Jaafar dan National Convention pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, yang kedua-duanya pernah disertai oleh PAS untuk menuntut diadakan pilihan raya segera ke arah berkerajaan sendiri. PAS telah menyertai Pilihan Raya Negeri dengan bertanding di Perlis, Perak, Selangor dan Pahang, selain Kelantan.

Penubuhan PAS di Kelantan bermula dengan majlis penerangan di Pasir Puteh pada 9 September 1952, diikuti oleh tertubuhnya cawangan PAS yang pertama di Pasir Mas pada 23 Julai 1953, kemudian Machang (21 September 1953), Pasir Puteh (1 Oktober 1954) dan Kota Bharu (18 November 1954). Apabila Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Ahmad menyertai PAS pada 1954, diikuti oleh penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan PAS Keempat pada 25-27 Disember 1955 di Madrasah Ahmadiyah, Bunut Payung, para ulamak dan umat Islam di Kelantan mula berduyung-duyung menyertai perjuangan PAS. PAS Daerah Pantai Timur yang dipimpin oleh Mohd Asri Haji Muda selaku pesuruhjaya sejak akhir 1954 telah bergerak cergas mengembangkan organisasi bagi membolehkan mereka terlibat dalam pilihan raya ini dengan berkesan.

Walaupun PAS Kelantan tidak menyertai Pilihan Raya Bandaran Kota Bharu pada 1953, tetapi PAS Kelantan meletakkan tiga calon dalam Pilihan Raya Persekutuan pada 27 Julai 1955, masing-masing di Kelantan Timur (Mohd Asri Haji Muda), Pasir Mas (Tuan Guru Haji Mokhtar Ahmad) dan Kelantan Selatan (Haji Mohd Noor Yusof). Ketika hari penamaan calon pada 15 Jun 1955, selain menamakan tiga calon untuk Majlis Undangan Persekutuan, PAS turut meletakkan empat calon dari 16 kerusi Majlis Undangan Negeri iaitu Cikgu Abdullah Ahmad (Pasir Mas Tengah), Haji Mohd Noor Yusof (Machang), Haji Othman Minal (Ulu Kelantan) dan Haji Awang Saad (Pasir Mas Utara). Hari pilihan raya bagi kawasan Majlis Undangan Negeri Kelantan diadakan pada 19 September 1955, iaitu selepas hari pembuangan undi untuk Pilihan Raya Majlis Undangan Persekutuan pada 27 Julai 1955. Walaupun semua calon PAS tewas pada 27 Julai 1955, tetapi PAS tetap berkeyakinan tinggi untuk mencabar Perikatan dalam pilihan raya peringkat negeri.

Selepas pembuangan undi berlangsung pada 19 September 1955, calon PAS di Pasir Mas Tengah, Cikgu Abdullah Ahmad telah berjaya memungut 2,738 undi tetapi gagal mengalahkan calon Perikatan, Abdul Rahman Daud yang mendapat 4,868 undi. Di Pasir Mas Utara, Haji Awang Haji Saad pula telah kalah kepada calon Perikatan, Che Omar Ali dengan majoriti 4,016 undi setelah beliau hanya memperolehi 1,595 undi. Di Machang, Yang Dipertua PAS Machang, Haji Mohd Noor Yusof yang dicalonkan oleh PAS tewas kepada calon Perikatan, Tuan Yaakub Engku Yunus dengan majoriti 6,636 undi. Calon Perikatan itu mendapat 8,838 undi, calon PAS (2,202 undi), manakala calon Parti Negara, Abdul Majid Noh hanya mendapat 1,406 undi. Haji Othman Minal yang mewakili PAS di Ulu Kelantan pula hanya memungut 225 undi, sedangkan calon Perikatan, Mohamad Ali Abdullah dan calon Parti Negara, Mohd Yusof Bangs masing-masing mendapat 5,908 dan 973 undi membolehkan Perikatan menguasai Ulu Kelantan dengan majoriti 4,935 undi. Perikatan mengaut bersih semua 16 kerusi yang dipertandingkan, di mana lapan daripadanya dimenangi tanpa bertanding.

Ekoran kemenangan Perikatan ini, Tengku Seri Maharaja, Tengku Hamzah bin Tengku Zainal Abidin telah dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan untuk tempoh 1955-1959. Setelah kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957, empat orang Ahli Majlis Undangan Negeri dari Perikatan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri mulai 1 September 1957 iaitu Hassan Yaakub (Kota Bharu Utara), Usman Mohd Udin (Tumpat Selatan), Mohamad Idris (Pasir Puteh Utara) dan Yaakub Awang (Pasir Mas Selatan). Walaupun PAS tidak memenangi sebarang kerusi di Kelantan dalam Pilihan Raya Negeri 1955, menjelang kemerdekaan pada 1957, Ahli Majlis Undangan Negeri Pasir Mas Tengah, Abdul Rahman Daud yang tidak berpuas hati dengan sikap Umno dalam tuntutan kemerdekaan telah menyertai PAS, sekali gus membolehkan PAS mempunyai kerusi tunggal di Majlis Undangan Negeri Kelantan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
10 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 10/2/2017

Sumber HD - 10-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Bendera PAS: Sang Saka Merah Putih Allah Muhammad

MOHD FADLI GHANI | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44213-bendera-pas-sang-saka-merah-putih-allah-muhammad

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
BENDERA PAS: SANG SAKA MERAH PUTIH ALLAH MUHAMMAD

BENDERA adalah panji-panji perjuangan yang menjadi pembakar semangat dan wahana yang menggambarkan simbol sebuah negara atau entiti, termasuk parti politik. Pada masa dahulu, bendera atau panji-panji berfungsi sebagai alat untuk penyelarasan di medan tempur, kini menjadi alat penyatuan fikrah, matlamat dan hala tuju sesebuah perjuangan. PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam juga mempunyai bendera tersendiri yang wujud sejak awal 1953 lagi. Bendera PAS ini menterjemahkan perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu di Nusantara yang berteraskan Islam demi menegakkan syariat Allah dan rasul-Nya.

Sejarah bendera PAS bermula apabila draf Undang-undang Tubuh Pertubuhan Ulamak Se-Malaya 1951 pada Fasal 17 menetapkan supaya PAS "hendaklah mempunyai bendera khas," dan mencadangkan supaya Jawatankuasa Kerja PAS menetapkan rupa benderanya, tetapi Persidangan Pertubuhan Ulamak Se-Malaya pada 24 November 1951 telah menyerahkan kuasanya kepada Mesyuarat Agung PAS berdasarkan Undang-undang Nombor 20 Undang-undang Tubuh PAS. Maka atas asas ini, Jawatankuasa Kerja PAS telah mengusulkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Pertama pada 3 Januari 1953 untuk mewujudkan bendera PAS dengan berasaskan bendera "Sang Saka Merah Putih," iaitu bendera perjuangan bangsa Melayu di Nusantara.

Sang Saka Merah Putih pada asalnya merupakan bendera asas bagi kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara terutama sebagai bendera dan umbul-umbul Empayar Majapahit (1293-1527), kemudian bendera Merah Putih diangkat menjadi bendera perjuangan bangsa Melayu di Indonesia dalam menentang penjajah dan dianggap oleh penjajah sebagai bendera golongan kiri. Pada 1938, Sang Saka Merah Putih telah dijadikan bendera bagi Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakub, sebelum ia menjadi lebih terkenal pada 1945 apabila ia dijadikan bendera Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr Burhanuddin al-Helmy yang mewar-warkan perjuangan Melayu Raya. Apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada 15 Ogos 1945, mereka menjadikan Sang Saka Merah Putih sebagai bendera negara Indonesia, sekali gus menyemarakkan perjuangan seluruh bangsa Melayu Nusantara dengan Sang Saka Merah Putih. Parti-parti politik Melayu di Tanah Melayu selepas 1945 hingga 1957, termasuk Umno, Hizbul Muslimin, Parti Melayu Semenanjung (PMS) dan lain-lain telah menjadikan Sang Saka Merah Putih sebagai bendera mereka. Pada 11 November 1947, gabungan PUTERA-AMCJA telah menerima Sang Saka Malaya berasaskan warna Merah Putih dengan 12 bintang sebagai bendera Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Selain Indonesia dan Malaysia, negara Singapura yang ditubuhkan pada 1965 juga menggunakan asas Sang Saka Merah Putih pada bendera mereka, manakala Filipina dan Thailand juga mengekalkan warna merah putih di samping warna-warna lain.

Apabila PAS melakarkan bendera perjuangannya pada awal 1953 itu, PAS telah mengambil semangat perjuangan bangsa Melayu di Nusantara dengan Sang Saka Merah Putih sebagai asasnya. Bagi membezakan dasar perjuangan PAS dengan parti-parti lain yang turut menggunakan Sang Saka Merah Putih tetapi berideologi kebangsaan atau sosialis, PAS memasukkan unsur Islam pada benderanya. Dua ciri unsur Islam pada bendera PAS iaitu terdapat satu bulan hijau (warna Islam) di hujung sebelah atas (dalam warna merah) dan tertulis perkataan "Allah Muhammad" dalam bulatan hijau itu dengan tulisan Jawi berwarna putih. Rupa bendera ini telah ditetapkan dalam Undang-undang Nombor 20 Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1953. Sang Saka Merah Putih Allah Muhammad ini menjadi panji-panji perjuangan Islam di Tanah Melayu sehingga 1967.

Pada 24 Ogos 1967, PAS telah menerima arahan dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia supaya kalimah "Allah Muhammad" dipadamkan dari bendera PAS kerana "agama hendaklah tidak dimasukkan ke dalam politik," dan membuang warna merah putih yang didakwa menyerupai bendera negara asing (Indonesia). Tindakan Pendaftar Pertubuhan ini mempunyai kaitan dengan isu Konfrantasi Indonesia dan isu kafir-mengkafir yang dibangkitkan oleh Umno pada tahun 1960-an. Ekoran itu, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-16 dan 17 pada 20-22 April 1968 menetapkan supaya perkataan "Allah Muhammad" dipadamkan pada bendera PAS tetapi elemen lain - Sang Saka Merah Putih dan bulatan hijau - dikekalkan. Mesyuarat Agung Tahunan PAS itu juga telah menetapkan supaya bulan hijau itu terus kosong dengan tidak diganti oleh sesuatu yang lain sehingga PAS mencapai kemenangan!

Ekoran pindaan yang dibuat oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS 1968 ini, Perlembagaan PAS (Pindaan) 1973, Fasal 34(1) telah menetapkan bahawa "bendera PAS ialah berwarna merah terletak di atas warna putih yang sama lebarnya dan dipangkalnya sebelah atas satu bulatan hijau." Sehingga hari ini, PAS mengekalkan bendera ini dengan satu cita-cita bahawa perkataan "Allah Muhammad" akan dimasukkan semula pada bulatan hijau itu setelah PAS mencapai kemenangan dalam menegakkan agama Allah di Alam Melayu ini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
9 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 9/2/2017

Sumber HD- 9-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Tarbiyah: Nadi pembangun kekuatan organisasi PAS

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44201-tarbiyah-nadi-pembangun-kekuatan-organisasi-pas

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
TARBIYAH: NADI PEMBANGUN KEKUATAN ORGANISASI PAS

SETIAP orang ahli PAS yang menyertai parti ini sedar bahawa PAS bukanlah sebuah parti politik semata-mata, sebaliknya ia adalah harakah Islam yang bergerak dalam tiga dimensi iaitu siasah (politik), dakwah dan tarbiyah. Tarbiyah menjadi nadi terpenting kekuatan organisasi PAS sekali gus membezakan ia dengan parti-parti politik yang lain kerana ia bersifat perkaderan dan pembentukan syakhsiah ahli-ahli sehingga mereka benar-benar sedar dan faham tentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Dalam sejarah PAS, proses pentarbiyahan ini telah bermula sejak awal penubuhannya lagi dan terus berkembang sehingga wujudnya tarbiyah haraki pada hari ini dalam konteks indoktrinasi dalaman PAS supaya fikrah perjuangan ahli-ahlinya selaras dengan kehendak al-Quran dan Sunnah.

Tarbiyah secara etimologinya adalah terbit dari kata rabaa-yarbuu yang memberi erti berkembang; rabiya-yarbaa yang bermaksud tumbuh; dan rabba-yarubbu dengan makna yang lebih luas iaitu memperbaiki, mengurus, memimpin, menjaga, mendidik dan memelihara. Dari makna perkataan ini, telah jelas fungsi tarbiyah dalam gerakan Islam itu adalah untuk memperbaiki (melakukan islah) terhadap syakhsiah, selain mengurus, memimpin, menjaga dan mendidik supaya setiap syakhsiah itu tumbuh subur sebagai pejuang-pejuang Islam sehingga organisasi (jemaah) dan pengaruh Islam dapat berkembang luas di dalam diri individu, rumah tangga, masyarakat dan negara.

Dari segi ilmu bahasa, tarbiyah (atau pendidikan) berasal dari kata robbaba-robba-yurobbii yang bereti memperbaiki sesuatu dan meluruskannya. Secara istilah pula, tarbiyah boleh diertikan sebagai menyampaikan sesuatu dengan method tertentu mengikut kesesuaian bagi mencapai kesempurnaan; menentukan tujuan yang sesuai dengan kemampuan untuk mencapai kesempurnaan; suatu proses bertahap yang dilakukan oleh pendidik (murabbi); sesuatu yang dilakukan secara berkesinambungan atau berterusan selaras dengan penghidupan; dan dijadikan tujuan terpenting dalam kehidupan iaitu mencapai kemaslahatan umat dalam mendapatkan redha Allah SWT. Hal ini selaras dengan penegasan Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 79 yang bermaksud, "Tidak patut bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya al-Kitab, hikmah dan kenabian, lalu ia berkata kepada manusia, 'hendaklah kamu menjadi penyembahku, bukan penyembah Allah'. Akan tetapi (dia berkata), 'hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya."

Dalam konteks gerakan Islam, tarbiyah memberi makna suatu proses bimbingan dan pengembangan meliputi jasad, akal, emosi dan jiwa secara berterusan supaya anak-anak tarbiyah dapat tumbuh baik di tengah masyarakat; kegiatan yang disertai dengan kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak dan menyenangkan; menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas selaras dengan syariat Islam; proses yang dilakukan dengan susun atur yang bijak dan dilaksana secara bertahap dari yang mudah hingga yang sukar; mendidik melalui penyampaian ilmu dengan method yang sesuai sehingga menjadi amalan harian; serta kegiatan yang mencakupi pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan dan penyempurnaan. Seluruh proses ini adalah untuk membina abnaul harakah (anak-anak gerakan) supaya mereka melalui proses tarbiyah khalqiyat (pembinaan jiwa dengan pelbagai petunjuk) dan tarbiyah diiniyat tahzibiyat (pembinaan jiwa berpandukan wahyu untuk kesempurnaan).

Bagi PAS sendiri, sejak awal penubuhannya, program tarbiyah telah berjalan lancar untuk membentuk syakhsiah ahli-ahlinya. Sejak 1954, PAS telah menggerakkan program tarbiyah dengan pengaruh Ikhwanul Muslimin dalam mengkaderkan pimpinan mudanya, sehingga program-program tarbiyah yang tidak berkala seperti Kursus Perjuangan Kita diperkenalkan pada era 1960-an, diikuti oleh Kursus Politik pada 1966. Pada akhirnya 1960-an, PAS mengadakan Gerakan Insaf, Gerakan Syuhadak dan Gerakan Section Pembinaan Mental (SPEM) sebagai program tarbiyah dari 1968 hingga penglibatan PAS dalam BN pada 1974. Selepas 1975, dengan peranan ulamak-ulamak muda, PAS mula menggerakkan tarbiyah secara berkala dengan program yang tersusun mengikut sukatan (silibus) yang ditetapkan bagi setiap tahap ahli dan kepemimpinan. Sistem tarbiyah yang dikenali sebagai tarbiyah haraki ini masih berjalan sehingga hari ini berpandukan al-Quran dan Sunnah, selain karya-karya pemimpin gerakan Islam dari seluruh dunia.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
8 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 8/2/2017

Sumber HD - 8-2-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Jam'iyatul Fathaniyah: Permulaan kebangkitan Gerakan Islam

MOHD FADLI GHANI | .



ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
JAM'IYATUL FATHANIYAH: PERMULAAN BAGI KEBANGKITAN GERAKAN ISLAM

KEKALAHAN bangsa Melayu di tangan penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Siam sejak 29 Ogos 1511 telah meletakkan bangsa Melayu sebagai bangsa Islam pertama terlepas dari kekhalifahan. Kesultanan Aceh (1496-1903) yang dianggap sebagai cabang Kekhalifahan Othmaniyah di Nusantara telah mengalami kemerosotan mendadak selepas Perjanjian Sumatera 1871 antara Belanda dan Inggeris, diikuti oleh Perang Aceh yang berlanjutan mulai 1873 hingga 1893 tetapi gagal menjatuhkan Aceh, sehinggalah pada 1896, Dr Snouck Hurgronje berjaya memecah-belahkan umat Islam dan akhirnya Sultan Mohamad Daud Shah menyerah kalah pada 1903. Sebelum runtuhnya Aceh, Pattani yang menjadi benteng kekuasaan Islam di utara juga telah runtuh pada 1786 setelah diserang Siam. Pada 1789-1791, mereka melancarkan Perang Sabil, diikuti Musuh Pattani 1820-1839 tetapi gagal membebaskan Pattani, sebaliknya kerajaan mereka runtuh sepenuhnya pada 1902. Di sisi yang lain, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah memecahkan Kerajaan Johor-Riau sekali gus melemahkan politik umat Islam yang menguasai laluan utama pedagangan.

Di sebalik keruntuhan serentak kuasa politik Islam di Nusantara - Johor-Riau, Pattani dan Aceh - Khalifah Othmaniyah yang berpusat di Istanbul juga turut terancam ekoran kehancuran Kesultanan Mughal di India pada 1857, sedangkan wilayah Islam di sebelah barat telah terlepas ke tangan kuasa-kuasa Eropah. Kemasukan pengaruh sekular barat dan Yahudi Donma dalam kerajaan Othmaniyah sejak 1876 telah menjadi punca kelumpuhan khilafah. Ketika Othmaniyah sedang melemah, pada tahun 1870, reformis Islam terkemuka, Syed Jamaluddin al-Afghani telah berhijrah ke Mesir dan menubuhkan Hizbul Hurriyah untuk membebaskan Mesir dari penjajahan Barat. Pada 1889, Sultan Abdul Hamid II telah melantik beliau sebagai Penasihat Kerajaan Othmaniyah dan melancarkan gerakan Pan-Islamism (al-Jam'iah al-Islamiyah) untuk menyatukan umat Islam. Kejatuhan Mesir dari tangan Perancis ke tangan British pada 1882 pula mendorong Syed Jamaluddin al-Afghani menubuhkan majalah al-Urwatul Wuthqa bagi membentuk kesedaran umat Islam, terutama kerana terancamnya Baitul Maqdis dan kekhalifahan di Istanbul.

Di celah-celah proses kejatuhan kuasa politik Islam di Asia Barat ini, orang Melayu telah pun kehilangan kuasa pemerintahan secara berperingkat terutama selepas 1824. Dengan pengaruh penubuhan Hizbul Hurriyah di Mesir pada 1870, seorang anak Melayu, Sheikh Wan Ahmad Wan Mohd Zain al-Fathani yang ketika itu merupakan orang Melayu yang pertama belajar di Universiti al-Azhar telah mengatur untuk menubuhkan organisasi politik yang serupa bagi memperjuangkan kemerdekaan Alam Melayu. Setelah beliau kembali ke Mekah dari Mesir pada 1873, beliau telah mengasaskan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Jam'iyatul Fathaniyah, iaitu pergerakan politik Islam yang pertama bagi orang Melayu yang berpusat di Mekah. Pertubuhan ini dianggotai oleh para ulamak dan pelajar Melayu yang bermukim di Mekah, dan kemudiannya mereka mengembangkan perjuangan politik Islam di negeri masing-masing. Penubuhan Jam'iyatul Fathaniyah ini merupakan anjakan besar perjuangan umat Islam di Nusantara kerana sebelum ini pergerakan mereka adalah berdasarkan pengaruh peribadi tokoh-tokoh ulamak, kini telah berubah menjadi sebuah organisasi perjuangan Islam atau jamaah.

Sheikh Wan Ahmad al-Fathani (1856-1908) adalah ulamak besar di Mekah yang berasal dari Kampung Jambu, Pattani. Beliau lahir dalam keluarga ulamak pejuang di Pondok Bendang Daya yang sangat terkenal itu pada 1856. Beliau mendalami ilmu agama di Pattani, Mekah, Madinah, Baitul Maqdis dan Mesir sebelum mengajar di Mekah. Kitab-kitab karya beliau dan yang ditashihkan oleh beliau sangat banyak dan terkenal, termasuklah kitab Faridatul Faraid dan al-Fatawa al-Fathaniyah. Kitab Hadiqatul Azhar wa al-Rayahin dan ad-Daulah al-Aliyah at-Turkiyah al-Uthmaniyah adalah antara yang membahas pemikiran politik dan sejarah perjuangan umat Islam. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Percetakan Kerajaan Othmaniyah dan mengetuai Matba'ah Miriyah (al-Amiriyah) yang terkenal di seluruh dunia kerana penerbitan buku-buku agama. Beliau juga mempunyai murid yang sangat ramai lagi masyhur, termasuklah Tok Kenali, Syed Sheikh al-Hadi, Raja Ali Kelana, Sultan Zainal Abidin III, Dato' Perdana Nik Mahmud, Tok Janggut dan lain-lain.

Peranan terbesar Jam'iyatul Fathaniyah di Mekah adalah membentuk kesedaran politik Islam, melahirkan semangat menuntut kemerdekaan dan mempertahankan kekhalifahan Islam yang sedang digugat oleh musuh-musuh Islam. Kesan dari pergerakan ini, pada 1880, Raja Ali Kelana dan Syed Sheikh al-Hadi telah menubuhkan Jam'iyatul Rusyidiyah di Pulau Penyengat sebagai organisasi Islam yang pertama di Nusantara. Dari organisasi inilah lahirnya Jam'iyatul Khairiyah (1905) dan Sarekat Islam (1906) di Pulau Jawa. Di Kelantan, Tok Kenali telah menubuhkan Jam'iyatul Asriyah pada 1915, sebelum muridnya, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir menubuhkan Jabhah ad-Diiniyah al-Islamiyah Kelantan pada 1934. Jam'iyatul Rusidiyah juga turut berpengaruh di Singapura dan Pulau Pinang sehingga tertubuhnya beberapa organisasi Islam di sana. Sarekat Islam diketahui umum menjadi induk kepada perkembangan pergerakan politik Islam di Indonesia dan Malaysia selepas tahun 1900.

Di Mekah sendiri, selepas kematian Sheikh Wan Ahmad al-Fathani pada 14 Januari 1908, telah muncul pertubuhan-pertubuhan Islam yang dianggotai oleh pelajar-pelajar Islam termasuklah Gabungan Pelajar-pelajar Tanah Melayu-Indonesia (GAPIS) yang pernah diketuai oleh Pak Yusof Rawa dalam tahun 1940-an, kemudian ketika di bawah pimpinan Ustaz Mustafa Afifi, mereka menubuhkan PAS Cawangan Mekah pada 1954. GAPIS kemudiannya turut bergabung dengan Kesatuan Pelajar Agama Se-Malaya (KPAS) pada 1954. Para ulamak yang belajar di Masjidil Haram, Madrasah Shaulatiyah al-Hindiyah, Darul Ulum dan lain-lain di Mekah yang terlibat dengan pergerakan politik Islam di Mekah telah menjadi nadi utama gerakan politik Islam di Malaysia selepas Perang Dunia Kedua.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 7/2/2017

Sumber HD - 7-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Kongres Pemuda Islam Se-Malaya tubuh Pemuda PAS

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44184-kongres-pemuda-islam-se-malaya-tubuh-pemuda-pas

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
KONGRES PEMUDA ISLAM SE-MALAYA MENUBUHKAN DEWAN PEMUDA PAS

HASRAT PAS untuk mewujudkan sayap pemudanya telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kali Pertama pada 3 April 1952 hasil dari cadangan yang diangkat oleh Ustaz Haji Ahmad Badawi Abdullah pada 23 Mac 1952, di mana sebuah jawatankuasa kecil yang dikenali sebagai Dewan Pemuda Islam ditubuhkan. Dewan Pemuda Islam yang dipimpin oleh Ustaz Haji Ahmad Badawi Abdullah ini telah bergerak untuk menyatukan pemuda-pemuda ahli PAS, sehinggalah Mesyuarat Agung Tahun PAS Kali Pertama pada 3 Januari 1953 memutuskan supaya sebuah Dewan Pemuda PAS ditubuhkan melalui sebuah kongres pemuda untuk dijadikan sayap PAS. PAS turut menetapkan di bawah 'Program Politik PAS' supaya Dewan Pemuda PAS dijadikan tenaga utama untuk memacu perjuangan kemerdekaan tanah air.

Selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS ini, pada 17 Mac 1953, Jawatankuasa Tadbir PAS telah membincangkan rancangan untuk menganjurkan Kongres Pemuda Islam Se-Malaya dan menggubalkan 'Peraturan Dewan Pemuda PAS' sebagai undang-undang sayap pemuda PAS ini. Mereka juga memutuskan supaya satu perjumpaan pemuda-pemuda Islam diadakan di Madrasah al-Khairiyah, Pokok Sena pada 2 Julai 1953 untuk membincangkan persiapan penganjuran kongres tersebut. Perjumpaan pemuda ini telah mengambil ketetapan supaya Kongres Pemuda Islam diadakan pada 29 Ogos 1953. Namun begitu, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pula memutuskan supaya kongres ini diadakan sehari lebih awal daripada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kedua yang dirancang diadakan pada 26-27 Ogos 1953. Hasil dari keputusan ini, Kongres Pemuda Islam Se-Malaya telah ditetapkan untuk diadakan pada 25 Ogos 1953 di Madrasah al-Ulum as-Syar'iyyah, Bagan Datuk, Perak.

Ekoran itu, pada 13 Julai 1953, Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang telah mengeluarkan notis kepada semua cawangan PAS dengan arahan untuk menghantar "pemuda-pemuda yang berjiwa Islam" ke Kongres Pemuda Islam Se-Malaya. Pada 26 Julai 1953, Jawatankuasa Kerja Agung PAS yang membincangkan persiapan penganjuran kongres ini telah turut meluluskan draf Peraturan Dewan Pemuda PAS untuk dibawa ke kongres tersebut. Sebuah panitia sambutan kongres diwujudkan dengan diketuai oleh Mudir Madrasah al-Ulum as-Syar'iyyah, Ustaz Mohd Hassan Adli Mohd Arshad dengan pemuda-pemuda PAS Cawangan Hilir Perak dan Dewan Penuntut al-Ulum sebagai jenteranya.

Kongres Pemuda Islam Se-Malaya ini berlangsung seperti mana yang diaturkan dengan kehadiran sekitar 300 orang perwakilan dan pemerhati, bermula dengan acara sukaneka untuk mengeratkan silaturrahim para pemuda yang hadir. Dalam majlis pembukaannya, setelah bacaan ayat-ayat al-Quran, Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan telah menyampaikan ucapan pembukaan, sebelum majlis melantik pengerusi kongres serta membincangkan dua agenda utama iaitu meluluskan Peraturan Dewan Pemuda PAS dan melantikan pegawai-pegawai Dewan Pemuda PAS bagi sesi 1953-1954. Kongres Pemuda Islam ini kemudiannya membahas dan meluluskan Peraturan Dewan Pemuda PAS, yang sekali gus menandakan kesepakatan para pemuda Islam untuk menubuhkan Dewan Pemuda PAS.

Peraturan Dewan Pemuda PAS ini telah menetapkan empat tujuan penubuhan sayap pemuda PAS iaitu pertama, mengelola dan menjalankan di Tanah Melayu ini sebuah badan pemuda Islam bagi melaksanakan segala tuntutan Islam dan siasah berdasarkan demokrasi; kedua, menggalakkan perhubungan serta mengeratkan persaudaraan dalam Islam dan menghapuskan perbalahan dan perasaan berpuak dan menjauhkan perkara-perkara yang memecahkan perpaduan umat Islam dan menjatuhkan mutu kemuliaan Islam; ketiga, menanam dan menghidupkan jiwa ke-Islaman serta mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam erti kata yang sebenar dalam penghidupan sehari-hari; dan keempat, amnya, menghasilkan, melaksanakan dan menjalankankan segala tuntutan dan kehendak PAS.

Setelah selesai perbincangan untuk meluluskan peraturan tersebut, kongres ini telah membuat perlantikan pegawai-pegawainya. Kongres ini kemudiannya bersetuju melantik Ustaz Othman Abdullah, seorang guru agama lulusan Universitas Muhammadiyah Padang sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS. Adapun pegawai-pegawai yang lain, telah diserahkan mandat kepada Ketua Dewan Pemuda PAS itu untuk membuat perlantikan. Setelah berakhir Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kedua pada 27 Ogos 1953, Ustaz Othman Abdullah mengumumkan pegawai-pegawai Dewan Pemuda PAS yang terdiri dari Ustaz Othman Abdullah (Ketua), Cikgu Ahmad Awang (Wakil Ketua), Ustaz Abdul Kadir Kamal (Setiausaha), Ustaz Jamaluddin Amini Marzuki, Haji Jaafar Ali, Haji Ahmad Ali, Ustaz Mohamad Noh, Encik Ismail, Ustaz Ishak Baharom dan Encik Tarmizi sebagai Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja. Dengan kejayaan Kongres Pemuda Islam Se-Malaya ini, maka tertubuhlah Dewan Pemuda PAS secara rasmi sebagai sayap PAS yang pertama pada 25 Ogos 1953.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 Februari 2017

Sumber HD - 7-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Dr Haji Pandak Ahmad: Profesional pendukung ulamak

MOHD FADLI GHANI | .



ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
DR HAJI PANDAK AHMAD: PROFESIONAL PENDUKUNG ULAMAK


PERANAN para ulamak dalam menubuh dan menggerakkan PAS telah diperkukuhkan oleh penyertaan golongan profesional dalam perjuangan Islam. Sebaris nama golongan profesional dari kalangan pegawai tadbir kerajaan, jurutera, peguam, pensyarah, doktor perubatan dan lain-lain telah mewarnai perjuangan PAS sejak awal sehingga tidak boleh dikatakan PAS sebagai "parti tok lebai" semata-mata. Di antara kelompok profesional yang menonjol ini adalah dari kalangan doktor perubatan seperti Dr Haji Abbas Alias (bekas Yang Dipertua Agung PAS), Dr Amamullah al-Khuldi (Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Perak), Prof Dr Ungku Omar Ungku Ahmad (ahli PAS dari Johor), Dr Haji Pandak Ahmad Alang Sidin (bekas Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat) dan lain-lain.

Antara doktor perubatan yang terawal menyertai PAS dan begitu komited terhadap perjuangan Islam ialah Dr Haji Pandak Ahmad Alang Sidin. Beliau yang berasal dari Kampung Kledang, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar adalah cucu kepada Orangbesar Enam Belas Perak. Beliau dilahirkan pada 22 April 1892 dalam keluarga bangsawan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Lama Kanan (1901-1903) dan Sekolah Melayu Kuala Kangsar (1904), sebelum memasuki Malay Residential School (kini MCKK), Kuala Kangsar pada 1905 selama tujuh tahun. Pada 1912, beliau memasuki The Straits and Federated Malay States Government Medical School Drive (kemudian King Edward VII Medical College) di Singapura dan lulus ijazah perubatan, Licentiate of Medical Surgery (LMS) pada 1916 sebagai antara anak Melayu terawal lulus sebagai doktor perubatan.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan selama 16 tahun sebelum bersara pada 1932. Beliau mula berkhidmat di Hospital Daerah Taiping (1916-1917), Hospital Daerah Kuala Kangsar (1918-1919), Hospital Besar Taiping (1919), Hospital Besar Batu Gajah (1919-1921), Hospital Besar Seremban (1921-1922), Hospital Tanjung Rambutan (1922), Hospital Daerah Kuala Kangsar (1922-1929), Hospital Daerah Temerloh (1929-1931) dan akhirnya di Hospital Daerah Pekan (1932-1932). Mulai 1 Januari 1933, beliau telah membuka kliniknya sendiri di Kuala Kangsar dan di Kota Lama Kanan, selain menyertai jemaah haji untuk berkhidmat sebagai "doktor haji" pada 1936 dan 1952-1954. Beliau terkenal di kalangan penduduk Pahang sebagai 'Doktor Sungai' kerana kesanggupan beliau menyusur sungai-sungai untuk merawat pesakit-pesakit yang tinggal di perkampungan sepanjang Sungai Pahang.

Penglibatan beliau dalam dunia politik tidak menonjol pada peringkat awal, tetapi mula cenderung kepada kegiatan politik Islam kerana terlibat dengan Kelab Saadat Kuala Kangsar dan Sunlight Club Taiping selepas bersara. Selepas Perang Dunia Kedua, kerana semangat nasionalismenya, beliau menyertai Umno untuk menentang Malayan Union seperti mana kaum bangsawan yang lain. Namun begitu, pada 1952, beliau yang mengikuti pengajian agama dengan Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh di Padang Rengas, telah mengikuti ulamak tersebut terlibat dalam penubuhan PAS Cawangan Perak pada 26 April 1952. Sejak itu, beliau meninggalkan Umno dan bersama perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Pada tahun yang sama, beliau menyertai seorang lagi doktor PAS, Dr Haji Abbas Alias sebagai doktor haji ke Mekah. Di sana, mereka mendapat sentuhan dari Sheikh Abdul Qadir al-Mandili, ulamak Melayu terkenal, pengarang kitab Penawar Bagi Hati. Mereka didorong supaya berjuangan bersama PAS bagi menentang penjajah dan menegakkan negara Islam. Beliau berkhidmat sebagai doktor haji selama tiga musim bersama Dr Haji Abbas Alias, Timblan Yang Dipertua Agung PAS sehingga 1954.

Di Perak, PAS Cawangan Perak yang kemudiannya dikenali sebagai PAS Cawangan Kuala Kangsar mulai 1954 telah dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh sebagai yang dipertua sejak ia ditubuhkan. Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh melantik Dr Haji Pandak Ahmad Alang Sidin sebagai Setiausaha PAS Kuala Kangsar. Pada 23 Disember 1956, Dewan Ulamak PAS Pusat telah ditubuhkan dengan Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh sebagai ketuanya. Dr Haji Pandak Ahmad Alang Sidin sekali lagi diberikan kepercayaan dengan dilantik sebagai Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat pada 1956 hingga 1965. Doktor yang mempunyai empat isteri dan sembilan anak ini telah meninggal dunia pada 4 Mei 1965 pada usia 73 tahun, selepas 49 tahun berkhidmat sebagai doktor dan memimpin perjuangan politik Islam bersama PAS.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
5 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 5/2/2017

Sumber HD - 5-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















Penubuhan PAS Perlis sebagai cawangan PAS kelima

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44159-penubuhan-pas-perlis-sebagai-cawangan-pas-kelima

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
PENUBUHAN PAS PERLIS SEBAGAI CAWANGAN PAS KELIMA
PERLIS adalah bekas wilayah Kedah yang dijajah oleh Siam pada 1821 dan dijadikan sebuah negeri yang berasing pada 20 Mei 1943 dengan Syed Hussein Syed Harun Jamalullail dilantik menjadi Raja Perlis yang pertama. Negeri Perlis terkenal dalam sejarah perkembangan Islam di Tanah Melayu kerana wujudnya gerakan pembaharuan sejak 1915 yang akhirnya menjadikan Perlis sebagai negeri Ahli Sunnah wal Jamaah. Selepas Perang Dunia Kedua, seorang tokoh agama di Perlis yang juga bekas Guru Besar Madrasah Alawiyah, Ustaz Salleh Othman, seorang lulusan Darul Ulum, Mesir yang berasal dari Kuala Lumpur, telah dilantik mengetuai Pejabat Perkara-perkara Agama dan Pelajaran Umno. Perlis turut melahirkan tokoh-tokoh PAS yang terkenal seperti Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi (pengasas PAS Kedah), Ustaz Abu Bakar al-Asy'ari (bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis), Ustaz Abu Bakar Hamzah (bekas Naib Yang Dipertua Agung PAS) serta dua orang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Prof Dato' Dr Haji Haron Din dan Tuan Guru Haji Hashim Jasin.

Sejarah PAS di Perlis bermula sejak wujudnya Pejabat Perkara-perkara Agama dan Pelajaran Umno pada 11 Mei 1946, dengan Ustaz Salleh Othman sebagai ketuanya. Pada 1949, pejabat ini dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Pada 21-22 Februari 1950, Bahagian Agama dan Pelajaran Umno telah menganjurkan Persidangan Alim Ulamak Malaya di Muar.  Dalam persidangan yang mencadangkan supaya sebuah badan dakwah ditubuhkan oleh ulamak ini, satu-satu wakil Perlis yang hadir ialah Ustaz Salleh Othman sendiri yang mewakili Bahagian Umno Perlis. Sedangkan dalam Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua pada 23 Ogos 1951 di Kuala Lumpur, Bahagian Umno Perlis diwakili Ustaz Mokhtar Ismail. Dalam persidangan inilah Pertubuhan Ulamak Se-Malaya (kemudiannya Persatuan Islam Se-Malaya - PAS) ditubuhkan. Pada peringkat ini, belum ada tokoh agama yang menonjol dalam kepemimpinan ummah dari Perlis, walaupun terdapat tokoh-tokoh reformasi di sana.

Keputusan ulamak untuk menubuhkan Pertubuhan Ulamak Se-Malaya yang berasingan dari Umno telah menyebabkan Umno Perlis tidak menghadiri Persidangan Pertubuhan Ulamak Se-Malaya di Bagan Tuan Kecil pada 24 November 1951. Namun begitu, Perlis diwakili oleh Perikatan Imam-imam Perlis dengan dua wakil ialah Yang Dipertua Perikatan Imam-imam Perlis, Ustaz Haji Ahmad Long dan Imam Besar Masjid Alawiyah, Sheikh Abu Bakar al-Asy'ari, yang mana kedua-dua tokoh ini adalah ahli Umno Perlis. Walaupun mereka tidak terlantik sebagai pimpinan PAS dalam persidangan ini, pada 3 April 1952, Jawatankuasa Kerja PAS telah bersetuju dengan cadangan Yang Dipertua PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan untuk melantik Ustaz Haji Ahmad Long sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS bagi sesi 1951-1953. Jawatankuasa Kerja PAS juga memutuskan supaya PAS menubuhkan cawangan-cawangannya di seluruh Tanah Melayu.

Selepas tertubuhnya Cawangan-cawangan PAS di Bandar Pulau Pinang (9 Mac 1952), Bukit Mertajam (20 April 1952) dan Perak (26 April 1952), usaha-usaha untuk menubuhkan cawangan PAS di Perlis mula digerakkan. Antara tokoh awal yang menggerakkan usaha penubuhan PAS di Perlis ialah Tuan Guru Haji Adnan Abdullah atau Lebai Adnan dan Tuan Guru Haji Ismail Naim Salim, selain Ustaz Haji Ahmad Long sendiri. Selepas penubuhan PAS di Perak, mereka segera mengaturkan penubuhan PAS di Perlis pula, di mana pada awal Mei 1952, mereka telah mengiklan satu perjumpaan umat Islam di Kangar bagi tujuan menubuhkan PAS di Perlis. Akhbar Warta Negara pada 2 Mei 1952 telah menyiarkan rancangan ulamak-ulamak Perlis itu.

Sebagai mana yang telah dirancang, pada 8 Mei 1952, satu perjumpaan yang dihadiri oleh 30 orang umat Islam di Sekolah Perempuan Melayu, Kangar telah berhasil menubuhkan PAS Cawangan Perlis sebagai cawangan PAS yang kelima. Perjumpaan yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ini telah melantik Lebai Adnan Abdullah, Mudir Pondok Sungai Padang sebagai Yang Dipertua PAS Perlis, manakala Syed Omar Syed Hussein dan Syed Ahmad Syed Alwi al-Hadad masing-masing dilantik sebagai Setiausaha dan Penolong Setiausaha PAS Perlis. Mudir Madrasah Islahiyah, Bohor Mali, Tuan Guru Haji Ismail Naim Salim turut terlantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Perlis. Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ketika membuka perjumpaan ini, menganggap PAS sebagai sebuah pertubuhan yang mempunyai kesedaran untuk memajukan bangsa dan agamanya.

Pergerakan PAS Perlis pada peringkat awal ini banyak tertumpu di pondok-pondok termasuk Pondok Sungai Padang dan Pondok Bohor Mali, di mana Madrasah Islahiyah Bohor Mali menjadi pusat operasi PAS. Pada 1954, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah menubuhkan PAS Daerah Kedah/Perlis dengan melantik Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi, Mudir Madrasah an-Nahdhah, Bukit Besar, Kedah sebagai pesuruhjayanya. Pada 1955, perkembangan PAS semakin baik di Perlis apabila dua tokoh reformis, Sheikh Abu Bakar al-Asy'ari (Imam Masjid Alawiyah) dan Ustaz Abu Bakar Hamzah (Ketua Pemuda Umno Perlis) menyertai PAS, diikuti oleh Cikgu Taharim Arifin, seorang guru besar di Sanglang dan Ustaz Ibrahim Yasin, seorang ulamak muda turut menyertai PAS. Dalam Pilihan Raya Negeri Perlis 1955, PAS Perlis telah berjaya meletakkan lima orang calon iaitu Lebai Adnan Abdullah (Sanglang), Syed Kassim Syed Othman (Kuala Perlis), Shafie Omar (Utan Aji), Haji Ghazali Mohamad (Paya) dan Haji Rajab Mohamad (Beseri). Walaupun PAS tidak memenangi sebarang kerusi, pengaruh PAS mulai berkembang di Perlis selepas 1955 di bawah pimpinan Ustaz Haji Ahmad Long sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
4 Februari 2017 – HARAKAHDAILY 4/2/2017

Sumber HD - 4-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Ulamak PAS anjur himpunan perkasa sekolah agama rakyat

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44148-ulamak-pas-anjur-himpunan-perkasa-sekolah-agama-rakyat

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
DEWAN ULAMAK PAS ANJUR HIMPUNAN UNTUK PERKASA SEKOLAH AGAMA RAKYAT

PAS yang ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 dengan didukung oleh para ulamak telah memberikan perhatian besar kepada institusi pendidikan agama sebagai nadi pembangun kecerdikan ummah. Bagi menyatukan para ulamak ini, pada 3 April 1952, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulamak PAS dengan diketuai oleh Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai, Sheikh Abdullah Fahim yang juga pengasas Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah. Dewan Ulamak PAS telah mengatur langkah bagi memperkasakan pendidikan Islam termasuk menyusun derma pelajaran, menyokong penubuhan kolej Islam, menyusun sukatan pelajaran sekolah-sekolah agama dan mewujudkan dana pendidikan agama. Tumpuan Dewan Ulamak PAS terhadap pendidikan agama ini mempunyai kaitan dengan kegagalan Jawatankuasa Fenn-Wu yang membentangkan laporannya di Majlis Undangan Persekutuan pada September 1951 untuk memberikan kedudukan kepada pendidikan agama dalam Ordinan Pelajaran 1952.

PAS sendiri setelah Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pertubuhan Ulamak Se-Malaya, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan gagal mempengaruhi Majlis Undangan Persekutuan untuk memasukkan pendidikan agama dalam sukatan pelajaran kebangsaan melalui Jawatankuasa Fenn-Wu 1951, pada 9 Mac 1952, PAS Cawangan Bandar Pulau Pinang telah memutuskan untuk mewujudkan derma pelajaran kepada anak-anak orang Islam. PAS turut mengadakan kutipan derma dan jualan amal di Bandar Pulau Pinang untuk mengumpulkan dana pelajaran sekolah agama pada 14 Jun 1952. Para pemimpin PAS seperti Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (Yang Dipertua Agung PAS), Sheikh Abdullah Fahim (Ketua Dewan Ulamak PAS), Haji Sulaiman Palestin dan Mohamad Hanif (Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS) turut sama terlibat mengadakan jualan amal dan kutipan derma untuk membantu dana pendidikan Islam.

Salah langkah terbesar yang diambil oleh Dewan Ulamak PAS ialah mengadakan satu himpunan yang dinamakan Perjumpaan Sekolah-sekolah Agama Rakyat. Perjumpaan ini diadakan pada 22 Mei 1952 di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Kepala Batas yang melibatkan alim ulamak, guru-guru agama dan pentadbir sekolah-sekolah agama dari sekitar Kedah Selatan, Seberang Perai, Pulau Pinang dan Perak Utara. Seramai 150 orang alim ulamak hadir mewakili 38 buah madrasah, sekolah agama dan pondok dari kawasan Utara Semenanjung. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menyatukan sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh Tanah Melayu dan mewujudkan satu kumpulan wang kerana sekolah agama rakyat. Persidangan ini dipengerusikan sendiri oleh Ketua Dewan Ulamak PAS, Sheikh Abdullah Fahim.

Dalam perjumpaan yang diadakan pada 22 Mei 1952 ini, seorang tokoh agama terkenal di Pulau Pinang, Sheikh Ali Balderam telah mencadangkan supaya Dewan Ulamak PAS mengusahakan bantuan kewangan daripada Raja-raja Melayu, tetapi cadangan ini telah ditolak oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan yang menganggap usaha ini sia-sia kerana Raja-raja Melayu selalu mengecewa dan menghampakan umat Islam dalam soal bantuan pendidikan. Namun begitu, PAS akan mengambil langkah-langkah untuk mengumpulkan dana, termasuk bersetuju membuat jualan amal tulisan-tulisan khat pada 14 Jun 1952 di Bandar Pulau Pinang bagi mengisi dana pendidikan itu. Mereka juga merancang untuk mengadakan perjumpaan serupa dengan sekolah-sekolah agama di seluruh Tanah Melayu pada masa akan datang ekoran sambutan positif yang diberikan. Perjumpaan ini turut bersepakat untuk menyatukan sekolah-sekolah agama dari aspek sukatan pelajaran dan sistem pentadbiran untuk memudahkan pengiktirafan bagi pelajar melanjutkan pelajaran. Antara persetujuan penting yang dicapai ialah untuk menubuhkan "kelas pengajian tinggi agama (universiti)" di sekolah agama rakyat dengan dana sebanyak RM40,000.00 yang akan dikutip.

Kejayaan perjumpaan anjuran Dewan Ulamak PAS ini hampir menyamai kegemilangan Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) yang digerakkan oleh Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947. Lantas, kejayaan perjumpaan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dari umat Islam. Bakhtiar Djamily, seorang wartawan telah menulis dalam Warta Negara memuji usaha PAS yang membuktikan PAS berjuangan bukan untuk kepentingan para ulamaknya, tetapi untuk kepentingan ummah. Beliau menyifatkan penyatuan sekolah-sekolah agama rakyat sebagai langkah yang penting dalam melahirkan pejuang Islam pada masa akan datang. Seorang pembaca Warta Negara, Aha Johor menyifatkan PAS telah mengambil langkah terbaik dan mencadangkan supaya rancangan menubuhkan kolej Islam diserahkan kepada PAS berdasarkan kesungguhan para ulamaknya. Seorang lagi pembaca Warta Negara, Abu Hanifah telah mendesak Jawatankuasa Penaja Kolej Islam di bawah Jam'iyah ad-Dakwah al-Islamiyah Singapura supaya menggiat usaha menubuhkan kolej Islam atau menyerahkan sahaja perlaksanaannya kepada PAS.

Perjumpaan Sekolah-sekolah Agama Rakyat yang diadakan untuk peringkat Utara Semenanjung ini telah menarik perhatian banyak pihak kerana ia berjaya menggerakkan usaha mengukuhkan institusi pendidikan umat Islam. Yang Dipertua Jam'iyah ad-Dakwah al-Islamiyah Singapura, Dato' Syed Omar as-Saqqaf yang menyedari kegagalan mereka melaksanakan keputusan yang dibuat sejak 1948 untuk menubuhkan kolej Islam dan juga keputusan Persidangan Alim Ulamak Malaya di Muar pada 21-22 Februari 1950 tentang perkara yang sama, telah mencadangkan supaya projek ini diambil alih oleh Umno, tetapi ditolak oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Yang Dipertua Agung Umno. Sebaliknya, PAS menganjurkan pula Minggu Kolej Islam untuk mengutip dana sehingga akhirnya Kolej Islam Malaya (KIM) berdiri pada 8 April 1955. Penubuhan KIM ini adalah kesan segera daripada kejayaan Perjumpaan Sekolah-sekolah Agama Rakyat anjuran Dewan Ulamak PAS.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 3/2/2017

Sumber HD - 3-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Madrasah At-Taufiqiyah: Pusat kebangkitan PAS Kedah

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44132-madrasah-at-taufiqiyah-pusat-kebangkitan-pas-kedah

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
MADRASAH AT-TAUFIQIYAH AL-KHAIRIYAH PADANG LUMAT: PUSAT KEBANGKITAN PAS KEDAH

MADRASAH atau sekolah agama rakyat telah menjadi nadi kebangkitan Islam di seluruh negara. Seperti mana Maahad al-Ehya as-Syariff di Perak, Sekolah Majlis di Kelantan, Madrasah al-Mashoor di Pulau Pinang dan lain-lain merupakan institusi pendidikan Islam yang bukan sahaja melahirkan kader-kader dakwah, tetapi turut menjadi pusat pertumbuhan kesedaran Islam sehingga bangkitnya satu gerakan untuk menegakkan semula kedaulatan Islam. Salah satu dari pondok yang berperanan penting dalam sejarah gerakan Islam di Malaysia ialah Madrasah at-Taufiqiyah al-Khairiyah al-Halimiyah yang terletak di Padang Lumat, Kedah. Di pondok ini telah berkembangnya pengaruh Persatuan Ulamak Kedah (PUK) dan Umno dalam rangka perjuangan kemerdekaan, sebelum kemunculan PAS pada 1951.

Madrasah yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Yahya Junid ini mempunyai pertalian sejarah yang panjang dengan tokoh ulamak terkenal, Tuan Hussin Kedah yang berasal dari Titi Gajah. Tuan Hussin Kedah yang mendapat pendidikan di Kedah, Pattani dan Mekah telah pulang ke Kedah pada tahun 1896. Beliau membuka pondok di Alor Ganu (1896-1900), sebelum mengajar di Bohor selama 12 tahun. Selepas itu, beliau mengajar di Bagan Ulu (Pantai Merdeka) selama lapan tahun dan di Selengkoh, Sungai Limau selama empat tahun. Pada 1924, beliau membuka pula pondok di Padang Lumat selama lima tahun, sebelum beliau berkrisis dengan Sheikhul Islam Kedah, Pak Wan Sulaiman dalam satu isu fekah pada 1929 yang menyebabkan tauliah mengajar beliau ditarik balik. Kerana tidak dapat mengajar di Kedah, pada 1929, beliau berhijrah ke Pokok Sena, Seberang Perai untuk membuka pondok di sana dan berkhidmat berkhidmat di Pokok Sena sehingga akhir hayatnya pada 10 Februari 1936.

Tapak pondok tinggalan Tuan Hussin Kedah di Padang Lumat pada 1929 ini kemudiannya dibangunkan semula oleh muridnya, Tuan Guru Haji Yahya Junid atau lebih terkenal dengan panggilan Pak Ya Junid. Pak Ya Junid yang dilahirkan pada 1911 di Kampung Selengkoh dan mendapat pendidikan di Pondok Sungai Bakap, Seberang Perai pada 1920 sebelum belajar di Pondok Chegar, Pondok Tandop dan Pondok Titi Gajah sehingga 1929. Setelah itu, beliau belajar dengan Tuan Hussin Kedah di Pokok Sena sehingga 1931. Beliau kemudian ke Kelantan dan berguru dengan Tok Kenali di Masjid Muhammadi, di samping ulamak-ulamak terkenal Kelantan termasuk Tuan Guru Haji Yaakub Legor, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Ahmad dan lain-lain sehingga 1936. Selepas itu beliau ke Mekah, sebelum mengajar di Pondok Haji Majid, Guar Chempedak sejak 1939 hingga 1941.

Selepas dua tahun di Guar Chempedak, penduduk Padang Lumat telah mengambil keputusan untuk menghidupkan semula Pondok Tuan Hussin Kedah yang terbiar sejak 1929. Mereka meminta supaya Tuan Guru Haji Yahya Junid memimpin pondok ini mulai 1941 kerana beliau adalah murid Tuan Hussin Kedah di Madrasah al-Khairiyah, Pokok Sena dan murid kepada menantu Tuan Hussin Kedah, Tuan Guru Haji Abdul Ghani Awang di Pondok Tandop. Pada 1942, setelah pondok ini mulai berkembang ketika Tanah Melayu dijajah oleh Jepun, Pak Ya Junid telah menamakan Pondok Padang Lumat sebagai Madrasah at-Taufiqiyah al-Khairiyah dan dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, anak kepada Tuan Hussin Kedah. Selepas Perang Dunia Kedua, pondok ini mula terkenal kerana penglibatan aktif Pak Ya Junid dalam gerakan menuntut kemerdekaan. Beliau menjadi pemimpin PUK dan Umno Kedah bersama Tuan Guru Haji Hussein Che Dol, Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbuk dan lain-lain. Pada 1948, pondok ini dikunjungi oleh Yang Dipertua Agung Umno, Tunku Abdul Rahman Putra dan pemimpin Umno Kedah, Dato' Syed Omar Shahabuddin.

Walau bagaimanapun, ekoran tindakan Umno menghalalkan judi loteri, Pak Ya Junid telah terlibat dalam penubuhan PAS dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 24 November 1951, selain turut menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah selama dua dekad. Selain beliau, tokoh-tokoh madrasah ini yang turut menjadi pimpinan PAS termasuklah menantu beliau, Tuan Guru Haji Azhari Abdul Razak (bekas Pesuruhjaya PAS Kedah), Haji Najib Fahmi Yahya (bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah) dan Aris Awang (bekas Setiausaha PAS Kedah). Semenjak tertubuhnya PAS di Kedah pada 1952 hingga berdirinya Bangunan PAS Kedah di Alor Setar pada 1975, di pondok inilah berpusatnya gerakan PAS Kedah, selain Pondok an-Nahdah, Bukit Besar. DUN Sala (kini Sungai Limau) merupakan kubu kuat PAS yang sentiasa dimenangi sejak 1969, kecuali 1982 dan 1990 sahaja.

Pondok ini telah dipimpin oleh Pak Ya Junid sehingga 1964, sebelum diganti oleh Tuan Guru Haji Azhari Abdul Razak (1964-1983), Ustaz Haji Manan Yahya (1983-2007) dan Ustazah Hajah Azizah Yahya sejak 2007. Sepanjang sejarahnya, madrasah ini mencatat kenangan pahit manisnya apabila dikunjungi oleh Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada 1975 yang menyebabkan namanya ditukar kepada Madrasah at-Taufiqiyah al-Khairiyah al-Halimiyah. Sedangkan pada 1985, Pak Ya Junid dipecat dari Jawatankuasa Fatwa Kedah kerana isu syuhadak Memali, diikuti oleh kebakaran pada 1989 yang mengorbankan 27 nyawa. Di kalangan mudirnya, Pak Ya Junid menjadi ADUN Sala selama dua penggal antara 1974-1982 dan Tuan Guru Haji Azhari Abdul Razak menjadi ADUN pada 1986-1990, sebelum DUN Sala dikuasai oleh Tan Sri Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sejak 1995. Namun begitu, selepas kematian Pak Ya Junid pada 8 Ogos 2001, madrasah ini pernah menghadapi krisis dengan PAS Jerai kerana isu tanah, tetapi ia telah diselesaikan dengan pemohonan maaf kepada keluarga Pak Ya Junid pada Julai 2016.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 2/2/2017

Sumber HD - 2-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Dr Burhanuddin usul supaya konsep Malaysia diperluas

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44116-dr-burhanuddin-usul-supaya-konsep-malaysia-diperluas

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
DR BURHANUDDIN AL-HELMY USULKAN DI PARLIMEN SUPAYA KONSEP MALAYSIA DIPERLUAS

RANCANGAN penubuhan Malaysia atau "Melayu Raya" telah dilontarkan oleh Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra di Singapura pada 27 Mei 1961 sebagai langkah menyegerakan kemerdekaan wilayah British, menangani pengaruh komunis dan mengimbangi kaum. Cadangan Perdana Menteri itu supaya Borneo Utara (Sabah), Brunei, Sarawak dan Singapura yang merupakan wilayah jajahan British bergabung dengan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan sebagai negara baru iaitu Melayu Raya. Rancangan ini telah mendapat reaksi yang berbeza-beza dari pelbagai pihak termasuk PAS. Yang Dipertua Agung PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy yang mendukung gagasan Melayu Raya sejak 1945 telah mendesak supaya konsep Melayu Raya ini diperluaskan supaya seluruh bangsa Melayu bersatu dan mempunyai kekuatan untuk "berdiri sama tinggi dan duduk sana rendah" dengan bangsa lain.

Setelah cadangan Tunku Abdul Rahman Putra itu menjadi polemik politik, PAS pada 15 Oktober 1961 telah mengadakan satu Mesyuarat Agung Khas untuk menentukan sikap dalam soal ini. PAS kemudiannya mengambil pendirian untuk menolak percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja, dan bersetuju dengan pembentukan "Melayu Raya" yang bukan sahaja melibatkan Borneo Utara, Brunei, Sarawak dan Singapura, tetapi turut melibatkan Republik Indonesia dan gugusan Pulau-pulau Melayu lain, termasuk Filipina. PAS juga menetapkan syarat percantuman Melayu Raya ini, di mana negara Melayu Raya hendaklah mengawal semua hak orang Melayu, terutama hak kedaulatan dan ketuanan agar dijamin mengikut undang-undang. Berasaskan pendirian ini, seluruh sikap PAS digerakkan dalam proses penubuhan Malaysia.

Pada 16 Oktober 1961, Perdana Menteri telah mengemukakan satu usul di Dewan Rakyat untuk mencadangkan penubuhan Malaysia yang melibat sebelas buah negeri Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak, bagi mendapatkan persetujuan Parlimen, dan menuntut Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengambil tindakan merealisasikannya. Oleh kerana cadangan yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra adalah bertentangan dengan pendirian PAS yang menolak penyertaan Singapura sahaja, tetapi mahukan Republik Indonesia dan Filipina juga dilibatkan, Yang Dipertua Agung PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy (PAS-Besut) telah mencadangkan pindaan terhadap usul Perdana Menteri tersebut. Tujuan usul ini adalah untuk membolehkan pembentukan sebuah negara Melayu Raya yang melibatkan seluruh kepulauan Melayu, bukannya wilayah British sahaja. Mengikut perhitungan PAS, percantuman wilayah British sahaja akan merugikan bangsa Melayu kerana populasi rakyat British yang bukan Melayu sangat tinggi sehingga boleh meminggirkan bangsa Melayu.

Dr Burhanuddin al-Helmy telah mencadangkan pindaan terhadap usul Perdana Menteri dengan pindaan yang berbunyi, "Bahawa Majlis (Dewan Rakyat) ini, dengan bersetuju pada dasarnya dengan cadangan hendak menubuhkan Melayu Raya (Malaysia) yang mengandungi sebelas buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Brunei, Borneo Utara dan Sarawak, dan Negara Republik Indonesia dan Filipina serta gugusan Pulau-pulau Melayu yang lain, menuntut supaya kerajaan berusaha pada menjalankan langkah-langkah untuk mencapai tujuan ini, dan sebanyak mana telah dijalankan langkah itu akan dimaklumkan kepada Majlis ini oleh Yang Berhormat Perdana Menteri dari satu masa ke satu masa." Cadangan pindaan terhadap usul Perdana Menteri ini walau bagaimanapun telah ditolak yang Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato' Haji Mohamad Noah Omar, yang menyebabkan usul asal yang hanya mencadangkan Melayu Raya melibatkan wilayah British sahaja kekal.

Dalam proses membahaskan usul Perdana Menteri ini, beberapa wakil rakyat PAS termasuk Prof Zulkifli Mohamad (Bachok), Mohd Asri Haji Muda (Pasir Puteh), Khadijah Mohd Sidik (Dungun), Ahmad Abdullah (Kota Bharu Hilir), Dato' Raja Mohamad Hanifah Abdul Ghani (Pasir Mas Hulu) dan Ustaz Othman Abdullah (Tanah Merah) telah berucap membangkang cadangan Perdana Menteri kerana melihat Malaysia akan tunduk kepada British, bangsa Melayu akan tersisih di tanah air sendiri dan mendesak supaya Alam Melayu bercantum semula seperti sebelum penjajahan. Prof Zulkifli Mohamad dalam ucapannya menyebutkan, "Saya tidak bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri.... (kerana) ia bertentangan dengan kepentingan negeri ini sendiri dan juga bertentangan dengan kepentingan rakyat Melayu yang menjadi tonggak negeri ini." Walau bagaimanapun, usul yang dikemukakan oleh Perdana Menteri ini telah diluluskan dengan suara majoriti di Dewan Rakyat pada 18 November 1961.

Ekoran kelulusan usul ini, walaupun dibangkang kuat oleh PAS melalui cadangan supaya Indonesia, Filipina dan Pulau-pulau Melayu lain dilibatkan sama, akhirnya Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan oleh Kerajaan British untuk meninjau pandangan rakyat di wilayah-wilayah terbabit. PAS sendiri sepanjang tahun 1962 hingga 1963, sentiasa menyuarakan sikapnya terhadap penubuhan Malaysia di Parlimen supaya Melayu Raya dalam kerangka yang luas dilaksanakan. PAS juga mengambil sikap kemudiannya untuk menentang penubuhan Malaysia dan membawa isu ini ke mahkamah bagi menghalang percantuman wilayah British tanpa melibatkan seluruh Alam Melayu. Akhirnya pada 16 September 1963, perisytiharan penubuhan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah dibuat.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 1/2/2017

Sumber HD - 1-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











YPTIK Nilam Puri: Legasi pengajian tinggi Islam Kelantan

MOHD FADLI GHANI | .

















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44087-yptik-nilam-puri-legasi-pengajian-tinggi-islam-kelantan

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.
ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
YPTIK NILAM PURI: LEGASI PENGAJIAN TINGGI ISLAM KELANTAN

KELANTAN adalah sebuah negeri yang terkenal kerana menjadi pusat pengajian Islam terpenting di rantau ini sehingga digelar Serambi Mekah. Semenjak selepas Perang Dunia Kedua, isu penubuhan sebuah kolej Islam di Malaya telah timbul hinggalah Kolej Islam Malaya (KIM) berjaya ditubuhkan di Kelang, Selangor pada 1955. Setelah PAS berjaya menguasai Kelantan pada 1959, salah satu projek besar Kerajaan PAS Kelantan ialah membangunkan pendidikan di mana kerajaan negeri telah melantik Pegawai Muballigh di setiap jajahan pada 1959, melantik guru-guru agama di sekolah kerajaan (1960), menubuhkan Jemaah Biasiswa Pelajaran Negeri (1960), membentuk Jemaah Biasiswa Pelajaran Agama (1961), mengadakan Jemaah Biasiswa Pelajaran Rendah Negeri (1961), selain Biasiswa Pelajaran PAS (Biasiswa Zulkifli Mohamad) sejak 1959.

Sejak 1959 juga, Kerajaan PAS Kelantan berusaha memajukan sekolah-sekolah agama sehingga akhirnya berjaya menubuhkan Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Islam Negeri yang diiktiraf oleh Universiti al-Azhar. Atas usaha kerajaan negeri juga, sekolah agama yang berjumlah 47 buah pada 1959, bertambah kepada 134 buah pada 1966. Antara langkah terpenting ialah rancangan menubuhkan universiti Islam di Kelantan. Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohamad Nasir telah memulakan usaha melalui sebuah badan bukan kerajaan untuk menubuhkan universiti Islam yang dinamakan "al-Balaghul Mubin College" pada 1963. Pada 2 Disember 1963, jawatankuasa di bawah Timbalan Menteri Besar ini bermesyuarat dan memutuskan lokasinya di Semerak, Pasir Puteh dalam kawasan seluas 300 ekar. Walau bagaimanapun, rancangan ini tergendala kerana Dato' Mohamad Nasir tewas dalam Pilihan Raya Umum 1964.

Ekoran itu, pada 1965, Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Haji Muda telah mengarahkan kerajaan mengambil alih projek ini dan sebuah Jawatankuasa Pengelola ditubuhkan pada 27 Jun 1965 dengan dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan. Universiti Islam ini dinamakan sebagai Markaz ad-Dirasat al-Islamiyah al-Aliyah Kelantan atau Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) yang beroperasi di Istana Lama Nilam Puri. Dengan tujuan untuk membangunkan pengajian tinggi Islam di Kelantan, pada 1 Oktober 1965 ia mula beroperasi dengan satu fakulti, Kuliah Syariah wal Qanun. Ustaz Wan Hussein Abdul Kadir dilantik sebagai Pemangku Pengetua, manakala Ustaz Mohamad Che Wok, Ustaz Ahmad Daud, Ustaz Abdullah Qari Haji Salleh dan Mohd Salleh Akib menjadi pensyarahnya, dengan 40 pelajar sesi pertama.

PPTIK mula dikenali sebagai Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) sejak 1969 setelah Enakmen Kelantan Bil. 9/1968 (YPTIK) diluluskan oleh DUN Kelantan. YPTIK yang lebih dikenali sebagai "Nilam Puri" ini telah berkembang dengan pesat apabila Maahad Dakwah wal Imamah ditubuhkan pada Oktober 1966 sebagai kelas pra sebelum memasuki fakulti, diikuti oleh penubuhan Qismu at-Taujihi iaitu kelas persediaan Nilam Puri. Qismu at-Tarbiyah pula ditubuhkan pada 1971 untuk melatih bakal guru yang mengajar di sekolah-sekolah agama. Bagi memperkukuhkan lagi YPTIK, pada 1974, Kuliyah Usuluddin wal Ijtimaiyyah telah ditubuhkan, sebelum Jabatan Sekolah-sekolah Agama (JASA) (sekarang YIK) ditubuhkan di bawah Enakmen YPTIK pada 1 Julai 1974.

Walau bagaimanapun, YPTIK yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan melahirkan ramai ulamak, ahli akademik, pendakwah dan ahli-ahli agama telah melalui zaman malapnya apabila PAS tewas dalam Pilihan Raya Negeri Kelantan pada 11 Mac 1978. Kerajaan BN Kelantan telah bertindak menyerahkan YPTIK kepada Universiti Malaya untuk membentuk Akademi Islam Universiti Malaya (AIUM) pada 1 April 1981. Nilam Puri telah diturunkan taraf menjadi "Pra Akademi Islam," sedangkan AIUM berpusat di Kuala Lumpur. Sejak itu, nama Nilam Puri tidak lagi dikenali melainkan kerana ramainya tokoh-tokoh ulamak lepasan Nilam Puri yang berjasa termasuklah Dato' Hassan Ahmad (bekas Mufti Pulau Pinang), Dato Haji Salleh Ahmad (bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS), Prof Emeritus Dato' Mahmood Zuhdi Abdul Majid (pensyarah UIA) dan lain-lain. Dalam bidang politik, alumni terkenalnya ialah Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakub, Menteri Besar Kelantan.

Kerana besarnya peranan YPTIK ini, apabila PAS menguasai semula Kelantan pada 21 Oktober 1990, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menubuhkan semula Maahad Dakwah wal Imamah di Nilam Puri mengikut Enakmen Bil. 8/1982 (YIK) pada 1 Jun 1994 dan dibuka dengan rasmi oleh Menteri Besar Kelantan itu pada 3 Julai 1994. Tujuannya adalah untuk menghidupkan semula YPTIK. Selepas Maahad Dakwah wal Imamah berjaya mendapat pengiktirafan Universiti al-Azhar, pada 1 Ogos 1999, maahad ini dinaikkan taraf menjadi Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan setelah mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan Kelantan, pada 24 Ogos 1999 KIAS telah dilancarkan secara rasmi sebagai "jelmaan semula" YPTIK Nilam Puri.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
30 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 30/1/2017

Sumber HD - 30-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Ulamak pertama di Majlis Undangan Persekutuan

MOHD FADLI GHANI | .




ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
TUAN GURU HAJI AHMAD FUAD: ULAMAK PERTAMA DI MAJLIS UNDANGAN
PERSEKUTUAN

MAJLIS Undangan Persekutuan atau Federal Legislative Council adalah badan perundangan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Persekutuan ini menjadi kerajaan yang lebih besar kerana melibatkan semua negeri Melayu, sedangkan sebelumnya hanya melibatkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu sahaja. Pada peringkat ini, antara 1948 hingga 1955, ahli-ahli Majlis Undangan Persekutuan adalah terdiri dari Ahli-ahli Rasmi yang menduduki majlis kerana jawatan rasminya dan Ahli-ahli Tidak Rasmi yang dilantik oleh kerajaan dari pelbagai kelompok masyarakat. Walau bagaimanapun, sejak ditubuhkan, belum ada wakil ulamak dilantik menduduki Majlis Undangan Persekutuan yang mempunyai 75 anggota itu, sehinggalah terlantiknya Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno ke jawatan tersebut pada 1951.

Perlantikan yang dicadangkan oleh Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga Yang Dipertua Agung Umno, Dato' Onn Jaafar ini adalah mewakili kuota Umno. Sesuai dengan kedudukan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan telah dicalonkan untuk mengisi kekosongan Ahli Tidak Rasmi dalam Majlis Undangan Persekutuan. Tuan Guru Haji Ahmad Fuad yang terkenal sebagai 'orang kuat' Dato' Onn Jaafar telah dipersetujui oleh Kerajaan British untuk dilantik ke jawatan tersebut dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Undangan Persekutuan pada 25 April 1951, iaitu dalam Penggal Keempat Persidangan Majlis Undangan Persekutuan yang bersidang antara Februari 1951 hingga Februari 1952.

Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan yang juga Mudir Madrasah al-Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam telah dilahirkan pada 1910 di Ulu Piol, Manong, Perak. Selepas mendapat pendidikan Inggeris di Anglo Chinese School, Setiawan, beliau memasuki Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudiannya lulus Qismu al-Ali di Maahad al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol. Beliau selepas itu bermukim di Mekah selama dua tahun kerana mendalami ilmu agama dengan Sheikh Hassan Said Yamani. Pada 1939, beliau kembali ke Tanah Melayu dan menjadi guru di Madrasah Idrisiah, sebelum mengikuti gurunya yang berkhidmat sebagai Mufti Terengganu pada 1940. Selain menjadi pembantu mufti dan guru di beberapa sekolah agama di Terengganu, pada 1943, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan telah dilantik sebagai Pemangku Pesuruhjaya Agama Terengganu. Beliau mula terlibat dengan politik dengan menjadi Setiausaha PASPAM Gunung Semanggol pada 1935, dan terlibat dengan dua persidangan ulamak pada zaman Jepun iaitu di Singapura (1943) dan Kuala Kangsar (1944).

Selepas Perang Dunia Kedua, ketika berada di Terengganu, beliau telah menubuhkan Persatuan Kebajikan Islam Terengganu (PERKASA) pada 1945 dengan beliau sendiri menjadi setiausahanya. Kegagalan Umno berkembang di Terengganu hingga akhir 1949 telah mendorong Dato' Onn Jaafar menjemput beliau menyertai Umno pada 1950 dan dilantik sebagai perwakilan Umno Kuala Terengganu ke Mesyuarat Agung Umno. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Agung Umno pada 1951 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno. Dato' Onn Jaafar kemudiannya mencadangkan nama beliau bersama Haji Rejab Darus dari Kedah sebagai dua daripada 46 orang Ahli Tidak Rasmi Majlis Undangan Persekutuan. Lantikan ini telah menerima kritikan keras dari majalah Qalam kerana menganggap ulamak akan terperangkap bila berada dalam badan legislatif itu. Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan berada dalam majlis ini hinggalah diadakan Pilihan Raya Umum 1955.

Empat bulan selepas menjadi Ahli Majlis Undangan Persekutuan, pada 23 Ogos 1951, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pertubuhan Ulamak Se-Malaya sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua PAS pada 24 November 1951. Sepanjang tempoh beliau memimpin PAS sehingga 26 September 1953, beliau adalah Ahli Tidak Rasmi Majlis Undangan Persekutuan, dan merupakan ulamak yang pertama menduduki majlis tersebut sejak ia diwujudkan pada 1 Februari 1948. Sebagai Yang Dipertua PAS yang menduduki Majlis Undangan Persekutuan, beliau terkenal kerana tidak pernah 'memonteng' persidangan yang berlangsung kecuali pada 21-22 November 1951 kerana bertembung dengan Persidangan Pertubuhan Ulamak Se-Malaya pada 24 November 1951 dan beliau tidak sihat ketika itu. Beliau turut terlibat dalam perbahasan penting termasuk usul perlantikan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada 30 Januari 1952, Rang Undang-undang Kampung Baru pada 8 Mei 1952 dan Laporan Pelajaran Jawatankuasa Barnes pada 30 November 1952. Beliau juga menentang The Lotteries Bill 1952 dan The Common Gaming House Bill 1952 dengan meninggalkan majlis masing-masing pada 22 November 1952 dan 7 Mei 1953.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
29 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 29/1/2017

Sumber HD - 29-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Pegangan Hidup Umat Islam: Karya falsafah Prof Zulkifli

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44063-pegangan-hidup-umat-islam-karya-falsafah-prof-zulkifli

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
PEGANGAN HIDUP UMAT ISLAM: KARYA FALSAFAH PROF ZULKIFLI MOHAMAD

PROFESOR Zulkifli Mohamad adalah seorang tokoh pemikir Islam yang terkenal pada dekad 1950-an dan 1960-an. Selain menjadi ahli politik yang mempunyai ucapan-ucapan yang menusuk jiwa dan sumbangan besar beliau dalam bidang akademik di Kolej Islam Malaya (KIM), beliau juga telah menghasilkan beberapa karya yang penting dalam bidang falsafah dan pemikiran Islam. Kebanyakkan tulisan beliau sama ada dalam bentuk buku, artikel atau kertas kerja adalah menyentuh perkara dasar yang menjadi punca kerosakan masyarakat, berbanding dengan isu-isu kecil yang berlegar dalam masyarakat. Salah satu karya falsafah beliau yang terkenal ialah "Pegangan Hidup Umat Islam" yang dihasilkan pada tahun 1952, sebelum karya pertamanya, "Masyarakat dan Syariat" diterbitkan pada 1953.

Perubahan masyarakat yang berlaku selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyah pada 1924 telah membarahkan lagi kesan penjahahan oleh kuasa-kuasa Barat sejak 1511. Pemikiran dan budaya hidup umat Islam di Tanah Melayu telah dipengaruhi ideologi-ideologi moden yang memisahkan agama dari kehidupan. Rata-rata orang Melayu telah terjerat dalam arus sekularisme, semangat kebangsaan sempit dan konflik antara kapitalis-sosialis. Umat Islam juga telah melihat agama dalam konteks yang sempit dan tertumpu kepada ibadat semata-mata, sehingga isu-isu kemasyarakatan, politik dan ekonomi tidak lagi diberikan pertimbangan mengikut sudut pandang agama. Asas-asas inilah yang mendasari tulisan-tulisan Prof Zulkifli Mohamad dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat supaya kembali kepada Islam.

Buku "Pegangan Hidup Umat Islam" yang diterbitkan pertama kali pada 1952 ini mengandungi sembilan bab, bermula dengan penjelasan tentang tujuan kejadian manusia pada bab "Tugas Hidup dan Bentuknya." Dalam bab kedua, beliau membahaskan tanggungjawab terbesar manusia untuk melaksanakan syariat yang diturunkan oleh Allah, diikuti oleh perbahasan tentang semangat Islam yang ada dalam jiwa manusia yang diterjemahkan melalui amalannya, iaitu mentaati Allah. Khusus pada bab keempat, Prof Zulkifli Mohamad membahaskan kepentingan kuasa politik sebagai alat tertinggi untuk melaksanakan perintah Allah, diikuti oleh perbahasan yang menjawab tentang "kezaliman syariat Islam." Pada bab yang bertajuk "Persaudaraan dan Keadilan Islam," anggapan-anggapan negatif terhadap Islam telah ditolak. Bab-bab yang menjelaskan perihal "ketegasan pendirian," "kekuatan iman dan amal," "jalan kelepasan" dan "tujuan kita," pembaca dibawa memahami mengapa manusia perlu mentaati perintah syariat dan memahami hala tuju hidupnya.

Prof Zulkifli Mohamad yang dilahirkan di Kota Lama Kiri, Perak pada 22 Mac 1927 telah mendapat pendidikan agama di Perak, sebelum ke Mesir selepas Perang Dunia Kedua. Selain belajar di Universiti al-Azhar dan American University of Cairo, beliau turut menerima sentuhan tarbiyah secara langsung dengan Ustaz Hassan al-Banna antara 1948-1949. Setelah pulang ke Tanah Melayu pada 1950 kerana mengidap sejenis penyakit, beliau terlibat dengan pergerakan sastera di Perak dan menjadi Naib Yang Dipertua GPMS pada 1952, sebelum dilantik menjadi Setiausaha KIM pada 1955 dan mula terlibat dengan gerakan politik Islam melalui PAS. Pada akhir 1956, beliau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, berganding dengan Dr Burhanuddin al-Helmy. Beliau menjadi Ahli Parlimen Bachok pada 1959 hingga beliau terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Kuantan pada 6 Mei 1964. Isteri beliau, Ustazah Asiah Kamaruddin adalah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Sepanjang aktif berkarya, selain puisi-puisi yang membawa semangat perjuangan kemerdekaan, beliau telah menghasilkan buku "Masyarakat dan Syariat" pada 1953, "Analisa Beberapa Masalah Hidup Manusia" pada 1963 dan "Islam dan Sosialism" pada 1964. Selain itu, beliau turut menulis "Falsafah Akhlak Dalam Islam," "Umat Islam Sekarang Makin Mundur," "Peranan Filem Dalam Masyarakat," "Economic Justice," "Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam" dan lain-lain. Kebanyakkan tulisan beliau tersiar dalam majalah-majalah yang progresif dalam mengubah pemikiran orang Melayu seperti Medan Masyarakat, Qalam, Mastika, Penghidupan, Hiburan dan Pembangunan.

Buku Pegangan Hidup Umat Islam diterbitkan pertama kali pada 1952, dan diulang cetak pada 1956 dalam tulisan Jawi yang diterbitkan oleh Pustaka Semenanjung, Bukit Mertajam. Pada 1963, ia diterbitkan sekali lagi oleh Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur juga dalam tulisan Jawi. Edisi Rumi diterbitkan pada 2008 oleh Pustaka Muda, Ipoh. Buku ini telah dihasilkan ketika beliau terlantar sakit di Ipoh selepas pulang dari Mesir antara 1951-1952, selain turut mengarang buku "Masyarakat dan Syariat."

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
28 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 28/1/2017

Sumber HD - 28-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































Usaha alihkan sokongan ulama Umno

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44053-usaha-alihkan-sokongan-ulama-umno


ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
NAHDATUL ULAMAK MALAYA: USAHA ALIHKAN SOKONGAN ULAMAK UMNO

SETELAH tertubuhnya PAS pada 23 Ogos 1951, muncul beberapa pertubuhan politik Islam di Tanah Melayu dan Singapura menjelang kemerdekaan negara. Antara parti-parti tersebut termasuklah al-Ansarul Islam, Muhammadiyah, Nahdatul Ulamak Malaya dan Ikhwanul Muslimin. Parti-parti ini muncul antara 1953 hingga 1962 tetapi tidak dapat berkembang kerana pengaruh PAS sudah membesar, bahkan pimpinan parti-parti tersebut telah menyertai PAS kemudiannya. Lebih menarik lagi apabila parti politik Islam yang baru ini dipengaruhi oleh pergolakan Kaum Tua dan Kaum Muda di Indonesia sehingga munculnya Muhammadiyah (Kaum Muda) dan Nahdatul Ulamak (Kaum Tua).

Pada asalnya, pergeseran isu 16 perkara khilafiyah telah membawa kepada dua muzakarah yang masing-masing dianjurkan oleh Kaum Tua dan Kaum Muda dalam tahun 1953 di Pulau Pinang. Ekoran itu, pada 1953 itu juga wujudnya usaha menubuhkan Muhammadiyah di Pulau Pinang, sebelum ia berkembang di Singapura pada 1957. Pendukung utama Muhammadiyah ialah Ustaz Ibrahim Aqibi, bekas Yang Dipertua PAS Bandar Pulau Pinang, Ustaz Abu Bakar Hamzah, perintis Akademi Islam dan Haji Mohamed Hussein selaku Ketua Muhammadiyah. Ulamak Kaum Tua pula mengatur penubuhan organisasi mereka sehingga akhirnya berjaya mengadakan perjumpaan ulamak dalam bulan November 1956 untuk menubuhkan Nahdatul Ulamak Malaya.

Penubuhan Nahdatul Ulamak ini pada asalnya dirancang oleh seorang tokoh ulamak Umno, Ustaz Wan Hassan Wan Ahmad. Beliau berasal dari Hutan Melintang, Perak dan berkhidmat sebagai guru agama di Batu 16, Hutan Melintang. Setelah ulamak-ulamak berpecah dengan Umno pada akhir 1951 untuk menubuhkan PAS, beliau memilih kekal bersama Umno. Pada akhirnya 1956, beliau mulai tidak berpuas hati dengan Umno terutama melibatkan tuntutan kemerdekaan yang dianggap merugikan orang Islam. Beliau menggunakan isu tuntutan kemerdekaan untuk memanggil alim ulamak bagi menggubal cadangan kepada Suruhanjaya Reid. Pada 5 Oktober 1956, beliau telah membuat kenyataan kepada media untuk menjemput alim ulamak menghadiri perjumpaan yang ditajanya.

Perjumpaan Alim Ulamak tajaan Ustaz Wan Hassan Wan Ahmad ini diadakan pada 18 November 1956 di Sungai Sumun, Hilir Perak. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menggubal memorandum bagi pihak ulamak kepada Suruhanjaya Reid dan membincangkan penubuhan sebuah badan ulamak Kaum Tua, Nahdatul Ulamak Malaya. Isu memorandum ini telah berjaya menarik perhatian ulamak ke perjumpaan tersebut, tetapi penubuhan Nahdatul Ulamak menjadi tujuan utama. Akhirnya Nahdatul Ulamak Malaya berjaya ditubuhkan, tetapi sasaran mereka gagal apabila Ketua Pemuda Umno Perlis, Ustaz Abu Bakar Hamzah terpilih sebagai Yang Dipertua Nahdatul Ulamak Malaya, sedangkan beliau beraliran Kaum Muda. Bekas Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan yang tewas dalam pemilihan jawatan Yang Dipertua Nahdatul Ulamak Malaya, terpilih pula sebagai Timbalan Yang Dipertuanya.

Di pihak PAS, Nahdatul Ulamak Malaya ini menjadi batu loncatan untuk mengumpulkan para ulamak Umno yang tidak berpuas hati dengan Umno dalam satu badan yang lain, tujuannya untuk melemahkan Umno. Seorang pengkaji mendakwa Perjumpaan Alim Ulamak ini ditaja oleh ahli-ahli PAS untuk mengacau Umno dan menarik ulamak Umno menyertai PAS dengan memperalatkan ulamak Umno seperti Ustaz Haji Wan Hassan Ahmad yang tidak berpuas hati dengan sikap Umno terhadap Islam. Dr Burhanuddin al-Helmy sendiri, sebelum menyertai PAS melahirkan kebimbangan sekiranya Nahdatul Ulamak Malaya ini dapat menyaingi PAS.

Setelah Nahdatul Ulamak Malaya berhasil ditubuhkan, badan ini gagal berfungsi dan bergerak kerana ia adalah pertubuhan Kaum Tua yang dipimpin oleh ulamak Kaum Muda. Ada pandangan mengatakan tindakan Ustaz Abu Bakar Hamzah merebut jawatan tertinggi Nahdatul Ulamak adalah untuk menyekat pergerakan Kaum Tua. Pada akhir 1956, Dr Burhanuddin al-Helmy telah menyertai PAS yang menyebabkan ulamak Kaum Tua dan Kaum Muda telah bersatu dalam PAS, sekali gus menjadikan Nahdatul Ulamak Malaya tidak relevan. Lebih menarik lagi pada 1957, apabila Ustaz Wan Hassan Wan Ahmad berpindah ke Cheras, beliau telah mengasas dan mengetuai PAS Cawangan Batu 9 Cheras, sedangkan Ustaz Abu Bakar Hamzah telah menyertai PAS dari Umno pada tahun yang sama, sekali gus melumpuhkan Nahdatul Ulamak Malaya.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
27 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 27/1/2017

Sumber HD - 27-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































Seruan alim ulama ancam Perikatan dalam PRU 1955

MOHD FADLI GHANI | .



ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
SERUAN BERSEKUTU ALIM ULAMAK ANCAM PERIKATAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM 1955

PILIHAN Raya Umum 1955 yang berlangsung pada 27 Julai 1955 telah menyaksikan pertembungan
di antara parti-parti perkauman - Umno, MCA dan MIC - yang bergabung dalam Perikatan dengan parti-parti kiri dan parti Islam, PAS. Turut mengambil bahagian ialah calon-calon Bebas, yang terdiri daripada ahli-ahli politik yang tidak berpuas hati dengan parti masing-masing, termasuk Umno. Walaupun secara umumnya hanya Perikatan yang membuat pakatan politik, sedangkan parti-parti lain bertanding secara bersendirian, tetapi sekelompok ulamak dari pelbagai parti telah membuat pakatan dalam pilihan raya ini untuk menyaingi Umno. Oleh kerana kumpulan ulamak ini dipimpin oleh ulamak bekas pemimpin Umno, Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution, gerakan ini sedikit sebanyak telah menggugat Umno di kawasan pengundi Melayu.

Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution, Mudir Pondok Maahad Ehya al-Ulum ad-Diiniyah, Tanjung Pauh, Jitra, Kedah merupakan pemimpin Umno Kedah Utara yang juga salah seorang pengasas dan bekas Setiausaha Persatuan Ulamak Kedah (PUK). Beliau dilahirkan pada 1 Mac 1912 di Langgar, Alor Setar dan mendapat pendidikan di Pondok Tok Kenali, Pondok Masjid Muhammadi dan Pondok Bunut Payung di Kelantan antara 1928 hingga 1940. Beliau mengajar di Pondok Pulau Pisang dan Pondok Titi Besi, Kepala Batas sebelum membuka pondoknya sendiri di Tanjung Pauh pada akhir 1940. Beliau juga aktif menulis dan menterjemah buku-buku agama dan perjuangan kemerdekaan sehingga jumlahnya mencecah 100 buah. Kerana tidak berpuas hati dengan sikap Umno terhadap para ulamak, beliau bertanding sebagai calon Bebas pada 1955, sebelum menyertai PAS seusai pilihan raya ini.

Walaupun sebelum ini beliau aktif dalam Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM), Kesatuan Melayu Kedah (KMK), PUK dan Umno, tetapi kerana tidak berpuas hati terhadap layan Umno kepada para ulamak, beliau bertindak menentang calon Umno/Perikatan, Syed Ahamad Shahabuddin di kerusi Kedah Utara. Beliau mendakwa Umno telah mengamalkan politik kronisme dan sering meminggirkan para ulamak dalam organisasi mereka, selain mengabaikan ulamak-ulamak pondok. Beliau menerima kecaman hebat dari Yang Dipertua Agung Umno, Tunku Abdul Rahman Putra kerana serangan beliau ke atas Umno itu mempengaruhi pengundi Melayu. Bagi menjayakan gerakan yang dibuat oleh Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution ini, beliau telah berusaha menyatukan ulamak-ulamak pondok yang menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum 1956 tanpa mengira parti.

PAS pada asalnya tidak terlibat dengan gerakan yang dibuat oleh Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution, telah melihat isu-isu yang dibangkitkan ini mempunyai kebenaran dan wajar disokong. Pada 9 Julai 1955, Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution telah melancarkan kempen supaya umat Islam hanya menyokong dan mengundi ulamak yang bebas sahaja. PAS pada mulanya menafikan terlibat dengan kempen ini, tetapi oleh kerana gerakan ini boleh melemahkan Umno, maka beberapa ulamak PAS menyertai pakatan ulamak bebas tersebut. Pakatan ulamak bebas ini telah menamakan gerakan mereka sebagai Seruan Bersekutu Alim Ulamak Bebas 7 Negeri. Antara ulamak yang terlibat ialah Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution (Bebas), Ustaz Haji Zabidi Ali (PAS), Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin (PAS), Ustaz Abu Bakar al-Baqir (Perak Malay League - PML), Ustaz Abdul Wahab Nor (PAS), Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad (PAS), Ustaz Othman Abdullah (PAS), Ustaz Salleh Shafie (PAS), Haji Mohd Nor Yusof (PAS), Prof Zulkifli Mohamad (PAS), Mohd Yassin Salleh (PAS) dan Ustaz Che Mat Che Kassim (Bebas).

Seruan Bersekutu Alim Ulamak Bebas 7 Negeri ini bertujuan untuk membela kejatuhan Islam, selain mendesak parti yang memerintah agar menghargai alim ulamak. Di kalangan calon-calon yang terlibat dengan gerakan ini, hanya Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, calon PAS di kawasan Kerian sahaja yang memperolehi kemenangan. Walaupun gerakan ini merupakan satu pakatan politik yang longgar, ia telah berjaya menggugat Umno / Perikatan sehingga memaksa Tunku Abdul Rahman Putra mengecam tindakan para ulamak tersebut. Pilihan raya ini telah memberikan pendedahan kepada para ulamak tentang kerjasama politik sesama mereka tanpa mengira parti politik.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
25 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 25/1/2017

Sumber  HD - 25-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS kawasan: Pengukuh akar umbi PAS

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44014-pas-kawasan-pengukuh-akar-umbi-pas

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
PAS KAWASAN: PENGUKUH AKAR UMBI PAS

SEWAKTU PAS menggubal Undang-undang Tubuhnya pada 24 November 1951, telah ditetapkan supaya parti ini mengukuhkan akar umbinya melalui pengwujudan cawangan-cawangan di seluruh Tanah Melayu. Mengikut Undang-undang Nombor 15 Undang-undang Tubuh PAS, cawangan PAS boleh ditubuhkan di mana-mana kawasan yang difikirkan patut dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja PAS, dengan syarat mempunyai tidak kurang 50 orang ahli PAS. Setiap Cawangan PAS akan diketuai oleh "Yang Dipertua PAS Cawangan." Undang-undang Tubuh PAS 1951 ini sebenarnya telah meminda cadangan draf Undang-undang Tubuh PAS yang asalnya mencadangkan setiap cawangan perlu mempunyai minimum 100 orang ahli dengan diketuai oleh seorang "Penasihat."

Sehingga Mesyuarat Agung Tahunan PAS Pertama pada 3 Januari 1951, PAS telah berjaya menubuhkan 13 buah cawangan di seluruh Tanah Melayu. Ia adalah hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS pada 3 April 1952 yang memutuskan supaya PAS membuka cawangan-cawangannya di seluruh Tanah Melayu dengan sasaran 20 buah cawangan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PAS Pertama. Cawangan pertama yang ditubuhkan ialah PAS Cawangan Bandar Pulau Pinang pada 9 Mac 1952, diikuti oleh Bukit Mertajam (20 April 1952), Perak (kemudiannya Kuala Kangsar) (26 April 1952), Kerian (6 Julai 1952), Perlis (8 Mei 1952), Kuala Lumpur (13 Julai 1952) dan Bukit Besar (6 September 1952). Cawangan yang lain ialah Rembau (Negeri Sembilan), Hilir Perak (Perak), Bayan Lepas dan Pokok Sena (Pulau Pinang), Singapura (Singapura), Sentul dan Sungai Penchala (Selangor). PAS juga mula dikembangkan ke Kelantan pada 9-11 September 1952, tetapi hanya berjaya menubuhkan cawangan pertama di Pasir Mas pada 23 Julai 1953.

Dengan kewujudan semakin banyak Cawangan PAS di seluruh Tanah Melayu pada 1953, PAS mula mengubah gelaran untuk pemimpin tertingginya dari "Yang Dipertua PAS" kepada "Yang Dipertua Agung PAS" untuk membezakannya dengan "Yang Dipertua PAS Cawangan." Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kedua pada 26-27 Ogos 1953 memutuskan pemimpin tertinggi PAS dikenali sebagai "Yang Dipertua Agung PAS," sedangkan pemimpin cawangan sebagai "Yang Dipertua PAS Cawangan." Pemimpin lain di peringkat cawangan ialah seorang Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha, seorang Bendahari dan lina orang Ahli Jawatankuasa Kerja. Oleh kerana PAS tidak menetapkan sempadan kawasan bagi sesebuah PAS Cawangan, maka terdapat Cawangan PAS ditubuhkan mengikut sempadan negeri seperti PAS Cawangan Perak, Perlis dan Singapura. Sedangkan di tempat lain mengikut lokaliti seperti Bukit Mertajam dan Pokok Sena di Seberang Perai. Asas mereka ialah mempunyai 50 orang keahlian.

Memandangkan kewujudan Cawangan PAS yang tidak mengikut sempadan ini, Undang-undang Tubuh (Pindaan) 1963 telah menghadkan kawasan sesuatu Cawangan PAS adalah mengikut daerah (atau jajahan di Kelantan) di mana hanya boleh ditubuhkan satu Cawangan PAS sahaja bagi satu daerah. Syarat ini kemudiannya diperkemaskan lagi apabila PAS mendapati gangguan kepada jentera pilihan raya seperti yang berlaku di Kelantan. PAS Cawangan Kota Bharu dalam Pilihan Raya Umum 1969 misalnya, terpaksa mengendalikan tiga kawasan parlimen dalam Jajahan Kota Bharu iaitu Kota Bharu Hulu, Kota Bharu Hilir dan Kelantan Hilir. Perlembagaan PAS (Pindaan) 1973 telah menetapkan supaya PAS Cawangan dibentuk mengikut sempadan daerah (atau jajahan) atau kawasan pilihan raya parlimen sehingga membolehkan PAS Cawangan wujud di setiap kawasan parlimen.

Bagi menyusun semula organisasi PAS mengikut keperluan semasa, Perlembagaan PAS (Pindaan) 1978 telah menamakan PAS Cawangan sebagai "PAS Kawasan" dengan sempadan mereka kekal mengikut daerah atau kawasan parlimen, manakala nama PAS Cawangan bertukar menggantikan PAS Ranting, iaitu struktur terkecil PAS yang diwujudkan sejak 1954. Kini, PAS Kawasan dianggotai oleh minimum 200 orang ahli dengan dipimpin oleh seorang Yang Dipertua PAS Kawasan, seorang Timbalan Yang Dipertua, seorang Naib Yang Dipertua, seorang Setiausaha, tiga orang Penolong Setiausaha, seorang Bendahari, seorang Ketua Penerangan, seorang Pengarah Pilihan Raya dan tidak lebih 24 orang Ahli Jawatankuasa Kerja. PAS Kawasan boleh dianggap nadi yang menghubungkan PAS Pusat dengan akar umbi parti yang berada dalam PAS Cawangan, selain berfungsi menggerakkan parti menerusi Badan Perhubungan PAS Negeri.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
24 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 24/1/2017

Sumber HD - 24-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































Nama PAS: Dari Persatuan Islam ke Parti Islam

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44003-nama-pas-dari-persatuan-islam-ke-parti-islam

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
NAMA PAS: DARI PERSATUAN ISLAM KE PARTI ISLAM

KELAHIRAN PAS dalam Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua pada 23 Ogos 1951 adalah dengan nama Pertubuhan Ulamak Se-Malaya yang dicadangkan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pertubuhan Ulamak Se-Malaya, beliau turut menggunakan nama ini dalam draf Undang-undang Tubuh PAS yang dikemukakan kepada Persidangan Pertubuhan Ulamak Se-Malaya pada 24 November 1951. Walau bagaimanapun nama tersebut telah berubah apabila persidangan di Bagan Tuan Kechil ini telah mencadangkan nama baru yang lebih inklusif iaitu Persatuan Islam Se-Malaya (PAS), sebelum akhirnya bertukar menjadi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 1972.

Dalam Persidangan Pertubuhan Ulamak Se-Malaya itu, selain nama asal, enam nama lain telah dicadangkan antaranya Perikatan Ulamak Umno Se-Malaya, Persatuan Muslimin Tanah Air (PERMATA), Pertubuhan Islam Malaya (PERTAMA), Persatuan Islam Se-Malaya (PAS), Nahdatul Ulamak Malaya (NA'AM) dan satu nama lain. Nama PAS asalnya adalah cadangan wakil Persatuan al-Ehya as-Syariff, Ustaz Othman Hamzah, tetapi dicadangkan secara rasmi oleh Ustaz Mohd Ma'asum Abdul Kadir dari Jemaah Masjid Telaga Air, Butterworth, sebelum ia terpilih sebagai nama rasmi persatuan ini. Sejak 24 November 1951, nama Pertubuhan Ulamak Se-Malaya telah dikenali sebagai Persatuan Islam Se-Malaya atau PAS. Walaupun akronim PAS telah digunakan sejak hari pemilihan nama ini lagi, tetapi akronim PAS hanya diterima secara rasmi dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kedua pada 26-27 Ogos 1953. Perkataan PAS ini diambil dari akronim abjad Jawi "Fa Alif Sin."

Nama Persatuan Islam Se-Malaya atau PAS telah didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaya dan diluluskan pada 31 Mei 1955. Nama ini kemudiannya menjadi isu dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Keempat pada 26-28 Disember 1955 kerana perkataan "Malaya" adalah berbau penjajah, sedangkan PAS memperjuangkan kebangsaan Melayu, lalu wakil PAS Kota Bharu mencadangkan nama baru, "Persatuan Islam Semenanjung (PAS)", tetapi gagal mempengaruhi Mesyuarat Agung Tahunan PAS itu. Selepas merdeka, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ketujuh pada 25-27 Disember 1958, sekali lagi isu nama ini timbul apabila menerima dua cadangan nama baru iaitu "Persatuan Islam Se-Tanah Melayu" dan "Persatuan Islam Seluruh Tanah Melayu," tetapi cadangan pertama yang diterima. Mulai 12 Mei 1959, secara rasmi nama baru PAS ialah Persatuan Islam Se-Tanah Melayu, setelah Pendaftar Pertubuhan meluluskannya.

Sepanjang tempoh antara 31 Mei 1955 hingga merdeka, nama Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) yang didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan telah diterjemahkan oleh kerajaan British sebagai "Pan-Malayan Islamic Party (PMIP)", tetapi ia bukan nama rasmi dalam bahasa Inggeris yang diputuskan oleh PAS. Selepas PAS menetapkan nama barunya, "Persatuan Islam Se-Tanah Melayu" pada 25-27 Disember 1958, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 25 Januari 1959 telah menetapkan nama rasmi PAS dalam bahasa Inggeris ialah "Islamic Party of Tanah Melayu" bukannya PMIP dengan menggugurkan perkataan "PAN" pada namanya. Nama bahasa Inggeris ini bertukar kepada "Islamic Party of Malaysia" mulai 1972.

Pada 30 Ogos 1965, Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mencadangkan supaya nama PAS ditukar dari "Tanah Melayu" kepada "Malaysia" setelah Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, tetapi tidak mendapat tindak balas positif dari Pejabat Agung PAS. Selepas tregedi perkauman pada 13 Mei 1969, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-17 pada 17-19 Jun 1971 telah bersetuju menggugurkan perkataan "Tanah Melayu" pada PAS dan ia dikenali sebagai "Parti Islam" sahaja. Namun begitu, nama ini telah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan kerana tidak dijelaskan di negara mana parti ini bergerak. Lalu, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-18 pada 28-29 Julai 1972 telah memilih nama."Parti Islam Se-Malaysia" sebagai nama baru mengalahkan dua cadangan lain iaitu "Parti Islam Malaysia" dan nama lamanya, "Persatuan Islam Se-Tanah Melayu." Sejak itu, nama baru parti ini ialah "Parti Islam Se-Malaysia (PAS)" yang digunakan hingga hari ini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 23/1/2017

Sumber HD - 23-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































PAS bertanding dalam PRU Singapura 1959

MOHD FADLI GHANI | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43980-pas-bertanding-dalam-pru-singapura-1959

SINGAPURA, Tanah Jajahan Mahkota British telah mengamalkan demokrasi dalam pentadbiran mereka sejak pilihan raya bandaran mula diadakan pada 1889. Walau bagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua, Singapura telah mula mengadakan Pilihan Raya Umum Majlis Undangan (Legislative Council) pada 1948 dan 1951, sebelum ia dikenali sebagai Pilihan Raya Umum Perhimpunan Undangan (Legislative Assembly) pada 1953 sebagai reformasi ke arah berkerajaan sendiri. Pilihan Raya Umum Perhimpunan Undangan Singapura yang pertama diadakan pada 1955.

PAS yang mula ditubuhkan di Singapura pada 1952 tidak dapat menyertai Pilihan Raya Umum Singapura 1955 kerana pendaftaran PAS Singapura telah ditolak oleh kerajaan pada 8 Mei 1954. Pada 24 Februari 1957, PAS Singapura telah ditubuhkan semula dan berjaya didaftarkan sebagai parti politik pada 8 Ogos 1958.

PAS mula mengorak langkah di Singapura apabila mereka berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Singapura Kali Pertama pada 20 November 1958, sekali gus menyusun persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Perhimpunan Undangan Singapura yang dijangka berlangsung pada 1959. PAS Singapura yang pada asalnya dipimpin oleh Ustaz Mohd Taha Suhaimi, telah diambil alih oleh Ustaz Abdullah Zawawi Hamzah sebagai Ketua PAS Singapura (setaraf Pesuruhjaya PAS Negeri).

Pada 31 Mac 1959, Perhimpunan Undangan Singapura telah dibubarkan dan satu pilihan raya umum akan diadakan. Dalam penamaan calon yang diadakan pada 25 April 1959, PAS telah mengemukakan tiga orang calon untuk bertanding di kerusi Geylang Serai, Kampung Kembangan dan Siglap, iaitu kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu Islam.

Keseluruhan kerusi yang dipertandingkan ialah 51 kerusi, di mana parti-parti utama seperti Parti Tindakan Rakyat (PAP), Persatuan Cina Malaya (MCA), Liberal Socialist Party (LSP), Singapore People's Alliance (SPA), Labour Front (LF), Malay Union (MU), Kongres India Malaya (MIC), Umno, Parti Rakyat (PR), Citizens' Party (CP), Workers' Party (WP) dan Katong United Residents' Association (KURA) telah meletakkan calon-calon mereka, selain 24 orang calon Bebas.

Dalam Pilihan Raya Umum yang berlangsung pada 30 Mei 1959 ini, calon-calon PAS iaitu Ustaz Syed Ahmad Dahlan bin Syed Hussein (Geylang Serai), Yahiya Mohamad Ghause (Kampung Kembangan) dan Wanjor Abu Bakar (Siglap) telah tewas dalam perebutan banyak penjuru. Di Geylang Serai, calon PAS Ustaz Syed Ahmad Dahlan mendapat 460 undi, berbanding Abdul Hamid Jumat (Umno) dengan 7,940 undi, Roslan Hassan (PAP) 3,832 undi, Cikgu Harun Mohd Amin (PR) 353 undi. Kerusi ini dimenangi oleh Umno dengan majoriti 4,108 undi.

Di kerusi Kampung Kembangan, calon Umno, Mohd Ali Alwi yang mendapat 4,443 undi telah mengalahkan calon PAP, Othman Wok dengan majoriti 224 undi. Calon-calon lain iaitu Mohamad Yaakob (SPA) mendapat 2,028 undi, Yahiya Mohamad Ghause (PAS) 317 undi, Abdul Latif Ibrahim (PR) 231 undi dan Jaafar Abdul Ghani (MU) 215 undi. Calon PAS di kerusi Siglap, Wanjor Abu Bakar pula telah mengutip undi terendah di kerusi tersebut dengan 234 undi, sedangkan calon PAP, Sahorah Ahmet mendapat 4,407 undi mengalahkan calon Bebas, Koh Tee Kin yang memperoleh 3,408 undi, John Anthony Snodgrass (LSP) 1,511 undi, Mohd Sidik Abdul Hamid (Umno) 1,418, Abdullah Masood (Bebas) 1,267 dan Pang Toon Tin (PR) 587.

Walaupun PAS tidak membuat pencapaian yang besar dalam Pilihan Raya Umum Perhimpunan Undangan Singapura 1959, kemunculannya dalam pilihan raya ini menunjukkan PAS telah mula mempunyai tapak yang semakin kukuh di pulau Jajahan Mahkota British itu.

Dalam Pilihan Raya Umum berikutnya pada 1963, PAS meletakkan dua orang calon, sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia  pada 9 Ogos 1965, sekali gus menyebabkan PAS Singapura bertukar menjadi Angkatan Islam (AI) mulai 1966 yang hanya menyertai semula pilihan raya pada 1984.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
21 Januari 2017 – HARAKAHDAILY 21/1/2017

Sumber HD - 21-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































Syura: Amalan konsultasi dalam PAS

MOHD FADLI GHANI | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43971-syura-amalan-konsultasi-dalam-pas

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
SYURA: AMALAN KONSULTASI DALAM PAS

KELANCARAN sesebuah organisasi yang demokrtik adalah sangat bergantung kepada budaya berunding dan bermesyuarat. Dalam sistem organisasi Islam, amalan ini dikenali sebagai "syura" yang memberi makna mesyuarat atau permesyuaratan. Setiap perkara dalam organisasi Islam perlu diputuskan melalui mesyuarat atau perundingan, walaupun dalam keadaan tertentu pemimpin tertinggi mempunyai kuasa pemutus. Dalam PAS sendiri, amalan syura atau konsultasi ini telah diamalkan semenjak PAS ditubuhkan lagi, bahkan sentiasa diperkasakan dari masa ke masa, sehingga tertubuhnya Majlis Syura Ulamak PAS pada 1987 yang bertujuan mengawal amalan organisasi PAS supaya tidak melanggar batasan hukum syarak.

Perkataan "syura" yang bermaksud mesyuarat atau perundingan ini diperintahkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud, "Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka" (as-Syura: 43). Secara teknikal, perkataan syura memberi maksud satu proses komunikasi yang melibatkan perbincangan, percambahan fikiran, perundingan, pertukaran maklumat, pengumpulan fakta dan perkongsian idea dari pelbagai sudut, sebelum sesuatu keputusan atau ketetapan dibuat. Dalam ayat lain, Allah SWT menyebutkan yang bermaksud, "Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam setiap urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan suatu keputusan) maka bertawakallah kepada Allah, kerana Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal" (Ali Imran: 159). Dalam hadis riwayat at-Tabarani, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Tidak akan kecewa orang yang beristikharah dan yang bermesyuarat."

Oleh kerana konsep syura ini menjadi amalan sunnah dan ia amat penting dalam gerakan Islam, PAS telah mewujudkan beberapa bentuk syura di semua peringkat organisasinya. Pertama, syura melalui mesyuarat agung, di mana semua ahli PAS terlibat bermula dari peringkat terbawah di cawangan hinggalah Muktamar Tahunan PAS. Mesyuarat Agung Tahunan PAS diakui sebagai syura tertinggi dalam PAS. Kedua, mesyuarat jawatankuasa kerja yang bertujuan melaksanakan dasar-dasar PAS. Ia melibatkan kepemimpinan parti di setiap peringkat yang berkaitan, termasuk juga jawatankuasa kecil atau panitia pelaksana. Ketiga, Majlis Syura Ulamak PAS iaitu badan khusus yang ditubuhkan sebagai badan tertinggi yang mengawal dasar, menafsir Perlembagaan PAS dan mendengar rayuan taratertib, dengan dianggotai oleh para ulamak untuk memastikan seluruh perjalanan PAS tidak bercanggah dengan sumber hukum PAS.

Berbandingan dengan Majlis Syura Ulamak PAS yang wujud secara bersendirian sebagai institusi tertinggi dalam PAS, adapun syura yang berlaku dalam Mesyuarat Agung PAS dan Jawatankuasa Kerja PAS adalah bertingkat. Mesyuarat Agung PAS wujud dalam dua keadaan iaitu tahunan dan khas, sedangkan tingkatnya bermula di Cawangan ke Kawasan dan Pusat. Adapun bagi Dewan-dewan, tingkatnya bermula di Kawasan ke Negeri dan Pusat. Bagi Jawatankuasa Kerja PAS, syura berlaku di peringkat Cawangan, Kawasan, Negeri dan Pusat dalam mengendalikan organisasi di peringkat masing-masing. Walaupun Jawatankuasa Kerja PAS adalah eksekutif bagi setiap tingkat organisasi PAS, namun Mesyuarat Agung PAS adalah kuasa tertinggi di peringkat masing-masing dengan Muktamar Tahunan PAS adalah kekuasaan tertinggi dalam sistem syura PAS. Syura Muktamar Tahunan PAS adalah bertindak sebagai kuasa legislatif PAS setiap tahun. Namun begitu, di sebalik kedudukan dua kuasa syura di peringkat eksekutif dan legislatif ini, Majlis Syura Ulamak PAS diberikan kuasa judikatif untuk memastikan seluruh keputusan, dasar dan aktiviti PAS tidak bercanggah dengan sumber hukum PAS.

Kekuasaan syura Muktamar dan Mesyuarat Agung PAS diperuntukkan dalam Fasal 7 dan 18 hingga 22 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011, manakala Mesyuarat Agung dan Muktamar bagi Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS disebut masing-masing pada Fasal 44, 48, 52, 56, 60, 64, 68 dan 72. Sedangkan kekuasaan syura Majlis Syura Ulamak PAS diperuntukkan dalam Fasal 7dan 8. Fasal 25 hingga 34 perlembagaan yang sama memperuntukkan tentang amalan syura di semua peringkat Jawatankuasa Kerja PAS. Adapun syura peringkat negeri disebut dalan Fasal 40, sedangkan bagi Dewan-dewan diperuntukkan dalam Fasal 45, 49, 53, 57, 61, 65, 69 dan 73 bagi setiap peringkat Dewan-dewan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
20 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 20/1/2017

Sumber HD - 20-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































TG Abdullah Tahir: Pencetus kebangkitan PAS di Kelantan

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43953-tg-abdullah-tahir-pencetus-kebangkitan-pas-di-kelantan

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
TUAN GURU HAJI ABDULLAH TAHIR: PENCETUS KEBANGKITAN PAS DI KELANTAN

TUAN Guru Haji Abdullah Tahir bin Ahmad adalah ulamak Kelantan yang paling berpengaruh selepas era Tok Kenali (m. 1933). Beliau bukan sahaja murid kanan Tok Kenali, tetapi pondoknya, Madrasah Ahmadiyah atau Pondok Bunut Payung adalah pondok yang terbesar di Kelantan pada dekad 1940-an hingga 1960-an. Bahkan, kebanyakan guru-guru pondok yang terkenal di seluruh Malaysia selepas merdeka adalah murid-murid beliau. Dengan pengaruh beliau yang sangat luas ini, penyertaan beliau bersama perjuangan PAS pada 1954 telah mengubah politik Kelantan kepada wajah baru yang lebih Islamik apabila PAS berjaya menguasai Kelantan pada 1959.

Tuan Guru Haji Abdullah Tahir dilahirkan di Pengkalan Leser, Kampung Sireh, Kota Bharu pada 20 Jun 1897. Ayahnya, Haji Ahmad Awang Ludin, seorang Imam Tua di Masjid Langgar yang berasal dari Kampung Chepa, Sering dan pernah bermukim di Mekah selama empat tahun sehingga 1903. Selain belajar dengan ayahnya, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir telah berguru dengan Tok Kenali di Pondok Kenali dan Masjid Muhammadi sejak 1910. Beliau turut berguru dengan Tuan Guru Haji Nik Man Tua (Nik Abdul Rahman Wan Sulaiman) dan Mufti Haji Idris Che Hassan. Pada 1926, beliau berangkat ke Mekah dan berguru dengan Sheikh Ali Maliki, Sheikh Said Yamani, Sheikh Mokhtar Atarid dan Sheikh Muhammad al-Fathani. Beliau telah kembali ke Kelantan pada 1931 untuk menabur bakti.

Pada awalnya, beliau menjadi tenaga pengajar di Masjid Muhammadi beberapa tahun bersama Tok Kenali, Tuan Guru Haji Yaakub Legor, Tuan Guru Haji Saad Kangkung, Tuan Guru Haji Ahmad Manan dan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang. Pada akhir 1931, beliau mengasaskan Madrasah Ahmadiyah Bunut Payung yang mempunyai pelajar yang ramai dari seluruh pelusuk tanah air. Dalam tahun 1936, beliau telah mengasaskan Jabhat ad-Diiniah al-Islamiyah Kelantan, iaitu pertubuhan ulamak yang pertama di Tanah Melayu di mana beliau sendiri pernah menjadi Yang Dipertuanya. Tuan Guru Haji Abdullah Tahir juga dilantik sebagai Ahli Jemaah Ulamak MAIK dan anggota Jawatankuasa Pengadil Mahkamah Kelantan.

Selain kegiatan dakwah dan pengajaran agama, sumbangan besar Tuan Guru Haji Abdullah Tahir ialah apabila muzakarah antara beliau dengan Naib Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Hussein Che Dol pada 8 September 1952 tentang dasar dan tujuan PAS telah membawa kepada penerangan tentang PAS di Pasir Puteh dan Pasir Mas pada 9 hingga 11 September 1952 sehingga tertubuhnya PAS Cawangan Pasir Mas pada 23 Julai 1953. Pada 14 April 1954, PAS telah mengadakan gerakan mengembangkan PAS di Kelantan dengan menghantar Ustaz Othman Abdullah dan Mohd Asri Haji Muda, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir telah menyertai PAS, sekali gus membolehkan PAS Cawangan Kota Bharu ditubuhkan pada 18 November 1954.

Pada 26-28 Disember 1955, Madrasah Ahmadiyah Bunut Payung telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Keempat. Dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PAS di pondok ini, maka tahulah seluruh alim ulamak dan rakyat Kelantan bahawa Tuan Guru Haji Abdullah Tahir telah menyertai PAS yang menyebabkan ulamak-ulamak terkenal seperti Tuan Guru Haji Ghani Kubang Bemban, Tuan Guru Haji Mustafa Pasir Tumbuh, Tuan Guru Haji Mat Zain Kemudi, Tuan Guru Haji Mat Tubuh Beris, Tuan Guru Haji Mat Bakok Kenali, Tuan Guru Haji Harun Sulong, Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Haji Awang Padang, Tuan Guru Haji Aziz Pasir Tumbuh, Tuan Guru Haji Yakub Berangan dan lain-lain telah menyertai PAS. Di luar Kelantan juga, murid-murid beliau turut menyertai PAS. Ekoran ramainya ulamak yang mengikuti jejak langkah beliau bersama PAS, rakyat turut memberi sokongan kepada PAS sehingga dapat menguasai Kelantan pada 1959.

Walaupun Tuan Guru Haji Abdullah Tahir tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam PAS, tetapi penyertaan beliau ke dalam PAS telah memberi kesan besar terhadap sikap politik alim ulamak di Kelantan, sekali gus sikap rakyat Kelantan. Selain murid-muridnya seperti Tuan Guru Haji Yahya Junid, Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi, Muallim Haji Wahid Osman Melaka dan lain-lain yang muncul sebagai pemimpin PAS, ahli keluarga beliau sendiri seperti Tuan Guru Haji Hussein Rahimi Mat Saman iaitu menantu beliau adalah bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, sedangkan cucu menantu beliau, Ustaz Yahya Othman adalah Murabbi PAS yang sangat terkenal. Dua tahun selepas PAS berjaya menguasai Kelantan, pada 15 Ogos 1961, beliau telah kembali ke rahmatullah.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
19 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 19/1/2017

Sumber HD - 19-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































Fatwa Mufti Pulau Pinang gegar pilihan raya 1955

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43940-fatwa-mufti-pulau-pinang-gegar-pilihan-raya-1955
ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
FATWA MUFTI PULAU PINANG GEGAR PILIHAN RAYA 1955

PILIHAN Raya Umum Persekutuan yang berlangsung pada 27 Julai 1955 telah digegarkan dengan satu fatwa yang dikeluarkan oleh sekumpulan ulamak di Pulau Pinang dan Seberang Perai berkait kewajipan mengundi dan larangan mengundi calon-calon bukan Islam. Fatwa ini dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai, Sheikh Abdullah Fahim bersama pengasas Madrasah al-Masriyah yang juga Ahli Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang, Sheikh Salleh Masri dan Guru Besar Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Ustaz Abdul Halim al-Hadi.

Ketiga-tiga ulamak ini mempunyai kaitan dengan PAS kerana Sheikh Abdullah Fahim adalah bekas Ketua Dewan Ulamak PAS, Ustaz Abdul Halim al-Hadi adalah bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS dan Sheikh Salleh Masri adalah mertua kepada bekas Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan. Namun begitu, ketiga-tiga mereka tidak lagi bersama PAS selepas 1954 apabila disiplin parti dikuatkuasakan, di mana Sheikh Abdullah Fahim dan Ustaz Abdul Halim al-Hadi kekal bersama Umno, sedangkan Sheikh Salleh Masri bersama Parti Negara.

Dalam Pilihan Raya Umum ini, PAS telah meletakkan 11 calon, sedangkan Perikatan meletakkan 52 calon termasuk calon dari MCA dan MIC yang menentang calon yang beragama Islam. Di kalangan calon PAS, Ustaz Zabidi Ali yang bertanding di Seberang Perai Selatan menentang calon Perikatan/MCA, Tay Hoi Soon, di mana separuh daripada pengundinya adalah beragama Islam. Keadaan ini menyebabkan timbul kekeliruan di kalangan orang Islam, apakah boleh mereka mengundi calon bukan Islam yang menentang calon yang beragama Islam. Bagi menjawab persoalan inilah, maka dikeluarkan fatwa pilihan raya oleh para ulamak Pulau Pinang. Fatwa ini pada asalnya tidak mempunyai kaitan langsung dengan PAS, bahkan menurut Sheikh Abdullah Fahim ia adalah bertujuan menyokong Umno, tetapi ia memberi keuntungan politik kepada PAS sehingga menimbulkan kemarahan Umno.

Fatwa yang dibuat pada 23 Julai 1955 ini berbunyi, "Tiap-tiap pengundi yang beragama Islam laki dan perempuan yang mempunyai hak undi menurut Undang-undang Pilihan Raya Persekutuan yang telah disahkan, wajib menjalankan hak undinya dengan turun ke tempat mengundi dan membuang undinya pada hari dan waktu yang telah ditetapkan; wajib hanya memilih calon yang terdiri dari orang Islam sahaja; sesiapa juga di antara orang Islam yang memberi hak undi kepada orang bukan Islam adalah dianggap bahawa orang itu telah melakukan satu perkara yang berlawanan dengan kehendak ayat-ayat Allah." Fatwa ini menyebut enam ayat al-Quran yang menunjukkan umat Islam dilarang mengambil orang kafir sebagai pemimpin atau pemerintah.

Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang telah menyokong fatwa ini kerana menganggap ia dikeluarkan oleh ulamak yang tidak berpihak kepada mana-mana parti, sebaliknya hanya untuk kepentingan agama semata-mata. Keadaan ini menyebabkan Umno berkeras menolak fatwa ini dan menuduh ia dibuat oleh PAS untuk mengelirukan rakyat. Akhirnya, Sheikh Abdullah Fahim dengan dipengaruhi oleh anaknya, Ustaz Haji Ahmad Badawi Abdullah membuat kenyataan bahawa memilih orang bukan Islam yang bekerjasama dengan Umno adalah tidak haram. Kemudian, Sheikh Salleh Masri dan Ustaz Abdul Halim al-Hadi pula menolak kenyataan Sheikh Abdullah Fahim tersebut kerana menganggap fatwa yang asal cukup jelas dengan dalil-dalil dan tidak berhajat pada sebarang takwil lagi.

Menurut pemimpin Parti Negara yang juga bekas Pegawai Penerangan PAS, Sheikh Ali Balderam, penafian yang dibuat oleh Sheikh Abdullah Fahim itu dibuat oleh anaknya, dengan tujuan memindahkan tanggungjawab fatwa ini kepada PAS. Berlanjutan dari itu, pada 27 Julai 1955, iaitu hari pembuangan undi, Warta Negara telah menyiarkan satu fatwa Muktamar Ulamak dan Mubaligh Islam Indonesia yang mewajibkan orang Islam turun mengundi dan memastikan kemenangan Islam dalam pilihan raya tersebut dengan mengundi calon-calon yang mahu menegakkan hukum Islam.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
18 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 18/1/2017

Sumber HD - 18-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































PAS anjur Minggu Kolej Islam untuk kutip dana

MOHD FADLI GHANI | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43936-pas-anjur-minggu-kolej-islam-untuk-kutip-dana

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
PAS ANJUR MINGGU KOLEJ ISLAM UNTUK KUTIP DANA

RANCANGAN untuk menubuhkan Kolej Islam di Malaya telah disuarakan sejak Januari 1927 ekoran ketiadaan pusat pengajian tinggi Islam di Tanah Melayu. Lepasan sekolah agama dan pondok tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ke luar negeri jika ingin menyambung pengajian mereka. Pada 16 Januari 1927, Za'ba telah menyuarakan pandangannya supaya Tanah Melayu mempunyai kolej Islam seperti Aligarh Muslim University di India. Pada peringkat awal, Maahad al-Ehya as-Syariff telah menubuhkan kelas Kuliah selepas Perang Dunia Kedua tetapi gagal kerana ketiadaan pelajar.

Pada 20 Mac 1949, sebuah Jawatankuasa Penaja Kolej Islam ditubuhkan dengan Maulana Mohamad Abdul Alim Siddiqi dan Syed Ibrahim Omar al-Saqqaf sebagai pemimpinnya. Walaupun mendapat sokongan Sultan Selangor dan Sultan Pahang, kolej ini tidak dapat dijalankan kerana masalah kewangan. Dalam Persidangan Alim Ulamak Malaya di Muar pada 21-22 Februari 1950, cadangan penubuhan kolej ini menjadi satu resolusi, sehingga Umno mencadangkan pada 1952 supaya kolej ini dibuka di Skudai, Johor. Kolej Islam Malaya kemudiannya hanya dapat didirikan pada 4 April 1955 di Kelang, Selangor setelah Sultan Hishamuddin Alam Shah mewakafkan istananya untuk dijadikan kolej, dengan Ustaz Ismail Omar Abdul Aziz sebagai pengetuanya.

Oleh kerana penubuhan Kolej Islam Malaya adalah salah satu agenda Persidangan Alim Ulamak Malaya di Muar, pada 27 Mac 1954, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah membincangkan peranan PAS terhadap penubuhan kolej ini. Antara aspek yang penting mendapat perhatian PAS ialah dari aspek kewangan. PAS berpendapat "sudah tentu (kolej ini) menghendaki perbelanjaan yang tidak sedikit" dan PAS telah memulakan kutipan derma Kolej Islam ini sejak 1953 lagi. Sepanjang tahun 1954, PAS membuat kutipan derma untuk Kolej Islam ini pada setiap programnya, sehingga PAS menjadi antara penyumbang utama kepada dana kolej tersebut.

Salah satu langkah terbesar yang dibuat oleh PAS ialah menganjurkan "Minggu Kolej Islam" dalam bulan Mei 1954. Sepanjang Minggu Kolej Islam ini, semua Cawangan PAS dan ahli PAS diarahkan supaya mengadakan kutipan derma besar-besaran untuk mengisi dana Kolej Islam. Kutipan derma juga dibuat dalam semua program penerangan PAS di seluruh Tanah Melayu sepanjang Mei 1954. Bagi menunjukkan kesungguhan PAS untuk menjayakan penubuhan Kolej Islam ini, dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ketiga di Parit Buntar pada 12-14 Ogos 1954, mereka telah meluluskan cadangan Jawatankuasa Kerja Agung PAS supaya program Minggu Kolej Islam ini terus diadakan bagi mengumpul dana tersebut.

Selain mengumpulkan dana melalui Minggu Kolej Islam, sumbangan terbesar PAS terhadap Kolej Islam Malaya adalah melalui Prof Zulkifli Mohamad yang ketika itu menjadi Setiausaha Kolej Islam selain menjadi pensyarah. Tokoh lain yang turut terlibat termasuklah Ustaz Hassan Salleh dari Kelantan sebagai pensyarah dan Ustaz Abu Bakar Hamzah dari Perlis sebagai pustakawan Kolej Islam. Walaupun Kolej Islam Malaya hanya wujud sehingga 1967 sahaja, tetapi ia berjaya melahirkan tokoh-tokoh besar PAS termasuklah Prof Dato' Dr Haron Din (bekas Mursyidul Am PAS) dan Dr Daeng Sanusi Mariok (bekas Naib Presiden PAS yang kini Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
17 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 17/1/2017








































































Maahad Al-Ehya As-Syariff: Pusat Kebangkitan Gerakan Islam

MOHD FADLI GHANI | .
















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43919-maahad-al-ehya-as-syariff-pusat-kebangkitan-gerakan-islam

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
MAAHAD AL-EHYA AS-SYARIFF GUNUNG SEMANGGOL: PUSAT KEBANGKITAN GERAKAN ISLAM

KEBANGKITAN gerakan politik Islam telah berlaku di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua dengan berpusat di Gunung Semanggol, Perak. Sejak kejatuhan Khilafah Othmaniyah pada 4 Mac 1924, kuasa politik Islam telah berakhir, lantas mendorong munculnya gerakan-gerakan politik Islam di seluruh dunia dalam rangka mengembalikan kedaulatan kerajaan Islam. Bermula dengan kebangkitan Sarekat Islam di Indonesia pada 1905, diikuti oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 1928, Jamiat Islami di India pada 1941 dan Masyumi di Indonesia pada 1943, maka muncullah pelbagai gerakan Islam di seluruh dunia, khususnya selepas Perang Dunia Kedua. Di Tanah Melayu sendiri, sejak awal 1920-an telah wujud cawangan Sarekat Islam, sebelum munculnya gagasan penyatuan para ulamak di peringkat nasional pada awal 1930-an. Selepas Perang Dunia Kedua, barulah muncul gerakan politik Islam di Tanah Melayu.

Permulaan bagi kebangkitan ini ialah dengan berlangsungnya Persidangan Ekonomi-Agama di Maahad al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol pada 23-24 Mac 1947 yang berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS) dan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA). Dari MATA pula lahirnya Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR), sebelum Persidangan MATA pada 14 Mac 1948 berjaya menubuhkan Hizbul Muslimin sebagai parti politik Islam yang pertama di Tanah Melayu. Di sinilah peranan penting Maahad al-Ehya as-Syariff dalam sejarah kebangkitan Islam, kerana setelah itu, kebangkitan PAS juga bersangkutan dengan peranan maahad ini.

Sejarah Maahad al-Ehya as-Syariff telah bermula sejak 1918 apabila Tuan Guru Haji Abdul Rahman Mahmud mengasaskan Madrasah ar-Rahmaniyah di Gunung Semanggol. Pada 15 April 1934, menantu beliau, Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah membubarkan madrasah ini untuk menubuhkan Madrasah al-Ehya as-Syariff, sebelum dinaikkan taraf sebagai Maahad al-Ehya as-Syariff pada 1940, serentak dengan penubuhan Persatuan al-Ehya as-Syariff. Pada zaman Jepun, maahad ini dapat bergerak seperti biasa kerana ia dilindungi Penasihat Adat Istiadat Melayu di Markaz Tentera Jepun di Taiping, Dr Burhanuddin al-Helmy. Selepas Perang Dunia Kedua, maahad ini telah terlibat dengan kegiatan politik sehingga mudirnya, Ustaz Abu Bakar al-Baqir ditahan di bawah Ordinan Darurat 1948 selama empat tahun sehingga 1952.

Ustaz Abu Bakar Mohd Said al-Baqir, pengasas dan mudir maahad ini dilahirkan pada 1907 dan mendapat pendidikan di Madrasah ar-Rahmaniyah (1919-1923), Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyyah, Kepala Batas (1924-1930) dan Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar (1930-1934) dengan guru utama beliau ialah Sheikh Abdullah Fahim. Beliau adalah seorang tokoh agama yang aktif dalam pergerakan politik dan pernah terlibat dalam Persatuan Melayu Pulau Pinang, Persatuan Melayu Perak, Sunlight Club Taiping, Kelab Saadat Kuala Kangsar, Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) dan Pembantu Indonesia Merdeka (PIM). Selepas 1947, beliau telah memimpin PEPERMAS, sebelum menjadi pemimpin Hizbul Muslimin mulai 1948. Beliau ditahan tanpa bicara selama empat tahun sehingga 1952, dan menyertai PAS pada 1954. Walaupun pada 1955, beliau menjadi calon Parti Kebangsaan Perak (NAP), namun selepas itu beliau tidak lagi aktif berpolitik, sebaliknya memberi tumpuan sebagai Mudir Maahad al-Ehya as-Syariff dan Ahli Majlis Agama Islam Perak sehingga akhir hayatnya pada 14 Julai 1974.

Selain menjadi pusat gerakan politik Islam pada akhir 1940-an dengan kemunculan PEPERMAS, MATA, LEPIR dan Hizbul Muslimin, Maahad al-Ehya as-Syariff juga tidak dapat dipisahkan dengan kebangkitan PAS. Pertama, dalam Persidangan Persatuan Ulamak Se-Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth) pada 24 November 1951, dua institusi telah hadir mewakili maahad ini iaitu Persatuan al-Ehya as-Syariff dan Maahad al-Ehya as-Syariff sendiri. Dalam persidangan ini, wakil Persatuan al-Ehya as-Syariff, Ustaz Othman Hamzah telah mencadangkan supaya nama Persatuan Ulamak Se-Malaya ditukar kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS), selain turut mempengaruhi perubahan tujuan penubuhannya dari persatuan yang bersifat kebajikan kepada sebuah parti politik Islam. Wakil-wakil dari Gunung Semanggol juga telah mendesak supaya disiplin parti dikuatkuasakan dalam PAS supaya wala' ahli-ahli hanya kepada pergerakan politik Islam yang baru ditubuhkan ini.

Kedua, barisan kepemimpinan utama yang mengasaskan PAS adalah tokoh-tokoh yang berkait secara langsung dengan maahad ini. Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (Yang Dipertua Agung PAS), Ustaz Haji Ahmad Maliki (Setiausaha Agung PAS) dan Haji Sulaiman Ahmad (Sulaiman Palestin) (Pegawai Penerangan PAS) adalah bekas-bekas pelajar Maahad al-Ehya as-Syariff, sedangkan Sheikh Abdullah Fahim (Ketua Dewan Ulamak PAS), Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin (Naib Yang Dipertua Agung PAS) dan Mohd Asri Haji Muda (Setiausaha Kerja PAS) adalah antara bekas pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol. Ketiga, selepas disiplin parti dikuatkuasakan sepenuhnya oleh PAS pada 1955, lebih ramai tokoh-tokoh Maahad al-Ehya as-Syariff menyertai kepemimpinan PAS seperti Ustaz Baharuddin Latif (bekas Setiausaha Agung PAS), Ustaz Othman Hamzah (bekas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat), Ustazah Hayati Hassan (bekas Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat), Ustaz Budiman Radhi (bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) dan lain-lain. Pada generasi kontemporari, dua tokoh PAS, Ustazah Naqibah Nu'ma Abu Bakar (Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah dan Perak) dan Ustaz Jilbaz Mukhlis Mokhtar Ghazali (bekas Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak) adalah anak dan cucu Ustaz Abu Bakar al-Baqir.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
16 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 16/1/2017

Sumber HD - 16-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































Pembentukan Kerajaan PAS Terengganu 1959

MOHD FADLI GHANI | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43917-pembentukan-kerajaan-pas-terengganu-1959

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS: PEMBENTUKAN KERAJAAN PAS TERENGGANU 1959

KEJAYAAN PAS memenangi Pilihan Raya Negeri Terengganu pada 20 Jun 1959 telah membolehkan PAS membentuk Kerajaan Negeri Terengganu yang pertama selepas merdeka. Dalam Pilihan Raya Negeri ini, PAS telah menguasai 13 kerusi DUN, sedangkan Perikatan mendapat tujuh kerusi dan Parti Negara (PN) mendapat empat kerusi. Terengganu adalah negeri yang pertama dikuasai PAS sejak Pilihan Raya Negeri diadakan kali pertama selepas merdeka secara berperingkat bermula di Perlis dan Kedah pada 20 Mei 1959, sedangkan Terengganu adalah negeri yang kelapan selepas Perlis dan Kedah, Melaka, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor, manakala Kelantan dan Pahang mengadakan Pilihan Raya Negeri selepas Terengganu.

Dalam Pilihan Raya Negeri Terengganu yang diadakan pada 10 Oktober 1955, iaitu pilihan raya sebelum merdeka, Perikatan telah menyapu bersih semua kerusi Majlis Undangan Negeri yang dipertandingkan, sedangkan ketika itu PAS belum ditubuhkan di Terengganu. Dalam Pilihan Raya Negeri Terengganu 1959, PAS menguasai 13 daripada 24 kerusi menerusi Tuan Guru Haji Wan Said Mohd Noor (Kuala Besut), Mohd Sanari Yunus (Kg. Raja), Ustaz Husin Jusoh (Hulu Besut), Mohamad Ismail (Besut Tengah), Mohd Daud Abdul Samad (Setiu), Ustaz Ahmad Azzam Hanafiah (Jeram), Tuan Guru Haji Abdul Kadir Muhammad (Kuala Terengganu Tengah), Tuan Guru Haji Shafie Sulong (Binjai), Ismail Yusof (Hulu Terengganu Timur), Omar Abdul Rahman (Hulu Terengganu Barat), Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar (Marang), Abu Bakar Mohd Salleh (Sura) dan Ustaz Omar Shukri Embong (Hulu Dungun).

Ekoran kemenangan ini, pada 24 Jun 1959, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah membincangkan perlantikan Menteri Besar Terengganu tetapi menghadapi isu berkaitan makna 'Bumiputera' dalam perjawatan kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah adalah seorang berketurunan Banjar yang berasal dari Perak. PAS Terengganu telah bersetuju menyerahkan dua nama kepada Sultan Terengganu iaitu Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah (Jeram) dan Mohd Daud Abdul Samad (Setiu) sebagai calon Menteri Besar, dengan syarat calon yang tidak terpilih akan menjadi anggota Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Setelah itu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin III telah berkenan memilih Mohd Daud Abdul Samad sebagai Menteri Besar Terengganu. Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah yang mendapat 19 undi berbanding Mohd Daud Abdul Samad (tiga) dan Abu Bakar Salleh (dua) dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu itu, berkeyakinan beliau akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu selepas kerajaan dibentuk.

Dengan perkenan Sultan Terengganu ini, pada 29 Jun 1959, Mohd Daud Abdul Samad telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang pertama selepas merdeka. Mohd Daud Abdul Samad, 35 tahun yang berasal dari Jerteh, Besut dan mendapat pendidikan tertinggi di Sultan Ismail College (SIC), Kota Bharu selain belajar agama di Madrasah al-Balaghul Mubin, Pasir Puteh. Sebelum menyertai PAS, beliau yang menjadi aktivis Kesatuan Melayu Muda (KMM), Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Rakyat (PR), selain berkhidmat sebagai pegawai di Jabatan Kerja Raya Terengganu sehingga 1952. Pada 1956, beliau menyertai PAS dan dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu merangkap Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu sebelum dipilih sebagai ADUN Setiu. Dengan latar belakang pendidikan Melayu, agama dan Inggeris, pengalaman berkhidmat dengan kerajaan serta penglibatan politik sejak akhir 1930-an, beliau dianggap layak mengetuai Kerajaan PAS Terengganu.

Setelah Menteri Besar Terengganu mengangkat sumpah pada 29 Jun 1959, dengan persetujuan parti, Mohd Daud Abdul Samad telah membentuk kabinetnya dengan satu barisan anggota enam orang Exco Kerajaan dan dibantu oleh seorang Speaker DUN. Enam orang yang mengangkat sumpah sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Terengganu pada 29 Jun 1959 ialah Ustaz Ahmad Azzam Hanafiah, Mohd Sanari Yunus, Abu Bakar Salleh, Ustaz Omar Shukri Embong, Ismail Yusof dan Omar Abdul Rahman. Manakala Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar, ADUN Marang dinamakan sebagai Speaker DUN Terengganu yang pertama. DUN Terengganu telah bersidang untuk kali yang pertama bagi meluluskan dasar-dasar Kerajaan PAS Terengganu ini pada 29 Julai 1959, setelah cadangan asal yang dirancang pada 4 Julai 1959 ditangguhkan akibat bertembung dengan kempen Pilihan Raya Umum Persekutuan yang berlangsung antara 15 Julai hingga 19 Ogos 1959.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
15 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 15/1/2017

Sumber HD - 15-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































Wakil PAS pertegas sikap tentang Perlembagaan Reid

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43902-wakil-pas-pertegas-sikap-tentang-perlembagaan-reid


ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS: WAKIL PAS PERTEGAS SIKAP TENTANG PERLEMBAGAAN REID DI MAJLIS UNDANGAN PERSEKUTUAN

PENGGUBALAN Perlembagaan adalah antara persiapan penting Tanah Melayu dalam menuju kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Selepas Pilihan Raya Umum 1955, tuntutan kemerdekaan yang dibuat oleh parti-parti politik telah memaksa British menubuhkan Suruhanjaya Bebas yang diketuai oleh Lord Reid untuk menggubal cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Rombongan Kemerdekaan yang bertolak ke London pada 1 Januari 1956 telah berunding dengan Kerajaan British antara 18 Januari hingga 8 Februari 1956 untuk mencapai persetujuan berkait kemerdekaan Tanah Melayu. Pada 24 Januari 1956, akhbar Straits Times melaporkan persetujuan Tunku Abdul Rahman Putra terhadap cadangan British untuk pembentukan Suruhanjaya Bebas Perlembagaan.

Suruhanjaya Bebas yang lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid ini kemudiannya telah membuat kajian tentang cadangan Perlembagaan dengan mengadakan 118 kali mesyuarat antara Jun hingga Oktober 1956 dan menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak berkait cadangan Perlembagaan yang baru. PAS sendiri menyerahkan memorandumnya kepada Suruhanjaya Bebas ini pada 14 Julai 1957, sedangkan Perikatan Umno-MCA-MIC berbuat demikian dalam bulan April 1956. Suruhanjaya ini secara umumnya telah menerima sebahagian besar cadangan Perikatan, tetapi tidak melayan pandangan PAS yang memberi penekanan terhadap kedudukan Islam sebagai agama rasmi yang berkesan dan ketuanan orang Melayu.

Pada 19 Februari 1957, Warta Negara telah menyiarkan Penyata Reid yang akan disemak oleh Jawatankuasa 11 Anggota sebelum ia diserahkan kepada Raja-raja Melayu, dan pada 21 Februari 1957 ia telah diserahkan oleh Suruhanjaya Bebas untuk dikaji oleh jawatankuasa tersebut. Walaupun 80 peratus cadangan dalam Penyata Reid datangnya dari Perikatan, tetapi ia telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu, khususnya ahli-ahli Umno sendiri kerana dikatakan merugikan orang Melayu. Selain parti-parti pembangkang seperti PAS, PN, PR, PMS dan Parti Buruh yang menentangnya, ahli-ahli Umno telah menganjurkan Kongres Kebangsaan Melayu Kedua pada 4-7 Mei 1957 untuk menentang Penyata Reid. PAS sendiri mengadakan Mesyuarat Agung Khas PAS pada 2 Mei 1957 untuk menyatakan sikap terhadapnya.

Setelah melalui pelbagai proses dan rundingan, tetapi gagal mengubah pendirian Perikatan dalam penggubalan Perlembagaan ini, akhirnya PAS telah membawa isu ini ke Majlis Undangan Persekutuan dengan mengemukakan pandangan-pandangan PAS menerusi wakil tunggal PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin. Ketika membahaskan Kertas Putih Perlembagaan di Majlis Undangan Persekutuan pada 10 Ogos 1957, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, wakil rakyat Kerian telah menekankan soal ketidakterlibatan rakyat dalam penggubalan Perlembagaan, sehingga menyebabkan ia tidak memberi manfaat kepada orang Melayu. Persoalan kebangsaan Melayu, kerakyatan jus soli, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan bahasa Melayu yang disifatkan "nanti akan melenyapkan dan menanggalkan hak mutlak bangsa Melayu di dalam tanah airnya sendiri."

Ketika merumuskan tentang kedudukan orang Melayu, wakil PAS itu mendakwa British lebih mengutamakan orang asing berbanding menjaga ketuanan orang Melayu, sebaliknya orang Melayu sebagai tuan punya negeri hanya dijamin dalam hak-hak tertentu (hak-hak istimewa) sehingga mengecilkan kedudukan orang Melayu, padahal orang Melayu mempunyai hak mutlak dalam negeri ini. Berkait dengan kedudukan Islam, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin yang mempersoalkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang membawa pengertian sekular, sedangkan PAS mahu Islam benar-benar berdaulat. Menurut wakil PAS itu, Islam yang dikehendaki ialah "agama yang menjadi panduan kepada hidup negeri ini, dan kepada pemerintahan negeri ini dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya."

Secara umumnya, wakil rakyat Kerian yang juga Bendahari Agung PAS itu menegaskan lima perkara. Pertama, negeri ini adalah milik mutlak orang Melayu; kedua, orang Melayu mesti diberi keistimewaan sebagai tuan punya negeri; ketiga, kerakyatan negara ini tidak boleh diberi secara mudah mengikut prinsip jus soli; keempat, Islam menjadi agama rasmi yang berpengaruh ke atas pemerintahan negeri; dan kelima, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Pandangan PAS itu walau bagaimanapun gagal mengubah sikap pemimpin Perikatan sehingga Kertas Putih Perlembagaan ini diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuat kuasa mulai 31 Ogos 1957.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
14 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 14/1/2017

Sumber HD - 14-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Darul Arqam: Kumpulan serpihan PAS
Posted on Friday, January 13 @ 15:50:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33189



ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
DARUL ARQAM: KUMPULAN SERPIHAN PAS PIMPINAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD

KETIDAKPUASAN hati terhadap beberapa aspek dalam jemaah menjadi punca berlakunya serpihan. Antara kumpulan serpihan terawal dalam PAS berlaku pada akhir 1960-an apabila sekumpulan ahli PAS yang dipimpin oleh Ustaz Ashaari Muhammad telah membentuk kumpulan mereka sendiri yang dikenali sebagai Darul Arqam atau al-Arqam pada 1968.

Pada awalnya, Ustaz Ashaari Muhammad tidak berpuas hati dengan sikap PAS yang terlalu memberikan fokus kepada politik sehingga mengabaikan aspek ekonomi dalam perjuangannya. Kumpulan al-Arqam dalam kegiatannya selepas itu menjadikan ekonomi sebagai agenda utama, sebelum terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang menyebabkan mereka diharamkan oleh kerajaan pada 21 Oktober 1994 dan pemimpin utamanya ditahan ISA.

Sejarah pergerakan Darul Arqam bermula selepas Ustaz Ashaari Muhammad tewas dalam Pilihan Raya Umum di Bangsar, Kuala Lumpur pada 1964. Sejak itu, beliau mula memberikan fokus terhadap kegiatan ekonomi sehingga dilantik sebagai Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat pada 1968. Walau bagaimanapun, sejak 1968 itu, beliau mula membentuk halaqah usrahnya sendiri yang berpusat di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Oleh kerana markaz mereka adalah sebuah rumah berwarna putih di Datuk Keramat, Kumpulan mereka mula dikenali sebagai "Usrah White House" atau "Usrah Rumah Putih." Selepas dua tahun bergiat, wujudnya tuduhan bahawa mereka adalah kumpulan ajaran songsang. Maka pada 28 Februari 1971, mereka telah membentuk jemaah mereka secara rasmi dan menamakan kumpulan mereka dengan nama baru, Darul Arqam. Sebahagian dari mereka turut terlibat serentak dengan kumpulan dakwah seperti ABIM dan juga Jemaah Tabligh pada awal 1970-an.

Ustaz Ashaari Muhammad, pengasas dan pemimpin Darul Arqam adalah seorang bekas guru agama kerajaan yang dilahirkan di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan pada 30 Oktober 1937. Beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1952 dan belajar di Madrasah Hishamuddin, Kelang sehingga 1958. Setelah itu beliau belajar agama dengan Ustaz Mohd Khairillah bin Muhammad sehingga menerima Aurad Muhammadiyah dari anak Kiyai Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi itu. Hubungan beliau yang rapat dengan Pesuruhjaya PAS Singapura, Ustaz Mohd Taha bin Sheikh Fadhlullah as-Suhaimi sejak 1958 telah membawa beliau aktif dalam PAS di Selangor sehingga beliau menamatkan kerjayanya sebagai guru agama kerajaan di Sekolah Melayu Kampung Teluk Udang, Kelang pada 1964 kerana menjadi calon PAS dalam pilihan raya di Bangsar. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan jawatan terakhir beliau ialah sebagai Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat pada 1968.

Gerakan politik PAS yang sangat terarah kepada isu-isu politik telah menimbulkan ketidakpuasan hati beliau. Sedangkan realiti politik sejak selepas merdeka adalah berkisar tentang perjuangan kemerdekaan (1951-1960) dan pembentukan Malaysia (1961-1965), di mana PAS memperjuangkan tertegaknya negara Islam, perlaksanaan syariat, hak ketuanan orang Melayu dan menolak kerakyatan jus soli, sebelum isu percantuman yang menghangatkan isu Melayu Raya. Keadaan ini menyebabkan isu-isu pembangunan ekonomi organisasi PAS tidak menjadi fokus. Sedangkan Ustaz Ashaari Muhammad berpegang bahawa gerakan dakwah perlu mempunyai dana ekonomi yang kukuh. Kecewa dengan kegagalan pemimpin PAS untuk memberi perhatian kepada pandangan beliau, dalam tahun 1968, beliau mula membentuk halaqah usrah beliau sendiri di Datuk Keramat. Perubahan politik pasca tragedi 13 Mei 1969 yang sekali lagi menyebabkan gagasan beliau terabai, pada 28 Februari 1971, beliau menubuhkan Darul Arqam.

Pergerakan Darul Arqam yang popular pada akhir 1970-an dan 1980-an telah berpusat di Sungai Penchala, Kuala Lumpur yang dijadikan Perkampungan Arqam pada 1975. Darul Arqam dipimpin oleh Majlis Syuyukh yang diketuai oleh Ustaz Ashaari Muhammad sendiri sebagai Amir atau Sheikhul Arqam, dan dibantu oleh dua Timbalan Amir. Pergerakan utama dakwah Darul Arqam adalah dalam bidang ekonomi, sebelum ia berkembang dalam bidang pendidikan, media, kebajikan sosial dan kesenian. Secara umum, sepanjang pergerakan Darul Arqam, mereka dikatakan mempunyai lebih 10,000 orang pengikut, selain mempunyai cawangan di 16 buah negara di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, pada 1986, pihak berkuasa agama mulai memberikan perhatian terhadap pergerakan Darul Arqam kerana didakwa menyeleweng dari aqidah Islam. Mereka didakwa mengajar dan mengamalkan Aurad Muhammadiyah yang difatwakan menyeleweng, dan keadaan menjadi lebih sukar apabila Ustaz Ashaari Muhammad mendakwa dia akan menguasai politik Malaysia. Darul Arqam kemudiannya didakwa menubuhkan kumpulan tentera yang dipanggil Tentera Bandar yang berpusat di Thailand. Akibatnya, dalam bulan September 1994, 18 orang pemimpin Darul Arqam telah ditahan di bawah ISA, termasuk Ustaz Ashaari Muhammad yang ditahan di Thailand. Selepas beberapa ketika ditahan, pemimpin utama Darul Arqam itu dikenakan tahanan kediaman terhad di Labuan selama 10 tahun dan Darul Arqam diharamkan pada 21 Oktober 1994.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
13 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 



Sumber TKO - 13-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































Wakil rakyat PAS selepas Pilihan Raya Umum 1955

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43881-wakil-rakyat-pas-selepas-pilihan-raya-umum-1955

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS: WAKIL RAKYAT PAS SELEPAS PILIHAN RAYA UMUM 1955

PILIHAN Raya Umum 1955 yang berakhir pada 27 Julai 1955 adalah pilihan raya yang pertama dalam sejarah negara ini selepas Pilihan Raya Bandaran diadakan di Georgetown, Pulau Pinang pada 1 Disember 1951 dan di Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952, diikuti oleh Melaka, Johor Bahru, Seremban dan Ipoh sepanjang 1952. Tuntutan pilihan raya yang dibuat oleh rakyat Malaya sejak 1953 telah berjaya mendapatkan hak memilih pemerintah ke arah berkerajaan sendiri. Pilihan raya ini diadakan secara berperingkat bermula di peringkat Majlis Undangan Negeri-negeri sejak Oktober 1954 dan berakhir dengan Pilihan Raya Umum Persekutuan pada 27 Julai 1955.

Pada 27 Mac 1954, PAS telah mengambil pendirian untuk menyertai Pilihan Raya Umum Negeri dan Persekutuan 1954-1955 ini. PAS kemudiannya membentuk Jawatankuasa Kecil Pilihan Raya yang diketuai oleh Pemangku Yang Dipertua Agung PAS, Dr Haji Abbas Alias bagi menyusun rancangan-rancangan PAS berkait dengan pilihan raya tersebut. Pilihan raya ini bermula di Terengganu dan Johor pada 10 Oktober 1954, diikuti serentak oleh pemilihan di peringkat bandaran di Ipoh, Taiping, Teluk Anson, Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Kelang dan Port Swettenhem yang berlangsung antara Ogos hingga Disember 1954. PAS tidak menyertai kebanyakan daripada pilihan raya ini kerana PAS belum mempunyai cawangan di tempat-tempat tersebut dan pendaftaran PAS sebagai parti politik juga belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

PAS hanya meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri di Kelantan (tiga calon), Pahang (enam calon), Perlis (lima calon), Selangor (dua calon) dan Perak (empat calon), yang menjadikan keseluruhan calon PAS dalam Pilihan Raya Negeri 1954-1955 ini seramai 20 orang. Adapun di peringkat Persekutuan, PAS telah meletakkan seramai 11 orang calon daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, dengan pecahan Seberang Perai (satu calon), Perak (tiga calon), Selangor (dua calon), Pahang (satu calon), Kedah (satu calon) dan Kelantan (tiga calon).

Setelah semua pilihan raya selesai pada 27 Julai 1955, PAS telah berjaya memenangi hanya satu kerusi Majlis Undangan Negeri daripada 268 kerusi di seluruh Malaya iaitu di Kerian Barat, Perak. Wakil rakyat tunggal PAS yang memenangi kerusi Majlis Undangan Negeri (State Legislative Council) Perak ini ialah Mohd Kamal Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS. Di Majlis Undangan Persekutuan (Federal Legislative Council), PAS juga hanya memenangi satu kerusi sahaja menerusi Bendahari Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin yang mengalahkan calon Perikatan dan Parti Kebangsaan Perak (NAP) di Kerian. Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin sebagai wakil tunggal pembangkang di Majlis Undangan Persekutuan dikenali sebagai "Encik Pembangkang (Mr Opposition)".

Walaupun dalam pilihan raya ini PAS hanya mempunyai seorang wakil di Majlis Undangan Persekutuan dan seorang wakil di Majlis Undangan Negeri, keadaan politik Tanah Melayu telah berubah menjelang kemerdekaan yang turut mengubah kedudukan wakil rakyat PAS. Ketidakpuasan hati beberapa wakil rakyat Umno/Perikatan terhadap proses kemerdekaan terutama berkait kedudukan orang Melayu dan agama Islam telah menyebabkan mereka beralih kepada PAS. Pendirian PAS yang tegas dalam Kongres Kebangsaan Melayu Kedua di Kuala Lumpur pada 4-7 Mei 1957 telah menarik sejumlah tokoh-tokoh Umno untuk menyertai PAS termasuk Dato' Raja Mohd Hanifah Abdul Ghani, Setiausaha Umno Negeri Sembilan yang juga Dato' Seri Maharaja Diraja Luak Sungai Ujong.

Antara Ahli Majlis Undangan Negeri yang paling terkenal menyertai PAS selepas merdeka ialah bekas Naib Yang Dipertua Agung PAS sendiri iaitu Tuan Guru Haji Hussein Che Dol iaitu wakil rakyat Jerai (Kedah). Beliau yang merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang juga Yang Dipertua Persatuan Ulamak Kedah (PUK) telah memilih kekal bersama Umno selepas penguatkuasaan disiplin parti dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ketiga pada 12-14 Ogos 1954, tetapi kembali bersama PAS selepas merdeka. Dua lagi tokoh Umno yang menyertai PAS ialah Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar (Marang, Terengganu) dan Abdul Rahman Daud (Pasir Mas Tengah, Kelantan). Kedua-dua mereka adalah tokoh politik yang terkenal di Terengganu dan Kelantan sebelum menyertai PAS.

Keempat-empat Ahli Majlis Undangan Negeri PAS yang mewakili kawasan Kerian Barat (Perak), Jerai (Kedah), Marang (Terengganu) dan Pasir Mas Tengah (Kelantan) serta Ahli Majlis Undangan Persekutuan kawasan Kerian telah dicalonkan semula oleh PAS dalam Pilihan Raya Umum 1959. Mohd Kamal Ahmad yang bertanding di DUN Kuala Kurau (Perak), Tuan Guru Haji Hussein Che Dol di Parlimen Kedah Tengah dan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin di Parlimen Kerian Laut walau bagaimanapun telah tewas kepada calon Perikatan. Dua lagi wakil rakyat PAS yang dicalonkan semula iaitu Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar di DUN Marang (Terengganu) dan Abdul Rahman Daud di DUN Rantau Panjang (Kelantan) telah mempertahankan kerusi mereka dan masing-masing dilantik sebagai Speaker DUN Terengganu dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
12 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 12/1/2017

Sumber HD - 12-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































Karya pertama pemimpin PAS tentang negara Islam

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43863-karya-pertama-pemimpin-pas-tentang-negara-islam

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
TATA NEGARA ISLAM: KARYA PERTAMA PEMIMPIN PAS TENTANG NEGARA ISLAM

NEGARA Islam telah menjadi cita-cita perjuangan PAS sejak ia ditubuhkan, bahkan ia melanjutkan cita-cita Hizbul Muslimin sebelumnya. Setelah gagal mempengaruhi proses kemerdekaan untuk menegakkan sistem pemerintahan Islam, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ketujuh pada 25-27 Disember 1958 telah memutuskan bahawa perjuangan menegakkan negara Islam adalah wajib bagi setiap umat Islam, khususnya ahli PAS. Langkah-langkah politik PAS selepas 1958 adalah merupakan rangkaian usaha PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Antara usaha PAS untuk menjelaskan konsep negara Islam ini adalah menerbitkan buku-buku tentang negara Islam sejak 1960 hingga terhasilnya Dokumen Negara Islam sebagai dokumen rasmi yang dilancarkan oleh PAS pada 12 November 2003.

Semenjak keputusan Mesyuarat Agung Tahunan PAS pada 1958, karya pertama yang dihasilkan oleh pemimpin PAS tentang negara Islam ialah buku yang bertajuk "Tata Negara Islam" yang diterbitkan pada 1963 hasil tulisan Ustaz Budiman Radhi, bekas Wakil Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Karya yang diterbitkan oleh Maktabah Haji Mohamad Ali ar-Rawi, Pulau Pinang ini telah menggariskan prinsip-prinsip asas kenegaraan Islam dan strukturnya. Buku yang diterbitkan dalam tulisan Jawi ini boleh dikatakan lanjutan daripada perbincangan tentang politik Islam yang lebih awal dikemukakan oleh beberapa ulamak PAS sebelumnya. Namun, buku ini agak berbeza kerana ia mengemukakan perkara-perkara berkait prinsip kenegaraan dan struktur kerajaan, berbanding karya-karya sebelumnya yang berkisar tentang pemikiran politik Islam.

Dalam konteks perjuangan politik PAS, beberapa tokoh PAS yang pernah menulis tentang pemikiran politik Islam seperti Ustaz Zulkifli Mohamad, Dr Burhanuddin al-Helmy dan Sheikh Abdul Qadir al-Mandili. Ustaz Zulkifli Mohamad telah menghasilkan buku "Masyarakat dan Syariat" pada 1954 dan "Pegangan Hidup Umat Islam" (1956), manakala Dr Burhanuddin al-Helmy pula telah menuliskan buku "Agama dan Politik" (1954) dan "Ideologi Politik Islam" (1957). Dari Mekah, Sheikh Abdul Qadir al-Mandili pada 1959 telah menghasilkan pula buku "Islam: Agama dan Kedaulatan" yang menjadikan perbincangan tentang konsep negara Islam menjadi semakin menarik dan mendapat perhatian rakyat awam.

Terdahulu, ulamak terkenal, Tuan Hussin Kedah pada 1935, telah menghasilkan "Tanbih al-Ikhwan fi Tadbir al-Ma'isyah wa Taslih al-Buldan" yang membicarakan beberapa aspek sosial, kaedah pemerintahan dan pembangunan negara menurut Islam. Karya Tuan Hussin Kedah ini boleh dikatakan yang pertama di Tanah Melayu membahaskan tentang pemikiran politik Islam selepas jatuhnya Khilafah Othmaniyah pada 1924. Setelah itu, Maulana Abdullah Noh, tokoh ulamak Kelantan telah menghasilkan pula buku "Semangat Perajurit-perajurit Muslimin" pada 1947 yang menekankan kepentingan berjuang menegakkan negara Islam dalam kerangka yang disebut sebagai "siasat al-madinah." Pada 1962, di atas usaha Pustaka Islam, Kota Bharu yang dimiliki oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Amaluddin Darus, telah diterbitkan buku "Masyarakat dan Politik" karya Sheikh Muhammad al-Ghazali.

Melanjutkan perbincangan tentang politik dan kenegaraan Islam pasca kejatuhan Khilafah Othmaniyah, muncul Ustaz Budiman Radhi, seorang ulamak muda yang berasal dari Kedah. Beliau mendapat pendidikan tinggi Islam di Indonesia dan terdedah dengan perjuangan politik Islam di negara tersebut yang berkembang sejak tertubuhnya Sarekat Islam pada 16 Oktober 1905. Sebagai seorang penulis prolifik, beliau telah berjaya menghasilkan beberapa karya antaranya "Falsafah Akhlak," "Falsafah Rukun Islam," "Kelebihan Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan," "Islam dan Kristian," "Buruh Dalam Islam," "Pengajaran Rukun Islam dan Iman" serta buku terpentingnya, "Tata Negara Islam." Beliau yang juga guru di Maahad Il Ihya as-Syariff, Gunung Semanggol telah mula terlibat dalam PAS sejak awal 1950-an serta pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah dan Wakil (Naib) Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1957-1958).

"Tata Negara Islam" adalah buku beliau yang terpenting dalam membincangkan konsep negara Islam. Buku yang diterbitkan pada tahun 1963 ini menurut seorang mengkaji, Safie Ibrahim (1981), bahawa ia sangat dipengaruhi oleh karya-karya pemimpin Jamiat Islami Pakistan, Maulana Syed Abul A'la al-Maududi (m. 1979). Antara karya al-Maududi yang mempengaruhi tulisan Ustaz Budiman Radhi ialah "The Islamic Law and Constitution" (1955), "The First Principle of The Islamic State" (1960) dan "Political Theory of Islam" (1960). Karya lain yang turut memberi pengaruh ialah "The Principle of State and Government in Islam" (1961) tulisan Mohamad Asad. Karya Ustaz Budiman Radhi ini adalah satu-satu karya tentang kenegaraan Islam yang dihasilkan oleh pemimpin PAS sepanjang dekad 1960-an.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
11 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 11/1/2017

Sumber HD- 11-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































GPII: Rakan antarabangsa pertama Pemuda PAS

MOHD FADLI GHANI | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43853-gpii-rakan-antarabangsa-pertama-pemuda-pas

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
GERAKAN PEMUDA ISLAM INDONESIA (GPII): RAKAN ANTARABANGSA PERTAMA PEMUDA PAS

PERGERAKAN politik Islam adalah sebuah gerakan global, tetapi terpisah oleh sempadan-sempadan politik selepas era penjajahan. Di antara gerakan yang wujud di seluruh dunia adalah saling mempunyai hubungan dan saling mempengaruhi. Di dalam sejarah kemunculan PAS sendiri, tidak dapat dinafikan adanya pengaruh Ikhwanul Muslimin dari Mesir, Jamiat Islam dari benua India dan Masyumi dari Indonesia. Setelah ditubuhkan, PAS membentuk pula jaringan hubungan dengan gerakan-gerakan Islam dalam rangka persaudaraan aqidah yang melangkaui sempadan politik.

Salah satu gerakan politik Islam luar negara terawal yang mempunyai hubungan rasmi dengan PAS ialah Gerakan Pemuda Islam Indonesia (GPII). GPII merupakan sayap pemuda Masyumi yang ditubuhkan pada 1945 dengan diketuai oleh Harsono Tjokroaminoto, putera kepada pemimpin Sarekat Islam yang sangat terkenal, Haji Omar Said Tjokroaminoto. Oleh kerana penubuhan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948 mempunyai pengaruh Masyumi yang kuat, pergerakan politik PAS juga turut berkait rapat dengan Masyumi. Keadaan ini didorong juga oleh kebanjiran pemuda-pemuda Malaya yang melanjutkan pengajian tinggi agama mereka di Indonesia seperti Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Budiman Radhi, Ustaz Salahuddin Abdullah dan lain-lain.

Sejarah GPII bermula apabila Persatuan Pelajar Sekolah Tinggi Islam (PP-STI) ditubuhkan pada 15 Ogos 1945 dalam rangka perjuangan kemerdekaan Indonesia. Dengan pengaruh beberapa tokoh politik Islam seperti Pak Mohamad Natsir, Buya Hamka, Prof Abdul Kahar Muzakkar dan Kiyai Abdul Wahid Hashim, pada 2 Oktober 1945 telah didirikan GPII yang dipimpin oleh Harsono Tjokroaminoto. Kelompok terbesar di kalangan pemuda Islam yang bergabung dalam GPII ialah Laskar Hizbullah, iaitu satu sayap ketenteraan Islam Masyumi yang kemudiannya dikenali sebagai GPII Hizbullah.

Pada 7 November 1945, GPII telah mengusulkan dalam Kongres Umat Islam Indonesia di Jogjakarta supaya Masyumi bertukar menjadi parti politik Islam yang dikenali sebagai Partai Masyumi yang menggabungkan semua pertubuhan Islam di Indonesia. Selain itu, GPII pada 1947 turut menubuhkan Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) pimpinan Lafran Pane dan Pelajar Islam Indonesia (PII) pimpinan Anton Timur Jailani sebagai sayap-sayap perkaderan mereka. Pergerakan bersepadu GPII telah berjaya memberikan kemenangan kepada Partai Masyumi dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Indonesia 1955. Namun begitu, disebabkan Peristiwa Cikini dan Idhul Adha, GPII telah didakwa terlibat dengan tindakan keganasan dan Presiden Sukarno telah mengharamkan GPII pada 10 Julai 1963. Sejak itu mereka menyerap ke dalam Pemuda Persatuan Umat Islam (PPUI), iaitu sayap pemuda Persatuan Umat Islam (PUI), yang mula dikenali sebagai Gerakan Pemuda Islam (GPI) mulai 1967. Selepas reformasi politik 1998, pada 8 Oktober 1999, organisasi GPII didirikan semula.

Dalam pada itu, penubuhan PAS pada 23 Ogos 1951 telah membawa kepada tertubuhnya Dewan Pemuda PAS pada 25 Ogos 1953 dengan diketuai oleh Ustaz Othman Abdullah dari Hilir Perak. Ustaz Othman Abdullah adalah lulusan bidang syariah dari Universitas Muhammadiyah Padang dan merupakan pegawai berpangkat kapten dalam Laskar Hizbullah. Keadaan ini membentuk hubungan antara Dewan Pemuda PAS dengan GPII, di mana sayap pelajar Dewan Pemuda PAS, Kesatuan Pelajar Agama Se-Malaya (KPAS) yang dipimpin oleh Ustaz Jamaluddin Amini Marzuki telah mengadakan lawatan silaturrahim ke Indonesia untuk membuat hubungan dengan GPII, HMI dan Ikatan Pemuda Nahdatul Ulamak, selain membuat kunjungan hormat ke atas Pak Mohamad Natsir, Kiyai Ahmad Dahlan, Dr Burhanuddin Harahap dan Buya Hamka.

Lawatan silaturrahim selama sebulan antara 20 Ogos hingga 23 September 1956 ini kemudiannya menerima kunjungan balas dari GPII yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAS Keenam pada 23-26 Disember 1956 dan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat Kedua pada 23 Disember 1956. Dua pemimpin GPII yang hadir mewakili Pak Mohamad Natsir ialah Anuar Akraman dan Abdul Majid Haryadi. Dengan berlakunya kunjungan balas ini, telah terjalin hubungan di antara Dewan Pemuda PAS dengan GPII sehinggalah sayap pemuda Masyumi itu diharamkan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1963.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
10 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 10/1/2017

Sumber HD - 10-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































Majlis Tertinggi Agama Malaya: Permulaan Kebangkitan Baru Islam

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43845-majlis-tertinggi-agama-malaya-permulaan-kebangkitan-baru-islam

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
MAJLIS TERTINGGI AGAMA MALAYA (MATA): PERMULAAN KEBANGKITAN BARU ISLAM

PERUBAHAN politik pasca Perang Dunia Kedua telah turut memberi kesan terhadap gerakan politik Islam di Tanah Melayu. Sejak kejatuhan Khilafah Othmaniyah pada 1924, telah muncul gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia yang berjuang untuk menegakkan semula negara Islam, termasuk di Alam Melayu. Penubuhan Sarekat Islam pada 16 Oktober 1905 telah menjadi gerakan politik Islam yang penting di Asia Tenggara sebelum kemunculan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) pada 24 Oktober 1943. Masyumi sendiri terbentuk hasil penyatuan pelbagai pertubuhan Islam menerusi Majlis Islam A'la Indonesia (MIAI) pada 18-31 September 1937.

Usaha menyatukan pergerakan umat Islam di Tanah Melayu telah bermula sejak 1931 apabila Sheikh Abbas Taha, Qadhi Besar Singapura mencadangkan penubuhan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Namun penyatuan ulamak hanya dapat dirasai pada zaman Jepun di mana dua persidangan ulamak telah diadakan di Singapura pada 5-6 April 1943 dan di Kuala Kangsar pada 12-15 Disember 1944. Selepas Perang Dunia Kedua, dengan mengambil semangat dari kejayaan MIAI membentuk Masyumi, para ulamak Malaya di bawah pengaruh Dr Burhanuddin al-Helmy dan Maulana Abdullah Noh telah mengaturkan Persidangan Ekonomi-Agama di Gunung Semanggol, Perak pada 23-34 Mac 1947. Dalam sesi Persidangan Agama pada 24 Mac 1947, sebuah Lembaga Agama Se-Malaya telah berjaya ditubuhkan dan dikenali sebagai Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) dengan diketuai oleh Sheikh Abu Bakar Rafik.

Persidangan Agama yang dihadiri oleh 41 orang perwakilan dan 500 pemerhati ini telah menetapkan tujuan-tujuan penubuhan MATA. Tujuan utama penubuhan MATA adalah untuk menyatukan pentadbiran agama di Malaya melalui sebuah badan yang mempunyai kuasa agama dengan anggotanya dipilih oleh rakyat serta menuntut untuk mempunyai wakil dalam majlis mesyuarat negeri. Lembaga yang terbuka kepada semua umat Islam ini mempunyai sebuah Majlis Penasihat yang dianggotai oleh Sheikh Abdullah Fahim (Seberang Perai), Sheikh Fadhlullah Suhaimi (Singapura), Ustaz Haji Abdul Jalil Hassan (Johor) dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir (Perak).

Pergerakan awal MATA bermula apabila MATA Cawangan Kelantan dan Pulau Pinang ditubuhkan dalam bulan Mei 1947, diikuti oleh Cawangan Johor, Kedah dan Perlis dalam bulan Julai 1947. MATA juga telah mengadakan dua persidangan iaitu pada 29-30 Mei 1947 di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyyah, Kepala Batas dan 12-13 Julai 1947 di Madrasah al-Akhlak as-Salam, Guar Cempedak untuk membincangkan penyususan gerak kerja dan pembentukan organisasi dengan 14 lajnah. Selain menangani isu-isu umat Islam tempatan dan antarabangsa, MATA turut memberi perhatian kepada isu pendidikan di mana dalam Kongres Badan Kebajikan dan Pendidikan MATA di Maktab Mahmud, Alor Setar pada 1-2 September 1947, mereka berjaya menubuhkan Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) yang sangat cergas dalam memperjuangkan isu-isu pendidikan umat Islam, termasuk mengatur penubuhan Universiti Hang Tuah yang diketuai oleh Dr Burhanuddin al-Helmy.

Kecergasan pergerakan MATA dalam tempoh setahun ini telah menjadi ancaman kepada Umno. Selain mendakwa MATA ditubuhkan dengan ilham pemimpin sosialis, Gerald de Cruz, pemimpin Umno, Dato' Onn Jaafar turut mengeluarkan amaran "bahaya dari Gunung," dan mendakwa jika MATA menguasai pentadbiran agama, masa depan agama Islam di Tanah Melayu akan hancur. Di sebalik kegagalan Bahagian Agama Umno berfungsi, penubuhan MATA juga mendesak British menubuhkan Majlis Penasihat Islam yang diketuai oleh Syed Ibrahim as-Saqqaf. Namun begitu pergerakan MATA terus berkembang dengan penubuhan Pusat Pentadbiran Sekolah-sekolah Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Sheikh Zubir Ahmad al-Filfilani dan Ustaz Abdul Rabb at-Tamimi.

Pada awal 1948, pergerakan MATA mula memberikan fokus untuk mewujudkan sebuah pergerakan politik Islam seperti mana MIAI menubuhkan Masyumi di Indonesia. Dalam Persidangan MATA yang diadakan pada 14 Mac 1948, mereka telah berjaya menubuhkan parti Islam yang pertama di Tanah Melayu iaitu Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Melalui Hizbul Musliminlah pergerakan politik umat Islam di Tanah Melayu mulai tersusun sehingga mereka dilumpuhkan oleh British melalui Ordinan Darurat 1948. Bertolak dari pergerakan MATA inilah, pada 23 Ogos 1951, ulamak-ulamak Hizbul Muslimin yang bergiat dalam Bahagian Agama Umno sejak 1949 menubuhkan PAS.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
9 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 9/1/2017

Sumber HD - 9-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































Ensiklopedia: Pendirian PAS terhadap merdeka

MOHD FADLI GHANI | .


















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43842-ensiklopedia-pendirian-pas-terhadap-merdeka

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
KONGRES KEBANGSAAN MELAYU KEDUA: PENDIRIAN PAS TERHADAP MERDEKA

PERJUANGAN menuntut kemerdekaan telah sampai ke kemuncaknya apabila British menetapkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, di kalangan parti-parti politik Melayu yang mengemukakan tuntutan kepada Suruhanhaya Bebas Reid tidak berpuas hati dengan Penyata Reid yang didedahkan oleh media sejak Februari 1957. Yang paling tidak berpuas hati ialah di kalangan pemimpin Umno di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Kedah, Seberang Perai dan Kota Bharu, walaupun 80 peratus cadangan dalam Penyata Reid adalah saranan dari Perikatan (Umno-MCA-MIC). Oleh kerana pemimpin Umno Kuala dan Negeri Sembilan menganggap Umno telah mengalah kepada MCA dalam tuntutan ini, mereka telah menyusun satu Kongres Kebangsaan Melayu Kedua untuk membincangkan semula cadangan Perlembagaan ini.

Kongres Kebangsaan Melayu Kedua yang diadakan pada 4-7 Mei 1957 ditaja oleh pemimpin Umno Kuala Lumpur, Haji Yahya Sheikh Ahmad. Dalam tempoh seminggu pengumuman penganjuran kongres ini, ia telah mendapat sokongan besar daripada orang Melayu, termasuk parti-parti politik Melayu. Pemimpin politik bukan Umno seperti Dr Burhanuddin al-Helmy (PAS), Dato'Onn Jaafar (Parti Negara) dan Ahmad Boestamam (Parti Rakyat) telah turut memberikan sokongan kepada kongres ini kerana kepentingan bangsa Melayu. Lebih-lebih lagi ketika itu orang-orang Cina telah menuntut diberikan hak setaraf dengan orang Melayu. Empat buah parti politik Melayu yang utama - PAS, Parti Negara, Parti Rakyat dan Parti Melayu Semenanjung (PMS) - telah mengesahkan untuk menyertai kongres ini kerana bertindak balas terhadap tuntutan orang Cina yang dianggap mencabar hak ketuanan orang Melayu, sedangkan Umno tersepit dalam Perikatan. Kongres ini akhirnya dihadiri oleh sekitar 1,000 orang peserta mewakili 22 buah pertubuhan Melayu.

PAS menyertai kongres ini dengan wakil rasmi terdiri dari Dr Burhanuddin al-Helmy (Yang Dipertua Agung PAS), Ustaz Othman Abdullah (Setiausaha Agung PAS) dan Mohd Asri Haji Muda (Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS). Turut hadir ialah dua lagi Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS, Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah dan Hassan Noor. Dalam kongres ini, Dr Burhanuddin al-Helmy telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres, manakala Dato' Onn Jaafar sebagai Bendahari dan Ahmad Boestamam sebagai Setiausaha Kehormat. Kongres selama empat hari ini telah membahaskan 14 aspek daripada keseluruhan Penyata Reid, di mana lima usul dasar telah dipersetujukan.

Pertama, usul dasar yang dikemukakan oleh PAS iaitu "bahawa Malaya merdeka hendaklah dikenali sebagai Persekutuan Negeri-negeri Melayu." Kedua, usul dasar dari Parti Negara untuk mengiktiraf Melayu sebagai kebangsaan tunggal negara ini; dan ketiga, usul dasar yang mencadangkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Parti Negara kemudiannya mencadangkan usul dasar yang keempat supaya Islam dijadikan agama rasmi Tanah Melayu, tetapi kongres memutuskan supaya usul ini dibentang semula oleh PAS dalam satu kertas kerja rinci tentang kedudukan Islam di negara ini. PAS kemudiannya mengemukakan usul dasar kelima yang mempertegaskan supaya hak keistimewaan baka Melayu dipelihara sesuai dengan kedudukan mereka sebagai tuan punya negeri ini.

PAS yang mengemukakan kertas kerja tentang sebagai agama rasmi telah menggariskan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan; bahawa dengan kerasmian agama Islam ini, al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan pemerintahan negara, sebuah Majlis Islam Pusat ditubuhkan untuk memusat dan menyelaraskan pentadbiran agama, menubuhkan mahkamah syariah di setiap negeri, membentuk majlis fatwa, menubuhkan universiti Islam dan mewajibkan pendidikan Islam semua sekolah kerajaan; serta menjamin kebebasan agama lain untuk dipegang dan diamalkan oleh penganutnya. Cadangan yang diangkat oleh PAS ini telah diterima oleh kongres dan berjaya meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang berkesan ke atas pentadbiran negara dan juga kehidupan rakyat yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Pada akhir kongres ini, PAS telah mencadangkan dengan pindaan oleh PMS supaya semua persetujuan dan ketetapan kongres ini diperjuangkan terus-menerus oleh anggota kongres melalui apa jua jalan yang halal dan damai sehingga ia berhasil dilaksanakan. Kongres kemudiannya melantik Dr Burhanuddin al-Helmy dan Dato' Onn Jaafar untuk mewakili Kongres Kebangsaan Melayu Kedua bagi menyampaikan semua keputusan ini kepada rombongan Kerajaan Perikatan yang akan bertolak ke London untuk rundingan terakhir sebelum perisytiharan kemerdekaan.

Malangnya, Yang Dipertua Agung Umno yang juga Ketua Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman Putra enggan bertemu wakil kongres ini dan menolak semua cadangan tersebut atas alasan kongres tidak mewakili rakyat, sedangkan Perikatan dipilih oleh rakyat. Sebenarnya Tunku Abdul Rahman Putra tidak mahu disaingi oleh pemimpin PAS dan Parti Negara dalam tuntutan kemerdekaan, selain terikat dengan MCA dan MIC, sekutunya dalam Perikatan. Walau bagaimanapun, wakil kongres ini telah menemui Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Mustafa al-Bakri untuk menyampaikan tuntutan kongres kepada wakil Raja-raja Melayu, dan beliau berjanji untuk menyatakan secara lisan kepada kerajaan British tentang tuntutan kongres tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
8 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 8/1/2017

Sumber HD - 8-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Jawatankuasa Tadbir PAS tadbir urusan harian PAS

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43829-jawatankuasa-tadbir-pas-tadbir-urusan-harian-pas

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS: JAWATANKUASA TADBIR PAS MENTADBIR URUSAN HARIAN PAS

URUSAN pentadbiran dan kepejabatan adalah urusan harian terpenting bagi sebuah parti politik. Perjalanan organisasi secara harian perlu ditadbir dengan cekap oleh Pejabat Agung PAS kerana ia melibatkan kelancaran pengurusan parti dan gerak kerjanya. Sejak Pejabat Agung PAS ditubuhkan di Kepala Batas, Seberang Perai pada akhir 1951 hinggalah ia berpindah ke Kuala Lumpur pada akhir 1955 dan kini berpusat di 319-A, Jalan Raja Laut, urusan-urusan pentadbiran harian PAS ditadbir oleh Setiausaha Agung PAS dengan dibantu oleh sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan di bawah Fasal 27 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.

Sejarah pentadbiran harian Pejabat Agung PAS telah bermula selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama pada 3 Januari 1953, di mana Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 6 April 1953 telah mengusulkan supaya ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dikenali sebagai "Jawatankuasa Tadbir PAS." Fungsi Jawatankuasa Tadbir PAS ialah untuk menyelaraskan pentadbiran Pejabat Agung PAS dan membantu Setiausaha Agung PAS dalam urusan pentadbiran harian PAS.

Pembentukan Jawatankuasa Tadbir PAS pada 6 April 1953 ini melibatkan pimpinan tertinggi PAS yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran parti termasuk Yang Dipertua Agung PAS, Setiausaha Agung PAS dan Bendahari Agung PAS. Pimpinan yang membentuk Jawatankuasa Tadbir PAS sesi yang pertama ini terdiri dari Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (Yang Dipertua Agung PAS), Tuan Guru Haji Mansur Hassan (Timbalan Yang Dipertua Agung PAS), Cikgu Ahmad Awang (Setiausaha Agung PAS), Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin (Bendahari Agung PAS) dan Ustaz Haji AhMaliki (Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS). Mereka bertanggungjawab mengendalikan Pejabat Agung PAS yang ketika itu terletak di Madrasah al-Masriyah, Bukit Mertajam. Antara fokus utama Jawatankuasa Tadbir PAS ialah membantu Jawatankuasa Kerja Agung PAS untuk menjalankan tindakan-tindakan politik PAS dalam tuntutan kemerdekaan dan juga penubuhan Dewan Pemuda PAS.

Oleh kerana Jawatankuasa Tadbir PAS ini menjalankan tanggungjawab pentadbiran harian parti, Jawatankuasa Kerja Agung PAS sejak 1965 telah menamakan jawatankuasa ini sebagai sebuah "dewan (jabatan)" seperti mana Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS, tetapi ia dikenali sebagai Dewan Harian PAS. Anggota Dewan Harian PAS ini terdiri daripada Yang Dipertua Agung PAS, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS, Setiausaha Agung PAS dan Bendahari Agung PAS. Apabila jawatan Ketua Penerangan PAS secara rasmi diwujudkan pada 1987 ia juga dijadikan anggota Dewan Harian PAS, diikuti oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS mulai 2007.

Semenjak kewujudan Majlis Syura Ulamak PAS pada 1987, telah wujud usaha untuk menyelaraskan nama-nama institusi dalam PAS di mana "Majlis" ditetapkan untuk Majlis Syura Ulamak PAS sahaja, sedangkan "Dewan" sebagai nama untuk sayap-sayap PAS, manakala unit-unit pelaksana dikenali sebagai "Jawatankuasa." Perlembagaan PAS (Pindaan) 1993 telah memperuntukkan penubuhan dan tugas-tugas Dewan Harian PAS dengan nama baru, "Jawatankuasa Harian PAS." Jawatankuasa Harian PAS ini bukanlah sebuah jawatankuasa eksekutif, sebaliknya bertindak sebagai sebuah jawatankuasa pentadbiran yang mengendalikan urusan-urusan harian PAS, selain tugas-tugas yang diperuntukan oleh Fasal 27 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.

Fasal 25(14) Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011 telah menetapkan keanggotaan Jawatankuasa Harian PAS Pusat, di mana tugas-tugasnya diperjelaskan oleh Fasal 27 perlembagaan yang sama. Kewujudan Jawatankuasa Harian PAS hari ini adalah evolusi terhadap kewujudan Jawatankuasa Tadbir PAS sejak 6 April 1953, sebelum ia dikenali sebagai Dewan Harian PAS. Kini, tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Pusat telah diperkembang dan diperkukuhkan dengan fungsi untuk menimbangkan permohonan keahlian PAS dan perpindahan kawasan, menguruskan perjalanan pentadbiran Pejabat Agung PAS, mengadakan diplomasi dan hubungan luar PAS, menimbangkan perkara-perkara mustahak yang memerlukan kesegeraan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 7/1/2017

Sumber HD - 7-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































Ahli gabungan bolehkan badan Islam sertai PAS

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43818-ahli-gabungan-bolehkan-badan-islam-sertai-pas

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS: AHLI GABUNGAN MEMBOLEHKAN BADAN-BADAN ISLAM MENYERTAI PAS

SALAH satu sumber kekuatan organisasi ialah keahlian. PAS pada awal penubuhannya mempunyai tiga jenis keahlian untuk membolehkan PAS membina kekuatan organisasinya. Undang-undang Nombor 11 Undang-undang Tubuh PAS 1951 menetapkan keahlian tiga jenis keahlian PAS, iaitu pertama, ahli PAS. Mana-mana individu yang beragama Islam dan aqil baligh menurut hukum syarak serta menjadi rakyat mana-mana negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu atau rakyat Persekutuan Tanah Melayu atau rakyat Singapura boleh menjadi ahli PAS. Kedua, ahli bersekutu PAS, dimana sesiapa orang Islam (yang tinggal di Persekutuan Tanah Melayu) dan aqil baligh mengikut hukum syarak tetapi tidak menjadi rakyat bagi mana-mana negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu atau bukan rakyat Persekutuan Tanah Melayu atau bukan rakyat Singapura boleh menjadi ahli bersekutu PAS.

Ketiga, ahli gabungan iaitu sebarang pertubuhan atau persatuan yang berdasarkan Islam mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS, kemudiannya telah bergabung dengan PAS. Dalam Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1955, Fasal 8(1)(c) dan Fasal 32, memperuntukan kewujudan ahli-ahli gabungan iaitu sebuah pertubuhan atau persatuan Islam yang mempunyai perlembagaan yang diakui oleh kerajaan, mempunyai peraturan-peraturan yang teratur dan tujuan-tujuan yang nyata, mengakui PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu, mengakui kebenaran politik PAS, mengaku taat kepada undang-undang dan peraturan serta keputusan-keputusan mesyuarat PAS yang diadakan dari satu masa ke satu masa, mengaku boleh bertolak ansur dalam sesuatu perselisihan faham kalau-kalau berbangkit dan keputusan muktamad diikut dengan segala senang hati serta dipersetujui oleh sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli (pertubuhan itu) yang sedia ada.

Dengan kewujudan ahli gabungan PAS ini, beberapa badan Islam yang mempunyai dasar yang sama dengan PAS semenjak 1951 boleh bergabung dengan PAS untuk menegakkan Islam di negara ini. Pertubuhan yang pertama menyatakan minat untuk menjadi ahli gabungan PAS ialah Persatuan Ulamak Kedah (PUK) yang ketika itu dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hussein Che Dol yang juga Naib Yang Dipertua Agung PAS. Dalam taklimat tentang dasar dan tujuan PAS kepada PUK yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Ustaz Haji Ahmad Maliki pada 2 Februari 1952, telah timbul usul supaya PUK bergabung dalam PAS, tetapi cadangan ini tertangguh.

Pada 1954, Undang-undang Tubuh PAS telah dipinda untuk memperkemaskan konsep ahli gabungan PAS sehingga melancarkan proses penubuhan PAS Singapura yang terikat dengan Ordinance of Society Singapore 1952. Pada 8 Mei 1954, kerajaan Singapura telah menolak pendaftaran PAS Cawangan Singapura yang dikemukakan sejak 1952 kerana tidak mematuhi peruntukan ordinan tersebut. Ekoran peruntukan baru Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1955, PAS Singapura ditubuhkan semula pada 24 Februari 1957 dan diluluskan pendaftarannya pada 6 Ogos 1958 sebagai ahli gabungan PAS.

Bertolak dari cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu untuk menubuhkan 'Melayu Raya' yang menggabungkan Tanah Melayu dengan Brunei, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura, timbul cadangan penubuhan Cawangan PAS di Borneo, tetapi terhalang oleh undang-undang pertubuhan di sana. Ekoran itu, Undang-undang Tubuh PAS dipinda pada 2 Januari 1963 untuk mewujudkan "badan gabungan PAS" menggantikan "ahli gabungan PAS." Dengan itu, Persatuan Islam Seluruh Sabah (PAS Sabah) ditubuhkan pada pertengahan 1964 sebagai badan gabungan PAS mengikuti konsep yang dibuat untuk PAS Singapura.

Untuk tujuan itu, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-11 pada 31 Disember 1962 - 2 Januari 1963 telah meminda istilah "ahli gabungan" yang wujud sejak 1952 kepada  "badan bergabung," sebagai mana yang diperuntukan oleh Fasal 8 Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1963. Walau bagaimanapun, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-17 pada 18-20 Jun 1971, telah membuat keputusan untuk menghapuskan keahlian badan gabungan dan mewujudkan satu jenis keahlian sahaja, iaitu "ahli PAS." Sejak berkuatkuasanya Perlembagaan PAS (Pindaan) 1973, keahlian ahli gabungan atau badan bergabung PAS telah dimansuhkan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 6/1/2017

Sumber HD - 6-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43792-mesyuarat-agung-tahunan-pas-kali-pertama

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KALI PERTAMA

SETELAH membentuk Jawatankuasa Kerja Agung sesi yang pertama dalam Persidangan Persatuan Ulamak Se-Malaya pada 24 November 1951, PAS telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama pada 3 Januari 1951 di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyyah, Kepala Batas, Seberang Perai. Mesyuarat Agung Tahunan PAS ini telah dihadiri oleh 19 orang perwakilan mewakili 13 buah Cawangan PAS bersama 13 orang Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS. Tiga Cawangan PAS tidak menghantar perwakilan, manakala beberapa tokoh seperti Mufti Melaka, Haji Khalil Hassan dan Mufti Pulau Pinang, Sheikh Abdullah Fahim turut hadir.

Cawangan-cawangan PAS yang hadir ialah Bandar Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pokok Sena dan Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Bukit Besar (Kedah), Perlis (Perlis), Perak (kemudiannya Kuala Kangsar), Kerian, Titi Serong dan Hilir Perak (Perak) serta Sentul, Kuala Lumpur dan Sungai Penchala (Selangor). Tiga cawangan yang tidak hadir ialah Rembau dan Johol dari Negeri Sembilan dan Singapura yang tidak diluluskan pendaftarannya. Mesyuarat Agung Tahunan PAS ini telah dipengerusikan oleh Haji Mokhtar Ahmad dari PAS Cawangan Bandar Pulau Pinang dan memutuskan 19 resolusi.

Antara resolusi utama yang diputuskan ialah "Program Politik PAS" yang menunjukkan PAS adalah sebuah parti politik Islam, bukannya badan kebajikan semata-mata. Program Politik PAS ini mengandungi tujuh perkara utama melibatkan usaha-usaha PAS memperjuangkan kemerdekaan, mendukung demokrasi tulen, menggerakkan jentera Pemuda dan Ulamak untuk menegakkan Islam, memperkenalkan PAS di arena politik antarabangsa dan mengembangkan syiar Islam. PAS juga mahu kemerdekaan yang didirikan oleh rakyat dari rakyat kepada rakyat dan berada dalam lingkungan Komanwel British.

Resolusi lain yang diputuskan ialah persetujuan untuk menubuhkan Dewan Ulamak PAS, Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS sebagai sayap-sayap perjuangan PAS; menubuhkan 'Biasiswa Pelajaran PAS'; menerbitkan majalah bulanan PAS; mendesak kerajaan untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan pentadbiran agama; dan menuntut kerajaan mengurangkan cukai tanah. Dalam memperkasakan organisasi PAS, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama ini telah bersetuju melantik Setiausaha Khas Mesyuarat Agung Tahunan PAS dan meminda Undang-undang Tubuh PAS 1951 melibatkan cara perlantikan Setiausaha Agung PAS, memperkasakan organisasi PAS Cawangan, penubuhan Ranting PAS, yuran keahlian, bendera PAS berasaskan Sang Saka Merah Putih betulis "Allah Muhammad" dalam bulatan hijau dan menjadikan "Merdeka" sebagai cogan kata PAS.

Pada akhir mesyuarat agung ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS bagi sesi 1953 telah dibentuk dengan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dari Seberang Perai dipilih semula sebagai Yang Dipertua Agung PAS, manakala Tuan Guru Haji Mansur Hassan dari Pulau Pinang dipilih sebagai Timbalannya. Bagi jawatan Naib Yang Dipertua Agung PAS, tiga tokoh yang dipilih ialah Tuan Guru Haji Hussein Che Dol dari Kedah (Utara), Tuan Guru Haji Mohd Noor Mahyuddin dari Segambut (Tengah) dan Ustaz Haji Abdul Rahman Jamaluddin al-Jampuli dari Singapura (Selatan), manakala Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin (Seberang Perai) dipilih sebagai Bendahari Agung PAS.

Tokoh-tokoh lain yang turut terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS ialah Ustaz Haji Ahmad Maliki (Seberang Perai), Ustaz Haji Ahmad Badawi Abdullah (Seberang Perai), Tuan Guru Haji Yahya Junid (Kedah), Ustaz Haji Zabidi Ali (Seberang Perai), Ustaz Haji Ahmad Long (Perlis), Tuan Guru Haji Zabidi Aman (Perak), Mohamad Hanif (Pulau Pinang) dan Ustaz Haji Abdul Halim al-Hadi (Seberang Perai). Selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama ini, Yang Dipertua Agung PAS telah melantik Cikgu Ahmad Awang (Seberang Perai) sebagai Setiausaha Agung PAS, manakala Ustaz Ahmad Hashimi (Seberang Perai), Ustaz Haji Ghazali Abdullah (Perak) dan Haji Tahir (Negeri Sembilan) sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS.

Selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama ini berakhir pada 3 Januari 1953, keesokkannya (4 Januari 1953), PAS telah menganjurkan Muzakarah Ulamak Se-Malaya di tempat yang sama bagi mempertemukan dua aliran ulamak - Kaum Tua dan Kaum Muda - yang telah berselisih dalam 16 perkara khilafiyah terutama di antara Ketua Dewan Ulamak PAS, Sheikh Haji Abdullah Fahim mewakili Kaum Tua dengan Yang Dipertua PAS Cawangan Bandar Pulau Pinang, Ustaz Haji Ibrahim Aqibi. Walau bagaimanapun, muzakarah ini gagal mencapai sasarannya kerana ulamak Kaum Muda tidak hadir.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
5 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 5/1/2017

Sumber HD -5-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































PAS dalam Pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur 1952

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43784-pas-dalam-pilihan-raya-bandaran-kuala-lumpur-1952

Ensiklopedia PAS: PAS Dalam Pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur 1952

PILIHAN Raya Bandaran Kuala Lumpur yang diadakan pada 16 Februari 1952 adalah pilihan raya yang kedua diadakan di negara ini selepas PAS ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 dan Undang-undang Tubuh PAS 1951 digubal pada 24 November 1951. Terdahulu, pada 1 Disember 1951, pilihan raya bandaran pertama diadakan di George Town, Pulau Pinang yang menyaksikan Umno hanya memenangi satu kerusi sahaja, sedangkan Parti Radikal mendapat enam, manakala Parti Buruh dan Bebas masing-masing satu kerusi dari sembilan kerusi yang dipertandingkan. PAS walaupun ditubuhkan di Kuala Lumpur, namun ia tidak menyertai Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur ini kerana PAS Cawangan Kuala Lumpur hanya ditubuhkan pada 13 Julai 1952.

Walaupun PAS tidak menyertai pilihan raya ini, tetapi PAS turut terlibat secara tidak langsung, kerana isu-isu pilihan raya yang berkait dengan PAS. Umno yang baru mengalami dua perpecahan ekoran penubuhan PAS oleh para ulamak dalam Bahagian Agama Umno pada 23 Ogos 1951 dan penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) oleh Dato' Onn Jaafar yang keluar dari Umno pada 26 Ogos 1951, telah mendapat saingan sengit dari IMP dalam pilihan raya ini. Yang Dipertua PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan pula diketahui umum merupakan sekutu rapat Dato' Onn Jaafar semasa dalam Umno. Sebarang sikap PAS dalam pilihan raya ini akan memberi kesan terhadap pengaruh Umno terutama di kalangan pengundi Melayu.

Dato' Onn Jaafar pada awalnya berusaha menyertai pilihan raya ini melalui kerjasama dengan sekutunya dalam IMP iaitu MCA yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock, tetapi Umno Kuala Lumpur terlebih dahulu berjaya mewujudkan kerjasama Umno-MCA dalam menghadapi pilihan raya ini. Kerjasama dua parti perkauman - Umno dan MCA - ini kemudiannya telah mendapat kritikan hebat daripada daripada pemimpin politik seperti K.L Devaser (Presiden MIC), R.K Pannikar (pemimpin IMP Kuala Lumpur) dan Hashim A. Ghani (Yang Dipertua Parti Melayu Semenanjung - PMS). Isu-isu yang berbangkit adalah bersifat perkauman, perpaduan palsu dan pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu. Pemimpin MCA, Khoo Track Yee sendiri mendakwa kerjasama Umno-MCA di Kuala Lumpur ini adalah "untuk (MCA mengambil) faedah sahaja."

Di sebalik "serangan perkauman" yang dibangkitkan oleh parti-parti politik ke atas Perikatan Umno-MCA, yang paling dibimbangi oleh Umno ialah serangan oleh PAS dari sudut agama kerana sebelum ini Bahagian Agama Umno menentang keras rancangan Dato' Onn Jaafar untuk membuka Umno kepada orang bukan Melayu. Para ulamak dibimbangi mengeluarkan fatwa yang merugikan Umno dalam soal ini. Sejak awal 1952, Yang Dipertua Agung Umno, Tunku Abdul Rahman Putra telah menyerang PAS dalam kempen pilihan raya tersebut sebagai langkah untuk mengalihkan perhatian PAS yang lebih rapat dengan Dato Onn Jaafar. Pada 30 Disember 1951, pemimpin Umno itu mendakwa partinya juga adalah parti Islam, yang tidak pernah bertentangan pendirian dengan para ulamak dan akan tetap berpegang dengan Islam, sebagai alasan mengapa orang Melayu tidak perlu menyokong PAS atau IMP.

Pada 5 Januari 1952, Tunku Abdul Rahman Putra mempersoalkan pula keperluan wujudnya PAS dan menganggap PAS tidak dapat berbuat apa-apa untuk Islam. Serangan Umno ini telah menimbulkan kemarahan para ulamak di Pulau Pinang yang kebanyakkannya adalah ahli Umno. Pengarang Urusan Melayu pada 13 Januari 1952 turut mengulas kesan penubuhan PAS terhadap kemerosotan pengaruh Umno. PAS juga sejak awal Februari 1952 dituduh cuba merampas kuasa agama daripada Raja-raja Melayu. Sejak 31 Januari 1952 pula, Tunku Abdul Rahman Putra turut bertindak menghapuskan anasir PAS dalam Umno melalui disiplin parti dan melantik Dato' Haji Hassan Yunus menggantikan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan sebagai Ketua Bahagian Agama Umno.

Kempen Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur yang berakhir pada 15 Februari 1952 menyaksikan pertembungan di antara Perikatan Umno-MCA dengan IMP tanpa penglibatan PAS. Perikatan Umno-MCA menguasai sembilan kerusi, sedangkan IMP mendapat dua dan Bebas satu kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. PAS yang tidak terlibat langsung dalam pilihan raya ini pula menerima tekanan paling berat daripada Umno kerana kebimbangan Umno terhadap kemungkinan serangan PAS ke atas mereka untuk membantu IMP. Ternyata sepanjang kempen pilihan raya ini, PAS terpaksa lebih banyak menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Umno daripada membantu IMP. Sedangkan Perikatan Umno-MCA dalam Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur ini menjadi asas kepada penubuhan Parti Perikatan pada 30 Oktober 1957 setelah MIC menyertai mereka pada 1954.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
4 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 4/1/2017

Sumber HD - 4-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































Taat: Komponen utama tatatertib PAS

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43774-taat-komponen-utama-tatatertib-pas

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
TAAT: KOMPONEN UTAMA TATATERTIB PAS


TATATERTIB atau disiplin merupakan isu terpenting dalam sesebuah organisasi kerana ia menjadi nadi keberkesanan kepemimpinannya. Demikian juga halnya dalam sebuah jemaah atau gerakan Islam termasuk PAS. Persoalan disiplin dan tatatertib organisasi telah menjadi keutamaan sejak dari hari penggubalan Undang-undang Tubuh (Perlembagaan) PAS pada 24 November 1951. Salah satu komponen utama tatatertib PAS ialah "taat".

Taat yang termasuk dalam salah satu rukun bai'ah yang digariskan oleh as-Syahid Ustaz Hassan al-Banna adalah bersandarkan kepada satu hadis yang bermaksud, "Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan dengar serta taat sekali pun pemimpin yang dilantik dalam kalangan kamu tanyalah seorang hamba 'abdi" (Matan al-Arba'in). Hadis ini mengarahkan umat Islam mentaati kepemimpinan selagi mana mereka taat kepada Allah dan rasul-Nya.

Taat memberi pengertian bahawa seseorang itu mematuhi segala pendirian, keputusan dan arahan jemaah dan kepemimpinannya serta melaksanakannya dalam apa jua keadaan sama ada dia suka atau tidak, susah atau senang. Ini memenuhi pengertian Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar menghukum (mengadili) di antara mereka, ialah ucapan "kami dengar dan kami taat." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung (an-Nur: 51).

Dalam hal ketaatan ini, ia terbahagi kepada dua iaitu taat yang wajib dan taat yang haram. Setiap ahli PAS wajib mentaati pendirian, keputusan dan arahan parti dan kepemimpinannya apabila ia selaras dan tidak bercanggah dengan Allah dan rasul-Nya (al-Quran dan Sunnah), sedangkan haram bagi mereka mentaati apa sahaja pendirian, keputusan dan arahan yang menyanggahi atau bertentangan dengan kedua-dua sumber hukum PAS itu. Bahkan, dalam apa sahaja pendirian, keputusan dan arahan PAS yang bercanggah dengan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias adalah terbatal dengan sendirinya. Kewujudan Majlis Syura Ulamak PAS sejak 1987 adalah bertujuan untuk mengawal seluruh dasar PAS supaya mematuhi dan tidak bertentangan dengan sumber hukum tersebut.

Kedudukan taat yang bersandarkan ketataan kepada Allah dan rasul-Nya adalah berdasar hadis yang bermaksud "Dengar dan taat adalah wajib bagi setiap muslim dalam perkara yang dia suka atau tidak, selagi dia tidak disuruh dengan kemaksiatan, maka tidak perlu lagi dia dengar dan taat" (Bukhari dan Muslim). Dalam surah an-Nisa' ayat 59, Allah berfirman yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan para pemimpin (yang beriman) di kalangan kamu. Maka sekiranya kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan rasul-Nya."

Dalam konteks perjuangan PAS, elemen ketaatan ini telah diterapkan melalui proses pentarbiyahan yang panjang di setiap marhalah tarbiyah mereka, kemudian dipraktiskan dalam gerak kerja mereka. Menurut Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011, Fasal 82 tentang ketaatan dalam Tatatertib PAS menetapkan semua ahli-ahli PAS hendaklah:

(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu;
(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya;
(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti; dan
(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.


Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 3/1/2017

Sumber HD - 3-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































Tuan Guru Othman al-Yunusi, pengasas PAS Kedah

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43757-tuan-guru-othman-al-yunusi-pengasas-pas-kedah

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS: TUAN GURU HAJI OTHMAN AL-YUNUSI: PENGASAS PAS KEDAH

PAS Kedah telah memulakan sejarahnya apabila satu perjumpaan umat Islam diadakan di Madrasah an-Nahdhah, Bukit Besar pada 6 September 1952 dan berhasil menubuhkan PAS Cawangan Bukit Besar, cawangan PAS yang pertama di Kedah. Mudir Madrasah an-Nahdhah, Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi atau lebih terkenal dengan panggilan Lebai Pak Man Bukit Besar telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Cawangan Bukit Besar yang pertama. Lebai Pak Man menjadi tokoh PAS terulung di Kedah pada peringkat awal penubuhannya di samping Tuan Guru Haji Hussein Che Dol (Naib Yang Dipertua Agung PAS) dan Tuan Guru Haji Yahya Junid (Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS).

Lebai Pak Man atau nama sebenarnya Othman bin Yunus bin Salleh bin Mustafa telah dilahirkan pada tahun 15 Mei 1904 di Sanglang, Perlis, sedangkan ayahnya, Tuan Guru Haji Yunus al-Kelantani adalah murid Tokku Paloh dan Tuan Hussin Kedah yang berasal dari Mentuan, Kelantan tetapi membuka pusat pengajian pondok di Oran, Mata Ayer, Perlis. Lebai Pak Man mendapat pendidikan pondok dengan ayahnya selama enam tahun sebelum berhijrah ke Kelantan untuk berlajar di Pondok Masjid Muhammadi selama 14 tahun sejak 1917. Antara guru beliau di sini termasuklah Tok Kenali, Mufti Haji Wan Musa, Tuan Guru Haji Ahmad Manan Hakim, Tuan Guru Haji Yaakob Legor dan Tuan Guru Haji Ali Salahuddin Pulau Pisang.

Beliau kembali ke Perlis pada 1931 dan mengajar Pondok Oran. Atas nasihat ayahnya, beliau kembali ke Kelantan untuk berguru di Pondok Kenali tetapi ulamak tersohor itu telah meninggal dunia pada 1933. Beliau kemudiannya berguru di Madrasah Ahmadiyah, Bunut Payung dengan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Ahmad. Beliau turut berguru dengan Mufti Haji Ahmad Maher, Mufti Haji Nor Penambang, Tuan Guru Haji Yaakob Kecik dan Tok Khurasan. Di samping itu juga, beliau mula menjadi guru pembantu atau kepala telaah di Pondok Bunut Payung sehingga berakhir Perang Dunia Kedua. Setelah itu, beliau mengasaskan Pondok an-Nahdhah, Bukit Besar pada 1946 yang dipimpinnya sehingga akhir hayat.

Pada awal penglibatan beliau di Pondok an-Nahdhah selepas Perang Dunia Kedua, para ulamak Kedah yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hussein Che Dol telah menubuhkan Persatuan Ulamak Kedah (PUK) pada 1946 di mana beliau turut terlibat, tetapi tidak aktif walaupun pada awalnya beliau terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pun begitu, beliau adalah antara ulamak yang lantang menentang Malayan Union melalui Umno. Atas pengaruh Tuan Guru Haji Hussein Che Dol, beliau turut terlibat dengan MATA dan Hizbul Muslimin antara 1947 hingga 1948, tetapi dalam masa yang sama beliau memegang beberapa jawatan dalam Umno Kedah sehingga 1952.

Setelah PAS ditubuhkan pada 23 Ogos 1951, beliau menjadi antara ahli PAS terawal di Kedah bersama Haji Ahmad Shukri dan mereka menjadi pengasas PAS Kedah dengan tertubuhnya PAS Cawangan Bukit Besar pada 6 September 1952. Selain menjadi Yang Dipertua PAS Cawangan Bukit Besar, Lebai Pak Man turut dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah/Perlis pada 1954, dan memimpin PAS Kedah sehingga 1969. Setelah itu, beliau dilantik pula sebagai Penasihat PAS Kedah. Antara jawatan lain yang dipegang oleh beliau ialah Bendahari PAS Kedah dan Ahli Jawatankuasa Nazir Bangunan PAS Kedah. Pada 1964, beliau telah dicalonkan oleh PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum tetapi tewas.

Beliau juga aktif dalam Dewan Ulamak PAS Pusat dan terlibat dengan Jawatankuasa Tarjih Dewan Ulamak PAS Pusat dalam menentukan hukum PAS menyertai Kerajaan Campuran dengan Perikatan pada 1973. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Tarjih itu pada 14 Disember 1972, Lebai Pak Man berpegang bahawa kerjasama dengan Perikatan adalah haram. Oleh kerana keputusan muzakarah itu akhirnya mengharuskan kerjasama tersebut, sejak pertengahan 1970-an, beliau tidak lagi aktif dalam dunia kepartian, sebaliknya memberi perhatian untuk membangunkan Pondok an-Nahdhah.

Setelah lebih 40 tahun berjuang menegakkan agama melalui dunia pendidikan pondok, politik kepartian dan gerakan dakwah, pada pertengahan Jun 1987, Lebai Pak Man telah jatuh sakit kerana usia tuanya. Akhirnya beliau meninggal dunia pada 1 Julai 1987 dalam usia 83 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Bukit Besar, Kedah. PAS Kedah dalam menghargai perjuangan beliau telah menamakan masjid dalam Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dengan nama Masjid Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 2/1/2017

Sumber HD - 2-1-20117

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































Ensiklopedia PAS: Muktamar Islam Tenggara Asia 1954

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43750-ensiklopedia-pas-muktamar-islam-tenggara-asia-1954

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS: MUKTAMAR ISLAM TENGGARA ASIA 1954 TETAPKAN PENDIRIAN UMAT ISLAM BERKAIT PILIHAN RAYA

MUKTAMAR Islam Tenggara Asia merupakan perhimpunan penting umat Islam dan para ulamak di Tanah Melayu sebelum merdeka kerana ia membincangkan strategi umat Islam dalam menghadapi perubahan politik pasca Perang Dunia Kedua. Antara desakan penting yang dihadapi oleh umat Islam adalah hukum penyertaan mereka dalam pilihan raya secara demokrasi yang diperkenalkan oleh penjajah. Penjajah dalam rangka memerdekakan negara-negara jajahan mereka termasuk Tanah Melayu dan Indonesia telah mewujudkan sistem demokrasi berpilihan raya sebagai cara membentuk kerajaan rakyat.

PAS sendiri melalui Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kedua pada 25-26 Ogos 1953 telah memutuskan supaya diadakan Muktamar Islam Se-Malaya bagi membincangkan kedudukan politik umat Islam di Malaya dan Singapura pasca perang, dan Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 25-26 Disember 1953 telah membincangkan cadangan untuk menganjurkan Kongres Ulamak Se-Malaya. Tujuan utamanya adalah untuk menentukan sikap umat Islam dalam soal pilihan raya, hak mengundi, populasi bukan Islam dan persediaan menghadapi kemerdekaan. Salah satu langkah untuk berkerajaan sendiri yang disusun oleh PAS melalui National Conference dan National Convention ialah mengadakan pilihan raya umum segera di peringkat bandaran, negeri dan persekutuan.

Kongres Ulamak Se-Malaya menurut rancangan awal PAS akan menjadi titik kepada penubuhan Dewan Ulamak PAS yang berperanan untuk menasihati pergerakan PAS supaya selaras dengan al-Quran dan Sunnah dalam perjuangan kemerdekaan, sekali gus bergerak seperti yang dirancang dalam Program Politik PAS. Namun begitu, kerana keadaan politik yang tidak mengizinkan, PAS telah menangguhkan kongres ini sehingga Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ketiga.

Pergerakan PAS dalam menuntut pilihan raya segera  telah bermula dengan penyertaan PAS dalam National Conference anjuran 16 orang kenamaan termasuk tujuh Menteri Besar pada 27 April 1953, sebelum PAS menyertai pula National Convention anjuran Perikatan Umno-MCA pada 23 Ogos 1953. Kedua-dua badan ini bertujuan untuk mendesak British mengadakan pilihan raya segera bagi seluruh Malaya sebagai persiapan ke arah berkerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan.

Selain isu tuntutan pilihan raya supaya diadakan di Malaya antara 1954 hingga 1956, di Indonesia, Pemilihan Umum (Pemilu) akan diadakan pada 29 September 1955. Persoalan hukum penyertaan umat Islam ini telah dibahas oleh alim ulamak Indonesia. Pada 11-15 April 1953, Muktamar Alim Ulamak dan Muballigh Se-Indonesia di Medan telah mengeluarkan fatwa mewajibkan penyertaan umat Islam dalam pilihan raya di negara tersebut, diikuti oleh fatwa serupa dari Majlis Syura Pusat Masyumi pada 24 Februari 1953.

Bagi membincangkan isu yang sama, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26-27 Mac 1954 telah memutuskan supaya PAS menyertai Muktamar Islam Tenggara Asia di Kuala Lumpur dengan diwakili oleh Haji Sulaiman Basri, Ustaz Haji Zabidi Ali dan Mohamad Hanif. Beberapa pimpinan PAS yang lain seperti Abdul Hamid Sharif, Haji Ahmad Ali, Kiyai Yassin, Mohd Asri Haji Muda dan Ustaz Othman Abdullah hadir sebagai pemerhati. Muktamar yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 21 April 1954 ini telah dihadiri oleh alim ulamak dari pelbagai negeri seluruh Malaya dan mengambil pendirian berkait hukum penyertaan umat Islam dalam pilihan raya di Indonesia.

Berita APB pada 22 April 1954 telah melaporkan bahawa "... alim ulamak Malaya dari berbagai-bagai tempat telah memutuskan bahawa penyertaan umat Islam Indonesia di dalam pilihan raya umum yang akan diadakan di Indonesia nanti adalah fardhu ain hukumnya, dan adalah haram jika umat Islam Indonesia tidak ikut serta dalam pilihan raya itu nanti." Ekoran daripada keputusan muktamar ini, PAS juga telah mengambil pendirian supaya umat Islam menyertai Pilihan Raya Umum Malaya yang diadakan pada 27 Julai 1955.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 1/1/2017

Sumber HD -1-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































Agihan kerusi sebagai syarat kerjasama dengan Angkatan

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43623-agihan-kerusi-sebagai-syarat-kerjasama-dengan-angkatan

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: PAS JADIKAN AGIHAN KERUSI SEBAGAI  SYARAT KERJASAMA DENGAN ANGKATAN (20 DISEMBER 1988)

PADA hari ini dalam tahun 1988, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan supaya kelangsungan kerjasama politik dengan Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) boleh diteruskan dengan syarat pengagihan kerusi dilakukan mengikut ketetapan dengan PAS menguasai majoriti di beberapa negeri. PAS telah bersetuju supaya ia menguasai jumlah kerusi DUN yang ditandingi di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah serta mengetuai kerajaan di negeri-negeri tersebut jika kerjasama politik PAS-Angkatan berjaya memerintah, selain PAS menuntut diberikan sekurang-kurangnya 38 dari 192 kerusi Parlimen untuk ditandingi, di mana Kerajaan Pusat boleh diketuai oleh parti Semangat 46 (S46).

Bagi PAS, kerjasama bersama Angkatan ini perlu memberikan keuntungan politik kepada Islam di mana PAS boleh memerintah negeri-negeri majoriti Melayu Islam, sedangkan untuk sementara waktu, sekutu PAS dalam Angkatan, S46 yang dipimpin oleh Tengku Razaliegh Hamzah boleh diserahkan untuk menguasai Kerajaan Pusat. S46 selain bekerjasama dengan PAS melalui Angkatan, turut mempunyai kerjasama dengan Gagasan Rakyat (GR) yang turut disertai oleh DAP, PRM, IPF dan PBS yang tidak berasaskan Islam. Oleh kerana kerjasama PAS-Angkatan berpengaruh di negeri-negeri Melayu, sedangkan GR disokong oleh orang bukan Melayu di Pantai Barat Semenanjung dan Sabah, S46 mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa mereka dapat mengalahkan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Presiden Umno.

Bagi PAS sendiri, perubahan politik ini adalah peluang terbaik untuk meningkatkan pengaruh politik Islam, di mana PAS telah meletakkan penguasaan mereka ke atas Kelantan, Terengganu dan Kedah sebagai asas memperkukuhkan kerjasama. Dalam konteks ini, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengemukakan satu kertas bertajuk "Tahaluf" pada 9 Oktober 1988 sebagai asas kerjasama politik, sedangkan PAS Kelantan yang lebih optimis dengan perpecahan Umno Kelantan, pada 9 Jun 1989 mencadangkan satu bentuk kerjasama "tafahum siyasi" dengan Angkatan untuk memecahkan undi Umno sebagai strategi terbaik untuk mengalahkan BN. Kesemua pendekatan politik ini telah dilihat sebagai peluang terbaik untuk PAS menguasai Kelantan.

PAS sendiri sejak awal mengambil pendirian bahawa ia tidak akan menyertai gabungan politik Angkatan yang dianggotai oleh Berjasa, S46 dan Hamim. Sebaliknya PAS bersetuju supaya kerjasama politik diwujudkan antara PAS dan Angkatan untuk membolehkan PAS menguasai semula Kelantan sekurang-kurangnya. Kerjasama yang dibuat secara persefahaman politik ini adalah supaya PAS tidak terikat dengan dasar-dasar parti lain, terutama berhubung kerjasama mereka dengan DAP dan parti-parti lain dalam GR. PAS juga pada peringkat ini tidak bersetuju dengan tindakan S46 meletakkan calon wanita di Kelantan, di samping kegagalan Angkatan meletakkan Islam sebagai asas perlembagaan mereka.

Pendirian PAS pada 20 Disember 1988 supaya PAS bertegas tentang pembahagian kerusi dalam kerjasama PAS-Angkatan telah akhirnya membolehkan PAS bertanding 26 kerusi DUN di Kelantan, di samping enam kerusi Parlimen. S46 yang diberikan tujuh kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN Kelantan dengan alasan parti serpihan Umno itu lebih memerlukan kerusi Parlimen untuk mereka mengetuai Kerajaan Pusat. Persetujuan yang dicapai pada 22 Januari 1990 ini kemudiannya menjadi asas pencalonan dalam Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990. Apabila kerjasama PAS-Angkatan berjaya menyapu bersih semua 39 kerusi DUN, PAS dengan 26 kerusi telah dapat mengetuai Kerajaan Negeri Kelantan dengan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
20 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 20/12/2016

Sumber HD - 20-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































Ramalan negatif BN terhadap Belanjawan K'jaan PAS T'ganu

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43603-ramalan-negatif-bn-terhadap-belanjawan-k-jaan-pas-t-ganu

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: PEMIMPIN BN BUAT RAMALAN NEGATIF TERHADAP BELANJAWAN KERAJAAN PAS TERENGGANU (19 DISEMBER 1999)

PADA hari ini dalam tahun 1999, para pemimpin BN Terengganu telah mula membuat ramalan-ramalan negatif terhadap Belanjawan Terengganu 2000 yang akan dibentangkan semula oleh Kerajaan PAS Terengganu setelah belanjawan asal tidak terpakai kerana pembubaran DUN Terengganu pada 10 November 1999.
Menteri Besar Terengganu yang baru, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dijangka akan membentangkan Belanjawan Terengganu 2000 pada 21 Disember 1999 setelah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu Penggal Ke-10 mengangkat sumpah pada 20 Disember 2000. Satu kebimbangan besar pemimpin BN Terengganu ialah Kerajaan PAS Terengganu akan memanfaatkan dana besar kerajaan hasil royalti petroleum untuk kebajikan rakyat.
Sebelum ini, pada 1 Disember 1999, Kerajaan PAS Terengganu telah mengumumkan untuk menghapuskan serta-merta tol di Jambatan Sultan Mahmud dan juga cukai pintu yang melibatkan kehilangan hasil kerajaan sebanyak RM16.6 juta.

Kerajaan PAS Terengganu yang dibentuk pada 30 November 1999 apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menerima perkenan Istana Terengganu untuk menjadi Menteri Besar Terengganu.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 29 November 1999, PAS telah berjaya memenangi 28 daripada 32 kerusi DUN Terengganu sekali gus membolehkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1 Disember 1999.
PAS Terengganu dalam manifestonya telah menawarkan program kebajikan kepada rakyat Terengganu melalui pemanfaatan royalti petroleum yang dijangka berjumlah lebih RM800 juta pada tahun 2000. Langkah awal Kerajaan PAS Terengganu menghapuskan tol dan cukai pintu pada 1 Disember 1999 menunjukkan dasar mesra kebajikan rakyat akan dilaksanakan.

Pembaharuan pentadbiran yang mesra kebajikan rakyat ini telah menjadi sebutan rakyat dan ia akan dijadikan dasar kerajaan melalui Belanjawan Terengganu 2000. Antara pembaharuan yang diperkenalkan sepanjang tahun 2000 oleh Kerajaan PAS Terengganu ialah mewujudkan sistem kerja lima hari seminggu dengan cuti Jumaat dan Sabtu, menguruskan semua akaun kerajaan di bawah sistem perbankan Islam, menghapuskan kadar faedah empat peratus pinjaman kakitangan kerajaan, mewujudkan dana khas untuk pinjaman rumah kos rendah untuk rakyat miskin, menaikkan elaun pegawai masjid mukim, menubuhkan Unit Pembangunan Insan (UPI), menamatkan lesen premis perjudian, mengawal penjualan arak, memperkenalkan cuti 60 untuk wanita bersalin dan cuti seminggu untuk suami, meningkatkan jumlah bantuan am Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada orang miskin, melarang Ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu mengambil elaun pengarah syarikat dan memberi peruntukan pembangunan kepada semua ADUN termasuk dari BN sebanyak RM100,000 setahun. Semua pembaharuan yang mesra kebajikan rakyat ini telah dimasukkan dalam Belanjawan Terengganu 2000 sehingga menimbulkan kebimbangan para pemimpin BN terhadap sikap politik rakyat.

Mengambil langkah awal untuk memburuk-burukan dasar mesra kebajikan rakyat Kerajaan PAS Terengganu, sejak 19 Disember 1999 para pemimpin BN mula membuat ramalan-ramalan negatif kononnya Kerajaan PAS Terengganu tidak akan dapat menyediakan program pembangunan yang berkesan untuk rakyat. Dengan dibantu oleh media massa, fitnah-fitnah mula dilancarkan ke atas PAS Terengganu bermula dengan isu perlaksanaan syariat, pencerobohan taman didikan kanak-kanak (tadika), kutipan cukai kharaj ke atas orang bukan Islam hinggalah isu kebenaran membuka ladang ternakan babi kepada orang bukan Islam.
Akhirnya, menjelang pembentangan Belanjawan Terengganu 2000, mereka menuduh pula bahawa belanjawan ini tidak akan memberi manfaat kepada rakyat. Walau bagaimanapun, dengan kejayaan Kerajaan PAS Terengganu memperkenal dan melaksanakan dasar-dasar mesra kebajikan rakyat sepanjang tahun 2000, Umno telah mengambil tindakan mendesak Kerajaan BN Pusat supaya menyekat royalti petroleum kepada Kerajaan PAS Terengganu. Akibatnya, pada 5 September 2000, Kementerian Kewangan telah mengumumkan penghapusan royalti petroleum kepada Terengganu, sekali gus menyebabkan program mesra kebajikan rakyat turut tergendala.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
19 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 19/12/2016

Sumber HD - 19-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































Pasca 13 Mei: RoS arah Perlembagaan PAS dipinda

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43595-pasca-13-mei-ros-arah-perlembagaan-pas-dipinda

PAS ARAHKAN RANGKA SEMULA PINDAAN PERLEMBAGAAN UNTUK SELARAS ARAHAN ROS

PADA hari ini dalam tahun 1971, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan supaya pindaan Perlembagaan PAS dirangka semula bagi menepati arahan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) Malaysia selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Arahan yang dikeluarkan ini berkait secara khusus tentang perubahan nama dan dasar PAS yang dikatakan mengandungi elemen sensitif mengikut Akta Hasutan (Pindaan) 1970.

RoS telah mengeluarkan arahan supaya beberapa aspek dalam Perlembagaan PAS dipinda terutama melibatkan perjuangan ketuanan Melayu dan agama Islam, yang didakwa oleh Peguam Negara di Dewan Negara pada 9 Mac 1971 sebagai mengandungi unsur sensitif yang bercanggah dengan Akta Hasutan.

Ekoran dari itu, PAS telah mengemukakan satu cadangan pindaan Perlembagaan PAS dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-17 pada 18-20 Jun 1971. Pada 14 Mei 1971, Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PAS 1971 yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad telah mengemukakan cadangan pindaan ini kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS untuk dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS 1971.

Pindaan Perlembagaan ini adalah melibatkan perubahan nama PAS dari "Persatuan Islam Se-Tanah Melayu" kepada "Parti Islam," penghapusan kalimah "Allah Muhammad" pada bendera PAS, mempertegaskan Islam sebagai dasar PAS dan menyatakan dengan jelas tujuan perjuangan PAS untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang melaksanakan nilai dan hukum Islam.

Walau bagaimanapun, Pemangku Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Kassim Mohd Amin pada 4 Ogos 1971 telah menolak beberapa aspek pindaan yang dikemukakan dan meminta ia dirangka semula berdasarkan beberapa cadangan yang dikemukakan oleh RoS.

Bagi mengatasi masalah kelulusan pindaan ini, PAS telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia untuk membuat rayuan, tetapi ia ditolak. Lanjutan dari itu, pada 18 Disember 1971, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan supaya cadangan pindaan Perlembagaan PAS dirangka semula selaras dengan kehendak RoS, dan ia hendaklah dibawa semula ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-18 pada tahun berikutnya.

Setelah kajian semula dibuat, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju supaya nama PAS ditukar dari "Parti Islam" kepada "Parti Islam Se-Malaysia," selain menetapkan bahawa dasar PAS ialah Islam. PAS turut mengekalkan cadangan asal tujuan perjuangannya iaitu "memperjuangkan wujudnya di negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup dan hukum-hukumnya yang menuju keredhaan Allah" dan "mendukung dan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara."

Unsur-unsur yang bersifat ke-Melayuan telah dihapuskan dari Perlembagaan PAS dan diganti oleh unsur-unsur ke-Islaman yang lebih ketara. Rangka baru Perlembagaan PAS ini telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam dengan lebih jelas.

Cadangan baru yang dirangka berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 18 Disember 1971 ini kemudiannya telah dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-18 pada 28-29 Julai 1972 dan ia diluluskan untuk dikemukakan kepada RoS. Faktor perundingan yang berlaku antara PAS dengan Perikatan untuk membentuk Kerajaan Campuran pada akhir 1972 telah mempermudahkan proses penggubalan pindaan Perlembagaan PAS ini di mana ia akhirnya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 24 Februari 1973, ketika PAS sudah berada dalam kerajaan.

Perlembagaan PAS (Pindaan) 1973 ini kemudiannya telah menjadi panduan perjuangan PAS sehingga ia dipinda semula pada 1977, tetapi pada asasnya tidak ada sebarang perubahan struktural yang berlaku, sehinggalah Perlembagaan PAS (Pindaan) 1987 yang digubal pada 1983 mewujudkan Majlis Syura Ulamak PAS.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
18 Disember 2016 – HARAKAHDAILY 18/12/2016

Sumber HD - 18-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































































Polis tarik balik sekatan ceramah PAS

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43588-polis-tarik-balik-sekatan-ceramah-pas

POLIS TARIK BALIK SEKATAN CERAMAH PAS PASCA TRAGEDI MEMALI

PADA hari ini dalam tahun 1985, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan penarikan balik larangan ceramah politik yang dikenakan ke atas PAS selepas tragedi Memali. PAS dikenakan sekatan ceramah politik melibatkan enam buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak Utara dan Pulau Pinang sebaik sahaja tercetusnya tragedi Memali pada 19 November 1985. Tujuan utama sekatan ceramah politik ini adalah untuk menghalang PAS dari memberikan penerangan kepada rakyat tentang peristiwa pembunuhan 14 orang ahli PAS termasuk Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ustaz Ibrahim Libya, bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah.

Tragedi Memali tercetus ekoran satu gerakan yang dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 18 November 1985 untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya secara kekerasan. Pada subuh 19 November 1985, satu kepungan bersenjata telah dibuat ke atas Kampung Memali, diikuti oleh satu serangan yang mengakibatkan kematian 14 orang ahli PAS, selain empat kematian di pihak polis.

Tragedi Memali yang berlaku dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Musa Hitam telah menjadi tragedi politik berdarah terbesar di negara ini selepas tragedi 13 Mei 1969. Untuk menutup isu ini dari sampai kepada rakyat, Kerajaan BN bukan sahaja menuduh Ustaz Ibrahim Libya menaja keganasan dan terlibat dengan komunis untuk memberontak terhadap kerajaan, tetapi juga mengambil langkah menghalang PAS daripada menjelaskan kepada rakyat tentang isu sebenar yang berlaku.

Oleh kerana tragedi ini merupakan lanjutan daripada penahanan ISA ke atas pemimpin Dewan Pemuda PAS pada 10 Julai 1984, serangan ke atas Kampung Memali ini juga merupakan sebahagian daripada plot penahanan tersebut kerana Kerajaan BN turut merancang menahan Ustaz Ibrahim Libya di bawah ISA. Isu sebenar penahanan mereka ialah kerana kelantangan mereka menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan mendakwa program Islamisasi kerajaan hanya sebagai kosmetik politik.

Kerana itulah, setelah pembunuhan beramai-ramai ini berlaku, Dewan Ulamak PAS Kedah telah mengeluarkan fatwa tentang kesyahidan mereka. Fatwa ini telah disokong oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS dan juga Badan Perhubungan PAS Kelantan, sedangkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menganggap mereka bukan syahid, bahkan bughah. Isu kesyahidan 14 orang ahli PAS ini menjadi persoalan besar yang memaksa kerajaan mengenakan larangan ceramah politik ke atas PAS di enam buah negeri tersebut.

Setelah sebulan sekatan ceramah politik dikenakan ke atas PAS sejak 19 November 1985 dan isu Memali mulai mereda ekoran propaganda media massa kerajaan yang mengatakan Ustaz Ibrahim Libya sebagai komunis yang mahu menentang kerajaan secara bersenjata, PDRM pada 17 Disember 1985 telah mengumumkan bahawa larangan ceramah politik ke atas PAS di enam buah negeri telah ditarik balik.

Walaupun PAS boleh menjelaskan kepada rakyat tentang kedudukan sebenar isu Ustaz Ibrahim Libya, namun pemimpin BN seperti Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad terus melakukan serangan ke atas PAS dengan mendakwa tragedi Memali adalah akibat daripada isu kafir-mengkafir yang dibangkitkan oleh PAS dan berlakunya penyalahgunaan agama untuk kepentingan politik. Menjawab isu ini, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad telah menuliskan buku "Syuhada' Memali: Pendakwah bukan Penderhaka," sedangkan PAS telah mengadakan Sambutan Hari Memali setiap tahun, selain membawa kes ini ke mahkamah untuk membuktikan kezaliman yang telah berlaku.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
17 Disember 2016 – HARAKAHDAILY  17/12/2016

Sumber HD -17-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































Sejarah: PAS dipecat daripada Barisan Nasional

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43566-sejarah-pas-dipecat-daripada-barisan-nasional

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: PAS DIPECAT DARI BARISAN NASIONAL (13 DISEMBER 1977)

PADA hari ini dalam tahun 1977, Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah memutuskan supaya PAS memecat Ahli-ahli Parlimennya yang menentang keputusan Ketua Whip BN di Dewan Rakyat pada 8 November 1977 atau PAS akan terpecat dari menjadi anggota  BN dengan sendirinya jika gagal berbuat demikian sebelum 17 Disember 1977. Keputusan asal Majlis Tertinggi BN pada 5 Disember 1977 yang mahu PAS memecat wakil rakyatnya itu telah ditolak oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 6 Disember 1977, yang mendorong Majlis Tertinggi BN memaksa PAS dengan alternatif PAS terpecat dari BN. Dengan terpecatnya PAS dari BN ini, terputuslah hubungan antara PAS dengan parti-parti komponen BN yang wujud sejak PAS menyertai Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1 Januari 1973, sebelum BN ditubuhkan pada 1 Jun 1974.

Krisis PAS dengan BN sejak ia ditubuhkan ini bermula daripada Pilihan Raya Umum 1974 di mana PAS tidak berpuas hati dengan pengagihan kerusi dan juga perjawatan kabinet, sedangkan Umno pula mensabotaj PAS dalam kes perlantikan Menteri Besar Kelantan. Setelah itu, PAS terus mendesak Kerajaan BN supaya meningkatkan komitmen dalam perlaksanaan syariat Islam, sehingga timbul isu PAS dituduh menubuhkan cawangan di kawasan-kawasan yang dikuasai Umno dan PAS menerima laporan berlakunya tindakan merendah-rendah dan mengkritik PAS yang dilakukan oleh pemimpin beberapa parti komponen BN. Isu-isu ini hangat diperkatakan oleh ahli-ahli PAS dalam Muktamar Tahunan PAS antara 1975 hingga 1977.

Selain beberapa isu ketidakpuasan hati yang sering dibangkitkan dalam mesyuarat Setiausaha-setiausaha Agung BN, isu yang menjadi punca perpecahan ini ialah campur tangan Umno dalam isu Menteri Besar Kelantan. Bermula dengan tindakan Umno menolak calon Menteri Besar yang dikemukakan oleh PAS, Wan Ismail Ibrahim, yang menyebabkan calon pilihan Umno, Dato' Mohamad Nasir terlantik. Akibat dari perlantikan ini, Dato' Mohamad Nasir yang menganggap dirinya sebagai "Menteri Besar BN" telah beberapa kali berkonflik dengan PAS Kelantan sehingga beliau didesak meletakkan jawatan. Akhirnya, Dato' Mohamad Nasir telah mengemukakan surat perletakan jawatan pada 20 November 1976 yang berkuat kuasa mulai 31 Ogos 1977. Walau bagaimanapun, dengan campur tangan Umno, Dato' Mohamad Nasir telah tidak meletakkan jawatan sehingga menyebabkan timbulnya krisis politik Kelantan yang berakhir dengan pemecatan keahlian Menteri Besar Kelantan itu dari PAS pada 10 Oktober 1977, diikuti oleh usul undi tidak percaya di DUN Kelantan pada 15 Oktober 1977.

Bertolak dari undi tidak percaya ini, telah berlaku demonstrasi yang dimotori oleh penyokong Umno dan juga rusuhan dan keganasan yang memusnahkan harta benda di Kota Bharu berkemuncak pada 22 Oktober 1977. Ekoran itu, perintah berkurung dikeluarkan, diikuti oleh beberapa siri rundingan yang menimbulkan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 25 Oktober 1977 untuk mendaruratkan Kelantan. Cadangan yang tidak dipersetujui oleh PAS ini telah persetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn pada 2 November 1977. Perdana Menteri itu memberi tempoh sehingga 7 November 1977 kepada PAS untuk membuat keputusan menyokong cadangan beliau mendaruratkan Kelantan.

Pada 4 November 1977, sebelum PAS mengambil pendirian, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Kelantan akan didaruratkan, yang menimbulkan kemarahan PAS. Pada 6 November 1977, PAS telah membuat keputusan untuk menolak Rang Undang-undang Kuasa-kuasa Darurat (Kelantan) 1977 dan mengarahkan semua penjawat awam (menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen) PAS  meletakkan jawatan bagi membolehkan mereka menentang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat. Pada 8 November 1977, setelah Perdana Menteri membentangkan rang undang-undang itu, wakil-wakil rakyat PAS termasuk Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah berucap menentang usul kerajaan itu dengan 12 daripada 14 wakil rakyat PAS mengundi menentangnya. Ekoran tentangan PAS terhadap usul kerajaan ini, pada 5 Disember 1977, Majlis Tertinggi BN telah mengarahkan supaya PAS memecat keahlian wakil-wakil rakyatnya yang melanggar arahan Ketua Whip BN. Walau bagaimanapun, pada 6 Disember 1977, PAS memutuskan untuk bertegas tidak akan berbuat demikian.

Keputusan PAS ini telah dibincangkan semula oleh Majlis Tertinggi BN pada 13 Disember 1977. Mereka memutuskan supaya PAS bertindak tegas dengan memecat keahlian wakil-wakil rakyatnya dengan segera. Jika PAS gagal berbuat demikian sehingga 17 Disember 1977, maka PAS dengan sendirinya akan terpecat dari BN. Memandang serius keputusan Majlis Tertinggi BN ini, PAS pada 14 Disember 1977 bukan sahaja berkeras tidak akan bertindak ke atas Ahli-ahli Parlimennya yang mematuhi arahan parti, sebaliknya menganggap tindakan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Datuk Haji Hassan Adli Mohd Arshad telah terpecat dari PAS kerana melanggar arahan parti supaya menentang rang undang-undang tersebut. PAS juga menganggap keputusan Majlis Tertinggi BN pada 13 Disember 1977 adalah memberi maksud bahawa PAS telah dipecat dari BN, dan PAS tidak perlu menunggu hingga 17 Disember 1977 untuk terpecat dari BN. Dengan pendirian PAS terhadap keputusan Majlis Tertinggi BN pada 13 Disember 1977 ini, PAS telah kembali menjadi pembangkang setelah lima tahun berada dalam kerajaan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
13 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 13/12/2016

Sumber HD - 13-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































































PAS Kelantan pertahan fatwa syahid Memali

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43537-pas-kelantan-pertahan-fatwa-syahid-memali

PADA hari ini dalam tahun 1985, Badan Perhubungan PAS Kelantan telah memutuskan untuk mempertahankan pendirian Dewan Ulamak PAS Kedah dan Jawatankuasa Kerja Agung PAS bahawa mangsa tragedi Memali adalah mati syahid. Sebalik sahaja tragedi pembunuhan berlaku di Kampung Memali pada 19 November 1985, Dewan Ulamak PAS Kedah yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Yahya Junid yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah, telah mengeluarkan fatwa bahawa 14 orang yang terbunuh di Memali itu adalah syahid, sebelum fatwa ini dipertegaskan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 8 Disember 1985.

Bagi menegaskan lagi kedudukan dan status mereka, Badan Perhubungan PAS Kelantan yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memperakukan status mangsa Memali sebagai syahid.

Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 adalah lanjutan daripada penyalahgunaan ISA ke atas pemimpin Dewan Pemuda PAS sejak penahanan tiga pemimpin Dewan Pemuda PAS Pusat pada 10 Julai 1984. Ia berlanjutan hingga tercetus isu Debat PAS-Umno, kafir-mengkafir dan Tragedi Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985.

Kerajaan Pusat yang gagal menahan Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih terkenal dengan panggilan Ustaz Ibrahim Libya iaitu Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, telah bertindak melancarkan kepungan dan serangan ke atas Kampung Memali pada awal pagi 19 November 1985, yang telah membunuh Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 orang lagi ahli PAS dari Kampung Memali.

Ustaz Ibrahim Libya dikatakan menjadi sasaran Kerajaan BN kerana mendakwa negara ini bukan negara Islam, tetapi beliau enggan menyerah diri ketika tangkapan dibuat pada 10 Julai 1984. Dua tokoh utama yang terlibat dalam mengatur serangan ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Musa Hitam yang juga Menteri Dalam Negeri.

Peristiwa berdarah ini telah mendorong Dewan Ulamak PAS Kedah segera mengeluarkan fatwa terhadap status kematian 14 orang ahli PAS itu dengan disokong oleh kenyataan Yang Dipertua Agung PAS, Pak Haji Yusof Rawa yang menganggapnya sebagai "tindakan yang begitu kejam dan rakus."

Bertindak balas terhadap fatwa Dewan Ulamak PAS Kedah ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah membuat fatwa bahawa mereka bukan syahid kerana menyerupai bughah, sedangkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pula mengatakan mereka adalah penderhaka yang tidak syahid, bahkan mati berdosa.

Pada 8 Disember 1985, Jawatankuasa Kerja Agung PAS yang membincangkan status ini telah sependapat dengan Dewan Ulamak PAS Kedah bahawa 14 orang ahli PAS tersebut telah syahid. Selain itu, PAS turut menuntut supaya satu siasatan dibuat oleh suruhanjaya bebas tentang keganasan tersebut.

Bagi mengukuhkan pandangan PAS terhadap peristiwa hitam ini, Badan Perhubungan PAS Kelantan pada 10 Disember 1985 telah memperakukan fatwa-fatwa Dewan Ulamak PAS Kedah dan Jawatankuasa Kerja Agung PAS tentang syahidnya Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 lagi pengikutnya.

Menurut Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, kematian Ustaz Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya adalah mati syahid dan kesemua jenazah mereka perlu dikebumikan mengikut cara pengkebumian yang selayaknya untuk jenazah para syuhadak, kerana kematian mereka dikatakan meliputi ketiga-tiga syarat syahid iaitu mempertahankan agama, maruah dan harta benda.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
10 Disember 2016 -  HARAKAHDAILY 10/12/2016

Sumber HD - 10-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































Sejarah: Lawatan kerja PAS ke Perlis isu Asri letak jawatan

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43520-sejarah-lawatan-kerja-pas-ke-perlis-isu-asri-letak-jawatan

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: PAS ADAKAN LAWATAN KERJA KE PERLIS KERANA ISU PERLETAKAN JAWATAN ASRI  (9 DISEMBER 1982)

PADA hari ini dalam tahun 1982, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah mengadakan lawatan kerja ke Perlis kerana menerangkan isu perletakan jawatan oleh Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-28 pada 23-24 Oktober 1982. Siri-siri lawatan kerja Jawatankuasa Kerja Agung PAS ke negeri-negeri dalam isu ini diaturkan ke semua negeri dalam dua peringkat iaitu antara 4-12 Disember 1982 dan 8-23 Januari 1983. Tujuan utamanya adalah untuk menjelaskan secara lisan tentang krisis kepemimpinan yang timbul selepas muktamar tersebut.

Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah meletakkan jawatannya secara mengejut dalam Muktamar Tahunan PAS tersebut pada 23 Oktober 1982 setelah mendapati para perwakilan tidak lagi mendukung kepemimpinan beliau, bahkan keesokannya telah meluluskan usul kepemimpinan ulamak dalam PAS.

Ekoran itu, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Pak Haji Yusof Rawa telah dilantik untuk memangku jawatan utama itu, sebelum beberapa pemimpin PAS yang pro Dato' Mohd Asri Haji Muda turut meletakkan jawatan. Antara yang turut meletakkan jawatan ialah Ustaz Dato' Abu Bakar Umar (Setiausaha Agung PAS), Haji Hassan Mohamad (Bendahari Agung PAS), Ustazah Datin Sakinah Junid (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat) dan Haji Wan Ismail Ibrahim (Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS).

Bagi menangani krisis ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 4 November 1982 telah menyusun semula kepemimpinan PAS dengan melantik Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor sebagai Pemangku Timbalan Yang Dipertua Agung PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Haji Abbas Alias sebagai Pemangku Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Hassan Shukri sebagai Setiausaha Agung PAS, Syed Ibrahim Abdul Rahman sebagai Bendahari Agung PAS, Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan Ustaz Tahir Daeng Mengati sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS, sedangkan Ustazah Salmah Mohsein telah diangkat oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat sebagai Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
Selain itu, PAS Pusat pada hari yang sama juga telah mengeluarkan makluman secara bertulis kepada pimpinan PAS peringkat Dewan-dewan, Negeri dan Kawasan tentang perubahan kepemimpinan PAS ekoran pengunduran Yang Dipertua Agung PAS itu. Yang lebih penting dipertegaskan ialah perubahan kepemimpinan ini  langsung tidak mengubah dasar, tujuan, matlamat, hukum dan kekuasaan PAS, bahkan diperkukuhkan lagi di bawah pimpinan ulamak. Ahli-ahli PAS juga diperingatkan supaya menetapkan pendirian dengan istiqamah dan mengambil sikap bahawa jihad mereka dalam PAS adalah kerana Allah, bukan kerana tokoh-tokoh tertentu.

Menyusul setelah penjelasan bertulis yang dikeluarkan pada 4 November 1982 ini ialah lawatan kerja secara berperingkat oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS ke negeri-negeri untuk memberikan penjelasan terhadap perkara yang sama kepada ahli-ahli PAS, termasuk lawatan ke negeri Perlis yang diadakan pada 9 Disember 1982.

Negeri-negeri lain turut diadakan majlis penerangan iaitu Pahang dan Kelantan (4 Disember 1982), Terengganu (5 Disember 1982), Kedah (10 Disember 1982), Pulau Pinang (11 Disember 1982) dan Perak (12 Disember 1982). Dalam siri yang kedua lawatan ini telah melibatkan negeri Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan yang masing-masing diadakan antara 8 hingga 23 Januari 1983.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
9 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 9/12/2016

Sumber HD - 9-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































Keahlian Ustaz Ahmad Azzam diterima semula

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43518-keahlian-ustaz-ahmad-azzam-diterima-semula

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: KEAHLIAN USTAZ AHMAD AZZAM DITERIMA SEMULA UNTUK REDAKAN KRISIS POLITIK TERENGGANU (8 DISEMBER 1960)

PADA hari ini dalam tahun 1960, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah menerima semula keahlian bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah setelah beliau keluar dari PAS pada 15 Julai 1960. Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah yang juga ADUN Jeram merangkap bekas anggota Exco Kerajaan Negeri Terengganu telah bertindak keluar dari PAS ekoran beberapa desakan beliau berkait dengan kedudukan jawatan Timbalan Menteri Besar Terengganu, penyusunan semula Kerajaan Negeri Terengganu dan pemecatan keahlian ADUN Marang yang juga Speaker DUN Terengganu, Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar. Dengan keluarnya Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah dari PAS, Kerajaan PAS Terengganu telah kehilangan majoriti sehingga terpaksa berhadapan dengan usul undi tidak percaya pada 6 Ogos 1960.

Krisis politik Terengganu telah tercetus setelah Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah selaku Pesuruhjaya PAS Terengganu tidak dipilih sebagai Menteri Besar kerana beliau bukan anak Terengganu, yang menyebabkan PAS merancang untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar Terengganu. Menteri Besar Terengganu, Mohd Daud Abdul Samad yang mengangkat sumpah pada 29 Jun 1959 tidak segera mewujudkan jawatan tersebut kerana kesibukan menghadapi Pilihan Raya Umum Persekutuan yang berlangsung antara 15 Julai hingga 19 Ogos 1959. Berlanjutan daripada itu, timbul pula konflik baru apabila PAS Cawangan Kuala Terengganu, Kemaman dan Dungun telah tidak berpuas hati dengan Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah selaku Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam soal pemilihan calon ketika pilihan raya tersebut berlangsung. Mereka bukan sahaja memboikot mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu, tetapi telah menggunakan suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 9 Ogos 1959 untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Darurat pada 16 Oktober 1959 yang menghilangkan kuasa Pesuruhjaya PAS Terengganu itu.

Konflik menjadi bertambah rumit setelah Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu pada 7 Mei 1960, di mana Kerajaan PAS Terengganu telah menerima kritikan daripada Speaker DUN Terengganu, yang kemudiannya menyebabkan PAS Cawangan Dungun memecat keahlian ADUN Marang itu. Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah pula mendesak supaya Kerajaan PAS Terengganu disusun semula dan jawatan Timbalan Menteri Besar diisi dengan segera. Setelah melalui beberapa rundingan di antara pihak-pihak terbabit yang turut melibatkan Jawatankuasa Kerja Agung PAS, akhirnya pada 27 Jun 1960, Pesuruhjaya PAS Terengganu itu bertegas bahawa beliau akan keluar dari PAS mulai 15 Julai 1960 jika isu-isu tersebut tidak dapat diselesaikan.

Jawatankuasa Kerja Agung PAS yang telah memutuskan pada 28 Jun 1960 bahawa pemecatan keahlian Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar sebagai tidak sah, terpaksa berhadapan pula dengan kehilangan ADUN Jeram yang keluar parti, sehingga PAS terpaksa menarik ADUN Parti Negara untuk menyertai PAS. Ketiadaan Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah telah menyebabkan kedudukan DUN Terengganu menjadi seimbang dengan 11 orang mewakili Kerajaan PAS dan 11 orang pembangkang (tidak termasuk Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah selaku wakil Bebas), sedangkan ADUN PAS Marang bertindak sebagai Speaker DUN. Ketika usul undi tidak percaya dikemukakan di DUN Terengganu pada 6 Ogos 1960, ADUN Jeram (Bebas) telah membuat undian berkecuali yang menggagalkan usul tersebut dengan undian Speaker DUN Terengganu yang berpihak kepada PAS.

Walau bagaimanapun, pada 7 Ogos 1960, Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah telah bertindak membangkang dua rang undang-undang berkait belanjawan tambahan dan saraan Speaker DUN, sekali gus memaksa PAS mengatur strategi untuk membentuk kerajaan campuran dengan Parti Negara, tetapi digagalkan oleh penyertaan seorang ADUN Parti Negara, Ismail Abbas ke dalam PAS pada 8 Oktober 1960. Bagi meredakan keadaan ini, pada 8 Disember 1960, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan untuk menerima semula Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah (Bebas - Jeram) sebagai ahli PAS.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
8 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 8/12/2016

Sumber HD- 8-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































PAS bincang sikap, tindakan cadang tubuh Malaysia

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43452-pas-bincang-sikap-tindakan-cadang-tubuh-malaysia

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: PAS BINCANG SIKAP DAN TINDAKAN TERHADAP CADANGAN PENUBUHAN MALAYSIA (3 DISEMBER 1961)

PADA hari ini dalam tahun 1961, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah mengadakan mesyuarat panjang selama tiga hari berakhir 5 Disember 1961 bagi membincangkan sikap dan tindakan PAS terhadap cadangan penubuhan Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra pada 27 Mei 1961. Mesyuarat ini sangat penting dalam menentukan langkah dan tindakan PAS bagi menghadapi usaha Kerajaan Perikatan yang dilihat oleh PAS sebagai akan menghancurkan masa depan orang Melayu. Terdahulu, pada 15 Oktober 1961, PAS telah mengambil sikap untuk menolak percantuman Tanah Melayu dengan Singapura, sebaliknya mencadangkan penubuhan Melayu Raya.

Tunku Abdul Rahman Putra pada 27 Mei 1961 telah mencadangkan penubuhan Melayu Raya (Malaysia) yang menggabungkan wilayah-wilayah British iaitu Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Cadangan yang dibuat di Singapura ini bertujuan untuk mempercepatkan proses kemerdekaan wilayah-wilayah tersebut, selain untuk membendung pengaruh komunis, mengukuhkan ekonomi dan mewujudkan keseimbangan kaum di semua wilayah itu. Cadangan ini kemudiannya mendapat respon positif daripada Kerajaan British sehingga ditubuhkan Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau sikap rakyat di Singapura dan Borneo dan akhirnya cadangan penubuhan Malaysia ini dibawa ke Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri pada 16 Oktober 1961.

PAS sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam telah mengambil sikap dalam Mesyuarat Agung Khasnya pada 15 Oktober 1961 untuk mencadangkan penubuhan Melayu Raya yang lebih besar. PAS mahu sebuah Melayu Raya yang mencantumkan wilayah-wilayah British dengan Indonesia, Filipina dan Kepulauan Melayu yang lain bagi membolehkan orang Melayu sebagai bangsa yang beragama Islam mempunyai kedudukan yang sama taraf dengan bangsa lain di dunia. Ekoran itu, dalam sidang Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961, Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy telah mencadangkan pindaan terhadap usul Perdana Menteri untuk memasukkan "Negara Republik Indonesia dan Filipina serta gugusan Pulau-pulau Melayu yang lain" sebagai sebahagian daripada Malaysia selain wilayah-wilayah British, tetapi cadangan pindaan ini ditolak.

Pada 3-5 Disember 1961, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah berkampung untuk satu mesyuarat panjang bagi membincangkan kedudukan Malaysia yang dicadangkan oleh Kerajaan Perikatan, selain membincangkan persiapan menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-10 yang akan berlangsung pada 5-6 Januari 1962. Antara keputusan penting yang dicapai oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS ialah satu Usul Persendirian akan dikemukakan oleh Yang Dipertua Agung PAS dalam Dewan Rakyat pada 1 Mei 1962 untuk menetapkan bahawa "hendaklah dimasukkan di dalam rancangan Melayu Raya itu daerah-daerah Indonesia dan Filipina." Oleh kerana usul ini telah ditolak oleh Dewan Rakyat, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy telah menganggap Malaysia sebagai "membahayakan kedudukan bangsa Melayu" dan " (bangsa Melayu) akan tenggelam di dalam tanah airnya sendiri." PAS pula pada 14 Julai 1963 telah memutuskan untuk menentang penubuhan Malaysia, walaupun akhirnya Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 3/12/2016

Sumber HD - 2-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































PAS sokong usul Dato' Onn untuk Melayu

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43448-pas-sokong-usul-dato-onn-untuk-melayu


PAS SOKONG USUL DATO' ONN UNTUK MELAYU DIJADIKAN RUPA BANGSA RAKYAT TANAH MELAYU

PADA hari ini dalam tahun 1960, PAS telah menyokong usul yang dikemukakan oleh tokoh pembangkang, Dato' Onn Jaafar (Parti Negara - Kuala Terengganu) di Dewan Rakyat yang mencadangkan supaya Melayu dijadikan rupanya bangsa rakyat negara ini. Usul yang mencadangkan "bahawa rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu hendaklah dikenali sebagai Melayu" ini dikemukakan kali yang kedua oleh Dato' Onn Jaafar setelah melihat konsep hak-hak istimewa orang Melayu sebagai menjerat masa depan bangsa Melayu dan rupa bangsa rakyat negara ini sebagai sebuah negara milik orang Melayu tidak terjamin pada masa hadapan. PAS sejak proses penggubalan Perlembagaan Persekutuan pada 1956 telah menolak konsep hak-hak istimewa orang Melayu yang dicadangkan oleh Perikatan (Umno-MCA-MIC), kerana PAS memperjuangkan konsep ketuanan Melayu.

Dato' Onn Jaafar yang pertama kali mengangkat usul ini ke Dewan Rakyat pada 24 Februari 1960 tetapi ditolak, telah mengemukakannya untuk kali yang kedua dengan mendapat sokongan daripada PAS. Parti Negara yang hanya mempunyai satu kerusi di Dewan Rakyat telah menyuarakan isu ini sebagai lanjutan kepada isu yang diangkat oleh parti-parti pembangkang dalam Kongres Kebangsaan Melayu Kedua di Kuala Lumpur pada 4-7 Mei 1957. Sebelum itu, PAS dalam memorandumnya kepada Suruhanjaya Bebas Reid telah mempertegaskan bahawa negara ini adalah dimiliki oleh bangsa Melayu, di mana bangsa Melayu mempunyai hak kedaulatan mutlak di dalamnya, kebangsaan negara ini mestilah kebangsaan Melayu, kebudayaan negara ini mestilah kebudayaan Melayu dan Islam menjadi agama rasminya. Bahkan, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kelima pada 23-25 Disember 1956 telah mempertegaskan bahawa bangsa Melayu mempunyai hak mutlak ke atas negara ini.

Tuntutan PAS tentang kedudukan orang Melayu adalah selari dengan pendapat Dato' Onn Jaafar sejak tokoh tersebut meninggalkan Umno pada 25 Ogos 1951 dan terlibat dalam National Conference pada 1953 dan Kongres Kebangsaan Melayu Kedua pada 1957 bersama PAS. Dalam pada itu, Umno yang terikut-ikut dengan rentak politik MCA telah menolak perjuangan menegakkan ketuanan Melayu dengan memberikan hak kerakyatan secara mudah kepada orang bukan Melayu menerusi konsep jus soli, iaitu konsep kerakyatan berdasarkan tempat lahir. Umno juga mencadangkan orang Melayu diberikan hak-hak istimewa yang menjadikan orang Melayu hilang ketuanannya di tanah air sendiri, diikuti oleh cadangan Umno supaya Islam hanya dijadikan agama bagi Persekutuan dalam kerangka sekular.

Menyedari kekaburan masa depan orang Melayu ini, pada 2 Disember 1960, Dato' Onn Jaafar telah sekali lagi mengemukakan usul untuk Melayu dijadikan rupa bangsa bagi rakyat Tanah Melayu. Para pemimpin PAS di Dewan Rakyat telah membahaskan usul ini dengan menyokongnya bagi menjamin kedudukan bangsa Melayu pada masa hadapan. Antara pemimpin PAS yang berucap menyokong usul ini ialah Prof Dr Burhanuddin al-Helmy (Besut), Ustaz Othman Abdullah (Tanah Merah) dan Ibu Khadijah Sidek (Dungun), sedangkan para pemimpin Perikatan iaitu Dato' Abdul Razak Hussein, Mohd Yusof Mahmud, Abdul Hamid Khan Sakhawat Ali Khan, Mohamad Akhir Johari dan Kang Kock Seng telah berucap menentang usul ini. Usul ini kemudiannya telah ditewaskan dengan undian, tetapi wakil rakyat PAS, Ustaz Abu Bakar Hamzah (Bachok) telah mengangkatnya semula di Dewan Rakyat pada 26 Ogos 1967 walaupun tetap gagal mendapat sokongan.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Disember 2016 – HARAKAHDAILY 2/11/2016

Sumber HD - 2-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































Pejabat Agung PAS berpindah dari Kepala Batas ke ibu kota

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43431-pejabat-agung-pas-berpindah-dari-kepala-batas-ke-ibu-kota

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: PEJABAT AGUNG PAS BERPINDAH DARI KEPALA BATAS KE KUALA LUMPUR (1 DISEMBER 1956)

PADA hari ini dalam tahun 1956, Pejabat Agung PAS telah berpindah ke ibu kota, Kuala Lumpur setelah enam tahun berpusat di Seberang Perai, khususnya di Kepala Batas. Perpindahan ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan pentadbiran PAS dengan kedudukan yang lebih strategik di ibu kota, tetapi juga untuk membolehkan PAS menampilkan diri sebagai sebuah parti yang bertaraf nasional menjelang kemerdekaan negara. Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 13 Oktober 1956 telah memutuskan supaya Pejabat Agung PAS dipindahkan sepenuhnya ke Kuala Lumpur setelah ia beroperasi di Seberang Perai semenjak penubuhan PAS pada 1951 dan memindahkan urusan pentadbirannya ke Kuala Lumpur mulai September 1955.

Sejak PAS ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 dan pembentukan Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 24 November 1951, Pejabat Agung PAS adalah berpusat di Kepala Balas bermula di rumah Setiausaha Agung PAS, Ustaz Haji Ahmad Maliki di No. 721, Kepala Batas sebelum berpindah ke Madrasah al-Masriyah, Bukit Mertajam pada awal 1953. Dalam bulan Oktober 1953, ekoran perletakan jawatan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan, Pejabat Agung PAS berpindah lagi ke Kepala Batas, tetapi bertempat di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyyah sehingga Ogos 1954. Setelah keluar dari madrasah milik Ustaz Haji Ahmad Badawi Abdullah ini kerana isu disiplin parti, PAS menjadi rumah kedai dekat madrasah tersebut sebagai pejabat sementaranya sebelum berpindah ke rumah Penolong Setiausaha Agung PAS, Ustaz Mohamad Hashim di No. 958, Kepala Batas pada awal 1955.

Kedudukan Pejabat Agung PAS yang tidak menentu dan keperluan PAS menindahkan pejabat agungnya ke Kuala Lumpur telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak, terutama dengan kedudukan Yang Dipertua Agung PAS, Dr Haji Abbas Alias yang berkhidmat di Kelang, Selangor.  Pada 25 Ogos 1953, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju supaya Pejabat Agung PAS kekal di Kepala Batas, tetapi meminta Dr Haji Abbas Alias meninjau cadangan tempat untuk dijadikan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur. Pada 1 Julai 1956, PAS telah melantik Ustaz Haji Zabidi Ali sebagai Setiausaha Agung PAS dengan harapan dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran tetapi isu pejabat agung ini kekal menjadi punca masalah. Kerana itu, PAS berusaha memindahkan Pejabat Agungnya ke Kuala Lumpur.

Sebenarnya, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 12-13 Ogos 1955 telah memutuskan supaya "urusan pentadbiran dipindahkan ke Kuala Lumpur" tetapi alamat Pejabat Agung PAS kekal di Kepala Batas. Ekoran itu, PAS telah memindahkan pentadbirannya ke Kuala Lumpur bermula di rumah Haji Abdullah Akin di No. 45, Institution Road, Sentul, kemudian berpindah pula ke rumah Tuan Guru Haji Mohd Noor Mahyuddin di Batu 4, Segambut sehingga pertengahan 1956. Akhirnya 'pejabat transit' ini bertempat di Jalan Raja Bot, Kampung Baru. Pada 13 Oktober 1956, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan supaya Pejabat Agung PAS berpindah sepenuhnya ke Kuala Lumpur dan satu lawatan dibuat oleh Dr Haji Abbas Alias bersama Haji Abdullah Akin dan Ustaz Othman Abdullah pada 13 November 1956 ke rumah Haji Yunus Taib, Bendahari Agung PAS kerana rumahnya yang beralamat di No. 26, Jalan Hamzah, Kampung Baru akan dijadikan Pejabat Agung PAS. Mulai 1 Disember 1956, Pejabat Agung PAS telah berpindah ke rumah ini dan Ustaz Othman Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru. Sejak dari tarikh tersebut, walaupun beberapa kali ia berpindah, tetapi Pejabat Agung PAS kekal di Kuala Lumpur sehingga hari ini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 1/12/2016

Sumber HD - 1-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































Sejarah: Umno arah Exco PMS46 letak jawatan

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43387-sejarah-umno-arah-exco-pms46-letak-jawatan

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: UMNO ARAH EXCO PMS46 LETAK JAWATAN UNTUK SELESAIKAN KRISIS POLITIK KELANTAN (28 NOVEMBER 1996)

PADA hari ini dalam tahun 1996, Majlis Tertinggi Umno telah mengarahkan empat orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kelantan dari bekas Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyertai semula Umno supaya meletakkan jawatan. Krisis politik Kelantan yang tercetus sejak selepas Pilihan Raya Umum 1995 telah membawa kepada putusnya kerjasama politik PAS-PMS46 mulai 14 Julai 1996. Walaupun PMS46 telah menjadi pembangkang, namun empat Ahli Exco mereka telah bertindak untuk tidak melepaskan jawatan sehingga menimbulkan krisis politik di Kelantan.

PAS yang telah membentuk kerjasama politik dengan PMS46 menerusi Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) sejak 1988 telah berjaya membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum 1990. Walau bagaimanapun, dalam Pilihan Raya Umum 1995, PAS berjaya mempertahankan 24 kerusi DUN Kelantan, berbanding 12 kerusi untuk PMS46. Sejak itu, berlaku pergeseran antara kedua-dua parti berkait perlantikan jawatan-jawatan politik, termasuk jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat di mana PMS46 tidak menyokong calon PAS. Pergolakan panjang ini telah mendorong timbulnya cadangan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 14 Oktober 1995 supaya kerjasama kedua-dua parti dikaji semula, diikuti oleh Laporan Jawatankuasa Post-Mortem Pilihan Raya PAS pada 20 Januari 1995 yang menganggap kerjasama dengan PMS46 tidak menguntungkan PAS. Di pihak PMS46, selain menimbulkan beberapa isu dalam pentadbiran kerajaan, pemimpin utamanya, Tengku Razaliegh Hamzah telah menyatakan hasratnya pada 13 April 1996 untuk menyertai semula Umno. Krisis ini berakhir dengan PAS pada 14 Julai 1996 mengambil tindakan memutuskan hubungan dengan PMS46.

Keputusan PAS ini telah menyebabkan PMS46 telah menjadi pembangkang di Kelantan, dan PAS pada 17 Julai 1996 bercadang melantik dua ADUN PMS46 yang telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai PAS sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan mengisi empat kerusi PMS46 sebelum ini. Namun begitu, empat Ahli Exco dari PMS46 itu enggan meletakkan jawatan sehingga dipecat oleh Sultan Kelantan, sedang pihak Istana Kelantan sedang berkrisis dengan Kerajaan PAS Kelantan ketika ini. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudiannya pada 19 Julai 1996 telah melucutkan portfolio semua Ahli Exco berkenaan. Pada 6 Oktober 1996, Perhimpunan Agung PMS46 telah membubarkan parti tersebut untuk membolehkan mereka menyertai semula Umno pada 8 Oktober 1996.

Dalam menangani krisis ini, Menteri Besar Kelantan pada 15 Oktober 1996 telah membuat kenyataan tentang kesediaan PAS bekerjasama dengan Umno, dan disambut oleh Datuk Anuar Musa, Pengerusi BN Kelantan supaya kerajaan campuran PAS-UMNO dibentuk di Kelantan. Pada 28 November 1996, Majlis Tertinggi Umno telah menolak cadangan ini, sekali gus mengarahkan empat ADUN PMS46 yang menyertai Umno tersebut melepaskan jawatan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Akhirnya, pada 27 Mei 1997, empat ADUN PAS, Haji Hassan Abdullah (Pengkalan Pasir), Ustaz Haji Ahmad Yakub (Pasir Pekan), Ustaz Abdullah Yaakob (Air Lanas) dan Ustaz Hassan Mohamad (Kemuning) mengangkat sumpah sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang baru.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
28 November 2016 - HARAKAHDAILY 28/11/2016

Sumber HD - 28-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































Muktamar syor amal konsep syura dalam pemilihan parti

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43378-muktamar-syor-amal-konsep-syura-dalam-pemilihan-parti

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: MUKTAMAR SYOR PAS AMALKAN KONSEP SYURA DALAM PEMILIHAN PARTI (27 NOVEMBER 1978)

PADA hari ini dalam tahun 1978, Muktamar Tahunan PAS Ke-24 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur telah memutuskan satu syor supaya PAS mengamalkan konsep syura yang lebih kolektif dalam pemilihan parti. Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung antara 25-27 November 1978 ini adalah yang pertama diadakan selepas PAS mengalami krisis politik sehingga dipecat dari BN, yang antara lain kerana faktor kepemimpinan yang dilihat mulai mengamalkan politik perpuakan selepas PAS menyertai Kerajaan Campuran pada 1 Januari 1973. Muktamar Tahunan PAS Ke-24 ini telah memberikan perhatian terhadap isu-isu dalaman parti termasuk kegagalan PAS menyediakan rancangan jangka panjang, strategi politik yang berkesan dan tidak mempunyai garis pergerakan politik yang jelas.

Politik dalaman PAS telah bergolak sejak 1974 selepas Pilihan Raya Umum Keempat di mana berlaku campur tangan dalam Umno perlantikan Menteri Besar Kelantan. Isu Menteri Besar Kelantan ini berpanjang sehingga Dato' Mohamad Nasir dipecat dari PAS pada 10 Oktober 1977 dan diikuti oleh usul undi tidak percaya terhadap beliau di DUN Kelantan pada 15 Oktober 1977. Pada 13 Disember 1977, PAS telah dipecat dari BN. Atas sokongan Umno, Dato' Mohamad Nasir telah menubuhkan parti Berjasa untuk menyaingi PAS dalam Pilihan Raya Negeri Kelantan pada 11 Mac 1978 di mana PAS telah kehilangan kerajaan negeri.

Isu yang besar berlaku ketika ini ialah masalah politik perpuakan yang membentuk persepsi hasil manipulasi media, yang kemudiannya turut melibatkan isu kronisme dan nepotisme. Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda menerima kritikan paling keras kerana kedudukan beliau sebagai pemimpin utama PAS, di mana sebahagian pemimpin utama PAS dikatakan 'kroni' beliau. Antaranya Wan Ismail Ibrahim, Haji Zahari Awang, Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim, Wan Manan, Haji Hassan Mohamad dan lain-lain. Manakala tokoh yang dikaitkan dengan keluarga Dato' Mohd Asri Haji Muda termasuklah Ustaz Salahuddin Abdullah (Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan), Ustazah Datin Sakinah Junid (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat), Ustaz Dato' Ishak Lotfi Omar (Pesuruhjaya PAS Kelantan) dan Ustaz Mohamad Junid (Exco Kerajaan Perak). Manipulasi media yang dilakukan oleh musuh-musuh politik beliau, dengan mendakwa PAS sebagai "Parti Asri Sekeluarga." Apabila Dato' Mohd Asri Haji Muda berkrisis dengan Ustaz Abu Bakar Hamzah, Dato' Mohamad Nasir, Cikgu Mustafa Ali, Ustaz Amaluddin Darus dan lain-lain, isu 'demokrasi terpimpin' dan 'pemimpin buat al-Quran' telah dijadikan senjata untuk menyerang pemimpin utama PAS itu.

Bertolak daripada isu-isu kepemimpinan yang dimanipulasikan oleh media ini, Muktamar Tahunan PAS Ke-24 telah meluluskan satu usul pada 27 November 1978 supaya PAS mengamalkan konsep kepemimpinan yang kolektif dan pemilihan parti yang berasaskan konsep syura, supaya isu-isu seperti ini dapat diatasi. Jawatankuasa Kerja Agung PAS kemudiannya membentuk sebuah Jawatankuasa Kecil yang diketuai oleh Naib Yang Dipertua Agung PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok untuk mengkaji semula amalan pemilihan parti dalam PAS supaya ia mengikuti amalan syura. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Kecil ini dalam laporannya merumuskan bahawa tatacara pemilihan PAS tidak bertentangan dengan Islam, di samping mengesyorkan supaya beberapa amalan tidak sihat seperti melobi dan kempen-mengempen dielakkan. Bertolak daripada itu juga, Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat pada 7 September 1979 telah memulakan amalan syura di mana sebuah Jawatankuasa Menapis Calon yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dibentuk untuk menapis calon-calon yang layak bertanding bagi kepemimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 1979-1981.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
27 November 2016 - HARAKAHDAILY 27/11/2016

Sumber HD - 27-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































Sejarah: Peraturan pilih calon cetus krisis terbuka

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43360-sejarah-peraturan-pilih-calon-cetus-krisis-terbuka

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: PERATURAN PEMILIHAN CALON MENCETUSKAN KRISIS TERBUKA MOHD ASRI DENGAN ULAMAK (26 NOVEMBER 1981)

PADA hari ini dalam tahun 1981, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah membincangkan dua isu yang kemudiannya kedua-dua isu ini menjadi punca pergolakan antara Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda dengan golongan ulamak dalam PAS, termasuk Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dua isu tersebut ialah cadangan yang diangkat oleh Dewan Ulamak PAS Pusat untuk menggubal Aturan dan Peraturan Pemilihan Calon PAS 1981 dan cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengadakan muktamar tahunannya bagi tahun 1982 berasingan daripada Muktamar Tahunan PAS. Kedua-dua isu ini dikatakan telah menyebabkan Dato' Mohd Asri Haji Muda merajuk dan mula berkrisis secara terbuka dengan golongan ulamak sehingga akhirnya beliau berundur dari kepemimpinan PAS setahun kemudian.

Krisis awal antara Dato' Mohd Asri Haji Muda dengan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah tercetus pada awal 1981 apabila Yang Dipertua Agung PAS itu pada 29 Januari 1981 telah mencadangkan supaya PAS bekerjasama dengan DAP dalam Pilihan Raya Umum Keenam yang dijangka pada 1982. Cadangan ini telah menimbulkan kemarahan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sehingga beliau pada 14 Februari 1981 mengancam untuk meletakkan jawatan, selain turut menerima bantahan daripada ahli-ahli PAS di Kelantan dan Terengganu.
Ekoran itu, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah mengubah rentaknya dengan turut menolak kerjasama dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-27 pada 17-19 April 1981. Walau bagaimanapun, isu tersebut telah menyebabkan wujudnya penolakkan terhadap kepemimpinan Dato' Mohd Asri Haji Muda sehingga ada pihak yang mencalonkan Naib Yang Dipertua Agung PAS, Pak Haji Yusof Rawa untuk menandingi jawatan Yang Dipertua Agung PAS. Pak Yusof Rawa yang pada saat akhir memilih untuk menarik diri dari bertanding jawatan Yang Dipertua Agung PAS, kemudiannya berjaya mengalahkan proksi Dato' Mohd Asri Haji Muda, Dato' Abu Bakar Umar bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS pada 19 April 1981.

Setelah pemilihan parti berakhir dengan kekalahan beberapa tokoh yang dikatakan 'orang kuat Asri,' telah timbul konflik baru antara Yang Dipertua Agung PAS dengan golongan ulamak apabila mereka menolak cadangan Dato' Mohd Asri Haji Muda bagi melantik Dato' Abu Bakar Umar sebagai Setiausaha Agung PAS dan Haji Hassan Muhammad sebagai Bendahari Agung PAS pada 13 Mei 1981. Ustaz Fadzil Mohd Noor, Naib Yang Dipertua Agung PAS dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertegas bahawa Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad patut dikekalkan sebagai Setiausaha Agung PAS, sedangkan Cikgu Mustafa Ali (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Haji Wan Muttalib Embong dan Ustaz Nakhaie Ahmad (Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS) menolak cara perlantikan yang dibuat tanpa melalui proses syura, sebalik dengan kuasa prerogatif Yang Dipertua Agung PAS.

Keadaan dalaman PAS yang tegang sejak awal 1981 kerana ketidakpuasan hati sebahagian pimpinan PAS terhadap Dato' Mohd Asri Haji Muda mula menjadi pertembungan apabila Dewan Ulamak PAS Pusat mencadangkan peraturan dalam pemilihan calon-calon PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Keenam, yang sebenarnya didorong oleh krisis politik 1978.
Dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS yang dipengerusikan oleh Pak Haji Yusof Rawa, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS pada 26 November 1981 ini telah menubuhkan Jawatankuasa Kecil untuk mengkaji cadangan Dewan Ulamak PAS Pusat ini yang dilihat akan membendung pengaruh Yang Dipertua Agung PAS itu. Dalam mesyuarat yang sama, telah diluluskan juga cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengadakan muktamar berasingan pada 4-6 Mac 1982 di Rusila, Terengganu. Tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat ini dilihat menyindir Dato' Mohd Asri Haji Muda seolah-oleh ia tidak mahu dirasmikan oleh Yang Dipertua Agung PAS. Akibat dua keputusan ini, Dato' Mohd Asri Haji Muda mula bertindak balas dengan membentuk Jawatankuasa Pemilihan Calon PAS pada 31 Mac 1982 bagi menapis calon untuk Pilihan Raya Umum 1982, walaupun ia bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Kerja Agung PAS  tentang pemilihan calon sebelumnya.

Selepas Pilihan Raya Umum pada 22 April 1982, pada 5 Jun 1982, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan dalam satu pertemuan PAS Kelantan telah mengkritik tindakan Dato' Mohd Asri Haji Muda menyingkirkannya daripada mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Calon PAS Kelantan, sehingga beliau menawarkan untuk meletakkan jawatan, tetapi ditolak.
Pada 24 Ogos 1982, Dato' Mohd Asri Haji Muda pula bertindak dengan 'mendakwa' tiga pimpinan PAS dalam Jawatankuasa Kerja Agung PAS untuk dikenakan tindakan tatatertib iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mengkritik kepemimpinan beliau secara terbuka; Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana isu kafir-mengkafir di Terengganu; dan Cikgu Mustafa Ali kerana lawatan beliau ke Iran.
Kemuncak kepada pergolakan ini, Dewan Pemuda PAS Pusat dalam muktamarnya pada 30 Julai - 2 Ogos 1982 di Bukit Mertajam telah meluluskan usul kepemimpinan ulamak PAS, yang kemudiannya menjadi faktor Dato' Mohd Asri Haji Muda meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-28 pada 23 Oktober 1982.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
26 November 2016 - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Sumber HD - 26-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































Dun Kelantan lulus Enakmen Kanun Jenayah Syariah

MOHD FADLI GHANI | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43348-dun-kelantan-lulus-enakmen-kanun-jenayah-syariah

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: DUN KELANTAN LULUS ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH KELANTAN II 1993 (25 NOVEMBER 1993)

PADA hari ini dalam tahun 1993, Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN Kelantan) telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan II 1993 dengan sebulat suara oleh 37 daripada 39 ADUN.

Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 November 1993 ini menerima sambutan positif daripada semua ADUN, termasuk dua ADUN pembangkang, Nordin Yaakob (BN - Sungai Pinang) dan Wan Najib Wan Mohamad (BN - Limbongan). Dengan sokongan sebulat suara di DUN Kelantan ini, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan II 1993 menjadi undang-undang jenayah Islam yang pertama digubal di negara selepas merdeka.

Undang-undang jenayah syariah telah kembali mendapat perhatian di negara ini ekoran kemenangan PAS-Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) dalam Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990. PAS dalam manifestonya yang bertajuk 'Membangun Bersama Islam' telah menawarkan perlaksanaan undang-undang jenayah syariah kepada rakyat Kelantan.

Selepas pilihan raya ini, PAS telah membuat kajian ke atas undang-undang sedia ada di Kelantan sebelum berjaya menyiapkan draf undang-undang jenayah syariah dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS pada 7 November 1992. Setelah mengambil masa selama setahun untuk membuat penerangan dan melalui proses teknikal, pada 24 November 1993, ia berjaya dikemukakan kepada DUN Kelantan.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan II 1993 ini hanya mengandungi undang-undang berkait dengan jenayah syariah sahaja meliputi kesalahan hudud, qisas dan takzir. Bagi kesalahan hudud, ia menyenaraikan enam jenis kesalahan yang dikenakan hukuman mandatori iaitu kesalahan mencuri (sariqah), merompak (hirabah), persetubuhan luar nikah (zina), tuduhan zina tanpa saksi (qazaf), meminum arak (syurb) dan keluar dari agama Islam (irtidah). Adapun hukum qisas adalah melibatkan hukuman balas ke atas perbuatan membunuh dan mencederakan, termasuk bayaran diyat. Bagi hukum takzir pula, ia melibatkan kesalahan-kesalahan jenayah syariah selain daripada kategori hudud dan qisas yang jeniskan hukumannya tidak ditetapkan secara khusus oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Setelah melalui proses pembentangan dan perbahasan selama dua hari sejak 24 November 1993, rang undang-undang ini telah diluluskan sebulat suara pada 25 November 1993. Kesemua 39 ADUN kecuali Tuan Guru Dato'Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS-Semut Api) dan Tuan Guru Haji Zakaria Ismail (PAS-Meranti) yang tidak hadir kerana uzur dan bercuti, telah memberikan sokongan penuh terhadap rang undang-undang yang dikemukakan oleh Kerajaan PAS-Angkatan Kelantan untuk membolehkan undang-undang jenayah syariah dikuatkuasakan di Kelantan.

Namun begitu, di sebalik sokongan padu daripada seluruh wakil rakyat Kelantan, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan II 1993 tertangguh perlaksanaannya kerana dihalang oleh Kerajaan Pusat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran untuk mengambil tindakan jika ia dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan. Menteri Besar Kelantan telah menyifatkan keadaan ini sebagai "lampu merah" yang tidak mengharuskan PAS "mematikan enjin" perjuangannya untuk menegakkan syariat sehingga "lampu hijau" menyala semula.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
25 November 2016 - HARAKAHDAILY 25/11/2016

Sumber HD - 25-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































Persidangan Persatuan Ulamak rasmi tubuh PAS

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43332-persidangan-persatuan-ulamak-rasmi-tubuh-pas

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: PERSIDANGAN PERSATUAN ULAMAK SE-MALAYA RASMIKAN PENUBUHAN PAS (24 NOVEMBER 1951)

PADA hari ini dalam tahun 1951, para ulamak dan persatuan-persatuan umat Islam telah bersidang dalam Persidangan Persatuan Ulamak Se-Malaya di Kelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Perai untuk menubuhkan persatuan ini secara rasmi. Dua agenda utama persidangan ini adalah untuk meluluskan Undang-undang Tubuh Persatuan Ulamak Se-Malaya dan melantik ahli jawatankuasa kerja persatuan tersebut. Persidangan ini pada asalnya dijadualkan akan dibuka oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Putra tetapi telah dibuka oleh Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai, Sheikh Haji Abdullah Fahim.

Persatuan Ulamak Se-Malaya telah ditubuhkan sebelumnya dalam Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Mereka telah membentuk sebuah Jawatankuasa Kecil Lima Anggota yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menggubal undang-undang tubuh dan menaja penubuhan persatuan ini. Sebuah lagi Jawatankuasa Kecil Sambutan yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin telah ditubuhkan kemudiannya untuk melaksanakan persidangan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Pada 23 November 1951, Mudir Madrasah ad-Daeratul Mastiff al-Wathaniyyah, Ustaz Haji Ahmad Badawi Abdullah telah melancarkan 'Manifesto al-Badawi' untuk menyambut persidangan ini.

Para ulamak di Malaya selepas zaman Jepun pernah beberapa kali bersidang di Gunung Semanggol antara 1947-1948 sehingga berjaya menubuhkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat 1948, kegiatan politik para ulamak telah terhalang, yang menyebabkan mereka mulai aktif dalam Bahagian Agama dan Pelajaran Umno sejak 1949. Atas desakan para ulamak, Umno menganjurkan Persidangan Alim Ulamak Malaya Pertama di Muar pada 20-21 Februari 1950. Kerana banyaknya isu umat Islam yang timbul, pada 23 Ogos 1951 persidangan ini diadakan kali yang kedua. Dalam persidangan kali kedua ini, ulamak telah mengambil tindakan untuk menubuhkan Persatuan Ulamak Se-Malaya bagi menyelesaikan isu-isu umat Islam.

Dalam persidangan Persatuan Ulamak Se-Malaya pada 24 November 1951, mereka telah membahaskan Rang Undang-undang Tubuh PAS 1951 di mana tiga perkara utama telah berbangkit. Pertama tentang nama persatuan, di mana terdapat tujuh nama yang dicadangkan, tetapi akhirnya nama "Persatuan Islam Se-Malaya" atau PAS telah terpilih. Kedua, tentang tujuan penubuhan persatuan yang ditelah diubah daripada sebuah persatuan yang bersifat kebajikan kepada sebuah pertubuhan politik Islam. Ketiga, perkara baru yang ditimbulkan iaitu tentang disiplin parti yang melarang pimpinan PAS menjadi anggota parti lain. Setelah Undang-undang Tubuh PAS 1951 diluluskan, agenda pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS telah dilaksanakan tetapi menghadapi masalah kerana kebanyakkan nama yang dicalonkan adalah ahli parti lain dan mereka tidak mahu berundur daripada parti masing-masing, sehingga keadaan menjadi buntu.

Untuk merungkai masalah ini, Pengerusi Persidangan, Ustaz Haji Mohd Ghazali Abdullah telah menangguhkan persidangan dan mengisytiharkan 'mesyuarat agung khas' untuk meminda Undang-undang Tubuh PAS 1951 berkait disiplin parti untuk membuatkan pimpinan PAS yang dipilih kekal menganggotai parti asal mereka. Hasil dari itu, pemilihan parti telah berjalan lancar di mana Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dipilih sebagai Yang Dipertua PAS, Ustaz Haji Mohd Ghazali Abdullah (Timbalan Yang Dipertua PAS), Tuan Guru Haji Hussein Che Dol, Ustaz Abdul Rahman Jamaluddin al-Jampuli dan Fakeh Mohd Nor Mohd Zain (Naib-naib Yang Dipertua PAS), Ustaz Haji Ahmad Maliki (Setiausaha Agung PASPAS) dan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin (Bendahari Agung PAS). Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang terpilih pula ialah Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Othman Talib, Tuan Guru Haji Mohd Noor Mahyuddin Segambut, Ustaz Haji Zabidi Ali, Ustaz Haji Abdul Wahab Noor, Qadhi Haji Asy'ia Abdul Majid, Haji Majzub Yunus dan Ustaz Haji Ahmad Badawi Abdullah.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
24 November 2016 - HARAKAHDAILY 24/11/2016

Sumber HD - 24-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































PAS jumpa Bukit Aman runding isu salah guna ISA

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43289-pas-jumpa-bukit-aman-runding-isu-salah-guna-isa

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: PAS JUMPA BUKIT AMAN RUNDING ISU SALAH GUNA ISA DALAM OPERASI LALANG (22 NOVEMBER 1987)

PADA hari ini dalam tahun 1987, sejumlah enam orang pemimpin utama PAS diketuai oleh Pak Haji Yusof Rawa, Yang Dipertua Agung PAS telah mengadakan rundingan dengan Ketua Polis Negara, Dato' Hanif Omar di Bukit Aman kerana isu penyalahgunaan ISA.

Sejak 27 Oktober 1987, Menteri Dalam Negeri telah menahan seramai 106 orang tokoh politik, ahli akademik, aktivis masyarakat dan orang perseorangan di bawah Seksyen 8 dan 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang. Pada pandangan PAS, penahanan 106 orang termasuk 15 orang ahli PAS adalah satu bentuk salah guna kuasa dan kezaliman ke atas rakyat.

Operasi Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 ini adalah berpunca daripada perbalahan kaum antara Umno dan MCA. Pada asalnya ia berkait dengan isu penempatan guru Melayu di sekolah Cina, kemudian merebak menjadi isu perkauman. MCA, Gerakan dan DAP telah mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu, sehingga mendorong Pergerakan Pemuda Umno yang diketuai Dato' Mohd Najib Abdul Razak mengatur himpunan Melayu besar-besaran di Kuala Lumpur pada 17 Oktober 1987. Ekoran daripada itulah, maka Operasi Lalang dilancarkan sehingga ramai pemimpin politik, termasuk pimpinan PAS telah ditahan di bawah ISA.

Antara pemimpin dan ahli PAS yang turut ditahan ialah Ustaz Abdul Halim Arshad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Abdul Khalid Samad (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat), Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Suhaimi Said, Tuan Guru Haji Mohd Arif Yaakob, Ustaz Abdul Latif Mohamad, Mohd Yusof Hussein, Mohd Ali Hanafiah Ismail dan Nawawi Yusof. Manakala beberapa lagi ditahan kerana didakwa terlibat dengan kegiatan Jundullah iaitu Ustaz Buniyamin Yaakob, Ustaz Omar Khalid, Zainuddin Abdullah, Tengku Shukri Tengku Zainal dan Kamarulzaman Ismail. Kesemua mereka telah ditahan minimum dua tahun di Kem Tahunan Kemunting, kecuali Ustaz Abdul Halim Arshat, Tuan Guru Haji Mohd Arif Yaakob, Ustaz Abdul Latif Mohamad, Mohd Ali Hanafiah Ismail dan Nawawi Yusof yang dibebaskan selepas siasatan selama 60 hari. PAS menganggap penahanan ini adalah satu kezaliman dan mendesak supaya mereka dibebaskan.

Dalam memorandum PAS kepada Perdana Menteri pada 19 November 1987, PAS mendakwa ia tidak terlibat dengan isu perkauman ini, sebaliknya ia adalah angkara parti-parti komponen BN dan DAP, selain merupakan satu rancangan kerajaan untuk menghancurkan gerakan Islam. PAS juga bertegas bahawa konflik ini membuktikan kegagalan nasionalisme dalam mewujudkan perpaduan, sedangkan perpaduan sebenar hanya wujud atas nama Islam.

Majlis Syura Ulamak PAS pada 20 Oktober 1987 telah melarang ahli-ahli PAS terlibat dalam perhimpunan perkauman, sedangkan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 19 Oktober 1987 telah memutuskan supaya PAS menemui pihak Ketua Polis Negara.

Ekoran itu, pada 22 November 1987, satu rombongan pimpinan PAS Pusat terdiri daripada Pak Haji Yusof Rawa (Yang Dipertua Agung PAS), Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor (Timbalan Yang Dipertua Agung PAS), Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat), Syed Ibrahim Abdul Rahman, Wan Abdul Muttalib Embong dan Haji Ahmad Subky Abdul Latif telah menemui Dato' Hanif Omar, Ketua Polis Negara di Bukit Aman.

Rombongan ini telah menegaskan bahawa PAS bukan sahaja tidak terlibat dalam isu perkauman tajaan BN ini, bahkan ahli-ahli PAS juga tidak terlibat dalam kegiatan Jundullah seperti yang didakwa. PAS mendesak supaya mereka dibebaskan atau satu pendakwaan terbuka di mahkamah dibuat, selain menegaskan bahawa isu perkauman ini sengaja ditimbulkan bagi membolehkan pemimpin pembangkang ditangkap dan kelangsungan kuasa BN dapat dipertahanan ketika BN menghadapi krisis ekoran perpecahan dalaman Umno dan MCA.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
22 November 2016 - HARAKAHDAILY 22/11/2016

Sumber HD- 22-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































Royalti: Media dedah PAS rancang bawa ke mahkamah

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43275-royalti-media-dedah-pas-rancang-bawa-ke-mahkamah

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: MEDIA DEDAHKAN RANCANGAN PAS MEMBAWA ISU ROYALTI KE MAHKAMAH (21 NOVEMBER 2000)

PADA hari ini dalam tahun 2000, media massa arus perdana telah mendedahkan rancangan Kerajaan PAS Terengganu untuk membawa kes royalti petroleum ke mahkamah. Sebelumnya, Kerajaan PAS Terengganu telah melakukan beberapa tindakan politik bagi mengembalikan royalti petroleum tersebut, tetapi tidak memberikan sebarang kesan. Hal ini telah menyebabkan Kerajaan PAS Terengganu telah mengambil pendekatan undang-undang dengan membawa kes tersebut ke mahkamah, termasuk merujuk kes ini ke Queen Counsel di London.

Isu royalti petroleum Terengganu ini menjadi hangat selepas Terengganu jatuh ke tangan PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 29 November 1999. Dengan hasil royalti petroleum, Kerajaan PAS Terengganu telah memperkenalkan pelbagai dasar berkebajikan kepada rakyat sehingga Umno semakin lemah. Dalam Perhimpunan Agung Umno Ke-54 pada 11-13 Mei 2000, Umno Terengganu telah melahirkan kebimbangan sekiranya royalti petroleum disalahgunakan oleh PAS. Dakwaan ini kemudiannya mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 26 Jun 2000 untuk mendakwa bahawa Terengganu tidak berhak ke atas royalti petroleum. Ia disusuli pula oleh tindakan Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 yang mengumumkan bahawa pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu dihentikan dan ia disalurkan terus kepada rakyat Terengganu melalui Program Pembiayaan Wang Ehsan (PPWE).

Walaupun terdapat pelbagai cadangan supaya isu royalti ini dirujuk ke mahkamah, PAS telah memilih untuk menggunakan saluran politik dengan membawa isu ini ke Parlimen pada 16 Oktober 2000, tetapi usul berkait royalti ini telah ditolak oleh Dewan Rakyat. Antara langkah politik lain yang telah diambil termasuklah membatalkan status 'rahsia rasmi' bagi tiga dokumen royalti, menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Kewangan dan membuat penjelasan kepada rakyat. Sebelum itu, Kerajaan PAS Terengganu telah menyatakan bahawa pihak kerajaan terpaksa memikirkan langkah-langkah kontigensi bagi menghadapi pemotongan bajet ekoran ketiadaan sumber utama yang dijangka mencecah nilai RM840 juta. Di pihak Umno dan Kerajaan Pusat, mereka sejak 16 Oktober 2000 telah mencabar Kerajaan PAS Terengganu untuk membawa isu ini ke mahkamah sebagai membuktikan bahawa Terengganu berhak ke atasnya.

Walaupun isu ketelusan mahkamah sedangkan hangat dipersoalkan ketika itu, PAS pada akhir Oktober 2000 telah menggambarkan kemungkinan membawanya ke mahkamah sebagai mana yang dicabar oleh Umno. Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 18 November 2000 telah bersetuju supaya kes ini bukan sahaja perlu dibawa ke mahkamah, tetapi juga perlu rujuk kepada Queen Counsel di London untuk mendapat pandangan dari sudut undang-undang. Keputusan PAS kemudiannya telah diketahui oleh media massa dan Berita Harian pada 21 November 2000 telah mendedahkan rancangan PAS untuk menjadikan isu royalti petroleum ini sebagai kes di mahkamah. Namun begitu, setelah tiga bulan melalui pelbagai proses, Kerajaan PAS Terengganu hanya memfailkan saman ke atas Petronas dan Kerajaan Pusat pada 8 Mac 2001, dan kes ini masih berlarutan hingga sekarang.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
21 November 2016 - HARAKAHDAILY 21/11/2016

Sumber HD- 21-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































Sejarah: Mohamad Nasir serah surat letak jawatan MB

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43270-sejarah-mohamad-nasir-serah-surat-letak-jawatan-mb

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: DATO' MOHAMAD NASIR SERAH SURAT LETAK JAWATAN MENTERI BESAR (20 NOVEMBER 1976)

PADA hari ini dalam tahun 1976, Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohamad Nasir telah menyerahkan surat perletakan jawatan beliau sebagai ketua kerajaan Kelantan kepada Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda. Perletakan jawatan beliau atas sebab-sebab kesihatan ini telah diterima dengan positif oleh pemimpin PAS khususnya di Kelantan kerana ia dijangka akan menyelesaikan krisis kepemimpinan yang tercetus sejak isu perlantikan Menteri Besar Kelantan selepas Pilihan Raya Umum 1974. Walau bagaimanapun, surat perletakan jawatan ini hanya berkuat kuasa mulai 31 Ogos 1977, dan ia bersifat satu notis awal kepada PAS bagi membuat persiapan untuk melantik Menteri Besar yang baru.

Dato' Mohamad Nasir, Menteri Besar Kelantan yang keempat selepas merdeka merupakan seorang lulusan Kolej Pertanian Serdang (sekarang Universiti Putra Malaysia - UPM) dan berkhidmat sebagai Pegawai Pertanian sehingga 1959. Beliau kemudiannya menjadi ADUN Machang Utara pada 1959 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan (1959-1964). Ekoran kekalahan beliau dalam Pilihan Raya Umum 1964, beliau dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) (1964-1969), sebelum beliau memenangi kerusi DUN Tendung dalam Pilihan Raya Umum 1969. Selepas Pilihan Raya Umum 1974, nama beliau telah dipilih oleh Perdana Menteri atas cadangan Umno Kelantan untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, sedangkan PAS mencalonkan ADUN Sungai Rasau, Wan Ismail Ibrahim. Kerana pergolakan dalam memilih Menteri Besar Kelantan ini, krisis politik Kelantan telah berlarutan beberapa tahun.

Krisis awal yang tercetus pada Mei 1975 akibat satu kenyataan beliau kepada media tentang pentadbiran kerajaan yang merugikan parti dan kerajaan sehingga menimbulkan desakan yang kuat daripada PAS Kelantan supaya Menteri Besar ini meletakkan jawatan. Namun begitu, isu ini reda apabila PAS Pusat mengambil langkah untuk menyelesaikan isu ini secara positif. Walau bagaimanapun, beberapa pergolakan kecil yang berlaku dalam kepemimpinan Kerajaan BN Kelantan dijangka akan selesai apabila Dato' Mohamad Nasir telah menyerahkan surat makluman perletakan jawatan beliau kepada PAS Pusat melalui Dato' Mohd Asri Haji Muda pada 20 November 1976, dengan memaklumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya mulai 31 Ogos 1977. Cadangan beliau untuk melepaskan jawatan ini juga telah dipersembahkan sendiri oleh beliau untuk mendapat perkenan Sultan Yahya Perta, Sultan Kelantan yang juga Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Pihak Istana Kelantan juga telah menitahkan supaya PAS menamakan calon Menteri Besar yang baru, sedangkan PAS Kelantan telah membuat persiapan dengan mencadangkan satu jawatan lain yang sesuai untuk Dato' Mohamad Nasir meneruskan khidmatnya kepada Negeri Kelantan dalam tempoh peralihan sebelum akhir Ogos 1977.

Walau bagaimanapun, surat perletakan jawatan Yang diserahkan kepada PAS Pusat pada 20 November 1976 ini telah bocor ke tangan Umno, sehingga satu rancangan lain disusun untuk menggagalkan perletakan jawatan ini dan menimbulkan krisis politik yang baru di Kelantan. Di sebalik rancangan yang diaturkan ini, pada 31 Ogos 1977, Dato' Mohamad Nasir bukan sahaja gagal meletakkan jawatan beliau, bahkan beliau mula bertindak menyerang pimpinan PAS Kelantan, mempersoalkan dasar-dasar Kerajaan PAS terdahulu dan mendakwa dirinya adalah Menteri Besar BN, bukannya Menteri Besar PAS. Hal ini menimbulkan kemarahan ADUN-ADUN PAS Kelantan sehingga mereka pada 8 September 1977 telah mendesak supaya Menteri Besar itu meletakkan jawatan sebelum 28 September 1977. Pada 10 September 1977, PAS Kelantan pula membuat desakan supaya perletakan jawatan itu berlaku sebelum 10 September 1977. Ekoran kedegilan Dato' Mohamad Nasir, akhirnya pada 10 Oktober 1977 beliau dipecat dari PAS, disusuli oleh usul undi tidak percaya terhadap beliau di DUN Kelantan pada 15 Oktober 1977.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
20 November 2016 - HARAKAHDAILY 20/11/2016

Sumber HD - 20-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































Sejarah: Desak haramkan Islam pada nama PAS

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43243-sejarah-desak-haramkan-islam-pada-nama-pas

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DESAK HARAMKAN ISLAM PADA NAMA PAS (17 NOVEMBER 1994)

PADA hari ini dalam tahun 1994, Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno telah membuat desakan kepada Kerajaan BN supaya mengharamkan penggunaan nama agama oleh mana-mana parti politik, khususnya nama Islam yang didakwa telah disalahgunakan oleh PAS. Desakan yang ditujukan kepada Pendaftar Pertubuhan ini adalah lanjutan daripada pergeseran PAS-Umno dalam isu penolakkan Umno terhadap Islam menjelang Pilihan Raya Umum Kesembilan yang dijangka pada 1995. Bagi membendung isu aqidah yang ditimbulkan oleh PAS atas penolakkan Islam oleh Umno, mereka telah menuduh PAS sebagai menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik.

Pergeseran antara PAS dan Umno ini adalah berpunca daripada tindakan DUN Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan II 1993 pada 24 November 1993. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang sejak awal telah menolak perlaksanaan hudud, mulai Mac 1994 telah mempertikaikan hukum hudud Kelantan yang didakwa sebagai "Hudud PAS." PAS kemudian mengaitkan penolakkan hukum syariat ini dengan tindakan Presiden Umno itu mengkritik ulamak dan menyarankan al-Quran ditafsir semula. Isu ini telah dibahas hangat oleh PAS dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-40 pada 10-12 Jun 1994. Muktamar Tahunan PAS itu menganggap cadangan Pengerusi BN itu sebagai "perancangan musuh Islam" dan mendesak para ulamak bangkit menghadapi "pembaharuan yang menyeleweng yang dipelopori oleh pemimpin BN."

Bertindak balas terhadap usaha PAS membendung gerakan anti syariat, anti ulamak dan anti al-Quran yang dicetuskan oleh Presiden Umno ini, Pergerakan Pemuda Umno pada 29 September 1994 mendakwa PAS telah menyalahgunakan perkataan Islam dan mendesak tindakan dari Kerajaan BN. Pada 2 Oktober 1994, Pergerakan Pemuda Umno mula membuat tekanan secara khusus supaya perkataan Islam pada nama PAS dihapuskan. Isu ini menjadi semakin hangat apabila ia menjadi tajuk perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno 1994. Umno mengharapkan dengan dakwaan-dakwaan bahawa penyalahgunaan Islam untuk perjuangan politik PAS yang dibangkitkan ini akan menutup isu Umno menolak hudud, Umno anti ulamak dan Umno mahu al-Quran ditafsir semula, sekali gus memudahkan Umno menghadapi Pilihan Raya Umum Kesembilan.

Dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno pada 17 November 1994, isu desakan supaya perkataan Islam pada nama PAS telah dibangkitkan, dan ia telah mendapat ulasan daripada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mendesak PAS supaya menggugurkan perkataan Islam pada namanya. Dalam Perhimpunan Agung Umno Ke-48 pada 18-19 November 1994, Presiden Umno dalam ucapan dasarnya telah menuduh bahawa PAS adalah bom jangka penjajah untuk memecahkan orang Melayu dengan menyalahgunakan Islam. Mereka kemudiannya membuat ketetapan supaya perkataan Islam pada nama PAS perlu digugurkan. Bagi menangani serangan baru Umno ini, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 26 November 1994 telah mengarahkan ahli-ahli PAS supaya mengadakan solat hajat dan munajat untuk meminta pertolongan Allah dalam menyelamatkan PAS. Isu ini kemudian terhenti apabila berlaku kes tangkapan khalwat ke atas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohamad Sabu pada 31 Januari 1995.

Namun begitu, ia timbul semula pada 14 April 1998 apabila Ahli Parlimen Yan, Datuk Badaruddin Amiruddin mendesak Dewan Rakyat supaya perkataan Islam pada nama PAS dihapuskan. Selepas Pilihan Raya Umum 1999 yang menyaksikan kemerosotan pengaruh Umno, sejak 30 Januari 2000, pemimpin Umno mula menuduhkan PAS mengeluarkan fatwa-fatwa politik dan memperalatkan Islam, sehingga mereka mendesak perkataan Islam dihapuskan pada nama PAS. Walau bagaimanapun, pada 31 Mac 2000, Majlis Fatwa Kebangsaan membenarkan penggunaan perkataan Islam pada parti politik, diikuti oleh keputusan Mesyuarat Majlis Raja-raja Kali Ke-188 pada 22 Mac 2001 yang membenarkan parti politik menggunakan nama Islam.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
17 November 2016 - HARAKAHDAILY 17/11/2016

Sumber HD - 17-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































Sejarah: Pak Yusof Rawa dilantik Mursyidul Am PAS

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43236-sejarah-pak-yusof-rawa-dilantik-mursyidul-am-pas

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: PAK YUSOF RAWA DILANTIK MURSYIDUL AM PAS (16 NOVEMBER 1987)

PADA hari ini dalam tahun 1987, Majlis Syura Ulamak PAS telah melantik Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Yusof Abdullah ar-Rawi atau lebih dikenali sebagai Pak Yusof Rawa sebagai Mursyidul Am PAS yang pertama. Pak Yusof Rawa yang mula menduduki kepemimpinan PAS sejak 1956 sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dilihat sebagai tokoh yang paling berwibawa untuk menduduki jawatan tertinggi PAS yang baru diwujudkan itu. Jawatan Mursyidul Am PAS diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS pada 1983 untuk mengetuai Majlis Syura Ulamak PAS, dan ia mula dikuatkuasakan selepas pindaan tersebut diluluskan pada 1987.

Kewujudan Majlis Syura Ulamak PAS merupakan perlaksanaan terhadap konsep Kepemimpinan Ulamak PAS yang diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS Ke-28 pada 23-24 Oktober 1982.

Pindaan Perlembagaan PAS yang dibuat pada 1983 adalah bertujuan untuk menubuhkan Majlis Syura Ulamak PAS sebagai badan tertinggi yang bertanggungjawab untuk mengawal dasar PAS, menjaga tatatertib PAS dan menafsirkan Perlembagaan PAS. Majlis Syura Ulamak PAS yang dianggotai oleh 12 orang ulamak ini diketuai oleh Mursyidul Am PAS, iaitu jawatan tertinggi dalam heirarki kepemimpinan PAS.

Pak Yusof Rawa, seorang ulamak dan ahli perniagaan yang terkenal di Pulau Pinang adalah lulusan Maahad al-Falah, Mekah pada 1942. Beliau dilahirkan di Lebuh Aceh, Pulau Pinang pada 8 Mei 1922 dalam sebuah keluarga Rao (Rawa). Beliau mendapat pendidikan Inggeris di Pulau Pinang, belajar agama di Mekah dan mengikuti kursus perniagaan ketika berkhidmat dengan syarikat Mesir. Beliau menyertai PAS sejak 1951 dan mula menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang pada 1956, sebelum menduduki Jawatankuasa Kerja Agung PAS selama lebih dua dekad dan dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung PAS pada 1981, seterusnya mengetuai PAS sejak 1983, sebelum diangkat menjadi Mursyidul Am PAS.

Pembentukan Majlis Syura Ulamak PAS untuk sesi pertama bermula pada akhir 1987 setelah pindaan Perlembagaan PAS diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Setelah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat masing-masing melantik empat orang Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, pada 30 Oktober 1987, badan tertinggi PAS ini telah bermesyuarat kali yang pertama dan melantik empat orang lagi Ahli Majlis Syura Ulamak PAS. Dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pada 16 November 1987, Majlis Syura Ulamak PAS telah melantik Pak Yusof Rawa sebagai Mursyidul Am PAS yang pertama. Beliau memegang jawatan tertinggi PAS ini sehingga 18 September 1994 dan digantikan oleh Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
16 November 2016

Sumber HD - 16-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































Sejarah: PAS Kedah umum MB potong elaun untuk rakyat

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43193-sejarah-pas-kedah-umum-mb-potong-elaun-untuk-rakyat

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: PAS KEDAH UMUM MENTERI BESAR POTONG ELAUN RM10 RIBU SEBULAN UNTUK RAKYAT (14 NOVEMBER 2008)

PADA hari ini dalam tahun 2008, PAS Kedah telah mengumumkan kepada PAS Kawasan-kawasan di Kedah bahawa Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak telah memotong elaunnya sebagai Menteri Besar Kedah kebanyakkan RM10,000 sebulan dan ia disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan untuk dikembalikan kepada rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Hassan Abdul Razak pada 20 November 2008 telah memaklumkan kepada media bahawa pengumuman tersebut telah dibuat kepada pimpinan PAS Kawasan-kawasan dalam program taklimat dasar-dasar Kerajaan PR Kedah. Pengumuman ini telah dibuat ekoran fitnah yang tersebar mengatakan Menteri Besar Kedah itu hidup bermewah-mewah selepas menjawat jawatan ketua kerajaan itu.

Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bekas pensyarah kanan UKM merupakan seorang lulusan syariah dan undang-undang dari Universiti al-Azhar, Mesir dan memiliki ijazah sarjana dalam bidang undang-undang dari University of Kent.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah pelawat di Mindanao State University dan pensyarah sambilan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sebelum menjadi Menteri Besar Kedah selepas Pilihan Raya Umum 2008, beliau adalah ADUN Sala sejak 1996, sebelum menjadi ADUN Sungai Limau mulai 2004. Bekas Naib Presiden PAS yang juga Ahli Majlis Syura Ulamak PAS ini kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 pada 9 Mac 2008 menggantikan Dato' Seri Mahadir Khalid setelah Barisan Alternatif (BA) yang menggabungkan PAS dan PKR berjaya menguasai DUN Kedah dalam Pilihan Raya Umum 2008. Setelah itu, kerajaan Kedah dikenali sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah ekoran penubuhan PR pada 1 April 2008 yang turut disertai oleh DAP.

Setelah beberapa bulan menjadi Menteri Besar, tersebar fitnah bahawa Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah hidup bermewah-mewah selepas menjawat jawatan tersebut, iaitu satu usaha musuh untuk memburuk-burukan nama beliau, sekali gus merosakkan imej Kerajaan PR Kedah.

Menurut Ustaz Haji Hassan Abdul Razak, sejak mula dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 9 Mac 2008, Ustaz Azizan Abdul Razak telah memutuskan supaya elaun bulanannya sebagai Menteri Besar Kedah dipotong sebanyak RM10,000 daripada RM14,100 sebulan yang dibayar oleh kerajaan. Elaun yang dipotong itu kemudiannya telah diagih-agihkan kepada agensi-agensi kerajaan bagi membolehkan ia dikembalikan untuk kepentingan rakyat, selain disalurkan kepada parti untuk menggerakkan aktiviti politik, dakwah dan tarbiyah.

Sebelum itu, pada 17 Mac 2008, Menteri Besar Kedah itu telah mengumumkan kepada media bahawa Kerajaan BA Kedah akan melaksanakan pemotongan elaun Menteri Besar dan anggota Exco Kerajaan Kedah pada kadar yang akan ditetapkan kemudian. Cadangan ini adalah berdasarkan janji dalam Manifesto PAS Kedah yang mahu melaksanakan dasar berjimat-cermat dalam perbelanjaan awam dengan memotong elaun dan keistimewaan yang tidak munasabah. Namun begitu, Ustaz Azizan Abdul Razak tidak pernah mendedahkan kepada media bilakah dasar baru ini akan dilaksanakan dan berapakah potong elaun yang dibuat, kerana ketika ini ia masih di peringkat kajian. Namun begitu, dasar tersebut telah dilaksanakan sejak bulan pertama PAS memimpin Kerajaan Kedah.

Menteri Besar Kedah itu dikatakan bertindak demikian kerana mengikuti jejak langkah Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah memotong 45 peratus daripada gaji untuk disalurkan kepada parti dan juga rakyat sejak tahun 1990. Begitu juga dengan tindakan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang tidak mengambil elaun-elaun keistimewaan ketika menjadi Menteri Besar Terengganu antara 1999-2004. Memandangkan fitnah yang tersebar ini, dalam satu program taklimat dasar-dasar Kerajaan PR Kedah kepada PAS Kawasan-kawasan pada 14 November 2008, Pesuruhjaya PAS Kedah itu telah mendedahkan tindakan berjimat-cermat beliau yang sekali gus menolak fitnah yang tersebar sebelum ini. Menurut beliau, sebelum ini beliau merahsiakannya kerana "(hendak) berbuat baik tidak perlu dihebah-hebahkan."

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
14 November 2016 - HARAKAHDAILY 14/11/2016

Sumber HD- 14-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















Hari ini dalam sejarah PAS (7 November 1992)

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43112-hari-ini-dalam-sejarah-pas-7-november-1992

HARI INI DALAM SEJARAH PAS: MAJLIS SYURA ULAMAK PAS LULUSKAN DRAF UNDANG-UNDANG HUDUD KELANTAN (7 NOVEMBER 1992)

PADA hari ini dalam tahun 1992, Majlis Syura Ulamak PAS telah meluluskan draf awal rang undang-undang kanun jenayah syariah bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kecil Undang-undang dan Pelaksanaan Syariat di bawah Jawatankuasa Pemandu Kerajaan PAS Kelantan.

Pelaksanaan hukum jenayah syariah termasuk hudud adalah salah satu dari janji PAS yang telah dinyatakan dalam Manifesto PAS Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990. Bagi menggubal draf undang-undang ini, Kerajaan PAS Kelantan telah mengambil masa dua tahun untuk membuat kajian, terutama pada aspek perlaksanaan dan kedudukannya dalam Perlembagaan Negeri Kelantan.

Setelah setahun PAS memerintah Kelantan, tumpuan awal yang diberikan oleh PAS adalah mewujudkan sistem pentadbiran Islam, tanpa menumpu kepada perlaksanaan syariat. Dalam soal perlaksanaan syariat, kajian telah dibuat oleh Jawatankuasa Kecil tersebut ke atas Perlembagaan Negeri Kelantan untuk menyelaraskannya dengan prinsip-prinsip Islam, sekali gus memudahkan perlaksanaan syariat. Setelah kajian ke atas Perlembagaan Negeri Kelantan telah selesai pada 17 Mac 1991, kajian untuk menggubal undang-undang syariat mula dibuat terutama mulai 1992.

Pada 18 Oktober 1991, Jawatankuasa Pemandu Kerajaan PAS Kelantan telah menerima cadangan daripada Jawatankuasa Semakan dan Perlaksanaan Undang-undang Negeri Kelantan berkait cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Kelantan, yang dianggap langkah awal ke arah perlaksanaan syariat.

Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Payung, Terengganu antara Mac-April 1992, isu perlaksanaan hudud mula menjadi panas kerana kenyataan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 1 April 1992 bahawa PAS akan meminda Perlembagaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud, telah mendapat reaksi negatif dari pemimpin Umno.

Memandangkan PAS bertegas untuk melaksanakan hudud, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 16 April 1992 menyatakan pendirian Kerajaan Pusat untuk tidak menghalangnya, yang menyebabkan ia disambut baik oleh Menteri Besar Kelantan.

Kerajaan Pusat kemudiannya berubah pendirian setelah Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menentangnya. Bagi menghentikan suara-suara yang menentang hudud ini, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 10 Mei 1992 telah mengingatkan bahawa perbuatan menolak hukum Allah boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

Di sebalik polemik yang berlarutan sepanjang 1992 ini, Jawatankuasa Kecil yang dianggotai oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Harun Taib, Ustaz Hussin Awang, Wan Abdul Muttalib  Embong dan Tun Mohd Salleh Abas telah berjaya menyiapkan draf undang-undang syariat tersebut.

Pada 7 November 1992, Majlis Syura Ulamak PAS yang bermesyuarat bersama Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat telah menerima pembentangan draf undang-undang syariat yang dilaksanakan di Kelantan, dan meluluskannya.

Pada awalnya Kerajaan PAS Kelantan bercadang untuk membentangkannya di Dun Kelantan pada November 1992, tetapi ia tertangguh beberapa kali kerana masalah teknikal, sehinggalah akhirnya ia berjaya dibentang pada 24 November 1993 dan diluluskan keesokkannya.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 November 2016 - HARAKAHDAILY 7/11/2016

Sumber HD - 7-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Krisis dengan MB, Sultan gagal sertai mesyuarat Raja-raja

MOHD FADLI GHANI | .



SULTAN KELANTAN GAGAL SERTAI MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KERANA KRISIS DENGAN MENTERI BESAR (6 NOVEMBER 1996)

PADA hari ini dalam tahun 1996, Sultan Kelantan, Sultan Ismail Perta telah gagal menyertai mesyuarat Majlis Raja-raja Kali Ke-174 di Istana Negara, Kuala Lumpur kerana tidak diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat atau wakilnya.
Menurut peraturan mesyuarat Majlis Raja-raja, seseorang sultan perlu diiringi oleh Menteri Besar atau timbalannya yang diwakilkan secara bertulis untuk membolehkan Baginda menyertai mesyuarat tersebut.

Keengganan Menteri Besar Kelantan melantik wakilnya ke mesyuarat Majlis Raja-raja ekoran krisis politik Kelantan ketika itu telah menyebabkan Sultan Kelantan yang menghadiri mesyuarat tersebut bersama Timbalan Menteri Besar II Kelantan, Dato' Mohamed Rozali Isohak telah tidak dibenarkan menyertainya.

Krisis politik Kelantan telah tercetus selepas Pilihan Raya Umum 1995 apabila Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) mula menimbulkan isu-isu yang mengeruhkan hubungan dengan PAS, sehingga akhirnya hubungan kedua-dua parti diputuskan pada 14 Julai 1996.

Ekoran itu, PAS cuba memecat empat orang Exco (kemudian menjadi tiga kerana kematian ADUN Pulai Chondong pada 4 Disember 1996), tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana Sultan Kelantan enggan memberikan perkenan.

Pada 19 Julai 1996, Menteri Besar Kelantan telah bertindak melucutkan semua portfolio Exco Kerajaan dari PMS46 kerana tidak mahu meletak jawatan setelah menjadi pembangkang. Dalam masa yang sama, beberapa kali permohonan Menteri Besar untuk mengadap Sultan Kelantan bagi menyelesaikan krisis ini telah ditolak oleh Istana.

Di sebalik anggapan umum bahawa Sultan Kelantan telah campur tangan dalam urusan politik, BN telah bertindak mendesak PAS membubarkan DUN Kelantan bagi membolehkan pilihan raya diadakan untuk PAS mendapat baru, kerana kononnya mandat lama diperolehi atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan).

Pada 6 Oktober 1996, PMS46 dibubarkan bagi membolehkan ahli-ahlinya menyertai Umno. Mengambil langkah terhadap tindakan Istana Kelantan serta peranan PMS46 dan Umno dalam krisis ini, pada 24 Ogos 1996, Menteri Besar Kelantan telah berunding dengan Peguam Negara untuk meminda Perlembagaan Negeri Kelantan; serta usaha menggantung keahlian anggota Exco Kerajaan dari PMS46 melalui Jawatankuasa Khas DUN Kelantan, tetapi kedua-duanya telah menemui kegagalan.

Sultan Kelantan pula terus memboikot Kerajaan PAS Kelantan dengan tidak menjemput wakil-wakil rakyat PAS dalam majlis-majlis pengurniaan diraja di jajahan-jajahan. Sementara itu, Umno terus menggunakan isu perlantikan Exco Kerajaan adalah hak Sultan Kelantan, dan mendakwa mereka tidak perlu meletak jawatan walaupun telah menyertai Umno.

Bertindak terhadap kedegilan Exco Kerajaan dari PMS46 yang tidak mahu meletak jawatan dan keengganan Sultan Kelantan menerima mengadap Menteri Besar selaku ketua kerajaan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bertindak untuk tidak menandatangani surat pelepasan untuk membolehkan Sultan Kelantan diiringi oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Abdul Halim Abdul Rahman ke Mesyuarat Majlis Raja-raja Kali Ke-174.

Sultan Kelantan yang enggan diiringi oleh Menteri Besar kerana krisis ini, dan juga gagal diiringi oleh Ustaz Dato' Abdul Halim Abdul Rahman kerana tidak diberi pelepasan oleh Menteri Besar, terpaksa membawa Timbalan Menteri Besar II, Dato' Mohamed Rozali Isohak sebagai pengiring dalam mesyuarat pada 6 November 1996 itu tanpa surat pelepasan Menteri Besar.

Oleh kerana kedua-dua Timbalan Menteri Besar tersebut tidak diberikan surat pelepasan untuk mengiringi Sultan Kelantan, Baginda Sultan Kelantan telah 'dimalukan' kerana tidak dibenarkan menyertai mesyuarat Majlis Raja-raja Kali Ke-174 pada 6 November 1996 tanpa diiringi oleh Menteri Besar atau wakilnya.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 November 2016 - HARAKAHDAILY 6/11/2016

Sumber HD - 6-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Majlis Syura putuskan wanita tidak boleh jadi wakil rakyat

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43099-majlis-syura-putuskan-wanita-tidak-boleh-jadi-wakil-rakyat

MAJLIS SYURA ULAMAK PAS PUTUSKAN WANITA TIDAK BOLEH MENJADI WAKIL RAKYAT (5 NOVEMBER 1989)

PADA hari ini dalam tahun 1989, Majlis Syura Ulamak PAS Pusat telah mengambil satu keputusan dasar yang menetapkan bahawa wanita tidak sayugia menjadi ahli Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat dalam dalam sistem perundangan di negara ini.
Menurut keputusan Majlis Syura Ulamak PAS itu, wanita hanya dibenarkan menduduki dewan perundangan jika mereka memenuhi syarat-syarat yang ketat seperti yang ditetapkan oleh hukum syarak.
Pendirian dasar PAS ini telah menghalang suara-suara yang cuba mendesak supaya wanita menjadi calon dalam pilihan raya, termasuk cadangan yang dibawa oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan (yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat) kepada PAS Kelantan pada 4 Oktober 1989 supaya wanita dipertimbangkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya.

Isu calon wanita dalam pilihan raya ini timbul ekoran cadangan sekutu PAS, Semangat 46 yang mahu meletakkan calon wanita di Kelantan. Pada 2 Oktober 1989, pemimpin wanita Semangat 46, Hajah Ilani Dato' Isahak telah mempersoalkan sikap PAS yang dikatakan "masih ditakuk lama" dalam isu calon wanita, sedangkan menurut beliau, Islam mengharuskan perkara tersebut.

Ekoran itu, isu calon wanita telah ini dibawa oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan untuk dibincangkan oleh Dewan Harian PAS Kelantan  pada 4 Oktober 1989, tetapi mereka menyerahkannya kepada Majlis Syura Ulamak PAS untuk menetapkan dasar PAS dalam perkara ini kerana isu tersebut sedang dikaji oleh badan pembuat dasar PAS itu.

Isu calon wanita ini merupakan antara isu kritikal dalam pembentukan kerjasama politik antara PAS dengan Semangat 46 kerana parti tersebut bercadang meletakkan calon wanita di Kelantan. Sebelum itu, pada 30 September 1989, Majlis Syura Ulamak PAS yang meneliti isu-isu berbangkit berkait calon wanita ini, telah membentuk sebuah jawatankuasa kecil untuk mengkajinya.

Jawatankuasa kecil yang dianggotai oleh Ustaz Idris Omar, Ustaz Ibrahim Abdullah dan Ustaz Azizan Abdul Razak ini telah ditugaskan untuk menyediakan sebuah kertas berkait dengan hukum wanita menjadi calon dan menjadi ahli dewan perundangan mengikut hukum syarak.

Pada 29 Oktober 1989, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok ketika mengulas isu ini telah memberi pandangan bahawa Islam tidak menggalakkan wanita berbuat demikian.
Persoalan ini kemudiannya diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS pada 5 November 1989 dengan ketetapan bahawa wanita tidak boleh menjadi ahli dewan perundangan di negara ini, dengan kekecualian bersyarat. Antara syarat-syarat pengecualian tersebut ialah:

I. Jika dewan perundangan di Malaysia menyerupai atau hampir menyerupai majlis syura Islam;

II. Jika ia mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi melaksanakan segala kebaikan dan mencegah segala kemungkaran;

III. Jika wanita itu mempunyai kelayakan yang diperlukan sebagai ahli majlis syura Islam; dan

IV. Jika tugas itu (sebagai calon dan wakil rakyat) tidak memaksa wanita itu bergaul secara bebas yang boleh menjejaskan agama, maruah dan sama'ahnya.

Bertolak dari pendirian Majlis Syura Ulamak PAS ini, semua perundingan PAS berkaitan dengan calon adalah dengan dasar tiada calon dan wakil rakyat wanita. Yang paling menarik adalah isu calon-calon wanita dari parti sekutu PAS terutama Semangat 46.

Oleh kerana Semangat 46 mencadangkan Ketua Wanita Kelantannya, Hajah Ilani Dato' Isahak bertanding di Kota Bharu, Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memaklumkan keputusan PAS Kelantan pada 5 Oktober 1990 untuk meletakkan calon PAS di mana-mana kerusi yang ditandingi oleh calon wanita dari Semangat 46.

Walau bagaimanapun, kerana menghormati hak sekutunya, PAS tidak berbuat demikian semasa Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990, sebaliknya PAS telah melantik Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Ustazah Kalthum Othman sebagai Ahli Dewan Negara mewakili kaum wanita di dewan perundangan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
5 November 2016 - HARAKAHDAILY 5/11/2016

Sumber HD - 5-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Kepemimpinan baru PAS pasca pengunduran Asri

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43091-kepemimpinan-baru-pas-pasca-pengunduran-asri
KEPEMIMPINAN BARU PAS DIBENTUK PASCA PENGUNDURAN ASRI (4 NOVEMBER 1982)

PADA hari ini dalam tahun 1982, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah membentuk kepemimpinan baru PAS yang diketuai oleh ulamak bagi memulihkan semula organisasi PAS ekoran perletakan jawatan sekumpulan pimpinannya selepas 23 Oktober 1982. Pembentukan saf kepemimpinan baru PAS secara simboliknya telah memulakan era kepemimpinan ulamak dalam PAS, sekali gus menamatkan krisis kepemimpinan parti yang berlarutan sejak 1980 sehingga membawa kepada pertembungan pengaruh dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-27 pada 17-19 April 1981. Kali terakhir PAS diketuai oleh ulamak ialah di bawah pimpinan Prof Dr Burhanuddin al-Helmy sebelum beliau ditahan ISA pada 28 Januari 1965.

Dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-28 pada 23-24 Oktober 1982, Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda yang menerima tekanan kuat dari para perwakilan yang mewakili ahli akar rumput PAS telah bertindak meletakkan jawatannya sebagai pemimpin utama PAS pada 23 Oktober 1982. Turut meletakkan jawatan kemudiannya ialah sekutu rapat Dato' Mohd Asri Haji Muda iaitu Ustaz Dato' Abu Bakar Umar (Setiausaha Agung PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah), Haji Hassan Mohamad (Bendahari Agung PAS), Ustazah Datin Sakinah Junid (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat) dan Wan Ismail Ibrahim (Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS). Dengan perletakan jawatan lima orang pemimpin utama PAS ini telah menyebabkan PAS mengalami perpecahan kepemimpinan yang besar untuk kali kedua selepas krisis kepemimpinan pada 1977 yang membawa kepada tertubuhnya Berjasa.

Jawatankuasa Kerja Agung PAS yang membincangkan masalah perletakan jawatan mereka dan langkah-langkah penyelesaiannya pada 4 November 1982, telah memutuskan untuk menerima semua perletakan jawatan tersebut dan melantik saf kepemimpinan yang baru. Oleh kerana Setiausaha Agung PAS, Dato' Abu Bakar Umar telah mengisytiharkan dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-28 bahawa Ustaz Haji Yusof Abdullah Rawa menjadi Pemangku Yang Dipertua Agung PAS mengikut Fasal 22(8) Perlembagaan PAS (Pindaan) 1977, ekoran penerimaan muktamar terhadap perletakan jawatan Dato' Mohd Asri Haji Muda, maka jawatan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS juga turut mengalami kekosongan. Jawatankuasa Kerja Agung PAS kemudiannya melantik Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor sebagai Pemangku Timbalan Yang Dipertua Agung PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah. Bekas Yang Dipertua Agung PAS, Dr Haji Abbas Alias pula dilantik sebagai Pemangku Naib Yang Dipertua Agung PAS, manakala bekas Setiausaha Agung PAS, Ustaz Haji Hassan Shukri dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru. Seorang lagi bekas Setiausaha Agung PAS, Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad dilantik menggantikan Ustaz Haji Hassan Shukri sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat. Ada pun tempat yang dikosongkan oleh Wan Ismail Ibrahim sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah digantikan oleh Ustaz Twahir @ Tahir Daeng Mengati dari Johor. Turut terlibat dalam perlantikan baru ini ialah bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Salmah Sheikh Hussein yang diangkat sebagai Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat menggantikan Datin Sakinah Junid.

Dengan terlantiknya saf kepemimpinan baru yang membentuk asas kepemimpinan ulamak dalam PAS, keseluruhan organisasi PAS telah berjaya dipulih dan diperkukuhkan. Elemen-elemen yang mewujudkan krisis dalam PAS telah tersingkir dari kepemimpinan utama PAS. Walaupun penyokong-penyokong Dato' Mohd Asri Haji Muda cuba melakukan 'kekacauan' dalam PAS melalui siri-siri perletakan jawatan terutama di Kelantan dan Kedah, kemudian diikuti oleh penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak yang dipimpin oleh Dato' Nik Abdul Rahman Nik Mohamad, semua gerakan ini dapat dibendung apabila Jawatankuasa Tatatertib PAS pada 23 Januari 1983 telah mengambil tindakan tatatertib terhadap 13 orang penyokong Dato' Mohd Asri Haji Muda sehingga membawa kepada tertubuhnya parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) pada 24 Mac 1983, yang sekali gus menamatkan krisis kepemimpinan tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
4 November 2016 - HARAKAHDAILY 4/11/2016

Sumber HD - 4-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











PAS tubuh JK Pemandu awasi Kerajaan Kelantan

MOHD FADLI GHANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43078-pas-tubuh-jk-pemandu-awasi-kerajaan-kelantan

PAS TUBUH JAWATANKUASA PEMANDU UNTUK AWASI KERAJAAN KELANTAN  (3 NOVEMBER 1990)

PADA hari ini dalam tahun 1990, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) bagi merancang, menasihat dan mengawasi pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan. Jawatankuasa Pemandu ini dibentuk setelah PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) berjaya menguasai Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990 dengan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar. Jawatankuasa Pemandu ini berfungsi untuk membantu Kerajaan Kelantan dalam melaksanakan pentadbiran berasaskan Islam sebagai mana manifesto PAS 'Membangun Bersama Islam.'

Jawatankuasa Pemandu ini dianggotai oleh pemimpin-pemimpin kanan PAS yang terdiri daripada Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor (Yang Dipertua PAS Pusat), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Timbalan Yang Dipertua PAS Pusat), Dr Daeng Sanusi Mariok (Naib Yang Dipertua PAS Pusat), Haji Mustafa Ali (Bendahari PAS Pusat), Ustaz Abdul Halim Arshad (Setiausaha Agung PAS), Ustaz Azizan Abdul Razak, Haji Wan Abdul Muttalib Embong dan Ustaz Nik Abdullah Arshad (Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat). Peranan utama mereka adalah untuk membantu Kerajaan PAS Kelantan merancang program-program pembangunan, perlaksanaan syariat dan pentadbiran Islam; menasihati dasar-dasar Kerajaan PAS Kelantan agar selari dengan Islam; serta mengawasi dasar dan pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan supaya selari dengan Islam dan dasar parti.

Setelah Jawatankuasa Pemandu ini dibentuk, pada 30 November 1990, mereka telah menubuhkan lima buah jawatankuasa kecil untuk menjalankan peranan Jawatankuasa Pemandu. Lima jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Hubungan, Bantuan dan Kepakaran; Jawatankuasa Undang-undang dan Perlaksanaan Syariat; Jawatankuasa Pengesan Pentadbiran Kerajaan Negeri; Jawatankuasa Pembangunan Sosio-ekonomi; dan Jawatankuasa Perancangan Pendidikan dan Latihan. Pada 29 November 1990, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah menetapkan satu prinsip pentadbiran iaitu parti menguasai kerajaan dan Kerajaan PAS Kelantan dikehendaki melaksanakan semua dasar yang terkandung dalam Manifesto PAS dan Manifesto PAS Kelantan.

Jawatankuasa Pemandu yang dibentuk pada 3 November 1990 ini kemudiannya berjaya memainkan peranan membantu Kerajaan PAS Kelantan terutama dalam proses mewujudkan pentadbiran Islam dan perlaksanaan syariat. PAS pada peringkat awalnya mengambil langkah melaksanakan pentadbiran Islam dengan mewujudkan pentadbiran telus dan bebas rasuah, kerajaan tanpa riba serta kerajaan yang berjimat-cermat dan membudayakan gotong-royong. Kemudian rakyat diperkenalkan dengan budaya hidup Islam dan penghapusan budaya mungkar, sebelum agenda perlaksanaan syariat dikembangkan. Perlaksanaan syariat telah dimulakan dengan penutupan premis judi dan penghapusan riba hinggalah kepada penggubalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan II 1993. Kelantan juga turut menjadi model dalam memperkenalkan perumahan tiga bilik, sistem gadaian Islam, cuti dua hari seminggu dan lain-lain, selain berjaya memaksa perlaksanaan sistem perbankan dan kewangan Islam di negara ini mulai 1994.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 November 2016 - HARAKAHDAILY 3/11/2016

Sumber HD - 3-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Darurat Kelantan: PAS diberi tempoh lima hari

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43065-darurat-kelantan-pas-diberi-tempoh-lima-hari

PADA hari ini dalam tahun 1977, Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn telah memberikan tempoh lima hari kepada PAS, iaitu sehingga 7 November 1977, sama ada menerima keputusan Perdana Menteri untuk mendaruratkan Kelantan, dalam pertemuan antara pemimpin Umno dan Jawatankuasa Perunding PAS. Isu darurat Kelantan timbul ekoran krisis politik Kelantan yang menyebabkan Menteri Besar, Dato' Mohamad Nasir dikenakan undi tidak percaya di DUN Kelantan pada 15 Oktober 1977. Akibatnya, telah berlaku rusuhan politik di Kota Bharu dan perintah berkurung dikeluarkan pada 19 Oktober 1977.

Untuk menyelesaikan krisis ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengadakan rundingan dengan pemimpin PAS dan mencadangkan 'Formula Dr Mahathir' atau Kelantan didaruratkan jika enggan menerima formula ini. Antara formula yang dikemukakan oleh Dr Mahathir Mohamad ialah perletakan jawatan Menteri Besar dan semua anggota Exco Kerajaan Kelantan dari PAS dan sebuah kerajaan baru yang diketuai oleh Ustaz Nik Abdullah Arshad sebagai Menteri Besar ditubuhkan. Dr Mahathir Mohamad juga mencadangkan sebuah kerajaan sementara yang ditadbir oleh pegawai kanan Malaysian Civil Service (MCS) yang bertanggungjawab terus kepada Perdana Menteri ditubuhkan di bawah undang-undang darurat.

PAS Kelantan pada 29 Oktober 1977 kemudiannya telah menolak cadangan-cadangan Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya mengesyorkan supaya pegawai MCS yang dicadang untuk mentadbir negeri di bawah undang-undang darurat itu dijadikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri sahaja. PAS Kelantan juga menolak rombakan seluruh anggota kerajaan dengan Menteri Besar baru yang dicadangkan oleh Dr Mahathir Mohamad kerana menganggapnya sebagai 'kerajaan patung.' PAS Kelantan mahukan sebuah kerajaan yang Menteri Besarnya dikuasai oleh parti, dan tidak mahu menerima calon-calon tajaan Umno untuk mengelakkan kelemahan pentadbiran Dato' Mohamad Nasir berulang. PAS Kelantan juga tidak mahu Kelantan daruratkan kerana ia membolehkan Umno menguasai Kelantan secara tidak demokratik.

Di sebalik pendirian PAS Kelantan ini, pada 2 November 1977, Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn telah menolak syor PAS Kelantan tentang kedudukan pegawai MCS yang dicadangkan oleh Dr Mahathir Mohamad. Beliau yang juga Pengerusi BN telah mengambil sikap untuk bertegas supaya Kelantan didaruratkan setelah Formula Dr Mahathir ditolak. PAS kemudiannya diberikan tempoh sehingga 7 November 1977 untuk memberikan jawapan ke atas keputusan Perdana Menteri itu. Dalam perjumpaan antara Dato' Hussein Onn (yang turut disertai pemimpin Umno iaitu Tengku Razaliegh Hamzah, Dato' Senu Abdul Rahman, Abdul Ghafar Baba, Datuk Aishah Ghani, Datuk Mokhtar Hashim, Datuk Mohd Adib Adam dan Datuk Mohd Ghazali Shafie) dengan pemimpinan PAS yang terdiri daripada Dato' Mohd Asri Haji Muda, Yang Dipertua Agung PAS bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Perunding PAS iaitu Dato' Ishak Lotfi Omar, Dato' Nik Abdul Rahman Nik Mohamad, Wan Ismail Ibrahim, Cikgu Mohd Zain Abdullah dan Ustaz Salahuddin Abdullah pada 2 November 1977 ini, Perdana Menteri telah memilih formulanya sendiri iaitu mendaruratkan Kelantan.

Pada 4 November 1977, sebelum PAS memberikan jawapan tentang cadangan Perdana Menteri itu, Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan di Parlimen mengenai cadangan pembentangan rang undang-undang bagi mendaruratkan Kelantan. Pada 6 November 1977, Dato' Hussein Onn telah memaklumkan bahawa rang undang-undang tersebut akan dibentang dan dibahas di Dewan Rakyat pada 8-9 November 1977. Keadaan ini menyebabkan pendirian PAS diminta oleh Perdana Menteri sebelum 7 November 1977 menjadi tidak bermakna lagi. Pada 7 November 1977, Jawatankuasa Perunding PAS telah menolak cadangan Perdana Menteri yang tidak menghormati PAS, dan sebelum itu, pada 6 November 1977, Jawatankuasa Kerja Agung PAS memutuskan supaya semua Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen PAS meletak jawatan untuk menentang undang-undang ini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 November 2016 - HARAKAHDAILY 2/11/2016

Sumber HD - 2-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











DAP nyatakan kesediaan bekerjasama dengan PAS

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43052-dap-nyatakan-kesediaan-bekerjasama-dengan-pas

PADA hari ini dalam tahun 1985, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang telah menyatakan kesediaan parti itu untuk bekerjasama dengan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ketujuh yang dijangka akan diadakan dalam tahun 1986. Lim Kit Siang membuat kenyataan demikian setelah Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad mempertegaskan bahawa PAS akan menghapuskan sistem kuota kemasukan pelajar ke universiti jika PAS menguasai kerajaan. Kenyataan pemimpin PAS dilihat oleh DAP sebagai selari dengan dasar Malaysian Malaysia yang menekankan soal merit berbanding kuota.

Isu hubungan PAS-DAP telah berbangkit dalam PAS semenjak sebelum Pilihan Raya Umum 1982 lagi. Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda pada 29 Januari 1981 pernah mencadangkan supaya PAS bekerjasama dengan DAP dalam Pilihan Raya Umum tersebut sebagai lanjutan daripada kerja sama PAS dengan MCA dan MIC ketika berada dalam BN. Tetapi pandangan ini ditentang keras oleh pimpinan dan ahli PAS, terutama Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu pada 14 Februari 1981 telah mengugut untuk meletak jawatan jika PAS bekerjasama dengan DAP demi memastikan "pengikut-pengikut PAS tidak terpesong dari aqidah Islam." Di kalangan ahli-ahli PAS di Kelantan dan Terengganu, mereka bukan sahaja membantah, tetapi 53 buah ranting PAS telah diancam dengan pembubaran.

Kegagalan hubungan dengan MCA, MIC dan Gerakan dalam BN, yang diikuti oleh penolakan ahli-ahli PAS terhadap DAP telah mendorong Muktamar Tahunan PAS Ke-29 pada 30 April - 1 Mei 1983 mengambil keputusan supaya PAS mendekati orang-orang bukan Islam, dan penegasan Pemangku Yang Dipertua Agung PAS, Pak Haji Yusof Rawa dalam Ucapan Dasarnya pada muktamar ini supaya PAS memecahkan tembok pemisah di antara PAS dengan orang bukan Islam, telah membuka langkah baru PAS.

Pada awalnya, PAS menawarkan dialog kepada MCA pada 15 Oktober 1984, tetapi tidak mendapat sambutan baik dari parti perkauman Cina itu. Ekoran itu, PAS menganjurkan Simposium Islam dan Persoalan Perpaduan Negara pada 10 Februari 1985, di mana Naib Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menegaskan bahawa orang Cina boleh memimpin negara ini jika dia seorang Islam yang "wara' dan mempunyai kelayakkan sebagai pemimpin Islam."

Pada 10 Oktober 1985, dalam Simposium Negara Islam yang dianjurkan oleh PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menjelaskan bahawa kerajaan Islam yang didukung oleh PAS akan memberikan hak dan perlindungan kepada orang bukan Islam secara adil dalam semua perkara. Dalam pada itu juga, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad telah menjelaskan bahawa jika PAS memerintah, sistem kuota dalam pengambilan pelajar universiti akan dihapuskan supaya semua kaum mendapat hak secara seimbang. Pandangan-pandangan PAS yang berasaskan keadilan Islam tanpa sentimen perkauman ini telah perhatian para pemimpin DAP.

Memberi respon terhadap keterbukaan dan keadilan sistem pemerintahan Islam yang ditawarkan oleh PAS, pada 1 November 1985, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang telah menyatakan kesediaan DAP untuk bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum Ketujuh.

Terdahulu, pendirian PAS itu disokong oleh Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin, yang menyebabkan cadangan Lim Kit Siang supaya DAP dan PAS bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ketujuh turut didukung oleh Karpal Singh. DAP kemudiannya mengarahkan Timbalan Setiausaha Agungnya, P Patto agar mengaturkan dialog antara DAP dengan PAS dan PSRM bagi mencapai tujuan tersebut.

Yang Dipertua Agung PAS, Pak Haji Yusof Rawa pada 24 Disember 1985 menyatakan kesediaan PAS terhadap kerjasama ini, tetapi ia tidak menjadi kenyataan sehingga tertubuhnya gabungan Harakah Keadilan Rakyat (HAK) pada 14 Julai 1986.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 November 2016 – HARAKAHDAILY 1/11/2016

Sumber HD - 1-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Setiausaha Agung pertegas sikap PAS terhadap ISA

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43036-setiausaha-agung-pertegas-sikap-pas-terhadap-isa

SETIAUSAHA AGUNG PAS PERTEGAS SIKAP PAS TERHADAP PENYALAHGUNAAN ISA (31 OKTOBER 1987)

PADA hari ini dalam tahun 1987, Setiausaha Agung PAS, Ustaz Haji Hassan Shukri telah membuat satu kenyataan kepada akhbar untuk menjelaskan sikap PAS terhadap tindakan zalim Kerajaan BN yang menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengekalkan kekuasaan regim BN. Kenyataan ini dikeluarkan ekoran tindakan zalim Kerajaan BN yang memperalatkan ISA bagi menahan pemimpin politik, aktivis sosial dan ahli akademik dalam Operasi Lalang sejak 27 Oktober 1987. Seramai 106 orang telah ditahan dalam operasi ini, termasuk 15 orang ahli PAS.

Kedudukan BN telah terjejas dengan teruk selepas Pilihan Raya Umum 1986 ekoran perpecahan dalaman yang berlaku dalam Umno dan juga pergeseran politik secara terbuka antara Umno dan MCA. Umno juga melanjutkan isu Memali yang tercetus pada 19 November 1985 sebagai akibat isu kafir-mengkafir sehingga ada ahli PAS terlibat dengan gerakan bawah tanah, Jundullah. Beberapa pendedahan Yang Dipertua Agung PAS, Pak Haji Yusof Rawa tentang kegiatan Kritianisasi juga dijadikan asas kononnya PAS telah terlibat dalam isu-isu perkauman, sedangkan Majlis Syura Ulamak PAS pada 20 Oktober 1987 telah memutuskan bahawa PAS tidak boleh terlibat dengan mana-mana gerakan atau perhimpunan yang bersifat perkauman.

Isu sebenar di sebaliknya krisis ini ialah perpecahan Umno setelah Team A berjaya mengalahkan Team B dalam pemilihan Umno pada 27 April 1987, di mana Team B telah membawa kes ini ke mahkamah. Melihat perpecahan besar dalam Umno, orang-orang Cina telah menjadikan isu guru besar Melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) sebagai isu perkauman dengan dimotori oleh MCA, Gerakan dan DAP, selain Dong Jiao Zhong dan Dong Zhong yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bersama pada 8 Oktober 1987. Pada 11 Oktober 1987, mereka mengadakan himpunan orang Cina di Tokong Thean Hou. Kemuncak pertembungan ini ialah Pergerakan Pemuda Umno yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dan Datuk Mohd Najib Abdul Razak telah merancang perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 17 Oktober 1987 untuk mempertahankan hak istimewa orang Melayu.

Pertembungan besar antara Team A dan Team B Umno, yang diikuti oleh pergeseran Umno dengan MCA telah hampir memecahkan BN. Bagi menangani isu ini, Menteri Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan ISA untuk menahan pemimpin pembangkang, sedangkan pemimpin Umno dan MCA yang ditahan beberapa kerat sahaja. Semua pemerhati politik mengatakan isu sebenar dalam soal ini ialah perbalahan kaum yang hanya melibatkan Umno dan pemimpin Cina dari MCA, Gerakan dan DAP sahaja. Ahli-ahli akademik, aktivis sosial dan pemimpin PAS tidak terlibat, tetapi mereka ditahan atas alasan-alasan yang diadakan. Beberapa media massa seperti The Star, The Sunday Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik permit penerbitannya dalam isu ini, selain mengharamkan semua perjumpaan politik. Kerajaan BN kemudiannya menjadikan isu ini sebagai sebab untuk mewujudkan Akta Percetakan dan Mesin Cetak 1987.

Ekoran manipulasi yang dilakukan oleh BN dalam menahan pemimpin pembangkang, aktivis sosial dan ahli akademik yang tidak terlibat dalam perkauman ini, pada 31 Oktober 1987, PAS menerusi Setiausaha Agungnya telah menegaskan pendiriannya yang menentang penahanan zalim ini dan menuntut semua tahanan dibebaskan tanpa syarat atau didakwa di mahkamah terbuka. PAS turut mendakwa bahawa para pemimpin BN dari Umno dan MCA sengaja menimbulkan isu perkauman yang membawa kepada ketegangan kaum bagi membolehkan pemimpin pembangkang ditahan, kegiatan politik disekat dan media massa dikawal, yang menatijahkan pengekalan kuasa BN ketika mereka sedang berpecah. Ekoran itu juga, pada 19 November 1987, PAS telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri untuk menjelaskan sikap PAS dalam soal ini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
31 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 31/10/2016

Sumber HD - 32-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Kerajaan PAS Terengganu tumbang undi tidak percaya

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43033-kerajaan-pas-terengganu-tumbang-undi-tidak-percaya

KERAJAAN PAS TERENGGANU TUMBANG DALAM UNDI TIDAK PERCAYA (30 OKTOBER 1961)

PADA hari ini dalam tahun 1961, Kerajaan PAS Terengganu telah tumbang dalam satu usul undi tidak percaya yang dikemukakan di Dewan Undangan Negeri Terengganu setelah berlaku krisis kepemimpinan yang berpanjangan dalam PAS Terengganu sejak 1959. Usul undi tidak percaya yang dikemukakan oleh ADUN Parti Negara, Wan Daud Wan Ahmad telah berjaya menjatuhkan Kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad selaku Menteri Besar sejak 29 Jun 1959. PAS membentuk kerajaan di Terengganu pada 1959 ekoran kejayaan PAS menguasai 13 daripada 24 kerusi DUN Terengganu dalam Pilihan Negeri Terengganu pada 16 Mei 1959.

Kerajaan PAS Terengganu terbentuk dengan Mohd Daud Abdul Samad menjadi Menteri Besar dan beberapa ADUN PAS mengangkat sumpah pada 29 Jun 1959 sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri yang terdiri daripada Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah (Jeram), Abu Bakar Salleh (Sura), Ismail Yusof (Ulu Terengganu Dengan), Omar Abdul Rahman (Ulu Terengganu Barat), Ustaz Omar Shukri Embong (Ulu Dungun) dan Mohd Senari Yunus (Kampong Raja). Ekoran keluarnya Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah dan pemecatan keahlian PAS ke atas Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar oleh PAS Cawangan Dungun, pada 6 Ogos 1960, satu usul undi tidak percaya telah dibuat ke atas Kerajaan PAS Terengganu, tetapi ia digagalkan oleh Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah yang menyokong Kerajaan PAS. Bagi mengukuhkan kerajaan, pada 8 Oktober 1960, ADUN Langkap, Ismail Abbas yang menyertai PAS dari Parti Negara telah dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Krisis kepemimpinan yang berpanjangan dalam PAS Terengganu kemudiannya menjelaskan Kerajaan PAS ekoran keluar masuk ADUN Jeram dan Marang dalam PAS. Ketika keadaan politik sedang bergolak ini, pemimpin Parti Negara yang marah dengan penyertaan ADUN Langkap ke dalam PAS telah bertindak membawa tiga ADUN Parti Negara menyertai Umno. Dalam pada itu, pada 19 Jun 1961, dua ADUN PAS, Tuan Guru Haji Wan Said Mohd Noor (Kuala Besut) dan Tuan Guru Haji Abdul Kadir Mohamad (Kuala Terengganu Tengah) dilaporkan hilang diculik. Pada 21 Jun 1961, akhbar melaporkan tiga ADUN PAS dari Kuala Besut, Kuala Terengganu Tengah dan Marang telah menyertai Umno bersama tiga bagi ADUN Parti Negara.

Dengan penyertaan tiga ADUN PAS dan tiga ADUN Parti Negara ke dalam Umno, komposisi ADUN telah berubah di mana Perikatan mempunyai 13 ADUN, sedangkan PAS hanya mempunyai 11 ADUN. Ini menyebabkan PAS tidak lagi mempunyai majoriti untuk memimpin kerajaan negeri. Dalam sidang DUN Terengganu pada 30 Oktober 1961, ADUN Parti Negara yang menyertai Umno, Wan Daud Wan Ahmad telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dan Kerajaan PAS Terengganu Dengan disokong oleh ADUN Perikatan, Tengku Mohsien Abdul Kadir. Dalam undian ini, usul tersebut mendapat 13 sokongan iaitu tujuh Perikatan, tiga Parti Negara, dua bekas ADUN (Kuala Besut dan Kuala Terengganu Tengah) dan satu ADUN PAS (Jeram). Dua lagi ADUN PAS iaitu Ustaz Hussin Jusoh dan Muhammad Ismail telah berkecuali, sedangkan anggota Exco, Omar Abdul Rahman telah diperintahkan keluar Dewan ketika pengundian dijalankan. Dengan hanya mendapat sokongan lima undi, Kerajaan PAS Terengganu telah tumbang pada 30 Oktober 1961 dan pada 8 November 1961, Mohd Daud Abdul Samad telah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
30 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 30/10/2016

Sumber HD - 30-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































MCA sedia terima tawaran dialog dengan PAS

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43029-mca-sedia-terima-tawaran-dialog-dengan-pas

MCA SEDIA TERIMA TAWARAN DIALOG DENGAN PAS DENGAN SYARAT (29 OKTOBER 1984)

PADA hari ini dalam tahun 1984, PAS telah menerima surat jawapan daripada MCA tentang tawaran dialog yang dikemukakan oleh PAS kepada parti Parlimen Cina itu sebelumnya. Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chew Hock Thye dalam surat jawapannya kepada Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad telah menyatakan kesediaan bersyarat MCA untuk berdialog dengan PAS dalam isu-isu politik dan agama di negara ini. Terdahulu, pada 15 Oktober 1984, Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad yang juga Ketua Lajnah Penerangan PAS Pusat melalui sepucuk surat telah mengajak MCA berdialog dengan PAS.

Isu dialog PAS-MCA ini timbul ekoran keputusan Muktamar Tahunan PAS Ke-29 pada 29 April - 1 Mei 1983 yang mahu PAS mendekati orang bukan Islam secara langsung sebagai strategi dakwah yang baru. Yang Dipertua Agung PAS, Pak Haji Yusof Rawa dalam ucapan dasarnya pada muktamar itu turut menyeru supaya PAS memecahkan tembok yang menghalangi PAS dari mendekati orang bukan Melayu, khususnya orang Cina. Pendirian PAS ini mempunyai kaitan yang rapat dengan kegagalan pendekatan politik melalui BN pada dekad 1970-an dan keengganan PAS berkerjasama dengan parti cauvenis seperti DAP yang telah berbangkit semasa Pilihan Raya Umum 1982. Gerakan dakwah secara langsung dengan orang bukan Islam adalah lebih berkesan bagi PAS, berbanding pendekatan melalui kerjasama politik sebelumnya.

Atas asas ini, pada 6 Oktober 1983, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan supaya usaha dibuat untuk mendekati orang bukan Islam, termasuk mengadakan seminar-seminar berkaitan. Pada 15 Oktober 1984, Ustaz Nakhie Ahmad telah membuat tawaran bertulis kepada MCA untuk berdialog dengan PAS, sedangkan dalam satu tindakan politik yang lain, PAS mencabar Umno berdebat dalam isu-isu negara Islam. Mengambil langkah berhati-hati terhadap pelawaan PAS ini, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chew Hock Thye pada 29 Oktober 1984 telah menjawab tawaran dialog tersebut dengan memberikan persetujuan bersyarat. Antara syarat yang ditetapkan oleh MCA sebelum berdialog ialah PAS mesti menyatakan sikap dan pendirian dalam perkara berikut:

I. Kedudukan Malaysia sebagai sebuah  negara sekular;
II. Kedudukan Malaysia sebagai negara perlbagai kaum;
III. Jaminan pemeliharaan hak dan kepentingan setiap kaum;
IV. Penerusan sistem perlembagaan beraja dan demokrasi berparlimen; dan
V. Keperluan melandaskan perubahan dan pembangunan mengikut iklim Malaysia.

Menjawab syarat-syarat MCA yang mahu mengetahui terlebih dahulu pendirian PAS dalam soal tersebut, Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad pada 10 November 1984, menyatakan lebih baik semua persoalan itu dijawab dalam sesi dialog yang akan diadakan kelak. Pada 6 Disember 1984, Setiausaha Agung Pemuda MCA dalam jawapan balasnya bertegas bahawa dialog dengan MCA hanya dapat diadakan jika PAS terlebih dahulu menyatakan pendiriannya terhadap perkara berbangkit. Walaupun proses mempertemukan kedua-dua parti terus berlangsung, namun krisis kepemimpinan yang melanda MCA kemudiannya telah menggagalkan rancangan dialog kedua-dua parti ini. Kegagalan mendapatkan persetujuan MCA bagi membolehkan PAS berdialog dengan mereka dalam soal politik dan agama, jelas tidak melemahkan PAS.

Sebaliknya PAS telah mengambil langkah proaktif pada tahun 1985 apabila ia memulakan hubungan dengan orang Cina menerusi Chinese Consultative Council (CCC). Pada 10 Februari 1985, PAS menganjurkan simposium "Islam dan Persoalan Perpaduan Negara" di Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Daripada simposium inilah, PAS membuka langkahnya mendekati orang bukan Islam sehingga terbentuknya CCC.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
29 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 29/10/2016

Sumber HD - 229-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































Operasi lalang dilancar, 15 pemimpin PAS ditahan ISA

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43000-operasi-lalang-dilancar-15-pemimpin-pas-ditahan-isa

PADA hari ini dalam tahun 1987, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melancarkan gerakan Operasi Lalang bagi menangani isu perkauman yang sedang hangat diperkatakan ketika itu. Dalam operasi ini, seramai 106 orang pemimpin politik, aktivis sosial, ahli akademik dan pejuang hak asasi manusia, termasuk 15 orang pemimpin PAS telah ditahan di bawah ISA. Krisis perkauman yang timbul ini adalah ekoran perpecahan dalam Umno sejak pertembungan Team A dan Team B dalam Umno pada April 1987, yang diikuti oleh isu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) yang digerakkan oleh Dong Jiao Zong, yang akhirnya membawa kepada pergeseran antara Umno dan  MCA.

Isu asal yang membawa kepada krisis perkauman ini ialah arahan Kementerian Pendidikan supaya dua guru Melayu bertugas sebagai guru besar di SRJKC. Bantahan Dong Jiao Zong kemudiannya didukung oleh MCA, Gerakan dan DAP melalui Jawatankuasa Bertindak Bersama yang dianggotai oleh 18 pertubuhan Cina. Bertindak balas terhadap gerakan orang Cina ini, Pergerakan Pemuda Umno yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dan Datuk Mohd Najib Razak telah mengaturkan perhimpunan Melayu di Stadium TPCA, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru dengan seruan membawa 'pisau' dan 'mancis.' Sultan Selangor pula telah bertindak menarik balik gelaran Dato' daripada Presiden MCA, Lee Kim Sai, sedangkan dalam masa yang sama berlaku amukan Prebet Adam yang menembak mati dua orang Cina di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang membatalkan perhimpunan yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-41 tidak menamatkan krisis ini. Sebaliknya ia bertukar menjadi alasan untuk menahan musuh-musuh politik Umno-BN dalam menangani perpecahan dalaman mereka. PAS sendiri pada 19 Oktober 1987, telah membuat pendirian bahawa semua pimpinan dan ahlinya tidak akan terlibat dalam mana-mana himpunan yang berasaskan asobiyah dan perkauman yang sempit. Pendirian ini disahkan oleh Majlis Syura Ulamak PAS pada 20 Oktober 1987. Namun begitu, pendirian PAS ini tidak dapat melepaskan ahli-ahlinya dari menjadi mangsa keganasan ISA setelah Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987. Seramai 15 orang pimpinan dan ahli PAS yang ditahan, di mana sebahagiannya dituduh terlibat dengan "Jundullah," sebuah pergerakan bawah tanah yang tiada kaitan dengan PAS.

Antara pemimpin PAS yang ditahan ISA dalam Operasi Lalang ini ialah Ustaz Abdul Halim Arshat (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Abdul Khalid Samad (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat), Mohamad Sabu (Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat), Mahfuz Omar (Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat), Suhaimi Said (Penasihat Undang-undang PAS), Tuan Guru Haji Mohd Arif Yaakob (Dewan Ulamak PAS Perak), Ustaz Abdul Latif Mohamad (Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat), Mohd Yusof Husein (Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah), Mohd Ali Hanafiah Ismail dan Nawawi Yusof. Yang ditahan atas tuduhan terlibat dengan Jundullah ialah Ustaz Buniyamin Yaakob, Zainuddin Abdullah, Tengku Shukri Tengku Zainal, Kamarulzaman Ismail dan Ustaz Omar Khalid.

Ekoran penahanan ISA yang dibuat tanpa dibuktikan bersalah ini, pada 21 November 1987, PAS Pusat telah menghantar rombongan terdiri daripada Pak Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Wan Muttalib Embong, Syed Ibrahim Abdul Rahman dan Haji Ahmad Subky Abdul Latif untuk menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Hanif Omar. Setelah dua bulan Operasi Lalang dijalankan, semua pempinan PAS yang ditahan telah ditempatkan di Kem Tahanan Kemunting untuk tahanan selama dua tahun kecuali Ustaz Abdul Halim Arshat, Tuan Guru Haji Mohd Arif Yaakub, Ustaz Abdul Latif Mohamad, Mohd Ali Hanafiah Ismail dan Nawawi Yusof yang dibebaskan selepas ditahan selama dua bulan.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
27 Oktober 2016 – HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































Sejarah: Bincang cadangan muktamar khas PAS isu UG

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42982-sejarah-bincang-cadangan-muktamar-khas-pas-isu-ug

SETIAUSAHA AGUNG PAS UMUM AKAN BINCANG CADANGAN MUKTAMAR KHAS PAS ISU UG (26 OKTOBER 2009)

PADA hari ini dalam tahun 2009, Setiausaha Agung PAS, Dato' Haji Mustafa Ali telah mengumumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan mengadakan satu mesyuarat khas atas permintaan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bagi membincangkan keperluan PAS mengadakan muktamar khas. Isu muktamar khas ini timbul ekoran satu kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS yang mengkritik "dua tiga kerat" pemimpin PAS yang dikatakan bermasalah dan ia perlu diselesaikan melalui Muktamar Khas PAS. Isu ini adalah berlanjutan daripada kekalahan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 11 Oktober 2009.

Beberapa pemimpin PAS telah mengaitkan kekalahan dalam pilihan raya kecil tersebut dengan usaha yang dibuat oleh Exco Kerajaan Selangor, Dato' Dr Hassan Mohd Ali untuk mengawal premis yang menjual arak di negeri tersebut, selain isu siasatan Selcat. Mereka kemudiannya mengaitkan isu Dato' Dr Hassan Mohd Ali dengan isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang telah pun ditutup sebelumnya oleh Mursyidul Am PAS dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 22 Jun 2009. Keadaan menjadi lebih parah apabila kolumnis Sinar Harian, Prof Dr Abdul Aziz Bari pada 19 Oktober 2009 telah membuat ulasan dengan menyebut nama Dato' Dr Hassan Mohd Ali bersama Ustaz Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS) dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai individu yang terbabit dalam isu kawalan arak di Selangor, yang kemudiannya memberi kesan terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang.

Isu UG asalnya digagaskan oleh Presiden PAS dalam temuramahnya pada Februari 2009 dan disiarkan oleh Siasah keluaran 1-7 Mac 2009 setelah Kerajaan 16 September '08 tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal. Presiden PAS itu mencadangkan sebuah kerajaan tanpa pembangkang diwujudkan, di mana semua parti termasuk pembangkang terlibat dalam kerajaan tanpa menyertai BN, tetapi timbul fitnah bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu membawa PAS menyertai BN. Oleh kerana isu UG tidak difahami oleh sesetengah pimpinan dan ahli PAS, pada 21 April 2009, ia telah ditarik balik oleh Presiden PAS. Isu ini berbangkit semula dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Shah Alam apabila Presiden PAS pada 5 Jun 2009 membuat kenyataan bahawa UG adalah cara terbaik menstabilkan politik negara. Walaupun ia dibantah oleh Dato' Husam Musa, Naib Presiden PAS, tetapi pada 7 Jun 2009, Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menyambut baik cadangan tersebut. Pada 10 Jun 2009, 10 orang ahli Parlimen PAS telah membantah UG, dan Mursyidul Am PAS telah membuat kenyataan mengkritik keras Timbalan Presiden PAS dalam isu ini. Akhirnya, pada 22 Jun 2009, dalam pertemuan antara Mursyidul Am PAS dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat, satu persetujuan untuk menutup isu UG telah dibuat.

Namun begitu, dengan mengambil kesempatan daripada tulisan Dr Abdul Aziz Bari ini, ada pihak yang memperalatkan Mursyidul Am PAS untuk membuat kenyataan pada 21 Oktober 2009 yang mengkritik pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS, selain Dato' Dr Hassan Mohd Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai individu-individu yang bermasalah dalam PAS. Mereka disifatkan "dua tiga kerat" pemimpin yang bermasalah dan telah menjatuhkan populariti PAS sehingga perlu diadakan satu Muktamar Khas PAS bagi menggugurkan mereka daripada kepemimpinan tertinggi PAS. Alasan yang digunakan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah teguran-teguran Allah terhadap Rasulullah SAW yang menunjukkan pemimpin perlu ditegur. Oleh kerana isu "pemimpin yang pro-Umno" yang ditimbulkan oleh Dr Abdul Aziz Bari, Mursyidul Am PAS itu menyebut beberapa nama yang dikatakan mahu PAS bekerjasama dengan Umno ke arah UG. Beliau mahu Muktamar Khas PAS yang dicadangkan ini membersihkan PAS dari pimpinan yang dikatakan "bermasalah" tersebut.

Ekoran kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS ini, Setiausaha Agung PAS pada 26 Oktober 2009 telah mengumumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada 28 Oktober 2009 bagi membincangkan keperluan mengadakan Muktamar Khas PAS. Dalam mesyuarat pada 28 Oktober 2009 itu, tiga keputusan telah diambil, iaitu:

I. Memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu seminar memperkasakan PAS akan diadakan menggantikan Muktamar Khas PAS;

II. Jawatankuasa Tatatertib yang diketuai oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyiasat dakwaan terhadap pemimpin PAS Selangor; dan

III. Isu UG ditutup sepenuhnya dan tidak berbangkit lagi.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
26 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 26/10/2016

Sumber HD - 26-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah: Dr Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42966-sejarah-dr-burhanuddin-al-helmy-meninggal-dunia

PROF DR BURHANUDDIN AL-HELMY MENINGGAL DUNIA (25 OKTOBER 1969)

PADA hari ini dalam tahun 1969, Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy Mohd Noor telah meninggal dunia setelah lebih empat tahun menderita sakit dan berulang-alik ke hospital akibat deraan yang dialami ketika ditahan ISA sejak awal 1965. Menurut Dr Burhanuddin al-Helmy sendiri lewat surat-surat peribadinya, beliau telah menerima tekanan, seksaan dan deraan fizikal dan mental sepanjang tahanan tersebut yang menyebabkan beliau menderita sepanjang hayat. Beliau dituduh tanpa bukti bahawa terlibat dalam satu rancangan menubuhkan sebuah kerajaan dalam buangan di Karachi yang menyebabkan beliau ditahan ISA pada awal 1965, walaupun beliau berulang-ulang kali menafikannya.

Prof Dr Burhanuddin al-Helmy dilahirkan di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911 dengan campuran Minang-Arab. Bapanya seorang ulamak lulusan Mekah yang berasal dari Tanah Datar, Sumatera Barat. Beliau mendapat pendidikan tinggi di India, Singapura, England, Pakistan, Bangladesh dan Kanada dalam bidang falsafah Islam dan perubatan homeopathy sehingga diberikan gelaran profesor oleh California Homeopathic Medical College bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam memgembangkan ilmu homeopathy di Tanah Melayu. Beliau adalah doktor homeopathy berbangsa Melayu yang pertama dan telah membuka kolej homeopathy di Singapura, Kuala Lumpur dan Gunung Semanggol selepas 1952, selain menjadi Yang Dipertua-Pengasas Persatuan Homeopathy Malaya (PHM). Nama beliau mulai terkenal kerana menulis sebuah buku, "Asuhan Kesihatan" ketika berusia 18 tahun pada 1929.

Dalam dunia politik, beliau mula terlibat dengan politik kiri bersama Sarekat Islam ketika belajar di Indonesia pada 1924, kemudian mengikuti gerakan Liga Muslim ketika berada di Aligarh Muslim University, India pada 1929-1930. Beliau juga pernah ditahan oleh British di Palestin pada 1936 kerana terlibat dalam bantahan isu Perjanjian Belfour, sebelum aktif sebagai Setiausaha Jam'iyatul Dakwah Singapura yang dipimpin oleh Sheikh Abbas Taha. Pada 1937, beliau terlibat dalam debat isu jilatan anjing di Kelantan sehingga beliau mula dikenali sebagai tokoh kaum muda. Pada 1938, beliau terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM), tetapi dipenjara oleh British di Singapura kerana tulisannya, "Taman Bahagia." Ketika menyiapkan tesis PhD-nya di Fakulti Psikologi, Aligarh Muslim University (1942-1943), beliau mula mendalami ilmu tasawuf sehingga terkenal beliau sebagai tokoh tasawuf di negara ini.

Ketika Perang Dunia Kedua sedang tercetus, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Adat Istiadat Melayu di Gunseikanbu, Markaz Tentera Jepun Singapura pada 1943, sebelum berpindah ke Markaz Besar Tentera Jepun di Taiping pada 1944. Selain menyusun Persidang Majlis Agama Malai-Sumatera di Kuala Kangsar, beliau juga telah menggubal draf perlembagaan Tanah Melayu merdeka "Piagam Taiping," pada 1945, tetapi kemerdekaan gagal diisytiharkan. Menerusi Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung (KRIS) beliau memimpin pergerakan politik bersama Ibrahim Haji Yaakob pada akhir zaman Jepun, dan kemudiannya memimpin Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), mengetuai Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan mempengerusikan kerjasama PUTERA-AMCJA antara 1946-1948. Pada 1950, beliau memimpin Jawatankuasa Bertindak Isu Natrah yang menyebabkan beliau ditahan selama 18 bulan di Singapura, sebelum beliau terlibat mengasaskan Parti Rakyat Malaya (PRM) pada 1955.

Penglibatan beliau dalam gerakan politik Islam di Indonesia dan India sebelum ini, telah mendorong beliau mengatur penubuhan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 sebelum ia menubuhkan Hizbul Muslimin pada 1948. Ketika PAS ditubuhkan, Dr Burhanuddin al-Helmy berada dalam tahanan British. Selepas dibebaskan pada 1952, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik, tetapi menerima perlantikan sebagai Ahli Kehormat PAS Johor Bahru pada 1954, sebelum menjadi ahli PAS secara rasmi pada 14 Disember 1956. Pada 25 Disember 1956, beliau diangkat sebagai Yang Dipertua Agung PAS ketiga menggantikan Dr Haji Abbas Alias. Ahli Parlimen Besut (1959-1964) ini memimpin PAS sehingga beliau ditahan ISA pada 28 Januari 1965. Tokoh yang dikenal sebagai "Putera Setia Melayu Raya" ini kemudiannya hanya menjadi pemimpin de jure PAS kerana sekatan politik yang dikenakan ke atasnya sejak 14 Mac 1966 sehingga 22 September 1969. Pembebasan ini ada sebahagian dari strategi Perikatan untuk mendekati PAS selepas Tragedi 13 Mei 1969. Tetapi, sebulan kemudian, iaitu pada 25 Oktober 1969, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy telah meninggal dunia dan Dato' Mohd Asri Haji Muda memangku jawatan beliau sehingga krisis politik berakhir pada 1971.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
25 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 25/10/2016

Sumber HD - 25-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah: Rancangan Dr Mahathir Mohamad untuk mendaruratkan Kelantan menjadi kenyataan
Posted on Tuesday, October 25 @ 06:19:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32120



PADA hari ini dalam tahun 1977, Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad telah mengemukakan satu pelan yang dikenali sebagai "Formula Mahathir" untuk menyelesaikan krisis politik Kelantan. Formula ini dikemukakan dalam satu pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri itu dengan wakil PAS, Dr Haron Din, Dr Haji Abbas Alias dan Dr Daeng Sanusi Mariok yang diadakan di kediaman Ketua Polis Kelantan. Formula ini mencadangkan supaya kerajaan Dato' Mohamad Nasir meletakkan jawatan dan sebuah kerajaan baru diketuai oleh Ustaz Nik Abdullah Arshad ditubuhkan.

Krisis politik Kelantan tercetus sejak PAS menyertai BN pada 1 Jun 1974, di mana selepas Pilihan Raya Umum 1974, Pengerusi BN, Tun Abdul Razak Hussein yang juga Perdana Menteri telah menolak calon Menteri Besar yang dinamakan oleh PAS, Wan Ismail Ibrahim. Tun Abdul Razak Hussein yang dipengaruhi oleh Tengku Razaliegh Hamzah sebaliknya melantik Dato' Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan. Hal ini telah menimbulkan krisis kepemimpinan yang berpanjangan sehingga PAS Kelantan mendesak Dato' Mohamad Nasir meletak jawatan. Konflik ini berakhir dengan pemecatan keahlian PAS ke atas Menteri Besar Kelantan itu pada 10 Oktober 1977 dan diikuti oleh usul undi tidak percaya di DUN Kelantan pada 15 Oktober 1977. Kemudian berlaku rusuhan yang berkemuncak pada 22 Oktober 1977 di mana 5,489 orang anggota keselamatan dikerahkan untuk bertugas di Kelantan ketika ini.

Usaha menyelesaikan konflik ini telah dibuat dengan diadakan rundingan antara Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn dengan Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda pada 13 Oktober 1977, tetapi rundingan ini gagal. Kemudian, Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengemukakan Formula Mahathir untuk menyelesaikan krisis ini dalam rundingan pada 24 Oktober 1977. Antara formula yang dicadangkan ialah:

I. Kerajaan Dato' Mohamad Nasir meletakkan jawatan dan DUN tidak perlu dibubarkan;
II. Sebuah kerajaan baru dibentuk dengan syarat semua Exco PAS ditukar, dengan Dato' Ishak Lotfi Omar dan Dato' Nik Abdul Rahman Nik Mohamad tidak boleh terlibat, tetapi semua Exco Umno boleh dikekalkan; dan
III. Ustaz Nik Abdullah Arshad dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru.

Ustaz Nik Abdullah Arshad (1934-1996) adalah salah seorang tokoh awal PAS Kelantan yang menjadi ADUN Kota Bharu Pantai (1959-1974) dan ADUN Sering (1974-1982), yang juga merupakan bekas Speaker DUN Kelantan (1972-1974). Beliau yang pernah ditahan ISA pada 1964-1966 adalah Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (1962-1964), Yang Dipertua PAS Kota Bharu (1966-1971), Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan (1968-1971) dan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa sejak 1975. Beliau dinamakan oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai calon yang paling sesuai menjadi Menteri Besar untuk menamatkan krisis politik Kelantan, tetapi PAS Kelantan menolaknya pada 29 Oktober 1977 kerana tidak mahu sebuah "kerajaan patung" dibentuk di Kelantan seperti yang berlaku pada zaman Dato' Mohamad Nasir.

Dalam pada itu, Dr Mahathir Mohamad 'mengancam,' jika formula ini tidak diterima, satu pentadbiran darurat atau mageran akan diwujudkan dengan diketuai oleh seorang pegawai MCS yang bertanggungjawab kepada Perdana Menteri. Di sebalik penolakan PAS Kelantan terhadap formula ini, ia juga ditolak oleh PAS Pusat ketika Dr Haron Din melaporkan rancangan tersebut kepada Dato' Mohd Asri Haji Muda. Akhirnya, cadangan Dr Mahathir Mohamad untuk mendaruratkan Kelantan menjadi kenyataan apabila Rang Undang-undang Darurat (Kelantan) 1977 dibawa ke Dewan Rakyat pada 8 November 1977.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
24 Oktober 2016


Sumber TKO - 15-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 











Formula Mahathir cadang Pak Nik Lah MB Kelantan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42944-formula-mahathir-cadang-pak-nik-lah-mb-kelantan

FORMULA MAHATHIR CADANGKAN PAK NIK LAH MENTERI BESAR BARU KELANTAN (24 OKTOBER 1977)

PADA hari ini dalam tahun 1977, Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad telah mengemukakan satu pelan yang dikenali sebagai "Formula Mahathir" untuk menyelesaikan krisis politik Kelantan. Formula ini dikemukakan dalam satu pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri itu dengan wakil PAS, Dr Haron Din, Dr Haji Abbas Alias dan Dr Daeng Sanusi Mariok yang diadakan di kediaman Ketua Polis Kelantan. Formula ini mencadangkan supaya kerajaan Dato' Mohamad Nasir meletakkan jawatan dan sebuah kerajaan baru diketuai oleh Ustaz Nik Abdullah Arshad ditubuhkan.

Krisis politik Kelantan tercetus sejak PAS menyertai BN pada 1 Jun 1974, di mana selepas Pilihan Raya Umum 1974, Pengerusi BN, Tun Abdul Razak Hussein yang juga Perdana Menteri telah menolak calon Menteri Besar yang dinamaka oleh PAS, Wan Ismail Ibrahim. Tun Abdul Razak Hussein yang dipengaruhi oleh Tengku Razaliegh Hamzah sebaliknya melantik Dato' Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan. Hal ini telah menimbulkan krisis kepemimpinan yang berpanjangan sehingga PAS Kelantan mendesak Dato' Mohamad Nasir meletak jawatan. Konflik ini berakhir dengan pemecatan keahlian PAS ke atas Menteri Besar Kelantan itu pada 10 Oktober 1977 dan diikuti oleh usul undi tidak percaya di DUN Kelantan pada 15 Oktober 1977. Kemudian berlaku rusuhan yang berkemuncak pada 22 Oktober 1977 di mana 5,489 orang anggota keselamatan dikerahkan untuk bertugas di Kelantan ketika ini.

Usaha menyelesaikan konflik ini telah dibuat dengan diadakan rundingan antara Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn dengan Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda pada 13 Oktober 1977, tetapi rundingan ini gagal. Kemudian, Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengemukakan Formula Mahathir untuk menyelesaikan krisis ini dalam rundingan pada 24 Oktober 1977. Antara formula yang dicadangkan ialah:

I. Kerajaan Dato' Mohamad Nasir meletakkan jawatan dan DUN tidak perlu dibubarkan;
II. Sebuah kerajaan baru dibentuk dengan syarat semua Exco PAS ditukar, dengan Dato' Ishak Lotfi Omar dan Dato' Nik Abdul Rahman Nik Mohamad tidak boleh terlibat, tetapi semua Exco Umno boleh dikekalkan; dan
III. Ustaz Nik Abdullah Arshad dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru.

Ustaz Nik Abdullah Arshad (1934-1996) adalah salah seorang tokoh awal PAS Kelantan yang menjadi ADUN Kota Bharu Pantai (1959-1974) dan ADUN Sering (1974-1982), yang juga merupakan bekas Speaker DUN Kelantan (1972-1974). Beliau yang pernah ditahan ISA pada 1964-1966 adalah Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (1962-1964), Yang Dipertua PAS Kota Bharu (1966-1971), Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan (1968-1971) dan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa sejak 1975. Beliau dinamakan oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai calon yang paling sesuai menjadi Menteri Besar untuk menamatkan krisis politik Kelantan, tetapi PAS Kelantan menolaknya pada 29 Oktober 1977 kerana tidak mahu sebuah "kerajaan patung" dibentuk di Kelantan seperti yang berlaku pada zaman Dato' Mohamad Nasir.

Dalam pada itu, Dr Mahathir Mohamad 'mengancam,' jika formula ini tidak diterima, satu pentadbiran darurat atau mageran akan diwujudkan dengan diketuai oleh seorang pegawai MCS yang bertanggungjawab kepada Perdana Menteri. Di sebalik penolakan PAS Kelantan terhadap formula ini, ia juga ditolak oleh PAS Pusat ketika Dr Haron Din melaporkan rancangan tersebut kepada Dato' Mohd Asri Haji Muda. Akhirnya, cadangan Dr Mahathir Mohamad untuk mendaruratkan Kelantan menjadi kenyataan apabila Rang Undang-undang Darurat (Kelantan) 1977 dibawa ke Dewan Rakyat pada 8 November 1977.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
24 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 24/10/2016

Sumber HD - 24-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Sejarah: Asri letak jawatan Yang Dipertua Agung PAS

HARAKAHDAILY | .
















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42940-sejarah-asri-letak-jawatan-yang-dipertua-agung-pas

DATO' ASRI LETAK JAWATAN YANG DIPERTUA AGUNG PAS (23 OKTOBER 1983)

PADA hari ini dalam tahun 1983, Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah meletakkan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi PAS, yang sekali gus menamatkan krisis kepemimpinan dalam PAS yang tercetus sejak 1981.

Peletakan jawatan ini juga menjadi batu tanda permulaan era kepemimpinan ulamak dalam PAS apabila Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Yusof Abdullah ar-Rawi memangku jawatan tertinggi PAS. Dato' Mohd Asri Haji Muda merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan kepemimpinan PAS iaitu semenjak 1965 hingga 1971 sebagai Pemangku Yang Dipertua Agung PAS dan mulai 1971 hingga 1982 sebagai Yang Dipertua Agung PAS.

Dato' Mohd Asri Haji Muda yang memulakan karier politiknya bersama PAS sejak 1953 sebagai Setiausaha Kerja PAS, sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kewangan PAS (1954-1955), Pesuruhjaya PAS Pantai Timur (1954-1955), Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS (1955-1962), Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu (kemudian Kelantan sahaja) (1956-1962), Naib Yang Dipertua Agung PAS (1962-1964) dan Pemangku Timbalan Yang Dipertua Agung PAS (1964).

Ketika beliau sedang memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS (1964-1971), pada 28 Januari 1965, Dato' Mohd Asri Haji Muda yang juga Menteri Besar Kelantan terpaksa memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS kerana Prof Dr Burhanuddin al-Helmy ditahan ISA. Selepas Dr Burhanuddin al-Helmy dibebaskan dengan dikenakan sekatan politik 1966, beliau terus memangku jawatan utama PAS sehingga berakhirnya sekatan politik ke atas Dr Burhanuddin al-Helmy, iaitu sebulan sebelum kematian Yang Dipertua Agung PAS itu. Sejak 1971, Dato' Mohd Asri mengambil alih kepemimpinan tertinggi secara rasmi.

Krisis kepemimpinan dalam PAS mula terserlah apabila Pak Yusof Rawa mengalahkan Dato' Abu Bakar Umar sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung PAS dalam pemilihan parti 1981. Dato' Mohd Asri Haji Muda kemudiannya melantik Dato' Abu Bakar Umar dan Haji Hassan Mohammad masing-masing sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari Agung PAS yang mendatangkan kritikan daripada kebanyakkan pimpinan PAS.

Di Kelantan, perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan pada 1981 telah bertukar menjadi konflik dalam soal pemilihan calon ketika menghadapi Pilihan Raya Umum 1982 apabila Pesuruhjaya PAS Kelantan itu tidak dilantik dalam Jawatankuasa Pemilihan Calon bagi negeri Kelantan.

Kemuncak kepada konflik ini, Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengadakan Muktamar Tahunannya lebih awal di Madrasah al-Masriyah, Bukit Mertajam pada 31 Julai hingga 2 Ogos 1982. Ia dianggap sebagai satu usaha untuk meminggirkan Dato' Mohd Asri Haji Muda.

Dalam majlis pembukaan Muktamar Tahunan PAS Ke-28 pada pagi 22 Oktober 1982, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah bertindak untuk tidak hadir menyampaikan ucapan dasarnya atas alasan ia tidak lagi mustahak kerana Dewan Pemuda PAS telah bermuktamar.

Pada keesokannya (23 Oktober 1982), Dato' Mohd Asri Haji Muda telah menyampaikan satu ucapan dasar tanpa tema (kemudian diberikan tema oleh pengikutnya sebagai "Ukhuwah Bukan 'Adawah"), yang memuji dasar Islamisasi BN dan mengkritikan golongan ulamak dalam PAS. Ini telah menyebabkan beliau menerima kritikan dan di"boo" oleh sesetengah ahli PAS. Beliau mendakwa ada pihak tertentu yang melaung slogan "Marakbar Asri!" Bertolak dari kritikan keras ke atas kepemimpinan beliau ini, pada petang 23 Oktober 1982, dengan dorongan beberapa pengikut utamanya, beliau telah mengemukakan surat perletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS.

Surat peletakan jawatan yang dibacakan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Abu Bakar Umar ini telah disambut dengan laungan takbir oleh para perwakilan, walaupun pada awalnya Dato' Mohd Asri Haji Muda menjangkakan satu usul untuk memberikan semula mandat kepada beliau akan dibuat oleh satu perwakilan dari Kelantan, tetapi ia tidak berlaku.

Oleh kerana tidak ada perwakilan yang membantah perletakan jawatan Yang Dipertua Agung PAS ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS yang mengadakan mesyuarat khas pada hari itu juga telah memutuskan untuk menerima perletakan jawatan tersebut, sekali gus menamatkan era kepemimpinan Dato' Mohd Asri Haji Muda sejak awal 1965.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 23/10/2016

Sumber HD - 23-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Sejarah: TG Nik Abdul Aziz angkat sumpah MB Kelantan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42925-sejarah-tg-nik-abdul-aziz-angkat-sumpah-mb-kelantan

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR BARU KELANTAN (22 OKTOBER 1990)

PADA hari ini dalam tahun 1990, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru, setelah BN gagal mempertahankan Kerajaan Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990.

Dengan pelantikan Menteri Besar Kelantan yang baru ini, ia telah mengembalikan semula Kerajaan Kelantan ke tangan PAS setelah ia jatuh ke tangan BN dalam Pilihan Raya Negeri Kelantan pada 12 Mac 1978. Menteri Besar Kelantan dari BN, Tan Sri Mohamed Yaacub telah memimpin Kelantan selama 12 tahun mulai 1978 hingga 1990.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang tokoh agama lulusan Darul Ulom, Deoband dan Universiti al-Azhar, Mesir adalah Adun Semut Api sejak 1986. Sebelum itu beliau merupakan Ahli Parlimen Kelantan Hilir (1967-1974) dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (1974-1986).

Sejak 1986, beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dun Kelantan, sebelum menjadi Ketua Kerajaan selaku Menteri Besar mulai 22 Oktober 1990. Beliau adalah Menteri Besar Kelantan yang keenam selepas merdeka mengikuti pendahulunya Ustaz Dato' Haji Ishak Lotfi Omar (1959-1964 dan 1973-1974), Dato' Mohd Asri Haji Muda (1964-1972), Dato'  Mohamad Nasir (1974-1978) dan Tan Sri Dato' Haji Mohamed Yaacub (1978-1990).

Kedudukan Kerajaan BN di Kelantan telah tergugat sejak tercetusnya krisis kepemimpinan Umno pada 1987. Kekalahan Tengku Razaliegh Hamzah dalam pemilihan Umno pada 27 April 1987 telah menyebabkan parti itu berpecah dan diharamkan oleh mahkamah.

Serpihan Umno atau Team B Umno yang dipimpin oleh Tengku Razaliegh Hamzah telah menubuhkan Semangat 46 sebelum mereka membentuk pakatan politik dengan serpihan PAS, Berjasa di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan).

PAS sendiri pada 12 Mac 1988 telah mengemukakan usul undi tidak percaya melalui Adun Banggol, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman terhadap Kerajaan BN Kelantan ekoran pengharaman Umno ini, tetapi ia tidak mendapat sokongan Adun BN yang pro Team B Umno.

Sejak akhir 1988 juga, PAS mulai membentuk persefahaman politik dengan Angkatan, di mana PAS telah diberikan hak untuk mentadbir Kelantan jika kerjasama PAS-Angkatan berjaya menguasai Kelantan.

Hasil daripada persefahaman politik yang dibentuk bersama antara PAS dengan Angkatan yang dianggotai oleh Berjasa, Semangat 46 dan Hamim, dalam Pilihan Raya Umum pada 21 Oktober 1990, gabungan politik ini berjaya menguasai Kelantan.

Persefahaman PAS-Angkatan telah menyapu bersih kesemua 13 kerusi Parlimen dan 39 kerusi Dun, di mana PAS memenangi sebanyak 24 kerusi, Semangat 46 mendapat 13, Berjasa satu dan Hamim satu (atas tiket Semangat 46).

Dengan kemenangan ini, pada 22 Oktober, Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru. Turut mengangkat sumpah selepas itu ialah Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (Banggol), Ustaz Idris Ahmad (Tawang), Ustaz Yahya Othman (Banggol Judah) dan Dato' Abdul Halim Mohamad (Bunut Payung) sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
22 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 22/10/2016

Sumber HD - 22-10-2016

No comments:

Post a Comment