BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, September 18, 2015

DARI BLOGGER LAIN (JILID 3)



PM lebih percaya Raja Petra berbanding Dr Ismail? kata Zam
Posted on Monday, February 26 @ 11:54:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38395



Saya tidak tahu kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berasa perlu untuk turut mengapi-apikan sentimen serta emosi Melayu terhadap orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, berdasarkan maklumat seorang yang diketahui umum tidak mempunyai kredibiliti.


Langkah itu dibuat tanpa merujuk peranan Kuok dalam sejarah negara, terutama ketika usaha mengadakan hubungan Malaysia dengan Republik Rakyat China, serta semasa peristiwa 13 Mei.

Najib nampaknya percaya kepada dakwaan Raja Petra Kamaruddin bahawa Kuok mempunyai agenda untuk menggantikan kerajaan sedia ada dengan DAP bagi membolehkan kaum Cina menjadi pemerintah di negara ini.

Jika Najib lebih berhati-hati dan merujuk kepada buku The Reluctant Politician - Tun Dr Ismail and His Time (halaman 6, 49, 171, 172, 189, 194, 217 dan 226) mungkin dia tidak begitu mudah membuat anggapan buruk terhadap Kuok dan menghakis kehormatan terhadap dirinya sendiri.

Tidaklah perlu bagi Najib mengungkit kejayaan Kuok adalah sebab pertolongan kerajaan.

Sahabat karib bekas TPM
Selain Kuok ada lagi orang Cina yang menjadi kaya-raya dengan mudah dan bagaimana kemewahan individu itu diperolehi masih menjadi tanda tanya rakyat.

Kuok adalah rakan rapat timbalan perdana menteri Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan keluarganya.

Malah beliaulah yang menjadikan Dr Ismail sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Malayan Sugar Refinery dan memilihnya menganggotai Lembaga Pengarah Guthrie Corporation setelah meletakan jawatan atas sebab-sebab kesihatan pada 1967.

Kuok adalah sahabat karib dan rakan kepercayaan Dr Ismail yang diajaknya berunding dalam masalah nasional, terutama mengenai hubungan antara kaum serta keselamatan negara.

Keadaan itu menyebabkan Kuok meanggap Dr Ismail sebagai "the most non-racial, non racist Malay I have met in My life" (Melayu paling tidak bersifat perkauman, tidak rasis pernah saya jumpa dalam hidup) seperti dinyatakan pada halaman 263.
Malah untuk membut ucapannya yang sangat penting pada masa insiden 13 Mei Dr Ismail memanggil Kuok supaya terbang dari Singapura dan menyemak ucapannya dengan pantas sebelum disampaikan menerusi televisyen.

Ketika itu perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj gagal menenangkan rakyat.
Kuok meminda beberapa bahagian ucapan itu dengan persetujuan Dr Ismail (halaman 192).
Ucapan itu yang sangat berkesan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada negara ini apabila Dr Ismail mengistiharkan "democracy is dead in this country" (demokrasi mati di negara ini).
Kemudian beliau memberitahu para wartawan, "a poweful government is one that is not afraid to practice democracy" (sebuah kerajaan yang kuat ialah kerajaan yang tidak takut mengamalkan demokrasi).

Kuok juga mengatur persediaan lawatan rombongan Malaysia untuk perbincangan mengadakan hubungan Malaysia - China dan membincangkan tiga isu besar sebelum lawatan berkenaan, iaitu mengenai sokongan Parti Komunis China kepada Parti Komunis Malaya, kedudukan orang Cina dari China dan perjanjian pertahanan Malaysia - Britain.

Mungkin dalam keadaan cemas, lemas dan panik menghadapi pilihan raya, Najib begitu mudah percaya kepada apa juga maklumat yang diberikan kepadanya tanpa menimbangkan sama ada maklumat itu sahih atau palsu.

Ia adalah kerana beliau percaya semua maklumat daripada penyokong Umno dan kerajaan adalah benar belaka terutamanya yang datang daripada Raja Petra.

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN

Sumber TKO - 26-2-2018


Buku Catatan Santai Tin Buruk

Posted on Thursday, June 09 @ 12:42:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



AlHamdulillah, pihak kami telah berjaya menghasilkan koleksi buku pertama kami dalam siri buku koleksi penulis siber yang pernah menulis di laman ini, Tranungkite Online. Sebeleum ini kami pernah membuat koleksi penulis siber dalam bentul laman tapi kini dalam bentuk buku.

Kami memilih penulis yang menggunakan nick TinBuruk sebagai buku perintis dalam projek ini.

Anda boleh download buku ini pada menu muat turun di sebelah sisi kiri laman atau klik di sini Buku Catatan Santai Tin Buruk

Buku ini dalam format PDF.

Buku ini juga boleh diperolehi melalui Channel Telegram @bahanbacaan
https://telegram.me/bahanbacaan

Webmaster
TranungKite Online


Sumber TKO - 9-6-2016

---------------------------------------------------------------------------

Sedikit pun orang PAS tak tergiur dengan kamu


Posted on Wednesday, June 08 @ 00:09:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



"Kepada saudara-saudaraku ahli-ahli Pas, adik-adikku yang dikasihi dan gigih bekerja, kamu boleh terus undi calon Pas tetapi tidak akan menang. Maaf saya berkata sedemikian.Nak kekal dalam parti itu silakan tetapi tolong undi calon Amanah. Itu sahaja yang boleh cabar BN.

Saya ulang sekali lagi, Pas bersendirian dia lebih kuat tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya. Yang bercakap ini bukan sembarangan orang tetapi bekas timbalan presiden,"


Demikianlah sedutan ceramah Presiden Pan, Mohammad Sabu di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar semalam.

Saya sebenarnya tidak berhasrat dan berselera untuk sentuh aktiviti dan politik Pan khasnya dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar ini. Bagi saya parti para pengkhianat ini tiada nilai dan wajar sangat dijauhi dan dinyahkan dari politk Malaysia.

Lantas apabila terbaca ucapan pemimpinnya di atas memang sahlah betapa mereka ini punya krisis identiti, mereka tiada hala tuju perjuangan dan mereka sekadar bernafsu untuk berkuasa dan merebut kedudukan.

Mat Sabu perlu sedar oleh kerana memiliki pemikiran sebeginilah maka beliau ditendang keluar oleh para perwakilan PAS. Para perwakilan PAS sedar bahawa pemimpin seumpama beliau tidak lagi layak dan punya kredibilit sebagai pemimpin gerakan Islam, kerana itu beliau ditumbangkan bersama-sama gerombolannya yang berkongsi mimpi yang sama.

Mana mungkin perjuangan PAS yang didasari Islam mahu disamakan dengan perjuangan parti-parti sekular yang lain.

Puluhan tahun dalam PAS rupanya tidak membentuk jiwa dan kekuatan dalaman Mat Sabu sebaliknya beliau liar dan ghairah dengan perjuangan politik sekular yang lain maka layaklah beliau menjaja hidup mengharapkan kasih orang lain di luar PAS.

Diulang-ulanginya sifir bahawa untuk menang mesti berpakat dengan orang lain walaupun orang itu menentang dan menghina dasar dan matlamat perjuangan kita, tak mengapa, peluk dan dakap juga mereka asalakan kita beroleh kuasa.

Sikap murahan sebegini mahu diumpan kepada orang-orang PAS. Buruk dan rendah akhlaknya.

Orang-orang PAS yang istiqamah dididik untuk berpegang dan terus bersama perjuangan ini walau apa yang menunggu di hadapan. Yang penting mereka ikhlas berusaha dan berjuang kerana yang mahu dikejar bukannya kuasa semata-mata tetapi syurga yang dijanjikan Allah swt.

Mat Sabu mungkin sudah tidak terpesona atau tergiur dengan itu semua kerana seleranya sudah berubah.

Ubah dan tukarlah perjuangan kamu sesuka nafsu kamu tetapi orang-orang PAS sekali-kali tidak akan bersama kamu. Nak undi parti pengkhianat yang mengkhianati perjuangan PAS dan mencuri lari kerusi-kerusi PAS jauh sekali.

Orang-orang PAS punya maruah dan harga diri dan ukuran maruah dan harga diri kami bukannya dipegang oleh kamu tetapi oleh agama yang kami junjung.

Presiden atau Timbalan Presiden, siapa sahaja jika curang dan mengkhianti perjuangan ini maka setaraflah kamu dengan musuh-musuh politik kami yang lain.


Oleh ROslan SMS 


Sumber TKO - -6-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Derma Arab lawan American Pies








A KADIR JASIN | .


MOHON izin dan minta maaf nak tulis mudah saja kali ini. Nak tulis berkenaan banyaknya “kebetulan” dalam cerita 1MDB dan “derma” AS$681 juta kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak.

1. Bulan Ramadhan tahun lepas, kita dengar cerita derma itu kononnya dari orang Arab. Mula seorang Arab. Kemudian lebih daripada seorang Arab. Lepas itu balik jadi seorang Arab. Akhir sekali jadi Raja Arab Saudi yang mangkat.

2. Pada 25 Januari lalu, Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, bersihkan Mohd Najib. Dia kata duit AS$681 juta itu derma Arab dan sebahagiannya dibagi balik.

3. Tapi pada 6 Februari, Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed Al-Jubeir, kata duit itu bukan derma tapi pelaburan.

4. Pada 15 April, Al-Jubeir tukar cerita kata dia ambil maklum kenyataan Apandi dan tambah derma itu ikhlas, tanpa syarat dan penderma tak harap apa-apa balasan.

5. Kemudian pada 19 April, Wall Street Journal (yang Mohd Najib ancam nak samam tapi tak saman) kata, 681 itu adalah “American pies” – sejenis hidangan berinti seakan-akan karipap tapi bulat.

7. WSJ kata, pengirim pie Amerika itu adalah tak lain dan tak bukan kawan akrab keluarga Mohd Najib, Jho Low.

8. WSJ dakwa, dalam bulan Mac 2013, Jho Low hantar pesanan kepada orang suruhannya di Kuala Lumpur mengatakan 681 pie Amerika akan tiba tidak lama lagi dari seberang laut. Menurut transkrip pesanan segara BlackBerry yang dilihat of WSJ, Jho Low menekankan perlunya kerahsiaan dalam penghantaran pie Amerika.

9. Jho Low arah orang suruhannya supaya bagi tahu ketua pegawai eksekutif bank (AmBank) yang “PM” tidak mahu nama, alamat atau nombor kad pengenalannya muncul dalam urusan pemindahan 681 pie Amerika itu.

10. Jadi adakah 681 biji pie Amerika itu berlainan daripada AS$681 juta derma Arab yang Apandi sebut pada 25 Januari itu atau 681 biji pie Amerika itu apabila masuk ke dalam akaun Mohd Najib jadi AS$681 juta?

11. Adakah 681 biji pie Amerika itu dari Jho Low hasil putar-belit perniagaan atas angin 1MDB atau duit derma Arab yang dibagi kod atas alasan rahsia?

12. Jawapan kepada misteri pie Amerika dan derma Arab ini akan terjawab kalau Jho Low boleh dibawa balik dan dipaksa duduk atas blok ais dalam bilik hawa dingin selama beberapa jam. Pasti dia akan menyanyi macam burung kenari.

13. Atau Mohd Najib betul-betul kemukakan saman terhadap WSJ kerana memfitnah dan mengaibkan beliau. – HARAKAHDAILY 21/4/2016

Sumber HD - 21-4-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kunta Kinte diberhentikan sekali lagi

A KADIR JASIN | .


PEMBAHAS dan pembaca blog kita ini yang juga membaca Berita Harian (BH) mungkin telah biasa dengan pojok bertajuk Kunta Kinte Original.

Pojok mingguan itu adalah tulisan saya yang keluar pertama kali pada 25 Mei 1987. Ia bermula sebagai ruangan “Biar Putih Tulang” menggunakan nama pena Kunta Kinte. Pojok ini berterusan sehingga tahun 1997 apabila dihentikan oleh sidang pengarang BH.

Ia diberhentikan kerana saya mengaitkan ucapan “famous” Tun Dr Mahathir ketika perhimpunan agung Umno di mana beliau memetik dialog drama Shakespeare berkenaan Julius Caesar yang berbunyi “Et Tu Brute” (“Engkau juga Brutus”).

Ucapan ini merujuk kepada pengkhianatan Brutus terhadap Maharaja Rome, Julius Ceaser. Saya kata, Brutus dalam ucapan Dr Mahathir itu adalah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Masa itu BH, TV3 dan Kumpulan Utusan adalah penyokong tegar Anwar.

Selepas itu saya menulis Kunta Kinte dalam bahasa Inggeris untuk akhbar Business Times.

Pada tahun 2010 Pengarah Eksekutif NSTP waktu itu, (Datuk) Ahmad A Talib dan Pengarang Kumpulan BH ketika itu (Datuk) Mior Kamarul Shahid menjemput saya untuk menulis semula pojok Kunta Kinte.

Dalam tradisi persuratkhabaran Melayu, pojok adalah ruangan memuatkan kata-kata lucu, berseloroh dan berkias tetapi pedas serta menyindir.

Bagaimanapun nama pena Kunta Kinte telah pun “diambil” tanpa izin saya oleh seorang blogger. Jadi terpaksalah saya pinda sedikit menjadi Kunta Kinte Original bagi membezakan pojok saya daripada tulisan blogger yang mengambil tanpa izin nama Kunta Kinte.

Saya memilih nama samaran Kunta Kinte sempena watak Kunte Kinte dalam novel sejarah “Roots” oleh penulis terkenal Amerika Alex Haley. Kunta Kinte adalah putera seorang raja Afrika yang diculik dan dijual kepada pedagang abdi. Walaupun dia dijadikan hamba, Kunta Kinte tetap mengekalkan maruah dan martabat beliau.

Sejak akhir-akhir ini, tulisan saya dalam pojok itu beberapa kali dipertikaikan oleh pihak atasan NSTP/BH. Saya terpaksa menulis balik atau meminda tetapi dengan tidak mengubah mesej asalnya.

Pada hari Selasa 12 April, saya dimaklumkan oleh Pengarang Kumpulan BH, (Datuk) Mahfar Ali bahawa mulai minggu ini ruangan itu diberhentikan.

Jadi hari ini (Jumaat), kalau pembaca BH tidak menemui Kunta Kinte sebabnya adalah ia telah diberhentikan oleh sidang pengarang BH/NSTP.

Terima kasih kepada Ahmad A Talib, Mior, Mahfar dan semua kakitangan Jabatan Pengarang BH, dulu dan sekarang, yang terbabit mengendalikan Kunta Kinte sejak ia dimulakan pada 1987.

Seperti saya beritahu Mahfar ketika menemui beliau Selasa lalu, saya faham kedudukan beliau dan saya berterima kasih kepada beliau kerana cuba mempertahankan ruangan Kunta Kinte Original. Tetapi saya tahu ada kuasa yang lebih berkuasa yang “wahyunya” wajib ditaati.

Cuma seperti yang saya tulis dalam blog ini pada 11 April lalu, petugas media arus perdana (MAP) “...wajib ingat. Di penghujungnya yang penting adalah pengedaran akhbar mereka dan bilangan penonton saluran mereka. Kalau kerana menyokong Mohd Najib membabi buta dan mencaci Dr Mahathir tanpa batasan, pengedaran akhbar mereka dan penonton stesen mereka merudum, bukan sahaja mereka tidak dapat melindungi Mohd Najib malah periuk nasi mereka sendiri terancam.

Mereka harus sedar mengapa MAP yang begitu besar dan berusia, semakin hari semakin dikalahkan oleh media atas talian?”

Sebagai penulis, saya juga terhutang budi kepada pembaca, khususnya mereka yang berjumpa dan menegur saya, kerana mengenali saya melalui ruangan Biar Putih Tulang/Kunta Kinte dan Kunta Kinte Original.

Insya-Allah kalau ada rezeki dan peluang saya atau Kunta Kinte Original akan bertemu pembaca di tempat lain. Itulah harapan dan iltizam saya sebagai penulis. - kadirjasin.blogspot.my/

Sumber HD - 15-4-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


5 Perkara ini Akan Terjadi Jika Ibu Bapa Selalu Jerit dan Tengking Anak


Posted on Monday, April 04 @ 06:14:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mendidik dan membesarkan anak bukan satu yang mudah. Selain kasih sayang, ibu bapa juga perlukan kesabaran yang tinggi untuk berdepan dengan tingkah laku anak.

Tatkala berdepan dengan kerenah anak yang tidak berkenan di mata, kesabaran ibu bapa ada masa terhakis juga. Memukul mungkin tidak tapi ramai ibu bapa hari ini yang menjerit dan menengking anak.

Anak yang setiap hari dihadapkan dengan cara didikan ibu bapa yang menjerit dan menengking ini sebenarnya memberi kesan negatif pada perkembangan diri mereka dalam jangka masa panjang. Antaranya adalah seperti berikut.

1.Memberontak
Anak memerlukan dorongan positif dalam hidup, mereka perlu diberi peluang untuk meneroka dan mencuba perkara baru. Tegahan dan sikap ibu bapa yang selalu marah dan melarang sebenarnya akan membuat mereka tertekan secara emosional dan sampai satu tahap tak mustahil dirinya memberontak.

2. Menakutkan anak
Ibu bapa mungkin bercakap dengan anak dalam nada tinggi dengan maksud untuk memberi peringatan. Tapi sebenarnya bagi anak-anak kecil ia menjadi pengalaman yang menakutkan dan mengancam keselamatan mereka. Malah boleh menimbulkan perasaan trauma. 

3. Jadi sebahagian sikap anak
Anak meniru perbuatan orang tua mereka. Jika ibu bapa membesarkan anak dengan persekitaran penuh jeritan  maka anak juga akan dibentuk dengan sikap demikian.

Tak mustahil anak tak rasa satu kesalahan bercakap dengan ibu bapa dengan nada suara yang tinggi.

4. Hilang keyakinan diri
Akibat selalu dimarah, ditegah dan ditengking lama kelamaan keyakinan diri anak terhakis. Dia jadi rendah diri dan sentiasa takut untuk berdepan perkara baru.

5. Masalah tingkah laku
Anak yang kerap dijerit dan ditengking membesar menjadi seorang yang kasar, kurang sabar dan amarah. Mereka mungkin akan dilihat oleh orang luar sebagai bersikap kurang ajar.

Ibu bapa sudah tentu tidak mahu anak berakhir dengan semua sikap negatif ini, jadi sebaiknya hentikan kebiasaan sukar menjerit dan menengking anak. Sentiasa ingat kesan ini setiap kali hendak bersuara pada anak.

Sumber: www.boldsky.com 



Sumber TKO - 4-4-2016

----------------------------------------------------------------------------
Masih 'jantan' kah Mahfuz dan Husam ?


Posted on Wednesday, March 30 @ 22:44:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Lama saya mengambil masa untuk memikirkan hal ini. Lama saya cuba membayangkan apakah agaknya yang bermain dalam hati dan fikiran kedua tokoh ini ketika duduk mendengar Muhyiddin dan Dr Mahathir berucap semasa himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia baru-baru ini di Shah Alam.

Jika mereka itu Mat Sabu atau Salahuddin Ayub, tak terlintas pun dihati saya mahu ambil pusing apalagi ambil tahu. Kerana kedua-dua mereka itu sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan PAS. Tak perlu PAS dan PAS pun tak perlu mereka.
Tetapi Mahfuz dan Husam masih PAS.

Apa bijaknya mereka duduk bersekongkol dalam satu majlis yang menjulang dan melonjakkan personaliti Tun Dr Mahathir seorang tokoh yang selama 22 tahun sebagai PM dahulu sentiasa menekan dan menindas PAS.

Duduk dalam majlis yang mahu mengguling Najib sebagai PM dan Presiden Umno tetapi mengekalkan Umno dan BN berkuasa, apa rasionalnya.

Kiranya anda berdua telah mengisytihar diri keluar PAS, masuklah apa parti sekalipun mungkin tidak ramai yang ingin prihatin. Tetapi isunya anda berdua masih ahli PAS, masih Yang Dipertua PAS Kawasan masing-masing, masih wakil rakyat yang mewakili PAS.
Kenapa anda bertindak diluar izin dan pengetahuan parti dan jemaaah?
Apa yang ingin anda cari dalam majlis ini?

Salahkah jika kami menganggap anda berdua melihat PAS terlalu lekeh dan rendah kerana tidak merebut peluang duduk sepentas dengan tokoh-tokoh yang pada sangkaan anda akan menyelamatkan Malaysia dari Najib? PAS terlalu kolot lalu anda berdua lebih “advance” dan jauh lebih bijak dari pimpinan parti. Kalau pimpinan tidak mahu pergi anda berdua sanggup kerana lebih percaya pada Dr Mahathir, lebih percaya pada Muhyuddin, Mukhriz dan Kit Siang.

Najib perlu ditumbangkan demi menyelamatkan Malaysia, tetapi sikap PAS anda lihat seakan memberi nyawa pada Najib sedangkan arahan Presidennya biar tunggu Pilihanraya Umum nanti, perubahan mesti dilakukan melalui kaedah demokrasi.

Bagi anda berdua Presiden dan kepimpinan PAS lambat dan tidak bijak membaca politik.
Kalau begitu mengapa kekal dalam PAS? Mengapa tidak angkat kaki sahaja?

Kalau begitulah anggapan anda terhadap Presiden, terhadap pimpinan PAS, lebih baik zahirkan sahaja. Nyatakan tidak lagi yakin pada perjuangan PAS, ikutlah Mat Sabu atau Salahuddin atau Kit Siang yang mungkin tergiur mahu terima anda berdua, kenapa pilih untuk duduk dalam wadah yang anda sendiri ragui dan tidak hormati lagi.

Kami ahli-ahli PAS telah bersuara. Kami telah nyatakan saf kepimpinan yang ada ini adalah pilihan kami dan pada mereka kami beri wala’. Kami sedia istiqamah dalam parti di bawah kepimpinan mereka, siapa yang menentang akan kami tentang.

Anda berdua mungkin anggap kepimpinan kami sudah tidak sesuai, tetapi mereka telah menerima mandat perwakilan, yang ditolak sebenarnya anda berdua.

Bagi kami meminjam kata-kata Pak Subky Latif: Biar kami dikata bodoh bagaikan sepat sekurang-kurangnya sepat tidak makan pancing emas, daripada cerdik macam jerung, pancing karat pun dibahamnya.

Kami semua mendengar ucapan Muhyuddin dan Dr Mahathir pada hari berkenaan, mujurlah kami ikut arahan parti dan wala’ pada pimpinan kerana ternyata, kedua Muhyuddin dan Mahahtir lebih berminat menyelamatkan Umno dan BN, benar mereka mahu jatuhkan Najib tetapi mereka menegaskan dengan jelas dan terang, di hadapan anda berdua bahawa Umno dan BN mahu dikekalkan berkuasa, lalu siapakah sebenarnya yang memberi nyawa pada Umno dan BN?!

Kita PAS mahu dan menuntut pembaharuan, sistem dan institusi yang ada perlu dirobah, bukannya dijatuhkan satu-satu tokoh hanya untuk digantikan dengan tokoh lain yang dari kerak yang sama.

Tumpu pada reformasi institusi bukannya tukar Najib : itu pesanan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jelas konsisten dengan sikap dan pendirian PAS.

Tetapi anda berdua ternyata terlalu bijak, terlalu laju dan terlalu taksub dengan pimpinan luar bukannya pimpinan jemaah sendiri.

Setelah lama saya memikirkan, dengan penuh hormat saya merayu Datuk Mahfuz dan Datuk Husam, kiranya kami PAS sudah tidak lagi selari dengan selera dan nafsu Datuk berdua, sebaiknya jadilah “anak jantan”, ambil keputusan dan tinggalkan lah kami sebagaimana kawan-kawan baik Datuk berdua sebelum ini.

Jangan ambil kesempatan jangan salahgunakan kedudukan dan peghormatan yang diberikan oleh PAS, jangan menipu kami lagi.

Itu pun kalau Datuk berdua masih 'jantan'.

Oleh ROSLAN SMS

Sumber TKO - 30-3-2016



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Saman mungkir kewajipan fidusiari ke atas Najib

A KADIR JASIN | .


TIGA orang awam hari ini (semalam) memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka menuduh beliau mungkir kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasans (tort misfeasance) dalam kedudukan beliau sebagai penjawat awam.

Mereka adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.

Najib ialah defendan tunggal dalam tuntutan itu.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Mohd Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Dalam bahasa yang mudah, fidusiari (bahasa Inggeris fiduciary) adalah amanah, khususnya yang melibatkan perhubungan di antara pemegang amanah dengan benefisiari (pihak yang mendapat faedah).

Dalam konteks ini, Mohd Najib adalah pemegang amanah manakala plaintif adalah benefisiari. Dalam kaitan yang lebih luas mereka bertiga mewakili semua pihak yang sepatutnya mendapat faedah daripada kedudukan Mohd Najib sebagai penjawat awam nombor satu negara.

Tort adalah salah laku yang boleh dikenakan tindakan sivil seperti ganti rugi.

Fakta saman:

1. Mohd Najib, sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran US$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadinya.

2. Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Mohd Najib menyalahgunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

3. Mereka juga menuntut RM2.6 bilion ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Dua jumlah ini bersamaan dengan amaun yang masuk ke dalam akaun peribadi Mohd Najib di AmBank dan amaun yang disyaki dialihkan dari SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan, ke akaun peribadi beliau.

Implikasi kes ini:

i. Menguji sejauh mana rakyat jelata boleh mengambil tindakan undang-undang/mahkamah ke atas seorang penjawat awam politik.

ii. Menguji kebebasan dan sikap sama rata sistem kehakiman Negara.

iii. Menguji sejauh mana tindak-tanduk seorang Perdana Menteri  “kebal” daripada tindakan undang-undang.

iv. Membuka Perlembagaan dan tatacara pentadbiran awam kepada analisis dan interpretasi.

v. Jikalau mahkamah bersetuju mendengar kes ini, plaintif boleh mencuba memanggil seramai mungkin saksi, termasuk wartawan asing yang mendakwa penyelewengan oleh Mohd Najib.

Saman awam ini juga boleh dilihat dalam konteks Deklarasi Rakyat yang mahu Mohd Najib disingkirkan sebagai Perdana Menteri. Ketiga-tiga plaintif adalah penandatangan deklarasi tersebut 4 Mac lalu.

Saya tidak menjangkakan jentera propaganda dan perang saraf Mohd Najib berupaya memutarbelitkan kes ini kerana mereka sendiri sedang bergaduh semasa sendiri mengenai siapa yang lebih setia dan berjasa kepada beliau dan siapa yang menjadi musang berbulu ayam. – kadirjasin.blogspot.my/

Sumber HD - 24-3-2016

----------------------------------------------------------------------------
Tong Kooi Ong Cuba Berunding Dengan UMNO??

Posted on Friday, February 19 @ 20:15:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menurut Raja Petra, Tong Kooi Ong dari The Malaysian Insider yang menerajui ANC (Kempen Anti-Najib)bersama dengan Sarawak Report telah menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Selama setahun lebih, ANC dan The Malaysian Insider telah menyerang habis-habisan Perdana Menteri. Setiap kali mereka fikir mereka mungkin telah berjaya dalam serangan, Najib bangkit dengan melakukan serangan balas dan memusnahkan lawannya pula.

Sudah tentu, kita bercakap mengenai orang kalah yang sakit jiwa di sini. Setiap kali mereka menyerang Najib mereka katakan sebagai ‘mencari kebenaran’, ‘mencari keadilan’, ‘tindakan demokrasi’ dan ‘kebebasan bersuara’. Tetapi apabila Perdana Menteri menyerang balas, mereka menuduh beliau sebagai ‘salah guna kuasa’, ‘sekat kebebasan bersuara’, ‘tindakan diktator’ dan ‘melanggar Perlembagaan Persekutuan.



Pendek kata, adalah ok untuk mereka serang tetapi sekiranya mereka diserang balas maka ianya adalah tidak ok. Itulah definasi kebebasan kepada golongan ini.



Sejak beberapa bulan yang lepas, Tong berada di luar negara kerana beliau bimbang akan ditangkap kerana menyiarkan berita palsu dan / atau memalsukan dokumen berkaitan dengan 1MDB. Malah, beliau secara terbuka dan terang-terangan mengaku menerbitkan dokumen walaupun dia menafikan telah memalsukan dokumen tersebut. Pasport Malaysia beliau telah ditahan tetapi itu tidak menghalangnya daripada beerjalan ke seluruh dunia kerana beliau mempunyai beberapa pasport lain.



Tetapi sekarang Tong mahu pulang. Tong merupakan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif UPP Holdings Limited dan enam syarikat lain seperti The Edge Communications Sdn Bhd, The Edge Publishing Pte Ltd, Sunrise Berhad, Taiga Building Products Ltd, dan 3Cnergy Limited. Beliau juga mempunyai kaitan dengan CIMB Group Holdings Berhad, Berjaya Media Berhad, UEM Sunrise Berhad dan Universiti Simon Fraser.



Jumlah gaji Tong, bonus dan pampasan – sebagaimana yang telah diisytiharkan – lebih kurang RM3 juta setahun. Ini, sudah tentu, tidak termasuk pelbagai faedah, yang jika dicampur kepada RM3 juta anggaran berjumlah sebanyak RM10 juta setahun. Jadi dia perlu pulang untuk menjalankan perniagaan dan dia langsung tidak berani pergi ke Singapura kerana takut mereka menangkap dia di sana dan bawa dia kembali ke Malaysia.



Ini adalah apa yang The Malaysian Insider melaporkan setahun yang lalu pada 4 Februari 2015:
Jutawan pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong, dituduh mensabotaj ekonomi dengan laporan kritikan berita berkenaan 1 Malaysia Development Bhd (1MDB), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan hari ini.

Dakwaan Bekas Perdana Menteri itu berlaku selepas The Edge “mendedahkan” yang “blogger pro-Jho Low” merupakan sumber serangan terhadap Tong.

“Ini semua kerana dia mengkritik 1MDB, jadi dia dituduh mempertaruhkan ringgit. Jika dia tidak mengkritik 1MDB, walaupun mata wang jatuh, beliau (Tong) akan dianggap tidak penting, tetapi dengan syarat dia tidak mengkritik 1MDB, “kata Dr Mahathir sebagaimana dipetik oleh The Malaysian Insider, satu lagi unit media Tong, hari ini.

“Siasat dulu sama ada benar atau tidak. Memandangkan The Edge telah banyak mengkritik 1MDB. Ini adalah apa yang beliau (Tong) menghadapi, iaitu tuduhan bahawa dia mempertaruhkan ringgit. “

Itulah yang The Malaysian Insider laporkan tahun lalu. Sebulan yang lalu Malaysiakini melaporkan komen Kadir Jasin seperti di bawah. Kadir, seperti yang kita semua tahu, adalah ‘Ketua Penerangan’ untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan ANC.

“Saya diberitahu bahawa dia (ketua propaganda) kini telah berganding bahu dengan seorang penulis ‘upahan’ yang telah melarikan diri ke luar negara dalam percubaan untuk membeli atau mengawal portal berita bebas seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan Free Malaysia Today,” kata Kadir Jasin.

Ya, itu adalah apa yang dikatakan oleh Kadir Jasin. Saya tahu siapa yang dimaksudkannya apabila dia berkata ‘orang yang menerajui media dan kempen propaganda Perdana Menteri Najib Abdul Razak termasuk apa yang dia maksudkan apabila dia berkata ‘seorang penulis upahan yang telah melarikan diri ke luar negara”. Tetapi mengapa Kadir Jasin tidak berani menamakan (seperti yang saya lakukan) jika dia merasakan dia tahu apa yang dia cakap?

Kadir Jasin memberitahu semua orang yang sedia mendengar bahawa Umno telah menawarkan untuk membeli The Malaysian Insider sebanyak RM20 juta dan mereka juga ingin membeli Malaysiakini dan Free Malaysia Today juga.

Sebenarnya itu semua adalah karut. Tong yang telah menawarkan untuk memberi The Malaysian Insider kepada Umno secara percuma sebagai sebahagian daripada perjanjian yang membenarkan beliau pulang ke Malaysia dan dia tidak akan ditangkap dan dikenakan hukuman serta pasportnya akan dikembalikan kepada beliau.

Mengapa Umno mahu membayar RM20 juta untuk membeli The Malaysian Insider? Memang The Malaysian Insider mempunyai pembaca lebih daripada satu juta. Tetapi ini adalah satu juta Pakatun dan penyokong tegar DAP. Mereka ini adalah pembaca sama yang pergi ke Malaysiakini dan Free Malaysia Today.

Setelah Umno mengambil alih The Malaysian Insider, sama ada dengan harga RM20 juta atau percuma, satu juta pembaca ini akan lari. Dalam tempoh sebulan, satu juta pembaca akan jatuh kepada kurang daripada setengah juta. Dan itupun ia tidak akan menjadi setengah juta dari yang lama satu juta tetapi banyak pembaca baru daripada setengah juta pembaca.

Jadi apa yang akan Umno beli akhirnya? Apakah yang dibayar dengan RM20juta itu? Apa yang pasti, ianya tidak dibayar untuk satu juta pembaca The Malaysian Insider yang akan hilang sebelum anda boleh mengira hingga sepuluh.

Jadi Kadir Jasin tidak tahu apa yang dia katakan. Dan walaupun Tong memberikan The Malaysian Insider kepada Umno secara percuma adakah anda mengatakan bahawa ia mereka tidak menanggung kos yang banyak setiap bulan hanya untuk membayar kos operasi yang berjumlah berjuta-juta setahun?

Di Thailand mereka panggil ini sepertu memberikan seseorang itu gajah putih. Dan jika anda tidak memahami apa yang dimaksudkan maka pergi dapatkan maknanya. Pada asasnya, apabila anda memberi seseorang gajah putih itu adalah supaya anda boleh bankrapkan orang itu kerana dia yang perlu memberi makan gajah tetapi gajah itu pula tidak berguna kepada anda.

Akhirnya ini seperti apa yang berlaku kepada MCA apabila mereka mengambil alih The Star. The Star pernah dipanggil Suara Tunku Abdul Rahman. MCA fikir bahawa apabila ia mengambil alih The Star ia akan menjadi Suara MCA. Akhirnya ia menjadi DAP Suara.

Masalahnya ialah The Star merupakan anti-kerajaan. Jadi itulah sebabnya ia mempunyai jumlah pembaca yang tinggi. Walau bagaimanapun, apabila The Star mula dipaparkan sebagai pro-kerajaan maka pembaca akan hilang. Oleh itu, untuk mengekalkan pembaca yang tinggi, The Star perlu terus menjadi anti-kerajaan.

Jadi, anda boleh melihat ironi di sini? The Star dimiliki oleh MCA tetapi ia perlu menjadi pro-DAP agar dapat mengekalkan pembaca. Jadi MCA akhirnya membayar untuk sebuah akhbar musuhnya, DAP. Dan kita fikir orang Cina sepatutnya menjadi ahli perniagaan yang sangat cerdik. Rupa-rupanya mereka tidak begitu pintar. Tidak hairanlah MCA mungkin akan hilang sama sekali dalam pilihan raya umum akan datang.

Dan ini adalah apa yang akan berlaku dengan The Malaysian Insider jika Umno menerima tawaran Tong untuk mengambil alih portal tersebut secara percuma. The Malaysian Insider perlu terus serang Najib, Umno, Barisan Nasional dan kerajaan (seperti The Star lakukan) agar dapat mengekalkan satu juta pembaca itu.

Dan, seperti MCA, Umno akan menunjukkan kebodohan mereka dengan membayar berjuta-juta untuk sebuah organisasi berita yang menghentam kerajaan. Adakah ini akan menjadi strategi Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang? Jika demikian maka Umno perlu diserang dan Najib layak untuk disingkirkan!

Biar saya bagi perumpamaan cara begini. Seorang paderi Kristian kagum dengan bilangan orang Islam yang pergi ke masjid – dengan orang-orang yang melimpah ke jalan-jalan dan kesesakan lalu lintas sehingga lima batu panjang. Paderi itu memutuskan untuk membeli masjid dan mengubahnya menjadi sebuah gereja, dengan harapan bahawa dia kini boleh mendapatkan jumlah orang ramai yang datang ke masjid itu.

Selepas dia membeli masjid dan menukarnya menjadi sebuah gereja, paderi itu hairan mengapa dia kehilangan keseluruhan jemaah masjid dan tidak seorang pun orang Islam datang ke gereja pada hari Ahad seperti mereka pergi ke masjid pada hari Jumaat.

Ya, ini adalah bagaimana ia akan terjadi apabila anda mengambil alih portal seperti The Malaysian Insider yang dipenuhi oleh Pakatun dan penyokong tegar DAP. Ia akan menjadi seperti mengambil alih masjid untuk mengubahnya menjadi sebuah gereja sambil berharap bahawa ribuan umat Islam akan tetap datang untuk mendengar khutbah anda pada hari Ahad.

Jika Kadir Jasin merupakan pakar strategi politik terbaik Dr Mahathir maka Najib boleh berehat dan ahli pemikir beliau boleh bercuti kerana Perdana Menteri tidak perlu takut pada apa-apa ancaman digulingkan. Raja Petra Kamarudin seorang pun boleh mengalahkan sepuluh Kadir Jasins pada bila-bila masa hanya dengan satu tangan diikat di belakang.
Kadir: Kem Najib akan membeli dan mengawal portal berita
(Malaysiakini, 22 Januari 2016) – Wartawan veteran A Kadir Jasin telah mendakwa terdapat percubaan oleh Putrajaya untuk membeli atau mengawal portal berita.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times ketua berkata beliau dimaklumkan oleh pemilik sebuah portal berita bahawa langkah itu sedang dimulakan oleh orang yang menerajui media dan kempen propaganda Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Kadir, bagaimanapun, tidak menyebut nama.

“Saya diberitahu bahawa dia (ketua propaganda) kini telah berganding bahu dengan seorang penulis ‘upahan’ yang telah melarikan diri ke luar negara dalam percubaan untuk membeli atau mengawal portal berita bebas seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan Free Malaysia Today.

“Pemilik portal berita memberitahu saya usaha itu adalah sebahagian daripada inisiatif oleh kem Najib untuk memenangi hati dan minda rakyat,” kata beliau dalam blognya hari ini.

Kadir juga menyatakan bagaimana Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memuji dan mengucapkan terima kasih kepada pejuang siber Umno semasa perhimpunan tahunan parti pada November lalu.

Sekarang, editor veteran itu mendakwa Umno mahu jangkauan melampaui parti dan pengundi Melayu.

“Perbincangan di kalangan pengamal media adalah bahawa salah satu portal berita yang dimiliki oleh hartawan Cina “kowtowed” kepada Ahmad Zahid manakala pemilik lain menolak tawaran bantuan kewangan yang menguntungkan tersebut,” dakwanya.

Kadir berkata, inisiatif baru berikutan dengan prestasi media arus perdana serta Umno dan laman web BN kehilangan pembaca dengan drastik.

Beliau berkata media berita milik Umno, Utusan Malaysia telah berada dalam kemelut yang teruk.

Kadir mendakwa bahawa dia mengenali orang yang di belakang kempen propaganda tersebut lebih daripada satu dekad yang lalu dan sering makan tengah hari bersama beliau.

“Ketika itu, saya hormati beliau sebagai profesional muda Melayu yang berjaya dan bersopan santun.

“Sekarang, beliau dikatakan rapat dengan Najib dan telah menjadi begitu berkuasa sehingga editor media arus perdana terpaksa berlutut di hadapan beliau,” katanya.
Malaysia Today

Sumber TKO - 19-2-2016

------------------------------------------------------------------------------
Kamu akan terheret ke dalam kubur bersama Najib (bersama video)

Posted on Friday, February 19 @ 10:27:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin memberi amaran bahawa mereka yang bersubahat, bersekongkol dan makan dedak akan diseret bersama Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi.

“Bagi yang berasa mereka berkuasa, kuat dan terlindung, ingatlah kuasa tidak akan kekal selama-lamanya.

“Bukan perdana menteri seorang saja akan dipertanggungjawabkan apabila ‘the chips are down’,” katanya dalam blog hari ini.

Kadir yang juga adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press mengulas pelbagai skandal yang melanda Najib, termasuk ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Najib menafikan sebarang salah laku dan telah dibersihkan oleh Peguam Negara.

Kadir berkata pembangkang dengan mudah boleh duduk dan melihat Najib dan para pesekongkol dalam Umno-BN serta pentadbiran awam terus dengan skandal, kesilapan, pembohongan dan penafian menggali kubur mereka yang sedalam-dalamnya.

Namun, katanya, apa yang perhatikan adalah tidak seperti itu.

“Mereka mahu menyelamatkan Malaysia dan rakyat jelatanya sebelum terlambat.

“Mereka berpendapat menunggu sehingga pilihan raya umum (akan datang) mungkin terlalu lama dan Malaysia tidak dapat diselamatkan lagi selepas itu walaupun mereka menang,” katanya.

Kadir berkata, harapan terbaik bergantung kepada beberapa kerat wakil rakyat Umno dan BN yang masih ada harga diri, berhati kecil dan punyai rasa bersalah (conscience).

“Mereka tahu bahawa mereka tidak lagi mewakili rakyat jelata.

“Malah mereka tidak pun mewakili ahli Umno-BN lagi. Mereka hanya mewakili Najib dan kelompok eksklusif beliau,” katanya.

Kadir juga menggesa agar satu gerakan massa untuk yang merentasi sempadan politik, ideologi, agama, bangsa dan wilayah bagi menyelamatkan Malaysia yang dikhabarkan dipelopori oleh pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk mendapatkan undi tidak percaya terhadap Najib.

“Kita pun sudah tahu yang majoriti Raja-raja Melayu tidak lagi berdiam diri melihat kehidupan rakyat jelata semakin hari semakin terdesak dan imej negara menjadi bahan persendaan dunia.

“Yang kita perlukan sekarang adalah bagi setiap orang yang peduli dan sayangkan negara bangun secara aman dan sivil menyatakan bahawa perubahan wajib berlaku dan berlaku segera,” katanya.
Sehubungan itu, Kadir mengajak setiap rakyat yang berwajah, dikenali dan dihormati tanpa mengira usia dan jantina, kerjaya dan kepakaran, bangsa dan agama supaya wajib memberanikan diri berdiri dalam satu barisan penyelamatan negara.

https://www.youtube.com/watch?v=Nu7sQ0b_0c8&feature=player_embedded

Sumber TKO - 19-2-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Patutlah Nak Sangat Bawa Masuk 1.5 Juta Lagi Pekerja Asing, Ada Sesuatu Yang Disembunyikan


Posted on Thursday, February 18 @ 17:33:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu






Keuntungan, berbanding permintaan pasaran, kemungkinan menjadi punca rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, kata kumpulan perdagangan memandangkan perniagaan tempatan menghadapi tahun yang sukar dan lebih ramai rakyat Malaysia hilang pekerjaan.

Dua kumpulan majikan terbesar negara dan pekerja sektor swasta jarang mencapai persetujuan apabila kedua-duanya berterusan mencabar tuntutan kerajaan yang industri ini memerlukan 1.5 juta pekerja asing tambahan.



Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) biasanya tidak bersetuju dalam semua perkara berkaitan isu buruh.



Tetapi dalam temu bual berasingan, kedua-dua mereka berkata pembekal industri buruh asing bernilai bilion ringgit boleh mempengaruhi kononnya “permintaan” terhadap 1.5 juta pekerja baharu ini.



Ini kerana setiap pekerja asing biasanya memberi pembekal antara RM3,000 dan RM4,000 bagi setiap orang dalam bentuk keuntungan bersih, kata mereka.



Satu lagi yang memberi keuntungan ialah perkhidmatan dalam talian untuk memproses permohonan.



Pengkritik lain bagi rancangan itu seperti Ahli Parlimen Klang Charles Santiago juga membangkitkan kehadiran bekas pegawai kementerian dalam perniagaan sebagai satu tanda industri ini mempunyai pengaruh tidak wajar dalam pelan dan dasar buruh asing secara amnya.



Dan kemudiannya, terdapat sebilangan besar pekerja-pekerja asing tanpa dokumen, yang didakwa kumpulan itu berkemungkinan berjumlah 2.3 juta atau 1 juta bagi setiap pekerja asing sah.

"Jadi persoalannya ialah mengapa tidak menjadikan mereka sah dan menggunakan pekerja yang sudah berada di sini," soal Santiago.

Benarkah ada permintaan?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa secara berperingkat dan mereka diperlukan dalam sektor perladangan.

Beliau juga berkata bilangan mereka akan diubah suai dan diagihkan kepada sektor-sektor lain termasuk pembuatan dan pembinaan.

Persatuan Pengeluar Pertanian Malaya (Mapa) menyangkal cadangan sektor itu memerlukan sebanyak 1.5 juta warga asing, mengatakan secara purata hanya terdapat kekurangan 10,000 hingga 20,000 setiap tahun kerana pekerja kembali ke negara asal dan kekosongan perlu diisi semula.

Pengarah Mapa Mohamad Audong menambah, keseluruhan sektor hanya menggunakan antara 350,000 dan 400,000 pekerja pada satu-satu masa.

"Kita juga tidak perlu 1.5 juta pekerja baharu jika dapat menyerap pekerja tanpa izin," kata Mohamad, yang organisasinya terdiri daripada pemain besar dalam perniagaan kelapa sawit seperti Sime Darby, Tabung Haji dan Felda Global Ventures.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, persatuan itu tidak melihat sebarang bukti atau tinjauan yang menunjukkan syarikat Malaysia memerlukan 1.5 juta warga Bangladesh baharu.

"Dengan pasaran yang melebihi permintaan, kami juga ragu-ragu pengambilan yang ramai ini baik untuk kesihatan jangka panjang ekonomi," kata Shamsuddin.

"Kita kini mempunyai 2.3 juta pekerja asing yang sah. Saya ragu-ragu dalam iklim ekonomi sekrang kita boleh menyerap 2.3 juta serta 1.5 juta warga asing tambahan. Pelan ini hanya akan berfungsi jika kita mengusir 1.5 juta pekerja tanpa izin terlebih dahulu. "

Shamsuddin berkata, jika aspek perniagaan dibuang dalam pengambilan pekerja asing, permintaan mereka tidak akan setinggi 1.5 juta.

Pelan ini juga tidak masuk akal memandangkan syarikat-syarikat menghadapi penurunan teruk dalam perniagaan dan pekerja Malaysia ramai diberhentikan kerja.



Tahun lalu 200,000 pekerja diberhentikan kerja dan MEF menjangkakan trend itu berterusan tahun ini.

Kekurangan bukti terdapatnya permintaan daripada syarikat menyebabkan Santiago mengesyaki rancangan itu ditaja syarikat dan pembekal buruh yang terlibat dalam industri ini.

Sebagai contoh, laporan yang mendakwa Synerflux, dikawal bekas menteri dalam negeri Tan Sri Azmi Khalid. Namanya juga berkait dengan Bestinet, sebuah syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menjalankan sistem memproses visa dan menjalankan pemeriksaan biometrik pekerja asing.

Sistem ini digantung pada Januari tahun lalu selepas PKR mengaitkan syarikat itu dengan Azmi dan bekas pengarah Jabatan Tenaga Kerja Datuk Tengku Omar Tengku Bot.

"Tiada siapa tahu bagaimana perjanjian itu ditandatangani dan terdapat kemungkinan pembekal mempengaruhi penjawat awam yang menjalankan urusan tawaran.

"Tiada siapa dapat melihat perjanjian itu dan tidak pernah ada wakil-wakil daripada kesatuan sekerja atau syarikat apabila tawaran ini dibuat."

Melainkan Putrajaya mengeluarkan penilaian kesan keperluan buruh untuk menyokong dakwaannya, akan sentiasa ada kekhuatiran yang rancangan itu didorong ketamakan dan bukan keperluan sebenar, kata Santiago ~ The Malaysian Insider


Sumber Link

Sumber TKO - 18-2-2016

---------------------------------------------------------
"Kak Long Tunggu Kau Dekat Padang Mahsyar Amran Fans," - Anak Zahid Hamidi

Posted on Monday, February 15 @ 20:34:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Berikutan sebuah posting yang dimuatnaik oleh laman Facebook parodi Amran Fans yang 'menyerang' anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, nampaknya ikon Belia Negara berkenaan telah tampil 'membalas balik' kenyataan tersebut.

Menurut NurulHidayah melalui laman Instagramnya menyatakan walaupun tidak berkenalan di dunia, kita akan berkenalan di padang Mahsyar sambil memuatnaik keratan gambar status yang ditulis oleh page Amran Fans.

Berikut adalah kepsyen penuh yang ditulis beliau.

"Tiba2 rasa bangga. Glamour. Tapi tak nak riak la. Sebab? Bukan sahaja kat dunia orang cari, kat akhirat pun ramai yang akan cari sebab nak minta maaf. Alahaii..

Panas dik kat padang Masyar tu nanti. Takpa la. Kak Long tunggu jer korang cari Kak Long nanti (walaupun Kak Long tak berpayung emas sbb TAK RELA BERMADU ..ha ha ha ) --- ok..ok serious! Tak berkenalan kat dunia ni pun kelak kita akan berkenalan kat Padang Masyar (buat pencipta dan penyampai/penyebar fitnah) Seronok baca komen2 korang ni. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu. Ha ha ha .. A very entertaining day for me."



Facebook Amran Fans sebelum ini bertanyakan adakah Ikon Belia Malaysia(NurulHidayah) yang memegang sijil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi ni kerja call center, salesgirl, promoter, cashier Tesco, cashier giant, cashier NSK, cashier Speedmart 99, kedai bunga atau kedai makan.

Ia adalah susulan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mahu membawa masuk kira-kira 1.5 Juta pekerja asing Bangladesh ke negara ini.
-Siakapkeli.my


Sumber TKO - 15-2-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kenapa karpet merah dijadikan mangsa?





SHAHBUDIN HUSIN | .


DI tengah-tengah kepimpinannya sedang dipertikaikan rakyat jelata dan berita mengenainya juga meniti diperkatakan di seluruh dunia, Najib Razak tiba-tiba ingin merendah diri dengan meminta perbelajaan sambutan untuknya dikurangkan dengan segera.

Aspek yang disentuhnya untuk dikurangkan itu ialah penggunaan karpet merah dan hidangan istimewa dalam setiap program yang dihadirinya.

Menurut beliau, dengan berbuat demikian bermakna perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan dan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada rakyat.

Fokus utama kita ialah rakyat, bukan protokol, kata Najib lagi.

Hahaha....ketawalah semua orang, termasuk makcik-makcik Felda dan budak-budak sekolah rendah dengan lakonan terbarunya kali ini.

Kenapalah dalam banyak-banyak aspek yang boleh dilakukan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan, karpet merah yang lebih menjadi perhatian Najib?

Apa yang ingin ditonjolkannya? Kalau ingin menunjukkan beliau kononnya berjiwa seperti rakyat biasa, ingatlah bahawa ramai belum lupa tentang perbelanjaan mewah dan keseronokannya membeli belah  bersama keluarga di pelbagai negara sebelum ini.

Lagi pula, bukankah menggunakan karpet merah tidak mengeluarkan belanja yang besar kerana ia tidaklah terlalu mahal serta karpet itu pula biasanya boleh diulang-ulang pakai kegunaannya?

Apa yang sebenarnya dapat dijimatkan dengan tidak menggunakan karpet merah?

Apakah selama ini penggunaan karpet merah yang menyebabkan kewangan negara jadi tenat?

Adakah dengan tidak menggunakannya lagi, ekonomi negara akan segera melonjak dan hutang yang bertimbun dapat dikurangkan?

Mengapa tidak diumumkan penjimatan yang lebih besar maknanya seperti mengurangkan saiz kabinet, pemotongan gaji dan elaun menteri, membuang penasihat dan duta khas bertaraf menteri yang tidak memberi faedah sama sekali, menghadkan majlis jamuan sempena hari perayaan kepada menteri-menteri dan timbalan menteri dan memotong sebahagian peruntukan Jabatan Perdana Menteri yang berjumlah lebih RM20 bilion untuk tahun 2016?

Program lawatan Perdana Menteri dan menteri-menteri, kenapa masih menikmati kemudahan perjalanan dan penginapan bertaraf lima bintang?

Dalam hal ini, seorang rakan yang biasa dengan Najib sejak sekian lama, tetapi sudah beralih arah mulai beberapa bulan lalu, menyifatkan Perdana Menteri semakin memperlihatkan dirinya tidak tahu apa keutamaan yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negara.

Tanpa karpet merah pun, kata beliau, jika sikap dan perangai Najib masih tidak berubah, tiada apa-apa yang berbeza yang dapat dirasakan oleh rakyat. - shahbudindotcom.blogspot.my/

Sumber HD - 11-2-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Elok kenali ular dan lintah, kata Kadir Jasin

A KADIR JASIN | .


KUALA LUMPUR: "Ada orang beritahu saya, di Putrajaya pun banyak ular. Tak menghairankan. Tapak Putrajaya adalah ladang kelapa sawit," ujar Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.

Menurutnya, di ladang kelapa sawit banyak tikus.

"Di mana ada tikus, di situ ada lah ular yang makan tikus," tulis beliau menerusi blognya sebagaimana di bawah.

DALAM tampalan (posting) kali ini, saya akan menulis hal yang mudah. Saya nak cerita berkenaan ular guni buruk. Ada orang panggil ular belalai gajah.

Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil elephant trunk snake atau istilah saintifiknya Acrochordus javanicus daripada famili Acrochordidae. Ia adalah daripada kumpulan ular primitif yang tidak berbisa.

Kawasan taburan ular ini adalah Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam.


Ular guni buruk: nampak mengancam tapi tak bisa
Sesiapa dalam generasi saya yang membesar di kawasan sawah atau paya pada tahun 1950-an dan 60-an tentu tahu ular ini.
 
Mereka sama ada pernah bertembung secara fizikal dengannya atau, setidak-tidaknya pun, melihat ular itu hidup atau mati.

Saya bertembung dengan ular ini ketika menahan taut, menyerkap atau memasang bubu. Ular ini suka membenamkan diri di dalam lumpur sambil menunggu mangsa yang lazimnya ikan.


Menyerkap ikut jentera pembajak
Apabila menyerkap kita kerap terserkap ular ini dan menyangkanya ikan. Apabila kita menyeluk untuk menangkap “ikan”, rupa-rupanya kita tertangkap ular guni buruk.

Orang Kedah memanggilnya ular guni buruk atau ular karung guni kerana apabila terpegang, rasanya macam guni buruk yang terendam di dalam bendang.

Ular ini lebih menyerupai belalai gagah dengan kulit yang kasar. Menurut ensiklopedia atas talian Wikipedia, kulit ular ini apabila diproses dipanggil karung. Mungkin kerana teksturnya kasar macam karung guni atau mengkuang.

Sekali saya tertangkap ular guni buruk betina. Apabila saya mengangkatnya keluar dari lumpur ia melahirkan berekor-ekor anak. Ular guni buruk adalah daripada kumpulan reptilia Ovoviviparity yang mengeram telur dalam kandungan dan menetaskan anak.

Kenali Ular Anda

Di sinilah ilmu, pengetahuan dan pengalaman penting. Apabila kita hidup dalam persekitaran yang ada ular, kita kena kenal jenis-jenisnya.

Jangan kita lari lintang-pukang sampai patah kaki dan tercabut gigi kerana terserempak ular belalai gajah, ular lidi, ular tikus dan ular air yang tak bisa, tapi mati terpatuk kerana tunjuk berani dengan ular tedung selar, ular tedung, ular kapak dan ular katam tebu yang sangat bisa atau dibelit oleh ular sawa.

Jangan sangka ular hanya ada di dalam hutan dan belukar di kampung, desa dan Rancangan Felda. Sekarang ini di bandar dan di padang golf pun ada ular tedung, ular sawa dan macam-macam jenis lagi. Saya tahu sebab banyak dah masuk rumah saya.

Ada orang beritahu saya, di Putrajaya pun banyak ular. Tak menghairankan. Tapak Putrajaya adalah ladang kelapa sawit. Di ladang kelapa sawit banyak tikus. Di mana ada tikus, di situ ada lah ular yang makan tikus.

Jadi saya tidak terkejut kalau di Putrajaya ada banyak ular. Ini terbukti apabila seorang kawan saya – pembahas tetap blog ini – dipatuk ular tedung di Putrajaya pada suatu malam beberapa tahun lalu. Dekat-dekat mati sebab dua, tiga buah hospital yang dia minta rawatan tak ada penawar gigitan ular (antivenom).

Lain kali pembaca dan pembahas blog ini pergi Putrajaya, berhati-hatilah. Ada ular berbisa di Putrajaya. Oleh sebab Putrajaya masih ada ladang kelapa sawit dan paya “wetlands”, saya rasa ular sawa, ular tikus, ular kapak, ular air dan ular daun pun ada juga.

Di Kedah, orang yang berlagak pandai dan hebat tapi kosong di atas dipanggil ular air. Ular berbisa yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Tapi ular air, panjatlah Menara Kembar Petronas pun tidak akan jadi bisa.

Lain kali kalau terjumpa ular di persisiran tasik Putrajaya dan ia lari daripada kita, itu mungkin ular air. Ular tedung pun lari juga, tapi tidaklah lintang-pukang macam ular air atau ular liar.

Insya-Allah, kalau kita berilmu atau sedia belajar kita akan selamat daripada segala jenis ular. Malah kita boleh pelihara ular sebagai binatang kesayangan (pet) atau perah racunnya untuk diproses jadi penawar.

Pada macam zaman Firaun, mereka guna ular berbisa untuk bunuh musuh mereka. Cukup berkesan. Tak ada Peguam Negara, tak kira sepintar mana pun dia, boleh dapat 90 peratus bukti untuk tuduh si penjenayah.


Zaman dulu Wanita jelita dan ular berbahaya
Dalam agama Hindu pula, ular adalah antara haiwan yang “dipooja”. Ada tuhan orang Hindu namanya Manasa Devi atau Ratu Naga yang menyerupai ular tedung. Ia juga dikenali sebagai Vishahara – penawar segala racun. Dalam alam nyata, bertuahlah sesiapa yang ada wanita yang menjadi penawar segala penyakit dan masalah.

Tapi kalau tak berilmu dan tak berpengetahuan, ular guni buruk disangka lintah raksasa atau binatang ajaib. Itulah yang saya baca dalam Internet. Ada orang tak tahu jadi mereka sangka ular guni buruk adalah lintah besar atau binatang ajaib.

Lintah lain. Ia tak mematuk macam ular. Lintah hisap darah. Orang yang tak pernah digigit lintah atau pacat, tak sedar mereka digigit. Bila kenyang pacat dan lintah jatuh dengan sendirinya. Lepas itu barulah mangsanya sedar kerana rasa gatal dan bila diselidik, darah dah banyak keluar. Darah dari luka gigitan lintah lambat beku sebab telah disuntik kimia pencegah beku (anticoagulant) oleh haiwan itu. Jadi kita kena juga ambil tahu pasal pacat dan lintah takut habis darah kita kena hisap lintah darat.

Wallahuaklam.

Nota kaki: Terima kasih kepada pembaca blog yang menyapa saya di Restoran Ratha tengah hari tadi. Maklum balas saudara amat dihargai, khususnya berkenaan kebaikan tender terbuka. Saya ingin menekankan sekali lagi kepada beliau yang saya tidak ada kena mengena dengan TV3 sejak tahun 2000 lagi. Malah saya rasa saya tidak pun dialu-alukan di situ.

Sumber HD - 9-12-2016


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Jangan Gelak Kepada Ahmad Bashah

Posted on Friday, February 05 @ 08:53:16 MYT by paktam

Oleh A Kadir Jasin

BAIKLAH, saya akui ramai yang menangis hiba dan tidak kurang yang bersorak gembira kerana anak bekas Perdana Menteri disingkir daripada jawatan Menteri Besar Kedah.Saya dah tengok banyak drama politik macam ini sampai dah mangli. Akhirnya kita kena tolak emosi dan terima realiti.

Ada yang menangis dan ketawa itu ikhlas. Tapi mesti ada yang menangis dan ketawa dalam kapasiti mereka sebagai pemakan dedak.


Nak simpati dengan (Datuk Seri) Mukhriz Dr Mahathir sangat-sangat pun susah. Selepas 1,003 hari jadi MB tak kan tak ada seorang dua Ahli Dewan Undangan (Adun) Umno yang sokong beliau. Tak masuk akal. Mesti ada sebab. Tak tahulah kalau semua Adun Umno makan dedak atau kena tunjuk fail SPRM.

Buat masa ini, macam kata orang putih, Mukhriz “is history”. Kalau nak cergas dalam politik juga, dia kena modelkan semula diri dia. Stail merak kayangan tak jalan.

Sekarang mengenai Menteri Besar baru, (Datuk Seri) Ahmad Bashah Md Hanipah. Dia ni daripada generasi dan latar belakang saya.

Ahmad Bashah jadi pilihan
Allahyarham ayah saya kenal baik ayah dia. Mereka sama-sama berniaga getah dan cergas dalam politik akar umbi Umno. Kedai ayah saya di Tanah Merah, Pendang. Kedai ayah beliau di Kubur Panjang. Jarak tak sampai 10 kilometer.

Ramai orang perli dia pasal latar belakang pendidikan dia. Tak patut. Sudah kira tumbuk perut. Tak gentleman.

Ahmad Bashah tak patut malu. Dia patut bangga. Anak peniaga getah boleh naik jadi MB dengan hanya kelulusan sekolah menengah. Ada orang kata lulus SRP dan ada kata SPM.

Ramai dalam generasi dia dan saya tak mengaji tinggi. Tak ada peluang dan sebab desakan hidup. Kena cari kerja sebaik saja cukup umur kerja. Saya pun mengaji bukan tinggi sangat. Anak-anak saya lagi tinggi belajar daripada saya.

Yang patut malu adalah Adun-Adun Umno yang ada ijazah berjela-jela tu la. Merekalah yang patut malu. Kalau mereka hebat, pasal apa tak dilantik jadi MB?

Mengaji tinggi, berkonspirasi pandai, mengampu kelas dunia, stail macam Mat Salleh tapi tak dapat jadi MB.

Katakanlah Ahmad Bashah yang jadi kepala konspirasi jatuhkan Mukhriz. Lagi terer (terror), lagi hebat. Budak kampung mengaji sekolah menengah boleh makan budak lulus universiti Amerika dan Jepun.

Bukan itu saja. Perdana Menteri dan Presiden Umno, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak lebih percaya dan teruja dengan budak lulus sekolah menengah daripada segala para sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam Dun Kedah.

Atau kita boleh kata, inilah kesudahan politik dedak, cantas mencantas, konspirasi dan anti-orang pandai yang diamalkan oleh Umno sejak sekian lama. Lulusan sekolah menengah naik jadi MB!

Selepas 70 tahun mendakwa berjuang untuk agama, bangsa dan negara dan 58 tahun menerajui Malaysia inilah agaknya penghujung jalan bagi Umno.

Pasal makan dedak, saya nak cerita sikit. Saya boleh kata pakar dalam hal dedak. Ayah saya pernah bekerja di kilang beras. Dedak adalah hasil sampingan mengilang padi jadi beras. Dedak dibagi makan kepada ayam, itik dan babi. Sebab kurang zat kena campur dengan nasi basi dan sisa makanan lain. Silap-silap campuran ayam, itik dan babi boleh tercekik. Jadi hati-hatilah bila makan dedak.

Wallahuaklam.

Sumberv DD - 5-2-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesan Pecah-Belah Kepada Politik Kedah

Posted on Wednesday, February 03 @ 14:22:47 MYT by paktam

Oleh A Kadir Jasin PENYINGKIRAN (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah adalah peristiwa politik negeri yang cukup sesuai dijadikan bahan kajian oleh penuntut sains politik.

Ia mempunyai segala ramuan yang diperlukan untuk sebuah drama “intrigue” politik. Pertimbangkan fakta-fakta berikut:


1. Mukhriz adalah satu-satunya anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang cergas dalam politik.

2. Beliau adalah "late starter" kerana Dr Mahathir menyekat anak-anaknya daripada bertanding pilihan raya ketika beliau masih Perdana Menteri dan Presiden Umno.

3. Abang Mukhriz, iaitu Mokhzani yang dikatakan lebih sesuai dalam politik hanya bergiat di peringkat Umno bahagian ketika Dr Mahathir masih Perdana Menteri. Cadangan agar beliau bertanding pilihan raya ditolak oleh bapanya.

4. Apabila Dr Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden pada tahun 2003, barulah Mukhriz boleh memikirkan sama ada mahu memasuki politik atau tidak. Beliau bertanding kerusi Parlimen Jerlun, Kedah pada Pilihan Raya Umum 2008 dan menang walaupun Kedah jatuh ke tangan PAS tahun itu.

5. Dalam PRU 2013 Mukhriz dan bapanya bergabung berkempen dan berjaya merampas balik negeri itu daripada Pas.

6. Janji pilihan raya adalah jika BN merampas semula Kedah, Mukhriz akan dilantik sebagai Menteri Besar. Beliau menang kerusi Dewan Undangan Ayer Hitam dan dilantik menjadi Menteri Besar.

7. Malangnya, kalau Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, bukan Tun Abdul Razak, Mukhriz pula bukan Tun Dr Mahathir. Beliau tidak mempunyai perwatakan, kecekapan politik, ketekunan dan kreativiti bapanya.

8. Kesilapan besar beliau yang pertama adalah tersalah kira permainan politik Adun dan Ketua-ketua Bahagian Umno. Beliau sama ada tidak sedar atau tidak mempedulikan hakikat bahawa majoriti Adun dan Ketua-ketua Bahagian Umno Kedah adalah veteran politik tikam belakang dan kayu tiga.

9. Tetapi jerami yang mematahkan belakang kerbau adalah pergeseran antara Dr Mahathir dengan Mohd Najib. Mukhriz menjadi mangsa politik pukul anak sindir menantu. Atau lebih tepat, belasah Mukhriz kalau tidak berdaya melawan Mahathir.

10. Mukhriz secara langsung menjadi mangsa "collateral damage" perang Najib-Mahathir. Kerana beliau sendiri tidak begitu kuat maka mudahlah digasak oleh budak-budak Mohd Najib.

11. Apatah lagi budak-budak Mohd Najib diberi banyak dedak untuk makanan sendiri dan untuk diagih-agihkan. Politik “cash is king” bukan saja digunakan untuk mencari sokongan dan membeli kesetiaan tetapi juga bagi memusnahkan musuh.

12. Walaupun Mohd Najib dan budak-budaknya telah berjaya memperoleh apa yang mereka idamkan, isu yang lebih mencabar sebenarnya baru bermula.

13. Apakah Menteri Besar baru ini paling layak di segi pengalaman, pelajaran, ilmu dan pengetahuan untuk menerajui negeri dan parti berbanding Exco dan Adun Umno yang lain?
14. Adakah beliau mampu menyatupadukan semula Umno dan mengambil hati ahli serta penyokong parti sebelum PRU nanti?

15. Realitinya, sesiapa pun yang mengambil alih akan mengalami "handicap" pada pilihan raya akan datang kerana sudah menjadi sejarah di Kedah, iaitu apabila parti yang memerintah berpecah-belah ia akan kalah dalam pilihan raya.

16. Umno/BN kalah kepada PAS pada PRU 2008 kerana pecah-belah Umno negeri dan masalah pentadbiran pusat. (Datuk Seri) Mahdir Khalid sempat jadi Menteri Besar selama 802 hari sahaja selepas mengambil alih daripada (Datuk Seri) Syed Razak Syed Zain (2,203 hari).
17. PAS kalah pada PRU 2013 kerana pecah-belah akibat cabaran terhadap Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

18. Pengundi Kedah yang sudah biasa dengan pertukaran parti amat sensitif terhadap permainan politik. Mereka akan tolak parti yang dilihat sebagai mementingkan diri sendiri daripada kepentingan rakyat jelata.
Wallahuaklam.~kadirjasin.blogspot.my

Sumber DD - 3-2-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persoalan baru dalam kemelut MB Kedah

SHAHBUDIN HUSIN | .


Rancangan menggugurkan Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar kini menimbulkan persoalan baru  berikutan Jemaah Pemangku Diraja Kedah dilaporkan ingin menemui kesemua 21 Adun BN negeri itu secara individu terlebih dahulu.

Pertemuan itu dikatakan akan diadakan pada Isnin (esok) untuk membolehkan Jemaah Pemangku Diraja Kedah menilai sama ada majoriti Adun bersetuju dengan rancangan menukar Mukhriz atau sebaliknya.

Mukhriz juga akan turut dipanggil, tetapi beliau akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Jemaah Pemangku Diraja Kedah.

Yang menimbulkan persoalan ialah mengapa Jemaah Pemangku Diraja Kedah ingin menemui kesemua 21 Adun BN itu?

Apakah ia semata-mata kerana Mukhriz enggan mengundurkan diri dan yakin sokongan masih berpihak kepadanya?

Jika begitu, apakah akaun bersumpah yang sudah dibuat oleh 19 daripada 21 Adun BN sebelum ini masih lagi tidak mencukupi atau ianya tidak begitu diyakini?

Apakah pertemuan Najib Razak dengan Jemaah Pemangku Diraja Kedah pada Jumaat lalu untuk maksud yang sama sambil mempersembahkan nama calon Menteri Besar yang baru, dianggap gagal dan menemui jalan buntu?

Apakah pertemuan pemimpin Umno Kedah dengan Najib di ibu pejabat Umno dan kemudian diikuti dengan pertemuan kedua antara Adun-Adun Kedah dengan Perdana Menteri serta sidang akhbar di Alor Setar yang diketuai oleh Ahmad Bashah minggu lalu, dianggap tidak bermakna apa-apa dan membuang masa saja?

Tidakkah permintaan untuk bertemu dengan Adun-Adun itu merupakan tanda tersirat bahawa Istana Kedah lebih mahukan Mukhriz terus dikekalkan memimpin negeri itu?

Apakah kesemua Adun yang sudah menandatangani akaun bersumpah itu terus kekal dengan pendirian mereka atau akan "goyang" apabila bercakap dan diminta berterus-terang secara individu di depan Jemaah Pemangku Diraja?

Mungkinkah juga Adun-Adun itu nanti akan diyakinkan untuk terus menerima Mukhriz demi kepentingan rakyat dan negeri Kedah secara keseluruhannya? - http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 

Sumber HD - 31-1-2016


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Najib tiada kes, rakyat banyak kes tolak Umno

SHAHBUDIN HUSIN | .


NAMPAKNYA keputusan Peguam Negara membersihkan nama Perdana Menteri, Najib Razak berhubung siasatan derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang masuk ke akaun peribadinya, tetap tidak diterima baik dengan baik oleh rakyat pelbagai lapisan.

Di mana-mana boleh didengar rakyat membicarakan isu tersebut dan rata-ratanya mereka tidak setuju dan memperlekeh tindakan Peguam Negara, Apandi Ali membebaskan Najib begitu saja.

Di pejabat, kedai kopi, lobi hotel, pasar dan di mana-mana saja jelas dapat dikesan rasa tidak puas hati itu.  Ada juga budak-budak sekolah yang berbual dengan rakan-rakannya turut kehairanan mengapa Najib bertindak memulangkan derma yang sudah diterimanya.

Jika budak-budak sekolah itu tahu keseluruhan kenyataan Peguam Negara, tentu mereka lebih hairan bagaimana Najib juga boleh tidak tahu sama sekali adanya dana RM42 juta berada dalam akaun bank peribadinya.

Hakikatnya, kalau dihitung perbualan komunikasi alam maya seperti dalam Facebook, Twitter, Whatsapp, Telegram dan sebagainya, keadaan tidak setuju dengan tindakan Peguam Negara itu jauh lebih mengerikan lagi. Macam-macam ulasan dan komen yang boleh didapati.

Dalam masa yang sama, hampir tidak ada yang berani mempertahankan atau membela keputusan Peguam Negara itu. Pejuang maya proNajib dalam sehari dua ini dilihat lebih banyak berdiam atau cuba beralih kepada topik lain berbanding mempertahankan keputusan Peguam Negara yang paling dipertikaikan itu.

Lebih menghangatkan keadaan ialah bilamana SPRM sendiri dilaporkan akan membuat rayuan terhadap keputusan Peguam Negara itu serta cuba membentangkannya kepada Panel Penilaian Operasi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memantau perjalanan agensi tersebut.

Ia dengan jelas menggambarkan SPRM secara mutlaknya tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara itu memandangkan mereka dilaporkan telah mencadangkan agar tiga pertuduhan diambil terhadap Najib.

Tetapi dengan Peguam Negara menolak cadangan SPRM itu, ia bukan saja menimbulkan kekecewaan dan patah hati mereka berikutan sudah bekerja keras lebih enam bulan sebelum ini untuk melengkapkan siasatan, malah ia seperti SPRM turut menghampakan harapan rakyat yang cintakan kebenaran.

Penantian rakyat dalam isu siasatan terhadap Najib berkaitan derma RM2,600 juta dan kemasukan dana RM42 juta daripada SRC International ke akaun peribadinya ialah umpama penonton bolasepak yang begitu mengharapkan jaringan gol ketika melihat seorang penyerang diberikan bola yang hanya memerlukan tolakan mudah saja, tetapi akhirnya pemain  terbabit enggan melakukan tendangan.

Begitulah kecewanya majoriti rakyat terhadap keputusan Peguam Negara itu. Tetapi, seperti penonton bolasepak, apalah daya mereka.

Ini pula merupakan kali kedua kertas siasatan ditolak oleh Peguam Negara di mana sebelum ini nasib yang sama telahpun menimpa Bank Negara Malaysia.

Apandi pula dengan bangga mempertahankan keputusannya, malah meminta sesiapa yang tidak puas hati agar menggunakan saluran undang-undang untuk mendapatkan tafsiran mahkamah berhubung tindakannya itu.

Dalam hal ini, Apandi haruslah sedar bahawa bukan semua rakyat suka pergi ke mahkamah untuk menuntut kebenaran. Jawapan bernada angkuh dengan mengatakan adalah haknya sebagai peguam negara sama ada mahu memulakan, meneruskan atau menghentikan mana-mana prosiding jenayah kepada mana-mana individu, bukan saja menghampakan, malah langsung tidak memberi gambaran yang baik mengenai perjalanan sesebuah kerajaan yang mendukung aspirasi rakyat.

Tambahan lagi, bukanlah rahsia juga, beliau duduk di kerusi tersebut hanya mengambil alih tempat Gani Patail yang disingkirkan secara mengejut dan penuh tanda tanya. Oleh itu, Apandi seharusnya lebih berhemah, cermat dan mesra dalam memberikan respon balasnya.

Memanglah semua orang tahu hak dan kedudukannya sebagai peguam negara, tetapi jika sesuatu yang jelas berwarna merah dan sesiapa pun akan mengatakannya merah, janganlah hanya kerana kuasa dan kedudukan sebagai pemegang kata putus, beliau dengan bangga  dan tanpa perasaan mengatakannya berwarna hijau.

Mungkin orang yang tidak bersetuju hanya sekadar mampu memprotes dan tidak berupaya mengubah keputusan yang sudah dibuatnya itu, tetapi tentu ada ketikanya ruang untuk berbuat sesuatu akan menjelma juga.

Di sebalik Najib dibersihkan dan didapati tiada kes oleh Peguam Negara, sedarkah beliau bahawa ia dalam masa yang sama menjadikan rakyat semakin ada kes untuk menjauhi dan menjatuhkan Umno dalam PRU14 nanti?

Dengan berbekalkan 52 peratus undi popular sudah menolak Umno dan BN dalam pilihan raya 2013 lalu, tidakkah mustahil sebenarnya angka penolakan itu tambah membesar bersama keyakinan bahawa hanya perubahan kerajaan saja satu-satunya jalan penyelesaian kepada segala kemelut dan kebejatan yang ada sekarang? - shahbudindotcom.blogspot.my/

Sumber HD - 28-1-2016

-----------------------------------------------------------------------------
Kadir gesa Raja Melayu, ahli politik segera selamatkan negara


Posted on Wednesday, January 20 @ 08:27:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin berharap ahli-ahli politik Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah serta raja-raja Melayu akan bertindak segera untuk memastikan negara dan ekonominya tidak merosot.

Dalam blognya, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah kehilangan kewibawaan dan autoriti moral untuk memerintah negara ini sejak memenangi pilihan raya umum 5 Mei 2013, berikutan skandal yang dihadapinya.

Ini, kata Kadir meskipun jentera propaganda Najib mendakwa sebaliknya berhubung projek cetusan ilham perdana menteri, 1MDB.
Menurutnya, sejak 4 Januari lalu, apabila Bursa Malaysia dibuka untuk tahun baru 2016, ia jatuh 3.53 peratus dalam masa sembilan hari perniagaan dan pasaran saham merosot lagi hari ini.

“Menurut majalah The Economist, antara 31 Disember 2014 hingga 6 Januari lalu, Bursa Malaysia jatuh 5.3 peratus dalam nilai ringgit dan 24.6 peratus dalam nilai dolar Amerika.

“Perdana Menteri dan jentera propaganda beliau mendakwa skandal perniagaan atas angin 1MDB sudah selesai apabila dua aset utamanya – penjana elektrik bebas (IPP) dan Bandar Malaysia - dijual kepada pemodal Negeri China,” katanya.

Wartawan veteran itu berkata di kalangan pelabur, penganalisis pasaran dan agensi penarafan naik turun pasaran saham adalah ukuran keyakinan pemodal terhadap sesuatu perkembangan penting.

“Kejatuhan berterusan Bursa Malaysia membayangkan penolakan pemodal terhadap penyelesaian skandal 1MDB dan kurang keyakinan kepada pemerintahan Najib,” katanya.



Kadir berkata, jika pasaran saham bukannya satu-satu kayu pengukur, keyakinan yang merosot terhadap Najib juga terserlah apabila agensi penarafan antarabangsa Moody's menyemak turun penarafan ekonomi Malaysia daripada positif kepada stabil.

Katanya, pada aras stabil, kerajaan terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi jika ia meminjam.

Beliau berkata dalam keadaan di mana pendapatan kerajaan semakin berkurangan akibat kejatuhan berterusan harga minyak mentah, perbendaharaan mungkin terpaksa berhutang.

“Dasar fiskal Najib, khususnya penghapusan subsidi dan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), adalah bertujuan, antara lain, mengambil hati agensi penarafan antarabangsa agar tidak merendahkan penarafan Malaysia.

“Yang sebaliknya berlaku. Rakyat jelata menderita, penarafan Malaysia jatuh juga,” katanya.
Walaupun sesetengah pihak percaya penyelesaian mungkin terletak pada pilihan raya umum ke-14, Kadir tidak yakin ia akan menjadi begitu kerana bimbang bahawa pada masa itu, Malaysia sudah menjadi negara gagal, rakyat jelata papa kedana dan usaha memulihkan ekonomi menjadi amat sukar.

“Malah tidak ada jaminan bahawa pilihan raya umum akan diadakan, dan kalau diadakan sekalipun belum tentu parti baru akan berkuasa.

“Berjaga-jagalah. Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 memberi kuasa yang amat luas kepada perdana menteri,” katanya.

Justeru, Kadir berkata jika ada sesiapa yang berasa berkewajipan dan berupaya mengubah keadaan dan menyelamatkan negara, orang itu perlu bertindak segera atau disyaki telah disajikan dedak.

“Tidak kiralah Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin atau sesiapa saja – perlulah bertindak segera atau disyaki telah disajikan dedak.

“Dalam hubungan yang sama, Raja-raja Melayu turut terbabit kerana para Baginda sudah pun mengeluarkan kenyataan pada 6 Oktober lalu yang sekali gus menaikkan semangat dan harapan rakyat jelata bahawa merekalah pelindung dan penyelamat mutakhir rakyat jelata dan negara.

“Rakyat jelata sudah tahu Raja mana berpendirian apa. Jangan salahkan rakyat jelata. Bukan semua rakyat jelata jahil dan boleh disuap dedak. Lagipun, bilangan Raja-raja Melayu bukanlah ramai sangat – sembilan orang saja,” katanya.

Sumber TKO - 20-1-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





PAN jangan awal sangat mahu mengada-ngada

SHAHBUDIN HUSIN | .


PARTI Amanah dilaporkan masih menimbang sama ada mahu menerima atau tidak peruntukan lapan kerusi  ahli majlis di PBT Selangor dalam agihan baru yang dibuat baru-baru ini berikutan kurang berpuas hati dengan jumlah tersebut.

Ia susulan parti itu sebelum ini meminta diperuntukkan sekurang-kurangnya 24 kerusi ahli majlis daripada keseluruhan 288 kerusi PBT yang terdapat di negeri itu.

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim dipetik sebagai berkata, masih menimbang sama ada mahu menerima atau menolak peruntukan lapan kerusi yang diagihkan oleh kerajaan negeri itu.

Agihan baru itu dibuat oleh kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali berikutan kewujudan Amanah sebagai parti baru yang kini menganggotai Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP, sementara PAS walaupun tidak menganggotai gabungan baru itu, tetapi kekal bertahalul siyasi dengan PKR.

Kerajaan negeri  pula dilaporkan enggan melayan rasa tidak puas hati Amanah itu, sebaliknya meminta mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya "daripada kosong, kini sudah ada lapan kerusi ahli majlis dalam PBT yang dimiliki."

Dalam hal ini, Amanah harus kembali kepada realiti. Mereka adalah parti baru yang masih belum diuji sokongan rakyat dalam mana-mana pilihanraya. Semua kerusi Parlimen atau DUN yang mereka menangi sekarang adalah atas tiket PAS.

Oleh itu, ada baiknya mereka menerima saja peruntukan lapan kerusi yang diperuntukkan itu dan membuktikan keinginan untuk bekerjasama memenangi hati rakyat terlebih dahulu melalui kemampuan dalam pilihanraya akan datang.

Amanah tidak perlu menunjukkan mereka terlalu "mengada-ngada" inginkan kerusi, jawatan dan kedudukan, sebelum kemampuan sebenar mereka diuji sama ada diterima rakyat atau sebaliknya.

Yang penting buktikan kemampuan terlebih dahulu melalui kejayaan memenangi kerusi dalam pilihanraya dan membantu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan mengekalkan kerajaan negeri yang ada.

Kalaupun mahu "mengada-ngada"  dalam menuntut apa jua agihan, kerusi, jawatan dah ganjaran, tunggulah selepas PRU 14 nanti. (SH 08/01/2016). - shahbudindotcom.blogspot.my/

Sumber HD - 8-1-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kit Siang masih bermimpi lagi?

ASPAN ALIAS | .


LIM Kit Siang memberi jaminan Melayu tidak perlu takut jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya yang akan datang. Pakatan Harapan akan mentadbir negara mengikut apa yang dipandukan oleh Perlembagaan Negara dan menjaga setiap kepentingan bangsa di negara ini.

Dalam pilihan raya yang lalu Pakatan Rakyat menjanjikan janji-janji yang sama tetapi Pakatan Rakyat itu sendiri terkubur, jauh sekali untuk melaksanakan janji-janji itu.

Bagi saya selagi Pakatan Harapan tidak mempunyai satu parti yang mampu mengetuai dan memandu Pakatan itu, janji-janji itu elok kita akui ia merupakan mimpi di siang hari semata-mata. Kita tidak tahu siapa yang memimpin Pakatan Harapan ini. Adakah PKR? Atau DAP atau parti serpihan PAS Parti Amanah?

Sebusuk-busuk BN, Umno menjadi ketuanya, tetapi dalam Pakatan Harapan tidak ada satu parti pun yang boleh mengetuainya, setakat DAP membuat bising di Selangor untuk membuat tekanan dan pengaruhnya dan tidak pula membenarkan parti-parti lain untuk bersuara di Pulau Pinang.

Setakat ini Pakatan Harapan belum memerintah kerajaan Persekutuan lagi pun sudah nampak kekecohan dan keadaan tidak sehaluan di antara satu parti dengan parti yang lain.

Kita bukan tidak mahu Pakatan Harapan memenangi pilihan raya kali ini tetapi hakikatnya kerajaan Pakatan Harapan akan terkubur dengan cepat jika mereka mendapat mandat untuk mentadbir negara ini.

Sesungguhnya inilah dilema yang jelas dalam kalangan rakyat sekarang. DAP tidak akan mampu meyakinkan rakyat yang parti itu tidak akan berbuat bising dan menjadi buas jika ada kuasa selepas pilihan raya nanti.

Begitu baik dengan PAS, akhirnya PAS dianggap sebagai parti musuhnya semata-mata kerana mahukan golongan yang kalah dalam pemilihan parti PAS untuk menjadi rakannya.

Tidak ada salahnya kumpulan ini menubuhkan apa-apa parti pun tetapi ia ditubuhkan selepas penajaanya adalah dalam kalangan mereka yang tewas dalam pemilihan parti PAS dan ditambah pula semasa DAP sedang menghimpit PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Asas waktu penubuhan parti ini tidak dapat memberikan nilai tambah kepada kewujudannya dan sebab kenapa parti itu wujud.

Harapan Lim Kit Siang itu, saya anggapkan sebagai pungguk rindukan bulan sahaja atau bermimpi di siang hari. Walaupun DAP segar dan kuat mendaftarkan pengundi-pengundi di kawasan Shah Alam misalnya tetapi itu merupakan kawasan yang dipegang oleh rakan kongsinya Khalid Samad. Itu juga sudah menjadi persoalan oleh banyak pihak.

Bagi sesiapa yang mempunyai tenaga untuk dibazirkan, sememangnya bolehlah meneruskan membina parti Amanah ini tetapi bagi mereka yang sudah tidak mempunyai banyak tenaga lagi elok fikirkan kembali niat untuk membina parti itu yang saya anggap sebagai tindakan yang membuang waktu dan masa kehidupan kita sahaja.

Akhirnya nanti, Parti Amanah akan hanya dijadikan sebagai ‘pelapik kaki’ sahaja oleh rakan kongsinya dengan menggunakan pemimpin-pemimpin yang sudah selesa dengan kehidupan bersama DAP. Orang yang di bawah ini hanya menjadi umpan semata-mata.

Itulah realitinya. Jika umur kita panjang, sama-samalah kita lihat apa kesudahannya nanti. - aspanaliasnet.blogspot.my

Sumber HD - 8-1-2016
--------------------------------------------------------------------------------
PAU 2015 berlalu, masalah Umno terus parah

Posted on Sunday, December 20 @ 09:00:00 MYT by paktam

Oleh Roslan SMS

PERHIMPUNAN Agung Umno 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya. Umno mengadakan PAUnya kali ini dalam keadaan ia berhadapan dengan dua krisis besar dan ternyata ian tamat tanpa tandatanda krisis berkenaan boleh reda dalam waktu terdekat.

Krisis pertama adalah krisis keyakinan rakyat terhadapnya. Ini ekoran kegagalan Umno sebagai parti tulang belakang kerajaan dalam menyelesaikan beberapa permasalahan kritikal yang menjejaskan penghidupan rakyat.



Rakyat jelata begitu terkesan dengan kenaikkan kos hidup yang mencengkam rumahtangga masing-masing. Harga barangan dan perkhidmatan naik menggila sedangkan upah dan pendapatan tidak banyak berubah.

Pergantungan kerajaan pada GST untuk menampung kelompongan hasil berpunca dari kejatuhan harga minyak mentah dunia telah mencurahkan hasil baharu namun atas kenestapaan rakyat yang terpaksa menderita menanggungnya.

Kegagalan Umno sebagai teraju kerajaan dalam mengemukakan penyelesaian sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat telah mengakibatkan rakyat jelata termasuklah orang-orang Melayu mula hilang kepercayaan dan keyakinan pada Umno. Jika selama ini majoriti berdiri teguh di belakang Umno hari ini tidak lagi. PAU 2015 berlalu, masalah Umno terus parah Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Merdeka Centre hanya 31 peratus pengundi Melayu yang kekal taat berpuas hati pada kerajaan yang diterajui Umno, sedangkan pada Januari tahun lalu tahap keyakinannya berada pada paras 52 peratus.

Jika kajian Merdeka Centre ini boleh dijadikan penanda aras ini bermakna Umno berada dalam situasi yang sangat mencemaskan.

Krisis kedua adalah krisis dalaman yang melanda Umno sejak timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naibnya Dato’ Seri Shafie Apdal memilih untuk mengkritik kepimpinan presidennya, Dato’ Seri Najib Tun Razak secara terbuka.

Isu skandal 1MDB dan penyaluran dana sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib dicungkil dan didedahkan secara terbuka sehingga kedua-dua mereka dilucutkan dari jawatan kabinet yang disandang masingmasing.

Serangan kem Muhyiddin ini dibantu pula oleh bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Masing-masing melancarkan serangan bertalu-talu terhadap presiden mereka seakan tahun ini tahun pemilihan buat Umno.

Maka bersengketalah dalaman Umno hinggakan beberapa keputusan “luar biasa” diambil termasuklah menafikan tradisi timbalan presiden merasmikan persidangan sayap-sayap Pemuda,

Puteri dan Wanita. Tidak cukup dengan itu Majlis Tertinggi Umno turut menafikan tradisi timbalan dan naib presiden berucap dalam slot ucapan penangguhan sebelum penggulungan presiden semata-mata kerana mahu menutup mulut Muhyiddin dan Shafie.

Kedua-dua krisis meruncing ini seakan buntu dan tidak mampu diselesaikan Umno.

PAU 2015 yang menghimpunkan kekuatan Umno dari seluruh negara ini dilihat sebagai “platform” yang paling sesuai untuk menangani keduadua krisis ini jangan sampai ia memakan Umno dari dalam. Krisis ini jika dibiarkan berlarutan pasti merebak bagaikan barah menjadi mudarat buat tubuh dan masa depan Umno.

Malangnya PAU 2015 telah datang dan pergi namun kedua krisis ini jangankan menampakkan jalan keluar, malah lebih kacau dan berserabut tampaknya.

Tiada ketetapan dan keputusan yang jitu yang terbit dari PAU 2015 yang boleh menjanjikan kelegaan buat umat Melayu dan rakyat Malaysia dalam mengharungi kos kehidupan mereka yang membebankan itu.

Yang terbit dari mulut presidennya semasa ucapan penggulungannya sekadar menjanjikan potongan harga tambang ERL dan komuter KTM bagi kumpulan sasar tertentu khasnya kanak-kanak sekolah, siswa dan warga emas.

Bukan semua rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan ini.

Bagaimana pula dengan kadar tol, tambang pengangkutan awam lain, harga rumah, harga barangan dan perkhidmatan yang naik yang merata terkena ke atas setiap individu rakyat?

Kalau Umno yang diberikan amanah memegang teraju pemerintahan tidak boleh mengemukakan formula yang efektif dalam meringankan beban rakyat siapa lagi yang boleh? Pastinya pasca PAU ini tahap keyakinan rakyat terhadap Umno bakal menggelongsor turun lagi .

Dalam pada itu krisis dalaman Umno juga tidak berjaya ditamatkan sebaliknya semakin panas membara. Langkah Najib berjiwa besar, membuka pintu dan jendela hatinya menghulurkan silaturahim kepada Muhyiddin semasa ucapan penggulungannya ternyata tidak disahut. Ramai yang menjangkakan Muhyiddin akan bangkit menuju rostrum dan berpeluk serta berjabat tangan menyahut ucapan Najib ketika itu tetapi tidak.

Setelah tamat berucap dan berjalan menuju ke tempat duduknya Najib berhenti di hadapan Muhyiddin dan seluruh negara dapat saksikan betapa Najiblah yang dahulu mensuakan tangannya, Muhyiddin sekadar manyambut dingin.

Bercakap kepada pemberita di luar Dewan Merdeka, Muhyiddin berkata tidak ada sebab mengapa harus beliau memohon maaf kepada Najib sedangkan beliau tidak pernah melakukan kesalahan.

Melalui perkembangan ini terbukti juga Umno gagal menyelesaikan krisis dalamannya malah ia menjadi semakin parah dan besar kemungkinan selepas ini tindakan lebih drastik akan dikenakan terhadap Muhyiddin dan para penyokongnya.

Umno bakal melihat partinya semakin goncang dan goyah. Begitulah PAU 2015. Dimulakan dengan dua krisis besar yang mencabar dan diakhiri dengan kedua-dua krisis tadi menjadi semakin parah dan mengancam survival Umno.

Dalam pada itu Najib dengan hati yang terbuka telah menghulurkan pula tali silaturrahim dan ikatan ukhuwah pada PAS untuk membina sebuah Malaysia berlandaskan syariat- Nya.

Walau dihantui dengan dua krisis besar di atas, beliau tetap terbuka hati mahu berbaik dengan PAS.

Dan Presiden PAS telah memberikan responsnya dalam bentuk nasihat yang sangat berguna buat Umno. Menyedari betapa tenatnya kedudukan Umno dilanda kedua krisis berkenaan Tuan Guru Presiden PAS menyarankan supaya Umno segera kembali kepada Islam, iaitu mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya.

Mampukah Umno merobah haluannya mendakapi Islam dengan seikhlas dan sejujurnya?

PAS tidak pernah menolak sebarang usaha untuk memartabatkan Islam tetapi Umno perlu serius dan bukan sekadar penyedap kata untuk keluar dari krisis yang sedang melanda dirinya.

Ujian sebenar buat Umno adalah menghadapi dan menyelesaikan dua krisis besar tadi dan sementara itu PAS dan rakan poltiknya PKR akan melihat dari jendela masingmasing perkembangan selanjutnya dalam Umno. Buat masa ini pintu PAS tertutup rapat.

Sumber DD  - 20-12-2015
----------------------------------------------------------------------------
Umno, Pas Perlu Buat Referendum Sebelum Jalin Kerjasama

Posted on Saturday, December 19 @ 08:44:21 MYT by Reformis

Oleh Shahbudin Husin

Antara UMNO dengan Pas,  parti manakah  yang ingin sangat untuk bekerjasama?

Antara Najib Razak dengan Hadi Awang pula, siapakah yang paling mahu jalinan  kerjasama itu?


Siapakah yang lebih mendapat manfaat jika kerjasama itu menjadi kenyataan - Najib dan UMNO atau Hadi dan Pas?Adakah kedudukan Melayu dan Islam benar-benar mendapat untung daripada kerjasama itu?

Barangkal soalan-soalan diatas adalah pertanyaan lazim mengenai kerjasama UMNO dengan Pas yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Walaupun mungkin ramai yang mengatakan Najib yang lebih ke depan penonjolannya dari segi inginkan kerjasama itu, terutama bagi menyelamatkan survival politiknya, terdapat juga sebilangan yang lain menyatakan bahawa Pas juga perlukan kepada kerjasama tersebut untuk masa depannya.

Dalam konteks Najib dan UMNO, keperluan kepada kerjasama itu sangat mudah difahami berikutan serangan daripada Tun Mahathir Mohamad yang berterusan sejak sekian lama dan pelbagai isu yang melanda negara lebih memungkinkan parti itu bakal kehilangan kuasanya dalam pilihanraya akan datang ini.

Berdasarkan perkembangan semasa, hanya dengan menjalin kerjasama bersama Pas sahajalah yang memungkinkan Najib dan UMNO boleh terus kekal menggenggam kuasa.

Bagi Pas pula, perlunya kerjasama ini hanya dilihat untuk memulihkan imejnya yang berpecah dengan kumpulan progresif sehingga tertubuhnya Amanah dan juga berikutan keputusannya tidak mahu menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Hadi yang kepimpinannya paling dipertikaikan sejak kebelakangan ini sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kepada musuh-musuhnya bahawa Pas yang diterajuinya masih lagi menjadi buruan dalam penentuan kuasa dalam negara ini.

Cuma, dalam konteks keuntungan kepada Melayu dan Islam yang masih kedengaran pertikaiannya di mana-mana. Sementara ada yang mengatakan kerjasama itu akan melonjakkan maruah Melayu dan Islam, pihak lain agak skeptikal dengannya sambil menyatakan ia sesuatu yang masih kabur lagi.

Bagaimanapun, mahu tidak mahu, UMNO dan Pas mesti menyedari bahawa kerjasama ini adalah perkara besar kepada kedua-dua parti tersebut.

Ia bukan perkara main-main kerana implikasinya kepada kedua-dua pihak juga bukan sedikit.

Paling tidak, implikasinya kepada UMNO yang perlu diambilkira ialah dari segi penerimaan ahli di peringkat bawahan, hubungan dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN, kesannya kepada senario politik di Sabah dan Sarawak serta dari segi pembahagian kerusi dalam pilihanraya.
Kepada Pas, selain penerimaan ahli peringkat bawahan dan pembahagian kerusi dalam pilihanraya, kerjasama dengan UMNO tentunya membawa kesan yang sama kepada tahaluf siyasinya dengan PKR di Selangor sekarang ini.
Pas menolak untuk menyertai Pakatan Harapan kerana tidak sebulu dengan DAP dan Amanah, tetapi dalam masa yang sama kekal meneruskan pakatan kerjasamanya dengan PKR di Selangor.
Apakah jika memilih untuk "cium mulut" dengan UMNO, Pas sudah sedia berundur daripada semua kedudukan dalam kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali, daripada jawatan Exco, jawatan di pelbagai anak syarikat GLC hinggalah ke peringkat ketua kampung yang sedang dipegangnya?

Dalam hal ini, untuk membolehkan kerjasama itu benar-benar konkrit dan bukan merupakan keputusan pihak atasan semata-mata, adalah wajar UMNO dan Pas mengadakan referendum di kalangan ahli-ahlinya atau setidak-setidaknya mengadakan perhimpunan khas untuk mendapat persetujuan mengenainya.

Selain implikasi-implikasi yang disebutkan itu, harus juga disedari bahawa perbalahan politik antara UMNO dengan Pas bukan sekadar berbeza ideologi dan berebut kuasa semata-mata, tetapi rentetannya turut merebak sehingga adanya perpecahan dalam keluarga, kampung, surau, masjid dan di satu peringkat turut melibatkan tuduh-menuduh dari segi akidah.

Dari segi tekanan dan mangsa kuasa, bukan sedikit pula yang menderita, teraniaya dan sengsara, malah ada yang sehingga kehilangan nyawa.

Lantaran itu, kalau pun perlu sangat untuk UMNO dan Pas bekerjasama bagi menyesuaikan dengan keperluan serta realiti semasa, keputusannya tidak harus hanya melibatkan peringkat atasan saja dan memangsakan ahli serta penyokong di peringkat bawahan.

Sumber DD - 19-12-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parti Bermaruah yang Memartabatkan bangsa Melayu!


Posted on Friday, December 18 @ 21:32:44 MYT by Reformis

Oleh Mohd.Ariff Sabri

Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu.

Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga.


Begitulah hujjah yang digunakan oleh orang UMNO. Tidak, orang lain tidak buat begitu. Yang buat begitu setakat ini hanya Najib seorang.

Najib kan pahlawan Bugis? Tapi bukan pahlawan Bugis yang memenangkan bendahara Wah Ahmad dalam perang saudara Pahang dalam tahun 1880an.Orang Pahang kena ingat perkara ini.
Najib jaga orang Melayu kan? Melayu itu kanak2 sepanjang zaman yang mesti dijaga.

Untuk jaga orang Melayu mesti banyak wang sebab orang Melayu mahu sekurang2 RM50 bila mahu menyertai PAU. Dan untuk menang PRU mesti banyak wang. Kalau tidak macam mana hendak beli pengundi? Bagaimana hendak jaga Islam kalau tidak ada wang.

Jika pemikiran seperti ini menjadi keperangaian kedua orang Melayu, maka habis lah Malaysia.

Tidak mengapa duit YAPEIM hilang, ianya untuk Islam dan orang Islam. Ambilah duit banyak mana pun dari perbendaharaan, asalkan pengambil nya Melayu, untuk orang Melayu konon, untuk Islam konon.

Pemikiran anarki seperti ini jangan dijadikan budaya Melayu hari ini.

Saya telah menyebut mengenai suatu teknik lihai yang digunakan oleh mereka2 yang tidak boleh menjawab apa2 lagi. Teknik ini disebut prospective blackmailing- yakni menyatakan secara terlebih dahulu, perkara buruk yang dilakukan oleh encik x hari ini, akan dilakukan oleh encik y dimasa hadapan. Oleh yang demikian, adalah lebih baik, semua orang kekal dengan encik x. encik y , dua kali lima juga.

Apa yang saya khuatiri sudah pun berlaku. Ada seorang perwakilan berkata- biarlah Najib ambil RM2.6 billion atau lebih pun tak apa, sebab ianya untuk Melayu. Inilah pemikiran yang akan menjahanamkan bangsa Melayu apabila kemungkaran diterima sebagai satu kebiasaan. Orang seperti inilah yang akan kata- tidak mengapa pemimpn2 x, y, z tidur dengan anak2 dan isteri2 kita- demi orang Melayu!.

Bagiamana UMNO mahu membela bangsa Melayu dengan pemikiran rosak seperti ini?

Aabar dan International Petroleum Investment Company bertegas menyatakan bahawa bukan pemilik sebuah syarikat yang berdaftar di British Virgns Island. Mereka tidak menerima bayaran USD1.4 billion yang dikatakan dihantar oleh 1MDB. Jika mereka tidak menerima, kemanakah dihantar nya USD1.4 billion itu?

Saya harap bukan dalam akaun peribadi sesiapa.

Sekarang didedahkan pula, satu unit dari 1MDB hantar USD850 juta kedalam akan sebuah syarikat yang nama nya hampir sama dengan syarikat milik AaBar, tapi bukan milik nya.

Sekali lagi, USD850 ini di hantar kemana?

Saya harap bukan dalam akaun peribadi sesiapa.

Bagaimana 1MDB lalai dan cuai hantar duit kepada syarikat bukan milik Aabar yang menjamin penerbitan bon oleh 1MDB?

Apa kaitan urusniaga kewangan 1MDB dan Aabar dengan tajuk hari ini?

Ianya begini: jika perkara seperti ini ketahui oleh perwakilan di PAU, yang bangsa nya Melayu, agama nya Islam, Raja nya Melayu- ada perwakilan akan kata, tidak mengapa- ambil duit tersebut kerana untuk UMNO dan Melayu!

Bolehkah parti yang 'bermaruah' tinggi seperti ini, memuliakan dan memartabatkan bangsa Melayu

Sumber  DD - 19-12-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perpaduan Melayu bukan sahaja hanya Pas dengan Umno

Posted on Friday, December 18 @ 21:29:46 MYT by Reformis

Oleh Mohd Sayuti Omar

Cadangan Al Alumni Azhar untuk menubuhkan Jawatankuasa sebagai pihak ketiga untuk mebentuk plat form penyatuan Umno dengan Pas, bukan perkara sukar dilakukan. Sebelum ini pun berbagai-bagai jawatankuasa atau pun entiti, dan individu telah berusaha untuk menyatukan kedua parti berkenaan demi kepentingan bersama, tetapi gagal.

Bahkan ada golongan agamawan termasuk Mufti juga pernah berusaha ke arah itu, sehingga ada seorang Mufti sanggup bekereta waktu malam dalam hujan lebat semata-mata untuk melihat wujudnya kerajaan bersama di antara Pas dengan Umno pada tahun 2008. Tetapi ia juga gagal.

Untuk merealisasikan kerjasama yang indah itu, ia bukan boleh diimplimen oleh jawatankuasa atau pun mana-mana pihak dengan menjadi mediator. Orang ketiga hanya boleh menyata dan melaungkan keindahan natijah penyatuan itu,Titik tolak akhir yang akan menentukan apakah kerjasama itu jadi, wajar atau tidak ialah ahli parti itu sendiri. Ahli yang berhak menyuarakan dan menentukan apakah agenda itu cukup penting atau sebaliknya.

Mungkin pemimpin Pas yang sudah "segotel" (sepakat) bersetuju untuk berkerjasama dengan Umno. Tetapi penerimaan ahli masih belum terjawab. Perlu diingatkan bilangan ahli berbanding dengan pemimpin jauh lebih ramai. Pemimpin Pas termasuk wakil rakyat tidak sampai 1,000 orang, tetapi ahli yang menjadi pengundi dan berhak ke atas parti mereka lebih 1 juta. Mungkin pemimpin yang kini ada kedudukan, atau pernah bersama minum sirup selasih dengan tokoh-tokoh besar Umno sudah melupai kepedihan apa yang Umno lakukan kepada Pas, tetapi ahli di bawah mungkin masih mengingati dan merasai kepedihannya yang mencucuk hingga ke sum-sum.

Jikalah Pas sudah rasa terdesak untuk bersatu dengan Umno, jalan terbaik bagi Pas memanggil muktamar khas menentukan agenda kerjasama ini. Mandat daripada ahli perlu diambil sepenuhnya. Sebagai sebuah parti apa-apa resolusi penting perlulah daripada ahli yang membayar yuran. Keputusan sebesar itu, bekerjasama dengan Umno tidak boleh dilakukan secara ad hoc atau veto presiden.

Jawatankuasa yang dicadangkan itu, tidak berkeupayaan untuk merealisasikan kerjasama itu kalau setakat hanya meletakkan para pemimpin Pas dan Umno di atas satu pentas dengan memakaikan baju warna yang sama. Perkara paling penting ahli parti itu kena difahamkan sedalamnya akan tujuan, matalmat dan faedah penyatuan itu. Jauh dari itu juga menggali apakah maslahat Umno dan juga pihak yang beriya-iya mahu menjayakannya.

Janganlah membuat kerja sia-sia berulang kali.

Ingin saya sebut dan ulang lagi, kalau benar mana-mana pihak ingin memadukan Melayu dalam satu wadah dan fahaman demi kepentingan bersama, entiti atau kumpulan politik bukan saja diambil daripada Umno dan Pas sahaja. Ia juga haruslah ikut sama mengundang kumpulan-kumpulan politik lain, dalam hal ini PKR dan Amanah misalnya. Apakah dalam kamus pihak penganjur bahawa PKR dan Amanah bukan parti Melayu dan Islam?

Kewujudan kedua entiti itu dalam aspek politik tidak boleh dinafikan seperti mana ada orang hendak menafikan hak dan kedudukan orang Cina dan India di negara ini. Mereka suka atau tidak sudah diikhtiras. Saya rasa dalam PKR sudah ada pemimpin tertinggi yang menunjukkan minat untuk bersatu atas semangat kaumiyah itu?

Jikalau pihak penganjur mengenepikan puak-puak lain dan hanya menumpukan kepada Umno dan Pas sahaja, percayalah gagasan kepada perpaduan Melayu dan Islam itu tidak akan tercapai, melainkan ianya adalah retorik atau lagu pengulik tidur di malam hari hujan sahaja. 

Perpaduan Melayu harus dicanang dalam skop yang lebih luas dan global dan tidak bersifat sekelompok sahaja, itulah baru sesuai dengan martabat Alumni Azhar itu sendiri berwajahkan sejagat. Wassalam Mso.[wm.kl.8:30 am 18/12/15]

Sumber DD - 19-12-2015

-------------------------------------------------------------------------------
Yang Mana Satu 'Gentlemen' Najib ?

Posted on Wednesday, December 16 @ 23:11:30 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Sehingga ini tidak ternampak tanda-tanda Tun Mahathir Mohamad mahu mengendur atau ingin mengalah daripada terus mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Dalam catatan terbarunya di blog chedet yang mengulas mengenai ucapan penggulungan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau sekali lagi mencadangkan Perdana Menteri hanya akan dilihat "gentleman" dan berjiwa besar jika sedia meletakkan jawatannya.


Daripada isu gagal mentadbir negara, 1MDB, derma RM2,600 juta, kejatuhan ringgit, masa depan yang lebih baik untuk negara, kemungkinan kalah dalam PRU 14 dan berbagai lagi, solusinya bagi Tun Mahathir ialah hanya dengan perletakan jawatan Najib saja.

Barangkali sudah beratus kali gesaan dan desakan pengunduran Najib dilakukan oleh Tun Mahathir sejak beliau menarik balik sokongannya lebih setahun yang lalu.

Berdasarkan kekentalan jiwa dan semangat melawannya pula, pasti Tun Mahathir akan terus menekan Najib dengan gesaan meletakkan jawatan itu, tidak kira apa pun tindakan yang akan dikenakan kepadanya.

Tetapi di ketika yang sama, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Abu Bakar juga mengumumkan siasatan terhadap Tun Mahathir berhubung kenyataannya yang mendakwa pemimpin UMNO mengambil rasuah daripada Najib, sedang dikemaskini dan akan disiapkan tidak lama lagi.

Kata beliau, pihaknya sekarang sedang berbincang dengan Peguam Negara dan siasatan dijangka siap dalam waktu yang terdekat ini.

Apakah nasib Tun Mahathir dalam kes ini?

Mungkinkah beliau akan didakwa di mahkamah atas tuduhan fitnah? Apakah apabila didakwa di mahkamah nanti, Tun Mahathir akan berhenti mendesak pengunduran Najib atau beliau menjadi semakin agresif lagi?

Makin selamat atau makin bergoyangkah kedudukan Najib selepas tindakan mengheret Tun Mahathir ke mahkamah itu?

Di sebalik banyak persoalan terus terapung tanpa jawapan jika kerajaan benar-benar nekad untuk mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir, kepercayaan umum ialah ia sukar dipisahkan daripada kaitannya dengan gesaan serta desakan berterusan bekas Perdana Menteri itu yang mahukan Najib berundur daripada jawatannya.

Adakah Tun Mahathir akan diambil apa-apa tindakan jika dalam membuat dakwaan ada pemimpin UMNO mengambil rasuah itu, beliau dalam masa yang sama masih menyokong dan berdiri teguh mempertahankan Najib?

Daripada sekian ramai ahli UMNO dan rakyat Malaysia yang meluahkan perasaan perlunya Najib meletakkan jawatan, kenapa hanya Tun Mahathir dijadikan sasaran?

Dalam tulisan terbaru di blognya, Tun Mahathir nyata amat menyedari perkara itu dengan menulis, "Sekarang Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri akan berusaha untuk saya disoal lagi oleh polis kerana ucapan-ucapan dan tulisan saya dalam blog. Di bawah undang-undang apakah yang saya hendak disoal?

"Menegur Presiden Parti atau Perdana Menteri bahkan mendesak supaya PM letak jawatan tidak salah dalam negara demokratik. Kenapa daripada ribuan rakyat yang meminta Najib undur (sepanduk oleh penonton bolasepak Kedah VS Selangor yang menyuruh Najib letak jawatan) saya sahaja yang hendak disoal oleh polis? Prinsip keadilan berkehendakan undang-undang dikuatkuasakan kepada semua orang tanpa diskriminasi."

Dalam semua keadaan itu, tidak dinafikan bahawa mengambil tindakan terharap Tun Mahathir akan membuakkan lagi sokongan dan simpati rakyat terhadapnya.

Namun, jika didapati tiada kes pula, ia bukan saja suatu kemenangan kepada Tun Mahathir, bahkan mungkin lebih bertali arus dan sesiapa saja jadi tambah berani meminta Najib meletakkan jawatan.
Meletakkan jawatan demi menyelamatkan parti adalah "gentleman", tetapi di sisi kelompok yang lain berani bertindak terhadap Tun Mahathir juga adalah sikap "gentleman".

Yang selebihnya mungkin mengatakan tidak menggunakan undang-undang dan berlawan secara politik dengan Tun Mahathir turut memperlihatkan sikap "gentleman" Najib.

"Gentleman" manakah jadi pilihan Najib?
http://shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber DD  - 17-12-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Is There Light at the end of the Tunnel?

Posted on Wednesday, December 16 @ 21:51:38 MYT by Reformis

Oleh A Kadir Jasin

THIS story is long. It may even be boring. But it is useful. It is the story that we must know if we care about our today and, more importantly, if we care about the tomorrows of our children and their children.Those of us who have lived through economic crises that the country had faced since independence would have been very worried by the apparent lack of preparedness and clarity in the current round.


Although our economy is far from getting into recession, the signs of impending stagnation are abundant. Since the Asian Economic crises of 1997/98, our economy has not been growing higher than 5% annually in contrast to the plus 7% achieved before that.

While we have to accept the fact that GDP growth would slow down and taper off as the economy matures, what worries us is the lack of direction and preparedness in facing the economic crises.

Even the “celebrated” economic transformation plan (ETP), the corner stone of Prime Minister (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak’s economic management appears to have failed to arrest the current decline, partly because of the lack of confidence in his leadership.

Is there magic in Mohd Najib's ETP?

Let me briefly outlined the various economic crises the country had gone through and actions taken to overcome them. Readers are invited to correct me as well as make this analysis more complete.

1. When we became independent in 1957, commodity prices were high, buoyed by the demand for raw materials in the wake of the Korean War. Those were the years when it was told that a Chinese shopkeeper could sell a refrigerator to a Malay rubber tapper to store clothes. We were then a major producer of rubber, tin, iron ore, timber and even gold.

2. The end of the Korean War saw prices of primary commodities plunging. America started to release rubber and tin from its strategic stockpile causing the price of rubber and tin to tumble.

3. This development cause hardship among rubber smallholders and small tin miners, forcing young Malays and Chinese to migrate to big towns and cities in search of jobs thus spawning illegal squatters’ colonies in and around major centres like Kuala Lumpur and Penang. Urbanisation was accelerated and the rural-urban drift gained pace.

4. The saving grace was jobs were available in the Klang Valley, thanks to the industrialisation policy launched by the government in the mid-1960s. Low paying jobs were abundant in the import-substitution industries like timber, food manufacturing, textiles and other low technology.

5. But urbanisation had its good and bad sides. The migrating Malays got job and more money that they ever had. The traders, the majority of whom are Chinese, saw their businesses flourished. Also through the process of commerce - the exchange of goods and services among the Malays and Chinese - that the new migrants became aware of their economic backwardness.

6. The racial and religious provocations during the long period of the 1969 General Election campaign boiled over in the aftermath of May 10 poll in which the ruling Alliance party, the forerunner of the Barisan Nasional, lost to the Chinese- and Islamist-led opposition parties. They resulted in the bloody May 13 riots in Kuala Lumpur.

7. Led by Tun Dr Mahathir Mohamad, the thinkers among the Malays identified economic disenfranchisement of the Malays as the underpinning reason for the riots, resulting in the formation of a national unity government led by the late Tun Abdul Razak Hussein in 1969 and the launch of the New Economic Policy (NEP) in 1971.

8. Although it was widely criticised, the NEP succeeded in eradicating poverty, which at the starting point was 49% and speeding up growth but failed to achieve the 30% Bumiputra ownership of the corporate sector.

9. The first major economic crisis in the post-NEP era happened soon after it was launched due to the global effect of the Arab oil embargo in 1973. Coupled with low commodity prices, it caused major hardship to the people. The crisis was dramatised by the Datuk Seri Anwar Ibrahim when he led a protest in Baling in 1974. Although Anwar was incarcerated under now-defunct ISA, several remedial policies were launched to assist rubber smallholders such as accelerated replanting, price support and improving educational facilities in the rural areas. That was also the period that saw Malaysia taking active part in international commodity agreements and in global trade arrangements.

10. Thanks largely to industrialisation, which by then had entered the phase of export-oriented, and the rapid growth of the services sector, our economy grew steadily until the mid-80s when it became overheated and started to fail. It economy suffered negative growth for the first time in history in 1985-86, which saw the appointment of little known lawyer-turned-businessman Tun Daim Zainuddin as Finance Minister.

11. Daim launched an austerity drive that saw salaries of Ministers and senior civil servants being cut, government expenditures realigned and pre-paying government loans. Policies favouring the private sector, including corporatisation and privatisation, were introduced. The economy was successfully resuscitated and went on to grow briskly for a full decade until the 1997/98 Asian Financial Crises.

12. It was during this decade of unprecedented growth that Anwar successfully rode the waves to put himself within touch of the Prime Minister’s job, partly by taking credit for the rapid growth of the economy.

13. Then in June/July 1997, one after another the currencies of the South East Asian and East Asian countries came under speculative attacks, causing almost all of them, with the exception of Singapore dollar, to crash, taking with them the entire economy. Our economy went into recession.

14. The ready solution for most of these countries was to resort to the bailout by the International Monetary Fund (IMF) – a method favoured by Anwar but bluntly rejected by Dr Mahathir. Under protest from Anwar and the free market economists, in September 1998 Dr Mahathir introduced the limited exchange control, which among other things pegged the exchange rate of the ringgit at RM3.80 to a dollar.

15. Dr Mahathir was condemned for his actions and the entire financial world predicted that Malaysia would fail as a pariah state. Daim was once again brought back to mend the economy. Within a year the economy went back on a growth path but never again at the pace of the post-crisis period. In 2008, under Mohd Najib’s stewardship, the economy once again went into recession due to the global effects of the US mortgage crisis.

6. In facing all the above crises our government had a plan and invariably, due to the confidence the people and investors had in it, solutions were found, implemented, monitored and finally, achieved their desire result. Yes, there were hardships, business failures and unemployment but there was always the light at the end of the tunnel.

17. With the above as the background, let us ask ourselves: Do we now see the light at the end of the tunnel? Do we know what our government is doing? Are we confident in what our government is doing? Are we clear of the direction our country is heading?

18. If the answers to the above are in the positive, then there are hopes for us, and our country. But should the answers be in the negative, the future holds nothing but fear and uncertainty for us and our beloved Malaysia.

Wallahuaklam.

Sumber DD - 17-12-2015
        
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Novanto lebih bertanggung jawab daripada Najib

Posted on Thursday, December 17 @ 17:11:30 MYT by paktam

Oleh Mohd Sayuti Omar

Berita perletakan jawatan Setya Novanto sebagai Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Rupblik Indonesia (DPR RI) benar-benar mengkagumkan dan memberi petunjuk bahawa politician di negara yang pernah dianggap rasuah sebagai suatu amalan biasa suatu waktu dulu sudah berubah dan terkeluar dari persepsi buruk sebelum ini.

Novanto mengambil tindakan melepaskan jawatan itu setelah didapati terbabit dalam kes memohon saham dengan menggunakan nama Presiden Joko Widodo dan Naib Presiden Jusuf Kalla. Perbuatan Novanto itu dianggap melanggar etika.

Perletakan jawatan Novanto itu diterima oleh Mahkamah Kehormat Dewan (MKD) malam tadi setelah surat perletakan jawatan itu dibaca Timbalan Ketua MKD Sufmi Dasco Ahmad menerusi satu mesyurat tertutup.

Walaupun apa dilakukan Novanto itu setelah ada tekanan tetapi ia dilihat bertanggungjawab kerana telah melakukan sesuatu untuk bangsa Indonesia dan menjaga kehormatan Dewan Perwakilan Rakyat. Apa dilakukan Novanto itu ternyata jauh bezanya dengan realiti di Malaysia berkaitan dengan Najib Razak dan pengyonglapkan wang dana RM2.6 billion.

Najib yang telah mengakui menerima wang dana RM2.6 billion tetapi masih bekeras mengakui tindakan itu benar dan tidak melanggar etika dan dianggap masih bermoral. Walhal jelas kalau mengikut peraturan atau undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penggunaan wang melebihi daripada had yang ditetapkan menyalahi peraturan SPR.

Melihat tindakan berani Speaker DPR RI itu ternyata bangsa Indonesia dalam soal menjaga kepentingan bangsa dan negara serta maruah institusi pemerintah lebih unggul daripada apa yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Walaupun salah laku Najib itu dikecam oleh semua pihak di Malaysia termasuk bekas Presiden Umno dan juga bekas PM sendiri Dr Mahathir Mohamad, pembangkang dan lain-lain namun Najib tetap bersikap lembu kenyang, dan masih berlindung di sebalik sokongan ahli Umno yang sudah dibiuskan sedemikian rupa.

Sumber DD - 17-12-2015 
------------------------------------------------------------------------------
"You are wrong Mr Kuppusamy"

Posted on Tuesday, December 15 @ 22:24:03 MYT by Reformis

Oleh Roslan SMS

Seorang wartawan apalagi penganalisa yang profesional memerlukan sumber dan fakta yang berasas sebelum ia mampu menghasilkan sesuatu laporan yang baik dan bermutu.

Tidak dinafikan beberapa wartawan dan penganalisa yang terlibat dalam media di Malaysia memang memiliki kualiti taraf profesional. Namun demikian ramai juga yang masih amatur dan terkadang sekadar menjual gelaran penganalisa sedangkan yang dihasilkan entah dipungut dari mana sumber dan faktanya.


Saya tertarik apabila di “forward” kan oleh seorang rakan sepotong keratan akhbar bertajuk “PAS divided on Najib’s offer for cooperation” ataupun “PAS berbelah bahagi terhadap tawaran kerjasama Najib”.

Ianya dilaporkan oleh seorang wartawan kanan iaitu Baradan Kuppusamy dari The Sun.

Menurut Baradan pimpinan PAS Pusat berbelah bahagi dalam rekasi mereka terhadap tawaran berkerjasama yang dibuat oleh Presiden Umno Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 baru-baru ini.

Satu pihak kata beliau diketuai Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang menyambut baik kerjasama itu manakala satu pihak lain menolaknya.

Beliau senaraikan antara pimpinan yang menurutnya menolak kerjasama dengan Umno itu adalah Timbalan Presiden PAS sendiri Dato Tuan Ibrahim, Naib Presiden Dato Iskandar Abd Samad dan ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Beliau kemudian memetika pensyarah sains politik USM Dr Sivamurugan Pandyan yang mengesahkan bahawa kelompok Ulamak yang dikuasai Tuan Guru cenderong pada tawaran Najib itu.

Demikianlah mutu laporan dan analisa Baradan.

Bagi saya pertama beliau silap apabila meletakkan Mahfuz Omar dalam senarai pimpinan Pusat.

Mungkin senarai pimpinan PAS tidak di “update” dalam bank maklumat Baradan.

Mahfuz boleh kata apa sahaja, tetapi beliau tidak mewakili suara PAS Pusat, oleh itu kalau sekadar mahu melaga-lagakan PAS memang  kenyataan Mahfuz bukan sahaja dalam hal ini tetapi banyak lagi yang lain memang sering kelihatan menongkah arus dan boleh digunakan sesiapa sahaja yang punya agenda tersembunyi.

Bagaimana pula kenyataan Dato Tuan Ibrahim dan Dato Iskandar?

Sesungguhnya untuk memahami isu ini, kenyataan rasmi Presiden PAS yang menjawab tawaran Najib itu perlu dipertontonkan terlebih dahulu.

Tidak ada mana baris atau isinya yang menyatakan bahawa Tuan Guru menerima tawaran itu dan memutuskan untuk berkerjasama dengan Najib dan Umno.

Yang mungkin kelihatan ke arah itu adalah perenggan 3 kenyataan Tuan Guru yang menyebut:

“Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah swt dengan mana-mana pihak samada Islam atau kalangan bukan Islam”

Tetapi itu pun sebenarnya bagi mereka yang bijak adalah kenyataan umum tidak merujuk kepada mana-mana tawaran spesifik tetapi menghuraikan isu prinsip.

Bagaimana Baradan boleh membuat kesimpulan bahawa Tuan Guru seakan menerima tawaran Najib itu? Beliau menulis:

“One PAS faction wants cooperation with Umno with possible political understanding later…..”

(Satu kelompok dalam PAS (merujuk kepada Tuan Guru) mahukan kerjasama dengan Umno dengan kemungkinan hubungan politik kemudiannya….)

Sesungguhnya kenyataan Tuan Guru sangat jelas meletakkan sikap dan kedudukan PAS dalam isu ini. Bagaikan pintu tertutup tetapi tingkap terbuka. Dan penegasan paling kuat adalah pada perenggan terakhir apabila Tuan Guru menyatakan bahawa rakan Tahaluf Siyasi PAS adalah PKR dan PAS komited dengan kerjasama ini.

Adapun kenyataan Dato Tuan Ibrahim dan Dato Iskandar sekadar mendedahkan sikap dan perangai Umno terhadap PAS selama ini. Mereka tidak pula menolak apalagi menentang kenyataan 6 perkara yang dikeluarkan oleh Presiden mereka kerana PAS Pusat hari ini sungguh erat bersatu tidak seperti satu ketika dahulu apabila ada sahaja puak yang mendahului kenyataan Presiden dan malah menentangnya pula apabila kenyataan resmi sudah dikeluarkan.

Puak itu tiada lagi dalam kepimpinan PAS hari ini.

Kesimpulannya Baradan barangkali tiada lagi sumber dalam PAS setelah puak yang dimaksudkan telah hanyut keluar. Kerana itu beliau perlu kutip kenyataan sana-sini dan terpaksa meminjam pandangan orang luar untuk menggambarkan suasana dalam PAS.

PAS is clear in its stand. We are united and never divided in this issue. Umno will have to prove to us all that they are indeed inclined towards Islam in its true spirit and meaning. Meanwhile politically we are strongly with PKR.

PAS nyata dalam pendiriannya. Kami teguh bersatu dan tidak pernah berpecah dalam isu ini. Umno perlu membuktikan kepada semua bahawa mereka bersungguh mahukan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Sementara itu hubungan politik kami terus kekal erat bersama PKR.

Sumber DD - 15-12-2015



Sultan Johor Dapat Sokongan Moral Dari Singapura

Posted on Tuesday, December 15 @ 22:02:25 MYT by Reformis

Oleh Zainuddin Maidin (ZAM)

Nampaknya macam ada persafahaman antara Sultan Johor dengan Kerajaan Singapura  dalam langkah mengharamkan vape,sekurang-kurangnya dapat difahami oleh negara itu  bahawa negeri  Johor tidak mahu mengganggu rakyat Singapura dengan asap vape.

Sultan Johor yang tidak mendapat  sokongan dari kerajaan persekutuan dalam hal ini tentunya merasakan sokongan moral dari Singapura terutama dalam melihat tidak hanya jerebu dari Indonesia sahaja yang merbahaya tetapi asap vape lebih merbahaya lagi

Dari segi moralnya Singapura   lebih mementingkan kesihatan rakyat dari kepentingan wang kerana ia tidak berpegang kepada  falsafah "Money Is The King" sebaliknnya rakyat adalah "King of the King"

Menurut suatu kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura,pengharaman produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape di negara itu berkuat kuasa mulai hariini.

Mereka yang didapati melanggar pengharaman itu  boleh dikenakan denda sehingga S$20,000(RM61,328) atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua -kedua sekali.

Di Malaysia,Kemenetrian Kesihatan juga berhasrat mengharamkan vape tetapi kuasa  Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  lebih besar dan lebih kuat kerana beliau mahu menyelamatkan  ekonomi bumiputra dari kesihatan rakyat pada keseluruhannya.

Sumber DD - 15-12-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas PAU 2015, Pemimpin Umno Terus Mengeluh Tentang Najib

Posted on Tuesday, December 15 @ 21:57:36 MYT by Reformis

Oleh Shahbudin Husin

Ramai kawan-kawan dalam UMNO, sebaik saja berakhirnya Perhimpunan Agung 2015 ini bertanya, apa penyudahnya isu derma RM2,600 juta yang melibatkan Najib Razak selepas ini?

Apakah ia akan berterusan menjadi beban dan bualan atau akan dilupakan serta berakhir begitu saja?


Mereka membangkitkan pertanyaan itu kerana merasakan UMNO melalui perhimpunannya baru-baru ini nampaknya sudah dapat menerima dengan baik dan menyetujui perbuatan Najib itu, malah turut memberikan sokongan padu kepadanya untuk terus menerajui parti dan kerajaan sehingga pilihanraya akan datang.

Tetapi, di sebalik itu mereka tetap bimbang tentang penerimaan rakyat kepada UMNO dan Najib berkaitan wang derma itu. Kata mereka, ahli UMNO mungkin boleh melupakan isu derma itu, tetapi rakyat biasa barangkali akan terus memendam rasa sehingga ke peti undi.

Tidak kurang pemimpin UMNO peringkat bahagian dan cawangan yang berterus-terang mengatakan peluang BN tetap sukar dengan adanya isu derma yang melibatkan Najib itu.
Mereka mengakui bahawa walaupun Najib dilihat dapat mengukuhkan kedudukannya dalam parti, sekurang-kurangnya sehingga PRU 14 akan datang, hakikatnya UMNO menjadi semakin lemah dan dicemuh di mana-mana kerana wang derma itu.

Dalam keadaan ini, pihak yang paling terbeban ialah pemimpin UMNO di peringkat akar umbi kerana mereka sendiri kadangkala tidak dapat menjelaskan atau berhujah mengenai tafsiran wang derma tersebut dalam ertikata yang sebenarnya, lebih-lebih lagi bila wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Lebih sukar mereka berhujah kerana Najib sendiri menafikan pada peringkat awalnya dan mengancam untuk menyaman akhbar perniagaan The Wall Street Journal yang mendedahkannya, kemudian tiba-tiba diikuti dengan penyingkiran Peguam Negara dan tekanan kepada SPRM yang sedang menjalankan siasatan.

Maknanya, berakhirnya perhimpunan UMNO baru-baru ini hanya memberi kegembiraan kepada Najib kerana dapat mengukuhkan lagi kedudukannya, tetapi tidak kepada pemimpin parti di peringkat bawahan dan pertengahan yang akan terus bergelut kesukaran dalam mempertahankan parti.

Semua pemimpin UMNO kini tiada pilihan selain terus memberi sokongan dan mempertahankan Najib kerana itulah kehendak perhimpunan baru-baru ini, walaupun beliau ternyata seorang pemimpin yang makin merudum dan dipertikaikan secara peribadi oleh majoriti rakyat.

Tidak seperti Perdana Menteri dan Presiden UMNO sebelum-sebelum ini yang hanya dipersoal kerana kepimpinannya, Najib sebaliknya dipertikai kerana kedua-duanya sekali - kepimpinan dan perbuatan peribadi yang sukar diterima dan kemudian parti diminta menanggung bebannya.
Dengan berlabuhnya perhimpunan tahun ini menambahkan banyak lagi persoalan mengenai harapan kemenangan dalam pilihanraya akan datang dan bagaimana untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Semunya tergantung dengan tidak ada sesiapa yang dapat memberi jawapan yang tepat dan pasti.

Lebih ramai yang yakin dengan kekalnya Najib dan keputusan perhimpunan terus memberi sokongan, bermakna semakin tipis harapan UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasanya.
Keyakinan mereka ialah kalau bukan Najib ditampuk kuasa, separuh beban UMNO dan BN dalam berhadapan dengan rakyat sudah dapat dikurangkan.

Perdamaian Najib dengan Muhyiddin juga dilihat tidak mampu menyumbang apa-apa dari segi menambahkan sokongan rakyat. Ia hanya memberi lebih keuntungan kepada Najib saja, bahkan jika berdamai lebih merosakkan reputasi Muhyiddin di mata rakyat.

Jika majoriti rakyat sekarang ini lebih merasakan Najib adalah "malapetaka" kepada negara, pemimpin akar umbi UMNO secara diam-diam pula merasakan beliau adalah "beban" yang semakin berat untuk digalas.

Makin Najib disokong dan dipertahankan oleh pemimpin atasan yang berjawatan dan berkepentingan atau melalui perhimpunan agung yang hanya diwakili oleh 12 perwakilan daripada setiap bahagian, pemimpin peringkat pertengahan dan bawahan ini semakin merasakan rapuhnya kedudukan UMNO di kalangan rakyat. (SH 15/12/2015).

Sumber DD - 15-12-2015
-----------------------------------------------------------------------------
Mampukah Umno menyongsong pembawaan syiar Islam

Posted on Tuesday, December 15 @ 07:19:41 MYT by Reformis

Oleh Roslan SMS

PAS telah suarakannya berkali-kali.

Terakhir ahli Parlimen Bachok Ustaz Ahmad Marzuk, ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah dan ahli Parlimen Pasir Mas Ustaz Nik Abduh telah membawanya sehingga ke Parlimen.


Kali ini perkara yang sama diulangi. Di Perhimpunan Agung Umno 2015 wakil Pulau Pinang Datuk Ahmad Darus ketika membahaskan usul agama dan pendidikan menyuarakan tiga perkara.

Pertama isu penghidangan arak dalam pesawat penerbangan milik negara MAS. Kata Ahmad Darus Mufti dan para alim ulamak telah menyuarakan perkara yang sama berkali-kali iaitu melarang minuman haram ini dari dihidangkan tetapi ia terus tidak dipedulikan.

Keduanya isu pakaian peramugari MAS. Katanya pakaian seragam menjolok mata yang digunakan sekarang perlu diubah ke yang lebih sempurna.

Dan ketiganya isu pakaian atlet wanita Islam yang menurut Ahmad Darus merupakan satu diskriminasi sedangkan atlit lelaki lebih sempurna pakaiannya.

Menurut beliau:

"Dalam mempertahankan Umno sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam satu yang menjadi kehairanan saya iaitu syarikat MAS milik kerajaan membenarkan lagi perghidangan arak dan pemakaian pramugari yang tidak sesuai"

Dalam kesungguhan Presiden Umno mahu menyongsong pembawaan syiar Islam, menjengah jendela Islam dan membina Malaysia di atas landasan syariat Nya (meminjam kata-kata dalam ucapan dasar PAU 2015) , buktikanlah sekurang-kurangnya dalam perkara yang turut disuarakan oleh perwakilannya, haramkan arak atas pesawat MAS, tukar fesyen pakaian seragam paramugari supaya mematuhi syarak dan demikian juga pakaian seragam atlit wanita Islam, boleh?

Kalau pun tidak menyahut seruan pimpinan PAS, kurang-kurang raikanlah kehendak akar umbi sendiri.

Sumber DD - 15-12-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keinginan Bekerjasama Dengan Pas Menunjukkan Umno Benar2 Lemah

Posted on Tuesday, December 15 @ 07:03:26 MYT by Reformis

Oleh Shahbudin Husin

Walaupun dikata macam-macam seperti sedang tersepit, hanya ingin berbaik ketika terdesak malah sehingga diumpamakan "biawak hidup" sekali pun, tetapi nampaknya UMNO tidak kisah dan begitu teringin untuk berbaik dan bekerjama dengan Pas.

Tidak cukup dengan Najib Razak melontarkan pelawaan untuk berbaik itu ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung baru-baru ini yang menunjukkan kesungguhan dan seolah-olah meminta restu para perwakilan, bahkan Mustapha Mohamad kemudian tampil seakan mengesahkan kemungkinan hubungan yang lebih rasmi terjalin berikutan kerjasama itu dakwanya,  sudah pun terjalin sejak dua tahun lalu lagi.


Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu menjustifikasikan hubungan UMNO dan Pas itu sudah wujud melalui kerjasama "G to G" antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam beberapa aspek kebelakangan ini dan kekerapannya menjejakkan kaki ke Kota Darul Naim, sesuatu yang didakwanya tidak berlaku sebelum Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar.

Sebenarnya, apakah yang boleh difahami daripada kesungguhan UMNO itu?

Ia tidak lain menunjukkan UMNO dalam menuju PRU 14 akan datang benar-benar dalam keadaan lemah dan tidak cukup kekuatan untuk menggapai kemenangan bersama-sama rakan komponen BN yang ada.

Di sebalik isu 1MDB dan derma politik yang diterima Najib, UMNO akhirnya secara tidak langsung mengakui sokongan pengundi Melayu makin terhakis terhadapnya.

Dengan pengundi bukan Melayu tidak lagi menjadi harapan dan pengundi Melayu pula disedari makin menjauhinya, satu-satunya sandaran UMNO untuk mengekalkan kuasanya ialah dengan pertolongan Pas.

Sejak bila UMNO mahu berbaik dan menjalin kerjasama dengan sesiapa ketika ia dalam keadaan kuat dan stabil?

Jika UMNO kuat dan gagah, apakah ia mahu berbaik dengan Pas, waima kononnya untuk kepentingan Melayu dan Islam sekali pun?

Persoalan kedua pula, bolehkah kerjasama UMNO dan Pas itu dijalin dalam masa terdekat dan sebelum pilihanraya ini?

Barangkali sukar untuk melihat kerjasama itu terjalin dalam waktu yang terdekat ini, tetapi kesediaan Pas untuk berbaik-baik dan saling berdekat dengannya serta dalam masa yang sama semakin menjauhi Pakatan Harapan, ia dianggap sudah memadai bagi UMNO.

UMNO tidak perlu hubungan yang formal dengan Pas sebelum PRU 14 kerana ia juga perlu menjaga perasaan rakan-rakan bukan Melayu yang bersama dengannya.

Apa yang diharapkan oleh UMNO ialah Pas terus berbalah dengan parti-parti pembangkang lain dan akhirnya berlaku pertandingan tiga penjuru di banyak kawasan pilihanraya yang mana keadaan itu secara langsung akan memberi kelebihan kepadanya memenangi lebih banyak kerusi.
Dalam masa yang sama UMNO juga meyakini banyak kawasan tradisi akan kekal dalam genggaman Pas melalui pertembungan tiga penjuru itu.

Ketika pilihanraya berlangsung pula, dengan kekuatan sumber kewangan yang UMNO miliki, malah mungkin ada lagi Tok Arab yang sudi menghulurkan lebih banyak derma, tidak mustahil bantuan "cash is king" juga akan dihulurkan kepada Pas.

Tujuannya tidak lain ialah agar Pas melihat UMNO sebagai rakan kerjasama yang baik hati, pemurah dan sedia membantu meskipun tiada kerjasama yang rasmi dijalinkan.

Jika UMNO bersama BN cukup jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan, maka hubungan itu akan berakhir dan Pas akan ditinggalkan begitu saja. Tetapi bantuan Pas tentunya amat diperlukan sekiranya UMNO tidak cukup jumlah kerusi untuk mengekalkan kerajaannya.

Hakikatnya, kerjasama sebenar yang diharapkan oleh UMNO daripada Pas ialah selepas PRU 14 nanti, itu pun jika jumlah kerusi yang dimenanginya tidak cukup untuk terus mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Makanya, sementara menjelang PRU 14 kira-kira dua tahun lagi, ada baiknya Pas mengambil kesempatan yang ada dengan segera menuntut hak royalti minyak untuk Kelantan yang sudah dinafikan oleh UMNO sejak sekian lama. (SH 14/12/2015).

Sumber DD - 15-12-2015


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Kadir: Pasaran saham jatuh 2% ketika AGM Umno

Posted on Sunday, December 13 @ 19:43:04 MYT by Reformis

Perhimpunan agung tahunan (AGM) Umno yang berakhir semalam berjaya menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak tetapi tidak menyelesaikan masalah parti itu dan negara, kata tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin.

“Najib dan konco-konconya tidak peduli Umno pecah, pentadbiran negara kucar-kacir dan ekonomi negara terus menjunam.


“Yang mereka peduli adalah kelangsungan kuasa,” kata bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu.

Malah, kata Kadir, persidangan itu juga tidak berjaya menaikkan keyakinan pelaburan kepada Umno sehingga menyebabkan pasaran saham yang jatuh bertambah jatuh.
Dari 8 Disember hingga 11 Disember ia jatuh 2 peratus, tulis Kadir dalam blognya semalam.

Pertimbangan pasca-AGM

Sementara itu, Kadir juga berkata Umno harus mempertimbangkan beberapa perkara selepas mesyuarat agung tahunannya yang berakhir semalam.
Katanya, ia termasuk undi tidak percaya terhadap Najib atau pungutan suara secara akuan berkanun (SD) di kalangan anggota parlimen harus diteruskan.

“Jadi, siapakah yang boleh kita harapan untuk menyelamatkan negara?” soalnya.
“Kita terpaksa berbalik kepada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang sedang mempelopori usul tidak percaya/akuan berkanun.
Beliau bagaimanapun berkata, jika Najib terus berkuasa keadaan itu lebih menguntungkan pembangkang kerana BN lebih mudah dikalahkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Atau mereka menyokong usul tidak percaya/akuan berkanun dengan mana mereka berpeluang berkongsi kuasa dalam kerajaan perpaduan nasional.

“Sekiranya ini berlaku, hilanglah kuasa penentu Umno,” katanya.
Jika itu berlaku, katanya lagi, tiada pemimpin Umno yang akan beruntung, tidak kira sama ada timbalan perdana menteri Datuk Zahid Hamidi atau pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Umno sekarang tersepit dalam keadaan masa tidak memihak kepada mereka selain pilihan yang terhad untuk diputuskan, kata Kadir lagi.

Sumber DD - 13-12-2015
----------------------------------------------------------------------------
Hala Tuju Negara Pasca-PAU 2015

Posted on Sunday, December 13 @ 19:35:29 MYT by Reformis

Oleh A Kadir Jasin

SEPERTI telah dijangkakan, Perhimpunan Agung Umno yang khusus untuk menyelamatkan Presiden-Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak tidak membuka sebarang jalan penyelesaian kepada masalah Umno dan negara.

Kedudukan Mohd Najib sebagai Presiden Umno lebih kuat dan dengan itu selamat jugalah kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Mohd Najib dan konco-konconya tidak peduli Umno pecah, pentadbiran negara kucar-kacir dan ekonomi negara terus menjunam. Yang mereka peduli adalah kelangsungan kuasa.

Dulu, apabila Umno bersidang, pasaran saham naik kerana pelabur yakin kepada Umno. Tapi sejak Umno bersidang mulai 8 Disember lalu, pasaran saham yang sememangnya jatuh bertambah jatuh. Dari 8 Disember hingga 11 Disember ia jatuh 2 peratus.

Jalan penyelesaian melalui Umno sudah tertutup. Mohd Najib tambah kuat tetapi pada masa yang sama beliau bertambah takut sehinggakan ketua dan ahli jawatankuasa cawangan yang menggesa beliau meletak jawatan pun digantung keahlian dan blogger yang menyuruh beliau berundur didakwa di mahkamah atas tuduhan menghasut.

Dalam PAU yang baru berakhir itu, perwakilan telah mengangkat Mohd Najib menjadi "demigod" - manusia suci yang ada kuasa luar biasa.

Realitinya, beliau lebih berupa "demagogue" - seorang peneraju politik yang mencari sokongan dengan memperalatkan nafsu dan prejudis sambil mengetepikan hujah rasional.

Mohd Najib lebih selesa membelasah pengkritik-pengkritik beliau daripada berhujah secara rasional menjawab dakwaan-dakwaan mereka.

Jadi apakah yang boleh kita harapkan seterusnya?

Mari sama-sama kita pertimbangkan hal-hal berikut:

1. Kita menyerah kalah dan tidak berbuat apa-apa. Mohd Najib terus berkuasa. Usaha mencari kebenaran mengenai 1MDB, SRC International/KWAP dan derma/sedekah/zakat RM2.6 bilion akan dilencongkan bagi membersihkan nama beliau.

2. Ekonomi akan terus menjunam kerana kurang keyakinan manakala rakyat jelata terus ditekan oleh GST, kenaikan kos sara hidup, kejatuhan nilai ringgit dan pengangguran.

3. Meneruskan usul undi tidak percaya di Parlimen atau pungutan suara secara akuan berkanun (statutory declaration) di kalangan ahli Dewan Rakyat.

4. Bagi pembangkang, adalah lebih menguntungkan mereka kalau Mohd Najib terus menjadi Perdana Menteri hingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Umno/Barisan Nasional terus lemah dan dengan itu lebih mudah dikalahkan.

5. Atau mereka menyokong usul tidak percaya/akuan berkanun yang mana mereka berpeluang berkongsi kuasa dalam kerajaan perpaduan nasional. Sekiranya ini berlaku, hilanglah kuasa penentu Umno.

6. Apabila kuasa penentu terlepas daripada tangan Umno, hatta (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin pun mungkin terlepas peluang mengambil alih dan (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi pula mungkin mencatat sejarah sebagai Timbalan Perdana Menteri yang paling singkat tempoh perkhidmatan, melainkan beliau berpaling tadah.

7. Jadi, siapakah yang boleh kita harapkan untuk menyelamatkan negara? Kita terpaksa berbalik kepada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang sedang mempelopori usul tidak percaya/akuan berkanun.

8. Raja-Raja Melayu pun tentunya tidak akan berdiam diri membiarkan negara terumbang-ambing dan hidup rakyat jelata semakin hari semakin susah.

Meminjam ungkapan Inggeris, kita kini tersepit di antara "the devil and the deep blue sea" (di antara dajal dan laut dalam yang membiru).

Pilihan kita terhad dan masa tidak memihak kepada kita. Situasi kita menjadi bertambah runcing setiap hari yang berlalu.

Wallahuaklam.

Sumber DD - 13-12-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah seruan damai Najib boleh diterima begitu saja?





SHAHBUDIN HUSIN | .


Seperti ada kekeliruan yang ketara dalam diri Najib Razak ketika ucapan perasmian dan penggulungan Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam.

Jika dalam ucapan perasmian, Najib mengatakan dirinya seorang yang "gentleman"  dan bukan pengecut, tetapi ketika penggulungan beliau membanggakan dirinya seorang yang berjiwa besar semata-mata kerana kepada perdamaian.

Ketika mendabik dada meletakkan dirinya sebagai seorang yang "gentleman" dan bukan pengecut, ramai yang tidak lupa bagaimana Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap-sayap dan seterusnya beliau bersama Shafie Apdal turut dihalang berucap di majlis penggulungan perhimpunan tahun ini.

Sebelum itu, semua peranan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden Umno dalam pelbagai jawatankuasa di peringkat tertinggi parti juga turut dinafikan.

Kalau betul "gentleman" dan tidak pengecut, kenapa larangan sebegitu rupa yang tidak pernah berlaku sebelum ini sanggup dilakukannya?

Lebih dari itu, ketika ucapan perasmian di mana beliau menyedari Muhyiddin tiada ruang untuk mempertahankan dirinya, "gentlemankah" bertindak menyerang musuh yang diikat kaki dan disumbat mulutnya?

Diselak lebih jauh lagi ke belakang sebelum ini, apakah boleh dikira "gentleman" dan bukan pengecut dalam tindakan Najib terhadap Peguam Negara, PAC serta gangguan kepada SPRM dan Bank Negara?

Dalam ucapan penggulungan pula, Najib sekali lagi, tidak saja keliru, malah seorang yang suka "masuk bakul angkat sendiri"  apabila mengatakan dirinya seorang yang berjiwa besar hanya kerana mengajak kepada perdamaian.

Kenapa perlu "masuk bakul angkat sendiri"  dan memuji diri sebagai berjiwa besar apabila mengajak orang lain berdamai sedangkan hampir semua masalah dalam Umno adalah berpunca daripada dirinya juga?

Bolehkah dikata berjiwa besar apabila membelasah orang yang disekatnya daripada bercakap, tetapi kemudian menghulurkan salam perdamaian?

Berjiwa besar dan mahu berdamaikah Najib apabila sehari sebelum ucapan penggulungannya, Setiausaha Agung Umno  Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan penggantungan 9 Ketua Umno Cawangan Teluk Kemang yang berani bersuara mahukannya berundur sebagai Perdana Menteri?

Dalam hal ini, barangkali Salleh Said Keruak kena lebih memahami erti sebenar "masuk bakal angkat sendiri"  yang diperkatakannya bahawa Najib tidak pernah mengamalkan sikap tersebut.

Dalam banyak hal, Najib ternyata cuba menunjukkan dirinya seorang yang berjiwa besar dan bersikap "masuk bakul angkat sendiri" dengan harapan supaya sikapnya lebih ditonjolkan, walhal semua orang yang waras dapat melihat pertentangan daripada apa yang dilakukannya.

Selain itu, dengan mengajak berdamai juga dilihat sebagai percubaan Najib menukar masalah dalam UMNO kepada seolah-olah perseteruan peribadi antaranya dengan Muhyiddin dan Shafie Apdal sedangkan kemelut hanya timbul berkaitan isu 1MDB dan derma politik yang pada hakikatnya jauh sama-sekali daripada segala unsur keperibadian.

Apakah dengan ajakan berdamai itu bermaksud Najib mahu segala isu berkaitan 1MDB dan derma politik yang diterimanya tidak lagi diperkatakan,  diungkit-ungkit dan akhirnya dihalalkan begitu saja?

Adakah dengan mengajak berdamai ini semua pertuduhan yang cuba dikenakan keatas Muhyiddin yang kini dalam pertimbangan Lembaga Disiplin akan diteruskan atau bakal digugurkan?

Muhyiddin dan Shafie mungkin tidak lagi mengharapkan sebarang jawatan dalam kerajaan, tetapi apakah dengan perdamaian itu semua peranan dan tugas mereka dalam parti akan dikembalikan semula?

Sepertimana ulasan Muhyiddin bahawa beliau ingin melihat apa tindakan Najib menyelesaikan semua isu yang dibangkitkannya terlebih dahulu, hakikat perdamaian bukan sekadar bercakap dan terletak di bibir semata-mata.

Isu 1MDB bukan sekadar rasionalisasi hutang, tetapi juga meliputi pelbagai urusniaga, perjanjian dan caca marba lainnya yang masih misteri sehingga hutangnya mencecah RM42 bilion dalam tempoh hanya enam tahun ditubuhkan.

Begitu dengan derma RM2,600 juta, banyak kekeliruan perlu dijelaskan dengan jujur, ikhlas dan berterus-terang. Bagaimana rakyat mahu yakin dan percaya sedangkan untuk menjawab sama ada wang itu diberikan oleh seorang penderma atau banyak penderma pun berbelit-belit jadinya?

Bersalam, berdamai atau berpeluk bukanlah isunya dalam Umno mahupun kerajaan. Ini kerana masalah yang berlaku bukan isu antara Najib dengan Muhyiddin dan Shafie Apdal saja. Juga bukan antara Najib dengan Tun Mahathir.

Isunya sudah menjadi isu negara. Keinginan berdamai oleh Najib seharusnya berlaku selepas semua persoalan dan tanda tanya rakyat dapat dijawab, bukannya setelah melihat jalan di hadapannya semakin gelap. - http://shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber HD - 13-12-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boleh Sokong Tapi Kaji Jugalah Fakta

Posted on Saturday, December 12 @ 10:18:36 MYT by Reformis

Oleh A Kadir Jasin

APABILA seorang pemimpin tersepit berkata dia tidak akan menyerah kalah, ia bukan berita. Itu adalah reaksi biasa.

Kalau dia berkata, dia menyerah kalah itu berita.
Jadi buat masa ini, perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno (PAU), ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua-ketua Umno bahagian bolehlah menyokong dan mempertahankan Presiden mereka, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, hingga ke titisan darah terakhir.

Tetapi sebelum nyawa politik mereka tercabut dan mereka mungkin disumbat ke dalam penjara, eloklah mereka pertimbangkan fakta-fakta berikut:-
Ketika PRU 2013

1. Akibat tsunami Cina (mengguna-pakai istilah ciptaan Mohd Najib sendiri) undi popular Umno/Barisan Nasional jatuh kepada 48 peratus dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.

2. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyokong kepemimpinan Mohd Najib dan turut berkempen menyokong Umno/BN.

3. Tun Daim Zainuddin juga berkempen tetapi memberi amaran yang jentera pilihan raya BN lemah dan orang bukan Bumiputera, khususnya Cina, tidak menyokong BN.

4. Skandal 1MDB, SRC International/Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan duit derma/sedekah Arab sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib belum terdedah.

5. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan pengguna belum dilaksanakan dan ekonomi berada dalam keadaan yang memuaskan.

6. Tetapi rakyat jelata sudah mula merasa kesan kenaikan kos sara hidup akibat penghapusan berperingkat subsidi mulai era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

7. Bagi mengambil hati pengundi, manifesto BN, antara lain, berjanji tidak menaikkan tol lebuh raya malah akan mengurangkannya secara berperingkat.

Menuju PRU 2018

1. Skandal 1MDB, SRC International/KWAP dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Mohd Najib telah meledak dan menjadi skandal skala dunia.

2. Dr Mahathir, Daim serta ramai lagi veteran Umno tidak lagi menyokong Mohd Najib malah mahu beliau berhenti.

3. GST yang diperkenalkan April lalu menambah hasil kerajaan tetapi membebankan pengguna. Mohd Najib kata, GST penyelamat kewangan negara. Menang benar. Bagi tahun ini, kerajaan menganggarkan kutipan GST sebanyak RM21 bilion tapi dapat RM27 bilion. Tahun depan dijangka naik kepada RM39 bilion.

4. GST, pemansuhan subsidi, kenaikan tol dan tambang pengangkutan awam, kejatuhan nilai ringgit, pengangguran dan kemelesetan harga barangan utama sangat membebankan hidup rakyat jelata.

5. Bala, ujian dan balasan datang bertimpa-timpa - sebuah pesawat MAS hilang entah ke mana dan sebuah lagi ditembak jatuh, banjir besar, gempa bumi maut, jerebu dan macam-macam lagi.
Kesimpulannya, keadaan telah banyak berubah ke arah keburukan selepas PRU.

Jadi, adakah sokongan pengundi terhadap Umno/BN akan bertambah baik pada PRU akan datang berbanding PRU 2013?

Sudah dua PRU - 2008 dan 2013 - sokongan terhadap BN merosot.

Adakah logik mengharapkan sokongan kepada Umno/BN meningkat pada PRU akan datang dengan segala masalah dan bebanan yang berpunca daripada salah urus, penyelewengan dan pembaziran pentadbiran Mohd Najib?

Kalau Umno/BN kalah, tidak syak lagi kerajaan baru akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab mensabotaj ekonomi negara.
Wallahuaklam.

Sumber DD -12-12-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau dia berkata, dia menyerah kalah itu berita

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Apabila seorang pemimpin tersepit berkata dia tidak akan menyerah kalah, ia bukan berita. Itu adalah reaksi biasa.

"Kalau dia berkata, dia menyerah kalah itu berita," tulis Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin dalam blognya bertajuk Boleh Sokong Tapi Kaji Jugalah Fakta, sebagaimana di bawah.

APABILA seorang pemimpin tersepit berkata dia tidak akan menyerah kalah, ia bukan berita. Itu adalah reaksi biasa.

Kalau dia berkata, dia menyerah kalah itu berita.

Jadi buat masa ini, perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno (PAU), ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua-ketua Umno bahagian bolehlah menyokong dan mempertahankan Presiden mereka, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, hingga ke titisan darah terakhir.

Tetapi sebelum nyawa politik mereka tercabut dan mereka mungkin disumbat ke dalam penjara, eloklah mereka pertimbangkan fakta-fakta berikut:-

Ketika PRU 2013

1. Akibat tsunami Cina (mengguna-pakai istilah ciptaan Mohd Najib sendiri) undi popular Umno/Barisan Nasional jatuh kepada 48 peratus dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.

2. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyokong kepemimpinan Mohd Najib dan turut  berkempen menyokong Umno/BN.

3. Tun Daim Zainuddin juga berkempen tetapi memberi amaran yang jentera pilihan raya BN lemah dan orang bukan Bumiputera, khususnya Cina, tidak menyokong BN.

4. Skandal 1MDB, SRC International/Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan duit derma/sedekah Arab sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib belum terdedah.

5. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan pengguna belum dilaksanakan dan ekonomi berada dalam keadaan yang memuaskan.

6. Tetapi rakyat jelata sudah mula merasa kesan kenaikan kos sara hidup akibat penghapusan berperingkat subsidi mulai era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

7. Bagi mengambil hati pengundi, manifesto BN, antara lain, berjanji tidak menaikkan tol lebuh raya malah akan mengurangkannya secara berperingkat.

Menuju PRU 2018

1. Skandal 1MDB, SRC International/KWAP dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Mohd Najib telah meledak dan menjadi skandal skala dunia.

2. Dr Mahathir, Daim serta ramai lagi veteran Umno tidak lagi menyokong Mohd Najib malah mahu beliau berhenti.

3. GST yang diperkenalkan April lalu menambah hasil kerajaan tetapi membebankan pengguna. Mohd Najib kata, GST penyelamat kewangan negara. Menang benar. Bagi tahun ini, kerajaan menganggarkan kutipan GST sebanyak RM21 bilion tapi dapat RM27 bilion. Tahun depan dijangka naik kepada RM39 bilion.

4. GST, pemansuhan subsidi, penaikan tol dan tambang pengangkutan awam, kejatuhan nilai ringgit, pengangguran dan kemelesetan harga barangan utama sangat membebankan hidup rakyat jelata.

5. Bala, ujian dan balasan datang bertimpa-timpa – sebuah pesawat MAS hilang entah ke mana dan sebuah lagi ditembak jatuh, banjir besar, gempa bumi maut, jerebu dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, keadaan telah banyak berubah ke arah keburukan selepas PRU.

Jadi, adakah sokongan pengundi terhadap Umno/BN akan bertambah baik pada PRU akan datang berbanding PRU 2013?

Sudah dua PRU – 2008 dan 2013 - sokongan terhadap BN merosot.

Adakah logik mengharapkan sokongan kepada Umno/BN meningkat pada PRU akan datang dengan segala masalah dan bebanan yang berpunca daripada salah urus, penyelewengan dan pembaziran pentadbiran Mohd Najib?

Kalau Umno/BN kalah, tidak syak lagi kerajaan baru akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab mensabotaj ekonomi negara.

Wallahuaklam.

Sumber HD - 10-12-2015
----------------------------------------------------------------------------
Mohd Najib: Kuat Tapi Takut

Posted on Wednesday, December 09 @ 15:37:18 MYT by paktam

Oleh A Kadir Jasin

LAGI berita buruk untuk Melayu, bangsa terbesar dan termiskin di Malaysia, menjelang pembukaan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 yang akan dirasmikan oleh Presidennya, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, esok.  

Masalah ekonomi terus menekan. Hari ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri mengaku rakyat jelata sudah tidak mampu lagi menanggung beban kenaikan kos sara hidup.



Berucap merasmikan persidangan tahunan Pemuda di Pusat Perdagangan Antarabanga Putera (PWTC) di ibu negara, beliau menggesa kerajaan dipimpin Umno agar tidak menaikkan lagi harga barang dan perkhidmatan.

Khairy: Betul berani atau dia pun kembiri?
Masalahnya, kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah akibat Plan Transformasi Ekonomi Mohd Najib sendiri. Dasar fiskal dan pasaran berbuka pentadbiran Mohd Najib menyebabkan harga naik. Beliau anti-subsidi. Hatta subsidi beras hancur makanan orang miskin pun dihapuskannya.

Mohd Najib lebih rela menyusahkan rakyat jelata dan menerima maki hamun mereka daripada melanggar perintah Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) dan agensi-agensi penarafan antarabangsa yang mahu kita menghapuskan subsidi dan membuka pasaran kita seluas-luasnya.

Hari ini juga, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dalam kad laporan keduanya mengenai agenda ekonomi Bumiputera berkata, banyak cabaran dalam usaha capai matlamat 30 peratus pemilikan korporat oleh Bumiputera menjelang tahun 2020. Pegangan korporat Bumiputara kini sekitar 22 peratus sahaja.

Banyak lagi berita buruk mengenai Melayu dan Umno. Melayu dipandang begitu rendah sehingga seorang India tempatan bernama (Tan Sri) Kenneth K. Eswaran berani memberi amaran kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Timbalan Presiden Umno (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, agar jangan cuba menjatuhkan Mohd Najib menggunakan taktik yang mengganggu gugat kestabilan negara.

Eswaran: Kawan akrab keluarga Mohd Najib
Semua perkembangan ini tidak membantu meyakinkan orang Melayu di dalam dan luar Umno bahawa masa depan mereka terjamin dan bangsa Melayu dihormati di bawah kepemimpinan Mohd Najib.

Mohd Najib Menggoda PAS

Satu lagi berita buruk bagi Mohd Najib ialah percubaan beliau menggoda Presiden PAS, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, agar berkongsi ranjang dengan beliau sudah mula ditendang oleh banyak pihak dalam PAS.

Dalam temu ramah dengan media arus perdana (MAP) yang disiarkan pada 8 Disember, Mohd Najib berkata, ada tanda-tanda yang PAS semakin menerima baik cadangan kerjasama Umno-PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Percubaan ajak PAS Kongsi ranjang

Dengan Umno dalam keadaan lemah dan parti-parti BN, kecuali di Sarawak, terus ditolak oleh pengundi bukan Melayu, Mohd Najib memerlukan PAS untuk memperkukuhkan sokongan Melayu.


PAS pula kehilangan ramai pemimpin berwibawa dan berfikiran terbuka apabila golongan agama menang besar dalam pemilihan parti awal tahun ini. Sebahagian mereka keluar PAS dan menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GBH).

Penolakan ini bukan terhad kepada akar umbi PAS saja. Akar umbi Umno pun besar kemungkinan memberikan reaksi yang sama kerana selama ini merekalah berperang habis-habisan dengan PAS di peti undi.

Mohd Najib Kuat Tapi Takut

Walaupun Mohd Najib telah memperkukuhkan kedudukannya dalam kerajaan dan parti, beliau menghadiri PAU kali ini dalam keadaan sangat takut.

Sejak beberapa bulan lalu, tanpa segan silu, beliau telah menggunakan saluran politik, legislatif dan eksekutif untuk membolot kuasa dan mematikan penentangan.

Dalam arena politik, beliau telah memecat penentang-penentang dalam Umno. Melalui kuasa eksekutif beliau menggugurkan Mahyuddin dan (Datuk Seri) Shafie Mohd Apdal daripada Kabinet.

Beliau menggunakan kuasa pentadbiran memecat kakitangan awam yang disyaki tidak menyokong beliau dan menggantikan mereka dengan orang pilihan.

Tetapi beliau tetap takut hatta kepada ahli partinya sendiri. Kerana ketakutan beliau itulah, perhimpunan yang sedang berlangsung sekarang berupa yang paling terkongkong dalam sejarah Umno.

Isu berkaitan 1MDB dan derma/sedekat RM2.6 bilion yang beliau terima tidak boleh dibangkitkan. Perwakilan, resolusi, pembentang resolusi, pembahas dan pemerhati disaring, ditapis, diberi indoktrinasi dan masa perbahasan dipendekkan.

Kalau segala syarat itu dipatuhi, maka yang hadir persidangan kali ini adalah kembiri. Yang lelaki menderita koro dan perempuan dingin (frigid).

Tepati kadang kala, kambing kembiri (kambing yang dikasi) pun kalau terkepung atau diacah akan melawan.

Jadi apakah akan ada pembentang ketetapan dan pembahas yang tidak berjaya dikasi “anunya” bangkit membahaskan dua isu yang diharamkan itu?

Ditakdirkan semua pembentang ketetapan, pembahas dan perwakilan sudah dikasi atau dikunci “anunya” atau sarang mereka sudah diisi telur emas, maka jadilah PAU kali ini persidangan satu agenda iaitu sokong Presiden.

Sekali gus jadilah kepemimpinan Umno kumpulan manusia hipokrit, tanpa hati nurani (conscience) dan tanpa prinsip.

Wallahuaklam.

http://kadirjasin.blogspot.my/

Sumber DD - 9-12-2015
---------------------------------------------------------------------------
Zahid tidak terangsang cadangan Najib ‘berehat’?

Posted on Wednesday, December 09 @ 09:28:11 MYT by paklang

Oleh Shahbudin Husin

Antara perkara yang dibangkitkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam butiran amanatnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, semalam bagi menggantikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno yang tidak dibenarkan ialah mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti rehat seketika sementara siasatan mengenainya berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2,600 juta diselesaikan.


"Saya ingin mencadangkan agar perdana menteri berehat seketika. Biarlah siasatan berjalan dengan bebas, telus dan adil serta jangan timbul persepsi beliau campur tangan dalam siasatan.

"Ambillah cuti sehingga kes selesai. Jika siasatan mendapati perdana menteri tidak bersalah, baliklah semula dan sambung tugas seperti biasa.


"Dengan itu, saya percaya nama perdana menteri dan imej Umno dapat dibersihkan," tegas beliau sambil diiringi tepukan gemuruh orang ramai.

Sebagaimana yang disebut Muhyiddin, cadangan itu bukan ada apa-apa niat tidak baik terhadap Najib, sesungguhnya sesiapa pun dapat merasakan ia memang suatu cadangan ikhlas demi kebaikan perdana menteri, Umno dan juga negara.

Terlihat  Muhyiddin melontarkan cadangan itu terbit daripada pancaran jiwanya yang mahukan kebaikan serta penyelesaian yang akhirnya dapat diterima baik semua pihak.

Ini kerana, walau bagaimana sekali pun cuba dinafi dan disanggah, hakikatnya selagi Najib masih duduk di kerusi perdana menterinya, keraguan serta kesangsian orang ramai terhadap kebebasan, ketelusan, keadilan dan elemen campur tangan sukar sekali mahu diketepikan.

Dengan mencadangkan sedemikian, tiada apa-apa yang berubah kepada kedudukan Muhyiddin. Beliau tetap dengan situasinya yang ada sekarang – sekadar timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.

Sebaliknya, yang mungkin meraih sedikit kenaikan dalam takuk kedudukan ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meningkat daripada timbalan perdana menteri kepada pemangku perdana menteri.

Selama mana siasatan berjalan, selagi itulah beliau akan bergelar pemangku perdana menteri. Jika siasatan sudah selesai dan Najib didapati tidak bersalah, beliau boleh kembali menjadi perdana menteri semula, tetapi sekurang-kurangnya Zahid merasa juga duduk sebagai pemangku.
Kiranya Najib didapati bersalah pula, Zahid juga lebih berpeluang untuk terus menjadi perdana menteri kerana dengan kedudukannya sedia ada dalam kerajaan, beliau lebih mudah mendapat serta memutlakkan sokongan daripada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional memihak kepadanya.

Dalam keadaan yang sama, Muhyiddin barangkali hanya berpeluang menjadi perdana menteri berdasarkan konsep parti menguasai kerajaan dan kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua, itu pun sekiranya Umno dan barisan pemimpinnya yang ada sekarang sedia membuat keputusan yang memihak kepadanya.

Cuma soalnya, selepas agak lama berada di luar kerajaan, apakah Umno sedia menilai semula Muhyiddin atau merasakan memilih serta menobatkan Zahid menjadi perdana menteri lebih wajar?

Mengenali budaya dalam Umno, ternampak  kecenderungan mereka memihak kepada Zahid nyata lebih tinggi berbanding memilih Muhyiddin.

Apa pun persoalan yang bakal berbangkit nanti, yang jelasnya ketika Muhyiddin melontarkan cadangan agar Najib bercuti sementara itu, beliau sebenarnya tidak memikirkan keuntungan untuk dirinya.

Niatnya benar-benar untuk menyucikan nama perdana menteri serta demi kebaikan Umno dan negara daripada kemelut 1MDB dan wang derma yang masih menjadi pertikaian rakyat itu.
Jika ada yang mendapat untung melalui perlaksanaan cadangan itu tidak lain ialah Zahid – daripada pemimpin Perak pertama menjadi timbalan perdana menteri, martabatnya naik lagi dengan orang Perak pertama bergelar pemangku perdana menteri.

Andai ditakdirkan Najib bersalah, peluang Zahid menjadi perdana menteri juga lebih terang cahaya di hujung terowongnya berbanding Muhyiddin.

Oleh itu, tidak terangsangkah Zahid mahu menyokong cadangan Muhyiddin itu? – shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber DD - 9-12-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Akta MKN boleh jadi senjata makan tuan

A KADIR JASIN | .


KALAU hasrat tersirat kerajaan meluaskan bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah bagi melindungi dan memperkukuhkan kedudukannya maka ia tentu amat berkesan.

Dengan mewujudkan sebuah akta agung (super act) untuk MKN, anggotanya akan memperoleh kuasa yang sangat luas sehingga boleh mengancam kebebasan sivil seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Demikianlah antara jawapan saya kepada soalan yang dikemukakan oleh pemberita sebuah portal berita bukan arus perdana mengenai cadangan akta itu.

Kalau tujuan akta ini adalah untuk memberikan kuasa yang lebih luas kepada pasukan keselamatan dalam menangani ancaman luar, keganasan bersenjata atau situasi darurat (macam serangan ke atas Sabah pada tahun 2013) negara kita sudah pun mempunyai undang-undang dan peraturan yang cukup.

Kita pernah melalui darurat komunis selama 12 tahun (1948-60) dan rusuhan kaum 13 Mei, 1969. Kita wujudkan undang-undang khas seperti Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menanganinya.

Tetapi Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, sendiri yang memansuhkan undang-undang ini atas nama transformasi dan liberalisasi.
Andainya BN Kalah
Perdana Menteri tentu mengharap dan menjangkakan sokongan padu Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional.

Tetapi sebelum bertindak mengiakan rang undang-undang itu, mereka patut memikirkan kemungkinan undang-undang yang mereka wujudkan itu digunakan ke atas mereka sekiranya BN kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ramalan dan konsensus umum mengatakan BN akan kalah dalam PRU akan datang jika Mohd Najib terus menerajui kerajaan dan BN.

Seandainya itu berlaku, kerajaan yang menggantikan BN mempunyai alasan kuat menggunakan akta ciptaan BN itu untuk menyiasat, menangkap dan membicarakan anggota kerajaan yang ada sekarang.

Mereka juga pasti menyiasat ketua-ketua aparatus kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Gabenor Bank Negara serta aparacik Umno seperti Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Setiausaha Kerja sebagai orang yang disyaki atau saksi.

Selepas itu, kerajaan baru nanti (bukan BN) sama ada meminda atau memansuhkan akta itu supaya tidak dituduh meneruskan undang-undang kejam kerajaan BN.

Hatta kalau BN kekal sekali pun, asalkan Mohd Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri, anggota kerajaan beliau serta kakitangan awam yang melakukan kesalahan atau bersubahat tetap akan berasa padah persekongkolan mereka.


Mubarak, dari Jeneral kepada pesalah
Sejarah padat dengan contoh ketua negara atau ketua kerajaan yang kalah pilihan raya atau digulingkan dalam rampasan kuasa, menderita padah yang sangat buruk.

Tetapi nasib mereka tidak seburuk pegawai awam yang kerap dijadikan kambing korban. Ketua Negara atau ketua kerajaan yang hilang kuasa boleh menggunakan kekebalan (immunity) untuk mengelak daripada dipenjarakan, tetapi ada pegawai awam yang dihukum mati atau meringkuk dalam penjara.

Paling baru dan diketahui umum adalah perbicaraan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, dan anak-anaknya atas tuduhan melakukan pembunuhan, rasuah dan mensabotaj ekonomi. Turut dihadapkan ke mahkamah adalah Menteri Dalam Negeri dan pegawai-pegawai kanan polis.

Jadi Ahli Parlimen BN janganlah seronok sangat meluluskan rang undang-undang itu seolah-olah mereka menongkat langit manakala aparatus awam dan aparacik Umno perlulah sedar bahawa apabila pokok tempat mereka bergayut tumbang, merekalah yang paling teruk terhempap.

Nota kaki: Kalau tidak disekat oleh aparatus negara dan/atau diganggu oleh aparacik Umno, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, akan berucap dalam satu perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru pada Isnin 7 Disember kira-kira jam 8.30 malam.

Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.my/

Sumber HD - 4-12-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelik, Satu Umno Takut Kepada Seorang

Posted on Thursday, December 03 @ 15:06:55 MYT by paklang

Oleh A Kadir Jasin

PENAFIAN hak Timbalan Presiden Umno, (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, merasmikan persidangan Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda di Persidangan Agung Umno (PAU) mulai 8 Disember ini adalah manifestasi mutakhir dua perkara.

1. Ketakutan yang semakin mendalam yang menghantui Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak dan konco-konconya.



2. Pemusnahan demokrasi, tradisi dan konvensyen Umno semata-mata kerana Mohd Najib dan konco-konconya tidak yakin terhadap sokongan perwakilan, pemerhati dan ahli parti kepada mereka.

Mereka yang besar bilangannya dan mempunyai kuasa yang luas ke atas jentera propaganda parti takut berdepan dengan seorang Timbalan Presiden yang tidak berjawatan dan tidak ada akses kepada jentera parti.

Mohd Najib ramai penyokong kenapa takut Muhyiddin seorang?
Saya mengenali Mohd Najib secara peribadi pada tahun 1977 dan Muhyiddin pada awal tahun 1980an.

Dalam tempoh itu, saya tidak pernah melihat Mohd Najib setakut sekarang dan Muhyiddin begitu ditakuti.

Realitinya, Mohd Najib tidak pernah berani atau tegas. Beliau naik kerana licik main selamat sambil dipimpin dan dilindungi oleh mentor-mentornya  – Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan, secara pseudo, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhyiddin pula bukanlah watak yang menonjol, lantang dan tegas. Dalam banyak hal beliau adalah “the second fiddle” (biola kedua).

Tetapi hakikat bahawa Mohd Najib dan keseluruhan kepemimpinan atasan Umno kini begitu takut kepada beliau amat menakjubkan.

Saya rasa Muhyiddin sendiri tidak boleh mengukur dan memahami mengapa tiba-tiba beliau begitu ditakuti.

Takut Kerana Salah...

Semua ini terjadi bukan kerana kekuatan Muhyiddin tetapi kerana kelemahan Mohd Najib.

Kedua-dua mereka bukanlah pemain catur politik yang hebat. Seperti majoriti penggiat politik Umno sekarang, mereka tidak mempunyai karisma dan “killer instinct”.

Mereka bukan dalam kategori mahaguru politik seperti Allahyarham (Datuk) Harun Idris, (Tun) Mohammad Ghazalie Shafie dan Tan Sri Syed Jaafar Albar serta Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar dan (Tan Sri) Sanusi Junid.

Dalam keadaan biasa, Mohd Najib dan Muhyiddin sama kuat atau sama lemah. Tetapi dalam keadaan sekarang, Mohd Najib nampak lebih lemah.

Oleh sebab itulah beliau memerlukan perlindungan daripada kepemimpinan atasan Umno dan jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin.

Muhyiddin tidak cintakan PM lagi, sebaliknya...
Kita tidak perlu bertanya pujangga dan pendeta untuk mengetahui mengapa Muhyiddin dilucutkan jawatan kerajaan dan disekat daripada berkomunikasi dengan ahli parti di PAU.

Jawapannya satu sahaja. Muhyiddin mempunyai soalan-soalan sah (legitimate questions) mengenai hal-hal yang disembunyikan daripada ahli parti atau yang dibohongi kepada mereka.

Soalan-soalan mengenai 1MDB, SRC International, “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib dan pemecatan serta tindakan disiplin ke atas ahli parti yang mengkritik Mohd Najib.

Mohd Najib dan konco-konco tidak yakin bahawa penjelasan mereka kepada ahli Majlis Tertinggi, ketua-ketua bahagian dan cawangan serta ahli parti dalam perjumpaan-perjumpaan tertutup diyakini sepenuhnya.

Mereka takut soalan-soalan Muhyiddin dan ketua-ketua cawangan yang berani akan membuka mata perwakilan sehingga menyebabkan mereka mengubah pendirian.

Pokok pangkalnya Mohd Najib dan konco-konconya takut dimalukan. Mereka takut kena sorak, kena herdik dan kena sindir. Paling mereka takuti adalah Muhyiddin dan para pengkritik Mohd Najib akan mendapat tepukan gemuruh. Atau penunjuk perasaan di luar dewan membawa sepanduk mengenai 1MDB dan “derma” RM2.6 bilion.

Banyak Cara Lapah Harimau

Kalau Muhyiddin berazam dan beriltizam untuk mempertahankan demokrasi, amalan dan konvensyen Umno, beliau mempunyai banyak cara.

Dalam dunia yang dipacu oleh Internet, beliau masih boleh berkomunikasi dengan berkesan walaupun tidak lagi mempunyai akses kepada media arus perdana (MAP).

Lagipun, MAP telah hilang kewibawaan dan audiens kerana membiarkan diri mereka diperkuda oleh Mohd Najib dan konco-konconya serta kalah berulang apabila disaman oleh pembangkang.

Umno dan MAP sudah kucar-kacir. Justeru itu, adalah lebih baik bagi Muhyiddin bertindak di luar kerangka Umno dan MAP. 

Muhyiddin beri sokongan moral kepada pemimpin cawangan
Dalam konteks itulah kemunculan beliau di Ibu Pejabat Umno bagi memberi sokongan moral kepada sembilan ketua cawangan Umno dalam Bahagian Telok Kemang, Negeri Sembilan yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin petang semalam dianggap penting.

Soal beliau menjadi tunggul di PAU tidak timbul. Kehadiran beliau di atas pentas nanti akan menjadi tumpuan dan telahan perwakilan. Gerak-geri (body language) beliau akan dibaca, diulas dan dikupas.

Kalau kamera media massa dan telefon pintar tidak diharamkan di dalam dewan, pelbagai gambar dan teks akan tersebar di ruang siber menceritakan apa yang tersurat dan tersirat.

Sebaliknya, yang terancam adalah Mohd Najib dan konco-konco beliau. Silap-silap mereka tersepak tunggul, jatuh tertiarap, muka menyembah bumi, misai terkena lumpur dan mulut dimasuki pasir.

Wallahuaklam.

http://kadirjasin.blogspot.my

Sumber DD - 3-12-2015 
------------------------------------------------------------------------------------------------

Pahlawan Bugis lari lagi ..

Posted on Thursday, December 03 @ 15:03:37 MYT by paklang

Oleh Shahbudin Husin 

Sebagaimana yang diduga banyak pihak, Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi mengelak untuk menjawab isu berkaitan derma RM2,600 juta yang mengalir masuk ke akuan bank peribadinya.

Beliau yang sepatutnya menjawab isu itu di Parlimen hari ini, sebaliknya menyerahkan kepada bekas Setiausaha Politiknya yang kini dilantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi untuk mewakilinya memberikan jawapan.


Speaker Parliman, Pandikar Amin Haji Mulia juga memaklumkan bahawa tiada sebarang soalan atau perbahasan ketika Zahid Hamidi memberikan jawapan yang mewakili Najib itu.

Aduhh...sudahlah diwakilkan kepada orang lain, tiada soalan dan tiada perbahasan pula dibenarkan.

Apabila Azalina Othman Said sebelum ini memberitahu bahawa Najib akan menjawab sendiri isu berkaitan derma berbilion ringgit yang diterimanya itu di Parlimen pada hari terakhir sessi Parlimen, lebih ramai yang sangsi daripada meyakini keberanian Najib untuk berdepan dengannya.



Ia bukan saja kerana isu itu sudah berlalu begitu lama dibiarkan tanpa jawapan yang meyakinkan, tetapi pemilihan hari terakhir sessi Parlimen turut menimbulkan banyak persoalan.

Kesangsian itu menjadi kenyataan akhirnya dengan Najib langsung langsung tidak berani walau untuk mengeluarkan satu patah perkataan sekali pun.

Jika dalam program Nothing To Hide tidak lama dulu, Najib tidak berani menjejakkan kakinya ke PWTC berikutan Tun Mahathir sudah menunggu untuk berhujah dengannya di sana, tetapi di Parlimen kali ini beliau sekali lagi menunjukkan ketakutannya berdepan Ahli-Ahli Parlimen dengan Zahid Hamidi pula ditolaknya ke depan.

Memang pelik dan tidak masuk akal apabila Zahid yang disuruh menjawab sedangkan duit berkenaan masuk ke akaun peribadi Najib. Maka, itukah sebabnya tiada soalan dan perbahasan dibenarkan?

Zahid pula dalam rumusannya mengenai wang itu hanya mengambil masa kira-kira 3 minit saja untuk menjawabnya. Begitu banyak wang yang mengalir masuk dan banyak pula persoalan yang timbul, namun hanya 3 minit saja yang mampu diluangkan.

Sampai bila agaknya Najib mahu bersembunyi dan terus melarikan diri?
http://shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber DD - 3-12-2015 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

With Najib still around, we do not need anymore enemies

Posted on Wednesday, December 02 @ 10:41:50 MYT by Reformis

Oleh Aspan Alias



Dr Mahathir is more serious than ever and he says it again, Najib must go before the GE14. That was the main content in his open letter to the ordinary UMNO members and that was truly an unpretentious plea to save UMNO in facing the coming GE. I am one of those who support the plea and it should be done in congregation among the UMNO branches where most of the grassroots members are.

However there have been many branches of the party which were courageous enough to go in the open demanding for Najib to quit as the President of the party and consequentially to leave his office in Putrajaya where he is still loitering around without infamy and shame. Najib realizes that there has been massive abhorrence among the grassroots against his refusal to quit and we just wonder what makes him stay put in Putrajaya. His claim that he has 3 million UMNO members behind him is all fallacy. There are thousands of gallant and brave UMNO branches and their members coming out to express their concerns about the future of the party if Najib is still the PM of this great but poorly managed nation.

Let us all ask Najib, where is strength now? He has lost the support of the UMNO grassroots and he has long lost the support from the ordinary Malaysians. He can’t be resting all his laurels on IGP or AG all the time. He can’t be using his muscle and legs to rule. He can kick as many UMNO leaders at all levels but if all branches are working in congregation demanding for his withdrawal he won’t have any more time to sack everyone. Ruling by the leg won’t last long. It’s a rule by clean and pure mind that can make him stay as a leader.

By continuing to remain as the party President it does not need any opposition party to topple the BN/UMNO government. Najib himself will bring down the BN government hands down.

We still have the chance to save the country and that needs Najib's sacrifice. He must leave and let someone else proficient enough to remodel the nation’s political structure that would bring us to a new setting that can bring the country to proper trajectory of proper consensus.

Both the opposition and the government legislative members must work in ensemble to reject Najib supported by the grassroots. This is the first time ever when the opposition has clear intentions to work out with any member of parliament that can be from UMNO to alternate Najib for the sake of the country.

The move to sideline Muhyiddin in the UMNO general assembly is a clear proof not that UMNO has no finesse whatsoever as a ruling party anymore. UMNO is now reduced to a small exclusive club meant for a few leaders with personal interests and nothing for its members and the people they rule.

Hence the fate of UMNO is depending on whether Najib’s willingness to retire in grace. If he stays on he has to go with the party altogether. I think that’s what he wants. If UMNO members succumb to Najib’s iron-fist rule we know what is forthcoming. UMNO will be history.

It means Malays will be irrelevant to the country's politics totally. If we wish to see that to happen just don't do anything and let Najib rule this country without disturbance.

In actual fact Najib is number one public enemy. Let's accept it.

Sumber DD - 2-12-2015


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Lebih baik Ku Nan larang sekali Dr Mahathir jejak PWTC

Posted on Saturday, November 28 @ 22:50:57 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti masih mempertimbangkan sama ada mahu menjemput atau tidak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2015 (PAU 2015) tahun ini.

Sambil mengatakan perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat, Tengku Adnan juga mengatakan, "secara peribadi, saya rasa mungkin Dr  Mahathir tidak akan datang. Sejak kebelakangan ini beliau kerap menghentam parti.

"Apa-apa pun kita tunggulah...nak jemput atau tidak," katanya lagi.

Soalnya, kenapa perlu nak dibincangkan lagi? Bukankah sudah tradisinya bekas-bekas pemimpin dijemput hadir?

Tidakkah Dr Mahathir bekas pemimpin kita yang banyak berjasa dan beliau berhak diberikan jemputan sebagai penghormatan kepadanya?

Apa yang mahu ditunggu lagi dan kemudian pandai-pandai pula Tengku Adnan mengatakan Dr Mahathir mungkin tidak menghadirinya.

Sama ada hadir atau tidak, biarlah keputusan itu dibuat Dr Mahathir dan bukan Tengku Adnan yang wajar membuat andaian awal mengenainya.

Tetapi begini sajalah – jika Umno ingin mencipta satu lagi sejarah, sebagaimana sebelum ini mencipta sejarah baharu dengan tidak membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan perhimpunan sayap-sayap, adalah lebih baik Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun, tidak dijemput sama sekali untuk menghadiri PAU2015 kali ini.

Tidak cukup dengan itu, Umno juga perlu mengeluarkan arahan rasmi agar Dr Mahathir tidak dibenarkan langsung menjejakkan kakinya ke kawasan sekitar Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sepanjang berlangsungnya perhimpunan itu antara 8 hingga 12 Disember.

Bahkan, semua pihak yang pernah mengkritik dan menghentam Najib juga jangan dijemput dan dilarang sama menjejakkan ke PWTC.

Biarlah tahun ini mereka yang dalam kategori pembodek dan pengampu saja yang dijemput menghadirinya.

Baru PAU 2015 ini ada kelas!

Tapi, jangan pula selepas ini Tengku Adnan membuat pusingan U sekali lagi sepertimana tindakannya semalam berhubung mahu menjadikan PAU2015 ini sebagai acara tertutup dan tidak dihadiri pihak media tetapi kemudian menafikan ada memberi kenyataan sebegitu. – shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber DD - 28-11-2015         

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dolak-dalik liputan Perhimpunan Agung Umno 2015

Posted on Saturday, November 28 @ 22:39:29 MYT by paktam

Oleh A Kadir Jasin

Dolak-dalik mengenai sama ada liputan media di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 bulan depan hendak diteruskan seperti lazim atau dihadkan adalah satu lagi contoh keterdesakan kepemimpinan parti itu.

Pada mulanya, setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan sebagai berkata, liputan akan dihadkan kerana media massa memutarbelitkan laporan.


Berita itu mendapat kutukan meluas di kalangan pengamal media massa,
termasuk yang pro-Umno atau di bawah gajian Umno serta peserta media sosial.

Kini Tengku Adnan dipetik sebagai berkata tindakan itu “tidak terjadi selepas menerima maklum balas daripada wakil-wakil negeri yang mahu liputan langsung.”

"Ini bermakna media pun boleh melaporkan secara terbuka. Liputan media adalah sama seperti perhimpunan-perhimpunan agung lepas," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
Tengku Adnan sebelum ini berkata, sekatan terhadap media dibuat kerana media online suka "memutarkan berita".

Katanya, media akan terus dimaklumkan perkembangan perhimpunan itu melalui sidang media harian yang akan diberikan 2 orang naib presiden Umno.

Kepemimpinan Umno sesat jalan

Masalah Umno hari ini adalah kerana para pemimpinnya gagal membezakan di antara parti dan kerajaan dengan di antara presiden Umno dan perdana menteri.

Akibatnya mereka mengkhianati amanah dan mengetepikan asas serta dasar perjuangan parti dan hukum-hakamnya.

Mereka lupa PAU adalah badan pembuat dasar tertinggi parti. Di situlah aspirasi dan kepentingan ahli parti diperjuangkan dan ditegakkan.

Tetapi kerana kuasa, sogokan dan peras ugut, majoriti pemimpin atasan Umno melencongkan arah tuju PAU dengan menjadikannya seolah-olah mesyuarat Kabinet untuk menyokong kerajaan dan ikut telunjuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka mengabaikan tugas dan hak istimewa Umno sebagai parti yang berkuasa ke atas kerajaan sebaliknya membenarkan parti diperkudakan kerajaan, khususnya perdana menteri dan konco-konco beliau.

Mereka lupa Umno mendahului kerajaan. Sebelum ada kerajaan, Umno sudah ada. Kerajaan laku selama 5 tahun sahaja, tetapi Umno laku sepanjang masa selagi mendapat sokongan orang Melayu.

Bahana pemimpin dangkal

Nampak sangat dangkal dan korupnya pemikiran ahli Majlis Tertinggi, pengerusi-pengerusi Perhubungan Negeri, ketua-ketua dan ahli Jawatankuasa Bahagian apabila mengorbankan parti kerana mempertahankan perbuatan perdana menteri.

Mereka tidak kisah akan hakikat perdana menteri melakukan apa yang beliau lakukan tanpa berunding atau memberitahu Umno.

Hanya selepas didedahkan dan tersepit barulah beliau dan tukang ceritanya membuat helah kononnya apa yang beliau lakukan itu adalah untuk Umno.

Kalau apa yang beliau lakukan itu untuk Umno, sekalipun seandainya salah dari segi undang-undang dan konvensyen, ia tetap salah. Umno tidak boleh diseret untuk bersubahat.

Tugas pemimpin Umno yang beriman dan bermoral bukan mempertahankan perbuatan salah perdana menteri atau mana-mana ahli.

Tugas pemimpin Umno yang beriman dan bermoral adalah mempertahankan nama baik Umno dan maruah orang Melayu serta Islam.

Akibat sesat jalan inilah Umno berpecah-belah, dihina dan disyaki. Kerana bersekongkol mempertahankan perkara yang salah sehinggakan sampai hendak berdepan dengan media massa pun takut.

Lari sana, lari sini. Sembunyi sana, sembunyi sini macam kawar, kata orang utara. Kawar adalah salah sebut orang Kedah terhadap istilah Inggeris “coward” – penakut. Wallahuaklam.  – kadirjasin.blogspot.my

Sumber DD - 28-11-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tunjukkan duit, pemimpin Umno jual segalanya

DATUK MOHD ARIFF SABRI ABDUL AZIZ | .


SAYA menulis artikel ini sebab saya orang Melayu. Semua orang Melayu mesti menilai apa sebenarnya yang dilakukan oleh mana-mana kumpulan yang mendakwa mereka menjuarai kepentingan bangsa. Umno tidak terkecuali.

Semakin hari Umno hilang kepercayaan bangsa Melayu. Semasa 1MDB beli janakuasa swasta dengan harga berbilion Ringgit dahulu, tidak sedikit puak pelampau Melayu menjerit dan melolong bahawa tindakan tersebut ialah hendak meletakkan aset tersebut dalam tangan Melayu. Bahkan kita ada undang-undang yang mengehadkan pegangan ekuiti asing dalam syarikat milik kerajaan pada tahap 49 peratus.

Hari ini apa jadi? Aset tersebut dijual pada syarikat negara Cina. Sekali gus, alasan pembelian janakuasa oleh 1MDB dahulu, hancur lebur. Tunjukkan duit, maka pemimpin Umno jual segalanya. Maruah bangsa hilang sekelip mata. Si tukang jerit dan lolong, senyap sepi membisu seribu bahasa.

Bangsa kita berjuang dan menumpahkan darah mempertahankan martabat dan ketuanan bangsa. Tok Janggut di Kelantan, Dol Said di Negeri Sembilan, Tok Gajah, Bahaman, Mat Kilau dan kumpulan mereka di Pahang, pemimpin-pemimpin Melayu lain mempertaruhkan nyawa untuk menjaga maruah dan nilai bangsa. Pemimpin Umno hari ini buang itu semua.

Nyatalah perjuangan ketuanan bangsa ialah melalui perbuatan dan perlaksanaan bukan dengan slogan dan omongan kosong. Perjuangan ketuanan bangsa didukong oleh usaha menegakkan kebenaran dan keadilan.

Apa Yang Pemimpin Umno Hari Ini Lakukan?

Pemimpin Umno mengajar bangsa Melayu, bahawa mengekalkan kemerdekaan bukan nilai yang penting. Menyelamatkan diri sendiri, mendahulukan kepentingan peribadi adalah nilai baru orang Melayu. Umno mengajar bangsa Melayu, menjadi penegak kebenaran dan keadilan tidak penting.

Apa sudah jadi kepada Umno? Ia tidak lagi mewakili nilai-nilai terbaik bangsa Melayu. Ia parti yang tidak tahu menghargai pemimpin yang benar-benar berjasa. Sebaliknya, ia menjadi pekakas untuk menjaga pemimpin yang buruk.

Saya berharap. Nilai-nilai yang dibawa dan didukung oleh Umno hari ini tidak mewakili nilai bangsa  Melayu keseluruhannya.
• Melayu tidak boleh dipecayai
• Melayu tidak cekap
• Melayu tidak kenang budi orang yang berjasa
• Melayu gadai maruah untuk duit
• Wang, duit dan pangkat mengatasi baik dan buruk, benar dan salah, hitam dan putih.
• Melayu tidak berprinsip.

Mari Kita Lihat Nilai Mengenang Budi

Ini suatu yang saya tidak faham dengan 22,000 ketua cawangan Umno. Adakah jasa Dr Mahathir yang jadi presiden Umno selama 22 tahun, jadi PM selama 22 tahun dan membangunkan minda orang Melayu boleh dilupakan dan diketepikan? Mana dia wira-wira Umno yang dibentuk oleh Dr Mahathir?

Saya tidak fikir Dr Mahathir ada kepentingan apa-apa selain mahu melihat Malaysia diselamatkan daripada kepimpinan yang memusnahkan. Dr Mahathir hanya tidak mahu melihat negara yang dibangunkan selama 22 tahun, dimusnahkan. Selepas Mahathir, Malaysia menjadi teruk.

Ini bukan isiu Dr Mahathir ada stail dia, Najib ada stial dia. isunya, Malaysia mesti diselamatkan. Yang menyebabkan Malaysia mesti diselamatkan ialah kepimpinan Najib yang memusnahkan. Maka Dr Mahathir menyeru Najib diganti.

Pergantian tersebut dilakukan dengan cara yang dibenarkan oleh perlembagaan. Adalah tidak masuk akal untuk menuduh Melayu yang paling berjasa pada bangsa dan negara ini sebagai orang yang mahu menggulingkan kerajaan.

Umno Hari Ini

Umno dikuasai oleh pemimpin yang angkuh. Keangkuhan mereka bukan disebabkan kebolehan serta bakat. Bahkan keangkuhan mereka disebabkan mereka ada kedudukan dan jawatan dan mereka kaya raya. Dan kekayaan mereka bukan sebab mereka peniaga yang handal. Bahkan kekayaan mereka ialah kerana mereka ini kebanyakannya “rent seekers” dan kaki balun duit rakyat.

3.4 juta ahli Umno dikuasai oleh 22,000 ketua cawangan, 191 ketua bahagian dan 48 orang anggota Majlis tertinggi. Jadilah Umno sebuah parti kumpulan 1 peratus, oleh 1 peratus dan untuk 1 peratus. Ketua kumpulan 1 peratus terpilih ini, pada waktu ini ialah Najib Tun Razak.

Siapa kumpulan terpilih 1 peratus ini? Mereka terdiri daripada yang kurang bakat dan kebolehan, yang tidak kerja kuat semasa sekolah dan kolej atau universiti, mereka yang rasuah dan yang menyokong sistem rasuah. Nilai-nilai mereka ini dicerminkan dalam dasar-dasar yang dijalankan.

Maka BR1M jadi Beri Rasuah 1 Malaysia. Kesetiaan boleh dibeli dengan RM1,000 setahun. Harga kesetiaan dan sokongan hanya RM2.74 sehari. Najib hanya perlu mempedulikan kepentingan 191 ketua bahagian dan tidak perlu pun menghiraukan 22,000 ketua cawangan.

Kepada Najib, tunai itu raja. Tunjukkan duit kepadanya, semua beres.

Apabila ditanya mengenai butiran 1MDB di parlimen Menteri Kewangan Kedua memulakan jawapan dengan berkata- objektif kita ialah menyelesaikan tanggungan dan hutang 1MDB bukan?

Benar - tapi isu yang lebih besar adakah kita menjadi penjualan aset untuk mengurangan hutang dan bebanan sebagai alasan menutup salah laku? Salah laku dan penipuanlah yang menyebabkan masaalah 1MDB. Menyelesaikan masaalah dengan wang, tidak kesal salahlaku.

Soalan paling mudah - dari hari pertama kerajaan kata 1MDB bukan syarikat kerajaan. Penglibatan kerajaan hanya modal bermula sebanyak RM1 juta. Jika bukan syarikat kerajaan, mengapa kerajaan hari ini melindungi 1MDB?

Apa yang istimewanya mengenai 1MDB sehingga kerajaan beri surat jaminan kepada 1MDB? Biarkan sahaja 1MDB bangkrap dan bersama-sama kehancurannya, mendedahkan semua yang terlibat dalam skandel 1MDB.

“Clearing debts by seling whatever assets 1MDB has does not excuse and exonerate wrongdoings and wrongdoers.”

Umno bukan Umno dahulu lagi. Ia jaga kepentingan presiden dan penyokong presiden. Tempat mesyuarat MKT Umno seperti yang dinyatakan dalam buku perlembagaan Umno ialah Menara Datuk Onn, PWTC.

Tapi kali ini, ia diadakan di bangunan parlimen. Ini amat menakjubkan dan ia menunjukkan keangkuhan parti Umno. Ia hanya sebuah parti yang mempunyai 3.4 juta ahli, 191 ketua bahagian, 21,800 ketua cawangan dan 48 ahli majlis tertinggi. Melayu Umno hanya 20 peratus dari jumlah bangsa Melayu.

Dalam parti Umno dikuasai oleh kumpulan 1 peratus teratas. Ia sebuah organisai kumpulan 1 peratus, oleh 1 peratus dan untuk 1 peratus. Ertinya, ia jaga kepentingan 1 peratus, dikuasai oleh 1 peratus dan melakukan semua dasar untuk 1 peratus.

Untuk negara, dia bukan jaga kepentingan semua orang. Dasar dan kepentingan Umno ialah dasar kumpulan 20 peratus, oleh 20 peratus dan untuk 20 peratus. Ia tidak sama dengan kepentingan baki 80 peratus bangsa Melayu lain. Malah ahli Umno hanya 17 peratus dari jumlah Melayu seramai 18 juta.

Oleh sebab Umno sudah memulakan precedent, maka parti politk lain agaknya akan juga boleh mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif mereka di parlimen. Umno memulakan precedent yang tidak bagus ini. Mereka tidak boleh pusing balik dan kata, hanya Umno sahaja boleh melakukan demikian. Parlimen bukan milik Umno.

Mengenai apa sebab Umno melakukan demikian sebetulnya tidak penting. Sama ada ia untuk mengasingkan penyokong Muhyidin dan Shafie atau kerana mahu menghimpunkan ahli parlimen Umno hampir dengan dewan- tidak penting.

Yang nyata ialah Umno sebuah parti yang berada dalam keadaan yang mencemaskan. Ia jadi cemas, sebab ia sudah hilang keyakinan bangsa Melayu. Ahli-ahli nya sendiri sedang memberontak mahukan presiden disingkir supaya jangan mencederakan masa depan Umno dan seterusnya menghakis kepercayaan bangsa Melayu ke atas Umno.

Nilai Melayu Umno tidak sama dengan nilai bangsa Melayu rupanya.

Semasa membentang Bajet 2016, Datuk Najib membaca suatu ayat dari al-Quran yang menyebut supaya memberikan amanah kepada mereka yang berhak menerimanya.

Muhammad Rasulullah menyebut bahawa apabila amanah disia-siakan, maka kiamat dan kemusnahan akan tiba. Apabila ditanya, bagaimana amanah disia-siakan, baginda jawab, ia disia-siakan apabila urusan diberi kepada mereka yang bukan ahlinya.

Bangsa Melayu mesti menilai - adakah amanah kepada pemimpin Umno hari ini diberi kepada mereka yang berhak menerimanya? - sakmongkol.blogspot.my/

Sumber HD - 27-11-2015
-------------------------------------------------------------------------
UMNO hari ini dan NIlai Bangsa

Posted on Thursday, November 26 @ 09:02:00 MYT by paktam

Oleh Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz

Saya menulis artikel ini sebab saya orang Melayu. Semua orang Melayu mesti menilai apa sebenarnya yang dilakukan oleh mana2 kumpulan yang mendakwa mereka menjuarai kepentingan bangsa. UMNO tidak terkecuali.

Semakin hari UMNO hilang kepercayaan bangsa Melayu. Semasa 1MDB beli janakuasa swasta dengan harga berbilion Ringgit dahulu, tidak sedikit puak pelampau Melayu menjerit dan melolong bahawa tindakan tersebut ialah hendak meletakkan assets tersebut dalam tangan Melayu. Bahkan kita ada undang2 yang menghadkan pegangan ekwiti asing dalam syarikat milik kerajaan pada tahap 49%.

Hari ini apa jadi? Assets tersebut dijual pada syarikat negara Cina. Sekali gus, alasan pembelian janakuasa oleh 1MDB dahulu, hancur lebur. Tunjukkan duit, maka pemimpin UMNO jual segala nya. Maruah bangsa hilang sekelip mata. Situkang jerit dan lolong, senyap sepi membisu seribu bahasa.

Bangsa kita berjuang dan menumpahkan darah mempertahankan martabat dan ketuanan bangsa. Tok Janggut di Kelantan, Dol Said di Negeri Sembilan, Tok Gajah, Bahaman, Mat Kilau dan kumpulan mereka di Pahang, pemimpin2 Melayu lain mempetaruhkan nyawa untuk menjaga maruah dan nilai bangsa. Pemimpin UMNO hari ini buang itu semua.

Nyatalah perjuangan ketuanan bangsa ialah melalui perbuatan dan perlaksanaan bukan dengan slogan dan omongan kosong. Perjuangan ketuanan bangsa didukong oleh usaha menegakkan kebenaran dan keadilan.

Apa yang pemimpin UMNO hari ini lakukan?

Pemimpin UMNO mengajar bangsa Melayu, bahawa mengekalkan kemerdekaan bukan nilai yang penting.

Menyelamatkan diri sendiri, mendahulukan kepentingan peribadi adalah nilai baru orang Melayu.UMNO mengajar bangsa Melayu, menjadi penegak kebenaran dan keadilan tidak penting.

Apa sudah jadi kepada UMNO? Ianya tidak lagi mewakili nilai2 terbaik bangsa Melayu. Ianya parti yang tidak tahu menghargai pemimpin yang benar2 berjasa. Sebaliknya, ia menjadi pekakas untuk menjaga pemimpin yang buruk.

Saya berharap. Nilai2 yang dibawa dan didukung oleh UMNO hari ini tidak mewakili nilai bangsa Melayu keseluruhan nya.

· Melayu tidak boleh dipecayai

· Melayu tidak cekap

· Melayu tidak kenang budi orang yang berjasa

· Melayu gadai maruah untuk duit

· Wang, duit dan pangkat mengatasi baik dan buruk, benar dan salah, hitam dan putih.
· Melayu tidak berprinsip.

Mari kita lihat nilai mengenang budi.

Ini suatu yang saya tidak faham dengan 22,000 ketua cawangan UMNO. Adakah jasa Dr Mahathir yang jadi president UMNO selama 22 tahun, jadi PM selama 22 tahun dan membangunkan minda orang Melayu boleh dilupakan dan diketepikan? Mana dia wira2 UMNO yang dibentuk oleh DR Mahathir?

Saya tidak fikir Dr Mahathir ada kepentingan apa2 selain mahu melihat Malaysia diselamatkan dari kepimpinan yang memusnahkan. Dr Mahathir hanya tidak mahu melihat negara yang dibangunkan selama 22 tahun, dimusnahkan. Selepas Mahathir, Malaysia menjadi teruk.
Ini bukan isiu Dr Mahathir ada stail dia, Najib ada stial dia.isiu nya, Malaysia mesti diselamatkan. Yang menyebabkan Malaysia mesti diselamatkan ialah kepimpinan Najib yang memusnahkan. Maka Dr Mahathir menyeru Najib diganti.

Pergantian tersebut dilakukan dengan cara yang dibenarkan oleh perlembagaan. Adalah tidak masuk akal untuk menuduh Melayu yang paling berjasa pada bangsa dan negara ini sebagai orang yang mahu menggulingkan kerajaan.

Umno hari ini.

UMNO dikuasai oleh pemimpin yang angkuh. Keangkuhan mereka bukan disebabkan kebolehan serta bakat. Bahkan keangkuhan mereka disebabkan mereka ada kedudukan dan jawatan dan mereka kaya raya. Dan kekayaan mereka bukan sebab mereka peniaga yang handal. Bahkan kekayaan mereka ialah kerana mereka ini kebanyakan nya rent seekers dan kaki balun duit rakyat.

3.4 juta ahli UMNO dikuasai oleh 22,000 ketua cawangan, 191 ketua bahagian dan 48 orang anggota Majlis tertinggi. Jadilah UMNO sebuah parti kumpulan 1%, oleh 1% dan untuk 1%. Ketua kumpulan 1% terpilih ini , pada waktu ini ialah Najib Tun Razak.

Siapa kumpulan terpilih 1% ini? Mereka terdiri dari yang kurang bakat dan kebolehan, yang tidak kerja kuat semasa sekolah dan kolej atau university, mereka yang rasuah dan yang menyokong system rasuah. Nilai2 mereka ini dicerminkan dalam dasar2 yang dijalankan.

Maka BR1M jadi Beri Rasuah 1 Malaysia. Kesetiaan boleh dibeli dengan RM1000 setahun. Harga kesetiaan dan sokongan hanya RM2.74 sehari. Najib hanya perlu mempedulikan kepentingan 191 ketua bahagian dan tidak perlu pun menghiraukan 22,000 ketua cawangan.
Kepada Najib, tunai itu raja. Tunjukkan duit kepada nya, semua beres.

Apabila ditanya mengenai butiran 1MDB diparlimen menteri kewangan ke2 memulakan jawapan dengan berkata- objektif kita ialah menyelesaikan tanggungan dan hutang 1MDB bukan?

Benar- tapi isiu yang lebih besar adakah kita menjadi penjualan asset untuk mengurangan hutang dan bebanan sebagai alasan menutup salah laku? Salah laku dan penipuanlah yang menyebabkan masaalah 1MDB.Menyelesaikan masaalah dengan wang, tidak kensel salahlaku.

Soalan paling mudah- dari hari pertama kerajaan kata 1MDB bukan syarikat kerajaan. Penglibatan kerajaan hanya modal bermula sebanyak RM1 juta. Jika bukan syarikat kerajaan, mengapa kerajaan hari ini melindungi 1MDB? Apa yang spesial nya mengenai 1MDB sehingga kerajaan beri surat jaminan kepada 1MDB? Biarkan sahaja 1MDB bengkrap dan bersama sama kehancuran nya, mendedahkan semua yang terlibat dalam skendel 1MDB.

Clearing debts by seling whatever assets 1MDB has does not excuse and exonerate wrongdoings and wrongdoers.

UMNO bukan UMNO dahulu lagi. Ia jaga kepentingan presiden dan penyokong presiden. Tempat mesyuarat MKT UMNO seperti yang dinyatakan dalam buku perlembagaan UMNO ialah Menara Dato Onn, PWTC.

Tapi kali ini, ianya diadakan di bangunan parlimen. Ini amat menakjubkan dan ianya menunjukkan keangkuhan parti UMNO. Ianya hanya sebuah parti yang mempunyai 3.4 juta ahli, 191 ketua bahagian, 21,800 ketua cawangan dan 48 ahli majlis tertinggi. Melayu UMNO hanya 20% dari jumlah bangsa Melayu.

Didalam parti UMNO dikuasai oleh kumpulan 1% teratas. Ia sebuah organisai kumpulan 1%, oleh 1% dan untuk 1%. Ertinya, ia jaga kepentingan 1%, dikuasai oleh 1% dan melakukan semua dasar untuk 1%.

Untuk negara, dia bukan jaga kepentingan semua orang. Dasar dan kepentingan UMNO ialah dasar kumpulan 20%, oleh 20% dan untuk 20%. Ianya tidak sama dengan kepentingan baki 80% bangsa Melayu lain.Malah ahli UMNO hanya 17% dari jumlah Melayu seramai 18juta.

Oleh kerana UMNO sudah memulakan precedent, maka parti politk lain agaknya akan juga boleh mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif mereka di parliament. UMNO memulakan precedent yang tidak bagus ini. Mereka tidak boleh pusing balik dan kata, hanya UMNO sahaja boleh melakukan demikian. Parliament bukan milik UMNO.

Mengenai apa sebab UMNO melakukan demikian sebetulnya tidak penting. Sama ada ianya untuk mengasingkan penyokong Muhyidin dan Shafie atau kerana mahu menghimpunkan ahli parlimen UMNO hampir dengan dewan- tidak penting.

Yang nyata ialah UMNO sebuah parti yang berada dalam keadaan yang mencemaskan. Ia jadi cemas, sebab ia sudah hilang keyakinan bangsa Melayu. Ahli2 nya sendiri sedang memberontak mahukan president disingkir supaya jangan mencederakan masa depan UMNO dan seterusnya menghakis kepercayaan bangsa Melayu keatas UMNO.

Nilai Melayu UMNO tidak sama dengan nilai bangsa Melayu rupanya.

Semasa membentang Bajet 2016, Dato Najib membaca suatu ayat dari Al Quran yang menyebut supaya memberikan amanah kepada mereka yang berhak menerima nya.

Muhammad Rasul Allah menyebut bahawa apabila amanah disia2kan, maka kiamat dan kemusnahan akan tiba. Bila ditanya, bagaimana amanah disia2kan- baginda jawab, ianya disia2kan bila urusan diberi kepada mereka yang bukan ahlinya.

Bangsa Melayu mesti menilai- adakah amanah kepada pemimpin UMNO hari ini diberi kepada mereka yang berhak menerimanya?~sakmongkol.blogspot.m

Sumber DD - 26-11-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Najib pemimpin 'spent -force' UMNO

Posted on Thursday, November 26 @ 08:23:45 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias

Ramai yang memperkatakan yang banyak cawangan UMNO akan mendesak Najib untuk meletakkan jawatan. Ada yang mengatakan setidak-tidaknya sebanyak lima ribu cawangan akan membuat desakan itu. Malahan ratusan cawangan telah pun melakukannya dan ini mendapat reaksi pimpinan UMNO pusat. Adnan Mansor dan Ahmad Zahid telah menuduh ada dalang di sebalik desakan yang dilakukan oleh cawangan-cawangan ini.

Ramai yang beranggapan yang ia didalangi oleh musuh dalam parti. Tetapi tidak kurang yang beranggapan yang ia juga didalangi oleh Zahid Hamidi kerana Zahid mahu mempastikan dirinya mendapat kerjaya sebagai PM itu secepat mungkin.

Walau apa pun desakan itu telah wujud dengan jumlah cawangan yang besar. Jika dua puluh lima peratus dari jumlah cawangan-cawangan membuat tuntutan itu ia tetap melemahkan Najib dan secara moralnya. Najib sudah hilang 'legitimacy' untuk memimpin parti dan negara. Beliau wajar meletakkan jawatan kesayangannya itu. Secara hakikatnya Najib sudah menjadi pemimpin yang ‘spent force’ dalam partinya sendiri. Bagi sesiapa yang boleh berfikir lebih dalam lagi Najib telah memberikan ruang untuk orang lain melakukan ‘dalangan’ terhadap beliau untuk berhenti itu.

Jika seseorang pemimpin itu sebenarnya pemimpin yang berwibawa, tidak mungkin sentimen menolaknya begitu besar dan meluas. Jika Najib seorang pemimpin yang benar, tidak mungkin sesiapa boleh mendalangi tuntutan cawangan-cawangan untuk beliau meletakkan jawatan. Apa yang didengar dari UMNO itu adalah ketidak-yakinan ahli-ahli parti itu terhadap Najib. Tetapi yang lebih besar lagi ialah doa dan tuntutan rakyat ramai untuk beliau meletakkan jawatan kerana sudah tidak terlarat untuk bersabar dengan kerenah nya sebagai pemimpin negara.

Kita sekarang boleh bertanya kepada Najib, dimanakah dia tiga juta ahli UMNO yang menyokong nya itu?Sesungguhnya apa yang berlaku di peringkat akar umbi sekarang ini amat membahayakan UMNO itu sendiri. UMNO sudah pasti akan kalah di lebih banyak kawasan kali ini. Setidak-tidaknya kali ini UMNO akan menambah kawasan yang mereka akan kalah. Jika UMNO hanya mendapat kurang dari tujuh puluh kerusi, BN akan tumbang kerana UMNO tidak boleh mengharapkan tambahan kerusi dari rakan komponennya seperti MCA dan Gerakan.

Kekalutan UMNO sudah ada batasnya lagi. Najib hanya menumpukan untuk menyelamatkan dirinya semata-mata. Sejak penyingkiran Muhyiddin dan Shafie Apdal dan pemecatan ramai ahli-ahli parti yang tidak sehaluan, UMNO dan Najibnya sudah tiada jalan lagi untuk menyelamatkan parti ini. Perhimpunan kali ini akan berlaku perubahan dalam persidangan itu. Perhimpunan sayap-sayap parti kali ini akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing untuk mengelak Muhyiddin dari berucap dan mendapat tumpuan. Zahid Hamidi pun mahu beliau yang merasmikan persidangan sayap-sayap itu.

Sekarang ada ura-ura untuk tidak membenarkan media membuat liputan dan persidangan itu akan diadakan secara tertutup pula. Jika kita melihat dari scenario dalam UMNO kini, kita memahami UMNO sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Selagi semua pimpinan parti itu tidak diubah UMNO akan merudum kerana tekanan rakyat untuk presiden parti itu berhenti sudah terlalu meluas dan mendesak.

Jika persidangan dibuat secara tertutup elok jangan bersidang di Kuala Lumpur. Elok kita cadangkan perhimpunan itu dibuat di hutan belantara Pahang sahaja. Di sana tidak ada yang datang menjenguk dan tiada siapa yang mendengarnya. Segala masalah sekarang di dalangi oleh Najib sendiri. Hanya beliau selalu melemparkan kesalahan beliau kepada pihak lain.

UMNO bermusuh dengan semua pihak khususnya kepada orang Melayu. Kita orang Melayu hanya digunakan oleh pimpinan hari ini sebagai pemikul bala perbuatan pucuk pimpinan hari ini.~http://aspanaliasnet.blogspot.my

Sumber DD - 26-11-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mesyuarat di Parlimen untuk halang ahli Umno berhimpun dan mudahkan pemecatan?

Posted on Monday, November 23 @ 15:14:30 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Perkara yang menjadi tanda tanya paling besar mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 24 November ini ialah mengapa ia diadakan di Parlimen dan tidak di Menara Dato' Onn di PWTC? Walaupun mungkin ada mesyuarat MT pernah diadakan di tempat lain selain ibu pejabat Umno sebelum ini, tetapi rasanya belum pernah lagi ia diadakan di Parlimen.

Malah sepanjang mengenali Umno, saya juga tidak pernah mendengar ada mesyuarat MT diadakan di situ. Saya turut bertanya dengan beberapa pemimpin veteran Umno dan mereka juga mengesahkan sejak dahulu pun memang tidak pernah mesyuarat MT diadakan di Parlimen.


Semua presiden Umno secara umumnya sedar Parlimen adalah milik rakyat serta merupakan tempat tertinggi untuk menggubal undang-undang dan bukannya kepunyaan parti politik.  

Tidak seharusnya sebarang acara atau mesyuarat parti politik diadakan di situ.

Tetapi kenapa Najib Razak begitu berani mencipta sejarah dan tanpa segan silu melanggar kelaziman itu dengan memulakan amalan menjadikan Parlimen sebagai tempat untuk mesyuarat MT Umno?

Apakah mesej yang mahu disampaikannya kepada rakyat? Apakah selepas ini lebih kerap MT Umno akan bersidang di Parlimen?

Logikkah alasan Azalina Othman Said  mesyuarat MT Umno kali ini diadakan di Parlimen yang berkebetulan dengan sesi Dewan Rakyat sedang berlangsung untuk mengelakkan berlakunya sebarang usul tergempar yang mungkin dibawa pihak pembangkang?

Masuk akalkah juga hujah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor  pemilihan Parlimen sebagai tempat mesyuarat kali ini ialah untuk memudahkan ahli Parlimen yang menjadi ahli MT Umno menghadirinya?

Bukankah Parlimen dengan ibu pejabat Umno kalau mengikut istilah orang lama hanya "sepelaungan" saja jaraknya?

Berkenaan tarikh asal mesyuarat MT pada 27 November tetapi diawalkan kepada 24 November, bolehkah diterima alasan Tengku Adnan  ia dicepatkan kerana  Perhimpunan Agung Umno tahun ini yang ditetapkan pada 8 hingga 12 Disember sudah begitu hampir tarikhnya?

Banyak sangatkah bezanya tarikh asal 27 November dengan tarikh baru 24 November?
Tidakkah tindakan mengawalkan tarikh mesyuarat daripada Jumaat kepada Selasa  supaya ia boleh diadakan di Parlimen memandangkan tiada sessi Parlimen pada hari Jumaat?

Selain itu, dengan Umno sudah memulakan mesyuaratnya di Parlimen, apakah selepas ini semua parti komponen BN,  kerana mereka sedang menguasai kerajaan, akan turut mengadakan mesyuarat di Parlimen?

Bolehkah dibayangkan jika MCA, MIC, Gerakan atau parti dari Sabah dan Sarawak bersilih ganti menjadikan Parlimen sebagai tempat bermesyuarat mereka?

Yang nyata dan mudah difahami,  kerana salah 1 agenda penting mesyuarat MT pada 24 November ini ialah untuk memutuskan sama ada memecat atau menggantung keahlian Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Tun Mahathir Mohamad daripada Umno, maka dengan melangsungkannya di Parlimen, ia hanyalah bertujuan untuk memudah dan melicinkan lagi segala perancangan itu.

Apa pula kaitannya pemecatan atau penggantungan dengan mesyuarat di Parlimen?

Jika kita masih ingat, dalam mesyuarat MT Umno sebelum ini yang dihebohkan Muhyiddin dan Shafie akan dipecat susulan pengguguran mereka daripada kabinet, ribuan penyokong kedua pemimpin itu berkumpul di Bangunan Umno dengan pelbagai sepanduk serta poster dan ia akhirnya bukan saja menyebabkan sebarang tindakan tidak jadi diambil, bahkan juga turut membuatkan Najib datang dan pulang dengan melalui pintu belakang lantaran bimbang sesuatu respon yang tidak diingini berlaku terhadapnya.

Tetapi, dengan kali ini MT mengadakan mesyuaratnya di Parlimen, tidak ada penyokong pemimpin akan dibenarkan memasuki bangunan itu berikutan faktor kawalan keselamatan yang sedia ada di situ dan akhirnya Najib dapat mengelakkan sebarang reaksi atau protes yang tidak diingini berikutan pemecatan atau penggantungan yang akan dilakukannya.

Apatah lagi kali ini, bukan saja Muhyiddin dan Shafie yang dipercayai akan diambil tindakan, bahkan juga akan melibatkan sama Tun Mahathir yang lebih ramai penyokong setianya.

Sudah tentu jika tindakan sedemikian diputuskan di Bangunan Umno, puluhan ribu penyokong Muhyiddin, Shafie dan Tun Mahathir tidak ada masalah untuk bergabung, berhimpun dan memprotes lantaran kemarahan terhadap keputusan yang diambil itu.
Ia juga mungkin mengakibatkan Najib sekali lagi terpaksa hadir dan pulang melalui pintu belakang sebagaimana mesyuarat MT sebelum ini.

Lalu, dengan memindahkan  mesyuarat MT ke Parlimen, Najib dengan mudah dapat menjadikan semua kemungkinan buruk dalam kawalannya serta mengelakkan sebarang protes yang tidak diingininya.

Itulah sebab terbesarnya Parlimen jadi pilihan pada 24 November ini dan bukan lagi ibu pejabat parti sendiri. Alasan dan hujah lain hanyalah rekaan dan auta sahaja. – shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber DD - 23-11-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Si "Robocop" yang menembak sesuka hati

Posted on Sunday, November 22 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Politik ekstrim, sempit dan mengadu-domba tidak pernah mendapat tempat dalam hati masyarakat Malaysia tidak kiralah samada orang Melayu, Cina, India atau masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Ini sudah pasti berkait rapat dengan budaya dan tradisi masyarakat kita yang sememangnya menghargai hubungan sesama kaum dan cintakan keamanan dan kedamaian.


Kekuatan inilah yang telah menyatukan pelbagai kaum dalam negara ini walaupun kita masing-masing berbeza ras dan agama.



Sejarah menunjukkan apabila sahaja pendekatan seumpama ini diambil oleh mana-mana parti politik, popular mana sekalipun ia, pasti tindakan berkenaan akan mencetuskan kegusaran dihati rakyat, kerana ternyata rakyat Malaysia tidak bersedia untuk melihat atau menerima politik ekstrim dan ketagangan menjadi pendekatan dan kaedah berpolitik mana-mana golongan sekalipun.



Parti Kominis Malaya atau PKM contohnya sebelum ia diharamkan oleh penjajah British pada tahun 1948 dahulu, asalanya sebuah parti populis yang sangat dikagumi oleh sesetengah pihak. Kesatuan-kesatuan sekerja banyak mnedapat bantuan darinya. Dalam salah sebuah buku karangan beliau, Allahyarham Ahmad Boestamam ada menulis bagaimana satu peristiwa pihak PKM membantu seorang peniaga durian di Ipoh yang menghadapi masalah memasarkan duriannya pada hari berkenaan. Kata Boestamam apabila beliau memohon bantuan pejabat PKM berdekatan, pegawai PKM dihantar membeli kesemua durian peniaga tersebut yang sudah pasti menyenangkan hati peniaga kecil itu dan menjadi buah mulut masyarakat.



Akan tetapi sebaik sahaja ia diharamkan penjajah, PKM telah berjuang mengangkat senjata. Dari sejak itu popularitinya menurun dan akhirnya disisihkan oleh masyarakat. Menurut rekod, orang Melayulah yang paling kurang menyokong atau menyertai PKM setelah itu.



Peristiwa hitam 13 Mei 1969 juga merupakan satu lagi contoh dimana tindakan radikal dan ekstrim parti-parti pembangkang dan pemerintah masing-masing dalam meraikan keputusan pilihanraya berkenaan telah mengakibatkan tragedi yang malang berlaku sehingga rakyat serik mahu meletakkan kepercayaan kepada parti-parti politik.



Sesungguhnya pendekatan politik yang ekstrim dan radikal sering menghantui parti-parti yang merasakan dirinya telah begitu popular dan mendapat sokongan ramai. Ketaksuban dengan kuasa mengakibatkan ia merasakan segala tindak-tanduknya walau se ekstrim atau se radikal mana boleh diterima masyarakat sedangkan di Malaysia sejarah membuktikan sebaliknya.



Ketika Datuk Haris Salleh menjadi Ketua Menteri Sabah diantara 1976-1985 begitulah pendekatan beliau diakhir pemerintahannya. Ketaksuban dengan kuasa mengakibatkan beliau dan partinya BERJAYA menjadi ekstrim dan radikal dalam pendekatan. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang disingkir dari BERJAYA telah bertanding dan menang dalam Pilihanraya Kecil Tambunan melawan parti Haris pada bulan Disemberi 1984.



Haris bertindak balas dan menganaktirikan daerah Tambunan yang akhirnya membangkitkan kemarahan ramai sehingga apabila Pairin menubuhkan partinya sendiri PBS, ia telah berjaya mengalahkan Haris dan merampas kerajaan negeri Sabah pada tahun 1985. Rakyat Malaysia dimana sahaja mereka berada tidak boleh menerima mana-mana parti atau pemimpin yang zalim.



Ketika saya menulis artikel ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru sahaja merasmikan Kongres Kebangsaan Wanita DAP. Di dalam ucapannya Guan Eng telah mengambil kesempatan menyerang PAS habis-habisan sehingga menjadi bahan oleh kebanyakkan portal berita.



Sejak PAS dan DAP putus hubungan, Guan Eng tidak henti-henti bertindak sedemikian terhadap PAS, barangkali kerana mahu membantu “anak kelahirannya” PAN agar menggantikan tempat PAS dipelbagai peringkat.



Di kongres berkenaan beliau dipetik sebagai berkata bahawa DAP kekal dalam kerajaan Selangor kerana mahu menghalang PAS dari terus bermaharajalela dan “tidak buat jahat” di Selangor. Beliau turut mendakwa bahawa satu undi PAS samalah dengan satu undi untuk Umno.



Kenyataan ekstrim seumpama ini sudah pastilah bermaksud mahu memburukkan PAS dan mahu menjaja kepada rakyat bahawa kononnya PAS ini sudah menjadi musuh dan setaraf dengan Umno.



Begitu tebal sekali kebencian Guan Eng pada parti Islam seperti PAS ini.



Kalau beliau mahu memain peranan politik “Robocop”, yakni robot polis yang “soulless” atau tidak berjiwa, menjadi juara jurubicara ummah dan rakyat, ketahuilah bahawa politik “robocop” inilah yang telah menghancurkan DAP di Pulau Pinang ketika Projek Tanjung 3 dalam PRU 1995 dahulu.



Dalam PRU berkenaan ayahnya Lim Kit Siang telah dimodelkan oleh DAP Pulau Pinang sebagai “Robocop” iaitu robot yang tegas dan bersih yang kononnya boleh menyelamatkan Pulau Pinang dari tangan BN dan Gerakan.



Akhirnya DAP kalah dan Kit Siang akui bahawa penggunaan imej seumpama “Robocop” itu sangat tidak sesuai dan sehingga pihak BN telah memainkan propaganda bahawa “Robocop” Kit Siang sesungguhnya tidak berjiwa dan akan meranapkan Pulau Pinang.



Hari ini Guan Eng sudah menjadi “Robocop” baru menyerang dan membelasah PAS dalam apa sahaja ruang dan majlis yang ada. Beliau mahu rakyat Malaysia menolak dan mematikan PAS dari politik Malaysia.



Tidakkah pendekatan agresif ini sudah menjadi sangat keterlaluan? Apakah masyarakat Cina khasnya yang telah sekian lama mengenali PAS boleh percaya dan makan mentah-mentah serangan Guan Eng itu?



Sekali lagi saya terlalu yakin “paranoia” dan keghairahan Guan Eng dan DAP ini sudah mula dibimbangi rakyat Malaysia. Masyarakat Malaysia yang kenal PAS, dan menerima PAS sebagai parti Islam yang berkhidmat untuk semua, “PAS for all”, yang menghormati hak dan kebebasan semua, nanti pasti akan simpati pada PAS lantaran asakkan keterlaluan si “Robocop” itu.



Ketaksuban Guan Eng pada rakan barunya PAN mengakibatkan beliau memukul PAS tanpa memikirkan kesan dan impaknya terhadap partinya sendiri apatah lagi PAN. Sebagaimana Haris di Sabah dan “Robocop” DAP Pulau Pinang pada 1995 itu, Guan Eng diyakini akan menempah nasib yang sama kiranya berterusan begini.



Malah ada yang mengatakan bahawa serangan Guan Eng sudah  tidak lagi disasarkan pada BN tetapi lebih pada PAS. Mungkinkah pada mata Guan Eng PAS sudah menjadi ancaman yang terlalu besar buat DAP lebih besar dari BN lagi?



Jika begitu PAS cuma perlu meningkatkan lagi usahanya dan terus istiqamah mendepani


masyarakat dengan politik bijaksana dan penuh hikmah. Biarkan si “robocop” menembak dan menyerang sesuka hatinya kerana rakyat Malaysia sejak dahulu lagi tidak pernah terpesona apalagi terbuka hati pada politik ekstrim, sempit dan adu-domba seumpama itu.

Oleh ROSLAN SMS



Sumber TKO - 22-11-2015

---------------------------------------------------------------------
Pisang Emas dibawa belayar

Posted on Friday, November 20 @ 12:26:30 MYT by paktam

Oleh Abu Hassan Adam

Pisang Emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Artikel Datuk Zaid Ibrahim dalam The Malay Mail Online yang berjodol, ‘Zaid suggests more non-Malays get top posts to replace ‘cowards’ in power” menarik perhatian aku. Walaupun tidak aku persetujui seratus peratus, sekurang-kurangnya artikel berkenaan merupakan ‘eye-opener’ dan elok difikirkan.



            Aku pun hairan dan mempersoalkan ‘mengapa jadi begini?”
           
            Tidak keterlaluan agaknya jika dikatakan bahawa semacam sudah tidak ada langsung perasaan tanggungjawab setengah pegawai tinggi kerajaan Malaysia (kebanyakannya orang Melayu) terhadap usaha untuk membetulkan keadaan negara yang berada dalam keadaan ‘kucar-kacir’ kini ekoran daripada isu IMDB dan wang berjumlah RM 2.6 billion ringgit yang dimiliki akaun DS Mohd Najib.

            Yang menghairankan juga ialah bahawa ada sekumpulan orang Melayu yang semacam tidak peduli apa yang berlaku kepada negara dan hanya mementingkan ‘perut’ dan ‘tembolok’ keluarga mereka sendiri. Seingat aku keadaan sebegini belum pernah berlaku lagi dalam sejarah Malaysia amnya dan sejarah orang Melayu khususnya.

            Mungkinlah agaknya zaman Si Kitul dan Raja Mendeliar dalam sejarah kerajaan Melayu Melaka dulu saja yang boleh menandingi keadaan dan suasana politik di negara kita kini. Mungkin. Hendak rasanya aku bandingkan keadaan di negara kini dengan zaman Perancis di bawah pemerintahan Louis XVI dan isterinya yang bernama Marie Antionette yang berakhir dengan tercetusnya Revolusi Perancis pada tahun 1789. Mungkin keterlaluuan sekiranya aku membuat perbandingan sedemikian rupa.

            Apa puncanya keadaan di Malaysia kini jadi begitu?

            Hendak aku katakan yang pegawai-pegawai tinggi Melayu di Puterajaya yang menerajui berbagai institusi kerajaan kini sebagai ‘coward’ (istilah yang digunakan oleh Dato’Zaid Ibrahim), tentulah tidak semuanya begitu. Dan hendak aku katakan bahawa pegawai tinggi berbangsa Melayu tidak setanding dengan pegawai tinggi bukan Melayu, tidak juga aku mahu katakan begitu.

            Seingat aku pegawai Melayu yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia yang terdididik dibawah penjajah Inggeris merupakan ‘the towering Malays’ yang telah berjaya meletakkan negara ini pada kedudukan sebagaimana negara-negara lain yang telah merdeka. Lihat sajalah brisan menteri kabinet selepas merdeka yang terdiri daripada tokoh-tokoh yang bukan calang seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Sambanthan dan ramai lagi. Terpulanglah kepada para pembaca untuk membandingkan barisan kabinet selepas merdeka itu dengan barisan Menteri Kabinet DS Mohd Najib kini. Apakah perbandingan itu semacam membandingkan antara bumi dengan langit?

            Dari segi petugas dalam bidang kehakiman pula, negara dengan bangganya memiliki Tun Sufian Hashim, Tun Azlan Shah, Datuk Harun Hashim (yang membuat keputusan mengharamkan UMNO) dan lain-lain. Dari segi perkhidmatan awam, negara bertuah memiliki Tan Sri Abdullah Ayub, TS Ishak Tadin, Dato’ Hassan Ibrahim dan ramai lagi yang tidak dapat disenaraikan. Dalam bidang pendidikan kita memiliki Prof Ungku Aziz yang bukan sahaja terkenal dalam negara tetapi juga hampir seluruh dunia. Dengan sendirinya memberikan makna bahwa orang Melayu tidak selekeh sebagaimana yang digambarkan kini. Sememangnya pegawai Melayu yang menerajui pentadbiran kerajaan pada ketika itu mempnyai ‘tulang belakang’ yang cukup kuat dan melaksanakan tugas mereka ‘without fear or favour’.

            Tetapi persoalannya mengapa kebanyakan pegawai Melayu kini sudah tidak menyerupai ‘sikap dan perangai’ pegawai tinggi Melayu zaman lampau. Apakah sistem pendidikan yang dirangka selepas Merdeka itu yang menyebabkan orang Melayu menjadi ‘lembik dan longlai’? Atau apakah Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 itu yang menyebabkan anak Melayu sentiasa mengharapkan ‘tongkat’ untuk bergerak yang kesannya melahirkan pegawai tinggi Melayu yang tidak dapat bergerak dengan sendiri.

            Terlalau banyak sangat persoalan yang perlu dipecahkan dalam catatan yang pendek ini. Sekurang-kurangnya aku cuba memberikan sedikit gambaran tentang kekecewaan yang dialami oleh kebanyakan rakyat Malaysia kini ia itu tentang keadaan negara yang tidak ketahuan tentang arah tujunya. Hendak ditangisi tentang nasib bangsa yang sedang hanyut ini, sudah agak kering air mata yang menangis namun orang Melayu masih belum sedar tentang nasib bangsa yang sedang hanyut sedangkan bangsa lain sedang bergerak maju mengukir zaman.

            Agaknya inilah rupa bangsa yang telah termakan budi. Agaknya dengan sebab sudah termakan budilah agaknya maka ramai pegawai tinggi Melayu dalam pentadbiran kerajaan kini sudah kehilangan arah dan sudah lupa akan tanggungjawab untuk membina dan membetulkan keadaan negara supaya berada di landasan yang  sebenarnya.

            Bijak sungguh datuk nenek kita mencipta pantun berikut. Biar aku ulang sekali lagi

            Pisang Emas dibawa belayar
            Masak sebiji diatas peti
            Hutang emas boleh dibayar
            Hutang budi dibawa mati

abuhassanadam
20 November 2015
London


Sumber DD - 20-11-2015
--------------------------------------------------------------------
Si "Robocop" yang menembak sesuka hati

Posted on Sunday, November 22 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Politik ekstrim, sempit dan mengadu-domba tidak pernah mendapat tempat dalam hati masyarakat Malaysia tidak kiralah samada orang Melayu, Cina, India atau masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Ini sudah pasti berkait rapat dengan budaya dan tradisi masyarakat kita yang sememangnya menghargai hubungan sesama kaum dan cintakan keamanan dan kedamaian.

Kekuatan inilah yang telah menyatukan pelbagai kaum dalam negara ini walaupun kita masing-masing berbeza ras dan agama.



Sejarah menunjukkan apabila sahaja pendekatan seumpama ini diambil oleh mana-mana parti politik, popular mana sekalipun ia, pasti tindakan berkenaan akan mencetuskan kegusaran dihati rakyat, kerana ternyata rakyat Malaysia tidak bersedia untuk melihat atau menerima politik ekstrim dan ketagangan menjadi pendekatan dan kaedah berpolitik mana-mana golongan sekalipun.



Parti Kominis Malaya atau PKM contohnya sebelum ia diharamkan oleh penjajah British pada tahun 1948 dahulu, asalanya sebuah parti populis yang sangat dikagumi oleh sesetengah pihak. Kesatuan-kesatuan sekerja banyak mnedapat bantuan darinya. Dalam salah sebuah buku karangan beliau, Allahyarham Ahmad Boestamam ada menulis bagaimana satu peristiwa pihak PKM membantu seorang peniaga durian di Ipoh yang menghadapi masalah memasarkan duriannya pada hari berkenaan. Kata Boestamam apabila beliau memohon bantuan pejabat PKM berdekatan, pegawai PKM dihantar membeli kesemua durian peniaga tersebut yang sudah pasti menyenangkan hati peniaga kecil itu dan menjadi buah mulut masyarakat.



Akan tetapi sebaik sahaja ia diharamkan penjajah, PKM telah berjuang mengangkat senjata. Dari sejak itu popularitinya menurun dan akhirnya disisihkan oleh masyarakat. Menurut rekod, orang Melayulah yang paling kurang menyokong atau menyertai PKM setelah itu.



Peristiwa hitam 13 Mei 1969 juga merupakan satu lagi contoh dimana tindakan radikal dan ekstrim parti-parti pembangkang dan pemerintah masing-masing dalam meraikan keputusan pilihanraya berkenaan telah mengakibatkan tragedi yang malang berlaku sehingga rakyat serik mahu meletakkan kepercayaan kepada parti-parti politik.



Sesungguhnya pendekatan politik yang ekstrim dan radikal sering menghantui parti-parti yang merasakan dirinya telah begitu popular dan mendapat sokongan ramai. Ketaksuban dengan kuasa mengakibatkan ia merasakan segala tindak-tanduknya walau se ekstrim atau se radikal mana boleh diterima masyarakat sedangkan di Malaysia sejarah membuktikan sebaliknya.



Ketika Datuk Haris Salleh menjadi Ketua Menteri Sabah diantara 1976-1985 begitulah pendekatan beliau diakhir pemerintahannya. Ketaksuban dengan kuasa mengakibatkan beliau dan partinya BERJAYA menjadi ekstrim dan radikal dalam pendekatan. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang disingkir dari BERJAYA telah bertanding dan menang dalam Pilihanraya Kecil Tambunan melawan parti Haris pada bulan Disemberi 1984.



Haris bertindak balas dan menganaktirikan daerah Tambunan yang akhirnya membangkitkan kemarahan ramai sehingga apabila Pairin menubuhkan partinya sendiri PBS, ia telah berjaya mengalahkan Haris dan merampas kerajaan negeri Sabah pada tahun 1985. Rakyat Malaysia dimana sahaja mereka berada tidak boleh menerima mana-mana parti atau pemimpin yang zalim.



Ketika saya menulis artikel ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru sahaja merasmikan Kongres Kebangsaan Wanita DAP. Di dalam ucapannya Guan Eng telah mengambil kesempatan menyerang PAS habis-habisan sehingga menjadi bahan oleh kebanyakkan portal berita.



Sejak PAS dan DAP putus hubungan, Guan Eng tidak henti-henti bertindak sedemikian terhadap PAS, barangkali kerana mahu membantu “anak kelahirannya” PAN agar menggantikan tempat PAS dipelbagai peringkat.



Di kongres berkenaan beliau dipetik sebagai berkata bahawa DAP kekal dalam kerajaan Selangor kerana mahu menghalang PAS dari terus bermaharajalela dan “tidak buat jahat” di Selangor. Beliau turut mendakwa bahawa satu undi PAS samalah dengan satu undi untuk Umno.



Kenyataan ekstrim seumpama ini sudah pastilah bermaksud mahu memburukkan PAS dan mahu menjaja kepada rakyat bahawa kononnya PAS ini sudah menjadi musuh dan setaraf dengan Umno.



Begitu tebal sekali kebencian Guan Eng pada parti Islam seperti PAS ini.



Kalau beliau mahu memain peranan politik “Robocop”, yakni robot polis yang “soulless” atau tidak berjiwa, menjadi juara jurubicara ummah dan rakyat, ketahuilah bahawa politik “robocop” inilah yang telah menghancurkan DAP di Pulau Pinang ketika Projek Tanjung 3 dalam PRU 1995 dahulu.



Dalam PRU berkenaan ayahnya Lim Kit Siang telah dimodelkan oleh DAP Pulau Pinang sebagai “Robocop” iaitu robot yang tegas dan bersih yang kononnya boleh menyelamatkan Pulau Pinang dari tangan BN dan Gerakan.



Akhirnya DAP kalah dan Kit Siang akui bahawa penggunaan imej seumpama “Robocop” itu sangat tidak sesuai dan sehingga pihak BN telah memainkan propaganda bahawa “Robocop” Kit Siang sesungguhnya tidak berjiwa dan akan meranapkan Pulau Pinang.



Hari ini Guan Eng sudah menjadi “Robocop” baru menyerang dan membelasah PAS dalam apa sahaja ruang dan majlis yang ada. Beliau mahu rakyat Malaysia menolak dan mematikan PAS dari politik Malaysia.



Tidakkah pendekatan agresif ini sudah menjadi sangat keterlaluan? Apakah masyarakat Cina khasnya yang telah sekian lama mengenali PAS boleh percaya dan makan mentah-mentah serangan Guan Eng itu?



Sekali lagi saya terlalu yakin “paranoia” dan keghairahan Guan Eng dan DAP ini sudah mula dibimbangi rakyat Malaysia. Masyarakat Malaysia yang kenal PAS, dan menerima PAS sebagai parti Islam yang berkhidmat untuk semua, “PAS for all”, yang menghormati hak dan kebebasan semua, nanti pasti akan simpati pada PAS lantaran asakkan keterlaluan si “Robocop” itu.



Ketaksuban Guan Eng pada rakan barunya PAN mengakibatkan beliau memukul PAS tanpa memikirkan kesan dan impaknya terhadap partinya sendiri apatah lagi PAN. Sebagaimana Haris di Sabah dan “Robocop” DAP Pulau Pinang pada 1995 itu, Guan Eng diyakini akan menempah nasib yang sama kiranya berterusan begini.



Malah ada yang mengatakan bahawa serangan Guan Eng sudah  tidak lagi disasarkan pada BN tetapi lebih pada PAS. Mungkinkah pada mata Guan Eng PAS sudah menjadi ancaman yang terlalu besar buat DAP lebih besar dari BN lagi?



Jika begitu PAS cuma perlu meningkatkan lagi usahanya dan terus istiqamah mendepani


masyarakat dengan politik bijaksana dan penuh hikmah. Biarkan si “robocop” menembak dan menyerang sesuka hatinya kerana rakyat Malaysia sejak dahulu lagi tidak pernah terpesona apalagi terbuka hati pada politik ekstrim, sempit dan adu-domba seumpama itu.

Oleh ROSLAN SMS
roslansms@gmail.com



Sumber TKO - 22-11-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebebasan bersuara bukan bermaksud bebas kritik Islam

Posted on Wednesday, November 18 @ 21:20:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kita hargai dan menghormati kehadiran masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara. Puluhan tahun sejak Merdeka kita tidak jemu-jemu memupuk perpaduan, dewasa dengan kepelbagaian rakyat Malaysia yang masing-masing saling faham memahami antara satu dengan lain dengan semangat toleransi dan tolak-ansur yang tinggi.

Kadangkala berlaku pergeseran, cepat-capat kita rawat dan ubati demi mahu mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam negara.

Masyarakat majoriti Melayu Islam, tidak pernah memaksa fahaman dan budaya mereka ke atas kelompok minoriti malah bersungguh cuba memahami fahaman dan budaya saudara –saudara sewargananegara mereka itu. Demikianlah juga bagi kaum minoriti Cina, India yang dari pelbagai fahaman dan agama.

Kita masing-masing akur dan faham akan betapa sensitifnya isu agama dan budaya masing-masing sehingga kalau boleh kita elakkan ia dari jadi bahan perbahasan atau pertikaian. Jangan kerana ghairah dengan hak kebebasan bersuara maka kita sangkakan kita boleh dan berhak mengulas,menyentuh dan mengkritik apa sahaja yang lalu di hadapan kita.

Semalam di Dewan Rakyat beberapa ahli Parlimen telah memohon penjelasan dari Menteri Belia dan Sukan berhubung pakaian atlet wanita Malaysia yang diharapkan dapat disesuaikan dengan kehendak syarak.

Antara yang bangkit menyuarakan perkara ini termasuklah ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid (PKR) dan dua wakil PAS iaitu Siti Zailah Muhd Yusoff (Rantau Panjang) dan Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pasir Mas).

Saya pasti mereka merujuk kepada pakaian atlit wanita Muslim yang mewakili negara. Dan sebagai ahli parlimen Muslim sudah pastilah mereka punya hak untuk menyuarakan perkara demikian. Mereka bukannya mahu memaksa kesemua atlit mengenakan pakaian patuh syariat.

Dan malah Nik Abduh mencadangkan agar kerajaan mula memperkenalkan perkara ini sekurang-kurangnya pada dua atau tiga kategori sukan.

Malangnya jawapan Menteri Khairy Jamaluddin tidak memberi sebarang komitmen selain berkata: 

We have no policy with regard to sports outfits but the attire worn by the athletes must not go against the international regulations set up by the respective bodies. However, it is up to the athletes to decide for themselves.”

(Pihak kerajaan tidak ada dasar berhubung pakaian sukan namun pakaian yang dikenakan perlulah menepati peraturan antarabangsa yang telah diputuskan oleh badan sukan masing-masing. Namun terpulanglah kepada para atlit untuk membuat keputusan sendiri)

Demikianlah ahli-ahli Parlimen Muslim bangun dan membangkitkan isu-isu berkenaan agama mereka.

Soalnya wajarkah jika isu ini dicampuri oleh mereka yang bukan Islam sedangkan tuntutannya untuk pakaian ini dikenakan oleh atlit Muslim sahaja?

The Star Online kononnya menghebahkan yang facebook nya dibanjiri oleh komen dan kritikkan rakyat Malaysia yang rata-rata terdiri dari mereka yang bukan Islam.

Seorang yang dikenali Tan membuat posting:

“Try swimming and diving in a ‘shariah-compliant’ swimsuit. Try loose and baggy clothing in gymnastics,”

(Cubalah berenang dan terjun (dive) dalam pakaian renang “patuh syariah”. Cubalah kenakan pakaian longgar dan labuh dalam acara gimnastik)

Manakala Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker pula dipetik berkata:

“Do PKR and PAS MPs expect Malaysian sportswomen to be fully clad and constrained in Taliban-inspired and enforced burqa-like outfits?”

(Adakah ahli-ahli Parlimen PKR dan PAS mahukan atlit wanita berpakaian litup dan terhalang sebagaimana pakaian umpama burka yang diwajibkan oleh puak Taliban (ke atas wanita di sana))

Maaf tapi bagi saya kenyataan seumpama ini sangat biadap dan merendah serta menghina agama Islam. Yang dicadangkan di parlimen adalah agar pihak kerajaan melihat kepada kesesuaian memperkenalkan pakaian atlit wanita Muslim agar bertepatan tuntutan agama mereka.

Salahkah mereka membawa perkara itu ke parlimen?

Ini isu dan masalah umat Islam, siapa pula beri hak kepada yang bukan Islam bersuara, dengan suara yang sini sdan menghina pula?!

Inilah yang berlaku apabila kita taksub dan terbawa-bawa dengan hak kebebasan bersuara sehingga melampaui adat, budaya dan sensitiviti setempat. Janganlah terlalu ghairah sehingga menghina kami umat Islam.

Urusan Islam adalah hak orang-orang Islam, kami tidak perlud an tidak mahu pihak lain mencampurinya kecuali ia menganggu adat dan kepercayaan kamu.
Semoga perkara ini diberi perhatian oleh semua pihak, jangan sampai terantuk baru mahu terngadah.

Oleh ROSLAN SMS

Sumber TKO - 18-11-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dasarnya baik, pelaksana dan pemimpin yang tidak jujur

Posted on Tuesday, November 17 @ 21:46:19 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias 

Ketika negara sedang melalui zaman muram politik dan ekonomi tentulah usaha wajar dilakukan untuk melalui nya dengan tabah sambil mencari jalan bagi penyelesaiannya.

Untuk mencari penyelesaiannya, semua pihak wajar mencari jalan penyelesaiannya dan mengetahui sebab kenapa kita sampai menjadi begitu buruk dalam politik dan ekonomi sekarang ini.


Dalam ilmu pengurusan ada disebut, ‘we must understand the real problems up to specific even before we think how to solve it’. Lain-lain perkataan tidak akan terjumpa penyelesaiannya jika kita tidak memahami masalah sebenar yang membawa kita ke situasi yang sangat mencabar ini.

Selalunya bagi sesebuah negara masalah besar yang kita hadapi itu tentu lah ia bermula lama sebelum kita merasakan kesan buruknya. Ia bermakna kita telah berulang-ulang dan terus melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap negara kita begitu lama sebelum kita sedari yang situasi itu sudah menjadi barah kepada negara dan rakyatnya.

Salah satu dari penyebab kenapa kita menghadapi masalah perpaduan negara adalah dasar-dasar ‘economic and social re-engineering’ negara telah di perkosa dan tidak diperkayakan. Jika dasar yang gubal dahulu ialah untuk menjadikan rakyat di antara kaum berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sekarang ini diantara orang Melayu sendiri telah terdampar di kalangan orang Melayu sendiri sedang menghadapi masalah yang tinggi bertambah tinggi dan yang rendah bertambah rendah. Belum lagi kita ukur kedudukan orang Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain dalam negara ini.

Kita tidak akur kepada kenyataan jika bangsa yang dominan dimana-mana negara sekali pun jika kedudukan mereka ketinggalan dalam bidang ekonomi dan industri ia akan menggagalkan apa-apa sahaja dasar yang digubal, walau secantik mana pun dasar itu digubal. Sesebuah dasar itu wajar dilaksanakan dengan teliti dan tidak menyimpang dari asas dasar itu digubal. Lemah kedudukan kaum dominan sesebuah negara itu maka lemahlah negara dengan ketidakstabilan politik nya dan kadangkala membawa negara itu ke satu huru hara yang tidak terkawal.

Dinegara ini sememangnya ada dasar-dasar untuk memperimbanagi kedudukan social dan ekonominya tetapi sejak tiga dekad yang lalu dasar-dasar itu diabaikan dimana peruntukan dan kemudahan untuk orang Melayu dan Bumiputranya telah di ‘hijacked’ oleh kumpulan Melayu yang hampir dengan yang berkuasa. Kesempatan dan projek-projek mega diwujudkan secara runding terus dan di berikan projek-projek tersebut kepada kumpulan elit ini diatas nama Bumiputra dalam anggaran yang berbillion-berbillion ringgit dan dalam masa yang sama elemen dan budaya rasuah telah berkembang tanpa dikawal. Tiada siapa yang mahu mengawalnya kerana yang sepatut mengawalnya sendiri terlibat dengan kegiatan rasuah yang hina itu.

Bumiputra hanyalah diberikan projek-projek ‘class F’ di peringkat daerah dan disitulah tumpuan kerajaan untuk mendapatkan sokongan dari rakyat biasa bawahan. Itu sebabnya kita melihat UMNO Bahagian-Bahagian di banyak daerah dikuasai oleh kontraktor-kontrak kelas F yang tidak mempunyai agenda lain selain dari monopoli kerja-kerja kontrak kelas F kesemuanya. Rasuah di peringkat daerah begitu menular sehinggakan ramai ketua-ketua jabatan di daerah sendiri mempunyai syarikat-syarikat kontraktor mereka sendiri tanpa kawalan.

Oleh yang demikian kita terbukti bahawa dasar yang baik sekali pun tidak akan membawa apa-apa makna jika ia tidak dilaksanakan oleh ‘implementers’ dengan baik.

Dasar yang baik wajar dituruti dengan pelaksana yang jujur dan bertanggungjawab.

Tetapi masalahnya pelaksana boleh melaksanakan dasar dengan tidak jujur kerana pembuat dasar yang sepatutnya membuat pemantauan itu sendiri terlibat dalam melakukan rasuah dan kerja-kerja tidak bermoral itu.~http://aspanaliasnet.blogspot.my

Sumber DD - 17-11-2015

-----------------------------------------------------------------------

Hooray, Kalah 6-0 Saja!

Posted on Monday, November 16 @ 20:32:23 MYT by tokdalang

Oleh A Kadir Jasin

SELEPAS kena sebiji dengan “Saja saja”, izinkan saya bercakap sikit berkenaan bola. Bukan bola “Man U”, tapi bola Harimau Malaya.

Alhamdulillah, pasukan bola kebangsaan Malaysia kalah 6-0 kepada Palestin dalam pertandingan pusingan awal Piala Dunia 2018.




Piala Dunia: Bola kita standard estet
 Syukur mereka tidak kalah 10-0 macam kepada Amiriah Arab Bersatu September lalu.

Dalam pusingan pertama dengan Palestin di Stadium Kebangsaan Jun lalu, mereka kalah 6-0 juga.

Kesimpulannya mutu bola sepak kita kekal – tak jatuh dan tak naik.

Syabas pemain, jurulatih, pegawai, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Menteri Belia dan Sukan, (Encik) Khairy Jamaluddin.

Cadangan Saya

1.  Bubarkan pasukan bola kebangsaan dan FAM.

2. Kalau tak mahu bubar (takut hilang peruntukan dan peluang merayau ke luar negara) sila jangan malukan sang harimau. Tolong gugurkan pelekat “Harimau Malaya”.

3. Kalau nak guna juga nama harimau, tolong tukar kepada “Harimau Sarkas”.

Adoi, apa punya harimau laaa.....?
 4. Kalau tak mahu bubar dan nak juga guna label “Harimau Malaya”, tolong jangan ambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa selama lima hingga 10 tahun.

5. Dalam tempoh 5-10 tahun itu bina pasukan baru dan ganti FAM dengan satu struktur baru yang egalitarian.

6. Dalam tempoh itu juga adakan pertandingan persahabatan dengan pasukan-pasukan negeri, estet dan Felda serta negara-negara jiran. (Zaman saya remaja pada tahun 1960-an pasukan bola Harvard Estate di Gurun, Kedah, sangat terkenal. Geng tendang betis kering).

7. Lantik menteri sukan yang lebih berinspirasi dan mampu menaikkan semangat serta aspirasi pemain dan pegawai.

Sabun Mandi Jenama Popinjay
 8. Kalau semua ini tidak mahu dibuat atau tidak mampu dibuat, sila maklumkan saya. Saya akan dermakan beberapa tong sabun mandi “Popinjay”. Pandai-pandailah manfaatkan.

Wallahuaklam.

Sumber DD - 17-11-2015
-----------------------------------------------------------------------
Pecat Segera 'Orang Besar" YaPEIM

Posted on Saturday, November 14 @ 13:38:29 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Sehingga ini hanya Jamil Khir Baharom saja tampil dengan penjelasan mengenai dakwaan terhadapnya berkaitan YaPEIM. Itupun beliau tidak menafikan mengenai pemergian dan kos perbelanjaannya bersama isteri dalam lawatan ke Amerika Syarikat itu, tetapi hanya ingin menunjukkan kewajarannya berkaitan lawatan itu.

Wajar atau tidak wang YaPEIM dibelanjakan untuk seorang menteri dan isteri bagi tujuan itu terserahlah kepada kita menilainya. Tetapi masih kedengaran banyak pro dan kontranya di sana sini.

Bagaimanapun, dua "orang besar" YaPEIM yang didakwa meraih pendapatan lumayan melalui yayasan itu masih lagi berdiam diri dan gagal memberikan sebarang penjelasan meskipun nama mereka sudah pun disebut dan menjadi perbualan secara meluas serta dakwaan terhadap mereka juga sudah dibuat berhari-hari lamanya.
Kenapa mereka masih berdiam diri?

Dalam hal ini, untuk mengembalikan keyakinan ramai terhadap YaPEIM, terutamanya mereka yang melakukan sumbangan bulanan melalui potongan gaji dengan niat untuk menyumbang kepada anak-anak yatim dan orang miskin, sesuatu hendaklah segera dilakukan oleh pihak kerajaan.

Ramai yang meluahkan keinginan untuk membatalkan potongan gaji mereka dengan YaPEIM, ia bukan saja boleh dilihat melalui luahan pembaca dalam blog ini, bahkan ramai rakan-rakan saya di luar juga menzahirkan keinginan yang sama.

Mereka rata-rata tidak ingin dan berasa tidak ikhlas lagi menyumbang kepada YaPEIM berikutan pendedahan ada "orang besarnya" didapati meraih pendapatan bulanan yang begitu lumayan sehingga anak dan suami juga "tumpang sekaki" dengan yayasan itu.

Soalnya wajarkah sebuah yayasan yang tujuan utamanya untuk membantu orang miskin dan anak yatim memberi ganjaran yang terlalu lumayan kepada orang-orang tertentu?

Apakah YaPEIM tiada kawalan dari segi peraturan dan kewangan sehingga anak dan suami orang tertentu begitu mudah menjadi mewah melalui dana untuk orang miskin dan anak-anak yatim?

Dengan ini, jika kerajaan benar-benar jujur untuk mengembalikan peranan YaPEIM, sesuai dengan tujuan ia ditubuhkan, maka sewajarnya "orang besar" yang dikaitkan menerima ganjaran lumayan itu dipecat dengan segera.

Mereka bukan saja perlu digantikan dengan orang lain, bahkan sistem gaji dan elaun yang lebih munasabah haruslah diperkenalkan di masa depan. Anak, isteri atau suami seseorang yang terlibat dengan yayasan itu tidak seharusnya dibenarkan bebas meraih sebarang laba.

Berpada-padalah diberikan gaji dan elaun jika atas nama orang miskin, anak-anak yatim serta sumbangan orangramai.

Jika tidak, selagi itulah YaPEIM akan terus dibelenggu dengan krisis keyakinan di kalangan orangramai serta dalam masa yang sama mencemarkan nama Islam, anak yatim dan orang miskin yang seolah-olah begitu mudah dikelabukan untuk kepentigan peribadi orang-orang tertentu.

Dalam jawapan Jamil Khir semalam, sayang sekali kerana beliau langsung tidak menjawab mengenai gaji dan elaun "orang besar" YaPEIM itu, sebaliknya hanya mempertahankan dirinya berkaitan lawatan ke Amerika Syarikat sahaja.

Oleh itu, kerajaan sendiri, sama ada melalui Najib Razak atau Zahid Hamidi, harus mengambil tanggungjawab segera memutuskan mengenai kedudukan orang besar YaPEIM yang secara umumnya telah membawa lumpur dan kekotoran yang memalukan itu.

Pecat dan gantikan mereka dengan segera.-http://shahbudindotcom.blogspot.my/

Sumber DD - 14-11-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Beginikan Rupa pemimpin Kita ?

Posted on Saturday, November 14 @ 13:21:33 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin Pendedahan pertama - Empat individu dalam Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam ( YaPEIM), sebuah yayasan naungan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap orang miskin dan anak-anak yatim, didakwa menerima pendapatan mencecah hampir RM2 juta setahun.

Mereka didakwa menerima gaji dan elaun yang tinggi itu melalui pelbagai jawatan dalam anak syarikat yang berada di bawah YaPEIM. Lebih menggerunkan, suami dan anak lelaki salah seorang "orang besar" dalam YaPEIM itu juga turut menerima habuan lumayan melalui pelbagai jawatan yang disandangnya.


Pengerusi YaPEIM didakwa menerima pendapatan bulanan berjumlah RM73,000.00 sebulan manakala timbalan pengerusinya bersama suami dan anak lelakinya dipercayai mengumpul pendapatan bulanan sebanyak RM81,700.00

Salah seorang daripada "orang besar" YaPEIM terbabit adalah pemimpin Pergerakan Wanita UMNO di Kelantan.

Pendedahan kedua - Lawatan seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap YaPEIM ke Amerika Syarikat pada 2014 yang didakwa menelan kos keseluruhan sebanyak RM410,978.00, juga dengan menggunakan wang yayasan tersebut.

Lawatan menteri yang turut disertai oleh isterinya itu turut diselitkan dengan acara membeli belah, bermain golf, makan malam dan pembelian cenderahati yang juga dibayar oleh YaPEIM.

Melalui invois yang diperolehi menunjukkan tiket pergi balik menteri terbabit dan isterinya saja berjumlah RM274,493.00.

Kedua-kedua pendedahan ini dibuat oleh Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW.

Sehingga ini, semua yang didakwa dalam pendedahan NOW itu, sama ada menteri terbabit atau kedua-dua "orang besar" dalam YaPEIM itu, belum lagi memberi sebarang ulasan atau penjelasan mengenainya.

Tetapi isu ini telah menjadi perbualan hangat di seluruh negara dan jika betul semua pendedahan NOW itu, ia benar-benar memalukan agama, bangsa dan negara kita.

Ini kerana mereka yang didakwa itu bukan saja bergelar pemimpin, tetapi juga kerap melaungkan perjuangan membela Melayu dan kalimah-kalimah suci Al Quran turut jarang terlepas daripada pengucapan.

Terlihat juga kadang-kadang antaranya tampil dengan jubah, kopiah dan pakaian sopan menutup aurat.

Tetapi, kenapa nikmat duit dan dunia juga yang digilai?

Inikah rupa dan perangai mereka yang bergelar pemimpin yang kita ada?

Orang miskin, anak yatim dan mereka yang dibela tak seberapa dapatnya, tapi yang sedia kaya tanpa segan-segan mengaut labanya.

Sudah masuk hari ketiga pendedahan ini dibuat, kenapa pihak yang berkenaan masih berdiam diri? (Terbaru - petang tadi Jamil Khir sudah tampil dengan penjelasannya dan menuntut permohonan maaf daripada NOW tetapi tidak menafikan pemergian dan perbelanjaannya ke Amerika Syarikat itu. Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi YaPEIM belum tampil lagi dengan penjelasan mereka).

Kenapa lambat sangat memberi jawapan jika pendedahan NOW itu tidak benar dan berupa fitnah belaka, bahkan boleh saja dibuat laporan polis atau dihantar surat saman untuk membersihkan nama?

Tapi kenapa semuanya tidak dilakukan?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

http://shahbudindotcom.blogspot.my/

Sumber DD - 14-11-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muhyiddin tak jadi dipecat?

Posted on Friday, November 13 @ 12:12:24 MYT by paklang

Oleh Shahbudin Husin

Pulak? Sekejap 7, sekejap bukan 7...

Pening betullah dengan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ini! Beliau sendiri yang dahulu mengatakan ada 7 pemimpin Umno sedang disiasat dan akan diambil tindakan kerana kononnya parti sudah letih melayan pelbagai kenyataan mereka yang tidak sesuai di depan umum, hari ini lain pula cakapnya.

Siapa kata 7? Mungkin lebih...saya tidak tahu, katanya lagi.

Tidak pernah dalam sejarah, baik sebelum atau selepas diharamkan, Umno mempunyai setiausaha agung yang merupakan ketua pentadbir parti yang suka cakap berbelit-belit dan berperangai sekalut ini.

Apakah dengan kenyataan ini bermakna lebih ramai ahli dan pemimpin Umno akan diambil tindakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang nanti?

Siapa mereka?

Selain itu, Tengku Adnan juga mengatakan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat menjelang Perhimpunan Agung Umno ini hanyalah khabar angin semata-mata.

“Saya tidak tahu siapa yang kata. Mungkin kamu dengar saja. Itu cuma desas-desus,” tambahnya lagi.

Benarkah kenyataan terbaru Tengku Adnan ini?

Soalnya, adakah hanya Muhyiddin yang tidak dipecat dan terlepas daripada tindakan?

Bagaimana pula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Shafie Apdal dan yang lain-lain, apakah mereka turut tidak diambil tindakan dan dibebaskan sama?

Atau hanya Muhyiddin yang terlepas tetapi yang lain-lain tetap dikenakan tindakan?

Dalam masa yang sama, apakah  jika tiada tindakan terhadap Muhyiddin? Beliau masih diberi peluang untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada 9 Disember nanti?

Begitu juga, apakah dengan tiadanya tindakan itu, Muhyiddin selaku timbalan presiden masih berpeluang berucap di majlis penggulungan Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada 10 hingga 12 Disember?

Atau, barangkali hanya tindakan pemecatan atau penggantungan yang tidak diambil, tetapi peranan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor 2 dalam parti dan di Perhimpunan Agung Umno tetap akan dikekang dan dimangsakan?  – shahbudindotcom.blogspot.my



Sumber DD - 13-11-2015         



SPRM perlu tentukan Najib suspek atau saksi kes RM2.6 bilion, kata Kadir Jasin

Posted on Friday, November 13 @ 14:42:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah terlebih dahulu menentukan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah seorang suspek atau saksi sebelum merekodkan keterangan beliau bagi membantu siasatan dalam kes wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau, kata seorang wartawan veteran.

Datuk A Kadir Jasin, bekas ketua pengarang New Straits Times Group berkata, jawapan kepada soalan itu akan menentukan bentuk soalan apabila Najib dipanggil badan anti-rasuah itu bagi memberi keterangan.

"Apakah status Najib dalam siasatan itu? Adakah beliau seorang saksi atau suspek?" beliau menulis dalam posting terbaru di blognya malam tadi.

"Ini penting kerana ia menentukan susun atur soal siasatan itu nanti. Sudah tentu, saksi boleh berkesudahan sebagai suspek, dan suspek juga akhirnya boleh menjadi saksi utama."

Kenyataan beliau dibuat susulan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif, SPRM mempunyai sehingga akhir tahun ini untuk merakamkan kenyataan Najib berhubung wang "derma" yang diterimanya itu.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Giving AG the Benefit of the Doubt

Posted on Thursday, November 12 @ 14:53:11 MYT by paktam

By Kadir Jasin

THE Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) would have to interview the Prime Minister, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, before the year runs out, decreed the Attorney General (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali.

He told the Malaysian Insider (MI) news portal yesterday that the MACC has until the end of this year to record Mohd Najib’s statement on the RM2.6-billion “donation” he received and credited into his personal bank accounts.

He said the investigation into that alleged donation must also be wrapped up by then.
The fact that Mohamed Apandi gave the interview to MI is in itself significant. Apart from the need to clear his own name, the choice of the independent portal as a medium suggests that he is serious about his instruction to the MACC.

Surely he knows that MI is not the likely to dance to his tune. If he goes back on his words, the portal would go to town to unclothe him. (More here).

Mohamed Apandi told MI that he had directed the MACC to complete its investigations into SRC International Sdn Bhd and the RM2.6 billion “donation” that went into Mohd Najib’s personal accounts before yearend as he took the public's concerns seriously.

Mohamed Apandi said he had informed the Prime Minister of the decision and the latter agreed that he would have to be questioned.

“Sooner or later, before they (MACC) give the file, the prime minister must give his statement,” said Apandi.

On August 5, MACC said it would question Najib over the donation, which the commission established came from a Middle Eastern donor.

Line of Questioning is Critical

So I would give him the benefit of the doubt. He may be genuinely serious about wanting the MACC to record Mohd Najib’s statements.

The big question mark is would the MACC be given the mandate to go beyond just recording Mohd Najib’s statement? Would it be given a free hand to interrogate the Prime Minister?

There’s a world of difference between recording one’s statements and interrogating him or her

What is Mohd Najib’s status in the investigations? Is he a witness or a suspect? This is important because it determines the line of questioning. Of course a witness could end up being a suspect and likewise a suspect could become the crown’s witness.

In high profile cases like the SRC International and the RM2.6-billion “donation” there is nothing to stop the authorities from perpetuating the cover-up by blaming them on scapegoats. People like Nik Faisal Ariff Kamil and (Datuk) Suboh Mohd Yassin, who are implicated in the SRC International’s case, could easily be sacrificed.

AG Was An Umno Leader

On allegation that he was once Kelantan Umno treasurer, Mohamed Apandi said he was never.

But he acknowledged he was an Umno member from 1982 till 1991, and the only position held was the Pengkalan Chepa divisional Youth chief.

He said he quit the party when he joined the Bar in 1991, and was active until 2001.

Personally, I believe that after seeing the files and speaking to investigators of the 1MDB, SRC International and the RM2.6-billion “donation” cases, he now knows the truth and realizes the gravity of the situation.

He must have realized too that his every move is being closely watched and judged by his own peers. Being a former judge, he knows that justice must not only be done but seen to be done.

Wallahuaklam.

Sumber TKO - 12-11-2015 


Ramalan Kadir Biar Berasas

Posted on Monday, November 09 @ 11:39:49 MYT by paktam

Oleh Zabidi Saidi

Dalam posting blog terbaharu bekas Ketua Pengarang NST, Kadir Jasin, beliau meramalkan Najib Razak akan menangguhkan PRU pada tahun 2008 kerana takut hilang kuasa.

Nampak sangat beliau terlalu obses untuk menjatuhkan PM sehingga tergamak membuat ramalan yang tidak masuk akal. PRU diadakan setiap lima tahun. Pernah berlaku genap lima tahun PM tidak membubarkan parlimen tetapi mengikut perlembagaan PM ada masa enam bulan lagi untuk membubarkan parlimen.
 


Jadi soal menangguhkan PRU melebihi perlembagaan memanglah sesuatu yang tidak logik. Kalau ya pun mahu Najib berundur, janganlah meramalkan benda yang di luar perlembagaan seolah-olah memfitnah Najib akan membuat sesuatu yang di luar dugaaan.

Najib tidak takut menghadapi PRU akan datang kerana bila tiba masanya beliau akan menyerahkan mandatnya kepada rakyat. Terpulang kepada rakyat sama ada mahu mengekalkan beliau sebagai BN atau memilih kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Seperti mana kata aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin, BN akan menang PRU akan datang kerana rakyat tidak nampak calon PM yang boleh menggantikan Najib. Pada PRU tahun 2013, adalah kemuncak kepada rakyat sama ada mereka mahu Najib atau Anwar Ibrahim sebagai PM. Tetapi rakyat memilih Najib walaupun BN gagal memenangi majoriti dua pertiga.

Pada PRU akan datang, rakyat diberi pilihan sama ada mahu Najib atau Dr Wan Azizah sebagai PM. Adakah rakyat mahu PM boneka, Dr Wan Azizah yang diremote control oleh Lim Kit Siang? Justru itu rakyat tidak ada pilihan lain mengekalkan kerajaan BN walaupun ia menang dengan simple majoriti.

Oleh itu meramalkan Najib mahu menangguhkan PRU akan datang merupakan satu fitnah yang tidak berdasarkan perlembagaan dan penuh dengan niat jahat.-http://catatanzabidi.blogspot.my

Sumber DD - 9-11-2015        
---------------------------------------------------------------------------------------------

Siapa Lebih Jantan
Posted on Monday, November 09 @ 11:35:15 MYT by paktam


Oleh RIDHUAN TEE 

Ultra kiasu yang selama ini berlagak seperti anak jantan, tiba-tiba hilang kejantanannya apabila cabaran berdebat disahut. Tidak semena-mena mahu menjadi moderator pulak, hanya mahu bertanyakan soalan. Sekadar moderator, serahkan pada saya sahaja. Tidak perlu bersusah payah.

Bertindaklah seperti anak jantan. Sahut cabaran yang ditelah dilontarkan. Janganlah kokok berderai-derai ekor bergemulang tahi. Jika saya menjadi ultra kiasu, saya akan sahut cabaran tokoh tersebut walaupun pencabarnya seorang pendebat. Tidak semestinya pendebat itu hebat. Semuanya bergantung kepada fakta dan angka. Datanglah pendebat sehebat manapun


Berani kerana benar, takut kerana salah. Dalam perdebatan sebegini, apa yang dinilai bukan lagi athos, pathos dan logosnya, tetapi hujah dan fakta. Tidak perlu dikorek latar belakang seseorang. Lagipun yang akan mengadili bukan pendebat, tetapi rakyat yang penonton. Kalau tidak mampu berhadapan, tidak perlu gatal mencabar.

Mutakhir ini, ultra kiasu menjadi semakin bongkak apabila berjaya menambah kerusi dalam dua PRU lalu. Apatah lagi berjaya memikat segelintir Melayu celup menyertai partinya. Hujahnya ini dijaja, kononnya, rakyat sudah menerima mereka sebagai parti berbilang kaum. Sebab itu, mereka begitu yakin laluan ke Putrajaya. Saya harap Melayu lain lebih jantan dalam memilih parti. Psywarnya amat jelas.

Mereka tidak akan meletakkan Melayu celup ini bertanding di kawasan majoriti Cina, tetapi di kawasan 50-50, atau 60-40, di kawasan Pas dan Umno. Mudah sungguh Melayu diperalatkan, hanya dengan kerusi, menentang saudara seagama. Siapa lebih jantan?

Itulah Melayu, mudah dibeli dengan wang dan kerusi. Perjuangan agama, bangsa dan negara diletak ketepi. Kononnya mahu memperjuangkan Islam Melayu melalui ultra kiasu. Apakah perjuangan tersebut dapat dilaksanakan dalam keadaan mereka menentang Islam yang menjadi tunggak negara?

Awal-awal lagi mereka sudah war-warkan akan bertanding di kawasan Pas, terutama di Selangor, kerana mereka mengimpikan jawatan Menteri Besar. Salah satu kerusinya adalah di Lembah Jaya, kawasan pengundian saya. Silakan. Saya akan kempen habis-habisan menentang ultra kiasu supaya mereka tidak akan menang kerusi tersebut.

Inilah nafsu rakus ultra kiasu. Tidak pernah puas. Tidak salah dari dulu sampai sekarang saya labelkan, supaya rakyat kenal siapa mereka sebenarnya. Mereka ini bukan sahaja musuh politik, tetapi juga musuh agama, musuh negara. Kita tidak tahu berapa banyak rahsia negara yang mengalirkan kepada rakan karibnya di selatan tanahair. Apa yang kita tahu, mereka selalu berkunjung ke sana.

Terbaharu, protes mereka terhadap RTM agar mengekalkan siaran berita mandarin waktu perdana jam 8.00 malam, ekoran masalah mereka timbulkan sendiri. Mereka turut memperalatkan pelajar. Mereka kata ini bertentangan dengan perlembagaan? Apakah yang berlaku selama ini pun telah bertentangan dengan perlembagaan kerana BM tidak didaulatkan? Kerajaan sanggup ‘melanggar’ perlembagaan hanya kerana mahu meraikan kepelbagaian.

Dahulu, semua rangkaian tv dan radio diwajibkan menyiarkan berita dalam BM pada waktu perdana. Sekarang ini tidak lagi. Inilah toleransi yang tidak ada tolok bandingnya. Kera di hutan di susukan, anak di rumah mati tak makan.

Tidak sepatutnya berita asing disiarkan pada waktu perdana, selain bahasa kebangsaan. Lagipun tidak ramai yang menonton. Pergilah ke rumah-rumah mereka. Lakukanlah kajian. Kebanyakannya menonton siaran Hong Kong dan Taiwan.

Apabila slot tersebut diberikan April 2009, maka bertapaklah mereka. Tidak boleh disentuh lagi. Jika disentuh, maka melompatlah mereka seperti yang sedang berlaku. Saya sudah masak dengan psywar mereka sama ada berada dalam parti pembangkang atau kerajaan.

Selain itu, ultra kiasu sedaya upaya mahu menendang Pas keluar dari Exco kerajaan negeri Selangor. Macam-macam cara dilakukan. Mereka ingat negeri Selangor kepunyaan bapaknya. Nasib baik MB agak rasional. Ingat! negeri ini bersultan, bukan republik.

Mereka menjadi semakin gila melihat Pas mengeluarkan kenyataan tidak menyokong menolak budget 2016, bersedia menjadi penasihat BN. Mereka mempersoalkan sejak bila Pas menjadi pakar? Apatah lagi pakar ekonomi? Rupanya selama ini mereka memandang rendah kepada Pas, parti pak lebai dan berserban? Tidakkah mereka tahu dalam Pas, selain lebai, Pas tidak kurang profesional, pakar ekonomi, kewangan, nuklear dan lain-lain.

Pas bukan bukan seperti dahulu, meskipun segelintir profesional telah keluar Pas membentuk PAN. Pas bukan seperti PAN. PAN mudah diperalatkan, Pas tidak. Pas ada pendiriani, bukan lembu dicucuk hidung. Kematangan Pas berpolitik cukup lama berbanding PAN. Pas sudah nampak kebobrokan ultra kiasu, berbanding PAN.

PAN sangat percayakan ultra kiasu, sehingga sanggup ‘membunuh’ saudara sendiri, meskipun sebangsa dan seagama. Siapakah yang akan menolong mereka nanti, kalau bukan Umno atau Pas?

Lihatlah realiti yang ada, antara sektor swasta dan sektor awam. Siapakah yang lebih terbuka mengambil pekerja berlainan bangsa? Kajian demi kajian dibuat, sektor swasta dan awam yang diterajui Melayu lebih terbuka kepada bukan Melayu berbanding sebaliknya. Contoh, bank-bank, universiti awam-universiti swasta dan lain-lain. Ini belum termasuk universiti swasta secara sengaja memberikan kelulusan cemerlang kepada ultra kiasu untuk elakkan membayar PTPTN. Masih buta?-http://ridhuantee.blogspot.my

Sumber DD - 9-11-2015
------------------------------------------------------------------------
Koridor Kuasa

Posted on Monday, November 09 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pada hari Jumaat yang lepas, sepasukan penyiasat dari Ibu Pejabat Bukit Aman Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melawat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Bangunan Al-Bukhary untuk merakamkan kenyataannya mengenai apa yang Dr. Mahathir ucapkan ketika perhimpunan Bersih pada akhir bulan Ogos 2015.

Dr Mahathir bagaimanapun, enggan menjawab mana-mana soalan polis yang ditanyakan kepadanya. "Mereka bertanya soalan dan saya berkata, saya tidak akan menjawab." kata Dr Mahathir.

Ia sebenarnya agak memalukan kerana sebelum ini Dr Mahathir telah bercakap tanpa henti mengenai dakwaan penyelewengan yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu Dr Mahathir terlepas peluang besar untuk memberitahu polis apa yang telah berulang kali beliau ucapkan dan meletakkan ia ke dalam rekod.

Ketika orang yang paling rasuah, Menteri Besar Selangor Muhammad bin Muhammad, (yang kemudiannya diampuni semua jenayahnya apabila dia meninggalkan Umno untuk menyertai pembangkang), membuat laporan polis terhadap saya, saya telah dipanggil ke balai polis agar kenyataan saya boleh direkodkan.

Biasanya terdapat lebih kurang 20 soalan yang pihak polis akan minta anda jawab dan akan mengambil masa kira-kira sejam untuk disiapkan. Soal siasat saya bagaimanapun mengambil masa lapan jam. Ianya mengambil masa lapan jam kerana saya membahaskan setiap soalan polis yang ditanyakan kepada saya dan mencabar mereka untuk membuktikan bahawa apa yang saya tulis adalah salah.

Selepas sesi marathon itu mereka tidak dapat mengadakan kes terhadap saya. Banyak kali sepanjang tempoh lapan jam tersebut itu juga, pegawai polis yang merakamkan kenyataan saya menerima panggilan telefon dari 'atas’ dan dari reaksi pegawai soal siasat itu, saya mengesyaki bahawa orang yang di hujung talian itu ialah Ketua Polis Negara, Musa Hassan sendiri. Malah, pegawai soal siasat itu sendiri turut memberikan petunjuk ke arah itu.

Dr Mahathir sepatutnya mengulangi semua dakwaan yang dibuatnya terhadap Najib dan mencabar pihak polis untuk mengambil tindakan berdasarkan apa yang dikatakannya. Dia sepatutnya berkata, "Ya, saya telah mendakwa Najib mencuri RM42 bilion dan RM2.6 bilion yang telah dipindahkan ke akaun bank peribadinya. Sekarang dakwa saya di mahkamah dan buktikan bahawa saya berbohong. "

Sekalipun pihak polis membuat keputusan untuk mendakwanya untuk apa yang dia katakan, Dr Mahathir akan dapat memfailkan pembelaan dan mempertahankan dirinya bahawa dia mampu untuk memasukkan semua dakwaan beliau terhadap Najib bersama-sama dengan bukti untuk menyokong tuduhan itu.

Sekarang bagaimanapun, tanggapan yang wujud adalah Dr Mahathir tidak lagi berdiri dengan apa yang telah beliau katakan sebelum ini dan dia tidak berani mengulangi dakwaannya jika apa yang dia kata akan direkodkan oleh pihak polis. Ini sebenarnya agak mengejutkan memandangkan Dr Mahathir telah menuntut Najib menjawab soalan-soalan beliau dan kemudian dia sendiri enggan untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan kepadanya.

Mengapa Dr Mahathir tidak mahu apa yang beliau katakan diletakkan di dalam rekod?

Adakah dia bimbang bahawa dia tidak akan dapat menyokong dakwaan ini dengan bukti?

Bercakap mengenai perkara yang sama, beberapa pemimpin pembangkang menuntut bahawa Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berdebat pula dengan Rafizi Ramli. Hujah Arul Kanda adalah bahawa Tony Pua yang mencabar beliau untuk berdebat dan beliau telah bersetuju untuk berdebat Tony Pua. Jadi mengapa kini melakukan pertukaran?

Sebab-sebab mereka melakukan pertukaran adalah sudah tentunya agak jelas - kerana mereka tidak mahu Tony Pua ditendang keluar dari PAC. Tony Pua merasakan bahawa hanya dia dan tidak ada orang lain boleh melakukan pekerjaan itu dalam PAC dan tanpa dia dalam PAC, penyiasatan akan mati.

Tetapi Speaker Parlimen tidak hanya mengatakan bahawa jika Tony Pua meneruskan perdebatan maka dia akan ditendang keluar daripada PAC. Speaker turut juga berkata bahawa Arul Kanda akan dihalang daripada memberi keterangan pada pendengaran PAC juga jika perdebatan diteruskan.

Tetapi pembangkang masih mahu Arul Kanda untuk berdebat dengan Rafizi Ramli. Mereka tahu bahawa jika Arul Kanda berdebat dengan Rafizi Ramli maka dia akan dihalang daripada pendengaran PAC. Jadi, mengapa mereka mahu Arul Kanda dihalang daripada pendengaran PAC yang akan diadakan dalam tempoh kurang dari sebulan dari sekarang?

Saya mula mengesyaki bahawa pembangkang bimbang Arul Kanda mempunyai kes yang baik dan jika dia dibenarkan untuk memberi keterangan pada pendengaran PAC, kemungkinan besar dia akan merobohkan semua tuduhan itu dan membuktikan bahawa apa yang dituduh adalah palsu. Jadi lebih baik mereka cuba untuk menyekat Arul Kanda daripada memberi keterangan pada pendengaran PAC.

Dalam perkembangan lain, Husam Musa telah membuat pelbagai dakwaan terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Husam boleh membuktikan bahawa semua dakwaan ini adalah benar atau dia menjangkakan Hadi untuk membuktikan bahawa dakwaan itu adalah palsu?

Jika itulah caranya Husam mahu bermain, maka kita juga boleh mengatakan bahawa seorang tauke judi Cina membiayai aktiviti politiknya. Beliau juga mengubahsuai Minit mesyuarat EXCO Kelantan yang menolak pemberian konsesi balak untuk kedua-dua sepupu DAP dari Perak. Tambahan pula, Husam telah terlibat dalam rundingan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Ya, Husam adalah seorang “slimeball” dan “scumbag”. Ramai mengetahui mengenai salah laku beliau tetapi kita fikir tiada gunanya melakukan pendedahan kerana ianya hanya akan menyakiti pembangkang amnya dan PAS khususnya. Tetapi oleh kerana Husam mahu bermain permainan ini maka marilah kita menunjukkan kepadanya bagaimana untuk bermain dengan betul.


 Mungkin Husam kini boleh mendedahkan siapa tauke judi Cina yang memberikan duit kepadanya. Kepada anda Husam, bola kini berada di kaki anda.

Oleh Raja Petra Kamarudin

Sumber TKO - 9-11-2015


------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Jangan terbuai dengan vape, Najib isu sebenar negara

SHAHBUDIN HUSIN | .



Entah sampai bila isu vape ini akan terus berlarutan berikutan satu demi satu isu berkaitan dengannya sentiasa muncul di hadapan kita.

Bermula dengan Mufti WP sudah mengisytiharkannya haram, kemudian kabinet membuat keputusan bertentangan dengan tidak mengharamkannya, menteri yang tidak berkaitan membuat pengumuman mengenai vape dan selepas itu Kementerian Kesihatan pula membuat serbuan kepada kedai-kedai yang menjual vape berhubung kandungan nikotin dalam perisanya.

Ia kemudian bertukar menjadi isu perkauman dan politik apabila kononnya ramai pengusaha vape adalah Melayu dan timbul pula dakwaan yang entah kajian daripada mana bahawa gangguan terhadap vape akan menyebabkan BN kehilangan sejuta sokongan pengundi muda dalam pilihan raya akan datang.

Adakah untuk mengekalkan kuasa, BN akhirnya bukan saja perlu menghalalkan vape, bahkan juga perlu membenarkan semua perbuatan lain yang menjadi kesukaan anak-anak muda tanpa memikirkan kesan buruk atau halal haramnya?

Kemudian ada pula sebuah kementerian mengeluarkan kenyataan mahu menetapkan harga vape yang seragam, manakala menteri yang lain pula mahu kreativiti anak Malaysia dikenali di peringkat dunia kerana perisa vape yang berbagai dan macam-macam.

Selain menteri-menteri berbeza pendapat sesama sendiri, Timbalan Menteri Kesihatan, Hilmi Yahya pula mengakui tindakan pasukan penguatkuasa kementeriannya melakukan serbuan adalah tindakan yang dianggap drastik.

Kenapa Hilmi memilih mengecam pasukan penguatkuasa kementerian sendiri berbanding bercakap mengenai keburukan vape kepada generasi muda serta kandungan nikotinnya?

Selain itu, ditubuhkan juga sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Kesihatan mengenai vape ini.

Bukankah isu vape ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui kerjasama dan mesyuarat pelbagai agensi dan kementerian sebelum sesuatu keputusan yang konkrit diambil?

Kenapa semua orang yang berkuasa bercakap dengan nada yang berbeza sedangkan berada dalam kerajaan yang mendukung aspirasi yang sama?

Tidakkah semua kenyataan yang berlarutan dan berbeza-beza ini kelihaan mengarut saja keadaannya?

Tidakkah seolah-olah semua isu berkaitan vape bagaikan sengaja direka dan ditimbulkan untuk menutup isu sebenar yang sedang melanda negara?

Kenapa Najib diam tidak berkata apa-apa berkaitan vape secara terbuka?

Apakah isu vape ini semata-mata bertujuan untuk melekakan rakyat dan membuatkan mereka lupa seketika untuk menumpukan perhatian kepada permasalahan sebenar berkaitan Najib, 1MDB, derma RM2,600 juta dan sebagainya?

Bagi sesiapa yang melihat permasalahan negara dalam konteks yang lebih luas, tentulah mengakui bahawa isu pokok kita ialah Najib dan hal-hal berkaitan kepimpinan dan perlakuannya.

Biarpun kita turut mengambil berat kesan buruk vape yang tidak jauh bezanya dengan rokok atau mungkin nanti perisanya dikreatifkan dengan disaluti ganja, heroin atau dadah sintetik (perisa ketum dan syabu khabarnya sudah ada), tetapi janganlah semua itu membuatkan kita leka dengan isu pokok sebenar sehingga lupa kepada iltizam perubahan yang seharusnya lebih diutamakan.

Berbanding isu vape yang barangkali sengaja direka dan diperbesar-besarkan, jika kita leka dan terbuai dengan isu pokok yang sebenar, lalu Najib dapat berkuasa dengan lebih lama lagi, kesannya akan menimpa keseluruhan lebih 30 juta rakyat negara ini. - http://shahbudindotcom.blogspot.my/

Sumber HD - 9-11-2015
------------------------------------------------------------------------
Hambat Najib seberangi Rubicon

Posted on Sunday, November 08 @ 15:48:52 MYT by paktam

Oleh A. Kadir Jasin

Seperti Julius Caesar, maharaja Rom, yang membawa bala tenteranya menyeberangi Sungai Rubicon pada tahun 49 SM, kita di Malaysia pun sudah melakukan hal yang sama.Tetapi janganlah kita berasa terlalu sombong, mendabik dada berkata, “Aku sudah menyeberangi Rubicon.”

Kita terpaksa menyeberangi Rubicon kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlebih dulu menyeberanginya.


Beliaulah menyeberangi Rubicon apabila beliau merujuk kepada kebijaksanaan Bugis yang berbunyi, sekali layar terkembang pantang biduk surut ke pantai.

Dalam bahasa Bugis, "kualleangi tallanga natowalia" atau dalam bahasa Melayu Indonesia, lebih kupilih tenggelam (di lautan) daripada harus kembali lagi (ke pantai)". (Daripada blog http://ila-galigo.blogspot.my).

Oleh sebab sebahagian daripada kita kini menjejaki dan menghambat beliau, maka kita juga terpaksa ikut menyeberangi Rubicon.

Kita juga terpaksa mengikrarkan apa yang Caesar ikrarkan apabila tenteranya menyeberangi Rubicon.

Kata Caesar, “alea iacta est.” Acuan tekan sudah dituang maka terpaksalah kita menerima bentuknya.

Kita sudah berusaha sedaya upaya mengubah keadaan demi menyelamatkan negara kita berlandaskan kebijaksanaan semasa (conventional wisdom). Tetapi kita gagal kerana Najib tidak berjuang di atas landasan yang sama.

Conventional wisdom nampaknya tidak ada tempat dalam strategi dan tindak-tanduk beliau.

Sebaliknya beliau bertindak di luar konvensyen dan kebijaksanaan semata-mata untuk menyelamatkan diri.

Kita terpaksa akur kepada apa yang sedang berlaku, iaitu sesuatu yang belum pernah kita lalui sejak merdeka pada tahun 1957.

Kita bermain bola di atas padang yang tidak rata, pengadilnya berat sebelah dan kedudukan gol diubah-ubah.

Berfikir secara tidak konvensional
Dalam situasi itu, kita perlu memikirkan kemungkinan berikut:

1. Kita terpaksa akur kepada hakikat Najib tidak akan meletakkan jawatan dan kita tidak dapat melakukan apa-apa sehingga pilihan raya umum (PRU) diadakan.

2. Kita terpaksa menyediakan minda menerima kemungkinan usaha dilakukan untuk menangguhkan PRU sekiranya Najib dan konco-konco beliau berasa mereka akan kalah.

3. Kita jangan sekali-kali melakukan hal yang boleh dijadikan alasan Najib dan konco-konco beliau untuk tidak mengadakan PRU.

4. Sekiranya PRU diadakan, kita perlu melihat ke hadapan melepasi Najib dan hegemoni Umno/Barisan Nasional (BN).

5. Kita perlu melihat ke satu era baru di mana Umno/BN bukan lagi tempat bergantung kerana Umno dan BN di bawah kepemimpinan sekarang tidak lagi terangkum (incusive) dan peduli kepada kepentingan rakyat jelata. Mereka bertindak seolah-olah mereka “lord and master of the universe”.

6. Kita perlu memikirkan politik yang lebih Malaysia, buta warna, berpaksikan kemanusiaan, ketamadunan dan keluhuran perlembagaan.

7. Dalam masa terdekat, kita perlu memikirkan pewujudan gerakan massa non-partisan yang menggabungkan penggiat dan pesara daripada segala aliran: politik, agama,
profesional, cendekiawan, usahawan, pesara tentera dan polis, pemimpin pelajar, badan-badan bukan kerajaan dan sesiapa saja yang komited menyelamatkan Malaysia.

8. Kita perlu mempamerkan kepada dunia yang semakin tidak percaya kepada negara kita bahawa kita peduli dan akan melakukan apa saja bagi menyelamatkan negara kita. Insya Allah. – kadirjasin.blogspot.my

* Datuk A. Kadir Jasin ialah bekas ketua pengarang The New Straits Times.

Sumber DD - 8-11-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mahathir terus memeningkan kepala Najib

Posted on Saturday, November 07 @ 14:30:13 MYT by tokdalang

Oleh Shahbudin Husin

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akhirnya diambil keterangannya oleh pihak polis berikutan beberapa tindakannya dalam mendesak Najib Razak meletakkan jawatannya.Antara tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir ialah membuat beberapa dakwaan terhadap Najib seperti "mencuri wang", "merasuah pemimpin UMNO" dan sebagainya.

Malah untuk menunjukkan kesungguhannya menyingkirkan Najib, Tun Mahathir juga turun ke perhimpunan Bersih 4 sebanyak dua kali.


Namun demikian, tidak diketahui atas kesalahan yang mana beliau disiasat dan diambil keterangannya itu.

Bagaimanapun, Tun Mahathir memilih untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak polis yang menemuinya selama kira-kira 45 minit di pejabatnya di Yayasan Al Bukhary itu.

Dengan memilih tidak menjawab pertanyaan pihak polis itu, Tun Mahathir kini seolah-olah menyerahkan kepada pihak polis, atau secara tepatnya kepada Najib yang sedang memimpin kerajaan, untuk mengambil apa-apa tindakan seterusnya kepada beliau.

Ini kerana yang menjadi sasaran sebenarnya dalam semua serangan Tun Mahathir itu ialah Najib sendiri.

Itu terpulang kepada mereka, katanya sambil ketawa.

Apa agaknya tindakan yang akan diambil oleh kerajaan atau Najib terhadap Tun Mahathir selepas ini?

Menyoal siasatnya lagi dan lagi sehingga Tun Mahathir sedia membuka mulutnya?

Bagaimana jika setiap kali polis datang untuk mengambil keterangannya, Tun Mahathir masih enggan juga menjawabnya?

Adakah Tun Mahathir akan terus didakwa di mahkamah?

Beranikah Najibberbuat demikian dan sediakah beliau menghadapi risiko daripadanya?

Mungkinkah pula Tun Mahathir tidak diambil apa-apa tindakan akhirnya?

Atau Tun Mahathir sekali lagi sedang memeningkan kepala Najib untuk membuat pilihan?

Sumber DD  - 7-11-2015
------------------------------------------------------------------------
Tony Pua Bukan Penakut, Tugasnya Dalam PAC Lebih Penting

Posted on Thursday, November 05 @ 12:21:26 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Harapan rakyat negara ini untuk menyaksikan debat antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berkaitan kemelut syarikat sarat hutang itu akhirnya tidak kesampaian dan terkubur di tengah jalan.

Setelah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berdebat tanpa syarat, pihak lain pula yang banyak "songeh" dengan mengeluarkan pelbagai pandangan, kemungkinan malah ugutan untuk meletakkan jawatan sekiranya debat itu berlangsung juga.

Semuanya menjadikan kedudukan Tony Pua dalam PAC sebagai alasan serta hujahan untuk memberi tekanan kepadanya.

Salleh Said Keruak yang pada awalnya membenarkan RTM menyiarkannya secara langsung, turut "korner baring" di saat-saat akhir dengan mengatakan siaran langsung melibatkan Tony Pua hanya akan diadakan jika beliau berundur terlebih dahulu daripada PAC.

Dengan Tony Pua terpaksa memilih antara berdebat atau kekal dalam PAC, beliau akhirnya memutuskan untuk tidak berdebat, sebaliknya kekal dalam PAC kerana peranan dan pengetahuannya selama ini berkaitan syarikat bermasalah itu dikira penting untuk terus mencari kebenaran berkaitan dengannya.

Dan Salleh sekali lagi "korner baring" dengan mengatakan tiada siaran langsung akan disediakan kerana katanya, siaran langsung hanya untuk Tony Pua dengan Arul saja.

Mula-mula ada siaran langsung, kemudian bertukar dengan syarat jika Tony Pua berundur daripada PAC, akhirnya bertukar dengan tiada sama sekali siaran langsung. Jika benar debat 1MDB penting untuk pengetahuan rakyat, apa salahnya diteruskan siaran langsung itu.
Patutlah Najib Razak suka dengan menteri macam ini...

Meskipun berdebat dengan Arul Kanda dianggap penting, tetapi melakukan tugas menyoal dan menyiasat 1MDB atas kapasitinya sebagai anggota PAC, tentulah jauh lebih penting bagi Tony Pua dan Pakatan Harapan.

Berdebat hanyalah sekadar menunjukkan kepakaran berhujah dan membentangkan fakta, namun berperanan dalam PAC untuk mencari menyoal tentang 1MDB menjadikan tugas itu bukan saja direkodkan di Parlimen, malah menjadi keperluan untuk pengetahuan rakyat seluruhnya.

1MDB bukan saja menjadi kebimbangan rakyat, malah adik Najib sendiri iaitu Nazir Razak terus membangkitkan kesukaran untuk menarik pelabur selagi isu berkaitan syarikat itu tidak diselesaikan.

Dalam hal ini, Tony Pua tidak boleh dianggap seorang yang penakut untuk berdepan dengan Arul Kanda, sebaliknya kerana beliau memikirkan kemelut 1MDB lebih mustahak untuk dicari titik penyelesaiannya demi rakyat dan negara.

Sekiranya Tony memilih untuk berdebat dan terpaksa melepaskan kedudukannya dalam PAC, kemenangannya dalam debat itu juga tidak semustahak tugasnya menyoal dan menyiasat melalui jawatankuasa Parlimen itu.

Lebih merugikan jika Tony Pua memilih untuk berdebat dan Arul kemudian hanya berhujah sambil lewa sebagaimana pendedahan Muhyiddin Yassin ketika Presiden 1MDB itu hanya datang dengan "tangan kosong" ketika memberi penjelasan kepada kabinet, maka akhirnya debat menjadi tidak bermakna dan siasatan PAC juga tidak ke mana.

Sebab itu, pilihan Tony Pua untuk berundur daripada berdebat dan kekal dalam PAC adalah pilihan yang tepat. Baginya kepentingan 1MDB kepada negara dan rakyat jauh lebih penting daripada yang lain-lainnya.

Jika benarlah "kejantanan tidak tercabut" di pihak kerajaan, Tony Pua seharusnya dibenarkan berdebat dan dibenarkan juga terus kekal dalam PAC.

Bagaimanapun, dengan Pakatan Harapan sedang memilih pengganti Tony Pua, debat 1MDB itu tetap menarik, apatah lagi "10 soalan bocor" sudah pun dipersiapkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu untuk dijawab oleh Arul Kanda dengan jujur, ikhlas serta berdasarkan fakta kebenaran.

Yang penting, jika jawapan dalam debat tidak memuaskan hati, Tony Pua masih ada ruang untuk menyoalnya melalui PAC pula

Sumber DD - 5-11-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------


Kerbau Berlumpur Biasa, Manusia Berlumpur Bahaya

Posted on Monday, November 02 @ 12:20:02 MYT by paktam

Oleh A Kadir Jasin
SAYA telah bercerita mengenai anjing dalam kaitan dengan penyakit anjing gila (rabies) dan kesetiaan anjing kepada tuannya.Alhamdulillah, nampaknya penyakit anjing gila yang melanda negeri-negeri barat laut Semenanjung sudah dapat dikawal. Sebenarnya kita ada kepakaran cuma ramai yang diberi amanah malas, alpa, cuai, seleweng dan rasuah.

Kemudian sekarang berlaku pula wabak kepialu (typhoid). Adoi, bala demi bala melanda negara kita di bawah pemerintahan Perdana Menteri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobonerinj. Silap-silap ebola pun dibawa masuk juga.


Kali ini saya akan bercerita mengenai kerbau pula. Dalam banyak budaya, kerbau sering digambarkan sebagai haiwan bodoh, bengis dan bertindak membabi buta. Babi buta sondoi (rempuh) sana sondoi sini.

Dalam bahasa Melayu, ada kiasan berbunyi “seekor kerbau bawa lumpur habis semua terpalit” yang merujuk kepada seorang anggota masyakat yang membuat jahat menyebabkan nama semua anggota masyarakat tercemar.

Kerbau berkubang  untuk kesihatan
Dalam bahasa Inggeris pula ada ungkapan “bull (kerbau atau lembu jantan) in a china shop” yang menyamakan seorang yang berang dan bertindak liar dengan seekor kerbau atau lembu jantan dalam kedai menjual barang-barang porselin.

Perangai dan amalan manusia dan kerbau sepatutnya berbeza. Kerbau berlumpur perkara biasa tetapi manusia yang tercemar namanya patut dijauhi.

Kerbau berkubang dan membalut badannya dengan lumpur untuk beberapa tujuan. Pertama menyejukkan badan. Kedua menyekat gigitan lalat. Ketiga melemaskan kutu dan keempat mematikan berengga (maggots).

Jadi kerbau membawa bukanlah perbuatan kotor. Itu tabiat semula jadi kerbau. Tapi manusia membuat kejahatan itu tidak baik. Lagi-lagilah apabila kemungkarannya itu membusukkan nama ibu bapa, keturunan, masyarakat, bangsa dan agamanya.

Saya boleh bercakap dengan yakin mengenai kerbau kerana sebagai anak pesawah, saya menolong nenek dan ayah saya memelihara kerbau.

Ada waktunya, pada tahun 1950an dan 60an, keluarga saya memelihara hingga 30 ekor kerbau dan lembu. Bila diserang wabah penyakit kuku dan mulut, habis mati.
Kerbau Haiwan Kuasa Ibu
Kalau kita baca jurnal saintifik atau menonton saluran pendidikan di TV, kita akan tahu bahawa kerbau adalah haiwan “matriarchal” iaitu haiwan dipimpin oleh haiwan betina – selalunya ibu paling kanan dalam satu-satu kumpulan.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP menterjemahkan “matriarchal/matriarchy) sebagai kuasa ibu.

Ibu kerbau inilah yang memandu kumpulannya mencari rumput, tempat minum dan mandi serta tempat beristirahat.

Dalam masyarakat manusia pun ada masyarakat kuasa ibu di mana wanita memimpin. Antaranya adalah Minangkabau (Sumatra), Mosui (Tibet), Akan (Ghana), Bribri (Costa Rica), Garo (India) dan Nagovisi (Bougainville).

Wanita Minangkabau berkuasa ke atas masyarakatnya
Tapi ada perbezaan antara tunduk kepada sistem kuasa ibu dengan takut kepada wanita atau lebih tepat, takut kepada bini. Dalam kumpulan kerbau, kerbau jantan tidak takut kepada kerbau betina, hatta kerbau betina yang jadi matriarch.

Tabiat kerbau jantan menyendiri. Ia masuk kumpulan hanya ketika mengawan. Habis mengawan ia pun keluar kumpulan. Tapi ia akan berlaga dengan kerbau jantan lain, kadang kala sampai mati, untuk mempertahankan haknya mengawan dengan kerbau-kerbau betina dalam kumpulannya.

Menang betul kerbau boleh dijinakkan dan diperhamba. Caranya ialah dengan mengurungnya dalam kandang dan memberinya makan rumput atau jerami untuk beberapa hari. Apabila ia cukup jinak, cucuk hidungnya dan ikat dengan tali.

Manusia jenis itu diibaratkan seperti kerbau dicucuk hidung. Mereka akan turut perintah dan buat apa saja yang diperintahkan oleh orang memberi mereka makan.

Wanita menarik kerbau yang dicucuk hidung
Manakala yang “macho” atau berlagak jantan jadilah mereka macam “bull in the china shop” yang akan menyondol apa saya tanpa mempedulikan buruk baiknya.

Kerbau yang dicucuk hidung ini kalau tidak ditambat pun ia tidak akan merayau jauh. Bila petang baliklah ia ke kandang. Lagi mudah ia balik dan masuk kandang kalau disediakan rumput atau jerami.

Selain membajak sawah ia boleh diajar menarik kereta atau anor (sledge). Kalau mahu dan berani, kita boleh menunggangnya. Jadilah ia kerbau tunggangan.

Kerbau jinak boleh ditunggang
Maaflah kalau saya kata, dalam arena politik, pentadbiran awam dan media massa di negara kita sekarang ada banyak manusia yang wataknya macam yang disebutkan di atas.

Wallahuaklam.

Sumber DD - 2-11-2015 
-----------------------------------------------------------------------
Usaha mengkondisi ketua bahagian Umno sebelum singkir Muhyiddin

Posted on Saturday, October 31 @ 23:30:27 MYT by paktam

Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin 

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh dipecat dari jawatan timbalan presiden Umno kerana beliau dipilih perhimpunan agung, tetapi pemecatannya sebagai ahli Umno secara automatis akan menggugurkannya dari jawatan penting itu.Pemecatan sebagai ahli boleh dilakukan jika ada bukti yang kukuh.


Inilah yang sedang digerakan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan berkata siasatan terhadap 7 pemimpin Umno sedang dijalankan kerana kenyataan mereka yang boleh menjejaskan parti.


Usaha untuk mengkondisikan ketua bahagian dan ahli Umno menerima tindakan ini sudah pun didahului komando Umno dengan dakwaan 75 % ketua Umno Bahagian, malah ada yang kata 95%, siap sedia menyokong tindakan ini.

Sementara itu, rakan karib Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, juga lantang bersuara mendesak tindakan tegas tanpa mengira jawatan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Barangkali, Muhyiddin menyedari perancangan terhadapnya, maka itu beliau berhati-hati dalam meneruskan kritikannya tetapi dalam suatu forum di Johor Baru baru-baru ini, beliau menganggap "pengecut" pemimpin Umno yang menyokong presiden. Ini mendorong penyokong-penyokong Najib menjadi semakin agresif.

Exco Pahang, Datuk Seri Sharkar Shamsuddin, tidak nampak masalah untuk penyingkiran Muhyiddin kerana sebahagian besar anggota Majlis Tertinggi adalah juga ketua bahagian.
"Mereka tahu apa untuk dilakukan pada mesyuarat MT akhir bulan ini," katanya (Star, 30 Oktober).

Langkah mencantas Muhyiddin mesti dilakukan sebelum Perhimpuan Agung Umno tidak lama lagi kerana kehadiran Muhyiddin sebagai timbalan presiden mungkin akan menimbulkan kekecohan yang boleh menjatuhkan maruah Najib sebagai presiden Umno, jika berlaku tindakan provokasi antara kedua pihak.

Mencantas Muhyiddin juga perlu dilakukan lebih awal supaya bakal timbalan presiden Umno dapat dinaikkan sebelum Perhimpunan Agung Umno menjelang pilihan raya umum akan datang dan supaya Najib dapat berkuasa sehingga pilihan raya umum itu.

Ini juga akan memberi peluang kepada Najib mengkosolidisasikan lagi kekuatannya dalam parti dan memperbaiki ekonomi negara, tetapi ini belum pasti akan dapat memastikan pemulihan sokongan orang Melayu kepada Umno untuk terus bekuasa kerana semangat bahagian dan ahli Umno sangat rendah kerana kerosakan imej kepiminan negara yang sangat parah.

Saya mendengar cakap-cakap ada negeri yang mahu mengadakan pilihanraya Dewan Undangan Negeri secara berasingan atau bersendirian seperti Sarawak, supaya tidak menampakkan penglibatan imej Najib, tetapi atas kekuatan imej menteri besar sendiri.

Supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk, maka Muhyiddin dan beberapa orang lagi yang masih merancang untuk menjatuhkan Najib, mestilah bersedia untuk dicantas kerana merosakan imej parti walaupun niat jujur hendak menyelamatkan parti, tetapi akhirnya kebenaran politik terletak di mana kita berdiri.

Ini kerana Umno tidaklah berasaskan kepada ideologi rigid, sebaliknya pragmatik. Ketua bahagian Umno melihat langkah menyelamatkan kepentingan peribadi Najib adalah perlu untuk kekuatan parti daripada menyelamatkan parti untuk kepentingan seluruh rakyat.

Keputusan ini mereka buat oleh kerana Najib adalah King of Money yang mempunyai pengalaman lama dalam Umno iaitu Money is King. – zamkata.blogspot.my

* Tan Sri Zainuddin Maidin ialah bekas menteri penerangan.

Sumber DD - 31-10-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Gambar wanita seiras Rosmah jadi viral

Posted on Saturday, October 31 @ 09:40:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


PETALING JAYA: Seorang wanita dilaporkan memiliki wajah seiras dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 
Gambar gadis berkenaan yang menjadi viral sejak pagi Jumaat turut mendapat perhatian pengguna laman sosial.

Bagaimanapun, tidak diketahui latar belakang pemilik gambar berkenaan ekoran tidak dinyatakan oleh pihak yang menyebarkannya.

Malah, gambar itu turut menimbulkan teka-teki sama ada ia adalah gambar seorang gadis yang wajahnya seiras dengan Rosmah atau ia sebenarnya gambar Rosmah sendiri ketika beliau masih muda.

Foto yang tersebar itu turut dimuatnaik di blog Bulletin Media.

Sumber TKO - 31-10-2015

-------------------------------------------------------------------------
Bercakap dengan dinding dan tembok

Posted on Thursday, October 29 @ 14:21:33 MYT by paktam

Oleh Mohsin Abdullah

Tan Sri Muhyiddin Yassin diberitakan kecewa kuasa beliau selaku timbalan presiden Umno semain terhakis.Contoh, mesyuarat penting parti yang secara tradisinya dipengerusi timbalan presiden Umno kini dijalankan tanpa dikendalikan beliau.

Namun semua itu sudah diramalkan sejak beliau dilucutkan jawatan timbalan perdana menteri Julai lalu.


Malah blogger Umno (yang dituduh anti Umno) Shahbudin Husin awal-awal lagi menjangka pimpinan tertinggi parti akan terus memperkecil dan memencilkan Muhyiddin sambil mengizinkan beliau kekal sebagai timbalan presiden. Dalam erti kata lain, seorang timbalan presiden yang dipeti sejukkan.

Kawan-kawan lama Muhyiddin yang kini mempunyai kuasa dalam Umno dan kerajaan kerap menegur keras beliau.

Lebih tepat lagi – menyerang beliau.

Serangan juga datang daripada pihak lain, khususnya portal pro Najib, MyKmu.net.

Terbaru, Muhyiddin dituduh mendorong guru sekolah membenci kerajaan akibat projek Internet sekolah 1BestariNet yang dikatakan membebankan golongan pendidik.

Kini, kedengaran spekulasi timbalan presiden tidak akan berucap merasmikan serentak mesyuarat ketiga-tiga sayap parti pada perhimpunan agung Umno Disember ini. Ini juga tradisi Umno.

Secara peribadi, saya rasa ia akan dikekalkan dan Muhyiddin akan merasmikanya. Itu mengikut logik. Wallahualam. Dalam Umno semua boleh terjadi.

Buat masa ini, Muhyiddin masih diizinkan bercakap apa sahaja. Lantas Muhyiddin terus mengkritik dan menegur apa yang dilihat beliau sebagai kepincangan yang melanda negara akibat kepimpinan kerajaan.

Tetapi kata beliau, “Saya seorang sahaja yang speak up. Apa yang lain buat?”

Jelas Muhyiddin merasa keseorangan dalam perjuangan dan kecewa serta sedih (mungkin juga marah?).

“Orang Umno tidak bersuara walaupun dalam keadaan negara begini - ekonomi muram dan politik tidak menentu.

“Semua penakut, takut hilang jawatan,“ Muhyiddin dipetik berkata baru-baru ini.

Ada benar apa yang beliau katakan itu. Tidak boleh dinafikan. Bagaimanapun tidak  boleh dinafikan juga ada orang Umno yang bersuara. Cuma mungkin tidak cukup jumlah dan tidak cukup kuat.

Contoh, pemimpin beberapa cawangan di Johor dan Negeri Sembilan yang mahu Datuk Seri Najib Razak berundur.

Dan tidak lupa Anina Saaduddin.

Tetapi semuanya tidak “lut”. Najib, kepimpinan Umno dan kerajaan tidak ambil kisah. Buat dak. Bagi mereka, khususnya Najib, “Its business as usual”.

Seolah-olah menunjuk jari tengah sambil berkata “Apa kamu boleh buat?”

Yang mengkritik pula seolah-olah bercakap dengan dinding dan tembok. Kena “stone-walled”.

Muhyiddin juga mengakui, ”Semasa dalam kerajaan saya gunakan kuasa beri nasihat dan pandangan tetapi semua itu were totally ignored”.

Maknanya, Muhyiddin, walaupun ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri turut bercakap dengan dinding dan tembok. Jadi apatah lagi orang tanpa pangkat?

Muhyiddin mahu orang Umno “bertambah berani“ dan mencontohi Nabi Muhammad SAW yang “tidak duduk diam jika sesuatu kesalahan berlaku”.

Pun begitu, ada juga orang Umno yang beranggapan Muhyiddin sendiri harus dipersalahkan atas apa yang beliau alami sekarang.

Seorang aktivis parti pernah memberitahu saya, “Penyokong Muhyiddin keliru dan juga kecewa kerana beliau dilihat sebagai ambil satu langkah ke hadapan tetapi ambil dua langah ke belakang.”

Si aktivis merujuk ketika Muhyiddin mendedahkan bagaimana beliau bersemuka dengan Najib bertanya mengenai RM2.6 billion dalam akaun peribadi PM masa isu itu mula-mula timbul dulu.

“Ramai berharap Tan Sri akan go all out tetapi beliau kendur. Gelilah macam ni. Kalau all out ketika itu, Tan Sri akan dapat sokongan hebat. Ada gelombang,”   kata si aktivis.

Kini, walaupun menyatakan kesetiaan terhadap Umno dan akan membantu parti menang  PRU14 , Muhyiddin dipencilkan. Itu kata Shahbudin si blogger Umno seperti di awal artikel ini .

Persoalan: Apa  yang harus Muhyiddin lakukan sekarang?

Bagi Shahbudin (menerusi blognya): “Abang Din harus beranilah sikit. Jangan jadi penyu lagi. Jangan dok rumah dan jangan selalu keluar negara.”

Beliau mahu Muhyiddin mengepalai satu gerakan kukuh untuk memperbetulkan keadaan suram yang diwarwar  Muhyiddin sendiri.

Maksudnya dinding dan tembok mesti ditembusi.

Sumber DD - 29-10-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa Tidak Berani Cabar Mahathir Lawan najib Di Kawasan Berkecuali ?

Posted on Thursday, October 29 @ 14:27:31 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz semalam mencabar Tun Mahathir Mohamad agar bertanding melawan Najib Razak di kawasan Parlimen Pekan dalam pilihanraya umum akan datang sebagai satu-satunya cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri.Kalau tak mahu lawan Najib di Pekan, lawan saya di Padang Rengas, katanya lagi.

Sekali imbas, Nazri kelihatan "agak jantan" bila melontarkan cabaran tersebut meski terselit ciri-ciri angkuh di sebaliknya. Namun hakikat yang sebenarnya langsung tidak ada ciri-ciri "roti canai bertelur" dengan cabarannya itu.

Cabaran itu hanyalah "roti kosong" saja nilainya.

Tun Mahathir pernah memberitahu sebelum ini, tujuan beliau meminta Najib turun daripada jawatannya ialah untuk menyelamatkan UMNO dan negara daripada pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh kepimpinan Perdana Menteri itu.

Tidak dinafikan, hanya berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta saja telah menyebabkan persepsi buruk menyelubungi Najib yang terlalu besar dan sukar untuk dipulihkan.

Sebagai pemimpin yang pernah membina negara selama 22 tahun dengan kepimpinannya, Tun Mahathir hanya ingin memastikan UMNO terus berkuasa dengan meletakkan pemimpin yang tidak terlalu dipertikaikan dan dalam masa yang sama juga negara serta rakyat menjadi sejahtera akhirnya.

Bukan sesekali tujuan Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri semula. Beliau sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan tidak menjadi keperluan lagi menambah rekod itu.

Oleh itu, soal beliau mahu bertanding dan menjadi Perdana Menteri semula tidak berbangkit sama sekali.

Tetapi jika pun cabaran Nazri itu mahu diambil kira, beliau sepatutnya membuat cabaran "roti canai telur" terhadap Tun Mahathir.

Kenapa dicabar Tun Mahathir bertanding di Pekan saja?

Cabaran untuk Tun Mahathir melawan Najib seharusnya dicadangkan di kawasan berkecuali di mana-mana saja negeri. Pilih saja sama ada di Pahang, Perak, Johor, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan atau sebagainya?

Bukankah sebagai Perdana Menteri, Najib semestinya ada keberanian untuk bertanding di mana-mana juga kawasan?

Barulah pertandingan itu "perlawanan jantan" yang seimbang, menarik dan "cun"?

Kalau pun Najib tidak mahu jauh daripada kawasannya di Pekan, apa kata pertandingan itu dilakukan di Parlimen Kuantan atau Indera Mahkota, dua kawasan Parlimen yang selama ini menjadi jirannya?

Kalau susah-susah sangat, berlawanlah di kawasan lama Tun Mahathir iaitu Kubang Pasu saja?

Begitu juga jika Nazri merasakan dirinya "super hebat" untuk berlawan dengan Tun Mahathir, buatlah cabaran untuk bertanding di kawasan lain selain Padang Rengas?

Teluk Intan boleh, Kampar boleh, Ipoh atau Tambun pun boleh?

Ada berani ke? Atau Nazri pun sebenarnya hanya "roti kosong" yang suka "cakap kosong" juga?

Sumber DD - 29-10-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beradab bukan biadab apabila bangkang

Posted on Thursday, October 29 @ 11:18:39 MYT by paktam

Oleh Zulkiflee Bakar 

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan isyarat jelas kepada pakatan pembangkang yang disertai oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) bahawa biarpun Pas adalah parti pembangkang tetapi “kita mahu menjadi Ahli Parlimen yang membangkang secara beradab.”

Kalau dikaji sejak 2008 lagi apabila pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, pakatan pembangkang dilihat semakin ‘naik tocang’. Mereka me­lakukan pelbagai tindakan yang memualkan apabila sidang Dewan Rakyat berlangsung.


Hujah-hujah yang dibentangkan ketika perbahasan pula lebih banyak menjurus kepada tuduhan dan tohmahan bukannya berdasarkan kepada fakta apatah lagi mahu menjadi barisan pembangkang yang berfungsi sebagai ‘check and balance’ kepada pemerintahan kerajaan.

Sesungguhnya kita akui, pe­ranan pembangkang adalah pen­ting bagi memastikan pengurusan pentadbiran negara dikendalikan dengan baik dan sempurna demi kesejahteraan rakyat secara kese­luruhannya.

Tetapi malangnya, pakatan pembangkang lebih banyak menjadikan Parlimen seolah-olah ge­langgang politik. Mungkin juga mereka semakin menyedari ce­ramah-ceramah yang dianjurkan tidak mendapat sambutan maka sidang Dewan Rakyat menjadi ‘pentas politik’ mereka.

Justeru kenyataan Abdul Hadi membuktikan beliau mahu barisan pembangkang di Dewan Rakyat berubah sikap. Kalau hendak me­lakukan bantahan atau mengetengahkan sesuatu isu biarlah ia secara beradab bukan biadab.

Tindakan mengangkat plakad seperti mana berlaku sejurus selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 seharusnya tidak harus diulangi kerana mungkin ‘budak-budak tadikapun’ tidak akan berbuat demikian.

Sebahagian besar ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang semuanya berpengalaman dan sudah memahami apa tanggungjawab mereka. Tetapi malangnya sebahagian mereka dilumuri dengan pemikiran politik kepartian yang menebal justeru sudah hilang pertimbangan bagaimana mahu menjadi ahli Parlimen yang beradab.

Oleh itu diharapkan pendekatan baharu yang diamalkan oleh Pas akan turut dicontohi oleh DAP, PKR dan Amanah. Kalau mahu berpolitik biarlah pada masa dan tempat yang sesuai, bukannya di bangunan yang menjadi platforom penting dalam menentukan arah tuju pengurusan negara.

Sepatutnya pakatan pembangkang sudah matang iaitu berpolitik ketika musim pilihan raya sahaja. Kalau mahu menganjurkan program politik silakan itu hak parti-parti masing-masing tetapi apabila melangkah masuk ke Dewan Rak­yat maka jadilah wakil rakyat yang benar-benar berjuang untuk rakyat dengan mengetengahkan isu-isu bagi membela mereka.

Dalam mengetengahkan isu itu biarlah dalam proses meminta penerangan, penjelasan atau mengemukakan permohonannya bukan melalui tohmahan, fitnah atau kecaman yang kesudahannya hanya menyebabkan pembaziran wang rakyat kerana salah guna terhadap keistimewaan Dewan Rakyat. - utusan.com.my

Sumber DD - 29-10-2015
-------------------------------------------------------------------------
Baiknya Hati Najib ....

Posted on Wednesday, October 28 @ 23:04:16 MYT by tokdalang

Oleh Shahbudin Husin 

Apa nak dikata lagi mengenai perlantikan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai CEO Yayasan Kesederhaan Global atau GMM selain mengatakan bahawa ini merupakan tanda Najib Razak memang seorang pemimpin yang sungguh baik hatinya.

Ini kerana CEO sebelum ini, Saifuddin Abdullah meletakkkan jawatan itu sebaik beliau menyertai PKR.

Tindakannya meletakkan jawatan tentunya kerana sedar perlantikannya dahulu memegang jawatan itu adalah kerana beliau ahli UMNO, parti yang sedang menguasai kerajaan yang Perdana Menterinya juga adalah daripada UMNO.

Lantaran itu, apabila menyertai PKR, beliau dengan sukarela mengundurkan diri kerana merasakan tidak cocok sebagai ahli parti pembangkang memegang jawatan itu berikutan parti baru pilihannya tiada kaitan apa-apa dengan UMNO dengan mengetuai kerajaan Pusat.

Namun Najib kini melantik Nasharuddin yang rasanya masih lagi ahli Pas menggantikan Saifuddin. Walaupun perlantikan itu adalah hak mutlak Najib yang mengasaskan penubuhan GMM dan beliau boleh memberinya kepada sesiapa saja yang dikehendakinya, keutamaan tentunya diharapkan kepada ahli UMNO juga menggantikannya.

Tetapi kerana sikap baik hatinya yang luar biasa, Najib tidak memilih pemimpin atau ahli UMNO atau mana-mana individu tidak berparti yang pro UMNO untuk jawatan itu, sebaliknya ahli Pas yang sudah tiada jawatan dan kedudukan jadi pilihannya.

Kasihan juga kepada ahli dan pejuang-pejuang setia UMNO, tiadakah di kalangan mereka yang seramai lebih 3 juta itu yang layak menjadi CEO GMM?

Mereka berpanas berhujan, gigih mempertahankan parti, tidak lupa berkempen dan mengundi calon pilihan parti ketika pilihanraya dan berhimpun dengan baju merah untuk menunjukkan sokongan kepada Najib, alih-alih yang "baju hijau" juga dapat habuan.

Parti mana agaknya yang diundi oleh Nasharuddin dalam pilihanraya umum yang lalu dan apakah pula pilihannya dalam pilihanraya umum akan datang, walaupun selepas dilantik sebagai CEO ini?

Apakah dengan perlantikan Nasharuddin yang dikenali rapat dengan Hadi Awang dan Dr Haron Din ini merupakan laluan awal kerjasama politik antara UMNO dengan Pas?

Siapa lagi agaknya selepas ini ahli daripada parti pembangkang lain yang akan diberikan apa-apa jawatan oleh Najib?

Kepada pejuang-pejuang setia UMNO yang tidak dapat apa-apa, redha sajalah dengan semua ini dan marilah bersama melaungkan "Hidup UMNO" dan "Hidup Najib" sebagai meraikan perlantikan Nasharuddin itu. ~http://shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber DD - 28-10-2015
------------------------------------------------------------------------
Adakah Pas mahu tukar kerajaan atau menyokong BN?

Posted on Wednesday, October 28 @ 15:19:27 MYT by paktam

Oleh Adam Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak agar Pas menjelaskan pendirian politik kerana pemimpin parti itu sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan sejak terkuburnya Pakatan Rakyat.Ahli Jawatankuasa Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti Islam itu sering bercanggah antara satu sama lain.

Katanya, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas boleh bergerak sendiri bercanggah dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang percaya Pakatan Rakyat masih wujud dan kerjasama itu terjalin diantara Pas dan PKR.

“Itu adalah hak mereka, mereka boleh bersama Barisan Nasional (BN) dan juga boleh bersendiri. Kita minta Pas jelaskan hasrat mereka agar rakyat tidak kecewa.

“Biar Pas jelaskan hasrat apakah hala tuju politik parti itu. Sama ada mereka mahu tukar kerajaan atau mahu bersama-sama BN atau sekadar mahu menjadi pembangkang sambil mempertahankan BN,” ujarnya dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

Jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, adalah tidak adil untuk Pas menyokong kedua-kedua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang kerana ia dikira mempermainkan kepercayaan rakyat.

“Tidak adil untuk mereka menyokong kedua-dua pihak. Jika mereka mahukan undi dari rakyat, mereka berkata akan menyokong pembangkang, tetapi sebenarnya mereka bersama BN.

“Itu akan menjadi masalah ketidakpercayaan. ‘Let it be clear’, kalau sekarang ini kita keliru.
sekejap kata hendak bersama pembangkang untuk jatuhkan BN, sekejap pula kata hendak bersama BN,” tegasnya.-FMT

Sumber DD - 28-10-2015
-------------------------------------------------------------------------
Kenapa perlu takut dengan Pas?

Posted on Wednesday, October 28 @ 15:10:48 MYT by paktam

PETALING JAYA: Parti Amanah Rakyat (Amanah) mula melatah selepas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membayangkan akan sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).Dalam reaksinya, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menyifatkan ia berbahaya kepada masa depan parti pembangkang kerana ia boleh menggelirukan rakyat.


Mengulas mengenainya, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata kebimbangan itu bukan setakat menyentap Amanah malah sekutunya, DAP.

“DAP juga tentunya sedang gementar dengan bayangan kerjasama PAS dengan BN kerana kacamata cauvanis nya nampak kerjasama ini sebagai PAS UMNO yang akan memberi kesan buruk kepada Pakatan Rakyat yang sedang berada dalam keadaan terumbang ambing.

“Bagi DAP perkembangan ini adalah kemunduran Malaysia dari politik Malaysian Malaysia yang sedang rancak maju kehadapan,” tulisnya di zamkata.blogspot.com.

Jelasnya lagi, rakyat sudah dapat ramalkan kerjasama antara Pas dan BN dalam pilihan raya akan datang dengan sikap positif pimpinan tertinggi parti itu termasuk Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.

Selaku Anggota Jawatankuasa Kewangan Negara (PAC) beliau bersedia untuk merashsiakan siasatan terhadap 1MDB sejajar dengan syor Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu Abdul Hadi sendiri tidak setuju dengan perbuatan pembangkang mengangkat Plakad ” Mana RM 2.6 B” di Dewan Rakyat yang dianggapnya tidak beradab.

Dari sudut yang lain, Zainuddin atau Zam melihat senario yang berlaku akan melegakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tetapi bukan bermakna ia sesuatu yang positif buat dirinya.

Apapun beliau mengingatkan, bagi mencapai kemenangan cemerlang Najib perlu berundur
sebelum pilihanraya umum akan datang kerana Pas sendiri tidak mahu pimpinan UMNO yang telah tercalar.

“Insya Allah akan berlaku perkembangan positif dalam politik Malaysia untuk pemulihan imejnya dan Insya Allah Tun Mahathir akan dapat menyaksikan pengunduran Najib sebelum pilihanraya akan datang.

“UMNO ada strateginya yang tersendiri bagi mengundurkan pemimpinnya secara terhormat.Sejarah telah membuktikannya,” tulis bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu sebelum mengakhiri entrinya.-FMT

Sumber DD - 28-10-2015
-------------------------------------------------------------------------
Kita tidak memberikan perhatian kepada etika dan moral dalam kepimpinan

Posted on Tuesday, October 27 @ 15:30:21 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias

UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sedang sibuk bercakap tentang perpaduan dalam UMNO. Khairy Jamaluddin diantara yang bercakap tentang perpaduan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Tetapi pemimpin-pemimpin ini tidak mahu mengakui yang perpecahan dalam parti itu adalah hasil dari kelemahan pimpinan yang ada hari ini. Jika pimpinan sekarang ini berkepimpinan parti itu tidak akan menghadapi perpecahan.


Masalah dalam UMNO itu adalah masalah yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpinnya terutamanya pemimpin utama nya. UMNO dulu-dulunya bersatu dan padu sehinggakan tiada mana-mana parti pun boleh mengatasinya. Ia menjadi tonggak kerajaan Malaysia dan UMNO memerintah sejak kita mencapai kemerdekaan. Tetapi sokongan kian terhakis dan dalam dua pilihan raya yang lalu UMNO sudah mulai pudar dan kian hari kian merudum.

Tentu ada sebabnya kenapa dulu UMNO itu kuat dan sekarang dia sudah lemah dan hampir tersungkur dihadapan rakyat. Jawapannya mudah. Kuat atau lemahnya UMNO itu berpunca dari pucuk pimpinannya. Keyakinan terhadap pucuk pimpinan itu merupakan elemen terbesar dalam kepimpinan negara. Itu sebabnya di negara maju sebelum seseorang yang ingin menjadi pemimpin seperti Perdana Menteri dia mesti seseorang yang bersih dari persepsi buruk rakyat yang mahu dipimpinnya.

Di barat seperti di AS kita telah menyaksikan betapa persepsi buruk seseorang pemimpin itu tidak membenarkan diri mereka menjadi calon atau bercita-cita untuk menjadi pemimpin. Garry Hart misalnya merupakan seorang calon yang berpontensi untuk menjadi calon parti Democrat dalam tahun 1988 dahulu. Selepas Walter Mondale calon Democrat kalah kepada calon  Republican (Ronald Reagan) dalam pilihanraya Presiden pada tahun 1984 dahulu, Garry Hart merupakan seorang calon Democrat yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya Presiden pada tahun 1988 dahulu.

Tetapi setelah beliau dipersepsikan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai skandal seks walaupun tidak disabitkan oleh mahkamah, Garry yang begitu berpotensi telah terpaksa dan memaksa dirinya berundur dari menjadi calon Democrat kerana hendak menjaga imej Democrat yang sangat-sangat memerlukan kuasa dan memenangi pilihanraya Presiden AS. Maka Micheal Dukakis telah menjadi pilihan Democrat yang menggantikan Garry Hart dalam pilihanraya Presiden pada tahun 1988 itu. Walau bagaimana pun Dukakis telah kalah kepada Bush (Republican) dengan hanya mendapat 45% undian sedangkan Bush mendapat 53%.

Kenapa nilai dan persepsi rakyat itu penting kepada sesiapa yang ingin menjadi pemimpin atau yang mahu terus menjadi pemimpin? Politik itu adalah 'game of perception' pada hakikatnya. Ramai pemimpin di Barat terlibat dengan budaya seks tetapi apabila sampai saat memilih pemimpin mereka yang berjaya menjauhkan persepsi buruk itu dimata rakyat mereka terus mencari kuasa kepimpinan. Tetapi apabila diketahui umum dan persepsi rakyat percaya tentang perlakuan yang disebarkan oleh media itu mereka dengan sendiri memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mereka menarik diri dari perlumbaan mendapatkan kuasa itu. Mereka tidak mahu peribadi beliau menyusahkan rakyat dan kerajaan yang bakal dipimpin mereka.

Sebaliknya disini isu ini tidak dijadikan isu penting walaupun kita beragama Islam yang dilaungkan kesana dan kemari. Skandal Scorpene misalnya sepatutnya tidak melayakkan Najib untuk terus menjadi pemimpin kerana skandal itu berlaku dibawah dagunya semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri yang juga menjaga kementerian pertahanan. tetapi beliau tetap dengan usahanya untuk menjadi pemimpin dan ramai 'warlords' UMNO memberikan beliau lampu hijau dan membantu beliau untuk naik lebih tinggi dan menjadi Perdana Menteri. Oleh yang demikian kenapa kita begitu terperanjat dengan perlakuan Najib sesudah menjadi Perdana Menteri? Bukankah skandal di bawah kementerian yang dijaga nya itu sudah menjadi biasa?

Sepatutnya Najib atau sesiapa yang berhadapan dengan skandal kewangan dan sebagainya itu tidak boleh diberikan lagi peluang untuk memimpin kita. Kita wajar serius dalam memilih pemimpin ini semata-mata untuk memastikan negara kita terjamin kebersihan kepimpinan itu.

Apa yang berlaku sekarang ini dan seperti yang saya sebutkan dalam posting yang lepas mesti dijadikan pelajaran dan mengakui bahawa kebersihan moral dan etika itu mesti di utamakan dalam memilih pemimpin dimasa-masa yang akan datang.

Jangan kita anggap apa yang diperkatakan ini satu isu baru. Cara pemilihan pemimpin dari mereka yang bersih dan bebas dari persepsi buruk ini sudah dibudidayakan di kebanyakan negara maju. Hanya kita sahaja yang ketinggalan kerana kita lebih mementingkan kepentingan peribadi dan itu jugalah sebabnya di negara kita ini politik itu adalah 'dynastic politics' dalam mana politik itu dikuasai oleh beberapa keluarga sahaja.

Kita harus mengorak langkah untuk kearah memilih pemimpin yang tinggi etika kepimpinannya dan tinggi moral kemaknusiaannya. Jika budaya ini dijadikan budaya politik negara maka tidak timbul isu pemimpin menyalahgunakan kuasa dengan memanipulasikan sumber kewangan negara dengan bebas dan tidak terkawal ini. Kepada sesiapa yang berpengaruh di kalangan 'warlords' kepimpinan wajar mengambil langkah permulaan untuk mempraktikkan amalan etika dan moral yang tinggi dalam pemilihan pemimpin itu.

Kita sudah jemu mendengar retorik buruk dari pemimpin yang menggunakan agama, bangsa dan berbagai-bagai isu yang remeh semata-mata untuk mengelirukan rakyat untuk kuasa.

Kita sekarang berada dalam millennium yang baru yang sangat memerlukan perubahan sikap yang sejajar dengan kehendak moral, agama dan etika kepimpinan untuk menjadikan negara kita setanding dengan negara-negara maju dalam isu kepimpinan ini.

Kita terpaksa bermula dari awal bagi menyemai benih kebersihan kepimpinan sesebuah negara yang merdeka seperti negara kita ini. Jika kita gagal kita akan memindahkan segala kesusahan dan keburukan oleh perlakuan kita kepada generasi kita yang akan datang. Bolehkah kita mengakui  sebagai generasi yang berjaya untuk mewariskan sebuah negara yang baik untuk mereka di masa yang akan datang?

Bawalah berfikir barang sejenak dalam hal ini setiap hari. Kata ramai ulamak yang muktabar, berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam.

Sumber DD - 27-10-2015        
--------------------------------------------------------------------------
Jawatankuasa Displin Umno Tak Seharusnya Layan Aduan Isa Samad !!

Posted on Tuesday, October 27 @ 15:24:55 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Adakah mendesak mana-mana pemimpin meletak jawatan merupakan suatu kesalahan dalam UMNO? Berikutan tindakan 13 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang mengadakah sidang akhbar bersama mendesak perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, Ketua UMNO bahagian berkenaan yang juga Pengerusi Felda, Isa Samad dilaporkan akan menghantar laporan kepada Jawatankuasa Disiplin agar sesuatu tindakan dapat diambil terhadap mereka.

Meskipun Isa memberi alasan mereka itu telah mencemar amalan membuat keputusan secara kolektif yang selama ini dihormati, tetapi tentunya punca paling utama "kemarahan" beliau sehingga mahu tindakan itu diambil ialah kerana desakan itu berkaitan pengunduran Najib.

Tiada sebab lain tindakan itu mahu diambil melainkan Isa merasakan namanya sudah agar tercemar di mata Najib berikutan perbuatan 13 Ketua Cawangan itu.

Lantaran itu, sebagai tindak balas yang mudah ialah melaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin di mana jika mereka dipecat atau digantung keahliannya, dapatlah Isa memberi gambaran bahawa UMNO Teluk Kemang yang dipimpinnya sudah kembal solid, padu dan tidak berbelah bagi menyokong serta mendokong Najib.

Jika mereka terbabit membuat desakan lain seperti meminta Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal meletakkan jawatan, atau mendesak Tun Mahathir keluar UMNO misalnya, walaupun tidak dibuat secara kolektif, sudah pasti Isa tidak akan melaporkannya kepada Jawatankuasa Disiplin.

Bahkan tidak mustahil beliau akan mengatakan, itu merupakan hak mereka dan ia kebebasan yang perlu dihormati dalam demokrasi UMNO.

 
Tetapi kerana itu menyentuh "pemimpin agung" yang sedang berkuasa, maka semuanya mahu dijadikan salah belaka. Itulah UMNO...

Soalnya, adakah suatu kesalahan dan terdapat dalam perlembagaan parti bahawa mendesak Perdana Menteri berundur merupakan perbuatan yang boleh diambil tindakan?

Apakah juga tindakan mereka itu boleh dianggap mencemar UMNO sedangkan niat besarnya ialah untuk menyelamatkan masa depan parti?

Sehingga ini, perdebatan dan perbualan mengenai salah atau tidaknya tindakan 13 Ketua UMNO Cawangan itu masih menjadi pertikaian di kalangan ahli dan pemimpin UMNO sendiri.

Rata-rata mengatakan tiada peruntukan khusus tentang perkara itu, tetapi boleh ditafsirkan sebagai kesalahan kalau dimahukan demikian oleh mereka yang berkuasa mengenainya.

Jika tiada peruntukan khusus mengenainya, maka ada baiknya Jawatankuasa Disiplin tidak melayan sama sekali aduan Isa Samad itu kerana jika semua suara mahu disekat, UMNO akhirnya akan menjadi seperti "syarikat sendirian berhad" saja.

Lagi pun, kini bukanlah era seperti 70an atau 80an lagi di mana semua yang diatas dianggap betul belaka dan tidak boleh ditegur sama sekali.

Yang mustahak, haruslah disedari bahawa tidak mungkin sokongan 100 peratus boleh diperolehi dan tindakan 13 Ketua Cawangan itu merupakan amaran muhasabah diri kepada Najib dan juga Isa Samad.

Dalam masa yang sama, jika mendesak Najib meletak jawatan mahu dianggap suatu kesalahan, bagaimana pula dengan Jamal Mohd Yunus, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang sudah acapkali membuat desakan yang sama kepada Muhyiddin Yassin?
Tidakkah Jamal sepatutnya lebih dulu diambil tindakan?

Atau adakah, dalam UMNO ini hanya mendesak pemimpin yang sedang berkuasa saja merupakan suatu kesalahan manakala yang sudah habis kuasanya, apa pun boleh saja?-http://shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber DD - 27-10-2015
--------------------------------------------------------------------------
Bukan Hanya Di Malaysia Rupanya ...

Posted on Tuesday, October 27 @ 08:28:44 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Baru-baru ini Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki menyindir tindakan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sepanduk "Mana RM2.6b?" sebaik selesai pembentangan Bajet 2016 dengan mengatakan, Parlimen kanak-kanak pun tidak berbuat demikian.

Pemimpin kerajaan pula menyifatkan tindakan itu sebagai kebudak-budakan, sambil mengingatkan bahawa Parlimen bukannya pentas sarkas.



Sebenarnya di beberapa negara lain, bahkan termasuk negara maju, membawa sepanduk untuk menyatakan bantahan atau sokongan terhadap sesuatu perkara, sama ada di Parlimen atau persidangan antarabangsa, adalah perkara biasa.


Tiada yang pelik dan janggalnya tindakan membawa sepanduk itu, lebih-lebih lagi isu wang RM2,600 juta itu bukanlah perkara kecil kepada negara.

Sumber DD - 27-10-2015        
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Bursa Sambut Dingin Belanjawan

Posted on Tuesday, October 27 @ 08:20:41 MYT by paktam

Oleh A Kadir Jasin


PADA hari Jumaat 23 Oktober, hari Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2016, Bursa Malaysia naik 0.34 peratus.

Waktu pasaran tutup, butir-butir belanjawan belum diumumkan tapi pasaran naik sebab pelabur mengharapkan sesuatu yang positif daripada Belanjawan.



Pasaran saham adalah penanda aras atau kayu ukur terawal sama ada pelabur yakin atau tidak dengan butir-butir serta janji-janji Belanjawan.

Nampaknya tidak. Apabila Bursa Malaysia diniagakan buat hari pertama selepas Belanjawan pada hari Isnin, 26 Oktober ia jatuh 0.24 peratus.

Mohd Najib peruntuk RM20 bilion kepada ValueCap
[Saya pun mahu pasaran saham naik sebab sebahagian simpanan persaraan saya adalah dalam bentuk saham. Hatta KWSP, KWAP, ASB serta banyak lagi tabung pelaburan turut melabur di pasaran saham untuk cari keuntungan. Bila saham merudum, semua menderita.]

Pasaran terus jatuh walaupun pada 14 September lalu, Mohd Najib telah memperuntukkan RM20 bilion kepada tabung permodalan ValueCap untuk membeli saham di Bursa Malaysia.

Dalam bahasa yang mudah, pelabur swasta di Bursa Malaysia tidak mendapati apa-apa yang menarik dan meyakinkan dalam Belanjawan 2016 untuk membeli saham tambahan.

Ini tidaklah memeranjatkan kerana pasaran saham Malaysia telah jatuh merudum sejak lebih setahun kerana pelabur tempatan dan asing telah hilang keyakinan.

Antara 31 Disember tahun lepas dengan 17 Oktober lalu, Bursa Malaysia merudum 20.5 peratus dalam mata wang dolar Amerika dan 4.1 peratus dalam ringgit.

Saya tahu, beberapa kerat anggota kabinet yang berakal macam (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar, tahu betapa goyahnya kedudukan politik, ekonomi dan kewangan negara kita sejak meletusnya skandal 1MDB dan SRC International, tetapi mereka tidak berani bersuara dan bertindak kerana sudah diikat dan dikunci.

Wallahuaklam.

Sumber DD - 27-10-2015
-------------------------------------------------------------------------
Adakah nasib Tun M seperti Khairuddin dan Mathias Chang?

Posted on Friday, October 23 @ 12:29:44 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Hussin

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan bahawa tiga kertas siasatan telah dibuka terhadap Tun Mahathir atas dakwaan menghasut.

Katanya, pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu berikutan dua laporan polis yang diterima iaitu di Jinjang dan Kelang.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Ahmad Zahid menambah, kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk ulasan dan arahan selanjutnya selepas siasatan selesai dijalankan.

Tidak disangkal lagi dakwaan siasatan terhadap Tun Mahathir itu ialah berikutan kelantangannya mengkritik Najib Razak serta tidak henti-henti menggesanya meletakkan jawatan, terutamanya berkaitan isu 1MDB dan wang derma RM2,600 juta.

Dalam melancarkan serangannya, selain bekas Perdana Menteri itu menekankan perlunya Perdana Menteri berundur, turut juga membuat beberapa dakwaan seperi "Najib merasuah pemimpin UMNO", "Najib mencuri wang" dan sebagainya.

Dengan pengesahan Ahmad Zahid ini, persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah nasib Tun Mahathir selepas ini?

Apakah beliau akan ditangkap dan didakwa di mahkamah sepertimana nasib yang sudah menimpa Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang sebelum ini?

Adakah selain disiasat di bawah Akta Hasutan, Tun Mahathir juga akan ditahan di bawah undang-undang Sosma?

Apakah kita juga akan melihat dalam waktu terdekat ini Tun Mahathir, seorang bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa dan dilabel sebagai negarawan ulung, akan bergari tangan akhirnya?

Adakah semua ini merupakan tindakan balas untuk mendiamkan Tun Mahathir daripada terus melakukan serangan dan kritikan terhadap Najib?

Atau, ia sekadar gertakan kepada ramai yang lain agar berhenti daripada bersama-sama dan menyokong Tun Mahathir?

Selepas Tun Mahathir, siapa lagi mangsa seterusnya?

Dari sudut yang lain, ramai yang mula bertanya, sampai ke peringkat itukah yang Najib sanggup lakukan kepada Tun Mahathir semata-mata untuk mempertahankan kerusi Perdana Menterinya?

Sanggup dan tergamakkah Najib berbuat demikian terhadap Tun Mahathir yang diketahui banyak berjasa kepada perjalanan karier politiknya?

Benarkah ini menandakan Najib sekarang ini sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan kedudukannya?

Tetapi, persoalan paling pokok ialah apakah Najib pasti dapat menyelamatkan kerusi dan kedudukannya dengan berbuat demikian terhadap Tun Mahathir?

Sumber DD - 23-10-2015
----------------------------------------------------------------------
Siapa lagi tak sokong Najib, Sila Angkat Tangan ..

Posted on Saturday, October 17 @ 14:46:48 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Hakikat bahawa kepimpinan Najib Razak semakin ditolak oleh rakyat negara ini kian sukar dinafikan. Di mana-mana sejak kebelakangan ini, suara yang menolak lebih jelas ke depan berbanding yang menyokong.

Hakikatnya, tidak sukar menjustifasikan mengapa kepimpinannya tidak lagi diterima rakyat. Semua aspek mengenai Najib, sentiasa saja ada masalah dan nanahnya yang sukar diubati.


Kepimpinan, pelbagai aspek kelemahan, masalah yang berpunca daripada keluarga, anak isteri, bermewah, boros, janji dengan rakyat yang banyak dimungkiri dan segala macam masalah lainnya, adalah perkara pokok yang sukar dipisahkan dengan Najib sejak beliau memimpin negara ini.

Ditambah dengan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya yang kemudian menyebabkan anggota kabinet dipecat, peguam negara disingkirkan, pegawai SPRM dan polis dipindahkan, SPRM diganggu, mereka yang membuat laporan polis ditahan dan lain-lain tindakan untuk "menyelamatkan tengkuknya", siapa pun sukar mengelak daripada merasakan kepincangan sudah ada di mana-mana.

Satu-satunya yang menyebabkan Najib mampu bertahan ialah kerana kuasa masih berpusat kepadanya. Di hati dan sanubari rakyat, kecuali yang dikelabukan maklumat atau sengaja mengelabu
kan dirinya dengan sesuatu kepentingan, Najib sebenarnya sudah semakin jauh dan tidak diperlukan lagi untuk terus memimpin negara ini.

Lantaran itu, hanya Ketua-Ketua UMNO Bahagian, itu pun bukan semua, yang masih bersungguh dan berputar ligat mencari hujah untuk terus mengekalkan Najib.

Dalam mempertahankan Najib pula, tiada setara mana hujah yang mampu mereka tampilkan.

Contohnya, apabila Tun Mahathir bersama lima pemimpin lain termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal mengadakan sidang akhbar bersama membantah Sosma, hujah yang mampu ditampilkan hanyalah dengan menggelarkan mereka sebagai "Enam Jahanam" sahaja.

Hujah-hujah berkaitan salahguna Sosma langsung tidak disentuh serta bagaimana "negara semakin jahaman" di bawah kepimpinan Najib juga tidak berani disanggah.

Yang penting bagi pengampu dan pembodek ini ialah selagi Najib yang masih banyak gula itu boleh dihurungi untuk dinikmati sedikit sebanyak manis gula yang ada padanya, maka selagi itulah beliau akan cuba dikekal dan dipertahankan.

Apa yang berlaku di luar lingkungan "cash is king", maka segalanya akan dipersetankan saja.

Beberapa kajian mengenai kemerosotan sokongan rakyat terhadap Najib sudah banyak didedahkan sebelum ini. Bukan saja rakyat tidak lagi menyokong, bahkan di kalangan tiga juta ahli UMNO pun sokongan terhadap Najib sudah berpecah-pecah sekarang ini.

Hari ini, menurut laporan Straits Times Singapura yang memetik hasil kajian Merdeka Center, terlalu ramai pengundi Malaysia menolak kepimpinan Najib dengan bilangan pengundi Melayu yang tidak berpuas hati juga kian meningkat.

Antara lain kaji selidik yang dibentangkan kepada penganalis sektor kewangan pada minggu lepas itu ialah:-

- hanya 31 peratus pengundi Melayu terus menyokong Putrajaya pada Ogos, berbanding 52 peratus yang direkodkan pada Januari.

- tahap penerimaan kebangsaan kini tinggal 23 peratus berbanding 38 peratus pada Januari.

- masyarakat Cina terus menunjukkan penurunan sokongan di mana hanya 5 peratus berbanding 11 peratus yang direkodkan pada Januari.

- berkaitan ekonomi, 78 peratus tidak setuju dengan cara kerajaan menanganinya. Isu ekonomi yang menjadi keprihatinan rakyat ialah kos sara hidup, pengangguran, kesan GST dan penurunan nilai ringgit.

Akuilah, di mana lagi tinggalnya nilai kepimpinan Najib sekarang ini?

Sama ada kajian ini memberi kesan kepada Najib atau Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang terus ingin mempertahankannya, realitinya itulah keadaan negara kita sekarang ini. Ia pula tidak mungkin bertambah baik selagi Perdana Menteri yang sama memimpin kita.

Kaji selidik dan dapatan ini akan terus bertambah buruk dari semasa ke semasa dan tidak mungkin dapat diperbaiki lagi.

Untuk masa-masa seterusnya, percayalah...lebih ramai yang bangga kerana tidak menyokong Najib daripada yang ingin mempertahankannya.

Sumber DD - 17-10-2015
-------------------------------------------------------------------------
Ku Li akui sistem Umno gagal

Posted on Thursday, October 15 @ 19:07:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Posting saya “Apa lagi diharap pada Umno” pada jam 1.52 petang tadi menghuraikan betapa sudah tiba masanya Umno direhatkan setelah sekian lama diberi amanah oleh rakyat tetapi ternyata gagal.

Dalam laporan TMI berkenaan majlis sidang akhbar yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana siang tadi, dipetik pula kenyataan yang dibuat oleh ahli Parlimen Gua Musang yang juga veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.



Kata Ku Li pada sidang akhbatr berkenaan:



The party system has failed. Now it seems to be dominated by the voices of the leaders rather than grassroots level, there’s a big difference so because of that, I think it has failed.



(Sistem parti (umno) telah gagal. Kini ia kelihatan lebih dikuasai oleh suara pimpinan tertinggi berbanding suara peringkat akar umbi, ini suatu perbezaan besar, oleh itu saya fikir ianya (sistem Umno) telah gagal).



Terbukti Ku Li yang merupakan veteran Umno dan wakil Parlimen Umno yang paling lama berada di Dewan Rakyat sendiri akui bahawa Umno kini telah gagal. Suara ahli digerhanai oleh suara mereka yang di atas. Lantas Umno tidak lagi mewakili suara akar umbi tetapi suara pimpinan mereka semata-mata.



Kalau Umno telah rosak begitu, apakah yang boleh dilakukan bagi memperbaikinya? Mampukah Umno diperbaiki?



Ku Li siang tadi duduk bersama Tun Dr Mahahtir, yang pernah ia tentang pada tahun 1987 dahulu bagi jawatan Presiden Umno. Turut berada bersama mereka adalah Tan Sri Sanusi Junid, orang kuat Tun Dr M semasa beliau menentang Ku Li dulu. Juga berada di sana adalah Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno kini iaitu Muhyiddin dan Shafie Apdal.

Bermakna orang lama, orang baru, bekas Presiden (Tun Dr M), bekas Setiausaha Agung (Sanusi), bekas Naib Presiden (Ku Li) dan Timbalan serta Naib Presiden hari ini semuanya berhimpun di satu tempat mengkritik dan mengutuk Umno dan pemimpin tertingginya.



Mereka juga apa kurang semasa memegang jawatan. Tun Dr M punya rekodnya sendiri, masakan Ku Li boleh lupa. Manakala Muhyiddin dan Shafie masih memegang jawatan hari ini. Lantas bagaimana Umno mahu diperbaiki sedangkan mereka yang pernah menguasainya dan kini masih menguasainya pun akui Umno kini tenat.



Pokoknya Umno tenat dan hampir lumpuh.



Penyelesaiannya beralihlah ahli-ahli dan penyokong Umno, pohon rimbun yang anda semua berteduh di bawahnya satu ketika dahulu kini sudah sendeng dan mahu rebah ke bumi.



Kepimpinan yang baik mestilah dikalangan orang yang baik-baik. Baik akhlaknya, murni budi perkertinya dan paling penting memiliki ilmu dan faham agama sehingga boleh membimbing kita dari kesasatan ke arah jalan yang lurus dan benar.



Selepas Umno, PAS lah yang kedua terbesar menghimpunkan pemimpin Melayu/Islam dikalangan anak bangsa. Yang terbukti boleh memimpin dengan baik dan penuh amanah. Rakyat jelata termasuk masyarakat berbilang kaum contohnya di Kelantan selesa di bawah mereka, dan pemimpinnya yang lain termasuklah di Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Perlis dan lain-lain juga turut disenangi termasuk oleh masyarakat yang berbilang kaum kerana mampu menzahirkan corak kepimpinan yang terpuji.



Jangan berteduh di bawah pohon yang sendeng kelak buruk akibatnya.



Pohon PAS masih merimbun dengan akar yang kukuh dan dahan yang teguh.



Biarkanlah Umno berehat, setelah lama ia mencuba. Kini berilah peluang pada PAS yang ternyata cekal dan istiqamah berpegang teguh pada perjuangan Islam yang dijamin mampu menyelamatkan ummah dan negara tercinta.



Ku Li sendiri akui Umno begitu, dan sebelumnya Tun Dr M dan Muhyiddin.



Lalu tunggu apa lagi?

Oleh Roslan SMS



Sumber TKO - 15-10-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ucapan Najib sempena Ma'al Hijrah ...

Posted on Thursday, October 15 @ 11:22:39 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias 

Najib telah menasihati kita semua supaya mengenal apa itu Islam yang sebenar agar kita tidak terpedaya dengan segala gejala yang menentang Islam itu sendiri. Saya amat tertarik dengan ucapan beliau semasa menyambut kedatangan tahun baru hijriah 1437 semalam. Saya sangat merasa bingung dengan apa yang diucapkan beliau kerana apa yang diucapkan beliau itu adalah benar belaka tetapi persoalannya adakah beliau sendiri telah melaksanakan tuntutan Islam itu sendiri.


Beliau menyeru supaya kita orang Islam tidak membenarkan tersebarnya pengaruh tempatan dan antarabangsa untuk memecahkan Islam dan beliau berjanji untuk memajukan negara berlandaskan islam sebagai nadi pentadbiran beliau. Ucapan itu adalah ucapan yang telah disediakan tetapi beliau patut menyedarkan diri beliau sendiri yang beliau lah yang sangat perlu membuat 'soul searching' dan menilai diri sendiri samada segala elemen dalam pentadbiran beliau itu semuanya berlandaskan Islam. Adalah tidak mencukupi jika beliau hanya membaca teks yang telah tersedia tetapi segala isi kandungan teks ucapan beliau itu sesungguhnya diarah dan ditujukan kepada beliau sendiri.

Setahu saya yang tidak begitu mahir tentang agama ini ingin juga bertanya kepada Najib, adakah membazirkan wang rakyat dan tidak berusaha untuk memperbaiki keadaan pentadbiran negara itu adalah unsur agama kita yang suci? Adakah menyalahgunakan kedudukan dan mempermainkan rakyat dengan berbagai tipu helah sebagaimana yang dipersepsikan oleh rakyat terhadap beliau itu merupakan satu unsur Islam?

Adakah menggunakan pengaruh sebagai Perdana Menteri dengan menjadi orang yang penting dalam syarikat kerajaan dengan mengambil keputusan dalam semua hal perniagaan dan kewangan 1MDB itu berunsurkan agama Islam suci kita?

Adakah dengan mengubah dan melakukan 'displacement' terhadap jawatankuasa penyiasat terhadap 1MDB itu satu dari tuntutan agama kita? Menggagalkan usaha penyiasatan kerana untuk menutupi kesalahan diri sendiri itu adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam itu sendiri.

Melakukan tindakan untuk mencari kebenaran dengan menukar serta menganjak dan mengalih pegawai penyiasat itu tidak perlu mendengar nasihat pakar agama kerana orang yang begitu tidak begitu mengerti dan memahami agama dengan mendalam ini pun tahu tindakan itu salah dan bertentangan dengan agama kita. Orang yang tidak mendalami ilmu agama pun tahu yang makan rasuah itu adalah kerja yang lebih hina dari memakan daging saudaranya sendiri.

Kita hendak menyebut ini kerana beliau adalah pemimpin. Jika orang percaya dengan kata-kata beliau ini maka orang ramai akan beranggapan yang Islam membenarkan dan bebas menyalahgunakan wang rakyat tanpa had. Kita khuatir orang ramai akan terpedaya dengan kata-kata beliau yang membuang pegawai kerajaan kerana takut rakyat mengetahui segala dosa dan noda kepimpinan itu dibenarkan oleh Islam.

Kita tidak mahu Islam itu dianggap sebagai agama yang mempertahankan kesalahan dan menjunjung kegagalan. Kita juga tidak mahu Islam itu dianggap sebagai agama yang menekan sesiapa yang ingin mencari kebenaran dan menangkap dan membawa mereka di depan penghakiman dan berniat untuk menutupi kesalahan sendiri.

Perpecahan yang disentuh oleh Najib itu juga merupakan perkara yang benar, tetapi Najib perlu tahu yang salah satu dari penyebab perpecahan itu berpunca dari ketidak yakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau. Rakyat jelas mahu beliau berhenti sahaja dari memikul tanggungjawab negara tetapi beliau bertindak membelakangkan tekanan rakyat ini. Di sebaliknya beliau menggunakan pemimpin-pemimpin yang sudah tertutup hijab mereka untuk menyokong beliau walaupun itu bukannya sokongan rakyat.

Sempena kedatangan tahun baru hijriah ini elok kita ingatkan Najib dan penyokong beliau seperti Shahrir Samad dan lain-lain yang mereka perlu melakukan sesuatu untuk kebaikan diri mereka sendiri yang salah satu tuntutan ketuhanan ialah untuk kita berjaya membuka hijab kita agar kita akan mampu menentukan dan menilai yang mana yang hak dan mana yang batil. Jika kita berjaya membuka hijab kita maka kita tidak akan mendengar Shahrir Samad mengalihkan isu dari berusaha menyelesaikan masalah kepada membuat tuduhan terhadap pengkritik Najib itu sebagai kumpulan yang mempunyai agenda peribadi.

Jika hijab mereka terbuka mereka akan memberikan tumpuan yang lebih bagi mencari penyelesaian dengan meneliti tentang isu 1MDB dan isu 'derma' yang berbillion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Pengerusi Kelab Backbencher parlimen Malaysia itu sepatutnya membuat penyelidikan kenapa wang 'derma' yang dipindahkan ke Singapura itu di sitar oleh pihak penguasa negara itu. Selidiklah isu ini dengan teliti sebagai seorang ahli legislatif yang bertanggungjawab, bukannya menurunkan darjat beliau setahap dengan Ahmad Maslan, Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan dan Adnan Mansor serta Ismail Sabri.

Najib perlu memberikan penjelasan kenapa beberapa orang individu yang terlibat dalam pemindahan wang secara haram seperti Nik Faizal dan Datuk Subuh sekarang sudah menjadi 'fugitive' negara. Sharir sepatutnya bantu rakyat untuk mencari mereka ini dan memberikan penjelasan kenapa mereka perlu melarikan diri jika tidak terlibat melakukan kesalahan seperti yang dituduh rakyat itu? Kenapa perlu lari keluar negara jika tidak bersalah?

Pendeknya apa yang disebut oleh Najib dalam ucapan beliau itu semuanya benar, tetapi seluruh ucapan dan nasihat yang terkandung dalam ucapan beliau itu sesungguhnya adalah nasihat untuk beliau sendiri.

Sementara itu ramai yang memberikan pandangan yang ucapan beliau itu meloyakan. Setengah yang lain berpendapat ia seperti ketam menyuruh anak berjalan dengan betul. Terpulanglah, timbang-timbanglah sendiri-http://aspanaliasnet.blogspot.my

Sumber DD - 15-10-2015
-------------------------------------------------------------------
Dengan Perkasa boleh barbaik , kenapa dengan Amanah ...

Posted on Wednesday, October 14 @ 23:00:00 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Apa pun bentuk kerjasama antara Pas dengan Perkasa atau ia hanya sekadar kunjungan hormat antara sebuah NGO Melayu dengan parti politik Islam dan kemudian bersetuju atas tiga perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA semata-mata, pelbagai tafsiran boleh dibuat terhadap perkembangan terbaru ini.

Banyak portal berita melaporkan Pas dengan Perkasa sudah menjalinkan kerjasama berikutan kunjungan Perkasa bersama sebahagian barisan kepimpinannya yang diketuai Ibrahim Ali terhadap Pas yang juga dikepalai oleh Hadi Awang sendiri.


Kerjasama itu dilaporkan melibatkan hal-hal yang berkaitan kepentingan Melayu dan Islam tetapi malam tadi Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengeluarkan kenyataan bahawa ia bukan kerjasama, cuma sekadar kunjung hormat saja.

Sama ada wujud kerjasama atau hanya sekadar kunjung hormat, tetapi adegan berpeluk antara Hadi Awang dengan Ibrahim Ali tentu saja menarik untuk diperkatakan serta boleh menimbulkan pelbagai tafsiran serta andaian.

Lebih-lebih lagi bila Ibrahim juga berkata, tidak cukup sekadar beliau bersalam saja, malah harus memeluk Hadi Awang. Pelukan itu turut disambut hangat oleh Presiden Pas. Ehem, ehem....

Perkasa bukan saja dikenali NGO yang pro UMNO, malah Presidennya, Ibrahim Ali sendiri diberi laluan oleh BN bertanding atas tiket Bebas dalam pilihanraya umum lalu di Pasir Mas.

Dalam pilihanraya sebelumnya pula, Ibrahim Ali bertanding atas tiket Pas, juga di Pasir Mas, tetapi selepas itu mengumumkan dirinya sebagai wakil rakyat Bebas dan meninggalkan Pas.
Ibrahim Ali juga turut hadir dan berucap dalam perhimpunan baju merah baru-baru ini yang bertujuan menyokong dan mempertahankan kepimpinan Najib.

Bagaimanapun, dalam beberapa isu melibatkan kepentingan Melayu, Perkasa tetap lantang bersuara dan sesekali terlihat berbeza pendirian dengan UMNO, kerajaan dan Perdana Menteri.

Jika diselusuri perjalanan politik Ibrahim Ali sebelum itu, laluannya jauh lebih berwarna-warni lagi. Apa pun, itulah Ibrahim Ali yang sentiasa hidup dan bernafas, meski siapa pun yang menjadi Perdana Menteri dan bagaimana sekalipun bergolaknya perjalanan politik negara.

Tetapi dalam perkembangan politik semasa, Ibrahim Ali dan Perkasa nyata pro Tun Mahathir dan beliau jarang tidak kelihatan dalam setiap program yang diadakan oleh bekas Perdana Menteri itu di seluruh negara untuk "membelasah" Najib. Malah Tun Mahathir adalah juga merupakan Penaung Kehormat Perkasa.

Di sebalik Ibrahim Ali tetap mempertahankan kunjungan terhadap Pas itu sebagai kesinambungan perjuangannya ke arah menjalin ukhwah dan penyatuan ummah, sosek-sosek di belakang tabir turut berputar ligat memperkatakan mengenai pertemuan tersebut.

Pelbagai tafsiran, spekulasi dan andaian menjelma mengenainya. Ada yang pro, tetapi lebih banyak yang kontra.

Ramai menanyakan, apakah muslihat sebenar pertemuan itu? Betulkah ia sekadar kunjungan hormat dan hanya membawa agenda ukhwah dan penyatuan Melayu saja?

Apakah kunjungan hormat itu yang disusuli dengan persetujuan terhadap tiga perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA, turut terselit udang besar di sebalik batu?

Adakah ini juga bermakna Ibrahim Ali sedang merintis semula jalan untuk menjadi wakil rakyat di Pasir Mas dengan bantuan Pas?

Dari segi Pas pula, apakah tujuannya menerima kunjungan hormat Perkasa yang memang diketahui latar belakangnya itu sedangkan sebelum ini lantang mengatakan NGO itu bercorak perkauman yang ditolak oleh Islam?

Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan, jika dengan Ibrahim Ali dan Perkasa, Pas dan Hadi Awang boleh berbaik dan berpelukan, kenapa sikapnya terlalu keras dengan bekas pemimpin parti itu yang kini melarikan diri dan menubuhkan Amanah?

Kenapa sampai keluar perkataan pengkhianat terhadap mereka? Apakah menubuhkan parti baru sudah boleh dianggap pengkhianat, sedangkan semasa dalam Pas, golongan tersebut digelar pula "barua" dan "gunting dalam lipatan?"

Apakah di mata Pas sekarang, Perkasa lebih baik berbanding Amanah? Adakah dengan bertemu Perkasa, Pas sebenarnya sedang menghantar mesej kepada Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan dan enggan disertainya pada waktu ini?

Tetapi, ramai yang berkata, jika dengan Perkasa dan Ibrahim Ali boleh berbaik serta berpeluk mesra, tidak bolehkah Pas menunjukkan sikap berbaik serta bekerjasama dengan Amanah dan Pakatan Harapan jika benar ingin bersama-sama mengalahkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang

Sumber DD - 14-10-2015
-------------------------------------------------------------------------
Apakah Ahli Parlmen Kita Masih Bermimpi ?

Posted on Wednesday, October 14 @ 13:05:28 MYT by paktam

Oleh Abu Hassan Adam

Antara intipati titah Raja-Raja Melayu berkaitan dengan IMDB baru-baru ini ialah kekhuatiran takut-takut kegagalan memberi penjelasan yang meyakinkan mengenai IMDB dikhuatiri mengakibatkan timbulnya krisis keyakinan di negara ini. Amat kena pada masanya Duli-Duli Yang  Maha Mulia mengingatkan pihak-pihak tertentu tentang bahaya yang akan dihadapi oleh negara ia itu krisis keyakinan.



            Maknanya dalam bahasa yang mudahnya sebelingan besar rakyat sudah tidak yakin dengan kepimpinan negara. Dalam bahasa ‘kampung’nya, ‘buatlah apa pun aku tak percaya’. “cakaplah apa pun aku tak yakin dan aku tak percaya’. ‘ “Bercakaplah kamu sampai berbuih-buih mulutpun aku tak mahu dengar kerana aku tak percaya cakap kamu’. ‘Cakap kamu tak boleh pakai – cakap pagi tak boleh pakai petang – kamu berbohong”. Pantun Melayu kata, Siakap Senohong, Gelama, Ikan Duri; bercakap bohong lama-lama mencuri…”

            Seolah-olah semacam itulah anggapan rakyat Malaysia kepada kepimpinan negara yang ada sekarang. Dan sebenarnya anggapan yang sebegini sudah lama bertaut di hati dan perasaan rakyat Malaysia, sama ada orang Melayu, Cina, India atau lain-lain. Mereka semacam sudah tidak yakin dengan kepimpinan negara kini. Dan fakta ini tentunya diperkukuhkan dengan keputusan Pilihan Raya Umum 13 yang lalu dimana Pakatan Rakyat memperolehi 52 % daripada jumlah undi keseluruhannya.

            Aku tidak pula mengatakan seluruh rakyat Malaysia tidak yakin dengan kepimpinan sekarang. Tak begitu. Kehadiran puluhan ribu golongan ‘Baju Merah’ ke Padang Merbuk baru-baru ini menunjukkan bahawa  golongan sedemikian masih yakin dengan kepimpinan sekarang. Tak kiralah kehadiran mereka pada perhimpunan berkenaan itu dibayarkah atau diupahkah oleh pihak-pihak tertentu. Yang kelihatan ialah golongan ini semacam tidak peka dengan apa yang telah berlaku pada negara. Golongan sebegini seperti telah memekakkan telinga dan memejamkan mata mereka dan tidak mahu tahu apa yang sedang berlaku. Merugikan bangsakah, meruntuhkan negara kah semuanya tidak penting bagi mereka. Bagi mereka yang penting ialah dapat hadir dengan mendapat sedikit habuan dan bagi yang tinggal di luar Kuala Lumpur dapat berpeluang  ‘makan angin’ di Kuala Lumpur dengan perbelanjaan yang disediakan. Mungkin begitu anggapan mereka. Mungkin.

            Rakyat Malaysia pada umumnya sudah amat bimbang dengan perkembangan yang berlaku dalam negara kini. Namun yang menghairankan ialah ‘kesunyian’ dan ‘kesepian’ yang terdapat dikalangan pemimpin-pemimpin negara yang terdiri daripada wakil-wakil  parlimen dari kalangan Barisan Nasional. Tidak kiralah samada dari UMNO ataupun MCA ataupun dari MIC. Mereka tetap berada ‘dibelakang’ kepimpinan kerajaan kini. Mereka tak peduli apa yang berlaku kepada negara kini. Mereka tetap menyokong kepimpinan DS Najib yang pada anggapan mereka telah memberikan kepimpinan yang amat memuaskan. Apa nak jadi, jadilah. Mereka tetap memberikan sokongan.

            Rakyat akan melihat gelagat dan tindakan wakil-wakil mereka sekiranya diadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang akan dibentangkan di parlimen nanti. Rakyat akan dapat melihat sendiri wakil rakyat mana yang menyokong dan yang mana akan menentang. Dan satu perkembangan yang anih kini di negara kita ialah seolah-olah ada golongan yang tidak memberikan penumpuan kepada salah betul sesuatu tindakan. Seolah-olah ada sesuatu yang mempengaruhi keputusan yang mereka buat, sesuatu yang amat kuat pengaruh dan ‘cengkamannya’.

            Terdapat juga dikalangan menteri kabinet negara ini yang seolah-olah memberikan sokongan melulu kepada apa saja yang berkaitan dengan IMDB. Golongan ini akan terus ‘melenting’ mempertahankan apa saja hujah yang mengkritik IMDB. Seolah-olah mereka sudah ‘sasau dan sawan’ apabila IMDB dikritik. Yang juga menghairankan ialah hujah-hujah yang dikemukakan oleh mereka mempertahankan hujah yang mereka kemukakan amatlah dangkal dan hampir tidak dapat diterima oleh manusia yang waras pemikirannya. Namun mereka tetap bersuara dan tetap mempertahankan hujah mereka. Mereka seolah-olah amat ‘berbangga’ dengan hujah yang mereka kemukakan walaupu ‘ditertawakan’ oleh sebahagian besar rakyat.

            Kadang-kadang kelihatan hujah yang dikemukakan oleh mereka semacam tidak mengandungi fakta langsung berbanding dengan hujah-hujah yang dikemukakan oleh akhbar-akhbar dan majalah luar negara yang sarat dengan fakta yang konkrit mengenai IMDB. Semacam hasrat mengemukakan ‘hujah-hujah’ mereka itu hanyalah untuk ‘dinikmati’ oleh orang-orang kampung dan di kawasan FELDA dengan perantaraan penyebar media arus perdana. Seolah-olah golongan ini sajalah yang menjadi sasaran mereka dan yang pastinya menyokong mereka ketika dalam ‘kesusahan’.

            Kini keadaan dalam negara kita semakin tambah meruncing. Sekiranya tidak meruncing, masakan Majlis Raja-Raja Melayu mula menyuarakan ‘kebimbangan’ mereka tentang perjalanan IMDB berkenaan. Dan sekiranya tidak meruncing masakan ‘wira-wira’ tua ‘ bangun semula cuba membetulkan keadaan negara yang agak ‘tenat’ ini. Dan jikalau begini keadaannya, apakah tugas untuk ‘mengubati’ penyakit negara kini hanya diserahkan kepada ‘wira tua’ dan rakyat jelata umumnya.

            Apakah wakil-wakil rakyat (khususnya dari Barisan Nasional) sudah tidak berfungsi lagi dan terus melupakan tanggung jawab mereka kepada negara. Apakah mereka masih yakin dan percaya bahawa perjalanan pentadbiran negara kini masih di landasan yang betul sedangkan seluruh negara dan juga seluruh dunia merasakan semacam ada ‘tempang’nya perjalanan negara Malaysia kita kini.

            Apakah ahli-ahli parlimen kita masih bermimpi?

abuhassanadam
13 Oktober 2015

Sumber DD - 14-10-2015
--------------------------------------------------------------------------
Susulan tindakan terpuji BNM, penantian kini pada SPRM

Posted on Monday, October 12 @ 15:34:24 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Walaupun hanya seorang wanita, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz nyata seorang yang berani dan tidak mudah mengalah. Di sebalik wajahnya yang lembut dan sering tersenyum, ketegasannya tetap menyerlah.

BNM yang dipimpinnya bukan saja melengkapkan penyiasatan teliti, malah membuat syor kepada peguam negara agar pendakwaan jenayah diambil terhadap 1MDB atas kesalahan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 kerana memberi maklumat tidak lengkap atau tidak tepat berhubung pelaburannya di luar negara.


Kali pertama syornya ditolak peguam negara dan BNM kemudian membuat rayuan agar penolakan itu dikaji semula.


Tetapi ia juga ditolak peguam negara atas alasan tiada bukti baru yang dikemukakan. Atas nama tanggungjawab dan yakin pelanggaran undang-undang dilakukan 1MDB, di samping barangkali "putus harapan" dengan jalan pendakwaan melalui peguam negara, BNM lantas mengambil langkah drastik membatalkan 3 kebenarannya sebelum ini kepada syarikat pelaburan itu untuk pelaburannya di luar negara yang berjumlah AS$1.83 bilion atau kira-kira RM7.5 bilion mengikut nilai pertukaran semasa.

Serentak dengannya, BNM juga mengarahkan jumlah pelaburan itu segera dibawa balik dan mahukan 1MDB mengemukakan pelan baharu berkaitan dengannya. Dengan tindakan tersebut, bermakna Dr Zeti mematuhi beberapa titah Majlis Raja-raja berkaitan 1MDB yang antaranya:

* semua pihak harus beri kerjasama sebenar dan jujur.

* penemuan siasatan hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus.

* badan penguatkuasa dan institusi kawal selia hendaklah menyempurnakan amanah Allah dan kepercayaan rakyat secara telus.

* kepentingan rakyat dan negara mesti mengatasi kepentingan peribadi.

Namun, sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, BNM hanyalah salah satu daripada empat agensi yang sedang menyiasat 1MDB. Tiga lagi ialah PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Daripada ketiga-tiga agensi tersebut, yang paling ditunggu ialah hasil penyiasatan SPRM terhadap SRC International, sebuah syarikat milik 1MDB tetapi kemudian dipindahkan kepada Kementerian Kewangan kerana didakwa menyumbangkan dana berjumlah RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib sebagaimana yang didedahkan The Wall Street Journal.

Hasil penyiasatan SPRM tentu saja amat dinanti-nanti kerana semasa menjalankan tugasnya - pejabat mereka digeledah, pegawai ditukar, dokumen dirampas dan beberapa kacau ganggu yang lain telah berlaku.

Ia kemudian mendorong SPRM mengadakan solat hajat khas memohon perlindungan Tuhan dengan harapan mereka sentiasa diberi kekuatan dan perlindungan dalam menegakkan kebenaran.

Kita faham antara masalah SPRM untuk melengkapkan penyiasatan ialah mendapatkan keterangan 2 saksi yang dipercayai menghilangkan diri dan bersembunyi di luar negara iaitu bekas pengarah urusan SRC International Nik Faisal Arif Kamil serta bekas pengarahnya, Suboh Md Yassin. Dalam hal ini SPRM harus menggunakan segala kekuatan serta rantaian yang ada padanya untuk menjejaki mereka dan penyiasatan tidak seharusnya tergantung begini saja untuk tempoh lebih lama.

Jika terlalu lama tanpa jawapan, harapan rakyat turut pudar bersamanya dan boleh menjejaskan kepercayaan rakyat sendiri terhadap SPRM.

Setelah BNM menunjukkan keberaniannya, hasil siasatan SPRM adalah sandaran rakyat amat ditunggu-tunggu dalam perjuangan menegakkan kebenaran yang seterusnya berkaitan 1MDB. – shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber DD - 12-10-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini bukan provokasi tetapi bukti sayang parti

Posted on Monday, October 12 @ 12:01:18 MYT by paktam

Oleh Zainuddin Maidin 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tegur kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan khalayak meragui kewibawaan agensi penguatkuasaan melaksanakan tanggungjawab berhubung soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tidakkah Zahid terfikir keraguan terhadap agensi itu; Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, SPRM, Bank Negara dan lain-lain lagi yang sebelumnya mempunyai integriti tinggi terhakis kredibiliti mereka oleh kerajaan sendiri dengan berbagai tindakan tidak berbudaya dan tidak profesional tetapi lebih bersifat politik.


Lupa pada sembahyang hajat pegawai-pegawai SPRM? Rakyat tidak lupa pegawai SPRM ditangkap dan dilepaskan, pegawai tinggi polis dipindahkan dan institusi penyiasatan lenyap tanpa kuburan?

Zahid bercakap seperti menafikan langsung perasaan rakyat, penyokong Umno, kalangan terpelajar dan golongan yang tidak berkepentingan terutama selepas Majlis Raja-raja sendiri menuntut penjelasan segera mengenai 1MDB yang diberikan jawapan pantas lebih bersifat hendak memenuhi tuntutan disegerakan bagi mematikan prasangka tetapi menambahkan lagi keraguan dan ketidakyakinan.

Teguran dari dalam bukan bersifat provokasi, dengki atau sakit hati tetapi simpati yang tinggi dan murni penuh sayang pada parti. – zamkata.blogspot.my

* Tan Sri Zainuddin Maidin ialah bekas menteri penerangan.

Sumber DD - 12-10-2015
---------------------------------------------------------------------------
Tiada siapa mengkafirkan kamu

Posted on Monday, October 12 @ 17:29:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Semakin hari semakin tersingkap dan terserlah identiti dan perjuangan sebenar mereka yang menubuhkan parti Amanah ini.

Presidennya Muhammad Sabu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian menuduh PAS mengkafirkan partinya. Satu tuduhan yang berat, buktinya tiada namun matlamatnya jelas iaitu mahu menconteng arang di muka PAS.

Yang penting keluar akhbar, betul tak betul itu perkara kedua, asalkan “damage done”.

Tidak cukup dengan mengkhianati PAS apabila membawa lari kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi atas tiket PAS, kini mereka menyerang PAS pula.

Dan terbaru dalam laporan portal berita yang memang merupakan jurucakap mereka iaitu TMI, Mat menyebut bahawa partinya bersedia menghadapi PAS dalam pertandingan 3 penjuru sekiranya terpaksa. Kalau boleh elak akan cuba dielak tetapi jika tidak dapat apa boleh buat katanya.

Hakikat ini bukan rahsia lagi. Mereka ditaja dan ditubuh pun memang bermatlamat mahu menghapuskan PAS. Tak perlulah Mat menagih simpati dengan menabur fitnah begitu.

PAS insyallah bersedia menghadapi sesiapa sahaja yang memilih untuk menentangnya tambah-tambah dari kalangan mereka yang bulat-bulat mengkhianati perjuangannya.

Sementara itu dalam laman yang sama Timbalannya Salahuddin Ayub pula berkata partinya hanya akan bertanding di kerusi yang dirasakan boleh menang. Ada ke kerusi yang mereka boleh menang?

Kenyataan ini membuktikan memang matlamat utama parti ini untuk menang kerusi semata-mata, politik ini bagi mereka untuk dapat kerusi, tiada langsung tugas dan tanggungjawab dakwah, maklumlah parti inklusif yang hebat.

Bermakna kalau ditakdirkan Allah swt tewas mereka di semua kerusi yang ditandiginya, berkuburlah partinya.

Apa pun bagi PAS menggalas perjuangan suci Islam ini yang telah dirintis lebih 60 tahun akan diteruskan. Menag kalah bukan alasannya untuk tidak berjuang, petikan lirik lagu PAS yang telah sama-sama dilaungkan oleh Mat dan Salahuddin bertahun-tahun lamanya.

Yang pastinya PAS akan pertahankan semua kawasan yang ditandinginya terutama semua kawasan yang dimenanginya. Di Shah Alam, Kota Raja, Sepang, Parit Buntar, Tumpat, Kuala Krai dan kerusi-kerusi DUN lain yang dimemangi tetapi telah dicuri para pengkhianatnya PAS pasti berjuang habis-habisan untuk mempertahankannya.


 PAS tidak pernah kafirkan mereka tetapi menganggap sebahagian mereka pengkhianat. PAS tidak minta mahu berlawan dengan mereka tetapi kiranya kerusi dan kawasan PAS diganggu, bersedialah menghadapi kami.

Oleh ROSLAN SMS

Sumber TKO - 12-10-2015
------------------------------------------------------------------------
Selepas Titah Raja - Raja , Keadaan Sepatutnya Jadi Lebih Baik

Posted on Saturday, October 10 @ 16:38:17 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Perbualan mengenai 1MDB terus hangat di mana-mana meskipun selepas Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan yang mahu siasatan mengenai syarikat sarat hutang itu segera diselesaikan dan diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Yang paling diharapkan oleh orangramai ialah sebaik saja Raja-Raja bersuara, semuanya menjurus kepada keadaan yang lebih baik sebagai isyarat mendaukatkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai payung kepada rakyat dan negara.


Tambahan lagi, disedari juga bahawa bukanlah amalan biasa bagi Majlis Raja-Raja bersuara yang bersifat menegur kerajaan, melainkan jika dirasakan sesuatu itu sudah dianggap terlalu membebankan dan boleh menjurus kepada keadaan yang tidak baik untuk rakyat dan negara.

Tidak dinafikan harapan semua pihak amat menggunung tinggi sebaik mendapati Raja-Raja turut menunjukkan keprihatinannya berkaitan 1MDB.

Tetapi, apakah yang berlaku selepas Raja-Raja bersuara?

Walaupun Peguam Negara pantas mengeluarkan kenyataan sebagai respon kepada titah Raja-Raja dengan menghujahkan sebab-sebab tiada sebarang pendakwaan berkaitan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB, ia nampaknya tidak berakhir begitu saja.

Sebagai tindak balas, di sebalik mengakui tugas pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara, Bank Negara semalam telah mengeluarkan kenyataan yang siasatannya mendapati 1MDB telah membuat pendedahan tidak tepat atau tidak lengkap bagi mendapatkan kebenaran melabur di luar negara.

Bank Negara lalu mencadangkan Peguam Negara memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Berikutan cadangan itu ditolak, Bank Negara telah meminta Peguam Negara mengkajinya sekali lagi, namun ia juga ditolak atas hujah tiada pembuktian baru dikemukakan.

Susulannya, Bank Negara membuat keputusan membatalkan tiga kebenaran yang diberikannya sebelum ini kepada 1MDB untuk pelaburan berjumlah AS$1.83 bilion di luar negara dan menghantar balik wang tersebut serta mengemukakan pelan baginya.

Dengan kenyataan ini, orangramai akhirnya tahu Bank Negara telah menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya serta menunjukkan apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh 1MDB.

Soalnya, dengan semua ini sudah terdedah dah wujud berbalas-balas kenyataan yang secara tidak langsung menggambarkan rasa tidak puas hati Bank Negara, mungkinkan Peguam Negara sedia mengkaji semula keputusannya sebelum ini atau mengekalkan keputusan lama yang bermakna mengekalkan juga kebimbangan orangramai terhadap siasatan 1MDB meskipun setelah Raja-Raja bersuara?

Selain itu, selepas Raja-Raja bersuara yang mahukan siasatan 1MDB disegerakan dan mereka yang terlibat diambil tindakan, seorang lagi iaitu Mathias Chang telah ditahan di bawah Sosma.
Beliau adalah peguam Khairuddin Abu Hassan yang sudah pun ditahan di bawah Sosma selama 28 hari sebelum ini. Mathias ditahan ketika melawat Khairuddin di Balai Polis Dang Wangi.

Apakah kerajaan sebenarnya menyambut baik saranan Majlis Raja-Raja apabila masih menahan seseorang yang bersikap lantang terharap 1MDB dibawah Sosma?

Tidakkah sepatutnya, apabila Raja-Raja sudah bersuara, tumpuan harus diutamakan kepada menyelesaikan siasatan 1MDB dan mendakwa mereka yang melakukan kesalahan dan bukannya terus menangkap mereka yang membuat laporan mengenai syarikat itu?

Di sebalik tangkapan Mathias itu pula, Najib sebagai ketua kerajaan masih terus berdiam diri daripada memberi reaksinya yang sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai sikapnya terhadap titah Raja-Raja itu.

Apakah penahanan berterusan di bawah Sosma ini juga mengesahkan kenyataan Muhyiddin Yassin mengenai kemungkinan adanya tangan ghaib di sebalik siasatan sambil menyatakan kebimbangannya seolah-olah 1MDB adalah sebuah entiti yang kebal?

Dalam rentetan yang terus membimbangkan ini, apakah mungkin atau perlu Raja-Raja bertitah sekali lagi selepas ini?~shahbudindotcom.blogspot

Sumber DD - 10-10-2015
--------------------------------------------------------------------------
Budaya kepimpinan kita masih budaya kepimpinan dunia ketiga

Posted on Thursday, October 08 @ 17:51:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Najib seorang pemimpin yang keliru. Beliau tidak memahami yang seorang pemimpin yang baik tidak akan ada banyak perancangan yang tidak dapat dilaksanakan. Sekarang Najib telah menunjukkan yang beliau seorang pemimpin yang lemah dari awal lagi dan beliau tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Tetapi tidak tahu mengapa Dr Mahathir beriya-iya benar hendak melihat Najib menjadi Perdana Menteri walaupun hakikatnya barisan kepimpinan UMNO sudah kekosongan kepimpinan. Malahan sesiapa sahaja di antara mereka yang ada dalam badan pentadbiran UMNO yang tertinggi tiada siapa yang berkemampuan untuk melakukan sesuatu yang boleh dianggap tindakan yang berkepimpinan.

Sesungguhnya kita semua boleh belajar dari kelemahan dan ketidak-mampuan Najib memimpin negara sekarang ini. Ada juga hikmahnya dengan sikap dan kelemahan Najib itu. Hikmahnya kita dapat belajar untuk membetulkan pandangan kita terhadap seorang yang kita anggap berkepimpinan tetapi sesungguhnya ia hanyalah nilai yang sangat 'superficial' sahaja.

Di negara-negara maju etika kepimpinan itu amat ketat dan tinggi nilainya. Seseorang itu tidak akan diangkat menjadi pemimpin dan Perdana Menteri jika sebelum menjadi Perdana Menteri itu terdapat dan kedengaran isu-isu yang boleh memalitkan nama baik kepimpinan dan negara. Di Britain pada tahun 2006, David Blunkett, Menteri dalam Negerinya telah hilang jawatannya hanya kerana kesalahan etika dan bukan pun kesalahan yang kriminal. Blunkett telah mempercepatkan proses permohonan permit kerja bagi amah kepada teman wanitanya dalam masa yang singkat. Setelah dipersoalkan maka Blunkett telah meletakkan jawatan dari Menteri Dalam Negeri negara itu.

Seorang lagi ahli parlimen di utara London telah dipotong gajinya kerana kesalahannya menggunakan setem kelas satu apabila menghantar surat kepada ramai pengundinya. Setem kelas pertama di London itu ialah setem yang membolehkan surat yang kita kirim itu sampai pada hari yang sama sedangkan seorang ahli parlimen hanya dibenarkan menggunakan setem kelas dua sahaja. Itu pun menjadi kesalahan etika yang besar dan ahli parlimen tersebut telah diambil tindakan disiplin parlimen dan beliau telah didenda dengan memotong elaun dan gaji beliau melebihi dari jumlah nilai setem kelas pertama yang digunakan beliau.


 Kenapa negara-negara maju seperti ini mempunyai taraf etka yang tinggi seperti ini? Jawapannya mudah. Ia disebabkan sifat tanggungjawab terhadap wang rakyat dan kedudukan yang mereka pegang itu adalah kedudukan dan jawatan untuk memberi khidmat kepada rakyat tanpa mencuri dan mengambil kesempatan terhadap wang rakyat itu. Kereta resmi seorang Menteri tidak digunakan untuk pergi ke upacara-upacara yang tidak resmi seperti acara politik dan sebagainya tetapi jika lihat di sini seorang Menteri itu menggunakan kereta resmi untuk pergi ke acara-acara anjuran parti seperti mesyuarat cawangan UMNO dan sebagainya.

Di negara kita usaha mendidik kepimpinan kita dengan etika yang sangat bersih ini untuk dijadikan budaya dalam kepimpinan tidak pernah dilakukan atau pun dimulakan. Kebanyakan kepimpinan kita tidak tahu membezakan tugas politik dan tugas parti. Tugasan dan jawatan dalam kerajaan itu dijadikan sebagai hiasan diri untuk menunjukkan keangkuhan dan kebesaran diri sendiri dari melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dengan rendah diri dan jujur. Kebanyakan pemimpin kita bukan memegang jawatan itu diatas rasa tanggungjawab dan melaksanakan amanah negara tetapi hanya sebagai memenuhi impian besar sebagai 'social climbers' yang berjaya semata-mata.

'Ultimate' mereka hanyalah untuk berpuas hati dengan kejayaan 'social climbing' mereka sahaja.

Oleh ASPAN ALIAS

Sumber TKO - 8-10-2015
----------------------------------------------------------------------------
Gertakan Saman Najib Tiada Lagi Ditakuti...

Posted on Thursday, October 08 @ 12:03:09 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Tanpa menunggu tempoh tujuh hari sebagaimana yang diberikan oleh peguam Najib Razak, bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik sebaliknya hanya memerlukan kurang daripada tiga hari saja untuk menjawab gertakan mahu mengheretnya ke mahkamah.

Dr Ling memutuskan tidak akan meminta maaf kepada Najib berhubung kenyataannya yang bersetuju dengan Tun Mahathir agar Perdana Menteri meletakkan jawatannya dengan alasan "telah mengambil wang orang lain untuk dimasukkan ke akaun peribadinya."

Berikutan kenyataan Dr Ling itu, Najib telah menghantar surat tuntutan peguam yang mahukannya meminta maaf, menarik balik dan membayar sejumlah ganti rugi dalam tempoh tujuh hari atau jika tidak, proses tindakan undang-undang akan dimulakan kerana menganggap dakwaan bekas Menteri Pengangkutan itu sesuatu yang berunsur fitnah.

"Saya kata kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman saya, saya akan pertahankan diri saya. Dengan penuh rendah diri, saya terima cabaran anda.

"Saya ingin menyaksikan Perdana Menteri berdiri di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan melakukannya bagi membuktikan reputasinya telah tercalar.

"Saya mahu mengulangi sekali lagi bahawa saya mempertahankan apa yang saya katakan. Saya tidak akan memohon maaf," tegas Dr Ling dalam kenyataannya.

Dengan jawapan Dr. Ling itu, beliau seperti menuruti jejak langkah The Wall Street Journal (WSJ) yang tetap mempertahankan laporannya mengenai wang RM2,600 juta meskipun telah diminta oleh peguam Najib untuk menjelaskan sama ada laporannya itu bermaksud Perdana Menteri telah menyalahgunakan wang 1MDB.

Bagaimanapun, atas ketegasan WSJ mempertahankan laporannya dan sedia ke mahkamah beserta sekali lagi pada minggu lalu memberi jawapan kepada surat kedua sama ada akan menggunakan Akta Speech atau sebaliknya, sehingga sekarang belum juga Najib mengambil tindakan undang-undang sebagaimana yang dijanjikannya.

Secara jantannya, jawapan Dr Ling yang bertegas tidak mahu memohon maaf dan sedia berdepan di mahkamah adalah cabaran terbuka kepada Najib agar segera mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Najib pula, sebagai pahlawan Bugis yang kononnya gagah berani serta sanggup mengharungi cabaran sehingga bumi berkeping dua, tentulah tidak ada pilihan lain selain bertindak jantan juga dengan terus saja menyaman Dr Ling tanpa berlengah-lengah lagi.

Selepas ini, kita hanya perlu menunggu apakah Najib sebenarnya berani menyaman Dr Ling dan berdiri di kandang saksi bagi mempertahankan reputasinya yang didakwa sudah tercalar itu?

Atau mungkinkah Najib akan melengah-lengahkan lagi masa seperti dalam kes WSJ dengan menghantar satu lagi surat tuntutan kepada Dr Ling bagi memohon penjelasan lanjut pula tentang maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkannya itu?

Harapnya, biarlah hanya WSJ saja yang digertak tapi belum juga disaman dan gertakan saman kepada Dr Ling ini biarlah menjadi kenyataan akhirnya.

Yang nyata, dengan tindakan Dr Ling enggan memohon maaf dan sedia berdepan di mahkamah, gertakan saman Najib tidak lagi ditakuti oleh sesiapa juga pun.

Ia juga secara halusnya bermakna Najib semakin tidak dihormati lagi atas kedudukannya dan kian ramai yang tidak segan-segan membuat pelbagai dakwaan serta mahukannya meletakkan jawatan dengan segera.

Dengan itu, seharusnya lebih ramai yang berani ke depan meminta Najib berundur sambil membuat dakwaan tertentu sepertimana dilakukan oleh Dr Ling ini agar mereka juga kena saman akhirnya.

Lihat apa dakwaan Mahfuz Omar terhadap Najib semalam. Dengan berani beliau mendakwa negara sedang ditadbir pemimpin korup dan menjalankan cara pentadbiran seperti kumpulan mafia.

Pujian sebenarnya harus diberikan dan harapnya Najib akan turut memulakan tindakan mahkamah terhadap Mahfuz juga.

Maka, selepas itu biarlah Najib hanya sibuk turun naik mahkamah saja dan mencatat satu lagi rekod sebagai Perdana Menteri paling banyak berdiri di kandang saksi

Sumber DD - 8-10-2015
----------------------------------------------------------------------------
Ibrahim Ali tuntut RM10 juta daripada ahli Parlimen DAP

Posted on Thursday, October 08 @ 06:58:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Datuk Ibrahim Ali menghantar surat tuntutan kepada Ahli Parlimen DAP Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga seorang blogger terkenal, menuntut ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah beliau bulan lalu.

Presiden Perkasa itu berkata, Ariff memfitnah beliau menerusi posting di blognya Sakmongkol 47, bertajuk "Keadaan Negara Kita Hari Ini - Siri 2", di mana beliau mendakwa Ibrahim merupakan salah seorang pengarah syarikat George Kent (M) Bhd yang membina projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3).

"Pernyataan fitnah ini satu dakwaan palsu dan tidak berasas dan merupakan satu fitnah bertulis yang amat serius kepada reputasi anak guam kami sebagai orang biasa, presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa dan bekas ahli Parlimen," menurut surat tuntutan itu.


Ibrahim mengadakan satu sidang akhbar hari ini di mana beliau menunjukkan kepada media surat yang dikeluarkan firma guaman Abu Talib Shahrom.

Katanya, beliau tidak pernah mengetahui syarikat George Kent dan tidak pernah dilantik sebagai pengarahnya.

"Saya pada mulanya tidak menganggapnya serius tetapi selepas isu itu tersebar di media sosial, saya rasa wujud keperluan untuk mengambil tindakan, kerana ia menjejaskan reputasi saya dan merujuk saya sebagai seorang ejen Cina," kata Ibrahim.

Beliau berkata, artikel itu diterbitkan dengan niat jahat.

Selain RM10 juta, Ibrahim juga menuntut wakil rakyat Raub itu menarik keluar artikel itu daripada blog beliau.

"Beliau ada 7 hari untuk menjawab surat tuntutan ini, jika tidak saya akan teruskan dengan tindakan yang perlu diambil," katanya.


Arif pernah menjadi ahli Umno sehingga 2012 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari 2004 hingga 2008.

Sumber TKO - 8-10-2015
---------------------------------------------------------------------------
Adakah mereka berani derhaka titah raja?

Posted on Wednesday, October 07 @ 16:41:57 MYT by paktam

Oleh A. Kadir Jasin

Raja-raja Melayu bertitah:
Pertama, mereka menitahkan agar kerajaan menyelesaikan secepat mungkin penyiasatan yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kedua, mereka mahu tindakan sepatutnya dan tegas diambil ke atas orang yang terbabit.

Menjunjung kasih Tuanku.

Kita mahu lihat sama ada kerajaan, bermula dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Najib Razak, akan mentaati perintah Raja-Raja Melayu itu atau menderhakainya.

Sayogia diingatkan, Najib bukan setakat pahlawan Bugis, beliau juga salah seorang Orang Besar Berempat Pahang. Pastinya beliau arif mengenai kedaulatan Raja-Raja.

Kita juga mahu lihat sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) Abu Kassim Mohamed, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) taat kepada Raja-Raja Melayu atau setia dan takut kepada Najib.

Bukan amalan harian bagi Majlis Raja-Raja mengeluarkan titah mengenai pentadbiran negara.
Tetapi apabila ia mengeluarkan titah mengenai penyiasatan 1MDB, pastilah ia sangat mendesak dan diperlukan.

Dalam erti kata lain, Raja-Raja Melayu berasa tidak boleh berdiam diri lagi.

Pertimbangkan fakta-fakta berikut yang terkandung dalam titah mereka yang diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad semalam:

1. Raja-Raja Melayu menekankan peri pentingnya semua pihak yang terbabit memberikan kerjasama "sahih dan ikhlas" demi memastikan penyiasatan itu mencapai matlamat.

2. Hasil penyiasatan mesti dilaporkan secara terperinci dan telus supaya orang ramai yakin terhadap keikhlasan kerajaan tidak menyembunyikan fakta dan kebenaran.

3. Kegagalan memberi penjelasan dan jawapan yang meyakinkan dikhuatiri menyebabkan berlakunya krisis keyakinan.

Natijahnya, kecuali Najib dan para penyokong ekstrem beliau sudah hilang akal, "mereng" dan derhaka kepada Raja, mereka akan melakukan seperti yang dititahkan.

Wallahualam. – kadirjasin.blogspot.my,

Sumber DD - 7-10-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wira-wira negara yang terabai

Posted on Tuesday, October 06 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Baru-baru ini bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Tan Sri Yuen Yuet Leng telah meninggal dunia pada usia 88 tahun. Beliau merupakan salah seorang wira negara kerana terlibat dalam pelbagai operasi menentang pengganas kominis dan turut terlibat dalam membawa mereka kemudiannya ke meja perundingan sehingga termetrainya Perjanjian Damai Hatyai 1989.

Jika mendiang berusia 88 tahun bermakna beliau telah bersara sekitar awal tahun 1980an.

Saya membawa perkara ini kerana teringat baru-baru ini bekas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Khoo Ah See yang juga pernah terlibat dalam operasi bersama Pasukan Polis Hutan (PPH) menentang pengganas kominis sekitar tahun 60an sehingga 80an, ada menulis di ruangan surat pembaca dalam akhbar The Star.



Datuk Khoo dalam suratnya merayu bagi pihak bekas anggotanya dalam pasukan polis khasnya PPH yang pernah banyak berjasa kepada negara dalam tempoh 60-80an apabila menghadapi keganasan pihak PKM. Beliau memohon agar kerajaan memberi perhatian pada kebajikan mereka ini.



Kata Datuk Khoo dengan kegawatan ekonomi hari ini dan kos sara hidup yang meningkat, beliau tidak dapat membayangkan bagaimanakah agaknya keadaan hidup mereka. Kiranya mereka iaitu anggota polis pangkat rendah, bersara sekitar 10 ke 15 tahun dahulu, iaitu tahun  2000-2005, dan pencen mereka adalah 50% gaji pokok terakhir sudah pastilah ianya terlalu kecil untuk hidup hari ini.



Bagaimana pula mereka yang bersara sekitar tahun 1980an sebagaimana mendiang Tan Sri Yuen?



Kata Datuk Khoo yang beliau tahu seorang sub inspektor menerima pencen sekitar RM1400. Cukupkah jumlah itu bagi menampng zaman tua mereka dan isteri pada hari ini? Bagaimana dengan konstabel yang pencen yang sudah tentu lebih rendah lagi jumlah pencennya.



Tambah Datuk Khoo lagi semasa beliau bersama anggotanya dalam PPH menghadapi pengganas kominis dulu, berbagai cabaran telah mereka hadapi di hutan. Ini termasuklah terpaksa menghadapi keadaan pakaian dan kasut yang lembap dan basah semasa di hutan berhari-hari. Kadangkala mereka terpaksa bermalam dalam keadaan demikian apabila situasi memaksa. Keadaan sedemikian dimasa muda sudah pasti menganggu kesihatan mereka di usia yang lanjut kini.



Mereka telah berkorban untuk negara. Tanpa mereka barangkali para pengganas kominis berkemungkinan masih menjadi anacaman buat negara.



Menurut Datuk Khoo beliau pernah berjumpa dengan seorang bekas Sarjan yang berkhidmat dalam unit komando Polis yang sekarang berusia sekitar 70an tahun. Demi mendapatkan rezeki yang lebih sarjan tadi terpaksa berkeja sebagai pemotong rumput ditepi jalan di Ipoh. Adilkah seorang wira terpaksa melakukan demikian di usia 70an tahun?



Wajar sangatlah pihak kerajaan memandang serius nasib wira-wira kita ini khasnya yang telah menggadai dan mengorbankan nyawa demi keselamatan dan kedaulatan negara. Bilangan mereka pun sudah tidak ramai dikalangan kita.



Dalam surat beliau Datuk Khoo mencadangkan agar pencen mereka yang terlibat ini dinaikkan 50%. Apalah sangat kenaikkan kecil ini dibandingkan dengan jasa mereka yang terlalu besar itu.



Mudah-mudahan dalam sidang belanjawan nanti jika perkara ini tidak diberi perhatian, mohon ahli-ahli parlimen kita menyuarakannya. Belalah nasib mereka yang selama ini terabai.

Oleh ROSLAN SMS



Sumber TKO - 6-10-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nasib Tun M seterusnya, saman, tangkap atau pecat?

SHAHBUDIN HUSIN | .


PERDANA Menteri, Najib Razak akhirnya menghantar surat saman kepada bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah baru-baru ini.

Sabtu lalu, Dr. Ling bersetuju dengan desakan Tun Mahathir agar Najib berundur daripada jawatannya kerana  mendakwa "telah mengambil duit orang lain untuk dimasukkan ke akaun peribadinya."

Sehubungan itu, tempoh tujuh hari diberikan kepada bekas Menteri Pengangkutan itu untuk menarik balik kenyataan tersebut, memohon maaf dan membayar sejumlah ganti rugi atau berdepan dengan tuntutan saman fitnah di mahkamah kerana mencemar nama baik Perdana Menteri.

Tindakan pantas terhadap Dr Ling ini menggambarkan Najib kini meneruskan sikap tidak mahu  lagi memberi muka kepada pengkritik yang cuba menjejaskan reputasinya.

Setelah beberapa pemimpin pembangkang juga disamannya sebelum ini, Dr Ling adalah sasarannya paling terbaharu sekali.

Tetapi, tentunya ramai ingin tahu apakah tindakan Najib terhadap Tun Mahathir yang juga tidak henti-henti mengkritiknya?

Apakah beliau juga bakal disaman oleh Najib?

Dalam program Tun Mahathir di Ampang pada Sabtu dan di Sabah semalam, jelas dan terbuka bekas Perdana Menteri menyifatkan Najib sebagai pencuri.

Kalau nak kena tangkap, tangkaplah...tapi saya nak cakap terang-terang di sini...Najib curi duit, kata Tun Mahathir ketika berucap di Ampang dan beliau mengulanginya lagi dakwaan itu di Sabah.

Apakah bezanya antara dakwaan "Najib curi duit" oleh Tun Mahathir dengan  ungkapan "telah mengambil duit orang lain untuk dimasukkan ke akaun peribadinya" oleh Dr Ling itu?

Tidakkah kedua-duanya bermaksud mencuri?

Berani dan tergamakkah Najib mengheret Tun Mahathir ke mahkamah atau beliau akan menghadapi serangan daripada bekas Perdana Menteri itu dalam bentuk yang lain?

Dalam hal ini mungkinkah Tun Mahathir akan dipecat keahliannya daripada Umno berikutan Setiusaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan pihaknya sedang memantau tujuh pemimpin kerana kesalahan melanggar disiplin parti.

Adakah Tun Mahathir salah seorang daripadanya?

Tun Mahathir pula semakin agresif menyerang dan sedia menjelajah ke seluruh negara untuk meneruskan tekanannya menyingkirkan Najib.

Setelah di Ampang Sabtu lalu dan Sabah semalam, beberapa destinasi lain juga sedang dirancang sebagai pentas untuk Tun Mahathir mengadakan program "Bicara Negawarannya" dan menjelaskan pelbagai isu semasa yang sedang berlaku dalam negara.

Atau mungkinkah Tun Mahathir akan ditangkap dibawah Akta Hasutan atau atas lain-lain  dakwaan yang dianggap mengancam keselamatan negara sepertimana yang dialami oleh Khairuddin Abu Hasan yang kini diSosmakan selama 28 hari?

Di Ampang baru-baru ini memang beliau turut membayangkan kemungkinan dirinya akan ditangkap.

Nak kata takut, takut jugalah tapi kalau saya kena tangkap... berapa lama sangatlah umur saya ada lagi, katanya berseloroh.

Lalu, berdasarkan beberapa tindakan agresif Najib mempertahankan kedudukannya sejak kebelakangan ini melalui tindakan perundangan atau seperti yang dihadapi oleh Khairuddin Abu Hasan dan sebelum itu turut menyingkirkan ramai orang daripada kabinet dan jawatan penting dalam kerajaan, seperti mustahil Tun Mahathir akan "dilepaskan" begitu saja.

Cuma yang mana satu nasib sedang menanti Tun Mahathir agaknya - saman, tangkap atau sekadar dipecat keahlian Umno? - shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber HD - 6-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------
Dr Mahathir says it again, Najib is afraid of criminal charges

Posted on Monday, October 05 @ 12:27:27 MYT by JackSparrow



By Aspan Alias

Dr Mahathir said it again yesterday at a packed hi-tea function in De Palma hotel that Najib is afraid of criminal litigations against him if he quits  his position as a Prime Minister. So what do we do? Are we going to keep quiet and allow the pillaging and plundering of the state wealth and keep on the centralising of power to the PM's office?  Why are we allowing him and his wife (as perceived by the public) to become toll collectors on all big and gigantic and massive projects the government undertake?

Of course Najib will be clinging to power to avoid all possible criminal charges against him. The best for him to do is to stay in power until his death to disallow any kind of litigations against him. He has to stay in power and die while in office. 

So what are those laws and the existence of democratic institutions for? If we have mandated him to manage the nation wisely we are also provided with institutions that can pull away the mandate from him for his failure to manage the nation with reasonably high moral standards. 

What is the Legislatives doing about this? Are they dumb and deaf? Can't they hear and see what the pranks and shenanigans shamelessly commited by Najib and his cabinet in the open? Can't the members of the Legislatives feel the pulses of the people who are desperately wanting to see that Najib to go and retire and disallow him to get near to vicinity of  the government especially the government treasury? 

What Dr Mahathir mentioned yesterday was the true and actual reason why Najib wants to cling to power. As I have said few times in this blog, Najib is riding on the back of the tiger and not able to dismount. He hopes to ride on the tiger until the tiger dies. Dismounting from the back of the tiger will endanger him and may cause him life. 

He has no time to think about the people he leads as he is fully focused in saving his own funeral. He knows that the world is shying away from him but he doesn't care what the world think about him. He has only one thing to concentrate on, i.e. his own life. He is expediently using the residue of power that he has to barricade any move to oust him as he has only power to save him from criminal charges against him for his wrong doings to the nation. 

He has to keep on lying to cover all the previous lies. He does not only tell lies in his country but he tell lies up until the United Nation in front of almost empty hall. No one believes on what he says any longer but he doesn't care a hoot about it. He is now a known orphanage leader in the world. 

He will keep on ruling the country with the IGP and may be with the AG. He will keep on forcing his Cabinet members and the Mentris Besar to support him and will displace all leaders and civil servants that he distrusts. 

His life is always in fear and that is why we see him going around town with dozens of body guards. He has only himself to guard and he does not care to guard for the safety of the nation. He has a slogan to guard for the people, that his 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'. In practise the slogan results the reverse, 'aku didahulukan pencapaian aku diutamakan'. 

Now let us take care of ourselves. We have democratic institutions that can resolve and mitigate the leadership problems if we have the courage to work on it. We have the members of the Legislatures and the constitution has provided the Malay rulers to sack and to replace the Prime Minister. 

Najib has to go and let him retire together with his staunch supporters like Rahman Dahlan, Salleh Keruak, IGP and the rest like Zahid Hamidi and the AG. Let the rest of Malaysians take care of this nation and rebuild it from the disaster that Najib has done to the country. It's not too late if the change is done now. It's better late than never as the adage goes. 

We need an astute and a technocratically abled leader to formulate strong planning and transformation of the country. We must remember that as long as we are divided along racial line, this nation can never be called a nation. Racial issue have been polarized without hindrance and this is due to poor leadership under present leaders without leadership. We want a strong system to administer the nation and not ruled by the whim and fancies of the sitting leaders. 

I have a suggestion if we succeed in our efforts to find an astute and technocratically abled leader takes over this devastated leadership. Do away with all the useless and ungainly slogans that have sprouted since three decades ago. Let us go back to our old slogan which have been long forgotten, i.e. MUHIBBAH. That is our ultimate for our multiracial nation with diverse ways of life.  

Sumber DD - 5-10-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pelihara maruah umat Islam hormati bukan Muslim

Posted on Monday, October 05 @ 12:11:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan bahawa kesemua pembesar suara yang ditempatkan di bahagian luar masjid dan surau di seluruh negeri tersebut hanya boleh digunakan untuk laungan azan dan iqamat sahaja.

Satu surat pekeliling difahamkan telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti negeri kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAINPP) bertarikh 1 September bagi menguatkuasakan keputusan berkenaan.



Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira aduan yang diterima termasuk dari masyarakat Islam sendiri yang terganggu dengan pembesar suara masjid dan surau yang dipasang untuk ibadat dan acara lain selain azan dan iqamat.



Menurut Mufti berkenaan juga persekitaran hidup umat Islam hari ini sudah berubah dengan ramai yang tinggal di kawasan perumahan yang jaraknya sangat hampir dengan masjid. Tambah beliau acara ibadat umat Islam sepatutnya tidak menganggu orang lain.



Dari tinjauan yang dibuat rata-rata pengguna laman sosial khasnya tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan dan mendakwa ianya dibuat kerana desakkan politik. Begitu juga pandangan masyarakat Islam yang lain.



Walaubagaimanapun keputusan tersebut sesungguhnya tidak mengharamkan laungan azan dan iqamat melalui corong-corong pembesar suara di masjid dan surau, akan tetapi ianya melibatkan ibadat dan acara yang lain dari pada laungan azan dan iqamat termasuklah bacaan al Quran sebelum solat dan khutbah Jumaat.



Pihak yang marah dan kecewa dengan keputusan ini berhak berbuat demikian sebagaiamana mereka yang barangkali  bersetuju dan berpuas hati dengannya.



Saya tidak bermaksud mahu menghasut mana-mana pihak. Dan kita menghormati institusi Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Jabatan Mufti. Walaubagaimanapun tidakkah lebih molek jika perbincangan dan pandangan pihak-pihak yang terlibat diambil kira terlebih dahulu khasnya para Nazir dan jawatankuasa masjid dan surau selain pimpinan masyarakat kita sebelum sesuatu keputusan sebesar ini dibuat.



Saya kira buat permulaan sepatutunya jawatankuasa berkenaan terbit dengan arahan agar “volume” atau pun had bunyi alat-alat pembesar suara ini dihadkan pada tahap-tahap tertentu apabila tidak melaungkan azan atau iqamat. Satu tahap yang toleran patut dikaji dan dilaksanakan terlebih dahulu dari mengambil tindakan drastik menghentikanyan sama-sekali.



Apabila tindakan drastik diambil khasnya dalam situasi Pulau Pinang, lantaran itulah pelbagai spekulasi timbul dan ianya menyemarakkan kemarahan dan ketidakpuasan hati masyarakat Islam bukan hanya dalam negeri itu malah yang di luar walaupun mungkin ianya tidak ada kena mengena atau dipengaruhi oleh tekanan dan desakkan politik.



Apa pun dengan keputusan ini sekali lagi umat Islam di Malaysia terbit sebagai umat yang sangat toleran dan bertolak-ansur walaupun dalam perkara yang melibatkan haknya beragama.



Demi menghormati masyarakat berbilang kaum dan agama banyak perkara-perkara baru sebenarnya telah dan mungkin terpaksa diperkenalkan oleh pihak-pihak berkuasa agama Islam. Dan kadangkala keputusan-keputusan itu dilihat sebagai lebih merugikan umat Islam dan merendahkan maruahnya sedangkan sebelum ini tidak pernah perkara-perkara seumpama ini berbangkit.



Untuk berlaku adil sepatutnya jangan hanya kita dilihat memelihara hati dan perasaan serta ketenteraman satu pihak sahaja, sedangkan perkara yang sama yang melibatkan kita tidak pula terpelihara atas nama toleransi dan tolak ansur.



Banyak apa yang didakwa ketidakselesaan dan gangguan terhadap masyarakat bukan Islam yang berpunca dari amalan masyarakat Islam sesungguhnya kalau mahu dibandingkan turut dirasai oleh orang-orang Islam apabila ianya melibatkan amalan dan kepercayaan bukan Islam pula. Tetapi atas sifat toleransi dan tolak ansur ianya diterima atau didiamkan sahaja tanpa mahu memanjang-manjangkannya.



Saya pernah menjadi ahli majlis disatu pihak berkuasa tempatan di Selangor. Ketika itu bulan Ramadhan dan ianya bertembung dengan perayaan “Hungry Ghost Festival” atau “Phor Thor” . “Phor Thor” ini biasanya melibatkan majlis memuja mereka yang telah meninggal dunia. Ianya melibatkan himpunan selama beberapa hari disatu-satu tapak dan diadakan upacara memuja roh, membakar colok dan hantaran buat simati dan kadangkala diserikan dengan majlis hiburan.



Kebetulan tapak “Phor Thor” yang mahu diadakan itu kira-kira beberapa ratus meter dari surau yang akan sibuk dengan ibadah bulan Ramadhan khasnya majlis berbuka dan solat tarawih. Setelah berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat kelulusan diberikan untuk majlis “Phor Thor” itu.



Kelulusan diberikan kerana sebagaimana masyarakat Islam di kawasan-kawasan lain di Malaysia, amalan toleransi dan tolak ansur ini sudah menjadi darah daging dan budaya masyarakat kita sejak berpuluh-puluh tahun lagi.



Begitulah juga kita apabila berhadapan dengan majlis budaya dan kegamaan rakyat Malaysia yang lain, contohnya Thaipusam, pembakaran mercun dan tarian singa sepanjang musim Tahun Baru Cina,  perarakan memperingati rahib dan wali-wali Kristian. Selain itu umat Islam contohnya tidak protes apabila terpaksa lalu dan menghidu bau khinzir bakar dan daging salai yang dijual di restoran dan kedai-kedai kopi Cina di kawasan-kawasan bandar selain bau-bau colok yang dibakar di depan-depan rumah dan tepi-tepi jalan kerana perayaan tertentu.



Semangat toleransi dan tolak ansur yang menjadi budaya masyarakat kita yang dilahirkan oleh nenek moyang kita orang-orang Melayu, Cina dan India zaman berzaman diakui semakin luntur dan perlu diperbaiki dan dihidupkan semula.



Jika perkara ini tidak diberi perhatian lama-kelamaan masyarakat akan mengasingkan diri dan terjadilah pengasingan komuniti menurut kaum dan agama semata-mata kerana tidak ada lagi toleransi dan budaya tolak-ansur.



Berbalik kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang itu, sewajarnya satu semakkan semula dilakukan. Semoga satu keputusan yang lebih praktikal dan boleh diterima oleh semua pihak dapat diambil yang mengambil kira budaya tolak-ansur dan toleransi tadi.



Biarlah dalam mengambil satu-satu keputusan itu maruah umat Islam terpelihara dan dalam waktu yang sama kepentingan dan keharmonian semua kaum dapat dipertahankan.

Oleh ROSLAN SMSroslansms@gmail.com



Sumber TKO -5-10-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalnya bolehkah Najib dikalahkan di Pekan?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Rasanya sudah dua tiga kali Tun Mahathir Mohamad menyebut mengenai perlunya Najib Razak dikalahkan di kawasan pilihan rayanya, Pekan sebagai salah satu cara menghalangnya daripada terus menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum akan datang.

Bagi penulis Shahbudin Husin, ini tentunya berikutan sikap Najib yang enggan mengalah serta terus mahu berpaut di kerusi yang didudukinya di singgahsana Perdana Putra meskipun hingar bingar menolaknya bukan lagi sekadar kedengaran di dalam negara, malah sudah merebak ke banyak penjuru dunia.

Semalam, dalam satu majlis anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, di Ampang, bekas Perdana Menteri itu mengulangi sekali lagi perkara itu.

Kali ini, selain meminta pengundi Pekan mengalahkan Najib dengan menolak sebarang bentuk percubaan memberi mereka wang, beliau juga mahu mereka mencontohi sikap pengundi Cina.

Saya lihat, orang Cina kalau kepentingan mereka terancam, mereka akan bersatu dan sanggup melupakan kepentingan parti yang mereka anuti, tambah beliau.

Katanya, pengundi Pekan juga perlu bijak dan berpakat dengan baik serta belajar daripada semangat orang Cina itu.

Bagaimanapun, jelas Tun Mahathir, sama ada mereka boleh berpakat dengan baik atau sebaliknya, ia ditentukan oleh pengundi Pekan sendiri.

Orang ini (Najib) pencuri, biarkan dia kalah di Pekan, tetapi dalam masa yang sama pastikan Umno terus menang dalam pilihan raya, hurainya lagi.

"Nampak macam menarik idea Tun Mahathir, malah ramai yang bersorak dan bertepuk tangan mendengarnya.

"Soalnya, bolehkah Najib dikalahkan di Pekan?" tanya Shahbudin menerusi tulisan dalam blognya, hari ini.

Menurutnya, meskipun Najib pernah menang tipis 241 undi pada pilihan raya 1999, tetapi selepas itu majoriti kemenangannya boleh dikira cukup selesa.

Tambahnya, Najib dikatakan bukan saja lebih memperkemaskan jenteranya menangani segala macam masalah di kawasan pilihanrayanya itu, bahkan turut aktif menambah pendaftaran pengundi juga bagi memastikan kemenangan tipis itu tidak berulang lagi.

Sebab itu, majoriti kemenangan Najib dalam pilihan raya 2004 terus melonjak kepada 22,292 undi.

Malah jika dalam pilihan raya 1999, jumlah yang keluar mengundi hanya seramai 27,539 orang, angka itu meningkat kepada 41,102 orang pada pilihan raya 2004.

Daripada majoriti kemenangan sebanyak 22,292 undi pada 2004 pula, keselesaan itu berterusan lagi dengan menjadi 26,464 undi pada pilihan raya 2008 dan 35,613 undi pada pilihan raya 2013 yang lalu.

"Mengambil kita semua angka-angka ini, bagaimanakah Najib mampu ditewaskan?" tanya Shahbudin lagi. - HARAKAHDAILY 4/10/2015

Sumber HD - 4-10-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan Khir sahaja yang kena

Posted on Sunday, October 04 @ 12:40:38 MYT by paktam

Oleh Adam A Kadir 

Di Terengganu dan Pantai Timur, perkataan “igap” adalah amat versatil pengertiannya. Seekor kerbau atau seorang individu yang tidak boleh melarikan diri akhirnya kena “igap”.Saya amat bersimpati dengan Dr Mohd Khir Toyo kerana kena igap atas kesalahan yang asalnya kelihatan bukan jenayah.

Yang membezakan beliau dengan orang lain ialah beliau kena “igap” sedangkan ramai orang lain ternafi daripada kena begitu.


Begitulah nasib seorang ahli politik yang berkuasa besar. Sebagai menteri besar (ketika itu), Khir berkuasa ke atas tanah. Balak di hutan, galian dalam tanah, tanah-tanah untuk pembinaan adalah dalam kuasanya. Ini belum dikira kuasa-kuasa meluluskan projek-projek kecil dan besar di kota dan desa.

Dalam proses hidup, Khir memerlukan sebuah tempat tinggal yang sesuai dengan status baharunya. Beliau pun membeli sebuah rumah setelah tawar-menawar.

Jika beliau bukan menteri besar, kemungkinan besar pembelian itu hanya suatu perkara biasa. Ramai lagi orang berumah besar tersergam dan berharga lebih mahal. Tidak ada siapa bertanyakan harganya.

Sebaliknya sebagai menteri besar, Khir mempunyai kawan dan lawan. Pesaing sentiasa mahu menjatuhkannya, sedangkan mereka yang kecewa kerana tidak ditolongi, atau yang ditolongi tetapi tidak memadai, sentiasa mencari jalan untuk “memadankan muka”.

Dikorek sana dan diacah sini, timbullah kes rasuah di mana beliau didapati membeli rumahnya dengan harga yang kurang daripada harga pasaran, iaitu satu tawar-menawar yang ada kepentingan diri.

Justeru, keputusan Mahkamah Persekutuan beberapa hari lepas sudah pun menjadi sejarah.

Demi bersikap adil kepada Khir, orang ramai faham banyak pihak yang pernah menjawat jawatan sama dengannya melakukan kesalahan lebih teruk tetapi mereka bernasib baik tidak kena “igap”. Bukan saja mereka terlepas, mereka pula dinaikkan pangkat dan darjat yang jauh lebih tinggi!

Jika ahli politik mendapat kedudukan dan wang daripada politiknya, ahli-ahli korporat terutama di firma-firma kerajaan mendapat keistimewaan begitu tanpa risiko seorang ahli politik.

Apabila mereka melakukan kesilapan yang lebih berat daripada ahli politik, mendapat habuan yang jauh lebih besar, mereka dilindungi oleh bos-bos mereka yang terdiri daripada ahli politik juga. Inilah paradoks ahli politik dengan ahli politik.

Disebabkan saya pernah berkedudukan tinggi dalam kedua-dua sektor politik dan korporat, saya suka memperkatakan di sini sehiris kejadian buruk dalam sektor korporat kaitan kerajaan yang menggunakan wang rakyat.

Dengan berpandukan slogan hikmat untuk mencapai prestasi maha-tinggi berasaskan semboyan Putrajaya, landasan integritinya ialah periksa dan imbang; tata-urus cemerlang; integriti tertinggi; dan pencapaian menjulang.

Di sini saya tidak menamakan firma-firma kaitan kerajaan kerana bimbang akan disaman sehingga poket menjadi kering menanggung kos kepeguaman.

Sebaliknya, firma penyaman menggunakan wang rakyat yang tidak terbatas menampung kos kepeguaman apabila menyaman.

Dulu ketika hanya bernama kompeni kerajaan, jika terdapat salah maklumat tentang kegiatannya, ia akan memberikan penjelasan di media.

Habislah cerita. Kini firma kaitan kerajaan melakukan saman hingga sanggup bankrapkan pihak yang kena saman, seperti yang dilakukan Singapura.

Beberapa hari lepas sebuah berita tentang keputusan mahkamah menghukum bos firma A kerana salah laku. Dulu firma kerajaan B mempunyai 40 juta saham firma A. Keputusan dibuat untuk dijualkan dengan harga lebih setengah bilion ringgit, menurut harga pasaran semasa. Tiba-tiba “tangan ghaib” menahannya daripada dijual.

Tidak lama kemudian, saham itu ranap. Hilanglah wang lebih setengah bilion itu. Keuntungan luar biasa lebih RM300 juta hangus. Harga membelinya lebih kurang RM250 juta pupus.

Saham-saham itu kini dalam status tidak boleh niaga, terletak dalam PN 17 – sesuai dengan ungkapan: nilainya lebih rendah dari kertasnya. “Tangan ghaib” itu dipercayai bersekongkol dengan tauke firma A.

Kes firma B ini seperti sehiris daripada kes yang lebih besar. Ertinya, banyak lagi kes yang tidak terdedah. Jika ahli politik membuat salah, janganlah kata orang korporat tidak berlebihan lagi.
Sebagai contoh, bila saham hendak diapungkan, sesetengah eksekutif yang sudah tahu terlebih dulu harganya menyuruh pengurus dana membeli saham-saham itu dan kemudian menjualnya dengan keuntungan besar.

Darabkannya banyak kali dan kita akan dapati betapa besar keuntungan diperoleh. Apa yang berlaku kelihatan mereka tidak membeli secara langsung tetapi dilakukan oleh pihak lain. Inilah cara biasa mengelak diri daripada jenayah “insider trading” (niaga saham dalaman).

Ahli-ahli politik terutama dari parti komponen kerajaan patut bertindak serius dan lantang dalam jenayah begini. Jangan ahli politik seperti Khir saja yang kena. – sinarharian.com.my, .

* Tan Sri Adam A Kadir mantan presiden Senat.

Sumber DD - 4-10-2015
-------------------------------------------------------------------------
We don't know how it happens, but changes will soon be a reality

Posted on Saturday, October 03 @ 11:14:34 MYT by Abdullah



By Aspan Alias

The unusual happenings in Malaysian politics will hopefully results in new environments and situation in Malaysian political facets. As much believed by people with high thoughts and believes the worst of situation that we are in now should be followed with huge blessings. It should end with promising closure and that situation would be the best premise for good planning and building the nation for the future of the country with new and leader who is more familiar with plannings, thus subsequently restart the nation anew. Nothing good can be achieved without going through rough and tribulations. That rough and tribulation will usually results in good happenings that we can subsequently rejoice.

As I have repeatedly been saying that we are now truly in the darkest part of the night and the darker the night is the nearer we are to the dawn. I strongly believe that we are already near to the dawn and let us all rejoice and count all the blessings that God bestows upon us then. 

Going true the rough and tribulations will build maturity in us especially for our leaders, the past, the current and the future. As fondly believed  by people with high spiritual value in their inner selves, every great evil that occurs, great good follows. The period of tribulations is the time when everyone does his own soul searching and that was the period when good fortune will emerge for the country as everyone has learnt his lessons which sometimes may be an expensive one. 

We may not be able to know how the good things going to happen but somehow it will happen as God works mystically and mysteriously which most of the time beyond our comprehension and computation of our mind..

We are not short of leaders who can act swiftly to  transform for the country that set to put us in new political ambiance . However these leaders or at least one of them have been on the side line for many years due to personal political game by leaders for the past two decades or more.

The carelessness of our leadership by not developing budding leaders to inherit leadership for this country was the main reason why we are stuffed with undependable leaders who are all out for their personal politics who are self serving and do not take the interest of the nation above everything. Now we have learnt enough that to depend on self serving leaders that we have now is damaging for the country. If not mitigated instantaneously will bring the country to devastation.

As I have said in my earlier posting the ousting of the sitting PM is one issue, but more crucial than that is replacing the outgoing PM with untainted leader with sterling records of contributions to the nation is of utmost importance. The crucial decision is to decide on who is the fittest to lead and exercise the much needed national correction. The conventional manner of alternating leaders have proven to be futile when the ungainly cultures that have been ingrained among the top governing leaders are already not beneficial to the nation any longer. It will only perpetuate our pains and disillusionment towards the government.

One thing for sure the ordinary rakyat are waiting impatiently to see and witness the needed change if possible instantaneously.

Sumber DD - 3-10-2015


Pemenjaraan Dr Khir dan Implikasi Terhadap Skandal 1MDB

Posted on Thursday, October 01 @ 10:57:58 MYT by paklang

Oleh A Kadir Jasin

BEKAS Menteri Besar Selangor, (Datuk Seri) Dr Mohamad  Khir Toyo, berkata beliau tidak mel
akukan kesalahan rasuah.  Betullah tu.Dalam sistem penghakiman kita, adalah hak mutlak yang tertuduh untuk menafikan tuduhan ke atasnya dengan mengaku tidak bersalah (plead not guilty).

 Malah orang yang bersalah dan bersedia mengaku salah pun diingatkan (cautioned) oleh hakim jangan mengaku salah. Tapi kalau hendak mengaku juga, dia akan diingatkan dan dibagi amaran padah pengakuan salahnya itu.


Dalam sistem kehakiman Inggeris yang menjadi asas kehakiman kita, penghakiman hanya boleh dibuat oleh mahkamah. Hanya mahkamah berhak menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.

Malah keadilan (justice) memihak kepada tertuduh (the accused). Mula-mula sekali, tertuduh tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah (innocent until proven guilty). Jadi Dr Khir “tidak bersalah” sehinggalah “dibuktikan bersalah”.

Beban mutakhir adalah di bahu pihak pendakwa. Pendakwa wajib membuktikan “tanpa sebarang keraguan” (beyond reasonable doubt) akan kesalahan tertuduh. Maksudnya tanpa syak wasangka.

Pihak pembela pula hanya perlu mewujudkan keraguan yang berpatutan (reasonable doubt) bagi membebaskan anak guaman mereka daripada sabit kesalahan.

Dr Khir dan pasukan pembelaannya gagal cetuskan "reasonable doubt"
Jadi, walaupun Dr Khir “bersumpah” beliau tidak bersalah, pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau telah melakukan jenayah yang dituduh manakala peguam beliau gagal menimbulkan keraguan yang berpatutan.

Sekarang sahlah kesalahan beliau. Penafian beliau tidak bermakna lagi di segi undang-undang. Maka dengan itu, Dr Khir dipenjarakan selama 12 bulan dan harta yang terlibat dirampas.

Dengan itu juga, jadilah beliau Menteri Besar Selangor yang kedua dipenjarakan kerana rasuah dan menjadi antara segelintir pemimpin kanan kerajaan yang didapati bersalah melakukan rasuah.

Natijahnya:

1. Sama ada beliau mengaku bersalah atau tidak, Dr Khir telah dibuktikan terlibat dengan rasuah.

2. Pemimpin politik masih boleh disiasat, didakwa dan didapati bersalah mengikut undang-undang Negara.

3. 0rang baik dan berprofil rendah menjadi alpa, bongkak dan hilang akal apabila mendapat kuasa. Dr Khir boleh dikatakan tidak dikenali sebelum dilantik entah dari mana (out of the blue) menjadi Menteri Besar pada tahun 2000.

4. Pemenjaraan Dr Khir memberi kesan psikologi yang positif kepada rakyat jelata iaitu tidak ada sesiapa pun berada di atas daripada undang-undang (above the law).

5. Kesabitan kes Dr Khir memberi makna yang istimewa dan tersendiri dalam kaitan dengan penyiasatan dalam negara dan antarabangsa membabitkan 1MDB dan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone ) Mohd Najib Abdul Razak.

6. Ada beberapa persamaan di antara kes rasuah Dr Khir dengan “derma” RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Mohd Najib, khususnya alasan politik dan dakwaan rakyat jelata tidak rugi apa-apa.

7. Tidak seperti Dr Khir yang menafikan keterlibatannya, Mohd Najib terus berdiam diri malah tidak menafikan kewujudan akaun peribadi RM2.6 bilion itu sebaliknya para penyokong beliau mendakwa wang itu adalah “derma” daripada seorang dermawan misteri Arab.

8. Para peguam Mohd Najib juga masih berdolak-dalik mengenai ancaman saman terhadap Wall Street Journal kerana mendedahkan hal itu walaupun telah mengeluarkan ancaman itu hampir tiga bulan lalu (8 Julai).

9. Pemenjaraan Dr Khir pastinya menaikkan tahap kebimbangan mereka yang terbabit atau dikaitkan dengan skandal 1MDB dan tabung peribadi Mohd Najib.

Anekdot 1: Jumpa Mohd Najib buat kali pertama pada tahun 1977 untuk temu bual bagi pihak akhbar Business Times sempena ulang tahun pertama beliau sebagai Ahli Parlimen Pekan. 

Berbual mengenai beliau berjalan kerluar daripada bayang raksasa (giant shadow) bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Bayang raksasa adalah padanan tajuk filem Kirk Douglas (bapa Micheal Douglas) “Cast A Giant Shadow” (1966).

Anekdot 2: Jumpa Dr Khir di Pejabat SUK Selangor, Shah Alam ketika beliau di puncak kuasa.

Beliau dan kakitangannya berasa saya terlalu kritikal terhadap beliau. Waktu itu sudah timbul cakap-cakap yang tidak menyenangkan mengenai tindak-tanduk beliau. Saya mengingatkan Dr Khir agar berhati-hati sambil merujuk kepada “sumpahan” (curse) jawatan MB Selangor.

Akhirulkalam, bukan mudah menjadi saksi kepada sejarah dalam suasana di mana sejarah diabai dan dinafikan!

Wallahuaklam.

Sumber DD - 1-10-2015
------------------------------------------------------------------------
Pengalaman Pertama Disiasat SKMM

Posted on Wednesday, September 30 @ 13:12:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Shahbudin Husin



Semalam, 29 September, saya telah diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM di Cyberjaya untuk diambil keterangan dan memberi penjelasan mengenai artikel blog saya bertarikh 20 September lalu yang bertajuk "Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?".

SKMM mengambil keterangan saya berikutan terdapatnya aduan daripada salah seorang pegawai di pejabat Zahid Hamidi sendiri mengenai artikel yang saya tulis itu.

Sehari sebelum itu, kakitangan SKMM telah datang ke rumah saya untuk menghantar surat "Arahan Kehadiran" yang memperuntukan kemestian untuk saya mematuhi perintah yang dikeluarkan itu.

Sebelum diambil keterangan, saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat SKMM bahawa saya disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Seksyen tersebut ialah seperti berikut:-

Seksyen 233: Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang -

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar -

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta, dan

(ii) memulakan penghantaran

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati , menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di maha nombor atau alamat elektronik.

Saya menjelaskan kepada pegawai SKMM bahawa artikel yang ditulis itu lebih berupa pertanyaan dan bukannya tuduhan kepada Zahid Hamidi memandangkan ia sudah menjadi perbualan ramai sebelum itu.

Turut dijelaskan, selain banyak tanda soal digunakan dalam tulisan itu, malah bermula dengan tajuk sebagai awal penulisan sehinggalah perenggan akhir yang merupakan penutupnya, turut menggunakan tanda soal juga.

Saya juga memaklumkan satu perenggan dalam tulisan itu yang berbunyi, "Untuk mengelakkan fitnah dan salah faham, lebih-lebih lagi dalam dunia ketelusan sekarang ini, adalah perlu Zahid menjelaskan semua perkara ini secara jujur dan terbuka" yang menunjukkan itulah sebenarnya niat artikel itu ditulis.

Sebagai penulis, saya hanya membangkitkan apa yang menjadi perbualan ramai itu dengan harapan ada jawapan diberikan oleh Zahid atau pegawainya sepertimana yang berlaku kepada lawatan rasmi Najib Razak yang turut bersekali dengan majlis persandingan anaknya di Kazashtan pada April lalu.

Ketika menjadi wartawan dulu, saya pernah sekali diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri mengenai penulisan berkaitan Korea Utara, ketika menulis buku saya turut disaman oleh Deepak dan dihalang penjualannya dan melalui blog pula, inilah pengalaman pertama saya berurusan dengan SKMM.

Semua cabang dan jalur kehidupan pada hakikatnya ada cabaran masing-masing serta kerikil-kerikil yang mesti dilalui. Apa yang saya lalui ini merupakan secebis lagi cabaran dalam kehidupan dan mudah-mudahan ada kebaikannya, bukan saja untuk diri saya tetapi juga untuk sesiapa yang cintakan kebenaran dalam dunia ini.

Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai SKMM yang amat baik hati, peramah, berbudi bahasa tetapi tetap dengan profesionalismanya ketika mengambil keterangan daripada saya selama kira-kira dua jam lamanya. (SH 30/09/2015)



Inilah artikel tulisan saya yang mengundang seorang pegawai Zahid Hamidi membuat aduan kepada SKMM.

Surat "Arahan Kehadiran" daripada SKMM yang dihantar ke rumah saya pada malam Isnin lalu.


The Malaysian Insider turut melaporkan mengenai kehadiran saya ke pejabat SKMM itu.

sumber


Sumber TKO - 30-9-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SKMM panggil blogger Umno berhubung artikel majlis kahwin anak Zahid

Posted on Wednesday, September 30 @ 12:59:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


Artikel bertajuk Kenapa Lawatan Rasmi Zahid Ke Indonesia Sama Tarikh Dengan Majlis Sanding Anaknya Di Jakarta? disiarkan di blog Shahbudin Husin pada 20 September lalu. – Gambar The Malaysian Insider, 30 September, 2015.

Penulis blog Shahbudin Husin dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberikan keterangan berhubung artikel mengenai majlis persandingan anak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Indonesia yang diadakan pada masa sama ketika timbalan perdana menteri itu membuat lawatan ke republik berkenaan.

Beliau yang juga ahli Umno, sebelum ini menimbulkan persoalan sama ada lawatan rasmi naib presiden parti itu diselaraskan tarikhnya supaya berkebetulan dengan majlis persandingan anak lelaki beliau.

Shahbudin memberitahu The Malaysian Insider, SKMM mengambil keterangan di ibu pejabatnya di Cyberjaya selama 2 jam sejak 10 pagi semalam hingga kira-kira 12 tengahari.

Katanya, beliau disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyatakan seseorang melakukan kesalahan sekiranya memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

"Keterangan saya diambil selama 2 jam berhubung artikel bertajuk 'Kenapa Lawatan Rasmi Zahid Ke Indonesia Sama Tarikh Dengan Majlis Sanding Anaknya Di Jakarta?'," kata Shahbudin.

Pegawai SKMM juga memaklumkan kepadanya pembantu Zahid membuat aduan mengenai artikel di blog itu, tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai pengadu.

Dalam artikel bertarikh 20 September, Shahbudin mempersoalkan adakah majlis tersebut dirancang atau kebetulan ia jatuh dalam waktu sama lawatan rasminya.

"Persoalan yang timbul ialah mengapakah lawatan rasmi Zahid ke Indonesia ini bersamaan tarikhnya dengan majlis persandingan anak lelakinya?

"Apakah ia sekadar kebetulan, memang dirancang atau sudah begitu ketentuan Tuhan?" tulis Shahbudin dalam artikelnya itu.


Penulis blog, Shahbudin Husin (kiri) sekali ketika pelancaran bukunya 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' yang dihalang pengedarannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.

Semasa memberi keterangan, Shahbudin juga disoal mengenai niat artikel tersebut ditulis sama ada bertujuan untuk memburukkan individu tertentu atau tidak.

"Saya menjawab, saya hanya menyoal dan bukan membuat tuduhan. Beri jawapan saja terhadap soalan yang saya timbulkan dalam artikel itu," katanya.

Kunjungan 4 hari Zahid ke Indonesia, yang bermula 18 September, adalah lawatan ke luar negara pertama beliau selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 28 Julai.

Selain membuat kunjungan kepada Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla, beliau juga bertemu dengan Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhammad Hanif Dhakiri dan Menteri Dalam Negeri Tjahjo Kumolo.

Shahbudin sebelum ini juga lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan pelbagai isu dan skandal.

Malah, buku terbaharunya, membabitkan skandal Bank Rakyat juga disekat menerusi satu perintah mahkamah yang menghalang ia daripada dijual kepada orang ramai.

Buku berjudul 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dihalang pengedarannya kerana menyentuh mengenai isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. – 30 September, 2015.

sumber

Sumber TKO - 30-9-2015


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Let's alternate Najib's leadership carefully and will have peace and security
Posted on Monday, September 28 @ 19:45:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Oleh Aspan Alias

Malaysians are just like any other nation’s nationality. They want life of peace and security and to secure that life the governing leaders must be of high dignity and free from ungainly perceptions from the public both national and internationally. Politic is a game of perception and any leader who loses the good and high propriety the nation he leads will normally tumbles eventually.

The nation with leaders of upright dignity will give good impulse for the nation to grow in all turfs and arenas.  We can assertively take words of dignified leader as a bond without many queries and one will be easy to deal with this kind or leaders as they are normally a gentleman and place his self-possession high above other things in life.

That was why we are now grasped in the situation that we are now facing with peculiarities for a democratic nation as we often claim. We have been fed with leaders oblivious of democratic morals and conned characters that put the country into a fertile ground for corruptions and misused of power to prosper unhindered. Who to be blamed for this to happen? Was it the mode and the manner selection of the PM that we usually practiced are already out-dated? Or what?

Since we achieved independence UMNO president has been the automatic choice of the PM and that creates heavy competition in the race to be the leaders of UMNO. As time passes the money politics became too overpowering as a result UMMO was laden with leaders who move up in the party’s hierarchy through money politics and that has gone unchecked until we face the current height of problems and if not checked it will bring the nation to kaput. UMNO has failed to produce leaders of self-respect and as such they become too questionable and doubted when he comes to power. 

Most of them were not there because of his or her dignified qualities but because of money politics and sycophantic moves to the top. If the self-dignity has been the consideration of leadership choices many would believe that Abdullah Badawi and especially the current sitting PM would not have been there in the first place. The culture of apple polishing and money politics compounded by personal inferiority complex feelings of the top leadership put away all the budding leaders to stay within the party’s top leadership echelon for the past almost three decades. In UMNO remains the sanctuary for uncouth and confused leaders spending all the time they have to create the culture of apple polishing for the top leadership.

This has been going on for decades and now the group of weak and deluded minded leaders are the once to inherit leadership of this country.

Now the question is will the ousting of Najib solves all the problems we now face? If Najib is alternated by wrong choice of leaders again, than we are on the way to another long haul of leadership problems that we are now fed up with. The choice of the alternative leadership of the country is accurately crucial material and issue.

As this blog have emphasized for a long while, alternating leaders by the manner and mode that we used to practice will in the end resulting in we getting another more mediocre to lead us. As it is we are now facing with the current most meritocratic PM that we have in our independent history.

Dr Mahathir has expressed regrets over his relentless efforts to put up the current sitting PM to the position he holds now. The question now, was his choice to put up Najib was the proper and appropriate move? Was his effort to put up Najib then was truly for the sake of the nation? Certainly it was not. So did his choice to put up Najib’s predecessor Abdullah Badawi.

The grand public knew that these two personalities do not hold the cut to lead the nation to face the current competitive world. It’s only Dr Mahathir who can answer this question even though we knew why he needed these two leaders to inherit his leadership.

We do hope that we especially Dr Mahathir now realized that a weak successor will only bring him disappointments and disillusions to him. But let’s us forget and be assured that our decision is not based on vengeance and revenge. Let us put aside our personal taste but instead get the feel of the public’s taste and flavor. Dr Mahathir knows the best person to lead the nation and he needs to own up his mistakes and be what a Malay fond of saying, ‘jadilah seorang yang berjiwa besar, hargai negara dahulu dari menghargai diri sendiri yang berlebihan’.

Then he will sleep well and die in peace. We will then sleep well too, and die to leave this country in peace and security for next generations to come.



Sumber TKO - 28-9-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wajah-Wajah Tidak Ceria Selepas Selamat Melancarkan Pakatan Harapan

Posted on Sunday, September 27 @ 17:35:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Wajah-wajah dalam gambar NST baru-baru ini sepatutnya ceria-ceria belaka maklumlah satu pakatan pembangkang yang baru telah selamat dilancarkan.

Tanpa PAS tajuk Sinat Harian.

Lihat wajah sugul Kit Siang. Begitu juga murung pada wajah Dr Mariah, Anuar Tahir, Samad Said.
Mat Sabu pula sengeh paksa begitu juga DS Dr Wan Azizah.

Saya difahamkan ketika gambar ini diambil wartawan sedang melontarkan beberapa soalan kontroversi khasnya tentang penglibatan NGO.

Ya rundingan meja bulat yang melahirkan Pakatan Harapan itu dikatakan turut melibatkan pimpinan NGO dan parti-parti lain.

Ada tak yang mewakili NGO dalam gambar ini?

Jawapnya tidak ada seorang pun semuanya orang parti belaka iaitu sama ada DAP, PKR atau Parti Pekerja.

Mana NGO nya? Mana PSM ?

Bermakna benarlah kelahiran tergesa-gesa ini sesungguhnya hanya semata-mata mahu memberi nyawa pada anak baru kelahiran DAP iaitu Parti Pekerja yang telah diambil-alih oleh pengkhianat-pengkhianat PAS.

DAP tendang PAS keluar Pakatan Rakyat. DAP bercita-cita merobah pimpinan tertinggi PAS dalam pemilihan Muktamar baru-baru ini tetapi gagal apabila semua proksi mereka kecundang.

Lalu tiada cara lain bagi memelihara ego DAP yang calar itu selain melahirkan parti baru yang kononnya punya upaya menggantikan PAS.

Dan berlangsunglah majlis pelancaran Pakatan Harapan atas desakan DAP yang selebihnya adalah sejarah.

Kerana itu kelahiran tergesa-gesa ini dipertikaikan banyak pihak.

Datuk Ambiga Sreenevasan bekas Presiden Majlis Peguam mempertikaikan:
Why the rush to set up new opposition pact….”

Ambiga bertanya mana PAS? Adakah kerana mahu menyisihkan PAS maka rundingan meja bulat yang tergesa-gesa ini diadakan?

Ambiga dan penganjur BERSIH 4.0, Maria Chin difahamkan telah keluar dari persidangan tanpa hadir sidang media ini.

Apa pun semua dah selesai. Pakatan ini hanya lahir dari persetujuan 3 parti sahaja.

Yang puas hati dan paling gembira sudah pastilah DAP dan anak-anak pengkhianat PAS yang dilahirkannya.

Jahatkah saya kerana asyik babitkan DAP sahaja……terpulanglah. Tetapi yang nyata dari 3 negeri yang dikuasai pembangkang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiusaha Agung DAP lah yang pertama sekali isytiharkan bahawa Kerajaan Negeri beliau kini dikenali kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Perakuan yang dijangka dari bapa pengasas dan penaungnya.

Biasanya yang lahir tergesa-gesa begini akhirnya nanti juga dalam keadaan demikian. Sama-samalah kita saksikan dan tunggu.

Oleh Roslan SMS

Sumber TKO - 27-9-2015


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan Untuk Syed Ali Mengenai Zahid Hamidi

Posted on Friday, September 25 @ 19:40:25 MYT by paktam

Oleh Shahbudih Hussin

Nampak tidak senang benar Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang tidak lama sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi PNS dengan tulisan saya bertajuk "Tentera Siber Zahid Mula "Mengamuk"...Hahaha" bertarikh 22 September lalu yang menurut tafsirannya sebagai percubaan melaga-lagakan atau cuba mewujudkan perselisihan antara Najib Razak dengan Ahmad Zahid Hamidi



Dalam tulisan itu, saya hanya membangkitkan mengenai tindakan yang saya percaya dilakukan oleh tentera siber Zahid untuk mempertahankan "boss"  mereka di ruangan komen blog saya berkenaan satu artikel mengenai Timbalan Perdana Menteri itu tetapi tidak pula berbuat apa-apa apabila saya menulis mengenai Najib.

Menurut Syed Ali, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila seseorang pemimpin mempunyai  jentera siber yang setia, termasuk dimiliki oleh Anwar Ibrahim juga.

Untuk pengetahuan Syed Ali, persaingan kuasa antara pemimpin nombor satu dengan nombor dua adalah perkara biasa dan telah beberapa kali berlaku sebelum ini.

Di arena politik yang lebih luas, telah lama wujud pepatah Barat yang berbunyi "Pemimpin nombor dua adalah sahabat dalam politik tetapi musuh dalam kuasa kepada pemimpin nombor satu."

Tiada yang pelik dan mustahilnya jika perselisihan itu berlaku sebenarnya, tambahan lagi dalam kedudukan Najib yang semakin tidak disukai sekarang ini.

Dalam konteks Najib dan Zahid ini,  saya ingin menanyakan beberapa soalan kepada Syed Ali:- 

Tahukah Syed Ali, sudah ada penyokong-penyokong setia Zahid ketika berbual sesama mereka sekarang ini tidak lagi memanggilnya sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi dengan sebutan Bakal Perdana Menteri?

Jika Syed Ali merasakan saya cuba melaga-lagakan Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri, beliau juga seharusnya membuat ingatan terbuka kepada penyokong Zahid agar menghentikan segala bentuk keghairahan yang keterlaluan dan tidak kena dengan masanya itu.

Apakah para penyokong Zahid tidak belajar langsung daripada pengalaman jatuhnya Musa Hitam dan Anwar Ibrahim sebelum ini?

Selain itu, tahukah juga Syed Ali bahawa Zahid turut sudah bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak lama setelah beliau dilantik sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan menggantikan Muhyiddin Yassin?

Walaupun Najib difahamkan mengetahui mengenai pertemuan itu dan diberitahu kepadanya ia adalah atas permintaan Tun Mahathir, malah ketika seorang VIP bertanya kepada Perdana Menteri baru-baru ini mengenai pertemuan itu, Najib juga mengatakan ia kerana diminta oleh Tun Mahathir, soalnya benarkah bekas Perdana Menteri itu yang berkehendakan bertemu dengan Zahid?

Bagaimana jika sebenarnya Zahid sendiri yang ingin bertemu dengan Tun Mahathir?

Tetapi kalau pun benar pertemuan itu atas permintaan Tun Mahathir, perlukah Zahid memenuhinya sedangkan beliau tahu bekas Perdana Menteri itu tiada lain matlamatnya ketika ini selain mahu menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri?

Tidak bolehkah Zahid menolak permintaan Tun Mahathir itu bagi menunjukkan taat setianya yang tidak berbelah bagi kepada Najib?

Buat apa Zahid bertemu dengah "musuh nombor satu" bossnya sendiri sedangkan beliau sepatutnya cuba sedaya upaya untuk menjauhinya?

Tidakkah dengan bertemu dengan Tun Mahathir itu bermakna Zahid sendiri ingin berselisih dengan Najib?

Bagaimanapun kepada Syed Ali, tahniah diucapkan kerana lebih pantas bangun mempertahankan Najib dan Zahid berbanding Ketua-Ketua UMNO Bahagian lain dan semoga beroleh lebih kesejahteraan dan nikmat pelbagai jawatan selepas ini

Sumber DD - 25-9-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Jangan kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar

Posted on Monday, September 21 @ 16:09:12 MYT by paktam

Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin

Umno must not defeated (ini adalah jawapan kepada posting bertajuk “The time is ripe for Umno to be defeated”, 18 September, 2015).Saya sama sekali  sekali tidak bersetuju dengan pendapat "Inilah masanya untuk kita mengalahkan Umno". Tidaklah kerana seekor nyamuk kita mesti membakar kelambu.

Sebaliknya inilah masanya untuk memperkuatkan semula Umno ketika kelambu parti-parti pembangkang sedang terbakar.


Jasa Umno terlalu besar kepada negara ini sejak lebih 60 tahun dahulu, tidak sahaja kepada orang Melayu tetapi juga dalam menyelamatkan bukan Melayu daripada menjadi mangsa pelampau Melayu dan Islam.

Saya kemukakan secara ringkas mengapa Umno mesti dipertahankan dan diperkuatkan semula untuk difikirkan bersama secara rasional:

1. Umno sebagai tunjang utama dengan sokongan bukan Melayu memerdekakan negara dan mengalahkan komunis, sosialis, ultra nasionalis dan ekstremis Islami yang membolehkan kerajaan menjalankan dasar pasaran bebas yang membawa negara kepada kemajuan dan  kemakmuran berasaskan perniagaan bebas dan penanaman modal asing.

2. Pemerintahan pimpinan Umno mengalahkan konfrantasi Indonesia yang disokong oleh PAS, Parti Rakyat, Parti Buroh (Barisan Sosialis Rakyat  Malaysia) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai tanah jajahan Indonesia di bawah “Melayu Raya” atau gabungan Malaya dengan Indonesia bagi menyelamatkan bangsa Melayu di negara ini.

3. Menggagalkan citai-cita politik PAS untuk menegakakn negara Melayu Islam di bawah doktrin Dr Burhanuddin "kera di hutan disusui, ayam di kepok mati kelaparan" yang sekiranya berjaya akan membataskan hak orang Cina dan mengharamkan hiburan, perjudian, penjualan arak dan amalan kebudayaan bukan Islam.

4. Pimpinan Umno berjaya mewujudkan tenaga Melayu dalam berbagai bidang profesional terutama dalam lapangan perubatan dan kejuruteraan dan tenaga pengajar yang membolehkan pernubuhan pesat beberapa buah universiti di negara ini yang dapat menampung ribuan pelajar di samping penghantaran ke luar negara.

Doktor-doktor Melayu memenuhi keperluan di bandar dan di  luar bandar berbanding sebelum 13 Mei 1969, hanya ada beberapa kerat sahaja siswa Melayu di Universiti Malaya. Mereka juga mendapat pasaran di luar negara.

5. Di bawah dasar liberalisme Umno, Perikatan dan Barisan Nasional (BN), parti parti pembangkang yang ekstrem;  PAS, DAP menjadi realis dan menerima konsep kerjasama politik yang mendorong tolak ansur PAS dalam dasar-dasar utamanya terutama penjualan arak dan perjudian di Selangor.

6. Semakin ramai ahli PAS yang insaf dan menerima dasar pragmatisme Umno tidak mencampurkan agama dengan politik. Ini terbukti semakin ramai yang keluar PAS terutama selepas berlaku kes pernikahan sah berada dalam keadaan berzina selepas bersumpah baiah politik.

7. Kesan perkembangan dasar sosial dan  politik pimpinan Umno ke atas masyarakat  Malaysia  menyebabkan PAS mengendurkan fanatisme dan dogmatisme agama untuk survival dan memberhentikan fatwa mengkafir.

8. Di bidang ekonomi, ramai indvidvu terlibat dalam tanaman modal dalam saham yang terjamin dalam  simpanan yang besar dalam Permodalan Nasional Berhad dan Tabung Haji dengan mengaut keuntungan dan bonus yang pasti di samping mempunyai bank-bank besar dan institusi kewangan tertentu.

9. Pada keseluruhannya, Dasar Ekonomi Baru yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri Tun Abdul Razak berjaya secara drastik menukar keturunan petani, nelayan  dan pekerja kampung menjadi  profesional yang dapat mengimbangi tenaga profesional di negara ini.

Bagaimanapun kegagalan politik menyebabkan pandangan kita tidak seimbang dalam melihat kemajuan orang Melayu dalam menghadapi cabaran politik daripada orang Cina.

Ini adalah kerana pimpinan Melayu yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak  meruntuhkan tiang kekuatan dan keselamatan negara serta menjalankan kepimpinan “flip flop” yang menghilangkan keyakinan rakyat terutama orang Melayu.

Adalah suatu fahaman pimpinan Melayu yang tersesat apabila mempercayai orang Cina dapat menyesuaikan diri dengan persekitran kuasa Melayu di bawah  demokrasi  penuh yang dinafikan sendiri  oleh Lee Kuan Yew kepada orang Cina di Singapura.

Kejayaan Singapura seperti yang dilihat oleh R. Thyevendran Tamil Representative Council Chief ialah: " This is a goverment which believes  in nipping a problem in the bud. No problem is allowed to brew,fester dan grow and that' s how it has kept the peace all these years"( lihat Men In White The Untold Story of Singapore's Ruling Political Parti page 617)

Sebaliknya, kita tidak menunjukan komitmen yang bersungguh dalam perkara asas melibatkan maruah  Perlembagaan negara tetapi menyerahkan kepada seorang menteri flamboyant Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk menyelesaikannya daripada satu kes ke satu kes.

Umpamanya dalam soal seorang anak Cina menghina lagu Negaraku. Dia diterima menjejakkan kaki ke Parlimen dengan pakaian tidak sopan dan tidak menghormati “parlimentary decorum” malah diberikan pula bantuan untuk membuat filem dan sebagainya. Berbudi bahasa yang tak kena tempat.

Ada pula yang dibiar lari ke luar negara.

Bagaimanapun, kita tidaklah seharusnya membakar  kelambu kerana seekor nyamuk. Nyamuk in tidak perlu dibunuh walaupun ia dianggap lebih merbahaya daripada nyamuk Aedes kerana masih boleh diharapkan untuk menjalankan tugas lebih besar.

Sekiranya Najib berjaya menyatukan Umno dan PAS, maka saya yakin orang Melayu akan memaafkan kesilapan-kesilapan besarnya tetapi beliau wajarlah meninggalkan kerajaan selepas menyelesaikan tugas suci dan besar ini serta menyerahkan kepada timbalannnya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempunyai pengalaman dan  asas pendidikan agama yang kuat  untuk memudahkan  jalinan  kerjasama yang mantap dengan PAS.

Orang Melayu pasti akan mengenangkan jasanya dalam meninggalkan perpaduan Melayu yang bersejarah yang tidak tercapai oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Saya dan beberapa orang lagi rakan wartawan bertanya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tentang apakah yang akan terjadi jika kerjasama PBS dengan Semangat 46 disaat terakhir menjelang pilihan raya 1990 berjaya mengalahkan kerajaan BN, Dr Mahathir berkata kita akan berkerjasama dengan PAS.

Kita bertanya lagi, bagaimana sekiranya mereka tidak mahu?

"Kita yang akan meminta untuk menyertai PAS," kata Dr Mahathir. – zamkata.blogspot.com

* Tan Sri Zainuddin Maidin merupakan bekas menteri penerangan.

Sumber DD - 21-9-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PM: Antara Pekan - Jalan Duta - Putrajaya sahaja!

shahbudindotcom.blogspot.my/ | .


SELAGI Najib Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri, keadaan dalam negara tidak mungkin menjadi lebih baik. Semua petunjuk ketika ini memperlihatkan segala-galanya akan bertambah buruk.

Najib mungkin dilihat berjaya menghalang siasatan di dalam negara terhadapnya melalui beberapa tindakan yang dilakukannya, tetapi penyiasatan di luar negara nampaknya semakin terbuka luas.

Sekurang-kurangnya dua negara iaitu Switzerland dan Amerika Syarikat melalui FBI dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap Najib berkaitan 1MDB dan penggubahan wang haram berikutan wang RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya.

Kiranya selama ini kita hanya biasa melihat dalam filem atau televisyen saja bagaimana FBI menjalankan kerjanya, semua itu mungkin akan menjadi kenyataan di depan mata kita tidak lama lagi. Lantas, jika berlaku, ia akan menjadi satu lagi sumbangan Najib kepada rakyat dan negara.

Berdasarkan beberapa laporan yang dibuat oleh Khairuddin Abu Hasan di London, Perancis, Hong Kong dan Singapura sebelum beliau ditangkap, tidak mustahil negara-negara tersebut juga akan membuat kertas siasatan yang sama.

Melalui perjalanan masa seminggu dua lagi, tidak menghairankan jika kita akan mendengar negara lain pula mengumumkan mereka akan turut membuka kertas siasatannya terhadap Najib.

Dengan begitu banyak kertas siasatan dibuka di peringkat antarabangsa, moral Najib sejujurnya telah berkecai, bukan saja di mata dunia, bahkan juga dalam pandangan majoriti rakyat Malaysia yang tidak terkelabu dengan dedak yang ditabur di sana sini.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir Mohamad mula membayangkan kemungkinan Najib akan ditangkap jika ke luar negara berikutan yang ingin menyoal-siasatnya kini adalah polis antarabangsa dan bukan lagi dalam kawalan pihak berkuasa dalam negara.

Tidak keterlaluan jika akhirnya Najib tidak berani ke mana-mana lagi di luar Malaysia. Mana-mana polis dunia atau Interpol hanya menunggu beliau berada di luar Malaysia saja untuk menahannya kerana di Malaysia mungkin tidak semudah itu untuk melakukannya.

Jika ditangkap tentu saja memalukan, ketidakberanian pergi ke luar negara juga tidak jauh bezanya. Apalah gunanya menjadi Perdana Menteri sebuah negara yang merdeka kalau ulang aliknya hanyalah antara Pekan, kediaman peribadi di Jalan Duta dan Putrajaya saja.

Tetapi yang lebih memburukkan ialah negara akan terus terperosok ke lembah kehinaan dengan satu demi satu siasatan yang dibuka itu. Sejak merdeka dan sudah ada enam Perdana Menteri sebelum ini, tidak ada sesiapa pendahulu jawatan itu yang pernah memalukan negara sebegini rupa.

Imej kita sebagai negara Islam dan sederhana yang begitu disanjung sebelum ini jadi lebih bermakna lagi dan mengalahkan penurunan nilai mata wang yang sedang berlaku.

Tidak seperti kemerosotan mata wang yang boleh diperbaiki, penyembuh kepada moral negara yang sedang menjunam itu ubatnya hanyalah dengan Najib sedia berhenti daripada jawatannya saja.

Dengan berhenti, bukan saja usaha memulihkan moral negara boleh diperbaiki melalui pemimpin baharu, malah Umno juga lebih mudah memperbaiki imejnya.

Tidak dinafikan sokongan pemimpin-pemimpin Umno terhadap Najib ketika ini lebih disebabkan mereka terikat kerana masing-masing sudah menerima habuan daripadanya. Beberapa pemimpin Umno seperti Shahrir Samad dan Ahmad Maslan yang didakwa menerima wang daripada Najib tidak menafikan perkara itu, bahkan bangga mengatakan "kalau bukan Presiden Umno tempat meminta bantuan, dengan siapa lagi mahu mendapatkannya."

Najib juga tidak menafikan mengenai bantuan yang diberikannya atas alasan tidak semua Ketua Umno Bahagian daripada golongan kaya dan berharta serta sesetengahnya hanyalah merupakan Penolong Pegawai Daerah saja sebelum menceburkan diri dalam politik.

Namun, dalam masa pemimpin Umno terhutang budi dengan bantuan Najib itu, mereka juga sebenarnya sedang sengsara kerana wang yang diterima bagaikan tidak sepadan dengan beban kemusnahan sokongan rakyat yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Dalam bahasa yang mudah, onar Najib sehingga siasatan dibuka di peringkat antarabangsa, mungkin tidak boleh ke luar negara dan menjadikan sokongan rakyat kian rapuh, telah membuatkan  Umno dan negara seperti pesakit nazak yang hanya menunggu masa untuk tertanggal nyawanya.

Tidak ada-apa lagi yang boleh diperbaiki dan dipulihkan selagi Najib tidak berundur daripada jawatannya. Dengan sedia berundur pula, Najib sebenarnya akan menghadiahkan kegembiraan kepada semua kita.

Pengunduran Najib tidak saja akan membuatkan rakyat jelata,  mereka yang mahukannya berundur dan seluruh negara rasa gembira, bahkan percayalah, majoriti pemimpin Umno juga akan berasa lega dengan tindakannya itu. - shahbudindotcom.blogspot.my/

Sumber HD - 21-9-2015
-------------------------------------------------------------------------------
Ultimately we will know who is the actual enemy of the state, Khairudin or Najib

Posted on Sunday, September 20 @ 18:37:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



To act responsibly for the nation does not mean you are good in the eyes of irresponsible leaders. That was exactly what has happened to Khairuddin Abu Hassan, the former Vice Chairman of Batu Kawan UMNO. He was arrested yesterday evening at his house in Mont Kiara after being barred from leaving for New York at 10.30 am yesterday. He was supposed to leave for New York to follow through on his report on the alleged money laundering committed by our PM Najib. The duo had made similar report in England, France, Switzerland, Hong Kong and Singapore in the past months and weeks.

Khairuddin was arrested for alleged attempt to topple the government and that was not able to 

be digested to a right minded persons who follow all the sequences of Khairuddin's move in 

his attempt to get to the bottom of the truth that surrounds the 1MDB issues since a year ago. 

In actuality it's a political move taken by the Malaysian police and has been perceived widely as 

an attempt to circumvent Dr Mahathir in his attempt to get Najib removed from his premiership. 

The police is just focusing on protecting Najib from falling. 



Khairuddin and Matthias Chang have been trotting half the globe to make police reports as 

many perceive Khairuddin as a person who has in possessions all the documents that may 

prove Najib's involvements in massive financial scandal for the country, the worst in the 

nation's independent history. The total money involved is in tens of billions ringgit. If the 

allegations finally prove right at home or abroad, Najib is in real trouble as that will amount 

to committing treason  to the nation. He will then becomes the enemy of the state and 

not Khairuddin or Dr Mahathir. If there are proves to all or at least part of the allegations, then 

the whole line of Cabinet that support Najib are automatically the enemy of the state. 



To allege Khairudin to topple the government is too uncalled for. This former UMNO leader 

was trying hard to get to the bottom of the allegations against our Prime Minister and that is a 

noble act as it's an act of protecting the nation's wealth from continuously looted and plundered. 

In this issue it's much too easy to believe in Khairuddin than believing Najib. Najib has not come 

out with reasonable answers to all the allegations levelled against him. 



No one can digest all the answers given by many of his (Najib's) supporters especially on the 

RM 2.6 billion 'political donations' that was deposited in his personal account locally here. 

Big portion of the RM 2.6 billions were transferred to Singapore only to get it frozen by 

 the Monetary Authority of the Island State. How could a clean and good money be frozened? 

Why was that money not deposited in the party's account? 



In the process of all these suspiciously dubious acts of corruptible activities it involves banks 

and financial institutions across the globe. That was why Khiruddin have been trotting the globe 

in search for the truth to what has happened to 1MDB. Arresting Khairuddin does not help 

to conceal all these dubious and debauched acts of Najib.



The truth will ultimately prevail. It will surface sooner or later. We will in the end know who is 

the real enemy of the state, Khairudin or Najib. 

By ASPAN ALIAS



Sumber TKO - 20-9-2015
----------------------------------------------------------------------------
PAS parti tunjang yang sentiasa relevan

Posted on Saturday, September 19 @ 18:01:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seawal 1980, John Funston, kini seorang penyelidik dan pensyarah di Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah menerbitkan sebuah buku bertajuk “Malay politics in Malaysia – A study of Umno and PAS” yang menghuraikan berkenaan dua buah parti politik Melayu yang dominan di Malaysia

Kedua-dua buah parti yang ditubuhkan sebelum Merdeka inilah yang sejak dahulu sehingga kini bersaing untuk mendapatkan undi dan sokongan masyarakat Melayu. Seolah-olah pengundi  Melayu cuma berhadapan dengan dua pilihan setuap kali pilihanraya iaitu samada mengundi Umno atau PAS kerana kedua-dua parti inilah yang acapkali bersaing antara satu dengan lain untuk menguasai sokongan pengundi Melayu di kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Menurut Dr Ismail Said dalam bukunya “Menegak agama membela bangsa – Perjuangan PAS 1951-1970” perbezaan ketara antara kedua buah parti Melayu ini adalah Umno sebuah parti politik yang diasaskan atas dasar kemelayuan semata-mata manakala PAS lahir lantaran dorongan jiwa keIslaman yang bersarang pada dada para ulamak yang mengasaskannya.

Pada tahun 1970, dengan jumlah penduduk Malaysia seramai 10.8 juta, peratus pengundi Melayu adalah seramai 44.32 peratus. Ia melebar 40 tahun kemudian iaitu pada tahun 2010 apabila dari jumlah penduduk seramai 28.9 juta peratusan pengundi Melayu meningkat kepada 55.07 peratus. Ini bermakna pengundi Melayu kekal sebagai pengundi majoriti di Malaysia dan terus berhadapan dengan dua pilihan iaitu samada PAS ataupun Umno.

Tidak dapat dinafikan sudah mula muncul parti-parti baru yang turut menawarkan calon-calon Melayu umpamanya Semangat 46 dari 1990-1995 dan kini PKR. Namun demikian bilangan mereka tidaklah sebesar persaingan antara PAS dan Umno, malah yang lain ini pun bertanding menentang Umno apabila PAS memilih utnuk memberi laluan.

Dalam Kongres Rakyat yang dilangsungkan Sabtu lalu, bekas veteran Umno Tan Sri Abd Kadir Sheikh Fadzir ketika membahaskan usul politik dan mengambil kira majoriti pengundi Melayu seperti di atas menjelaskan bahawa cuma ada dua parti tunjang di Malaysia, yakni yang mewakili majoriti pengundi, dan ia adalah PAS dan Umno.

Kata beliau mana-mana kelompok pun yang bercita-cita mahu menjadi kerajaan Malaysia, maka samada PAS ataupun Umno mesti berada dalam kelompok atau pakatan itu. Ini kerana PAS dan Umno itu masing-masing parti tunjang.

Tanpa tunjang ini, iaitu mewakili sokongan pengundi Melayu, maka tiada kerajaan yang stabil dapat dibentuk di Malaysia.

Sebuah firma penyelidikan “politweet”menjangkakan jumlah kerusi majoriti Melayu dan campuran  dalam negara akan meningkat pada Pilihanraya Umum ke 14 dan 15 nanti. Ini mengukuhkan lagi hujah Tan Sri Kadir bahawa Umno dan PAS tidak boleh ditolak ketepi oleh mana-mana kelompok atau pakatan kiranya mereka mahu menguasai Putrajaya.

Menurut “politweet” lagi dalam menganalisa sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU lalu, dalam kerabat PR, PAS lah yang telah memenangi kerusi Melayu terbanyak. Di Kelantan dan Terengganu PAS memenangi 14 kerusi parlimen dan mengekalkan peratusan sokongan yang tinggi.

Di Semenanjung Malaysia menurut “politweet” PAS mencatatkan sokongan tertinggi dikalangan pemuda Melayu dengan sejumlah 73% pemuda Melayu di kerusi-kerusi yang PAS tandingi cenderung kepada PAS.

Ini menunjukkan PAS tetap relevan dan penting khasnya kepada mana-mana pihak yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya.

Dalam suasana Pakatan Rakyat yang dikatakan telah terkubur dan Pakatan 2.0 yang dikatakan bakal lahir, peranan PAS seakan masih di awang-awangan. DAP telah mengeluarkan kenyataan keras tidak mahu sekali-kali berkerjasama dengan PAS manakala PKR pula yang lebih matang dan berpandangan jauh memutuskan untuk kekal berkerjasama dengan PAS.

Selain itu PAS pula ternyata tidak berkenan kiranya parti baru yang memuatkan para pengkhianatnya menganggotai pakatan yang baru nanti.

Parti baru berkenaan setakat ini masih bercelaru dengan masalah rumahtangganya sendiri dan malah dijangka tidak mampu menarik minta para pengundi yang keliru dan curiga dengan kehadiran mereka. Malah menurut “politweet” kiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara Umno, PAS dan parti baru ini, yang pasti mengaut keuntungan adalah Umno.

Ringkasnya ia lebih merupakan liabiliti buat pakatan pembangkang.

PAS sendiri masih mengkaji dan menimbangkan peranannya dalam pakatan yang baru ini atau sebarang bentuk kerjasama dengan rakan-rakan lamanya.

Apa pun hakikatnya PKR dan malah DAP memang punya dua pilihan. Mereka boleh memilih untuk memutuskan hubungan dengan PAS dan mendakap parti baru yang dianggotai oleh para pengkhianat PAS itu . Ataupun mereka boleh ketepikan perbezaan dengan PAS, khasnya DAP dan kembali bersama dengan PAS sebagaimana pakatan yang lampau.

PAS bersedia sendiri dan tidak pernah menolak untuk berkawan dengan sesiapa pun asalkan prinsip dan dasarnya dihormati oleh kawan-kawan.

Dengan pengiktirafan PAS sebagai parti tunjang, sekurang-kurangnya kawan-kawan perlulah membuka mata dan meraikan hakikat ini. Kiranya langkah seterusnya adalah mengulangi cubaan ke  Putrajaya pada PRU yang akan datang, maka apa bentuk pakatan pun yang dibina, mestilah melibatkan PAS.

PAS bukannya parti setahun jagung. Ia telah mengharungi politik Malaysia hampir selama usia Umno dan ia telah membina kekuatan sepanjang lebih 60 tahun dengan keahlian mencecah 1 juta orang. Suka tidak suka PAS lah yang telah membantu perjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim sejak zaman reformasi sehingga tertubuhnya PKR dan PAS lah juga yang telah memecah tembok antara DAP dengan masyarakat Melayu sehingga boleh diterima setelah sekian lama Umno memburukkan mereka.

Keputusan kini bukan terletak pada PAS tetapi pada mereka yang mahu berkawan dengannya. Terima atau tolak terpulanglah, yang pasti PAS akan kekal memain peranan mengejar dasar dan prinsip perjuangannya. roslansms@gmail.com



Sumber TKO - 19-9-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Wartawan: Antara Kebebasan, Ancaman dan Cari Makan

Posted on Friday, September 18 @ 19:56:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



DARIPADA nostalgia dan kenangan lama mengusik jiwa, kita terpaksa kembali ke alam nyata. Semalam sejarah dan kenangan. Hari ini hakikat dan kenyataan.

Terima kasih kepada pembahas yang mendoakan keselamatan saya. Mudah cakap, saya tidaklah berani sangat tetapi saya pun tidak terlalu penakut.



Saya diajar oleh Allahyarham ayah saya, berani atau takut harus berasas dan berpada. Kenali bahaya dan kurangkan ancamannya. Paling penting, kata ayah saya, hormati sesama manusia tetapi takut hanya kepada Allah.



Masa kanak-kanak saya takut hantu. Kita ditakut-takutkan dengan cerita hantu. Macam-macam hantu. Tetapi ketika belasan tahun saya hilang takut kepada hantu. Musim hujan, bila ikan naik dari sungai ke sawah untuk bertelur, hatta tengah malam pun saya keluar rumah untuk memeriksa bubu, tuar dan pelompat.



Saya tahu ancaman ada di mana-mana dan apa saja boleh berlaku, hatta yang tak masuk akal. Selama 46 tahun menjadi wartawan saya melaporkan dan membaca banyak kejadian aneh: manusia hilang tanpa kesan, tauke India dibunuh tetapi pembunuh tidak diketahui, wanita asing diledakkan dan macam-macam lagi. Yang terbaru  Timbalan Pendakwa Raya (DPP) (Anthony Kevin Morais) diculik di tengah-tengah kemewahan Bangsar dan mayat beliau ditemui di Subang Jaya.


Mayat Morais disumbat dalam tong minyak

Takut memang takut. Macam-macam boleh berlaku. Sekarang pembunuh upahan amatur ada di mana-mana. Orang yang biasa dengan masyarakat yang memelihara anjing tentu tahu anjing kadang-kadang menyerang tanpa diarah dan tanpa provokasi. Tuan tak suruh serang tapi anjing serang. 

Mungkin anjing rasa tuannya terancam atau anjing nak tunjuk baik kepada tuannya. Jaga-jaga, penyakit anjing gila kembali semula. Lagi satu bala.

Anjing liar bawa penyakit anjing gila


Negara kita makin bahaya. Tetapi kalau kerana negara kita bahaya, kita takut dan tidak buat apa-apa, keadaan akan jadi lebih bahaya. Akhirnya Malaysia hanya layak didiami samseng, penyangak dan pembesar yang diiringi pengawal bersenjata.



Apakah itu yang kita kehendaki? Apakah itu Tanah Melayu dan Malaysia yang para pejuang silam idamkan apabila mereka melaungkan merdeka, merdeka, merdeka pada 31 Ogos 1957?



Negara kita menjadi begitu tidak selamat sehingga ada pengarang media massa arus perdana yang dikhabarkan membawa senjata api.



Kalau pengarang media massa arus perdana mengakui tentang betapa bahayanya negara sehingga terpaksa membawa senjata api, apakah kita hendak mempertikaikannya?



Dulu Lain
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri antara 1981 hingga 2003, beliau bebas memandu sendiri untuk meninjau buruk baik negara dan menikmati kepuasan memandu.



Masa itu pun ada ancaman. Pada awal tahun 1980-an pasukan bersenjata komunis masih cergas dan kegiatan kongsi gelap meluas.



Tetapi kini, pada saat negara kita diuar-uarkan akan menjadi negara pendapatan tinggi menjelang tahun 2020, polis menasihati Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak jangan memandu sendiri atas alasan keselamatan. Hanya sekali beliau dibenarkan memandu sendiri ke Hotel Majestic.



Jadi jelaslah yang Malaysia makin tidak selamat atau Perdana Menteri kita sekarang menghadapi ancaman keselamatan yang tinggi sehingga menghadiri bahas umum "nothing2hide" pun ditegah polis.



Kebebasan

Terima kasih kepada anak buah dan rakan wartawan yang curi-curi berjumpa saya atau bertukar-tukar fikiran melalui SMS dan Whatsapp. Yang lebih berani seperti Ku Seman mengulas terus dalam blog ini.



Saya faham dilema mereka. Nasihat saya, kalau mereka makan gaji, mereka kenalah akur kepada majikan mereka. Alternatifnya mereka kenalah berhenti dan cari tempat yang secocok dengan pendirian mereka atau bekerja sendiri.



Sekarang bukan media arus perdana (MAP) saja dimiliki dan dikawal oleh kerajaan atau pihak-pihak prokerajaan malah banyak saluran media baru seperti portal berita dan blog turut dimiliki atau ditaja oleh kerajaan dan pihak-pihak prokerajaan.



Saya terpaksa bersetuju dengan mereka bahawa terlalu kerap MAP kena saman malu oleh pembangkang dan sering kalah dalam perbicaraan. Mereka hilang duit tetapi yang lebih teruk mereka hilang kewibawaan dan keyakinan khalayak. Duit itu lebih baik dibelanjakan untuk kebajikan kakitangan dan memperbaiki mutu pemberitaan daripada membayar saman malu.



Kesimpulannya, kejadian yang dulu dianggap luar biasa sekarang sudah tidak luar biasa lagi. Malah sudah jadi biasa. Wanita jelita dan DPP dibunuh sensasi. Pengarang media bawa senjata api. Hak menjawab dalam akhbar tidak lagi diamalkan. Manusia takut hingga cakap pun berbisik-bisik.




Pasca-skrip: Tahniah kepada (Datuk) Ahmad Rejal Arbee (gambar di atas) kerana dianugerahkan gelaran Tokoh Wartawan Negara (2014) dan kepada keluarga Allahyarham Zainon Ahmad atas anugerah Tokoh Wartawan Negara (posthumous) 10 September lalu.



Wallahuaklam.

Oleh A. Kadir Jasin



Sumber TKO - 18-9-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tolak Najib bukan sebab bangsanya

HARAKAHDAILY | .


ORANG ramai menolak dan ingin menyingkirkan Najib bukan kerana bangsa dan keturunannya, tetapi disebabkan perangai dan kepimpinannya yang tidak boleh diterima lagi. Demikian tulis Shahbudin Husin dalam blognya.

Bagi Shahbudin, jika bukan Najib sebagai Perdana Menteri, tiada pembaziran, tiada kemewahan, tiada karenah isterinya yang berlebih-lebihan, tiada skandal 1MDB dan tiada derma RM2,600 juta yang sehingga kini tidak mampu dijelaskannya, mungkin semua yang berlaku sekarang tidak terjadi di depan mata kita.

“Masalah Najib tidak saja ditulis di media-media antarabangsa dan diterbitkan dalam bentuk rencana video, tetapi juga sudah menjadi fokus utama forum di peringkat antarabangsa.”.

“Satu-satunya sebab himpunan baju merah diadakan ialah untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak yang sedang bermasalah. Tidak perlu dihuraikan lagi apa sebenarnya masalah Najib sejak dulu hingga kini kerana seluruh dunia sudah memperkatakannya.

“Sehingga Umno jadi bergolak sekarang dan kemudian muncul pelbagai himpunan untuk menyatakan sokongan terhadapnya, kini masalah Najib sudah bertukar menjadi masalah negara pula.” Tulisnya lagi

Menurut Shahbudin, hanya kerana ingin mempertahankan Najib, hubungan kaum sudah jadi retak dan tidak seharmoni dulu lagi. Semuanya kerana perhimpunan baju merah yang bercorak perkauman dan menghina kaum lain telah dibenarkan berlaku seolah-olah penolakan terhadap Najib adalah berasaskan kehendak satu-satu kaum saja.

Jadi, apa kena mengena dengan maruah Melayu, Melayu bangkit, melakukan keganasan  dan kemudian ingin hak memiliki tapak berniaga di Jalan Petaling diselitkan dalam himpunan baju merah yang pada asasnya untuk mempertahankan Najib itu?

“Kenapa baru sekarang tapak berniaga di Jalan Petaling dibangkitkan?

“Siapa yang jadi kerajaan dan agensi mana yang mengeluarkan lesen perniagaan di Jalan Petaling itu?

“Jangan lupa juga tanya dengan Najib, sejak menjadi Perdana Menteri, kenapa Jalan Petaling antara tempat yang paling kerap dilawatinya?” tanya Shahbudin.

Selain itu, bukankah kawasan perniagaan Cina itu sudah lama muncul dan ada di seluruh dunia pun? Kenapa hanya di ketika Najib hampir lemas sekarang  baru tuntutan mahu meniaga di Jalan Petaling ini digegak-gempitakan dan tidak sejak dulu lagi?

“Tetapi dengan berlakunya himpunan baju merah dan keganasan yang dicetuskan di Jalan Petaling, keharmonian kaum dalam negara kita boleh dikatakan sudah hancur dan musnah. Ia menjadi lebih buruk kerana di sebalik semua kemusnahan itu tersembunyi Najib dan UMNO sebagai tunjang kerajaan yang menjadi punca segala-galanya.” Tegasnya lagi.

Beliau turut menyatakan bahawa Melayu sebenarnya tiada masalah dengan orang Cina dan begitulah juga sebaliknya. Semua kita saling memerlukan antara satu sama lain sejak dulu lagi. Kita tidak boleh hidup sendirian dan kemajuan seperti sekarang juga tidak mungkin dapat dicapai melalui usaha satu-satu kaum saja. – HARAKAHDAILY 18/9/2015

Sumber HD - 18-9-2015

No comments:

Post a Comment