BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, May 16, 2016

SIDANG PARLIMEN KE-13 : 16 MEI 2016 HG 26 MEI 2016


Satu Lagi Private Bill Akan Dibawa Ke Parlimen?                                                   
Posted on Wednesday, June 29 @ 23:38:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30812

"Oktober nanti, private bill yang dibawa oleh PAS melalui TGHH  akan dibahas dan diundi. PAS memerlukan sebanyak 112 undi menyokong daripada sejumlah 222 undi MP. Adakah RUU Syariah itu akan berjaya dimartabatkan, sama-sama kita usahakan; bukan sekadar tontonk keputusannya nanti. Rintangannya ialah dari mana 112 undi itu mampu diperolehi?
Senario hari ini, majoriti umat sama ada melalui NGO atau secara individu menyokong private bill itu. Masing-masing menyatakan kewajaran RUU Syariah disokong demi mengangkat perundangan syariah agar selari dengan kehendak Allah.

Persoalannya ialah mampukah TGHH mendapat sokongan paling kurang 112 undi MP? Adakah Presiden BN membenarkan MP-nya mengundi mengikut suara hati atau mengarahkan MP muslim mengundi untuk menyokong? Bagaimana pula sikap MP PKR dan PAN yang masih berteka-teki?

Di suatu sudut yang lain, penulis tertanya-tanya mengapa umat Islam perlu mengundi bersama-sama dengan bukan Islam dalam perkara-perkara yang melibatkan mereka dan agama mereka sahaja. RUU Syariah tidak melibatkan bukan Islam. Mengapa mereka hendak mengundi untuk orang Islam?

Perlukah kita meminta sokongan, dokongan dan undi mereka untuk melaksanakan tuntutan agama kita? Aneh? Adakah mereka juga perlu bawa private bill untuk suatu tuntutan ajaran agama mereka yang tidak melibatkan umat Islam? Sila nyatakan kesnya.

Secara basic-nya penulis faham sistem dan perlembagaan negara. Tetapi adilkah ini untuk Islam dan umatnya. Kalau hak beragama penganut lain diberi kebebasan di bawah perlembagaan, kenapa hak beragama umat ini pula perlu pada private bill? Kenapa kita perlu kepada keredhaan penganut agama lain? Kenapa ini berlaku?

Kalau demikian halnya, wajiblah pada masa akan datang seorang MP Islam membawa suatu private bill baru yang membenarkan urusan umat Islam dan agamanya tidak memerlukan undi majoriti di Parlimen lagi. Suatu private bill yang memberi kuasa kepada DYMM Yang Dipertuan Agong bagi peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang tidak beraja manakala Sultan bagi negeri-negeri yang mempunyai sultan.

Penulis mengharapkan pakar-pakar perundangan Islam dan PAS mengkaji pandangan ini demi kedaulatan Islam di tanahair sendiri. Penulis berasa amat gerun akan kemurkaan Allah apabila ajaran al-Quran mesti minta kerjasama dan keredhaan si kafir untuk dilaksanakan. Penulis berasa sirna jiwa raga apabila memikirkan kemurkaan Allah apabila hukum-hakamnya diletak rendah di bawah hukum-hakam ciptaan manusia.

Motif tulisanku ialah berjuang meletakkan hukum-hakam Allah pada tempat yang sewajarnya dan agar kita semua tidak menerima bala berterusan kerana kemurkaan-Nya.



Sumber TKO - 29-6-2016
-----------------------------------------------------------------------------

MCA Juga Menentang RUU berkenaan memperkasa Mahkamah Syariah


Posted on Friday, May 27 @ 15:22:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA LUMPUR: Jika Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Parlimen, ia akan mencetuskan krisis perlembagaan, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau yang merujuk kepada pembentangan RUU Persendirian mengenai hudud oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Khamis berkata, krisis nasional juga bakal berlaku.

"Perkara ini amat serius. Ia (hudud) akan menyebabkan krisis perlembagaan. Ia akan menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini.

"Ia turut bertentangan dengan semangat Barisan Nasional (BN)," katanya mengenai kerjasama yang jelas antara Umno dan PAS dengan membenarkan RUU itu dibentangkan.


RUU itu disenaraikan sebagai item No.15 iaitu yang terakhir dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat namun Ahli Parlimen Umno mengemukakan usul untuk mempercepatkan pembentangan RUU itu.

Bagaimanapun, Abdul Hadi mengejutkan memohon supaya usul itu ditangguhkan pada persidangan Dewan Rakyat, Oktober ini.

Tiong Lai berkata, MCA dan parti-parti BN yang lain amat kecewa apabila tidak dirujuk terlebih dahulu dan kelihatan seolah-olah Umno yang mengetahui perkara itu.

Beliau menyifatkan ia sebagai satu tindakan membelakangi parti-parti komponen BN.

"MCA akan membincangkan perkara ini dengan parti-parti komponen lain," katanya.

Tiong Lai turut mengingatkan Umno bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen dan kesemuanya telah mencapai kata sepakat tahun lalu bagi menentang hudud di Parlimen.

Beliau menegaskan bahawa MCA akan terus menentang perlaksanaan hudud di negara ini.

"Sekularisme di mana Perlembagaan Persekutuan ditubuhkan mesti dilindungi," kata Tiong Lai.
RUU berkenaan dilihat sebagai pasport untuk pelaksanaan undang-undang hudud yang boleh "merebak" dari Kelantan ke negeri-negeri lain.

Jika RUU itu diluluskan, ia akan memberikan kuasa kepada kerajaan negeri Kelantan untuk mengenakan hukuman hudud di negeri itu.

Tiong Lai berkata, MCA bertekad untuk memastikan kerajaan mengekalkan struktur sistem undang-undang di Malaysia yang sedia ada, direka berdasarkan "semangat dan tujuan Perlembagaan Persekutuan".

"Ini bagi memastikan keadilan untuk semua, tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang dalam masyarakat sekular," katanya.

Sumber TKO - 27-5-2016



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akta 355: Bukti PAS komited perkasa Islam

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia menyatakan sokongan padu terhadap Presiden PAS, selaku Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah membentangkan RUU Persendirian pada hari terakhir sidang parlimen bagi Penggal Keempat Mesyuarat Kedua semalam.

Pembentangan usul yang dikemukakan oleh beliau bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia Wan Hasrina Wan Hassan melahirkan penuh kesyukuran di atas kejayaan Ahli Parlimen Marang dalam  mengemukakan RUU yang sama selepas dua cubaan untuk mengemukakannya di dalam sidang parlimen pada tahun lalu.

Katanya, usaha yang berterusan dan bersungguh-bersungguh ini membuktikan bahawa PAS komited dalam agenda memperkasakan Islam dan memperjuangkan hukum Allah sebagai hukum tertinggi negara khususnya dalam memperkasa dan menambah bidang kuasa mahkamah syariah di Malaysia.

Justeru, Muslimat PAS amat yakin dengan pindaan bidang kuasa mahkamah syariah akan menambahbaik pembelaan yang adil dan telus mengikut perundangan Islam, terutama  terhadap kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan kehormatan dan keselamatan kaum wanita.

"Sebagai contoh, kes rogol, sumbang mahram, zina dan lain-lain. Kami, menyeru kepada semua umat Islam, khususnya ahli parlimen yang beragama Islam, agar terus menyokong usaha murni ini serta sentiasa berdoa semoga dipermudahkan usul ini di dalam perbahasan yang ditangguhkan ke persidangan akan datang," ujarnya kepada Harakahdaily.

Semalam, usul RUU Persendirian Tuan Guru Abdul Hadi berjaya dibentangkan walaupun mendapat bantahan bertalu-talu daripada Ahli Parlimen DAP sebaik sahaja usul berkenaan yang dibawa oleh beliau diterima Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. – HARAKAHDAILY 27/5/2016

Sumber HD - 27-5-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Orang Kapir Telah Menunjukkan Sikap Menentang


Posted on Friday, May 27 @ 15:04:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Memperkasakan Mahkamah Syariah tiada kaitan dengan orang bukan Islam tetapi malangnya orang kapir telah menunjukkan sikap penentangannya kepada Islam. Mereka menunjuk sikap anti Islam Lagi malang ada parti kononnya Islam yang baru tubuh macam PAN @ AMANAH bersetongkol dengan orang kapir untuk menentang RUU ini.

Seorang exco kerajaan kedah Leong Yong Kong meletakkan jawatan sebagai anggota MCA.Tindakan itu diambil kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan mengutamakan rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS bagi membuka laluan kepada hudud.
Beliau berkata MCA gagal mendapat rasa hormat Umno dan gagal mempertahankan perlembagaan.

Sumber TKO - 27-5-2016


------------------------------------------------------------------------------
Syukur Di atas Perjalanan Memperkasa Undang2 Syariat Di Malaysia

Posted on Friday, May 27 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Alhamdulillah Puji dan Syukur kepada Ilahi atas kejayaan Presiden PAS membawa usul Persendirian bagi menaik Taraf Mahkamah Syariah dengan Akta 355 di Parlimen.

Kegembiraan terpancar di setiap wajah setiap muslim yang mukmin. 


Secara peribadi saya tidak pernah lihat Presiden gembira sebagaimana hari ini. Kami semua berkongsi kegembiraan dengan beliau

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
26hb Mei 2016 


Sumber TKO - 27-5-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memohon Kepada Allah Sebelum RUU Dibentangkan

Posted on Friday, May 27 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Ya Allah di pagi Khamis ini beliau sujud dan merayu di depan Mu sebelum melangkah keluar memikul amanah yang sangat besar.

Tiada apa dihajati melainkan melihatkan peraturan dan hukum Mu didaulatkan.

Dan janji ALlah memang benar dia mendapat halangan dariupada musuh-musuh Islam, malah dia juga akan mendapat halangan pada mukmin dengki seperti termaktub dalam Al Quran.

Ya Allah permudahkan beliau kerana apabila RUU ini diluluskan ini akan menjadi Mahkamah Syariah diperkasakan dan ini adalah sejarah dalam negara kita.

Yang Allah permudahkan urusan beliau dan hapuskan penghalangnya sebagaimana Engkau hapus penentang agama sepanjang zaman.

Kredit
Roslan Sms

Sumber TKO - 27-5-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAS adil dalam memartabat Mahkamah Syariah di Malaysia

HARAKAHDAILY | .

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pusat, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana membenarkan Ahli Parlimen Marang,  Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Pindaan Akta 355; Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) pada hari terakhir sesi Parlimen bersidang baru-baru ini di bawah Seksyen 14(2) Peraturan Tetap Dewan.

Pembentangan RUU Persendirian ini jelas dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia sendiri yang termaktub dalam Perkara 66 dan Perkara 67.

Cadangan pindaan oleh PAS juga sejajar dengan Titah Diraja baru-baru ini untuk memartabatkan Mahkamah Syariah yang kini tarafnya lebih rendah daripada Mahkamah Majistret.

RUU ini hanya meliputi mereka yang beragama Islam dan berkenaan Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual ke-9 Undang-undang Persekutuan sahaja.

Setelah dibentang, RUU ini akan dibahas secara demokratik oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

Cadangan pindaan tersebut akan diundi untuk diluluskan/tidak diluluskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sejajar dengan Seksyen 46(3) Peraturan Tetap Dewan.

Perbahasan RUU tersebut telah dipohon untuk ditangguhkan oleh PAS di bawah Seksyen 15(5) Peraturan Tetap Dewan kerana ingin berlaku adil kepada ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain.

Diharapkan kesemua ahli Dewan Rakyat daripada kerajaan dan pembangkang dapat bersiap sedia untuk melaksanakan tanggungjawab demokratik masing-masing dengan memberi perbahasan yang berilmiah, matang dan berkualiti tinggi melalui penyelidikan yang teliti di dalam sesi bersidang Parlimen seterusnya di bulan Oktober nanti.

"Keadilan Berlandaskan Wahyu"

"Beristiqamah Sehingga Kemenangan"

Wan Rohimi Wan Daud
Pengarah Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia (Juham),
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 27-5-2016


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sejarah tercipta, Usul Persendirian dibentang

HARAKAHDAILY | .

SEJARAH TERCIPTA, USUL PERSENDIRIAN MEMINDA AKTA 355 DIBENTANGKAN DI PARLIMEN OLEH PRESIDEN PAS

ALHAMDULILLAH. Pada hari ini, Khamis 26 Mei 2016, Usul Persendirian oleh YB Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat setelah beberapa kali disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul di Dewan Rakyat sebelum ini. *Perbahasan* bagi Usul Persendirian ini pula akan dijalankan pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.

Namun, pada peringkat awal usaha “pembentangan usul”, ia dibantah oleh beberapa ahli parlimen DAP dan PAN. Ada yang beralasan ianya sebagai perkara sensitif yang memerlukan rundingan dengan rakyat. PAS menegaskan bahawa nilaian sensitif atau tidak, perlu dilakukan dalam sesi “Perbahasan Usul" nanti dan bukan pada peringkat “Pembentangan Usul”.

Apabila alasan mereka ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana tidak mengikut peraturan mesyuarat, mereka meminta pula untuk diadakan "Undi Belah Bagi" untuk menentukan sama ada Usul Persendirian itu boleh diusulkan atau tidak, sedangkan "Undi Belah Bagi" tiada dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi peringkat pembentangan usul.

Cubaan beberapa ahli Parlimen DAP ini menimbulkan persoalan terhadap sikap mereka terhadap usaha-usaha untuk memperkasakan perundangan Islam di Malaysia khusus untuk kebaikan orang Islam selaras dengan peruntukan perlembagaan “Islam Agama Persekutuan”.

Usul Persendirian ini adalah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] dengan menggantikan seksyen 2 dengan seksyen berikut:

Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah

2.       Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan".
dan memasukkan selepas seksyen 2 seksyen yang berikut:
"HUKUMAN"
2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah yang berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati."

Akta 355 merupakan Akta bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini.

Usul Persendirian tersebut adalah bertujuan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia agar lebih tinggi kedudukannya berbanding sekarang.

Ia juga bertujuan memperkasakan peruntukan undang-undang jenayah Islam dengan meningkatkan kuasa menjatuhkan hukuman bagi Mahkamah Syariah. Jika sebelumnya hukuman terhadap pesalah Syariah terikat dengan had maksima 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan, maka dengan Usul Persendirian ini had hukuman boleh dipertingkatkan untuk selaras dengan sebahagian undang-undang jenayah Islam.

Pindaan undang-undang ini untuk perkara yang melibatkan orang Islam. Ia tidak wajar menimbulkan sebarang sensitiviti bagi orang bukan Islam. Ruang untuk perbahasan terbuka kepada ahli-ahli Parlimen bukan Islam nanti jika ada yang belum memahaminya.

PAS mengemukakan Usul ini di Dewan Rakyat sebagai satu tanggungjawab dakwah dan kewajipan memperkasakan Islam dengan memanfaatkan kerangka demokrasi negara. Ahli-ahli Parlimen di kalangan muslim dan bukan muslim boleh menentukan sikap mereka nanti sama ada menyokong atau membangkang.

Selamat berbahas!

Sekian.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 26 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 26/5/2016

Sumber HD - 26-5-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Perjuangan PAS martabat Islam tak pernah padam

HARAKAHDAILY | .

Bentang RUU Persendirian: Perjuangan PAS martabat Islam tak pernah padam

Hari ini (26 Mei 2016) mencatat satu lagi sejarah dalam Parlimen Malaysia. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS berjaya membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat.

Walaupun ini kali ketiga Tok Guru mengemukakan rang undang-undang yang serupa ke Parlimen selepas dua cubaan sebelum ini pada tahun lepas, tetapi ia akhirnya berjaya. Walaupun usul berkenaan ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan, ia isu lain.

Rang undang-undang persendirian itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini.

Agenda memartabatkan Islam bukanlah agenda pinggiran dalam perjuangan PAS. Islam diletak menjadi dasar dalam Perlembagaan PAS.

Islam juga menjadi sumber tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu ketika PAS berjaya memerintah Terengganu dari akhir 1999-2004.

Islam juga menjadi matlamat akhir dalam hidup secara peribadi ahli PAS dan dalam hidup berorganisasi ahli PAS.

Memartabatkan Islam bererti PAS mahu menegakkan keadilan, kerana Islam itu adil. Non-muslim jangan bimbang kerana Islam tidak menzalimi non-muslim dari sudut undang-undang di atas dunia.

Kalau anda muslim, anda sepatutnya bersama PAS. Dan kalau anda non-muslim, anda juga boleh bersama PAS kerana PAS diajar oleh Islam untuk berlaku adil kepada semua.

Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulamak PAS Pusat
Ketua Lajnah Media Baharu DUPNT
26 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 26/5/2016

Sumber HD - 26-5-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sokong Presiden PAS bentang RUU Mahkamah Syariah

HARAKAHDAILY | .

MENYOKONG PENUH PRESIDEN PAS MEMBENTANGKAN RUU MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG  KUASA JENAYAH) (PINDAAN) 2016 DI PARLIMEN

Ahli Parlimen Marang, YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah membentang di parlimen pada sidang kali ini, RUU bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah.

ASATIZAH menyokong penuh usaha murni Presiden PAS dalam memperkasakan mahkamah syariah serta menyeru seluruh Ahli Parlimen Islam menyokong usaha ini.

Amat mengecewakam apabila ada dari kalangan umat Islam membangkang kewajiban besar pada ummah ini. Ahli parlimen bukan Islam digesa agar tidak campur tangan dalam perkara yang berkaitan tentang kemuliaan Islam sebagaimana kami menghormati agama kalian.

Seluruh rakyat beragama Islam digesa agar menyampaikan suara gesaan anda pada ahli parlimen di tempat masing-masing. Berdoalah agar usaha ini diberikan kejayaan. Sudah masanya umat Islam bersatu mempertahankan agama dan mengukuhkan kedudukannya di Malaysia.

MOHD IKRAM AHMAD BADARDDIN
Presiden Pertubuhan Rabithah Asatizah Ummah (ASATIZAH)

Sumber HD - 26-5-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



RUU Persendirian: PAS dapat bentang walau DAP bantah

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat yang bersidang pada sesi sebelah petang hari ini telah membazirkan masa hampir 30 minit apabila beberapa ahli parlimen DAP dan Amanah mempertikaikan pembentangan usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Rang Undang-undang Persendirian itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini.

Tuan Guru Abdul Hadi mengambil masa kira-kira tiga minit untuk membacakan usulnya sebaik sahaja dibenarkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau juga memohon agar usulnya itu ditangguhkan untuk dibahaskan ke mesyuarat ke-3 yang di jangka akan berlangsung pada 17 Oktober akan datang.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook mempersoalkan keputusan Speaker Pandikar Amin Mulia kerana mendahulukan RUU Persendirian itu berbanding usul lain yang lebih penting.

"Sesuatu yang sangat pelik pada pagi ini diusulkan dan petang dibentangkan dalam dewan. Apakah ini ada agenda politik daripada kerajaan," soalnya ketika meminta penjelasan.

Bahkan beliau turut meminta Pandikar Amin mempertimbangkan semula perkara itu kerana merasakan RUU Persendirian itu tidak penting.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen turut bangun meminta penjelasan dan menjelaskan bahawa pembentangan RUU Persendirian itu satu perkara yang sensitif dan perlu ada perundingan.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang bangun mempertikaikan pembentangan RUU Persendirian Marang yang disifatkan perlu dibawa ke perundingan kerana melibatkan pelbagai masyarakat.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad turut bangun meminta penjelasan tentang prosedur dan amalan parlimen apabila memberi keutamaan kepada usul peribadi.

"Apa pertimbangan yang perlu kita ada untuk membentangkan RUU Persendirian, supaya lain kali kita ada usul peribadi kita pun boleh ikut," soal beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat bahawa pembentangan usul RUU Persendirian tidak perlu di buat belah bahagi apabila Look Siew Fook meminta dewan agar dibuat belah bahagi bagi membenarkan pembentangan usul itu.

"Sepatutnya, rakan-rakan saya sokong perkara ini dan mengikut peraturan mesyuarat kerana kerajaan agak susah hendak naikkan RUU Persendirian seperti hari ini, " katanya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali turut bangun dan meminta Speaker memberi hak demokrasi kepada Marang untuk meneruskan pembentangan RUU itu.

"Kita dengar dahulu apa yang hendak dibentangkan oleh Marang, berilah ruang demokrasi dia," tegas beliau.

Pandikar Amin turut menegaskan bahawa usul RUU Persendirian Marang itu adalah usul yang baru pertama kali diangkat dan meminta ahli parlimen mendengar dahulu apa yang akan dikemukakan oleh Marang.

Rang undang-undang persendirian itu disenaraikan sebagai agenda terakhir dalam aturan mesyuarat pada hari akhir sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ini adalah kali ketiga Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan rang undang-undang yang serupa ke Parlimen selepas dua cubaan sebelum ini pada tahun lepas. – HARAKAHDAILY 26/5/2016

Sumber HD - 26-5-2016


Pembentangan RUU Persendirian YB Marang (penuh)

Posted on Thursday, May 26 @ 21:25:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah Oleh Presiden PAS dan perbahasan oleh beberapa orang yang kita boleh lihat sikap mereka dengan hudud Allah.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=jr54jyTg_4E

Kredit
TV PAS
Sumber TKO - 26-5-2016



Lim Guan Eng Menyerang RUU Hudud Persedirian Kelantan
Posted on Thursday, May 26 @ 20:12:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa bahawa BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.

"Ini adalah kerjasama antara Umno dan PAS ... antara BN dan PAS," katanya.

Beliau menggesa rakan-rakan BN - MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak - untuk menyatakan pendirian mereka.

"Mereka kata  akan keluar daripada BN ... Saya ingin tahu jika mereka (masih) bersedia untuk berbuat demikian," katanya.

Beliau mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak mengikut perlembagaan.

Beliau memberi amaran bahawa sekiranya rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen, ia akan memberi kesan ke atas sistem kehakiman.

"Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang),” katanya di lobi Parlimen.

Jika rang undang-undang itu diluluskan, ini akan merintis jalan untuk pelaksanaan hudud  di Kelantan.
Sumber TKO - 26-5-2016

Sejarah Tercipta; Usul Pinda Akta 355 Dibentang

ALHAMDULILLAH. Pada hari ini, Khamis 26 Mei 2016, Usul Persendirian oleh YB Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berjaya *dibentangkan* di Dewan Rakyat setelah beberapa kali disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul di Dewan Rakyat sebelum ini. *Perbahasan* bagi Usul Persendirian ini pula akan dijalankan pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.

2. Namun, pada peringkat awal usaha *“pembentangan usul”*, ia dibantah oleh beberapa ahli parlimen DAP dan PAN. Ada yang beralasan ianya sebagai perkara sensitif yang memerlukan rundingan dengan rakyat. PAS menegaskan bahawa nilaian sensitif atau tidak, perlu dilakukan dalam sesi *“Perbahasan Usul”* nanti dan bukan pada peringkat “Pembentangan Usul”.

3. Apabila alasan mereka ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana tidak mengikut peraturan mesyuarat, mereka meminta pula untuk diadakan *”Undi Belah Bagi”* untuk menentukan sama ada Usul Persendirian itu boleh diusulkan atau tidak, sedangkan “Undi Belah Bagi” tiada dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi peringkat pembentangan usul.

4. Cubaan beberapa ahli Parlimen DAP ini menimbulkan persoalan terhadap sikap mereka terhadap usaha-usaha untuk memperkasakan perundangan Islam di Malaysia khusus untuk kebaikan orang Islam selaras dengan peruntukan perlembagaan “Islam Agama Persekutuan”.

5. Usul Persendirian ini adalah bagi meminda *Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355]* dengan menggantikan seksyen 2 dengan seksyen berikut:

*“Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah*

*2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan”.*

dan memasukkan selepas seksyen 2 seksyen yang berikut:

*”HUKUMAN*

*2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah yang berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati.”*

6. Akta 355 merupakan Akta bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini.

7. Usul Persendirian tersebut adalah bertujuan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia agar lebih tinggi kedudukannya berbanding sekarang.

8. Ia juga bertujuan *memperkasakan* peruntukan undang-undang jenayah Islam dengan meningkatkan kuasa menjatuhkan hukuman bagi Mahkamah Syariah. Jika sebelumnya hukuman terhadap pesalah Syariah terikat dengan had maksima 3 tahun penjara, denda rm5000 dan 6 kali sebatan, maka dengan Usul Persendirian ini had hukuman boleh dipertingkatkan untuk selaras dengan sebahagian undang-undang jenayah Islam.

9. Pindaan undang-undang ini untuk perkara yang melibatkan orang Islam. Ia tidak wajar menimbulkan sebarang sensitiviti bagi orang bukan Islam. Ruang untuk perbahasan terbuka kepada ahli-ahli Parlimen bukan Islam nanti jika ada yang belum memahaminya.

10. PAS mengemukakan Usul ini di Dewan Rakyat sebagai *satu tanggungjawab dakwah* dan *kewajipan memperkasakan Islam* dengan *memanfaatkan kerangka demokrasi* negara. Ahli-ahli Parlimen di kalangan muslim dan bukan muslim boleh menentukan sikap mereka nanti sama ada menyokong atau membangkang.

Selamat berbahas!!!

Sekian.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 26 Mei 2016

Sumber BO - 26-5-2016


Presiden PAS minta RUU Hudud Di Tangguhkan Untuk Perbahasan Yang Lebih Jitu

Posted on Thursday, May 26 @ 16:15:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=JCDuc8xs6Fo

Rang Undang-undang peribadi untuk meminda Akta 355 bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan diberi keutamaan di parlimen hari ini.

Rang undang-undang yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dijadual dibahaskan hari ini, hari terakhir sidang parlimen untuk sesi ini.


Hadi bagaimanapun memohon perbahasan itu ditangguhkan ke sesi akan datang, yang akan berlangsung pada 17 Oktober.

Beliau memohon perkara itu bawah Seksyen 15(5) Peraturan Tetap Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum itu mencadangkan usul itu Hadi itu dibawa ke depan.

Ia disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.


Speaker Dewan Speaker Pandikar Amin Mulia membenarkan penangguhan usul itu selepas undi suara dibuat.

Anthony Loke (DAP-Seremban) pada mulanya meminta pengundian blok dibuat.

Sumber TKO - 26-5-2016











Presiden PAS berjaya bentang RUU Hudud, bahas sidang akan datang

Posted on Thursday, May 26 @ 16:07:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Namun begitu, usul berkenaan ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang untuk meluluskan usul ini," kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas keluar Dewan Rakyat.

Ini adalah kali ketiga Presiden Pas itu mengemukakan rang undang-undang yang serupa ke Parlimen selepas dua cubaan sebelum ini pada tahun lepas.

Rang undang-undang persendirian itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini.

Sumber TKO - 26-5-2016



Paras Hutang Isi Rumah Tinggi Ancam Keselamatan

Kerajaan tidak sepatutnya memandang positif paras hutang isi rumah yang mencecah 89.1% daripada KDNK semata-mata kerana peningkatan itu disokong oleh pemilikan aset yang bernilai.

2. Realiti pertambahan pendapatan isi rumah yang lembab dan tidak selari dengan peningkatan kos sara hidup menyebabkan masyarakat terus dihimpit dengan bebanan hutang yang tinggi sepatutnya diberikan perhatian yang serius oleh Kerajaan.

3. Jika ditinjau dari sudut pengurusan hutang dalam kalangan rakyat di negara ini, ia amat merisaukan. Sejumlah 148,830 atau 35.5% daripada 418,941 pelanggan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mempunyai masalah hutang, menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) dan hanya 9,937 kes atau 6.68% sahaja berjaya diselesaikan dengan jumlah keseluruhan RM407.9 juta.

4. Peningkatan mendadak peserta PPK kepada hampir 20,000 orang pada 2014 daripada purata 12,000 orang bagi tempoh 2008 hingga 2013 juga membuktikan semakin ramai rakyat negara ini bermasalah dengan hutang yang mereka miliki.

5. Lagi, 100,000 individu yang telah diisytiharkan muflis bagi tempoh 2010 hingga April 2015 dan sejumlah 1.25 juta peminjam PTPTN yang telah disenaraikan dalam CCRIS menunjukkan betapa tidak baiknya tahap kebolehupayaan membayar semula hutang dalam kalangan rakyat di negara ini. Jumlah yang akan diisytiharkan bankrap juga dijangkakan bakal meningkat dengan lebih mendadak.
6. Kerajaan juga harus sedar bahawa peningkatan nisbah hutang isi rumah kepada KDNK akan membawa kepada pengangguran yang makin bertambah dan pertumbuhan ekonomi yang makin perlahan khususnya dalam suasana ekonomi global yang lembab serta masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara-negara serantau dan Malaysia pula sangat bergantung kepada aktiviti perdagangan.

7. Lebih malang lagi ialah jika hutang-hutang yang ditanggung oleh rakyat pada ketika ini terjebak dengan riba. Allah berfirman, maksudnya :

_“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.”_
(Al-Baqarah : 275)

Sekian.

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

Sumber BO - 26-5-2016

Kerajaan Umno digesa bantu pengusaha madu kelulut

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Pengusaha industri madu kelulut perlu diberi bantuan kewangan daripada kerajaan bagi melakukan inovasi untuk menghasilkan koloni kelulut tanpa menebang pokok, demikian menurut  Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Di dalam soalan tambahanya di Dewan Rakyat hari ini, Nik Abduh berkata, kebanyakan pengusaha madu kelulut bergantung kepada pokok bagi menghasilkan koloni kelulut.

"Pengusaha perlu tebang pokok menyebabkan beribu-ribu pokok ditebang di kampung, sementara ada penagih dadah tebang pokok sesuka hati dan menjual kepada pengusaha.

"Ia secara tidak langsung akan mengganggu ekosistem dan merosakkan kerana kelulut menjadi ejen pendebungaan," katanya.

Keadaan ini, katanya akan menyebabkan industri yang sudah mendapat tempat di negara seolah-olah tidak mesra alam dan akhirnya gagal menembusi pasaran antarabangsa kerana piawaian yang agak ketat.

Akhirnya, jelas beliau harga madu kelulut akan jatuh dan tidak mungkin lagi dapat dijual dengan RM200 sekilogram.

"Di Kelantan kalau hendak buat sarang dengan mengalihkan 'permaisuri' ke sarang memerlukan kewangan yang besar dan pengusaha tidak mendapat bantuan," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui bahawa pengusaha madu kelulut tidak perlu lagi menebang pokok bagi mengalihkan 'permaisuri' kerana adanya teknologi yang ada pada hari ini.

"Kita alihkan 'permaisuri' dan akan mewujudkan koloni yang sama dengan membuat kotak-kotak koloni baru. Ada yang perlu kajian dan pendidikan yang baru untuk menggalakan industri ini," jawab beliau.

Di dalam soalan asal, Nik Abduh meminta menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan berkenaan industri madu kelulut di negara ini dan langkah-langkah yang dilaksanakan atau bantuan-bantuan yang diberikan bagi mengembangkan lagi industri ini. – HARAKAHDAILY 19/5/2016

Sumber HD - 19-5-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akademi Laut boleh jadi tempat latihan pelaut

HARAKAHDAILY | .


Saya mengambil kesempatan yang ringkas ini untuk menyokong pindaan Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016.

Daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai pindaan ini, saya melihat bahawa kapal merupakan satu industri yang digabungkan dalam berbagai kemudahan ataupun bahan yang ada dalam kapal umpamanya chemical iaitu diesel kah, petrol kah.

Kemudian dari segi mekanikalnya dia juga ada enjinnya dan sebagainya dan begitu juga dari segi biological, biohazard dan sebagainya.

Jadi saya memikirkan bahawa apa yang hendak dicadangkan oleh Menteri dalam pindaan ini adalah memastikan penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] kerana apa yang disebut oleh Menteri iaitu sebelum ini mungkin pekerja ataupun pelaut-pelaut ini tidak diberi pendedahan yang baik kepada pekerja kerana mereka tidak terikat dengan mana-mana akta. Jadi umpamanya dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang perlu diberi latihan, penyeliaan berkenaan dengan keselamatan dan risiko kepada kesihatan.

Kedua, insiden-insiden penyakit pekerjaan, keracunan pekerjaan dan kejadian yang berbahaya.

Ketiga, mengenal pasti supaya majikan ataupun tauke kapal berkenaan mematuhi perundangan iaitu Akta Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan 1994. Kelima, memastikan bahawa majikan menyediakan atau mempromosi Akta Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan, prosedur kerja, peraturan-peraturan dan garis panduan-garis panduan mengenai keselamatan.

Jadi, cuma persoalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah oleh kerana akta ini di awasi oleh DOSH adakah majikan perkapalan ini – maknanya boleh dikawal dengan akta ini. Dalam lain perkataan, adakah DOSH boleh mengawal syarikat perkapalan ini? Itu persoalan yang berlegar dalam pemikiran saya.

Kedua, oleh kerana kita ada sebagai mana yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Pasir Gudang tadi. Kita ada Akademi Laut dan sepatutnya Akademi Laut boleh menjadi tempat untuk latihan pelaut-pelaut ini sebelum mereka ditawarkan bekerja ataupun on service training kepada yang belum mendapat latihan, maka dia dikeluarkan daripada syarikat perkapalan untuk diberi latihan mengenai keselamatan dan kesihatan ini.

Apabila sudah faham dan mahir, maka mereka kembali bertugas. Jadi, saya rasa itu boleh kalaulah daripada awal tadi DOSH boleh mengawal mereka, maka kita harap boleh mengawal syarikat perkapalan ini, maka kita berharap pelaksanaan perubahan ataupun pindaan dalam ordinan ini boleh kita laksanakan.

Terakhir, saya juga ingin mendapat penjelasan, adakah Akta Pekerjaan atau Employment Act juga boleh dikenakan ataupun diberi kepada syarikat perkapalan ini?

Oleh kerana itu yang saya katakan tadi saya rasa Yang Berhormat Pasir Gudang pun tidak faham, saya pun kurang jelas, tadi Yang Berhormat Kuala Langat pun sama untuk, adakah kita maknanya sama ada Kementerian Sumber Manusia melalui DOSH ataupun Employment Act ini boleh kita kenakan kepada syarikat perkapalan ini.

Jadi, kalau boleh, maknanya kita banyaklah perkara-perkara yang sudah pun peraturan yang sedia ada, kita laksanakan sahaja kepada pelaut-pelaut yang bertugas di dalam syarikat perkapalan ini. - HARAKAHDAILY 18/5/2016

Artikel di atas adalah ucapan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat ketika membahaskan Undang-Undang Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 17 Mei 2016.

Sumber HD - 18-5-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkukuh industri halal melalui AEC

HARAKAHDAILY | .


Malaysia merupakan negara yang mempunyai kemudahan fasiliti dalam industri halal merangkumi aspek pembangunan usahawan, penyediaan logistik, catatan data dagangan dan pembangunan inovasi.

Pelancaran Komuniti Ekonomi Asean (AEC) pada penghujung tahun lalu merupakan medan terbaik bagi memperkukuhkan lagi dagangan produk halal negara.

Asean mempunyai 300 juta umat Islam selain Singapura dan Indonesia adalah antara rakan dagang halal terbesar dengan masing-masing mengimport RM3.6 bilion dan RM2.3 bilion.

PAS menggesa kerajaan agar merangka langkah strategik bagi meningkatkan potensi Malaysia bahkan Asean sebagai pintu masuk hub halal dunia.
Ini melihat kepada perkembangan industri halal negara yang semakin mendapat tempat dalam pasaran.

PAS yakin perkembangan dagangan halal melalui Asean bukan sahaja menjadikan rantau ini sebagai destanasi halal dunia, malah Malaysia akan seterusnya diangkat sebagai model terbaik pengurusan industri halal di dunia.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
18 Mei 2016 | 11 Sya’ban 1437 - HARAKAHDAILY 18/5/2016

Sumber HD - 18-5-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dadah: Cegah di pintu sempadan

HARAKAHDAILY | .


Rang Undang-Undang Agensi Antidadah Kebangsaan (Pindaan) 2016 yang dibahaskan di Dewan Rakyat pada hari ini adalah berkenaan dengan penambahbaikan pada bidang kuasa agensi dan pegawainya dalam mengendalikan kesalahan dadah. Secara umumnya ia sangat baik untuk maksud itu.

Namun, isu penyeludupan dan pengedaran serta penyalahgunaan dan penagihan adalah isu utama dadah di negara ini yang mesti diberikan perhatian serius oleh Kerajaan dan agensi-agensi penguatkuasa serta masyarakat.

Kejayaan sindiket-sindiket penyeludupan dadah menembusi sempadan negara ini menunjukkan bahawa sempadan negara tidak dikawal secara efektif serta merupakan suatu cabaran terhadap kredibiliti undang-undang negara ini khususnya yang berkaitan dengan kedaulatan (sovereignity) dan integriti sempadan (territorial integrity).

Kedudukan geografi Malaysia yang mempunyai jajaran pantai yang amat panjang serta dikelilingai oleh Selat Melaka dan Laut China Selatan yang merupakan perairan yang sangat penting di rantau ini, ditambah pula negara ini bersempadanan dengan banyak negara iaitu Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand menyebabkan Malaysia sangat terdedah kepada ancaman untuk dibolosi oleh sindiket-sindiket haram ini.

Oleh itu, PAS menggesa agar suatu audit yang menyeluruh dan konsisten dibuat ke atas semua agensi atau jabatan serta pegawai-pegawainya yang terlibat dalam menjaga keselamatan sempadan negara ini.

Semua prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan kawalan keselamatan sempadan juga mesti disemak dan ditambah baik.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat / Ahli Parlimen Temerloh
9 Sya'ban 1437 / 16 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 16/5/2016

Sumber HD - 16-5-2016

No comments:

Post a Comment