BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, November 13, 2015

LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

SESI 2017-2019 :

PENGERUSI - DR ROSNI ADAM

TIMBALAN PENGERUSI 1 - DR AZMAN IBRAHIM

TIMBALAN PENGERUSI 2 - USTAZ NORAJLI MUSA

PENYELARAS SKUAD KESIHATAN KOMUNITI PAS (SIKAP) - ABDULLAH FAHMI

Sumber PP - 6-55-2017

SESI 2015 -2017 :

PENGERUSI - DR ROSNI ADAM

TIMBALAN PENGERUSI 1 - DR RIDUAN MOHD NOOR

TIMBALAN PENGERUSI 2 - YB DATO' USTAZ NASRUDDIN DAUD

PENYELARAS SKUAD KESIHATAN KOMUNITI PAS (SIKAP) - ABDULLAH FAHMI


Sumber PP - 23-6-2015


Petugas tragedi Maahad Taufiqiyah dirai PAS

KUALA LUMPUR: Para petugas PAS yang telah bertungkus membantu urusan Maahad Tahfiz Taufiqiyah, Keramat yang terbakar dalam tragedi tahun lalu telah diraikan dalam satu majlis khas.
 
Majlis anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) itu telah berlangsung dalam suasana sederhana di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, di sini hari ini.
 
Wira tidak didendang itu diraikan sendiri oleh Pengerusi LKKPP, Dr Rosni Adam dan Timbalannya, Dr Azman Ibrahim serta Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad.
 
Para petugas PAS dari LKKPP dan PAS Wilayah Persekutuan dalam tragedi tersebut telah menggerakkan dan menyantuni antaranya keperluan makan minum keluarga mangsa.
 
Juga urusan jenazah meliputi pemanduan van jenazah, memandi, mengkafan hinggalah selesai pengkebumian, selain juga sumbangan tunai kepada keluarga terbabit.
 
Pada tragedi tragis 13 September 2017 itu, seramai 23 pelajar terkorban, manakala tujuh lagi cedera yang kemudian disahkan pihak berkuasa sebagai berpunca dari perbuatan khianat. - HARAKAHDAILY 14/1/2018
Sumber HD- 14-1-2018


Tiada bantuan langsung, terpaksa sembelih kambing

HAMPIR seminggu Pulau Pinang masih ditenggelami air di beberapa kawasan. Semalam, 8 November 2017 pasukan kedua Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM) berangkat menuju ke Pulau Pinang bagi meneruskan misi banjir. Bersama-sama pasukan kedua Skuad Prihatin semalam ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Dr Rosni Adam, Pengerusi Lajnah Hubungan NGO, Puan Kartini Ahmad dan Pengarah Briged Muslimat Malaysia, Saudari Nuri Muhammad serta beberapa ahli jawatankuasa DMPM. 
Alhamdulillah, tabung banjir LKK DMPM masih lagi menerima respons yang tidak putus dari orang ramai yang prihatin. Dengan duit sumbangan fasa kedua ini, pasukan kedua Skuad Prihatin membawa bersama mereka barang-barang keperluan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang bagi menampung barang-barang keperluan yang masih tidak mencukupi. Barang-barang keperluan asas yang dibawa semalam ialah seperti beras, barang-barang makanan, susu formula bayi, tuala wanita dan pampers bayi. 
Skuad Prihatin selamat sampai di Pongsu Seribu sekitar pukul 4.30 petang semalam bagi menyerahkan barang-barang sumbangan tersebut di tempat pengumpulan barang-barang sumbangan sebelum mereka meneruskan misi ziarah di kawasan yang terlibat dengan banjir. 
Kampung Desa Puri antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir selama hampir seminggu ini. Alhamdulillah, semasa ziarah semalam keadaan air sudahpun kering. Namun, banyak kerosakan dan banyak yang perlu di baiki dan dibersihkan. Kelihatan barang-barang kelengkapan rumah serta perabot-parabot rumah tersusun di pinggir jalan kampung sementara penduduk sedang berusaha membersihkan lumpur-lumpur di dalam rumah mereka. 
Sebanyak 20 buah rumah telah diziarahi oleh pasukan kedua Skuad Prihatin semalam bersama-sama dengan barang sumbangan. Salah seorang dari mangsa banjir berkongsi pengalaman mereka mengharungi banjir, katanya, “masa air naik paras dada, tiada bantuan langsung yang sampai sehingga kami terpaksa menyembelih kambing untuk dijadikan lauk”. 
Rata-rata ziarah semalam sangat menyentuh hati apabila melihat sendiri keadaan yang dihadapi oleh penduduk kampung. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Terlalu banyak kemusnahan yang mereka alami. Ada yang musnah ayam ternakan sehingga 50 ekor, malah ada juga kambing peliharaan mereka hanyut dibawa arus banjir. Semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. 
Turut hadir semasa ziarah semalam bersama-sama rombongan kedua Skuad Prihatin dan Pimpinan DMPM ialah wakil Amalnita Pulau Pinang dan Muslimat PAS Negeri Sembilan. 
Skuad Prihatin LKK DMPM sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang dermawan serta setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan para penyumbang yang sentiasa menyokong usaha LKK DMPM dalam menjalankan gerak kerja kebajikan dan kemasyarakatan. 
LKK DMPM sentiasa membuka ruang dan mengalu-alukan niat murni para dermawan untuk terus menyumbang. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun: Dewan Muslimat PAS Pusat MAYBANK: 5640 2540 0711 
SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada Dr 'Uyun (019-357 7502), Puan Zurina (014-306 9141), Saudari Zuriati (019-204 9434) Saudari Oyeen (019-590 2381). - HARAKAHDAILY 9/11/2017 















Sumber HD - 9-11-2017 



Misi Ramadhan Food Package: Selamat berangkat dan kembali

MISI Ramadhan Food Package anjuran PAS Relief bakal berlepas pada 18-22 Jun 2017. Turut serta dalam misi Ramadhan ini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Puan Norhafiza Fadzil, Penolong Setiausaha 1 DMPM, bersama pasukan PAS Relief ke Arakan, Myanmar serta Ketua Misi Delegasi, Tuan Haji Sanusi Muhammad Nor. 
Jumlah sumbangan PAS yang terkumpul untuk dua negara iaitu Bangladesh dan Myanmar ialah sebanyak RM56,000. Sumbangan ini akan disalurkan bagi program seperti berikut: 
1. 'Shelter home' untuk 10 buah keluarga
2. 'Ramadhan food package untuk 1,040 buah keluarga
3. 5 telaga air bawah tanah 'tubewell'
4. Iftar untuk 3,000 orang 
"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepadaNya lah kamu kembali setelah dibangkitkan”. (Surah Al Mulk ayat 15) 
Saya beserta seluruh saf kepimpinan DMPM mengucapkan selamat  berangkat kepada Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Puan Norhafiza Fadzil serta PAS Relief ke Misi 
Ramadhan penghantaran sumbangan muslimat semasa Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia baru-baru ini di Kedah untuk dihantar ke buah negara tersebut. Kami sentiasa mendoakan agar Allah melindungi, merahmati dan mempermudahkan semua urusan pergi dan pulang ke tanah air. 
Sekalung penghargaan sekali lagi buat para penyumbang yang budiman dan dermawan untuk Misi Ramadhan ini. Dalam hadis sohih Riwayat Thabrani ada menyatakan ”Siapa yang berjalan menolong orang yang susah maka Allah akan menurunkan baginya tujuh puluh lima ribu malaikat yang selalu mendoakannya dan dia akan tetap berada dalam rahmat Allah selama dia menolong orang tersebut dan jika telah selesai melakukan pertolongan  tersebut, maka Allah akan tuliskan baginya pahala haji dan umrah. 
Semoga Allah gandakan pahala buat hamba-Nya yang sentiasa bersedekah untuk amal kebaikan. Sirru ala barakatillah! Salam juang! 
'Muslimat Memacu Kemenangan'
Dr Rosni Adam
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
misi
Sumber HD - 17-6-2017













Ramai Yang Tak Mampu, Berteduh Di Kaki Lima Bandaraya

KOTA KINABALU – Ramai rakyat yang tidak mampu meneruskan kehidupan, tidak mampu membeli makanan dan tidur dalam keadaan lapar, menjadikan kaki lima bandaraya ini sebagai tempat berteduh.

Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat Dr. Azman Ibrahim berkata, antara mereka ialah seorang tua yang datang dari Sandakan bersendirian, untuk temujanji berjumpa doktor di Hospital Queen Elizabeth.

Katanya, beliau lalu adalah antara ‘gelandangan’ yang terpaksa tidur di kaki lima kedai untuk menunggu hari siang.

“Saya dapati ramai gelandangan yang terus membuka bungkusan dan menikmati makanan yang dihulurkan dengan begitu berselera sekali,


“mungkin mereka tidur dalam keadaan lapar,” ujar beliau sayu.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Program Semarak Kasih Ramadhan anjuran Dewan Ulama PAS Negeri Sabah bersama PAS Kawasan Putatan di sini, pada dinihari Isnin, 5 Jun.

Katanya, aktiviti agihan 50 bungkusan juadah sahur kepada gelandangan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu bermula kira-kira jam 12.30 pagi dan berakhir dua jam kemudiannya.

Turut serta Bersama program itu ialah Naib Ketua Dewan Ulama PAS Sabah Ustaz Mat Razali Mat Lazin dan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Putatan, Ustaz Mohd Kamal Othman.

















Sehubungan itu, Dr. Azman yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu, mengucapkan syabas atas usaha PAS Sabah khususnya Dewan Ulama dan PAS Putatan kerana menganjurkan program yang begini baik dalam menyantuni golongan yang tidak bernasib baik.

“Semoga PAS Sabah meneruskan lagi aktiviti dakwah secara kaedah berkebajikan sebegini. Kita yakin bahawa jalan kebajikan akan mampu membuka ruang dakwah yang tertutup rapat,

“tiada siapa yang mampu menolak bila kita datang untuk berbuat kebajikan.” tambah Dr Azman dengan optimis.
















Sumber BO - 5-6-2017






‘Pemergian’ Dr Nurul Huda: Urus sindrom keletihan melampau

LAJNAH Kebajikan dan Kemasyrakatan PAS Pusat merakamkan rasa simpati dan kesedihan yang amat mendalam atas pemergian Dr Nurul Huda Ahmad. Meninggal dunia dalam kemalangan yang tragis ketika dalam perjalanan pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia ke Marang, Terengganu setelah menghabiskan tugas ‘oncall’ di hospital. Masyarakat dan negara kehilangan seorang bakal pakar kanak-kanak yang telah berada ditahun ketiga pengajian Sarjana Perubatan. Lebih memilukan bila memandang kepada tiga anak kecil berusia antara 2-8 tahun yang ditinggalkan ibu buat selama-lamanya. 
Cara terbaik untuk ‘membela’ pemergian Dr Nurul Huda ialah dengan mewujudkan satu Garis Panduan Amalan berkaitan ‘Hours of work’ (jumlah jam kerja), shift work and rostering hospital doctor (jadual dan giliran tugasan doktor di hospital) yang memberikan penyelesaian yang praktikal untuk menguruskan sindrom keletihan melampau akibat jam kerja yang lama serta meminimakan risiko yang mungkin berlaku akibat keletihan, antaranya kecelakaan jalan raya ketika memandu pulang selepas bertugas. Garis panduan ini perlu diguna pakai untuk semua samada Doktor Pakar, Pegawai Perubatan termasuk juga Pegawai Perubatan Siswazah. 
Ini penting bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja kesihatan terjamin.
Saya setuju jika semua Pegawai Perubatan dan Doktor Pakar yang selesai oncall (postcall) 24 jam, mendapat sehari cuti secara automatik atau paling kurang setengah hari off. 
Ada sesetengah hospital yang sedia memberikan postcall bekerja hingga jam 12 tengah hari tetapi peraturan ini tidak diseragamkan dan ianya bergantung kepada budi bicara Pengarah Hospital. 
Masalah sindrom keletihan selepas ‘postcall’ memang disedari semua personal bidang perubatan dan melibatkan semua sama ada Pakar, Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Siswazah. 
Kena ada perubahan dasar dan bukannya penyelesaian sementara. Untuk buat perubahan dasar, mereka yang berautoriti mesti mengemukakan satu garis penyelesaian dan polisi yang meyakinkan. 
Kita akui bahawa keperluan tugasan oncall bergantung kepada justifikasi, tenaga pekerja dan aktiviti harian serta mingguan sesebuah jabatan di hospital terbabit. Cabaran Pegawai Perubatan bukan hanya terhadap risiko sebegini tetapi memikul harapan tinggi rakyat kepada institusi perubatan dan kesihatan. 
Bagi seorang ibu dan isteri yang berkerjaya doktor seperti Almarhumah Dr Nurul Huda, adakalanya mereka korbankan kesihatan dan keselamatan diri semata-mata kerana keluarga. Hati ibu yang dah beberapa hari terpisah dengan anak-anak semestinya rasa kerinduan kepada anak-anak itu mengatasi segalanya sehingga mengambil risiko untuk memandu pulang juga walaupun badan keletihan. Saat yang paling berharga dan bahagia bagi seorang ibu dan isteri adalah berada bersama anak-anak dan keluarga tersayang. 
Semoga Allah merahmati dan mengampuni Almarhumah Dr Nurul Huda serta rakan sejawat yang telah pergi ketika menggalas tugas yang sangat mulia ini. 
Dr Azman Ibrahim
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat
12 Mei 2017
Sumber HD - 12-5-2017 











Tahniah kepada golongan OKU

PADA kesempatan ini pihak kami merakamkan sekalung tahniah buat warga OKU di negara ini berikutan perlantikan 10 ahli jawatankuasa bagi menduduki Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya bagi sesi 2017-2019 yang seharusnya memartabatkan lagi warga OKU di negara ini. 
Dalam pada itu, cukup kami berasa bangga dengan Anugerah Sukan Negara bagi 2016 yang dirangkul oleh atlet para, Abdul Latif Romly, sekaligus memenangi gelaran Olahragawan Kebangsaan. Sekalung tahniah kami ucapkan atas kemenangan yang diraih. 
Kedua-dua peristiwa di atas wajar diambil tahu oleh setiap ahli masyarakat terutamanya dari kalangan pimpinan bagi memastikan usaha negara meletakkan hak-hak warga OKU pada tahap yang lebih baik dan menyeluruh mampu kita capai. 
Biarpun kita telah punyai perundangan dan komitmen yang lebih baik dalam membangunkan warga OKU yang diunjurkan 4.5 juta di negara ini, ia masih berhadapan dengan pelbagai halangan terutamanya sikap masyarakat dan persekitaran. 
Menyedari hal inilah pihak kami seberapa daya akan terus memperkasa gerak kerja dalam isu-isu masyarakat, khususnya berkaitan dengan orang kurang upaya melalui pelbagai aktiviti dan program. 
Dengan kekuatan jentera seluruh negara, kami giat menjalankan program kesedaran berkaitan potensi dan keperluan OKU selain menyokong Gagasan OKU Muqarabun yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan NGO OKU. 
Adalah besar harapan kami agar sikap kecaknaan dan keprihatinan kepada potensi dan keperluan OKU ini disebarluas oleh penggerak-penggerak masyarakat terutama mereka dari kalangan pimpinan masyarakat. – HARAKAHDAILY 28/4/2017 
Dr Rosni Adam ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pusat, Parti Islam Se-Malaysia.
Sumber HD -28-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 













Resolusi Konvensyen Kebajikan PAS Pusat

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44256-resolusi-konvensyen-kebajikan-pas-pusat

Konvensyen Kebajikan 2017 yang bertemakan “Menterjemah Budaya Politik Matang Dan Sejahtera Dalam Negara Berkebajikan”, telah dilaksanakan pada hari Ahad, 15 Jumadil Awwal 1438H bersamaan 12 Februari 2017 di Selangor Darul Ehsan. Konvensyen ini merupakan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Muslimat PAS Pusat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Konvensyen Kebajikan 2017 merupakan salah satu platform bagi memperkasakan agenda kebajikan yang perlu dimainkan oleh semua organisasi kebajikan PAS semua peringkat untuk berbakti kepada rakyat Malaysia dan ummat Islam seluruhnya.

Justeru, 6 resolusi telah digariskan untuk menjadi panduan semua pihak seperti di bawah:

1. PAS hendaklah konsisten mengangkat konsep Negara Berkebajikan untuk ditampilkan kepada rakyat berlandaskan teras utama yang dipandu melalui Al-Quran Al-Kareem, Sunnah Nabawiah, Ijma’ dan Qiyas. Agenda ini hendaklah diperkenalkan dalam kerangka Budaya Politik Matang Dan Sejahtera.

2. Memperkasakan gerak kerja kebajikan yang menyeluruh tanpa mengira agama dan kaum tanpa bermusim melalui seluruh jentera kebajikan PAS di semua peringkat sebagai salah satu agenda dakwah PAS.

3. Merancakkan budaya pemupukan nilai infak dan kasih sayang dalam usaha membantu rakyat dengan membangunkan sumber dana kebajikan yang bersinergi, konsisten dan menyelaras agenda kebajikan di semua peringkat sama ada melalui organisasi kebajikan PAS dan juga NGO-NGO yang boleh bekerjasama dengan PAS.

4. Memperkenalkan Dokumen Hijau (Kebajikan) untuk diketengahkan kepada rakyat Malaysia tentang cadangan dan konsep agenda berkebajikan tawaran PAS.

5. Membentuk pasukan sukarelawan yang bersinergi antara semua pihak organisasi parti dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain dalam membantu di semua lapangan keperluan rakyat. Malahan agenda kebajikan menjadi tumpuan orang ramai untuk mendekati PAS dan bersama menganggotai aktiviti sukarelawan kebajikan.

6. Memperkasakan pembelaan anggota masyarakat ‘Orang Kelainan Upaya’ dengan menyertai kebersamaan dengan semua NGO-NGO yang mewakili kumpulan masyarakat ini.

Adalah menjadi harapan semua agar gagasan resolusi yang dihasilkan melalui keseluruhan agenda pembentangan dan perkongsian sepanjang Konvensyen Kebajikan 2017 menjadi sumber pemerkasaan agenda kebajikan yang lebih praktikal dalam mengembangkan pengaruh perjuangan PAS yang berteraskan Islam.

Disediakan oleh:
Sekretariat Konvensyen Kebajikan 2017
Auditorium MPAJ, Selangor Darul Ehsan
15 Jumadil Awwal 1438H bersamaan 12 Februari 2017

Sumber HD - 13-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Keprihatinan PAS kepada Harakah terus segar

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43816-keprihatinan-pas-kepada-harakah-terus-segar

KUALA LUMPUR: Pertemuan bersama tenaga penggerak akhbar rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Harakah dengan Dewan Muslimat PAS Malaysia membuktikan keprihatinan PAS kepada warga kerja Harakah masih segar dan ia menjadi satu penghargaan atas usaha tersebut.

Penyampaian sumbangan awal tahun dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat bersama Dewan Muslimat PAS Malaysia telah memberikan satu dorongan positif bahkan membumikan akhlak saling membantu demi kebaikan bersama di Pejabat Editorial Harakah.

Warga Harakah yang komited melaksanakan usaha menerbitkan paparan aktiviti PAS di seluruh negara merangkumi peringkat PAS negeri, kawasan dan cawangan berdasarkan keperluan semasa.

Akhbar Harakah yang diterbitkan sebanyak dua kali seminggu dihasilkan dengan kerjasama Sidang Editorial serta tenaga wartawan dengan paparan berita agar dapat dikeluarkan secara berkala mengikut edisi dan tarikh yang ditetapkan.

Di samping jualan dan edaran melalui cetakan Harakah juga turut menerbitkan dalam versi E-paper yang boleh diakses dengan langganan pakej Kad Istiqamah seiring dengan kemajuan terkini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam kepada wakil Harakah.

Turut hadir menyaksikan penyampaian AJK PAS Pusat, Ustaz Norazli Musa serta sebahagian daripada Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 6/1/2017

Sumber HD - 6-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















PAS Bukit Gantang teramai sertai SkimPAS

MARDHIAH HAYATI | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43248-pas-bukit-gantang-teramai-sertai-skimpas

IPOH: Seramai 111 pencarum mendaftarkan diri ke dalam Skim Kifaalah Ahli PAS (SkimPAS) semasa Program Taklimat & Pendaftaran SkimPAS anjuran bersama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bukit Gantang dan Unit SkimPAS, Lajnah Kebajikan PAS Pusat.

Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Yang-Dipertua dan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Zulkifli Ahmad dan Zainuddin Hamzah. Taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Unit SkimPAS, Wan Mustapha Wan Abdul Razak telah berjaya menarik minat para hadirin yang hadir mendengar.

Unit SkimPAS Lajnah Kebajikan PAS Pusat telah menjelajah seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk mempromosikan SkimPAS ini kepada semua ahli PAS termasuklah DHPP. Skim ini merupakan caruman mampu milik yang tidak mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkannya.

“PAS Kawasan Bukit Gantang telah mencatat penyertaan yang paling tinggi setakat ini,” kata Wan Mustapha ketika taklimat ini.

“Besarlah harapan saya agar negeri-negeri lain juga dapat mempromosikan SkimPAS ini ke bawah agar semua dapat merasai manfaatnya. – HARAKAHDAILY 17/11/2016

Sumber HD - 17-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gerakerja ‘Membumikan’ Kebajikan Sebagai Strategi Gerakan Islam

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

PAS hampir menjangkau umurnya 65 tahun di medan operasi siasah,dakwah dan tarbiah negara ini. Keberadaan PAS sangat dirasai oleh massa di tiga segmen ini malah inilah relevansi PAS sebagai pemain utama politik negara ini, malah menempa nama di persada antarangsa. Diakui lawan dan kawan, bahawa harakatul ummah ini mempunyai organisasi yang tersusun, manhaj perkaderan yang sistematik, tarbiah nizomi yang berpakej lengkap daripada pra sekolah sehinggalah peringkat pengajian tinggi. Petugas PAS dengan sejuta keahlian adalah aset PAS yang paling berharga, mereka berdisiplin serta sanggup berkorban bagi mencapai aspirasi perjuangan Islam.

Pemukiman Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat yang diadakan di Impian Rimba Resort Selangor hujung minggu ini adalah untuk mengarusperdanakan gerakerja kebajikan dalam harakatul ummah ini. Biar PAS diingati dalam minda sedar rakyat bahawa PAS ialah kelompok manusia yang sentiasa muncul disaat kepayahan dan kejerihan. Biar seluruh sektor masyarakat meletakkan PAS dalam jenama kebajikan yang sangat piawai.

Lujnah kebajikan memikul tangggungjawab yang besar akibat kehidupan rakyat semakin dijerut dengan kepayahan, penggangguran yang melata, krisis ekonomi serta inflasi yang semakin mencanak. Rakyat menilai parti politik melalui gerakerja kebajikan dan tawaran kebajikan yang ditawarkan oleh sesebuah entiti politik. Begitu juga gerakan Islam antarabangsa yang menonjol dalam gerakerja kebajikan dan kemasyarakatan. Jamiat Islami contohnya, mempunyai pelbagai jaringan sivil untuk menebarkan kepedulian dan gerakerja kebajikan, antaranya PIMA, Pasban, Masjid mision dan lain-lain lagi.

Di antara skop kerja lujnah antaranya adalah melonjakkan parti dalam isu berkaitan, berkerjasama dengan pihak-pihak lain seperti Agensi Kerajaan, NGO dan tokoh dalam skop portfolio. Seterusnya, mewujudkan Majlis Perundingan mahupun Penasihat dalam skop masing-masing dalam kalangan tokoh bebas bersama kepakaran dalaman. Kemudian, berusaha membangunkan tenaga kepakaran serta pangkalan data berkaitan, dan menyediakan laporan berkala dan laporan khas apabila perlu.
Lajnah juga perlu membina visi, merancang, melaksana, memantau dan mengambil tindakan, di samping turut memahami struktur organisasi, Jentera Kementerian, dan Akta Peraturan berkaitan, dan menangani isu semasa yang timbul berkaitan kementerian atau portfolio berkenaan. Selain itu, lajnah perlu mengenalpasti kelemahan, menyediakan ruang penambah baikan, dan cadangan penyelesaian Islam bagi portfolio berkenaan. Seterusnya, mengenal pasti prinsip, dan hukum hakam Islam dalam isu berkaitan portfolio berkenaan.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan yang dipimpin oleh Dr Rosni Adam telah berjaya mengadakan pelbagai program turun bersama masyarakat. Antaranya seperti program Korban Perdana di Sarawak, mengadakan bantuan kepada fakir miskin termasuk turun ke kawasan-kawasan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur, membantu penoreh getah yang kesusahan di Kedah dan Perak, juga terlibat dalam bantuan banjir, membantu mangsa kebakaran, menyalurkan pelbagai bantuan tanpa mengira masa. Antara tenaga-tenaga penting dalam lujnah ini antaranya Haji Abu Bakar, Cikgu Yusuf Abdul Hamid, Wan Mustapha Wan Abd Razak, Mr Bala, Ustaz Norazli Musa, Saudara Faizal Yusuf, juga turut dibantu oleh tenaga-tenaga muda seperti Ustaz Meor, Mardhiah Hayati dan juga para amilin Lujnah Kebajikan dari pelbagai lapisan peringkat dan dari pelbagai latar belakang pendidikan.

Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan pada sesi ini mempunyai engagement dengan NGO-NGO yang beraspirasikan kebajikan, termasuklah membantu misi-misi kemanusiaan di luar negara.

Antaranya misi-misi bantuan pelarian Rohingya, Syria dan Palestin. Lujnah Kebajikan juga telah mewujudkan Pusat Aduan Sosial yang terletak di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut. Pusat Aduan Sosial ini menjadi medan aduan juga menjalankan sesi kaunseling bagi masyarakat yang memerlukan khidmat tersebut. PAS telah menempa nama apabila Lujnah Kebajikan berjaya menjadi benteng hadapan dalam memperkenalkan PAS sebagai sebuah gerakan yang cakna masyarakat.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan pada sesi ini juga telah mengambil inisiatif untuk turun ke peringkat negeri mengadakan taklimat, termasuk memberikan fokus kepada khidmat kebajikan dan kemasyarakatan di bumi Borneo, Sabah dan Sarawak. Lajnah ini mengalu-alukan respon dari seluruh ahli jamaah untuk menyalurkan maklumat tentang kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat. Di samping membuka peluang kepada rakyat negara ini, khususnya ahli PAS untuk berbakti dengan menyalurkan sumbangan berbentuk wakaf atau infaq mereka kepada lujnah, dan seterusnya akan disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.

(Penulis adalah Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat)

Sumber BO - 6-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















Pecutan akhir Ramadan, ayuh infak buat Tautan Rahmat

WAN NORDIN WAN YAACOB | .






















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41751-pecutan-akhir-ramadan-ayuh-infak-buat-tautan-rahmat


RAMADAN hanya beberapa hari sahaja lagi mahu meninggalkan kita. Ramai yang sudah berkira-kira mahu pulang ke kampung dan telah adapun yang mula bergerak menuju ke desa, bertemu ibu dan ayah, sanak saudara.

Dalam kemeriahan kita menanti Syawal, ramai lagi di luar sana yang masih meniti laluan sukar dalam hidup mereka apatah lagi yang terus dirundung malang akibat tekanan ekonomi mahupun yang duduk di kawasan pedalaman, melalui kehidupan serba dhaif.

Ada dalam kalangan mereka yang hanya mampu meneguk air sejuk dari perigi, dan sesekali sahaja menjamah nasi dengan berlaukkan garam. Di pedalaman Sabah, Sarawak, di kawasan hulu di Semenanjung ada sahaja mereka yang hidup berteduhkan 'langit' berlapikkan 'tanah' kerana kedhaifan hidup mereka.

Apatah lagi bantuan dari sumber kerajaan amat sukar diperoleh tatkala kerenah birokrasi mendominasi setiap permohonan mendapatkan bantuan. Ada dalam kalangan fakir dan miskin ini yang akhirnya didekati ‘missionary’ bukan Islam yang mahu memurtadkan mereka dengan mengumpan wang sara hidup.

Akhirnya mereka lumpuh 'akidah' tergadai sebuah kehidupan. Bertitik tolak dari kesedaran itu, Pertubuhan Tautan Rahmat Malaysia dalam beberapa misinya sejak ditubuhan tiga tahun lalu mendekati golongan ini dan mahu terus menjaga kebajikan mereka dan lebih utama memastikan mereka tidak mudah untuk menukar agama kerana kedhaifan.

Beberapa misi di Semenanjung dan Sabah Sarawak telah diadakan bagi menjayakan program kebajikan untuk mereka, kata Presiden NGO Tautan Rahmat Malaysia, Ustaz Mohammad Ibrahim kepada Harakah hari ini.

"Saya memohon dan merayu kepada semua pihak yang mahu bersama menjayakan misi kebajikan untuk golongan ini dapatlah sedikit menginfakkan bantuan melalui NGO Tautan Rahmat khususnya dalam Ramadan yang masih berbaki empat hari sahaja lagi.

"Moga pecutan akhir Ramadan ini membawa rahmat kepada kita semua," kata Ustaz Mohammad Ibrahim lagi.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Pertubuhan Tautan Rahmat di no akaun Maybank (562188310780) .

Moga setiap sumbangan diganjari pahala.

"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin dari kami Warga Tautan Rahmat," kata Ustaz Mohammad Ibrahim. – HARAKAHDAILY 2/7/2016

Sumber HD - 2-7-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















KAFA OKU: Lajnah Kebajikan ucap tahniah PAS Tawau

HARAKAHDAILY | .


SAYA ucapkan terima kasih atas perbahasan perwakilan-perwakilan yang menyebut secara khusus berkaitan hal-ehwal kebajikan dan kemasyarakatan, secara langsung atau pun tidak langsung.

Syukur ke hadrat Allah, para perwakilan terus cakna kepada isu-isu kebajikan dan kemasyarakatan. Justeru, kecaknaan kita kepada isu-isu kebajikan dan kemasyarakatan perlu dijelmakan kepada perlaksanaan. Ini sesuai dengan tema, “Inilah penyelesaian kita”.

Negara berkebajikan,

Sepertimana disentuh oleh perwakilan Selangor, ingin sekali lagi ditegaskan bahawa kita akan meneruskan agenda Negara berkebajikan dalam membudayakan politik dengan pendekatan matang bagi kesejahteraan rakyat.

Secara tradisi, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS (LKKP) akan terus memperkasa usaha-usaha membantu rakat yang memerlukan dalam kemampuan lajnah dan keterbatasan. Saya mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada perwakilan Kedah yang telahpun memaklumkan kepada kita berkaitan program “sekampit beras dan sekilo gula”.

Sesuai dengan amalan berkebajikan dalam Islam yang cukup luas dan bersepadu, LKKP pada waktu ini menekankan amalan berkebajikan ini disandarkan kepada prinsip-prinsip kecaknaan, dan prihatin sebagaimana kehendak syara’ dan ditunjukkan oleh baginda Rasul Allah SAW.

Selain meneruskan amalan-amalan tradisi lajnah, pada waktu ini kita juga memberi perhatian kepada dasar-dasar pemerintah yang berkait rapat dan langsung kepada kebajikan dan pembentukan Masyarakat yang lestari.

Apa yang dikhabarkan oleh perwakilan Pulau Pinang umpamanya, keberadaan PAS amatlah signifikan bagi memastikan apa jua dasar pembangunan haruslah mengambilkira kepentingan dan keperluan rakyat.

Justeru, pihak LKKP di peringkat pusat amat member perhatian kepada dasar-dasar dan pendekatan semasa yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah. Ini bersesuaian dengan kesediaan kita untuk mengambil alih pemerintahan bila dipertanggungjawabkan Allah SWT kelak.

Pembangunan lestari yang mementingkan keperluan dan kebajikan rakyat ini telah mula disedari oleh pelbagai pihak termasuk di peringkat antarabangsa.

Ini dapat dilihat bagaimana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB melalui United Development Programme “UNDP” memperkenalkan amalan Sastainable Development Goals “SDG” mutakhir ini.

Beruntung kita bila Allah SWT menganugerahkan kita hidayah dengan Islam, yang mana pembangunan lestari ini telahpun diberi penekanan dalam al-Quran dan Sunnah di pelbagai sudut.

Saya juga mengalu-alukan apa yang dikemukakan oleh perwakilan Sabah. Benar, kebajikan dalam Islam yang luas itu perlu kita terjemahkan untuk dirasai rakyat betapa Islam itu rahmat.

Dalam kesempatan ini, wajar kita merakamkan ucapan tahniah kepada PAS Tawau yang begitu terkehadapan dalam memperkasa kebajikan rakyat terutamanya program-program cakna rakyat dan pembangunan OKU.

Cukup istimewa bila PAS Tawau ini melaksanakan kelas KAFA OKU dan mengaktifkan pengajian Quran Braille untuk OKU penglihatan.

Melalui pendekatan cakna dan prihatin yang sedang digerakkan di peringkat pusat, kami berharap negeri-negeri termasuklah Sabah boleh membawa apa yang kita rancangkan di peringkat pusat ke negeri-negeri.

Penubuhan Sekretariat Prihatin OKU Malaysia sebagaimana disebut dalam ucapan dasar TG Presiden, Skuad Prihatin, Pusat Aduan Sosial, Skim Kifalah Ali PAS (baru kita lancarkan secara rasmi semalam), dan program-program lain, wajar diperturunkan ke negeri-negeri untuk kepentingan dan keperluan rakyat yang pelbagai latar belakang.

Saya juga berterima kasih kepada perwakilan muslimat yang mengemukakan penubuhan lajnah pembangunan keluarga. Untuk makluman muktamirin sekalian, pada waktu ini pihak LKKP pusat telahpun memperkenal skop kekeluargaan ini dan cadangan DMPP ini boleh kita oleh untuk membentuk satu task force yang lebih menyeluruh.

Dalam mempengaruhi perlaksanaan dasar-dasar kerajaan agar diasaskan kepada Islam dan kepentingan rakyat, lajnah juga menyarakankan agar negeri-negeri juga terlibat dengan pelbagai dialog dan wacana yang dianjurkan oleh pemerintah.

Terbaru dan terkini, kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri sedang mengadakan pengutan suara umum berkaitan perlaksanaan Pelan Tindakan Hak Asasi Kebangsaan atau National Human Right Action Plan “NHRAP”.

Melalui NHRAP ini, ada perkara-perkara yang wajar kita beri perhatian termasuklah hal-ehwal OKU, isu orang asal, dan isu Sabah dan Sarawak (penting isu yang diberikan oleh perwakilan Sarawak semalam). Dengan kesuntukan masa yang ada, bolehlah kita perhalusi lebih terperinci di peringkat negeri pada masa-masa mendatang.

Pihak lajnah di peringkat pusat akan sedaya mampu berkerjasama rapat dengan negeri-negeri demi kepentingan rakyat dan pembinaan Masyarakat yang akan merasai Rahmatnya Islam.

DR ROSNI ADAM
Pengerusi
Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Parti Islam Se-Malaysia – HARAKAHDAILY 4/6/2016

Sumber HD - 4-6-2016























Jelajah Sabah, ‘beliau’ harap PAS berjaya di Sarawak

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .


SELESAI lima negeri, Sabah adalah negeri ketujuh jelajah Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Parti Islam Se-Malaysia LKKP Pusat dalam sesi 2015-2017. Selain merapatkan tali ukhuwah antara penggerak-penggerak LKKP di seluruh Negara, tujuan utama jelajah LKKP ini ialah menerangkan hal-ehwal terkini perjalanan lajnah.

Berkebajikan yang dinyatakan di dalam Islam perlu difahami sejelasnya agar gerak kerja dalam membudayakan politik matang dan sejahtera berjalan lancar. Nilai kebajikan yang lebih dari sekadar memberi perlu disebar luas agar Islam sebagai rahmat untuk semua lebih dapat diserlahkan.

Perjalanan jelajah kami bermula pada petang sabtu 30 April sebaik tibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Program pertama jelajah dimulakan dengan program jalinan ukhuwah antara pasukan LKKP Pusat yang diketuai oleh Dr. Rosni Adam bersama penggerak-penggerak PAS Sabah pada sebelah malam.

Kehadiran pengerusi LKKP Pusat yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat amatlah memberi makna kepada penggerak-penggerak PAS Sabah dalam himpunan persaudaraan yang diadakan di Pasti al-Falah, Keningau malam itu. Pertemuan santai itu cukup menjadi pembakar semangat buat penggerak LKKP Sabah untuk persediaan retreat sehari LKKP Sabah keesokan harinya.

Retreat LKKP Sabah yang diadakan di Taman Banjaran Crocker kami mulakan pada jam 9:30 pagi Ahad yang berlarutan hingga ke jam 4:00 petang. Retreat LKKP Sabah bersama LKKP Pusat kali kedua ini lebih kepada memperkemas gerak kerja LKKP dalam membantu parti memacu agenda negara berkebajikan.

Selesai retreat  yang diadakan sebelah siang, program turun padang diteruskan pada sebelah malam. selesai saja solat Isyak, kami terus ke Hospital Besar Keningau untuk program agihan makanan.

Program yang turut disertai oleh pengerusi LKKP Pusat dan Sabah ini bertujuan mendekatkan PAS kepada masyarakat. Tidak kurang 100 bungkusan makanan diedarkan kepada mereka yang perlu menunggu insan tersayang yang dirawat di situ.

Di celah-celah agihan itulah kami bertemu seorang pelawat yang cukup membuat kami rasa bersyukur dan teruja. Nyatanya PAS bukan asing buat Ansibuk Kasau (memakai topi dalam gambar) dari kampong Tigasa, Keningau.

Beliau menyebut kepada kami perihal Sarawak yang sedang melalui musim pilihan raya negeri waktu ini. “Saya harap PAS Berjaya”, begitulah ungkapan dari Ansibuk yang cukup mengharukan kami. Kepincangan yang berlaku di segenap ruang kini perlu diperbaiki, demikian harapan yang diberikan beliau kepada PAS.

Pada hari isnin keesokan harinya, program ziarah prihatin kami teruskan sekitar Keningau. Bermula dengan melawat keluarga yang mempunyai tiga anak OKU yang baru saja kematian bapa, program sebegini cukup memberi ruang praktikal untuk saya memberi faham cabaran keluarga OKU kepada penggerak-penggerak LKKP yang turut serta.

Program di Taman Muhibbah itu kami akhiri menziarahi seorang pesara Cawangan Khas yang kini menghidap penyakit saraf.

Selesai program ziarah prihatin di situ, kami bergerak di perkampungan pinggiran Keningau. Bertemu penduduk di Kampung Bandukan Baru begitu membuatkan kami merasai betapa bernilainya sebuah persaudaraan di dalam Islam.

Penghargaan berupa ucapan terima kasih dari Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung JKK, beliau (pak cik dalam bahasa tempatan) Satin Sawal cukup mengharukan. Menurut beliau Satin, kunjungan kami yang tidak dibuat oleh pihak lain tersebut begitu bermakna buat penduduk di situ. Meluahkan rasa hibanya, beliau Satin amat kesal dengan sikap pihak berkuasa yang tidak begitu mengendahkan kemiskinan penduduk di situ.

“Ada yang layak terima bantuan, sampai sekarang tak dapat-dapat. Program di surau kami usaha sendiri agar penduduk di sini tidak sunyi dari ilmu agama,” rintih beliau Satin kepada kami.

Mengakhiri jelajah LKKP di Sabah, sempat kami menjejakkan kaki di pejabat baru PAS kawsan Keningau. Sebelum meninggalkan Keningau untuk bertolak ke Kota Kinabalu, kami disajikan dengan santapan ukhuwah di rumah salah seorang penggerak PAS di Keningau.

Memulakan permusafiran pulang kami, sempat Dr. Rosni Adam ahli jawatankuasa PAS Pusat menyampaikan amanat akhir sempena jelajah kami buat peniup semangat kami dan seluruh penggerak parti di Keningau dalam mendaulatkan Islam di bumi Sabah.

Terpapar jelas, Sabah adalah bumi subur untuk ditaburi benih Islam agar tumbuh di situ pepohon kerahmatan buat seluruh umat. Tepat jam 11.00 malam, kami berlepas pulang meninggalkan benih dan baja kebajikan untuk ditaburi oleh sekalian penggerak-pengerak yang senantiasa cintakan jihad. – HARAKAHDAILY 4/5/2016

Sumber HD - 4-5-2016
























Tabung Murobittun untuk kebajikan ahli PAS

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS menyeru ahlinya untuk menyertai Skim Kifalah PAS (Skimpas) sebagai persediaan awal bagi menghadapi saat-saat sukar yang diluar pengetahuan.

Ketuanya Dr Rosni Adam berkata, Skimpas ini dirangka sebagai usaha pihak parti melalui lajnah ini bagi membantu setiap pendokong dan ahli parti yang selama ini sentiasa istiqamah di dalam perjuangan Islam.

"Tujuan Skimpas ini untuk ahli dan warisnya. Kita sasarkan untuk enam bulan pertama seramai 10,000 ahli PAS dari seluruh negara.

"Kita telah menjalankan jelajah Kebajikan di seluruh negara untuk menggalakkan ahli kita menyertai skim ini. Paling tidak jika ada berlaku kecelakaan kita ada sesuatu untuk disumbangkan kepada ahli dan waris," katanya ketika ditemui.

Skimpas telah dirangka untuk disertai mereka yang berumur antara 18 tahun ke 59 tahun tanpa mengambil kira status kesihatan.

"Setiap waris akan mendapat RM3,500 sekiranya berlaku kematian biasa, manakala RM10,000 untuk kematian akibat kemalangan dan elaun hospital juga kerana kemalangan. Kita memang galakkan kepada ahli seperti Unit Amal dan ARC," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan sekolah kepada kakitangan Harakah di Galeri My Harakah Bazaar hari ini.

Menurut beliau bantuan ini merupakan sumbangan daripada Tabung Murobittun khusus kepada petugas parti.

"Di dalam tabung ini kita berhasrat untuk mempelbagaikan sumbangan seperti sagu hati, kecemerlangan anak-anak, jasamu dikenang, dan memberi skim kemahiran kepada ahli PAS di setiap peringkat," katanya.

Beliau turut mensasarkan dana sebanyak RM500,000 untuk enam bulan pertama dan sebagai  permulaan bagi tahun ini sumbangan bantuan persekolahan disalurkan untuk kakitangan Harakah dan Kakitangan Pejabat Agung PAS. – HARAKAHDAILY 20/1/2016

Sumber HD - 20-1-2016

























Terpaksa tahan lapar, kerajaan wajar bertindak

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat melahirkan rasa bimbang dan kesal  terhadap paparan demi paparan di pelbagai media berkaitan pelajar institusi pengajian tinggi yang terpaksa menahan lapar akibat dari kekangan kewangan.

Menurut Pengerusinya Dr Rosni Adam,  apa yang berlaku adalah jelas merupakan suatu bukti kegagalan pihak kerajaan yang diterajui Umno BN mengurus agihan kekayaan negara yang tidak serata.

"Amat mendukacitakan dalam keadaan negara dikurniakan pelbagai sumber kekayaan bumi, ditokok lagi dengan kerakusan kerajaan mengutip cukai barangan dan perkhidmatan yang lebih dikenali sebagai “GST”, kita terus dihamparkan kisah duka anak-anak pelajar di institusi pengajian tinggi," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang menggesa agar langkah segera jangka pendek dan jangka panjang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pihak-pihak berkaitan.

Sebagai tindakan awal, jelasnya, satu tindakan segera mesti diambil untuk memastikan kelangsungan pelajar-pelajar terbabit dalam menamatkan pengajian dengan sempurna.

"Dana awam termasuk dari baitul mal dan pusat pungutan zakat mesti dimanfaatkan agar kejadian sama tidak berulang," katanya.

Justeru, perancangan khusus oleh pihak kerajaan dan institusi pengajian tinggi haruslah diadakan bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang.

"Kebajikan pelajar haruslah menjadi keutamaan pihak pentadbir institusi pengajian tinggi pada masa hadapan dan tidak hanya menumpukan prestej universiti semata-mata," tegas beliau.

Kekangan kewangan ekoran pelbagai kenaikan harga barang yang sedang dihadapi oleh rakyat negara ini termasuklah pelajar di pusat pengajian tinggi yang terpaksa menahan lapar telah menjadi viral di media sosial hari ini. – HARAKAHDAILY 11/1/2016

Sumber HD - 11-1-2016


























Kelengkapan pelajar mahal, naikkan bantuan sekolah

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Pemberian 'one off' sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah sejak diperkenalkan pada tahun 2013 perlu dinaikkan memandangkan kos kelengkapan pelajar sekolah semakin mahal saban tahun.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Rosni Adam berkata, pada tahun ini pelbagai kenaikan barang berlaku termasuklah pakaian sekolah dan kelengkapan persekolahan apatah lagi selepas kerajaan memperkenalkan GST pada tahun lepas.

"Bantuan 'one off' tidak bertambah dari tahun lepas lagi, sedangkan kenaikan kos saban tahun bertambah. Keadaan ini tidak selari dengan kenaikan barang-barang sekolah. Untuk buku latihan dan alat tulis pun hampir mencecah ratusan ringgit," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu katanya, banyak lagi kos-kos lain yang perlu ditanggung oleh ibu bapa termasuk yuran PIBG antara RM50 ke RM70 setahun serta yuran kokurikulum.

"Ini belum termasuk lagi dengan bayaran tuisyen untuk anak-anak, begitu juga dengan buku-buku teks dan rujukan. Ibu bapa boleh dikatakan terkesan dengan kenaikan kos pada tahun ini, paling kurang mereka terpaksa membelanjakan lebih RM500 setiap anak," katanya.

Rosni turut menyifatkan tahun 2016 yang baru menjengah merupakan tahun yang suram bagi rakyat negara ini dengan pelbagai bebanan terpaksa digalas ekoran kenaikan harga barang yang sangat melampau.

"Keadaan ini cukup terkesan khususnya buat ibu bapa yang mempunyai anak ramai apatah lagi masing-masing masih bersekolah," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, nilai bantuan ini semakin terhakis apabila tahun ini kerajaan menetapkan bantuan anak sekolah akan diberikan kepada ibu bapa berpendapatan RM3000 dan ke bawah, tidak seperti sebelum ini.

Justeru katanya, bagi menangani masalah ini kerajaan digesa mengambil langkah yang holistik dengan mencari punca masalah yang sebenarnya bukan sekadar mengambil hati rakyat dengan memberi pelbagai bantuan akhirnya tidak berjaya mengurangkan beban rakyat. - HARAKAHDAILY 9/1/2015

Sumber HD - 9-1-2016



















Caj parkir di hospital undang kemarahan rakyat

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Akhirnya kerajaan menyedari permasalahan tempat letak kereta di hospital semakin meruncing sehingga kerajaan bertindak mahu mengenakan caj tempat letak kereta.

Bagaimanapun tindakan kerajaan mengenakan caj tempat letak kereta mengudang kemarahan rakyat khasnya mereka yang berpendapatan rendah.

Menurut Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat melahirkan rasa kecewa apabila kerajaan seolah-olah tidak ada jalan penyelesaian bagi menangani masalah tempat letak kereta melainkan dengan mengorek wang saku rakyat.

Pengerusinya Dr Rosni Adam menyifatkan pengumuman Kementerian Kesihatan itu menampakkan kerajaan sudah ketandusan idea dan gagal untuk melihat lebih jauh akan isu yang mendasar.

"Kesesakan tempat letak kereta kenderaan hanyalah petanda kepada masalah yang lebih kronik. Ia adalah manifestasi kelemahan perancangan bandar yang rakus merobek setiap inci ibu kota serta natijah pendekatan populis terhadap hala tuju sistem kesihatan negara.

"Walhal, hakikatnya adalah masalah ini perlu ditangani dengan berhemah melalui pendekatan yang bersepadu oleh semua pihak terutamanya kerajaan dan termasuklah rakyat sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Beberapa langkah boleh dipraktikan bagi menangani masalah itu antaranya, mewujudkan bentuk komunikasi berkesan di antara perkhidmatan perubatan hospital dan perkhidmatan kesihatan komuniti iaitu klinik desa, klinik kesihatan, klinik 1 Malaysia serta klinik swasta, ia selaras dengan kementerian yang mahu memperkasakan konsep doktor keluarga.

"Seandainya pesakit dimasukkan ke hospital, rawatan seterusnya akan dipanjangkan secara khusus kepada doktor peribadi tersebut di komuniti.

Kerajaan perlu mewujudkan sistem yang membolehkan doktor di hospital dan di komuniti saling berganding bahu bagi memastikan rawatan perubatan dapat diberikan dengan berkesan, berterusan dan sesuai dengan keadaan sosioekonomi pesakit tersebut.

"Dengan itu, walaupun pesakit tidak hadir secara fizikal, namun rawatan yang diberikan di komuniti adalah optimum persis rawatan pakar di hospital," katanya.

Kedua, tambahnya, setelah memastikan pesakit diberi temujanji sewajarnya mengikut keperluan masing-masing sama ada di hospital atau di komuniti, maka temujanji tersebut perlulah diberi secara berperingkat bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan melicinkan perjalanan klinik.

Jelas beliau rakyat Malaysia sudah biasa dengan fenomena temujanji pukul 9 pagi, namun sesi berjumpa doktor pula jam 12 tengah hari dan pukul 4 petang baru selesai ambil ubat.

"Pendapatan bulanan perlu dikira siap-siap untuk tambang perjalanan ke hospital semata-mata. Ini harus diubah.

Kerajaan perlu memastikan sistem temujanji berperingkat ataupun ‘staggered appointment’ benar-benar dilaksanakan di semua klinik dan hospital kerana temujanji kepada pesakit adalah satu komitmen kepada kesihatan dan kualiti hidup mereka.

"Setiap temujanji perlu diberikan dengan penuh kebertanggungjawaban dan kesediaan untuk menyediakan sesi rawatan yang berkualiti. Temujanji yang berkesan serta rancangan rawatan yang jelas dan berkesinambungan mampu untuk mengurangkan lawatan pesakit ke hospital, sama ada untuk temujanji ataupun kerana kecemasan," ujar beliau.

Ketiga tegasnya, meskipun masalah letak kereta adalah dilema sejagat namun negara maju mengambil pendekatan yang kreatif bagi memastikan keselesaan kakitangan dan rakyatnya.

Di United Kingdom (UK) contohnya, National Health Services (NHS) membuat kajian rapi terhadap pola dan corak perjalanan kakitangan dan pesakit ke hospital.

"Maklumat tersebut digunakan bagi mereka bentuk rancangan perjalanan (travel plan) yang berupaya mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping menjamin kehijauan alam sekitar serta menggalakkan budaya hidup sihat.

"Ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan UK terhadap pembangunan lestari.

Intipati kepada usaha tersebut adalah bermaksud untuk memaksimumkan perkongsian kenderaan, menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam, laluan khas dan selamat untuk pejalan kaki atau berbasikal, menggunakan persidangan maya bagi tujuan mesyuarat serta mewujudkan kerjasama di kalangan masyarakat dan kumpulan sokongan pesakit sebagai penyelesaian bersama kepada masalah kesesakan di lokaliti masing-masing," katanya.

Kesemua ini katanya, menuntut keinginan dan kesungguhan daripada pihak pentadbir, kakitangan hospital, pesakit dan pelawat, namun ia tidaklah mustahil selagi mana semua pihak jelas akan matlamat yang lebih besar demi kebaikan semua.

"Sebagai permulaan contohnya pastikan semua bas dan tren mempunyai kemudahan untuk pesakit berkerusi roda," katanya. 
 
Keempat, tambahnya, adalah dicadangkan agar kadar bayaran yang bakal dikenakan perlulah mengikut kesesuaiannya.

"Contohnya bagi kes kecemasan percuma, temujanji pesakit luar dikenakan separuh harga manakala pelawat dikenakan bayaran penuh. Juga, faktor sosioekonomi pesakit perlulah diambil kira.

 "Apapun, kajian yang lebih menyeluruh adalah amat penting bagi mengenal pasti kaedah penyelesaian yang terbaik. Masalah parkir bukanlah remeh. Ia adalah pengukur ketelusan dan komitmen kerajaan dalam menangani masalah seharian yang dialami oleh rakyat," ujarnya.

Justeru, tegas Dr Rosni, peningkatan tambang perkhidmatan awam yang mengundang sengsara kepada rakyat haruslah membawa kepada perkhidmatan yang lebih cekap dan berintegriti.

"Janganlah hanya kerana ingin menyelamatkan periuk nasi kroni, rakyat tidak mampu lagi untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan," tegas beliau. – HARAKAHDAILY 4/12/2015

Sumber HD - 4-12-2015

Tangani masalah parking di hospital dengan berhemah dan bersepadu

Tangani masalah parking di hospital dengan berhemah dan bersepadu
Oleh : Dr Rosni Adam
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS

Akhirnya kerajaan mula menyedari permasalahan tempat letak kenderaan di hospital yang semakin meruncing. Namun alangkah malangnya nasib bumi bertuah ini, penyelesaian oleh kerajaan nampaknya datang dari wang saku rakyat juga.

Pengumuman oleh Timbalan Menteri Kesihatan sekali lagi menampakkan kerajaan hari ini ketandusan idea dan gagal untuk melihat lebih jauh akan isu yang mendasar. Kesesakan tempat letak kereta kenderaan hanyalah petanda kepada masalah yang lebih kronik. Ia adalah manifestasi kelemahan perancangan bandar yang rakus merobek setiap inci ibu kota serta natijah pendekatan populis terhadap hala tuju sistem kesihatan negara. Walhal, hakikatnya adalah masalah ini perlu ditangani dengan berhemah melalui pendekatan yang bersepadu oleh semua pihak; terutamanya kerajaan dan termasuklah rakyat sendiri.   

Oleh itu, berikut adalah langkah-langkah yang dicadangkan kepada kerajaan agar diberi perhatian segera moga-moga tidak terlalu gopoh memeras keringat rakyat atas kealpaan selama ini.

Pertamanya perlu disedari bahawa tidak semua pesakit memerlukan rawatan di hospital. Dengan wujudnya klinik desa, klinik kesihatan, klinik 1 Malaysia serta klinik swasta di setiap pelosok kota dan pekan, maka perlu wujud satu bentuk komunikasi yang berkesan dan kepercayaan yang utuh di antara perkhidmatan perubatan di hospital dan perkhidmatan kesihatan di komuniti. Ini selaras dengan janji Kementerian Kesihatan sebelum ini yang mahu memperkasa konsep ‘Doktor Keluarga’ di mana setiap individu atau keluarga mempunyai seorang doktor peribadi. Seandainya pesakit dimasukkan ke hospital, rawatan seterusnya akan dipanjangkan secara khusus kepada doktor peribadi tersebut di komuniti.

Kerajaan perlu mewujudkan sistem yang membolehkan doktor di hospital dan di komuniti saling berganding bahu bagi memastikan rawatan perubatan dapat diberikan dengan berkesan, berterusan dan sesuai dengan keadaan sosioekonomi pesakit tersebut. Dengan itu, walaupun pesakit tidak hadir secara fizikal, namun rawatan yang diberikan di komuniti adalah optimum persis rawatan pakar di hospital.

Kedua, setelah dipastikan pesakit diberi temujanji sewajarnya mengikut keperluan masing-masing sama ada di hospital atau di komuniti, maka temujanji tersebut perlulah diberi secara berperingkat bagi mengurangkan kesesakan lalulintas dan melicinkan perjalanan klinik. Rakyat Malaysia sudah alah bisa tegal biasa dengan fenomena temujanji pukul 9 pagi, namun pukul 12 baru jumpa doktor dan pukul 4 baru selesai ambil ubat. Cuti rehat tahunan yang sepatutnya dimanfaatkan untuk masa berkualiti bersama keluarga habis begitu sahaja. Pendapatan bulanan perlu dikira siap-siap untuk tambang perjalanan ke hospital semata-mata. Ini harus diubah.

Kerajaan perlu memastikan sistem temujanji berperingkat ataupun ‘staggered appointment’ benar-benar dilaksanakan di semua klinik dan hospital kerana temujanji kepada pesakit adalah satu komitmen kepada kesihatan dan kualiti hidup mereka. Setiap temujanji perlu diberikan dengan penuh kebertanggungjawaban dan kesediaan untuk menyediakan sesi rawatan yang berkualiti. Temujanji yang berkesan serta rancangan rawatan yang jelas dan berkesinambungan mampu untuk mengurangkan lawatan pesakit ke hospital, sama ada untuk temujanji ataupun kerana kecemasan.

Ketiga, meskipun masalah letak kereta adalah dilema sejagat namun negara maju mengambil pendekatan yang kreatif bagi memastikan keselesaan kakitangan dan rakyatnya. Di United Kingdom (UK) contohnya, National Health Services (NHS) membuat kajian rapi terhadap pola dan corak perjalanan kakitangan dan pesakit ke hospital. Maklumat tersebut digunakan bagi merekabentuk rancangan perjalanan (travel plan) yang berupaya mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping menjamin kehijauan alam sekitar serta menggalakkan budaya hidup sihat. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan UK terhadap pembangunan lestari.

Intipati kepada usaha tersebut adalah bermaksud untuk memaksimumkan perkongsian kenderaan, menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam, laluan khas dan selamat untuk pejalan kaki atau berbasikal, menggunakan persidangan maya bagi tujuan mesyuarat serta mewujudkan kerjasama di kalangan masyarakat dan kumpulan sokongan pesakit sebagai penyelesaian bersama kepada masalah kesesakan di lokaliti masing-masing. Kesemua ini menuntut keinginan dan kesungguhan daripada pihak pentadbir, kakitangan hospital, pesakit dan pelawat. Namun ia tidaklah mustahil selagi mana semua pihak jelas akan matlamat yang lebih besar demi kebaikan semua. Sebagai permulaan contohnya pastikan semua bas dan tren mempunyai kemudahan untuk pesakit berkerusi roda.

Keempat, menyedari segalanya di Malaysia mestilah bertunjangkan keazaman politik Barisan Nasional yang sukar untuk diganggu gugat, maka perubahan akan memakan masa. Sehinggalah penyelesaian yang lebih baik menjadi realiti, adalah dicadangkan agar kadar bayaran yang bakal dikenakan perlulah mengikut kesesuaiannya. Contohnya bagi kes kecemasan percuma, temujanji pesakit luar dikenakan separuh harga manakala pelawat dikenakan bayaran penuh. Juga, faktor sosioekonomi pesakit perlulah diambil kira.

Apapun, kajian yang lebih menyeluruh adalah amat penting bagi mengenal pasti kaedah penyelesaian yang terbaik. Masalah parking bukanlah remeh. Ia adalah pengukur ketelusan dan komitmen kerajaan dalam menangani masalah seharian yang dialami oleh rakyat. Peningkatan tambang perkhidmatan awam yang mengundang sengsara kepada rakyat haruslah membawa kepada perkhidmatan yang lebih cekap dan berintegriti. Janganlah hanya kerana ingin menyelamatkan periuk nasi kroni, rakyat tidak mampu lagi untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Sumber PP - 4-12-2015



















Selamat menyambut Hari OKU Antarabangsa 2015

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS menyeru semua pihak sama ada individu ataupun masyarakat dan paling penting kerajaan memberi komitmen bagi merealisasikan potensi dan keperluan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menyedari hal ini Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat menegaskan bahawa Islam telah lama menyelesaikan persoalan membentuk Masyarakat inklusif.

Menurut Pengerusinya, Dr Rosni Adam, dalam membicarakan hal-ehwal OKU, Islam sejak awal telah mengiktiraf potensi dan keperluan pelbagai Komuniti OKU mengikut katagori kecacatan yang dialami.

"Ia termasuklah dalam aspek sosial, ekonomi, perundangan, peribadatan, politik dan kehidupan.

"Di pihak kami, usaha berterusan ke arah mengupayakan OKU pelbagai katagori akan terus dilaksanakan melalui Sekretariat Prihatin OKU yang dipengerusikan oleh seorang OKU, Mohammad Faizal Che Yusof," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, Islam yang meletakkan kemuliaan pada setiap insan itu harus dijelmakan bahkan setiap individu ciptaan Allah punyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri meskipun ditakdirkan cacat atau kurang upaya.

Beliau berkata demikian sempena Hari OKU yang disambut pada hari ini dengan tema  “Inclusion matters: access and empowerment for people of all abilities” yang menjelaskan lagi hasrat tersebut betapa faktor kemanusiaan amat penting dalam membentuk sebuah Masyarakat yang inklusif.

Jelasnya, tema kali ini memperjelaskan lagi bagaimana halangan persekitaran dan sikap yang wujud dalam kehidupan hari ini memisahkan Orang Kurang Upaya dalam pelbagai isu dan aspek kehidupan.

Justeru, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Parti Islam Se-Malaysia LKKP Pusat mengucapkan selamat menyambut Hari OKU Antarabangsa bagi tahun 2015.

Hari Orang Kurang Upaya antarabangsa yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB lebih dua dekad lalu adalah satu usaha berterusan Masyarakat antarabangsa dalam usaha mengupaya dan memperdaya Orang Kurang Upaya di tengah-tengah masyarakat. – HARAKAHDAILY 3/12/2015

Sumber HD - 3-12-2015



















Kurang mampu pergi hospital kerajaan, kena caj parkir pula

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan disifatkan mahu 'meniaga' parkir apabila memutuskan untuk mengenakan caj bagi tempat letak kereta di kawasan hospital di zon tengah Semenanjung.

Ini kerana, menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Dr Rosni Adam hospital kerajaan adalah tempat awam apatah lagi tempat pesakit khususnya yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

"Yang pergi hospital kerajaan adalah mereka yang kurang berkemampuan, bila kenakan caj letak kereta yang tinggi, bertambahlah beban mereka dengan pelbagai kenaikan lain lagi seperti tol dan tambang," katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, apabila pengurusan tempat letak kereta diswastakan sudah tentu kadar kenaikan caj akan berlaku saban tahun melalui perjanjian konsesi yang ditetapkan.

Keadaan ini katanya, sama seperti perjanjian tol dengan syarikat konsesi yang mana akhirnya rakyat yang menanggung kenaikan harga tol saban tahun.

"Nampak sangat kerajaan mencari jalan hendak mengenakan beban kepada rakyat, bukannya mahu meringankan beban rakyat.

"Sepatutnya konsesi tol yang ada sekarang dijadikan pengajaran kepada kerajaan supaya tidak ada lagi perjanjian berat sebelah berlaku lagi," katanya yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia.

Katanya, beban yang bertimpa-timpa melanda rakyat hari ini sekaligus memperlihatkan kerajaan 'tidak berhati perut'.

Justeru tegas beliau, kerajaan seharusnya mempertimbangkan semula keputusan Kementerian Kesihatan untuk mengenakan caj bagi tempat letak kereta di kawasan hospital.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata langkah mengenakan caj letak kereta adalah untuk mengelak mereka yang tidak mempunyai urusan di hospital daripada menggunakan tempat parkir di hospital.

Beliau berkata kementerian sedang menawarkan tender terbuka bagi syarikat yang ingin menguruskan tapak parkir di hospital secara sementara dengan kadar yang ditetapkan kementerian.

"Kadar tempat letak kereta akan kita tetapkan dan penender yang ingin libatkan diri kena ikut kadar yang telah ditetapkan," katanya. - HARAKAHDAILY 1/12/2015

Sumber HD - 1-12-2015




Pulihkan Semula Industri Teksi, Haramkan Uber & Grabcar

Posted on Tuesday, November 24 @ 15:19:32 MYT by paktam

Oleh YB. USTAZ HISHAMUDIN ABDUL KARIM

1. Industri teksi di negara ini telah sekian lama dilanda masalah; daripada aspek mutu perkhidmatan sehinggalah kepada aspek sistem pajakan teksi syarikat yang digunapakai sekarang. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang ditubuhkan pada 2010 bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam negara pula dilihat gagal menangani isu ini secara berkesan.


2. Terkini, isu membabitkan "pemandu teksi haram" yang menggunakan sistem aplikasi UBER dan Grabcar yang beroperasi terutamanya di Kuala Lumpur telah benar-benar menjejaskan pendapatan pemandu-pemandu teksi "sah" yang beroperasi di Lembah Klang sehinggakan pemandu-pemandu teksi ini mengadakan perhimpunan di Padang Merbok dan menyerahkan memorandum bantahan di Parlimen.

3. DPPM mahu agar masalah yang melanda industri teksi ini diselesaikan secara menyeluruh tidak terhad hanya kepada isu perkhidmatan UBER dan Grabcar sahaja bagi mengembalikan mutu industri teksi di negara ini ke tahap yang lebih baik daripada sekarang. DPPM mendesak agar SPAD bersikap adil, tidak menyalahkan mana-mana pihak serta berusaha memulihkan serta memajukan semula industri teksi ini supaya lebih berdaya saing dan semua pihak mendapat manfaat daripadanya.

4. Justeru, DPPM menyarankan kepada SPAD dan Kerajaan :

(a) Memberikan permit teksi kepada individu dan memansuhkan secara berperingkat pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat.

(b) Memastikan syarikat-syarikat teksi tidak sewenang-wenangnya mengenakan pajakan atau sewa beli yang tinggi kepada pemandu teksi.

(c) Memastikan hak pemandu teksi seperti caruman perkeso, insurans kesihatan, cuti sakit dan lain-lain terbela.

(d) Mewujudkan suatu mekanisme penilaian syarikat-syarikat teksi seperti sistem mata atau KPI supaya industri teksi dapat mencapai sasaran pengguna dan Kerajaan serta mewujudkan persaingan yang sihat.

(e) Mewujudkan suatu ‘Standard Operating Procedure’ kepada semua syarikat dan pemandu teksi serta memastikan syarikat-syarikat serta pemandu teksi memenuhi dan mematuhi standard atau piawaian tersebut.

5. DPPM berharap agar Kerajaan melalui SPAD dapat menyelesaikan isu ini sesegera yang mungkin. DPPM juga ingin menyatakan sokongan terhadap tuntutan yang dibuat oleh pemandu-pemandu teksi agar UBER dan Grabcar diharamkan bagi melindungi pemandu-pemandu teksi.
Sekian.

“Mempersiap Generasi Kemenangan"
"Beristiqamah Hingga Kemenangan”

YB. USTAZ HISHAMUDIN ABDUL KARIM
Pengerusi,
Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat DPPM

Sumber DD - 24-11-2015

        

JEJAK ASNAF SIRI 2 : PAS LIBARAN ZIARAH SAUDARA YANG TERLANTAR SAKIT.
Posted on Monday, November 23 @ 19:05:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh anaqsabah


SANDAKAN : PAS Libaran yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Sdr Abdul Wahid Mohammad menziarahi Sdr Nasrin Abdullah yang terlantar sakit di rumahnya di Kg Tinosa 2 dekat sini pagi tadi.


Nasrin yang merupakan pelajar di Universiti Putra Malaysia, Sarawak telah terlantar sakit tidak boleh berjalan dan duduk sejak beberapa minggu yang lalu. Setelah membuat pemeriksaan doktor, beliau disahkan tidak mengalami sebarang penyakit. Justeru, keluarga beliau mengambil inisiatif dengan mendapatkan khidmat pakar perubatan Islam dan didapati beliau mengalami masalah saraf yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.


Dalam ziarah tersebut, Wahid berpesan kepada Nasrin agar tetap bersabar menghadapi ujian daripada Allah ini. Beliau turut mengingatkan agar Nasrin tidak meninggalakan solat 5 waktu dan memperbanyakkan doa agar penyakit beliau cepat sembuh.

Disamping itu, PAS Libaran turut menyerahkan sumbangan kewangan dan barangan keperluan asas kepada keluarga Nasrin sebagai tanda kebersamaan PAS Libaran dalam penderitaan Nasrin ini. Pada akhir ziarah tersebut, ahli PAS Libaran yang hadir turut sama-sama mendoakan agar Nasrin diberi kesembuhan.

Turut bersama dalam ziarah tersebut ialah Ust Ahmad Supu, Yang Dipertua PAS Batu Sapi. Sebagai makluman, program ziarah ini merupakan program bulanan PAS Libaran yang diadakan untuk menziarahi dan menyumbang kepada masyarakat sekitar Parlimen Libaran yang memerlukan.

💻   Juga tersiar di https://m.facebook.com/passandakan/

=====================


Langganilah channel telegram PAS Sandakan di telegram.me/passandakan secara PERCUMA untuk mendapatkan info sahih dan pantas! Sebarkan.

Sumber TKO - 24-11-2015

Ke mana perginya kartunis Ujang, APO?

Posted on Saturday, November 14 @ 14:06:06 MYT by paktam

Oleh ATIRAH HASLI

DAHULU, majalah hiburan berbentuk kartun APO? dan Ujang bukanlah nama yang asing bagi masyarakat tempatan di negara ini.

Setiap hujung bulan, majalah yang memaparkan pelbagai versi lawak ini pasti menemui peminat mereka yang sanggup bersantai di kedai buku semata-mata untuk membaca karikatur kegemaran mereka.



‘Perisa’ dan ‘warna’ dalam majalah karikatur popular itu bukanlah suatu yang asing lagi, bahkan setiap kartunis APO? dan Ujang mempunyai pengikut dan peminat mereka tersendiri.

Namun setelah tamatnya secara rasmi syarikat penerbitan majalah kartun APO? Dan Ujang, MOY Publication, ramai di antara kita tidak lagi dapat mengikuti hasil karya dan perjalanan kartunis majalah yang diminati ramai ini.

Ramai di antara kita yang tertanya-tanya, ke mana perginya kartunis-kartunis ‘Lawak Antarabangsa’ itu?

Kartunis majalah APO?, Anuar Hassan atau lebih popular dengan nama samaran, Sireh, ada jawapannya.
Menurut Sireh, selepas penutupan MOY publication, sebahagian besar kartunis yang berkarya di situ mengorak langkah dan mencorak haluan masing-masing.

Setelah ketiadaan MOY Publication, Kartunis Manggis, Spider dan Petai memulakan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan hidup dan sebahagian kecil kartunis lain meneruskan minat dan usaha mereka untuk berkarya di syarikat penerbitan lain.

“Kartunis Ayoi, Papan, Lalang, Jumper, Bawang dan beberapa yang lain ditawarkan untuk berkarya di syarikat2 penerbitan yang lain, Lambok, Oren dan Chendol pula berkolaborasi di dunia komik online iaitu Bekazon.com.

"Pandan dan Lengkuas sedang berusaha menyiapkan proposal untuk projek-projek sendiri,” katanya kepada Sinar Online.

Tambah Sireh lagi, dia bersama rakan seperjuangannya, Sagu kini  menjadi pelukis karikatur bebas manakala rakan mereka yang lain, Rambai dan Eisu menceburkan diri dalam bidang animasi penyiaran televisyen tempatan dan sedang mengorak langkah ke peringkat antarabangsa.

“Ada juga bercita-cita untuk menjilidkan kembali karya-karya lama yang pernah popular dalam bentuk koleksi nostalgia mengikut permintaan peminat seperti karya-karya  jenaka Lambok, Bersama Selamanya (Gayour), Blues Untuk Aku (Aie) dan Student Life (Sireh).

"Alhamdulillah, sebahagian besar pengkarya sudah ada perancangan masing2. Saya doakan segala perancangan mereka  berjaya,” katanya lagi.

Sireh kini berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang Animasi dan Visual FX di Multimedia Universiti (MMU).

Jelas Sireh, penutupan syarikat penerbitan MOY tidak melunturkan semangat kartunis di bawah naungannya untuk berkarya, sebaliknya, ia memberikan peluang kepada kartunis untuk terus mengembangkan bakat masing-masing.

“Kebanyakan kartunis yang pernah berkarya di Majalah Ujang dan MOY sudah pun memiliki pengalaman dan skill yang diperlukan untuk berjaya. Kini sudah tibalah masanya untuk masing-masing berdikari dan mencorakkan masa depan mereka sendiri,” ujarnya.-http://www.sinarharian.com.my

Sumber DD - 14-11-2015

Hari Diabetes Sedunia: Perkasa rawatan Diabetes di Malaysia


Hari Diabetes Sedunia: Perkasa rawatan Diabetes di Malaysia
Menjelang Hari Diabetes Sedunia yang bakal disambut pada minggu hadapan, Skuad Kesihatan Komuniti PAS (SIKAP) menyambut baik sebarang seruan dan galakan untuk meningkatkan kualiti rawatan Diabetes di Malaysia. Namun, ia haruslah bertepatan dengan disiplin ilmu dan sejajar dengan perkembangan kajian terkini demi keselamatan dan kualiti hidup yang lebih baik bagi pesakit Diabetes.  

Laporan Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2015 dijangka siap penghujung tahun ini namun kajian yang sama pada tahun 2011 menunjukkan satu daripada lima rakyat Malaysia berumur 30 tahun ke atas menghidap Diabetes. Ini bermaksud seramai 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap Diabetes tetapi malangnya kajian menunjukkan lebih daripada separuh daripada mereka tidak menyedari hakikat tersebut. 

Ia menunjukkan betapa perlunya usaha yang lebih efisyen untuk mengesan diabetes pada peringkat awal terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi seperti obesiti dan mempunyai sejarah keluarga.
Bagi yang lain, saringan diabetes perlu dilakukan di premis kesihatan mahupun di komuniti setiap tahun bermula umur 30 tahun dan ke atas. Kita pastinya sudah tidak mahu melihat diabetes dikesan sewaktu kaki sudah bernanah hanya menungu masa untuk dipotong, sesudah buah pinggang rosak menunggu dialysis ataupun sesudah serangan jantung menunggu pembedahan. 

Perlu difahami bahawa Diabetes (DM2) adalah satu penyakit kronik di mana berlaku kepincangan kepada insulin yang berfungsi membawa gula masuk ke dalam sel tubuh. Ia berpunca daripada kerintangan sel tubuh kepada insulin dan berkurangnya kadar penghasilan insulin oleh pancreas.

Secara bandingan, rintangan kepada insulin akan menyebabkan lebih banyak insulin diperlukan oleh tubuh bagi memastikan paras gula di dalam darah kekal normal. Akan tetapi, penghasilan insulin yang semakin menurun dan kerintangan kepada insulin yang berterusan boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat tinggi sekaligus membawa pelbagai kerosakan kepada setiap anggota badan. 

Oleh itu penggunaan ubatan dalam rawatan Diabetes adalah bertujuan untuk menurunkan kandungan gula di dalam darah. Ini dicapai sama ada melalui pengurangan rintangan badan terhadap insulin, peningkatan penghasilan insulin oleh pankreas, pengurangan penghasilan gula dan lemak oleh hati, pengurangan penyerapan gula dan lemak oleh usus atau pengurangan penyerapan gula oleh buah pinggang.

Selain ubatan, aspek utama yang perlu dan sering ditekankan adalah gaya hidup sihat iaitu berhenti merokok, senaman sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, kawalan berat badan yang ideal dan amalan pemakanan yang seimbang. 

Keberkesanan rawatan Diabetes boleh diukur melalui kawalan gula di dalam darah. Disebabkan bacaan gula berbeza bergantung kepada pemakanan, HbA1c digunakan sebagai penanda aras untuk mengukur purata gula dalam darah bagi tempoh dua bulan sebelumnya. ACCORD (Action to Control Cardiovascular Risk in Diabetes Study Group) adalah satu kajian yang melihat kesan kawalan gula terhadap penyakit jantung dan saluran darah di kalangan pesakit Diabetes berisiko tinggi.

Ia mendapati dengan meletakkan sasaran HbA1c yang rendah, iaitu kurang dari 6 peratus berbanding 7-7.9 peratus, berlaku peningkatan kadar kematian di kalangan pesakit Diabetes yang berisiko tinggi. Namun, kajian tersebut tidak berupaya untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai perbezaan ubatan atau rawatan yang menyebabkan berlakunya peningkatan kadar kematian tersebut.

Oleh itu, pengajaran penting yang perlu dipelajari daripada ACCORD adalah keperluan untuk mengoptimumkan rawatan dan sasaran kawalan gula mengikut kesesuaiannya. Setiap pesakit Diabetes adalah unik kerana mempunyai faktor risiko yang tersendiri seperti berat badan, merokok, darah tinggi dan kolestrol tidak terkawal, selain faktor sosioekonomi yang juga perlu dititik beratkan. 

Maka, cabaran utama masa kini adalah untuk mewujudkan perawatan Diabetes yang memenuhi keperluan peribadi setiap pesakit secara keseluruhan dan berterusan. Dengan lambakan pelbagai jenis rawatan dan makanan tambahan di pasaran, proses rundingan di antara pesakit dan profesion kesihatan perlu berkembang seiring dengan membuka lebih peluang kepada perkongsian idea dan perasaan.

Kita boleh bersikap terbuka terhadap pendekatan terbaru selagi mana ia diasaskan di atas tapak yang kukuh serta disertakan dengan bukti yang sistematik dan rasional. Dengan itu, adalah diharapkan wabak Diabetes dapat dicegah sebaik mungkin ataupun sekurang-kurangnya dapat diurus dengan berkesan demi masa depan yang lebih baik bagi pesakit diabetes dan negara.   

Abdullah Fahmi, Penyelaras Skuad Kesihatan Komuniti PAS (SIKAP)
Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat

Sumber PP - 13-11-2015

No comments:

Post a Comment