BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, November 16, 2015

MALAYSIA EMERGENCY AND DISASTER MANAGEMENT - KHIDMAT MALAYSIA



Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana
SESI 2015 - 2017-2019

Pengerusi : YB Dato Iskandar Abdul Samad
Timbalan 1  : YBhg. Mukhtar Suhaili
Timbalan 2 : YBhg. Hj Hussin Ismail

Sumber PP - 23-06-2015



Banjir: Semua dapat lihat jentera operasi PAS

PAS satu-satunya parti politik dengan organisasi pengurusan kecemasan dan bencana yang tersusun rapi. 
"Lantaran itulah semua dapat melihat bagaimana jentera operasi banjir PAS beroperasi dengan tersusun dan berkemahiran," kata AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim. 
Sekarang, katanya tenaga bantuan PAS dari seluruh negara beserta peralatan logistik dan pelbagai barangan bantuan bernilai ratusan ribu ringgit sedang berada di lapangan banjir Pulau Pinang. 
"Bukan semua perkara perlu Tuan Guru Presiden kami kena buat sebab parti dah ada penyusunan yang rapi. Ini namanya organisasi," katanya yang juga Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan Kecemasan Dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia). 
Menurutnya, walau tidak nampak gambar Tuan Guru mengharungi air banjir di Pulau Pinang, namun peranan PAS dalam misi bantuan banjir tidak ada siapa yang boleh menafikan. 
"Biarlah ketua parti lain seronok berposing dalam air banjir walau kita tahu mereka tak bawa apa-apa pun untuk mangsa banjir. Jentera operasi banjir lagilah tak ada," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 9/11/2017
Sumber HD - 9-11-2017 


Dapur Rakyat bekal makanan untuk mangsa banjir

KEPALA BATAS: Kepayahan mangsa banjir yang pulang ke rumah dalam keadaan kediaman berselut, kotor dan belum sempat dicuci, menjadikan sumbangan 'Dapur Rakyat' sangat bermakna untuk mereka.
Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Dr Azman Ibrahim telah mengarahkan petugas Khidmat Malaysia Pulau Pinang untuk  mewujudkan 'Dapur Rakyat' iaitu sumbangan makanan bermasak kepada mangsa banjir yang pulang ke rumah masing-masing.
Menurutnya, peringkat awal tersebut sebanyak lima Dapur Rakyat diwujudkan di bawah Khidmat Malaysia dan PAS Pulau Pinang.
Dr Azman juga memberitahu, Khidmat Malaysia akan berada dalam keadaan 'standby' dan bersiap-sedia selagi musim tengkujuh belum berakhir.
"Ini baru permulaan, akan ada gelombang banjir untuk siri-siri yang seterusnya.
"Insya-Allah, selagi negeri-negeri lain tidak dilanda banjir, kita akan kumpul tenaga petugas untuk membantu negeri-negeri yang terlibat," kata beliau di Pusat Tarbiyah PAS Pongsu Seribu, di sini. 
Pejabat PAS Negeri Pulau Pinang itu dijadikan Pusat Operasi Banjir Khidmat Malaysia petang semalam. - HARAKAHDAILY 7/11/
Sumber HD- 7-11-2017 





Khidmat Malaysia koordinasi operasi banjir

KEPALA BATAS: Seluruh PAS Negeri dan Kawasan-kawasan digesa menggerakkan jentera petugas untuk bantuan kemanusiaan banjir dengan segera khususnya di Pulau Pinang.
Demikian saranan Naib Presiden PAS yang juga merupakan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Dato' Iskandar Abdul Samad, ketika ditemui di Bilik Gerakan Induk Operasi Banjir, Markas PAS Pongsu Seribu, di sini semalam.
Maklum beliau, untuk pasca kali ini, dua keperluan yang perlu diberi perhatian iaitu Dapur Rakyat dan operasi membersih rumah-rumah mangsa banjir.
"Perkara yang besar kemungkinan akan berlaku ialah trauma dalam kalangan mangsa dengan melihat kemusnahan peralatan rumah di samping keadaan rumah mereka selepas banjir surut.
"Oleh itu setiap PAS Kawasan yang turun membantu operasi pembersihan perlu membawa peralatan seperti 'water jet' dan lain-lain keperluan yang sesuai," ujar beliau.
Seperkara lagi katanya, kepentingan di waktu sekarang ialah mewujudkan Dapur Rakyat iaitu menyediakan makanan terutama makanan tengah hari dan diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir.
Tambahnya, sumbangan makanan yang siap dimasak amat diperlukan ketika ini berbanding bahan mentah seperti beras, telur, sardin dan sebagainya.
Disamping itu tegasnya, bekalan air minuman juga menjadi satu keperluan yang penting.
Dato' Iskandar juga berkata, bantuan kemanusian dari Khidmat Malaysia akan terus disalurkan dan untuk peringkat awal sebanyak 30 hingga 50 tan bahan makanan boleh menampung sehingga 200 orang.
"Disamping itu, kita juga menggalakkan sumbangan barangan yang tidak mudah rosak seperti lampin pakai buang bayi, selimut dan lain-lain," tambah beliau.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Dr Azman Ibrahim mengingatkan agar semua jentera bencana berada dalam keadaan berjaga-jaga dan siap siaga.
Kerana menurutnya, besar kemungkinan banjir ini boleh berulang memandangkan musim tengkujuh hanya akan berakhir pada Mac ini.
Tambahnya, walaubagaimanapun operasi pembersihan di Pulau Pinang tidaklah seteruk di Kelantan dan Terengganu terdahulu dan dijangkakan gerakan pembersihan dapat dijalankan dalam masa terdekat.
"Saya melihat respon yang begitu baik dari semua negeri untuk menghantarkan bantuan samada tenaga mahu pun barangan dan wang ringgit," jelas beliau.
Dalam tinjauan tersebut, Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia dibawa petugas melawat di beberapa kawasan banjir secara berasingan. - HARAKAHDAILY 7/11/2017










Sumber HD- 7-11-2017






Kerajaan Pulau Pinang tidak bersedia hadapi banjir

Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia, Dr Azman Ibrahim memberi reaksi tersebut pada lewat petang semalam ketika meninjau Pintu Air Sungai Jarak, di sini yang pecah teruk akibat limpahan air sungai.
"Pulau Pinang juga tiada pengalaman mengurus situasi pasca banjir berbanding negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu atau Pahang.
"Setakat ini, tidak ada sebarang bantuan dari agensi kerajaan, majlis perbandaran atau apa juga yang berkaitan dengan operasi pembersihan.
"Dan kerana itulah, Khidmat Malaysia meminta dari negeri-negeri supaya menghantar tenaga-tenaga sukarelawan untuk tujuan operasi pembersihan.
"Antara negeri yang memberi respons segera ialah Selangor, Pahang, Perak dan Terengganu juga telah bermesyuarat untuk turut menghantar petugas mereka," kata beliau.
Menurut Dr Azman, di bahagian Seberang Prai masih ditenggelami air dan sekiranya keadaan cuaca baik untuk sehari dua ini, semua kediaman di kawasan tersebut akan bersedia untuk dibersihkan secara besar-besaran. - HARAKAHDAILY 7/11/2017
Sumber HD - 7-11-2017 








PAS hantar bantuan awal 200 petugas, 30 tan makanan


PAS akan menghantar bantuan awal 200 orang petugas dan 30 tan makanan ke Pulau Pinang, kata Ketua Pengarah Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia (Khidmat Malaysia), Datuk Iskandar Abdul Samad.











Beliau berkata, penghantaran tersebut akan dikelolakan oleh Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia (Khidmat Malaysia 
“Petugas-petugas tersebut akan datang dari Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat, Ameerah, Nusaibah, Skuad Kami Prihatin dan Skuad Khidmat,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas. 
Selain dari itu, kata beliau Khidmat Malaysia akan mewujudkan ‘Dapur Rakyat’ di lima lokasi di Pulau Pinang. 
"Tujuan program ini adalah untuk menyediakan makanan untuk mangsa-mangsa banjir dan para petugas," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS. – HARAKAHDAILY 6/11/2017 





























Sumber HD-6-11-2016

Kerahan membantu operasi banjir di Pulau Pinang

DENGAN ini adalah diarahkan seluruh Lajnah, Jabatan, Agensi dan Unit di dalam PAS yang terlibat di dalam operasi menyelamat dan membantu mangsa-mangsa bencana untuk membantu operasi banjir di Pulau Pinang dengan diketuai oleh Khidmat Malaysia negeri masing-masing.
Mereka hendaklah melaporkan diri dengan segera ke Bilik Gerakan Khidmat Malaysia di Pulau Pinang sepertimana di bawah,
Markaz Tarbiyyah PAS
Pongsu Seribu, 13230 Kepala Batas.
No. Tel. Pejabat : 04 575 5584
Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Pulau Pinang, Tuan Norazman Ishak  boleh dihubungi di talian 013 407 6770.
Atau nombor-nombor telefon berikut untuk sebarang pertanyaan,
Norazman : 013 407 6770
Baharin : 019 457 3784 
Asri Harun : 013 500 6538
Fikri : 014 506 2026
Petugas-petugas perlu melaporkan diri dengan kelengkapan dan peralatan yang berkaitan.
Perkara-perkara berikut amat diperlukan sekarang,
1.) Kenderaan 4x4
2.) Bot penyelamat
3.) Life Jacket
4.) Peralatan mencuci
Petugas-petugas yang hendak ke Pulau Pinang perlu melaporkan diri pada Khidmat Malaysia Pusat di talian,
Dr Azman 019 942 1964
Nazree 016 345 8538
Faizi 013 256 5530
Syarifah 013 296 5007
Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada,
Khidmat Malaysia Pusat
Nama Akaun : Khidmat Malaysia 
No Akaun - 5642 9431 0529
Bank - Maybank Islamic
No. Tel : 012 693 5938 (Tn Hj Zakaria) / 013 256 5530 (Tn Faizi)
Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang
No. Akaun - 5574 0150 8611
Bank - Maybank Islamic
No. Tel - 013 407 6770 (Tn Norazman)
Sila telefon setelah menyumbang.
Sekian. Terima kasih.
ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Pengarah
Pengurusan Kecemasan Dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia)
5 November 2017 - HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD- 5-11-2017 














Iskandar lawat tapak kebakaran Kg Hidayat

NAIB Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad melawat tapak kebakaran Kampung Hidayat tengah hari, semalam. 
Beliau diiringi  AJK PAS Pusat merangkap YDP PAS Kawasan Tawau Muhamad Husain berserta beberapa  AJK PAS Kawasan Tawau. 
Iskandar turut melawat Pusat Bantuan Bencana Kampung Hidayat dan mendapat penerangan  dari pegawai yang bertugas berhubung situasi yang berlaku.
Beliau menggesa orang ramai di mana saja berada sama ada di Sabah mahupun di Semenanjung agar memberikan bantuan kepada mangsa. 
"Mangsa amat-amat memerlukan bantuan, ini kerana mereka telah kehilangan segala-galanya. 
"Selaku Ketua Pengarah Khidmat Malaysia saya akan membuat kutipan untuk diberikan kepada PAS Tawau dan Jabatan Amal dan untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa kebakaran," ujarnya. 
Dalam kejadian 1 Julai lalu, 261 buah rumah musnah terbakar dan hampir 2,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. 


















Sumber HD - 7-7-2017
















Khidmat Malaysia Diperkasakan Bagi Tangani Bencana


Retreat Lembaga Pengurusan Kecemasan dan Bencana (Khidmat Malaysia) PAS Pusat hari ini, Ahad 21 Mei 2017 menggariskan beberapa langkah ke arah menatapkan lagi fungsi Khidmat Malaysia dalam menangani apa jua bentuk bencana yang melanda dalam negara.

Banjir, ribut, tanah runtuh dan air pasang besar antara bencana yang telah ditangani Khidmat Malaysia setakat ini. Yang paling lumrah berlaku ialah bencana banjir.

Sesi baru 2017/2019, Khidmat Malaysia kekal diterajui oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad sebagai Ketua Pengarah dengan dibantu oleh Dr Azman Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Pengarah 1, Haji Husin Ismail Timbalan Ketua Pengarah 2, Nazri Mohd Aris yang juga Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia sebagai Timbalan Ketua Pengarah 3 dan Khairul Faizi Ahmad Kamil sebagai Setiausaha.

Khidmat Malaysia semakin matang berperanan setelah diuji dengan pelbagai ujian di medan sebenar antaranya tragedi banjir besar di Kemaman dan Pahang 2013.



Pada tahun 2014, diuji pula dengan bencana banjir di Terengganu dan yang paling tragis ‘Bah Kuning’ yang mencatat sejarah pilu terutama bagi penduduk Kelantan pada akhir 2014 dan awal tahun 2015. Manik Urai antara saksi bagaimana kuasa air yang melanda tak kenal sesiapa.

Pengurusan kecemasan dan bencana bukan hanya kerja bermusim kerana datangnya bencana tak kenal waktu dan siapa mangsanya.

Malah sepanjang tahun jentera operasi Khidmat Malaysia dari pelbagai agensi dan Jabatan di dalam PAS seperti Jabatan Amal, Briged Muslimat, Kelab 4×4, Ameerah serta beberapa NGO yang bergerak di bawah payung parti dirancang untuk dipersiapkan dengan pelbagai kursus dan latihan agar selalu berada dalam keadaan siaga bagi turun ke medan operasi bila keadaan memerlukan.



Pada sesi ini juga, dalam rangka untuk memberikan nilai tambah kepada kerja-kerja menangani bencana, Relawan Khidmat akan ditubuhkan.

Dalam masa yang sama, Khidmat Malaysia merancang untuk mengadakan kunjungan hormat bagi menjalinkan kolaborasi dan engagement dengan Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dan pengurusan bencana negara seperti National Disaster Management (NADMA), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APAM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Untuk sesi baru ini juga, Standard Operation Procedure (SOP) Khidmat Malaysia dalam proses untuk diperkemaskan lagi supaya Khidmat Malaysia mampu bertindak di medan bencana dengan kadar yang paling optimun.

Dr Azman Ibrahim
Timbalan Ketua Pengarah 1
Khidmat Malaysia

Smber BO- 21-5-2017


















Khidmat Malaysia Terengganu masuki fasa pembersihan

DR AZIMAH IBRAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43807-khidmat-malaysia-terengganu-masuki-fasa-pembersihan


Operasi Banjir Khidmat Malaysia Terengganu Memasuki Fasa Pembersihan dan Pemulihan


Cuaca yang semakin baik walaupun hujan masih turun sekali sekala serta air banjir yang telah surut di sebahagian besar lokasi terjejas banjir membolehkan operasi banjir memasuki fasa seterusnya.

Petugas Khidmat Malaysia Terengganu dari pelbagai cabang dan unit seperti Jabatan Amal, Papisma, Briged Muslimat, Ameerah, Keselamatan, Kelab 4x4, Yayasan Amal Malaysia dan lain-lain lagi mula turun ke lokasi bagi tujuan pembersihan dan pemulihan.

Tenaga perubatan dari Papisma mula masuk kampung untuk melakukan pemeriksaan kesihatan kepada mangsa-mangsa banjir bagi menangani sebarang risiko penyakit bawaan air.

Agihan bantuan keperluan harian seperti makanan dan alatan penjagaan diri masih dilakukan memandangkan sebahagian besar kawasan terjejas adalah lokasi pedalaman di mana penduduknya memerlukan sedikit masa untuk menjalani kehidupan normal mereka terutama penoreh getah dan pekebun kecil.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu mengambil inisiatif mengadakan program Dapur Rakyat KAMI di Kampung Kepah, Telemong bagi mengagihkan makanan siap masak kepada mangsa banjir.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu
6 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 6/1/2017







Sumber HD - 6-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Banjir makin buruk, Khidmat Malaysia Terengganu bersedia

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43781-banjir-makin-buruk-khidmat-malaysia-terengganu-bersedia


BANJIR SEMAKIN BURUK, KHIDMAT MALAYSIA TERENGGANU DIARAHKAN BERSEDIA UNTUK OPERASI MENYELURUH PADA SKALA BESAR


Melihat kepada perkembangan semasa  hujan berterusan  mencurah-curah serta cuaca yang tak menentu, semua unit di bawah Khidmat Malaysia Terengganu diarahkan bersedia untuk kerahan operasi menyelamat dan menguruskan mangsa-mangsa banjir pada skala  besar.

Perkembangan banjir di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Permaisuri, Langkap, Hulu Besut, Bukit  Besi, Telemong dan Ajil dilihat akan memasuki tahap 3 sekiranya hujan berterusan turun pada malam ini.

Komandan Unit Amal Terengganu telah dimaklumkan untuk meletakkan anggota Amal bersedia untuk operasi skala besar ini pada bila-bila masa.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu
3 Januari 2017
6.50 pm - HARAKAHDAILY 3/1/2017

Sumber HD - 3-1-2017


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Arahan mobilisasi Khidmat Malaysia

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43743-arahan-mobilisasi-khidmat-malaysia

Memandangkan keadaan hujan lebat dan banjir yang telah bermula di Pantai Timur kesemua badan-badan dan agensi-agensi di bawah Pengurusan Bencana dan Kecemasan Malaysia (KHIDMAT MALAYSIA) adalah diarah untuk meningkatkan tahap kesediaan mereka agar dapat digerakkan pada bila-bila masa.

Tenaga-tenaga sukarelawan dan aset-aset hendaklah bersedia dikerahkan ke Pantai Timur.

Arahan yang selanjutnya akan disampaikan melalui Pengarah KHIDMAT MALAYSIA negeri-negeri.

Selain dari itu, PAS negeri-negeri dan kawasan-kawasan boleh memulakan pengumpulan bahan-bahan keperluan untuk gerak kerja membantu dan menyelamat seperti bahan makanan kering dan peralatan-peralatan.

Untuk sebarang pertanyaaan diharap dapat menghubungi:

Pengarah Negeri Kelantan - YB Dr Izani 013 986 4799
Pengarah Negeri Terengganu - Dr Azman 019 942 1964
Pengarah Negeri Pahang - Haji Hasanudin 012 611 5768
Cikgu Husin 019 951 1860
Khairul Faizi 013 256 5530
Haji Zakaria 012 693 5938
Nazree 016 345 8538
Dr Rosni 019 264 4740
Nuri 016 933 8694

Datuk Iskandar Abdul Samad
Ketua Pengarah Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia (KHIDMAT MALAYSIA)

Sumber HD -1-1-2017


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Khidmat Malaysia Kemaman Bersiap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan


Oleh : Wan Zawawi

KEMAMAN – Sekiranya berlaku banjir pada tahun, Khidmat Malaysia Kemaman telah bersedia dari segi petugas, sukarelawan, perkakas dan alatan, serta bot dan komunikasi, dan lain-in keperluan yang berkaitan dengan dengan musibah itu.

Pengarah Khidmat Malaysia Kemaman Haji Nik Abd Rahim berkata, pihaknya telah selesai mengadakan latihan lapangan untuk menghadapi banjir pada tahun ini yang melibatkan seramai 70 orang peserta dan petugas.



Katanya, para peserta tersebut datang dari kempat-empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Kemaman dan beberapa NGO.

“Latihan diadakan selama dua hari satu malam ini, dengan peserta yang datang daripada DUN Air Putih, DUN Chukai, DUN Kijal, DUN Kemasik, Unit Amal, NGO & Sukarelawan telah mencapai objektif nya,

“Terima Kasih kepada Khidmat Malaysia Terengganu dan semua DUN Kawasan Kemaman yang telah memberi sokongan serta sumbangan sehingga perancangan yang di buat sebulan lepas telah menjadi kenyataan hari ini,”ujarnya ketika ditemui di lokasi latihan di sungai kawasan Lubuk Batu, Mak Lagam, dekat sini.

Beliau berkata, sepanjang latihan ini yang berakhir hari ini 19 November, para peserta didedahkan dengan ilmu dan kemahiran pengendalian kecemasan dan bantuan sebelum, semasa dan selepas banjir berlaku.

Dua orang jurulatih bertauliah, katanya, dipanggil kusus untuk mengendalikan yang berakhir hari ini 19 November.


“Ini bermakna para petugas kita samada yang tamat latihan pada jam tiga petang ini bersama dengan ahli-ahli yang telah terlatih sebelum ini, dalam siri satu dan dua, bersedia untuk di panggil pada bila-bila masa,

“Walau bagaimana pun, kita tetap berdoa agar bencana banjir besar saperti tahun yang berlaku dua tahun lalu tidak berlaku di Terengganu khususnya di Kemaman, in shaa Allah ,”ujarnya lagi.

Majlis Penutup latihan telah disempurnakan oleh Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Xon Timur, Haji Zulkifli Mat Yakim

Dalam ucapannya beliau berkata, latihan seumpama itu tetap diteruskan pada tahun hadapan dan bagi meningkatkan kecekapan dengan penambahbaikan dari masa kesemasa semasa.

“Dan latihan ini boleh dijadikan modul contoh di seluruh Negeri Terengganu,”tambah beliau

Sumber BO - 19-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Operasi Gerakan Banjir Bukit Besi Sudah Bermula


Oleh : ZSJ

DUNGUN – Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir bermula semalam, dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan lain-lain pada musim tengkujuh tahun ini.

Timbalan Pengarahnya Mohd Hanif Safwan Mansor berkata, operasi tersebut berpusat di di Markaz DUN Bukit Besi yang terletak di Kampung Jerangau Sungai.



Katanya, ia akan bertindak mengumpulkan maklumat tentang banjir, menerima data keperluan penduduk terbabit, bagi disalurkan kepada kampung-kampung yang terlibat dengan musibah tersebut.

Mohd Hanif Safwan yang juga Ketua Jabatan Amal DUN Bukit Besi ketika ditemui di Kampung Kuala Jengal berkata, menambah senarai keperluan amat penting bagi melicinkan gerakan membantu mangsa-mangsa banjir.

“Kami telah bersedia untuk mememberikan khidmat pertolongan kepada penduduk kawasan yang terlibat dengan banjir,

“dengan kelengkapan dan pengalaman terdahulu, in sya allah jentera banjir Bukit Besi dapat menjalankan tugas dengan lancar,”jelasnya.



Menurutnya, pihak Jabatan Amal Kawasan Dungun telah menghantar sebuah bot berukuran 17 kaki beserta enjin 30 kuasa kuda milik jabatan tersebut ke Kuala Jengal.

Katanya, ia sebagai langkah awal bagi persiapan membantu masyarakat di sekitar Kampung Jongok Batu, Kampung Kuala Jengal, Kampung Rantau Panjang, Kampung Minda dan Kampung Talong.
Sehubungan itu, Timbalan Pengarah MTD Bukit Besi, Naraza Muda berkata, Bilik Gerakan Banjir akan beroperasi selama 24 jam apabila bencana berlaku.

“Bilik Gerakan kami di peringkat DUN akan dibahagikan kepada tiga zon……..dan setiap zon akan dipimpin oleh seorang ketua,

“Zon 1 terdiri daripada Kampung Jerangau Sungai, Tepus, minda, Talong dan Lintang dan Zon 2, Kampung Wa, Pinang, Padang Ping, Dendang dan Paya Lawas,



“Manakala Zon 3 pula terdiri daripada Kampung Pasir Raja, Shukor, Belimbing, Jongok Batu dan Kuala Jengal,”tegas beliau.

Katanya, sedikit halangan yang mungkin akan memperlahankan penyampaian agihan nanti adalah kesukaran yang hadapi oleh pihak MTD dalam mengumpul dana.

Beliau berkata, adalah sangat penting bagi pihaknya menghimpunkan barangan makanan dan lain-lain keperluan lebih awal, bagi memastikan, ia dapat disalurkan segera apabila bencana rerjadi.

“Kami mengalu-alukan dan merayu kepada dermawan yang budiman, menghulurkan sumbangan kepada kami bagi menyediakan barangan asas menghadapi banjir seperti lilin, minyak petrol, beras dan bahan-bahan lain yang difikirkan perlu,”jelasnya.

Katanya, sumbangan itu boleh disalurkan kepada akaun MTD BUKIT BESI (CIMB Bank) 8601781810

Sumber BO - 17-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Elakkan aktiviti air sepanjang musim tengkujuh

DR AZMAN IBRAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43220-elakkan-aktiviti-air-sepanjang-musim-tengkujuh

Khidmat Malaysia Terengganu menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti air atau menghampiri tempat berisiko seperti sungai, air terjun dan pantai negeri ini sepanjang musim tengkujuh ini.

Keadaan yang cuaca tidak menentu dan fenomena ombak besar yang boleh mencecah setinggi 3.5 meter boleh berlaku bila-bila masa yang mendatangkan risiko bagi orang ramai dan pelancong yang melakukan aktiviti air ketika ini.

Tak terkecuali risiko kejadian kepala air di kawasan air terjun. Beberapa lokasi air terjun di Terengganu seperi Air Terjun Belukar Bukit, Air Terjun Sekayu, Air Terjun Lata Belatan dan Air Terjun Lata Tembakah berada dalam senarai kawasan berisiko dilanda fenomena kepala air yang boleh mendatangkan bencana kepada nyawa.

Peningkatan paras air sungai dan perubahan arus yang menjadi semakin deras adalah sangat berbahaya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak agar tidak menjadi penyesalan yang memilukan di kemudian hari.

Jangan kita memandang remeh akan kuasa air. Orang ramai terutamanya pelawat dan pelancong dari luar Terengganu perlu peka dengan keadaan cuaca dan persekitaran sebelum melakukan aktiviti di tempat seperti itu.

Kita berdoa  semoga tragedi pilu Air Terjun Belukar Bukit dan tragedi lemas di Pantai Rhu 10, Setiu pada tahun lepas tak berulang lagi pada tahun ini.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Terengganu
16 November 2016 - HARAKAHDAILY 16/11/2016

Sumber HD - 16-11-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monsun Bermula; Paras Air Beberapa Sungai Naik


KUALA TERENGGANU – Paras air dibeberapa sungai utama Teregganu meningkat berikutan hujan lebat yang turun sejak hari Khamis lalu.

Monsun timur laut sudah bermula sejak dua hari lalu pada 10 November 2016 dan Jabatan Meteorologi menjangka, ia akan berterusan sehingga bulan Mac Mac 2017.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Banjir PAS Terengganu, hujan yang mula turun mencurah-curah menandakan bermulanya Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negeri-negeri Pantai Timur termasuk Terengganu.



Katanya, berdasarkan pengalaman lalu, PAS telah membuat persiapan rapi menghadapi kedatangan musim tengkujuh tahun ini.

“Belajar dari pengalaman banjir yang melanda Terengganu pada 2013 dan 2014, jentera kita dipersiapkan dengan lebih mantap,

“dan bersedia dengan pengalaman mahal yang telah dikutip di lapangan. Sebenarnya kita telah mempersiapkan jentera dengan rapi dari tahun 2015 lagi walaupun banjir tak berlaku,”ujarnya
Katanya, persiapan kita juga merangkumi tugasan pasca banjir meliputi operasi pembersihan, pemulihan dan pembaikian.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau dalam kenyataannya hari Khamis berkata, negara dijangka mengalami sekitar 4-5 episod hujan lebat yang menyeluruh selama 3-5 hari yang boleh mengakibatkan kejadian banjir di negeri-begeri di pantai timur semenanjung dan barat sarawak.

Sehubungan itu, hujan yang turun dengan lepas sejak Khamis di beberapa daerah di negeri Terengganu telah menyebabkan aras beberapa batang sungai meningkat.



Berdasarkan lapran bilik gerakan banjir negeri Terengganu, bacaan dari tujuh sungai lokasi menunjukkan paras air di sungai Besut, Setiu, Nerus, Sungai Terengganu dan sungai Dungun meningkat.

Dua lokasi di Besut, di jambatan Keruak dan Kampung La masing-masing mengalami peningkatan sebanyak dua dan 0.4 meter, melepasi paras biasa.

Sungai Setiu pula mengalami kenaikan sebanyak 1.3 meter dan sungai Nerus di Langkap meningkat sebanyak 1.14 meter.

Sungai Terengganu di kampong Menerung air telah meningkat sebanyak 0.11 meter dan sungai Dungun di kampung Pasir Raja naik sebanyak 0.68 meter.

Namun paras air di kesemua sungai terbabit masih dibawah paras bahaya yang merbahaya.

Sumber BO - 12-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Khidmat Malaysia Terengganu bersiap hadapi banjir

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43177-khidmat-malaysia-terengganu-bersiap-hadapi-banjir

Hujan yang mula turun mencurah-curah menandakan bermulanya Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negeri-negeri Pantai Timur termasuk Terengganu.

Sehubungan itu, Khidmat Malaysia Terengganu sebagai pengendali Operasi Banjir PAS Terengganu telah mempersiapkan persediaan perlu bagi menghadapi perkara-perkara berkaitan yang dijangka berlaku sebelum, semasa dan selepas banjir.

Persiapan operasi merangkumi pelan bertindak untuk 3 fasa utama iaitu sebelum, semasa dan selepas berlakunya banjir.

Untuk tujuan itu, semua armada akan digerakkan di bawah single command system untuk mengambil peranan masing-masing merangkumi Unit Amal, Papisma, Darussyifa’, Ameerah, Persatuan Radio Amatur, Khairunnisa, Terengganu Adventure Group (TAG) dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu.

Semua kawasan parlimen yang berisiko berlakunya banjir telah diarahkan untuk menyiapkan bilik gerakan banjir masing-masing dengan Pejabat PAS Kawasan Kuala Terengganu di Kuala Ibai akan berfungsi sebagai Bilik Gerakan Banjir di peringkat negeri.

Bilik Gerakan Banjir Negeri ini telah dilengkapkan dengan antena komunikasi yang membolehkan perhubungan langsung dengan semua Bilik Gerakan Banjir kawasan-kawasan.

Arahan awal telah dikeluarkan bagi setiap kawasan parlimen untuk menyenaraikan kampung-kampung yang berisiko, mempersiapkan peralatan menyelamat termasuk alatan komunikasi, bot dan kenderaan pacuan empat roda, mengenal pasti pusat-pusat pemindahan, mempersiapkan tempat simpanan bahan-bahan bantuan serta pelan tindakan menyelamat.

Sebarang maklum balas boleh hubungi Pengarah Operasi Banjir kawasan-kawasan seperti berikut:

Kemaman - Haji Nik Rahim 0199533448
Dungun- YB Wan Hapandi 0139803995
Hulu - Mat Safari Abu 0199923555
Marang - Ustaz Sidek Abu Bakar 0199204704
Kuala Terengganu- Ustaz Salleh Abdullah 0179184416
Kuala Nerus - Tuan Syed Ibrahim 01112924397
Setiu - Yunus Sulaiman 0199115167
Besut - Abdul Rahim Mohd Zain 0109006467

Dalam masa yang sama, kita bersedia untuk bekerjasama dengan semua agensi dan pihak berkuasa yang terlibat bagi memberikan khidmat yang terbaik kepada mangsa-mangsa banjir.

Belajar dari pengalaman banjir yang melanda  Terengganu pada 2013 dan 2014, jentera kita dipersiapkan dengan lebih mantap dan bersedia dengan pengalaman mahal yang telah dikutip di lapangan. Sebenarnya kita telah mempersiapkan jentera dengan rapi dari tahun 2015 lagi walaupun banjir tak berlaku.

Persiapan kita juga merangkumi tugasan pasca banjir meliputi operasi pembersihan, pemulihan dan pembaikian.

Tentunya persiapan operasi yang sebesar ini memerlukan dana yang besar. Lantaran itu pihak kami merayu sumbangan dari kemurahan hati para dermawan semua untuk bersama menghulurkan bantuan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun DANA KEBAJIKAN TERENGGANU, CIMB ISLAMIC 13010000056101. Sebarang makluman berkaitan sumbangan boleh hubungi, Bendahari Khidmat Malaysia Terengganu, Haji Zulkifli Mat Yakim, 0199834436.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah  Operasi Khidmat Malaysia Terengganu
11 November 2016 - HARAKAHDAILY 11/11/2016

Sumber HD - 11-11-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























Khidmat Malaysia berjaya jadi badan penyelamat

HARAKAHDAILY | .
                                                                                                                                                                                                                                                                       




                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              KUALA LUMPUR: Khidmat Malaysia perlu melahirkan pakar dalam misi menyelamat dan dalam waktu yang sama perlu bertindak pantas apabila berlaku sesuatu bencana.

Itulah hasrat Ketua Pengarahnya, Datuk Iskandar Abd Samad semasa melancarkan Khidmat Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan di Darul Ummah, Kampung Pandan, petang semalam.

Beliau memaklumkan bahawa dalam usia muda iaitu 3 tahun penubuhan Khidmat Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), ia telah berjaya dalam hasratnya untuk menjadi sebagai sebuah badan penyelamat yang cekap di semua peringkat yang diperolehi melalui pelbagai latihan.

"Khidmat Malaysia mempunyai dua fungsi utama. Pertama ia akan  bertindak sebagai penyelaras terhadap pelbagai aktiviti kemanusiaan yang dilakukan oleh pelbagai unit dalam PAS. Kedua sebagai penaung kepada pelbagai kepakaran penyelamat semasa bencana," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PAS di semua peringkat atas keperihatinan dan usaha kebajikan untuk  turun ke tengah-tengah masyarakat.

Katanya, ia sesuai dengan seruan al-Quran untuk berlumba-lumba membuat kebajikan (fastabiqul khairat).

Beliau berkata, PAS mesti dilihat sebagai satu badan yang prihatin dan sensitif, bersedia turun ke lapangan pada bila-bila masa.

"Ia bukan sahaja sebuah badan syiasah atau dakwah, tetapi aktif dalam misi kemanusiaan dan kebajikan," tambahnya lagi.

Pengerusi Khidmat Malaysia bagi Wilayah Persekutuan, Yaccob Omar pula memaklumkan bahawa penjenamaan semula Khidmat Malaysia yang kini di bawah kelolaan Iskandar telah memberikan nafas baru bagi memastikan PAS berada di tengah-tengah  masyarakat memberikan khidmat kemanusiaan dan kebajikan. - HARAKAHDAILY 20/3/2016

Sumber HD - 20-3-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























Khidmat Malaysia: Satu lagi produk PAS idea profesional

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada Khidmat Malaysia yang telah menganjurkan program menghadapi bencana.

"Tahniah kepada Khidmat Malaysia di bawah pimpinan Datuk Iskandar Abdul Samad yang telah berjaya menganjurkan program untuk menghadapi bencana," ujarnya menerusi laman facebook.

Katanya, Khidmat Malaysia adalah satu lagi produk PAS yang berjaya ditonjolkan daripada idea-idea profesional dan aktivis PAS yang istiqamah.

Ini juga, tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu membuktikan bahawa PAS bukan sahaja bercakap bab hudud seperti yang ditohmah.

"Perjuangan PAS syumul. Insya Allah kita menjawab dengan amalan. Yakin! PAS boleh," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 5/3/2016

Sumber HD - 5-3-2016






































Khidmat Malaysia lahirkan pelatih berkebolehan

NUR HASMIRA MOHAMAD|FOTO WAN ZAHARI | .






HULU LANGAT: Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah menyertai Perkhemahan Perdana, Khidmat Malaysia yang diadakan Kingfisher Resort, di sini.

Pengerusi Khidmat Malaysia, Datuk Iskandar Abdul Samad ketika ditemui berkata program tersebut diadakan adalah untuk melahirkan pelatih-pelatih berkemampuan dan berkebolehan ketika berhadapan dengan kemalangan mahupun bencana alam.

"Perkhemahan ini bertujuan untuk melatih mereka dalam empat bidang iaitu paramedik, pengurusan bencana, menyelamat di dalam air dan radio amatur," katanya selepas para peserta diberi taklimat.

Timbalan Ketua Pengarah 1, Khidmat Malaysia, Muhtar Suhaili berkata, visi utama Khidmat Malaysia adalah menjadi organisasi pengurusan penyelamat, bantuan dan pemulihan bencana dan kecemasan yang terkehadapan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Tambahnya, misi mereka bukan hanya tertumpu kepada melahirkan pasukan berkebolehan sahaja malah juga dipercayai, profesional, mahir dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat sejagat.

Para peserta yang hadir akan diberi pendedahan dan diajar tentang bagaimana memberi bantuan ketika berhadapan bencana dan kemalangan.

Sedikit taklimat diberikan kepada para peserta sebelum program dimulakan.

Program tersebut berlangsung selama dua hari bermula hari ini. - HARAKAHDAILY 19/2/2016

Sumber HD - 19-2-2016










































Hebat 1.0: Tingkat keupayaan PAS tangani bencana

HARAKAHDAILY | .


PENGURUSAN Kecemasan Bencana Malaysia atau KHIDMAT MALAYSIA akan menganjurkan Perkhemahan Perdana Siri 1/2016 ( HEBAT 1.0 ).

Program akan berlansung pada 19 dan 20 Februari 2016 di Kingfisher Campsite, Hulu Langat, Selangor.

Tujuan utama HEBAT 1.0 adalah,

1. Menyelaraskan (streamline) gerak kerja menyelamat, membantu dan membaikpulih kesan-kesan kecemasan dan bencana.
2. Memberi latihan kepada pelatih-pelatih yang akan melatih petugas-petugas kecemasan dan bencana di negeri masing-masing.
3. Mewujudkan pasukan kerja yang terlatih, berkesan dan bersemangat tinggi.

Latihan akan diberikan untuk kepakaran-kepakaran berikut,

1. Paramedik
2. Menyelamat di dalam air.
3. Komunikasi (Radio Amatur)
4. Pengurusan Kecemasan Dan Bencana.

Sasaran kehadiran adalah seramai 400 orang yang terdiri dari,

1. AJK Khidmat Malaysia Pusat.
2. Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri-Negeri.
3. Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan-Dewan.
3. Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Negeri-Negeri.
4. Pelatih dari negeri-negeri.
5. Wakil Jabatan Amal dari negeri-negeri.
6. Wakil Briged Muslimat dari negeri-negeri.
7. Wakil Ameerah dari negeri-negeri.
8. Wakil Nusaibah negeri-negeri
9. Wakil Ameerah dari negeri-negeri.

Aturcara program 2 hari itu adalah seperti berikut termasuklah S.O.P. Khidmat Malaysia, Komunikasi* (Radio Amatur), Paramedic, Menyelamat di dalam air dan simulasi pengurusan bencana dan praktikal antara kumpulan.

Majlis penutup dijangka dirasmikan oleh Presiden PAS.

Adalah diharapkan dengan HEBAT 1.0 peranan KHIDMAT MALAYSIA sebagai badan yang menyelaras lajnah-lajnah, jabatan-jabatan dan unit-unit ketika berlaku kecemasan dan bencana akan menjadi lebih berkesan lagi.

Ini selaras dengan visi KHIDMAT MALAYSIA iaitu,

"Menjadi organisasi pengurusan penyelamat (Rescue), bantuan (Rehabilitation) atau 3R bagi kecemasan dan bencana yang terkehadapan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa."

Serta misi KHIDMAT MALAYSIA iaitu,

1. Menjadi organisasi pilihan yang dipercayai dan diyakini di dalam pengurusan dan kecemasan.

2. Mewujudkan pasukan profesional dalam megendalikan bencana dan mengurus kecemasan yang sentiasa prihatin, bersiap siaga, terkehadapan dan efektif.

3. Mewujudkan gerak kerja yang cekap, mahir dan berkesan dalam pengurusan sumber manusia, aset, maklumat dan kewangan.

4. Membawa kesejahteraan kepada umat sejagat.

Sehubungan itu AJK KHIDMAT MALAYSIA telah mengadakan lawatan ke negeri-negeri untuk memastikan setiap negeri telah menubuhkan KHIDMAT MALAYSIA di peringkat negeri-negeri masing

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Pengarah
Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (KHIDMAT MALAYSIA) – HARAKAHDAILY 14/2/2016

Sumber HD - 14-2-2016








































Khidmat Malaysia ikuti secara dekat situasi banjir

HARAKAHDAILY | .


Dr Azman bersama para petugas Khidmat Malaysia Negeri Terengganu menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kg Nibong, Hulu Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Khidmat Malaysia Negeri Terengganu sedang mengikuti secara dekat perkembangan banjir yang berlaku di seluruh negeri berdasarkan laporan semasa.

Pengarah Operasi Banjir Khidmat Malaysia negeri, Dr Azman Ibrahim berkata beberapa perkara dalam perhatian pihaknya, sebagaimana berikut:

1. Hujan yang turun dengan lebat dari hari Ahad sehingga ke pagi Isnin telah reda menjelang tengah hari Isnin walaupun cuaca berterusan mendung dengan hujan renyai-renyai turun sekejap-sekejap.

2. Beberapa lokasi banjir menunjukkan paras air menurun sementara beberapa lokasi lain paras air sedikit meningkat disebabkan pengaliran turun air dari hulu ke hilir.

3. Daerah Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun dan sedikit dari kawasan Marang antara yang terlibat setakat ini.

4. Belum ada sebarang kes kecemasan dilaporkan dan keadaan terkawal. Khidmat Malaysia Terengganu telah mengambil tindakan segera dengan melakukan tinjauan lokasi dan ziarah mangsa banjir di Hulu Terengganu pada petang Isnin (28 Dis). Beberapa buah rumah yg telah dinaiki air dikunjungi petang semalam di Kg Nibong, Hulu Terengganu. Penghuninya  memaklumkan mereka telah membuat persiapan utk berpindah pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. Dengan perkembangan cuaca yang berterusan sekarang, kemungkinan untuk keperluan mereka berpindah adalah rendah.

5. Berdasarkan kepada perkembangan semasa, saya mengarahkan untuk semua Bilik Gerakan Banjir kawasan-kawasan diletakkan dalam mode standby sambil memantau secara dekat perkembangan yang berlaku. Biarlah laporan diterima dari anggota Khidmat Malaysia di lokasi-lokasi tanpa bergantung harap kepada laporan agensi kerajaan sahaja. Ada berlaku beberapa ketidaktepatan dalam laporan dari agensi kerajaan.

6. Oleh kerana situasi di lokasi masih mampu ditangani oleh Bilik Gerakan Banjir Kawasan-Kawasan, belum ada keperluan untuk Bilik Gerakan Banjir Khidmat Malaysia Negeri Terengganu diaktifkan. - HARAKAHDAILY 29/12/2015

Sumber HD - 29-12-2015


Dua Tregedi Lemas; Nasihat Khidmat Malaysia Terengganu

Dua tragedi kemalangan di dalam air yang meragut nyawa berlaku dalam masa 3 hari di negeri Terengganu adalah sangat menyedihkan.

Tragedi pertama di Air Terjun Belukar Bukit 3 hari lepas menyebabkan seorang anak berusia 9 tahun menjadi yatim piatu setelah ibu, ayah beserta 3 kakaknya mati lemas dalam satu insiden yang sangat menyayat hati.

Pagi ini, Isnin 21 Disember 2015, kira-kira jam 10 pagi, belum pun reda kita dengan kesedihan tragedi Belukar Bukit, Pantai Rhu 10 di Setiu pula dikerumuni orang ramai. 2 orang dikhuatiri lemas dan mangsa belum dijumpai setakat jam 12 malam ini.

Antara persamaan kedua-dua tragedi ini ialah, mangsa berasal dari negeri lain dan berada di Terengganu sempena musim cuti persekolahan.

Bagi pihak Khidmat Malaysia Negeri Terengganu suka saya mengingatkan bahawa negeri Pantai Timur termasuklah negeri Terengganu sekarang ini berada dalam tempoh musim tengkujuh sekalipun banjir masih belum berlaku.

Dalam tempoh bulan Oktober sehingga Mac biasanya cuaca berada dalam keadaan tidak stabil serta sukar untuk dijangka.

Ada ketikanya laut kelihatan tenang tapi dengan tiba-tiba ada ombak besar yang melanda dan menarik mangsa ke tengah laut.

Ada ketikanya air terjun mengalir indah dan seronok untuk mandi manda tapi kepala air datang tanpa diduga yang boleh mengundang petaka.

Lantaran itu Khidmat Malaysia Terengganu menasihatkan supaya segala aktiviti perkelahan atau rekreasi yang melibatkan pantai, air terjun atau sungai dihentikan untuk sementara demi keselamatan bersama.

Khidmat Malaysia juga merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa kedua-dua tragedi Belukar Bukit dan Rhu 10. Semoga Allah mengurniakan kesabaran dalam menghadapi saat-saat sukar sebegini.

Tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat terutamanya anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia yang memainkan peranan penting membantu pihak berkuasa dalam operasi mencari dan menyelamat di Belukar Bukit serta di Pantai Rhu 10 dengan penuh disiplin dan komitmen.
Semoga segalanya diganjari Allah dengan sebaiknya.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Terengganu
21 Disember 2015

Sumber BO - 22-12-2015


Skuad Khidmat Malaysia Hulu Terengganu Dilancarkan


Oleh : Nasrun Abdullah


HULU TERENGGANU – Majlis Tjndakan Dewa Undangan Negeri (MTD) Telemong melalui Lujnah Kebajikannya telah melancarkan Skuad Khidmat Malaysia khususnya bagi menghadapi banjir



Majlis pelancaran yang di adakan di perkarangan Surau Kg Pauh, bermula dengan solat hajat dan
disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.

Beliau mengingatkan supaya jentera Khidmat Malaysia yang terdiri dari Skuad Cakna Masyarakat(SCM), Jabatan Amal Malaysia, Ameerah, Papisma, Yayasan Amal, Briged Muslimat, Kelab 4×4 diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi membantu masyarakat menghadapi musim tengkujuh.

Katanya, di Kawasan ini, Telemong adalah antara DUN yang luas terlibat dengan banjir kerana melibatkan 18 buah kampung.


“DUN Telemong paling terkesan oleh banjir pada tahun lepas, antara kampung terlibat adalah kampung Matang, kampung Kepah, kampung Tengkawang, Kampung Kuala Ping, kampung Gerdong, kampung Basong, kampung Kuala Jeneris, kampung Nibong, Kampung Paloh Nyiur, kampung Bukit Tadok, kampung Tapah, kampung Kemat, kampung Pelandang, kampung Padang Setar, kampjngg Durian Bador dan kampung Sekayu

.


“Jadi kita harap semua agensi dan jabatan dalam PAS agar bersiap sedia menghadapai sebarang kemungkinan pada tahun ini,”ujarnya.

Turut dilancarkan sama adalah “Dana Cakna Rakyat” yang akan digunakan bagi membantu mereka yang ditimpa musibah ini.

Menurutnya, sebarang sumbangan sila hubungi terus Ketua Kebajikan ditalian 0199923555

Sehubungan itu, Ketua Kebajikan PAS Hulu Terengganu Mohd Safari berkata ia sangat penting bagi membiayai operasi Khidmat Malaysia peringkat Kawasan memandangkan para petugas terpaksa meninggalkan kerja harian mereka bagi menumpukan usaha membantu mangsa banjir.

“sumbangan amat penting bagi kami kerana disini terdapat mereka yang telah lama tidak dapat turun beŕkerja untuk menyara keluarga kerana hujan yang panjang khususnya bagi penoreh getah.

“Amat malang lagi mereka tidak punyai persiapan bekalan untuk menghadapi banjir kerana harga getah yang sangat murah sekarang,”tambah beliau.

Sumber BO - 5-12-2015


Banjir Perlukan Penyelesaian Yang Berkala, Konstruktif Dan Menyeluruh


Banjir Perlukan Penyelesaian Yang Berkala, Konstruktif Dan Menyeluruh


Kenyataan Media Rasmi 


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

BANJIR PERLUKAN PENYELESAIAN YANG BERKALA, KONSTRUKTIF DAN MENYELURUH



1. Hampir setiap negeri di negara ini menghadapi banjir dan ia tidak hanya berlaku pada musim tengkujuh sahaja. Musibah ini telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kediaman serta menjejaskan sosio-ekonomi mangsa dan kawasan setempat. Buktinya, dianggarkan lebih RM1,040 juta dibelanjakan bagi kerja-kerja membaikpulih kediaman, sekolah, jalan raya dan jalan keretapi selepas banjir pada 2014.



2. Jika punca-punca yang menyebabkan keadaan in tidak diselesaikan dengan segera dan secara menyeluruh, ia tentu memberikan kesan jangka panjang kepada penduduk dan kawasan kejadian pada aspek psikologi, ekonomi dan pembangunan kawasan setempat serta akan memakan masa dan belanja yang besar untuk pembangunan semula pertumbuhan sosio-ekonomi kawasan terbabit. Tsunami acheh umpamanya telah memberi impak yang besar bukan sahaja pada aspek infratruktur dan ekonomi, malah memberi kesan yang sangat signifikan pada kesihatan fizikal dan mental kebanyakan mangsa bencana.



3. DPPM mendesak Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan serta Jabatan Pengairan dan Saliran memperkasakan pelan jangka panjang untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku di Malaysia, termasuk penyelesaian terhadap banjir kilat dan banjir lumpur yang melanda beberapa tempat baru-baru ini.



4. DPPM menggesa Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) memperuntukkan sejumlah wang bagi menyelesaikan masalah ini khususnya membangunkan infrastuktur-infrastruktur yang dapat mencegah punca yang boleh mengakibatkan banjir serta mengawal kemusnahan yang boleh diakibatkan oleh banjir bagi meminimakan impaknya terhadap rakyat dan negara.



5. DPPM berpendapat terdapat beberapa punca yang menyebabkan banjir berlaku di negara ini bahkan lebih buruk berbanding tahun-tahun sebelumnya :



a) Tiada sistem tebatan banjir yang sempurna dikawasan-kawasan yang kerap belaku banjir contohnya seperti di Sungai Golok, Sungai Kelantan dan Sungai Perak.



b) Perlombongan pasir di sungai-sungai yang menyebabkan hakisan tanah serta pengaliran keladak hingga mencetekkan sungai.



c) Sistem saliran yang tidak efisyen selain tiada penyelenggaraan berkala dan sempurna yang menyebabkan sistem saliran tersumbat, tidak mampu menampung aliran air ketika hujan lebat dan pengaliran air tidak lancar.



d) Kekurangan kawasan tadahan hujan serta banyak penerokaan tanah secara haram untuk pembangunan dan pembalakan tidak terkawal dan seliaan sehingga mengakibatkan ketidakseimbangan ekosistem.



e) Tiada pelan pembangunan yang konstruktif dan jitu dalam pembangunan sistem saliran negara.

f) Tiada kesinambungan diantara sistem saliran lama dengan yang baharu yang menyebabkan saliran menjadi tidak efisyen atau sistem saliran lama terus tidak digunakan atau terhapus.



6. Kerajaan juga perlu bersikap tegas dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan operasi yang boleh menyebabkan berlakunya banjir seperti melombong pasir sungai, penerokaan tanah dan pembalakan secara haram serta mengetatkan kawalan terhadap operasi yang sah.



7. Selagi tiada solusi yang konstruktif dilakukan maka beginilah saban tahun harus ditempuhi oleh rakyat dan sememangnya akan merugikan semua pihak termasuk Kerajaan.



Sekian.



“Mempersiap Generasi Kemenangan"

"Beristiqamah Hingga Kemenangan”



DR. MOHD IBRAHIM
Pengarah,
Jabatan Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar DPPM.

Rabu, 2 Disember 2015 | 20 Safar 1437 H



Sumber PP - 5-12-2015


Khidmat Malaysia Terengganu Membantu Semua – Menjawab Isu Dibangkitkan MB Dalam Sidang DUN


Oleh : Dr Azman Ibrahim

Alhamdulillah… setakat ini mangsa banjir orang Umno yang kita bantu berpindah ke tempat selamat tak terjun turun semula dari bot apabila mendapat tahu bahawa bot yang menyelamatkan adalah bot milik orang PAS.

Dalam kes di Air Putih Kemaman ketika banjir besar tahun 2013, Keluarga Cikgu Naemah yang diselamatkan pada saat kritikal ketika berada di atas bumbung rumah dalam keadaan rumah yang telah ditenggelami banjir dengan arus yang sangat deras adalah penyokong Umno, bukan orang PAS.

Ketika banjir melanda Kuala Nerus pada akhir 2014, Menteri Besar orang Kuala Nerus berada di luar negara. Pemimpin Umno setempat pula telah berkampung di Kuala Lumpur untuk persiapan Persidangan Agong Umno. Meninggalkan ruang kosong untuk Jentera Operasi Banjir PAS berbakti di medan. Kita bantu semua samada PAS atau Umno.

Di Jabi ketika banjir akhir tahun 2014, wakil rakyat dan pimpinan Umno Jabi sedang menghadiri program di Cameron Highland sehingga mereka tak kelihatan langsung di medan. Petugas banjir dan Unit Amal PAS yang mewarnai suasana.

Saya juga sebagai Pengarah Operasi Banjir PAS bagi tahun 2014 boleh megesahkan bahawa ketika operasi pembersihan pasca banjir dari taman perumahan ke taman perumahan, petugas PAS membersihkan semua rumah tanpa mengira fahaman politik. Petugas dari Pemuda dan Puteri Umno hanya datang pegang penyapu lebih kurang, tangkap gambar POLIGAM (politik gambar), kemudian pergi. Itu saja.



Menteri Besar bercakap dalam Sidang DUN [ Klik Untuk Dengar ] supaya petugas PAS jangan pilih parti dalam menghulurkan bantuan. Tetapi sedarkah MB bahawa petugas-petugas bantuan banjir PAS tak dibenarkan langsung untuk memasuki dan memberi bantuan di mana-mana pusat pemindahan banjir di Kemaman pada tahun 2014 lepas.

Katanya Kemaman adalah model pengurusan banjir terbaik. Terbaik apa kalau seruan MB pun tak dilaksanakan!

Ketika pelajar-pelajar UnisZA terperangkap di kawasan asrama semasa banjir melanda Daerah Kuala Nerus, Unit Amal PAS bersedia untuk membantu tapi tak dibenarkan masuk. Kenapa tak dibenarkan masuk? Bukankah kita sekadar ingin membantu.

Isu tampal logo parti ketika Pelancaran Khidmat Malaysia Terengganu yang dibangkitkan MB tak timbul sama sekali. Yang dilekatkan adalah Logo Khidmat Malaysia, bukannya logo bulan. Bagai meludah ke langit kena muka sendiri.

Umum tahu siapa dia sebenarnya juara tampal logo dacing dan keris kepada setiap barangan bantuan banjir yang hakikatnya adalah dari sumber kerajaan, bukannya dari Umno. Peti sejuk, periuk nasi, TV, tilam dan segalanya habis tampal logo keris dan dacing.

Kalau PAS nak tampal logo pun sebenarnya tak salah sebab ini memang bantuan parti walaupun sebenarnya kita tak buat kerja-kerja begitu.

*** Dr Azman Ibrahim ialah Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Terengganu merangkap Pengrah Operasi Banjir dan Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu

Sumber BO - 1-12-2015


Tabung Operasi Khidmat Malaysia telah dilancar

Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Tabung Operasi KHIDMAT MALAYSIA (Malaysia Emergency & Disaster Management) telah diadakan pada hari ini Sabtu, 14 November 2015, jam 2.00 petang di Plaza Hotel, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melancarkannya secara rasmi bersama Ketua Pengarah KHIDMAT MALAYSIA, YB Dato' Iskandar Abdul Samad dan pimpinan PAS yang lain.



Minggu lepas, Team KHIDMAT MALAYSIA telah membuat jelajah taklimat awal banjir ke Kelantan, Terengganu dan Pahang serta telah membuat perbincangan sebagai persiapan menghadapi musibah banjir yang dijangka akan berlaku di musim tengkujuh ini.



Sumbangan daripada seluruh warganegara Malaysia tidak kira bangsa dan agama serta apa jua fahaman politik anda. In shaa Allah sukarelawan KHIDMAT MALAYSIA sedia berkhidmat kerana Allah.



Masukkan sumbangan ke akaun Maybank Tabung Operasi KHIDMAT MALAYSIA, No Akaun: 5622 0962 8793 atas nama "DANA KAMI PRIHATIN". Maklumkan sumbangan ke +6013-2965007 / +6012-6935938.



VISI & MISI KHIDMAT MALAYSIA

VISI:
Menjadi organisasi pengurusan penyelamat, bantuan dan pemulihan bencana dan kecemasan yang terkehadapan di peringkat nasional dan antarabangsa.
(To be a leading national and international organisation of rescue, relief and rehabilition for disaster and emergency management.)

MISI:
- Menjadi organisasi pilihan yang dipercayai dan diyakini di dalam pengurusan bencana dan kecemasan
- Mewujudkan pasukan profesional dalam mengendalikan bencana dan mengurus kecemasan yang sentiasa prihatin, bersiap siaga, terkehadapan dan efektif.
- Mewujudkan gerak kerja yang cekap, mahir dan berkesan dalam pengurusan sumber manusia, aset, maklumat dan kewangan.
- Membawa kesejahteraan kepada umat sejagat.



ORGANISASI KHIDMAT MALAYSIA
Ketua Pengarah: YB Dato' Iskandar A Samad
Timbalan Ketua Pengarah 1: Sdr. Muhtar Suhaili
Timbalan Ketua Pengarah 2: Hj. Hussin Ismail
Setiausaha: Hj. Zakaria Abdul Latif
Penolong Setiausaha 1: Sdri. Syarifah Azirah Sayed Othman
Penolong Setiausaha 2: Sdri. Haslina Hashim
Bendahari: Sdr. Khairul Faizi Kamil
Pengarah Operasi: Hj. Jamuliddin Bin Elias
Pengarah Zon Utara: Hj. Mohd Johari Ismail
Pengarah Zon Timur: Hj. Zulkifli Mat Yakin
Pengarah Zon Tengah: Hj. Zulkifli Wahijan
Pengarah Zon Selatan: Hj. Mohd Fauzi Abd Jalil
Pengarah Zon Sabah: Hj. Khairan Untoh
Pengarah Zon Sarawak: Sdr. Mohd Syahid Anuar
Unit Rescue, Relief, Rehabilitation (3R):
Hj. Jamuliddin Elias
Unit Pengurusan Sumber Manusia & Latihan:
Sdr Mohd Nazree Mohd Aris
Sdri. Nuri Mohamad
Unit Telekomunikasi:
Hj. Zulkifli Mat Yakin
Unit Logistik & Aset:
Hj. Zaman Abdullah
Unit Kesihatan & Kaunseling:
Dr. Suhaini Kadiman
Unit Dana & Kewangan:
YB Dr. Che Rosli Che Mat
Unit Research & Development:
YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim
Unit Operasi & Bilik Gerakan:
Hj. Zakaria Abdul Latif
Dr Rosni Adam

Semua Pengerusi Lajnah Kebajikan dan/ atau Pengerusi MEDM Negeri-negeri secara automatik menjadi AJK KHIDMAT Malaysia.

"BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH"

Sumber PP - 16-11-2015

No comments:

Post a Comment