BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, September 15, 2015

HIMPUNAN FASTAQIM - H60K


Apakah 100,000 hadirin bermakna PAS masih kuat?

Posted on Monday, October 26 @ 12:07:13 MYT by paktam

OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Biarpun kebanyakan media meramalkan PAS akan lenyap tidak lama lagi, namun aktivis parti Islam itu dari Pahang dan Terengganu tidak mempunyai masalah mengumpulkan kira-kira 1,000 ahlinya berkonvoi beramai-ramai dengan menunggang motosikal ke Kelantan bagi menghadiri perhimpunan terbesar parti pada minggu lalu.


Jumlah kehadiran cukup besar di kalangan "bikers" daripada kelab motosikal ARC PAS atau Alternative Riding Club, menunjukkan parti Islam itu masih mempunyai penyokong akar umbi di kalangan anak muda Melayu walaupun berita mengenai cawangannya ditutup dan ahli-ahlinya beramai-ramai menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), yang ditubuhkan beberapa pemimpin “progresif” selepas kalah teruk dalam pemilihan parti Jun lalu.

Himpunan Fastaqim di Kota Baru pada 18 Oktober lalu menunjukkan PAS masih boleh menarik sokongan dari kubu luar bandar mereka seperti di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Terengganu.


Tetapi persoalannya sekarang, adakah 100,000 penyokong yang berjaya dikumpulkan di stadium itu boleh disamakan dengan jumlah sokongan awam pada pilihan raya umum akan datang?

Atau PAS, mengikut ramalan pengkritiknya yang mengatakan kekuatan parti Islam itu hanya datang dari Sungai Golok berhampiran sempadan Kelantan-Thai hingga ke Kemaman, di sempadan Terengganu Pahang.

Parti "sehingga akhir hayat"

Separuh daripada hadirin memenuhi ruang stadium terbesar Kelantan pada perhimpunan itu terdiri daripada kalangan pemuda Melayu berumur di bawah 40 tahun seperti Wan Ahmad Ridzuan Wan Hussin dan Mohd Shamsuri Hussin.

Wan Ahmad dan Shamsuri, 2 individu menggerakkan ARC berkata, cawangan kelab motor itu masih hidup di seluruh negara walaupun selepas kemunculan Amanah yang mula menarik ahli-ahli PAS.

"Kami masih mempunyai penyertaan yang baik untuk program menunggang di peringkat negeri. Setiap kali mengadakan perhimpunan, orang datang," kata Shamsuri, yang mengetuai ARC di Pahang.

Perhimpunan itu menunjukkan PAS masih mampu menarik penyokong muda Melayu-Islam yang bukan daripada institusi pendidikan agama, satu demografi dijangka lebih berminat kepada Amanah.

Amanah dikatakan sudah mula menarik ahli-ahli PAS di Johor, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. Penganalisis politik meramalkan PAS boleh digantikan dengan Amanah kerana parti baharu itu bersama gabungan Pakatan Harapan.



"Perhimpunan ini menunjukkan PAS masih relevan, kuat dan secara organik ditenun ke dalam landskap kawasan Melayu," kata pengumpul suara bebas Ibrahim Suffian (gambar, kanan), yang mengetuai Merdeka Center.

Seperti Umno, PAS meletakkan dirinya sebagai parti “cradle to the grave” atau sehingga akhir hayat dan mempunyai pelbagai perkhidmatan sosial serta pendidikan ditawarkan dalam kehidupan masyarakat Melayu-Islam seperti tadika, sekolah agama, kelab rekreasi dan masjid.

PAS menjadi benteng bagi golongan “anti establishment” Melayu-Islam mencari untuk mengaitkan diri mereka dengan sesuatu yang lain daripada Umno, kata Ibrahim, dan perhimpunan itu menunjukkan perasaan ini masih kukuh.

Syarat 4K

Tetapi angka tidak menggambarkan gambaran sebenar sokongan terhadap parti itu dalam pilihan raya, kata Ibrahim.

Walaupun mampu bergantung kepada sesetengah pengundi Melayu-Islam luar bandar di pantai timur, ini adalah berbeza daripada mengartikulasikan wawasan nasional bagi mendapatkan sokongan lebih luas.

Sejarah merupakan petunjuk kepada perkara ini, kata penganalisis politik daripada Institut Pulau Pinang Dr Wong Chin Huat

Pada 1999, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen, mengambil alih kerajaan negeri Terengganu dan mendapat banyak sokongan di Perlis dan Kedah. Penganalisis politik pada ketika itu percaya PAS akan mengambil alih Kedah dan Perlis pada pilihan raya umum 2004.

Sebaliknya Wong berkata, mereka hilang Terengganu dan tinggal hanya 6 kerusi Parlimen pada pilihan raya 2004.

"Ini berlaku ketika jentera masih kuat dan keahlian masih ramai," kata Wong yang mengetuai bahagian penyelidikan politik dan sosial di Institut Pulau Pinang.

Wong berkata, berapa banyak sokongan terhadap PAS adalah bergantung kepada 4 syarat – keupayaan, konteks, kawasan dan komunalisme.

Kapasiti atau saiz jentera adalah kekuatan PAS paling besar, kata Wong.

Konteks adalah faktor ke-3 dan ke-4 untuk mereka bersama kerana ia merujuk kepada perasaan umum pada pilihan raya akan datang di mana PAS akan bertanding.

PAS akan menjadi paling mudah terjejas apabila mood terpolarisasi di antara mengundi parti mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak popular dan parti anti Najib.

"Dalam hal ini, pengundi anti Najib akan memilih parti yang lebih menjurus kepada sentimen itu di kalangan parti sedia ada dan bukannya yang bersikap subjektif," katanya.

Jadi, jika pilihannya adalah antara PAS dan parti Pakatan Harapan bertanding menentang Barisan Nasional (BN), penyokong pembangkang mungkin memilih parti yang mereka rasa mempunyai peluang mengalahkan BN, kata Wong.

Justeru, kawasan pilihan raya itu adalah penting. Jika ia bukan satu kawasan tradisional PAS dan PAS dilihat sebagai pengacau, maka pengundi mungkin akan menolaknya jika pertandingan itu dirangka sebagai satu referendum menumbangkan kerajaan Najib, kata Wong.

Pemimpin PAS juga berkata mereka akan bertanding menentang Amanah. Disebabkan mereka janggal kepada bukan Islam, PAS perlu meyakinkan masyarakat Melayu jenama Islam mereka adalah lebih baik daripada Amanah.

"Tetapi jika jenama Islam yang dibawa Amanah adalah lebih berkesan untuk menarik sokongan pengundi Melayu-Islam, maka PAS sedang berdepan masalah besar," kata Wong
-themalaysianinsider.com

Sumber DD - 26-10-2015         


H60K bukti Pas masih berbisa

Posted on Wednesday, October 21 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU - Himpunan Fastaqim membuktikan sokongan terhadap Pas di negeri ini dan seluruh negara masih kukuh sekali gus menunjukkan penyokong tidak berkecil hati dengan kepimpinan parti.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Ceh Mat Nawi berkata, biarpun semangat Pas cuba digoyahkan dengan kelahiran parti baharu namun ia sedikit pun tidak menjejaskan aura sejati pengikut perjuangan berteraskan Islam itu.

“Tahniah saya ucapkan kerana Fastaqim memperlihatkan penyokong Pas tidak mengikut pemimpin yang kecewa tetapi kekal memberi sokongan kepada jemaah Islam (Pas),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Biarpun Pas turut terpalit dengan pelbagai kemelut dalaman sehingga ada yang berpandangan parti itu menjadi punca kepada perpecahan dalam PR, namun Che Abdullah yakin umumnya, penyokong masih tetap beristiqamah dengan perjuangannya.

Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Baharu berkata, sokongan ribuan lautan penyokong seluruh negara terhadap Pas menerusi perhimpunan tersebut juga adalah isyarat jelas kepada dunia bahawa ‘taring’ parti tersebut tetap berbisa berjuang demi rakyat.

“Pas adalah parti yang tidak melakukan provokasi dan matang kerana (buktinya) himpunan  berlangsung dengan aman  damai dengan pengisian munajat serta program kebaikan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pandangan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mempertimbangkan bagi menggugurkan taklik talak tiga lafaz baiah di Kelantan, Che Abdullah bersetuju dengan perkara itu.

Bagaimanapun, ia masih di peringkat pertimbangan dan beliau yakin perkara tersebut akan dibincangkan dengan teliti sebelum ia diputuskan untuk dilaksanakan di Kelantan.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengakui taklik talak tiga yang diguna pakai oleh Pas sejak 2004 sangat-sangat membantu mengekang pemimpin daripada menjadi pengkhianat kepada perjuangan parti.  - Sinar

Sumber TKO - 21-10-2015



Andai TG Nik Aziz Melihat H60K....





KOTA BHARU: “Saya melahirkan rasa yakin saya, kalaulah Allah Taala mengizinkan ayahanda melihat perhimpunan ini sudah pasti dia bangga, sudah pasti dia gembira. Melihat PAS yang kukuh pada saat ini, melihat PAS yang bersatu, melihat PAS yang berukhuwah dan melihat PAS yang gigih istiqamah menuju kemenangan,” demikian tutur Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.



Ungkapan keyakinan itu terluah bersama emosi yang terzahir dari nada suara sebaknya mengenang mantan al-Mursyidul Am PAS, Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dihadapan lautan peserta pada Himpunan Fastaqim (H60K) di Stadium Sultan Muhammad Ke- IV, di sini 17 Oktober lalu.

Namun, ia disambut laungan gema takbir dari para peserta yang turut diakui beliau bahawa hadirin himpunan itu sedang berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan serta kesyukuran kepada Allah SWT.

“Bahawa Allah Taala telah menyatukan niat kita. Daripada Perlis sampai ke Johor, Sabah dan Sarawak, sehinggalah anak-anak rakyat di seluruh Negeri Kelantan berhimpun dengan satu niat iaitu datang untuk memberitahu pimpinan di atas.

“Memberitahu Tuan Presiden, memberitahu al-Mursyidul Am bahawa kami semua istiqamah dijalan Allah insya-Allah,” ujarnya yang juga Pengarah Program H60K itu.

Sumber PP - 21-10-2015



Orang main-main tak ada tempat dalam Pas

Posted on Tuesday, October 20 @ 14:15:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 PETIKAN ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Himpunan Fastaqim (H60K) di Kota Bharu, 17 Oktober lalu.

ALLAH menetapkan peraturan hidup manusia, bukan sahaja hubungan dengan ALLAH, termasuklah juga dengan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

Semua perkara ditunjuk oleh ALLAH, kalau kita mengubah kejadian ALLAH, menonggeng kepala ke bawah ketika berjalan, begitulah juga politik yang tidak mengikut petunjuk ALLAH, tidak istiqamah namanya.

Maka politiknya akan jadi tunggang langgang. Begitulah ekonomi yang tidak istiqamah, macam membawa tabung duit menunggang ke bawah, sudah tentu banyak duit yang akan tumpah dan akan hilang. Begitulah juga dengan akhlak dan perangai manusia tidak mengikut petunjuk ALLAH bermakna bukan manusia yang sebenar. Akan memusnahkan kehidupan mereka.

ALLAH menyuruh seluruh umat pada zaman dahulu supaya istiqamah, bukan sahaja ketika beribadah, bukan berjuang di atas muka bumi, untuk menegakkan syariat ALLAH yang adil menentang kezaliman.

Niat yang betul, ikhlas kerana ALLAH, jangan tujuan yang lain, akidah kepercayaan kepada ALLAH, percaya pada janji ALLAH, beriman benar dengan adanya syariat ALLAH, matlamat bahagia dunia dan akhirat yang tidak boleh diubah sekali-kali.

Strategi, pendekatan boleh diubah, akidah perjuangan, akhlak perjuangan, matlamat perjuangan, tidak boleh diubah. Yang tidak mengerti ialah mereka yang mahu menang cepat. Mencari jalan yang dekat, melintas jalan, menjadikan tidak istiqamah, menjadikan tidak betul dalam perjuangan, macam kera yang menyambar ke arah mana pokok yang banyak buah. Bila melihat buah kita tidak banyak, melompat ke pokok yang lain yang lebih banyak buahnya. Ini tidak istiqamah.

Begitulah mereka yang berundur yang berhenti berjuang, kerana putus asa kerana menganggap Islam tidak akan menang. Ini tidak istiqamah, ALLAH menyuruh Nabi Muhammad juga beristiqamah, “Maka beristiqamahlah kamu wahai Muhammad, engkau beristiqamah dan pengikut-pengikut mu yang bertaubat meninggalkan jahiliah kepada Islam mestilah beristiqamah.” Jangan melampaui batas, ikut akhlak Islam, perangai Islam, cara Islam dalam perjuangan.

Sesungguhnya ALLAH mengetahui dan melihat apa yang kamu kerjakan, “ALLAH melihat apa yang kamu buat”, maka Nabi kita Muhammad mengajar pengikut-pengikutnya istiqamah, setelah percaya Islam ini akan menang. Islam akan berjaya, ALLAH berjanji... ALLAH berjanji kepada orang-orang beriman, kerjakanlah amal yang soleh di kalangan kamu, yang berjuang untuk memenangkan Islam, ALLAH berjanji kepada mereka untuk memerintah negeri, ALLAH berjanji Islam akan menang, seperti ALLAH tunaikan janji kepada umatnya pada zaman dahulu.

Bila Islam sudah menang, ALLAH jadikan Islam sebagai memerintah dan berkuasa. Bila Islam berkuasa, berlaku keamanan, ketakutan...jenayah yang banyak dan penipuan yang banyak  dan dilaksanakan hukum Islam itu, hudud, takzir dan akhlak Islam yang tegas. Berlakulah keamanan, ini makna kemenangan Islam, ALLAH menjanjikan kemenangan itu dan ALLAH menyebut, umat zaman dahulu dijanjikan. “Kami menghendaki, Kami akan jadikan orang ramai, rakyat yang lemah dan ditindas ini, Kami janjikan kepada mereka, kalangan mereka, dilahirkan pemimpin-pemimpin, Kami jadikan mereka golongan memerintah.” ALLAH jadikan pemimpin itu dilahirkan memperjuangkan golongan yang lemah.


Ikhlas hadir jayakan himpunan

Saya memerhati mereka yang ada pada hari ini, yang berhimpun ini adalah rakyat, rakyat yang ikhlas, mereka datang beramai-ramai ke sini untuk memenangkan Islam, tidak ada kalangan yang ramai ini niat nak jadi calon, niat nak jadi perdana menteri, niat nak jadi ahli Kabinet, tak ada dalam kalangan yang ramai ini. Niat mereka adalah untuk memenangkan Islam, maka dilahirkan di kalangan mereka yang lemah ini, ALLAH lahirkan pemimpin-pemimpin yang mewarisi perjuangan Islam.

Maka nabi kita Muhammad SAW memanggil pemimpin-pemimpin yang dipilih sebelum berhijrah ke Madinah.

Sekarang kita mengingati peristiwa hijrah, hijrah adalah peristiwa tertubuhnya negara Islam, sehingga kita umat Islam jadikan tahun kita bukan macam tahun kaum lain, tarikh lahir pemimpin, tarikh lahir nabi, tarikh kemenangan di medan perang, kita orang Islam hijrah tahun kita. Hijrah adalah kemenangan mendirikan sebuah negara masyarakat madani, yang mengandungi masyarakat majmuk, nak mendirikan negara ini setelah berjuang 13 tahun di Makkah. Maka Nabi Muhammad memanggil pemimpin-pemimpin Ansar yang bersedia untuk menerima Islam, menyerahkan tanah air mereka. Nabi ajak mereka berbaiah, ini makna baiah. Nabi ajak mereka berbaiah. Apa makna bai'ah. Bai'ah ini maksudnya jual. Jual pada siapa, jual pada ALLAH.

ALLAH menawarkan kepada hamba-hambanya yang beriman yang berjuang untuk menegakkan Islam, ALLAH Taala nak beli daripada orang-orang yang beriman diri mereka, harta mereka, ALLAH nak bayar syurga pada hari kiamat,  siapa di kalangan kamu yang mahu beri hutang kepada ALLAH. ALLAH tidak berhajat kepada hutang, ALLAH maha kaya, tapi ALLAH kata nak berhutang daripada orang-orang yang beriman. ALLAH nak bayar pada hari kiamat.

Maka dilakukan bai'ah, bai'ah adalah menjual diri dan harta dalam perjuangan untuk menegakkan Islam. Maka berlakulah baiah di antara pemimpin-pemimpin Aus dan Khadrat, baiah yang diucapkan oleh Nabi SAW “...Aku mahu kamu berjanji kepada aku,” kata Nabi Muhammad  kepada pemimpin-pemimpin yang ditentukan, berjanji untuk mematuhi arahan ku di masa rajin dan malas, berjanji untuk menyumbangkan harta. Bukan aku nak bagi harta, aku nak mintak harta daripada kamu. Menyumbang dengan harta untuk perjuangan ini, di masa senang dan susah. Berjanji untuk menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

"Berjanji untuk bangun menyatakan yang benar tanpa peduli celaan orang yang mencela, dan berjanji untuk menolong mempertahankan Islam dan mempertahankan nabi, agama yang dibawa, sebagaimana mempertahankan harta dan keluarga,
ALLAH menjanjikan syurga kepada kamu."

Maka berlakulah bai'ah, inilah maknanya bai'ah. Selepas wafatnya Nabi, para sahabat yang menyambung perjuangan ini mengadakan bai'ah. Abu Bakar yang dilantik sebagai khalifah, Saidina Umar yang dilantik menjadi khalifah, Osman dan
Ali dilantik menjadi khalifah, berbaiah: “Taat kepada aku selagi aku taat kepada ALLAH dan Rasul. Kalau kau tidak taat kepada ALLAH dan Rasul, maka jangan taatlah kepada aku." Jangan taat kepada aku kerana nama aku Abu Bakar. Nama aku Omar...
nama aku si anu bin si anu.. taat kerana mentaati ALLAH dan Rasul. Kalau tidak ada ini, tidak ada ketaatan lagi. Ini maknanya bai'ah selepas wafat Nabi yang mengambil alih perjuangan ini adalah kumpulan Islam.

Pas ditubuhkan pada tahun 1951, oleh ulama-ulama kita, dan pemikir-pemikir Islam walaupun mereka berpendidikan Barat. Ulama-ulama seperti Uthman Yunus, Tuan Guru Hashim Rohaimi, Ahmad Puad, kalangan ilmuwan, Dr Abas Ilias, Prof Ahmad Ibrahim, Aminuddin Baki dan lain-lain lagi bersama dalam perjuangan Pas mengasaskan perjuangan Islam sehingga kita masuk pilihan raya tahun 1955 masa penjajah, selepas kita merdeka, pilihan raya lagi, maka ulama kita membuat keputusan, diadakan bai'ah.

Setiap orang yang bertanding wakil rakyat, berbai'ah setia kepada perjuangan Islam, ditambah pula dengan sumpah, ini adalah siasah syariah untuk meneruskan bai'ah itu. Sekiranya melanggar bai'ah ini, khianat kepada perjuangan Islam yang telah dibawa oleh Pas, maka dilaknat oleh ALLAH, dilaknat oleh rasul, dilaknat oleh semua yang malaikat, ini adalah bai'ah yang mesti difahami oleh ahli-ahli dan pengikut Pas.


Langgar bai'ah bukti main-main dengan Islam

Orang yang melanggar bai'ah menganggap perjuangan ini hanya remeh-temeh, perjuangan ini hanya main-main, maka tidak ada tempat dalam Pas. Mereka yang main-main dengan perjuangan Islam.

Percayalah, inilah istiqamah kita, untuk meneguhkan istiqamah diadakan baiah, janji kesetiaan kepada perjuangan.

Alhamdulillah menunjukkan semangat ahli kita yang berkobar, yang bertambah meningkat, makin diuji, makin kuat keimanan kita, firman ALLAH Taala: “Tatkala orang-orang yang beriman, pada zaman Nabi SAW, begitukah orang yang beriman ikut contoh Nabi, dan sahabat Nabi, tatkala mereka melihat kedatangan musuh yang ramai mengelilingi mereka, untuk menentang perjuangan mereka, mereka berkata, inilah yang dijanjikan oleh ALLAH dan Rasul,

ALLAH dan Rasul menjanjikan perjuangan ini tidak percuma, akan diuji, akan ditentang oleh musuh yang ramai, tidaklah menambah kepada mereka melainkan keimanan yang lebih kuat dan Islam yang lebih bersungguh, di kalangan orang-orang yang beriman itu, ramai lelaki-lelaki bahkan muslimat, ramai orang-orang dalam perjuangan Islam ini, itu yang berjanji dengan ALLAH, benar berjanji dengan ALLAH, ada kerana mereka sudah mati, ada di kalangan mereka yang menunggu giliran untuk mati menyambung perjuangan ini."

Inilah makna perjuangan Islam yang mesti kita faham. Himpunan pada malam ini (Sabtu lalu) adalah untuk meneguhkan ikatan kita dengan perjuangan Islam. Keakraban kita di antara satu sama lain, kita pilih negeri Kelantan bersempena dengan ulang tahun 25 tahun kemenangan kita.

Ini kali kedua, dalam sejarah perjuangan Islam moden, tidak ada parti Islam yang boleh memerintah selama ini. Parti Masyumi di Indonesia, pimpinan Dr Mohd Nasir memerintah setahun lebih sedikit, digulingkan Sukarno di zaman itu. Kemenangan Parti Ikhwan (Muslimin) di Mesir, tidak sampai setahun, digulingkan.

Kemenangan banyak parti Islam di dunia dilingkupkan. Kita berjaya mempertahankan parti kita di Kelantan selama 25 tahun, di mana kehebatan kita? (Kita) istiqamah!.

Pemimpin-pemimpin Kelantan (kukuh) dengan Islam, walaupun dalam keadaan menyusahkan, dikepung ekonomi dan dikepung pentadbiran, kita tidak jual menjual perjuangan ini.

Kita tidak anggap perjuangan ini sebagai satu perjuangan yang murah.

Dengan keadaan yang susah, mereka yang tidak tahan dengan kesusahan ini biar terjun dengan labu-labunya.

Tinggal mereka yang tahan sahaja. Percayalah rakyat yang berhimpun pada malam ini, rakyat yang hadir pada malam ini yang datang dari seluruh pelosok negara, yang disaksikan oleh ahli-ahli kita, kepimpinan kita.

Kesungguhan inilah tanda istiqamah kita dengan perjuangan Islam.

Percayalah, perjuangan ini adalah cahaya ALLAH yang tidak boleh dimatikan sekali-kali. Tiada siapa yang boleh memadamkan cahaya ALLAH, walaupun kita dikepung dan dibuat macam-macam, insya-ALLAH kita akan bertahan, marilah kita  bersama-sama terus beristiqamah, balik ke tempatmasing-masing, teruskan kerja dan yakin kepada dasar perjuangan dan matlamat perjuangan bersama dengan pemimpin-pemimpin yang setia dengan baiah perjuangan ini.

Yang terakhir ini, marilah sama-sama kita memanjatkan doa dan bermunajat kepada ALLAH memohon pertolongan dan kekuatan kepadaNya dalam menghadapi cabaran dari dalam dan luar yang sangat mencabar sehingga kita bertemu dengan ALLAH dengan mendapat keredaan dan bahagia dihimpunkan kita semua dalam keredaan dan syurga ALLAH. 
Sumber TKO - 20-10-2015


PAS masuk fasa lonjakan baru pasca Fastaqim





DR MOHD ZUHDI MARZUKI | .


Himpunan Fastaqim yang melebihi sasaran dengan menghimpunkan lebih 100,000 ahli PAS seluruh negara, menjadi petunjuk bahawa kemelut dalaman PAS hampir reda sepenuhnya.

Serentak dengan itu, pasca Fastaqim, PAS muncul sebagai sebuah parti politik yang padu dan mantap berbanding ketika sedang dalam kemelut enam tahun yang lalu.

Ketika ini, berdasarkan pemerhatian awal Pusat Penyelidikan PAS (PPP), PAS mempunyai kelebihan berbanding parti-parti besar lain yang sedang bergelut dengan krisis dalaman.

PPP mengunjurkan mulai bulan November 2015, PAS akan memasuki fasa lonjakan baru, iaitu mula menumpukan kepada hal ehwal luaran parti dan kebersamaan yang lebih meluas bersama masyarakat.

Sebagai sebuah agensi parti yang berkaitan dengan penyelidikan, PPP sendiri akan mula mengeluarkan dasar-dasar berteraskan Islam untuk ditampilkan kepada masyarakat umum, ke arah menyelesaikan krisis sosial, ekonomi dan politik yang sedang melanda negara hari ini. Yang terdekat, PPP akan menampilkan dasar-dasar Islam berkaitan percukaian sebagai maklumbalas kepada Bajet 2016 yang akan dibentangkan hujung minggu ini.

PAS diyakini akan dilihat lebih padu dan mantap ketika memasuki fasa lonjakan baru ini, apabila golongan profesional muda PAS yang sebelum ini kurang membuat penampilan mulai muncul untuk memberi sumbangan besar.

Golongan ini adalah mereka yang mendapat pentarbiyahan dan perkaderan langsung PAS bermula pertengahan dekad 1980-an, yang kini rata-rata mereka berumur 50 tahun ke bawah. Mereka kini sedang diserapkan di kesemua lajnah dan agensi parti, malah mula menggerakkan NGO-NGO mewakili sektor-sektor tertentu.

Lebih memberansangkan pula, golongan berpendidikan Islam (asatizah) dalam PAS termasuk dari Timur Tengah yang berumur dalam lingkungan yang sama iaitu 50 tahun ke bawah, semakin menguasai sesuatu bidang profesional sebagai bidang tambahan mereka.

Golongan ini yang ramai menganggotai Dewan Pemuda PAS selain barisan ulama pelapis bagi Dewan Ulamak PAS, mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi, perbankan, kewangan, antropologi, sosiologi, psikologi, ICT dan lain-lain. Mereka menguasai bidang-bidang ini melalui pengajian ijazah lanjutan.

Gandingan golongan profesional dan asatizah yang dibina sendiri oleh PAS hampir 30 tahun lalu, telah menjadikan PAS cukup-cukup bersedia untuk memasuki fasa lonjakan baru.

Kemelut dalaman PAS yang telah reda selepas lebih empat bulan proses pemulihan parti bermula selepas Muktamar PAS Jun yang lalu, telah menampilkan wajah PAS yang lebih padu dan mantap.

Kepimpinan ulama pula terus diberi kepercayaan mengemudi PAS agar tetap atas landasan perjuangan yang betul. Kesemua ramuan ini akan memberikan PAS momentum baru yang lebih kuat untuk membuat lonjakan baru pasca Himpunan Fastaqim. - HARAKAHDAILY 20/10/2015

Penulis ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Sumber HD - 20-10-2015








Fastaqim: Jauh pada jarak, dekat pada hati

DR ALIAKBAR GULASAN | .


PAS Sabah mengucapkan tahniah kepada seluruh peserta Himpunan Fastaqim dari seluruh pelosok negara, yang pada anggaran melebihi angka 100,000 orang.

Peserta dari negeri Sabah juga mencecah hampir 100 orang.

PAS Sabah melihat, himpunan ini menzahirkan beberapa gambaran dan pesanan. Pertamanya, Fastaqim diadakan pada bulan Muharram. Bulan pertama dalam kalendar Islam.

Pastinya PAS berhajatkan agar ahli, penyokong dan pendokong, orang bawahan dan pimpinan agar terus istiqamah dengan Islam pada bulan-bulan yang mendatang dan seterusnya tahun-tahun selepas daripada ini.

Keduanya, kelompok yang keluar daripada PAS dan ditambah oleh sebaran media tertentu menggambarkan seolah-olah keyakinan kepada jemaah ini sudah tiada. Tetapi atas kehadiran pada malam tersebut, ternyata semuanya meleset.

Sesuai dengan apa yang diungkapkan oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam ucapannya pada malam tersebut, kehadiran ini adalah melalui keikhlasan semua.

Ketiga, dalam perjuangan Islam ini, jarak bukanlah pemisah. Ikatan hati adalah penentu. Ternyata yang hadir pada malam tersebut datang dari Perlis sampai ke Sabah, semuanya ada.

Ternyata PAS masih kukuh. Masih menjadi tunjang kepada agama dan negara. Memetik ucapan Presiden, biarlah mereka yang pergi terjun dengan labu-labunya.

PAS Sabah yakin, jemaah Islam ini akan bertambah kukuh. Mereka yang istiqamah inilah yang akan menjulang kejayaan, sama ada di dunia ataupun di hadapan Allah SWT. - HARAKAHDAILY 19/10/2015

Penulis ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah

Sumber HD - 19-10-20125



Fastaqim, Belon dan Istiqamah

Oleh : M. Mawardi

Suka dan duka kenangan akan kami abadikan dalam ingatan kami buat selama-lamanya. Perjalanan pulang kami sampai di kampung halaman tepat jam 4.00pagi.

Selesai perhimpunan Fastaqim di Stadium Mohammad IV, kami bertolak pulang ke Ketereh dengan menaiki motosikal kerana kereta yang dinaiki kami tinggalkan di sana bagi memudahkan pergerakan kami untuk ke stadium.



Dalam perjalanan pulang, kami bermandikan hujan, lampu motorsikal yang kami naiki tiba-tiba padam.

Dan kami ternampak sepasang suami isteri yang begitu istiqamah datang untuk menyertai Himpunan 60K Fastaqim malam tadi.

Mereka hanya menaiki motosikal jenis Honda C70.

Si suami dengan beg besar di hadapan dan si isteri dengan tikar tempat duduk dipikul di belakang dengan tangan kiri, manakala di tangan kanannya pula memegang dua biji belon Fastaqim mungkin dibawa pulang sebagai kenangan dan mungkin juga untuk buah tangan anak-anak yang menunggu di rumah.

Alangkah sayunya salah satu belon yang digenggam itu terlepas, terserlah wajah kecewa di muka si isteri dan lagi menyedihkan terdengar pula belon itu pecah dilanggar kenderaan di belakang.



Dari situ kami terfikir, tergamakkah mereka yang sanggup mengkhianati parti ini.

Tidakkah mereka lihat penyokong-penyokong yang sanggup datang dari seluruh pelusuk negara datang dan berhimpun di Stadium Mohammad Ke-IV untuk sama-sama menjayakan Himpunan 60K Fastaqim kali ini. Mereka yang datang ikhlas kerana Allah, mereka bukan di bayar oleh sesiapa.

Akhir kata, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan parti tunjang yang masih utuh di malaysia.

***Mohd Mawardi ialah seorang aktivis media dan penulisan, beliau tamat menuntut dengan Dr. Azman Ibrahim dan Dr.Riduan Mohd Nor dalam Bengkel Media dan Penulisan Siri II pada 16 Oktober lalu.

Sumber BO - 19-10-2015

Tribut Tok Guru runtun jiwa ribuan ulama




SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Tayangan klip video bertajuk tribut Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata meruntun perasaan ulama yang memenuhi Dewan Besar Balai Islam Lundang semalam.

Selepas sembilan bulan bekas Menteri Besar itu pergi meninggalkan kita, semalam suara dan gambar rakaman sejarah hidup muncul semula di layar.

Paling menyentuh perasaan rakaman gambar puluhan ribu yang hadir mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan Islam di Pulau Melaka membuatkan ramai tidak mampu menahan rasa sebak.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kepimpinan Allahyarham begitu unik sehingga berjaya menyentuh hati masyarakat bukan Islam.

Katanya hasil usaha dan gerak kerja dakwahnya memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam sehingga kini ramai menyokong PAS.

“Pemergiannya membuatkan masyarakat semakin rindu. Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas rohnya,” ujarnya ketika membentang kertas kerja Tok Guru Nik Abdul Aziz Sebagai Murabi Ummah pada Ijtimak Ulama Nusantara 2015.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia berkata, parti itu sedia memikirkan semula peraturan lafaz baiah taklik bagi calon-calon wakil rakyat PAS di Kelantan.

Bagaimanapun katanya, pertimbangan itu perlu mengambil kira suasana semasa yang berlaku di Kelantan sekarang.

Namun lafaz baiah taklik tidak dihiraukan segelintir wakil rakyat PAS apabila menyertai parti lain baru-baru ini.

Sebelum ini bekas anggota parlimen PAS, Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat) menyertai PKR dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) kini PAN Wilayah Persekutuan.

Lebih 2,000 ulama dari dalam dan luar negara menyertai Ijtimak Ulama Nusantara anjuran kerajaan negeri dan Pusat Pembangunan Pondok Bhd. - HARAKAHDAILY 19/10/2015

Sumber HD - 19-10-2015

Bekas Menteri UMNO : Sekarang PAS Parti Terkuat di Malaysia


Bekas Menteri UMNO : Sekarang PAS Parti Terkuat di Malaysia

BEKAS MENTERI UMNO : SEKARANG PAS PARTI TERKUAT DI MALAYSIA

Kota Bharu , 17hb Oktober 2015 - Bekas menteri kabinet yang paling senior dalam Umno, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzil menyifatkan PAS sebagai Parti yang paling kuat di dalam persada politik Malaysia sekarang ini.

Beliau menegaskan demikian dalam pidato beliau dihadapan lebih 100 ribu para peserta Himpunan Fastaqim 60k di Kota Bahru.

Menurut beliau lagi, berdasarkan perkembangan terkini dan sambutan yang luar biasa terhadap PAS , mana-mana parti politik lain sukar menubuhkan kerajaan tanpa kewujudan PAS.

Tambah beliau lagi, PAS sekarang sudah menjadi parti terkuat dan boleh berdiri sendiri dengan kekuatan yang sedia ada untuk membawa perubahan kepada rakyat Malaysia.

Beliau juga turut menyifatkan kekuatan sekarang ini semakin kukuh dan padu dengan penyertaan Ngo-ngo utama Malaysia yang semakin memberikan sokongan kepada parti Islam tertua itu.
Beliau turut meminta agar PAS tidak mengikut mana-mana Parti lain dalam merangka hala tuju masa depan. PAS sudah memenuhi parti yang mempunyai ciri-ciri sebagai parti tunjang.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang dengan perkembangan penyelewengan yang melibatkan harta benda dan wang rakyat yang digunakan tanpa mengikut lunas yang sebenar. Ianya membantu pembentukan jurang ekonomi yang semakin ketara antara golongan berada dan miskin.

Sumber PP - 19-10-2015



Anggota Jabatan Amal maut pulang dari Fastaqim

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .


MARAN: Timbalan Komandan Jabatan Amal Maran yang juga anggota ARC, Samsuhaimi Che Mat, 46, maut dalam kemalangan KM 317.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) jam 12.45 malam tadi sekembalinya daripada program Himpunan Fastaqim.

Pengarah ARC Pahang Shamsuri Hussein berkata, Allahyarham membonceng motosikal seorang rakannya untuk pulang ke kampungnya di Sungai Ling di sini, dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.

Samsuhaimi yang dikejarkan ke hospital Kemaman, cedera parah di kepala dan leher sementara rakannya Adi Ahmad hanya cedera ringan.

“Allahyarham bersama konvoi ARC bertolak ke Kota Bharu pada hari Sabtu bagi menjalankan tugas di Himpunan Fastaqim (H60K) dan mulai bertolak pulang malam semalam.

“Jenazahnya dibawa pulang dari Hospital Kemaman jam 10.40 pagi tadi dan dibawa terus ke Masjid Arrusydan Kampung Paya Pasir selepas Solat Zuhur hari ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Allahyarham yang masih bujang, bertugas sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Paya Pasir dan tinggal bersama seorang adik dan ibu angkatnya.

“Kami yang rapat dengan arwah, amat terasa kehilangannya. Beliau yang terlibat dengan Jabatan Amal, ARC dan DACS adalah seorang yang amat komited dengan tugasannya dan tidak banyak karenah,” kata Shamsuri. - HARAKAHDAILY 19/10/2015

Sumber HD - 19-10-2015



Sumbangan pada Himpunan Fastaqim RM209,577

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang dibiayai sepenuhnya dari poket ahli dan penyokongnya," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Katanya, PAS menerima sumbangan derma dari ahli secara terbuka dan mengisytiharkannya juga secara terbuka.

Menurutnya, pada kebiasaannya PAS akan umum jumlah penerimaan sumbangan itu di akhir majlis.

Bagaimanapun, jelasnya sumbangan di majlis Himpunan Fastaqim tidak dapat diumumkan kerana kelewatan kiraan untuk memuktamadkan jumlahnya.

"Insya Allah keseluruhan wang sumbangan itu tidak akan masuk mana-mana akaun peribadi melainkan ianya adalah untuk membiayai kos penganjuran Himpunan Fastaqim serta kegunaan parti untuk aktiviti Amal Islami dan gerak kerja parti yang memperjuangkan Islam dan syariatnya.

"Suka saya maklumkan bahawa perkara ini tidak perlu menjadi polemik dan fitnah," katanya yang juga Setiausaha Fastaqim.

Beliau memaklumkan jumlah sumbangan yang diterima pada Himpunan Fastaqim di Stadium Sultam Muhammad IV, Kota Bharu ialah RM209,577 sahaja.

"Terima kasih kepada semua penyumbang dan yakinlah sumbangan anda akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti Amal Islami di bawah gerak kerja PAS," katanya. - HARAKAHDAILY 19/10/2015

Sumber HD - 19-10-2015


Fastaqim, Belon dan Istiqamah



Oleh : M. Mawardi

Suka dan duka kenangan akan kami abadikan dalam ingatan kami buat selama-lamanya. Perjalanan pulang kami sampai di kampung halaman tepat jam 4.00pagi.

Selesai perhimpunan Fastaqim di Stadium Mohammad IV, kami bertolak pulang ke Ketereh dengan menaiki motosikal kerana kereta yang dinaiki kami tinggalkan di sana bagi memudahkan pergerakan kami untuk ke stadium.



Dalam perjalanan pulang, kami bermandikan hujan, lampu motorsikal yang kami naiki tiba-tiba padam.

Dan kami ternampak sepasang suami isteri yang begitu istiqamah datang untuk menyertai Himpunan 60K Fastaqim malam tadi.

Mereka hanya menaiki motosikal jenis Honda C70.

Si suami dengan beg besar di hadapan dan si isteri dengan tikar tempat duduk dipikul di belakang dengan tangan kiri, manakala di tangan kanannya pula memegang dua biji belon Fastaqim mungkin dibawa pulang sebagai kenangan dan mungkin juga untuk buah tangan anak-anak yang menunggu di rumah.

Alangkah sayunya salah satu belon yang digenggam itu terlepas, terserlah wajah kecewa di muka si isteri dan lagi menyedihkan terdengar pula belon itu pecah dilanggar kenderaan di belakang.



Dari situ kami terfikir, tergamakkah mereka yang sanggup mengkhianati parti ini.

Tidakkah mereka lihat penyokong-penyokong yang sanggup datang dari seluruh pelusuk negara datang dan berhimpun di Stadium Mohammad Ke-IV untuk sama-sama menjayakan Himpunan 60K Fastaqim kali ini. Mereka yang datang ikhlas kerana Allah, mereka bukan di bayar oleh sesiapa.

Akhir kata, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan parti tunjang yang masih utuh di malaysia.

***Mohd Mawardi ialah seorang aktivis media dan penulisan, beliau tamat menuntut dengan Dr. Azman Ibrahim dan Dr.Riduan Mohd Nor dalam Bengkel Media dan Penulisan Siri II pada 16 Oktober lalu.

Sumber BO - 19-10-2015


Kutipan Derma Himpunan Fastaqim Semalam 1.2 Juta - Tahniah

Posted on Sunday, October 18 @ 20:05:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Himpunan60k Fastaqim yg dianjurkan PAS malam tadi berjaya mengumpulkan puluhan ribu penyokong dari serata negara, memenuhi Stadium Muhammad IV, Kelantan. Penganjur meletakkan jumlah yang hadir 100k.

Penganjuran himpunan ini dilihat sbg membuktikan kpd parti lawan, walaupun Pas tidak lagi sebahagian dari pakatan pembangkang yg baru, Pakatan Harapan, mereka masih mempunyai sokongan grassroot yang kuat.

Kutipan derma dilancarkan semalam berjumlah 1.2 juta. Tahniah kepada ahli PAS. Benarlah ucapan Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor "DUIT PAS ADA DALAM POKET AHLINYA"

 
 

Sumber TKO - 18-10-2015



Pasca Fastaqim: 10 arahan dan peraturan

NASRUDIN HASSAN | .




SAYA dengan segala rendah diri mewakili Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Himpunan Fastaqim (H60K) mengambil kesempatan untuk memohon maaf berbanyak maaf di atas segala kelemahan dan kekurangan pada penganjuran Himpunan Fastaqim yang berlangsung semalam di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, Kelantan.

Insyaallah, banyak perkara akan diperbaiki untuk masa depan yang lebih baik. Jua setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang menjayakan Himpunan Fastaqim ini khasnya Sekretariat Pelaksana Fastaqim yang bekerja tungkus lumus sejak sebulan yang lalu.

Momentum kebangkitan dan semangat yang menyemarak melalui Himpunan Fastaqim ini jangan hanya berhenti di padang stadium, tetapi mesti diolah dan dikarang dengan lebih kreatif dan teliti bagi menghasilkan karya bermutu tinggi dalam bentuk tindakan strategik dan aktiviti yang efektif untuk mengembeling sumber tenaga dan memanafaatkan segala upaya yang dimiliki.

Jika Kongres Rakyat menghasilkan idea bahan bertindak sehingga kita berjaya mendokumenkan  Pelan Tindakan Rakyat, maka Himpunan Fastaqim pula mencetus semangat juang, menjalin ukhuwwah yang erat antara pejuang dan memperbaharui komitmen untuk bekerja gigih dengan Ikrar Istiqamah.

Kini, persiapan mental telah dikemaskini, persediaan fizikal telah dikombinasi dan pemantapan spiritual telah diabadikan dalam diri setiap anggota jamaah.

Langkah seterusnya ialah melaksanakan 10 peraturan dan arahan berikut:

- mantapkan usrah di setiap cawangan.

- giatkan aktiviti kebajikan masyarakat

- luaskan wilayah enggagement

- tambah ahli baru

- program pengukuhan fikrah dan aqidah

- aktifkan aktiviti Amal Islami

- bina generasi pelapis

- kuasai teknikal dan taktikal pilihan raya

- siapkan kepimpinan negara

- pertahankan prinsip perjuangan

Fokus dan kawal emosi untuk menumpukan perhatian pada gerak kerja turun padang. Usah peduli lagi pada kemuncup perjuangan ini. Juga jangan terpengaruh dengan provokasi musuh.

Kita punya agenda besar untuk jayakan gerakan perubahan ke arah pembentukan sebuah masyarakat dan negara yang terlaksana di dalamnya nilai dan hukum hakam yang diredhai oleh Allah SWT.

Beristiqamah Hingga Kemenangan

Penulis ialah Setiausaha Fastaqim - HARAKAHDAILY 18/10/2015

Sumber HD - 18-10-2015



Generasi muda tidak tahu siapa Tok Janggut

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Bukan sekadar seorang ulama, Tok Janggut turut berjuang menentang penjajah yang mengenakan cukai terhadap rakyat.

Nama sebenarnya Haji Mat Hassan Munas menentang penjajah yang memunggut cukai daripada orang kampung.

Akhirnya tokoh ulama terkenal itu digantung penjajah kerana bangkit bersama penduduk kampung menentang penjajah.

Ia dianggap tidak jauh berbeza cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan Barisan Nasional sekarang.

Oleh itu bagi membolehkan generasi muda mengenali lebih dekat lagi siapa Tok Janggut, mereka berpeluang melihat dari dekat sejarah hidup pada pameran yang diadakan di Muzium Negeri bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman selain Tok Janggut turut diadakan pameran Sultan Muhammad Al Fateh dan mumia firaun.

Katanya, perjuangan Tok Janggut menentang penjajah yang mengenakan cukai terhadap rakyat tidak banyak diketahui generasi muda sekarang.

“Diharap melalui penganjuran pameran tersebut membolehkan orang ramai mengenali lebih dekat tokoh-tokoh pejuang Islam yang cukup dikenali sebelum merdeka,” katanya di sini.

Menurutnya juga pameran Sultan Muhammad Al Fateh diadakan kerana akhlaknya sebagai seorang ulama dan pemerintah yang berjaya menawan Kota Constantinople.

Manakala sejarah firaun diketengah bagi memberi iktibar kepada umat Islam sekarang kesudahan hidup mereka yang menentang perjuangan Islam dibawa Nabi dan Rasul.

Selain itu buku dialet Kelantan yang baru diterbitkan turut dijual kepada orang ramai.

Md Anizam berkata, pameran itu akan diadakan dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di Kelantan Trade Centre esok.

Katanya, program berkenaan diadakan sempena sambutan ulangtahun ke-25 dasar Membangun Bersama Islam.

Pameran berkenaan bermula 8.30 pagi hingga 5 petang turut dibuka Jumaat dan Sabtu. Bayaran dikenakan dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3.

Pelajar sekolah pula dikenakan harga istimewa.

Pengarah Muzium Negeri, Dr Nik Azlan Abdul Hadi berkata, pelbagai program menarik diadakan sempena perasmian esok termasuk ceramah motivasi bersama selebriti dakwah Ustaz Muhamad Syaari Abdul Rahman.

Selain itu pentomen mengenai Tok Janggut juga akan dipentaskan dan seminar Tok Janggut. - HARAKAHDAILY 18/10/2015

Sumber HD - 18-10-2015




Fastaqim: Ingat ikrar untuk terajui bahtera perjuangan

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: "Syukur alhamdulillah Fastaqim H60K berjaya diadakan dengan kehadiran di luar jangkaan yang membuktikan komitmen ahli dan penyokong PAS kepada jamaah Islam yang dicintai ini.

"Ingat ikrar yang dilafazkan bersama-bersama untuk menerajui bahtera perjuangan ini membawa obor Islam ke persada tanah air," ujar Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) itu menggesa pendukung parti agar memperkukuhkan tarbiyah di semua peringkat akar umbi parti kerana tarbiyah adalah teras istiqamah.

"Lebarkan dakwah Islam kepada segenap masyarakat," ujarnya menerusi laman facebook.

Kepada bukan Islam, ujar beliau ketahuilah Islam yang diperjuangkan oleh PAS ini menjamin hak-hak mereka dari sudut berugama, adat dan muamalat.

Beliau juga menyeru kepada masyarakat Islam Melayu agar marilah bersama-sama PAS menyelamatkan negara dengan Islam bukan dengan perkauman Melayu sempit yang telah terbukti kegagalannya satu persatu.

Bukan juga, katanya dengan golongan yang bertopengkan Islam akan tetapi hanya menjadi 'pak turut' kepada golongan yang mempunyai agenda terhadap Islam.

"Yakinlah bahawa kemenangan Islam adalah pasti kerana ianya janji Allah dan Dia sekali-kali tidak akan memungkiri janji-Nya. Bila dan bagaimana ianya berlaku itu bukan urusan kita.

"Kewajipan kita ialah untuk terus istiqamah memperjuangkan ugamanya dengan penuh keikhlasan kepada Allah," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 18/10/2015

Sumber HD - 18-10-2015

Fastaqim: Terbukti dan teruji kehebatan petugas PAS

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, Himpunan 60K selesai di dalam keadaan cuaca yang baik dan teratur," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Kataya, terbukti dan teruji kehebatan petugas PAS yang mampu mengendalikan kerja tanpa penat dan lelah.

Tambah beliau, wajah riang dan gembira dapat dilihat di muka masing-masing kerana mereka boleh berbakti dengan PAS.

"Terpahat dalam sejarah mereka adalah seorang yang menyumbangkan tenaga untuk menjayakannya.

"Semoga ia menjadi amal jariah selepas kalian menemui Allah SWT," tulis Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 18/10/2015

Sumber HD - 18-10-2015



Fastaqim terjemah rasa cinta mendalam pendukung PAS

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .




Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kelantan menjadi saksimata bagaimana lebih seratus ribu para pendukung PAS berhimpun, memugar kembali semangat serta menggebu aspirasi untuk terus beristiqamah.

Mereka datang tanpa diupah, berjejer keringat menempuh pemusafiran yang jauh, namun relung dada mereka menyala api semangat dalam kuntuman ukhuwwah yang mekar bersemi.

Himpunan Fastaqim menterjemahkan rasa cinta yang mendalam pendukung PAS terhadap jamaah yang mereka cintai walaupun musuh dan pengkhianat sentiasa cuba merobek maruah dan reputasi PAS.

Himpunan yang merapatkan pendukung PAS yang mempunyai pelbagai latar belakang sosiopolitik, lantaran gegaran pasca muktamar yang berjaya menelanjangi wajah sebenar sekelompok bekas pimpinan PAS.

PAS dalam beberapa bulan ini telah menghadapi lonjakan pertambahan ahli baru di seluruh belahan negara, paralel dengan gelombang sambutan hebat program-program yang dibuat di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan juga pusat.

Tabiat tersembunyi pendukung PAS dalam tempoh enam dekad ini ialah apabila PAS diasak dan ditekan maka semangat mereka melantun ke udara. Energi mereka seperti dirasuk untuk terus bekerja bagi mengumpulkan kembali sokongan massa dan membentengi jamaah daripada segenap penjuru.

PAS yang merupakan kesinambungan gerakan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh British telah merencahkan dengan baik lapangan operasional sektor siasah, dakwah dan tarbiah dalam tempoh enam dekad. Sejarahnya sarat dengan hujaman musuh dan persaingan dengan gerakan dhirar yang cuba memecahkan kesatuan umat Islam.

Lambang PAS pernah diharamkan, ahli-ahli PAS ratusan jumlahnya yang pernah mendekam di khemah ISA, ribuan ahlinya menghadapi penindasan berterusan, puluhan yang mati dibunuh regim tirani.

Sejarah ini tidak dihadami oleh anak muda kail panjang sejengkal yang malas membaca, merasakan PAS ini terlalu lemah untuk menguruskan perubahan dan momentum politik negara ini.

Mereka silap, termasuk penganalisis politik separuh masak yang juga pencatur gerakan dhirar yang menyatakan PAS akan lenyap dalam 20 tahun akan datang. Sangat naif dan memalukan artikulasi yang sangat lemah, sedangkan himpunan Fastaqim menunjukkan kehadiran 70 peratus anak-anak muda yang energetik. Merekalah yang akan mewarisi perjuangan Islam yang menjadi nuansa perjuangan  PAS, tanpa kompromi.

Semangat yang dikutip dan lantunan laungan takbir di Kota Bharu wajib diteruskan ke seluruh belahan negara.

Pulang dari Himpunan Fastaqim, maka antara agenda yang wajib digerakkan oleh pendukung PAS ialah memperkasakan program tarbiah dan tajnid. Hidupkan usrah, rehlah, tamrin di peringkat cawangan untuk memperkasakan fikrah ahli dan mempertautkan ukhuwwah.

Kawasan pula menggerakkan kempen penambahan ahli baru dan menggiatkan ijtimak di peringkat kawasan. Mengatur pelbagai program yang boleh memecahkan tembok kaca di antara PAS dan masyarakat Muslim dan bukan Islam. Gerakkan kempen membeli Harakah yang menjadi lidah rasmi parti dan sebarkan Harakah di lapangan masyarakat.

Pendukung PAS wajib memanfaatkan ruang siber untuk menyebarkan pengaruh PAS kerana medium ini mempunyai jumlah pemain yang besar. Dianggarkan Malaysia mempunyai 15 juta pemilik akaun FB, juga aplikasi media sosial yang lain.

Pengaruh media sosial cukup besar merembes pengaruh terutama kelompok kelas menengah berpendidikan dan menjangkaui kawasan luar bandar yang sebelum ini menjadi kubu kuat Umno BN. Ayuh kita genggam erat tangan untuk menggapai kejayaan, tiada jalan mudah melainkan segunung tad'hiah yang berterusan...maka istiqamah teman-teman semua! - HARAKAHDAILY 18/10/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat, Panitia Fastaqim 2015

Sumber HD - 18-10-2015



Fastaqim: Obor yang tak akan padam




MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | .




ANTARA gesaan Tuan Guru Abdul Hadi dalam menggagaskan Negara Berkebajikan 2011 lalu termasuklah seruan setiap penggerak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) fokus dalam mengatur gerak kerja. Usah dihirau setiap cemuhan atau tohmahan yang dilemparkan dari pelbagai arah biarpun cemuhan atau tohmahan itu kadangkala amat terasa sakitnya.

Demikianlah juga Himpunan Fastaqim 60k “Fastaqim” yang baru melabuh tirainya semalam tidak lari dari dicemuh atau ditohmah oleh pelbagai pihak. Kadangkala yang menyakitkan lagi, cemuhan atau tohmahan itu datangnya dari mereka yang pernah menangis dan ketawa bersama suatu ketika dulu.

Mengingatkan kembali pesanan dan gesaan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi tersebut, usahlah lagi kita berpaling pada setiap halangan hinggga merencatkan pergerakan bahkan fokus untuk terus mara ke hadapan. Dalam mengikuti Fastaqim semalam, suka saya melakar coretan buat perkongsian bersama pembaca budiman di hujung minggu.

Salah satu program sempena Fastaqim yang telah berlangsung semalam termasuklah Simposium Himpunan Profesional Perubatan dan Kesihatan Istiqamah “SHIFA” yang berlangsung di Dewan Utama Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa. Tidak kurang 500 profesional dalam bidang perubatan dan kesihatan telah menyertai simposium setengah hari tersebut yang datangnya dari seluruh pelosok tanah air.

Simposium yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, YB Ustaz  Idris Ahmad tersebut adalah satu manifestasi sokongan kumpulan profesional kepada PAS yang boleh disifatkan terus utuh.

Bahkan saya kira simposium tersebut wajar menjadi motivasi kepada kumpulan-kumpulan profesional lain untuk terus mara bersama PAS dalam mengisi gagasan Negara Berkebajikan.

Apa yang dapat saya simpulkan dari simposium tersebut adalah PAS sentiasa terbuka dan amat mengalu-alukan penyertaan profesional dari pelbagai bidang bagi membantu parti. Pintu PAS tidak pernah tertutup untuk dimasukki oleh setiap mereka yang sedia menyumbang dan bersama membangunkan parti sebagai bakti kepada Islam.

Inklusifnya PAS dalam membuka ruang untuk sesiapa sahaja melengkapkan mana yang kurang dalam memenuhi tuntutan gagasan berkebajikan adalah kelaziman sejak dulu dan tidak terhenti di situ sahaja. Itulah antara komitmen yang sedia dibawa oleh lajnah-lajnah dalam PAS termasuklah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan yang kini dipengerusikan oleh Dr Rosni Adam.

Penerimaan gagasan berkebajikan oleh pelbagai kelompok masyarakat dan profesional kian melata bila mana Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan antara panel yang terlibat dalam simposium tersebut. Tentunya usaha ini tidak terhenti setakat simposium bila beberapa resolusi telah dizahirkan oleh para peserta simposium sebagai iltizam mendukung agenda yang sedang berjalan.

Pembabitan setiap bidang kepakaran dalam PAS adalah aset yang amat berharga dan tidak ternilai. Apatah lagi bila kita memilih medan demokrasi berparlimen bagi mendaulatkan Islam di Malaysia.

Dalam memenangi medan demokrasi ini, usaha memperkuat setiap disiplin dan bidang adalah suatu kewajipan yang mesti disedari oleh setiap pendukung parti. Apatah lagi bila PAS disifatkan antara badan siasah yang menunjangi suasana politik di Malaysia. Situasi semasa yang menjadikan PAS bersendirian perlu dijadikan batu loncatan untuk memperkuat dan memperkukuh gagasan hingga mampu dirasai indahnya islam oleh seluruh rakyat.

Sekadar berkata kita akan mengisi kemenangan dengan Islam, bantuan Allah pasti tiba, atau menanti cahaya kemenangan Islam, tentunya jauh dari mencukupi. Setiap ungkapan kata-kata wajib diisi dengan tindakan dan gerakan yang padu dan terancang dengan sempurna. Di sinilah gandingan kepakaran amatlah didamba sebagaimana yang sering disebut dan diingatkan oleh pimpinan.

Hanya dengan gerak kerja paling optimum dan pergantungan berterusan kepada Allah SWT memungkinkan Tuan Guru Presiden dinobat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Jadikanlah Fastaqim 2015 sebagai obor menyemarakkan perjuangan. Jadikanlah ia suatu titik untuk setiap pendukung Islam menyatukan hati, berpadu kekuatan demi meletakkan Islam pada tempat sewajarnya dalam negara. - HARAKAHDAILY 18/10/2015

Sumber HD - 18-10-2015

Fastaqim: 100K ahli PAS ini adalah bukti

ALANG IBN SHUKRIMUN | .




Anggaran 60K, tapi kehadiran lebih 100K. Maka inilah coretan 100K selepas seharian menjiwai Fastaqim.

100K ahli PAS ini membuktikan beberapa kerat pemimpin Pusat yang keluar PAS itu bukanlah sesiapa. Mereka keluar tidak menjejaskan PAS. Mereka keluar hanya dengan labu-labunya.

Walaupun yang keluar menubuhkan parti baru adalah bekas timbalan presiden, keluarnya beliau hanya membawa diri. Ahli yang mengganggotai tetap istiqamah bersama dasar parti. Ini bukti perjuangan PAS tidak berpaksikan individu dan bertaksubkan mana-mana peribadi.

100K ahli PAS ini, membuktikan di mana duduknya batang tubuh Tok Guru Nik Aziz sekiranya beliau masih hidup. Tentunya yang membantu meramaikan stadium adalah orang Kelantan sendiri. Sebelum Fastaqim lagi mereka telah membanjiri Pondok Pasir Tumbuh menyatakan ikrar untuk istiqamah.

Rakyat Kelantan adalah orang-orang yang dibentuk oleh pemikiran TGNA. Mereka lebih kenal siapa TGNA. Selepas TGNA, pengikut setia TGNA masih istiqamah meneruskan saki baki perjuangan beliau dalam PAS. Walaupun PAN mendakwa perjuangan TGNA sekarang diwarisi mereka, hanya orang bodoh yang percaya. Hanya orang buta yang akan mengikutinya. Ini bukti fikrah warisan TGNA tetap bersama PAS.

100K ahli PAS ini, membuktikan PAS adalah parti yang punya masa depan cerah. Rata-rata hadirin adalah anak muda berbagai latar belakang. Selain orang berusia yang masih tak luntur istiqamahnya, kini anak muda pula berebut mewarisi perjuangan suci ini.

Anak muda idealismenya infiniti. Jika mereka sanggup menunduk diri mematuhi Islam, maka bersama kemampuan mereka, Islam yang mereka sanjungi pasti akan meninggi dan bertakhta di watan ini.

Anak muda cermin masa depan negara. Pemimpin PAS yang ada sekarang, hampir semua dulunya adalah pemimpin Dewan Pemuda. Ini bukti semakin musuh cuba memadamkan cahaya Islam, semakin Tuhan menyempurnakan cahayanya.

100K ahli PAS ini, membuktikan PAS adalah parti terkuat ketika ini. Benarlah ucapan Kadir Sheikh Fadzir dan Mustafa Kamil Ayub mewakili suara luar parti. Kebanyakan yang hadir adalah jentera PAS pelbagai peringkat. Mereka begitu semangat mengorbankan segala masa dan wang ringgit demi untuk Fastaqim.

Bukan calang orang yang sanggup hadir tanpa sebarang keuntungan duniawi. Bukan mudah untuk hadir dari jauh hanya untuk mendengar wasiat pemimpin. Bukan orang-orang biasa mereka yang sanggup menyusahkan diri demi untuk hadir.

Sudah tentu kesanggupan ini menggambarkan sikap komited mereka melakukan kerja untuk Islam di tempat masing-masing. Semangat yang disuntik para pimpinan akan dibawa pulang sebagai booster melipatgandakan usaha kemenangan di segenap kawasan. Ini bukti ahli PAS bukan ahli biasa.

100K yang hadir ini, merekalah generasi kemenangan yang dijanjikan Ilahi. Kerana yang datang adalah rakyat biasa. Mereka tidak datang kerana mahu jadi calon atau Perdana Menteri. Mereka tidak datang untuk keuntungan peribadi. Kedatangan mereka membuktikan keikhlasan di hati. Kedatangan mereka membuktikan sabar dalam diri. Kedatangan mereka membuktikan istiqamah sampai mati insyaAllah!

Faktor keikhlasan, kesabaran dan istiqamah sangat penting dalam sebuah perjuangan. Itulah syarat utama sebelum umat Islam dihadiahkan kemenangan. Perjuangan Islam sejak zaman Nabi hingga kini, sentiasa melalui berbagai tapisan dan ujian, untuk mengeluarkan segala anasir tidak ikhlas, tidak sabar dan tidak istiqamah, supaya yang mewarisi kemenangan hakiki hanyalah mereka yang suci dari segala matlamat duniawi.

Inilah bukti kemenangan yang dinanti sudah terlalu dekat dengan kami!

Allah telah pimpin 100K hati-hati manusia menuju Serambi Mekah. Sekiranya hati 100K ini masih tidak berubah, tidak mustahil Tuhan akan pimpin pula hati-hati ini menuju Putrajaya. Fastabshiru bibai'ikumul lazi baya'tum bih! - HARAKAHDAILY 18/10/2015

Sumber HD - 18-10-2015

100,00 sertai Fastaqim, labuh tirai 12.30 pagi





ASLANI M | .











KOTA BHARU: Himpunan Fastaqim (H60K) yang menyaksikan kira-kira 100,000 pendukung PAS membanjiri Stadium Sultan Muhammad ke IV melabuh tirai kira-kira jam 12.30 pagi.

Ucapan dan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi azimat yang dibawa pulang penyokong  PAS dari seluruh negara.

Selepas itu ahli dan penyokong PAS yang berada di padang sama-sama membaca ikrar dengan diketuai Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.

Ikrar itu yang melafazkan ahli-ahli dan penyokong PAS yang datang dari seluruh negara akan terus istiqamah untuk meneruskan perjuangan.

Sebelum itu Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapan yang penuh bersemangat berkata Kelantan merupakan guru politik Islam di Malaysia.

Katanya, apa yang dilakukan di negeri ini ditiru kerajaan Barisan Nasional (BN) biar pun pada peringkat awal diperlekehkan mereka.

“Kerajaan BN akhirnya meniru Kelantan melaksanakan cuti dua hari seminggu selepas berjaya dilaksanakan di negeri itu,” katanya.

Sempena program malam tadi juga diadakan pelancaran Kelab Usahawan PAS, Pasukan Khidmat Malaysia, Kempen 3B Harakah. - HARAKAHDAILY 18/10/2015

Sumber HD - 18-10-2015


Jangan Bina ‘Jahiliyyah Baru’

KOTA BHARU – Timbalan Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di Program Himpunan Fastaqim 60K menekankan agar orang-orang Islam tidak terpengaruh dengan pihak yang menaja jahiliyyah bentuk baru.

Beliau menegaskan bahawa pembinaan negara melalui remaja dan belia mestilah melalui proses Islamisasi dan bukannya hanya menukar kerajaan semata-mata kerana cara begitu tidak akan berbeza dengan pemerintahan yang ada sekarang.

IMG_20151018_042221

Berkata dikhalayak puluhan ribu di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Dato’ Tuan juga banyak menyentuh berkenaan penyelewengan-penyelewengan yang telah dilakukan oleh kerajaan terutama melibatkan isu 1MDB.

Timbalan Pengerusi Kongres Rakyat, Mustafa Kamil Ayob kemudiannya mengambil tempat bagi mewakili 200 NGO untuk berucap dalam majlis malam ini, menegaskan bahawa kehadiran yang sebegitu ramai telah menghampakan harapan agar PAS dihapuskan dalam persada politik Negara.

Kongres Rakyat tambah beliau, akan membawa hasrat rakyat kepada kerajaan, NGO-NGO dan kepada semua pihak yang berwajib bagi memastikan hasrat rakyat diberi keutamaan.

Mantan Naib Presiden Keadilan Rakyat itu menegaskan akan bersama-sama PAS dan NGO-NGO lain bagi memastikan Putrajaya akan diambialih pada PRU ke 14 nanti.



YAB Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yaakob melahirkan keyakinan penuh bahawa kejayaan Kelantan mempertahankan kerajaan Islam sehingga 25 tahun adalah hasil sikap istiqamah ahli-ahlinya.

Kelantan telah membuktikan kepada negeri-negeri lain bahawa ia adalah guru politik dengan cara politiknya yang agak berlainan dengan negeri-negeri lain.

Sambil melahirkan rasa syukurnya dengan kejayaan ini, beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata ianya adalah hasil kesinambungan daripada pemerintahan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertembungan antara manusia ini menurut Mursyidul Am PAS Dato’ Dr Haron Din pula telah berlaku bermula dari zaman nabi Adam lagi apabila Habil dan Qabil berbalah merebut pasangan.
Maka kata beliau, pihak yang benar-benar ikhlas dalam menyempurnakan suruhan Allah pastilah golongan yang berisitiqamah yang akan mendapat kemenangan dan keredhaan Allah.

Mengakhiri program ialah amanat Presiden PAS iaitu Dato; Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengambil kesempatan membacakan sajak yang digubah khas untuk program ini.



Beliau menegaskan apa sahaja makhluk yang tidak mengikuti jalan-jalan Allah, mereka akan menjadi zalim kerana mereka melampaui batas.

Tambah beliau lagi, politik cara Islam ialah tetap berada dalam jemaah dimasa senang susah dan tidak sewenang-wenangnya bertindak lari dari rumah terutama mendapat pujukan daripada pihak lain.

Sebagaimana contoh yang diberikan oleh beliau iaitu baiah dalam peristiwa Aqabah oleh para sahabat dari Madinah, mereka berisitiqamah dalam baiah mereka sehingga kepada semua khulafa’ ar-rasyidin kerana keimanan mereka.

Himpunan malam ini kata beliau adalah untuk mengukuhkan gerakan ini bagi memastikan PAS kekal dalam keredaan Allah disamping menunjukkan kesungguhan ahli-ahli PAS.

Atas apa jua halangan, ahli-ahli serta pemimpin digesa bersedia dan bersama-sama berisitiqamah untuk mempertahankan Islam kata beliau sebelum mengakhiri ucapan.

Program telah ditangguhkan dengan bacaan doa oleh Presiden PAS yang begitu sebak membacakan bait-bait akhir doa dan bacaan ikrar perjuangan oleh Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyuddin Hassan dan diikuti oleh para hadirin.

Sumber BO - 18-10-2015

Ada pihak yang hendak pujuk balik PAS - Kadir

ASLANI M | .



KOTA BHARU: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, tanpa pembabitan PAS dalam politik di Malaysia mana-mana pihak tidak boleh menang dalam pilihan raya.

Katanya, ia adalah semangat yang ditunjukkan tanpa penglibatan PAS bermakna sesebuah parti itu tidak boleh menubuh kerajaan.

“Sebab itulah ada pihak yang hendak pujuk balik PAS, di pihak lain juga hendak pujuk PAS,"  ujarnya pada perhimpunan Fastaqim di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam ini.

Menurutnya, tiga tahun lagi PAS kemungkinan boleh membina kekuatan sendiri dan parti lain tentunya akan bersama PAS untuk menguatkan kedudukan mereka.

“Kita harap kerajaan yang dibentuk akan datang ditunjangi PAS. Mereka akan lebih hormati segala harta kepunyaan rakyat. PAS akan menyelamatkan negara,” katanya. - HARAKAHDAILY 17/10/2015

Sumber HD - 17-10-2015


Ucapan Bersemangat Pemimpin Gegarkan Fastaqim 60K

Oleh : MNA

KOTA BHARU – Ucapan dalam program telah dimulakan oleh Pengarah Program Himpunan Fastaqim iaitu YB Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran yang begitu ramai pada malam ini.



Seterusnya beliau juga percaya sekiranya ayahanda beliau masih hidup, pasti beliau akan gembira dengan perhimpunan yang begitu ramai ini.

Beliau yang jelas tidak dapat menahan rasa sedih kerana mengenang ayahanda beliau, sebak ketika menyebut berkenaan almarhum ayahandanya.

Manakala N. Balasubrmaniam Pengerusi Dewan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pula berkata kehadiran yang begitu ramai hari ini membuktikan PAS adalah untuk semua, parti untuk semua bangsa dan agama.

Krisis dalam PAS tidak menjejaskan sokongan DHPP kepada PAS kerana DHPP tetap beristiqamah dengan PAS sehingga kemenangan

.

“Kami akan terus bersama PAS selama-lamanya

Biar orang bukan Islam hairan bagaimana kami boleh hidup bersama PAS.
DHPP ingin melihat Presiden PAS menjadi Perdana Menteri.

Dengan itu DHPP akan membantu PAS menarik sokongan bukan Islam untuk mengundi PAS dalam PRU akan datang,” katanya disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.
DHPP juga berjanji akan terus mendokong prinsip yang dibawa oleh PAS.

Manakala ucapan yang begitu bersemangat oleh Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad berkata kehadiran ini sekaligus menafikan cakap-cakap yang mengatakan PAS akan terpinggir dari arus politik Malaysia

.

Di Selangor contohnya kata beliau, dalam masa tiga minggu, PAS Selangor telah berjaya mengumpul sehingga enam ribu keahlian baru.

Sambil beliau menekankan bahawa PAS kuat bukan kerana diri ahlinya tetapi Pas kuat kerana memartabatkan Islam, maka Allah menguatkan PAS.

Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Naib Presiden PAS, Dato’ Nik Amar Nik Abdullah, mengucapkan terima kasih atas kehadiran peserta kali ini dan ini menurut beliau lagi, menambahkan semangat PAS Kelantan bagi mempertahankan Kelantan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS YB Ustaz Idris Ahmad menekankan bahawa jangan sekali-kali masuk PAS kerana kehebatan individu atau geram kepada musuh sebaliknya kerana asas PAS iaitu Islam

.

PAS tidak kurang dalam hilang beberapa tokoh yang hebat seperti bekas (ketika itu Yang DiPertua PAS) Dato’ Asri Muda tetapi PAS tetap kekal dan meneruskan perjalanan politiknya tanpa terjejas dengan pemergian tokoh-tokoh tersebut.

Beliau turut menekankan bagi seluruh ahli PAS Kelantan untuk mempertahankan kemenangan PAS di Kelantan yang beliau gelar sebagai ‘Guru Politik Malaysia’ kerana kebanyakan tindakan politik yang diperkenalkan PAS bagi kebaikan rakyat, ditiru oleh pusat.

Sumber BO - 17-10-2015



Jangan ketepi PAS dalam politik Malaysia

ASLANI M | .




KOTA BHARU: Puluhan ribu yang memenuhi setiap ruang Stadium Sultan Muhammad IV memberi isyarat yang jelas kepada sesiapa supaya tidak meminggirkan PAS dalam arus politik negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad berkata apa yang berlaku telah membuka mata berdasarkan situasi di Kota Bharu malam ini.

“Jangan ketepikan PAS dalam politik Malaysia dan politik dunia. Dengan semangat ini sudah cukup menggambarkan kita bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa sahaja.

“Program malam ini amat bermakna, cukup hebat. Kita hebat kerana berada dalam PAS. Bukan bermakna kita hanya pandai berceramah tetapi kehebatan kerana berada dalam satu jemaah Islam,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor pada perhimpunan Fastaqim di sini malam ini.

Beliau juga berkata, sambutan orang ramai terhadap PAS di Selangor dalam tempoh tiga minggu dapat dikumpulkan sehingga 6,000 orang. - HARAKAHDAILY 17/10/2015

Sumber HD - 17-10-2015


Ribuan Solat Maghrib Dalam Stadium Sultan Muhammad IV

KOTA BHARU – Ribuan ahli dan penyokong PAS sudah berkumpul sejak petang di perkarangan dan dalam Stadium Sultan Muhammad IV dekat sini untuk menghadiri Himpunan Fastaqim 60k yang bersejarah.

Sebaik azan maghrib dilaungkan warna hijau putih memenuhi padang stadium untuk bersama-sama menunaikan solat maghrib berjamaah.



Keyakinan Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasruddin Hassan yang juga Setiausaha Panitia himpunan Fastaqim ternyata kebenarannya.

“Kali ini, saya yakin dan percaya betapa kesungguhan dan semangat orang ramai ingin menyertai Himpunan Fastaqim ini sangat tinggi.

“Terutama setelah mereka tidak menyertai himpunan Bersih kemudian tidak pula berjaya memasuki dewan Kongres Rakyat, maka Stadium Sultan Muhammad IV ini menjadi destinasi penting buat mereka,”ujarnya dalam satu kenyataan beberapa jam sebelum himpunan berlangsung.



Ahli dan penyokong PAS dilihat sejauh radius 5 kilometer dari lokasi Fastaqim ketika tinjauan yang dibuat sekitar bandaraya Islam Kota Bharu.

Para hadirin mematuhi arahan yang dibuat oleh polis trafik PDRM yang dibantu oleh ratusan para petugas Jabatan Amal.

Sumber BO - 17-10-20115

Fastaqim: Ramai hadirin tak dapat masuk, melebihi sasaran

ASLANI M | FOTO RIZAL TAHIR | .





KOTA BHARU: Ramai lagi tidak dapat memasuki ruang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bagi menyertai lebih 60,000 yang berada di padang dan tangga stadium.
Sasaran penganjur melepasi angka yang ditetapkan apabila setiap ruang stadium yang menjadi pentas bola sepak The Red Warriors penuh sesak dengan penyokong PAS dari seluruh negara.

Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah kemudian diikuti solat hajat yang diimamkan pensyarah Pusat Pengajian Pondok Kandis, Ustaz Nik Razi Nik Mat.

Selepas itu munajat yang dipimpin Ustaz Zulkarnain Hassan dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri.

Munajat dan zikir berakhir sehingga masuk solat Isyak. Solat Isyak pula diimamkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV penuh dengan lautan manusia yang memakai baju t berwarna hijau bertulis perkataan Fastaqim.

Program bermula jam 9 malam dengan perarakan masuk pemimpin-pemimpin utama PAS dengan menaiki motosikal berkuasa besar dan kereta antik.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menaiki motosikal dengan didahului perarakan Combi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menunggang motosikal dengan diboncengi Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Samsuri.

Hadir sama Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Hadir sama hampir kesemua pemimpin utama PAS  yang diketuai Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, sasaran penganjur 60,000 kehadiran melebihi apa yang ditetapkan.

“Kita boleh melihat sendiri padang bola sepak penuh sesak dengan lautan manusia. Begitu juga di atas tangga stadium penuh dengan orang ramai.

“Pada saya dianggarkan kira-kira 70,000 hadir pada program malam ini,” ujarnya.

Katanya, situasi itu menggambarkan suatu lonjakan biar pun ketika PAS berdepan dengan masalah dalaman sebelum ini. - HARAKAHDAILY 17/10/2015

Sumber HD - 17-10-2015

Fastaqim 60K Capai Sasaran Kehadiran

Oleh : MNA

KOTA BHARU – Menjelang solat isyak, kelihatan hampir segenap penjuru dan ruang Stadium Sultan Muhammad IV telah dipenuhi dengan para penyokong PAS yang telah datang dari segenap penjuru Malaysia.

Dianggarkan sasaran 60 ribu kehadiran penyokong PAS dalam Program Himpunan Fastaqim 60K telah dicapai dan masih ada ramai lagi di luar stadium yang masih beratur untuk memasuki stadium.



Selesai solat isyak berjemaah yang telah diimamkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob, Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Ustaz Nasrudin Hasan sebagai pengerusi majlis, telah mengumumkan kira-kira 100 ribu yang hadir.

Kemudian beliau mengarahkan ahli-ahli dari Jabatan Amal untuk mengagihkan 60 ribu bendera PAS kepada semua yang hadir.

Acara pertama pada sesi malam ialah acara perarakan masuk keseluruhan AJK PAS Pusat, ketua dewan-dewan, termasuk Dewan Himpunan Penyokong PAS diiringi oleh pasukan motosikal berkuasa besar ke pentas utama.

Selesai AJK mengambil tempat, lagu NegaraKu dan Lagu PAS dikumandangankan seterusnya bacaan al-Quran diperdengarkan

Gimik pertunjukkan tentera-tentera berkuda kemudiannya mencuri perhatian penonton apabila menggabungkan persembahan montaj serta melakukan aksi silat secara langsung sebelum membuat penyerahan kapsul kepada Presiden PAS.

Acara seterusnya ialah ucapan oleh para pimpinan.

Sumber BO - 17-10-2015


Fastaqim: Sasaran 60,000 peserta semakin hampir

ASLANI M | FOTO RIZAL TAHIR | .




KOTA BHARU: Jangkaan 60,000 peserta Himpunan Fastaqim menghampiri sasaran apabila padang bola dan sebahagian tempat duduk dalam Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sudah dipenuhi orang ramai.

Biar pun langit semakin mendung namun ia tidak menghalang orang ramai bertali arus memasuki ruang dalam stadium.

Titisan air hujan mulai turun.

Rumput di atas padang menjadi alas tempat mereka duduk sambil menunggu masuk waktu Maghrib.

Warna hijau kini dapat dilihat di mana-mana ruang dalam stadium. Lampu limpah juga mulai dipasang disebabkan langit semakin gelap.

Orang ramai juga bergilir membuat pengumuman di pentas utama bagi mencari rombongan dan ahli keluarga mereka yang tidak ditemui.

Kehadiran puluhan ribu tentunya sukar bagi rakan-rakan atau ahli keluarga yang terpisah mencari keluarga dan ahli rombongan mereka.

Sejak selepas Asar sehingga sekarang corong pembesar suara tidak berhenti mengumumkan sesuatu.

Suasana semakin hangat dengan lambaian bendera hijau dan negeri-negeri yang dikibarkan peserta di atas padang dan ruang tempat duduk di tangga stadium.

Turut kelihatan berada di stadium  sekarang Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, angota-anggota Exco kerajaan Kelantan dan wakil-wakil  rakyat serta pemimpin PAS dari seluruh negara.

Turut kelihatan juga pemimpin dan rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS  (DHPP) yang terdiri daripada masyarakat Cina dan India datang dari seluruh negara.

Di Dataran Stadium berlangsung persembahan pentas anak muda. - HARAKAHDAILY 17/10/2015

Sumber HD - 17-10-2015


PAS janji sokong undi tidak percaya PM
Posted on Saturday, October 17 @ 23:01:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS akan menyokong sekiranya undi tidak percaya terhadap perdana menteri dibawa ke parlimen dalam persidangan kali ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu bagaimaapun berkata, PAS akan menunggu terlebih dulu untuk melihat jika usul berkenaan benar-benar dibawa ke parlimen.

"Kita tunggu perkara ini dibentang di parlimen dulu. Ia terpulang kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya kepada media malam ini.

Beliau ditemui Beliau di dalam program Himpunan Fastaqim (H60K) di Stadium Muhammad IV Kota Bharu, Kelantan.

Takiyuddin berkata undi tidak percaya merupakan sebahagian daripada prosedur dibenarkan dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Dan kita akan menyokong undi tidak percaya," katanya.

Sumber TKO - 17-10-2015

Suasana Malam ini Sebelum Pelancaran di Himpunan Fastaqim

Posted on Saturday, October 17 @ 22:27:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ini suasana sebelum pelancaran majlis Himpunan Fastaqim. Ada orang tunjukkan gambar belum pelancaran kononnya Stadium tak penuh. Ini kerja lebih teruk daripada UMNO.















Ini kerja bodoh puak penyokong AMANAH seperti Awang Al Kenit, Cikgu Murni, Rakyat Bangkit dll.



UMNO pun tak serang PAS tapi AMANAH serang PAS. Nasihat saya ambilah gambar di bawah ini dan sebarlah, buatlah kerja jahat kononnya tak ada orang dalam majlis HIMPUNAN FASTAQIM anjuran PAS.


Sumber TKO - 17-10-2015


Fastaqim ujian PAS tanpa Pakatan Rakyat
Posted on Saturday, October 17 @ 22:07:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Selepas BERSIH 4 pada Ogos, diikuti 'perhimpunan Baju Merah’ pada September lalu, kini tiba giliran PAS mengadakan perhimpunan besar-besaran mereka.

Diberi nama Himpunan Fastaqim 60 ribu (H60K), ia diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan.

PAS tidak menyertai BERSIH 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu bagi menyatakan bantahan rakyat terhadap kerajaan, terutama mengenai isu skandal kewangan 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Itu merupakan kali pertama PAS tidak menyertai perhimpunan BERSIH secara rasmi.

Parti itu memberitahu mereka tidak menyertai BERSIH 4 kerana ingin memberi fokus kepada H60K ini.

Perhimpunan hari ini dijadual diisi dengan aktiviti persembahan dan solat hajat sebelum acara kemuncak malam ini menampilkan beberapa tokoh terkenal di pentas ceramah.

Antara yang dijangka berucap ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Abdul Hadi sendiri.

Abdul Hadi dijangka akan menyatakan hala tuju parti itu selepas gagasan Pakatan Rakyat berkubur Julai lalu. - MK

Sumber TKO - 17-10-2015

Suasana Solat di Himpunan Fastaqim

Posted on Saturday, October 17 @ 21:49:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Hanya mereka yg faham erti ikhlas dan berukhuwah dlm berjuang sahaja mampu menghargai ijtimak (perhimpunan) seperti ini. hari ini seluruh pendokong PAS dari seluruh negara telah berhimpun demi perjuangan ini.







Solat Asar petang tadi


Sumber TKO - 17-`10-2015



Siaran langsung 'Himpunan Fastaqim (H60K) , Stadium Sultan Muhammad IV


Posted on Saturday, October 17 @ 21:41:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kota Bharu 17 okt : Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung 'Himpunan Fastaqim (H60K)' di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan petang sehingga 11.55 malam ini melalui rangkaian radio Suara rakyat FM dan kelantan TV ."Sebagai media PAS kami akan menyiarkan secara langsung himpunan fastaqim(H60K) ini.

Siaran ini bukan sahaja dapat didengar oleh penyokong (PAS) di Malaysia sahaja malah dapat didengar oleh penyokong (PAS) yang berada di luar negara kerana siaran ini dipancar keseluruh pelusuk dunia melalui radio tv internet".kata ketua penyelaras suara rakyat En Ariffin atau dikenali sebangai Abg Ariff. Untuk mengikuti siaran radio suara rakyat pelayar boleh memuat turun aplikasi melalui playstore dengan hanya menaip suara rakyat di telefon android. Bagi pengguna pc atau laptop boleh terus ke tunein dan cari suara rakyat. Untuk menonton Kelantan tv (KTV) pelayar hanya terus ke youtube, cari Kelantan tv serta klik live.

( https://www.youtube.com/user/myKelantanTV )

( https://play.google.com/store/apps/details?id=com.viastreaming.SuaraRakyatFm
Sumber TKO - 17-10-2015

Fastaqim: Lautan hijau mula dirasai dalam stadium


KOTA BHARU: Hanya beberapa jam lagi menjelang perhimpunan Fastaqim dilangsungkan, perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV semakin melimpah dengan kehadiran pendukung PAS.

Di luar stadium segenap ruang mulai sesak teruk. Pentas anak muda menjadi tumpuan ramai sejak jam 3 petang. Pelbagai program diadakan termasuk nasyid, persembahan ular, dan paluan muzik tradisional silat dan gendang Cina.

Lokasi itu menjadi tumpuan anak-anak muda termasuk golongan muslimah dan warga emas.
Keghairahan terpancar di wajah setiap peserta yang datang bersama rombongan dan keluarga.

Seorang peserta dari Jerai, Kedah memberitahu rombongan  dari  Kedah datang bersama 61 bas dan lebih 500 kereta.

Beliau datang bersama keluarga petang semalam dan bermalam di enap desa Jalan Pantai Cahaya Bulan.   

“Biar pun PAS baru berdepan dengan masalah dalaman namun pendukung PAS dari seluruh negara masih bersemangat datang ke program di Kota Bharu.

“Segelintir rakan-rakan kita pergi menyertai parti lain. Biar pun mereka pergi namun penyokong di peringkat akar umbi tidak berganjak.

“Kita boleh lihat sendiri di program Fastaqim ini. Begitu ramai yang datang. Kalau diambil kira masalah dalaman yang berlaku tentunya tidak ramai yang datang, namun keadaan sebaliknya,” katanya ketika ditemui.

Ahmad Abdillah, 26 dari Paka Terengganu memberitahu beliau datang bersama 15 rakan bagi menyertai perhimpunan Fastaqim.

Beliau menyokong penuh program itu diadakan selepas Kelantan kehilangan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada awal tahun ini.

“Sangat molek diadakan program seperti ini. Lagi pun Kelantan terkenal sebagai Serambi Mekah elak diserapi parti serpihan PAS.

“Ini perhimpunan pertama selepas Tok Guru tidak ada. Kelantan di bawah Ustaz Datuk Ahmad Yakob sekarang meneruskan legasi ditinggalkan Tok Guru,” katanya.

Sementara itu peserta perhimpunan menunaikan solat Asar di dua lokasi iaitu di dalam stadium dan dataran stadium.

Solat di dalam stadium diimamkan Bendahari Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Mat Daud. Lautan hijau kelihatan di atas pagar di mana sebahagian anak-anak muda berpakaian hijau.

Orang ramai juga sudah membanjiri sebahagian tempat duduk di dalam stadium.

Sumber PP - 17-10-2015


Gambar Awal Fastaqim

Posted on Saturday, October 17 @ 17:15:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Hadiri sedang memenuhi stadium.



Sumber TKO - 17-10-2015

Anggota Unit Amal Untuk Fastaqim


Posted on Saturday, October 17 @ 17:09:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mereka datang untuk berkhidmat tanpa sebarang bayaran. Mereka juga tidak pernah merunggut. Itulah amalan yang sangat baik serta istiqamahnya sukar untuk di'beli'





Sumber TKO - 17-10-2015

Borang PAN serah, tapi hati masih PAS

USTAZ ROSLI ABDUL JABAR | .

SAYA dah sampai Kota Baru, bertolak awal, nak elak kesesakan, apatah lagi bila pergi dengan keluarga, main dengan anak ramai ni, memang banyak gangguannya, kejap berbalah, kejap lapar, kejap nak buang air, macam-macam kejapnya. Berbunga hati apabila mula memasuki gerbang Negeri Kelantan Darul Naim, kibaran bendera PAS hampir di sepanjang jalan menuju ke Kota Baru, anak-anak teruja sangat melihat kibaran bendera PAS, riuh rendah bunyinya.

Dulu kami kami turut ke perhimpunan hijau di Stadium Darul Aman Kedah, himpunan yang sangat menggamit kenangan anak-anak, hampir lima tahun himpunan itu berlalu, namun masih lagi menjadi perbualan mereka di dalam kereta, mungkin teruja melihat lautan manusia berpakaian hijau yang hadir, Insya-Allah kali ini mereka akan menyaksikan lagi lautan manusia berpakaian hijau memenuhi Stadium Sultan Muhamad, Kota Baru, Kelantan Darul Naim.

Rakan-rakan dari seluruh negara juga kelihatannya sangat teruja untuk hadir, ada juga rakan yang 'baina-baina' antara PAS dan PAN nak hadir.

Semalam dia sms saya, dia kata nak hadir, saya tanya dia 'dengar anta dah masuk PAN?', dia kata 'tak tahulah Ustaz, borang dah serah, tapi hati masih PAS', saya ketawa, cuma saya katakan padanya "Pergilah, tiada siapa yang halang, cuma aku nak pesan, jangan pakai baju oren", dia ketawa, dia kata "aku dah beli baju fastaqim, esok nak pakai".

Saya tidak ambil sikap bermusuh, saya yakin dia bukan tahu sangat tentang perkembangan politik dan krisis dalaman PAS, sepanjang saya kenal dia, dia culas sikit bab program Tarbiyyah ni, tapi kalau himpunan ramai-ramai gini, dia suka sangat, himpunan bersih 1,2,3 dan 4 semua dia sapu bersih. Sanggup tinggal kerjanya dek kesukaannya berhimpun. Mesti dia senyum baca status saya malam ni, saya dah bagitau dia yang saya akan selitkan cerita dia.

Kami rakan mesra dan memang dah biasa saling mengutuk, tapi kutuk yang terkawal, masih menjaga adab. Dia dalam perjalanan ke KB sekarang, baru kejap hantar gambar pakai baju Fastaqim, sambil senyum meweh, siap angkat ibu jari tanda 'good' lagi, entah apa yang 'good', hanya dia yang tahu.

Begitulah suasana di dalam bahtera PAS yang terbuka, keahliannya dari pelbagai latar belakang pendidikan dan pelbagai perangai, sebab itu bila kapal dilanda gelombang, ada yang Istiqamah, ada yang mabuk dan ada juga yang terjun.

Oleh sebab itu PAS sangat menitik beratkan soal Tarbiyyah, mendidik ahlinya agar sentiasa menuntut semua lapangan ilmu, kerana ilmu itu adalah petunjuk, biar kita berbuat sesuatu itu melalui petunjuk ilmu, jangan macam lalang yang condong ke kiri ke kanan mengikut tiupan angin, bak kata ulama, ilmu itu akan menjadikan penuntutnya seperti ikan, yang tetap tawar isinya, meskipun berada di lautan masin, tidak dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, dia tetap berada pada fitrahnya.

Islam adalah agama fitrah yang Allah SWT turunkan kepada manusia untuk meluruskan kepercayaan manusia supaya mentauhidkan diri kepada Allah Yang Maha Esa.

Pengaruh tauhid ini akan menjadikan manusia sentiasa Istiqamah dijalan Allah SWT, tidak sedikitpun ancaman atau celaan manusia menjadikan ia berundur dari perjuangan. Ilmu adalah neraca pertimbangan yang sangat adil untuk kita jadikan sandaran bagi menetapkan kedudukan kita didalam wadah perjuangan yang benar.

"Belajar itu jambatan ilmu, malas itu jambatan dungu"

Jangan menjadi sesumpah yang sering bertukar warna mengikut warna sekeliling, Nabi SAW telah berpesan bahawa roda kitaran Islam itu sentiasa berpusing, hendaklah kita sentiasa mengikut kitarannya, sama ada ia di atas atau di bawah, maka ikutilah kitarannya.

Jangan hanya mengambil Islam ketika menangnya, tapi ketika ia dihina, dikeji dan dihimpit oleh musuh lalu kita melarikan diri, kita boleh berkata atau diam, berlari atau berjalan, masuk atau keluar, tetapi biarlah ia dengan arahan Allah dan RasulNya.

Keluar masuk parti atau jamaah bukan perkara kecil, kerana ia adalah wadah perjuangan, setiap wadah perjuangan pula ada marhalahnya, kita akan sampai kepada marhalahnya, apabila betul jalannya dan jalannya pula hanya betul apabila kita mengambil jalan yang ditunjuki oleh Allah dan Rasul-Nya bukan jalan yang ditunjuki oleh hawa nafsu, bukan jalan yang terbina dari rasa marah, kecewa, kebencian ataupun terdorong dek kasihnya kita kepada manusia, "Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Ikut nafsu, lesu. Ikut Islam, Insya-Allah tenang dan selamat.

PAS telah melalui lorong ujian ini sejak lama, begitu juga jamaah yang sama dengannya seperti Ikhwanul Muslimin yang lebih awal dari PAS. Kecekalan, kegigihan dan Istiqamah jamaahnya adalah terdorong oleh ketauhidan dan keyakinan kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Keyakinan ini hanya terbina dengan ilmu, ilmu dan tarbiyyah itulah yang menjadikan kita mengenal Allah, dengan mengenal Allah itulah yang menjadikan kita takut serta yakin kepada-Nya, dengan keyakinan itulah menjadikan kita Istiqamah dijalan-Nya... FASTAQIM! – HARAKAHDAILY 17/10/2015

Sumber H- 17-10-2015


SMS Palsu Dan Kain Rentang Berunsur Hasutan Bertujuan Memfitnah PAS
Posted on Saturday, October 17 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS Kuala Terengganu telah menerima banyak bertanyaan berhubung sebaran SMS (palsu) yang menggunakan nombor talipon tangan Ustaz Wan Sukairi Abdullah, Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Terengganu.

Dalam masa yang sama kain rentang yang mempunyai kandungan mesej yang hampir serupa ditemui di tepi jalan utama di Kelantan dengan memfitnahkan 'Geng Ustaz' sebagai pemilik kain rentang.


Kelantan pada hari ini menjadi tumpuan rakyat seluruh negara di mana akan berlangsung perhimpunan terbesar FASTAQIM mulai petang ini.

Kedua dua SMS dan kain rentang ini mempunyai unsur hasutan kebencian dan ancaman perang serta mesej perkauman dan sentimen ekstrim permusuhan agama.

SMS palsu ini nyata bertujuan membentuk pandangan serong kepada bukan sahaja Ust Wan Sukairi sebagai seorang tokoh dan ustaz yang dihormati oleh masyarakat, tetapi juga menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada PAS oleh kerana beliau seorang pemimpin PAS.

Ustaz Wan telahpun membuat penafian menyatakan sms itu bukan dari beliau dan akan segera membuat laporan polis supaya pembuat sms ini ditangkap segera.

Polis mempunyai kepakaran menyelesaikan kes sebegini seperti kes SMS palsu ugutan bunuh bertujuan memfitnah Dato' Seri Ahmad Said, mantan Menteri Besar Terengganu satu ketika dulu. Kes ini dengan segera dapat diselesaikan dan pelakunya telah dihukum.

Kedua dua kain rentang dan SMS palsu sekalipun berlaku di lokasi yang jauh, Kelantan dan Terengganu berlaku dalam sela masa yang amat rapat dan kandungan mesej yang serupa.
Ia dengan jelas bertujuan membentuk gambaran yang buruk kepada PAS khususnya di kalangan bukan Islam dan rakyat Malaysia yang umumnya cintakan keamanan.

PAS mengecam perbuatan fitnah yang tidak bertanggungjawab ini dan ia seperti manifestasi bangkrap idea oleh pelakunya dalam berdepan secara budiman 'gentleman' dengan PAS yang kini menerima dokongan jelas dari rakyat dan dijadikan tumpuan meminta pandangan dan sokongan oleh rakyat hatta oleh NGO NGO yang pernah paling keras sikap permusuhannnya dan paling setia kepada UMNO sebelum ini seperti PERKASA.

Yang nyata budiman ketika ini adalah PAS yang terus beristiqomah melapangkan dada menerima kunjungan sesiapa sahaja yang mahu berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara kecuali yang nyata khianatnya kepada PAS.

HJ. AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
17hb. Oktober 2015

Sumber TKO - 17-10-2015


Perjalanan Meniti Istiqamah dalam perjuangan

Posted on Saturday, October 17 @ 10:02:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Rombongan untuk program Fastaqim


Sumber TKO - 17-10-2015

FASTAQIM : Datang Awal Dan Elakkan Kegagalan Memasuki Stadium


1. Menyedari komitmen tinggi dari pelbagai pihak untuk menjayakan Himpunan Fastaqim yang akan berlangsung esok, saya mewakili Jawatankuasa Induk Himpunan Fastaqim menasihati agar semua peserta dapat hadir awal dan segera memasuki stadium sebelum jam 6.30 petang dalam keadaan berwudhu'.

2. Ini mengelakkan insiden serupa berlaku sebagaimana yang pernah dialami sewaktu penganjuran Kongres Rakyat tempohari. Ribuan peserta tidak dapat memasuki dewan meskipun telah dibuka ruang alternatif untuk menampung kehadhiran yang ramai.

3. Kali ini, saya yakin dan percaya betapa kesungguhan dan semangat orang ramai ingin menyertai Himpunan Fastaqim ini sangat tinggi. Terutama setelah mereka tidak menyertai himpunan Bersih kemudian tidak pula berjaya memasuki dewan Kongres Rakyat, maka Stadium Sultan Muhammad IV ini menjadi destinasi penting buat mereka.
4. Justeru itu, kami nasihati semua agar datang lebih awal agar dapat mengambil ruang selesa di dalam stadium kelak. Andaikata ruang dalam stadium ini penuh, maka terpaksalah yang hadir kemudian, mengikuti perjalanan Fastaqim yang sarat dengan program dan aktiviti yang menarik ini dari luar stadium.

5. Jika benar stadium ini juga tidak berupaya menampung kehadiran orang ramai, kami memohon maaf kerana tiada lagi keupayaan kami untuk menyediakan tempat yang lebih luas berbanding stadium untuk dijadikan venue Himpunan FASTAQIM ini.

6. Tempat parking bas di tanah lapang berhampiran Tesco dan parking motor di hadapan KTC. Anda boleh berjalan kaki dari arah parking tersebut dengan selesa. Pastikan anda tidak menghalang lalu lintas, menghalang pintu keluar masuk premis awam atau persendirian, tidak menghalang laluan ke hospital. Pastikan anda mengambil ruang yang telah ditetapkan dan patuhi tunjuk arah oleh Jabatan AMAL Malaysia yang akan bertugas untuk melancarkan perjalanan FASTAQIM dan menjamin keselesaan anda.

7. Kami harap, semua cool dan jangan stress. Jangan marah - marah dan bertindak kasar pada semua keadaan. Nasihat ini kepada semua, bermula dari petugas sehinggalah kepada peserta dan tetamu FASTAQIM. Saling hormat menghormati. Terutama petugas kita yang telah berpenat lelah dan kurang tidur sejak seminggu lalu bagi memastikan persiapan akhir berjalan lancar.

8. Hargai mereka, patuhi tunjuk arah mereka dan beri kerjasama kepada petugas kita yang telah ditaklimatkan untuk menjayakan himpunan bersejarah ini. Kita semua satu matlamat dan objektif. Jika wujud salah faham, maka bertolak ansur dan selesaikan dengan mesra dan tenang agar kita semua beroleh berkat.
Beristiqamah Hingga Kemenangan
Allah swt bersama orang yang sabar
Cool Man CoooooL

Sekian.

Nasrudin Hassan
Setiausaha FASTAQIM





Sumber PP - 16-10-2015

FASTAQIM : Mendepani Provokasi dan Fitnah



1. Kehabisan idea nampaknya pihak yang membenci PAS dan menyimpan dendam tidak berkesudahan terhadap aktiviti dan program PAS. PAS anjur program, mereka pula yang kepanasan. PAS gerakkan aktiviti, mereka yang tidak senang duduk.

2. Akhirnya langkah mudah dan dangkal ialah lakukan fitnah dan cetuskan provokasi. Kelihatan banyak risalah fitnah kononnya itu adalah Risalah Penerangan PAS dan Banner provokasi yang kononnya di pasang oleh Geng Ustaz.

3. Kepada peserta dan tetamu FASTAQIM, usah terpengaruh dengan propaganda murahan dan fitnah liar yang dilemparkan kepada awam di tengah - tengah Bandar Kota Bharu sempena Himpunan Fastaqim ini.

4. Cara mudah untuk anda mengenali risalah atau banner yang bukan dari urusetia Fastaqim mahupun PAS sendiri, malah itu adalah fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab ialah apabila kandungannya tidak mempamerkan akhlak Islam pula bernada provokasi.

5. Namun kepada orang ramai usah gusar dengan perkembangan ini. Selain petugas kita akan terus memantau dan bertindak, yakinlah bahawa mereka tidak akan menjejaskan reputasi dan prestasi FASTAQIM.

Beristiqamah Hingga Kemenangan
Elakkan Provokasi dan Hindari Fitnah

Sekian.

Sumber PP - 16-10-2015


Sumber FBUT - 16-10-2015

FASTAQIM : One Stop Center Ahli dan Penyokong PAS.


1. Esok 17 Oktober 2015 adalah hari bersejarah. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 
telah menganjurkan satu himpunan mega di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu 
Kelantan. Himpunan ini diberi nama Himpunan Fastaqim (H60K).

2. Fastaqim dengan maksud bangkitlah berjuang dan menunaikan tanggungjawab 
perjuangan dengan penuh dedikasi dan pro aktif. (H60K) pula adalah angka sasaran 
untuk melimpahi segenap ruang stadium Sultan Muhammad IV tersebut.

3. Himpunan ini adalah bersifat aman. Tanpa amarah dan emosi memberontak. Sangat 
sesuai disertai seisi keluarga. Pula sarat dengat aktiviti yang santai, merehatkan 
minda, mengeratkan silaturrahim, menyemarakkan semangat juang, informasi yang benar 
dan amanat perjuangan dari sang komander.

4. Turut diperkayakan dengan Munajat Perdana dan santapan spiritual selepas solat 
maghrib berjamaah ke arah membina peribadi yang teguh berjuang mendepani cabaran luar 
dan dalam. Lantaran itu jangan lupa :

i - Hadhir berwudhu' (atau bekal sebotol air mineral untuk berwudhu' )

ii - Bawa sejadah atau tikar sembahyang.

5. Tema himpunan ini ialah hijau. Pastikan anda tidak lupa untuk bergaya dengan baju 
rasmi FASTAQIM sama ada lengan panjang atau pendek dan pastinya menutup aurat 
dengan sempurna bagi lelaki dan wanita. Elakkan bersesak - sesak muslimin dan 
muslimat. Insyaallah kita sediakan laluan dan area yang selesa untuk muslimin dan muslimat. 
Ingat ! Himpunan FASTAQIM ini adalah Himpunan Ibadah.

6. Acaranya ibadah malah keseluruhan agendanya adalah ibadah. Semoga Allah swt 
merestui Himpunan Fastaqim ini yang juga merupakan "One Stop Center" bagi ahli PAS 
dan penyokongnya dari seluruh negara bertemu dan menumpahkan rindu bersulam 
ukhuwwah Fillah. Pastinya aneka camera dan smart phone di awa bersama untuk 
merakam kenangan indah melalui detik - detik bersejarah ini.

7. Saya cadang anda dapatkan 1001 selfie bersama rakan - rakan anda dari seluruh negara 
dan jangan lupa muat naikkan dalam facebook masing - masing dan pastikan anda share 
ke facebook Himpunan Fastaqim - H60K.

8. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik Celcom, Maxis, DIGI dan lain - lain 
syarikat telekomunikasi agar meningkatkan upaya capaian pengguna pada hari 
berlangsungnya Himpunan Fastaqim ini. Tentu sahaja trafic cyber menjadi amat sibuk apabila 
60 ribu pengguna dalam satu masa dan satu lokasi mengakses talian masing - masing.

9. Tentu sahaja syarikat telekomunikasi terbabit beroleh untung dari akses yang pro aktif 
dari peserta Himpunan Fastaqim selain Fastaqim juga memuat naik ke jalur lebar pelbagai 
warna kenangan dan imej yang menarik.

10. Saya dan seluruh warga Sekretariat Penganjur Himpunan Fastaqim iaitu PAS Pusat, 
Dewan Ulamak PAS Malaysia, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Muslimat PAS 
Malaysia, Dewan Himpunan Penyokong PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan mengalu - 
alukan kedatangan semua tetamu dan mendoakan agar perjalanan kita semua selamat pergi 
dan balik. Justeru itu saya ingatkan diri saya dan kita semua agar :

- Hati - hati memandu di jalanraya
- Berhemah dan jaga akhlak
- Jangan memandu jika letih/mengantuk
- Patuhi undang - undang jalanraya
- Jangan berlumba & memandu gopoh
- Periksa kenderaan anda
- Jangan bawa alat tajam merbahaya
- Sabar/tenang jika sesak di jalanraya
- Jaga kesihatan dan keselamatan
- Jangan lupa doa naik kenderaan

Beristiqamah Hingga Kemenangan.

Sekian.

Sumber PP - 16-10-2015


H60K: Kayu ukur kebangkitan Islam pemuda




ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan menyifatkan Himpunan Fastaqim H60K bakal memperkukuhkan lagi kekuatan ahli PAS semua peringkat.

Menurutnya, himpunan itu untuk menggembleng kekuatan serta memimpin kebangkitan pejuang selain diharap dapat menyuntik semangat ahli untuk terus istiqamah mendepani cabaran.

Katanya, penglibatan golongan pemuda begitu penting dan menjadi teras kebangkitan Islam dari dahulu sehingga kini.

"Saya yakin dan percaya, program ini bakal menyediakan pengisian yang mampu melahirkan anak muda istiqamah dan tidak goyah dalam mendepani pelbagai masalah.

"Keteguhan untuk menghadapi kehidupan dengan tetap bersandar teguh pada tali Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW," ujar beliau yang juga merupakan Adun Gunong Semanggol.

Tambahnya, fikrah perjuangan yang jelas perlu terus ditanamkan dalam jiwa anak muda serta istiqamah dalam menegakkan Islam di tanah air tercinta.

Ujarnya lagi, persediaan anak muda untuk menyampaikan risalah Islam ke seluruh pelusuk alam akan terbina dengan komitmen yang diberikan sepenuhnya dalam menjayakan program ini. – HARAKAHDAILY 15/10/2015

Sumber HD - 15-10-2015

Kelantan bersiap sambut peserta Himpunan Fastaqim

RIZAL TAHIR | .



KOTA BHARU: Menjelang Perhimpunan Fastaqim Sabtu ini, Pemuda PAS Kelantan bertungkus lumus membuat persiapan tempat di lokasi program berkenaan akan diadakan.

Tinjauan hari ini mendapati kerja-kerja menyediakan peralatan di dalam dan luar Stadium Sultan Muhammad Ke IV sedang rancak dijalankan.

Khemah khas di perkarangan stadium yang dijadikan tempat ekspo juga sudah siap dipasang.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata persiapan program berkenaan dianggarkan sudah mencapai kira-kira 80 peratus sekarang.

“Ekspo akan bermula esok sehingga 20 Oktober ini iaitu sempena Sambutan jubli perak kerajaan negeri di bawah dasar Membangun Bersama Islam,” katanya di sini.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah 2 Himpunan Fastaqim berkata program Himpunan Fastaqim akan bermula jam tiga petang Sabtu yang melibatkan aktiviti anak muda.

Katanya program itu diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Pada sebelah malamnya pula diadakan munajat dan ceramah perdana disampaikan pemimpin-pemimpin utama PAS di dalam stadium.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan kedatangan ahli dan penyokong PAS dari seluruh negara ke program berkenaan.

“Rakyat Kelantan menyambut kedatangan mereka ke Serambi Mekah bagi mengembalikan kegemilangan perjuangan Islam,” ujarnya.

Katanya juga rakyat Kelantan perlu merebut peluang hadir beramai-ramai pada program tersebut sebagai menggambarkan sokongan padu kepada kepemimpinan ulama. – HARAKAHDAILY 15/10/2015

Sumber HD - 15-10-2015


Wakaf Kamus Bahasa Arab

Posted on Thursday, October 15 @ 02:37:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"

Program Wakaf Kamus Bahasa Arab ini adalah bertujuan untuk memberi sumbangan kamus khusus untuk pelajar di peringkat thanawi, menengah, madrasah, pengajian pondok serta di pusat pengajian tinggi dalam serta luar negara, terutamanya para pelajar yang kurang berkemampuan.

Harga wakaf untuk satu naskhah ialah RM50 sahaja sudah termasuk kos penghantaran ke mana-mana tempat di Malaysia yang dihajatkan oleh pewakaf atau terpulang kepada pihak kami untuk memberi kepada mana-mana pelajar yang memerlukan.



Pihak kami juga akan membuka gerai semasa Himpunan Fastaqim – H60K di Kota Bharu, Kelantan pada 16 dan 17 Oktober 2015. Para pengunjung boleh mendapatkan kamus ini pada hari tersebut pada harga promosi iaitu hanya RM35 senaskhah di GERAI NO C7 – H60K.


Mereka yang ingin mewakafkan kamus ini kepada para pelajar yang memerlukan sila hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431 (011-20578408 whatsapp) atau Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406 (tel/sms/whatsapp).

Sumber TKO - 14-10-2015


Himpunan Hijau: Pas bukan hendak tunjuk hero


Butiran





KUALA LUMPUR - Penganjuran Himpunan Fastaqim (H60K) yang bakal diadakan di Kota Bharu pada 17 Oktober ini bukan untuk bersaing dengan himpunan lain sebaliknya hanya untuk menyatukan penyokong Pas.

Pengarah himpunan itu, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sebelum ini, ramai orang bertanya kepadanya berhubung penganjuran himpunan itu dan menyifatkan seolah-olah H60K mahu menjadi juara di sebalik penganjuran himpunan-himpunan sebelum ini.

"Ramai kata kita cuba bersaing, kalau dilihat Himpunan Bersih 4.0 kita tidak perlu bersaing kerana kita benarkan ahli kita pergi, sementara Himpunan Baju Merah pula kita tidak perlu bersaing sebab kita memang bersaing sejak dahulu lagi dengan mereka (merujuk kepada Umno).



"Jadi saya hendak nafikan perkara ini, dan ia tiada kaitan langsung?, kita buat untuk kukuhkan parti dan untuk rakyat lihat bahawa  kita mampu menangani isu dalaman parti dengan cepat," katanya ketika menjadi panel dalam Forum Bicara Harakah di ibu negara, hari ini.

Dalam pada itu, ketika mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, terdapat beberapa signifikan di dalam penganjuran himpunan itu disamping pemilihan simbol angka 60.

"Saya boleh sebut kita pilih angka 60 ribu ini sempena dengan umur 60 tahun Pas Kelantan,  dan Pas sendiri  64 tahun walaupun sasaran kita harap himpunan itu dihadiri lebih 60 ribu.

"Tujuan himpunan ini adalah untuk mengukuhkan kekuatan Pas itu tujuan sebenar dan itu sambungan kepada himpunan Pas sebelum ini dengan niat hampir sama untuk mengukuhkan kesepaduan Pas.

"Untuk Pas dilihat sebagai sebuah parti yang kukuh dan bersatu yang layak untuk memimpin negara Malaysia, sebagai sebuah parti yang bercita-cita tinggi untuk sampai ke Putrajaya dengan membawa agenda Islam dalam pemerintahan Malaysia," katanya.



Sumber PP - 13-10-2015

Himpunan Fastaqim perkukuhkan lagi PAS




MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjelaskan Himpunan Fastaqim pada 17 Oktober di Kota Bharu nanti adalah untuk memperkukuhkan lagi kekuatan PAS.

Ketua DPPM, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS berhadapan dengan krisis yang besar namun dengan himpunan ini ia dapat menyakinkan ahli dan seluruh rakyat.

"Tujuan himpunan ini adalah untuk memperkukuhkan kekuatan PAS, kita mahu rakyat tahu kekuatan PAS walaupun berdepan dengan krisis.

"Kepada ahli-ahli PAS kita mahu mereka mengetahui bahawa parti mereka tetap kuat dan kukuh," katanya pada program Bicara Harakah sempena Himpunan Fastaqim.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menjelaskan, angka H60K selain daripada sasaran 60 ribu ahli yang hadir itu merupakan ulang tahun PAS 60 tahun di Kelantan.

"Biasanya himpunan yang besar kita buat apabila hampir pilihan raya tetapi kali ini kita lakukan untuk kita berdepan dengan krisis, kita yakin melalui himpunan ini memulihkan kekeliruan semua pihak," katanya lagi.

Menurut beliau, Fastaqim ini juga satu ruang untuk ahli-ahli melihat kepimpinan yang baru dalam menerajui PAS dalam berdepan krisis serta pilihan raya akan datang.

Beliau yang turut menyatakan bahawa Himpunan Fastaqim tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana himpunan sebelum ini sama ada Kuning atau Merah. – HARAKAHDAILY 13/10/2015

Sumber HD - 13-10-2015


Jasa PAS di Kelantan dalam pendidikan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


DATUK Asri semasa menjadi Menteri Besar, Kelantan juga telah menyumbangkan sesuatu yang besar terhadap perjuangan PAS, adalah tidak jujur jika tidak berbicara tentang tokoh ini, seolah langit sejarah cuba menutup kebaikan dan peranan yang telah dilakukannya untuk memperkasakan PAS.

Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Datuk Asri bermula pada tahun 1959 telah menggerakkan pendidikan Islam. Negeri ini sangat subur dengan keberadaan sekolah pondok dan madrasah. Penyuburan ini berkait secara langsung dengan sikap masyarakat Kelantan yang cenderung kepada pendidikan Islam. Perkembangan sekolah agama mencapai zaman kegemilangannya dalam era tahun-tahun 1950-an sehingga dekad 1960-an. Kemuncaknya ialah pada tahun 1962 apabila kerajaan negeri Kelantan mempunyai 189 buah sekolah Arab dan agama.

Melihat kepada perkembangan ini, pihak MAIK menubuhkan lembaga peperiksaan pada tahun 1967, bagi mengendalikan dan menyelaras peperiksaan sekolah Arab/ agama di seluruh Kelantan. Perkembangan sekolah Arab/ agama mulai menurun pada akhir tahun 1960-an.

Sekolah-sekolah Kebangsaan (rendah/menengah) mula berkembang pesat dan  menjadi saingan kepada sekolah Arab/ agama. Tahun 1968 bilangan sekolah Arab/ agama menurun kepada 158 buah, dan pada tahun 1972 hanya tinggal 89 buah sahaja iaitu lapan sekolah di bawah MAIK dan 81 buah sekolah bantuan rakyat.

Kemerosotan yang berlaku ini telah menyebabkan kerajaan PAS Kelantan mengambil beberapa langkah tertentu. Mulai 1 Julai 1974, kerajaan negeri telah mengambil alih semua sekolah Arab/ agama. Untuk itu, Jabatan Sekolah-Sekolah Agama telah ditubuhkan. Kemudian pada 11 Mac 1978 Yayasan Pelajaran Islam Negeri Kelantan (YPINK) pula telah ditubuhkan. Lantaran itu sekolah agama mula berkembang daripada 89 buah kepada 96 buah pada tahun 1975. Jumlah bilangan guru pada masa itu seramai 711 orang manakala jumlah pelajar pula seramai 12,761 orang.

Datuk Asri dan pimpinan negeri Kelantan terus membangunkan pendidikan Islam dan membangunkan Kelantan di segenap sudut walaupun Kelantan dianaktirikan oleh kerajaan Pusat. Berbanding dengan negeri lain, Kelantan agak tersudut dan agak bergantung kepada sektor pertanian. Kerajaan PAS terpaksa mengusahakan pembalakan kerana itu merupakan salah satu daripada hasil kerajaan negeri untuk menggerakkan pentadbiran.

Kelantan di bawah PAS juga telah membuka tanah-tanah baru pertanian untuk rakyat meningkatkan mutu kehidupan seperti pembukaan tanah di Kuala Krai, Gua Musang dan sebagainya.

Antara bidang utama yang diambil berat oleh kerajaan PAS Kelantan ialah pendidikan yang menjadi 'mobility social'. Kerajaan Kelantan di bawah PAS juga menunjukkan keseriusan yang mendalam terhadap pendidikan tinggi, contohnya dengan membantu anak-anak negeri itu belajar ke luar negara atau institusi pengajian dalam negara. Juga kesungguhan PAS yang memerintah negeri itu untuk menubuhkan universiti bagi memperkasakan pangajian tinggi Islam, apatah lagi untuk menampung anak-anak Kelantan yang cemerlang di peringkat menengah atas.

Dalam mengukuhkan bidang pendidikan Islam, Kerajaan Kelantan telah menghantar dan membiayai pengajian beberapa pelajar ke institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. Hingga tahun 1963, seramai 69 pelajar dianugerahkan biasiswa antaranya kepada beberapa pelajar di Universiti al-Azhar, pusat pengajian di Mekah, Universiti Islam Indonesia dan juga di Kolej Islam Malaya di Klang.

Hasrat menubuhkan sebuah institusi pengajian Islam di Kelantan dikatakan bermula dengan inisiatif beberapa pelajar Kelantan di Indonesia yang telah menyediakan memorandum tentang pengajian tinggi Islam Kelantan pada tahun 1962, yang kemudiannya diserahkan kepada sebuah badan kebajikan yang dinaungi oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika iaitu Datuk Muhammad bin Nasir.

Maktab perguruan tersebut diharap menjadi asas penubuhan universiti Islam di Kelantan. Bagaimanapun, perlaksanaan cadangan tersebut tidak berjalan lancar sehinggalah kepada satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Asri Muda yang menubuhkan satu jawatankuasa pengelola yang diberi nama Jemaah Pengelola Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan pada 27 Jun 1965. (Abdullah Muhammad Zin, Zulkiplie Ghani, Abdul Ghafar Don; 2005:33)

Kelantan di bawah pimpinan PAS telah menganjak ke hadapan dengan menubuhkan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan di Nilam Puri pada tahun 1965. Pusat pengajian tinggi Islam ini diletakkan dalam sebuah kampus yang pada asalnya ialah Istana Sultan Kelantan yang dinamakan Istana Nilam Puri. Ia terletak 10 kilometer dari Kota Bharu. Pada tahun 1969, nama institusi pendidikan tinggi ini diganti namanya dengan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan. (Halim Mohd Diah). – HARAKAHDAILY 12/10/2015

(Penulis merupakan AJK PAS Pusat, dan AJK Panitia FASTAQIM 60K)

Sumber HD - 12-10-2015

Fastaqim: Tahniah atas kempen H60K

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .








Terima kasih kepada anda yang turut berkempen untuk kehadiran puluhan ribu para penyokong PAS ke Himpunan Fastaqim (H60K) di Kota Bharu pada hari Sabtu, 17 Oktober nanti.

Nyata, kempen dan iklan di alam maya jauh mendahului berbanding selainnya. Lebih menarik, ia berjaya mewarnai pentas alam maya dengan pelbagai pandangan mengenai perhimpunan besar yang bakal mencatat sejarah ini, sama ada dalam bentuk sokongan atau kritikan negatif ke atasnya.

Negeri Terengganu dan Kedah mendahului dengan masing-masing menjanjikan kehadiran lebih 10,000 peserta. Begitu juga dari negeri-negeri lain, malah sambutan hangat diterima daripada negeri Johor Darul Takzim yang menjanji kehadiran peserta dari seluruh kawasan.

Terima kasih kepada para penyokong PAS dari Sabah dan Sarawak yang akan turut mengambil bahagian walaupun terpaksa menempuh perjalanan paling jauh.

Paling nyata, Himpunan Fastaqim telah menjadi bualan manis di bibir anak muda di seluruh negara. Ia menjanjikan satu keyakinan terhadap sokongan tidak berbelah bagi golongan muda terhadap PAS, parti Islam terbesar di Malaysia yang telah begitu berakar umbi di seluruh pelosok tanah air.

Kehadiran puluhan ribu peserta dari seluruh negara akan bercantum nanti dengan puluhan ribu 'golongan Ansar' rakyat Kelantan yang sedia menanti di Kota Bharu nanti.

Ia pastinya menghangatkan persaudaraan Islam yang begitu mengukuhkan iman dan jihad. Ia hadiah terbaik buat sambutan serentak Jubli Intan 25 tahun pemerintahan PAS di Kelantan yang telah banyak mengubah bentuk dan senario politik di negara Malaysia.

Ini meyakinkan pihak penganjur bahawa kehadiran akan melepasi sasaran 60,000 peserta.

Semoga niat, azam, usaha, jihad dan perjalanan kalian nanti diberkati dan diredhai oleh Allah azza wajalla.

Perhimpunan orang-orang beriman adalah disukai Allah. Ia perhimpunan mengingati Allah, mensyukuri nikmat Allah, mengagungkan syariat Allah dan mengukuhkan janji perjuangan di jalan Allah.

Ingat, anda adalah satu daripada jutaan batu bata yang sedang mengukuhkan perjuangan Islam. Jangan ketinggalan. Mara dan beristiqamahlah di jalan Allah.

Kempen dan iklan adalah dakwah. Setiap kita adalah pendakwah. Berbahagialah hidup sebagai pendakwah di jalan Allah. Justeru teruskan berkempen untuk Himpunan Fastaqim (H60K). - HARAKAHDAILY 10/10/2015

Sumber HD - 10-10-2015


Fastaqim: Kelantan kubu dan pangkalan politik PAS





DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


KELANTAN semenjak dahulu lagi terkenal kerana kerancakan dunia ilmu sehingga digelar sebagai 'Serambi Mekah,' yakni pelajar yang ingin belajar agama datang ke Kelantan dari seluruh asia Tenggara. Pelajar-pelajar ini akan mendalami ilmu di Kelantan terlebih dahulu sebelum mereka belajar dengan lebih mendalam di Mekah.

Kelantan dilatari dengan kepesatan institusi agama seperti madrasah, sekolah pondok, masjid, surau serta golongan lebai yang ramai berbanding dengan negeri lain di Malaysia. Ribuan ulama menyerikan bumi kelantan dengan asuhan dan pencerahan walaupun negeri ini juga terkenal dengan sisi 'wilayah gelapnya' yang tersendiri seperti pergaduhan dan nilai hitam akibat pengaruh negara jirannya.

Menurut William Roff (1974), Kelantan merupakan negeri yang berbudaya dengan kerancakan sekolah-sekolah pondok yang ditandai juga dengan ramai ulama Islam pada abad ke-19. Negeri ini semenjak dahulu digerakkan oleh ekonomi pertanian, penternakan secara kecil-kecilan. Keseniannya seperti wayang kulit, makyong, menorah, main puteri dan sebagainya.

Kelantan cukup terkenal dengan sekolah-sekolah pondok di mana kewujudan sekolah pondok ini juga membentuk jati diri penduduk kelantan yang lebih cenderung kepada agama. Perkembangan pondok ini telah berkembang luas pada abad ke-19 (Khoo Kay Kim; 1991).

Antara pondok terawal yang dapat dikesan dan wujud hingga sekarang ialah Pondok Lubuk Tapah, yang diasaskan pada tahun 1932, Pondok Haji Yaakob Berangan yang diasaskan 1948, Pondok Pasir Tumbuh yang diasaskan pada tahun 1954, Pondok Sungai Durian yang diasaskan pada tahun 1957, Pondok al Tunjuniah yang diasaskan pada tahun 1974 dan Pondok Banggol Naem, Gelang Mas yang diasaskan pada tahun 1987.

Bumi Kelantan juga turut dimeriahkan dunia pendidikannya oleh ulama-ulama, sama ada menggerakkan pengajian pondok mahupun mengerakkan pengajian Islam melalui masjid, surau dan sebagainya. Antara mereka yang telah berjasa ini ialah Tok Pulau Chondong (1792-1873), Tok Wan Ali Kutan (1837-1913), Tok Kenali (1868-1933), Mufti Haji Wan Muhammad (1868-1935), Kemuning (1885-1934), Tok Selehong (1886-1935), Mufti Haji Wan Musa (1874-1939), Tok Kangkong (1886-1943), Haji Omar Sungai Keladi (1867-1946), Tok Bachok (1860-1953), Tok Pulau Ubi (1887-1957) Tok Guru Haji Wan Adam 1909-1957) dan ramai lagi.

Berlatar belakang landskap yang sebegini rupa maka tidak pelik jika Kelantan telah menjadi pengkalan politik kepada PAS semenjak tahun 1950-an sehinggalah sekarang. Fenomena yang sama jika kita melihat pertumbuhan dan perkembangan gerakan Islam di luar negara yang subur di kawasan  kelas menengah dan juga kawasan yang rancak dengan pusat pengajian Islam.

PAS mempunyai sejarahnya yang tersendiri di Kelantan, malah negeri itu merupakan pengkalan politik PAS yang cukup setia semenjak dekad 50-an lagi. Negeri agrarian yang tersohor dengan warisan ulama dan institusi pendidikan Islam ini pernah menyaksikan ulama pejuang, Tuan Guru Haji Hasan Munas yang berkuah darah menentang penjajah British pada tahun 1915.

Pilihan raya umum yang kedua negara ini telah diadakan pada tahun 1959. PAS yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy telah berjaya menguasai negeri Kelantan dan Terengganu. Seorang sarjana, Clive Kessler berpandangan, PAS telah berjaya di Kelantan dengan gabungan kepimpinan ulama dan nasionalis radikal yang sebelumnya menjunjung slogan 'Melayu Raya'. Tarikan keagamaan PAS telah menarik minat masyarakat tani di negari itu yang masih kuat terikat dengan nilai-nilai agama dan Melayu.

Pilihan raya umum kali kedua ini juga menyaksikan pertambahan yang ramai undi orang bukan Melayu berbanding dengan pilihan raya umum pada tahun 1955. Pertambahan pengundi baru seramai   2,144,829 dan dianggarkan pengundi Melayu seramai 1,217,000 orang, pengundi Cina seramai 764,000, pengundi India seramai 159,000 dan selebihnya kaum lain. (K.Ratnam:1965)

Kemenangan PAS di Kelantan yang dianggap seperti negeri 'jantung hati' orang Melayu itu antara lain akibat tidak berpuas hati dengan dasar-dasar Kerajaan Perikatan yang terlalu longgar terhadap kaum bukan Melayu terutama tentang kerakyatan bukan Melayu (Farish Noor: 2006).

PAS yang dipimpin oleh intelegensia Melayu seperti Dr Burhanuddin, Prof Dr Zulkifli Muhammad, Datuk Asri Muda telah menjadi jurucakap yang lantang dalam persaingan PAS dan UMNO dalam tahun 50-an. Kelantan juga dengan keunikan masyarakat yang dilatari dengan sekolah-sekolah pondok, madrasah, pengajian-pengajian masjid telah menjadi pengkalan politik kepada PAS semenjak dekad 50-an lagi. – HARAKAHDAILY 9/10/2015

(Penulis merupakan AJK PAS Pusat, dan AJK Panitia FASTAQIM 60K)

Sumber HD - 9-10-2015

Tindakan pasca munaqasyah dan Pihak




NASRUDIN HASSAN | .


Hari Sabtu 3 Oktober 2015 menyaksikan 2 Majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden dan Perhimpunan Hingga Kemenangan (Pihak) berlangsung serentak. Masing-masing di Miri, Sarawak dan Rantau Panjang, Kelantan.

Sebaik sahaja berakhir Munaqasyah siri ke-14 dan Pihak siri ke-16 yang berlangsung di Rantau Panjang, Kelantan maka dengan rasminya Jelajah Pusingan Pertama Lajnah Penerangan PAS Pusat telah melabuh tirai.

Namun ia bukan menjadi peluang rehat bagi Lajnah Penerangan PAS Pusat dan seluruh anggota Task Forcenya, demikian juga bagi seluruh jentera penerangan PAS di semua peringkat. Malah berakhirnya Jelajah Pusingan Pertama Lajnah Penerangan PAS Pusat itu merupakan detik mula gerak kerja yang lebih besar, berat dan penting.

Setelah kertas kerja dibentang, maklumat dipapar, ilmu dibekal, semangat dibugar dan saf kembali dirapatkan maka usah berlengah lagi. Kini masa untuk menggerakkan Amal Islami sebagaimana yang dibentangkan kepada semua lapisan dan peringkat pimpinan melalui siri munaqasyah ucapan dasar Presiden.

Susunlah aktiviti mengikut hala tuju yang telah digariskan. Rencana strategi berasaskan dasar dan prinsip yang telah ditetapkan. Bangkit (fastaqim) semua, sederap langkah dan sehayun tangan menuju gerbang kemenangan dengan penuh optimis.

Jangan bazirkan masa dengan tindakan, kenyataan dan penulisan yang tidak membina jamaah. Hindari fitnah dan jauhkan diri dari mengungkap perkataan keji yang merosakkan akhlak dan menurunkan nilai kemuliaan peribadi dan perjuangan Islam yang diwakili.

Penerangan PAS negeri dan kawasan tidak perlu lagi mengambil masa untuk menganjurkan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di peringkat kawasan atau cawangan, sebaliknya Lajnah Penerangan PAS negeri dan kawasan dikehendaki terus menyusun gerak kerja bagi menterjemahkan segala arahan dan peraturan serta agenda tindakan politik mendepani PRU14

Realiti yang kita saksikan melalui jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke seluruh negara membuktikan wujudnya gelombang kebangkitan dan peningkatan prestasi PAS di semua peringkat.

Maka menjadi kewajipan kepada semua khasnya jentera penerangan PAS negeri dan kawasan ialah mengekalkan momentum kebangkitan ini dengan pelbagai aktiviti Amal Islami dan gerak kerja pengukuhan jamaah serta penyebaran risalah dakwah dan penerangan kepada masyarakat.

Banyakkan penganjuran majlis dialog dan penjelasan isu secara terbuka kepada rakyat serta memberi pencerahan ke atas pelbagai kekeliruan yang timbul mengenai perjuangan Islam yang didukung oleh PAS termasuklah memahami isu semasa yang berlaku.

Lajnah Penerangan PAS disemua peringkat seperti negeri, kawasan dan dewan - dewan mesti menjadi Lajnah yang paling aktif dan paling sibuk dengan gerakkerja. Jangan lengah apatah lagi malas untuk menjalankan tugas ini justeru ia adalah satu kewajipan yang mesti kita tunaikan. - HARAKAHDAILY 8/10/2015

Sumber HD - 8-10-2015

Fastaqim: Mengenang 25 tahun pemerintahan PAS di Kelantan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

PILIHAN Raya Umum pada tahun 1990 telah memberikan kejutan yang besar kepada politik negara ini apabila PAS dan rakan sekutu politiknya telah berjaya menguasai semula Kelantan setelah tewas pada tahun 1978.

Gelombang politik agak panas semenjak 1987 telah menyebabkan Umno sebagai parti teras orang Melayu telah berpecah dua apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Semangat 46.

PAS telah bergabung dengan Semangat 46 dan dua buah parti lain iaitu HAMIM dan Berjasa.

Permuafakatan politik ini dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) telah berjaya memenangi negeri Kelantan dengan menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum tahun 1990.

PAS yang telah memenangi kerusi terbanyak telah meletakkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Tuan Guru dengan pemikiran strategik, keilmuan, tarikan personaliti dan seorang tokoh pendidikan telah merancakkan perkembangan pendidikan Islam di Kelantan dan negeri itu cuba dipopularkan kembali dengan gelaran 'Serambi Mekah'.

Dalam erti kata lain membangunkan Kelantan dalam kerangka 'Membangun Bersama Islam' dan acuannya ialah 'al-fahmu'. Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang tokoh yang sangat memberikan perhatian yang besar dalam memperkasakan pengajian Islam samada formal atau tidak formal.

Beliau akan sentiasa bercakap tentang keperluan pendidikan Islam untuk membentuk masyarakat yang memahami Islam. Dalam perkembangan belanjawan negeri Kelantan, belanja pengurusan sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) sentiasa diberikan keutamaan.

Beliau sebagai Menteri Besar juga sentiasa hilir mudik ke seluruh negara untuk menyampaikan ilmu Islam termasuk program mingguan di Dataran Ilmu Kota Bharu yang menjangkau ribuan pendengar bersimpuh menadah kitab pada setiap hari jumaat.

Kelantan dengan pantas memacu perubahan, bukan sahaja Bandar Kota Bharu bertambah maju dan membangun tetapi juga Kelantan menjadi hub ilmu agama di negara ini.

Masyarakat luar Kelantan berlumba-lumba menghantar anak mereka belajar di Kelantan dengan pelbagai tawaran, samada sekolah pondok, maahad tahfiz, sekolah Islam swasta, sekolah agama rakyat, institusi pengajian Tinggi Islam, kolej PERKIM dan sebagainya.

Sebagai langkah meningkatkan mutu sekolah agama, kerajaan PAS telah memberikan peruntukan besar kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK), berbanding dengan agensi-agensi kerajaan yang lain.
Peruntukan ini ditambah dari setahun ke setahun. Apabila Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, perhatian kepada sekolah-sekolah agama diberi fokus. Kerajaan Kelantan memberikan perhatian istimewa kepada pendidikan Islam yang digerakkan oleh sekolah agama rakyat, pondok, sekolah tahfiz, termasuk pendidikan prasekolah seperti PASTI.

Sehingga tahun 2015 ini iaitu sepanjang 25 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, Kerajaan Kelantan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM80 juta kepada YIK dengan tujuan untuk membuka lebih banyak peluang pendidikan Islam seperti menambah tenaga pengajar, mengupayakan tenaga pengajar dan membuka kelas-kelas baru di seluruh Kelantan.

Pertambahan bantuan ini berlaku setiap tahun selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan insan yang berilmu dan menjunjung tinggi nilai agama.

Sehingga tahun 2015, Kelantan mempunyai lebih daripada 40 buah sekolah tahfiz akibat rangsangan dan pemupukan yang berterusan daripada kerajaan negeri. Sehingga kini angka itu terus meningkat terutama kejayaan Maahad Tahfiz Sains yang melaksanakan panduan kurikulum peperiksaan awam negara dan juga diniah.

Antara sekolah tahfiz yang telah beroperasi ialah Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat di Repek, Pasir Mas, Maahad Tahfiz di Kampung Slow, Machang, Pasir Mas, Al-Imam International Institute di Kubang Kerian, Kota Bharu, Maahad Tahfiz Ummu Qurra di Kampung Kolam Kota Bharu, Maahad Tahfiz Sains dan banyak lagi yang didirikan di setiap daerah di Kelantan.

Maahad Tahfiz Pulai Chondong merupakan sekolah tahfiz paling cemerlang, bukan sahaja dalam peperiksaan awam tetapi juga kerana menjadi model untuk kurikulum bagi sekolah-sekolah tahfiz di Brunei, Johor, Selangor, Terengganu dan Pahang.

Kerajaan PAS Kelantan juga berusaha untuk menambahkan jumlah pelajar tahfiz dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti imam-imam di seluruh Kelantan dan juga untuk meletakkan identiti Kelantan sebagai negeri 'tadahan wahyu' yang berusaha untuk melaksanakan al-Quran.

Kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS juga telah memberi fokus kepada penubuhan dan perkembangan sekolah pondok sebagai sebahagian program pemerkasaan pengajian Islam di negeri itu.

Apatah lagi dengan keberadaan institusi pendidikan ini dalam masyarakat akan memperkuatkan lagi pengaruh parti itu dalam masyarakat."Di mana pondok, maka di situ ada PAS" adalah ungkapan yang sering berdenggung dan berlegar di kalangan masyarakat Melayu negara ini.

Ayuh kita bersama menjayakan Himpunan Fastaqim (H60K) di Kelantan bagi melihat sendiri bagaimana Islam subur di negeri 'Tadahan Wahyu' ini. Ayuh bersama pada 17 Oktober ini di Stadium Sultan Muhammad IV.

(Penulis merupakan AJK PAS Pusat, AJK Panitia Himpunan Fastaqim 60k) HARAKAHDAILY 7/10/2015


Sumber HD - 7-10-2015


Himpunan Fastaqim: Ayuh ke bumi 'Serambi Mekah'

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menyeru seluruh umat Islam dan ahli serta penyokong PAS untuk bersama menjayakan Himpunan Fastaqim yang akan diadakan di Kota Bharu, 17 Oktober ini.

Ketua Penerangannya, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, Himpunan Fastaqim diadakan PAS selepas melihat suasana politik Malaysia hari ini menyebabkan rakyat semakin muak dan benci terhadap penyelewengan serta kezaliman yang dilakukan oleh Umno-BN.

"Selaku Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, saya menyeru kepada semua ahli dan pencinta kebenaran untuk kita hadir beramai-ramai menjayakan himpunan tersebut. Semua murabitun parti wajib menghadirkan diri sebagai membuktikan kecintaan kita terhadap parti dan perjuangan agung ini.

"Himpunan yang mensasarkan 60,000 kehadiran ini bakal menjadi 'turning point' kepada kemenangan Islam yang didambakan oleh semua pejuang. Ayuh, kita ke bumi Serambi Makkah menjayakan Himpunan Fastaqim," ujarnya.

Mutakhir ini kata beliau, rakyat juga dilihat semakin tidak berminat kepada parti politik yang menyajikan pelbagai siri pengkhianatan kepada rakan seperjuangan.

"Sedang umum menyaksikan, PAS sebagai sebuah gerakan Islam, dalam mendepani suasana ini, kekal istiqamah bersama Islam yang diperjuangkan. Bahkan PAS dilihat semakin diterima rakyat sebagai sebuah parti yang diyakini untuk menyelamatkan Malaysia daripada segala kebejatan dilakukan Umno-BN," katanya dalam satu ulasan kepada Harakah hari ini.

Kata beliau, setiap program dianjurkan PAS telah mendapat dokongan dan sokongan hebat daripada masyarakat.

Tambahnya, rakyat berpusu-pusu membanjiri Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK) yang telah diadakan di seluruh negara.

Malah katanya lagi, dalam perhimpunan itu juga kita menyaksikan, ribuan borang keahlian baru PAS telah diserahkan kepada pimpinan PAS tanda rakyat begitu meyakini perjuangan ini.

"Kemuncak kepada episod kebangkitan rakyat ini, satu perhimpunan mega telah diatur.

Perhimpunan gergasi yang diberi nama Himpunan Fastaqim akan berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-V, Kota Bharu, Kelantan tanggal 17 Oktober ini," katanya. HARAKAHDAILY 7/10/2015

Sumber HD - 7-10-2015

Catatkan nama anda sebagai salah seorang yang bakal menjayakan H60K!

CATATKAN NAMA ANDA SEBAGAI SALAH SEORANG YANG BAKAL MENJAYAKAN H60K!

Tanggal 19 Februari 2011 menjadi kenangan dan kejayaan yang sukar dilupakan apabila Himpunan
30K Pemuda PAS telah berjaya diadakan di Kota Sarang Semut, yang dirasmikan oleh YAB 
Dato’ Seri Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS negeri Kedah.

Saya telah diberikan amanah sebagai Pengarah H30K ini dan ia adalah kesinambungan kepada Himpunan 15K Pemuda PAS di Kelantan pada penghujung tahun 2006 yang mana saya tidak dapat hadir ke program H15K kerana Johor dilanda banjir besar.

H30K telah menyaksikan komposer terkenal, saudara Bob Lokman mengistiharkan diri menyertai PAS dan buat pertama kali petikan gitar dikumandangkan di dalam Kompleks PAS Kedah oleh artis Pak Long.

17 Oktober ini, Pemuda PAS dengan kerjasama Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS akan menggandakan peserta himpunan menjadi Himpunan 60K di Kota Bharu dan tentulah satu lagi sejarah baru bakal dicatatkan dengan penyertaan ahli dan penyokong PAS dari serata tanahair.

Ketika berucap di Kota Sarang Semut, saya telah mengucapkan tahniah kepada seluruh peserta yang hadir telah mencatatkan sejarah bersama dan nama mereka telah tercatat sebagai salah seorang daripada 30 ribu Pemuda PAS yang menjayakan H30K. Saya mengingatkan bahawa belum tentu kita akan bertemu dengan himpunan besar seperti ini lagi pada masa hadapan.

Justeru kali ini, saya berazam agar nama saya dicatatkan sebagai salah seorang ahli PAS yang menjayakan H60K.

Semoga ahli PAS di seluruh negara memasang tekad untuk turut sama melakarkan sejarah gemilang ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad KamilPenolong Setiausaha Agung PAS Pusat
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
5 Oktober 2015.

Sumber PP - 5-10-2015


Serpihan baru tidak gugat PAS




ASLANI M | .


RANTAU PANJANG: Kemunculan parti serpihan tidak menghalang PAS kawasan ini terus berkembang dengan mendekati masyarakat sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.


NAIB Yang Dipertua, Mohamad Awang berkata, Dun Meranti dan Bukit Tuku kekal utuh sebagai benteng PAS di kawasan Rantau Panjang.

Bagaimanapun kata beliau sedikit berbeza d Dun Gual Periuk apabila ada segelintir bekas aktivis PAS menyertai serpihan PAS.

“Saya pun tidak menjangka ada beberapa individu yang kita didik dan asuh sejak awal meninggalkan perjuangan bersama ulama.

“Biar pun tidak ramai yang bertindak demikian namun diakui sedikit sebanyak boleh menjejaskan prestasi PAS di Dun berkenaan,” katanya yang juga Adun Gual Periuk.

Beliau yang mempertahankan kerusi Dun Periuk sejak 2008 berkata, gerak kerja parti tetap diadakan seperti biasa dengan dokongan padu ahli-ahli dan penyokong di peringkat akar umbi.

Katanya, tumpuan diberi kepada golongan anak-anak muda dengan mengadakan pelbagai aktiviti membabitkan mereka.

“Sambutan anak-anak muda kekal tidak berubah. Keadaan itu boleh dilihat pada Perhimpunan Istiqamah Sehingga Kemenangan yang diadakan di Pusat Tarbiah Rantau Panjang Sabtu lalu dihadiri ramai kalangan mereka,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/10/2015

Sumber HD - 5-10-2015


Warna hijau tapi H60K terbuka kepada semua
Posted on Sunday, October 04 @ 17:29:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KOTA BHARU – Himpunan Fastaqim atau 60 Ribu (H60K) adalah himpunan yang terbuka kepada semua pihak, sekalipun temanya hijau, kata Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurutnya, semua ‘warna’ boleh menyertainya dan mana-mana pihak, tidak mengira parti diberikan pilihan secara terbuka sama ada ingin menyertainya atau tidak tanpa sebarang masalah.
Beliau berkata, Pas bukanlah parti yang sibuk melabel pihak-pihak yang tidak bersamanya sebagai bersama dengan BN.

“Pemuda Pas Kelantan melihat isu jemputan ke Himpunan Fastaqim bukanlah sebagai satu perkara yang seharusnya memandangkan ia adalah satu manifestasi daripada kebersamaan seluruh lapisan masyarakat untuk bersama Pas memperjuangkan isu-isu rakyat di pentas politik tanah air,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat berkata, objektif penganjurannya sangat jelas kerana sejak kebelakangan ini pelbagai isu tanah air khususnya kejatuhan nilai mata wang ringgit dan kelemahan pengurusan menjadikan rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan sedia ada untuk mentadbir negara.

Sebelum ini, Pas memberitahu pihaknya akan menjemput semua parti politik pembangkang dan kerajaan serta NGO menyertai himpunan itu.

Pengarah H60K, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, matlamat dan objektif himpunan itu berkait rapat dengan krisis yang melanda politik negara ketika ini selain bagi membangkitkan semangat akar umbi parti. - SInar                                                                                                                                                               
Sumber TKO - 4-9-2015


Rakyat Kelantan pertahan kepimpinan ulama

ASLANI M|FOTO YUSRI AMIN | .



RANTAU PANJANG: Ketika harapan pendukung PAS di seluruh negara mahu melihat kepemimpinan ulama di Kelantan terus utuh, rakyat negeri ini bangkit membuktikan impian itu.

Malam tadi ribuan membanjiri Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang bagi mengikuti Perhimpunan Istiqamah Sehingga Kemenangan (Pihak).

Program itu didahului konvoi anak-anak muda dari Dun Bukit Tuku, Meranti dan Gual Periuk membabitkan seramai 400 peserta.

Selain itu hampir 100 pemilik kereta antik turut mengambil bahagian pada perhimpunan berkenaan. Program tambah ceria dengan persembahan dikir barat diketuai Jen Endoro.

Turut diadakan persembahan kapalterbang kawalan jauh dan perlawanan bola sepak Liga Elit Dun parlimen Rantau Panjang.

Penyampaian hamper cabutan bertuah pula disampaikan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Menjelang Maghrib diadakan jamuan rakyat. Solat Maghrib berjemaah dan kuliah haraki disampaikan Bendahari Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Mat Daud.

Kemudian solat Isya dan hajat diimamkan anggota Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasruddin Hassan berkata rakyat Kelantan perlu mempertahankan kerajaan negeri dengan segala kekuatan yang ada.

“Kehadiran yang begitu ramai pada program malam ini membuktikan majoriti rakyat Kelantan kekal istiqamah bersama perjuangan PAS.

“Malah program ucapan dasar presiden pagi tadi juga dihadiri ramai ahli dan pendokong PAS dari seluruh Kelantan,” katanya pada ceramah Pihak.

Hadir sama Naib-naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Selain itu Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Asokan Parumal dan Ketua DHPP Terengganu, Dr Balachandran.

Mohd Amar pula berkata kewujudan parti serpihan PAS bukan untuk memperkuatkan pembangkang sebaliknya mereka lebih gemar memburukkan kerajaan negeri melalui media baru.

Katanya, mereka memaparkan surat di facebook untuk memburukkan kerajaan negeri sehingga menyebabkan rakyat menjadi keliru.

Asokan menjelaskan DHPP tetap kekal istiqamah biar pun ada bekas pemimpin PAS yang pernah mengajaknya menyertai PAS kini bersama wadah baru.

“Kami diajar oleh mereka istiqamah tetapi malangnya pemimpin itu pula yang meninggalkan PAS. Sebaliknya kami kekal setia bersama presiden PAS,” katanya. - HARAKAHDAILY 4/10/2015

Sumber HD - 4-10-2015


PAS jangka PRU14 pertengahan tahun hadapan
Posted on Saturday, October 03 @ 17:01:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



RANTAU PANJANG: Mengambil kira isu semasa yang berlaku sekarang termasuk masalah dalaman Umno kemungkinan besar pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan diadakan lebih awal sekitar Julai dan Ogos tahun hadapan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Mei tahun hadapan genap tiga tahun tempoh PRU13 diadakan.

“Selepas tempoh itu PRU ke-14 kemungkinan diadakan. Umno juga dilanda masalah dalaman.

“Kemungkinan kalau tidak boleh selesai, tahun hadapan cukup tiga tahun membolehkan PRU14 diadakan,” katanya pada perasmian penutup ucapan Dasar Presiden di Markas Rantau Panjang di sini hari ini.

Program separuh hari itu turut diikuti Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Oleh itu kata beliau adalah penting jentera parti diperkukuhkan bagi memastikan kerajaan  Kelantan terus dapat dipertahankan sehingga pada masa akan datang.

Selain itu Perhubungan PAS Negeri juga turun ke Dun-Dun dengan mengadakan program dialog dan penerangan penjelasan isu-isu semasa.

PAS Kelantan dan Sarawak merupakan negeri terakhir menganjurkan Munaqasah Ucapan Presiden.

Sebelum perasmian penutup itu diadakan pelancaran 3B Harakah iaitu Beli, Baca dan Beri dilancarkan Mohd Amar. Turut dilancar laman informasi PAS Kelantan yang meliputi langganan WhatsApp secara percuma.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad pula berkata parti itu akan menghimpunkan kira-kira 1,000 profesional pada 17 Oktober ini sempena himpunan Hijau di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu.

Katanya, program itu  menggambarkan PAS tidak pernah pinggirkan golongan profesional. “Malah masih ramai lagi golongan profesional bersama dalam PAS. Jangan pula dianggap PAS tidak mahu kepada profesional. Itu tidak betul.

“Kita akan himpunkan semua profesional terdiri daripada doktor, peguam, arkitek, akauntan dan pelbagai lagi bidang kerjaya,” katanya. - HARAKAHDAILY
                                                                                                                                                                Sumber TKO - 3-10-2015




H60K: Ramai penyokong PAS Sabah akan ke Fastaqim

ZULFIQAR AB MIJAN | .


KOTA KINABALU: PAS Kota Kinabalu akan mengerahkan lebih ramai ahli di kawasan tersebut untuk menyertai Himpunan Fastaqim H60K di Stadium Sultan Muhammad VI di Kota Bharu 17 Oktober ini.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Kinabalu, Wan Azhaniz Wan Ahmad berkata, sekurang-kurangnya 30 ahli PAS di Kota Kinabalu sudah memberi komitmen untuk bersama menjayakan himpunan itu bagi membawa mesej bahawa masyarakat di Kota Kinabalu akan bersama dengan himpunan membicara isu rakyat ini.

Sementara itu beliau juga memaklumkan, pimpinan utama negeri Sabah telah memberi komitmen penuh menjayakan himpunan itu dengan mereka akan berkempen mengerahkan ahli, penyokong menyertai himpunan itu.

Ketika ini katanya kawasan-kawasan di Sabah termasuk Kota Kinabalu telah diminta untuk memastikan ahli dan penyokong turun menjayakan himpunan tersebut.

PAS selaku tonggak utama gerakan dakwah, siasah dan tarbiyah di negara ini adalah dilihat sebagai pihak paling layak dan diyakini menjadi peneraju kepada tonggak pentadbiran sekiranya kerajaan bertukar tampuk pemerintahan.

Sejajar dengan itu, Himpunan Fastaqim dianjurkan selepas Kongres Rakyat yang telah berjaya mencipta satu gelombang baharu rakyat dalam menyatakan tuntutan terhadap hak mereka dan isu semasa negara. - HARAKAHDAILY 2/10/2015

Sumber HD - 2-10-20115


Menjelang H60K: PAS sedia hadapi PRU14

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: PAS terbukti semakin diterima seluruh lapisan masyarakat yang melihat gerakan dakwah ini teguh dengan prinsip dan pegangan Islamnya.

Justeru, kekuatan PAS itu memberikan isyarat awal persediaan parti ini untuk menerajui Malaysia selepas PRU-14 nanti.

Demikian disuarakan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria hari ini mengulas Himpunan Fastaqim H60K yang bakal berlangsung 17 Oktober depan.

Tegas beliau, PAS yang membawa mesej Islam akan melaksanakan cara pentadbiran berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Berteraskan hakimiyyah Ilahi itu katanya, pasti tidak akan berlaku penindasan dan pengkhianatan kepada rakyat dalam pemerintahan PAS.

Katanya, Himpunan Fastaqim 60K jelas membuktikan mercu kekuatan PAS selama ini di mana sokongan kepada PAS tidak pernah pudar.

Menurutnya beliau, PAS Perak menyokong penuh penganjuran himpunan ini dan mengharapkan ianya dapat disertai oleh semua masyarakat.

"Sama ada dalam kalangan dewasa, remaja dan sesiapa sahaja bagi memberikan sokongan padu kepada gerakan Islam ini. Tidak mustahil, konflik politik yang berlaku kini akan membuka ruang kepada PAS untuk menerajui Malaysia dalam PRU-14 kelak.

"Sepertimana matlamat penganjuran himpunan antaranya merapatkan saf dan mengeratkan ukhuwwah fillah, maka melalui program berprestij ini mampu satukan hati para pejuang untuk terus istiqamah menempuh cabaran menegakkan Islam," katanya. - HARAKAHDAILY 2/10/2015.

Sumber HD - 2-10-2015


H60K: Kebersamaan ahli, pimpinan dalam Fastaqim

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Kehebatan PAS terbukti bertahan sejak dari penubuhannya satu ketika dahulu sehingga ke detik ini, demikian menurut Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Dr Zuhdi Marzuki.

Katanya, dipelopori oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, Dr Abbas Alias dan Dr Burhanuddin Al-Helmy serta bersilih ganti pimpinan, PAS konsisten berjuang hingga Islam tertegak dalam masyarakat dan negara.

Menurutnya, pendokong dan penyokong PAS sentiasa komited terhadap usaha itu dengan menyumbangkan segala wang ringgit, tenaga dan masa.

"Bermakna, kunci kejayaan PAS adalah kebersamaan antara pimpinan dan ahli serta kematangan dalam menguruskan setiap konflik dan krisis.

"Mewakili kepentingan Islam, PAS sentiasa menjadi perhatian masyarakat dan media. Ini kerana PAS sentiasa mengutamakan sandaran syariat Islam dalam menentukan hala tuju tindakan dan keputusan .

"Jadi, Himpunan Fastaqim 60K ini adalah natijah terbaik PAS dalam memusatkan pengarahan dan tindakan daripada pimpinan kepada seluruh ahli dan entitinya," ujar beliau.

Menurut Dr Zuhdi, harapan rakyat adalah supaya negara dapat diterajui oleh pimpinan yang berwibawa dan membawa Malaysia ke arah lebih baik.

"Hasrat ini boleh diterjemahkan oleh rakyat melalui PRU-14 akan datang. Kepercayaan ahli kepada pimpinan sentiasa seiring dengan pembawaan PAS bahkan menjadi aspirasi perjuangan Islam serta memberikan kekuatan untuk istiqamah.

Katanya, Islam untuk semua yang dibawa oleh PAS sudah mula bertapak dalam jiwa masyarakat dan dengan penganjuran himpunan Fastaqim 17 Oktober ini bakal memberikan momentum terbaik dalam melebarkan syiar Islam. - HARAKAHDAILY 1/10/2015

Sumber HD - 1-10-2015


Menjelang H60K: Mengapa Fastaqim selepas Kongres Rakyat?

ROY RASUL | .


KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat dan ahli PAS perlu menyertai Himpunan Fastaqim 
(H60K) pada 17 Oktober ini di Stadium Sultan MUhammad IV, Kota Bharu Kelantan
bagi menjayakan himpunan .

Ditanya mengapa adanya Himpunan Fastaqim ini, Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana
Himpunan Fastaqim, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, Kongres Rakyat adalah anjuran
Gabungan NGO dan PAS meletakkan diri sebagai penggerak dan penyokong kuat hasrat
NGO tersebut untuk mencetus gelombang perubahan ke arah Membina Malaysia
Sejahtera.

Kongres Rakyat kata beliau berlangsung dalam format perbahasan usul dan wacana
pemikiran secara analitikal untuk mencetus pelan bertindak rakyat secara umum ke
arah mencapai matlamat yang digariskan.

Sementara Fastaqim pula katanya, adalah anjuran PAS dan berorientasi
mempersiapkan pemimpin, ahli dan seluruh jentera dan penyokong PAS menghadapi PRU
14.

"Justeru Fastaqim bukan sebarang himpunan. Tidak pula untuk berpesta dan jauh
sekali untuk habiskan masa tenaga kepada perkara yang lagha dan hanyut.

"Sebaliknya ia adalah himpunan bagi mencetuskan momentum kebangkitan PAS bersama
rakyat Memimpin Gerakan Perubahan ke arah membina Malaysia sebagai sebuah negara
yang selamat, aman, sejahtera, makmur dan diberkati serta diredhai Allah swt,"
katanya.

Catatan Editor: Ikuti kupasan lanjut wawancara bersama Ketua Penerangan PAS ini
dalam keluaran Harakah 2085 di pasaran Sabtu ini.HARAKAHDAILY 1/10/2015.

Sumber HD - 1-10-2015


Promo baju-T Himpunan Fastaqim H60K

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: "Lakarkan sejarah bersama dengan tema warna hijau, kita penuhkan di Stadium Sultan Mohamad IV Kota Bharu Kelantan pada 17 Oktober 2015.

"Ini adalah pakaian rasmi Himpunan Fastaqim," tulis Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menerusi laman facebook.

Menurutnya, ada versi lengan panjang dan pendek dan boleh dapatkan di pejabat Dewan Pemuda PAS Malaysia dan juga DPP negeri selepas ini.

Katanya, jualan dan tempahan 'Baju Rasmi Fastaqim' untuk lelaki berlengan panjang berharga RM25 sehelai.

"Negeri-negeri sudah boleh membuat tempahan. Boleh dapatkan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur," tambahnya.

Sila hubungi Ustaz Hadi (019-2974904) dan Damanhuri (019-3096842) untuk urusan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 25/9/2015

Sumber HD - 25-9-2015


ISTIQAMAH

ISTIQAMAH
Dikurnia hidayah Allah saat sudah melewati usia muda adalah nikmat besar. Ia adalah keinsafan yang hebat dan kurniaan yang didambakan.

Bukan mudah membuang akar-akar jahiliyah dan cinta maksiat yang tumbuh dalam diri sedari alam remaja. Mujahadah dan azam yang tinggi adalah senjata yang ampuh buat membuang segala ikatan-ikatan jahiliyah yang membelit diri.
Manakala dikurnia hidayah Allah sedari zaman muda adalah nikmat terbesar. Diri diperkenal dengan kebenaran dan dididik mencintainya. Cinta kebenaran dan kebaikan berakar lebih awal di dalam diri.

Tetapi ujian adalah getir. Ada yang kecundang pada umur yang semakin hari semakin menua. Dunia bukan calang-calang untuk mengalah kepada iman. Ia sengaja disiapkan Allah untuk menguji upaya benar dan ikhlas hambaNya menghamba diri kepadaNya. Justeru tiada senjata seampuh senjata sabar dan terus bersabar menerjang badai ujian dan tribulasi. Allah-lah tempat bergantung dan bertawakkal.

Pada usia mana, hidayah Allah adalah segala. Ia isi kehidupan. Selainnya adalah antah dan palsu. Memupuk iman di dada bagai menggenggam bara api. Ia kesukaran paling sukar.

Pada usia mana kita berada, nilainya pada iman dan hidayah. Ia apabila diperolehi, mestilah bersambungan menyambung usia diri. Tidak boleh putus. Putusnya dahsyat sepertinya putus nyawa dan nafas.

Nafas dan iman perlu beriringan bersambungan. Insaf, mujahadah, azam, sabar dan terus bersabar..

Satu kata yang mengumpulkan adalah kalimat 'istiqamah'. Justeru beristiqamah-lah kita di jalan menuju Allah..

FASTAQIM..

Sumber PP - 26-9-2015

Fastakim berbeza himpunan baju merah, kuning

ASLANI M Foto ZAMANI MD ZAIN | .


KOTA BHARU: Himpunan Fastakim (60,000 orang) 17 Oktober ini berbeza dengan himpunan baju merah dan baju kuning sebelum ini, kerana ia bertujuan menghayati kebangkitan dan beristiqamah terhadap perjuangan Islam.

Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan berkata perhimpunan itu sebagai suatu usaha bagi memastikan sokongan padu masyarakat kepada perjuangan dibawa PAS.

Katanya, ia sebagai lambang perpaduan umat Islam bagi menyemarakkan kembali semangat juang dalam kalangan anggota dan penyokong PAS.

“Kita mahu mengembalikan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan bangsa serta menggerakkan perubahan ke arah Malaysia yang sejahtera dan selamat daripada ancaman ekonomi serta ketidakadilan politik.

“Fokus kepada kesepaduan rakyat secara umum. Non Muslim pun dijemput yang digerakkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP),” katanya pada persidangan media di JKR 10 malam tadi.

Himpunan Fastakim akan diadakan  pada 17 Oktober ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu.

Sebelum itu iaitu pada 3 Oktober pula diadakan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK) di Markas PAS Rantau Panjang.

Pada 30 dan 31 Ogos lepas himpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 4.0) diadakan di Kuala Lumpur bertujuan menuntut pembaharuan pengendalian pilihan raya di Malaysia.

Manakala 16 September pula Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) menganjur Himpunan Rakyat Bersatu yang didokongi Umno.

Nasruddin yang juga anggota parlimen Temerloh berkata semua pihak termasuk PKR diundang menyertai perhimpunan tersebut.

“Baru-baru ini saya pun dengar kumpulan baju merah hendak turut sama, namun mereka belum menghubungi kita lagi.

“Sikap kita jelas menjemput semua pihak yang mahu menyokong dan bersama perjuangan yang kita bawa,” tambahnya.

Menurut beliau juga Kelantan dipilih sebagai tuan rumah memandangkan  kebetulan sambutan Jubli Perak pentadbiran di bawah ulama dan sempena 60 tahun usia PAS.

Oleh itu beliau menjangka himpunan itu akan memberi kesan positif kepada kerajaan Kelantan.

Katanya, program Himpunan Fastaqim yang digerak sejak sebulan lalu diharap mendapat sokongan seluruh ahli dan penyokong PAS di seluruh negara.

Kata beliau kehadiran pada perhimpunan itu membolehkan peserta mendapat amanat dan motivasi perjuangan daripada pemimpin.

Pada perhimpunan terbabit akan diadakan pelbagai aktiviti termasuk kesenian Islam, program anak-anak muda dan munajab perdana.

“Ia memastikan keutuhan dan kekuatan parti. Kita harap mereka yang menyokong dan mendokong perjuangan PAS hadir beramai-ramai bagi memberi satu kekuatan baru,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/9/2015

Sumber HD - 23-9-2015


H60K: PAS Alu-alukan Penyertaan Semua Pihak


PAS mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menghadiri Himpunan 60 Ribu (H60K) berikutan kenyataan ‘kelompok baju merah’ bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk menyertai perhimpunan itu pada 17 Oktober depan, di Kota Bharu.

Kedua-dua Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa H60K, Khairuddin Aman Razali memberitahu bahawa sesiapa sahaja boleh menghadiri perhimpunan mereka.

“Kami mengalu-alukan sesiapa yang berkongsi agenda negara untuk menuntut sebuah kerajaan yang telus dan tidak berdiam diri di mana-mana rasuah di negara ini.

“Kumpulan baju merah (penganjur perhimpunan) boleh menghubungi jawatankuasa perhimpunan tersebut (H60K) ?untuk perbincangan lanjut,” kata Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Tuan Ibrahim menegaskan, bagaimanapun, bahawa parti Islam menentang perkauman dan menyokong keharmonian negara.

Beliau juga mengingatkan bahawa rakyat perlu menghormati perpaduan rakyat dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

Awal hari ini, telah dilaporkan bahawa Ketua ‘Baju Merah’ Jamal Yunos berkata, beliau sedang memikirkan menyertai perhimpunan hijau jika ia adalah untuk perpaduan Melayu.

Pada 15 Sept, PAS telah mengumumkan perhimpunan H60K mereka akan diadakan di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Baru, untuk mendapatkan sokongan dari akar umbi.

Sumber BO - 22-9-2015


PAS benar sesiapa sahaja sertai H60K, tetapi jangan rasis
Posted on Tuesday, September 22 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SHAH ALAM: PAS menerima sesiapa sahaja untuk hadir ke Himpunan 60,000 (H60K) di Kelantan pada bulan depan bagaimanapun menegaskan parti Islam itu menentang rasis.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu mengalu-alukan mereka yang mahu menyokong pembinaan kerukunan dan keharmonian negara.

“Kita mengalu-alukan semua pihak,” katanya yang mengulas hasrat kumpulan baju merah menyertai himpunan mereka pada 17 Oktober depan.

Beliau dalam pada itu mengingatkan semua rakyat mesti menghormati kebersamaan rakyat menentang rasuah, dan salah guna kuasa.

Gabungan NGO Melayu hari ini menyatakan minat untuk turut serta dalam H60K yang dianjurkan PAS itu.

Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos berkata pihaknya menyokong tujuan PAS yang mahu menyatupadukan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara ini.

"Saya ada terbaca artikel yang mana PAS akan berhimpun. Kalau kami yakin dengan manifesto mereka iaitu untuk bawa penyatupaduan ke arah orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kami akan bersama menyokong mereka.


  "Kita akan turun sekali bersama mereka asalkan tak lari daripada Perlembagaan. Tak ada masalah," katanya dipetik Malaysiakini.

Sumber TKO - 22-9-2015



Gabungan NGO Melayu berminat sertai Himpunan 60 Ribu PAS di Kelantan bulan depan
Posted on Tuesday, September 22 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SHAH ALAM: Gabungan NGO Melayu hari ini menyatakan minatnya untuk turut serta dalam Himpunan 60 ribu (H60K) yang dianjurkan PAS pada 17 Oktober depan di Kota Bharu.

Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos berkata pihaknya menyokong tujuan PAS yang mahu menyatupadukan orang Melayu sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan negara ini.


"Saya ada terbaca artikel yang mana PAS akan berhimpun. Kalau kami yakin dengan manifesto mereka iaitu untuk bawa penyatupaduan ke arah orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kami akan bersama menyokong mereka.


"Kita akan turun sekali bersama mereka asalkan tak lari daripada Perlembagaan. Tak ada masalah," katanya memetik Malaysiakini.


Malah Jamal juga mendakwa ada berjumpa dengan PAS untuk membincangkan hal itu.


Beliau mengakui sebagai seorang yang bersifat 'perkauman tetapi mengikut perlembagaan' seterusnya menambah tidak mempunyai masalah untuk menyertai apa sahaja perhimpunan terutamanya dalam memelihara kepentingan Melayu.


"Kita tak ada masalah, nak kata kita rasis ke apa. Saya mengaku saya rasis tetapi rasis saya mengikut Perlembagaan yang telah ada. Saya pertahankan hak kita. Orang Melayu kena rasis dengan bangsa dia sendiri tetapi dengan mengikut kontrak sosial.


"Kita tak tuntut lebih, kita pertahankan hak kita," katanya lagi.  - ANtaraPOS



Sumber TKO - 22-9-2015

Kenapa Kelantan jadi tumpuan Oktober ini?

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Selepas Kuala Lumpur menjadi lokasi menghimpunkan puluhan ribu peserta dua perhimpunan besar, Oktober ini Kelantan pula bakal menjadi tumpuan ramai.

Bermula dengan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden pada 3 Oktober ini diikuti Himpunan Hijau di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 17 Oktober.

Pada 17 Oktober juga akan diadakan Ijtimak Ulama Nusantara, bakal dilangsungkan di Balai Islam Lundang.

Jika himpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 4.0) pada 30 dan 31 Ogos lepas bertujuan menuntut pembaharuan pengendalian pilihan raya di Malaysia.

Begitu juga pada 16 September pula Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) menganjur Himpunan Rakyat Bersatu, bagi memberi amaran jangan menghina pemimpin Melayu dan menghormati Islam sebagai agama Persekutuan. Himpunan itu didokong Umno dengan mengarahkan ahlinya datang.

Namun, berbeza pula dengan himpunan di Kota Bharu dan Rantau Panjang Oktober ini bertujuan istiqamah terhadap perjuangan dan memantapkan aqidah Islam.

Setiausaha Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kelantan, Md Ashari Mamat (Kiri) berkata Munaqasah Ucapan Dasar Presiden akan diadakan di Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang pada 3 Oktober.

Pada sebelah malam pula diadakan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK 16) bermula solat Maghrib diikuti kuliah haraki, solat Isyak dan solat hajat.

Ceramah himpunan istiqomah akan membariskan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Ir Iskandar Abd Samad, di samping Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi.

Selain itu Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, Asokan a/l Perumal.

“Pada sebelah pagi tiga kertas kerja akan dibentang. Turut diadakan pelancaran kempen 3B Harakah iaitu beli, baca dan beri.

“Selepas itu diadakan dialog bersama pimpinan yang akan menampilkan termasuk Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dan anggota Exco kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan,” katanya di sini.

Pada sebelah petang pula anak-anak muda berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Elit Dun, pameran motosikal, kereta antik dan persembahan dikir barat.

Dijangka 200 penunggang motosikal dari Alternatif Riding Club (ARC) dan 50 pemilik kereta antik turut menyertai perhimpunan tersebut.

Pada 11 September lepas ribuan anak muda menyertai Himpunan Anak Muda Istiqamah 2015 di padang Majlis Daerah Pasir Puteh.- HARAKAHDAILY 21/9/2015

Sumber HD - 21-9-2015



Himpunan Fastaqim (H60K)

Posted on Wednesday, September 16 @ 13:58:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Nasrudin bin Hassan

MUQADDIMAH

فاستقم كما أمرت

Memaknakan PAS sebagai sebuah Harakah Islamiah berwajah gerakan massa yang unggul dan bertanggungjawab menggalas amanah memimpin dan membimbing ummah kearah menghasilkan perubahan total pada sistem dan dasar pemerintahan negara sekaligus Membina Malaysia Sejahtera berteraskan panduan wahyu dan sunnah, maka seluruh keupayaan tenaga PAS dan rakyat prihatin mesti segera digerak dan dikerah membentuk gelombang kebangkitan.

Masyarakat kini sedang menanti bahtera penyelamat untuk mereka keluar dari arus dan gelora politik negara yang tidak stabil dan ekonomi yang kian rencam. PAS adalah harapan dan kepercayaan ummah. Bangunlah ! Bangkitlah ! Fastaqim ! Pacu perjuangan ini . Justeru itu buat pertama kali dalam sejarah, 4 sayap penting parti bergandingan mencetus kebangkitan.

HIMPUNAN FASTAQIM H60K

Tarikh : 17 Oktober 2015
Hari : Sabtu
Masa : 4.00 petang - 11.55 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV
Kota Bharu Kelantan Darul Naim.

TEMA : FASTAQIM

MATLAMAT :


Pengembelingan kekuatan dan memimpin kebangkitan pejuang untuk terus Istiqamah mendepani cabaran dan memuktamadkan kemenangan.

OBJEKTIF :

1. Menyemarak semangat perjuangan.

2. Memusatkan pengarahan dan memimpin tindakan

3. Mewujudkan Wehdatul Fikri dan wehdatul Amal

4. Merapatkan saff dan mengeratkan ukhuwwah Fillah

5. Persiapan spiritual, mental dan fizikal menghadapi PRU 14

Sekian

Nasrudin bin Hassan
Setiausaha Himpunan Fastaqim

Facebook 
Sumber TKO - 16-9-2015

Himpunan 60,000 untuk penuhi permintaan ahli

SALMIYAH HARUN | FOTO M NASIR | .


KUALA LUMPUR: PAS menegaskan Himpunan 60,000 yang akan berlangsung pada 17 Oktober nanti adalah kerana semangat beristiqamah yang ditunjukkan ahli kepada PAS.

Pengarah himpunan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, himpunan itu dibuat kerana memenuhi permintaan ahli dan penyokong PAS dari seluruh negara.

"Setiap kali kita buat program kehadiran ahli begitu ramai dan mereka menuntut kita untuk mengadakan himpunan lebih besar.

"Semangat akar umbi untuk mengukuhkan PAS bahawa mereka mahu hala tuju mereka istiqamah dengan PAS," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, hari ini. Ketua serta ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut menafikan himpunan itu dibuat kononnya ramai ahli PAS keluar dan menyertai parti lain.

Beliau turut memberitahu himpunan kebangkitan rakyat itu digelarkan sebagai Himpunan Fastaqim yang bermaksud beristiqamah sebagaimana yang diseru oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Himpunan Fastaqim akan diadakan di Stadium Sultan Muhamad IV Kota Bharu Kelantan bermula jam 3 petang hingga 12 malam.

Himpunan itu bukan sahaja melibatkan ahli dan penyokong, bahkan PAS turut mengalu-alukan badan bukan kerajaan dan orang ramai untuk turut serta di dalam himpunan itu kerana pelbagai program menarik disediakan termasuk kehadiran penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Antara objektif himpunan itu adalah untuk semarakan perjuangan rakyat bersama PAS, merapatkan saf selain memantapkan spiritual, mental, fizikal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Himpunan yang akan digerakan oleh empat sayap parti itu Pemuda, Muslimat, Ulamak dan Dewah Himpunan mensasarkan paling minimum seramai 60,000 peserta.
Sementara itu, Nasrudin selaku setiausaha himpunan berkata, Himpunan Fastaqim antara himpunan terbesar dalam sejarah PAS.

Katanya, himpunan itu sebagai membangkitkan semangat PAS dan ahlinya bagi menghadapi PRU14 nanti.

"Himpunan Fastaqim ini sebagai 'warm up' jentera PAS untuk menghadapi PRU nanti.

"Kita akan libatkan semua pimpinan utama termasuk Musyidul Am dan ahli akar umbi," ujarnya.

Beliau berkata, sesiapa sahaja boleh menyertai himpunan itu iaitu mereka yang menyokong perjuangan PAS sehingga hari ini.

Katanya, walaupun himpunan itu diadakan sehari tetapi ia cukup memberi bukti ahli memberi sokongan kepada PAS dengan pelbagai pengisian sepanjang himpunan berjalan.

"Kita akan bagi komitmen kepada peserta dengan menyediakan enam hingga tujuh layar TV yang akan dipasang di setiap sudut di kawasan stadium," katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Himpunan Fastaqim sebagai himpunan rakyat untuk menyatakan sokongan kepada PAS yang tidak berbelah bagi sesuai dengan maksudnya iaitu 'bangkitlah berjuang dengan penuh cekal, konsisten dan optimis'. - HARAKAHDAILY 15/9/2015

Sumber HD - 15-9-2015

No comments:

Post a Comment