BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, February 11, 2017

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU (JILID 6)



PAS Ajak Seluruh Warga Prihatin Bantu Rakyat













Oleh : DMS

SETIU – PAS Batu Rakit mengajak seluruh warga yang prihatin, berusaha dalam membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat dengan keupayaan yang ada.

Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Adnan Omar berkata, masalah kesempitan hidup rakyat adalah antara fokus utama kerana rata-rata rakyat dibebani oleh kos sara hidup yang semakin meningkat.

Katanya, kenaikan harga barang dan perkhidmatan disebabkan oleh GST menambah kesusahan hidup rakyat.


Menurut beliau, pihaknya sedang berusaha untuk membantu adik Wan Nur Huda Syakirah Wan Sanusi dari Kampung Lingai, dekat sini, menghadapi masalah untuk menyelesaikan pendaftaran tawaran kemasukan ke matriklulasi.

“kita sedang berusaha untuk membantu adik Huda melalui agensi kerajaan yang berkaitan di samping menyeru orang ramai yang prihatin,

“menghulurkan bantuan lain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajarannya di Kolej Matrikulasi Pahang,” katanya.
\
Sementara itu, ibu Huda ketika ditemui berkata, beliau tidak mampu untuk membiayai pendafdataran dan keperluan asas anaknya untuk menyambung pelajaran.

Huzaimah Ibrahim,39, bekata, beliau terpaksa menangung lima lagi anaknya yang masih bersekolah termasuk seorang yang kini sedang belajar di Politeknik Dungun.


“terima kasih kerana datang membantu, prihatin terhadap nasib kami, semoga Huda dapat meneruskan pelajaran,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah.

Beliau berkata, anaknya Huda bercita-cita untuk menjadi seorang doktor bagi merubah kehidupan keluarganya menjadi lebih baik, pada masa hadapan.

Sehubungan itu, Adnan berkata, mereka yang ingin membantu adik Wan Nur Huda Syakirah boleh menghubungi Setiausaha Kerja (SUK) DUN Batu Rakit, Ustaz Khairul Nizam di talian 0192523492 untuk menghulurkan sumbangan atau sebarang pertanyaan berkaitan.

Sumber BO - 7-5-2017


PRU14: Lipat ganda usaha menangi hati rakyat

SEMUA petugas, ahli dan para penyokong PAS digesa memacu kerja-kerja untuk menjana kemenangan pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. 
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, gerak kerja memenangi hati dan minda rakyat perlu dilipatgandakan bagi memastikan PAS mencapai kejayaan. 
Katanya, hanya dengan kemenangan PAS dapat memperbaiki kepincangan yang melanda kerajaan negeri dan pusat yang ditadbir oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Minum Petang (Hi-Tea) di Surau Kampung Pak Katak, Kuala Nerus, kelmarin. 
Menurutnya, ketidakadilan akan terus berlaku sekiranya BN masih lagi dikekalkan dan Umno terus berkuasa mentadbir negara selepas PRU14, lapor Buletin Online
AJK PAS Pusat itu menegaskan, GST yang dkenakan kepada orang awam termasuk ke atas orang miskin dan dhaif adalah ‘haram’. 
Katanya, rakyat tidak boleh memaafkan kesilapan tersebut kerana ia telah memberi kesan yang teruk kepada kehidupan seharian. 
“Saya juga telah menegaskan perkara (GST haram) ini dalam ucapan saya di Parlimen,” tegas beliau. 
Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat agar menolak Umno BN pada pilihan raya umum akan datang. 
Turut hadir dan berucap pada majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak.
Sumber HD - 7-5-2017 




PAS Turun Padang Rai Pekerja Bawahan Sempena1 Mei













KUALA TERENGGANU – PAS turun padang bertemu dengan pekerja bawahan dalam meraikan Sambutan Hari Pekerja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Andul Wahid Endut berkata, aktiviti tahunan tersebut adalah cara PAS menghargai sumbangan mereka kepada masyarakat.

“Setiap 1 Mei hari pekerja kami dengan turun padang bersama golongan pekerja yang menjaga kebersihan sekitar Kuala Terengganu,

“kita menghargai mereka yang berperanan memastikan kebersihan bandaraya ini,” ujar beliau ketika di temui bersama seorang pekerja tersebut, sekitar Taman Perumahan KP Perdana .

Turut mengambil langkah yang sama ialah pemimpin PAS Kuala Terengganu iaitu ADUN Ladang Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dan Ketua Penerangan Ustaz Ahmad Shah Mohd.


Menurut Dato’ Tengku Hassan, mereka adalah pekerja bawahan yang berpasan dan behujan demin untuk memberikan keselesaan kepada warga kota ini.

“mereka berpanas dan menyorong tong sampah dan ada yang dalam keadaan usia emas, demi menyara keluarga dan menjaga suami yang uzur,

“PAS mengambil cakna dan meraikan mereka sempena Hari Pekerja,” kata Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui, menyantuni dan menghulur sumbangan kepada pekerja terbabit sekitar Taman Awam Batu Buruk


Sementara itu, Ustaz Ahmad Shah berpendapat, melaksanakan program kebajikan sempena Hari Pekerja adalah lebih baik dari melakukan perarakan dan bantahan jalanan.

Menurutnya, pekerja bawahan kurang diberi perhatian dalam soal mereka yang turut merasai kesan ‘himpitan’ ekonomi yang sedang melanda.

“Wajar untuk mengambil cakna pekerja pekerja saperti ini kerana mereka adalah pekerja bawahan juga sebahagian dari anggota masyarakat,

“pendapatan mereka yang tidak sebersar mana pasti menerima kesan terus dari tekana GST dan kenaikan harga barang,” kata Us Ahmad Shah ketika bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada seorang pekerja ‘Roadcare’ sekitar Taman Rekreasi Bukit Besar.

Katanya, walaupun sumbangan yang diberikan adalah kecil, namun mereka sangat teruja dan mengharga pemberian tersebut.

Sumber BO - 6-5-2017





Dato’ Ustaz Husein Awang Pesuruhjaya PAS Terengganu Yang Baharu
















KUALA TERENGGANU – Mantan Yang DiPertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri Terengganu Daro’ Ustaz Haji Husein Awang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang baharu.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, selepas Mesyuarat Jawantankuasa PAS Pusat kali pertama di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur.

“hari ini Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS telah membuat cadangan (pelantikan) dan semuanya telah dipersetujui oleh jawatankuasa,

“yang kedua, (Pesuruhjaya PAS Negeri) Terengganu….ini merupakan muka baru ….Dato’ Ustaz Haju Husin Awang,” ujarnya pada satu sidang media.

Sehubungan itu, menurut satu senarai yang disedarkan, mantan Pesuruhjaya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuaa PAS Pusat.

“Ustaz Satiful telah diamanahkan sebagai Timbalan Pengerusi Lujnah Asas Tani dan Alam Sekitar dan saya sebagai Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajian dan Kemasyarakatan,

“serta Timbalan Pengerusi Khidmat Malaysia,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Dr.Azman Ibrahim, ketika dihubungi.

Sumber BO - 6-5-2017








BPMS; Menyelamatkan Negara Dan Rakyat











Oleh KAM

MARANG – Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebenarnya dapat menyelamatkan negara dan rakyat.

Malah, pendekatan berstrategi itu ‘disambut’ oleh pemimpin kerajaan dalam beberapa program kementerian, PAS mula diajak bersama bagi menjayakannya.
Pada program Pelancaran Tukun Rig-To-Reef (R2R) dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Peikanan Malaysia dengan Petronas, Marang Waterfront di sini, semalam Khamis 4 Mei.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek turut mengundang Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali meraikannya.


Hadir sama Setiausaha Politik dan Setiausaha Peribadi kepada Presiden PAS, Dr Samsuri Mokhtar dan Haji Zaihan Daud. Berikut transkrip sidang media bersama Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi di Pulau Kapas, Marang;

Saya ucap terima kasih kerana diberi peluang untuk sama-sama menyertai pelancaran tukun yang sangat bermakna.

Bukan sahaja sebagai orang politik, kita dapat kembali kepada politik matang. Politik tidak berkelahi, politik kepentingan bersama, politik boleh berbeza pendapat. Tetapi, untuk kepentingan rakyat kita mesti bersama.

Dalam aspek ini saya ucap terima kasih mewakili Parlimen Marang termasuklah Terengganu juga dan mewakili warga nelayan kerana pelaksanaan satu projek yang sangat penting, projek bersepadu. Bukan sahaja untuk nelayan, untuk Taman Laut yang perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya.

S: Dato’ Seri, tadi ada disebut tentang kerjasama ini merupakan suatu politik matang. Ini dalam usaha perikanan, mungkinkah ada dalam bidang-bidang lain yang mana PAS boleh bantu dalam kerjasama lain?

J: Kita melihat demokrasi barat, di negara yang matang demokrasinya. Tak ada perkara antara kerajaan dengan pembangkang walau pun bertanding pilihan raya. Bahkan, dalam kerajaan pun tidak ada yang menyekat seseorang untuk memberi pandangan dia (pembangkang) untuk melahirkan suatu kematangan. Apa yang berlaku, kita kena sedar bahawa negara kita ini warisan penjajah yang banyak benda-benda negatif yang perlu kita hapuskan. Kita cuba perkenalkan balik (semula) supaya perkara-perkara yang menimbulkan ketegangan ini, kita kena tarik ‘hand brake’ supaya berlaku suatu perkara yang menyelamatkan negara dan rakyat, lebih penting dari segala-galanya.

S: Sekiranya ada persepsi pihak yang tidak senang melihat kerjasama ini, minta komen sikit Dato’ Seri?

J: Insya’Allah, rakyat akan faham. Bila rakyat menyedari bahawa yang penting hak mereka, kepentingan mereka dijaga dengan baik, rakyat boleh berfikir dengan matang dalam perkara ini. Ini kerana, pelaksanaan secara praktikal ini lebih penting dari teori. Mereka yang bersikap negatif terhadap usaha ini lebih bergantung kepada teori dari praktikal.

S: Dato’, senario politik di Selangor sikit macam mana. Desas-desus ada mengatakan ada usaha wakil-wakil rakyat dari PKR dan Bebas untuk merampas kuasa dari kerajaan Selangor dan dikatakan mendapat restu dari Presiden PAS?

J: Dari Pulau Kapas ke Selangor (ketawa). Apa yang penting ialah semua pimpinan (PAS) Selangor akan patut kepada arahan (PAS) Pusat. Itu yang penting, ada pun apa tindakan, kita lihat perkembangan selanjutnya akan berlaku.

S: Dato’ Seri, ada yang mengatakan bahawa keputusan memutuskan hubungan dengan PKR merugikan PAS. Jadi, mungkin ada apa-apa komen?
J: Soalan itu andaian dan andaian kita tidak boleh jawab. Andaian ini benda (perkara) yang kemungkinan. Kemungkinan untung, saya boleh kata untung sebagaimana orang kata rugi. Andaian boleh berlaku apa sahaja dan kita (PAS)

mengharapkan lebih menguntungkan (PAS). Terutamanya, apabila wujud kita (PAS) menunjukkan sikap pembangkang yang menasihat. Pembangkang yang boleh bekerjasama. Ini boleh menimbulkan suatu keadaan yang stabil kepada negara, yang boleh menguntungkan bukan sahaja politik termasuklah aspek ekonomi dan lain-lain.

S: Jadi sebarang kemungkinan boleh berlaku di Selangor?

J: Biasalah kemungkinan berlaku…(ketawa)

S: Dato’ Seri, kemungkinan berlaku pilihan raya lebih awal di Selangor?

J: Itu terpulang kepada Selangor. Selangor ada Perlembagaan dia sendiri dan dirujuk kepada Perlembagaan Selangor dan terpulang kepada Tuanku Sultan. Tuanku Sultan ada kuasa dia, sama ada hendak terima perletakan jawatan itu atau tidak. Tuanku Sultan ada hak (kuasa) dia. Itu mengikut Perlembagaan Selangor mengikut apa yang saya faham.

S: Sekiranya Majlis Syura Ulamak (MSU) memutuskan hubungan dengan PKR. Jadi Exco PAS akan 

keluar dari kerajaan Selangor atau bagaimana?

J: Itu nanti berlaku dulu baru kita (PAS) boleh beri jawapannya.

Sumber BO - 5-5-2017










PAS Yakin ‘Tawan’ Kemasik











KEMAMAN – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik yakin PAS berupaya ‘menawan’ kerusi Kemasik, satu-satunya kerusi dalam Parlimen ini, yang belum dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Pengarahnya, Haji Amri Mamat (ganbar atas) percayai, benteng Umno Kemasik bakal tumbang pada PRU nanti.

Katanya, walaupun sudah puluhan tahun Umno berkuasa di kawasan yang paling kaya dengan industri petroleum itu, Kemasik masih ketinggalan jauh.

Buktinya kata beliau, beberapa orang ADUN Kemasik yang juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan (Exco) sebelum dan ketika ini, masih tidak membawa sebarang perubahan di kawasan tersebut.

“Walaupun kawasan (ini adalah kawasan) Exco tapi kita tengok dari segi kemajuan kepada rakyat tidak seberapa,

“walaupun Exco tu Exco infrastruktur, tapi tidak ada satu infrastrktur yang dapat kita lihat melainkan infra yang sebelum ini,

“berbanding dengan masa pemerintahan PAS dulu Bandar Baru Kertih yang kita buat banyak kedai,” ujar beliau.


Amri berkata demikian ditemui pada Majlis Ceramah Isu Semasa sempena program PAS Harapan Semua (HARAP) peringkat DUN Kemasik semalam.

Sambil menangkis dakwaan, bahawa PAS akan berkerjasama dengan Umno, beliau turut menegaskan bahawa lawan PAS adalah Umno.

Beliau menegaskan, fitnah tersebut tidak benar kerana Budaya Politik Matang Dan Sejantera (BPMS) yang menjadi amalan PAS sekarang adalah bekerjasana dengan kerajaan, bukan dengan Umno.

Menurutnya melalui program HARAP yang diadakan, PAS menjaga kebajikan kepada para pengundi kerana PAS sangat mengutamakan kehidupan rakyat.

Beliau turut yakin, BPMS difahami oleh ahli dan penyokong PAS dan rakyat secara umumnya dapat menerima pendekatan terkini PAS itu.

Turut hadir dalam majlis ceramah itu ialah Ahli Parlimen Dungun YB Ustaz Wan Hassan Ramli, Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan juga Yabg DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid.

Sumber BO - 5-5-2017










Harap-PGU 3.6 di Kuala Berang 18-20 Mei

HIMPUNAN Harapan Semua PAS Ganti Umno Kali Keenam (Harap-PGU 3.6) akan diadakan di bandar Kuala Berang pada 18, 19 dan 20 Mei ini. 
Yahaya AliSehubungan itu, Pengarah Harap-PGU 3.6, Yahaya Ali mengajak orang ramai khususnya penduduk daerah Hulu Terengganu untuk hadir beramai-ramai ke pogram tersebut yang akan diadakan di kawasan lapang di No. 385, Jalan Ajil-Kuala Berang, Kampung Batu 24, Kuala Berang. 
Menurutnya, program tiga hari tiga malam ini akan dipenuhi dengan pelbagai program termasuk majlis ceramah, santai bersama ikon terkenal, program untuk orang muda, program kreativiti khusus untuk muslimat, ziarah masyarakat, rawatan perubatan, riadah Langkah Harap, karnival usahawan dan lain-lain program. 
Beliau berkata, walaupun himpunan itu bermula pada hari Khamis malam, majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada pagi Sabtu, 20 Mei. 
Tambahnya, ia diikuti dengan jamuan rakyat pada sebelah tengah hari dan ceramah penutup akan diadakan pada sebelah malamya. 
Katanya lagi, program Harap-PGU 3.6 adalah peluang terbaik kepada ahli dan penyokong PAS yang baru mendapat suntikan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kedah untuk diterjemahkan bagi menjayakannya dalam konteks budaya politik matang dan sejahtera dan dengan tema ‘PAS Harapan Semua’ (Harap) serta slogan ‘PAS Ganti Umno’ (PGU). 
“Kita mengharapkan masyarakat melihat dan menilai perjuangan PAS dengan pandangan yang lebih positif dan mampu menjadi ‘Kerajaan Menanti’ selepas pilihan raya akan datang,” jelas beliau dipetik Buletin Online
Justeru itu, beliau berharap orang ramai mendapatkan kupon untuk penyertaan himpunan pada kali ini. 
“Jualan kupon yang sedang beredar di seluruh cawangan-cawangan dapat dimanfaatkan oleh ahli dan penyokong PAS untuk membiayai program besar ini,” ujarnya lagi.
pgu36
Sumber HD - 5-5-2017 



Barisan baharu Pas mampu bawa hala tuju lebih baik
Posted on Wednesday, May 03 @ 16:54:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34778


KUALA TERENGGANU – Barisan kepimpinan Pas yang baharu dilantik bagi sesi 2017-2019 disifatkan mampu membawa hala tuju yang lebih baik dalam berdepan cabaran getir menjelang PRU14.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, gabungan muka lama dan baharu berupaya membantu kepimpinan parti di bawah gandingan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk terus memastikan pendekatan politik matang dan sejahtera mampu dizahirkan pada PRU akan datang.

Beliau turut menggambarkan bahawa masalah dalaman yang melanda parti itu juga tidak timbul pada Muktamar Tahunan Pas Ke-63 yang baharu selesai kelmarin berikutan kumpulan yang tidak sebulu dengan parti itu telah bertindak mengambil haluan sendiri.

“Selepas pemilihan kali ini, kita juga tidak mendengar ‘bunyi’ untuk buat parti baharu dan parti akan fokus untuk memastikan lonjakan menghadapi PRU14,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Sementara itu, Satiful Bahri turut mengucapkan tahniah kepada muka baharu yang memenangi pemilihan AJK kali ini terutamanya Dr Azman Ibrahim dari Terengganu yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Setiu.


  Azman merupakan antara 18 orang yang memenangi pemilihan AJK Pas Pusat dan merupakan antara tiga wakil Terengganu yang berjaya menempatkan diri dalam jawatankuasa tersebut selain dua penyandang lama dari negeri ini iaitu Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Dr Riduan Mohamad Nor.

Sumber TKO - 3-5-2017














Pelancong Lebih Utama Daripada Rakyat?












KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu dilihat lebih mengutamakan pelancong yang datang dari luar, berbanding rakyatnya sendiri.

Ketua Pemuda PAS Dewan Udangan Negeri (DUN) Bandar berkata, pagar indah ‘penghadang’ sungai buatan di Kampung Cina Kuala Terengganu yang baru dibina tujuh tahun lalu, telah ditukar ganti.

Sebaliknya, Khairuddin Mohamad berkata, longkang besar di Pasar Chabang Tiga yang telah menyebabkan beberapa kemalangan yang hampir meragut nyawa, masih belum dibina.


“sungutan daripada pengguna Pasar Chabang Tiga berkaitan masalah longkang besar yang masih tidak berpagar hingga ke hari ini,

“tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa…..sebaliknya pagar sungai buatan itu, yang masih elok, ditukar dengan pagar baharu,

“apakah kerajaan tidak pedulikan rakyat? Mengapa pihak berwajib seakan-akan menutup mata dan telinga terhadap keluhan ‘rakyat marhaen’ sejak sekian lama?,” soal beliau.

Katanya, beliau dan orang ramai faham Pulau Warisan dianggap lokasi tumpuan pelancong, namun pihak berkuasa teutamanya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak sewajarnya menggunakan wang hasil cukai rakyat sewenang-wenangnya.

Beliau berkata, pagar yang mahal harganya itu masih baik, walaupun ada retakan dibeberapa tempat.

“saya dimaklumkan memang ada kerosakan pada pagar di Pulau Warsan itu, tetapi mengapa ia begitu cepat rosak?

“adakah bahan-bahan yang digunakan tidak tahan lama? Dan mengapa ia tidak diperiksa semasa pembinaanya dahulu?,” soal beliau lagi.


Justeru, beliau mendesak pihak yang berwajib agar menyegerakan usaha memagar longkang di kawasan Pasar Chabang Tiga demi keselamatan peniaga dan pengunjung.

“Sekali lagi kami mengulangi, bahawa jangan sampai adanya korban nyawa atau sudah masuk tempoh hampir pilihan raya,
“barulah pihak berwajib kelam kabut menurunkan projek simpati menggula-gulakan rakyat,” tegasnya.
Berita terkait;

Lori Masuk Longkang; Kerajaan Digesa Beri Penjelasan

Ke Kerajaan Nak Tunggu Orang Mati Baru Pasang Penghadang Longkang

Sumber BO - 3-5-2017































PAS Terengganu Tanding 32 Dun, Lapan Parlimen

ALOR SETAR – PAS akan bertanding dalam 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan parlimen di Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, PAS Terengganu berhempas pulas melawan Umno dan menolak fitnah jahat yang mendakwa PAS mahu bergabung dengan Umno.

“realitinya kta di Terengganu menghadapi saingansengit daripada Umno walaupun Umno tidak ernah masuk pilihan raya…….dia masuk denga nama Barisan Nasional,

“sekarang ini (PAS) Terengganu menjadi pembangkang dengan kerusi (DUN) diperingkat maksimum, maka tidak dapat tidak PAS mesti bekerja keras untuk menerajui kepimpinan (negeri) Terengganu,

“kita berhempas pulas menelentang dan meniarap lawan dengan Umno….bagaimana (boleh) ada suara sumbang yang mengatakan PAS mahu bekerjasama dengan Umno,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah, semalam Ahad 30 April.

Sebelum itu, beliau mendedahkan kod rahsia bagaimana Umno dan Barisan Nasional mengekalkan pemerintahan negara ini sejak pilihan raya umum kali pertama.


“rakyat seolah-olah tidak dapat melihat dengan neraca yang tepat, kerana Umno dan Barisan Nasional menggunakan tiga kod rahsia yntuk memenangi pilihan raya,

“ yang perama ‘beli’, (Umno) beli rakyat dengan harga yang tidak sepatutnya, yang kedua ‘ugut’ dan yang ketiga ialah ‘tipu’….yang membolehkan Umno terus memerintah Malaysia,” jelasya.

Justeru itu, beliau memberi ingata kepada semua perwakilan yanh hadir, perlu berhati-hati dengan musuh dalam cubaan mereka untuk mendakyah PAS dengan imej yang melalui kononnya kajian-kajian yang boleh dipertikaikan.

Oleh itu, beliau menggesa jentera Penerangan PAS Pusat, agar berkerja keras bagi menangkis segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan.

“Ada juga dakyah-dakyah yang disebarkan kononnya pimpinan PAS tidak lagi bersama rakyat, sedangkan kepimpinan PAS sentiasa berada bersama rakyat bagi membantu mereka,

“segala kesilapan seperti salah memberi komen yang tidak berkenaan dengan dasar parti sehingga membuatkan salah faham, perlulah dihindari,” saran beliau.

Sehubungan itu, beliau yakin PAS akan kekal dengan imej yang baik selagi pimpinan PAS mempertahankan dasar Islam daan fitnah yang menjatuhkan maruah PAS akan menemui kegagalan.

“perlu menguasai pengundi antara umur 21 hingga 50 tahun (dan) masalah mendekati golongan wanita muda juga perlu diperhatikan dengan serius oleh kepimpinan PAS,

“kerana ia menjadikan Umno lebih selesa mencapai kemenangan melalui wanita-wanita muda ini,” ujar beliau lagi

Sumber BO - 1-5-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perniagaan Adalah ‘Sunnah’
















Oleh : NM

DUNGUN – Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, perniagaan adalah bidang diceburi oleh Nabi Muhammad SAW, menjadi ‘sunnah’ yang perlu diikuti.

“perniagaan adalah sunnah, kita meneruskan sunnah, semoga usaha kita melahirkan usahawan dikalangan peniaga muslim kita berjaya.

“walaupun kita tiada peruntukan, kita bantu mereka sekadar yang termampu, yang penting ada usaha memajukan diri dan berkat dari Allah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran ‘Food Trak’ di Balai Besar dekat sini pada Selasa 25 April.

Sehubungan itu, pemilik perniagaan bergerak itu Roslan Mamat, 55, bersyukur kerana cita-citanya memiliki kenderaan itu tercapai.


Katanya, ilham perniagaan itu muncul ketika beliau bersama rombongan Lajnah Asas Tani, Nelayan Dan Alam Sekitar (LATAS ) PAS Kawasan Dungun melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysian ( MAHA) 2016.

“Saya mari idea ni semasa melawat ke MAHA tahun lepas, jadi molek buat di Dungun ni. Dengan cabarang dan persaingan pernigaan yang ada molek saya cuba cara ini, bernaiga dengan trak

“Kenderaan mudah untuk kita berpindah ke tempat tumpuan orang ramai nanti,” kata pengusaha IKS hasil laut dengan penuh semangat.
Bapa kepada sembilan orang anakv tersebut sangat sukacita apabila hajatnya dapat disempurnakan Oleh YB Ustaz Wan Hassan.


Roslan juga mengucapkan terima kasih atas sumbangan Ustaz Wan Hassan yang memberi sedikit wang yang akan dijadikan sebagai ‘modal pusingan’ perniagaannya.

Sementara itu, Pengerusi LATAS Kawasan Dungun Zakaria Tahir, melahirkan rasa gembira kerana pendedahan lawatan ke pameran MAHA membuahkan hasil.

Menurut beliau lagi, pihaknya sentiasa mencari peluang, bagi menghantar peserta dari kalangan golongan peniaga kecil, nelayan serta petani menambahkan maklumat dan pengalaman.

Majlis ringkag perasmian ‘Food Trak’ yang dimulai dengan solat hajat memohon keberkatan ilahi itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cik Alias Harun

Sumber BO - 26-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















Jumlah Rakyat Miskin Membimbangkan












KUALA NERUS – PAS menyifatkan jumlah 30 peratus penduduk yang masih dikategorikan sebagai golongan miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir adalah sesuatu yang membimbangkan.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS kawasan tersebut Ustaz Zakaria Dagang berkata, jumlah itu amat mengejutkan kerana Seberang Takir didakwa sebuah kawasan yang kian pesat membangun .

Apatah lagi, kata beliau, kawasan yang diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

“Angka 30 peratus itu adalah besar dalam suasana kemajuan dan pembangunan yang semakin pesat di negeri ini khususnya,


“Apatah lagi sepanjang sudah hampir sepenggal wakil rakyat di DUN Seberang Takir ini menjawat jawatan sebagai Menteri Besar, bahkan sebelum itu sudah sepenggal sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco),” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dapatan daripada kajian bertajuk, ‘Miskin Bergenerasi dan Mobiliti Kemiskinan di Seberang Takir’ yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tahun lalu.

Menurut beliau, antara punca kemiskinan yang disenaraikan dalam kajian itu adalah sumber pendapatan terutama kepada sebahagian besar penduduk yang masih bergantung hidup sebagai nelayan.

“Kekurangan kemahiran dan teknologi di kalangan anak-anak Seberang Takir dan kesihatan serta penyakit juga merupakan faktor kepada putaran kemiskinan yang disebut dalam kajian itu,


“Korupsi juga dinyatakan sebagai punca penyumbang kepada kemiskinan………akibat masalah korupsi yang banyak di kalangan pemimpin negara,” ujar beliau.

Katnya, pembangunan negara akan bermasalah dan akibatnya negara tidak akan maju dan menjadi sebuah negara mundur.

“Kesannya (negatif) juga dirasai oleh rakyat…….sebab itu, walaupun pelbagai usaha didakwa diambil oleh parti pemerintah,

“hakikatnya rakyat di bawah masih dalam tahap yang sama, tetap dalam kesusahan,” jekas beliau.
Justeru itu, berdasarkan kepada situasi tersebut, beliau berkata, ia dilihat seolah-olah Umno-BN gagal menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat di kawasan pemimpin utama mereka.
Artikel berkait;

Hampir 30 Peratus Penduduk Seberang Takir Miskin?

Sumber BO - 25-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Bina Hidup Keluarga Bersama Islam












Oleh : TSTA

DUNGUN – PAS menyeru masyarakat agar dapat membina kehidupan berkeluarga dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar sesama penduduk dan masyarakat kampung.

Ketua Penerangan PAS Dungun, YB Cikgu Alias Harun berharap orang kampung terutamanya mesti beramal dengan keluhuran Islam yang sebenar kerana tiada agama yang lebih tinggi selain daripada Islam.
“Saya suka menyeru kepada semua yang hadir agar kita peliharalah solat lima waktu yang menjadi asas kepada rukun Islam,


“Seandainya kita dapat menjaga solat InsyaAllah keberkatan akan ada dalam kehidupan terutamanya dalam memelihara kerukunan rumahtangga dan masyarakat terutamanya.

“Dalam usaha memertabatkan Islam di Malaysia ini PAS sebagai sebuah parti bukan sahaja parti politik malahan ia adalah sebuah badan dakwah yang sentiasa mengambil tanggunngjawab bagi memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan islam yang syumul,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menutup program Pertandingan Memancing di UPU Tok Kah yang diadakan sempena OPS HARAP 3.0 PRU14 dengan kerjasama Pemuda PAS DUN Rantau Abang dan Unit Peti Undi (UPU) Tok Kah, pada Sabtu  22 April.


Hampir 200 orang peserta dari pelbagai peringkat umur telah memeriahkan Pertandingan Memancing ini yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi itu yang diadakan di kawasan parit Kg Tok Kah.

Sehubungan itu, YB Cikgu Alias Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Rantau Abang menyeru semua pihak agar sentiasa membuat pertimbangan pahala dan dosa bagi menjaga nilai murni agama Islam itu sendiri.

Menurut Ustaz Abdullah Fahim Hussin, Ketua Pemuda PAS Dun Rantau Abang, acara memancing ikan darat ini adalah yang julung kali diadakan di sini dan ianya dapat menarik penyertaan yang menggalakkan terutama daripada penduduk tempatan.


“Tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan bagi kesemua peserta dan disamping hadiah kepada pemenang, cabutan bertuah turut diadakan kepada semua.

Hadiah-hadiah pemenang cabutan bertuah dan juga pertandingan mengail ini telah disempurnakan oleh YB Cikgu Alias Harun.
Beliau berharap agar acara seumpama ini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa demi perpaduan dan kemeriahan sesebuah kampung.

Sumber BO - 24-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Muslimat PAS Bandar Marang Terus Aktif












Oleh : NHA

MARANG – Dewan Muslimat PAS Cawangan Bandar Marang terus aktif menganjurkan program ilmiah, usrah dan kebajikan bagi mendekati pemduduk setempat.

Ketuanya Puan Noramina Mohamad, bersyukur kerana lebih 40 orang peserta hadir dan menghayati Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan, menunjukkan kesedaran masyarakat mendalami ilmu.


“Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para muslimat cara pengendalian jenazah yang betul, selain memahirkan mereka dengan ilmu ukhrawi ini”

“Kita mahu muslimat kita sentiasa berilmu selain daripada ilmu yang mereka dapat itu, dapatlah mereka membantu mayarakat kembali.. ” ujarnya.

Menurutnya, kursus yang telah diadakan pada Sabtu, 22 April yang lepas di Surau Sungai Kerak 3. dibahagikan kepada empat slot yang melibatkan teori dan fizikal.

Katanya, Kursus tersebut dikendalikan oleh Ustazah Fatimah Chik yang mahir dan berpengalaman luas di dalam bidang pengurusan jenazah.

Pada peringkat awal, kata beliau, para peserta diberikan penerangan serta alat yang diberikan untuk memandikan jenazah.


“Kemudiannya, mereka ditunjukkan cara menggunting kain dan persiapan kain kafan (dan) diteruskan dengan praktikal memandikan jenazah, manakala Slot 4 yang terakhir diteruskan dengan mengkafankan jenazah,

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Para peserta juga melahirkan kesyukuran kerana dapat belajar secara dekat ilmu pengurusan jenazah ini”

“Kita mengharapkan agar dari kursus ini dapat melahirkan lebih ramai tenaga pelapis muslimat di dalam pengurusan jenazah ini, memandangkan kita sekarang kekurangan tenaga yang yakin turun ke lapangan, ” ujar Puan Noramina lagi.

Beliau turut mengucaplan terima kasih kepada sokongan semua saf kepimpinan muslimat cawangan memberikan kerjasama dalam program tersebut.

Sumber BO - 23-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Sistem Pentadbiran BN Gagal












KUALA NERUS – Sistem pentadbiran kerajaan BN gagal dan meletakkan negara Malaysia dalam kedudukan yang tidak stabil.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Dr Nik Zawawi bin Salleh berkata, ia telah membawa kepada kearah kebejatan, kemusnahan, sistem ekonomi rasuah, penggelapan wang negara dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata, perkara yang paling membimbangkan ialah isu melibatkan jenayah rompakan, yang terdiri daripada golongan ‘kolar putih’.

“Baru-baru ini kita didedahkan media ratusan juta wang yang digelapkan, disimpan dalam rumah……kalau simpan dalam bank panjang cerita,

“ada bukti ada akaun dari semua ini orang akan boleh dikesan terpaksa (wang tidak sah) ia simpan dalam rumah seperti yang berlaku kepada Pengarah Air Sabah, ratusan juta dirampas dari rumahnya,” jelas beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu berkata demikian ketika merasmikan Majlis Minum Petang (Hi-Tea) Muslimat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal bapada Jumaat 21 April.



Selain itu menurut beliau, banyak kes ketidaktelusan yang dinyatakan secara rasmi melalui Laporan Ketua Audit Negara pada setiap tahun.

Katanya, ia adalah bukti secara jelas, salah laku berlaku secara berterusan dalam kerajaan yang terus mengamalkan polisi yang sama.

“sekiranya kerajaan ini mengamalkan polisi yang sama ia akan menjurus kearah itu…..bermula dari Perdana Menteri pertama Tunku Abd Rahman sehingga zaman (Tun) Mahathir,

“dan zaman (Dato’ Seri) Najib, lagi tenat sehingga ke hari ini, sistem yang diguna pakai gagal menangani semua yang disebut diatas, kerana sistem yang sama, walau pemimpin berbeza,” tegasnya.

Cuma bezanya, kata beliau, maklumat masakini lebih terdedah berbanding dahulu dengan adanya teknologi maklumat seperti telefon pintas dan aplikasi mesej atas talian.

Justeru itu, beliau bersyukur kerana Usul Pindaan Rang Undang-undang Akta 355 (RUU355) dapat dibentangkan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awan, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang.

“Saya kira ada hubung kait dengan apa yang saya katakana……menyebabkan kita berfikir apa nak jadi kepada negara kita ini……generasi anak-anak kita semakin lama semakin teruk,

“oleh itu kerajaan yang ada hari ini perlu ditukar, kerana sistem (dan) polisi yang diamalkan gagal menjamin kesejahteraan rakyat ,” ujar beliau.

Belua menekankan, sistem yang direka oleh manusia akan menjadikan natijahnya sama sahaja, kecuali kembali kepada sistem ciptaan Allah.

“Wajarlah kita buat perubahan pada pilihan raya umum ke-14 nanti,” tambah beliau

Sumber BO - 23-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























Harga Minyak Naik Setiap Minggu Menambah Sukar Rakyat

KUALA TERENGGANU – Rakyat menghadapi masalah besar apabila berlaku kenaikan kenaikan
harga minyak berterusan, pada tiap-tiap minggu, berbanding sebelumnya, hanya sebulan sekali.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, menyusahkan
seluruh rakyat di negara ini.


“apabila berlaku kenaikan harga minyak (secara berterusan pada setiap minggu) menyebabkan kos
barangankeperluan seharian meningkat,

“semua yang berkait akan betgerak (naik) harganya, sehinggakan rakyat tidak boleh merancang
perbelanjaan mereka ekoran harga bahan api yang tidak menentu itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma anjuran Pusat
Khidmat Parlimen PAS Kuala Terengganu di Pasar Tani, Padang Hiliran dekat sini semalam Khamis
20 April.

Malangnya, tambah beliau, walaupun ada sekali sekala harga minyak turun, namun harga barangan
dan perkhidmatan terus kekal, semakin meningkat.

Sehubungan itu, Pasar Tani tersebutt yang dahulunya penuh sesak sejak awal pagi, menjadi ‘lengang’
lebih awal kerana kekurangan pengunjung.


Seorang peniaga makanan Tijah Saat berkata, keadaan tersebut semakin ketara, sejak tahun 2016 lagi.

“minyak naik pula….jadi 30 sen semalam…..tengoklah orang makin kurang mari beli belah kat sini,

orang tak ada duit nak belanja,” kata beliau yang telah mengusahakan sebuah warung di belakang
Pasar tersebut sejak 25 tahun yang lalu.

Manakala seorang peniaga buah-huan dan sayuran, Abdullah Md Amin mengeluh kerana jualannya
masih banyak, sedangkan waktu sudah mencecah jam 11 pagi.

“macam ni lah……sejak tahun lepas…..keadaan orang ramai datang ke pasar ni, orang kurang duit
nak belanja, keadaan ekonomi tak menentu,

“pendapatan tak bertambah, GST mengurangkan kuasa beli rakyat dengan harga barangan dan
perkhidmatan yang semakin naik,” kata beliau.


Justeru itu, Ustaz Wan Sukairi yan juga Penolong SetiausahaPAS Terengganu berkata, PAS Kuala
Terengganu telah memberikan perkhidmatan kepada orang ramai melalui pejabat Parlimen PAS
dirasmikan dan melancarkan oeprasinya, setahun yang lalu.

“melaluprogram (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) ini kita berusaha untuk mengurangkan beban kos
kehidupan rakyat,

“kita bermula dengan seorang doktor dan memberikan khidmat sebulan sekali….sekaran
Alhamdulillah sekarang, kita ada sukarelan (doktor) seramai 10 orang dan memberikan khidmat
kepada masyarakat setiap minggu,” tegas beliau.


Menurut beliau, sekurang-kurangnya warga Kuala Terengganu dapat menjimatkan wang mereka dengan mereka ke program tesebut.

Selain itu, kata beliau, Program Aghan Makanan Percuma dan Khidmat Guaman Percuma juga berjalan dengan baik, di Pejabat Khimat Parlimen PAS di Jalan Banggol, di bandaraya ini.

Temubual dengan Ustaz Wan Sukari boleh diikuti melalui HARAP TV.

Sumber BO - 21-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Isyarat jelas tukar k’jaan Terengganu – Satiful Bahri
Posted on Thursday, April 20 @ 15:16:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34622


KUALA NERUS: Janji bersyarat kerajaan Umno Terengganu kepada rak yat sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya me rampas semula kerusi Parlimen Kua la Nerus dan Kuala Te rengganu disifatkan se bagai tidak bertanggungjawab oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif yang berjanji akan me nawarkan skim sewa beli bagi rumah Projek Perumah an Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan Bukit Nanas jika BN berjaya merampas semula dua kerusi Parlimen tersebut.


“BN yang memerintah Terengganu hari ini bukan sebuah kerajaan bertanggungjawab, saya rasa ini signal kepada rakyat supaya tukarlah (kerajaan BN sekarang),” kata Ustaz Saiful.

Kata beliau, apa yang disebut oleh Menteri besar itu menunjukkan sikap diskriminasi terhadap rakyat yang tidak menyokong BN.

“Jika Umno-BN gagal di Kuala Nerus, makna nya dia tidak tunai (janji) itu,” ujarnya ketika di temui di Majlis Makan Malam Dana PRU14 PAS Terengganu Ber sama Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dekat sini baru ini

Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka mendakwa janji yang sama di buat oleh Umno-BN terhadap mana-mana kawa san Dewan Undangan Ne geri (Dun) yang dimenangi PAS.

Katanya, peruntukan RM30 juta bagi pembangunan setiap Dun di negeri ini hanya disalurkan di kawasan yang dimenangi oleh Umno-BN.

“Kita harap rakyat sedar perkara ini dan tidak beri kuasa lagi kepada dia (Umno- BN) pada PRU14, akan datang,” jelasnya.

Sumber TKO - 20-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Operasi MBKT: Ini penjelasan persatuan peniaga

KECOH di Pasar Payang semalam operasi MBKT merampas dan membuka kanopi peniaga. GANTI telah berhubung Persatuan Peniaga Kecil dan Penjaja di situ bagi mendapat gambaran isu apa dan kenapa begitu operasi yang kelihatan keras kepada peniaga. 
Berikut respon awal yang saya terima; 
"Untuk Makluman. Tempat baru sudah disediakan. Tempat orang jual durian. Tetapi peniaga ini masih berdegil dan MBKT sudah beri notis larangan berniaga disitu. 
Perobohan dibuat setelah peniaga ini berdegil dan masih meneruskan perniagaan di situ. Harap maklum." 
Saya percaya jika siapapun mentadbir negeri pasti akan ada peraturannya bertujuan menyusun agar ruang niaga teratur, menarik dan memberi keselesaan kepada pengunjung dan peniaga. Ia perlu adil kepada semua pihak. 
Adanya respon persatuan, menggambarkan tindakan MBKT adalah secara konsensus, dipersetujui warga Pasar Payang sendiri setelah nasihat, notis dan peringatan yang munasabah dan adil diberikan kepada yang terlibat. 
Sementelah lagi ruang baru dikatakan sudah disediakan. 
Jika notis sudah ada, tempat baru ganti berniaga yang munasabah telah disediakan, MBKT pada pandangan GANTI telah melaksanakan amanah kewajipannya. 
Melainkan maklumat ini tidak benar, GANTI sentiasa akan berada pada posisi menuntut perubahan yang lebih baik untuk negeri dan rakyat. 
AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
20 April 2017 – HARAKAHDAILY 20/4/2017
Sumber HD - 20-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































PAS Bergerak Atas ‘Politik Sebenar’














PAS bergerak diatas ‘politik sebenar’ sebagai parti dakwah yang menyeru manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan menjadikan kaedah aman dan perundingan, tanpa menggadaikan prinsip Islam.

Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, prinsip PAS untuk menegakkan Islam tidak berubah, mengajak manusia kepada Allah supaya manusia mengikuti agama Allah.

“prinsip Islam itu mesti menjadi tunjang…..prinsip ini tidak berubah (dan) politik PAS bukan sahaja untuk melawan Umno tetapi (lebih dari itu) PAS mengajak manusia kepada Islam supaya mengikuti segala suruhan Allah,

“politik PAS bukan sahaja mahu menjatuhkan kerana (Umno dan BN) tetapi memberi penyelesaian kepada semua permasalahan menurut cara Islam,” jelasnya.













Beliau berkata demikian kepada komuniti Islam dan masyarakat Malaysia Doha, disiarkan secara langsung melalui Harap TV semalam 18 April, sempena lawatan kerjanya ke negara Qatar.

Turut bersama beliau dalam Dialog itu ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.


Selain itu, tegas beliau, amalan politik damai dan diplomasi PAS untuk Islam, membolekan PAS berunding dengan sesiapa sahaja termasuk dengan kerajaan Barisan Nasional dalam usaha untuk melaksanaka Islam di Malaysia.

Namun begitu, usaha itu dicemburui oleh musuh-musuh PAS sehingga mereka ‘melencongkan’ pemikiran orang ramai dengan fitnah yang mengatakan, bahawa PAS mahu bergabung dengan parti tersebut.

“politik damai dan diplomasi serta perundingan PAS sehingga membuka pemikiran masyarakat…… kita berunding dengan kerajaan BN membolehkan RUU355 dibentangkan di parlimen oleh Presiden PAS baru-baru ini,

“tetapi dipusing kerana cemburu, sehingga membentuk persepsi yang ditanam bahawa PAS mahu bergabung dengan (sedangkan) BN telah menjadi musuh PAS sekian lama,” kata beliau.

Justeru itu, kata beliau, PAS tidak menggunakan kaedah fitnah tetapi membawa sesuatu dengah hujah untuk menonjolkan dirinya.

“Politik PAS adalah politik realiti berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, PAS membangkang dan berhujah dengan cara yang paling baik,

“sehingga musuh tradisi PAS (iaitu) Umno akhirnya menjadi pendorong dan teman untuk menyokong perjuangan dan mengundi PAS,” jelasnya lagi.

Sumber BO - 19-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ops Medan : Strategi Dekati Pengundi Di Tempat Awam















Oleh: Khalid Abdullah

KEMAMAN – PAS Kawasan Kemaman terus meningkatkan keupayaan jentera pilihanraya melalui program terbaru mereka dikenali sebagai Ops Medan.

Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata demikian ketika hadir melancarkan program tersebut di Tapak Pasar Malam Kertih, di sini, petang semalam Selasa 18 April.
“Program ini lebih bertujuan menyantuni pemilih berdaftar di tempat awam berutamanya golongan muda dan melibatkan pimpinan utama PAS kawasan….. ia akan dilaksanakan di setiap pasar minggu utama di seluruh Kemaman” kata Ustaz Alias.


“Kita juga membuka kaunter semakan daftar pemilih, mengedarkan risalah 5 Tawaran Awal PAS Negeri Terengganu dan memberi penerangan ringkas isu-isu semasa” tambah beliau lagi.

Sambutan spontan agak meriah diberikan oleh orang ramai terutamanya golongan muda dan peniaga pasar malam dengan bersalaman dengan pimpinan PAS serta turut serta membuat semakan daftar pemilih.

Ustaz Alias juga sempat merakam penghargaan terima kasih kepada semua petugas jentera pilihanraya yang melapangkan masa hadir pada petang itu dalam menjayakan program tersebut.

Sumber BO - 19-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































Politik PAS bukan sahaja lawan Umno

PAS bergerak di atas ‘politik sebenar’ sebagai parti dakwah yang menyeru manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan menjadikan kaedah aman dan perundingan, tanpa menggadaikan prinsip Islam. 
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, prinsip PAS untuk menegakkan Islam tidak berubah, mengajak manusia supaya mengikuti agama Allah. 
“Prinsip Islam itu mesti menjadi tunjang. Prinsip ini tidak berubah. Politik PAS bukan sahaja untuk melawan Umno tetapi PAS mengajak manusia kepada Islam supaya mengikuti segala suruhan Allah. 
“Politik PAS bukan sahaja mahu menjatuhkan (Umno) tetapi memberi penyelesaian kepada semua permasalahan menurut cara Islam,” jelasnya dipetik Buletin Online.
Beliau berkata demikian kepada komuniti Islam dan masyarakat Malaysia Doha, disiarkan secara langsung melalui Harap TV semalam, sempena lawatan kerja ke negara Qatar. 
Turut bersama beliau dalam dialog itu ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus. 
Selain itu, tegas beliau, amalan politik damai dan diplomasi PAS untuk Islam, membolekan PAS berunding dengan sesiapa sahaja termasuk kerajaan Barisan Nasional dalam usaha untuk melaksanakan Islam di Malaysia. 
Namun begitu, katanya usaha itu dicemburui oleh musuh-musuh PAS sehingga mereka ‘melencongkan’ pemikiran orang ramai dengan fitnah yang mengatakan bahawa PAS mahu bergabung dengan parti tersebut. 
“Politik damai dan diplomasi serta perundingan PAS sehingga membuka pemikiran masyarakat, kita berunding dengan kerajaan BN membolehkan RUU355 dibentangkan di parlimen oleh Presiden PAS baru-baru ini. 
“Tetapi dipusing kerana cemburu, sehingga membentuk persepsi yang ditanam bahawa PAS mahu bergabung dengan BN telah menjadi musuh PAS sekian lama,” kata beliau yang juga Adun Bukit Payong. 
Justeru itu, kata beliau, PAS tidak menggunakan kaedah fitnah tetapi membawa sesuatu dengah hujah untuk menonjolkan dirinya.
Sumber HD - 19-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 








































Kerajaan Umno-BN Tidak Bertanggungjawab, Amalkan Diskriminasi













KUALA NERUS – Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, bahkan memerintah dengan penuh sikap diskriminasi terhadap rakyat.
Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, sebelum ini, rakyat yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak dimenangi oleh parti itu menjadi mangsa ketidakadilan.

“baru-baru ini diumumkan peruntukan RM30 juta pembangunan untuk DUN yang BN menang, jadi yang BN tidak memerintah bukan rakyat dia ke?


“sekarang siapa yang memerintah? siapa Menteri Besar dan siapa Barisan Nasional? Parti mana yang memerintah Terengganu? Parti mana yang memerintah kerajaan pusat?,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang disifatkan tidak bertanggangung jawab.

Razif dalam ucapannya berkata, rumah yang dibina dibawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Nenas dan Hiliran hanya akan diberikan secara sewa beli, sekiranya BN dapat merampas kembali parlimen Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Menurut Ustaz Satiful sudah menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan membina rumah, termasuk menyediakan kemudahan sewa beli, agar rakyat mudah memiliki rumah.


“itu merupakan tanggungjawab dia dan sepatutnya konsep secara sewa beli ini bukan hari ini sahaja tapi sudah lama!

“Berapa kali sudah dijanjikan PPR itu, ini bukan hanya kemudahan rakyat tapi ini seolah-olah janji politik……..jadi kalau Umno gagal di Kuala Nerus maknanya beliau tidak akan menunaikan janji?,” soal beliau.

ADUN Paka itu berkata demikian pada Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya di sebuah hotel di sini pada Sabtu malam, 15 April.

Oleh itu, beliau turut menempelak Pengerusi Barisan Nasional Dato’ Seri Najib Razak yang hadir pada perasmian PPR Bukit Nenas, Tepoh, Sabtu lalu.

“Ini adalah projek kerajaan! macam mana dia (Najib) boleh jadikan sebagai tawaran kepada parti?

“Maknanya MB (Ahmad Razif juga) tidak boleh membezakan antara kerajaan dan parti, jadi kita harap rakyat sedar akan perkara ini supaya kita tidak memberikan kuasa kepada dia,
“supaya (biar) kuasa balik semula kepada rakyat,” tegasnya.

Sumber BO - 18-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































PUTIB Anjur Makan Malam Dana Pembinaan













KEMAMAN – Pusat Tarbiyyah Islam Binjai Kemaman (PUTIB) akan mengadakan majlis makan malam sambil menderma bertujuan untuk mengisi tabung dana pembinaan fasa kedua pusat tersebut.

Pengerusi PUTIB, Ustaz Harun Ibrahim berkata program akan diadakan di Restoran Cahaya Mesra Geliga, di sini, pada 19 Mei 2017, jam 8.00 malam.

Dua orang tetamu kehormat diundang khas pada majlis itu adalah Yang Berhormat (YB) Datuk Mohd Amar bin Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Dato Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Setiausaha Majlis Syura Ulama.


“Kami sudah mula menjual kopun sumbangan untuk memudahkan orang ramai menderma…….Sekiranya berminat untuk hadir, sumbangan RM50.00 dipohon untuk seorang peserta dan RM300.00 untuk sebuah meja 6 orang,” kata beliau.

Ustaz Harun amat berharap masyarakat bersedia membantu PUTIB untuk menyiapkan segera dinding bangunan(plaster), cermin tingkap dan tempat wuduk lelaki dengan anggaran kos sebanyak RM18 000.00 diperlukan.

Orang ramai yang berhajat untuk hadir majlis makan malam tersebut boleh menghubungi beliau di talian 014 8455766 atau Pengarah Majlis Makan Malam PUTIB, Nik Ismail Ali, 019 9314919.

Sumber BO - 17-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Pregnant Woman Dies Of H1N1













KUALA TERENGGANU – A pregnant woman died of the Influenza A virus (H1N1) here on April 13, the Terengganu Health Department said.

“She was admitted to the Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) on April 7 after suffering from fever for a week. She went to a private hospital before being referred to the government hospital here where she was admitted to the intensive care unit (ICU),” state Health Department director Dr Mohammad Omar said.

There was improvement at first but she died on April 13, he told a press conference on Saturday night.

Dr Mohammad, however, dispelled talk about a worsening outbreak in the state.

He also urged the public not to panic as the disease had been categorised as seasonal influenza since 2013 and no longer needed to be repor­ted to the Health Ministry.


“The disease has been categorised as the common cold. Perhaps there are those who are infected by H1N1 but consider it as common cold except for certain cases where complications arise,” he added.

Prior to 2013, there were only 27 H1N1 cases, mostly in Sarawak.

“Now on average, the hospital has 10 cases of suspected H1N1 every month. The majority of them recover once they are referred to a specialist,” Dr Mohammad said.

Those who have the symptoms should avoid mingling with others and avoid going out.

“Use a sanitiser and wear face masks. If the cough worsens, please go to the hospital,” Dr Mohammad said.

Among the groups at risk of contracting this disease are pregnant women, children, the elderly and those with chronic diseases such as diabetes, he added. — Bernama

Sumber BO - 17-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































BN rasuah rakyat dengan duit rakyat, memalukan

SAYA ingin menarik perhatian seluruh rakyat Terengganu berkaitan dengan satu laporan yang disiarkan semalam berhubung dengan janji Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman  kepada rakyat yang bakal dipilih bagi menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Nanas dan yang sudah menduduki di Padang Hiliran iaitu dengan menjanjikan kaedah sewa beli kepada penyewa jika sekiranya BN menang di Parlimen Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. 
Sejumlah 1,700 buah PPR kesemuanya iaitu 500 buah yang baharu diadakan upacara pecah tanah di Bukit Nanas semalam, dan baki 1,200 lagi, telah didiami di Padang Hiliran dengan peruntukan sebanyak RM217 juta oleh kerajaan pusat itu. Dilaporkan juga, pelbagai lagi janji kemajuan yang akan dibawa oleh kerajaan pusat ke negeri Terengganu jika sekiranya BN memenangi kedua-dua kerusi itu serta Dun Tepoh milik PAS di Parlimen Kuala Nerus. 
Begitu memualkan, menjijikkan dan sangat terkeji perbuatan merasuah rakyat oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar ini. Apatah lagi rasuah itu dengan menggunakan duit rakyat pula. Sedang mereka menjawat jawatan ketua kepada seluruh rakyat Malaysia dan Terengganu. 
Dengan janji rasuah itu jelas bahawa, PPR yang ada sekarang di Padang Hiliran yang sentiasa rosak lifnya dan PPR Bukit Nanas yang bakal didiami nanti, hanyalah bagi orang Umno-BN sahaja. 
Sedangkan demokrasi menjanjikan hak untuk memilih dan juga hak bagi mendapat kemudahan secara sama rata oleh semua rakyat, tanpa mengira ideologi. Lebih hina perbuatan ini adalah kerana sangat jauh melencong daripada petunjuk al-Quran dan Sunnah dengan mengenepikan keadilan sosial yang dijamin. Sememangnya Umno-BN sinonim dengan kezaliman. 
Sebelum tampuk pemerintahan Terengganu yang diterajui PAS, dirampas dengan cara jahat oleh Umno-BN pada tahun 2004, rakyat Terengganu juga dihidangkan dengan janji pelbagai menu kemajuan dan kekayaan. Tetapi malang bagi rakyat Terengganu, Umno-BN kemudiannya menjadikan rakyat Terengganu seperti Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai. 
Berapa jumlah wang yang dileburkan oleh Umno-BN setelah memerintah kembali Terengganu? Ya, jumlahnya ialah ribu juta ringgit. Lebih RM1 billion dibenamkan ke dasar Sungai Terengganu bagi persiapan dan acara Monsoon Cup. Mana Monsoon Cup sekarang? Apa yang rakyat Terengganu dapat? Kemiskinan rakyat ketika itu tetap tinggi. 
Hampir RM2 billion pula diberikan kepada kerajaan pusat bagi membina Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang pada mulanya kerajaan bersetuju tidak dikenakan tol, tetapi akhirnya rakyat Terengganu terpaksa membayar tol. 
Bajet LPT2 meningkat hampir sekali ganda daripada bajet asal kerana kontraktor yang dipilih oleh kerajaan Terengganu dibawah Umno-BN gagal menyiapkan pakej-pakej yang diberikan. Dan paling menggembirakan kontraktor-kontraktor kroni-kroni Umno-BN ini ialah, mereka tidak dikenakan hukuman, malah diberi semula tender. Kontraktor makan sedap, rakyat dapat tol. Dan semua ini adalah menggunakan wang anda wahai rakyat Terengganu! 
Ini belum lagi dibincangkan tentang Projek Bebas Cukai Tasik Kenyir yang sehingga kini masih gagal disiapkan, tetapi sudah ratusan juta wang rakyat Terengganu telah dimamah oleh orang-orang tertentu. Sekarang kerana sudah kehabisan wang, pembesar-pembesar Umno-BN melakonkan watak sopan, suci dan murni dengan mengumumkan kepada rakyat, mereka mula memotong gaji mereka bagi mengisi Tabung Darul Iman dan mengajak rakyat sama-sama turut menyertai mereka. 
Ketika membaham wang rakyat, rakyat tidak diajak sama, ketika mahu mengisi kembali kantung, tiba-tiba rakyat dipelawa. Kemana perginya wang royalti yang dirompak mereka dahulu? Mana isi Tabung Amanah Warisan Terengganu? Inikah cara pembangunan yang dibangga-banggakan yang mahu ditawarkan kepada rakyat Terengganu? Saya yakin rakyat Terengganu tidak sebodoh itu. 
Kini mereka datang lagi dengan menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat Terengganu. Apakah mereka tidak memberikan kemajuan kepada rakyat setelah puluhan tahun mereka menang dahulu? 
Kemajuan dan pembangunan yang mereka maksudkan ialah mereka hanya mahukan kuasa bagi mengisi perut mereka dan kroni-kroni sahaja dan bukan untuk rakyat.
Diberikan hampas kepada rakyat, dibodohkan dan dimiskinkan rakyat bagi memudahkan rakyat merasa terhina, merempat di negeri sendiri dan akhirnya melutut menyembah mereka bagi mendapatkan apa yang dikatakan sebagai kemajuan. Inilah politik Umno-BN. Sanggup mengugut, memeras, membohongi dan menghina rakyat mereka sendiri demi kepentingan mereka. 
Jangan Umno-BN sangka dengan situasi ‘tidak belaga angin’ antara PAS dan PKR ketika ini, ia akan menjejaskan perhatian PAS kepada rakyat. Rakyat adalah keutamaan kami. Mata kami sentiasa tajam memerhati bagi menyelamatkan rakyat dari penindasan Umno-BN yang tidak pernah berhenti. Kerana PAS menyedari bahawa tiada parti lain lagi yang boleh menolong rakyat menentang Umno-BN. Oleh itu saya menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu agar bangkit melawan pembodohan oleh Umno-BN ini. Insya Allah PAS akan menghapuskan segala kezaliman ini dengan bantuan rakyat dan memberikan pemerintahan yang adil mengikut al-Quran dan Sunnah. Wallahua’lam. 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
19 Rejab 1438/ 16 April 2017
Sumber HD - 17-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Karikatur biadap: Beri tindakan sewajarnya

DEWAN Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memandang berat penyiaran karikatur lukisan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang oleh saudara Fahmi Reza seperti monyet dan menghina pakaian serban. 
Penyiaran karikatur menerusi Facebook pada 13 April lalu dinilai tidak sensitif terhadap sentimen semasa dan dikhuatiri hanya akan memanjangkan polemik tersebut dan menjadikan perbalahan berpanjangan di kalangan yang menentang dan bersetuju. 
Apatah lagi ianya turut disebarkan sama oleh Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai, Johor seolah menghina Ahli Parlimen Marang. 
Islam sangat meraikan hak kebebasan bersuara dan bertindak, tetapi ianya perlulah menepati garis panduan syarak yang telah ditetapkan dalam Islam. 
Mengambil kesempatan ini, DPPNT juga menggesa semua pengguna media sosial untuk menjaga tutur kata dalam komentar terutama sekali membabitkan isu semasa. 
Mereka seharus menampilkan sikap dan perilaku sebagai anak muda yang sopan kerana ia akan diteladani dan serta memberi kesan kepada pembangunan moral generasi muda. 
Akhir sekali, DPPNT menggesa tindakan sewajarnya dapat diberikan kepada mereka yang melakukan kebiadapan tersebut dan menjadikannya pengajaran kepada pihak lain jangan mengulanginya. 
ANAK MUDA TOLAK POLITIK KETERLALUAN.
BERTEKAD MELEBAR MUAFAKAT 
YB USTAZ HILMI HARUN
NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU
16 April 2017
Sumber HD - 16-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Dua Bersaudara Terselamat Kebakaran















Oleh Khalid Abdullah

KEMAMAN – Dua bersaudara yang sedang lena tidur dan seorang lagi sedang mandi hampir terperangkap dalam rumah yang sedang terbakar di Kampung Gong Chengal, Kemasik, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada 10.15 pagi, tiga bersaudara tersebut sempat keluar menyelamatkan diri apabila terdengar bunyi letupan kecil dan asap tebal mula menyelubungi setiap ruang rumah.

Pemilik rumah, Ismail Abdullah, 70, tiada di rumah semasa kejadian kerana sedang menikmati minum pagi di kedai makan berhampiran.

“Sebaik sahaja dimaklumkan oleh jiran, saya bergegas pulang dan melihat api sedang marak menjulang
“Lega bila melihat cucu, anak dan adik yang sedang tidur sebelum keluar tadi sudah berada di luar rumah dan sedang sibuk cuba memadam kebakaran” ujur Ismail.


Beliau berkata demikian ketia dikunjungi oelh Yang DiPertua PAS Kemaman Ustaz Alias Hamid selepas kejadian pada Jumaat 14 April.

Pegawai Bomba Dan Penyelamat Kertih, PBK II Maznan Said yang ditemui sebaik sahaja selesai menyelia operasi memadam kebakaran tersebut, mereka tiba sebaik sahaja mendapat panggilan pada pukul 10.18 pagi dengan kekuatan sebuah jentera dan empat anggota.

Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kayu tersebut dapat dikawal dalam masa lima minit dan segala punca dan anggaran kerugian akan dikenalpasti oleh Bahagian Forensik Kebakaran Bomba dan Penyelamat tersebut sebaik sahaja selesai siasatan dijalankan.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Kemasik, Amri Mamat yang kebetulan sedang melakukan ziarah kebajikan di kampung berkenaan bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan dan turut serta menyampaikan sumbangan awal.

Sumber BO - 15-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































Pelajar ‘Stroke’ Rayu Bantuan











Oleh : KAM

KUALA NERUS – Seorang pelajar, Muhammad Mazlan, 11, kini terlantar sakit dan sebahagian anggota kiri badannya lemah akibat penyakit ‘stroke’ (angin ahmar) pada 2 Februari lalu, merayu bantuan dari orang ramai.

Ibunya, Puan Wan Nafisah berkata anaknya itu, pada awalnya disyaki deman panas, sakit kepala yang teruk berterusan dalam beberapa hari.

Oleh itu, Muhammad telah membawa beliau ke Klinik 1Malaysia di Kampung Batin dan hanya dibekalkan ubat panadol sahaja oleh pihak klinik.

Namun menurutnya, setelah keadaan semakin  teruk, Muhammad telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan didapati berlaku pendarahan dikepalanya.

Ketika itu, kata Wan Nafisah, dihak doktor pakar di HSNZ telah mengesahkan pendarahan itu berlaku akibat deman panas yang dihidapi hingga membawa kepada penyakit sawan.

Malah, tempurung kepala Muhammad terpaksa dibuang sementara waktu ini dan beliau tidak sedarkan diri selama 13 hari berada di wad ICU HSNZ Kuala Terengganu.

Kini, kata beliau, setelah dua bulan berlalu keadaan Muhammad yang terlantar itu semakin pulih tetapi sering kali merenget dan menangis kesakitan bila berlaku kekejangan urat sarafnya.

Muhammad yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir hanya diberikan minum susu sahaja sebagai pemakanannya untuk terus hidup.

Ibunya berkata, setiap hari Muhammad memerlukan satu tin susu formula jenama Ensure Fos 40 gram yang berharga RM40.00 dan memerlukan 30 tin sebulan.

“Kami pun bukan dari keluarga yang senang, kos satu tin susu jenama Ensure Fos 40 gram ini berharga RM40.00 dan RM80.70 untuk yang 80 gram.

“Tapi, apa nak buat kami terima ini sebagai takdir Allah. Kita kena terima dengan sabar dan mengharapkan pertolongan Allah SWT,” ujar Puan Wan Nafisah.

Hari ini tidak ada lagi gelak ketawanya dan hilang seri keriangan anak bongsu itu dari keluarga Wan Nafisah dan suaminnya, Mazlan Abdullah, 55, sejak dua bulan lalu.

Muhammad adalah bekas pelajar Pasti Ulu Takir merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik serta mempunyai seorang kakak dan abang.

Tambah menyedihkan, Muhammad tidak mendapat sebarang bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Maidam (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu).

Sehubungan itu, orang ramai yang prihatin diseru menguhulurkan sumbangan kepadada Muhammad.
Mana-mana pihak yang ingin menyumbang sila hubungi Encik Mazlan ditalian 012-9543024 atau 09-6663024 atau melalui akaun Tabung Haji, Puan Wan Nafisah No. 120901000055269 dan Adam bin Mazlan, No. 11995-41-00018122-1 (Bank Simpanan Nasional).

Sumber BO - 14-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































Yang di atas akan dimusuhi

LUMRAH makhluk Allah termasuklah manusia, mereka akan memusuhi dan menyerang siapa yang lebih di atas dan superior daripadanya. 
Contohnya, semua pasukan Liga Super Malaysia akan menjadikan team seperti Pahang, Kedah dan JDT sebagai lawan yang perlu dikalahkan. Mana-mana pasukan yang dapat mengalahkan 3 team yang kuat ini dikira satu kebanggaan dan pencapaian yang baik. Demi mencapai matlamat, pasukan yang nak lawan 3 team ini akan rangka pelbagai taktik dan strategi. 
Jika pasukan bola Brazil mengalahkan Malaysia, keputusan perlawanan tersebut mungkin tak keluar pun dalam berita surat khabar di Brazil kerana itu sebenarnya bukan berita yang ada nilai berita. Tapi kalau Malaysia kalahkan Brazil, mungkin ia tetap akan disebut dan dipertuturkan selepas 30 tahun mendatang. 
Dalam politik begitu juga. Bila semua serangan ditujukan kepada PAS, ia adalah gambaran bahawa PAS adalah superior dan dominan dalam arus politik Malaysia sekarang. Lantas PAS perlu dijatuhkan dan dirosakkan imejnya. 
Mungkin kedengaran agak pelik bila PAS yang menjadi sasaran serangan kerana PAS bukanlah sebuah parti pemerintah yang berkuasa. Malah kerusi Parlimen milik PAS lebih sedikit bilangannya dari yang dimiliki oleh penyerang seperti DAP dan PKR. Itu belum lagi dikira kerusi Parlimen PAS yang dibawa lari oleh khadam mereka seperti Shah Alam, Kota Raja, Kuala Krai, Tumpat, Kuala Terengganu, Parit Buntar dan kelihatannya Pokok Sena pun sudah semakin condong menyembah bumi. 
Sebenarnya inilah hasil yang kita tuai apabila PAS terus teguh dan merasa izzah dengan aqidah serta prinsip perjuangan walau pelbagai badai melanda sehingga akhirnya kita kelihatan begitu terhormat di persada politik tanah air lalu mereka yang berpenyakit hati memandang kita dengan pandangan benci dan iri hati. 
Perpaduan dalaman PAS sekarang berada pada tahap yang paling optimum ditambah lagi sokongan kepada kepimpinan Presiden bersama Timbalan Presiden kelihatan padu apabila kedua-dua jawatan ini diisytiharkan menang tanpa bertanding menjelang Muktamar Tahunan ke-63 di Alor Setar akhir April ini. 
Kesepaduan dan kekuatan kita tentunya dicemburui. Paling ketara cemburu adalah parti yang berdebar-debar menunggu bagaimana nasib hubungan mereka bersama PAS yang akan dibahas dan diputuskan oleh muktamar nanti. Cuma walaupun belum lagi kita potong putus, nampaknya mereka telah menyiapkan gunting untuk dihulurkan kepada kita agar memudahkan kerja kita memotong riben tahaluf ini! 
Serangan demi serangan ditujukan kepada PAS termasuklah yang terkini bagaimana pakar strategi PKR terkial-kial untuk mengaitkan PAS terima dana dari 1MDB. Sekejap kata orang yang rapat dengan PAS. Sekejap pula kata bekas pimpinan PAS yang terima dana. Mungkin lepas ini timbul orang yang rapat dengan bekas pimpinan PAS pula terima dana. 
Percubaan untuk nak bunuh karakter Tuan Guru Presiden PAS tak semudah yang kamu sangka. Gerak langkah seorang ulama akan menjawab serangan kamu. Ketika kamu sedang lena tidur, ulama sedang menitiskan air mata atas sejadah. Kamu pasang segala pakar strategi, kamu lupa seorang ulama dilindungi Allah. 
Itu belum kira lagi saya dan ratusan ribu lagi yang sayangkan ulama akan bersedia mempertahankan setiap inci serangan. 
Akhirnya kamu akan sedar bagaimana kesudahannya. Tak sedar di dunia, di akhirat kelak. - HARAKAHDAILY 13/4/2017 
Penulis ialah Ketua Lajnah Kebajikan PAS Terengganu
Sumber HD - 13-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 























































Tiga MB, Tiga Kali Mahu Roboh Pasar Payang













KUALA TERENGGANU – Tiga kali Pasar Besar Kedai Payang mahu dirobohkan oleh tiga Menteri Besar Umno yang dilantik sejak Barisan Nasional (BN) ’merampas’ tampuk pemerintahan negeri Terengganu daripada PAS, pada tahun 2014.

Menurut seorang peniaga wanita Pasar itu, merobohkan Pasar Kedai Payang seolah-olah menjadi agenda penting kepada ketiga Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh, Dato’ Seri Ahmad Said dan Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Wan Maimunah Wan Ismail, 62, (Gambar bawah, kanan) berkata, walaupun cadangan membangunkan bangunan baharu terkini dipersetujui oleh para peniaga, namun beberapa syarat mestilah dipenuhi oleh kerajaan.

“Kami menetapkan syarat, boleh dirobohkan dengan syarat kami, dipindahkan serta merta bersama-sama ke tempat yang baharu dan dipindahkan semula ke Pasar Payang ni bersama sama, “


“Kami tidak mahu berperingkat-peringkat, sebab (ia akan menimbulkan) masalah………apabila berperingkat-peringkat, situasi peniaga lama dulu telah mengalami kerugian yang besar, masa perpindahan di tepi Bukit Puteri, masa tu kita masih kecil lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh HARAP TV dalam rancangan ‘Apa Khabar Pasar Payang’ pada Isnin 10 April.

Beliau yang sudah 15 tahun berniaga di pasar bersejarah itu berkata, rancangan merobohkan pasar oleh Idris Jusoh dan Ahmad Said tidak dipersetujui oleh para peniaga.

“Pada masa tu Idris Jusoh hendak merobohkan dan membaiki pulih, dan kami peniaga-peniaga (tidak) bersetuju (tetapi setuju) untuk membaikipulih Pasar Kedai Payang (sahaja),


“rancangan merobohkan pasar diperingkat kedua adalah semasa Ahmad Said sebagai Menteri Besar……dan ditentang keras oleh peniaga-peniaga dengan menaikkan kain rentang tanda protes,” tegas beliau.

Ia adalah kerana, kata beliau, ketika itu kerajaan mahu merobohkan keseluruhan pasar tersebut dan mahu membina sebuah bangunan empat tingkat dengan pangsapuri dan pusat beli belah serta hotel.

Justeru itu, kata beliau, hasil perbincangan di antara antara peniaga dan Ahmad Razif, Menteri Besar berjanji akan menempatkan peniaga asal kepada Pasar yang baharu, selepas siap pembinaannya.

“Keadaan pasar memanglah uzur, di mana peniaga-peniaga, di bawahnya berniaga ikan basah, dan di atasnya berniaga kain tidak baguslah,


“Yang kedua, Pasar Payang ni bahagian-bahagian atasnya (atapnya) bocor dan kita boleh baiki semula,” ujar beliau lagi.
Beliau yang merupakan seorang ibu tunggal melahirkan harapan, dengan pembinaan pasar yang baharu, keadaan susunan perniagaan akan lebih teratur.

“(kita minta supaya) ada tempat letak kereta untuk OKU, laluan-laluan OKU dari atas parking kereta………sehingga ke lot-lot perniagaan,

“hendaklah dibina dan juga tandas yang baik, bersih serta air yang mencukupi kerana masalah bekalan air terutama semasa cuti persekolahan selalu berlaku,” katanya lagi

Sumber BO - 12-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hubungan PAS engan PKR di Terengganu sudah lama berakhir
Posted on Wednesday, April 12 @ 17:51:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34472



KUALA TERENGGANU - Sikap PKR yang tidak menghormati Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak kebelakangan ini disifatkan sebagai tindakan melampau sehingga menyebabkan beberapa Pas kawasan termasuk dari negeri ini mengusulkan putus hubungan dengan parti itu.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat turut menyifatkan hubungan Pas dengan PKR Terengganu sudah berakhir lebih-lebih lagi dengan sikap PKR yang jelas menjadikan Pas sebagai ‘anak tangga’ untuk memastikan parti mereka mengorak langkah lebih cepat dalam politik negara.

Menurutnya, tindak-tanduk itu amat mengecewakan Pas sedangkan beliau mendakwa, kemenangan PKR sebelum ini adalah hasil sokongan padu jentera Pas memastikan kemenangan calon mereka yang bertanding pada pilihan raya lepas.

“Hubungan Pas dengan PKR Terengganu berakhir. Tiada lagi senda gurau malah tiada lagi harapan bersama. Cukuplah dengan kelakuan aneh sejak kita bertahalluf,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha III Pas Terengganu menyatakan sokongan terhadap kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebelum ini berhubung keputusan meletakkan calon Pas di kesemua kerusi di negeri ini.

Menurutnya, perkembangan tersebut menggambarkan bahawa Pas Terengganu tidak sesekali memberi peluang kepada pihak lain untuk menang di kerusi Parlimen dan Dun di Terengganu pada pilihan raya akan datang.

Beliau turut menjelaskan, Pas akan terus komited memastikan parti itu menggunakan saluran demokrasi dalam berdepan cabaran PRU14 secara bersendirian.

“Pas Terengganu sedang menggenggam erat bahawa Pas akan bertanding di 32 kerusi Dun dan lapan Parlimen secara bersendirian. Pas sudah berada di arena politik sejak PRU1 hingga PRU13.


  “Pahit maung Pas galas bersama. Meski pun kalah setiap pilihan raya namun Pas tetap menjuarai demokrasi. Pas tidak mengamuk, Pas tetap menunggu pilihan raya akan datang,” katanya.

Sumber TKO - 122-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































PAS Kawasan Dungun Kunjung Hormat Ketua Polis Daerah











DUNGUN – PAS Kawasan Dungun meraikan sambutan Hari Polis ke-210 dengan melakukan kunjungan hormat dan perbincangan berkaitan permasalahan setempat.

Yang DiPertuanya YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengetuai rombangan bagi pihak PAS Kawasan bersama-sama Ahli Jawatankuasa Dewan Harian.

Beliau yang Ahli Parlimen Dungun mewakili seluruh warga Dungun menyampaikan ucapan sambutan hari Polis semasa pertemuan itu.


Rombangan ini disambut sendiri oleh Ketua Polis Daerah, Ahmad Zailani Haji Yaakop dan tiga pegawai yang lain.

Perjumpaan selama satu jam berjalan dalam suasana baik dan santai dengan masing-masing bertukar-tukar pandangan.

Beliau berkata, perjumpaan ini adalah sebagai menghargai tugasan Pihak Polis melaksanakan tugas yang sangat mencabar ini.


“Saya sampaikan ucapan hari Polis dan kami berbincang beberapa perkara berkaitan semasa dari sudut tugasan Polis khasnya di dalam daerah Dungun

“InsyaAllah hubungan akan terus diperkukuhkan dari semasa dan kita juga telah mendengar cadangan pihak polis kepada kita. Itu asas perjumpaan kita.” Ujar beliau ketika ditemui selepas kunjungan tersebut pada Selasa 11 April.

Turut hadir Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan, YB Wan Hapandi Wan Nik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sura, Naib YDP, Ustaz Azman Shapawi, Setiausaha Pas Kawasan dan Ketua Muslimat PAS Kawasan.

Sumber BO - 12-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































Rafizi, Nanyang Siang Pau apa bezanya?

SAYA ingin menyentuh dua isu sekali gus dalam tulisan saya kali ini. Oleh kerana peristiwa ini berlaku sama hari, jadi eloklah saya tidak membuang masa saya dengan menyentuh satu persatu. Lagipun kualiti fitnah sampah dari kedua-duanya tiadalah jauh perbezaannya. 
Nanyang Sian Pau dengan jelas cuba menggugat keharmonian agama dan kaum di Malaysia dengan cubaan menghina bangsa, perlembagaan dan juga paling dahsyat iaitu menghina agama Islam, agama persekutuan kita. Fitnah terburuk daripada mereka.
Dengan cercaan mereka terhadap Speaker dan Ahli Parlimen Melayu Islam yan dipilih secara sah, dan menggunakan saluran perlembagaan yang benar, jelas menunjukkan mereka sanggup melakukan kejahatan sehingga sanggup memfitnah dan menghina perlembagaan negara sendiri. Makhluk jenis ini mungkin boleh berbuat lebih teruk jika kehendak mereka tidak diperolehi walaupun pihak lawan mereka benar. 
Keduanya isu yang sedang dipolemikkan oleh pakar strategi PKR iaitu YB Rafizi Ramli. Kepada beliau, saya rasa tidaklah perlu mengulas panjang. Saya cuba menghilangkan gelak saya sejak semalam selepas beliau memaklumkan secara sipi-sipi individu yang 'rapat' dengan PAS itu. 
Rafizi saya ibaratkan sebagai guruh yang bunyi bingitnya berdentam-dentum, dengan langit diselubungi awan yang gelap gelita yang memaksa orang ramai mengangkat pakaian di penyidai, kerana menjangkakan hujan ribut yang lebat, tetapi akhirnya yang turun, hanyalah hujan renyai-renyai untuk beberapa titik dan ketika. 
Suka saya ulang pantun moden yang diperbaharui iaitu, 
Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Tak lama nanti jadi menteri 
Mungkin beliau sedang mengintai jawatan menteri, oleh itu satu keperluan utama untuk menjadi menteri ialah berbohong tapi sanggupkah rakyat melihat pembohong menjadi menteri serta asyik suka memburukkan imej orang lain tanpa bukti? 
Saya tidak fikir umat Islam dan juga rakyat Malaysia yang bencikan politik berbentuk pembohongan, fitnah, kebencian yang menghalalkan dosa bersetuju bagi mencapai maksud untuk berkuasa. Kedua-dua Nanyang dan Rafizi sama dalam hal ini. 
Kepada Nanyang, saya tidak melihat permohonan maaf itu patut diterima oleh PAS selagi mereka belum menerima tindakan di atas penghinaan itu. 
Manakala kepada Rafizi, seperti mana nasihat Datuk Seri TG Presiden PAS, bertaubatlah sebagai kamu orang Islam. Cukuplah mencemari diri kamu dengan politik memperbodohkan rakyat begini. 
Saya tidak percaya sepenuhnya kepada Raja Petra Kamaruddin. Tetapi jika mengambil sifir tuduhan Rafizi, jawapan Rafizi ialah menuduh kembali Raja Petra sebagai ejen Umno dan juga mendakwa beliau telah dikafirkan di laman FB dan Twitternya. 
Siapakah yang kafirkan dia itu? Bolehkah kalau saya kata dia sengaja mengupah orang untuk tagih simpati dengan cercaan itu? Jawab dan bawalah bukti seperti kamu paksakan ke atas PAS. Atau mungkin Rafizi ini ejen Umno sebenarnya setelah banyak strategi dia memusnahkan lagi hubungan antara satu sama lain. 
Wallahua'lam 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
14 Rejab 1438 / 11 April 2017 - HARAKAHDAILY 11/4/2017
Sumber HD - 11-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
































































RUU355; Satu Matlamat Sahaja

MARANG – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau selaku AhliParlimen Marang hayan ada satu tujuan membawa usul Rang Undang-undang Pindaan Akta 355 dengan satu matlamat sahaja, untuk memperkasakan mahkamah syariah di negara ini.

Bagaimana pun katanya, usaha beliau ditentang oleh kumpulan yang tidak mahu kepada Islam, dan ketuanya masih hidup sehingga kini.

“(Selepas 13 Mei) PAS masuk kerajaan campuran dan kita telah membawa suara Islam dalam kerajaan, akhirnya menimbulkan kesedaran untuk kembali kepada Islam dalam jentera kerajaan, menyebabkan pertembungan,

“di antara aliran yang mahu kepada Islam dan yang tak mahu kepada Islam, ketua yang tak setuju dengan Islam masih hidup lagi hari ni, sampai peringkat orang Islam dalam parlimen tidak sampai majoriti dua pertiga,


“ketika saya masuk Parlimen pada tahun 1990 parti (PAS) telah menugaskan saya untuk membawa usul persendirian supaya dibincangkan 76A dan 355 sekali gus untu membolehkan syariat Islam dilaksanakan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan RUU355 sempena kepulangannya dari parlimen setelah berjaya membetang usul itu, pada Isnin malam 10 April.

Namun begitu, katanya, terdapat banyak halangan untuk membawa usul persendirian sehingga PAS berunding dengan pemimpin Islam Barisan Nasional, demi untuk Islam.

Katanya, DAP mempertikaikan pemimpin PAS berunding dengan Umno sedangkan parti itu yang yang memerintah Pulau Pinang berunding dengan kerajaan Barisan Nasional projek pembangunan negeri tersebut.

“tak bolehkah PAS berunding dengan Umno kerana untuk melaksanakan syariat?…….kerajaan Pulau Pinang berunding untuk bahas projek jambatan Pulau Pinang, DAP boleh berundung untuk projek pembangunan Pulau Pinang!

“kita tak boleh berbincang untuk melaksanakan syariah! Tak boleh?,” soal beliau.

Beliau menegaskan, PAS boleh berunding dengan sesiapa sahaja untuk melaksanakan Islam.

Ia adalah kerana, katanya mereka, hatta telah berunding dengan pihak-pihak asing termasuk kedutaan asing untuk merubah politik Malaysia

Namun menurutnya, PAS tidak nelampaui batas sehingga sanggup meminta campur tangan orang asing

“sedangkan dia (mereka) dengan Amerika (Syarikat) pun mereka berunding, dengan negara asing pun mereka berunding, untuk mengubah politik Malaysia,

“kita tak sampai ‘tangga’ itu, nak seurun negara asing campur tangan dalam negara kita…….kita berunding dengan Umno sahaja, sama-sama Melayu dan (sesama) Islam,” ujarnya.

Sumber BO - 11-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































RUU355; Pelbagai Fitnah Dilemparkan Kepada PAS Untuk Membawa Hasrat Umat

MARANG – Pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam kepada PAS dalam usaha murninya membawa hasrat ummah untuk memperkasakan mahkamah syariah.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat yakin, mereka memahami pindaan Akta 355 itu adalah untuk orang Islam sahaja, tetapi secara terang-terangan mereka membantahnya.
“kita tengok secara langsung (Live) mereka secara terang-terangan membantah pindaan undang-udang 355 ini,mnunujukkan sikap campurtangan mereka,


“kita dengar pelbagai kata nista dan penghinaan sebelum ini……..ada kata UG nak berpakat ) dengan Umno), bila lepas tu bunyi tak jadi……(dia kata) kena ‘kencing’ (tipu) doh……dia main ayat tu lahhhh,

“lepas pada tu kerajaan tak mahu ambil (bentang) seranh ke Ahli Parlimen Marang…..(dia kata) kena kecing pula….,” ujarnya.

Kata beliau, setelah Dato’ Seri Tuan Guru berjaya bentang, barulah orang ramai sedar siapa yang menipu orang ramai.

Yang jelasnya kata beliau, mereka yang tidak bersetuju itu nampaknya ‘terkencing-kencing’ kerana sibuk membantah, supaya pembentangan itu tidak dibenarkan.

“nampaknya mereka pulan ‘terkencing’! hakikat sebenarnya mereka membantah supaya (usul pindaa ran undang-undang itu) tidak dibentangkan,

“(tetapi) Alhamdulillah…….Allah memberi ruang kesempatan dan kesihatan kepada Tuan Guru Presiden kita sempat untuk membentangkannya,” tegas beliau.


Ahli Dewan Undangan Negeri Paka itu berkata demikian ketia berucap pada CeramahPerdana sempena menyambut kepulangan Ahli Parlimen Marang di masjid Rusila semalam Isnin 10 April.

Justeru itu, beliau bersyukur dan menyifatkan kejayaan pembentangan usul tersebut adalah kejayaan PAS dan seluruh umat Islam di negara ini.

Katanya, hasrat 30,000 rakyat yang berkumpul semasa Himpunan H355 pada bulan lalu terlaksana dengan berjayanya Ahli Parlimen Marang membawa usul itu.

Usul tersebut kemudiannya, kata beliau, disokong oleh Ahli Parlimen Kota Bharu yag juga Setiausaha Agung PAS Datuk Takyuddin Hassan.

Justeru itu, Ustaz Satiful berkata, ia adalah perkara yang besar kepada PAS kerana matlamat penubuhannya adalah untuk menegakkan syariat Islam.


“untuk mengamalkan semaksima dan sesempurna mungkin (dalam) mempraktikkan Islam dalam kehidupan kita,

“(kerana) parlimen dan perlembagaan memberi ruang seluas-luasnya kepada penganut agama lain untuk mengamal agama mereka,

“kita (orang Islam) tidak pernah menganggu-gugat tetapi walaupun Islam adalah agama rasmi negara kita…..masih banyak halangan kepada umatnya untuk melaksanakan aa yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya,” jelas beliau.

Oleh itu katanya, pindaan Akta 355 tersebut, yang dibawa oleh PAS adalah usaha untuk melihat, Islam kembali berdaulat diatas mukabumi Malaysia.


Sumber BO - 11-4-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































Puluhan Ribu Warga Maya Saksikan Siaran Langsung Kepulangan Presiden PAS











KUALA TERENGGANU – Ribuan golongan muda menyambut di lapangan terbang secara hadir dan puluhan ribu warga maya (netizen) dari seluruh dunia telah mengikuti siaran langsung program sambutan kepulangan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia termasuk dari Amerika Syarikat dan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia.














“saya diberitahu oleh Koordinator program sambutan malam ini YB Utaz Hishamuddin Abdul Karim, sambutan yang hadir dilapangan terbang lebih seribu orang,

“dan lebih 55,000 orang telah mengikuti siaran langsung yang dibuat oleh HARAP TV melalui laman sosial,” ujarnya ketika mempengerusikan majlis tersebut di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.


Bahkan sehingga lewat semalam, lebih 337,000 orang telah melihat penerbitan video tersebut melalui HARAP TV.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu YB Utaz Arifin Deraman berkata, kehadiran yan ramai itu adalah satu petunjuk (signal) yang baik kepada PAS untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
“saya lihat dalam Dewan (Tok Guru) ini lebih 90 peratus yang hadir adalah orang-orang muda, ini ‘signal’ yang baik kepada PAS dan saya yakin PAS boleh menumbangkan Barisan Nasional pada PRU ke-14 ini,

“(ia adalah kerana) setiap kawasan DUN kini mempunyai tidak kurang 3,000 orang pengundi baharu,” jelasnya.


Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata sambutan sambutan tersebut diadakan bagi menzahirkan kesyukuran kerana usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) berjaya dibentang di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

“kita berhimpun pada pada malam ini bagi menyatakan kesyukuran kita kepada Allah sebagaimana yan diajarkan kepada Rasuluuah,

tiada nikmat yang lebih besar yang patut kita syukuri selain niknat iman dan Islam, nikmat terhadap syariat Allah dan nikmat yakin dengan perjuangan bagi menegakkan agama Allah,” kata beliau.

Sumber BO - 11-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































Ribuan Sambut Kepulangan Presiden PAS

KUALA NERUS – Ribuan ahli dan penyokong PAS menyambut kepulangan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Had Awang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebentar tadi.

Ahli Parlimen Marang itu disambut sebagi wira setelah berjaya membentang usul Rang Undang-undang Akta 355 di parlimen pada hari Khamis lalu.


Beliau yang ditemui pihak media sejurus keluar pintu ketibaan berharap akan mendapat sokongan dari semua ahli parlimen apabila usul itu dibahas dan diundi pada sidang akan datang.

Ditanya tentang tuduhan Ahli Parlimen Pandan terhadap beliau dan PAS, Ustaz Hadi berkata sida memaafkannya.

“tapi dengan Allah dia kena bertaubat,” ujarnya.

Acara sambutan tersebut disiarkan secara langsung oleh HARAP TV, sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang menuju ke masjid Rusila, di mana akan diadakan program khas penerangan sempena kepulangan Tok Guru.












Siaran langsung seterusnya disambung oleh Terengganukini

>>> Berita lanjut menyusul…..

Sumber BO - 10-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































HARAP TV Buat Lintas Langsung Sambutan Kepulangan Tok Guru



















KUALA TERENGGANU – HARAP TV akan menyiarkan siara langsung program sambutan kepulangan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Ketua Penyelarasan Siaran Luarnya, Ahmad Faizol Yusop berkata ‘Live’ tersebut akan bermula pada ja 9.15 malam.

“Presiden PAS dijadualkan tba pada jam 9.20 malam ini, 10 April dari Kuala Lumpur,

“In shaa Allah HARAP TV akan mumulakan lintas langsung lebih awal, bermula jam 9.15 malam, ” ujarnya ketika ditemu di Studio TV Inrernert tersebut, petang ini.


Sehubungan sehubungan itu,kata beliau, Terengganukini akan mengambil alih siaran langsung sebaik Tok Guru sampai di masjid Rusila.

“ini bermakna, ada siaran lagsung sepenuhnya acara sambutan kepulangan Ahli Parlimen Marang itu, sekembalinya beliau setelah berjaya membentang Usul RUU 355 pada Khamis lalu,” jelasnya.

Oleh itu, HARAP TV boleh diakses melalu ‘Page’nya di laman sosial ‘Facebook’ di atas talian melalui alamat https://www.facebook.com/HarapTV/.

Sumber BO - 10-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































Kemudahan pengunjung Bukit Keluang terabai

KEGAGALAN pihak berwajib menyelenggara kemudahan serta insfraktuktur di Pantai Peranginan Bukit Keluang, Besut amat mendukacitakan, terutamanya pada tahun ini yang telah diisytiharkan sebagai ‘Tahun Melawat Terengganu’. 
Jambatan kayu melintasi anak sungai di kawasan tumpuan pelancong itu, dalam keadaan uzur dengan pagar runtuh dan lantai yang rosak, tidak dibaiki serta laluan ke jejantas bagi menyeberangi laluan air itu mendap. 
Seorang pengunjung tetap pantai itu, Siti Nurul Jannah Mohd Daud, 26, berkata masalah itu telah berlaku sejak sekian lama tanpa diambil sebarang tindakan baik pulih oleh pihak kerajaan. 
“Masalah lama dah berlaku tapi pihak bertanggungjawab tak ambil kisah pasal benda ini. Jambatan kayu yang tidak berpagar dengan lantainya patah tidak dibaiki.
“Dan sudah tentu keadaan ini boleh membahayakan para pengunjung yang lalu ikut sini,” katanya dipetik Buletin Online. 
Beliau bimbang, ia akan menyebabkan kemalangan kerana laluan tersebut sering digunakan oleh orang ramai. 
“Saya harap sangatlah pihak yang bertanggungjawab tolonglah baiki segera,” ujarnya.
Wan Nur Shafira Wan Ahmad, 25, kesal di atas kegagalan pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan pengunjung ke pantai peranginan itu. 
“Jangan biarkan keadaan ini berlarutan tanpa pembaikan kerana ia boleh membahayakan pengunjung-pengunjung di sini terutamanya kanak-kanak,” ujarnya.
PAS Kawasan Besut turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera membaik pulih infrastruktur yang rosak dan terbiar itu. 
Yang Dipertuanya Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, kerosakan tersebut agak lama namun dibiarkan begitu sahaja. 
“Pihak yang berkenaan diminta segera menjalankan pemantauan berkaitan infrastruktur di kawasan rekreasi ini ekoran banyak kerosakan yang berlaku boleh mengundang persoalan keselamatan di kalangan pengunjung. 
“Sebagai sebuah pusat peranginan yang agak terkenal, situasi seperti ini sangat memalukan”, katanya. 
Menurutnya, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan harus lebih prihatin dalam mengurus tadbir prasarana yang ada agar rakyat tempatan dan pengunjung luar merasa selamat. 
“Dalam masa yang sama dapat menghayati keindahan serta ketenangan alam anugerah Allah kepada kita,” ujarnya ketika dihubungi. 
Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga harus memandang serius soal gejala sosial yang boleh mengundang perlakuan maksiat dan tingkah laku yang mengaibkan yang berlaku di kawasan itu.
bk2
Sumber HD - 9-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 












































































Sedih orang kampung tunggu 4 jam untuk pemeriksaan

Jumlah katil Hospital Negeri Terengganu
1. Hospital Besut 140 katil
2. Hospital Setiu 76 katil
3. Hospital Sultanah Nur Zahirah 821 katil
4. Hospital Dungun 100 katil
5. Hospital Hulu Terengganu 119 katil
6. Hospital Kemaman 116 katil 
JUMLAH 1,372 KATIL 
Jumlah rakyat Terengganu sekitar 1.18 juta. Nisbah 1 katil bagi 860 orang penduduk. Bahasa mudah orang kampung, dalam satu-satu masa hanya 1 orang dari 860 penduduk Terengganu yang layak sakit dan boleh ditempatkan di hospital. 
Paling ketara kekurangannya ialah Dungun. Sebuah daerah dengan kawasan industri oil and gas hanya mempunyai hospital dengan kapasiti 100 katil sahaja, lebih rendah bilangannya dari daerah luar bandar seperti Besut. Semua sedia maklum bahawa kawasan industri oil and gas adalah sangat berisiko dari segi keselamatan. Penduduk Dungun sekarang berjumlah sekitar hampir 180,000. Nisbah 1 katil bagi 1,800 orang penduduk! 
Hospital baru Dungun yang nak dibina juga hanya dengan kapasiti 100 katil. Dengan makna ganti hospital lama dengan membina hospital baru tetapi dengan jumlah katil yang sama. Bangunan saja akan dibina baru, tetapi kapasiti tetap tak berubah. Bagaikan rakyat Dungun tak berkeluarga dan tak melahirkan zuriat baru. 
Bila bilangan katil hospital tak mencukupi, ini menyebabkan katil atau bed tambahan terpaksa dimasukkan ke dalam wad bagi menampung keperluan. Natijahnya, kewujudan bilangan katil melebihi kemampuan ruang dan kapasiti dalam wad, maka akan berlakulah kesesakan dan ketidak selesaan untuk pesakit serta persekitaran kerja yang tidak kondusif kepada kakitangan. 
Bilangan katil hospital juga adalah kriteria yang diambil kira bagi menentukan jumlah perjawatan kakitangan hospital. Sedikit bilangan katil maka sekadar itu jugalah jumlah perjawatan. Sedangkan hakikat sebenar, bilangan pesakit yang memerlukan rawatan jauh melebihi bilangan katil. Kesannya, kakitangan yang ada terpaksa memikul beban kerja yang melebihi kemampuan. 
Saya sedih dan terkilan bila orang kampung mengadu terpaksa menunggu lebih 4 jam di Bahagian Kecemasan sebuah Hospital Daerah sebelum dipanggil untuk pemeriksaan.
Saya melihat pemimpin Kerajaan Umno Terengganu terlalu lemah dan tidak mempunyai kemampuan bargaining power atau kuasa mendesak yang kuat terhadap Kerajaan Pusat bagi memperjuangkan hak rakyat Terengganu. Hospital dan perkhidmatan kesihatan adalah keperluan asas rakyat. Beranikah mereka bersuara atau sekadar ikut arus tanpa hala tuju yang jelas bagi mempertahankan sisa-sisa kuasa yang ada tanpa suatu agenda rakyat yang meyakinkan? 
Dr Azman Ibrahim
Ketua Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu
8 April 2017 - HARAKAHDAILY 8/4/2017
Sumber HD - 8-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































Kempen Bersungguh Dan Beterusan Mengekalkan Kemenangan PAS














KUALA TERENGGANU – Kempen Muslimat PAS yang berterusuan dan bersungguh-sungguh akan terus mengekalkan kerusi Wakaf Mempelam pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut Haji Mohd Abdul Wahid Endut kagum dengan usaha para petugas ‘sayap kiri’ PAS itu, yang sentiasa mendekati dan mesra dengan masyarakat.

“saya kagum dengan pasukan kempen Muslimat yang begitu bersedia takkala dikerah walaupun bila pilihan raya sebenar belum diketahui,


“mereka berkempen seolah dalam suasana pilihan raya sebenar……..inilah jentera yang kita mahu dan tidak mustahil PAS DUN Wakaf Mempelam akan mengekalkan kemenangannya,” jelasnya.

Beliau berkara demikian ketika ditemui selepas menagadakan lawatan di KampungAtap Znk,Losong, di sini pada Jumaat 7 April.

Menurutnya, PAS Wakaf Mempelam sedang menggerakkan jenteranya dan mahu menyedarkan rakyat seluruh negeri ini bahawa ia layak memerintah negeri Terengganu selepas pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) nanti.


Turut sama dalam program tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ketua Penerangannya Ahmad Azad Hashim.

Program hujung minggu bermula Jumaat itu menyerlahkan jentera DUN terbabit sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Wan Sukairi yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam berkata, program tersebut adalah merupaka program mingguan yang dibuat secara berterusan.


“Program ini diteruskan setiap minggu mengikut kampung-kampung dan ia telah dirancang dengan baik yang akan menjadi kayu ukur rakyat menilai kesungguhan PAS,

“disamping kita menyemak sejauh mana mana petugas kita bersedia dalam menghadapi PRU14,” katanya.
Selain ziarah, larian semangat HARAP-PGU dianjurkan oleh pemuda PAS bersama penduduk setempat.

Seramai 150 orang pelbagai peringkat umur menyertai lairan ‘keliling kampung’ itu dengan berpakaian Baju-T berwarna ungu sempena Himpunan 355 yang lalu.

“peserta berlari mengelilingi kampung dengan pakaian sokong pindaan RUU 355 mengambil semangat kejayaan pembentangan rang undang-undang itu oleh Tuan Guru Presiden PAS di parlimen kelmarin,” kata Azmad yang memimpin larian itu

Sumber BO - 8-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































PAS Memang Sentiasa Berbudi, Tetapi Adakah ‘Rakan’ PAS Berbahasa?











Setelah kejayaan membentangkan usul Pindaan RUU 355 di parlimen Khamis lalu, ketika Presiden PAS masih dalam perjalanan ke penginapan beliau mungkin, terus sahaja diadakan satu sidang media bagi ‘mendedahkan’ kepada dunia kononnya bahawa orang yang rapat dengan pimpinan PAS, telah didapati menerima wang 1MDB.

Cubaan menenggelamkan kejayaan pembentangan RUU 355 itu oleh pereka cerita fitnah (yang gagal) setebal 90 muka surat kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga orang kanan PKR suatu ketika dahulu, menerusi Naib Presiden PKR sekarang Rafizi Ramli.


Bagaikan ketagihan memfitnah, Rafizi terus dan terus berusaha gigih membaiki mutu fitnahnya. Malang bagi beliau, disebalik mutu fitnah yang diharapkan semakin bertambah baik, beliau melakukannya dengan mutu yang semakin teruk. Rafizi patut lebih tekun belajar memfitnah, terutama apabila sudah berbaik-baik dengan Tun Mahathir sekarang ini, orang yang PKR kata memfitnah DS Anwar suatu masa dahulu.

Dengan menyebut ‘orang yang rapat’ dengan pimpinan PAS sahaja, adakah berkualiti fitnah itu? Jika benar sekalipun ‘rapat’, adakah rakan rapatnya juga terpalit kalu seseorang itu berbuat onar? Jika begitu, Rafizi juga sepatutnya dipertanggungjawabkan memfitnah DS Anwar Ibrahim kerana beliau sekarang sudah rapat dengan Tun Mahathir. Dan Rafizi juga boleh disabitkan sebagai golongan pembenci Islam kerana rapat dengan DAP yang nyata anti Islam itu. Mungkin boleh kita kata Rafizi jenis tidak amanah suka bawa lari kerusi parlimen atau Dun kerana rapat dengan ahli parlimen PAN yang telah melarikan kerusi PAS secara batil.

Fitnah yang rendah kualiti ini juga dikesan kerana dia mahu rakyat menunggu sehingga berminggu-minggu sebelum dia mendedahkan bahagian yang seterusnya. Ini tidak lebih hanya mahukan rakyat terpaku menunggu, dan terus menuduh PAS, agar tumpuan kejayaan membentang pindaan RUU 355 itu dilupakan rakyat. Politik kotor gaya Machiavelli, matlamat menghalalkan cara.


Apabila sampai waktunya nanti, dialih pula topik lain, sebagaimana fitnah yang dia kenakan terhadap Tan Sri Khalid. Senada beliau dengan Adun kuasa 10. Suatu ketika dahulu Adun itu mengumumkan dalam masa tiga bulan beliau akan mendedahkan sesuatu tentang PAS. Kemudian selepas tiga bulan hilang tanpa apa-apa berita, tapi dialih pula cerita lain. Mereka mahu sentiasa timbul di permukaan tasik politik tanah air, takut dilupakan rakyat kerana sudah terlalu sarat dengan dosa dan noda.

Jika benar Rafizi anak jantan, buktikan segera pertuduhan itu. Hanya orang yang kurang akal sahaja yang membuat tuduhan tanpa bukti kukuh kemudian menyuruh tertuduh membuktikan diri tertuduh tidak bersalah. Sedangkan berbelas tahun PKR melawan tuduhan yang dibawakan bukti-bukti terhadap salah laku Ketua Umum mereka, kini mereka mengubah sistem pembuktian setelah berkawan dengan Tun Mahathir.

Sungguh dangkal dan pengecut tindakan mengfitnah ini. Jika benar sudah membenci PAS, dengan ada bukti yang jelas, laporkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan agar nanti mudah pada PRU, tiada gangguan daripada PAS. Langkah ke Putrajaya kamu akan menjadi lebih mudah. Itupun jika rakyat memilih kamu kerana gembira dengan mainan politik jijik kamu ini.

PAS sedang menunggu dengan sabar akan kedatangan hari penentuan tahaluf iaitu Muktamar Tahunan PAS di Kedah nanti. PAS sentiasa berbahasa, tetapi adakah rakan PAS itu berbudi? Atau rakan itu hanya melukut di tepi gantang, kemudiannya mahu menjadi tuan, menjadikan PAS budak suruhan, mahu PAS tunduk dan patuh kepada mereka. Islam tidak mengajar untuk mengkhianati rakan, tidak melampau dalam bermusuh. Tetapi Islam mengajar agar menjaga maruah diri jika dipijak rakan atau musuh.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
11 Rejab 1438 bersamaan 8 April 2017

Sumber BO - 8-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































Umno-BN Terus Mempolitikkan Sekolah Dan Institusi Pendidikan













DUNGUN – Menjadi lumrah, dengan ‘bertopengkan’ program yang diadakan untuk pelajar-pelajar sekolah, UMNO ‘tumpang sekaki’ untuk menyampaikan dakyah politik usang mereka.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd. Nor Hamzah berkata, Umno ‘Dulu, kini dan selamanya’ dan akan terus mempolitikkan sekolah-sekolah.

“Ini melanggari ketelusan dalam sistem demokrasi, parti lain dihalang untuk terlibat di sekolah-sekolah tetapi Umno mempolitikkan cikgu-cikgu,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi mengulas Majlis Pemuafakatan Pendidikan (Penyampaian Modul UPSR 2017) iaitu program terbaharu UMNO, yang diadakan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Dungun.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan Umno Terengganu yang mempergunakan guru-guru, sebaliknya dalam masa yang sama, melupakan nasib sesetengah mereka yang disifatkan sebagai telah dianiayai oleh Yayasan Bakti Negara.


“Umno juga mengugut guru-guru yang ikhlas, dan yang berani menegur kerajaan untuk kebaikan,” katanya merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid sendiri, beberapa mingu lalu.

Sehubungan itu, ADUN Sura, yang juga bekas seorang pendidik YB Cikgu Wan Hapandi Nik berkata, program seperti ini bukan perkara baru, malah telah sekian lama diambil kesempatan oleh Umno.

Umno juga kata beliau mencampuri urusan pendidikan di peringkat Daerah Dungun.

“Hatta (perkara) melibatkan pertukaran guru juga ada campurtangan Umno,” katanya lagi.

Justeru itu, seorang bapa yang ditemui meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Umno-BN.

Penduduk tempatan Fauzi Amrin berkata, majlis tersebut yang diadakan di Arena Square pada 5hb April bertujuan politik.


Menurutnya, beberapa pemimpin yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang, bertemu golongan sasar di kalangan ibu bapa para murid-murid yang akan menduduki UPSR 2017.

“Umno tumpang sekaki untuk menagih (dan merayu) sokongan rakyat sedangkan modul tersebut telah dibayar oleh ibu bapa sendiri sebanyak RM100,

“semasa pendaftaran awal persekolahan……..bukan duit Umno atau duit kerajaan BN, “ jelasnya

Majlis ini yang melibatkan seluruh Daerah Dungun diadakan mengikut DUN masing-masing.

Bagi DUN Bukit Besi ia telah diadakan pada 7hb Mac dan di DUN Paka pada 4hb April, serta akan diadakan di DUN Rantau Abang pada 10hb April nanti.

Sumber BO - 7-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































Projek Akuapolitan Masih Angan-angan?

KUALA TERENGGANU – Projek Akuapolitan Kuala Nerus adalah satu projek ‘angan-angan’ yang masih tidak diketahui bagaimana ia akan dilaksanakan.

Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan, projek yang yedang dilaksanakan sekarang, di pejabat Akuapolitan yamg terletak di Seberang Takir, adalah projek yang berkaitan dengan Akuapolitan.

Sebaliknya beliau mengakui, projek yang masih belum dilaksanakan itu adalah ideanya sendiri dan berkata ia masih dalam kajian yang diserahan kepada pusat pengajian tinggi tempatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

“maka lahirlah satu cadangan ini memang idea saya sendiri berasaskan kepada perlaksanaan Felda…..ini adalah satu-satunya projek yang pertama di dunia memang tak boleh dilihat dan diambil panduan dari mana-mana,














(Gambar atas – Akuapolitan, sebagaimana digambarkan menurut model)
“saya telah menyatakan kepada kepada ECER dan UMT yang telah dilantik sebagai ‘consultant’ sepaya melaksanakan projek ini,”katanya memberitahu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis 30 Mac.

Justeru itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata projek bernilai RM 180 juta yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pada 23 Mei 2016 masih ‘kabur’.

“hingga kini masih tidak jelas konsep dan program yang hendak dijalankan………Razif sendiri semasa memberi jawapanya dalam sidang dun baru ini masih kurang pasti kaedah perlaksanaan projek ini malah ianya masih lagi dalam kajian oleh UMT,


“(walaupun) setelah setahun Akuapolitan ini diwar-warkan, masih belum ada apa-apa aktiviti yang menunjukan ianya akan dilaksanakan,” tegasnya merujuk tapak cadangan Projek itu yang masih kosong di kawasan Seberangan Pak Abu, Seberang Takir (Gambar atas).

Kata beliau, yang ada hanyalah pejabat Pusat Latihan dan Keusahawanan Akuapolitan yang baru-baru beberapa kursus termasuk Kulinari, Jahitan dan Rekaan Fesyen, yang tiada kaitan langsung dengan maksud ‘Akuapolitan’.

“Ini semata-mata untuk mengaburi rakyat seolah-olah projek akuapolitan telah dimulakan (dan) adalah menjadi kebimbangan kita Akuapolitan ini akan menambahkan satu lagi legasi kegagalan pentadbiran beberapa Menteri Besar Terengganu masa lalu,
“Dato’ Seri Idris Jusoh dengan Taman Ilmu di Besut (yang tergendala), Dato’ Seri Ahmad Said dengan Projek Bandar Baharu Kijal dan ‘Ubi Gadong’ dan Ahmad Razif dgn Akuapolitan?,” soal beliau.

Yang jelas, kata beliau, semuanya itu semua melibatkan pembaziran berbilion wang rakyat dan kesimpulanya Umno dan Barisan Nasional tidak mampu lagi untuk memajukan negeri ini.
Berita terkait;
Ketakutan Razif Ada Asasnya

Sumber BO - 6-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































































Pendekatan Ziarah Terpuji















Oleh : MS

KUALA NERUS – PAS Teluk Pasu sentiasa meneruskan pendekatan menziarahi penduduk yang uzur tanpa mengira pandangan politik masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim, beliau adalah wakil rakyat kepada seluruh warga dalam kawasan tersebut.

“seluruh rakyat dalam DUN Teluk Pasu adalah rakyat yang saya perlu ambil berat tanpa mengira fahaman politiknya,

“kerana saya adalah wakil kepada semua rakyat Teluk Pasu, bukan wakil rakyat kepada orang PAS sahaja (bahkan) lebih-lebih lagi dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejantera (BPMS) (pendekatan) yang telah diambil oleh PAS sekarang ini.” jelasnya.

















Oleh itu kata beliau, program ziarah rumah ke rumah yang beliau lakukan memberi penekanan menyampaikan mesej yang dibawa oleh PAS bagi mendekatkan masyarakat para pengundi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi tujuh buah rumah di Kampung Kuala Belara pada Selasa 4 April.

Turut bersama beliau bersama isterinya Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman dan Ketua Penerangan Halwa Teluk Pasu Puan Rusni Hassan.

Sehubungan itu, seorang Ahli Jawatankuasa Muslimat kampung tersebut Wan Kamariah Wan Ngah memji sikap yang diambil oleh Ustaz Ridzuan.
Beliau yang mesra dipanggil sebagai ‘Moksu Lah’ berkata, usaha baik tersebut yang menjadi tanggungjawab seorang wakil rakyat, perlu diteruskan.
“dengan cara ziarah ini diharap dapat di teruskan bagi menunjukkan amalan wakil rakyat PAS tidak memilih bulu untuk menziarahi rakyat sama ada mereka dari kalangan Penyokong PAS atau penyokong parti kerajaan,

“program ini mendekatkan rakyat walapun baru sahaja berlangsungnya program Mini Karnival Wanita Dun Teluk Pasu di kampung ini,” kata beliau.

Sumber BO - 5-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Empat Binaan Hilang; Polis, SPRM Digesa 

Siasat













BESUT – Pihak berkuasa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kehilangan empat buah binaan siap, yang didirikan di atas tapak Projek Agro-Pelancongan Kampung Darau, Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, dekat sini.

Naib Yang DiPertua PAS Besut Shalahuddin Jaafar berkata, ‘binaan yang lesap’ itu bernilai lebih dari dari RM1 juta, tidak disedari oleh masyarakat setempat kerana dikelirukan dengan penambunan baru tanah tapak tersebut.
“sebuab bangunan yang dulu dikenali sebagai pusat pengumpulan ikan ait tawar, sebuah premis perniagaan, sebuah delanggang futsl dan sebuah ‘wakaf’, telah ghaib begitu sahaja,













(Gambar atas, dirakam pada bulan Ogos 2015.Dari kanan premis perniagaan, pusat pengumpulan ikan darat, wakaf dan gelanggang futsal)
“penduduk tak sedar apabila projek menambun tanah yang betulis di papan tanda sebagai ‘Cadangan Pembangunan Pelancongan Agro Rekreasi dimulakan pada 13 November lalu,”jelasnya.

Sebelum ini, kata beliau, projek tersebut dikenali sebagai Projek Pembangunan Agro Pelancongan yang diusahakan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

(Gambar bawah yang dirakam oleh Google maps menunjukkan bagunan terbabit wujud sebelum penambunan tanah dilakukan)


Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak projek tersebut pada Selasa 4 April.

Menurutnya, projek agro pelancangan tersebut dinyatakan dalam Buku Laporan Tahunan LKIM tahun 2014.

“didalam Laporan tersebut pada muka surat 84 dan 85 dinyatakan bahawa pada tajuk 5. Program Pasaran Komoditi Akuakultur Dan Pemasaran Persatuan Nelayan,

“Pembinaan Hab Pengedaran dan Pengumpulan Ikan Air Tawar dibangunkan di Kampung Darau, Hulu Besut,” kata beliau.

















(Catatan bawah dalam buku laporan LKIM tahun 2014)
Namun begitu katanya komponen pusat pengumpulan ikan air tawar terbabit tidak beroperasi sekian lama, sehinggalah ia ‘hilang dari pandangan’ apabila projek Pelancongan Agro Rekreasi yang dibiayai oleh kerajaan negeri Terengganu bermula.


“sangat hairan, bagaimana empat buah binaan yang dibangunkan dengan duit rakyat boleh hilang begitusahaja dan kemudian,

“dibangunkan pula atas tapak yang sama projek nama lain yang hampir serupa tetapi dusahakan pulan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu,”tegasnya.

















(Empat binaan hilang…..Gambar tapak (bawah) yang dirakam pada Selasa 4 April)
Justeru itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN (MTD) Hulu Besut berkata, tindakan membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysa (PDRM) dan SPRM akan dibuat dalam masa terdekat supaya dapat disiasat, apakah sebenarnya perkara yang berlaku.

“rakyat di bawah, orang kampung bersusah payah mencari rezeki……..motong getah, tanam kelapa sawit, tanam sayur…..untuk himpun duit buat belanja,

“sebahagiannya disimpan untuk membina rumah atau membeli rumah yang begitu mahal……..tetapi nampaknya agensi dan kerajaan dengan mudah menggunakan duit hasilcukai dari rakyat, membina bangunan dan merobohkannya,” ujar beliau.
Berita berkaitan;

Kerajaan BN, ADUN Umno Hulu Besut Gagal Utamakan Kepentingan Rakyat

Sumber BO - 5-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































Nelayan Masih Miskin, Terpinggir Daripada Projek Kerajaan













Oleh : ZM

KUALA NERUS – Kehidupan nelayan secara umumnya masih diselimuti kemiskinan walaupun negara sudah 60 tahun  merdeka dan ratusan juta dibelanjakan kerajaan, dikaitkan dengan usaha untuk meningkatkan pendapatan nelayan.

Mazrol bin Muhamad, 42, tinggal di Pulau Duyong Kecil mengeluh, kerana menurutnya, hidup beliau masih bak kata pepatah “kais pagi, makan pagi dan kais petang makan, petang.

“sudah lebih daripada 20 tahun saya berkerja sebagai nelayan di pulau ini………pendapatan saya hanya bergantung kepada kerja ‘ke laut’,


nilai hasil yang diperolehi semakin kurang, tak lebih RM 2000.00 sebulan,” ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, itu kalau cuaca baik dan sekiranya musim tengkujuh, beliau sekeluarga kehilangan sumber.

“Pendapatan kami tak menentu………sebenarnya memberi masaalah kepada kami, dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi,


“dengan kenaikan harga barangan keperluan harian, selepas dikenakan cukai GST,” ujar kawan ‘sepencariannya’,” Abd. Majid bin Abd Rahman.

Bayangkahlah, kata Abdul Majid, beliau terpaksa membayar sewa kediaman RM 300.00 sebulan, belanja makan minum rumah dan perbelanjaan persekolahan anak-anak lagi.
“ini cukup membebankan kami golongan nelayan yang miskin,” ujar beliau lagi .

Apabila ditanya tentang projek ‘Monsoon Cup’ yang didakwa kerajaan adalah untuk mengurangkan kemiskinan mereka, Mazro hanya tersenyum tawar.

Menurutnya, projek ratusan juta itu sebenarnya tidak memberi sedikit pun kesan kepada golongan nelayan di pulau itu.


“tak ada apa……….sudah berlalu banyak tahun, tapi kami masih macam ni, tak ada faedah yang kami dapat, pendapatan tak berubah,” jelas mereka.

Beliau dan rakan-rakan nelayan mengakui, tidak pernah mengetahui tentang projek Akuapolitan yang disebut-sebut oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

“Kami kaum nelayan di Pulau Duyong ini tidak pernah dengar pun perkataan ‘Akuapolitan’ dan tidak tahu langsung tentang perojek ini ,” tegas beliau.

Sumber BO - 4-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































Golongan Muda Aset Penting Negara











Oleh : Sumaiyah

Ameerah negeri Terengganu menyeru kepada semua anak-anak muda agar mendaftar segera sebagai pengundi kerana mereka adalah generasi yang menentukan masa hadapan negara.
Ketua Unit Media dan Penerangannya Puan Daing Siti Norbaity Abd Latif berkata, semua anak muda khususnya di kalangan wanita, mestilah mempunyai kesedaran tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara dan negeri ini.

“Antara objektif kita adalah bagi menonjolkan Ameerah Terengganu sebagai platform dalam PAS khusus kepada wanita muda,
“menyampaikan penerangan isu-isu terbaru melalui saluran yang tepat, mendekati golongan muda dan memberi kesedaran pentingnya daftar pemilih,”ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang program ‘Gelombang Street Dakwah’ Kali Kedua yang diadakan di seluruh negeri Terengganu pada hujung minggu lalu.

Kata beliau, ‘Street Dakwah’ membuka peluang kepada wakil rakyat PAS untuk bersama masyarakat bagi menjelaskan isu-isu secara langsung kepada masyarakat.

Antara mereka yang bersama program ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cikgu Alias Harun

Sesuai dengan objektif sebagai simbolik bermulanya kempen menuju pilihan raya ke-14, beliau meghuraikan tentang Lima Tawaran Awal Manifesto PAS Terengganu.


Selain ADUN Rantau Abang itu, Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan ADUN Sura Wan Hapandi Wan Nik turut memeriah ‘Street Dakwah’ Kawasan Dungun.
Antara perkara yang dielaskan ialah isu tentang panggung wayang yang diputar belitkan.

“Bukan menutup pawagam tetapi memperkemaskan operasi pawagam………antaranya, memastikan waktu tayangan tidak mengganggu waktu solat,

“mengasingkan tempat antara penonton bukan mahram dan menghadkan waktu tayangan agar tidak terlalu lewat,”jelas Cikgu Wan Hapandi.


Di Kuala Nerus Ahli Parlimennya Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali menjelaskan bahawa, Tanggungjawab PAS Bentang RUU 355.
PAS akan melaksanakan usaha bagi mempastikan Islam itu tertegak di muka bumi Malaysia.

“Oleh kerana itu tugasan yang kita perjuangkan ini insya Allah kita akan bawa minggu depan dalam sidang parlimen,” katanya.
Justeru itu, Ameerah meletakkan keutamaan bertemu dengan golongan muda kerana mereka adalah merupakan aset penting bagi negara.

Di Kemaman, Ketua Muslimat DUN Kemasik, Narliati Lamshah berkata, orang muda akan memacu negara pada masa akan datang.

“Tugas Ameerah mengembalikan para remaja ke arah jalan yang betul. Ini kerana golongan muda adalah golongan paling ramai dan menjadi penentu kepada PRU-14 nanti.

“Golongan muda mempunyai minda yang cepat berubah, mereka lah yang banyak merasai kesusahan seperti tekanan cukai GST, harga petrol meningkat, ketiadaan rumah sendiri sehingga perlu menyewa dan seumpamanya,” kata beliau.

Justeru itu, selaku Pengarah Program, Daing Siti Norbaity berkata, program Street Dakwah yang diadakan dalam bentuk gelombang dan serentak di semua kawasan parlimen menjadi ‘platform’ terbaik kepada anak-anak muda khususnya golongan wanita menjadi para pengundi yang bermaklumat untuk menghadapi PRU-14.

Sumber BO - 4-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































Pemuda PAS Marang nafi dakwaan berunsur fitnah

KAMI Pemuda PAS Kawasan Marang hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berunsur fitnah oleh portal blog barisanrakyatpru14.blogspot.com dan dimuat naik semula oleh page “Terengganu Times” yang bertajuk 'Pemuda PAS Terengganu sokong tutup panggung wayang'. 
Pemuda PAS Kawasan Marang berdiri di atas prinsip bahawa islam tidak menghalang umatnya berhibur selagi tidak lari daripada landasan yang ditetapkan oleh agama. 
Dalam meyediakan hiburan kepada generasi remaja, pengawasan dari pihak kerajaan dan PBT adalah amat perlu bagi menutup pintu kepada punca masalah sosial yang lain.
Merujuk kepada waktu operasi yang ada sekarang, pihak LFS dan PBT perlulah mengikut garis panduan sepertimana yang telah diwartakan dalam Enakmen Pusat Hiburan dan tempat-tempat hiburan sepertimana yang telah diwartakan dalam Enakmen Bil 12 tahun 2002. 
Seperti yang disebut oleh YB Alor Limbat dalam Sidang Dun penggal ke-5 baru-baru ini agar kerajaan dan PBT mengkaji semula waktu operasi tayangan pangung wayang bagi membendung masalah gejala sosial yang bertambah parah dalam masyarakat mutakhir ini. 
Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang amat berharap kepada portal-portal yang berkenaan agar tidak memutarbelitkan fakta dan menyebarkan fitnah. 
Sekali lagi saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang menafi sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh portal blog barisanrakyatpru14.blogspot.com dan dimuat naik semula oleh page “Terengganu Times” dan meminta kepada pihak berkenaan menarik balik kenyataan tersebut ataupun bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang. 
Yusuf Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang
6 Rejab 1438 / 3 April 2017 - HARAKAHDAILY 3/4/2017
Sumber HD-  3-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































Berhibur Dalam Landasan Yang Ditetapkan Oleh Agama











Kami Pemuda PAS Kawasan Marang hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berunsur fitnah oleh portal blog barisanrakyatpru14.blogspot.com dan dimuat naik semula oleh page “Terengganu Times” yang bertajuk Pemuda PAS Terengganu sokong tutup Panggung Wayang

Pemuda PAS Kawasan Marang berdiri diatas prinsip bahawa Islam tidak menghalang umatnya berhibur selagi tidak lari daripada landasan yang ditetapkan oleh agama, dalam menyediakan hiburan kepada generasi remaja , pengawasan dari pihak kerajaan dan PBT adalah amat perlu bagi menutup pintu kepada punca masalah sosial yang lain.

Merujuk kepada waktu operasi yang ada sekarang, pihak LFS dan PBT perlulah mengikut garis panduan seperti mana yang telah diwartakan dalam Enakmen Pusat Hiburan dan tempat-tempat hiburan seperti mana yang telah diwartakan dalam Enakmen bil 12 tahun 2002.

Seperti yang disebut oleh YB Alur Limbat dalam Sidang Dun penggal ke-5 baru-baru ini agar Kerajaan dan PBT mengkaji semula waktu operasi tayangan Pangung Wayang bagi membendung masalah gejala sosial yang bertambah parah dalam masyarakat mutakhir ini.

Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang amat berharap kepada portal-portal yang berkenaan agar tidak memutar belitkan fakta dan menyebarkan fitnah.

Sekali lagi saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang menafi sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh portal blog barisanrakyatpru14.blogspot.com dan dimuat naik semula oleh page “Terengganu Times” dan meminta kepada pihak berkenaan menarik balik kenyataan tersebut ataupun bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang

Yusuf Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang
3 April 2017

Sumber BO - 3-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































































































Politik Islam Jadikan Umat Lebih Pintar, Hebat













Oleh : Sumaiyah

KUALA TERENGGANU – Politik Islam yang diamalkan oleh sebuah kerajaan Islam adalah sangat penting kerana akan meletakkan umat lebih pintar dan hebat apabila memahami percaturan politik di peringkat antarabangsa.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Dato’ Dr Nik Zawawi Haji Salleh berkata, musuh-musuh Islam mencaturkan politik di peringkat antarabangsa.

“(akibatnya) yang membunuh umat Islam bukan Amerika Syarikat……..tetapi adalah tangan-tangan orang Islam (sendiri), seperti di bumi Palestin adalah (yang) tanggungjawab semua, tetapi tanggungjawab ini akan sia-sia kalau negara Arab ini berkelahi di antara satu sama lain,

“Apabila kita bergelumang dengan politik moden zaman ini yang tidak ada batas sempadan, politik yang bergerak secepat kilat (dan) dunia yang pantas menyebabkan kadang kala tindakan-tindakan politik ini mesti menepati keperluan semasa yang tidak bercanggah dengan agama,”jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Muslimat PAS Negeri Terengganu kali ke-44 di Markaz Tarbiyah Kuala Ibai di sini pada Sabtu, 1 April.

Menyentuh tentang situasi yang dihadapi PAS dalam arena politik negara hari ini, beliau menyifatkan musuh PAS amat ‘licik.

“Tindakan-tindakan daripada musuh-musuh kita amat licik (dan) kadang-kadang (ada) rakan-rakan yang lain terpengaruh dengan DAP sehingga PAS menjadi tempat maki hamun,

“Dulu kita dilabel sama taraf dengan komunis………Alhamdulillah, parti kita dijaga oleh Allah. Urusan perjuangan Islam dijaga oleh Allah,

“Walaupun orang kafir benci dan marah macam mana sekalipun, Islam tetap bangkit (dan) kita tak rasa pelik kalau orang caci kita, maki hamun kita,”katanya.


Oleh itu, kata beliau, sebagai pengikut parti Islam (abna’al harakatul Islamiah) ahli dan penyokong PAS perlu faham percaturan yang dilakukan oleh para pimpinan.

“kita kena faham…….kita bawa budaya politik matang dan sejahtera. Berlaku senario kebangkitan umat Islam untuk menyokong RUU355,

“Pegawai kanan kerajaan pergi masa kita buat RUU355, pelakon, penyanyi, dan ramai lagi………. semua bagi sokongan (kerana) Allah mengatur semua ini. (dan) mereka lebih yakin kepada PAS,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan syabas kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu kerana telah berjaya mendaftarkan ahli baharu PAS paling ramai berbanding negeri lain dan telah diluluskan oleh mesyuarat PAS Pusat.

Muktamar Tahunan Muslimat PAS Negeri Terengganu Kali ke-44 yang turut dihadiri oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor (Gambar bawah).


Muktamar kali ini juga telah meluluskan satu usul dari Kuala Terengganu dan Marang yang menggesa Dewan Muslimat PAS Pusat memperkemaskan organisasi.

Usul itu mencadangkan agar dibuat “Penggabungan Muslimat Muda : Ameerah, Nusaibah dan Briged di Bawah Satu Lajnah Dan Satu Kepimpinan” yang dicadangkan oleh perwakilan dari kawasan Kuala Terengganu dan Marang.

Sesi muktamar berakhir pada jam 5.00 petang dengan keputusan pemilihan kepimpinan baru Dewan

Muslimat PAS Negeri Terengganu sesi 2017-2019 diketuai oleh Puan Hajah Zarani Othman.

Sumber HD - 3-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Yakin Tingkat Undi Wanita













KUALA NERUS – PAS dijangka mampu dan dapat meningkatkan majoriti kemenangan pada kerusi Dewan Undanga Negeri (DUN) Teluk Pasu menerusi pengundi wanita.

Ketua Muslimat, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, sebanyak lebih 40 peratus pengunjung yang hadir daripada kalangan ‘kaum hawa’ itu menunjukkan sokongan kepada PAS semakin bertambah.
“dengan peratus kehadiran ke Mini Karnival adalah kaum wanita bukan dari kalangan ahli PAS bermakna kita telah berjaya menarik mereka yang sebelum,


“ini tidak mungkin belum mengundi PAS untuk bersama-bersama dengan kita pada pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sambutan Mini Karnival Wanita DUN Teluk Pasu kali Kedua yang diadakan di Kampung Kuala Belara, pada Jumaat 31 Mac.

Beliau yang juga isteri kepada ADUN Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, lebih banyak program akan dianjurkan untuk golongan wanita dalam DUN tersebut.

” DUN ini mempunyai jumlah pengundi wanita sebanyak 51 peratus, jadi kita perlu banyak buat program untuk bertemu mereka,


“kita sentiasa diberi perhatian oleh masyarakat dan perlu duduk bermesra bersama mereka…….jadi mereka tak rasa kekok untuk bersama kita,” jelasnya.

Malah kata beliau, ada di kalangan mereka yang membisikkan, sudah ‘muak’ dengan Umno dan mahu membuat perubahan pada kali ini.

Sambil melahirkan kesyukuran kepada Allah dan berterimakasih kepada semua pihak yang menjayakan mini karnival, Tuan Roslina yang juga pengarah program berkata, lebih seribu orang mengunjungi karnival tersebut.

“berdasarkan daripada senarai daftar kehadiran…….ia membuktikan bahawa usaha-usaha kita telah menampakkan hasil,” tambahnya.


Program sehari suntuk tersebut dimeriahkan dengan pelbagai program yang ‘mencuit hati wanita’ antaranya demonstrasi membuat biskut sedap dan kacang salut serta sukaneka.

Seramai 175 orang ibu tunggal ‘istimewa’ dari semua kampung sekitar Teluk Pasu menerima sumbangan bagi meringakan beban keluarga mereka.

Turut bersama menyerikan Mini Karnival itu ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Khairuddin Aman Razali, Wakil Rakyat Teluk Pasu, Ustaz Riduan Hashim dan Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman.

Sumber BO - 3-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































Hanya Seorang Sahaja Pelajar Dihantar Ke Luar Negara Tahun 2017

KUALA TERENGGANU – PAS terkejut dan kesal kerana, hanya seorang sahaja pelajar yang ditaja oleh Yayasan Terengganu, dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara pada tahun ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, sedangkan bajet yang diluluskan oleh kerajaan pada tahun lalu untuk tahun 2017 adalah sebanyak RM1.867 bilion.

“Peruntukan untuk Yayasan Terengganu untuk pelajar luar negara pada tahun 2014 sebanyak RM40 juta, tahun 2015 sebanyak RM70 juta,

“tapi mengapa seorang sahaja pelajar terbaik 2016 yang dibiayai oleh kerajaan untuk ke luar negara pada tahun 2017………sedang bajet negeri yang diluluskan sebanyak RM1.87 bilion,” soal beliau.


Beliau berkata demikian ketika mengulas penggulungan Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A Latiff Awang pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis lalu.

A Latiff ketika diminta penjelasan berkenaan perkara tersebut berkata, pelajar tunggal tersebut yang akan  dihantar ke negara Jerman bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang ‘Aeroangkasa’.

“tahun ini kerana kekangan ekonomi, kita tak boleh hantar lagi…..hanya seorang sahaja……yang kita hantar pada tahun ini,” ujar A Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan.


Selain itu, kata Ustaz Satiful, walaupun diwar-warkan sebagai negeri terbaik dalam pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), banyak isu-isu yang tidak selesai berkaitan pentadbiran bidang pelajaran.

Antaranya, kata beliau, isu pembelian asrama pelajar Mansoura di Mesir, yang dibeli oleh kerajaan negeri dengan kos sebanyak RM13 juta.

“asrama ini kerajaan beli dengan harga RM13 juta walaupun dimaklumkan harga pasarannya hanya RM1 juta, tapi sekarang ini asrama itu kosong tidak ada pelajar,

“sebab selepas beli asrama itu yang pada mulanya dikhususkan untuk pelajar perubatan, sebaliknya kerajaan tidak lagi menaja mana-mana pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam tersebut,” jelas beliau.


Justeru itu, beliau menggesa kerajaan negeri menyelesaikan perkara terbabit termasuk isu program pengajian Institut al-Quran Terengganu (IQT) yang tidak mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia.
“program pengajian ‘Syahadah Tahfiz’ IQT tidak mendapat pengiktirafan JAKIM dan dan JPA…….ini adalah perkara penting juga bagi anak-anak negeri Terenganu,

“kita tidak nafikan usaha-usaha baik yang diambil, tetapi kita berharap kerajaan menyelesaikan isu-isu pendidikan ini,”tambah beliau.
Berita terkait;

Beli Bangunan Yayasan Terengganu di Mesir, Penjelasan Diperlukan!

Ada Peningkatan Harga Sengaja Dibuat Dalam Pembelian Asrama Di Mesir

Skandal Pembelian Asrama di Mesir ; PAS Terengganu lapor SPRM

Pembelian Asrama Mansoura; Repot Polis Sudah, SPRM Pun Sudah!

Sumber BO - 2-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































Bina kehidupan berkeluarga harmoni

PAS menyeru masyarakat agar dapat membina kehidupan berkeluarga yang lebih mesra dan memelihara keharmonian hidup sesama penduduk. 
Ketua Penerangan PAS Marang, Ustaz Sulaiman Sulong berharap, komuniti setempat lebih peka dengan pelbagai isu yang sedang melanda. 
“Saya berharap agar masyarakat lebih peka dan beristiqamah memelihara keluhuran hidup berkeluarga bersesuaian dengan amalan Islam. 
“Saya menyeru semua supaya dapat mengembeling usaha bagi memelihara keharmonian dan kerukunan dalam masyarakat,” ujarnya dipetik Buletin Online.
Beliau berkata demikian ketika menutup program Pertandingan Memancing Komuniti Muda Kampung Sungai Serai, semalam. 
Seramai 154 orang peserta dari pelbagai pelbagai peringkat umur memeriahkan program yang diadakan di di hujung tasik Sungai Serai. 
Sehubungan itu, Ustaz Sulaiman yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan menyeru semua pihak menggembleng usaha menjaga kerukunan dalam masyarakat. 
“Saya juga berharap agar institusi keluarga dipupuk dengan suasana yang bahagia di samping memastikan anak-anak didik untuk menghormati orang tua serta berterusan dalam memelihara dan menjaga nilai murni agama,” tambah beliau.
Sumber HD - 2-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






































































































150 harungi cabaran Kolaborasi Cengal Besar 2017

BERMULA dengan pengisian majlis ilmu, kuliah maghrib sejarah Islam yang berlaku di bulan Rejab, peserta Rainforest Challenge Kolaborasi Cengal Besar anak-anak peneroka Felda Terengganu 2017 menyahut cabaran ini dengan semangat dan amalan disiplin sepanjang program selama 2 hari 1 malam. 
Perkemahan peserta bersama keluarga mereka di tapak perkhemahan bermula petang jumaat di Lubuk Merang, Sungai Loh Hulu Dungun bagaikan pesta keluarga dan jaringan suai kenal antara peserta dan petugas. Program yang dijayakan bersama Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) menggabungkan beberapa kelab motorsikal dari Felda-Felda dan kelab sekitarnya. 
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, Ustaz Saiful Bahri Mamat pada sebelah malam dengan ucapan ringkas sebelum menyertai BBQ bersama peserta. 
Beliau yang memberi nasihat agar peserta terutama belia Felda jangan leka dengan situasi hiburan yang melalaikan sekarang. Riadah sebegini mampu memberi kekuatan mental dan fizikal sejajar dengan sejarah kebangkitan Islam zaman awal Islam dengan kepayahan yang mereka terdahulu perlu lalui. 
Cabaran utama bermula jam 8:30 pagi 1 April apabila 10 perserta kumpulan pertama yang dipilih khas dilepaskan untuk mengetuai cabaran ini. Kumpulan ini terpilih dari kalangan peserta yang berpegalaman, dan dikuti peserta lain yang dibahagikan kepada 12 kumpulan. 
Antara peserta teramai ialah dari Felda Jerangau seramai 40 peserta bersama kelab Tayar Buter (KTB), Jerangau Motocross Team (JMT) 40 peserta. Peserta Felda Kertih 5, 6 seramai 25 orang. Felda Kertih 3 dan 1 pula seramai 10 orang. Manakala beberapa peserta dari Felda Jerangau Barat dan Felda Mengkawang. 
Sepanjang perjalanan menuju ke Pokok Cengal Besar, peserta dikawal selia dari pusat kawalan urusetia di base camp Lubuk Merang melalui perhubungan radio amatur. Satu set pemancar mudah alih dipasang agar liputan perhubungan dari pusat kawalan dengan peserta senantiasa dapat berhubung. Walau bagaimanapun hanya jarak tertentu sahaja radio berfungsi kerana faktor muka bumi. Pihak penganjur juga menyedia satu kumpulan pegawai perubatan dan sebuah ambulans sebagai persedian menghadapi sebarang kemungkinan. 
Peserta terpaksa melalui jalan tanah merah yang berlurah dan berbatu kesan daripada aliran air. Jalan antara cabaran utama kerana kawasan ini sudah tidak ada aktiviti pembalakan dan tiada penyelengaraan jalan oleh mana-mana pihak. Mungkin ini satu tarikan dan cabaran. 
Mereka perlu sampai di jambatan gantung Ulu Sungai Loh dengan jarak masa perjalanan selama 2 hingga 3 jam dengan motocross. Setelah berehat seketika, peserta terpaksa berjalan kaki selama 2 jam lagi untuk sampai ke lokasi pokok cengal ini berada. Ini semua bergantung juga kepada faktor cuaca, keadaan jentera dan ketahanan fizikal peserta. 
Cuaca sebelah pagi agak baik dan memudahkan perjalanan peserta. Sekitar jam 12 tengah hari, kumpulan pertama telah berjaya sampai di pokok cengal besar setelah mereka meneruskan perjalanan tanpa henti 2 jam menaiki motor dan 1 jam berjalan kaki. Waktu yang diambil agak pantas berbanding sebelum ini. 
Daripada 150 peserta, hanya 20 peserta yang berjaya meraikan kejayaan sampai ke destinasi yang ditetapkan. Selebihnya pihak pengawasan program tidak menggalakan mereka meneruskan perjalanan ke pokok cengal kerana masa dan keadaan cuaca sebelah petang hujan. 
Kesemua peserta selamat kembali ke tempat perkhemahan pada masa yang ditetapkan kecuali 11 peserta yang terkandas kerana sebahagian besar jentera kumpulan mereka mengalami kerosakan. Mereka terpaksa bergerak dalam kesulitan untuk keluar kerana jalan licin dan keadaan gelap ditambah pula kehabisan bekalan makanan. 
Sejurus mendapat matlumat, pihak penganjur telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Jengai dan usaha membawa peserta ini keluar berjaya dilakukan pada jam 10 malam dengan bantuan dari pihak penganjur dan Pasukan Navy (Simpanan) yang kebetulan berada di kawasan tersebut untuk sesi latihan.
cengal2
Sumber HD - 2-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 








































































































Politik dangkal cuba nafikan kebaikan guru

SAYA mendapat makluman berkenaan satu tular yang memohon sumbangan bagi membantu seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun, Muhammad Kamil Hakimi Jamaluddin, yang disahkan datang dari keluarga miskin di Kampung Gong Pasir, Dungun. Beliau sedang menunggu jawapan kemasukan ke beberapa IPTA setelah mendapat 4A dalam SPM yang lalu. Namun, masalah kewangan keluarga Jamaluddin Hussin ini menjadi berganda dengan ibu kepada adik Hakimi, Rokiah Mohd Nor, sedang menderita sakit buah pinggang. 
Hal ini telah mendapat perhatian segera pimpinan masyarakat setempat termasuk Adun Rantau Abang menerusi isterinya yang telah menziarahi keluarga ini terlebih dahulu sebelum berita ini ditularkan. Tentunya bantuan yang banyak telah disumbangkan secara peribadi oleh orang perseorangan mahupun melalui agensi-agensi kerajaan berbanding Adun Rantau Abang dari PAS, YB Cikgu Alias Harun yang kita tahu kemampuan PAS hanya menghulurkan bantuan kecil-kecilan sahaja. 
Walau daripada siapa sekalipun bantuan ini, alhamdulillah adik Hakimi dan keluarga insya Allah boleh tersenyum ceria sekarang dengan segala bantuan yang diperolehi itu. Semoga ia dapat mengurangkan kesakitan ibunya, membantu ayahnya menguruskan keluarga dan membuka jalan untuk adik Hakimi ke menara gading serta akan menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain. 
Apapun dalam usaha memberi bantuan ini, kita patut menoleh ke belakang memandang megah usaha guru-guru dari SM Sains Dungun ini. Mereka bukan sahaja begitu komited membantu pelajar-pelajar mereka untuk cemerlang dalam pelajaran, malahan mereka masih sanggup mengusahakan tabung bagi membantu lepasan pelajar mereka untuk terus maju dalam kehidupan. 
Betapa mulianya niat dan perlaksanaan mereka ini. Sepatutnya guru-guru ini turut diberikan penghormatan atas ‘kerja lebih masa’ mereka ini. Mereka telah keluar dari skop kerja mereka tanpa bayaran, tanpa pujian hanya semata-mata kerana mahu menolong. 
Akan tetapi di sebalik pujian yang patut kita kalungkan kepada guru-guru ini, saya mendapat maklumat, ada golongan yang melihat usaha murni mereka ini sebagai satu ancaman politik kepada mereka. Begitu rendahnya akal dan fikiran mereka sehingga sanggup menganggap kerja mulia guru-guru ini sebagai bahan untuk mencalarkan imej kerajaan dan parti mereka. 
Saya menyeru agar dihentikan politik dangkal dan sempit sebegini. Biarlah guru-guru itu membantu pelajar-pelajar mereka, jangan disekat dengan ugutan atau tohmahan yang meliar. Biarkan kebaikan berkembang mekar di dalam masyrakat kita. Jangan anda menjadi racun kepada kebaikan ini. 
Saya memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengugut guru-guru kerana isu-isu sebegini, agar menghentikan segera tindakan yang tidak bertamadun ini. Guru-guru sepatutnya diberikan penghormatan, selaras dengan kesungguhan mereka mencurahkan ilmu kepada anak bangsa, apatah lagi kebencian yang dizahirkan ini atas nama politik dan menekan guru-guru untuk berhenti berbuat perkara yang baik. 
Kepada guru-guru sekalian, janganlah anda merasa takut untuk berbuat kebajikan semata-mata adanya ugutan-ugutan dari kalangan yang menganggap kerjaya guru ini bagaikan ‘low class’. Teruskan usaha anda semua. PAS Terengganu tetap menjulang tinggi profesion perguruan ini dan menyokong kebaikan yang dilakukan oleh guru-guru, demi membina masa depan anak bangsa yang lebih gemilang. 
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
5 Rejab 1438 / 2 April 2017 - HARAKAHDAILY 2/4/2017
Sumber HD - 2-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































Pemuda PAS Marang ucap takziah

DEWAN Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Hassan Jusoh. 
Ketuanya, Ustaz Yusuf Abdul Hadi berkata pemergian Allahyarham satu kehilangan buat jemaah khususnya PAS Kawasan Marang. 
"Allahyarham seorang tokoh yang sangat berjasa kepada perjuangan lslam khususnya di  Kawasan Marang. 
"Allahyarham juga sentiasa menyumbang segala tenaga dan hartanya untuk melihat agama Allah tertegak di negara ini," ujarnya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah di Masjid Rusila di sini.
Menurut beliau lagi, Allahyarham telah menginfakkan  dirinya dalam jemaah hingga ke akhir hayat. 
"Pada saat akhir Allahyarham  pernah menyebut walaupun saya sakit saya tetap akan berkhidmat untuk perjuangan Islam." 
"Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada malam jumaat hari yang penuh keberkatan dan keampunan SWT serta mudah-mudahan Allah menempatkan bersama-sama dengan annabiyyin, assidiqin, asyuhada' assalihin," katanya dengan nada sebak. 
Allahyarham yang pernah menjawat jawatan Setiausaha PAS Kawasan Marang selama 12 tahun telah menghembuskan nafas Kira-kira 9 malam di Hospital Sultanah Nur Zahirah. 
Jenazah Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Rusila sebelum itu solat jenazah telah diimamkan oleh Datuk Seri Presiden PAS selesai menyampaikan kuliah dhuha pagi Jumaat. – HARAKAHDAILY 1/4/2017
Sumber HD - 1-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































PAS Cadang Pesalah Dadah Diletakkan Di Pulau

KUALA TERENGGANU – PAS mencadangkan kepada kerajaan negeri agar membina satu kem penempatan kepada mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah di sebuah pulau di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, tindakan itu bukan untuk menghukum tetapi lebih kepada memberikan tindakan keras bagi menghalang mereka yang terjebak dengan gejala itu.

“pendekatan yang dibuat oleh agak lunak…….lembut begitu……adakah kerajaan memikir kearah untuk membina kem penempatan mereka yang terlibat dengan dadah ni di pulau……buat di Pulau Bidong ke?



“jadi orang nak hantar nak ‘supply’ dadah ni….payah juga nak pergi pulau….agak asing sikit,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman pada Rabu 29 Mac.

Katanya, yang menjadi kaya adalah para pengedar dadah sebaliknya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu Islam.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Rosli Daud berkata akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh ADUN Wakaf Mempelam itu.

Sumber BO - 31-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































































Umno “Dancing To The Tune” Of BN Component Parties












KUALA TERENGGANU – PAS has branded Umno and Barisan Nasional (BN) as “dancing to the tune” of its component parties when it unanimously decided not to support the RUU355 bill amendment at the Dewan Rakyat.

Terengganu PAS commissioner Satiful Bahari Mamat said that it appeared that BN, led by its chairman and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, was backing off to please its component parties like MCA when making the decision Wednesday.

“It looks like BN is scared of MCA. Before they said they may support. Now, they are not. Why the flip-flop?” he asked outside the Terengganu state assembly sitting at Wisma Darul Iman.
Satiful, who is Paka assemblyman, added that the amendments concerned Syariah laws and non-muslims need not fear reprisals.

“Thus, BN should support the amendments as it concerns strictly Muslims. In any case, all we are asking is for them to consider the amendments.

“We on our part are also relooking and examining the details in its entiriety,” said Satiful.


He also highlighted the need to clearly clarify the religious status of underage children when one of their non-Muslim parents embraces Islam.

“If one of them converts, their children should be given the right to follow their parents’ choice of religion to also become a Muslim,” he said.

On Wednesday, Najib announced that the government would not table a bill in Parliament to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (Act 355).

Najib said the decision was made “in the spirit of consensus” during a BN Supreme Council meeting.

Najib said the bill would remain as a private member’s bill, which was first moved by Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang in Parliament on May 26 last year.-NST

Sumber BO - 31-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































PAS Tetap Tidak Sokong Pembinaan Hotel dan Pusat Komersil Atas Tanah Masjid!

KUALA TERENGGANU – PAS tetap tidak menyokong tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang mahu membina hotel serta psat komersial di atas tanah masjid Sultan Mahmud Kuala Berang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat menegaskan, PAS tidak membantah sebarang pembangunan yang mahu dilaksanakan, tetapi banyak lagi tanah kosong di bandar daerah Hulu Terengganu itu yang boleh dibuat projek berkenaan.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab PAS mempertahankan tanah yang diambil semula oleh kerajaan dan sebahagiannya diwakafkan oleh orang ramai, untuk tujuan membina masjid, dikekalkan atas tujuan asalnya.

“apa yang berlaku di Pulau Pinang, Umno membantah pembinaan hotel bukan di atas tanah masjid pun, tapi apa yang kita bincang di sini itu tanah kita persiapkan untuk masa depan untuk pembangunan untuk pembangunan masjid yang khusus untuk ibadat tu,


“memang kita (PAS) tak sokong! Tak sepatutnya ganggu tanah masjid tu!,” jelasn ADUN Paka itu.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab soaan lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) semalam, Khamis 30 Mac.

Soalan asal yang meminta kerajaan menjelaskan apakah status pembinaan hotel dan pusat komersil tersebut dikemukakan oleh ADUN Manir, Hilmi Harun.

Perbahasan berkenaan isu masjid itu menjadi hangat apabila ADUN Kuala Berang Dato’ Tengku Putera Tengku Awang menjawab bagi pihak kerajaan, mahu meneruskan pembinaan tersebut.

Mengulas isu yang sama Ustaz Satiful pada sidang media selepas itu berkata, maklumat yang diperolehi di tapak pembinaan projek di atas tanah masjid Sultan Mahmud itu, semua jentera telah dikeluarkan dari lokasi itu.


“tak tahulah macaman……sebab apa dia keluar, kalau dia rasa dia betul dia tak kelyar dah,dia duduk dalam (tapak) itulah,

“walau bagaimana punkita akan membuat semakan atasketerangan yang diberikan oleh Exco (ADUN Kuala Berang) itu,” kata beliau.
Menyentuh tentang isu pembantangan RUU 355 yang telah diputuskan tidak akan dibawa oleh kerajaan beliau berkata, ia tidak berbangkit.

Katanya, memang dari rancangan asal ia adalah merupakan usul persendirian (private bill) yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Dato’ Seri Tua Guru Abdul Hadi Awang.

“setakat ini tidak berbangkit…..cuma apa yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri yang nak membawa rang undang-undang tersebut bagi pihak kerajaan,

“kita pemimpin PAS dah sebut kita nak tengok rang undang-undang (kerajaan) itu, tapi dah serah balik kepada Ahli Parlimen Marang dan dah memanglah ia merupakan rang undang-undang persendirian,” tambah beliau.

Berita berkait;
Bantah Cadangan Kerajaan BN Bina HotelTanah 

Wakaf Masjid Jadi Tapak ‘Tangki Najis’

Sumber BO - 31-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































Gangguan Berucap Tidak Menepati Aturan DUN

Oleh : MNA

Sidang Ddewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam menyaksikan adegan agak panas yang sengaja dicipta oleh wakil BN bagi mengganggu ucapan wakil PAS pada sebelah sesi petang.
Kejadian berlaku apabila wakil Bukit Payong (PAS) YB Ustaz Mohd Nor Hamzah sedang menyampaikan ucapan menjunjung kasih kepada ucapan perasmian pembukaan Dun oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Ketika Ustaz Mohd Nor menyentuh berkenaan penipuan pakej umrah kepada guru-guru di Terengganu dan beliau masih belum menghabiskan seluruh tujuan ucapan beliau, wakil Jabi (BN) Mohd Iskandar Jaafar bangun mencelah.

Beliau yang terus mengkritik ucapan Ustaz Mohd Nor itu tanpa meminta laluan dan terus bercakap seperti seorang yang tidak tahu peraturan Dun dengan mendakwa Adun Bukit Payong itu cuba mengheret kerajaan dalam isu itu.

Sedangkan ucapan sepenuhnya oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu itu hanyalah sebagai rayuan memohon jasa baik agar kerajaan Negeri untuk membantu guru-guru terlibat disamping mengenakan langkah ketat bagi mengelak ianya berulang.

Akibat daripada sikap gelojoh wakil Jabi itu keadaan menjadi tegang dengan campurtangan dari beberapa lagi Adun lain yang akhirnya menyebabkan perang mulut berlaku.

Wakil Jabi kemudiannya duduk setelah diarahkan Speaker Dun, Dato’ Zubir Embong tanpa beliau meminta maaf diatas perbuatan beliau itu.

Ustaz Mohd Nor kemudiannya dibenarkan menyambung ucapan yang di dalamnya ada memuji kehebatan guru-guru di Terengganu yang menjulang kecemerlangan pendidikan anak-anak Terengganu dan sewajarnya mereka dibela.

Terdahulu sebelum itu, beliau ada menyentuh akan peranan kerajaan yang secocok mengikut Islam iaitulah dengan menyediakan perkara-perkara yang keperluan utama rakyat tanpa kompromi.
Tetapi kata beliau, ada banyak projek yang didakwa kononnya atas dasar kemajuan dijalankan kerajaan, tetapi akhirnya terbengkalai dengan biaya berbillion ringgit sedang dalam masa yang sama, projek-projek kecil bagi kesenangan rakyat di kampung, tidak dibuat.

Sambil memberikan contoh projek-projek di Tasik Kenyir yang sehingga hari ini masih belum disiapkan setelah bertahun-tahun dan berkali-kali melangkaui masa projek siap dengan bajet ratusan juta ringgit.

Begitu juga dengan isu pengambilan tanah di Kampung Laut di Dun Bukit Payong, rakyat tidak dibenarkan menukar status tanah-tanah mereka, tetapi dalam waktu yang sama, projek perumahan oleh kontraktor diluluskan.

Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan kaedah kerajaan mengkategorikan taraf kemiskinan rakyat kerana beliau mendapati data-data yang diberikan oleh kerajaan bercanggah dari apa yang dinyatakan.

Seperti contoh yang beliau berikan iaitu jumlah fakir dan miskin di Terengganu yang diisytiharkan kerajaan ialah seramai hampir 35 ribu orang sahaja, tetapi bagi bantuan raya, kategori berpendapatan rendah seramai kira-kira 220 ribu orang yang layak.

Sumber BO - 30-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































































































Kaji Semula Syarat Pembinaan Bangunan

KUALA TERENGGANU – PAS berharap pihak kerajaan negeri mempertimbangkan untuk mengkaji dan menilai semula syarat pembinaan bangunan yang dikenakan kepada para peniaga yang mahu membangunkan premis sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, dasar Majlis Perbandaran Dungun menetapkan syarat setiap premis perniagaan yang hendak didirikan mestilah menyediakan enam lot tempat letak kereta.

Sebaliknya, menurut beliau, sekirannya gagal, pemilik perlu membayar dengan harga yang tinggi setiap satu lot tanpa mengira tempat amat membebankan.

“Saya telah menerima maklumat seorang pengusaha telah mengemukakan plan untuk mendirikan kedai dua tingkat dan daripada plean cadangan itu majlis perbandaran telah menolak pelan cadangan itu,

“dengan alasan pihak berkenaan perlu memyediakan enam lot parking,” jelas beliau.


Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Titah Sultan Terengganu pada Persidangan DUN di Wisma Darul Iman, pada 28. Mac.

Sedangkan kata beliau, pihak berkenaan hanya dapat menyediakan dua lot parking sahaja.
Justeru, peniaga tersebut terpaksa membayar kepada pihak majlis sebanyak RM 15, 000 satu lot dan menjadikan jumlah kesemua empat lot berjumlah RM60, 000.

Ketika memcelah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri Ir Rosli Othman berkata, ia adalah peraturan yang diguna pakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sebaliknya, Wan Hapandi berhujah, kawasan terbabit bukanlah kawasan dalam bandar, di luar lokasi perniagaan yang maju.


Oleh yang demikian, mencadangkan agar kerajaan membuat pengezonan bagi penguatkuasaan perkara tersebut agar memberi keadilan kepada peniaga terbabit.

“Cuma saya minta perkara ini dapat dikaji semula, dan kita boleh terima sekiranya lokasi perniagaan itu berada di pusat bandar,

“tetapi malangnya bangunan itu berada di luar bandar di kampong Nyior, di Pulau Serai, di luar daripada lokasi pusat perniagaan yang maju,

“mungkin (perlu dibuat) ‘zoning’ (pengezonan) lokasi-lokasi yang tertentu mengikut kemajuan (sesuatu) tempat,”tegasnya.

Katanya, perkara tersebut perlu diberi pehatian oleh kerajaan supaya tidak membebankan para usahawan tempatan.

Sumber BO - 30-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































PAS Grills T’ganu State Gov’t On Non-delivery Of RM100mil Kenyir’s Projects












KUALA TERENGGANU – The Terengganu state government was taken to task for the non-delivery of several agricultural projects to the tune of RM100 million at Tasik Kenyir.

Bukit Payong PAS assemblyman Mohd Nor Hamzah asked how the projects, involving the setting up of ten orchards and botanical gardens, ended up being abandoned or failing to take-off successfully.

“These projects were supposed to have been completed over three phases by 2015.
“But I am told that the RM8.6 million bird park has been abandoned, the orchid farm of similar value is missing, and there is no news of the RM7.6 million tropical farm.


“And what about the RM2 million rambutan orchard? How many and what types of fruits have been produced, and where is it, anyway?,” he asked when presenting a motion of thanks to the royal address by the Sultan of Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

The ruler had opened the state assembly at Wisma Darul Iman on Monday.

Mohd Nor also took to task the state government over the supposed RM2 million red-coloured heliconia decorative plants.

“There is also no news of the botanical gardens and the cost involved. What about the RM3 million vineyard? What species of grapes and how much was produced?

“Were the grapes sold in Terenganu from this farm?” he asked, adding that he also had no clue of the RM2 million cactus farm.


Mohd Nor said these were the few failed projects that he was aware of in Tasik Kenyir but what of those that he had no knowledge of?

“Such a large sum of money could have be channelled for more deserving community projects. The people are in dire straits of numerous amenities.

“For instance, I had repeatedly highlighted in the state assembly on the lack of adequate traffic lights at junctions like that of Pasar Kedai Buloh and Simpang Tikam Batu.

“But no action has been taken,” he said.


Meanwhile, Wakaf Mempelam PAS assemblyman Mohamad Abdul Wahid Endut queried as to what was being done to curb illegal logging activities in the state which has led to huge losses in revenue.

In response, Seberang Takir Umno assemblyman and Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman said the Forestry Department had scored may arrests and seizures over time.

Razif added that the department was constantly keeping an eye on the situation by taking proactive actions to curtail illegal logging.

“I assure you that the department conducts surprise checks on its own, apart from tip-offs, to preserve forest reserves from being raped by these unscrupulous people,” said Razif. -source NST

Sumber BO -  30-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kawasan Silika Terengganu Dirompak?

KUALA TERENGGANU – Seluas 360 ekar tanah yang diwartakan kerajaan Negeri Terengganu mengandungi silika ‘telah dirompak’ dan diceroboh sewenang-wenangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias yang terkejut dengan penerokaan ‘haram’ itu.

“kawasan yang terletak di Rantau Abang, daripada selepas pada pesisir pantai ke darat, bermula Kampung Perpindahan Rantau Abang menghala ke Tugu Penyu itu,

“tiada sebarang papan tanda yang menyatakan kerja-kerja perlombongan sedang dilaksanakan tetapi melihat kepada suasana tempat tersebut sememangnya kegiatan haram ini sedang rancak dilakukan,” ujarnya.


Beliau mendedahkannya ketika berucap membahaskan Titah Sultan Terengganu, pada Persidangan DUN di Wisma Darul Iman, Rabu 29 Mac.

Oleh itu, Cikgu Alias menggesa kerajaan bertindak segera dengan menyiasat samada ianya berlaku pencerobohan, yang tidak dimaklumkan kepada pihak-pihak tertentu.

“kalau sudah dipohon adakah mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan memandangkan silika merupakan hasil pendapatan negeri yang terbesar,

“Dalam kenyataan kerajaan pada 2012 (merujuk kepada kerja-kerja perlombongan silika di Bari, Setiu), silika tidak boleh dibawa keluar tetapi melalui masyarakat setempat,” jelas beliau.


Justeru itu beliau berharap ianya direalisasikan dengan mendirikan kilang di kawasan tersebut untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Sebelum ini, Cikgu Alias juga memberitahu pihak media, daripada hasil lawatannya sebanyak dua kali serta maklumat masyarakat setempat, kerja-kerja mengorek tanah mula disedari sebelum Tahun Baharu Cina yang lepas.

“tanah ini, katanya tanah SEDC, dan diusahakan syarikat cina nampaknya,

“Lawatan kali kedua, tiada apa-apa lagi tetapi proses kerja itu ada, cuma nya seolah-olah palung, untuk, tak taulah cara-cara mana. Pasir itu hendak ditapis tetapi adalah palung, jalan untuk keluar,
“sebahagiannya telah pun, agaknyalah untuk dikeluarkan, hasilnya silika ini,” tegasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Dungun.


Beliau menambah, hasil maklumat orang kampung, pasir yang digali ini, mengandungi silika dan akan diangkut ke Kemaman untuk diproses di Perwaja Steel. yang telah tutup itu,
“ Sebelum ini saya tanya adakah silika ini hendak diangkut dengan lori untuk dibawa ke Kemaman melalui jalan yang sedia ada, orang kampong kata tidak,

“dia ada satu laluan dan sekarang ianya telah diratakan dan di tambun” jelas beliau lagi

Sumber BO - 30-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































RUU 355: Kita tahu suara hati orang Umno di kampung

"KITA tahu suara hati orang Umno di kampung-kampung bersama kita dalam isu RUU 355," kata Timbalan Yang Dipertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim. 
Menurutnya, beliau mendapat maklumat menyatakan beberapa orang kuat Umno Jabi hadir H355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu. 
"Lantaran itu janganlah dijadikan alasan keputusan PM dan rakan-rakan komponen BN berkaitan pindaan RUU 355 untuk kita menjauhi dan memandang serong dengan orang Umno di sekeliling kita. 
"Mereka adalah mad'u yang perlu terus didekati," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yakin atas dasar aqidah dan keimanan, mereka juga rasa tak selesa bila akhirnya PM merangkap Presiden Umno terpaksa tunduk dengan desakan komponen bukan Islam dalam BN. 
Pengarah MTD Dun Jabi itu berpandangan, tidak sepatutnya mereka terus merelakan diri berada dalam zon tak selesa yang bertentangan dengan naluri keyakinan mereka sedangkan di muka bumi Malaysia ini ada wadah yang lebih selesa untuk memperjuangkan Islam. 
Tambahnya, apa yang berlaku ini mendedahkan wajah sebenar Umno BN.
"Tetapi dalam masa yang sama inilah ruang untuk kita menyedarkan masyarakat bahawa parti yang benar-benar serius dengan agenda Islam ialah PAS," ujarnya. - HARAKAHDAILY 30/3/2017
Sumber HD - 30-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































































LPT2 dari dana awam, konsesi dimiliki swasta

T
LEBUHRAYA Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM4.284 bilion. Keseluruhan sumber kewangan ini dikeluarkan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia melalui sumber kewangan RMK9/10 sebanyak RM1.52 bilion, JKR melalui sumber kewangan RMK9/10 sebanyak RM0.914 bilion dan melalui sumber kewangan Dana Khas sebanyak RM1.85 bilion. 
Jawapan yang dikemukakan oleh Menteri Kerja Raya pada 9 Mac 2017 terhadap soalan YB Ustaz Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memperincikan jumlah kutipan tol yang bermula 15 Julai 2016-31 Disember 2016 memperolehi RM40.5 juta. Syarikat konsesi yang menguruskan kutipan tol ini adalah LPT2 Sdn Bhd. Hasil kutipan tol tersebut dibelanjakan oleh syarikat konsesi bagi menampung kos operasi dan penyenggaraan (O&M) dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan utama (major repairs work). 
Tempoh perjanjian konsesi ini perlu diketahui umum. Seperti yang dibuat oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad yang mengisytiharkan tempoh konsesi mereka berakhir pada 31 Disember 2038. Syarikat konsesi ini telah memulakan perjanjian ini pada tahun 1988-2018, dilanjutkan kembali sehingga tahun 2030 melalui konsesi tambahan pada tahun 1999 atas justifikasi kerajaan tidak menaikkan kadar tol seperti di dalam perjanjian menurut dakwaan mereka. Perjanjian konsesi tambahan ini dilanjutkan sehingga 2038 kali ketiga yang ditandatangani pada tahun 2005. Bagaimana dengan perjanjian konsesi di LPT2? 
Berbalik tentang perkembangan LPT2 yang telah menggunakan kos Dana Khas milik rakyat Terengganu, apakah wajar syarikat konsesi ini melakukan kutipan tol dalam keadaan modalnya datang dari dana awam? Syarikat konsesi untuk LPT2 adalah Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd. Syarikat milik penuh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Malaysia Berhad). Apakah pihak kerajaan negeri langsung tidak membantah usaha pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia ini? 
Pihak kerajaan negeri dilihat tidak serius untuk menuntut kembali hak penggunaan duit RM1.85 bilion ini. Hatta mendapat hak pegangan saham antara pemegang konsesi pun tidak diberi muka. Walaupun, pihak Kementerian Kerja Raya pernah mendakwa untuk mempertimbangkan tuntutan ini. 
YAB Menteri Besar hanya sekadar mampu merayu sekalipun kos penyiapan LPT2 menggunakan perbelanjaan Dana Khas. Sama ada berlaku atau tidak rayuan, rakyat tidak mengetahuinya. Apa yang rakyat tahu, setiap KM laluan tersebut akan dikenakan tol RM0.12. 
Kami sedar, pihak kerajaan negeri menuntut pembayaran balik kos daripada pihak persekutuan. Meskipun demikian, pulangan yang telah diberikan hanyalah sejumlah RM118.5 juta. Itupun pengembalian dalam bentuk projek. Iaitu menaiktaraf jalan 2 lorang ke 4 lorong di daerah Kemaman dan sebahagian di Marang. Itupun masih merupakan jalan persekutuan. 
Apakah pihak kerajaan negeri langsung tidak mempunyai hak untuk menuntut agar penjelasan kembali penggunaan Dana Khas sebanyak RM1.85 bilion perlu disegerakan? Setidak-tidaknya, kerajaan negeri perlu mendesak agar kadar tol yang dikenakan boleh dikurangkan dari 12 sen/km kepada kadar yang lebih ringan untuk membantu rakyat. 
“Bertekad Melebar Muafakat” 
“Inilah Penyelesaian Kita” 
Hishamuddin Abdul Karim
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
Jajaran LPT2
Sumber HD - 30-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































RUU 355: PAS tetap istiqamah perjuangkan Islam

SEMALAM negara dikejutkan dengan berita berkaitan cadangan pindaan RUU355 yang telah dibawakan oleh Presiden PAS ke Parlimen, telah diputuskan oleh Umno BN untuk tidak akan membantu PAS membawanya. Sudah ribut di seluruh negara dengan kejian, makian dan sindiran golongan-golongan yang sememangnya membenci PAS diatas berita ini, walaupun tersangat jelas apa yang cuba PAS bawakan ini adalah demi kebaikan Islam. 
Sebagai seorang muslim yang dibesarkan dalam persekitaran Islam yang sering dicabar dan dikaderkan bagi menghadapinya, kami sangat suka melihat hal ini dari sudut pandangan positif. Keadaan ini sebenarnya telah dijangka oleh PAS dan insya Allah Islam tetap menang. Kami kongsikan pandangan kami dalam isu ini. 
1. Dengan penolakan Umno BN dalam membantu PAS membawa isu pindaan RUU355 ini, jelas kepada semua manusia yang waras bahawa tiada hubungan antara PAS dan Umno BN sebagaimana UG yang diratib saban waktu oleh pembenci-pembenci PAS. 
2. PAS masih mempunyai peluang dengan kebenaran Speaker untuk membawa cadangan pindaan ini kerana bukannya usul ini ditolak, tetapi tidak dibantu oleh pihak lain. Jika dengan izin Allah ianya diluluskan, kejayaan ini akan lebih manis dan bermakna kerana PAS sendiri yang memajukannya tanpa bantuan besar pihak lain. 
3. PAS kini tidak perlu mengharapkan orang lain kecuali berharap sepenuhnya kepada Allah bagi membantu agama-Nya. Ini menguatkan lagi kebergantungan kita kepada Allah kerana kejayaan Islam bukan kerana jumlah yang ramai tetapi kerana ketaqwaan kita. Sebagaimana bencinya Rasulullah SAW kepada golongan yang berbangga dengan jumlah yang ramai dalam Perang Hunain, sedangkan kemenangan itu datangnya dari Allah. 
4. Tipu daya didalam politik ini akan terkena kepada sesiapa juga walaupun kepada pejuang-pejuang Islam. Ujian ini akan mematangkan kita dan menjadi tapisan kepada jemaah. 
5. Ahli Umno dan pencinta Islam boleh melihat dengan jelas betapa dhaifnya Umno sehingga tidak mampu menguasai rakan mereka dalam BN dalam hal agama Islam sendiri. Rakyat Islam kini melihat hanya PAS sahaja yang komitmennya sangat tinggi dan boleh diharap dalam perjuangan memartabatkan Islam di Malaysia. 
6. PAS menerima pelawaan Umno BN dalam isu pindaan RUU355 ini bukan kerana mereka dikenali sebagai kumpulan yang boleh dipercayai, tetapi PAS menerimanya diatas sebab DAP dan sekutunya telah jelas menolak, manakala Umno BN belum menolaknya walaupun diragui akan menolak. Oleh itu langkah PAS adalah tepat kerana Umno BN ketika itu adalah sedikit lebih baik daripada DAP. 
Saya menyeru agar kita semua tetap istiqamah di jalan Islam ini. Biarpun kita bukan sebagai watak utama penjulang syariat Allah tetapi sekurang-kurangnya tidak menjadi watak utama penentang syariat Allah. 
Kita sedang bergerak ke akhirat. Julanglah Islam walau di mana kita berada. PAS tetap istiqamah dalam jatuh bangun PAS untuk menegakkan syariat Allah. Kita akan menuai hasil usaha kita bagi membantu agama Allah tanpa ditanya adakah kita menang atau kalah. 
Jika benar pindaan RUU355 ini ditolak suatu hari nanti, maka pastikan mereka yang menolaknya tidak akan mendapat sehelaipun undi kita. 
Ayuh kita teruskan perjalanan demi kerana Allah, kesampingkan kekecewaan, berusaha, berdoa dan bertawakkal, insya Allah diberikan kejayaan oleh Allah. 
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
2 Rejab 1438 / 30 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 30/3/2017
Sumber HD 30-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































ADUN Jabi ‘Kantoi’ Isytihar ‘Orang Umno Masuk Umno’













SETIU –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi Mohd. Iskandar Jaafar telah ‘kantoi’, pecah tembelangnya, apabila beliau didapati membuat perisytiharan ‘orang Umno masuk Umno’ yang cuba mengelabui mata warga DUN terbabit.

Seorang penduduk tempatan Sidik Idris, dari Kampung Kerandang di sini berkata, tindakan wakil rakyat Barisan Nasional itu sebagai ‘sebuah skrip lama’ yang dikitar semula apabila hampir tiba pilihan raya umum (PRU).

”Tape (pita) video lama ini akan ditayangkan kembali setiap kali tiba musim PRU…….skrip lapuk orang PAS masuk Umno,

“Nampak terdesak sungguh ADUN Jabi untuk mengekalkan kerusi berhadapan cabaran hebat PAS, ”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas majlis ceramah penerangan isu semasa Umno yang kononya mengisytiharkan ‘ahli PAS masuk Umno’ di Kerandang, pada Sabtu 25 Mac 2017.

Sedangkan kata Sidik, individu yang didakwa menyerahkan ‘borang masuk Umno’ di atas pentas memang dikenali ramai oleh orang kampung setempat adalah ahli Umno sendiri.

“Sejak PRU lepas lagi dia dah pikul bendera Umno, malah lebih menyedihkan lagi bila dimaklumkan bahawa hamba Allah itu adalah individu bermasalah dalam masyarakat,

(Dr Azman……..ke mana perginya peruntukan wakil rakyat RM30 juta?)

“Beli durian orang tak bayar sejak bertahun yang lalu malah pernah ditangkap mencuri durian orang kampung………cuma orang kesian saja nak pukul,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN Jabi  Dr. Azman Ibrahim ketika dihubungi menyifatkan, tindakan Umno itu adalah satu cubaan untuk mengalihkan isu pembangunan dan ketidaktelusan yang berlaku dalam DUN tersebut.

“persoalan tentang pembangunan DUN Jabi tidak dijawab……… tak  ada kemudahan hentian bas, pasar pun umpama ‘hidup segan mati dok mahu’,

“masjid kayu lama masih ada lagi, jalan kampung masih berselut, soal keselamatan hanya ada pondok polis hanya ada sorang anggota sahaja, dan banyak lagi,” tegas beliau.

Katanya, dalam DUN Jabi hanya ada 28 kampung sahaja, sedangkan peruntukan wakil rakyat yang diumumkan kerajaan adalah sebanyak RM30 juta.

“ke mana dibelanjakan RM30 juta peruntukan pembangunan DUN……..ada 30 kampung dalam Jabi ni, maknanya satu kampung dapat lebih sejuta ringgit!,

“apa yang kita lihat tak ada apa pembangunan yang jelas dilaksanakan untuk kemudahan orang kampung kecuali yang telah wujud sebelum ini,”tambahnya.

Sumber BO - 30-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































Hutang Kerajaan Terengganu Mencecah RM3.5 Bilion

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Terengganu negeri yang kaya dengan sumber alam termasuk minyak dan gas, kini telah menanggung hutang mencecah RM3.5 bilion.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim mendakwa hutang kerajaan negeri kini telah mencecah RM3.5 bilion.

Menurutnya, jumlah hutang itu berdasarkan kepada laporan dan jawapan yang dibuat sendiri oleh kerajaan negeri ini.

“Mengikut laporan jawapan yang dibuat oleh kerajaan negeri (dewan). Saya boleh rumuskan hutang kerajaan negeri Terengganu sekarang ini mencecah RM3.5 bilion.


“Ini satu jumlah yang cukup besar, dengan projek-projek yang telah dibawa oleh kerajaan negeri pada hari ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada wakil media selepas Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (Dun) Ketiga Belas, berhenti rehat di Wisma Darul Iman, semalam Rabu 29 Mac.

Katanya, jumlah hutang itu termasuklah bagi pembangunan bandar baharu Kuala Nerus sebanyak RM600 juta.

Sebelum itu, DUN Terengganu diberitahu bahawa peruntukan pembangunan Bandar baharu Kuala Nerus berjumlah RM600 juta dan setiap tahun kerajaan negeri akan membayar RM70 juta kepada syarikat kontraktor selama hampir 9 tahun.

Sumber BO - 30-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































‘Profesional Fees’ RM35 Ribu Untuk Pecah Sempadan Tanah Bebankan Rakyat

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU – PAS menyifatkan bayaran ‘profesional fees’ sebanyak RM35 ribu untuk pemilik tanah yang ingin membuat pecah sempadan tanahnya lebih dari lima lot sebagai membebankan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata dulu bayaran tersebut dikenakan kepada pemilik tanah yang membuat pecahan lot sebanyak lima ekar baharulah dikenakan bayaran tersebut.

Beliau tidak menafikan kerajaan negeri boleh melaksanakan peraturan bayaran tersebut itu dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Bagaimanapun bayaran berkenaan sangat membebankan rakyat dan kerajaan sepatutnya membuat pertimbangan semula sekaligus kembali kepada kaedah pembayaran lama untuk tujuan itu.


“apa justifikasi kita sehingga mahu membebankan rakyat seperti ini? RM35,000 itu bayaran asas ada lagi tambahan-tambahan,

“maknanya apabila kita nak pecah lot satu ekar kita perlu ada RM35,000 dulu tidaktermasuk yang (bayaran)  biasa, dan ini membebankan rakyat,”

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan lisan pada Penggal Kelima Persidangan ke- 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu di sini pada pagi Rabu.

Dalam persidangan dewan itu beiiau ingin tahu sama ada benar kerajaan telah mebuat peraturan bahawa setiap permohonan pecah sempadan tanah melebihi empat lot yang dikemukakan kepada pejabat tanah hendaklah mendapat ulasan daripada pegawai perancang bertauliah.

Ketika menjawab soalan lisan berkenaan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri menetapkan bayaran tersebut dengan mengambil kira semua perkara termasuk tujuan tanah itu digunapakai selepas pecahan lot itu dibuat.

Ketika ditemui di luar Persidangan DUN itu Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri hanya melaksanakan peraturan yang ditetapkan oleh akta berkaitan yang sudah lama diwartakan.

Sumber BO - 30-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS minta Terengganu bina kem khas untuk penagih dadah
Posted on Wednesday, March 29 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34252



KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan meneliti cadangan pembangkang untuk membina sebuah kem khas bagi menempatkan belia yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah di sebuah pulau, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Roslee Daud.

Beliau berkata cadangan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS – Wakaf Mempelam) itu memerlukan penelitian terperinci untuk dilaksanakan.

“Yang Berhormat kata kerajaan negeri kena buat tindakan yang ‘keras’ sedikit untuk mencegah pelajar sekolah menengah yang terjebak dengan dadah.

“InsyaAllah, kita akan teliti cadangan ini,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.

Wahid mengesyorkan perkara itu bagi memastikan penagih dadah sukar mendapatkan bekalan sekiranya diletakkan di penempatan khas di pulau yang sukar dimasuki pembekal dadah.

Terdahulu, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (BN – Kuala Besut) inginkan penjelasan mengenai usaha kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan dadah terutama di kalangan pelajar sekolah menengah.

Roslee yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi berkata setakat ini, kerajaan negeri banyak melaksanakan pelbagai program antaranya dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

“Selain bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, program bersama YPKT turut melibatkan penyertaan ibu bapa kerana antara faktor pelajar terjebak dengan dadah ialah keruntuhan institusi keluarga mereka.


“Mungkin pembangkang lihat langkah yang diambil ini seperti agak ‘lembut’, kita ambil pendekatan berhemah dan setakat ini nampaknya kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri ini masih terkawal,” katanya

Sumber TKO - 29-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































Minta Rumah, Disuruh Angkat Sumpah Undi BN!

KUALA TERENGGANU – Tindakan memaksa rakyat yang memohon rumah kos rendah untuk bersumpah akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya, adalah satu perbuatan yang zalim.

Oleh itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Hilmi Harun berkata, integriti, bersih dalaman dan luaran yang termasuk dalam lapan prinsip Tranformasi Terengganu Baharu (TTB), digagal dilaksanakan oleh kerajaan dalam memberikan kebajikan kepada rakyat.

“bila mereka memohon perumahan awan kos rendah (PAKR) yang disediakan kerajaan, bila mereka mengisi boring, mereka dipanggil temuduga, mereka mengadu mereka diminta angkat sumpah supaya mengundi BN,

“perlu kita ingat bahawa kita akan dihisab oleh Allah, jangan melakukan kezaliman yang seumpama itu,” tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan ‘Titah sultan Terengganu,’ pada Persidangan DUN di Wisma Darul Iman, Selasa 29 Mac.

Bahkan lebih teruk lagi, kata Hilmi, ada kes dimana seorang pemohon yang telah berjaya dan telah membayar wang pendahuluan, namun dikembalikan semula kerana beliau dianggap bukan ‘orang Umno’.

“ada J3K (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) yang bangga apabila kita tanya…..siapa yang dapat rumah?,

“(dia kata) dengan bangganya…..mestilah orang BN, kita tak beri kepada orang PAS,
“maknanya jelas, gagasan yang dibuat oleh Menteri Besar tidak diguna pakaim oleh pihak pelaksana,” tegas beliau.


Sehubungan itu, Bendahari Dewan Pemuda PAS itu berkata, peluang pekerjaan tidak meningkat kepada penduduk tempatan, walaupun ada projek baru yang dilancarkan kerajaan.

Katanya, rakyat mengeluh kerana, pekerja yang diambil adalah di kalangan warga asing, bukannya tenaga tempatan.

“projek baru ECRL yang sudah tentu membuka peluang kerja kepada rakyat….tetapi apa yang membimbangkan kita, rakyat berkata, kalau buat projek banyak pun rakyat tak boleh nak rasa,

“yang dapat kerjanya warga asing……..bukan rakyat tempatan, contohnya Projek Pulau Bebas Cukai di Kenyir, yang bekerja adalah warga Indonesia…..ini merugikan rakyat kita,” jelasnya.

Justeru itu, beliau menggesa supaya kerajaan Terengganu mempertegaskan polisi berkaitan, sebagaimana yang dilaksanakan di negara dan negeri lain.

“dalam keadaan ekonomi yang meleset sebegini, peluang pekerja yang sebegitu pun masih lagi di perolehi oleh orang lain dan tidak dikecapi oleh rakyat tempatan,” tambah Hilmi.

Sumber BO - 29-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































Kerajaan Digesa Cakna Hutang

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu hari ini ditegur agar lebih cakna kepada jumlah hutang, walaupun sering mendabik dada dengan pendapatan yang kononnya tinggi tetapi tidak menekankan pembayaran hutang.

Dengan jumlah hutang yang hampir mencapai RM1 billion, ianya bukanlah suatu perkara yang patut dibanggakan, apatah lagi dengan belanjawan yang melebihi RM2 billion setahun itu, kelihatan tidak seimbang.

Teguran ini dibuat oleh Wakil Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika selesai hari pertama Sidang Dun Terengganu bagi Penggal Kelima di Wisma Darul Iman semalam.

Beliau bangun bagi mengemukakan soalan tambahan kepada soalan asal oleh Wakil Rhu Rendang, Dato; Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang bertanyakan berkenaan langkah-langkah kerajaan Negeri dalam menangani defisit Bajet 2017.

“Pada pandangan saya, kerajaan Terengganu seharusnya serius dalam menangani hutang, berserta faedah itu kerana ia melibatkan riba.

“Paling terkesan ialah kerana ini, nyata menggunakan wang rakyat Terengganu dan dibimbangi secara tidak langsung mengheret sama rakyat ke kancah riba.

“Sebagaimana kerajaan Terengganu (PAS) pada tahun 1999 – 2004 dahulu yang sangat komited membayar hutang kepada pusat, disamping berusaha dengan bersungguh-sungguh mengeluarkan rakyat dari riba.
“Sehinggakan walau dengan sumber yang sangat terhad dan disekat, kerajaan ketika itu berjaya mengurangkan hutang, disamping menyediakan pinjaman tanpa riba kepada kakitangan mereka,” kata beliau.


Ustaz Mohd Nor juga membidas jawapan Menteri Besar yang kerap mengulangi bayaran balik kerajaan pusat atas hutang mereka terhadap negeri sebanyak RM1.85 billion bagi pembinaan LPT2 dahulu, sedangkan ianya tidak sepatutnya berlaku.

Dengan jumlah sebanyak RM1.85 billion itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan Negeri seharusnya sudah berjaya membayar balik hutang kepada Pusat kerana LPT2 sepatutnya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Pusat.

“Saya melihat hal ini dengan rumusan yang sangat praktikal iaitu, jika kerajaan Negeri membayar secara berkala segala hutang ini contohnya sebanyak RM70 juta setahun bermula tahun 2004.

“Maka keseluruhan hutang negeri sudah boleh dilunaskan pada hari ini. Ini dengan jangkaan hutang tahun 2004 itu sama banyak seperti sekarang.

“Kita boleh menyebutkan begini kerana kerajaan Terengganu banyak duit, seharusnya boleh dilangsaikan dan tak perlulah dibanding dengan negeri-negeri lain yang kurang mampu.

“Tetapi hutang yang tinggalkan oleh kerajaan Negeri ketika itu (2004) hanya sedikit, yang kemudiannya ditimbun kembali oleh parti Umno yang menggantikan kerajaan Negeri selepas itu,” jelas beliau.
Sidang Dun yang dijadualkan berlangsung selama empat hari, akan berakhir Khamis ini

Sumber BO -29-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































Industri pelancongan di Terengganu tak serancak mana

INDUSTRI pelancongan di Terengganu sebenarnya tidak serancak mana, kata Ketua Lajnah Kebajikan PAS negeri, Dr Azman Ibrahim.
Dr AzmanKata beliau, antara faktanya lihatlah berapa penerbangan sehari yang tiba dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
"Tak sampai pun 10 penerbangan sehari walau lapangan terbang cukup besar berbanding Lapangan Terbang Kota Bharu yang mengendalikan lebih 40 penerbangan sehari," ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang terlibat juga sikit dalam industri perhotelan bersama kawan-kawan membuka Hotel Tawaquf Inn di hadapan Kompleks Sukan Gong Badak berkata, kadar kemasukan pelancong yang tidak seberapa ke negeri itu menjadikan industri hotel cukup-cukup untuk menampung kos pengurusan sahaja.
"Nak untung jauh sekali," ujarnya sebagai respons kepada cadangan kerajaan negeri untuk memperkenalkan cukai katil kepada pelancong yang menginap di hotel-hotel di seluruh negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri merasakan ia sesuai untuk dilaksanakan sekarang memandangkan industri pelancongan kini telah dijadikan sebagai sektor baharu meningkatkan ekonomi Terengganu.
Perkara itu dinyatakan Ahmad Razif ketika menjawab soalan lisan Adun Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Persidangan Dewan Unda­ngan Negeri Terengganu ke-13 di Kuala Terengganu, semalam.
Justeru itu, Dr Azman tidak melihat tindakan kerajaan negeri untuk mengenakan cukai katil mampu menjana suatu jumlah hasil yang bermakna bagi Negeri Terengganu.
"Hasilnya tak seberapa. Tapi nanti orang akan kata, dari ambil cukai katil sahaja, baik kutip terus cukai bantal dan selimut sekali," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 29/3/2017
Sumber HD - 29-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































Tahaluf Siyasi PAS-PKR; Serah Kepada Perwakilan Muktamar












Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Satiful Bahari Mamat berkata, usul PAS membatalkan tahalluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), terserah kepada keputusan muktamar parti itu di Kota Sarang Semut, Kedah, akhir April dan 1 Mei nanti.

Beliau juga berkata, usul PAS putus hubungan dengan PKR Terengganu, juga akan diputuskan dalam muktamar berkenaan sebelum Majlis Syura Ulama membuat keputusan muktamad selepas itu.

Katanya, Badan Perhubungan PAS Negeri itu memberi ruang secukupnya kepada ahli akar umbi mengemukakan usul dalam mesyuarat agung kawasan masing-masing bagi menyatakan hasrat mereka dalam perkara tersebut.


Beliau berkata demikian kepada pengamal media di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semasa dewan itu berhenti rehat pada pagi Selasa 28 Mac.

Katanya, usul-usul itu timbul berikutan terdapat pemimpin PKR melalui status Twitternya, mengejek kepimpinan tertentu PAS dan menunjukkan semangat tidak setiakawan antara parti itu dengan PAS.

Katanya, sebanyak empat kawasan termasuk Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus menerima sebulat suara usul berkait perkara tersebut kerana ahli akar umbi mempunyai hak untuk mengemukakan usul berkait hubungan antara parti dengan parti, bukan hubungan antara kompenan anggota kerajaan seperti di Selangor.

Katanya, empat kawasan lain termasuk Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu, tidak mengemukakan usul serupa kerana isu berkaitan timbul kemudian manakala mesyuarat agung masing-masing selesai terlebih dahulu.


“Usul-usul berkenaan akan dibahaskan dalam Muktamar PAS di Kedah akhir April dan 1 Mei ini, saya percaya perwakilan bijak membuat keputusan, sebelum Majlis Syura Ulama membuat keputusan selepas itu,” katanya.
Menurutnya, semua lapan kawasan parti itu telah selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing baru-baru ini.

Sementara itu Haji Satiful Bahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, mengulangi pendirian bahawa PAS negeri itu tetap akan bertanding di semua kerusi parlimen dan DUN di negeri tersebut.

Kerusi berkenaan termasuk lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN di seluruh negeri Terengganu.

Sumber BO - 28-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































































Pembukaan Persidangan DUN; PAS ‘Menjunjung Kasih’












KUALA TERENGGANU – PAS Terenggganu menjunjung kasih dan mengucapkan ‘jazakumullah’ ke bawah Duli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13.

Pesuruhjayanya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, persidangan yang bermula semalam itu mungkin merupakan sidang yang terakhir sebelum pilihan raya umum kali ke-14.
“dua hari tempoh perbahasan…….kami dari Yang Berhormat ADUN (PAS) di Terengganu ini insyaAllah akan cuba membahas ucapan tuanku sultan dalam perbahasan esok serta lusa sebelum berlaku pergulungan di hari terakhir,

“Secara keseluruhan (titah tuanku itu) kita melihat perkembangan ekonomi pembangunan dan persekitaran negeri Terengganu amat lembap dengan alasan kerana kelembapan ekonomi dunia dengan alasan kejatuhan harga minyak dunia,” ujarnya.

ADUN Paka itu berkata demikian ketika ditemui selepas Istiadat tersebut di lobi DUN pada Isnin, 27 Mac.

Apa pun, kata beliau, PAS berharap negeri Terengganu dapat memanfaat sumbernya yang tersendiri yang mempunyai sumber yang tidak dimiliki oleh negeri-negeri lain, termasuk royalti minyak dan gas.
Beliau menggesa kerajaan negeri terus menuntut hak yang merupakan milik negeri Terengganu itu.

“kita mendesak kerajaan pusat supaya meningkatkan kadarnya daripada lima peratus kepada 20 peratus (kerana) mengikut syariat Islam ‘humus’ yang dianggap sebagai satu per lima daripada harta

,

“dan juga isu telaga minyak Bertam masih lagi tidak diberi penumpuan supaya kerajaan memberi penjelasan yang sejelasnya,
“sebab ia adalah sumber penting kepada kerajaan Terengganu dan suasana ekonomi yang ada,” tegasnya.

Dalam masa yang sama juga, beliau juga berharap kerajaan negeri dapat menggembleng sumber-sumber lain yang terlalu banyak.
“Terengganu mempunyai banyak sumber lain seperti pertanian, pelancongan, pantai dan sebagainya, yang perlu digemblengkan untuk mencapai kejayaan,

“bukan hanya dalam pembangunan fizikal tetapi juga khususnya melibatkan pendidikan, kesihatan dan sebagainya,” jelasnya.


Namun begitu, katanya, ada perkara yang mungkin kerajaan negeri ‘ terlepas pandang’ terutamanya dari sudut pembangunan ‘spiritual’.

“pembangunan insan yang mungkin agak terabai……….jadi, kita melihat pada hari ini suasana bagaimana permasalahan sosial makin hari makin parah,

“masalah penzinaan, masalah minuman keras, masalah penggunaan dadah dan sebagainya,” katanya lagi.

Justeru, kerajaan negeri perlu mengambil cakna dalam menyelesaikan perkara tersebut bukan hanya jangka jangka pendek, bahkan perlu tindakan jangka panjang.

Sumber BO - 28-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Hari Polis, Semoga Istiqamah Menjaga Ketenteraman











Oleh : Badar

Selamat hari polis semoga istiqamah menjaga ketenteraman negara. Itulah ucapan dari Pengarah Majls Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong kepada anggota polis dalam kunjungan hormat ke balai polis sekitar Pengkalan Berangan sempena sambutan hari polis tahun ini.
Kunjungan yang disertai sama oleh kepimpinan MTD bermula dari Balai Polis Wakaf Tapai, Pengkalan Berangan seterusnya bergerak ke Merchang.


Beliau juga menyerahkan pulut kuning sebagai lambang adat budaya melayu dalam menghargai jasa
para petugas ketenteraman yang berkorban nyawa dan tenaga bagi menjamin keamanan dan
ketenteraman masyarakat.

Rombongan disambut baik oleh ketua Balai Wakaf Tapai Tuan SM Abdul Aziz bin Mohd Latif dan
SM Mohamed Kamel dari Balai Polis Merchang mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas kunjungan dan ingatan dalam meraikan sambutan Hari Polis.

Pertemuan santai penuh mesra itu diraikan bersama oleh anggota polis yang berkhidmat disemua
balai yang dikunjungi


Ustaz Sulaiman menyuarakan rasa syukur dan berterima kasih atas pengorbanan yang telah
ditunjukkan oleh pasukan polis yang sentiasa siap sedia untuk berkhidmat bagi memastikan
keharmonian dan keamanan sentiasa dipelihara.

Terima kasih dan semoga sentiasa istiqamah dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara,
dan mengharapkan kerjasama yang berterusan dengan masyarakat dalam kebersamaan bagi
memelihara keharmonian tanahair tercinta, ujar beliau.

Sumber BO - 28-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































































































Mini Karnival Wanita Akan Intimkan 

Hubungan Wanita Teluk Pasu












KUALA NERUS – PAS sentiasa berusaha untuk berada di sisi dan intim dengan kaum wanita tanpa
mengira fahaman politik.

Antaranya dengan mengadakan Mini Karnival Wanita DUN Teluk Pasu kali Kedua pada 31.Mac.2017
di Kampung Kuala Belara di sini.

Menurut Ketua Muslimatnya Tuan Roslina Tuan Sulaiman, karnival yang diadakan secara dwi
tahunan ini bertujuan mengumpul, bertemu mata serta bersua muka serta mengeratkan ukhuwah
diantara isteri YB serta kepimpinan Muslimat PAS DUN dengan semua golongan wanita warga DUN
terbabit.

“Pada Mini Karnival Wanita kali ini, kita mengumpulkan 150 orang ibu tunggal yang perlu dibantu
dari semua cawangan di DUN Teluk Pasu dan mereka akan menerima sumbangan,” ujarnya.


Beliau menambah, karnival yang pertama pernah
diadakan pada 2015 itu, tetapi kali ini, kita hanya
menganjurkan Mini Karnival, kerana keterbatasan masa
di sebabkan pertembungan program lain.

“Diantara acara yang telah disusun yang bermanfaat
untuk semua golongan wanita iaitu disebelah paginya,
Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz
Muzani bin Abdul Rahman, nasyid, pertandingan
mewarna kategori kanak-kanak dan wanita berumur 55
tahun ke atas, ada gerai-gerai jualan, Pemeriksaan
Kesihatan Percuma dan penyampaian sumbangan kepada
ibu tunggal, “

“Manakala petangnya pula, Demonstrasi Membuat Biskut
Sedap & Kacang Salut Best dan sukaneka untuk semua
pengunjung ke tapak Mini Karnival Wanita, lelaki dan
perempuan, semua peringkat umur, serta ” jelasnya.

Justeru, beliau mengajak semua golongan wanita di DUN
Teluk Pasu hadir bersama keluarga, untuk bersama
menimba ilmu pengetahuan, bermuhasabah, berkenalan,
bermesra dan mengeratkan ukhuwah kerana Allah agar
sentiasa merahmati kita semua di dunia dan akhirat.

Sumber BO - 28-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































PAS Sanjung Peranan Pasukan Keselamatan














SETIU – PAS menyanjung tinggi peranan pasukan keselamatan itu dalam mencegah gejala jenayah dan gejala tidak sihat dalam masyarakat.

Yang Di Pertuanya, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, PAS bersama-sama polis dalam mencegah mungkar dan membuat kebaikan.

“kita bersama pasukan keselamatan khususnya polis itu dalam mencegah gejala tidak sihat dalam masyarakat seperti jenayah berat, pecah rumah, dadah, rempit dan lain-lain sepanjang masa.


“kunjungan ini adalah salah satu dari program tahunan kita (PAS), meraikan dan menghargai pasukan polis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, di bandar Permaisuri
di sini pada Ahad 26 Mac, sempena meraikan Hari Polis ke-210

Menurutnya, PAS sebagai sebahagian daripada komuniti utama masyarakat sentiasa terbuka untuk
sebarang kerjasama demi kebaikan dengan pihak polis.




Dalam perkembangan yang sama, pada sebelah petangnya, PAS Dewan Undangan Negeri (DUN)
Batu Rakit turut meraikan anggota Balai Polis Batu Rakit

Pengerusinya Ustaz Mohamad Nazari Alias bersama anggota Majlis Tindakan DUN menghadiahkan
kek sebagai tanda meraikan ‘Hari Polis’

SM Tengku Mohd Abu Bakar Sulaiman bersama beberapa orang anggotanya, menerima kek itu.

Sumber BO - 27-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































Perlu Dibezakan Antara ‘Kutuk Umno’ dan Kritik Kerajaan













KUALA TERENGGANU – Ahli Jawatakuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, perlu dibezakan antara ‘megutuk’ Umno dan mengkritik kerajaan.
Beliau tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa para guru mempromosi pembangkang dan mengutuk kerajaan.

Katanya, apa yang selalu kedengaran adalah, para guru mengutuk Umno dan para pemimpinnya.
“perlu dibezakan antara mengutuk Umno dan mengkritik kerajaan. Kita selalu mendengar guru-guru mengata pemimpin Umno tekita mereka dipaksa menghadiri program Umno,
“dan bukannya program yang dianjurkan kerajaan,” kata beliau.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang berkata, para guru sering menyebelahi pembangkang dan memperkecil-kecilkan kerajaan.

Mahdzir berkata, guru yang bertndak seumpama itu, perlu meletakkan jawatan.

Menurut Dr Azman, pengalamannya menghadiri Majlis Mesyuarat PIBG dan Penyampaian Hadiah di sekalah anaknya pada tahun lalu sangat memalukan.

Katanya, pada majlis tersebut, Ketua Bahagian Umno Pengkalan Chepa telah bertukar menjadi seorang ‘badut’.

“Apabila meteri yan dijempu tidak hadir dan beliau menggantikannya, beliau berlagak macam ‘badut’ atas pentas…….habis rosak protokol majlis,

“bila buat perangai macam itu……….memang kena kutuk lah……..bukannya kritik kerajaan!,” jelasnya.

Berita berkaitan;

Umno Terdesak, Guna Sekolah Untuk Kempen Politik

Sumber BO - 27-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































Bukit Tanah, Kampung Paling Besar DUN Jabi Yang Ketinggalan











Oleh: Dr Azman Ibrahim

Kampung Bukit Tanah, Besut, tanah tumpah darah tempat lahir saya adalah antara kampung terbesar
di Dewan Undangan Negeri Jabi.

Hasil dari kajian mudah berdasarkan perbualan bertanya khabar dengan orang lama di kampung ini,
 saya meletakkan satu fakta bahawa Kampung Bukit Tanah ini telah mula dibuka dan didiami
penduduk sejak hampir 100 tahun yang lalu.


Malah masih terdapat seorang warga tua Kampung Bukit Tanah yang lahir pada 1909 masih hidup dan
boleh ditemui untuk dicungkil sejarah panjang kehidupan yang telah dilaluinya.

Almarhum Datuk saya, Allahyarham Mat Saman Mamat antara generasi awal yang mula mendiami
kampung ini setelah berpindah dari Kampung Gong Datuk Pasir Puteh Kelantan ke Bukit Tanah, Besut

ketika usia ayahanda belum lagi memasuki sekolah rendah. Sekarang usia ayahanda telah menjangkau
72 tahun.


Ia bukan sebuah kampung di pendalaman. Jalan utama dari Kampung Renek ke Kampung Raja akan
melalui Kampung Bukit Tanah. Cuma agak aneh kalau dibandingkan dengan Kampung yang berjiran
seperti Kampung Tempinis dan Kampung Tembila.

Di Bukit Tanah tak ada Klinik Desa dan tak ada sekolah rendah sebagaimana yang ada di Tempinis

dan Tembila. Pondok Polis pun tak ada. Masjid Bukit Tanah masih lagi sebuah masjid kayu.


Sekadar fakta bandingan, Kampung Bukit Tanah sebenarnya jauh lebih besar berbanding Kampung
Tempinis yang berjiran. Tapi jelas kelihatan Bukit Tanah ketinggalan dari segi pembangunan
infrastruktur asas dan kemudahan untuk rakyat.

Selama dua hari dua malam Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bersama HARAKAH
berkampung di Bukit Tanah dalam Program Kampung Media dan Sambutan 30 Tahun Harakah

mendedahkan lagi sisi kekurangan yang ada di sini. Di Bukit Tanah tak ada talian 3G!


Mencari line 3G di kampung ini ibarat mencari buah durian di luar musim. Sangat susah untuk nak ditemui. Perkhidmatan TELCO utama seperti Celcom, Maxis dan Digi setakat ini gagal untuk membekalkan perkhidmatan 3G di sini. Malah ada ketikanya nak call pun payah.

Lantaran itu suka saya menawarkan kepada mana-mana syarikat TELCO yang sudi dan berminat untuk buat pemancar di Bukit Tanah. Kalau tak ada tempat, saya boleh bincang dengan orang tua untuk guna tanah keluarga kami untuk didirikan pemancar.















Sumber BO - 26-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































‘Sekampit Beras, Seekor Ayam’ : PAS Rantau Abang Prihatin Rakyat













DUNGUN – Lajnah Kebajikan PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang telah berjaya mengadakan program “Sekampit Beras, Seekor Ayam”, sebanyak tujuh (7) kali dengan memperuntukkan sebanyak RM 2500 setiap satu program.

Bendahari Kebajikan PAS Rantau Abang Saudara Che Wan Suhaimi Wan Omar berkata, bagi tujuan itu, anggaran sebanyak RM 30,000 sehingga RM 50,000 akan digunakan bagi keseluruhan program UPU dalam DUN Rantau Abang.

“PAS Rantau Abang telah memulakan program ini semenjak akhir tahun 2016 lagi dan kami telah pergi kepada 6 UPU daripada 12 UPU daripada keseluruhan yang ada.”

“Program hari ini merupakan UPU yang ketujuh (7) kami mengagihkan “sekampit beras, seekor ayam” bersama Pusat Khidmat Majlis Tindakan DUN Rantau Abang di sini iaitu Surau Hj Zakarian dalam UPU Pak Sabah”, tambahnya lagi ketika ditemui selepas program.


Program yang diadakan ini bertujuan bagi meringankan beban harian kepada golongan yang kurang berkemampuan yang dipilih oleh cawangan dalam UPU terlibat.

Ketua Unit Peti Undi Pak Sabah Haji Ibrahim Senik, memberitahu penerima sumbangan untuk UPU Pak Sabah ini terdiri daripada 50 orang dari Kampung Binjai, Kampung Che Lijah dan Kg Pak Sabah.

“Mereka yang dikenal pasti dalam program ini merupakan sasaran MOSWA dalam DUN Rantau Abang.”

“Mereka yang terpilih menerima sumbangan ini sebenarnya adalah antara mereka yang sentiasa mendapat perhatian PAS Cawangan dalam misi kebajikan yang sentiasa diadakan dalam UPU “, tambahnya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun sewaktu memberi ucapan kepada para penerima berkata program yang dirangka ini adalah kesinambungan daripada program kebajikan yang telah sedia ada dengan sedikit ubah suai dengan keadaan semasa.


Sumbangan yang dibuat ini semuanya atas inisiatif pihak Lajnah Kebajikan PAS Rantau Abang melalui sumbangan orang ramai yang perihatin dengan kesempitan hidup masyarakat kebanyakan sekarang ini”

“Kenaikan harga barang yang semakin menghimpit kehidupan rakyat yang telah terbeban dengan GST ini menjadikan kehidupan rakyat dari hari ke hari semakin susah”

“Kerajaan BN yang ditunjangi Umno ini sebenarnya tidak melihat keperitan rakyat bawahan kerana mereka hanya akan memgambil berat berkaitan rakyat bila pilihanraya umum semakin dekat”

Cikgu Alias semasa ditemui semasa program tersebut juga turut menyentuh berkaitan tawaran awal
manifesto PAS Terengganu dalam menghadapi PRU 14 akan datang.

Sumber BO - 25-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































Kuala Nerus Sasar Menang Semua Kerusi













KUALA NERUS – PAS Kawasan ini, kini mempersiapkan jentera pilihanrayanya menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan sasaran memenangi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen itu.

Timbalan Yang DiPertuanya YB Dr Alias Razak berkata, kawasan itu yakin akan mempertahankan semua kerusi yang dimenangi pada PRU ke-13 lalu dan sedang bekerja keras di DUN Seberang Takir.

“Keadaan ‘mood’ rakyat hari ini dan prestasi gerak kerja parti (PAS) yang sedang berjalan ini, Insya’Allah.

“Parlimen (Kuala Nerus) kita boleh pertahankan (kemenangan) dan tiga DUN (Bukit Tunggal, Tepoh dan Teluk Pasu), Insya’Allah.


“Saya lebih nampak (DUN) Seberang Takir itu berpotensi untuk kita menang. Sebab, (Dato’ Seri) Ahmad Razif (Menteri Besar) itu sendiri sudah jadi liabiliti,” ujarnya.

Menurut beliau, kekalahan PAS pada PRU13 lalu di Dun Seberang Takir yang diwakili oleh Dato’ Seri Ahmad Razif itu tidak banyak dan boleh diatasinya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu berkata PAS Terengganu telah lama bersiap sedia menghadapi PRU14.

Jelasnya, sejurus PRU13 lalu, PAS Terengganu terus melancarkan ‘Road Map’ untuk ke Wisma Darul Iman pada PRU14.

“Terutamanya, DUN tumpuan. Kita (PAS) akan tanding belaka (32 DUN) dan lapan Parlimen. Tetapi, kita juga ada DUN-DUN sasaran yang perlu kita fokus.


“Kita (PAS) akan gerakkan seluruh jentera parti secara bersepadu untuk mencapai pelan ‘road map’ menuju ke Wisma Darul Iman kali ketiga, Insya’Allah.

“Sasaran utama kita adalah mana-mana pengundi yang condong PAS akan diberi lebih perhatian supaya mereka menyokong PAS pada PRU14,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu berkata demikian ketika program ziarah di Unit Peti Undi (UPU) Batu Enam, Kuala Nerus, baru-baru ini.

Menurutnya, DUN Bukit Tunggal mempunyai tujuh UPU dan 23 Cawangan PAS yang menjadi aset penting bagi kemenangan PAS.

Antaranya kata beliau, UPU Batu Enam, Pak Katak, Bukit Tunggal, Gong Kijang, Bukit Tumbuh, Pulau Duyung dan UPU Pulau Ketam.

Sumber BO - 24-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































































KAMI Anjur Program ‘Kampung Media’












KUALA TERENGGANU – Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu akan menganjurkan satu program dengan kerjasama warga Kampung Bukit Tanah, Jabi, yang dipanggil sebagai ‘Kampung Media’.

Pengarah Kampung Media itu, Nazmi Ghazali berkata, ia adalah bertujuan untuk mendedahkan masyarakat kepada isu-isu berkaitan media disamping melaksanakan program kebajikan dan santai bersama masyarakat.

“KAMI turun bersama msayarakat…..setelah kita bersama pada musim banjir sebelum ini dalam program ‘Dapur KAMI’ dan kali ini kita akan bermalam di Kampung Bukit Tanah Jabi, Besut,

“bagi merasai dan menyelami kehidupan serta suka duka orang kampung dan membantu mereka dengan menghulur sedikit kebajikan,”ujarnya.

Menurutnya antara acara Kampung Media tersebut ialah Wayang Pacak, Media Bersamamu, Sukan Rakyat dan Jamuan Rakyat.

Selain itu, kata beliau, KAMI juga bersama Persatuan Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA) turut memberikan Khidmat Pemeriksaan Kesihatan Percuma kepada penduduk ‘qaryah terbabit.

Justeru itu, beliau berharap, semua penduduk kampung turun bersama-sama menyertai setiap acara yang diadakan dan hadiah istimewa akan diberikan kepada mereka yang bertuah.
“kita harap semua penduduk lelaki dan perempuan, tidak kira apa latar belakang mereka, biru atau hijau……bersama-sama dengan KAMI dalam setiap acara yang diadakan,” tambah beliau.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang memberikan sumbangan kepada program ini dan membuka peluang kepada semua untuk turut serta membuat kebajikan.

“KAMI akan memberikan bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan berupa barangan keperluan harian bagi menampung dan berkongsi sedikit kesukaran hidup mendepani cabaran ekonomi sekarang,

“mereka yan mahu bersama boleh menyumbang kewangan kepada Tabung KAMI melalui akaun
Bank Islam KAMI MANAGEMENT No. 13053 01 0008281,” kata beliau

Sumber BO - 24-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































































Satu-satunya Tanah ‘Gazet’ Rezab Melayu Terengganu, Tergadai












KUALA TERENGGANU – PAS menggesa kerajaan Umno Terengganu menjelaskan kepada rakyat, mengapa satu-satunya tanah yang digazet sebagai ‘Rezab Melayu’ di negeri ini bertukar milik kepada bukan Melayu.
Pesuruhjayanya YB Satiful Bahri Mamat berkata, selain itu, PAS juga meminta Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman selaku Pengerusi Perhubungan Umno Terenggan menjelaskan mengapa tanah orang Melayu yang diberi kepada Umno Paka juga tergadai.
Katanya, beliau telah menimbulkan isu tersebut dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, namun tidak dijawab.
Menurutnya, sejak setahun lalu, Umno gagal memberikan sebab mengapa tanah di di Mukim Kuala Paka HSM 3214 tersebut telah dipindah milik pada 16 Julai 2009 dengan No. Perserahan 2115/2009 Gadaian Menjamin Wang Pokok.


“saya sudah dedahkan perkara ini sejak setahun lalu, namun tiada jawapan dari Umno…….tanah di Paka yang telah mula diberi milik kepada Umno Paka pada tahun 1993,
“membisu seribu bahasa…..mengapa tak jawab kepada rakyat, ke mana perginya tanah itu,” tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini hari ini 23 Mac.

Bahkan katanya, satu-satunya tanah yang digazetkan sebagai Tanah Rezab Melayu di negeri ini yang terletak di bandar Kuala Berang, juga telah tergadai kepada bukan Melayu.

“yang terbaharu, satu-satunya Tanah Rezab Melayu di bandar Kuala Berang juga telah ditukar milik kepada bangsa lain, kerana mahu dibuat pembangunan,

“ini sudah tidak masuk akal………..bagaimana Tanah Rezab Melayu pun Umno boleh gadai……..boleh jual,” soal beliau.
Berita sebelum ini;

Umno Gadai Tanah Orang Melayu Kepada Bukan Islam

Sumber BO - 23-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































































































































































































































Penjagaan Kesihatan Mulut Kanak-kanak di Terengganu Rendah












Statistik status kesihatan mulut dalam kalangan kanak-kanak di Terengganu pada tahun lalu menunjukkan hanya 14.9 peratus kanak-kanak berusia enam tahun bebas daripada masalah kerosakan gigi (karies gigi).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata pencapaian itu masih jauh ketinggalan daripada sasaran di peringkat kebangsaan iaitu 50 peratus kanak-kanak bebas karies gigi menjelang tahun 2020.

“Pelbagai usaha telah dibuat oleh Bahagian Kesihatan Pergigian di Terengganu untuk memberikan rawatan dan langkah mempromosikan penjagaan kesihatan bahagian mulut kepada masyarakat di negeri ini.

“Walaupun rawatan yang komprehensif dan lengkap mengikut keperluan telah diberi kepada murid sekolah rendah, statistik menunjukkan hanya enam daripada 10 murid berjaya mengekalkan status kesihatan mulut yang baik selepas menerima rawatan pergigian pada tahun lalu,” katanya ketika berucap merasmikan mini karnival Kembara Sihat 1 Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru ibu bapa agar lebih prihatin dengan kesihatan mulut dan gigi anak mereka apabila berada di rumah dengan mendidik mengenai amalan rutin seperti menggosok gigi dan mengurangkan pengambilan minuman serta makanan yang manis.

Dr Mohammad berkata hampir 98.5 peratus murid sekolah rendah di Terengganu menerima rawatan pergigian sepanjang tahun lalu.

“Sebanyak 19,590 sesi ceramah diadakan melibatkan lebih 220,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dan 15,265 sesi latihan memberus gigi diadakan melibatkan kanak-kanak prasekolah, murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan kanak-kanak istimewa.

“Pendidikan kesihatan yang diberi ini sewajarnya diteruskan ibu bapa apabila berada di rumah kerana kerosakan gigi yang berlaku terlalu awal akan menyebabkan kanak-kanak ini menjadi rendah diri, malu tersenyum dan lebih membimbangkan jika kerosakan kekal akan menyebabkan masalah lain seperti kesukaran mengunyah makanan,” katanya. – Bernama

Sumber BO - 23-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































































Kem Solat Bimbing Remaja













Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – PAS sentiasa prihatin masa depan remaja dan melaksanakan pelbagai aktiviti mendidik golongan tersebut menjadi warga yang cemerlang.
Ketua Muslimat PAS Cawangan Kerteh, Seriah Samsuddin berkata antaranya adalah penganjuran Kem Solat Remaja Muslimat 2017.
Katanya, kem tersebut berjaya membimbing hampir 30 peserta untuk melakukan ibadat solat dengan betul dan sempurna.


“Remaja muslimat bersama kita pada hari ini dibimbing untuk berwuduk, menguasai bacaan dan melakukan pergerakan fizikal semasa bersolat,

“Bila solat mereka sempurna, jati diri menjadi tinggi dan nescaya mampu menempuh kehidupan di zaman yang mencabar ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pada Kem itu yang dianjurkan Muslimat PAS Cawangan Kampung Baru, Kertih di Pasti Ar-Rahman Kampung Baru pada Ahad 20 Mac.


Beliau berkata, objektif utama kem selama sehari itu adalah untuk membentuk keperibadian unggul remaja muslimat dengan menunaikan solat dengan betul.

Menurutnya, lebih 30 peserta dari kawasan sekitar menyertai kem tersebut.

Katanya, kem solat itu dikendalikan oleh Ustazah Noraini Hassan dari Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat PAS Kemaman dan dibantu oleh empat orang ahli jawatankuasa muslimat cawangan sebagai fasilitator.



Sumber BO - 22-3-2017









----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































































PRU14: PAS Besut Ikrar Sumbang ‘Kerusi Untuk Kemenangan’












Oleh : KAM

BESUT – PAS Kawasan Besut yang baharu selesai bermesyuarat agung tahunannya berikrar, akan turut menyumbang ‘kerusi untuk kemenangan’ kerusi bagi mencapai hasrat PAS Terengganu kembali memerintah negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.
Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata hasrat Presiden PAS dan kepimpinan parti negeri ini mahu kembali memerintah Terengganu buat kali ketiga.
Justeru itu, katanya PAS Kawasan Besut mesti berusaha bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya tersebut.


“Ucapan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi (Presiden PAS) dalam slot ringkas Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.5 di Besut, jika mahu melihat PAS Terengganu kembali memerintah, Besut mesti berusaha mencapai kemenangan.

“Dalam erti kata lain, PAS sukar untuk kembali menguasai Wisma Darul Iman jika Besut tidak menyumbang sebarang (kemenangan) kerusi.

“Kita (PAS Besut) berjanji untuk bekerja sedaya mungkin untuk merealisasikan hasrat PAS Terengganu dan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden. Insya’Allah, Besut akan menjadi pelengkap kepada Kemennagan PAS di Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Besut Kali Ke-58 di Dewan Haji Salleh, Alor Lintang, Jertih, Sabtu 18 Mac.


Sehubungan itu, katanya PAS Kawasan Besut berjaya mempertingkatkan penyertaan ahli baharu dengan pelbagai pendekatan yang diambil.

“Dalam tempoh sebulan yang lalu, kita mengadakan kempen keahlian PAS sehingga menggamit penyertaan lebih 400 ahli baharu untuk diproses dan diuruskan oleh Pejabat PAS Kawasan Besut ini,” jelasnya.

Menurutnya, PAS semakin diminati rakyat lantaran sikap kepimpinan dan ahli parti yang semakin terbuka dengan strategi Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Dr Ridhuan Mohd Nor. Hadir sama, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, dato’ Hussain Awang.

Sumber BO - 21-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Setiu Ucap Takziah













KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Setiu melahirkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Aqil Iskandar Azrol Affendi, 12 yang terbunuh dalam satu kemalangan di Kampung Selamat, Sungai Tong, pada Sabtu.

Yang DiPertuanya Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir menyifatkan kejadian itu adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

“kita amat bersedih dan bersimpati dengan apa yang berlaku, kehilangan anak tersayang amat lah memilukan,

“Kita mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat khususnya yang kehilangan anak tersayang,

“dan berharap semuanya reda dengan ketentuan Allah dan berdoa agar semua dikurniakan ketabahan dan kesabaran,” ujarnya.


Beliau berkata demikian selepas menziarahi Cik Ahmad Zaqwan Abdul Rashid, 12, salah seorang mangsa kemalingan maut itu yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini semalam.

Lapan lagi murid Sekolah Kebangsaan Batu 29, Setiu cedera dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu di Sungai Tong.

Mereka adalah, Muhammad Arif Aziz, 12; Amirul Hakim Kamaruzaman, 12; Fakrul Fauzi, 12; Muhammad Aqif Danial Ramli, 12; Muhammad Iman Hakim Zul,12; Muhammad Irwan Fahmi Muhamad Rosli, 12; Muhammad Faiq Hurairah Mahadi,12, dan Muhammad Nor Hariz Mohd Ismail, 12.

Ayah mangsa Abdul Rashid Mohd Yusof yang tinggal di Kampung Sungai Bari ketika dihubungi berkata, walaupun sedih namun berharap, ada hikmah dengan apa yang berlaku.

“tiada apa yang boleh kita lakukan.Kita berserah pada Allah kerana ini adalah kehendakNya,” kata Abdul Rashid dan menambah, anaknya sudah mula sedar dari pengsan akibat cedera parah dan mengalami pendarahan di kepala.

Sumber BO - 21-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































PAS tetap ‘cool’, yang kurang cerdik percayakan Umno

SEMALAM (20 Mac 2017) disiarkan di dalam akhbar bahawa Datuk Seri Ahmad Said, mantan Menteri Besar Terengganu yang telah diturunkan dengan cara yang menimbulkan kemarahan dan kesedihan beliau oleh Perdana Menteri, menyatakan bahawa beliau akan menyerahkan sendiri senarai nama calon dari Kemaman bagi semakan atau kelulusan Umno pusat. 
Secara mudah kefahaman rakyat ialah, beliau tidak mahu memberikan senarai nama calon dari Kemaman itu kepada Badan Perhubungan Umno Terengganu yang mana ketuanya sekarang ialah Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Ketika ini, DS Ahmad Said, masih memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Kemaman. 
Tidak kisahlah apa yang beliau, DS Razif, DS Najib mahu perbalahkan. Itu hal Umno, tiada kaitan dengan kita kecuali dalam hal menyeleweng wang rakyat. Tetapi apa yang mahu dicoretkan di sini ialah keboleh percayaan kepada Umno. 
Saya yakin, tentu rakyat masih ingat bagaimana DS Ahmad Said yang dengan sedihnya, hampir menangis apabila ditemuramah oleh stesen TV sejurus selepas pemecatan beliau ketika sangat hampir dengan majlis pernikahan anak kesayangan beliau. Sebegitu rupa beliau dimalukan. Selang tidak beberapa lama, beliau dengan tegas telah menyatakan beliau telah keluar Umno dengan disertai oleh sekurang-kurangnya dua lagi Adun Umno. Ketika itu, secara teknikalnya, Umno sudah tidak mempunyai majoriti sebagai kerajaan di Dun Terengganu. 
PAS dilibatkan oleh sebuah parti lain atau boleh kita gelarkan parti mengada-ngada, dengan mengatakan PAS tidak mengambil peluang untuk menjatuhkan kerajaan Umno di Terengganu. PAS tetap ‘cool’, tidak melayan sebarang provokasi musuh sama ada dari Umno, musuh utama PAS, mahupun juga dari parti yang baru cuba menjadi musuh PAS. Hasilnya, dalam masa dua hari, kedua-dua Adun yang berpaling tadah itu turut kembali ke sarang lama mereka. Mereka menekan brek secara mengejut, kemudian membuat ‘U-turn’. 
Kembali semula kerajaan Umno menjadi 16-15-1. PAS tetap ‘cool’ kerana PAS tahu, di Dun Terengganu, Speaker Dun diberikan kuasa mengundi. Jadi kedudukan 17-15-1. Ketika DS Ahmad Said keluar Umno, ada juga maklumat yang dikatakan sebagai tawaran datang dari ‘orang besar’ Umno untuk memujuk PAS bersama. PAS tetap ‘cool’ tidak melayan sebarang tawaran ‘gelap’ yang diberikan. Nyata betul tindakan PAS kerana apabila kembalinya DS Ahmad Said ke pangkuan Umno, beliau tiba-tiba memaklumkan bahawa ada orang PAS yang datang menawarkan dia sesuatu. Cerita lucu yang direka beliau itu, tidak mendapat sambutan gelak tawa orang. 
Mengamuk lagi DS Ahmad Said di dalam Sidang Dun, membongkar segala perkara yang dikatakan sebagai penyelewengan Umno di Terengganu. Namun, beliau sejuk beku kemudiannya setelah ‘dipujuk’. Mengamuk juga beliau di perasmian Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kemaman, sehinggakan bersumpah. Kemuncak kepada amukan beliau ialah ketika membentangkan usul tidak percaya kepada MB Terengganu tahun lalu yang telah ditolak oleh Speaker Dun. 
Ketika inilah PAS bangun mengusik bagi meminta Speaker menimbang kembali penolakan usul itu, atas alasan DS Razif, mungkin tidak mendapat sokongan sepenuhnya. PAS tidak boleh berbuat apa-apa selain itu kerana kuasa mutlak penolakan, terletak kepada Speaker Dun. Paling lucu, Speaker secara tergesa-gesa menangguhkan persidangan dan meninggalkan Dun bagaikan Umno pula yang memboikot Sidang Dun. Namun sebuah parti mengada-ngada mencanangkan bahawa PAS tidak bertindak ketika itu. Naifnya kritikan itu. Usul ditolak speaker, jadi macam mana mahu mengundi? 
Sebelum semua peritiwa itu, DS Ahmad Said pernah beriringan dengan Tun Mahathir ke satu program soal jawab dengan DS Najib dan dimaklumkan DS Najib yang berdarah Bugis itu secara tiba-tiba membatalkan majlis itu. DS Ahmad Said juga suatu ketika dilihat agak rapat dengan Perkasa yang dinaungi oleh Ibrahim Ali. Begitulah tegarnya DS Ahmad Said melawan parti asal beliau, Umno. Untuk semua amukan DS Ahmad Said ini, PAS tetap ‘cool’ kecuali mengambil peluang pendedahan yang beliau buat berkenaan penyelewengan Umno. 
Kemudian, terbongkarlah sebuah cerita ketika program Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) ataupun yang dikenali sebagai Bersatu, yang dinaungi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dibantu oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Program yang berlangsung di Marang, Terengganu itu telah dilaporkan oleh orang yang dekat dengan Bersatu. Ia berkenaan janji sokongan DS Ahmad Said kepada Tan Sri Muhyiddin. Dikatakan DS Ahmad Said Telah berjanji akan menyertai Bersatu, dan dipastikan oleh Tan Sri akan janji itu benar. Namun janji tinggal janji, sehingga kini, DS Ahmad Said diam membisu kata orang yang mendengar cerita dari mulut Tan Sri sendiri. 
Lagikan sesama sendiri dikhianati, berjanji pula dengan orang sendiripun mereka memungkiri, inikan pula berjanji dengan PAS berkaitan dengan kuasa. Bayangkan jika PAS mengambil jalan sebaliknya. PAS bersama bekas Adun Umno menubuhkan kerajaan Terengganu ketika itu, kemudiannya mereka berpaling balik kepada Umno? Kelihatan hodoh dan bodohlah PAS ketika itu. Sebab itulah PAS tidak melayan pelawaan Umno. 
PAS telah lama mengenali watak-watak Umno ini. Tidak hairanlah PAS tidak cepat melatah dengan segala tindakan Umno ini. Jadi mungkin parti yang mengada-ngada itu cuba menggali lubang, mengajak PAS menghampiri lubang dan bercadang untuk menolak PAS masuk ke dalamnya. Maaf, mungkin di lain kali mereka boleh mencubanya. Sehingga sekarang, PAS tetap ‘cool’ melayan karenah Umno. 
Insya Allah, rakyat Terengganu terutamanya, tetap akan bersama PAS dalam perjuangan menentang penyelewengan Umno. Janganlah dipercayai kepada parti yang kelihatan cara berpolitik mereka, menyamai Umno. Anda lihatlah sendiri bagaimana fitnah, makian, sengaja dicetuskan bagi memberikan gambaran buruk kepada PAS. Insya Allah fitnah akan mati. Mati bersama mereka yang menciptakannya. 
Maka tepatlah tindakan PAS dalam hal ini. PAS telah terbukti istiqamah menentang kezaliman Umno dengan mengikut undang-undang negara. Maka sesiapa yang cuba menentang PAS, mereka adalah sebahagian daripada Umno. Cukup mudah sifir ini. 
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
22 Jamadilakhir 1438 / 21 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 21/3/2017
Sumber HD - 21-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



































































































































































PAS Bukan Sahaja Mahu Menjatuhkan Umno-BN……..











MARANG – PAS bukan hanya mahu menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri Terengganu serta Putrajaya, tetapi merancang bagaimanakah kerajaan yang akan dibentuk selepas itu.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, itulah perbezaan antara PAS dan parti-parti politik lain di negara ini.

“kita ada sikap dan pendirian…..kita memikirkan juga apa yang nak dibuat sekiranyanya Umno dan Barisan Nasional jatuh,

“itu persimpangan yang membezakan kita (PAS) dengan orang lain,” tegasnya, ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Muslimat Marang Kali ke-32 di Dewan Tok Guru, Rusila, pada Sabtu 18 Mac.


Menurut, beliau pada umumnya, semua parti-parti pembangkang menentang rasuah, tetapi tidak ada satu system yang akan memastikan ‘barah masyarakat’ itu akan di selesaikan.

“bawalah apamasalah sekiranya perkara asas tidak diselesaikan…..apabila naik kerajaan baharu akan menghadapi masalah yang sama,

“sebab itu kita bina perjuangan ini atas asas Islam, dasar dan matlamatnya,” jelas beliau.

Beliau berkata PAS Terengganu telah pun menawarkan lima manifesto awal kepada rakyat negeri Terengganu, sebaga janji yang akan dilaksanakan, sekiranya diberi mandate menjadi kerajaan.
Katanya, kerajaan PAS yang memerintah pada tahun 1999 sehingga 2004 telah melaksanakan hampir semua janji sebelum itu.


Antara yang dilaksanakan, kata beliau, sebanyak hampir 70,000 lot-lot tanah telah diberikan kepada rakyat.

Namun malangnya, Umno dan BN yang remapas kuasa selepas itu, juga telah merampas tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan PAS.

“apa yang kita janji kepada rakyat Alhamdulillah…… sebahagian besarnya kita laksanakan, kita janji untuk hapuskan tol,

“kita menang hari ni…..esok tol sudah tidak dikutip,” tambah beliau.

Sumber BO - 20-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































Probe Into Shooting At Illegal Logging Site



















































































































































































DUNGUN 01 NOVEMBER 2016. Lokasi pembalakan haram oleh kumpulan sindiket tempatan di Hutan Simpan Bukit Bauk, Dungun, yang diserbu Jabatan Perhutanan Terengganu, awal pagi semalam. NSTP/EHSAN JABATAN PERHUTANAN TERENGGANU
The Natural Resources and Environment Ministry, and the Terengganu State Forestry Department are working with police on an investigation into the shooting of a forestry enforcement officer by an unknown assailant during a recent raid on an illegal logging site in the state.

Its minister, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, said the ministry views the matter very seriously, as the incident involved a civil servant attacked while carrying out his duty to protect the country’s forests.

“We cannot take this incident lightly, and I am disappointed that there is an individual who dares to injure an enforcement officer.

“We will work closely with the police in this case so that the mastermind behind this incident will be brought to justice and receive punishment,” he said in a statement today.

Yesterday, a forestry enforcement officer and a mechanic were injured after being shot by an unknown assailant using an air rifle during a raid on an illegal logging site at Kampung Serdang, near the Bukit Bauk forest reserve.


It was reported that four officers and a mechanic had entered the site at 5.30pm on Friday, following a tip-off that illegal logging was being carried out there.

The area had been deserted, but the team found a broken-down excavator and several other items that had been left unattended.

The items included logs, seven fuel containers, keys and two parangs.

The items were seized and the mechanic was instructed to repair the excavator so that it could be driven out of the area.

As they were about to leave, three long distance shots were fired in their direction, injuring one of the enforcement officers and the mechanic.

The mechanic was injured on his thigh, while the officer’s torso was wounded.
Both received outpatient treatment at the Dungun Hospital.

Sumber BO - 20-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































































Jangan Termakan Umpan Pilihan Raya













Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu perlu sedar bahawa tindakan Umno menaburkan wang tika saat akhir menjelang pilihan raya umum adalah semata-mata mahu memancing undi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyeru seluruh rakyat menentang Barisan Nasional (BN) yang telah melakukan pelbagai rasuah dan penyelewengan.

“adalah perlu rakyat Terengganu sedar bahawa Umno telah menggunakan rakyat untuk memancing undi dan inilah masanya kita lawan habis habisan,


“rakyat perlu sedar dari sekarang dan tidak termakan gula-gula kerajaan (BN) yang mempergunakan rakyat untuk kepentingan diri mereka dan kroni kroninya,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rabiatul Adawiyah (HIMRAH) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam Sabtu 18 Mac.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu Hajah Shamsiah Abu Bakar berkata kehadiran ramai anggota sayap itu membuktikan komitmen mereka yang istiqamah dalam meneruskan perjuangan.


Katanya, Muslimat adalah sayap parti dan keterlibatannya di medan jihad sentiasa dinanti dan mereka yang ‘akifi’ dapat mendepani cabaran politik masa kini.

“alhamdulillah, ramai yang hadir adalah satu pernyataan jihad kita dalam meneruskan perjuangan ini,” katanya di hadapan hampir 400 orang pengunjung program tersebut.

Program yang di adakan di perkarangan Pejabat MTD Wakaf Mempelam, di KP Perdana berlangsung penuh meriah dengan acara sukaneka yang melibatkan peserta muslimat, Ameerah dan kanak kanak.

Sementara itu, Pengarah Program Hajah Zaiton Abas melahirkan rasa kagum dengan kehadiran ang luar biasa.


“Program ini julung kali di adakan dan kita terkejut melihat sambutan yang luar biasa termasuk muslimin yang datang menemani isteri dan anak anak,

“kita akan in shaa Allah jadikan himpunan ini sebagai perintis dan akan ada kesinambungannya selepas ini,” kata beliau.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah cabutan ‘Bonanza’ kepada Norazlina Abdullah dari Wakaf Beruas yang memenangi sebuah mesin basuh jenama berjenama.


Sumber BO - 19-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Rancakkan Pembangunan Pelancongan Rantau Abang













DUNGUN – Sekiranya benar menurut kajian, penyu akan kembali semula ke pantai Terengganu khususnya Rantau Abang, kerajaan digesa merancakkan kembali sektor pelancongan di kawasan terbabit.

Namun begitu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun kesal, walaupun sudah tiga bulan Tahun Melawat Terengganu berlalu, ‘pekan Penyu’ itu, terus sunyi sepi.

“Kalau betulah kajian itu tu kata penyu naik semula……kawasan (Rantau Abang) perlu di bangun semula terutama sekali,


“di kawasan ini Hutan Lipur Jambu Bongkok ini, memang tempat rekreasi dahulu tempat ini kalau dulu-dulu dia buat perkemahan, ada kolam, untuk rekreasi,”ujarnya.

Beliau berkata, kawasan di persisir pantai daripada Kuala Abang sampai ke Jambu Bokok juga perlu dibangunkaan kerana ia berpotensi untuk akitiviti kayak dan bot.

“kawasan paya, kawasan paya ini memang suatu tarikan untuk jadikan pusat perlancongan untuk aktiviti kayak ke, atau tempat memancing ke,

“Supaya bukan sahaja orang mari tengok penyu, mereka juga dapat berehat untuk sementara,”jelasnya.

Ketua Penerangan PAS Dungun itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan sebuah Universiti tempatan dan pihak berkuasa Perikanan Terengganu yang mengesahkan peningkatan pendaratan penyu di negeri ini.

Katanya, setelah pelancara ‘Visit Beautiful Terengganu’ pada 1 Januari tahun ini, tiada apa apa dibangunkan di pekan yang pernah menarik ribuan pelancong itu.

Menurut laporan Bernama Kadar pendaratan penyu di Pantai Terengganu dijangka meningkat sekali ganda tahun ini, kata Pengarah Perikanan Negeri Terengganu Zawawi Ali.

Beliau berkata sebanyak 515 sarang dan lebih 50,000 biji telur direkodkan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini berbanding hanya lebih 300 sarang dengan jumlah 30,000 telur pada tempoh sama tahun lepas.


Zawawi berkata ini menunjukkan impak positif kesan daripada kesedaran orang ramai dan peningkatan penguatkuasaan pihak berkuasa ke atas pihak yang memburu reptilia itu.
Pantai peranginan di Terengganu termasuk Rantau Abang di sini pernah mencatat pendaratan penyu belimbing sebanyak 10,000 sarang pada tahun 1950-an.

Ketika itu, Rantau Abang begitu meriah dan padat dengan kunjungan ribuan pengunjung namun ia semakin mencatat penurunan ekoran pendaratan penyu kadang-kala kurang daripada 50 sarang.


Penurunan drastik pada awal tahun 1990-an itu telah mendorong Universiti Malaysia Terengganu
(UMT) untuk memulakan usaha penyelidikan dan pemuliharaan penyu yang menjadi ikon negeri.
Projek yang dijalankan sejak 24 tahun lalu itu diterajui Unit Penyelidikan Penyu UMT (SEATRU)

dengan stesen penyelidikan yang terletak di Chagar Hutang, Pulau Redang.






Sumber BO - 18-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































































































































SPM 2016: Terengganu Records Down From 2015













KUALA TERENGGANU – Terengganu Education Department director Shafruddin Ali Hussin said 306 students out of 20,517 candidates who sat for SPM in the state scored straight As.
The number is a decline from the 348 straight A-scorers in 2015.

“Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, with a School Average Grade (GPS) of 1.42 and SM Sains Kuala Terengganu, with a GPS of 2.14, are recorded as the top-performing schools in 2016,” he told reporters at a press conference at the Kuala Terengganu Education Department head office today.

Shafruddin said the state’s two top-scoring students are Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi, from SM Imtiaz Kemaman, who scored 11A+s and Lam Sin Gee, from SMK Sultan Sulaiman, who scored 9A+s.

Meanwhile, Nur Shuhada Alias from SMK Bukit Besar, who scored 5As and 1B, is the best-performing special needs candidate.

Shafruddin said candidates’ overall performance this year improved with 10,345 students passing all subjects, compared to10,264 in 2015.

“A total of 12, or 35.29 per cent of special needs students, out of 34, also qualified for SPM certificates,” he added.

Sumber BO - 17-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Pasangan Media ‘HARAP 3.5’ Selamat Diijab Kabul











BESUT – Pasangan aktivis media Khairul Nizam Abdullah dan Norhayati Ripin yang bertemu semasa program HARAP 3.5 di Kampung Raja tiga minggu lalu, telah selamat diijab kabul.

Khairul, 42, yang juga Pegawai Media PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir melahirkan rasa gembira mengucapkan syukur kepada Allah.

“Alhamdulillah, saya bersykur kerana ditemukan jodoh dengan isteri saya yang sama-sama minat dan aktif dalam media,” ujarnya anggota Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu.


Beliau berkata demikian sebaik majlis akad nikah yang diadakan di masjid Haji Haji Hussein di Kampung Gong Nangka, di sini hari ini.

Kayanya, beliau berkata akan membawa isterinya berbulan madu sambil melaksanakan tugas membuat liputan Muktamar PAS Pusat, hujung bulan April, di negeri Kedah.

Sementara Hayati, yang juga ahli Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Besut tidak menduga pertemuan mereka ketika sama-sama bertugas pada program HARAP 3.5, membawa ke ‘jinjang pelamin’.


“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pihak yang membantu,” katanya ringkas.

Hubungan ‘Kasih’ Tiga Minggu

Tiada hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, kecuali dengan ikatan perkahwinan, Justeru itu, sebaik mendapat ‘green light’ daripada keluarga Yati, Khairul terus menghantar pinangan.
“Tiga minggu……seminggu selepas berkenalan kami bertunang, seminggu lepas kami berhubung rapat melalui ‘maya’,

“dan hari ini…….minggu ketiga kami ikat dengan ‘tali syariah’,” tegas beliau.

Sehubungan itu, Pengerusi MTD Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang mengucapkan tahniah kepada pasangan ‘pengantii baharu’ itu.
Beliau berharap ikatan rumah tangga itu dapat menjadi motivasi kepada kedua-duanya agar terus istiqamah.

“Bagi pihak Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, saya mengucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada Khairul Nizam Abdullah, Pegawai Media Dun Seberang Takir,


“Kami doakan semoga perkahwinan ini diberkati Allah dan beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

“Kami juga berharap agar perkahwinan ini akan menjadi pendorong yang kuat kepada beliau untuk melaksanakan tugas yang semakin mencabar ini,”ujarnya ketia dihubungi
Ustaz Zakaria yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganh berharap, semoga Kairul dapat berkhidmat dengan lebih baik dan menghasilkan kerja yang lebih berkesan ke arah kemenangan perjuangan PAS.

Artikel Terkait;
Kasih Berputik Di HARAP-PGU 3.5

Sumber BO - 17-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Solat Jenazah Dan Pengkebumian Almarhum Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah












Sebagaimana yang telah dimaklumi, Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah telah meninggal dunia di HTAA pada petang tadi. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan solat jenazah Almarhum akan diadakan pada 18 Mac 2017 di Masjid Nur Bakti, Gong Badak pada jam 10:00 pagi.

Pengkebumian pula akan disempurnakan di Tanah Perkuburan Pusu Tiga, Gong Badak.

Jenazah akan dibawa pulang dari HTAA pada malam ini dan dijangka tiba sekitar jam 10:00 malam.

Semua rakan taulan dijemput hadir menunaikan solat jenazah pada masa dan tempat yang dinyatakan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
Pengarah
Majlis Tindakan Dun Tepuh
17 Mac 2017

Sumber BO - 17-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Cikgu Fauzi Kembali Ke ‘Rahmatullah’



















KUALA TERENGGANU – Mohamad Fauzi Abu Samah (Cikgu Fauzi) yang dirawat di hosptal Tengku Ampuan Afzan kerana tidak sedarkan diri sejak sebulan lalu, telah kembali ke rahmatullah pada petang ini.

Menurut isterinya Rosalina Ghan dihubungi melalui telefon, Alahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Nerus, meninggal dunia pada kira-kira jam 4.30 petang.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga.

“Hari ini kita mendengar satu berita tentang kembali ke rahmatullah sahabat kita Cikgu Fauzi yang merupakan aktivis kepada jemaah kita,

“perjuangan kita PAS pada hari ini, sempena Jumaat……apapun pihak kami merakamkan ucapan takziah kepada isteri, anak-anak, keluarga, sahabat handai,”ujarnya.

Beliau yang ditemu pada satu program di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu berdoa semoga mengampunkan segala dosanya.

“sempena hari mulia, hari baik ‘sayyidul ayyam’ hari Jummat ini moga-moga Allah mengampunkan dosa beliau dan menghimpunkan beliau,

“roh beliau dikalangan mereka yang soleh dan syahid pada jalan Allah,

Ustaz Satiful, mewakili semua saf pemimpin PAS Terengganu, berharap semua pihak bersabar dan mendoakan kesejahteraan kepada allahyarham Cikgu Fauzi.

Sementara itu, Presiden Yayasan Amal Malaysia (YAM) Haji Husin Ismail pemergian Cikgu Fauzi yang juga Timbalan Pengerusi YAM Cawangan Terengganu, pastinya menjadi suatu kehilangan besar.

“Seusai sahaja ICR Conference, tiba-tiba dikejutkan (dengan berita) kembalinya ke Rahmatullah, saorang aktivis Amal,

“pemergiannya pastinya suatu kehilangan besar dan saya bagi pihak Yayasan Amal pihak merakamkan kesedihan yang mendalam dan mengucapkan takziah dan kepada isteri dan kelurga,” kata beliau ketika dihubungi.

Allahyarham Cikgu Fauzi telah jatuh pengsan di dalam bas pada Jumaat malam, 17 Februari, ketika dalam perjalanan menuju Himpunan 355.

Sebelum itu, beliau mengadu tidak sedap badan, kebas sebelah tangan kanannnya, kabur penglihatan, tidak nampak apa-apa selepas naik bas di Hentian Kijal.

Allahyarham telah dikejarkan ke hospital dan selepas pemeriksaan, doktor mendapati ada pendarahan dikepalanya.

Sumber BO - 17-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Taman Ilmu: Idris terkesan dengan Harap 3.5

SAYA ingin menarik perhatian rakyat Terengganu berkaitan dengan jawapan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh kepada isu yang dilemparkan oleh PAS Terengganu berkenaan projek Taman Ilmu yang terbengkalai bertahun-tahun dengan kos yang termaklum sebanyak RM300 juta dengan tambahan sebanyak hampir RM450 juta menjadikan RM750 juta wang rakyat telah disia-siakan. 
Walaupun agak lambat memberikan maklum balas dengan isu ini, namun ia agak baik daripada terus mendiamkan diri terutama perasaan ingin tahu rakyat Terengganu membuak-buak apabila hampir dengan pilihan raya ini.
Isu ini sudah bertahun-tahun ditimbulkan oleh PAS Terengganu terutamanya di dalam Sidang Dun Terengganu, namun mengecewakan apabila bermula ketika zaman pemerintahan Datuk Seri Ahmad Said, hinggalah kepada zaman Datuk Seri Ahmad Razif memegang tampuk pemerintahan Terengganu, kepimpinan mereka memilih untuk menolak soalan-soalan dari PAS berkaitan dengan Taman Ilmu ini. 
Malah PAS telah menerbitkan buku isu-isu negeri Terengganu dan turut memasukkan isu Taman Ilmu ini sebagai isu utama. 
Kini setelah DS Idris menuduh bahawa kerajaan negerilah yang bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan projek itu dan bukan kementerian beliau, baharulah rakyat tersedar akan besarnya isu yang telah dilonjakkan PAS suatu ketika dahulu. 
Ironinya, di sebalik tuduhan kepada kerajaan negeri, DS Idris mungkin lupa bilakah tarikh projek Taman Ilmu ini dilancarkan dan bilakah pula beliau menjadi Menteri Besar Terengganu, iaitu sebagai individu yang bertanggungjawab sepenuhnya meluluskan projek ini. 
PAS Terengganu amat yakin bahawa DS Idris terpaksa membuka mulut setelah melihat kejayaan PAS mengumpul begitu ramai rakyat Besut pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.5 di Kampung Raja baru-baru ini, di kawasan Parlimen beliau dengan PAS menampilkan isu-isu secara terus kepada rakyat yang memberikan kesedaran kepada rakyat. 
Bagi mempertahankan diri beliau agar kelihatan bersih, beliau menamakan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai pihak yang perlu menjawab persoalan ini walaupun idea projek ini adalah daripada beliau. Keberkesanan PAS dalam menyedarkan rakyat dengan isu-isu tidak dapat disangkal lagi. 
DS Ahmad Razif juga kelihatan terkial-kial memberikan janji dan kemudian memperbaharui janji bagi Taman Ilmu ini beroperasi, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Menghempaskan bebanan kepada DS Ahmad Razif, bukan sikap yang terpuji, apatah lagi projek itu bukan kepunyaan beliau. Namun tindakan ini dari segi politik, boleh menyelamatkan survival politik DS Idris, apatah lagi DS Ahmad Razif yang kini terdesak mempertahankan kedudukan beliau. Akan tetapi, di atas semua hal ini, PAS mendesak DS Idris agar bertanggungjawab dengan kegagalan projek beliau ini.
PAS juga menunggu jawapan bagi isu-isu lain yang telah diketengahkan sejak beberapa tahun lalu di mana kerajaan menggunakan secara rakus wang rakyat Terengganu seperti Jertih Souq (RM70 juta), LPT2 (RM1.8 bilion), Monsun Cup (RM1 bilion), stadium runtuh (RM300 juta) dan pelbagai lagi terutama semua projek yang runtuh di bawah pentadbiran DS Idris dahulu, tetapi PAS tidak dapat menjamin rakyat boleh bersabar setelah wang hak milik mereka dileburkan sebegitu rupa. 
Saya selaku Ketua Penerangan PAS Terengganu ingin mengajak sekalian rakyat untuk terus mengikuti isu-isu semasa terutama isu negeri Terengganu melalui saluran rasmi PAS seperti Harakah, Buletin Online, Harap TV dan juga kenyataan-kenyataan rasmi dari pimpinan PAS sendiri. Semoga rakyat terus disedarkan dengan maklumat-maklumat terkini yang tepat dan benar, insya Allah. 
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
Sumber HD - 17-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Ribuan penduduk Ketengah masih tidak miliki tanah

RIBUAN rakyat yang tinggal di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menghadapi masalah besar apabila rumah yang mereka duduki sejak puluhan tahun yang lalu masih berstatus sewa sahaja. 
Seorang penduduk kawasan itu yang tinggal di Bandar Al-MuktafiBillah Shah mendakwa, ia bertentangan dengan perjanjian asal semasa awal penubuhan Ketengah.
“Isu paling besar di Ketengah sekarang ialah perumahan. Dulu perjanjiaan awal (penduduk) boleh hak milik, sekarang tak boleh hak milik, sewa sahaja,” jelas beliau dipetik Buletin Online
Ibrahim Kassim atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Usop’ berkata, hanya 30 peratus sahaja penduduk yang telah diberikan hak milik. 
“Sebelum pilihan raya (umum) ke-13, Ketengah telah menyatakan syarat semua geran hak milik tanah yang diluluskan adalah atas nama Ketengah. 
“Apabila keputusan itu dibuat, mana-mana rumah yang (tanahnya) tidak ada hak milik, dia tidak akan jual dan penduduk hanya akan sewa sahaja,” jelas beliau. 
Menurutnya, kira-kira lebih 70,000 orang penduduk dalam kawasan Ketengah yang merangkumi lima bandar dari Cheneh hingga ke Bukit Besi.
Rumah2
Rumah penduduk dalam lingkungan lima kilometer dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah masih daif dan miskin walaupun Ketengah telah ditubuhkan lebih 44 tahun lalu. 
Ketengah telah ditubuhkan sejak tahun 1973, dan penghuni mula duduk di wilayah itu sejak tahun 1980. 
Menurut laman sesawangnya, Ketengah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73. 
Ia diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan Ketengah. 
Ia menjadikan keseluruhan wilayah Ketengah berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu. 
gHAZALISehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman menggesa kerajaan Pusat dan negeri menilai semula keputusan tersebut. 
Beliau berkata, tidak memberikan hak milik tanah kepada penduduk wilayah terbabit bertentangan dan bercanggah dengan objektif penubuhan Ketengah. 
“Ia ditubuhkan untuk kemajuan ekonomi dan sosial kepada rakyat dan orang Melayu Islam khususnya yang tinggal dalam kawasan itu. 
“Tanpa pemilikan tanah, orang-orang Melayu akan terus miskin dan merempat dan ia sangat tidak sama serta berlawanan dengan penggubalan Akta Ketengah lebih 44 tahun yang lalu,” tegasnya. 
Justeru itu beliau berkata, Ketengah dan kerajaan mesti kembali kepada perjanjian asal sebagaimana yang ditawarkan kepada penduduk. 
“Mesti kembali kepada perjanjian asal, mana-mana penduduk yang tinggal dalam kawasan Ketengah selama lima tahun. 
“Dalam tempoh itu adalah tertakluk dengan perjanjian sewa beli dengan syarat bayaran berterusan akan dapat tawaran jual beli dengan perjanjian baru,” jelasnya.
Sumber HD - 16-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Ketakutan Razif Ada Asasnya

KUALA TERENGGANU – Kebimbangan Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, yang dianggap kubu kuat Umno Terengganu, ada asasnya.
Justeru itu beliau mula ‘menabur wang’ untuk menjinakkan para pengundi terutama di kampungnya sendiri, Kampug Baru yang beliau kalah sebanyak 44 undi pada pilihan raya umum (PRU) Kali Ke-13.
Januari lalu, menurut sumber yang tidak mahu dikenali, Razif telah memberikan wang sebanyak RM4,000 kepada orang kampung, sebagai belanja untuk program bakar ayam atau ‘BBQ’.


Namun begitu, tidak ramai yang hadir pada program yang di taja oleh Razif, yang juga MB Terengganu itu.

“tak ramai….adalah tiga, empat puluh orang yang datang,”ujar sumber tersebut, yang menambah, dengan belanja sebesar tu, ‘tak padan’ berbanding jumlah yang orang.

PRU lalu mencatat sejarah, walaupun masih tidak mampu mencipta sejarah, PAS Seberang Takir bersyukur dan berpuas hati dengan perubahan yang berlaku.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Ustaz Zakaria Dagang berkata, perbezaan yang ketara ialah, kempen PAS berjaya mengurangkan undi ‘orang lama’ kepada BN.


“selain itu…….kita menokok undi orang muda! PAS berjaya memenangani empat daripada daripada enam Unit Peti Undi (UPU),
“berbanding BN yang hanya memenangi dua UPU sahaja walaupun majoriti PAS terlalu kecil berbanding majoriti BN,” ujarnya ketika dihubungi.

Ketakutan Razif juga terserlah apabila beliau diberi kuasa sebagai MB, ‘melonggokkan’ semua projek ‘mega’ di Seberang Takir.
Antaranya ialah, projek ‘indah khabar dari realiti’ yang dipanggil, ‘Projek Akuapolitan Kuala Nerus’.


Semasa melancarkannya pada pulan Mei tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ‘bercakap besar’ dan berkata, projek menelan kos RM180 juta itu, memberi fokus menaik taraf sosio ekonomi masyarakat nelayan.
“Kerajaan BN (Barisan Nasional) dan UMNO sudah berjaya membuat sesuatu yang orang lain gagal buat.

“Terbukti kita berjaya cetuskan satu lagi idea baharu iaitu pembangunan nelayan ala FELDA yang kali ini bersandarkan sumber laut,” ujarnya.

Namun, mungkin Najib juga termasuk kepada ‘golongan Melayu yang mudah lupa’, kerana hanya beberapa tahun lalu, pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi, juga pernah berjanji begitu, ketika melancarkan perlumbaan perahu layar Piala Monsun (Monsoon Cup)






















































































































































































Gambar yang paling popular Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketika musim ‘Monsoon Cup’ Memuncak
“dekad dulu pernah diadakan Pertandingan Kapal Layar peringkat dunia atau ‘Monsoon Cup’,
“Kononnnya projek ini untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat khususnya kaum nelayan dengan perbelanjaan mencecah RM1000 juta.
“Semua itu adalah sejarah pembaziran mega Umno dan BN Terengganu,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak.
Sehingga kini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu, nelayan tetap misikin, masih ‘kais pagi makan pagi’ dan pergi pagi ke laut, untuk mencari rezeki keluarga waktu petang.
Apa yang menyedihkan ialah, ketika tinjauan dibuat ke Pusat Latihan Dan Kemahiran Akuapolitan di Taman Permint Perdana, Kampung Batin, Seberang Takir.
Tidak ada satu pun kursus yang ditawarkan adalah berkait dengan ‘Sea Felda’ iaitu yang mirip dengan skim Felda sebagaimana kata Najib, disesuaikan dengan masyarakat nelayan.


“Kursus percuma yang ditawarkan adalah seperti berikut, Membaiki Telefon Bimbit, Dandanan Rambut, Kursus Pemandu Pelancong,

“Pendawaian Elektrik dan Perpaipan Asas, Kulinari, Jahitan dan Rekaan Fesyen,” menurut poster yang disebarkan kepada orang ramai.

Lebih malang lagi, atas projek ratusan juta ringgit itu, hanya 43 orang peserta yang diambil pada tahun 2016, dengan dua kursus sahaja yang dibuka iaitu, kulinari dan jahitan.
Sehingga kini, setelah tiga bulan berlalu tahun 2017, belum ada seorang pun peserta yang diambil untuk menyertai pelbagai kursus yang di war-warkan!

“Kursus kulinari dan jahitan memang ada ‘sokmo’ doh bawah Yayasan Pembagunan Keluarga (YPK) tak perlu bawah ECRE atau UMT……..membazir je,” kata Dr Alias Razak, spontan.
Berita terkait;

Dihalau MB Kerana Minta Bantuan Persekolahan

Sumber BO - 15-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Cikgu Fauzi ‘Semakin’ Positif

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUANTAN – Doktor telah melepaskan ‘mesin pernafasan’ dan terdapat perkembangan positif kepada aktivis Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah, yang kini masih di rawat di hospital Tengku Ampuan Afzan.

Isterinya Rosalina Ghani, 47, berkata, beliau telah memberikan sedikit tindak balas walaupun masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“perkembangan terkini Cikgu Fauzi……petang ni pada pukul 5 tadi, doktor sudah bukakan (lepaskan) mesin pernafasan jadi dalam pemantauan itu, Alhamdulillah,

“dia boleh bernafas dia telah boleh bernafas diantara 96 – 98 peratus tanpa menggunakan bantuan mesin (dan) dari segi ‘respon’, ada sekali-sekala bila (kita) bercakap dia ada maklum balas (respon),”ujarnya ketika ditemui.


Antara tindak balas Cikgu Fauzi kata Rosalina adalah, matanya sesekali bergerak-gerak dan mengalirkan air mata.
Namun katanya, belum ada pergerakan samada pada tangan atau kakinya.

Rosalina yang juga seorang pendidik berkata, beliau terus ‘bermukim’ di hospital sejak Cikgu dimasukkan ke wad Unit Ratan Rapi (ICU) di hospital itu, pada 17 Februari lalu.

“ya….duduk sini (tak balik) tapi ada sewa bilik yang hospital sewakan……..biadanya duduk sini (dalam wad) hanya balik sejam atau dua jam sehari,” katanya, sambal mengesat air jernih yang mengalir pada anak mata beliau.

Walaupun ‘berat mata’ para pelawat yang datang dan melawat serta memandang keadaan Cikgu Fauzi, namun Rosalina tabah dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah jua.


“sebenarnya banyak bergantung dengan Allah……tak rasa terbeban pun, tak rasa susah tak rasa cemas…..tak ada,
“sebab kita pegang…..apa yang Allah aturkan itu adalah yang terbaik untu kita…..itu jelah,”jelasnya sambil menyembunyikan kesedihan yang mendalam dihatinya.

Cikgu Rosalina berkata demikian ketika dikunjungi oleh Dewan Pemuda PAS Seberang Takir, semalam pada Selasa 14 Mac.

Sehubungan itu, Naib Ketua Pemudanya Ustaz Mohd Rozi Sakiman berkata wajah Cikgu Fauzi begitu tenang seperti orang yang sedang tidur.

“Kami melihat dari raut wajah kekanda Cikgu Fauzi begitu tenang seperti tidur sedangkan beliau masih koma,” katanya

Justeru, beliau menyampaikan salam sahabat-sahabat kepada Rosalina dan mendoakan agar Cikgu Fauzi diberi sembuh serta dapat kembali aktif bersama saf perjuangan

Sumber BO - 15-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Jelajah Terenganu Demi Bersama Tangis Rintih

Wanita












KUALA TERENGGANU – Demi menebarkan dakwah, Muslimat PAS Terengganu menjelajah ke setiap pelusuk kampung bagi bersama mendengar sedu tangis, rintihan rakyat.
Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata program ziarah diadakan saban minggu di setiap kawasan parlimen.














“Kami menyelami bersama kesusahan dan kesedihan yang menimpa rakyat, khususnya golongan wanita, dengan menghulurkan bantuan sedikit yang termampu,

“yang terbaharu kami menjenguk isteri Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah yang menunggu suaminya, terlantar kerana diuji serangan ‘Angin Ahmar (stroke) yang sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan,” ujarnya jetika dihubungi semalam, 13 Mac.















Sebelum itu katanya, rombongan beliau menziarahi Puan Sharifah Khailah Syed Ghani yang baru kematian suami di Kampong Binjai dan menyantuni mangsa kebakaran Tuan Razmi bt Tuan Silek di Paya Berenjut, Kemaman.

Selain itu, Ahad lepas, beliau melawat seorang Muslimat Siti Amisah di Kuala Ibai, yang ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan pulang daripada Program HARAP 3.5.


Pada Khamis lepas, 9.Mac, rombongan beliau juga telah menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Kubu, Pengkalan Berangan, Marang.
Mangsa, Norhafiza Sidek dan suami Zawawi Abd Kadir bersama tiga orang anak mereka kini menumpang di sebuah rumah kosong milik jiran.

Justeru itu, Tuan Roslina yang juga Timbalan Ketua Muslimat Kuala Nerus menyeru agar semua anggota Muslimat meningkatkan aktiviti seumpamanya, kerana ia akan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka menghadapi saat sukar.

Sumber BO - 14-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Perangai Umno; Edar Borang Tanah Bila Hampir PRU













DUNGUN – Sudah menjadi ‘perangai’ Umno, apabila dekat pilihanraya, parti itu akan mengedarkan borang tanah sebagai umpan untuk memancing undi.

“suruh (rakyat) isi, tapi bila menang pilihanraya senyap, tanah tak tahu ke mana,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun.

Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan berhubung Lima Tawaran Awal Manifesto PAS Terengganu bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 yang akan datang.


Cikgu Alias berkata demikian kepada lebih 50 peserta serta orang ramai yang hadir pada Pertandingan Mengail Tertutup di Kampung Delong pada Sabtu 11 Mac.

“PAS pada PRU Kali Ke-14 akan datang jika diberi kemenangan, kita janji akan mengembalikan tanah-tanah yang dirampas Barisan Nasional (BN),

“selepas pemerintahan PAS tahun 2004 dan akan membuka permohonan tanah baru dengan terus diberi geran kekal,” tegasnya.

Katanya, semasa pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004 dahulu, lebih 60,000 lot daripada 70,000 lot tanah telah kita luluskan.


Malangnya, menurut Ketua Penerangan PAS Dungun itu, BN telah bertindak zalim, merampas kembali tanah tersebut kerana hasad dengki yang tidak berperikemanusiaan.

Pada majlis itu juga Cikgu Alias menyeru agar penduduk kampung khususnya di Delong supaya mengekalkan semangat gotong royong bagi memberi kesedaran kepada golongan anak muda tentang adat yang terpuji itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Rantau Abang Ustaz Fadhli Rahmi berkata pertandingan mengail tersebut dianjurkan sempena Program HARAP 3.0.


Menurutnya, aktiviti mengail bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga dapat memupuk semangat kekeluargaan dan menghimpunkan penduduk sekitar dalam satu aktiviti riadah yang sekaligus mengeratkan hubungan antara penduduk.

“Kehadiran ahli keluarga dalam aktiviti ini ternyata memberi keseronokan kepada semua peserta walaupun tangkapan yang diperolehi kurang,” katanya kepada wakil Media KAMI di sini.

Katanya, pertandingan tersebut merupakan program kali kedua anjuran Pemuda PAS DUN Rantau Abang dan akan diadakan secara tahunan pada masa akan datang.

Disamping hadiah utama kepada pemenang, kata beliau, sebanyak 30 cabutan bertuah turut disampaikan kepada mereka yang hadir ke program tersebut.

Sumber BO - 13-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Orang lama pesan jangan fitnah PAS

SELURUH PAS diingatkan agar tidak mengharapkan balasan daripada mahkluk atas apa yang telah mereka berikan kepada jemaah ini kerana mahkluk itu bersifat lemah.
Manusia semestinya berharapkan hanya kepada Allah kerana tiadalah balasan yang paling baik dan mulia yang diperolehi melainkan balasan daripada Allah. 
Namun begitu, sebagai insan yang mempunyai adab dan sopan, seharusnya kita membalas jasa baik sesama mahkluk yang telah membantu kita dalam kehidupan ini, apatah lagi dalam perjuangan menegakkan agama Allah. 
“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada para assabiquun di Dun Bukit Payong yang mana suatu waktu dahulu, telah mencurahkan khidmat bakti bagi menghidupkan jemaah ini, baik dalam pilihan raya, mahupun di luar pilihan raya. 
“Saya berpesan kepada semua, agar tidak mengharapkan balasan daripada manusia kerana paling kuatpun, manusia hanya memuji kebaikan dan kehebatan kita atau memberi hadiah. 
“Tetapi balasan daripada Allah di akhirat itu kekal abadi, jadi apa yang telah kita korbankan, janganlah kita ungkit, semoga pahala itu berkekalan,” kata Ahli Dewan ndangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah dipetik Buletin Online.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Himpunan Assabiquun Dun Bukit Payong di Madrasah Darul Iman, Titian Baru, Marang kelmarin. 
Jelas beliau lagi, akibat daripada mengharapkan balasan daripada manusia inilah yang menjadikan sebahagian ahli kecewa kerana tidak memperolehi apa yang mereka idamkan, dan seterusnya melangkah keluar dari jemaah. 
Assabiquun adalah perkataan arab yang menggantikan perkataan veteran, yang diilhamkan oleh Presiden PAS sendiri kerana ia ada disebutkan di dalam al-Quran.
Dalam majlis yang dihadiri lebih 200 orang lama di Dun Bukit Payong itu, mereka diraikan dengan jamuan serta cenderahati. 
Turut hadir ialah mantan Adun Bukit Payong, Ustaz Baharuddin @ Ismail Mohd yang juga dipilih oleh jawatankuasa sebagai tokoh assabiquun Bukit Payong serta Pengerusi Assabiquun PAS Marang, Haji Omar Mohammad.\ 
Sementara itu, seorang tetamu yang ditemui, pesara guru, Puan Asmah Muhammad, 62, berkata beliau menyertai PAS semenjak dari kecil kerana keluarganya sememangnya ahli PAS. 
Oleh itu, beliau tidak merasa tergugat dengan fitnah-fitnah luar yang mencaci PAS kerana berpegang kepada prinsip PAS itu sendiri yang dari dahulu lagi mendasarkan perjuangannya untuk menegakkan Islam. 
“Tidak ada nampak perubahan (PAS) ke arah lain, semenjak daripada dahulu, itulah arahnya. 
"Mungkin hanya rekaan sahaja yang mengatakan PAS telah berubah ataupun terpengaruh dengan material, dengan orang lain ke, atau dengan sebab mereka merasa kecewa kerana tidak dipilih,” tegas beliau. 
Bagi beliau, PAS boleh berubah mengikut keperluan semasa agar tidak dilihat jumud, dan juga untuk menarik sasaran dakwah, tetapi perubahan itu beliau yakin tidak menggelincirkan dasar PAS iaitu al-Quran dan hadis. 
Seorang lagi tetamu Hasmah Kassim, 75, turut bersetuju dengan pandangan Cikgu Asmah, beliau ada membaca fitnah, cacian dan kejian kepada PAS tetapi tidak mempercayainya. 
“PAS ni sudah sentiasa difitnah, dan sebab kita yakin yang PAS ini mahu bawa Islam.
“Kajilah semula, dan ingatlah ketika duduk di dalam PAS dahulu, janganlah diikut perasaan sangat, hendaklah kita bertunjang kepada Islam,” pesan beliau kepada mereka yang suka membuat atau mendengar cerita fitnah kepada PAS.
Sumber HD - 13-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mat Dan Kahwin Gadis Terengganu
Posted on Monday, March 13 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33992



JEJAKA Inggeris yang cukup fasih bertutur loghat Terengganu, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah dikhabarkan sudah bernikah dengan seorang gadis Melayu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Majlis perkahwinan dan pertunangan Mat Dan yang kini bergelar selebriti selepas menjadi hos program Mat Dan Kaki Jalan tersebar selepas gambar pertunangannya dengan gadis itu menjadi tular di media sosial sebentar tadi.

Pasangan ini difahamkan bertunang pada siang hari dan bernikah pada petang hari yang sama.
Satu daripada gambar viral itu menunjukkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari tunangnya yang anggun berbaju kurung moden berwarna ungu.


Memetik BH Online, anak jati kelahiran Bristol, England itu selamat melangsungkan pertunangan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Terdapat juga gambar menunjukkan Mat Dan lengkap berbaju melayu berwarna krim dipercayai dipakai ketika upacara akada nikah yang dilakukan sebentar tadi.

Tahniah diucapkan buat Mat Dan dan pasangan, semoga perkahwinan kalian bahagia hingga ke Jannah. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 13-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Amba tahu doh…….












Oleh: Wan Sukairi Wan Abdullah

Pagi tadi selepas selesai urusan di Pejabat Tanah Kuala Terengganu dan pejabat Pesuruhjaya Sumpah untuk urusan pindah milik tanah yang diwakafkan kepada pemegang amanah bersama Ustaz Mohd Soud Said , saya pulang ke pejabat di Taman Sri Intan. Sebaik tiba kelihatan 2 orang wanita sedang menunggu di hadapan pejabat saya. Seorang ibu pertengahan 30an dan seorang lagi akhir 50an. Mereka berdua biasa datang ke pejabat dan saya tahu tujuan kedatangan mereka itu.

Sebaik saja saya keluar dari kereta, mereka terus menyapa saya. Sebaik menjawab sapaan dan melihat wajah mereka berdua fikiran saya terus teringatkan Muhadharah yang di sampaikan oleh Syeikh Mutawalli Syaarawi ketika mana dia menceritakan tentang suatu soalan yang pernah di tanya oleh seorang sahabat kepada Saidina Ali RA tentang bagaimanakah kita mahu mengetahui samaada kita tergolong daripada AHLI DUNIA atau AHLI AKHIRAT ?

Jawab Saidina Ali RA, jika datang kepadamu seseorang yang ingin memberikan sesuatu kepada mu dan seorang lagi datang untuk mengambil sesuatu dari mu, jika kamu lebih gembira dengan orang yang memberi daripada orang yang meminta, maka ketahuilah kamu tergolong dalam kalangan ahli dunia, manakala jika kamu lebih gembira dengan orang yang meminta daripada orang yang memberi sesuatu kepada mu, maka kamu tergolong daripada kalangan ahli akhirat.

“saya takdok pitis seseng ustaz, saya nok mintak pitis sikit ustaz, nok wat belanja makan anak anak. Sari dua ni takdok keja ustaz ” laju kata kata ibu 30 an itu mengejutkan lamunan saya pada kisah Saidina Ali RA tadi.

Wanita itu ada 9 orang anak. Suaminya sekarang terlantar sakit. Penyakit doktor tanpa tauliah. Dia seorang saja bekerja, ambil upah lipat kain dan bersih rumah orang.

“tadi saya bagi RM2 je ke anak wat bekal gi sekoloh, ustaz, anak kata petang baru balik mok, dok cukup ni, saya kata nok wat guana, mok takdok pitis,” ujar ibu itu tanpa berselindung.

Saya teringat anak saya di bekalkan 3 kali ganda.

“ssiang ngat dia ustaz, tadi dia pinjam pitis saya RM10 wat isi minyak motor nok mari ssini, ngeret motor kat sekilo kih minyak takdok ustaz,” sambung makcik 50an yang datang bersamanya.

“saya nok gok pitis ustaz, cucu saya sakit, nok wat gi klinik. Gi doh maidam tapi payah ustaz eeehhh, beri aahhh ssaya sikit ustaz,” sayu suara makcik yang datang bersama.

Saya teringat pada malam tadi saya di beri “surat cinta” selepas kuliah di Masjid Banggol Donas. Ada dua keping surat didalamnya. sekeping telah saya guna, Saya ambik baki 1 keping lagi dan serahkan pada ibu tadi sambil berkata “bbagi dua orang deh ”
“terimakasih bbanyok ustaz,” kata mereka berdua.

“sama sama kasih,” jawab saya…

Sebaik kelibat mereka hilang dari pandangan, saya termenung dan mengingatkan kembali kata kata Saidina Ali RA tadi. Saya tidak boleh menipu diri saya sendiri akan perasaan saya sebenarnya pada awal sekali ketika melihat mereka berdua.

Saya telah ada jawapan tentang dimanakah saya tergolong…

Mudah mudahan Allah swt ampunkan saya dan memberi peluang lagi kepada saya untuk terus berusaha mengubah diri yang lemah ini…

Amin………

Sumber BO - 122-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































































































Aktiviti Lombong; Warga Bukit Besi Hanya ‘Makan’ Debu

DUNGUN – Kesan debu merah sehingga satu inci di atas jalanraya ketika operasi berjalan, cukup meresahkan warga kampung di sekitar lombong bijih besi.

Dengan keadaan yang berdebu terutama ketika angin bertiup, menyesakkan dada terutama kepada golongan kanak-kanak dan warga tua.

Penduduk asal kampung tersebut, Mohd Apendi Mohd Nor, 63, berkata, lori yang mengangkut tanah mengandungi bijih tidak dibersihkan terlebih dahulu sebelum bergerak ke jalanraya.


“menyebabkan debu-debu merah yang melekat pada tayar lori mengotori pula jalan yang dilaluinya.

“Kesan yang paling ketara sejak lombong ini beroperasi ialah debu-debu merah yang menyelubungi jalanraya,

“Orang Bukit Besi hanya boleh ‘makan’ debu je lah,” kata beliau ketika ditemui.

Beliau berkata demikian ketika menyatakan kebimbangan, apabila beberapa pengusaha lombong tersebut didakwa akan memulakan semula operasi, setelah ia ditutup lebih setahun lalu.















(Mohd Apendi Mohd Nor)
“Sepatutnya pihak syarikat menyediakan ‘longkang’ takungan air untuk membasuh tayar lori yang penuh dengan debu merah,

“Maknanya lori akan masuk kedalam takungan air dan dibasuh tayarnya jadi semua debu-debu yang melekat ditayar akan tanggal barulah lori boleh naik keatas jalanraya”, jelas beliau.

Selain itu, beliau berkata, jalan-jalan yang dilalui lori terbabit turut pecah dan rosak dan aliran keluar air lebihan dari lombong berkenaan juga menyebabkan pencemaran.

Beliau turut kesal kerana, para pengusaha lombong hanya mengambil penduduk tempatan bekerja pada awal operasi, tapi sebaliknya, warga asing diupah mengambil alih tempat di dalam lombong.


“Pekerja tempatan dibuang dan digantikan dengan pekerja warga asing terutamanya dari Indonesia,”ujarnya.

Apendi menjelaskan, peluang pekerjaan di Bukit Besi ini amatlah terhad.

Katanya, kebanyakkan penduduk kampung tidak mempunyai pekerjaan tetap, manakala kilang papan yang ada pun diibaratkan ‘hidup segan mati tak mau’.

” Setahun adalah bekerja (kilang papan) dalam lima hingga enam bulan. Selebihnya ‘cuti’,

“Ada yang cari Candan …. ada yang masuk rok (hutan kecil) …. kecuali orang yang bekerja ‘kerajaan’,”tgasnya yang menggesa, kerajaan perlu memastikan anak-anak kampung Bukit Besi diutamakan.


Menurutnya, kira-kira 300 orang anak tempatan hilang pekerjaan apabila pengusaha lombong besi memberhentikan mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan kerajaan negeri memberikan kawasan tambahan kepada para pengusaha lombong turut mengorbankan khazanah alam.

Namun begitu setelah habis kayu balak ditebang, tidak ada sebarang aktiviti diatas tanah-hanah yang telah dibersihkan itu.

“Balak pun habis………..digondol dengan alasan untuk membuka kawasan perlombongan sehinggakan ‘kayu Pol’ (anak pokok) pun turut ‘dibedal’,


“Dari zaman Dato’ Seri Ahmad Said menjadi Menteri BBesar lagi perkara ini berlaku,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap agar kerajaan memberi keutamaan kepada kemajuan dam fedah uuntuk warga tempatan, sekiranya perusahaan perlombongan itu dibuka semula.
“Dengar khabarnya (tutup) kerana harga bijih (besi) jatuh dan saya dengar hendak dibuka semula…….

saya bersetuju sangatlah tapi dengan syarat,

“hendaklah diambil warga Bukit Besi bekerja, Kalau tak ambil pekerja tempatan jangan bukalah (lombong ini semula),

“saya mungkin tak sempat dah nak kerja (kerana saya dah berusia) tapi biarlah generasi anak cucu saya

dapat bekerja”, tegasnya .

Sumber BO - 12-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘As-Sabiquun’ Bukit Payong Tetap Istiqamah













Oleh : MNA

MARANG – Mengejutkan! begitulah reaksi pertama Pengerusi as-Sabiquun Dun Bukit Payong, Abdul Aziz Embong, 75, apabila menerima kehadiran seramai hampir 220 orang ahlinya dalam satu majlis meraikan mereka semalam.

Beliau yang pada mulanya menjangkakan akan dapat mengumpul kira-kira 40 hingga 50 orang ahli sahaja, jelas gembira dengan sambutan hangat yang diberikan itu.

Ada diantara jemputan yang hadir bertongkat dan dipapah kerana keuzuran tetapi tetap bersemangat hadir bagi menzahirkan sokongan kepada PAS.


“Mereka ini adalah pejuang-pejuang lama yang mengorbankan diri mereka dalam PAS.

“Mereka ini adalah sebagai simbol semangat perjuangan bagi orang-orang muda dalam PAS.
“Himpunan ini juga adalah satu cara bagi menunjukkan sokongan kepada kepimpinan Presiden PAS dan menolak anggapan yang mengatakan PAS tidak lagi mendapat tempat dalam masyarakat,” tegas beliau.

As-Sabiquun adalah perkataan bahasa arab bagi menggantikan perkataan veteran yang merujuk kepada ahli-ahli PAS peringkat permulaan samada yang masih aktif mahupun yang sudah kurang aktif.

Abdul Aziz yakin semangat baharu akan timbul melalui himpunan ini, terutama dengan masa PRU yang semakin hampir dan Dun Bukit Payong akan dipertahankan oleh gabungan tenaga ahli PAS baharu dan lama.


Majlis yang diadakan itu adalah bagi mengenang jasa ahli-ahli lama, selain menjadi medan pertemuan bagi yang sudah agak lama tidak bersua yang mungkin terhalang kerana kesihatan atau kesibukan.

Dalam majlis itu, mantan Adun Bukit Payong, Ustaz Baharudin @ Ismail Bin Mohd telah dipilih sebagai tokoh as-Sabiquun bagi Dun Bukit Payong tahun 2017.

Turut hadir memeriahkan majlis sambutan ialah Adun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah serta Pengerusi as-Sabiquun PAS Kawasan Marang, Haji Omar Mohammad

Sumber BO - 12-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Tiru Manifesto PAS; Cadangan Exco Jadi Bahan ‘Lelucon’ Rakyat

Oleh : MNA

Satu laporan berita yang disiarkan oleh portal milik Umno berkenaan cadangan kerajaan Negeri Terengganu mahu mengurniakan lot tanah dan bantuan membina rumah kepada rakyat Terengganu menjadi ‘jenaka tular’.

Kenyataan itu datang melalui Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohd yang berkata sebanyak kira-kira 500 lot tanah di dua kawasan yang masih dirahsiakan.

Tambah beliau lagi, mereka yang dicadangkan layak ialah mesti anak Terengganu, berusia 21 tahun ke atas dan sudah berkahwin serta belum lagi mempunyai tanah serta rumah sendiri.

Lebih menggembirakan dakwa beliau ialah lot tanah tersebut mungkin dijadikan tanah pertanian untuk membantu mereka menjana pendapatan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah.

Namun cadangan Nawi itu pada mulanya diharap menjadi tular bagi menggembirakan rakyat Terengganu, sebaliknya menjadi bahan lawak jenaka rakyat yang jelas tidak langsung mempercayai janji Umno itu.


Lebih seribu komen dari pembaca portal tersebut, dengan hampir semuanya menyatakan ketidak percayaan mereka terhadap janji-janji Umno.

Mereka mempertikaikan kenapa cadangan ini baharu diperkenalkan setelah umum mengetahui yang PRU akan berlangsung tidak lama lagi.
Ada juga mempersoalkan kenapa tidak diberikan setelah kali terakhir kemudahan mendapat tanah lot kediaman berlaku pada sekitar tahun 1999- 2004 ketika zaman pemerintahan PAS yang kemudiannya dirampas kembali menggunakan pelbagai alasan.

Akan tetapi paling menarik, jawapan daripada Adun Tepuh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim apabila ditanya, beliau optimis ianya akan dilaksanakan oleh kerajaan kerana menurut beliau, inilah yang diperjuangkan oleh PAS.

Ianya juga termasuk di dalam lima manifesto awal PAS yang baru-baru ini diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahari Mamat di Program HARAP 3.5 di Besut minggu lalu.

Sekaligus menurut YB Ustaz Hishamuddin, membuktikan bahawa manifesto PAS adalah signifikan dan realistik, disebalik cacian dan kutukan ketika permulaan pengumumannya itu.

Beliau juga berharap agar kerajaan tidak hanya pandai berjanji, tetapi mestilah melaksanakannya untuk rakyat serta adil dalam pembahagian lot-lot itu tanpa mengira parti.

Sumber BO - 11-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Lebih 400 Orang Sertai YB Dan Isteri Berjalan Kaki

KUALA NERUS – Lebih 400 orang menyertai Berjalan 10,000 Langkah Bersama YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim dan Isteri, melebih sasaran sebagaimana dijangkakan.

Beliau berkata, anak-anak muda adalah antara kelompok yang paling ramai menyertai‘ kesihatan’ itu.

















Justeru itu, beliau bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak secara langsung, menyokong usaha murni tersebut.

“Syukur Kehadrat Allah (keranaNya) program hari ini berjalan lancar pada hari ini…….kehadiran peserta luar jangkaan, melebihi 400 orang tidak kira usia (temasuk) golongan veteran dan golongan muda,















“InsyaAllah Pihak MTD DUN Teluk Pasu akan jalankan program seperti ini di UPU-UPU dalam DUN Teluk Pasu akan datang,” jelasnya, ketika ditemui selepas program tersebut.

Program bermula dan tamat di Taman Desa Putra sejauh 3.5 km itu, melalui Taman Manir Indah, Taman Seri Manir dan Kampung Banggol Donas.













Sehubungan itu, seorang peserta Mohd Ismail, 45, ketika ditemui, menyokong agar program tersebut diteruskan dan dibuat lebih acap.

“Alhamdulillah ramai golongan tua dan muda yang hadir………saya harap program seperti ini dapat diteruskan lagi kerana program seperti imi dapat menyihatkan tubuh badan,” kata beliau yang tinggal di Kampung Paya Datu.

Sumber BO - 10-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Ziarah Ibu Mertuaku Ke Bumi Terengganu

Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah

Saya tertarik dengan khutbah jumaat masjid masjid di seluruh Terengganu hari ini.

Tatkala mendengar khatib menyebut tahun 2017 ini adalah tahun melawat Terengganu, fikiran saya terus terganggu dengan peristiwa pada tahun 2009 ketika saya ke Airport Sultan Mahmud, KT untuk menyambut kedatangan ibu mertua saya dan rakan rakan beliau dari Melaka yang datang ke Terengganu untuk menziarahi saya sekeluarga di samping melancong di Terengganu.

Rombongan ibu mertua saya seramai 4 orang, semua wanita, yang paling muda ialah ibu mertua saya yang berumur 57 tahun waktu itu dan seorang pembantu rumah warga indonesia yang mengiringi majikannya seorang nenek berusia 70 tahun. Seorang lagi nenek juga berumur lebih kurang 70 tahun juga.

Sebaik mereka naik kereta Proton Iswara Hijau saya bernombor TAX 413, saya terus memandu pulang ke rumah saya di Kg Kubang Buyong. Baru 5 minit saya memandu, ibu mertua saya Hjh Latiffah Abd Rahman, seorang pesara Guru Bahasa Inggeris terus berkata kepada saya..

“Wan, sebelum tiba rumah bawakan mak melawat tempat bersejarah yang terkenal sekarang ni di Terengganu,”

“Tempat apa mak ” ? Soal saya agak hairan dengan pertanyaannya.

“Alaa, mana lagi, Stadium runtuh lah wan ” katanya lancar..

“Apa mak ?, stadium runtuh ? Nak buat apa melawat tempat tu “? Balas saya dengan perasaan tak senang dan sedikit kesipuan.

“Eeeeeee, nenek nenek kat belakang tu datang ke Terengganu ni antara sebab utama ialah nak tengok stadium runtuh, kat lain mana ada Wan, di dunia ni hanya di Terengganu saje yang ada stadium runtuh ” syarahnya panjang kepada saya.

“yaa…yaaa…betul tu latiffah ” kata nenek kat belakang tu menyokong mak saya.

“yaa lahhh, kita singgah sekarang ” akur saya dengan penuh kesal.

Sampai aje di perkarangan stadium runtuh yang nama sebenarnya megambil sempena nama Sultan Terengganu sekarang, ibu mertua saya dan nenek nenek itu terus berposing sana sini dari perlbagai sudut yang berlatarbelakang stadium runtuh itu.

Saya menjadi Cameraman mereka. Macam macam perbualan mereka kehairanan dan takjub bagaimana stadium yang menelan belanja 292 juta ini boleh runtuh bumbungnya dalam tempoh tak sampai setahun dari tarikh siap.

Setelah penat dan berpuas hati dengan gambar gambat yang mereka ambil tadi, kami terus pulang. Sepanjang perjalanan mereka riuh bercakap, antaranya mereka mengatakan akan tunjukkan gambar kenangan itu kepada orang kampung di Melaka nanti.

Saya hanya senyap diam seribu bahasa. Manakan tidak, keaiban ini telah menjadi trademark baru kepada Negeri Terengganu dari Terengganu Darul Iman kepada Terengganu Darul Runtuh.

Fikiran saya terus menerawang kepada peristiwa peristiwa keruntuhan bangunan dan binaan yang berlaku sepanjang pemerintahan BN di bawah teraju Dato Seri Ahmad Said yang mewarisi bangunan bangunan yang antaranya dibina di zaman Dato Seri Idris Jusuh selepas kerajaan PAS jatuh pada tahun 2004.


Semua rakyat tahu ketika pemerintahan BN dibawah Idris Jusuh, antara kezaliman ketara beliau ialah merampas tanah rakyat yang telah diberi oleh Kerajaan PAS tahun 1999 – 2004 dan juga meruntuhkan masjid Bujal di Kijal, Kemaman. Selepas itu satu demi satu insiden RUNTUH ini menimpa kerajaan BN Terengganu. Antaranya ialah :

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang (12 April 2008, RM2 Juta).
2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak ( 2 Jun 2008, RM292 juta).
3. Kolam Renang Batu Burok bocor (5 Jun 2008, RM18 juta).
4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal (29 Jun 2008, harga terminal RM123 juta)
5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
6. Menara Komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut tumbang (6 Ogos 2009, RM15 juta)
7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman runtuh (3 Oktober 2009, RM2.1 juta)
8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang (21 Disember 2009, kos RM700,000 dengan RM4.2 juta kos keseluruhan projek).
9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan (29 Mac 2010).
10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang runtuh sebaik siap dibina (9 Januari 2011).
11. Papan tanda (sign board) gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang (19 Julai 2012).
12. Tangki Air Sekolah Menengah Paka (24 Julai 2012).
13. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai (30 Disember 2012).
14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa di baik pulih (20 Februari 2013).
15. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang (20 Mei 2013, RM1.4 juta).

Bayangkan berapa ratus juta kerugian yang terpaksa ditanggong oleh rakyat Terengganu akibat kecuaian dan kelemahan pentadbiran Kerajaan BN Terengganu.
“Allah Akbar , Allah Akbar, Ashadu anla ilahaillallahh………….”

Suara iqamat bilal mengejutkan saya dari lamunan panjang tentang kisah sedih Negeri Terengganu akibat tangan tangan pemimpinnya yang lemah.

“waduhhh…….dok ssedo starang habis khutbah ” getus hati saya
Saya bangun solat dan selepas solat jumaat saya menyertai jamaah yang lain solat hajat untuk meminta kepada Allah agar menyelamatkan Negeri dan Negara Malaysia dari gangguan kuasa luar.

Saya sempat juga menyelitkan dalam doa solat hajat itu agar Allah swt memberikan kemenangan kepada PAS dalam PRU 14 nanti insyaallah. Insyaallah Negeri Terengganu akan kembali dikenali sebagai Darul Iman jika diperintah oleh PAS Insyaallah. Allahumma amin……

Sumber BO - 10-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Ahli Parlimen Dungun Serah Peralatan Untuk Bekalan Air Percuma











DUNGUN – Ahli Parlimen Dungun menyerahkan peralatan untuk membekalkan sumber air mentah untuk kegunaan sebahagian lagi penduduk Kampung Jagung, Hulu Dungun.

Tahun lepas projek fasa pertama sudah dapat disiapkan dengan kaedah gotong royong.
Sumber bekalan air mentah tanpa rawatan dari Sungai Bangan sehingga sekarang masih digunakan oleh penduduk Kampung Shukur.

Kali ini untuk 22 keluarga di Kampung Jagung, juga akan disiapkan dengan kaedah gotong royong.


Kali ini paip getah dia inci hampir satu kilomeeter dibekalkan untuk tujuan ini.

Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menjangkakan dalam tempoh seminggu bekalan air mentah terus dari Sungai akan disiapkan dengan kerjasama penduduk setempat.

“In Sha Allah dengan bahan mentah dapat disediakan, projek ini akan berjalan dengan mengikut sepertimana dirancangkan. Walaupun agak sukar mencari sumber kewangan, kami mencuba sedaya upaya bagi menjayakannya,

“Penduduk di sini sudah tahu Ahli Parlimen PAS tidak ada diperuntukan kewangan untuk apa jua projek untuk rakyat,


“Alhamdulillah kita berjaya mencari sumber kewangan hampir RM10,000 untuk menyediakan bahan utama paip bagi sambungan dari punca air Sungai Jagung” Katanya lagi ketika berucap di hadapan penduduk kampung.

Beliau juga mengingatkan ‘maslahah’ yang kita perlu jaga ialah masalah orang ramai.

“Kita kena ambil tahu setelah mereka memilih kita sebagai wakil mereka. Sebab itu saya mencari sumber di seluruh negara dan sampai ke Johor, mereka membantu kita bila mereka tahu keadaan kita di sini” ujarnya lagi.

Harapan beliau agar penduduk dapat menyiapkan paip ini dan terus menikmati sumber air sungai dengan percuma.


Sehubungan itu wakil penduduk Kampung Jagung, Abu Bakar Harun 51 berkata, sudah lama penduduk di sini menanti bekalan air Sungai ini.

“Kami di sini lebih suka menggunakan sumber air Sungai daripada air yang dirawat. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terutama YB Ustaz Wan Hassan yang telah berusaha menyediakan bahan utama ini.

“Kami memang tidak mampu bila melibatkan kos yang besar”. Katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan paip yang diadakan diperkarangan rumah beliau.

Majlis penyerahan turut dihadiri Pengerusi Majlis Tindakan Dun Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman dan Ketua Cawangan Pas Kampung Shukur, Tengku Hamdan Tengku Mahmud

Sumber BO - 9-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Hasil Terengganu dijangka RM1b setahun di bawah PAS

PAS Terengganu akan berusaha meningkatkan pendapatan negeri itu sebanyak RM1 bilion setahun jika diberi mandat memerintah negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. 
Hasil itu dijangka diperolehi dengan cara mengeksploitasi tujuh sektor industri yang tidak diberi perhatian serius oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini. 
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Alias Razak berkata, ini termasuk sektor sumber asli, pertanian, perikanan, pelancongan dan lain-lain. 
Katanya, hasil itu tidak termasuk dana khas dari hasil petroleum sebanyak RM430 juta setahun dan semua hasil itu akan dibelanjakan untuk rakyat negeri itu secara efisien dan berhemah. 
Jika dikira dengan hasil dana khas itu, kerajaan negeri Terengganu akan memperolehi pendapatan lebih dari RM1 bilion setahun dan cara perbelanjaan berhemah kerajaan PAS negeri itu akan lebih baik dilaksanakan berbanding perbelanjaan hasil RM2 bilion di bawah kerajaan BN. 
Ini kerana katanya, Kerajaan BN memang popular dengan amalan rasuah dan ketirisan serta urustadbir tidak cekap dalam pentadbiran kerajaan itu sejak dahulu sehingga sekarang. 
Beliau berkata demikian dalam satu siri wawancara bersama Harap TV di Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri di Kuala Terengganu, kelmarin. 
Dr Alias mengupas mengenai lima tawaran awal manifesto parti itu, jika diberi mandat memerintah Terengganu selepas PRU14, dalam wawancara tersebut. 
Katanya, PAS melihat negeri Terengganu kaya dengan sumber asli yang belum dieksploitasikan lagi oleh kerajaan BN sehingga kini. 
Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, banyak sektor tidak dimanfaat kerajaan sekarang termasuk air mentah Tasik Kenyir, bijih besi, emas, bauksit, silika dan lain-lain. 
“Banyak sektor kerajaan Terengganu hari ini tidak dimanfaatkan antaranya ialah air mentah di Tasek Kenyir, kita boleh berniaga dengan negeri berhampiran. 
“Banyak lagi sektor lain tidak diberi tumpuan sepenuhnya termasuk sektor pelancongan, perikanan, pertanian, sumber asli seperti bijih besi, emas, bauksit, silika yang bermutu tinggi, tidak dieksploit sebaiknya sebelum ini,” katanya dipetik Buletin Online
Beliau menjelaskan bahawa PAS akan menjadikan sektor-sektor berkenaan sebagai peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu dengan melaksanakan projek memproses sumber asli dalam bentuk semi proses dan produk yang diproses sepenuhnya. 
Ini, tambahnya termasuk pemberian satu lot tanah bergeran kekal untuk tapak rumah kepada rakyat negeri itu, mengurniakan rumah mampu milik kepada rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri, khususnya kepada mereka yang sudah berkahwin, bayaran wad percuma untuk kelas ketiga di hospital kerajaan dan karnival perkahwinan kali pertama percuma kepada pengantin baru.
Sumber HD- 9-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































































































Pemimpin PAS Sentiasa Cakna Rakyat













Oleh : ZM
KUALA NERUS – Pemimpin dan wakil rakyat PAS sentiasa prihatin dan cakna kepada masyarakat yang diwakilinya, lebih-lebih lagi kepada mereka yang memerlukan.
Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN ) Bukit Tunggal Dr Alias Razak berkata, sikap ambil berat itu ‘ditumpahkan’ kepada semua golongan tanpa mengira latar belakang dan apa fahaman politik mereka.
“Saya selaku wakil rakyat Bukit Tunggal, berterima kasih pada Lajnah Kebajikan DUN kerana mengatur program ini,


“mengadakan ziarah dikalangan masyarakat umum yang memerlukan kecaknaan dalam kawasan sendiri,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi enam buah rumah dalam daerah mengundi (Peti Undi) Pulau-pulau di Pulau Duyung Besar di sini, pada Selasa, 7 Mac .

Menurutnya, ia adalah aktiviti meneruskan rutin harian melawat dan mendengar aduan serta keluhan rakyat.

“Hari ini giliran menyantuni rakyat di Pulau Duyung yang suatu dekad dulu pernah diadakan Pertandingan Kapal Layar peringkat dunia atau ‘Monsoon Cup’,


“Kononnnya projek ini untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat khususnya kaum nelayan dengan perbelanjaan mencecah RM1000 juta.

“Semua itu adalah sejarah pembaziran mega Umno dan BN Terengganu,”tegasnya.
Sebaliknya, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu itu berkata, penduduk di Pulau itu masih hidup dalam penuh ‘kedaifan’ dan mereka terus terhimpit dengan kenaikan kos hidup yang melambung akibat dari GST.

Ditambah lagi, katanya, kenaikan harga diesel, minyak masak, gula dan lain-lain, sedangkan pendapatan semakin merosot.

Oleh itu, beliau berkata, seperti biasa sempena program tersebut, beliau mengagihkan sedikit barangan keperluan asas harian serta sedikit wang poket.


“sedikit bantuan khusus bagi mereka yag ditimpa musibah penyakit dan hilang punca pendapatan juga warga emas yang tidak mampu bekerja lagi,”jelasnya.

Antara yang sempat diziarahi ialah beberapa orang penduduk yang sakit kebanyakannya menghidapi Diabetes, Darah Tinggi, Saraf dan Diserang Angin Ahmar (Stroke).

Mereka yang dilawati berumur 60 keatas, terharu dengan lawatan Dr. Alias sehingga ada yang mengalirkan air mata.

Justeru itu, beliau berkata, melihat kepada suasana tersebut, kegiatan ziarah itu akan diteruskan dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang.

Sumber BO - 8-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Kudqi Rayu Sumbangan Wakaf Beli Van











Oleh : KAM

HULU TERENGGANU – Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi) merayu kepada tokoh korporat dan para dermawan bagi membantu pembelian sebuah van.
Kenderaan van yang dianggarkan berharga lebih RM100,000.00 amat diperlukan segera bagi kegunaan semasa Kudqi.

Ketua Majlis Perwakilan Mahasiswa Kudqi, Mohd Mursyid Zulkefle berkata pihak pengurusan Kudqi amat memerlukan sebuah kenderaan van seperti yang dicadangkan itu.


Ini kerana, katanya bagi memudahkan kerja pengurusan pihak kolej (Kudqi) yang diasaskan oleh Allahyarham Dato’ Harun Taib kini semakin berkembang maju.

“Cadangan untuk kami (persatuan) di Kudqi memiliki sebuah kenderaan van telah lama tetapi belum kesampaian. Kerja-kerja pengurusan di kolej ini semakin banyak dan berkembang maju.

“Kami mohon para dermawan dan orang ramai yang cintakan perjuangan pendidikan Islam dapat membantu pihak Kudqi ini,” ujarnya.

Menurut beliau, Kudqi merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di bawah jamaah Islam PAS yang perlu dibantu.

Pengetua Kudqi, Ustaz Wan Abdullah Wan Salleh menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh pihak mahasiswa mendapatkan sebuah van tersebut.

Justeru, katanya semua pihak yang berkelapangan dari sudut kewangan dapat membantu pihak Kudqi ini.

“Kita semua sedia maklum, Kudqi ini diasaskan oleh Almarhum Ustaz Harun Taib, di bawah jamaah PAS.

“Saya amat menyokong usaha yang dilakukan oleh perwakilan mahasiswa Kudqi mengumpul dana untuk mendapatkan sebuah kenderaan khas (van). Marilah sama-sama kita membantu, Insyaa’Allah,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat menyumbang bagi dana tersebut boleh disalurkan melalui akaun Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah, No. 1305302020984 Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di talian 09-615 6194 (pejabat).

Sumber BO - 8-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Jadi Mujahidah Yang Berani!












Oleh : Che Ana

KUALA NERUS – Muslimat PAS adalah mujahidah, harus berani dalam apa jua situasi untuk terus berjuang bagi menegakkan agama Allah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus Ustazah Jamilah Jusoh berkata Muslimat mesti tegas dan jelas dalam setiap usaha mengorak langkah kehadapan.

“Muslimat jangan sesekali rasa gentar dan takut ….. (dan) kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali di dalam perjuangan menegak agama Allah ini,” tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus (DMPKKN) kali ke 36 di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa ( KOMTAQ) di Batu 6 di sini pada Sabtu, 4 Mac.

Beliau mengajak para perwakilan merenungi kata-kata Khaulah Srikandi Islam, mencabar mereka yang beriman untuk teguh dalam pendirian.

“Apakah kamu semua sanggup menjadi jadi hamba pada orang kafir? Apakah kamu semua sanggup dicaci dihina oleh bangsa yang durjana? Letakkan kehormatan diri sebagai muslimah yang bertaqwa?,

“ini keteguhan seorang muslimat,” jelasnya.


Katnya, ‘saf’ mujahidah mestilah lurus tersusun dan ia menuntut pengorbanan dalam kehidupan termasuk harta, masa dan segalanya.

“Ya! inilah dia pengorbanan yabg diseru oleh Allah dan di tarbiyah oleh Rasullullah SAW kepada para sahabat yang mulia seperti Khatijah ,Ummu Sulaim Nusaibah, Asma’ dan lain – lain yang wajar kita contohi “.

“setiap kita ada masalah masing-masing… kita dibenarkan mengundur diri andai terdapat uzur syarie selebihnya Allah mengetahui isi kita samada beralasan atau sebaliknya,” ujar belau. Juteru itu, beliau yang diberi amanah bagi menerajui Dewan Muslimat Kuala Nerus sessi 2017- 2019 itu berharap agar muslimat semua bersatu dan menguhkan ketetapan masing-masing.

Dalam majlis yang sama Veteran dan para pejuang Muslimat dihargai dan diberikan anugerah.


Pengarah program Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata Muslimat mengiktiraf mereka yang telah lama berjuang, bermula semasa usia muda hingga mereka tidak berdaya lagi.

“(mereka) bersama muslimat di medan perjuangan ini ..walau bagaimana pun doa daripada mereka sentiasa mengiringi kami para mujahiddah yang sedang berada di medan untuk menegakkan agama Allah melalui PAS,” katanya

Anugerah itu juga untuk meningkatkan lebih semangat juang para perwakilan dan pemerhati agar terus istiqomah seperti para vateran berkenaan.

Seramai tiga orang lama muslimat dari setiap DUN dalam Kawasan Parlimen Kuala Nerus dipilih, setiap seorang diberi cenderahati dan dijamu dengan layanan makan istimewa

Sumber BO - 7-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Taman Ilmu; Abaikan Janji Manis MB Terengganu (Bahagian 1)

Oleh Suhaimi Taib

Terengganu Darul Iman disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang menzahirkan cara pemerintahan bercelaru dan kerajaan itu gagal ditadbir urus dengan cekap dan efisyen di bawah Barisan Nasional (BN).
Pembangunan yang dilaksanakan lebih kepada untuk mengeluarkan wang kerajaan dan peluang kepada syarikat kroni UMNO memperolehi projek semata-mata bukan untuk kepentingan rakyat dan menambah hasil pendapatan kerajaan.
Projek pembangunan pendidikan seperti Taman Ilmu di Mukim Tembila Besut (TIT) terbengkalai begitu lama dan hampir 50 peratus iaitu RM198.88 juta dari RM401.48 juta telah dibelanjakan pada Julai tahun 2009 untuk projek tersebut.
Menteri Besar negeri itu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika memberi jawapan terbaharu mengenai projek itu mendakwa Taman Ilmu itu akan siap sepenuhnya dan akan digunapakai, Oktober tahun ini.

Kenyataan itu dipertikaikan kerana sebelum itu menteri besar berkenaan telah membuat pelbagai kenyataan tidak benar mengenai tarikh siap projek tersebut.


Seperti yang direkodkan pada 21 Februari 2011, Dato’ Seri Ahmad Razif yang ketika menjadi Exco Pelajaran berkata TIT akan beroperasi pada Mei 2011.

Kemudian pada 13 Disember 2012, ketika sesi penggulungan sidang DUN, beliau berkata, TIT akan beroperasi pertengahan 2013 dengan keuntungan RM10 juta setahun.

Sementara itu, pada Mei 2015, sekali lagi dijanjikan projek TIT dijangka siap pada akhir 2015. Kini beliau berjanji manis lagi dengan mendakwa TIT akan beroperasi pada Oktober 2017 nanti.

Persoalannya, kenapa menteri besar itu tidak bercakap benar dalam menjelaskan kedudukan sebenar projek berkenaan. Apa yang ingin disembunyikan dari pengetahuan umum sedangkan didapati terbengkalai begitu lama sejak mula dilaksanakan pada tahun 2007 ketika Dato’ Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar.

Apa punca sebenar menyebabkan projek itu terbengkalai, tidak diberi penjelasan secara terperinci dipercayai untuk menutup kelemahan kerajaan negeri itu mentadbir urus pembangunan projek berkenaan.


Mengikut jawapan bertulis yang diberikan kerajaan Terengganu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada April 2014 yang lalu, TIT mempunyai sembilan pakej termasuk, Infrastruktur pada sebut harga RM58.80 juta, Masjid – parcel A (RM46.84 juta), Perpustakaan – Parcel B (RM49.92 juta), Kompleks Sukan dan Rekreasi – Parcel C (RM30.60 juta), Student Centre – Parcel D (RM27.88 juta), Pusat Konvokesyen – Parcel F (RM31.79 juta), Pusat Pentadbiran – Parcel H (RM23.81 juta), Kediaman Pelajar – Parcel H6 (RM36.99 juta) dan Watter Supply (RM9.57 Juta).

Menurut jawapan kerajaan itu, perlaksanaan projek pada masa itu berjaya dilaksanakan bermula dari 50 hingga 91 peratus dengan perbelanjaan sebenar berjumlah, RM150.36 Juta.

Ini termasuk projek Water Supply berjaya dilaksanakan sebanyak 50 peratus dengan perbelanjaan sebanyak RM2.89 Juta, Pusat Pentadbiran -Parcel H, sebanyak 65 peratus bernilai RM9.23 juta, Kediaman Pelajar – Parcel H6 sebanyak 67 peratus berharga RM18.41 Juta.

Masjid – Parcel A dilaksanakan sebanyak 71 peratus bernilai RM14.51 Juta, Pusat Konvokesyen – Parcel F sebanyak 72 peratus berharga RM9.38 juta, Infrastruktur sebanyak 73 peratus bernilai RM39.14 Juta, Student Center- Parcel D sebanyak 78 peratus berharga RM13.38 Juta.

Manakala Kompleks Sukan dan Rekreasi – Parcel C sebanyak 83 peratus berharga RM13.24 juta dan Perpustakaan – Parcel B, sebanyak 91 peratus bernilai RM39.16 juta.

Sumber BO - 7-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Dakwaan Kalah Pertandingan ‘Tiga Penjuru’ Ditolak











Oleh : ZM

KUALA NERUS – Dakwaan pihak pembangkang bersekutu dengan DAP yang menganggap, PAS akan kalah sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, disanggah.

Sebaliknya Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Dr. Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh berkata, PAS akan rugi sekiranya berlaku satu lawan satu antara parti pembangkang lawan parti kerajaan.

“satu lawan satu parti PAS akan rugi, tapi kalu satu lawan tiga penjuru, atau banyak penjuru yang paling untung ialah PAS,”ujarnya

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Urusan Ulama PAS Kuala Nerus Kali Ke-15 di sini pada Jumaat 3 Mac.

Jelasnya, DAP memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu adalah kerana ketika itu parti itu bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, beliau menjangka, sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang, PKR dan PAN akan kalah teruk.

“(saya jangka) parti paling teruk kalah bila lawan banyak penjuru ialah parti PKR dan PAN. Sebab itulah PAN nak sangat bersama dengan PAS,

“mengapa ia duk panggil sangat PAS (untuk bersama)? sebab ia nak bertanding banyak kerusi,” jelasnya.

Beliau menambah, banyak kerusi yang akan ditandingi kedua-dua parti itu akan hilang ‘deposit’ tanpa PAS bersama mereka.

Justeru itu, pada masa yang sama, beliau yakin sekiranya berlaku pertandingan lebih dari dua penjuru PAS akan memperolehi lebih banyak kerusi daripada  yang diraih pada pilihan raya umum kali ketiga belas lalu.

Turut hadir dan berucap ialah, Ahli Dewan Undanagn Negeri (Bukit Tunggal0 Dr Alias Razak.

Sumber BO - 6-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Jadilah Perkakas Kepada Islam












Oleh : ZS

DUNGUN – Anggota Jabatan Amal Kawasan Dungun diseru menjadi pekasas kepada Islam dalam usaha mengangkat syiar Islam di bumi Terengganu.

Ini kerana Parti Islam SeMalaysia (PAS) dewasa ini hanya mempunyai ramai penyokong tetapi sangat kurang tenaga kerja.

Seruan itu dilontarkan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Syeikh Muhammad Hanafi Abdul Aziz ketika merasmikan Mesyuarat agung Tahunan Jabatan Amal Kawasan Dungun.


Tambah beliau lagi, zaman sekarang, ramai yang hanya pandai bercakap.

“Kita mestilah menjadi perkakas kepada Islam. Kita adalah batu diantara batu-batu Islam, kita buat kerja untuk agama kita. Parti ini (PAS) hanyalah jambatan.

“Kita mesti melibatkan diri dalam semua program ilmu yang PAS anjur dan kita perlu berilmu jika hendak berjuang.

Berucap di hadapan hampir 100 anggota Jabatan Amal, beliau menasihati agar Jabatan Amal terus menawarkan khidmat selaras dengan slogan ‘Beramal Kerana Allah’ di Masjid Lama Sura, 4 Mac.


Katanya, anggota tidak perlu berbangga dengan kerja Islam yang dilakukan, yang penting mengharapkan keampunan di atas dosa kita dan diterima kerja untuk akhirat.

“Saya harapkan anak muda semua, ini adalah nikmat dan bukannya beban kepada kita yang memperjuangkan Islam. Kita jadi mulia kerana Islam, dan PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam.” tambah beliau lagi.

Dalam pemilihan bagi sesi 2017-2019, Jabatan Amal Kawasan Dungun bakal diketuai oleh Tengku
Wahiazizie bin Tengku Ali yang menggantikan Sailani bin Saleh.

Sumber BO - 6-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAS ganti Umno’ hampir tumbangkan kerajaan
Posted on Sunday, March 05 @ 22:05:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33864


Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

BESUT: Gerak kerja PAS Terengganu dengan tema ‘PAS Ganti Umno’ (PGU) yang dilancarkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu hampir menumbangkan kerajaan yang ditadbir oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.


“Pada PRU13, PAS Terengganu melancarkan PGU dan hampir-hampir memerintah negeri, PAS hanya kekurangan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). “Umno atau BN hanya memerintah dengan 17 kerusi dan pembangkang memiliki 15 kerusi Dun,” kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat


Menjelang PRU ke-14 ini kata beliau, PAS Terengganu melancarkan Himpunan Harapan Semua - PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.5 pula.

“Melalui program HarapPGU 3.5 ini, mudah-mudahan dengan pertolongan Allah SWT serta sokongan rakyat, PAS akan kembali memerintah buat kali ketiganya,” tambah beliau berucap dalam ceramah pelancaran Harap-PGU 3.5 dekat sini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashi Jasin
. Dalam majlis sama PAS terengganu turut mengumumkan lima menifesto awal yang ditawarkan kepada rakyat negeri itu sekiranya berjaya memerintah.

Menifesto tersebut ialah; memastikan setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun memiliki satu lot tapak rumah atau satu unit rumah kediaman, membuka permohonan tanah baharu serta memberi geran kekal, peruntukan caj wad kelas ketiga percuma di semua hospital kerajaan, peruntukan RM300 untuk pemuda dan pemudi mendapatkan lesen motosikal serta karnival kahwin kali pertama percuma setiap Dun di seluruh negeri Terengganu.

Kata Ustaz Saiful, lima manifesto itu ditawarkan lebih awal untuk mengajak rakyat sama-sama membuat perubahan ke arah yang lebih baik.

“PAS melancarkan lima manifesto awal sebagai janji kepada rakyat negeri Terengganu Darul Iman khususnya pemuda-pemuda yang berani membuat perubahan.

“Tema yang akan menjanjikan halatuju dan hasrat kita bersama, harapan untuk rakyat negeri Terengganu,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis itu, semua Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Yahaya Ali dan Dato’ Nik Muhammad Zawawi Salleh; Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dato’ Hussain Awang dan Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid.

Sumber TKO - 5-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS tidak pernah berubah
Posted on Sunday, March 05 @ 22:16:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33865


Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

BESUT: Dasar perjuangan dan matlamat PAS tidak pernah berubah sejak ditubuhkan meskipun kepimpinannya silih berganti. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani turut menyangkal dakwaan pihak tertentu kononnya PAS telah berubah selepas era kepimpinan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Katanya, persoalan itu berlegar dalam masyarakat yang dibawa oleh parti serpihan PAS serta golongan kecewa. “PAS yang berubah atau kamu yang berubah? PAS tidak pernah berubah dasar dan matlamat perjuangan parti sejak dari dahulu lagi.


“Memang mereka ini buat onar sewaktu Allahyarham Tuan Guru (Nik Aziz) masih ada lagi dengan menubuhkan Pasma (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia),” jelasnya pada program Syarahan Perdana sempena Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.5 di Dataran Kampung Raja, Kota Putera, Besut, 24 Februari lalu.

Menurutnya, dasar dan matlamat perjuangan PAS sejak sekian lama bagi mendaulatkan syariat Allah SWT. Justeru, kata Ustaz Ahmad Dusuki berilah peluang kepada Islam memerintah bagi memperlihatkan keadilan serta keindahannya.


 “Islam itu adil dan cantik. Berilah peluang kepada Islam memerintah. Biar semua orang nampak keindahan Islam, maka akan ramai yang masuk ke dalam Islam,” tegasnya di hadapan ribuan hadirin Harap-PGU 3.5 itu.

Sumber TKO - 6-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pas tidak kisah manifesto ditiru
Posted on Sunday, March 05 @ 12:15:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33853



KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu tidak bimbang sekiranya lima manifesto yang diumumkan ketika program parti itu di Besut diciplak pihak lawan.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman menjelaskan, lima manifesto terbabit hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan manifesto Pas yang bakal ditawarkan kepada rakyat pada PRU14.

Sekiranya lima manifesto itu ditiru pihak lain, pihaknya optimis bahawa semua manifesto ditawarkan parti politik kepada rakyat bertujuan memberi kebaikan kepada rakyat.

“Kita hanya ‘tembak’ lima sahaja tetapi manifesto kita banyak lagi. (Kalau parti lain tiru) kita ambil sikap dan prinsip bahawa mereka tiru untuk kebaikan dan kepentingan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata sebagai mengulas laporan Sinar Harian mengenai Pas Terengganu umumkan lima perkara dari kandungan manifesto bagi hadapi PRU14 sempena program Pas Harapan Semua (Harap) Pas Ganti Umno (PGU) 3.5 di Kampung Raja, Sabtu lepas.

Tawaran Pas kepada rakyat Terengganu dengan moto ‘Maju, Berkat, Sejahtera’ telah dilancarkan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat pada program itu.

Lima tawaran awal manifesto Terengganu itu ialah satu lot tapak rumah bagi setiap rakyat, pemberian geran tanah kekal, caj percuma rawatan di wad kelas 3 di semua hospital kerajaan, peruntukkan RM300 untuk golongan muda mendapatkan lesen motosikal dan karnival kahwin kali pertama di setiap Dun.

Mengulas lanjut, Ariffin yang juga Adun Alor Limbat turut memberitahu bahawa pengumuman itu turut menggambarkan bahawa negara bakal berhadapan PRU14 yang bakal mencapai tempoh matang pada Jun tahun depan.

“Pokoknya rakyat melihat bahawa Pas ada visi dan misi untuk perintah Terengganu. Kita hanya dedah lima tetapi mungkin kalau perlu akan dedahkan lima lagi dan yang lainnya tunggu dekat pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kerusi, beliau berkata, buat masa ini Pas kekal dengan keputusan bertanding di kesemua kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu.

Ditanya mengenai kerjasama Bersatu yang berminat mengadakan pakatan pilihan raya bersama parti itu, Ariffin menjelaskan bahawa pihaknya bergantung pada keputusan di peringkat Pas Pusat.

“Kita bergantung kepada pucuk pimpinan. Buat masa ini kita kekal bertanding di 32 Dun dan lapan Parlimen,” katanya.

Sumber TKO - 5-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Pemuda PAS Cawangan Agih Petrol Percuma













Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Cawangan Tok Ku Tuan Besar mengambil inisiatif mengagihkan 110 Liter minyak  petrol RON97 secara percuma kepada penduduk sekitar kampung berkenaan.

Menurut Ketua Pemuda Kuala Terenggan Mohd Azrin Mohd Aris, ia bertujuan meringankan beban kewangan menghadapi kos sara hidup semakin.

“kehidupan rakyat semakin terhimpit akibat kenaikan harga bahan api itu,”ujarnya.

Katanya, menurut Laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga Petrol RON95 pada bulan Mac ini ialah RM2.30, sementara RON97 dan Diesel masing-masing pada harga, RM2.60 dan RM2.20.


Oleh itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Lajnah Kebajikan Pemuda PAS cawangan tersebut.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kerana Pemuda PAS prihatin terhadap nasib rakyat yang terus tertekan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“saya mengharapkan usaha seperti ini diteruskan dan dicontohi oleh pemuda PAS cawangan lain,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membahagi-bahagikan minyak mereka yang hadir di hadapan Markaz PAS cawangan kampung itu.

Sehubungan itu,  Ketua Pemuda DUN Bandar, Khairuddin Mohammad berbangga dengan langkah ‘maaruf’ yang telah diambil.

“Usaha murni ini perlu diteruskan lagi untuk kebaikan penduduk dan rakyat negeri Terengganu,” katanya yang turut bersama program tersebut.

Menurutnya, 52 kopun untuk isi minyak motosikal sebanyak dua liter setiap orang diedarkan kepada orang ramai.

Sumber BO - 4-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



HARAP-PGU 3.5 - YB Ustaz Haji Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz
Posted on Saturday, March 04 @ 09:40:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33831

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Ur7JmfqxGy0

HARAP-PGU 3.5 - YB Ustaz Haji Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Azi. 24 Februari 2017 - Kg. Raja, Kota Putera, Besut, Terengganu. Baik dengar ucapan penuh. Yang ini puak parti PAN siar sekerat-sekerat macam UMNO dulu buat kerja untuk nak tunjukkan bahawa Nik Abdul kononnya kata Dr Harun Din lebih baik daripada Ayahnya TG Nik Abdul Aziz.

Kalau tak buat kerja jahat tak nama parti PAN

Kredit
terengganukini 


Sumber TKO -4-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HARAP-PGU 3.5 - YB Dato' Ustaz Haji Nasuruddin Haji Daud
Posted on Saturday, March 04 @ 09:35:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33830

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=BHdLWKD6HnE

23 Februari 2017 - Kg. Raja, Kota Putera, Besut, Terengganu. Penjelasan Debat Husam - Nasaruddin

Kredit
terengganukini 


Sumber TKO - 4-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Bila Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari???













Oleh : Azizah Mahmood

Kenapa di sebut guru dalam perumpamaan ini? Ia adalah kerana keramatnya seorang insan bernama guru, yang disifatkan mempunyai ‘kuasa’ mengubah seseorang individu itu.

Guru juga sering diberi dikatakan ‘umpama lilin’ membakar diri menerangi yang lain, kerana pengorbanan dan dedikasi mereka, mendidik anak bangsa.

Apa sahaja yang di buat oleh seorang guru, maka ia akan menjadi ikutan.

Hari ini guru terus sekali terpaksa ‘membakar diri’ demi sehelai kertas untuk digunakan oleh anak-anak muridnya.

Dalam keadaan kerajaan pusat yang melaporkan, pertumbuhan ekonomi terus positif dan kerajaan negeri Terengganu masih mengekalkan bajet dalam angka ‘bilion, para guru diminta membelanjakan duit poket masing-masing untuk membeli kertas!

Memang benar……apalah salahnya cikgu gunakan duit gaji sendiri untuk membeli kertas dalam melancarkan proses pembelajaran, dan inilah masanya para guru membantu negara!

Sedang pemimpin, terus membelanjakan kekayaan negara???

Ia bukan fitnah, kerana ia di akui oleh seorang penyelaras DUN Umno dalam kawasan Kuala Terengganu semasa merasmikan mesyuarat agung PIBG sebuah sekolah di sini.

“ada sekolah minta duit dengan saya untuk beli kertas A4, katanya tiada peruntukkan seperti dulu semua perlu sekolah sediakan,” kata-kata beliau yang tidak perlu dinyatakan nama sebernarnya.

Bagaimana sebuah institusi seperti sekolah di kecualikan menerima peruntukkan yang sangat penting sedangkan ‘pembelajaran dan kertas berpisah tiada’ bagai irama dan lagu, tiada kertas tiadalah soalan.

Apakah pihak kementerian pendidikan dan kerajaan negeri Terengganu sedar akan kekurangan ini yang boleh menjejaskan ‘kesuburan prestasi pelajaran murid’ bilamana tiada kertas untuk soalan dan tidak mustahil soalan yang dua muka surat menjadi satu mukasurat sahaja.

Selain itu, perbuatan mengutip derma atau meminta sumbangan daripada para guru bukannya tidak baik, bahkan ia terpiji sekiranya ia dikutip untuk membantu pelajar yang dhaif, kebajikan para guru sendiri dan keperluan yang tidak menjadi tanggungjawab kerajaan.

Tetapi sekiranya, bagi menyediakan kertas, membeli peralatan sekolah dan lain-lain yang memang ‘asasinya’ adalah tanggungjawab pemerintah, menjadikan kerajaan itu kurang bertanggungjawab.

Apatah lagi umpamanya di Terengganu ini, projek-projek mewah yang kurang memberikan mafaat seperti ‘Pulau Bebas Cukai’ masih diteruskan.

Renungkanlah wahai pihak berwajib jangan di bebani insan bernama guru.

Terengganu cemerlang pendidikannya kerana usaha guru-guru ini tanpa mengira penat lelah demi mencapai visi dan misi pendidikan.

Sumber BO - 2-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































PAS Kuala Terengganu Prihatin Kesihatan Penduduk











Oleh Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu prihatin terhadap kesihatan rakyat negeri itu, sekaligus menawarkan bayaran hospital percuma kelas ketiga jika berjaya memerintah negeri itu selepas Pilihan raya Umum ke 14 (PRU 14) nanti.

Rakyat negeri itu khususnya, menghadapi masalah tekanan hidup dengan kenaikan harga barang keperluan harian mereka akibat dikenakan GST sebanyak enam peratus ke atas majoriti barangan keperluan dan perkhidmatan seluruh negara.

Daya beli (purchasing power) menurun kerana kadar pendapatan isi rumah dan harga petrol naik beberapa kali setiap tahun di samping nilai Ringgit Malaysia (RM) jatuh dengan teruknya, berbanding mata wang popular yang lain.

Melihat keadaan ini PAS negeri itu, menawarkan bayaran hospital percuma kelas ketiga bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung mereka.


Sementara itu, PAS Kuala Terengganu melalui Pejabat Penyelaras Parlimennya di sini, mengadakan rawatan kesihatan percuma setiap Khamis mulai jam 9 pagi hingga 12 tengahari, di tempat terpilih di setiap empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), secara bergilir-gilir sejak April tahun lalu.

Yang Dipertua PAS Kawasan itu Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah berkata, sejak itu, PAS kawasan tersebut telah berjaya mengadakan program seumpama itu sebanyak 21 kali.

“Mulai April sehingga Disember tahun lepas program diadakan sekerap sebulan sekali tetapi kemudian diubah kepada setiap minggu,” katanya ketika dihubungi.

Kawasan tersebut termasuk DUN Ladang, DUN Batu Burok, DUN Wakaf Mempelam dan DUN Bandar.

Hari ini, perkhidmatan itu diadakan di Kampung Panji Alam dalam kawasan DUN Ladang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dan Ustaz Wan Shukairi antara kepimpinan PAS yang turut hadir meraikan penduduk setempat.

Kira-kira 50 orang penduduk berkenaan membuat pemeriksaan kesihatan masing-masing. Seorang pegawai kesihatan dan lima pembantunya bertugas di majlis berkenaan

Sumber BO - 2-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































PAS Setiu Sambut Baik Lima Tawaran Awal PAS













SETIU – PAS Kawasan Setiu menyambut baik lima manifesto awal PAS Negeri untuk di berikan kepada rakyat sekiranya diberi mandat untuk memerintah negeri pada PRU 14 yang semakin hampir.

Yang Di Pertuanya, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata kesemua lima tawaran manifesto awal itu menunjukkan bahawa PAS bersama merasai kehidupan rakyat yang semakin terdesak.
“caj wad kelas ketiga secara percuma di hospital Kerajaan adalah bukti kita (PAS) sentiasa dekat dengan rakyat bawahan yang kebanyakkannya terdiri dari golongan yang dhaif.

“Di Setiu, majoriti rakyat adalah penoreh, nelayan, petani. Nilai RM 3.00 satu hari amat bernilai bagi mereka yang kebanyakkannya di Setiu ini adalah golongan terbabait (kelas ketiga),” ujar Ustaz Shaari ketika di hubungi.

Menurutnya lagi, tawaran membuka permohonan geran kekal dan memastikan rakyat Terengganu yang berumur 21 tahun ke atas memiliki satu lot tanah atau satu unit rumah kediaman adalah satu langkah bijak dalam membantu rakyat.

Katanya, ia merupakan keperluan asas bagi rakyat yang sedang menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

“manifesto ini (memberi geran kekal) menyambung apa yang Kerajaan PAS putuskan pada tahun 99 yang dinafikan oleh BN bila memerintah pada 2004,

“dengan pemberian ini dan lot kediaman mereka yang menerimanya boleh merancang untuk membina rumah sendiri berdasarkan kemampuan yang ada selain daripada terpaksa berdepan dengan harga barang keperluan lain yang semakin tinggi.” tegasnya yang turut mengakui ke semua lima tawaran manifesto itu menguntungkan rakyat dari semua golongan.



Sementara itu,Tiimbalan Exco Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Shafizi Ismail turut menyatakan pandangan yang sama apabila mengulas manifesto yang mesra anak muda.

“peruntukan Rm 300 kepada pemuda dan pemudi untuk lesen motosikal,lot kediaman bagi yang berumur 21 tahun ke atas ternyata membantu golongan muda yang baru hendak memulakan kehidupan,

“Karnival kahwin kali pertama seperti yang di umumkan amat realistik kerana dapat menyelesaikan masaalah sosial anak muda kerana kos perkahwinan yang tinggi sekarang ini amat membebankan.” Katanya.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu itu berharap agar golongan muda menjadi aset penting dalam memberikan kemenangan pada PAS di PRU 14 nanti

Sumber BO - 2-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terengganu Nafi Bas ‘Ampicoach’ Konon Hilang
Posted on Thursday, March 02 @ 19:46:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33807



KUALA TERENGGANU – Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata, ini menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan konon ada dua bas jenis itu telah ‘hilang’.

“Adalah dimaklumkan, kelewatan menerima bas itu disebabkan keputusan kerajaan negeri yang mahu Amphicoach itu diterima dengan mematuhi sepenuhnya spesifikasi ditetapkan.

Konon dua buah bas berkenaan hilang juga tidak benar memandangkan kerajaan negeri hanya membeli sebuah sahaja bas berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Nawawi berkata satu ujian telah dilakukan terhadap bas dua alam itu sebelum ini dan mendapati ia tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan.

“Selepas ujian dilakukan terhadap bas berkenan pasukan jurutera yang terlibat telah berjaya mengesan kegagalan sistem hidraulik bagi penghantaran kuasa kepada ‘Wheel & Water Jets’ yang berpunca dari peningkatan kuasa enjin.

Ekoran itu, kerajaan negeri telah meminta penghantaran kenderaan tersebut ditangguhkan bagi menyelesaikan masalah berkaitan supaya dapat menerima sesuai dengan terma-terma perjanjian yang telah ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Nawawi berkata kelewatan yang berlaku juga adalah disebabkan masalah transit dan juga masalah persijilan yang turut memakan masa kerana bergantung sepenuhnya dengan keadaan cuaca di Malta.

“Malah, pengujian dan persijilan oleh pihak ketiga di Malta juga sukar dijadualkan dan boleh ditunda pada saat akhir mengikut perubahan cuaca ketika pengujian dalam air dijalankan.

Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak buat sebarang spekulasi tentang bas itu kerana kenderaan tersebut dijangka tiba ke Terengganu pada pertengahan tahun ini jika memenuhi segala spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Sumber TKO - 2-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Pemuda Perlu Kesedaran Politik














Oleh : Zainun Muhamad

KUALA NERUS – Pemuda juga perlu diberi kesedaran tentang politik semasa kerana ia berkait rapat dengan masa depan orang muda dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata, kecaknaan yang ditunjukan oleh pemimpin Pemuda PAS Terengganu dan Kawasan Kuala Nerus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan anak-anak muda.

“Saya selaku wakil rakyat Bukit Tunggal mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Terengganu,

“mengadakan program ziarah dikalangan pemuda dalam DUN Bukit Tunggal,”ujarnya.


Beliau berkata demikian selepas bersama dengan rombongan ziarah pemuda menyantuni 10 buah rumah dalam DUN terbabit pada Selasa 28 Februari.

Antara yang dilawati ialah Ustaz Muhamad Syukri bin Awang, yang tinggal di Kampung Seberang Baruh yang menghidap penyakit usus dan akan menjalani rawatan di Hospital Sultanah Zahirah,Kuala Terengganu pada 9 Mac depan.

Sehubungan itu, Dr Alias yang juga Timbalan Pseuruhaya 1 PAS Terengganu mengucapkan tahniah diatas usaha yang murni itu.

“semoga aktiviti ini diteruskan disepanjang masa,”tambahnya.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Timbakan Ketua Pemuda Terengganu yang juga ADUN Tepoh Ustaz Hishammuddin bin Abdul Karim.

Sumber BO - 1-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Manifesto Awal PAS Terengganu ‘Gerunkan’ Musuh

KUALA TERENGGANU – Komitmen dan persiapan PAS Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, cukup menyakinkan apabila mengumumkan lima manifesto awalnya.
Jelas sekali, ia telah menggerunkan ‘musuh’ apabila Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat turut melancarkan janji pilihanraya dengan tema ‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’,

Samada musuh tradisi Umno atau DAP dan sekutunya, jelas menzahirkan ketakutan masing-masing dengan menabur fitnah, sehingga merekayasa ‘manifesto tipu’ yang menokok tambah idea tulin PAS, bertujuan untuk memesongkan perhatian rakyat.
















Menurut ADUN Paka itu, manifesto awal tesebut ditawarkan kepada rakyat bagi sama-sama membuat perubahan ke arah yang lebih baik.

“Kita (PAS) melancarkan lima manifesto awal untuk janji kita kepada rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Khususnya, dari kalangan pemuda-pemuda yang berani membuat perubahan ini.

“Tema untuk kita semua bergerak dan menjanjikan manifesto kita sempena menghadapi PRU ke-14.





















“Tema yang akan menjanjikan halatuju dan hasrat kita bersama, harapan untuk rakyat negeri Terengganu. Harapan kita bersama untuk memandu kita bersama manifesto yang akan menjanjikan lebih keselesaan kepada rakyat, Insya’Allah,” jelasnya.

Namun kerana hasad dengki dan tidak mampu berhujah, musuh-musuh PAS mencipta kepalsuan dengan memuatnaik yang mereka dakwa sebagai Manifesto Ke Sebelas, yang berbunyi RM300 Sebulan Bagi Rakyat Terengganu Berpendapatan RM3000 Ke bawah’.

Tanpa segan silu, ‘lidah hitam’ di bawah pentadbiran Menteri Besar ‘Terengganu Times’ menyiarkan fitnah satu lagi kejahatan dengan penipuan yang berbunyi ‘PAS Terengganu Lancar 5 Manifesto ‘AUDI’ PRU 14.
















Sebaliknya, walaupun sudah terang lagi bersuluh perbuatan tangan-tangan jahat musuh itu, Ketua Penerangan PAS Terenggganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, hanya tersenyum, puas.

Beliau menyifatkan, ia adalah kejayaan awal PAS bagi meraih sokongan rakyat Terengganu, apabila Umno, BN, DAP dan sekutunya, menyebarkan fitnah.

“Alhamdulillah…..kita dapat promosi percuma,”kata beliau bersahaja.

Menurutnya, lima manifesto awal yang tulin diumumkan pada Sabtu lalu ialah, pertama, memastikan setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun memiliki satu lot tapak rumah atau satu unit rumah kediamannya.
















“Kedua, membuka permohonan tanah baharu serta memberi geran kekal. Ketiga, peruntukan caj wad kelas ketiga percuma di semua hospital kerajaan.

Keempat, peruntukan RM300 untuk pemuda dan pemudi mendapatkan lesen motosikal dan kelima, karnival kahwin kali pertama percuma setiap DUN di seluruh negeri Terengganu,”tegasnya.

Sumber BO - 1-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Sememangnya, PAS boleh di HARAP












Tajuk di atas membawa dua maksud yang sangat signifikan kepada apa yang telah PAS berjaya raih dan insyaAllah akan meraih. Maksud pertama ialah PAS sememangnya boleh diharap bagi membawa agenda perubahan kepada bukan sahaja negeri,malah kepada negara juga dengan nilai teras Islam yang PAS bawakan kepada rakyat Malaysia.

Keduanya sememangnya PAS ‘boleh’ di HARAP iaitu PAS telah berjaya dengan sasaran programnya di HARAP 3.5 di Besut yang berakhir Sabtu lalu. Ini terbukti dengan kehadiran bertali arus pengunjung-pengunjung selama tiga hari program berlangsung. PAS Boleh….!!!

Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus memberikan yang terbaik kepada tetamu. Saya yakin, kejayaan menarik begitu ramai tetamu ini adalah kerana rakyat begitu teruja ingin mengetahui apakah tawaran lain PAS selain daripada pemerintahan berteraskan Islam kepada rakyat jelata. PAS sangat dipercayai oleh rakyat bagi menggantikan pemerintahan korup Umno sekarang ini.















Sangkaan saya setelah penat berhimpun untuk menyokong RUU355 di Kuala Lumpur, dalam tempoh kurang seminggu, berkemungkinan kehadiran ke HARAP akan berkurang. Namun nyata ianya meleset. Rupanya semangat rakyat terus membara. Tanpa mereka peduli penat dan wang ringgit, mereka tetap hadir. (Gambar atas – suasana malam reakhir HARAP-PGU 3.5)

Ada pihak yang menjadi tidak keruan dengan kejayaan PAS ini. Lalu bagai menjerit-jerit amarah mereka dilampiaskan kepada PAS. Ada yang berkata mereka boleh menghimpunkan jumlah lebih besar dari RUU355. Ada pula yang menyindir PAS sentiasa berjaya mengumpulkan puluhan atau ratusan ribu penyokong apabila membuat program, tetapi tetap kalah apabila PRU.

Tidak ketinggalan juga yang mendakwa PAS sudah berpecah. Mereka sudah merampas sebahagian besar ahli PAS. Semuanya bersuara mengeji tanpa noktah. Begitu mengelegak tekanan di dalam tubuh mereka, tidak dapat dibendung lagi. Namun, PAS tetap PAS, tidak perlu melayan kerenah mereka ini, yang hanya mahu menumpang populariti PAS.














Umpan yang diberikan ialah Putrajaya ataupun kemenangan di dunia ini. Tidak dinafikan, memang semua pihak yang bertanding mahukan kemenangan. Tetapi bagi PAS, syarat utama kemenangan itu, mestilah diiringi dengan redha Allah. Jika kalah tetapi diredhai Allah PAS bersyukur. Alangkah lagi jika menang. Tetapi jika menang tanpa redha Allah, apakah maknanya? Inilah penekanan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS, ketika merasmikan program HARAP 3.5 baru-baru ini dan juga oleh Mursyidul-Mursyidul Am PAS yang lalu.

Ketegasan ini sangat menyakitkan perasaan lawan atau pendengki PAS apabila umpan mereka hulurkan, tidak dimakan oleh PAS. Berusaha mereka bagi memancing PAS, tetapi hampa kerana mereka tidak membawa keredhaan Allah bersama umpan mereka. Lantas, dengan senada, mereka secara bersama, menghina, mengfitnah, mengugut, menekan dan berbagai-bagai lagi ke atas PAS.

Ada juga sebahagian daripada mereka memuji PAS, namun ianya tetap sama, tiada membawa bersama mereka keredhaan Allah. Bagaimana mereka mahu membawa bersama keredhaan Allah jika mereka sendiri juga tidak mengasaskan jemaah mereka berdasarkan kehendak Allah? Apa yang membuatkan dahi kita berkerut ialah, sudah hampir pupus suara DAP menghina PAS, tetapi khadamnya sangat setia berkhidmat kepada tuannya pula tetap istiqamah menghentam PAS. Untunglah DAP.














Bagai menjamu budu, semakin dilenyek dengan cili yang pedas, semakin digaul dengan tempoyak yang busuk, semakin diperah dengan limau yang masam, semakin enak pula dimakan, semakin ramai yang mahu menjamah. Paling bernilai ialah, disebalik semua kejian, cacian, penghinaan ini, rakyat tetap bersama PAS.

Jumlah keahlian baharu yang diluluskan semenjak perginya golongan penentang dasar PAS dua tahun lalu, yang direkodkan ialah ribuan ahli baharu diterima tiap-tiap bulan. Jika benar PAS sudah berpecah, silalah pergi jauh-jauh dari PAS. Umpama rangkap pantun…. Apa diharap padi seberang….entahkan jadi, entahkan tidak…..apa diharap padanya orang…entahkan sudi, entahkan tidak. Tuntas, PAS tidak sudi. Pergilah bersama ‘separuh’ ahli PAS yang telah dibawa lari itu. PAS hanya mahu menumpukan menentang penyelewengan Umno-BN bagi mengembalikan hak rakyat menurut Islam.

Racauan itu tidak hanya terhad kepada pembenci luar sahaja, malah pembenci dalaman juga. Mungkin saki baki daki tinggalan kumpulan penentang dahulu, baharu kini timbul untuk dibersihkan. Apa yang menarik di sini ialah, kesepakatan mereka mengacau PAS bagi melawan Umno, sangat tersusun. Begitu liciknya Umno meninggalkan baka mereka di dalam parti lain, bagi memudahkan kerja mereka. Ibarat British yang meninggalkan benih mereka sebelum diberikan kemerdekaan, begitulah juga para pembenci PAS, bagaikan dipersiap Umno. PAS terpaksa melanggar benteng mereka ini dahulu sebelum bertemu dengan Umno. Dan sudah tentu PAS kepenatan kerana melayan mereka dahulu.














Marilah kita sama-sama mencukupkan syarat kemenangan kita, agar kemenangan kita diredhai Allah dengan mengerjakan suruhan Allah disetiap masa. Budaya Politik Matang dan Sejahtera kita, semakin disukai rakyat. Anak-anak muda adalah golongan teramai mengikuti program PAS. Semakin dihimpit, semakin gagah kita berjalan. PAS tidak mengharapkan kepada manusia, tetapi hanya kepada Allah. Manusia hanya sebagai asbab kemenangan. Oleh itu, PAS tidak peduli siapa yang mahu keluar kerana mereka adalah manusia. Selagi PAS berpegang kepada jalan Allah, ugutlah, hinalah, bencilah, tekanlah, PAS istiqamah, tidak akan meninggalkan jalan Allah insyAllah.

Semoga Besut memberikan kerusi kepada PAS dengan semua Dun yang lain mengekalkan dan menambah kerusi PAS. Langkahan kita semakin kemas, menjadikan lawan tidak ketahuan punca.

Kalau PAS tidak kuat, kalau PAS lemah, kalau PAS sudah terpinggir dari arus politik negara, masakan tidak kenal jemu mereka sibuk menghentam kepada PAS saban hari? Hanya orang yang kurang akal sahaja yang menyibukkan diri dengan barang yang tidak berharga. Mereka tahu nilai PAS, tapi mereka malu. Jumpa kita di HARAP 3.6 di Kuala Berang insyaAllah.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
1 Jamadilakhir 1438 bersamaan 28 Februari 2017

Sumber BO - 28-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































BN Cuba Sisihkan Melayu Islam Jadi Penghuni Bandar













Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU – Projek ‘By-Pass’ Kuala Terengganu menghasilkan resolusi bahawa penduduk dihalang untuk naik taraf status tanah kampung kepada tanah bangunan.

Bagaimanapun, premis perniagaan terbabit di kawasan pengambilan tanah di Kampung Seberang Baroh dan Tok Kaya diberi lesen berniaga walaupun dikatakan mengikut Akta Kanun Tanah Negara 1960, pembinaan kedai di tanah tersebut tidak mengikut syarat yang dikehendaki.













Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersifat ‘double standard’ dalam hal ini kerana bersikap tidak adil kepada penduduk berkenaan.

Pampasan yang akan diberi berdasarkan status tanah tetapi kenapa lesen berniaga diberikan kepada mereka jika pembinaan kedai atas tanah terbabit tidak ikut syarat?













(Gambar – warawan sedang menemubual penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk prohek KT By-Pass)

Ada penduduk berusaha menaiktaraf status tanah sebelum ini tetapi dihalang berbuat demikian oleh pihak kerajaan.

Jika kerajaan itu benarkan penduduk menaiktaraf status tanah terbabit, sementara penduduk tidak berbuat demikian, yang perlu dipersalahkan ialah penduduk berkenaan.













Tetapi usaha penduduk dihalang oleh pihak kerajaan sekaligus hak untuk menerima pampasan tanah sewajarnya perlu dipertikaikan.

Kira-kira 40 penduduk yang terbabit dengan pengambilan tanah itu telah membuat bantahan kerana pampasan tanah yang akan diberikan kepada penduduk terlalu rendah dan membebankan penduduk berkenaan.





















Kes ini akan dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi.

Sementara itu, Kerajaan BN juga tidak prihatin terhadap nasib penduduk Melayu Islam dan sengaja menjadikan mereka terpinggir seolah-olah ada perancangan untuk menghalau mereka dari menjadi penghuni bandar.

Penduduk kawasan Kuala Ibai yang hendak ke Durian Burung dikatakan bakal mengurangkan masa perjalanan mereka di waktu puncak dari 30 minit kepada 10 minit.

Jajaran projek bypass Kuala Trengganu ini bermula dari Simpang Tok Molor, Jalan Tok Adis (T12) ke Kampung Durian Burung di Jalan Persekutuan FT03 Kota Bahru – Kuala Trengganu.

Projek bermula dari Julai 2016 dan dijangka siap pada Januari 2019 (dua tahun setengah).

Kemajuan fizikal projek sekarang ialah 18.04 peratus, iaitu 1.03 peratus lebih awal dari jadual.















Kos projek ialah RM321 juta – RM154 juta ialah kos pengambilan tanah sementara RM167 juta ialah kos pembinaan.

‘Bypass Kuala Trengganu akan mempunyai empat lorong sepanjang 5.9 kilimeter mengikut piawaian U5, empat jejambat dan dua terowong untuk laluan bawah (Vehicular Box Culvert).

Ia akan digunakan oleh 70,000 orang penduduk, terutama di kawasan Bandar Baru Bukit Besar.













Sebanyak 293 lot tanah persendirian terlibat di dalam projek ini dan 271 lot telah diambil alih.
Baki 22 lot sedang menunggu pelan tambahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Difahamkan, kesemua lot tanah yang diambil akan dibayar pampasan dan dipastikan tidak ada sebarang isu penindasan.














Ia dikatakan proses normal dalam mana-mana kerajaan di dunia ini demi kebaikan seluruh rakyat.

Bagaimanapun rakyat tidak mahu melihat kerajaan bersikap ‘double standard’ dalam menyelesaikan kes pengambilan balik tanah untuk projek ini.

(Gambar dari udara kawasan akan diambil alih kerajaan untuk Projek Bypass Kuala Terengganu)

Sumber BO - 28-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tindakan Amanah bukan ancaman
Posted on Tuesday, February 28 @ 09:19:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33759




Oleh W Saidatul Najemudin


KUALA TERENGGANU – Kecaman dan tohmahan Amanah terhadap Pas disifatkan bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada Pas dan mengukuhkan keyakinan pengundi terhadap Pakatan Harapan.


Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani berkata, perkembangan itu jelas ditunjukkan melalui sikap pemimpin-pemimpin Amanah yang seringkali memainkan isu-isu memburukkan dan menonjolkan kelemahan Pas kepada khalayak.

  “Mereka mengutuk Pas kerana mahu perkukuhkan Pakatan Harapan. Mereka kata hendak lawan Umno tetapi mereka tuduh Pas bersama Umno. Kita nampak serangan lebih kepada Pas dan naib presiden (Amanah) pun kata hendak ambil Kelantan daripada Pas.

“Ini menunjukkan bahawa mereka bukan melawan Umno tetapi lebih menyerang Pas, tidak serang BN,” katanya.

Beliau berkata, isu Rang Undang-Undang Akta 355 juga turut menunjukkan bahawa pendirian Amanah tidak mahu bersama-sama demi kepentingan Islam sebaliknya Umno sebagai parti lawan pula memberi sokongan terhadap Himpunan 355 (H355) di ibu negara, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azman Shapawi yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun turut menafikan bahawa Pas gagal dalam memperkasa tarbiyyah dalam kalangan ahli-ahli sehingga memperlihatkan perpecahan melalui penubuhan parti serpihan itu.

Katanya, Pas menitikberatkan aspek itu bagi memastikan setiap anggota memahami perjuangan dan bersama-sama jemaah dalam apa jua perkara bagi memastikan parti itu terus kukuh.

Bagaimanapun katanya, dengan tindakan ahli Pas keluar parti dan menubuhkan serta menyertai parti baharu, ia berpunca dari beberapa faktor.

“Mereka yang lari dari Pas ada beberapa peringkat iaitu bawahan, pertengahan dan tertinggi sehingga bekas timbalan presiden Pas sendiri (keluar Pas). Alasan bagi yang tiada tarbiyyah mungkin ada sebahagian masuk Pas tapi tidak bersedia dengan program tarbiyyah menyebabkan mereka ikut cara sendiri seterusnya mengambil sikap lari parti.

“Ada juga pihak tertinggi yang cukup tarbiyyah, bertahun-tahun bersama-sama Pas, ada yang masuk lokap dan tetapi kemungkinan hati kecil tidak yakin Pas menang kerana sudah lama berjuang menyebabkan mereka sudah bosan sehinggalah dapat tawaran lebih baik untuk menang,” katanya.

Sementara itu, beliau menyifatkan tindakan Amanah bukanlah satu ancaman kepada Pas berikutan parti itu sentiasa menerima keahlian baharu setiap bulan dengan melebihi 1,000 ahli di seluruh negara.-S/H

Sumber TKO - 28-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Muslimat Perlu Bekerja Secara ‘Luarbiasa’













BESUT- Muslimat perlu menyusun satu gerakkerja luarbiasa bagi menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Ketua Muslimat PAS Kelantan YB Zailah Mohd. Yusof berkata, Muslimat adalah tenaga penting di dalam PAS yang memikul tugas berat untuk memastikan kemenangan.














“Gerak kerja ini kena kerja luar biasa, untuk mendapat hasil yang luar biasa, kita kena berkerja secara luar biasa, ”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh TV Harap, pada Himpunan Harapan Rakyat PAS Gantui Umno (HARAP-PGU 3.5) di Kampung Raja, Kota Putera, pada Jumaat 24 Februari.

Oleh itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, muslimat perlu berkorban dan perlu menggunakan strategi serta taktik berkesan.

















“Contohnya, jika sebelum ini kita peruntukkan lima jam sehari untuk jemaah, mungkin jemaah perlukan 10 jam sehari maka kita perlu gandakan masa kita untuk perjuangan,

“dan kita kena banyakkkan berkorban, berkorban dengan apa jua yang Allah berikan kepada kita, samaada kekayaan kita, ilmu kita atau qudrat kita. kita korbankan,“ jelas beliau.

Sumber BO - 27-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































PAS Mampu ‘Menumbangkan’ Umno

BESUT – PAS Terengganu, dengan kerja kuat dan izin Allah, mampu menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umu akan datang.

Mursyidul Am PAS Ustaz Hashim berkata, sambutan ramai yang diterima pada Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno Kali Kelima (HARAP-PGU 3.5) menunjukkan PAS mampu melakukan memerintah negeri Terengganu.














“saya sangat bertuah kerana turut berada dalam majlis tuan-tuan………kalau inilah sambutan (Himpuan) maka itulah tanda bahawasanya,

“kita boleh melakukan perubahan dalam pemerintahan negeri Terengganu, selepas pilihan raya (umum) nanti,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap nerasmikan Himpunan tersebut yang diadakan di Kampung Raja, DUN Kota Putera, di sini pada Sabtu 25 Februari.















Beliau mengingatkan orang ramai yang hadir pada tengahari itu, sesungguhnya PAS adalah melakukan kerja yang Allah suruh.

Antaranya, menurut beliau adalah, usaha memperkasakan mahkamah syariah dengan meminda Akta 355, melalui parlimen.

Walaupun ia memberikan kesan kepada baik kepada seluruh rakyat, namun ada golongan yang ‘celik dalam gelap’, tidak boleh melihat kebenaran yang dibawa oleh PAS.















Oleh itu katanya, ada ulama yang menjadi jahil tidak menyokong usaha PAS dan menyeru manusia kepada ‘kegelapan’.

“ini keadaan dihadapan kita sekarang, bahawa pemikiran umat Islam…..walaupun mengucap dua kalimah syahadah, walaupun setiap waktu sembahyang di masjid, tetapi sebahagian dai mereka ‘celik dalam gelap’,

“sebagai seorang rakyat negeri Perlis, ketika kita berhimpun RUU 355, Mufti Wilayah Persekutuan dan lain-lain lahirkan sokongan, tapi ada ulama di Perlis…..entah apa pandangan dia tentang apa yang kita lakukan,”jelas beliau.














Disebalik itu, beliau menyifatkan Himpunan 355 (H355) yang diadakan pada minggu lalu berjaya meningkatkan ‘nyalaan cahaya’ yang membawa petunjuk kepada rakyat.

“seluruh negara orang ramai pakat beli baju ungu sebagai persiapan untuk hadir H355, hasilnya…….diam tak diam, empat orang orang Yang Berhormat DAP lari keluar,

“inilah kelebihan kita dalam Islam, kerja kita buat apa yang Allah suruh, bukan kerja kita menjamin kejayaan,”kata beliau.

Sumber BO -  27-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































































































Gelombang Kebangkitan Tumbangkan UMNO Pada PRU Akan Datang













Oleh : Salwanaa Ghani

BESUT – Gelombang kehadiran anak muda serta sambutan orang ramai menjadi semangat kebangkitan untuk menukar corak pemerintahan di bumi Besut pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Yang Di Pertua PAS Kawsan Besut ( YDP ) Ustaz Wan Azhar Ahmad berkata, walaupun belum mencapai kemenangan pada pilihanraya yang lalu, namun beliau yakin akan mencapainya pada pilihan raya umum akan datang.














“alhamdulillah momentum yang berlaku dalam kawasan Besut ini memperlihatkan bahawa pilihanraya yang akan datang , In syaa Allah giliran kita mencapai kemenangan,”tegasnya


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno Kali Kelima (HARAP-PGU 3.5) di Kampung Raja, di sini semalam.

Menurutnya, PAS Besut akan meneruskan Misi Empat Tambah Satu (4+1) yang digagaska sebelum ini.

“apa yang kita kita impikan, kita akan teruskan, apa yang kita rekodkan sebagai misi dan visi kita dalam Pilihanraya Umum 13 yang lalu,















“kita meletakkan sasaran dalam operasi ‘Ops Tawan Besut Four Plus One (4+1)’ pendekatan untuk mencapai kemenangan di empat DUN dan satu kawasan Parlimen,”jelasnya.

Justeru itu, beliau berkata, seluruh jentera di semua peringkat Dewan-dewan, Unit Peti Undi,

Cawangan-cawangan dan seumpamanya, akan terus berjalan, bergerak dan bekerja bagi memastikan kemenangan itu dapat dicapai.

“kita akan terus bergerak tanpa mempedulikan gangguan-gangguan yang ada melalui sentuhan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan,














“yang kita menganggap gangguan itu (sebaga) kemuncup dalam perjuangan yang sifatnya terlalu sementara dan target kemenangan kita dengan cara terbaik ,”tambahnya.

Oleh itu, katanya, PAS Besut ini akan memberi satu sumbangan besar dan menjadi pelengkap dalam menumbangkan UMNO dalam pilihanraya akan datang.

Sumber BO - 26-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Malang nasibmu Pasar Borong Gong Pauh

AZIZAH MAHMOOD | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/44422-malang-nasibmu-pasar-borong-gong-pauh

Setiap tempat bila disebut pasar borong pasti tergambar kesibukan suasana pembeli mahupun penjual dan dalam fikiran kita pasti ianya sebuah pasar borong yang hebat.

Berbeza dengan pasar borong Gong Pauh di Kuala Terengganu, namanya hanya indah khabar dari rupa.

Dari depan nampak hebat bila bersapa, hati terkedu, senyum menjadi kelat sekelat senyum peniaga peniaganya yang 99% adalah Melayu beragama Islam.

“Beginilah pasar kami, hidup segan mati tak mahu,” keluh seorang penjual kuih di tengah pasar yang sudah hampir enam tahun meniaga lihatlah suasana pasar tidak terurus.

“Najis burung layang-layang merata-rata termasuk di atas meja jualan, tidak ada yang peduli akan nasib kami,” tambahnya yang tidak mahu dikenali.

Semuanya berlaku setelah seorang menteri besar menyatakan Pasar Borong Gong Pauh akan dipindahkan ke Bukit Payong.

Dari situ episod duka pasar borong bermula.

“Tahun demi tahun janji sekadar janji bahkan bersilih ganti janji diberi sedang pasar borong yang sedia ada masih tercacak cuma mereka yang berjanji mungkin terlupa,” katanya dan menambah, ia umpama barang yang mereka kejar tak dapat dapat yang dikendong kini dah banyak tercicir dan diabaikan.

Pemerintah perlu menjaga kebajikan rakyat apatah lagi jika rakyat itu orang Melayu Islam jangan sesekali menafikan hak mereka untuk menerima pembangunan, pandang mereka dengan kedua biji mata tambah lagi dengan mata hati.

Jangan menjadi buta kerana kuasa.

Suara rakyat suara keramat apatah lagi suara mereka yang teraniaya.

Dipijak tidak hancur yang memijak harus akur satu saat semua akan berkubur, justeru amanah bukan satu perkara boleh dilebur sesukanya.

Kembalikan warna-warna ceria Pasar Borong Gong Pauh dan tangani segera masalah mereka.

“Jalan yang teruk berlubang, pagar yang runtuh tiada penghalang, burung-burung yang mendatangkan kekotoran, mudah-mudahan terbela nasib peniaga-peniaga kecil dan penjaja yang sebangsa dan seagama dengan kita,” tambah beliau lagi. (Buletin Online)

Sumber HD - 26-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Terengganu Lancar TV Harap

BESUT – PAS Terengganu telah melancarkan satu lagi produk penerangannya, TV Harap bagi menyampaikan maklumat semasa dengan cepat kepada seluruh rakyat.

Mursyidul Am PAS Ustaz Hashim Jasin mengucapkan tahniah diatas pelancaran program media tersebut dan berharap dengan usaha bersungguh-sungguh yang diambil, akan membawa kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.














“sesungguhnya perbagai usaha penerangan yang diambil oleh PAS khususnya oleh PAS Terengganu yang menggabung pelbagai kepakaran dalam media,

“akan membawa kejayaan dalam menghadapi piliha raya umum yang akan datang,” ujar beliau.
















Ustaz Hashim berkata demikina ketika melawat ke studio TV tersebut di tapak Himpunan Harapan Semua PAS Gantu Umno Kali Kelima (HARAP-PGU 3.5), di Kampung Raja dekat sini pada Sabtu 25 Februari.

Sehubungan itu,Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, prpgram TV tersebut yang disiarkan melalui internet akan memaparkan pelbagai isu kepada masyarakat.















“program TV Harap yang telah kita mulakan dan lancarkan secara rasmi untuk seluruh penonton dan rakyat Terengganu melihat,

“bagaimana isu-isu (yang berlaku) di negeri Terengganu sehingga pilihan raya akan datang agar rakyat dapat membuat perubahan,”jelasnya.















Tinjauan atas talian (on line) mendapati, seramai 15,230 orang dikalangan ‘warga maya’ (netizen) telah mengikuti siaran TV tersebut sepanjag minggu lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,353 orang telah menyukai program tersebut di lama sosial, manakala 1,400 mengikutinya (follow).





















Antara para pemimpin yang telah diwawancara oleh TV Harap sepanjang program HARAP-PGU 3.5 selain Mursyidul Am ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, Setiausaha Majlis Syra Ulama Dato’ Dr. Ustaz Nik Zawawi Salleh, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan selebriti Bob Lokman.

Sumber BO - 26-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar Sekitar program HARAP 3.5 (63 Gambar Menarik)
Posted on Sunday, February 26 @ 04:10:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33730



Program HARAP 3.5 23-25 Febuari 2017 di Kg. Raja, Kota Putera Besut Terengganu bagi usaha mengambil alih Terengganu daripada UMNO. Jangan pula ada yang kata nak UG dengan UMNO. Mana tahu ada yang masih sakit (sakit jiwa) dalam memahami perjuangan PAS 60 tahu melawan UMNO/BN.





Langkah HARAP 3.5 - PGU bermula di Tapak Program.. Peserta dan Pimpinan Negeri Terengganu Berjalan Kaki 10,000 Langkah Sejauh 3.5kilometer..





YB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang, Naib Kesatuan Ulama' Sedunia memberi Amanat dan Taujihat kepada Peserta Himpunan Harapan Semua 3.5 HARAP 3.5-PGU petang td di Kg Raja, Kota Putera,Besut

















Ceramah Penutupan









Ceramah Perdana















Program Ameerah. Pertandingan Membuat kek dan Hias Kek dan Memasak













Pertandingan Mewarna dan Sukaneka Anak-anak PASTI





Program Santai Anak Muda Bersama Ybhg. Ustaz Kamaruzzaman Abdullah ( Ketua Pemuda PAS Terengganu ) dan YB. Ustaz Hishamuddin Abd Karim ( Adun Tepoh )







Sekitar Kuliah Dhuha 24 / 2 / 2017 Bersamaan 27 jamadil Awal 1438H di tapak Program HARAP 3.5 - PGU, Kg Raja, Kota Putera, Besut.





Sekitar Ceramah Perdana HARAP 3.5











Ceramah Pembukaan Perdana.


















Majlis Perasmian Progrm HARAPAN SEMUA.
Kg. Raja, Kota Putera, Besut





Unit Amal









sekitar Program ceramah perdana pada 24 Feb 2017 di tapak Himpunan Harapan Semua 3.5



Kredit gambar
[email protected]/* */

Sumber TKO - 25-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































PRU-14: Mesti Menang Di Besut Untuk Perintah Semula Terengganu











Oleh : Suhaimi Taib

BESUT: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, untuk memerintah semula Terengganu, PAS mesti memenangi semula kawasan Besut dalam Pilihan raya Umum ke 14 (PRU 14).

Katanya, PAS pernah memenangi Besut termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kampung Raja ketika memerintah Terengganu tahun 1959 dan tahun 1999.

Bagaimanapun katanya, pada tahun 1961 dan Tahun 2004, PAS kalah di Terengganu termasuk Kawasan Besut.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Harap 3.5 di Kampung Raja, di sini pada Sabtu.
















Turut hadir, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd. Nor Hamzah, Artis terkenal dari Kelantan, Bob Lukman dan Artis Popular dari Indonesia, Irwan Shah.

Justeru itu, beliau mengarahkan PAS Kawasan Besut melipatgandakan usaha mengajak penduduk Besut mengundi parti itu dalam PRU 14 nanti.

“Kita (PAS) kena ajak orang Umno dan orang atas pagar supaya mengundi PAS, mereka tidak seperti dahulu lagi,” jelasnya.

Menurut beliau, orang Umno hari ini sudah boleh terima hukum Islam termasuk hukum hudud, qisas dan takzir.

“Tidak kedengaran lagi orang Umno dan atas pagar menghina undang-undang Islam, seperti menyebut, jika laksana hukum hudud, habis semua kudung tangan, cuma tinggal beberapa orang sahaja lagi. Itupun ada pengikutnya,” ujarnya.
















Beliau yang juga Naib Ketua Persatuan Ulama Sedunia berkata, yang menjadi pengikut mereka berkenaan, termasuk orang yang keluar dari PAS.

Sementara itu, PAS juga mengalami pasang surut dalam perjuangan apabila ada masa PAS menang dalam pilihan raya umum dan ada masa parti itu mengalami kekalahan.

Katanya, PAS pernah kalah di Kelantan tahun 1979 dan menang sekaligus memerintah Kelantan pada tahun 1990.

Di Kelantan, PAS pernah menang satu kerusi Dun sahaja tetapi PAS tetap tidak berganjak dari perjuangannya.

“Begitu juga di Terengganu PAS pernah memerintah negeri itu, tahun 1959 kemudian kalah tahun 1961, menang semula tahun 1999 selepas itu kalah semula tahun 2004,” ujarnya lagi.

Sumber BO - 25-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Kita Bersedia Untuk Memerintah Negeri Terengganu, InsyaAllah!

Pertamanya kita bersyukur kepada Allah kerana pagi ini kita dapat meneruskan agenda Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno (HARAP-PGU 3.5), program kali ini diadakam di Besut diatas suatu harapan yang besar agar kita dapat mencetus satu kebangkitan dan kita memberikan suatu kesedaran kepada pengundi pengundi khususnya di kawasan Besut agar bersedia buat perubahan dalam pilihanraya yang akan datang insyaAllah.

Saya dalam majlis yang singkat ini hanya mahu menyampaikan perhargaan yang setinggi tingginya khusus kepada Sohibul Fahilah Al Muryidul Am dan juga Dato’ Haji Hassan Mahmod yang sudi untuk bersama sama dalam majlis kita di kemuncak majlis perasmian Harap 3.5 kali ini.

Demikian juga seluruh saf kepimpinan dan lagi lah kemungkinan saya tidak mampu untuk menyebut seorang demi seorang yang memberikan sumbangan tenaga mereka, masa mereka, harta mereka dan segala yang ada pada mereka, bagi menjayakan majlis pada hari ini, cukup saya merasakan betapa hebatnya pas kawasan besut dengan komitmen yang mereka berikan dengan keyakinan yang ada pada mereka in sya allah saya yakin apabila kita melihat bermula dari semalan atau bermula dari petang khamis bagaimana rakyat besut menunjukkan mereka sedang bersedia untuk 5.0 ataupun lima kosong PAS menang 5 Umno kosong in sya allah dalam pilihan raya yang ke 14. Insya Allah

Saya ucap terima kasih sungguh sungguh khususnya kepada orang Besut lah, lagi lagi lah kepada seluruh unit, unit persiapan , unit perbekalan dan saya tidak sempat untuk menyebut satu satu dan saya harap tuan tuan faham bagaimana pas negeri terengganu dan saya sendiri mewakili panatia sangat rasa sedih dengan rasa pilu melihat bagaimana kesungguhan tuan tuan dan tiada lain dengan doa agar jazakumullahi khairul jaza’ Allah membalas dengan sebab tenaga, orang lain pakat tido dh, tuan tuan mungkin tak tidur lagi pukul dua, ada yang sekarang tidak sempat bersama dengan kita sedang menyediakan jamuan rakyat untuk dijamu pada tengahhari hari ini In sya allah, mereka tidak sempat bersama sama dengan kita tetapi kita berdoa’ agar Allah mengurniakan pahala ganjaran yang besar kepada mereka semua in sya allah, saya rasa cukup lah kali sekadar itu, saya harap in sya Allah Harap 3.5 kali ini cukup memberi untuk dua mesej.

1.ialah kita bersedia untuk memerintah negeri terengganu in sya allah

2. Kita mohon agar jugak pengundi besut bersedia untuk buat perubahan agar in sya allah parlimen dan seluruh dun yang ad di besut ini akan dapat dikuasai dan mendapat sokongan daripada rakyat dalam pilihan yang ke-14.

(Ucapan Pengarah HARAP-PGU 3.5, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu di Majlis Perasmian pada 25 Februari, 2017)

Sumber BO - 25-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Harap 3.5: Derap langkah pintu tawan Terengganu

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44402-harap-3-5-derap-langkah-pintu-tawan-terengganu

Besut, daerah paling hujung dengan sub budayanya menyamai Kelantan, terkenal dengan kepongahan bangsal tomoi serta hawa politiknya yang panas dalam dekad 80-an. Daerah ini mempunyai sejarah politiknya yang panjang, dengan kepelikannya yang tersendiri dalam pelbagai sisi kehidupan. Terkenal dengan kesuburan pondok-pondok serta madrasah agama sebelum Perang Dunia Kedua sehingga ramai para santri yang bermukim di daerah agrarian ini.

Sebelum tertubuhnya PAS Terengganu di Dungun pada tahun 1956, ulama daripada Besut seperti Tuan Guru Haji Wan Abdul Latif, Tuan Guru Haji Abdul Kadir dan lain-lain asatizah telah berhimpun di Maahad Ehya' As Sharif pada Mac 1948 untuk menubuhkan Hizbul Muslimin. Besut selepas PAS ditubuhkan di Terengganu pada tahun 1956 terus memacu usaha yang bersungguh untuk melebarkan pengaruh gerakan Islam ini seperti yang berlaku pada santri pondok. Pondok Alor Keladi, Pondok Bukit Puteri, Pondok Haji Wan Latif dan lain-lain lagi menjadi markas perkaderan PAS serta pusat kesedaran untuk rakyat berpayung dengan nilai-nilai Syariah.

Kesedaran beragama yang wujud dengan subur di Besut walaupun berkontradik dengan nilai jahiliah tempatan seperti rodat, rambong, bagih, makyong, main teri, berjudi berlaga ayam, bon berlaga lembu, ilmu hitam. Secara umumnya kekuatan beragama ini mengatasi kebejatan moral, sehingga Parlimen Besut dipilih oleh PAS Pusat untuk diletakkan Yang Dipertua PAS Pusat, Dr Burhanuddin al Helmi untuk bertanding dalam Pilihan raya Umum 1959. Mantan alumni Universiti Aligarh India ini berjaya mewakili PAS dan menjadi jurucakap rakyat Malaya yang piawai.

PAS yang memenangi Terengganu pada tahun 1959 juga telah menghantar anak Besut sebagai Menteri Besar, iaitu Haji Daud Abdul Samad (ADUN Setiu). Daerah Besut yang melahirkan ramai ilmuan negara dalam dekad 80-an seperti Tun Salleh Abas, ratusan pensyarah kampus, namun riuh geger dengan isu perpecahan masyarakat yang cuba diperbesarkan oleh Umno seperti mana kajian Dr Salleh Lamri (UKM). Pimpinan PAS Besut seperti Ustaz Abdul Latif Mohamad, Ustaz Stimat Jusoh telah ditahan tanpa bicara di bawah ISA pada tahun 1984, bahkan sekali lagi pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.

Daripada sebuah daerah yang subur dengan perjuangan Islam bertukar kompas menjadi kubu Umno dalam milenia baru, mengapa senario ini terjadi? Antaranya kerana institusi pondok akhirnya diserap dalam SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan), maka sedikit demi sedikit semangat memperjuangkan Islam digerus tanpa sedar. Warga Besut juga mula mengalami keberhutangan budi apabila Datuk Idris Jusoh dilantik menjadi MB Terengganu pada tahun 2004. Munculnya kontraktor-kontraktor anak Besut yang memperolehi peluang kontrak dan konsesi, anak-anak muda di Besut juga diralikkan dengan pelbagai hiburan. Kesan daripada daerah ini yang sarat dengan hiburan melalaikan ini akhirnya menatijahkan kadar peningkatan penagihan najis dadah dan keterpurukan maklumat serta dibius dengan budaya subsidi yang parah.

Besut tidak menyumbangkan apa-apa kerusi kepada kemenangan PAS Terengganu dalam pilihan raya tahun 2004, 2008, 2013. Pencapaian yang cemerlang yang pernah dicapai ialah pada pilihan raya pada tahun 1999 dengan memenangi empat kerusi DUN dan juga kerusi Parlimen. Maka untuk merengkuh kembali Wisma Darul Iman dalam PRU 14, Besut tidak boleh dipinggirkan menjadi "fix deposit" BN.
Matlamat PAS Terengganu mengadakan HARAP 3.5 di Kampung Raja, Besut untuk menyuntik semangat kepada warga daerah ini untuk melakukan perubahan dan melonjakkan gelombang berterusan pasca himpunan 355 yang sangat menguja akal. Puluhan ribu pengunjung ke himpunan harapan untuk semua (HARAP) yang berlangsung selama tiga hari, sarat dengan pengisian oleh pimpinan PAS.

Tiada yang mustahil dengan izin Allah, daerah yang agak tercorot daripada majlis-majlis ilmu tak sebagaimana Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus ini akan bangkit semula. Umno BN mampu ditewaskan dengan gelombang kesedaran yang semakin menggebu terutama kepada anak-anak muda, akses media baru yang semakin merakyat sehingga ke ceruk desa, tekanan kos kehidupan yang mencekik rakyat dan wajah pemerintah yang sangat buruk kepada rakyat secara umumnya. - HARAKAHDAILY 25/2/2017

Sumber HD - 25-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































































































Harap 3.5: Besut boleh jadi ‘pintu’ gelombang rakyat

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44401-harap-3-5-besut-boleh-jadi-pintu-gelombang-rakyat

BESUT: Besut diharapkan agar boleh menjadi ‘pintu’ kepada gelombang rakyat terutama dalam kalangan anak-anak muda bagi membuat perubahan dalam pemerintahan negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, PAS cukup yakin dengan gelombang anak-anak muda membawa perubahan.

Katanya, Besut yang dikuasai oleh Umno memerintah negeri ini sama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.

“Kita harap Besut ini akan menjadi ‘pintu’ kepada gelombang rakyat. Dengan adanya gelombang perkembangan anak-anak muda, kita rasa kita boleh membuat perubahan untuk kita terus kembali ke Wisma Darul Iman.

“Apabila kita turun, menteri ada di sini, bekas Menteri Besar ada di sini. Banyak projek mega ada di sini seperti Taman Ilmu, Jertih Souq dengan kos berjuta-juta duit rakyat dibelanjakan.

“Tetapi, tidak sampai kepada rakyat dan masih banyak kemiskinan di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu Parlimen berada di bawah Barisan Nasional.

“Kerajaan yang memerintah pula kerajaan pusat yang sama dengan negeri (Terengganu) ini,” ujarnya ketika menyertai program ziarah sempena Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.5, di Unit Peti Undi (UPU) Amer, Kota Putra, Besut, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka berkata program Harap 3.5 adalah agenda pemimpin turun bertemu rakyat.

Ini penting, katanya bagi menyelami kehidupan masyarakat bawahan serta merasai denyut nadi rakyat.

“Kita hendak dekati secara langsung dengan masyarakat supaya kepimpinan dapat turun terus kepada bawahan, supaya merasai sebenar denyut nadi masyarakat.

“Walaupun Terengganu ini mendapat hasil sumber yang banyak tetapi setelah kita turun, kita dapati ada masyarakat rakyat yang tidak dapat mengecapi secara menyeluruh kenikmatan di negeri kita.

“Seolah-olah ada diskriminasi kepada orang PAS dan sebagainya. Kita rasa benda ini tidak sepatutnya berlaku. Apabila kita memerintah kelak dan diberi peluang oleh rakyat memimpin, kita tahulah apa yang perlu kita buat untuk menunaikan amanah itu,” jelasnya.

Turut serta dalam lawatan itu, Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Besut, Siti Esah Awang Soh, Setiausaha Muslimat PAS Dun Jertih, Nasriah Awang dan Ketua Kebajikan Muslimat PAS Dungun, Sabariah Elias. - HARAKAHDAILY 25/2/2017

Sumber HD - 25-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peluang PAS Cerah












BESUT – PAS Terengganu mempunyai peluang untuk memerintah negeri Terengganu buat kali ke tiga selepas pilihanraya umum kali ke-14 akan datang.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Ustaz Nasaruddin Daud berkata, dengan sambutan yang ramai daripada anak-anak muda, ‘harapan semua’ rakyat Terengganu akan menjadi kenyataan.

“Kalau beginilah sambutan yang diberikan penyokong PAS di Terengganu, saya yakin PAS akan dapat mentadbir semula Terengganu,”tegasnya.















Beliau berkata demikian ketika berucap pada program ‘pembuka tirai’ Himpunan PAS Ganti Umno (HARAP PGU 3.5) di Kampung Raja, Besut pada Khamis malam, 23 Februari.

Himpunan ini yang diadakan selama tiga hari dua malam akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Sabtu, 25 Febuari.

Sehubungan itu ketika mengulas ‘isu debat’ Ustaz Nasharuddin berkata, Datuk Husam Musa Husam datang semasa ceramah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-V untuk menyatakan, kononnya beliau tidak lari.















“sedangkan Husam tidak datang pada 28 Januari 2017 sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini,”jelasnya.

Menurut beliau, Husam telah ‘menipu’, apabila mendakwa beliau tidak dibenarkan berucap pada program ‘Husam Lari dari Debat Baiah’ anjuran Pemuda PAS Kelantan pada 21 Februari lalu.

Jelas beliau, ‘permit’ ceramah itu hanya membenarkan penceramah yang ada di dalam senarai. Seterusnya Husam menipu bahawa saya yang tidak benarkan beliau berucap.

Turut berucap pada Majlis tersebut ialah, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr. Riduan Mohd Nor dan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Sumber BO - 24-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Muslimat Seru Kerahan HARAP-PGU 3.5



Oleh : Syakira dan Hayati

BESUT – Semua peringkat ahli dan penyokong PAS diseru membuat kerahan untuk bersama-sama menjayakan Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno Kali Kelima (HARAP- PGU 3.5)

Ketua Muslimat PAS Kawasan Besut, Puan Napisah Ismail berharap agar semua pihak memberikan sokongan dan menghadiri program tersebut yang akan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Raja, Besut.

Beliau yang ditugaskan untuk menyiapkan pentas utama berkata, ia akan siap sepenuhnya menjelang hari pertama HARAP- PGU 3.5, pada hari Khamis

“Alhamdulillah…..pentas ni sudah 80% telah siap dan hanya menunggu untuk beberapa penambahan pada pentas ini,














“In shaa Allah esok (Khamis) dengan usaha dan kerjasama daripada tenaga muslimni dn muslimat ia akan menghasilkan keceriaan yang hebat dan (ia) boleh digunakan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui membuat tinjauan kerja-kerja persiapan akhir program ‘berprestij’ itu di lokasinya, di Kampung Padang Baluh, dekat sini, petang Rabu 22 Februari.
Menurutnya, sambutan kepada penjualan tapak gerai program selama tiga hari dua malam itu, sangat menggalakkan, sehigga 90 lot habis dijual.

Justeru beliau bekas calon PAS DUN Kuala Besut itu yakin, program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu itu akan mendapat akan mendapat sambutan dari warga Besut dan Terengganu amnya.














“Besut sebagai tuan rumah dan Kota Putera sebagai……lagilah tuan rumah kepada program ini, sama-samalah kita kempen kawan-kawan kita (dan) jiran-jiran kita,

“in shaa Allah saya yakin ia akan berjaya dan akan berjalan dengan lancarnya,” kata beliau.
Pelbagai cara disediakan untuk muslimin, muslimat, Ameerah dan juga anak-anak PASTI akan diadakan sepanjang tiga hari bermula 24 Februari itu.

Antaranya, program menarik untuk golongan wanita adalah sukaneka yang akan berlangsung, bermula pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang pada hari Jumaat, dengan pertandingan Kupas Bawang, Ikat Aiskrim dan ‘Musang Berjanggut’.


Selain itu, pada sebelah paginya, akan diadakan program Jom Sihat, Bicara Sakit Puan dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Rawatan Shifa, Demonstrasi Memasak

Manakala khusus untuk wanita muda adalah acara ‘Dapur Panas’, Dekorasi Kek dab ‘Explorace’.

‘Sembang Santai Muslimat’akan mengakhiri program khusus wanita pada jam 5.00 petang, dengan kehadiran Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Pendakwah Muallaf M. Shah Shanmugan, akan mengupas persoalan semasa tentang dakwah dan wanita.

Sumber BO - 23-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































HARAP 3.5; PAS Gempur Kubu Umno Besut











Oleh : KAM

BESUT -PAS Terengganu menggempur ‘kubu’ kuat Umno Terengganu di Besut dalam Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap) 3.5 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Raja, Besut pada 23 hingga 25 Februari ini.

Yang Dipertua PAS (YDP) Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata Besut merupakan kubu kuat Umno sekaligus melambangkan kekuatan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Namun, katanya kekuatan itu semakin lemah apabila Umno-BN kini sudah hilang kepercayaan di kalangan ahli parti sendiri.













Menurutnya, peluang PAS kembali cerah bagi mengulangi sejarah kemenangan parti itu sebagaimana tahun 1999 lalu.

“Selesai kita bersolidariti di Padang Merbok kerana H355 dan kini, seluruh ahli dan jentera parti (PAS) Terengganu akan ‘berkampung’ pula di Dun Kampung Raja, Besut untuk Harap 3.5.

“Sebelum ini, Besut adalah kubu kuat Umno dan BN Terengganu. Tapi, hari ini kekuatan itu sudah menjadi lemah dan lesu kerana tidak lagi dipercayai oleh ahli-ahlinya.
















“Kita (PAS) akan mengumpul kekuatan dan sasaran untuk menang empat Dun satu Parlimen semakin cerah seperti tahun 1999 yang lalu, In shaa Allah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat akhir persiapan di tapak program, Kampung Raja di sini pada Rabu 22 Februari.

Katanya, kemenangan PAS Besut itu akan dapat membantu merealisasikan hasrat parti untuk kembali memerintah Terengganu Darul Iman.













“Saya menyeru dan mengajak kepada seluruh pendukung gerakan Harakah Islamaiyah PAS untuk sama-sama memikul tanggungjawab sebagai tetamu atau penyambut tetamu.

“Kehadiran ribuan peserta Harap 3.5 kelak akan membantu menyuntik semangat bekerja dengan penuh komited dan iltizam untuk menjayakan operasi menawan Terengganu dalam PRU14.

“Visi dan misi yang telah kita sepakati itu sangat penting untuk dijayakannya. Insya’Allah, PAS Kawasan Besut akan menjadi pelengkap kepada kemenangan itu,” jelasnya.

Sumber BO - 23-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Umno Terdesak, Guna Sekolah Untuk Kempen Politik


                   
SETIU – UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional di negeri ini dilihat semakin terdesak untuk menghadapi gelombang perubahan rakyat yang semakin meningkat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Ahli Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman masih mengekalkan tradisi lama UMNO menyalahgunakan program kerajaan, mula berkempen secara ‘tanpa segan silu’ terangan di di sebuah premis kerajaan.

“jangan tersilap pilih,….fikir baik-baik,….inilah kerajan, Kerajaan BN yang di tunjangi oleh UMNO.,















“Saya cakap ni sebab saya nak Pulau Redang ‘terik’ ni menang besar,” kata Bazlan ketika berucap program Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia 2017 di Pulau Redang pada Ahad 19 Februari.

Bekas Cikgu itu, berkempen dengan nada ungutan kepada mereka yang hadir agar terus memberi kepercayaan kepada UMNO dan BN untuk terus memerintah.

Antaranya, beliau mengungkit, kisah pemerintahan diktator bekas Presiden Saddam Husin, yang kononnya, dikehendakkan kembali oleh rakyat Iraq setelah beliau dihukum.

Beliau turut membawa contoh yang tidak munasabah, mengambil Aung San Suu Kyi di Myanmar yang didakwanya, berjanji macam-macam kepada rakyat.





















“jadi……….oleh sebab itu kita pakat-pakatlah, syukur dan terima kasih,jangan tersilap pilih.” katanya merujuk kepada penduduk Pulau Redang agar menolak PAS dan terus mengundi UMNO.
Malangnya, gesaan beliau tidak mendapat sambutan, sehingga beliau meminta orang ramai bertepuk tangan.

Namun sebahagian kecil sahaja daripada hadirin yang menyahut gesaan beliau.


Sehubungan itu, Ketua Pemuda DUN Batu Rakit Ustaz Shafizi Ismail menyelar tindakan Bazlan dan UMNO/BN yang menyalahgunakan instirusi pendidikan imtuk politik kepartian.

“tindakan ADUN Batu Rakit yang berkempen ketika program di Pulau Redang ini adalah tindakan orang yang penakut,”tegasnya

Shafizi bahkan bersedia untuk berhujah di pentas terbuka, bersemuka dengan Bazlan bagi menegakkan kebenaran dan menolak dakwaan serta hasutannya.

“saya sedia bersemuka dengan Cikgu Bazlan bagi membuktikan hujah, pemerintahan dan pembangunan manakah yang lebih baik di Batu Rakit,

“kerajaan PAS atau Umno yang merampas dari PAS pada tahun 2004,”cabar Shafizi.

Sumber BO - 23-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Hijaukan Bumi Besut Pada HARAP 3.5











KUALA TERENGGANU – Himpunan Menyokong Rang Undang-Undang 355 (H355), di Dataran Merbok, Kuala Lumpur telah melabuhkan tirainyadengan gemilang.

Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu , Hajah Zarani Othman berkata, kini tiba giliran untuk menghijaukan bumi Besut di Himpunan PAS Harapan Semua (HARAP-PGU 3.5).
Beliau mengajak seluruh penyokong dan pendokong PAS khususnya para Muslimat dari seluruh negeri Terengganu berkumpul untuk menjayakan HARAP 3.5.















“khususnya pada hari Perasmian dan Ceramah Penutup HARAP pada malam terakhir, 25 Februari dari pukul 7.30 pagi bagi menyatakan sokongan PAS Harapan Semua,

“untuk kembali menerajui kerajaan Terengganu dalam Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) ini, insya Allah,” ujar beliau dalam satu kenyataan

HARAP 3.5 adalah siri kelima Himpunan anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu, bakal diadakan di Kampung Raja, Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kota Putera, Besut pada 23, 24 dan 25. Februari ini.

Sumber BO - 21-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































































































Khidmat Kebajikan HARAP 3.5












Pengunjung-pengunjung yang mengunjungi tapak Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.5) di Kampung Raja, Besut adalah dijemput untuk mendapatkan pelbagai khidmat kebajikan dan kemasyarakatan yang dikendalikan oleh Unit Kebajikan HARAP sepanjang program ini berlangsung.
Bermula jam 9 pagi Sabtu 25 Februari 2017, bertempat di tapak Himpunan, khidmat pemeriksaan kesihatan dan rawatan perubatan percuma kendalian tenaga perubatan dari Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA) disediakan kepada pengunjung sehingga jam 3 petang.

Bagi pengunjung yang berminat untuk mendapatkan rawatan dari perawat Darus Syifa’, anda semua tak akan dihampakan. Dijemput semua yang berhajat untuk mendapatkan rawatan dari perawat-perawat Darus Syifa’ yang juga akan berkhidmat di tapak himpunan juga pada hari Sabtu 25 Februari 2017.

Di samping program kebajikan dan kemasyarakatan yang disediakan di tapak himpunan, khidmat kesihatan juga bergerak dari kampung ke kampung dalam program ziarah pesakit dari rumah ke rumah yang melibatkan 12 Peti Undi di seluruh DUN Kota Putera pada petang Jumaat 24 Februari 2017.














Tambahan kepada itu, program ziarah kemasyarakatan yang melibatkan pimpinan PAS Negeri Terengganu dengan mensasarkan beberapa kelompok ahli masyarakat akan bergerak ke 60 sasaran ziarah di seluruh Dewan Undangan Negeri Kota Putera selepas solat Jumaat 24 Februari 2017.

Pergerakan rombongan ziarah ini dibantu serta disokong oleh Kelab Kembara Lasak 4×4 Kawasan Besut yang dikenali sebagai Evergreen.

Unit Kebajikan dan Kecemasan dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu juga menyediakan khidmat ambulan sebagai persedian berhadapan dengan kes-kes kecemasan.

Bagi pihak Unit Kebajikan HARAP serta Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, saya merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan slot kebajikan dan kemasyarakatan sepanjang himpunan ini.

Dr Azman Ibrahim
Ketua Unit Kebajikan HARAP 3.5 merangkap Ketua Lujnah Kebajikan PAS Terengganu.
20 Februari 2017

Sumber BO - 21-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Persiapan Harap 3.5 lancar, sedia terima kunjungan

BULETIN ONLINE | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/44366-persiapan-harap-3-5-lancar-sedia-terima-kunjungan

BESUT: Persediaan penganjuran Himpunan PAS Harapan Semua Kali Kelima (Harap 3.5) berjalan lancar dengan lebih 80 peratus kemudahaan asas tapak program telah disiapkan.

Penolong Setiausaha Jawatakuasa Induk, Shalahuddin Jaafar berkata, pentas utama akan siap dan bersedia menerima kehadiran pengunjung.

“Pemasangan kanopi hampir 100 peratus, tinggal tambahan tiga atau empat buah lagi. Kemudahan tandas sudah siap keseluruhanya 20 buah tandas untuk muslimin dan muslimat serta pentas utama sedang dalam pembinaan,” ujarnya.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Besut menyeru orang ramai hadir pada program yang akan bermula pada Khamis (23 Februari) dan berakhir pada Sabtu (25 Februari).

“Kita jangka akan mendapat sambutan yang hebat bukan sahaja oleh rakyat Besut tetapi seluruh Terengganu kerana rakyat telah bangkit untuk menukar kerajaan sekarang.

“Saya menyeru kepada semua terutama golongan muda yang inginkan perubahan, muslimin dan muslimat, untuk hadir bersama-sama,” tegas beliau.

Sehubungan itu, ketua persiapan, Ustaz Adam Mohd Said yakin semua keperluan infrastruktur Harap 3.5 dapat disiapkan menjelang Khamis.

“Setakat ni sudah siap belaka dah, cuma tinggal bekalan elektrik yang insya Allah akan kita siapkan.

“Pada malam Khamis ini kita boleh buat dah program kita, bermula daripada waktu Maghrib, kita akan solat dan berkuliah di situ, dan selepas Isyak kita akan solat hajat dan ada Malam Kesenian,” jelasnya.

Justeru itu, selaku Pengarah Majlis Tindakan DUN Kota Putera, Ustaz Adam mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung tanpa mengira latar belakang.

“Semoga program ini membangkitkan semangat antara kita untuk bangun (membuat perubahan), bersiap sedia hadapi pilihan raya (akan datang),” katanya.

Sumber HD - 21-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pakat berdoa agar Cikgu Fauzi segera sembuh

BULETIN ONLINE | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44362-pakat-berdoa-agar-cikgu-fauzi-segera-sembuh

Semua kenalan, teman-teman dan sahabat seperjuagan serta keluarga aktivis Yayasan Amal Malaysia, Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah, diseru untuk mendoakan beliau.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, Cikgu Fauzi yang ‘rebah’ di dalam bas ketika menuju Himpunan Menyokong Pindaan Akta 355 (H355) masih ‘koma’ dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Saya dan beberapa kawan baru menziarahi Cikgu Fauzi yang sekarang masih dalam rawatan rapi dan kita mengharap kita pakat berdoa. Saya juga menyeru semua untuk turut sana mendoakan beliau semoga Allah menyegerakan kesembuhan,” ujarnya.

Adun Paka itu berkata demikian, selepas melawat Cikgu Fauzi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, 19 Februari.

Ustaz Satiful juga merakamkan kesedihan dan simpati dan berharap agar seluruh keluarga Cikgu Fauzi tabah menghadapi ujian Allah itu.

Cikgu Fauzi yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu (YAMCT), jatuh pengsan di dalam bas pada Jumaat malam, 17 Februari.

Beliau mengadu tidak sedap badan, kebas sebelah tangan kanannya, kabur penglihatan, tidak nampak apa-apa selepas naik bas di Hentian Kijal.

Cikgu Fauzi telah dikejarkan ke hospital dan selepas pemeriksaan, doktor mendapati ada pendarahan di kepalanya.

Sumber HD - 21-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PRU14: PAS Terengganu tambah calon wanita
Posted on Sunday, February 19 @ 20:58:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33655


Oleh  KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu akan memberi peluang kepada wanita sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, di Terengganu PAS sangat yakin dengan kemampuan muslimatnya untuk menjadi calon pilihan raya.


Kata beliau ia bukan perkara baru kerana pada pilihan raya lalu PAS Terengganu pernah meletakkan calon Muslimat bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut.


Tambahan pula, katanya, Terengganu mempunyai jumlah pengundi wanita yang ramai antara 49 hingga 51 peratus di setiap Dun dan Parlimen.

“Seluruh jentera parti sedang bekerja keras un- tuk mengajak masyarakat bersama dengan PAS.
Dan, kita juga sedang mempersiapkan calon-calon di kalangan muslimat.

“Tahun ini (PRU14) kita mempersiapkan beberapa calon muslimat, insya- Allah. PAS yakin dengan kemampuan muslimat dan anak-anak muda,” katanya ketika berucap merasmikan Himpunan Ameerah Terengganu (Hamra) 1.0 di Pekarangan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu baru baru ini.

Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka berkata PAS tidak ketandusan pelapis muda bagi menerajui kepimpinan parti kerana ramai di kalangan kepimpinan PAS dan wakil rakyat terdiri dari kalangan orang muda.

Sementara itu, Pemangku Ketua Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Zarani Othman berkata Muslimat PAS sangat bangga kerana dapat membantu dan seterusnya menjadi harapan kepada parti dalam gerak kerja perjuangan.

Kata beliau, kewujudan tiga “segmen” muslimat PAS iaitu Ameerah, Nusaibah dan Briged Nisa’ banyak membantu perjuangan Islam khususnya di Terengganu.

“Muslimat PAS sangat berbangga kerana tenaga-tenaga muda daripada Ameerah, Nusaibah dan Briged, telah memperkukuh dan memantapkan lagi kerja-kerja jemaah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Himpunan Ameerah Terengganu (Hamra) 1.0 di Kuala Terengganu, baru ini.

Dalam ucapannya, Zarani berkata anggota muslimat akan memainkan peranan untuk mempraktikkan budaya politik matang dan sejahtera yang digagaskan oleh Presiden PAS sejak lebih setahun lalu apabila turun menemui masyarakat.


 Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali; Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman; Bendahari Muslimat PAS Malaysia, Che Faridah Ismail; Pengarah Ameerah Pusat, Siti Farah Mohamed dan Pengarah Ameerah Terengganu, Zuraida Mohd Nor.

Sumber TKO - 19-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Isnin Hari Tanpa Tali Leher Di Terengganu
Posted on Thursday, February 16 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33631



KUALA TERENGGANU:
Kerajaan negeri mengisytiharkan setiap Isnin sebagai `hari tanpa tali leher' bagi semua jabatan dan agensi kerajaan negeri di seluruh daerah berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata, ketetapan itu yang dibuat sebagai simbolik bagi gerakan turun padang melibatkan semua pegawai kerajaan negeri.

“Khususnya ketua-ketua jabatan untuk bertemu pelanggan dalam usaha mendengar dan menangani segala pemasalahan rakyat,” ujarnya kepada pemberita di disini hari ini.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita ketika mewakili Menteri  Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman

“Berkuat kuasa serta-merta setiap Isnin kita isytiharkan sebagai hari tanpa tali leher, Maknanya pegawai-pegawai tadbir kerajaan negeri kena turun ke lapangan bagi meningkatkan usaha menjengah segala permasalahan dan keperluan, berkait dengan bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing,”ujarnya.

Sumber TKO - 16-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Husam, Jangan Jadi Bacul!

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Terengganu mendesak Datuk Husam Musa supaya mendedahkan tuduhan beliau secara terbuka dan jangan bersikap ‘bacul’.

Timbalan Ketuanya YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, pihaknya menuntut Datuk Husam mendedahkan siapa yang menerima wang sebanyak RM90 juta, sebagaimana tuduhan beliau.

“Jadi kita telah menuntut dengan beberapa cara supaya didedahkan siapa yang menerima RM90 juta daripada Umno atau daripada kerajaan……… semua ini adalah mengelirukan, daripada siapa dan kepada siapa.















“kita ‘report’ kepada polis dibawah kanun keseksaan seksyen 499 atas tuduhan tanpa bukti. Jadi kita mintak polis siasat asas tuduhan tersebut ada bukti ataupun tidak, jadi kita juga nak tahu siapa yang menerima 90 juta.

“Dalam masa yang sama, kita harap Datuk Husam Musa tidak bersikap bacul untuk mendedahkan siapa sebenarnya yang menerima 90 juta sepertimana yang didakwa,”tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis KualaTerengganu pada Rabu, 16 Februari.

Menurutnya, tindakan Pemudan PAS Terengganu itu adalah lanjutan siri laporan polis yang disusun oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Katanya, Pemuda Kelantan telah melakukan perkara yang sama kelmarin dan turut membuat laporan yang sama pada Rabu ialah Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

“Hari ini di peringkat Terengganu……..(dan) untuk maklumat semua, (kita mahu penjelasan) Datuk Husam Musa telah membuat tuduhan kepada PAS atau pemimpin PAS,
“yang kita sendiri tak jelas kepada siapa disasarkan oleh Datuk Husam Musa,”tambahnya.

Turut sama adalah Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzaman Abdullah, YB Helmi Harun dan Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Sumber BO - 16-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Penuhi Tuntutan Agama, Tinggal Kampung Sehari













Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu menyeru semua anggotanya untuk turun beramai-ramai menyertai H355 yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Ketuanya, Hajah Shmsiah Zakaria berkata, kehadiran para Muslimat pada himpunan menyokong usaha memartabatkan syariah itu ada satu tuntutan agama.

“saya menyeru dan merayu semua Muslimat di Parlimen Kuala Terengganu untuk tinggalkan kerja buat sehari bagi memenuhi tuntutan agama, yakni hadir ke himpunan RUU 355 ini,”katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, sebagai sayap kanan PAS mestilah bersama-sama dalam mendokong cita-cita menegakkan hukum Allah.


“seruan ini dibuat adalah bagi memastikan muslimat juga merupakan antara tulang belakang dalam himpunan besar dan hebat ini,

“kita tidak mahu ketinggalan dalam mendesak kerajaan melaksanakan undang undang islam di Malaysia,”jelasnya.

Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media, Zaiton Abas berkata, semua umat Islam harus menyokong usaha meminda Akta 355 bagi memperkasa mahkamah syariah,

“saya mahu semua bersedia untuk sama sama turun padang dan berhimpun dalam menyatakan sokongan padu kita pada Tuan Guru Presiden untuk meminda RUU 355,

“kita sudah bersedia dengan sebar luas risalah dan ceramah kelompok dalam memastikan semua lapisan masyarakat terutama muslimat yang berada di kampung kampung memahami hasrat dan maksud kita untuk mengangkat undang undang Islam kearah yang lebih baik,”tegasnya.

Sumber BO - 16-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Beach Erosion; Tanjung Gelam Villagers Live In Fear











ABOUT 35 people from six families in Kampung Tanjung Gelam, Kuala Terengganu, are living in fear of critical beach erosion just a few metres from the kitchens of their houses.

According to the villagers, the erosion has been a long-standing problem in the village but it worsened a few years ago.

They say that some neighbours were forced to move out of the area after their houses were destroyed by strong waves.

In the most recent incident, Mohd Yahya Muda, 53, said the erosion caused by strong tidal waves on Feb 12 swept away the bathroom at the back of his house.

He said the 10.30pm incident was the second time strong waves had struck his house. In the first incident last year, the waves again swept away the bathroom.

“We cannot sleep well at night, especially during high tide and strong winds. But, where else can we go?


“Our only hope is for some protection along the beach or houses at a new location. As it is, we are waiting for disaster to happen.”

Ismail Said, a food stall owner, said the 10 stalls along the affected area might be swept away as the erosion was less than 50m away.

“This used to be a popular place, but with the strong waves and winds, most people now avoid the area. Business was also affected by the damaged road caused by recent strong waves.”

State Drainage and Irrigation Department director C. Poobalan said temporary preventive measures, such as placing rocks along the affected area, had been taken as soon as the department received reports on the damaged area.

He said the move was not only to protect residential areas, but also stalls, roads and public structures.
“Repair work started yesterday and we hope it can protect the houses and reduce damage to the coastline that has not been protected by the breakwater.

“However, we have to make a thorough study on the effects of the waves and find the best solution. We are discussing this matter with the state government. Once finalised, we will forward it to the Federal Government for approval and allocation,” he added.
© New Straits Times Press (M) Bhd

Sumber BO - 15-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Dihalau MB Kerana Minta Bantuan Persekolahan


KUALA NERUS – Harapan beliau pergi berjumpa wakil rakyatnya menjadi hampa, apabila beliau sendiri dihalau, disuruh pulang sahaja, tanpa diberikan apa-apa bantuan.
Wan Ismail Wan Nawang, 62, tinggal di Kampung Teluk Ketapang berkata, beliau pergi berjumpa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir yang juga Menteri Besar Terengganu untuk meminta bantuan persekolahan anaknya.
“saya nak minta bantuan (untuk) anak sekolah, saya orang yang (giliran) ketiga…….(bila) saya masuk…..dia kata tak ada bantuan,


“lepas tu dia hambat…..(lepas) tu saya pun lari, saya pun malaslah (nak tunggu),”ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya beliau pergi berjumpa dengan Dato’ Seri Razif Abdul Rahman pada bulan Januari 2017.

Katanya, nasib beliau terus dirundung malang, apabila selepas itu, beliau mengadu kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM).

“lepas tu saya pergi MAIDAM………dia hambat, orang lain boleh bantuan…..kita (saya) tak boleh,”katanya dengan nada sedih.


Beliau hairan kerana menurutnya, pada zaman Dato’ Seri Ahmad Said dahulu, beliau mendapat bantuan tersebut, tetapi sebaliknya apabila Razif menjadi MB.

Sedangkan, beliau mendakwa beliau adalah prnyokong kuat Umno dan Barisan Nasional dan tidak pernah mengundi sebelum in, selain dari ‘memangkah’ dacing.

Apabila ditanya, mengapakah keadaan demikiian berlaku, Wan Ismail berkata, Razif hanya memberi bantuan kepada ‘orang-orangnya’ sahaja.

Sumber BO- 15-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Bekerja Bersungguh-sungguh Hadapi Pilihan Raya












Oleh: Aziz Jusoh
DUNGUN – PAS Terengganu menggesa jentera parti bekerja bersungguh-sungguh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Pesuruhjayanya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat mempertegaskan arahan kepada seluruh jentera parti disemua peringkat agar berada dalam keadaan siap siaga serta memperkemaskan bilik gerakannya.
Beliau yang juga ADUN Paka berkata, ia adalah sangat bagi PAS mempertahankan kemenangan pada kerusi yang telah dimenangi dan menambah beberapa lagi kerusi untuk memerintah negeri.


Kita berharap kepada semua hendaklah bekerja bersungguh-sungguh menjelang PRU14 untuk mempastikan kawasan yang kita menang sekarang akan kita kekalkan dalam PRU14,

“Kita juga harapkan kemenangan di DUN-DUN yang lain akan memberi sumbangan kepada penubuhan kerajaan PAS Terengganu pada pilihan raya akan datang ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum PAS Dun Paka, di dalam Dewan Darul Bayan Pinang Merah Paka, semalam.

Katanya, PAS mempunyai kekuatan jentera parti di peringkat akar umbi yang tidak ada kepada parti-parti pembangkang lain.


Oleh itu, kata Ustaz Satiful yakin, PAS boleh membina kekuatan parti sendiri dengan sabar walau pun bersusah payah menghadapi cabarannya.

“Kehadiran ahli parti yang ramai pada malam ini menggambarkan kekuatan PAS. Inilah PAS dan tidak ada kepada parti-parti (pembangkang) yang lain.

“Kita (PAS) mempunyai ‘akar umbi’, petugas-petugas PAS yang memberi kekuatan kepada parti kita.

“Saudaralah yang merupakan tenaga, pejuang yang kita (PAS) harapkan bertungkus-lumus untuk mempertahankan dan memberikan kemenangan dalam pilihan akan datang ini.

“Binalah keyakinan kita walau pun susah payah dan penat lelah untuk terus sabar dalam menempuh mehnah dalam perjuangan ini.
“Sama ada diuji dengan ‘rampasan’ kerusi atau pemimpin-pemimpin PAS diuji dengan pelbagai fitnah dan tohmahan,” jelasnya dihadapan lebih 350 orang petugas parti.
Acara pelancaran telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali.
Hadir sama dalam majlis tersebut, Yang Di Pertua Pas Kawasan Dungun, YB. Ustaz Haji Wan Hasan Mohd Ramli selaku Ahli Parlimen Dungun.












Sumber BO - 15-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Perantau Tekad Pertahankan Kemenangan PAS












Oleh : NM

Pengundi di Parlimen Dungun yang berada di luar Terengganu (Perantau) terutamanya di ibukota berkumpul pada Ahad lalu dalam satu pertemuan bersama semua wakil rakyat PAS dari Parlimen Dungun.

Pertemuan itu berjaya mengumpulkan pengundi luar yang berada di Kuala Lumpur dan sekitarnya, diadakan di sebuah restoran di sini. Ada juga Perantau datang dari Melaka dan Seremban.

Mereka tidak melepaskan peluang untuk bertemu Ahli Parlimen Dungun dan dua lagi ADUN di kawasan Parlimen ini.

Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli ketika berucap kepada majlis, berharap Perantau dapat pulang untuk mempertahakan kemenangan yang telah sama-sama mereka usahakan dalam Pilihan Raya kali ke 13 lalu.


Beliau mengesa semua ahli Perantau, pengundi PAS seramai hampir 4000 orang yang berada di seluruh negara bersama bertekad mempertahankan kemenangan kerusi Parlimen Dungun seperti mana saranan Pengerusi Perantau Dungun.

“Kali ini kita bukan sahaja nak kekal 3 Dun yang telah kita menang, bahkan akan berusaha untuk mencipta kemenangan satu lagi Dun yang kita tewas PRU13 iaitu Bukit Besi.

“Saya sendiri selaku Yang DiPertua PAS Kawasan memberi tumpuan khusus untuk memastikan impian ini digapai,

“Kesukaran ini akan kita hadapi bersama , kita dapat melihat tenaga parti sangat bersemangat dan bersungguh sejak sejurus PRU13 tiga tahun yang lalu. Perantau mesti membantu mereka di sana.
“Banyak cara yang ada. Jika ianya berjalan seperti perangcangan kita sekali gus kita boleh pertahankan kemenangan Parlimen Dungun dan peluang mencipta kemenangan untuk merampas negeri Terengganu,” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan.


Menurutnya lagi dengan perbagai kesukaran, seperti kewangan, memang sangat memberi kesan. Kita Ahli Parlimen pembangkang tidak diberi peruntukan dari kerajaan seperti Ahli Parlimen kerajaan RM1juta setahun untuk pembangunan kawasan masing-masing.

Walaupun begitu PAS tetap melaksanakan tanggungjawab dengan cara sendiri membantu pengundi.
Beliau mengulangi agar semua pengundi Perantau perlu membantu dan melakukan sesuatu gerakerja agar mereka semua dapat pulang dan mengundi PAS untuk sama-sama menyumbang kemenangan PAS Terengganu untuk kali ketiga dalam PRU 14 nanti.

Manakala ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun mengambil peluang menjawab beberapa pertanyaan dari Perantau yang mengajukan beberapa pertanyaan.

ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik mengulas beberapa isu negeri Terengganu untuk pencerahan kepada Perantau.

Sehubungan itu, Ketua Perantau Dungun, Zulkifli Abdul Razak mengucapkan terima kasih kepada semua Perantau yang hadir melepasi sasaran asal.

“Kita hanya sasar 100 Perantau untuk perjumpaan kali pertama ini, tetapi 150 orang hadir, walaupun sebelum ini kita sudah acap kali buat pertemuan Perantau Terengganu, cuma kali ini kita buat khas untuk Perantau Dungun, Alhamdulillah ramai yang hadir, dari Melaka pun datang.

“Kami akan memastikan kemenangan PAS kerusi Parlimen Dungun dapat dikekalkan,”ujarnya ketika berucap selaku penganjur program.

Ahli Perantau yang datang dari Melaka, Encik Kamal Ibrahim, 49, yang berasal dari Felda Jerangau berasa puas hati walaupun terpaksa harungi perjalanan dari Melaka untuk bersama ahli Perantau berjumpa mata dengan Wakil Rakyat PAS dari Parlimen Dungun.


Beliau menambah walaupun kesibukan tugasan harian, peluang ini tidak dilepaskan kerana bukan mudah untuk bertemu wakil rakyat dengan pengundi yang berada di seluruh negara, Perantau bertekad untuk membantu mengekalkan kemenangan Parlimen Dungun PRU14, katanya bila ditemui selepas program.

Turut hadir dalam majlis ini, Timbalan Presiden Perantau Terengganu, Suhaimi Embung dan Pengarah Majlis Tindakan PAS Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman. Hanya Ahli Dewan Undangan Negeri Paka yang tidak dapat hadir kerana mewakili PAS negeri dalam satu program di Terengganu pada hari dan waktu yang sama.

Pada Piliharaya Umum kali ke 13 yang lalu, Parlimen Dungun dimenangi calon PAS Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dengan majoriti 3,942 undi mengalahkan calon Barisan Nasional dan Bebas. Parlimen Dungun mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri dan semua dimenangi calon PAS kecuali Bukit Besi.

Sumber BO - 15-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































More Must Be Done To Stop Beach Erosion

http://buletinonline.net/v7/index.php/must-done-stop-beach-erosion/



KUALA NERUS: Better measures are needed to stem beach erosion in the state, said Kuala Nerus MP Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

He urged the state government to look to measures taken by Australia and the United States to beat the problem over there.

He said shorelines were restructured and sand replenishment was used to successfully control erosion at Miami beach in Queensland, Australia, and Florida beach in the United States.

Over here the measures seem to be short-term solutions – the building of three breakwaters, a groyne and rock revetment – along the coastline at Tok Jembal, he said.

He said these steps were insufficient and the problem has been prevalent since 2011.

“We are hoping the state government will identify a proper mechanism that will put a stop to this issue,” he said, adding that millions had been spent on short-term solutions but the erosion was still bad.

He said that over the past six years it has damaged the homes of villagers, food stalls and roads.

“The situation is worsening, certain areas are eroding at a rate of 15m a year,” he told reporters after visiting an affected shoreline at Kampung Kolam yesterday.

Tok Jembal beach was once popular because of its soft, fine sand – an idyllic seaside setting that Tereng­ganu is famed for – but now there is nothing left of that, it is a sliver of sand that ends in a tumble of rocks.

A study by the Department of Irrigation and Drainage (DID) shows that 62% of the state’s 244km coastline is being eroded.

The main cause is strong waves during the monsoon season, particularly here, Besut and Dungun Chendering.

Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, who visited the site, said the state government has instructed DID to carry out a study on possible solutions.-thestar

Sumber BO - 15-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































































































‘Pokok Buncit’, Benarkah Begitu?

Oleh : Editor

Persoalan yang dilontarkan oleh rakyat masih menjadi tanda tanya dan belum terjawab!
Apakah benar cerita tentang pokok buncit atau Ceiba Speciosa atau benang emas atau benang sutera itu, begitu?

Sehingga kini tiada jawapan apakah pokok yang dikatakan berasal dari Brazil itu wajar menjadi ikon bandar baru Kuala Nerus?

Sebaliknya khabar yang sampai, ia sebenarnya bukanlah dibeli dan Brazil tetapi dari Myanmar, bahkan pokok yang tiada asal usul dari Kuala Nerus itu, tiba-tiba menjadi ikon?

Kuala Nerus banyak ditumbuhi oleh pokok Tembesu, sejenis pokok berbatang keras yang selalu menjadi pilihan petani, untuk menjadi turus pagar, kerana ia tahan lama.


Mengapa tak jadikan Tembesu sahaja sebagai ikon kerana ia amat dikenali dan ‘berakar umbi merata’ tempat di daerah baru Kuala Nerus.

Selain pokok Tembesu, banyak pokok Ketapang yanh tumbuh di kawasan pinggir pantai, kertuatam di Seberang Takir, yang mungkin secocoknya dipilih oleh ADUNnya selaku Menteri Besar untuk dijadikan ikon.

Apakah pokok buncit itu lebih mulia dari pokok Ketapang? Sehingga ‘tukang bangun’ bandar baru menjadikan ia ikon dan memaksa penduduk Kuala Nerus menerimanya dengan suci?

Sebatang pokok Ketapang di kampung Kolam, Mengabang Telipot, mungkin lebih hina kerana dibiarkan sahaja, hanyut dan musnah bersama badai yang menghakis teruk kampung itu.

Sedangkan Ketapang memang telah terbukti berjasa, dengan dahan dan daunnya yang lebar menjadi tempat berteduh anak-anak yang bermain di pantai itu ketika dataran pasirnya masih luas. Para nelayan juga tumpang berlindung dari terik sang suria, sementara menunggu musim ke laut semula.


Mengapa Ceiba Speciosa tidak pokok Ketapang?

Tukang bangun bandar baru itu berkata, ia biasa…..mungkin pintu gerbang, mungkin masjid yang boleh dijadikan mercu tanda. Ya…..mengapa tidak masjid?

Kasihan kepada si pemilik ‘facebook’ yang mendedahkan kepada khalayak tentang pokok itu khabarnya akan disaman. Niat yang baik tidak semestinya jadi ‘soleh’, terutama yang berkait rapat dengan pemerintah.

Jadi, mengapa pula pemerintah tiba-tiba jadi cukup sensitif tentang pokok buncit itu? Mungkin kerana dikaitkan dengan kemewahan dan kerakusan dalam dunia politik dan perniagaan!

Persoalan kedua, apakah sebab pokok buncit itu menjadi hadiah yang cukup istimewa?

Ia untuk apa? Tujuan apa? tiba-tiba bermurah hati menghadiahnnya kepada pemerintah? Adakah pemerintah tak ada duit untuk membeli pokok itu?


Ada benarnya mungkin ‘perbendaharaan kerajaan’ tidak ada wang, kerana tak ada duit untuk membantu ibu tunggal Kak Azama yang kedainya hanyut dihakis gelombang di Kampung Mengbang Telipot.

Bahkan ramai lagi yang terpaksa ‘berputih mata’ melihat tanah dan rumah mereka ditelan lautan? Mengapa tidak dihadiahkan sebuah rumah ganti kepada Kak Azama?

Orang asli di Sungai Berua pun terpaksa menunggu ‘sedekah’ untuk membina bangunan baru bagi sekolah di kampung mereka.

Mengapa tidak letakkan sahaja pokok Tembesu yang lebih murah dan duit buat beli pokok buncit itu diberikan kepada sekolah-sekolah yang kini semakin kecil kantungnya, sehingga guru-guru terpaksa membeli sendiri kertas A4?

Cepat pula tukang bina bandar baru Kuala Nerus itu mengaku dia yang menghadiahkannya!
Dan tiba-tiba ada pula media yang memberi kemuliaan kepada pokok buncit itu, yang mungkin, kata mereka, akan jadi tarikan serta menambahkan pendapatan kerana orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk melihat pokok buncit itu!


Kalau begitu, batalkan sahaja pembinaan pulau bebas cukai yang belum pasti menarik pelancong.
Beli sahaja pokok buncit tiga batang setiap daerah dan tidak perlu membazirkan duit berjuta ringgit untuk promosi ‘Beautiful Terengganu’.

Sesiapa pun jua, peniaga atau bukan, yang sudah pasti akan mendapat laba besar hasil pemberian kerajaan akan menghadiahkan sesuatu sebagai hadiah.

Mana-mana pihak pun sanggup memberi kalau setakat harga pokok buncit yang berharga sekitar RM300 hingga RM400,000 kalau ia sudah tahu akan mendapat untung RM100,000,000.

Atas kertas sahaja, tukang bina bandar baru Kuala Nerus yang dianggarkan menelan kos RM600 juta itu akan mendapat untung RM100 juta melalui sistem pembayaran ‘defered payment’.
Itu kan namanya membalas budi! Orang berbudi kita berbahasa.

Itu belum termasuk beberapa pakej lain yang dianugerahkan, termasuk pembinaan jambatan ke Taman Tema Tasik Kenyir dan jambatan Sungai Mercang.














Sumber BO - 14-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Terengganu Will Not Sell Stake in FGV












The Terengganu government has no intention to sell its stake in Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) as there is no requirement to do so.

Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman said the stake was fully funded through Terengganu Islamic Foundation’s (YIS) profits, which were derived from its investments without involving state funds or loans from any quarters.

“So, why we have to sell the stock as we are getting dividends every year? If we continue to hold the investment, we will eventually get back our capital. The stock is an asset and investment that can help the next generation.

“The state government will not be swayed by other parties who sell FGV shares because there is no need to do. Instead, we will continue to hold the stock as an investment,” he said.

He was commenting on a call from Terengganu PAS Felda Affairs Chairman Naraza Muda for the state government to sell its stake in FGV in order to minimise the risk of making bigger losses.
Meanwhile, in a statement, YIT said it had garnered profits exceeding RM200 million from 1990 to 2016 and received RM7.26 million dividends from FGV.

It said the FGV current asset value of RM1.70 per share did not reflect its true value and it was optimistic of a positive development soon.

“YIT is confident that FGV will be able to pay a higher dividend as the CPO price has risen above RM3,000 per tonne, while its share price has increased from RM1.20 to RM1.90.

“In 2016, YIT made a profit of RM12.3 million and in 2017, the profit is expected to reach at least RM10 million,” the statement said.

YIT, which owns a 12-storey tower, has built shop lots in major town across the state for rent at lower rates to Malay entrepreneurs. — Bernama
Artikel berkait;

Kerajaan Terengganu Perlu Lupuskan Pemilikan Saham FGV, Selamatkan Duit Rakyat

Sumber BO - 14-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Jaga Hubungan Dengan Allah












Oleh : Khalid Abdullah

Petugas-petugas pilihanraya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik disaran untuk meningkatkan amalan kerohanian dan lebih mendekatkan diri dengan Allah.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Amri Mamat berkata aspek kerohanian petugas-petugas parti haruslah sentiasa diambil berat.

“Kita cuba jangan tinggal solat tahajud, amal baca Al-Quran selepas solat subuh walaupun ser(satu) muka surat, tingkat amalan zikir, perbanyakan sedekah,














“Insya Allah ia akan memberi motivasi untuk kita mendekatkan diri dengan Allah……kita mohon kemenangan dunia dan akhirat” kata beliau bercakap pada satu majlis bersama penduduk Ketengah Jaya, dekat sini, Sabtu lalu.

Menurutnya, pihak MTD juga akan mengeluarkan arahan supaya surau-surau melakukan solat hajat selepas isyak setiap malam dan mengadakan program munajat.

“Pemimpin dan petugas parti perlu komited dengan amalan ini sebagai usaha kita untuk memenangkan agama Allah di muka bumi ini….

“Sibuk mana pun dengan program parti, jangan jadi alasan untuk kita malas beribadat kepada Allah” tegas beliau lagi.

Sumber BO - 14-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tindakan Anggota Jabatan Amal Terpuji











Oleh : Ibrahim Harun

KUALA NERUS – Tindakan semerta khidmat seorang petugas Jabatan Amal telah mendapat pujian apabila beliau membantu pengguna jalan raya menyuraikan kesesakan trafik.

Kesesakan teruk berlaku ekoran kemalangan yang berlaku di bulatan Batu Enam pada awal pagi hari ini Selasa 14 Februari.

Apatah lagi ia membabitkan waktu puncak, ketika orang ramai berkejar menuju destinasi kerja masing-masing.

Seorang peniaga, Syaiful Mustafa berkata, tindakan anggota Jabatan Amal yang pantas, turun ke lapangan membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah lalu lintas amat terpuji.


“tindakan Unit (Jabatan) Amal tersebut……….bijak…….. mengalihkan tiang letrik yang tumbang menghadang jalan berpunca dari ‘accident’ (kemakangan) itu,”ujarnya.

Sehubungan itu, anggota terbabit, Mohd Azizan Mohd berkata, tiang elektrik yang tumbang telah menghalang laluan.

“Tiang api (elektrik) yang melintang jalan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk………yang mengakibatkan ‘jem’ sehingga beberapa kilometer,

“dari beberapa arah menghala ke pusat bandar……,”ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, kejadian berpunca ekoran sebuah kereta proton Pesona dari arah Kuala Terengganu menghala ke Tepoh yang terbabas, berlaku sekitar jam empat pagi tadi.

Justeru itu, Azizan juga merupakan Ketua Amal DUN Bukit Tunggal mengucapkan syukur kerana kerumitan trafik dapat dipulihkan dan memberi kelegaan kepada para pengguna jalan tersebut.

“Alhamdulillah, jalan dari semua arah mula boleh di lalui sekitar jam 8.00 pagi, bagi pihak Jabatan Amal,

“saya mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang sama-sama membantu,”tambah beliau.

Sumber BO - 14-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Hakisan: Puluhan juta duit rakyat ‘ditelan’ ombak

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44270-hakisan-puluhan-juta-duit-rakyat-ditelan-ombak

KUALA NERUS: Puluhan juta setiap tahun malah ratusan juta duit rakyat telah dibelanjakan bagi projek hakisan pantai di Kuala Nerus, akhirnya hilang 'ditelan’ ombak begitu sahaja.

Penyelesaian jangka pendek masalah hakisan pantai dengan benteng tambakan batu pemecah ombak disifatkan gagal seumpama ‘mencurah air ke daun keladi’.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mencadangkan satu jalan penyelesaian jangka panjang dengan membuat tambakan pasir yang memanjang ke pantai.

Kaedah itu, katanya pernah dilakukan di beberapa buah negara seperti Amerika dan Australia serta terbukti baik untuk jangka masa panjang.

“Cadangan saya, bukan hanya tambakan batu tetapi tambakan pasir yang memanjang ke pantai. Ianya, pernah dibuat di pantai Amerika dan Australia.

“Kesannya, pertama berjaya menyelamatkan pantai untuk jangka masa panjang dan kedua, pantai itu boleh menjadi lokasi pelancongan.

“Ianya akan menyelamat pantai dan harta benda milik orang kampung. Kita tahu pantai di Kuala Nerus ini kawasan peranginan dan menjadi tumpuan setiap hujung minggu.

“Itulah antara cadangan yang selalu saya bawa ketika di Parlimen sebelum ini,” ujarnya kepada wakil media ketika meninjau lokasi hakisan di Pantai Kolam, Kampung Mengabang Telipot, semalam.

Hadir sama menemani beliau di lokasi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

Katanya, tahun lalu ketika hakisan teruk berlaku di Pantai Tanjung Gelam, kerajaan membelanjakan peruntukan segera RM1.2 juta bagi menyediakan tambakan batu tersebut.

“Tahun lepas (2016) buat tambakan batu di Pantai Tanjung Gelam dengan kos RM30 juta. Hari ini, selepas setahun berlaku pula hakisan yang teruk di utara Tanjung Gelam iaitu Kampung Kolam Mengabang Telipot ini.

“Jika dibuat lagi tambakan batu di sini, dia akan memberi kesan pula kepada pantai seterusnya iaitu di Pengkalan Maras. Ini kerana, penyelesaian itu bukan untuk jangka masa panjang.

“Kerajaan hari ini telah menghabiskan secara keseluruhan sebanyak RM120 juta hanya untuk tambakan batu yang tiada kesudahan,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa dukacita dengan nasib rakyat terlibat dengan bencana hakisan pantai yang perlu pembelaan.

Namun, katanya pihak kerajaan masih mempertahankan kajian lama menggunakan tambakan batu yang terbukti gagal setiap tahun.

“Nampaknya, kerajaan mengambil satu jalan penyelesaian yang sama iaitu menggunakan tambakan batu semata-mata. Kesannya, dia hanya penyelesaian sementara sahaja dan menyebabkan hakisan pantai di utara (Pengkalan Maras) selepas ini.

“Ini terbukti jelas, apabila kerajaan membuat tambakan batu di kawasan Pantai Tok Jembal suatu ketika dahulu.

“Selepas itu, berlaku pula hakisan di kawasan utara Tok Jembal iaitu di lokasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pantai Tanjung Gelam, Kampung Tengah dan hari ini Pantai Kampung Kolam, Mengabang Telipot.

“Kenapa kerajaan masih mempertahanan pandangan lama dan menghabiskan RM120 juta. Menteri telah berubah tetapi jawapan masih sama,” ujarnya.

Langkah segera, kata beliau akan bertemu dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia bagi menyerahkan satu memorandum pandangan penyelesaiannya.

“Saya telah menghantar surat kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, untuk memohon satu pertemuan pada hari Isnin (20 Februari) ini dan bertemu dengan menteri (Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar) dalam isu ini.

“Kita akan bawa satu memorandum dan pandangan kita secara bertulis dan kita akan sebutlah apa masalah yang berlaku di kawasan kita ini yang berpanjangan dalam tempoh tiga, empat tahun ini,” katanya.

Pada 28 Disember lalu, Kerajaan Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi mengatasi masalah hakisan di Pantai Tanjung Gelam dekat Kuala Nerus.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pula memaklumkan kerajaan pusat menyalurkan peruntukan RM90 juta bagi mengatasi masalah hakisan di Pantai Tok Jembal, Teluk Ketapang dan Tanjung Gelam.

Manakala, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga menyediakan peruntukan RM30 juta. - HARAKAHDAILY 14/2/2017

Sumber HD - 14-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































PAS Jabi beri basikal mudah jenguk adik sakit

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/44268-pas-jabi-beri-basikal-mudah-jenguk-adik-sakit

SETIU: Demi kasih kepada adiknya, seorang kakak di Kampung Tok Dor Luar, Jabi yang mesra dipanggil Kak Dah sanggup berulang-alik lebih 1 km berjalan kaki setiap hari untuk menghantar makanan kepada adiknya yang terlantar uzur seorang diri di Kampung Dalam Huma, Tok Dor.

Penderitaan mereka mendapat perhatian PAS Jabi.

Sewaktu diziarahi oleh Ketua PAS Cawangan Tok Dor Luar, Abang Din Tel, Kak Dah yang juga hidup dalam keadaan dhaif memohon sebuah basikal bagi memudahkannya menjenguk adiknya setiap hari.

Kata Kak Dah, dia pun hidup dengan mengharapkan ihsan sumbangan jiran-jiran. Cukup-cukup makan saja.

Adiknya pula terlantar tak dapat bergerak di sebuah teratak yang sangat uzur tanpa bekalan air.

Tindakan segera diambil oleh Ketua Kebajikan PAS Jabi Ab Aziz Ab Rashid untuk menyumbang sebuah basikal petang semalam. Sumbangan yang kecil tapi sangat besar ertinya bagi yang memerlukan.

Kebajikan itu bermakna kita hadir ketika diperlukan. Hadir dengan rasa persaudaraan dan simpati sesama insan.

Pemuda PAS Cawangan Tok Dor Luar akan mengambil langkah perlu untuk menyalurkan bekalan air ke rumah pesakit ini. - HARAKAHDAILY 14/2/2017

Sumber HD - 14-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































































































Terik Ning PAS Pulok Ah….











Oleh : DMS

PAS Batu Rakit bersedia mengambil alih kerusi Dewan Undangan Negeri daripada UMNO pada pliihanraya yang semakin hampir seterusnya menyumbang kepada kemenangan PAS di Negeri ini.
Dengan gerak kerja menyelami permasaalahan masyarakat setempat secara berkala sebelum ini telah di tingkatkan lagi dengan program Ops HARAP yang sedang di jayakan hampir setiap hari.

Program menyantuni masyarakat setempat ini adalah untuk mengenalpasti masaalah yang di hadapi oleh mereka kesan dari kos sara hidup yang kian mencengkam, di samping menjalin persaudaraan yang rapat dan menyampaikan maklumat isu terkini yang ada di dalam negeri, nasional dan setempat.












“Alhamdulillah,petugas bertambah semangat dan berjaya melaksakan tugas dengan dengan jayanya.

Berdasarkan respon sasaran yang kita tetapkan semuanya positif terhadap mesej yang kita cuba sampaikan, lok kono punoh,” ujar Ustaz Khairul Nizam Rozali, Setiausaha Kerja PAS DUN Batu Rakit setelah selesai segmen ‘Hit and Run’ di tapak pasar malam Kampung Mengabang Lekor lewat petang tadi.

Ziarah, bacaan yassin,sembang santai,edaran risalah telah menjadi tulang belakang kepada petugas dalam menyakinkan masyarakat bahawa “Terik Ning PAS Pulok” yang sedang hangat di perkatakan oleh pelbagai golongan di Batu Rakit.












Menurutnya lagi pengundi rata-rata sudah bersedia berubah kepada PAS hasil daripada program yang di lakukan selama ini dan sudah tidak takut lagi dengan ugutan yang sering menghantui mereka selama ini.

“Insya Allah ada reaksi dan keyakinan untuk berlaku perubahan pada PRU ke 14 nanti.

“Kita (PAS) yakin jika berlawan di padang yang rata sejarah tahun 99 bakal berlaku di Batu Rakit.” tegasnya setelah mengakhiri Ops HARAP yang kali pertama di adakan

Sumber BO - 13-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Kerajaan Gagal Kekang Hakisan!

                   
KUALA NERUS – Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Khairuddin Amam Razali menyifatkan usaha kerajaan mengekang hakisan yang bermula di pantai Kampung Tok Jembal sejak lima tahun lalu, gagal.

Beliau berkata, kaedah ‘menambak’ batu di pantai yang terhakis oleh badai, bukanlah satu jalan penyelesaian jangka panjang.

“kerajaan gagal mengawal hakisan sejak tahun 2012 mula melanda ekoran pemanajangan landasan lapangan terbang Sultan Mahmud,

“sudah lima tahun tambakan batu tidak menyelesaikan masalah jangka panjang, ia merebak dari Tok Jembal sehingga hari ini di Mengebang Telipot,”ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pihak media pada sidang khusus, di wakaf nelayan Kampung Kolam yang hampir runtuh pagi ini, Isnin 13 Februari.

Turut sama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Utaz Hishamuddin Abd. Karim.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS itu, sebanyak RM150 juta dibelanjakan kerajaan, namun hakisan pantai itu tidak berkesudahan.

Oleh itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato’ Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi mengemukakan laporan dan memberikan cadangan penyelesaian jangka panjang.


“In shaa Allah……saya sudah buat temu janji dengan Menteri (dan) saya harap dapat berjumpa pada minggu hadapan,

“saya dan YB Hishamuddin (ADUN Tepoh) akan menyampaikan satu memorandum,”tegas beliau.

Sehubungan itu, Ustaz Hishamuddin yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu menggesa kerajaan negeri bekerjasa dengan persekutuan bagi menyelesaikan masalah ini dengan segera.

“kita dapat maklumat, peruntukan telah diluluskan, tapi belum ada tindakan……kita harap kerajaan kurangkan ‘birokrasi’ dan mengutamakan keperluan rakyat,”ujarnya.

Menurutnya, beliau sudah membuat pelbagai usaha, membawa perkara tersebut kepada pihak kerajaan dan kerajaan sudah mengetahui, namun masih belum ada penyelesaian.


Sementara itu, Dr. Khairuddin yakin, usaha penambakan pantai dengan pasir, bukan dengan batu akan berjaya mengurangkan risiko hakisan.

“tindakan sekarang untuk untuj jangka pendek tambak batu……batu itulah penyebab hakisan semakin parah, apabila ombak menghentam batu,

“dia akan meningkatkan gelombang dan menghakis tanah pasir yang berikutnya……tapi berbeza dengan tambakan pasir, ia akan menyerap gelombang ombak,

“saya cadangkan supaya pantai ini ditambak dengan pasir, mungkin satu kilometre, pasir daipanm dari laut,” kata beliau.

Pautan berita berkait hakisan ;

hakisan www.buletinonline.net

Sumber BO - 13-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































PAS Sudah Menegaskan Tidak Bersama PAN, DAP












Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, PAS sejak dari awal lagi memutuskan tidak akan bersama dengan PAN dan DAP.

Oleh itu, katanya, kebimbangan Parti Amanah Negara (PAN) jika PAS menyertai Pakatan Harapan akan merugikan pembangkang tidak berasas.

Bahkan, kata beliau, PAS juga tidak akan bersama dengan mana-mana parti yang menjalinkan kerjasama dengan kedua-dua parti tersebut.

“Kita (PAS) sebenarnya tak layan pun dengan PAN ini. Sebab, jika kita layan mereka semakin angkuh. Sebab itu, kita buat macam tidak ada apa-apa dengan PAN.

“Di Terengganu ini, orang tak kisah pun dengan PAN. Kita sejak awal lagi memutuskan tidak akan bekerjasama buat masa ini dengan PAN dan DAP,” ujarnya selepas merasmikan Himpunan Ameerah Terengganu (HAMRA) 1.0 di Perkarangan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu pada 11 Februari lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan Presiden PAN, Mohamad Sabu jika PAS bersama dengan partinya akan merugikan Pakatan Harapan.

Justeru itu, kata Ustaz Satiful Bahri, PAS tidak layan dengan pujuk rayu parti itu agar bersama dengan PAN dan Pakatan Harapan.

Menurutnya, PAS sedia bertanding 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) serta lapan kerusi Parlimen di Terengganu pada PRU14 akan datang.

Sumber BO - 13-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































H355; Penjawat Awam Jangan Bimbang


                   
KUALA TERENGGANU – Penjawat awam tidak perlu bimbang dan khuatir untuk bersama-sama seluruh rakyat Malaysia, menyertai Perhimpunan Menyokong Usaha Memartabatkan Mahkamah Syariah (H355).

Mantan Exco kerajaan negeri Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, pihak Sektariat Himpunan itu telah memperolehi kelulusan dari pihak penguatkuasa.

“Alhamdulillah……saya dimaklumkan pada pagi Jumaat lepas (10 Februari) oleh Setiausaha Sekretariat Encik Kamaruzaman Abdullah, beliau telah mendapat kebenaran dari pihak polis,
“pihak Dewan Bandaraya juga, bukan sahaja telah memberikan kebenaran untuk menggunakan Padang Merbok bahkan, akan membantu menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air, tandas bergerak dan lain-lain keperluan untuk persiapan,”ujarnya.


Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi Sekretariat H355 Peringkat Negeri Terengganu menyeru agar semua penjawat awam yang bertugas di negeri ini mengambil peluang dan memberikan ‘saham’ dalam usaha yang murni ini.

Katanya, selain dari ucapan tokoh-tokoh yang mewakili umat Islam dari pelbagai pihak, ia adalah satu perhimpunan aman yang akan dipenuhi aktiviti munajat dan keagamaan termasuk kuliah yang akan disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“in sha Allah, selain Mufti Wilayah, saya juga dimaklumkan beberapa orang Mufti dari negeri-negeri juga akan bersama-sama dan pendakwah terkemuka,

“Ustaz Azhar Idrus akan menyampaikan kuliah khas sebaik saja selesai solat asar pada Sabtu 18hb,” jelasnya.


Justeru itu, beliau juga berharap pihak swasta daripada syarikat-syarikat orang Melayu Islam dan pertubuhan-pertubuhan serta NGO, dapat menggalakkan para perkerja dan ahli-ahli mereka agar mengadakan rombongan beramai-ramai, bagi menyertai himpunan terbesar umat Islam ini.

“Himpunan ini akan menjadi sejarah kepada orang-orang Melayu Islam dan masa hadapan anak-cucu kita adalah bergantung kepada kekuatan kita,

“menyokong usaha memartabatkan syariah di negara ini…….dan ini adalah tanggung jawab kita kepada agama Islam yang kita cintai,”tambah beliau.

Sumber BO - 12-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































PRU14: PAS Terengganu sedia calonkan wanita

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44244-pru14-pas-terengganu-sedia-calonkan-wanita

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu membayangkan sedia memberi peluang kepada kaum wanita sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata PAS yakin dengan kemampuan kaum wanita masa kini jika diberi peluang sebagai calon pada PRU14.

Ini kerana, katanya pada pilihan raya lalu PAS pernah meletakkan calon wanita bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut.

Menurut beliau, di Terengganu mempunyai jumlah pengundi wanita yang ramai antara 49 hingga 51 peratus di setiap Dun dan Parlimen.

“Sekarang kita mengerahkan seluruh jentera kekuatan kita untuk menggamit masyarakat bersama dengan kita. Dan, kita juga sedang mempersiapkan calon-calon kita di kalangan muslimat.

“Kita tahu muslimat ini ramai. Di Terengganu ini, antara 49 hingga 51 peratus. Kita memberi kepercayaan kepada kaum wanita. Pada PRU13 lalu, kita telah meletakkan calon (muslimat) kita di Kuala Besut dan tahun ini kita mempersiapkan beberapa calon muslimat, insya Allah.

“Kita raikan juga pandangan dan peruntukan untuk muslimat. Kita kena buktikan muslimat boleh jadi calon yang baik. Kita tetap yakin dengan kemampuan muslimat dan anak-anak muda,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Ameerah Terengganu (Hamra) 1.0 di pekarangan Masjid Pengadang Baru, dekat sini, semalam.

Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka berkata PAS tidak ketandusan pelapis muda bagi menerajui kepimpinan parti.

Sebab itu, katanya ramai di kalangan kepimpinan PAS dan wakil rakyat terdiri dari kalangan orang muda.

“Kita memberi keutamaan kepada golongan muda. Sebab, inilah sebenarnya bakal pelapis-pelapis kita di masa yang akan datang.

“Kita ada wakil rakyat di kalangan anak muda. Di kalangan pemimpin PAS Pusat juga ramai orang muda dan tinggal beberapa orang (veteran) sahaja lagi,” jelasnya di hadapan lebih 1,500 hadirin.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman, Bendahari Muslimat PAS Malaysia, Che Faridah Ismail, Pemangku Ketua Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Zarani Othman, Pengarah Ameerah Pusat, Siti Farah Mohamed dan Pengarah Ameerah Terengganu, Zuraida Mohd Nor. - HARAKAHDAILY 12/2/2017

Sumber HD- 12-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jentera Muslimat Mesti Siap Sedia Sehingga 90 Peratus











KEMAMAN – Muslimat PAS mestilah sudah mempersiapkan diri untuk turun bekerja bagi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional, kerana tahun 2017 adalah dijangkan Pilihan Raya Umum Kali ke-14.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusof berkata, tanpa mengira bilakah ianya akan diadakan, persediaan menghadapinya mestilah mencapai tahap 90% sebelum pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

“Kerja-kerja penerangan untuk menjawab isu-isu yang disiarkan melalui pelbagai media massa perlu dilakukan sekarang dan bermula dari bawah,”ujar beliau.


Ketua Muslimat PAS Kelantan itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-33. Muslimat PAS Kemaman, di Pusat Pengajian Taman Islam pada jumaat, 10.Februari.

Antara isu utama, kata beliau ialah isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan kenaikan harga barang serta harga petrol yang membebankan rakyat.

Selain itu, menurutnya, semua universiti awam kini dalam keadaan yang sangat ‘tertekan’ apabila kerajaan memotong peruntukan tahunan mereka sehingga sehingga 27%.


Pada pada masa yang sama, katanya lagi, pelbagai masalah sosial yang sedang dihadapi dalam negara.

“Tahun 2016, 16 ribu pelajar remaja mengandung anak luar nikah, undang-undang sedia ada tidak dapat menbendung gejala sosial yang sedang berlaku,

“tidak ada penyelesaian  lain kecuali dengan undang-undang Islam dan pindaan akta 355 yang dicadangkan adalah (hukuman) tiga tahun penjara kepada 30 tahun, denda daripada RM300 kepada RM1000, dan hukuman rotan kepada 100 rotan sebatan,”jelas beliau kepada perwakilan dan pemerhati yang hadir.

Sumber BO - 11-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Gugusan Kampung Hulu Nerus Tak Tersentuh Dengan ‘Transformasi’ Razif

                   
Oleh : Editor

SETIU – Hari ini, bersama kawan lama Azmi Ma’arof bekas pegawai Risda dan pernah menjadi wartawan Harakah, masuk memziarahi beberapa gugusan kampung, di mukim Hulu Nerus, DUN Langkap dalam kawasan Parlimen Setiu.

Kampung-kampung itu; Kampung Sungai Celong, Kampung Pak Ba, Kampung Bukit dan Kampung Sungai Las, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari ‘Bandar Raya’ Kuala Terengganu.


Namun, secara zahirnya, kampung tersebut, tidak tersentuh dek pembangunan ‘Transformasi’ yang digembar-gemburkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahnad Razif Abdul Rahman.

Pembangunan infrastruktur, kampung-kampung terbabit sangat dhaif, umpama kampung yang terletak di pedalaman.
Jalan kampung yang kecil hanya satu lorong, memerlukan salah sebuah kereta yang berselisih mengalah, mengelak dan turun ke pinggir, yang ‘tiada bahu’.


Jambatan pada jalan utama menuju Kampung Pak Ba yang telah wujud sejak lebih 40 tahun lalu, masih tiada besi penghadang, di kiri dan kanannya.

Aliran sungainya yang keruh, dengan tiada sebarang projek ‘tebatan’ menyebabkan air seringkali melimpah, membanjiri kawasan-kawasan rendah di kampung itu, setiap tahun pada musim tengkujuh.

Menurut seorang penduduk Kampung Sungai Terap, Mat Lazim Husin, 70, air naik sehingga dua meter, menenggelamkan rumahnya, ketika banjir melanda pada bulan Januari lalu.


“tiap-tiap tahun air naik……..banjir, air naik kat nu……..”kata beliau sambal menunjuk ‘bakat’ banjir yang melepas pintu rumah PPRT yang beliau duduki.

“bila air kat ni……saya pindah selalu,”tambah beliau menunjukkan aras kira-kira tiga kaki dari lantai rumahnya.

Jirannya, Mek Ton Othman yang uzur dengan sebelah tanya ‘kabur’ berkata, beliau baru membersihkan rumahnya, dari saki baki lumpur banjir.

Katanya, beliau berpindah ke Balai Raya, pusat pemindahan banjir di kampung itu, dengan menaiki sampan ‘kaca gentian’, yang siap ‘standby’ di kiri pondoknya.

Beliau sekeluarga tidak menghadapi kesukaran kerana tiada peti sejuk dan mesin basuh di rumahnya, kerana masih tidak mempunyai bekalan elektrik!


Selepas mengagihkan bantuan banjir, berupa makanan keperluan harian di Kampung Pak Ba, kami singgah di kedai kopi usang terletak di cabang tiga, simpang ke tanah perkuburan.

Bekas Tok Imam masjid Zakaria Abdullah, 73, yang kebetulan sedang minum di situ bercerita, wakaf perkuburan tersebut, pada mulanya ‘duduk’di atas tanah persendirian, tanah orang kampung.

“saya tolong selesai…….mulanya tanah orang……..JKKK janji nak selesai, nak peri pampasan dan tapak tanah ganti,

“tapi JKKK tak tunaikan janji,”tegas beliau.


Beliau mengeluh katanya, itulah masalah yang dihadapi oleh masyarakat kampung, ‘berketuakan’ orang yang tidak sepatutnya memegang jawatan itu.

Katanya, begitu juga dengan pentadbiran masjid, institusi agama di kampung itu.

Beliau membaca ayat al-Quran surah at-Taubah ayat 18;

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari akhir, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (QS. At Taubah: 18)

Menurutnya, orang yang diberi amanah untuk memakmurkan masjid, sebaliknya tidak ada ‘takwa’ kepada Allah.

“sebab itulah saya menolak untuk terus menjadi imam……walaupun ‘kadhi’ (Pegawai Agama) daerah datang jumpa saya…….pujuk saya,
“kawan saya dipecat…..hanya kerana ‘pinda’ sikit aja khutbah Jumaat…..buka baca (khurbah) lain…..pinda sikit je…….pecat selalu,”ujarnya kesal.

Selepas turun naik bukit, melalui jalan ‘bengkang bengkok’, kami sampai di Kampung Bukit, sebelum Sungai Las.


Padang awam kampung itu, penuh dengan rumput dan gelanggang sepak takraw yang pastinya dibina dengan ‘pitih kerajaan ’terbiar’ tidak terurus.

MB Terengganu telah memperkenalkan konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dalam memimpin negeri Terengganu.

Pelaksanaan konsep itu, menurut laman sesawangnya, mengambil kira aspek yang merangkumi tiga bidang utama dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu Transformasi Ekonomi,

Transformasi Kerajaan dan Tranformasi Politik selain lapan prinsip asas tiga bidang berkenaan.


Namun sebaliknya, prinsip kedua transformasi iaitu, masjid sebagai sumber penyatuan masyarakat dan mengangkat institusi masjid sebagai tempat sarana pembinaan ummah, tidak nampak berubah dalam komuniti Kampung Pak Ba.

Prinsip keempat transformasi Razif iaitu; integriti, bersih dalaman dan luaran juga tidak kelihatan dilaksanakan di Kampung Bukit.
Kebersihan dan persekitaran luaran melambangkan budaya rakyat Terengganu, hanyalah ‘angan-angan kosong’ Razif!

Sumber BO - 11-2-2017

No comments:

Post a Comment