BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, May 13, 2016

PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR

Isu papan iklan: Perbuatan golongan terdesak, bacul





     








HARAKAHDAILY | .


PAS telah menerima maklumat yang sahih, ada usaha pihak tertentu memacak papan iklan (billboard) yang mengandungi provokasi terhadap PAS semalam.

Papan iklan tersebut telah menuduh PAS sedang berusaha untuk bergabung dengan Umno, malah turut bersekongkol dengan Skandal 1MDB yang membabitkan dana sebanyak RM 4.2 billion.

Dengan tegasnya, PAS menyatakan bahawa fitnah ini sangat kotor, dilakukan oleh golongan yang sangat terdesak untuk meraih undi.

PAS menyertai PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah untuk bertentangan melawan Umno yang menjadi tunjang Kerajaan Malaysia hari ini. Penentangan PAS turut membabitkan kegagalan Umno dalam menguruskan dana dan harta negara, termasuklah isu yang melibatkan 1MDB.

Semenjak isu ini timbul, PAS secara konsisten mendesak supaya dilakukan siasatan terhadap isu ini, malah Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS telah mendesak diwujudkan Suruhanjaya DiRaja untuk siasatan tersebut.

Tindakan pihak-pihak tertentu yang 'baling batu sembunyi tangan', memacak papan iklan yang cuba membabitkan PAS bersekongkol dengan skandal ini, adalah tindakan yang bacul.

PAS mencabar pihak yang terlibat untuk membuat tuduhan secara terbuka terhadap PAS, bagi membolehkan PAS mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Di samping itu, PAS juga meminta pihak yang berwajib termasuk PDRM dan SPR melakukan siasatan terhadap insiden yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS – HARAKAHDAILY 9/6/2016

Sumber HD - 9-6-2016

Bendera: Tiba-tiba dia menangis, meluru keluar





       HARAKAHDAILY | .


SEDANG kami bersembang setelah habis tazkirah subuh di Markaz Pemuda pagi tadi, tiba-tiba seorang sahabat lengkap berpakaian AMAL datang mengadu banyak bendera PAS disabotaj tengah malam tadi.

Sambil mengadu, sambil marah-marah. Membebel seorang diri, kami biarkan dia meluahkan perasaannya. Tiba-tiba dia menangis, meluru keluar sambil membuka serban, dijadikan kain mengesat air matanya.

"Kenapa diorang tak ingat Allah sampai buat jahat kat kita macam ni?"

Rungutan yang diulang-ulang, menyedarkan kami akan kejujuran niatnya. Kagum dan terharu.

Padahal logiknya, bendera je pun. Tak perlulah sampai menangis

Sungguh, apabila terlibat di medan bawahan, kita akan belajar dengan orang yang tidak terpelajar tentang ilmu IKHLAS dan KEJUJURAN. Sedangkan dunia pada hari ini sedang kehilangan dua nikmat tersebut.

Orang seperti ini memang tidak 'standard' di mata dunia. Tetapi al-Quran mengajar agar mendahulukan mereka, berdamping dengan mereka.

Cuba baca balik surah 'Abasa.

USTAZ ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Naib Ketua Pemuda PAS Selangor – HARAKAHDAILY 9/6/2016

Sumber HD - 9-6-2016



Dr Najiha rakam takziah buat keluarga ketua Umno





      HARAKAHDAILY | .


KUALA KANGSAR: Calon PAS pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad berkesempatan menziarahi dua kematian dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

Antara keluarga yang sempat diziarahi oleh Dr Najihatussalehah Ahmad ialah rumah ketua cawangan Umno Bendang Panjang yang juga bekas Ketua Kampung Suak Dungun, Ahmad Isa yang telah meninggal di kampung itu pagi kelmarin yang turut diuruskan oleh ahli-ahli PAS.

Perbezaan dari sudut perjuangan dan parti politik tidak menjadi penghalang buat ahli-ahli dan petugas PAS untuk sama-sama membantu meringankan beban keluarga si mati dalam memudahkan urusan pengebumian jenazah.

Dr Najihatussalehah turut menenangkan keluarga berkenaan agar bersabar dan redha dengan ketentuan Allah SWT seterusnya mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Pada majlis pengebumian, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria turut serta dalam melaksanakan majlis pengebumian serta sempat memimpin bacaan tahlil buat arwah Ahmad Isa.

Sumber HD - 9-6-2016


DAP akui naikkan papan iklan anti-PAS

Posted on Thursday, June 09 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




Papan iklan yang menempelak PAS di Sekinchan telah dibuat dan dinaikkan oleh DAP , akui pengerusi parti itu bagi negeri Selangor, Tony Pua.

"Ia dibuat oleh kami. (Kami meletakkannya) petang ini, " kata Pua kepada Malaysiakini.

Yang pelik kerja-kerja pemasangan dilakukan oleh orang India. DAP mempergunakan India dalam kerja ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan ia melanggar peraturan pilihan raya selepas menerima aduan dan papan iklan telah diturunkan," kata Pua.

MAKIN TERSERLAH BAHAWA DAP SPONSER PAN @ AMANAH UNTUK MEMASTIKAN 2 UNDI RUU MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANGG SYARIAH DI TENTANG. UMAT ISLAM WAJIB & PERLU SOKONG PAS BAGI MEMASTIKAN 2 UNDI UNTUK RUU HUDUD 
Sumber TKO - 9-6-2016




Masih Ramai Bukan Islam Bersama PAS
Posted on Thursday, June 09 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Program Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersama kaum Cina di sekitar Pekan Sungai Besar. PAS bukan parti untuk orang Melayu sahaja, PAS untuk semua. Orang Cina dan India jangan takut undi PAS.







Sumber TKO - 9-6-2016

Realitinya PAS berdepan BN, DAP di Sungai Besar







HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Secara realitinya PAS berdepan dengan BN dan DAP pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar," tegas Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ini, ujarnya kerana pada pemerhatian beliau, strategi dan kerja-kerja yang melibatkan calon PAN diatur dan dilakukan oleh DAP.

"Berdasarkan laporan dari lapangan dan pemerhatian saya, strategi dan kerja-kerja untuk calon PAN dibuat oleh DAP.

"Jadi secara realitinya pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar, PAS berdepan dengan BN dan DAP," ujarnya kepada Harakahdaily, pagi ini.

Menurutnya lagi, pemerhatian beliau juga mendapati DAP membuat arahan secara senyap dan mengatur gerak kerja secara bersungguh-sungguh.

"DAP bersungguh-sungguh dalam PRK ini, buat arahan secara senyap kepada seluruh jenteranya, seolah-olah dia (DAP) yang bertanding di Sungai Besar, PRK ini juga maruah dia," katanya.

Justeru, beliau menyifatkan calon yang dikemukakan PAN adalah 'pinjaman' DAP yang bukan dari kalangan parti itu.

Beliau juga difahamkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangka akan turun untuk berkempen pada PRK Sungai Besar diatur oleh DAP.

"Macam mana pun bagi PAS itu bukan perkara besar, PAS tak kisah kerana secara tradisi kita berdepan, lawan BN.

"Tapi secara realitinya pada PRK Sungai Besar ini, PAS berdepan dengan BN dan DAP," ujarnya lagi.

Pada PRK Parlimen Sungai Besar ini, calon PAS, Dr Abdul Rani Osman ditentang calon BN Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur (PAN).

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong kerana penyandang, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

SPR telah menetapkan hari mengundi PRK Sungai Besar pada 18 Jun sementara pengundian awal 14 Jun ini. - HARAKAHDAILY 9/6/2016

Sumber HD - 9-6-2016 

Dr Najiha peramah dengan pesakit, berjiwa rakyat







      HARAKAHDAILY | .


KUALA KANGSAR: Calon PAS bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad yang merupakan graduan perubatan dan pembedahan dari Universiti Malaya adalah doktor yang berjiwa rakyat dan berkaliber.

Penduduk setempat, Zulfa Hanan menyifatkan Dr Najihatussalehah sebagai seorang yang suka memberikan bantuan apabila mendengar seseorang ditimpa musibah dan sangat pemurah.

"Saya pernah menjadi patient Dr (Najihatussalehah) dan dia seorang yang sangat suka senyum, peramah, berhemah semasa memberikan rawatan," ujar beliau.

Beliau juga berkata Dr Najihah selalu berpesan kepada para pesakitnya supaya memperbanyakkan berdoa, solat hajat dan jangan meninggalkan zikir di samping menasihati tentang kesihatan mereka.

Zulfa Hanan menambah, Dr Najihatussalehah seperti seorang ustazah walaupun beliau seorang doktor kerana percakapannya mesti diselitkan dengan Islam.

Sumber HD - 9-6-2016



Ceramah PAN Mengganggu Solat Tarawih (bersama video)


Posted on Thursday, June 09 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Dilaporkan bahawa seorang lelaki marahkan pihak PAN yang mengadakan ceramah dan tidak menghormati mereka yang sedang menunaikan solat terawih di masjid berdekatan.

Mat Sabu dari di persisiran Manong iaitu 35km di pekan kecil hujung kawasan Parlimen Kuala Kangsar yang terletak didalam DUN Manong untuk menyampaikan ceramah PAN dihadapan 10 orang yang hadir berkemungkinan mereka adalah tukang pasang khemah , bancuh air dan tukang susun kerusi bagi majlis tersebut.



Dalam masa yang sama, ceramah PAN, parti serpihan PAS dilihat tidak menghormati umat Islam yang menunaikan sembahyang Tarawikh apabila lelaki Melayu meminta ceramah PAN diberhentikan kerana menganggu umat Islam bersembahyang Tarawikh. Ceramah tidak diberhentikan tetapi speaker diperlahankan.






Dilaporkan bahawa seorang lelaki marahkan pihak PAN yang mengadakan ceramah dan tidak menghormati mereka yang sedang menunaikan solat terawih di masjid berdekatan.

PAN memang patut dimarahi kerana bersikap demikian.

Sebenarnya, parti PAN, parti serpihan PAS tidak mempunyai kekuatan di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Mereka hanya mengharapkan belas kesihan pengundi yang pro-DAP dan juga pro-PAS yang mungkin mengundi mereka.

Malah, parti ini tidak mempunyai sebarang visi dan misi untuk membantu rakyat tempatan tidak seperti calon-calon BN di kedua-dua tempat itu.

Sumber TKO - 9-6-2016 




Calon PAS Kuala Kangsar "Versatile"
Posted on Thursday, June 09 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Kuala Kangsar, Calon PAS PRK P.067, Dr Hajah Najihatussalehah Binti Ahmad difahamkan mahir berbahasa melayu dan inggeris. Dr Najiha juga turut menguasai bahasa cina sebagai bahasa ketiga.

Dr Najiha mahir bertutur bahasa cina melalui pendidikan awal yang diterima di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Gunung Semanggol, Taiping. Dr Najiha tidak meninggalkan kemahiran ini di bangku sekolah malah menggunakan kemahiran ini sehingga kini.

Kelebihan berbahasa cina membuatkan Dr Najiha mudah beramah mesra dan berkomunikasi bersama bangsa cina. Dalam satu dialog bersama bangsa cina, Dr Najiha tidak kekok berbual dan memberi imaklum balas kepada soalan yang di ajukan.

Kepakaran Dr Najiha turut dicurahkan melalui penglibatan beliau dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Malaysia Sesi 2015/2017. Hal yang demikian tidak dapat disangkal lagi bahawa Dr Najiha merupakan calon yang berbakat dalam meneraju dan membawa suara rakyat.

Komunikasi yang berkesan membolehkan masyarakat hidup dengan harmoni dan sejahtera. Salah faham maklumat yang disampaikan dapat dielakkan dalam rumpun bangsa yang pelbagai jika penguasaan bahasa dapat diterapkan.

Sumber TKO - 9-6-2016




Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah meroboh beberapa papan tanda provokasi
Posted on Thursday, June 09 @ 03:09:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Hari ini pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah menunjukkan diri dengan meroboh beberapa papan tanda provokasi di Sekinchan. Untuk makluman, semua kempen berbentuk provokasi adalah tidak dibenarkan sama sekali oleg pihak SPR bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.


Tapi nampaknya PAN seolah olah tidak peduli dengan larangan ini malah dengan sengaja meletakkan beberapa papan tanda yang jelas memperlihatkan bahawa satu provokasi sedang dilakukan.

SPR telah mengambil tindakan apabila beberapa laporan telah dibuat berkenaan dengan papan tanda berkenaan.


Sumber TKO - 9-6-2016



Akhir dapat tahu juga tukang pasang Papan Iklan Provokasi Undi parti PAN@AMANAH
Posted on Wednesday, June 08 @ 22:50:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Isu Billboard Provokasi di Sekinchan

Kronologi kes.

1. Banner dipasang olh Pemuda PAN atas arahan DAP S'gor pd waktu sahur dr jam 4am-6am

2. Billboard pula jk dilhat sekali imbas seolah2 dinaikkan olh UMNO BN.

3. Tetapi, kandungannya bersifat provokatif dgn melaga2kan antara PAS vs UMNO dan PAS vs PAN.

4. Berlaku kejadian tumbuk menumbuk antara Pemuda UMNO vs Pemuda PAN ( yg mempertahankan billboard dari diturunkan) yg cuba dileraikan Unit Amal sebelum pihak Polis tiba.

5. Tuduh menuduh berlaku antara semua pihak yg akhirnya 2 pegawai Tugas Khas (unit pasukan berkecuali) tampil mmberi bukti rakaman ketika billboard itu dinaikkan yg menyebabkan seorg individu Cina dari Dap yg memakai baju Oren tampil mengaku.

6. Cina Dap tersebut mengugut sesiapa yg menanggalkan billboard yg di pasang akan di 'su' .






Kredit

Sumber TKO - 8-6-2016




Semasa Menjadi MB Nizar Mengaku Gadai 1000 Ekar Tanah Untuk Cina
Posted on Wednesday, June 08 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Perhatikan riak wajah Lim Kit Siang (Bos Besar PAN) yang terkejut dengan pendedahan Nizar yg sebelum ni pimpinan PAS pun ramai tak tahu, bagaimana ketika dia jadi MB Perak 1,000 ekar tanah (awalnya disebut hektar) diberi untuk faedah sekolah Cina.










Video ini menunjukkan PAN dulu geng erdagon membelakangi Presiden PAS dalam tindakan mereka terutama dalam membuat keputusan.


Kredit
Ahmad Amzad Hashim

Sumber TKO - 8-6-2016



Tektik Kotor, Papan Iklan Hina Presiden PAS

Posted on Wednesday, June 08 @ 20:07:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




Bila tanya tak mengaku. Siapa nak mengaku berak ditengah jalan!!
Sumber TKO - 8-6-2016



Dr Rani Ajar Politik Budiman Yang Sebenar

Posted on Wednesday, June 08 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SABAK BERNAM: ADUN Meru Dr Rani Osman berkata beliau sendiri akan keluar PAS jika parti Islam itu bergabung dengan seterunya, UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang juga calon di PRK Sungai Besar itu berkata pemimpin PAS sudah berkali-kali menafikan akan wujudnya gabungan antara kedua-dua parti Melayu berkenaan walaupun ada spekulasi mengatakan demikian.

Ini kerana pemimpin tertinggi PAS dan UMNO kelihatan mesra sejak akhir-akhir ini.

“Ia bukannya seperti kita akan membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO. Pemimpin PAS sudah menafikan dan begitu juga saya.


“Kalau ada kerjasama dengan UMNO, saya yang akan jadi orang pertama tinggalkan PAS. Tidak ada rancangan seumpama itu,” katanya dipetik daripada Malay Mail Online.

Dr Rani berkata dalam politik, rakan baik anda boleh jadi musuh ketat anda dan menafikan spekulasi mengenai keakraban partinya dengan UMNO.

“Islam mengajar kita berbaik-baik antara satu sama lain meskipun tidak sependapat dalam politik. Berbaik dengan semua orang termasuk musuh anda,” katanya.

Rani pada masa sama mengakui beliau ‘rapat’ dengan saingannya di PRK Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi meskipun tidak berkongsi pandangan terhadap politik.

“Saya sendiri berpelukan dengan Budiman, tetapi ia tidak bermakna saya bersetuju dengan dia. Itu persahabatan, tidak salah. Dalam Islam, tidak salah berkawan dengan semua orang,” katanya seperti dilaporkan Malay Mail Online.

PAS ditubuhkan pada 1951, dan pernah menjadi sebahagian daripada BN pada 1974 hingga 1978.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan AMANAH. Proses membuang undi ditetapkan pada 18 Jun.

Sumber TKO - 8-6-2016

PAS Kemaman Kibarkan Bendera Besar Di Senggang

KUALA KANGSAR – Sebanyak empat bendera besar telah berjaya dinaikkan oleh petugas pilihan raya PRK Kuala Kangsar dari negeri Terengganu.

Menurut aktivis media Mohd Tishaah, aktiviti memasang bendera gergasi PAS bersaiz ‘6 x 9′ kaki yang biasa dipanggil ‘bendera saiz tiga lereng’ telah dipasang di Unit Peti Undi (UPU) Senggang.

“Sebanyak tiga helai bendera PAS berjaya dipasang menggunakan buluh 40 kaki panjang.

“Operasi memasang bendera diketuai oleh Mohd Shafie Razali dengan kekuatan pasukan bantuan seramai 18 orang,”tulis beliau.

Katanya, operasi petugas dari kawasan Kemaman itu, bermula seawal jam 11.00 malam dan berakhir menjelang waktu sahur, sekitar jam 4.30 pagi.

Menurutnya, operasi yang diketuai oleh Wan Razali Mansor turut mendapat bantuan dan kerjasama dari penduduk dan petugas tempatan.

Turut bersama operasi selama 6 jam ialah Ketua Kontinjen PAS DUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Komandan Jabatan Amal, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Wan Mohd Faisal Wan Abdullah.

Sumber BO - 8-6-2016

Ramadhan: Petugas PRK terus bersemangat






HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ramadhan sudah masuk hari ketiga. Petugas Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar terus bersemangat.

"Puasa bukan menjadi alasan untuk berehat dan tidak bekerja di medan amal," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman sosial faceook.

Malahan, katanya puasa menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja.

Menurutnya, pada mereka sedikit sangat ujian yang dihadapi oleh mereka berbanding dengan para Rasul dan orang yang terdahulu daripada mereka ketika menegakkan agama Allah SWT.

Dalam tulisannya semalam, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, Ramadhan bulan rahmat yang dianugerahkan kepada hamba Allah yang beriman.

Tambahnya, Allah menjadikan hamba-Nya ringan untuk membuat kebajikan, rajin untuk mendirikan solat sunat, memotivasikan hati untuk banyak bersedekah dan berusaha untuk menjauhkan diri daripada melakukan maksiat.

"Ya Allah limpahkan rahmatMu untuk kami hingga ke jannahMu," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 8/6/2016

Sumber HD  - 8-6-2016




Dr Rani ucap terima kasih kepada Khalid Ibrahim

HARAKAHDAILY | .


SUNGAI BESAR: Calon PAS pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Dr Abd Rani Osman menghargai bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut membantu berkempen.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kerana turun ke kedai-kedai dan pasar-pasar di sini untuk menemui peniaga-peniaga dan masyarakat terutama kaum Cina untuk memperkenalkannya selaku calon PAS.

Katanya, populariti Khalid amat terserlah apabila ramai peniaga khususnya peniaga Cina masih mengkagumi beliau lantaran jasanya yang besar kepada rakyat berbilang kaum di Negeri Selangor.

"Mereka berjanji akan memberi sokongan kepada PAS pada 18 Jun nanti, insya Allah," ujar beliau yang juga Adun Meru dalam satu kenyataan menerusi laman sosial PRK Sungai Besar. - HARAKAHDAILY 8/6/2016

Sumber HD - 8-6-2016




Tiada masalah saya sokong calon saya percaya - Khalid

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin calon yang diketengahkan PAS pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman akan berbakti kepada semua kaum tanpa mengira latar politik dan agama.

"Walaupun Dr Rani merupakan wakil PAS, tetapi tatacara kerja beliau semasa bersama saya menjadi Adun, dia tidak bezakan sesiapa sama ada ahli PAS atau bukan ahli. Semua kaum dia seimbang.

"Oleh sebab itu saya ingin memberitahu bahawa Dr Rani akan membela sesiapa pun walaupun bukan daripada PAS," kata bekas Menteri Besar Selangor itu dipetik laman web merahkuning.com.
Tambah Khalid, beliau sudah mengenali Dr Abdul Rani sebelum beliau melibatkan diri dalam politik.

"Saya kenal Dr Rani sewaktu kami melakukan program kemasyarakatan bersama dahulu sebelum saya melibatkan diri dengan politik.

"Jadi tidak ada masalah untuk saya menyokong calon yang saya percaya," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Petang semalam, Abdul Khalid Ibrahim turun berkempen di sekitar Pekan Sungai Besar dan bazar ramadan untuk menerangkan tawaran PAS kepada penduduk Sungai Besar.

Sumber HD - 8-6-2016




Keprihatinan Dr Rani sentuh hati penduduk tempatan

HARAKAHDAILY | .


SUNGAI BESAR: Kemesraan dan sikap prihatin yang ditonjolkan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman pada kempen Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar berjaya menyentuh hati pengundi-pengundi tempatan ketika melakukan ziarah rumah ke rumah.

Beliau turut melakukan pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat termasuk warga emas dan memberikan ubat-ubatan secara percuma.

Salah seorang warga emas yang dilawati terharu menerima sumbangan ubat-ubatan dan terus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kepada Dr Abdul Rani yang juga Adun Meru.

Beliau turut meluangkan masa mendengar keluhan dan masalah rakyat di kawasan-kawasan yang dilawati.

Kempen PRK Sungai Besar bermula selepas penamaan calon pada 5 Jun lalu berakhir 17 Jun manakala hari mengundi 18 Jun.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan ekoran penyandang, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sumber HD -8-6-2016



Pesanan Presiden PAS

Posted on Wednesday, June 08 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Tiada apa yang salah dengan pesanan Presiden PAS.

Tetapi mereka yang berhati jahat memutarbelit secara serong hingga ada yang terpedaya kononnya ada pakatan pas dan umno dengan jadikan tajuk berita PAS TIDAK MAHU SERANG UMNO, PAS MAHU JADI PENASIHAT UMNO.

PAS telah tegaskan berkali kali PAS lawan UMNO. PAS tidak akan join UMNO, tidak akan sertai BN.

Jangan pecahkan undi hingga beri kemenangan kepada UMNO.

Kredit
Ahmad Amzad Hashim

Sumber TKO - 8-6-2016



Penerangan mudah utk masyarakat Cina
Posted on Wednesday, June 08 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Penerangan mudah utk masyarakat Cina akan apa yg berlaku dan diputarbelit oleh pihak yg berkepentingan..

Timmy Say memuji calon PAS Dr Rani yang dengan jelas menerangkan Islam kepada masyarakat bukan Islam. Dia tidak segan dan menyembunyikan akan agamanya dan memberikan penerangan yang benar kepada masyarakat agar salahfaham dapat diatasi.

Sangat berbeza dengan UMNO yang rata-rata memutar belit agamanya sendiri dan sangat malang satu lagi parti PAN @ AMANAH yang cuba menyembunyikan agamanya atas dasar mencari undi.






Ini adalah contoh yang baik apa yang disebut tidak perlu malu dalam soal beragama.

Walaupun ada yang tidak suka mendengar subjek ini dan telah membuat kesimpulan awal kerana terdedah kepada persepsi dan maklumat serong akibat politik keterlaluan, tahniah tetap diucapkan kepada calon PAS Dr Abd Rani Osman yang tidak segan, tidak malu, dan tidak takut dalam terus melaksanakan penerangan agama Islam yang menjadi pegangan hidup beliau di dalam kempen PRK.


You have my respect for this. If it is the right thing and your faith is strongly attached to it, there's nothing to be ashamed or afraid of. The rest you leave it to God. Good luck, Dr.

TIMMY SAY

Kredit
Hamba Archidea Cronixx
Sumber TKO - 8-6-2016


RUU 355 Bukan Penghalang
Posted on Wednesday, June 08 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA KANGSAR, 07 Jun: Dalam satu sidang media baru-baru ini, Presiden PAS menegaskan bahawa kejayaan parti itu membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah bukan suatu penghalang bagi PRK Kuala Kangsar kali ini.

Sehubungan itu, umat Islam dari semua parti politik perlu bersatu mempertahankan kemuliaan Agama Islam dan bersatu dalam memperkasa hukum syariah di bumi malaysia ini.

"Usul yang dibawa di parlimen oleh Presiden PAS adalah wajib disokong oleh semua pihak tanpa alasan kerana ianya adalah satu kewajipan kepada semua yang mengucap dua kalimah syahadah.

"Haram sokong pihak tolak undang-undang Islam. Jika kita tidak faham mengenai perkara ini, lebih baik kita dengar dulu penerangan dan jangan terlalu cepat memberikan pelbagai alasan (seperti) kebudak-budakan. Tindakan pihak dan kumpulan berkenaan adalah sangat biadap", ujar Datuk Seri Abdul Rahman Othman, Mufti Pahang.

Tiada alasan untuk menolak hukum Allah kerana golongan yang menolak hukum Allah ini, sama ada berada di parti mana sekalipun akan berada pada tiga keadaan yang sepatutnya dijauhi bagi orang beriman.

Berdasarkan mafhum ayat Al-Quran dari Surah Al-Maidah ayat 44, "Barangsiapa yang menolak hukum-hukum Allah s.w.t samaada jatuh kepada kafir, zalim atau fasik".

Sumber TKO - 8-6-2016

Jawapan kepada soalan Bersih 2.0 - Dr Rani






HARAKAHDAILY | .


Sebagai calon PAS bagi PRK P.093 Sungai Besar, saya merasakan soalan-soalan yang ditanya oleh Bersih 2.0 adalah relevan untuk dijawab.

Soalan 1

Jika anda menjadi Ahli Parlimen, apakah anda akan menyokong penyingkiran Najib selaku perdana menteri dan 10 pembaharuan institusi yang dituntut oleh Bersih 2.0?

PAS mahu menyingkirkan seluruh kerajaan Umno BN yang diterajui PM Datuk Seri Najib Razak dan diganti dengan kerajaan alternatif yang baru. Menggantikan Najib sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. Jikalau Najib menggunakan OSA untuk merahsiakan laporan audit 1MDB, penggantinya juga akan menggunakan cara yang sama yang dipelajari sejak zaman Tun Dr Mahathir yang menggunakan OSA dalam perjanjian IPP and lebuh raya yang mencekik kehidupan rakyat sehingga kini. Jika dipilih sebagai ahli parlimen, saya akan menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan Umno BN.

PAS tidak mahu ada saham dalam menyelamatkan Umno dengan membantu mereka yang berhasrat membantu Umno mendapatkan presiden baru yang bakal memberikan nafas baru kepada BN. Mengekalkan Umno, sama ada ada Najib ataupun tiada Najib, adalah satu kesilapan yang membawa bala kepada rakyat dan negara. PAS akan lawan Umno dan sesiapa yang ingin mengekalkan Umno, seperti yang berlaku di kedua-dua PRK hari ini.
PAS adalah lawan politik Umno pada setiap PRU dan PRK, terutamanya di Semenanjung Malaysia sejak ditubuhkan. Cuma selepas ini dijangka ada sebuah parti baru yang akan memberi nafas kepada Umno dalam setiap perlawanan 1 lawan 1 di antara PAS dan Umno.

10 pembaharuan institusi yang dituntut Bersih 2.0

1. Penambahbaikan pilihan raya
2. Menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya sebuah badan di bawah Perlembagaan yang bertanggungjawab kepada Parlimen
3. Menghalang Perdana Menteri daripada memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan
4. Penambahbaikan Parlimen
5. Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab kepada Parlimen
6. Mengasingkan Peguam Negara daripada tugas dan peranan pendakwaraya
7. Menggubal undang-undang kebebasan maklumat di peringkat persekutuan dan negeri
8. Menteri dan penjawat awam tertinggi perlu mengisyithar harta
9. Memansuhkan atau meminda undang-undang zalim
10. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

PAS menyokong kesemua di atas. Cuma mungkin cara kita berbeza dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Tidak mengapa cara kita berbeza, asalkan hasrat boleh dicapai.

Soalan 2

Jika anda menjadi Ahli Parlimen, adakah anda akan menyokong pembaharuan untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil, termasuk perakaunan kewangan telus oleh calon-calon?

Ya. Malah saya akan menuntut agar sistem pilihan raya first past the post diganti dengan proportional representation yang berdasarkan undi popular. Ini akan menjadikan pilihan raya lebih bebas dan adil. Umpamanya di Selangor yang mempunyai 56 kerusi, parti mana yang mendapat undi popular 60%, akan mendapat 60% jumlah kerusi yang dipertandingkan. Di Malaysia, medan pilihan raya tidak adil. Padangnya tidak pernah rata. Dan sistem pilihan raya yang berdasar proportional representation akan mengatasi masalah ini dan juga penyalahgunaan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

DR ABD RANI OSMAN
Calon Rakyat PAS PRK P.093 Sungai Besar
8 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 8/6/2016

Sumber HD - 8-6-2016

Bulan Atau Kati?……..Bulan!

KUALA KANGSAR – Penduduk Kampung Sayung Lembah bukan sahaja kenal PAS bahkan mereka lenal lambing PAS adalah merupakan symbol ‘bulan’.

Apabila calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad kepada ‘makcik-makcik’ yang hadir pada majlis itu, samada kenal dengan PAS atau tidak, bahkan mereka menjawab, mereka tahu lambang ‘PAS’ ialah ‘bulan’dan bukannya ‘kati’ (dacing)

“Mak cik kenal tak PAS tu apa? kenal ke tidak, apadia Parti Islam SeMalaysia(PAS). Parti Islam SeMalaysia PAS ini, kalau kita mengundi nanti lambangnya apa? Bulan ka kati?,”soal Dr. Najihah.
“bulan……….!!!,”jawab mereka.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk Sayung Lembah yang sudi hadir kemajlis berbuka puasa bersama beliau. Pada hari pertama Ramadhan, 6 Jun.

Katanya, program pertama dianjurkan Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan Mjslimat PAS Malaysia (DMPM) bersama rakyat Malaysia, memilih destinasi pertamanya, Kuala Kangsar.

Beliau beramah mesra sambil memmerkenalkan diri beliau kepada warga Kampung tersebut.
“Saya merupakan calon yang telah diamanahkan oleh PAS, untuk bertanding dalam PRK P067, Parlimen Kuala Kangsar, ingin membuat rayuan penduduk di Sayong Lembah ini untuk fikir habis-habis apabila nak mengundi nanti.

“Kita ini membawa suara daripada orang Kuala, kita bawa suara Parti Islam SeMalaysia (PAS),”ujarnya.


Sumber BO - 7-6-2016



Fitnah Terhadap PAS Akan Kembali Kepada 'tuan'nya

Posted on Wednesday, June 08 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA KANGSAR, 7 Jun- Khabar angin yang mengatakan Najib memberi wang RM30 juta kepada parti PAS dan ada kerjasama di antara PAS-UMNO adalah meleset sama sekali dan merupakan satu tuduhan fitnah terhadap parti itu. Namun, khabar angin ini hanya berlegar di ruangan-ruangan kedai kopi oleh masyarakat tempatan.

Naib presiden PAS, Ustaz Hj. Idris Ahmad berkata pada sidang media semalam selepas turun menyantuni masyarakat Cina di daerah Kuala Kangsar.

Beliau juga mengatakan bahawa khabar angin tersebut telah dijelaskan kepada wartawan-wartawan berbangsa Cina yang bertanyakan soalan berkaitan dengan hubungan kerjasama PAS bersama UMNO ketika ditemuramah ketika aktiviti tersebut berlangsung.

PAS yang memperkenalkan Budaya politik Matang dan Sejahtera (BPMS) iaitu membawa politik sebenar dan bukan sekadar persepsi tidak mudah melatah dengan tohmahan yang diberikan malah begitu yakin bahawa prinsip yang dipegang PAS selama inilah yang mampu menggantikan kepimpinan UMNO Barisan Nasional.

Tambah Ustaz Idris Ahmad, tindakan DAP yang sering memainkan politik persepsi negatif terhadap parti Islam itu dalam kalangan masyarakat Cina, dianggap akan memanjangkan lagi hayat UMNO-BN.

"Yang boleh gantikan UMNO ialah PAS. Kita boleh lihat dari sudut struktur organisasinya, sebab itu kita boleh katakan di mana ada cawangan UMNO, di situ juga ada cawangan PAS."

"PAS ada kekuatannya sehingga kita boleh mencula para penduduk. Sebab tu kita boleh challenge UMNO. Sorry to say, orang lain tak boleh. Dan kita lihat yang memburukkan kita dengan isu kerjasama dengan UMNO ini akan melambatkan lagi proses dan memberikan nafas kepada UMNO untuk bergerak"- kata Naib Presiden PAS kepada wartawan media.

Sumber TKO - 8-6-2016




Khalid Ibrahim Ingin Balas Budi PAS
Posted on Tuesday, June 07 @ 22:00:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SUNGAI BESAR: Kempen pilihan raya PAS mendapat suntikan kecil dengan Tan Sri Khalid Ibrahim turun membantu jentera parti Islam berdepan cabaran PRK Sungai Besar.

Bekas Menteri Besar Selangor berkata mahu membalas budi kepada PAS yang kempennya dalam PRK Ijok 2007, PRU 2008 dan 2013.

“Pada waktu itu (PRK Ijok 2007), saya tidak kenal sesiapa tapi rakan-rakan dari PAS di Ijok, di seluruh Selangor yang datang tolong saya.

“Walaupun saya kalah saya tetap berterima kasih pada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Pekan Sungai Besar.


“Mereka telah bersama-sama dengan saya semasa PRU 2008 dan 2013 dan kita sangat bekerjasama. Alhamdulillah kita mencapai kemenangan,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program temui pengundi bersama calon PAS di sekitar Pekan Sungai Besar.

Sekali lagi Khalid terpaksa menepis spekulasi menyertai mana-mana parti.

“Saya ada kes dengan PKR. Saya telah meminta RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) untuk menentukan sama ada penyingkiran saya dari PKR adil atau tidak.

“Dalam keadaan itu, saya percaya saya berhak dapat keputusan untuk diri saya,” katanya.

Sumber TKO - 7-6-2016



Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut serta membantu kempen calon PAS

Posted on Tuesday, June 07 @ 20:27:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah








Ketibaan Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut serta membantu kempen calon PAS Sungai Besar hari ini. Inilah bukti semangat setiakawan beliau dengan PAS. Beliau adalah bekas MB Selangor cekap dan bersih tetapi dijatuhkan atas politik kotor Pakatan Rakyat.







Sumber TKO - 7-6-2016


Clement Bayang gigih kempen Dr Najiha

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Bekas calon PAS N.60 Kakus (Sarawak), Clement Bayang antara anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS yang gigih membantu kempen calon PAS P.067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Dr Najiha juga merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat yang turut bertanggung jawab ke atas Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Beliau yang telah berkampung sejak minggu lalu bertekad terus menjalankan kerja-kerja pilihan raya hingga hari pengundian.

Katanya, beliau mahu menyedarkan masyarakat di sini bahawa perjuangan berteraskan agama hanya dimartabatkan oleh PAS, berbeza dari Umno yang material.

"Saya beritahu mereka (pengundi), saya dari Sarawak. Saya orang Iban, saya Kristian. Tapi saya sokong PAS kerana hanya PAS berjuang berasaskan agama.

"Umno-BN banyak main duit, sebab itu masyarakat menjadi rosak. Kita akan kempen sungguh-sungguh. Saya lagi suka buat kerja pacak-pacak bendera," ujarnya ketika ditemui di Pekan Manong, di sini hari ini.

Beliau juga menyeru agar para petugas PAS sentiasa aktif menyaingi BN dalam PRK ini untuk menarik perhatian pengundi.

Di kesempatan kunjungan Dr Najiha ke Kampung Semat, Manong, Clement turut serta mengiringi calon ke Bazar Ramadan dan berkempen di situ. – HARAKAHDAILY 7/6/2016

Sumber HD - 7-6-2016




PAS terbit risalah Cina jelaskan ‘kematian’ Pakatan Rakyat

Posted on Tuesday, June 07 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




Bagi menjelaskan kekalutan sehingga menyebabkan terkuburnya Pakatan Rakyat, PAS mengedarkan risalah berbahasa Cina pada majlis berbuka puasa yang diadakan di sebuah Kampung Baru Cina di Sungai Besar, petang semalam.

Risalah itu turut menafikan bahawa PAS ingin menubuhkan sebuah kerajaan campuran dengan seteru politiknya, Umno yang kini hubungan mereka semakin mesra.

Majlis berbuka puasa itu diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Baru Nelayan, Bagan Sungai Besar dan dihadiri oleh kira-kira 300 ratus penduduk tempatan. 70 peratus daripada mereka berbangsa Cina.

Tindakan PAS bagi mendekati penduduk Kampung Baru ini dilihat sebagai cubaan meraih undi Cina apabila sokongan masyarakat berkenaan terhadap PAS dilaporkan semakin terhakis selepas terkuburnya Pakatan Rakyat dan isu hudud berbangkit semula.

Kedua-dua isu perpecahan Pakatan Rakyat dan kerajaan campuran PAS-Umno dijelaskan menerusi dua artikel berbahasa Cina di muka hadapan dan belakang kertas risalah itu.
Sogokan dakyah

Artikel pertama bertajuk 'PAS silap dituduh menyebabkan keretakan dalam Pakatan Harapan' itu menjelaskan parti Islam tersebut mematuhi semangat Pakatan Harapan selama ini.

Menurut penulisnya, rakyat yang tidak diberitahu keadaan sebenar tetapi sentiasa disogokkan dengan dakyah bahawa PAS bukan ahli yang setia dan bagus dalam Pakatan Rakyat, malah sengaja menggagalkan 'Langkah Kajang'.

“Dalam Langkah Kajang, PKR dan DAP ingin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baru.

“Namun, ini hanyalah pertarungan kuasa dalaman PKR, iaitu ingin menukar seorang pimpinan yang dikatakan rasuah, namun sebenarnya hanya kerana Khalid Ibrahim ditolak oleh puak satu lagi.

“Akhirnya kebenaran terbongkar apabila Khalid menyaman bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dan beliau terpaksa memohon maaf kepada Khalid,” petik artikel itu.

Menurut penulis, PAS mengarahkan empat orang exco parti itu untuk terus bersama dalam kerajaan negeri Selangar yang baru bagi mempertahankan pemerintahan Pakatan Rakyat.

PAS juga memutuskan dua prinsip iaitu kerajaan negeri yang mendapat mandat melalui pilihan raya umum 2013 tidak boleh dibiarkan tumbang ke tangan Umno dan menteri besar baru Selangor tidak seharusnya diangkat daripada kalangan ADUN PAS sebagai mematuhi semangat Pakatan Rakyat, kata arikel itu.

'Patuk ular kali kedua'

Artikel kedua bertajuk 'PAS difitnah cuba tubuh kerajaan campuran' menafikan bahawa parti itu ingin bekerjasama dengan Umno.

Ia menjelaskan selepas krisis Kelantan, PAS tidak lagi percaya Umno dan hubungan kedua-dua parti menjadi tegang dan tidak mungkin berbaik semula.

“(Allahyarham) Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah berkata PAS tidak akan digigit oleh ular untuk kali kedua.

“Umno kini menghadapi pertarungan kuasa dalaman dan PAS cuba menekan agar kerajaan melaksanakan polisi yang memanfaatkan rakyat.

“Namun, musuh politik pula memfitnah PAS ingin menubukan kerajaan campuran bersama Umno, ini tidak betul!” petik artikel itu.


Risalah itu juga memaparkan gambar calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang juga adalah ADUN Meru dan mengingati pengundi agar menyokong bekas pesuruhjaya parti itu.

Selain itu, majlis petang itu juga menggunakan khidmat pengacara berbahasa Cina dan Melayu.
Turut didendangkan adalah lagu Cina 'Bulan mewakili hati saya' dan 'PAS for all' dalam bahasa Cina.

Penganjur juga menyumbangkan wang sebagai pemberian biasiswa kepada pelajar Cina yang cemerlang dan turut diadakan adalah cabutan bertuah.

Presiden PAS Datuk Seri abdul Hadi Awang dan Dr Rani turut hadir pada majlis berbuka puasa ini.



Sumber TKO - 7-6-2016

Dr Najiha pilihan terbaik buat Kuala Kangsar







       IZWAN ABDUL HALIM | .


MEMENUHI keperluan atau hajat masyarakat terutama golongan asnaf dan mustad'afin sememangnya rutin yang sebati dengan calon PAS P.067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Setidak-tidaknya bertemu wajah, mendengar khabar dan saling mengingati, serta lebih lagi sekiranya dapat menitipkan kata-kata semangat atau nasihat.

Keterampilan itulah menjadi sebahagian identiti kepimpinan diri beliau, bahkan sanggup mengorbankan kerjayanya demi untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Berbeza dengan kebanyakan orang politik yang asyik mengelak bergelumang dalam keramaian awam atau bertemu rakyat bawahan, kecuali sekadar meraih kepentingan.

Tetapi Dr Najiha adalah sebenar-benar dirinya yang menghambakan profesionalisma dan kemampuan dimiliki beliau untuk diserahkan kepada umat.

Semestinya tawaduk diri beliau itu selari dengan peranan yang disebut Rasulullah SAW bahawa pemimpin itu adalah khadam ummah.

Kerana taklif kepimpinan adalah untuk memberi kepada masyarakatnya, bukan menjadi kesempatan atau mengaut sesuatu, apatah lagi menekan rakyat.

Malah, bukan calang manusia layak dijadikan pemimpin yang sinonim dengan kaum lelaki, maka apabila seorang muslimah diangkat, tentulah beliau memiliki keupayaan luar biasa.

Buktinya, kepimpinan seorang muslimah tidak bersandar pada jawatan, tetapi beliau juga adalah suri rumah, isteri, ibu dan anak yang tidak memisahkan tanggung jawab itu walau di mana takhtanya.

Ditambah pengalaman luas lebih 20 tahun Dr Najiha dalam politik, selayaknya beliau dinobatkan pada kedudukan yang akan membolehkan beliau berfungsi dengan lebih jitu dan luas.

Maka, penduduk Kuala Kangsar sedang diberikan satu pilihan yang dipercayakan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk beliau dimenangkan sebagai Ahli Parlimen.

Bukan sahaja mewakili penduduk Bandar DiRaja yang penuh bersejarah, tetapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia bagi sebuah pembelaan hak, serta menyambung perjuangan Islam pusaka Rasulullah SAW. – HARAKAHDAILY 7/6/2016

Sumber HD - 7-6-2016


Kempen Bulan Ramadhan; Dekati Pengundi Islam Dengan Program Keagamaan

Oleh : zulshawal

KUALA KANGSAR – Calon PAS PRK P067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah menjelaskan PAS akan menggunakan stategi keagamaan bagi meraih undi daripada pengundi beragama Islam.

“Kita tahu kita dalam bulan Ramadhan, kita akan dekati pengundi-pengundi melalui program-program berbentuk agama. Maknanya kita akan hadir ke majlis tarawih,

“kita akan pergi ke solat jemaah untuk maghrib dan isyak. Dan kita akan anjur program tadarus untuk kaum wanita di kampung,’ hujah Dr. Najihatussalehah yang juga Ketua Muslimah Perak.

Beliau yang ditemui ketika menyantuni masyarakat di Bazar Ramadhan Arena Square, di sini pada petang Isnim, menegaskan akan hadir bersama-sama penduduk dalam menjayakan program tadarus dan solat berjemaah.

Beliau menyatakan disemua masjid yang dihadiri oleh orang ramai adalah sasaran utama bagi menjayakan program- program tersebut.

Ditanya tentang populariti beliau agak kurang dengan penduduk dalam Parlimen Kuala Kangsar kerana berasal daripada Parit dan masih baru, beliau menjelaskan ianya tidak benar.

“Walaupun begitu, saya telah menjadi Ketua Muslimat Perak sejak 2011. Maknanya saya masih biasa walaupun saya bukan orang Kuale, saya menjaga 24 parlimen. Tidak janggal bagi saya untuk menjadi calon Parlimen Kuala Kangsar,’tegasnya.


Sumber BO - 7-6-2016



Kehadiran Hadi berjaya tarik pengundi Cina, India

Posted on Tuesday, June 07 @ 10:32:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




SUNGAI BESAR - Kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya menarik kira-kira 300 kaum Cina dan India di Parlimen Sungai Besar pada Program Jamuan Rakyat di Dewan Bagan Sungai Besar, di sini, lewat petang tadi.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar, Mohd Razali Saari berkata, kehadiran pengundi bukan Islam itu dianggap sebagai luar biasa dalam keadaan Pas tidak menyertai Pakatan Harapan.

Katanya, populariti dan personaliti yang ada pada Abdul Hadi menyebabkan pengundi Tiong Hua dan India yakin terhadap Pas yang dilihat  bukan saja memberi tumpuan terhadap penganut agama Islam malah turut mampu membela nasib semua kaum di negara ini.

"Kami tak sangka, kaum bukan Islam  menerima baik Pas dan kami yakin mereka dapat berikan sokongan kepada calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar," katanya.
Beliau berkata, program itu anjuran Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Lajnah Perpaduan Nasional dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia. - SH

Sumber TKO - 7-6-2016

Malaysia always had dual legal system, says Hadi

There is no harm in having another set of laws for Muslims because Malaysia has always had a dual legal system, said Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

In his apparent bid to win over non-Muslims in the run-up to the Sungai Besar by-election, the PAS president gave his assurance that the proposed amendments will only expand the existing jurisdiction of the syariah courts.

He pointed out that the syariah courts, as opposed to the civil courts, have no jurisdiction to punish non-Muslims.

“For instance, non-Muslims are allowed to wear some clothes that the Muslims can’t wear.
“The non-Muslims can open restaurants and sell pork and alcohol and they cannot be punished because of that.

“We have a different set of laws for marriage. We can’t have just one marriage law for all religions,” he told the crowd at the community hall here Monday.

Echoing Hadi, the PAS Supporters Club, which is the non-Muslim wing of the party, said non-Muslims, particularly the Chinese, should not be afraid of Hadi’s syariah Bill.

“The Bill only affects bad Muslims. We are good people, so what’s there to be scared about?” club treasurer Kong Tuck Wah said.

The Bill, which was tabled in Parliament on May 26, seeks to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) (Amendment) Act 1995 to allow the PAS-led Kelantan state government to impose hudud punishment except the death sentence.

However, Hadi had requested that the Bill be debated at the next Parliament meeting in October.


Sumber BO - 7-6-2016

Semangat Kental Orang Lama; Pak Usop Bermotosikal Ke PRK

Oleh : zulshawal

KUALA KANGSAR – Laluan sejauh lebih 700 km terasa dekat apabila semangat dan niat cintakan gerakan Islam dan Lebih mengagumkan, beliau hanya menunggang motosikal secara solo daripada Dungun, Terengganu.

Ibrahim Kassim, 63 tahun atau lebih mesra dengan gelaran Pok Usop bertolak daripada kediamannya di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun pada Khamis yang lepas.

“Alhamdulillah, tubuh sedikit pun tak lenggoh dan motosikal tak buat masalah,”jelas Pok Usop ketika ditanya keadaan beliau setelah menempuh perjalanan yang jauh.
Perjalanan berliau telah singgah di Parlimen Sungai Besar, Selangor selama 2 hari.

Ketika berada di sana, beliau sempat mengikut jentera pilihanraya untuk program ziarah.

Namun masalah komunikasi telah menyebabkan beliau meninggalkan kawasan tersebut lebih awal.
“Kita (Pok Usop) orang Terengganu, orang Sungai Besar kebanyakkannya orang keturunan Jawa.

Bila gerak (ziarah) dengan geng (kumpulan) ni, Pok Usop tak faham bahasa jawa. Jadi susahlah kita nak buat kerja,’ terang Pok Usop.

Pok Usop yang baru tiba petang semalam di Bandar Kuala Kangsar telah menggunakan laluan jalan persekutuan (laluan lama) daripada Sungai Besar.

Beliau yang dijumpai di tapak ceramah Padan RPA 4, jalan Jerlun, DUN Manong.

Ceramah tersebut disampaikan Tuan Guru Presiden PAS, YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Haji Razman dan calon P067 Kuala Kangsar, Dr. Najihatussalehah.

Sumber BO - 7-6-2016

PRK: PAS nafi berpakat dengan Umno






IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: PAS menafikan tuduhan liar kononnya parti itu ada berkompromi dengan Umno dan menerima wang dalam mencatur keputusan bagi PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan bahawa Umno adalah liabiliti pada hari ini dan ketegasan PAS menyertai PRK itu adalah untuk menentang BN.

"Tak kan kita nak pikul biawak hidup? PAS akan ganti Umno (dari pemerintahan negara). Buktinya, kita ada cawangan (PAS) dan struktur organisasi yang kuat (untuk ganti Umno).

"Maaf cakap, orang lain (parti lain) tak mampu (macam PAS lawan Umno). Pada saya, 'move' PAN ni daripada DAP," ujarnya ketika ditemui media di Bukit Chandan, di sini hari ini.

Menurut beliau, hakikatnya tindakan PAN menyertai PRK itulah yang sebenarnya membantu memanjangkan nyawa Umno.

Malah, penyertaan PAN langsung tidak relevan dalam situasi pertembungan penting politik ketika ini antara PAS dan Umno.

Perkara itu jelasnya kerana PAN tidak mempunyai faktor asas seperti jumlah cawangan, keahlian dan sokongan massa serta anak muda, melainkan hanya semata-mata kerana kekecewaan dan menyekat usaha PAS.

"Mujur RUU baru ini untuk tingkat kuasa Mahkamah Syariah. Bayangkan kalau Mahkamah Syariah belum ada?" ujarnya memberi reaksi terhadap Presiden PAN, Mohamad Sabu yang gagal menyatakan pendirian terhadap RUU tersebut.

Ustaz Idris dalam pertemuan itu turut menafikan dakwaan ceramah PAS tidak mendapat sambutan.

Jelasnya, program yang diadakan itu adalah ceramah kelompok di mana mensasarkan kepada pengundi lokaliti tertentu.

Menurutnya, ceramah kelompok diadakan sebagai mewujudkan keseimbangan maklumat kepada pengundi disamping PAS turut mengaktifkan sesi tazkirah, kuliah dan seumpamanya.

Beliau turut mengakui wujud fitnah yang melata khususnya di kalangan masyarakat Tionghua kononnya PAS bersama dengan Umno.

Untuk itu katanya, PAS akan berusaha menggiatkan penerangan kepada kaum tersebut bagi mencerahkan situasi sebenar. -  HARAKAHDAILY 6/6/2016

Sumber HD - 6-6-2016

Calon PAS Tak Seleweng!

Saya ucapkan terima kasih kepada semua…………PAS adalah parti Islam. Islam bukan sahaja satu agama, Islam adalah ajaran sempurna lengkap. Termasuk urusan ekonomi, politik, urusan pentadbiran. Semua ada dalam Islam.

Dalam hubungan dengan kaum al-Quran mengajar kita semua manusia adalah satu keluarga, walaupun pelbagai bangsa, kaum. Bukan saya cakap, ini Quran cakap. Ayat Quran surah al-Hujarat;

“wahai manusia, sesungguhnya kami telah mencipta, kami telah menjadikan kamu asbab halnya daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Lahir daripadanya pelbagai bangsa dan suku kaum. Supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. “

Islam meletakkan berbagai bangsa seluruh dunia dalah satu keluarga yang besar. Mereka mesti hidup bertaaruf, berhubung antara satu sama lain. Kerana kehidupan manusia ini mewajibkan mereka berhubung, tolong menolong antara satu sama lain. Ada manusia yang bertani, ada manusia yang berlombong, ada manusia yang berniaga, ada manusia yang menjadi nelayan. Ada manusia yang menjadi tukang yang buat rumah.

Ada manusia yang memerintah, mentadbir. Kalau semua manusia tak ada yang bertukang rumah tak boleh hidup. Takda petani, nelayan, yang berniaga tak boleh hidup. Maka tuhan jadikan manusia ini berbagai bangsa dan kebolehan. Kebolehan ini diniagakan.bertukar sat sama lain.

Negeri cina, india ada pengeluaran dia. Melayu ada pengeluaran dia. Negara yang ada besi, ada minyak. Mestilah berhubung dan berniaga. Ini makna keluarga.

Mestilah bersikap baik antara satu sama lain. Masalah berbeza agama, itu hal masing masing. Islam melarang kita untuk memaksa orang menganut agama Islam. Agama Islam itu mestilah ikhlas di dalam hati. Kalau paksa, tak ikhlas dalam hati, tak boleh. Di sana ada perkara sama, sama sama makan, minum, sama sama pakai.

Orang Cina ada pakaian dia, ada pakaian dia, ada minuman dia. Ada halal haram, ada yang orang islam tidak boleh. Agama lain boleh. Contohnya, babi. Orang Islam tak boleh, orang cina boleh. Ini hal dia, nak jual babi kepada orang islam. Tak boleh. Ini sempadan yang Islam ajar. Kena ikut cara Islam, itu Islam. Mesti jaga, hormati antara satu sama lain. Masalah tolong menolong, wajib. Orang melayu miskin kena tolong. Orang cina miskin kena tolong. Orang india miskin kena tolong. Adil kepada semua.

Contohnya, bila kita perintahkan Kelantan kita pernah memerintah Kelantan. Seorang pemimpin wanita MCA, ying ying. Dia belajar dulu dapat bantuan kerajaan Kelantan. Orang cina Kelantan dapat bantuan di Kelantan, walaupun orang cina di Kelantan hanya minoriti. Kita kena tolong. Terengganu, oleh kerana Terengganu sudah ada hasil petroleum, minyak dapat 5% sahaja. Cukup untuk memerintah negeri.

Oleh kerana rumah kediaman ialah rukun hidup. Maka cukai pintu kadiaman, dihapuskan. Kita sedar bahawa ramai penduduk Bandar Kuala Terengganu adalah orang Cina, kita hapuskan. Dalam masalah tanah, kita kerjasama…..zaman darurat dulu banyak kampung kampong baru orang Inggeris buat. Dikurung orang Cina disitu, kerana katanya menyokong komunis. Komunis sudah tidak ada. Di setiap daerah ada kampong baru Cina. Mereka duduk disitu lebih 50-60 tahun. Umno memerintah, tak bagi geran, tak bagi tanah. Bila kita perintah, kita bagi geran kepada mereka.

Kita orang islam mesti amanah. kita percaya jika kita tolong orang, kita zalim pada orang.termasuk binatang kita tak boleh zalim. Kita tak boleh lepas, kita akan ditanya di dalam kubur. Ini kepercayaan orang islam. Tiap tiap orang calon PAS bertanding kita buat janji, janji dengan tuhan. Dia tak boleh seleweng. Kalau salah, dia akan dibalas oleh tuhan.

(Ucapan Presiden PAS Kepada warga Tionghua Kampung Jerlun Baru Pada 5 Jun 2016)


Sumber BO - 6-6-2016

“Saya Adalah Calon dan Jentera PAS,”kata Dr. Najihah


Calon PAS Dr. Hajah Najihatussaalehah Ahmad berkata, beliau tidak menggap dirinya istimewadan menjadi calon untuk bertanding di PRK Kuala Kangsar dalah satu amanah yang cukup berat.

“saya yang telah diberikan amanah oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk menjadi calon PRK P067, parlimen Kuala Kangsar, maka, sesungguhnya saya ingin nyatakan di sini bahawa saya sebenarnya merupakan calon dan juga merupakan jentera seperti tuan dan puan.

“Saya tidak menganggap diri saya istimewa. Saya juga seperti Tuan-tuan dan Puan-puan. Kalau tak a da jentera apa lah erti pilihanraya (dan) kalau tak ada calon, begitu juga lah apa erti pilihanraya,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PAS Terengganu di Kampung Menora, di sini pada Ahad 5 Jun.

Beliau berkata, pertandingan pilihan raya sekarang bukanlah pertandingan diantara calon dengan calon, tetapi perlawanan antara parti-parti yang bertanding.

Oleh itu, beliau berharap, semua ahli dan para petugas PAS mengambil kesempatan dengan kedatangan bulan Ramadhan untuk membawamesej Islam kepada para pengundin dan bermunajat memohon kemenangan dari Allah.

“Saya juga mengharapkan, dengan kedatangan ramadhan pada esok hari, kita gunakanla sebaik-baiknya ruang yang diberikan Allah kepada kita………antara waktu yang paling mustajab doa tuan-tuan puan-puan, adalah beberapa minit sebelum kita berbuka puasa.

“kita nak buat tazkirah semenara menunggu waktu iftar, dan saya mencadangkan juga, sebaik sahaja selepas tazkirah, kita mesti berdoa kepada Allah SWT supaya kita mendapat kemenangan, bukan sahaja di PRK , tetapi kita bawa bersama islam ke muka bumi Malaysia ini insyaAllah,”ujarnya

Sumber BO - 6-6-2016


Kawan tetap kawan, namun lawan tetap lawan

Posted on Tuesday, June 07 @ 00:20:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan mengesahkan akan berkempen menentang calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Manivanan berkata, meskipun pada mulanya ahli Parlimen PKR itu tersepit dengan situasi tersebut, beliau akhirnya memilih untuk mengutamakan prinsip perjuangan parti yang didukung selama ini.

“Tidak begitu sukar untuk menentang kepimpinan Abdul Rani, tetapi cukup melukakan hati saya apabila terpaksa menentang beliau dan akar umbi Pas.

“Ini adalah satu keputusan yang sukar untuk dibuat tetapi ia merupakan keputusan yang sangat diperlukan buat masa sekarang,” katanya menerusi sebaran surat terbuka dituju kepada Abdul Rani, hari ini.

Katanya lagi, meskipun terpaksa berdepan dan menentang rakannya sendiri pada PRK kali ini, beliau masih tidak melupakan jasa yang ditabur oleh Pas dan Abdul Rani.

“Saya masih ingat, bagaimana Abdul Rani dan akar umbi Pas di Meru (termasuk Sementa dan Selat Klang) membantu dan membimbing saya kepada kemenangan indah pada PRU13.

“Saya ingat, setiap kali kami bertemu, kami berjabat tangan, berpeluk dan juga berbisik ke telinga masing-masing. Itu kebiasaan dalam hubungan dan persahabatan saya dengan Abdul Rani.

"Malangnya, ini adalah perjuangan tiga penjuru, dengan itu, atas nama PKR dan Pakatan Harapan, saya bukan sahaja menentang BN tetapi Abdul Rani juga,” katanya lagi.

PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN iaitu Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi‎; calon Dr Abdul Rani dan Azhar Abdul Shukur daripada parti Amanah, yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. - SH

Sumber TKO - 7-6-2016



PAS bukan parti yang senang ditonggang terbalik - Hadi
Posted on Tuesday, June 07 @ 00:13:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini secara berseloroh berkata, logo parti itu yakni 'bulan' menunjukkan bahawa PAS adalah satu-satunya parti politik di Malaysia yang tidak mudah ditonggang terbalikkan.

Oleh itu, rakyat di kerusi Parlimen Sungai Besar perlu memberi sokongan yang padu kepada calon PAS, Dr Abdul Rani Osman, gesa presiden parti Islam itu.

"Anda pusing 'dacing' ia boleh tonggang terbalik. Segi tiga Amanah juga boleh pusing-pusing.
"Tetapi bulan itu bulat dan anda tidak boleh pusing-pusing atas bawah," kata Hadi semasa majlis yang dianjurkan oleh sayap penyokong bukan Islam PAS di dewan komuniti Bagan Sungai Besar, Sungai Besar.

Dalam ucapannya, Hadi juga berusaha untuk meyakinkan kira-kira 300 orang yang hadir mengenai Rang Undang-undang (RUU) persendirian beliau untuk meminda Akta 355 yang tidak akan memberi kesan kepada bukan Islam dalam apa jua cara .

Beliau turut menegaskan bahawa di Malaysia, sentiasa wujud dua set undang-undang untuk menampung keperluan orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Sebagai contoh , apabila melibatkan hal perkahwinan , anda tidak boleh mempunyai hanya satu set undang-undang sahaja.

"Setiap agama akan berkahwin dengan cara berbeza," katanya, sambil menambah bahawa satu set undang-undang diperlukan untuk perkara-perkara lain, contohnya memandu.
Sumber TKO - 7-6-2016



Program Green Silk di Bagan Sungai Besar hari ini.
Posted on Monday, June 06 @ 20:29:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Program ini dirasmikan oleh Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebentar tadi



 
Sumber TKO - 6-6-2016


Dr Najiha akan buka pusat khidmat wakil rakyat







      IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Calon PAS P.067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad sedia membuka Pusat Khidmat Wakil Rakyat yang akan memberi khidmat dan menjadi pemudah cara kepada penduduk.

Menurutnya, khidmat secara berjadual akan diberikan menerusi penglibatan entiti di dalam PAS seperti perubatan, guaman, kaunseling dan sebagainya.

Selain itu katanya, akan turut menjadi pemudah cara yang membantu dan menghubungkan penduduk dengan agensi atau jabatan kerajaan.

"Ada penduduk yang perlukan bantuan JKM contohnya, tetapi tidak tahu untuk membuat prosedur urusan. Jadi kita akan bantu jadi pemudah cara.

"Kita beri khidmat dengan kemampuan kita sebagai pembangkang. Yang penting rakyat dapat haknya dengan kita jadi pemudah cara," jelasnya pada sidang media di Bukit Chandan, di sini hari ini.

Beliau yang pernah berkhidmat selama empat tahun dalam perkhidmatan awam meletakkan jawatan bagi membolehkan berkhidmat langsung kepada rakyat.

Di samping membuka kliniknya di Parit, beliau juga aktif dalam politik dan mula menjadi Ketua Muslimat PAS sejak tahun 2003.

Tambah Dr Najiha lagi, beliau yakin boleh mencapai kemenangan dengan kesungguhan jentera PAS yang membantu kempennya.

Berbanding BN yang tentunya menggunakan jentera kerajaan, beliau percaya jentera PAS mampu memberi persaingan langsung.

Beliau turut menolak tanggapan bahawa Ramadan menjadi pembatas kempennya sebaliknya akan memanfaatkan ibadah sepanjang Ramadan sebagai kesempatan bertemu pengundi.

"Kita ada tazkirah, kuliah, solat jamaah, baca Quran dan sebagainya selain jualan-jualan Ramadan, jadi semua ini ruang kita bertemu pengundi," jelas beliau. – HARAKAHDAILY 6/6/2016

Sumber HD - 6-6-2016

PAN tidak yakin hadapi saingan PRK






IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Tindakan PAN meletakkan calon 'lightweight' dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar membuktikan ia tidak yakin akan kemampuannya memenangi PRK tersebut.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tindakan ini sekaligus mengurangkan seri dan kemeriahan PRK tersebut berbanding jika ia disertai oleh tokoh besar PAN.

"Sebelum ini pemimpin PAN sering memperlekehkan PAS kononnya tidak serius untuk berlawan dengan Umno, sekaligus dikatakan menjadi punca PAN mahu meletakkan calon dalam PRK ini.

"Bila disebutkan PAN serius mahu berlawan, maka jangkaan pihak di dalam dan di luar PAN adalah Presiden PAN, Mohamad Sabu sendiri akan diletakkan bertanding di Sungai Besar, begitu juga dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin di Kuala Kangsar.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana dua nama tidak dikenali, iaitu Azhar Abdul Shukur dan Dr Ahmad Termizi Ramli, yang diletakkan sebagai calon PAN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Bila dua calon tidak terkenal diturunkan oleh DAP, maka ini menunjukkan PAN takut untuk menghadapi risiko imej parti terjejas teruk jika calon terkenal di kalangan pemimpin tertinggi PAN diturunkan dan kalah teruk dalam PRK ini.

"Jika dua calon tidak terkenal ini mengalami kekalahan maka PAN boleh berdalih kononnya kekalahan ini adalah wajar kerana PAN parti baru dan calon PAN juga muka baru," ujar beliau.

Sehubungan ini, kata Dr Kamarul Zaman, sikap kecut perut PAN ini mengecewakan banyak pihak yang mengharapkan nama besar dari bekas pemimpin PAS yang akan membawa cabaran PAN.

"Kalaupun tidak Mohamad Sabu dan Datuk Seri Mohd Nizar, nama seperti Salahudin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Ahmad Awang atau Asmuni Awi diharapkan akan diturunkan oleh PAN.

"Bagaimanapun, apabila nama yang diletakkan adalah bukan nama besar yang pernah menjadi pemimpin utama PAS, maka nyatalah pemimpin PAN takut untuk berhadapan dengan PAS dan BN.

"Masa sama, diketahui ramai bahawa sebelum ini wujud persaingan untuk menguasai PAN antara bekas pemimpin PAS dan bekas pemimpin IKRAM.

"Bila bekas pemimpin IKRAM diletakkan sebagai calon maka mungkin ini adalah agenda dalaman untuk mengurangkan pengaruh bekas pemimpin IKRAM dalam PAN.

"Sepatutnya pemimpin PAN berjiwa besar dan meletakkan calon terbaik yang mereka ada untuk mendapatkan kesan maksima dalam PRK ini.

"Sayang sekali bila mereka awal-awal lagi sudah mengaku kalah, biarpun disokong DAP dan PKR," katanya. – HARAKAHDAILY 6/6/2016

Sumber HD - 6-6-2016

Petugas Dewan Ulamak dekati warga emas







      HARAKAHDAILY | .


SUNGAI BESAR: Dewan Ulamak PAS Selangor menyusun jadual program dalam usaha mendekati para pengundi warga emas sepanjang kempen Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Ketuanya, Ustaz Rizuan Rahmat berkata, pihaknya telah mengadakan tiga kali mesyuarat berhubung perkara itu bagi memenuhi peranan yang dipertanggungjawabkan kepada dewan itu.

"Kita bentuk dua jawatankuasa mengikut Dun iaitu Sekinchan dan Sungai Panjang bagi melaksanakan tanggungjawab terutama untuk mendekati kalangan pengundi warga emas," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, para petugas Dewan Ulamak terlibat dengan pengisian program untuk golongan berkenaan melalui kuliah atau tazkirah sama ada secara khusus di premis parti mahupun di tempat umum seperti bazar Ramadan.

Menurutnya lagi, para petugas yang terlibat daripada kawasan-kawasan melaksanakan tugas masing-masing mengikut jadual yang sudah disusun.

Beliau juga mengingatkan para petugas supaya mendaftarkan diri terlebih dahulu sebelum menjalankan gerak kerja itu supaya memudahkan urusan berkenaan.

Justeru, kata beliau, Dewan Ulamak PAS negeri telah menyewa rumah di Parit 5 untuk memudahkan urusan berkaitan dengan gerak kerja yang diamanahkan sepanjang kempen PRK Sungai Besar.
Beliau berkata, apa sahaja pendekatan yang diambil oleh dewan ulamak adalah untuk memenangkan calon PAS pada PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman.
Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong kerana penyandang, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas - HARAKAHDAILY 6/6/2016

Sumber HD - 6-6-2016


Hubungan Pas - PKR tidak terjejas

Posted on Monday, June 06 @ 17:28:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




SUNGAI BESAR - Pas optimis hubungannya dengan PKR di Selangor tidak terjejas walaupun parti itu menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu tidak menjadi masalah kepada hubungan politiknya dengan PKR memandangkan situasi sama pernah berlaku di negara lain.

Mengambil contoh di Britain, beliau berkata kerajaan campuran parti Konservatif dan Liberal Demokrat berjaya mengekalkan kerajaan perpaduan yang dibina selama lima tahun walaupun bertanding dalam beberapa pilihan raya kecil.

"Tiada masalah sebenarnya dan kita sepatutnya mempunyai kematangan politik perkara ini," katanya pada sidang media di Markas Pas di sini, hari ini.

Beliau mengulas kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR pada proses penamaan calon Amanah pada PRK Sungai Besar di Dewan Seri Bernam di sini, hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil itu pada Rabu lalu bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kerajaan negeri.
Tiga anggota Exco Pas dalam kerajaan Selangor ialah Iskandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib.

Pada sidang media sama, calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang juga Adun Meru pula menzahirkan kekecewaannya terhadap tindakan Amanah bertanding dalam PRK itu, yang disifatkan 'mengganggu' kerusi parti Islam berkenaan.

"Jika kita berdua mahu menidakkan kemenangan BN, maka mereka (Amanah) tidak perlu bertanding," katanya.

Pada pilihan raya kecil 18 Jun ini, Dr Abdul Rani berdepan pertandingan tiga penjuru dengan menentang calon BN yang juga Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Sementara itu, mengulas penyertaan beliau dalam PRK kali ini, Azhar berkata 'sentuhan peribadi' merupakan pendekatan yang akan diambilnya semasa berkempen memandangkan beliau sudah biasa mendekati masyarakat setempat.

"Saya sudah biasa mendekati masyarakat di sini (Sungai Besar). Jadi, cara ini akan saya gunakan semasa berkempen," katanya.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. - Bernama

Sumber TKO - 6-6-2016


Mungkin ada yang beralih sokongan, tapi...
Posted on Monday, June 06 @ 17:27:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SUNGAI BESAR - Pas membayangkan masih mampu memenangi PRK Parlimen Sungai Besar meskipun mengakui segelintir pengundi parti itu pada PRU13 lalu beralih sokongan kepada Pakatan Harapan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas yakin dapat menarik pengundi Umno yang dijangka berpecah dua untuk menyokong Pas sekali gus mampu merampas kerusi yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.

“Kadang-kadang bila berlakunya perpecahan ini, tak semestinya mendatangkan sesuatu yang negatif. Boleh jadi pengundi Cina akan pergi ke DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah).

“Kita perlu tahu juga, kemungkinan pengundi Umno akan berpecah dua dan tak mustahil mereka beri sokongan kepada Pas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Pas sentiasa bersikap optimis bahawa mereka sentiasa berpeluang untuk menang, asalkan strategi, cara kempen dan ahli parti itu bekerja keras.

“Kami telah mengambil ketetapan apa jua keadaan, termasuk tiga penjuru kita tetap meneruskan langkah dan perjuangan kita untuk berdepan dengan sesiapa saja kerana kita membawa ideologi dan prinsip perjuangan yang jelas.

“Kita tak boleh kompromi dalam urusan prinsip perjuangan ini. Kita akui PRK ini bukanlah mudah, tetapi jika semua jentera parti bersatu-padu, saya yakin kita mampu peroleh kemenangan,” katanya. - SH

Sumber TKO - 6-6-2016

Warga OKU Mahukan Dr Najihah Menang

Oleh KAM

KUALA KANGSAR – Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan calon Bebas.

Sehubungan itu, pengundi dan penyokong PAS dari kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) mahukan agar calon Muslimat PAS yang mewakili parti bertanding PRK tersebut menang.

Seorang pengundi, Roshie Razali, 34, dari Kampung Sayong mahukan Dr Najiha menang PRK ini kerana yakin dengan kemampuannya.

Katanya, calon PAS ini jika menang boleh meneruskan khidmat kepada rakyat kerana mempunyai kemampuan itu.

“Saya mengundi di sini (Sayong) dan saya kenal calon (PAS) ini dari jauh-jauh sahaja tetapi yakin dengan kemampuan dia sebagai seorang doktor, yang sudah pasti boleh memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat.

“Kalah menang itu ketentuaan Allah SWT tetapi gerak kerja perjuangan mesti disusun dengan baik untuk mencapai kemenangan,” ujarnya ketika ditemui Harakah pada hari penamaan calon, 5 Jun.

Ketika ditanya pertandingan empat penjuru pada PRK Kuala Kangsar ini antara calon BN, PAS, PAN dan Bebas, beliau menyatakan tetap istiqamah dengan perjuangan Islam.

“Saya tetap istiqamah dengan PAS walau pun ada parti lain yang bertanding seperti BN, PAN dan Bebas. Saya mahu PAS menang untuk Islam, Insya’Allah,” tegasnya.

Beliau yang kehilangan kaki kanannya akibat kemalangan sejak 12 tahun lalu kini bekerja sendiri membuat labu sayong sebagai punca pendapatan.

Seorang penyokong PAS OKU dari Ipoh, Rofiei Wari, 54, turut mengharapkan agar PAS menang PRK ini dan parti Umno ‘berkubur’ sebagai satu isyarat rakyat kepada kerajaan BN.

“Saya harap calon kita (PAS) kali ini Dr Najiha boleh menang PRK ini. Kira kuburkan BN dan tewaskan parti-parti lain dalam pertandingan empat penjuru ini.

“Saya datang seawal selepas solat subuh untuk ke tempat penamaan calon ini. Saya sokong PAS atas dasar keimanan dan walau pun pertandingan empat penjuru, harap PAS menang, Insya’Allah,” jelasnya.

Beliau yang datang ke PRK ini dengan kerusi roda semata-mata kerana mahu memberi sokongan moral kepada calon Muslimat PAS yang mewakili parti bertanding.

Menurutnya, peluang PAS menang PRK ini tetap ada dengan syarat gerak kerja parti dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi memenangi hati rakyat.

“Seawal jam 5.00 pagi saya bersama suami dan anak-anak telah bertolak daripada Gerik untuk menyertai sama hari penamaan calon PRK Kuala Kangsar ini.

“Sebelum ini, semua tempat PRK saya akan pergi bersama keluarga dalam keadaan sihat tetapi kali ini saya terpaksa berkerusi roda sejak dua bulan lalu.

“Saya kenal calon (PAS) ini, dia Ketua Muslimat PAS Perak dan saya harap Allah SWT memberikan kemenangan kepada Islam,” kata Puan Salbiah Abd. Rani, 50, dari Gerik, Perak.

Beliau juga yang datang dengan berkerusi roda tidak menghalangnya demi menegakkan syiar Islam dan kemenangan parti PAS.

“Walau pun dengan berkerusi roda, saya tetap akan datang selagi mampu demi untuk meninggikan syiar Islam dan kemenangan PAS dalam pilihan raya (PRK) ini,” ujarnya ketika ditemui di lokasi hari penamaan calon tersebut.

Sumber BO - 6-6-2016


Amanah Boleh Terus Simpan Harapan Ganti PAS Di Selangor

Posted on Monday, June 06 @ 14:32:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




SUNGAI BESAR: Parti Amanah Negara (Amanah) boleh terus menyimpan harapan mereka untuk menggantikan PAS dalam kerajaan Selangor, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata walau apapun keputusan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini, PAS akan tetap bersama kerajaan dan memegang kerusi exco dalam kerajaan negeri itu.

"Amanah perlu ingat, PAS, DAP dan PKR yang membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, sebelum wujudnya Amanah," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.



Tiga calon yang akan bertanding bagi PRK Parlimen Sungai Besar iaitu calon BN, Budiman Mohd Zohdi (tengah), calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah, Azhar Abdul Shukor (kanan).
Beliau menjawab desas-desus exco PAS perlu meletak jawatan dan digantikan dengan Amanah sekiranya undi calon Pakatan Harapan melebihi undi PAS dalam PRK nanti.

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon PAS bagi PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman.

PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRK ini, Dr Abdul Rani berdepan pertandingan tiga penjuru dengan menentang calon BN yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Tiga anggota exco PAS Selangor ialah Iskandar yang merupakan exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor (exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi); serta Zaidy Abdul Talib (exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Iskandar bagaimanapun enggan mengulas mengenai kedudukan PAS bagi menghadapi PRU-14 kerana masih terlalu awal untuk dibincangkan. - Mstar 
Sumber TKO - 6-6-2016


Dr Najiha santuni kakitangan awam






IZWAN ABDUL HALIM | .




KUALA KANGSAR: Tempoh pilihan raya menjadi ruang untuk PAS diperkenalkan di jabatan dan agensi kerajaan sesuai peruntukan yang dibenarkan.

Sehubungan itu, kempen calon PAS P.067 Kuala Kangsar Dr Najihatussalehah Ahmad memasuki pejabat dan premis kerajaan di Bandar Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Kunjungan dimulakan di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar diikuti Hospital Besar Kuala Kangsar dan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar.

Selain bertemu pegawai dan kaki tangan berkaitan, kunjungan itu juga menjadi kesempatan Dr Najiha bertemu masyarakat awam yang hadir berurusan.

Ternyata komunikasi ramah dan mesra serta keprihatinannya yang merupakan doktor perubatan dilihat begitu dekat kepada setiap orang ditemuinya.

Apatah lagi dengan kefasihan berbahasa Cina telah menarik kaum Tionghua begitu teruja berbual dengan beliau.

Dr Najiha turut mendapat semangat dari pertemuannya dengan mantan Ketua Muslimat PAS Perak, Zaleha Tais yang kebetulan datang ke hospital.

Kumpulan kempen ini turut diiringi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib. – HARAKAHDAILY 6/6/2016

Sumber HD - 6-6-2016




Menjaga kemuliaan bulan Ramadhan dalam PRK

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


DALAM keghairahan PRK yang sedang berlangsung kebetulan jatuh dalam bulan Ramadhan kali ini, kami mengesa semua pihak yang berkenaan menghormati semangat kemuliaan bulan penuh barakah ini.

Walaupun adab dan akhlak dalam semua perkara hendaklah menjadi suatu nilai yang tetap pada setiap ketika, akan tetapi bulan Ramadhan Kareem sewajarnya menjadikan semua pihak yang terlibat dalam PRK mengelakkan perkara yang boleh mencemari kelebihan bulan mulia ini termasuk berbohong, mencaci, menfitnah, menghina, mengaibkan dan memaki hamun.

Bulan Ramadhan sepatutnya menjadi bulan pembinaan keperibadian yang mulia dalam kalangan semua kaum Muslimin. Semua sisi perlakuan perlu dikawal dengan penuh kesedaran. Sama ada  pertuturan mahupun tingkahlaku hendaklah benar-benar dipelihara ketika keghairahan berkempen agar tidak jatuh dalam kekejian yang merosakkan ibadah dalam bulan Ramadhan.

Sesungguhnya ini bukan kali pertama PRK diadakan pada bulan Ramadhan dinegara ini. Sudah berlaku PRK beberapa kali yang sengit dengan pelbagai bentuk kempen dan gelagat penyokong parti politik yang bertanding.

Kelazimannya dikala gerak kerja kempen memenangkan parti dan calon, ada yang lupa bahawa semangat kesatuan dan persaudaraan dalam kalangan kaum Muslimin perlu diutamakan dan dipelihara dengan sebaik mungkin.

Ramadhan adalah bulan mendidik umat Islam untuk hidup damai dan saling berkasih sayang. Ia menjadi tempoh yang sangat baik untuk setiap Muslimin dan Muslimah menzahirkan persaudaraan yang kental dalam semangat meningkatkan ibadah mengapai keredhaan Allah SWT.

Lantaran PRK kali ini berlaku serentak di dua kawasan dan perebutan kursi dua Parlimen, seluruh jentera pilihan raya akan dikerah semaksimalnya untuk memenangkan calon dan parti masing-masing. Lumrahnya penyokong parti yang taksub dengan parti masing-masing sering terlupa bahawa etika dan adab perlu dijaga agar politik pilihanraya di negara ini berjalan dalam batas-batas syara'.

Sementara bertarung untuk menang dalam pilihan raya adalah kemuncak matlamat parti politik yang bertanding dalam sistem demokrasi ,  akan tetapi etika dan adab bertanding, apatah lagi dalam bulan Ramadhan perlu dijaga.

Kecenderungan untuk mengalahkan lawan dengan hujah yang kadangkala bersifat palsu, separuh benar dan ada yang berbentuk fitnah, serangan peribadi dengan memburuk-burukkan lawan, bukan suatu yang asing dalam politik Malaysia.

Penggunaan media sosial yang agresif disamping media arus perdana kadang-kadang yang berat sebelah, malangnya, merupakan gaya kempen politik pilihan raya yang sangat lumrah di negara ini.

Kami mendokong gesaan dan saranan agar amalan pilihan raya yang bersih dan adil menjadi prinsip yang perlu diamalkan.

Apatah lagi dalam dunia komunikasi tanpa sempadan sekarang ini seperti penggunaan media sosial, kempen pilihan raya ada kalanya tidak mempedulikan etika dan akhlaq kerana terlalu ghairah untuk memenangkan calon dan parti yang bersaing.

Dalam pengamatan umum, sangat lumrah amalan politik nista, mengherdik, melabel dan menyerang peribadi menjadi kelaziman.

Kami menyeru dan mengesa pimpinan masing-masing parti mengawal, memantau  dan menegur petugas dan penyokong mereka supaya akur kepada arahan supaya tidak melanggar etika dan adab berkempen. Lebih penting lagi ialah pidato dan kempen berkelompok serta kenyataan pemimpin itu sendiri perlu menunjukkan contoh agar menjadi pedoman yang boleh diteladani oleh penyokong. – HARAKAHDAILY 6/6/2016

Sumber HD - 6-6-2016

Masuk politik agar Islam memerintah






IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Kempen pilihan raya di bulan Ramadan bukanlah kejanggalan, sebaliknya perlu dijadikan perbuatan yang membolehkan pahala.

Ketua Penerangan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, hanya mereka yang berfikiran negatif memisahkan politik dari agama dan dunia dari akhirat.

Sedangkan terangnya, kempen pilihan raya adalah seruan untuk memilih pemimpin dan merupakan urusan pemerintahan yang diberi perhatian semua Nabi.

Jelas beliau, PAS menyertai politik agar Islam dapat memerintah, bukannya untuk menjadikan individu atau parti berkuasa.

"Oleh sebab Umno tidak mahu berubah melaksanakan Islam, maka kita kena ketepikan dan tukar yang baru. Begitu juga Deklarasi Rakyat, cuma kempen untuk buang seorang yang berkuasa.

"Tetapi PAS berkempen untuk tukar sistem (pemerintahan) yang rosak, ekonomi pincang dan sosialnya parah. Masalahnya apabila orang (pemimpin) mengimani sistem yang salah," terangnya pada ceramah di UPU Taman Bunga Raya, di sini semalam.

Dari pemimpin dan sistem sedemikianlah menyebabkan lahirnya dasar dan polisi yang membebankan rakyat seperti GST dan sebagainya.

Terang Dr Khairuddin, dalam pemikiran pemimpin sedemikian, sumber kewangan adalah dengan cukai daripada rakyat.

Sedangkan, ia bercanggah dengan Islam yang menetapkan sumber kewangan dari hasil mahsul bumi.

"Kalau tak cukup baru ambil dari rakyat yang berkemampuan dan ada lebihan kewangan. BN berbangga dia dapat meluaskan cukai. Dari satu juta, sekarang enam juta rakyat yang membayar cukai," ujarnya menempelak cara fikir BN. – HARAKAHDAILY 6/6/2016

Sumber HD - 6-6-2016

Jangan Layan Golongan ‘Oren’


KUALA KANGSAR – PAS Terengganu menyeru para petugas pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar supaya dapat menumpukan kerja dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh, agar Allah memberikan kemenangan.

Ketua Penerangannya YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menggesa semua ahli PAS jangan pedulikan ‘golongan oren’.

i
Belau berkata, PAN tiada kekuatan dan musuh sebenar PAS adalah Umno dan Barisan Nasional serta menyerahkan nasib ‘pengkhianat’ perjuangan Islam itu kepada Allah SWT.

“bagi mewakili seluruh jentera negeri Terengganu, kami sudah turun sejak beberapa hari lalu dan kita akan bantu seluruh jentera dan jangan layan golongan ‘oren’,

“dia bukan lawan kita……lawan kita yang sebenar ialah Barisan Nasional dan Umno……….kita sedar PAN tidak mempunyai kekuatan bahkan mereka bukan sahaja khianat kepada kita,
“dia khianat kepada pemimpin, PAS dan Allah SWT,”tegasnya.

Oleh itu beliau berkata, biarlah Allah menentukan nasib pemimpin PAN dan PAN itu sendiri kepada Allah.

“kita serahkan urusan pemimpin PAN dan PAN (itu sendiri)kepada Allah,”tambahnya


Sumber BO - 6-6-2016




Berguru Dengan DAP, Parti PAN @ AMANAH @ IKRAM/IRC Sebar Fitnah

Posted on Monday, June 06 @ 08:39:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Agaknya berapa nilai puasa hari ini puak atau geng AMANAH @ PAN? Setelah menjadi kuda DAP parti PAN @ IKRAM/IRC mula pandai menyebar fitnah untuk menang. Hairan puak IKRAM ni, berusrah tapi sikap dan perangai tidak mengambarkan seperti orang Islam apabila facebook, whatsapp mereka penuh dengan bahan fitnah. Apa mereka nak jawab dihadapan Allah nanti?

Satu lagi yang kita hairan IKRAM ni pun menyerang PAS bukan UMNO@BN seolah-olah kerja mereka nak matikan PAS.

IKRAM telah lari daripada matlamat asal penubuhannya.

Dengan Sekeping Gambar...
Mereka Mula Melancarkan Fitnah..
Inilah Kesan Bertuankan DAP...

Kredit
Wan Kamarul Wan Kamarul


Dalam politik dan berpolitik pun umat Islam terpaksa berhadapan dengan syaitan yang membantu mereka yang parti-parti politiknya benci kepada Gerakan Islam seperti PAS hingga sanggup berpolitik dengan tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an, iaitu:

Firman Allah SWT.:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا
Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu” [An-Nisaa’ : 144].

Setiap kali adanya PRK atau PRU kita boleh lihat dan buat analisa berapa peratus orang Melayu yang masih juga mahu memenangkan parti politik yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an. Mereka sanggup menyokong untuk memenagkan parti-parti politik yang berteman rapat dengan parti politik kafir yang Allah SWT tegah supaya jangan berteman rapat. Dari premis ini kita boleh melihat dalam bidang politik mereka kehilangan roh Islam disebabkan akibat Allah SWT sudah berikan syaitan kepada mereka menjadi teman.

Allah SWT. Berfirman:

(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦ 

Yang maksudnya:
“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

Kepada penyokong PAN dan BN muhasabah dirilah menyokong parti politik yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Al-Qur'an itu, yang tak pasal-pasal terjebak bertemankan syaitan..

Sumber TKO - 6-6-2016



Gambar Menarik..

Posted on Monday, June 06 @ 08:21:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Sekitar Penamaan Calon di Sungai Besar





















Sumber TKO - 6-6-2016


Presiden Pas Berdialog Dengan Masyarakat Cina

Posted on Sunday, June 05 @ 22:47:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Presiden Pas berdialog dengan masyarakat cina Restoren Kak Nab Tom Yam di Taman Jerlun, Manong, Kuala kangsar.

Kredit
Naraza Muda


Sumber TKO - 5-6-2016




UMNO Makan Bersama Pas, Azmin Ali Hadir di Khemah PAS
Posted on Sunday, June 05 @ 20:09:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kelihatan Kehadiran MB Selangor, Azmin Ali di khemah PAS. Azmin dikatakan hadir selepas bertemu dengan Pakatan Harapan.





Selari dengan Muktamar PAS yang baru selesai, PAS akan mengayakan politik mantang kita berperang dalam PRK bukannya bermusuhan sehingga hilang sifat silaturahim.
Kelihatan TPM  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi makan semeja bersama pemimin PAS. Turut kelihatan Datuk Seri Noh Omar.


MB Selangor, Azmin Ali dari PKR bersama-sama pemimpin BN dan PAS



Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang disingkir oleh geng UMNO
turut hadir pada hari ini menyatakan sokongan terhadap calon BN
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut hadir memberi sokongan kepada calon Amanah di pusat penamaan calon #PRKSungaiBesar.
Calon PAS, Dr Abdul Rani hadir di pusat penamaan calon PRK Sungai Besar ditemani penyokong parti itu. #PAS #PRKSungaiBesar

Pemimpin Amanah bertemu dengan pimpinan Pas di pekarangan Dewan Jubli Perak
Pemimpin dan ahli PAS sambut dengan mesra walaupun mereka ini pengkhianat.
Jika ada sebar kononnya Ahli PAS ataupun pimpinan PAS tak jawab salam
Ustaz Ahmad Awang itu adalah SYAITAN yang masih belum diikat bulan posa.


Datuk Abu Backer Sidek, ahli perniagaan yang menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, namun menarik diri kerana mendakwa 'dianiaya' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Rasanya macam meroyan aje.

Sumber TKO - 5-6-2016


Rupanya Masih Ada Ahli PKR dan DAP yang menyokong PAS

Posted on Sunday, June 05 @ 19:31:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Rupanya ramai Ahli PKR dan DAP yg menyokong PAS. PKR dan DAP pun berpecah. Ada menyokong PH dan ada yg menyokong PAS tak setuju cara mereka yang menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah.










Sumber TKO - 5-6-2016


Pemimpin UMNO, PAS Mesra Makan Semeja Di Sg Besar
Posted on Sunday, June 05 @ 14:07:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



SESUATU yang menarik dan harus dipuji berlaku di sebalik kehangatan hari penamaan calon di PRK Sungai Besar, pagi tadi.

Ianya sesuatu yang jarang dapat dilihat iaitu pemimpin PAS dan UMNO duduk semeja dan makan bersama-sama.

Namun itulah yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron kelihatan mesra menjamu selera bersama Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali, sementara menanti pengumuman penamaan calon.

Pada masa sama, muslimah PAS dilihat turut melakukan perkara serupa apabila dirakam duduk semeja dan berbual-bual bersama Wanita UMNO.



Apa yang berlaku hari bagai membenarkan pendirian PAS yang sejak kebelakangan ini kelihatan semakin ‘mesra’ dan lebih terbuka dalam hubungannya dengan UMNO.

Ketika Muktamar PAS ke-62 di Kelantan baru-baru ini juga, pemimpin PAS telah melakukan satu tindakan ‘drastik’ iaitu memakai baju Melayu yang selama ini dilakukan oleh UMNO ketika perhimpunan parti diadakan. – mynewshub.cc


https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=G2RBX4W7zpE

Sumber TKO - 5-6-2016




PRK: PAS seru rakyat buat undi protes kepada BN

HARAKAHDAILY | .


Pertama sekali, PAS ingin melahirkan penghargaan kepada SPR, PDRM dan lain-lain agensi kerajaan yang telah menguruskan hari penamaan calon PRK Kuala Kangsar dengan lancar dan aman.

Kami juga mengucapkan tahniah kepada calon-calon lain yang telah diterima bertanding mewakili BN, PAN dan lain-lain.

PAS berazam untuk menjadi PRK kali ini sebuah persaingan yang harmoni dan menyenangkan hati rakyat.

Kami ingin menarik perhatian semua rakyat khususnya pengundi di Kuala Kangsar, tentang tujuan PAS menghantar calon untuk bertanding.

PAS begitu menyedari, PRK ini bukan medan untuk menukar kerajaan, kerana kerajaan BN masih mempunyai majoriti selesa meskipun calon mereka kalah di PRK ini.

Malah PAS sebagai sebuah parti yang membawa Budaya Politik Matang dan Sejahtera, yakin BN akan terus menerajui negara sehingga Pilihan raya Umum akan datang.

Menyedari hakikat tersebut, PAS ingin menegaskan tujuan PAS mencabar BN dalam PRK ini adalah untuk mengajak rakyat membuat undi protes terhadap kerajaan BN yang telah menggubal dasar dan mengamalkan pentadbiran yang banyak menyusahkan rakyat seperti GST, perbelanjaan kerajaan yang boros, ketirisan dana kerajaan dan lain-lain. PAS yakin melalui PRK ini, pengundi di Kuala Kangsar perlu menghantar peringatan kepada BN.

PAS menampilkan Dr Najihatussalehah Ahmad kerana beliau seorang yang prihatin dengan kebajikan rakyat serta lantang untuk menyuarakan hasrat rakyat di Parlimen nanti.

Beliau akan meneruskan hasrat PAS sepertimana yang telah dinyatakan oleh Presiden PAS, untuk menegur Kerajaan Malaysia supaya kembali kepada dasar-dasar pemerintahan Islam yang diyakini akan menyelesaikan kemelut hidup yang dihadapi oleh rakyat. Beliau telah melahirkan keazaman untuk membawa suara Islam yang menjamin kesejahteraan manusia.

Di dalam kempen PRK Kuala Kangsar ini, PAS akan berkempen secara matang dan sejahtera, dengan mengutamakan politik realiti bukan untuk membina persepsi yang melahirkan kebencian antara satu sama lain.

PAS akan mengelakkan daripada melemparkan fitnah kepada pihak lawan termasuk isu-isu yang belum lagi terbukti benar.

PAS sekali lagi menyeru kepada pengundi Kuala Kangsar, untuk membuat undi protes kepada BN, dengan mengundi calon PAS pada hari pengundian kelak.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
Pengarah JKO Pilihan raya Kecil Kuala Kangsar - HARAKAHDAILY 5/6/2016

Video KTV : 



https://www.youtube.com/watch?v=CEachkUPb3w

Sumber HD - 5-6-2016




Ahli PKR di nasihat tidak sertai perarakan calon PRK PAS - Iskandar Samad

Posted on Sunday, June 05 @ 14:31:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar





SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menasihati ahli PKR agar tidak menyertai perarakan mengiringi calon parti itu sempena hari Penamaan Calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar hari ini.


 Ini bagi memastikan ahli PKR tidak terdedah kepada sebarang bentuk masalah dengan kepimpinan parti mereka, ujar Iskandar.


"Saya nasihatkan kawan-kawan PKR yang hendak bersama dalam perarakan calon PAS supaya tidak ikut serta. Dibimbangi akan timbul masalah dengan pimpinan mereka," ujar Iskandar menerusi laman Facebooknya, hari ini.


Iskandar yang juga Exco Selangor itu juga menyeru PKR agar membantu PAS sepanjang kempen pilihan raya di kedua-dua kerusi Parlimen berkenaan.


Menurutnya, hubungan baik antara PKR dan PAS tidak akan musnah begitu sahaja lebih-lebih lagi disebabkan Parti Amanah Negara (PAN).


PAS sebelum ini berdepan dengan provokasi demi provokasi bersabit tindakan PKR menyokong calon PAN pada dua PRK tersebut.


Bagaimanapun, PAS sedar PKR kini dalam keadaan tersepit memandangkan  parti itu adalah rakan komponen PAN dan DAP dalam Pakatan Harapan (PH) dan ia juga menjalinkan hubungan politik dengan PAS.  


"Tapi bantulah PAS dalam kempen. Kami alu-alukan sumbangan anda. Persahabatan yang telah sekian lama terbentuk tidak akan terputus disebabkan PAN, " ujarnya.


Calon PAS bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, Dr Rani Osman diiringi Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.


Sementara calon PAS bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib presidennya, Mohd Amar Nik Abdullah.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan PAN.



Sumber TKO - 5-6-2016



Empat penjuru di Kuala Kangsar
Posted on Sunday, June 05 @ 13:58:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




KUALA KANGSAR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar bakal memperlihatkan pertandingan empat penjuru antara Pas, BN, Amanah dan Bebas.‎ 



Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria‎ berkata, pihaknya menerima ‎empat nama pencalon dan tiada kertas pencalonan ditolak, sebentar tadi.



BN yang akan mempertahankan kerusi parlimen itu mencalonkan Datin Mastura Mohd Yazid.



Beliau akan menentang calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad; calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli dan Calon bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari, 49.



Sementara itu, menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, 1,000 anggota polis ditempatkan di Pusat Penamaan calon, Dewan Jubli Perak, di sini bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.



Hasil pengawasan polis katanya, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.



"‎Keadaan keselamatan pada hari ini berada dalam keadaan tenang dan terkawal.



"Kesalahan adalah 'zero' kerana para penyokong mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak menyalahi di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, dan penyokong dianggarkan 6,000  hingga 7,000 orang," katanya kepada media hari ini.



Dalam pada itu, Abdul Rahim menasihatkan penyokong parti yang bertanding supaya tidak menyentuh isu-isu yang boleh menimbulkan sebarang provokasi bagi memastikan PRK Kuala Kangsar berjalan lancar.



"Jangan disentuh isu keagamaan, kebudayaan dan isu sensitif," katanya.



PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.



Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.



Pada pilihan raya umum ke-13, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il menewaskan calon Pas Khalil Idham Lim Abdullah dan Bebas Datuk Kamilia Ibrahim dengan majoriti 1,082 undi.



Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini. 



Sumber TKO - 5-6-2016

PAS ditentang BN, PAN di Sungai Besar






HARAKAHDAILY | .


SUNGAI BESAR: PAS menghadapi lawan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar apabila Barisan Nasional dan PAN masing-masing meletakkan calon.

Pencadang Dr Rani ialah Mohd Maksom Ramli dan disokong oleh Salihudin Baharum.

Perarakan calon bermula kira-kira jam 8.00 pagi. Antara pimpinan PAS yang mengiringi calon termasuklah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mustafa Ali.

Pilihan raya kecil Sungai Nibong akan diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dalam kemalangan helikopter di Sebuyau pada 5 Mei lalu. – HARAKAHDAILY 5/6/2016

Video KTV :



https://www.youtube.com/watch?v=EXInzzFJgsw


Sumber HD - 5-6-2016

Keroje Untuk Kome – tema PAS PRK Kuala Kangsar

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Ribuan penyokong PAS dari pelbagai kaum dan umur yang hadir pada penamaan calon PRK P.067 Kuala Kangsar melaungkan takbir sebagai memberikan semangat kepada calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad saat beliau merasa hiba ketika menyampaikan ucapannya.

Beliau terhenti saat menyampaikan ucapannya setelah disahkan sebagai calon bagi PRK itu, kerana bakal membawa tanggung jawab parti dan seluruh ahli PAS.

Pun begitu, beliau melahirkan rasa semangatnya dengan dokongan seluruh jentera yang akan menggerakkan tugas pada PRK ini.

Dalam ucapannya, Dr Najiha mengingatkan para petugas untuk menjadikan kesempatan Ramadan untuk meningkatkan ibadah dan mengharapkan keredaan Allah agar mendapat kejayaan dari-Nya.

Seru beliau, petugas juga perlu menjaga akhlak dan hubungan sesama ahli PAS serta lawan, selain memastikan musuh tidak menyelinap dalam kalangan petugas PAS atau menimbulkan provokasi.

“Ajak pengundi buat keputusan bijak dengan memilih PAS. Sepertimana kata Presiden, kita akan bawa mesej amar makruf nahi munkar. Antaranya kebajikan dan sentiasa mengutamakan rakyat,” jelasnya yang akan memakai tema “Keroje Untuk Kome”. – HARAKAHDAILY 5/6/2016

Sumber HD - 5-6-2016




Menangkan Dr. Najiha, kuatkan suara Islam

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Para pengundi PRK P.067 Kuala Kangsar diminta agar memenangkan calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad agar dapat menguatkan suara Islam di Parlimen, demikian seru Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS mempunyai tanggungjawab besar dalam hubungan dengan Allah untuk menegakkan hukum Islam menerusi amanah kepimpinan.

Atas itu ujarnya, PAS menampilkan calon Muslimat yang diberi kepercayaan untuk menyampaikan risalah Islam di Parlimen.

Jelasnya, tidak ada masalah menampilkan calon Muslimat kerana bukan mahu diangkat sebagai Perdana Menteri atau Raja, bahkan peristiwa Baiah Aqabah dan Hudaibiyah menjadi bukti keterlibatan Muslimat.

Begitu juga terangnya, kisah Muslimat menegur Khalifah Umar al-Khattab dalam menjalankan polisi pentadbirannya menunjukkan peranan golongan itu dalam pemerintahan.

“Kita maklum bahawa walaupun PAS menang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Umno-BN masih belum jatuh, tetapi kita mahu suara yang lebih banyak, lebih kuat dan berdepan mereka yang khianat dan musuh yang menentang. Kita hadapi cabaran, namun kita yakin boleh menang dengan izin Allah.

“Kita pernah menang di Kangar, di Kuala Terengganu, di Kelantan dalam PRK. Mari kita menyumbang tenaga dan harta dengan mengharap pertolongan Allah,” ujarnya menyuntik semangat ribuan penyokong yang hadir penamaan calon di Pejabat Tanah Daerah, di sini hari ini.

Menurutnya, ramai orang Umno-BN yang mahukan perubahan, oleh itu inilah masanya meninggalkan kemungkaran dilakukan pemerintahan Umno-BN, antaranya mendukung usaha PAS meninggikan kuasa Mahkamah Syariah di mana perjuangannya belum selesai.

Sementara itu mengulas pertanyaan media, beliau percaya PAS berpotensi untuk menang walaupun berlaku pertandingan empat penjuru, kerana pengundi PAS selalunya tidak berpecah, berbanding undi protes yang sering berpecah dan memberi kelebihan kepada PAS.

“PAS adalah parti yang perkasa, tahan lasak dan telah ditubuhkan sejak tahun 1951, bukan baru. Yang terasa hati mungkin parti baharu,” ujarnya menjawab pertanyaan kemungkinan terasa hati dengan sokongan pimpinan PKR kepada calon PAN.

Mengulas salah faham masyarakat terhadap RUU Mahkamah Syariat yang dibawanya di Parlimen, beliau menyatakan bahawa PRK ini menjadi kesempatan PAS untuk menjelaskan mengenai perkara itu.

Pun begitu tegasnya, perkara tersebut hanya berkaitan orang Islam dan langsung tiada kena mengena dengan orang bukan Islam sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan Negara.

Ditanya mengenai kempen PAS, beliau mengakui media baru antara yang akan dimanfaatkan PAS sesuai kedudukan Kuala Kangsar di mana mempunyai kawasan bandar dan luar bandar selain meneruskan pendekatan rumah ke rumah, kuliah dan ceramah kelompok. - HARAKAHDAILY 5/6/2016

Sumber HD - 5-6-2016




PAS kuat untuk lawan BN, bukan PAN

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Tindakan PAN turut bertanding pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebenarnya memudahkan jalan kepada BN untuk memecah undi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAN disokong DAP yang mempunyai agenda sendiri.

"Mereka yang sebenarnya beri jalan pada BN. Sebab yang boleh lawan BN ialah PAS, bukan PAN. Jadi mengapa DAP sokong PAN? Kerana DAP ada agenda di belakang PAN.

"Antaranya menghalang perjuangan PAS untuk mengangkat Islam sepertimana RUU Mahkamah Syariah di Parlimen baru-baru ini," ujarnya pada penamaan calon P.067 di Pejabat Tanah Daerah, di sini hari ini.

Beliau menafikan tuduhan kononnya PAS ada berunding dengan BN dan PH dalam menghadapi pilihan raya ini, selain menegaskan hak bertanding kerana kerusi tradisi PAS.

Bahkan menurutnya, PAS bertanding kerana punya kekuatan dan berterusan bekerja berbanding parti lain yang datang hanya pada pilihan raya.

Jelas Tuan Guru, ketika pilihan raya PAS melawan semua, tetapi boleh berunding dan bekerjasama dalam perkara baik.

Contohnya ujar beliau, dalam menentang rasuah, dadah, penyelewengan 1MDB dan seumpamanya.

"Hakikatnya mereka yang datang memujuk PAS supaya jangan bertanding. Kita bukan pembangkang yang melulu. Kita bekerjasama dalam perkara makruf, tetapi menentang perbuatan munkar," terangnya.

Beliau turut menegaskan bahawa RUU Mahkamah Syariah dibentangkannya tiada kaitan dengan bukan Islam. – HARAKAHDAILY 5/6/2016

Sumber HD - 5-6-2016

Langsung Kuala Kangsar 3

Calon PAS Kuala Kangsar DiTentang Tiga Lelaki

Calon PAS bagi Pilihan raya kecil di sini akan ditentang tiga lelaki apabila penamaan calon pagi ini menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria telah menerima kertas pencalonan empat calon, termasuk satu bebas.

Dr Najihatussalehah ditentang calon Barisan Nasional, Datin Mastura Yazid, Dr Ahmad Termizi Ramli Amanah dan calon Bebas Izat Bukhary.

Mior Muhammad Jamil berkata tiada kertas pencalonan ditolak, manakala seorang lagi prospek bebas, Abu Backer Sidek, tidak boleh mengemukakan kertas pencalonan beliau, kerana beliau tidak mempunyai pencadang dan penyokong

Pengumuman itu dibuat pada pukul 10.40 pagi.

Seorang calon bebas yang hadir untuk penamaan iaitu Datuk Abu Backer Sidek menarik diri selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan layanan kakitangan SPR.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Video KTV :


https://www.youtube.com/watch?v=ixym_6-pzeA

Sumber BO - 5-6-2016


Penamaan Calon Di Kuala Kangsar


Posted on Sunday, June 05 @ 11:31:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Lensa penamaan calon PRK Kuala Kangsar.










Sumber TKO - 5-6-2016


Solat Hajat Geng PAN @ IKRAM/IRC Semasa Penamaan Calon

Posted on Sunday, June 05 @ 11:26:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Setiap usaha yang kita lakukan hendaklah kita memohon supaya Allah berkatinya menjadi ibadah. PAS buat solat Hajat. PAN @ IKRAM/IRC pun buat solat hajat juga tapi solatnya pelik sikit, pakai api. Saya tak nak komen banyak, anda boleh lihat sendiri. Yang dah tersilap masuk PAN baik bertaubat sebelum kembali kepada ajaran Islam sebenar, kembali kepada perjuangan Islam yang sahih yang dibawa oleh PAS.



Ini PAS buat dipimpin oleh Presidennya Abul Hadi Awang.

Mana Ahmad Awang Ulama tersohor PAN @ IKRAM/IRC??
Mana Mujahid Yusof Rawa?
Mana Salahuddin Ayub.
Mat Sabu tak payahlah...
Apa komen mereka pada gambar di atas??

 


Sumber TKO - 5-6-2016

Langsung Kuala Kangsar 2

Kontingen Terengganu Jamu Kerbau Dalam Majlis Pelancaran

Oleh : NM

KUALA KANGSAR – PAS Terengganu menyediakan hampir 300kg daging kerbau untuk jamuan Pelancaran Jentera Piliharaya Terengganu bagi Piliharaya kecil Parlimen Kuala Kangsar.

Majlis dijangka akan dihadiri Presiden PAS Dato’Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan seluruh pimpinan Pas Terengganu di ketuai YB. Ustaz Haji Satipul Bahri Mamat.

Program yang dijangka bermula selepas perarakan calon yang dijangka siap selepas jam 11:00 pagi ini. Pengarah Jentera Piliharaya kontingen Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat memberitahu semua pimpinan Badan Perhubungan PAS Terengganu dan petugas akan berkumpul di Dataran Menora di Unit Petii Undi Menora Dun Bukit Chandan.

“Terengganu diberi tugas menjaga beberapa Unit Peti Undi di Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan dan kita akan memastikan semua petugas dan menerima suntikan semangat dari Presiden Pas untuk persiapan dan gerakerja tersusun.” Ujar Hanafiah lagi.

Beliau yang ditemui di lokasi penamaan calon memberitahu, semua petugas parti berdekatan dijemput dan jemputan juga kepada penduduk setempat agar dapat bersama meraikan majlis ini.

Kehadiran Tuan Guru dijangka boleh menyuntik semangat kepada petugas.

Pengarah Jentera Piliharaya Negeri, YB. Haji Arrifin Deraman memberitahu, Terengganu telah membuat kerahan untuk bersama perarakan calon dan hari ini dihadiri 1000 petugas dari Terengganu.

“Kita akan menjaga 5 Unit Peti Undi seperti mana diputuskan oleh Jentera Piliharaya Pas Pusat. Senggang, Bekor, Seberang Manong, Menora dan Bendang Kering yang semuanya di Dun Bukit Chandan”. Ujarnya ketika ditemui di Perarakan Calon Dewan Jubli Perak.

Menurutnya lagi, setiap masa 200 petugas dari Terengganu akan bertugas menurut gelombang yang telah diputuskan. Beliau percaya petugas Terengganu mampu membuat sasuatu agar sokongan pengundi boleh bertambah dan memastikan kemenangan calon Pas di Pilihanraya Kecil Parlimen P067 Kuala Kangsar.

Sumber BO - 5-6-2016


Solat Hajat Penamaan Calon Kuala Kangsar

Posted on Sunday, June 05 @ 11:17:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Ayoh Chik mengimamkan shalat hajat pagi nih

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua hari ini utk penamaan calon di Kuala Kangsar

Kredit
Zam Usop PA

Sumber TKO - 5-6-2016



Penamaan Calon Di Sungai Besar

Posted on Sunday, June 05 @ 11:15:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Suasana penamaan calon PAS PRK P093 Sungai Besar. Semoga Allah berikan kekuatan untuk menjatuhkan UMNO dan proxy UMNO (PAN @ IKRAM/IRC)
























Sumber TKO - 5-6-2016


Pertembungan tiga penjuru di Sungai Besar

Posted on Sunday, June 05 @ 11:06:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SUNGAI BESAR - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pengumuman itu diumumkan Pengurus PRK Sungai Besar, Khairuddin Md Som di Pentas Pekarangan Dewan Seri Bernam di sini, pada jam 10.30 pagi tadi.

Tiga calon, iaitu Budiman Mohd Zohdi dari Barisan Nasional (BN),  Dr Abdul Rani Osman daripada Pas dan Azhar Ab Shukor dari Amanah yang mewakili Pakatan Harapan, iaitu gabunan parti PKR-DAP-Amanah telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Sebelum itu, Adun Sungai Panjang, Budiman, 44, diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar telah berarak dari Umno Cawangan Sungai Besar, kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon pada jam 8.30 pagi.

Kira-kira 3, 000 pemimpin dan penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon.

Sementara Pas yang menamakan Adun Meru, Dr Abdul Rani, 58, sebagai calon parti itu diiringi Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut mengiringi calon Pas, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan bersama penyokong parti itu.

Sementara Amanah yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan mempertaruhkan Azhar, 51, yang diiringi Presiden amanah, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad Sabu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang turut hadir memberi sokongan kepada calon parti itu antaranya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Besar akan diadakan serentak dengan PRK Kuala Kangsar di Perak pada 18 Jun ini,  dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Tan Sri, Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, pada 5 Mei lalu.

Pada PRU-13, Noriah mendapat 18, 695 undi dengan majoriti 399 undi mengalahkan calon PAS, Mohamed Salleh M.Hussin yang memperoleh 18, 296 undi.


  Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.

Sumber TKO - 5-6-2016




Langsung Dari Kuala Kangsar 1

Lintas langsung dari Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kangsar.

Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di lokasi penamaan calon di Padang Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar pada jam 8 pagi disambut oleh lebih 10 ribu penyokong PAS.

Turut bersama mengiringi calob PAS ialah Naib Presiden PAS YB Ustaz Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Perak Hj Razman Zakaria serta beberapa orang lagi pimpinan termasuk Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Pergerakan dimulakan dengan solat hajat yang diimamkan oleh Tuan Guru Presiden sendiri kemudian perarakan mengiringi calon PAS Dr Najihatussalehah bergerak menuju ke Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, lokasi akan dilangsungkan penamaan calon PRK

Sumber BO - 5-6-2016

Ibu Dr Najiha hadir beri sokongan walau uzur

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: "Namapun Solehah, memang dia anak yang solehah. Baik dan taat ibu bapa," demikian reaksi bonda calon PAS P.067 Kuala Kangsar, Samiyah Ibrahim, 69 tahun.

Beliau spontan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perwatakan anaknya, Dr Najihatussolehah Ahmad.

Beliau yang keuzuran tetap hadir dalam perarakan pada penamaan calon yang diadakan di Pejabat Tanah Daerah, di sini hari ini.

Menurut beliau, Dr Najiha juga seorang yang kuat semangat dan Samiyah sendiri sentiasa mengikuti anaknya itu berkempen dalam pilihan raya.

Namun, pada kali ini beliau tidak dapat berbuat demikian kerana memenuhi urusan Ramadan.

Kehadiran beliau semenangnya menyuntik semangat Dr Najiha yang asalnya menjangka ibu beliau tidak dapat bersama kerana keuzuran.

Samiyah turut menyeru ahli PAS agar terus memberi sumbangan kepada parti seikhlasnya demi memastikan kelangsungan perjuangan Islam. – HARAKAHDAILY 5/6/2016

Sumber HD - 5-6-2016




Pelbagai Pihak Menyokong Usaha PAS Menaikkan Taraf Mahkamah Syariah

KUALA KANGSAR – Pelbagai pihak menyokong usaha PAS membawa usul Rang Undang-undang Akta 355, ke parlimen untuk menaikkan taraf mahkamah syariah, termasuk Yang DiPertuan Agong.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sokongan tersebut diterima PAS setelah membuat perundingan dengan kerajaan diatas nama orang Islam.

“Kelantan mewakili PAS dan kerajaan berunding diatas nama orang Islam, dan takada kena mengena dengan orang-orang bukan Islam,

“maka hakim-hakim yang beruagama Islam, pihak Jabatan Peguam Negara yang berugama Islam, pensyarah-pensyarah yang berugama Islam, mufti-mufti termasuk mufti negeri Perak,

“Termasuk raja-raja dan Yang DiPertuan Agong dalam titahnya Mac lalu, menyokong supaya dinaikkan taraf mahkamah syariah,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Padang RPA 4, dekat sini semalam, beberapa jam sebelum penamaan calon PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Oleh itu, katanya, sekiranya PAS menang pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan jatuh, tetapi ia akan menguatkan suara Islam di parlimen akan menjadi lebih kuat.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, calon PAS yang menang nanti akan membawa cita-cita kita untuk mendokong perjuangan menegakkan syariat Allah.

“kita nak Dr.Najihah menjadi ahli parlimen, tolong kita (mengundi calon PAS supaya) bercakap dengan hujah-hujah mendokong perjuangan kita……….in sha Allah orang Umno akan sokong juga,

“supaya lebih kuat lagi, biarlah wakil rakyat PAS ramai……..kalau kita menang di Kuala Kangsar dan di Sungai Besar (pun) BN tak jatuh, tetapi suara Islam lebih kuat,”jelasnya.


Sumber BO - 5-6-2016


Jadikan undi Kuala Kangsar wakili rakyat Malaysia






IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA KANGSAR: Calon PAS P.067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussolehah Ahmad sedia mewakili dan membawa suara rakyat ke Parlimen sebagaimana kepercayaan yang telah diberikan parti kepadanya.

Menurutnya, beliau positif akan mendapat kemenangan pada PRK ini walaupun dengan majoriti tipis, sekaligus memberi khidmat kepada rakyat khususnya penduduk Kuala Kangsar.

"Saya duduk (menetap) di Parit, bukan orang sini, tetapi bersama rakyat sudah jadi rutin saya. Tugas sebagai doktor sangat dekat dan mudah dengan masyarakat.

"Saya sudah (khidmat) 20 tahun. Lagipun penduduk Parit sinonim dengan penduduk Kuala Kangsar," ujarnya di program Ameerah Perak di Kampung Ketior, di sini hari ini.

Beliau menyeru pengundi membuat pilihan tepat dengan menjadikan PRK ini sebagai protes terhadap tindakan kerajaan yang sentiasa membebankan rakyat.

Katanya, pengundi Kuala Kangsar perlu menjadikan suara mereka mewakili seluruh rakyat Malaysia.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan Umno-BN agar tidak mempergunakan jentera kerajaan pada PRK ini.

Beliau mengingatkan petugas agar tidak gerun dengan cabaran dari BN kerana Allah memegang hati manusia.

"Banyakkan berdoa, Allah dengar hamba yang mengadu pada-Nya. Doa orang yang sakit lagi mustajab," ujarnya menyuntik motivasi.

Menjawab pertanyaan wartawan Sin Chew Daily, beliau mengakui mendapat dokongan padu 9 anaknya dan suami, serta tujuh adik beradiknya yang akan mengiringi beliau pada penamaan calon esok.

Bagaimanapun ibu beliau yang selalu menemaninya dalam siri-siri kempen PRU lalu tidak dapat bersama kerana keuzuran. – HARAKAHDAILY 4/6/2016

Sumber HD - 4-6-2016


'Saya tidak akan khianati pimpinan parti saya'

SAIDAH HAIRAN | .


SUNGAI BESAR: Dr Abd Rani Osman menegaskan sasaran PAS bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar hanya untuk menumbangkan BN daripada terus meluaskan kuasa rakus dan kejam terhadap rakyat.

Katanya, PAS mahu mewakili rakyat dengan menghantar mesej bahawa BN sudah tidak layak untuk terus mentadbir negara kerana terlalu banyak melakukan kerosakan.

"Sasaran PAS hanya Umno BN. PAS hanya bermatlamat untuk berlawan dengan BN. PAS tidak akan bersekutu dengan Umno BN," tegasnya selaku calon PAS pada PRK itu.

Menurut beliau, PAS tidak akan bergabung dalam Pakatan Harapan jauh sekali tunduk dengan kehendak DAP.

Beliau akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam yang didukungi PAS kerana PAS adalah satu-satunya parti yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dalam setiap langkah yang dilakukan.

PAS juga, kata beliau merupakan parti yang dibimbing oleh Majlis Syura Ulamak khususnya melibatkan hukum.

"Saya tidak akan mengkhianati pimpinan parti saya," tegasnya sebagai respons terhadap saranan Adun Sekinchan supaya menyertai PAN untuk mendapat bantuan DAP ketika berkempen di Sungai Besar.

Ini kerana tegas beliau lagi, dalam PAS tiada jamaah dalam jamaah dan ahli akan akur dengan apa sahaja keputusan pimpinan tertinggi parti kerana mereka lebih berpandangan jauh dan lebih faham dengan kedudukan sebenar.

Menurut beliau, PAS merupakan parti yang menjaga kebajikan semua kaum dan selama ini PAS yang berada dalam Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan banyak perkara kebaikan kepada semua kaum.

"PAS bukan parti perkauman dan slogan PAS For All' masih relevan dan sesuai hingga bila-bila.

"PAS sangat menghormati pandangan tentang perbezaan agama," katanya.

Beliau menegaskan pertandingan tiga penjuru di antara BN, PAS dan PAN tidak melemahkan semangat tetapi ia merupakan dorongan untuk seluruh jentera PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS. - HARAKAHDAILY 3/6/2016

Sumber HD - 3-6-2016



Syed Rosli umum jadi calon Bebas Kuala Kangsar

Posted on Tuesday, May 31 @ 20:29:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



PETALING JAYA: Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail hari ini mengumumkan dirinya akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kangsar.

Keputusan itu diambil kerana Syed Rosli kecewa dengan tindakan BN menurunkan Datin Mastura Mohd Yazid di Parlimen berkenaan pada 18 Jun nanti.

“Saya selaku ahli UMNO berasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon anak tempatan yang jauh layak daripada Mastura yang dicalonkan.


“Saya selaku anak jati Kuala Kangsar merasakan kedua calon dari PAS dan BN yang bukan anak tempatan, ini sudah semestinya gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar,” tulisnya menerusi Facebooknya hari ini.

Semalam, Syed Rosli menggesa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menukar calon PRK Kuala Kangsar kerana merasakan pemilihan Mastura hanya memberi kelebihan kepada PAS.

Beliau turut memuat naik beberapa status agak keras di laman Facebooknya yang dilihat sebagai tanda protes terhadap pemilihan Mastura sebagai calon BN di Kuala Kangsar.

“Kelebihan calon PAS (Dr Najihatussalehah Ahmad) boleh berbahasa Mandarin. Ini memberi sedikit kelebihan untuk menarik pengundi Cina.

“Selain itu, calon BN (Mastura) juga yang tidak dapat turun berkempen kerana dalam iddah menyebabkan pengundi beralih kerana tidak mengetahui tentang perancangan untuk membangunkan Kuala Kangsar dan manfaat kepada pengundi di sana,” jelasnya semalam.

Sumber TKO - 31-5-2016



Hebat PAN@AMANAH@IKRAM, DAP Dah Kempen Untuk Dia Orang

Posted on Monday, May 30 @ 18:56:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Yb Sekinchan sudah awal2 berkempen utk calon Amanah@PAN@IKRAM sedangkan Amanah belum lagi umumkan siapa calon mereka di Sg Besar ......????

2 Kerusi baru ini juga menentukan 2 undi untuk RUU Eknakmen Mahkamah Syariah nanti. DAP sanggup habis duit untuk pastikan RUU ini tidak diluluskan.

Tahniah PAN@AMANAH@IKRAM dapat bantuan penentang HUDUD! 


Sumber TKO - 30-5-2016



Mengapa pas letak calon perempuan?

Posted on Monday, May 30 @ 12:50:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Barangkali belum ada yang lupa dengan keputusan PRN Sarawak mengenai calon muslimat pas yang bertanding di DUN Benting Maro.

Sesetengah pucuk kepimpinan pas mengatakan Benting Maro ada potensi, pas menang, kerana majority PRN Sarawak 2011 nipis, iaitu 381 undi sahaja.

Realitinya, pas kalah dengan majority 2,000 undi. Itulah hakikat calon muslimat dari Pas dalam PRN Sarawak.

PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak yang akan diadakan pada 18 JUN 2016 ini pas letak calon muslimat iaitu Hajah Dr Najihatussalehahah Binti Ahmad seorang doktor dan ada potensi menang.



PRU 13 Pas letak calon muslimin Khalid Idham Lim Abdullah memperolehi 13,136 undi lawan Wan Mohammad il memperolehi 14,218 dan kalah dengan majority 1,082 undi.

Kamalia Ibrahim bekas timbalan ketua wanita umno mencuba nasib setelah tidak ada senarai nama calon bertanding atas nama umno/BN pada PRU 13 memperolehi  447 undi.

Bagaimana pun undi pas mungkin tidak berubah sepertimana yang di perolehi Khalid Idham Lim Abdullah memperolehi 13,136 undi setelah dicampur dengan undi China (23.94 peratus)

Tidak dinafikan undi china masih boleh di perolehi pada PRK ini nanti. Akan tetapi tidak sepertimana yang diperolehi pada PRU 13 lepas, kerana DAP sudah  memusuhi PAS.

Oleh itu, potensi untuk kemenangan PAS pada PRK di Parlimen Kuala Kangsar, miskipun  Hajah Dr Najihatussalehahah Binti Ahmad ada kelebihan berbanding Khalid Idham Lim, tidak akan jadi reality.

Ini tidak ada kena mengena dengan PAN yang buat keputusan untuk letak calonnya iaitu Dr Ahmad Tarmizi yang juga penduduk tempatan yang hebat dan berwibawa.

 Jika bekas timbalan ketua wanita umno Malaysia memperolehi 447 undi dalam PRU 13, maka apa lah sangat undi (67.96 peratus pengundi Melayu) yang di perolehi calon PAN nanti.

 Tidak dinafikan undi China adalah undi penentu kalah dan menang sesorang calon yang akan bertanding di Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti.Apakah orang china akan memihak kepada PAS?


Sumber TKO - 30-5-2016  



Orang Asal gembira terima kunjungan Dr Najihah





HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Orang Asal di Kampung Bekor, Manong gembira menerima kunjungan calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Wakil penduduk, Pandak Uda Bada, 50, berkata Dr Najihatussalehah  seorang yang peramah dan mudah didekati.

“Kami sangat gembira kerana Dr (Najihah) seorang yang peramah, mudah didekati dan mesra dengan orang ramai. Dia tak kekok bergaul dengan kami,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Pemuda kampung tersebut Bahsi Uda, 27, berkata, beliau akan memberikan sokongan kepada calon PAS pada pilihan raya yang akan diadakan 18 Jun depan.

“Saya akan memberi sokongan kepada Dr (Najihah),” katanya.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu yakin dapat meningkatkan undi dari kalangan Orang Asal dalam daerah mengundi (UPU) Bekor.

"Insya Allah, berdasarkan sambutan dari para penduduk kepada program-program yang dianjurkan, saya yakin PAS dapat peningkatan undi di sini.

"Kita melakukan aktiviti ziarah dan mengadakan perlawanan persahabatan di antara pemuda Kampung Bekor dengan para petugas dari negeri Terengganu,” jelasnya.

Kerusi Kuala Kangsar kosong kerana penyandang, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

SPR mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun sementara penamaan calon 5 Jun.

Sumber HD - 30-5-2016

‘Orang Asal’ Gembira Menerima Kunjungan Dr. Najihah

KUALA KANGSAR – Warga orang asal di kampung Bekor, Manong, dekat sini gembira menerima kunjungan calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, Dr.Najihatussalehah Ahmad.

Wakil penduduknya, Pandak Uda Bada, 50, berkata beliau seorang yang peramah dan mudah didekati.

“kami sangat gembira kerana Dr (Najihah) seorang yang peramah, lekang dengan senyuman, mudah didekati dan mesra dengan orang ramai………..dia tak ‘kekok’ bergaul dengan kami,”ujarnya.

Sementara itu, pemuda kampung tersebut Bahsi Uda, 27, berkata, beliau akan memberikan sokongan kepada calon PAS pada pilihan raya yang akan diadakan 18 Jun depan
“saya akan memberi sokongan kepada doktor (Najihah),”katanya .

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu yakin dapat meningkatkan undi dari kalangan orang asal dalam daerah mengundi (Unit Peti Undi – UPU) Bekor.

“In sha Allah, berdasarkan sambutan dari para penduduk kepada program-program yang dianjurkan, saya yakin PAS dapat peningkatan undi di sini,

“hari ini…….kita melakukan aktiviti ziarah dan mengadakan perlawanan persahabatan diantara pemuda Kampung Bekor dengan para petugas dari negeri Terengganu,”jelasnya.

Manakala Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang berkampung di kawasan tersebut berkata, sebahagian daripada penduduk telah mengenali calon PAS.

Sambutan dan kerjasama dengan penduduk tempatan, kata beliau, adalah sangat baik
“Program kita dapat sambutan yang baik dari penduduk setempat. (Senanyak) tujuh pasukan sepak takraw telah mengambil bahagian.

“mereka keluar beramai-ramai meraikan program dan para petugas membahagikan ‘ole-ole’ dari Terengganu kepada penduduk yang hadir,”katanya.

Katanya, seramai 25 orang petugas dari PAS Kawasan Kuala Nerus dan Kawasan Besut akan tinggal selama seminggu bagi beramah mesra dengan penduduk setempat.

Dr. Najihah turut memberikan rawatan kesihatan percuma kepada penduduk dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlawanan sepak takraw.



PAS Kesal Sikap Berterusan DAP Anti Islam

Dr. Najihatussalehah Pilihan PAS Di Kuala Kangsar

Jambatan Seberang Manong; 10,000 Penduduk ‘Tagih Janji’ Umno

PAS Yakin Menang PRK Kuala Kangsar


Apa Akhbar Cina Tulis Berkenaan Calon PAS Di Kuala Kangsar?

Posted on Monday, May 30 @ 06:02:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



PAS meletakkan calon Wanita bertanding di Kuala Kangsar 1) PAS Pusat mengumumkan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Dr Hjh Najihatussalehahah Binti Ahmad sebagai calon Parlimen Kuala Kangsar.


2) Dr. Najiha yg berusia 50 tahun merupakan anak jati Perak yang dilahirkan di Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Perak. Semasa kecil, beliau dibesarkan di Parit, tahun 1976, beliau berpindah dan menetap di Taiping.

3) Sejak tahun 1997 sehingga kini, beliau membuka klinik sendiri di Bota Kanan.Beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak bermula 2011, juga memegang Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit.Malahan, beliau kini merupakan Ahli Jawatan Kuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia.

4) Dr Najiha pernah belajar di SJK (C) di Taiping, beliau juga boleh bertutur sedikit bahasa Cina dalam Majlis Perisytiharan Calon PAS di Kuala Kangsar.

Sumber TKO - 30-5-2016



Ceramah PAN @ AMANAH @ IKRAM di Sungai Nibong, Sekinchan

Posted on Monday, May 30 @ 02:12:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Ceramah Pan tidak dapat sambutan di Sg Nibong. Ada la dalam 30 org hadir. Itu pun lebih ramai petugas PAN terdiri daripada geng IKRAM dari pendengar. Biar betul?









Sumber TKO - 30-5-2016

Ceramah PAN @ AMANAH @ IKRAM Untuk Kempen Sungai Besar

Posted on Monday, May 30 @ 02:00:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Sambutan paling grand ceramah PAN@AMANAH@IKRAM malam td di sg besar. Kehadiran sangat menduka citakan. Kini orang sudah muak dengan parti PAN yang rata-rata didokong oleh ahli IKRAM yang merosakkan Jamaah Islam kerana mendewakan pimpinan DAP yang jelas membelakangi Islam.










Sumber TKO - 30-5-2016

PAS Yakin Dr Najihah Mampu Galas Mandat Rakyat

KUALA KANGSAR – PAS yang mengumumkan calon wanita bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P067 Kuala Kangsar yakin dengan kemampuan dan ketokohannya mampu menggalas tugas wakil rakyat jika mandat diberikan oleh rakyat.

Malah, kemenangan calon PAS pada pilihan raya kali ini sangat penting sebagai tanda isyarat rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad merupakan anak jati negeri Perak yang mempunyai kelebihan tersendirinya.

Kata beliau, Dr Najiha merupakan Ketua Muslimat PAS Perak yang juga merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat Malaysia.

Bahkan, katanya calon PAS itu pernah mendapat pendidikan di sekolah Cina serta boleh berbahasa Cina dengan baik.

“Kita (PAS) yakin calon kita ini mampu untuk jadi wakil rakyat yang baik dan kita yakin dengan kemampuan beliau (Dr Najiha) jika diberi mandat oleh pengundi.

“Sesungguhnya, kemenangan pembangkang ini sangat penting pada PRK kali ini sebagai satu isyarat yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional ditolak oleh rakyat,” ujarnya.

Justeru, kata Dato’ Tuan Ibrahim bahawa sepatutnya hanya PAS yang mesti mewakili blok pembangkang menentang BN pada PRK kali ini.

Menurutnya, rakyat akan rasa kecewa jika pihak pembangkang lain turut serta bertanding hingga mewujudkan perlawanan tiga penjuru kelak.

“Tapi, kita (PAS) harap PAS akan mewakili blok pembangkang pada pilihan raya kecil ini dan rakyat akan rasa kecewa jika berlaku pertandingan tiga penjuru,” tegasnya kepada media.

Hadir sama pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan calon PAS, Dr Hajah Najihatussalehah Ahmad.


Sumber BO - 28-5-2016


Calon BN Tak Boleh Berkempen……..Kem BN Jadi Kelam Kabut!


Selepas hanya dua jam, balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, ‘Kem BN’ dilaporkan terpaksa memikirkan semula cadangan tersebut.
Bahkan, Timbalan Presidennya Zahid Hamidi, yang membuat pengumuman itu disifatkan tidak merujuk kepada nas agama dan BN sedang mempertimbangkan untuk menarik semula cadangan tersebut

Ia adalah kerana, menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dr Fathul Bari bin Mat Jahya, pemilihan Datin Mastura adalah melanggar batas agama dan adat orang Melayu Islam.
Berikut ialah kenyataan Fathul Bari;

CALON BN DI KUALA KANGSAR TIDAK BOLEH BERKEMPEN?

Calon BN Puan Mastura dilihat sebagai calon kontroversi kerana masih dalam tempoh ‘iddah.
Sudah pasti secara prinsipnya kita perlu kembali kepada nas2 agama yg merentasi fahaman mahupun ideologi politik.

Hukum bg wanita yg sedang iddah telah disepakati oleh ulama tentang larangan “keluar” dari rumah selama 4 bulan 10 hari.

Antara dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah yg digunakan sebagai hujjah oleh para ulama dalam menetapkan hukum hakam asas bagi iddah:

1. Al-Quran
Firman Allah SWT:

( وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ( 234 ) )

Maksudnya: “Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari.” (QS Al-Baqarah, 2:234)
2. Hadis Nabi SAW

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لَا تُحِدُّ امْرَأَةٌ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا وَلَا تَلْبَسُ ثَوْبًا مَصْبُوغًا إِلَّا ثَوْبَ عَصْبٍ وَلَا تَكْتَحِلُ وَلَا تَمَسُّ طِيبًا إِلَّا إِذَا طَهُرَتْ نُبْذَةً مِنْ قُسْطٍ أَوْ أَظْفَارٍ

Dari Ummu ‘Athiyyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan bagi seorang wanita untuk berkabung atas kematian seseorang lebih daripada 3 hari kecuali atas kematian suaminya iaitu selama 4 bulan 10 hari. (Selama tempoh itu) Dia tidak boleh memakai pakaian yang beraneka warna kecuali jika pakaian itu kain putih dan coraknya sekadar garis-garis (belang) (sejenis kain buatan Yaman pada zaman Nabi), dia juga tidak boleh memakai celak dan tidak pula boleh berwangi-wangian melainkan ketika ia bersih (daripada haid).

(Adapun ketika haid) maka (diperbolehkan) dia mengenakan sedikit wangian dengan cebisan kapas/kain (untuk menghilangkan bau tidak enak pada kemaluannya).” (HR al-Bukhari & Muslim)

Jadi persoalannya bagaimana dgn Puan Mastura?

Saya ingin memberi cadangan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional supaya tetap menghormati keputusan AGAMA iaitu Puan Mastura TIDAK BOLEH KELUAR dari rumah utk berkempen. Sebaliknya biarlah anak beliau menjadi pengganti beliau utk berkempen sepanjang tempoh pilihanraya. Kehendak agama WAJIB didahulukan dari kehendak manusia. Saya amat yakin umat Islam mampu memahami situasi ini dengan baik. Dan saya berharap kepada pengundi2 non-muslim juga memahami sensitiviti hukum yg telah diputuskan dalam agama kami.

Wallaahualam.
Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Sumber BO - 28-5-2016



Catatan Sungai Besar

Posted on Saturday, May 28 @ 21:22:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Sungai Besar.

Saya ada 3 hari di sana tahun lepas. Berniaga keropok Terengganu di booth karnival sukan Piala Raja2 melayu tak silap saya. 3 hari 2 malam lah saya di stadium Sungai Besar. bersama rakan saya berniaga. Rata-rata yang membelinya, orang Jawa. Jawa Malaysia. Atau lebih tepat Jawa Sungai Besar.

Solat Jumaat di Pekan Sungai Besar. Baik-baik orangnya. Ada sorang ustaz, yang membawa motor, menumpangkan saya sehingga depan masjid. Mungkin melihat saya jalan terhincut-hincut.. kaki kanan saya sakit ketika itu.

Turun dari motor, ustaz itu berbahasa jawa dengan saya. Saya sengih dan katakan saya tak faham. Ustaz itu senyum dan sapa saya dalam bahasa Melayu.. "Oh.. bukan orang sini ya..", ustaz itu menyapa ku.

Subuh esoknya, solat subuh di masjid yang sama. Kerana masjid itu sahaja yang paling dekat dengan stadium. Surau di taman kami dengar azannya.. tetapi tidak tahu di mana suraunya. Maka ke masjid Sungai Besarlah kami solat Subuh.

Makmum agak ramai.

Untuk hari hari ketiga, begitu jugalah kami solat Subuh di masjid yang sama. Tapi, subuh Ahad itu, Ustaz Salehin Mukhyi ada buat kuliah lepas Subuh. Ini first time saya dengar kuliah daripadanya.

Dari pengamatan saya melihat pekan Sungai Besar ini, dengan pengalaman di kedai kopinya, di masjid dan sekitar pekan serta tempat jualan, rata-rata orang tempatan disini begitu akrab antara satu sama lain. Kenal mengenali. Dan majoritinya, jika berbahasa, berbahasa jawa.

Semalam ada berborak dengan kawan lama saya. Beliau budak Shah Alam. Tapi kampungnya di Sungai Besar. Saya bertanya kepada dia, PAS ada peluang menang ke di sana?

Dia jawab, keluarga dia orang kuat umno. Kerana YB yang dahulu kala, adalah saudara kepada atok dia. Saya tidak tanya siapa YB itu. YB Kuala Selangor pula adalah sepupunya. umno juga. Maka disimpulkan, sekeliling keluarganya adalah dari umno belaka dan berjawatan tinggi dalam umno.

Kampung dia di Sungai Limau.

Namun ada sinaran harapan pada ayat ungkapan dia pada saya. Apabila saya kata, kalau gitu, kalah le PAS sebab Jawa Sungai Besar majoritinya kuat umno. Dia menjawab.. tak juga, ada juga yang sokong PAS, dan ada juga dah condong kepada PAS.

Apa yang penting, mereka nak melihat calon umno tu sapa. Kalau tidak sekepala dengan mereka, maka mereka akan undi orang lain gamaknya. Sentimen keluarga juga memainkan peranan di Sungai Besar ini.

Namun yang pasti, pkr dan pan tiada dalam kamus harian mereka.

.......
http://ibnmustaffa.blogspot.my/2016/05/catatan-sungai-besar.html

Sumber TKO - 28-5-2016


PAN @ IKRAM Fitnah PAS, Dr Rani Jawab

Posted on Saturday, May 28 @ 10:09:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KL 18 Sept 11: Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman menegaskan tindakan menghalang ahli-ahli politik dan wakil rakyat daripada menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau sebagai langkah “tidak masuk akal.”

Cybertropper PAN @ IKRAM telah menyebar maklumat kononnya PAS sekat penceramah mereka berceramah di Surau dan Masjid di Selangor.

“Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (Adun) Meru ini.

Beliau yang telah ditarik balik tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bulan lalu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap agensi itu kerana menyekat aktiviti berdakwah.
Khamis lalu, Pengarah Jais Marzuki Hussin dipetik berkata ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor.

“Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini,” kata Marzuki.

Beliau berkata larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu.

Marzuki berkata Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor.

Dr Rani yang dilantik sebagai ketua PAS negeri Jun lalu menambah, pentauliahan diadakan bagi mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang tidak dikenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.

“Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.

“Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki,” tambah beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Dr Rani memberitahu, sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid.

Katanya, jika dulu pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di surau mahupun masjid, malah bermacam-macam perkara mereka lakukan.

“Sepanjang itu jugalah kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah Jais hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan Jais juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh Umno itu.

“Dulu tak pernah wujud seperti ini tetapi sekarang macam-macam halangan ada. Kita tidak bebas lagi hendak menyampaikan dakwah malah setiap pergerakan kita dipantau,” tambah Dr Rani.
Beliau juga menjelaskan, walaupun tauliahnya telah ditarik balik aktiviti dakwahnya tetap diteruskan.

“Saya akan tetap berdakwah walaupun tidak diberi tauliah oleh Jais, jika sebelum saya menjadi Adun saya bebas melakukan dakwah atas sebab apa saya hendak hentikannya.


“Jika ada pihak mengatakan isi penyampaian dakwah saya ada yang salah sila buktikan kesalahan itu dan setiap tuduhan perlu ada bukti yang kukuh bukannya sekadar cakap kosong,” kata wakil rakyat penggal pertama ini. (IH)

Sumber TKO - 28-5-2016


Dr Najihatussalehah pilihan terbaik buat rakyat







      HARAKAHDAILY | .

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menerima dan menyokong keputusan PAS Pusat yang meletakkan Ketua Dewan Muslimat Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calon PRK P.067 Parlimen Kuala Kangsar.

Dr Najihatussalehah merupakan anak jati Perak yang dilahirkan di Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Perak dan mendapat tarbiyah langsung dari ayahanda beliau Allahyarham Ustaz Ahmad Mat Isa, yang merupakan anak didik kepada Almarhum Ustaz Abu Bakar al-Bakir.

Beliau merupakan lepasan Sarjana Muda Perubatan, Universiti Malaya yang sangat aktif dalam kepimpinan bermula dari zaman sekolah sehingga menyambung pelajaran di Universiti. Malahan beliau turut aktif dalam penglibatan bersama NGO di Perak.

Penglibatan beliau dalam pentas politik PAS di Perak cukup diketahui umum.

Beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak bermula 2011, juga memegang taklifan Ketua Dewan Muslimat PAS Parit sejak dari tahun 2003. Malahan beliau kini merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat merangkap AJK Dewan Muslimat PAS Pusat.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah melancarkan Jentera Pemuda PAS Perak. Kami menyatakan kesediaan dan kesungguhan untuk menggempur Parlimen Kuala Kangsar bagi memenangkan calon PAS.

"Pemuda Istiqamah Peneraju Kemenangan"
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

Mohd Akmah Kamaruddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak - HARAKAHDAILY 27/5/2016

Sumber HD - 27-5-2016


Tak pernah terlintas dipilih jadi calon PRK - Dr Rani






      SAIDAH HAIRAN | .


SUNGAI BESAR: Dr Abdul Rani Osman terkejut dan tidak pernah terlintas dipilih oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk menjadi calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun nanti.

Menurut beliau, keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS itu diterima dan diharap semua rakan-rakan parti dari DAP dan PKR dapat membantu PAS menawan kerusi Parlimen Sungai Besar.

"Saya sangat berharap Adun Sekinchan (DAP), Ng Sue Lim dapat membantu saya untuk berkempen. Adun Sekinchan merupakan kawan rapat saya. Saya kagum dengan kemahiran beliau yang boleh menghafal maksud firman Allah ketika berucap dalam sidang Dewan Negeri," katanya.

Beliau yang ditemui selepas pengumuman calon di markas PAS Kawasan Sungai Besar turut berharap ahli dan pimpinan PKR dapat bersama-sama membantu PAS untuk menawan kerusi Parlimen Sungai Besar.

"Saya harap kita dapat meneruskan kerjasama berterusan sebab atas tiket Pakatan Rakyat, kita telah berjaya jatuhkan Umno BN pada Pilihan raya Umum ke-13," katanya.

Beliau yang juga Adun Meru berkata, begitu juga dengan rakan-rakan dalam PAN perlu bekerjasama memberi bantuan kepada PAS untuk menang pada pilihan raya kecil ini.

"Saya berkawan semua. Pimpinan PAN sebelum ini ada minta sumbangan kewangan daripada saya untuk buat majlis, saya bagi bantuan. Pada saya musuh kita adalah Umno BN bukan sesama kita.

"Saya sangat berharap PAN tidak akan meletakkan calon untuk bertanding kerana jika berlaku tiga penjuru ia akan menguntungkan Umno BN," tegasnya.

Bermottokan `Menjadi Calon Rakyat' beliau berjanji akan memberi perkhidmatan dengan menyalurkan kebajikan kepada semua bangsa dan agama tanpa mengira fahaman politik.

"Cara inilah yang saya lakukan di Meru. Kita kena turun padang bertemu rakyat. Kita kena berusaha untuk menjadikan diri kita ada di hati rakyat. Ini cara yang cukup berkesan," katanya. - HARAKAHDAILY 27/5/2016

Sumber HD - 27-5-2016



Sungai Besar, Kuala Kangsar melambai para amilin






      USTAZ ROSLI ABD JABAR | .


SUNGAI Besar dan Kuala Kangsar telah melambai-lambai para amilin seluruh negara. Sebahagian para amilin telah pun bersiap sedia dari sudut jentera, logistik dan duit. Bagi para amilin PAS, panggilan PRK bukan panggilan biasa-biasa atau panggilan makhluk tetapi ia adalah arahan dari Allah SWT supaya menolong agama-Nya.

Inilah yang ditarbiyyah kepada amilin PAS, meyakini bahawa apa jua urusan kehidupan kita di dunia pasti dibalasi diAkhirat, dari sekecil-kecil perkara hingga kepada urusan kehidupan dunia yang paling besar. Tiada sesuatupun akan tersia dan tersisa melainkan semua dihisab untuk diberikan balasan.

Dah ramai yang hubungi nak menumpang sama, hingga yang tua semput-semput pun nak ikut, tak bagi pergi pun dia nak pergi juga "tak dapat tolong banyak, tolong sikit, mudah-mudahan yang sedikit inilah yang diterima Allah," gitulah kata seorang ahli PAS dikawasan saya yang telah berusia 76 tahun.

Rumah penginapan dan kenderaan semua dah sedia, ramai yang bagi sumbangan dan infaqkan kenderaan sepanjang PRK. Yang pergi infaqkan tenaga yang tak kesempatan infaqkan harta, yang kaya bagi banyak yang miskin bagi apa yang ada, begitulah semangatnya para ahli dan penyokong PAS.

Mereka tahu ini pilihan raya, tidak semestinya akan menang walaupun mereka berharap begitu, tetapi mereka bagi juga sumbangan kerana mereka yakin bahawa membantu agama Allah pasti akan mendapat balasan baik disisi Allah sama ada menang atau kalah pilihan raya.

Atas sebab itulah PAS terus berada di persada politik Malaysia, dengan tujuan untuk menyampaikan Islam kepada rakyat, pentas politik adalah terbesar untuk menyebarkan dakwah dan perlaksanaan Islam secara keseluruhannya bukan sahaja kepada amalan Fardhiyyah malahan hingga kepada pemerintahan negara.

PAS ketepikan persepsi, meskipun telah bergunung fitnah yang dilontarkan sejak dulu, apatah lagi pada zaman fitnah ini. PAS berjuang bukan kerana persepsi tetapi kerana hendak menegakkan hukum Allah.

Maka setiap tindak tanduk PAS berdasarkan kepada al-Qur'an, Hadis, Ijmak dan Qias, bukan persepsi, lontaran persepsi buruk terhadap PAS hanya dianggap sebagai mehnah dalam perjuangan, yang tak perlu dilayan. – HARAKAHDAILY 27/5/2016

Sumber HD - 27-5-2016


Dr. Hajah Najihatussalehah binti Ahmad Calon PAS P067 Kuala Kangsar

Posted on Friday, May 27 @ 23:31:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Calon PAS Pilihan Raya Kecil P067 Kuala Kangsar ialah Dr. Hajah Najihatussalehah binti Ahmad. AJK PAS Pusat.

Najihatussalehah yang merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat bagi sesi 2015-2017 pernah bertanding pada PRU13 di kerusi Dun Blanja tetapi tewas kepada Datuk Mohd Nizar Zakaria dari BN dengan majoriti 2,963 undi.

Mempunyai sebuah klinik sendiri di Bota, Perak, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat dan Ketua Muslimat Pas Kawasan Parit.

Berdasarkan rekod, Najihatussalehah pernah bertanding di kerusi Parlimen Parit pada PRU12 tetapi tewas kepada Datuk Mohd Nizar Zakaria dengan undi 2,873.

Hadir sama pada majlis pengumuman calon berkenaan, Naib Presiden Pas yang juga Pengarah PRK Parlimen Kuala Kangsar, Idris Ahmad; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Takbir

Pengistiharan dibuat oleh YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kira jam 11.14 malam tadi.









 


Sumber TKO - 27-5-2016


ADUN Sungai Panjang, Budiman Zohdi calon BN di Sungai Besar


Posted on Friday, May 27 @ 22:53:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SUNGAI PANJANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.

Nama Budiman, 44, diumumkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di hadapan kira-kira 2,000 penyokong BN di Pusat Arahan parti itu di Pasir Panjang, di sini, malam ini.

Yang turut hadir pada Majlis Pengenalan Calon BN adalah Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar serta pemimpin parti komponen.

INFO: Nama: Budiman Mohd Zohdi Tarikh Lahir : 11 Mac 1972 Tempat Lahir: Kampung Sungai Limau, Sungai Besar Usia: 44 tahun Isteri: Norma Aida Abdullah Pendidikan: Sarjana Sains (Komunikasi), Universiti Putra Malaysia : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (UKM) : Diploma Pemasaran Politeknik Kota Bharu Kerjaya: ADUN Sungai Panjang (2013-sekarang); Ahli Lembaga Pengarah MARA


Sumber TKO - 27-5-2016



Dr Abdul Rani Osman Calon PAS P93 Sungai Besar

Posted on Friday, May 27 @ 22:46:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Yang Berhormat Dr Haji Abdul Rani bin Osman adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor di Pilih Menjadi Calon PAS P93 Sungai Besar.

Takbir!!!

Sumber TKO - 27-5-2016


Live - Pengistiharan Calon PAS P093 Kuala Selangor

Posted on Friday, May 27 @ 22:32:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Live Pengistiharaharan calon Sungai Besar melalui http://www.hijau.fm/

Penceramah

Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Pesuruhjaya PAS Selangor YB Iskandar
Ketua Pemuda YB Nik Abdul
Dll


Kredit

Sumber TKO - 27-5-2016




Live - Pengistiharan Calon PAS P067 Kuala Kangsar

Posted on Friday, May 27 @ 22:16:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=H6cC-PPXLDU

Antara yang berceramah
DATO USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN(Tim.Presiden PAS)
YB. USTAZ IDRIS AHMAD(Naib Presiden PAS)
TUAN HAJI RAZMAN ZAKARIA(PJ PAS perak)
RAJA ISKANDAR AL-HISS(YDP PAS Kuala Kangsar)

Kredit
Terengganukini Live


Sumber TKO - 27-5-2016

Jambatan Seberang Manong; 10,000 Penduduk ‘Tagih Janji’ Umno


KUALA KANGSAR – Walaupun kawasan Parlimen Kuala Kangsar (P067) sebelum ini mempunyai wakil rakyat berjawatan menteri kanan, namun hasrat rakyat di kawasan Manong mahukan sebuah jambatan masib belum menjadi kenyataan.

Lebih 10,000 orang penduduk, sehingga kini, masih terpaksa ‘menghadapi risiko’ menggunakan bot penambang untuk menyeberangi Sungai Perak.

Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang dipilih sebagai ahli parlimen pada pilihan raya umum kali ke-13 (PRU-13) juga berjanji, akan membina jambatan tersebut.

Sebaliknya, sehingga beliau menunggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak awal bulan ini, janji-janji pemimpin Umno itu masih belum terlunas.

Penduduk setempat yang ditemui berkata, isu jambatan tersebut merupakan isu utama bagi penduduk Seberang Manong.

“Isu utama Seberang Manong ini ialah isu jambatan, saya ingat dah lima penggal Rafidah Aziz pegang disini dah berjanji untuk menghubungkan Seberang Manong ke Pekan Manong,

“dan kemudian arwah Wan Khair-il pun ada berjanji dalam PRU-13 nak bina jambatan tu, tapi sampai sekarang tiada lagi wujud jambatan tu,”ujar anak tempatan Mohd Afdillah.

Kakitangan sebuah perbadanan di bandar Kuala Kangsar itu berkata, beliau sudah mendengar ‘cakap-cakap’ tentang kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu membina jambatan itu sejak dari kecil lagi.

Sehingga beliau berumur 32 tahun pada hari ini, menurutnya, ‘tiang jambatan’ piun tidak kelihatan.

“Saya dengar orang dulu kata hampir 60 tahun dah jambatan tu nak dibina, tapi tidak dibina lagi,
“kata kawan-kawan ada masuk Buletin TV3, hendak buat jambatan. Setiap pilihanraya, dari masa saya budak-budak (janji) hendak buat jambatan,”kata anak muda itu.


Sumber BO - 27-5-2016

Nik Abduh: Rundingan dah habis lama

Posted on Thursday, May 26 @ 13:27:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




KUALA LUMPUR - Pas mengesahkan tiada lagi rundingan bersama PKR berhubung ketetapan bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Selangor.

  Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, rundingan bersama PKR berhubung calon di dua kerusi Parlimen itu juga telah lama selesai.

“Rundingan dah banyak hari habis dah. Cuma sekarang ini ialah Pakatan Harapan yang tak buat keputusan mereka lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Nik Abduh berkata, Pas bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan sekiranya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen pada PRK kali ini

“Kita dah buat perkiraan tentang semua kumpulan yang bertelagah. Pas bersedia dan ada strategi untuk berhadapan dengan Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Dan kita tahu bahawa kumpulan Tun M akan menjejaskan Umno,” katanya.

Sumber TKO - 26-5-2016

PAS Youth Chief Insists By-Election Talks With PKR Long Over

PAS has nothing left to discuss with PKR over which party should contest in the June 18 twin by-elections, the Islamist party’s Youth chief Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz insisted today.

He said his party is adamant on fielding its candidates for both the Sungai Besar, Selangor and Kuala Kangsar, Perak parliamentary seats, despite overtures from PKR.

“The negotiations ended some days ago. We will make an announcement (on candidates) soon. Only Pakatan Harapan has not made their own decision,” he told reporters at the Parliament lobby today.

PKR, which is eyeing to contest one of the two parliamentary seats, has maintained that it is negotiating with PAS in efforts to avoid a multi-cornered fight that could split votes among opposition parties, benefitting the Barisan Nasional coalition.

Complicating matters, PAS offshoot and PKR’s political ally in the Pakatan Harapan pact, Parti Amanah Negara (Amanah), is also keen to contest in both seats.

Nik Mohamad Abduh said his party has made it very clear from the start that it will field its candidates in both suburban seats and will not budge even if it turns into a three-way contest.

“We are ready regardless of whether it is a two-cornered or three-cornered contest,” he added.

He said PAS’s new partner, Parti Ikatan Bangsa, will help it campaign in the coming by-elections.-themalaymailonline.

Sumber BO - 26-5-2016




Ikatan gerak jentera bantu PAS di K Kangsar, Sg Besar

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Negeri Selangor hari ini mengumumkan akan menggerakkan jentera bagi membantu PAS pada  Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pengerusi Dewan Majlis Ikatan Negeri Selangor, Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman berkata parti itu akan menggerakkan 500 anggota parti pada kempen PRK.

"Ikatan hari ini memaklumkan persiapan bagi membantu PAS pada kedua-dua pilihan raya iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Kami telah bertemu dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dan beliau mengalu-alukan kedatangan Ikatan pada pilihan raya tersebut.

"Dalam pertemuan tersebut, kita bincang apa fungsi Ikatan dalam membantu PAS dan kami akan sentiasa bersiap sedia menurunkan jentera sekiranya diperlukan, kita juga akan membekalkan logistik, persiapan berbuka puasa dan sebagainya untuk kerja-kerja kempen," katanya pada sidang media, hari ini.

Tambah beliau lagi, dalam masa terdekat Setiausaha Agung Ikatan akan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bagi membincangkan kerjasama Ikatan di Kuala Kangsar nanti.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Ikatan Selangor, Mohamad Azhar Hamzah berkata pihaknya telah mendapat restu daripada PAS Selangor untuk membantu sepanjang tempoh berkempen.

"Kita dijemput untuk hadiri bersama dalam program PAS seperti ceramah-ceramah kecil mahupun kemasyarakatan.

"Kita bantu dari sudut kerja ataupun sumbangan, hubungan kita ini masih baru dan berharap kerjasama ini akan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua parti," kata beliau.

Beliau meminta semua pengundi memberi sokongan penuh kepada calon PAS agar dapat memenangi kedua-dua PRK itu. - HARAKAHDAILY 26/5/2016

Sumber HD - 26-5-2016

Tanding PRK bawa misi PRU akan datang






ALANG IBN SHUKRIMUN | .


APABILA diugut untuk membuang exco PAS dari kerajaan Selangor, ramai rakan-rakan yang mulai takut. Asasnya mereka takut kerana bakal kehilangan kuasa di negeri yang begitu kaya itu. Ramailah meminta pimpinan PAS untuk berlembut dan minta berundur dari PRK bagi memberi laluan kepada PH.

Begitu mudah diugut. Mentaliti kita masih senang dipergunakan oleh rakan pakatan. Tiada izzah dalam diri. Tidak merasa keberadaan mereka di pentas politik membawa maruah Islam dalam menghadapi tipu helah dan percaturan politikus lain.

Mujurlah kita memiliki pemimpin tertinggi yang sangat tegas. Tidak terkesan dengan sebarang ugutan. Pengalaman berkecimpung dalam kancah politik membuat beliau tidak mudah dihayun kiri dan kanan. Cukuplah peristiwa lampau menjadi pengajaran.

Apa nak takut kalau kalah? Takut perkembangan Islam terbantut di Selangor? Kita sudah berputus hubungan dengan kerajaan Pulau Pinang. Tapi sampai sekarang kita masih mampu pertahankan institusi agama kita. Kita masih memiliki sokongan rakyat marhaen. Kerajaan tidak berani berbuat lebih kurang.

Sehingga ke hari ini, apakah PKR sudah membuang PAS? Apakah kita sudah kehilangan kuasa di Selangor? Di mana pergi ugutan-ugutan tersebut?

Jangan begitu mudah dipermainkan. Tunjukkan sikit kejantanan sebagai wakil parti Islam. Nyata mereka hanya main acah-acah sahaja. Mereka bukan berani pun. Mereka tahu di mana punca kekuatan mereka.

Tengoklah apa dah jadi pada mereka. Bukan sahaja tak berani pecat, rakan-rakan mereka pula yang kelam-kabut. Tak boleh putus mesyuarat PH, dipersalahkan PAS pula. Sejak bila PAS ahli majlis mesyuarat PH?

Rundingan dah berlaku. Keputusannya dah dimaklumi mereka. PAS kekal bertanding. Selesaikanlah dulu surat dari penjara yang buat parti mereka porak peranda itu.

Alhamdulillah kita dah ambil langkah yang tepat. Thiqah kepada pimpinan tertinggi. Keputusan dah disyurakan di peringkat eksekutif paling tinggi, maka tawakkallah. Walaupun kita boleh merancang, biarlah rancangan kita tidak keluar dari garis panduan tuhan, kerana Dia sebaik-baik Perancang. Pegang sahaja pada firmanNya:

"وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Bermesyuaratlah dengan mereka dalam sebarang urusan. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." [Ali Imran:159]

Maaflah kalau sedikit berkasar kali ini. Bukan semata-mata soal menang atau kalah. Kita ada misi yang tersendiri untuk PRK kali ini. Misi yang akan menentukan kedudukan kita PRU14 kelak. – HARAKAHDAILY 25/5/2016

Sumber HD - 25-5-2016

Hiasi awal Ramadhan dengan infaq di jalan Allah






HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Jentera PAS sudah pun bergerak memulakan tugas di medan juang, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata, P.067 Kuala Kangsar dan P.093 Sungai Besar kini menjadi medan utama memperkukuhkan dan memperjelaskan Islam sebagai alternatif dan penyelesaian terbaik untuk politik dan pemerintahan di negara kita tercinta.

"Dakwah dan jihad politik adalah tugas PAS dan tugas kita semua.

"Jom hiasi sambutan awal Ramadhan kita dengan infaq fi sabilillah," ujarnya menerusi laman facebook.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berharap semoga bantuan kewangan anda semua akan memudahkan kerja-kerja jentera PAS bertugas di sana.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong kerana kedua-dua penyandang, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

SPR mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun sementara penamaan calon 5 Jun. - HARAKAHDAILY 25/5/2016

Sumber HD - 25-5-2016

RM792 juta janji di Sarawak, berapa pula PRK Sg Besar dan K Kangsar?






HARAKAHDAILY | .


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman, kerajaan BN telah menjanjikan 400 projek bernilai RM792.34 juta untuk Sarawak sempena pilihan raya negeri.

Berapakah jumlah yang kerajaan pusat BN bakal janjikan pula sempena pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang bakal menjelang memandangkan dua PRK ini menjadi referendum penting bagi nyawa politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?

Pada Pilihan raya Umum ke-13, kempen BN dikatakan dibantu menggunakan dana derma saudagar Arab. Dana siapa pula yang bakal digunakan untuk kedua-dua PRK kali ini? Dan dana mana pula yang digunakan ketika PRN Sarawak?

Melihat cara BN berkempen dengan janji RM792 juta di Sarawak, tidak dinafikan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bakal menyaksikan satu petempuran sengit antara BN dan PAS.

Saya percaya tiada siapa dalam kalangan pembangkang yang ingin terus melihat bagaimana PM and pemimpin BN membuat kenyataan seperti “GST diterima rakyat”, “Rakyat percaya tiada salahlaku pada derma RM2.6 bilion”, “BN sememangnya menjaga rakyat”, “Rakyat percaya PM tidak terlibat dengan 1MDB”, “BN kerajaan yang bersih” dan sebagainya sekiranya BN memenangi PRK ini seperti yang terjadi di Sarawak.

Diharapkan pihak pembangkang yang tidak sudi membantu PAS, jangan mengambil sikap menyusahkan sambil memudahkan kerja BN mencapai kemenangan pada kedua-dua PRK ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
18 Syaaban 1437 / 25 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 25/5/2016

Sumber HD - 25-5-2016




Pendirian PAS gusarkan DAP, Mahathir dan BN

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


Keputusan PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun 2016 nanti adalah satu keputusan yang sangat menggusarkan DAP, Mahathir dan BN.

Tidak hairanlah jika Lim Kit Siang cuba sedaya upaya melobi PKR dan PAN untuk bertanding di kerusi berkenaan sebagai proksi DAP walaupun umum mengetahui bahawa kerusi berkenaan sebelum ini ditandingi PAS sama ada ketika bersama Pakatan ataupun tidak.

Dendam Kit Siang kepada PAS ternyata masih kuat. Dia tahu, agak sukar untuk DAP bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan, tetapi masih mendesak supaya ada wakil dari Pakatan Harapan untuk menghalang PAS. Bagi DAP, kalau wakil mereka itu kalah pun tak apa, yang penting dapat memecahkan undi PAS dan PAS juga kalah. Biar BN menang, DAP cuci tangan sekali gus menunjukan kepada rakyat bahawa PAS parti lemah. Walhal mereka sedar yang secara hakikinya PAS boleh menang jika pertandingan satu lawan satu antara PAS dan BN.

Cukuplah pilihan raya di Sarawak menunjukan bagaimana pertembungan antara calon DAP dan PKR yang begitu mudah ditewaskan oleh BN. Begitu juga percubaan nakal PAN yang cuba bertanding di kerusi PAS hingga menyebabkan BN kekal menang. Walaupun di kebanyakan kerusi PAN hilang wang deposit, tapi mereka “bangga” kerana berjaya melaksanakan amanah DAP untuk memecahkan undi PAS.

Sesuatu yang rakyat kena faham pada hari ini, Pakatan Harapan sendiri masih gagal untuk bersepakat sebagaimana pilihan raya Sarawak. DAP ternyata begitu sombong dan memandang kecil kepada PKR, dan mereka sedikit pun enggan memberikan ruang kepada PKR untuk bertanding satu lawan satu dengan BN. Jika dengan rakan Pakatan Harapan sendiri DAP tergamak menikam dari belakang, inikan pula kepada PAS yang kini menjadi musuh ketatnya. PKR kena sedar perkara ini kerana ia bukan kali pertama berlaku.

Pendirian PAS ini juga turut menggusarkan Mahathir yang cuba mengheret nama “rakyat” bagi menghalang PAS bertanding. Tidak cukup dengan itu, beliau turut memfitnah Presiden PAS yang dikatakan mengiktiraf Najib melalui prinsip cash is king. PAS juga dikatakan sebagai majoriti kecil walaupun boleh menang di kedua-dua kerusi ini.

Mahathir sedaya upaya mahu rakyat menolak PAS yang sudah cukup bersedia bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan dengan melaung-laungkan supaya wakil “rakyat” yang bertanding untuk melawan wakil Najib. Persoalannya, siapakah wakil “rakyat” itu. Jika dikatakan dari Pakatan harapan memang sangat jauh sekali tersasar kerana Mahathir jelas masih mahu bersama BN tetapi bukan bersama Najib. Maknanya Mahathir masih lagi mengharapkan pemimpin BN sendiri bertanding secara bebas melawan BN dan menolak calon Pakatan Harapan.

Hingga ke hari ini Mahathir hanya memperkudakan Pakatan Harapan dengan gula-gula politiknya iaitu “Deklarasi Rakyat” tapi masih enggan bersama blok Pakatan untuk menumbangkan BN secara total. Misinya sudah diperjelaskan iaitu, mempertahankan BN dan menolak Najib, bukan mengangkat Pakatan Harapan atau mana-mana blok pembangkang bagi mengalahkan BN. Ini politik apa sebenarnya? Menggunakan parti musuh ketatnya untuk “membunuh” Najib seorang dengan harapan dia boleh kembali bertaut bersama BN selepas itu. Dan yang pasti, seandainya beliau berjaya turunkan Najib dan kembali bersama BN, Mahathir akan kembali menghentam blok-blok pembangkang seperti sebelum ini.

Hikayat Mahathir keluar masuk Umno BN bukan baru. Zaman Tunku Abdul Rahman, Zaman Pak Lah dan kini zaman Najib. Jiwanya tetap bersama BN kerana legasinya di situ. Parti-parti pembangkang hanya menjadi badut sarkis untuk memudahkan laluannya kembali kepada BN.

Mahathir pula tidak mempunyai kepentingan dalam PAS, jauh sekali untuk menggalas amanah untuk berkempen bagi pihak Pakatan Harapan. Lihat sahaja apa yang beliau lakukan semasa pilihan raya Sarawak. Beliau duduk dari jauh mengutuk Najib tetapi masih mengunci mulut dari memberikan sokongan kepada calon-calon Pakatan Harapan. Apa sebenarnya yang Mahathir mahukan adalah supaya Najib turun. Tetapi itu adalah sesuatu yang mustahil melainkan jika beliau sanggup mengorbankan BN untuk dikalahkan bagi memudahkan laluan menjatuhkan Najib.

Dalam mengutuk Najib, Mahathir masih menggalas kuat tiang seri BN. Dan ini mengelirukan rakyat sebenarnya.

Oleh itu, satu-satunya cara yang terbaik adalah dengan memilih PAS bersama blok ketiga untuk menolak semua politik yang caca marba dari Blok Pakatan Harapan, Mahathir dan Najib-BN yang kini masing-masing cuba berpolitik demi kepentingan diri mereka sendiri sehingga sanggup “membunuh” rakan mereka yang dikatakan berpakat dengan mereka.

Nasib rakyat tidak akan terbela dengan corak politik sebegini. Belum apa-apa lagi mereka sudah bertengkar dan berebut kuasa sesama sendiri. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika mereka menang nanti kerana niat mereka bertanding pun bukan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Pemuda PAS mencabar Mahathir dan DAP supaya mereka sendiri bertanding di kedua-dua kerusi ini jika benar mereka mahu menunjukkan sesuatu kepada rakyat. Tak perlu lagi mendolak dalih menjadi tok dalang bermain wayang dengan menghantar calon-calon yang mereka balacikan.

PAS terbuka bekerjasama dengan PKR dan berbincang jika parti itu benar-benar ingin bersama membantu rakyat dan membela nasib rakyat. PAS tidak mengganggu kerusi mereka. Sama ada PAS menang atau kalah dalam pilihan raya kecil ini, PAS tetap menganggap PKR sebagai rakan politik khususnya dalam Kerajaan Selangor pada masa ini.

Tidak dinafikan, dalam keadaan sekarang Najib yang sudah nyawa-nyawa ikan cukup selesa untuk bernafas kerana blok pembangkang dan Mahathir bertubi-tubi mengasak PAS iaitu satu-satunya parti yang jelas mampu menewaskan BN di kedua-dua kerusi ini jika pertandingan satu lawan satu berlaku.

Najib tidak perlu bekerja keras untuk menang seandainya blok pembangkang terus menerus menyerang PAS, apalagi dengan mengisytiharkan untuk turut bertanding kerana itu sekaligus akan memecahkan undi kepada PAS dan membuka peluang untuk BN menang lagi sebagaimana di Sarawak.

Tiada apa yang ingin dibuktikan oleh PAS melalui pilihan raya ini melainkan demi kepentingan rakyat dan menewaskan BN bagi mengukuhkan blok pembangkang di Parlimen. Justeru, apa sahaja sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, Mahathir dan BN, PAS kekal dengan misi bekerja untuk rakyat. - HARAKAHDAILY 25/5/2016

Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 25-5-2016

PAS Yakin Menang PRK Kuala Kangsar

Oleh : DMS

KUALA KANGSAR – PAS tetap yakin mempunyai peluang yang cerah untuk menang pada PRK Kuala Kangsar samada pertandingan berlaku ‘dua atau tiga’ penjuru.

Pesuruhjaya PAS negeri Perak Haji Razman Zakaria berkata, kelebihan akan berpihak kepada PAS sekiranya Parti Amanah Nasional (PAN) turut bertanding.

“60% pengundi Cina akan beralih kepada Pakatan Harapan sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru juga bakal memberi kelebihan kepada PAS,

“kalau PAN masuk (PRK) ini rasanya lebih baik bagi kita…………sebab jika dia masuk dia akan ambik undi cina………….kalau tidak (dua penjuru) kita tidak tahu undi Cina akan dapat ke kita atau BN,”katanya.

Haji Razman berkata demikian ketika melawat persiapan menghadapi PRK di Unit Peti Undi (UPU) Bendang Kering pada petang semalam, 24 Mei.

Sehubungan itu beliau turut menyatakan keyakinan, undi orang Melayu akan memihak kepada PAS kerana beberapa faktor.

“setelah PAS bergerak sendirian tanpa ada hubungan dengan DAP tiada lagi ‘momokkan’ selama ini bahawa PAS menjadi boneka DAP,

“janji kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya yang lalu dan PRK Teluk Intan masih belum di tunaikan,”jelasnya.

Selain itu menurutnya, isu GST dan harga komoditi getah dan sawit yang jatuh, telah membebankan rakyat terutama orang kampung.

Turut sama dalam taklimat ringkas beliau ialah Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan Marang Ahmad Maarof Ismail petugas pembantu dari Marang, Setiu dan Gerik.

Haji Razman turut mengingatkan para petugas agar dapat menjalankan tugas sebaik mungkin dan dapat berjumpa dengan semua pengundi dengan cara yang berhikmah.

“kita bergerak dengan politik matang…………semua petugas perlu memahami budaya setempat dan dapat bejumpa dengan pengundi,

“tidak menyerang mana-mana pihak dan membuka minda mereka supaya menerima PAS yang membawa penyelesaian Islam kepada seluruh kehidupan masyarakat dan negara,”tambah beliau.

Sumber BO - 25-5-2016




Ceramah 'Jalan ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar' sahkan PAS tanding di kedua-dua kerusi

Posted on Wednesday, May 25 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SHAH ALAM: PAS menganjurkan ceramah perdana esok berjudul Jalan ke PKR Sungai Besar dan Kuala Kangsar - Beristiqamah hingga Kemenangan, yang sekaligus menggariskan iltizam parti itu menolak bantahan Pakatan Harapan dan bertanding di kedua-dua kerusi parlimen berkenaan.

Poster mengenai ceramah itu yang akan berlangsung di Dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur, sudah pun viral di media sosial.

Majlis itu akan membariskan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penceramah utama, di samping Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta Exco Selangor, Zaidy Abdul Talib.

PAS akan mengumumkan calonnya untuk dua kerusi Parlimen berkenaan di ibupejabat, Jumaat ini. Hari penamaan calon adalah 5 Jun manakala 18 Jun ditetapkan sebagai hari mengundi.

Beberapa pemimpin kanan PAS sebelum ini menolak cadangan PKR supaya PAS hanya bersaing di Kuala Kangsar manakala Pakatan Harapan bertanding di Sungei Besar demi memastikan saingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional.

Bagaimanapun Hadi beberapa kali menegaskan bahawa PAS akan meneruskan tradisi bertanding di dua kerusi berkenaan yang dimenangi BN dengan majoriti kecil pada pilihanraya umum 2013.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan masih cuba memujuk PAS bertanding hanya di Kuala Kangsar sahaja. PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) masing-masing mengintai kerusi Sungei Besar.

Ini kerana dua parti komponen PH itu yakin mendapat sokongan pengundi Cina yang merangkumi 25 peratus daripada 33,277 pengundi di kerusi Parlimen berkenaan.

Semalam, Pengarah Strategi PAN Khalid Samad menggesa Azmin untuk menghentikan rundingan dengan PAS, sebaliknya memperlengkapkan persiapan PH untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

Noriah Kasnon memenang kerusi Sungai Besar pada PRU 13 dengan majoriti 399 undi.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan susulan kematian Noriah dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak awal bulan ini.
Sumber TKO - 25-5-2016

Sila datang kalau hendak tahu siapa calon PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Sila datang kalau hendak tahu siapa calon Kuala Kangsar. Pastinya dia ahli PAS," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengumumkan calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar pada Majlis Pengisytiharan Calon P.067 Kuala kangsar yang diadakan di Markas PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan pada 27 Mei (Jumaat), jam 9.00 malam.

Menerusi tulisan dalam facebook, ujarnya selain beliau turut berceramah pada malam itu ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kangsar, Raja Iskandar al-Hiss.

Semalam juga, jelasnya diadakan majlis pelancaran gerak kerja petugas PRK Kuala Kangsar peringkat PAS Kawasan Bukit Gantang.

Di samping itu, katanya Pemuda PAS Bukit Gantang turut melakukan operasi tebang buluh bendera sebanyak 1,000 batang.

"Tahniah semua. Semoga amal diterima Allah SWT," ujarnya selaku Pengarah PRK Kuala Kangsar.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong kerana penyandang, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

SPR mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun sementara penamaan calon 5 Jun. - HARAKAHDAILY 25/5/2016

Sumber HD - 25-5-2016




PRK Kuala Kangsar, Sg Besar: PAS umum calon 27 Mei

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS akan mengumumkan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 27 Mei ini.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, calon PRK Sungai Besar akan diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Sungai Besar sementara Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengumumkan calon PRK Kuala Kangsar di Kuala Kangsar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, majlis pengumuman kedua-dua calon itu diadakan pada sebelah malam.

"Jentera PRK Kuala Kangsar sudah bergerak sejak SPR mengisytihar kerusi parlimen itu kosong dan semua kawasan di Perak telah membantu jentera pilihan raya," ujarnya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong kerana kedua-dua penyandang, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

SPR mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun sementara penamaan calon 5 Jun. - HARAKAHDAILY 24/5/2016

Sumber HD - 24-5-2016




Undi PAN boleh menangkan Umno

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Berdasar pengalaman pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, PAS menjangka parti serpihan, PAN dijangka berdepan dengan PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Malah PAN juga menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi berhadapan dengan PAS.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sedangkan teras politik Melayu di negara ini hanya PAS atau Umno.

Katanya, berdasar sejarah pilihan raya di kawasan majoriti Melayu yang menguasai pentas politik sama ada PAS atau Umno.

“Jadi maknanya rakyat kena cerdik sama ada hendak memberi kemenangan kepada PAS atau Umno. Semua undi yang tidak datang kepada PAS akan memberi kemenangan kepada Umno.

“Begitu juga sesiapa yang mengundi PAN secara tidak langsung akan memberi kemenangan kepada Umno. Mengundi PAN bermakna ada pihak yang berhasrat untuk menangkan Umno,” katanya di sini.

Pada PRN Sarawak baru-baru ini PAS bertembung dengan PAN di lima kerusi iaitu Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Semalam PAN pula mengumumkan bersedia bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada pilihan raya kecil 18 Jun ini sebagai mewakili Pakatan Harapan.

Che Abdullah juga berkata PAS Kelantan telah menyusun jentera bagi menghadapi sebarang kemungkinan pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang.

“Boleh dikatakan setiap malam kita mengadakan dialog dan penerangan kepada rakyat.

“Kita tidak ada masalah untuk berdepan dengan Umno atau PAN. Kita yakin biar pun kerajaan ada kelemahan kecil namun kita tidak menganiayai rakyat,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 24/5/2016

Sumber HD - 24-5-2016



KAMI Berkampung Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Para petugas Kumpulan Aktivis Media Indepeden ( KAMI ) Terengganu, telah mula berkampung di Kuala Kangsar bagi membuat liputan pilihan raya kecil yang akan di adakan pada 18 Jun depan.

Menurut anggota kanannya, Naraza Muda, kumpulan pertama aktivis KAMI telah berada di bandar Diraja negeri Perak itu bermula semalam, 23hb Mei.

“KAMI akan turun secara berperingkat dari hari ini 23 Mei, sehingga tamat proses pengundian 18 Jun nanti,

“kita telah berbincang dengan Jawatankuasa Induk dan mereka bersetuju menetapkan Pusat Media PRK Kuala Kangsar di Markas Induk,”ujarnya ketika dihubungi.

Kataya, Pusat Media itu akan menjadi pusat sumber maklumat PAS bagi PRK Kuala Kangsar dan tempat tempat sidang media harian para pemimpin PAS.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, Wan Mohammad Khair-il memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selepas menewaskan calon PAS dan Bebas. Hari pengundian Kawasan Piliharaya parlimen Kuala Kangsar, Perak ini akan diadakan serentak dengan Sungai Besar Selangor, pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon pada 5 Jun.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada jumaat lepas.

Parlimen P-067 Kuala Kangsar mempunyai 33,237 pengundi sah dalam Pilihan raya umum ke13 dan mengandungi dua Dewan Undangan Negeri iaitu N-34 Bukit Chandan dan N-35 Manong.

Parlimen ini meliputi keluasan 581.6 km persegi dan mempunyai akses Lebuh raya Utara Selatan.
Sehubungan itu, KAMI akan menghantar 10 petugas media yang terdiri daripada wartawan , jurugambar dan juruvideo yang berpegalaman luas dalam kerja-kerja media piliharaya.

Menurut Pengerusi KAMI, Dr. Azman Ibrahim, petugas Media KAMI baru sahaja pulang dari tugasan Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.

“Kurang dari sebulan selepas membuat liputan PRN Sarawak, kini Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu turun pula ke medan PRK Kuala Kangsar,

“Misi ini berterusan lagi tanpa istilah penat dan jemu.Bermula hari ini 23 Mei 2016 sehingga ke hari mengundi pada 18 Mei 2016, petugas media KAMI akan berkampung di Kuala Kangsar bagi menghadirkan kepada khalayak liputan ‘first hand info’ yang telus, adil dan bertanggungjawab,”ujarnya.

Beliau memberitahu pembaca boleh mendapat Info dan berita terkini PRK Kuala Kangsar boleh diikuti di laman www.buletinonline.net. dan dan laman rasmi PRK Kuala Kangsar.

Sumber BO - 24-5-2016

Biarkan kita berentap dengan PAS, kata Khalid


Posted on Monday, May 23 @ 23:19:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TuwAyeYInMg

Parti Amanah Negara, AMANAH bersedia bertanding di dua PRK, Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.

Parti serpihan daripada PAS itu merasaskan, agak sukar bagi PKR bertanding dalam PRK dan bersedia untuk meletakkan calon bagi mewakili Pakatan Harapan.


Sumber TKO - 23-5-2016



Tidak siapa boleh larang tanding tiga penjuru
Posted on Monday, May 23 @ 23:17:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



DI mana-mana sekarang, baik dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil di luar Pulau Pinang bertanding tiga penjuru atau lebih akan memberikan kemenangan selesa kapada Barisan Nasional.

Ia ada realiti politik di negara ini. Itulah sebabnya menjelang PRU 1999 semua parti pembangkang terutama PAS dan DAP menyuarakan politik satu lawan satu. Semua tahu pertandingan tiga penjuru adalah yang amat selesa bagi BN.
  
Maka dalam beberapa PRU yang lalu pembangkang berjaya mewujudkan politik satu lawan satu dan ia memang nahas bagi BN dan sepanjang Mahathir memimpin BN, dia buat apa saja menghalang wujudnya politik satu lawan satu.
   
Politik satu lawan memang sukar berlaku di mana-mana di dunia. Apabila Pakatan Rakyat dapat capai, ia ada keajaiban. Pada PAS ia adalah anugerah Allah.
  
Mewujudkannya susah, maka mengekalkannya pun susah. Patutnya dicari formula mengekalkannya. Tetapi semuanya tidak mencari formula itu. Maka ia berkecai bila PAS tarik diri bertahaluf dengan DAP. Hendak mencantumkan benda yang pecah memang payah.
  
PAS bila tarik diri, tiada mahu bersama dengan yang lain kecuali PKR. Tapi yang masih bersama dalam Pakatan Harapan pun tak upaya pertahankan satu lawan satu. DAP ada hujah dan PKR ada hujah mengapa tak boleh elak lawan banyak penjuru?
  
Sekarang datang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. PAS dari awal isytihar akan bertanding di kedua-duanya. Siapa nak lawan silakan. Ia mungkin tidak dapat dielak.
   
Banyak pro satu lawan satu menyesalinya, justeru politik pecah itu mengutungkan BN. Pro pembangkang yang tidak menyertai pertandingan berhak menyesalinya. Mereka berhak membantah dan pandangan mereka betul.
  
Akan tetapi ada yang kata begitu tidak berhak menyesalinya kerana mereka dari belum politik itu pecah menyumbang kepada perpecahan itu khususnya mereka yang meninggalkan PAS. Mereka menyediakan diri unuk menggantikan PAS dalam Pakatan dengan menubuh NGO. Ada juga orang PAS ikut. Mereka tak keluar PAS dulu tapi sudah jadi parti dalam parti.
   
Kemudian mereka sertai orang PAS yang menubuhkan parti sendiri. Menubuhkan NGO anti PAS dan parti lain menentang PAS, puncaknya adalah bertentang dengan PAS dalam pilihan raya. Dalam PRN Sarawak mereka berlawan dengan PAS. Bila PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar mereka ajak PAS jangan lawan banyak penjuru kerana ia untungkan BN. Dianjurkan PAS berunding.
  
Yang ini tidak layak menganjurkan begitu. Jika mereka sendiri mengadakan kumpulan baru menentang PAS, maka mereka tidak layak bercakap tentang satu lawan satu. Tindakan mereka menambah bilangan parti pembangkang yang tujuannya juga untuk bertanding. Di mana mereka hendak bertanding yang tidak disertai oleh PAS sedang semasa dalam PAS dulu mereka tidak biarkan BN menang percuma?
   
Adakah dengan mereka keluar PAS, maka PAS tak usah bertanding! Biar mereka saja bertanding?
   
Ia adalah politik kartun. Tidak ada dalam dunia orang berpolitik begitu. Maka ia adalah politik buluh kasap. Hujung ilang, pangkal lesap.

Oleh
Subky Latif 


Sumber TKO - 23-5-2016



Mat Sabu antara nama calon AMANAH di Sg Besar

Posted on Monday, May 23 @ 20:41:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu adalah antara nama yang dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.

Selain Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, turut dinamakan ialah Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub serta bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad, nama-nama tersebut juga telah dipersetujui oleh DAP Selangor.

Bagaimanapun, Khalid berkata, calon yang bakal bertanding di kerusi itu belum diputuskan kerana pihaknya masih lagi membuat tinjauan terhadap pengundi di Sungai Besar.

"Ya Mat Sabu antara nama calon tetapi selain dia kita juga namakan Salahuddin dan juga Nizar.
"Tetapi kita belum putuskan lagi sebab kita masih lagi membuat tinjauan (berkaitan calon) di Sungai Besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas lanjut mengenai kesediaan AMANAH untuk bertanding di dua pilihan raya kecil berkenaan.

Azmin sebaliknya hanya berkata, sebarang keputusan akan ditentukan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

"Kita akan bincang dalam Majlis Presiden," katanya.

Bagaimanapun Azmin memberitahu belum ada tarikh muktamad ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat itu.

Sumber TKO - 23-5-2016


Pengundi bukan Islam masih sokong PAS – DHPP

Posted on Monday, May 23 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menafikan dakwaan kononnya PAS ditolak pengundi bukan Islam terutamanya di kawasan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sebaliknya Ketua DHPP, N.Balasubramaniam berkata, sokongan bukan Islam kepada PAS semakin meningkat, kerana mereka menerima perjuangan yang dibawa parti itu ketika ini.

“Dakwaan kononnya bukan Islam terutamanya pengundi Cina sudah lagi tidak menyokong PAS tidak benar. Kami sudah mula turun padang berjumpa dengan pengundi bukan Islam, mereka menyambut baik PAS. Kami juga mendapati bukan semua orang Cina menyokong DAP, ada juga yang tidak suka DAP,” katanya.

Dia juga menyifatkan pengundi bukan Islam di kedua-dua Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah pandai menilai dan dia yakin sokongan tersebut kini berdasarkan penerimaan bukan Islam kepada PAS,” katanya kepada FMT.

Mengulas kehadiran sekutunya dari Pakatan Harapan (PH) iaitu AMANAH dalam dua PRK pada 18 Jun ini, N.Balasubramaniam yakin, ia langsung tidak mengugat kedudukan parti Islam itu.

“Kehadiran AMANAH menerusi PH tidak akan menjejaskan kedudukan PAS, malah kita tidak akan putus asa dan akan terus lawan. AMANAH sebenarnya nak tunjuk ego mereka sedangkan mereka tahu kedua-dua kerusi tersebut milik PAS.

“Dalam masa sama, saya akui sedih bila AMANAH mahu bertanding. Ia melumpuhkan tujuan kita untuk mengalahkan BN. Penyertaan AMANAH menjadikan pertandingan tiga penjuru bukan untuk berjuang untuk rakyat. Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri mengakui hanya PAS boleh tewaskan BN dalam pilihanraya,” katanya.

N.Balasubramaniam menambah, jentera DHPP juga telah bersedia untuk turun berkempen bagi membantu calon PAS memenangi pilihan raya dan menjadikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan BN menjadi agenda utama kempen.



Sumber TKO - 23-5-2015




PRK Sg Besar: DHPP Selangor yakin kekuatan jentera PAS

HARAKAHDAILY | .


Fokus PAS adalah untuk memenangi kerusi Parlimen P.093 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.

Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan parti PAS bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan oleh mana-mana parti.

Kami yakin dengan kekuatan jentera-jentera PAS dan mempunyai calon yang terbaik maka PAS mempunyai peluang ceria untuk memenangi PRK Sungai Besar.

Ayuh penduduk Sungai Besar turun ramai-ramai semasa hari pengundian dan undi calon parti PAS untuk masa depan anda cerah dan terjamin.

Harii@Khana
Ketua Penerangan DHPP PAS Selangor

Sumber HD - 22-5-2016

Bertanding Dua PRK; Keputusan PAS Muktamad

MARANG – PAS telah membuat keputusan muktamad untuk bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK), Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 18 Jun depan.

Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, kedua-dua kawasan tersebut meruapakan kawasan parlimen ‘tradisi’ yang telah ditanding PAS sejak dari dahulu.

“kita dah buat keputusan dah…..dan calon-calon sudah ada dan akan diumumkan (dalam masa terdekat),

“kawasan tu (adalah) kawasan yang kita dah bertanding (sejak) daripada awal,”jelasnya ketika ditemui pihak media, selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan di masjid Rusila, di sini semalam Jumaat, 20 Mei.

Menyentuh soal, parti-parti lain termasuk PKR, yang dilaporkan juga berminat meletakkan calonnya, beliau berkata, ia terpulang kepada parti itu.

“itu kena tanya dia lah……itu terpulang kepada dia (PKR)…………kita ada pendirian kita, senanng aja begitulah…….”jawab beliau ringkas.

Sehubungan itu, beliau meminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merujuk kepada ceramah dan kenyetaan beliau, berkait tuduhan parti tersebut terhadap beliau.

“itu kena rujuk kepada ceramah saya……ceramah kat mana………kenyataan media……dia kena rujuk kepada ceramah dan kenyataan media,”katanya.


Sumber BO - 21-5-2016




PAS Selangor fokus untuk menang PRK Sungai Besar

HARAKAHDAILY | .


Pagi tadi saya telah melancarkan Program Insentif Untuk Pangsapuri Kos Rendah Sempena Kempen Jimat Air Negeri Selangor 2016.

Pelancaran telah diadakan di PPRK Kampung Baru HICOM, Seksyen 26, Shah Alam.

Selepas pelancaran telah diadakan sidang akhbar seperti biasa.

Setelah menjawab soalan-soalan berkaitan program tersebut, wartawan-wartawan telah bertanya tentang PRK Sungai Besar.

Saya telah memberitahu mereka saya tidak akan menjawab apa-apa soalan tentang PRK itu tetapi akan membaca kenyataan seperti berikut:

Fokus PAS sekarang adalah untuk memenangi PRK Sungai Besar.

Fokus PAS sekarang adalah untuk memenangi Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Kami sudah menggerakkan jentera tempatan, jentera kawasan-kawasan di Selangor dan jentera negeri-negeri.

Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan keputusan PAS untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa.

Kami yakin PAS mempunyai peluang yang cerah pada PRK ini kerana terdapat pelbagai isu tempatan dan nasional akibat dari kebobrokan pentadbiran Umno Barisan Nasional.

Saya yakin jentera dan ahli-ahli PAS akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRK ini dan tidak akan melayani isu-isu yang bertujuan untuk mengganggu tumpuan ini.

Mengenai isu-isu kerajaan negeri yang sedang mendapat perhatian media, kami serahkan kepada pimpinan tertinggi PAS untuk diselesaikan dengan baik.

Media juga telah membuat spekulasi tentang pertemuan di antara YAB Datuk Menteri Besar dan Exco-Exco PAS.

Kandungan pertemuan tersebut adalah tidak penting tetapi yang penting adalah pengumuman beliau semalam bahawa PAS kekal bersama pentadbiran kerajaan negeri.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
14 Syaaban 1437 / 21 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 21/5/2016

Sumber HD - 21-5-2016



Mahathir bimbang PAS beri BN menang tanpa bertanding, Sebenarnya Mahathir Dah Nyanyuk!

Posted on Saturday, May 21 @ 03:56:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bila saya membaca tulisan Tun Mahathir disiarkan di blog beliau dengan judul The citizens vs Najib saya sah orang tua ini sudah nyanyuk.

Mahathir menulis "PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding. Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS."

Mahathir sedar atau tidak bila dia merujuk kepada PRN Sarawak bahawa dia mungkin ingat PAS yang memberikan kemenangan PERCUMA BN di Sarawak??

Sebab PAS akan berikan alasan LOGIK masuk akal bahawa calon PAS tak hadir atau calon PAS Bangkrap.

Aku rasa patutlah Anwar Ibrahim menulis surat dari penjara yang panjang lebar macam puisi agar ada orang TIDAK DIBODOHKAN oleh politik "Orang Tua Ini" sehingga pakatan harapan dah jadi tiada HARAPAN dah pecah dua; bukan aku cakap tapi ahli farum Arul dan CikguBard kata.

Patutlah AMANAH pun jadi makin celaru dengan orang tua ini. 


Semuanya ikut NYANYUK!! 


Sumber TKO - 21-5-2016




Muslimat PAS Selangor siap berkhidmat PRK Sungai Besar

HARAKAHDAILY | .


Jentera Pilihan raya Muslimat PAS Selangor menyokong penuh dan walak dengan pendirian Jawatankuasa PAS Pusat untuk bertanding di kerusi P.093 Sungai Besar.

Jentera Muslimat PAS di seluruh Selangor sudah siap siaga dan bersedia untuk turun berkhidmat untuk masyarakat serta para pengundi dalam pilihan raya kecil di Sungai Besar. Usaha dan strategi berkempen untuk calon PAS sedang giat dijalankan.

Justeru itu, selaku Ketua DMPNS, saya menyeru seluruh muslimat PAS Selangor serta jentera muslimat PAS dari negeri-negeri pembantu iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah serta Wilayah Persekutuan untuk turun ke lapangan dakwah dan jihad di Sungai Besar serta terus istiqamah hingga kemenangan.

WAN HASRINA WAN HASSAN
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor - HARAKAHDAILY 20/5/2016

Sumber HD - 20-5-2016


Azmin kata simpati pada Abdul Hadi

Posted on Friday, May 20 @ 12:29:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau bersimpati dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.

Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.

"Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran program #SmartSelangor Food Stamp 2016 di Sungai Besar, Selangor hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas penafian PAS berhubung pertemuan parti itu dengannya.

......
Komen: Abdul Hadi kata tak ada pertemuan dengan Azmin. Rasanya kata Abdul Hadi adalah betul sebab memang dia tak bertemu dengan Azmin. Tawaran dan ugutan Azmin kepada 2 pertemuan dengan pimpinan PAS telah dijawab dengan Abdul Hadi bahawa PAS rela Adun di pecat. Agaknya sekarang ini Azmin cuba untuk menunjukkan PAS tak bersatu??



Sumber TKO - 20-5-2016




Azmin Tidak Jumpa PAS Bincang Calon PRK, Kata Hadi (bersama video)

Posted on Friday, May 20 @ 12:25:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor tidak pernah menemuinya untuk berunding tentang soal calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.

Walau bagaimanapun Abdul Hadi berkata PAS akan tetap meletakkan calon bagi kedua-dua kerusi meskipun PKR juga mahu bertanding di kerusi berkenaan.

“PAS dah buat keputusan bertanding, dah ada calon…akan umumkan, (calon) tempatan, insya-Allah,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.


https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=NPnRbMFKYtg

Sumber TKO - 20-5-2016

Fokus dua PRK, jangan terseret spekulasi PAS di Selangor

HARAKAHDAILY | .


SELURUH ahli dan pendukung PAS diminta fokus kepada kedua-dua Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan tidak terseret dengan berita dan spekulasi tentang kedudukan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Soal kerajaan akan ditangani secara tertib dan bijaksana. Tidak berbangkit soal Exco PAS meletakkan jawatan atau dipecat daripada jawatan.

Teruskan pemantapan jentera PRK di semua peringkat kerana PAS akan bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

DATUK MUSTAFA ALI
Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS
13 Syaaban 1437 / 20 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 20/5/2016

Sumber HD - 20-5-2016




PRK: 6 calon diserah Majlis Syura Ulama

SALMAH MAT HUSAIN | .


TANAH MERAH: PAS menyenarai pendek enam nama calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar dan di Kuala Kangsar.

Naib Presiden Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, keenam-enam calon tersebut di mana tiga setiap parlimen telah diserahkan kepada Majlis Syura Ulama.

Katanya, selepas itu nama tersebut akan diserah kepada Jawatankuasa PAS Pusat yang dijangka bermesyuarat Ahad ini.

“Setakat ini sudah ada tiga nama untuk Kuala Kangsar dan tiga nama untuk Sungai Besar. Latar belakang calonnya orang tempatan.

“Usia mereka antara 40-an hingga 50-an yakni masih muda,” katanya

selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa kali ke-45 Peringkat Negeri di Maahad Tahfiz Sains di sini semalam.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Timbalan Pengarah (Dasar dan Perancangan) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Zahari Ibrahim.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad akibat nahas helikopter di Sebuyau, 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK kedua-dua tempat diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon 5 Jun.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan juga turut meminta parti pembangkang lain tidak meletakkan calon di kedua-dua PRK itu. – HARAKAHDAILY 20/5/2016

Sumber HD - 20-5-2016




PRK Kuala Kangsar, Sg Besar: Masa sudah singkat






HARAKAHDAILY | .


Pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun 2016 dan penamaan calon pada 5 Jun 2016.

Ini bermakna hanya tinggal kurang sebulan untuk usaha memenangi hati pengundi di kawasan tersebut sempena bulan Ramadan yang penuh dengan pelbagai program asas dan suasana ibadah.

Sehubungan itu, dan bertepatan dengan jiwa Ramadan yang bakal menjelang, PAS hanya akan memberi fokus kepada persiapan jentera pilihan raya dan penyusunan semua gerak kerja pilihan raya bagi memenangi kedua-dua PRK ini.

PAS telahpun membentuk Jawatankuasa Induk dan Operasi PRK ini.

Sasaran PAS ialah BN, matlamatnya ialah menumbangkan BN bagi menghantar mesej bagi pihak rakyat bahawa BN yang diketuai sudah ditolak rakyat.

Tidak timbul untuk undur ke belakang daripada matlamat ini.

PAS menggesa blok pembangkang bersatu dalam menyokong calon PAS bagi menghantar isyarat yang jelas kepada Umno BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa blok pembangkang sedia melupakan perbezaan parti politik demi masa depan rakyat dan negara.

Jika tidak, terpaksalah blok pembangkang bersedia melihat yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang manakala PM Najib terus tersenyum riang.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
12 Syaaban 1437 / 19 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 19/5/2016

Sumber HD - 19-5-2016




Warga Sabak Bernam gembira Bas Smart Selangor

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Penantian masyarakat Sabak Bernam yang menginginkan perkhidmatan pengangkutan awam percuma berakhir dengan pelancaran Bas Smart Selangor, di daerah itu, semalam.

Pesara, Mohd Shahrir Ismail, 57, berkata beliau tidak menyangka dapat merasai inisiatif disediakan kerajaan negeri itu di kawasan luar bandar.

“Ingatkan tiada siapa peduli kami di luar bandar ini kerana biasanya pembangunan tertumpu di bandar.

“Ternyata keadaan itu berbeza di Selangor. Terima kasih kerajaan yang peduli rakyat,” katanya dipetik Selangor Kini.

Lebih 40 tahun bergelar anak jati Sungai Besar, N Ananthan, 67, berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan percuma itu.

“Memang puas hati dengan keadaan bas yang serba baru, selesa dan mesra OKU serta warga emas.

“Diharap promosi diperhebat supaya warga Sabak Bernam tahu adanya bas percuma,” kata bapa kepada enam anak itu.

Sementara itu, guru prasekolah, Hasnah Johari, 52, pula menyifatkan kehadiran Bas Smart Selangor tepat pada masanya.

“Dengan ini, rakyat terutama mereka berpendapatan rendah beroleh manfaat seterusnya dapat berjimat. Mereka dapat menjimatkan kos untuk ke sekolah, tempat kerja dan lokasi lain,” katanya.

Sumber HD - 19-5-2016




Kelantan bantu kempen PRK di Dun Manong

HARAKAHDAILY | .


KOTA BHARU: Jentera pilihan raya PAS Kelantan akan berkampung di Dun Manong, Kuala Kangsar dalam misi menafikan penguasaan Umno dan Barisan Nasional di kawasan parlimen terbabit.

Jentera Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) berada di kawasan berkenaan sejak semalam bagi merintis kerja-kerja awal sebelum mulai berkampung Sabtu ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata Kelantan ditugas bagi membantu kempen di Dun Manong yang ditandingi PAS pada pilihan raya umum lepas.

Katanya, di Dun terbabit jentera dari Kelantan ditetapkan bertugas di tujuh peti undi (UPU) iaitu UPU Kampung Jeliar, Manong, Ulu Kenas, Lepuk, Bendang Panjang, Hulu Pior dan Jalan Baharu.

“Petugas dari Pulau Pinang dan Sarawak juga akan bersama kita di UPU terbabit. Dan di setiap UPU akan dibantu dua kawasan dari Kelantan sehingga hari mengundi,” katanya di sini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) itu diadakan berikutan anggota parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan anggota parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad terbabit dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu.

PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon 5 Jun. - HARAKAHDAILY 19/5/2016

Sumber HD - 19-5-2016


PRK: Hormati jika kami tolak rundingan 'mi segera'

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .


PAS kekal bertanding di kedua-dua kawasan dalam PRK kali ini.

Hormati kami jika kami menolak rundingan 'mee segera' yang sekadar untuk memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi PRU13.

Luka dalam kami masih belum sembuh. Penawarnya bukan ubat satu malam. Saya hormati luka dalam DS Anwar Ibrahim terhadap Tun Mahathir. Sesiapa pun boleh berkata, tutuplah cerita lama. Tetapi, adat berkawan, adat berunding, hormati tuan hak sebelum tunjuk belang.

Kalau masing-masing nak tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan. Bulan adalah rawatan alam daripada sekelian kejadian di bumi tuhan. - HARAKAHDAILY 19/5/2016

Sumber HD - 19-5-2016



PRK P093 Sungai Besar; Pemuda PAS Sahut Kesungguhan Tuan Guru Presiden

Pemuda PAS Sungai Besar menyahut kesungguhan Tuan Guru Presiden PAS bagi memastikan PAS terus merempuh cabaran PRK P093 Sungai Besar dengan kibaran gagah sebuah perjuangan Islam di medan Demokrasi.

PRK P093 Sungai Besar adalah medan terbaik untuk melihatkan kesungguhan PAS membawa aspirasi perjuangan Islam tanpa kongkongan dan belenggu-belenggu yang cuba menghalang. Apatah lagi kerusi Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS bertanding tanpa mengira kalah dan menang.

Jika menang dikira ukuran, PRN Sarawak yang lepas membuktikan kesungguhan PAS menggunakan ruang demokrasi yang ada bagi mengembangkan dakwah siasah dan politik PAS untuk memartabatkan Islam dalam Arus Perdana tanpa mengira natijah akhir, menang atau kalah.
Perjuangan pasti diuji, seperti kisah ujian tentera Thalut melawan Jalut yang digambarkan Allah dalam surah Al Baqarah.

(فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ ۚ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ ۚ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ ۚ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ)

[Surah Al-Baqarah : 2;249]

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.

Tentera Thalut diuji dengan nikmat air sungai yang dihalang minum lebih daripada sepatutnya. Maka Allah menunjukkan bagaimana logik nafsu akhirnya menyebabkan gugur dari perjuangan. Malah, Kuasa Allah akan tetap memenangkan pasukannya walaupun dalam keadaan sedikit dan nampak lemah_.

Sejarah ini berulang kembali dalam Islam, dilihatkan Allah dalam perang Badar, Ahzab, kemenangan Tentera Saifuddin Qutuz Di Ayn Jalut dan juga kemenangan besar Sunan Fatahillah menghalau Portugis di Sunda Kelapa 1527 sehingga dinamakan kemenangan sebagai Fathan Mubiina _(Kemenangan Yang Nyata)_ JAYAKERTA. Menjadi tanda nama kota negara Indonesia hari ini sebagai Jakarta.

Maka dengan semangat ini jua, Pemuda PAS Sungai Besar amat yakin akan ketegasan Presiden PAS supaya kami meneruskan kibaran bendera PAS di Sungai Besar. Apatah lagi, semangat taujihat yang diberikan oleh Tuan Guru Presiden semasa lawatan baru baru ini turut membakar jiwa-jiwa kami untuk terus menjadi pembantu Agama Allah ini.

InsyaAllah, dengan jiwa dan raga kami yang masih muda ini. Kami tawarkan dan serahkan untuk membantu PAS membuat kejutan di PRK P093 ini.

MOHD RAZALI BIN SAARI
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar
12 Sya’ban 1436H*
19/5/2017

Sumber BO - 19-5-2016


2 penjuru di Sg Besar, 3 penjuru di Kuala Kangsar

Posted on Thursday, May 19 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Masalah 2 pilihanraya kecil di antara pembangkang:
1. Kedua-dua kerusi Sg Besar dan Kuala Kangsar adalah kerusi tradisi yang ditandingi PAS sejak 1959, dan kerana itu, PAS tidak mungkin dapat mengundurkan diri.


2. PAN merasakan mereka adalah pengganti PAS di dalam Pakatan Harapan, dan oleh itu, mereka turut ingin bertanding untuk ‘test market’ dan terus dilihat sebagai pengganti PAS.
3. PKR, terutamanya Menteri Besar Selangor, tidak mahu berasa serba-salah siapakah yang harus disokong di Sg Besar sekiranya berlaku tiga penjuru, di mana dua pembangkang bertanding melawan BN yang bakal mengundang kekalahan.

Cadangan penyelesaian:

Selangor adalah kerajaan milik pembangkang. Sg Besar yang terletak di dalam Selangor sewajarnya dilihat sebagai medan pertempuran antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat yang diterajui BN.

Oleh itu, calon yang diturunkan di Sg Besar mestilah calon yang dapat dilihat sebagai mewakili kerajaan Selangor. Memandangkan kerusi itu sentiasa ditandingi PAS selama ini, maka pembangkang wajib memilih salah seorang Adun PAS daripada kerajaan Selangor untuk mewakili pembangkang bertanding di Sg Besar.

Semua pihak wajar menghormati keputusan ini kerana wakil PAS yang dipilih bukan sahaja mewakili PAS, tapi juga kerajaan negeri Selangor secara keseluruhannya. Sesiapa yang menyokong kerajaan Selangor perlu menyokong keputusan ini. Biarlah ini ditentukan melalui rundingan antara Menteri Besar Selangor dan PAS.

Dengan ini, PKR dan Menteri Besar Selangor tidak perlu pening kepala kerana tidak berlaku tiga penjuru di Sungai Besar – dan boleh menyokong sepenuh hati calon PAS yang mewakili kerajaan Selangor.

Situasi di Kuala Kangsar pula berbeza. Pembangkang tidak berkuasa di negeri ini. PAN boleh bertanding tiga penjuru di sini melawan PAS dan BN, bagi memenuhi keperluan mereka untuk ‘test market’ dan menunjukkan bahawa mereka ada kemampuan menggantikan PAS di dalam Pakatan Harapan.

Cadangan penyelesaian ini mampu menyelesaikan masalah (1), (2) dan (3) seperti yang disebut di atas.

Halangan:

Namun begitu, ego, keangkuhan dan juga misi tersorok puak tertentu yang lebih mementingkan agenda peribadi dan dendam akan menjadi penghalang terbesar kepada cadangan ini.

Rumusan:

Daripada kedua-duanya menyaksikan pertandingan 3 penjuru, lebih elok mengambil jalan tengah ini di mana hanya Kuala Kangsar akan berlaku pertandingan 3 penjuru manakala Sg Besar yang berada di negeri kekuasaan pembangkang sekadar pertandingan 2 penjuru – antara kerajaan Selangor yang diwakili seorang Adun PAS dan kerajaan pusat BN.


Sekadar cadangan syok sendiri. Nak buang boleh saja. Nak terima tak perlu bayar. Kalau tersinggung, tiada ganti rugi.

Oleh
Timmy Say

Sumber TKO - 19-5-2016



Pintu rundingan ditutup, Pas hantar calon


Posted on Wednesday, May 18 @ 18:15:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





KUALA LUMPUR - Pas menyifatkan sesi rundingan dengan mana-mana pihak berhubung dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah selesai apabila parti Islam itu memutuskan untuk bertanding

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengumumkan calon tempatan dalam masa terdekat.

Ketika ditanya kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru, Abdul Hadi hanya menjawab, "tunggu dan lihat."

Meskipun ada kemungkinan PKR meletakkan calon dalam PRK di Sungai Besar nanti, Abdul Hadi menyifatkan kerjasama parti Islam itu dengan PKR di Selangor tidak terjejas.

"(Walau PKR letak calon di Sungai Besar) Pas tetap jalin hubungan dengan PKR," katanya.

Mengulas dakwaan DAP, parti Islam itu tidak mampu mengulang prestasi seperti pilihanraya umum lalu kerana penurunan sokongan pengundi bukan Melayu, Abdul Hadi berkata, tidak semua pengundi Cina menyokong DAP.

"Itu menjadi ukuran sejauh mana kaum Cina menerima gelombang (kita). Insya-ALLAH.
"Bukan semua Cina sokong DAP," katanya.

Sumber TKO - 18-5-2016



PRK; Jentera PAS Sungai Besar Sudah Bersedia

SUNGAI BESAR – Jentera pilihan raya PAS Kawasan ini sudah bersedia dan bersemangat untuk bekerja memenangkan calon yang akan bertanding pada 18 Jun depan.

Yang Dipertuanya Ustaz Mohd Fadzin Taslimin berkata kesemua 27 Unit Peti Undi (Daerah Mengundi) telah membuka bilik gerakan masing-masing, termasuk di kawasan yang ramai pengundi Cina.

“bilik gerajan UPU sudah di buka, ada 27 (semuanya) termasuk tempat (yang ramai penngundi) Cina, yang ramai di Sekincan dan Sungai Besar,

“Jentera kita bersemangat! Kalau pilihanraya umum (yang lalu) PAS kuat, tapi tak menang (lagi).Kita ada dewan banyak, markas banyak, PASTI banyak tapi tak menang lagi, kekuatan ada, kemenangan tak ada lagi, belum ada,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Markas PAS Sungai Besar, selepas menunaikan solat hajat dan munajat mingguan pada Isnin malam, 16 Mei.

Menurutnya, Sungai Besar  mempunyai rangkaian 39 cawangan PAS dengan lebih 3,000 orang ahli yang aktif.

Menurutnya, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah ‘turun padang’ melaksanakan beberapa program.

“PAS negeri dah turun…………In sha Allah, program akan disusun nanti dalam program-program dengan pengundi-pengundi,”katanya.

Sehubungan itu beliau berpesan kepada semua pihak yang akan membantu kawasan itu agar memahami suasana setempat, dalam usaha merayu dan meraih undi.

“Disini pengundi-pengundi tidak boleh agresif, sentuhan-sentuhan (dan) ziarah (boleh). Kalau buat program besarpun, dia orang tidak akan datang.

“Tapi kalau kita ziarah, kita bawa (buah tangan) apakan, macam tu,”ujarnya.

Menurutnya,para petugas dari negeri-negeri pembantu mestilah memahami para pengundi yang kebanyakannya terdiri daripada ‘orang Jawa dan orang Banjar’.


Sumber BO - 18-5-2016


Pembangkang tiada peluang menang pilihan raya - Tun M
Posted on Wednesday, May 18 @ 16:17:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang tidak mampu menang di mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.

Perkara itu dinyatakan beliau selepas mengambil kira kegagalan pembangkang bersatu dalam pakatan dan buktinya ketara ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, yang mana PKR hanya memperoleh tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala DAP pula tujuh kerusi.


Mengulas lanjut, beliau berkata, perpecahan pembangkang itu akhirnya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memenangi pilihan raya.

"Pembangkang tidak boleh memang jika mereka berpecah-belah, tindakan mereka berpecah semasa sendiri menyebabkan mereka kalah di Sarawak.

"Jadi, pembangkang akan selamanya kalah, BN pula akan menang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Dewan Centennial Sultan Abdul Halim di Kolej Sultan Abdul Hamid, dekat sini, pagi tadi. Majlis itu disempurnakan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.


Yang turut berangkat ialah Tunku Puan Temenggong Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff; Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

Sumber TKO - 18-5-2016




PH, PAN jangan jadi pembantu Umno BN

HARAKAHDAILY | .


Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dilihat Parti Amanah Negara (PAN) begitu ghairah untuk bertanding, begitu juga sekutu mereka DAP.        
                     
Adakah mereka telah membuat pengiraan? Berapa peratuskah sokongan mengikut komposisi kaum yang Pakatan Harapan (PH) akan perolehi?

PH dilihat sebagai parti serpihan dan rasis khususnya kepada orang Melayu Perak.                           

Sejarah hilang kerajaan negeri yang berpunca daripada pengkhianatan atau lompat parti masih segar dalam ingatan.

PH tidak akan mendapat sokongan undi Melayu dan tidak mungkin mendapat 100 peratus daripada undi kaum Cina yang hanya 24 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Sekiranya PH berdegil, mereka merupakan pembantu kepada Umno BN.

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak / AJK PAS Pusat
11 Syaaban 1437 / 18 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 18/5/2016

Sumber HD - 18-5-2016


Dua PRK: Calon PAS ‘Bertenaga’

PAS akan mengenengahkan calon-calon yang ‘bertenaga’ dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Syura Ulamak PAS telah meluluskan nama-nama itu dalam mesyuaratnya.

“Nama-nama sudah diluluskan Majlis Syura’ Ulama’ semalam, nama-nama dah ada.Tunggu hari pengisytiharan.

“Kita akan buat pengisytiharan. Kita akan buat pengisytiharan sebelum penamaan calon,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu di Shah Alam pada Sabtu 15 Mei.

Ditanya lanjut tentang calon itu samada ‘tua atau muda’ beliau menjawab ia adalah seorang calon yang ‘bertenaga’.

Mengulas komen Tan Sri Anuar Musa yang  meminta PAS beri laluan kepada BN, sebagaimana BN memberi kemenangan percuma kepada PAS di DUN Cempaka, beliau berkata Malaysia adalah negara demokrasi.

“kita mesti menerima pandangan semua pihak yang diambil daripada parti-parti politik. Kita tidak boleh halang mana-mana parti politik.

“PAS ada mesej yang tersendiri.PAS merasakan ini tanggungjawab untuk menyampaikan mesej yang lebih kuat, untuk pilihanraya akan datang,

“maka kita perlu menang di Sungai Besar dengan Kuala Kangsar,tegasnya.

Katanya, walaupun PAS sedar pilihan raya bermakna berdepan dengan jentera kerajaan bukan berdepan  dengan parti Barisan Nasional

namun tidak mustahil PAS boleh menang.

“Kerajaan akan mengerahkan jentera-jentera kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan dan alat-alat dia, pilihanraya tidak seimbang, padang tak sama rata,

“namun tak mustahil kita menang. Kita pernah menang di Arau, pernah menang di Kuala. Terengganu, pernah menang di beberapa tempat lagi,”ujarnya yakin.

Sumberr BO - 17-5-2016


PAS mahu 'faktor penolakan rakyat' bukan undi Cina, kata Tuan Ibrahim


Posted on Tuesday, May 17 @ 17:55:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM: PAS tidak mahu menjadikan faktor pengundi Cina sebagai penyebab undi untuk parti Islam itu meningkat pada Pilihan Raya Umum ke-13 di kerusi Sg Besar dan Kuala Kangsar tiga tahun lalu.

Sebaliknya pada pendapat timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS berjaya mengecilkan majoriti itu disebabkan faktor penolakan rakyat terhadap Umno-Barisan Nasional (BN).

Malah tegasnya, jika pengundi bukan Melayu tidak menyokong parti itu bermakna mereka setuju dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan.

"PRK ini adalah penting untuk kita hantar isyarat penolakan terhadap apa yang dibuat oleh Najib. 


Jadi kita harap sama ada dari bangsa Cina atau India atau Melayu, dia mesti memberi undi bagi menghantar isyarat terhadap apa yang berlaku pada negara kita.

"Kalau melihat soal parti, oleh kerana DAP tak bertanding orang Cina tak nak bagi undi pada PAS bermakna mereka menyokong tindakan Najib," katanya kepada Antarapos.

Terdahulu DAP mendakwa PAS tidak akan mampu mengulangi prestasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ekoran penurunan sokongan oleh pengundi bukan Melayu.

Menurut DAP, dakwaan menyatakan PAS boleh menang di kedua-dua pilihan raya kecil itu jika pertandingan satu lawan satu dengan Umno adalah tidak tepat.

Tuan Ibrahim berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) bukan satu perkara yang mudah kerana DAP juga pernah kalah pada PRK Telok Intan sebelum ini.

Justeru beliau menyeru agar semua pengundi tidak kira Cina atau India memberi undi kepada PAS yang juga merupakan salah satu kumpulan blok pembangkang.

"Saya rasa dalam konteks ini memang payah nak menang PRK, bahkan Telok Intan yang DAP menang dalam PRU pun DAP kalah.

"Jadi PRK ni atas kertas memang payah nak menang kerana bukan hanya soal PAS yang bertanding tapi sifat PRK tu sendiri. Parti terpaksa berlawan dengan kerajaan Pusat dengan jentera dan dana sebagainya. Sebab tu bagi PAS, semua pengundi tak kira kaum kena beri undi kepada blok pembangkang," katanya.

Beliau terus berharap kedua-dua PRK ini hanyalah pertandingan satu lawan satu agar tidak memberi kelebihan kepada Umno-BN.

Setakat ini hanya DAP menetapkan tidak akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan kerana kedua-dua kawasan itu adalah majoriti Melayu.

Sementara Parti Amanah Negara (PAN) memberitahu bahawa parti itu tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan PAS di kedua-dua kerusi tersebut.

Sumber TKO - 17-5-2016



Sokong PAS demi kekalahan BN, kata Ambiga pada Zaid

Posted on Tuesday, May 17 @ 17:43:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Bersih Datuk S Ambiga menolak tanggapan bekas menteri 

Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan pembangkang hilang pertimbangan apabila sanggup 
menyokong PAS dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk menewaskan BN.
Ambiga berkata sokongan tersebut demi memastikan pertembungan satu lawan satu bagi
menewaskan BN.

“Bagi saya tidak penting parti mana yang bertanding, walaupun secara tradisinya PAS yang
meletakkan calonnya di dua kerusi itu.

“Sesiapa saja yang bertanding, sama ada PAS, PKR atau parti mana sekalipun, ia haruslah satu
lawan satu. Itu saja yang kami tekankan,” katanya ketika ditemui dalam satu acara di sini
semalam.

Zaid dalam satu tulisan di blognya semalam turut menyifatkan sokongan ditunjukkan tokoh
pembangkang seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden
PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Ambiga kepada PAS sebagai ‘bodoh’ dan ‘sia-sia’.

Beliau berkata, tokoh pembangkang ini terlalu dikuasai rasa kebencian terhadap BN, sehingga
sanggup menyokong PAS yang disifatkannya sebagai “tidak lebih baik daripada BN”.

Ambiga berkata ia taktik untuk mengalahkan BN, bukan memenangkan PAS.


“Kedua-duanya berbeza, fahamkannya,” kata peguam itu.


Sumber TKO - 17-5-2016

Pemuda PAS Selangor usaha cipta kejutan PRK Sg Besar

 HARAKAHDAILY | .

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ingin menegaskan kepada semua pihak bahawa kami sentiasa bersedia dalam memimpin jentera pemuda PAS Negeri Selangor untuk menghadapi Pilihan raya Kecil (PRK) P.093 Sungai Besar yang akan diadakan dalam bulan Ramadhan nanti.

Pemuda PAS Selangor akan terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha untuk membantu membuat kejutan bagi memenangi kerusi P.093 Sungai Besar.

Dalam PRK P.093 akan datang ini, Pemuda PAS Selangor telah mengadakan mesyuarat khas dan menyediakan perancangan yang terbaik serta akan melancarkan jentera di Sungai Besar dalam tempoh yang terdekat. Melibatkan pimpinan  dan keahlian dari 22 Pemuda PAS kawasan, kami yakin akan dapat menggempur PRK kali ini dengan semangat juang yang tinggi untuk menjulang Islam sebagai tunjang perjuangan PAS.

Saya menyeru seluruh anak muda PAS dan jentera Pemuda PAS Selangor untuk sentiasa bersiap siaga dengan jiwa islam dan juga merancang sebaik-baiknya bagi memastikan bahawa bumi Sungai Besar subur sebagai bumi yang akan membuktikan kejayaan dakwah politik PAS.

Saya juga menyeru agar para pemuda PAS Negeri Selangor tidak melupakan hubungan yang paling ampuh dengan Allah SWT bagi memohon kemenangan kepada PAS bagi membawa Islam Rahmat Untuk Semua.

Beristiqamah Hingga Kemenangan

USTAZ HANAFI ZULKIFLI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Selasa, 17 Mei 2016 | 10 Syaaban 1437 - HARAKAHDAILY 17/5/2016

Sumber HD - 17-5-2016

Bantuan baja: Petani Sungai Besar hargai kerajaan negeri
HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Komitmen Kerajaan Selangor memacu pertumbuhan industri pertanian luar bandar dihargai petani di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Bukan hanya gula-gula pilihan raya, inisiatif berterusan kerajaan negeri membantu golongan petani mendorong perkembangan positif hala tuju industri pertanian negeri.

Haliji Ahmad, 59, berkata banyak perubahan dinikmati petani sejak 2008 selepas tampuk pentadbiran negeri di bawah Kerajaan Pakatan.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan sekarang ini yang sentiasa peduli akan kebajikan golongan petani.

“Sejak 2008, kita menerima banyak insentif berterusan dan galakan daripada kerajaan untuk lebih aktif meningkatkan hasil tanaman padi.

“Alhamdulillah, semoga bantuan ini akan terus disalurkan pada masa-masa akan datang,” katanya dipetik Selangor Kini.

Sementara itu, Noraishah Abu Semah, 34, menyarankan kerajaan negeri memfokuskan usaha kepada program jangka panjang membantu golongan petani muda.

Katanya, tanggapan negatif golongan muda terhadap aspek pertanian perlu diberi perhatian kerajaan negeri dalam usaha menggalakkan golongan muda menceburi bidang ini.

“Kita hargai sumbangan seperti ini. Namun lebih baik juga jika golongan muda diberi pendedahan secara menyeluruh tentang kelebihan menceburi bidang pertanian ini.

“Sekarang ramai anak muda lebih memilih untuk berhijrah ke bandar tanpa mengetahui bahawa bidang pertanian sememangnya boleh menjana pendapatan lebih lagi,” katanya.

Sumber HD - 16-5-2016

‘Hormati kedudukan Pas, jangan nak berebut’

Posted on Sunday, May 15 @ 21:44:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu






KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada parti lain yang mahu meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar mengukur baju di badan sendiri.

Abdul Hadi berkata, Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di dua kawasan itu dan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi tersebut.

“Sepatutnya semua pihak yang mahu perubahan di negara ini menghormati kedudukan Pas. Jangan nak berebut.

“Pas berpijak di bumi nyata di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Sepatutnya mereka (parti yang mahu bertanding) mengukur baju di badan sendiri,” katanya kepada media, semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Pengkalan Chepa yang turut dihadiri Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di sini.

Kelmarin, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohammad Sabu bertegas untuk meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi tersebut dan bersedia berdepan dengan mana-mana parti kecuali PKR dan DAP.

Tindakan Amanah itu dijangka mencetuskan perbalahan dengan Pas yang awal-awal lagi sudah menyatakan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan ditandingi oleh mereka.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas memiliki pengalaman bertanding di kawasan itu sejak tahun 1959, bahkan pada PRU13 pula hanya kalah tipis kepada BN.
“Oleh itu, kita tidak mempunyai masalah untuk masuk di kawasan ini. Bahkan undi kita semakin meningkat,” katanya.

Pada masa yang sama, Abdul Hadi juga mengakui sekiranya Pakatan Harapan meletakkan calonnya di kerusi berkenaan, ia boleh memecahbelahkan undian.

“Tidak dinafikan. Yang penting kita dapat menggerakkan jentera pilihan raya,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menegaskan pertembungan antara blok pembangkang dalam kedua-dua PRK tersebut hanya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.

Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Wan Muhammad Khair-il, daripada Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi, manakala Noriah mengekalkan kerusinya setelah mengalahkan calon Pas, Mohamed Saleh M Hussain dengan 399 undi.

Sumber TKO - 15-5-2016

PRK Sungai Besar; Peluang PAS Sangat Cerah

KUALA TERENGGANU – Peluang PAS untuk merampas parlimen Sungai Besar dari Barisan Nasional (BN) dan menang dalam pilihanraya kecil Sungai Besar sangat cerah.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat YB Ustaz Sallehin Mukhyi berkata ia adalah berdasarkan pencapaian PAS pada pilihan raya kali ke-13.

“Kalau kita buat ukuran dalam pilihan raya kecil, ini berdasarkan kepada pencapaian dalam pilihan raya ke-13, saya percaya kita mempunyai peluang yang cerah dalam senario bahawa kita akan menghadpi Umno,

“satu lawan satu, yang dalam pilihan raya yang lepas, PAS hanya kalah sebanyak 399 undi sahaja,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi Panel dalam program Sembang Rakyat pada Himpunan PAS DUN Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) disini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak Bernam itu berkata, sokongan kepada PAS telah meningkat sekiranya mengambilkira keputusan pilihan raya kecil Parlimen Rompin.

“kalau kita mengambilkira pilihn raya di Rompin sebagai satu ukuran, kita sudah ada peningkatan sebanyak 7% ,

“makanya pilhan raya kecil ini, saya percaya bahawa PAS mempunyai satu peluang yang sangat cerah,”jelasnya.

Namun begitu, beliau yang juga anggota Perhubungan PAS Selangor berkata, keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru.

“melainkan kalau berlaku tiga penjuru, maka kalau berlaku tiga penjuru ini, saya fikir PAS perlu bekerja kuat lagi untuk menarik sokongan,

“sebab di Sungai Besar kita mempunyai pengundi bukan Islam sebanyak 31% berbanding dalam komposisi, Melayu lebih kurang 70% .

“Jadi kalau berlaku tiga penjuru bererti PAS,perlu bekerja lebih keras untuk memastikan kemenangan di Sungai Besar ini,”tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAS Selangor telah pun menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK tersebut yang akan diadakan pada 18 Jun depan.

“Kita telah mengerakkan jentera dan jentera kita sudah disusun dengan rapi. Kita telah hantar jentera yang ramai masa PRN Sarawak,

“dan sebenarnya (di sana) telah menjadi satu latihan kepada jentera kita untuk pilihan raya kecil ini, Jadi ‘mood’ sekarang ini, jentera kita ini dalam keadaan memang cukup bersemangat dalam menghadapi pilihnraya kecil di Sungai Besar,”terang beliau

Sumber BO - 14-5-2016




Bila Pakatan Harapan terpaksa bergantung pada PAS...


Posted on Saturday, May 14 @ 19:12:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Reaksi rasmi presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap isu kononnnya PKR mempelawa PAS kembali pada gabungan pembangkang menyerlahkan dinamika politik parti-parti musuh Umno-BN hari ini.

Pertama sekali, Wan Azizah mengesahkan bahawa pelawaan timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali tidak mewakili partinya kerana itu hanyalah inisiatif peribadi. 


Kedua, reaksi itu juga menggambarkan bahawa PKR masih akur pada protokol politik Pakatan Harapan di mana setiap langkah politik harus diatur dan dipersetujui bersama. 


Lantas, ia membawa mesej perbalahan berhubung pembahagian kerusi dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak awal Mei lalu, bukanlah sesuatu yang boleh dianggap “rasmi” dan ada kemungkinan ia juga bersifat inisiatif peribadi.


Kemungkinan ketiga ialah, penjelasan Wan Azizah ini boleh dibaca sebagai ada masalah komunikasi dalam PKR di mana timbalannya dilihat  membuat keputusan yang tidak dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat parti. 


"Ia bukan pelawaan daripada kami, ia adalah daripada menteri besar (Azmin)," kata Wan Azizah.


Apabila diminta komen beliau mengenai syor PAS supaya PKR menyertai blok pembangkang dianggotai PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Wan Azizah berkata ia adalah reaksi PAS terhadap jemputan Azmin.


"Biar saya jelaskan bahawa ia bukan satu langkah perdamaian (PAS). Ia hanya reaksi kepada jemputan oleh menteri besar," kata Presiden PKR itu.


Isnin lalu, Azmin menggesa parti-parti pembangkang  'bermuhasabah' dan sekali lagi berjuang dalam pilihanraya umum akan datang sebagai satu pakatan.


Naib Presiden PAS, Datuk Mohammad Amar Abdullah sebaliknya mencadangkan PKR perlu menyertai 'kuasa ketiga' mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Keputusan Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak menginsafkan banyak pihak terutamanya Pakatan Harapan bahawa pertelagahan sesama sendiri hanya menguntungkan Barisan Nasional. 


Malangnya, PH tiada pemimpin berkarisma untuk merapatkan kembali hubungan kerjasama politik sesama mereka sendiri. 


Dalam hubungan ini, PAS sudah awal-awal lagi membuat “tempahan politik” bahawa ia pasti meletakkan calonnya dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar. 


Kemuncak iltizam PAS ini ialah apabila Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran bahawa PAS tidak akan berganjak daripada keputusan untuk meletakkan calon bagi kedua-dua PRK berkenaan. 


Beliau juga mengingatkan bahawa jika pembangkang tidak mahu kedua-dua kerusi PRK itu terlepas ke tangan Umno-BN maka “janganlah menganggap bahawa PRK berkenaan adalah tempat menguji populariti” sahaja.


Umum tahu amaran itu bulat ditujukan kepada Parti Amanah Negara (PAN). Dalam PRN Sarawak PAN meletakkan 13 calon, dua lebih daripada PAS. Ini membuktikan bahawa PAN memang menganggap PAS adalah musuh hakikinya. 


PAN kelihatan tidak sabar mempamerkan kekuatan politiknya. Selepas merasakan nikmat berkongsi kuasa dengan DAP, PKR dan PAS di Selangor, PAN  jelas mengidamkan kedudukan politik lebih besar dan berpengaruh. 


“Jika mereka berprinsip, PAS sepatutnya keluar dari Selangor,” bidas Setiausaha Agung PAN, Haji Anuar Tahir yang kurang senang PAS hanya mahu berunding dengan PKR dalam isu membabitkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


“PAS sepatutnya sudah lama keluar dari (kerajaan negeri) Selangor. Tinggalkan kerusi mereka selepas menjalin kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menubuhkan blok pembangkang baru. 


“Itulah sikap PAS pentingkan diri sendiri…sebab itu mereka berpecah (dari Pakatan Harapan) dan bentuk blok Ketiga bersama Ikatan pula. Kononnya mahu letak PAS dalam kelas tersendiri, realitinya mereka pentingkan diri.


“PAS fikir ini pilihanraya Selangor agaknya, sebab itu mereka hanya mahu bincang dengan PKR. 



Sudah pasti ajakan kepada PKR mempunyai kepentingan sendiri, terutama kepentingan mereka dalam negeri Selangor,” katanya.


PAN kelihatan tidak sabar kerana tidak selesa membayangkan PAS menjadi rakan kongsi dalam blok pembangkang. Ia khuatir PAS mengambil keputusan memperbaharui tahaluf siyasinya dengan DAP dan PKR.


Bagaimanapun sebagai sebuah parti sekular lagi pragmatik, DAP juga mungkin masih menyesali akibat bertelagah dengan PKR di dalam PRN Sarawak. Persaingan dengan PKR dan PAS adalah satu pengalaman perit. 


Jika ia tidak ramah dalam dialog dengan PAS, ada kemungkinan keadaan akan bertambah kusut dan ia akan kehilangan rakan dalam bentuk PKR pula. Justeru ia pasti terpaksa bersikap terbuka dan berbaik dengan PAS.


Ada dua persoalan yang timbul di sini. Adakah DAP akan bersetuju PAS bertanding dalam kedua-dua PRK? Jika ia, bagaimana pendiriannya sebelum ini bahawa ia hanya menganggap PAN sahaja sahabatnya?


Sehubungan itu, jika bulat keputusan untuk mengizinkan PAS sahaja mewakili pembangkang dalam kedua-dua PRK, adakah DAP tergamak untuk berkempen supaya penyokong-penyokongnya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar mengundi PAS?


DAP sudah menganggap PAS sebagai parti “pariah” dan secara unilateral memfasakhkannya dari Pakatan Rakyat dan kemudian tidak membuka pintu Pakatan Harapan pada PAS.


Ini semua berlaku dalam tempoh setahun lalu dan kemuncaknya ialah apabila PAS bertindak balas dengan memutuskan tahaluf siyasinya dengan DAP dalam muktamarnya tahun lalu. 


Kini muktamar PAS akan diadakan dua minggu lagi sementara tarikh penamaan calon adalah sehari selepas PAS bersidang. Jika PAS terus tegas dalam muktamar tidak mahu tarik diri dari bertanding di kedua-dua PRK berkenaan, apa PH boleh buat?


Adakah PH, terutama DAP bersedia membuat pengakuan terbuka akan menyokong calon PAS demi menafikan kemenangan untuk Umno-BN? Jika demikian bagaimana dengan rengekan PAN yang mahu membuktikan potensi politiknya besar?


PH tidak mempunyai banyak masa. Sebelum muktamar PAS isu kerjasama dengan PAS, mesti diselesaikan. Jika tidak PAS sukar dipersalahkan jika muktamarnya mengambil keputusan mengutamakan kepentingannya sahaja.


Jika tidak, Umno BN akan menang lagi…

Oleh
Abdul Rahman Malik
AntaraPos



Sumber TKO - 14-5-2016

Tiada kenyataan PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

HARAKAHDAILY | .


MESYUARAT AJK Kerja PAS Pusat malam tadi mengarahkan agar tiada kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan PAS tentang PRK Sungai Besar atau PRK Kuala Kangsar sehingga satu kenyataan rasmi dikeluarkan.

PAS Selangor menghormati keputusan ini dan akan mengarahkan pimpinan dan ahli-ahlinya mematuhi arahan ini.

Oleh yang demikian PAS Selangor menganggap sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan PAS adalah kenyataan peribadi mereka yang tidak ada kena mengena dengan PAS atau PAS Selangor.

Datuk Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden PAS/Pesuruhjaya PAS Selangor
13 Mei 2016 – HARAKAHDAILY 13/5/2016

Sumber HD - 13-5-2016

No comments:

Post a Comment