BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, September 26, 2015

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU (JILID 2)

KEMAMAN – Kerajaan dan pihak yang terbabit dengan penilaian serta audit Lebuh Raya Pantai Timur Fasa2 (LPT2) dipohon mempercepatkan kajian, dan mendedahkan segera hasilnya kepada umum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, apa-apa kerosakan yang berlaku kepada lebuh raya itu mestilah diperbaiki segera bagi mengurangkan risiko kemalangan maut.

“Selepas diperiksa kerajaan wajib membentangkan hasil kajian itu kepada umum dan kemudian mengambil tindakan segera atas apa jua cadangan yang diberi,

“Ia amat penting bagi mengurangkan risiko kepada para pengguna yang melalui lebuh raya itu,”tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas program solat hajat dan munajat, memohon keselamatan dari Allah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kemaman di Hentian Sebelah Kijal, di sini pada Isnin malam 26 Oktober.

Hanafiah menyifatkan, masalah yang dihadapi sekarang pada laluan dari pantai timur ke pantai barat itu bukanlah terjadi serta merta, secara semula jadi tanpa ada apa-apa sebab.

IMG_20151028_021614

Beliau menganggap ia mula berlaku semenjak projek tersebut diagih-agihkan ‘secara tidak telus’ kepada syarikat-syarikat yang terbabit dengan pembinaannya.

“Penyakit ni bukan baru……..macam kita manusia lah, bukan terus kena kencing manis, tapi ia bermula kerana kita makan dengan cara yang tidak sihat,

“Begitu juga soal berkait dengan pembangunan dan pembinaan, sebagai contoh LPT2 ini, ia bermula apabila projek ini diagih-agihkan kepada kontraktor yang ada ‘kaitan dengan parti yang berkuasa,”jelasnya.

Lebih teruk lagi, kata Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu, apabila beberapa pakej pembinaan gagal disiapkan mengikut jadual.

“Dah tahu dah…….kontraktor tu bermasalah……..tak mampu siapkan projek, serah balik kepada kerajaan, tapi malangnya………beri semula kepada kontraktor yang sama,

“Saya pun dapat maklumat, semasa pembinaan ada berlaku, kakitangan kerajaan yang terpaksa akur kepada kontraktor………sedangkan sepatutnya kontraktor menurut spesifikasi yang ditetapkan dan kerja mesti dilakukan menurut arahan pegawai,”tambah beliau.

Seramai 300 orang hadir ke program munajat ‘mohon keselamatan serta dijauhi bala bencana kepada pengguna LPT2 itu yang dimulakan dengan solat maghrib secara berjamaah, diikuti dengan bacaan surah Yasin dan solat hajat.

Sehubungan itu, Yang Dipertua PAS Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid berharap para pengguna LPT2 sentiasa berhati-hati dan berhemah di jalanraya.

“khususnya di LPT2 yang telah mengorbankan lebih 80 nyawa, saya mendoakan keselamatan untuk semua,

“dan semoga Allah menjauhkan bala bencana dari terus berlaku di sepanjang lebuhraya ini,”katanya dalam ucapan ringkas pada program itu.

Selasa lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, satu badan penilai bebas sudah dilantik untuk membuat penilaian keadaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Katanya, laporan awal badan penilai itu dijangka siap dalam masa seminggu.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, LPT2 sejauh 184 kilometer itu dari Jabor, Kemaman ke Gemuruh, Kuala Nerus mencatat 1,989 kes kemalangan dan meragut 85 nyawa sejak beroperasi pada Januari 2011.

Sumber BO - 28-10-2015 


Berikan Mandat Kepada PAS Untuk Betulkan Kepincangan Tadbir Urus

karnival teluk pasu1
Oleh : KAM

KUALA NERUS – PAS Terengganu mengulangi rayuannya kepada rakyat agar memberi mandat kepada Parti itu dan memerintah bagi memperbetulkan kepincangan tadbir urus negeri dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim berkata Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak itu masih belum boleh meringankan tekanan hidup rakyat.

Menurutnya, meski pun pemberian BR1M kepada rakyat ditambah tetapi hanya berbentuk sementara sahaja.

Ini kerana, katanya negara bukan menghadapi kekurangan sumber tetapi dibelenggu masalah dalam mengurus tadbir negeri.

karnival teluk pasu

“Hari ini kita (negara) bukan kekurangan sumber tetapi masalah mengurus kekayaan itu dengan berlakunya keciciran, kebocoran, rasuah, tidak amanah dalam mengurus tadbir hasil yang Allah Ta’ala berikan kepada negara kita.

“Jadi ini yang kita (PAS) hendak perbetulkan jika rakyat memberi mandat kepada PAS pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14, Insya’Allah,” ujarnya ketika merasmikan ucapan penutup sempena program Karnival Wanita Dun Teluk Pasu, di Padang Bola, Kampung Buluh Gading, di sini pada 24 Oktober lalu.

Menurutnya, pemberian BR1M bukanlah secara total yang boleh meringankan tekanan hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat sekalian.

Katanya, pemberian BR1M yang mengikut kategori RM1000 atau RM800 dan RM400 itu hanya untuk setahun.

“Sedangkan diwaktu yang sama, kita (rakyat) menghadapi pelbagai kenaikan kos sara hidup.

“Kenaikan tol dan harga minyak (petrol) juga membebankan rakyat kerana akan berlaku kenaikan harga barangan yang dihantar oleh pembekal. Rakyat di peringkat bawahan juga terpaksa tanggung semua itu,” jelasnya.

karnival teluk pasu2

Katanya, meski pun PAS belum diberi peluang memerintah pada saat ini tetapi PAS menjalankan pelbagai usaha bagi membantu meringankan kos sara hidup terutama yang dihadapi golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Beliau berkata, PAS akan memerintah dengan dasar Islam kelak bagi menyelesaikan kemelut ekonomi dan sosial yang semakin teruk.

“Kita yakin sekiranya PAS diberi peluang untuk mentadbir dan mengurus negara, salah satunya dalam bidang ekonomi kita (PAS) akan dapat mengatasi kemelut yang ada ini kerana kita bawa Islam.

“Islam ini agama yang datang daripada Allah, dengan keberkatan Islam yang kita tegakkan maka rezeki akan datang mencurah-curah, Insya’Allah,” tegasnya dengan penuh yakin.

Justeru, pada majlis tersebut seramai 100 penerima sumbangan fakir miskin dan ibu tunggal masing-masing menerima wang tunai, beras serta barangan keperluan asas.

Sumber BO - 27-10-2015


Munajat Dan Solat Hajat Di R&R Kijal, LPT2.
Posted on Tuesday, October 27 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


"

Merealisasikan PAS sebagai gerakan Islam yang berperanan dalam kesejahteraan ummah, tanggal 26 Oktober 2015, Pas Kawasan Kemaman telah berjaya mengadakan program Munajat Dan Solat Hajat bertemakan “Mohon Keselamatan Serta Dijauhi Bala Bencana Kepada Pengguna LPT2”. 

Program yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah itu diadakan di R&R Kijal.
Lebih kurang 200 orang hadir terdiri daripada para pemimpin PAS Kawasan, dewan-dewan, pelajar pondok dan orang ramai. Selepas solat Maghrib, ucapan ringkas pemimpin, bacaan Yaasin diakhiri dengan solat hajat dan munajat mewarnai suasana malam yang hening.



Dalam ucapan alu-aluan, ADUN Chukai YB Hanafiah mengimbas kembali ucapan beliau dalam sidang DUN Terengganu yang baru lalu. Beliau berharap agar pihak kerajaan BN mengambil cakna terhadap kerosakan dan mutu lebuhraya LPT2 yang membahayakan para pengguna. Malangnya beliau disindir oleh ADUN Kuala Berang agar tidak menggunakan lebuhraya itu.



Kenyataannya pada hari ini, peringatan yang diberikan oleh wakil rakyat PAS telah menjadi kenyataan apabila banyak berlaku kemalangan maut disebabkan oleh jalan yang beralun-alun dan ketiadaan papan-papan tanda pada tempat yang sepatutnya. Kesalahan tidak boleh diletakkan kepada unsur-unsur mistik dan sikap pemandu semata-mata. Kerajaan yang professional wajar bertindak dalam lingkungan tanggungjawab dan kemampuannya.


Sementara Ustaz Alias Abdul Hamid selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman berharap para pengguna LPT2 sentiasa berhati-hati dan berhemah di jalanraya, khususnya di LPT2 yang telah mengorbankan hampir 80 nyawa itu. Beliau juga mendoakan keselamatan untuk semua dan semoga Allah menjauhkan bala bencana dari terus berlaku di sepanjang lebuhraya itu.


Program yang berakhir pada pukul 9.00 malam itu mendapat ‘like’ daripada peniaga,kakitangan LPT2 dan pengguna lebuhraya yang berhenti di situ.



Sumber TKO - 27-10-2015

Karnival Teluk Pasu Pupuk Hubungan Akrab Kaum Hawa


IMG_20151026_202156
Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Kecantikan adalah anugerah Allah kepada hamba wanitanNya, namun Islam tidak memandang kecantikan secara tingkah laku zahir sahaja tetapi merangkumi apa yang terkandung didalam hati.

Karnival Wanita Teluk Pasu

Dari situlah timbulnya rangkai kata ‘Cantik dihati, Indahlah dimata’ yang menjadi tema Karnival Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu.

Pengarah Program, Puan Tuan Roslina Tuan Sulaiman dengan rasa terharu berkata “Semua objektif yg telah digariskan telah dapat dicapai dan sasaran pengunjung juga amat membanggakan”.

Beliau yang juga Ketua Muslimat DUN Teluk Pasu menambah, objek utama untuk memupuk ukhuwah dan hubungan akrab dikalangan kaum Hawa dalam DUN itu berjaya dicapai.

“Objektif kita mengadakan Karnival ialah untuk memupuk dan membina hubungan yang akrab dan mesra diantara muslimat PAS dengan masyarakat terutama golongan wanita dalam DUN Teluk Pasu,

“disamping dapat menyalurkan informasi dan ilmu pengetahuan kepada golongan sasar bagi meneruskan kehidupan semasa dan selepas kematian suami atau berlakunya perceraian,”jelasnya.

IMG_20151026_202107

Beliau yang juga isteri kepada ADUN Tluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berkata, Karnival yang berlangsung selama dua hari itu, pada 23 dan 24.Oktober di isi dengan berbagai acara kemasyarakatan.

Katanya, selain menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan bebanan kehidupan, para peserta diberi bimbingan bagi menjana pendapatan melalui peluang-peluang perniagaan.

“program ‘Bicara Undang-undang dan Hak Wanita’ adalah program berinfomasi yang diadakan selain dari program kebajikan sepeti derma darah dan pemeriksaan kesihatan, program rekreasi termasuk sukaneka serta gubahan dan masakan,

“aktiviti hiburan alternatif juga diadakan termasuk persembahan nasyid dan bercerita,”ujarnya.

IMG_20151026_201957

Ramai pengunjung yang ditemui pada Karnival tersebut memuji usaha Hal Ehwal Muslimat PAS (HALWA) DUN Teluk Pasu yang berjaya menganjurkan program tersebut buat julung kalinya.

Bahkan, Untaian Ukhwah, 24, yang datang dari luar kawasan menyarankan agar acara seumpamanya diadakan di kawasan-kawasan lain

“Pada pendapat saya karnival wanita ini sangat bagus dan sesuai untuk seisi keluarga. Sepatut diadakan lagi di masa akan datang (di tempat yang berbeza),

“dan penuhi lagi dengan program yang lebih menarik,”saran beliau yang datang dari Kampung Losong Kuala Terengganu.

Sumber BO - 26-10-2015



Ahli Politik Jahil Agama Lemahkan Umat


pondok lagkap setiu
Oleh KAM

SETIU – Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik menegaskan ahli politik jahil agama akan melemahkan umat dan terpedaya dengan dakyah musuh.

mokhtar senik

Menurutnya, apabila ahli politik jahil agama akan lahirlah ahli politik jahat dan alim-ulamak yang jahil politik akan menjadikan ulamak itu lemah.

Oleh itu, katanya ‘orang agama’ kena terjun dalam politik, kena terlibat dalam parti dan di negara ini tidak ada lagi parti Islam yang berteraskan al-Quran dan Hadis selain dari PAS.

“mereka (orang agama) kena jaga perjalanan politik supaya tidak salah sasaran dan tidak salah liku-liku perjalanannya.

“Ada orang terpengaruh dengan musuh yang mendakwa politik itu kotor. Ini dakyah musuh Islam.
“Dia (musuh) berjaya melahirkan ahli politik yang jahil agama dan ahli agama yang jahil politik. Kedua-dua itu akan melemahkan umat,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Wacana Kitab Musolli di Madrasah Ad-Diniah Kampung Langkap Baru, di sini pada Sabtu 24 Oktober.

pondok langkap setiu

Katanya, menjadi tangunggjawab ‘orang agama’ dan ulamak menyampaikan ilmu dan merombak kejahilan umat dalam masyarakat.

“Alim ulama’ kena peka dan tahu perjalanan zaman, kena tahu isu-isu semasa yang berlaku hari ini dan tidak boleh ‘pekak’.

“Ulama’ kena tahu isu-isu semasa dan perkembangan dunia semasa hari ini kerana Islam penyelesaian masalah umat.

“Ulamak juga merupakan doktor ummah. Sebab, orang paling dekat dengan masyarakat adalah ulama’ dan jika lihat masyarakat jahil kita kena betulkan mereka ,” jelasnya.

Sumber BO - 26-10-2015


Transformasi ‘Rumah MB’ Terengganu Baharu

IMG_20151026_110425

KUALA NERUS – Rakyat melihat perkembangan negeri Terengganu dengan ‘mata juling’ apabila tidak ada perubahan yang nyata, walaupun Menteri Besar (MB) negeri Terengganu bertukar dari Dato’ Seri Idris Jusoh kepada Dato’ Seri Ahmad Said dan bertukar pula Dato’ Seri Ahmad Razif.

Papan-papan tanda besar mula dinaikan merata-rata, menukar slogan-slogan dari ‘Islam Hadhari Terengganu Bestari’ kepada ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ dan ditukar pula kepada ‘Transformasi Terengganu Baharu’.

Pembangunan zaman Idris tidak selesai dan sehingga kini, setelah tujuh tahun beliau meninggalkan jawatan tertinggi di Terengganu itu, kesan ‘hitam’ masih dirasai oleh penduduk.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh bumbungnya, tidak sampai setahun setelah siap pembinaannya, dibina dengan kos hampir RM300 juta, sehingga kini tidak diperbaiki dengan sempurna.

IMG_20151026_111143

Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang juga adalah ‘air tangan’ Idris, semakin menjadi sebutan dan mendapat jolokan sebagai ‘lebuh raya maut’ kerana meragut 83 nyawa, dalam lebih 1,000 kemalangan yang berlaku.

Sekiranya sesiapa sahaja memandu, melewati jambatan Sultan Mahmud, dapat melihat dengan jelas, kesan pembangunan Idris yang hanya sedap dipandang, tetapi ‘pahit’ untuk ditelan.

Disamping melalui mercu tanda bangunan ‘tol’ lambang kezaliman zaman MB Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang dibebaskan ketika PAS memerintah dari tahun 1999 – 2004, para pemandu yang menuju bandar raya Kuala Terengganu, boleh melihat ‘Masjid Kristal’ di sebelah kanan dan tapak perlumbaan perahu layar ‘Monsoon Cup’ di sebelah kiri.

Ahmad Said tidak mampu menyambung legasi Idris Jusoh yang telah membelanjakan tidak kurang RM3 bilion wang royalti minyak dan gas, yang dinamakan ‘Dana Khas’.

Pembangunan Taman Ilmu, impian Idris yang masih belum menjadi realiti, dan pembangunan ‘Jerteh Souq’ di Besut, tidak mampu disiapkan oleh Ahmad Said, sehingga saat akhir beliau ‘dipaksa’ meninggalkan kerusi empuk MB Terengganu.

Namun Ahmad Said meninggalkan pula ‘wasiat’ kepada pengganti tanpa relanya, Ahmad Razif dengan projek-projek Zoo Kemaman dan Pembangunan Pulau-Pulau di Tasik Kenyir, yang membelanjakan tidak kurang RM500 juta, sehingga kini belum siap, walaupun ‘itik dan angsa’ di Pulau Burung sudah lenyap!

Apa yang Ahmad Razif buat?

IMG_20151026_111225

“Sehingga kini masih dalam kajian………zaman Ahmad Razif jadi MB sehingga kini tak ada isu lagi……..sebab Ahmad Razif tak buat apa-apa……..belum buat apa-apa…….,”kata Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Menurutnya, Razif berhasrat mahu menukar program pendidikan ‘E-Book’ yang menelan ratusan juta juta, yang gagal, tinggalan Ahmad Said, kepada ‘i-Class’, namun ia masih dalam kajian.
“Rakyat masih kabur dan ‘pening’ dengan slogan demi slogan, yang dikemukakan oleh kerajaan Umno Terengganu, yang terbaru ‘Transformasi Terengganu Baharu’,

“apa sebelum ini……Terengganu ini ‘buruk’ ke apa?”kata ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak.
Menurutnya, tahap kesihatan rakyat negeri Terengganu sepatutnya lebih diutamakan, tetapi nampaknya tidak ada hala tuju yang jelas, bahkan kes denggi semakin meningkat, kebersihan tidak terjaga.

Paling memalukan, apabila Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dalam statistiknya mengemukakan bahawa, kes denggi paling teruk adalah di Seberang Takir, DUN MB sendiri.

“yang jelasnya memang adalah transformasi………tapi bukan ‘Transformasi Terengganu Baharu, cuma transformasi rumah MB Terngganu yang baharu,”ujar seorang penduduk Seberang Takir.

Telah menjadi rahsia umum, ubahsuai rumah Ahmad Razif mengalami ‘transformasi’ sehingga yang terbaru, keseluruhannya rumahnya ‘diubahsuai’ dengan dirobohkan, untuk didirkan rumah yang ‘baharu’!!!

Sumber BO - 26-10-2015


Dilemma of Waste Management in Terengganu


IMG_20151026_100203

WASTE management is no longer a trivial issue; as the population grows, so does the amount of waste generated, organic and inorganic alike, and getting rid of them is costly as it pollutes the environment. All these are worrying.

Burning the waste in incinerators pollutes the air and the by-products still need to be dumped at landfills. And dumping at landfills causes more pollution, especially the odour and leachate. There is also the production of methane, a greenhouse gas that causes global warming.

Landfills also take up space and, with the increasing amount of waste, their usefulness is short-lived. While the move to make households in Putrajaya, Kuala Lumpur, Pahang, Malacca, Negri Sembilan, Perlis, Kedah and Johor to sort their waste into three categories from Sept 1 was lauded, there was mixed reaction when other states tried to implement it.

sampah KT

Terengganu took the initiative some years ago to introduce the same programme, but focusing more towards educating the public in sorting their waste. With a population of slightly more than one million, inculcating habits that can assist the authorities to make the programme successful seem easy, but in reality, it is a challenge.

All seven districts in Terengganu are dependent on communal bins, garbage trucks and open landfills to dispose waste, and for many more years, the state has to look for new areas to be gazetted as landfills. The Department of Environment needs to check these landfills frequently to ensure that pollutants, especially leachate, do not seep into the rivers or ground water sources.

A case in point is the landfill at Sungai Ikan, Tepoh, about 25km from Kuala Terengganu. It is the biggest landfill and has been operating for 10 years. It is located near Sungai Nerus, a tributary that flows into Sungai Terengganu. In its early years of operation, crude dumping and burning caused concern among the people because of its close proximity to Sungai Nerus.

Leachate contaminated the river, especially during the monsoon season. The landfill is also located too close to the Kuala Terengganu-Kota Baru main road and apart from the nauseating odour, the dust may carry airborne diseases. This landfill used to be the hunting ground for scrap metal scavengers.

KUALA TERENGGANU 4 AUGUST 2014.  (KT353A)  Keadaan anak sungai yang dipenuhi dengan sampah sarap di Kampung Losong. Pic. PRACTICAL  / ATHIRAH JOHAR.

Following the big flood last year, efforts have been made to make the landfill ecofriendly by using a geo-textile to trap leachate and other contaminants. The design of the landfill and leachate treatment plant at Sungai Ikan was undertaken by Hexagon Synergy. It includes the construction of a leachate collection system, a recycling centre and a tidal gate.

But, the company has yet to solve the dust problem affecting motorists at the trunk road although it has built an access internal road. Villagers living within the vicinity say there has been “a lot” of improvement since the landfill was redesigned and the leachate mitigation measures introduced, but there is a need to check the dusty road.

Some villagers want the Department of Environment to make frequent checks at the Sungai Ikan landfill not just to ensure that the leachate treatment plant functions properly, but also to monitor the water quality. “We depend on the fish resources from the river to support our daily needs. Some of us still use wells for our water supply.

“Contamination can kill the fish in the river or slowly kill those who consume it. Drinking contaminated water can expose us to chronic diseases,” said a villager living not far from the landfill – NST

Sumber BO - 26-10-2015


LPT2 Wajib Diperbaiki Segera Sebelum Meragut Lebih Banyak Jiwa


Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Saya dapati ada kecenderungan pihak tertentu memperbanyakkan perbincangan khususnya di alam maya berhubung aspek metafisik yang berkaitan adanya ‘gangguan gangguan’ makhluk lain yang dijadikan subjek punca kadar kemalangan dan kematian oleh kemalangan yang tinggi di LPT2.

IMG_20151025_152732

Ini sehingga menutup perhatian kepada isu sebenar berkait kondisi fisikal LPT2 berkenaan yang dalam kawalan pihak berkuasa untuk melakukan pembetulan dan penambahbaikan segera sebelum lebih banyak nyawa rakyat terbang melayang.

Telah diumumkan kerajaan arahkan dibuat audit terhadap keadaan dan keselamatan LPT2. Ia sepatutnya akan diselesaikan dalam tempoh seminggu.

Saya rasa rakyat berhak menuntut supaya audit itu disempurnakan seperti ditugaskan.
Dan wajib diterjemah segera kepada tindakan pembetulan segera yang mengurangkan risiko kemalangan.

IMG_20151025_152758

Rakyat kecewa. Budaya laporan audit dalam negara ini bukan bersifat menterjemahkan laporan audit ke mekanisma tindakan pembetulan.

Tetapi semata mata sebagai memenuhi keperluan pelaporan yg akan diarkibkan bersama sama fail fail lama lain yang bertimbun tak dipedulikan orang.

LPT2 kita bercakap tentang audit fisikal lebuhraya yg mula digelar ramai Lebuhraya Paling Teruk (LPT).

Rakyat dah muak dengan Laporan Ketua Audit Negara (KAN) setiap tahun yang bagai tidak dipedulikan sesiapa sekalipun setiap tahun mendedahkan pelbagai kesalahan besar urus tadbir kerajaan.

IMG_20151025_153300

Ini musim perbahasan di Parlimen Bajet 2016 yang tiba bersekali dengan Laporan Ekonomi Negara yang seharusnya bersekali dengan laporan audit Ketua Audit Negara.

Jawatankuasa Kira Kira Wang Awam (PAC) dan SPRM pun pemimpin BN lekehkan sehingga boleh berlaku gangguan dan intimidasi. Ketua Audit Negara, begitu juga. Laporan KAN dipandang sebelah mata sahaja.

Gangguan halus di LPT2 perlu juga ditangani. Solat Hajat dan doa perlu dibuat. Yang memandu perlu banyakkan berzikir dan berselawat. Jangan terlalai. Jika ada stereo kereta, pasang bacaan Quran. Bukan kuatkan nyanyian lagu pop.

IMG_20151025_152710

Kerajaan jangan sampai dipejam mata kecacatan menjolok mata LPT2 yang semalampun saya lalui dengan perasaan berdebar oleh permukaan yang beralun dan macam macam lagi yang mendera rim tayar kereta.

LPT2 ini khabarnya sudah berada di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia. Sudah jadi tanggungjawab persekutuan.

Kerajaan negeri Terengganu beri isyarat mahu baiki. Pastikan kerajaan pusat jangan pula lepas tangan tanggung jawab kewangan setelah wang kerajaan Terengganu dibelanjakan RM1.8 billion untuk pembinaan LPT2 yang sepatutnya dibiayai kerajaan persekutuan sepenuhnya.

Dan kalau boleh, wakil rakyat UMNO tak usahlah lagi beri respon tak bertanggungjawab bila ditanya isu keselamatan seperti jawapan “kalau tak puas hati, YB tak payah guna LPT!”.

***Hj Ahmad Amzad Hashim ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber BO -25-10-2015


Dailog Rakyat; Peserta Boleh Tanya Presiden PAS Secara Terbuka


IMG_20151025_201416

KUALA TERENGGANU – Program ‘Dailog Rakyat’ yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu depan memberikan ruang seluas-luasnya kepada para peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pengarah Program Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata, para peserta yang hadir boleh bertanya apa jua soalan yang mereka mahu ajukan.

“Tujuan utama diadakan Dialog Rakyat ini adalah untuk masyarakat umum mengetahui lebih dekat tentang PAS dan kaitan bukan sahaja soal politik,

“bahkan yang berkait dengan sosial dan ekonomi dan boleh juga tentang budaya dan kehidupan beragama,”ujarnya.

Katanya, selain Presiden PAS, dua orang professional di kalangan ahli akademik dan pakar kewangan di jemput khusus untuk menjadi panel dalam dialog tersebut.

Menurutnya, 200 kad jemputan Program pada 31 Oktober itu, telah diedarkan kepada persatuan dan NGO tempatan bagi mengisi ruang Dailog tersebut yang akan di adakan di sebuah hotel, di sini.
“soalan dari para peserta boleh dikemukakan secara terus dan interaktif, tanpa di’edit’, ‘direct’ kepada pemimpin yang hadir,

“khususnya mungkin soal suasana politik ‘yang panas’ sekarang dan ekonomi negara terutamanya selepas pembentang bajet 2016 Jumaat lalu,”jelas beliau.

Program yang akan dikenakan yuran sebanyak RM20 itu, kata beliau, adalah juga terbuka kepada mana-mana individu atau orang perseorang yang ingin menyertainya

“Yuran RM20 itu adlah untuk minum pagi dan makan tengahari……….selain jemputan, mana-mana individu yang berhasrat untuk bersama dalam program ini menghadirkan diri,
“tapi kena maklum awal………..supaya pihak panitia dapat mengatur kerana tempat adalah terhad,”kata beliau.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Setiausaha Program, Ustaz Aliff di talian 013-300 3680

Sumber BO - 25-10-2015

Lafaz Ikrar Bai’ah dan Wala’, Amaran Kepada ‘Pengkhianat’


IMG_20151024_200101
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu menyokong tindakan ikhlas Pemuda DUN Bandar melafazkan ikrar, bai’ah dan wala’ kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Giri Abdul Hadi Awang.

Ketuanya Azrin Aris berkata, pihaknya juga akan melakukan langkah serupa, yang merupakan sebahagian dari amalan para pejuang Islam sejak dari dahulu.

IMG_20151024_200131

“dalam perancangan kita dah……..untuk bertemu dengan Tuan Guru Presiden, kita nak lafazkan bai’ah dan ikrar wala’ kita macam para pejuang terdahulu…….bahkan menjadi Sunnah,

“kita sokong dan ucap tahniah kepada Pemuda PAS DUN Bandar yang telah melaksanakannya terlebih dahulu dari kita,”ujar Azrin.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, mengulas majlis lafaz bai’ah dan ikrar wala’ yang telah diadakan di pejabat Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, di masjid Rusila, semalam.

Seramai 20 orang ahli Pemuda PAS DUN Bandar ‘melafazkan sumpah’ taat setia itu pada majlis Liqa’ Khas yang diadakan bersama Tuan Guru Presiden PAS, seusai kuliah mingguan pada Jumaat 23 Oktober.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda DUN Bandar Khairuddin Mohamad menegaskan, ikrar para pemudanya adalah sebagai satu amaran kepada ‘para pengkhianat’ dan mereka yang cuba ‘menganggu gugat’ PAS.

IMG_20151024_200239

“kami lakukan begitu untuk menunjukkan Pemuda PAS DUN Bandar setia kepada perjuangan dan memberikan wala’ kepada Tuan Guru Presiden,

“sekaligus memberi amaran kepada para pengkhianat yang cuba merosakkan parti dan mencalarkan imej PAS,”jelasnya.

Salinan lafaz Ikrar Pemuda PAS DUN Bandar tersebut adalah seperti dibawah;

LAFAZ IKRAR PEMUDA.

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على قائد المجاهدين وأشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. اما بعد.


Bahawa kami, Ahli Pemuda PAS Dun Bandar…Dengan ini, berbaiah dan berjanji untuk istiqomah dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) serta menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai pimpinan dan ahli gerakan Islam dengan ikhlas dan sepenuh hati bagi menyambung tugas-tugas Rasulullah SAW dlm menyebarkan dakwah Islamiyyah.

Dengan rahmat dan pertolongan Allah SWT,

Bahawa kami Ahli Pemuda PAS Dun Bandar…berbaiah akan memberikan sepenuh wala’ tertinggi kepada hukum Allah, Rasulullah SAW, dan pucuk pimpinan PAS, selagi mana mereka melaksanakan dan mematuhi al-Quran dan as-Sunnah.

Dengan penuh kesabaran, kerelaan, dan ketabahan, kami bersedia untuk Istiqamah dan kami memohon kekuatan dalam menghadapi segala cubaan, ujian, serta dugaan daripada Allah SWT.

Dan Allah serta seisi langit dan bumi bersaksi atas apa yang kami ikrarkan ini.

الله أكبر!
الله أكبر!
الله أكبر!

Sumber BO -24-10-2015

LPT2; MB, Exco ‘kluk klek’ Sedangkan Nyawa Rakyat Terancam


IMG_20151023_114722
Oleh : Ustaz Mohd Nor Hamzah

Dalam satu lagi laporan Sinar pada 20 Oktober 2015, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata satu badan penilai bebas telah dilantik bagi meneliti keadaan jalan di LPT2 terutamanya mengenai kelicinan permukaannya, belokannya yang mungkin tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan sekaligus mungkin menjadi punca kemalangan di LPT2. Namun, laporan awalnya hanya akan diketahui pada minggu depan.

IMG_20151023_115003

Bernama pada satu laporannya yang telah disiarkan oleh Sinar Harian bertarikh 19 Oktober secara jelas telah melaporkan bahawa Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman telah menuding jari kepada kecuaian pemandu sebagai faktor utama atas kemalangan-kemalangan yang telah berlaku di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang empat tahun ianya dibuka.

Dengan mengambil laporan-laporan polis dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai asas kepada dakwaan beliau itu, beliau menjelaskan sebanyak 70% daripada jumlah keseluruhan kemalangan yang sehingga 16 Oktober baru-baru ini berjumlah 1989 kemalangan dengan 82 kematian adalah berpunca daripada kecuaian pemandu, 14 peratus aspek persekitaran, sembilan peratus permasalahan kenderaan dan lain-lain kes. Kenyataan beliau dibuat selepas selesai majlis solat hajat di Plaza Tol Ajil baru-baru ini.

Tiba-tiba semalam, Ahmad Razif, juga dalam laporan Sinar Harian dilaporkan sebagai berkata, siasatan dan keputusan hasil siasatan berhubung punca nahas di LPT2 perlu disegerakan bagi memastikan tahap keselamatan LPT2 dipertingkatkan. Lihatlah wahai rakyat, MB kelihatan takut dan seperti mahu lepas tangan dan bersikap ‘klul-klek’ dengan pelbagai alasan dan paling malang, seperti memproses bahan separuh masak, tetapi terus dihidangkan kepada orang ramai walaupun isu ini melibatkan nyawa manusia

. lpt2-acc

Perkara masih lagi dalam siasatan, dan beliau sendiri meminta laporan disegerakan, tetapi beliau juga telah membuat rumusan. Begitu juga dengan sikap exconya Tengku Putera yang dengan mudah menjawab persoalan LPT2 oleh YB Cukai, Haji Hanafiah Mat yang bertanya berkenaan keselamatan LPT2 pada Sidang Dun bulan Mei lalu, Tengku Putera hanya “menganjing” meminta agar YB Cukai jangan melalui atau menggunakan LPT2. Begitulah “standard” jawapan oleh barisan kerajaan Umno Terengganu kepada persoalan nyawa rakyat.

Pada 14 Julai lalu, saya telahpun menyentuh berkenaan isu keselamatan LPT2 ini melalui kenyataan media saya. JKR sebelum ini, telah mengesahkan bahawa terdapat 27 tempat yang perlu diperbaiki dan memerlukan sejumlah RM6 juta bagi kos baik pulih tersebut dalam satu laporan Sinar Harian pada 2 Julai lalu. Kenyataan ini disahkan oleh exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu Ir. Rosli Othman. Dan sebelum itu juga, laporan yang dikeluarkan turut menjadikan pemandu sebagai faktor utama kemalangan di LPT2.

TR02_240515_KEMALANGAN-Rea

Lihatlah betapa alasan yang sangat pelik dengan 27 tempat yang perlu dibaik pulih, pemandu pula yang dijadikan alasan punca kemalangan? YB Ir Rosli juga berkata bahawa satu ujian yang dikenali sebagai International Roughness Index (IRI) akan dijalankan selepas baik pulih dilakukan bagi menguji samada ianya memenuhi piawaian atau tidak. Jadi, mana dia keputusan IRI itu sehingga JKR memerlukan satu lagi badan bebas bagi menilai permukaan LPT2? Sedangkan Rosli berjanji akan menyelesaikan baik pulih ini sebelum hari raya puasa baru-baru ini. Berapa banyak lagi duit rakyat akan hangus atas kajian sahaja? Dan akhirnya rakyat juga yang disalahkan walaupun kajian menggunakan duit rakyat itu, tiada keputusannya.

Begitu senang kerajaan Umno Terengganu menuding jari kepada pemandu sedangkan keputusan yang tuntas belum didapati lagi. Setelah berbillion duit rakyat Terengganu hangus lantaran kedangkalan dan kegagalan Umno menyiapkan LPT2 ini pada masanya. Dan betapa MB mahu menjaga egonya jelas dapat kita baca dengan kenyataannya iaitu “Kita menolak dakwaan lebuh raya ini tidak selamat digunakan…jika ia ditutup akan menimbulkan kesulitan serta menimbulkan persepsi negatif” MB hanya memikirkan persepsi negatif yang mungkin keatas dirinya berbanding nyawa rakyat.

  LPT2 beralun

Begitu juga kenyataan Ir Rosli iaitu beliau mendakwa lebuhraya lain juga mempunyai masalah yang sama tetapi LPT2 ini menjadi tumpuan kerana ianya baharu, tanpa dia menjelaskan serta menamakan lebuhraya yang mana yang mempunyai masalah yang sama sehingga mengorbankan sehingga 82 nyawa. Senang bukan menjadi exco Umno?

Jadi, ingat, tolak Umno dalam PRU, insyaAllah rakyat sejahtera.

Link berkaitan :

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/t-ganu-ambil-langkah-atasi-kemalangan-maut-di-lpt2-1.442122

http://www.sinarharian.com.my/nasional/rm6-juta-untuk-baik-pulih-lpt2-1.406875

http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-badan-bebas-dilantik-nilai-keadaan-lpt2-1.442365

***YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ialah Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Marang Terengganu. Kenyataan Media ini dikeluarkan pada 10 Muharram 1437 bersamaan 23 Oktober 2015

Sumber BO - 23-10-2015

Rakyat Terengganu Tidak Juga Makmur Walau ECER Terima Pelaburan RM7 Bilion


ECER
Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Laporan Ekonomi 2015/2016 yang diterbitkan kerajaan (Laporan BERNAMA) antara lain memetik seperti berikut:

“Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menarik pelaburan berjumlah RM78 bilion sejak dimulakan pada 2007, menyumbang 71% daripada jumlah sasaran sebanyak RM110 billion 2020.”

Hal ini menarik untuk dikenal pasti negeri negeri mana yang berada di bawah ECER?

Dari situ berapa billionkah pelaburan diterima oleh negeri negeri berkenaan?

Kelantan berapa billion terima pelaburan? Terengganu berapa billion? Pahang berapa billion?

Di Terengganu yang diperintah oleh UMNO, mana satukah pelaburan besar yang diterima?

Exxon Mobil sudah keluar dari Terengganu beberapa tahun lalu. Begitu juga beberapa syarikat besar yang lain. Perwaja pun sudah tidak ketentuan.

Yang disebut-sebut pembangunan KTCC menarik pelbagai pembangunan dalam pelbagai sektor perhotelan di Seberang Takir, Kerajaan Terengganu kini seperti was was dengan pelaburan yang dicanangkan.

KTCC sarat dengan gambaran artis menunjukkan pelbagai bentuk bangunan bangunan tinggi hotel.
Kalau tidak masakan tiba tiba diumumkan sedang mempertimbangkan pembangunan industri petroleum di Seberang Takir, tapak yang hampir serupa lokasi pelaburan KTCC?

Sudah tentu ada percanggahannya lokasi kawasan peranginan dan perhotelan dengan lokasi perindustrian untuk industri petroleum.

Yang nyata yang berbelanja besar membina bangunan tinggi sekarang adalah Kerajaan Terengganu sendiri melalui agensi agensinya.

Sebahagiannya sedang bermasalah ketiadaan sambutan walau berada dilokasi terbaik di tengah tengah pusat bandar.

Atau adakah pelaburan yang banyak itu sebenarnya di Kelantan?

Atau adakah pentadbiran Datuk Seri Najib salurkan ke negerinya Pahang seperti yang dilakukan dengan royalti petroleum dari kawasan perairan PM307 Bertam milik Terengganu?

Pelaburan RM78 billion adalah sesuatu yang sepatutnya diterjemah dalam bentuk fizikal yang boleh dilihat oleh rakyat, dinikmati dalam bentuk peluang ekonomi dan pekerjaan untuk rakyat serta peningkatatan taraf kehidupan dan kemakmuran rakyat.

Ia boleh dilihat melalui statistik kadar pendapatan isirumah, kadar kemiskinan, kadar pengangguran, pemilikan rumah dan hartanah.

Adakah angka petunjuk petunjuk tersebut semakin baik di negeri negeri berkenaan?

***HJ. AHMAD AMZAD HASHIM ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber BO - 23-10-2015



Kenal Pasti Keutamaan


_DSC0527
KEMAMAN – Ahli PAS digesa untuk mengetahui yang mana satu perkara keutamaan dalam jemaah agar tidak terkeliru dalam membuat keputusan serta tidak terikut-ikut pemikiran orang yang menyeleweng.

Demikian gesaan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berucap dalam Majlis Konvensyen Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Kemaman.

IMG_20151023_200750

Jelas beliau lagi dalam Islam ada kaedah yang dipanggil sebagai ‘tsawaabit’ iaitu perkara dasar yang tetap yang mesti kita ikut dan tiada kompromi, dan perkara ‘muruunah’ atau fleksibel yang boleh berubah mengikut keadaan.

Konvensyen yang diadakan di Dewan Taman Islam Kemaman itu, turut dihadiri oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalannya Ustaz Nik Nasri Malik dan Adun Cukai Haji Hanafiah Mat.

Sambil memberi contoh dasar seperti amanah dalam agama, ianya tidak boleh diubah walau apa jua keadaan kerana itu adalah perkara asas yang utama, malah dalam mana-mana agama sekalipun amanah ini adalah perkara terpenting.

Beliau yang juga Adun Bukit Payong menegaskan bahawa kegagalan segelintir ahli memahami peraturan ini, menyebabkan mereka keluar parti.

Mereka menolak keputusan Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS kerana bagi mereka, keputusan itu tidak memenuhi kehendak mereka.

IMG_20151023_200705

Sedangkan perkara dasar yang diasaskan ketika penubuhan PAS dahulu iaitu berdasarkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias, maka perkara-perkara dasar itu mesti dipertahankan oleh MSU, bukannya untuk memenuhi kehendak sesetengah orang.

Ini kerana menurut beliau lagi, PAS adalah parti yang berteraskan Islam yang berhasrat melaksanakan nilai-nilai dan hukum-hakam bagi menuju keredhaan Allah.

Beliau turut berpesan agar tidak menjadi takjub dengan kehebatan seseorang di dunia ini sebelum terbukti dia mati dalam ketaatan.

“Jangan kita takjub dengan amalan seseorang kerana kita belum tahu apa pengakhiran mereka kerana ada penulis wahyu di zaman rasulullah juga akhirnya murtad dan begitu juga iblis yang enggan menurut arahan Allah,” pesan beliau.

IMG_20151023_200607

Sehingga kini, walaupun PAS telah dilobi di luar negara oleh pihak-pihak tertentu sebagai parti yang sudah jauh menyeleweng dari Islam, namun kebenaran tetap berpihak kepada mereka yang beristiqamah.

Banyak pihak yang menerima berita itu telah menghubungi PAS kembali bagi mendapatkan penjelasan balas dan alhamdulillah kata beliau, Presiden PAS telah memberikan penjelasan yang jitu kepada mereka dan mereka menerimanya.

YB Ustaz Mohd Nor kemudiannya menyeru kepada semua kira-kira 200 ahli yang hadir agar memperteguhkan jamaah dengan melipat gandakan gerak kerja bagi menghadapi pilihanraya yang bakal menjelma.

Bagi beliau, isu parti yang baharu ditubuhkan itu seharusnya tidak menjadi gangguan kepada ahli-ahli PAS kerana sekarang sudah nyata ketiadaan mereka telah memberikan ruang yang luas bagi PAS bergerak lebih maju.

Sumber BO - 23-10-2015


Lagi Kemalangan: Jurukamera TV3 maut kemalangan di LPT

Posted on Friday, October 23 @ 08:54:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang jurukamera TV3 maut setelah motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di Kilometer 156 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, semalam.

Menurut jurucakap polis, mangsa Nor Azman Jumahat, 41, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada hampir seluruh badan termasuk patah tangan dan kaki dalam nahas kira-kira 9 malam itu.

"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa yang ketika itu dari Kuala Lumpur ke Kuantan dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan," katanya ketika dihubungi Bernama.



Akibat kejadian itu, mangsa yang berasal dari Binjai, Kemaman, Terengganu mengalami kecederaan parah termasuk di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya.

Difahamkan mangsa yang juga dikenali sebagai 'Man J' dalam kalangan rakan media ketika itu baru selesai bertugas, dan dalam perjalanan pulang untuk berjumpa keluarga di Kuantan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Jengka untuk bedah siasat. - Bernama

Sumber TKO - 23-10-2015

Pesuruhjaya PAS Lancar Program Agihan ‘Face Mask’ Percuma

IMG_20151023_120022
Oleh : DMS

SETIU – Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat telah melancarkan program pemberian topeng muka (Face Mask) percuma serta helaian doa peringkat negeri bagi menghadapi fenomena jerebu di simpang empat Kampung Buloh, Permaisuri, dekat sini.

IMG_20151023_120103

Menurut Yang Dipertua PAS Setiu, Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir, ia adalah anjuran bersama PAS Kawasan dengan Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Negeri (LATAS).

Katanya, program yang berlangsung hampir sejam itu telah berjaya mengagihkan sebanyak 1,000 topeng serta doa bagi mereka yang melalui jalan tersebut.

“tujuannya adalah untuk memberikan peringatan kepada rakyat betapa pentingnya menjaga kesihatan di samping berdoa agar fenomena (jerebu) ini berakhir dengan keadaan yang baik dan segera,”ujarnya ketika ditemui pada Khamis 22 Oktober di sini.

Turut sama memberikan topeng muka itu ialah Timbalan Pesuruhjaya 1, YB Dr Alias Razak, Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid dan Penolongnya Ustaz Zakaria Dagang.

IMG_20151023_120128

Ustaz Sahari yang juga Pengerusi LATAS berkata, program tersebut akan dianjurkan secara berperingkat di setiap kawasan Parlimen.

Beliau menambah, pengagihan topeng muka secara percuma adalah bukti PAS serius menangani masalah masyarakat.

“Bukan nilai ‘face mask’ yang menjadi ukuran, tapi program ini menunjukkan keprihatinan PAS kepada apa jua isu yg menyentuh masyarakat,

“Pemimpin PAS disemua peringkat adalah inklusif bukan eksklusif dam bersedia turun padang bersama masyakat pada bila-bila masa,”jelasnya.

Sumber BO - 23-10-2015

Kasihanilah Para Peniaga Kecil, Janganlah Susahkan Hidup Mereka

IMG_20151023_065449
Oleh : Ahmad Sabri Yusoff

Pertubuhan Prihatin Asnaf Negeri Terengganu (BANTU) tertanya-tanya dengan tindakan kerajaan Negeri Terengganu dalam menangani isu kebajikan penjaja-penjaja kecil ini. Mereka yang berniaga ini rata-rata adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah. Perkara ini bukan masih baru malah sudah berlanjutan sejak sekian lama.

IMG_20151023_064854

Jadi langkah kerajaan menyaman mereka bukanlah satu langkah bijak yang boleh menyelesaikan masalah mereka bahkan semakin menekan mereka yang setiap hari mengalami tekanan akibat kenaikan kos sara hidup. Ditambah pula dengan kenaikan harga barang akibat GST. Golongan inilah sebenarnya diperangkap oleh faktor kejatuhan ekonomi negara.

Sebagai jalan penyelesaian kerajaan perlu memberi satu panduan buat peniaga-peniaga ini sehinggalah mereka benar-benar memenuhi syarat dengan cara membimbing mereka bukan menggunakan kuasa untuk terus menerus mengeluarkan saman kepada mereka. Nampak seperti keadaan ini tidak berkesudahan.

Mungkin kerajaan boleh sediakan fasiliti yang cukup serta sesuai dengan kehendak MBKT dan proses ini dapat mewujudkan situasi “menang-menang” antara pihak berkuasa dan peniaga. Maka tidaklah menjurus kepada suasana tegang yang timbul akibat saman menyaman ini.

IMG_20151023_064954

Hasrat peniaga kecil ini sebenarnya ingin berniaga secara aman tanpa sebarang masalah samada dengan pelanggan mahupun pihak berkuasa. Jadi berikanlah mereka ruang penyelesaian dan bimbingan.

BANTU berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu penjaja dan peniaga kecil ini sebaiknya serta penuh dedikasi. Orang berbudi kita berbahasa. InsyaAllah keadaan akan jadi semakin baik.
“BERILMU BERIMAN BERAKHLAK”

***Ahmsd Sabri Yusoff ialah Setiausaha, Pertubuhan Prihatin Asnaf Negeri Terengganu (BANTU)


Sumber BO - 23-10-2015

‘Institut Jantung Ahmad Said’ Jadi Belukar

IJN Mad Said1
KEMAMAN – Pusat peranginan ‘Strawberry Park Resort’ yang dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu dengan harga RM27 juta dekat sini, terbiar dan tidak diambil peduli sehingga menjadi belukar.

IJN Mad Said4

Pada 5 Januari 2010 Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said dilaporkan agensi Bernama berkata, kerajaan negeri telah membeli ‘resort’ tersebut dan mendakwa untuk dijadikan institut jantung serta kerja-kerja mengubahsuai akan dijalankan segera.

Bernama pada 10 Julai, 2010 turut melaporkan, Institut Jantung negeri Terengganu dijangka mula beroperasi tahun 2011 sebaik sahaja proses pengubahsuaian bangunan pusat peranginan itu di Teluk Senajang selesai.

Namun demikian, rancangan untuk menukarkan resort tersebut tidak jadi dan Menteri Nesar masakini Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman belum menyatakan apa-apa rancangan terhadap resort itu.

Premis yang sebenarnya telah dibeli sejak November 2009 itu telah menjadi ‘liabiliti’ dan pembaziran kepada wang rakyat yang berjumlah puluhan juta ringgit, selama lima tahun

IJN Mad Said

Sewaktu tinjauan dibuat, seorang polis bantuan dari syarikat Epic, sebuah anak syarikat negeri Terengganu sedang bertugas dijalan masuk hadapan resort tersebut.

Beliau yang ditanya tentang tugasannya berkata, syarikat Epic menghantar petugas untuk menjaga resort tersebut selama 24 jam.

Ia bermakna selain menanggung kerugian kerana ‘pelaburan yang sia-sia’ kerajaan negeri melalui anak syarikatnya terpaksa menanggung ‘biawak hidup’ dengan membayar gaji pekerja tanpa produktiviti.

ADUN Chukai Haji Hanafiah Mat secara berseloroh, apabila ditanya tentang pusat peranginan terbiar itu berkata, ‘ia sudah berhantu’.

Namun begitu, apabila ditanya kepada polis bantuan yang menjaganya disitu, adakah apa-apa yang pelik dan menganggu beliau semasa menjalankan tugas, beliau menjawab ‘tidak ada’.

IJN Mad Said2

Inilah satu contoh barangkali yang didakwa oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan Umno “tidak cekap mengurus, boros dan khianat” kepada harta rakyat.

Pernahkah anda semua melihat wang kertas sebanyak RM1 juta ringgit? Bagaimana pula banyaknya wang berjumlah RM27 juta?

Sebuah Rumah (Pangsa) Mesra Rakyat Taman Batin Perdana umpama yang di bina di dalam DUN Seberang Takir, berkeluasan 750 kaki persegi mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air, bernilai RM77,000 sebuah.

Bermakna dengan wang RM27 juta, sebanyak 350.65 buah rumah sedemikian dapat dibina dan diagihkan kepada 350 buah keluarga miskin secara percuma.

IJN Mad Said3

Menurut laman sesawang Jabatan Kerja Raya negeri Terengganu, sebuah masjid di kampung Banggol, Setiu, dibina dengan kos RM2.7 juta, dan dengan wang RM27 juta, 10 buah masih baru dapat dibina.

Sebuah Balai Bomba seperti yang dibina di kampung Paya Besar Hulu Terengganu siap dengan kos RM 2.8 juta.

Sekiranya wang membeli resort itu masih ada, sebanyak hampir 10 buah balai bomba dapat di bina dan dapat menyelamatkan pula kerugian ratusan juta akibat kebakaran.

Sumber BO - 23-10-2015
































Terengganu tuan rumah Hari Tandas Sedunia!






























AHMAD AMZAD HASHIM | .


SAYA terima positif Terengganu dijadikan tuan rumah peringkat kebangsaan bagi Hari Tandas Sedunia tahun ini yang akan berlangsung bulan depan di Pantai Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Saya harap ia akan mencelikkan pihak pengurusan kemudahan awam seperti tandas dan juga seluruh rakyat Terengganu tentang tanda aras tahap kebersihan tandas yang sudah dicapai di tempat orang dan menyedarkan kita betapa ketinggalannya kita dalam aspek ini di negeri ini yang antara paling mewah belanjawan tahunannya.

Bandingkan saja tahap kebersihan tandas awam di pasar pasar, stesen bas, restoran, masjid dan surau, stadium, taman taman rekreasi awam dan lain lain lagi.

Bagi yang biasa ke luar negara, negara maju, budaya kebersihan adalah cara hidup rakyatnya yg diasuh sejak kecil lagi di rumah.

Tabiat di rumah membentuk perlakuan di tempat awam. Ditambah dengan kerangka peraturan dan undang undang dan teknologi moden ia semakin disempurnakan.

Kita di Terengganu masih jauh lagi tahap kebersihan kita. Kadang-kadang apabila perut memulas, kita lebih rela tahan sakit untuk pulang ke rumah buang air di tandas rumah sendiri kerana tidak selesa dan tidak yakin dengan tahap kebersihan tandas awam yang masih jauh daripada memuaskan.

Mata jijik melihat. Hidung tidak tahan dengan bau yang memualkan. Sistem curahan selalu rosak. Tiada penyangkut pakaian.

Tidak dinafikan ada juga yang bagus. Tetapi cuma segelintir yang boleh dipuji.

Oleh itu semoga ada perubahan setelah Terengganu jadi tuan rumah hari tandas sedunia ini.

Lebih-lebih lagi Islam menganjurkan kebersihan sehingga dianggap sebahagian tanda orang beriman.

Dalam pada itu, saya tertarik juga seloroh dalam kalangan rakyat berhubung Hari Tandas Sedunia di Terengganu ini kerana sindirannya yang tajam ekoran terlalu banyak kepincangan pengurusan wang rakyat dalam jumlah yang besar sehingga merugikan rakyat dan negeri.

Mereka berkata, sekalipun Terengganu tuan rumah 'Hari Tandas Se Dunia', tidak bermakna rakyat Terengganu sekali lagi rela 'Di kencing' (diperdaya) berkali-kali seperti salah guna wang royalti petroleum, perwaja, pulau bebas cukai, kompleks tekstil kijal, LPT2, 1 MDB, pelaburan saham FGV dan pelbagai lagi.

Hanya beberapa juta daripada wang yang banyak dirugikan itu jika diperuntukkan kepada program khas meningkatkan kualiti kebersihan tempat awam boleh memberi impak berpanjangan.

Lantiklah kontraktor yang berwibawa. Tetapkan tahap piawai macamana. Jika tidak capai, berikan kepada boleh capai sasaran. Tambah peruntukan jika perlu. Supaya peralatan dan bahan kimia cucian yang digunakan berkualiti. Lantik juruperunding, jadikan program beragenda pun tak apa. Takkanlah sampai telan puluhan juta ringgit.

Umno hulur wang, rakyat tetap akan ambil kerana rakyat sedang susah kerana keadaan ekonomi oleh kesalahan mengurus wang rakyat oleh kepimpinan Umno juga. Lagipun itu wang milik rakyat. Bukan wang Umno.

Tapi kali ini rakyat tidak akan undi Umno lagi.

Rakyat bukan 'tandas' untuk Umno kencing berkali-kali. – HARAKAHDAILY 22/10/2015

Sumber HD - 22-10-2015

Umno-BN ‘Remehkan’ Isu Keselamatan LPT2

hanafiah mat
KEMAMAN – PAS menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak serius untuk menyelesaikan isu keselamatan para pengguna Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan meremehkan wakil rakyat yang mengemukakan isu tersebut dalam Sidang DUN sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, beliau mengemukakan isu tersebut dalam ucapannya pada sidang DUN Mei lalu, tetapi wakil-wakil Umno tidak mengambil cakna malah mempermain-mainkannya.

TR02_240515_KEMALANGAN-Rea

“Pada Sidang Dewan Undangan Negeri bulan Mei, saya telah membuat ucapan didalam dewan mengenai tahap keselamatan di LPT2,

“antaranya (masalah) jalan yang beralun-alun yang boleh menyebabkan berlakunya takungan air diatas jalan, sekaligus membahayakan kenderaan,”ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu lebuh raya berkenaan yang kini mendapat jolokan ‘lebuh raya maut’ apabila berlakunya 85 kes kematian yang telah direkodkan di sepanjang laluan tersebut melibatkan 1,989 kes kemalangan sejak ia dibuka pada tahun 2011.

Selain keadaan jalan sempurna itu, kata Hanafiah, beliau juga menegaskan soal pagar lebuh raya yang ‘robek’ dan pagar tepi jalan yang masih belum siap, yang menyebabkan binatang ternakan dan binatang liar menceroboh LPT2 itu.

Katanya, rondaan kawalan yang kurang juga menyebabkan para pengguna sering cuai dan tindakan lambat diambil sekiranya berlaku kemalangan.

Hanafiah sidang dun

Namun begitu, beliau kesal dengan sikap wakil rakyat Umno yang menganggu ucapan beliau, seolah-olah meremehkan isu keselamatan rakyat yang menggunakan LPT2.

“ucapan saya diganggu oleh wakil Kuala Berang dengan menyindir saya………meminta saya jangan menggunakan lebuh raya tersebut,

“saya kata ‘tidak patut’ seorang Exco kerajaan negeri dan pemimpin kanan Umno menjawab begitu kerana isu keselamatan LPT2 adalah serius,’jelasnya.

Oleh itu, beliau menggesa bukan hanya kerajaan negeri malah kerajaan pusat dan jabatan serta agensi berkaitan mengambil tindakan segera menyelesaikan semua aduan rakyat berkenaan LPT2.
“saya menyarankan supaya pihak krjaan memperbaiki kerosakan dan menambah baik kemudahan yang ada di LPT2,

LPT2 beralun

“tidak perlu menunggu keputusan badan bebas yang menilai ketrana LPT2 itu telah ada disitu dan rakyat sudah mengadu tentang masalah yang dihadapi jadi kerajaan kena cakna,”ujarnya lagi.

Dengan usaha yang diambil disamping memohon keberkatan dari Allah, beliau berharap ia akan dapat mengurangkan kemalangan dan memberikan kselesaan dan keselamatan kepada lebih 25,000 orang pengguna yang menjadikan laluan tersebut sebagai laluan harian mereka.

Beliau menambah, kerajaan Terengganu melalui Exco Infrastrukturnya yang juga ADUN Kemasik telah memaklumkan kewangan sebanyak RM21 juta telah diperuntukkan bagi gulung kemasik membaiki beberapa kerosakan.

Sumber BO - 21-10-2015

LPT 2: 28 lokasi jalan beralun, tidak sekata

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS | .


Pemantauan dan kajian lapangan terhadap permasalahan Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2) telah dijalankan baru-baru ini oleh Sekretariat Bilik Gerakan Ganti (unit aduan orang ramai) pada hari Ahad 18 Oktober 2015 bermula 5.00 petang hingga 11.45 malam daripada susur masuk tol Gemuruh hingga tol Kijal.

Ganti terpanggil untuk membuat pemantauan dan kaji selidik di LPT 2 ini akibat dari terlalu banyak berlaku kejadian kemalangan maut yang setakat ini mengorbankan lebih 76 nyawa dan melibatkan hampir 2,000 kemalangan semenjak ia dibuka pada Ogos 2011.

Selain daripada faktor kecuaian manusia, punca utama berlakunya kemalangan ini adalah:

Permukaan jalan yang tidak sekata dan beralun. Antara jalan beralun yang dicatatkan di kilometer (KM) LPT 2 Gemuruh-Kijal:

i. KM 411.0,
ii. KM408.5,
iii. KM407.8,
iv. KM391.9,
v. KM355.1,
vi. KM354.3,
vii. KM353.6,
viii. KM352.5,
ix. KM351.6,
x. KM351.5,
xi. KM351.3,
xii. KM347.0,
xiii. KM346.5,
xiv. KM346.4,
xv. KM346.3,
xvi. KM344.0,
xvii. KM343.9,
xviii. KM342.1,
ixx. KM340.9,
xx. KM341.0,
xxi.KM340.2,
xxii. KM339.8,
xxiii. KM336.3,
xxiv. KM332.8,
xxv. KM328.7,
xxvi.KM323.0,
xxvii. KM394.8,
xxviii. KM288.0

Selain itu juga permasalah yang ketara dan amat membimbangkan juga kerana terdapat banyak pagar-pagar telah rosak dan terbuka. Keadaan ini amat berbahaya kepada pengguna LPT 2 ini kerana ianya membolehkan binatang liar dan haiwan ternakan seperti lembu memasuki laluan lebuh raya ini. Sebelum ini juga banyak kemalangan yang membabitkan pengguna lebuh raya yang melanggar binatang yang memasuki laluan jalan lebuh raya ini dan ada yang maut.

Ketiadaan papan tanda di kawasan yang kerap berlakunya kemalangan maut sebagai contoh 'AWAS! KAWASAN KEMALANGAN MAUT'. Dengan adanya papan tanda ini boleh mengingatkan pengguna agar lebih berwaspada dalam memandu.

Pencahayaan yang tidak mencukupi di kawasan yang berselekoh dan kawasan jejantas yang merentasi LPT 2 ini tidak diletakkan papan balik cahaya amat merbahaya kepada pengguna terutama pada waktu malam ketika hujan.

Banyak kes kemalangan dilaporkan berhampiran jejantas antara inilah antara puncanya. Antara jejantas yang dicatatkan adalah di KM356.6 dan KM340.9.

Jalur putih jalan tidak begitu jelas pada waktu malam dan penanda pembalikcahaya pada penghadang jalan kiri dan kanan lebuhraya ini banyak yang sudah rosak. Ianya amat berbahaya kpd pengguna terutama pada waktu malam.

Kelemahan dari segi teknikal dan faktor penyebab kemalangan di lebuh raya LPT 2 ini akan didedahkan kepada umum dalam bentuk laporan teknikal melalui siri-siri kajian lapangan yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

Penambahbaik kualiti dan permasalahan yang ada di LPT 2 hendaklah dilakukan segera oleh pihak berwajib dan pihak YAB Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman untuk merealisasikan perubahan dalam negeri Terengganu dengan tema yang dibawa oleh beliau TTB.

Sehubungan itu, kami juga mendesak kontraktor yang terlibat dipanggil untuk memberi keterangan jika terbukti LPT 2 ini tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) dan hendaklah dibawa ke muka pengadilan kerana telah menggugat keselamatan pengguna dengan mengheret mereka berdepan dengan maut LPT 2. - HARAKAHDAILY 21/10/2015

Penulis ialah Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti)


Sumber HD - 21-10-2015

Tiba Masanya Kerajaan Melantik Audit Bebas Untuk Lebuh Raya – Pakar

LPT2_2
KUALA TERENGGANU – Sudah tiba masanya kepada Kerajaan untuk mendapatkan khidmat badan-badan profesional bebas bagi melakukan audit ke atas lebuh raya di Malaysia, yang telah melihat banyak kemalangan dan kematian.

Pakar jalan Dr Muhammad Marizwan Abdul Manan berkata audit hendaklah meliputi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di mana telah terdapat 85 kematian dan 1,991 kemalangan sejak dibuka pada tahun 2011.

Beliau mempersoalkan mengapa tidak dilakukan sebarang audit oleh badan bebas walaupun terdapat kemalangan maut yang tinggi di lebuh raya.

IMG_20151020_185513

“Statistik menunjukkan bahawa 70% adalah kemalangan tunggal (kemalangan tanpa melibatkan kenderaan lain) dan kira-kira 30% adalah disebabkan oleh jalan-jalan yang rosak.

“Tetapi adakah lebuh raya itu mempunyai ciri-ciri atau halangan yang boleh menyelamatkan nyawa?
“Ia satu perkara yang asas. Semua yang perlu dan mesti diaudit. Jika audit boleh dilakukan di jabatan-jabatan, mengapa tidak mereka dilakukan di lebuh raya kita di Malaysia, “kata penyelidik kanan di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) dipetik akhbar The Star.

Menurutnya, dengan tol dan pembinaan lebuh raya di bayar oleh orang ramai, ia adalah sangat penting dan perlu untuk mempunyai pihak bebas menjalankan audit yang kerap ke atas lebuh raya.

Dr Muhammad, yang terlibat dalam mereka bentuk daripada LPT2-kira 10 tahun menjelaskan pereka lebuh raya tidak akan berkompromi dengan keselamatan tetapi beliau mempersoalkan adakah kontraktor telah mematuhi sepenuhnya dengan reka bentuk yang dipersetuju atau adakah pembinaan itu dibuat mengikut spesifikasi.

“Ramai yang memberitahu kita bahawa lebuh raya dibina mengikut reka bentuk antarabangsa. Saya bersetuju dengan itu.

“Tetapi adakah spesifikasi reka bentuk diikuti semasa pembinaan? Juruaudit bebas akan dapat memberitahu kita tentang perkara tersebut, “katanya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/faizul.jpg

Beliau menegaskan bahawa beberapa lokasi bahagian lebuh raya adalah beralun dan mencipta “kolam air” apabila berlaku hujan lebat.

Sementara itu, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) Presiden Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, mereka telah membuat tinjauan dan observasi dan mendapati bahawa LPT2, dari Gemuruh untuk keluar Kijal, mempunyai kelemahan.

Antaranya ialah permukaan jalan beralun kerana penyelesaian yang tidak sama rata, kekurangan lampu di kebanyakan regangan, pecutan pendek dan lorong nyahpecutan dari jalan keluar yang tiba-tiba menyertai lebuh raya.

Sumber BO 21-10-2015

Dua Puluh Lapan Lokasi LPT2 Jalan Beralun

LPT2 beralun
Pemantauan dan kajian lapangan terhadap permasalahan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) telah dijalankan baru-baru ini oleh Sekretariat Bilik Gerakan GANTI (unit aduan orang-ramai) pada hari Ahad 18 Oktober 2015 bermula 5.00petang hingga 11.45malam daripada susur masuk tol Gemuruh hingga tol Kijal.

IMG_0800

GANTI terpanggil untuk membuat pemantauan dan kaji selidik di LPT 2 ini akibat dari terlalu banyak berlaku kejadian kemalangan maut yang setakat ini mengorbankan lebih 76 nyawa dan melibatkan hampir 2000 kemalangan semenjak ia dibuka pada Ogos 2011.

Selain daripada faktor kecuaian manusia,punca utama berlakunya kemalangan ini adalah:

1. Permukaan jalan yang tidak sekata dan beralun. Antara jalan beralun yang dicatatkan dikilometer (KM) lebuhraya LPT 2 Gemuruh – Kijal :

i. KM 411.0,
ii. KM408.5,
iii. KM407.8,

lpt

iv. KM391.9,
v. KM355.1,
vi. KM354.3,
vii. KM353.6,
viii. KM352.5,
ix. KM351.6,
x. KM351.5,
xi. KM351.3,
xii. KM347.0,
xiii. KM346.5,
xiv. KM346.4,
xv. KM346.3,
xvi. KM344.0,
xvii. KM343.9,
xviii. KM342.1,

LPT2_2

ixx. KM340.9,
xx. KM341.0,
xxi. KM340.2,
xxii. KM339.8,
xxiii. KM336.3,
xxiv. KM332.8,
xxv. KM328.7,
xxvi. KM323.0,
xxvii. KM394.8,
xxviii. KM288.0

ternakan berkeliaran LPT2

2. Selain itu juga permasalahan yang ketara dan amat membimbangkan juga kerana terdapat banyak pagar-pagar telah rosak dan terbuka. Keadaan ini amat berbahaya kepada pengguna LPT2 ini kerana ianya membolehkan binatang liar dan haiwan ternakan seperti lembu memasuki laluan lebuhraya ini. Sebelum ini juga banyak kemalangan yang membabitkan pengguna lebuhraya yang melanggar binatang yang memasuki laluan jalan lebuhraya ini dan ada yang maut.

3. Ketiadaan papan tanda di kawasan yang kerap berlakunya kemalangan maut sebagai contoh ‘AWAS!! KAWASAN KEMALANGAN MAUT’, Dengan adanya papan tanda ini boleh mengingatkan pengguna agar lebih berwaspada dalam memandu.

4. Pencahayaan yang tidak mencukupi di kawasan yang berselekoh dan kawasan jejantas yang merentasi LPT2 ini tidak diletakkan papan balik cahaya amat merbahaya kepada pengguna terutama pada waktu malam ketika hujan.

IMG_0808

Banyak kes kemalangan dilaporkan berhampiran jejantas antara inilah antara puncanya. Antara jejantas yang dicatatkan adalah di KM356.6 dan KM340.9.

5. Jalur putih jalan tidak begitu jelas pada waktu malam dan penanda pembalikcahaya pada penghadang jalan kiri dan kanan lebuhraya ini banyak yang sudah rosak. Ianya amat berbahaya kpd pengguna terutama pada waktu malam.

Kelemahan dari segi teknikal dan faktor penyebab kemalangan di lebuhraya LPT2 ini akan didedahkan kepada umum dalam bentuk laporan teknikal melauli siri-siri kajian lapangan yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

Penambahbaik kualiti dan permasalahan yang ada di LPT2 hendaklah dilakukan segera oleh pihak berwajib dan pihak YAB Menteri Besar Terengganu Dato’Seri Ahmad Razif Abdul Rahman untuk merealisasikan perubahan dalam negeri Terengganu dengan tema yang dibawa oleh beliau TTB.

perasig-500x358

Sehubungan itu, kami juga mendesak kontraktor yang terlibat dipanggil untuk memberi keterangan jika terbukti LPT2 ini tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan hendaklah dibawa ke muka pengadilan kerana telah menggugat keselamatan pengguna dengan mengheret mereka berdepan dengan maut LPT2.

Wan Mohd Faizul Wan Abas
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
20 Oktober, 2015

Sumber BO - 21-10-2015


Hasil Kerja Pembinaan LPT2 Sangat Teruk

IMG_20151020_092039
KUALA TERENGGANU – Pihak berwajib berkali-kali menyimpulkan bahawa faktor utama kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2l adalah disebabkan kecuaian pengguna.

Menurut Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) faktor kenderaan dipandu yang melebihi had laju, mengantuk, pemanduan tidak berhemah dan seumpamanya, memang tidak dinafikan.

Tetapi kata Wan Mohd Faizul Wan Abas, faktor itu juga ada di mana-mana lebuhraya, namun persolannya, mengapa jumlah kemalangan sangat tinggi di LPT2 berbanding tempat lain.

Beliau memaklumkan, setelah talian aduan dibuka oleh Ganti, telefon beliau mula dihujani dengan cerita-cerita dari para pengguna lebuh raya tersebut, berkait perkara yang tidak dapat disiasat oleh ilmu sains.

IMG_20151019_090254

Namun beliau neasihatkan, para pengguna tidak menjadikan faktor ‘mistik’ tersebut sebagai satu alasan, walaupun ‘makhluk halus’ itu memang wujud menurut Islam.

“Sehari dua ini, (aplikasi) whatsapp saya mula dipenuhi (dengan) cerita-cerita mistik, misteri dan pelik berkenaan LPT2. Ya, tidak dinafikan makhluk halus itu wujud. Tetapi jangan pula kita semua ambil jalan ‘escapisme’ dengan menuding jari kepada makhluk halus semata-mata,”ujarnya.

Beliau mendedahkan, tinjauan dan pemerhatian yang dibuat oleh pihak Ganti mendapati, tidak kurang daripada 20 lokasi jalan beralun yang merbahaya sepanjang lebuh raya terbabit antara Gemuruh hingga Kijal.

Bahkan amat mengejutkan, beliau berkata, bukan sahaj jalan sahaja yang bermasalah tetapi, jambatan juga turun didapati mempunyai masalah yang sama.

“Ada jalan beralun di atas jambatan………jika jalan beralun kerana semata-mata isu ‘unequal settlement’, maka sepatutnya jalan jambatan tidak beralun kerana tiada mendapan tanah berlaku.

“Jelas bahawa ia isu ‘poor workmanship’……..saya boleh kata LPT2 ialah hasil kerja yang sangat teruk!,”ujar bekas pegawai tadbir negeri itu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang menganjurkan solat hajat bagi memohon keselamatan dari Allah, namun katanya, ia tidak selesai sekiranya kerosakan dan kelemahan pembinaan lebuh raya itu tidak diperbaiki.

“Itu yang sepatutnya (solat hajat). Tetapi solat hajat semata-mata tidak mencukupi jika tiada tindakan membaikpulih dengan kadar segera kerosakan dan hasil kelemahan ‘workmanship’ yang menjadi punca utama kemalangan.

Sumber BO - 20-10-2015


Jangan cabar Pas gadai prinsip
Posted on Tuesday, October 20 @ 14:18:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA TERENGGANU – Kehadiran melebihi jangkaan dalam program Himpunan Fastaqim (H60K) anjuran Pas memberi isyarat kepada pihak tertentu yang terus mengecam Pas supaya tidak terus mencabar parti itu pada masa akan datang.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah berkata, ia juga sebagai amaran kepada mana-mana pihak untuk tidak sesekali menarik perhatian Pas keluar daripada perjuangan asal kerana parti itu tidak akan sesekali menggadai prinsip dipegang selama ini.

Paling penting, beliau tidak menolak perhimpunan tersebut sebagai ‘penawar’ kekecewaan kepada sebahagian ahli Pas berhubung perkembangan dalam parti itu baru-baru ini yang memperlihatkan pendirian beberapa pihak dalam Pas tergugat sehingga ada yang mengambil keputusan keluar parti dan menubuhkan parti baharu.

“Kita berhimpun, menunjukkan kesungguhan kita di semua peringkat untuk pertahan perjuangan. 

Orang luar boleh nilai sendiri kehadiran yang tidak diberikan sebarang upah. Kita juga berjaya memperoleh derma daripada orang ramai hampir RM300,000.

“Perhimpunan ini juga menunjukkan bahawa kita mempunyai semangat dan roh untuk jaga keaslian perjuangan dengan kehadiran ramai yang sanggup keluarkan wang sendiri dan sewa bas untuk datang ke sini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Himpunan Fastaqim (H60K) yang diadakan di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan merupakan salah satu program penting anjuran Pas bertujuan mengukuhkan semangat juang dalam kalangan ahli supaya terus istiqamah terhadap perjuangan parti.

Kamaruzaman memberitahu bahawa apa yang membanggakan, kehadiran golongan muda juga amat memberangsangkan apabila kira-kira 70 peratus daripada mereka dilihat turun memberi sokongan terhadap program itu.

Jelasnya, keadaan itu memperlihatkan Pas terus mendapat sokongan daripada semua golongan walaupun beberapa pihak sebelum ini memainkan isu tertentu bertujuan mengalih keyakinan rakyat terhadap Pas.

“Perkembangan ini membuktikan bahawa Pas bukanlah parti sembarangan dan ia adalah parti dengan dasar perjuangan jelas bersandarkan al-Quran dan hadis. Tiada mana-mana pihak yang boleh mematahkan perjuangan ini.

“Prinsip dan kekuatan ini bersatu dan apa yang berlaku baru-baru ini hanyalah ‘kocakan’ yang terus menunjukkan Pas terus istiqamah,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berharap apa yang disampaikan pimpinan difahami semua yang hadir supaya semangat Fastaqim dibawa pulang ke tempat masing-masing untuk memastikan kekuatan Pas terus membara bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. - SInar Harian 
Sumber TKO - 20-10-2015



Minta Solat Hajat Dan Doa Mohon Kesembuhan Untuk Mudir Sri Darul Taqwa, Kemaman, Terengganu

Posted on Monday, October 19 @ 20:15:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamualaikum...

1. Sebagaimana yang telah dimaklumi, Mudir SRI Darul Taqwa Kemaman, Ustaz Zahari bin Deraman telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebaik pulang dari Himpunan Fastaqim, Kota Bharu kerana tidak sedarkan diri. Beliau masih dirawat di HSNZ sekarang.

2. Maka, saya menyeru semua warga Dar mengadakan SOLAT HAJAT di sekolah masing-masing bagi membuktikan jalinan ukhuwwah islamiyyah warga Dar, seterusnya mendoakan kesembuhan dan memudahkan segala urusan yang berkaitan.

3. Bagi tujuan di atas juga, saya menyeru dan merayu kepada sesiapa yang membaca mesej ini agar Solat Hajat tersebut juga boleh diadakan di masjid atau surau yang terpilih bagi melibatkan jemaah yang lebih ramai.

4. Bagi meringankan beban tanggungan Ustaz Zahari sekeluarga, saya mengharapkan pihak Dar dapat mengadakan KUTIPAN DERMA KHAS di sekolah masing-masing. Seruan ini juga saya panjangkan kepada mana-mana individu yang ingin menyumbang.
No Akaun Rasmi ialah

Tabung Kebajikan Darul Taqwa (Bank Islam)
13026020421257

5. Semoga khidmat bakti beliau dipandang oleh Allah SWT dan diringankan musibah yang melanda beliau...AMEEN.
Sekian.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Pengerusi
Lajnah Persekolahan
Dewan Ulama' Pas Negeri Terengganu


Ustaz Zahari gambar sebelah kanan

Sumber TKO - 19-10-2015

Media dan Penulisan, Senjata ‘Perang Pemikiran’

Bengkel5
KUALA TERENGGANU – Musuh Islam ‘gencar’ menyerang kesempurnaan Islam dan gerakan Islam melalui tinta, maka para daie mestilah merasakan tugas menulis adalah satu kewajipan.

20151016_144348

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor, media dan penulisan adalah dua elemen penting dalam persiapan para soldadu Islam menghadapi ‘perang pemikiran’ masakini.

“Bengkel Media dan Penulisan secara asasnya adalah untuk melahirkan penulis-penulis yang menjadikan penulisan sebagai medium dakwah,

“Dalam era perang pemikiran ini, kader-kader dakwah yang kompeten mestilah diasuh dengan sistematis,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah dalam Bengkel Media dan Penulisan yang diadakan di dewan Masjid Jamek Darul Iman, Kampung Tok Jiring pada Sabtu 16 Oktober.

Seramai 50 orang peserta hadir dalam bengkel tersebut, yang dianjurkan Lujnah Penerangan dan Hubungan Media, Badan Perhubungan PAS Terengganu dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).

20151016_120701 (2)

Beliau yang telah menghasilkan 54 buah buku itu berkata, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah tokoh yang ulung dalam dunia penulisan.

Beliau menyeru kepada bakal pemimpin agar menghayati media dan penulisan dengan menjadikan amalan membaca satu kemestian.

“Pemimpin adalah para pembaca (Leaders are readers), membaca dan menulis adalah kemahiran (skills) yang perlu ada,

“pemimpin mesti memiliki ilmu pengetahuan dan menulis, kita boleh memperbaharui sejarah dengan membuat kajian dan menulis,”katanya.

Umpamanya, kata beliau, pendapat para sejarawan sebelum ini menyatakan bahawa Hizbul Muslimin adalah parti Islam yang pertama di tanah air.

Bengkel3

Namun selepas kajian terbaru mendapati, jelas beliau, Sarekat Islam Terengganu yang diasaskan oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong adalah merupakan parti Islam yang lebih awal.

Menurutnya, pengaruh Sarekat Islam sebagai sebuah pertubuhan politik Islam berkembang di Tanah Melayu semenjak tahun 1919 apabila cawangannya wujud di Singapura, Johor, Baserah – Pahang, Terengganu, Kelantan, Patani dan Pulau Pinang.

“Antara tokoh penting Sarekat Islam di Tanah Melayu ialah Tuan Guru Haji Abd Rahman Limbong yang memimpin pemberontakan ke atas British antara tahun 1924 hingga 1928,

“iaitu lebih awal dari pergerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan al-Banna pada tahun 1928 di Mesir,”katanya.

Bengkel6

Sehubungan itu, Pengerusi KAMI Dr. Azman Ibrahim berkata penulisan ada satu dari wasilah dakwah dan penyebaran maklumat yang sangat penting dan berkesan.

“Ianya lebih penting dalam dunia teknologi maklumat sekarang. Menguasainya bermakna kita menguasai satu senjata penting dalam perjuangan untuk meninggikan agama Allah.

“Aset persenjataan ini amat rugi andai tidak dimanfaatkan sepenuhnya,”katanya ketika membentangkan kertas bertajuk ‘Bagaimana Beridea’ Dalam Bengkel tersebut.

Katanya, KAMI telah mengendalikan beberapa siri kursus dan bengkel dalam usaha untuk memahirkan petugas-petugas media parti dengan skil dan kemahiran penulisan.

20151016_092647

Beliau menegaskan, sekarang bukan lagi masanya untuk kita berada di bawah tempurung.

“Bergerak dan berjuang secara senyap dalam kelompok kita. Setiap maklumat perlu disebarkan ke seluruh pelusuk dunia.

“Kita perlu tampilkan kehebatan Islam melalui medium penulisan. Menyebarkan aktiviti dan pergerakan kita dan menjawab isu-isu yang timbul,”tambah beliau

Sumber BO - 19-10-2015

NGO Berupaya Mencetus Perubahan Masa Depan Negara Yang Lebih Baik

Retreat NGO3
KUALA TERENGGANU – Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) harus berperanan dengan berkesan sebagai kuasa rakyat untuk membuat agenda perubahan yang lebih baik kepada masa depan negara.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu Haji Yahaya Ali, berkata peranan NGO sebagai kuasa ketiga (third force) banyak mempengaruhi pemerintahan dan pembangunan sesebuah kerajaan di negara Barat.

Retreat NGO2

“Di negara barat, peranan NGO dalam pilihanraya sangat terserlah sehingga disebut sebagai kuasa ketiga (third force) dan banyak mempengaruhi keputusan pemerintah dan pilihanraya.

“Apa yang penting NGO yang bukan sebagai parti politik harus bergerak di tengah-tengah masyarakat dan menjadikan golongan non-partisan sebagai sasaran utama,”ujarnya ketika sewaktu menutup program pemukiman (Retreat) NGO.

Lebih dari 30 buah NGO hadir dalam program separuh hari tersebut yang diadakan di sebuah Chalet di sini pada Sabtu 16 Oktober.

Menurutnya, pelbagai NGO yang ada di negara ini dengan bidang tumpuan dan perjuangan masing-masing seperti kebajikan dan kemasyarakatan, ekonomi dan kepenggunaan, pendidikan dan sosial, riadhah dan rekreasi dan lain-lain NGO yang bersifat ‘issue oriented’.

“Selain dari agenda membina kepentingan ahli-ahli masing dalam pelbagai sudut, setiap NGO juga haruslah sentiasa sensitif dan aktif memperjuangkan isu-isu dalam masyarakat.

“Kadang-kadang setengah golongan masyarakat sudah lali, buruk sangka serta tidak memperdulikan kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh ahli-ahli politik.

Retreat NGO1

“Disinilah peranan NGO yang lebih dekat dengan rakyat kerana kita mahu melihat masa depan negara dan negeri kita yang lebih terjamin,”jelasnya.

Negeri Terengganu sendiri katanya, terlalu banyak isu yang perlu diberi pendedahan dan kefahaman dan NGO sendiri harus ada sikap dan pendirian mereka supaya masyarakat memahaminya dengan baik.

“Di antaranya, isu petroleum yang tidak kembali kepada perjanjian asal, tuntutan hak Terengganu keatas lapangan minyak Bertam, hak rakyat keatas LPT 2 (kerana separuh dari perbelanjaan dari duit royalti minyak,

“masalah pembaziran projek kerajaan seperti ‘Monsoon Cup’, Tasek Kenyir, negeri kaya (bajet tertinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain) tetapi rakyat masih ramai yang miskin, pengangguran, merempit di kalangan anak-anak muda dan pelbagai isu lain”, tambah beliau.

Sumber BO - 18-10-2015

Telefon YDP Kuala Terengganu Digodam, Pihak Berkuasa Digesa Ambil Tindakan

KUALA TERENGGANU – Pihak berkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) digesa bertindak ‘pro-aktif’ bagi mengekang ‘para penggodam’ dan usaha pihak yang tidak bertanggungjawab menimbulkan fitnah yang boleh menyebabkan huru hara dan ancaman kepada keselamatan negara.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ada pihak yang tidak bertanggongjawab telah menghantar ‘pesanan ringkas’ menggunakan nombor telefon beliau untuk tujuan tidak baik dan berniat jahat.

IMG_20151017_080322

“Ada pihak yang tidak bertanggongjawab telah menghantar ‘sms’ seperti di bawah dengan menggunakan nombor telefon saya dengan cara yang saya tidak tahu,

“Saya menafikan (saya) menghantar sms seperti dibawah (itu). Ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggongjawab dengan niat yang jahat.

“Ini adalah fitnah dengan tujuan mahu merosakkan nama saya dan parti yang saya adalah ahlinya,”katanya yang membuat penafian dalam laman sosial, semalam.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang menerima pesanan ringkas tersebut mengabaikan ‘mesej’ sebagaimana yang dipaparkan dan meminta pihak yang melakukan fitnah tersebut menghentikan perbuatan itu.

“Saya harap sesiapa yang menerima sms itu abaikan saja. Saya harap pihak yang melakukan perkara ini hentikan saja fitnah terkutuk ini,”gesa beliau.

Menurut beliau, beberapa orang pemimpin PAS pernah mengalami keadaan yang serupa, apabla nombor telefon mereka digunakan untuk menghantar mesej fitnah, terutamanya sewaktu pilihanraya kecil atau umum berlangsung.

Namun, kata beliau, laporan-laporan yang dibuat terhadap perbuatan jahat itu tidak diselesaikan dan pelaku tidak ditangkap dan didakwa ke mahkamah.

“kecuali satu kes sahaja yang telah didakwa melibatkan ‘ancaman ugut bunuh’ yang dilakukan oleh bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Idri Jusoh dulu,

IMG_20151017_081336

“yang berlaku kerana perbalahan dalam Umno dan pelaku tersebut dibicarakan dan telah dijatuhkan hukuman penjara,”kata beliau.

Pada Januari lalu, Hakim Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara terhadap Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir pada Jumaat.

Md Raus membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang membebaskan Ahmad Ramzi pada Disember 2013.

Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah atas dakwaan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) fitnah kepada tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Sumber BO - 17-10-2015

Pertahan Kelantan, Ambil Balik Terengganu

nasruddin-hassan
KEMAMAN – Pasca Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, PAS hanya akan bekerjasama dengan Parti KeADIlan Rakyat (PKR) tanpa penyertaan DAP bakal teruji kemampuan bagi menarik sokongan pengundi Melayu.

Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi berkata pasca Pakatan Rakyat pada PRU14 menguji kerjasama PAS dengan PKR di negeri majoriti Melayu.

Katanya, PAS akan bergerak sendiri tanpa sokongan DAP dalam menarik sokongan bukan Melayu.

“Apa yang penting, pilihan raya akan datang pasca Pakatan Rakyat kita kena bergerak sendiri tanpa kerjasama DAP.

chukai

“PAS tidak terjejas sangat dengan kemelut dalam Pakatan Rakyat sebab kita masih bersama dengan PKR.

“Kita (PAS) kena pertahankan kerajaan Kelantan, ambil balik Terengganu dan menangkan Pahang, Kedah dan Perlis di negeri majoriti Melayu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Liqa Fikri PAS Dun Chukai dengan tema “Kekalkan Chukai PRU14” di Lagoona Resort, Cherating pada Rabu lalu, 14 Oktober.

Antara ahli panel pengisian program tersebut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman.

Hadir sama pada majlis itu Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, Ketua Muslimat PAS Kemaman, Ustazah Fainah Mat, Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood dan Ketua Pemuda Dun Chukai, Faizal Omar.

Ustaz Nasaruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh mahukan agar kerajaan PAS Kelantan mesti dipertahankan pada PRU14.

Bahkan, katanya negeri-negeri yang majoriti Melayu itu mesti dikuasai oleh PAS bagi menggantikan Umno memerintah negara.

Sumber BO - 17-10-2015

PAS Chukai Ikrar Pertahan Kemenangan

IMG_20151016_171955

KEMAMAN – Keazaman dan tekad PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai terbukti apabila berjaya mengumpulkan lebih 300 orang petugas parti di semua peringkat cawangannya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Hanafiah Mat berkata kejayaan Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai mengumpul jentera partinya petanda kesungguhan bagi mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

IMG_20151016_172034

Katanya, tanpa kerjasama yang erat di peringkat cawangan dan Dun sudah pasti sukar mempertahankan kemenangan tersebut.

“Saya bersyukur kerana mempunyai hubungan baik yang sangat erat dengan semua petugas parti di semua peringkat cawangan dan MTD.

“Di Dun Chukai ini kita (PAS) ada 13 Unit Peti Undi (UPU) dan 20 cawangan PAS untuk menghadapi PRU14 akan datang. Inilah petugas (jentera) saya,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis Liqa Fikri PAS Dun Chukai, di Lagoona Resort, Cherating, Rabu 14 Oktober.

Antara pimpinan parti yang mengisi program liqa tersebut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman.

Beliau yang juga Pengarah MTD Chukai menyifatkan kehadiran lebih 300 petugas partinya di peringkat cawangan dan Dun amat membanggakan.

nasruddin hassan

Justeru, katanya semua petugas parti berikrar akan bekerja dengan bersungguh bagi mempertahankan kemenangan PAS pada PRU14.

Menurut Hanafiah, isu kemelut serpihan PAS hingga tertubuh Parti Amanah Negara (PAN) dan terputusnya kerjasama dengan DAP tidak membimbangkan.

“Masalah serpihan PAS hingga ada (tubuh) parti PAN (Parti Amanah Negara) dan DAP memutuskan kerjasama dengan kita (PAS) tidak membimbangkan sangat dan terkawal.

“Di Dun Chukai, hubungan peribadi saya dengan masyarakat dan pengundi Tionghua cukup baik dan masih bersama saya, Insya’Allah,” tegasnya.

Katanya, tidak semua pengundi Cina itu memusuhi PAS kecuali segelintir pemimpin dan penyokong DAP.

Beliau cukup yakin dan optimis bahawa Dun Chukai masih dapat dipertahankan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

Sumber BO - 16-10-2015

Pemimpin Umno Tidak Cekap, Boros dan Khianat Mengurus Negeri

Dr Alias taklimat Isu
KUALA TERENGGANU – PAS mahu kembali memerintah negeri Terengganu untuk melaksanakan syariat Allah, meningkatkan kecekapan pentadbiran dan mengurangkan perbelanjaan boros yang tidak membawa manfaat yang besar kepada rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya 1 YB Dr Alias Razak yakin, dengan usaha yang diambil dan tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan, tidak mustahil PAS akan menang pada pilihan raya umum kali ke-14 akan datang.

20151014_105313 (2)

“Dari segi usaha-usaha kita, satu perkara yang tidak mustahil menduduki wisma darul iman (dengan) kita fokus dalam perjuangan kita, dan kita akan menguasai Wisma Darul Iman dengan tujuan (untuk) memartabatkan syariat Allah Ta’ala.

“Bukan kita (hendak) berebut nak jawatan tinggi dalam kerajaan (dan) bukan nak projek yang lumayan……..tapi kita nak melaksanakan amanah Allah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan 300 peserta program Taklimat Penerangan dan Isu PAS negeri Terengganu di Markaz Tarbiah Kuala Terengganu pada Rabu 14 Okober.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu, PAS Terengganu telah menetapkan 7 strategi, bagaimana untuk merelisasikan hasrat ‘Harapan Untuk Semua’ dalam ‘Peta Perjalanan’ menuju Wisma Darul Iman (Road Map To Wisma Darul Iman).

Mohd Nor Talimat Isu

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika mengulas isu-isu terbaru kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) berkata, Allah melarang orang Islam menyerahkan pengurusan kepada pemimpin yang tidak cekap.

Beliau menyimpulkan pemimpin Umno sebagai tidak cekap dan mengurus negeri Terengganu dengan ‘boros’ dan bersifat khianat.

Pergolakan Umno negeri Terengganu juga, menurut beliau, menyebabkan wujud kem-kem pemimpin dalam kerajaan yang menggagalkan projek-projek pembangunan untuk rakyat.

“Jangan kamu serahkan harta yang Allah pertanggungjawabkan kepada kamu sebagai khalifah dimuka bumi ini kepada pemimpin Umno yang tidak cekap,

20151014_105920

“Yang kedua, boros, UMNO mentadbir dengan boros dan yang ketiga, khianat. Dan yang terakhir, kita mesti tahu bawa bahawa UMNO tidak lagi berupaya mentadbir dengan pergolakan dalaman UMNO itu sendiri,”jelasnya.

Antara ketidakcekapan pemimpin Umno mengurus adalah kata beliau, dalam kes pengambilan semula tanah penduduk Kampung Banggol Donas dan tanah penduduk Kampung Pasir Putih.

“tanah ampung Banggol Donas tidak diselesaikan pengambilan semula, tidak diwartakan terlebih terlebih dahulu, tetapi projek pembinaan telah dijalankan,

“tanah Kampung Pasir Putih tidak disempurnakan pengambilan balik, geran asal penduduk tidak ditarik semula dan persempadan baru tidak diselesaikan,”ujarnya

Sumber BO - 15-10-2015

PAS Besut Rakam Ucapan Takziah

LPT2 6 sekeluargaa
BESUT – PAS Kawasan Besut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 6 beranak yang terkorban dalam nahas jalanraya yang berlaku di Kilometer 258.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing petang semalam.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Ustaz%20Wan%20Azhar.jpg

Menurut Yang Dipertuanya Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, jenazah 3 beranak tiba di Besut sekitar jam 4 pagi tadi dengan 2 buah ambulan jenazah, manakala 3 lagi di kebumikan di Cendering, Terengganu.

Katanya, beliau telah dihubungi keluarga yang terkorban nahas itu pada lewat malam Rabu, memaklumkan kejadian malang itu.

“Semalam saya hubungi ayah almarhum Noor Akmal dan merakamkan rasa sedih di atas peristiwa yang berlaku serta berharap semuga beliau bersabar dan menerimanya dengan tabah.

IMG-20151015-WA0028

“Dan, pagi tadi sebaik selesai solat jenazah, beliau menyatakan semua yang berlaku itu agak berat bagi beliau namun tetap menerimanya sebagai ketentuan daripada Allah,”ujarnya yang ditemuiseusai solat jenazah keluarga tersebut.

Katanya, mereka yang maut dikenali sebagai pemandu kereta Azaman Ramli, 49, isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, Noor Amira Syahirah Alias, 22, Aliff Hateem Azaman, 16, Aliff Hakim Azaman, 12 dan Aqeel Muslim Abdullah, 3 tahun.

Solat jenazah diadakan pada jam 9.30 pagi di Kampung Amir, Alor Lintang dan jenazah kemudiannya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kg Raja.

Sumber BO - 15-10-2015


Enam Jenazah Sekeluarga Terbabit Kemalangan LPT2 Dihantar Ke Kampung Masing-masing

IMG_20151015_065529
KEMAMAN – Enam sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terperosok ke bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 258.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing, di sini tengah hari ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Kemaman Ustaz Mohd Hazri Jusoh berkata tiga daripada mereka dihantar pulang ke kampung Cendering di Kuala Terengganu dan tiga lagi ke Kampung Alor Lintang Besut.

IMG_20151015_065652

“alhamdulillah, baru sahaja selesai menguruskan jenazah enam jenazah sekeluarga yang kemalangan di LPT2 tengah hari tadi,

“tiga jenazah dihantar pulang ke kampung Chenderig dan tiga lagi ke kampung Alor Lintang di Besut,”ujarnya ketika dihubungi semalam.

Ustaz Hazri yang juga Pengarah Majlis Tindakan PAS DUN Kijal berkata demikian selepas mendoakan perjalanan jenazah terbabit dengan kereta mayat, yang bergerak menuju destinasi masing-masing dari hospital daerah Kemaman, dekat sini

Mereka yang maut dikenali sebagai pemandu kereta Azaman Ramli, 49, isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, Noor Amira Syahirah Alias, 22, Aliff Hateem Azaman, 16, Aliff Hakim Azaman, 12 dan Aqeel Muslim Abdullah, 3 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim, kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan selepas tersepit di dalam kenderaan itu.

IMG_20151015_070658

Katanya kejadian 12.30 tengah hari itu berlaku semasa hujan lebat dan keadaan jalan agak licin.

Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan sebelum kenderaan jenis Toyota Camry itu dipercayai hilang kawalan, katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

“Keadaan itu menyebabkan kenderaan tersebut berpusing sebelum bahagian belakang kereta itu terperosok di bawah lori treler berkenaan yang berhenti di lorong kecemasan,” katanya.

Semasa kejadian, pemandu lori treler yang berusia 35 tahun itu dipercayai sedang tidur di dalam kenderaan itu dan tidak menyedari tentang kemalangan itu sehingga diberitahu oleh pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, Mohd Said berkata pemandu lori yang berasal dari Kelantan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

IMG-20151014-WA0098

Jelasnya kesemua mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat berhubung nahas itu tampil ke balai polis Kemaman bagi membantu siasatan.

Sumber BO - 15-10-2015

Fokus Menangkan PAS

IMG_20151015_055502
KEMAMAN – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi mengingatkan seluruh ahli dan jentera parti agar fokus kepada perjuangan memenangkan PAS.

Justeru, kata beliau setiap ahli parti mesti menjadi pendukung kepada perjuangan Islam dan bukan sekadar penyokongnya.

Menurutnya, pendukung gerakan Islam perlu mengambil amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas mengikut posisi masing-masing.

nasruddin hassan

“Kita (ahli) kena fokus pada perjuangan (PAS) dan kita kena jadi pendukung dengan mengambil amanah dan tanggungjawab, laksanakan tugas dan bergerak mengikut posisi masing-masing.

“Sama ada kita sebagai pemimpin atau ahli biasa. Kita mempunyai peranan yang besar pada perjuangan yang kita dukungi ini hingga mencapai kemenangan, Insya’Allah,” tegasnya .

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Liqa Fikri PAS Dun Chukai dengan tema “Kekalkan Chukai PRU14” di Lagoona Resort, Cherating pada 14 Oktober lalu.

Ustaz Nasaruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menjelaskan faktor kemenangan dalam sesuatu ‘permainan’ adalah pendukung dan bukannya penyokong.

Ini kerana, katanya pendukung adalah pemain utama yang menentukan kemenangan dalam perlawanan.

“Saya ibarat seperti main bola sepak yang akan menentukan kejayaan, kemenangan adalah pemain dan bukan penyokong. Walau pun masuk stadium dengan 50,000 penyokong jika pemain hilang fokus, mereka tidak akan menang perlawanan itu.

“Kita (PAS) jangan jadi penyokong sahaja dalam perjuangan Islam kerana tidak ada istilah penyokong dalam gerakan Islam.

“Sebab yang memberi faktor kemenangan itu adalah pendukung dan bukannya penyokong.

Pendukung adalah pemain utama yang menentukan kemenangan,” ujarnya di hadapan lebih 300 petugas parti Dun Chukai.

chukai

Sehubungan itu, kata beliau sebagai persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) manfaatkan segala kekuatan yang ada pada PAS.

Menurutnya, tiga eleman penting yang diperlukan oleh parti iaitu persiapan metarial, kekuatan fizikal serta kemantapan spiritual.

“Langkah mempersiapkan diri (parti) untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Manfaatkan segala kekuatan yang sedia ada dari segi persiapan metarial (harta benda), kekuatan fizikal (tubuh badan) dan kemantapan spiritual (roh).

“Ketiga-tiga kekuatan ini mestilah diganding untuk membentuk suatu kekuatan yang jitu dan mantap bagi menghadapi pertembungan dalam perjuangan yang sedang kita (PAS) langsungkan ini.

“Saya kira untuk menghadapi pilihan raya ini ketiga-tiga eleman itu amat diperlukan dan dipersiapkan,” jelasnya.

Katanya, fokus gerak kerja PAS adalah memenangi pilihan raya dengan menumbangkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dua ahli panel lain pengisian program Liqa Fikri PAS Dun Chukai iaitu Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman.

Hadir sama pada majlis itu Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, Ketua Muslimat PAS Kemaman, Ustazah Fainah Mat, Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood dan Ketua Pemuda Dun Chukai, Faizal Omar.

Sumber BO - 15-10-2015

Tahun Baru dan Hijratul Rasul; Kita Tidak Boleh Berpeluk Tubuh Dan Hanya Menjadi Pemerhati

Ustaz satiful Bahri 13 Julai 2015
Sempena Awal Muharram dan Hijratul Rasul, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengucapkan Selamat Tahun Baru 1437 dan salam Maal Hijrah.

Sesungguhnya RasuluLlah SAW dan para sahabatnya yang yang telah diuji dengan pelbagai mehnah, berhijrah meninggalkan tanah air mereka di Makkah ke Madinah, kerana semata-mata untuk menegakkan negara serta perundangan Islam.

Marilah kita bersama-sama pada hari ini, merenung sejenak dan memperingati pengorbanan serta segala daya usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya, dalam menyambung perjuangan kita menegakkan Islam.

Kita sedang menghadapi ‘tribulasi yang sama, bukan sahaja dari kalangan mereka yang tidak beriman, bahkan daripada kalangan masyarakat umat Islam sendiri, samada yang pernah bersama dengan kita atau daripada mereka yang berkuasa dan memerintah.

Kerajaan yang terus mencari helah, tidak mahu tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah,
meneruskan dasar dan amalan perkauman yang sempit, nasionalis mahupun dari kelompok golongan sosialis, kapitalis, liberal dan sebagainya.

Materialistik dan leka dengan hidup dunia yang sementara, para pemimpin mengumpulkan kekayaan sehingga berlaku penyelewengan, mengkhianati amanah rakyat, melakukan pembangunan bukan untuk rakyat, tetapi untuk projek dan meraih laba peribadi.

Rakyat dibebankan dengan tanggungan kehidupan, ekonomi yang semakin parah, mata wang negara menyusut nilainya, kehilangan wang bukan jutaan tapi berbilion ringgit, dengan skandal dan penyalahgunaan kuasa, kemungkaran yang semakin terserlah, walaupun cuba diputarbelitkan dan sembunyikan oleh pemerintah.

Dengan mencipta pelbagai alasan, cukai GST yang menzalimi rakyat dilaksanakan, harga keperluan utama minyak petrol dan diesel dinaikkan sewenang-wenangnya dan yang terbaru, kenaikan kadar tol yang pasti menekan kehidupan rakyat.

Saya menyeru seluruh rakyat negeri Terengganu dan Malaysia amnya, bersempena tahun baru hijriah dan Maal Hijratul Rasul hari ini, meneruskan perjuangan dengan tekad dan penuh keyakinan, sesungguhnya Islam itu akan menang!

Justeru itu, kita perlu istiqamah dengan meningkatkan usaha, memantapkan saf perjuangan dan menajamkan strategi, menghadapi pilihan raya kali ke-14 dan sehinggalah kita diberikan Allah rahmat kemenangan, in sha Allah!

Dengan mengambil semangat hijrah ar-Rasul pada hari ini, kita tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan berdiam diri serta hanya menjadi pemerhati.

Saya menyeru seluruh rakyat serta masyarakat pelbagai lapisan agar bangkit membuat perubahan dan berhijrah bersama perjuangan yang dibawa oleh PAS untuk kesejahteraan dan kejayaan dunia hingga akhirat.

Segala macam idelogi ciptaan manusia telah terbukti gagal menyelesaikan kehidupan manusia, janganlah kita hidup bangkrap didunia ini, dan diakhirat pula menjadi seorang yang muflis.

YB Haji Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri Paka
1 Muharram, 1437/ 14 Oktober, 2015

Sumber BO - 14-10-2015


Rakyat Terengganu Bakal ‘Terima Hadiah’ Kadar ToL LPT2 Yang Baru

LPT2_2-650x433
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno-BN meraikan sambutan Maal Hijrah tahun ini dengan memberikan hadiah istimewa kepada rakyat, berupa pengumuman kenaikkan kadar tol di beberapa lebuh raya di Malaysia bermula 15 Oktober ini.

Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata ia adalah antara siri pengingkaran janji-janji PRU 13 yang telah dibuat sendiri oleh kerajaan Umno-BN ketika kempen mereka.

aku janji tol turun tipu CIQ naik

“selain dari janji menurunkan harga kereta dan lain-lain lagi………. kenaikan tol ini walaupun berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi tetap akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang kerana pusat ekonomi Malaysia ialah di sana.

“Manakala bagi lebuh raya yang lain, saya percaya kenaikan tol juga akan berlaku dalam masa terdekat ini kerana dikatakan kadar tol sudah lama tidak dinaikkan………hanya menunggu masa sahaja,”ujarnya.

Beliau turut percaya, rakyat negeri Terengganu akan memberi hadiah juga kepada rakyat dengan kadar tol yang baharu naik itu.

Katanya, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman telah pun berjanji pada Sidang Dun bulan Mei lalu, kutipan tol LPT2 akan bermula selepas September tahun ini.

Dengan kenaikan itu, beliau menjelaskan, keperitan rakyat menjadi ‘berganda’ akibat meningkatnya harga minyak yang dimumkan pada minggu lepas.

“baru sahaja pada minggu lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak bulanan walaupun harga minyak di pasaran dunia hanya berlegar sekitar di bawah USD50 sebarrel ketika ini,

mintak naik okt 15

“ketika harga minyak dunia tinggi, alasan Umno-BN menaikkan harga kerana mengikut harga pasaran semasa tetapi apabila harga minyak dunia turun, mereka gunakan pula alasan nilai matawang Ringgit Malaysia jatuh,”jelas beliau.

Justeru itu, ADUN Bukit Payong itu mempersoalkan, apakah sebab utama yang menyebabkan matawang ringgit jatuh dan menggesa kerajaan menjelaskannya kepada rakyat.

“Soalan yang mesti dijawab oleh kerajaan ialah, kenapa RM jatuh? Apa penyebab utamanya? Mungkin faktor kenaikan harga minyak dunia diluar kawalan kita, tetapi kejatuhan nilai matawang kita adalah dibawah kawalan kita.

“Ini jelas dengan kritikan bekas Menteri Kewangan dari Umno, Tun Daim Zainudin baru-baru ini bahawa kejatuhan RM adalah kerana pelabur-pelabur sudah hilang keyakinan kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,”ujarnya lagi.

Katanya, kenyataan mantan Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno itu bermakna, Najib telah gagal memberikan jaminan dan keyakinan kepada pelabur-pelabur tentang kedudukan dan masa depan ekonomi Malaysia.

Sumber BO - 13-10-2015


Syabas Adik Chua Gor Thong; Mari Kita Sama-sama Menegakkan Kebenaran!

Oleh : SMN

Tidak ada dalam sejarah negeri Terengganu seorang pemimpin MCA berani menegur ‘abang politiknya’ pemimpin Umno, baik diperingkat negeri dan peringkat pusat.

Walaupun masih muda adik Chua Gor Thong berani dan berfikiran bebas, tidak terikat dengan belenggu ‘kow tow’ yang menjadi amalan sesetengah generasi Tionghua masa lampau.

Beliau membidas pemimpin Umno dalam medan yang betul, membawa suara anak muda supaya didengar dan dilihat, dan jangan diremehkan umpama sampah sarap yang banyak di Kampung Cina Kuala Terengganu, seperti yang pernah diketengahkan oleh sahabat saya Jefri Chua.

Sebelum menegur pemimpin Umno yang ‘angkuh dan sombong’ dengan merujuk peristiwa ‘Low Yat’ yang berlaku beberapa bulan lalu, Gor Thong melalui ‘laman blog’nya juga pernah sebelum ini menegur pemimpin Umno negeri Terengganu.

Dia pernah menyifatkan, keadaan negeri Terengganu yang diperintah Umno-BN sebagai ‘teruk’!

IMG-20150925-WA0096

Gor Thong yang juga pernah menjadi ‘rakan maya’ kepada laman rasmi PAS Terengganu, buletinonline.net menyelar Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menggesa pengguna Melayu memboikot perniagaan kaum Cina.

Saya menyucapkan syabas kepada Gor Thong yang juga Setiausaha MCA Terengganu serta Ketua Pemuda MCA Terengganu, kerana tidak bimbang dan risau, walaupun beliau seorang ‘penganalisis politik dan pemikir’ dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebagaimana yang tercatat dalam laman sosialnya.

Bahkan, Gor Thong juga, dalam Perhimpunan Agung Pemuda MCA Ke-51 pada Sabtu 10 Oktober, membidas Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, berikutan kenyataan pemimpin Umno itu yang mahu ‘menampar kaum Cina’.

Memang tidak ada sesiapa mempunyai hak untuk tindakan ‘tampar menampar’ dan Islam yang menjadi agama majoriti orang Melayu, melarang perbuatan menghina kaum lain.

Adik Gor Thong yang merupakan anak jati Terengganu pasti sudah biasa dengan hukum hakam Islam yang mengharamkan umatnya menghina dan menzalimi kaum lain.

Beliau sudah melalui zaman pemerintahan PAS di negeri Terengganu dari tahun 1999 – 2004, pasti dapat melihat perbezaan dasar-dasar kerajaan yang diterajui oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, saya menyeru agar Gor Thong meneruskan sikap beliau yang merupakan ‘manifestasi anak muda’ zaman baru, yang lebih melihat tindakan ‘real’ dari sebuah retorika.

Hanafiah Karnival SJKC1

Perjuangan zaman ini, bagi ‘generasi Y’ seperti beliau, sama hasrat dan objektifnya dengan Pemuda PAS Terengganu yang mahu meliat satu kerajaan yang menegakkan kebenaran dan keadilan, kepada semua kaum dan golongan.

Jangan segan silu untuk bertemu mata dengan ‘YB-YB’ muda PAS seperti Hishamuddin Abdul Karim (Tepoh) dan Hilmi Harun (Manir) untuk menyatakan pendirian dan memberi saranan dalam memajukan negara dan negeri Terengganu yang kita cintai ini.

Atau berhubung dengan Haji Hanafiah Mat, ADUN Chukai yang sangat rapat dengan komuniti Tionghua di bandar Chukai dan daerah Kemaman.

Zaman konfrontasi dan pengasingan politik mengikut kelompok serta berdasarkan kaum dan ugama, yang diasaskan oleh Barisan Nasional telah lama berlalu dan bakal menjadi sejarah.

Dalam PAS sekarang ada Dr. Bala Chandran G.K, seorang non-muslim da bukan Melayu yang sangat aktif memperjuangan hak dan kebenaran.

Sebagaimana saya tidak canggung berjalan-jalan melewati kampung Cina, membuat liputan dan mendedahkan masalah yang dihadapi oleh rakyat di situ, begitulah kita harapkan, adik Chua Gor Thong bersama saya, Jefri Chua, YB Hishamuddin dan Dr. Bala, memperjuangkan hak menuntut kekayaan hasil negeri yang telah lama dibolot oleh pemimpin Umno Terengganu!

Sumber BO - 13-10-2015


PAS Ziarah Keluarga Terbabit Kemalangan Maut

SETIU – PAS kawasan Setiu melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah pada keluarga yang terlibat dengan kemalangan maut membabitkan satu keluarga, di Kampung Gong Terap, Langkap dekat sini.

Menzahirkan rasa kebersamaan itu, Yang Dipertuanya Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir telah menziarahi keluarga kehilangan empat ahli keluarga dalam kejadian tersebut.

“PAS Setiu melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serta berdoa semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian yang besar ini,”

IMG_20151012_192550

“Kita juga menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban perbelanjaan keluarga yang ditimpa musibah itu,”ujarnya yang ditemui selepas menziarahi keluarga terbabit.

Menurut abang mangsa, Nazri Mohd Noor, 29, [Gambar kanan] kemalangan yang berlaku pada Jumaat di KM 94, jalan Jertih-Kuala Terengganu dekat Kampung Renek itu telah meragut nyawa Mohamad Norizan Mohd Noor, 20 tahun yang baru sahaha melangsungkan perkahwinan pada Rabu lalu.

Katanya, turut maut ibu mentuanya Norizan, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik iparnya Norma Mohd Razak,15, dan Mohd Haikal 2 tahun yg berasal dari Kampung Chetok Pasir Mas Kelantan.

Turut terbabit dalam kejadian itu ialah isteri mangsa Noraluza, 18 tahun yang cedera parah.

“kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke Gong Terap untuk majlis menghantar menantu,”

IMG_20151012_192451

“isteri arwah sekarang berada di ICU, Hospital (HSNZ) dan telah menjalani pembedahan pmbuangan darah beku di kepala mlm tadi,” katanya merujuk keadaan adik iparnya yg turut sama dalam kemalangan itu.

Sementara itu pada 6 Oktober lalu, Saharizukirnain berkata, PAS Setiu juga telah membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, diatas perlantikan Ketua Polis Daerah yang baru, DSP Tuan Elias Bin Abu Bakar.

Katanya, pertemuan yang berlangsung selama satu jam setengah itu telah menyentuh keadaan isu semasa trmasuk isu mat rempit, jenayah rogol pelajar sekolah yang agak tinggi serta keadaan senario politik yang agak terkawal yang membabitkan beberapa kawasan di daerah Setiu.

“Tuan Elias juga mengharapkan agar Pas Kawasan dapat memberi kerjasama dalam segala isu yang berlaku dan mengaalu-alukan kehadiran rombongan PAS Setiu,

IMG_20151012_192335

“Pertemuan ini telah dapat mengeratkan hubungan antara pihak polis dengan pihak PAS dan kita berharap agar pihak polis dapat melibatkan kita dalam aktiviti kemasyarakatan,”kata Sahari.

Turut sama dalam pertemuan tersebut adlah Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Setiu, Dewan Pemuda dan Muslimat.

Ustaz Saharizukirnain berkata, pihaknya juga sedang menjalanakan usaha menjalinkan hubungan dengan agensi kerajaan lain seperti bomba,hospital dan sebagainya akan kita teruskan dari semasa ke semasa.

Sumber BO - 12-10-2015


Kaum Tionghua Chukai ‘Tidak Terpalit’ Dengan Isu Perkauman

Hanafiah Karnival SJKC
KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru besar dan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chukai yang telah berjaya menganjurkan Karnival bagi mengutip dana.

YB Haji Hanafiah Mat berkata, usaha unik yang dibuat oleh komuniti Tionghua itu telah berjaya mengumpulkan kewangan sebanyak RM 330,000.

Hanafiah Karnival SJKC1

“Karnnival SJKC Chukai diadakan pada hari bermula 8 pagi hingga 12 malam, ianya dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mengutip dana pendidikan.

“ia cukup unik kerana ibu bapa boleh mengunjungi 20 tempat permainan seperti baling bola dalam jaring, rumah hantu, pertandingan ratu cantik kanak-kanak dan lain-lain,

“20 buah gerai makanan disediakan dengan pertukaran kupon berharga RM5.00 telah menarik lebih 5,000 ibu bapa dan orang ramai hadir…….syabas dan tahniah,”ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bersama-sama memeriahkan Karnival itu pada Jumaat 9 Oktober.

Katanya, beliau tidak merasa janggal bahkan merasa sangat sukacita dengan sambutan yang diterima begitu baik oleh para ibu bapa dan guru-guru.

Hanafiah Karnival SJKC2

“sambutan amat menggalakan dan ibu bapa serta guru-guru cukup ceria menerima kehadiran saya dan saya juga mengambil peluang menyampaikan derma peribadi,”tambahnya.

Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, sikap terbuka pihak sekolah dan penerimaan baik dari kaum Tionghua membuktikan bahawa mereka tidak ‘terpalit’ dengan isu perkauman yang dimainkan oleh sesetengah pihak.

“ia juga menunjukkan dakwaan pihak tertentu bahawa orang Cina menjarakkan diri dengan PAS adalah tidak benar sama sekali,

“Bahkan mereka beramah mesra dan bagi pihak saya dapat mempereratkan hubungan diantara wakil rakyat dengan mereka yang juga adalah pengundi saya,”jelasnya.

Sumber BO - 12-10-2015


Hari Keluarga Balai Besar Meriah

IMG_20151011_082330
Oleh: TMS

DUNGUN – Buat julung kalinya Unit Peti Undi  (UPU) Balai Besar dengan kerjasama Jawatankuasa Parlimen Dungun telah Berjaya menganjurkan hari keluarga dan sukaneka.Berkonsepkan pemimpin dan masyaraket sentiasa bersama , ia bertujuan mengeratkan silaturrahim, kenal mengenal antara satu sama lain.

Program yang diadakan di perkarangan Surau Haji Abdullah Soleh , Jalan Intan ini juga mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa surau dalam persediaan tempat dan petugas.

IMG_20151011_082241

Majlis itu mendapat sambutan menggalakkan para penduduk setempat yang hampir 1,000 orang yang turun padang mengambil bahagian serta memeriahkan pelbagai acara sukaneka , selain cabutan bertuah.

Pengarah programnya, Ahmad Roslin Rashid  berkata, sambutan Hari Keluarga UPU Balai Besar bersama Warga Jalan Intan dan Balai Besar yang diadakan itu adalah program dibawah kelolaan Ahli Parimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang bertujuan merapatkan hubungan masyarakat dan bagi merapatkan jurang perbezaan pendapat bagi manfaat semua
Menurutnya, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang satu hari program berlangsung, melibatkan keseluruhan sebanyak 25  acara bagi lelaki, wanita, kanak-kanak dan acara suami isteri.

“Program kali ini melibatkan tiga kampung yang berada di kawasan UPU Balai Besar antaranya Kampung balai Besar, Jalan Intan  dan Kampung Gong Pasir.

IMG_20151011_082158

Sementara itu YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli ketika menyampaikan ucapan perasmian Hari Keluarga dan Sukaneka ini, menyeru kepada semua yang hadir untuk menilai kembali pimpinan yang ada bagi menjamin masa depan keluarga dan masyarakat kita khasnya.

“Bagi memastikan rakyat mendapat manfaat daripada kekayaan Negara kita mestilah memilih pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan bukan pemimpin yang mengkayakan diri mereka semata-mata.Ini jelas pada masa sekarang yang berlaku dalam Negara kita dimana adalah menjadi kewajipan kita semua untuk menentukan hala tuju dalam Negara dan negeri khasnya”YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli .

Hadir sama, bagi memeriahkan hari keluarga dan sukaneka ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri , Rantau Abang  Cikgu Haji Alias Harun bersama isterinya.

Sementara itu, Cikgu Alias Harun berkata, sambutan masyarakat setempat amat menggalakkan dan ini membuktikan sokongan penduduk terhadap Pas semakin bertambah walaupun dalam keadaan krisis dalaman yang berlaku dalam Pas itu sendiri.Ini membuktikan bahawa sebenarnya Pas adalah sebuah parti yang menjadi alternatif kepada kerajaan BN di Terengganu sekarang ini.

IMG-20151011-WA0020

“Pihak Pas Dun rantau Abang merancang akan mengadakan program seumpama ini di UPU lain dalam Dun rantau Abang bagi memberi gambaran bahawa Pas adalah bukan sekadar Parti politik yang ekskulsif tetapi juga memainkan peranan penting dalam menyatukan penduduk dan masyarakat khususnya.”Cikgu Alias Harun

Pada program itu juga jamuan gulai kawah juga turut disediakan kepada semua yang hadir yang ditaja oleh ahli Parlimen Dungun.

Yb Cikgu Alias Harun yang turut menyertai pertandingan kukur kelapa dalam program ini mendapat perhatian apabila bersama isterinya yang pertama kali menyertai acara kupas kelapa menggunakan ‘kukuran’ sejenis alat tradisional melayu bagi mendapatkan santan.

Sumber BO - 11-10-2015

Teruskan Kecemerlangan Dengan Gerak Kerja PRU-14

IMG_20151010_231742
KUALA TERENGGANU – Kontingen Pemuda Kuala Nerus dan pasukan Jabatan Amal Kuala Nerus telah dinobatkan sebagai Kontingen Terbaik Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) pada kali ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan tersebut.

hishamuddin dan kamaruzaman

“syabas buat semua anggota Kontingen Pemuda Kuala Nerus dan pasukan Jabatan Amal Kuala Nerus atas kejayaan sebagai Kontingen Terbaik Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT),

“Usaha gigih Jawatankuasa Kontingen Kuala Nerus dan seluruh Jawatankuada Pemuda DUN amat membanggakan,”ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus menyifatkan kejayaan itu adalah usaha kerjasama erat antara semua pihak.

Penerapan budaya persaingan yang bermesej persaudaraan, kata beliau, adalah satu pembudayaan yang baik untuk melahirkan budaya kerja cemerlang pasukan anak muda PAS.

amal kuala nerus

Oleh itu, beliau kepada semua pemuda PAS Terengganu khususnya para pemuda Kuala Nerus meneruskan kecemerlangan yang dicapai untuk menyusun gerak kerja menghadapi pilihanraya kali ke-14 akan datang.

“persaingan yang baik seperti ini bagi memperkukuhkan kemenangan PAS (khususnya) di Kuala Nerus.

“saya menyeru agar semua pemuda melipat gandakan gerak kerja menawan hati anak muda dan bersiap sedia mendepani PRU 14 dengan penuh persediaan,”jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Tepoh merakamkan rasa dukacita atas musibah yang menimpa rakan anggota Jabatan Amal Marang yang terlibat dengan insiden kemalangan di Mengabang Bakong, Batu Rakit.

IMG_20151010_231936

“saya merakamkan rasa dukacita atas musibah yang menimpa rakan anggota Jabatan Amal Marang yang terlibat dengan kemalangan yang berlaku di Mengabang Bakong.

“Insiden kemalangan motorsikal pemuda Kuala Nerus juga amat mendukacitakan kita. Semoga semua mangsa kemalangan akan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT,”katanya

Beliau berjanji akan menjalankan melalui Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat Pemuda PAS negeri melancarkan kutipan untuk membantu mereka.

“Didoakan mereka semua dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT dan kesembuhan,”tambah beliau

Sumber BO - 10-10-2015


PAS Terengganu Ucap Takziah

IMG_20151010_083009
KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu ucap takziah kepada Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah kehilangan adik bongsu, meninggal dunia akibat serangan jantung semalam dan kepada keluarga mantan ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah.

Pesuruhjaya PAS Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata demikian selepas menziarahi keluarga Allahyarham Nukman Awang (Gambar kanan, di sebelah Presiden PAS) di kampung Rusila, lewat petang semalam.

ayah cik dan nukman

“kita merakamkan ucapan takziah kepada Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS yang telah kehilangan adindanya hari ini dan juga kepada keluarga mantan ADUN Alor Limbat, Allahyarham Alias Abdullah.

“PAS harap kes ini dapat disisasat dan diselesaikan secepat mungkin kerana bimbang dengan kejadian ‘tembak jarak dekat’ yang sudah berlaku dua kali di negeri ini, pada tahun ini,”ujarnya.

Beliau menyeru kepimpinan kerajaan negeri khususnya Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman agar melaksana dan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas yang telah diluluskan dan diperkenankan oleh Sultan Terengganu.

“saya bagi phak seluruh rakyat Terengganu menggesa kepimpinan kerajaan negeri agar melaksanakan hukum Islam [Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu]
yang telah mendapat persetujuan DiRaja pada tahun 2002,

“(sudah) diwartakan bahkan sudah dikuatkuasakan pada Oktober 2003, tetapi belum dilaksanakan,”tegasnya.

Beliau berkata, inilah masanya kepada kerajaan negeri Terengganu kembali kepada hukum Allah.

IMG-20151009-WA0044

Sementara itu, ADUN Alor Limbat Ustaz Ariffin Deraman berkata walaupun perbezaan ideologi politik, kehilangan Allahyarham Alias dirasai kerana dia adalah individu yang sangat dihormati walaupun dia tidak lagi menjadi wakil rakyat.

“saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, kehilangan beliau tetap dirasai sebagai seorang kawan…………walaupun beliau berbeza pegangan politik.

“saya berharap seluruh keluarganya dapat bersabar dengan ujian ini dan kita sama-sama berdoa agar beliau dicucuri rahmat oleh Allah,”katanyayang turut bersama di Unit Forensik Hospital Sultanah Nurzahirah, petang semalam.

Sehubungan itu, pihak media melaporkan, menurut saksi yang berada di tempat kejadian, dua orang suspek kelihatan meninggalkan kawasan rumah Allahyarham Alias sebaik bunyi tembakan kedengaran.

Abdul Wahab Muhammad, 35, yang sedang berehat dengan empat orang lain dalam sebuah bangsal berhampiran tempat kejadian, mendengar bunyi tembakan sebelum bergegas untuk melihat dengan lebih dekat.

“Apabila saya keluar, saya nampak seorang suspek bersaiz besar dengan topi keledar tergesa-gesa berlari ke arah rakannya yang menunggu di atas motosikal beliau keluar dari rumah mangsa.

IMG-20151009-WA0037-576x1024

“Mereka melarikan diri dengan motosikal dengan nombor pendaftaran yang telah ditanggalkan dan (saya cuba) untuk mengejar mereka, di samping juga mendapat bantuan penduduk kampung tetapi mereka menghilangkan diri apabila sampai Kampung Batu 12,” katanya ketika ditemui pemberita.

Abdul Wahab berkata, sebelum kejadian itu, dia melihat kedua-dua suspek menunggang motosikal ke arah rumah mangsa tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

Allahyarham Alias, yang dipercayai telah ditembak pada jarak dekat, kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong oleh jirannya Mohd Zuraini Mamat di mana dia telah diberikan rawatan kecemasan pada kira-kira 2.15 petang, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Sumber BO - 10-10-2015


Program HIMPIT di Besut Terengganu

Posted on Friday, October 09 @ 21:48:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Program Himpit d besut hari ni.Himpit adalah program khas untuk anak muda bersama PAS.





Orang dulu-dulu telah lama mendahului kita.. Ayuh orang muda.. Kita sama-sama gegarkan HIMPIT kali ini.




Sumber TKO - 9-10-2015


PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ustaz Azhar

IMG_20151009_065036
MARANG – PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azhar Jusoh, 47, yang meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya di Kilometer 315.2 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat susur keluar Plaza Tol Kerteh, Kemaman, pagi kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Ariffin Deraman menyeru kepada semua masyarakat memberikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham sebagai tanda prihatin semua pihak terhadap musibah yang melanda.

IMG_20151009_064957

“saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham yang meninggalkan (seorang isteri Zuraini Ilias dan 10 orang anaknya ) yang masih lagi sebahagian besarnya bersekolah, yang masih kecil belaka dan dalam kandungan (isterinya) ada lagi seorang,

“Allahyarham seorang yang baik (selaku) imam masjid Kubang Panjang……sentiasa memberikan peringatan (dalam) khutbahnya kepada kita,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Presdien PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menunaikan solat jenazah di pusara Allahyarham di kampung tersebut.

Turut sama ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan kepimpinan PAS Kawasan Marang.

Ariffin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu mengharapkan dan berdoa supaya roh Allahyarham ditempatkan oleh Allah bersama orang-orang yang saleh.

Menurutnya, anak-anak Allahyarham berusia antara 20 hingga 5 tahun termasuk anak bongsunya yang kurang upaya (OKU) kategori sindrom down.



Sumber BO - 8-10-2015

‘Retreat’ NGO : Pendekatan dan Strategi ‘Kuasa Ketiga’ Rakyat Terengganu

IMG_20151008_083602
Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Satu program retreat NGO NGO jemputan anjuran Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu akan diadakan pada tarikh 14hb. Oktober 2015 bertempat di Kuala Terengganu.

Retreat ini bertujuan menghimpunkan pemimpin pemimpin NGO yang mewakili pelbagai fungsi dan misi dalam masyarakat yang membawa tema tema perjuangan yang memberi manfaat kepada agama, rakyat, negeri dan negara.

Bengkel khusus akan diadakan bagi membincangkan pendekatan dan strategi bagi menggerakkan pelbagai isu rakyat khususnya di Terengganu.

Tumpuan juga akan diberi kepada aspek mobilisasi rakyat dalam mendokong sebarang agenda perubahan yang memberi kebaikan untuk rakyat dan juga mobilisasi rakyat dalam menyata sikap dan bantahan kepada sebarang polisi, dasar, program, tindakan atau percubaan mana mana pihak yang merugikan agama, bangsa dan negara.

Resolusi umum dari Kongres Rakyat yang telah berlangsung pada 12hb. September 2015 di Shah Alam, Selangor akan turut dibincangkan.

Retreat NGO ini dijangkakan akan mencetuskan pelan tindakan yang menyelaraskan gerak kerja NGO NGO dalam memperjuangkan misi dan visi masing masing.

Dengan penyelarasan ini, NGO NGO akan bertindak secara konsensus sebagai satu suara yang berperanan sebagai ‘Kuasa Ketiga” yang mewakili aspirasi rakyat.

Keadaan negara yang berhadapan pelbagai masalah ekonomi, politik, sosial, isu isu agama, pendidikan, integriti dan rasuah, pengangguran, kemiskinan, jenayah memerlukan peranan NGO membantu.

Jangkaan Pilihan Raya Umum ke 14 yang mungkin diawalkan, adalah ruang besar bagi NGO membantu rakyat membuat keputusan yang betul dalam memilih parti politik dan pemimpin yang baik untuk kepentingan negara.

Sebahagian besar masalah dalam negara berpunca dari kesalahan dan kelemahan pemimpin yang gagal menunaikan amanah memimpin negara sebagaimana dituntut oleh Islam.

***HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM ialah Pengarah Retreat NGO Terengganu
8hb Oktober 2015

Sumber BO - 8-10-2015


Jerebu; PAS Agih ‘Topeng Muka’ Percuma

IMG_20151007_132421
KUALA TERENGGANU – Bencana jerebu yang melanda negara hingga Kementerian Pendidikan terpaksa menutup sesi persekolahan di 11 buah negeri selama dua hari.

IMG_20151007_132615

Sehubungan itu, PAS Terengganu dengan kerjasama sama Jabatan Amal, Ameerah serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengambil inisiatif mengagihkan penutup muka percuma.

Di Hulu Terengganu, Ketua Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar, Ustaz Alias Salleh dan Ketua Ameerah Hulu Terengganu, Saniza Abd Rahman turut mengagihkan topeng muka percuma.

Ustaz Alias berkata PAS amat mengambil perhatian yang serius dengan masalah bencana yang melanda negara termasuk jerebu.

Oleh itu, katanya topeng penutup muka diagihkan secara percuma kepada para pengguna jalan raya.
“Kita beri percuma setiap seorang satu topeng muka yang boleh menutup mulut dan hidung untuk hindari masalah jerebu yang semakin teruk melanda negara.

“Kita nasihatkan pengguna supaya memakai topeng muka dan meminum air yang secukupnya,” ujarnya.

Menurutnya, sebanyak 400 keping topeng tersebut diagihkan dan penerimaan rakyat cukup baik kepada PAS.

IMG_20151007_132333

Di Dungun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun mengetuai pengagihan 1,000 keping penutup muka itu kepada rakyat.

Katanya, rakyat terutama pengguna jalan raya masih tidak mengambil langkah berjaga-jaga dengan bahaya jerebu ini.

“Mereka (rakyat) keluar bekerja tanpa menggunakan pelindung atau topeng muka yang boleh menutup mulut dan hidung.

“Kita (PAS) beri mereka topeng percuma dan nasihat supaya banyak minum air dan kurangkan aktiviti luar secara terbuka,” ujarnya.

Menurutnya, akibat bencana jerebu yang teruk ini ramaiorang mengadu sakit tekak, pedih mata, selsema, sesak nafas dan batuk.

Kata beliau, topeng muka percuma selesai diagihkan dalam masa setengah jam dengan bantuan sukarelawan Jabatan Amal Dungun.

IMG_20151007_132519

Di Kuala Terengganu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu (DMPKKT) juga mengagihkan 1,000 keping topeng penutup muka kepada pengguna di sekitar bandar tersebut.

Ketua Kebajikan Muslimat PAS Kuala Terengganu, Azizah Mahmood berkata kesedaran rakyat amat rendah kerana masih ramai yang tidak mempedulikan tentang bahaya jerebu.

Menurutnya, rata-rata pengguna jalan raya membabitkan motosikal masih tidak memakai pelindung hidung dan mulut sebagai langkah keselamatan.

“Bila kita (PAS) bagi (beri) baru mereka sedar bahaya jerebu dan mula memakainya. Kita dapat agihkan sebanyak 1,000 keping topeng muka itu kepada rakyat,” jelasnya.

Katanya, PAS mendahului pihak lain dalam melaksanakan program mengagihkan topeng penutup muka tersebut.

Sumber BO - 7-10-2015

Jerebu; Ambil Tindakan Yang Lebih Berkesan, Segera

20151005_161438
SETIU – Orang ramai dinasihatkan supaya berada didalam bangunan dan mengelakkan sejauh mana yang boleh berada di lapangan serta mengurangkan aktiviti lasak di luar rumah dalam cuaca berjerebu.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata fenomena tidak sihat itu menambah risiko kepada kanak-kanak dan mereka yang berpenyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru.

“kita nasihatkan supaya duk dalam rumah masing-masing, kurangkan buat kerja di padang, sebab cuaca jerebu nampaknya belum reda,

20151005_161541

“banyakkan duduk dalam rumah dan berdoa supaya cuaca buruk ini berlalu dengan secepat mungkin,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengangihkan topeng muka ‘face mask’ secara percuma di Pekan Jabi, di sini petang semalam.

Katanya, sebanyak 200 keping topeng tersebut telah diedarkan dalam Kempen Pemakaian Topeng bermula kira-kira jam 3.30 petang di hadapan Pejabat PAS Dun Jabi.

“Bertepatan dengan pengistiharan cuti kecemasan oleh Kementerian Pendidikan pada 5 dan 6 Oktober yang turut melibatkan Negeri Terengganu lantaran masalah jerebu,
“maka PAS Jabi juga turut sama turun padang untuk berkongsi rasa bersama dengan masyarakat,”kata Dr Azman Ibrahim yang juga Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Negeri Terengganu.

Beliau berkata, sumbangan yang sedikit itu diharapkan dapat dimanfaatkan dan menyeru agar seluruh warga DUN terbabit menitik beratkan soal penjagaan kesihatan.

20151005_161705

“ambik berat soal kesihatan sikit dalam suasana udara yang berjerebu ini………….. elakkan dari berada di luar andai tiada keperluan, banyakkan minum air dan pakailah topeng muka.”tambahnya.

Program tersebut yang turut disertai oleh Ahli-ahli Jawatankuasa PAS DUN Jabi beserta dengan anggota Unit Amal mendapat respon yang baik dari pengguna jalan raya.

“mereka memberikan kerjasama samada memberhentikan kenderaan untuk menerima sumbangan ‘topeng’ yang diagihkan atau membunyikan hon tanda sokongan,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan pusat mengambil tindakan yang lebih berkesan dalam menangani masalah jerebu yang sudah berpanjangan, hampir sebulan.

Katanya, dengan kerjasama ASEAN, Malaysia perlu menerajui tindakan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah jerebu yang kini sudah menjadi ‘ancaman‘ tahunan kepada rakyat negara ini.

Sumber BO - 6-10-2015


Bengkel KAMI Pupuk Minat, Kemahiran Dunia Media Dan Penulisan

IMG-20151004-WA0108
Oleh : Azizah Mahood

KUALA TERENGGANU – Media dan penulisan bukan satu aliran semakin mencabar dalam industri penerbitan dan penyiaran, yang semakin berkembang dengan teknologi maklumat masa kini.

IMG-20151004-WA0090 (2)

Bidang yang menyentuh naluri anak muda mahupun mereka yang dewasa itu, adalah kemahiran yang perlu kepada minat yang beupaya dipupuk dengan pendedahan.

Justeru itu, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) tampil dengan langkah optimis bagi merancakkan kreativiti dalam dunia tersebut.

Setiausahanya, Khairul Azlam Mohamad yakin, usaha NGO itu dapat mencungkil generasi baru aktivis media dan penulisan pada masa depan.

“KAMI mengharapkan usaha kecil ini merupakan perintis untuk kita terus mencungkil bakat bakat-bakat baru dalam bidang media dan penulisan kreatif,

“yang sekurang-kurangnya dapat membimbing mereka dengan panduan dan pengalaman dari penulis-penulis ‘segar’ yang berbakat,”ujarnya.

IMG-20151004-WA0092

Beliau selaku Pengarah Bengkel Media dan Penulisan Siri 1 berkata demikian ketika ditemui pada program tersebut di Dewan Telipok Muzium Negeri Terengganu pada Sabtu 2 Oktober.

Bengkel itu pada kali ini telah mengundang seorang penulis Muda Fatin Nur Izatti bin Nazmi, berusia 21 tahun dan masih menuntut di sebuah universiti di negara Jordan.

Program separuh hari itu padat dengan pendedahan dan ‘pencerahan’ oleh Fatin khususnya tentang pengalaman beliau menghasilkan karya pertamanya yang bertajuk ‘Mahar Sebuah Syurga’.

Buku tersebut yang diterbitkan oleh Karangkraf telah dilancarkan pada pertengahan September lalu.
“Tidak pandai, tidak biasa dan kurang mahir boleh menjadi sebaliknya, jika ada minat yang tinggi untuk menghasilkan tulisan-tulisan yang berbentuk novel,

IMG-20151004-WA0107

“berita dan sebagainya (dengan syarat) jika kita rajin mencari ilmu yang terdapat dalam berbagai bentuk media kini, dan mengikuti bengkel-bengkel seperti ini,”jelas Fatin.

Seramai 30 orang peserta rata-rata dikalangan remaja dan anak muda hadir menjadi peserta bengkel tersebut.

Seorang dari mereka yang sempat di temui, Sayyidah Nafisah Mohd Nor, 19, berharap agar bengkel seumpama itu diadakan lagi pada masa akan datang.

“bengkel ini amat bagus dalam memberi pendedahan pada orang muda macam saya dan harap boleh di sambung lagi pada siri akan datang,”ujar beliau penuh semangat.

Sumber BO - 5-10-2015

Lebih 3,000 Pemuda Dijangka Sertai HIMPIT, Jambori Amal

IMG_20151004_084958
KUALA TERENGGANU – Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2015 dijangka lebih meriah apabila program tahunan Pemuda PAS Terengganu itu akan diadakan bersekali dengan Jambori Unit Amal pada 8 hingga 10hb Oktober, di Kampung Air Tawar, Besut.

Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamarzuman Abdullah berkata, kemuncak HIMPIT 2015 adalah perasmian oleh tokoh dan ikon anak muda, YB Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Aiz.

kg air tawar

“Himpit yang merupakan program tahunan, biasanya kita buat pada 31hb Ogos, kita tunda atas sebab-sebab tertentu. In sha Allah (akan diadakan) pada bulan Oktober,

“Kita berhimpun (sekali) dengan Jambori Amal, Jambori Amal berhimpun dulu (pada) 8hb, dan kemucaknya (YB Ustaz) Nik Abduh akan merasmikannya,”jelas beliau.

Katanya, tujuan HIMPIT dan Jambori Amal adalah untuk mengumpulkan semua pemuda di negeri Terengganu bagi mempersiapkan jentera menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 akan datang
.
Menurutnya, tidak kurang daripada 3,000 orang para pemuda akan menyertai program HIMPIT pada tahun ini.

“tujuannya untuk kumpulkan pemuda-pemuda dan membuat gerak kerja untuk memerintah Teregganu. Dianggarkan paling kurang 3000 orang (akan berhimpun) di Besut, (di) kampung Air Tawar,”tambah beliau.

Mengulas tentang isu semasa, Kamaruzaman mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk penubuhan apa yang dipanggil sebagai ‘Pakatan Harapan’ untuk bersama-sama PAS menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

IMG_20151004_085051

Namun begitu tegasnya, PAS ada prinsip sendiri sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Baguslah Pakatan Harapan, dia nak lawan kerajaan. (Tapi) PAS ada prinsip sendiri, prinsip yang Tok Guru Presiden beritahu, kita (PAS) tidak akan bekerjasama dengan ‘pengkhianat’.

“Kita tetap (dengan) prinsip lawan kerajaan. Kita bersaing dengan orang yang ingin menjatuhkan kezaliman,”jelas beliau lagi.

Beliau berkata, DAP tidak menerima dasar PAS dan telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS yang bermakna memutuskan hubungan dengan PAS seluruhnya.

“dia memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Presiden. Dia yang memutuskan, maknanya dia putus dengan ‘ayah’………… sama (lah juga putuskan hubungan) dengan anak.

“(tetapi) kita (PAS) dengan PKR masih ada Pakatan (Rakyat). Dia bersama kita, dia kena dengar prinsip kita. Kita (PAS) tak nak kita (PAS) yang jadi ‘makmum’,”tegas beliau.





Sumber BO - 4-10-2015

Khairunnisa’ Sedia Khidmat Guaman Bantu Wanita dan Ibu Tunggal

IMG_20151004_152256
Oleh : Nooreni Abu Bakar

MARANG – Persatuan isteri-isteri wakil rakyat dan bekas wakil rakyat PAS Terengganu (KHAIRUNNISA’) sentiasa mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan kedudukan sosio-ekonomi.

Pengerusinya Puan Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, pihaknya menyediakan pelbagai khidmat termasuk khidmat guaman bagi membantu wanita dan ibu tunggal yang menghadapi sebarang masalah.

IMG_20151004_152335

“Kehadiran kami hari ini adalah untuk memperkenalkan KHAIRUNNISA’, kepada masyarakat, kami bersedia membantu ibu-ibu tunggal dan wanita menyelesaikan permasalahan mereka,

“di dalam berbagai bidang seperti khidmat guaman, kesihatan, kebajikan dan berhubunglah dengan KHAIRUNNISA’ jika ada masalah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program ‘Sayang di Sayang’ di Pengkalan Berangan, yang dianjurkan bersama Hal Ehwal Wanita (HALWA) DUN terbabit.

Menurutnya, selain menganjurkan sukaneka, sambutan hari keluarga yang diadakan di Jambu Bongkok itu dimeriahkan juga dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan kraf hasil laut, masakan berasaskan ikan patin dan rawatan alternative perubatan Darul Sifa’

Tuan Roslina yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Musliat PAS Terengganu berkata, perjuangan PAS adalah membawa masyarakat memahanmi dan menghayati kehidupan Islam secara menyeluruh.

IMG-20151004-WA0037

“bukannya ambil Islam separuh- separuh, Islam hanya di masjid tetapi dirumah tidak…………Islam hanya sembahyang tetapi pergaulan bebas………..itu menepati dengan ajaran Islam,

“untuk itu kita turun menemui masyarakat di dalam program seperti ini dan disini, kita harap dapat memberikan gambaran masyarakat Islam yang tidak ada halangan untuk program kemasyarakatan,”jelasnya.

Katanya, dengan penganjuran pelbagai aktiviti itu dapat mencungkil bakat anak-anak dan menjalinkan hubungan kekeluargaan yang akrab, bagi mengelakkan pelbagai gejala sosial yang sedang melanda sekarang.

Hadir sama dan memeriahkan program tersebut adalah isteri Ahli Parlimen Dungun, Puan Siti Zaleha Mohamad dan Ketua HALWA DUN Pengkalan Berangan, Noridah Abd. Majid.

Anggota Ameerah DUN Pengkalan Berangan juga turut aktif dan menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, ibu-ibu tunggal serta mereka yang kurang berkemampuan.

IMG_20151004_152403

Acara kemuncak sambutan adalah perisytiharan ‘Tokoh Jasamu Dikenang’ yang dianugerahkan kepada Mek Chik binti Abdullah daripada Cawangan Jambu Bongkok.

Beliau yang kini berusia 76 tahun telah melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seawal cawangan PAS Jambu Bongkok ditubuhkn hingga sekarang.

Mek Chik ketika ditemui nengharapkan agar anak-anak beliau meneruskan perjuangan beliau, berdakwah dan menyebarkan Islam dalam segenap lapangan.

Sumber BO - 4-10-2015


Tindakan PAS Cawangan Batu 7 Dungun Sangat Tepat dan Tahniah
Posted on Sunday, October 04 @ 15:17:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dungun, Terengganu mempunyai 72 Cawangan PAS. Salah satunya ialah Cawangan Batu 7 yang berada di Dun Paka. Tindakan AJK Cawangan berkenaan telah menepi bekas Calon PAS Dun Bukit Besi, Roslan Ismail daripada menduduki AJK adalah sangat tepat.

Pihak cawangan berkenaan telah menghidu kegiataan Roslan yang memburukan kepimpinan PAS Terengganu dan menghasut untuk menyertai AMANAH telah dikesan. Kedai CARDHOUSE (paka) dan WATAN NIAGA (Dungun) pecetakan milik Roslan Ismail telah dijadikan tempat perjumpaan kumpulan ini.

Tindakan ini disusuli dengan merehatkan Roslan daripada aktiviti di Surau Darulsalam Paka atas kepercayaan kepada Roslan diragui.

Akhirnya penafian-penafian kononnya masih ahli PAS terdedah dengan penyerahan borang AMANAH dibuat oleh ROSLAN seperti gambar diatas. Setelah terbongkar akhirnya Roslan menunjukkan sifat semula jadinya.

Sekali lagi tahniah kepada AJK PAS Cawangan Batu 7 yang sangat berhati-hati dengan talibarut dan musuh dalam selimut. 

Sumber TKO - 4-10-2015

Edaran ‘Kuih Bulan’ Akan Jadi Acara Tahunan

IMG_20151003_211357
Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Terengganu berazam menjadikan aktiviti agihan ‘kuih bulan’ sebagai acara tahunan.

IMG-20151003-WA0028 (2)

Pengerusinya Puan Serena Lim berkata, untuk kali pertamanya tahun ini Lajnah tersebut telah berjaya mengedarkan ‘kuih bulan’ di lima kawasan parlimen iaitu di Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Nerus dan Besut.

Beliau berkata, sambutan yang diterima dari masyarakat Tionghua di semua kawasan terbabit sangat memberangsangkan.

Katanya, ia menolak dakwaan pihak ‘musuh’ yang menyatakan bahawa PAS tidak lagi diterima oleh kaum kedua terbesar di negara ini itu.

“kita berharap program ini dapat mengeratkan lagi hubungan PAS dengan masyarakat Cina sesuai dengan slogan ‘ PAS For All’,

IMG-20151003-WA0025

“dan (mereka) tidak terpedaya dengan dakwaan jahat (musuh PAS) yang mendakwa bahawa PAS parti perkauman,”ujarnya.

Beliau yang juga Ketua lajnah yang sama bagi kawasan Dungun berkata, tahun ini juga merupakan tahun keempat PAS Kawasan Dungun meraikannya bersama masyarakat Cina Dungun.

“Ini adalah tahun keempat kita mengedarkan kuih bulan sempena Pesta Kuih Bulan atau ‘Zhong Qiu’ di kedai-kedai berbangsa Tionghua dan juga kepada pelanggan- pelanggan mereka,”

IMG-20151003-WA0023 (2)

“tahun ini ada sedikit kelainan dimana kami berpeluang mengedarkannya di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hwa, di Bandar Dungun,”katanya lagi.

Turut sama dalam pengagihan kuih bulan di Kawasan Dungun adalah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura Wan Hapandi Wan Nik dan ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun.

Sementara edaran di Kawasan Marang, turut disertai oleh isteri Presiden PAS To’ Puan Seri Hajjah Zainab Awang, manakala di Kuala Nerus disertai oleh isteri ADUN Teluk Pasu Tuan Roslina Tan Sulaiman.

Edaran di Kawasan Besut pula di sertai oleh Ketua Muslimat PAS Besut Puan Napisah Ismail.

IMG-20151003-WA0024 (2)

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kerana disambut hangat oleh kaum Tionghua dan juga kepada penyumbang-penyumbang menjayakan program tersebut.

“Orang Cina Dungun sudah biasa terima (kuih bulan) sebab kita dah edar kepada mereka sejak 4 tahun lalu,

“tapi ada dua orang yang ditemui berasal dari Pulau Pinang hairan dan teruja apabila kita berikan kepada mereka, sehinggakan mereka mahu membayarnya,”ujarnya lagi.

Walaupun kita jelaskan ia adalah percuma, namun Serena berkata, mereka tetap mahu mambayar dan menggangapnya sebagai ‘sumbangan’ kepada pihak PAS.

Sumber BO - 3-10-2015

Muslimat Kuala Nerus Latih Penceramah Berani dan Berwibawa

IMG-20151001-WA0070
KUALA NERUS – Dewan Muslimat PAS Terengganu khususnya di kawasan Kuala Nerus bertekad mempertahankan semua kerusi yang telah dimenangi di kawasan itu pada pada pilihan raya umum yang lalu.

Ketuanya, Ustazah Jamilah Jusoh berkata antara fokus Muslimat peringkat kawasan itu adalah melahirkan lebih ramai tenaga penceramah muslimat yang berani dan berwibawa.

“saya berharap selepas bengkel ini para peserta tidak (lagi) menyimpan bakat (mereka) yang ada (dan) untuk sentiasa mencari bahan dan peluang bagi memahirkan diri supaya tidak kekok,’ alah bisa tegal biasa’ (sekiranya) sentiasa acap menjadi pengerusi (majlis) ,

IMG-20151001-WA0069

“(ia) merupakan satu kerugian jika tidak mengambil bahagian kerana ini juga merupakan separuh tugas menunaikan (tanggungjawab) sebagai pejuang,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Pengendalian Majlis yang diadakan di Kompleks Tarbiah PAS Kuala Nerus (KOMTAQ) pada Khamis 1 Oktober.

Seramai hampir 60 orang peserta dari setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah hadir menyertai program yang dianjurkan oleh Lujnah Penenrangann dan Hubungan Media itu.

Menurutnya, objektif bengkel tersebut diadakan adalah melahirkan tenaga penceramah muslimat yang berupaya memberikan penerangan dengan lebih berkesan dan berfakta.

“Walaupun ada yang dalam keadaan yang masih gugup tapi saya melihat bengkel berjalan lancar hingga keakhir,

“yang mana para peserta dibahagikan kepada tujuh kumpulan dan diberikan tajuk – tajuk yang tertentu untuk dibincang dan dipersembahkan,”ujarnya.

Sumber BO - 3-10-2015

Pemuda Kuala Nerus Diseru Mencipta Sejarah

IMG_20151001_150746
KUALA NERUS – PAS yang sudah masak dengan ‘sepak terajang’ politik menegaskan, ‘menurunkan’ Perdana Menteri (PM) Dato’ Seri Najib Razak tidak akan membawa sebarang perubahan kepada masalah yang sedang dihadapi dalam negara ini.

Bahkan, Exco Pemuda PAS Malaysia YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, pengalaman lalu menunjukkan, pertukaran dua PM sebelum pilihan raya hanya memberikan impak peningkatan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Oleh itu, beliau menegaskan, keseluruhan pemimpin Umno-BN perlu dijatuhkan dalam pilihan raya akan datang.

“Bila Tun Mahathir ‘sakit’ tukar kepada Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) BN menag besar dalam pilihan raya, termasuk PAS kalah di negeri Terengganu,

IMG_20151001_150832

“Bila tukarkan Pak Lah dengan Najib, BN terus menang…….sebab itu semua Umno dan BN perlu dijatuhkan dalam pilihanraya akan datang,”jelasnya.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berkata demikian dalam program dailog isu semasa bersama pemuda PAS Dewan Undangan Negeri Seberang Takir pada Selasa malam, 29 September.

Justeru itu, beliau menyeru para pemuda PAS agar megemaskan jentera dan meningkatkan gerakkerja dalam usaha untuk merampas kembali tampuk pemerintahan negeri Terengganu.

Hishamuddin yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus mengajak para pemuda mempertahankan kerusi parlimen itu dan mencipta sejarah, mengalahkan ‘Menteri Besar’ di dalam DUN Seberang Takir.

“Saya menyeru agar pemuda PAS melipatgandakan usaha untuk mengambil kembali pemerintahan di negeri ini, mempertahankan parlimen Kuala Nerus dan mencipta sejarah,

“mengalahkan Menteri Besar di kerusi DUN Seberang Takir dengan menag sokongan rakyat di luar dua kem,”katanya yang merujuk kemenangan Umno-BN dalam DUN terbabit bukan kerana kekuatan Umno tetapi kerana semata-mata disokong undi polis dan tentera.

Sumber BO - 1-10-2015

Pemuda PAS Mesti Lasak Umpama Tentera

IMG_20150930_065636
KUALA TERENGGANU – Para Pemuda PAS mestilah ‘lasak’ dan menjadi ‘umpama tentera’ serta kekal dalam aktivisme bagi meneruskan istiqamah dalam perjuangan.

Menurut mantan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Subky Latif, ia akan dapat menarik golongan muda yang sukakan kepada pergerakan kepada PAS.

“kalau kepimpinan pemuda yang baharu boleh melakukan aktiviti seperti kepimpinan pemuda yang lalu, umpamanya (al-Marhum Dato’) Ustaz Abu Bakar Chik,

IMG_20150930_065717

“pemuda akan ke hadapan (kerana) mereka telah melakukan sesuatu ‘yang tinggi’ (melonjakkan pemuda) sebagaimana kepimpinan pemuda yang lalu,”ujarnya.

Subky yang juga mantan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika ditemui berkunjung ziarah ke pejabat perhubungan PAS negeri Terengganu, selepas sehari sebelumnya menziarahi Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS, sempena Eidul Adha.

Katanya, para pemuda dan ahli seta penyokong PAS mestilah yakin dan meneruskan sokongan kepada ‘Kepimpinan Ulamak’.

“tugas kita……(para) Pemuda PAS adalah ‘tentera PAS’ (dan) kesetiaan kepada PAS perlu ada (dan) mesti ‘bulat’ (menyokong kepimpinan) ulamak, kita kena letak ulamak dihadapan dahulu,

“pemuda mestilah (melakukan ) aktiviti yang membuatkan orang muda 24jam memikirkan tentang (perjuangan Islam dan) PAS………kalau dia ada masa untuk memikir benda lain, nanti dia fikir benda lain lebih baik,”jelasnya.

IMG_20150930_065552

Menurutnya, sebagai contoh Unit Amal boleh melakukan pelbagai kegiatan dalam masyarakat umpamanya memberikan khidmat membantu kerja-kerja gotong royong pada sesuatu majlis kenduri perkahwinan.

Bahkan, kata beliau, Unit Amal wajar menawarkan khidmat kepada semua, walaupun kepada ‘orang-orang Umno’.

“kenapa Unit Amal tak menawarkan khidmat kepada orang Umno…..jumpa orang Umno…..orang Umno nak kenduri……kita beritahu dia kita boleh kerja……..basuh pinggan, angkat hidangan,
“orang nak kenduri sekarang ni…..kalau tak ada orang muda nak tolong…..tak ada (orang lain) yang akan tolong,”tambah beliau.

Sumber BO - 30-9-2015

600 Ekor Lembu, 500 Ekor Kambing Dikorbankan di Kassala, Sagarab dan Darfur

IMG-20150925-WA0067
KUALA TERENGGANU – Program korban yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Terengganu di Sudan pada tahun ini dibahagikan kepada 3 kumpulan, kumpulan 1 ke Kem pelarian Kassala dan Sagarab, manakala kumpulan 2 ke Kem pelarian Darfur di Khartoum.

IMG-20150925-WA0077

Menurut Ketua Delegasi Dr Suhazeli Abdullah, kumpulan 3 yang turut disertai oleh Presiden Yayasan Amal Malaysia Haji Hussin Ismail, melaksanakan korban di kem pelarian Darfur, Selatan Sudan.

Katanya, sebanyak 50 ekor lembu dan 50 ekor kambing telah disembelih di Kassala.

“Selesai hari pertama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu menyempurnakan wakalah ibadah Korban & Aqiqah di Kem Pelarian Kassala,

IMG-20150925-WA0074

“Sebanyak 50 ekor lembu dan 50 ekor kambing telah disembelih,”ujarnya melalui mesej yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.

Beliau berkata, kumpulan 1 telah meneruskan perjalanan ke Kem Pelarian Sagarab yang jaraknya kira-kira 2 jam perjalanan ke utara Kasalla.

IMG-20150925-WA0071

Katanya, hampir 3000 keluarga pelarian menginap di kem itu dan pihak Yayasan Amal Malaysia Terengganu telah ‘mengorbankan’ sebanyak 150 ekor lembu di kem itu.

“Kumpulan 2 dan 3 juga akan melaksanakan amanah yang diberikan. Sebahagian besar telah disempurnakan semalam dan hari ini. Manakala bakinya pada hari esok (semalam).

“Sebanyak hampir 600 ekor lembu dan 500 ekor kambing untuk program qorban dan aqiqah di Sudan pada tahun ini,”jelasnya

IMG-20150925-WA0069

Selain itu, kata beliau, sebanyak 5000 naskah al-Quran akan diedarkan secara wakaf kepada penduduk kem pelarian di Kassala, Sagarab dan Darfur.

Bagi pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu beliau mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan misi ini.

Sumber BO - 26-9-2015

No comments:

Post a Comment