BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, February 14, 2017

MUKTAMAR PAS KE-63 (2017)







Konflik Antara Akidah Dan Sistem

Timbalan Presiden PAS. Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, cabaran besar kita dalam konteks negara kita ialah timbulnya konflik diantara aqidah yang dianuti dengan sistem yang mengaturnya.

“Ini konflik yang (sedang) berlaku,” katanya.

Beliau berkata, Islam yang terikat dengan tuntutan aqidah tidak boleh dilaksanakan. Apa yang menjadi tuntutan bagi aqidahnya dan pertembungan ini mesti diurus dan kegagalan pemerintah untuk memastikan bahawa sempadan ini dapat dijaga merupakan satu kewajipan bagi kerajaan untuk menjaganya.

“Kita bukan sahaja bimbang sempadan perairan kita dicerobohi, kita juga bimbang sempadan aqidah kita diceroboh, sempadan agama juga di ceroboh.

“Bila berlaku pencerobohan negara, kerajaan akan bertindak dengan semua kekuatan kerajaan yang ada. Tetapi kena ingat bahawa pencerobohan di dalam soal agama, dia mengancam keharmonian negara, dia akan timbul konflik kaum,

“konflik agama dalam negara yang PAS yang seboleh mungkin sebagaimana yang disebut dalam ucapan dasar, kita memelihara kerukunan negara kita,” jelas beliau ketika menggulung perbahasan pada Muktamar PAS Kali Ke-63, Isnin 1 Mei, di Kompleks PAS Kedah.

Sebab itu bagi PAS, beliau berkata, gagasan yang kita bawa hatta RUU355 ialah hak untuk orang Islam untuk mengamalkan agama mereka.

“Malangnya perintah tuhan kena minta izin untuk dilaksanakan dan bayangkan hukum tuhan kena minta sokongan manusia,
“walaupun tidak sepenuhnya menepati kewajipan bagi orang Islam tetapi kita buat setakat mana yang kita mampu, kalau tidak boleh buat semua kita jangan tinggal semua,” tegasnya lagi.

Selain itu,Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, isu besar yang juga menjadi kebimbangan kita sekarang ini ialah keselamatan, 335000 hektar tanah yang dipajakkan kepada Felda Global Venture(FGV) pada tahun 2012.

“Ini sangat kritikal, 335000 hektar , ini sangat membimbangakan, kerajaan mesti membuat sesuatu, bila FGV digantung di Bursa Saham Malaysia. Dalam perjanjian penyerahan yang diadakan pada tahun 2012,

“FGV berjanji untuk membayar kepada Felda sebanyak RM 248 juta setahun, secara tunai selama 20 tahun. Sekarang sudah teruk, berada dalam keadaan yang sangat kritikal. ‘Agreement’ 20 tahun, nak bayar tiap-tiap tahun.

“Diwaktu yang sama, dalam ‘agreement’ tersebut, FGV perlu membayar sebanyak 15 peratus keuntungan tahunan dan ini ‘confirm’ tak ada. Kerajaan kena buat sesuatu bagi menyelematkan 335000 hektar tanah ini,” kata beliau lagi.

Sumber BO - 3-5-2017

Siapa cuba ‘koyak’ perlembagaan persekutuan?

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuat kajian terhadap parti-parti politik yang cuba mengoyak asas Perlembagaan Persekutuan dengan melihat sama ada mereka menghormati dan mengikut peraturan perlembagaan itu atau sebaliknya. 
Antaranya tutur beliau, melibatkan soal penghormatan terhadap Agama Persekutuan, Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, Hak Bumiputera; Melayu, Jawa, Bugis, penduduk asal Semenanjung dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. 
“Ada hak istimewa yang perlu dihormati mengikut Perlembagaan. Mereka hormat atau tidak? Ada yang cuba nak koyak-koyak asas Perlembagaan ini. Maka saya minta supaya ROS, kaji parti mana?” lontar beliau dalam ucapan penangguhan pada Muktamar PAS Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam. 
Pada ucapannya itu, beliau turut menegaskan bahawa kemunculan PAS sebagai sebuah parti politik dan bertanding dalam sistem demokrasi moden tidak mengubah kedudukannya selaku Gerakan Islam semasa, sepertimana gerakan Islam sedunia lain yang turut bertanding dalam sistem pilihan raya demokrasi moden. 
Dalam hal itu PAS katanya, mengambil kaedah syarak yang mengizinkan bertanding di atas Pilihan Raya Umum setempat dengan masuk untuk memberikan suara Islam kepada rakyat semuanya, sesuai dengan demokrasi diamalkan kini di mana mengizinkan PAS mewakili rakyat secara demokratik mengikut perlembagaan negara dan undang-undang.
“PAS tetap menjadi gerakan Islam. Apabila bercakap mengenai dakwah dan jamaah gerakan Islam atau Harakah Islamiyah, kita ingin tegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak tahun 1951, telah wujud atas asas dan kesedaran untuk berdakwah dan menyahut tuntutan sebagaimana dalam Quran dan Sunnah. 
“Sejak kelahirannya hampir 60 tahun lebih, PAS telah meletakkan Islam sebagai dasarnya. Islam dari segi undang-undang tubuhnya, perjalanannya, perjuangan setiap ahli dan barisan kepimpinannya, sehinggalah ke matlamatnya untuk mendaulatkan Islam sepenuhnya di Malaysia Harakah Islamiyah ini insya-Allah.

“Kemunculan PAS di tengah-tengah masyarakat Malaysia bersama-sama beberapa kumpulan Islam yang lain, tetap tidak akan mengubah statusnya sebagai sebuah Harakah Islamiyah,” ujarnya 
Tuan Guru menggariskan empat ciri utama sebagai iaitu PAS sebuah jamaah Islam yang ditubuhkan di atas kesedaran untuk melaksanakan islah dan tajdid di Malaysia dan PAS adalah jemaah Islam yang mendokong dan memelihara kesyumulan Islam dan keterikatannya.

PAS juga nyatanya, adalah jamaah Islam yang bernaung di bawah kepimpinan ulama secara amal jama'ie dengan menekankan ciri ‘hizbullah’ iaitu parti pendukung ajaran Allah dan PAS adalah jamaah Islam realisitik dan taktikal. 
“Berakar umbikan rakyat jelata dari semua lapisan masyarakat, bukan kalangan elit sahaja. (Ada) ulama, ilmuwan, pemimpin masyarakat, rakyat umum sehingga bukan Islam, kaya, miskin, upaya, kurang upaya, alim, buta huruf, mereka adalah ahli-ahli PAS. 
“PAS adalah jamaah Islam yang mengambil bahagian dalam politik tanah air di atas kekuatan dan kemampuannya tersendiri membina sebuah ummah. Hari ini PAS punya 195 Kawasan, 7,000 lebih Cawangan, bukan politik slogan dan sepanduk. Ada orang politik slogan dan sepanduk (sahaja). 
“Kita politik 195 Kawasan, 7,000 lebih Cawangan. Maka tidak ada siapa yang boleh menjadikan PAS (sebagai) hotel persinggahan, hotel tumpangan untuk singgah sementara nak menumpang. Barangsiapa yang menumpang, ada masa ‘air cond’ berjalan, ada masa ‘air cond’ mati. Bila ‘air cond’ mati dia berambus pergi,” ujarnya melontar mesej peringatan. – HARAKAHDAILY 2/5/2017
Sumber HD - 2-5-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Muktamar ke-63 melabuhkan tirai penuh ukhuwah

MUKTAMAR Tahunan PAS Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah Darul Aman yang penuh ukhuwah telah melabuhkan tirainya. Muktamar yang berlangsung dari 29 April - 1 Mei 2017 bersamaan 2-4 Syaaban 1438H telah ditangguhkan dengan taujihat penuh bersemangat dan penuh motivasi perjuangan dari Presiden PAS. 

Kepimpinan tertinggi Parti Islam Se-Malaysia (PAS)  bagi sesi 2017-2019 kekal diterajui oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden dan Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden yang menang tanpa bertanding. 
Manakala bagi jawatan Naib Presiden, Perwakilan juga mengekalkan penyandang Ustaz Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad. 
Berikut merupakan 18 orang Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat bagi sesi 2017-2019 yang telah dipilih oleh Perwakilan:   
1. YB Ustaz Haji Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
2. YB Dato' Dr. Mohammad Fadzli Hassan
3. Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor
4. YB Dato' Ustaz Haji Nasuruddin Daud
5. YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
6. Dr. Hajjah Najihatussalehah Ahmad
7. Dr. Mohd Zuhdi Marzuki
8. YB Dr. Halimah Ali
9. YB Ustaz Haji Sallehen Mukhyi
10. Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi
11. Dr Rosni Adam
12. Tuan Haji Razman Zakaria
13. Dr Azman Ibrahim
14. Ustaz Haji Mokhtar Senik
15. Tuan Haji Kamaruzzaman Muhammad
16. YB Ustaz Haji Abdullah Hussin
17. Ustaz Haji Misbahul Munir Masduki
18. Muhtar Suhaili As-Sarawaki 
Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap telah dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang masing-masing Tuan Haji Hussin Ismail dan Ustaz Kamal Ashaari. Pemeriksa Kira-kira pula kekal Najib Mat dan Mat Syukor Abdul Aziz. 
Alhamdulillah, muktamar tahunan yang penuh ukhuwah, mahabbah, tenang, matang dan sejahtera. Selamat kembali berkhidmat di medan buat semua para 'amilin PAS dengan mengobarkan dan menyebarluaskan tema Muktamar "Sejahtera Bersama Islam". 
Mohon doakan kami! Sokongan dan dokongan teman-teman seperjuangan sekalian amatlah diharapkan. Teguran membina dan nasihat berterusan semua sangat dihargai.
Doakan semoga kami istiqamah melaksanakan amanah yang dipikulkan kepada kami. Bantulah kami dalam usaha mengangkat syariat Islam dan meninggikan martabat Ummah. Semoga Allah redha dan permudahkan urusan perjuangan. Allahumma Aamiin. 
Saya mengingatkan diri saya dan berpesan kepada kalian sebagaimana ucapan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. ketika diangkat menjadi pemimpin. Rabbi yassir wa la tu'assir Ya Kariim. 
Saidina Abu Bakr As-Siddiq, Khalifah selepas Rasulullah SAW adalah insan yang paling layak untuk menjawat jawatan tersebut. Namun beginilah ucapan pertamanya: 

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya. 
Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku.” 
(Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361). – HARAKAHDAILY 1/5/2017
Sumber HD - 1-5-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Muktamar: Ucapan penangguhan Ketua Pemuda PAS

DALAM ucapan sulung saya selaku Ketua Pemuda baru yang dimanahkan di Muktamar ke-63 ini, DPPM ingin mempertegaskan bahawa Pemuda berdiri teguh di belakang kepimpinan ulama yang telah membuktikan kelangsungan PAS melalui pelbagai rintangan dan ujian sama ada dalaman mahupun luaran. Meskipun di luar sana terbit suara-suara yang memandang sinis PAS sebagai Parti Pak Lebai namun dalam muktamar ini jua kita nak beritahu bahawa Parti Pak Lebai inilah yang terbukti bersih daripada kekotoran politik sekular duniawi semata-mata. Sesungguhnya Parti Pak Lebai inilah yang telah berjaya 'melebaikan' golongan profesional dan aktivis dan Parti Pak Lebai inilah yang akan menjadi benteng utama mempertahankan Islam dalam negara kerana manhaj politik PAS adalah manhaj politik Islam yang meletakkan Islam di hadapan dan tidak meletakkan akal semata-mata apatah lagi hawa nafsu di hadapan.
Perkaderan du’at dan mujahid dakwah adalah mauduk utama yang digalaskan ke atas DPPM. Kami dalam DPPM juga ingin mempertegaskan di sini untuk terus memperkasakan agenda-agenda perkaderan dan pentarbiyahan yang menjadi sendi terpenting kepada PAS sebagai sebuah Gerakan Islam. Alhamdulillah dengan lahirnya SRITI yang dipelopori oleh YB kekanda Ustaz Nik Mohamad Abduh maka ia berjaya meneruskan kesinambungan PASTI yang telah membuktikan kejayaannya dalam melahirkan anak-anak yang mendapat pendidikan Islam yang sebenar. Kami juga akan memberikan perhatian bagi memperkasakan Jabatan Remaja (13 - 17 tahun) sebagai elemen yang baru dilontarkan untuk memperkemaskan lagi saff Pemuda. Insyaallah perkara ini akan dijenamakan (rebranding) semula bagi memastikan gerak kerjanya lebih tersusun dan efisyen.   
Meneliti Ucapan Dasar Tuan Guru Dato’ Seri Presiden serta pimpinan yang lain, menelusuri bahasan setiap Perwakilan, dari Dewan-Dewan ke Negeri-Negeri, dapat kita fahami detik nadi, intipati dan hasrat naluri setiap ahli dan pimpinan. Kita juga saling memberi ucapan, melontar idea, mengemuka dan membahas usul, mengetengahkan persoalan dan dalam setiap dua tahun di mana kita sama-sama memilih barisan kepemimpinan baru untuk menerajui bahtera jamaah. Dan dalam setiap tempoh waktu berakhirnya muktamar, kita akan membina resolusi baru, membina azam dan tekad untuk sidang tahun perjuangan yang mendatang. Rata-rata pembahas dari kalangan pemuda menunjukkan PAS tidak ketandusan pimpinan pada masa akan datang 
DPPM menyedari bahawa sasaran dakwahnya dan medan tempur utamanya ialah anak-anak muda yang begitu lunak didedahkan dengan pelbagai godaan 'fake news', cabaran dunia digital tanpa sempadan, pendedahan kepada pelbagai aliran pemikiran bukan 'mainstream'. Aliran-aliran sesat ini kembali meracuni pemikiran mereka akibat serangan idea-idea liberalisme dan sekularisme yang berselindung di bawah pelbagai NGO yang didokongi parti-parti anti-Islam mainstream di samping mendapat sokongan dana luar biasa dari luar yang memang menunggu detik dan saatnya untuk menghancurkan segala usaha pendaulatan Islam di Malaysia sebagaimana yang telah berlaku dalam episod Arab Spring di kalangan negara-negara Islam Timur Tengah, rampasan kuasa di Turki dan terkini cubaan cabaran terhadap merampas kuasa politik lslam di Indonesia. 
Demi sesungguhnya, kita kini sedia menanti untuk memuktamadkan percaturan politik murahan mereka yang menentang Islam. Medan pilihanraya ke-14 kali ini dijangka cukup hebat sehinggakan ada yang menjangkakan pertembungan dua kelompok  besar: satu kelompok yang mahu memartabatkan Islam dan satu kelompok lagi yang tidak mahu Islam dimartabatkan. Saya ingin mempertegaskan di sini bahawa DPPM berdiri teguh di belakang saff pimpinan bagi melaksanakan agenda memartabatkan Islam sebagai Agama Negara dengan pendekatan Matang dan Sejahtera yang diambil oleh PAS sekarang ini. Pendekatan ta’awun ‘ala al-birr wa al-taqwa dan tidak berta’awun ‘ala al-ismi wal-’udwaan adalah pendekatan terbaik yang mengikut manhaj al-Quran dan al-Sunnah. 
​Demi merealisasikan hasrat ini, kita mesti bersedia mengubah minda rakyat jelata untuk benar-benar memahami misi dan visi kita dan apakah bentuk lanskap politik yang akan kita bina jika kita berjaya diamanahkan kepimpinan di Negeri-Negeri dan beberapa kerusi penting Parlimen. Pengalaman PAS di Kelantan dan Negeri-Negeri yang kita pernah perintah sebelum ini mesti kita manfaatkan sepenuhnya sebagai blue print asas dengan pembaikan untuk kerajaan-kerajaan baru yang akan kita bina kelak, dengan izin Allah SWT. Hanya dengan cara bekerja yang betul, mengatur langkah cermat dan menyeluruh, pandai membaca taktik musuh dan seumpamanya akan membuahkan hasil yang kita ingini. Ingatlah rakyat jelata yang membuang undi semasa pilihanraya itulah yang bakal menentukan kemaraan kita mendaki kemenangan melalui sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita terima. 
PAS telah bersetuju menerima sistem demokrasi berparlimen menerusi pilihanraya sebagai salah satu uslubud-dakwah berdasarkan manhaj al-Quran dan Sunnah yang menjadi dasar perjalanan parti sejak tahun 1951 sehingga kini. Sehubungan itu, bagi mendepani PRU 14 DPPM telah meletakkan satu objektif untuk menguasai sekurang-kurangnya 60% undi orang muda di setiap DUN dan Parlimen yang ditandingi oleh PAS. Kami akan memikul tugas untuk menggerakkan anak-anak muda bagi melakukan perubahan kepada negara mengikut tema ke arah mendaulatkan Islam dalam kerangka perlembagaan sedia ada. Maka dengan ini, sebagai sayap kanan parti, insyaallah DPPM akan menggerakkan seluruh jentera pemuda daripada sekarang bagi menghadapi PRU ke-14 yang akan tiba pada bila-bila masa; tidak tahun ini, pastinya tahun hadapan.
DPPM mengambil 'queue' daripada barisan kepimpinan ulamak untuk meniupkan semboyan ke medan tempur. Sehingga kini arah tuju PAS dalam PRU ke-14 adalah berdiri sendiri dan bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) untuk mewujudkan Gagasan Sejahtera sebagai Blok Politik Ketiga dan berhadapan dengan Blok Pertama Umno dengan Barisan Nasional (BN)nya dan Blok Kedua DAP serta sekutu Pakatan Harapan (PH)nya. 
Jangan kita anggap ketidakupayaan PAS memerintah seluruh negara sejak 1955 sehingga kini menerusi sistem pilihanraya sebagai tanda kita berada di landasan yang silap. Demi sesungguhnya, beringatlah bahawa kita tidak ditanya oleh Allah SWT tentang hasil dakwah kita tetapi kita akan dipersoalkan apa yang kita buat semasa umur muda dan tua kita. 
Akhirul kalam, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengakhiri Ucapan Pengangguhan Wakil Pemuda dalam Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah Darul Aman kali ini dengan mengungkapkan bait-bait doa dan munajat ringkas berikut: 
Dengarkanlah Azam dan Tekad Pemuda-Mu ini
Berbekal Iman, Jihad dan Taqwa kita laungkan
Saff Pemuda yang kita persiap-siagakan,
Bersama-sama kepimpinan ulamak yang kita sepakati
Badai dan lautan siyasah kita renangi
di bawah Lembayung al-Quran dan Sunnah kita teduhi.
Penuh khusyuk takzim mengharapkan Nasrullah-Mu
Munajat doa kami panjatkan ke hadrat-Mu, Ya Ilahi
Janganlah Kau lupakan kami, Ilahi Rabbi 
Dalam kesempatan Muktamar ini kami akur-janjikan
Pantang Melayu – Agama, Adat dan Raja dialpakan
Tiga Tiang Seri leluhur sejati kita sanjungi 
Merafak sembah sujud kami hanya kepada-Mu 
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 1/5/2017
Sumber HD - 1-5-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Tahniah buat semua! Masa untuk bekerja

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang, Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta semua Naib Presiden PAS dan semua AJK PAS Pusat sesi 2017/19. 
DPPM turut merakamkan ucapan tahniah buat semua Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat serta seluruh AJK yang telah terpilih bagi sesi ini. 
Petang tadi merupakan kemuncak Muktamar Tahunan PAS Ke-63. Seluruh perwakilan akan meninggalkan Kompleks PAS Kedah yang telah menabur bakti dalam menyampaikan khidmat bakti buat semua perwakilan berhimpun dan menjayakan mesyuarat. Tahniah seluruh kepimpinan PAS Kedah dan jentera semua peringkat. 
Pengarahan jelas Presiden PAS melalui Ucapan Dasar Presiden, "Sejahtera Bersama Islam" dan ucapan penangguhan muktamar perlu dibawa pulang oleh semua jentera parti untuk membawa PAS di persada politik tanah air. Muktamar pada kali ini juga merupakan muktamar persediaan menghadapi PRU 14 selain usaha memperkukuhkan agenda jamaah setiap peringkat. 
Muktamar ini menjadi isyarat jelas kekuatan PAS yang bersedia melalui agenda pemilihan walaupun tempoh menghadapi pilihan raya bakal menjelma pada bila-bila masa. PAS dilihat lebih menyerlah setelah berjaya menongkah badai yang melanda pada sesi yang lalu. Keutuhan pemimpin dan ahli PAS akan mengukuhkan keyakinan rakyat sebagai sebuah parti yang stabil dan berkeupayaan menggalas tanggungjawab rakyat memimpin negara ini. 
Justeru, semua jentera PAS khususnya anak muda perlu bersedia untuk menyemarakkan gerak kerja pilihan raya dan memperkasakan PAS di semua peringkat. DPPM akan memperturunkan arahan gerak kerja secara menyeluruh untuk diberikan perhatian di peringkat negeri dan kawasan masing-masing dalam kadar segera selepas ini. 
Tahniah buat semua. Semoga selamat kembali ke destinasi masing-masing. – HARAKAHDAILY 1/5/2017
Sumber HD - 1-5-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 







Meninggalkan Kedah dengan rasa keharuan











KOMPLEKS PAS Kota Sarang Semut menjadi saksimata akan perjalanan sebuah harakatul ummah yang sentiasa menjadi bualan hangat warga negara ini. Kompleks yang berdiri diatas tanah seluas 17 ekar ini menampung puluhan ribu perwakilan dan pemerhati yang datang daripada seluruh negara, dengan beragam latarbelakang dan status sosial. 
Kedah semenjak tertubuhnya PAS di negeri itu 65 tahun yang lepas telah empat kali menjadi tuan rumah Muktamar PAS Pusat. Muktamar pada kali ini paling menjadi buruan lensa wartawan dan juga pencandu-pencandu politik kerana tragedi ribut dan juga keributan dalam hubungan pemuafakatan politiknya dengan parti yang muncul dengan bantahan awam akibat kezaliman regim Mahathir pada tahun 1998. Media sosial juga bukan kepalang sibuknya bergentayangan dengan memaparkan berita-berita PAS sama ada positif ataupun negatif. 
Tak mudah bagi teman-teman pimpinan dan aktivis Kedah untuk menguruskan program tahunan skala besar ini. Khabarnya berbulan-bulan persiapan rapi dibuat termasuk mengejar masa mendirikan bangunan utama kompleks yang bernilai jutaan ringgit. Urusan kemuncak iaitu sepanjang lima hari ini adalah saat yang kritikal termasuk pasca tragedi ribut yang mencederakan 18 orang pengunjung dan peniaga. Jabatan Amal, PAPISMA, Briged Muslimat dan pelbagai berjaya menguruskan krisis dan bencana dengan sangat teratur. 
Namun di sebalik kepenatan panitia Muktamar, terserlah kehebatan sikap orang Kedah sehingga dibualkan oleh warga bukan Kedah. Mereka sangat memuliakan tetamu, hadirlah di teratak mereka, pasti kalian dijamu makan sekenyangnya sama ada dengan nasi atau pulut tanak. Ruang rumah mereka boleh diparkir kereta bahkan sehingga menawarkan garaj peribadi mereka sendiri. 
Saya terdetik rasa terharu melihat seorang pimpinan Dewan Ulama Kedah, Ustaz Fauzi Husain yang menyantuni sehingga hampir 200 orang tetamu selama lima hari, silih berganti. Kompleks pendidikannya padat dengan tetamu seolah seperti ijtimak tarbawi sedang berlangsung, setiap hari bermula dengan kuliah subuh. Manakala isterinya bangkit seawal 4.00 pagi,  dibantu oleh anak-anak buahnya memasak makanan untuk sarapan tetamu-tetamu. 
Menoleh pula ke arah Dr Fakharuddin, Pesuruhjaya PAS kedah yang juga Pengarah Muktamar. Guratan wajahnya sangat lelah, tidurnya sangat minima dengan dua telefon bimbit diatas mejanya. Berselang seli menyambut panggilan telefon dan memberikan arahan pada anak-anak buah, wajahnya kelihatan serius dengan sesekali melepaskan pandangan pada ribuan perwakilan di dalam Dewan Fadhil Noor. 
Haji Sanusi, Timbalan Pesuruhjaya Kedah pada hari kedua muktamar menyandar pada dinding ke lorong tandas Dewan Muktamar. Dia menghela nafas panjang, hari kedua operasi pembersihan gerai yang dilanda taufan. Segalanya perlu ditanggani dengan baik, PAS setiap malam menjadi tajuk utama berita dan menjadi bualan rakyat.
Brigedier Jeneral (B) Dato Najmi Ahmad, seorang lagi Timbalan PJ PAS Kedah tersenyum di hadapan pintu masuk Dewan Utama Muktamar, menyalami tetamu-tetamu seawal pagi pada hari Muktamar. Sesekali mantan Pengarah Kagat ATM ini melihat ke arah bumbung bangunan utama kompleks PAS kedah yang masih belum disiapkan dan memerlukan dana yang lumayan. 
Sepanjang lima hari ini anggota -anggota Jabatan Amal adalah insan yang paling sibuk bertugas tanpa mengira malam atau siang. Wira-wira yang tak didendang ini disimbah hujan, disengat mentari mengawal trafik, mengawal ketertiban pengunjung, menjaga keselamatan dan menguruskan peristiwa luar jangka yang berlaku. 
Pada hari terakhir muktamar, jumlah pengunjung tetap tidak berkurang. Tekun mereka mendengar ucapan penggulungan, sesekali dengan deraian tawa di tengah keseriusan mengunyah dan menghadam maklumat. Apabila tampil Pengerusi Pemilihan, Dato Wan Mutalib Embong dengan diiringi Dr Supyan dan Peguam Wan Rohimi ke rostrum suasana mula berubah. Debaran perwakilan dan pemerhati berakhir dengan pengumuman barisan Naib Presiden serta Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat. 
Siapa pun yang menang atau tidak terpilih, harakatul ummah ini mestilah terus dipacu dengan gemilang. PAS adalah harapan ummah, benteng kukuh untuk menjaga deenullah di tanah leluhur ini. – HARAKAHDAILY 1/5/2017 
(Penulis ialah AJK PAS Pusat, aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan)
Sumber HD - 1-5-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





PAS kekal kukuh dalam perjuangan

INTIPATI ucapan penggulungan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS 
1. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memulakan ucapan dengan mengucapkan takziah kepada mangsa ribut di kawasan Kompleks PAS Kedah. 
2. ‘Selamat Hari Pekerja’ 
3. Hayati firman Allah yang bermaksud: 
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. 
Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang yang beriman. Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). 
Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” 
Al-Anfal:60-63
4. Budaya politik matang dan sejahtera dari Allah, bukan rekaan kita. Ayat di atas menyebut tentang 
persiapan lahir, batin, alat senjata, kewangan ikut kemampuan.
5. Persiapan ini ditunjuk dalam kisah tentera Talut yang melalui sungai, diuji dengan sedikit minum air sungai sahaja. 
Lihat al-Baqarah: 249
Talut sedia 80 ribu bala tentera. Hanya 4,000 sahaja yang istiqamah, sementara yang lain ‘makan dedak’ 
6. Dalam Perang Uhud diuji dengan kekalahan pada peringkat awal, tetapi yang penting Istiqamah, hingga Allah beri kemenangan. 
7. Kita amalkan politik perdamaian. Di tahun 60-70-an, amat banyak suara hina Islam. Akhirnya, suara-suara ini makin hilang 
8. Politik bodoh, politik jual ubat tepi jalan jangan diikut. Pengamal media PAS mesti ada akhlak tinggi dalam melayani dan mengurus media. 
9.Hormati sensitiviti agama, termasuk agama lain. Jangan mudah hina agama mereka
10. Islam tidak memerintah, kerana itu berlaku bentuk keganasan yang salah dan bertentangan dengan Islam-bom rumah ibadat lain dan lain-lain. 
11. Mengenai ucapan wakil DHPP, konsep zakat dalam Islam di mana Abu Hanifah dan ulama lain ada yang membolehkan zakat diberi kepada bukan Islam yang berjinak dengan Islam. Ini perlu kajian lanjut. 
12. Kewujudan PAS bersama kumpulan lain tidak menjejaskan kedudukan sifatnya sebagai gerakan Islam. 
13. PAS ada 185 kawasan dan lebih 7,000 cawangan. Oleh itu, PAS bukanlah hotel persinggahan oleh kumpulan lain. 
14. Kita minta ROS kaji parti lain, adakah mereka hormat atau tidak peruntukan perlembagaan seperti menghormati kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan beberapa peruntukan lain yang sepatutnya dihormati. 
15. Menyingkap lipatan sejarah PAS mulai 1955, bukan sahaja ulama yang bersama PAS, semua golongan lain bersama PAS. Dalam perjuangan, bergaduh, berbalah ada batasnya. Oleh itu, kena tarik brek tangan supaya tidak terlajak. 
16.Dalam tahun 2016, kita kemukakan budaya politik matang dan sejahtera. Ramai yang mahu berunding dengan kita. Kita bersedia dengan janji: ‘agree to disagree’ tetapi ada yang tidak ikut. 
17. Kita dapati musuh asal PAS sedikit berubah. Kita boleh bekerjasama atas asas kerjasama dan taqwa. Ini berdasarkan al-Quran. Yang berlaku kemudian antaranya ialah Usul RUU355. Speaker menangguhkan sidang dengan maksud supaya yang lain ada peluang memahami dengan mendalam. Detik terakhir sidang rakyat, kita ingatkan supaya jangan mainkan Islam. Kena ingat, YDP Agong angkat sumpah untuk jaga Islam. 
PAS sudah sediakan hujah, dokumen untuk berhujah dalam sidang, namun Allah menakdirkan sidang ditangguh. Ada yang bangun menghalang pembentangan usul. 
18. Kita sedih melihat akhlak sebahagian ahli Parlimen yang galak menentang pembentangan usul ini. 
19. RUU355 adalah tunggul yang dipacak, tidak laksana lagi. Ada kalangan ahli Parlimen lain yang menunjukkan sikap matang dengan bertanya lanjut tentang usul ini. Perkara ini sangat baik. 
20. Peringkat organisasi jemaah, susunlah tanzim dengan konsep haraki yang meliputi: al-imarah, syura, taat, bai’ah. Taat dan Wala bukan setia membabi buta tetapi kepada Islam. 
Kisah Khalid al-Walid yang dipecat dari jawatan panglima perang, dengan dilantik Abu Ubaidah Amir al-Jarrah menjadi panglima yang baru, namun Khalid al-Walid tidak lari dari perjuangan. 
Dalam sejarah PAS, ramai tokoh yang tidak terpilih kekal dalam PAS hingga ke akhirnya. 
21. Jangan lupakan al-Quran dan sunnah kerana ralit dan asyik dengan media baharu.
‘Pemimpin sebenarnya adalah khadam orang lain’ – HARAKAHDAILY 1/5/2017 
Catatan ucapan penggulungan oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek di Kompleks PAS Kedah
Sumber HD -1-5-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Takiyuddin kekal Setiausaha Agung PAS

SETIAUSAHA Agung PAS sesi lalu, Datuk Takiyuddin Hassan dilantik semula memegang jawatan itu untuk sesi 2017-2019. 
Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang berlagsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, petang ini. 
Sementara itu, Takiyuddin yang ditemui selepas itu menyatakan beliau menerima jawatan itu dengan penuh redha. 
"Dalam PAS, kita terima tanggungjawab dengan penuh redha dengan azam melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu. - HARAKAHDAILY 1/5/2017
Sumber HD - 1-5-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Saya berkewajipan untuk terus istiqamah

TIDAK terpilihnya saya dalam senarai calon naib-naib Presiden adalah tidak menjejaskan semangat juang saya bersama Islam. PAS akan terus maju ke hadapan dengan team kepimpinan yang lebih mantap dan saya akan terus bersama mendukung kepimpinan mereka untuk memacu perjuangan Islam meskipun hanya sebagai ahli biasa. 
PAS kaya dengan generasi pelapis dan mereka yang layak untuk memimpin dan menjadi pejuang tanpa mengira dimana posisi mereka. Berapa pun jumlah yang meninggalkan PAS seketika dulu, tidak menjadikan PAS lemah malah makin utuh, tenang dan mantap. 
Insya Allah, telah saya tegas dalam ucapan penangguhan saya sebelum pengumuman Lembaga Pemilihan Parti PAS Pusat, bahawa mudah-mudahan saya lah yang tidak terpilih memikul beban tanggungjawab yang berat ini dan saya akan terus memberi komitmen yang tinggi kepada perjuangan Islam yang digerakkan oleh PAS serta saya sekali-kali tidak akan mengikut jejak langkah G18 yang lari meninggalkan PAS selepas tewas. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Alumni AJK PAS Pusat - HARAKAHDAILY 1/5/2017
S umber HD -1-5-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Tahaluf PAS-PKR: Negeri perlu buat persediaan

BIARPUN muktamar menerima usul mengenai tahaluf siyasi dengan PKR yang bakal diputuskan Majlis Syura UlamaK, namun hubungan dengan parti itu masih lagi berjalan baik. 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata hubungan dengan PKR di Kelantan sehingga sekarang berjalan dengan baik, biarpun kadang-kadang ada masam manis. 
Bagaimanapun katanya, PAS setiap negeri perlu membuat persediaan sebelum Majlis Syura Ulamak membuat keputusan muktamad mengenai tahaluf siyasi dengan PKR. 
“Mungkin akan terjejas di negeri-negeri tertentu apabila hubungan dengan PKR dimuktamadkan. Misalnya di Kelantan dan Selangor masih ada lagi hubungan,” katanya pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kota Sarang Semut, Alor Setar, hari ini. 
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS berharap institusi pendidikan di bawah PAS perlu diselaraskan bagi memudahkan pengurusan. 
Menurutnya Pasti di bawah Dewan Pemuda dan Kolej Universiti Zulkifli Muhamad di bawah Dewan Ulama PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 1/5/2017
Sumber HD  - 1-5-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








Setiap cawangan perlu langgan Harakah

PENGERUSI Lembaga Pengarah Harakah, Ustaz Idris Ahmad berkata, sasaran PAS untuk meningkatkan pasaran akhbar milik parti, Harakah belum lagi mencapai matlamatnya lagi. 
Katanya, cetakan Harakah sekarang 40,000 naskhah setiap keluaran belum mencapai sasaran kempen 3B, (beli, baca dan beri) yang dijalankan sebelum ini. 
“Sepatutnya setiap cawangan PAS perlu melanggan 10 nashkah setiap keluaran. Ini  bermakna cawangan perlu peruntukan sebanyak RM16 sebulan untuk membeli Harakah. 
“Setiap cawangan perlu ada 10 orang membeli Harakah bagi pihak cawangan terbabit.
Organ parti itu dilanggan sekarang sekitar 15,000 naskhah dan selebihnya di jual di pasaran terbuka,” katanya yang juga Naib Presiden PAS pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kota Sarang Semut, Alor Setar. 
Beliau juga berkata sekiranya langgan dapat dipertingkatkan Harakah boleh cetak sehingga 70,000 naskhah setiap keluaran. 
Oleh itu beliau meminta kawasan membeli dan boleh dijual di pasaran terbuka terutamanya pada hari Jumaat bagi membolehkan maklumat disebar kepada ahli dan penyokong di bawah. - HARAKAHDAILY 1/5/2017
Sumber HD - 1-5-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








PRU14: Paling awal Sept 2017

PALING awal Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 dijangka diadakan pada September depan dengan mengambil kira cadangan persempadan pilihan raya yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilulus di parlimen pada Julai depan. 
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata cadangan persempadan baharu yang dibuat SPR perlu mendapat kelulusan parlimen sebelum dapat dilaksanakan. 
Katanya cadangan persempadanan itu tidak melibatkan pertambahan jumlah kerusi baru, sebaliknya hanya melakar semula kawasan pilihan raya sedia ada. 
“Biar pun begitu ada juga lakaran semula itu dianggap tidak sesuai dengan lokasi tertentu sehingga ada negeri yang membawa cadangan persempadan ke mahkamah,” katanya pada penggulung ucapan dasar presiden di Kompas, Kota Sarang Semut hari ini. 
Persidangan parlimen dalam tempoh terdekat hanya akan diadakan pada Julai depan.
Persempadanan yang dicadang SPR bagaimanapun dibantah kerajaan Selangor dan membawa kes tersebut ke mahkamah. 
Mustafa juga berkata, paling lewat PRU ke-14 akan diadakan pada Jun 2018 setelah genap lima tahun selepas PRU ke-13. 
“Sekiranya tarikh tersebut tidak diadakan pembubaran parlimen, bermakna tempoh penggal ke-13 akan berakhir dengan sendiri,” katanya. 
Menurutnya juga Kelantan menjadi kubu paling PAS di negara kita dan ia juga boleh menjadi petunjuk kepada kekuatan sebenar PAS. 
Pengerusi  Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki pula  berkata, PAS melancarkan Dokumen Hijau yang menawarkan pelbagai tawaran bagi menyelesaikan masalah rakyat menurut kaedah Islam. - HARAKAHDAILY 1/5/2017
Sumber HD - 1-5-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Tahaluf PAS-PKR: MSU mesyuarat secepat mungkin

MAJLIS Syura Ulamak (MSU) akan mngadakan mesyuarat secepat mungkin bagi merungkai kekusutan tahaluf siasi yang menghubungkan PAS dengan parti-parti yang lain. 
"Insya Allah keputusan yang dibuat sebelum ini mengikut ilmu siasah syariyyah sehingga kita ada hubungan dengan parti yang lain," ujar Setiausaha MSU, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika menyampaikan ucapan penggulungan pda Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, petang ini. 
Katanya, keputusan yang dibuat itu adalah satu kematangan kerana ia adalah terjemahan ilmu siasah syariyyah yang menjadi tonggak kepada kemuliaan kepada PAS. 
Beliau turut menyampaikan suara hati MSU apabila PAS memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) merupakan satu gagasan yang sangat besar yang menjadikan PAS mampu berada di landasan yang sebenar menuju kemenangan.
Justeru, beliau mengharapkan apa yang diputuskan oleh MSU dan kepimpinan PAS Pusat diberikan walak sepenuhnya untuk mendepani PRU14. 
Semalam, para perwakilan muktamar bersetuju sebulat suara menerima usul tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR diputus tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak berdasarkan kepada perlembagaan PAS. - HARAKAHDAILY 1/5/2017
Sumber HD - 1-5-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 









Keputusan pemilihan JK Kerja PAS Pusat sesi 2017-2019

PENGERUSI TETAP
1) Hussin Ismail (Menang Tanpa Bertanding – MTB)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Ustaz Kamal Shaari (MTB)

PRESIDEN
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (MTB)

TIMBALAN PRESIDEN
1) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (MTB)

NAIB PRESIDEN (3)
1) Ustaz Idris Ahmad (1062)
2) Datuk Mohd Amar Abdullah (950)
3) Datuk Iskandar Abdul Samad (703)
4) Ustaz Nasruddin Hassan (478)

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) Najib Mat (MTB)
2) Mat Syukor Abd. Aziz (MTB)

 AHLI JAWATANKUASA KERJA (18)
1) Dr Riduan Mohd Noor (970)
2) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (932)
3) Datuk Mohd Nassuruddin Daud (970)
4) Dr Mohd Zuhdi Marzuki (878)
5) Ustaz Sallehen Mukhyi (848)
6) Razman Zakaria (730)
7) Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (1005)
8) Dr Rosni Adam (752)
9) Mohamad Sanusi Md. Nor (606)
10) Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan (1001)
11) Dr Najihatussolehah Ahmad (887)
12) Ustaz Mokhtar Senik (724)
13) Ustaz Abdullah Hussin (666)
14) Muhtar Suhaili As-Sarawaki (618)
15) Ustaz Zaharuddin Muhammad (583)
16) Ustaz Norazli Musa (565)
17) Zainal Abidin Kidam (450)
18) Mohamad Noor Mohamad (559)
19) Dr Mohd Fuad Salleh (496)
20) Dr Halimah Ali (872)
21) Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi (797)
22) Ustaz Ahmad Yahya (612)
23) Kamaruzzaman Mohamad (715)
24) Ustaz Misbahul Munir Masduki (639)
25) Dr Azman Ibrahim (730)
26) Ustaz Saiful Bahri Mamat (556) 
Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong. - HARAKAHDAILY 1/5/2017
Sumber HD -1-5-2017









-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









PAS Selangor Akan ‘Dengar Dan Patuh’













ALOR SETAR – Seluruh perwakilan Selangor hari ini bangun bagi menyatakan sokongan kepada pimpinan PAS Pusat dan menegaskan mereka akan sami’na waato’na (dengar dan patuh) kepada arahan pimpinan pusat.

Permintaan itu dibuat oleh wakil Selangor, YB Zaidi Abdul Talib ketika bangun membahaskan usul menyokong ucapan dasar Presiden PAS dalam sesi pagi semalam.

Pengakuan oleh wakil Selangor ini jelas memberikan isyarat jelas bahawa PAS Selangor tidak takut dengan ugutan dan ancaman daripada sesiapapun, tetapi ketaatan kepada pucuk pimpinan adalah keutamaan mereka.

Beliau sebelum itu telah menyenaraikan kejayaan-kejayaan PAS Selangor ketika diberi pinjaman kuasa oleh Allah kepada hadirin bagi membuktikan bahawa PAS boleh memerintah dengan baik.
Antara kejayaan yang disebut beliau ialah sebanyak enam buah Maahad Tahfiz Integrasi Sains telah berjaya dibina di Selangor dan sebuah maahad tahfiz mandarin bagi membuka ruang kepada rakyat memilih aliran agama yang moden.

Setelah 2008, Jakim turut mengisytiharkan bahawa masjid-masjid di Selangor adalah yang paling makmur di seluruh Malaysia, Selangor juga mengiktiraf hakim syarie Malaysia dan inilah katanya sebagai kejayaan Islam.

Ahli-ahli PAS menurut beliau, mesti berperanan, menjadi golongan yang bemanafaat kepada seluruh makhluk Allah sebagaimana yang disarankan oleh rasulullah saw, jangan hanya berdiam diri.

“Ahli-ahli PAS yang faham, tak perlu isi borang Umno untuk sokong Umno, tak perlu isi borang Pan untuk sokong Pan, begitu juga DAP,

“Tetapi cukup dengan hanya berpeluk tubuh sahaja, sudah dikira membantu dan menyokong Umno, Pan dan DAP,” tegas beliau

Tambah beliau lagi, jika lebih 800 ribu ahli PAS yang ada, menjalankan tugas masing-masing, PAS akan beroleh manafaat yang banyak.

Beliau yang kemudiannya mencuit perhatian semua dengan menyanyikan sebahagian lagu tamil nyanyian pelakon lagenda filem Tamil, MGR yang menyebabkan Ketua Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP), N. Balasubramaniam ketawa.

Sumber BO - 1-5-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lima Seruan Untuk PAS Mendepani PRU 14
Posted on Monday, May 01 @ 11:00:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34765


Oleh: Asyraf Hanif

ALOR SETAR, 1 Mei – Wakil Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Daud menegaskan lima langkah yang perlu diambil dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam usaha mengambil alih pentadbiran negara yang semakin rosak, beliau telah mencadangkan untuk PAS di setiap kawasan dan negeri seluruh Malaysia mempergiatkan usaha penerangan kepada rakyat tentang solusi yang dibawa PAS seperti Dokumen Hijau.

Beliau berpandangan, rakyat pada hari ini sudah jemu kepada “politikus yang hanya menabur janji tanpa ada bukti yang boleh merubah negara.”

Dokumen Hijau merupakan salah satu penyelesaian yang disediakan PAS dalam mendepani masalah yang melanda negara terutama sekali dalam bidang ekonomi.

Beliau juga menekankan kepada ahli-ahli PAS untuk menjadikan karya-karya ulamak silam seperti Ahkam Sultaniah, Qawaid al-Ahkam, Al-Kharaj sebagai suatu silibus kuliah-kuliah haraki atau usrah di peringkat negeri.

Beliau menyifatkan dengan menjadikan buku-buku ini sebagai silibus pengisian, fikiran ahli-ahli PAS akan lebih terbuka didalam membina negara sejahtera.


Beliau juga menyeru kepada kawasan-kawasan PAS seluruh negara untuk mempergiatkan usaha melahirkan lebih ramai jentera yang mahir berbahasa Tamil dan Mandarin.

Seterusnya, dalam keadaan pembangunan teknologi sosial, beliau menyarankan untuk PAS membina dan mencipta silibus dalam pendidikan media baharu.

“Hari ini ramai pelayar media-media baru yang menjadi pendusta sehingga pendustaan ini sampai ke seluruh dunia,” tegas beliau dengan memetik sebuah hadis Nabi.

Akhirnya, beliau menegaskan PAS akan meneruskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera walau apa pun persepsi yang dilontarkan oleh pihak kawan atau lawan.

Pada zaman kekeliruan antara haq dan bathil ini, beliau menegaskan perlunya sesi penerangan yang banyak dalam menghadapi serangan untuk menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.

Di akhir ucapan beliau memetik kata-kata pejuang Islam Syed Qutb untuk menaikkan semangat ahli-ahli PAS.

“Sesungguhnya kemenangan sudah berada di atas kepala hanya menunggu seruan kun fayakun, maka jangan sibukkan diri kamu dengan bertanya bila kemenangan akan tetapi sibukkan diri kamu dengan bertugas di posisi masing-masing menerangkan yang hak dan batil. 

Sumber TKO - 1-5-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Penutup Muktamar Ke-63 Membuka Tirai
Posted on Monday, May 01 @ 10:56:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34764


ALOR SETAR, 1 Mei – Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 memasuki hari terakhir pagi dengan kehadiran para perwakilan dan pemerhati yang masih setia bersama program tiga hari itu.

Pengerusi tetap, Tuan Haji Hussin Ismail memulakan alu-aluan beliau dengan menyebut beberapa nama pimpinan PAS yang telah kembali ke Rahmatullah antaranya Al-Marhum Tuan Guru Harun Taib dan Al-Marhum Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat.



Cuaca panas dan cerah mengiringi perjalanan majlis yang dijadualkan bakal berakhir dengan agenda keenam; iaitu Ucapan Penggulungan para pimpinan dan ucapan penangguhan Presiden.


Keputusan pemilihan juga akan diumumkan hari ini yang menyaksikan para perwakilan menggunakan aplikasi undian elektronik ‘E-Voting’ ketika membuang undi kelmarin.

Sumber TKO - 1-5-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------





PRU14: PAS senarai Kedah di divisyen 1

KEDAH diletak pada senarai divisyen satu yang disasarkan PAS pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata negeri itu menjadi tumpuan sekali lagi sebagai negeri yang boleh dimenangi PAS. 
Oleh itu, kata beliau bagi membolehkan kemenangan dicapai petugas PAS perlu bekerja kuat dari sekarang lagi. 
"Sedih kalau ada dalam kalangan kita yang tidak bekerja untuk membolehkan meraih kemenangan tersebut," katanya pada ceramah perdana di pekarangan Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut malam tadi. 
Hadir sama Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Ketua  Penerangan, Ustaz Nasrudin Hassan, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhrudin Sheikh Fakulrazi dan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Ustaz Md Rejab Md Akhir. 
Orang ramai memenuhi khemah tempat berlangsung ekspo muktamar sehingga begitu sendat. Khemah tersebut boleh memuat kira-kira 1,200 orang. 
Sebelum ceramah dimulakan orang ramai yang hadir dihiburkan persembahan qasidah, selawat dan nasyid pelajar sekolah tahfiz. Manakala Faiz Fadli mengalunkan nasyid secara solo. 
Sebelum ini, banyak pemimpin membayangkan Kedah mampu ditawan kembali PAS pada PRU kali dengan perkembangan yang berlaku sekarang. 
Perpecahan Umno memberi kelebihan kepada PAS, biarpun pada masa yang sama menghadapi saingan dengan Pakatan Harapan. 
Sebelum Timbalan Presiden PAS memulakan ceramah malam tadi hujan agak lebat turun diselangi tiupan angin sehingga menggoyangkan lampu yang digantung dalam khemah. 
Orang ramai yang berada di luar pula terpaksa mencari tempat berteduh. Tiupan angin juga menyebabkan hujan tempias ke dalam khemah. 
Dr Ahmad Fakhrudin juga yakin muktamar di Kedah menjadi momentum untuk membolehkan PAS kembali mentadbir negeri ini. - HARAKAHDAILY 1/5/2017                      
Sumber  HD - 1-5-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muktamar PAS: Sesi Perbahasan Diteruskan Dalam Gelap
Posted on Sunday, April 30 @ 23:12:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34761


ALOR SETAR: Hampir semua lampu dalam dewan terpadam ketika sesi perbahasan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-63, sedang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Ahad.


Masalah itu berlaku ketika perwakilan PAS dari Perlis mahu memulakan perbahasan.
Namun sesi perbahasan itu tetap diteruskan dalam keadaan bergelap.

Kesemua perwakilan yang berada di dalam dewan kelihatan tenang dan tidak berganjak meninggalkan dewan memandangkan sistem pembesar suara tidak terjejas dengan masalah tersebut.

Punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, tetapi dipercayai melibatkan masalah teknikal.

Sumber TKO - 30-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS paling berintegriti dalam blok pembangkang
Posted on Sunday, April 30 @ 16:55:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34757

ALOR SETAR: PAS adalah model integriti dalam blok pembangkang, berbanding DAP dan PKR yang sering terpalit dengan pelbagai skandal rasuah serta penyelewangan kuasa. Perwakilan Dewan Pemuda PAS, Hishamuddin Abdul Karim, berkata parti itu sering menjadi 'lubuk' untuk dilemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas demi mencalar imej dan kredibiliti dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, katanya, takdir Allah menentukan setiap tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS adalah palsu, selain membongkar salah guna kuasa dan skandal rasuah 'parti sekutu'.


"Ketika PAS terpalit dengan tuduhan menerima dana RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ketua Angkatan Muda Keadilan (Datuk Adam Rosly) pula ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Ketika PAS dituduh pemakan dedak dan rasuah, Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) pula terpalit dengan skandal salah guna kuasa yang dikaitkan kes pembelian banglo mewah bawah harga pasaran.

"Ini membuktikan pemimpin PAS adalah model berintegriti tinggi dan bertanggungjawab terhadap rakyat, berbanding parti lain dalam blok pembangkang," katanya pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden sempena Muktamar PAS Ke-63, di sini

Hishamudin berkata, PAS juga tidak pernah membuat 'drama' untuk meraih simpati pengundi sebagai bekal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, PAS tidak pernah gentar untuk berseorangan dalam blok ketiga menjelang PRU-14 seperti dimomokkan segelintir pihak.

"Kami tidak pernah takut kerana sudah beberapa kali darah pejuang PAS mengalir di bumi ini, termasuk dalam peristiwa Memali dan Lubuk Merbau.


 "Jangan jadi ibarat segelintir pihak yang apabila ditangkap ketika keadaan tidak bergari, tetapi berlakon seperti digari," katanya.

Sumber TKO - 30-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memali bukti PAS tak takut lawan Umno,
Posted on Sunday, April 30 @ 16:26:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34754


Oleh Faiz Zainudin

ALOR SETAR: Perwakilan Pemuda PAS hari ini menempelak Pakatan Harapan (PH) yang menuduh mereka tidak berusaha menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).Pembahas Hisyamudin Abdul Karim berkata peristiwa Memali 1985, yang menyaksikan pertembungan antara ahli PAS dan pihak berkuasa, membuktikan mereka bukan golongan penakut.

“Kami ingin beritahu lawan kami, dulunya kawan kami (PH), penakut ini dalam melawan kerajaan BN mencatatkan sejarah di bumi Memali…darah syuhadah mengalir kerana melawan Umno dan BN,” kata ahli PAS Terengganu itu, yang juga Adun Tepoh.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucaptama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Dalam kejadian di Kampung Memali, Kedah 19 November 1985, 14 orang terkorban

mempertahankan Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), dalam operasi untuk menangkap ahli PAS itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau dikehendaki selepas didakwa mewujudkan perpecahan masyarakat. Peristiwa ini juga dikatakan terkait dengan “Amanat Haji Hadi” 1981. Empat orang polis terbunuh dalam kejadian itu.

Sementara itu, Hisyamudin berkata partinya model integriti dalam kalangan pembangkang, berbanding DAP dan PKR yang terpalit skandal rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Dalam keadaan pemimpin PAS dipalit menerima RM90 juta duit 1MDB tiba-tiba ketua Ketua AMK Ampang pula ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dalam keadaan PAS dituduh pemakan ‘dedak’, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terpalit pembelian (banglo) dengan harga murah.

“Tetapi pemimpin PAS yang memegang tanggungjawab memerintah negeri langsung tidak terlibat dengan sebarang skandal (atau) diheret SPRM,” katanya.

Sebelum ini Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkaitan 1MDB.

Dalam akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 13 April 2017 Rafizi berkata perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai “kanan” SPRM yang terlibat dalam siasatan mengenai dakwaan salah guna dana 1MDB.


Rafizi turut mendakwa Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali pernah berjumpa bekas pegawai SPRM itu untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan itu.-FMT

Sumber TKO - 30-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muktamar Pas: DAP musuh lebih besar berbanding UMNO - Perwakilan
Posted on Sunday, April 30 @ 16:39:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34755

ALOR SETAR: Perwakilan Pas Pulau Pinang hari ini menyifatkan parti DAP sebagai musuh parti itu yang jauh lebih besar berbanding parti UMNO.

Menurut Yusni Mat Piah, ini dapat dilihat menerusi tindakan DAP yang secara berulang kali menentang agenda Islam yang dibawa oleh Pas dengan mengambil contoh pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1963 atau RUU 355 yang dibawa oleh Pas.


"Kita tidak perlu kemuka hujah yang banyak.

"Terbaru, kita lihat bagaimana mereka (DAP) menentang pelaksanaan RUU355," katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden di hari kedua Muktamar Pas Pusat Ke-63 di sini hari ini.

Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Pas menolak bekerjasama dengan DAP kerana konsep dan prinsip parti berasaskan kaum Cina itu yang rasis dan terang-terangan menolak Islam, sekali gus bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.


 Abdul Hadi turut memberikan contoh tentang usul pindaan RUU 355, yang ditentang DAP sejak awal lagi. -A/awani

Sumber TKO - 30-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PKR, AMANAH anggap 'monyet berserban' cubaan sabotaj
Posted on Sunday, April 30 @ 11:47:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34751



PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah menganggap tindakan menggantung patung monyet berserban di tepi jalan menuju Kompleks PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar sebagai tindakan sabotaj.

Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail menyifatkan tindakan meletakkan patung monyet berkenaan bersama bendera PKR dan AMANAH sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

"Ini disabotaj oleh seseorang. Kita tidak pernah menyerang orang secara peribadi. Kita akan ambil tindakan jika ada di kalangan ahli kita yang terlibat.

"Kita naikkan bendera (di kawasan itu) sebab kita ada program dengan (Naib Presiden PKR) Rafizi (Ramli) di Kuala Kedah," katanya kepada Malaysiakini.

Bagi Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, beliau tidak tahu siapa melakukan perbuatan itu dan menganggap ia dilakukan kumpulan sama yang menggantung kain rentang 'harumanis'.

Jelasnya, AMANAH negeri sejak 17 Januari lalu lagi secara berterusan memperkenalkan parti itu dengan menaikkan bendera di pelbagai kawasan antaranya Kuala Kedah, Alor Setar dan Kota Sarang Semut.

"Kita pun tak tahu siapa yang letak patung dan selendang PAS tu. Kita tak tahu siapa buat.

"Mungkin kumpulan yang sama buat ini (kain rentang). Kain rentang itu cukup banyak. Di sekitar Batu 9 dan Jalan Kuala Kedah," katanya.

Mahfuz tak terasa hati

Sementara itu, bagi Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, beliau memberitahu bahawa kain rentang tersebut tidak memberi kesan kepada dirinya.

Malah, katanya, semangat beliau untuk terus berusaha menyedarkan pemimpin dan anggota PAS tentang pentingnya bersama Pakatan Harapan tidak luntur.

"Saya ucap terima kasih pada orang yang buat benda ini. Saya tak terasa hati apa-apa pun.
"Tak terkesan sedikit pun semangat saya untuk terus berusaha menyedarkan pimpinan dan anggota PAS tentang pentingnya untuk bersama Pakatan Harapan.

"Walaupun pimpinan PAS mahu putuskan hubungan dengan PKR dan menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan tetapi saya percaya majoriti anggota PAS mahu bersama Pakatan Harapan," katanya.

Hari ini Malaysiakini melaporkan, hari pertama persidangan Muktamar Tahunan PAS ke-63 dicemari dengan seekor patung monyet berserban yang ditemui tergantung di sebatang pokok.

Patung monyet yang lengkap berserban, berkaca mata serta diletakkan 'misai' itu digantung di atas pokok di Jalan Tandop yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kompleks PAS Kota Sarang Semut.

Di kawasan berlainan, satu kain rentang yang memaparkan tiga wakil rakyat PAS negeri digesa keluar dari parti Islam tersebut ditemui digantung di Jalan Putra, Alor Setar.

Tiga pemimpin yang digelar sebagai 'harumanis' itu merupakan anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, bekas Yang Dipertua PAS Kuala Kedah serta ADUN Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta ADUN Kubang Rotan Nasir Mustafa.

Sumber TKO - 0-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muktamar Pas: Berhati-hati dengan Tun Mahathir - Perwakilan
Posted on Sunday, April 30 @ 11:18:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34750



Oleh Hafiz Marzukhi

ALOR SETAR: Anggota Pas diingatkan untuk berhati-hati dengan 'muslihat' Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perwakilan Pas Johor, Nazari Mokhtar berkata ini kerana 'hasrat sebenar' Dr Mahathir sukar dibaca dan beliau bimbang tindak tanduk bekas perdana menteri itu hanya membantu menyelamatkan kerajaan sedia ada.

"Oleh itu, tindakan kita untuk tidak bersama PPBM adalah satu tindakan yang tepat.


"Ini adalah masanya untuk kita meraih undi Melayu. Kalau kita tidak berhati-hati, Pas akan kehilangan sokongan dari pengundi Melayu," kata Nazari sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden Pas ketika hari kedua Muktamar Pas Pusat hari ini.
Nazari turut menyelar Dr Mahathir dan menyifatkan pemimpin PPBM itu sebagai 'Mr U-Turn' kerana mengubah pendirian berhubung kerjasama dengan Pas.

Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu  tidak berhasrat untuk memulakan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sidang medianya, Abdul Hadi berkata PPBM dilihat tiada arah dan tidak mempunyai wawasan kepimpinan yang jelas.

MEMPERKASAKAN DHPP

Sementara itu seorang lagi perwakilan Pas menggesa pimpinan parti untuk memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dalam usaha menterjemahkan 'Sejahtera Bersama Islam' kepada rakyat umum.

Perwakilan Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata DHPP ialah komponen penting dalam menunjukkan Pas sebagai parti yang sesuai untuk mentadbir negara.

"Setiap kawasan wajar mengukuhkan DHPP masing-masing.

"Saya berharap kita dapat menarik lebih ramai lagi ahli DHPP daripada kaum Tionghua," kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar Presiden.

Pendapat tersebut dikongsi perwakilan dari Melaka, Abdul Halim Mydin yang turut mencadangkan ahli DHPP diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum nanti.

"Ini penting dalam usaha Pas untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam PRU nanti," kata Abdul Halim.

Muktamar Pas Pusat masuk hari kedua dan dijadualkan berakhir esok.-A/awani 


Sumber TKO - 30-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ribut kencang ketika azan Maghrib
Posted on Sunday, April 30 @ 11:13:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34749




Oleh ASLANI M

Tempat jualan (ekspo) yang menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU-Haraki) dan agensi kerajaan terbalik. Begitu juga khemah jualan Harakah.

Ribut bermula selepas hujan agak lebat. Hujan lebat juga turun di sekitar bandar Alor Setar petang semalam.

Ketika muktamar ditangguhkan kira-kira jam 3 petang semalam, cuaca masih lagi terang di sebalik awam kelabu yang kelihatan dari jauh.

Seramai 19 orang dilaporkan cedera akibat kejadian itu yang melanda kira-kira jam 7.25 malam.
Seramai 13 daripada mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah termasuk seorang dilapor tidak sedarkan diri.

Pagi ini, Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob bersama anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi melawat tempat kejadian.

Hadir sama isteri Menteri Besar Datin Zubaidah Abdul Hamid. Ustaz Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS diberi penjelasan mengenai kejadian malang tersebut oleh anggota Jabatan Amal.

Muktamar di Kota Sarang Semut itu juga berlangsung Karnival Kelantan yang mempamerkan pelbagai kejayaan dan produk yang dibawa dari negeri Serambi Mekah.

Agensi-agensi kerajaan negeri pula mempamerkan pelbagai aktiviti termasuk projek hartanah, perladangan, skim beras al Itaam, produk Kelantan Biotech Corporation dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun kejadian itu cuba digambarkan musuh Islam dengan imej negatif memandangkan PAS dikatakan mahu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Sedangkan pada muktamar semalam tiada sebarang perbahasan mengenai sebarang isu kecuali ucapan dasar presiden dan pembentangan laporan muktamar tahun lepas.

Gambaran negetif juga memenuhi fb pihak yang bersekongkol dengan musuh gerakan Islam, turut memaparkan pelbagai imej buruk terhadap PAS. - 

Sumber TKO - 30-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Badai Melanda Muktamar Semalam
Posted on Sunday, April 30 @ 10:30:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34747


Oleh Abu Asim Aysarfathi Almemali

Saya sedang sibuk dengan persiapan Majlis Makan Malam Kompleks PAS Kedah sempena Muktamar PAS Kali ke 63 di dalam khemah murquee tent petang Kelmarin. Selepas itu keluar dari khemah untuk.msuk ke pejabat.


See Khairul Nizar Dan keluarga sedang makan di khemah gerai tepi merquee tent dan jemput saya untuk Makan bersama.


Tak lama kemudian Dato' Dr Hamdan juga bersama family sampai Dan join kami , kemudian datang pula Awang Salahuddin Dan Badrul Hisham dari unit kebersihan duduk bersama sampai menikmati kotiew goreng dari food truck.

Semasa sedang makan , tiba-tiba datang satu tiupan badai yang kuat. Kelihatan satu objek besar melayang tinggi diudara seperti sehelai Kain besar sedang melayang diudara.

Rupa-rupanya khemah besar KU Haraki sedang melayang keudara Dan menghempap deretan khemah gerai disebelahnya. Kejadian berlaku Hanya sekitar 15_20 saat sahaja. Suasana Jadi tergamam seketika.

Kemudian baru saya Dan kawan meluru untuk memastikan keaadan dan mencari mangsa yang terperangkap.

Kelihatan Muhammad Sanusi Md Nor telah pun Berada disitu. Beliau mengarahkan kerja mencari Dan menyelamat dilakukan Segera. Petugas Jabatan Amal bertindak pantas masuk dicelahan runtuhan untuk mencari mangsa.

Hujan lebat mula mencurah Dan angin kuat mula menerpa. Untuk memastikan keselamatan semua diarah masuk kedalam Dewan. Mangsa yang cedera diberikan rawatan segera oleh unit rawatan Dan Amal Medic.

Pihak bomba JPAM, Dan Hospital dihubungi. Duah buah Ambulance Jabatan digunakankan untuk menghantar mangsa yang cedera, sementara menunggu ambulance agensi lain datang. Pengunjung dan orang ramai dihimpun didalam Dewan . Mereka diberikan Taklimat prosedur keselamatan Dan ditenangkan oleh pimpinan. Dato' Najmi telah memberi tazkirah ringkas.

Setiausaha Agung juga Memberi Taklimat berkenaan situasi berlaku. Jabatan Amal menguruskan senarai orang hilang Dan cedera. Pihak bomba datang Dan membuat pemeriksaan. Kawasan ditutup untuk keselamatan. Mesyuarat khas Segera dilakukan untuk tindakan lanjut. Unit Amal berkawal dikawasan bencana. Air minuman diagihkan.Suasana terkawal dan Selamat.
Terima kasih kepada semua yang membantu.

Sumber : FB Abu Asim Aysarfathi Almemali

Sumber TKO - 20-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hati-Hati Dengan Kenyataan Berunsur Perkauman
Posted on Sunday, April 30 @ 10:19:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34746


Oleh: Nik Nasri

ALOR SETAR, 30 April -Perwakilan Negeri Sembilan mengingatkan pimpinan dan ahli PAS supaya tidak terpengaruh dengan artikel atau tulisan yang berbaur perkauman.


Katanya, tidak mustahil ia adalah permainan ‘cybertrooper’ atau cubaan untuk memerangkap PAS.

Justeru pesannya, jauhi dan hati-hati dengan artikel atau tulisan tersebut.

PAS selaku parti politik terbesar di Malaysia, tindak tanduk kita sering diperhatikan oleh semua.
Sebagai entiti dakwah, kalau berlaku satu isu yang melibatkan parti politik kita, ada dikalangan kita terus menyerang, sedangkan itu perangkap.

Jangan termakan dengan umpan. Seandainya berlaku sesuatu isu, kita sebagai pemimpin perlu ambil jalan menutup atau memberi pencerahan kepada ahli dengan segera.

Seringkali kita mempersoalkan wakil rakyat BN di mana mereka waktu susah.


 Hari kita lihat pimpinan BN yang sudah pegang penyaru, turun padang, apakah tindakan yang kita buat setakat ini, adakah kita telah mengambil tindakan sewajarnya Rakyat nak lihat pimpinan terus turun ke padang.

Sumber TKO - 30-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Prosiding fitnah terhadap Sarawak Report demi maruah Pas - Abdul Hadi
Posted on Sunday, April 30 @ 10:09:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34745



ALOR SETAR: Pas akan bertindak terhadap mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan maruah parti Islam itu dengan kenyataan fitnah dan tidak betul, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mengulas tindakan parti tersebut yang memulakan prosiding fitnah di Mahkamah Tinggi London terhadap Sarawak Report yang berpangkalan di London itu, beliau berkata pihaknya akan mengkaji perkara berkenaan secara menyeluruh bagi membuktikan kebenaran.

 "Kita bertindak sebagai menjaga maruah kita, apatah lagi itu kenyataan-kenyataan bohong dan tak betul. Kita mesti buktikan kebenaran. Tetapi bila menyentuh perasaan, contohnya akhbar Nanyang Siang Pau yang menyiarkan gambar kartun baru-baru ini, keterlanjuran seperti itu, boleh kita maafkan.

"Tetapi laporan Sarawak Report berkait dengan maruah. Ini kita bertindak...ia berbeza, kita kena faham," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-63, di sini hari ini.

Prosiding fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, pengasas dan editor Sarawak Report itu difailkan pada 21 April bagi mendapatkan ganti rugi dan satu perintah injunksi berikutan penyiaran satu artikel fitnah dalam laman sesawang Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Abdul Hadi telah melantik dan mengarahkan peguamnya yang berpangkalan di London, Carter-Ruck, untuk menghantar surat aduan kepada Rewcastle Brown pada akhir 2016 agar artikel fitnah itu dibuang dan menyiarkan pernyataan mohon maaf, namun tiada respons sehingga kini.

-- BERNAMA 


Sumber TKO - 30-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                

Perbahasan Muktamar Tahunan Pas ke-63 bermula dengan nada sedih
Posted on Sunday, April 30 @ 09:45:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34744


ALOR SETAR 30 April - Perbahasan Perbahasan Muktamar Tahunan Pas ke-63 ekoran kejadian ribut yang melanda tapak ekspo di Kompleks Pas Kedah lewat petang semalam.
Sesi perbahasan dimulakan dengan taklimat oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengenai kejadian yang menyebabkan 18 orang cedera tersebut.

Takiyuddin memberitahu, kejadian tersebut merupakan kejadian yang tidak dijangka, namun, tindakan pantas Badan Amal Pas berjaya mengawal keadaan dan membantu mereka yang terlibat.
"Seramai 3,000 orang berada di kawasan sekitar Kompleks Pas Kedah itu semasa kejadian berlaku.
"Pihak Panitia Muktamar Tahunan PAS ke 63 melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut yang berlaku di Kompleks PAS Kedah sejurus selepas azan Maghrib dan mendoakan kesejahteraan mereka," katanya dalam ucapan yang disampaikan sebelum perbahasan bermula.

Takiyuddin juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu dalam kejadian itu terutamanya Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat, petugas Hospital Sultanah Bahiyah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.-U/M

Sumber TKO - 30-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Ribut: Takziah, moga Allah ganti dengan yang lebih baik

1. SAYA mewakili Kelab Usahawan Haraki (Ku-Haraki) di bawah Lajnah Ekonomi PAS Pusat mengucapkan takziah kepada beberapa pengunjung dan peniaga yang cedera akibat musibah ribut yang berlaku di gerai pameran dan jualan Muktamar PAS semalam. 
2. Juga takziah kepada para peniaga dan ahli Kelab Usahawan Haraki yang diuji dengan risiko kerosakan dan kerugian harta benda. 
3. Moga Allah kurniakan pahala kesabaran dan menggantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik di dunia dan di akhirat. 
4. Nabi SAW bersabda: 
 مَا مِنْ عَبْدٍ  تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ : إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي فِي مُصِيبَتِي ، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا ، إِلَّا أَجَرَهُ اللَّهُ فِي مُصِيبَتِهِ ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا "  ، 
"Mana-mana hamba yang ditimpa dengan musibah lalu berkata: (inna lillah wainna ilaihi raji'un -sesungguhnya kita milik Allah dan pasti kepadaNya kita kembali-,  
Ya Allah berilah pahala kepadaku pada musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya), pasti Allah berikan pahala pada musibahnya dan pasti Allah gantikan untuknya yang lebih baik daripadanya". (Hadis riwayat Muslim) 
5. Moga ada hikmah yang besar daripada musibah ini untuk kebaikan kita, umat Islam dan perjuangan ini. 
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pusat
Ahad, 30 April 2017 - HARAKAHDAILY 30/4/2017
Sumber HD - 30-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





GST: Perjuangan PAS kini diakui Mufti

PENENTANGAN secara konsisten PAS terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kini turut mendapat persetujuan mufti apabila juga kini telah bersuara mengenainya. 
Perwakilan Wilayah Persekutuan, Farhan Mohd Zain berkata kerajaan perlu kepada penyelesaian secara Islam bagi memperkenalkan cukai kepada rakyat. 
“Malah PAS telah mengeluarkan Dokumen Hijau sebagai  pilihan alternatif  bagi menyelesaikan isu percukaian di negara ini. 
“Sejak awal lagi PAS menjelaskan GST  adalah tidak berlandaskan syarak. Sepatutnya kita mempunyai kaedah alternatif daripada GST sekarang,,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden pada muktamar petang ini. 
Misalnya kata beliau cukai  korporat yang dipunggut kerajaan sekarang lebih RM38  Bilion lebih besar berbanding kutipan GST. 
Mufti Pulai Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini dilapor berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram dan bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam. 
Menurutnya pelaksanaan GST oleh kerajaan telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah. - HARAKAHDAILY 30/4/2017
Sumber HD - 30-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





4 usul diterima, 1 ditolak

MUKTAMAR Tahunan PAS ke-63 petang tadi meluluskan empat usul selepas dibahas perwakilan, manakala satu usul ditolak kerana dianggap bertentangan dengan perlembagaan PAS. 
Usul yang dilulus berkaitan membebaskan Baitul Maqdis yang dibawa anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Noor, tahaluf siyasi dengan PKR dibentang wakil Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zulkifli Ismail, usul syarikat berkaitan kerajaan iaitu Felda dan Tabung Haji yang dibawa wakil Dewan Muslimat PAS Pusat.
Selain itu usul mengenai menjaga sensitiviti agama dan kaum dibawa wakil Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Mohamad Ibrahim. 
Bagaimanapun usul memperkasakan parti oleh PAS Bukit Katil ditolak muktamar kerana dianggap bertentangan dengan perlembagaan parti. 
Wakil PAS Pengkalan Chepa, Nik Bahrum Nik Abdullah dan wakil Kuala Kedah, Abdul Aziz Hussin menyifatkan usul tersebut tidak sesuai dilaksanakan kerana jawatan utama di peringkat pusat atau negeri di bawah bidang kuasa presiden. 
Usul terbabit sebelum itu mahu jawatan utama termasuk setiausaha, bendahari, ketua penerangan pengarah pilihan raya dan pengarah IT hendaklah melalui proses pemilihan yang ketat. 
Menjelaskan lanjut isu berkenaan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pelantikan jawatan utama di peringkat pusat dan negeri dilantik dalam mesyuarat dengan dipersetujui presiden. 
Sehubungan itu usul tersebut ditolak biarpun dianggap Pengerusi Tetap, Husin Ismail sebagai mempunyai niat baik bagi memantapkan lagi organisasi PAS.
Sumber HD - 30-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





DHPP setia mendukung perjuangan PAS

DEWAN Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyatakan kesediaan membantu PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang kini berdepan dengan musuh yang pelbagai. 
Wakil DHPP, Suria Narayanan berkata, bagi merealisasikan hasrat itu DHPP berharap Badan Perhubungan Negeri dan PAS kawasan hendaklah sentiasa bekerjasama dengan dewan itu. 
"Kami tidak mahu jawatan atau kerusi. Kami juga tidak akan melompat parti seperti yang pernah dilakukan bekas pemimpin PAS yang kini menyertai parti lain. 
“Saya sayang kepada  mereka kerana pernah bersama kita sebelum ini. Jadi saya berharap kepada Tuhan supaya mereka kembali semula kepada PAS,” katanya pada perbahasan ucaptama Presiden pada muktamar petang tadi. 
Suria berkata biarpun mereka meninggalkan PAS, namun beliau dan rakan-rakan dalam DHPP tetap istiqomah bersama PAS sehingga ke hari ini. 
Beliau juga berkata, DHPP sedang berusaha memperkasakan parti itu selepas hubungan tahaluf siyasi bersama DAP dibatalkan. 
Langkah itu menurutnya, bertujuan untuk memperkasakan sokongan golongan bukan Islam terhadap PAS bagi menjamin kemenangan PAS dalam pilihan raya. 
"Bagi memperkasakan lagi sokongan ini, kita meminta PAS Pusat supaya mengambil perhatian terhadap permintaan golongan bukan Islam dapat dipenuhi," katanya. - HARAKAHDAILY 30/4/2017
Sumber HD- 30-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Kejayaan PRU 2008 boleh berulang di Kedah

PAS Kedah membuktikan kejayaan mentadbir negeri ini sepenggal pada 2008 menjadi asas untuk kembali menguasai negeri terbabit pada pilihan raya umum akan datang. 
Perwakilan Kedah, Ustaz Salim Mahmood berkata kejayaan mentadbir Kedah dengan baik dari sudut  pentadbiran memberi peluang terbaik bagi mencapai matlamat tersebut. 
“Keupayaan menambah hasil negeri melalui hasil pembalakan yang berlipat kali ganda membuktikan kejayaan PAS mentadbir negeri ini,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden. 
Kata beliau juga kejayaan PAS menguasai Kedah pada PRU 2008 menolak khurafat yang sebut Umno dan BN sebelum ini kononnya parti itu sahaja yang mampu memerintah. 
PAS berjaya membentuk kerajaan di Kedah pada PRU 2008 yang diketuai Tan Sri Azizan Abdul Razak. Bagaimanapun pada PRU Umno dan BN kembali menguasai Kedah. 
Namun kata Salim belum pun sepenggal BN mentadbir Kedah, Umno dilanda konflik sehingga dua Menteri Besar terpaksa dilantik. 
“Umno dan BN kini berada dalam sangat lemah. Buktinya dalam masa sepenggal memerintah Kedah, sudah dua Menteri Besar yang mereka tabal. 
“Ini menggambarkan mereka sangat lemah dan tidak mampu untuk membawa perubahan kepada rakyat dan negeri,” ujarnya. 
Beliau juga berkata PAS Kedah meletak sepenuhnya tanggungjawab kepada PAS Pusat bagi membuat keputusan sama ada bertahaluf siyasi atau bersendirian untuk menghadapi PRU akan datang. 
Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggambarkan muktamar di Kedah sekarang menjadi momentum untuk membolehkan PAS kembali berkuasa di negeri tersebut pada PRU ke-14. - HARAKAHDAILY 30/4/2017
Sumber HD - 30-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Perwakilan setuju usul tahaluf PAS-PKR

MUKTAMAR Tahunan PAS ke-63 di Kota Sarang Semut menerima usul tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR diputus tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak berdasar kepada perlembagaan PAS. 
Usul tersebut dibentang oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zulkifli Ismail yang mewakili 23 PAS kawasan dan Dewan Ulamak PAS Pusat serta Dewan Pemuda PAS Malaysia. 
Katanya keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada panduan dalam perlembagaan PAS iaitu Fasal 5, Fasal 6 dan Fasal 7. 
Ini kerana katanya Majlis Syura Ulamak telah menetapkan tahaluf mesti dijalankan sebagai wasilah menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan Islam serta memberi ruang kepada pelaksanaan Islam. 
“Tahaluf mesti dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan, ijtimak hendaklah diberi kepada kepimpinan gerakan Islam, bukan kepada pakatan tahaluf, tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan untuk menyampaikan dakwah,” katanya. 
Segala keputusan oleh Majlis Syura Ulamak akan tetap kita patuh dalam pertembungan siasah di negara ini. 
Dengan laungan takbir sebanyak tiga kali bergema dalam Dewan Datuk Mohd Fadzil Mohd Noor. 
Usul itu kemudian disokong Ustaz Ahmad Fadhli Shaari yang menyifatkan mana mungkin dapat diteruskan tahaluf dengan rakan tidak lagi setia bersama dalam pakatan.
Katanya, sejarah hubungan dengan PKR yang tidak lagi duduk sebumbung termasuk isu Kajang Move dan pertukaran Menteri Besar Selangor. 
“Sikap PKR tidak sokong usaha PAS lakukan pindaan Akta 355 bagi memperkasakan mahkamah syariah di Kelantan. 
“Tindakan PKR mencuri ahli parlimen PAS di Tumpat yang menang pada 2013. Kita mencabar supaya bertanding di parlimen Tumpat pada PRU ke-14 bagi memperlihatkan sebagai anak jantan. 
“Biar pun ada ahli PKR yang hendak sertai PAS namun kita tidak terima buat masa ini,” ujarnya. 
Menurutnya ada pemimpin PKR yang datang ke Kelantan mahu mendedahkan kelemahan kerajaan Kelantan. 
Oleh itu katanya kita serah kepada Majlis Syurak Ulama untuk membuat keputusan sama ada memberi kesan kepada kerajaan Selangor dan Kelantan. 
Pengerusi Tetap Husin Ismail kemudian meminta perwakilan yang bersetuju dengan usul itu supaya berdiri. Sebulat suara perwakilan melaungkan setuju dengan usul tersebut pada jam 6.28 petang 
Berikut ialah usul tahaluf siasi. 
Usul bersama PAS Kawasan Bandar Tun Razak, Beruas, Labis, Lumut, Bera, Serdang, Pandan, Batu, Shah Alam, Bayan Baru, Titiwangsa, Kuantan, Paya Besar, Padang Terap, Kuala Terengganu, Kuala Kangsar, Marang, Bukit Mertajam, Kuala Nerus, Dungun, Kuala Langat, Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sejarah lalu mencatatkan bahawa PAS telah melaksanakan hubungan Tahaluf Siyasi dengan berbagai pihak disepanjang tempuh perjuangan PAS ini. 
Keputusan yang dibuat, adalah merujuk kepada panduan yang menjadi rujukan dalam perlembagaan PAS, iaitu Fasal 5 (Tujuan PAS), Fasal 6 (Usaha – Usaha) dan Fasal 7 (Hukum dan Kekuasaan). Majlis Syura Ulamak telah menetapkan Syarat Tahaaluf Siasi. Antaranya seperti berikut:   
1. Tahaaluf mestilah dijalankan sebagai wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam.   
2. Tahaaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.   
3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan gerakan Islam, bukan kepada pakatan Tahaaluf.   
4. Tahaaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.   
5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaaluf secara mutlak. 

6. Mandat membuat penilaian Tahaaluf mestilah dibuat oleh Majlis Syura Ulamak.   
Kini terdapat banyak pelanggaran syarat berlaku disepanjang tempoh berlangsungnya Tahaaluf Siasi antara PAS dan PKR. Ianya boleh dibuktikan melalui beberapa kejadian yang berlaku, antaranya:   
1. Penglibatan PKR menyokong calon PAN dan menentang PAS dalam dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.   
2. Kegagalan PKR untuk memberi sokongan yang baik kepada usaha PAS memperkasakan Mahkamah Syariah melalui Pindaan Akta 355 malah dilihat turut bersama dengan pendirian DAP yang menentang keras Pindaan Akta 355 ini.
 
3. Kenyataan-kenyataan pimpinan PKR secara terbuka yang jelas memperlihatkan keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap PAS sekali gus tindakan mereka yang tidak menunjukkan setiakawan.   
Maka, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 yang berlangsung pada 29 April hingga 01 Mei 2017 bersamaan 2 hingga 4 Sya'aban 1438 di Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut Kedah Darul Aman, kami mengusulkan supaya Tahaluf Siasi antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan PAS. - HARAKAHDAILY 30/4/2017 
Sumber HD- 30-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Ada lagi ke chai muktamar di Kedah?

KETIKA proses pengundian dijalankan bermula jam 3 petang tadi, perwakilan yang layak mengundi kelihatan beratur panjang. Mereka berbaris panjang menunggu giliran untuk membuang undi. 
Bermula dari dalam Dewan Datuk Mohd Fadzil Mohd Noor sehingga ke tingkat satu, tempat pembuangan undi berlangsung. Hampir jam 6 petang masih ada perwakilan yang  beratur di tangga untuk naik ke tingkat atas. 
Pengundian secara elektronik (e-voting)  hanya membenarkan 10 orang bagi satu kumpulan untuk masuk ke bilik tempat mengundi. Kaedah mengundi secara e-voting pertama kali diperkenalkan PAS. 
Biar pun ramai perwakilan yang merungut kerana terpaksa beratur panjang, namun mereka tetap menunai tanggungjawab bagi memilih pemimpin untuk membantu Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mengemudi parti sesi 2017-2019. 
Empat calon bertanding merebut kerusi Naib Presiden. Tiga calon mempertahankan jawatan iaitu Ustaz Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad. 
Bekas ketua penerangan Ustaz Nasruddin Hassan turut mencuba mengintai peluang menduduki kerusi nombor tiga. 
Manakala 26 calon menawarkan diri bertanding bagi menduduki 18 kerusi anggota jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi baharu. 
Ketika pengundian dijalankan muktamar ditangguh dan akan bersidang jam 8.30 pagi esok. 
Biarpun ada rungutan kaedah baru pengundian, namun proses itu berjalan lancar selepas diberi penjelasan oleh Setiausaha Lembaga Pemilihan PAS, Wan Rohimi Wan Daud. 
Tumpuan perwakilan sekarang hanya terarah kepada siapa yang akan mengekalkan kerusi naib presiden, memandangkan empat pemimpin yang dicalon ada kewibawaan tersendiri. 
Kesemua mereka wakil rakyat, di mana dua sebagai anggota parlimen dan dua lagi Adun. 
Rentak pemilihan mungkin berdasar kepada negeri iaitu Kelantan, Pahang, Selangor dan Perak. 
Namun bagi PAS Kubang Kerian tiada perkiraan awal dibuat bagi memilih sesiapa sahaja untuk menduduki kerusi naib presiden. Yang Dipertuanya, Ustaz Abdul Rahman Yunus  berkata, beliau dan perwakilan tidak pernah berbincang mengenai siapa yang mahu dipilih. 
“Kita beri kebebasan kepada perwakilan bagi menentukan siapa yang mereka fikir layak. Ini kerana empat calon yang disenarai ada kelebihan  masing-masing,” katanya di sini.

Tiada senarai chai

Tidak lagi kedengaran ada chai seperti yang cuba digambarkan pihak yang tewas pada pemilihan dua tahun lepas. Malah penulis pun tidak menjumpai ada senarai chai seperti yang cuba digambarkan pada 2015. 
Tiada pula helaian chai yang boleh ditemui di kerusi perwakilan atau mana-mana tempat di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor. Apapun yang jelas isu chai hanya timbul apabila ada pihak yang merasakan cukup hebat, namun tidak dipilih perwakilan. 
Sistem e-voting seperti yang diberitahu Wan Rohimi, perwakilan boleh menukar pilihan untuk kali kedua sebelum menghantar undi kepada sistem. Selepas pilihan dibuat di skrin komputer, ia akan dicetak dikertas sebelum dimasukkan ke dalam tong disediakan. 
“Keputusan pemilihan itu hanya akan dibuat pada hari terakhir muktamar,” katanya pada taklimat sebelum pengundian dijalankan petang tadi. 
Keputusan pemilihan itu tentunya dinanti dengan alunan debar oleh perwakilan. Ini antara segmen menarik yang dibiarkan ternanti-nanti pada muktamar di Kota Sarang Semut. 
Debaran yang kedua, tentunya berkaitan usul yang digeger di seluruh negara sebelum  ini tentang tahaluf siyasi dengan PKR. 
Kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, terdapat lebih 30 PAS kawasan yang melulus usul tersebut pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini. 
Isu tersebut seakan-akan menjadi fokus utama pada muktamar kali ini. Namun apa yang berlaku pada hari pertama muktamar tadi, isu itu seolah-olah dibiarkan tenggelam. 
Tiada disebut pada ucapan dasar Presiden yang bertema Sejahtera Bersama Islam. 
Sebanyak 83 paragraf ucapan tersebut, Tuan Guru Abdul Hadi tidak menyentuh secara langsung mengenai tahalus siyasi dengan PKR. 
Pada ucapan terbabit  Presiden mengajak perwakilan menyedari dan memahami realiti halangan dan kelebihan yang ada di hadapan kita. 
“Malah PAS amat menyedari kepelbagaian rakyat yang ada dalam negara bernama Malaysia ini,” katanya. 
Mesej ucapan dasar itu memperlihatkan kepelbagaian rakyat di negara kita perlu diambil kira dalam merencana perubahan, pembangunan fizikal dan spiritual. 
Dan sekiranya kita amati pula penjelasan dibuat Dr Mahfodz ketika penggulungan muktamar Dewan Ulama Khamis lepas, ia menjelaskan lagi situasi itu. 
Kata beliau, Majlis Syura Ulama sudah membuat kajian berkaitan tahaluf siyasi dengan PKR  selepas usul mengenainya ditimbul pada muktamar lepas. Dan sekarang hanya keputusan sahaja belum dinukilkan. 
Kemudian penegasan dapat dibayangkan apabila Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyebut hanya Majlis Syura Ulama yang boleh memutuskan berkaitan tahaluf siyasi berdasar perlembagaan parti. 
Mesej-mesej yang dihantar tersebut seakan-akan memberi gambaran, biarpun usul tahaluf dengan PKR dibincang esok atau lusa, namun kata pemutus berada di genggaman Majlis Syura. – HARAKAHDAILY 29/4/2017
e voting 2

e voting 1
Sumber HD- 29-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Menanti untaian amanat Murabbi Ummah

ANGIN Subuh meniup sepoi bahasa. Hujan lebat yang membasahi bumi Jelapang Padi malam tadi saksi keghairahan pejuang agama Allah membukti tekad Istiqamah dijalan-Nya. 
Malam tadi usai Maghrib dan Isyak, kemudi parti Islam ini telah bertemu muka dengan segenap kepimpinan pelbagai peringkat bagi memberi pencerahan dan amanat sebelum berlangsungnya Perasmian Muktamar Penuh PAS Pusat ke-63 di Kompleks PAS Kedah. 
Murabbi Ummah itu tiada istilah rehat dalam kamus juangnya, apatah lagi ketika wadah perjuangan Islam ini dihenyak, difitnah kiri dan kanan oleh mulut 'capoi' bekas-bekas rakan sejawat, musuh Islam dan liberalis, sosialis dan segala isme yang songsang yang tidak mahu Islam meneraju negara. 
Tatkala negara hari ini dalam ketempangan amat parah, Murabbi Ummah, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini datang dengan penyelesaian tuntas bersandar Islam dengan agenda Budaya Politik Matang dan Sejahtera. 
Budaya dan pendekatan bukan menghentam, bukan sekadar membidas, tetapi memberi solusi ampuh demi melihat Islam meneraju negara yang dicintai ini. 
Muktamar PAS ke-63 sekali lagi bakal menyaksikan parti Islam ini memilih sekali lagi teraju kepimpinan malah inilah garaban barisan pejuang hadapan untuk Pilihan Raya Umum ke-14. 
Maka banyak mata memerhati dan terus memerhati tingkah, keputusan dan segala yang berlaku di muktamar ini. 
Bukan itu sahaja, kedengarannya parti memerintah juga menjadikan muktamar ini sebagai benchmark kepada mereka dalam menentukan bila titik tarikh membubar Parlimen. 
Angin dan gendang pilihan raya kedengaran cukup kuat bertiup, bercerana dalam dua tiga bulan ini. 
Pagi ini Murabbi Ummah akan membaris amanat dalam Ucapan Dasarnya untuk dihayati, dihadam para pejuang Islam dalam mengatur strategi membuka langkah menuju cita. 
Usai ucapan dasar pastinya majlis perasmian muktamar penuh akan disusuli pemilihan dan esok pula akan ada perbahasan ucapan dasar para perwakilan. 
Pastinya antara isu yang bakal menjadi tumpuan khusus pemerhati serta media adalah usul mengkaji atau memutus hubungan Tahaluf Siyasi dengan PKR. 
Apatah lagi dua dewan telah memutuskan usul bercerai dengan PKR jalan terbaik berdepan PRU14. 
Apapun muktamar ini Pasti menatijahkan satu gerakan dan dimensi baharu kepada PAS merencana jalan dakwah dan siasah disemat Tarbiyah untuk para amilin, penyokong dan kepimpinan melebar sayap perjuangan membawa panji kemenangan Islam. – HARAKAHDAILY 29/4/2017 
Penulis adalah Ketua Pengarang Harakah
Sumber HD - 229-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Orang ramai semakin bertambah ke muktamar

DEWAN Dato' Fadzil Noor di Kompleks PAS Kedah sudah dipenuhi para perwakilan dan pemerhati Muktamar Tahunan PAS ke-63. 
Ketika ini sidang muktamar bermula dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan tertinggi ke pentas utama bagi meneruskan majlis perasmian muktamar penuh dan ucapan dasar. 
Di luar dewan cukup sesak dengan penyokong, ahli dan pemerhati yang datang sejak awal pagi. 
Kehadiran orang ramai semakin bertambah ke tapak Kompleks PAS Kedah sekalipun malam tadi hujan lebat.
Sumber HD - 29-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





'Kabinet Perang' menuju medan jihad PRU14

HUJAN lebat yang turun membasahi bumi Alor Setar malam tadi telah merubah kawasan persekitaran Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, Alor Setar menjadi 'jelapang padi'. Bumi yang becak hanya perkara enteng sahaja yang perlu dihadapi oleh perwakilan dan pemerhati yang akan memenuhi pekarangan kompleks yang menjadi tuan rumah Muktamar Tahunan PAS Ke-63 pada pagi ini bagi mengikuti acara perasmian dan pembentangan ucapan dasar oleh Datuk Seri Tuan Guru Presiden. 
Sebelum subuh lagi saya telah keluar dari teratak penginapan Krew Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dengan hajat untuk bersama menunaikan solat subuh berjamaah di Masjid Kompleks PAS Kedah. Di samping itu datang awal perlu bagi mengelakkan kesesakan. 
Walau ada yang kata 'Muktamar PAS tak ada class', tapi saya yakin mereka yang datang lewat akan terpaksa parking kenderaan dan menapak dalam jarak yang jauh. Biarlah kita kekal dengan 'class' kita yang tersendiri. 
Menarik juga pagi ini sebagaimana yang diumumkan oleh Datuk Setiausaha Agung PAS bahawa pimpinan PKR masih berada dalam senarai tetamu jemputan walaupun usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR telah diluluskan oleh Muktamar Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat. Bagaimana menggambarkan PAS sangat matang dalam menguruskan soal tahaluf siyasi dengan rakan yang satu ini. Selagi Majlis Syura Ulamak belum membuat keputusan dan ketetapan, secara rasminya PAS masih bertahaluf dengan PKR! 
Muktamar Tahunan PAS Ke-63 yang akan membuka tirainya pada pagi ini juga merupakan muktamar terakhir sebelum PRU 14. Kepimpinan PAS Pusat yang akan dipilih oleh perwakilan dalam proses pengundian pada petang ini ialah 'Kabinet Perang' untuk menuju medan jihad PRU14. Walau sudah dekat dengan PRU, PAS sentiasa tenang melangkah tanpa rasa gusar akan berlaku perpecahan lantaran proses pemilihan yang berlangsung. Inilah uniknya PAS. 
Kedah negeri yang dianugerahkan Allah dengan muka bumi yang subur. Kehijauan sawah padi nun jauh mata memandang sangat mendamaikan pandangan. Sememangnya warna hijau itu damai dan menyegarkan... 
Dr Azman Ibrahim
Kompleks PAS Kedah
29 April 2017 - HARAKAHDAILY 29/4/2017
Sumber HD - 29-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





Majlis perasmian Muktamar ke-63 bermula

MAJLIS Perasmian Muktamar PAS ke-63 sedang berlangsung ketika ini dengan seluruh dif kehormat, kepimpinan utama dan perwakilan serta tetamu telahpun memenuhi ruang Dewan Dato' Fadzil  Nor di Kompleks PAS Kedah. 
Kira-kira 10 minit lalu, Mursyidul Am, Tuan Guru Hashim Jasin, Timbalannya, Dato' Ahmad Yakob menyertai perarakan masuk ke dewan bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Ketika ini, Pengerusi Tetap, Cikgu Hussin Ahmad sedang mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat antaranya Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, 
Timbalan Pengerusi Kongres Rakyat, Mustafa Kamil Ayub, tetamu luar negara dan veteran PAS. 
Sidang muktamar usai menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS.
Sebentar lagi, majlis akan diteruskan dengan ucapan aluan Setiausaha Agung, Dato' Takiyudin Hassan. – HARAKAHDAILY 29/4/2017
Sumber HD - 29-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Ramai cuba jadi penentang Islam

PRESIDEN PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaska muktamar kali ini berlangsung dalam suasana parti politik dalam negara sarat membicarakan  Pilihan Raya Umum ke-14. 
Kata beliau, ini memandangkan PRU-14 perlu dijalankan   sebelum penggalnya berakhir pada bulan Jun 2018 nanti. 
"Hiruk  pikuk  politik  pilihan raya  di  kalangan  parti-parti  politik  dalam  negara  kita  ini menyebabkan semuanya teruja, sehingga dilihat oleh   rakyat begitu galak mengagih-agihkan  jawatan  itu  dan ini  sekiranya  menang  dalam  PRU-14  nanti," tegas Tuan Guru Abdul Hadi semasa menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah dekat sini hari ini. 
Kata beliau lagi, apa yang dapat dilihat bahawa itulah 'trend' yang  sedang  berlaku  di  luar  sana 
setiap  kali  sebelum sesuatu pilihan raya berlangsung. 
Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, mereka ini umpama berebut kerana mereka memikirkan pilihan raya menerusi gaya politik moden, liberal, pragmatik dan sekular..
Bagi PAS, parti ini kata Tuan Guru Abdul Hadi ingin mengambil iktibar dari apa yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW  kepada  Bani Amir ketika  ditanya  siapakah yang  akan  menjadi  pemimpin dalam negara yang akan didirikan oleh Nabi SAW.
Apa yang PAS kesalkan kata beliau, ada juga di kalangan parti politik yang berlumba lumba  untuk  menjadi  penentang  agenda  untuk  meninggikan  syiar  Islam  di kalangan  rakyat  beragama  Islam  dalam  negara  kita  ini.   
"Mereka  saling  cabar mencabar,  siapa  yang  lebih  dahulu  dan  paling  kuat  menentang syiar  
Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini," tegasnya. 
Kata beliau, tindakan   sebegini   sekiranyaberterusan,   adalah   ancaman   terbesar   kepada keharmonian dan  kebebasan hidup  beragama  yang  dinikmati  di  Malaysia  yang  menjadikan “Islam sebagai  Agama Persekutuan”. – HARAKAHDAILY 29/4/2017
Sumber HD - 29-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





PAS pacu agenda 'Tsunami Hijau'

PAS mengumumkan akan memacu agenda 'Tsunami Hijau' berdepan pilihan raya umum k-14 tidak lama lagi. 
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS ke-63 di KOMPAS, dekat sini hari ini. 
Kata Tuan Guru Abdul Hadi, agenda penting pada waktu dan saatnya yang paling sesuai sebagai suatu panggilan kepada seluruh warga negara untuk bersama dengan PAS bagi melakukan  perubahan  secara  harmoni  dalam  negara  ini. 
"Tiada  siapa  boleh memaksa  atau  mengugut  kita  untuk  menyatakan  pendirian,  apatah  lagi  apabila ianya melibatkan strategi yang akan kita laksanakan. 
"Kita juga memerlukan  pendekatan  yang  boleh  menyatukan  kepelbagaian  kaum, dengan   mereka   juga   memahami   keperluan   masyarakat   Islam   untuk   terus mengamalkan kehidupan beragama di tanah air mereka ini," tegasnya disambut laungan takbir para perwakilan. 
Kata beliau, PAS tidak pernah memusuhi mana –mana kaum yang ada dalam negara kita ini kerana    mereka juga adalah menyumbang    kepada    keharmonian    yang berpanjangan di Malaysia. 
Tegas Tuan Guru Abdul Hadi lagi, PAS hanya menentang sikap chauvinisdan perkauman sempit parti –parti tertentui ni sahaja. 
"Apa yang penting ialah, kita menyerlahkan keyakinan Islam sebagai penyelesaian dan melibatkan idea–idea bernas dan kritis dari rakyat untuk perubahan di Malaysia," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/4/2017
Sumber HD - 29-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Sejahtera bersama Islam tema ucapan dasar

UCAPAN Dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bakal dibacakan sebentar lagi bertajuk 'Sejahtera Bersama Islam'. 
Ucapan dasar tersebut antara lain menggariskan beberapa solusi terhadap kemelut yang sedang berlaku dinegara ini antaranya ekonomi, politik dan budaya yang dimana harus disandarkan kepada Islam untuk penyelesaiannya. 
Ucapan setebal 17 muka surat itu antara lain bakal menyentuh isu pilihan raya, pendekatan PAS dan menggariskan beberapa kerangka baharu dalam mendepani masalah ummah. 
Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan dunia kini mengeluh kerana dikepung dan dikongkong krisis ekonomi, politik dan moral.   
"Kedengaran  rungutan  kezaliman  di sana-sini,  pencabulan  terhadap  hak asasi manusia, rasuah dan merebaknya pelbagai jenis jenayah dan maksiat," kata beliau semasa membacakan Ucapan Dasar bertemakan Sejahtera Bersama Islam di Muktamar PAS ke063 dekat sini hari ini. 
Kata beliau, agama dianggap urusan peribadi tanpa hidayah dan dipisahkan daripada urusan duniawi.   
Sementara tambahnya, politik  pula  dianggap  urusan  dunia  dan  peluang  meraih  kepentingan  peribadi, keluarga dan puak. 
Kata beliau, hari ini ekonomi negara yang diurus secara tidak adil telah mencetuskan kesusahan hidup rakyat apabila peluang pembahagian harta berpusing di kalangan orang tertentu sahaja, sehingga berlakunya salah guna kuasa dan harta negara diambil secara salah. 
"Maka berlaku kebocoran daripada pendapatan negara, sedangkan majoriti rakyat  yang  berpendapatan  rendah  semakin  terbeban  dengan  harga  barangan keperluan yang makin meningkat," katanya lagi. 
Menurut beliau, kerajaan pula mengambil penyelesaian secara mudah tanpa kajian mendalam dan menyeluruh,  lalu meningkatkan  kadar cukai  sedia  ada  atau melaksanakan  cukai baharu  seperti  GST. 
"Maka  berlakunya  kesan  sampingan dengan  peningkatan  inflasi,  kekurangan  pendapatan  dan  sempitnya  peluang pekerjaan  sehingga  membebankan  kehidupan  rakyat  apabila  pendapatan  tidak lagi mampu  menampung  perbelanjaan  kos  sara  hidup  yang  tinggitabungan terjejas, dan hutang isi rumah melebar," katanya lagi.
.
Lebih parah lagi kata Tuan Guru Abdul Hadi, kadar jenayah berat yang membahayakan komuniti masyarakat semakin meningkat seperti merompak, membunuh, mencuri, menipu dan lain-lain. 
Malah katanya masalah jenayah ringan seperti keruntuhan akhlak, merosakkan diri dan keluarga dianggap senarai yang dikemudiankan dan dipandang mudah. 
"Oleh kerana negara kita  juga  berada  dalam  dunia,  maka kita tidak  terlepas  daripada  wabak  ini," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/4/2017
Sumber HD - 29-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tujuh dipilih Tokoh Istiqamah 2017

SERAMAI tujuh orang bekas pemimpin PAS termasuk muslimat dipilih Tokoh Istiqamah 2017 sempena Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. 
Mereka terdiri daripada bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, penulis veteran, Haji Subky Abdul Latif, bekas Menteri Besar Kedah, Almarhum Tan Sri Azizan Abdul Razak, Almarhum Tuan Guru Musa Salleh, bekas Pengerusi Tetap PAS Pusat, Datuk Abu Kasim Abdullah, bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Fatimah@Zainab Ibrahim dan isteri Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, Hajjah Khatijah Mohd Salleh. 
Anugerah disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas majlis perasmian muktamar dengan tema Sejahtera Bersama Islam.
Sumber HD - 29-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Keharmonian PAS kini luar biasa

KEHARMONIAN luar biasa dirasakan pada muktamar PAS kali ini yang disifatkan bakal menyerlah sinar kemenangan pada pilihanraya  umum (PRU) tidak lama lagi. 
Pengerusi Tetap Hussin Ismail berkata beliau merasakan suasana itu terhadap apa yang berlaku pada muktamar ke-63 hari ini. 
Beliau berkata suasana itu dapat dikesan apabila tidak ada perubahan pimpinan utama pada pada muktamar kali ini. 
"Bayu ukhuwah sudah mulai dirasakan sekarang. Suasana kemenangan mulai muncul," katanya pada ucapan pembukaan muktamar pagi ini. 
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan berkata kali terakhir PAS mengadakan muktamar di Kedah pada 2006. 
Katanya berikutan muktamar itu akhirnya membuah kejayaan apabila Pas berjaya membentuk kerajaan pada PRU 2008. 
"Kita berharap situasi tersebut berulang kembali pada PRU tidak lama lagi," katanya pada ucapan aluan. 
Beliau juga berkata Pas tidak menangguh muktamar seperti yang dilakukan parti parti lain dengan alasan menghadapi PRU. 
Katanya tiada apa pun alasan bagi Pas untuk menangguh muktamar kerana ia menjadi tanggungjawab sebuah gerakan Islam. – HARAKAHDAILY 29/4/2017
Sumber HD - 29-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Muktamar PAS Tahunan PAS Ke-63 ‘Membuka Tirai’

ALOR SETAR – Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63 ‘membuka tirainya’ dengan gilang gemilang, lebih meriah dan veri di bumi Kedah Darul Aman.

Bermula dengan rasminya dengan ketibaan Sabtu 29 April, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awan, kira-kira jam 8.30, hari ini, Sabtu 29 April.


Kedatangan beliau yang juga Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu disambut oleh saf pimpinan tertinggi PAS Pusat di perkarangan Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Beliau kemudiannya diiringi oleh Komandan Jabatan Amal PAS Pusat Ahmad Nazri Aziz bagi acara pertama muktamar iaitu pemeriksaan perbarisan dan menerima tabik hormat daripada Jabatan Amal .

Menurut Aziz kekuatan anggota perbarisan hormat itu ialah tiga platun seramai 90 orang.

Seusai barisan AJK PAS Pusat masuk dan mengambil tempat di pentas utama, Mursyidul Am bersama Presiden PAS diiringi oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri berarak masuk ke dewan utama.

Sumber BO - 29-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Pemuda PAS Dikerah Menyambut ‘Agenda Bekerja’ Hadapi PRU-14

ALOR STAR – Semua jentera pemuda PAS dikerah menyahut agenda bekerja hadapi plihan raya umum kai ke-14, sebaik pulang dari Muktamar.

Ketua Pemudanya yang baharu , Ustaz Muhammah Khalil Abdul Hadi berkata, sayap kanan parti Islam itu menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus undi orang myda pada setiap kawansan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang ditandingi PAS.

“masa sekarang adalah masa untuk bekerja……pulang ke kawasan masing-masing kita bekerja di setiap setiap posisi yang kita diamanahkan,

“kita perlu jelans parti yang akan menang PRU akan datang ialah parti mana yang boleh mendekati anak muda,

“kita bukan parti yang bercakap kosong….dengan seluru jentera kita akan turun ke seluruh ceruk kampung mendekati anak-anak muda dengan politik matang dan sejahtera,” tegasnya.
Beliau berkata demikian, sebagai ucapan rasmi sulungnya ketika membuat penggulungan pada Muktamar Pemuda PAS Kali Ke-58 di Kompleks PAS Kedah di sini pada Jumaat 28 April.


Beliau menyeru, agar seluruh ahli dan penyokong PAS agar menyebarkan Islam, kerana hanya Islam dapat menyelesaikan segala masalah, menyembuhkan ‘penyakit’ dapat meyelamatkan dunia.

Katanya, para Pemuda PAS bertanggungjawab menyelamatkan anak-anak muda Melayu Islam, dengan akidah, amalan dan ibadah mereka.

“Islam lah kamu, nescaya kamu selamat…..Islam penyelesaian kepada segala masalah…… kepada pemuda anak melayu Islam yakinlah….masalah keruntuhan politik, kepimpinan, gejala rasuah, kerosakan akhlak kesempitan hidup dapat diselesaikan dengan Islam,

“(ia adalah) hasil dari kesilapan mereka yang berkuasa, Umno dan Barisan Nasional yang meletakkan dasar dan polisi yang membebankan rakyat,

“dalam masa yang sama mengabaikan kuasa yang diberikan kepada mereka untuk memerintah dengan adil dan saksama,” jelasnya.

Beliau memberi amaran dan tidak mahu, peristiwa ‘Arab Spring’ yang bermula apabila seorang anak muda membakar diri dengan minyak petrol kerana desakan ekonomi dan kesempitan hidup, berlaku di negara ini.'

Justeru itu, beliau menyeru seluruh anak bangsa untuk bersama ‘bahtera PAS’ dan ‘non-muslim’ bersama Islam dengan kesaksamaan sistemnya yang dijamin oleh Allah.

“perlaksanaan Islammencaukupi semua aspek kehidupna manusia (sebaliknya) DAP telah menentang semua usaha untuk melaksanakan Islan di negara ini,

“(sedangkan) DAP tidak mewakili semua bukan Islam……orang bukan Islam yang bijaksana di luar sana…..kita seru mereka untuk mengkaji, system Islam yang adil,” tambah

Sumber BO - 29-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





‘Tahaluf Siyasi’ PAS-PKR Hot Topic At Muktamar Dewan Ulama











ALOR SETAR – The issue of tahaluf siyasi (political collaboration) between PAS and PKR became a hot topic of debate at the PAS Muktamar Dewan Ulama (General Assembly) here, on Thursday, as a motion was tabled to urge the party leadership to take a firm stand on the issue.

Selangor PAS representative Nik Bakri Nik Mat said the collaboration did not mean anything any more in Selangor as several PKR leaders, including Mentri Besar Datuk Seri Azmin Ali, seem unable to accept the presence of PAS in the state.


“We want the PAS central leadership to make an immediate decision on this tahaluf siyasi because Selangor PAS can no longer accept the way they treated us and insulted our leaders,” he said.

Nik Bakri said that while Selangor PAS has its stand, it will also adhere to the decision of the PAS central leadership.

Negri Sembilan representative Mohamad Husaini Husin also called for an immediate decision to be made on the issue.

He said that PAS had been patient with PKR’s antics for the past two years, even when PKR was being disrespectful to the party by issuing statements that contravened the coorperation.

“We are disappointed when PKR took PAS members as theirs. Is this what friends do? Or are we enemies now,” he said.

In winding up the debate, PAS Dewan Ulama chief Datuk Dr Mahfodz Mohamed said party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang would give a briefing to party members on the issue on Friday night.thestaronline

Sumber BO - 28-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Menggaris Pentarbiahan Ahli Yang Efektif










ALOR SETAR – Pembahas Ucap Utama Muktamar Pemuda dari negeri Terengganu Ustaz Ramlan Mahmood menegaskan, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DDPM) mestilah memperteguhkan pelaksanaan syariat, mendirikan kedaulatan Islam dan mengembalikan semula khilafah serta menyampaikan Islam ini kepada seluruh masyarakat.

Beliau berkata, orientasi perjuangan Pemuda, mestilah bebas sepenuhnya dari tanggapan atau prinsip songsang yang hanya bermatlamatkan pilihan raya sahaja.

“Dalam erti kata lain, tarbiah atau dakwah kita (bukan) hanya untuk memancing undi semata-mata dan tasawwur yang seperti ini mestilah diperbaiki,

“khususnya dakwah kita terhadap ‘non-muslim’ untuk jangka panjang, untuk mereka menerima perjuangan kita dan mengenal perjuangan kita,” jelasnya.


Beliau berkata demikian padasesi perbahasan Muktamar Pemuda PAS yang ke-58 di Kompleks PAS Kedah di sini, hari ini.

Oleh itu, beliau berkata, janganlah dibiarkan, program tarbiahan dan dakwah pemuda hanya berkitar dalam lingkungan sendiri dan tidak menggapai sasaran sebenar.

“(janganlah tarbiah) hanya berfungsi, dari pintu surau ke pintu masjid, dari pintu markaz ke pintu pusat tarbiah, sedangkan sasaran pentarbihan kita, mad’u kita, di wakili oleh pelbagai lapisan masyarakat, kebudayaan dan agama, malah juga pelbagai latar belakang politik, ekonomi dan social,

“pendekatan tarbiah dan dakwah kita (juga) janganlah hanya di atas ‘platform’ majlis rasmi semata-mata, tetapi mestilah pada majlis tidak rasmi,” saran beliau.


Justeru itu, beliau berharap, kepimpinann Pemuda PAS mestilah dikalngan mereka yang dirahmati Allah.

Beliau juga memberi amaran agar tidak ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang mengatur barisan kepimpinan pada masa depan.

“pemimpin mesti ikut acuan al-Quran dan sunnah (ambillah tauladan) kisah Abu Zhar Al Ghifari yang menawarkan diri untuk memegang jawatan, lalu nabi SAW sebut,

“Sesungguhnya tanggungjawab dan amanah atas perkara yang akan membawa penyesalan pada hari akhirat melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak,” ujarbeliau

Sumber BO - 28-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Muktamar PAS kali ke-63; Lonjakan ‘Semarak Hijau’ Darul Aman












Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Hujan mencurah lebat dengan jutaan kubik air menampar-nampar Kompleks PAS Kedah ,Kota Sarang Semut pada malam Taklimat Presiden PAS. Negeri yang sarat dengan sejarah PAS itu ialah antara negeri yang disasarkan oleh PAS untuk dimenangi dalam PRU ke-14. Negeri jelapang padi ini yang sarat dengan jajaran sekolah agama rakyat ini membekalkan pendokong PAS yang kental serta tahan uji.

Seorang mantan MB Kedah daripada BN pernah menyebut tentang korelasi antara “padi, pondok dan PAS” dan beliau merujuk kepada fenomena kekuatan PAS di negeri jelapang padi ini.Tuan Guru Othman al Yunusi telah menubuhkan PAS pada 6 september 1952 di Madrasah an Nahdah Bukit Besar, dengan dokongan agamawan dan para asatizah. Semenjak awal PAS berkubu di pondok dan Sekolah Agama Rakyat di seluruh negeri Kedah.

Cawangan pertama PAS di Kedah ialah di Bukit Besar, manakala tokoh muda PAS seperti Ustaz amaluddin Darus telah berusaha untuk mengembangkan PAS di negeri Kelantan. Almarhum Ustaz Amaluddin juga telah menemui guru-guru pondok di Kelantan untuk menerangkan nuansa perjuangan PAS sehingga Kelantan menjadi pengkalan kuasa kepada PAS semenjak dekad 1950an.


Berbeda dengan Terengganu atau pun Kelantan, Kedah agak unik dengan pengaruh PAS berkubu kuat di kawasan agrarian, dimana institusi pondok dan sekolah agama rakyat berfungsi untuk mencerdaskan rakyat. Manakala di Terengganu dan Kelantan pula, semakin terperusuk jauh di pedalaman maka UMNO semakin bertakhta merantai fikiran dan akal budi rakyat.

Negeri yang pernah berdaulat Raja Merong Mahawangsa ini juga tak lekang dengan sejarah pertembungan, pembantaian, serta melahirkan ramai tokoh-tokoh pimpinan pelbagai parti politik. Pada tahun 1955 telah berlangsung Rundingan Baling antara pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pimpinan PKM. Namun pemberontakan Bintang Tiga gagal untuk ditamatkan dengan perjanjian tersebut.

Pada tahun 1974 berlaku bantahan awam di Baling Kedah akibat kegelisahan sosio ekonomi rakyat jembel dan mahasiswa. Peristiwa yang memicu kebangkitan gerakan mahasiswa ini berakhir dengan tangkapan ISA besar-besaran kepada pimpinan pelajar di seluruh negara. Pada tahun 1980 pula, regim BN telah menahan pimpinan pemuda di kedah akibat demonstrasi padi. Antara yang ditahan ialah Ustaz Abdul Halim Arsyad, Ustaz Othman Marzuki, Haji Rafie, Haji Salahudin Mansor dan lain-lain tokoh pemuda.


Kedah memahat sejarah dengan pembunuhan aktivis PAS, Ustaz Othman Talib pada tahun 1985 di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap dalam Pilihanraya Kecil . Pada 19 November 1985 Tragedi Memali telah mencuri lensa berita dalam dan luar negara. 14 orang ahli-ahli PAS telah dibunuh termasuk Ustaz Ibrahim Mahmud dalam peristiwa berdarah yang kekal menjadi bagasi sejarah kepada regim Dr Mahathir.

PAS kedah terus bangkit mempersada perjuangan, menyemarakkan jihad ta’lim seperti suburnya jaringan sekolah rendah SRIDU. Pimpinan PAS Kedah iaitu Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang terinspirasi dengan kompleks Jamiat Islami di Pakistan maka lahirlah Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena. Kolej Islam Darul Ulum adalah lambang kesungguhan Perhubungan PAS Kedah untuk mencetak generasi kepimpinan dan keseriusan membina perkaderan.

Usaha membina Muassasah Darul Ulum dibayar dengan harga yang sangat mahal termasuk dengan tangkapan ISA yang dikenali sebagai Operasi Kenari pada tahun 1988. Aktivis PAS Kedah terus bangkit melebarkan pengaruh perjuangan Islam , sehinggalah pada tahun 2008 , PAS Kedah telah berjaya merengkuh kekuasaan.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato Seri Azizan Razak telah dilantik sebagai MB Kedah yang kesepuluh. Almarhum dalam tempoh sepenggal pemerintahan telah berjaya melakarkan pelbagai kejayaan yang sangat manis. Antaranya pemerkasaan pendidikan tinggi, pengupayaan ekonomi walaupun negeri ini terhad dengan sumber khazanah.

Muktamar PAS kali ke-63 ini juga adalah lonjakan besar bagi PAS Kedah untuk kembali menawan Wisma Darul Aman dalam PRU ke 14 ini. Pendokong PAS Kedah dengan semangat yang membuncah berjaya menyiapkan prasarana Muktamar, pengorbanan mereka sangat besar sehingga Kompleks PAS Kedah adalah saksimata kesungguhan tanpa lelah. Jom teman-teman semua, kita gempur dan semarakhijaukan bumi Kedah ini, bumi bersimbah darah syuhada Memali. Kedah adalah milik PAS kali ini!.

Sumber BO - 28-4-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS: Tak perlu berundur dari Selangor jika putus dengan PKR
Posted on Friday, April 28 @ 19:28:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34721

ALOR SETAR: Ketua Pemuda PAS yang baharu, Muhammad Khalil Abdul Hadi hari ini menolak gesaan PKR supaya exco PAS dalam kerajaan Selangor meletak jawatan sekiranya kedua-dua parti itu putus hubungan.

Khalil berkata PAS tidak perlu mengikut telunjuk pemimpin PKR, sambil berkata kuasa melantik exco Selangor bukan terletak pada PKR.

“PKR tidak melantik exco PAS di Selangor dan tidak ada sebab PAS untuk mengikut telunjuk pemimpin PKR.

“Exco PAS di Selangor tidak perlu letak jawatan dan exco PAS tidak dilantik oleh PKR, tidak dilantik oleh DAP,” katanya kepada wartawan selepas selesai Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kompleks PAS Kedah.

Muktamar itu diadakan bersama sayap Muslimat dan Ulama, dan akan disusuli dengan muktamar utama mulai esok.

Khalil berkata PKR mempunyai kerusi lebih sedikit berbanding PAS di Selangor.


“Secara faktanya kerusi PKR lebih sedikit dari kerusi PAS di Selangor. Exco PAS mesti teruskan tugas mereka untuk rakyat, masing-masing bekerja untuk rakyat bukan untuk parti semata,” katanya.

Khalil yang menggantikan Nik Abduh Nik Aziz sebagai ketua Pemuda mengulas kenyataan
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini, yang menggesa exco PAS dalam kerajaan Selangor meletak jawatan sekiranya muktamar membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR.

Saifuddin berkata tidak masuk akal sekiranya PAS yang sudah pun memutuskan hubungan dengan DAP, masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah putus dengan PKR.

Kedua-dua Dewan Ulama dan Pemuda meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan PKR.

Sumber TKO - 28-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Khalil Abdul Hadi secara rasmi ketua Pemuda PAS baharu
Posted on Friday, April 28 @ 19:24:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34720



ALOR SETAR: Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak sulung presiden PAS, menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2017-2019.

Keputusan pemilihan parti itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Wan Mutalib Embong pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-58, yang berakhir hari ini.

Muktamar PAS ke-63 bermula semalam dengan muktamar tahunan ketiga-tiga sayap – Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Muktamar PAS Pusat akan bermula esok, dengan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Muktamar yang dihadiri 1,200 perwakilan dijadual berakhir Isnin ini.

Khalil, yang sebelum ini ialah timbalan ketua Pemuda, menggantikan bekas ketuanya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baharu pada pemilihan kali ini.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat 2017-2019:

Pengerusi Tetap: Kamal Ashaari (MTB)
Timbalan Pengerusi Tetap: Riduan Mohd Nor (MTB)

Ketua: Muhammad Khalil Abdul Hadi (MTB)
Timbalan Ketua: Ir Khairil Nizam Khiruddin, (MTB)
Naib Ketua: Ahmad Fadhli Shaari (MTB)
Pemeriksa Kira-Kira: Mohd Shahir Abu Hassan (MTB); Muhammad Ali Rajaie Jamaludin (MTB)


Ahli Jawatankuasa Kerja (12 orang) :

1. Afnan Hamimi Taib Azamuddin
2. Ir. Muhtar Suhaili As-Sarawaki
3. Syahir Sulaiman
4. Hazmi Dibok
5. Hishamuddin Abdul Karim
6. Izwan Abdul Halim
7. Nurul Islam Mohamed Yusof
8. Mohammad Arifiriazul Paijo
9. Mohd Akmal Kamaruddin
10. Mohd Hafez Sabri
11. Nor Azariza Mohd Alawi
12. Nazman Che Ibrahim

Sumber TKO - 28-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pemuda PAS lulus usul putus dengan PKR
Posted on Friday, April 28 @ 19:21:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34719



ALOR SETAR: Selepas Dewan Ulama, kini giliran Pemuda PAS meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan PKR.

Usul itu dibawakan Perwakilan Pemuda PAS Terengganu, Abdul Rahman Che Mat dan disokong Pemuda Shah Alam, sebelum ia diterima sebulat suara perwakilan tanpa bahas dan disahkan Timbalan Pengerusi Tetap, Dr Riduan Mohd Nor.

Rahman berkata, usul itu dikemukakan susulan sikap PKR terus menyerang dan tidak menghormati parti Islam itu sebagai rakan tahaluf siyasinya.

“Berlaku pelbagai jenis serangan dan tohmahan (oleh PKR) kepada batang tubuh presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

“Sebelum ini kita melakukan tahaluf siyasi dengan mereka dengan beberapa syarat yang ditetapkan dan berdasarkan syarat yang telah dilanggar, kami cadangkan untuk putuskan hubungan cerai talak tiga,” katanya ketika berucap pada Muktamar Pemuda PAS di Kompleks PAS kedah hari ini.
Keputusan disambut dengan laungan takbir daripada perwakilan.

Usul ini akan dibawa ke Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama yang mempunyai kata putus terakhir.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali di Muktamar Dewan Ulama PAS mengumumkan usul memutuskan “tahaluf siyasi” (kerjasama politik) dengan PKR yang diluluskan tanpa bahas.

“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS, maka Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” menurut usul dikemukakan Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.

Hari ini pula, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, PKR tidak terkejut, malah akan menghormati keputusan Muktamar PAS sekiranya menamatkan kerjasama dengan PKR, tetapi ia perlu disusuli peletakan jawatan adun PAS yang dilantik sebagai exco Selangor.

Katanya, tidak masuk akal sekiranya PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP sebelum ini, masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah putus dengan PKR.


“Adalah lebih molek sebarang keputusan dimuktamadkan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana jika PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan Keadilan (PKR) secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan,” kata Saifuddin hari ini.

Sumber TKO - 28-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Kedah menggamit kehadiran rakyat Malaysia

HUJAN mencurah lebat dengan jutaan kubik air menampar-nampar Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada malam Taklimat Presiden PAS. Negeri yang sarat dengan sejarah PAS itu ialah antara negeri yang disasarkan oleh PAS untuk dimenangi dalam PRU ke-14. Negeri jelapang padi ini yang sarat dengan jajaran sekolah agama rakyat ini membekalkan pendokong PAS yang kental serta tahan uji. 
Seorang mantan MB Kedah daripada BN pernah menyebut tentang korelasi antara "padi, pondok dan PAS" dan beliau merujuk kepada fenomena kekuatan PAS di negeri jelapang padi ini.Tuan Guru Othman al-Yunusi telah menubuhkan PAS pada 6 september 1952 di Madrasah an Nahdah Bukit Besar, dengan dokongan agamawan dan para asatizah. 
Semenjak awal PAS berkubu di pondok dan Sekolah Agama Rakyat di seluruh negeri Kedah. Cawangan pertama PAS di Kedah ialah di Bukit Besar, manakala tokoh muda PAS seperti Ustaz Amaluddin Darus telah berusaha untuk mengembangkan PAS di negeri Kelantan. Almarhum Ustaz Amaluddin juga telah menemui guru-guru pondok di Kelantan untuk menerangkan nuansa perjuangan PAS sehingga Kelantan menjadi pengkalan kuasa kepada PAS semenjak dekad 1950-an. 
Berbeda dengan Terengganu ataupun Kelantan, Kedah agak unik dengan pengaruh PAS berkubu kuat di kawasan agrarian, yakni institusi pondok dan sekolah agama rakyat berfungsi untuk mencerdaskan rakyat. Manakala di Terengganu dan Kelantan pula, semakin terperusuk jauh di pedalaman maka Umno semakin bertakhta merantai fikiran dan akal budi rakyat. 
Negeri yang pernah berdaulat Raja Merong Mahawangsa ini juga tak lekang dengan sejarah pertembungan, pembantaian, serta melahirkan ramai tokoh pimpinan pelbagai parti politik. Pada tahun 1955 telah berlangsung Rundingan Baling antara pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pimpinan PKM. Namun pemberontakan Bintang Tiga gagal untuk ditamatkan dengan perjanjian tersebut. 
Pada tahun 1974 berlaku bantahan awam di Baling Kedah akibat kegelisahan sosio ekonomi rakyat jembel dan mahasiswa. Peristiwa yang memicu kebangkitan gerakan mahasiswa ini berakhir dengan tangkapan ISA besar-besaran kepada pimpinan pelajar di seluruh negara. Pada tahun 1980 pula, regim BN telah menahan pimpinan pemuda di kedah akibat demonstrasi padi. Antara yang ditahan ialah Ustaz Abdul Halim Arsyad, Ustaz Othman Marzuki, Haji Rafie, Haji Salahudin Mansor dan lain-lain tokoh pemuda.
Kedah memahat sejarah dengan pembunuhan aktivis PAS, Ustaz Othman Talib pada tahun 1985 di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap dalam pilihan raya kecil. Pada 19 November 1985 Tragedi Memali telah mencuri lensa berita dalam dan luar negara. 14 orang ahli PAS telah dibunuh termasuk Ustaz Ibrahim Mahmud dalam peristiwa berdarah yang kekal menjadi bagasi sejarah kepada regim Dr Mahathir. 
PAS kedah terus bangkit mempersada perjuangan, menyemarakkan jihad ta'lim seperti suburnya jaringan sekolah rendah SRIDU. Pimpinan PAS Kedah iaitu Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang terinspirasi dengan kompleks Jamiat Islami di Pakistan maka lahirlah Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena. Kolej Islam Darul Ulum adalah lambang kesungguhan Perhubungan PAS Kedah untuk mencetak generasi kepimpinan dan keseriusan membina perkaderan. 
Usaha membina Muassasah Darul Ulum dibayar dengan harga yang sangat mahal termasuk dengan tangkapan ISA yang dikenali sebagai Operasi Kenari pada tahun 1988. Aktivis PAS Kedah terus bangkit melebarkan pengaruh perjuangan Islam, sehinggalah pada tahun 2008, PAS Kedah telah berjaya merengkuh kekuasaan. 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak telah dilantik sebagai MB Kedah yang kesepuluh. Almarhum dalam tempoh sepenggal pemerintahan telah berjaya melakarkan pelbagai kejayaan yang sangat manis. Antaranya pemerkasaan pendidikan tinggi, pengupayaan ekonomi walaupun negeri ini terhad dengan sumber khazanah. 
Muktamar PAS kali ke-63 ini juga adalah lonjakan besar bagi PAS Kedah untuk kembali menawan Wisma Darul Aman dalam PRU ke-14 ini. Pendokong PAS Kedah dengan semangat yang membuncah berjaya menyiapkan prasarana Muktamar, 
pengorbanan mereka sangat besar sehingga Kompleks PAS Kedah adalah saksimata kesungguhan tanpa lelah. Jom teman-teman semua, kita gempur dan semarakhijaukan bumi Kedah ini, bumi bersimbah darah syuhada Memali. Kedah adalah milik PAS kali ini! – HARAKAHDAILY 29/4/2017
Sumber HD - 29-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Pindaan KJS punca DAP putus tahaluf

MENTERI Besar Kelantan menyifatkan usaha kerajaan negeri meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah (KJS) II pada 2015 punca DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS. 
Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata pindaan itu dibuat bagi menjelaskan lagi  perundangan tersebut yang tidak melibatkan orang bukan Islam. 
“DAP marah dengan usaha kita memartabatkan perundangan Islam sehingga DAP Sarawak membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PAS. 
“Sedangkan perundangan Islam tidak melibatkan orang bukan Islam,” katanya pada kuliah dhuha dan tahlil perdana di Kompleks Muasasah Darul Ulum , Pokok  Sena hari ini. 
Ustaz Ahmad yang Timbalan Mursyidul Am PAS berkata pemimpin bukan Islam menyuarakan bantahan terhadap pindaan itu, sedangkan kerajaan  negeri tidak pernah menghalang terhadap amalan agama mereka. 
Menurutnya orang bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka tanpa ada sebarang sekatan daripada kerajaan negeri. 
“Namun peliknya ketika kita hendak melaksanakan suruhan agama  yang ditetapkan Tuhan kita perlu memberitahu kepada manusia. 
“Ketika PAS berada dalam Pakatan Rakyat pun pindaan KJS diminta mereka supaya disesuaikan dengan kehendak parti-parti lain,” katanya. 
Kata beliau di Kelantan dan Terengganu, kerajaan negeri sudah mewujudkan KJS kerana mempunyai bilangan penduduk Islam lebih 90 peratus. 
Bagaimanapun katanya ia berbeza dengan Kedah biar pun juga pernah ditadbir PAS namun bilangan penduduk bukan Islam juga ramai. 
Oleh itu beliau membayangkan PAS lebih selesa untuk bergerak sendirian kerana langkah itu lebih memudahkan kerja bagi  memartabatkan Islam dan gerak kerja dakwah. 
Turut hadir pada program itu Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Mohd Rejab Md Akhir; Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Mohd Yusof Ahmad dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Ahmad Yahya. – HARAKAHDAILY 28/4/2017
Sumber HD - 28-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





PAS hari ini seumpama Hang Tuah

KOTA Sarang Semut yang menempatkan Kompleks PAS Kedah menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara sejak Rabu lepas. Muktamar PAS kali ini dilihat boleh menjadi petunjuk aras menzahirkan kekuatan pembangkang. 
Segmen politik pembangkang lebih terarah kepada PAS kerana faktor usia yang kini melewati 66 tahun. Jatuh bangun dan perjuangan  di dada demokrasi paling banyak ditimba PAS berbanding parti pembangkang lain. 
Paling muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang hadir bagi mewarnai lagi politik tanah air di gelanggang pembangkang. Biar pun parti itu dipimpin tokoh negarawan, namun kali mereka tidak memiliki sebarang kekuatan jentera kerajaan, media dan wang ringgit. 
Dari aspek usia Tun Dr Mahathir Mohamad berada di senarai paling atas kelompok pembangkang.  Namun sebahagian besar usia bekas perdana menteri itu dihabis ketika bersama Umno dan Barisan Nasional (BN). 
Biarpun parti baharu muncul seumpama cendawan tumbuh selepas hujan, namun mereka belum diuji dengan mehnah dan perjuangan. 
Pemimpin PAS yang datang silih berganti berdepan dengan pelbagai ujian dan halangan. Pada zaman awalnya tok-tok guru dari institusi pondok ditahan di bawah ISA kerana bersama dengan perjuangan PAS. 
Bagi ahli PAS yang berkhidmat sebagai guru, kisah ditukar di sana sini sudah menjadi asam garam. Ditukar mengajar di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bukan lagi perkara asing. 
Berbanding dengan penjawat awam lain, guru paling ramai yang menjadi mangsa percaturan kerajaan Umno dan BN. Berbeza bagi guru yang mendokong Umno, mudah diberi kenaikan pangkat dan kedudukan. 
Kerajaan negeri pun didera
Begitu juga bagi segmen lebih besar lagi sebuah kerajaan negeri. Kelantan yang ditadbir PAS dua sesi bermula 1959 berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran. 
Deraan daripada mendapat peruntukan kewangan bagi membangunkan negeri sudah menjadi alah bisa tegal biasa. Pernah kerajaan PAS ketika di bawah Datuk Mohd Asri terpaksa mendapatkan pinjaman dari bank luar bagi membiayai program pembangunan untuk rakyat. 
Malah peruntukan bagi membina jambatan menyeberangi Sungai Kelantan di Kota Bharu yang sudah dilulus dikatakan dihantar ke negeri lain selepas kerajaan Perikatan kecundang pada pilihan raya umum (PRU) 1959. 
Begitu juga ketika di awal pentadbiran Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, peruntukan projek bekalan air Kelantan Utara (Baku) sebanyak RM60 juta yang sudah dilulus ditarik balik.   
Kerajaan PAS di Kelantan juga terpaksa mendapat pinjaman bank bagi meningkatkan projek bekalan air bersih untuk rakyat. 
Inilah susur galur dan liku-laku perjuangan yang terpaksa dilalui PAS kerana berjuang atas nama Islam. Berbeza dengan PKR di Selangor yang mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 ketika negeri itu sudah jauh maju. 
Begitu DAP di Pulau Pinang, pembangunannya sudah tepu sehingga orang Melayu terpaksa berhijrah ke Seberang Perai, Seberang Jaya atau Kepala Batas. 
Maka tidak hairanlah muktamar PAS kali ke-63 bermula esok berupaya menarik perhatian banyak pihak. Kisah hubungan ‘cinta’ antara PAS dan PKR antara babak-babak yang  pastinya menarik perhatian ramai. 
Biar pun muktamar penuh akan berlangsung esok, namun PKR dan DAP kelihatan agak gelisah. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail khabarnya sudah meminta Exco PAS dan pemegang jawatan politik di Selangor melepas jawatan. 
Begitu juga Lim Guan Eng tiba-tiba bermadah tidak ada orang bukan Melayu yang mahukan jawatan Perdana Menteri. Beliau merujuk usul muktamar Dewan Ulama PAS yang mencadangkan jawatan perdana menteri disandang orang Melayu beragama Islam.
Guan Eng seolah-olah lupa kenyataan lampau DAP dan pemimpin bukan Melayu lain. Mereka memasuki kerana mahukan kuasa. 
Apa pun muktamar PAS tetap menjadi segmen penting yang perlu diikuti rakyat Malaysia. Biarpun nampak PAS seperti bersendirian, kelibatnya seumpama Hang Tuah.
Tuahlah membunuh Jebat yang derhaka. Tunggulah episodnya sehingga 1 Mei ini. – HARAKAHDAILY 28/4/2017
Sumber HD - 28-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





1,200 perwakilan hangat muktamar ke-63

KIRA-KIRA 1,200 perwakilan PAS seluruh negara bakal memenuhi Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut di sini sempena Muktamar PAS kali ke-63, bermula pagi esok. 
Program yang bermula 28 April sehingga 1 Mei ini akan membuka tirai dengan majlis 'Amanat Presiden dan Taklimat Setiausaha Agung' yang diadakan secara tertutup malam ini. 
Pelbagai menarik sepanjang muktamar itu diadakan antaranya Karnival Kelantan yang sedang berlangsung selama enam hari bermula 26 Mei lalu. 
Karnival itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob malam 26 April lepas. Sebanyak 24 anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menjayakan karnival terbabit. 
Pameran anak-anak syarikat agensi kerajaan diadakan di khemah berhawa dingin, di belakang Dewan Datuk Fadzil Noor. Khemah besar difahamkan dibawa dari Kelantan dilengkap penghawa dingin. 
Orang ramai yang berminat melihat dari dekat pembangunan hartanah di Kelantan boleh mengunjungi karnival tersebut. 
Di situ juga berlangsung muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang bermula pagi semalam sehingga tengahari tadi. 
Beberapa lagi agensi kerajaan termasuk Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Wanita serta Urusetia Belia dan Sukan terlibat dengan karnival terbabit.
Usahawan yang didatangkan khusus dari Kelantan turut mempamerkan dan menjual pakaian serta makanan tradisional beraneka corak dan rasa. 
Manakala bersebelahan khemah tersebut juga diadakan ekspo perdagangan yang menawarkan pelbagai jualan dan pameran.  Gerai-gerai menjual makanan juga sedia menanti pelanggan. – HARAKAHDAILY 28/4/2017
Pameran PKINK 

Kompleks Pas Kedah
Sumber HD - 28-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

PAS Kedah sedia sambut ribuan perwakilan

PAS Kedah sebagai tuan rumah sedang giat mengadakan persiapan terakhir bagi menyambut 1,200 perwakilan dari seluruh negara. 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, persediaan sehingga kini ia berjalan lancar sebagaimana perancangan. 
Menurutnya, ketiga-tiga sayap parti, Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda telah menyelesaikan muktamar masing-masing. 
"Persiapan kita sehingga hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Esok akan bermula perasmian Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali ke-63. 
"Kini semua perwakilan dan permerhati sedang mengambil kad masing-masing," 
katanya ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah di sini.
Turut hadir Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul 'Am, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob dan semua kepimpinan PAS Pusat. 
Ahmad Fakhruddin menasihati semua pihak yang terlibat agar tidak risau terhadap faktor keselamatan bangunan baru PAS Negeri Kedah di Kota Sarang Semut. 
"Keselamatan di sini kita jaga dengan baik dan ia tidak menjadi masalah kepada semua perwakilan dan pemerhati yang hadir pada Muktamar kali ini," katanya. – HARAKAHDAILY 28/4/2017
Sumber HD - 28-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Kedah gamit kehadiran rakyat Malaysia

HUJAN mencurah lebat dengan jutaan kubik air menampar-nampar Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada malam Taklimat Presiden PAS. Negeri yang  sarat dengan sejarah PAS itu ialah antara negeri yang disasarkan oleh PAS untuk dimenangi dalam PRU ke-14. Negeri jelapang padi ini yang sarat dengan jajaran sekolah agama rakyat ini membekalkan pendukung PAS yang kental serta tahan uji. 
Seorang mantan MB Kedah daripada BN pernah menyebut tentang korelasi antara "padi, pondok dan PAS" dan beliau merujuk kepada fenomena kekuatan PAS di negeri jelapang padi ini. Tuan Guru Othman al Yunusi telah menubuhkan PAS pada 6 September 1952 di Madrasah an Nahdah Bukit Besar, dengan dukungan agamawan dan para asatizah. Semenjak awal PAS berkubu di pondok dan Sekolah Agama Rakyat di seluruh negeri Kedah. Cawangan pertama PAS di Kedah ialah di Bukit Besar, manakala tokoh muda PAS seperti Ustaz Amaluddin Darus telah berusaha untuk mengembangkan PAS di negeri Kelantan. Almarhum Ustaz Amaluddin juga telah menemui guru-guru pondok di Kelantan untuk menerangkan nuansa perjuangan PAS sehingga Kelantan menjadi pangkalan kuasa kepada PAS semenjak dekad 1950-an. 
Berbeda dengan Terengganu atau pun Kelantan, Kedah agak unik dengan pengaruh PAS berkubu kuat di kawasan agrarian, di mana institusi pondok dan sekolah agama rakyat berfungsi untuk mencerdaskan rakyat. Manakala di Terengganu dan Kelantan pula, 
semakin terperusuk jauh di pedalaman maka UMNO semakin bertakhta merantai fikiran dan akal budi rakyat. 
Negeri yang pernah berdaulat Raja Merong Mahawangsa ini juga tak lekang dengan sejarah pertembungan, pembantaian, serta melahirkan ramai tokoh-tokoh pimpinan pelbagai parti politik. Pada tahun 1955 telah berlangsung Rundingan Baling antara pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pimpinan PKM. Namun pemberontakan Bintang Tiga gagal untuk ditamatkan dengan perjanjian tersebut. 
Pada tahun 1974 berlaku bantahan awam di Baling Kedah akibat kegelisahan sosioekonomi rakyat jembel dan mahasiswa. Peristiwa yang memicu kebangkitan gerakan mahasiswa ini berakhir dengan tangkapan ISA besar-besaran kepada pimpinan pelajar di seluruh negara. Pada tahun 1980 pula, rejim BN telah menahan pimpinan pemuda di Kedah akibat demonstrasi padi. Antara yang ditahan ialah Ustaz Abdul Halim Arsyad, Ustaz Othman Marzuki, Haji Rafie, Haji Salahudin Mansor dan lain-lain tokoh pemuda. 
Kedah memahat sejarah dengan  pembunuhan aktivis PAS, Ustaz Othman Talib pada tahun 1985 di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap dalam Pilihanraya Kecil. Pada 19 November 1985 Tragedi Memali telah mencuri lensa berita dalam dan luar negara. 14 orang ahli-ahli PAS telah dibunuh termasuk Ustaz Ibrahim Mahmud dalam peristiwa berdarah yang kekal menjadi bagasi sejarah kepada rejim Dr Mahathir. 
PAS kedah terus bangkit mempersada perjuangan, menyemarakkan jihad ta'lim seperti suburnya jaringan sekolah rendah SRIDU. Pimpinan PAS Kedah iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang terinspirasi dengan kompleks Jamiat Islami di Pakistan maka lahirlah Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena. Kolej Islam Darul Ulum adalah lambang kesungguhan Perhubungan PAS Kedah untuk mencetak generasi kepimpinan dan keseriusan membina perkaderan. 
Usaha membina Muassasah Darul Ulum dibayar dengan harga yang sangat mahal termasuk dengan tangkapan ISA yang dikenali sebagai Operasi Kenari pada tahun 1988. Aktivis PAS Kedah terus bangkit melebarkan pengaruh perjuangan Islam , sehinggalah pada tahun 2008, PAS Kedah telah berjaya merengkuh kekuasaan. 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato Seri Azizan Razak telah dilantik sebagai MB Kedah yang kesepuluh. Almarhum dalam tempoh sepenggal pemerintahan telah berjaya melakarkan pelbagai kejayaan yang sangat manis. Antaranya pemerkasaan pendidikan tinggi, pengupayaan ekonomi walaupun negeri ini terhad dengan sumber khazanah.

Muktamar PAS kali ke-63 ini juga adalah lonjakan besar bagi PAS Kedah untuk kembali menawan Wisma Darul Aman dalam PRU ke-14 ini. Pendukung PAS Kedah dengan semangat yang membuncah berjaya menyiapkan prasarana Muktamar, pengorbanan mereka sangat besar sehingga Kompleks PAS Kedah adalah saksi mata kesungguhan tanpa lelah. Jom teman-teman semua, kita gempur dan semarak hijaukan bumi Kedah ini, bumi bersimbah darah syuhada Memali. Kedah adalah milik PAS kali ini!
Sumber HD- 28-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat

DEWAN Pemuda PAS Pusat telah memilih 14 calon untuk memegang amanah bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja sesi 2017-2019. Yang berikut senarai penuh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) SESI 2017-2019 
PENGERUSI TETAP
1) Kamal Ashaari, Ustaz (MTB - Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Riduan Mohd Nor, Dr. (MTB) 
KETUA
1) Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ustaz (MTB)
TIMBALAN KETUA
1) Khairil Nizam Khiruddin, Ir Hj. (MTB)
NAIB KETUA
1) Ahmad Fadhli Shaari, Ustaz (MTB) 
PEMERIKSA KIRA (2)
1) Mohd Shahir Abu Hassan (MTB)
2) Muhammad Ali Rajaie Jamaludin (MTB) 
AHLI JAWATANKUASA KERJA (12 AJK)
1) Hishamuddin Abdul Karim (543 Undi)
2) Afnan Hamimi Taib Azamudden (530 Undi)
3) Muhtar Suhaili As-Sarawaki (528 Undi)
4) Mohd Hafez Sabri (506 Undi)
5) Nor Azariza Mohd Alawi (494 Undi)
6) Syahir Sulaiman (482 Undi)
7) Hazmi Dibok (476 Undi)
8) Mohd Akmal Kamaruddin (462 Undi)
9) Izwan Abdul Halim (458 Undi)
10) Mohammad Arifiriazul Paijo (429 Undi)
11) Nurul Islam Mohamed Yusof (427 Undi)
12) Nazman Che Ibrahim (418 Undi)
13) Damanhuri Dol (401 Undi)
14) Abdul Muiz Muhammad (331 Undi)

Lembaga Pemilihan PAS Pusat dengan ini mengisytiharkan  bahawa penama/calon bagi jawatan PENGERUSI TETAP, TIMBALAN PENGERUSI TETAP, KETUA, TIMBALAN KETUA, NAIB KETUA DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA di atas adalah menang tanpa bertanding dan dengan itu tiada pemilihan/pengundian bagi jawatan-jawatan tersebut sewaktu Muktamar PAS ke-63. 
Disemak dan disahkan oleh; 
WAN ROHIMI WAN DAUD
Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat
Tarikh: 28 April 2017 – HARAKAHDAILY 28/4/2017
Sumber HD - 28-4-2017

Video - https://www.youtube.com/watch?v=Heh5gf0j64s





Keputusan Pemilihan Pemuda PAS 2017   

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 





Muktamar PAS 63: Selepas badai laut akan tenang

PAS sebagai sebuah bahtera besar yang belayar di lautan luas, memang lumrah bila ada ketikanya dilanda badai. PAS jangan dibuat bandingan dengan jemaah kecil yang lain. Mereka hanya ibarat perahu kolek yang belayar dalam kolam. Tak ada pengalaman dipukul badai. Tapi andainya perahu kolek ini tersesat masuk ke lautan luas, bahaya bakal menjelma. Tak mustahil perahu kolek akan bertukar menjadi kapal selam mini! 
Lumrah di lautan, selepas badai melanda, laut akan tenang setenang-tenangnya. Ketika itu pelayaran bahtera akan menjadi lancar dan bahtera mampu ke depan dengan lebih laju. Anak-anak kapal yang terbaring dalam kabin dek kerana mabuk laut boleh kembali keluar dari kabin untuk meneruskan kerja masing-masing. Tinggalkan yang mabuk dan tak sabar lalu terjun ke laut sebelum ini. Adanya mereka menganggu keharmonian pelayaran. Jenis tak sabar dan merasakan pelayaran lambat sampai ke destinasi, biarkan mereka terjun naik kapal lain. Itu pun kalau nasib baik tak lemas ditelan ombak. 
Perjalanan kita masih jauh dan penuh pancaroba. Adalah lumrah bila menempuh perjalanan panjang secara berjamaah, akan ada perbezaan pandangan dan pendapat antara ahli pelayaran. Ini adalah fitrah kerana air hujan yang sama turun dari langit lalu membasahi bumi tetapi menumbuhkan tanaman dengan pelbagai bentuk dan menghasilkan buah yang pelbagai rasa. 
Mereka yang mengharapkan manusia semua sama tanpa sebarang perbezaan bagaikan mereka yang menyangka, lantaran kerana hujan yang sama menyirami bumi maka sepatutnya ia hanya menumbukan pohon-pohon yang sama sahaja! 
Bukan semua perkara yang diputuskan oleh Nakhoda sepanjang pelayaran ini bersesuaian dengan kehendak kita. Tetapi Nakhoda wajib ditaati selagi dia tidak bertindak menenggelamkan bahtera atau melencong arah pelayaran lari dari kompas yang ditetapkan oleh perlembagaan. Ahli pelayaran terbuka untuk memberikan pendapat tetapi bukanlah akhlak yang baik andai sepanjang masa kita sentiasa berbantah tak berkesudahan melawan Nakhoda. 
Kalau perlukan air, jangan tebuk bahtera untuk mendapatkan air secara mudah. Naiklah ke atas dan dapatkan sumber air dari tempat yang sepatutnya. Walau sedikit lambat dan perlu sedikit usaha, yang utama fikirkan keselamatan sahabat-sahabat sepelayaran kita. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga membahayakan orang lain. 
Kita juga jangan fikir nak buat macam-macam bentuk perahu-perahu kecil yang lain dengan mengopek lalu mengambil kayu dan papan dari bahtera sedia ada sehingga akhirnya struktur bahtera ini menjadi lemah. Kalau nak bina juga perahu-perahu kecil lain sebagai sokongan, dapatkan bahan binaan dari sumber lain. Selepas itu kita bersama mengukuhkan armada pelayaran ini. 
Muktamar Tahunan PAS Ke-63 adalah muktamar pasca badai yang melanda pada tahun 2015. Sebagai salah seorang ahli pelayaran ini, saya menitis air mata kesyukuran melihat ketenangan yang dianugerahkan Allah akhirnya kepada perjalanan bahtera besar ini. Alangkah besar anugerah Allah yang memilih kita untuk terus istiqamah berada di sini. – HARAKAHDAILY 28/4/2017
Sumber HD - 28-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 



PAS terbuka untuk tahaluf siyasi tapi dengan syarat - Mursyidul Am PAS
Posted on Friday, April 28 @ 00:53:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34715




ALOR SETAR: Meletakkan syarat sebarang kerjasama politik PAS mestilah berlandaskan syariat Islam, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata parti itu sedia mengadakan tahaluf siyasi dengan mana-mana parti politik asalkan ia membawa kebaikan kepada rakyat.

Beliau berkata mengambil iktibar pengalaman lepas, PAS akan mengenakan syarat yang mengutamakan Islam sebelum memulakan sebarang kerjasama demi kebajikan, kemakmuran dan kedamaian masyarakat.

"Andainya DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) atau pun mana-mana parti bersedia mengikut syarat yang kita letak maka tak ada sebab kenapa kita tolak. Kita boleh beri kerjasama, sampai sekarang ini masih terbuka.

"Syarat itulah yang penting, Islam mesti memimpin, apa yang Tuhan nak kita buat (sebagai khalifah). Bukan kita nak jadi orang besar, perdana menteri, menteri-menteri atau wakil rakyat... tapi apa yang penting siapa saja yang buat (memimpin) mestilah mengutamakan Islam," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat, di sini hari ini

Hashim berkata PAS juga bersedia untuk mewujudkan blok ketiga yang mungkin berlainan daripada blok-blok politik sedia ada dan jika Pakatan Harapan bersedia menerima Islam sebagai kuasa syariat untuk bekerjasama.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Hashim meminta semua anggota PAS untuk menerima mana-mana bekas anggota parti yang mahu kembali bersama parti.

"Saya kira ada antara mereka yang dulunya bersama kita kemudian lari daripada kita, dia nampak di depan laut, di belakang musuh. Kalau dia minta nak tumpang kapal kita, maafkanlah segala kesilapan, segala kealpaan perkara-perkara yang terlajak.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata tiada gunanya kerajaan sedia ada dijatuhkan lalu digantikan dengan parti berfahaman sosialis dan pada masa sama masyarakat meminggirkan gerakan Islam kerana tindakan itu hanya akan memburukkan senario politik negara.

"Kita (PAS) telah berjuang selama lebih 60 tahun untuk menjadi wadah dan menjadi kerajaan,dan jika keadaan ini berlaku apabila kerajaan sekular yang ada dan digantikan dengan sosialis, keadaan akan lebih merumitkan lagi.

"Mungkin dalam keadaan banyak pihak cuba melemahkan Islam menyebabkan kita akan mengambil masa untuk mengumpul kekuatan baharu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada itu," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Tandop di sini.


Sumber TKO - 28-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  


Jahanam Amanah bukan ikrar, cuma sampingan, kata PAS
Posted on Friday, April 28 @ 00:47:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34714


ALOR SETAR: PAS tampil membetulkan “kekhilafan” mengenai laungan jahanam Amanah pada pembukaan mesyuarat agung tahunan dewan ulama pagi tadi, dipercayai kerana kekeliruan orang ramai yang mengikuti liputan perjalanan muktamar yang berlangsung hari ini.

Perwakilan Terengganu Nik Nasri Nik Malek berkata laungan “jahanam PAN” yang dilaungkan delegasi ulama PAS dari seluruh negara bukanlah sejenis ikrar, sebaliknya cuma laungan sampingan. 

PAN merupakan singkatan tidak rasmi yang digunakan PAS untuk merujuk kepada serpihannya,

Parti Amanah Negara, yang ditubuhkan bekas pimpinan PAS yang tewas pemilihan parti 2015.
Media melaporkan tirai himpunan ulama hari ini dibuka dengan “ikrar” jahanam Amanah, yang dilaungkan dalam bahasa Arab.

“Saya nak kata matlamat ikrar kami sebenarnya ialah Allah matlamat kami, rasul ikutan kami, al-Quran perlembagaan kami dan mengikut jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

“Kalau tuan tidak faham bahasa Arab, tuan boleh tanya apa yang kami sampaikan, adapun ‘jahanam PAN’ itu hanyalah kata-kata sampingan bukannya ikrar.”

Pagi tadi, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah Mohd Rejab Md Akhir meminta para perwakilan supaya berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan laungan jahanam Amanah, diikuti laungan takbir.
“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar ‘Jahanam PAN’,”

katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan himpunan ulama PAS yang dirasmikan Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob.

FMT belum dapat memastikan sama ada laungan sampingan ini pernah dilakukan terhadap parti lain sebelum ini.

Nik Nasri kemudian meminta pengamal media supaya tidak memutar-belitkan laungan tersebut agar orang ramai tidak tersalah faham.

“Tolong jadi media yang baik dan media perlu positif terhadap PAS dan ulama,” katanya.
Himpunan ulama PAS bersempana mesyuarat agung tahunan PAS ke-63 berlangsung di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Alor Setar, hari ini.

Mesyuarat kali ini menarik perhatian pemerhati politik kerana ia bakal menentukan nasib kerjasama PAS dengan PKR.-FMT


Sumber TKO - 28-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





‘Lecah’ Ganggu Aktiviti Luar Dewan Muktamar















Oleh : NM

ALOR SETAR – 27 April . Komplek PAS Kedah di Kota Sarang Semut di sini menjadi tumpuan seluruh ahli Pas dari seluruh negara mulai hari ini apabila Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak bersidang serentak.

Walaupun keadaan cuaca hari ini baik di sekitar Kompleks ini, hujan yang turun sebelum ini menganggu aktiviti di luar dewan.



Kawasan letak kenderaan untuk perwakilan dan pemerhati juga bagaikan berada di kawasan bendang apabila banyak kenderaan tersangkut di tengah padang kawasan yang dikhaskan.

Gerai-gerai yang berada disekitar dewan juga menghadapi masalah yang sama. Walaupun aktiviti urusniaga belum rancak, namun keadaan ini sudah pasti menjejaskan kerancakan aktiviti perniagaan mereka.

Jika hujan turun petang ini, dijangka keadaan ini akan lebih teruk. Persiapan peniaga terganggu kerana tidak dapat membawa masuk barangan jualan dan pelanggan berfikir panjang untuk mengambil risiko mengharungi becak dilaluan peniaga.







Sumber BO - 2u-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Door Still Open For Cooperation – Mursyidul Am













PAS is still prepared to work with DAP and Amanah provided the latter parties accept the “leadership of Islam”, PAS spiritual leader (Mursyidul Am) Hashim Jasin said today.

The Islamist party fell out with DAP over the former’s push for Islamic law, while Amanah consists largely of former PAS members who left after the so-called “progressive” faction was purged in an internal election.


“The door is still open, it is not completely closed. Only that we learn from past experiences and we put certain conditions,” Hashim said during a press conference after launching the PAS Muslimat wing’s annual assembly (Muktamar) at Alor Setar, today.

Hashim also said PAS was not insistent that the prime minister or Cabinet members must come from the party in the event it takes federal power, only that the administration adheres to Islam.- source themalaymailonline

Sumber BO - 27-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Siasah Syar’iyah Bukan Mengejar Matlamat Kemenangan












ALOR SETAR – Siasah syar’iyah adalah wasilah untuk menegakkan perintah Allah dan bukannya mengejar matlamat kemenangan semata-mata.

Allah menjadikan manusia sebagai khalifah untuk mentadbir muka bumi ini bagi menjalankan segala perintah dan laranganNya.

Penegasan itu dibuat oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan, Ustaz Haji Ahmad Yakob.

“Sheikh Said Hawa menyatakan bahawa matlamat mewujudkan khalifah bukan untuk memberi kuasa kepada manusia tetapi untuk memberi kekiasaan kepada Islam yang dilaksanakan oleh manusia,

“Sebab itu kita (PAS) berusaha melalui kuasa politik yang ada pada kita dalam sistem negara demokrasi yang ada ini untuk mendapatkan kuasa bagi membolehkan tuntutan Allah dapat dilaksanakan sepenuhnya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali ke-56 yang diadakan di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Kedah disini pada Khamis 27 April.

Menurutnya, senario politik Malaysia yang banyak dipengaruhi oleh fahaman sekularisme, nasionalisme dan juga sosialisme telah menyempitkan ruang bagi pemahaman sistem pemerintahan, untuk kita memahami syariat Islam dalam konteks yang sebenar.

“Dalam Islam agama dan politik atau urusan pemerintahan tidak boleh dipisahkan,
“fahaman yang memisahkan agama dan urusan pemerintahan yang digelar sekularisme amat bertentangan dengan fitrah dan akidah Islam itu sendiri,” jelasnya.

Beliau berkata, Mufti terakhir kerajaan Uthmaniah Sheikh Mustaffa Sobri telah menegaskan bahawa pemisahan agama dan politik adalah jalan pintas untuk seseorang menjadi kufur.

“Disinilah kita (PAS) memerlukan tenaga para ulama yang tinggi kesedarannya terhadap pembangunan negara berteraskan panduan syariat,” tegas beliau.

Malah katanya, jika ditinjau kepada sejarah lampau Khulafah ar-Rasyidin adalah pemerintah awal Islam yang bertaraf ulama.

Begitu juga dalam era kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyyah dan kerajaan Turki Uthmaniah, kata beliau, juga terdapat pemerintah yang majoritinya adalah ulama.

Ustaz Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan menerangkan, ulama yang dimaksudkan ialah yang faham ilmu dan beramal dengan Islam.

“sesungguhnya orang yang alim ialah orang yang beramal dengan ilmunya,” kata beliau memetik ucapan Khalifah keempat, Syaidina Ali bin Abu Talib.

Sumber BO - 27-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada lagi perpecahan dalam PAS
Posted on Thursday, April 27 @ 11:17:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34705



Oleh Mohamad Fakhri Mohd Ali

ALOR SETAR – Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pas pada Muktamar kali ini diyakini tidak akan menyebabkan apa-apa perpecahan lagi dalam parti Islam itu seperti mana yang pernah berlaku pada 2015.


 Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia kerana semua calon yang bertanding adalah menyokong teguh di bawah kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Walaupun ada pertandingan pada sesi kali ini, saya boleh rumuskan bahawa semua calon ini adalah calon yang satu kepala dengan presiden dan kami kukuh di bawah pentadbiran Presiden.

“Cuma kita dalam Pas ini membenarkan amalan demokrasi iaitu menawarkan diri berkhidmat untuk parti, kemudian mereka akan diberi peluang misalnya menunjukkan kepada perwakilan apa yang mereka boleh buat untuk Pas,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Menurutnya, Pas tidak akan berpecah walaupun ada pihak yang mendakwa akan berlaku perpecahan lagi selepas muktamar kali ke-63 ini.

“Sebenarnya tidak ada, kita pun tak nak semua jawatan ini tak ada pertandingan kerana nanti kurang meriahnya.

“Saya boleh jamin semua calon setakat ini membuktikan bahawa mereka bersama-sama dengan kepimpinan presiden,” katanya.

Pada perkembangan lain, beliau menjelaskan bahawa tiada pertandingan untuk tiga jawatan tertinggi di peringkat Dewan Muslimat Pas dan Dewan Pemuda Pas iaitu Ketua, Timbalan dan Naib.

“Bagi Dewan Muslimat Pas, cuma ada pemilihan untuk Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat Pas yang mana mereka perlu memilih 12 orang daripada 16 calon yang bertanding.

“Di peringkat Dewan Pemuda Pas pula saya difahamkan setakat ini ada 14 calon yang bertanding dan hanya 12 orang akan dipilih. Kalau dua orang ini tarik diri saat akhir, mungkin semuanya menang tanpa bertanding,” katanya.

Manakala di Dewan Ulama Pas Pusat pula tiada sebarang pertandingan daripada tiga jawatan tertinggi sehinggalah kepada peringkat paling bawah.

“Untuk Pas Pusat, hanya jawatan Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dipertandingkan. Terdapat empat calon Naib Presiden dan 26 orang menawarkan diri bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

“Kita hanya akan mengumumkan keputusan pemilihan pada 1 Mei, iaitu hari terakhir muktamar berlangsung. Keputusan itu akan kita disimpan, insya-ALLAH tidak akan bocor,” katanya.-S/harian

Sumber TKO - 27-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muktamar Tahunan Pas Ke-63 guna pengundian elektronik
Posted on Thursday, April 27 @ 11:08:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34703

ALOR SETAR - Muktamar Tahunan Pas Ke-63 yang berlangsung mulai 29 April hingga 1 Mei ini mencatatkan sejarah menerusi pelaksanaan sistem pengundian elektronik dalam pemilihan kepemimpinan parti.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika memaklumkan perkara ini berkata, sistem yang telah diguna uji dalam pemilihan pimpinan di beberapa Pas kawasan itu digunakan bagi memudahkan urusan pemilihan dan pengiraan undi di peringkat sayap-sayap parti.

Menurut Takiyuddin, sistem yang dibangunkan oleh unit teknologi maklumat parti berkenaan diyakini selamat untuk digunakan dan tidak dapat digodam.
Tambah beliau, bagi memastikan kebolehpercayaan sistem berkenaan, pengendaliannya akan diuruskan oleh petugas khas bukan dalam kalangan kakitangan unit teknologi maklumat.
Takiyuddin selanjutnya menjelaskan, keputusan undian kemudiannya akan diberikan kepada empat ahli jawatankuasa penganjuran muktamar untuk disimpan sehingga diumumkan pada hari terakhir muktamar iaitu pada 1 Mei.

"Semua keputusan berkenaan boleh dimuktamadkan selepas pengundi terakhir membuang undi pada sesi pengundian setiap dan akan serahkan kepada empat orang ahli jawatankuasa yang terpilih untuk disimpan sehingga diumumkan.

"Identiti keempat-empat individu berkenaan dirahsiakan untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan," kata beliau dalam sidang akhbar di Kompleks Pas Kedah di sini petang tadi.
Takiyuddin memaklumkan sejumlah 30 buah komputer telah disediakan bagi tujuan pengundian sayap-sayap .

Menurut beliau, pada muktamar kali ini, tiada pengundian bagi jawatan Presiden dan Timbalannya serta tiga kerusi utama Dewan Pemuda dan Muslimat akan dijalankan kerana tiada pertandingan.
Pertandingan jawatan bagi Pas Pusat hanya akan membabitkan tiga kerusi Naib Presiden yang akan cuba direbut oleh empat calon.

Sementara itu, bagi kerusi-kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, sebanyak 14 calon akan bertanding untuk merebut 12 tempat manakala kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja bagi Dewan Pemuda (12 jawatan) dan Dewan Muslimat (12 jawatan) masing-masing direbut oleh 14 dan 16 calon.

Tiada pertandingan jawatan akan diadakan bagi Dewan Ulama Pas yang akan bersidang di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop dekat sini pada muktamar kali ini.

Muktamar Tahunan Pas Ke-63 akan dirasmikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 29 April ini.-U/M

Sumber TKO - 27-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ulamak mahu Kedah kembali ke tangan PAS
Posted on Thursday, April 27 @ 11:12:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34704


OLEH ASLANI M

MUKTAMAR di Kedah kali ini diharap memberi mesej untuk membolehkan PAS kembali berkuasa di negeri jelapang padi tersebut.Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Ustaz Mohd Rejab Md Akhir berharap kehadiran ulama dari seluruh negara memberkati usaha tersebut.


Katanya bumi Kedah yang terkenal dengan jelapang padi insya Allah akan akan menjadi jelapang PAS.

"Kita pastikan Kedah sekali lagi akan dipimpim PAS pada pilihan raya umum ke 14 tidak lama lagi, " katanya pada ucapan aluan di muktamar PAS hari ini.

Sebelum itu beliau meminta muktamirin berdiri membaca ikrar dalam bahasa Arab.

Di akhir ikrar beliau menyebut jahanam PAN sambil bertakbir tiga kali diikuti perwakilan yang hadir. Laungan itu bergema di seluruh dewan SRIDU.


Sumber TKO - 27-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Muktamar: PAS jemput PKR, tidak untuk BERSATU
Posted on Thursday, April 27 @ 05:20:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34694



Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menghadiri muktamar tahunan ke-63 parti Islam itu yang akan berlangsung mulai 29 April ini.

Beliau turut mengesahkan PAS menjemput kepemimpinan PKR yang merupakan salah satu daripada parti komponen dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Selain PKR, parti Islam itu turut menjemput Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (BERJASA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Jelas Takiyuddin, tindakan itu adalah selaras dengan keputusan parti yang menetapkan hubungan dengan BERSATU ‘digantung sementara’.

“Kita juga tidak lagi mengadakan program bersama BERSATU dan tiada lagi rundingan antara kedua-dua parti,” katanya dalam sidang akhbar hari ini, memetik laporan Utusan Online.

PAS akan mengadakan muktamar tersebut di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut di Alor Setar mulai 29 April hingga 1 Mei akan datang.

Muktamar itu dijangka menarik walaupun ia nampak bebas daripada kontroversi seperti sebelum ini dengan beberapa perkara berbangkit yang perlu diputuskan oleh parti menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Antaranya ialah hubungan dengan BERSATU, Umno, dasar Melayu, RUU355, PRU14, kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah meneraju PAS selama kira-kira 15 tahun dan nasib Datuk Mahfuz Omar yang begitu lantang mengkritik kepimpinan dan hala tuju parti itu kebelakangan ini.

Pada masa yang sama, muktamar kali ini merupakan medan terbaik untuk memutuskan kedudukan ahli dewan undangan negeri (ADUN) PAS di Selangor.

Sumber TKO - 27-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Muktamar Dewan Pemuda: Mara menuju cita, menerjang badai mendatang

TANAH jelapang padi bersimbah dengan cahaya keperakan mentari pagi yang indah menyambut kehadiran perwakilan dan pemerhati ke Muktamar DPPM kali ke 58. Hujan lebat semalaman sebelum muktamar telah membuah udara segar, sebagaimana segarnya ukhuwwah dan persahabatan dalam jamaah Islam ini. Dengan warna ungu sebagai tema muktamar kali ini, pimpinan dan para muktamirin kelihatan segak bergaya. Menguntum senyuman para petugas protokol menyambut hadirin yang memenuhi khemah besar muktamar di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut. 
Muktamar Dewan Pemuda semenjak keberadaannya di medan siasah dan dakwah negara ini sentiasa membuncah energi, merubah lanskap politik dalaman PAS dan menjadi penanda aras akan keberhasilan PAS di medan operasional. Dewan Pemuda bermula dengan namanya Dewan Pemuda Islam ditubuhkan pada tahun 1953, dipimpin oleh Ustaz Ahmad Badawi. Ramai kalangan aktivisnya pada dekad 50-an ialah para penggerak sekolah agama rakyat seperti Ustaz Hasan Adli, Ustaz Yunus Yatimi dan lain-lain nama besar dalam perjuangan. 
Dewan Pemuda antara yang mengusahakan supaya PAS dipimpin oleh seorang sosok besar perjuangan dan maestro politik iaitu Dr Burhanudin al Helmi. Ustaz Hasan Adli pada tahun 1956,mengusahakan agar Dr Burhanudin  menjadi tonggak utama PAS. Tokoh besar yang bergraduat daripada Universiti Aligagh India ini telah berjaya membawa PAS memenangi negeri Terengganu dan Kelantan pada pilihan raya tahun 1959. 
Dewan Pemuda PAS Pusat menerjang badai yang bukan kepalang dalam dekad 1960-an dengan kewujudan pemuda tahan lasak UMNO. Program dan pemimpin PAS diganasi anak-anak muda muda UMNO, sehingga pemuda PAS merespons dengan gerakan Pemuda Syuhada. Ketua Pemuda PAS Pusat, Abdul Samad Gul Mianji mati ditetak dengan kapak kecil di tanah serendah sekebun bunga. Haruman darah inilah yang membugar semangat anak-anak muda PAS di sepanjang zaman. 
Dewan Pemuda dalam dekad 1970-an menjadi rakan kongsi strategik dalam pemuafakatan politik, di mana terlantiknya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat saat itu, Datuk Mustafa Ali sebagai Timbalan Menteri. ABIM dalam dekad itu sebagai rakan simbiosis yang akrab dengan Dewan Pemuda PAS, mencetak kader-kader dakwah.
Muktamar Dewan Pemuda PAS yang telah berlangsung di Madrasah  Masriyyah Bukit Mertajam pada tahun 1982 telah meluluskan usul kepimpinan ulama. Usul penting inilah yang membentuk orientasi perjuangan PAS selama berdekad-dekad selepas itu. Pemuda PAS telah melangkah gagah di pelbagai sektor, mereka memulakan rangkaian jaringan pendidikan PAS. Bermula dengan pendidikan prasekolah PASTI, merambah kepada SRITI, memotori pendidikan menengah Islam dan juga peringkat kolej universiti yang disempurnakan oleh Dewan Ulama. 
Gerak kerja kebajikan dan kemasyarakatan secara munazzomah dicetuskan oleh Dewan Pemuda dengan munculnya Unit Amal yang kemudiannya dijenamakan sebagai Jabatan Amal. Pelbagai jaringan sivil, gerakan swadaya masyarakat digerakkan oleh Dewan Pemuda, yang akhirnya PAS dilihat indah pada kacamata masyarakat awam. Dimana ada bencana dan tragedi dalam dan luar negara, maka entiti PAS terus berada di barisan paling hadapan sehingga diyakini publik. 
Dewan Pemuda PAS terus menjaring dan merengkuh pelbagai sektor masyarakat untuk menyertai PAS. Antaranya dengan ARC, menjadikan kelompok anak-anak muda yang minat dalam bidang pemotoran terasa disantuni oleh harakatul ummah ini. Akademi Kepimpinan Pemuda terus mencetak kepimpinan yang kompeten dan berdaya saing, malah jentera tajnid Dewan pemuda terus mengilang kader-kader dakwah yang istiqomah memperjuangkan Islam. 
Dewan Pemuda PAS yang menghampiri enam dekad perjuangan ini telah meninta perjuangan ini dengan catatan emas. Merekalah paling ramai mendekam dalam tahanan ISA, dibunuh serta dikucilkan oleh jentera regim. Maka jangan dirosakkan kegemilangan sejarah emas Dewan Pemuda ini dengan pemuda yang berwatak "kain batik", berada di zon selesa serta manja dibelai. 
Teruskan era pengukuhan jamaah ini serta usaha menarik seluruh sektor masyarakat untuk belayar dalam bahtera ini. Pemuda adalah benteng paling ampuh, dada mereka adalah perisai jamaah. Tulang belulang mereka adalah segenggam kekuatan untuk kayuhan bahtera ini menggapai kemenangan dan mardhotillah, mara menuju cita! 
Penulis ialah Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Pemuda Malaysia
Sumber HD - 27-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 





Muktamar Ulama lulus usul kaji tahaluf PKR

MUKTAMAR Dewan Ulama hari ini melulus dan menerima usul bagi mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR. 
Usul tersebut dibawa Dewan Ulama Pas Negeri Sembilan dan Dewan Ulama Pas Perak.
Usul tersebut dibentang Mohd Husaini dari Dewan Ulama Negeri Sembilan. 
Antara lain usul tersebut menyebut PKR masih lagi mengekalkan hubungan dalam Pakatan Harapan yang dianggotai DAP jelas menentang perjuangan PAS. 
Selain itu tiada semangat setiakawan PKR yang menerima keahlian anggota parlimen PAN ketika masih lagi mempunyai hubungan tahaluf dengan PAS. 
"Pemimpin PKR juga tidak menghargai pengorbanan akar umbi PAS yang membantu mereka dalam pilihan raya lepas," katanya. 
Menurutnya sekarang bukan lagi peringkat mengkaji tahaluf, sebaliknya memutus atau tidak hubungan dengan PKR. 
Pengerusi jawatankuasa usul dewan ulama Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata tahaluf siyasi  tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama berdasar perlembagaan parti. – HARAKAHDAILY 27/4/2017
Sumber HD - 27-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





TG Haron Din Tokoh Murobbi Sepanjang Zaman

MUKTAMAR Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menganugerahkan Tokoh Murobbi Sepanjang Zaman kepada Almarhum Datuk Dr Haron Din. 
Anugerah kepada bekas Mursyidul Am PAS itu disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sempena Muktamar DPPM yang ke-58 yang sedang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. 
DPPM juga turut menganugerahkan Tokoh Akademik kepada Dr Kamaruzaman Mohd Yusof. 
Seramai tujuh individu diberi anugerah Jasamu Dikenang antaranya, Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz,  Mantan Ketua Pemuda Sabah Lahirul Latigu, mantan Ketua Pemuda Perlis Yusaini Yahya, Mantan Ketua Pemuda Negeri Sembilan Norazman Mohamad, Hisyam Mustafa, Mantan Ketua Pemuda Kedah Azam Abdul Samad  dan Mohamad Ibrahim (Ustaz Mat Cina).   
Sementara itu, beberapa anugerah turut diberikan untuk sekolah Pasti yang dipecahkan beberapa katagori termasuklah kawasan terbaik, KPI negeri terbaik, penubuhan Pasti baru, Kpi Majlis Guru Pasti dan penambahan murid negeri terbaik. 
Perasmian pada pagi ini dimulakan dengan ucapan Datuk Tuan Ibrahim Tuan dan diikuti ucaptama oleh Ketua Pemuda Nik Abduh. 
Dewan Muktamar Pemuda pagi ini kelihatan begitu ceria dipenuhi dengan persalinan baju Melayu berwarna ungu di kalangan para perwakilan sebagai solidariti RUU355. 
Terdahulu, Datuk Tuan Ibrahim dan Nik Abduh memakai pakaian tradisi sawah kemudian melakukan upacara membanting padi di gebuk padi sebagai simbolik perasmian, seperti mana negeri Kedah cukup terkenal dengan padi. 
Simbolik itu juga menyatakan perjuangan PAS seperti dahulu ibarat padi yang bermula dengan semaian kemudian perlu dibajai dan dijaga (tarbiyah) supaya kuat dan tidak diganggu oleh perosak. 
"Ikutlah rasmi padi semakin tunduk semakin berisi, dan PAS semakin kita hampiri kejayaan semakin kita tunduk kepada Allah," kata pengerusi majlis perasmian Muktamar DPPM. – HARAKAHDAILY 27/4/2017
Sumber HD - 27-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------

Ulamak gagas Membina Negara Sejahtera

DEWAN Ulamak tampil dengan tema Membina Negara Sejahtera pada muktamar kali ini sebagai persediaan melahir tadbir urus negara yang lebih cekap. 
Ini kerana telah dibuktikan Umno dan BN yang mentadbir sekarang berdepan dengan kemelut masalah sosial, keruntuhan ekonomi dan pelbagai masalah. 
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata kerajaan yang ada sekarang tidak menjadikan Islam sebagai garis panduan. 
Oleh itu katanya, PAS tampil dengan pendekatan kesejahteraan dalam semua aspek kehidupan rakyat. 
"PAS berusaha untuk melahirkan negara sejahtera berasaskan aqidah. Usaha pembangunan hendaklah selaras dengan tuntutan langit. 
"Ini juga dibuktikan kerajaan di Kelantan yang ditadbir PAS sejak 27 tahun lepas tidak berlaku sebarang salah laku," katanya pada ucapan dasar pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di SRIDU Tandop, Alor Setar hari ini. - HARAKAHDAILY 27/4/2017
Sumber HD - 27-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Muktamar Dewan Ulamak turut jadi perhatian

MUKTAMAR Dewan Ulamak PAS turut menarik perhatian pemerhati politik berikutan desakan mengkaji balik hubungan dengan PKR diputus sebahagian PAS kawasan sebelum ini. 
Muktamar yang berlangsung di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum Tandop berlangsung dalam suasana agak dingin, berikutan hujan di sini malam tadi. 
Perasmiannya disempurnakan Timbalan Mursyidul Am Ustaz Datuk Ahmad Yakub. Perwakilan mengambil tempat di dewan SRIDU Darul Ulum. 
Perwakilan mendaftar sebelum memasuk dewan, yang agak sendat dengan perwakilan yang datang dari seluruh negara. 
Muktamar kali ke-56 bermula dengan alunan nasyid Asma ul-Husna, lagu PAS dan bacaan al-Quran Ustaz Mohd Fauzi Salleh. 
Hadir sama wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan wakil Perhubungan PAS Kedah. 
Sebahagian pemerhati berada di luar dewan. Manakala petugas media disediakan bilik khas di bangunan bilik darjah. 
Muktamar kali ini bertema Membina Negara Sejahtera. Hadir sama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, timbalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan anggota jawatankuasa. - HARAKAHDAILY 27/4/2017
ulama1
Sumber HD - 27-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Mara Menuju Cita

UCAPTAMA Ketua Pemuda  Dewan Pemuda Pas Malaysia Muktamar Tahunan DPPM Kali Ke-58 1438H / 2017M

1. MUQADDIMAH

1.1. Tahmid & Aluan
Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Tetap; Yang Dihormati Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS selaku Perasmi Muktamar DPPM Kali Ke-58; Yang Dihormati Seluruh Ahli Majlis Syura Ulama dan Pimpinan PAS Pusat; Yang Dikasihi Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda DPPM; Yang Berusaha Setiausaha DPPM merangkap Pengarah Panitia Muktamar; Ahli – Ahli Jawatankuasa Harian DPPM; Ahli – Ahli Jawatankuasa Kerja dan Pengarah Jabatan DPPM; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Kawasan dan Ahli Jawatankuasa; Pimpinan dan rakan – rakan DHPP; Para Dif Kehormat dan Tetamu Jemputan; Sidang Perwakilan dan Pemerhati yang dikasihi sekalian.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dengan penuh rasa ukhuwwah ingin mengucapkan Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Tahunan DPPM kali ke-58 yang bertandang di Negeri Kedah Darul Aman, negeri Jelapang Padi.

Cedok air dengan baldi, Cedok nasi dengan senduk; Baik dibawa resmi padi, Semakin berisi semakin ia tunduk.

Di kesempatan ini, saya mewakili seluruh ahli dan kepimpinan Pemuda PAS, merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, di atas kejayaan membentangkan RUU Persendirian bagi meminda Akta 355 pada 6 April 2017 di Dewan Rakyat. Sesungguhnya langkah penuh tertib yang diambil menyerlahkan kesungguhan PAS dalam membawa Obor Mendaulatkan Islam dengan penuh berhikmah, dan wajar diteladani oleh kami Pemuda PAS untuk menjadi benteng dalam memelihara kesucian agama Islam.
1.2. Tema Muktamar

Firman Allah SWT:
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam”.

Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Fussilat: 33-36)

Tema “MARA MENUJU CITA” diangkat dalam Muktamar Tahunan DPPM Kali Ke-58 ini bagi menegaskan betapa pentingnya Pemuda PAS terus mara menerajui agenda Penyelesaian Islam, dengan melebarkan Khidmat Bakti dan menjayakan misi Perpaduan Ummah, sebagaimana yang sering diungkapkan di dalam lagu rasmi PAS, iaitu;

Bergeraklah ke gerbang jasa, Kalah menang bukan alasannya; Sucikanlah niat dihati, Hingga nyata benarnya janji Rabbi.

Di samping itu, pemilihan logo Muktamar DPPM kali ke-58 yang berbentuk ‘Padi’ adalah simbolik kepada kegigihan dan keazaman yang tinggi di sebalik jelapang padi yang membuahkan hasil, agar setiap Pemuda PAS meningkatkan iltizam untuk terus menabur bakti demi mencapai cita-cita dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
2. BERGERAKLAH KE GERBANG JASA  

Firman Allah SWT:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali-Imran: 104)

2.1. Tuntutan Amal Islami dan Amal Jamaie merupakan kerja-kerja kebaikan dan taqwa yang paling penting, dan sangat diperlukan di masa kini. Malah, ia merupakan teras kepada usaha yang diambil oleh PAS, sebagaimana yang terkandung di dalam bahagian Muqaddimah1 kepada Perlembagaan PAS.

2.2. Tugas yang amat berat ini hendaklah digerakkan secara kolektif (Jamaie) dan berkualiti (Itqan), terbina di atas perancangan yang sempurna sehingga membuahkan hasil dan mencapai matlamatnya. Justeru antara elemen penting yang perlu diberi penekanan oleh Pemuda PAS sebagai Abna’ul Harakah adalah:

i. Organisasi Tersusun Rapi – Sistem urus tadbir organisasi perlu terus diperkemaskan supaya lebih efisyen. Selain sistem KPI dan Scorecard yang semakin diamalkan di peringkat DPP Kawasan, beberapa aspek pengurusan organisasi wajar diberi nilai tambah, antaranya dalam aspek daftar keahlian, pengurusan sumber manusia, kualiti mesyuarat, aturan kerja (SOP), manual serahan tugas dan sebagainya. 

Begitulah juga dalam aspek pengurusan kewangan, yang menuntut kepada pencarian dana dan infaq secara mampan, seterusnya disalurkan dengan cermat bagi menjayakan program yang berimpak tinggi.

ii. Khidmat Bakti Disanjungi – Menyarung baju Amal merupakan suatu penghormatan kepada Pemuda PAS. Selain khidmat kebajikan dan kemasyarakatan, fungsi AMAL kini diperluas sebagai pasukan penyelamat dan perubatan, dan semakin diiktiraf oleh pihak kerajaan dan masyarakat awam. Pemuda PAS juga mestilah menjadikan aktiviti kebajikan sebagai jambatan untuk menyantuni rakyat marhaen, golongan gelandangan dan peneroka Felda, agar khidmat bakti dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
                                                        
iii. Pendidikan Dilestari – Sekalung penghargaan kepada para guru PASTI yang gigih melahirkan tunas perjuangan dengan penuh dedikasi. Selain pemantapan silibus dan kualiti pengajaran, kebajikan guru dan keselesaan premis PASTI perlu terus diberi perhatian kita bersama. Di samping itu, tahniah diucapkan kepada penggerak SRITI yang berjaya melepasi sasaran penubuhan 50 buah SRITI baru pada tahun 2017. Perjalanan SRITI yang masih jauh ini pastinya menuntut pengorbanan dan sokongan semua pihak, khususnya dalam aspek dana, waqaf, prasarana, silibus, serta kebajikan guru dan murid.

iv. Anak Muda Disantuni – Pemuda PAS perlu terjun ke lapangan untuk kita santuni generasi muda negara. Lajnah Penerangan, Dakwah, Perpaduan Nasional, Alam Sekitar, JPro dan terutamanya DACS2 perlu terus kreatif dalam meneroka dimensi baru untuk ‘bergelumang’ dalam ruang sosial dan minat anak muda dengan membawa mesej Islam, seterusnya diterjemahkan dalam bentuk sokongan undi kepada PAS. 

3. KALAH MENANG BUKAN ALASANNYA

Firman Allah SWT:
"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya” (Al-Anfal: 60)

3.1. Para Pemuda PAS perlu diingatkan betapa pentingnya kebergantungan kepada Allah dan meyakini bahawa kemenangan hanya datang dengan pertolongan Allah3, sebagaimana yang diungkapkan di dalam Al-Quran dengan menggunakan beberapa istilah seperti Al-Falah, Al-Fawz, An-Nasr dan Al-Fath. Antara agenda yang perlu diberi fokus oleh Pemuda PAS sebagai Ansorullah adalah:

i. Tarbiah Didahulukan - Pentarbiahan kepada pimpinan dan ahli adalah elemen asasi. Pemuda PAS perlu meneruskan kelangsungan program tarbiyah seperti Usrah, Tamrin, Liqa Fikri, dan Ijtima’ Tarbawi di semua peringkat, seterusnya memberi nilai tambah dalam aspek silibus, kompetensi nuqaba’, dan sistem pemantauan.
                                                        
Selain itu, proses pembentukan fikrah perlu berjalan secara sistematik bagi melahirkan pewaris kepimpinan di kalangan anak-anak ahli PAS (PROTAPAS), remaja (AKAR) dan mahasiswa (JIK), melalui modul yang telah disusun oleh para murabbi terdahulu.

ii. Kompetensi Ditingkatkan – Daya kepimpinan menjadi penentu jatuh bangun sesebuah organisasi. Potensi yang tinggi di kalangan ulama’ pelapis dan professional muda perlu digilap melalui ketinggian idealisma, pencapaian akademik dan profesionalisma, seterusnya menjadi barisan hadapan dalam usaha mempersada idea Kerajaan Teknokrat4 yang digagaskan oleh Presiden PAS.

iii. Kemenangan Islam Diutamakan – Dalam tempoh kritikal menjelang PRU14, seluruh Pemuda PAS perlu memastikan jentera pilihanraya Pemuda (JPRU, JPRD, JPRK) telah beroperasi sepenuhnya, lengkap dengan data culaan, analisa pengundi, buku isu dan plan tindakan yang dipantau oleh pihak Negeri dan Pusat.

Kita berkeyakinan dengan berkat usaha dan pertolongan Allah, Pemuda PAS mampu merealisasikan hasrat Presiden PAS untuk memenangi minima 40 kerusi Parlimen dan mentadbir 5 buah negeri; dengan komitmen Pemuda PAS untuk meletakkan lebih ramai calon muda dan  menguasai 60% undi anak muda di setiap kerusi yang ditandingi.

Cukuplah untuk saya gambarkan di sini, andai ditakdirkan pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen5, dan PAS berjaya mentadbir minima 5 buah negeri pada PRU14. Kita sebenarnya mempunyai kuasa untuk meminda enakmen undang-undang Syariah di peringkat negeri, di samping mensejahterakan rakyat dengan pelbagai dasar Sosio-Ekonomi Berkebajikan menurut acuan Islam. Ini pastinya memberi kita peluang untuk menyerlahkan keindahan Islam yang belum pernah dilihat di bumi Malaysia yang bertuah ini, insyaAllah.

Saya lontarkan pengharapan ini kepada seluruh Ketua Pemuda Negeri dengan satu persoalan, “Adakah negeri aku termasuk di dalam lima buah negeri yang bertuah itu?”

Kita meletakkan keyakinan bahawa negeri tuan rumah, Kedah Darul Aman, pastinya termasuk di dalam negeri bertuah itu, dan insyaAllah akan kembali ditadbir oleh PAS dalam PRU14 ini.

4. SUCIKANLAH NIAT DI HATI

Firman Allah SWT:
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas." (Al-Kahfi: 28)

4.1. Berpegang dengan aqidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam6. Malah, Islam meletakkan aqidah sebagai asas perjuangan dan menjadi pembeza dengan perjuangan berdasarkan ideologi ciptaan manusia, mahupun perjuangan di atas sentimen isu. Justeru antara perkara yang perlu diberi penumpuan oleh Pemuda PAS dalam aspek teras ini adalah:

i. Dasar & Kepimpinan Dirahmati – Telah nyata termaktub dalam Perlembagaan PAS bahawa hukum tertinggi dalam perlembagaan PAS ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qiyas. Inilah dasar yang wajib dipertahankan seluruh Pemuda PAS, seterusnya dipersadakan melalui pembudayaan ilmu di kalangan pimpinan dan ahli.

Di kesempatan ini, ingin saya sebutkan bersempena dengan Agenda Pemilihan dalam Muktamar kita pada tahun ini. Saya berkeyakinan tinggi dengan kebijaksanaan para perwakilan untuk melantik pemimpin yang terbaik di kalangan kita, khususnya di kalangan mereka yang memiliki kekuatan Aqidah, Ilmu, Akhlaq dan Pengaruh untuk mengemudi bahtera Pemuda PAS.

Inilah keunikan kaedah Syura yang diamalkan kita, dan Syura inilah yang akan melindungi dasar dan kepimpinan PAS.  

ii. Perpaduan Ummah Dijadikan Misi – Usaha untuk menyatukan umat manusia mahupun umat Islam keseluruhannya adalah suatu yang amat sukar. Namun Islam menyeru umatnya agar bersatu dan hidup bersaudara di atas dasar Tauhid yang mulia8, sebagaimana ditegaskan oleh Allah SWT.
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)

Paksi perpaduan yang diperjuangkan PAS adalah Islam, bukan kebangsaan. Islam yang dipegang mesti bebas diamalkan, kuasa kepimpinan Islam dipertahankan, dan kewujudan masyarakat majmuk perlu dimanfaatkan. Negara dan umat Islam perlu diselamatkan daripada Bahaya Yang Dirasai dan Bahaya Menanti, melalui pendekatan dialog, muzakarah dan persetujuan untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama.

Justeru saya menyeru agar PRU14 ini dijadikan medan kepada Pemuda PAS untuk Melebarkan Muafakat dan berperanan sebagai Duta Perpaduan Ummah, dengan membawa mesej “Islam Didahulukan, Kita Bersamanya”. Himpunan 355 menjadi contoh bahawa agenda besar ini mampu dijayakan9, apabila semua pihak yang cintakan Islam dapat duduk bersama tanpa mengira fahaman politik, demi menjayakan cita-cita dan matlamat yang sama.

Firman Allah SWT:
“Dan manusia itu pada asalnya hanya satu ummah, lalu mereka berselisihan; dan kalau tiadalah perkataan dari Tuhanmu, nescaya diputuskan perkara dalam hal yang mereka perselisihkan.” (Yunus: 19)

5. HINGGA NYATA BENARNYA JANJI RABBI

Firman Allah SWT:
“Dan (ada lagi) kurniaan lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang beriman.” (As-Saf: 13)

5.1. Al-Quds & Keamanan Dunia

Pembebasan bumi Al-Quds adalah perjuangan yang tidak bernoktah. Justeru segala saluran diplomasi dan misi kemanusiaan akan terus dimanfaatkan oleh Pemuda PAS ke arah kemenangan dan pembebasan bumi Palestin yang tercinta (#WaQudsah), di samping penyelesaian krisis Syria dan Bumi Arab.

Pemuda PAS juga berperanan untuk mewujudkan keamanan serantau, khususnya dalam kemelut di Rohingya dan pertindihan tuntutan laut China Selatan, dengan menjalin kerjasama dengan gerakan pemuda Islam di negara ASEAN dan menghalang campurtangan asing yang ingin merosakkan kesejahteraan ummat di rumpun ini.

5.2. Mempersada Wawasan Induk Negara Sejahtera

Pemuda PAS berperanan besar bagi merealisasikan aspirasi yang terkandung di dalam Wawasan Induk Negara Sejahtera (#WINS), melalui anjakan budaya politik negara yang lebih matang dan sejahtera (#BPMS). Agenda mencorak kemenangan yang boleh dibahagikan kepada aspek penambahbaikan dan penyusunan-semula ini, pastinya menuntut kepada komitmen dan kepakaran di kalangan ulama’ pelapis dan profesional muda, mengikut acuan (Sibghah) yang telah ditetapkan oleh Islam.

Dalam hal ini, Kelantan wajar dijadikan model dalam pelaksanaan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, dengan pelbagai program yang membawa kesejahteraan dan kebajikan kepada rakyat dan anak muda.

5.3. Agenda Anak Muda Sejahtera

Pemuda PAS selayaknya menginsafi kewajipan melaksanakan tuntutan pembinaan negara (nation building) yang lebih sejahtera. Secara ringkasnya, Malaysia kini berhadapan dengan empat krisis utama, iaitu:

i. Krisis Keyakinan / Gejala Rasuah - Beberapa kes rasuah berprofil tinggi sedang disiasat oleh SPRM, melibatkan nilai rasuah mencecah ratusan juta ringgit. Ditambah pula dengan kegagalan Kerajaan menangani skandal korporat seperti 1MDB, FGV, MARA dan Tabung Haji, menyebabkan jurang defisit keyakinan semakin melebar di kalangan rakyat. 
ii. Kelembapan Ekonomi / Kos Sara Hidup - Rakyat berhadapan dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar, kesan kenaikan inflasi dan cukai yang perlu dibayar. Subsidi minyak dan keperluan asas lain telah mula dihapuskan, menjadikan rakyat lali dengan turun naik harga di pasaran, ditambah pula dengan mahalnya harga kereta dan rumah untuk dimiliki.

iii. Gejala Sosial / Kualiti Pendidikan - Statistik berkenaan gejala sosial di kalangan belia negara amat membimbangkan, khususnya dalam kes penyalahgunaan dadah, buang bayi, disiplin pelajar, di samping kes perceraian dan bunuh diri yang kian meningkat. Manakala pencapaian pelajar sekolah dan graduan IPTA tidak menunjukkan peningkatan yang diidamkan bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

iv. Ancaman Kedaulatan / Amerika vs China – Semakin banyak projek mega dan strategik diserahkan kepada syarikat China, mendedahkan Malaysia kepada risiko pertembungan geopolitik di antara China dan Amerika pasca-Trump yang telah menarik diri daripada TPPA.

Justeru, sebagai kerangka asas terhadap penyelesaian krisis yang melanda negara, beberapa langkah Islah berikut wajar diambil, termasuklah Pembaharuan Perlembagaan dengan agenda pemerkasaan Islam Agama Rasmi Persekutuan, di samping Kebebasan Institusi, Pembaharuan Ekonomi, Pembaharuan Pilihan Raya, Perpaduan Nasional, dan Hubungan Antarabangsa.

Di samping itu, sebagai menyahut hasrat anak muda Malaysia yang mendambakan sebuah kehidupan yang lebih sejahtera, Pemuda PAS meletakkan 7 Agenda Anak Muda Sejahtera berikut sebagai asas pembentukan tawaran Manifesto PAS yang akan dilancarkan menjelang PRU14, iaitu:

i. Pendapatan Boleh Guna – Memberi Lebih Ringgit Kepada Poket Anda ii. Keupayaan Sara Hidup – Membebaskan Anda Daripada Kesempitan Hidup iii. Pendidikan Berkebajikan – Meningkatkan Kualiti Hidup Melalui Pendidikan Insani iv. Keusahawanan Belia – Membantu Membina Kerjaya Dan Pendapatan Sendiri v. Rumah Mampu Milik – Memiliki Rumah Idaman Sebagai Tempat Berteduh vi. Capaian Pengangkutan – Mobiliti Dalam Dunia Serba Pantas vii. Kesejahteraan Hidup – Menjamin Kesihatan Dan Keselamatan Yang Tersayang 
6. PENUTUP

Firman Allah SWT:
“Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita; dan benarlah Allah dan Rasul-Nya; dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.” (Al-Ahzab: 22)

6.1. Marilah kita mengambil iktibar daripada ketinggian iman dan keyakinan Baginda Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya, ketika berhadapan dengan ketumbukan musuh di medan Ahzab, sedang kita juga boleh diibaratkan sedang berhadapan dengan pakatan Ahzab Moden yang bergabung bagi mengekang kemaraan Islam pada hari ini.

6.2. Justeru, bertitik tolak di atas tema “Mara Menuju Cita”, marilah kita Terus Beristiqamah untuk memperkukuhkan Kebergantungan kepada Allah SWT, Memantapkan Tarbiyah Kepimpinan dan Ahli, Merapatkan Saf dan Aturan Organisasi, di samping terus meneraju Agenda Penyelesaian Islam dengan melebarkan Khidmat Bakti dan Perpaduan Ummah.

6.3. Di penghujung kesempatan ini, ingin saya merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh saf kepimpinan DPPM (#TeamPemuda), yang banyak bersabar dengan karenah saya dalam membantu saya mengemudi sayap penting Jamaah ini, sepanjang dua tahun yang cukup indah dan penuh ukhuwwah.

6.4. Juga sekalung tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa panitia Muktamar, tuan rumah DPPN Kedah, para bentara dan anggota AMAL, penaja budiman serta semua pihak yang menjayakan Muktamar DPPM kali ke-58 ini. Semoga Allah SWT membalas budi baik kalian.

6.5. Akhir kalam, marilah kita meletakkan keyakinan bahawa, “Fajar Islam pasti akan menyinsing pada esok hari, dan sinarannya akan dinikmati oleh semua insan yang ingin menikmatinya”. 
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 27/4/2017
Sumber HD - 27-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Pemilihan Muslimat: 16 calon untuk isi 12 kerusi

SESI pemilihan Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dimulakan dengan sesi taklimat oleh Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud. 
Beliau memperkenalkan 16 orang senarai calon untuk dipertandingkan bagi mengisi 12 kerusi Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia bagi sesi 2017-2019. 
Di dalam taklimat itu, Wan Rohimi mengesahkan sebanyak 708 kertas undi disediakan mengikut kehadiran sebagaimana yang telah dinyatakan. 
Katanya, pemilihan Ahli Jawatankuasa DMPM dan DPPM masih menggunakan kaedah manual kertas undi, manakala pengundian Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bakal menggunakan pengundian secara elektronik ‘e-voting’. 
Sebelum itu,  tiga jawatan tertinggi DMPM disahkan menang tanpa bertanding dengan mengekalkan Nuridah Saleh selaku Ketua DMPM, Dr Rosni Adam dan Salamiah Mohd Noor juga menang tanpa bertanding dan masing-masing meneruskan posisi Timbalan Ketua serta Naib Ketua DMPM. 
DPPM di jangka akan memulakan sesi pemilihan pada jam 3.50 hingga 6.30 petang ini kerana memberi ruang kepada perwakilan yang bekerja untuk membuang undi dengan selesa. – HARAKAHDAILY 27/4/2017
Sumber HD - 27-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Ulamak mahu Kedah kembali ke tangan PAS

MUKTAMAR di Kedah kali ini diharap memberi mesej untuk membolehkan PAS kembali berkuasa di negeri jelapang padi tersebut. 
Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Ustaz Mohd Rejab Md Akhir berharap kehadiran ulama dari seluruh negara memberkati usaha tersebut. 
Katanya bumi Kedah yang terkenal dengan jelapang padi insya Allah akan akan menjadi jelapang PAS. 
"Kita pastikan Kedah sekali lagi akan dipimpim PAS pada pilihan raya umum ke 14 tidak lama lagi, " katanya pada ucapan aluan di Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat di SRIDU Tandop, hari ini. 
Sebelum itu beliau meminta muktamirin berdiri membaca ikrar dalam bahasa Arab. 
Di akhir ikrar beliau menyebut jahanam PAN sambil bertakbir tiga kali diikuti perwakilan yang hadir. Laungan itu bergema di seluruh dewan SRIDU. - HARAKAHDAILY 27/4/2017
Sumber HD - 27-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





Saman SR: PAS lancar tabung dana khas

PAS melancarkan tabung dana khas bagi membiayai kos-kos tuntutan saman olehnya ke atas Sarawak Report di United Kingdom. 
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-58 hari ini mengumumkan mengenai tabung itu yang dijangka akan menelan kos sebanyak RM200,000. 
"Walaupun jumlah yang begitu besar, tetapi demi maruah, nama baik parti, PAS akan teruskan kerana kita tidak boleh membiarkan orang lain merosakkan nama kita," katanya di hadapan kira-kira 170 perwakilan Pemuda PAS dari seluruh negara.
Katanya, PAS memutuskan untuk meminta sekurang-kurangnya RM5 untuk ahli menyumbang bagi menampung kos menyaman Sarawak Report. 
"Saya sudah menjangka RM5 itu sedikit sangat," katanya sebaik sahaja mendengar suara perwakilan yang menyifatkan jumlah itu terlalu sedikit. 
Memetik kata-kata bekas Mrsyidul Am PAS, Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata, tidak perlu bimbang tentang wang di dalam PAS. 
"(Nik Aziz berkata) walaupun ahli-ahli PAS tidak mempunyai wang, tidak kaya tetapi mereka sanggup berkorban untuk mempertahankan parti," kata Tuan Ibrahim yang diikuti laungan Allahuakhbar di kalangan para perwakilan. 
PAS mahu menyaman editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown kerana mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – HARAKAHDAILY 27/4/2017
Sumber HD - 27-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Jawatankuasa Terima Lebih 30 Usul Untuk Dibawa Pada Muktamar PAS 2017













Jawatankuasa Usul PAS Pusat sehingga kini telah menerima lebih 30 usul daripada 194 PAS kawasan untuk dibawa pada Muktamar PAS Ke-63 yang akan bermula esok.

Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan sedang dalam proses merumus dan membahagikan usul tersebut mengikut kategori sebelum dibawa pada Mesyuarat Khas PAS Pusat pada Jumaat ini.

“Kesemua usul berkenaan akan dibahagi kepada empat kategori iaitu usul yang ditolak, usul yang diterima tanpa bahas, usul yang diterima dan perlu dibahaskan jawatankuasa dan usul yang diterima kemudian diserahkan kepada Majlis Syura Ulama untuk diputuskan,” katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.

Seramai 1,231 perwakilan akan menghadiri muktamar bermula esok sehingga 1 Mei, di sini.

Mengenai agenda pemilihan yang akan menggunakan kaedah ‘e-voting’ buat julung kalinya pada 29 April ini, beliau berkata kesemua keputusan hanya akan diumumkan pada 1 Mei agar ia tidak menganggu emosi calon-calon yang bertanding ketika muktamar sedang berlangsung.

Bagi jawatan naib presiden, katanya terdapat empat calon yang akan bertanding, manakala bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, sebanyak 26 calon menawarkan diri dan menurutnya kesemua calon berkenaan adalah mereka yang ‘satu kepala’ dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Amalan demokrasi dijamin di dalam PAS dan kita yakin pertandingan ini tidak akan menyebabkan apa-apa perpecahan dalam PAS sebagaimana yang diperkatakan,” katanya.

Takiyuddin berkata kaedah pemilihan secara e-voting diyakini selamat memandangkan perisian tersebut dihasilkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat PAS sendiri, dan pemilihan hanya dikendalikan oleh jawatankuasa pemilihan.

“Pada tahun ini bagi semua jawatan yang dipertandingkan, tidak ada wakil calon kepada calon-calon, ini menunjukkan dalam kalangan pimpinan PAS tidak ada perasaan curiga mencurigai, berbanding sebelum ini Muktamar 2015 ada ejen pengiraan, ejen pengundian,” katanya.

PAS, katanya turut mengundang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan beberapa parti sahabat PAS antaranya Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), BERJASA dan beberapa badan bukan kerajaan namun tidak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Hubungan kami dengan PPBM boleh kami sifatkan sebagai digantung sementara, kami tidak lagi mengadakan program dan rundingan bersama setelah mereka mengumumkan masuk ke Pakatan Harapan,” katanya.

Ditanya sama ada muktamar kali ini akan membincangkan mengenai kes disiplin anggota PAS, Takiyuddin berkata perkara itu hanya boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan dan dianggotai oleh mereka yang tidak memegang jawatan dalam parti.

“Ada prosedur untuk seseorang anggota PAS boleh dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib, bukan melalui muktamar atau usul, sebab dalam perlembagaan PAS ada prosedur, maknanya sesuatu aduan terhadap seseorang perlu melalui banyak tahap,” katanya.- BERNAMA

Sumber BO - 26-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Kemeriahan muktamar mulai dirasai

DERETAN tiang bendera bulan purnama yang berkibar megah kelihatan di jalan utama melewati sempadan Gerik - Baling. 
Bendera hijau putih boleh dilihat sepanjang jalan dari Baling, Sik, Gurun, Sungai Limau sehingga bandar raya Alor Setar. 
Suasana muktamar benar-benar dirasai. Kiri kanan sepanjang tersebut kibaran bendera memeriahkan lagi muktamar yang dijangka menarik perhatian ramai pemerhati politik. 
Malah ditemui juga banyak sepanduk yang tertera gambar Mursyidul Am PAS Tuan Guru Hashim Jasin dan  Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Sepanjang jalan dari Baling ke Alor Setar melalui Gurun boleh ditemui banyak markas PAS. Setiap markas dihiasi bendera bulan purnama. 
Ketika kami melewati kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut kelihatan petugas PAS sibuk melakukan persiapan terakhir. 
Malam ini juga akan berlangsung perasmian karnival Kelantan di tapak muktamar di Kota Sarang Semut. 
Karnival itu mengetengahkan pembangunan di Kelantan, pameran 50 tahun Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), promosi jualan usahawan Kelantan. 
Di samping itu pameran hartanah anak syarikat PKINK di Kelantan. Perasmiannya dijangka disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakub. 
Esok akan berlangsung muktamar Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda di lokasi yang berbeza di sekitar Alor Setar. – HARAKAHDAILY 26/4/2017
MukMeriah 2
Sumber HD - 26-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





66 Tahun Mempersada Perjuangan, Rebah Dan Bangkit Menjulang Islam











Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Harakatul ummah ini digodam pembencinya kiri dan kanan, atas dan bawah. Kafilah itu terus bergerak tanpa mempedulikan salakan anjing, kompasnya tepat dengan prinsip Islam yang direngkuh erat.

Umurnya adalah perlambangan jatuh bangun sesebuah gerakan Islam, menyusuri perih dan manis dengan kepimpinan silih berganti. Ada pimpinannya lari, terjun bahtera, ada yang tergiur dengan mandraguna kuasa, yang belot tak akan bertahan lama, begitu juga dengan yang mempunyai agenda peribadi akan tersisih dengan sendiri.

Harakatul ummah ini dicemburui kawan dan lawan, sejuta ahlinya dengan pelbagai kepakaran dan latarbelakang. Berjuta penyokongnya di belakang, memberi dokongan dalam diam serta berkongsi aspirasi, tanah watan ini mesti diselamatkan dengan naungan Syariah. PAS berjasa besar pada tanah leluhur ini, menyemarakkan pendidikan Islam, memberdaya usaha dakwah, mengupayakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, menjadi pembenteng kepada sebarang usaha untuk meleceh dan menista agama. Tak kepalang sakit dan derita yang ditanggung oleh gerakan Islam ini dalam hampir tujuh dekad beroperasi dimedan dakwah,siasah dan tarbiah.

Dalam persidangan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada tarikh 4 Januari 1953, parti itu telah menggariskan matlamat utama perjuangannya iaitu menegakkan sebuah negara yang merdeka berlandaskan ajaran Islam serta matlamat-matlamat lain seperti berikut:

1. Berusaha dengan kuat untuk memperkenalkan kepada rakyat jelata akan kemerdekaan yang tulen serta menanamkan ke dalam jiwa mereka semangat kemerdekaan itu sambil menunjukkan cara-cara mencapainya

2. Berusaha dengan kuat memperkenalkan demokrasi yang sejati dan menyatakan faedah kepada negara dan umat Islam serta berusaha menanamkan semangat demokrasi ke dalam jiwa masing-masing sambil menunjukkan cara-cara bagi mencapai demokrasi.

3. Mengatur dengan kemas cita-cita merdeka PAS dan menjalankan segala tanggungjawab yang berkaitan dengan Agama Islam.

4. Berikhtiar memperkenalkan diri PAS sebagai mewakili umat Islam Melayu kepada alam Islamiyyah dan badan-badan kebajikan Islam seluruh dunia serta membuat perhubungan dengannya sama ada dalam perkara kebajikan bagi Malaya khasnya dan dunia amnya.
5. Berkhtiar melaksanakan hukum-hukum Islam.

PAS pada awal penubuhannya telah bergiat cergas dalam bidang pendidikan Islam yang tertumpu di madrasah dan sekolah-sekolah agama.Tuan-tuan guru pondok sememangnya menjadi tarikan besar kepada orang Melayu untuk menyokong PAS, lantaran tuan guru adalah institusi penting dalam hierarki sosial masyarakat Melayu. Latar belakang darurat yang menyaksikan kekangan kepada aktiviti politik juga mencorakkan perjalanan awal PAS yang menjuruskan program parti kepada pendidikan
PAS semenjak ditubuhkan bergerak di atas landasan dakwah, mengajak masyarakat untuk hidup di atas jalan Islam yang syumul Melayu yang cintakan kepada Islam maka peranan PAS sebagai gerakan dakwah dicatatkan dalam perlembagaan PAS kemudiannya:

PAS diawal penubuhannya telah bergiat cergas dalam bidang pendidikan Islam yang tertumpu di madrasah dan sekolah-sekolah agama. Tuan-tuan guru pondok sememangnya menjadi tarikan besar kepada orang Melayu untuk menyokong PAS, lantaran tuan guru adalah institusi penting dalam hierarki sosial masyarakat Melayu. Latar belakang darurat yang meyaksikan kekangan kepada aktiviti politik juga mencorakkan perjalanan PAS yang menjuruskan program parti kepada pendidikan

PAS semenjak ditubuhkan bergerak di atas landasan dakwah, mengajak masyarakat untuk hidup di atas jalan Islam yang syumul. Dengan berkembangnya, PAS sebagai wadah perhimpunan orang Melayu yang cintakan kepada Islam maka peranan PAS sebagai gerakan dakwah dicatatkan dalam perlembagan PAS kemudiannya:


Fasa 6 – Perlembagaan PAS menyebut:

1. Menyeru umat kepada Syari’at Allah dan Sunnah Rasulnya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariat serta menjadikan sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkukuh ukhuwah Islamiah dan meyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan mengalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperluaskan konsep dan pandangan hidup Islam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan berkerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan, dan pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bila mana dan selama ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa resmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh umat rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan kehormanian antara kaum di negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan bangsa-bangsa bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menhapuskan segala macam kezalimam, kepalsuan, perhamban, dan penindasan di kalangan umat manusia

11. Melakukan apa- apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

PAS telah bergerak di atas kerangka dan matlamat untuk menyeru manusia kepada Islam dan parti ini mempunyai segudang pengalaman berhadapan dengan ujian di sepanjang jalan dakwah yang terhampar dengan mehnah. PAS juga semenjak penubuhannya di era kolonial telah berjuang untuk kemerdekaan tanahair.

Sumber BO - 26-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAS Buka Peluang Perwakilan Bahas Isu Tahaluf Siyasi Dengan PKR
Posted on Wednesday, April 26 @ 09:36:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34682



KUALA LUMPUR: Pas akan membuka peluang kepada semua perwakilan untuk membahaskan mengenai isu tahaful siyasi antara Pas dengan PKR pada Muktamar Tahunan Pas Ke-63 yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah hujung bulan ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, segala pendapat daripada perwakilan akan diambil kira sebelum keputusan mengenainya dibuat oleh Majlis Syura nanti.

“Ada kawasan yang usul Pas putuskan hubungan, kaji semula dan sebagainya dan semua pandangan perwakilan kita akan ambil kira.

“Majlis Syura akan membuat keputusan dan kaji dari segi hukum sebelum keputusan rasmi mengenainya diumumkan,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini isu tahaluf siyasi antara Pas dengan PKR hangat diperkatakan apabila terdapat pimpinan PKR semakin lantang menyerang kepimpinan Pas dalam pelbagai isu termasuk Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang menuduh Pas menerima dana daripada UMNO.

Pas Pulau Pinang antara yang bertindak tegas dalam isu ini apabila membuat keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendapati mereka digunakan PKR untuk mendapatkan sokongan politik khususnya di Permatang Pauh.

Selain Pas Pulau Pinang, sebanyak empat kawasan Pas di Terengganu iaitu Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Sumber TKO - 26-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Selamat bermuktamar wahai pemuda

MUKTAMAR Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-58 yang bertemakan 'Mara Menuju Cita' pada kali ini mengetengahkan konsep padi di mana negeri Kedah cukup sinonim dengan 3P iaitu PAS, padi, dan pondok. 
Bagaimanapun, DPPM sepakat mengambil konsep padi yang mana gimik pelancaran nanti berkaitan padi seperti memotong padi, banting padi dan seumpamanya. 
Menurut Setiausaha merangkap Pengarah Muktamar DPPM  Afnan Hamimi Taib Azamudden, Muktamar Pemuda akan berlangsung pada Khamis, 27 April dan para perwakilan akan membuang undi pada sebelah petang antara jam 5.00 hingga 7.00 petang bagi memberi ruang kepada perwakilan yang masih bekerja pada pagi Khamis itu. 
"Rabu malam kita sudah mula buka kaunter pendaftaran untuk perwakilan. Esoknya Khamis kita mulakan Muktamar dengan perasmian oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 
"Kalau ikutkan jadual sebelum ini lepas perasmian terus buang undi, tapi kita anjakkan ke jam 5 hingga 7 petang," katanya kepada Harakahdaily. 
Di dalam ucaptama yang akan disampaikan oleh Ketua DPPM Nik Abduh Nik Abdul Aziz akan mengupas hala tuju dan matlamat PAS dengan mengulas bait-bait lagu tema PAS 'Berjihadlah'.

Pada kali ini, Afnan berkata, pakaian mereka tidak ada tema khusus seperti tahun lepas yang mengenakan persalinan pahlawan Melayu tetapi kali ini pihaknya mengambil semangat RUU 355 dengan mengenakan tema berwarna ungu. 
Menurutnya lagi, buku laporan DPPM untuk muktamar kali ini akan dipersembahkan dalam bentuk info grafik yang ada gambar rajah, peratus pencapaian hala tuju dan graf pencapaian. 
"Lebih kepada laporan mirip pengurusan korporat. Tidak lagi hanya memaparkan senarai aktiviti oleh lajnah-lajnah seperti kebiasaan. Ini lebih memudahkan perwakilan untuk menilai dan membahas, ruang mana yang masih perlu ditambah baik dan diperbaiki," tambahnya.     
Selain itu, katanya buat julung kalinya pencapaian prestasi Dewan Pemuda PAS negeri-negeri  juga turut dipaparkan menggunakan kaedah yang sama. 
Katanya, ia bertujuan membuktikan bahawa pengurusan DPPM telah mewujudkan inovasi baru, menutup segala tohmahan yang mengatakan PAS adalah parti pak lebai, patah balik ke belakang, dan tidak profesional.

Sementara itu, beberapa wakil Ngo dan parti politik peringkat antarabangsa menyatakan kehadiran mereka pada Muktamar DPPM kali ini antaranya, JI Pakistan Youth, Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Asian Federation Muslim Youth (AFMY), dan Hamas. 
Persiapan muktamar kali ini sudah hampir 90 peratus siap sejak empat bulan lepas, namun menurut Afnan mereka masih memerlukan sumbangan tajaan bagi melancarkan muktamar kali ini. 
Mereka yang berminat untuk menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Dewan Pemuda PAS Pusat di nombor akaun 14069010014143. Sila maklumkan kepada Bendahari DPPM Muhtar Suhaili di talian 0163479717 selepas 'bank-in'. – HARAKAHDAILY 26/4/2017
Sumber HD - 26-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





PAS Akan Hilang Peluang Jika Abaikan Warga Felda Dan Media













Oleh : Naraza Muda

Muktamar Pas Kali ke-63 adalah medan terbaik untuk aktivis Felda menyampaikan hasrat perjuangan mereka. Persoalanya berapa orangkah perwakilan disenaraikan mewakili kawasan tanah
rancangan Felda

FELDA

Dengan jumlah warga Felda yang sudah mencecah 2 juta orang. Mereka menghuni di 92 Dewan Undangan Negeri dan 54 kawasan Parlimen di Seluruh negara kecuali Sarawak. Taburan mereka ini sangat memberi kesan dari sudut politik. Apatah lagi kedudukan politik Melayu dan Islam.

Sejak dari zaman kemerdekaan negara sehingga hari ini, sudah terbukti mereka telah dijadikan simpanan tetap undi Barisan Nasional. Jarang-jarang kita dengar kawasan Felda dimenangi PAS. Ini memang benar. Pilihanraya lalu hanya dua Daerah mengundi daripada 317 tanah rancangan Felda dimenangi PAS iaitu satu di Pahang dan satu di Terengganu.

Begitu juga kedudukan Parlimen, PAS hanya memenangi 3 daripada 54 Parlimen kawasan yang ada Felda, 3 lagi dimenangi Dap dan hanya satu dimenangi PKR. Bayangkan daripada 54 Parlimen hanya 6 sahaja pembangkan mampu menang, itupun hanya satu sahaja daripada ratusan Pusat Daerah Mengundi ini yang mencatatkan PAS menang di PDM, DUN dan Parlimen.

Ketiàdaan individu berjuang sebagai aktivis di peringkat nasional menambahkan lagi kecaknaan PAS agak tersisih terhadap tumpuan pengundi di kawasan ini. Sejak ketiadaan Mazlan Aliman PAS agak sunyi dari bangkitkan isu Felda, yang ada pun hidup segan. Seolah keseorangan dan kurang mendapat tempat pengalahan isu dikalangan kepimpinan Pusat.

Memang diakui, sangat sukar untuk menguasai isu Felda, penulis sendiri yang berperanan di bawah Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal berhempas pulas untuk ketengahkan isu Felda. Lajnah ini sangat banyak unit tugasan perkara lain yang perlu diberi perhatian, masalah tebus guna tanah, pegambilan tanah, tanah haram, adat pada kata selagi ada hamparan tanah, lajnah ini ada tugasan di situ. Masalah setinggan bandar dan perihal orang asal sudah tentu memberi rung yang terhad terhadap isu fokus seperti Felda.

Ramai orang keliru penggunaan nama Hal Ehwal Felda PAS Pusat, mereka ingat memang Unit duduk dibawah Pas pusat, sebenarnya Unit ini hanyalah antara unit-unit lain di dalam lajnahnpembangunan tanah.
Lalu dibincang, dicari jalan penyelesaian, bukan mencari kelemahan. Penyelesaiannya pemikir dan aktivis sepakat memberi cadangan agar unit Felda dikeluarkan dari lajnah tanah dan dijadikan lajnah khusus mengenai Felda. Kemungkinan Usul ini akan dibawa ke Muktamar jika Jabatankuasa Usul meluluskanya. Jika sebaliknya, usaha ini akan terbantut.

Mereka juga mencadangkan individu tertentu seperti penulis sendiri, Tokoh KPF Dato’ Sarchu bin Sawal dan Presiden Ngo GENERASI Roslan Md Esa mestilah berada di kalangan Jawatankuasa kerja Pas Pusat.
Bukan AJK Pas Pusat tidak ada dari kalangan anak peneroka Felda, ada. Ada Ahli Parlimen, ada ADUN dan Jawatakuasakerja Pas pusat sesi 2015-2017 tetapi mereka semua dibebani dengan tugasan yang lebih besar.
Sepanjang penulis mengetuai Unit ini, memang diakui sangat sukar untuk masuk ke tanah rancangan Felda seluruh negara, cawangan Pas bukan tidak ada, tetapi fokus kepada isu ini dari Pusat sendiri tidak ada. Mereka tidak anggap kepentingannya dan kesan kepada parti. Hanya beberapa kawasan dan cawangan yang menerima kunjungan dan mengatur program khusus mengenai isu semasa.

Mencari fakta dan bukti dakwaan penyelewengan juga perkara yang sangat sukar dan bahaya. Jarang penulis kongsi pengalaman ini dalam mana-mana tulisan. Pemberi maklumat akan terdedah dengan tindakan oleh ketua mereka, keselamatan keluarga juga teracam. Risiko undang-undang juga menanti. Orang kata sebelah kaki sudah berada dipenjara. Orang yang dituduh juga buat apa sahaja untuk menidakan kaitan dakwaan.

Dari isu cengkaman hutang terhadap peneroka, isu penyelewengan projek ikan stugeon yang melenyapkan RM47.6 juta duit Felda melibatkan seorang Pengarah Besar Felda ditahan dan didakwa antara pendedahan yang sangat berisiko kepada mereka yang mendedahkan skandal ini.

Isu pembelian hotel, pembelian hartanah dan pembelian syarikat berkaitan yang menelan belanja RM4.6bilion masih belum diambil tindakan atau memang sengaja pihak terbabit memejamkan mata mereka apabila siasatan menjurus kepada penglibatan tokoh pemerintah negara. Segala urusan ini bukan tanggungan pembiayaan parti, individu ini terpaksa mencari dana sendiri .

Kos keluar negara seperti ke ladang Pt Eagle di Kalimantang Indonesia, Samaran Sarawak dan Kanada perlu ditanggung sendiri. Maklumat yang diterima pula perlu dibuat semakan berkali-kali kerana melibatkan kesan besar kepada Parti.

Akan tetapi bila semuanya sudah siap, dibuat semakan berapa tokoh tertentu dan dibuat pendedahan di akbar secara rasmi, tidak ada pula pimpinan Pusat menyambutnya, membiarkan isu ini berlalu. Walhal Pas yang dedah peringkat awal, beberapa bulan selepas pendedahan ada parti lain dijulang menjuarai isu seperti isu Rajawali.

Menyedari kelemahan dan kekurangan, aktivis pejuang isu Felda mencari jalan, mereka cuba membawa penulis kehadapan sebagai percubaan menjadi Jawatankuasa Pusat yang bertanding. Namun malang sekali penulis tersungkur awal, pencalonan tidak cukup untuk melayakan dicalonkan, sedangkan ada berpuluh Kawasan Pas yang ada Felda boleh berbuat demikian. Namun sebaliknya. Kita hanya merancang tuhan menentukan segalanya. Tidak ada istilah kecewa dalam perjuangan, inilah kata-kata keramat yang sering diungkap pemimpin dalam usrah dan sudah sebati dengan pejuang-pejuang.

MEDIA

Mahu tidak mahu dan diperakui banyak isu Felda sampai kepada rakyat Malaysia adalah melalui media, pemberitaan akhbar, Facebook, whatsapp dan TV Web yang menyampaikan kepada mereka. Kaedah ini sebagai jalan penyelesaian terbaik buat masa ini. Alasan pimpinan pusat cakna isu ini boleh diselesaikan. Akhbar Harakah sendiri sangat memberi tempat berkaitan isu Felda.

Buletin web seperti Buletinonline pula seolah menjadi penyiar utama isu ini. Mereka menyedari keperluan isu ini diketengahkan. Media dan rakyat tidak boleh dipisahkan. Begitu juga pemimpin baik politikus atau apa jua posisi mereka. Medialah medannya. Medialah tempatnya. Setiap isu mesti ditulis dan disiarkan. Kesannya bergantung kepada penerimaan pembaca.

Sebab itu perwakilan Muktamar Pas Pusat kali ke-63 ini mesti bertindak bijak dengan mengenengahkan calon-calon yang menepati ciri-ciri kepimpinan yang boleh membantu PAS memenangi Pilihan raya umum nanti. Mereka yang terpilih mestilah berlatarbelakang dan pengalaman serta kepakaran terutamanya menguasi media.

40 calon di senaraikan dan hanya 26 calon bersedia mengalas tugasan berat ini, bagi penulis mereka yang berlatar belakang berkaitan kemahiran isu tertentu terutamanya Felda dan Media mestilah dipilih oleh perwakilan untuk digabung dengan tokoh-tokoh pemimpin yang sudah terbukti peranan mereka pada sesi lalu.

Inilah penulis maksud awal tadi, ini medanya untuk perwakilan dari seluruh negara memastikan PAS tidak kesampinkan isu Felda dan Media agar PAS tidak terlepas dari peluang yang berada di hadapan kita. Kita bersama membantu Presiden Parti dan seluruh Jawatankuasa kerja Pas pusat sesi akan datang dengan satu pasukan seiring dengan garis panduan dan dasar gagasan perjalanan parti.
SELAMAT BERMUKTAMAR KALI KE-63!

Sumber BO - 25-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Muktamar PAS ke-63: Mengimbau sejarah harakatul ummah

KEDAH seperti perawan manis menunggu ketibaan rombongan meminang, segalanya indah nian. Sarat dengan harapan dan kenangan manis dengan segala persiapan yang telah diatur rapi selama berbulan-bulan tanpa lelah oleh petugas PAS Kedah. Cahaya rembulan memantulkan warna indah pada Kompleks PAS Kedah yang dibina dengan pengorbanan ahli dan pimpinan PAS, semuanya menunggu para perwakilan dan pemerhati daripada seluruh pelosok negara. Elok juga kita mengenang pengorbanan para leluhur yang berjuang menubuhkan harakatul ummah ini sehingga hampir mencecah umur 66 tahun ini. 
Ulama dan agamawan Tanah Melayu yang berhimpun di Gunung Semanggol telah mengasaskan Hizbul Muslimin pada Mac 1948, namun umur parti Islam sangat singkat dengan pengenalan Ordinan Darurat pada Jun 1948. Ruang politik yang tidak kondusif di zaman darurat dengan penangkapan massa secara rambang telah membentur kebangkitan rakyat. Segelintir ulama telah menyertai Biro Agama Umno dan seterusnya telah menubuhkan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu pada 24 November 1951. 
Dasar perjuangan PAS ialah untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan British dan menegakkan sebuah pemerintahan Islam berlandaskan al-Quran dan Hadis. Maka untuk mencapai matlamat itu, PAS telah berkerjasama dengan parti-parti yang lain di Persekutuan Tanah Melayu untuk mendesak British hak pemerintahan sendiri dan merdeka. PAS telah menghantar tiga orang wakil iaitu Mohad Asri Haji Muda, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussien dan Ustaz Uthman Abdullah. 
Dalam persidangan itu, PAS mempertahankan pendirian politiknya iaitu Persekutuan Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu. Oleh kerana itu, PAS membawa usul bahawa apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, kedudukan orang Melayu sebagai pemilik negeri ini yang asal dan sah tidak harus dilupakan. PAS telah meminta supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara secepat mungkin sebagai penganti bahasa Inggeris. PAS juga mendesak supaya agama Islam diletakkan di tempat yang penting di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka nanti. PAS juga tidak menyokong cadangan Umno-MCA untuk menjadikan prinsip Jus Soli sebagai syarat kelayakan mengundi bagi orang-orang asing. Bagi PAS, orang-orang asing tidak mempunyai hak untuk mengundi kerana mereka bukan rakyat negara itu. PAS juga menolak cadangan perikatan Umno-MCA yang mahukan suruhanjaya bebas dilantik untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 
Sungguhpun berbeza pendapat berhubung dengan corak kemerdekaan Tanah Melayu yang bakal merdeka, PAS tidak mengkhianati atau menghalang usaha-usha parti perikatan parti tersebut sehubung dengan tuntutan kemerdekaan Prof Dr Zulkifli Muhammad, Timbalan Yang Dipertua Agung, pernah menegaskan bahawa: “Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajah asing oleh orang yang tidak seagama dengannya. Sebab itu umat Islam diwajibkan oleh Tuhan-nya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajahan oleh orang-orang yang tidak sekeyakinan dengannya. Jadi nyatalah bahawa memperjuangkan kemerdekaan itu adalah kewajipan bagi umat Islam, dan bagi PAS sebagai parti politik Islam bukan sahaja merupakan kewajipan politik semata-mata tetapi lebih merupakan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan". 
Musuh PAS beberapa dekad selepas merdeka telah memfitnah PAS sebagai parti penghalang kemerdekaan, sebuah parti yang tidak ingin kepada kemerdekaan dan dilahirkan oleh British. Sejarah pula menyaksikan ulamalah yang mengucur keringat dalam memperjuangkan kemerdekaan. 
PAS memberikan sokongan sepenuhnya terhadap rombongan Tunku Abdul Rahman, Yang Dipertua Umno ke London pada bulan September 1953 untuk menyerahkan memorandum yang disusun oleh Jawatankuasa Persidangan Kebangsaan kepada kerajaan British bagi menuntut diadakan segera pilihan raya di peringkat Persekutuan. Hasil desakan bersepadu daripada parti-parti politik itu, British bersetuju untuk mengadakan Pilihan Raya Persekutuan pada tahun 1955. 
Pada bulan Ogos dan Oktober 1953, PAS menyertai persidangan kebangsaan tajaan perikatan Umno-MCA bagi membahaskan cadangan untuk mendesak kerajaan British mengadakan Pilihan Raya Persekutuan 1954, iaitu sebagai langkah awal ke arah pemerintahan sendiri. Maknanya PAS melakukan apa sahaja bagi memastikan jalan kemerdekaan dapat diraih, pilihan raya yang pertama sangat penting bagi menyediakan rakyat Tanah Melayu untuk bekerajaan sendiri. 
Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) kemudiannya didaftarkan dengan Pandaftar Persatuan sebagai Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) atau PAS (dua minggu) sebelum 31 Mei 1955 iaitu hari penamaan calon pilihan raya pertama Persekutuan Tanah Melayu yang telah berlangsung pada 27 Julai 1955. Nama Persatuan Islam Se-Malaya kemudiannya ditukar dalam persidangan pada 25-27 Disember 1971, ia ditukar sekali lagi menjadi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan kekal hingga ke hari ini. - HARAKAHDAILY 25/4/2017
Sumber HD - 25-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





Pemilihan parti: Prinsip kita yang tidak difahami musuh

MASIH berbaki sekitar lima hari sebelum bermulanya muktamar dan kali ini adalah tahun pemilihan. PAS masih boleh meneruskan muktamar pemilihan sekalipun hampir dengan Pilihan raya Umum (PRU) di mana sebahagian besar parti menangguhkan muktamar, perhimpunan atau konvensyen masing-masing kerana dibimbangi wujudnya pertelingkahan akibat pemilihan yang akhirnya memberikan kesan kepada PRU. 
Menariknya, PAS boleh meneruskan pemilihan dan diyakini tiada pergaduhan yang memberikan kesan kepada PRU apabila justeru beberapa prinsip yang dipandu oleh hukum syariat yang kita amalkan. Antara prinsip yang saya maksudkan ialah: 
PRINSIP PERTAMA: Menyedari kepimpinan adalah amanah 
Kita menyedari bahawa amanah kepimpinan bukan sesuatu yang mulia (تشريف) bahkan ianya bersifat tanggungjawab yang berat (تكليف). Untuk menghadam sifat ini, maka kita mestilah mengingati beberapa pesanan dan amaran Nabi saw: 
ما من رجل يلي أمر عشرة فما فوق ذلك إلا أتى الله مغلولا يوم القيامة يده إلى عنقه فكه بره أو أوبقه إثمه ، أولها ملامة، وأوسطها ندامة، وآخرها خزي يوم القيامة 
Maksudnya: Tiada seseorangpun dilantik untuk memimpin pengikut yang melebihi 10 orang melainkan didatangkan mengadap Allah pada hari kiamat dalam keadaan tangannya dibelenggu ke tengkuknya. Dia akan dilepaskan jika adil dan ia akan binasa jika sebaliknya. Permulaannya kekejian, pertengahannya penyesalan dan pengakhirannya adalah kehinaan pada hari kiamat. – (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad).
Dan sabda nabi SAW: 
يا أبا ذر إنك ضعيف، وإنها أمانة، وإنها يوم القيامة خزي وندامة، إلا من أخذها بحقها وأدى
الذي عليه فيها.
Maksudnya: Wahai Abu Zar! Kamu lemah dan jawatan itu adalah amanah. Sesungguhnya ia adalah kehinaan dan penyesalan (bagi tuannya) pada hari kiamat melainkan orang-orang yang melaksanakannya dengan benar dan menunaikan tanggungjawabnya. – (Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim) 
Secara asas, jawatan disifatkan oleh nas sebagai penyesalan, kehinaan dan kekejian serta semuanya dihadapkan di hadapan Allah dalam keadaan dibelenggu. Apabila didatangkan golongan yang amanah dalam bentuk pengecualian, maka ini menunjukkan peratusan mereka yang tidak berjaya dalam melaksanakan amanah jawatan itu sangat ramai. Manakala golongan yang berjaya pula amat sedikit kerana mereka disifatkan sebagai golongan yang dikecualikan. 
Hadis-hadis di atas menjadikan setiap kita yang beriman mempunyai menolak jawatan pada asasnya, jauh sekali untuk merebutinya. Hadis-hadis ini juga menjadi penawar bagi penyakit suka merebut jawatan (حب الرئاسة) dan sifat suka menjadi pemimpin.
PRINSIP KEDUA: Menerima dan menolak sesuatu perlantikan ke jawatan tertinggi kerana kefahaman 
Menurut hukum fekah, hukum menerima dan menolak jawatan adalah bergantung kepada keadaan. Kadangkala ianya wajib ditolak seperti apabila lawannya itu adalah orang yang sangat tidak layak seperti fasiq atau jahil. Kadangkala ianya harus apabila lawannya itu sama layak dengannya. Kadangkala ianya haram apabila lawannya itu jauh lebih layak daripadanya. Bagi merealisasikan prinsip kedua ini, maka setiap kita perlu mendalami syarat-syarat kepimpinan dalam Islam dan menyedari hakikat kemampuan diri dan kemampuan lawannya dalam pemilihan.\ 
Dalam keadaan bukan keperluan, takut kepada amaran-amaran dalam hadis yang dinyatakan dalam prinsip pertama adalah faktor utama kenapa kita tidak merebut jawatan. Prinsip inilah yang mendorong Saidina Umar menolak cadangan supaya anaknya Abdullah dilantik sebagai khalifah selepasnya dengan menyebut: cukuplah Umar seorang sahaja dari kalangan keluarga Al-Khattab yang diheret (dalam keadaan dibelenggu) dihadap Allah pada hari kiamat. 
Dalam keadaan keperluan seperti lawan kita adalah seorang yang tidak layak, maka menarik diri adalah tidak bertepatan dengan syariat. Keadaan ini dapat kita lihat dengan jelas apabila nabi Yusof meminta jawatan menteri kewangan di zaman beliau sebagai mana disebutkan di dalam Al-Quran: 
قَالَ ٱجۡعَلۡنِى عَلَىٰ خَزَآٮِٕنِ ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ إِنِّى حَفِيظٌ عَلِيمٌ۬ 
Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya" – (Yusof: 55) 
PRINSIP KETIGA: Berusaha memenangkan lawan 
Dalam keadaan kelayakan yang sama atau hampir sama di kalangan calon yang ada, maka menarik diri bukanlah satu sifat yang mulia sekalipun ia bukanlah satu sifat yang hina. Bahkan sifat tidak menarik diri dan membiarkan ahlu al hilli wa al iqdi (pemilih atau pengundi dalam konteks sekarang) memilih dan mengundi adalah sifat terbaik.
Contoh ini kita dapat lihat dengan jelas sewaktu perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah pertama. Apabila para sahabat sebulat suara bersetuju bahawa bangsa Quraish sebagai kriteria kelayakan pengganti Rasulullah SAW, maka Saidina Abu Bakar yang sebelum ini bertegas dengan Quraisy adalah paling layak tidak menyatakan dirinya paling layak sekalipun beliau daripada bangsa Quraisy. Sebaliknya berlaku kempen mengempen untuk memenangkan calon lawan dalam peristiwa pemilihan pemimpin selepas wafatnya Nabi SAW yang berlansung di Saqifah Bani Saaidah ini. 
Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Ibn Hisyam, Al-Yaakubi dan lain-lainnya berkenaan kisah perlantikan ini secara panjang lebar. Tatkala semua sudah bersetuju sebulat suara bahawa kriteria kelayakan bagi pengganti Rasulullah adalah daripada bangsa Quraisy, maka Saidina Abu Bakar berkata: “aku bersetuju saidina Umar Al-Khattab dan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah menjadi pemimpin. Ini adalah Saidina umar Al-Khattab yang rasullullah pernah memujinya dengan berkata: Ya Allah! Kuatkan Islam dengan Islamnya Umar. Ini pula Abu Ubaidah Al-Jarrah yang Rasulullah SAW menyifatkannya sebagai Amin untuk umat ini. Maka aku meminta kamu berbaiah (melantik) salah seorang daripada kedua sahabat ini.” Saidina Umar dan Abu Ubaidah yang dicadangkan oleh Saidina Abu Bakar enggan menerima cadangan tersebut untuk menjadi pemimpin seraya berkata: “Demi Allah, kami tidak pernah mendahului kamu wahai Abu Bakar. Kamu sahabat Rasulullah yang bersusah payah berhijrah berdua-duaan dari Mekah ke Madinah. Kami lebih redha untuk kamu memimpin dunia kami sebagaimana Rasulullah telah redha untuk kamu memimpin solat kami (ketiga baginda sakit).” Akhirnya Abu Ubaidah memegang tangan Saidina Abu Bakar berbaiah, disertai Saidina Umar dan akhirnya semua sahabat yang hadir sebulat suara berbaiah menerima Saidina Abu Bakar sebagai khalifat selepas wafatnya nabi SAW. 
Inilah prinsip dan suasana yang ingin kita corakkan di dalam parti kita PAS semoga pemilihan-pemilihan parti berjalan dengan baik dan harmoni. 
PRINSIP KEEMPAT: Kalah Bersyukur dan Menang beristighfar 
Asasnya, seseorang muslim itu mestilah merasa takut dengan ancaman-ancaman dan balasan-balasan akhirat ke atas pemimpin yang tidak amanah dan tidak jujur. Mereka juga perlu menyedari bahawa pemimpin yang berjaya melepasi piawaian adil dan pelaksana tanggungjawab menurut Islam amatlah sedikit berbanding yang gagal dan diheret dalam keadaan tangan dibelenggu ke tengkuk pada hari kiamat. Akibat ketakutan ini, seseorang muslim yang beriman akan merasa syukur apabila kalah di dalam pemilihan atau pertandingan merebut sesuatu jawatan kepimpinan. 
Pun begitu, jika dilantik dan memenangi pemilihan, menolaknya selepas dipilih secara sah menurut syariat adalah sifat yang tidak bertanggungjawab justeru rasul-rasul, para ulama dan salafussoleh adalah khalifah-khalifah dan pemimpin tertinggi dan mereka tidak menolaknya selepas dilantik secara sah. Menyedari menolak jawatan selepas pemilihan yang sah adalah sikap tidak bertanggungjawab dan menerimanya pula pasti akan disertai kelemahan dan kekurangan, maka pada masa itu istighfar adalah ubatnya.
Meletakkan hadis bahawa pemimpin yang adil adalah salah satu daripada tujuh golongan yang diberikan naungan oleh Allah di padang Mahsyar pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah, maka seseorang muslim yang baik akan berusaha bersungguh-sungguh setelah dilantik untuk mencapai tahap ‘pemimpin yang adil’ untuk memperolehi naungan di padang mahsyar. 
PRINSIP KELIMA: Buang ego dan ingat akhirat 
Kadangkala kita memuji melangit orang yang menang dengan majoriti yang besar dan kadangkala lahir pelbagai syak wasangka sehingga tercipta persepsi dan berita-berita salah disebalik sebab musabab kekalahan teruk seseorang. Tambahan pula, musuh memainkan peranan menghina golongan yang kalah dalam pemilihan parti melalui media-media awam yang dimiliki mereka menjadikan sikap ego akhirnya menguasai seseorang calon pemilihan. Kesannya, mereka berusaha memenangkan diri, bukan untuk mencapai target ‘pemimpn yang adil’ dan bukan juga kerana ‘gila jawatan’, bukan kerana ingin dilihat hebat, tetapi semata-mata kerana takut dikata dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan akibat kekalahan. 
Maka sebagai seorang muslim yang beriman, kita hendaklah mengubati penyakit ini dengan memperbanyakkan menghayati nas-nas diatas. Kita perlu menginsafi bahawa, menang dunia yang dipandang mulia ini mungkin akan menjadi sebab kepada kita akan dipandang hina pada hari kiamat. Kita juga perlu menyedari, setiap tohmahan, tuduhan, wasangka dan tembakan musuh daripada parti luar adalah merupakan kiraan pahala percuma yang akan dituai pada hari kiamat. Ianya seperti saham yang diperoleh percuma tanpa perlu melabur dengan amalan tenaga, perbelajaan waktu dan pengeluaran wang ringgit kita. 
PRINSIP KEENAM: Melawan golongan yang tidak layak menurut syariat sekalipun menjadi arang 
Kadangkala sikap menolak jawatan pada saat yang bukan keperluan dilihat baik. Tetapi sikap ini apabila ditonjolkan pada saat keperluan seperti bakal calon adalah golongan yang tidak layak, maka sikap menolak jawatan ini bukan lagi satu sifat yang baik. 
Dalil yang paling jelas ialah bagaimana nabi-nabi dan rasul-rasul melawan pemimpin-pemimpin di zaman mereka. Yang mereka perangi itu bukan sahaja pemimpin yang kafir, tetapi pemimpin yang mengaku Allah sebagai tuhan dan beriman dengan nabi-nabi sebelumnya seperti kisah-kisah Bani Israel seperti kekecohan sewaktu perebutan antara Talut golongan Al-Malak sebagai pemimpin Bani Israel untuk berdepan dengan kerajaan Jalut pada zaman tersebut. 
Jika kita adalah golongan yang menolak jawatan kepimpinan disebabkan 5 prinsip di atas, maka kita juga adalah golongan yang akan kehadapan merebut jawatan kepimpinan dan menempuh segala risikonya sekalipun besar, apabila bakal pimpinan bukan seseorang yang tidak layak menurut syariat. 
Jika kita membuka kitab-kitab sejarah Islam, bukan sahaja melahirkan sikap dan kenyataan tidak bersetuju, bahkan ramai ulama-ulama taabiin dan sighar sohabah yang gugur ketika mereka enggan memberikan baiah dan mengiktiraf khalifah yang tidak layak. Kita melihat dengan jelas bagaimana tegasnya Abdullah b Zubair dan Said b Jubair ketika mereka enggan memberikan baiah kepada Khalifah Abdul Malik b Marwan sehingga akhirnya mereka dibunuh oleh Hajjaj b Yusof As-Saqafi. 
Fekah Islam telah menggariskan dan menerangkan keadaan-keadaan yang mewajibkan sabar terhadap pemimpin dan keadaan-keadaan yang mewajarkan berlaku gerakan menukar seseorang pemimpin pada sesuatu masa. Kita perlu menghalusi hukum ini dengan baik supaya kita mengetahui dengan tepat masa yang perlu kita bersabar dan masa yang perlu kita bergerak. 
Kesimpulannya, apabila kita menghayati enam prinsip di atas maka dengan izin Allah parti kita akan menjadi kuat dan musuh kita akan kehairanan seterusnya kemenangan itu akan hampir kepada kita insya Allah. 
Allahuakbar!!!
Sumber HD - 24-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



“Mai Cheq oii ke Negeri Kedah”
Posted on Saturday, April 22 @ 14:27:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34651


Oleh SARINA ISMAIL

TIDAK sampai 6 hari lagi Kedah akan menjadi tumpuan pemerhati politik serta kunjungan para perwakilan dan pemerhati bagi Muktamar PAS ke-63 dari seluruh Malaysia. Negeri Jelapang Padi yang kaya dengan keunikannya tersendiri bersama keramahan penduduknya sedia menerima tetamu jauh dan dekat apatah lagi untuk berkampung di sini.


Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia yang berkeluasan kira- kira 9,245KM persegi.Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan dengan Provinsi Songkhla dan Yala di wilayah Thailand.


Selain itu ia juga bersempadan dengan Negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.
Uniknya Kedah, pengunjungnya boleh ketiga buah negeri melaluinya serta menjelajah hingga ke negara jiran, Thailand.

Keunikan dan keramahan penduduk Kedah bukan omong kosong malah ia telah mashyur di seluruh Malaysia. Walau loghat Kedah yang dikatakan agak kasar namun ia menjadi perhatian dan mudah difahami serta sering menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Majoriti penduduk Kedah menjalankan aktiviti pertanian dan tentunya banyak menumpukan kepada penanaman padi sesuai dengan jolokan namanya Jelapang Padi selain menjadi penoreh Kedah di beberapa daerah seperti Sik, Baling,Padang Terap dan Pendang, namun tidak kurang juga bekerja di industri sama ada di Kulim, Jitra, Sungai Petani serta melepasi sempadan ke Pulau Pinang.

Di sesetengah tempat seperti di Sik dan Baling, kedinginan paginya masih terasa bersama kehijauan pepohonan ditiup udara segar dan bersih tetapi fenomena itu jarang lagi dapat dirasai di sebelah Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Jitra dan lain-lain memandangkan hutan batu menguasai iklim setempat.

Sebut tempat peranginan, pengunjung jangan merasa resah. Kedah mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati bukan sahaja untuk berehat malah dapat melihat kesan-kesan peninggalan sejarah.

Antara tempat menarik yang lokasinya berdekatan dengan tempat Muktamar PAS Pusat berlangsung, termasuklah Muzium Padi dan Gua Gunung Keriang yang terletak di Gunung Keriang, Anak Bukit.

Pengunjung juga boleh melawat Menara Alor Setar yang dikatakan kedua tertinggi di Malaysia dan dari atas menaranya pengunjung boleh melihat pemandangan seluruh bandaraya hingga ke kawasan sekitar yang dikelilingi sawah padi hingga sayup mata memandang. Dikawasan pemerhatian (Observation Area) setinggi 88 meter turut disediakan teropong automatik untuk pengunjung melihat pemandangan lebih dekat dan jelas.

Jangan lupa, berhenti sekejap di Aman Sentral walau pun tidak bertujuan membeli-belah tetapi kenangan terindah hasil usaha Allahyarham Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak membangunkan Plaza Tunku Yakkob yang terbengkalai selama 30 tahun .

Tidak sampai lima tahun PAS menerajui Kedah di bawah pentadbiran beliau, ia dapat dibangunkan dan kini pemimpin Umno-BN mendapat laba dan nama. Pengunjung dapat melihat sendiri kejayaan pemimpin dari parti ‘Lebai’ yang kononnya hanya pandai membaca khutbah di masjid-masjid dan surau.

Letih berjalan, jangan lupa singgah solat di Masjid Zahir yang terletak tidak jauh dari Aman Sentral.
Masjid yang berciri rekabentuk yang unik itu mempunyai kubah besar berwarna hitam dan diikuti empat kubah kecil melambangkan rukun Islam.

Selain itu, jangan lupa berkunjung ke Masjid Al-Bukhori yang terletak di persimpangan Jalan Langgar. Masjid yang menjadi mercu tanda baru Bandaraya Alor Setar mempunyai rekabentuk bercirikan Timur Tengah seperti Iran, Madinah dan Mesir.

Ia boleh memuatkan sehingga 15,000 jemaah pada satu masa. Selain itu, terdapat lapan buah bilik pengajian, lima bilik wuduk lelaki dan wanita, bilik pengurusan jenazah, bilik imam, bilik mesyuarat dan tidak ketinggalan kemudahan untuk orang yang kurang upaya seperti tandas khas dan 2 unit lif. Datarannya pula mempunyai kolam dan aliran air dibentuk berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan.

Kedah mempunyai keistimewaan makanannya tersendiri yang jarang dapat dinikmati di negeri lain. Pulut tanak bersama kelapa parut dan ikan kering menjadi santapan pagi terutama Pak Tani sebelum turun ke sawah.Ia bukan sahaja enak malah menyenyangkan dan selain itu ia juga dihidangkan bersama buah mempelam.

Laksa Telok Kecai yang sememangnya popular di kalangan penduduk utara Kedah terutama di Alor Setar dan Kuala Kedah dihidangkan bersama sambal kelapa.

Laksa Ikan Seekor,Laksa Sotong, pulut inti, tapai , pek nga dan kuih muih antaranya, dangai, qasidah serta lain-lain rugi sangat kalau tidak menikmatinya. Malah sebelum pulang jangan lupa ikan pekasam sebagai buah tangan. Ikan pekasam Kedah kebanyakannya ikan darat yang ditangkap di sawah padi serta tali air berhampiran.

Andai mahu bercuti, Pulau Lagenda Langkawi sedia menanti.

Naik bot di Jeti Kuala Kedah, kirakira satu jam setengah akan sampai ke destinasi seberang sana. Asal poket penuh boleh sahaja melawat semua tempat menarik di Langkawi sama ada Under Water World, menaiki kereta kabel Langkawi, muzium seni Art Paradise, menginap di hotel-hotel di Pantai Chenang sambil menikmati keindahan pantainya yang putih bersih namun jangan sesekali lupa, singgahlah di Hotel Adya.

Hotel Adya merupakan hasil dan idea peninggalan Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak ketika menjadi Menteri Besar Kedah dahulu.

Senibina dan reka bentuknya menepati ciri Islam dan pengasingan kolam mandi antara lelaki dan wanita serta terselindung dari pandangan umum walau berada di hotel berkenaan.

Bila sudah berada di Langkawi, jangan pulang selagi tidak singgah membeli minyak gamat, ibu gamat atau ke pusat membeli belah yang menawarkan harga yang agak murah dibandingkan di tempat-tempat lain.

Kunjungilah pusat membeli belah Haji Ismail Group(HIG) dan andai perlu penginapan boleh juga menyewa di Hotel HIG yang bersebelahan kompleks membeli belahnya. HIG merupakan antara penyumbang kepada kemajuan institusi pendidikan PAS terutama di Langkawi.

Sebelum pulang ke kampung halaman, jengahlah sebentar di Kuala Ketil. Lihatlah betapa tersergam megah Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah yang menjadi buah hati Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak sewaktu ketika dulu.Lihatlah bagaimana besarnya jiwa seorang pemimpin PAS yang cintakan pendidikan berusaha mendirikan sebuah kampus tetap dalam tempoh tidak sampai empat tahun bersama pelbagai ujian dan tribulasi.

Akhirnya ia dapat disempurnakan perasmiannya oleh KYDMM Yang DiPertuan Agong walau pun sakit bagai disiat-siat dihati pemimpin Umno-BN Kedah.


 Ada masa boleh juga melawat Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) di bawah kelolaan PAS yang berada di merata pelusuk bumi Kedah selain pondok-pondok pengajian selian HESA. Jangan lupa kongsikan sedikit pendapatan untuk membantu pembangunan institusiinstitusi berkenaan agar terus subur dan mekar.

Sumber TKO - 22-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Pemuda PAS Kelantan kekal pimpinan lama

KEPIMPINAN Pemuda PAS Kelantan sesi 2017-2019 menyaksikan tidak banyak perubahan yang berlaku, iaitu sebahagian besar mengekalkan muka lama. 
Pada muktamar kali ke-58 di Machang baru-baru ini Ustaz Ahmad Fadhli Shaari kekal menerajui Pemuda PAS Kelantan tanpa bertanding. 
Begitu juga Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda turut mengekalkan Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi dan Mohd Ariff Abdullah. 
Pada mesyuarat anggota jawatankuasanya yang berlangsung hari ini turut mengekalkan Ustaz Mohamad Kamal Mohamed sebagai setiausaha. 
Begitu Nazman Che Iberahim (ketua penerangan) dan Ustaz Razuan Awang Hamat (pengarah pilihan raya). 
Selain itu tiga penolong setiausaha iaitu Muhammad Abdul Malik Abdul Karim, Faiz Rahim dan Mohd Afif Rabbani Abdullah. 
Bagaimanapun bagi sesi ini jawatan bendahari disandang Wan Abu Bakar Wan Mahusin. 
Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kelantan juga menyaksikan penampilan enam muka baru iaitu Marwan Husin, Mohd Fakhrullah Abdul Halim, Ahmad Firdaus Abdul Hamid, Khairul Anuar Ismail, Rosdi Senik dan Ariff Zakaria. 
Manakala 10 lagi mengekalkan jawatan masing-masing iaitu Mohd Hafiz Mahmud, Ibadurrahman Mohamed, Mohd Azreen Mustafa dan Nik Abdul Rahim Nik Man.
Selain itu Mohd Tarmizi Abdul Rahman, Jasmin Isa, Abdul Fattah Jaafar, Wan Mohd Sufiyan Yusoff, Nik Asmawie Nik Abdullah dan Jamal Najmuddin Sulaiman. – HARAKAHDAILY 20/4/2017
Sumber HD - 20-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Muktamar: Jabatan Amal beri kerjasama kepada polis

SEMPENA Muktamar Tahunan PAS dan dewan-dewan pada hujung bulan ini, pihak urusetia muktamar dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin, semalam bagi membincangkan pergerakan lalu lintas dan keselamatan semasa muktamar nanti. 
Timbalan Pengarah 2  Bahagian Pelapis JAM, Zulkifli Muhyidin yang mewakili Amal Malaysia telah menyatakan persetujuan untuk memberi kerjasama kepada pihak polis sepanjang  muktamar itu nanti terutamanya dalam isu keselamatan dan lalu lintas. 
ACP Rozi dalam pertemuan tersebut secara tidak langsung telah mengiktiraf peranan dan tugasan Jabatan Amal yang banyak membantu pihak polis sebelum ini. 
Beliau yang baru sahaja ditugaskan di Kota Setar berharap kerjasama yang dibuat sebelum ini dapat diteruskan demi memastikan program berjalan dengan aman dan terkawal. 
Bagi pihak Jabatan Amal Malaysia, Zulkifli mengharapkan seluruh anggota Amal yang akan hadir bertugas di Kota Sarang Semut nanti dapat memberikan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa terutamanya dalam mengawal lalu lintas sepanjang jalan di Batu 9 itu. 
Pemimpin PAS yang hadir merasakan banyak perubahan telah berlaku dalam hubungan parti dengan agensi kerajaan masa kini, tidak menafikan kerjasama yang sudah lama dibentuk ini semakin mudah hasil dari Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dibawa sendiri oleh Presiden PAS. 
Melalui dasar baharu Ketua Pengarah JAM, Nazree Mohd Aris yang telah banyak memberi penekanan mengenai disiplin dan keterampilan anggota,  sekali lagi menyeru seluruh anggota Amal dapat memberi komitmen yang terbaik dan mematuhi etika pemakaian Amal semasa bertugas supaya dapat menyempurnakan izzah Jabatan Amal di mata masyarakat. - HARAKAHDAILY 20/4/2017
Sumber HD - 20-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Muktamar PAS Kali ini, Yang Kalah Tidak Akan Tubuh Parti Baharu
Posted on Wednesday, April 19 @ 11:12:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34595



KOTA BHARU: Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang akan mempertahankan jawatannya yakin pihak yang kalah dalam pemilihan parti itu kali ini tidak akan meninggalkan perjuangan dan menubuhkan parti baharu.

Mohd. Amar yang juga Menteri Besar berkata, berbanding edisi terdahulu, pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas di Kedah pada hujung bulan ini lebih bersifat persahabatan.

Malah beliau yakin perwakilan yang bakal menghadiri muktamar tersebut adalah kumpulan yang matang dan bijaksana dalam membuat keputusan.

“Peluang saya dalam pemilihan kali ini sama baik dengan calon-calon yang lain. Pertandingan ini bersifat 'persahabatan' manakala perwakilan pula matang dan bijaksana.

“Saya percaya mana-mana calon yang kalah tidak akan menubuhkan parti baharu," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menjelang Muktamar Tahunan Pas Ke-63, Mohd. Amar dan dua lagi penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan akan mempertahankan jawatan masing-masing.


Mereka bakal dicabar oleh muka baharu iaitu Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan manakala Datuk Takiyuddin Hassan yang turut dicalonkan telah menarik diri.

Sumber TKO - 19-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Muktamar: Siti Zailah, Mumtaz tumpu Kelantan

ANGGOTA Exco kerajaan Kelantan, Mumtaz Md Nawi menarik diri bertanding jawatan anggota Jawatankuasa (AJK) Muslimat PAS Pusat bagi menumpu perhatian menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi. 
Mumtaz Md NawiKatanya beliau mengambil keputusan itu kerana ingin menumpukan tugas di peringkat negeri dan persediaan menghadapi PRU14. 
“Saya menarik diri daripada bertanding jawatan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat dan AJK PAS Pusat biar pun menerima pencalonan sebelum ini,” katanya di Kota Bharu. 
Menurutnya tumpuan bagi mempertahankan kerajaan negeri pada PRU14 menjadi keutamaan sekarang. 
Ini kerana kata beliau Kelantan berhadapan pelbagai serangan dari setiap sudut, menyebabkan perhatian khusus perlu diberikan. 
Di samping itu ingin memberi laluan kepada orang lain yang turut bertanding untuk jawatan yang sama. 
“Bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih di atas pencalonan dan kepercayaan yang diberikan kepadanya,” kata beliau. 
Siti Zailah Md YusofBegitu juga anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut menarik diri bertanding jawatan peringkat pusat pada pemilihan kali ini. 
Beliau sebelum ini dicalonkan bertanding jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. 
“Kak Lah menolak semua pencalonan itu untuk memberi fokus kepada negeri. 
Terima kasih kepada kawasan yang sudi mencalon Kak Lah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/4/2017







Sumber HD - 19-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Muktamar Ke-63; Medan Merungkai Kekusutan, Mengikat Kejap Yang Longgar













Walaupun pertembungan kali ini tidak seteruk Muktamar kali ke-61 di Kuala Selangor dua tahun lalu, namun begitu Muktamar kali ini bakal menyaksikan percubaan menarik salah seorang kerusi Naib Presiden yang lalu keluar dan perwakilan akan menolak masuk seorang Naib Presiden yang baharu.

Sebelum ini dua muka baharu calon Naib Presiden, tetapi salah seorang menarik diri dengan alasan tidak ada keperluan bagi dirinya untuk bertanding di posisi itu dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Walau bagaimanapun beliau menawarkan diri untuk terus menyumbang tenaga di mana-mana posisi mengikut kehendak parti selepas Muktamar nanti.

Seramai 40 nama layak bertanding seperti mana diumumkan oleh Suruhajaya Pemilihan Parti, namun begitu khbarnya masih ada beberapa orang menarik diri. Agak mengejutkan dua orang tokoh dari golongan pengamal undang-undang turut menarik diri dan pemilihan kali ini tidak ada calon yang mewakili golongan peguam.

Ini sudah pasti memberi isyarat tidak baik dari kelangsungan penglibatan peguam dalam membarisi Jawatankuasa pusat yang pertanding, walaupun nantinya golongan ini boleh dilantik mengisi kedudukan atau kelompongan ini.

Begitu juga kali ini tidak ada aktivis pejuang rakyat marhaen layak bertanding atau dicalonkan, ini sudah pastinya Pas akan berterusan dilihat tidak serius mengenai perjuangan golongan rakyat seperti mewakili masyarakat blok 3, Ngo, nelayan, pejuang alam sekitar, pejuang warga Felda, Felcra dan masyarakat luar bandar serta pejuang kebajikan.

Sepintas lalu meneliti senarai calon Naib Presiden dan Jawatankusa kerja Pusat, kali ini didominasi golongan agamawan dan hanya beberapa orang golongan profesional. Barangkali mereka memang selesa dilantik sahaja tanpa serius mengambil risiko bertanding ataupun memang mereka tidak mendapat tempat di hati kawasan-kawasan Pas yang berdaftar.

Perkara menarik kali ini sudah tentunya ahli dan pendokong parti menumpu perhatian kepada desakan memutuskan hubungan tahaluf dengan PKR. Ucapan Dasar Presiden juga dinanti kerana iannya adalah landasan atau jajaran perjalanan dan pendekatan parti sehingga Piliharaya ke-14.

Apakah munaqasah ucapan dasar Presiden selepas Muktamar kali ini akan lenyap seperti selepasa Muktamar yang lalu. Memang agak pelik bila tidak ada lagi salah satu program tradisi parti iaitu Munaqasyah Ucapan Dasar untuk dilumatkan di peringkat pusat sehingga cawangan diseluruh negara. Ataupun penulis terlepas pandang.

Dewan Pemuda juga perlu diberi perhatian, selepas era Nik Abduh Nik Mat, apakah selepas ini Dewan ini bakal diketuai juga seorang anak pimpinan utama parti? Jika ini berlaku apa kesan kepada politik Pas? Apakah dominasi Pas Terengganu terus berulang kerana hampir 1/3 dari calon-calon Ajk Pusat dari Terengganu.

Jika ini berlaku Pas tidak boleh lari dari usikan-usikan nakal selepas Muktamar nanti. Apatah lagi selama hampir dua tahun Pendekatan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera menjadi gaya rasmi peragaan Pas dipersada politik tanah air.

Kemesraan dengan umno, kelunakan dengan umno, kerjasama dengan umno dari sudut tententu juga sudah pastinya akan dinilai oleh perwakilan untuk dihambur kepada Muktamar nanti.Golongan Geng Ustaz yang menonjol sebelum muktamar lalu, kali ini agak sepi, ke mana mereka?

Ataupun mereka sudah selesai tugasan memastikan usaha berterus golongan liberal parti terkeluar dari posisi utama parti sudah berjaya. GU memainkan peranan besar sehingga 18 orang pimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat yang sinonim dengan Pas sebelum ini terpaksa menubuhkan Parti baharu untuk meneruskan kelangsungan gerakan mereka.

Kini Pas benar-benar bebas dari golongan ini, hanya tinggal beberapa orang lagi Ahli Parlimen yang menang piliharaya umun ke-13 lalu masih tidak berani menatijah keluar atau meninggalkan parti. Mereka lunak dipanggil ‘Harum Manis’. Mereka masih ahli Parti, elaun bulanan ribuan ringgit masih hasil kemenangan di atas tiket Pas tetapi mereka langsung tidak ambil kisah pasal Parti, sampai ada yang buat-buat tidak tahu tarikh Muktamar.

Kejayaan Ahli Parlimen Marang, YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, membentangkan Pindaan Rang Undang-Undang Persendirian RUU 355 sudah pasti menjadi fokus perbahasan ucapan terima kasih kepada Presiden Parti, laungan takbir sudah tentu bergema berulang-ulang kerana ucapan atau perbahasan berkaitan tidak ada berbelah bahagi seluruh perwakilan.

Selain PKR yang akan menjadi rujukan pembahas parti serpihan umno PPBM juga kemungkinan mengisi baris-baris ayat pembahas memberi pandangan menyokong atau menolak kerjasama politik menjelang PRU ini.

Walaupun tidak menarik dari perebutan Jawatan, Muktamar Pas Pusat Kali ke-63 di Kedah nanti sudah pasti menjadi medan perang perangcangan dan perdebatan untuk Pas buktikan bahasa Parti Islam yang berumur lebih lebih 63 tahun ini masih releven dan akan menjadi pilihan Parti kepa mana
-mana bakal kerajaan yang akan memerintah.

Muktamar kali ini juga, Pas perlu menyakinan pengundi bahawa keputusan mereka tidak menyertai Pakatan Harapan adalah muktamad dan satu pilihan betul serta diyakini mampu membuat satu kejutan atau sebaliknya.

Pemerhati juga sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk berkampung di Kedah untuk bersama-sama dengan puluhan ribu pendokong perjuangan Pas di bumi Malaysia.

Sekian.

Naraza Muda
Pengamal Media, Kumpulan Aktivis Media Independen K.A.M.I
18 April 2017

Sumber BO - 18-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Catatan Pra Muktamar 63 (3)

SELAIN memberi fokus kepada kepentingan dan kesejahteraan ahli dan para pendokong parti, agenda berkebajikan tentu sekali turut memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat. Apa yang ingin diketengahkan dalam agenda berkebajikan ini adalah kehidupan lestari yang berasaskan dari sumber Islam iaitu al-Quran, Sunnah, Ijmak dan kias. 
Bagi menjadikan pemerkasaan agenda kesejahteraan rakyat ini bukan omongan kosong, melalui Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Pusat, unit-unit berkaitan kemasyarakatan diwujudkan. 
Antara tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan termasuklah penubuhan Pusat Aduan Sosial, Sekretariat Prihatin OKU Malaysia, Skuad Prihatin dan Unit Kajian Dasar dan Perundangan yang berkaitan. 
Pusat Aduan Sosial yang telah dilancarkan oleh Presiden PAS pada Disember 2015 bertindak sebagai pemudahcara kepada rakyat yang memerlukan. Pusat ini saban waktu menerima kunjungan dari rakyat pelbagai lapisan untuk mereka mengemukakan pelbagai persoalan untuk perhatian. 
Begitu pula Sekretariat Prihatin OKU Malaysia adalah entiti yang diwujudkan bagi mengenengahkan isu-isu berkaitan OKU yang bilangannya diunjurkan 15% dari keseluruhan rakyat. Sekretariat ini adalah pelengkap kepada badan-badan bukan kerajaan yang sedia ada. Kami tidak menumpukan tugas-tugas yang telah dilaksanakan. Lebih dari itu, Sekretariat ini membantu parti bagi mengenengahkan isu-isu berkaitan OKU sekaligus mengemukakan cadangan penyelesaian. 
Memperkasa aktiviti kesukarelawan kami tampilkan melalui kewujudan Skuad Prihatin. Entiti yang tidak berorientasikan politik ini sengaja kami jelmakan bagi menyuburkan aktiviti kesukarelawan di kalangan rakyat pelbagai peringkat. 
Demikian pula dalam memastikan agenda yang dirangka terus sesuai dengan perundangan dan peraturan semasa yang berkuatkuasa, unit kajian dasar dan perundangan dibentuk sebagai unit khas dalam lajnah. Tumpuan kepada kelompok yang mudah tersisih seperti OKU, warga emas, kanak-kanak dan wanita antara tumpuan yang diberikan. 
Apa yang boleh kami tampilkan adalah kesiapsiagaan parti membawa perubahan sebaik dianugerahi pemerintahan adalah pada tahap yang baik. Kesiapsiagaan di peringkat pusat inilah perlu dihadami oleh para perwakilan untuk melangkah yakin ke dewan muktamar kelak. – HARAKAHDAILY 18/4/2017
Sumber HD - 18-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Calon sah bertanding JK PAS Pusat sesi 2017-2019

CALON-Calon Yang Sah Bertanding Bagi Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Sesi 2017-2019 
PENGERUSI TETAP
1) Hussin Bin Ismail - (Menang Tanpa Bertanding – MTB)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Kamal Bin Shaari, Ustaz - (MTB) 
PRESIDEN
1) Abdul Hadi Bin Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. (MTB)
TIMBALAN PRESIDEN
1) Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Ustaz Dato’ Hj. (MTB) 
NAIB PRESIDEN (3)
1) Idris Bin Ahmad, YB Ustaz Hj.
2) Mohd Amar Bin Abdullah, YB Dato’ Hj.
3) Iskandar Bin Abdul Samad, YB Dato’ Hj. Ar.
4) Nasruddin Bin Hassan, YB Ustaz Hj. 
PEMERIKSA KIRA-KIRA
 1) Najib Bin Mat, Hj. (MTB)
2) Mat Syukor Bin Abd. Aziz, Hj. (MTB)
 AHLI JAWATANKUASA KERJA (18) AJK
1) Riduan Bin Mohd Noor, Dr. Hj.
2) Mohd Khairuddin Aman Razali, YB Dato’ Dr.
3) Mohd Nassuruddin Bin Daud, YB Dato’ Hj.
4) Mohd Zuhdi Bin Marzuki, Dr. Hj.
5) Sallehen Bin Mukhyi, YB Ustaz Hj.
6) Razman Bin Zakaria, Hj.
7) Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz Hj.
8) Rosni binti Adam, Dr. Hajjah,
9) Mohamad Sanusi Bin Md. Nor, Hj.
10) Mohd Fadzli Bin Hassan, YB Dato’ Dr. Hj.
11) Najihatussolehah Ahmad, Dr. Hajjah
12) Mokhtar Bin Senik, Ustaz Hj.
13) Abdullah Bin Hussin, YB Ustaz Hj.
14) Muhtar Bin Suhaili As-Sarawaki
15) Zaharuddin Bin Muhammad, Ustaz Hj.
16) Norazli Musa, Ustaz Hj
17) Zainal Abidin Kidam, Hj.
18) Mohamad Noor Bin Mohamad, Hj.
19) Mohd Fuad Bin Salleh, Dr.
20) Halimah Bt. Ali, YB Dr.
21) Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi, Dr.
22) Ahmad Bin Yahya, YB Ustaz
23) Kamaruzzaman Bin Mohamad
24) Misbahul Munir Masduki, Ustaz
25) Saiful Bahri Bin Mamat, YB Hj.
26) Azman Bin Ibrahim, Dr. 
Lembaga Pemilihan PAS Pusat dengan ini mengisytiharkan  bahawa penama/calon bagi jawatan PENGERUSI TETAP, TIMBALAN PENGERUSI TETAP, PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA di atas adalah menang tanpa bertanding dan dengan itu tiada pemilihan/pengundian bagi jawatan-jawatan tersebut sewaktu Muktamar PAS ke-63. 
Disemak dan disahkan oleh; 
WAN ROHIMI WAN DAUD
Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat
Tarikh: 18 April 2017 – HARAKAHDAILY 18/4/2014
Sumber HD - 18-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Dr Mahfodz, Nuridah kekal jawatan

SENARAI penuh pencalonan Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat Sesi 2017-2019 dan semua menang tanpa bertanding. 
PENGERUSI TETAP
1) Hamdan Bin Muhammad, Ust Dr. (MTB-Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Omar Bin Hashim, Ust Hj. (MTB)
KETUA
1) Mahfodz Bin Mohamad, Ust Dato' Dr. Hj. (MTB)
TIMBALAN KETUA
1) Nik Zawawi Bin Mohd Salleh, Ust Dato' Dr. (MTB)
NAIB KETUA
1) Johari Bin Mat, Ust Dato' Dr. (MTB) 
PEMERIKSA KIRA
1) Haniful Fuad Bin Hussein, Ust (MTB)
2) Abdul Rauf Bin Abdul Movin, Ust (MTB) 
AHLI JAWATANKUASA KERJA (12 AJK)
1) Badruzzaman Bin Yusof, Ust Dr. (MTB)
2) Husin Bin Awang, Ust Dato'. (MTB)
3) Wan Ahmad Rasyidi Bin Wan Othman, Ust. (MTB)
4) Ismail Bin Osman, Ust. (MTB)
5) Asri Bin Daud, Ust. (MTB)
6) Zulkifli Bin Ismail, Ust. (MTB)
7) Khirul Muntanazar Bin Ismail, Ust. (MTB)
8) Azahari Bin Arifin, Ust Dr. (MTB)
9) Mohd Ismi Bin Taib, Ust. (MTB)
10) Zuridan Bin Mohd Daud, Ust. (MTB)
11) Mohd Kamal Bin Osman, Ust. (MTB)
12) Nazmi Bin Nik Din, Ust. (MTB) 
Lembaga Pemilihan PAS Pusat dengan ini mengisytiharkan bahawa semua penama/calon di atas adalah menang tanpa bertanding dan dengan itu tiada pemilihan/pengundian untuk semua jawatan bagi Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat sesi 2017-2019 akan diadakan sewaktu Muktamar PAS ke-63. 
Calon-Calon Yang Sah Bertanding Bagi Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat Pas Pusat Sesi 2017-2019 
PENGERUSI TETAP
1) Husna Saidon (Menang Tanpa Bertanding - MTB)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Norzarina Azhar (MTB) 
KETUA
1) Nuridah Salleh, Ustazah (MTB)
TIMBALAN KETUA
1) Rosni Adam, Dr. (MTB)
NAIB KETUA
1) Salamiah Mohd Noor, Ustazah (MTB) 
PEMERIKSA KIRA
1) Basmatul Uyun Yusof (MTB)
2) Normila Mamat (MTB) 
AHLI JAWATANKUASA KERJA (12 AJK)
1) Atiah Ahmad
2) Che Faridah Ismail, Dr.
3) Fauziah Bidin
4) Halimah Ali, YB Dr.
5) Husna Hasyim
6) Kartini Ahmad
7) Najihatussalehah Ahmad, Dr. Hajjah
8) Noraini Hussin
9) Norhafiza Fadzil
10) Normala Sudirman
11) Nuri Muhammad
12) Siti Aishah Ghazali, YB Dato'
13) Uyun Abdul Malek, Dr.
14) Uzaimah Ibrahim, Dr.
15) Wahibah Tahir, Dr.
16) Wan Hasrina Wan Hassan 
Lembaga Pemilihan PAS Pusat dengan ini mengisytiharkan  bahawa penama/calon bagi jawatan PENGERUSI TETAP, TIMBALAN PENGERUSI TETAP, KETUA, TIMBALAN KETUA, NAIB KETUA DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA di atas adalah menang tanpa bertanding dan dengan itu tiada pemilihan/pengundian bagi jawatan-jawatan tersebut sewaktu Muktamar PAS ke-63. 
Disemak dan disahkan oleh; 
WAN ROHIMI WAN DAUD
Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat
Tarikh: 18 April 2017 – HARAKAHDAILY 18/4/2017
Sumber HD - 18-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Khalil menang tanpa bertanding Ketua Pemuda

CALON-Calon Yang Sah Bertanding Bagi Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat (Dppp) Sesi 2017-2019 
PENGERUSI TETAP
1) Kamal Ashaari, Ustaz (Menang Tanpa Bertanding - MTB)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Riduan Mohd Nor, Dr. (MTB) 
KETUA
1) Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ustaz (MTB)
TIMBALAN KETUA
1) Khairil Nizam Khiruddin, Ir Hj. (MTB)
NAIB KETUA
1) Ahmad Fadhli Shaari, Ustaz (MTB) 
PEMERIKSA KIRA (2)
1) Mohd Shahir Abu Hassan (MTB)
2) Muhammad Ali Rajaie Jamaludin (MTB) 
AHLI JAWATANKUASA KERJA (12 AJK)
1) Afnan Hamimi Taib Azamuddin, Ustaz
2) Muhtar Suhaili As-Sarawaki, Ir.
3) Damanhuri Dol
4) Syahir Sulaiman
5) Hazmi Dibok, Ustaz
6) Hishamuddin Abdul Karim, YB Ustaz
7) Izwan Abdul Halim
8) Nurul Islam Mohamed Yusof
9) Mohammad Arifiriazul Paijo
10) Mohd Akmal Kamaruddin
11) Mohd Hafez Sabri
12) Nor Azariza Mohd Alawi, Ustaz
13) Nazman Che Ibrahim
14) Abdul Muiz Muhammad 
Lembaga Pemilihan PAS Pusat dengan ini mengisytiharkan  bahawa penama/calon bagi jawatan PENGERUSI TETAP, TIMBALAN PENGERUSI TETAP, KETUA, TIMBALAN KETUA, NAIB KETUA DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA di atas adalah menang tanpa bertanding dan dengan itu tiada pemilihan/pengundian bagi jawatan-jawatan tersebut sewaktu Muktamar PAS ke-63. 
Disemak dan disahkan oleh;
WAN ROHIMI WAN DAUD 

Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat
Tarikh: 18 April 2017 – HARAKAHDAILY 18/4/2017
Sumber HD - 18-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 





Pemuda PAS Terengganu Yakin Kepimpinan Pemuda Malaysia















KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) yakin dengan kombinasi kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) masakini dan menyifatkannya sebagai gandingan mantap dan terbaik2

Timbalan Ketua DPPNT YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim optimis, gabungan kepimpinan tersebut mampu untuk terus melebarkan pengaruh PAS melalui platform DPPM.

Oleh itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua semua Pemuda PAS Kawasan yang telah mencalonkan beliau.

“Saya merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan semua Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) yang telah mencalonkan nama saya,


“sebagai salah seorang calon untuk mengisi jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua,” katanya.

Justeru itu katanya, beliau telah memaklumkan hasrat menarik diri kepada pihak Pengerusi Lembaga Pemilihan PAS Pusat secara rasmi.

“Pengalaman sepenggal bersama semua pimpinan teratas DPPM sesi ini, meyakinkan saya untuk berada di bawah kepimpinan mereka semua,

“saya menerima pencalonan sebagai Ahli Jawatankuasa dan menarik diri dari dari dua jawatan lain,” ujarnya ketika dihubungi pada Ahad 16 April.


Sehubungan itu, beliau berharap semua perwakilan membuat pemilihan kepimpinan utama pada Muktamar kali ini.

“Semoga mandat penuh muktamar akan diperolehi untuk tiga jawatan utama DPPM…..yang akan berlangsung pada 27 dan 28 April 2017,

“yang turut melibatkan antara agendanya ialah pemilihan AJK DPPM bagi sesi yang baru (akan datang),” tegasnya.

Selain itu, kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tepoh itu, ‘gendang perang’ pilihan raya telah dipalu, yang memerlukan beliau melaksanakan amanah kepada rakyat.

“musim (sudah) nak masuk PRU 14, saya lebih perlu (menumpukan perhatian) dalam negeri (Terengganu),” tambah beliau.

Sumber BO - 17-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Penarikan diri pencalonan jawatan PAS Pusat 2017/2019

1. SAYA mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih serta penghargaan di atas pencalonan saya oleh PAS Kawasan-kawasan di seluruh negara bagi jawatan Naib Presiden PAS dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk sesi 2017/2019. 
2. Memandangkan saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan tertinggi PAS pusat sedia ada serta melihat keserasian dalam kepimpinan kini yang melibatkan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden, maka saya membuat keputusan menarik diri dari bertanding untuk jawatan NAIB PRESIDEN PAS. Saya yakin komposisi sedia ada ini akan mampu membawa PAS menuju masa depan yang lebih cemerlang, khusus untuk menghadapi PRU 14 nanti. 
3. Saya juga mengisytiharkan menarik diri dari bertanding jawatan AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS Pusat bagi memberi peluang kepada calon-calon lain menawarkan diri untuk memberi khidmat terbaik mereka kepada Parti. Saya bersedia menerima sebarang jawatan lantikan yang difikirkan sesuai oleh Presiden Parti dan insya Allah akan memberikan sumbangan terbaik sekiranya diberikan amanah tersebut nanti. 
Sekian, terima kasih. 
Dato' Takiyuddin Hassan, JP.
Setiausaha Agung PAS.
Tarikh: 16 April 2017
Sumber HD - 16-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





Hubungan PAS-PKR ditentu suara majoriti muktamar

TIMBALAN Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob menegaskan hubungan dengan PKR ditentukan suara majoriti dalam muktamar. 
Beliau berkata ahli-ahli dan penyokong PAS hendaklah bersabar menunggu muktamar yang diadakan tidak lama lagi. 
"Kita mahu setiap keputusan hubungan dengan PKR ditentukan suara ramai dalam muktamar," katanya selepas merasmikan muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di Machang hari ini. 
Muktamar kali ke-46 itu turut dihadiri Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood, timbalannya Datuk Dt Johari Mat. Ia diadakan di Markas Dewan Ulamak PAS di Labok. 
Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata tindakan pemimpin PKR membuat tuduhan melulu terhadap PAS boleh mengelirukan orang ramai. 
Menurutnya juga, cadangan bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dianggap langkah terbaik. 
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PKR Tian Chua berkata parti itu tetap mahu bersama PAS yang mentadbir Kelantan sekarang. 
Katanya, PAS yang mentadbir negeri ini merupakan sahabat PKR dalam pakatan pembangkang di Kelantan. 
"Keupayaan PAS mentadbir Kelantan sejak 27 tahun lepas memberi makna besar dalam politik di negara ini. 
"Kita menjadi alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional menyediakan wadah politik baru di Malaysia," katanya pada ceramah mega anak muda di pekarangan pejabat PAS Machang, malam tadi. 
Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Yang Dipertua PAS Machang Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, timbalan Zulkifli Mamat, Ketua AMK Kelantan Dr Hafiz Rizal Armran, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim dan Ketua Pemuda PAD Machang Ridwan Awang Hamat. 
Orang ramai yang memenuhi perkarangan pejabat PAS Machang sebelum itu menyaksikan persembahan dikir barat. 
Tian Chua juga berkata Kelantan merupakan Madinah kepada rakyat negara ini yang menjadi pelindung kepada kebangkitan rakyat. 
Menurutnya, gerakan reformasi yang dibangkit tokoh reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dapat sokongan meluas di Kelantan. 
"Pada mesyuarat pimpinan tertinggi PKR Ahad lepas memutuskan pendirian terus bersama PAS dan parti-parti pembangkang lain," katanya. 
Sebelum itu, Dr Fadzli berkata rakyat di Kelantan agak terkilan dengan ucapan sesetengah pemimpin PKR berkongkol dengan PAN mahu menumbang kerajaan di Kelantan. - HARAKAHDAILY 15/4/2017
Sumber HD -15-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





PKR usah terperangkap agenda PAN

PAS Machang memberi ingatan kepada pemimpin PKR yang datang Kelantan supaya tidak terjebak dengan agenda PAN yang mahu merampas Kelantan. 
Yang Dipertuanya Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata rakyat Machang amat berkecil hati dengan tindak tanduk sesetengah pemimpin PKR yang datang Kelantan terpengaruh dengan agenda PAN. 
Katanya ketika mereka datang ke sini tiba tiba bercakap mahu merampas Kelantan senada dengan PAN. 
"Inilah yang menguris hati dan perasaan rakyat Machang, ketika bekerja keras mahu mempertahan kepimpinan ulama, ada pula rakan tahaluf bercakap mahu merampas Kelantan. 
"Kita mahu memberi pesanan kepada Naib Presiden PKR Saudara YB Tian Chua supaya dapat memastikan pemimpin PKR yang datang ke sini tidak bercakap mahu merampas Kelantan," katanya ceramah di bandar Machang malam tadi. 
Ceramah itu turut dihadiri Tian Chua, Ketua AMK Kelantan Dr Hafiz Rizal Amran dan pimpinan PKR Cabang Machang. 
Pada 17 April ini Pakatan Harapan difahamkan akan menganjur ceramah di Machang bakal menampilkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail dan Ketua PBBM Machang Datuk Sazmi Miah. 
Dr Fadzli yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata amat malang apabila bekas anggota parlimen Machang datang ke sini bercakap mahu merampas Kelantan. 
Sedangkan katanya kemenangan pemimpin itu pada PRU lepas kerana pengorbanan ahli dan penyokong PAS di peringkat akar umbi. - HARAKAHDAILY 15/4/2017
Sumber HD - 15-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 







PRU14: Kalau PH serang, PAS sedia lawan

PAS akan mengekalkan 73 kerusi parlimen yang ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi menghadapi PRU14 tidak lama lagi. 
Bahkan parti itu juga meninjau beberapa kawasan yang berpotensi untuk dimenangi. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mengetuai blok ketiga dalam suasana politik tanah air sekarang, selain Pakatan Harapan (PH) dan BN. 
Katanya, semua jentera PAS di peringkat akar umbi sudah bersedia bagi menghadapi pertembungan lebih besar berbanding PRU sebelum ini. 
"Kita melihat beberapa kerusi berpotensi sebab kita tidak bersama PH, oleh itu kita akan bekerja untuk kerusi lebih besar daripada biasa. 
"Mengenai angka sebenar kita akan maklumkan kemudian tetapi untuk makluman, PAS tidak akan tandingi kurang daripada jumlah sebelum ini 73 kerusi," katanya. 
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke 58 di Pulai Chondong, Machang hari ini. 
Tambahnya lagi, PH perlu menumpukan perhatian untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang merupakan musuh tradisi PAS. 
Jelasnya, PAS akan terus mempertahankan semua yang kerusinya walaupun ia pernah diserahkan kepada parti kompenan dalam Pakatan Rakyat dahulu. 
"Tetapi kalau mereka (PH) serang PAS, kita bersedia untuk lawan, PAS jangan diganggu tetapi bila mereka ganggu, kita ada hak untuk ganggu mereka. 
"Saya fikir pembangkang mesti fokus untuk menumbangkan BN. Jadi mereka tidak perlu melihat PAS bersama BN, bahkan kita akan lawan BN di hampir 90 kerusi," katanya. -  HARAKAHDAILY 15/4/2017
Sumber HD - 15-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






PAS Veep To Defend Post In Upcoming Polls















PAS vice president Datuk Mohd Amar Nik Abdullah will be defending his post when the party holds its polls later this month.

He said that whether he won or lost did not matter as he deemed the party’s polls to be a friendly contest akin to a friendly football match.

“Naturally in a contest there will be winners and losers,” the Kelantan Deputy Menteri Besar told reporters after the weekly state executive council meeting here today.

In the fray are incumbents Bukit Gantang MP Idris Ahmad and Selangor senior state executive councillor Datuk Iskandar Abdul Samad PAS Information chief while others coveting the posts are Temerloh MP Nasruddin Hassan and PAS secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan, who is also Kota Bharu MP.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang and Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man retained the president and deputy posts as there were no challengers.

The party polls will be held during its 63rd general assembly which will be held in Kedah. ― Bernama

Sumber BO - 13-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Presiden PAS, timbalan menang tanpa bertanding

MUKTAMAR PAS Pusat ke-63 yang akan diadakan di Kedah pada hujung bulan ini pada 29hb April hingga 1 Mei, 2017 akan memilih barisan kepimpinan yang baru bagi sesi 2017/2019 untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-14.   
Sebelum itu, Dewan-Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat akan mengadakan Muktamar di peringkat masing-masing mulai 27hb April 2017.        
 
Setelah pencalonan ditutup, Jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden dan Timbalan Presiden telah dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang.
Manakala terdapat 5 calon untuk Jawatan Naib Presiden termasuk 3 penyandang sebelum ini dan 40 orang telah dicalonkan untuk Jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipilih oleh perwakilan seramai 18 orang.   
Berikut adalah senarai penuh pencalonan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PAS Pusat pada 11hb April, 2017. Calon-calon yang tersenarai tersebut yang menerima pencalonan dikehendaki menyatakan penerimaan pencalonan tersebut sebelum 17hb April 2017. 
Untuk makluman, peraturan pemilihan pada kali ini memerlukan sekurang-kurangnya 10 pencalonan  untuk layak disenaraikan sebagai calon dalam pemilihan pada muktamar PAS kali ini berbanding dengan dua pencalonan sebelum ini. 
PENCALONAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
SESI 2017-2019 
PENGERUSI TETAP
1) Hussin bin Ismail - Menang Tanpa Bertanding (MTB) 
TIMBALAN PENGERUSI TETAP 
1) Ustaz Kamal Shaari - MTB 
PRESIDEN
1) YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang-  MTB 
TIMBALAN PRESIDEN
1) Dato’ Haji Tuan Ibrahim Tuan Man- MTB 
NAIB PRESIDEN
1) YB. Ustaz Haji Idris Ahmad (Penyandang)
2) YB. Dato’ Haji Mohd Amar Abdullah (Penyandang)
3) YB. Dato’ Haji Ar. Iskandar Abdul Samad (Penyandang)
4) YB. Dato’ Takiyuddin Haji Hassan
5) YB. Ustaz Haji Nasruddin Hassan 
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1) Dr. Haji Riduan Mohd Noor
2) YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
3) YB. Ustaz Haji Nasruddin Hassan
4) YB. Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud
5) Dr. Haji Mohd Zuhdi Marzuki
6) YB. Ustaz Haji Sallehen Mukhyi
7) Haji Razman Zakaria
8) YB. Ustaz Haji Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
9) Puan Dr. Hajjah Rosni binti Adam
10) Haji Mohamad Sanusi Md. Nor
11) Ustaz Dato’ Dr. Haji Nik Zawawi Salleh
12) YB. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzli Hassan
13) YB. Dato’ Takiyuddin Haji Hassan
14) Dr. Hajjah Najihatussolehah Ahmad
15) Ustaz Haji Mokhtar Senik
16) YB. Ustaz Haji Abdullah Hussin
17) Ir. Mukhtar Suhaili
18) Ustaz Haji Zaharuddin Mohamad
19) Ustaz Haji Norazli Musa
20) Haji Zainal Abidin Kidam
21) Dr. Ali Akbar Gulasan
22) Haji Mohamad Noor Mohamad
23) Khairul Faizi Ahmad Kamil
24) Dato’ Haji Mustafa Ali
25) YB. Dato’ Haji Ir. Iskandar Abdul Samad
26) Dr. Mohd Fuad Salleh
27) YB. Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff
28) YB. Haji Rosli Abdul Jabar
29) Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
30) YB. Dr. Halimah bt. Ali
31) Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi
32) YB. Hajjah Mumtaz bt. Mat Nawi
33) YB. Ustaz Ahmad Yahya
34) Kamaruzzaman Mohamad
35) Ustaz Misbahul Munir Masduki
36) Dato’ Haji Wan Abdul Muttalib Embong
37) Iszuree Ibrahim
38) YB. Dato’ Aisyah Ghazali
39) YB. Haji Satiful Bahri Mamat
40) Azman Ibrahim 
Disahkan,
Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, JP.
Setiausaha Agung
Tarikh: 11 April 2017
Sumber HD - 11-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Senarai pencalonan Pemuda dan Muslimat Sesi 2017/2019

BERIKUT ialah senarai penuh pencalonan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2017-2019 dan pencalonan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Sesi 2017-2019 
Pencalonan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2017-2019 
WAN ROHIMI WAN DAUD
PENGERUSI TETAP 
1) Faizah Ismail
2) Husna Saidon
3) Norazlin Md Samsudin
4) Norhashimah Deraman 
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Norazlin Md Samsudin
2) Norzarina Azhar 
KETUA
1) Nuridah Salleh, Ustazah
2) Siti Zailah Mohd Yusof, YB 
TIMBALAN KETUA
1) Nuridah Salleh, Ustazah
2) Rosni Adam, Dr.
3) Siti Zailah Mohd Yusof, YB 
NAIB KETUA
1) Rosni Adam, Dr.
2) Salamiah Mohd Noor, Ustazah 
PEMERIKSA KIRA
1) Basmatul Uyun Yusof
2) Normila Mamat 
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1) Atiah Ahmad
2) Che Faridah Ismail
3) Fauziah Bidin
4) Halimah Ali, YB Dr.
5) Husna Hasyim
6) Kartini Ahmad
7) Mumtaz Hj Md Nawi, YB
8) Najihatussalehah Ahmad, Dr.
9) Noraini Hussin
10) Norhafiza Fadzil
11) Nohafizah Musa
12) Normala Sudirman
13) Nuri Muhammad
14) Rosni Adam, Dr.
15) Salamiah Mohd Nor, Ustazah
16) Siti Aishah Ghazali, YB Dato'
17) Siti Farah Mohamad
18) Siti Mursyidah Ramly
19) Siti Zailah Mohd Yusoff, YB
20) Uyun Abdul Malek, Dr.
21) Uzaimah Ibrahim, Dr.
22) Wahibah Tahir
23) Hamidah Hj Daud
24) Wan Hasrina Wan Hassan
25) Wan Maseri Wan Muhammad, Dr. 
Pencalonan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Sesi 2017-2019 
PENGERUSI TETAP 
1) Kamal Ashaari, Ustaz
2) Riduan Mohd Nor, Dr. 
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Kamal Ashaari, Ustaz
2) Riduan Mohd Nor, Dr. 
KETUA
1) Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ustaz
2) Khairil Nizam Khiruddin, Ir Hj.
3) Ahmad Fadhli Shaari, Ustaz 
TIMBALAN KETUA
1) Khairil Nizam Khiruddin, Ir Hj.
2) Ahmad Fadhli Shaari, Ustaz
3) Hishamuddin Abdul Karim, YB Ustaz
4) Afnan Hamimi Taib Azamuddin
5) Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ustaz 
NAIB KETUA
1) Ahmad Fadhli Shaari, Ustaz
2) Afnan Hamimi Taib Azamuddin
3) Hishamuddin Abdul Karim, YB
4) Khairil Nizam Khiruddin, Ir Hj. 
PEMERIKSA KIRA
1) Mohd Shahir Abu Hassan
2) Muhammad Ali Rajaie Jamaludin 
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1) Abdul Muiz Muhammad
2) Afnan Hamimi Taib Azamuddin
3) Ahmad Bilal Ruhudin
4) Ahmad Fadhli Shaari, Ustaz
5) Damanhuri Dol
6) Muhamad Ibrahim, Dr.
7) Hadi Ahmat, Ir.
8) Hazmi Dibok, Ustaz
9) Hishamuddin Abdul Karim, YB Ustaz
10) Izwan Abdul Halim
11) Khairul Nazir Helmi Azhar
12) Mohammad Arifiriazul Paijo
13) Mohd Akmal Kamaruddin
14) Mohd Hafez Sabri
15) Mohd Hanafi Zulkifli
16) Syahir Che Sulaiman
17) Muhtar Suhaili, Ir.
18) Nor Azariza Mohd Alawi, Ustaz
19) Nazman Che Ibrahim
20) Nurul Islam Mohamed Yusoff
21) Roslan Md Esa
22) Syarhan Humaizi Abdul Halim
23) Syed Abdul Kadir Syed Husin Al-Jofree
24) Zawawi Abu Hassan, YB Ustaz 
Disemak dan disahkan oleh; 
WAN ROHIMI WAN DAUD
Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat
Tarikh: 11 April 2017 – HARAKAHDAILY 11/4/2017
Sumber HD - 11-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Catatan harapan pramuktamar ke-63

ASSALAMUALAIKUM wrt wbt. Buat sahabat-sahabat yang bakal ke muktamar Parti Islam Se-Malaysia PAS penhujung April ini. 
Hampir pasti antara isu yang akan menjadi perhatian para muktamirin termasuklah isu tahaluf dengan PKR, usul persendirian berkaitan RUU 355 dan persediaan mendepani PRU 14. 
Sebagai pendokong sebuah badan siasah yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan, sangat saya berharap agar para perwakilan tidak hanya menumpukan hal yang berkaitan di atas semata-mata dengan penumpuan yang berlebihan. 
Ketengahkanlah peri penyelesaian ke arah kesejahteraan yang sedia ditawarkan PAS dalam keadaan PAS sebagai badan siasah di pihak pembangkang, bahkan kesiapsiagaan PAS sebagai peneraju kerajaan. 
Pendekat TGHH betapa Islam sebagai penyelesaian kita perlu dijelmakan agar ia mampu menerjah kefahaman rakyat peri Islam itu suatu kenikmatan dan penyelesaian kepada setiap permasalahan kehidupan. 
Pelbagai segmen dalam masyarakat sangat mendambakan perubahan dalam suasana semasa dalam mengimpikan janji-janji Allah dalam Surah an-Nur, ayat 55 yang bermaksud: 
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”
Tampilkan betapa kalian yang menduduki dan mendokongi barisan hadapan telah siap sedia memikul tanggungjawab dalam menyiapkan PAS sebagai badan siasah peneraju pemerintahan Malaysia kelak. 
Buktikanlah dengan Islam, PAS mampu #mensejahterakanrakyat. – HARAKAHDAILY 10/4/2017
Sumber HD - 10-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





Pembentangan RUU355; Dewan Ulamak Bersyukur, Ucap Tahniah

KUALA TERENGGANU – Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu bersyukur ke hadrat Allah disamping mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdl Hadi Awang kerana telah berjaya membentangkan Rang Undang-Undang 355 (RUU355)

Ketuanya Dato’ Ustaz Husin Awang berkata, adalah kejayaan besar yang diperolehi bukan sahaja kepada pejuang dan pencinta Islam tetapi juga kepada umat Islam di negara malahan umat Islam di dunia.
“Dewan Ulama (PAS) Negeri sebagai satu organ dalam Parti Islam SeMalaysia(PAS) sememangnya menjadi teras perjuangan kita untuk menegakkan dan melaksanakan syariat Allah di atas mukabumi negara ini,


“Perjuangan ini bermula sejak awal penubuhannya sehinggalah sekarang dan sampai bila-bila,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Muktamar Tahunan Kali Ke-25 Dewan tersebut di Madrasah Darul Iman, Titiab Baru, Bukit Payong, pada Sabtu 8 April.

Katanya, dengan kejayaan pembentang itu adalah kejayaan yang besar sekalipun sebagai langkah awal dan langkah pertama satu imej yang paling baik dan satu maruah umat Islam seluruhnya.

“Jadi saya ucapkan tahniah dan syabas dan InsyaAllah kita akan terus bersama-sama membela agama Allah,

“Alhamdulillah hari ini Malaysia dan khususnya parlimen Malaysia merakamkan satu sejarah yang tersendiri apabila usul persendirian RUU355 berjaya di bentangkan oleh Ahli parlimen Marang,” jelas beliau.

Sehubungan itu, kata beliau, ia juga menjadi satu petanda bahawa PAS konsisten dalam menyampaikan mesej Islam untuk rakyat dalam negara ini dan tidak pernah sesekali membelakangkan perkara tersebut.


“Kemudian……… yang kedua usaha yang di bawa oleh PAS merupakan satu petanda yang cukup jelas bahawa PAS meletakkan Islam perkara tertinggi,

“dan ini satu perkara yang akan di ambil contoh teladan seluruh anak-anak muda untuk mencontohi kepimpinan PAS di dalam membawa mesej agama Islam…….in shaa Allah,”katanya.

Justeru beliau berharap, semua Ahhli-ahli Parlimen Islam membahaskan dan meyokong RUU355 pada sidamg perlimen akan datang.


“Jadi semoga berjaya dan kita harap sidang akan datang perbahasan akan di kuasai oleh semua MP (Ali Parlimen) Islam dan seterusnya,

“akan membawa sokongan daripada seluruh MP supaya RUUU355 berjaya di bentangkan (dan diluluskan),” tambah beliau.
Turut hadir dengan semangat meneruskan perjuangan, walaupun dalam keadaan dengan berkerusi roda ialah Timbalan Ketua Ulamakan PAS Negeri Dr Ustaz Abu Bakar Abdullah

Sumber TKO - 10-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemuda PAS Johor mahu henti hubungan dengan PKR
Posted on Sunday, April 09 @ 16:54:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34416



Pemuda PAS Johor semalam sebulat suara meluluskan usul supaya kerjasama politik parti itu dengan PKR diputuskan.

Turut diluluskan adalah usul supaya PAS merampas semula kerusi parlimen Batu Pahat "yang dipinjamkan" parti itu kepada PKR pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Kerusi itu kini diisi Datuk Idris Jusi yang mengetepikan pemimpin kanan Umno, Datuk Dr Puas Zarkashi dengan majoriti 1,732 undi.

Dalam kenyataannya malam tadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz, berkata usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR dibawa perwakilan Pasir Gudang pada mesyuarat tahunan mereka semalam.

"Pemuda PAS Johor dengan ini bertekad untuk melebarkan kemenangan PAS di bumi Johor Darul Takzim pada PRU ke-14 nanti," katanya.

Usul supaya PAS menamatkan kerjasama dengan PKR bukanlah baru. Sebelum ini beberapa kawasan di Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Kelantan juga pernah menerima usul berkenaan.
Bagaimanapun keputusan muktamad mengenai isu itu akan diputuskan pada muktamar tahunan PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah akhir bulan ini.

Kenyataan Ahmad Nawfal itu dibuat hanya beberapa hari selepas Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, mendakwa parti itu tetap menjemput wakil daripada PKR jika ada mesyuarat atau ceramah.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS berkata, jika boleh parti itu mahu meneruskan hubungan sedia ada dengan PKR.


Namun jika diputuskan PAS akan bersendirian nanti, kata Mahfodz, ia akan dihadapi sama ada suka atau tidak.

Sumber TKO - 9-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Muslimat tidak terkecuali perjuangkan Islam

PERJUANGAN menegak kalimah tauhid adalah sunnah para rasul yang paling tinggi dan seluruh umat manusia wajib mengikuti sunnah perjuangan maka muslimah juga tidak terkecuali memperjuangkan Islam. 
Muslimat yang mukminat adalah mereka terus istiqamah dengan gerak kerja perjuangan dalam menegakkan kerajaan Islam di atas muka bumi bahkan sentiasa mengutamakan kerja-kerja jemaah dan jihad dari urusan peribadi. 
Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-54 di Markaz Tarbiyyah PAS Perak di Air Kuning, Taiping, hari ini. 
"Muslimat perlu sentiasa mencari jalan penyelesaian ke atas setiap halangan yang dihadapi untuk terus thabat dalam perjuangan. 
"Mutakhir ini kewujudan golongan wanita pejuang kemungkaran dan kesyirikan seperti golongan feminisme dengan mengatakan tuhan hanya wujud melalui getaran antaranya Siti Kasim dan tokok penegak memperjuangkan persamaan gender. 
"Muslimat wajib berjuang bagi menentang kemungkaran yang dipelopori oleh mereka serta berusaha membetulkan keadaan demi memelihara akidah wanita dan kanak-kanak daripada ancaman fikrah songsang," ujarnya. 
Dewan Muslimat PAS Perak telah memilih "Istiqamah Menjana Kemenangan" sebagai tema bagi meneruskan legasi kepimpinan muslimat serta memastikan kemenangan PAS dalam PRU akan datang. – HARAKAHDAILY 9/4/2017
Sumber HD - 9-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Istiqamah syarat dapat pertolongan Allah

KEMENANGAN dalam perjuangan Islam adalah berbeza dengan kemenangan dalam agama atau ideologi lain. 
"Istiqamah menjadi syarat kita mendapat pertolongan Allah swt dengan syarat kita tidak lari dari berpegang kepada Islam, tidak melampau dan tidak terpengaruh dengan mereka yang zalim," kata Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussolehah Ahmad pada Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri ke-54, di Taiping, hari ini. 
Jelasnya, Allah SWT tidak akan memberi kemenangan tanpa ada usaha dari pejuang Islam, muslimat mesti berusaha ke arah kemenangan di samping muslimat menjaga akhlak,  menutup aurat dengan sempurna serta menjauhi maksiat. 
Katanya, penglibatan muslimat sebagai calon dalam pilihan raya bukanlah untuk mendominasi kerusi di parlimen atau Dun namun ia adalah untuk memenuhi tugas untuk tugas membela maruah wanita Islam agar tidak terus diperlekeh atau diperalat oleh musuh-musuh Islam , ia juga bagi memastikan wujudnya wakil untuk suara wanita khususnya bagi para muslimah. 
Dewan muktamar di Markas Tarbiyah PAS Air Kuning dipenuhi seramai 192 perwakilan dari 24 kawasan seluruh negeri dan 78 orang pemerhati yang bersedia untuk kekal istiqamah bagi menjana kemenangan PRU14 akan datang. 
Muktamar turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria,  wakil Dewan Ulamak PAS Perak Ustazah Aliah Abd Aziz, Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS negeri, Ustaz Mustafa Abd Wahab dan Ustaz Hafeez Sabri wakil Pemuda PAS negeri.
Mengakhiri ucapan, Dr Najihatussolehah berpesan agar seluruh muslimat bersama-sama membina kekuatan serta meneguhkan aqidah perjuangan Islam, meneguhkan diri masing-masing dengan iman dan berterusan dalam menguatkan tarbiyah ruhiyah. - HARAKAHDAILY 9/4/2017   
Sumber HD - 9-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Ulama bertanggungjawab jelas RUU 355 kepada rakyat

INTIPATI ucapan Datuk Ustaz Haji Husin Awang, Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu Muktamar Dewan Ulama PAS Terengganu kali ke 52 di Madrasah Darul Iman, Titian Baru, Bukit Payung, Terengganu. 
1. Saya terharu melihat keadaan Ustaz Abu Bakar Abdullah (Timbalan Ketua) yang walaupun sakit dan uzur tetapi masih sedia datang, membenarkan ayat al-Quran yang dibaca sebentar tadi iaitu  berangkat dan berjuang walaupun dalam keadaan berat. 
2. Saya ucap tahniah kepada Madrasah Darul Iman yang menjadi tuan rumah Muktamar kali ini, tempat yang barangkali mungkin paling cantik di kalangan sembilan buah sekolah Dar di bawah urusan Dewan Ulama PAS Terengganu, juga pengurusan sekolah yang baik. 
3. Dewan Ulama PAS Terengganu juga ucap tahniah kepada PAS Pusat, terutama Presiden PAS yang berjaya membawa usul RUU 355 dalam Sidang Dewan Rakyat pada hari Khamis baru-baru ini. 
4. Ia menjadi tanggungjawab pimpinan PAS, ulama terutamanya untuk memberi pencerahan dan pengukuhan kepada masyarakat supaya memahami pembentangan usul ini. Sekian lama umat Islam tidak dapat mengamalkan agama mereka dengan sepenuhnya, sedangkan penganut agama lain boleh beramal dengan agama mereka. Perlembagaan Malaysia di bawah Fasal 3 meletakkan Islam agama persekutuan yang sepatutnya diperkasakan pengisiannya. 
5. Usul ini akan melalui proses yang panjang kerana ia baharu dibentang, belum dibahas, akan diundi, dibentuk Jawatankuasa dan lain-lain proses yang mungkin akan mengambil masa yang panjang. 
6. Isu speaker yang menamatkan sidang lebih awal akan digunakan sebagai alat kononnya PAS berpakat dengan Umno, yang memerlukan jawapan dari pimpinan ulama memberi pencerahan yang betul kepada masyarakat. 
7. Kalau ada perbahasan nanti, tentu ada ahli Parlimen bukan Islam yang akan berbahas atau apabila wakil rakyat Islam yang berbahas untuk menolak RUU 355. Tidakkah tuan-tuan rasa terhina dengan perkara ini. Tempoh yang ada memberi masa yang panjang kepada para ulama untuk terangkan kepada masyarakat mengenai RUU 355 ini. 
8. Sembilan buah sekolah Dar mengikut polisi yang ditetapkan oleh Dewan Ulama PAS Terengganu. Ada sekolah yang fizikalnya atau kewangannya lemah dan terhad. Bagaimana kita boleh perkasakan sekolah ini. Dewan Ulama PAS Terengganu perlu fikir untuk membantu sebaik mungkin sekolah-sekolah ini. 
9. Pilihan Raya Umum ke-14 lebih terbuka peluangnya kepada PAS. Tahun 1999 dahulu kita mahu majoriti mudah untuk perintah Terengganu, tsunami politik ketika itu menjadikan kita dapat lebih 2/3. Ada penganalisa politik mengatakan situasi politik semasa lebih berpihak kepada pembangkang, khususnya PAS untuk menguasai balik Terengganu. 
10. Dahulunya ceramah politik rancak. Kini media sosial lebih menguasai. Ulama menjadi penggerak utama membangkitkan kesedaran politik melalui media baharu ini. 
11. Justeru, urusan ulama peringkat kawasan ada tanggungjawab besar untuk mengisi kuliah, program, bukan sahaja kuliah biasa tetapi kesedaran politik Islam, pilihan raya dan pemerintahan Islam. – HARAKAHDAILY 8/4/2017 
Catatan Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek, Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu dalam Muktamar Dewan Ulama PAS Terengganu kali ke 52 di Madrasah Darul Iman, Titian Baru, Bukit Payung, Terengganu, Sabtu 8 April 2017
Sumber HD - 8-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Kawasan ada hak bawa usul
Posted on Wednesday, April 05 @ 13:35:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34360



Oleh SARINA ISMAIL
PAS Kawasan berhak membawa atau meluluskan apa sahaja usul yang difikirkan perlu bagi memperkasakan kedudukan parti sama ada jalinan sepakatan parti-parti politik atau pun penegasan hala tuju politik PAS.


Demikian tegas Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, ketika dihubungi Harakah berkenaan usul yang diterima oleh sebahagian besar PAS Kawasan di Kedah sempena Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) masing-masing agar memutuskan hubungan Tahaluf Siyasi bersama Parti Keadilan Rakyat(PKR).


Beliau tidak menafikan malah menghormati pandangan dan kehendak ahli-ahli di peringkat akar umbi dan menerima alasan-alasan yang dikemuka menyabitkan perkara tersebut diluluskan.
“Usul yang diterima itu akan dibawa ke Jawatankuasa Penapis Usul peringkat PAS Pusat dan kita menyerahkan kebijaksanaan mereka samada menerima tanpa bahas, menolak atau diterima untuk dibahaskan.

“Walau bagaimanapun saya yakin PAS Pusat akan memberi peluang kepada perwakilan untuk berhujah serta pandangan berkenaan usul tersebut,” sambungnya.

Sehubungan itu, PAS Kedah sebagai persediaan untuk Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ini, seperti biasa akan mengadakan Konvensyen pada pertengahan April ini untuk mendapatkan pandanganpandangan semasa bertujuan memantapkan posisi politik PAS Kedah menjelang PRU 14 nanti.

“PAS Kedah lebih memberi penumpuan kepada hala tuju PAS kita untuk PRU akan datang di samping memperkukuhkan organisani, memperkukuhkan jentera parti dan merancang strategi.

“Kita juga akan memberi tumpuan untuk mendekati rakyat serta mendepani isu rakyat di samping melebarkan kebajikan kepada golongan sasaran,” tambah beliau.


 Justeru itu beliau menyeru kepada semua ahli PAS di Kedah agar bersedia menerima pelbagai kemungkinan yang oleh berlaku menjelang PRU ke 14.

Sumber TKO - 5-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Sedia memerintah: Pemuda PAS sedia tawan Perak

“SEDIA Memerintah” merupakan satu tema bagi menyatakan kesediaan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) untuk kembali memerintah negeri Perak.
Pemilihan tema tersebut memberikan isyarat awal bahawa Pemuda PAS Perak sedia menggalas kembali tanggungjawab pemerintahan dan urus tadbir negeri Perak 
berasaskan sistem pentadbiran Islam selaras dengan al-Quran serta syariat Islam.
Pemuda PAS Perak ke arah menyediakan pemimpin dalam kalangan anak muda Perak yang kuat dan amanah dalam memimpin melalui sinergi tarbiyyah, dakwah dan siasah bahkan Pemuda PAS Perak telah melalui teori dan praktikal dalam mempersiapkan diri menjadi pemimpin muda qawiyul amin. 
Ketegasan pendirian itu dinyatakan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Pemuda PAS Perak ke-34 lalu. 
Akmal menyatakan kesediaan menghantar calon dalam kalangan Pemuda PAS Perak bagi bertanding pada pilihanraya umum akan datang. 
"DPPN Perak telah mengenal pasti pemuda yang berkarisma dan berpotensi untuk menyarung jersi ini. 
"Insya-Allah kita akan menghantar Yang Berhormat di Dewan Undangan Negeri Perak, sebahagiannya datang dari pemuda PAS Perak yang akan membawa suara anak muda.
"Pemuda PAS Perak juga menyambut idea Kerajaan Teknokrat. Kerajaan Teknokrat adalah sebuah pemerintahan diterajui oleh kumpulan pakar yang mempunyai ilmu dan kemahiran tinggi dalam bidang masing-masing sama ada bidang agama, ekonomi, pendidikan, keselamatan, kesihatan, sosial dan lain-lain. 
"Amalan Kerajaan Teknokrat ini tidaklah sama seperti Itali, Greece, Romania, Jerman dan lain-lain turut pernah mengamalkannya. 
"Kerajaan Teknokrat ini disesuaikan dengan sosio-politik kita dengan corak pentadbiran yang mengikut lunas Islam. Justeru Pemuda PAS Perak  sedang giat mempersiapkan pemuda terutama mahasiswa di kampus bagi melahirkan teknokrat dalam kalangan pemuda PAS dalam mentadbir negeri Perak kelak," ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/4/2017
Sumber HD - 4-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





Tsunami Islam: Kebangkitan rakyat melaksanakan Islam

RAKYAT boleh memberikan kepercayaan kepada PAS dengan mengundi PAS dalam PRU akan datang apabila PAS dapat menguasai negeri-negeri maka arus Islam digerakkan oleh peringkat bawahan bahkan negeri juga berperanan seperti memperkenalkan sistem pentadbiran Islam sebenar kepada masyarakat. 
Dengan usaha tersebut bakal menjadi contoh kepada pihak kerajaan pusat, contoh yang ada seperti negeri Kelantan dalam usia pentadbiran 27 tahun, PAS mampu memberikan tips terbaik walaupun kecil diterima oleh kerajaan apatah lagi jika diberikan peluang memerintah beberapa negeri lain. 
Pandangan tersebut disuarakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz ketila menjelaskan inpati pengertian Tsunami Islam yang dimaksudkan dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak ke -34, semalam. 
"Pendekatan serta suasana ini dapat mencetuskan arus rakyat bersetuju memilih Islam sebagai satu cara hidup bahkan kita berterima kasih kepada Tun Ahmad Fairus yang menyatakan bahawa Islam bukan sahaja lahir dari akar umbi tetapi lebih baik datangnya dari pemerintah (atasan) terutama yang terlibat dengan perundangan negara. 
"Sudah tiba masanya negara kita menggunakan perundangan Islam berbanding perundangan lain yang pasti lebih mengukuhkan umat Islam serta membela nasib umat Islam," ujarnya. – 
HARAKAHDAILY 3/4/2017
Sumber HD - 3-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 





Mafla "The Bos Gaurus" hiasi muktamar pemuda

KELAINAN yang ditampilkan dalam Muktamar Pemuda PAS Perak ke-34 dengan memakai mafla pasukan Bola Sepak Perak 'The Bos Gaurus' berwarna kuning sebagai tanda sokongan kepada sukan tarikan utama buat anak muda. 
Seluruh perwakilan dan tetamu dilihat bergaya dengan mafla yang menggabungkan dua logo utama iaitu logo "The Boss Gaurus" dan logo Pemuda PAS Malaysia membuktikan Pemuda PAS Perak sentiasa memberikan kepercayaan untuk pasukan bola sepak sekaligus menaikkan prestasi bola sepak negeri Perak. 
Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-34 yang berlangsung di Dewan Saujana, MH Hotel Sungai Siput pada 2 April semalam berjaya mengumpulkan seluruh perwakilan dari 24 Dewan Pemuda PAS Kawasan. 
Sidang perwakilan telah setuju menerima usul memutuskan hubungan tahaluf siyasi bersama PKR tanpa bahas. 
"Bola sepak adalah salah satu sukan yang menjadi tarikan anak muda bahkan sukan ini mampu menyatukan anak muda tanpa mengira fahaman politik. 
"Pemuda PAS Perak sentiasa menyokong pasukan Bola Sepak Perak dengan turut serta hadir menonton beberapa perlawanan di Stadium Perak," ujar Pengarah Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak ke-34, Mohd Hilmi Afendi. – HARAKAHDAILY 3/4/2017
BosGaurus 3 

BosGaurus 2
Sumber HD - 3-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Nik Abduh jangka ‘tsunami Islam’ pada PRU14, anggap UMNO bukan musuh sepanjang hayat
Posted on Sunday, April 02 @ 19:59:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34317



Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz meramalkan akan berlaku ‘tsunami Islam’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Hal ini kerana rakyat memilih calon yang membawa aspirasi menegakkan Islam.


Katanya, rakyat sanggup memberi undi kepada PAS bagi membolehkan parti itu memainkan peranan lebih besar terutama di peringkat Parlimen dan PAS dapat menguasai negeri-negeri.

"Apabila kita dapat menguasai negeri-negeri iaitu sebanyak empat negeri hingga lima negeri yang kita sasarkan maka arus Islam itu yang digerakkan, bukan hanya oleh akar umbi rakyat ini bahkan negeri juga, dapat memperkenalkan sistem pemerintahan yang lebih Islamik.

"Akhir sekali, ia menjadi contoh yang baik diperingkat Pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kali ke-34 di Hotel MH Sungai Siput, lapor Astro Awani.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan bahawa Nik Abduh mengingatkan ahli parti agar tidak memusuhi UMNO sehingga hari akhirat atau seteru sepanjang hayat.

"Saya minta ahli PAS berfikir lebih jauh ke depan. Perjuangan Islam bukan soal PAS-UMNO, ia adalah soal bagaimana nak bawa agama ini diterima dalam masyarakat.

"Kita tahu jika PAS sahaja yang mahu kepada Islam dan orang lain tak nak, jadi tidak ke manalah.
"Jadi, saya minta Pemuda PAS berfikir lebih besar dan jangan hanya berkisar antara PAS dan UMNO sahaja. Jika hanya fikir PAS-UMNO, PAS-UMNO, akan jadi macam PAN (Parti Amanah Negara), anggap UMNO musuh sampai akhirat," katanya.

Beliau bagaimanapun menolak sebarang kemungkinan PAS akan menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO dalam menghadapi PRU14.

Sumber TKO - 2-4-2017


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan Sebulat Suara Usul Putus dengan PKR
Posted on Sunday, April 02 @ 19:01:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34316



Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan dilangsungkan hari ini telah meluluskan usul sebulat suara untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR dan mengambil alih semula semua kerusi tradisi PAS.

Takbir!

Kredit
Mohamad Husaini Husin

Sumber TKO - 2-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemuda Pas Kedah desak kaji hubungan dengan PKR
Posted on Sunday, April 02 @ 10:49:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34304



YAN - Muktamar Pemuda Pas Kedah kali ke-51 yang bersidang hari ini sebulat suara mendesak agar parti Islam itu mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah yang baharu, Nurul Amin Hamid kepada Sinar Harian.

Difahamkan, keputusan itu dibuat setelah melihat sikap tiada setiakawan PKR yang kebelakangan ini kerap memperlekehkan Pas.

Pemuda Pas Kedah juga kini berada dalam 'gear' siap siaga di semua Dun Kedah termasuk yang kini dipegang PKR.

Muktamar Dewan Pemuda Pas Kedah yang berlangsung di Markas Pas Kawasan Jerai juga menampilkan beberapa pimpinan baru.

Antaranya Salim Mahmood dilantik sebagai Ketua Pemuda Pas Kedah yang baharu; Nurul Amin Hamid sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah dan Nasrun Othman sebagai Naib Ketua Pemuda Pas Kedah.

Sumber TKO - 2-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4 kawasan PAS T'ganu putus kerjasama dengan PKR
Posted on Tuesday, March 28 @ 22:30:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34235



Sebanyak empat kawasan PAS di Terengganu yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri Satiful Bahri Mamat berkata empat kawasan itu ialah Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

"Itu adalah suara di peringkat akar umbi. Mereka berhak mencadangkan usul itu untuk perhatian pemimpin tertinggi parti pada Muktamar PAS nanti, seterusnya keputusan akan dimuktamadkan oleh Majlis Syura.

"Bagi PAS Terengganu, kita buka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk akar umbi menyuarakan pendapat mereka pada mesyuarat agung tahunan... seterusnya mengusulkan perkara itu ketika Muktamar PAS berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 28 April depan," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, hari ini.

Ditanya mengenai keputusan empat lagi kawasan iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu, Satiful berkata keempat-empat kawasan itu sudah selesai mengadakan mesyuarat agung sebelum isu tahaluf siyasi dengan PKR kembali hangat diperkatakan.

Beliau berkata usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan usul itu pernah dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS pada muktamar tahun lalu.

"Bagaimanapun, usul itu tidak mendapat respons ketika itu. Namun kali ini mungkin ada reaksi sekiranya banyak kawasan yang sepakat untuk membawa usul tersebut," katanya.

Ketika ditanya adakah PAS akan terjejas pada pilihan raya umum ke-14 akan datang sekiranya Majlis Syura bersetuju untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Satiful berkata PAS Terengganu dijangka tidak mempunyai masalah besar dalam hal itu.

"Terengganu tak ada masalah sangat, tapi tak tahu di negeri lain macam Selangor. Tapi ini perkara yang berbeza kerana sekarang adalah hubungan antara parti dengan parti, bukan PAS dalam kerajaan," katanya.

Semalam, 12 daripada 13 kawasan PAS di Pulau Pinang turut meluluskan usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.
- Bernama

Sumber TKO - 28-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





PAS Akan Bertanding Semua Kerusi Di Selangor












Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – PAS akan meletakkan calon-calonnya untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor jika PAN cuba mengacau kerusi PAS.

Amaran tersebut ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi sambil berkata PAS tidak takut dengan kekalahan kerana kalah menang itu bukan perkiraannya tetapi urusan Allah.

“Orang kata pelik, pelik macamana kita nak menang, tidak boleh menang, pelik , kita percaya disaat kepelikkan Allah turunkan kemenangan,


“sepatutnya bagi orang-orang yang beriman ketika akal tak mampu berfikir inilah yang mendekatkan kita kepada kemenangan yang hampir dan Allah tidak mintak kita fikir tentang janji Allah, tentang janji kemenangan,“ ujar beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun kali ke-58 di Dewan Masjid Pinang Merah, Paka pada Sabtu, 25 Mac di sini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mengingatkan bahawa Allah tidak meminta kita merencana dengan fikiran kita dengan janji Allah,tetapi Allah menyuruh kita supaya yakin dengan janji Allah.

Allah berjanji untuk mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang beramal soleh menjadi pemimmpin, itu janji Allah dan setiap janji Allah , kemenangan Allah, pertolongan Allah adalah hak mutlak Allah.


“Beriman dengan janji Allah kerana akal kita tidak akan sampai memikirkan tentang kemenangan, akal kita tidak akan sampai memikirkan tentang janji Allah, bila masa, dengan keadaan yang bagaimana, Allah tahu sendiri bagaimana untuk Allah dan bila masa untuk Allah beri kemenangan kerana akal kita tidak sampai,

“sebab itu, sejarah memaparkan bahawa kemenangan itu Allah turunkan dikala akal manusia tidak mampu berfikir, disaat itulah Allah berikan kemenangan, Allah kurniakan Madinah kepada Nabi disaat cabaran besar, saat musuh-musuh Islam, disaat permusuhan maksimum kepada Nabi,

“disaat hukuman bunuh, disaat hukuman penjara dikeluarkan kepada Nabi, ketika saat itu Allah kurniakan Madinah kepada Nabi, disaat semakin sukar, semakin sukar, semakin sukar mendekatkan ia kepada kemenangan,” jelas beliau.


Sallehen menambah lagi, ramai pemimpin dan rakan-rakan kita dulu meninggalkan PAS dan bersama dengan perjuangan yang lain kerana beranggapan berjuang bersama PAS sukar untuk meraih kemenangan.

“bila memikirkan tentang Putrajaya, mereka memikirkan tentang kemenangan bukan mereka yakin dengan janji Allah bahawa satu hari nanti Putrajaya, Allah akan beri juga Putrajaya kepada orang-orang yang beriman.

“Sebab itu kemenangan janji Allah itu, bukan untuk difikir tetapi untuk diyakini, bila Allah sebut “begitu mudah bagi Aku’, tak kira tiga penjuru, empat penjuru, hatta lima penjuru, kalau dah sampai masa untuk Allah beri kemenangan, menang jawabnya dalam perjuangan, ”tegasnya.

Menurut beliau lagi pemikiran baru ialah pemikiran orang yang malas dalam berjuang, orang yang leka dalam berjuang dimana mereka hanya berfikir, hari ini mereka berjuang dan keesokan harinya mendapat kemenangan dan nama mereka tersenarai untuk meraih sebarang bentuk jawatan.

Sumber BO - 27-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8 lagi PAS kawasan lulus usul putus hubungan dengan PKR
Posted on Monday, March 27 @ 06:51:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34203



GEORGE TOWN: Selepas PAS kawasan Permatang Pauh dan Bayan Baru mencadangkan kepada PAS pusat agar memutuskan hubungan dengan PKR, 8 kawasan lain turut mengikut langkah sama.

Lapan kawasan itu ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera, Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, usul itu dikemukakan dalam mesyuarat agung PAS kawasan masing-masing dan diluluskan sebulat suara.

“Usul ini akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat untuk dibentang dan dibahaskan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, 3 PAS kawasan yang belum mengadakan mesyuarat iaitu Tanjung, Bagan dan Batu Kawan dijangka mengemukakan usul sama dalam mesyuarat agung mereka minggu depan.


Muktamar PAS akan berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei ini di Kedah.

Sumber TKO - 27-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Yang dipilih, tarik diri semua menang di sisi Allah

ALHAMDULILLAH. Pemilihan PAS Kawasan Subang tiada pertandingan. Semua dipilih tanpa bertanding. 
"Saya tak istilahkan si menang dan si kalah sebab yang dipilih dan yang tarik diri semuanya menang di sisi Allah jika mereka ikhlas," ujar Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Zaharudin Muhammad menerusi laman facebook. 
Menurutnya, hampir PRU pada kebiasaan orang berebut jadi ketua kawasan (YDP) atau ketua cabang atau posisi-posisi yang berkuasa menentukan calon PRU. 
"Alhamdulillah teman-teman seperjuangan di kawasan Subang berebut mendahulukan ahli jemaah yang lain. Yang tak tarik diri atas dasar tanggungjawab dan yang tarik diri juga atas dasar tanggungjawab. Semua insya Allah diberkati oleh Allah SWT," tambahnya. 
Justeru, ujarnya pada mesyuarat agung kali ini beliau juga menarik diri daripada YDP Kawasan Subang dan memberikan laluan kepada Ustaz Ridhuan Ismail sebagai YDP. 
"Insya Allah kita bersedia untuk melalui PRU14 pada bila-bila masa," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat. 
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang telah sudi datang merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Subang. - HARAKAHDAILY 26/3/2017
Sumber HD - 26-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Bukit Mertajam kawasan ke-9 lulus usul putus hubungan dengan PKR
Posted on Sunday, March 26 @ 16:19:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34194



PULAU PINANG: PAS Bukit Mertajam hari ini turut mengikut jejak beberapa kawasan lain dengan meluluskan usul memutuskan hubungan politik atau tahaluf siyasi dengan PKR di negeri ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat agung tahunannya pagi ini yang turut dihadiri Yang Dipertuanya, Mohd Yusni Mat Piah, lapor Utusan Online.
Keputusan itu menjadikan PAS Bukit Mertajam sebagai kawasan kesembilan yang sebulat suara meluluskan usul berkenaan. 
Sebelum ini, antara kawasan PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan politik dengan PKR adalah Nibong Tebal; Permatang Pauh; Bayan Baru dan Bukit Bendera.
Turut berbuat demikian adalah PAS Kawasan Balik Pulau; Jelutong; Kepala Batas; Tasek Gelugor dan Bukit Mertajam.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali baru-baru ini berkata, partinya menyerahkan keputusan muktamad kepada pucuk pimpinan PAS bersabit tindakan beberapa PAS kawasan yang membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan partinya. 
Azmin berkata, sungguhpun begitu, partinya  menganggap hubungan dengan PAS masih seperti biasa kerana mereka tidak pernah memutuskan hubungan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Sumber TKO - 26-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





PAS Dungun Bertekad Kuasai Lima Kerusi Pada PRU14











Oleh : TSTA

DUNGUN – PAS Kawasan Dungun komited untuk merealisasikan hasrat PAS Terengganu memerintah dengan mengekalkan kerusi yang dimenangi dan bertekad untuk memenangi DUN Bukit Besi N-25 pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Yang Di-Pertuanya, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, dengan gerakkerja yang tersusun dan komitmen daripada jentera semua peringkat, InsyaAllah kita akan dapat mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU-13.


“Parlimen Dungun yang dimenangi dengan majoriti lebih 3,000 undi tentunya akan menjadi pembakar semangat kepada 3 DUN (Sura, Rantau Abang dan Paka) untuk terus bekerja mempertahankan kerusi yang dimenangi.”

“Manakala DUN Bukit Besi, kita akan terus memberi khidmat kepada masyarakat di sana melalui gerakkerja kebajikan untuk bertemu dengan semua pengundi” katanya semasa rehat pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun Kali Ke-58 di Pinang Merah di sini.

YB Ustaz Wan Hasssan Mohd Ramli menambah lagi untuk mengekalkan kemenangan ini memerlukan semua penyokong dan pendokong memberi kerjasama dengan melaporkan perkara berkaitan yang memerlukan perhatian dan pertolongan terutama kepada pengundi dalam Kawasan Dungun.


“Dulu di DUN Bukit Besi kita tidak dapat masuk untuk berkempen pada PRU 13, sehinggakan kita nak masuk minum pun penduduk tidak suka”

“Tapi sekarang setelah banyak perkara kita buat seperti ziarah mereka bila ada kematian dan sakit dan juga pertolongan bagi meringankan beban harian, mereka dapat menerima PAS sejak kebelakangan ini.”

“Ini tentunya ada perubahan kepada pengundi N-25 itu sendiri”, katanya lagi.

Sehubungan itu, salah seorang pembahas semasa membuat ucapan, Mohd Nafi Abdullah dari PAS Cawangan Jalan Lembah, memberi gambaran PAS Dungun akan memberikan kemenangan 5-0 kepada PAS Dungun pada PRU-14 akan datang.

“Dengan komitmen YB di kerusi yang dimenangi, dengan kesungguhan gerakkerja, mempertahankan kemenangan saya berpandangan bahawa Dungun, kita dapat 5-0 dengan mengekalkan Parlimen dan 4 DUN”

“Walaupun Bukit Besi agak sukar tapi dengan gerakkerja yang disusun kita percaya kita dapat tawan kerusi N-25 tersebut”


“Kita pernah menang dulu pada 1999 dan tidak mustahil dengan semangat dan gembeleng tenaga sebab kita ada YB Parlimen yang dapat menyusun jadual beliau untuk bertemu masyarakat dan pengundi”,tambahnya lagi.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun ke-58 telah dirasmikan oleh YB Ustaz Sallehin Mukhyi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Selangor yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Dewan Besar Darul Bayan, Pinang Merah di sini semalam.

Sumber BO 26-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































PAS Kubang Kerian utuh selepas YDP sertai PAN

PAS Kawasan Kubang Kerian kembali utuh selepas bekas Yang Dipertuanya Datuk Husam Musa kini bersama Part Amanah Negara (PAN). 
Krisis kepimpinan yang berlaku tahun lepas tidak menjejaskan sokongan di peringkat akar umbi. Ini dibuktikan kehadiran perwakilan dari setiap cawangan begitu memberangsangkan. 
Parlimen Kubang Kerian mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Demit, Pasir Tumboh dan Salor diperkuatkan dengan kepimpinan baru PAS kawasan berkenaan.
Mesyuarat Agung PAS Kubang Kerian kali ke-43 dirasmikan Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Senator Datuk Johari Mat.
Ia menyaksikan pelantikan kepimpinan tertinggi PAS kawasan itu yang dimenangi tanpa bertanding, pemilihan hanya berlaku di peringkat Ahli Jawatankuasa (AJK). 
Seramai 26 calon  bertanding bagi merebut 16 AJK PAS Kubang Kerian.
Yang Dipertua, Abdul Rahman Yunus; Timbalan Yang Dipertua, Mumtaz Md Nawi; Naib Yang Dipertua, Mohd Asri Daud dan Ketua Urusan Ulamak, Rofie Hussin. 
Kepimpinan itu bakal memberi nafas baru kepada PAS kawasan berkenaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang bakal diadakan tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 26/3/2017
Sumber HD - 2-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





Mesyuarat agung Putatan fokus lahirkan anak sulung

MESYUARAT Agung PAS Putatan kali ke-17 fokus mempersiap gerak kerja melahirkan anak sulung PAS di Sabah. Semua ahli diseru untuk menjadi 'duta PAS' kepada masyarakat dengan pendekatan politik matang dan sejahtera. 
Pada PRU-13, PAS meletakkan calon di DUN Tanjung Aru dan memperolehi undi kedua terbanyak dalam pertandingan tiga penjuru. Turun mendekati rakyat, merasai sendiri denyut nadi marhaen menjadi fokus utama PAS Putatan tanpa mengira waktu. 
Mesyuarat agung yang diadakan di Hotel Yaho Kota Kinabalu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, dihadiri lebih 100 orang perwakilan dan pemerhati. Barisan kepemimpinan yang baharu dipilih diharap terus bergerak dan tidak putus bekerja untuk merealisasikan kelahiran anak sulung PAS di Sabah. – HARAKAHDAILY 21/3/2017
Sumber HD - 21-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Pas Tumpat terima teraju baharu
Posted on Monday, March 20 @ 16:19:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34104



TUMPAT - Mohd Hushaimi Hussian menerajui kepimpinan Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan jawatan Ketua Pemuda Pas bagi sesi 2017/2019.

Sebelum ini, Mohd Hushaimi adalah Pemangku Ketua Pemuda Pas Kawasan Tumpat selepas menggantikan penyandangnya, Mohd Abd Rashid Yah yang meletakkan jawatan pada 29 Julai tahun lepas.

Timbalan Ketuanya pula disandang Wan Hadiyudin Wan Mahmood bagi menggantikan Mohd Fadhil Ridhuan Adnan yang sebelum ini pemangku.

Manakala jawatan Naib Ketua Pemuda Pas disandang Mohd Nazri Abdullah bagi menggantikan Wan Hadiyuddin Wan Mahmood yang sebelum ini memangku jawatan tersebut.

Kedua-dua mereka juga menang tanpa bertanding pada pemilihan tersebut sempena Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat kali ke-40 di Wisma Ibadurrahman, Kampung Paloh pada Jumaat lalu.

Perasmian disempurnakan Setiausaha Dewan Pemuda Pas Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudin.
Manakala lapan ahli jawatankuasa juga menang tanpa bertanding disandang oleh Mohd Fadhil Ridhuan Adnan, Mohamad Yusof, Suhaidi Mat Yasim, Muhamad Shahrul Azhar Noorzeli, Abdullah Sulaiman, Wan Sufiyan Wan Yusoff, Mohd Saifuddin Muhamad dan Mubarak Abdul Aziz.

Sumber TKO - 20-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS Bayan Baru Usul batalkan Tahaluf Siyasi Dengan PKR
Posted on Monday, March 20 @ 07:58:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34095



Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bayan Baru kali ke-29 pada 19 Mac 2017 bertempat di Hotel Seri Malaysia Bayan Baru juga telah mengambil langkah yang sama dengan mengusulkan supaya PAS membatalkan hubungan Tahaluf Siyasi atau Kerjasama Politik dengan Parti Keadilan Rakyat, berasaskan hujah hujah berikut:

PKR tidak sedikit pun menghormati PAS sebagai sebuah rakan tahaluf ketika dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila:

A) PKR dengan jelas telah *menurut telunjuk DAP yang mengumumkan pembubaran PR serta mengisytiharkan kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan (PH).

B) Tindakan DAP memecat Pimpinan PAS dan Ahli PAS di Pulau Pinang seperti pemecatan Ahli Majlis MPPP pada tahun 2014 tanpa merujuk kepada Pas ketika itu tanpa sebab yang munasabah dan tidak memberi pembelaan sewajarnya oleh PKR malah Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim ketika itu ada mengeluarkan kenyataan tidak akan memberi pembelaan kepada pemecatan berkenaan.
C) PKR juga telah gagal membela dan mempertahankan Islam di Pulau Pinang apabila secara terang-terangan mencampuri urusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
.
– Hasil dari campurtangan itu dalam urusan Fatwa terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan malah ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

– Tindakan tidak bertanggungjawab Exco Agama dari PKR ini telah menunjukkan kepentingan politik DAP lebih diutamakan mendahului kepentingan Islam.

D) Selain dari itu PKR telah menunjukkan Sikap lebih menunjukkan komitmen dan mesra dalam membantu DAP dan PAN dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar, Sungai Besar dan pilihanraya negeri Sarawak.

E) Dasar PAS di peringkat Pusat juga telah membuat penetapan tidak akan bekerjasama dengan mana mana parti yang menjalinkan hubungan dan kerja sama dengan DAP dan PAN. Maka tindakan hubungan mesra PKR dengan DAP dan PAN ini telah jelas menunjukkan ia pertentangan dengan dasar PAS.

Berdasarkan hujah hujah di atas, PKR tidak mampu menjadi rakan yang baik, tidak memberi nilai hatta merosakan usaha memartabatkan Islam dan tidak menghormati persahabatan ,kerjasama serta bantuan jentera PAS selama ini dalam Pilihanraya lalu sejak tahun 1999 sehingga 2013 yang telah diberi oleh PAS kepada PKR.

Maka dengan ini diusulkan supaya hubungan tahaluf PAS dengan PKR dibatalkan.

Sekian terima kasih.

Iszuree Ibrahim
Yang Dipertua Pas
Kawasan Bayan Baru



Sumber TKO - 20-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Tuan Sarifuddin dipilih YDP PAS Pasir Puteh


PENGARAH Tabung Amanah Tok Kenali, Tuan Saripuddin Tuan Ismail dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh pada mesyuarat agung semalam. 
Dua lagi yang turut dicalonkan untuk jawatan itu ialah Yuganu Yunus dan Mohd Taib.

Yang Dipertua PAS Kawasan sesi lalu merangkap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazlan Nik Mohamad tidak mempertahankan jawatan sebaliknya hanya bertanding sebagai ahli jawatankuasa.

Muktamar PAS kawasan ke-58 yang diadakan di Sweet Beach Resort Tok Bali itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu, jawatan Ketua Urusan Ulamak PAS kawasan turut mendapat perhatian apabila Rahmad Ibrahim dan Mohd Ruden Mohd Yusoff dicalonkan yang dimenangi Mohd Ruden.

Sementara Wan Hassan Wan Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua, Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah.
Sumber HD - 19-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





Bersiap Hadapi Pilihan Raya Umum Ke-14












Oleh : Sumaiyah Zakaria

MARANG – Setiap negeri diarahkan untuk untuk mengadakan Ijtimak atau Konvensyen PAS egeri sebelum Muktamar Agong PAS kali ke-63, yang memberikan fokus menghadap pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agong PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, semua meyuarat tahunan parti di peringkat kawasan yang sedang berlangsung sekarang adalah merupakan yang terakhir sebelum PRU Kali Ke-14.

“Saya sahkan Mesyuarat Agung Tahunan puan-puan hari ini dan mesyuarat agung yang diadakan di negeri-negeri sehingga Muktamar Tahunan PAS Pusat adalah yang terakhir sebelum PRU-14.


“Sama ada PRU-14 diadakan pada tahun 2017, ataupun sebelum bulan Jun tahun 2018, maka inilah mesyuarat agung terakhir sebelum PRU-14,

“Inilah pentingnya mesyuarat agung kita pada kali ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kawasan Marang kali ke-32 di Dewan Tok Guru, Rusila, pada Sabtu 18 Mac.

Justeru, Ali Parlimen Kota Bharu itu memberi peringatan, peranan untuk menegakkan amar makruf dan nahi mungkar seperti yang diperintah Allah SWT terletak di bahu semua orang.


“Pentingnya peranan sama ada muslimin ataupun muslimat, di dalam gerakan Islam ini (dan) di sebalik kejayaan PAS ini, berjaya sebagai parti, berjaya sebagai kerajaan,

“maka peranan muslimat tidak boleh dinafikan langsung, tidak boleh dipersoalkan langsung (dan) puan-puan adalah tenaga penting dalam menjayakan kejayaan dan kemantapan parti kita ini,” jelasnya.

Beliau menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS bersiap siaga menghadapi pilihan raya, bagi mengambi alih pemerintahan negeri Terengganu.


Menurutnya, kerja keras itu mestilah dibuat tanpa sebarang halangan, samada PAS akan bertanding satu lawan satu dengan Umno atau ditentang dari pelbagai penjuru oleh parti-parti lain

“Terengganu mesti diambil balik oleh PAS pada PRU-14! Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT, semoga jemaah kita ini diberikan kekuatan,” tegas beliau.

Seramai hampir 500 orang perwakilan dan pemerhati hadir pada Mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu Haji Yahaya Ali

Sumber BO - 19-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Shahril Azman ganti Tuan Ibrahim di Kuala Krau

BEKAS Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz dipilih sebagai Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kuala Krau yang baru menggantikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS melepaskan jawatan YDP PAS kawasan itu untuk sesi 2017-2019. 
Dalam pemilihan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau hari ini, Naib YDP sesi lalu Ustaz Kamal Ashari yang juga Timbalan Pengerusi Tetap PAS Pusat, dipilih sebagai TYDP. 
Manakala orang lama Haji Nazri Husin dipilih sebagai  NYDP. 
Mesyuarat Agung dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin di tapak Kompleks Al-Makmur, Kerdau. 
Sebanyak tiga kawasan mengadakan mesyuarat agung tahunan hari ini iaitu Kuala Krau, Temerloh dan Pekan. 
Di Temerloh, tiga pimpinan tertinggi kekal iaitu Md Jusoh Darus (YDP), Hassanuddin Salim (TYDP – menang bertanding) dan Hasan Omar (NYDP). 
Di Pekan, perwakilan juga mengekalkan barisan lama iaitu Ustaz Abu Kassim Manaf (YDP), Ustaz Fadzil Noor (TYDP) dan Kapten Ahiatuddin (NYDP). - HARAKAHDAILY 19/3/2017
Sumber HD - 19-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






Banyak cabaran hadapi PRU14

PAS menjangkakan Pilihan raya Umum Ke-14 bakal diadakan September tahun ini.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun ada yang mendakwa ia akan diadakan pada Julai, namun PAS yakin diadakan September ini. 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pengkalan Chepa Ke-45, di Kompleks Purnama, semalam. 
Amar seterusnya berkata, tempoh untuk bekerja keras untuk berhadapan PRU terlalu sempit. 
“Jangankan enam bulan, setahunpun sudah tidak cukup ruang untuk kita bergerak dan bekerja,”ujarnya. 
Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota parti turun ke bawah untuk memperkemaskan jentera.

Tambahnya, banyak cabaran untuk berhadapan PRU kali ini memandangkan PAS bukan hanya berhadapan BN, sebaliknya PAN.

Terdahulu, Dr Izani Hussin, menyeru anggota parti memperkuatkan saf semua peringkat.

Timbalan Yang Dipertua PAS itu juga berkata, sekiranya anggota parti bersatu musuh tawar hati untuk mengganggu gugat saf perjuangan.

“Untuk itu, marilah kita menampal  lompang yang ada, menutup ruang-ruang yang boleh ditembusi musuh untuk menghadapi PRU tidak lama lagi,” katanya. - HARAKAHDAILY 19/3/2017
Sumber HD - 19-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





Politik Sebagai Medan Melaksanakan Tuntutan Dakwah













SETIU – PAS sebagai sebagai sebuah gerakan Islam menjadikan politik sebagai medan untuk melaksanakan tuntutan dakwah dan perlu menyatakan kebenaran dan berani dalam mempertahankan dasar Islam yang dibawa.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Melor YB Dr. Haji Yusnan bin Haji Yusof, kenyakinan mestilah diletakkan bahawa segala yang di lakukkan untuk Islam akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.


“Siapa pun dihadapan kita ,mereka adalah mad’u kita. DAP ,Amanah,UMNO mereka semua mad’u kita.

“Kamu akan dikira (pahala) segala apa yang kamu kerjakan di atas dunia” katanya ketika merasmikan Mesyuart Agung PAS Kawasan Setiu kali ke 39 di Dewan Luqmanul Hakim,Guntung Luar hari ini.

(Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir terus diberi mandat)

Beliau yang juga Timbalan Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan untuk berada di landasan istiqamah setiap ahli harus tenang dalm menyampaikan dakwah walupun tidak di terima oleh orang selain daripada sentiasa berani mempertahankan dasar parti.

Sementara itu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir terus diberi mandat untuk menerajui PAS Kawasan sesi 2017-2019 sebagai Yang Di Pertua apabila di istihar menang tanpa bertanding.


Seramai 403 orang perwakilan telah memilih Ahli Jawatan kuasa PAS Kawasan Setiu dengan Doktor Azman Ibrahim mengekalkan jawatan Timbalan Yang Di Pertua,sementara Naib Yang Di Pertua di sandang oleh Ustaz Mohamad Nazari Alias dan Ketua Urusan Ulama di jawat oleh Ustaz Mohd Pauzi bin Muda.

Turut hadir mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu ialah Penolong Setiausaha Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.


Sumber BO - 19-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pemuda PAS Tumpat luluskan usul putus tahaluf siyasi dengan PKR
Posted on Sunday, March 19 @ 00:47:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34082



TUMPAT: Putuskan tahaluf siyasi dan ambil semula kerusi yang dipinjamkan kepada PKR, itu usul tergempar yang diluluskan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS kawasan Tumpat malam tadi.

Usul itu dikemukan Perwakilan Cabang Empat Kedai, Ahmad Fadli Abu Bakar dalam mesyuarat kali ke-40 yang berlangsung di Wisma I’baadurrahman semalam.

Ketika membentangkan usul tersebut, Ahmad Fadli berkata, langkah itu perlu dilakukan memandangkan PKR yang mengaku mempunyai hubungan tahaluf siyasi dengan Pas namun dalam masa mengekalkan kerjasama dengan musuh parti itu iaitu DAP dan PAN.

Menurutnya, PKR juga tidak sensitif dengan menerima keahlian Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang menang atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Dengan itu, saya mengusulkan kepada Dewan Pemuda Pas negeri untuk dipanjangkan kepada Dewan Pemuda Pas dan Pas Pusat supaya memutuskan segera hubungan dengan PKR secara menyeluruh termasuk tidak lagi membantu mereka pada pilihan raya,” katanya.

Selain Fadli beberapa perwakilan lain turut menyokong usul itu dimajukan ke pengetahuan PAS Pusat untuk dibahaskan pada sidang muktamar partinya yang dijadualkan berlangsung April depan.

  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini pernah memberitahu pihaknya akan menilai kembali untung rugi partinya meneruskan tahaluf siyasi dengan PKR, yang dipimpin Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu.

Sumber TKO - 19-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Dr Azman dipilih dalam pertandingan 'adik-beradik'


TIMBALAN Yang Dipertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim mengekalkan jawatan dalam pertandingan satu lawan satu pada mesyuarat agung PAS kawasan itu yang diadakan di Kompleks Tarbiyah Luqmanul Hakim Kampung Guntong Luar, hari ini. 
Mesyuarat agung yang dirasmikan oleh Adun Melor, Kelantan, Dr Yusnan Yusuf juga mengisytiharkan penyandang jawatan Yang Dipertua PAS Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir menang tanpa bertanding. Turut menang tanpa bertanding ialah Mohd Nazari Alias bagi jawatan Naib Yang Dipertua dan Ustaz Mohd Pauzi Muda yang mengisi jawatan Ketua Urusan Ulamak. 
Mesyuarat yang dihadiri 420 orang perwakilan turut memilih seramai 16 orang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Setiu bagi sesi 2017/2019 daripada 25 orang calon yang  bertanding. 
Dr AzmanDr Azman yang ditemui selepas mesyuarat agung tersebut menyifatkan pertandingan itu hanyalah pertandingan 'adik-beradik' dalam rangka hendak berlumba-lumba berbuat kebaikan. 
"Selepas selesai pertandingan, marilah bersama kita rapatkan saf bagi menggalas satu tugasan penting melakukan persiapan menghadapi PRU14. 
"Kabinet ini adalah 'Kabinet Perang Pilihan raya' bukannya kabinet untuk bersantai dan berbulan madu. Kita sudah berada dalam fasa pecutan terakhir menghampiri garis PRU14," tambahnya. - HARAKAHDAILY 18/3/2017                      
Sumber HD - 18-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






Dr Azman Kekal Sebagai Timbalan YDP Setiu












SETIU – Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim mengekalkan kedudukannya pada pemilihan jawatan tersebut di Mesyuarat Agong PAS Kawasan Setiu Kali Ke-39 hari ini.

Dalam pertandingan satu lawan satu, pencabarnya yang juga penyandang Naib YDP sesi lepas, Haji Hassan Karim mendapat 127 undi berbanding beliau yang meraih 183 sokongan.

Dr Azman yang ditemui selepas Mesyuarat itu menyifatkan, pertandingan itu hanyalah pertandingan adik-beradik dalam rangka nak berlumba-lumba berbuat kebaikan.


“Selepas selesai pertandingan, marilah bersama kita rapatkan saf bagi menggalas satu tugasan penting melakukan persiapan menghadapi PRU 14,

“Kabinet ini adalah ‘Kabinet Perang Pilihanraya’ bukannya kabinet untuk bersantai dan berbulan madu (kerana) kita sudah berada dalam fasa pecutan terakhir menghampiri garisan akhir,” tegasnya.

Mesyuarat Agong yang diadakan di Kompleks Tarbiyah Luqmanul Hakim, Kampung Guntong Luar, Setiu, telah dirasmikan oleh ADUN Melor Kelantan, YB Dr Yusnan Yusuf.


Seramai 420 orang perwakilan hadir pada mesyuarat hari ini Sabtu 18 Mac, turut memilih 16 Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Setiu bagi sesi 2017/2019 daripada 25 orang calon yang bertanding.

YDP sesi lalu, Ustaz Saharizikirnanin Abdul Kadir turut mengekalkan jawatannya, tanpa sebarang cabaran.

Turut menang tanpa bertanding ialah Mohd Nazari Alias bagi jawatan Naib Yang Dipertua, namakala mantan Ustaz Mohd Pauzi Muda yang mengisi jawatan Ketua Urusan Ulama

Sumber BO - 18-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kalah Jawatan Timbalan YDP Nik Abdul Tak Keluar Parti dan Tubuh Parti Baru!
Posted on Saturday, March 18 @ 23:35:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34081



Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Datuk Mohd Amar Abdullah, kekal memang tanpa bertanding sebagai YDP Pengkalan Chepa bagi sesi 2017/2019.


Pada masa yang sama semua anggota jawatankuasa PAS kawasan itu turut kekal apabila perwakilan masih memilih mereka untuk menerajui kepimpinan itu.

Timbalan Yang Dipertua masih disandang Dr Izani Hussin (209) mengalahkan Ketua Pemuda Nik Abdul Nik Abdul Aziz (37).

Naib Yang Dipertua, Muhammad Azmi Nor kekal
Ketua Muslimat, Wan Ubaidah Omar kekal,
Ketua Pemuda, Mohd Ariff Abdullah kekal

Pemilihan kali ini aman dan damai kerana tiada lagi lobi dan fitnah sebagaimana yang dilakukan oleh puak-puak PASMA, GHB atau geng erdagon (didalangi oleh puak IKRAM). Allah telah 'buangkan' mereka sekaligus yang mana sebelum ini sangat sukar untuk kita memikirkan bagaimana nak menghapuskan pengaruh JAMAAH DALAM JAMAAH di dalam PAS. Tapi sekelip mata semuanya terkeluar! Itulah kebesaran Allah atas kesabaran kita memperjuangkan Islam dengan niat yang tulus dan ikhlas.

Sekarang setelah mereka semua tersingkir, ahli boleh memlih siapa sahaja samada ustaz (ulama) atau profesional tanpa dihasut dengan pelbagai persepsi buruk seperti sebelum ini.


Yang menang merendah diri untuk bekerja, seperti mana kenyataan Dr Izani kepada Malaysiakini bila Malaysiakini cuba nak MENGHASUT atas kemenangannya.

"Maaf deh. No comment. (Kita) kena ppakat bekerja untuk lslam," kata Dr. Izani mematikan percakapan wartawan Malaysiakini yang cuba nak jadikan isu dan mengoncangkan keharmonian PAS.

Pembaca boleh lihat keputusan ini menarik perhatian, MK, Puak PAN dan juga Cybertropper semuanya jenis busuk hati yang kerja nak menghasut dan mencari 'lubang' untuk merosakkan keharmonian PAS.

Lagi menarik, bila Nik Abdul Kalah. Tak pula Nik Abdul salahkan "cai" atau Nik Abdul terlupa guna "cai" Akhirnya menubuhkan parti baharu seperti puak-puak PAN yang kalah tersingkir dalam Muktamar PAS.

Kemudian jaja dalam ceramah PAS singkir mereka untuk menghalalkan penubuhan parti baru atas dasar kekecewaan.


Sumber TKO - 18-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Mohd Amar kekal terajui PAS Pengkalan Chepa

YANG Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Datuk Mohd Amar Abdullah, kekal menerajui kepimpinan kawasan berkenaan bagi sesi 2017/2019. 
Beliau diberi kepercayaan penuh anggota perwakilan untuk memimpin PAS itu setelah menang tanpa bertanding. 
Pada masa yang sama semua anggota jawatankuasa PAS kawasan itu turut kekal apabila perwakilan masih memilih mereka untuk menerajui kepimpinan itu. 
Timbalan Yang Dipertua masih disandang Dr Izani Hussin, begitu juga Naib Yang Dipertua, Muhammad Azmi Nor apabila mereka dipilih semula pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS ke-45 hari ini.
.
Sebelum itu turut mengekalkan kepimpinan dalam sayap penting PAS kawasan Ketua Muslimat, Wan Ubaidah Omar, Ketua Pemuda, Mohd Ariff Abdullah. 
Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS merasmikan mesyuarat agung itu yang diadakan di Kompleks Purnama. - HARAKAHDAILY 18/3/2017
Sumber HD- 18-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





Warta Lembaga Pemilihan PAS Pusat 2017

ADALAH saya diarah untuk memaklumkan bahawa Lembaga Pemilihan PAS Pusat 2017, dalam maksud mengendalikan pemilihan bagi jawatan-jawatan di peringkat PAS Pusat, dan dalam menjalankan kuasa-kuasa di bawah Fasal 4.7.1 Peraturan-Peraturan Pemilihan PAS 2013 (Pindaan 2016), telah memutuskan tarikh-tarikh berikut: 
1. Tarikh Tutup bagi Pencalonan  semua Jawatan PAS Pusat (kecuali pencalonan Dewan Ulamak PAS Pusat): 9/4/2017 @ 5 petang 
2. Tarikh Tutup Pencalonan jawatan-jawatan Dewan Ulamak PAS Pusat: 17/4/2017 @ 5 petang 
3.  Hari Mengundi bagi Dewan-Dewan  Pusat: 27 April 2017 
4. Hari Mengundi bagi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat: 29 April 2017 
Sila ambil maklum bahawa semua Borang Pencalonan yang lengkap diisi, hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi, Lembaga Pemilihan PAS Pusat, Muktamar Ke-63, Pejabat Agong PAS, 318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, secara Pos/Kurier/Serahan Tangan. Borang-Borang Pencalonan hendaklah diterima atau dimasukkan ke peti-peti Borang Pencalonan di Pejabat Agong PAS pada atau sebelum tarikh-tarikh tersebut. 
Bukti pengeposan atau kurier tidak dianggap sebagai bukti penerimaan! 
WAN ROHIMI WAN DAUD
Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat 2017
18 Mac 2017 / 19 Jamadil Akhir 1438 – HARAKAHDAILY 18
Sumber HD - 18-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





Muhammad Hasrul menang cipta logo Muktamar PAS

MUHAMMAD Hasrul Abdul Razak, 29, dari Cangkat Jering, Taiping telah diisytiharkan sebagai pemenang utama pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS ke-63. 
Pengarah pertandingan, Shuhaimi Embong berkata, sebanyak 180 penyertaan termasuk dari non-muslim dengan 177 penyertaan diterima dan 3 penyertaan ditolak kerana dihantar luar dari masa yang ditetapkan iaitu berakhir jam 12.00 tengah malam 3 Mac 2017. 
Kataya, penilaian pemilihan logo pertandingan pada kali ini amat ketat dan berbeza dari sebelum ini kerana ia berlangsung sebanyak dua saringan. 
Pemenang akan menerima wang tunai RM1,630 dan sijil penghargaan pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah nanti. 
Di samping pemenang utama, pihak penganjur juga menyediakan 10 hadiah saguhati dengan wang tunai sebanyak RM100 dan sijil penghargaan setiap seorang.
Sumber HD - 14-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





PAS Parit tekad tanding semua kerusi PRU 14

PAS Kawasan Parit menyatakan komitmen dan tekad untuk menyumbangkan ketiga-tiga kerusi di Parlimen Parit, termasuk dua Dun untuk kemenangan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan berlangsung tidak lama lagi. 
Untuk memastikan setiap ahli, penyokong dan pendokong berusaha keras untuk memastikan kejayaan PAS Kawasan Parit mendominasi ketiga-tiga kerusi yang bakal ditandingi PRU akan datang maka beliau menyarankan semua pihak perlu memainkan peranan terbaik. 
Yang Dipertua PAS Kawasan Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata demikian ketika Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Parit kali ke-51 di Markaz PAS Titi Gantung, Parit, 13 Mac lalu. 
“Untuk memastikan PAS menjadi kuasa penentu dalam PRU-14, Tuan Guru Presiden meletakkan sasaran 40 kerusi Parlimen, dan kita (Parit) perlu memastikan Parit termasuk di kalangan 40 kerusi tersebut. 
"PRU-14 bakal menyaksikan Tsunami Politik Islam dan Melayu, justeru Parit sebagai kawasan yang mempunyai majoriti Melayu tertinggi, perlu melipatgandakan usaha untuk memastikan kejayaan dalam PRU-14 nanti. 
"Saya menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, agar tidak lagi ragu-ragu dengan PAS, sebaliknya terus bersama berjuang memenangkan PAS dan mendaulatkan Islam dalam PRU-14 nanti,” ujarnya. 
Ustaz Ismi yang juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Yang DiPertua, merupakan calon PAS yang bertanding bagi kerusi Parlimen Parit dalam PRU-13 yang lalu. 
Dalam pemilihan sempena mesyuarat agung ke-51 menyaksikan semua jawatan utama dalam PAS Kawasan Parit dimenangi tanpa ada pertandingan, termasuk jawatan Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua, Ketua Dewan Muslimat, Ketua Dewan Pemuda dan beberapa jawatan utama dalam sayap utama PAS Kawasan Parit tersebut 
.
Ismi juga telah mengisyhtiharkan pendaftaran ahli baru PAS Parit seramai 355 orang sempena kempen PAS Pilihanku yang dilancarkan sejak dua bulan yang lalu. 
Menurutnya, itu adalah rekod pencapaian terbaik PAS Kawasan Parit, kerana berjaya mendaftarkan seramai 355 orang ahli PAS yang baru. 
Beliau menyatakan bahawa jumlah pendaftaran tersebut menunjukkan sokongan terhadap PAS semakin bertambah, sekalipun ada pihak yang mendakwa PAS akan lumpuh kerana kononnya kehilangan ahli dan pimpinan PAS dalam krisis Pasca Pemilihan 2015. – HARAKAHDAILY 13/3/2017
Sumber HD- 13-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





63rd Muktamar; PAS To Fire Up Election Spirit, Reclaim Kedah













The 63rd PAS Muktamar (Assembly), to be held in Kedah, will be an important platform for the party to plan its strategy for the 14th general election (GE14), said Kedah PAS commissioner Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.'

He said the assembly, to be attended by about 1,200 delegates, would provide the best venue to rejuvenate the spirit and motivate party members to work hard to win in the election, including to wrest back Kedah.

“Among interesting topics that will be debated by delegates at the assembly are preparations by states to be the ruling party if given the mandate in the coming general election,” he told Bernama.

The assembly is scheduled on April 27 until May 1, with the Dewan Ulama Assembly on April 28 at Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop.


The assembly for the party’s youth wing, Dewan Pemuda, and women’s wing, Dewan Muslimat, will be held from April 27 to 28 at the Kedah PAS Complex and Pusat Pengajian Darul Hadis, Kampung Tok Keling, Alor Setar, respectively.

Dr Ahmad Fakhruddin said the Kedah PAS, which has the highest number of members, at 176,000, was hopeful of winning back the state.

“PAS is ready to shoulder the responsibility and the government in waiting, has made the necessary preparations.

“As the host of this year’s assembly, we will try to make the people see that Kedah is capable of uniting all PAS members in the state,” he added.

He said the assembly’s agenda would also focus on the party election with the new leadership to be known by April 30 through e-voting.















(Dr Ahmad Fakhruddin)

For the central-level election, it will be for the posts of president, deputy presidents, three vice-president posts and 18 central committee members, while for the party wings, it will be for the posts of head, deputy and vice-head.

On the possibility of disgruntled members who failed to win posts in the party election joining its splinter group, Parti Amanah Negara (PAN), Dr Ahmad Fakhruddin said he believed that it would not happen.

On the issue of cooperation with Umno, he said PAS had made known its stand that there would be no political cooperation with Umno and expressed confidence that the matter would not be raised by delegates at the assembly.

“Likewise with DAP and PAN, there will be no political ties.

“If (with) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), I am made to understand that PAS cooperates in the form of programme, but no decision has been made on political relations,” he added. ― Bernama

Sumber BO - 12-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Ustaz Yusuf dipilih ketua DPPKM yang baharu

USTAZ Yusuf Abdul Hadi dilantik mengemudi bahtera Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang bagi sesi 2017/2019. 
Beliau telah dipilih dalam pemilihan sempena Mesyuarat Agong Pemuda PAS Kawasan itu kali ke-33 yang telah berlangsung di Dewan Maahad Tahfiz Al Busyra, Masjid Pengadang Baru. 
"Saya sebenarnya tidak layak, yang mana orang yang bersama saya mereka ini lebih layak,tetapi amanah yang diberikan oleh sahabat sekalian mudah-mudahan kita berada di landasan yang betul dan kita bersama saf saf perjuangan Islam Insyaallah," kata beliau dalam ucapan sulungnya. 
Beliau berharap setiap gerak kerja mudah-mudahan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT. 
Sementara itu, mantan Ketua Pemuda Ustaz Sulaiman Sulong mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada saf kepimpinan. 
"Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada saf kepimpinan DPPKM yang  telah bekerja dan menyumbang segenap tenaga, masa, wang ringgit dan segala-galanya bagi menjayakan aktiviti. Juga terima kasih kepada jawatankuasa panitia muktamar agong tahunan yang bertungkus lumus untuk menjayakan mesyuarat agong malam ini," ujar beliau. 
Selain Ustaz Yusuf, yang dipilih dalam DPPKM ialah Ustaz Ziyad Zakaria, Sabri Zakaria, Aswadi Mohamad, Fazrul Ismail, Azmi Amiruddin, Ismail Sapia, Mohd Fakhurudin Yasin, Ustaz Bunyamin, Ahmad Nazirul Ismail dan Azlan Abdul Wahab.
Gandingan muka lama dan baharu telah di pilih dalam pemilihan yang diadakan pada Jumaat,10 Mac 2017 yang lepas. – HARAKAHDAILY 11/3/2017
Sumber HD - 11-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Usul desak tindakan langgar baiah

MESYUARAT Agung PAS kawasan Tanah Merah meluluskan usul bagi membawa individu yang melanggar sumpah taklik dan baiah kepada muka keadilan. 
Usul berkenaan dibawa perwakilan Cawangan Klewek yang mendesak PAS Pusat atau Badan Perhubungan PAS Kelantan bertindak segera. 
Menurutnya, perkara itu sangat memalukan PAS serta perbuatan tersebut seolah-olah perkara yang berkaitan sumpah taklik serta baiah boleh dipermainkan. 
"Sumpah dan baiah dibuat mantan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bagi mengelakkan wakil rakyat PAS lompat parti dan membawa lari kerusi PAS. 
"Kami mendesak bawa mereka ini ke Mahkamah Syariah sebab Hakim Mahkamah kata ada kes tetapi kita masih berdiam diri," kata perwakilan itu. 
Mesyuarat agung kali ke-56 yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan di Manal disini dirasmikan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan. 
Usul berkenaan mendapat sokongan sebulat suara daripada semua perwakilan sambil mengumumkan komitmen untuk membawa sendiri sekiranya tiada perhatian. 
"Kita berharap supaya Muktamar ini mendesak PAS agar bertindak, sekiranya tiada, PAS Kawasan sendiri akan bertindak membawa kes ini ke Mahkamah," jelasnya. 
Selain PAS Cawangan Klewek turut mendesak PAS Pusat mahupun Kelantan mengambil semula kerusi Parlimen Tanah Merah selepas diserahkan kepada PKR. – HARAKAHDAILY 11/3/2017
Sumber HD - 11-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

SRIDU rancak buat persiapan muktamar
Posted on Thursday, March 09 @ 22:04:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33931


Oleh SARINA ISMAIL 

ALOR SETAR: Sekolah Rendah Islam Darul Ulum(SRIDU), Telok Bagan, Tandop, yang merupakan salah satu sekolah di bawah pengelolaan Dewan Pemuda PAS Kedah, telah dipilih untuk menjadi tempat persidangan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat 2017.

Lokasinya strategik, empat kilometer dari Bandaraya Alor Setar, berhampiran jalan utama ke Kompleks PAS Kedah, selain banyak terdapat rumah-rumah tumpangan serta hotel-hotel sekitarnya dan mempunyai pasarana mencukupi untuk keperluan muktamar berkenaan kelak.

Walau bagaimanapun, sebagai sekolah agama rakyat yang pembinaannya hasil sumbangan orang ramai, masih ada lagi kekurangan yang perlu diperbaiki serta perlu dinaik taraf untuk memberi keselesaan kepada perwakilan dan pemerhati muktamar tersebut.

Mudir sekolah terbabit, Ustaz Mohd Fikri Ishak (Gambar diatas) ketika dihubungi , memaklumkan dalam usaha melebarkan ruang dewan utama, pemasangan penghawa dingin dan tandas tambahan, SRIDU memerlukan kos kirakira RM135,000.00 untuk menyiapkannya.

“Walaupun naik taraf dan kerja-kerja penambahan itu memang dalam perancangan pihak sekolah sebelum ini, namun apabila SRIDU dipilih sebagai tempat Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat, jadi kerja-kerja menyiapkannya perlu dilakukan dengan segera.

“Usaha menyegerakan itu semata-mata untuk memberi keselesaan kepada perwakilan dan pemerhati yang dijangkakan hampir seribu orang,” jelas beliau.

Oleh itu beliau berbesar hati memohon sumbangan daripada orang ramai untuk membantu pihak sekolah dan Dewan Pemuda PAS Kedah sendiri demi melicinkan lagi perjalanan muktamar yang bakal berlangsung penghujung April ini.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah berbuat terus ke nombor akuan 552170059804 (Maybank) atas nama Sekolah Rendah Islam Darul Ulum atau boleh terus menghubungi beliau di talian 013-5333738. 


Sumber TKO - 9-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------   

PAS Kedah gigih buat persiapan Muktamar
Posted on Thursday, March 02 @ 13:06:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33800


Oleh SARINA ISMAIL

PAS Kedah kini gigih berusaha menyiapkan pasarana Kompleks PAS Kedah yang bakal dijadikan tempat mengadakan Muktamar PAS Pusat kali ke-63 yang dijangkakan pada penghujung April ini.


Sehubungan itu, selain bangunan pentadbiran enam tingkat yang sedang rancak dibangunkan, PAS Kedah turut mengambil inisiatif membaik pulih Masjid Tuan Guru Haji Othman Al-Yunusi untuk memberi keselesaan pengunjung mendirikan solat di situ.


Masjid yang sedia ada sebelum ini dijadikan pusat pengajian setiap pagi Jumaat , selain pusat ibadat kepada penghuni asrama anak-anak yatim DAYA. Masjid tersebut akan berwajah baharu dengan dicat semula selain memasang siling, tingkap dan pintu sliding.

Selain itu, sebuah bangunan yang di lengkapi bilik air dan tandas juga didirikan untuk memberi kemudahan kepada pengunjung yang mungkin mencecah ribuan orang.

Tandas dan bilik air sedia ada di kompleks berkenaan tidak cukup untuk menampung kapisiti yang ramai dan ada di antaranya yang rosak.

Kerja-kerja menambun tanah untuk menambah kawasan parkir juga sedang giat dijalankan, malah kawasan tersebut juga akan dijadikan tapak gerai jualan sempena program berprestij itu.

Sementara itu Dewan Fadzil Noor yang akan dijadikan tempat muktamar bersidang akan dicat semula selain membaiki kerosakan di lantai, siling dan dinding bilik air.

Kedah yang sebelum ini pernah menjadi tuan rumah kepada Muktamar PAS Pusat pada tahun 2006, akan berusaha memberi keselesaan sebaik mungkin kepada para perwakilan serta pemerhati yang akan hadir nanti.

Jumlah kehadiran pengunjung juga dijangkakan lebih ramai memandangkan pada tahun ini diadakan pemilihan pucuk pemimpin untuk sesi 2017-2019.


 Sehubungan itu, PAS Kedah merayu kepada orang ramai yang ingin membantu melicinkan kerja-kerja pembangunan itu, bolehlah disalurkan melalui akuan bank :0201 0001 5687 16 (Bank Muamalat) atas nama Kompleks PAS Kedah. Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke talian 04-7481122 (Pejabat PAS Kedah).

Sumber TKO - 22-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Ustaz Alias Kekal Yang Sebagai DiPertua PAS PAS Kemaman















Oleh : Mohd Tishaah

KEMAMAN – Para perwakilan Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kawasan Kemaman Kali-57 mengekalkan Ustaz Alias Abdul Hamid sebagai Yang DiPertua untuk Sessi 2017/2019 akan datang.
Ustaz Alias sebagai penyandang mengalahkan Ustaz Che Harun Ibrahim dalam pertandingan dua penjuru hari ini.


Manakala ADUN Chukai, YB Haji Hanafiah Mat dipilih sebagai Naib Yang DiPertua baru setelah menewaskan penyandang, Haji Zulkifli Mat Yakin.

Ustaz Ali Mohd, Ustaz Ramlan Mahmood dan Ustazah Fainah Mat kekal sebagai Ketua Urusan Ulama, Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat dalam Mesyuarat Agong Tahunan yang diadakan sebelum ini.

Seramai lebih 500 perwakilan, tetamu dan pemerhati dari seluruh PAS Cawangan di Kemaman hadir di Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman untuk mendengar ucapan perasmian oleh YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS.


Turut menyampaikan ucapan Haji Yahaya Ali, Timbalan Pesuruhjaya, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Seramai 16 orang Ahli Jawatankuasa dipilih perwakilan iaitu Ustaz Hazri Jusoh, Haji Johan Ismail, Amri Mamat, Dr Haji Megat Suhaimi Megat Idrus, Ustaz Zulkifli Nara, Mahadi Mahmud, Ustaz Osamarizal Omar, Puan Rohasni Husin, Haji Maznan Chik, Puan Zaiton Jusoh, Puan Nafisah Harun, Haji Roslan Endut, Haji Othman Abdullah, Haji Zulkifli Mat Yakin dan Haji Nik Abdul Rahim Nik Yahaya.

Sementara itu Haji Abdul Rahman Khalid dan Mahmood Bakar memenangi tanpa bertanding sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap manakala Aziz Salleh sebagai Pemeriksa Kira-Kira 1.

Sumber BO - 7-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





PAN usah menyibuk urusan muktamar PAS

AHMAD AMZAD HASHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44441-pan-usah-menyibuk-urusan-muktamar-pas

SIBUK sungguh pemimpin PAN mengulas soal Muktamar Agong PAS yang akan berlangsung pada April 2017 ini di Kedah. Siap membuat macam-macam spekulasi konon PAS akan pecah dua. Sedangkan ketika gangguan besar dengan campurtangan parti parti politik luar yang mahu menentukan keputusan pemilihan di Muktamar Agong PAS tahun 2015 yang menyaksikan tokoh-tokoh PAN yang ada sekarang tersingkir ditolak akar umbi PAS pun tidak memecah dua PAS.

PAS tidak pecah dua, tidak pecah tiga dan tidak pecah empat. Laporan oleh Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin menjelaskan bilangan ahli PAS yang keluar dari PAS tidak sampai 1 peratus. Yang lebih menarik, bilangan keahlian baru pula yang meningkat berkali kali ganda dengan kadar yang tidak pernah disaksikan oleh PAS sebelum ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar antara yang tewas pemilihan pada ketika itu. Beliau ditolak akar umbi PAS. Kini masih ahli PAS tetapi membawa watak bagaikan bukan ahli PAS dengan membawa dakyah PAN. Beliau mendakwa konon bersuara mewakli akar umbi. Soalnya akar umbi yang mana? PAS Kawasan Pokok Sena sendiri sudah buat kenyataan menolak beliau. Akar umbi PAS seluruh negara lagi-lagilah menahan geram ekoran tindak tanduk beliau.

Berbalik kepada pemimpin PAN yang suka sangat menyibuk soal urusan PAS, rakyat masih lagi tertanya-tanya. Sudah lebih setahun sejak penjenamaan semula Parti Pekerja Pekerja Malaysia yang diasaskan oleh Puan Gangga Nayar pada Januari 1978, kepada Parti Amanah pada 16 September 2015. Mesyuarat Agong Luar Biasa Parti Pekerja pada 8 September 2015 meluluskan penukaran nama, logo dan bendera parti.

Benarkah Parti Amanah ini sebuah Parti Islam? Keahliannya macam mana? Susunan kepimpinannya macam mana? Siapa bos yang paling bos? Ulama duduk di mana? Pemimpin dilantik masa mana? Pemilihannya bila?

Soalan-soalan seperti ini timbul kerana rakyat sampai hari ini masih belum dapat melihat Perlembagaan Parti Amanah seperti mana Perlembagaan PAS dan lain lain parti yang diuruskan secara profesional boleh diakses oleh orang awam.

Yang diketahui umum, organisasi kepimpinan PAN hari ini masih lagi diperingkat Jawatankuasa Penaja (Pro tem). Itupun masih mengelirukan kerana PAN bukanlah sebuah parti atau pertubuhan yang baru yang didaftarkan ke Pendaftar Pertubuhan. Ia parti yang sudah ada diasaskan Puan Gangga Nayar pada tahun 1978. Biasanya jika parti yang baru, barulah ada Jawatankuasa Penajanya. Parti yang lama membuat pemilihan mengikut perlembagaan yang ada sama ada setahun sekali atau dua tahun sekali seperti PAS. Tak tahulah jika ia untuk tempoh lebih lama dari itu.

Atau tak perlu kepada pemilihan?

Konvensyen Nasional 2016 PAN pada 10-11 Disember 2016 di SACC, Shah Alam pun tiada agenda tentang pemilihan. Ia sekadar perhimpunan yang sarat dengan pidato dengan kehadiran yang pelbagai, bukan ahli PAN sahaja, tetapi juga dari parti lain termasuk individu seperti Azira Aziz yang ada memuat naik gambarnya di Konvensyen berkenaan. Azira Aziz lantang berkempen menolak RUU355, Pindaan Akta 355 bertujuan meningkatkan kuasa mahkamah syariah.

Rakyat memerhati Salahudin Ayub, Husam kelihatan lebih menonjol daripada Presiden PAN, Mohd Sabu sendiri. Yang ditonjolkan paling tinggi dalam hierarki sebagai ulama, Ustaz Ahmad Awang, hampir tidak kedengaran suaranya.

Kelihatannya PAN sendiri punya pecahan pecahan kumpulan yang tersendiri.

Elok disegerakan pemilihan supaya rakyat boleh menilai bagaimana pula rupa PAN berdepan soal kepimpinan.

Ini sudah lebih setahun. Bila lagi? Kita tak boleh nak kata salah atau betul kerana PAN dan Pendaftar Pertubuhan lebih tahu apa kehendak perlembagaan PAN sendiri. – HARAKAHDAILY 28/2/2017

Sumber HD - 28-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muktamar Pas ke-63 di Kedah
Posted on Friday, February 24 @ 20:28:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33713




Muktamar Tahunan PAS ke-63 pada 28 April hingga 1 Mei ini akan diadakan di Kedah dan dijangka dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan dengan tumpuan utama kepada agenda pemilihan peringkat tertinggi dan sayap.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata program 'Amanat Presiden dan Taklimat Setiausaha Agung' pada malam 28 April akan membuka tirai muktamar secara tertutup.

Beliau berkata majlis perasmian dijadual pada 29 April di Kompleks PAS Kedah dengan agenda pemilihan parti dijangka akan dimulakan pada sebelah petang hari yang sama.

"Jangkakan kita kalau perancangan berjalan lancar kita akan mengadakan pemilihan secara e-voting dan pengiraaan pun melalui komputer. Saya jangkakan pada sebelah malam keputusan boleh diketahui.

"Kita ada jawatankuasa pemilihan PAS pusat diketuai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong dan insya-Allah pada 30 April atau 1 Mei PAS sudah ada kepimpinan baharu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jelas Takiyuddin, bagi pemilihan di peringkat pusat, ia melibatkan jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, manakala bagi peringkat sayap, ia melibatan ketua, timbalan dan naib.

Tarikh ditetapkan untuk Muktamar Dewan Ulama ialah pada 28 April di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop, Muktamar Dewan Pemuda pada 27 hingga 28 April di Kompleks PAS Kedah dan Muktamar Dewan Muslimat juga pada 27 hingga 28 April di Pusat Pengajian Darul Hadis, Kampung Tok Keling, Alor Setar.



Pelbagai acara sampingan seperti pameran, jualan, dan persembahan artis nasyid akan dilangsungkan sepanjang muktamar berlangsung.

-- BERNAMA 


Sumber TKO - 24-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  





Kenyataan Salahuddin andaian dangkal

SALMAH MAT HUSAIN | .













http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44390-kenyataan-salahuddin-andaian-dangkal

KOTA BHARU: Muktamar PAS yang bakal berlangsung tahun ini memberi erti besar kerana ia bakal membariskan pimpinan dan anggota parti yang benar-benar istiqamah.

Setiausaha Pemuda PAS Negeri Kelantan, Nazman Che Iberahim berkata, ini kerana  menjelang pemilihan parti semua peringkat akhir April ini, akan terdiri dari mereka yang benar-benar istiqamah.

Tambahnya, kerana itu mereka dapat membersihkan saki baki anggota parti dan pemimpin yang bermasalah bermula peringkat cawangan lagi.

“Kita tidak nafikan masih ada beberapa kerat pemimpin, atau ahli PAS yang jasadnya  masih bersama PAS, namun tindakan dan ucapan sering mengkritik  dasar parti,” katanya.

Menurutnya, pemimpin seperti ini ‘mungkin’ akan diputuskan kedudukan mereka oleh ahli dalam mesyuarat di semua peringkat nanti.

Beliau bagaimanapun yakin, 'pembersihan' itu akan berlaku pada kadar kecil sahaja, memandangkan majoriti  bersama PAS adalah yang istiqamah.
   
“Jika ada pembersihan itu, jangan dianggap ia perpecahan sebagaimana yang didakwa Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub.

“Kenyataan dia (Salahuddin) andaian dangkal tak ubah seperti nujum pak belalang,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut menyifatkan kenyataan PAN yang mendakwa PAS sedang berkompromi dengan Umno, adalah isu lama yang dibuat sejak tahun 2008.

Tambahnya, PAS tetap akan berdepan dengan Umno dan BN pada PRU 14 ini walaupun pelbagai tuduhan dibuat.

Pada masa yang sama, pihaknya yakin PAS akan mengekalkan pentadbirannya selepas PRU umum nanti. – HARAKAHDAILY 23/2/2017

Sumber HD - 23-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Pertandingan mencipta logo Muktamar PAS ke-63

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44272-pertandingan-mencipta-logo-muktamar-pas-ke-63

KUALA LUMPUR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) sekali lagi menganjurkan pertandingan mencipta logo Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-63 yang akan diadakan di Negeri Kedah Darul Aman pada akhir bulan April 2017 nanti.

Menurut Pengarah Pertandingan Logo Muktamar ke-63, Shuhaimi Embong, pertandingan cipta logo muktamar pada kali ini akan menawarkan hadiah kepada 11 orang pemenang berbanding tahun lepas iaitu 6 orang sahaja termasuk pemenang utama.

PAS telah beberapa kali menganjurkan pertandingan mencipta logo untuk Muktamar PAS. Sambutan pada pertandingan yang diadakan pada tahun-tahun lepas adalah diluar jangkaan pihak penganjur.

Penyertaan pada pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penyertaan boleh dihantar kepada pihak penganjur mulai sekarang hingga 3 Mac 2017.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi dikehendaki mengisi borang yang disediakan di laman web rasmi: http://pas.org.my/logomuktamar

“Pertandingan ini dikendalikan oleh Panitia Induk Muktamar PAS ke-63 dan diuruskan oleh Jabatan IT PAS Pusat”, kata Shuhaimi Embong yang juga Pengarah IT PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 14/2/2017

Sumber HD - 14-3-2017

No comments:

Post a Comment