| 
| 
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama Umno dan tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32376| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
| 
 Rupanya yang dimaksudkan oleh Rafizi bersumberkan dari Dato' Bahari bahawa orang yang ada kaitan dengan PAS dan terima dana dari 1MDB ialah Nasharuddin Mat Isa.
 
 Kalau Nasharuddin yang dimaksudkan Rafizi, silakan selesai dengan Nasharuddin. Kenapa pula nak suruh Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS jawab?
 
 Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS telah meninggalkan PAS sejak 2013 lagi dan tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti sejak dari itu walau tak pernah mengistiharkan keluar dari PAS.
 
 PAS boleh declare bahawa Rafizi telah terkantoi dan kena check mate. Terlebih nafsu dan melulu nak burukkan PAS sehingga terbabas dan memalukan diri sendiri.
 
 Benar atau tidak Nasharuddin Mat Isa ada terima dana dari 1MDB, biar Nasharuddin sendiri selesai dengan Rafizi. PAS berlepas diri dari sebarang kaitan dalam kes tuduhan ini.
 
 "Bertaubatlah Rafizi..." sebagaimana saranan Tok Guru.
 
 -Dr Azman Ibrahim
 10 April 2017
 Sumber TKO - 11-4-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Kenapa DAP Menyembunyikan Peruntukkan kepada agama-agama lain?
 Posted on Friday, December 02 @ 15:47:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32681
 |  
  
 Saya banyak berhujah dengan puak-puak PAN dan IKRAM yang kini makin
 menjadi-jadi untuk menjilat apa yang DAP buat seolah-olah DAP ini satu  parti yang
 benar-benar memperjuangkan Islam.
 
 Dalam banyak hal tak semua yang DAP buat itu tak benar, ada yang  dibuatnya sangat
 bagus. Sikap kemantangan berpolitik harus menilai  sesuatu dengan 'mata hati' bukan
 dengan 'nafsu dan dengki'. Seperti yang  Presiden PAS menekan dalam muktamar lalu
 politik matang dan sejahtera.  Pasal itu sikap PAS dengan UMNO tidak seperti dulu,
 kini membuka ruang  dakwah dan PAS tidak membangkang membabi buta. Ada perkara
 baik daripada  UMNO perlu kita sokong demi untuk kemakmuran rakyat yang berbilang  pandangan dan pendapat politik.
 
 Belajar bagaimana cucu Baginda s.a.w. mengambil jalan damai untuk kepentingan
 Islam. Jalan damai adalah pilihan terbaik.
 
 Yang ini PAN dan IKRAM tak faham, walaupun mereka belajar sirah nabawiyyah.
 
 Saya dah menjawab pasal  Imam Masjid al-Aqsa 'berpeluk' dengan Lim Guang Eng.
 Anda boleh baca di sini.
 
 Ada  forumer laman Tranungkite membuat komen pasal Abu Musa Al-Asya'ari  tertipu
 dalam perjanjian Tahkim. Katanya saya ambil sumber syiah. Untuk  makluman anda
 sirah mengenai perpecahan politik dan mazhab akibat  perseketaan Saidina Ali dan
 Muawiyyah perlu dibaca dihalusi dengan  berdasarkan banyak sumber. Jangan kita
 membaca satu sumber lalu kita  menghukum orang lain tak betul membuat kesilapan
 dalam membuat rumusan.  Saya tak pernah membuat rumusan kerana saya bukan
 penulis sirah. Saya  mengambil rumusan daripada satu sumber yang kuat. Apa yang
 saya  simpulkan adalah berdasarkan kepada politik Islam. Ok kita tutup di  sini.
 
 Berbalik pula kepada para ta'asud DAP.
 
 Sebelum ini  mereka berhujah kata mereka  lihat DAP buat pada Islam. Setelah DAP
 memerintah peruntukkan kepada agama Islam telah meningkat setiap tahun.
 
 Saya tak menolak ada peningkatan setiap tahun berbanding dengan UMNO yang nama
 sahaja Islam tetapi mereka perosak agama.
 
 Saya telah menulis mengenai perkara ini berhubung tajuk "DAP Taja RM15 juta Untuk
 Bina Sekolah Agama Milik IKRAM"
 
 Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi  tahukan
 anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk  peruntukkan sekolah
 mubaligh KRISTIAN.
 
 Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19  SAR menerima hanya 1.3 juta
 pada tahun 2009.
 
 Manakalah  2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak
 RM1.8  juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan
 sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh  (RM850,000)
 
 Pada 21 Mei 2016 Roketkini.com laman rasmi DAP telah  mengeluarkan kenyataan
 bahawa DAP telah mengeluarkan peruntukkan 41.6  juta untuk semua sekolah dan
 pendidikan Islam bagi tahun 2016.
 
 Tapi DAP menyatakan berapa peruntukkan untuk sekolah-sekolah mubaligh agama
 lain seperti KRISTIAN dsbnya?
 
 Kenapa  DAP menyembunyikan jumlah sebenar peruntukan kepada sekolah-sekolah
 agama lain? Kenapa DAP tak menyatakan sikap MALAYSIAN-MALAYSIAN
 dimana  semua agama mendapat peruntukkan sama?
 
 Mengikut sumber DAP mengeluarkan 128.2 juta peruntakkan kepada sekolah-sekolah
 agama lain. Lihat beza dengan 41.6 juta?
 
 Itu  saya kata puak-puak PAN sanggup menjilat DAP kerana ada  pemimpin-pemimpin
 mereka yang kini bergerak aktif mendapat peruntukan  bulanan 30k, 20k dan 15k
 melalui GLC. Lidah mereka menjadi kelu.
 
 Apa bezanya PAN, IKRAM dan UMNO?
 
 Kita selalu perli dapat BR1M rakyat bodoh, diam sedangkan UMNO banyak
 menghabiskan duit ke tempat lain.
 
 Apa bezanya dengan DAP?
 
 Sumber TKO -2-12-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
  
 1. Tajuk di atas adalah konotasi bersifat kontroversi. Ia satu ayat yang  matlamatnya
 mencari populariti dan berniat mahu menarik minat pembaca  dengan mudah. Saya kira
 jika Parti Amanah sudah wujud pada tahun 2012,  maka inilah tajuk tulisan akhbar,
 Facebook dan juga sebaran Whatsapp  mereka. Adakah tuan tuan setuju? Atau sangsi
 akan keberanian mereka  dalam berdepan dengan ketegasan Almarhum Tok Guru?
 
 2. Sejarah tidak akan pernah menipu. Tahun 2012 adalah tahun di mana  perjuangan
 masyarakat orang asli mencapai satu kemuncaknya di negara  ini. Kebangkitan orang
 asli memperjuangkan tuntutan mereka berlaku di  Pahang, Perak, Kelantan dan negeri
 negeri lainnya pada tahun tersebut.  Ia ibarat satu gelombang nasional.
 
 3.  Pada 17hb Oktober 2012,  seramai kira-kira 120 Orang Asli melalui Jaringan
 Kampung Orang Asli  Semenanjung Malaysia (JKOASM) telah sekali lagi berkampung
 di pekarangan  Wisma Sri Pahang bagi menyerahkan memorandum yang didakwa
 ditandatangani oleh 6,000 orang asli Pahang, mengenai pencerobohan,  tuntutan tanah
 dan wilayah adat kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri  Adnan bin Yaakob.
 
 
  4. Tuntutan mereka agak banyak yang mana  antaranya adalah mereka mahukan segala
 aktiviti yang sedang berjalan di  atas tanah dan wilayah adat Orang Asli dihentikan,
 menarik balik lesen  yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas
 tanah  wilayah adat dan membayar pampasan sewajarnya di atas "kerugian" yang
 mereka alami. Selain itu, mereka juga gesa kerajaan supaya membatalkan  semua rizab
 bertindih dengan tanah dan wilayah adat Orang Asli bagi  membolehkan pengiktirafan
 atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh  tanah dan wilayah adat Orang Asli
 mengikut peta komuniti mereka.
 
 5. Bahkan awal sebelum itu, iaitu pada 17 Mac 2010 satu demontrasi besar  besaran
 yang telah menghimpunkan ribuan orang asli di Putrajaya telah  dilakukan hasil anjuran
 bersama antara Persatuan Orang Asli Semenanjung  Malaysia (POASM) dan juga
 Jaringan Kampung Orang Asli Perak. Ia adalah  satu perhimpunan mega yang mana
 diberi perhatian khusus oleh Menteri  Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada waktu
 tersebut iaitu Datuk Seri  Shafie Apdal. Tema rapat umum mereka adalah "Hak Kami
 Selaku Orang Asal  Perlu dihormati, Jangan Hapuskan Akta Kami dan Iktirafkan
 Wilayah Adat  Kami".
 
 6. Sejarah juga dirakam apabila pada bulan Disember tahun  2008 di Johor, Orang Asli
 dalam saman sivil mereka, telah menamakan  pengarah Jabatan Tanah dan Galian negeri, Majlis Bandaraya Johor Baharu  dan JHEOA sebagai defendan. Mereka memulakan saman ini
 apabila menerima  arahan untuk berpindah ke Kampung Orang Asli Kuala Masai
 daripada Majlis  Bandaraya Johor Baharu pada 1993 atas alasan tapak yang mereka
 duduki  bakal dibangunkan. Kerajaan negeri Johor seterusnya terpaksa membayar
 pampasan kepada Orang Asli daripada suku kaum Orang Selat berhubung  pengusiran
 mereka dari tanah mereka di Stulang Laut dan perobohan gereja  kecil mereka sembilan
 tahun sebelumnya.
 
 7. Ini adalah beberapa  kerat sahaja coretan dan rakaman sejarah akan krisis panjang
 di antara  pihak masyarakat orang asli dengan kerajaan negeri, kerajaan pusat  malahan
 pihak PBT di negara ini sejak puluhan tahun yang lampau. Ada  kebenaran yang berada
 di sisi pihak orang asli dan ada juga dalam banyak  masa, kebenaran serta fakta kes
 berada di pihak kerajaan. Tuntutan  masyarakat orang asli begitu pelbagai dan mendasar
 sifatnya di mana mana  negeri pun.
 
 8. Kelantan tidak terkecuali dalam soal tuntutan  dan juga kehendak masyarakat orang
 asli yang mahu dipenuhi oleh mereka.  Ada tuntutan yang mudah dan bersifat asas
 sahaja. Namun, banyak juga  perkara yang dituntut oleh mereka bersifat kompleks dan memerlukan masa  serta keprihatinan yang mendalam oleh pihak kerajaan. Ia bakal
 melibatkan banyak dasar, peraturan dan undang undang sedia ada di negara  ini. Ia
 tidak semudah menghantar memorandum pada hari ini, dan mahu  memastikan semua
 kehendak dan tuntutan kita akan dipenuhi oleh kerajaan  pada awal esok paginya.
 
 9. Serangan keterlaluan oleh beberapa  kerat parti pembangkang yang membawa
 ideologi politik sempit di negeri  ini yang sengaja mahu menjadi batu api agak dikesali.
 Mereka secara  perse terus menuduh kerajaan negeri sebagai lebih zalim daripada
 kerajaan Myanmar ke atas kaum Rohingya, kerajaan negeri adalah Yahudi  dan Zionis,
 zalim dan jahat, mencela dan mencelakakan pimpinan kerajaan  negeri dan perlbagai
 lagi kata serta ayat makian yang tak sanggup saya  tuliskan di sini, atas nama kononnya sayangkan hutan dan perjuangkan hak  orang asli.
 
 10. Sedarkah mereka bahawa tindakan pihak polis,  PGA, JPNK dan pelbagai lagi
 agensi kerajaan pusat yang lainnya dalam isu  blockade pada hari ini adalah sama sahaja
 dengan apa yang berlaku pada  zaman ATGNA tahun 2012 dahulu? Dan apakah pada
 waktu itu mereka tidak  merasakan tindakan Almarhum tersebut sebagai satu "kejahatan
 dan  kezaliman"? Atau mereka masih belum cintakan alam sekitar pada tahun  itu?
 Belum kenal pokok balak malahan belum sedar bahawa orang asli  sebenarnya wujud
 di negeri ini? Atau bagaimana?
 
 Nazman bin Che Iberahim,
 Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
 
 
   
 Sumber TKO - 30-11-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=qFEgZV0ymr0
 
 Tanpa penyertaan PAS, perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November lalu menjadi
 anti-klimaks, ulas Perspektif Antarapos.
 
 Perhimpunan BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu telah mula  menampakkan
 bibit-bibit anti-klimaks apabila PAS menarik diri sehingga  menonjolkan dominasi kaum
 Cina perhimpunan tersebut.
 
 Walaupun penganjur perhimpunan BERSIH cuba menafikan fakta itu dengan
 menganjurkan sekali lagi BERSIH 5, namun bilangan penyertaannya jatuh  merundum,
 malah ia sudah dianggap anti-klimaks berbanding dengan BERSIH 4  dan perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.
 
 “Saya setuju. Dulu masa BERSIH 4 misalnya, semua parti pembangkang bergabung,
 lepas itu PAS tarik diri.
 
 “Jadi, kita dapati di situ, pemuda-pemuda PAS tidak lagi bersama. Dan  Haji Hadi sudah
 minta pemudanya, jangan campur tangan, ” ulas Prof  Datuk Dr Ramlah Adam. -
 AIDCNews
 
 Sumber TKO - 30-11-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Memahami PAN
 Posted on Wednesday, November 30 @ 02:40:49 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32643
 |  
  
 Tulisan aku kali ini adalah kesinambungan dari yang terdahulu yang bertajuk
 Memahami DAP. Boleh baca disini:
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31318
 
 Seperti yang dinukilkan oleh Dr Riduan Nor, Pan mendapat ispirasi daripada Parti AKP
 di turki. Formula kejayaan AKP di Turki mahu diaplikasikan di Malaysia. Pimpinan
 Pan berpandangan Pas seperti Parti Saadat di Turki. Apa yang mereka gagal faham
 di antara Malaysia dan Turki sangat berbeza. Taburan penduduk Malaysia mengikut
 kaum, ekonomi dan sejarah politik  sangat berbeza berbanding Turki.
 
 
Idea untuk menggunakan formula AKP Turki adalah satu idea di luar kotak yang  
bersifat dangkal dan tidak ilmiah.  
 
Ketika krisis rampasan kuasa berlaku di turki, berbondong-bondong penyokong Pan membandingkan yang rakyat turki sanggup mengadai nyawa mempertahankan Erdogan,  
tapi di Malaysia orang Pas gembira menjatuhkan Erdogan (Mat Sabu, Mahfuz,  
Salahudin, Husam & etc). Mereka dan penyokong mereka berada dalam keadaan  
delusional. Sehingga beranggapan (Mat Sabu, Mahfuz, Salahudin, Husam & etc) adalah  
jelmaan Erdogan di Malaysia. 
 
Bagaimana mereka boleh “terperasan” yang mereka persis Erdogan??? Untuk merawat  
sesuatu masalah kita perlu mengetahui punca masalah tersebut terlebih dahulu! Gelaran  
Erdogan bukannya lahir dengan tersendiri tapi ianya bermula daripada cybertrooper  
umno, serangan saraf dari cybertrooper umno telah berjaya mengodam pemikiran puak2  
Pan. Sahabat-sahabat yang bijaksana, cuba lusuri kembali dari mana asalnya gelaran  
Erdogan. 
 
Lahirnya Pan, membawa natijah kepada ketidak tentuan politik Malaysia. Sangat  
menyerabutkan. Sikap ekstrim DAP keatas PAS disebabkan PAN yang sanggup menjadi  
hulubalang mereka. Apa sahaja yang dilakukan DAP adalah tepat dan benar,  
\sehinggakan perkara yang tidak masuk akal pun timbul untuk menjaga kepentingan  
DAP, seperti pengurangan harga Arak contohnya. Apakan daya, DAP adalah sumber  
dedak. 
 
Tatkala aku sedang menulis ni, aku percaya budak2 Pan sedang giat merencanakan  
rancangan jahat mereka untuk menjatuhkan Pas terutama sekali Pan Kelantan. Semua  
sudah maklum PAN tidak mendapat tempat dihati orang melayu, hanya beberapa kerat  
manusia kecewa dan opportunist sahaja yang menjadikan Pan sebagai payung untuk  
bersama manusia-manusia kecewa yang lain.  
 
Prinsip Pan sekarang ialah seperti peribahasa“ Alang-alang menyeluk pekasam, biar  
sampai ke pangkal lengan”.Mereka tahu mereka sukar untuk mendapat sokongan,  
mereka sedar jentera mereka hanyalah seperti sebuah filem fiksyen yang tidak terlibat  
lansung dengan reality.  Mereka boleh menafikan tetapi fakta tidak pernah menipu.  
Bilangan 30000 penyokong PAN yang akan hadir ke Bersih 5 antara cerita fiksyen yang  
dikarang oleh mereka. Dan mereka akan terus berfiksyen. 
 
Kesemua penganalisis telah membayangkan kemenangan PRU14 akan berpihak kepada  
BN. Keputusan PRN Sarawak, PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar sebagai ukuran  
awal untuk PRU14 . Boleh dikatakan PRU14 nanti semua ahli UMNO & BN adalah  
winnable candidate. 
 
Untuk meramalkan kemenangan BN PRU14 tidak memerlukan PHD dalam bidang  
politik dan tidak memerlukan ada team berpuluh-puluh orang untuk membuat kajian.  
Apabila pembangkang berperang diantara satu sama lain akibatnya akan memberi  
kemenangan mudah kepada BN. Inilah yang akan berlaku.  
 
Faktor utama berperangnya pembangkang sebabnya PAN & DAP. Menjadi batu  
penghalang utama untuk pembangkang kembali kepada meja rundingan juga sebabnya  
PAN. Dulu aku pernah menulis, masa tu riak-riak perpecahan PAS hanyalah suam-suam  
kuku. Aku berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan Pas berpecah. Boleh baca disini,,Perenggan terakhir sebelum surat terbuka… 
 
 
Tetapi apa boleh buat, disebabkan ada manusia perasan Pandai yang gila kuasa seperti  
Mujahid, Mahfuz, Husam, Dr. Mariah, Mat Sabu yang merasakan jawatan itu satu hak  
milik, maka apa yang kita hadapi harini adalah hasil dari air tangan mereka. Mereka  
hanyalah typical politician tua dan tidak lebih dari itu. Pemikiran mereka tidak ada beza  
dengan Hisyamudin Rais & Mahathir. 
 
Penama yang aku sebutkan diatas, kamu bukanlah seperti apa yang kamu fikirkan.  
Korbankan ego kamu demi rakyat, Kamu masih mampu menjadi hero kepada rakyat. Bubarkanlah  
 
PAN!bubarkanlah PAN jika kita semua mahu PRU14 kembali berpihak kepada rakyat &  
DAP berlembutlah dengan orang Melayu Islam, jangan kacau apa yang melibatkan  
orang melayu islam. 
 
 
Seperti biasa,, kamu masih belum serik apa yang berlaku di PRN Sarawak, tak pernah  
serik apa yang berlaku di Sungai Besar & Kuala Kangsar dan kamu memang nak kena  
lagi nanti di PRU14??.. 
 
Sumber TKO - 30-11-2016 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
  
 Assalamualaikum,  Syaidina Ali pernah mengingatkan kita dengan katanya "jangan
 lihat siapa yang berkata,dengar apa yang dikata".Ingatan ini adalah global dan merentasi
 sempana waktu dan masih terpakai sehingg ke zaman ini untuk memandau kita semua
 menjadi ikhlas dalam segala tindakan kita.Tidak akan ada udang di sebalik batu, Tidak
 akan ada cek kosong dan tidak akan ada pihak yang pening kepala apabila mendengar
 Akta 355 sudah ada sejak 1957 kerana akta tersebut hanya diluluskan pada tahun 1965
 sahaja. Ini adalah kerana setiap manusia yang jujur dan ikhlas hanya akan mendengar
 dan mengkaji setiap apa yang nak dibawa bukan melihat dan mengkaji siapa yang bawa,
 itulah intipati peringatan Syaidina Ali untuk kita semua.
 
 Kalau hanya kerana RUU 355 dibawa oleh TGHH dan PAS bukan oleh kerajaan Umno,
 sudah menggelabah pihak yang menentang dengan dakwaan udang di sebalik batu
 sedangkan apa yang dibawa itu hanyalah satu pindaan kepada kuasa mahkamah syariah
 yang sudahpun ada.Peningkatan had kuasa pula dicadangkan mengikut perintah Hudud
 dan situasi serta justifikasi semasa yang kalau dikaji betul betul mungkin boleh ditambah baikkan, bukan diperlekehkan dan dicari alasan berbagai bagai untuk menolaknya.
 
 Tohmahan kepada kerjasama PAS dan Umno dari pembentangan ini juga tidak
 munasaba langsung, malah kalaupun ada niat nak bekerjasama oleh PAS, yang penting
 pindaan yang dicadangkan itu tetap baik untuk orang Islam, jadi kenapa nak tolak
 semata mata kerana ianya dibawa oleh TGHH dan PAS.Sepatutnya dalam hal  hal
 ugama tiada batas kepartian yang perlu diikuti.
 
 Benar kata TITM bahawa kita perlu menyokong sesuatu yang  baik dan membantah
 sesuatu yang buruk tanpa mengira siapa yang membawanya.Kalau kerajaan yang bawa
 usul tidak bermakna pembangkang tak boleh bawa usul.PAN atau PKR atau DAP atau
 sesiapa saja yang ada dalam Parlimen boleh bawa usul tetapi hakikatnya semua perlu bijak mengambil peluang yang ada kerana semua tahu usul persendirian memerlukan kebenaran kerajaan, bukan tak boleh bawa tapi kena pandai membuka peluang.
 
 Dalam hal ini TGHH dan PAS harus mendapat kredit dan dicontohi oleh parti parti pembangkang lain terutama yang pernah menyuarakan keinginan mereka untuk membawa usul persendirian di Parlimen.Bukan terus menerus memperlekehkan PAS yang kononnya dipermainkan Umno atau menergah PAS supaya menyerahkan usul tersebut kepada Umno.
 
 Lebih parah yang kata usul tersebut dibiarkan tergantung dan tanpa penjelasan sebab usul pindaannya adalah mudah dan jelas malah telah diperjelaskan oleh TGHH sebelum menangguhkan ke sesi depan.Semua boleh mengkaji dan mempelajarinya kalau mahu
 dan semua boleh faham dengan jelas kalau ikhlas.
 
 Yang mempersoalkan terutama yang terus menuduh ada udang di sebalik batu dan PAS
 mahu bekerjasama secara politik dengan Umno adalah orang orang tidak ikhlas dan
 orang orang yang mengenepikan keutamaan ugama demi politik kuasa yang sedang
 mereka cari.
 
 Benar kata TITM sepatutnya tiada polimik untuk RUU 355 dan yang sepatutnya ada
 ialah sokongan semua MP Islam tanpa mengira parti dan tanpa mengira siapa yang
 bawa usul.Persoalannya sekarang penangguhan RUU ada hubungan rapat dengan
 sokongan MP Islam yang menyebabkan kemungkinan usul tersebut ditolak oleh
 Parlimen.
 
 Selepas ini kita harap untuk mendengar komintmen semua MP Islam untuk menyokong
 dan tiada lagi alasan alasan untuk mengelak dari semua kalangan umat Islam baik yang
 berpolitik atau tidak, terutama yang mengaku dengan lantang mereka non partisan, yang mendakwa tidak menyokong mana mana pihak, buktikan dengan telus anda tidak
 menyokong mana mana parti tetapi menyokong Islam.
 
 Sumber TKO - 29-11-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
 PKR belajarlah dari NGO Islam dan mufti
 Posted on Thursday, November 24 @ 19:15:17 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32561
 |  
  
 Assalamualaikum, Berjela jela PKR memberi alasan untuk terus bersikap tunggu dan
 lihat kepada RUU 355.Kalau dulu PKR mendakwa RUU 355 dibiarkan tergantung tanpa penjelasan , kinipun mereka tetap menggunakan alasan tersebut.Kalau dulu PKR
 menegaskan perlu memastikan keadilan Islam, sekarangpun alasan yang sama untuk menangguhkan pendirian mereka.Kalau dulu PKR mahu perlembagaan negara
 diletakkan di atas alquran, sekarangpun sama.Saya pernah menjawab apa yang dijadikan
 alasan PRK serta pendokong mereka tetapi kali ini saya tak mahu bercakap banyak,
 cukup sekadar meminta PRK menoleh ke sebelah  sekejap untuk melihat bagaimana
 reaksi banyak NGO Islam dan beberapa orang mufti terhadap RUU 355.
 NGO NGO dan mufti ini tidak pula menyatakan RUU 355 dibiarkan tergantung
 sebaliknya tanpa bantahan terhadap apa yang dibentang kali pertama oleh TGHH
 terus menyokongnya.Ada NGO seperti Isma dan PPIM yang sebelum ini sering
 mengkritik PAS kerana bergabung dengan DAP dalam PR, kini sudah memberi
 sokongannya bukan sahaja kepada RUU 355 tetapi kepada PAS secara keseluhannya.
 Mereka sekarang percaya dan yakin dengan wadah perjuangan PAS untuk Islam yang
 syumul.Jadi apa sebenarnya masalah PKR? Apakah benar dakwaan mereka atau sekadar
 mencari alasan kerana ada sebab lain?
 
 RUU 355 mengatasi kepentingan politik sebab itu TPM Zahid Hamidi sendiri
 menjemput MP yang berugama Islam bukan menjemput MP Umno dan PAS sahaja ke taklimatnya.Apatah lagi LGE turut menyeru MCA, MIC dan parti bukan Islam lain
 untuk keluar dari BN kerana RUU 355 ini.Bukankah itu satu tanda jelas betapa sakit
 hatinya LGE yang mewakili DAP kepada RUU 355? Kenapa PKR mahu turut
 bersubahat dengan mereka dengan tidak menyatakan pendirian? PKR sepatutnya
 didominasikan oleh orang Islam dan perlu tampil menyatakan sokongan kepada RUU
 tanpa alasan.
 
 PKR perlu belajar dari NGO NGO Islam yang lebih 500 semuanya yang kini telahpun
 membentuk seketariat untuk ke Parlimen bagi menyokong RUU 355.
 
 Ugama sepatutnya berada di atas, Al Quran sepatutnya berada di atas perlembagaan dan
 untuk keadilan Islam RUU 355 adalah penyelesaian awal kepadanya.PKR harus
 mengakui seperti pengakuan 2 orang mufti yang ilmunya terlalu tinggi dari ilmu yang
 ada dalam PKR.Kalau kita tak nak ikut orang berilmu, siapa yang kita ikut?
 
 Sumber TKO - 24-11-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, MCA, MIC, Gerakan dan SUPP
 disarankan keluar dari BN ekoran sokongan parti itu ke atas usul pindaan  Akta
 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali  sebagai Akta 355
 yang akan dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang esok.
 
 Pindaan tersebut melibatkan pertambahan hukuman penjara sehingga 30  tahun, denda
 RM100,000 dan sebatan sebanyak 100 kali bagi kesalahan  syariah.
 
 ""DAP menentang undang-undang seperti hudud ini kerana ia bercanggah sama sekali
 dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
 "Walaupun kami menghormati hak-hak orang Islam untuk menentukan  hal-ehwal agama
 mereka, ia mesti dilakukan dengan betul dalam konteks  Perlembagaan Persekutuan.
 
 "Cadangan tambahan hukuman akan semakin mendekatkan Akta 355 dengan
 undang-undang seperti hudud dan atas sebab inilah, ia perlu dilakukan  melalui pindaan Perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dan  bukan menerusi
 undang-undang biasa," jelasnya dalam kenyataan.
 
 Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  mengadakan
 pertemuan dan taklimat dengan anggota parlimen beragama Islam  bagi menjelaskan
 usul Abdul Hadi berkenaan.
 
 Sebentar tadi pula, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr  Khairuddin Aman
 Razali berkata, usul berkenaan menjalani sedikit pindaan  sebelum dibentangkan di
 Dewan Rakyat melibatkan had hukuman yang boleh  dikenakan hakim mahkamah
 syariah.
 
 Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus berkata, pada usul  yang akan
 dibawa presiden PAS itu, mereka meletakkan had untuk hukuman  penjara, denda dan
 sebatan.
 
 "Perkara yang dipinda ialah hukuman penjara antara tiga hingga 30  tahun, denda antara
 RM5,000 hingga RM100,000 dan sebatan setakat  maksimum 100 kali," katanya.
 
 Bagaimanapun kata beliau kaedah sebatan itu sama sekali berbeza dengan pelaksanaan
 hukuman sama untuk mahkamah sivil.
 
 Kata Khairuddin, sebatan mengikut kaedah syarak adalah pelaksanaan "seperti merotan
 anak saja".
 
 Usul itu dijangka dibawa ke Dewan Rakyat selewat-lewatnya pada hari  terakhir sidang
 kali ini, iaitu esok. Bagaimanapun ia bergantung kepada  kebenaran diberi oleh speaker.
 
 Usul itu digelar sesetengah pihak sebagai "undang-undang hudud"  kerana didakwa bakal
 membuka jalan kepada pelaksanaan hukum Islam di  peringkat negeri, terutama di
 Kelantan yang ditadbir PAS.
 
 Negeri itu tahun lalu meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II  yang antara lain
 memberi kebenaran untuk hukuman rotan antara 40 hingga  100 kali sebatan.
 
 Bagaimanapun ia tidak boleh dilaksanakan setakat ini kerana kewujudan had hukuman
 mengikut Akta 355 masih wujud.
 
 Mengulas lanjut, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata,  sementara DAP
 menghormati pandangan dan kehendak masyarakat Islam dalam  menentukan hal-ehwal
 agama sendiri, semua pihak juga tidak boleh lupa  kebimbangan rakyat bukan Islam yang
 mahu melihat Perlembagaan  Persekutuan dipertahankan.
 
 Perlembagaan Persekutuan adalah berbentuk sekular dengan Islam  sebagai agama
 Persekutuan, jelasnya, dengan tambahan hukuman supaya  lebih dekat dengan
 peruntukan hudud akan melanggar Perlembagaan  Persekutuan dari segi semangat dan
 kriterianya, kata Lim.
 
 "MCA, MIC, Gerakan dan SUPP layak untuk menerima kutukan kerana  mengkhianati
 prinsip dan janji untuk menegakkan dan mempertahankan  Perlembagaan Persekutuan.
 
 "Demi kepentingan politik, mereka terus menipu rakyat dengan  menyokong Umno yang
 sanggup bekerjasama dengan PAS untuk memintas  Persekutuan Perlembagaan bagi
 membolehkan undang-undang ini berkuat  kuasa.
 
 "DAP mengingatkan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP bahawa untuk AKTA 355
 diluluskan, ia hanya memerlukan majoriti mudah dan bukan 112 daripada  222 ahli
 Parlimen manakala bagi pindaan Perlembagaan diluluskan pula,  148 ahli Parlimen mesti
 mengundi menyokongnya.
 
 Justeru, keengganan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP untuk meninggalkan BN  kini
 dilihat sebagai satu bentuk 'kelulusan tersirat' dalam menyokong  tindakan PAS itu untuk
 menambah hukuman undang-undang syariah agar lebih  dekat dengan undang-undang
 seperti hudud, tambah Lim.
 
 Sumber TKO -24-11-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
 Bumi dipijak kini Milik Orang Asing
 Posted on Wednesday, November 23 @ 21:04:26 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32542
 |  
  
 Kita tengok, ramai sakan gembira, tanpa rasa akibat sebenar yang mereka sedang dan
 bakal hadapi. Dizaman dahulu, para pemerintah dan ahli politik, menggunakan kaedah '
 hiburan' untuk melalaikan rakyat yang 'tidur', daripada ambiul sibuk pasal duniya politik
 mereka yang sedang terumbang ambing dan ketirisan dan salah tadbir oleh pemerintah
 mereka. Dahulunya, acara 'gladiator' yang ganas digunakan untuk 'menidur'kan rakyat
 nya. Kini, salah satu daripada nya adalah melalui K-POP dan juga bolasepak.
 
 Adakah rakyat sedar, sedikit demi sedikit negara kita telah dijual kepada orang luar.
 Tanah-tanah milikan rakyat dan juga kerajaan telah dijualkan kepada 'alibaba' tertentu
 pada harga yang rendah, dan kemudiannya di jualkan kepada orang asing pada harga
 yang amat lumayan. Alibaba ini, dengan menggunakan modal daripada WANG
 RAKYAT beroperasi tanpa segan silu, membazirkan jutaaan dan malahan billion RM
 untuk kepentingan individu-individu tertentu.
 
 Contoh yang paling jelas kita lihat disekitar 'greater KL' adalah projek Tun Razak
 Exchange (TRX) dan juga 'Bandar Malaysia', sepertimana yang pernah saya maklumkan
 sebelum ini, "Menang Sorak, Kampong Tergadai".
 
 Perkara yang sama boleh kita lihat juga di Selatan Semenanjung Malaysia. Tetapi, disini
 agak menarik sikit, kerana saya lihat ramai penyokong kuat pasukan bola tertentu, tanpa mengetahui, jersi yang meraka pakai itu, adalah telah ditaja dengan lumayan oleh sebuah
 organisasi yang besar, untuk 'memoden' bandar selatan ini. Ini lah yang saya katakan
 'gladiator' baharu. Minta maaf lah sekiranya apa yang saya perkatakan ini, mungkin
 menyakitkan hati pihak tertentu. Tetapi, disini apa yang ingin saya katakan, adalah
 realiti. Ketahuilah anda, FOREST CITY yang anda pamerkan itu, telah menjual negeri
 anda kepada warga asing ($100B Chinese made city near Singapore). Lebih atau hampir
 75% bandar tercinta anda. telah dipinjamkan atau di 'miliki sementara' oleh orang asing.
 Anda boleh rujuk sendiri kepada website FOREST CITY, bukak terus anda tahu bahasa
 perantaraan apa yang digunakan: English dan Mandarin.
 
 Tidak menjadi masalah, sekiranya di JUAL atau diSEWAkan kepada rakyat kita,
 walaupun berbangsa Cina, India, Serani, Melayu dll. Mereka adalah RAKYAT
 MALAYSIA. Tetapi kini, telah diberikan kepada ORANG ASING!!! Demi pangkat dan
 wang RM.
 
 Kita tengok pula pada projek-projek yangtelah diberi kepada korporat-korporat Cina.
 Memang betul, Malaysia telah memperolehi PINJAMAN daripada mereka dengan
 TANPA FAEDAH atau BUNGA untuk jangkamasa tertentu untuk pelbagai projek
 Cina-Malaysia, diantaranya adalah projek ECRL. Bagus bukan? Tetapi, ramai yang tidak
 tahu, Kaedah yang sama telah dipakai oleh mereka kepada negara-negara lain, serta
 kepada projek-projek yang dikendalikan kini di Malaysia. Dalam setiap projek ini,
 mereka telah menetapkan beberapa syarat yang menguntungkan mereka juga (ya la,
 takde sape nak rugi), diantaranya: sekurang-kurangnya 50% kontraktor mestilah daripada
 China, atau milikan kerajaan China, dan kemasukkan orang China ke Malaysia hendaklah di permudahkan, seperti VISA FREE dan sebagainya.
 
 Kepada pendokong dan penyokong kuat 'geng merah', sedar atau tanpa anda sedari,
 lama-kelamaan anda akan kena tunduk dan patuh kepada 'bangsa yang anda selalu hina
 dan marah', iaitu bangsa Cina. Baiklah 'geng merah' semua, mulai belajar mengampu dan mempelari bahada mandarin daripada sekarang. Berhentilah menjadi pencacai 'alibaba'
 yang menjual negara anda. Pemimpin anda, tidak mengapa, mereka sudah kaya-raya.
 Fikirkan anak-anak dan generasi anda dimasa hadapan. Hentikan sentimen perkauman
 anda da tumpukan kepada apa yang bakal berlaku dimasa hadapan. Jatuhkan 'alibaba-
 alibaba' anda sekarang. Jangan terkejut apabila 'Bandar Malaysia' anda menjadi 'Bandar
 China' suatu hari nanti. Malahan kini, Malaysia giat sibuk mempromosikan Malaysia My
 Second Home Programme ("MM2H") untuk mereka.
 
 Ini belum lagi saya nak ceritakan mengenai projek-projek 'Alibaba' (seperti 1MDB)
 untuk mengkayakan parti mereka (Barisan Nasional), dengan menggunakan wang rakyat.
 Akan saya ceritakan dalam artikel lain nanti.
 
 Jadi fikir-fikirkan lah sebelum jadi 'geng merah'."
 
 Sumber TKO - 23-11-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Assalamualaikum,  Umno itu nasionalis, ya betul, Umno tu rasis, ya betul tapi Umno
 juga terdiri dari melayu yang beragama Islam, ini tak berapa betul sebab Umno
 nasionalis dan rasis bertentangan dengan Islam jadi ahlinya tak berapa Islam, dakwaan
 beberapa pihak yang sekular.Sekular tu apa benda? Sekular ditarifkan sebagai
 kepercayaan atau keyakinan bahawa urusan suci ugama mesti diasingkan dengan urusan pentadbiran dunia.
 
 Parti politik mesti terasing dengan ugama sama juga yang diamalkan Umno,  jadi sekular
 juga bertentangan dengan Islam.Islam pula ada pembahagian  yang sudah ditetapkan
 Quran tentang kumpulan orang orang Islam umumnya  terdiri dari mukmin,fasiq dan
 munafiq.Yang paling tak dikehendaki bagi  seorang Islam ialah menjadi munafiq hakiki
 kerana munafiq hakiki sudah  disahkan tempatnya neraka, maknanya seorang Islam yang
 bertukar kepada  munafiq hakiki sudahpun membeli tiketnya ke neraka.
 
 Sementara munafiq amali ialah orang Islam yang mempunyai ciri ciri munafiq seperti
 dijelaskan oleh hadis Nabi S.A.W. Sesiapa yang tergolong dalam golongan ini masih
 diiktiraf sebagai Islam dan mempunyai keluasan untuk bertaubat seperti kumpulan fasik,
 yakni kumpulan yang berdosa besar kerana amalan amalan maksiatnya.
 
 Dari pengertian di atas, boleh disimpulkan orang Umno majoritinya masih Islam dan
 mempunyai hak yang sama seperti ditentukan ALLAH. Walaupun idoeloginya tidak
 diterima Islam tetapi tubuh badannya masih diterima selagi mereka tidak terjatuh dalam
 kumpulan munafiq hakiki dan kafir hakiki pada hari kematiannya.
 
 Di sinilah terletaknya jawapan kenapa dalam hal hal tertentu, PAS sebagai sebuah jemaah
 Islamiah terbesar negara perlu buat baik dengan Umno.Tidak ada hujah untuk
 mengatakan sikap baik yang ditunjukkan ini sebagai menghalalkan nasionalis.Duduk
 bersama secara sedondong di pentas yang sama tidak boleh disimpulkan sebagai usaha menghalalkan nasionalis, mengatakan tidak boleh menyalahkan Najib sepenuhmya
 dengan apa yang berlaku bukan nak meredhakan nasionlis dan beberapa peristiwa lagi
 semuanya tidak boleh disimpulkan begitu sebab menjadi tanggungjawab jemaah Islam
 melakukan apa yang perlu untuk kemaslahatan umat.Walaupun berdepan dengan puak
 nasionalis yang masih Islam agamanya, PAS sebagai jemaah perlu melakukan apa yang
 perlu demi Islam, tak lebih dari itu.
 
 Oleh itu semua perkara yang melibatkan kerjasama PAS dan Umno hanyalah untuk
 kepentingan Islam dan umat, PAS tidak bekrerjasama untuk berkongsi kuasa, tidak
 menjadi penasihat untuk habuan dunia atau bukan penasihat 30 % seperti didakwa.PAS
 sama sekali tidak akan menyertai BN sebaliknya hanya bekerjasama kalau perlu sahaja.
 
 Kerjasama kalau perlu  dengan nasionalis bukan bermakna mahu menghalalkan
 nasionalis.Lagi pula penentang nasionalis seperti Mahathir dan Yiddin itu siapa? Apa
 hubungannya dengan nasionalis? Bukankah partinya BERSATU juga nasionalis dan
 rasisi? Jadi kenapa sipenuduh PAS mahu menghalalkan nasionalis boleh menyokong
 Mahathir? Pokoknya yang mahu ditentang ialah Najib dan Umno, jadi kalau PAS
 dituduh cuba menghalalkan nasionalis kerana kerjasama dengan Umno, bagaimana pula
 kedudukan PAS kalau menyokong Mahathir dan Yiddin, nak halalkan nasionalis juga?
 
 Longgarnya hujah untuk mendakwa PAS nak menghalalkan nasionalis sekadar kerjasama
 kecil yang berlaku antara PAS dan Umno.RUU 355 itu untuk apa? dan kenapa kumpulan
 yang menuduh PAS lansung tidak mahu menyokong RUU 355? Atau RUU 355 itu satu
 cara menghalalkan nasionalis
 
 Sumber TKO - 23-11-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Begitulah kalau ada MP dan ADUN yang bodoh!!!
 Posted on Tuesday, November 22 @ 15:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32528
 |  "
  
 Assalamualaikum, Berlaku kekecohan di Parlimen kerana kebodohan seorang menteri
 dan kebebalan seorang pembangkang yang cuba membantah sikap biadad menteri
 tersebut dalam suasana perbahasan.Menteri bodoh itu yang bangun untuk menjawab
 soalan secara bebalnya sempat memperlekehkan Bersih 5.0 dan mengeluarkan bahasa
 yang tak elok kepada salah seorang pembangkang.Apa ker jadahnya dia buat semua itu
 sedangkan tugasnya menjawab soalan yang diajukan.Itulah kebodohan menteri yang
 mengundang respon bodoh juga dari beberapa pembangkang termasuk yang menonjol
 oleh Khalid Samad.
 Untuk melihatkan lagi kebodohan menteri itu, dia siap cabar Khalid Samad
 mengulanginya di luar Parlimen dan selepas itu ketika bercakap kepada wartawan dia
 terus mencabar khalid mengulanginya di luar supaya dia boleh saman Khalid.Itu lagi
 kebodohan sebab dia tak sebut pasal bahasa biadapnya yang memulakan segalanya tetapi
 lebih terlihat bodoh apabila Khalid Samad ketika sidang akhbar sebenarnya tidak
 megulangi kata katanya sebaliknya bertegas tidak akan menarik balik kata katanya
 kecuali menteri berkenaan menarik balik kata katanya.
 
 Suasana kebodohan ahli parlimen seperti budak budak bergaduh, di mana kalau budak
 budak bergaduh akan terlihat suasana di mana seorang mencabar yang lain dengan
 meletakkan gumpalan kertas di hadapannya,tanda kepala ayah masing masing sambil
 mengertak lawannya supaya memijak kepala ayah masing masing, siapa yang berani
 memijak! Umumnya apa yang berlaku di antara menteri itu dan Khalid Samad sebiji
 sama dengan suasana budak budak bergaduh dan nampaknya kedua duanya tak berani
 memijak kepala ayah masing masing.
 
 Hodohnya MP bergaduh dan nampaknya itulah dibudayakan oleh ahli parlimen sejak
 dulu sampai sekarang, bergaduh tanpa asas pendidikan yang cukup.Itu satu hal ada satu
 lagi kejadian yang agak bodoh berlaku di DUN Penang apabila ada ADUN bertanya
 ketika berbahas apakah kerajaan Penang mahu meneruskan kerajaan berkebajikan seperti
 yang dikehendaki PAS? Apa punya soalan seolah olah PAS yang memerintah Penang.
 Kemudian datanglah jawapan bodoh dari ADUN PAS, yang menegaskan negara
 berkebajikan itu slogan PAS pusat bukan kerajaan Penang.Bodohnya jawapan ini kerana
 mengatakan negara berkebajikan itu slogan sedangkan ianya adalam menifesto
 pilihanraya PAS.
 
 
 Kenapalah ada orang orang bodoh yang bertanding dan dipilih pengundi majoriti untuk
 jadi MP dan ADUN.Apakah rakyat Malaysia memang sukakan orang bodoh jadi wakil
 mereka?
 
 .........
 PERHATIAN TKO TUTUP 2 JAM
 Insya laman TKO akan ditutup 2 jam hari ini 22 November 2016 sekitar jam 8 - 10
 malam bagi tujuan penyelenggaran. harap maklum.
 
 
 Sumber TKO - 22-11-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
| 
 
  
 Assalamualaikum,,, Menganalisa kemungkinan kerjasama antara PAS dan Umno sama
 sekali bukan untuk meredhakan Nasionalisma? Mudahnya bagi yang menuduh secara
 umum tanpa disertakan bukti bukti dan hujah meredhakan nasionalisma hanya kepada
 ulasan kemungkinan kerjasama yang dilihat dari beberapa sudut seperti berubahnya
 prinsip Umno daripada Nasionalisma kepada Islam yang syumul dan dari sudut
 keperluan PAS memilih antara dua kemudharatan.Kesemua aspek ini sebenarnya ada
 dalam Islam dalam menjamin kesinambungan amalan Islam, jadi di mana haramnya yang
 mahu dihalalkan?
 
 Mentahnya pemikiran pendakwa seolah olah dia benar benar mahir dan tahu mengenai
 ajaran Islam tapi hampeh dan sampah.Islam menggariskan pelan tindakan yang cukup
 untuk semua situasi, tiada haramnya kalau terpaksa memilih antara dua kemudharatan
 dan jika tiada kemudharatan maka tiada pilihan yang perlu bermakna kalau PAS
 mendapati tidak perlu memilih, maka tak ada pilihan dan tak ada kerjasama dengan
 Umno, tetapi kalau PAS terpaksa memilih antara PH dan Umno sudah tentu analaisa
 yang saya buat menunjukkan PAS perlu memilih Umno tapi tetap ada syaratnya .Jadi
 di mana haram yang nak dihalalkan itu, di mana meredhakan nasionalisma?
 
 Dasar PAS tetap sama, Al quran sunnah, dan ijmak ulamak diutamakan dari pemikiran manusia.Dalam hal memilih antara dua kemudharatan, apa yang dibentang sedikitpun
 tidak lari dari apa yang diputuskan oleh ulamak sejak lama dulu, bukan baru dan  bukan
 juga pendapat peribadi berdasarkan pemikiran sendiri.
 
 Sedangkan kalau Umno terus meletakkan akal fikiran manusia sebagai panduan mereka,
 tidak ada kerjasama yang boleh dijalin dan kalau Umno mahu menerima panduan agama
 sebagai ikutan, syarat yang diberi oleh ATGNA akan terpakai, PAS akan bubar dan
 semua pakat masuk Umno.Benda mudah macam tu pun susah nak faham?
 
 Tetapi seperti yang saya kata kemungkinan ini kelihatan sukar berlaku kerana ramai ahli
 Umno merupakan pemikir pemikir yang pakar dan tidak berminat dengan apa yang
 termaktub dalam panduan agama.Sudah tentu dalam keadaan ini kerjasama adalah sukar
 tetapi sebagai jemaah Islam yang menjaga Islam, mungkin pada satu peringkat PAS tidak
 ada piiihan selain bekerjasama samada dengan Umno atau PH.Pilihan yang lebih baik
 antara keduanya ialah Umno, maka tidak ada apa apa yang harampun kalau kerjasama
 dibentuk dengan satu MOU yang meletakkan kepentingan memelihara Islam dari dihina
 atau dicemar.
 
 Haram apa ke bendanya yang nak dihalalkan? Mungkin kalau PAS menjalin kerjasama
 dengan PH ia tak akan jadi haram, dan barang diingat PAS masih lagi ada kerjasama
 dengan PKR, apa itu juga meredhakan nasionalisma dan menghalalkan apa yang
 diharamkan ugama?
 
 Menuduh secara umum itu mudah tetapi tidak mengambarkan sipenuduh seorang yang bertanggungjawab dan boleh didengar tuduhannya.......
 
 Sumber TKO - 22-11-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Bersih 5 Bukti Gereja Evangelist Rancang PM Baru
 Posted on Monday, November 21 @ 22:43:10 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32512
 |  
 
 
 
  Kongres Amerika lebih setengah abad lalu telah mengharamkan pihak gereja dari terlibat
 
 
dalam sebarang aktiviti politik. Pada tahun 1954, pihak kongres telah meluluskan pindaan  
 
undang-undang oleh Senator Lyndon Johnson untuk melarang mana-mana badan amal  
 
dan gereja dari terlibat dalam sebarang aktiviti politik. 
 
 
Tetapi di Malaysia pihak gereja dibawah Bernard Paul, Bishop gereja Katolik mendesak rakyat  
Malaysia supaya turun dijalanan bersama gerakan Bersih bagi menjatuhkan PM Malaysia sekarang  
ini. Bersih 5 ini sebenarnya mendedahkan rancangan mereka untuk mendominasi politik Malaysia  
seterusnya mengadakan transformasi sistematik untuk penguasaan Kristian di Malaysia.  
 
   
 
 
Perkara ini bukanlah berdasarkan sangkaan semata-mata tetapi telah dibuat kajian secara  
terperinci di dalam buku Sang Nila Utama and The Lion of Judah yang dikarang oleh Iain Buchanan. Ia mendedahkan rancangan globalist menerapkan doktrin Kristian Zionis dan Dominionism kedalam gereja evangelista. Doktrin Dominion merupakan fahaman baru  
kristian ingin menegakkan sebuah negara berdasarkan undang-undang bible disamping  
mengadakan persediaan untuk Christ's Second Coming.  
 
 
Mereka mempunyai rancangan yang khusus untuk menguasai bidang politik dan terlibat  
secara langsung dengan urusan politik walaupun mereka dakwa sebagai non partisan.  
Seperti yang diluahkan oleh Pastor Daniel Ho dari Damansara Utama Methodist Church, " 
Not everything is politics, but everything is political...we must get involved at every level  
as much as possible, as deep as possible ".
 Rancangan tersebut mereka namakan sebagai Dream Malaysia Project yang
 
menggabungkan bersama 20 orang Pastor dari seluruh Malaysia yang diketuai oleh  
Daniel Ho sendiri. Tujuan mereka ialah untuk membentuk sebuah revolusi terdiri dari kalangan silent majority. Dimana berpuluh-ribu akan bangkit dengan padu bagi  
mempengaruhi keluarga, guru, pemimpin dan pihak berpengaruh kepada keagungan  
tuhan mereka dan kebajikan rakyat.
 Seterusnya dalam proses tersebut diharapkan kumpulan majoriti akan di kristiankan.
 
Antara penggiat utama kumpulan evangelist ini ialah Theresa Kok ahli parlimen DAP,  
yang mengatakan hanya 50 kumpulan cell sahaja dalam "missional ministry" diperlukan  
bagi ubah sebuah bandar. Beliau mengatakan demikian kepada Eric Swanson daripada  
Leadership Network and The Externally Focused Church yang sangat aktif  
mengembangkan jaringan " kingdom business " di Malaysia. 
 
 
Penglibatan gereja evangelist dalam Bersih 5 memberi kesempatan yang besar kepada  
mereka untuk melebarkan pengaruh dalam politik Malaysia dan menentukan PM yang  
mereka kehendaki seterusnya mempengaruhi keputusan politik untuk melaksanakan  
agenda mereka. Gerakan Evangelista menolak bahawa negara ini adalah tanah ‘Melayu’  
tetapi sebaliknya menganggap Melayu juga kaum pendatang. Mereka mahukan semua  
warga adalah sama rata dan bersaudara (“brothers and sisters”) untuk tujuan mencapai  
matlamat tersebut. 
 
 
Bagi evangelista, Melayu adalah identiti “rasis” dan Islam adalah identiti “pelampau  
agama” (religious bigotry). Evangelista berpendirian bahawa penglibatan NGO Islam  
dalam politik adalah melambangkan haluan kanan beserta NGO Islam yang mahu  
menghadkan penggunaan ‘Allah’ (khusus bagi umat Islam sahaja) adalah setaraf Taliban  
dan Perkasa. Evangelista mengkehendaki pembangunan nasional mestilah hanya  
berteraskan fungsi manusia yang berpaksikan aspek produktiviti, daya saing dan  
senantiasa maju semata-mata tanpa menerapkan nilai-nilai Islam.  
 
Bersih 5 hanyalah alat bagi pihak-pihak yang terlibat bagi melaksanakan agenda mereka terutamanya untuk mengurangkan pengaruh Islam dalam aspek politik dan perundangan  
Malaysia. Seterusnya mengurangkan halangan bagi mereka untuk melaksanakan agenda meruntuhkan Islam seperti LGBT, Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa Melayu,  
kebebasan menukar agama bagi orang Islam dan yang paling penting melantik PM yang  
menjaga kepentingan mereka. Rakyat terutamanya umat Islam hanyalah sebagai catur  
permainan sahaja bagi mereka. 
 
 
 
 
Sumber TKO - 21-11-2016 
 
 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
 
 
 
Rekalah cerita banyak banyak!Posted on Monday, November 21 @ 16:02:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32503
 |  
  
 Assalamualaikum, Pertamanya nak diingatkan satu perkara,TGHH tak pernah hidup
 mewah, sejak awal dari pengibatannya dalam politik TGHH, tak pernah sekali beliau
 menerima apa apa yang tak betul dari sesiapa sekalipun.Keduanya kehidupan harian
 TGHH adalah sederhana, tinggal di rumah yang kecil dibelakang Masjidnya dan untuk
 makluman, yang besar ialah masjidnya yang menjadi semakin besar sehingga hari ini,
 rumahnya kekal sebegitu sampai sekarang.
 Untuk makluman juga suka diberitahu bahawa harta pesaka TGHH meliputi  kawasan
 yang merata rata di daerah Marang, TGHH bukan orang miskin kalau  nak kata harta
 pesaka yang diwarisinya dari arwah ayahnya.Jadi cukuplah  mereka reka cerita pasal
 TGHH rasuah sebab tak ada yang akan percaya  dengan cerita dongeng yang cepat kantoi
 ini.
 
 Berita rasuah terbaru TGHH berkaitan lombong bijih di Gua Musang awal awal lagi
 kantoi apabila nama pemegang amanah Presiden PAS yang menandatangani aku janji
 yang dijaja ke sana ke mari disahkan tidak wujud, mungkin seorang bunian tak tahulah.
 
 Pun begitu keghairahan pencacai pencacai PAN mungkin masih terus menyebarkan
 tuduhan kosong ini.Nampaknya percubaan palsu nak tunjukan rasuah yang dibuat oleh
 TGHH dan PAS akan terus kantoi sebabnya memang tak ada rasuah atau penyelewengan.
 Sama ada PAS saman atau tidak, memang tak ada rasuah.Walaupun PAS ambil keputusan
 nak saman Serawak Report kerana tuduhan menerima 90 juta dari Umno, tetapi
 hakikatnya sama, memang berita itu tak betul!
 
 Ianya sekadar tuduhan yan datang dari hearsay yang palsu dan kesiannya Serawak Report
 yang percaya dari sumber palsu.Hari ini kita menjangkakan akan ada cerita cerita palsu
 pasal TGHH dan PAS terutama dengan kelibat pakar kelintong no 2 negara(no 1 dah
 dimiliki Mahathir dari gelaran yang dberi LGE lama dulu), Husam kuasa 10. Mungkin
 akan ada cerita yang mengaitkan kerajaan Kelantan dengan rasuah TGHH kerana
 Kelantan adalah negeri diperintah oleh PAS seperti rekaan cerita yang kantoi pasal
 lombong bijih timah itu.
 
 Rekalah cerita banyak banyak, ianya sekadar seperti anjing menyalak bukit, bukit tak
 runtuh tapi akhirnya anjing yang keletihan kerana menyalak.
 
 
 Sumber TKO - 21-11-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Assalamualaikum,,, Soalan cepu mas : Berapa ramai melayu yang sertai Bersih 5.0?
 perbezaan maklumat setakat yang saya ketahui hanyalah jumlah peserta Bersih sahaja.
 Ada yang kata 20k ada yang kata 40k malah ada juga mendakwa 100K dan lebih!
 Berbagai bagai lapuran yang dibuat tentang kehadiran kali ini tetapi penyertaan melayu
 masih jadi tanda tanya! Walaupun ada dakwaan yang melayu yang mewakili PAN dan
 BERSATU telah berjaya menambah penyertaan melayu kali ini tetapi gambar gambar
 melayu yang dipaparkan tetap menunjukkan kehadiran muka muka cina di sana sini,
 sukar mencari gambar solid melayu sepanjang Bersih 5.0.
 
 Dakwaan bahawa PAS tidak boleh mendabik dada mewakili majoriti melayu dalam
 Bersih rasanya terlalu longgar sebab kalau dibandingkan bersih yang pertama dan kedua
 dulu, muka muka melayu mendominasi Bersih tetapi Bersih kali ini didominasikan oleh
 cina
 
 Lagi pula kalau nak ambil figure 40K atau lebih penyertaan kali ini dan janji PAN untuk
 membawa 30k ahlinya yang terdiri dari melayu, bermakna melayu sudah menjadi majoriti
 dalam edisi Bersih kali ini.Tapi gambar gambar menunjukkan muka cina mendominasikan
 Bersih sehingga boleh dilihat betapa ramainya peserta Bersih memenuhi kedai 4 nombor
 ekor.Kalau dalam edisi Bersih yang pertama dan kedua dulu, senario sebegini tak ada
 langsung.Di mana sebenarnya melayu yang dominasi Bersih?
 
 Apakah benar angka yang besar yang diberikan itu atau sekadar ilusi penyokong Bersih
 sahaja? Lagipun bukti bukti bergambar yang ada tak sama dengan suasana bersih 1.0 dan
 2.0 dulu, gambar gambar lautan manusia banyak di ambil dari jauh dan menampakkan
 banyak ruang ruang yang longgar sementara gambar gambar close shot hanya
 menunjukkan situasi yang amat terhad dan dalam dalam shot ini akan ada muka cina
 di sana sini walaupun yang nak ditunjukkan ialah melayu.Jadi di mana melayu?
 
 MSO pula dalam tulisannya secara tidak langsung menyatakan kekesalannya dengan
 kurangnya melayu kali ini sehingga dia berkata "Untuk masa akan datang, kalau benar
 orang Melayu ingin menunjukkan kekuatan, persefahaman atas matlamat sepadu
 membina negara, hadirlah dalam himpunan Bersih atau pun cubalah taja satu himpunan
 perdana orang Melayu. Para pesertanya nanti jangan kutip orang kampung atau
 budak-budak cabuk, penangih dadah atau pun pemakan pil kuda tetapi hendaklah dihadir
 sama oleh cerdik pandai, golong korporat, pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin parti.
 
 Jadi di mana melayu dalam bersih 5.0?
 
 Sumber TKO -20-11-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Tolak Korupsi?
 Posted on Sunday, November 20 @ 19:31:47 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32485
 |  
  
 Assalamualaikum,,
 
 Menarik, ada kain rentang "tolak korupsi" bersama sama gambar A samad Said ketika
 Bersih 5.0.Cantik tujuan Bersih yang mahukan pilihanraya bersih, kerajaan bersih tapi tak
 kisah LGBT yang kotor dan berisiko untuk penyakit Aid dan kelamin serta beberapa
 penyakit seperti mulut dan lain lain.Tak kisah pasal penyakit tu asal pilihanraya
 dibersihkan negara dibersihkan.Antara yang perlu dibersihkan ialah korupsi.
 Korupsi dalam kes 1MDB dan korupsi dalam lombong bijiih Timah yang melibatkan
 presiden PAS mesti dibersihkan.Tapi unsur unsur korupsi yang terbayang dalam kes
 bungalow LGE dan Adam Rosli tak apa biarkan dan pertahankan sehingga titisan darah terakhir.Korupsi yang ada bibit bibit dalam PH bukan korupsi yang betul tetapi korupsi
 kerajaan Umno dalam kes 1MDB dan korupsi Presiden PAS dalam kes lombong bjih
 timah itu perlu ditentang habis habisan untuk melahirkan negara yang bersih.Itu kata
 Bersih 5.0 yang begitu disokong kuat oleh MSO.
 
 Korupsi hanya berlaku dlam Umno dan PAS yang perlu ditentang habis habisan.Korupsi
 dalam PKR dan DAP bukan korupsi cuma satu tuduhan atau fitnah sesat yang tak perlu dilayan.Alangkah indahnya Bersih dalam tuntutannya sehingga menarik sokongan
 Mahathir yang juga mahukan pilihanraya bersih dan Negara bersih.Negara yang pernah
 dikotorkan oleh Mahathir dan Yiddin mahu dibersihkan pula oleh Mahathir.
 
 Cantik menarik kejadian ini yang disokong kuat oleh MSO dan beberapa penulis blog
 lain,
 
 mereka boleh melupakan begitu saja apa jua yang Mahathir buat yang menyebabkan
 munculnya Bersih yang bermula dengan tertembaknya 2 orang pemuda Suwandi dan
 Mohd Azman di Batu Buruk Kuala Terengganu.Seterusnya boleh meletakkan Mahathir
 di depan semasa Bersih 5.0 untuk pilihanraya yang bersih dan negara yang bersih.
 
 Seolah olah negara yang kotor ini disebabkan oleh Najib, pilihanraya yang kotor
 dimulakan oleh Najib, itu yang dilihat berlaku, segala perbuatan Mahathir dilupakan
 sebab dia sanggup berjalan kaki bersama demokrasi jalanan yang pernak diperlekehkannya
 dulu.
 
 Korupsi mesti ditentang tetapi korupsi Umno dan PAS sahaja yang perlu ditentang,
 unsur unsur korupsi dalam PH kalau ada biarkan, tak perlu dibersihkan sebab korupsi
 dalam PH itu cuma ilusi, semua kekayaan yang dikumpul oleh orang tertentu dalam PH
 bukan korupsi walaupun ada jawaban jawaban yang diberi menambahkan lebih keraguan
 daripada membersihkan PH dari korupsi.
 
 
 Tak apa Bersih KIV dulu unsur korupsi dalam PH.
 
 .....
 * Gambar Bersih lama
 
 Sumber TKO - 20-11-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
  
 Assalamualaikum,,,
 
 Ada beberapa perkara menarik boleh dilihat di perhimpunan bersih 5.0 kali ini.Antaranya ialah:
 
 1- Terkibarnya bena atau kain rentang mengenai orang asli yang ditindas, ada permintaan supaya orang asli dibela dan pembalakan dihentikan di kawasan mereka.Dipercayai pembelaan orang asli ini merujuk dengan kes pembalakan yang didakwa menyusahkan kehidupan orang asli di Gua Musang dulu.
 
 Nampaknya orang asli Gua Musang dapat pembelaan Bersih 5.0 yang matlamat asalnya bukan untuk membela orang asli.Apa jadi dengan jabatan hal ehwal orang asli? tak buat kerja ker sampai kehidupan orang asli tertindas sebegitu rupa sehingga terpaksa Bersih 5.0 turut memperjuangkan nasib mereka.
 
 Agak malang juga kerana setelah beberapa pilihanraya, orang asli di Gua Musang memberi kemenangan kepada BN serta Ku Li. Pelik juga kenapa Ku Li tak buat apa apa dengan orang asli yang tertindas tetapi Bersih 5.0 yang tampil membela orang asli.
 
 2- Munculnya buat kali kedua kumpulan LGBT menyertai Bersih 5.0 bagi mengesahkan lagi pengiktirafan yang diberi Bersih 5.0 kepada kumpulan ini.Bersih 5.0 turut disertai oleh orang melayu Islam dari PAN dan PKR yang turut bermakna orang melayu Islam baik yang  liberal pandangannya atau progresif turut mengiktiraf LGBT dan di antara mereka yang mengiktiraf itu termasuk Mahfuz Omar yang turut sama Bersih 5.0
 
 3- Munculnya Mahathir, Yiddin dan siti Asmah berarak bersama bersih 5.0 kelihatan janggal kerana pada bersih sebelum ini, Yiddin antara yang mengutuk dan Mahathir pula semasa berkuasa pernah mengutuk demostrasi jalanan terutama ketika demostrasi oleh pendokong refomasi yang pernah ditekan oleh Mahathir menerusi tindakan ganas pihak polis kepada pendemostrasi, tapi kini dia berjalan kaki bersama dengan pendemostrasi Bersih 5.0.
 
 4- Kenyataan mengatakan 20 ribu menyertai Bersih 5.0 menidakkan janji  PAN untuk menghantar 30 ribu ahlinya di demostrasi tersebut.Apakah kenyataan 20 ribu itu silap sebab ahli PAN sendiri sudahpun 30 ribu.
 
 5- Bendera PAS turut dikibar walaupun PAS sudah awal awal lagi menyatakan TIDAK AKAN menyertai Bersih 5.0. Siapa yang gatal tangan mengibar bendera PAS ini.Ada yang mendakwa ianya dikibarkan oleh pengikut Nizar kerana ada yang mengibar bendera itu dikesan berada disebelah Nizar dalam gambar, tetapi ada pula yang memperlekehkan dakwaan ini dengan komen kononnya kalau orang itu bergambar dengan Samy Vellu akan didakwa ahli MIC.
 
 Munasabah ker hujah ini.Rasanya tidak sebab pertamanya MIC dan Samy Vellu tidak menyertai Bersih 5.0 dan keduanya, kalau dia bergambar dengan Samy Vellupun, tak ada akan menuduh kerana yang mengibar bendera itu MELAYU sedangkan MIC pula hanya untuk orang India.Apa punya bangang hujah mengelak seperti ini!
 
 Sumber TKO - 20-11-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Dah Berhimpun, Apakah Agenda Seterusnya?
 Posted on Sunday, November 20 @ 08:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32478
 |  
  
 Kedua-dua pihak – BERSIH dan Baju Merah – mengaku berjaya dalam perhimpunan
 masing-masing hari ini.
 
 Bekas pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan mengumumkan lebih 100,000
 orang hadir 'menguningkan' ibu kota hari ini
 
 Beliau terpaksa tampil selepas penggantinya Maria Chin Abdullah ditahan  polis bawah
 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau  SOSMA, yang
 menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
 
 Di kemuncaknya di KLCC, Malaysiakini menganggarkan kira-kira  40,000 penyokong
 (Tapi aku anggap sekitar 25-30,000 sahaja) BERSIH hadir, manakala jumlah Baju Merah
 pula kira-kira  4,000 orang – 10 kali ganda kurang.
 
 Angka dicapai kedua-dua kumpulan kurang berbanding demo BERSIH4 dan Baju Merah
 sebelum ini.
 
 Baju Merah ternyata lebih terkesan dengan penangkapan pemimpin  utamanya Datuk Seri
 Jamal Md Yunos, yang kemudian menyebabkan hanya  beberapa ratus orang sahaja
 penyokongnya tinggal petang ini.
 
 Baju Merah juga menunaikan kurang komitmen berbanding BERSIH apabila  mereka
 dirakam dibekalkan dengan makanan untuk mengisi perut.
 
 Bagaimanapun, BERSIH juga tidak sunyi dengan kritikan selepas  berulang kali
 dibangkitkan berkaitan protes ala-karnival – bersorak  sebentar dan kemudian bersurai.
 
 Penganjur sejak awal berkata mereka akan berkumpul di Dataran Maybank di  Bangsar dan
 Masjid Negara sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.
 
 Bagaimanapun, hampir sebahagian daripada mereka memilih 'jalan pintas' ke Dataran
 Merdeka menggunakan LRT ke Masjid Jamek.
 
 Selepas BERSIH mengumumkan perpindahan tempat ke KLCC, hanya beberapa  ribu
 orang memutuskan untuk berarak menuju destinasi di sepanjang Jalan  Ampang dari Masjid
 Jamek.
 
 Jika mereka ada masalah berjalan kaki lebih jauh, apa yang buatkan  mereka fikir protes itu
 boleh menjatuhkan pemimpin yang mereka gelar  sebagai korup itu.
 
 Angka perhimpunan juga tidak dapat bertambah lagi selepas angin  mendung berarak di
 udara KLCC. Ketika itu orang sudah mula beredar.
 
 Sementara itu, perhimpunan hari ini juga secara tidak langsung  menunjukkan kebolehan
 parti-parti untuk menggerakkan penyokong mereka.
 
 Tanpa PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu  Malaysia
 (BERSATU) juga masih gagal meramaikan peserta Melayu, meski pun  nisbahnya
 bertambah berbanding BERSIH4. (Ini kesimpulan Malaysiakini)
 
 BERSIH menuntut lima perkara, iaitu pilihan raya bersih, kerajaan  bersih, pengukuhan
 sistem demokrasi berparlimen dan Sabah-Sarawak.
 
 Tetapi selepas seharian di ibu kota, apakah ada sinar untuk Malaysia baru esok?
 
 Sumber TKO - 20-11-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Antara bungalow Adam dan fitnah bijih TGHH
 Posted on Saturday, November 19 @ 14:57:42 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32460
 
 
 
 |  Assalamualaikum,,,   Viral pasal Adam Rosly dan bungalownya tiba tiba ditenggelami oleh
 dakwaan terbaru pasal pejabat presiden PAS terima wang rasuah dari lombong bijih di Gua
 Musang.Ini adalah cubaan pihak tertentu untuk membela Adam menggunakan dakwaan
 yang sengaja di ada adakan ini untuk menutup desakan penjelasan kekayaan mendadak
 yang dimiliki Adam.Ada cubaan untuk menidakkan penjelasan Adam tentang dakwaan dia
 pernah tinggal di kampung setinggan dan pendedahan timbalannya bahawa dia pernah
 tinggal di rumah PPRT sebaliknya mahu mengalih perhantian ramai mengenai surat aku
 janji presiden PAS dalam kes rasuah lombong bijih itu.
 Walaupun sudah  ada jawaban kepada dakwaan kosong mosong ini tetapi pihak tersebut
 masih tetap mahu mempersoalkan surat aku janji tersebut wapaupaun katanya tiada
 transaksi kewangan yang terlibat tapi ianya tetap perlu dibuktikan, peliknya dalam kes
 Adam ada bungalow yang tersergam bukan setakat rekaan mana mana pihak sahaja,
 penjelasan pasalnya masih lagi terawang awang tapi mereka kata sudah memadai, tak
 perlu dipersoalkan lagi.Apa ke jenis manusia macama ni?
 
 Kemudianya, pendedahan kekayaan Adam tidak pernah dibuat oleh mana  mana pihak
 yang ada hubungan dengan PAS tetapi tuduhan rasuah  lombong bijih itu datangnya dari
 puak puak yang ada kaitan dengan PAN dan PH.Ini jelas dan yang terus mengenchokannya
 ialah penyokong PH yang turut mahu mendiamkan kritikan kepada Adam.Cantik sungguh
 usaha usaha puak puak PH ni, dalam usaha nak menutup isu kekayaan Adam dan hubungan
 dengan dakwaan proxy atau runner Azmin Ali, MB Selangor, TGHH pula dituduh
 sedangkan tuduhan itu DIADA ADAkan walupun sebenarnya bukan TGHH dan PAS yang
 menuduh Adam dan PKR.
 
 Tetapi yang kuat menuduh itu ialah orang Umno terutamanya Dato Jamal, kenapa Dato
 Jamal dan Umno diserang untuk mempertahankan Adam? Sebaliknya TGHH dan PAS
 yang dijadikan punching beg, untuk melindungi Adam.
 
 
 Peliklah puak puak ni, mungkin sebab meroyan kot!
 
 Sumber TKO - 19-11-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), Tun Dr Mahathir  Mohamad kini
 berada di Sudan ketika pimpinan BERSIH 5.0 dan Baju Merah  ditangkap polis menjelang
 perhimpunan jalanan yang dijadualkan esok.
 
 
 
 Rabu lalu, Dr Mahathir yang berbaju kemeja-T BERSIH 5 muncul dalam  satu video yang
 menggesa rakyat Malaysia supaya menyertai himpunan  jalanan tersebut.
 
 Lewat petang tadi, Pengerusi gerakan BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah  ditahan polis dan
 dibawa ke balai polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan  lanjut.
 
 Turut ditahan, pegawai urusetia BERSIH 2.0 Mandeep Singh Karpall.
 “Polis merampas 10 laptop, senarai gaji dan penyata bank. Mereka juga  membawa Maria
 dan Mandeep ke IPD Dang Wangi,” jelas Twitter daripada  kumpulan BERSIH.
 
 Sebelum ditahan Mandeep dalam Twitternya memberitahu pihak polis  Bukit Aman telah
 menyerbu ke pejabat BERSIH di Petaling Jaya untuk  melakukan rampasan terhadap
 beberapa dokumen dan barangan.
 
 Dilaporkan polis telah merampas beberapa barangan dari pejabat tersebut, termasuk 10
 komputer riba dan penyata bank.
 
 “Bukit Aman di pejabat kami. Mahu rampas semua barang. Serbuan di bawah 124C,” kata
 Mandeep pada 3.12 petang tadi.
 
 Seksyen 124C Kanun Keseksaan memperuntukan kesalahan bagi cubaan  untuk melakukan
 aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, dan  sekiranya disabitkan kesalahan
 boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.
 
 Awal petang tadi, The Star melaporkan Setiausaha Organisasi DAP  Kebangsaan Anthony
 Loke telah ditangkap dan dibawa ke Bukit Aman.
 
 Turut ditahan S. Arutchelvan (pemimpin Parti Sosialis Malaysia ),  Ronnie Liu (AJK DAP
 Selangor), Jimmy Wong (Penasihat DAP Sarawak), Lee  Khai Ming (aktivis DAP),
 Muhammad Safwan Anang (bekas aktivis pelajar),  Anis Syafiqah (Aktivis pelajar) dan
 Luqman Nul Hakim Zul Razali (aktivis  pelajar).
 
 Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos juga ditahan polis pada awal
 pagi Sabtu, kira-kira pukul 1.30 pagi.
 
 Difahamkan Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Turut ditahan Razali Zakaria (Aktivis Baju Merah, gambar di atas) dan Ayah Pin Keramat
 (Aktivis Baju Hitam)- AIDCNews
 
 
 Sumber TKO - 19-11-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
  
 Assalamualaikum,,,
 
 Nampaknya kes kemunculan anak muda berusia 28 tahun yang jadi orang kaya baru sudah
 merebak jauh ke pelusok negara apabila ramai pihak dan mungkin semakin ramai yang
 tampil memberikan penjelasan, walaupun penjelasan Adam sekadar berkata dia beli
 bunglow itu dengan hasil titik peluhnya sendirii sambil mendakwa mewaris perniagaan
 dari keluarganya.Berita awal yang diviralkan menyatakan Adam berasal dari keluarga
 setinggan yang papa kedana.Kemudian muncul timbalanya mengakui Adam pernah tinggal
 di rumah PPRT yang diketahui hanya dihuni oleh orang miskin,Menarik cerita terbaru ni!
 
 Timbalanya juga mengesahkan Adam bukan berpindah ke bunglownya terus dari rumah
 PPRT tetapi ke rumah kecil sebelum ke bunglownya, cuma masa yang diambil Adam untuk
 berpindah tidak diberitahu.Semua tahu umur Adam baru 28 tahun sekarang, jadi sudah
 tentu ramai yang nak tahu berapa umur Adam ketika menghuni rumah PPRT dan berapa
 lama selepas itu masa yang diambil untuk berpindah.
 
 Ini merupakan point penting dalam kes Adam kerana timbalannyya juga memberitahu
 Adam menjalankan perniagaan export perabut di mana dia mendapat order yang banyak
 seperti durian runtuh yang membolehkannya membuat untung yang besar sehingga boleh
 jadi jutawan pada umur yangg terlalu muda berbanding jutawan jutawan yang ada di luar
 sana seperti Dato' D'herb atau Dato Vida ku puteh atau dato dato kosmetik yang lain.Kita
 berminat untuk tahu pada umur berapa Adam dapat peluang durian runtuh itu dan berapa
 lama masa yang diambil Adam untuk buat duit sehingga mencecah taraf jutawan itu.
 
 Adam juga ada pangkat Dato, bila dia dapat pangkat itu? Apakah semasa dia masih tinggal
 di rumah PPRT atau di rumah kecil yang dinyatakan itu.Kita berminat nak tahu sebab
 umurnya baru 28 tahun, kalau umurnya sudah mejangkau 50 tahun mungkin ramai yang
 tak kisah tapi biia seorang yang baru berumur 28 tahun dah mampu jadi Dato', sesuata
 perlu diperjelalkan juga.
 
 Bukan apa, ramai dato' muda tetapi tidak semuda Adam dalam Umno yang terdiri dari
 pemimpin pertengahannya yang mengaut keuntungan dan durian runtuh hasil kerja kerja
 runner politik kepada pihak pihak tertentu.Kalau tak silap dulu ada nama Dato Yahya
 Harley Division yang menjadi runner kepada Samy Vallu pernah mendapat komisyen
 RM20 juta kerana kerja kerja runnernya dengan kem Samy Vallu untuk projek projek t
 ertentu dan hasil komisyen ini dikatakan digunakan pula untuk membuka kilang minyak
 injin jenama Hirex yang pula berjaya mendapat kontrak pembekal yang lumayan dengan
 beberapa jabatan dan agensi kerajaan.
 
 Cerita ini mungkin sudah dilupakan tetapi ianya menunjukkan satu budaya lama dalam
 Umno yang melibatkan pemimpin pemimpin pertengahan mereka.Mereka ini bukan
 penjawat awan dan juga bukan ahli perniagaan yang berjaya tetapi dapat kerja mudah untuk
 melobi sahaja tapi sudah mendapat hasil yang lumayan.Bayangkan seorang pemimpin
 pertengahan Umno yang biasa pernah menerima RM4,000,00 hasil projek kecil yang
 diperolehinya dengan kerajaan negeri Terengganu untuk orang tertentu sambil bermain golf
 di Phuket.
 
 Inilah yan menariknya dalam kes Adam kerana dia dikatakan mempunyai hudungan yang
 rapat dengan Tim Presiden PKR yang juga MB Selangor.Tidak mungkinkan apa yang
 pernah dilakukan oleh Umno turut terjadi dalam kes Adam?. Untuk kepastian, saranan
 mengistuharkan harta adalah option yang baik tetap malangnya dalam PKR sendiri sudah
 ada pertentangan pendapat dalam soal ini.Dengan mendakwa Adam bukan penjawat awan
 dan tak perlu istihar harta sudah membuka jalan yang lebih besar kepada kepercayaan
 rakyat bahawa mungkin kes seperti Dato Yahya Harley division juga berlaku  dalam kes Adam.Menafikan pengistiharan harta mungkin cara pengelakkan kebenaran dari terdedah
 dan lebih menarik penafian ini datang dari kem Tim. Presiden PKR, Azmin Ali yang juga
 MB Selangor.Ada apa apa ker? Sedangkan rakyat ingin tahu sama ada Runner politik ada
 dalam pentadbiran PKR atau tidak, ini penting kerana PKR berjuang habis habisan untuk
 menentang pemberian komisyen runner.
 
 Timbul juga kisah Dato Jamal baju merah, seorang lagi dato muda dari Umno yang
 menyewa helikopter untuk mengambil gambar bunglow Adam sedangkan kedudukan
 semasanya boleh dipersoalkan, apakah mungkin juga Dato Jamal ni yang tak ada kerja
 selain mengacau Bersih adalah antara runner politik Umno dan apa yang nak dibuktikan
 dengan Adam mungkin juga sama, siapa tahu.Maknanya Dato Jamal mahu tunjukkan apa
 yang dibudayakan Umno selama ini juga dibuat oleh PKR.
 
 Tunggulah perkembangan lebih menarik selepas ini kerana budaya komisyen kalau ada
 bukan senang nak dibukti sebagai rasuah oleh SPRM.Komisyen yang diterima itu bukan
 dari akuan kerajaan tapi dari akuan persendirian di mana kerajaan akan membayar jumlah
 komisyen itu dalam bentuk keseluruhan harga kontrak projek sama seperi komisyen kapal
 selam yang ditentang habis habisan oleh PKR. Terlebih lagi dakwaan Adam bukan
 penjawat awam tak perlu isytihar harta boleh mengelakkan kebenaran dari terdedah.
 
 Sumber TKO - 19-11-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Persoalan yang masih belum ada jawapannya
 Posted on Friday, November 18 @ 19:47:20 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32433
 
 
 
 |  Pimpinan PKR hari ini berbelah bahagi, ada sebahagian inginkan pimpinan muda AMK
 Ampang isytiharkan harta kekayaannya & ada sebahagian pimpinan yang mempertahankan
 kekayaannya tanpa perlu mengisytiharkan hartanya.
 
 
Maka pelbagai persoalan boleh ditimbulkan sehingga boleh menghasilkan buku politik  
panas tanahair akibat banyaknya persoalan yang perlu dicari jawapannya. 
 
Apatah lagi kekayaan yg diperolehi adalah pasca terpecatnya Tan Sri Khalid Ibrahim selaku  
Menteri Besar yang dijatuhkan dengan fitnah helaian 91 mukasurat. Adakah semua ini suatu 
kebetulan atau memang perancangan dari awal yang telah dicaturkan. 
 
Jika kekayaan Datuk berusia setahun jagung yang hanya sebagai pembantu khas kepada YB  
Ahli Parlimen sudah begitu kekayaannya, berapakah pula nilai kekayaan bosnya? 
 
Jika bosnya itu bersikap tidak sejoli mengumpul harta material dunia, dimanakah beliau  
salurkan nilai kekayaannya. Adakah telah disalurkan kepada partinya atau NGO yang  
pernah disertai dahulu atau bagaimana? 
 
Jika ramai yang bersama YB Ahli Parlimen ini mempertahankan anak buahnya yang  
memiliki banyaknya hasil mahsul ini, berapakah ramai pimpinan yang terlibat dalam  
pengejaran hasil kekayaan sepanjang masih berjawatan? 
 
Adakah pimpinan dari satu parti yang terlibat atau ada juga pimpinan dari parti sepakatan  
juga terlibat kerana melihat ramai kawan sepakatan terlibat mempertahankan isu kekayaan  
ini? 
 
Jika selubang telah pecah adakah lubang lain juga akan turut pecah, moga jawapan yang  
diperolehi mampu menyedarkan rakyat siapakah pimpinan yang memperjuangkan hak  
rakyat sejujurnya dan siapakah yang hanya mempergunakan rakyat utk kepentingan  
temboloknya. 
 
Like & share 
 
https://fb.me/politikusviral 
 
Sumber TKO - 18-11-2016 
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
  
 Dua kem PKR berbeza pendapat berkaitan dengan isu banglo mewah yang dimiliki Ketua
 AMK Ampang, Datuk Adam Rosly.
 
 Mohd Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR mewakili kem Presiden PKR,  Datuk Seri Dr
 Wan Azizah Wan Ismail meminta Adam mengistiharkan  hartanya, namun cadangan itu
 dibantah oleh Timbalan Ketua AMK pusat, Dr  Afif Bahardin yang mewakili kem Timbalan
 Presiden PKR, Datuk Seri Mohd  Azmin Ali.
 
 Rafizi Ramli mencadangkan Adam Rosly membuat pengisytiharan harta  dalam masa
 terdekat bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi timbul  berhubung kekayaan luar biasa
 yang didakwa dimilikinya.
 
 “Cara paling mudah untuk mengurangkan atau mencegah penyelewengan dan  rasuah ialah
 ahli politik dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi perlu  mengisytiharkan harta setiap
 tahun. Saya sendiri akan isytihar harta  minggu depan.
 
 “Bagi kes Adam ini, cara paling mudah bukan saja dia tetapi seluruh  parlimen kena ikut
 saya isytihar harta minggu depan. Lagi cepat Adam  isytihar harta lebih mudah dan jika dia
 telus dan tiada apa yang  disorokkan, dakwaan terhadapnya akan berhenti,” katanya kepada
 media, di lobi Parlimen, hari ini.
 
 Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau tidak mengetahui jenis perniagaan yang dijalankan
 Adam.
 
 “Saya sebenarnya tak kenal dia. Dia agak baru dalam parti,” katanya.
 
 Namun, Dr Afif Bahardin mempertahankan Adam supaya tidak mengisytiharkan hartanya
 kerana beliau bukan penjawat awam.
 
 “Pengisytiharan harta untuk mereka yang ada kuasa eksekutif dan  pegawai kerajaan, bukan
 peniaga atau orang awam. Beliau sudah jelaskan  tiada apa-apa jawatan kerajaan, jadi saya
 tidak nampak ada keperluan  untuk mengisytiharkan harta,” katanya ketika dihubungi FMT
 hari ini.
 
 Adam merupakan pegawai khas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang
 mewakili kem Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. - AIDCNews
 Sumber TKO - 17-11-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 "
  
 Assalamualaikum,,,
 
 Tanda tanda semakin hari semakin jelas bahawa puak puak yang berada dalam PH dan
 pakatan Mahathir menjadi semakin bimbang kepada kemungkinan berlakunya gabungan
 antara PAS dan Umno.Macam macam boleh dilihat dilakukan oleh para ahli politik,
 pemimpin dan penyokong penyokong jalanan PH dan gabungan Mahathir.
 
 Macam macam kenyataan umum yang kononnya untuk menyedarkan rakyat  mengenai
 korupsi serta penyelewengan yang dilakukan Umno seolah olah  semasa Mahathir menjadi
 presiden Umno dulu tak ada penyelewangan yang  berlaku, semuanya berlaku ketika Najib
 yang kononnya disokong oleh  TGHH.Meroyan habis puak ini sehinga ada yang mendakwa
 segala hujah yang  diberikan yang tidak menyebelahi PH dan gabungan Mahathir sebagai
 separuh masak walhal dakwaan sedemikianlah yang langsung tidak masak  kerana engggan
 menerima hujah lain yang tidak menyebelahi PH dan  gabungan Mahathir.
 
 Sekarang boleh didengari dengan jelas dakwaan puak puak ini bahawa sesiapa yang tak
 mahu menyertai Bersih 5.0 dikatakan akan menyokong Najib dan Umno, siapa yang tak
 mahu keluar dewan ketika bajet dituduh bersubahat dengan Najib dan siapa yang tak mahu
 hadir pada konvensyen PH juga didakwa menyokong Najib.
 
 Itu Teori yang diguna pakai oleh puak puak ini dan sebarang bantahan dalam hujah
 dianggap separuh masak.Apa kebendernya separuh masak sedangkan dakwaan itu sendiri
 sudahpun tak masak langsung.Apatah lagi ada pula kes pemimpin PH di seberang sana
 terlibat dalam kes dakwaan SPRM kerana rasuah dan ada pula lapuran SPRM tentang
 seorang Ketua AMK yang masih muda belia sudah mencapai taraf jutawan sepanjang
 penguasaan negri Selangor oleh PKR.Pemimpin muda belia ini pula didakwa sebelum PKR
 dapat kuasa tinggal di kampung setinggan dan tidak punyai apa apa tetapi selepas PKR
 berkuasa di Selangor, tiba tiba jadi jutawan.Walaupun ada percubaan untuk cover pemimpin
 ini dengan dakwaan kononnya dia dipelawa masuk PKR kerana kekayaannya tetapi berita
 yang viral ialah dia tidak punya apa apa dan berasal dari kampung setinggan.Apa cerita ni?
 
 Yang lebih penting, set back yang berlaku di negri yang dikuasai PH menunjukkan belum
 tentu korupsi dapat dihapuskan kalau PH menguasai persekutuan.Masih ada selera besar
 di kalangan pemimpin PH yang mungkin tidak akan menghapuskan korupsi sekalipun ada
 kenyataan umum dari ahli politik PH yang menuduh ada pak haji yang korupsi tanpa bukti
 yang jelas yang dikatakan tidak layak jadi pemimpin sedangkan dalam PH sendiri masih
 ada yang tak layak jadi pemimpin kerana selera besarnya kepada kekayaan.
 
 Kenyataan umum itu pula dikatakan sebagai panduan dan pedoman kepada rakyat dalam
 memilih pemimpin tetapi sedar atau tidak kenyataan umum yang berbentuk tuduhan
 sebegitu jika tidak disertai bukti bukti hanya akan menjadi hearsay atau khabar angin yang
 hanya bagus untuk mempengaruhi rakyat bagi yang berkepentingan.
 
 Dalam erti kata lain, puak puak PH jelas menggunapakai budaya hasutan tanpa asas untuk
 memperolehi sokongan yang mungkin akan membawa rebah.Atau boleh dikatakan taktik
 hasutan sebegini merupakan taktik yang tidak masak sama sekali serta bertentangan dengan
 keadilan sejagat yang kononnya diperjuangkan PH.
 
 Apapun bagi pendokong dan penyokong PH, apa apa hujah serasional mana pun, kalau ianya tidak menepati selera yang dikehendaki PH pasti akan dikatakan separuh masak, bangang dan
 tidak boleh diterima.Mereka cuma boleh terima dengan apa yang puak puak dia katakan
 saja.
 
 Tanpa sedar sebenarnya merekalah golongan yang tidak masak.
 
 Sumber TKO - 17-11-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Parti Shafie Ikut PAS Enggan Sertai Pakatan Harapan
 Posted on Wednesday, November 16 @ 08:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
 
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32397
 
 
 
 |  
KUALA LUMPUR - Parti baharu di Sabah yang dipimpin bekas Naib Presiden UMNO,
 
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak akan bergabung dengan pakatan pembangkang dari  
Semenanjung. 
Berita buruk tersebut disahkan beliau sendiri sekali gus memberitahu bahawa Parti Warisan  
Sabah yang diketuainya hanya menyokong Pakatan Harapan tetapi tidak pula mahu  
bergabung dengan blok berkenaan sebagai komponen. 
 
“Parti Warisan Sabah buat masa ini lebih memberikan tumpuan di seluruh Sabah dan mahu  
mengadakan kerjasama dengan beberapa parti pembangkang di negeri itu, kata Mohd.  
Shafie yang dipetik oleh portal berita AgendaDaily. 
 
Mengulas mengenai ketidakhadiran dirinya sendiri pada Konvensyen Pakatan Harapan di  
Shah Alam minggu lepas, beliau menjelaskan tengah sibuk melakukan siri kempen jelajah  
di kawasan Kudat sepanjang hari tersebut. 
 
 
Keputusan Mohd. Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna itu sekali gus memberi  
tamparan hebat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila menyeru semua pembangkang  
bersatu di bawah Pakatan Harapan diterajui DAP. 
 
Malah bekas presiden UMNO itu menyelar PAS apabila enggan menyertai pakatan tersebut  
dengan mendakwa parti yang tidak mahu menganggotai blok berkenaan dianggap konon  
menerima ‘dedak’ daripada Barisan Nasional (BN). 
 
Tohmahan liar Mahathir itu dikutuk Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan  
menyifatkan bekas perdana menteri tersebut bercakap perkara yang tidak pernah dibuatnya  
sendiri ketika 22 tahun memerintah negara dahulu. 
 
PAS membentuk Gagasan Sejahtera dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Barisan  
Jemaah Islamiah Malaysia selepas dinyahkeluar daripada Pakatan Rakyat oleh DAP yang  
turut ‘menguburkan’ blok tersebut akhir tahun lalu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Ketika Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu, Mahathir
 
turut diaibkan presiden parti diwujudkannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila  
menegaskan PPBM tidak menyertai pakatan itu. 
 
Sebaliknya, Ahli Parlimen Pagoh tersebut memberi alasan konon masih lagi memerlukan  
waktu bagi mengkaji pelbagai perkara sebelum dapat memutuskan untuk menyertai pakatan  
dianggotai DAP, PKR dan PAN berkenaan. 
 
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin untuk terus mengambil  
dan menggunakan pendekatan bergerak ‘secara solo’ tanpa menyokong mana-mana parti  
pembangkang termasuk PPBM sendiri. 
 
Menurutnya, keputusan itu sekali gus menyangkal dakwaan Mahathir bahawa konon parti   
yang tidak menyokong Pakatan Harapan diketuai DAP sebagai menyokong senyap Perdana  
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 
“Tidak benar, dakwaan Mahathir itu adalah tidak betul. Ada perkara yang kita sokong  
UMNO, bahkan ada perkara yang kita sendiri pun tidak sokong. Bukan bulat-bulat,” kata  
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. 
 
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam pada itu menempelak Mahathir  
serta menegaskan parti itu telah berdepan dengan UMNO dan BN sebelum merdeka,  
berbanding PPBM yang usianya baharu setahun jagung. 
 
“Sejak tahun 1951 lagi, kita adalah konsisten dan tidak pernah berhenti melangkah  
sedemikian, cuma pendekatan tentunya adalah berbeza dari masa ke semasa. Keadaan  
malah bergantung kepada strategi politik PAS. 
 
“PAS juga ingin mengingatkan DAP bahawa kami akan meletakkan calon dan bertanding  
di kawasan mereka pada pilihan raya nanti, jika parti itu berdegil untuk bertanding  
di kawasan PAS,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA 
 
Sumber TKO - 16-11-2016 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
  
 Assalamualaikum,,,  Dakwaan Nurul Izzah itu serius, dakwaan yang boleh mencemarkan
 nama baik seorang pak haji kalau ianya tidak benar, oleh itu menjadi tanggungjawab
 sipenuduh untuk membentangkan bukti bukti kepada dakwaannya, kalau tidak satu budaya
 baru akan terbentuk, budaya menuduh membabi buta dan ianya sisegarkan pula oleh orang
 politik kepada musuh  musuh politiknya.
 
 Dalam politik kita ramai yang membawa title pak haji, ada pak haji dalam  Umno, ada pak
 haji dalam PKR dan ada pak haji dalam PAS, tak kiralah  mereka dapat title haji itu dengan
 mengerjakan rukun haji dan perkara  wajib haji secara tersusun atau tidak, tak kira sama ada
 haji mereka  terbatal atau tidak tetapi yang penting setiap seorang yang pulang  dariMekah
 pada selepas musim haji akan bergelar haji.Nurul Izzah kena  jelaskan siapa pak hajji yang
 korupsi dan apakah bentuk korupsi yang  telah dibuatnya.
 
 Nurul Izzah melemparkan tuduhan itu semasa konvensyen PH mungkin mahu menunjukkan
 pak haji dalam PH semuanya bersih rasuah, jadi pak haji mana yang rasuah? Nurul Izzah
 kena tampil mendedahkannya.Biar semua rakyat tahu dan biar semua pengikutnya tahu
 siapa pak haji itu.Secara umumnya tiada yang mahu mengikut pak haji yang rasuah bukan
 Nurul Izzah sahaja tetapi dalam masa yang sama tak ramai yang sanggup membuat tuduhan
 tanpa bukti.Cuma orang orang tertentu dan berkepentingan tertentu sanggup menuduh
 sedemikian rupa.Jadi Nurul Izzah kena bertanggungjawab dengan tuduhannya biar selari
 dengan fitrah kemanusian yang ada.
 
 Kita bukan berada dalam masyarakat yang membudaykan sikap lempar batu sembunyi
 tangan tetapi kita berada dalam masyarakat yang benci rasuah, masyarakat yang menyokong
 perjuangan memerangi rasuah sama seperti Nurul Izzah tetapi memerangi rasuah tidak
 bermakna kita boleh melemparkan tuduhan melulu kepada orang orang yang tak mahu
 sokong perjuangan kita apatah lagi orang orang yang tidak menyokong itu mempunyai visi
 yang jauh lebih terkedepan dari kita.
 
 Mereka mungkin tidak hanya menjadikan rasuah sebagai agenda perjuangan tetapi lebih
 jauh dari itu, mereka menjadikan mati sebagai matlamat perjuangan.Kalau pak haji yang
 Nurul izzah tuduh korupsi itu sebenarnya meletakkan mati sebagai matlamat perjuangannya
 maka Nurul Izzah ternyata salah dan membuat satu dakwaan yang tak akan dapat dibuktikan.
 Sebabnya, seseorang yang berjuang bermatlamatkan mati, tidak akan sesekali rasuah atau
 bersubahat dengan perasuah, oleh itu sebarang tindak tanduk beliau yang nampak tidak kita
 senangi, tidak boleh dijuruskan kepada rasuah kerana beliau mungkin(malah sebenarnya
 tahu benar) apa yang perlu dibuat untuk kemaslahatan umum dan tahu benar keperluannya
 untuk bertindak demi kerana makasiq syaariah umat.
 
 orang yang mahir dengan kemaslahatan umum dan makasiq syaaariah adalah orang orang
 yang mahir dengan agama tak kira samada beliau seorang haji atau tidak.Jadi Nurul Izzah
 perlu membentulkan andaianya bahawa seorang pemimpin itu bukan sahaja perlu tahu pasal
 agama tetapi seorang pemimpin  yang memerangi rasuah.Sebabnya apabila seorang
 pemimpin itu ada pengetahuan mendalam mengenai apa yang boleh dibaut dan apa yang
 tidak boleh dibuat menerusi petunjuk agama, maka beliau akan bebas dari pengaruh
 pemikiran akal manusia semata mata sebaliknya akan terus bertindak dengan apa yang boleh
 dan apa yang tidak boleh sepertimana dikehendaki agama, rasuah jelas diharamkan agama!
 
 Pemimpin yang ada pengetuan mendalam dala agama adalah pemimpin yang terbaik kerana
 mereka tidak hanya mahu memerangi rasuah seperti dijkehendaki Nurul Izzah, tetapi
 mereka juga memerangi sebarang usaha untuk meliberalkan agama, untuk menghalalkan
 apa yang diharam agama seperti kebebasan mengamalkan LGBT.Apatah lagi mereka nak
 bergading bahu dengan geng liberal dan LGBT untuk menuntut kebebasan, jauh sekali.
 
 Dalam soal ini, Nurul Izzah sudah mengesahkan dirinya sebagai salah seorang yang akan
 berganding dengan geng liberal dan LGBT dalam bersih 5.0 dan secara jelasnya tidak layak
 untuk menuduh orang agama sabagai tidak kritis dan sebenarnya Nurul Izzah dan orang
 orang sepemikirannya tidak layak untuk menjadi pemimpin kita, orang Islam, kerana tiada
 ciri ciri keislaman dalam dirinya.
 
 Sumber TKO -15-11-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Laluan PH tumbang BN tanpa PAS sukar, kata
 penganalisis
 Posted on Monday, November 14 @ 16:26:46 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 
 |  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu menumbangkan  Barisan
 Nasional (BN) berdasarkan kedudukan semasa parti pembangkang  ketika ini, kata
 penganalisis.
 Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata  gabungan
 pembangkang perlu menyelesaikan perbezaan agenda dalam parti  komponen jika bercita-cita
 menawan Putrajaya.
 
 Katanya, masalah ideologi dalam PH perlu diselesaikan terlebih dulu  kerana sering wujud
 percanggahan yang menyukarkan penyatuan sedangkan BN  sejak sekian lama memang ada
 nilai kompromi dan pengorbanan dalam  konteks gabungan besar.
 
 “Sebagai contoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai  Besar tidak berpihak
 kepada PH kerana ia terpecah kepada 3 penjuru,”  katanya kepada FMT.
 
 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana  konvensyen pertama PH
 mampu menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan  datang.
 
 Penganalisis politik Universiti Malaya Dr Awang Azman Awang Pawi  berkata pembangkang
 akan berdepan kesukaran merampas tampuk kepimpinan  Putrajaya selagi PH gagal menarik
 PAS bersama gabungan mereka.
 
 “Kemelut dalam PH dan hubungan dengan PAS perlu ditangani dengan  baik. Walaupun
 banyak isu negara sedang berlaku selagi tidak ada  perpaduan sesama pembangkang agak
 sukar merealisasikan impian menawan  Putrajaya.
 
 “Malah tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM masih memikirkan  terma dan
 menanti PAS bermakna PH belum cukup kuat lagi pada masa  sekarang.
 
 “Persepsi rakyat terhadap pergelutan dalaman juga perlu ditangani  kerana bimbang ditolak
 rakyat seperti dalam pilihan raya Sarawak,”  katanya.
 
 Kelmarin Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap menerusi konvensyen  PH berkata
 hanya satu cara saja untuk menewaskan BN iaitu dengan bersatu  – pakatan pembangkang
 perlu berdaftar sebagai satu parti, guna  manifesto dan logo yang sama.
 
 
 Malah gabungan pembangkang nampak sukar apabila Presiden PPBM Tan Sri  Muhyiddin
 Yassin dilaporkan membatalkan majlis menandatangani  perjanjian menyertai PH yang
 dijadualkan dibuat ketika konvensyen itu.
 
 Sumber TKO - 14-11-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
  
 Assalamualaikum,,,
 
 Khalid Samad dinamakan pakar strategi PAN tetapi sebenarnya dalam banyak hal dia terlalu
 berangan angan.Terbaru angan angannya untuk menjadikan PAS tidak releven dalam politik
 Malaysia sesudah menuduh PAS sebagai parti yang tidak mesra bukan Islam dan menuduh
 PAS sebagai punca perpecahan PR.
 
 hari ini Khalid Samad berstrategi lagi a.k.a berangan angan lagi apabila  dia berkata dengan
 membawa masuk parti bersatu dalam PH akan menjadikan  PAS tidak releven kerana
 mungkin sokongan kepada PAS akan beralih  kepada PH.Demikanlah angan angan Khalid
 Samad seolah olah dia tak  perasan fungsi PAS sebagai sebuah jemaah Islamiah, dia hanya
 lihat PAS  sebagai parti politik sama seperti PAN dan Bersatu.Khalid Samad sedar  betapa
 salahnya dia membuat andaian sebegitu kerana dia pernah ada dalam  PAS dan melihat
 sendiri bagaimana fungsi sebagai sebuah jemaah Islam  berjalan dalam PAS.Khalid Samad
 hanyalah seorang pakar angan angan yang  disayangi oleh DAP untuk melemahkan PAS.
 
 Bohong kalau kata Khalid Samad tak sedar bahawa selama lebih 50 tahun PAS berjuang
 dalam poitik negara, PAS tidak ada asas sokongan, malah hari ini, tolak Sabah dan Serawak,
 PAS sudah ada pengundi tegar di seluruh negara.Bukti kepada 3 PRK yang diadakan, di
 Rompin, Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Jumlah undi yang diperolehi PAS sungguhpun
 tidak mencukupi untuk menang PRK itu, menunjukkan jumlah pengundi tegar yang agak
 besar dan jumlah ini tidak akan berubah sekalipun Bersatu menyertai PH.Lantas bagaimana
 Khalid Samad boleh mendakwa PAS akan tidak releven kalau Bersatu bersama PH?
 
 Itu angan angan Khalid Samad.Khalid Samad juga mungkin berbohong kalau dia tidak
 nampak bagaimana perkembangan PAS sekarang di Sabah dan Serawak.Dari tidak ada
 langsung, PAS sudah mampu menubuhkan cawangannya di beberapa tempat di Sabah dan
 Serawak.Dan ada harapan PAS akan terus berkembang di sana sebab bumi Sabah dan
 Serawak adalah bumi umat Islam, insyaallah akan ada jalan ditunjukkan ALLAH nanti.Kita
 tetap berharap dan berdoa agar satu hari hidayat akan datang juga di sana, biarlah Khalid
 Samad dengan pilihannya sendiri untuk terus berangan angan
 
 Sumber TKO - 13-11-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
  
 Oleh: Haspaizi Mohd Zain
 Gabungan besar pakatan pembangkang dengan membawa masuk Parti Pribumi  Bersatu
 Malaysia (PPBM) adalah salah satu strategi secara langsung untuk  melemahkan PAS dan
 menjadikan parti itu tidak relevan.
 
 Perkara itu didedahkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN),  Khalid Samad
 dalam satu perbualan bersama ahli kumpulan What’sApp yang  terdiri daripada anggota
 pembangkang.
 
 Beliau berkata, pakatan besar itu amat penting bagi menjadikan PAS  terpinggir daripada arus
 politik pembangkang dan menjadikannya tidak  relevan.
 
 “Melalui gabungan besar ini maka PAS akan semakin terpinggir. Apabila  semakin ramai
 bersama Pakatan Harapan (PH) PAS akan kelihatan  bersendirian dan tak mampu
 mengalahkan Barisan Nasional (BN).
 
 “Tu caranya untuk menjadikan PAS tidak releven,” katanya melalui perbualan itu malam
 tadi.
 
 Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, jika gabungan PAN dan DAP saja,  hanya DAP yang
 mampu memenangi kerusi ditandingi, namun tidak bagi PAN.
 
 Khalid juga menyifatkan PAS masih lagi satu parti yang kuat walaupun  sebahagian ahlinya
 sudah berhijrah menyertai parti serpihan itu.
 
 Oleh itu beliau mengingatkan ahli parti pembangkang lain supaya tidak  memandang rendah
 terhadap keupayaan PAS walaupun ramai yang  meninggalkan parti itu.
 
 “Kita saja nampak PAS lemah. Jangan syok sendiri. Kalau 50 peratus  ahli PAS dah sertai
 kita, masih ada 50 lagi. Dah ada ke 50 peratus (ahli  PAS keluar parti)?
 
 “Nak dapatkan sesuatu kena usaha…Bukan sekadar meluahkan perasaan memanjang. Kita
 usaha yakinkan PKR dan PPBM,” katanya.
 
 ....
 Komen Webmaster: Dengan keahlian sekitar 17K untuk, PAN tak sampai 2% daripada ahli
 PAS. Mengikut sumber sekitar 6-7K sahaja ahli PAS berpaling tadah daripada 800K ahli
 bersih PAS selepas pemutihan.PAN terpaksa mengarah ahli IKRAM menyertainya dengan 2
 sarapan meramai dan menguasai.
 
 Sumber TKO - 13-11-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Walaupun dilihat tidak sehaluan, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli  berkata beliau tetap
 menyenangi timbalan presidennya, Datuk Seri Azmin  Ali secara peribadi.
 
 "Adakah kami sangat rapat? Tidak. Adakah kami bekerja bersama-sama? Ya.
 
 "Saya sukakan Azmin. Saya ada perbezaan pandangan pada sesetengah isu  tetapi ia tidak
 bermakna saya perlu membenci seseorang yang tidak  sependapat dengan saya," katanya
 kepada Malaysiakini di Pusat Khidmat  Anggota Parlimen Pandan semalam.
 
 Rafizi kemudian memberi contoh dengan memetik nama Ketua Perhubungan  Umno
 Selangor Tan Sri Noh Omar dan Anggota Parlimen Kinabatangan Bung  Moktar Radin.
 
 Menganggap kedua-dua tokoh itu tidak sehaluan dengannya, Rafizi menambah dia
 sebenarnya menyukai Noh dan Bung Moktar.
 
 "Saya tidak semestinya bersetuju dengan apa yang mereka kata, tetapi saya suka mereka
 secara peribadi," katanya.
 
 Kata naib presiden PKR itu beliau dan Azmin mempunyai tugasan  berasingan untuk diberi
 tumpuan dan jika semua pihak berjaya  melaksanakan tugas masing-masing, pihak yang
 mendapat manfaat adalah  rakyat.
 
 Beliau juga mendedahgkan keputusan untuk membuat aduan mengenai  kerajaan Selangor
 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  sebenarnya adalah keputusan
 PKR.
 
 Menurut Rafizi ia juga disokong Azmin yang bertindak sebagai menteri besar dan
 sebahagian daripada anggota biro politik parti.
 
 Mei lalu Rafizi membangkitkan dakwaan rasuah wang dan seks dalam  kerajaan Selangor
 namun Azmin menafikannya dan menganggap ia sebahagian  daripada kempen mencemar
 namanya.
 
 Khamis lalu kerajaan mengumumkan SPRM tidak menemui sebarang bukti atas dakwaan
 Rafizi itu.
 
 Dalam perkembangan berkaitan Rafizi juga menafikan beliau bersendirian dalam parti.
 
 "Saya tidak pergi merata-rata dan menunjuk-nunjuk (sokongan) kerana  ia tidak profesional.
 Saya yakin saya tidak berseorangan, jika tidak  tentu saya tidak begini yakin melakukan apa
 yang saya buat sekarang,"  katanya.
 
 Sumber TKO - 13-11-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Konvensyen pertama Pakatan Harapan (HARAPAN) - sebuah gabungan yang  mengambil
 masa lebih setahun untuk diwujudkan - berlangsung hari ini  untuk menentukan hala tuju
 ketika pembangkang masih belum bersatu.
 
 Selepas konvensyen itu berakhir, arah tuju pembangkang nampaknya  masih belum jelas
 sebaliknya isyarat yang beragam dapat dilihat.
 
 Misalnya kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)  Tun Dr
 Mahathir Mohamad yang menyatakan parti itu komited menyertai  HARAPAN.
 
 Namun Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mereka  perlukan
 lebih masa sebelum memuktamadkan penyertaan gagasan berkenaan.
 
 Penundaan itu memag dijangka kerana semalam media melaporkan  Muhyiddin mungkin
 sedang berusaha mendapatkan kerjasama PAS sebelum  BERSATU menandatangani
 persefahaman dengan HARAPAN.
 
 
  Muhyiddin  mengesahkan beliau sedang berunding dengan PAS namun menafikan ia  adalah punca BERSATU menunda menurunkan tandatangan menyertai HARAPAN. 
 Dr Mahathir dalam ucapannya tidak begitu diplomatik dengan mendakwa  pihak yang berseteru dengan HARAPAN mungkin sudah mengambil "dedak"  serta menyokong Datuk Seri Najib Razak.
 
 Pada ketika lain Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN)  Salahuddin Ayub mencadangkan gabungan itu menamakan calon perdana  menteri sementara tetapi Dr
 Mahathir berpendapat sekarang bukan masa  sesuai untuk itu.
 
 Justeru dalam perkembangan itu beberapa pemimpin BN melihat ia adalah  bukti mengapa
 pembangkang tidak wajar diberi peluang menang dalam  pilihan raya.
 
 Tiap parti ada agenda berbeza
 
 "Dr Mahathir kini bercakap mengenai satu parti, satu simbol, satu manifesto. Ini yang
 diperkatakan pembangkang sejak 1999.
 
 "Selepas 17 tahun mereka masih gagal melaksanakannya. Bercakap memang senang, tetapi
 melakukannya adalah hal yang lain.
 
 "Pembangkang tidak bersatu dalam banyak isu, justeru bagaimana mereka  boleh bersetuju
 mengenai satu parti, satu simbol, satu manifesto?" kata  Menteri Komunikasi dan Multimedia
 Datuk Seri Salleh Said Keruak.
 
 Katanya semua parti dalam HARAPAN serta BERSATU juga membawa agensi  berbeza,
 dengan satu daripadanya hanya berminat untuk mengetepikan Najib  sebagai perdana menteri.
 
 “PKR pula mahu membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara dan menjadikannnya perdana
 menteri.
 
 “AMANAH adalah sebuah parti dianggotai bekas ahli PAS yang gagal menyingkirkan
 Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.
 
 DAP pula kata bekas ketua menteri Sabah itu, sebuah parti yang mahu  melihat kemunculan
 Malaysian Malaysia yang tidak dapat diterima ramai  Melayu termasuk dalam parti
 pembangkang.
 
 Keadaan itu kata Salleh, akhirnya menghalang HARAPAN menghasilkan manifesto bersama
 yang wajar.
 
 Sementara itu Bendarai MIC S Vell Paari turut menyentuh kegagalan HARAPAN
 menamakan calon perdana menteri mereka.
 
 Katanya, ia juga langkah undur Dr Mahathir yang sebelum ini menamakan Muhyiddin
 sebagai calonnya.
 
 HARAPAN pula kata Vell Paari mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
 "Mereka tak boleh membuat keputusan mengenai siapa yang akan mengetuai mereka
 menghadapi pilihan raya umum akan datang.
 
 "Mereka boleh saja mencadangkan Dr Mahathir sebagai pemimpin untuk  HARAPAN dan
 memberitahu rakyat beliau adalah calon perdana menteri jika  memenangi pilihan raya akan
 datang," katanya.
 
 Akhirnya kata Vell Paari, konvenyen hari ini lebih kepada  perbincangan untuk menurunkan
 Najib berbanding memperjuangkan kebajikan  rakyat.
 
 Sumber TKO - 12-11-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 UMNO Mula Sedar PRU-14 Akan Menjadi PRU Paling
 Sengit Dalam Sejarah PRU
 Posted on Friday, November 11 @ 14:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32334
 
 
 
 |  Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan pilihan raya paling sengit  dalam sejarah
 Umno dan bakal menentukan kelangsungan parti itu sebagai  parti pemerintah, kata Datuk
 Seri Hishammuddin Hussein.
 
 Naib presiden Umno itu berkata parti itu perlu bersedia menghadapi  persaingan bagi
 mengelak nasib parti pemerintah seperti parti Golkar di  Indonesia, Kongres (India), Parti
 Demokratik Liberal (LDP) di Jepun dan  Kuomintang di Taiwan yang kalah dalam pilihan
 raya.
 
 Katanya, pandangannya itu bukan untuk menakut-nakutkan anggota Umno  tetapi hanya
 memberi gambaran sebenar dan realiti yang harus diterima  oleh parti itu.
 
 Beliau memberi peringatan bahawa Umno harus kembali mendapatkan mandat  baharu pada
 PRU14 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa dan ia  bukan satu tugas yang mudah.
 
 "Mandat lima tahun kita sudah hampir dua pertiga hayatnya... ini  bermakna UMNO harus
 kembali mendapat mandat baru, namun ia bukanlah  semudah kita impikan," katanya ketika
 merasmikan Konvensyen Umno Johor  di Johor Bahru malam tadi. Justeru, Hishammuddin,
 yang juga menteri pertahanan, meminta semua  anggota Umno Johor supaya berusaha gigih
 mulai hari ini bagi memastikan  kemenangan parti dalam PRU14.
 
 Konvensyen dua hari dengan tema 'Umno Memacu Melayu Maju' itu turut  dihadiri Pengerusi
 Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamed  Khaled Nordin dan Setiausaha
 Badan Perhubungannya, Datuk Md Jais Sarday.
 
 Hishamuddin, yang merupakan Anggota Parlimen Sembrong, dalam pada itu  turut meminta
 Umno mendepani pilihan raya akan datang dengan strategi  berlainan, bersesuaian dengan
 keadaan semasa.
 
 Katanya, ini penting kerana strategi harus bersandar kepada kekuatan  sebenar Umno dan
 mengambil pengajaran daripada pelbagai pengalaman  dilalui.
 
 Hishammuddin berkata di Johor, beliau gembira melihat usaha telah pun  dilakukan oleh
 menteri besar dengan pengenalan beberapa inisiatif  seperti Johor Berkemajuan dan Johor
 Prihatin.
 
 Katanya, meskipun segala inisiatif ini akan memenangkan Umno Johor pada  PRU14 namun
 anggotanya diingatkan bahawa mereka bukan berada di zon  selesa kerana terdapat individu
 yang masih tidak berpuas hati terhadap  kepimpinan parti itu.
 
 Justeru, beliau berharap konvensyen itu akan menjadi wadah untuk Umno  Johor menyedari
 tugas besar mereka iaitu meneruskan kelangsungan sebagai  nadi dan nafas Umno secara
 keseluruhannnya.
 - Bernama
 
 Sumber TKO - 11-11-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
| Bayangkan ketika pengguna media sosial di seluruh dunia waima hampir  kesemua akhbar
 di Amerika Syarikat (AS) sendiri secara terbuka  menyatakan pendirian sebagai anti-Trump,
 jutawan hartanah itu mampu lagi  menang selesa.
 
 
 
 
Dengan meraih 306 undi electoral college atau  perwakilan tempatan berbanding Clinton, 69,memperoleh 232 undi  daripada keseluruhan 538 undi, Trump, 70, melakar rekod tersendiri
 iaitu  menang bergaya tanpa publisiti positif.
 
 
 
Ia pemilihan paling sengit dalam sejarah 58 kali pilihan raya presiden  AS sejak merdekakerana dari segi populariti pengundian, Clinton  menerima 59,923,027 kertas undi
 dibandingkan Trump sendiri hanya  59,692,974 kertas undi.
 
Mujur perlembagaan AS tidak menerima pakai konsep peratusan undi  popular, tetapi
 mewarisi sistem pilihan raya negara bekas jajahannya,  British iaitu jumlah teramai
 perwakilan dalam dewan sebagai penentu  calon pemenang!
 
Namun misteri kemelut berkenaan akhirnya ‘terbongkar’ apabila beberapa  agensi berita 
antarabangsa dan akhbar berpengaruh Britain, The Independent  mendedahkan rahsia 
kejayaan Trump di sebalik terpalit pelbagai isu panas.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Antaranya tindakan pantas pasukan kempen Trump segera ‘memadam’  kenyataan dan video
 ucapan beliau pada November 2015 yang dimuatkan  menerusi laman web rasmi hartawan
 itu beberapa hari sebelum pengundian.
 
 
 
 
Ia merujuk kepada hasrat Trump jika berjaya dipilih menjadi presiden  ke-45 menggantikanBarack Obama, beliau mahu mengharamkan umat Islam  daripada memasuki AS susulan
 serangan maut pengganas di Perancis ketika  itu.
 
Kenyataan penuh kontroversi itu bagaimanapun ‘dibuang’ daripada laman  web rasmi Trump
 dan tindakan tersebut kemudian dihebahkan secara meluas  menerusi media sosial tempatan
 sebagai menarik pengundi Muslim di AS.
 
Strategi tidak diduga itu ternyata berjaya mempengaruhi kira-kira tiga  juta umat Islam di
 seluruh AS yang selama ini dianggap sebagai setia  ‘totok’ Demokrat tiba-tiba beralih arah
 secara senyap pula untuk  mengundi wakil Republikan.
 
Pada masa sama, pasukan kempen Trump memikat pengundi beragama Islam  ‘menjauhi’
 Clinton kerana parti yang diterajui wanita itu memang  terkenal sejak dahulu menyokong
 gerakan LGBT, fahaman Pluralisme dan  Liberalisme.
 
Ini berbeza dengan Republikan yang dipimpin Trump agak ‘kuat’ berpegang  kepada nilai 
agama dan moral tinggi, selain dianggap sebagai konservatif  sehingga diberi gelaran The 
Grand Old Party  sejak ditubuhkan pada 1854 lalu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Untuk rekod, parti tersebut pernah diketuai Presiden Abraham Lincoln  yang terkenal
 memperjuangkan gerakan anti-perhambaan kulit hitam dari  benua Afrika termasuk ketika
 dalam Perang Saudara AS sekitar abad ke-19.
 
 
 
Trump juga diketahui sebagai bukan peminum arak, meskipun beliau ada  memiliki kilangarak di samping rajin ke gereja untuk beribadah sejak  kecil lagi sekali gus menarik minat
 umat Islam ‘berpaling tadah’  mengundi Republikan.
 
Tidak hairanlah, berita kemenangan Trump disambut baik kesemua pemimpin  negara Islam
 terutama rantau Asia Barat yang terkesan teruk akibat dasar  luar AS selama ini ‘suka’
 campur tangan isu konflik dalaman Timur  Tengah.
 
Antaranya Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz; Raja Jordan, Raja  Abdallah Hussain;
 Emir Kuwait, Sheikh Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah;  Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi
 dan Presiden Palestin sendiri,  Mahmoud Abbas.
 
Juga Presiden Indonesia, Joko Widodo; Perdana Menteri Turki, Binali  Yildirim, Pemimpin
 Barisan Kebangsaan Syria, Anas Al-Abdah; Perdana  Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina
 dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk  Seri Najib Tun Razak.
 
Hakikatnya, hanya masa dapat menjawab bagaimana gaya pentadbiran Trump  setelah
 mengangkat sumpah jawatan secara rasmi pada 20 Januari depan  untuk tempoh empat tahun
 akan datang lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
 
 
Sumber TKO - 11-11-2016 
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
  
 Malaysia bakal menjadi negara keempat dalam rantau Asia Tenggara yang  paling teruk
 terjejas berikutan  kemenangan Donald Trump semalam,  menurut kajian firma erkemuka
 Nomura Global Economics.
 
 Bloomberg yang memetik kajian itu melaporkan negara paling terjejas adalah Filipina dan
 diikuti oleh Thailand dan Indonesia.
 
 Aspek yang dijangka terjejas teruk itu ialah jumlah eksport ke  Amerika dengan Filipina
 bakal kehilangan sehingga 15 peratus, Thailand  (lebih 11 peratus),
 
 Indonesia (sekitar 11 peratus), Malaysia (hampir 10  peratus) dan Singapura (hampir 10
 peratus).
 
 Sementara itu, China selaku rakan perdagangan utama AS pada tahun  lepas dengan nilai
 dagangan lebih AS$600 bilion pada tahun lepas mungkin  berdepan risiko dikenakan tarif
 atas barangannya.
 
 "Langkah sedemikian akan menjejaskan eksport China. Ia juga boleh  mencetuskan perang
 perdagangan jika Beijing bertindak balas dengan  ekonomi negara rantau Asia yang lain
 menjadi mangsa pertembungan dua  kuasa besar itu," kata laporan yang sama.
 
 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed pula
 dipetik Bernama sebagai  berkata, Malaysia mungkin berdepan risiko kehilangan satu juta
 peluang  pekerjaan dapat diwujudkan di Malaysia jika Perjanjian Perkongsian  Trans-Pasifik
 (TPPA) gagal untuk dilaksanakan.
 
 "Jika tiada TPPA, maka perkara tersebut tidak akan dihasilkan," jelas  Mustapa sambil
 merujuk kepada kajian PricewaterhouseCoopers (PwC) yang  mengunjurkan satu juta
 peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Malaysia  jika TPPA terlaksana.
 
 Kebimbangan mengenai terbatalnya TPPA itu tercetus ekoran kenyataan  Trump dalam
 kempennya tidak lama dahulu yang mahu perjanjian tersebut  berkubur jika beliau
 dinobatkan sebagai presiden AS yang baru.
 
 Menyifatkan TPPA sebagai perjanjian perdagangan yang 'dahsyat', Trump  mahu ia
 dibatalkan kerana mendakwa ia sebagai tidak memberi kelebihan  kepada negara Uncle
 Sam itu.
 
 Mengulas lanjut, kata Nomura lagi, di rantau Asia pula, negara yang paling terkesan ekoran
 kemenangan Trump ialah Korea Selatan.
 
 "Korea Selatan mungkin berdepan tindak balas dari dua sisi dengan  Trump telah mengkritik
 perjanjian perdagangan bebas dengan negara itu  pada 2012 kerana memusnahkan hampir
 100,000 pekerjaan Amerika.
 
 "Trump telah berikrar untuk memaksa Korea Selatan untuk membiayai  sepenuhnya kos
 jaminan keselamatan diberikan oleh Amerika Syarikat yang  boleh menambah kepada
 masalah fiskal," kata firma itu lagi.
 
 Sumber TKO - 10-11-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Muafakat Pembangkang mampu ganti tugas Anwar
 Posted on Monday, November 07 @ 14:27:27 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32275
 
 
 
 |  KEJAYAAN gabungan parti pembangkang menerusi Pakatan  Rakyat (PR) yang diterajui Pas,
 PKR dan DAP pada PRU13 yang lalu,  memberi dimensi baharu dalam perkembangan politik
 di negara ini.
 
 Walaupun gabungan ini kalah kepada BN dan gagal merampas Putrajaya,  namun keputusan
 pembangkang menidakkan dua pertiga kerusi Parlimen BN,  satu kejayaan yang besar.
 
 Namun, melihat kepada senario sekarang, kekuatan pembangkang tidak lagi  kukuh seperti
 PRU13 sejak ketiadaan tokoh berwibawa Datuk Seri Anwar  Ibrahim yang kini masih
 menjalani hukuman penjara.
 
 Ketiadaan Anwar dilihat memberi kesan besar kepada hubungan antara  parti komponen PR
 termasuk konflik DAP dan Pas sehinggakan parti Islam  itu mengambil keputusan keluar dari
 gabungan pembangkang.
 
 Persoalan sekarang, siapakah tokoh yang wajar mengambil alih tempat Anwar bagi
 mengetuai pembangkang dalam PRU14.
 
 Jika dilihat kedudukan rasmi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  adalah pemimpin
 paling wajar memimpin berdasarkan jawatan beliau sebagai  Ketua Pembangkang terajui
 Pakatan Harapan di Parlimen.
 
 Namun Wan Azizah dilihat tidak berjaya mengembalikan kekuatan sebenar pembangkang
 seperti dalam PRU13.
 
 Pembangkang akan kembali kuat jika kesemua parti bergabung termasuk Pas dan Bersatu.
 
 Calon kedua, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri
 Besar Selangor.
 
 Kejayaan Azmin mengekalkan pemimpin Pas dalam Kerajaan Selangor dilihat  mampu
 menjadi penghubung di antara Pakatan Harapan dan Pas.
 
 Calon ketiga, pemimpin dari parti Bersatu iaitu Presiden Bersatu, Tan  Sri Muhyiddin Yassin
 yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.
 
 Kenyataan terbaru Muhyiddin yang mengalu-alukan pertemuan bersama Pas  dan Pakatan
 Harapan, dilihat boleh menjadi titik permulaan sebagai satu  langkah menyatukan kembali
 kesemua parti pembangkang.
 
 Muhyiddin berkata, pertemuan itu permulaan baik untuk Bersatu memulakan  rundingan
 dengan parti-parti pembangkang lain mengenai bentuk kerjasama  menjelang PRU14.
 
 “Berita baik pertama, Pas telah menyatakan persetujuan untuk adakan  perbincangan dengan
 kita. Tarikh pun telah ditetapkan dan bagi kami, itu  satu langkah ke hadapan.
 
 “Kedua, Pakatan Harapan sudah memberi jemputan untuk kami hadir dalam  satu mesyuarat
 antara pemimpin-pemimpin mereka dalam tempoh terdekat.  Dari situ, kita boleh mengorak
 langkah bagi bentuk kerjasama yang sesuai  dan boleh dijalinkan,” katanya selepas mesyuarat
 pemilihan Majlis  Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini.
 
 Muhyiddin berkata, dalam pertemuan itu, Bersatu akan memulakan proses rundingan
 kerusi-kerusi boleh ditandingi pada PRU14.
 
 Bersatu mampu satukan kembali pembangkang jika pertemuan ini berjaya  dilaksanakan dan
 Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan sebagai  penasihat.
 
 Aura Mahathir dijangka mampu memberi kesan positif kepada sokongan pengundi kepada
 pembangkang dalam pilihan raya nanti.
 
 Pilihan calon terakhir menyatukan pembangkang, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan
 Man.
 
 Pilihan Tuan Ibrahim dibuat kerana beliau dilihat terbuka kepada parti  pembangkang
 berbanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
 Namun, Tuan Ibrahim menegaskan Pas tidak akan sesekali jadi alat untuk  pihak lain
 mengambil kesempatan dan mencapai hasrat mereka.
 
 Abdul Hadi dilihat kurang minat dalam menjalinkan hubungan dengan Pakatan Harapan
 kerana DAP.
 
 Perkara ini ditegaskan Ketua Pemuda Pas, Nik Muhamad Abduh Nik Abdul  Aziz yang Pas
 tidak akan berunding dengan DAP dalam usaha mewujudkan  pertembungan satu lawan satu
 dengan BN PRU14.
 
 Beliau turut mendakwa kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi  Awang bahawa
 parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti  telah ditokok tambah.
 
 Antara kesemua calon dinyatakan, dilihat hanya Muhyiddin dan Mahathir mampu untuk
 merealisasikan gabungan pembangkang ini.
 
 Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr  Mohd Fuad Mat
 Jali berkata, BN perlu kaji kesan penubuhan Bersatu kepada  parti itu, pada PRU14.
 
 Katanya, pengumuman barisan Ahli Majlis Pimpinan oleh Muhyiddin, bukti  jelas parti itu
 tidak boleh dipandang ringan. Namun katanya, kekuatan  Bersatu sukar diukur walau dibarisi
 individu berpengaruh.
 
 Jika pertemuan ini mampu dibuat, fungsi Anwar pada PRU13 akan boleh  digalas pemimpin
 Bersatu ini dalam menghadapi saingan PRU14 nanti.
 
 Mungkin pembangkang mampu rampas Putrajaya pada PRU14 jika gabungan ini
 direalisasikan sebelum tarikh pilihan raya diumumkan. - Sinar
 
 
 
 Sumber TKO - 7-11-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 "
  
 Assalamualaikum,,,  Saya terbaca komen seorang yang pekat menyokong parti Islam PAN
 mengenai perkembangan di Turki yang menurutnya Islam yang diperkenalkan di Turki ialah
 Islam
 
 yang progresif, tidak ada Hudud seperti dibuat oleh PAS yang lebih bersifat retorik semata
 mata.
 
 Dia memuji Erdogan yang mendapat sokongan rakyat Turki sehingga mereka sanggup
 berkorban nyawa mempertahankan Erdogan dari percubaan rampasan kuasa Tentera baru
 baru ini malah katanya Islam mula berkembang, masjid masjid mula dipenuhi, tudung
 menutup aurat mula dibudayakan.
 
 Semuanya ini berlaku tanpa sibuk untuk melaksanakan Hudud.Katanya lagi, bilakah
 Malaysia mahu jadi macam Turki bebas dari golongan yang nak Islam retorik(merujuk
 kepada PAS).Tapi tanpa sedar dia cuba berbohong kepada suasana yang berlaku dalam negara.Apa yang didakwanya
 
 sedang berlaku di Turki itu sudahpun lama berlaku dalam negara.Wanita bertudung sudahpun
 bermula sejak awal tahun 80an lagi di mana ketika itu Turki mengharamkan tudung.Suasana
 masjid yang meriah dengan kehadiran umat Islam sudah lama boleh dilihat dalam negara.
 Rasanya tak perlu jadi progresif untuk melihat semuanya ini.
 
 Turki sebuah negara Islam yang disekularkan oleh Mustafa Kamal Artarttuk dan kekal
 sekular sejak sekian lama sehinggalah munculnya Embarkan dan kemudian Erdogan bersama
 Abdullah Gul yang cuba membawa kembali Turki kepada Islam.Sudah tentu halangan dan
 rintangan yang dihadapi adalah cukup besar sekali berbanding negara kita yang disekularkan
 oleh penjajah dan kemudiannya diteruskan oleh Umno dengan memasukkan Islam sebagai
 ugama resmi negara dalam perlembagaannya.Sekularnya Malaysia berbeza dengan sekularnya Turki di mana di Malaysia sebahagian amalan Islam dibenarkan sementara sebahagian yang lain
 khususnya hukum syariah yang terdiri dari hukum Hudud, Qisas dan sebahagian taazir tidak
 diterima untuk dilaksanakan.Turki selain itu masih terpaksa berdepan dengan puak Kurdis
 yang juga Islam yang  masih menuntut kemerdekaan wilayah mereka.Erdogan terpaksa
 berdepan dengan mereka juga selain puak sekular tentera.
 
 Mana mungkin kita mengharapkan Erdogan mahu menegakkan hukum dalam situasi
 sekarang?
 
 Islam yang sudah terlalu lama ditinggalkan mahu dihidupkan kembali sudah tentu menerusi
 tangga tangga yang dimulai dengan tarbiyah  kemudian amal ibadat individu dan
 kemudiannya meningkat kepada tahap tahap yang lebih tinggi melibatkan kerajaan.Tahap
 tertinggi yang melibatkan kerajaan ini memerlukan banyak sokongan dan penyertaan rakyat
 jelata yang meluas,sudah tentu ianya memerlukan masa untuk menguatkan kerajaan dan bila
 keadaan sudah teguh, barulah tuntutan hukum perlu dilaksanakan.Turki masih jauh untuk
 mencapai ke tahap itu memandangkan situasi politik yang masih belum stabil dan perlu
 dihadapi oleh Erdogan.
 
 Soalannya, siapa kata Erdogan tidak mahu melaksanakan hukum Islam?
 
 Di sinilah PAN tidak mahu atau sengaja tidak mahu memahami situasi Turki yang berbeza
 dengan Malaysia.Malaysia yang sekular dari awal pemerintahan Umno sentiasa hidup dalam
 suasana aman damai dan tidak pernah diuji dengan peperangan seperti Turki.Peimarahan
 masjid yang sudah lama berlaku dalam negara, aktiviti ibadat individu seperti solat,puasa,
 zakat dan haji hampir saban hari berlaku dengan meriahnya sedangkan di Turki ianya baru
 bermula.
 
 Seperti Turki, kita di Malaysia masih tidak Islam dari sudut mematuhi perintah hukum
 jenyahnya dan dalam keadaan yang jauh berbeza dengan Turki, PAN mahu Islam Malaysia
 jadi progresif dengan mengatakan ingin melihat masjid masjid dipenuhi seperti di Turki pada
 masa masjid masjid kita sudahpun meriah.Tidak kah ini pelik? PAN mahu kita lupakan dulu
 hukum seperti Turki melupakannya sedangkan kita hidup dalam suasana aman damai
 berbeza dengan Turki yang masih diancam oleh tentera dan puak kurdis yang juga sekular?
 
 Dan mereka mengatakan cita cita menegakkan hukum ALLAH itu retorik! Tapi mereka
 mendakwa progresif untuk mewujudkan suasana yang sudahpun wujud? PAN cuba
 membawa gambaran Turki sebagai role model kepada Islam progresif mereka yang tidak
 menyebut untuk melaksanakan Hudud dalam Islam mereka tetapi PAN juga tidak ada idea
 bahawa mereka  sebenarnya menipu Erdogan dengan menggunakan namanya kepada Islam
 progresif mereka.
 
 Bayangan PAN ternampak bayang bayang gambar  roket ketika melintas angkasa minda
 dengan Islam progresif.Cita cita untuk melihat Islam diamal dan diimarahkan seperti di Turki
 itu sebenarnya retorik yang jelas kelihatan bukannya cita cita untuk melihat hukum ALLAH
 tertegak di muka bumi ini.Lagipun ALLAH telah menegaskan dalam Al Quran agar
 hambanya sentiasa takut dan berharap kepada ALLAH semata mata.
 
 Biar apa orang kata, cukuplah ALLAH sebagai penolong!
 
 Sumber TKO - 7-11-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Antara TGHH dan pengutuk pengutuk hapraknya!
 Posted on Saturday, November 05 @ 13:50:18 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32246
 
 
 
 |  Assalamualaikum,,, Siapa TGHH? Beliau adalah seorang presiden sebuah parti politik yang mempunyai lebih sejuta ahli dan pemimpin jemaah Islam terbesar dan terlengkap di Malaysia.Beliau juga naib presiden ulamak dunia yang tak perlu disenaraikan lagi pengikirafan yang diperolehinya di peringkat dunia.Sementara pengutuk pengutuknya yang ramai bersembunyi di sebalik tabir dunia siber tidak diketahui kewibawaan mereka, kelulusan mereka dan pengaruh mereka di kalangan masyarakat tempatan dan dunia.Mereka ibarat cacing kerawit yang boleh masuk ke dalam tubuh manusia dan merosakkannya.Itu saja!
 Tapi mereka ini tidak tahu malu dan tidak sedar kemampuan diri sendiri, sentiasa cuba menunjuk pandai dan dengan bongoknya mengutuk TGHH kaw kaw seolah olah TGHH itu penyamum tarbus.Sanggup mengatakan pengikut pengikut TGHH diberi minum air kencing dan berbagai bagai lagi kutukan yang langsung tidak waras dan tidak rasional langsung.Malah ada yang kata TGHH itu penipu bersiri tanpa menyedari yang menipu itu mereka yang bangang kerana mengolah semula setiap perkataan dan perbuatan TGHH mengikut selera penyamun mereka, tidak ada satupun yang benar melainkan dakwaan benar mereka.
 
 Ada seorang yang boleh diibaratkan cacing kerawit meronta ronta menuduh pengikut TGHH sudah terminum air kain pelekat TGHH tanpa sedar melondehkan keboodohan diri sendiri.Pertamanya dia tak sedar kerana tak pernah belajar ugama bahawa kain pelekat itu adalah sebahagian pakaian sunnah yang diperkenalkan oleh ulamak kepada masyarakat melayu lama dulu tapi dengan bongoknya dia menghina kain pelekat yang sudah banyak berjasa kepada orang melayu sejak dulu lagi.Keduanya secara tak langsung dia bangga dengan pakaian seluar panjang yang diperkenalkan oleh orang barat kepada melayu tanpa sedar  bahawa seluar panjang itu sebenarnya lebih mirip kepada budaya yahudi dan nasrani.Walaupun tak salah memakainya tetapi dia ni sudah hilang jati diri melayu kerana lebih mengagungkan pakaian barat dari pakaian yang diperkenalkan ulamak kepada melayu.Itu yang dia tak sedar ketika berulang ulang mendakwa TGHH membeir minum air kain pelekatnya.Ingat dia cerdik sangat tapi bodoh sebenarnya menghina seorang ulamak yang sejak mudanya menyerahkan dirinya untuk berjuang menbetulkan perkara perkara yang tidak betul dalam kehidupan kita orang melayu yang beragama Islam.
 
 Pendek kata kumpulan pengutuk TGHH ini adalah kumpulan orang melayu Islam yang hilang jati diri dan hilang rasa sayangnya kepada agama kerana telah terpengaruh dengan carahidup ciptaan yahudi dan nasrani barat.Mereka bermati matian malah sehingga sanggup menghina dengan dakwaan yang tidak waras dan tidak rasional langsung seperti terbaru ada dakwaan TGHH sudah terminum kencing Najib dan pengikutnya yang lebih sejuta orang itu sudah diberi minum kencing TGHH.
 
 
 Munasabah atau tidak, bayangkan TGHH yang  ada lebih sejuta pengikut mana boleh lebih hina daripada pengikutnya yang tidak dikenali dan berselindung di sebalik tabir siber? Jadi siapa yang lebih hina sebenarnya, kalau dalam kes kes menentukan sesuatu hukum yang khilaf biasanya kita ikut pendapat ramai dan tolak pendapat seorang.
 
 Sama juga dalan hal TGHH dan pengutuknya, TGHH ada lebih sejuta pengikut, pengutuknya tak diketahui asal usulnya, siapa yang nak kita ikut? Tanya budak sekolah menengahpun mereka boleh jawab dengan tepat!
 
 Sumber TKO - 5-11-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Assalamualaikum,  Bagi orang orang yang buta Al Quran, mereka tidak akan sedar bahawa Hudud itu dari ALLAH, Hudud itu milik ALLAH dan kerana buta AL Quranlah mereka juga buta mata hati lalu dengan mudah mempersendakan setiap halangan yang dihadapi oleh golongan yang mahu merelisasikan hukum ALLAH di bumi bertuah Malaysia ini.
 
 Terbaru halangan kerana RUU 355 dapat masuk parlimen kerana alasan yang  diberikan kerajaan telah dikatakan Umno telah kencing PAS.Sindiran  kencing ini dipolupori oleh segelintir orang Islam juga yang selama ini  mengganggap tugas mengenegahkan hukum ALLAH itu hanya tugas PAS dan  PASlah yang bertanggungjawab di hadapan ALLAH nanti, bukan  mereka.Lantaran itu mereka bebas menyindir dan mempersendakan PAS kerana  membiarkan diri dipermainkan Umno.Itu anggapan mereka, tetapi siapa  yang beri kebenaran kepada mereka untuk menyindir dan mempersendakan  PAS?
 
 Ada pula bertanya apakah benar RUU 355 itu milik ALLAH, kerana tak terdapatpun dalam Quran tentang itu, tanpa mahu meneliti lebih dalam tentang isi RUU 355 itu sendiri.Orang bebal sahaja yang akan mendakwa RUU 355 tak ada dalam Quran kerana umum yang mahir al Quran sudahpun jelas bahawa RUU 355 memang tidak disebut dalam quran, tetapi isinya sedikitpun tidak terlepas dari panduan Al Quran.RUU 355 menyenaraikan bentuk hukuman kepada pesalah syariah di mana hukuman hukuman tersebut di senaraikan mengikut kehendak Al Quran, seorang yang  waras dan berfikiran terbuka dapat melihat perkara ini tetapi seorang yang menutup mindanya kepada perjuangan menegakkan hukum ALLH oleh PAS akan sentiasa mencari salah dan silap PAS dan halangan yang baru terjadi ini telah dimanupulasi oleh mereka dengan dakwaan ikut suka mereka, PAS kena kencing. TGHH kena kencing dan nampaknya laungan lantang mereka masih kedengaran.
 
 Ada pula yang lebih berani mendakwa ALLAH akan tanya PAS nanti mengapa tidak bentang Hudud pada ketika speaker beri laluan ,Alah tanya kenapa bodoh sangat sehingga berkali kali kena kencing tetapi seolah olah ALLAH tidak tanya mereka tentang kenapa mereka tidak menolong agama ALLAH dan kenapa mereka membiarkan PAS kena kencing.Pendeknya akal mereka ini kerana boleh membuat andaian sedemikian dan seolah mereka suka pulak PAS kena kencing walhal PAS bawa hukum ALLAH untuk dilaksanankan.Bodohlah mereka ini kalau berpendapat mereka akan dapat pengecualian dari soalan ALLAH nanti.Kalau PAS kena kencing, mereka pasti perlu menjawab kenapa mereka mambiarkan PAS kena kencing malah bukan itu saja, mereka sebenarnya suka melihat PAS kena kencing.Jawablah kau nanti............
 
 Yang pasti bagi kita orang Islam, tiada istilah kena kencing dalam menegakkan hukum ALLAH.Tiada juga had masa diberikan kepada usaha menengakkan hukum ALLAH ini, ianya satu usaha berterusan  dan istiqmah sehingga kemenangan.Selagi tidak berjaya selagi itu usaha terus dijalankan sambil berharap dengan pertolongan ALLAH.
 Bagi yang mengatakan Hudud tidak ada, harap anda boleh kembali kepada Al Quran dan baca dari mana Hudud itu datang............
 
 Sumber TKO - 3-11-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Tok Guru kena kencing?
 Posted on Wednesday, November 02 @ 22:32:03 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32206
 |  "
  
 Assalamualaikum,,  Mula mula dulu ketika RUU 355 dihantar ke parlimen untuk dibentangkan, ada segelintir manusia berperangai beruk dan babi yang berjoget sambil menuduh TGHH dikencing Jibby kerana RUU 355 dibiarkan tergantung di parlimen.Kemudian RUU 355 diupkan oleh Azalina untuk dibentangkan oleh TGHH di Parlimen dan ketika itu timbul pula dakwaan TGHH nak bersatu dengan Umno untuk menolong Jibby.
 Tetapi sekarang ini apabila Azalina berkata Parlimen mungkin tak punyai  masa untuk membahaskan RUU 355, muncul pula geng berjoget lambak ini  menuduh kononnya TGHH kena kencing lagi oleh Jibby dan Umno sehingga ada  yang berkata dia tak sama sekali redha kena kencing oleh Jibby.Cantik!
 
 Pak Subky Latiff bagitahu kita semua, Umno bukan kencing TGHH tapi kencing ALLAH.Itulah hakikatnya kepada penuduh penuduh TGHH kena kencing, sebab yang dikencing itu ialah ALLAH.Justifikasinya mudah, RUU 355 yang dibentangkan itu bukan hak milik TGHH tapi hak milik ALLAH, sesiapa yang menentang,
 mempersenda dan bermain main dengannya sebenarnya menentang, mempersenda dan bermain main dengan ALLAH.
 
 
 Jangan seronok sangat menuduh TGHH kena kencing, sebab tak ada kesanpun.TGHH tak rugi apa apa kalau Umno mahu kencing, sebab yang dikencing nantinya  ialah ALLAH, bukan TGHH.Bagi TGHH dan PAS, kita sudah ada hujah di hadapan ALLAH nanti, tapi bagi mereka mereka yang menuduh dan Umno sendiri, apa hujah kamu?
 
 Sumber TKO - 2-11-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 KUALA LUMPUR: Banyak masa untuk “berperang sesama sendiri” selepas musuh  negara ditewaskan, kata bekas veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid.
 
 Menyelar bekas partinya, Sanusi menyeru semua ahli Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) supaya bersatu dalam matlamat menumpaskan musuh  negara, dan musuh bangsa Melayu.
 
 “Ketahuilah bahawa semua berita yang busuk mengenai PPBM datangnya  daripada pemakan dedak Umno yang jahat,” katanya sambil merujuk kepada  istilah popular untuk sogokan.
 
 “Ahli PPBM hendaklah mengulangi nama-nama mereka yang berada dalam  Umno yang menjadi musuh bangsa Melayu dan negara,” tambah Sanusi dalam  satu kenyataan hari ini, merujuk kepada kelompok yang menyalahgunakan  harta awam dan dana, dan membebankan rakyat dengan kos hidup yang tinggi  antara lain kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
 
 
 Sanusi yang sertai PPBM awal bulan lepas menggesa ahli seperjuangan  supaya memaafkan mereka yang sudah “insaf”, berlatih menahan perasaan  masing-masing dan menghormati pemimpin yang sudah berkorban untuk  negara.
 
 “Jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan terlalu cepat berkawan dengan musuh semata-mata kerana dedak,” katanya.
 
 Kenyataan itu menyusuli peletakan keahlian orang kuat Pengerusi PPBM  Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan daripada parti itu  minggu lepas.
 BN bingkas mencemuh parti pecahan Umno itu sebagai parti yang tidak mampu untuk berjaya.
 
 Khairuddin menjelaskan tindakannya kerana perlu fokus kepada tindakan  undang-undang yang dihadapinya, terutamanya dakwaan sabotaj kewangan  yang masih belum selesai di mahkamah.
 
 Sumber TKO - 1-11-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
  
 SHAH ALAM: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad  Husni Hanadzlah enggan memberi sebarang ulasan berhubung tuduhan  tertentu termasuklah dakwaan gangguan seksual yang dibangkitkan  pengendali portal, Raja Petra Kamarudin menerusi www.malaysia-today.net  baru-baru ini.
 
 Beliau ketika ditemui tidak mahu berkata apa-apa mengenai tuduhan tersebut."Sudahlah...tak mahu, tak mahu..tak payahlah cerita (mengenai tuduhan) itu," katanya di sini, malam tadi.
 
 Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Ceramah Khas Bersama Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah bertajuk ‘Kepentingan Tadbir Urus Yang Baik Dalam Pengurusan Kewangan Negara' anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di Space U8 di sini.
 
 Yang hadir sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Agung IKRAM, Nahar Md. Nor.
 Pada 26 Oktober lalu, Raja Petra mendakwa Ahmad Husni tidak berpuas hati dengan tindakan Perdana Menteri tidak melantiknya sebagai Menteri Kewangan sebelum ini.
 
 Sebaliknya, dakwa Raja Petra, Perdana Menteri berhasrat menukarkan beliau ke kementerian yang mana beliau menganggap perkara itu sebagai tindakan penurunan pangkat daripada jawatan Menteri Kewangan II.
 
 Selain itu, Raja Petra menerusi protal berkenaan turut mengaitkan Ahmad Husni dengan dakwaan pelbagai tuduhan gangguan seksual.
 
 Sebelum ini, Ahmad Husni didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat. - UM
 
 Sumber TKO - 1-11-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Namakan sebuah jemaah Islamiah yang lengkap (syumul) selain PAS Di Malaysia!
 Posted on Monday, October 31 @ 07:00:52 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32174
 
 
 
 |  Assalamualaikum,,,   Buktikan PKR itu jemaah Islamiah atau PAN itu jemaah Islamiah yang lengkap dalam erti merangkumi seluruh aspek kehidupan.Atau buktikan Umno itu jemaah Islamiah atau apa apalah.cabaran ini ditujukan kepada mereka mereka yang menafikan PAS sebagai jemaah Islamiah dan mengganggap PAS cuma sebuah parti politik yang gagal memerintah Terengganu dan Kedah.
 Buktikan juga di Terengganu tak ada peningggalan  jasa PAS sampai hari  ni, Tiada penghapusan tol jambatan Sultan Mahmud, tiada komplek  pernigaaan Paka dan Bukit Kuang serta tiada pasar borong di Kemaman  serta pasar Binjai.Itu sebagai tambahan saja tapi yang utama ialah  buktikan samada PKR atau PAN atau Umno itu jemaah Islam yang lengkap dan  besar sebelum mengatakan PAS tidak jaga Islam dan hanya sebuah parti  poitik yang gagal.
 
 PKR sekarang mengambil sikap tunggu dan lihat kepada RUU 355 serta menekankan kepada keadilan Islam, tapi setakat mana tindakan PKR dalam menuju keadilan Islam itu, apakah dengan qazaf sahaja keadilan Islam itu tertegak? bagaimana pula kes sekedudukan antara perempuan Muslim dan lelaki kafir? Apakah itu tidak termasuk dalam keadilan Islam?
 
 Bolehkah kita terima PKR sebagai jemaah Islam dengan penegasan mereka mengenai keadilan Islam tapi megambil sikap tunggu dan lihat kepada RUU 355.Kalau RUU 355 itu melampau dan cuma usul persendirian, apa pula sumbangan PKR untuk menjaga Islam dari terus di hina oleh LGBT, Liberal dan gadis Islam terus dizinai oleh lelaki bukan Islam?
 
 Begitu juga dengan PAN yang mendakwa progresif itu, di mana ciri ciri jemaah Islamiah yang dihendaki oleh Nabi terdapat dalam PAN? Adalah kerana mereka berbaik dengan DAP yang menentang Hudud itu sudah boleh diterima PAN sebagai jemaah Islamiah?
 
 Umno pula sudah jelas menerima Islam separuh dan menolak separuh yang lain.Ibadat ibadat perseorangan Umno cukup hebat,Masjid masjid antara yang tercantik di dunia, tetapi bila tiba untuk perlaksanaan hukum, Umno kata Hukum ALLAH itu tidak boleh dipakai di Malaysia sebaliknya hukum penjajajah yang lebih bersifat yahudi dan nasrani sesuai digunakan di Malaysia.Jemaah Islam kah ini?Bolehkah mereka jaga Islam kalau besifat begini?Bolehkah anak gadis muslim diselamatkan dari dizinai oleh pemuda bukan Islam?
 
 Cuba tanya diri kita sendiri, apakah jawabannya!
 
 
 Untuk perhatian, setakat ini cuma PAS satu satunya yang memiliki ciri ciri jemaah islamiah yang lengkap serta satu satunya jemaah yang berusaha meletakkan had atau sempadan kepada anak gadis melayu dari dizinai oleh pemuda bukan Islam, samada berjaya atau tidak masih belum dapat dipastikan. Tapi itulah kedudukan terbaik kita setakat ini, mengaku atau tidak.........
 
 Sumber TKO - 31-10-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 "
  
 Assalamualaikum,,.. Bersih 5.0 mendakwa PAS sudah tidak lagi berjaya menarik orang melayu kerana dakwa mereka orang melayu sudah mula menyokong mereka terutama wanita.Berita sedih kepada Islam kalau berita ini betul terlebih lagi perempuan melayu semakik menyokong Bersih 5,0.
 
 Bersih hari ini tidak sama seperti Bersih yang menyebabkan 2 pemuda  ditembak di Kuala Terengganu dulu.Bersih hari ini bukan berjuang seperti  Bersih yang menggagapkan Zainuduin Maidin ketika menjawab soalan dari  TV Al Jazira dulu.Bersih hari ini dimonopoli oleh pejuang LGBT dan  liberal, bersih hari ini cuma mahu Najib letak jawatan bukan mahu  membersihkan pilihanraya seperti Bersih dulu.Maka kalau hari ini orang  melayu semakin menerima Bersih dan menolak PAS, maka berita sedih untuk  Islam di bumi Malaysia.
 
 Mengaku atau tidak, satu satunya jemaah Islam yang lengkap dan terbesar di Malaysia kini ialah PAS. PAS bukan sahaja parti politik tetapi jemaah Islam yang sepatutnya disertai oleh semua orang Islam.Namun kalau ada orang Islam menolak untuk menyertai PAS dan sebaliknya mahu jadi liberal maka sudah tentu Islam akan tercalar dau tercabar.Di Malaysia, orang melayu umumnya diketahui sebagai entiti terbesar Islam walaupun jumlahnya semakin berkurang kerana murtad di mana perjalanan murtadnya melayu dimulakan oleh liberal serta banyak kes pula melibatkan gadis melayu yang jatuh cinta dengan pemuda bukan Islam.
 
 Maknanya, Di Malaysia, tugas menjaga agama ialah tugas orang melayu.Oleh itu kalau ada sekumpulan melayu enggan mengambil tugas ini, maka Islam akan kekurangan orang yang menjaganya.Lantaran bagaimana Islam mahu jadi kuat dan memerintah negara? Di satu zaman, khalifah Islam menghantar satu pasukan tentera untuk menakutkan orang bukan Islam hanya kerana mereka mentertawakan seorang ibu muslim di pasar terbuka.Tapi zaman ini anak gadis Islam begitu mudah dizinai oleh orang bukan Islam malah seorang wanita Islam yang berpendidikan tinggi kononnya turut mudah dipujuk oleh seorang bukan Islam untuk menzinainya.
 
 Di mana maruah kita.PAS sebagai jemaah yang turut berpolitik demi Islam cuba sedaya upaya untuk meletakkan had atau sempadan kepada orang bukan Islam supaya tidak mencerobohi ruangan Islam.PAS  berusaha untuk meyedarkan orang bukan Islam supaya menhormati Islam dan tidak mudah mess up dengan orang Islam tetapi ada pula seorang Dr. yang lulus dalam ilmu hadis mendakwa hukum yang nak dijalankan mesti turut melibatkan bukan Islam.
 
 Malang  sungguh seruan seorang scholar Islam ini kerana ianya tidak membantu sebaliknya bakal menimbulkan lebih banyak penentangan dari bukan Islam yang menyukarkan usaha meletakkan had atau sempadan ini.Dr. ini sepatutnya membantu dengan menyatakan apa yang ATGHD pernah sebut dulu bahawa seorang bukan Islam yang ditangkap bersama orang Islam itu diberi pilihan samada untuk dibicarakan bawah undang undang Islam atau undang undang mereka yakni sivil.Di sinilah saya melihat tidak bijaknya seorang yang ada PHD dalam ilmu hadis kerana apa yang disebut oleh ATGHD itu menagndungi banyak kelebihan berbanding apa yang diseru oleh Dr.
 Pertama, kita perlu sedar bahawa zina itu bukan kesalahan kepada bukan Islam yang tertakluk kepada undang undang sivil jadi sudah tentu bukan Islam yang ditangkap khawat akan memilih untuk dibicarakan bawah undang undang sivil yang tidak ada kanun yang boleh membicarkannya.Ini bermakna bukan Islam itu akan bebas dari undang undang kepada kesalahan khalwat  itu tadi.Tapi dalam jangka panjang,undang undang yang melibatkan zina dan perbuatan yang mendekatkan zina mungkin akan dimasukkan juga dalam undang undang sivil kepada kesalahan yang melibatkan Islam dan bukan Islam sementara orang Islam yang ditangkap akan sentiasa dihukum dibawah undang undang Islam yang betul bukan undang undang sekarang yang cukup tidak memberi apa apa kesan kepada pesalah baik yang Islam atau bukan Islam.
 
 Bayangkan satu kes khalwat yang melibatkan pasangan peguam wanita muslim dengan peguam bukan Islam, yang Islam itu akan dibicarakan oleh mahkamah Syariah seperti biasa tetapi sabit kesalahannya, dia dihukum sebatan 100 rotan, dan pasangannya bebas kerana memilih mahkamah sivil yang tidak ada kanun untuk kesalahannya.Akibatnya pasangan muslimnya sahaja akan dirotan dan dia terlepas.Bukankah kes ini akan memberi pengajaran yang berkesan kepada pasangan pasangan yang lain yang seumpama?
 
 Inilah saya kata tidak bijaknya dr. itu bila mahukan bukan Islam turut dihukum kerana persoalan tarbiyah diabaikan di sini.Tapi apa yang lebih penting ialah meletakkan Islam dilandasan yang betul, mempunyai maruah dan harga diri serta tidak mudah lagi dikotak katikkan oleh bukan Islam dalam semua hal dan segi.Tiada lagi berani dan lancang mengutuk dan memerlekehkan Islam, tiada lagi berani untuk mengorat dan bermain cinta dengan gadis muslim.
 
 Akhirnya dalam jangka panjang, akan ada undang undang sivil kepada kesalahan yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam, maruah Islam akan terbela dan Islam akan dihormati oleh bukan Islam.
 
 Ingat sekarang ini, Islam dihina sebegitu rupa kerana antara sebabnya turut dihina bersama oleh orang Islam di mana dalam kes negara kita orang Islam yang turut menghina Islam itu bangsanya melayu.
 
 
 Dan ingatlah satu satu jemaah yang menjaga Islam sepenuhnya hanyalah PAS,  maka kalau PAS gagal menarik orang melayu yang sememangnya Islam, maka Islam akan hilang, mungkin!
 
 Sumber TKO - 29-10-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Assalamualaikum...  Semuanya pasal PAS.PAS sudah lari dari perjuangan Islam, PAS sudah gugurkan tuntuntan Hudud, PAS sudah itu dan PAS sudah ini.Itu semasa PAS dalam PR tapi sekarang lain pula, PAS tak pandai berkawan, PAS kianat kawan,PAS nak berbaik dengan Umno,PAS nak tu dan nak ni, PAS dah gagal tarik sokongan orang melayu, PAS itu dan ini.Semuanya pasal PAS?
 
 Kenapa semasa dalam PR PAS kena, bila tiada lagi PR, PAS juga  kena,istimewa sangat ker PAS. Apa istimewanya PAS? PAS cuma satu jemaah  Islam yang lengkap, itu ajer.PAS cuma mahu melihat carahidup Islam  diamalkan, PAS tak mahu keadilan Islam sahaja, PAS tidak mahu Qazaf saja  untuk keadilan Islam walaupun ada orang kata undang undang Islam yang  lain tu melampau.
 
 Tapi PAS tetap diserang.PAS tak mahu bersama pembangkang yang membelakangkan Islam tapi ada pula kata PAS tak Islam.PAS hanya nak kuasa sebab tu PAS mahu kembali kepada Umno dalam BN.Dakwaan yang loose dan tiada langsung fakta cuma berdasarkan andaian,Puncanya senang, sebab PAS tak mahu bersama parti pembangkang yang lain yang semuanya tidak endahpun nak jadikan Islam sebagai agenda utama selain hanya keadilan Islam atau paling tidak tiada parti pembangkang lain yang menghormati prinsip perjuangan PAS sebaliknya pembangkang yang lain mahu PAS ikut mereka.Sebab PAS tak mahu ikut PAS dilanyak.
 
 Dalam perikatan pembangkang ada satu parti yang jadi pengkianat PAS, tapi tak nak mengaku sebaliknya menuduh PAS sebagai parti melebel, parti kuat mengkafirkan orang, parti yang suka memaki orang dan parti yang tidak Islam.Tanpa sedar lebel yang diberikan itu hanya untuk pengkianat bukan kepada semua orang, kafir yang di dakwa pula ada disebut dalam kuliah kulian ustaz PAS yang memberi kuliau berdasarkan ilmunya, ilmu yang memberitahu buat A jadi A buat B jadi B dan orang orang yang berbuat perbuatan yang menuju kafir itu jadi kafir kalau tak bertaubat, itu ilmu yang dipadankan dengan perbuatan perbuatan berkaitan di mana dari segi maknanya perbuatan sebegini boleh di taman di jirat kalau mati yang bukan pula bermakna PAS nak taman orang orang ini di jirat.Itu perbandingan kepada perbuatan yang disenaraikan oleh ilmu mereka.Perkara inipun susah nak faham apatah lagi nak sedar dengan perbuatannya.Menyatakan perkara perkara ini tidak bermakna PAS tidak Islam sebaliknya PAS mengambil inisiatif untuk mengajar ilmu ilmu yang benar dari agama(bukan Ilmu yang benar mengikut akal).
 
 Tapi sebaliknya PAS tetap diserang kerana melebel tanpa mahu menyatakan siapa yang PAS lebel, TGHH dituduh kuat melebel tanpa mengambil kira siapa yang TGHH lebelkan itu.PAS tetap ditudih parti ortodok yang melampau tanpa mengambil kira institusi yang ada dalam PAS, tanpa mahu melihat bagaimana sumbangan PAS kepada sistem kewangan atau berbankan Islam dalam negara, tapa mengambil kira institusi pendidikan PASTI yang sudah berdiri teguh seiring dengan sistem pendidikan sekular dalam negara.
 
 Mana sumbangan parti parti pembangkang lain? di mana sistem pendidikan parti parti pembangkang lain terutama parti yang mengutamakan keadilan Islam walaupun mungkin ada yang mahu dakwa institusi pendidikan yang dimiliki oleh Ikram itu milik mereka tapi sedarkah mereka institusi ini masih mendapat sokongan PAS menerusi ahli dan penyokongnya yang masih menghantar anak anak mereka ke sana? Kalau nanti ahli dan penyokong PAS menarik keluar anak anak mereka, tahulah nasib mereka nanti sebab orang Umno dan DAP tak berminat hantar anak anak ke sekolah mereka sebaliknya lebih minat untuk hantar anak kesekolah Grammer atau St Taressa.
 
 Kita akan dengar lagi pasal PAS, sebab puak gerabak ini tak akan duduk diam selagi PAS tak ikut telunjuk mereka.
 
 Sumber TKO - 29-11-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 LKS dan LGE mahu selamatkan orang Islam yang suka arak dan zina?
 Posted on Saturday, October 29 @ 19:05:51 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32160
 
 
 |  Assalamualaikum,,,  Nak didakwa Hudud itu zalim, tak munasabah kerana undang undang sivil yang sedang berjalan lagi zalim kepada penjenayah,lebih jauh zalim dari Hudud.Justifikasi LKS dan LGE menentang Hudud dan RUU 533 bukan zalim walaupun mereka sering meggunakannya sebagai alasan menolak Hudud dan RUU 355.Jadi kalau bukan Zalim, apa dia?
 Jawabannya tersirat kepada kecintaan LKS dan LGE kepada orang orang Islam yang gemarkan arak dan zina.Pada mereka Hudud dan RUU 355 tidak adil kepada orang Islam yang suka minum arak dan suka berzina.Kuat sungguh LKS dan LGE mempertahankan orang Islam yang serupa ini tanpa sedar mereka sebenarnya menghina Islam itu sendiri.
 
 Ajaran Islam mengandungi larangan berzina dan minum arak, tidak boleh diubah kerana Islam adalah agama yang datang dari penciptanya bukan ciptaan manusia yang boleh diubah.kalau LKS dan LGE tak boleh terima Islam, itu hak mereka tetapi mereka tiada hak untuk mengubah Islam mengikut selera mereka.
 
 Mereka seharusnya menghormati Islam yang melarang perbuatan zina dan mengharamkan arak dengan qatie bukan menentang. Amat tidak malulah bagi seorang yang bukan beragama Islam masuk campur urusan agama Islam dengan alasan nak pertahankan orang Islam.
 
 
 Bodoh bin Pianlah manusia manusia spesis ini dan lebih bodoh kalau ada orang Islam yang menyokong mereka kerana yang patut dsokong ialah agama Islam itu sendiri.Kepada penggemar putar belit pula dinasihatkan kalau nak belit kenyataan seseorang itu, belajar dulu dari TV 3 atau Utusan Malaysia, jangan belit secara terang terangan dengan menambah sesuatu yang tidak dimuatkan dalam kenyataan orang tersebut kerana perbuatan itu akan cepat akan melondehkan putar belit yang dilakukan.Harap maklum........
 
 Sumber TKO - 29-10-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 "Fokus sebenar penentang utama kepada RUU 355 adalah Hudud.mereka bimbang kelulusan kepada RUU 355 bermakna Hudud akan terlaksana, pada mereka Hudud itu zalim kerana potong tangan orang, kerana rejam orang dan kerana potong kepala orang.Tapi peliknya di mana zalimnya Hudud tak pulak dijelaskan serta siapa yang terjejas dengan Hudud juga tidak diterangkan, semuanya pakai pukul rata malah  bekas muftipun ada yang pukul rata sedangkan Hudud itu seperti undang undang sivil ciptaan manusia juga hanya untuk menghukum pesalah jenayah, yang tak melakukan jenayah tak terjejaspun seperti tidak terjejasnya mereka dengan undang sivil.
 
 Siti Kassim yang tak mahu dipaksa hidup dilindungi undang undang yang  didakwa kejam itu sebenarnya telahpun hidup dengan undang undang sivil,  jadi nak tanya Siti Kassim, hukuman rotan dalam undang undang sivil itu  tak kejam, hukuman gantung sampai mati itu tak kejam? tapi kenapa Siti  Kassim tak takut pulak?
 
 Nama saja undang undang tak kira Hudud atau sivil itu untuk pesalah jenayah sahaja tapi peliknya orang orang yang bersih dari jenayah seperti Siti Kassim dan ahli ahli politik pembangkang yang sibuk menentang Hudud kerana zalim.Hukuman potong tangan dan potong kepala itu sebenarnya tidak zalim untuk pesalah pesalah yang berkenaan, potong tangan untuk pencuri dan potong kepala untuk pembunuh di mana dalam undang undang sivil mereka ini mungkin menghadapi hukuman rotan yang zalim serta hukuman gantung sampai mati yang lagi zalim.
 
 Tak rasa zalim ker gantung  orang sampai mati dan rotan orang sampai cedera? pelik lah orang orang ini yang tampil mempertahankan penjenayah dari dipotong tangan atau dipotong kepala padahal sain telah membuktikan potong kepala itu tidak menyakitkan berbanding gantung orang sampai mati sementara potong tangan pula yang khusus untuk pencuri itu ada adab adabnya bukan main potong saja, malah tertulis dalam undang undang Hudud pengecualian hukuman potong tangan kalau nilai barang dicuri itu tidak sampai nisab serta kalau pencuri itu mencuri untuk makan, tidakkah rasa zalim sekarang ini dibawah undang undsng sivil, pencuri setin milo di supermarket hanya sebab sipencuri mencuri untuk makan, dihukum  berbulan bulan penjara? Cuba jelaskan?
 
 Seperkara lagi sabit bagi kesalahan Hudud itu  hanya boleh dibuat menerusi pengakuan atau penyaksian 4 orang saksi orang orang yang beriman, tanpa salah satu dari keduanya, Hudud tidak boleh disabitkan sementara saksi saksi itu pula mesti melihat dengan jelas perbuatan jenayah tersebut kalau samar samar atau dalam gelap tidak boleh diterima sebagai saksi.
 
 Begitu halusnya Hudud dilaksanakan tapi kenapa puak seperti Siti kassim takut tak tentu pasal.Barangkali ketakutan mereka itu  ditujukan kepada undang undang Taazir, kerana walaupun kesalahan  tidak boleh dibicarakan dibawah Hudud kerana kekurangan saksi, kes masih boleh dibicara dibawah Taazir tapi hukuman bukan lagi hukuman Hudud.Taazir juga boleh di penjarakan atau dirotan, sekali lagi kebimbangan puak puak ini untuk penjenayah bukan untuk diri mereka sendiri kecuali mereka juga penjenayah.
 
 Mungkin juga kerana 2 kesalahan Hudud yang tidak salah di bawah undang undang sivil ia itu minum arak dan berzina, mungkinkah mereka mereka ini pengemar arak dan zina, kerana itu mereka tentang Hudud! Kalau inilah kesnya Siti Kassim dan ahli politik liberal serta penyokong mereka yang tentang Hudud sepatutnya menyatakan dengan jelas bukan berselindung di bawah kekejaman untuk menentang Hudud sebab kita juga ada jawaban kepada sebab ini.
 
 Seperkara lagi suka ditegaskan bahawa hukuman rotan di bawah Hudud dan undang undang syariah berbeza dengan rotan yang diamalkan di bawah undang undang sivil.Rotan dalam Islam ialah rotan mendidik bukan untuk menyakitkan seperti di bawah undang undang sivil.
 
 Sumber TKO - 27-10-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 'Trending' Penubuhan Parti Baru Pembangkang Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14
 Posted on Wednesday, October 26 @ 12:59:55 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32136
 
 
 
 |  KUALA LUMPUR: Tahun 2016 memperlihatkan lambakan  penubuhan parti baru pembangkang di seluruh Malaysia, tidak terkecuali  perbalahan berakhir kepada perpecahan blok pembangkang Sabah.
 Terbaru bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk  Seri Lajim Ukim menubuhkan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)  yang telahpun diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
 
 Penubuhan parti berkenaan rentetan  daripada kekecewaannya di anak tirikan oleh PKR yang meminggirkan agenda  Sabah dalam perjuangan parti di peringkat pusat.
 
 Lajim pada ucapannya terakhirnya sebagai  Ketua PKR Sabah sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan PKR di Kota Belud,  bulan lepas menyelar kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan  Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
 Kata Lajim PKR Sabah tidak mempunyai pilihan lain selain menyokong institusi Presiden dan Timbalan Presiden yang bermasalah.
 
 Lantaran terus dikecewakan PKR, Lajim  kemudiannya bertindak keluar awal bulan ini dalam satu majlis di Kota  Kinabalu sekaligus melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Dewan  Undangan Negeri (DUN) Sabah.
 
 Selain Parti Harapan Rakyat teraju  Lajim, bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal menubuhkan Parti  Pembangunan Warisan Sabah (PPWS).
 
 Sehingga parti berkenaan diluluskan RoS,  Shafie berjaya 'merampas' ADUN DAP dan PKR - ADUN Sulabayan, Datuk  Jaujan Sambakong; ADUN Likas, Junz Wong; serta  Presiden Pertubuhan  Kadazan Dusun Murut Malaysia, Datuk Peter Anthony - bagi menggalas  jawatan Naib Presiden PPWS.
 
 Shafie dalam komennya terhadap parti  Lajim menegaskan penubuhan Harapan Rakyat bukanlah fenomena baru dalam  landskap politik Malaysia dan tidak menggugat partinya.
 
 "Penubuhan parti sudah banyak, sejak  dahulu. Di Selangor pun ada, Pulau Pinang pun ada banyak parti. Yang  menang akan ditentukan rakyat sebagaimana PKR di Selangor dan DAP di  Pulau Pinang. Bagi kita, apa yang penting adalah kepentingan rakyat.
 
 "Saya katakan bahawa, saya tidak bimbang  tentang jumlah parti atau jumlah kerusi, yang saya mahu adalah supaya  rakyat bersatu. Pilih mana parti dan pimpinan yang dirasakan mampu  membuat perubahan di Sabah," katanya.
 
 Blok pembangkang Borneo kini dimeriahkan  lagi dengan penubuha Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) menggabungkan  tujuh parti pembangkang seluruh Malaysia.
 
 Pakatan tersebut diketuai oleh Presiden  Parti Reformasi Sarawak (STAR) Lina Soo menggabungkan enam lagi parti  lain - Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP), Parti Sejahtera Angkatan  Perpaduan Sabah (SAPU), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah  (Perpaduan), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bangsa Dayak Sarawak  (PBDS) dan Parti Alternatif Rakyat.
 
 Di Semenanjung, hype pembangkang  dimeriahkan dengan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  teraju bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi.
 
 Turut serta sebagai pengasas PPBM, dua  ahli UMNO yang dipecat - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM) dan  Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Naib Presiden).
 
 Sehingga hari ini, parti klon UMNO itu  masih belum mengisytiharkan secara rasmi hubungan bersama blok  pembangkang sungguhpun bergiat aktif dipentas Pakatan Harapan mendesak  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan.
 
 Persamaan kesemua blok pembangkang ini  adalah kesemuanya menentang satu sama lain dalam usaha untuk  menggulingkan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14) kelak.
 
 
 - Malaysian Digest
 
 Sumber TKO - 26-10-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 Assalamualaikum,,,
 
 Ada yang mendakwa, penyokong PAS tidak segera mempertahankan TGHH bila ucapannya dibelit oleh TV3 dan Utusan Malaysia, sedangkan cepat(merujuk kepada komen Ustaz Nik Abduh dalam mempertahankan Najib dalam isu keluar dewan masa Bajet).Agak pelik bagi setengah orang melihat perkara ini berlaku.
 
 Tetapi sebenarnya tafsiran kepada komen Ustaz Nik Abduh perlu  diperbetulkan.Beliau sesekali tidak mempertahankan Najib tetapi  mempertahankan nilai nilai pembangkang yang produktif dalam dewan.Begitu  juga dengan kes putar alam ucapan TGHH di Parlimen yang dikatakan  menyokong GST Najib bukan tidak mahu diambil peduli.Tetapi pada dasarnya  ramai penyokong dan ahli PAS sudah tak tengok TV 3 dan tak baca Utusan  Malaysia.Jadi maklumat ini agak terlambat sampai kepada penyokong  sedangkan ianya sudahpun diviralkan oleh pencacai pembangkang.
 
 Terus terang saya katakan saya juga terkejut apabila terdapat satu treat diruang forum TKO yang menyiarkan berita ini sedangkan saya masih belum tahu ianya sudah keluar di TV 3 dan Utusan Malaysia atau belum.Serta teks ucapan TGHH masih belum sampai.Cepatnya putar alam dibuat oleh pencacai pembangkang sebelum TV 3 dan Utusan melakukanya.Saya juga dapat tahu satu satunya orang mengikuti ucapan TGHH dan melihat TV 3 adalah Hanifa Maidin yang cepat memberi komennya dalam FB.
 
 Mungkin isu ini  tidak diviralkan di FB tapi saya percaya dalam banyak banyak group whatsapp, ianya diviralkan seperti dalam forum TKO.Ketika mereka menviralkan putar alam ni kebanyakan cybertrooper PAS masih terpingga pingga, jadi kenapa nak salahkan kita tak bela TGHH.
 
 Saya juga dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa isu putar belit ini sudah disiarkan dalam harakah versi akhbar di mana Utusan Malaysia difahamkan kepada saya  sudah meminta maaf.
 
 Ini bermakna isu ini sudahpun ditangani oleh parti dan soal tidak mempertahankan TGHH tak timbul. Sehaursnya kita faham kerja TV 3 dan Utusan Malaysia membelit kenyataan pemimpin PAS bukan baru, jadi tak perlulah difikirkan sangat mengenai mereka tetapi apa yang lebih perlu putar alam pencacai atau cybertrooper parti pembangkang terutamanya PAN yang kebanyakannya diputar semula oleh Utusan Malaysia dan TV 3 yang lebih perlu ditangani bersama kerana mereka ini lebih laju dari Utusan Malaysia dan TV 3.
 
 Sumber TKO - 26-10-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
  Assalamualaikum,,,,
 
 Saya masih tertarik untuk memperkatakan Amanat Hadi bukan kerana saya nak pertahankan TGHH dan tindakannya tetapi cuba nak bagitahu kepada yang tak faham atau buat buat tak faham tentang apa yang dituduh sebagai kesalahan TGHH kerana mengeluarka Amanat Hadi.
 
 Pertamanya saya ingin menarik perhatian mereka yang tak faham dan yang  mungkin tidak akan membaca hingga habis tulisan saya ini, bahawa apa  yang dikatakan Amanat Hadi itu hanyalah satu dari ciri ceramah TGHH yang  jumlahnya tak boleh dikira hari ini.Yang membezakan ceramah ini dicetak  dan diedarkan oleh seorang penyokong sedangkan ceramah ceramah yang  bertimbun tidak.UMNO satu ketika dulu menggunakan apa yang didakwa  Amanat Hadi aka fatwa Hadi ini untuk memburukan PAS serta menjaga agar  tidak kehilangan sokongan.Itu dulu tapi sekarang yang menviralkan serta  menuduh TGHH flip flop dan berdosa kerana mengeluarkan fatwa yang  memecahbelahkan bangsa dan agama itu terdiri dari NON UMNO atau lebih  tepat pencacai parti pembangkang khususnya dipercayai pencacai  PAN(kerana ada yang mengaku pernah bersama PAS dan pernah terpengaruh  dengan Amanat Hadi yang pada mereka masih tak pernah berubah)
 
 Memang Amanat Hadi tak pernah berubah kerana ianya sebenarnya bukan amanat tetapi cuba penegasan kenapa kita(PAS) lawan UMNO, dari penjelasan TGHH itu kita semua tahu kenapa PAS lawan UMNO, bukan kerana nama dia UMNO tetapi kerana UMNO kuat sangat menolak carahidup Islam.Dan kebetulan pada zaman ucapan TGHH memang UMNO paling kuat lawan Islam, oleh itu nada ucapannya memang keras kerana yang dilawan itu adalah Agama.
 
 Di mana salahnya penegasan itu, atau di mana salahnya Amanat Hadi, memang tak salah kalau ianya mengajak umat Islam bersatu membela Islam dan kenapa ianya dikatakan menyebabkan berlakunya perpecahan pula? Satu lag,i seperti dakwaan yang boleh kita dengan yang mendakwa TGHH itu flip flop,,dulu bukan main lawan UMNO sekarang buat baik pulak!
 
 Barang diingat  Amanat Hadi masih betul dan berjalan, TGHH dan PAS tetap lawan UMNO atas sebab yang sama cuma bezanya lawan UMNO sekarang tak sama dengan lawan UMNO masa Mahathir.UMNO hari sungguhpun mungkin tak ikhlas tapi sudah lembut sikit dengan Islam.Najibpun dah pandai cakap pasal imam dan taqwa, jadi pendekatan PAS untuk melawan turut berubah.Malangnya ada pembangkang lain yang buat pekak badak tetap menuduh PAS mahu berbaik atau UG dengan UMNO, itulah masalahnya, bukan masalah Amanat Hadi.
 
 Kenapa susah sangatlah nak faham puak pekak badak ni? Budak 10 tahun mungkin tak faham perbezaan zaman sekarang dengan zaman Mahathir tapi kalau puak otai ni tak tahulah nak kata apa
 
 Sumber TKO - 25-10-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Tindakan keluar dewan dipercayai diatur Tun Mahathir
 Posted on Tuesday, October 25 @ 08:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32122
 |  
  
 AYER KEROH: Tindakan biadap ahli parlimen pembangkang yang memboikot pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu, dipercayai sudah diatur Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
 Mendedahkan perkara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata tindakan terbabit dipercayai bertujuan mencemarkan nama baik Parlimen Malaysia di mata dunia, selain memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
 "Tindakan itu (keluar dewan) adalah strategi diatur Dr Mahathir untuk menunjukkan sikap tidak hormat mereka (kepada Parlimen) dan menanam kebencian terhadap pemimpin.
 
 "Ia jelas melanggar norma dan adab dalam Parlimen, sekali gus menunjukkan seseorang bergelar Yang Berhormat melakukan perangai tidak bersesuaian dengan status sebagai ahli dewan yang mulia.
 
 "Mereka hina Perdana Menteri dan mahu menanam kebencian kerana dengan cara itu mereka berharap rakyat akan bangkit dengan menggerakkan politik jalanan yang melanggar undang-undang," katanya.
 
 Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh ditemui selepas menyampaikan ceramah pada Program Pemimpin Bersama Akar Umbi, yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron, di Seri Bendahara, di sini, lewat malam tadi.
 
 Jumaat lalu, hampir semua ahli parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sebelum Bajet 2017 habis dibentangkan Perdana Menteri.
 
 Tindakan itu bagaimanapun tidak disertai Ahli Parlimen PAS kecuali Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa ia mewakili kapasiti peribadi, bukan parti.
 
 Sumber TKO - 25-10-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
  
 Berdasarkan perkembangan terkini, Hanisya Abdul Hamid yang lebih  dikenali blogger Omak Kau memberitahu terdapat usaha daripada pihak  Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk mendesak pimpinan PKR agar memutuskan  hubungan politik dengan PAS.
 
 “Omak dapat info menyatakan dalam waktu terdekat ini suatu rombongan  AMK Selangor diketuai Ketua AMK Cabang Gombak Sdr Zainol Abidin Mohamed  akan ke Ibu Pejabat PKR Tropicana desak agar PKR putuskan hubungan  dengan PAS dalam kadar segera.
 
 “Sebagai permulaan akan keseriusan dan kesungguhan desakan ini, AMK  Cabang Gombak yang dikepalainya akan memutuskan hubungan dengan PAS  Kawasan Gombak.
 
 “Mohon penjernihan demi kebenaran akan info ini,” dedah Omak dalam Facebook hari ini.
 Zainol Abidin (bertanda bulat gambar di atas), selain Ketua AMK Cabang Gombak juga merupakan Naib Pengerusi AMK Selangor.
 
 Cabang Gombak dianggap kubu terkuat PKR kerana Ahli Parlimennya  adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.
 
 Azmin juga merupakan Ketua Cabang PKR Gombak yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.
 
 Selain itu, ADUN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves, Amiruddin Shari merupakan Timbalan Ketua Cabang PKR Gombak.
 
 Dalam masa sama, Azmin melantik Amiruddin sebagai Exco Pembangunan  Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan  dan Pembangunan Usahawan Kerajaan  Negeri Selangor.
 
 Dua lagi DUN yang terletak di bawah Parlimen Gombak adalah DUN Gombak  Setia, YB Ust. Hasbullah Ridzwan dari PAS dan DUN Hulu Kelang YB Saari  Sungip dari PAN.
 
 Namun kedua-dua ADUN itu sama ada dari PAS atau PAN tidak dilantik menganggotai jawatan Exco dalam kerajaan negeri.
 
 Berdasarkan kedudukan Parlimen Gombak yang dianggap kubu terkuat PKR  itu, maka tidak hairan apabila Chegubard (Badrul Hisham Saharin), ahli  PKR seumur hidup yang dipecat dan Jeneral M menamakan Zainol Abidin Ketua AMK Cabang Gombak yang paling kaya.
 
  
  
 - Sumber AIDCNews
 
 Sumber TKO - 24-10-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 LKS nak belajar Islam Indonesia?
 Posted on Monday, October 24 @ 20:00:22 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32110
 
 
 
 |  Assalamualaikum,,, LKS cuba nak bagitahu kita semua Islam tu banyak versi.Kini dia dikatakan nak kaji Islam Indonesia, mana tahu Islam Indonesia tak ada Hudud dan tak ada hukum syariah.Itu yang mungkin dicari LKS setelah banyak percubaan untuk mengajar umat Islam cara cara beragama yang ikut selera LKS.LKS pernah bertindak seperti Tok Guru mengajar tidak sesuai untuk melaksanakan Hudud kerana Hudud itu tidak adil dan zalim.
 Kini LKS mencari bukti yang tidak diketemuinya lagi tentang zalimnya  Hudud serta tidak bertamaddunnya Islam yang ada Hudud, sebab itu  barangkali dia berpaling ke Indonesia yang banyak versi Islamnya.Ada  nahdatul ulamak dan ada Muhamadiah serta ada Islam yang menghalalkan  arak serta zina.Mana satu LKS nak kaji.
 
 Saya cadangkan LKS kaji Islam yang ada di Acheh, sebab mungkin LKS akan jumpa bukti yang dicarinya,Bumi Acheh adalah bumi Ulamak yang telah membuktikan keberkatannya menerusi peristiwa tsunami dulu, LKS boleh bermula di situ, cari sebab kenapa masjid yang sudah lama tertegak di bumi acheh tidak disentuh langsung oleh air tsunami dan cuba kaitkan dengan hukum Syariah yang sudah ditegakkan di Acheh setelah peristiwa tsunami tersebut.
 
 Tapi rasanya mungkin LKS tidak berminat dengan Islam Acheh kerana di Indonesia ada Islam yang selari dengan selera LKS.Cuma nak disampaikan kepada LKS Islam yang selari dengan selera LKS itu bukan sebenarnya Islam yang syumul dan kalau itulah yang dikaji LKS maka tak heranlah kalau LKS membuat kesimpulan bahawa Hudud tidak sesuai dengan zaman ini.
 
 LKS sepatutnya kaji juga bagaimana orang bukan Islam menerima pelaburan berlandaskan syariah dengan hati terbuka, menerima sistem kewangan Islam dengan berlumba lumba menafaatnya untuk keuntungan yang lebih baik dari sistem pelaburan dan simpanan kovensyional.kalau Bukan Islam mendapat keuntungan dari sistem kewangan Islam, kenapa pula bukan Islam akan terzalim dengan Hudud yang juga Islam?
 
 
 Sebenanrya LKS tak perlu kaji Islam Indonesia yang sudah jadi macam rojak itu, dalam negarapun LKS boleh kaji tapi syaratnya LKS mesti kena ikhlas dan adil dulu, fikirkan bagaimana bukan Islam boleh terima sistem kewangan Islam dengan hati terbuka dan boleh menolak Hudud dengan penuh prasangka, adil kah itu?
 
 Sumber TKO - 24-10-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Assalamualaikum,,  Sepatutnya sistem politk negara menemukan kerajaan yang prihatin dengan pembangkang yang produktif.Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia sejak mencapai kemerdekaan, umumnya pada masa lampau pembangkang tidak ramai di Parlimen menyebabkan kerajaan menjadi berleluasa tanpa ada bangkangan yang kuat terutama ketika di awal dan pertengahan pemerintahan Mahathir.
 
 Di pendekkan cerita suasana ketiadaan pembangkang mula berubah di akhir  pemerintahan Mahathir dan berlarutan sehingga kini.Kini Pembangkang  sudah menjadi kuat tetapi tidak produktif kepada kerajaan yang tidak  prihatin.Inilah masalahnya yang cuba diselesaikan oleh TGHH menerusi  politik matangnya, poiltik yang hormat menghormati antara kerajaan dan  pembangkang di mana kedua keduanya memainkan peranan sebagai kerajaan  yang prihatin dan pembangkang yang produktif.
 
 Kerajaan yang prihatin bermakna kerajaan yang mendengar cadangan pembangkang dan pembangkang yang produktif ialah pembangkang yang sentiasa tampil dengan cadangan cadangan yang praktikal pada perkara perkara yang dibangkangnya.
 
 Ini juga bermakna budaya meninggalkan dewan yang telah dimulakan pembangkang mesti ditinggalkan sambil budaya mempromosikan parti pemerintah ketika bajet juga mesti dihentikan.Samaada bajet itu realistik atau tidak, tidak memberi alasan dan hak kepada pembangkang untuk keluar dewan.
 
 Pembangkang seharusnya mendengar sendiri promosi BN yang dibuat Najib ketika bajet untuk kembali mengemukakan bangkangan yang kuat kepada kerajaan seperti ditunjukkan oleh Ustaz Nasaruddin Hassan.
 
 Apa maknanya mendakwa bajet tidak realistik sedangkan pembangkang tidak memperincikan apakah yang tidak realistik itu, apa makna kata bajet untuk PRU 14 sedangkan tiada perincian yang dibuat?
 
 Melemparkan tuduhan secara pukal begitu adalah amalan pencacai pencacai yang sering menggunakan kalimah "kau fikrlah sendiri" apabila kantoi.Sedangkan produktiviti sebagai pembangkang kosong sama seperti pencacai pencacai itu.
 
 
 Masa untuk berubah, dengan menjadi pembangkang yang produktif sambil memberi tekanan kepada kerajaan supaya menjadi prihatin.Tindakan PAS tidak keluar dewan adalah bijak menerusi politik matangnya.
 
 Sumber TKO - 24-10-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 Assalamualaikum,,, Mahathir kata kalau pertandingan 1 lawan 1, BN boleh ditewaskan.Ini kata  Mahathir yang bersungguh sungguh mahu semua pembangkang bersatu terlebih lagi dia mahu sungguh sungguh pujuk PAS agar tidak bertanding 3 penjuru pada PRU 14 nanti.Bagaimana pula kalau MOU antara PAS dan UMNO bakal menemukan pertandingan 1 lawan 1 antara PAN dengan PAS, Bersatu dan PKR menentang UMNO dan sudah tentu DAP menentang parti parti Cina dan  India dari BN.Dalam kes kes begini bagaimana BN dapat ditewaskan wahai Mahatihir?
 
 Dari apa yang saya lihat kalau ada MOU antara PAS dan UMNO, bukan BN yang  akan tewas tetapi parti parti pembangkang terutamanya PKR, PAN dan Bersatu akan gulung tikar serta pertembungan sengit akan berlaku antara DAP dan parti parti Cina dan India BN, sambil kita semua tahu penguasaan BN di Serawak dan Sabah akan kekal.
 
 Sekaligus hujah di atas turut menjawab dakwaan yang mengatakan TGHH mahu menyelamatkan Najib dan desakan agar PAS menyertai BN.PAS tidak akan sesekali masuk BN tetapi di peringkat akar umbi PAS, ada segolongan ahli bawahan yang mahukan PAS menandatangani MOU bersama UMNO untuk PRU 14.
 
 Rasanya kumpulan pendesak yang berada diluar PAS tak perlulah susah susah untuk desak PAS, PAS tak akan terjelas dengan apa apa desakan tetapi PAS mungkin kena dengar desakan akar umbinya yang mahukan MOU itu.
 
 Sumber TKO - 23-10-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------Budaya keluar Dewan dah jadi budaya pembangkang?
 Posted on Sunday, October 23 @ 16:28:53 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32100
 
 
 
 |  Assalamualaikum,,, Apa yang dapat dengan keluar dewan? Apakah pembanngkang ingat dengan keluar dewan boleh menjadikan mereka lebih baik dan akan disokong oleh rakyat? Pada dasarnya pembangkang tidak buat kerja mereka dengan keluar dewan Sebab tugas pembangkang ialah membangkang kerajaan pada perkara perkara yang membawa kepada kesejahteraan hidup rakyat jelata.
 
 Tapi dengan keluar dewan pada masa pembentangan bajet yang amat penting  kepada rakyat boleh menjadikan pembangkang itu baik dan sudah  melaksanakan tugas mereka sebagai pembangkang.Tapi apa yang saya nampak  tindakan keluar dewan adalah tindakan yang tidak matang kerana bagaimana  mereka boleh mencacatkan point point penting untuk membangkang kalau  tidak mendengar sendiri ucapan bajet dari kerajaan? Apakah cukup dengan  meneliti teks ucapan sahaja?
 
 Contoh yang jelas ialah apabila Najib membentangkan memberitahu kelemahan kerajaan tentang 2 ribu lebih granduan  kedoktran tidak mendapat tempat untuk housemanship di hospital hospital kerajaan dan cuba menyatakan keprihatinan kerajaan kepada masalah ini dengan menawarkan penempatan secara kontrak kepada mereka, apakah pembangkang dengar dengan duduk di luar dewan dan bagaimana pembangkang boleh memberikan cadangan yang lebih  baik dalam hal ini?Kalau itu berlaku bermakna pembangakang tak buat kerja mereka dengan baik kepada rakyat jadi apa maknanya terus mengkritik kerajaan dan apa maknanya rakyat mahu mendengar mereka?
 
 Pembangkang sejak dulu sampai sekarang cuma berminat dengan budaya keluar dewan yang tidak memberi apa apa menafaat kepada rakyat.
 
 SumberTKO - 23-10-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
| 
  
 Assalamualaikum,, Ketika saya menyebut satu fakta yang cukup jelas dan nyata, ada pula manusia yang letak otaknya di kepala lutut kata itu hanya andaian saya.Nik Amar pula dalam ceramahnya mengesahkan perlantikan MB dibuat oleh dewan harian yang ketika itu ATGNA turut berada dalam Dewan harian dan kata Nik Amar lagi nama MB dipilih sendiri oleh ATGNA.Fakta perlantikan MB akhrinya dijelaskan oleh Nik Amar sedangkan Husam sepanjang tempoh dia melalak ke sana ke mari untuk melondehkan kelemahan kerajaan pimpinan MB tidak pernah menyebutnya.Bukankah itu jelas dan bukan juga andaian saya semata mata, lagipun kejadian itu tercacat sebagai sejarah yang tidak boleh dinafikan lag,i bukan andaian.
 Oleh itu kalau Husam atau mana mana manusia berotakkan kepala lutut nak nafikannya silakan tapi bawa fakta anda dengan jelas bukan sekadar menjual nama ATGNA dan bukan sekadar mendakwa ATGNA akan ikut Husam masuk PAN kalau beliau masih  hidup.
 Kita lihat siapa yang kantoi.Kita juga boleh lihat kenapa ATGNA tidak mencadangkan nama Husam sebagai penggantinya.Lihatlah telatah Husam setelah ATGNA tiada, semakin hari semakin melalut seperti dia bersungguh sungguh mendakwa orang asli Gua Musang di tindas kerajaan kerana terlalu rakus membalak.Silapnya Husam sebab melibatkan orang asli Gua Musang yang sayangnya kepada Ku Li, MP dari BN tak perlu diperkatakan lagi.Tapi Husam mahu jadi hero kepada orang asli yang mungkin tak kenal siapa Husam.Husam lupa kepada kenyataan mana mungkin Ku Li akan membiarkan aktiviti pembalakan yang sudah berjalan selama 30 tahun itu mengganggu kehidupan orang asli.Husam lupa kepada Ku Li dan jabatan orang asli yang menjaga kebajikan orang asli di mana setiap perkampungan orang asli ada Tok Batin tetapi tiba tiba ada beberapa ratus orang asli yang tidak mengandungi Tok Batin mereka berdemo menghalang lori lori balak.Sejak bila orang asli pandai berdemo? Siapa yang ajak mereka?
 
 Begitu juga dakwaan air terjun yang musnah dibawa oleh seorang penulis upahan Husam mungkin yang  bernama Syam Ghaz tetapi apabila pemuda PAS membuat pemeriksaan di air terjun yang didakwa, tiada apa apa kerosakan yang berlaku.Syam Ghaz kemudiannya muncul dalam group Whatsapp menjelaskan maklumat yang diperolehi dari kumpulan 4x4 yang masuk ke hutan berkenaan mengatakan ada tanda tanda aktiviti pembalakan telah merosakan air terjun berkenaan, maknanya Syam Ghaz tidak pergi sendiri untuk menuduh lebai yang rakus membalak.Apa ker benda geng Husam kuasa 10 ni?
 
 Nak bantai bantai jer, dengan andaianpun boleh bantai tapi penjilat  penjilatnya menuduh saya yang membuat andaian dengan menbawa fakta yang nyata dan jelas.ATGNA tak pernah pilih Husam walaupun pernah bekerja bersamanya.Aktiviti pembalakan yang selama 30 tahun itu juga berlaku ketika ATGNA masih menjadi MB dan Husam sebagai exconya.tapi kenapa tunggu ATGNA tiada dan Husam sudah tak pegang jawatan exco, baru Husam nak dedahkan masalahnya? Apakah masalah itu baru berlaku atau berlaku sesudah Husam dipecat dari PAS?
 
 Video-https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=3bQFswrOQ9g
 
 Jelas kantoi habis Husam kuasa 10 ni!
 
 .........
 Komen TKO
 
 
 Sumber TKO -23-10-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Assalamualaikum,, Keluarga DSAI dan PKR mengadakan majlis solat hajat dan kuliah maghrib mengenai Qazaf oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin menjelang semakan kes liwatnya tempoh hari.Qazaf diulangi kembali untuk mencari keadilan kepada DSAI.Qazaf adalah undang undang Islam di mana hukumannya termasuk dalam RUU 355.Kemudiannya, DSWA atau Kak Wan, menyatakan akan menunggu RUU 355 di bentangkan oleh TGHH sebelum membuat pendirian.Apa ke jadahnya pulak?
 
 Bila kena batang hidung suaminya, terus pergi kepada Qazaf, tapi bila  RUU 355 yang juga melibatkan undang undang Islam, begini pulak jadinya,  Kak Wan, Qazaf tu apa? Kak Wan bercakap pasal keadilan Islam sedangkan  kak Wan tidak sedar bila Kak Wan menuntut Qazaf dan membiarkan perkara  perkara lain berkaitan undang undang Islam dibenankan kepada PAS semata  mata, Apakah itu keadilan Islam?
 
 Kak Wan dan keluarag serta PKR pandai pula mengadakan solat hajat untuk suaminya, solat hajat tu apa? Tapi bila tiba kepada RUU 355, pandai pulak Kak Wan spin kononnya, Antara persoalan PKR, katanya lagi, adalah apabila RUU itu sengaja dibiarkan berlarutan tanpa penjelasan kepada parti politik dan masyarakat, serta kesamaran skop hukuman.
 
 Apakah Kak Wan fikir obligasi PAS untuk menjelaskan kepada parti politik dan sebetulnya penjelasan  sudahpun dibuat malah cadangan kepada pindaan RUU 355 itupun sudah jelas kepada semua orang Islam.
 
 Prinsip keadilan Islam menurut ulamak, adalah meletakkan sesuatu di tempatnya, jadi apakah kak Wan sudah meletakkan sesuatu di tempatnya apabila menuntut Qazaf untuk suami tanpa merujuk kepada PAS tetapi mahu membebankan PAS kepada undang undang Islam yang lain?
 
 Dakwaan RUU 355 terlalu umum pula adalah percubaan mencari alasan untuk menolak RUU 355, seperti yang saya kata tadi bukan obligasi PAS untuk menerangkannya tetapi obligasi seluruh umat Islam termasuk Kak Wan dan  Dr Zulqarnain Lukman ketua undang undang PAN untuk menetilinya seperti dibuat oleh mufti Wilayah dan Mufti Perak jadi orang Islam tidak sepatutnya mendakwa RUU 355 itu terlalu umum.Tapi Kak Wan masih melakukan perbuatan yang double standard, kenapa kak Wan?
 
 Kak Wan petah bercakap pasal  perlembangaan dan tidak bercanggah dengan perlembagaan, tahukah Kak Wan tindakan menggunakan perlembangaan untuk menyekat terlaksananya undang undang Islam dari seorang Islam adalah tidak wajar sama sekali kerana perlembagaan bagi kita orang Islam adalah Quran bukan perlembagaan negara.Itu satu hal, satu lagi hal ialah tindakan mempersoalkan halangan perlembagaan ini adalah satu tindakan bodoh dari setiap orang Islam kerana tidak menyedari bahawa halangan perlembagaan sudah lama diselesaikan oleh arwah Prof Ahmad Ibrahim.Saya pernah menulis mengenai ini dan kepada sesiapa yang mahu mengetahui lebih lanjut boleh rujuk semula kepada tulisan saya, cuma saya katakan perlembagaan negara bukan satu halangan dan tidak wajar mengaitkan perlembagaan dengan RUU 355.Inilah mesej saya kepada kak Wan, kalau nak cari alasan, jangan kaitkan dengan perlembagaan.
 
 Kak Wan tak perlu mengambil kira perkembangan antarabangsa kerana apa yang nak diubah ialah kuasa mahkamah Syariah berkaitan kuasa menghukum, ianya tiada kaitan langsung dengan urus tadbir dan sebenarnya RUU 355 turut menekankan
 keadilan.Perlaksanaan undang undang syariah sudahpun ada dalam negara Kak Wan, cuma undang undang itu lebih kepada hukum taazir sahaja, jadi apa salahnya kalau PAS berusaha untuk memasukan sekali Hudud dan Qisas yang masih jauh kedalam undang undang syariah? Jadi kenapa Kak Wan kata, Yusof Qardawi dan Parti Ennahda Tunisia lebh mementingkan urus tadbir dan keadilan berbanding perlaksanaan undang undang syariah? lagipun kak Wan, Syariah lah yang membentuk agama, jadi kenapa undang undang syariah boleh diabaikan?
 
 Kak Wan seharusnya faham situasi di Tunisia berbeza dengan negara kita, kalau Tunisia masih belum ada undang undang syariah dan parti Ennahda baru saja mengambil alih pemerintaan dari pemerintah sekular, jadi kerana maslahat negara mereka kiv dulu undang undang syariah sedangkan di negara kita, undang undang syariah sudah ada!
 
 Kak Wan tak perlu buat alasan, cukup kalau Kak  Wan jawab kenapa Kak Wan mahukan Qazaf untuk suami tetapi berdolak dalil tentang yang lain sedangkan Qazaf juga ada dalam RUU 355?
 
 Sumber TKO- 22-10-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
  
 Assalamualaikum,, PAN melangkah setapak lagi ke hadapan dalam usaha mereka menidakkan RUU akta 355 yang sudahpun dibentangkan di Parlimen oleh Presiden PAS.Sambil menganggap RUU 355 PAS adalah retorik, PAN megumumkan mereka akan membentangkan RUU persendirian berkaitan akta 355 untuk memperkasakan mahkamah Syariah.Cantik,PAN yang terdir 100% pencuri kerusi mahu bercakap untuk menaik taraf mahkamah Syariah, mahkamah yang bertanggungjawab membicarakan pesalah pesalah syariah yang terdiri dari orang orang Islam. Kita nak tanya di mana kelayakan pencuri untuk menjaga undang undang ALLAH yang sebahagiannya sudahpun ditetapkan oleh peruntukan Islam yakni hukum Hudud dan qisas?
 
 RUU 355 PAS itu retorik, dakwa PAN yang bermakna pula RUU 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS itu bukan untuk dilaksanakan tetapi sekadar dipertontonkan, itu dakwa PAN.Kerana itu PAN mahu juga meniru PAS untuk membentangkan RUU 355 versi mereka.Versi yang turut mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai ketua hakim Mahkamah Syariah dari setiap negeri, profesioanl dan agamawan serta pihak berkuasa berwajib.Mereka tidak mahu meletakkan ulamak dalam jawatan kuasa tersebut tetapi sekadar Agamawan, yang mungkin termasuk Kasim Ahmad dan orang orang yang sewaktu dengannya.
 
 Itu RUU 355 yang akan diperkenalkan oleh PAN sebagai wadah pengganti kepada RUU 355 PAS. Tetapi tidak pula pasti apakah kuasa mahkama Syariah yang nak dinaik tarafkan itu, adakan ianya seperti dicadangkan oleh PAS yang antara lain akan membolehkan sebahagaian undang undang syariah yang benar benar syariah dapat dikuatkuasakan oleh negri negri menerusi kuasa autonomi yang meletakan Raja Raja sebagai ketua agama negeri.
 
 Apakah bentuk had hukuman yang nak dibentangkan oeh PAN? Apakah hukuman yang selaras dengan hukuman yang ditetapkan oleh Agama atau hukuman hukuman yang difikirkan baik oleh akal akal agamawan mereka yang progresif itu?
 
 Mahkamah Syariah hanya akan diperkasakan kalau ada kuasa untuk menghukum mengikut hukuman yang sudah ditentukan Agama dalam kes kes kesalahan Hudud dan Qisas.Tapi kalau hanya hukuman Taazir yang diutamakan, tiada maknyanya RUU 355.
 
 RUU 355 yang dikatakan retorik oleh PAN itu mengandungi perkara perkara yang melibatkan Hudud dan walaupun ianya tidak menyentuh hukuman bunuh, potong tangan dan rejam, ianya adalah permulaan menuju kepada hukuman yang lengkap kepada kesalahan Hudud dan Qisas.
 
 PAN selama hari ini hanya mengkritik kepada hukuman Taazir seperti yang ditekankan oleh pengarah kominikasi mereka Khalid Samad tetapi pejam mata mengenai Hudud dan Qisas, Khalid Samad dalam kenyataannya menyatakan kebimbangan kepada kemungkinan mahkamah Syariah akan diberi kuasa yang lebih untuk menghukum pesalah Taazir.Jadi apakah bentuk yang tidak retorik kepada RUU 355 yang bakal dibentangkan oleh pencuri kerusi, PAN?
 
 Atau ianya hanya satu usaha terakhir PAN untuk menolak RUU 355 yang dikemukakan oleh Presiden PAS setelah alasan alasannya sebelum ini agak tidak kuat?
 
 Sumber TKO-22-10-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 PAS Enggan Boikot Pembentangan Bajet 2017 Kerana Ada Pandangan Sendiri
 Posted on Saturday, October 22 @ 16:44:46 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32087
 
 
 
 |  KETIKA Pakatan Harapan disertai DAP, PKR dan PAN menunjukkan kebiadaban dengan keluar daripada Dewan Rakyat ketika Bajet 2017 dibentangkan, PAS pula mengambil pendirian berbeza.
 Tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang dipetik portal AgendaDaily, meskipun ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui, namun ia seharusnya dikemukakan dengan cara yang lebih baik dan ilmiah.
 
 “Ada perkara yang mungkin kita tidak bersetuju dalam kandungan Bajet  2017 ini, namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujah  bantahan secara lebih ilmiah ketika sesi perbahasan berlangsung.
 
 “Ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam Bajet  2017. Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak setuju pun,  kita boleh pilih undi untuk menolak masa sesi pengundian,” katanya dalam  satu kenyataan.
 
 
 
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh mengulas tindakan beberapa  wakil pembangkang Pakatan Harapan biadap keluar dewan semasa Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 pada Jumaat. 
 Tambah beliau, sikap PAS ini juga berasas dengan mengikut Peraturan  41 (1) (e) iaitu sewaktu seseorang ahli itu berucap dalam dewan, semua  ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang  adab.
 
 Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Idris Ahmad  menjelaskan yang parti Islam itu tidak terlibat dengan perancangan parti  pembangkang lain yang bawa plakad ‘Siapa MO1?’ dan keluar awal daripada dewan.
 
 “Kita tidak tahu langsung tentang perancangan itu, kita juga tidak  terlibat, kita tunggu sampai habis pembentangan kerana kita hormat pada  peraturan mesyuarat, kita hormat kepada Speaker dewan dan kepada ahli  parlimen lain.
 
 “Kalau tidak bersetuju sekalipun dengan kandungan Bajet 2017, kita  ada cara kita sendiri,” katanya yang juga Naib Presiden PAS dan Ahli  Majlis Syura Ulama PAS ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, lewat  Jumaat.
 
 Sumber TKO-22-10-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
  
 KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mencadangkan rang undang-undang (RUU)  sendiri akan dibentangkan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah, usul ke-3  selepas RUU persendirian yang dikemukakan presiden PAS dan wakil rakyat PAN
 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom  berkata, kerajaan sedang mengkaji rancangan meminda Akta Mahkamah  Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang mengehadkan hukuman ke atas  penjenayah syariah kepada penjara 3 tahun, 6 sebatan dan denda RM5,000.
 
 “Jika pindaan itu diluluskan Parlimen, kerajaan ingin mencadangkan  penjenayah syariah dijatuhkan hukuman, termasuk melakukan khidmat  masyarakat,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Teresa Kok  (DAP-Seputeh) sambil menambah akta itu tidak dipinda sekian lama.
 
 Kok meminta perdana menteri menyatakan jika Kabinet sudah  membincangkan RUU yang diusulkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mei lalu,  susulan kenyataan menteri-menteri dan kumpulan berkepentingan lain  terhadap rancangan itu.
 
 Kok juga ingin tahu jika kerajaan akan mempertimbangkan pandangan sesetengah menteri dan masyarakat.
 
 RUU yang sebahagian besarnya dilihat sebagai langkah PAS  memperkenalkan hudud di Kelantan, dijadual dibahaskan di Dewan Rakyat,  hari ini, dan disenaraikan berada dalam senarai ke-5 Kertas Perintah  Parlimen.
 
 Hadi dan menteri Umno lain berkata, RUU itu bertujuan meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah, bukannya untuk memperkenalkan hudud.
 
 Jawapan Jamil itu susulan pengumuman Amanah semalam untuk membentangkan pindaan mereka bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.
 
 Amanah antara lain berkata, RUU mereka mencadangkan penubuhan sebuah  jawatankuasa khas yang dianggotai ketua hakim Mahkamah Syariah dari  setiap negeri, profesioanl dan agamawan serta pihak berkuasa berwajib.
 
 Parti serpihan PAS itu menolak RUU Hadi sebagai “retorik” politik,  manakala Umno pula belum membuat sebarang pendirian rasmi berhubung  perkara itu.
 
 Sumber TKO - 20-10-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Assalamualaikum,  Saya sokong kenyataan Mursyidul PAS bahawa PAS tak rugi apa apa kalau RUU ditolak.Kejayaan membentangnya di parlimen sudahpun dikira kejayaan bagi PAS yang bersungguh sungguh mengikut kemampuan dan saluran yang ada untuk memartabatkan hukum Allah.RUU 355 yang dibentangkan di parlimen bukan untuk PAS tetapi untuk Islam dan orang orang Islam seluruhnya.Ianya sudah melampaui parti parit politik, jadi sebarang pendirian bersama oleh mana mana parti untuk menolak RUU 355  tidak seharusnya diikuti oleh mana mana MP yang beragama Islam.
 
 Yang perlu sebagai seorang Islam, MP yang beragama Islam mesti menyokong RUU 355 selaras dengan fatwa mufti wilayah dan seruan mufti Perak agar semua MP beragama Islam mengundi menyokong bukan menentang.
 
 Oleh itu mana mana MP Islam yang mengundi menentang RUU 355 atas alasan itu pendirian parti masing masing maka dengan jelas mereka sebenarnya menjual agama sendiri dengan alasan patuh kepada keputusan parti sebabnya mana satu yang lebih patut dipatuhi parti atau agama?
 
 Dari itu, ujian sebenar kepada keyakinan atau iman para MP akan diadakan ketika pengundian RUU 355 dijalankan, sama samalah kita tunggu.
 
 Sumber TKO - 17-10-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kamarudin Mat Noor kata kukuhkan Kelantan, Husam kata londehkan..........
 Posted on Monday, October 17 @ 20:39:02 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32067
 |  
  
 Asalamualaikum,,,
 
 Kamarudin Mat Noor wakil Bersatu mahukan kerajaan Kelantan diperkukuhkan, Husam kuasa 10 wakil PAN  pula dikatakan oleh MSO masuk hutan nak cari salah kerajaan Kelantan dan sebelum itu bertan tan salah kerajaan Kelantan di londehkan Husam kuasa 10(gelaran yang diberikan oleh tok guru politik MSO).Mana satu nak ikut ni, wahai pembangkang yang mahu bergabung dengan PAS?
 Kamarudin Mat Noor mahu pembangkang mengukuhkan kerajaan negri mungkin dengan tujuan melembutkan PAS untuk menerima parti parti pembankang lainnya.Husam pula mahu londehkan kerajaan negri Kelantan kerana mahu PAN ambil alih pemerintahan, Bak kata MSO kerajaan Kelantan kini berdepan dengan masalah kewangan yang kronik sehingga ada pemuda PAS yang mengugut rakyat Kelantan untuk menjelaskan bil airnya.Makna kata kalau PAN boleh ambil alih dari PAS maka segala masalah kewangan akan selesai sebab Husam kuasa 10 boleh cari duit untuk kerajaan, bukan begitu MSO?
 
 Ada pandangan berbeza antara Bersatu dan PAN, Bersatu menerusi Kamarudin Mat Noor kata MB Kelantan adalah orang baik yang layak perintah Kelantan selepas ATGN sedangkan Husam Kuasa 10 yang mewakili PAN kata MB sekarang tidak layak seperti dirinya.Mana mahu ikut?
 
 Tapi kalau dihalusi, kedua duanya tak boleh ikut sebab Bersatu hanya mahu pujuk PAS untuk bersama mereka demi menghadapi PRU sedangkan PAN menerusi Husam kuasa 10 pula mahu melobi rakyat Kelantan supaya tolak PAS.Bersatu hanya berminat kepada  PRU sedangkan PAN berminat nak hancurkan PAS, dua dua tak boleh pakai!!!!
 
 Sumber TKO - 17-10-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 "
   
 Dulu ketika PAS  berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran  penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengganu di cungkil balik kerana  UMNO telah tewas.Penyokong UMNO mahu PAS bina semula jalanraya gunakan  duit PAS.
 
 Itu  antara taraf pemikiran pimpinan UMNo yang berjangkit  hingga ke  penyokongnya.Begitu juga ada suara UMNO menggesa penyokong  PAS yang  bekerja dalam kerajaan letak jawatan.
 
 Itu belum lagi penyokong PAS yang ditukar ke Sabah ,Sarawak,Gua Musang,Ulu Tembeling kerana menyokong PAS.
 
 Dr  Mahathir ketika itu menjadi PM.Barangkali beliau tidak ambil  "cakna"  tentang perkara itu.Sebab berada di puncak pemerintahan.Beliau  mungkin  senyum puas atas "kehebatan" aksi dan pemikiran orang UMNO.
 
 Setelah  UMNO tumbang di Terengganu 1999,royalti petrolium Terengganu  ditamatkan  dan ditukarkan kepada "wang ehsan".Pelbagai dolak dalih  Mahathir untuk  menghalalkan perbuatan yang tidak bermaruah itu.
 
 Kini  setelah Dr Mahathir bergelar pembangkang,barulah beliau rasai  "nikmat"  yang pernah dikecapi oleh penyokong PAS ketika beliau jadi PM  selama 22  tahun dulu.
 
 Bermula  anaknya Mukhriz dibuang dari MB  Kedah,seterusnya Mokhzani tidak lagi  jadi bos Litar Sepang.Terus  berjangkit kepada Proton dan terkini Menteri  UMNO berkata,"Kita boleh  robohkan legasi Dr Mahathir..."
 
 Begitu  bencinya UMNO kepada Dr  Mahathir.Sama seperti bencinya UMNO era  Mahathir kepada PAS Terengganu  hingga sanggup rampas royalti rakyat  Terengganu.
 
 Sekarang,   bila Dr Mahathir beri "formula" untuk ambil balik hak rakyat Terengganu   dan Kelantan,semua orang senyum sinis sambil berfikir sendiri,"Biar   betul Doc....anda masih waras...?"
 
 Sekarang  kisah Dr Mahathir  jadi semacam kisah pengembala biri-biri yang suka  berbohong.Dulu PAS  menjerit sampai "putus urat tekak" tentang kejahatan  dan pembohongan  UMNO,tiada ramai orang percaya.
 
 Kini  bila Dr Mahathir jerit  tentang  PMNajib curi duit(walaupun mungkin  betul) siapa mahu percaya ?  Sebabnya Dr Mahathir ada rekod  BMF,Perwaja,Memali,AP Rafidah,royalti  Terengganu,zalimi Anwar dan 1001  kes selama berkuasa 22 tahun.
 
 Hanya  satu cara Dr Mahathir mahu rakyat percaya cakapnya iaitu masuk  PAS  bukan sekadar  berceramah atas pentas PAS.Masuk PAS dan kembali ke   pangkal jalan.Jadi pendokong perjuangan Islam.
 
 Umar  yang  terkenal dengan anti Islam boleh jadi pahlawan di zaman   Rasulullah.Mahathir sudah Islam.Cumanya perlu betulkan otak   pemikirannya.
 
 Aduhai insan bernama Mahathir
 
 
 
 Sumber TKO - 17-10-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 LGBT konfirm tak Bersih!
 Posted on Monday, October 17 @ 07:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Editor
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32063
 
 
 
 |  Assalamualaikum,,,
 Asalnya Bersih dianjurkan untuk pilihanraya yang bersih, tidak berat sebelah dan tiada penipuan.Sejarah Bersih bermula di Kuala Terengganu apabila 2 orang pemuda PAS ditembak dan didakwa oleh kerajaan BN tetapi kemudianya meyaksikan satu perarakan besar besaran di kuala Lumpur sehingga zainudin Maidin tergagap gapap menjawab soalan Al Jazira.
 
 Itulah bermulanya bersih yang disokong kuat oleh PAS semata mata  menuntut diadakan piliahnraya yang bersih dan adil.Tetapi hari ini  Bersih yang akan diadakan untuk kali ke 5 sudah bertukar arah, daripada  tuntutan pilihanraya yang bersih kepada tuntutan untul Najib meletakkan  jawatan dan akan diuruskan oleh pendokong liberal yang turut menuntut  LGBT diberikan yag sama seperti orang lain.Tahukan anda semua bahawa  golongan LGBT yang diperjuangkan oleh pendokong liberal ini sebenarnya  tidak bersih?
 
 Kaum LGBT adalah antara kaum yang kotor amalannya.Apabila mereka bersama dan mabuk seperti mabuk daun ketom, semuanya boleh diminum, dimakan malah dalam kes kes terlampau, ada yang minum air kencing dan ada yang makan najis. Itu kenyataan kepada amalan biasa kepada kaum LGBT dan kaum ini turut diperjuangkan oleh pemimpin Bersih agar diberi tempat dalam masyarakat.
 
 bagaimana pejuang Bersih turut berjuang untuk satu kaum yang pengotor? Dan lagi pelik kalau ada pemimpin parti politik yang turut berjuang bersama Bersih untuk menjatuhkan Najib? Mana lebih kotor Najib atau LGBT?
 
 Tak munasabah langsung pemimpin seperti Mat Sabu and the geng boleh bersengkongkol dengan mereka yang berjuang untuk Bersih serta pada masa yang sama berjuang untuk pengotor LGBT?
 
 Sumber TKO - 17-10-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Assalamualaikum,,, Dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan BN, parti parti pembangkang dikatakan perlu bersatu dan untuk bersatu mereka perlukan PAS.Jadi nampaknya usaha untuk menarik PAS ke dalam kesatuan pembangkang diperhebatkan dan dalam kehebatan usaha usaha yang diambil pembangkang untuk membawa PAS ke dalam pakatan pembangkang, tanpa sedar atau memang disengajakan, timbul perkara yang kelakar dan semakin hari semakin kelakar.
 
 Sebabnya, sambutan dingin PAS kepada pelawaan untuk berpakat.ditambah  pula kepada kebimbangan kepada kemungkinan PAS akan bekerjasama dengan  Umno atau bakal menandatangani MOU bersama Umno untuk menghadapi PRU  akan datang,barangkali.
 
 Yang kelakarnya antaranya ialah kenyataan Mat Sabu presiden PANgang yang berkata akan terus memujuk PAS untuk bersetuju berpakat dengan pembangkang.Ketakutan cuba diwar warkan kepada PAS kepada pertanding 3 penjuru yang mungkin akan membawa kemenangan mudah BN dalam PRU, tetapi Mat Sabu gelabah habis memikirkan kemungkinan pertandingan 3 penjuru tidak akan berlaku seandainya ada MOU bersama antara PAS dan Umno pada ketika Bersatu dan parti pembangkang lain sudah bersedia untuk tidak bertanding menentang satu sama lain.
 
 Itulah yang menjadi kebimbangan pembangkang sekarang  ini sehingga terbaru plot raja lawak diteruskan Mahathir.Dia mendakwa Kelantan akan dapat royalti kalau pembangkang menang sedangkan ketika PRU 13 dulu DSAI pernah berjanji untuk memulangkan royalti kepada negeri dengan peratusan yang ditambah kalau PR menang PRU 13 dulu.
 
 Sekarang Mahathir mengulangi janji yang sama pada ketika semua faham kedudukan royalti sekarang.Kelantan dinafikan royalti minyak, siapa punya kerja, Mahathir jugak kan? sekarang Mahathir janji untuk memulangkan royalti sesudah dia yang memulakan episod royalti dengan negri negri yang dimenangi pembangkang.Bukankah itu kelakar?
 
 PAS tetap melihat PANgang sebagai pengkianatan, jadi bagaiman PAS nak bekerjasama dengan pengkianat? Inilah yang dipekakkan oleh Mat Sabu dan lain lain pemimpin
 
 PANgang.PAS sudah jelas pendiriannya, tidak akan bekerjasama dengan pengkianat tapi PANgang  buat pekak badak.PAS sudah jelas dengan prinsipnya dan menyampaikan mesej jelas bahawa sesiapa yang nak berkerjasama dengan PAS mesti menghormati dan mengutamakan Islam, bukan mengutamakan keselamatan.Tapi parti parti pembangkang lain buat pekak badak juga dan masih mengutamakan keselamatan.
 
 Sumber TKO - 16-10-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
  
 Assalamulaikum,,,
 
 Mahathir bekas PM mahu menjatuhkan PM sekarang, Najib.Mahathir dalam usahanya seakan akan lupa dia pernah menjadi PM dan pernah songlap duit rakyat seperti Najib.Malah yang paling Mahathir lupa, dia mengetuai sebauah kerajaan yang kuat sehingga mampu menjadi kuku besi dalam demokrasi sedangkan Najib kini sedang memimpin sebuah kerajaan yang semakin lemah semakin hari berlalu.Mahathir dengan kuku besinya dulu pernah menangkap Zaid Hamidi kerana sokongannya kepada DSAI dan hari ini Zaid yang lemah pendirian itu sudah menjawat jawatan TPM.
 
 Kalau direnung sejenak antara dua kerajaan ini, perkara yang paling malang terjadi kepada Islam ketika Mahatihir yang kuat itu pernah menolak Hudud Kelantan dengan hujah itu bukan Hudud Islam tetapi Hudud PAS, malangnya ketika itu Kelantan dibawah ATGNA dihina sehina hinanya oleh Mahathir dan siawal pemerintahan Najib, beliau turut menegaskan Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia sebagai penolakan Hudud Kelantan juga, tetapi sesudah itu Najib menyedari kerajaannya menjadi semakin lemah apatah lagi dengan Mahathir dan anaknya Mukhriz semakin hebat menentangnya.
 
 Ketika keadaan kerajaan yang lemah inilah akhirnya laluan diberi kepada TGHH merangkap MP Marang untuk membentang RUU pindaan akta 355 yang akan memberi laluan selesa untuk menguatkuasa enakment jenayah Islam atau Hudud di Kelantann serta membuka laluan kepada Umno atau tekanan kepada kerajaan Umno Terengganu untuk melaksanakannya di Terengganu.
 
 Itu meruoakan perbezaan yang jelas antara dua buah kerajaan yang diterajui oleh Mahathir dan Najib.Kerajaan Mahathir terlalu kuat untuk menolak Islam tetapi kerajaan Najib menjadi semakin lemah sehingga dia terpaksa menyerap tekanan dan menerima Islam sedangkan partinya tetap dengan dasar paragmatik yang sekular.
 
 Menafaat juga diperelohi oleh pejuang Islam dengan kehendak ALLAH menerusi kelemahan kerajaan ini, dan berdasarkan keadaan politik hari ini yang menuju PRU 14 tidak lama lagi, Umno memerlukan pertolongan untuk mengekalkan kerajaan yang lemahnya dan kerajaan yang lemah yang sudah terbukti menguntungkan Islam, jadi mengekalkan kerajaan yang lemah bakal melihat banyak lagi keuntungan akan diperolehi oleh Islam.
 
 Hujah di atas menguatkan lagi tindakan bijak PAS sebagai jemaah yang berjuang untuk Islam mengadakkan kerjasama dengan Umno dalam bentuk bukan bersekedudukan tetapi tinggal bersebelahan seperti jiran,Tindakan yang boleh menyelamatkan kerajaan persekutuan Umno yang lemah dan boleh dimenafaatkan untuk melaksanakan lebih banyak carahidup Islam dan sekaiigus menjustifikasikan tindakan susulan yang baik menerusi MOU antara kedua dua parti dalam menghadapi PRU 14 nanti.
 
 Ingatlah mengekalkan kerajaan yang lemah lebih baik daripada menjatuhkannya dan diganti dengan kerajaan yang kuat liberalnya.
 
 Sumber HD - 11-10-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Assalamualaikum,,  Bukan main rancak lagi usaha parti parti pembangkang yang ada untuk mengajak PAS bersatu dengan mereka.Kali ini kelibat Mahathir dan Muhyidin dipergunakan sepenuhnya untuk menarik PAS kepada pakatan pembangkang malah Muhyidin sudah mengaku bahawa dia adalah orang tengah untuk menemukan semula PAS dengan  bekas rakan dan bekas ahlinya, konfiden benar Muhyidin ketika mendakwa dialah orang tengah tetapi Muhyidin semacam tidak sedar bahawa usaha mengajak PAS ke pembangkang hanyalah untuk membentuk pakatan bagi mencabar BN khususnya Umno,
 tidak lain dari itu dan kalau Pakatan pembangkang menang, apakah corak  kerajaan yang akan dibentuk tidak diperjelaskan dan apakah untungnya  kepada PAS juga tidak dinyatakan sedangkan TGHH awal awal lagi  menegaskan sebarang kerjasama yang nak dibuat dengan PAS mesti  meletakkan Islam sebagai agenda utama.Jadi apakah agenda utama pakatan  pembangkang adalah Islam? Muhyidin dan Mahathir tak pernah sentuh pasal  Islam, jadi bagaimana?
 
 Umum tahu bekas rakan PAS dalam PR tidak mahu Islam dan bekas ahli PAS yang bersama Amanah juga tidak mahu Islam tetapi cuma mahu kemenangan dalam pilihanraya dan menjadi menteri sehingga mereka sanggup berbohong dengan agama sendiri semata mata mahu mencapai kemenangan bersama sekutu mereka DAP.
 
 Agenda DAP adalah liberal dan Amanah menyokongnya, kalau mereka menang samada bersama PAS atau tidak, agenda mereka tetap liberal di mana Islam juga akan diliberalkan.Tak percaya ada sumber sumber dari Amanah yang pernah mendakwa mereka mahu melonggarkan Islam bukan mengetatkan seperti PAS buat, longgar di sini bermaksud liberal.Oleh itu Muhyidin yang jadi orang tengah antara PAS dan mereka ini perlu jelas tentang agenda masing masing sebelum beriya iya mahu meyatukan mereka.begitu juga Mahathir yang positif dengan pakatan pembangkang perlu juga memperinckan tentang agenda Islamnya sebelum mahu melihat pakatan pembangkang bersama PAS terbentuk.
 
 Setakat ini tiada satupun pasal Islam disebut oleh kedua duanya jadi tak salah kalau kita mengandaikan PAS akan beralih kepada alternatif lain yang mungkin akan membawa terbentuknya MOU bersama Umno, terlebih lagi Umno juga amat terdesak untuk pertolongan dan sekarang ini membuka ruang yang kecil kepada Islam berbeza dengan parti parti pembangkang yang langsung tak berminat untuk Islam.
 
 
 Apatah lagi semua tahu Muhyidin dan Mahathir mahu menjatuhkan Najib melebihi dari segala galanya dan mungkin usaha mereka memujuk PAS hanyalah untuk membantu mereka menjatuhkan Najib sahaja.Sesudah Najib jatuh, apa rancangan masa depan mereka? hanya ALLAh yang tahu
 
 Sumber TKO - 11-10-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya PAS menerima beliau  sebagai orang tengah untuk menyatukan pembangkang bagi menjatuhkan  Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
 
 Presiden Parti Bumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dipetik Straits Times  Singapura berkata, PAS yang tidak sehaluan dengan DAP “mengiktiraf saya  boleh memainkan peranan dalam kerjasama itu”.
 
 “Gambaran lebih besar ialah keperluan kita bekerjasama untuk mendapatkan kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan,” katanya.
 
 Muhyiddin yang dipecat daripada Umno pada 24 Jun lalu dan  disebut-sebut Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pilihan pembangkang untuk  menjadi perdana menteri berkata, pemimpin pembangkang tidak pernah  membincangkan perkara itu.
 
 “Tiada guna bercakap mengenainya sebelum anda membentuk  (gabungan)…kalau tidak rakyat Malaysia akan kata anda tidak bersatu,”  katanya.
 
 Pemimpin Pakatan Harapan bertegas bekas ketua pembangkang, Datuk Seri  Anwar Ibrahim kekal sebagai pilihan mereka sebagai perdana menteri.
 
 
 
 
Muhyiddin berkata, ada persetujuan mengenai “PAS penting dalam agenda  kami” dan wujud percanggahan dalam PAS “tetapi itu adalah isu yang  perlu ditangani kepimpinan mereka. Mereka tidak boleh ada orang yang  setuju dan orang lain pula membantah”.
   
 Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, manfaat pilihan raya yang diperolehi  PAS sebelum ini “bukan semuanya disebabkan undi Melayu”, tetapi kerana  pakatan mereka dengan DAP.
 
 “Isunya sudah tentu bagaimana anda babitkan diri dengan mereka,  vis-a-vis bukan sahaja masalah dalam PAS, tetapi antara PAS dengan parti  lain juga, khasnya Amanah dan DAP.”
 
 PAS tidak sebulu dengan DAP dalam pelaksanaan hukum hudud di  Kelantan, selepas kumpulan penentang keluar parti dan membentuk Amanah  yang bekerjasama dengan DAP dan PKR menerusi Pakatan Harapan.
 
 Parti Islam itu enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP, manakala  PPBM dan Pakatan pula bersetuju tidak akan bertanding di kerusi sama  bagi mengelakkan undi pecah.
 
 Sumber TKO - 9-10-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Bila Presiden PAS Bergiat Dalam Politik?
 Posted on Friday, October 07 @ 22:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31948
 |  
  
 Tokguru pernah ditanya Wartawan:  Apakah sejak kecil Tuan Guru minat dalam bidang politik?
 TGHH:    Kebetulan saya lahir di rumah politik. Ayah saya aktif  dalam politik sejak zaman penjajah. Rumah kami menjadi persinggahan  orang-orang politik seperti Dr.Burhanuddin Al-Helmy, Dato Onn Jaafar,  Tengku Abdul Rahman dan ramai lagi. Saya dan ayah saya bercakap politik  sejak usia lima atau enam tahun lagi.
 
 Terengganu adalah sebuah  negeri yang menjadi pusat pengkalan tokoh-tokoh pejuang menentang  penjajah seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Bahaman, Mat Kilau dan  sebagainya. Ia menjadi pusat yang melahirkan pejuang-pejuang awal  menentang kolonialisme.Malah Sultan Zainal Abidin III, adalah seorang  Sultan yang juga seorang ulama, yang menentang penjajah.
 
 Sejak  kecil lagi, saya selalu membaca buku dan majalah majalah koleksi ayah  saya. Ketika itu saya telah membaca buku Ensiklopedia Politik karangan  Muhammad Hanif. Buku itu tidak ada lagi di pasaran sekarang. Melalui  buku itu, saya dapat tahu istilah politik, demokrasi, nasionalisme,  diktator, dan pelbagai lagi istilah politik. Buku itu juga memuat  tokoh-tokoh politik seperti Sukarno, Abdul Rahman Azzam,Tito, Hitler,  dan sebagainya. Ia ditulis dalam tulisan jawi. Buku ini tidak ada lagi  di pasaran sekarang.mungkin hanya ada dalam simpanan arkib. Muhamad  hanif ini pernah jadi calon PAS di Kampung Baru.
 
 Selain itu, saya  sempat berkenalan dengan tokoh-tokoh seperti Dr. Burhanuddin, Dato Onn,  yang pernah datang ke rumah. Ini memberikan pendedahan awal kepada saya  dalam bidang politik.
 
 Wartawan:   Sewaktu belajar di Universiti, apakah Tuan Guru terlibat juga dalam kegiatan mahasiswa?
 
 TGHH:    Saya pernah menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam  Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar  Asia Tenggara di Madinah. Selain itu, ketika menuntut di Mesir saya  pernah bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul  Satar Al Khudsi yang aktif dalam Ikhwanul Muslimin ketika itu.Saya juga  pernah menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan  Melayu Republik Arab Mesir.
 
 Wartawan:     Setelah pulang ke tanahair, apakah Tuan Guru terus melibatkan diri dalam politik khususnya PAS?
 
 TGHH:      Sebelum ke Timur Tengah, saya mula aktif dalam PAS sebagai  Setiausaha Ranting PAS kampung  Rusila, Marang.  Selepas  pulang ke tanah  air, saya  dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO  Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977, saya  dipilih menjadi  Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan  tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989, saya terpilih  menjadi  Timbalan Presiden PAS dan  setelah pemergian Dato' Fadzil Mohd Noor,  saya diamanahkan menjadi Presiden PAS.
 
 Sumber TKO - 7-10-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 PETALING JAYA: Tiada pakatan pembangkang yang akan mampu menewaskan  Barisan Nasional (BN) tanpa penyertaan PAS, kata penganalisis politik.
 
 Faisal S Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pengarah  Merdeka Centre Ibrahim Suffian bersetuju dengan bekas menteri  undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim yang pembangkang perlu mengetepikan  politik kaum dan agama.
 
 Tetapi, mereka berkata Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (PPBM) tidak akan mampu mencapai kemenangan jika PAS tidak  bersama mereka.
 
 Dalam ucapannya pada Isnin, Zaid mendesak parti pembangkang untuk  fokus kepada prinsip asas berbanding penyelesaian “pantas” dan katanya  mereka patut mengeluarkan PAS daripada mana-mana pakatan pembangkang.
 
 Sementara itu, Faisal berkata cadangan Zaid itu tidak realistik dalam konteks memenangi pilihan raya umum.
 
 “Untuk menewaskan BN, anda perlu jadi alternatif kepada Umno, yang  boleh memenuhi keperluan, dan anda perlu ingat keperluan itu berbeza  mengikut tempat,” katanya kepada FMT.
 Keperluan Melayu
 
 Beliau berkata sebagai contoh keperluan masyarakat Melayu di selatan  seperti Johor, berbeza dengan keperluan komuniti Melayu di pantai timur.
 
 
 “Umno berdepan kepelbagaian dalam susah payahnya. Tidak ada parti  boleh cabar dominasinya dalam kawasan Melayu, selain PAS,” katanya.
 
 Katanya, cabaran pembangkang ialah membawa PAS kembali dalam pakatan  pembangkang sementara mencapai kata sepakat apa yang perlu dibuat untuk  maju ke depan, termasuk naratif yang hendak digunakan untuk pengundi  Malaysia.
 
 Ibrahim memberi pendapat yang hampir sama dan berkata Zaid perlu  ingat yang PAS mungkin mempunyai sokongan besar dan ini bermakna parti  pembangkang perlu berkompromi untuk memperbaiki peluang mereka  menewaskan BN.
 
 “Meskipun ahli politik perlu menegakkan prinsip, mereka juga perlu memasukkan prinsip itu dengan realiti.
 
 “Kadangkala anda perlu bekerja dengan parti yang tidak setuju  sepenuhnya dengan agenda anda tetapi boleh menyediakan kemenangan,”  katanya kepada FMT.
 
 Zaid berkata gabungan Pakatan Rakyat berpecah kerana ia tidak berdasarkan prinsip yang dikongsi bersama.
 
 Beliau turut memberikan komen terhadap usaha Presiden PPBM Tan Sri  Muhyiddin Yassin untuk membawa PAS ke meja rundingan bagi memastikan  pertembungan 1 lawan 1 dengan BN.
 “Idea mendapatkan 1 lawan 1 dilakukan oleh mereka yang mahu jadi perdana menteri.
 
 “Apa yang mereka patut buat ialah merayu undi untuk pertandingan 1  lawan 1 berdasarkan kepada kepercayaan kesaksamaan dalam politik, tidak  diskriminasi dan perjanjian untuk mempertahankan maruah semua rakyat  Malaysia,” katanya.
 
 Sumber TKO - 6-10-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Jemput Muhyiddin bukan petanda PAS, PPBM akan bergabung
 Posted on Wednesday, October 05 @ 09:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31900
 
 
 
 |  KOTA BHARU: PAS belum mengadakan sebarang perbincangan untuk bergabung  dengan parti lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14), kata Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
 Mohd Amar berkata walaupun parti itu memberi peluang kepada Presiden  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap  di atas pentas mereka pada satu ceramah di Kemaman, Terengganu baru-baru  ini, namun ia bukanlah petanda bahawa PAS dan PPBM akan bergabung.
 
 “Kami tak jawab apa-apa, tak ada perbincangan lagi (untuk bergabung  dengan PPBM). Baharu duduk atas pentas sama sahaja. Orang kata ‘don’t  read too much’,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan  Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di sini, hari ini.
 
 Muhyiddin sebelum ini dilihat berucap di atas pentas PAS pada satu  ceramah yang diadakan di Kemaman, Terengganu dan turut mencadangkan  supaya satu bentuk kerjasama dapat dijalinkan secara rasmi dalam Pakatan  Harapan khususnya dengan PAS bagi mewujudkan gelombang perubahan besar  ke arah pembentukan kerajaan baharu pada PRU14 akan datang.
 
 Muhyiddin turut dipetik sebagai berkata PPBM bersedia untuk  bersama-sama dalam apa keadaan sekali pun dan optimis segala perbezaan  yang ada di antara parti serta perkara berbangkit dapat diselesaikan  melalui rundingan secara terperinci.
 
 Dalam pada itu, Mohd Amar sekali lagi mengulangi pendirian parti itu  yang menutup pintu rundingan dengan DAP dan Parti Amanah Negara  (Amanah).
 
 “DAP dan Amanah memang itu keputusan parti, kita tak akan berunding  dan tak berbincang apa-apa (dengan DAP dan Amanah). Orang lain kita  ‘open’ tapi belum ada perbincangan rasmi dengan siapa-siapa,” katanya.
 
 Sumber TKO - 5-10-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 BANGI, 2 Muharram 1438H, Isnin  – Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin, mempertikai kegagalan Dewan  Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak memastikan ‘tanah emas’ Desa Water Park di Jalan Klang Lama di ibu  negara, dijual atau diserah dan dimajukan oleh Bumiputera.
 
 Sebaliknya,  kata beliau, tanah yang dipajak kepada syarikat Berjaya Group milik Tan  Sri Vincent Tan yang membuka taman tema air sejak 16 tahun lalu dan  ditutup mulai 1 Oktober lalu, kini dijual kepada Tan Sri Chai Kin Kong –  pemilik Aset Kayamas yang baru diasaskan pada 2011.
 Menulis dalam blog beliau, bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu berkata:
 
 “Saya tak  anti-Cina tapi Umno yang kata ia sangat mengutamakan Melayu demi agama,  bangsa dan negara. Geng Baju Merah Umno yang lawan Cina dan siapa saja  yang tentang Umno. Orang Umno lah yang kata kalau pembangkang menang,  DAP akan perintah negara dan habislah orang Melayu.
 
 “Kalau  Melayu yang percaya kepada mantera ini tapi tak tahu hujung pangkal  mengenai cerita di atas, saya boleh bantu mereka bertanya beberapa  soalan kepada DBKL dan kepada kerajaan Umno di Putrajaya supaya boleh  faham.”
 
 Beliau  mempersoalkan apakah tidak ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tabung  pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau Bumiputera yang berminat,  mampu dan berkepakaran membeli serta memajukan tapak Desa Water Park  itu.
 
 Kadir  turut membidas Najib yang mengarahkan Khazanah untuk membelanjakan RM650  juta bagi memajukan semula kawasan Tugu Negara, tetapi tidak boleh  mengarah mana-mana GLC, seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB),  Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Kumpulan Wang Simpanan  Pekerja (KWSP), membeli dan majukan tanah itu.
 
 
 
Antara persoalan lain yang diketengahnya ialah: 
 
* Apakah  Aset Kayamas, sebagai pemaju hartanah, lebih hebat daripada Sime Darby  Properties (milik PNB), Boustead Holdings (milik LTAT) dan MRCB (milik  KWSP)?;
 
 * Bukan  anti-Cina, tapi bukankah 60 peratus saham projek Bandar Malaysia yang  bersebelahan dengan Desa Water Park dah dibagi kepada konsortium Cina  Malaysia dan Cina negeri China?;
 
 * Adakah  syarikat milik GLC dan GLIC lekeh sangat? Cuba jawab siapakah yang  majukan bandar mega Subang Jaya-UEP kalau bukan Sime Darby (milik PNB)  dan KL Sentral kalau bukan MRCB (milik KWSP)?;
 
 * Kalau  konsortium SP Setia (milik PNB), Sime Darby dan KWSP mampu bangunkan  projek Battersea di London dan Khazanah majukan projek di Singapura,  apakah mereka tak layak bangunkan semula Desa Water Park atau mana-mana  tanah kerajaan di Malaysia?;
 
 * Bukankah  lebih baik serahkan pembangunan Bandar Malaysia milik 1MDB kepada  syarikat-syarikat GLC dan GLIC daripada bagi kepada gabungan syarikat  tempat dan syarikat milik kerajaan China?;
 
 * Bukankah  penyokong tegar Umno marah macam nak gila bila Duta China, Huang  Huikang, lawat Jalan Petaling untuk bagi sokongan moral kepada peniaga  di situ (yang majoritinya Cina) selepas diserbu penunjuk perasaan baju  merah Umno September tahun lalu? Tapi sekarang syarikat negeri China  dapat banyak projek raksasa di Malaysia.;
 
 * Apakah  Cina DAP yang pengaruhi Mohd Najib supaya tubuh 1MDB sehingga  menyebabkan kita semua tanggung malu di merata dunia dan beban hutang  RM50 bilion?;
 
 * Yang  mana sudah terbukti bahaya – Cina DAP yang ramai dan cergas dalam  politik sejak tahun 1967 atau Cina Jho Low yang bersekongkol dengan  pemimpin Umno tubuh 1MDB dan lepas itu seleweng duitnya?; dan
 
 * Siapakah  yang beli penjaja elektrik bebas (IPP) hujung usia daripada tauke Cina,  Melayu dan India tempatan dengan harga RM12 bilion dan jual kepada  syarikat milik kerajaan China dengan harga RM9 bilion – kerajaan BN atau  Cina DAP?
 
 Kadir  berkata, ini bukan kali pertama DBKL menjual tanah kepada syarikat Cina,  sebaliknya ia pernah menjual sebahagian tanahnya di Pantai Dalam kepada  konglomerat YTL Bhd untuk dimajukan menjadi Pantai Hillpark.
 
 “Tapi projek itu dimajukan bersama dengan Syarikat Perumahan Negara. Jadi adalah peluang Melayu beli rumah di situ.
 
 “Bukankah  lebih baik DBKL dan Putrajaya utamakan GLC dan GLIC untuk beli dan  bangunkan tanah kerajaan yang semakin terhad di Kuala Lumpur dan di  mana-mana saja. Tapi bukan GLC atas angin macam 1MDB.
 
 “Saya tahu  Putrajaya kekurangan duit. Ada orang kata dah putus duit. Sebab itu  jual sana jual sini, potong sana potong sini, cukai sana cukai sini.  Tapi kepentingan jangka panjang tak boleh dikorbankan semata-mata kerana  kelemahan urus tadbir fiskal kerajaan yang ada hari ini,” katanya.
 
 Sumber TKO - 5-10-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Kajian Badan Pemikir Azmin Ada Muslihat Politik
 Posted on Wednesday, September 28 @ 16:27:02 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31839
 |  
  
 Kajian badan pemikir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin  dipercayai tidak telus dan mempunyai muslihat politik tertentu.
 Badan pemikir itu dinamakan Institut Darul Ehsan (IDE) yang  diluluskan oleh Azmin dengan peruntukan sebanyak RM5 juta ketika  membentangkan Belanjawan Selangor 2015.
 
 IDEA dipengerusikan oleh bekas Presiden ABIM, Dato’ Dr Siddiq Fadzil  dan timbalan pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
 
  Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, Timbalan Pengerusi IDE yang juga Naib Canselor UNISEL
 
 “Krediliti apa yang dibimbangkan Redzuan. Sebagai Timbalan Pengerusi  IDE yang ditaja oleh Azmin Ali, Redzuan sudah tentu mempunyai  kepentingan politik.
 
 “Sejak kajiannya di Universiti Malaya lagi hasilnya dipertikai,”kata  Maulana yang merujuk kepada Dr Mohammad Redzuan ketika menjadi Pengarah  Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
 
 “Redzuan adalah pendukung tegar Anwar Ibrahim bersama kawannya Dr  Sidek Fadhil. ABIM sejak dulu mengambil sikap tidak partisen dalam  politik.
 
 “Lantaran Anwar Ibrahim dan Sidek Fadhil adalah kawan lama ia sanggup  jadi Pengerusi IDE dan menerima bantuan 5 juta melakukan kerja untuk  Azmin dan PKR.
 
 “Sebagai hadian Redzuan dilantik Naib Canselor UNISEL universiti  kerajaan Selangor. Integriti akademik apa yang hendak dijaga kerana  lantikan itu adalah lantikan politik.
 
 “Di UNISEL ada Dr.Mohd Nor  Nawawi dan Dr Mohd Nor Manuty yang jauh lebih senior daripada Redzuan.  Redzuan adalah pakar sejarah. Sejarah bakal menguangi jejak.
 
 Percayalah!,:ulas Maulana lagi ketika mengulas artikel bertajuk “Azmin Di Belakang Kajian IDE ?”
 
 Semalam, Dr Mohammad Redzuan ketika membentangkan hasil kajian  mendakwa Anwar Ibrahim walaupun sudah bergelar banduan di Sungai Buloh,  namun popularitinya mengatasi pemimpin pembangkang yang lain.
 
 Beliau mendakwa Anwar (30 peratus);  Tun Dr Mahathir Mohamad (24  peratus); Tan Sri Muhyiddin Yassin (17 peratus),  Lim Kit Siang (15  peratus) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (14 peratus).
 
 Dr Mohammad Redzuan juga mengemukakan hasil kajian yang hampir sama  dengan gesaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini yang mahukan  pertandingan satu lawan satu di antara pembangkang dengan Barisan  Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.
 
  Kajian yang dibentangkan Dr Mohammad Redzuan menunjukkan PKR kekal  menang dengan bergaya di Selangor, meskipun berlaku bertandingan tiga  penjuru di antara Pakatan Harapan (PH), BN dan PAS.
 
 Dakwanya, calon PAN, PPBM dan DAP akan kalah kepada BN jika PAS masuk sebagai calon ketiga.
 
 “Jika PAS menyertai pilihan raya akan datang dengan tiga penjuru  dengan BN dan Pakatan Harapan, hampir kesemua kerusi PAS akan kalah di  Selangor,” katanya.
 
 
 Selanjutnya sila baca Kajian Badan Pemikir Azmin Tunjuk PKR Lebih Berpengaruh Daripada PAS Di Selangor
 
 Sumber TKO - 28-9-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 Tiada mana-mana parti politik, sama ada BN atau pembangkang mendapat  sokongan padu pengundi Melayu pada masa ini, kata Setiausaha Agung PKR  Rafizi Ramli.
 
 Katanya, sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru sekalipun, Umno  belum tentu menang mudah kerana sokongan kepada parti itu juga adalah  rendah.
 Beliau berkata demikian berdasarkan kaji selidik yang dijalankan di atas talian terhadap 746 responden sejak 23 September lalu.
 Dalam kaji selidik yang ditunjukkan Rafizi, BN mendapat sokongan  paling rendah iaitu sebanyak 5.5 peratus di kalangan penyokong setia  mereka.
 Pengundi setia merujuk kepada mereka yang mempunyai kecenderungan sebanyak 50 hingga 100 peratus untuk mengundi sesebuah parti.
 Ia disusuli sokongan pengundi muda Melayu kepada DAP yang kedua terendah iaitu pada 16.2 peratus.
 
 
  "Parti-parti lama yang mengalami perpecahan sehingga tertubuhnya  parti baru (seperti PAS/AMANAH dan Umno/BERSATU) terkesan dari  perpecahan ini iaitu peratus sokongan mereka sekitar 23 peratus (AMANAH)  ke 35.5 peratus (PAS) atau 26.9 peratus (BERSATU)," katanya.
 
 PKR pula mendapat sokongan paling tinggi iaitu sebanyak 48.3 peratus  daripada kalangan mereka yang cenderung sebanyak 50 hingga 100 peratus  mengundi parti itu.
 
 "Kemungkinan besar PKR mendapat sokongan pengundi muda Melayu yang  paling tinggi kerana ia paling kurang kontroversi dan tidak berlaku  perpecahan sehingga tertubuhnya parti baru," katanya.
 
 "Oleh yang demikian, saya mempertahankan bahawa tiada mana-mana parti  yang benar-benar mendapat sokongan padu pengundi muda Melayu sekarang.
 
 "Jika berlaku pertembungan tiga penjuru pun, tidak tentu Umno akan  menang mudah kerana peratus sokongan kepada Umno adalah sangat rendah,"  katanya.
 
 Justeru katanya usaha perlu dilakukan oleh Pakatan Harapan agar pertembungan satu lawan menjadi kenyataan.
 
 "Jika pun tidak dapat, sebaiknya parti-parti Pakatan Harapan  (KEADILAN, AMANAH dan DAP) memulakan perbincangan untuk menggunakan satu  logo kerana jelas bahawa imej setiap parti adalah berbeza dan menarik  peratus sokongan yang berbeza-beza," katanya.
 
 Sumber TKO - 28-9-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Tanpa Pas, pembangkang boleh hilang Selangor - Analisis Parti PKR
 Posted on Sunday, September 25 @ 16:50:44 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31807
 
 
 
 |  Analisis yang dilakukan PKR mendapati pembangkang mungkin kecundang di  Selangor tidak kira pilihan raya negeri diawalkan atau sebaliknya.
 
 Keadaan itu akan berlaku jika pembangkang gagal mencapai persefahaman dengan Pas di Selangor.
 
 Penganalisis daripada PKR, Chan Ming Kai meramalkan PKR akan  kehilangan tiga kerusi di Selangor, DAP (dua kerusi), Amanah (tiga  kerusi) dan Pas (11 kerusi) jika pilihan raya di Selangor diawalkan.
 
 PKR mungkin kehilangan kerusi Ijok, Batu Tiga dan Kota Andalas  manakala DAP berdepan laluan sukar di Sungai Pelek dan Kuala Kubu Baru.
 
 Selain Bangi yang mana Pas dilihat berpeluang menang, parti  pembangkang itu berdepan kemungkinan kehilangan 11 kerusi berisiko  tinggi yang lain.
 
 Kawasan yang diintai Amanah seperti Seri Serdang, Cempaka dan Templer Park juga mungkin dirampas oleh Barisan Nasional (BN).
 
 Ming Kai berkata, kejayaan pembangkang di Selangor pada 2008 dan 2013  didorong oleh taburan pengundi Cina di kawasan berlainan selain  sokongan daripada pengundi bukan Cina.
 
 "Pada 2008, cuma terdapat dua kawasan yang mempunyai lebih daripada 70 peratus pengundi Cina iaitu Seri Kembangan dan Damansara.
 
 "Bukit Gasing dan Sungai Pinang pula mempunyai pengundi Cina yang  menghampiri 70 peratus iaitu masing-masing 69 peratus dan 61 peratus,"  katanya.
 
 Menurutnya, kejayaan Pas pada 2008 adalah banyak didorong oleh kejayaannya mendapat sokongan 50 peratus pengundi Cina.
 
 "Pada 2013 pula, kerusi Pas melonjak daripada tujuh kepada 15 selepas  mendapat sokongan kira-kira 40 peratus pengundi Cina," katanya.
 
 Menurutnya lagi, persempadanan semula akan menyebabkan  sekurang-kurangnya 17 kerusi pembangkang mengalami penurunan jumlah  pengundi Cina.
 
 Katanya, keadaan itu berlaku kerana pengundi Cina akan dipindahkan ke dalam kawasan DAP.
 Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, Biro  Politik PKR telah menolak cadangan DAP untuk mengawalkan pilihan raya  negeri.
 
 Katanya, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah menjelaskan  perkara itu kepada ahli parti dan ia diterima sebulat suara oleh Biro  Politik PKR.
 
 
 Antara penjelasan Azmin ialah keperluan perbincangan dengan Pas bagi mengelakkan pertarungan tiga penjuru.
 
 Sumber TKO - 25-9-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 DAP merupakan sebuah parti lidah bercabang, kata Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir.
 
 Beliau berkata begitu ketika membuat perbandingan dua kenyataan  berbeza pimpinan DAP iaitu Tony Pua, Pengerusi DAP Selangor dan Liew  Chin Tong, Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan berkaitan dengan  rasional diadakan pilihan raya mengejut di negeri itu ekoran  persempadanan semula kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
 Roslan Shahir menyenaraikan tujuh kerusi DUN yang disebut Pua  berisiko bakal dimenangi BN ekoran persempadanan semula kawasan, namun  ketujuh-tujuh kerusi itu tiada satu pun yang melibatkan kerusi DAP.
 
 “Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua umpamanya mendakwa bahawa tindakan  sewenang-wenang SPR mengubah dan meminda sempadan-sempadan pilihanraya  di Selangor akan membuka peluang BN kembali berkuasa di negeri ini.
 
 “Pua mendakwa sekurang-kurangnya 7 kerusi DUN akan dikuasai oleh BN  melalui proses persempadanan baru ini kiranya pilihanraya diadakan  selepas ia diluluskan. Kerusi-kerusi berkenaan adalah Sabak (PAS), Hulu  Kelang (PAS-dicuri Pan), Sementa (PKR), Selat Kelang (PAS), Pelabuhan  Kelang (PKR-kini Bebas), Sejangkang (PAS) dan Morib (PAS-dicuri Pan)
 
 “Manakala 10 lagi kerusi (yang tidak disebutkan) mempunyai potensi majoritinya dikurangkan malah boleh juga dirampas BN.
 
 “Atas dasar ini Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang kemudiannya  mencadangkan agar Dewan Negeri Selangor dibubarkan supaya Pilihanraya  Negeri dapat dilakukan sebelum proses persempadanan ini  diluluskan,”katanya dalam tulisan terbaharu bertajuk “Hodohnya lidah bercabang DAP” hari ini.
 
 Selepas Pua, muncul pula Liew yang juga Pengerusi DAP Johor membuat  dakwaan pilihan raya mengejut perlu diadakan di Selangor kerana wujudnya  kerjasama di antara PAS dan UMNO di negeri itu.
 
 “Kemudian seorang lagi pemimpin kanan DAP Liew Chin Tong yang  mengulas laporan akhbar Nanyang Siang Pau yang mendakwa ada kerjasama  politik antara UMNO dan PAS untuk merampas Selangor melalui proses  persempadanan semula ini berkata: Sukar untuk pastikan sejauh mana  kebenaran laporan tersebut tetapi kebarangkalian wujudnya perjanjian  sedemikian tidak boleh dipandang ringan. Malah, ia merupakan andaian  yang paling logik ekoran hubungan UMNO dan PAS yang semakin kuat,”
 
 “Sekali lagi DAP menjadikan PAS sebagai mangsa, mereka dengan jahat  cuba mencetuskan keraguan rakyat terhadap PAS, apabila melemparkan  fitnah kononnya ada kerjasama PAS dan UMNO dalam proses persempadanan  semula SPR ini.
 
 “Kalau kita teliti kenyataan Tony Pua di atas dan bandingkan dengan  kenyataan Liew Chin Tong, di situ sahaja terbukti betapa bercabangnya  lidah para pimpinan DAP ini,”jelas Roslan Shahir.
 Menurutnya lagi, hujah DAP saling kontradik di antara satu sama lain  sehingga menyebabkan justifikasi untuk mengadakan pilihan raya mengejut  di Selangor menjadi tidak logik.
 
 “Pua mendakwa 7 kerusi DUN Selangor boleh dikuasai BN dalam proses  persempadanan ini. Dari 7 kerusi itu kalau kita perhati 5 adalah milik  PAS. Bermakna PAS lah pada pandangan Pua yang akan rugi besar melalui  proses persempadanan semula ini.
 
 “Tiba-tiba Liew pula mendakwa keberangkalian wujudnya perjanjian atau kerjasama PAS dan UMNO untuk menentang PKR dan PAN.
 
 “Kalau ada kerjasama PAS dan UMNO, kenapa proses persempadanan  pilihan raya ini yang Tony dakwa mahu membuka peluang buat BN kembali  berkuasa di Selangor mengakibatkan PAS bakal kalah 5 kerusi.
 
 “Kerjasama apanya kalau BN menang dan PAS kalah?,” soalnya.
 
 
 Sumber TKO - 25-9-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 PANIK, takut dan bimbang. Itu antara perasaan ahli keluarga apabila mengetahui anak perempuan mereka hilang dalam sekelip mata.
 
 Bermulah operasi mencari dan laporan polis dibuat supaya anak perempuan yang baru berusia belasan tahun ditemui dalam keadaan selamat.
 
 Tidak kurang juga, usaha mencari melalui laman sosial dengan berkongsi gambar anak yang dipercayai diculik itu melalui Twitter, Facebook, WhatsApp atau apa sahaja kaedah yang boleh membantu.
 
 Namun, sejauh mana kebenaran dakwaan seorang remaja perempuan itu mengatakan dirinya diculik. Mungkinkah ianya boleh menjadi satu cerita rekaan untuk mencapai keinginan mereka yang dikatakan mangsa ini.
 
 Insiden seperti ini bukan yang pertama kali dilaporkan kerana sebelum ini pada tahun 2012, Siti Nur Fatihah Mahadi mendakwa dirinya diculik ketika membeli kad prabayar telefon.
 
 Namun, pelajar berusia 15 tahun itu mengakui telah lari ke rumah teman lelaki kerana mengalami tekanan emosi.
 
 Kita lihat semula kejadian yang pernah mengemparkan negara apabila Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, mendakwa dirinya diculik menggunakan van putih pada awal Januari lalu.
 
 Kes ini mendapat perhatian apabila terdapat rakaman perbualan telefon Nur Amirah dengan kakak angkatnya yang mengambarkan dia diculik dua lelaki India dan dilarikan dengan sebuah van putih.
 Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Nur Amirah berjaya ditemui bersama teman lelakinya berusia 19 tahun di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting, Selangor.
 
 Akibat menipu, Nur Amirah dihantar ke Tunas Bakti manakala teman lelakinya dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka selama tiga tahun.
 
 Terbaru, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15 yang mendakwa dirinya dilarikan dua lelaki menaiki motosikal ketika sedang menunggu van di hadapan rumahnya, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, Selangor, semalam.
 
 Selepas tujuh jam dilarikan, pelajar tingkatan 3, Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn ini ditemui orang awam dan dihantar pulang dalam keadaan selamat.
 
 Satu perkara yang dikesalkan apabila siasatan polis mendapati kejadian tersebut sengaja dirancang kerana ada pelbagai elemen yang mencurigakan.
 
 Difahamkan, Nur Darleen mengenali suspek yang berusia 20-an dan seorang lagi rakannya.
 
 Namun, semuanya masih dalam siasatan selepas polis mengenal pasti seorang daripada dua suspek yang terbabit.
 
 Daripada kedua-dua kes ini, dapat dilihat penglibatan individu yang dikenali mangsa. Adakah mereka ini perlukan perhatian atau kurang kasih sayang?
 
 Kejadian seperti ini memberi kesan bukan sahaja kepada penjaga tetapi juga rakyat negara ini yang prihatin dengan insiden membabitkan pelajar sekolah terutamanya perempuan.
 
 Rakyat negara ini pernah ‘ditipu' dengan kes penculikan Nur Amirah dan sudah tentu tidak mahu kejadian tersebut berulang lagi dalam tempoh yang singkat ini.
 
 Dimana silapnya hingga terjadi kejadian seperti ini? Mungkin penjaga perlu memainkan peranan yang lebih teliti selain disokong masyarakat setempat supaya insiden ‘diculik' ini tidak berlaku lagi. - MYNEWSHUB.CC
 
 Sumber TKO - 25-9-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Setahun Berlalu PAN Tiada Indentiti Diri Yang Jelas
 Posted on Friday, September 23 @ 14:37:35 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31782
 |  
  
 21 September 2016, puak-puak PAN telah mengadakan  forum ‘Setahun Amanah (baca PAN): Subur atau Terkubur’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Program ini anjuran Pemuda PAN Wilayah Persekutuan.
 
 Mereka yang dijemput sebagai panel ialah Hisomuddin CEO Ilham Center,  Fahi Aris Omar (dulu pernah bergiat dengan IRC kemudian meninggalkannya  menjadi penulis dengan pemikiran bebas), Zubair Rahim PAN Wilayah, Wan  Ahmad Fayhsal (katanya penganalisis) dan Ooi Heng, CEO Kajian Politik  KPRU.
 
 
 Tak ramai yang hadir dan itu biasa untuk program parti PAN. Gimik sahaja  lebih. Kerusi dihadapan banyak yang kosong, yang hadir memenuhi kerusi  belakang mungkin malu masuk dalam gambar kot!
 
 Sepanjang forum ini berlangsung kebanyakkan ahli panel membuat  perbandingan dengan PAS. Saya tak sempat nak membilang berapa kali  perkataan PAS disebut. Saya rasa mungkin lebih banyak daripada perkataan  AMANAH (baca PAN).
 
 Urusetia macam cuba mengesan siapa yang  hadir. Sebenar tak payah untuk hadir progam tertutup PAN, anda hanya  perlu daftar sebagai ahli secara terus melalui kod ahli "000". Memang  hilang keahlian parti jika anda ada ahli lebih drp satu parti tetapi  jika tak tertedah siapa tahu anda ahli parti mana?
 
 Sebelum hadir dalam forum ini, saya terfikir beberapa persoalan dalam benak kepala saya. Antaranya ialah;
 
 Setelah  setahun PAN terumbang ambing di persada poltik negara beberapa perkara  perlu difikirkan iaitu jika lebih 60 tahun PAS tidak boleh  berjaya menguasai Malaysia, maka apa perlunya lagi Parti kedua yang  kecewa dan lari daripada PAS (PAN)?
 
 Adakah PAN sekadar untuk  menjadi bukti kukuh gagalnya mereka yang kecewa daripada parti asal  dengan menubuhkan parti baharu seperti mana yang telah berlaku pada  parti-parti sebelum ini?
 
 Adakah PAN boleh bersaing selepas kemunculan BERSATU? Atau PAN akan menjadi parti seperti melukut ditepi gantang?
 
 Sampai bila PAN akan menjadi parti suruhan DAP dan 'anak manja' perlu belas insan PKR?
 
 Paling  utama dalam benak kepala saya ialah "SAMPAI BILA PAN NAK JAJA KONONNYA  PAS NAK UG DENGAN UMNO demi nak menarik ahli untuk menyertai partinya?
 
 Fathi Aris Omar dalam penghujahannya ada membawa beberapa perkara iaitu;
 
 1.  PAN tidak mampu bersaing dengan parti-parti sedia ada khususnya PAS yang telah wujud setengah abad lalu.
 
 2.  PAN tiada asas ideologi kukuh hanya serpihan PAS yang kecewa kalah dalam pemilihan.
 
 3.   Apakah Islam yang ingin dibawa PAN, tanya Fathi tengah-tengah Islam  gaya PAS, Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan Perkasa/UMNO?
 
 Di saat PAS semakin cenderung ke arah pembawaan Islam yang  konservatif, PAN dilihat lebih cenderung kepada idea ‘demokrat  Muslim’ bawaan gerakan Islam Ennahda di Tunisia, yang dipimpin Rashid  Ghannouchi.
 
 Ketua Pegawai Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) Ooi  Heng berkata pengukuhan ideologi merupakan proses biasa yang perlu  dilalui parti baru.
 
 “PAS dan Umno ketika fasa pertama juga berdasarkan idealisme,” kata Ooi Heng.
 
 Ooi Heng membangkitkan beberapa perkara yang mungkin membuatkan puak-puak 'terluka hati' antaranya.
 
 1. Rekod buruk PAN dalam pilihan raya yang disertainya sepanjang setahun penubuhan.
 
 2.  Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Mei lalu, 9 daripada 13 calon PAN  hilang wang deposit, selain kalah di semua Dewan Undangan Negeri  (DUN) yang ditandingi.
 
 3.  PAN juga kalah dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan  Sungai Besar. Kedudukan PAN yang dibantu Pakatan Harapan tidak mampu menundukkan undi PAS.
 
 
 Paling lucu apabila panel Wan Ahmad Fayhsal mencadangkan agar PAN  jadi macam  "Green Party". Katanya Green Party terdapat di beberapa buah  negara  yang menjadikan alam sekitar sebagai antara fokus utama.
 
 Saya  rasa cadangan ini bagus juga selepas ini Mat Sabu dan Salahuddin Ayub  bolehlah bergambar dengan penyapu untuk membersih longkang.
 
 
 Atau PAN boleh jadikan parti yang berasaskan "makanan sihat' dengan  mengajar bagaimana memasak dengan baik. Ini strategi yang baik kerana  lebih daripada 50% pengundi adalah wanita. Jika Mat Sabu Pengerusi PAN  boleh menunjukkan bagaimana untuk memasak dengan baik dan makanan  seimbang, rasa PAN boleh bertahan.
 
 
 Wan Ahmad Fayhsal juga menyebut bahawa PAN masih dibayangi bayang-bayang DAP.
 
 Mengakhiri  hujah Wan Ahmad Fayhsal mengatakan PAN terlalu banyak menghabiskan masa  menyerang/berbalah dengan PAS. Ini tidak membantu PAN untuk maju  kehadapan.
 
 Saya teringat kata-kata Presiden PAS bila ditanya  pasal parti PAN. Beliau berkata sejarah yang lalu pada kebiasaannnya  parti baru tidak bertahan lebih daripada 2 tahun.
 
 Ramai yang beranggapan Presiden PAS berkata PAN tak akan bertahan dua tahun, walaupun beliau menyebut sejarah masa lalu.
 
 Saya berpendapat PAN tak boleh bertahan lebih daripada 2 tahun atau selepas satu pilihanraya. Sekian
 
 Haji Hassan Omar
 
 Sumber TKO - 23-9-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Kota Kinabalu: Terdapat desas-desus politik mengatakan  bahawa sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman  semakin berkurangan di peringkat akar umbi. Khabar angin bertiup  mengenai usaha beberapa pemimpin UMNO negeri untuk menyingkirkan Musa  Aman sebagai presiden UMNO negeri dan juga Ketua Menteri Sabah.
 
 Pada bulan April tahun ini, ketua bahagian Sepanggar, Idris Jumat disingkirkan dari UMNO kerana terang-terangan mengkritik Ketua Menteri Sabah itu secara terbuka.
 
 Sejurus selepas penggantungan itu, Jumat menulis dalam Facebook  beliau bahawa “tanpa demokrasi, parti akan menjadi lemah sekiranya  ahli-ahli parti tidak dibenarkan untuk bersuara. Muhyiddin Yassin  meminta Badawi untuk memberi jalan kepada Najib. Tidak ada tindakan  disiplin yang diambil ke atas Muhyiddin.” katanya.
 
 Difahamkan, Jumat merupakan seorang daripada lapan Ketua Bahagian  UMNO Sabah yang bertemu dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak pada 10  Julai 2014, dipercayai untuk mengganti Musa Aman Sebagai Ketua Menteri  Sabah.
 
 Selain Jumat, tujuh lagi ketua bahagian yang terlibat langsung dengan  perbincangan dengan Najib adalah Bolkiah Ismail (Kudat), James Ratib  (Beluran), Rubin Balang (Tenom), Ghani Yassin (Pensiangan), Sairin Karno  (Keningau), John Ambrose (Penampang), dan Wetrom Bahanda (Kota  Kinabalu).
 
 Sumber dalaman menyatakan bahawa Musa Aman semakin kehilangan  sokongan daripada pemimpin persekutuan dan negeri selepas dikaitkan  dengan skandal berjuta-juta ringgit melibatkan jutawan kayu balak, Michael Chia yang dijatuhkan hukuman penjara dan sebat.
 
 Dalam kes tersebut, Michael Chia dituduh menipu Datuk Agus Hassan  sebanyak RM 2.5 juta yang dikatakan untuk disalurkan kepada dana politik  UMNO Sabah.
 
 Chia sebelum itu pernah memberitahu pihak berkuasa bahawa duit  tersebut adalah untuk Musa Aman, yang menyebabkan siasatan penyaluran  dana tersebut dari luar negara yang dipercayai berkait rapat dengan  kegiatan penyucian duit (money laundering) dari aktiviti pembalakan haram di Sabah.
 
 Chia juga pernah ditahan di Hong Kong kerana membawa wang berjumlah  RM 40 juta dalam Dollar Singapura yang dipercayai untuk diberi kepada  Musa Aman. Beliau akhirnya dibebaskan dari pertuduhan setelah SPRM  mendapati bahawa bukti-bukti pertuduhan tidak mencukupi.
 
 Sarawak Report pernah melaporkan bahawa dalam perasmian jambatan  di Brunei pada December 2013, Najib Tun Razak telah berjumpa dengan  Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Musa  Aman untuk meminta mereka meletak jawatan, dipercayai kerana kedua-dua  ketua menteri ini bergelumang dengan skandal yang menjejaskan imej BN.
 
 Taib Mahmud telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
 
 Namun Musa Aman dilihat masih liat untuk meletakkan jawatan, kerana  walaupun berjanji untuk melepaskan jawatan pada ketika itu, beliau tidak  dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah seperti yang beliau  diharap-harapkan.
 
 Uar-uar politik berkata bahawa Musa Aman telah membeli sebuah kereta  Rolls Royce yang akan digunakannya apabila dilantik sebagai Yang  di-Pertua Negeri Sabah pada 31 December lepas, namun impiannya terkubur  apabila Juhar Bin Mahirudin dikekalkan.
 
 Sumber dalaman mengakatakan bahawa diseabakan oleh skandal pembalakan haram tersebut, Musa Aman semakin kehilangan sokongan.
 
 Difahamkan, hanya 4 daripada 21 ketua bahagian UMNO Sabah  menyokongnya, berdasarkan maklumat dalaman BN Sabah. Sementara itu 40  daripada 60 ADUN Sabah tidak menyokongnya.
 Pada peringkat persekutuan, beliau telah kehilangan sokongan daripada naib-naib presiden UMNO dan Setiausahanya, Tengku Adnan.
 
 “Sekiranya desas-desus ini benar, kita akan melihat sendiri  perbalahan dalam UMNO Sabah yang sedang retak menanti pecah” kata  penganalisis bebas politik Sabah.
 – BP.
 
 Sumber TKO - 21-9-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bersatu pecahkan undi pembangkang, BN pada PRU14
 Posted on Monday, September 19 @ 09:44:46 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31723
 
 
 
 |  SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diramal akan  membawa perpecahan undi Melayu bukan sahaja pada BN, namun kesan  perpecahan undi itu turut dirasai pembangkang pada PRU14 nanti.
 Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, kehadiran Bersatu di  sisi pembangkang hanya akan menyebabkan pertambahan komponen di pihak  pembangkang.
 
 Katanya, Bersatu berkemungkinan akan mewujudkan pertandingan melebihi dua penjuru  dalam merebut kerusi pada PRU14 nanti.
 
 "Bersatu terlalu bergantung kepada undi pembangkang yang sedia ada. Ia   sekaligus akan melenyapkan identiti Bersatu sebagai parti yang boleh  berdikari dan berpengaruh.
 
 “Bersatu juga perlu menentukan matlamat perjuangannya dalam pembangkang  . Sekiranya mereka berada dalam kelompok pembangkang, bagaimanapun  tidak dapat peruntukan kerusi untuk bertanding dalam PRU, objektifnya  tidak akan tercapai,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
 
 Kata Md Shukri, Bersatu perlu mempamerkan usaha agresif dalam memenangi hati ahli parti secara total.
 
 Katanya, dengan melengkapkan matlamat perjuangan, Bersatu akan mampu  mengekalkan kesetiaan ahli terhadap parti, selain boleh menarik lebih  banyak sokongan terhadap parti itu.
 
 “Sekiranya mereka dapat bertanding pada PRU, memang berkemungkinan akan ada lonjakan undi (daripada rakyat) kepada pembangkang.
 
 “Bagaimanapun ia hanya akan berlaku sekiranya Bersatu benar-benar  pamerkan prestasi yang baik dan kepimpinan mereka diterima oleh  masyarakat,” jelasnya.
 
 Tambah Md Shukri lagi, Bersatu juga perlu mengelakkan persepsi ‘parti  orang merajuk’ dengan menampilkan identiti dan kekuatannya yang  tersendiri.
 
 "Bersatu di kalangan orang muda, sambutannya cukup baik. Pengundi  Bersatu kemungkinannya banyak di kawasan bandar. Di kawasan luar bandar  Bersatu nampaknya kurang impak.
 
 “Pengundi bandar ini bukan pengundi bersifat tradisi, mereka lebih  melihat kepada perubahan yang dibawa oleh parti,” katanya lagi.
 
 Kata Md Shukri lagi, Bersatu perlu mengekalkan momentum pertambahan  keahlian mencecah 500,000 sekiranya mahu parti itu dihormati oleh parti  politik lain di negara ini.
 
 
 Menyifatkan angka tersebut sebagai angka signifikan bagi keahlian  sesebuah gerakan, kata Md Shukri, ia boleh menguatkan kredibiliti parti  selain mengukuhkan kestabilan parti.
 
 Sumber TKO - 19-9-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Dr Mahathir Mohamad dilaporkan terketar-ketar mencari jawapan apabila  disoal oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai 1.4 juta tandatangan pada  Deklarasi Rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
 Memetik satu artikel Malaysia Today,  Raja Petra Kamarudin berkata Mahathir mengadap Tuanku Abdul Halim  Mu’adzam Shah pada Jumaat merupakan satu “bencana”.
 
 Raja Petra berkata, Yang di-Pertuan  Agong telah bertanya mengenai keaslian 1.4 juta tandatangan deklarasi,  untuk mendapatkan petisyen Persidangan Raja-Raja bagi mengambil tindakan  untuk menyingkirkan Perdana Menteri.
 
 Tuanku Abdul Halim juga bertanya  kepada Mahathir mengenai dakwaan publisiti secara meluas bahawa Yang  di-Pertuan Agong telah menjadi “tahanan rumah” oleh Kerajaan  Persekutuan, selepas Mahathir gagal masuk mengadap di Istana Negara.
 
 Mahathir masuk mengadap Tuanku Abdul  Halim pada petang Khamis lepas di Istana Anak Bukit, istana Sultan  Kedah. Tuanku Abdul Halim melaksanakan pusingan kedua beliau bertugas  sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, yang bersemayam di Istana Negara.
 
 Deklarasi Rakyat telah dilancarkan oleh  Mahathir pada bulan Mac, dengan sokongan daripada beberapa ahli politik  pembangkang dan beberapa aktivis masyarakat. Sebahagian besar daripada  perisytiharan itu terdiri daripada tuduhan terhadap Najib dan 1Malaysia  Development Berhad. Ia juga termasuk desakan untuk pembaharuan politik.
 
 Raja Petra berkata, Tuanku Abdul Halim  telah bertanya sama ada Mahathir boleh menjamin bahawa semua tandatangan  adalah tulen. “Mahathir jelas tidak bersedia untuk ini,” Raja Petra  menulis, dan berkata bekas perdana menteri itu “agak terkejut.”
 
 Beliau berkata Mahathir hanya menjawab  bahawa dokumen itu telah diberikan kepadanya, kemudian Tunku Halim  “hanya memberikan senyuman sinis.”
 
 BACA SETERUSNYA DI SINI
 
 
 
Sumber TKO - 19-9-2016 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Aku  rasa inila rekod Uturn yang paling bahlol dalam sejarah pengUturnan  negara. Ahli UMNO yang mengamuk2 keluar parti kat Perak tu kemudiannya 3  jam minta maaf pun tak boleh lawan Jeff Ooi punya uturn. Cilakak. Rasa  nak marah tapi dia buat benda lawak. Rasa nak gelak tapi dia jadikan isu  kematian sebagai modal.
 Sebelum  ini aku menulis Jeff Ooi blocked aku di Twitter. Kesalahan aku bukan  apa pun. Bahkan aku ragu-ragu jika ianya boleh dibaca sebagai satu  kesalahan. Apa yang aku buat ialah aku retweet tweet seseorang. Orang tu  mention nama Jeff Ooi. Dia bagi bukti pada Jeff Ooi bahawanya bukan  setakat isu adios je. Ada benda lain yang Jeff Ooi buat dalam meremehkan  kematian ATG Harun Din. So benda tu la aku retweet. Kurang dalam 5  minit atau lebih sikit tetiba sakai tu blocked aku. Aku dapat  notification. Aku macam pelik. Pasal aku tak pernah ada apa2 hubungan  dengan dia. Aku marah dia pun tidak, suka pun bukan. Tahu2 je kena  blocked. Gila blocked orang jam 3 pagi.
 
 Rujuk post sebelumnya : Jeff Ooi Ban Saya.
 
 Dalam  post yang sama ada dinyatakan pendapat Nik Nazmi PKR. Dia pun  beranggapan tweet Jeff Ooi tu biadap. In fact PKR Penang dah keluarkan  official statement. PKR tak bersama dengan Jeff Ooi dalam tweet  biadapnya. MAZA pun mengkritik tindakan pemimpin DAP meskipun tak sebut  nama. Betul kata MAZA. Bukan kita larang lakukan kritikan. Tetapi bagi  la selang masa kalau nak mempersoalkan pun. Di saat famili sedang  berduka. Tambahan pula isu yang dikemukakan Jeff Ooi dalam tweet dia tak  layak dikatakan isu pun. Ia sekadar mempersendakan kematian orang di  negara sekular. Ntah hapa-hapa.
 
 Agaknya  teruk sangat dibahan oleh netizens pelbagai aliran politik, pemimpin  politik segeng dia pun nyatakan ketidaksetujuan, dia pun dipetik berkata  begini ;
 
 
 
 Sumber rujukan : sini
 
 Petikan kenyataan ;
 
 
Ahli  Parlimen DAP Jelutong menyalahkan status menghina kematian Mursyidul Am  PAS, Datuk Dr Haron Din di Twitternya berpunca daripada perbuatan pihak  lain menggodam laman media sosialnya semalam. 
Jeff Ooi mendakwa kenyataan itu disunting pihak lain dan beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Facebooknya. 
“Saya tidak lihat ada isu mengenai kenyataan itu. Cuba pergi lihat di laman Twitter dan Facebook saya. 
“Laman  itu adalah kerja photoshop dia orang. Saya hanya akan memuat naik  status menerusi laman Facebook rasmi saya,” katanya kepada FMT hari ini. Hmmm..
 
 Dan menerusi laporan NST ;
 
 
 
 Petikan kenyataan ;
 
 Ooi  clarified that he did not write the alleged remarks - "Adios (Farewell  in Spanish) Haron Din, Let there be peace," on his Twitter and Facebook  postings and said the entire episode was fabricated.
 
 "It was not there (on social media) in the first place. "I am not a fan of Haron Din, politically speaking.
 
 "I  have no intention to write an eulogy or to defame him, as well as to  belittle him or his family," Ooi said. He added that the allegation was a  political ploy to discredit him. Ooi also labelled a report from a  local Malay daily on the alleged tweet as dubious. "The image used (by  the daily) was from dubious source, with Photoshop manipulation.
 
 Sumber : sini
 
 Menerusi dua laporan media yang berbeza, Jeff Ooi menyimpulkan begini kepada wartawan ;
 
 1. Dia tak pernah keluarkan apa2 kenyataan seperti yang tersebar.
 
 2. Gambar screenshot yang viral tu versi photoshop.
 
 3. Semua yang berlaku adalah salah BN. BN yang menyebabkan perkara itu menjadi kontroversi.
 
 4.  Tweet tersebut tak pernah berada disitu. Anda boleh memeriksa account  twitter dan facebook saya. Ia tak berada disitu (memang ar sebab kau dah  delete, ngok).
 
 5. Semua ini adalah satu tohmahan dan cerita yang di ada-adakan.
 
 Hmmm.
 
 Bodoh  sangat alasan penafian dia neh. Aku g check twitter dia jam 2 pagi dan  lebih yang mana berakhir dengan insiden aku diblock olehnya pada pagi  tadi. Dalam siasatan aku, aku baca dia pergi reply tweet-tweet orang  yang mengkritiknya dan mempersoalkan perkataan adios tu. Dia siap  bagitau adios tu maksudnya selamat tinggal. Dan dia juga sempat  screenshot perbualan dia dengan Sidek yang kutuk ATGHD dalam isu air  jampi. So tweet asal tentang adios dipadamkan kerana Sidek dah terminate  account Twitter. Sidek lari p menyorok kerana dikecam bertali arus oleh  netizens.
 
 Lepas  baca lebih kurang aku pun blah. Aku takde screenshot apa2 sebab macam  dah aku nyatakan sebelum ini. Aku faham sangat maksud adios tu selamat  tinggal dan aku suspect netizens tunjukkan rasa marah bukan kerana  perkataan adios sebaliknya mungkin cara ia disampaikan seperti  menyindir. Tapi semasa nak blah baru aku nampak rupanya statement Jeff  Ooi tentang perkuburan di US tu yang keji.
 
 Dia punya penafian cukup simple.
 
 INI SEMUA SALAH BN.
 PROPAGANDA BN BAGI MELEMAHKAN PERWATAKAN DIRINYA.
 YANG TERSEBAR ITU IALAH VERSI PHOTOSHOP.
 DIA TAK PERNAH TWEET SEPERTI YANG DINYATAKAN.
 
 Pelik.  Dia yang taip sendiri. Ucap dengan lapang ahti. BN yang dia salahkan.  Kemudiannya dia tampil dengan satu lagi kenyataan. Kali ini dia uturn  habis.
 
 Ini katanya ;
 
 
 
 Rujukan : sini
 
 Account  twitternya tidak dihack. Dia ada sepenuh kawalan ke atas  account-account media sosialnya. Dia bekerja di bidang IT. Maka mana  mungkin dia tak faham samada account dia dihack mahupun tidak. Laporan  yang tersebar sebelum ini adalah tidak benar. Kata Jeff Ooi. Ini  ringkasan berita di atas.
 
 Jadi,  media yang melaporkan, wartawan yang menulis berita tu cedok info dari  siapa? Muka macam Jeff Ooi, suara macam Jeff Ooi, tetapi bukan Jeff Ooi  ka?
 
 Mungkin berpunca dari ini ;
 
 
 DAP  nampaknya akui kesalahan. Jeff Ooi mulanya dah kantoi, kena kritik  kaw-kaw dia menafikan dan menyalahkan BN tak sampai 24 jam dia uturn dan  menafikan yang dia nafikan..
 
 Mungkin kerana ini ;
 
 Mabuk-mabuk  main twitter. Tak ingat dia update apa mabuk lagi, lupa kemudian  berhubung dengan press. Tak sempat habis mabuk cakap bukan-bukan  kemudiannya dah clear mabuk baru tahu tindakan bodohnya angkara mabuk,  ke?
 
 Tak faham aku dia neh.
 Bukti clear terang ada dia boleh slumber nafi.
 Lepas tu bertambah slumber menafikan yang dia nafi pada sebelum neh.
 Orang macam neh kau nak jadikan pimpinan?
 Buat contoh pedoman untuk memerintah korang?
 Minta maaf la. Aku nak dipimpin pun biarlah berstandard sikit.
 Taraf sampah sarap takla aku nak angkat sebagai pemimpin.
 Dah macam takde alternatif atau pilihan lain pula.
 Sebagai pengundi, sebagai rakyat, sebagai manusia, i deserved a better leader.
 
 Kbai.
 
 Sumber TKO - 18-9-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang, Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membuat 'perubahan' untuk  memastikan BN kekal berkuasa.
 Akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetik sumber  berkata, perubahan yang akan dilakukan termasuk menukar menteri besar di  empat negeri- Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.
 
 "Perdana Menteri perlu pemimpin baru untuk menerajui jentera di negeri tersebut," kata sumber itu yang dipetik sebagai berkata.
 
 Spekulasi mengenai perubahan dalam jentera kerajaan Umno telah giat  diperkatakan selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob  baru-baru ini berkata mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN  Pelangai yang telah disandangnya sejak 1986.
 
 Adnan membuat kenyataan itu beberapa hari selepas dia mengejutkan  Dewan DUN dengan meletakkan 'pen di antara jari di kakinya' bagi menolak  khabar angin kononnya beliau tidak sihat.
 
 Di Kedah pula, The Star melaporkan, perancangan Najib untuk  menukar menteri besar itu ekoran kesihatan Menteri Besar Datuk Seri  Ahmad Bashah Md Hanipah yang kerap ke hospital.
 
 
 Begitu juga dengan Negeri Sembilan, Menteri Besarnya Datuk Seri  Mohamad Hasan turut mempunyai masalah kesihatan ketika beliau dikatakan  sakit semasa menghadiri Mesyuarat Agung Umno bahagian Rembau.
 
 Sumber TKO - 18-9-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  Parti politik baru yang cuba mempamerkan imej Islam ini sebenarnya tidak  memiliki apa-apa untuk ditawarkan kepada pihak lain.Bagaimana hebat  sekalipun mereka cuba membina imej mereka di hadapan umum, mereka masih  tidak dapat meyakinkan sesiapapun bahawa parti mereka adalah salah satu  komponen penting atau “stakeholder” yang mewakili umat Islam atau  kepentingan Melayu.
 Sebarang dakwaan bahawa mereka merupakan salah sebuah parti yang  boleh diharapkan atau perlu diberi perhatian hanyalah khayalan yang  bersifat mistik dan sekadar bermimpi di siang hari semata-mata.
 
 Sesiapa yang mengamati perkembangan parti ini akan mendapati beberapa poin yang tidak dapat disangkal. Antaranya:
 
 Pertama - latarbelakang dan sejarah.
 
 PAN lahir dari sebuah perancangan yang terkantoi di tengah jalan. Ia  tidak memiliki sejarah tersendiri kecuali dari penterjemahan sebuah  kertas kerja yang melakarkan bagaimana sekumpulan aktivis Islamis harus  memposisikan diri masing-masing di dalam dua buah parti politik terbesar  umat Islam/Melayu (PAS dan UMNO) dengan dwi-tujuan - untuk mencorakkan  UMNO dan menguasai fikrah Islam PAS dari dalam.
 
 Sekiranya  kedua-dua strategi ini gagal (dan memang telah mengalami kegagalan),  maka pelan tindakan seterusnya ialah menubuhkan parti politik sendiri.  Kekalahan teruk kumpulan secara yang memalukan di dalam Muktamar PAS  secara tidak langsung telah membuka jalan ke arah pembentukan parti  politik sendiri.
 
 Proses kelahiran parti baru bernada “Islam” ini  juga agak istimewa. Benihnya disemai dari persenyawaan antara beberapa  ideologi yang bercampur baur - Islam, sosialis, sekular dan liberal  serta mendapat “pengiktirafan” daripada beberapa parti pembangkang lain,  khususnya yang berhaluan rasis dan cauvinis.
 
 Pendekata, ia tidak  memiliki sejarah yang membanggakan, tidak memiliki “track record” atau  statistik pencapaian untuk tatapan umum.
 
 Kedua - identiti.
 
 Permulaan parti ini juga terpalit dengan keanehan dan kelucuan. Parti  Perja-pekerja Malaysia yang cenderung kepada ideologi sosialis  diambilalih. Kemudian, usaha untuk mencipta logo parti sendiri hanya  berjaya untuk memalukan diri sendiri dan menjadi bahan ketawa masyarakat  umum.
 
 Perlembagaan parti sehingga hari ini tidak didedahkan  kepada umum. Jadi, tidak ada peluang untuk mengkaji dasar-dasar dan  agenda perjuangan. Yang diwar-warkan hanyalah retorik-retorik politik  yang sekadar mengulangi apa yang sudah menjadi intipati perjuangan  parti-parti politik lain yang sedia ada. Tidak ada keaslian di situ bila  cuba mengulangi/meniru agenda perjuangan pihak lain.
 
 Umum juga  mengetahui bahawa sebahagian besar pimpinan PAN asalnya adalah pimpinan  PAS yang telah memenangi pilihanraya dan menang atas tiket PAS untuk  menjadi anggota Parlimen PAS. Tindakan membawa sekali kerusi yang  dimenangi itu ketika keluar dari PAS (menurut sebahagian penganalisis)  merupakan satu pengkhianatan terhadap parti dan mandat yang telah  diberikan oleh rakyat dan pengundi.
 
 Mereka tidak lahir dari proses pilihanraya yang berdiri dan bertanding di atas platform parti sendiri.
 
 Ketiga - agenda perjuangan parti.
 
 PAN tidak memiliki agenda perjuangan yang jelas, kukuh dan teruji. Apa  yang dipaparkan kepada masyarakat adalah cedukan (dengan sedikit  modifikasi) daripada PAS. Komponen-komponen tambahan yang kononnya  membezakan PAN dari PAS kelihatan lebih untuk mengambilhati parti-parti  pembangkang lain. Percubaan untuk membezakan ciri-ciri Islam yang PAN  bawa dengan kalimat-kalimat inklusif, progresif dan seumpamanya tidak  membawa sebarang erti yang besar, melainkan bersifat pragmatis dan  apologetik semata-mata.
 
 Hal ini amat ketara ketika seseorang  mengkaji pendirian PAN dalam banyak isu dan situasi yang melibatkan  kepentingan Islam, umat Islam dan bangsa Melayu. Kebanyakan pendirian  mereka adalah sangat kabur, terlampau berhati-hati, “play safe” dan  jarang sekali bersifat berkonfrontasi dengan parti pembangkang DAP yang  rasis cauvinis dan seringkali mencetuskan kemarahan umat Islam dengan  banyak kenyataan atau tindakan yang melibatkan urusan/hal ehwal umat  Islam.
 
 Isu RUU 355 adalah satu contoh terkini bagaimana PAN dan  DAP berpencak silat dengan umat Islam. Saya tidak terkejut sekiranya PAN  tidak akan menyokong usul peribadi Presiden PAS apabila dibahaskan dan  keputusan perlu dibuat oleh semua anggota Parlimen pada bulan Oktober  ini.
 
 Keempat - sokongan akar umbi.
 
 Pemimpin-pemimpin PAN  amat menyedari bahawa mereka tidak mempunyai sokongan akar umbi, apatah  lagi jumlah ahli yang mencapai puluhan ribu seperti yang didakwa. Sebab  itulah mereka mensasarkan kempen menambah keahlian PAN di kalangan  ahli-ahli PAS sedia ada. Mereka tahu yang masyarakat awam tidak akan  termakan atau terpengaruh dengan strategi pengiklanan, pemasaran dan  produk-produk PAN.
 
 Ahli-ahli biasa PAS akan menjadi aset yang  penting kepada PAN di musim pilihanraya umum ke 14 nanti. Ini kerana PAN  tidak perlu bersusah payah untuk menangani urusan kempen, culaan dan  ceramah-ceramah mereka sekiranya mereka berjaya mempengaruhi ahli-ahli  biasa PAS supaya tinggalkan PAS dan masuk PAN.
 
 Kelima - hubungan dengan parti-parti pembangkang lain.
 
 Kebalikan daripada apa yang cuba digembar-gemburkan, PAN tidak  mempunyai sebarang kekuatan untuk dijadikan bahan tawar-menawar dalam  menjayakan agenda parti-parti pembangkang lain - DAP, PKR dan terkini  Pribumi. Malah, relevansi PAN sendiri semakin terhakis dan disisihkan.  Parti ini sangat terdesak untuk kelihatan relevan dan teramat penting  kepada sebarang rundingan atau persekatan politik (termasuk pembahagian  kerusi) sehingga ia menjadi memualkan, lucu dan memperbodohkan diri  sendiri.
 
 Ringkasnya, PAN tidak memiliki apa-apa untuk ditawarkan kepada pihak lain.
 
 Justeru itu, ramai pihak tertanya-tanya apakah rasionalnya sebahagian  umat Islam ingin menyertai PAN, khususnya dari Pertubuhan IKRAM yang  khabarnya menggalakkan ahli-ahlinya supaya masuk PAN. Menurut satu  sumber, sehingga 20% keahliannya akan di “kerah”kan supaya terlibat  dengan PAN.
 
 Adakah ini membawa maksud IKRAM ingin mengemudi PAN pada masa hadapan?
 
 Sama-samalah kita saksikan nanti.
 
 Sumber TKO - 12-9-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
  
 Sokongan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim penting bagi parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), kata bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 
 "Penting untuk mendapatkan sokongan Anwar, khususnya untuk mendapatkan komitmen daripada PKR sendiri (supaya bekerjasama dengan BERSATU)," kata Mukhriz kepada pemberita di Puchong malam semalam.
 
 Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah seterusnya bapanya, bekas perdana menteri, Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri, Anwar, susulan perjumpaan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu.
 
 Mahathir hadir di mahkamah untuk menyokong permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
 
 Kedua-dua mereka dirakamkan bersalaman dan kemudiannya berbincang dalam pertemuan pertama mereka sejak Mahathir memecat Anwar sebagai timbalannya pada tahun 1998.
 
 Mukhriz berkata buat masa ini, kerjasama mereka khususnya dalam menentang Akta MKN yang menjadi kontroversi.
 
 "Kami harap kerjasama itu akan berterusan di peringkat parti," katanya.
 
 Mukhriz berkata demikian selepas menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh kumpulan pemberontak Umno, Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) untuk memperkenalkan BERSATU.
 
 Ketika memulakan ceramah, GKCM menimbulkan peristiwa bersejarah Dr Mahathir yang bersalaman dengan Anwar dan berharap hubungan kedua-dua pemimpin itu akan dihidupkan semula.
 
 GKCM turut memainkan video lama ketika Mahathir dan Anwar bergandingan mentadbir negara.
 Mukhriz semalam juga ditanya mengenai persiapan BERSATU sekiranya pilihan raya umum tergempar diadakan.
 
 Katanya, parti serpihan Umno itu akan mengenal pasti calon berpotensi dan mengadakan rundingan kerusi dengan pembangkang untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.
 
 "Kami belum bermula (rundingan) lagi, tetapi pada dasarnya pembangkang memahaminya
 "Mereka bersedia untuk berbincang," katanya.
 
 Sumber TKO - 11-9-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Umno Akan Adakan PRU14 Awal Elak Pembangkang Bersatu?
 Posted on Sunday, September 11 @ 10:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31612
 
 
 
 |  Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa menekankan kepentingan pembangkang untuk bersatu bagi mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
 Mungkin ini sebab-musabab tindakan mengejutkan Mahathir yang merungkai permusuhan selama 18 tahun dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjurus kepada perdamaian.
 
 Banyak pihak melihat perkembangan ini sebagai petanda sesuatu yang mendatang sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyatukan pembangkang.
 
 Tetapi Umno tentunya tidak akan hanya duduk dan tidak berbuat apa-apa. Baru-baru ini, khabar angin bertiup kencang mengenai pilihan raya umum ke-14 bakal diadakan seawal Mac tahun depan.
 
 Perkembangan tersebut diakui oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang melihat potensi pilihan raya umum diadakan lebih awal agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mempunyai masa untuk mengatur pergerakan.
 
 "Itu mungkin salah satu faktor," kata Lim kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada pilihan raya umum awal akan memihak kepada pembangkang.
 
 Ditanya sama ada DAP bersedia menghadapi pilihan raya umum lebih awal , anggota parlimen Gelang Patah itu menambah, pihaknya tidak mampunyai pilihan tetapi menghadapinya.
 
 Bagaimanapun, jika pilihan raya umum diadakan pada bulan Mac 2017, Lim percaya bahawa ia akan mengejutkan semua orang, termasuk parti pemerintah sendiri di luar kawalan.
 
 "Beberapa pemimpin Umno mengatakan mereka sentiasa bersedia tetapi saya fikir semua orang akan terkejut," tambahnya.
 
 Namun, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengatakan beliau telah mendengar mengenai pilihan raya umum lebih awal sejak sekian lama.
 
 "Cakap-cakap selalu berbunyi (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) mahu mengadakan pilihan raya selepas sambutan raya tahun depan.
 
 "Bagaimanapun, jika beliau berasa peluang lebih baik jika pilihan raya diadakan sebelum itu, beliau akan mengadakannya seawal bulan Mac," tambahnya.
 
 Anggota parlimen Pandan itu turut mengakui beliau pada mulanya meragui tarikh pilihan raya lebih awal itu kerana parti pemerintah akan memerlukan sejumlah dana yang banyak untuk menghadapi pilihan raya umum.
 
 Namun, pengumuman Putrajaya baru-baru mengenai projek Taman Tugu bernilai RM650 juta membuktikan menimbulkan persoalan yang cukup besar, ujar Rafizi.
 
 Jadi apakah pembangkang bersedia untuk menghadapi pilihan raya?
 
 Rafizi berkata, orang ramai marah dengan Najib disebabkan oleh isu-isu yang melingkari Perdana Menteri. Ini membawa makna separuh daripada tugas pembangkang telah selesai.
 
 "Hampir tiada apa-apa yang pembangkang perlu sediakan dengan tugasan berdepan dengannya tidak lagi menjadi seperti dahulu.
 
 "Kalau kebiasaannya, pembangkang berdepan kesukaran dalam bilangan program dan ceramah untuk mengenengahkan isu-isu kerana menanggung kos dan masa - dan semua itu telah selesai," ujarnya.
 
 Bagaimanapun, Rafizi melahirkan kebimbangan mengenai sepantas mana parti-parti pembangkang dapat menyelesaikan perbezaan terutama rundingan kerusi.
 
 Cabaran dalam merundingkan kerusi
 
 "Dalam usaha untuk mendapatkan tahap kesediaan kepada kira-kira 70 peratus pada Februari akan datang, rundingan kerusi perlu dimuktamadkan pada Disember.
 
 "Jika ia melepasi bulan Disember, orang ramai akan bosan dan pastinya isu seperti ini tidak akan memberi kelebihan kepada kami," jelas beliau.
 
 Sumber TKO - 11-9-2016
 
 
 
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
 
 PETALING JAYA: Nik Din Nik Mat, adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz menepis dakwaan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa yang kononnya bekas menteri besar Kelantan itu akan mengikut jejak menyertai Amanah, jika beliau masih hidup.
 
Menerusi satu rakaman video, Nik Din berkata Nik Aziz pada penghujung hayatnya kecewa dengan Husam kerana beliau melakukan perkara yang tidak direstui bekas mursyidul am PAS itu. 
 
“Masa dulu betul tok guru baik dengan dia (Husam) tetapi akhir-akhir ini tak baik dengan dia. Dalam satu pertemuan Husam datang jumpa tok guru sewaktu berkempen PRK Kajang, tok guru marah kepadanya. 
 
“Waktu itu ada berlaku dua tiga kes yang menyebabkan tok guru marah pada Husam. Saya tahu kenapa tok guru marah tetapi saya tidak mahu pecah rahsia itu,” katanya dalam rakaman itu. 
Nik Din berkata dakwaan Husam kononnya Nik Aziz akan bersama Amanah jika beliau masih hidup adalah pembohongan. 
 
“Saya ini adik tok guru, saya bercakap bukan sebab nak mengangkat nama tetapi bercakap benda betul dan saya berani bersumpah. 
 
“Kalau Husam kata tok guru sayang pada dia, tidak betul. Saya cakap ini supaya tuan-tuan jelas perkara sebenar jangan terikut-ikut dengan apa yang Husam lakukan. Kita lama dah bersama PAS tiba-tiba nak lari daripada perjuangan Islam,” katanya. 
 
Beliau pada masa sama mengingatkan Husam supaya berhenti menjaja nama Nik Aziz dalam perjuangan politik bersama Amanah kerana bekas pemimpin PAS itu sudah meninggal dunia. 
 
“Saya minta Husam jangan guna nama abang saya (Nik Aziz) untuk berkempen, saya tak izinkan dan semua adik-beradik, anak tok guru sendiri tak setuju Husam guna nama allahyarham,” katanya. 
 
Husam sebelum ini mendakwa Nik Aziz akan bersamanya dalam perjuangan Amanah jika masih ada kerana PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi lari daripada perjuangan sebenar. 
 
Kenyataan Husam itu dikecam pemimpin PAS termasuk anak Nik Aziz sendiri, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh. 
 
Nik Ahmad Mumtaz Nik Din, anak saudara Nik Aziz ketika dihubungi FMT mengesahkan rakaman video itu dibuat bertujuan memberi penjelasan sebenar sekali gus mengelak kekeliruan orang dengan penyertaan Husam dalam Amanah. 
 
Sumber TKO - 11-9-2016 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
PERSEKUTUAN Persatuan Hokkein Malaysia dan Pas dijadualkan mengadakan dialog mengenai isu pelaksanaan hukum hudud pada jam 11 pagi, 18 September ini. 
 
Presidennya, Datuk Khoo Chai Kaa ketika berkata, kepada Orientaldaily, pihaknya telah bersetuju menerima kunjungan rombongan daripada Pas dan dialog tersebut akan diadakan di dewan persekutuan berkenaan. 
 
Beliau berpendapat, hasrat Pas untuk mengadakan dialog dan bertukar fikiran dengan persekutuannya kemungkinan disebabkan pihaknya ada melancarkan kempen untuk mengumpul satu juta tandatangan bagi menentang sebarang percubaan melaksanakan hudud di Malaysia. 
 
Kempen itu melibatkan ahli persatuan dari semua negeri bagi mengumpul bilangan sasaran tandatangan akan berakhir pada 20 September ini. 
 
Sumber TKO - 7-9-2016 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ahmad Said Main Teka Teki, Saja Nak Goyang Razif Posted on Saturday, September 10 @ 21:58:13 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31605
 
 
 
 |  
 Ahmad, 59, yang menyertai Umno sejak berusia 18 tahun, berkata setakat ini beliau mahu terus berkhidmat untuk parti itu tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya kepada parti.
 
 "Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar orang untuk berjumpa dengan saya untuk mengajak masuk BERSATU. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan kepada saya untuk menjadi Ahli Mesyuarat Tertinggi BERSATU.
 
 "Setakat ini, saya nak tengok dulu. Saya tak jawab lagi... tetapi tidak tahulah sampai bila, kalau desakan bertalu-talu saya takut saya tidak dapat bertahan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Kemaman, hari ini.
 
 Ahmad, yang juga ADUN Kijal berkata selain BERSATU, beliau pernah ditawarkan menganggotai parti PAS, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), namun menolak kerana tidak mahu mengkhianati Umno.
 
 Kata Ahmad, beliau bertekad untuk terus kekal bersama-sama Umno bagi melihat perubahan yang bakal dilakukan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kemelut politik di Terengganu.
 
 "Saya telah dimaklumkan bahawa Najib telah memanggil beberapa orang ADUN untuk mendengar sendiri apa masalah yang membelenggu negeri ini.
 
 "Najib janji untuk mengadakan perubahan. Saya masih lagi ahli Umno... saya tidak berdendam cuma jangan kejutkan harimau yang sedang tidur," katanya yang turut mengingatkan perwakilan supaya tidak memandang rendah kepada kemunculan parti baru.
 
 Sementara itu, Ahmad meminta supaya siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca apabila hanya 686 daripada 973 perwakilan Umno bahagian itu menghadiri persidangan perwakilan berkenaan.
 
 Kemaman menjadi satu-satunya bahagian di Terengganu yang persidangan perwakilannya dirasmikan sendiri ketua bahagian dan Ahmad berkata walaupun menghadapi kekangan dari pelbagai sudut, beliau tetap berharap perwakilan akan terus memberi sokongan kepadanya serta parti.
 - Bernama
 
Sumber TKO - 10-9-2016 
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
  
 PAN sedia rampas pemerintahan kerajaan negeri Kelantan daripada Pas dengan bertanding 30 hingga 33 kerusi Dun pada PRU14 jika beberapa ADUN PAS ikut dia kata Husam.
 
 Demikian menurut bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ketika ditemu  bual oleh Sin Chew Jit Poh. Bagaimanapun dia menafikan pernah  memujuk mana-mana ahli parlimen dan Adun daripada Pas untuk menyertai  Amanah bersamanya.
 
 Ada desas-desus menyatakan sekurang-kurangnya terdapat 10 ahli  parlimen dan Adun daripada Pas akan ikut saya sertai PAN. Ini  membuktikan ada kepercayaan dan harapan oleh wakil-wakil rakyat ini  terhadap PAN," kata Husam.
 
 Husam berkata, beliau menyertai PAN dengan harapan boleh membawa satu pertandingan yang sihat di Kelantan.
 
 
  Pada temubual itu Husam menyerang pentadbiran PAS bawah Ustaz Ahmad Yaakub. "Apa yang boleh dilihat pada hari ini, kerajaan negeri Kelantan di  bawah pemerintahan Pas sudah tidak mampu meningkatkan pertumbuhan  ekonomi serta kekurangan sumber kewangan," katanya.
 
 Menjelang PRU14 akan datang, Husam memberitahu lagi, beliau akan  melakukan siri penjelajahan menjelaskan  perjuangan dan bentuk  perkhidmatan PAN yang boleh diberikan kepada rakyat.
 
 "Biarlah pengundi menggunakan minda mereka sendiri membuat perbandingan  manakah parti yang menjadi pilihan mereka, sama ada Pas atau PAN,"  katanya.
 
 Ditanya mengenai beliau kemungkinan akan memegang jawatan Pengerusi PAN  Kelantan pada pemilihan parti berkenaan November ini, Husam  menjelaskan, ia terserah kepada ahli menentukannya.
 
 "Bagi saya, jawatan tidaklah penting. Tak semestinya berkhidmat perlu  ada jawatan penting. Apa yang penting, saya kini sudah menjadi ahli PAN ," kata beliau.
 
 Desas desus yang tersebar dimedia sosial bahawa Husam dan PAN Kelantan bersiap untuk pemilihan parti PAN akan datang yang undinya mengikut cawangan yang mana untuk itu PAN Kelantan perlukan lebih banyak lagi cawangan baru untuk tujuan undian nanti.
 
 Jadi tak hairanlah kalau cawangan baru akan tumbuh di Kelantan.
 
 Mengikut sumber yang dipercayai bahawa PAN Kelantan sedang giat meningkat keahlian daripada 700 kepada 1000 orang menjelang akhir tahun ini.
 
 Sumber TKO - 7-9-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 KUALA LUMPUR: Penyertaan bekas Naib Presiden PAS Datuk  Husam Musa ke dalam Parti Amanah Negara (PAN) disifatkan sebagai  strategi pemasaran menarik ahli PAS ke dalam parti komponen Pakatan  Harapan berkenaan.
 
 Bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha berkata, PAN berhadap  dengan penyertaan Husam akan melonjakkan jumlah keahlian parti berkenaan  yang dilihat lesu sejak mula ditubuhkan sejak setahun lepas.
 
 “Untuk mengharapkan ahli UMNO menyertainya sudah tentu amat jauh sama  sekali dan untuk mendapatkan ahli PKR juga tentunya tidak akan  kesampaian kerana perjuangan mereka adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
 "Bagi mereka yang atas pagar pula perjuangan PAN yang samar-samar menjadi halangan," katanya.
 
 Ujarnya, diatas kesempitan berkenaan, Husam diharap PAN boleh mewujudkan impak dengan mencuri ahli-ahli PAS.
 
 Mengulas mengenai kenyataan Husam mendakwa PAS sudah tidak  mengamalkan Islam sebenar berbanding PAS yang masih berpegang kepada  dakwah Bekas Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Norman  berkata ianya hanyalah cerita rekaan Husam sahaja.
 
 “Saya faham PAN yang baru ditubuhkan setelah ditolak oleh perwakilan  pada pemilihan Pas sebelum ini yang sukar untuk melonjakkan parti  berkenaan.
 
 "Jadi tindak-tanduk Husam termasuklah untuk mengada-adakan cerita  tentang Nik Aziz dan sebagainya sekadar untuk membina persepsi serta  publisiti.
 
 “Hanya dengan cara itu mungkin sedikit sebanyak ahli Pas akan  tertarik dan tertawan untuk mengiringi bersama kemasukan bekas Naib  Presiden Pas itu ke dalam parti pimpinan Mohamad Sabu,” katanya.
 
 - Malaysian Digest
 
 Sumber TKO - 6-9-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------
 
 SHAH ALAM - Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli  Mohamad Al-Bakri  yang mewajibkan ahli Parlimen beragama Islam menyokong  Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang  kuasa jenayah) pindaan 2016 bakal mempengaruhi persepsi rakyat.
 
 Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat  berkata, sekiranya ahli Parlimen beragama Islam menolak untuk menyokong,  masyarakat Islam pastinya akan mengecam tindakan tersebut.
 
 “Apabila mufti mengatakan wajib, setiap MP menolaknya nanti akan  menghadapi pandangan serong atau dikecam dalam kalangan orang Islam.
 
 “Ini kerana pandangan seseorang mufti itu akan memberi pengaruh besar  kepada pemikiran masyarakat Islam,” katanya kepada Sinar Online.
 
 Zulkifli melalui siri Bayan Linnas: Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu  Pendapat menyatakan ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong  manakala yang bukan Islam perlu menyokong memandangkan pindaan itu  membawa ke arah kebaikan.
 
 Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi  (Ideas), Wan Saiful Wan Jan menyifatkan kenyataan Zulkifli sebagai satu  pandangan yang mendalam serta teliti yang tidak dipengaruhi emosi.
 
 “Beliau mengatakan di peringkat awal lagi, kita kena cari adab  bersetuju untuk tidak bersetuju dalam hal yang berbeza pandangan.
 
 “Jadi, saya rasa walaupun dia mengeluarkan pandangan RUU itu patut  disokong, saya yakin dia boleh terima bahawa ada orang yang mungkin  berbeza pandangan,” katanya.
 
 Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan ada ahli Parlimen yang  akan mengambil kesempatan politik ketika tiba masanya nanti.
 
 “Saya pasti akan ada yang petik pandangan mufti wilayah ini,. Macam  biasalah, mereka ini apabila nak ambil kesempatan politik ini, akan  petik tiga atau empat perenggan daripada berpuluh perenggan kenyataan  mufti ini.
 
 “Saya yakin bahagian pertama akan dilupakan oleh ramai orang ialah  bahagian ‘tiada masalah bersetuju untuk tidak setuju’. Kita boleh  fahamlah apabila masing-masing nak mencari faedah politik untuk parti  masing-masing.
 
 “Jadi, kematangan ilmiah dimiliki Mufti ini mungkin ambil masa untuk  sampai ke kepala ahli-ahli Parlimen dan pemikiran rakyat biasa,”  katanya.
 
 Sementara Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej  Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara  Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, setiap ahli  Parlimen mempunyai hak untuk bersetuju atau tidak dengan mana-mana RUU  yang dibawa ke Parlimen.
 
 “Dalam proses demokrasi, tiada sesiapa boleh mengarahkan kepada MP  untuk wajibkan, halal haram dan sebagainya. Hak MP masih lagi...untuk  bersetuju atau tidak bersetuju dengan RUU itu,” katanya. - SH
 
 Sumber TKO - 5-9-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------
 
 "
   
 Isu patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah
 
 Barangkali  rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timbalan Mufti Kedah  merasakan  ianya merujuk kepada Lang Merah Langkawi.Beliau menyimpulkan 2  perkara  tentang Lang Merah :
 
 1)  Patung Lang Merah dibina  dahulu tidak merujuk kepada Jabatan  Agama(Jabatan Mufti tidur ke?)Sudah  puluhan tahun dibina.Jabatan Mufti  tidur ke?
 2) Jika mahu roboh perlu kepada runding dahulu.(Kerajaan Negeri,Mufti tiada kuasa? ) Sesuatu yang jelas haram perlu rundingan.
 
 Jika  kita lihat isunya,sebenarnya semuanya untuk Dr Mahathir.Apabila   Mahathir keluar UMNO dan menentang UMNO,maka perlu cari kesalahan dan   kejahatan Mahathir.
 
 Sebelum  ini isu tandatangan untuk masuk  Kem Kemunting jadi isunya.Mahathir  didakwa sebagai penentu berjaya atau  tidaknya untuk masuk Universiti ISA  Kemunting.
 
 Kini  timbul  pula isu patung.Tentunya untuk Mahathir lagi.Kerana semasa  patung itu  dibina,Mahathir sebagai PM  tengah rancak mempromosikan  Langkawi  sebagai destinasi perlancongan.Antara projeknya membina patung  berhala  Lang Merah.Ketika itu semua orang termasuk Mufti "kenyang" makan  dedak  Mahathir.Tiada bantahan kerana kenyang makan dedak Mahathir.
 
 Apabila Mahathir keluar UMNO,berbunyilah para segala mufti.
 
 Inilah antara perkara yang menjatuhkan imej mufti.Digunakan orang politik untuk periuk nasi mereka.
 
 Mengapa  hingga kini patung di Tugu Negara belum dirobohkan lagi  ?Adakah mufti  kata ianya dibina tanpa rujuk kepada mufti?Perlu  berunding.
 
 Apa agama rasmi negara yang memerlukan perundingan untuk roboh patung berhala Lang Merah dan Tugu Negara?
 
 Wahai  mufti dan majlis fatwa seluruh negara,perjuangan kamu sekarang   bersidang untuk seru kerajaan agar robohkan Lang Merah,patung Tunku Abd   Rahman di Parlimen dan Tugu Negara dengan segera.Buatlah sekarang dalam   keadaan kerajaan PMNajib lemah sekarang.
 
 Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan !"
 Sumber TKO - 5-9-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------Batu Ini Membuktikan Bahawa Perlaksanaan Hukum Hudud  Pernah Dilaksanakan Ditanah Melayu
 Posted on Wednesday, August 31 @ 20:30:42 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31515
 |  
  
 Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303  menjadi bukti akan usaha awal pemerintah umat Islam menegakkan sistem  pemerintahan Islam dalam wilayah naungannya. Walaupun pada abad ke 14 Masihi  negeri Terengganu belum lagi menjadi sebuah negeri yang besar dalam sistem  pemerintahan beraja yang teratur, namun dikatakan agama Islam telahpun rasmi  diisytiharkan didaerah Kuala Berang yang jauhnya 25 batu dari pantai Kuala  Terengganu dalam pemerintahan seorang penguasa tempatan yang bernama Raja  Mandalika. Dalam Batu Bersurat itu, baginda menyentuh soal Hukum Hudud yang  dilaksanakan dalam usaha baginda menegakkan syariat Islam.
 
 
PEMERINTAH DAHULU BERSUNGGUH MELAKSANAKAN  TUNTUTAN ALLAH 
 
TERENGGANU 
Dengan kerjasama dan pemimpin dari penasihat  agama Baginda yang bernama Sayed Abdul Rahman (Tokku Sayed Paloh) iaitu seorang  Ahlul Baiyt, Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918 M) Terengganu dipercayai  menggunakan kitab-kitab Feqah dan perundangan Islam seperti kitab Minhaj  At-Tabilin, Mughni Al-Muhtaj, An-Nihayyah dan Al-Umm, kesemuanya dalam Mazhab  Syafie, sebagai panduan dan teks undang-undang pemerintahan negeri Terengganu  disamping Fatwa-Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti. Pada ketika itu Ulama-Ulama  diberi peranan penting bagi  menccorak pemerintahan negeri Terengganu  berdasarkan Undang-Undang Islam. 
 
KELANTAN 
Pada abad ke 19M dibawah pemerintahan Sultan  Muhammad II (1839 - 1886M) berserta dua orang Ulama terkemuka disana, iaitu Haji  Abdus Samad bin Muhammad Salleh (Tuan Tabal) dan Haji Wan Ali Kutan, baginda  Sultan memerintahkan sebarang hukuman yang dilaksanakan  hendaklah  berdasarkan Hukum Syarak iaitu Hukum Had. Baginda memberi keutamaan kepada para  Alim Ulama untuk mengajar Agama di istana bagi Keluarga Diraja dan anak  orang-orang besar sehingga menyebabkan ramai pembesar negeri menjadi orang-orang  'alim. 
 
MELAKA 
Sultan Alaudin Riayat Syah yang memerintah  Melaka dalam tahun 1477-1488 M telah berusaha menegakkan Hukum Islam atau Hukum  Had dalam pemerintahannya untuk menyekat kegiatan jenayah. Baginda dikatakan  sanggup keluar diwaktu malam untuk menghapuskan kegiatan kecurian yang  berleluasa pada masa itu dan mengenakan hukuman potong tangan bagi pencuri yang  sabit kesalahannya. Dengan usaha gigih baginda, akhirnya ketenteraman Melaka  dapat dikembalikan. Hubungan rapat baginda dengan Khadi Munawar Syah yang  menjadi penasihat agama peribadi baginda membuahkan hasil yang amat  menakjubkan. 
 
KESIMPULAN 
Sejarah tidak boleh menipu dan ianya terbukti  sehingga hari ini. Kita boleh lihat sendiri betapa gigihnya pemerintah yakni  Raja-Raja Melayu dahulu dalam menegakkan Syariat Allah dimuka bumi ini. Ulama  juga diberi peranan yang penting dalam mencorakkan pemerintahan negeri. Ulama  dijadikan tempat rujukan Raja-Raja Melayu. Dahulunya nama para Ulama amat harum  semerbak di rantau Alam Melayu. Tanpa Ulama generasi kita sekarang tidak akan  mengenali Islam yang kita pegang hari ini. Begitulah peranan yang sebenar Ulama  dalam mentadbir sesebuah negeri atau negara. Sesungguhnya Politik para Ulama ini  mengcakupi keberkatan Dunia dan Akhirat. 
Wallahuaqlam. 
 
 
Syed Abu Iqbal Al-Jamalulail 
 
Sumber TKO - 31-8-2016 
 
----------------------------------------------------------------------------------------- 
  
 Kemasukkan Husam Musa didalam parti PAN tidak menjadi suatu yang luar biasa kerana semua orang sudah mengetahuinya. Hussam juga tak banyak pilihan dalam hal ini. Tapi yang paling menarik untuk saya panjangkan dalam ulasan ini ialah kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz 2 April 2004 sangat menarik untuk diambil pengajaran.
 
 Tuan Guru menyifatkan mana-mana alih PAS yang gugur daripada perjuangan PAS ini diibarat daun-daun yang gugur yang mana daun gugur ini akan menumbuhkan daun-daun baru yang lebih baik dan segar.
 
 " Daun luruh       kerana kering tetapi ini tidak kering ia menurun dan akan tumbuh pucuk       pula dengan cepat,'' kata Tuan Guru ketika menyampaikan kuliah mingguan di bangunan       pejabat Pas negeri di Jalan Datuk Pati.
 
 Kenyataannya itu sebagai simbolik bahawa parti itu akan kembali       berpengaruh semula selepas ada orang yang penting yang meninggalkan parti dan perjuangan.
 
 Agaknya pada masa itu Hussam Musa ada tak? Kalau ada dia menghayati tak ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz; dia kan kata puak PAN anak didik TGNA.
 
 - Penoreh Getah
 
 Sumber TKO - 31-8-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Najib  yang kita lihat lemah sebenarnya tidakla selemah sepertimana sangkaan  kita selama ini. Bukan hanya kita tersalah tafsir bahkan Mahathir juga.  Mahathir fikir laluan untuk mengantikan Najib tidakla begitu sukar  sungguhpun sedar bakal berdepan dengan beberapa cabaran. Sepertimana  Abdullah Badwi digantikan, Mahathir percaya Najib juga boleh ditukarkan  andai melaksanakan satu pelan tindakan yang tepat pada masa yang  bersesuaian. Tetapi jangkaan Mahathir meleset sama sekali.
 
 Baru-baru  ini Mahathir mengeluarkan kenyataan. Ada pengkhianat di kalangan Tan  Sri - Tan Sri yang pada awalnya berpakat untuk memobilisasikan satu  gerakan bagi menukarkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada tahun  2015. Jika bukan kerana tindakan pengkhianat itu sudah tentu Najib  berada di dalam penjara sekarang.
 
 Oleh  kerana beberapa minggu yang sudah Naib Pemuda UMNO Azwan Bro telah  membuat satu laporan polis berhubung isu yang sama ke atas tiga Tan Sri  iaitu, Zeti, Gani & Abu Kassim maka tiga nama ini dikaitkan semula  dalam kenyataan Mahathir ini. Mahathir pada anggapan media sepertinya  membayangkan antara ketiga-tiga Tan Sri yang terkait dalam komplot  menjatuhkan Najib, salah seorangnya telah khianat pada dua yang lain.  Pun begitu selepas disoal semula oleh pihak media, Mahathir menafikan  telahan tersebut.
 
 Jawab  Mahathir, wujudnya Tan Sri keempat yang mengkhianati tiga Tan Sri yang  lain. Tambah Mahathir lagi, Zeti, Gani & Abu Kassim ialah 'upright  person', orang yang baik-baik, hanya melakukan perkara yang betul dan  benar (hehe) sahaja.
 
 Tan  Sri keempat pada masa kini dispekulasikan merujuk kepada Khalid Abu  Bakar, Ketua Polis Negara pada saat ini. Ini berikutan Khalid dikatakan  ada hubungan baik dengan ketiga-tiga Tan Sri yang dinamakan awal dalam  laporan polis sebelumnya. Laporan itu kemudiannya diklasifikasikan  sebagai palsu oleh KPN sendiri. Dengan kenyataan terbaru Mahathir ini,  umum mula memikirkan suatu persoalan kenapa sesuatu yang dikatakan palsu  oleh big boss PDRM itu didedahkan oleh Mahathir dengan membayangkan  komplot menjatuhkan Najib itu adalah benar? Bukankah itu bermaksud  laporan polis yang dibuat oleh Azwan Bro itu adalah betul selepas  disahkan sendiri oleh Mahathir? Pun begitu ketika disoal media siapakah  Tan Sri keempat yang mengkhianati rancangan tersebut, Mahathir sekadar  tersenyum. Tidak memberikan atau mengesahkan apa-apa nama sungguhpun  nama Khalid disebut wartawan.
 
 Susulan  dari kenyataan Mahathir itu, RPK dalam portalnya menulis kronologi  bagaimana dan kenapa komplot menjatuhkan Najib boleh menjadi gagal.
 
 Pada  24 Julai 2015, waktu tengahari Gani telah dipanggil bagi bertemu Najib.  Najib kemudiannya menyoal Gani apakah benar wujudnya kertas pendakwaan  ke atas dirinya dan kertas pendakwaan itu telah disediakan 2 bulan lebih  awal meskipun siasatan ke atas 1MDB belum pun bermula. Bahkan ketika  itu jawatankuasa siasatan khas (task force) pun belum dilancarkan lagi.  Najib juga turut menyoal Gani apakah wujudnya campurtangan Agong dalam  set-up jawatankuasa siasatan khas 1MDB. Memandangkan jawatankuasa itu  tidak pula diberi consent oleh kabinet. Najib juga bertanya. Bukankah  kertas pendakwaan seharusnya dibuat selepas siasatan selesai dijalankan  dan ternyata wujud unsur-unsur salahlaku disitu.
 
 Rashpal  Singh, orang kepercayaan dan business patner Abu Kassim juga dikatakan  telah terbang ke London bagi menemui Clare Rewcastle Brown, editor  Sarawak Report untuk menyerahkan kertas pendakwaan tersebut. Najib  bertanya kepada Gani tentang kesahihan perkara tersebut.
 
 RPK  menulis bahawanya kaitan antara Rasphal Singh dan Abu Kassim tidak lagi  menghairankan orang-orang di SPRM juga. Mereka telah lama ada business  deal sejak sebelum Abu Kassim mengetuai SPRM. Rasphal adalah individu  yang menjadi orang tengah untuk mengutip wang "under the table" bagi  pihak Abu Kassim juga. Oleh atas kepercayaan itu maka Rasphal dihantar  bagi menemui Clare untuk menyerahkan dokumen sulit tersebut.
 
 Pada  tahun lepas juga, Clare menulis di portal miliknya bahawa dia diekori  ketika menemui seseorang dari Malaysia. Aksi pertemuan itu turut  dirakamkan oleh lensa kamera si pengintip. Laporan polis telah dibuat  oleh Clare bagi memastikan keselamatannya tidak terancam.
 
 Dan  selepas Najib menceritakan semua itu kepada Gani Patail dan mengatakan  bahawa dia telah mengetahui apa yang sedang berlaku, Gani kemudiannya  menjadi panik & merasa gelabah. Dalam pada rasa mengelabah itu, Gani  beranggapan apakah IGP (Khalid Abu Bakar) yang membocorkan rahsia  kepada Najib dan menceritakan segala-galanya? Gani kemudiannya mengambil  tindakan dengan membocorkan semua perkara kepada Najib dan  mengakui/menceritakan apa yang telah/bakal dirancang disebalik tabir.
 
 Pada  hari yang sama di waktu petangnya Najib ada event dinner bersama Agong.  Ketika menghadiri majlis tersebut Najib kemudiannya menceritakan apa  yang diakui oleh Gani Patail siang tadinya. Agong kelihatannya 'tidak  suka' dengan perkembangan terbaru itu lalu meminta Najib kembali  mengadapnya pada pagi isnin 27 Julai 2015.
 
 Pada  27 Julai 2015, Najib bertemu Agong. Surat pemecatan Gani Patail sebagai  Peguam Negara bertukar tangan dan pada selasanya 28 Julai 2015, Gani sah  dipecat serta-merta. Namun kerajaan memberikan alasan bahawanya Gani  tidak sihat dan perlu menjalani rawatan oleh itu perkhidmatannya  ditamatkan bagi memberikannya laluan untuk focus kepada masalah  kesihatannya.
 
 Pada  pertemuan Najib-Gani 24 Julai itu juga Gani memecahkan rahsia. Gani  memberitahu Najib bagaimana Muhyiddin akan menggunakan kertas pendakwaan  tersebut bagi memaksa Najib berhenti sebagai Perdana Menteri. Jika  Najib enggan akur pada desakan tersebut maka Muhyiddin dengan bidang  kuasanya akan memastikan pendakwaan/tangkapan berlaku ke atas Najib.  Najib perlu berundur dan Muhyiddin akan mengambilalih jawatan Perdana  Menteri Malaysia yang baru. Pun begitu belum pun terlaksana apa yang  bakal dirancangkan Muhyiddin, Najib terlebih dahulu menyingkirkan  Muhyiddin dan Shafie Afdal dalam mesyuarat kabinet 29 Julai 2015.
 
 Ianya  bukan Khalid yang mendedahkan maklumat kepada Najib sebaliknya adalah  Gani. Apa yang semua orang tidak tahu, Gani la yang mendedahkan 5 lagi  nama Tan Sri lain yang turut sama terlibat bagi memastikan Najib  berundur sebagai PM Malaysia, jelas RPK dalam penulisannya itu. Gani  yang menjual nama dan hanya sedikit dari mereka yang mengetahui  kebenaran ini.
 
 Nota :
 
 1.  Ketika melakukan pencarian berkaitan penulisan di atas, aku dapati Gani  Patail dan Abu Kassim tidak layak ditakrifkan sebagai individu yang  kononnya bermaruah dan bermoral.
 
 2.  Gani, Abu Kassim (ketika itu sebagai timbalan), bersama Musa Hasan  terlibat dalam satu penahanan seorang peguam secara salah berikutan  scandal copgate. Gani juga menjadi 'alatan' Mahathir dalam memenjarakan  Anwar pada tahun 1998-1999. Gani dikatakan melakukan apa saja cara  asalkan Anwar terpenjara meskipun Anwar akhirnya dilepaskan pada tahun  2004 berikutan kekurangan bukti dan hujah pendakwaan yang lemah. Gani  kemudiannya dilantik menjadi Peguam Negara.
 
 3.  Rosli Dahlan ialah peguam pada tahun 2007. Ramli Yusof pula ialah CCID.  Rosli telah membantu Ramli dalam melengkapkan proses penahanan Tengku  Goh.
 
 4. Skandal Copgate merujuk kepada skandal yang melibatkan institusi kepolisan Malaysia. Cop = mewakili polis.
 
 5. Musa dikatakan punya hubungan rapat dengan Ketua Kongsi Gelap. Goh Cheng Poh dan BK Tan.
 
 6.  Segalanya bermula apabila Tengku Goh berjaya ditahan oleh Ramli dan  orang-orangnya kerana terlibat dalam kegiatan money laundering.
 
 7.  Tengku Goh kemudiannya memohon Habeas Corpus. Habeas Corpus ialah  perintah mahkamah bagi membebaskan seseorang yang telah ditahan secara  salah. Kongsi gelap Tengku Goh menggunakan saluran ini bagi mendapatkan  kebebasan.
 
 8.  Ramli mempertahankan tangkapan berserta bukti, apabila dimohon afidavit  dari peguam negara, Gani enggan menjalankan tugas. Sebaliknya Ramli,  Rosli dan enam pegawai polis yang lain didakwa dan dipenjarakan atas  penahanan Tengku Goh.
 
 9.  Ramli dan Rosli kemudiannya dibebaskan pada tahun 2009. Dan mereka  berdua menfailkan saman secara berasingan terhadap SPRM, Gani Patail,  Kerajaan Malaysia, Utusan kerana menahan secara salah dan menyebabkan  maruah mereka tercemar dengan teruk disamping keluarga turut dilemparkan  dengan pandangan negatif masyarakat. Rosli ditahan atas alasan memiliki  aset melampaui dari kemampuannya sedangkan dia telah bersumpah akan  membuat pengisytiharan aset.
 
 10.  Kevin Morais turut disaman oleh Rosli kerana ketika itu mendiang bekerja  di SPRM, dan sehingga tahun 2015, ketika hadir dalam satu prosiding  mahkamah untuk memberikan keterangan berkaitan tuntutan saman tersebut,  Kevin tegas mempertahankan tindakannya bahawa penangkapan Rosli adalah  sah dan mengikut undang-undang. Kevin juga merupakan orang kepercayaan  Gani Patail.
 
 11.  Dalam perbicaraan tersebut juga mendedahkan bagaimana Gani masuk campur  dalam urusan SPRM. Abu Kassim dikatakan mahu menutup kes Rosli tetapi  telah dihalang oleh Gani. Saksi ialah Robert Phang, bekas ahli panel  jawatankuasa pencegahan rasuah & konsultansi SPRM.
 
 12.  Pun begitu pada tahun 2016, bulan April, SPRM akhirnya mengakui salah  dan meminta maaf kepada Rosli kerana menahannya secara salah. Kevin  Morais dan Gani juga tiada lagi dalam pentadbiran kerajaan, oleh itu  Rosli kemudiannya membatalkan semua tuntutan saman. Utusan juga pada  sebelum itu telah memohon maaf secara terbuka menerusi ruang akhbarnya  dan mengakui artikel yang ditulis berdasarkan andaian tanpa pembuktian  yang nyata.
 
 13. Untuk rekod, pada tahun 2012 menteri berkata tiada keperluan untuk menyiasat Musa Hasan dalam skandal Copgate.
 
 Rujukan.
 
 http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-368494.html
 
 http://www.themalaysiantimes.com.my/utusan-mohon-maaf-saman-peguam-batal/
 
 http://www.mykmu.net/2015/09/timbalan-pendakwaraya-yang-hilang-merupakan-defendan-saman-beratus-juta/
 
 https://m.malaysiakini.com/news/336647
 
 http://www.malaysia-today.net/when-gani-sold-out-zeti-and-abu-kassim/
 
 
 Sumber http://www.amenoworld.net
 
 Sumber TKO - 27-8-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Konflik dalaman Pakatan Harapan di antara PKR dan PAN dikatakan semakin  memuncak apabila ketua cybertrooper PAN, Abe Awang Malaya secara terbuka  mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 Abe Awang Malaya sebelum ini dilihat mensasarkan kritikan kepada  Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin yang dilabelkannya  sebagai pemusnah Pakatan Harapan (PH), namun terbaharu ketua  cybertrooper PAN itu menukar sasarannya dengan menyerang Presiden PKR  pula.
 
 “Bukan setakat lemah, bahkan Dato’ Seri Wan Azizah terlalu lemah…. Itu saja puncanya.
 
 “Masalah dalaman PKR pun Kak Wan gagal menanganinya dengan baik,  inikan pula nak selesaikan masalah Pakatan Harapan,” kritik Abe Awang  Malaya dalam Facebook hari ini.
 
 ketua cybertrooper PAN turut mendedahkan kejadian di sebalik tabir  berkenaan Mesyuarat Majlis Pimpinan PH yang diwakili tiga parti, DAP,  PKR dan PAN.
 
 “Saya pernah bagitahu Abang Mat (Mohamad Sabu), Presiden Amanah….  Saya katakan kepada Abang Mat secara berdepan, panggil satu mesyuarat  Majlis Presiden Pakatan Harapan, ambil satu ketetapan, kemudian  keluarkan suatu resolusi yang diisytiharkan secara terbuka bahawa musuh  Pakatan Harapan ialan Barisan Nasional dan PAS….
 
 “Mana-mana pihak yang didapati menjalinkan hubungan dengan BN dan PAS  sama ada secara terbuka atau di dalam gelap, tindakan tegas akan  diambil.
 “Abang Mat jawab : “Resolusi apa, Majlis Presiden nak buat meeting  pun tak boleh….! Panggil meeting, depa tak mai (datang)…. dua kali yang  terakhir, sebelum Pilihanraya Sarawak, isu pertindihan kerusi, kita  panggil meeting depa (PKR) tak mai…. sebelum penamaan calon Sungai Besar  dan Kuala Kangsar, kita nak meeting, PKR tak mau……!,” dedahnya.
 
 Pada Selasa, AIDCNews mendedahkan terdapat krisis dalaman di antara  PAN dan PKR khususnya di Selangor yang dapat dikesan melalui serangan  terbuka blogger pro PAN, Abdul Rahman Abdul Talib terhadap PKR.
 
 Selanjutnya sila baca “PKR dan PAN Sedang Bergolak Di Selangor ?”
 
  
  
  
 
  
  
 Sumber: AIDCNews
 
 Sumber TKO - 20-8-2016
 -----------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 SHAH ALAM – Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan laporan  Sarawak Report yang mengaitkan Pas dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak dengan RM90 juta mempunyai agenda untuk melemahkan parti Islam  itu gara-gara dilihat mesra dengan Umno.
 
 Pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr  Sivamurugan Pandian berpendapat, ada kemungkinan dakwaan itu sebagai  strategi terbaharu yang diguna pakai dalam usaha menjatuhkan Pas.
 “Saya percaya Pas akan mengambil pendekatan untuk menghentikan laporan  itu jika ia bersifat tohmahan. Mungkin juga ia agenda untuk melemahkan  Pas memandangkan Pas tidak berada dalam Pakatan Harapan yang juga  dilihat mesra kepada Umno.
 “Tapi secara umumnya, baik ahli Pas ataupun bukan, harus melihat dengan  lebih menyeluruh dan memastikan mendapat butiran yang benar supaya ia  tidak hanya bersifat sensasi,” katanya kepada Sinar Online.
 Sebelum ini, Pas dikaitkan dengan RM90 juta dalam usaha merayu agar Pas  menjauhi gabungan pembangkang yang sedang dalam perancangan.
 Namun Pas tidak berdiam diri sebaliknya terus menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas portal berita tersebut.
 Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak  (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, dakwaan yang dibuat Sarawak  Report itu tidak boleh hanya bersandarkan cakap-cakap sebaliknya ia  perlu mengemukakan bukti yang kukuh jika tidak mahu integriti  kewartawanannya terjejas.
 “Kalau tidak, dakwaan itu hanya dianggap sebagai satu tuduhan untuk mencalarkan imej dan reputasi Najib, Umno dan Pas.
 “Lebih-lebih lagi dalam konteks orang melihat sudah wujud semacam  kemesraan antara kedua-dua parti ini. Jadi, ini dapat dilihat sebagai  satu percubaan untuk menjejaskan integriti dan kepimpinan Umno dan Pas,”  katanya.
 Dalam pada itu, menurut Jeniri, tanpa berlandaskan bukti kukuh, Sarawak  Report hanya akan membuatkan orang ramai tidak mempercayai portal itu  lagi.
 “Sarawak Report tentu punya justifikasinya sendiri berlandaskan ilmu kewartawanan yang ada padanya untuk keluarkan laporan itu.“Jika tidak, integriti Sarawak Report akan terjejas dan orang tak akan  percaya sekiranya mereka asyik menyiarkan berita yang tidak beretika dan  tidak bertanggungjawab kerana kewartawanan yang baik dan profesional  adalah kewartawanan yang bersandarkan sumber sahih dan fakta tidak  diragui,” katanya.                                                                                                                                                                                                                            Sumber TKO - 19-8-2016                                                                              ------------------------------------------------------------------------------------
 
 Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7tygb86Ar-Q
 
 Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak tidak boleh disalahkan sepenuhnya atas apa yang berlaku  terhadap negara ketika ini,  katanya di Kuala Lumpur, hari ini.. Pelik juga kenapa dulu marah Presiden PAS tak nak jatuhkan Najib, tapi nak jatuhkan BN.
 
 KreditSINAR HARIAN                                                                                                                                                                                                               Sumber TKO - 19-8-2016                                                                                ----------------------------------------------------------------------------------------
 
 
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31384| Isu Azizulhasni; Kerajaan BN Diingatkan Tepati Semua Janji Posted on Friday, August 19 @ 07:06:17 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
 |  
  
 KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu agar jangan ‘terlepas pandang’ tetapi mestilah menepati janji-janji kepada rakyat.
 
 Ia berikutan isu panas selepas pemenang pingat gangsa acara keirin lelaki di Olimpik Rio, Azizulhasni Awang mengkritik Menteri Besar Terengganu yang didakwa beliau tidak membantunya, dalam usaha menggapai kejayaan.
 Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata isu yang dibangkitkan oleh atlet berbasikal negara, Azizulhasni Awang itu sebenarnya memalukan negeri Terengganu.
 
 
  Ini kerana, katanya Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sumber hasil yang banyak tetapi seolah mengabaikan kebajikan para atlet sukan.
 “Azizulhasni Awang anak Terengganu yang memberi sumbangan yang besar kepada sukan bukan hanya negara tetapi kepada negara,
 “Isu itu amat memalukan negeri Terengganu sendiri sebagai sebuah negeri yang mempunyai sumber hasil yang banyak tetapi seolah-olah kebajikan mereka terabai.
 “Kita (PAS) harap kerajaan negeri dan pihak kementerian jangan terlepas pandang lagi dalam isu-isu seperti ini. Sebab, ianya melibatkan generasi akan datang.
 “Seolah-olah kerajaan hanya ingin ambil kesempatan apabila (atlet) dapat pingat. Namun, janji-janji itu tidak ditepati,” tegasnya dalam satu sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, hari ini.
 
 
  ‘Velodrom’ Masih Tertengguh
 Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka mendakwa pihak kerajaan turut memungkiri janji bagi membina kemudahan sukan velodrome sejak tahun 2009.
 Ketika itu, katanya Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek adalah Menteri di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengumumkan akan membina sebuah valedrome di Dungun, Terengganu.
 Ustaz Satiful mendakwa, janji-janji itu dibuat bagi meraikan kejayaan atlet sukan berbasikal Azizulhasni Awang yang pernah beraksi di Olimpik, London tahun 2008.
 velodrom dungun“Kita semua sedia maklum, pada tahun 2009 ketika Dato’ Ahmad Shabery Cheek menjadi Menteri Belia Sukan telah mengumumkan untuk membina velendrum di Dungun, juga kerana hendak meraikan kecemerlangan yang pernah dibuat oleh Azizulhasni.
 “Pada Disember 2010 pula, telah diadakan majlis pecah tanah oleh Menteri Belia dan Sukan, kos membabit RM1.5 juta tetapi sampai sekarang masih tidak menjadi kenyataan.
 “Khairi Jamaluddin (menteri baharu) pada 27 Mac 2014 lalu juga telah umum hendak buat veledrome Dungun & juga velodrome tertutup di Nilai Negeri Sembilan tapi sampai sekarang tidak buat lagi.
 
 
“Apabila isu Azizulhasni dapat pingat gangsa di Olimpik, Rio Brazil, dia (Khairi) umum hendak buat pula di Terengganu ini,” jelasnya kesal dengan janji yang tidak ditepati itu.                                                                                                                                                                                 Sumber  TKO - 19-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            Tahniah Azizulhasni Awang! MB Terengganu Memalukan
Sekalung tahniah diucapkan kepada jaguh keirin negara, Mohd Azizulhasni Awang di atas pencapaian pingat gangsa dalam acara keirin pada Olimpik Rio 2016.                                                                              
Menempatkan diri tempat ke-3 terbaik dunia serta lebih-lebih lagi beliau satu-satunya pemenang dari benua Asia sudah cukup membanggakan kami rakyat Terengganu.                                                                                          
Di sebalik kejayaan tersebut, terselit kisah kesusahan “Pocket Rocket Man” untuk mendapatkan tajaan sebuah Roadbike dari Kerajaan negeri Terengganu. Walaupun Menteri Besar Terengganu, Encik Ahmad Razif Abdul Rahman telah menyatakan yang beliau tidak mengetahui akan permohonan tersebut. Di sini ingin kami tekankan agar perlunya Kerajaan negeri lebih fokus dan memberi penekanan kepada sukan-sukan yang berprestasi tinggi seperti lumba basikal. Bukan sahaja hanya tertumpu kepada peruntukan berjuta-juta pada sukan bola sepak negeri. Adalah amat memalukan seorang atlet yang bertaraf dunia dan olimpik seperti Azizulhasni Awang dan Fateha Mustapha ini tidak mendapat perhatian daripada pihak kerajaan negeri.                                                                          
Akhir kata semoga ini menjadi satu titik bagi kejayaan sukan lumba basikal pada masa-masa akan datang. One day, we’ll be telling our children about this man. Congratulations!!!                                                        
Sekian, Terima Kasih.                                                                                                                                            
“Bertekad Melebar Muafakat” 
“Inilah Penyelesaian Kita” 
Yang benar, 
Ahmad Zulkaramie Salleh 
Pengarah 
DACS Terengganu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Sumber   BO - 18-8-2016           
 
  
 Apabila Abdul Rahman Abdul Talib  mula melemparkan sumpah seranah kepada PKR ia telah memberi gambaran  bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan PAN dengan Parti  Keadilan khususnya di negeri Selangor.
 
 Abdul Rahman Abdul Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi  merupakan penyokong tegar PAN melemparkan lapan kata nista kepada PKR  hanya kerana Parti Keadilan itu menuduh PAN sebagai khadam DAP.
 
  Walaupun Tulang Besi tidak menyatakan sebab-sebab dia melemparkan nista kepada PKR itu, namun blogger pro PAS, Tentera Semut Gerup memberi sedikit pencerahan apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan Selangor mutakhir ini.
 “Semalam kecoh…
 “Pimpinan PAN menyerang pimpinan PKR di SUK kerana maklumat sulit  hasil perbincangan yang tersiar di media sosial (nama pemimpin PAN yg  menyerang pemimpin PKR dirahsiakan demi menjaga aib mereka).
 “PKR dituduh tidak patuh pada janji dan sengaja membocorkan maklumat  sulit hasil perbincangan yang berlaku antara pimpinan PKR, DAP, PAN,  BERSATU dan PAS.
 “Komen aku… Padan muka hangpa. Dua dua tak leh pakai,” dedahnya.
 
  Sebelum ini, Tentera Semut Gerup mendedahkan terdapat perbincangan pimpinan PKR, DAP, PAN, BERSATU dan PAS di Selangor.
 Memetik sumber daripada PKR, blogger itu mendedahkan enam perkara telah diputuskan untuk mengekalkan kemenangan pembangkang di Selangor iaitu :
 1.  PKR akan bertanding di kerusi yang sama dalam PRU 13.
 2.  DAP akan bertanding di kerusi yang pernah ditandingi masa PRU 13.
 3.  PAS juga akan bertanding dikerusi yang pernah ditandingi dalam PRU 13.
 4.  BERSATU pula akan diberi kerusi dari DAP dan PKR untuk ditandingi.
 5.  PAN pula dicadang oleh pimpinan DAP supaya dibubarkan dan  pimpinan PAN diberi beberapa kerusi ‘ehsan’ dari DAP. Ini kerana PAN  ‘tidak menonjol, tidak mendapat sambutan dan tidak disukai’ oleh  kebanyakan rakyat.
 6.  PKR dan DAP risau jika PAN bertanding akan kalah. Oleh itu PAN  akan diserap ke dalam dalam DAP. Tapi pemimpin PAN tak setuju.
 
  Tentera Semut Gerup turut mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin  yang menegaskan parti itu akan tetap menjalinkan kerjasama dengan PAS,  meskipun Parti Islam itu menubuhkan platform Gagasan Sejahtera.
 “Menurut Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin… walau pun  tiada suatu penyertaan bersama, namun ianya ‘hak’ sebuah parti untuk  bersama samada dengan bertulis atau tidak…
 “Fahaman disebalik ayat tersurat ialah PKR bimbangkan kerusi MB terlepas dari genggaman PKR sekarang…
 “Dalam bahasa tersirat… PKR sedang mengemis jawatan MB Selangor untuk  dijadikan ‘kerusi tradisi’ PKR untuk survival selepas PRU14 nanti…
 “Pemerhati politik kebanyakan mengatakan kewujudan PAN adalah satu  ‘penyesalan’ buat PKR & DAP kerana strategi yang GAGAL dan MUSNAH…,”  ulasnya. - AIDCNews
 Sumber   TKO - 17-8-2016                                                                                                                                                                                                 ---------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Tun Musa Hitam dilaporkan meletak jawatan sebagai timbalan perdana  menteri pada tahun 1986 kerana ketiadaan persefahaman yang tidak boleh  diperbaiki dengan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
 Namun, keputusannya dibuat sekelip mata gara-gara apabila Mahathir menuduhnya cuba untuk menjatuhkannya.
 Dakwaan palsu itu, kata Musa disebarkan oleh tiga pemimpin yang  digelar sebagai "AIDS" iaitu singkatan nama untuk Datuk Seri Anwar  Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid.
 Dalam bukunya 'Frankly Speaking', Musa menceritakan bagaimana  Mahathir pada akhir tahun 1985, menghambur kepada Majlis Tertinggi Umno  tentang seseorang yang cuba untuk menggulingkannya tetapi tidak  menamakan individu berkenaan.
 
  "Sepanjang  hamburannya itu, saya cukup naif untuk tidak berfikir bahawa beliau  bercakap tentang saya. Sebaliknya, saya hanya senyap menyumpah individu  yang tidak dinamakan ini. "Saya masih ingat, saya menoleh kepada Daim, yang duduk di sebelah  saya, memintanya menerangkan apa yang diperkatakan oleh perdana menteri.  Daim, ketika itu menteri kewangan, menjawab bahawa beliau tidak tahu,"  tulis Musa.
 Musa kemudiannya mendapati "kumpulan yang dikenali sebagai AIDS"  telah menyebarkan "cerita negatif" mengenainya, tetapi beliau tidak  mengambil serius tuduhan berkenaan pada masa itu.
 Pada bulan Disember tahun itu, Musa berkata beliau akhirnya menyoal Mahathir berhubung siapa yang cuba untuk menjatuhkannya.
 "Bagi saya, individu berkenaan melakukan sesuatu yang terlalu serius untuk diabaikan.
 "Berdasar semangat itu, semasa melawatnya di Kementerian Pertahanan  pagi berikutnya, saya bertanya kepadanya. 'Siapakah yang kamu bercakap  itu? Siapa yang cuba menggulingkan kamu?'
 "Jawapannya adalah kejam kerana ia berterus-terang: Kamu-lah!"
 Punca sebenar
 Selepas pulih daripada kejutan, Musa berkata, beliau membuat  keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri,  kerana merasakan dirinya tidak lagi boleh berkhidmat jika tidak lagi  mendapat kepercayaan.
 "Keputusan saya untuk meletak jawatan tidak ada kaitan dengan  ketiadaan persefahaman, ketidakserasian, atau (Tengku) Razaleigh  (Hamzah)," katanya merujuk kepada kenyataan Mahathir bahawa beliau  meletakkan jawatan kerana kekecewaan kerana Razaleigh dilantik ke  kabinet walaupun tewas pada pertandingan untuk jawatan timbalan presiden  Umno pada tahun 1984.
 
  Beliau  berkata peletakan jawatannya juga bukannya disebabkan oleh Insiden  Memali pada tahun 1985, di mana Musa dipersalahkan mengakibatkan  kematian 14 orang awam dan empat anggota polis, mahupun perbezaan gaya  kepimpinan mereka. Musa turut menafikan dakwaan bahawa beliau menghasut Razaleigh mencabar Mahathir pada pemilihan parti Umno pada 1987.
 Sebaliknya, Razaleigh membuat keputusan sendiri untuk bertanding  jawatan presiden Umno dan Musa berkata beliau sendiri hanya  mempertahankan jawatan timbalan presiden Umno menentang pencabarnya, Tun  Ghafar Baba yang menggantikannya sebagai timbalan perdana menteri.
 Musa berkata, meskipun beliau menyokong usaha Razaleigh menentang  Mahathir, beliau tidak mempunyai niat untuk menanggotai kabinet putera  Kelantan itu sekiranya gandingan mereka menang pada pemilihan parti.
 Pemilihan Umno 1987 menyaksikan kemenangan tipis untuk Mahathir dan Ghafar.
 Bagaimanapun, keputusan pemilihan itu dicabar dan dibawa ke mahkamah  yang kemudiannya mengisytiharkan Umno tidak sah dan dibatalkan  pendaftarannya.
 Mahathir seterusnya menubuhkan Umno Baru, manakala Razaleigh membentuk Semangat 46.                                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 16-8-2016                                                                                                                                                                                                  ----------------------------------------------------------------------------------------
 
 "
   
 Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut"kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90 juta dari PMNajib.
 
 
 Istilah "kecurigaan meluas" ini lah yang  dikira nilai berita  oleh Sarawak Report. Mengapa SR tidak menyebut  ""keyakinan yang  diyakini" ?
 
 Ini menunjukkan betapa nilai berita SR sekadar "sampah busuk yang lak dibakul sampahkan".
 
 Anda melihat betapa berbeza reaksi  dakwaan SR terhadap PMNajib tentang  isu 1MDB. SR tetap dengan dakwaan  tanpa berganjak bahkan PMNajib masih  tidak menyamannya.
 
 Tetapi bila PAS melalui Timbalan  Presiden  bersuara untuk menyaman SR,dengan pantas SR menjawab dengan  istilah "  kecurigaan meluas".
 
 Apa maknanya? SR takut dengan tuduhan jahatnya itu.
 
 Sarawak Report kini mengikut jejak Malaysiakini untuk bergabung memusuhi PAS.Melontar dan menyembunyikan diri.
 
 Menghairankan dakwaan itu berlegar di  sekitar pengundi Cina. Siapa  punya kerja ? Semestinya kerja DAP dan  baruanya PAN.Motifnya supaya  pengundi Cina semakin membenci dengan PAS.
 
 Tahniah kepada Mahfuz Omar yang tumpang semangkuk dengan SR,MalaysiaKini,DAP dan PAN.
 
 Cuba anda nilai kenyataan Mahfuz dalam MalaysiaKini :
 
 “Jika  SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang   tersebut saya percaya individu pimpinan PAS tersebut akan bersedia   memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ia derma politik Najib kepada   PAS atau untuk individu tersebut.”
 
 Percayalah Mahfuz akan mati karier politiknya dalam keadaan terkangkang-kangkang di celah Pokok Sena ! KEJAHATAN YANG MELUAS                                                                                                                                                                                               Sumber  TKO - 9-8-2016                                                                                 --------------------------------------------------------------------------------------
 
 Cybertrooper PAN dan PKR tak penat untuk cari modal kutuk kepimpinan PAS. Apabila PAS tak serius untuk sahut ‘pelawaan’ Ahmad Said untuk tumbangkan MB Ahmad Razif dan UMNO, sekali lagi  PAS mesra UMNO  diratibkan. Yang aku pelik penganalisis politik yang ada kepakaran pun terlepas pandang akan mengapa TGHH dan PAS Terengganu bersikap demikian. Mari aku nak beritahu, agar korang semua celik mata.
 
 
Bukankah yang pasti, hanya Ahmad Said seorang yang buat hal dengan UMNO? Hanya beliau  seorang yang ugut nak bergabung dengan PAS. PAS ada 14 kerusi sahaja. Yang lagi satu itu, Azan Ismail PKR punyalah.  Tumbang ke 14 PAS + 1 Mat Said  lawan UMNO yang tinggal 16 kerusi. Matematik simple ini pun korang tak faham. 
 
Mungkin korang jawab 14 PAS + 1 PKR + 1 Mat Said dapat menumbangkan 16 UMNO. Siapa kata? Kat mana di Malaysia ini, kerajaan terbentuk tanpa majoriti? TambaIan lagi, korang kenal ke siapa itu Azan ismail PKR? Korang pernah tanya pendapat Azan Ismail PKR tentang kerja tumbang-menumbangkan UMNO ini? Korang pernah dengar Azan Ismail PKR ajak PAS berpakat dengan Ahmad Said? Pernahkah? Dah kalau tak dengar, korang tak boleh fikirkah kenapa? 
 
Korang dah lupa siapa yang lompat-melompat sehingga tumbang PR di Perak dulu? Perangai manusia yang gila habuan dunia bukan sahaja ada di Perak, mereka juga boleh wujud di Terengganu dan di seantero Malaysia. Silap haribulan, hari ini 14 PAS sahut pelawaan  1 Ahmad Said, senyap-senyap esok pagi 1 Azan PKR umum bersama dengan UMNO untuk jadi exco. Itu yang korang tunggu nak tengok. Korang nak tengok sangat PAS melopong. Korang kemaruk sangat nak sindir lunyai TGHH. 
 
Sebelum itu semua berlaku, eloklah korang semua yang melopong. Nampak sangat bijaknya bacaan politik TGHH dan PAS Terengganu. Itu belum aku ceritakan perangai ‘tak boleh pakai’ Ahmad Said. Kalau aku ungkit satu persatu, baru korang semua jatuh terduduk macam ayam berak kapur. Kih.Kih.Kih.  
 
Motif tulisan aku ialah sebelum korang membengongkan orang, baik korang tilik kebengongan diri sendiri dulu. Sekali lagi kih,kih,kih.facebook Salam Muhammad @ BayangDiAir                                                                                                                                                                     Sumber TKO - 9-8-2016                                                                                                                                                                                                    -------------------------------------------------------------------------------------- 
 
  
 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO sekarang ini sukar mencari Perdana Menteri yang benar-benar boleh mentadbir negara kerana kepemimpinan yang ada sekarang bukan terdiri daripada cerdik pandai.
 
 
“Orang yang lebih bodoh boleh masuk  (UMNO)… orang yang lebih pandai tak boleh.. jadi bila dia mati..  pengganti dia bodoh daripada dia. 
 
“Lepas orang yang bodoh ni naik menjadi ketua.. dia pun macam tu juga.. dia pilih yang lagi bodoh untuk masuk dan bila dia mati.. si bodoh ni la yang ganti dia. “Sebab tu  hari ini bila UMNO nak cari siapa patut jadi Perdana Menteri susah nak  dapat sebab yang ada bodoh-bodoh belaka.. saya fikir amalan ini patut  dihentikan,” katanya berucap pada perhimpunan menerangkan isu-isu semasa  di Karangan, Kulim Julai 2016
 
 Mahathir mengatakan UMNO hari  ini tidak memberi peluang kepada  orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan  ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.  Pasal itu mereka yang cerdik masuk PAS tak hairan dalam PAS ada ramai  Dr.
 
 
 Oleh itu secara amnya bolehlah kita katakan berdasarkan apa yang telah  dinyatakan oleh Tun Mahathir juga kini apa yang tinggal di dalam UMNO  adalah golongan tidak profesional , tidak cerdik dan tidak pandai.
 
 Atau dalam bahasa mudahnya ialah golongan bodoh dan bangang yang kini bersama UMNO ini kerana sudah berpuluh tahun UMNO  tidak membenarkan golongan cerdik pandai menyertai UMNO.
 
 Selain dari itu Tun Mahathir juga menjelaskan bahawa golongan cerdik  pandai tidak disokong di dalam UMNO dalam lain ayat hanya yang Bodoh  dilantik memimpin UMNO.
 
 Mahathir dilaporkan berkata keadaan UMNO ini adalah “rotten to the core” atau yang telah diterjemahkan kepada “busuk sehingga ke usus”.
 
 Terjemahan yang tepat untuk “Rotten to the Core” dengan mengambil contoh buah epal. Di bahagian tengah epal itu dipanggil sebagai “core” iaitu bahagian paling dalam. Apabila epal itu sudah busuk sehingga ke “core” ini bermakna epal itu sudah tidak berguna lagi dan harus dibuang.
 
 Beberapa  hari lalu Tun Mahathir berkata parti baharu ini untuk mengambil alih  ahli-ahli UMNO. Kemudian hari ini pula penganalisis politik Prof Dr  Ahmad  Atory Hussain berkata parti politik baharu berasaskan Melayu dan  Bumiputera diterajui bekas  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan hanya  kerana Umno kini bermasalah dan tujuan sebenar parti politik baharu itu  ditubuhkan ialah untuk menyelamatkan Umno.
 
 Saya tak nak komen panjang, anda boleh fikir sendiri.
 
 
 "
   
 Ayah Pin  tidak pernah dijumpai sejak kesesatannya di kesan Jabatan Agama  Terengganu.Entah ke mana larinya.polis kita yang canggih alat  pengesannya pun tidak dapat mengesannya.Adakah ilmunya macam David  Copperfield? Allahu a'lam.Sejak tahun 2004zaman Deris Jusoh jadi MB  Terengganu,ayah Pin terus diburu.
 
 Cumanya Ayah Pin diketahui sebagai pengikut Barisan Nasional dan UMNO.
 
 Tiba-tiba  awal tahun 2016 berita kematiannya diketahui umum.Mati di  bumi Malaysia  dan dikebumikan dalam pengetahuan Jabatan Agama dan  polis.
 
 Jho  Low tiadalah terkenal dengan ajaran sesatnya kerana  sememangnya bukan  Islam.Cumanya dia kuat joli guna duit orang  ramai.Fotonya bersama  PMNajib pun tersebar umum.
 Adakah nasibnya seperti Ayah Pin? Ghaib sana ghaib sini.Lepas itu muncul berita kematiannya seperti Ayah Pin?Adakah Jho Low selicik Ayah Pin?"                                                                                                                                                                                        Sumber TKO  - 4-8-2016                                                                                                                                                                                                   ---------------------------------------------------------------------------------------
 
 SHAH ALAM - Penganalisis menjangkakan terlalu awal untuk menentukan  potensi parti baharu yang bakal ditubuhkan di Sabah oleh Naib Presiden  Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
 
 Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof  Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, meskipun pelbagai ura-ura mengaitkan  ramai di kalangan ahli Umno bertindak keluar parti bagi memberi sokongan  terhadap parti Ahli Parlimen Sempoerna itu, ia boleh dikatakan sebagai  gimik politik.
 “Parti ini belum pun ditubuhkan. Kita tunggu dan lihat perkembangannya.  Jika dibuktikan ada sokongan di kalangan ahli Umno sendiri, Umno  berkemungkinan akan tergugat,” katanya mengulas penubuhan parti baharu  oleh Mohd Shafie yang dilaporkan akan dilancar pada bila-bila masa.
 Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia  (UKM), Prof Datuk Dr Samsu Adabi Mamat menjangkakan penubuhan parti  baharu itu hanya akan mewujudkan perpecahan dalam Umno.
 Ini kerana katanya, pengaruh Mohd Shafie sebagai orang kuat pemimpin Umno di Sabah sudah tentu memainkan peranan penting.
 “Bagi ahli yang merasakan parti tidak lagi menepati cita rasa mereka,  sudah tentu akan bersama-sama dalam perjuangan parti baru itu. Ini akan  menyebabkan perpecahan dalam Umno,” katanya.
 Sumber TKO - 3-8-2016                                                                                 ----------------------------------------------------------------------------------------
 
 PETALING JAYA: Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata hari ini  bahawa kepercayaan dan keyakinan di antara ahli Pakatan Harapan telah  “lama hilang”.
 
 “Mereka tidak bertindak sebagai satu parti perikatan.  Berdasarkan satu sidang media yang diadakan oleh (Lim) Guan Eng, jelas  beliau kelihatan tidak begitu gembira tentang hakikat itu,” kata Khoo kepada portal FMT.
 Khoo memberikan komen terhadap sebuah sidang media yang diadakan  Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam, mengumumkan bahawa DAP telah  membatalkan niat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang  untuk membuka laluan kepada pilihan raya mengejut susulan bantahan PKR.
 Ketua menteri itu berkata keputusan DAP tersebut dibuat selepas pucuk  pimpinan sekutunya, termasuk timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin  Ali, tidak bersetuju dengan idea pilihan raya mengejut dan adalah  menjadi pegangan partinya bahawa persidangan hanya boleh diadakan dengan  persetujuan tiga lagi parti yang lain.
 
 
 “Berdasarkan sidang media itu sendiri, ini bukanlah petanda yang baik untuk PH. Kredibiliti dua parti ini sudah tercalar.”
 Jika DAP membuat keputusan untuk meneruskannya tanpa PKR, maka ianya  bakal menjadi pengakhiran bagi sekutu Pembangkang, tambah Khoo lagi.
 Bagaimanapun, dalam satu laopran dalam New Straits Times hari ini  (Isnin), penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia Dr. P.  Sivamurugan mempunyai pandangan berbeza dengan berpendapat langkah itu  menunjukkan kematangan.
 Beliau menyifatkan keputusan untuk tidak meneruskan pilihanraya mengejut itu sebagai “satu langkah yang bijak.”
 “Cadangan itu mengakibatkan pemimpin dari DAP dan PKR — dua  sekutu dalam PH– untuk bercanggah pendapat secara terbuka dan  menunjukkan kepada masyarakat tahap kematangan mereka.
 “Adalah penting bagi PH untuk meyakinkan masyarakat bahawa  sebarang keputusan yang dibuat lebih mengambil kira kepentingan rakyat  daripada kepentingan peribadi,” kata Sivamurugan lagi.
 Sementara itu, pemimpin Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah memuji langkah  tersebut dengan mengatakan ianya sebuah resolusi yang positif.
 “Saya gembira sebuah persetujuan akhirnya dapat dicapai dan  pujian harus diberikan kepada pihak Pembangkang atas usaha mereka,  terutama sekali DAP.”
 Tambah Maria lagi, ia menunjukkan bahawa pihak Pembangkang telah  melakukan sedaya upaya untuk mengambil kira pendapat berbeza dan mampu  mengatasi masalah melalu perbincangan.
 “PKR pula telah membuktikan diri mereka seperti yang  dijangkakan dan berupaya bukan sahaja untuk menegakkan pendirian mereka,  malah mampu berunding secara baik dengan ahli sekutu PH yang lain  sehingga kata sepakat tercapai. Itu merupakan sesuatu yang wajar dipuji.“Ia juga menunjukkan bahawa PH telah meletakkan keutamaan sepenuhnya keatas melawan skandal terbesar negara ini–1MDB,” kata Chin kepada FMT.-Free Malaysia Today/MYNEWSHUB.CC                                                                                                                                                Sumber TKO - 2-8-2016                                                                                                                                                                                                      ---------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 
SHAH ALAM: Pembubaran Pakatan Rakyat (PR) yang mengikat PKR, PAS dan  DAP sejak 2008 yang lalu adalah tidak sah, demikian menurut bekas Naib  Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub. 
 
Reaksi itu sebagai menyokong kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat PKR,  Latheefa Koya terhadap 'kekecewaan' dan sindiran Tony Pua terhadap rakan  politiknya yang tidak membantu DAP ketika memerlukan sokongan. 
 
 
 
"Saya juga melihat bahawa pembubaran PR tidak sah kerana masih ada di  dalamnya PKR dan PAS, dan tidak pernah isytihar perbubaran PR.  
 
 
 
"Sebagai satu gabungan yang longgar, PH wujud dan dalam masa sama PR juga wujud," katanya kepada Antarapos. 
 
 
 
Terdahulu, pendirian PKR yang masih tidak bersetuju dengan Pilihan Raya  Negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang mengundang pertikaman lidah  dikalangan pemimpin PKR dan DAP. 
 
 
 
PKR, menerusi Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada malam Selasa  lalu memutuskan bahawa parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP  mengadakan PRN Pulau Pinang.  
 
 
 
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua pada semalam meluahkan  rasa kecewanya dan dalam masa sama menyindir rakan politik yang tidak  membantu partinya ketika memerlukan sokongan. 
 
 
 
Sindiran Pua itu kemudiannya dibalas oleh Latheefa dengan mempersoalkan  siapakah pihak pertama yang mendedahkan mengenai pilihan raya mengejut  itu. 
 
 
 
"Pertamanya betulkan kenyataan anda, siapa secara bersendirian umumkan  pilihan raya mengejut? Siapa secara sendirian mengumumkan terkuburnya  pakatan rakyat? Siapa yang umum pembentukan pakatan harapan kepada media  sebelum keputusan muktamad? 
 
 
 
"Jangan menjerit sewaktu terjun dan kemudian mengharapkan kami  menjelaskan berapa tinggi," demikian memetik posting Latheefa di laman  Facebooknya. 
 
 
 
PR diumumkan terkubur oleh DAP pada Jun 2015 selepas sering bertelagah  dengan PAS berhubung kehendak parti Islam itu melaksanakan undang-undang  Islam di Kelantan. 
 
 
 
Mustafa ketika mengulas lanjut berkata, walaupun pembangkang kini  berpecah kepada beberapa gagasan, adalah sangat penting untuk memastikan  hanya pertembungan satu lawan satu sahaja dalam Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14) kelak. 
 
 
 
"Bagaimana pada PRU14 nanti adalah perdamaian di kalangan parti-parti  pembangkang dapat dilakukan supaya boleh berlaku pertandingan satu lawan  satu dengan BN," ulasnya. 
 
 
 --------------------------------------------------------------------------------------
 
 Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Parti Amanah  Negara (PAN) perlu 'dihilangkan' bagi memberi laluan kepada satu lawan  satu dengan Barisan Nasional (BN).
 
 Beliau berpendapat, hanya dalam keadaan tersebut, pembangkang berpeluang untuk menumpaskan Barisan Nasional (BN).
 "Dalam keadaan ini (ketiadaan PAN), soal pengagihan kerusi akan  menjadi mudah. Mereka (PAN) boleh memasuki PKR, DAP atau kembali ke Pas.
 "Jika mereka memasuki PKR, maka kami akan menjadi rakan pakatan, bukan lagi musuh," katanya kepada Sinchew Daily.
 Tuan Ibrahim mengulangi kenyataannya bahawa Pas akan 'membalas' di  kawasan Pakatan Harapan yang lain jika PAN bertanding di kerusi Pas.
 Katanya, Pas bagaimanapun tidak akan 'mengacau' jika PAN bertanding di kerusi yang diberikan DAP kepada parti tersebut.
 "DAP mungkin mengosongkan satu atau dua keusi kepada PAN, PAN juga mungkin menang melalui sokongan pengundi Cina.
 "Pengundi Melayu bagaimanapun tidak akan menyokong PAN. Ingin saya tanya sejauh mana PAN boleh mara ke depan," katanya.Tegasnya, PAN akan kecundang jika bertanding di kawasan Melayu dan  parti pembangkang juga akan gagal untuk mengambil alih Putrajaya.                                           Sumber TKO - 30-7-2016                                                                              ---------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan langkah  polis membanteras jenayah selepas empat lelaki menembak mati seorang  pemandu kereta dekat Jalan Genting Klang di khalayak awam semalam.
 
 "Adakah negara ini sudah menjadi negara koboi di mana jenayah boleh dilakukan di khalayak ramai tanpa bimbang apa-apa tindakan terhadap pelaku?" soal Pemuda PAS dalam satu kenyataan hari ini.
 
 Dalam kejadian 3.35 petang yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup itu, empat penembak yang tiba dengan dua motorsikal melepaskan tembakan ke arah tingkap hadapan dan belakang sebuah kereta Honda Accord, melepaskan 18 tembakan yang membunuh pemandu berbangsa India itu.
 
 Ini adalah kes kedua dalam tempoh sebulan, selepas seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun mati ditembak ketika beliau memandu di Taman OUG, Jalan Klang Lama, 6 Julai lalu.
 
 Pemuda PAS turut mempersoalkan bagaimana peluru dan senjata api "boleh lolos dengan begitu mudah" ke tangan penjenayah.
 
 "Apakah ia berpunca dari kelemahan pengawalan di sempadan negara sehingga mengakibatkan senjata api mudah diseludupi dengan berleluasa?" soalnya.
 
 Mangsa semalam merupakan seorang pengurup wang, dan baru dua minggu membeli kereta setelah mendapati ada pihak mengekorinya.
 
 "Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya," kata rakan mangsa dipetik Bernama.
 
 "Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa," katanya.
 
 Polis tidak menolak insiden itu mungkin ada kaitan dengan penglibatan mangsa dengan kumpulan jenayah. - FMT
 Sumber TKO - 28-7-2016                                                                                                                                                                                                    -----------------------------------------------------------------------------------
 
 
| 
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31006| 
 
 SHAH ALAM: ADUN Hulu Klang, Saari Sungib tidak percaya status 'pengemis  jawatan Exco' yang ditujukan kepadanya datangnya daripada Menteri Besar  Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
 
 
Ujar Saari, beliau mempunyai hubungan baik dengan Azmin malah sehari  sebelum status itu dinaikkan, mereka berdua berbicara tentang banyak isu  di Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran seorang penyokong  Pakatan Harapan (PH). 
 
Pada Ahad malam, Azmin dilihat menaikkan status sindiran kepada Saari  selepas bekas ahli PAS itu mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri  Selangor untuk terus bersama PAS serta corak 'politik Istana' yang  dimainkan ADUN Bukit Antarabangsa itu. 
 
Status itu berbunyi "@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke".
 
 
 
"Saya tidak rasa itu apa yang dikatakan oleh (Datuk Seri) Azmin. Sebab  saya baik dengan beliau. Malam sebelum iaitu hari Sabtu kami datang ke  rumah terbukanya di Ulu Kelang. Kami sempat luangkan masa 30 minit. Masa  saya nak akhiri (jelajah) jemputan rumah terbuka di rumah penyokong  Pakatan Rakyat, Azmin pun ada disana.  
 
"Kami bersembang termasuklah perkara yang berkaitan dengan persepsi dan  pandangan rakyat tentang kuasa Istana dan Sultan. Jadi disitulah saya  kemukakan susulan," katanya berhubung status Twitter Azmin yang menyebut  nama beliau. 
 
Ujar Saari, tindakannya mempersoalkan isu pentadbiran Selangor di laman  Twitter adalah untuk memberi ruang kepada Azmin menjelaskan kepada  rakyat Selangor bersabit pendirian beliau tentang mengapa masih  mengekalkan exco PAS dalam pentadbirannya sedangkan Pakatan Rakyat sudah  lama terkubur. 
 
Saari sebelum ini menegaskan PKR perlu meninggalkan PAS berikutan  hubungan PKR, DAP dan Amanah bersama parti itu tidak lagi boleh  diperbaiki. 
 
Malah Saari turut mahu Azmin menjelaskan persepsi bahawa beliau  memenuhi kehendak istana supaya kerajaan negeri dianggotai oleh majoriti  orang Melayu. 
 
"Kita menyatakan kita adalah kerajaan pembaharuan. Jadi kalau ada benda  kabur dan kurang jelas hendaklah diperjelaskan, saya yakin kekuatan dan  sokongan padu dan prestasi baik Menteri Besar akan membolehkan perkara  ini diselesaikan.  
 
"Jangan sampai ada tanggapan bahawa (Datuk Seri) Azmin mengamalkan  formula politik yang berlainan daripada apa yang dikehendaki oleh  Pakatan Harapan di Selangor. Yang dipersetujui ialah Pakatan Harapan  iaitu DAP, PKR dan Amanah. Tapi di Selangor hanya mengekalkan formula  lama," ujar beliau. 
 
Dalam pada itu, Saari berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan  Azmin dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai  status Twitter Azmin yang ada menyebut namanya semalam.  
 
"Saya akan tanya (mengenai status Twitter terhadap saya) suatu hari  nanti. Kami ada majlis bersama (hari ini), Azmin hadir begitu juga saya,  saya tidak sempat jumpa dia sebab wartawan serbu saya dan dia.  
 
 
  "Memang saya nak dapatkan penjelasan, jangan sampai dia salah faham.  Tapi jelas saya telah mainkan peranan saya yang sepatutnya sebagai ADUN  bagi mengimbangi kekuatan (kerajaan negeri Selangor)," kata Saari. 
Ujar Saari, beliau mempunyai hubungan baik dengan Azmin malah sehari  sebelum status itu dinaikkan, mereka berdua berbicara tentang banyak isu  di Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran seorang penyokong  Pakatan Harapan (PH). 
 
Pada Ahad malam, Azmin dilihat menaikkan status sindiran kepada Saari  selepas bekas ahli PAS itu mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri  Selangor untuk terus bersama PAS serta corak 'politik Istana' yang  dimainkan ADUN Bukit Antarabangsa itu.                                                                                                                                                                                      Sumber TKO - 25-7-2016                                                                             ----------------------------------------------------------------------------------     
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31078| Memberi Pandangan, Berbeza Pandangan dan Ukhwah Posted on Tuesday, July 19 @ 19:30:50 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
  
 Pernahkan anda mendengar semasa Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS  dahulu sebarang ungkapan atau ucapan yang mencerminkan beliau selesa,  mesra dan kasih duduk dalam jemaah PAS ?
 
 Saya tidak pernah.
 Tetapi hari ini Timbalan Presiden PAS yang ada Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan tegas menyatakan:
 
 
 
"Kami sangat bahagia, seronok dengan kemanisan ukhuwah sangat dirasai.  Sikap hormat menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah  kepada pemimpin menjadi nadi kekuatan PAS kini"Beza sungguh apabila PAS bersih dari anasir yang bercita-cita mahu meruntuhkannya dahulu.
 Kami bangga dan senang dengan Presiden dan Timbalan serta kepimpinan yang memimpin dan membimbing kami ke arah jalan ke syurga.
 Sebagaimana ikhlas dan tegasnya kepimpinan kami atas landasan Islam  begitulah kami yang dipimpin berjuang berteraskan arahan kepimpinan  dengan komitmen dan keyakinan.
 Kemanisan ukhuwah mengikat kami semua untuk terus istiqamah menuju kemenangan.
 Allahu Akbar.....
 
 ROSLAN SMS
 
 ............
 Nota Editor: Tapi ada seorang yang dulu jadi pimpinan PAS tapi sekarang tidak lagi. Dia beri padangan, berbeza pandangan tapi tak ada ukhwah                                                                                                                                                                                                                      Sumber TKO - 19-7-2016                                                                                                                                                                                              --------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim  menyatakan keraguannya terhadap pakatan pembangkang baru di mana ia  turut melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
 
Beliau berkata, gabungan cadangan itu yang terdiri daripada PKR, DAP,  Amanah dan sebuah parti baru yang belum dinamakan, tidak mempunyai  prinsip atau perjuangan jelas sebaliknya hanya mahu menggulingkan  golongan tertentu dalam kerajaan. 
 
 
 
"Mereka tidak boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi melalui  cara ini. Ini kerana Amanah tidak ada ketetapan pendirian, PKR juga dan  DAP juga mempunyai hala tuju yang mungkin ada samanya, tetapi lebih  kepada tidak banyak persamaan," katanya dipetik The Star ketika ditemui  pada majlis rumah terbuka Hari Raya, Ahad. 
 
 
 
Khalid berkata demikian sebagai mengulas pengumuman oleh bekas perdana  menteri dan presiden Umno tentang rancangan untuk menubuhkan parti baru  yang akan bekerjasama dengan PKR, DAP, Amanah, pertubuhan bukan kerajaan  dan individu di bawah pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Barisan  Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang. 
 
 
 
Ahli Parlimen bebas Bandar Tun Razak ini berkata, gabungan itu setakat  ini tidak menyediakan satu rangka kerja yang jelas bagi rakyat dan  penubuhannya hanya dibincangkan antara pemimpin untuk kepentingan pihak  tertentu. 
 
 
 
"Mereka hanya berbincang dalam kumpulan mereka tentang bagaimana untuk menjatuhkan orang-orang tertentu. 
 
 
 
"Tidak ada usaha yang jelas untuk menentukan rancangan mereka jika mereka berjaya mencapai sasaran. 
 
 
 
"Saya rasa mereka tidak harmoni. Saya berharap trend politik ini boleh  dikurangkan kerana rakyat sudah letih dengan perkembangan politik yang  tidak berkesudahan," katanya. 
 
Ditanya sama ada beliau akan menyertai gabungan itu, Khalid berkata ia  tidak mungkin kerana kerjaya politiknya telah berakhir selepas beliau  memegang jawatan Menteri Besar Selangor.                                                                                                                                                                                    Sumber TKO - 18-7-2016                                                                                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------ 
 
| Saya tidak kata Pas ajak PH gencat senjata - Tuan Ibrahim Posted on Saturday, July 16 @ 07:15:32 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31027
 "Teliti semula kenyataan asal saya," kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
 Beliau berkata demikian kepada MalaysiaGazette ketika diminta  mengulas kenyataannya mengajak pembangkang melakukan 'gencatan senjata'  dan tumpukan usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya  Umum ke-14 (PRU 14).
 
 
Ujarnya, beliau hanya mempersoalkan arah tuju pembangkang, baik  dari Pakatan Rakyat (PR) antara Pas dengan PKR mahupun Pakatan Harapan  (PH) melibatkan gabungan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN). 
 
 
 
"Motif kita sebagai blok pembangkang ialah mengalahkan BN dan UMNO,  bukan bertelagah sesama sendiri sehingga hilang fokus kepada musuh  sebenar. 
 
 
 
"Saya bertanya, persoalannya apakah ada jalan keluar? Kalau hendak  keluar dari kemelut itu, saya sarankan parti-parti pembangkang perlu  melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri. 
 
 
 
"Saya tidak kata Pas ajak PH lakukan gencatan senjata. 
 
 
 
"Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan  antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan  tempat," katanya. 
 
 
 
Beliau sebelum itu hadir bersama Ketua Lajnah Penerangan Pas  Malaysia, Nasrudin Hassan Tantawi dan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia,  Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengadakan bantahan kekejaman Myanmar  terhadap umat Islam Rohingya di Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir,  Kuala Lumpur. 
 
 
 
Kira-kira 1,000 umat Islam termasuk ahli Pas dan pelarian Rohingya  berarak sejauh kira-kira dua kilometer dari Masjid Tabung Haji ke  kedutaan berkenaan. 
 
 
 
Kelmarin, sebuah portal mesra pembangkang menyiarkan kenyataan Tuan  Ibrahim yang dilaporkan sebagai berkata, beliau mencadangkan agar  gencatan senjata dibuat dalam kalangan parti pembangkang dan memberikan  tumpuan kepada musuh bersama iaitu UMNO dan BN. 
 
 
 
Cadangan itu, katanya, dibuat sebagai jalan keluar untuk menghadapi  masalah serang menyerang antara satu sama lain yang berlaku sekarang. 
 
 
 
Tuan Ibrahim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Jengka pada 1999 hingga 2004 berkata, beliau terpanggil untuk memberi  peringatan itu kerana sejak kebelakangan ini pembangkang menghalakan  senjata kepada bukan sasaran sebenar. 
 
"Akibat dari kecamuk ini, kekeliruan timbul dalam minda rakyat,  yang kemudian menimbulkan tanda tanya, siapa musuh sebenar pembangkang?  Pembangkang sesama pembangkang atau pembangkang dengan BN?," soal  beliau. - MalaysiaGazette                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 16-7-2016                                                                              ------------------------------------------------------------------------------------ 
 
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31022| Tun M pecah belahkan pembangkang Posted on Friday, July 15 @ 14:42:10 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
 |  
 
 
 SHAH ALAM - Hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu semata-mata untuk memastikan Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri hanya akan memecah-belahkan pembangkang.
 
 Penganalisis politik, Tan Ah Chai ketika ditemu bual oleh China Press, berpendapat, sebagai parti baharu, ia tidak boleh mensasarkan perdana menteri sahaja malahan ia perlu memikirkan bagaimana bentuk kerjasama dengan pembangkang bagi mencapai impian untuk mengambil alih kuasa daripada BN.
 "Deklarasi Rakyat yang diasaskan oleh Tun M sendiri jelas menunjukkan ia tidak memiliki sokongan yang ramai seperti yang dijangkakan. Walaupun ada sokongan daripada Pakatan Harapan dan pertubuhan bukan kerajaan, namun ia tidak mampu membangkitkan gelombang baru," katanya.
 Beliau meramalkan dalam keadaan politik semasa ketika ini, parti baharu yang ditubuhkan Tun M itu akan menghadapi kesukaran untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain, terutama sekali dari segi pembahagian kerusi untuk PRU.
 Manakala seorang lagi penganalisis politik, Datuk Cheah See Kian berkata, biarlah masa akan menentukan bagaimana Tun M boleh menggunakan imejnya untuk membentuk parti baharu.
 "Kini sudahlah tiba masanya untuk pakatan pembangkang bergerak sebagai pasukan yang baru. Sekiranya ingin tubuh parti baharu dan ingin bekerjasama dengan parti pembangkang, Tun M perlu memastikan dalam PRU akan datang, pertembungan mestilah satu lawan satu dengan BN," katanya.
 MCA kutuk kumpulan baju merah
 Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Ti Lian Ker mengutuk kumpulan Baju Merah yang melakukan bantahan di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, kelmarin.
 Beliau berkata, kumpulan itu tidak boleh mengambil tindakan sendiri hingga menjejaskan ketenteraman awam.
 “Walaupun Umno atau mana-mana kumpulan lain ada hak untuk membantah, ia perlu dibuat mengikut undang-undang.
 "Kumpulan Baju Merah tidak sepatutnya dibenarkan bertindak liar dan melanggar undang-undang. Tidak ada justifikasi yang membenarkan reaksi terhadap kenyataan atau tindakan individu dibuat hingga mengganggu ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sin Chew Jit Poh, semalam.
 Beliau berkata, mereka yang turut serta dalam perhimpunan kelmarin patut sedar yang tindakan mereka boleh memberi imej negatif kepada kerajaan BN.
 Beliau turut meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melakukan tindakan terhadap mana-mana individu yang tidak menghormati undang-undang dan pihak penguatkuasaan dalam insiden berkenaan.
 Bagaimana pun, Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe pula meminta sebagai pemimpin dan wakil rakyat, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming tidak sepatutnya menggunakan isu perkauman sebagai bahan jenaka.
 "Saya amat marah dan tidak puas hati terhadap tindakan Kor Ming ini. Saya harap pihak polis mengambil tindakan segera terhadap beliau untuk mengelakkan isu ini terus merebak," katanya.Katanya, orang ramai perlu menolak ahli-ahli politik yang perlekehkan budaya dan adat resam kaum-kaum lain untuk digunakan sebagai bahan jenaka.                                                                                                                                                                                                                           Sumber TKO -  15-7-2016                                                                                                                                                                                                          ------------------------------------------------------------------------------                                                                                                             Apakah PAS Nak Dipatuk Dua Kali Dari Satu Lubang?
 Posted on Thursday, July 14 @ 09:41:39 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 |  
 
 
  
Tak apa-apa lagi Khalid Samad telah menunjukkan kekhaledaiannya.  Susulan pandangan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Khalid menuduh PAS sebagai tidak tetap pendirian dan punca perpecahan pembangkang. Idea TITM dijadikan buah tanggung oleh Khalid Samad. Nampak sangat tak profesionalnya Pengarah Komunikasi PAN ini. 
 
 
Tak professional bukan kerana ambil kesempatan membantai lawan. Sebaliknya,  tak professional dari sikap tidak cerdiknya. Khalid tak faham kata kunci idea TITM. Khalid faham seolah-olahnya PAS nak kembali bersekongkol bersama PH atau PR. Berikut kata kunci tulisan TITM. 
Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar  iaitu UMNO/BN. Kedua, ialah mencari titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain. 
Dalam perkara pertama dan kedua itu, ada TITM sebut PAS akan kembali kepada PH atau PR seperti yang digambarkan oleh Khalid? Jawapannya tiada. Bukankah sebelum ini pun TITM telah tegaskan bahawa andai berlaku kerjasama antara PAS dengan PH bukan bermakna leburkan prinsip dan menjual kerusi. Kata kunci tulisan TITM seterusnya, PAS tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS sejak ditubuhkan. PAS sendiri pun selalu ingat agar tidak disengat dari satu lubang dua kali. Jadi tak perlulah aku menulis panjang untuk menjelaskan benda yang mudah itu. 
Motif tulisan aku adalah untuk menunjukkan betapa tersasaunya si Khalid ni. Dan jangan pula orang lain turut tersasau. 
 
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31003| Tanpa PAS, gandingan Mahathir-Pakatan tak mampu tawan Putrajaya Posted on Wednesday, July 13 @ 19:21:30 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
 
 
 PETALING JAYA: Gandingan Pakatan Harapan (PH) dan parti baharu yang   dikatakan akan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi kuasa   disegani, tetapi apakah ia mampu merampas Putrajaya?
 
 Bagi Prof Madya Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), usaha itu tidak akan berjaya tanpa penglibatan PAS.
 Jelasnya, jika parti Islam itu tetap mahu bersendirian, sukar untuk mengalahkan BN.
 Keadaan itu seterusnya akan membawa kepada pertandingan pelbagai penjuru yang menguntungkan Barisan Nasional (BN), tambahnya.
 Bagaimanapun, beliau berkata pengaruh parti itu tidak boleh diketepikan.
 “Umno  tidak patut memandang rendah Dr Mahathir, ia (parti baharu itu)  akan  menjadi satu kuasa disegani, terutamanya jika mereka boleh  berdepan BN  dalam pertandingan satu lawan satu,” katanya.
 Menurutnya, pilihan  raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala  Kangsar bulan lalu  bukan petunjuk terhadap kekuatan Dr Mahathir mahupun  pembangkang kerana  ada perbezaan PRK dan pilihan raya umum (PRU).
 Bagaimanapun,  Jeniri berpendapat, lebih baik Dr Mahathir dan  orang-orang di kemnya  menyertai salah satu daripada tiga parti komponen  PH.
 
 “Tidak mudah untuk sebuah parti baharu terus berkembang, lebih-lebih lagi dalam tempoh singkat sebelum PRU14.
 “Orang  akan mempersoalkan motif dan kredibiliti parti. Mereka akan  bertanya  mengapa sekumpulan bekas pemimpin Umno tubuh parti baharu hanya  selepas  mereka keluar dari Umno,” katanya sambil menambah ada pihak  yang akan  menganggap ia agenda peribadi.
 Lewat
 Bagi  Dr Wong Chin Huat pula, Dr Mahathir sepatutnya menubuhkan parti  baharu  sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, serta menurunkan  anaknya,  Datuk Seri Mukhriz di Kuala Kangsar.
 Jelasnya, tidak pasti berapa  banyak sokongan yang akan diperolehi  parti baharu itu dari Kedah dan  Johor, tempat asal bekas Timbalan  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin, kerana sentimen akar umbi  mungkin kini sudah hilang.
 “Bagaimanapun,  mereka tentu boleh mengharapkan sokongan dari Sabah,  tempat asal bekas  Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal,” kata  Wong dari Institut  Pulau Pinang, badan pemikir milik kerajaan Pulau  Pinang.
 “Saya  rasa soalan utama ialah apakah model parti baharu itu,” katanya  yang  meramalkan parti baharu itu menjadi parti “serpihan Umno” kelima,   selepas Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), Parti Negara, Semangat 46 dan   PKR.
 IMP dan PKR adalah parti berbilang kaum, manakala Parti Negara dan Semangat 46 pula berasaskan kaum Melayu.
 “Saya rasa parti baru Dr Mahathir kemungkinan besar akan menjadi sebuah parti berbilang kaum,” katanya.
 Bagaimanapun,  Wong berkata penubuhan parti baharu itu adalah langkah  tepat untuk Dr  Mahathir dan pemberontak Umno lain kerana asas mereka  berbeza daripada  parti komponen PH.
 “Amat sukar untuk mereka menyertai parti-parti  Pakatan Harapan. Hanya  ada sedikit sinergi, kerana DAP terlalu  berbeza, Amanah masih baru,  manakala PKR tidak sesuai untuk Dr  Mahathir,” katanya.Semalam, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu  Kawan, Datuk Seri  Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Dr Mahathir  mungkin membentuk parti  baharu yang akan bekerjasama dengan PH pada PRU  akan datang untuk  menjatuhkan BN.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber TKO - 13-7-2016
 
 
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31001| ------------------------------------------------------                                                                                                                                                            Pakatan Rakyat boleh wujud semula? Posted on Wednesday, July 13 @ 19:17:02 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
  
 SHAH ALAM - Sukar mendapat sokongan pengundi Melayu tanpa Pas, mungkin  menjadi penyebab DAP menyatakan keterbukaan bekerjasama dengan parti  Islam itu untuk mewujudkan kembali Pakatan Rakyat (PR).
 
 Penganalisis Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti  Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, keikhlasan DAP  dapat dilihat bergantung kepada pihak mana yang perlu ‘berkorban’.
 “Mungkin DAP ada agenda sendiri apabila mendapati tanpa Pas sukar untuk mereka mendapat sokongan pengundi Melayu.
 “DAP juga berharap dapat kukuhkan kedudukan untuk bentuk kerjasama yang  jauh lebih baik. Tapi, ia bergantung kepada pihak mana yang perlu  ‘berkompromi’,” katanya.
 Beliau berkata, sukar untuk melihat DAP dan Pas duduk semeja, melainkan  wujud kerjasama atau kolaborasi dalam dua gabungan berlainan.
 “Mungkin satu gabungan antara DAP, PKR dan Amanah dan satu satu lagi gabungan antara PKR dan Pas.
 “Untuk berada dalam pakatan sama, agak mustahil kerana pemimpin utama  Pas dah kata, kerusi adalah maruah, tak boleh dikorbankan dan perjuangan  parti mereka perlu dihormati,” katanya.
 Menurutnya, sebelum ini Pas berkompromi dengan bergerak lebih kepada  pembentukan negara berkepentingan, bukan negara Islam seperti  diinginkan.
 “Kita lihat Pas sudah berkompromi. Tapi selepas 2013, terjadinya percakaran antara pemimpin atasan kedua-dua parti.
 “Jadi untuk kembali semula kerjasama seperti sebelum ini, siapa yang  sanggup untuk berkompromi dan berkorban semata-mata untuk lahirkan satu  blok yang jauh lebih baik?” katanya.
 Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej  Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara  Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, gabungan  Pakatan Harapan akan berterusan hingga PRU14, namun selepas PRU, keadaan  akan berubah jika Pas masih tiada dalam pakatan tersebut.
 “Jika Pas buat keputusan terus bertanding sendirian, lambat laun Pas Selangor juga kena ikut keputusan tersebut.
 “Jadi kalau Pakatan Harapan bentuk kerajaan, Pas tidak akan ada dalam kerajaan,” katanya.
 Menurutnya, setakat ni agak sukar untuk Pas dan DAP bekerjasama semula tetapi mereka punya masa untuk merubah pendirian.
 “Pakatan Harapan memerlukan Pas dalam parti gabungan kerana itu DAP berpendapat PR harus diwujudkan semula. - SH
 Sumber TKO - 13-7-2016                                                                                                                   -----------------------------------------------------
 
 
| Mahathir bakal pimpin parti baru? Posted on Wednesday, July 13 @ 07:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30995
 Selepas lebih sedekad mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, Tun Dr  Mahathir Mohamad mungkin kembali aktif dalam politik dalam usaha untuk  mengalahkan seterunya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
 Spekulasi bertiup kencang bahawa doktor perubatan berusia 91 tahun  itu bakal menerajui sebuah parti politik baru, yang terdiri daripada  bekas ahli Umno.
 
  Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, kemungkinan itu sedang dipertimbangkan. “Kita akan adakan mesyuarat pada Khamis ini, jam 3 petang dengan  semua pemimpin Pakatan Harapan untuk perbincangan menghadapi pilihan  raya umum ke-14.
 “Kita tengah pertimbangkan penubuhan parti baru yang bakal diterajui Tun Dr Mahathir,” katanya kepada Malaysiakini.
 Menurutnya, sambutan daripada pemimpin pembangkang adalah menggalakkan setakat ini.
 “Kita dapat respon yang menggalakkan dari parti pembangkang Pakatan Harapan.
 “Kita akan bersama dengan Pakatan Harapan, bergabung tenaga utk  menentang salah laku rasuah dan perbetulkan kepimpinan,” katanya.
 Cadangan penubuhan sebuah parti baru timbul beberapa minggu selepas  Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dipecat  daripada Umno kerana bekerjasama dengan pembangkang.
 Muhyiddin ketika itu berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan satu platform politik baru.
 Walau bagaimanapun, Khairuddin berkata kedua-dua Muhyiddin dan  Mukhriz tidak akan hadir pada mesyuarat Khamis ini di Yayasan Kepimpinan  Perdana di Putrajaya, kerana mereka berada di luar negara.
 
  Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, juga telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat, katanya. Shafie meninggalkan Umno dua minggu lalu selepas beliau digantung oleh Majlis Tertinggi.
 Mahathir dan pembangkang telah menjalinkan kerjasama di bawah gerakan  Selamatkan Malaysia dalam usaha untuk menggulingkan perdana menteri.
 Walau bagaimanapun, kempen itu ternyata tidak berkesan apabila  pilihan raya kecil berkembar di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar  menyaksikan BN memperolehi kemenangan besar.
 Malaysiakini difahamkan bahawa pembangkang berbelah-bahagi sama ada Dr Mahathir harus mengetuai usaha berkenaan.
 Ada yang beranggapan adalah tidak sesuai untuk bekas perdana menteri  yang juga pernah dilemparkan dengan pelbagai salah laku dan  penyalahgunaan kuasa, untuk mengetuai pembangkang yang lantang dengan  desakan untuk pembaharuan.
 Walau bagaimanapun, ada yang berhujah bahawa pembangkang yang lesu  dan begitu rapuh hari ini memerlukan kepimpinan dan hala tuju, yang  boleh dibekalkan oleh Dr Mahathir.
 Baru-baru ini, mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga  telah mengutus surat pedas, memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin PKR  terhadap bahaya bekerja dengan Mahathir.                                                                                                                                                                                                                                                                                 Sumber TKO - 13-7-2016
 -------------------------------------------------------
 
 
| Jika Kelantan jatuh....MKini mahu panggang apa? Posted on Tuesday, July 12 @ 23:21:26 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  "
   
 Melihat  kepada laporan berita MalaysiaKini akhir-akhir ini sejak PAS berpisah  dari DAP dan PKR adalah semakin melampau anti Islamnya.
 
 Ini  baru disedari oleh Mufti Perlis.MAZA melalui penulisannya  yang disiar  oleh MKini,membidas dan mengecam sikap melampau MKini  terhadap  Islam.MAZA mula "mengamuk" terhadap akhbar "kesayangannya"  yang selalu  siar kenyataan MAZA apabila MKini menyiarkan artikel  tentang  "pembabitan" Dr Zakir Naik dengan pengemboman di Dhaka.
 
 Umum  tahu betapa MAZA begitu ditantang bagai minyak penuh atau anak  emas  oleh MKini terutama membabitkan kenyataan MAZA tentang hudud,PAS  dan  Ulamak.Walaupun barangkali MAZA berniat baik dengan  kenyataannya,tetapi  MKini yang mempunyai agenda anti Islamnya  "memusingkan dan spin" untuk  lagakan antara MAZA dengan pihak yang  ditegurnya.
 
 Anda boleh lihat betapa jahatnya MKini terhadap Islam,PAS dan Ulamak.Lihat tajuknya,:
 "Pengganas dalam serangan Dhaka ikut Zakir Naik"
 
 
Tajuknya   tentunya mempunyai niat jahat walaupun artikel di bawahnya memetik  dari  akhbar Bangladesh yang tentun mempunyai kefahaman yang sama dengan   MKini.
 
 
 
 
Lihat  kandungannya.Nama PMNajib,TPM Zahid dan Presiden PAS TGHH  dikaitkan  dengan layanan dan gelaran baik untuk Dr Zakir.Sedangkan  kandungan  sebelum itu dikaitkan Dr Zakir dengan penggganas. 
 
 
 
Begitu  licik MKini menanamkan kebencian terhadap Dr Zakir,pimpinan  kerajaan  dan TGHH.Seolah-olah Kerajaan Malaysia,Terengganu dan TGHH  layan  "penggganas" ke Malaysia dengan layanan permaidani merah. 
 
 
 
Apabila  MAZA dapat menghidu kejahatan MKini,dengan pantas MKini siar  kenyataan  MAZA yang mengecamnya .Akan tetapi diselitkan kenyataan  editornya di  bawah.Kononnya tiada niat jahat,bahkan staff MKini ada  orang  Islam,mualaf bahkan siar cerita mualaf masuk Islam.Sempat pula  mohon  maaf zahir batin sempena Idul Fitri.Semuanya untuk menutup amalan  jelek  mereka trhadap Islam. 
 
 
 
Kejahatan  MKini bukan setakat itu.Selang beberapa hari disiarkan  kenyataan dari  Timbalan Presiden PAS tentang laporan Sarawak Reports. 
 
 
 
Tajuknya :      
 
PAS: Usah biar Sarawak Report terus perdaya rakyat. 
 
 
 
Seolah-olah PAS menyokong PMNajib  dalam isu 1MDB.Sedangkan kenyataan  Tuan Ibrahim mahu kerajaan dedahkan  laporan audit 1MDB kepada umum  untuk rakyat bandingkan mana yang benar  antara laporan Ketua Audit  dengan Sarawak Reports.Biar rakyat nilai. 
 
 
 
Itulah kerja jahat MKini yang  tetap angkuh dengan polisi jahatnya.Jika  kejatuhan Kerajaan PAS di  Terengganu tahun 2004 diraikan dengan penuh  gembira oleh puak MKini yang  terdiri dari  liberal,LGBT,sekular,SIS,sosialis, adakah kejatuhan  kerajaan  Kelantan(mohon Tuhan jauhi) nanti bakal diraikan oleh MKini  dengan  pesta togok arak dan panggang babi salai?Jangan lupa ajak puak  DAP dan  PAN raikan sekali .Jangan lupa jemput Husam Musa! Salai kambing   Jamnapari untuk Husam.  
 Jika Kelantan jatuh....MKini mahu panggang apa?"                                                                                                     Sumber TKO - 12-7-2016                                                 ----------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                         P'raya mengejut PP hanya ulangi kesilapan Pak Lah?
 Posted on Tuesday, July 12 @ 12:24:27 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 |  
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30984
 DAP mungkin akan beroleh undi simpati jika mengadakan pilihan raya  tergempar dan memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai mangsa  pendakwaan politik.
 
 Bagaimanapun, adakah langkah itu benar-benar akan berjaya dan tidak tempang?
 
 Pengarah Institut Asia, Universiti Tasmania James Chin berkata, pilihan  raya mengejut boleh mendorong kemarahan pengundi menolak BN, kecuali di  kalangan pengundi tegar Umno.
 
 Pengarah Eksekutif t Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas)  Wan Saiful Wan Jan pula berkata mungkin terdapat sedikit manfaat.
 
 Bagaimanapun, bagaimana jika BN melakukan perkara sama jika terdapat pemimpinnya diheret ke mahkamah?
 
 “Daripada aspek moral, DAP dan Pakatan Harapan, secara keseluruhan, akan  sangat sedih jika Umno atau BN buat perkara sama jika seseorang  pemimpin mereka disiasat pihak berkuasa,” katanya.
 Bagaimanapun, apa yang terjadi, kata Wan Saiful lagi, pendakwaan terhadap Lim tetap akan berlangsung seperti biasa.
 Sementara itu, Ketua kluster politik, keselamatan dan antarabangsa  Majlis Profesor Negara (MPN) Mohamed Mustafa Ishak pula memberi amaran  bahaya mencampuradukkan politik dengan proses kehakiman.
 Membandingkan dengan pengalaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum  ini, Mustafa berkata bekas perdana menteri itu telah membuat kesilapan  dengan mengadakan pilihan raya mengejut pada 2008.
 
 Kata Mustafa, ketika itu, beliau masih gagal memenuhi janji dan menyebabkan BN hampir tumbang.
 
 “Kerana, di akhirnya, rakyat akan menghakimi berdasarkan janji-janji mereka,” katanya.
 Pada 2008, BN hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen buat kali  pertama dan gagal di tempat negeri – Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau  Pinang.
 Sementara itu, Mustafa berkata, Jika pilihan raya mengejut dibuat,  DAP Pulau Pinang akan berdepan seluruh jentera kerajaan, berbeza dengan  keadaan dalam pilihan raya umum.
 
 BN juga mempunyai kelebihan susulan tiada lagi kerjasama DAP dan PKR bersama PAS – parti pembangkang berpengalaman.
 
 Sementara itu, pengendali tinjauan awam Ibrahim Suffian berkata pengundi  lebih berminat terhadap persoalan dasar, bukan kelangsungan politik  Lim.
 “Pengundi sudah semakin menuntut (apa yang mereka mahu), lebih canggih,” katanya.
 Lim sedang berdepan dua pertuduhan rasuah di mahkamah.
 
 DAP dan penyokongnya bagaimanapun mendakwa terdapat helah politik untuk  mengalihkan perhatian daripada dakwaan skandal perdana menteri.
 DAP negeri pula sedang mempertimbang untuk mengadakan sebuah pilihan raya mengejut.
 Sumber TKO - 12-7-2016
 ----------------------------------------------------------------------------------
 
 
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30981| Tindakan Segera Dan Tegas Untuk Malaysiakini Posted on Tuesday, July 12 @ 11:54:57 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 |  
  
 Membiarkan Malaysiakini terus bertalam dua muka dengan sisipan pemberitaan durjana akan memberi kesan besar kepada keharmonian rakyat. Pertelingkahan antara kaum boleh membawa kepada peristiwa mirip 13 Mei 1969. Ini yang perlu dielakkan segera sebelum onar Malaysiakini tak terbendung lagi.
 
 
Kerajaan selaku pemerintah, pentadbir dan pelindung rakyat mesti segera memadamkan api perkauman dan anti-Islam yang tersirat dalam media. Berdasarkan artikel-artikel politik yang disiarkan Malaysiakini jelas portal ini membawa aspirasi dan citra politik chauvanis dan anti-Islam DAP. Sebab itulah berita fitnah tentang arahan keganasan oleh Dr Zakir Naik dimuatkan manakala kekejaman kerajaan Buddha di Myanmar yang membakar umat Islam dan masjid  digelapkan. 
Malaysiakini seolah-olah menjadi batu api atau pengadu domba yang boleh mencetuskan keresahan dan kerusuhan dalam kalangan masyarakat awam. Pemberitaan Malaysiakini bagai mahu menanam kebencian melampau kepada kerajaan agar nanti DAP yang mendominasi Pakatan Harapan dapat mengambil alih Putrajaya. Justeru, berita-berita yang separuh benar dan yang dispin  akan disogok kepada pembaca untuk membuakkan kebencian itu. 
Isu-isu agama dimanipulasi agar kelihatan DAP-lah jaguh masyarakat Cina dalam menjaga survival mereka. DAP seolah-olahnya ingin memukat semua sokongan masyarakat Cina agar tiada yang berbaki lagi untuk MCA, Gerakan dan yang lainnya. Permainan DAP dan Malaysiakini ini amat berbahaya. Itulah apa yang penulis lihat. Macam api dalam sekam sahaja. Jika datang angin bertiup, nescaya bara tadi mencetus lidah api yang menakutkan. 
Justeru, tulisanku kali ini bermotifkan pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kerajaan mesti bertindak segera dan tegas. 
 Sumber TKO - 12-7-2016
 
 
 
 
 
| 
| 
 
 Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Datuk Phahrolrazi  Mohd Zawawi menempelak kumpulan G18 yang dilihat masih gagal membina  kekuatan akar umbi PAN di peringkat cawangan.
 Kumpulan G18 adalah kumpulan bekas profesional PAS yang tidak memberi  laluan kepada PASMA ketika kumpulan serpihan PAS itu mahu menubuhkan  parti baharu tahun itu.
 
 “Pada awalnya G18 itu pada peringkat penubuhan, dia melihat bahawa  dia mempunyai kekuatan yang cukup tapi kami memberi pendapat bahawa  dalam konteks parti politik kita perlu menerima semua pihak untuk  menjadi besar.
 
 “Semua pihak yang menyokong dia hendaklah dijemput untuk turut serta  di dalam sesuatu parti politik jadi oleh sebab itu kita (PASMA)  mengambil pendirian menyertai Amanah dan mereka bersetuju dan membuka  ruang seluasnya pada NGO,” kata Phahrolrazi ketika diwawancara  Antarapos.
 
 Pada 24 Jun tahun lalu, wakil kumpulan G18, Hanipa Maidin meminta PASMA memberi laluan kepada kumpulan bekas profesional PAS untuk menubuhkan parti baharu kerana PASMA tidak mempunyai daya tarikan yang cukup di peringkat akar umbi untuk berbuat demikian.
 
 “Saya tidak kata (PASMA) tidak baik… tetapi secara realistiknya sejumlah ahli PAS masih sangsi mengenai PASMA.
 
 “(Presiden PASMA) Phahrolrazi Mohd Zawawi adalah seorang lelaki yang  baik tetapi bagi mereka (akar umbi lihat) dia (sebagai) seorang pengacau  dalam kemelut Kedah itu,” kata Hanipa.
 
 Pendapat Hanipa turut disokong oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
 
 “Dari sudut reputasi dan trek rekod dalam lapangan politik, saya  percaya kami ada lebih (tarikan) daripada apa yang ditawarkan PASMA,”  kata Khalid.
 
 Namun selepas hampir setahun, kumpulan bekas profesional PAS diberi  peluang memimpin parti baharu-PAN-parti itu hanya mampu membentuk  kekuatan di peringkat pusat dan parlimen sahaja.
 
 “Di peringkat nasional sudah selesai, di peringkat parlimen sudah hampir 150 parlimen ada mempunyai Amanah.
 
 “Sekarang ini mereka terpaksa tubuh akar umbi peringkat cawangan  setiap daerah mengundi mesti ada dan ini proses yang perlu dibuat dan  tidak boleh lari.
 
 “Ia (PAN) tidak ada kekuatan sendiri dan dengan kekuatan sendiri  tidak cukup kuat kecuali dengan sokongan parti-parti PH yang lain,”kata  Phahrolrazi - AIDCNews
 
 Sumber TKO - 4-7-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30801| 
| 
| 
| Mati Terkangkang Dalam Longkang.... Posted on Monday, July 04 @ 13:05:59 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 |  
   
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30885
 
 Setiap  kali ada isu baru,semua orang berpaling kepada PAS.Mahu dan teruja  dengar ulasan dari mulut PAS sendiri terutama dari Presiden atau  Timbalannya.Terbaru kes Lim Guan Eng.Masing-masing mahu ulasan dari  PAS.Baik dari BN maupun PH.
 
 
 Ulasan dari PAS akan menghasilkan "isu yang baru" pula.
 
 Apabila Lim Guan Eng ditangkap atas kes pembelian rumah,tentunya pihak PH menduga PAS akan jawab seperti Khir Toyo jawab,"Padan Muka".   Ini kerana kelibat Lim Guan Eng lah siang malam menyerang dan menghina   Presiden PAS. Tentunya musuh akan mengutuk musuh yang berada dalam   situasi kesusahan.
 
 Seperti kes  PMNajib,begitulah cara  penyelesaian kes LGE.PAS mahu PMNajib dibawa ke  mahkamah dan mahkamah  akan menentukan samada bersalah atau  tidak.Masalahnya,kes PMNajib ini  tiada kelibat berani dakwa beliau.Maka  ramailah kempunan untuk melihat  PMNajib meniti tangga Istana Kehakiman.
 
 Itu bukan salah PAS.
 
 Begitu juga kes Lim Guan Eng.Bawa dan dakwa.Lihat hujah dan keputusan hakim.Tiadalah LGE bersalah selagi tiada bukti kesalahan.
 
 Masalah minta  cuti,itu masalah teknikal dan prinsip.Tiada sangkut paut  dengan prinsip  perjuangan PAS.Peliknya mengapa Khairudin Abu Hasan  sekonyong-konyong  babitkan PAS dengan isu ini.
 
 Jika PMNajib   tidak mahu letak jawatan,itu bukan salah PAS.Jika LGE mahu kekal jadi   Ketua Menteri itu bukan salah PAS.Soal Dr Harun Din minta LGE bercuti   itu pandangan peribadi.Mungkin dengan bercuti LGE boleh buktikan dirinya   berprinsip.Itu sahaja.Sekadar cadangan dari Dr Harun Din.
 
 Oleh kerana PAS  amalkan politik matang dan sejahtera,semua pihak mahu  PAS bersama  menyokong di pihak mereka.Mereka ingat PAS jenis parti Cap  Ayam ! Boleh  jadi khadam mereka.
 
 Apabila PAS amalkan polisi politik Matang dan Sejahtera,ramai pihak mula beralah,memujuk dan malu mata terhadap PAS.
 
 Kepada  UMNO,tentunya mereka pelik apabila dalam satu situasi PAS  memuji UMNO  kerana tolong bawa RUU 155 dalam Parlimen dan dalam hal  lain,PAS  menentang UMNO dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
 Manakala kepada  DAP,kematangan PAS membuatkan DAP malu mata terhadap  PAS.Apa  tidaknya,apabila LGE di dakwa rasuah,PAS masih tidak percaya  LGE rasuah  sehingga terbukti rasuah.PAS tidak menyerang kepada pihak  yang  menyerangnya siang malam.
 
 Cuma kepada  PAN,hati semakin  sakit dan jiwa semakin merana.Biasalah apabila terbina  atas dasar  khianat dan dendam ianya berlarutan.Penyakit jiwa.
 
 Dulu Anwar  selalu  jadi mangsa atas kejadian berlaku.Anwar punya pasal lah.Kini  sejak  Anwar duduk dalam sel,PAS pula jadi "kambing hitam".
 
 Najib tidak letak jawatan,PAS bersalah.
 PAS masuk PRK,PAS bersalah.
 LGE di dakwa,PAS berkomplot.
 PAS bawa RUU 155,PAS ditipu.
 RUU155 diluluskan,PAS berpakat.
 
 Akhirnya pengkritik PAS akan mati terkangkang dn dalam longkang.Bukan macam LGE boleh mati berdiri.!
 
 
 
 MATI TERKANGKANG DALAM LONGKANG...."
 
 
 Sumber TKO - 4-7-2016
 
 
 -----------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
| Salahuddin Ayub Dalam Proses Kembali Kepada PAS?? 
 Posted on Sunday, July 03 @ 20:40:04 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
  
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30878
 
 Dalam perjalanan ke Tanjung Pia, singgah sebentar di kampung Serkat  jumpa kawan lama yang bekerja dengan 'team Salahuddin'. Dia antara  penggerak maya untuk kempen Salahuddin Ayub pada PRU-13 lalu. Antara  yang terbabit dengan laman Nusantara edisi Johor yang banyak menyebar  luas gerak kerja Salahuddin.
 
 Cuba juga dekati kawan-kawan 'team tank' dan adik Salahuddin (gambar di bawah itu saya ambil sendiri bukan copy & paste mana-mana sumber) untuk bertanya khabar.
 
 Mengikut maklumat yang saya perolehi Salahuddin  dikatakan dalam proses untuk kembali kepada PAS. Saya tak pasti maklumat  ini boleh disahkan benar atau tidak. Saya ada nombor telefon Salahuddin  dan kami ada berhubung sebelum dia menjadi ahli PAN. Tapi walaupun kita  telefon sukar untuk mendapat pengesahan melainkan kita jumpa sendiri.
 
 
Bulan puasa tahun lalu, Salahuddin ada menulis tentang tawaran menjadi  AJK Pas Pusat. Dia kata jika dia terima dia akan hilang kawan dan jika  ditolak ini akan mengubah kehidupannya yang telah lama dia perjuangkan  dalam PAS. Katanya bulan Ramadan ini (tahun lalu) akan memberikan dia hidayah untuk dia membuat pilihan. 
 Akhirnya di bersama PAN. Ramai juga kawan baik dia mengasingkan diri daripadanya.
 
 Mengikut 'team tank' Salahuddin dia orang kata sebenarnya Salahuddin  lebih cenderong untuk terima jawatan AJK PAS Pusat tetapi oleh kerana  yang mendekatinya adalah sahabat-sabahat daripada GHB dan IKRAM maka  Salahuddin memilih untuk bersama PAN. Lagi pun katanya pimpinan PAS  semasa itu nampak mula tidak mesra dengan Salahuddin.
 
 Saya percaya kata-kata 'team tank' ini. Perkara yang sama juga berlaku  kepada Ustaz Ghani Shamsuddin. Walaupun dia rapat dengan Ahmad Awang  lebih 30 tahun tetapi dia masih belum buat keputusan untuk menyertai  PAN. Dia pernah beritahu kawan saya dia nak jumpa Presiden PAS Abdul  Hadi Awang tetapi rasa tak sempat. Ustaz Ghani juga ada memberitahu tak  pernah terjadi raya tahun lalu dia dikunjungi ramai pimpinan dikalangan  GHB.
 
 Jika anda diteliti posting Salahuddin Ayub pada facebooknya anda akan  dapati dia masih sayangkan PAS dan betul khabar angin dia akan kembali  kepada PAS.
 
 Pada 4 Jun 2015 Salahuddin membuat posting gambar AJK PAS Pusat baru. Esoknya 5 Jun 2015 dia buat posting seperti berikut:
 
 
Mutiara Pengalaman:Setiap kali bila diumumkan menang  pertandingan Naib Presiden, saya biasanya menangis. Alhamdulillah  pertandingan kali ini saya kalah dan saya gembira menerimanya.
 Tahniah kepada sahabat-sahabat saya, Ustaz Idris Ahmad, Dato' Nik Amar  Abdullah dan Dato' Iskandar Abd Samad sebagai Naib-Naib Presiden yang  baru. Perwakilan telah memberikan cokmar kencana untuk kalian semua  memikulnya. Sirualabarakatillah.
 
 
 Salahuddin Haji Ayub6 Jun 2015 postingnya. 
Mutiara Pengalaman 38Apabila Abu Dzar dan Abu Hurairah  mendesak Sayidina Ali ra supaya pemberontak yang membunuh  Sayidina  Osman dihukum untuk menghentikan segera gelombang fitnah yang sedang  melanda negara Islam pada ketika itu, Ali menjawab, kamu cuba tunjukan  pada aku siapa pemberontak / pembunuh itu?
 
 Muktamar Pas Pusat  hampir melabuhkan jendelanya. Semua pimpinan yang berucap memperakui  wujudnya fitnah yang melanda parti dewasa ini. Perwakilan dan ahli Pas  bertanya, siapakan pemfitnah itu?
 
  Perang Jamal dan Siffin mengorbankan hampir 50 ribu nyawa kerana api  fitnah. Yang pasti telah ada di antara kita yang terkorban dan berapa  ramai lagi yang menanti. Semoga lembayung rahmat Allah SWT menyelamatkan  kita. 
 Salahuddin Hj Ayub Pada ketika ini Salahuddin masih akur dengan kedudukannya dan masih  berfikiran positif untuk membantu Jamaah PAS sebagai ahli biasa.6 Jun 2015
 
Mutiara Pengalaman 39Ketika kita menang dalam pertandingan  jawatan rasanya mudah untuk memberikan nasihat pada yang kalah. Tanpa  jawatan kita masih boleh terus menyumbang khidmat bakti pada perjuangan.  Khalid Al Walid seringkali menjadi teladannya.
 Kini sampai  giliran saya mendepani cabaran ini. Telah 2 hari saya menjadi ahli  biasa. Tanpa jawatan tinggi isya'Allah saya akan terus belajar lagi  untuk menjadi pejuang ummah. Berjuang untuk Islam tiada noktah dan garis  pengakhiran.
 
 Salahuddin Hj AyubSalahuddin motivasi dirinya untuk bangkit semula.8 Jun 2015
 
Mutiara Pengalaman 40Kemusnahan dan kegagalan dalam diari  kehidupan bukan paspot untuk kita bertukang keranda sebelum ajal tiba.  Nabi saw bangkit berdiri dari era penghinaan Mekah melangkah gagah  dengan visi hijrah membina Madinah.
 Bangsa Jepun bangkit dari  runtuhan Hiroshima dan Nagasaki menjadi bangsa pemeta jagat raya.  Hentikan peluh kecewa dan sungai airmata kerana di luar sana anak bangsa  menunggu pemberani berbicara. Biar kita mati berdiri dari hidup  berlutut diri.
 
 Salahuddin Hj AyubSalahuddin masih bersemangat untuk membantu PAS dan berperanan sebagai ahli biasa.9 Jun 2015
 
Mutiara Pengalaman 41Buat masa ini saya memilih untuk menjadi  ahli biasa saja. Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada  ahli-ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat  bersama mereka.
 
 Saya akan cuba menjadi pendengar yang  baik.  Biar ahli bawahan berbicara tentang apa yang mereka mahu, apa yang  mereka tak puas hati dan yang lebih penting apa yang mereka harapkan  daripada parti hari ini.  
 Saya akan berinteraksi dengan serius melalui pelbagai segmen masyarakat superti penyokong tegar parti, anak muda, masyarakat desa, akedemia, budayawan dan non muslim.
 Izinkan saya melaksanakan tugas ini kerana kehadiran kita hari ini  bukan sekadar menjadi pemimpin parti sendiri tetapi kita mahu menjadi  pemimpin ummah negara bertuah ini,
 Ini sangat penting untuk kita merencana masa depan dan membuat keputusan politik untuk parti, rakyat dan negara.
 Salahuddin Hj Ayub
 10 Jun 2015
 Cukuplah anda boleh lihat sendiri di facebook Salahuddin. Pada masa itu  komen-komen ahli PAS sangat positif dan memberikan sokongan penuh kepada  beliau. Ahli PAS sangat 'respek' kepada beliau pada masa itu dengan  sikap tawaduk walaupun kalah.
 Tapi bila dia mengistiharkan dirinya sebagai ahli PAN dan mengambil  jawatan sebagai Timbalan Presiden PAN komen-komen ahli PAS mula berubah.  Sehingga akhirnya dia tidak lagi membuat posting kerana lebih 90% komen  menyerangnya.
 Berbalik kepada isu Salahuddin dalam proses nak masuk PAS semula. Yang  ini saya masih ragu. Paling baik tanya sendiri Salahuddin dengar  daripada mulut dia sendiri. "Team Tank" Salahuddin pun saya kurang  yakin, entah-entah dia nak psiko saya aje.
 
 
 
 
 
sumber TKO - 3-7-2016 --------------------------------------------------
 
 
 Kalau PAS bekerjasama denga Umnopun apa masalahnya?
 Posted on Sunday, July 03 @ 06:12:38 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
  
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30860
 
 
 Assalamualaikum,,  PAS adalah organisasi yang mengumpulkan orang Islam dalam satu jemaah, Umno pun sama, cuma bezanya pendekatan dan ikatan yang mengikat ukuwah dalam ke dua dua jemaah itu berbeza, satu yakni PAS fokus kepada panduan panduan yang sudah dibukukan dalam Islam sementara satu lagi yakni Umno hanya memberi fokus kepada garis panduan yang terhasil oleh akal manusia.
 Beza nilah yang telah mengasingkan PAS dan Umno sejak berzaman dan akan  terus membezakan kedua duanya setetah ikatan yang pernah dibuat antara  kedua duanya gagal.Gagal kerana Umno enggan kembali kepada panduan Islam  dan selagi Umno enggan kembali maka tiada penyatuan akan terhasil  antara kedua duanya.Ini yang berlaku hari ni tetapi apa yang akan  berlaku esok lusa tiada siapa tahu.Profesor yang ada ijazah yang  tinggipun tak boleh tahu, termasuk profesor Agus Yusof yang tak akan  tahu apa berlaku esok atau lusa.Kalau esok Umno berubah mahu kembali  kepada Islam, siapalah pula PAS mahu menolak bersatu dengan  Umno.Profesor Agus boleh jawab soalan ini? Jadi kenapa dia semacam ragu  ragu dengan penyatuan PAS-Umno? kenapa profesor Agus yang sepatutnya  mempunyai wawasan dengan panduan Ilmu sain politiknya tidak mampu  berpandangan jauh dalam bab penyatuan PAS-Umno ini?
 
 Fakta teras yang masih gagal difahami oleh porfesor Agus ialah aspek carahidup, aspek carahidup Islam  yang menjadi faktor penentu utama kepada penyatuan PAS-Umno.Kalau dia faham maka tak sudah bagi dirinya untuk memahami bahawa kalau ada penyatuan antara PAS dan Umno, maka ketika itu sudahpun ada bukti nyata bahawa Umno sudahpun menerima carahidup Islam.Mudah kan? tak perlu dipeningkan kepala dan sesungguhnya soalan sama ada nak undi PAS atau tidak kalau PAS bekerjasama dengan Umno tak perlu dibangkitkan lagi pun.
 
 
 Kerjasama atau penyatuan antara PAS dan Umno HANYA boleh berlaku dengan SATU SYARAT, wahai profesor Agus, iaitu apabila Umno menerima pakai panduan carahidup Islam sepenuhnya, bukan separuh separuh seperti sekarang.
 
 Sumber TKO - 3-7-2016
 
 -----------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
| Bila Kesudahannya? 
 Posted on Saturday, July 02 @ 16:28:14 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 |  
   http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30855
 
 Nak kata kelakar,ianya bukan kelakar.Nak kata lawak,ianya bukan lawak bodoh.Tapi itulah kenyataan hari ini.
 
 Masing-masing "keluar buah ghorib".Masing-masing keluar ayat mati hujah !
 
 Apabila Tun Hasmah meluahkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa suaminya Tun Mahathir,maka pro PMNajib juga "matikan" ayatnya.
 
 Tun Hasmah sedih  dengan nasib Tun Mahathir yang dinafikan polis  pengiring melarat kepada  tarik balik keistimewaan Yayasan  Perdana,Petronas dan terkini  Proton.Semuanya "lubuk emas" Tun Mahathir untuk diri sendiri dan kroni.PMNajib tukar untuk habuan kroninya pula.
 
 Team Najib  mengimbau kembali dengan nasib Wan Azizah ketika Anwar  Ibrahim dizalimi  Tun Mahathir ketika era pemerintahannya diancam Anwar.
 
 Lebih mengejutkan team Najib merujuk juga kepada kezaliman Tun Mahathir ke atas penyokong PAS(baca : Lubuk Merbau,Memali dan ISA).Bahkan turut mengaitkan doa Arwah Ustaz Fadhil Nor ke atas Tun Mahathir moga panjang umur untuk lihat hasil "tarbiah" di ambang sore umur.
 
 Biasalah bila orang zalim bergaduh,masing-masing ungkit semula nasib orang yang dizalimi.
 
 Cumanya bila  mantan Bos Utusan Ku Seman minta jangan kutuk,hina,ejek  Tun Mahathir  kerana Tun sudah tua dan tiada kuasa.Sebenarnya Ku Seman  tidak memahami  putaran roda.Ada kalanya kita di atas dan ada kalanya  kita di bawah.Jika  sudah berada di bawah,terimalah suratan dan  nasibnya.Itu baru atas  dunia.
 
 Tiada diketahui nasibnya bila kita di bawah tanah(mati).Mohon agar kubur kita tidak diludahi oleh generasi akan datang.
 
 MANA KESUDAHANNYA ?
 
 Sumber TKO - 2-7-2016
 
 ---------------------------------------------------
 Umno desak undur, PAS kata tak salah hingga dibuktikan
 
 Posted on Thursday, June 30 @ 17:58:18 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 |  
  
 Umno Pulau Pinang mendesak Lim Guan Eng supaya segera melepaskan  jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan jawatan lain yang  disandang selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah Tinggi hari ini atas dua  pertuduhan rasuah.
 Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata  tindakan itu adalah perlu bagi menjamin integriti jawatan ketua menteri  Pulau Pinang tidak dipertikaikan.
 
 Katanya, belum pernah ada ketua menteri di negeri itu yang disiasat dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan salah laku rasuah.
 
 “Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang.
 
 “Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti,  rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM," katanya dalam satu  kenyataan media.
 
  
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30823
 
 
 Menurut Zainal, undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau pegangan politik.
 
 “Tertuduh diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri di  mahkamah. Begitu jugalah Lim Guan Eng akan berpeluang untuk membela  dirinya di mahkamah nanti," katanya.
 
 Lim hari ini didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009  berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian  kepada kegunaan komersial dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan  berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah  nilai pasaran.
 
 Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  dalam satu kenyataan berkata parti itu tetap berpegang pada pendirian  presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah  sehingga dibuktikan sedemikian.
 
 
  Katanya, tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan dan meminta agar mahkamah dibenarkan membuat keputusan. 
 Tuan Ibrahim berkata, PAS juga mengharapkan setiausaha agung DAP itu akan mendapat pembicaraan yang adil.
 
 “PAS tetap kesal dengan tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi  Ali yang menjadi hakim kepada siasatan SPRM terhadap Datuk Seri Najib  Razak sebelum ini tanpa membawa kes tersebut ke mahkamah untuk  dibicarakan seperti yang berlaku pada Guan Eng, di mana beliau menjadi  ketua pendakwaraya,” katanya.
 Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengambil  pendirian yang lebih lembut dengan mencadangkan Lim suapaya bercuti.
 
 Menurutnya, kegagalan Lim untuk mengambil cuti sementara menunggu  keputusan perbicaraan akan membuktikan bahawa beliau ‘cakap tak serupa  bikin’.
 
 "Adakah DAP akan buat pengecualian untuk (Guan Eng) terus menjadi KM  Pulau Pinang walaupun tuduhan rasuah di mahkamah? Dwi-standard?" soalnya  di Twitter.
 
 Beliau juga ‘tag’ bapa Guan Eng yang juga adalah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tweetnya.
 Kit Siang sebelum ini menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil  cuti sementara menunggu siasatan berhubung wang RM2.6 bilion yang  berada dalam akaun bank peribadi perdana menteri.
 
 Kit Siang juga menggesa Najib supaya bercuti panjang sementara menunggu sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat 1MDB.
 
 "Masa untuk melihat sama ada DAP akan amalkan apa yang mereka katakan," kata Tan.
 Bendahari MIC S Vell Paari juga bersetuju supaya Lim mengosongkan jawatannya sementara prosiding terhadapnya masih berjalan.
 
 "Ini supaya tidak akan ada gangguan dari Pejabat Ketua Menteri dengan kes itu," katanya dalam satu kenyataan.
 Vell Paari, juga mengucapkan tahniah kepada SPRM berhubung tangkapan  itu dan berkata pendedahan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk  Shabudin Yahya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman  Dahlan dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan ada  kebenarannya.
 
 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang membersihkan Najib  pada Januari lalu daripada sebarang salah laku berhubung skandal 1MDB  dan juga isu sumbangan RM2.6 bilion, mengetuai pendakwaan terhadap Guan  Eng.
 
 
 Sumber TKO - 30-6-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
| Husni ambil tindakan bijak tinggalkan Umno, puji Ku Seman 
 Posted on Thursday, June 30 @ 17:16:21 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 |  
  
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30819
 
 Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain  menyifatkan langkah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletakkan jawatan  sebagai langkah yang bijak untuk menjauhkan diri dari Umno.
 
 Ku Seman yang meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat  bersama akhbar Umno itu berkata, karakter Ahmad Husni tidak sesuai  dengan kepimpinan semasa Umno.
 
 "Apa lagi Husni dipaksa pikul isu skandal 1MDB yang tidak mungkin boleh diterangkan kepada rakyat kecuali berbohong.
 
 "Walaupun banyak yang kebulur jawatan dalam Umno tetapi yang ada integriti bagi percuma pun mereka tolak.
 
 "Husni tidak seperti beberapa menteri yang menjadi panglima  melindungi ketua mereka dengan kata-kata yang angkuh dan sedikit  biadab," ujar Ku Seman dalam catatan di akaun Facebook miliknya.
 
 Dua hari yang lalu, semasa mengumumkan rombakan kabinetnya, Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Ahmad Husni meletak semua  jawatannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk sebagai Ketua  Umno Bahagian Tambun dan Bendahari Agung BN.
 
 Sehingga hari ini, semua pihak masih ternanti-nanti penjelasan oleh  Ahmad Husni sendiri mengenai sebab-musabab tindakan beliau itu sehingga  menimbulkan pelbagai spekulasi dan teka-teki.
 
 Mengulas lanjut, Ku Seman menambah, pendekatan Ahmad Husni yang tidak  banyak bercakap tentang retorik politik tetapi tekun dengan tugas bukan  gaya Umno.
 
 "Tengoklah sekarang tak cukup menteri, ketua bahagian yang pun galak  beri kenyataan kepada media, belasah orang itu dan orang ini yang tak  sebulu dengan ketua.
 
 "Tak cukup ketua bahagian setiausaha akhbar pun sudah beri reaksi kenyataan politik. Jadi nyatalah Husni tidak layak.
 
 "Saya pasti selepas ini Husni akan diserang oleh media arus utama yang dicengkam oleh Umno," jelasnya.
 
 Sementara itu, portal pro-Najib menyifatkan kenyataan Ku Seman  sebagai tidak logik dan tidak adil untuk mana-mana pihak membuat analisa  serkap jarang sedemikian.
 
 "Masuk akal ke kalau isunya 1MDB yang berlarutan selama hampir 1  tahun setengah, baru sekarang Husni nak letak jawatan?," katanya mykmu.net.
 
 Sumber TKO - 30-6-2016
 ------------------------------------------------------
 
 
 
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30814| Kronologi kes penahanan Guan Eng 
 Posted on Wednesday, June 29 @ 23:57:04 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 
 
 
 |  
 GEORGETOWN - Berikut adalah kronologi kes penahanan Ketua Menteri Pulau  Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  hari ini:
 
 17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya  meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai  RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George  Town pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.
 
 18 Mac: Lim mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara  rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang  paksaan.
 
 18 Mac: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo  pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai  pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).
 
 19 Mac: Lim menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn.
 
 20 Mac: Lim membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn.
 
 22 Mac: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan beliau menjual banglo  itu atas dasar rela hati antara  pembeli dan penjual yang dipersetujui  melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.
 
 23 Mac: SPRM terima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.
 
 1 April: Phang memberi keterangan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
 
 2 April: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang  yang didakwa mempunyai maklumat palsu.
 
 17 April: SPRM menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.
 
 6 Mei: Lim dan isteri Betty Chew serta Phang dan pemilik Kuala Lumpur  International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew memberi  keterangan kepada SPRM.
 
 7 Mei: Lim sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo di pejabat SPRM Pulau Pinang.
 
 22 Mei: Pegawai SPRM hadir di rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya.
 
 25 Mei: Kertas siasatan Lim dikemukakan kepada Peguam Negara.
 6 Jun: Kertas siasatan banglo Lim dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.
 
 29 Jun: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45  petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di  Tingkat 6, Penang Garden. - Bernama
 
 Sumber TKO - 29-6-2016
 -----------------------------------------------------
 Berbuka bersama, tapi Hudud maaflah  yer..............
 
 Posted on Wednesday, June 29 @ 19:13:31 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  memo
 
 
 |  
 
 
  
 Assalamualaikum,,
 
 Saban tahun apabila tiba bulan puasa, berbondong bondonglah hardcore DAP menyertai ifftar atau majlis berbuka puasa bersama orang Islam yang berpuasa,Budaya berbuka puasa ini bagus, melambangkan rasa hormat yang diberi oleh kawan kawan bukan seagama serta menggambarkan rasa hormat mereka kepada ajaran Islam dan penganutnya, seharusnya sikap hormat ini dihargai.Tetapi sayangnya ianya hanya pada majlis ifftar sahaja, apabila sampai kepada Hudud, nadanya berubah, tiada lagi rasa hormat, lantaran itu perlu rasanya difahamkan puak puak kafir ini tentang satu perkara, yang perlu juga diberitahu kepada pemuka pemuka mereka dari kalangan orang Islam yang masih tak faham ajaran dari ugama mereka sendiri.
 
 Kenapa orang Islam berpuasa dan berbuka puasa.Jawabnya kerana itu perintah ALLAH.Orang Islam wajib berpuasa dan berbuka pada bulan Ramadan dan kerana wajib itulah adanya majlis berbuka puasa dan kerana adanya majis berbuka puasalah hardcore DAP boleh sertai bersama, kalau tidak kerana perintah ALLAH itu tak akan ada majlis berbuka puasa dan tak akan boleh hardcore DAP turut serta.
 
 Perbanding mudah dengan Hudud.Kenapa Islam mesti melaksanakan Hudud? Jawabnya sama, sebab itu perintah Tuhan.Jadi kalau hardcore DAP boleh berbondong bondong sertai majlis berbuka puasa, hardcore DAP juga patut berbondong bondong menyokong usul RUU akta 355 nanti. Itu baru konsistan dengan kehadiran ke majlis berbuka puasa.
 
 Kepada orang Islam yang menganjur dan menjemput hardcore DAP ini juga perlu megambil inisiatif untuk menjelaskan tentang ugama kepada mereka, bukan hanya ikut kata mereka.Ingatlah tak ada maknanya hadir ifftar tetapi lepas tu berdegar degar lawan Hudud............. "
 
 Sumber TKO - 29-6-2016
 -------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
| Dulu Ugut & Hina, Kemudian Pujuk PAS.. Dah Tak Boleh Akhirnya Meroyan 
 Posted on Tuesday, June 28 @ 22:37:39 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
 |  
  
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30788
 Kita tidak lupa pengerusi PAN Perak Asmuni Awi berkata, Pas kini betul-betul mengaplikasi slogan 'Pas Ganti Umno' (PGU) yang dilaungkan suatu ketika dahulu termasuk mengamalkan sikap buruk Umno-BN.
 
 Malah Khalid Samad sendiri berkata parti PAN perlu bertanding untuk memastikan PAS tidak berikan kemenangan percuma kepada UMNO. PAN katanya mewakili Pakatan Harapan manakala PAS pula adalah parti mesra UMNO.
 
 Bila kalah dan tidak mendapat sokongan daripada pengundi Melayu parti PAN mula mendesak agar PAS kembali kepada rundingan.
 
 PAN guna proxynya ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) duduk semeja untuk mengelak diri pertembungan sesama sendiri dengan membahagikan kerusi secara adil dalam menghadapi Pilihan RayaUmum ke-14 nanti.
 
 Ada logik nak berkongsi pengagihan kerusi dengan PEROMPAK?
 
 Lim Kit Siang pula buat formula extrame, kononnya PAS bertanding di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala PAN bertanding di Selangor dan lain-lain negeri yang mempunyai populasi cina.
 
 Ini lagi "bangang". Cadang PAS dengan PAN kongsi kerusi, kerusi DAP dia tak bagi. Kalau sayangkan anak angkat mereka tu kenapa tak beri aje kerusi DAP kepada PAN?
 
 Pemimpinan PAS sebulat suara bertegas dalam isu ini, tiada pembahagian kerusi dengan PAN, malah mungkin PAS akan bertanding lebih kerusi berbanding daripada PRU-13. Tiada rundingan, full stop!
 
 Bila dengar ketegasan kepimpinan PAS, puak PAN mula meracau.
 
 Khalid Samad pun tak ada kerja lain, terus serang PAS. Katanya dalam akhbar Malaysiakini, matlamat PAS pada pilihan raya umum akan datang adalah memastikan DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan negeri Selangor.
 
 PAS akan dengan sengaja membantu BN untuk merampas kembali Selangor jika ia tetap berkeras untuk terus bersendirian pada pilihan raya umum akan datang dan tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
 
 Katanya lagi berdasarkan pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah jelas bahawa sekiranya PAS dan Pakatan Harapan bertanding dalam pertandingan tiga penjuru, ia hanya menguntungkan BN.
 
 Khalid ni betul atau tak betul, sebelum ini dia juga nak bertanding 3 penjuru. Katanya nak perkenalkan PAN, nak benarkan kata Lim Kit Siang PAS akan kalah teruk.
 
 Kenapa sekarang meroyan?
 Kenapa baru sedar orang Melayu sudah muak dengan parti PAN yang kini telah menjadi hamba abadi parti DAP sehingga sanggup agama sendiri terhina!
 
 
 
 
 
Sumber TKO - 28-6-2016 
 
 
 
-------------------------------------------------------------------------------------- 
 
| 
| 
| 
 
 
| Kafir Harbi kena isytiar perang........... 
 Posted on Tuesday, June 28 @ 16:42:54 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 |  
  
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30782
 
 Assalamualaikum... Nampaknya mudah nak menuduh tetapi kesan dari tuduhan itu diabaikan.Boleh menuduh DAP itu harbi dan kemudian sembunyi tangan biarkan harbi bebas bertindak.Sedarkah kita pembahagian kafir itu sendiri perlu kepada syarat syarat tertentu.Untuk Zimmi,hak dan keistimewaan mereka tingga dalam negara Islam perlu dihormati dan untuk harbi kalau ada, wajib diisytiarkan perang kepada kehadiran mereka, mereka wajib dibunuh dan perlu diusir dari negara Islam atau negara umat Islam.Lantaran tiu kepada sesiapa yang berani melebelkan DAP itu harbi juga mesti berani untuk menggerakkan perang bagi membunuh dan mengusir mereka dari tahan tumpah darah ini.
 
 Pemuda PAS tidak bersedia untuk mengisytiarkan perang kepada DAP walaupun mereka menetang usaha melaksanakan hukum ALLAH pada tahap maksimanya dan kerana itulah pendirian pemuda PAS ini adalah tetap, kalau masih belum bersedia untuk berperang sehingga menumpahkan darah, jangan pandai pandai isytiar DAP itu harbi tetapi cukup untuk mengatakan mereka memusuhi hukum ALLAH dan perlu dibendung dari mendapat kuasa pemerintahan.
 
 Sesiapa yang bersama mereka tak kira apa warna dan partipun juga perlu ditolak oleh umat Islam.Kalau PANgang yang dulunya pernah menjadi pejuang Islam sudah bertukar rmenjadi pejuang Islam versi DAP, maka PANgang juga perlu ditolak.Benda mudah, lagipun kalau kita orang melayu ini takut untuk berperang,tidak seperti saudara kita di Palastin itu, maka kita bertindak mengikut kemampuan yang dikurniakan ALLAH.
 
 Kita tidak mampu berperang dengan senjata tetapi kita ada tenaga untuk menegakkan hukum ALLAH menerusi mulut, maka kita gunakan mulut kita sebaik mungkin.Bukan over acting seperti berkata orang orang yang tak berani nak melebelkan kafir harbi kepada DAP adalah orang yang kurang akal kerana kita yang berani melebelkan sebegitu belum cukup berani untuk mengangkat senapang berperang dengan mereka.Bertindak ikut kemampuan kita yang sebenar, jangan melebih lebih..............
 
 Satu lagi hal tentang harbi ini ialah tingkah laku mereka selagi masih belum sampai tahap di mana kita tidak lagi boleh hidup aman, tidak lagi boleh melaksanakan tanggungjawab agama kita, maka selagi itulah kita tidak boleh mudah mudah melebelkan mereka harbi, untuk itu kita kena lihat bagaimana kehidupan kita sekarang diganggu oleh DAP, ke tahap mana gangguan mereka.Jadi jangan cepat membuat kesimpulan dan yang terbaiknya kita serahkan kepada para ulamak kita untuk membuat keputusan yang hanya kita ikuti.Jangan terpengaruh dengan yang lain, terutama mereka mereka yang mendakwa ada kepandaian walhal yang ada sebenarnya kebodohan semata mata dan kita yang ikut akan jadi bodoh sama............
 
 
 Sumber TKO - 28-6-2016
 
 
 
| -------------------------------------------------------------------------------- Masih ramai orang Islam yang mahu Islam separuh separuh
 
 Posted on Tuesday, June 28 @ 16:41:08 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 |  
  http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30781
 
 Sejak dari awal merdeka, negara sudahpun dipenuhi oleh orang orang Islam yang menyokong Umno, orang orang Islam yang menyokong sekular iaitu yang menyokong semua pengurusan dunia yang tidak terikat dengan panduan agama, akibatnya lahir amalan yang begitu sebati di tanah air ku tercinta, iaitu amalan yang mengerat ngerat paduan agama kepada amalan ibadat khusus seperti solat,  puasa, haji dan seumpamanya dan amalan amalan pengurusan dunia seperti urusan pendapatkan tenjer projek serta lain lain urus tabdir yang tidak terikat dengan agama.
 
 Kita boleh melihat ada para kontraktor yang hadir solat berjemaah di  Masjid tetapi selepas solat bergegas ke tempat tender dengan membawa  kejumlah wang untuk melobi, malah wang tersebut sudahpun ada di poketnya  ketika bersolat.Kesannya inilah Islam yang boleh dilihat dibudayakan  oleh Umno selama memegang tapuk pemerintahan negara.
 
 Sepatutnya Islam adalah agama, Islam adalah addin yang mengatasi budaya, yang menyediakan kerangka besar kepada carahidup tetapi Umno sejak merdeka sudah mengubah Islam kepada budaya dan budaya itu telah menjadi ikutan majoriti rakyat sehingga hari ini.Kerana besarnya pengaruh budaya itulah dalam 2 PRK yang baru lalu, Umno masih boleh menang bergaya.
 
 Itu merupakan kumpulan orang Islam terbesar di negara kita sekarang,Ada satu kumpulan lagi yang boleh dikesan di kalangan orang orang Islam yang sedang berkembang dan dikembangkan oleh sebuah parti bukan Islam, autra kaisu , DAP dan disokong oleh 2 parti orang Islam iaitu PAN dan PKR.Kumpulan orang Islam ini menggunakan nama Islam progresif untuk mempromosikan Islam liberal yang lebih bahaya dari Islam separuh separuh Umno.
 
 Sedangkan satu lagi kumpulan yang kelihatan tidak bertambah atau berkurang ialah kumpulan orang  Islam yang benar benar mahu kembali kepada carahidup Islam.Oleh kerana tidak bertambahnya jumlah mereka inilah , di 2 PKR lalu PAS tewas.Dan kerana tidak bertambahnya jumlah merekalah, kerja kerja dakwah yang semakin dibebani oleh serangan serangan golongan progresif perlu diterus dan ditingkatkan serta memilih untuk memastikan Islam liberal tidak akan berkembang kerana Islam liberal itu amat membahayakan umat.Untuk memastikan Islam liberal tidak berkembang, kita tidak punya pilihan selain berusaha memastikan DAP tidak berkuasa serta perlu memantau kegiatan Islam sekerat sekerat Umno agar mereka terus dengan amalan budaya ini kerana adalah lebih mudah untuk menyebarkan dakwah dalam suasana amalan budaya sekerat sekerat berbanding dengan amalan Islam liberal yang antara lain sudah sanggup menghina ulamak,menghina kain pelekat yang dipakai ulamak untuk bersolat dan yang lebih penting kedengaran suara suara mereka yang jahil 2k sebenarnya memperlekahkan ilmu dan amalan para ulamak.
 
 Kita berharap agar kesedaran yang sedang meningkat mengenai carahidup Islam akan terus segar di Kelantan, Terengganu dan Kedah dan semuga selepas PRU 14 nanti, ketiga tiga negeri ini akan berapa dibawah kerajaan Islam sepenuhnya,bukan kerajaan Islam separuh separuh atau kerajaan Islam liberal.Dan semuga kesedaran ini akan terus berjangkit ke negri negri lain juga.
 
 Kita tahu inilah versi perjuangan Islam di negara kita, menguasai negeri untuk menegakkan hukum ALLAH.
 
 Sumber TKO - 28-6-2016
 -------------------------------------------------
Pendirian TGHH betul dan tepat dalam 3 peristiwa besar sejarah politik tanahair
 
 Posted on Tuesday, June 28 @ 09:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
  
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30777
 
 
 Musuh Islam dan musuh PAS memang tidak suka pada ulamak  sebab ulamak adalah waris anbiya. Setelah TGHH dilantik sebagai Timbalan  Presiden dalam Kesatuan Ulamak Dunia, semakin kuat serangan puak-puak  sekularis dan Islam progresif ke atasnya.
 
 Pelbagai fitnah mereka lontar untuk membunuh karektornya,  tapi TGHH tidak melayan serangan peribadi. Sebaliknya beliau serah pada  Allah untuk balas serangan peribadi itu di akhirat kelak. Jom istiqamah  bersama PAS. Tidak mungkin berkumpul ramainya ulamak dalam sesuatu  organisasi Islam akan membawa kepada maksiat atau kemungkaran terhadap  Allah SWT.
 
 .....
 https://albangikuching.wordpress.com
 
 Sumber TKO - 28-6-2016
 
 ------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
"Assalamualaikum, Kalau Umno nak serahkan Kedah kepada PAS kenapa bising? Itu hak Umno sama seperti hak untuk memecat Mukhriz dari Umno. Tak usah bising bisinglah Mukhriz hanya kerana kena pecat dengan Umno.Apa yang tak betul dan nampak mengarut apabila dia mendakwa ada kerjasama peringkat tertinggi antara Umno dan PAS dan kerjasama inilah menurut Mukhriz akan menyebabkan Umno bersedia menyerahkan Kedah bersama Kelantan dan Terengganu kepada PAS. 
 Nampaknya Mukhriz pun dah berjangkit penyakit yang dihadapi oleh PAN,  penyakit yang sentiasa menjadi fobia dan truma kepada pemuka pemuka PAN  yang sentiasa dihantui oleh UG PAS-Umno, bayangkan semasa PRN Serawak  dulu, ada dakwaan mengatakan Umno brsedia menyerahkan satu kerusi kepada  PAS dan ketika PRK KK dan Sg, Besar ada dakwaan mengatakan PAS akan  tarik diri untuk memberi laluan kepada Umno.Inilah antara ketakutan PAN  kepada kerjasama PAS Umno yang terus menjadi penyakit yang tiada ubatnya  setakat ini dan kini penyakit tersebut sudah berjangkit kepada Mukhriz  setelah dia dipecat oleh Umno.
 
 Mukhriz seperti puak gerabak PAN mula melihat usaha berbaik baik dengan "orang Umno" oleh PAS sebagai satu bentuk kerjasama peringkat tertinggi di mana lebih dasyat lagi Mukhriz sudah ada gambaran Umno dan PAS sedang membahagikan kuasa antara mereka.Hebat kau Mukhriz dalam mereka cerita penglipurlara.
 
 Mukhriz dah jadi macam puak gerabak PAN yang akan sentiasa mereka cerita kepada kerjasama, dalam kamus politiknya seperti puak gerabak PAN tiada ikatan persaudaraan seagama antara parti parti politik, yang ada hanyalah ikatan politik untuk mendapatkan kuasa seperti ikatan yang ada dalam PH dan sekarang mungkin akan disertai oleh orang orang yang direjet oleh Umno.
 
 Itu sahaja yang  ada, sebab itu tiada sebab kenapa Mukhriz dan puak gerabak PAN mahu menerima politik matang yang mahu berbaik baik dengan semua orang termasuk Mukhriz dan geng PAN terutama yang seagama.Mana MUkhriz dan puak gerabak PAN mahu terima hakikat agama sentiasa mengatasi kepentingan politik sebaliknya mereka bertegas agar agama tidak dicampur adukan dengan politik.Kesemua usaha dalam politik adalah untuk mencari kuasa termasuk juga usaha bekerjasama.
 Itu dah jadi pegangan puak gerabak PAN sejak penubuhannya dan kini pegangan itu mula meresapi Mukhriz. lantak kau lah Muhkriz, kau nak jadi macam PAN silakan, tapi ingat satu perkara Mukhriz, Umno dan PAS datang dari satu rumpun dan satu agama, Mereka boleh bersatu tetapi bersatu yang berteraskan mekansima agama, bukan mekanisma bangsa atau kuasa.
 
 Anda dan puak gerabak PAN boleh terus memanupulasi bibik bibik penyatuan ini tetapi ingat, ALLAH maha berkuasa, Kalau ALLAH mengizinkan penyatuan berteraskan tali ALLAH ini, tak ada siapa yang boleh menafikanya waima DAP sekalipun...........
 
 Berhentilah mengarut wahai Mukhriz dan belajar terima kenyataan walaupun pahit, jangan jadi macam puak gerabak PAN yang langsung tak mahu dengar nasihat saudara seagama sebaliknya berpegang teguh dengan nasihat kawan baik mereka, DAP menerusi khalifah LGE dan ulamak besar LKS.
 
 Sumber TKO - 27-6-2016
 -----------------------------------------------------
 
 
| PKR, PAN akur pengaruh yang dimiliki PAS? 
 Posted on Thursday, June 23 @ 21:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
 
 
 
 
 
 
SHAH ALAM: Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR mencadangkan agar  PAS kembali ke meja rundingan bersama Pakatan Harapan (PH) bagi  mengukuhkan kembali kuasa pembangkang membuktikan parti Islam itu  memainkan peranan besar dalam meraih sokongan rakyat. 
 
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata PKR, PAN malah  DAP terpaksa mengakui pengaruh yang ada pada PAS tidak mampu diganti  oleh mana-mana parti dalam Pakatan Harapan. 
 
 
 
"Apabila Amanah (PAN) membuat cadangan sebegini, sebenarnya ini menunjukkan Amanah (PAN) yang terdesak dan bukannya PAS.  
 
 
 
"PAS mempunyai kedudukan yang agak lebih berbanding dengan Amanah (PAN) yang ketika ini berada dalam Pakatan Harapan.  
 
 
 
"Sebenarnya dalam perkara ini, dua PRK yang lepas menunjukkan PAS itu  berbanding Amanah (PAN) mereka adalah lebih hebat dari segi sokongan  terutama sekali daripada pengundi Melayu," katanya kepada Antarapos. 
 
 
 
Kelmarin Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta  agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan  bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU14.  
 
 
 
Pandangan yang sama juga disuarakan Timbalan Presiden PAN Salahudin Ayub yang mahu mengukuhkan kembali pakatan pembangkang. 
 
 
 
Gesaan itu bagaimanapun tidak begitu mesra disambut pemimpin PAS. 
 
 
 
Bagi timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, adalah mustahil  untuk PAS bergabung dengan Pakatan Harapan namun beliau bersetuju jika  ditubuhkan mekanisme baru bagi mengukuhkan parti pembangkang. 
 
 
 
Ujarnya mekanisme itu punya dua syarat. Pertama jaminan satu lawan satu  pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan kedua, jaminan bahawa tiada  mana-mana parti politik hilang kerusi dalam proses agihan kerusi. 
 
 
 
Tuan Ibrahim tidak pula mengulas bagaimana PAN akan mendapat peruntukan kerusi pada PRU14 nanti. 
 
 
 
Mengulas lanjut, Azmi berkata, saham politik PAS terus memuncak selepas  DAP sendiri terpaksa akur bahawa PAN masih belum mampu menggantikan  peranan yang ditinggalkan PAS sebelum ini. 
 
 
 
Pada awal penubuhan PAN, parti itu sering disebut-sebut sebagai  pengganti PAS. Malah pemimpin PAN juga sering mencanang keyakinan mereka  untuk memainkan peranan yang pernah dipikul PAS dalam Pakatan Rakyat. 
 
 
 
"Dua PRK yang lepas adalah petunjuk popular atau tidak Amanah (PAN), ia  juga menunjukkan isyarat bahawa DAP menggunakan Amanah (PAN) dalam  menarik pengundi Melayu atau Cina tidak berjaya.  
 
 
 
"Jadi itu salah satu pengajaran yang dapat diambil daripada dua PRK  lalu, DAP juga dikatakan walaupun masih berkeras tidak mahu menerima PAS  tetapi mereka kena akur Amanah (PAN) setakat hari ini masih tak mampu  menggantikan PAS. Apa yang mereka lakukan dalam PR sebelum ini,"  ujarnya. Sumber TKO - 23-6-2016
 ------------------------------------------------------------------------
 
 
 
| Ahmad Maslan Versi PAN Dakwa Parti PAN Peroleh Lebih Undi Melayu Berbanding PAS Posted on Thursday, June 23 @ 18:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30687
 
 KUALA LUMPUR - Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat (@ Ahmad Maslan Versi PAN) mendakwa partinya mendapat lebih banyak undi kaum Melayu berbanding PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.
 
 Dakwa beliau, kaum Melayu daripada golongan progresif, Islamik dan  kelas menengah tidak menyokong PAS sebaliknya PAN dan sokongan itu  kononnya diperkuatkan lagi dengan penglibatan bekas Perdana Menteri, Tun  Dr. Mahathir Mohamad.
 
 Justeru, dakwa beliau, pendekatan PAS yang berkerat rotan dengan DAP  dan mengusulkan rang undang-undang di Parlimen untuk memperkasakan  institusi Mahkamah Syariah tidak menambahkan undi Melayu untuk parti  itu.
 “Sebaliknya PAS mengalami kemerosotan mendadak undi kaum Cina  dalam PRK berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 sebanyak 73 peratus  di Sungai Besar dan 63 peratus di Kuala Kangsar.
 
 “PAS hanya memperolehi undi teras seperti yang diperolehi  dalam PRU 2004. Dalam undi teras PAS terdapat undi tegar PAS sekitar  2,000 hingga 3,000 orang di kedua-dua Parlimen ini. Jika berlaku 10  penjuru sekalipun undi tegar PAS ini tidak akan berganjak,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
 
 Analisis beliau mengenai PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar itu  bagaimanapun dikritik ramai netizen yang menyifatkan ia satu pandangan  syok sendiri oleh PAN dan Pakatan Harapan gara-gara kecewa dengan  kekalahan mengaibkan.
 
 Pemilik akaun Facebook Abu Adeeb Walfarisi berkata: “analisis  syok sendiri sedang diri sendiri tau tanpa PAS nak ke putrajaya PH  hanya akan bermimpi dan terus bermimpi. PAN akan terus menagih ehsan  dari DAP untuk kerusi PRU14 khusus kawasan majoriti cina kerana trend  PRK yang lalu menampakkan undi PAN hanya dari cina DAP. Hanya beberapa  kerat melayu saja.”
 
 Azman Hasbullah berkata: “Ini letak calon parti yang tak popular…pastu nak lawan PAS…….niat sebenar PAN adalah bukan nak lawan UMNO BN…tapi nak test power  sokongan ….nak tau mana tinggi undi PAN dengan undi PAS….tu sebab jika  boleh kalahkan PAS sudah di anggap satu kejayaan besar buat  PAN….sampaikan sanggup nak berpesta arak di Sungai Besar.”
 
 Nur Azri pula berkata: “analisa berat..masih backup parti sendri dan tidak redha menerima keputusan rakyat….” – MYNEWSHUB.CC
 
 Sumber TKO - 23-6-2016
 ------------------------------------------------------
 PAS serik 'dipermainkan', tidak mudah untuk bergabung dengan PH - Penganalisis
 
 Posted on Wednesday, June 22 @ 19:12:15 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30662
 
 SHAH ALAM: PAS sudah serik 'dipermainkan' DAP sepanjang menjalinkan  hubungan politik dengan parti itu menerusi Pakatan Rakyat, justeru tidak  hairanlah parti Islam berkenaan menolak sebarang cadangan untuk  bergabung dengan gagasan politik baru, Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan  Raya Umum (PRU) akan datang.
 
 
Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir menambah PAS juga nekad menolak  jemputan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan kerana gagasan itu turut  dianggotai parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN).  
 
DAP selama bertahaluf siyasi dengan PAS kerap membangkang agenda  perjuangan Islamnya manakala PAN dianggap sebagai pengkhianat selepas  keluar daripada PAS dan menubuhkan parti baru, yang mirip wadah  perjuangannya. 
 
"Tidak mahu pisang berbuah dua kali, begitulah pegangan PAS kerana mereka merasa sudah dipermainkan oleh DAP.  
 
"PAS melihat permainan politik ini sudah mengajar mereka banyak perkara  jadi tidak mahu terjerumus lagi dalam lubang yang sama," katanya ketika  dihubungi Antarapos.  
 
Terdahulu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu  Antarapos, bahawa PAS meletakkan syarat untuk bergabung dengan parti  pembangkang sebagai persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
 
Syaratnya adalah PAS tidak mahu menyerahkan atau mengorbankan kerusi  mereka kepada parti lain selain pembangkang perlu komited untuk  mengadakan pertandingan satu lawan satu pada PRU14 kelak. 
 
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini menyaksikan  pertembungan empat kerusi antara PAS dan PKR malahan pertindihan lima  kerusi antara PAS dan PAN. 
 
Malah PAS juga cuba dinafikan hak untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini. 
 
Namun tegas Jeniri, sekiranya PAS masih tetap dengan syarat mereka, ia  tidak akan menguntungkan bukan sahaja parti itu tetapi pembangkang yang  lain. 
 
"Kalau PAS bertindak bersendirian, PAS tidak akan ke mana-mana. Sama  juga dengan parti komponen pembangkang yang lain, hakikatnya mereka  saling memerlukan.  
 
"Jadi kalau betul-betul kedua-dua belah pihak nak menakluki Putrajaya  (mereka) tak ada pilihan lain kecuali semua parti berkorban (kerusi)  (dan) perbetul kesilapan yang dialami semasa berada dalam Pakatan  pembangkang sebelum ini," tegasnya. 
 
Tetapi ujarnya, walaupun PAS bersetuju untuk bekerjasama dalam pilihan  raya akan datang, adalah mustahil untuk parti itu menyerahkan kerusi  mereka kepada parti komponen Pakatan Harapan. 
 
"Itu yang jadi masalahnya, Amanah (PAN) akan ambil kerusi dari mana?  Amanah (PAN) akan ambil kerusi daripada PAS dan tidak mungkin daripada  DAP dan PKR. Jadi sebahagian besar itu adalah pertembungan antara  PAS-Amanah (PAN)," ujarnya. 
 
Malah katanya pembangkang perlu sedar isyarat yang dihantar pengundi  pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar hujung minggu lalu, kerana  mereka sudah jemu dengan pergolakkan yang tiada kesudahan.      
 
"Sekarang pengundi sudah menghantar mesej dengan jelas dalam dua PRK  ini, jadi pola dan corak pengundian itu sebenarnya menggambarkan apa  yang bakal berlaku dalam PRU akan datang kalau parti komponen  pembangkang ini tidak mengambil iktibar," katanya. 
 
Beliau turut yakin sekiranya pembangkang gagal mencapai kata sepakat  sebelum PRU akan datang, kedegilan PAS akan menjadi punca kepada  kemenangan.  Sumber TKO - 22-6-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
| PAS masih berpijak di bumi nyata, jangan bimbang.... 
 Posted on Tuesday, June 21 @ 20:18:04 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30643
 Assalamualaikum,
 
 Ustaz Rizuan Rahmat benar, PAS berkempen dengan dakwah, ajak orang buat benda baik tetapi apa yang terjadi ialah masih ramai manusia yang tidak mahu benda baik, masih ramai umat Islam yang percaya Agama suku, politik suku dan masih ramai yang berpegang kepada Islam sekerat sekarat.Itulah hakikat yang berlaku dalam PRK KK dan Sg. Besar.Malah lebih menarik, rakyat baik yang Islam dan bukan Islam masih lagi memberi kemenangan kepada BN setelah BN berjaya memerah mereka dengan GST, TOL dan skandal 1MBD.
 
 Ada pendapat kata pengundi luar bandar tak kisah dengan semuanya ini  asalkan mereka mendapat habuan segera ketika Pilihanraya tetapi KK dan  Sg Besar bukanlah luar bandar di mana rakyat di kedua dua tempat hampir  semua mempunyai kenderaan dan kebanyakannya pengguna lebuhraya yang  bayar tol hari hari dan menjadi pengguna yang bayar GST hari hari, tapi  mereka tak kisah dengan semuanya itu ketika memangkah kertas undi. BN  dimenangkan dengan majoriti yang besar.Hasilnya, kebathilan mengatasi  kebenaran, kebejatan mengatasi kebaikan.
 
 Itu antara rumusan yang boleh dibuat hasil keputusan PRK tersebut dan kalau keputusan ini menjadi trend baru kepada lain lain kawasaan, alamat PAS serta PH akan bungkus di PRU 14 nanti.Inilah nampaknya menjadi kebimbangan parti parti dalam PH sehingga mereka sanggup mengajak PAS bergabung dengan mereka, mereka sanggup melupakan tohmahan mereka selama ini, PAS nak UG dengan Umno.
 
 Satu tindakan yang sudah agak terdesak.PH sudah tidak boleh berpijak dengan seimbang di atas bumi yang berbukit bukau tetapi PAS tetap istiqamah.PAS tetapi mampu berpijak di bumi yang nyata.PJ Selangor umpamanya ketika berkata PAS tidak akan mampu menang Pilihanraya sendiri tetap menyatakan rancangan untuk mengembangkan blok ke 3 bukan mahu kembali kepada PH.Satu pernyataan yang praktikal dan berpijak di bumi nyata oleh PAS.
 
 Selain itu. kenyataan bahawa akar umbi PAS yang sudah ada asasnya,masih tidak mampu memberi undi kepada PAS menunjukkan ramai lagi orang Islam yang tidak berminat untuk menerima Islam sepenuhnya, ada orang Islam yang  terlalu taksub dengan Islam liberal tetapi keputusan pilihanraya membuktikan majoriti orang Islam tetap mahu Islam yang sekerat sekerat, sebab itu mereka memberi undi majotiri kepada BN.Kenyataan ini diterima oleh PAS dengan meletakkan istiqamah mereka.PAS sedar masih banyak kerja dakwah dan masih banyak halangan untuk berdakwah, terbaru dari bekas ahli ahlinya sendiri yang bersama sebuah parti yang anti Islam akan sentiasa mengganggu kerja dakwah PAS.
 
 Seperti mengelirukan orang Islam dengan dakwaan jangan campur adukan agama dengan politik, keutamaan kita ialah ekonomi bukan Hudud, PAS tidak mesra dengan orang bukan Islam dan sebagainya.Sementara di pihak BN, walaupaun Najib baru saja memberi laluan kepada RUU persendirian, tetapi keputusan PRK ini mungkin menyebabkan Najib akan lebih selesa dan akan kembali ke perangai Islam sekerat sekeratnya.Najib mungkin akan kembali kepada wasatiyahnya untuk menghalang cita cita menegakkan hukum ALLAH di bumi serambi Mekah.Inilah cabaran yang sedang dihadapi dengan istiqamah oleh PAS.
 
 Untuk menang pilihanraya PAS mesti meningkatkan undi asasnya dan untuk meningkatkan undi asasnya, orang Islam mesti diajak untuk menerima Islam keseluruhannya bukan sekerat sekerat atau bukan liberal.Hal ini amat sukar difahami oleh golongan Islam yang bersama PH sekarang tetapi sejauh mana mereka mahu menyerang PAS sama samalah kita tengok kerana risikonya juga akan membawa kehancuran kepada PH.
 
 Bagi PAS seperti sudah mampu bertahan sejak dilanyak bertubi tubi ketika keluar dari BN, Insyaallah untuk terus bertahan setelah keluar PR rasanya jauh lebih mudah.
 
 Sumber TKO - 21-6-2016
 -----------------------------------------------------
Masih Ingat Serangan The Malaysian Insider Kepada TSKI dan Presiden PAS?
 
 Posted on Tuesday, June 21 @ 06:51:29 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30632
 |  
  
 Semalam bekas ketua pegawai eksekutif dan editor Jahabar Sadiq dan bekas editor  Bahasa Melayu Amin Shah Iskandar mengaku artikel dalam The Malaysia Insider (TMI) berdasarkan khabar  angin, dan membuat akujanji tidak akan mengulangi tuduhan itu lagi.
 
 Cara mereka bergerak ialah "Lepas FITNAH, kamu aibkan dia.. Kamu hina dia.. Kamu caci maki dia..  Kamu jaja FITNAH merata burukkan dia... dan geng Kamu PECAT dia.. geng Kamu ROMPAK  jawatan dia.."
 
 
 
TMI ini dulunya ada Dr Zulkefly Ahmad (sekarang ini bahagian strategik  parti PAN), Zul Sulong (yang banyak membocorkan maklumat dalam PAS) dan  penulis-penulis yang bekerja untuk memburuk kepimpinan Islam dalam PAS  selain daripada dua orang yang disebutkan. 
 Pernah di dedahkan oleh AbuYa dan disiarkan dalam laman TranungKite (TKO) mengenai perancangan jahat mereka.
 
 AbuYa  menulis pada laman TKO, 11 September 2014 mengenai perancangan Jahat  kumpulan dalam PAS (yang dipercayai didalangi oleh 2 kumpulan termasuk  dari IKRAM/IRC) untuk menubuhkan parti baru.
 
 AbuYa mendedahkan bahawa perancangan ini dibawa melalui gerakan NGO yang baru ditubuhkan iaitu PASMA.
 
 Dalam  tulisan berkenaan AbuYa menyebut bahawa PASMA terdiri daripada 3  strategi penjawatannya termasuk satu jawatankuasa 'hidden' bagi  menubuhkan parti baru jika kumpulan IKRAM/IRC tewas dalam Muktamar PAS.
 
 
Pada artikel 30 September 2014 pula, AbuYa membuat pendedahan bahawa  memang wujud satu gerakan secara halus untuk melemahkan pengaruh  Presiden PAS. 
 Mereka menggunakan Facebooker, blogger dan akhbar  pro-pembangkang seperti TMI dan Malaysiakini untuk membuat persepsi  buruk kepada pimpinan yang tidak direstui dalam PAS.
 
 Dalam TMI  adanya Dr Zul dengan Zul Solong dan beberapa orang lagi kunco mereka  mereka telah menyiarkan banyak kali berita yang tidak benar mengenai  kepimpinan PAS.
 
 Rancangan mereka melalui beberapa peringkat dan  ini telah didedahkan oleh AbuYa dalam artikelnya. UG atau Nak bergabung  dengan UMNO adalah satu daripada perancangan jahat kumpulan ini bagi  memberikan tekanan kepada Presiden PAS dan pimpinan PAS yang tidak  disukai.
 
 Lihat pendedahan AbuYa,
 
 
Seperti ramai orang berkata "ALAH tidak dua dan tiga", maka perancangan  jahat mereka terdedah satu persatu akhirnya kebenaran terserlah. Mereka  yang mengkhinati perjuangan Islam satu persatu tumbang jatuh walaupun  pada asasnya kita melihat mereka hebat dan lama berjuang. Itu semua  kerja Allah yang pasti kita jangan sekali-kali lari daripada prinsip dan  asas perjuangan ini. 
 Kita kena beringat kerana Allah telah  memberikan peringatan yang sangat jelas "doa mereka yang teraniya" tidak  ada hijab antara mereka dengan Allah taala walaupun mereka orang kafir.
 
 Kita  telah nampak, apa terjadi kepada TMI dan apa terjadi kepada  penulis-penulis upahan dalam TMI termasuk perancangnya sekali. Didunia  ini mereka telah dihina. Diakhirat kita tak tahu kerana itu urusan mereka  dengan Allah. Mungkin Allah memaafkan mereka jika mereka bertaubat.
 
 Apa yang penting kita kena ISTIQAMAH dalam GERAKAN ISLAM sehingga ke akhir hayat.
 
 Lihat  bertapa hebatnya Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu ini, dia boleh  maafkan mereka yang pernah menjatuhkannya, MEROMPAK jawatannya.
 
 
"Meskipun saya melihat perbuatan defendan-defendan menerbitkan artikel  berunsur fitnah adalah bagi melaksanakan satu misi jahat yang akhirnya  berjaya, saya memilih untuk tidak memanjangkan persengketaan ini. TSKI tahu perancangan ini didalangi oleh seseorang tetapi dia memilih  untuk memaafkan kerana memaafkan adalah sebaik-baik pilihan.
 
 Sumber TKO - 21-6-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 "
   PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah selesai.BN menang dengan  pertambahan peratus undi 3-5%peratus sahaja walaupun majoriti bertambah  besar.
 
 Populariti PAS stabil dan tetap.Undi penyokong PAS yang  terdiri Melayu  Islam kekal.Ini menunjukkan kemelut PAS tahun lepas  telah selesai dan  berjaya diatasi.
 
 Undi PAN yang diperolehi  adalah hasil gabungan jentera DAP,PKR dan team  Mahathir sendiri.Undi  Cina terutama kawasan "stronghold" DAP terutama di  Sekichan(Sg Besar)  dan Jerlun(Kuala Kangsar) memihak kepada PAN hasil  kerja kuat  DAP.Bahkan ada kawasan yang tiada undi (0)buat PAS.
 
 Apa yang perlu direnungi ialah apakah "hasutan dan dakyah" DAP kepada pengundi Cina hingga undi untuk PAS merundum teruk?
 
 Antara yang di hasut oleh DAP adalah PAS telah bergabung dengan UMNO dan hukum hudud(RUU355).
 
 Dua isu inilah yang menyebabkan pengundi Cina telan bulat-bulat untuk menolak PAS.
 
 Isu bergabung dengan UMNO dimainkan secara rasis menunjukkan DAP anti   Melayu manakala isu Hudud pula membuktikan DAP memang anti Islam.
 
 Orang Melayu yang anggotai DAP adalah yang berfahaman sekular dan liberal.Mereka tiada roh kefahaman Islam yang syumul.
 
 Agaknya begitu seronok Lim Kit Siang dan DAPnya berjaya memecahkan undi Islam dengan tertubuhnya PAN.
 
 DAP punyai serampang dua mata dalam politik Malaysia.
 
 Pertama,.berjuang secara rasis seperti UMNO.UMNO berjuang untuk Melayu   Sekular Liberal Kapitalis manakala DAP untuk Cina Kapitalis.
 
 Kedua, berjuang menentang Islam.Sepatutnya hal ehwal Islam seperti   RUU355 yang bukan hudud tidak ditentang sedangkan ianya hanya untuk   orang Islam.Mengapa DAP begitu beriya-iya anti RUU 355?
 
 Tentunya DAP di belakangnya banyak agenda.Antaranya Kristianisasi ,Kapitalisme dan Liberalisme.
 
 Kristianisasi kerana pimpinan atasannya ramai Kristian.
 
 Kapitalisme kerana taukeh-taukeh judi,arak,pelacur,disko mendanai DAP.
 Liberalisme kerana ahlinya yang Melayu menganut ajaran tersebut.
 
 Isu RM2.6 bilion sekadar untuk mengaburi agenda dan matlamat   mereka.Sebab itulah kita nampat perbezaan antara PAS dan DAP menangani   isu RM2.6 bilion.
 
 DAP sanggup bergabung dengan Mahathir yang  terus terang masih anggap  dasar UMNO sebagai betul.Cuma PM Najib tidak  betul.Ini bermakna DAP  setuju dengan dasar UMNO yang  Liberalisme,Kapitalis dan Sekular. Asalkan  bukan PAS.
 
 PAS pula  anggap PM Najib bukanlah fokus perubahan tetapi dasar yang  didukungi  UMNO perlu di tukar kepada Islam.Inilah yang digeruni DAP.
 
 PASCA 2 PRK :Jurang perkauman semakin jauh..DAP bertanggungjawab.
 
 Sumber TKO - 21-6-2016
 ------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 Assalamualaikum,,
 
 Statistik keputusan PRK KK dan SG Besar menunjukan sata tren baru yang terhasil dari penubuhan PAN dan PH.Ada sesuatu yang boleh dipelajari darinya kerana ada kemungkinan kedudukan politik akan kembali semula ke zaman sebelum pembangkang menjadi kuat atau kembali semula ke zaman Mahathir di mana ketika itu BN boleh berleluasa dan buat apa saja sambil rakyat membenarkan menerusi undi yang diberikan kepada BN.Tren memberi undi kepada BN untuk membolehkan BN buat apa saja nampaknya semakin terserlah.Oleh itu beberapa pelajaran boleh diambil dari keputusan yang nampak sudah lari dari tren semasa.
 
 1-RAKYAT TIDAK KISAH DENGAN GST
 
 Rakyat Malaysia menerusi keputusan PRK ini dan PRK Rompin sebelumnya, menunjukan sikap tidak kisah dengan GST sedangkan pembangkang begitu bersungguh sungguh mahu membantu rakyat untuk menghapuskan cukai yang dikatakan membebankan rakyat. Maknanya sekarang baik melayu atau cina sudah tak kisah dengan GST dan sudah tidak kisah dengan dasar dasar Najib yang  bakal dilaksanakan.Tidak ada istilah kesusahan kepada rakyat yang memberi undi kepada BN kerana wakil wakil rakyat BN yang dipilih rakyatlah yang menyebabkan dasar seperti GST dapat dilaksanakan.Gambaran baiknya rakyat Malaysia dengan BN dan bersedia memberikan kebenaran kepada BN berbuat apa saja seperti yang pernah dinkmati oleh Mahathir satu ketika dulu.Nampaknya pembangkang yang terkial kial mahu menolong rakyat tapi rakyat tetap mahu pilih BN.Malah keputusan PRK kali ini menunjukkan kembalinya undi rakyat yang pernah mengundi BN tetapi lari kepada pembangkang kepada BN semula.Kalau tren ini diandaikan sama dengan tempat tempat lain maka pelajaran kedua dari keputusan PRK akan berlaku.
 
 2-Kerajaan PKR Selangor mungkin tergugat
 
 Seandainya tren kembalinya pengundi asal BN kepada BN terutamanya pengundi cina di Selangor, PKR akan terjejas teruk.Dan ada kemungkinan di PRU 14 nanti PKR akan kehilangan banyak kerusi bersama PAS dan BN akan memenangi semula kerusi yang mereka hilang di dua PRU yang lalu sambil pembangkang hanya bergantung kepada prestasi DAP seperti di zaman Mahathir dulu.PAN sudah tidak boleh diharapkan untuk menggantikan PAS kerana kuputusan PRK kali ini menunjukkan undi PAN terdiri dari 90 % dari cina sedangkan melayu sudah menyatakan penolakan mereka kepada PAN menerusi undi yang diperolehi sedangkan PAS pula walaupun berjaya mendapat undi dari pengundi tegar mereka tetapi jumlahnya masih terlalu kecil untuk menewaskan BN sama seperti zaman Mahathir dulu.Jadi pelajaran yang  boleh dambil di sini kerajaan Selangor sedang berisiko untuk tumbang.
 
 Di samping itu kerajaan Penang dan Kelantan mungkin selamat kalau pola pengundi di dua negeri tersebut tidak terjejas dan saya percaya polanya mungkin tidak banyak terjejas kerana di Penang pengundi cina masih lagi majoriti yang menjadi pengundi tegar DAP sementara di Kelantan melayu masih lagi majoriti dan pegundi tegar PAS masih lagi ramai.Tapi kalau pola mengundi ini berubah di kedua dua negeri mungkin kedua dua negeri ini akan jatuh juga.
 
 3- Usaha PAS untuk melaksanakan hukum ALLAH masih tidak diterima oleh orang Islam
 Statistik keputusan ini juga menunjukkan usaha untuk melaksanakan hukum ALLAH masih jauh dari penerimaan umat Islam sendiri.  Seruan PJ Perak agar pengundi memberi kemenangan kepada PAS bagi membolehkan MP membahaskan RUU yang baru dibentang nampaknya dipandang sinis oleh pengundi Islam yang masih percaya Islam boleh dikerat kerat, ambil sekerat dan buang sekerat.Inilah majoriti umat Islam di negara kita sekarang yang datang dari zaman zaman dahulu.Sebab itu BN  masih menjadi pilihan.Oleh itu berbaloi apa yang PAS lakukan untuk berbaik dengan Umno kerana pendekatan berperang dengan Umno pasti menemui jalan sukar kalau dilihat dari undi yang diberikan kepada BN.Lebih mudah berbaik dari bermusuh untuk meneruskan agenda Islam di Malaysia ini.
 
 4-deklarisi rakyat Mahathir dan PH jadi sia sia
 Mahathir dan PH mahu Najib turun tetapi rakyat menerusi undi PRK ini nampaknya mahu Najib terus menerajui negara.Rakyat sudah tidak kisah dengan skandal 1MDB, tidak kisah dengan penggunaan jet peribadi oleh Rosmah dan tidak mahu kisah dengan tandatangan yang dikumpulkan oleh Mahathir, bagaimana mungkin Mahathir boleh menjatuhkan Najib yang sedang menikmati apa yang pernah Mahathir nikmati ketika di puncak kuasanya dulu.Kalau Mahatihir boleh buat apa saja kerana rakyat memberi undi kepadanya, sekarang kelihatan Najib pun sedang menikmatinya.Oleh itu, boleh dipelajari bahawa deklarasi rakyat Mahathir akan jadi sia sia sebaliknya Mahathir terpaksa pula berdepan dengan skandal Mahyudiin yang baru didedahkan oleh Raja Petra.
 
 Sumber TKO - 21-6-2016
 -------------------------------------------------------
PAN lupa ker ketika PAS bersama Umno dalam BN?
 
 Posted on Monday, June 20 @ 14:51:16 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30619
 |  
 
 Assalamualaikum,,,
 
 Saya menerima berita yang mengatakan PAN mempelawa PAS masuk PH setelah kekalahan teruk dalam PRK KK dan Sg. Besar.PAN boleh membuat pelawaan itu sambil melupakan pengkianatan mereka kepada PAS tapi rasanya PAS tidak akan lupa sampai bila bila bagaimana geng PAN berbuat kianat yang tidak berbelah bagi semata mata mahu menang pilihanraya, PAN sanggup bersengkongkol dengan puak puak yang anti Islam untuk melawan PAS demi sebuah kemenangan dunia.
 
 Tapi PAN tak menang menang jugak.Keputusan dua PRK jelas menunjukkan PAN  hanya memperolehi hampir 90% undi cina yang boleh dipercayai undi DAP.  jadi boleh disimpulkan sebenarnya PAN hanyalah proxy DAP sambil undi  melayu yang hanya lebih kurang 10% itu pula menunjukkan melayu tetap  tolak PAN sebagai tanda melayu menolak PKR.Sementara undi PAS merupakan  lebih dari 90% adalah undi tegar dari kalangan melayu.Komposisi ini  menyebabkan PAN mula merasakan perlunya pembangkang bersatu untuk  melawan Umno yang mula kembali selesa setelah kukuhnya undi melayu dan  kembalinya undi cina kepada mereka.
 
 PAN sebagai bekas ahli PAS seharus dan sepatutnya ingat sejarah PAS yang pernah bersama Umno dalam BN dan dalam kerajaan.Kenapa PAS sanggup dilanyak dengan begitu teruk sekali setelah mengambil keputusan keluar dari BN dan kerajaan? Mustahil PAN tidak tahu sejarah ini, sejarah yang menyaksikan juga lahirnya parti serpihan, Berjasa yang menggantikan PAS sebagai parti gabungan dalam BN serta mampu menang beberapa kerusi ketika PRU.
 
 PAN kalau buta sejarah ini bukanlah profesyional, tetapi saya yakin PAN tidak buta sejarah apatah lagi ketuanya Mat Sabu terkenal sebagai ahli sejarah ketika dalam PAS.Kalau PAN tak buta sejarah kenapa ajak PAS untuk bersama PH? PAN seharusnya tahu benar bahawa PAS yang dianggap parti kain pelekat itu tidak akan mudah tunduk kepada PAN yang tiada apa apa, sedangkan Umno yang memiliki kerajaan pun PAS boleh ketepikan sebarang tawaran kerjasama politik sehingga hari ini.Walaupun PAN juga lebih lebih berkata PAS mahu bergabung dengan Umno tetapi hakikatnya PAS tetap berpegang kepada apa yang pernah ATGNA sebut, kita orang Islam tidak akan dipatuk dalam lubang yang sama dua kali.
 
 Inilah asasnya kenapa PAS menolak kerjasama dengan Umno, Islam yang menjadi prinsip perjuangan PAS.PAS keluar dari BN kerana Islam, berpecah dengan DAP dan PKR kerana Islam dan pastinya tidak akan bersama PH kerana Islam.Sebabnya mudah kesemua parti dalam PH tidak membawa Islam sebagai dasar perjuangan sebaliknya kesemua parti termasuk PAN berideologikan liberal dan Islam liberal yang awal awal lagi di tolak oleh PAS.Malah parti parti dalam PH tidak sedikitpun menghormati prinsip PAS yang mahu menjadikan Islam sebagai carahidup kepada orang Islam sama seperti Umno yang juga tidak menghormati prinsip ini ketika PAS dalam BN dan kerajaan.Umno kelihatan hanya mahu bekerjasama sekarang ini apabila memberi laluan kepada RUU persendirian pindaan akta 355 yang  baru dibentangkan di parlimen tetapi masih jauh dari mahu kembali kepada Islam.
 
 
 Jadi kesimpulannya Umno dan PH sama saja, cuma bezanya PH begitu lantang menentang rasuah dan penyelewengan yang dilakukan BN tetapi samaada PH tidak menyeleweng dan tidak rasuah kalau pegang kerajaan masih  diragui kerana mereka akan tetap menggunakan panduan akal seperti BN dalam mentabdir dan semestinya tidak akan mampu memastikan tiada penyelewengan dan rasuah, buktinya lihat saja apa yang berlaku di Penang dan Selangor sekarang, dua negeri yang dikuasai oleh parti dari PH.
 
 Sumber TKO - 20-6-2016
 
 -------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30612| PAS Masih Releven Dan Mampu Menonjol Walaupun Berhadapan Dengan 1 Kerajaan Pusat Posted on Monday, June 20 @ 08:30:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 
 
 |  
 
  
 Mohd Sayuti dalam blognya menulis sebaliknya PAN, boleh berpuas hati dengan kejayaan  meraih undi  sebanyak (7,609) di Sungai Besar dan (4,883) di Kuala  Kangsar.
 
 Katanya lagi, sebagai  penyertaan sulung dalam pilihan raya di Semenanjung, PAN harus  berbangga dengan pencapaian itu. PAN berjaya juga meletakkan dirinya di  persada politik  tanah air.
 
 Sayuti Omar menghina dan membuat fitnah kepada PAS  dalam tulisannya kononnya strategi Pas untuk bertanding secara  bersendirian jelas  membawa bencana  memalukan kepada parti yang pernah menjadi harapan umum  untuk menjadi  alternatif kepada Umno itu. Lainlah kalau ada nawaitu  kecil disebalik  kalbu Pas penyertaan itu bagi membantu BN, yakini Umno  yang kini sudah  dipelukinya demi mempertahankan kerusi itu dari jatuh ke  tangan  pembangkang.
 
 
Saya cukup kesian kepada Sayuti Omar, selepas daripada sembuh sakit yang  kian lama berada di hospital dia menjadi makin celaru dan fikirannya  selalu terganggu sehingga dia menulis pun mengikut apa yang terlintas  tanpa mempunyai sandaran yang kukuh. 
 Sayuti tidak sedar bahawa  dengan memperolehi undi 6,902 itu adalah menunjukkan PAS masih kuat dan  sangat mudah jika akal tidak dangkal boleh berfikiran waras membuat  analisis ringkas dimana PAS mendapat 6,902 undi itu selepas PAS;
 
 1. Mengalami krisis yang sangat teruk dalam sejarah PAS dimana hampir 50% kepimpinan PAS yang membentuk parti baru.
 
 2.  PAS juga keluar daripada Pakatan Rakyat dan menghadapi kritikan yang  hebat oleh ramai penulis pro reformasi termasuk Sayuti yang fikiran  celaru selepas sakit.
 
 3. PAS menghadapi serangan yang bertali arus oleh DAP dan juga PKR dalam mana-mana perjumpaan.
 
 4.  Fitnah kepada PAS, termasuk fitnah untuk bersama UMNO dilemparkan untuk  menghilangkan sokongan rakyat yang kini makin benci kepada kerajaan.
 
 5.  IKRAM yang dulunya IRC menggunakan sepenuhnya usaha mengerakkan parti  PAN dan memburukkan PAS dalam perjumpaan tertutup mereka.
 
 6. Serangan RUU Hudud oleh DAP, PAN dan Mahathir.
 
 7.  PAS bukan sahaja berhadapan dengan UMNO dan Jentera Kerajaan Pusat,  malah PAS berhadapan dengan 2 lagi Jentera Kerajaan Negeri Selangor dan  Pulau Pinang.
 
 Bagi saya mendapat undi 6,902 iaitu 44% daripada  undi pembangkang adalah suatu nilai yang sangat tinggi dan menunjukkan  PAS mempunyai kekuatan sendiri daripada ahli akar umbinya dan juga DHPP  yang baru dan sedang bertunas.
 
 Apabila PAS mendapat lagi ruang  untuk bersama dengan NGO sudah tentu PAS akan menjadi block ketiga yang  akan memberikan satu saingan yang sengit.
 
 
 
Sumber TKO - 20-6-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
| Score Board PRK P67 Kuala Kangsar 
 Posted on Sunday, June 19 @ 21:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
  
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30603
 
 
 Perhatikan  pan gagal dapat undi dari kawasan2 melayu di kk....tren sama juga di  sb....undi2 pan 75%- 80% datang dari undi2 china. Pan hanya mampu dalam  10% undi melayu sahaja....kegagalan pan raih undi2 melayu bukti pan dan  pkr ditolak secara total oleh orang2 melayu di kk dan sb...kegagalan pan  adalah kegagalan pkr...maka pkr jadi semakin tidak relevan kepada  orang2 melayu....
 
 Kredit
 Abdul Manan
 
 Sumber TKO - 19-6-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
| 
| PRK: Isu 1MDB, GST gagal tarik perhatian pengundi Posted on Sunday, June 19 @ 17:16:59 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30600
 
 BANGI, Ahad – Strategi pembangkang  menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barangan  dan Perkhidmatan (GST) gagal menarik perhatian pengundi pada Pilihan  Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
 Pengarah  Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Barisan Nasional  (BN) tetap memenangi kedua-dua kawasan meskipun terpalit dengan skandal  bersifat nasional.
 ”Isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti pembangkang.
 
 “Meskipun  pengundi rata-rata mengeluh dengan GST dan kenaikan kos hidup, ia tidak  berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk terjemahkannya ke  kertas undi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
 Berdasarkan  keputusan PRK malam ini, di Parlimen Sungai Besar, calon BN, Budiman  Mohd Zuhdi menang dengan 16,800 undi menewaskan calon PAS, Dr Abdul Rani  Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada PAN yang masing-masing mendapat  6,902 undi dan 7,609 undi.
 
 Manakala  di Kuala Kangsar, calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan  majoriti 6,969 undi apabila Mastura memperoleh 12,653 undi, berbanding  calon PAS (5,684), PAN (4,883) dan Bebas 54.
 
 Bagaimanapun  Zuhdi berkata, hakikatnya PAS mempunyai kekuatan terasnya tersendiri  sehingga mendahului pakatan harapan di Kuala Kangsar dan tertinggal  sedikit di Sungai Besar.
 
 “Daripada  peratusan undi yang PAS terima, menunjukkan kekuatan teras PAS  menyumbang lebih 50 peratus kepada sokongan terhadap pakatan rakyat  dalam PRU ke 13 yang lalu.
 
 “Semenjak  dari PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini dua PRK di  Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong  BN,” katanya.
 
 Sumber TKO - 19-6-2016
 
 --------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
| PRK bukti PR bergantung kepada PAS - Ridhuan Tee Posted on Sunday, June 19 @ 17:12:22 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30598
 
 
 BANGI, Ahad – Keputusan pilihan raya  Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam membuktikan kekuatan  Pakatan Rakyat (PR) yang pernah ditubuhkan sebelum ini separuhnya adalah  bergantung kepada PAS.
 
 Ini dibuktikan apabila PAS mampu menarik undi dan sokongan rakyat meskipun berjuang secara bersendirian.
 
 Mengulas  perkara itu, Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Madya Dr  Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekiranya PAS masih berada dalam PR, tidak  mustahil keputusan PRK ini akan berubah.
 
 “Melalui  PRK ini, PAS telah berjaya membuktikan separuh dari kekuatan PR adalah  bergantung dengan parti Islam itu, selebihnya gabungan PKR dan DAP.  Tanpa PAS, misi menawan Putrajaya putih mata.
 
 “Tahniah kepada PAS kerana mengamalkan politik matang demi kepentingan Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
 
 Mengulas  mengenai kejayaan UMNO semalam, Ridhuan Tee mengingatkan supaya parti  Melayu itu tidak mendabik dada dan merasakan mereka sudah kuat.
 
 “UMNO  jangan mendabik dada. Berterima kasihlah kepada PAS kerana berjaya  mengambil politik matang dan secara tidak langsung telah berjaya  menyelamatkan UMNO.
 
 “UMNO  perlu bersyukur dan menjadi baik dalam erti kata buang segala tabiat  lama seperti rasuah, kroni, penyelewengan, salah guna harta kerajaan dan  lain-lain.
 
 “Jika UMNO  terus dengan perangai lama, tidak melihat percaturan ini sebagai satu  iktibar dan ujian Allah, adalah tidak mustahil nasib yang sama akan  berulang dan menjadi lebih buruk,” katanya.
 
 Sambil  membayangkan PRK di kedua-dua Parlimen itu sebagai gambaran untuk  Pilihan Raya Umum ke14 akan datang Ridhuan Tee berkata, parti politik  Melayu mesti meletakkan kepentingan Islam di hadapan dalam apa jua  keputusan untuk mengecutkan ultra kiasu.
 
 “Kenali  musuh sebenar. Musuh sebenar adalah ultra kiasu iaitu mereka yang  menentang segala agenda Islam termasuk Rang Undang-Undang 355 dan hak  Melayu di buminya. Hadapi musuh ini jika umat Islam mahu selamat,”  katanya.
 
 Sumber TKO - 19-6-2016
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
| Cina punca PAS gagal atasi PAN di Sungai Besar 
 Posted on Sunday, June 19 @ 17:15:18 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30599
 KUALA LUMPUR, Ahad – Keputusan Pilihan  Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar malam tadi, menyaksikan  PAS gagal mengatasi parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) atas  faktor pengundi Cina.
 
 Naib  Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, PAN mampu mengatasi PAS kerana meraih  sokongan yang kuat daripada kaum Cina, di samping mendapat bantuan DAP  sepanjang tempoh berkempen.
 
 “Kalau  kita tengok, PAN mengatasi kita di semua pusat mengundi kawasan Cina  kerana mereka juga mendapat bantuan DAP,” katanya malam tadi.
 Beliau  berkata, antara punca PAS gagal mengatasi PAN pada PRK Sungai Besar  adalah kerana isu-isu yang diputar-belitkan oleh media berbahasa Cina  terhadap PAS.
 
 “Kita  tidak sempat buat penerangan untuk menjawab isu-isu yang  diputar-belitkan dan tidak benar itu oleh akhbar berbahasa Cina, jadi  mereka marah dengan kita di sana,” katanya.
 
 Walaupun,  PAS mengatasi PAN di Kuala Kangsar, Idris berkata, keputusan pada PRK  itu tidak boleh dijadikan ukuran mengenai sokongan pengundi terhadap PAS  dan PAN, kerana kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan disandang Barisan  Nasional (BN).
 
 BN menang  besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan Datin Mastura Mohd Yazid,  balu kepada bekas anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad  Khair-il Anuar Wan Ahmad, memperoleh majoriti 6,969 undi, melebihi  majoriti 1,082 undi yang diraih Allahyarham suaminya.
 
 Sementara,  Budiman Mohd Zohdi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)  Sungai Panjang, meraih majoriti 9,191 undi, melebihi majoriti undi yang  diperoleh bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon sebanyak  399 undi. – Bernama
 
 Sumber TKO - 19-6-2016
 ------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
| Kini Baru DAP Dan PKR Sedar Bahawa Selama Ini PAS Memberikan 48-54% Undi Kepada Pembangkang (PR) Posted on Sunday, June 19 @ 17:04:44 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
  
 Jumlah undi yang dimenangi pembangkang (PAS dan PAN) di Kuala Selangor adalah 10,499 berbanding BN yang  mendapat 12,332, dan majoriti adalah 1,833 undi, tidak begitu jauh  berbeza dibandingkan dengan margin BN 1,082 pada pilihan raya umum  lepas. Undi peratusan pula adalah 46% berbanding 54% pada  PRU lepas .
 
 Daripada 46% tersebut PAS memperolehi 53.5% undi pembangkang manakala gabungan PAN, DAP dan PKR pula mempunyai 46.5%.
 
 Manakala di Sungai Besar PAS memperolehi 47.6% undi daripada pembangkang.
 
 Daripada analisis ini menunjukkan bahawa PAS adalah penyumbang terbesar  dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan menolak momokkan bahawa PAS  kuat kerana adanya Pakatan Rakyat dan undi DAP.
 
 DAP dan PKR hanya menyumbang separuh dan PAS pula sepearuh kalau dikira  secara purata. Tapi malangnya dua parti DAP dan PKR membuli PAS sehingga  semua gerak geri PAS mesti merujuk kepada mereka. Memang kalau mengundi  dalam Majlis Presiden Abdul Hadi selalau kalah 1 nisbah 2 kerana DAP  dan PKR sentiasa membangkang apa yang PAS nak buat sedangkan PAS  mempunyai kuasa separuh pengundi yang membantu kedudukan Pakatan Rakyat.
 
 
 Dengan fakta ini menolak jelajah orang yang "gila talak" yang menjaja  kononnya PAS tak kuat. PAS akan mati dan terhapus apabila keluar  daripada Pakatan Rakyat.
 
 
 
Sumber TKO - 19-6-2016-------------------------------------------------------------------------------------- 
 
| Lapan iktibar diperoleh Pas - Zuhdi 
 Posted on Sunday, June 19 @ 07:52:31 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 |  
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30593
 
 KUALA KANGSAR - Pas menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen  Kuala Kangsar dan Sungai Besar sambil  menyifatkan sukar untuk  menundukkan BN walaupun negara terpalit dengan skandal bersifat  nasional.
 
 
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata,  menerusi hasil dapatan kajian mereka menyimpulkan terdapat lapan iktibar  yang Pas perolehi melalui dua PRK tersebut. 
 
 
 
"Isu-isu  yang dibangkitkan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang. 
 
 
 
"Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan GST dan kenaikan kos  hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk  terjemahkannya ke kertas undi," katanya dalam satu kenyataan medianya  hari ini. 
 
 
 
Ujarnya lagi, namun begitu Pas yang  masuk kedua-dua PRK ini sebagai parti tunggal mempunyai kekuatan  terasnya sendiri sehingga mendahului Pakatan Harapan di Kuala Kangsar  dan tertinggal sedikit di Sungai Besar. 
 
 
 
"Daripada peratusan undi yang Pas terima, menunjukkan kekuatan teras  Pas menyumbang lebih 50 peratus kepada sokongan terhadap Pakatan Rakyat  dalam PRU ke 13 yang lalu. 
 
 
 
"Semenjak dari PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini dua  PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali  menyokong BN," katanya. 
 
 
 
Oleh itu, ujarnya keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP  untuk berhadapan dengan PRU ke 14, di mana mereka akan kehilangan  banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi. 
 
 
 
"Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya Pas  masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat,  kemungkinan mereka juga boleh kalah," katanya. 
 
 
 
Dalam pada itu, katanya  Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr  Mahathir tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah  semakin beliau terlibat dengan PH semakin hilang pengaruh beliau. 
 
 
 
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar hari ini menyaksikan BN berjaya mengekalkan kerusi mereka.
 .....
 
 1. Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB, jet peribadi  Rosmah Mansor dan lain-lain tidak berkesan untuk menarik sokongan  mengundi parti-parti pembangkang.
 
 2. Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan cukai barangan  dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya  dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk diterjemahkan ke kertas undi.
 
 3. PAS yang masuk kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) ini sebagai  parti tunggal mempunyai kekuatan terasnya sendiri sehingga mendahului  Pakatan Harapan di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit dari Pakatan  Harapan di Sungai Besar.
 
 4. Daripada peratusan undi yang PAS terima, menunjukkan kekuatan  teras PAS menyumbang lebih 50 peratus kepada sokongan terhadap Pakatan  Rakyat dalam PRU ke-13 yang lalu.
 
 5. Semenjak PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini dua  PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali  menyokong BN.
 
 6. Keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP untuk  berhadapan dengan PRU ke-14, yang mana mereka akan kehilangan banyak di  kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.
 
 7. Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya  PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai  Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah.
 
 8. Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad  tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau  terlibat dengan Pakatan Harapan semakin hilang pengaruh beliau.
 
 
Sumber TKO - 19-6-2016 ------------------------------------------------------------------------------
 Keputusan PRK: Tanda Awal Selangor Dan Pulau Pinang Akan Tumbang Kepada BN
 
 Posted on Sunday, June 19 @ 01:04:26 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
 |  
  
 http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30590
 
 
 Keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menunjukkan BN telah meningkat majoriti sehingga 23 kali ganda. Malah BN juga meningkat undi Cina dihampir semua kawasan termasuk Jerlun kubu kuat DAP.
 
 
 BN menang di kawasan Jerlun, yang mempunyai 85 peratus pengundi Cina.BN mendapat 568 undi (52.3 peratus) manakalah PAN@ AMANAH hanya menerima 415 undi (38 peratus) daripada 1,086 undi. PAS hanya mendapat 88 undi.
 
 Daripada analisis awal parti PAN@ AMANAH dokongan DAP ini kalah di kesemua saluran kepada BN.
 
 Jika kita bandingkan dalam pilihan raya umum lalu, yang mana PAS, ketika itu bersama Pakatan Rakyat, menang 68.2 peratus undi.
 
 
 Jerlun, kira-kira 10 minit dari bandar Kuala Kangsar, adalah kawasan majoriti Cina terbesar di kawasan parlimen Kuala Kangsar.
 
 Jika kita tinjau lokaliti di Sungai Besar pula bagi kawasan Cina, undi pula kelihatan berpecah kepada PAN @ AMANAH dengan BN dikebanyakannya berbeza tidak lebih 50 undi.
 
 Hal ini menunjukkan BN boleh bersaing rapat dengan PAN @ AMANAH yang didokong kuat oleh DAP dan BN berjaya mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina.
 
 Ia juga menunjukkan terdapat undi Cina mula kembali kepada BN. Fenomena ini menjadi tanda bahaya bahawa kawasan bandar di seluruh Malaysia BN akan mula menguasai semula. Kalau tak pun BN boleh bersaing rapat.
 
 Kalau kita ambil contoh, peti undi saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan dimana parti PAN @ AMANAH yang didokong oleh DAP mendapat sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2).
 
 Manakala bagi peti undi saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan PAN @ AMANAH memperolehi  171 undi, BN (154) dan PAS (33).
 
 Jika pola kedudukan ini kekal (pertandingan 3 penjuru antara BN, PH dan PAS) sehingga PRU-14 nanti tidak mustahil Selangor dan Pulau Pinang akan tumbang kepada BN.
 
 
 
Sumber TKO - 19-6-2016 -------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30587| Melayu Tidak Lupa.... Dosa Mahathir Membuatkan Rakyat Tolak Pembangkang Posted on Saturday, June 18 @ 23:53:01 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
 |  
 
  
 Sebelum ini saya terbaca kajian ILHAM Centre yang pengerusinya Hisommuddin Bakar pro parti PAN berkata menjelang saat-aat akhir fasa kempen pilihan raya yang akan berakhir jam 12 tengah malam ini, kajian firma penyelidikan bebas ILHAM Centre terhadap dua kawasan Pilihan Raya Kecil P067 Kuala Kangsar dan P093 Sungai Besar menunjukkan dinamika perkembangan pola undian yang dramatik.
 
 Katanya lagi perubahan pola kesan daripada kempen agresif oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sedikit sebanyak menggoncang titik kekuatan UMNO di kawasan pedalaman yang mempunyai nilai sentimental dengan negarawan itu mengheret kami membuat analisa sehingga saat akhir tempoh pengundian.
 
 Dapatan daripada kajian ILHAM Centre menyebut kajian mendapati sebanyak 73 peratus di Sungai Besar dan 81 peratus di Kuala Kangsar bersetuju bahawa gerakan Mahathir mampu mengubah sokongan pengundi kepada BN.
 
 Kuala Kangsar mencatatkan penerimaan positif pengundi UMNO terhadap kempen Mahathir kerana digerakkan seara intensif oleh Dato' Hamidah Osman dan Dato' Kamilia Ibrahim untuk meningkatkan undi protes kepada BN.
 
 Ini ditambah lagi dengan protes senyap di kalangan pemimpin UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang kecewa dengan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon.
 
 
Suhaizan Kayat (AHMAD MASLAN VERSI PAN) dan penulis blog Zulkefly Harun (Greenboc) pun menampallah dapatan kajian ini untuk menyerang PAS. 
 Bila keputusan keluar, BN dulu yang kalah dengan majoriti 399 sekarang dah meningkat majoritinya kepada 9,191 undi. Ini peningkatan 23 kali ganda!!
 
 Kesian di Tun Mahathir diakhir baki hayatnya terpaksa ke hulu dan ke hilir menyerang Najib. Malah dia masih 'karat" UMNO menyerang hudud dengan istilah hudud PAS.
 
 Daripada seorang yang disanjung tinggi akhirnya menjadi manusia yang hina, bukan salah Melayu yang mudah lupa tetapi sslah si Mahathir sendiri yang merosakkan diri sendiri. Ini membenarkan doa Ustaz Fadhil Mohd Noor dalam satu ceramah agar dia dipanjangkan umur agar melihat kerosakkan yang dibuatnya (DEDAK yang dimulakannya).
 
 Sebenarnya Melayu tidak lupa dosanya...
 Doa kepada pejuangan reformasi rakyat...
 Dosa kepada Islam menghalang perlaksanaan hudud di Malaysia.
 
 
 
Sumber TKO - 19-6-2016---------------------------------------------------------------------------------------- 
 
 
 
| Kalau tidak lengkap, tolong lengkapkan! tapi kenapa menentang? 
 Posted on Saturday, June 18 @ 13:41:31 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 |  
  
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30570
 
 Assalamualaikum,,,
 PANgang menerusi peguam hapraknya, Asmuni Awi berkata RUU persendirian TGHH banyak kecacatan dan perlu pembetulan.Inilah yang dikatakan pandai cakap saja tapi buatnya, sifar.Jauh sekali untuk bersikap gentleman yang walk the talk.Dengar saja perkataan yang merendahkan RUU itu sudah jelas PANgang sebenarnya tidak mahu menyokong, bukan mengambil inisiatif untuk membetulkan kecacatan RUU tersebut.
 
 RUU itu akan dibuka untuk perdebatan di Parlimen, maka kalau benar apa yang Asmuni Awi kata, kenapa PANgang tidak bersedia dengan MP curinya untuk memperdebatkan di Parlimen sambil mencadangkan pembetulan kepada mana mana yang patut diperbaiki?
 
 Saya cuba mencari juga kalau kalau Asmuni Awi berkata akan besedia untuk diperdebatkan di Parlimen dan akan mengemukakan cadangan pembetulan kepada RUU tersebut tapi tak jumpa, entahlah kalau saya mendapat maklumat yang salah.
 
 Tetapi dari apa yang saya baca dan faham, jelasnya Asmuni Awi cuma mewakili PANgang yang dicabar oleh TITM untuk menyatakan pendirian mereka tentang sikap kepada RUU itu.TITM mahu mendengar sama ada PANgang menyokong atau menentang RUU tersebut bukan mahu mendengar samaada RUU itu bagus atau cacat.
 
 Lihatlah bagaimana Asmuni Awi dan PANgang main wayang untuk menjawab cabaran TITM.Ianya kelihatan seperti PANgang tak mahu terjebak dengan kesulitan dengan pengundi Islam Kuala Kangsar, oleh itu disebalik menyatakan pendirian, mereka mendakwa RUU itu cacat dalam usaha mendapat pengesahan pengundi tentang Islamnya mereka dan tentang perjuangan memartabatkan Islam mereka.
 
 Satu taktik dan teknik yang agak licik juga, memutarbelitkan isu untuk menguntungkan mereka tetapi mereka seperti lupa siapa yang berkuasa, siapa yang maha mendengar dan siapa yang maha menentukan segalanya.Pada mereka, abang besar mereka DAP mesti diikuti dan untuk itu, sewajarnya kita semua faham respon Asmuni Awi ini hanyalah mahu menutup pendirian sebenar mereka seperti yang abang besar mereka DAP mahu, menolak RUU tersebut.
 
 Insyaalah, majoriti umat Islam sudah tahu perkara ini dan insyaaalah juga PANgang akan dtolak mentah mentah oleh umat Islam yang sayangkan agama mereka, biarkan umat yang lebih sayangkan DAP dengan labu labunya.
 
 Sumber TKO - 18-6-2016
 
 
| -------------------------------------------------------------------------------------- 
 Buta al-Quran, jahil murakkab label hudud ciptaan PAS - Hadi Awang
 
 Posted on Saturday, June 18 @ 06:48:53 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 |  
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30566
 
 BANGI, Rabu – Presiden PAS, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang mengecam keras mereka yang menentang Rang Undang-Undang  (RUU) yang dibentangkannya di Dewan Rakyat, bagi meletakkan Mahkamah  Syariah serta hukum Islam pada kedudukan lebih tinggi.
 
 
Menjelaskan  panjang lebar mengenainya, beliau berkata, RUU itu bukan undang-undang  hudud, tetapi ramai yang melabelkannya sebagai ‘Hukum Hudud’ untuk  dijadikan senjata lama menyerang PAS. 
 
 
 
Beliau  berkata, hanya mereka yang buta al-Quran melabelkannya ‘Hukum Hudud’  ciptaan PAS, sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak boleh mencipta  hukum itu. 
 
 
 
Berikut adalah tulisan beliau yang disiarkan Harakah semalam: 
 
 
 
Ramai  yang membuat kenyataan sama ada berbentuk lisan atau tulisan apabila  dikemukakan permohonan kebenaran daripada Dewan Rakyat mengikut  Peraturan Mesyuarat 49(1), mencadangkan Rang Undang-undang Persendirian,  bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah  (Pindaan) 2016. 
 
Tujuan pindaan ialah untuk  mengangkat taraf Mahkamah Syariah warisan penjajah yang menghinakan,  kerana meletakkannya lebih rendah daripada  mahkamah paling rendah  ciptaan manusia, sehingga terdapat kesalahan maksiat hukumannya lebih  rendah daripada kesalahan membuang sampah dan merokok.
 
 Cadangan pindaan melibatkan hal-hal  kesalahan yang disenaraikan di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang  dibawah kuasa Kerajaan Negeri dan Raja Raja, supaya boleh menjatuhkan  hukuman yang dibenarkan oleh Undang-Undang Syariah yang sebenar.  Cadangan pindaan adalah sekadar kemampuan yang memerlukan suara majoriti  mudah lebih satu undi yang hadir di parlimen sahaja. Pindaan tidak  melibatkan hukuman yang berat seperti hukuman mati yang mewajibkan  pindaan 76(a) daripada Perlembagaan yang berhajat kepada majoriti 2/3  yang belum dibolehkan.
 
 Sebenarnya Rang Undang-Undang  tersebut bukannya Undang-Undang Hudud, namun ramai yang melabelkannya  “Hukum Hudud” yang menjadi senjata lama untuk menyerang PAS sejak tahun  1950-an lagi, sehingga gegak gempita dan riuh rendah. Mereka melabelkan  semua  undang-undang Jenayah Hukum Syariat Allah, daripada Qisas, Hudud  sehinggalah Takzir dan terkini Mahkamah Syariah, semuanya dimasukkan ke  dalam bakul Hudud yang sangat dibenci sehingga ke dalam lubuk hati dan  masuk ke tulang hitam.
 
 Walaupun Rang Undang-Undang ini bukan  Undang-Undang Hudud, tetapi lebih bersifat “Prasarana Mahkamah Syariah”  yang membuka konsep Islam yang sebenar yang wajib ditashihkan daripada  penafsiran Surahanjaya Reid yang dibentuk oleh penjajah dahulu  menyebabkan salah faham terhadap Islam. Ia sepatutnya dipinda, kerana  kita sudah merdeka mencecah setengah abad.
 
 Tujuan penjajah ialah untuk  menutup keadilan Islam secara umum, serta menidakkan konsep mendidik  masyarakat yang wujud dalam Sistem Kehakiman Islam, bukannya seperti  kehakiman ciptaan penjajah yang lebih bersifat menghukum dan mendera.  Pindaan yang dicadangkan itu, temasuk dalam perkara umum yang wajib  diperjuangkan oleh penganut Islam tanpa mengira fahaman politik dan  kedudukannya dalam kerajaan atau pembangkang, termasuk semua lapisan  masyarakat Islam yang berada di luar Parlimen. Sehingga DYMM Yang  di-Pertuan Agong meletakkan dalam titah perasmian Dewan Rakyat pada  bulan Mac yang baru berlalu supaya menaikkan taraf Mahkamah Syariah.
 
 Sepatutnya dibincangkan berkenaan  Mahkamah Islam yang berkonsepkan iman dan akhlak dalam perkara kehakiman  dan keterangan, seperti syarat-syarat hakim yang adil dari segi  peribadinya, bukan sahaja ilmu perundangannya, bahkan termasuk jasad,  roh dan akalnya, beriman dan tidak fasik. Syarat-syarat saksi juga  beriman dan tidak fasik, bermaksud berakhlak mulia dan bermaruah tinggi.  Betapa Islam meletakkan dosa besar terhadap hakim dan saksi yang zalim  sehingga diseksa dalam kubur dan neraka, walaupun terlepas bebas di alam  dunia ini. Elemen inilah yang tidak ada dalam undang-undang ciptaan  manusia yang banyak kelemahannya.
 
 Tiba-tiba semuanya menjadi Hukum  Hudud pula yang menjadi sasaran, walaupun termasuk dalam urusan negeri  dan raja-raja dan bagi penganut Islam sahaja. Sepatutnya diketahui  perbezaan hukum  Islam secara umum, yang sangat beradab dan rahmat,  perbezaan hukuman sebatan yang sama sebutan perkataannya dalam  undang-undang Islam dan undang-undang yang lain, tetapi Islam berbeza  dengannya kerana syarat -syarat yang sangat ketat, namun ilmu  berkaitannya ditutup rapat dan disekat ilmu dan pemahamannya dengan akal  yang waras. Adapun undang-undang bunuh yang tidak ada kuasa bagi  Mahkamah Syariah, seperti hukuman mati dijerut leher dengan tali gantung  yang sangat kuno atau purbakala, begitu juga hukuman sebatan yang  sangat keras dan kejam sehingga cacat dan boleh menyebabkan kematian,  ditutup  mulut, disumbat telinga dan dikunci akalnya, kerana diyakini  bahawa kalangan bukan Islam akhirnya lebih memilih undang-undang Islam,  inilah sebenarnya yang dirasa takut tanpa ketahuan dan cemburu buta.
 
 Perlembagaan telah menetapkan  urusan agama di bawah bidang kuasa DYMM Raja-Raja dan Kerajaan Negeri.  Perlembagaan juga menegaskan bahawa bahawa Mahkamah Syariah mempunyai  bidang kuasa terhadap penganut agama Islam sahaja,  Mahkamah Syariah  tidak ada kuasa terhadap penganut bukan Islam (Jadual kesembilan II).  Mengapa kalangan bukan Islam
 menentang? Ada yang Islam juga gila-gila  menentang. Walaupun perkara ini di luar tajuk asas Usul Persendirian,  tetapi dijadikan hujah untuk merendahkan Mahkamah Syariah yang  sepatutnya dimuliakan. Di mana letaknya Perkara 3 Perlembagaan  Persekutuan yang menegaskan (1) Islam ialah agama bagi persekutuan,  tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di  mana-mana bahagian Persekutuan. Tiba-tiba Makamah Syariah bagi penganut  Islam lebih rendah kuasanya daripada mahkamah paling rendah. Cukuplah  masa setengah abad umat Islam dibodohkan.
 
 Hanya mereka yang buta Al-Quran  melabelkannya Hukum Hudud ciptaan PAS, bahkan tidak boleh dicipta oleh  Nabi Muhammad SAW. Biarkan hanya mereka bersama penjajah menentang Hukum  Allah terus rela tenggelam bersama kejahilan dan kebebalan mereka.
 
 Walaupun PAS telah  memperkenalkannya melalui proses demokrasi suara majoriti umat Islam di  negeri-negeri Kelantan dan Terengganu sahaja, serta dipamerkan kepada  umum khususnya kalangan bukan Islam, dalam dan luar negara, namun masih  ramai kalangan penganut Islam yang buta Al-Quran mengulas dengan akal  jahil agamanya.
 
 Bagi meraikan mereka yang jahil,  khususnya jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil), sehingga kini  Undang-Undang Syariat Allah terpaksa ditangguhkan pelaksanaanya dengan  sebab mereka, walaupun mereka juga mengaku menganut Islam. Walaupun  sudah dilulus dan diwartakan di dua buah negeri Kelantan dan Terengganu,  namun belum berkuasa melaksanakannya kerana terhalang.
 
 Sungguh malang mereka yang  menyerang dan menghalang Undang-Undang Hudud lebih bersimpati terhadap  penjenayah daripada mangsa individu dan mayarakat yang malang, dalam  masa yang sama terus menjadi menjadi khadam kepada penjajah yang sudah  keluar daripada tanah air tercinta ini.Tiba-tiba mereka pula mengambil  kerja penjajah.
 
 Sangat malang bagi penganut Islam  yang tidak bersetuju menaikkan taraf Mahkamah Syariah kerana  menghina agamanya sendiri, maka apa ertinya menjadi penganut Islam  sekadar baka dan keturunan, yang tidak menjadikannya hujah setelah  meninggal dunia dan bertemu Allah, kerana termasuk dalam firman Allah:
 
 وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى  ٱللَّهِ كَذِبًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ يُعۡرَضُونَ عَلَىٰ رَبِّهِمۡ وَيَقُولُ  ٱلۡأَشۡهَٰدُ هَٰٓؤُلَآءِ ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَىٰ رَبِّهِمۡۚ أَلَا  لَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّٰلِمِين *ٱلَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ  ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَهَا عِوَجٗا وَهُم بِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ كَٰفِرُونَ
 
 “Dan tidak ada orang yang lebih  zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta  terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap  Tuhan mereka dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari  malaikat-malaikat, Nabi-Nabi dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri):  Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka.  Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang  zalim. Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari  jalan agama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok  terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat.” (Surah Hud, ayat  18-19)
 
 Kepada kalangan bukan Islam,  jagalah lidah dan tangan kamu daripada melampau sempadan kerana Allah  telah memberi peringatan kepada umat Islam:
 
 لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ  لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ  أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ  إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا  وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ٨٢ المائدة .
 
 “Demi sesungguhnya Engkau (wahai  Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada  orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang  musyrikin dan demi sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang  dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah  orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani yang  demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan  ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.” (Surah  Al-Maidah, ayat 82)
 
 Kepada  sesiapa yang bersilat  kata-kata dan tulisan, kononnya hanya menentang Hudud, bukannya bermusuh  terhadap Islam dan umatnya. Allah Tuhan kami yang Maha Esa menetapkan  setiap perkara Islam adalah bersambung tanpa dapat dipisahkan, kerana  Allah berfirman:
 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ  ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ  ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ
 “Hai orang-orang yang beriman,  masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu  turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata  bagimu.” (Surah Al-Baqarah, ayat 208)
 
 Ketahuilah bahawa memisahkan mana-mana Hukum Islam daripada ikatan Islamnya adalah langkah-langkah syaitan.
 
 “BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”
 
 ABDUL HADI AWANG
 Presiden PAS
 
 Sumber TKO - 18-6-2016
 ----------------------------------------------------
 Zahid,boleh tengok resit pembayaran?
 
 Posted on Friday, June 17 @ 12:55:02 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  KetamBatu
 |  
   
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30543
 
 Isu wang RM12 juta menjadi panas dengan kenyataan bercanggah.TPM Zahid  menafikan ianya wang tebusan untuk lanun Abu Sayyaf tetapi diberikan  kepada NGO Islam Filipina.Yang menariknya  Zahid menyatakan NGO itu  tiada kaitan dengan pengganus dan lanun Abu Sayaf.
 
 
 
 Apa kaitan RM12 juta dengan NGO Islam Filipina itu?Adakah  keluarga  tebusan "berniat nazar" seandainya tebusan bebas,maka diniat  dan  nazarkan RM12juta untuk NGO itu? Begitukah ceritanya Zahid?
 
 Lihat kronologi penculikkan.
 
 - Empat rakyat Sarawak diculik.
 
 - Lanun Abu Sayaf mahu wang tebusan RM30 juta.
 - Tawar menawar berlaku.
 
 - Keluarga jual tanah,aset,minta sumbangan dari semua pihak.Dapat RM12juta.
 -Serah Rm12juta kepada SB Sandakan.
 
 - Tebusan dibebaskan.
 
 -IGP Khalid keluar kenyataan tiada wang tebusan untuk lanun Abu Sayaf.
 
 -TPM Zahid keluar kenyataan tiada wang tebusan untuk lanun Abu Sayaf tetapi RM12 juta diberikan kepada NGO Islam Filipina.
 
 - Keluarga tebusan keluar kenyataan bahawa RM12 juta telah diserahkan kepada SB Sandakan.
 
 Persoalannya:
 1) Adakah benar RM 12juta itu di berikan kepada lanun?
 2) Zahid dan IGP Khalid buat kenyataan sekadar satu muslihat agar ianya   tidak menjadi satu "budaya" bayar tebusan jika berlaku penculikkan.
 3) Adakah berlaku pembagian "komisen" RM12juta kepada pihak yang berunding dengan lanun itu ?
 4) Adakah RM12juta itu untuk Nur Misuari yang bantu rundingan dengan Lanun Abu Sayaf?
 5) Adakah lanun Abu Sayaf langsung tidak dapat sesen habukpun duit Rm12 juta?
 
 Apapun keluarga tebusan telah bayar RM12juta,tetapi tidak diketahui ke mana duit itu pergi.
 
 Zahid dan IGPKhalid perlu cari resit bukti pembayaran RM12 juta kepada   NGO.Ini perlu kerana sejak RM2.6 bilion masuk kedalam akaun   PMNajib,ramai rakyat Malaysia impikan mahu ikut mengikut jejak Najib  menjadi  manusia bertuah!
 
 RM12 juta...di mana kau?"
 
 Sumber TKO - 17-6-2016
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
| PAN perlu 'gulung tikar' jika kalah di dua PRK - PAP Posted on Friday, June 17 @ 08:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30540
 
 PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (PAN) perlu dibubarkan jika gagal  memenangi sebarang kerusi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar atau  Kuala Kangsar, demikan kata Presiden Parti Altenatif Rakyat (PAP)  Zulkifli Mohd Noor.
 
 
PAN kata Zulkifli, masih jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan  PAS dan Umno-Barisan Nasional (BN) yang utuh dari segi sokongan daripada  pengundi Melayu. 
 
 
 
Menurutnya, jurang perbezaan itu cuba dikaburkan apabila Pakatan  Harapan (PH) mengambil risiko mempertaruhkan parti itu untuk bertanding  di dua kawasan berkenaan. 
 
 
 
"Kalau tewas di kedua-dua PRK ini, kena gulung tikar kerana kalau nak  kira sambutan dari akar umbi adalah PAS yang paling kuat. Umno-BN kuat  sebab ada penyokong yang lama. Anak-anak muda walaupun masuk Umno ada  agenda tertentu," katanya kepada Antarapos dalam satu wawancara  baru-baru ini. 
 
 
 
Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa PAN akan dibubarkan sekiranya  calon mereka hilang wang deposit dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai  Besar yang akan diadakan Sabtu ini. 
 
 
 
 
 
 
Bagaimanapun, ia dinafikan Presidennya Mohamad Sabu yang menyifatkan  parti pimpinannya 'mendapat tonik terbaik' daripada rakan sekutunya pada  PRK kali ini. 
 
 
 
Menurut Zulkifli lagi, kegagalan PAN menambat hati pengundi disebabkan  persepsi masyarakat khususnya pengundi Islam yang melihat parti serpihan  itu sebagai 'kuda tunggangan' DAP selepas menggantikan PAS dalam PH.   
 
 
 
PAN yang ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin PAS yang tewas dalam  pemilihan parti itu juga katanya, ternyata tidak mempunyai apa-apa  kekuatan selain bergantung kepada jentera PKR dan DAP dalam berkempen di  Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 
 
 
 
"Pasal dia (PAN) tidak ada ideologi, dan orang Melayu tidak percaya  kepada (PAN) kerana dia dianggap alat DAP, dan orang Cina ini menganggap  kenapa buang PAS, tapi bekerjasama dengan Amanah (PAN). Padahal semua  pemimpin Amanah (PAN) adalah PAS. Kenapa istimewa sangat dengan Amanah  (PAN)?," soal bekas pemimpin DAP itu. 
 
 
 
PAS menganggap penyertaan PAN dalam PRK kali ini  sebagai parti  pengacau apabila membuat keputusan bertanding dalam PRK Kuala Kangsar  dan Sungai Besar. 
 
 
 
Mengulas perkara itu, Zulkifli berpendapat, PAN tidak akan memberi kesan kerana kurangnya sokongan kepada parti baru itu. 
 
 
 
"Ia sukar diramalkan sebab PAN masuk campur, kalau PAN tidak masuk  campur pastinya keputusan ditentukan antara PAS dan BN. Tapi walaupun  PAN masuk campur, kalau dia tidak dapat sokongan yang cukup, wujudnya  PAN ini tidak beri kesan kepada PAS dan BN," katanya. 
 
 
 
PAN mempertaruhkan seorang pakar nuklear, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli  di Kuala Kangsar, dan bekas guru, Azhar Ab Shukor di Sungai Besar.  
 
 
 
Parti baru itu akan berentap dalam saingan empat penjuru di Kuala  Kangsar bersama BN, PAS dan seorang calon Bebas, manakala saingan tiga  penjuru di Sungai Besar yang melibatkan BN dan PAS.  
 AZIZOL OSMAN
 ANTARAPOS
 
 
 
 
Sumber TKO - 17-6-2016 
 -------------------------------------------------------------------------------
 
 
| Nur Misuari bantu bebaskan 4 mangsa culik? 
 Posted on Thursday, June 16 @ 20:10:19 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  Abdullah
 |  
  
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30531
 PETALING JAYA: Seorang bekas komando PDRM mendakwa pernah mendapatkan  bantuan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari  untuk membebaskan empat mangsa culik Abu Sayyaf.
 
 
 Halim Ishak, bekas anggota komando VAT 69 PDRM, berkata, beliau pergi  ke Filipina sebanyak tiga kali dan menghabiskan masa enam hari  menghubungi dan menemui Nur Misuari di Pulau Jolo.
 
 China Press memetik Halim sebagai berkata, Nur Misuari berjanji boleh  menyelamatkan empat rakyat Malaysia tanpa sebarang pertumpahan darah,  namun meminta diberikan tempoh tujuh hingga 10 hari berunding dengan  kumpulan militan Abu Sayyaf.
 
 “Nur Misuari membawa kira-kira 70 pengikutnya dan berjaya mengesan  kedudukan empat rakyat Malaysia itu,” kata Halim, yang juga pengerusi  Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (YKKM), .
 
 Menurutnya, Nur Misuari kemudiannya mengadakan rundingan dengan  kumpulan “Lucky 9″ yang mempunyai kira-kira 50 anggota bersenjata di  bawah Abu Sayyaf.
 
 Jelasnya, kumpulan penculik itu pada mulanya meminta wang tebusan  sebanyak RM30 juta tetapi selepas rundingan antara Nur Misuari dan  penculik, mereka bersetuju membebaskan empat pemuda dari Sibu, Sarawak  itu.
 
 Sebelum ini, media melaporkan perunding dari Malaysia dan Filipina  difahamkan menggunakan khidmat orang berpengaruh di selatan Filipina  serta anggota MNLF untuk berunding dengan kumpulan penculik itu.
 
 
 Akhbar itu juga mendapat tahu rundingan demi rundingan dengan  timbalan komander Abu Sayyaf, Majan Sahidjuan atau lebih dikenali  sebagai Apo Mike yang mengenali pemimpin kumpulan militan itu hanya  selesai pada malam 7 Jun lalu.
 
 Sumber TKO - 16-6-2016
 
 
 ----------------------------------------------------------------------------------
 
 
 "Assalamualaikum,,,
 
 Ketika penubuhan PAN dan ketika rancak pemuka pemuka PAN berlalak, antara perkara yang menjadi wirid mereka ialah PAS hanya kuat di Kelantan dan Terengganu sementara di pantai barat PAS tidak mempunyai kekuatan apabila keluar dari PR.Lagu mereka mengandungi lirik yang antara lain berbunyi PAS kuat di pantai barat selama ini kerana sokongan DAP dan PKR.Dua PRK yang sedang berlangsung sekarang adalah di pantai Barat, satu di Perak dan satu di Selangor seharusnya boleh membuktikan dakwaan pemuka PAN ini.Tetapi apa yang sedang berlaku menceritakan sebaliknya, kekuatan PAS nampak bertambah setelah bersendirian.
 
 PAS sepatutnya bertungkus lumus untuk menjayakan kempen mereka di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kalau berdasarkan kepada laungan PAN selama inii tetapi apa yang nampak berlaku PAN walaupun dengan bantuan DAP kelihatan bertungkus lumus sehingga ada aksi aksi terdesak seperti mencemarkan poster, bendera dan papan tanda PAS, terdesak sehingga presidennya dilapurkan berceramah dan membuat provokasi di depan markaz PAS.
 
 Sepatutnya PAS tidak mampu membina markaz kerana ketiadaan jentera tetapi sebaliknya yang berlaku PAN lebih mengharapkan bantuan jentera DAP kerana kekurangan tenaga kerja.Lebih memeranjatkan apabila ada berita kemasukan ahli Umno ke dalam PAS yang dilakukan di markaz PAS juga.
 PAS ketika berkempen tak pernah minta ahli dan penyokong PAN supaya mengundi PAS tetapi PAN banyak kali merayu penyokong dan ahli PAS supaya mengundi PAN.Siapa yang kuat sebenarnya? Ingat, ianya berlaku di Pantai Barat bukan di Terengganu dan Kelantan.
 
 Apa yang berlaku adalah apa yang berlaku, ianya bukan rekaan atau cerita penglipurlara yang gemar dibawa oleh pemuka pemuka PAN.Hakikat yang berlaku ini pula membuktikan dakwaan PAN bahawa PAS tidak kuat di Pantai Barat adalah meleset sebaliknya kejadian terbaru ini membuktikan PAS tetap gagah tanpa DAP dan PKR.Walaupun PAN muncul sebagai pengacau, nampak macam parti lembu matador tapi PAS tetap utuh.Jadi walau apa keputusan PRK nanti, PAS sudah terbukti tetap utuh berbanding parti serpihannya yang kelihatan lesu dan cuma dipenuhi dan digemari oleh pencerita pencerita penglipurlara serta kaki sondol yang semakin hari semakin kuat penyondol tanpa mengira betul salah. tanpa mengira tempat, kerja mereka adalah sondol.
 
 itulah PAN yang kalau ditambah perkataan gang akan jadi PANgang....
 
 Sumber TKO - 16-6-2016                                                                               ---------------------------------------------------------------------------------------
 Soalan kepada pejuang kebebasan
 
 Posted on Thursday, June 16 @ 05:00:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
 | 
No comments:
Post a Comment