BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, November 22, 2016

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU (JILID 5)



‘Ops Harap’; PAS Seberang Takir Sedia Ganti Umno












Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS meningkatkan inisiatif memberi penerangan kepada rakyat dan bersedia menggantikan Umno untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, ‘Ops Harap’ adalah usaha kempen mendekati masyarakat yang diadakan secara berterusan sehingga ‘gendang pilihan raya dipukul’ .

“Program ini (Ops Harap) telah masuk siri kedua diadakan di DUN ini, adalah satu program untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang semakin hampir,”katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui mendedarkan risalah penerangan di pasar pagi Teluk Ketapang, pada Jumaat 10 Febuari disini.
Menurutnya, rata-rata pengunjung yang ditemui memberi maklumbalas positif terhadap usaha yang sedang PAS lakukan.

“Saya melihat ini satu petanda baik dalam usaha kita untuk menawan ‘kerusi’ Umno di dun Seberang Takir ni,

“Kita (PAS) akan cipta satu sejarah di (DUN) Seberang Takir pada pilihan raya nanti…… itu tekad kami di sini”, tegas beliau.


Katanya, pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam program selama tiga hari setiap siri ‘Ops Harap’ yang diadakan pada setiap hujung minggu.

Antaranya, kata beliau ialah, penyampaian maklumat melalui pengedaran risalah di tempat-tempat awam dan pengisian rohani melalui kuliah di surau-surau.

Selain itu, beliau berkata, ‘Ops Harap’ juga melibatkan program ‘mesra masyarakat’, melalui ziarah kepada golongan miskin, orang kelainan upaya, sakit, warga emas dan armalah (ibu tunggal).















Sumber BO - 11-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





60 Orang Dapat Pemeriksaan Kesihatan Percuma












Oleh : Abu Bakar Salleh

KUALA TERENGGANU – Seramai 60 orang warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok menerima pemeriksaan kesihatan percuma pada program yang dianjurkan oleh pejabat Parlimen PAS Kuala Terengganu.

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, program kerjasama dengan Majlis Tindakan DUN terbabit, berlangsung selama dua jam di Pasar Pagi Gong Tok Nasek.


“program begini amat bagus dan mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat……kita memberi khidmat kepada masyarakat setempat,

“di samping mengeratkan silaturrahim antara petugas parti dan pengundi dalam DUN tersebut, ” ujar beliau ketika ditemui, ketika menunjau program itu semalam Khamus 9 Februari.

Sehubungan itu, pihak pejabat Parlimen Kuala Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakannya.


Pegawai Khidmat Syed Ali Al-Idrus berkata,
program tersebut adalah merupakan program bulanan peringkat Parlimen yang dibuat di seluruh DUN secara berkala.

“Allhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada semua pihak dan in shaa Allah, kita akan meneruskan Khidmat ini setiap bula secara giliran
“di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dalam parlimen Kuala Terengganu,”jelasnya.

Selain pemeriksaan perubatan, kata Syed Ali, PAS Kuala Terengganu turut mengedarkan makanan percuma kepada golongan yang kurang bernasib baik, pada setiap bulan di Pejabat Parlimen, di Bandaraya Kuala Terengganu.

Sumber BO - 10-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Perkemaskan Jentera Hadapi Pilihan Raya












Oleh : KAM
KEMAMAN – PAS Kawasan Kemaman mempertegaskan arahan kepada seluruh jentera parti disemua peringkat agar berada dalam keadaan siap siaga serta memperkemaskan bilik gerakannya.
Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid mengajak jentera parti bekerja bersungguh-sungguh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.
Ini penting, katanya bagi mempertahankan kemenangan satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai serta memenangi tiga Dun lagi.


“Kita (PAS) harap supaya kita semua bekerja bersungguh-sungguh pada PRU14 untuk mempastikan satu-satu Dun (Chukai) di kawasan Kemaman ini yang kita menang akan kita kekalkan dalam PRU14, In shaa Allah.

“Kita juga harapkan kemenangan di Dun-Dun yang lain akan memberi sumbangan kepada penubuhan kerajaan PAS Terengganu pada pilihan raya akan datang ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, PAS Dun Chukai, di Dewan Mujamma, Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman, pada Rabu 8 Februari.

Katanya, PAS mempunyai kekuatan jentera parti di peringkat akar umbi yang tidak ada kepada parti-parti pembangkang lain.


Oleh itu, kata Ustaz Alias, binalah kekuatan parti sendiri dengan sabar walau pun bersusah payah menghadapi cabarannya.

“Kehadiran ahli parti yang ramai ini menggambarkan kekuatan PAS. Inilah PAS dan tidak ada kepada parti-parti (pembangkang) yang lain.

“Kita (PAS) mempunyai ‘akar umbi’, petugas-petugas PAS yang memberi kekuatan kepada parti kita.
“Saudaralah yang merupakan tenaga, pejuang yang kita (PAS) harapkan bertungkus-lumus untuk mempertahankan dan memberikan kemenangan dalam pilihan akan datang ini.
“Binalah keyakinan kita walau pun susah payah dan penat lelah untuk terus sabar dalam menempuh mehnah dalam perjuangan ini.

“Sama ada diuji dengan ‘rampasan’ kerusi atau pemimpin-pemimpin PAS diuji dengan pelbagai fitnah dan tomohan,” jelasnya dihadapan lebih 450 orang petugas parti.

Jentera PRU14 PAS Dun Chukai itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi dengan beberapa gimik pelancaran tersebut.

Sumber BO - 10-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Kekuatan PAS Ditangan Ahli












Oleh : KAM

KEMAMAN – Kekuatan PAS sebagai sebuah parti gerakan Islam dan dakwah mampu bertahan sejak lebih 60 tahun adalah terletak ditangan ahli-ahlinya yang istiqamah.

Justeru itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Hanafiah Mat pimpinan PAS yang dipilih menjadi wakil rakyat adalah ‘khadam’ kepada rakyat yang memilihnya.

“Kekuatan PAS di Dun (Dewan Undangan Negeri) Chukai ini adalah ditangan saudara-saudara (ahli) sekalian, bukan ditangan saya.

“Saudara yang bekerja di peringkat bawahan, yang menggerakkan jentera dari rumah ke rumah, bertemu dengan seluruh pengundi. Saudara-saudaralah yang sepatutnya mencapai kemenangan.


“Saya cuma menjadi ‘khadam’ kepada saudara-saudara. Apa yang saudara cadangkan kepada saya, apa yang saudara arahkan kepada saya. Insya’Allah, selagi saya dapat berusaha saya akan tunaikan seluruh arahan dari saudara-saudara itu untuk memastikan martabat Islam dan PAS sehingga kita dapat memerintah negeri ini dengan izin Allah SWT,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, PAS Dun Chukai, di Dewan Mujamma, Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman, Chukai di sini, 8 Februari lalu.

Pelancaran jentera pilihan raya itu disempurnakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan di Dewan Mujamma, Pusat Pengajian Taan Islam, Kemaman, pada Rabu 8 Februari.

Menurutnya, para petugas PAS disemua peringkat Unit Peti Undi (UPU), Majlis Tindakan Dun (MTD), Pemuda, Ulamak, Muslimat serta cawangan adalah ‘askar’ parti.


“Inilah dia… laftenan-laftenan, sarjan-sarjan, askar-askar yang duduk di Unit Peti Undi yang akan mempertahankan Dun Chukai, Insya’Allah.

“Malam ini kita berkumpul hampir 450 orang petugas parti semua peringkat yang sekaligus, kita akan menghancurkan penguasaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang,” jelasnya yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Arifin Deraman dan Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid .

Sumber BO - 10-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Terengganu akan lancar Harap TV

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44219-pas-terengganu-akan-lancar-harap-tv

PAS Terengganu insya Allah, akan melancarkan secara rasmi siaran TV terbitan Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu yang diberi nama Harap TV pada akhir Februari ini.

Saya sebagai Ketua Penerangan PAS Terengganu, menjemput semua untuk menyertai kami di Harap TV dengan 'LIKE' 'SHARE' dan 'INVITE' page kami dengan seluas-luasnya.

Insya Allah kami akan menyalurkan segala maklumat terkini, tepat dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Harap TV sudahpun mula menerbitkan bahan-bahan bagi rakyat dan kami masih dalam proses memperbaiki persembahan kami untuk lebih baik lagi. Harap TV boleh diikuti di link di bawah. Mohon bantuan anda semua untuk share status ini dengan seluas-luasnya. Terima kasih.

www.fb.com/HarapTV

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu - 9/2/2017

Sumber HD - 9-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Pelbagai Cara Menarik Dan Istimewa Menanti Pengunjung HAMRA 1.0












Oleh : Sumaiyyah Zakaria

KUALA TERENGGANU – Pelbagai aktiviti menarik dan istimewa bakal berlangsung pada Himpunan Ameerah Terengganu (HAMRA 1.0) untuk para pengunjungnya.

Pengarah Ameerah Terengganu, Puan Zuraida Md Noor berkata, objektif utama himpunan ini ialah untuk melahirkan wanita muda celik dan matang.

“disamping itu kita memberikan kefahaman merungkai cabaran yang dihadapi oleh wanita antaranya pengisian istimewa untuk wanita muda (iaitu) kuliah dhuha,

“yang betajuk “Muslimat, Mudahnya ke Syurga” disampaikan oleh Ustaz Kamal Ashaari,”ujarnya yang menambah, Himpunan juling-julung kali itu akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Ia akan disusuli, kata beliau, dengan ‘talkshow’ yang membawa ‘Inspirasi Usahawan Wanita Muda, akan membuka minda para peserta dan pengunjung, bagaimana mahu menjadi peniaga berjaya.

Selain itu, katanya, acara ‘Pentas Muzikal’ akan menampilkan artis dan selebriti tempatan serra pejuang.
“Pengisian menarik juga dalam HAMRA 1.0 ialah ‘Chit Chat’ Anak Muda di mana kita menjemput Taiyuddin Bakar dan seorang lagi iaitu Musa an-Nuwayri, Pengasas Tangisan Syria di Bumi Jordan” ujar beliau, semalam 8 Februari.

Sehubungan itu, Zuraida yakin, semua persiapan bagi keperluan penganjuran HAMRA 1.0 berjalan lancar dan siap menjelang Sabtu, 11 Februari, hari himpunan tersebut.
“Menjelang da hari lagi sebelum program, kami pihak penganjur dalam proses persiapan akhir seperti mengemaskini gerak kerja setiap unit dan telah pun memulakan proses persiapan di tapak program.


“InsyaAllah, kita akan mengadakan solat hajat khusus sempena HAMRA 1.0 pada jumaat, selepas Isyak di Masjid Pengadang Baru,”kata beliau lagi.

Justeru beliau menyeru menyeru semua pendokong dan penyokong Islam, termasuk dari cawangan-cawangan Ameerah, hadir beramai-ramai.

“semua wanita muda, dari DUN, kawasan dan negeri, para guru PASTI, guru dan pelajar DAR serta Institut-institut Islam,

“bonda- bonda muslimat dan sahabat-sahabat muslimat muda, seluruh ahli, penyokong dan jentera pilihanraya muslimat muda agar hadir Himpunan Ameerah Terengganu (HAMRA1.0),

“khususnya ke Majlis Perasmian dan Penyerahan Panji yang akan diadakan pada hari Sabtu, jam 10 pagi 11 pagi di perkarangan Masjid Pengadang Baru,”tegas beliau.

Sumber BO - 9-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS Komited Menang Parlimen Kemaman












Oleh: Khalid Abdullah

KEMAMAN – PAS Kawasan Kemaman menyambut baik hasrat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang meletakkan sasaran memenangi kerusi Parlimen Kemaman pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) nanti.

Yang Dipertuanya Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para petugas sangaat membertangsangkan bagi merealisasi hasrat baik itu.

“Sasaran itu cukup relevan dengan realiti politik di Kemaman sekarang, malam tadi kita melancarkan jentera pilihanraya peringkat Dun Chukai,

“kehadiran hampir 500 petugas parti yang bersedia turun ke lapangan untuk berkhidmat,”kata beliau ketika ditemui sebelum menghadiri mesyuarat bulanan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pagi ini.

Menurut beliau, PAS sudah lama bersedia untuk menggantikan Umno dan Barisan Nasional bagi mengambil tampuk pemerintahan di negeri dan negara ini.

Oleh itu, katanya, beberapa langkah telah digerakkan untuk memastikan kemenangan akan disambut selepas PRU14 nanti.


“Sekarang ini PAS Kemaman susun beberapa program dan mula mengerakkan jentera pilihanraya menurut garis panduan dan arahan negeri,
“untuk merealisasikan hasrat tersebut,” tambah beliau lagi (gambar kiri).

Pada Jumaat lalu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat telah memberikan aku 
janji untuk menyumbang kemenangan dua lagi kerusi parlimen, nagi memenangkan PAS.






Sumber BO - 9-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















‘Drawbridge’; Musnahnya Legasi Warisan Pesisir Air – Bahagian 2










Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Masyarakat selalu didedahkan dengan perusahaan bot tradisional di Pulau Duyung sebagai satu warisan kemahiran seni pembinaan bot kayu yang unik di dunia kerana tidak menggunakan paku atau skru sebaliknya penggunaan pasak.


Itu yg selalu diberi liputan.


Di sisi yang lain kewujudan industri pembinaan kapal moden yg satu satunya dalam negara ini penguasaannya dari segi ekuiti dan kemahiran berjaya dipegang oleh orang melayu seolah olah dipandang sepi oleh pemimpin tempatan.


Muara Sungai Terengganu menempatkan limbungan pembinaan kapal moden seperti MSET Shipbuilding Corporation, Limbungan Kay Marine, Limbungan Sejati dan pelbagai ‘slipway’ pelbagai saiz yang lain.

Saiz pasaran tahunan bagi industri ini digabungkan semua sekali bernilai ratusan juta ringgit setahun.

Sewaktu saya masih di MSET lebih sepuluh tahun yang lalu, MSET adalah pelanggan terbesar Maybank untuk seluruh pantai timur dengan menggunakan pelbagai kemudahan pembiayaan yang pelbagai jenis berjumlah ratusan juta setiap tahun.



Industri ini merancakkan pemintaan pelbagai jenis kredit, insurans.

Dengan siapnya projek memperdalamkan muara, pembinaan benteng pemecah ombak, industri ini sedang bergerak dari pergantungan pasaran kapal kerajaan ke kapal komersil khususnya kapal kapal sokongan industri petroleum yang lebih besar saiznya dan besar nilai pasarannya kerana masalah kapal tidak boleh masuk sudah diselesaikan oleh projek memperdalamkan muara.


Beberapa syarikat pemilik kapal ‘offshore’ telah menempatkan armada mereka di Pulau Duyung misalnya syarikat Aims Global.


Pemilik pemilik kapal seperti Tanjong Offshore, Borcos, Inai memilih Kuala Terengganu untuk membina kapal offshore mereka. Ada yg mencecah RM50 juta untuk setiap buah kapal.


Saya difahamkan di Pulau Duyung telah ada terminal jetty ‘offshore bunkering’.


Stesen kapal kapal offshore masuk berlindung dan berlabuh bagi menambah bekalan, mengisi minyak dan air bersih, penukaran ‘crew’ dan lain lain lagi.



Ada maklumat bahawa telaga telaga baru yg sedang diteroka semakin jauh ke laut. Maka keperluan pengangkutan maritim akan turut meningkat.

Malah dikatakan Kuala Terengganu lebih berpotensi jadi tumpuan dimasa hadapan kerana ia tidak jauh dari pusat bandar yg menempatan pelbagai hotel, restoran, rekreasi bagi kemudahan kapal kapal yg berlabuh yg ramai anggotanya.


Pantai Timur yang terdedah angin monsun memang terkenal ombak yang ganas sehingga menyebabkan hakisan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.


Satu pelan kawalan hakisan shore protection untuk seluruh negara saya difahamkan ada dirangka terutama bagi melindungi kawasan kawasan pantai yang penting dan kritikal.

Ia melibatkan belanjawan yang mencecah ratusan billion untuk jangka panjang mungkin 20 tahun.
Kerja shore protection adalah kerja industri maritim yg besar.

Untuk muara Terengganu sahaja sejumlah RM500 juta dibelanjakan. Pelbagai penambakan seperti untuk pembinaan landasan kapal terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud akan sentiasa ada dari pelbagai negeri di pantai timur.


Kerajaan tidak sedar nama nama syarikat seperti Inai Kiara dan Liziz secara asasnya adalah kontraktor bagi kerja maritim.

Mereka memperoleh kontrak kontrak bernilai ratusan juta, malah jika dijumlahkan berbillion sedangkan jika industri tempatan dibantu segala segi dan jika ada kemahuan politik yang kuat boleh dikembangkan dan dipersiapkan agar pada masa hadapan tidak perlu lagi menjemput syarikat luar yang jauh bagi menguasai pasaran kerja shore protection yang amat besar nilainya pada masa hadapan.


Dari sudut pendidikan pengetahuan teknikal, Universiti Malaysia Terengganu dianggap peneraju bidang sains samudera, maritim.

Kajian hakisan, hidrografi, hidraulik, sains samudera berkait biologi marin, aquatik, semua pengkhususan itu ada di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Malah TLDM menghantar pegawai pegawainya untuk kursus kursus khas berkaitan maritim di UMT.
Artikel lalu;
‘Drawbridge’; Musnahnya Legasi Warisan Pesisir Air – Bahagian 1
Jambatan Angkat (Drawbridge) ; Industri Kapal Besar Mungkin Berkubur Selamanya

Sumber BO - 9-2-2017


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Program ‘Masih Ada Yang Sayang’ Selami Nasib Ibu Tunggal











Program ‘Masih Ada Yang Sayang’ anjuran bersama Ameerah Dungun dan Ameerah Paka berjaya mendekati dan menyelami kehidupan ibu tunggal serta ibu yang kurang berkemampuan.


Ianya merupakan salah satu program di bawah Unit Ameerah Cakna Komuniti dan kesinambungan program ziarah yang telah diadakan sebelum ini.




Program yang diadakan secara santai di Pantai Kemasik ini bertujuan memberikan sokongan dalam bentuk motivasi dan kerohanian, selain daripada sumbangan bantuan kewangan dan barang keperluan yang pernah diberikn sebelum ini kepada mereka.

Rata-rata peserta juga melahirkan rasa gembira serta terharu dengan program sebegini. Tambahan program yang turut disertai oleh anak-anak kepada peserta menambah keceriaan suasana.


Antara sesi yang sangat mendapat perhatian adalah, sesi berkongsi pengalaman dari beberapa peserta yang hadir. Perkongsian suka duka dalam menghadapi ujian kehidupan, serta bagaimana kekuatan semangat motivasi masing-masing untuk meneruskan kehidupan demi anak-anak sangat menyentuh emosi perasaan dan menginsafkan semua yang hadir.




Turut hadir di dalam program ‘Masih Ada Yang Sayang’ ini adalah isteri kepada YB Adun Paka iaitu Puan Sabariah Ilyas yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun.

Beliau sangat berbesar hati dan memberikan sokongan padu terhadap usaha yang telah dilakukan oleh Ameerah ini bagi mendekati serta menyelami kesusahan yang dialami oleh masyarakat.


Sumber BO - 9-2-2017


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Siyasah Dan Islam Berpisah Tiada

DUNGUN – Islam yang syumul mengajar umatnya tentang politik atau siyasah tidak boleh dipisah dan diabaikan dalam kehidupan manusia.

Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Nabi Muhammad SAW mendidik kita dengan hadis yang ditinggalkannya bermaksud, ‘tiada kehidupan seumpama tadbir,’ dimana tadbir yang di maksud adalah mengurus.


“Ia itu tadbir urus, politiklah,” ujar beliau sewaktu berceramah di Ceramah Kelompok sempena di Markas PAS Balai Besar, Kampung Balai Besar pada Isnin 6 Februari di sini.


Menurut Ahli Parlimen Dungun itu, orang yang tidak berminat dengan politik akan mengalami masalah.


“Biar, dia biarkan kerajaan ini, buat apa-apa, bila kerajaan buat keputusan dia tak rasa apa,


“Banyak dah keputusan-keputusan itu, kalau dia tidak ajar kerajaan tu maka menyebabkan menyusahkan dia,” jelas beliau lagi.

Beliau menambah, di dalam hubungan rumahtangga pun perlu ada siyasah.

“rumahpun, kalau tidak ada politik, berat kita, lambat jumpa, beli, kalau kita orang perempuan, lambat temu beli,

“kalu kita tidak urus, dok (tidak) cukup pitih (duit),“ tegas beliau di hadapan hampir 50 orang muslimat yang hadir.

Sumber BO - 8-2-2017


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























ADUN Wakaf Mempelam Gesa Kerajaan Negeri Laksana Syariah Sepenuhnya


Menurut beliau, yang merupakan antara wakil rakyat paling lama dalam DUN Terengganu, Enakmen tersebut telah diluluskan pada tahun 2002 dan telah pun mendapat persetujuan Di Raja bahkan telah diwartakan sebagai undang-undang pada 25 September 2003.


Oleh itu, beliau turut menyeru seluruh umat Islam khususnya warga Terengganu dan Wakaf Mempem, untuk bersama-sama menyertai Himpunan menyokong syaraih (H355) pada 18 Februari depan.


“Kali pertama saya bertanding 24 June 1990 dan menang di N 13……….telah terpikul di bahu saya amanah untuk PAS (dan) saya telah cuba sedaya upaya, sebaiknya segala tuntutan parti dan amanah pengundi (sehingga sekarang lebih) 25 tahun,


“Seruan (melaksanakan syariah) dan rayuan turun (sertai himpunan) ini adalah kerana melihat undang undang syariah yang di perkecilkan peranannya,”tegas beliau.

Beliau berkata, kehadiran pada perhimpunan itu amat penting sebagai tanda menyatakan sokongan dan kebersamaan, semua pihak kepada usaha memartabatkan Mahkamah Syariah dan melaksanakan Undang-Undang berlandaskan Syariat Islam.

“Kita adalah generasi yang dipilih oleh Allah untuk bersama ulamak, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Hadi Awang untuk memikul amanah ini,




“Maka amat rugilah kita sekiranya peluang keemasan ini kita abaikan kerana alpa, bahkan bertambah rugi kita kerana tidak mengambil kesempatan ini sebagaimana yang diperintah oleh Allah dalam al-Quran,”jelasnya dalam satu kenyataan.


Justeru kata beliau, mahu umat Islam bangkit menjadi mujahid dan mujahidah yang mempertahan Islam dari diperkotak katikkan.

“Turunlah (sertai himpunan) hatta ‘patah sayap bertongkat paruh’!,”tambah beliau

Sumber BO - 8-2-2017


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Bot Penambang Seberang Takir; Masa Depan Semakin Suram

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Hanya kira-kira 30 peratus sahaja bot penambang yang masih bertahan, menghadapi masa depan yang semakin suram.


Seorang bekas pengusaha pengangkutan air itu, Mustaffa Ali, 69, berkata, keadaan sekarang cukup berbeza berbanding masa lalu.


“kalau dulu di Seberang Takir ini sahaja ada 70 buah bot penambang…….sekarang cuma tinggal 20 buah sahaja……ramai dah jual bot mereka memandangkan pendapatan yang kian merosot ,


“Ada yang jual bot ke Kenyir ……….ke Pulau Redang……..ada orang dari Pulau Pinang dan Kuantan pun ada yang mari beli bot (penambang) di Seberang Takir ni,”ujarnya ketika ditemui.




Menurutnya lagi, keadaan itu belaku kerana bot penambang menghadapi persaingan sengit dari pengusaha bot di Taman Tamadun Islam(TTI) dan juga bot di Pulau Warisan.


Katanya, tambang perkhidmatan bot tersebut jauh lebih murah berbanding bot penambang.


“(bot penambang) kurangnya promosi menyebabkan tidak ramai pelancong yang menggunakan perkhidmatan kami,


“bot itu gunakan internet…….tapi bot penambag tak mampu nam buat promesi macam tu,”jelasnya.


Kata beliau, untuk menyusuri sungai Terengganu, bayaran bagi bot-bpt itu hanyalah RM 50 bagi sebuah bot berkapasiti maksima 12 orang penumpang.




Berbanding dengan bot penambang, kata beliau, bayarannya sehingga RM 25 seorang

“Kalau dulu pendapatan kami pengusaha bot penambang di Seberang Takir ini sehingga ribuan ringgit sehari namun keadaan itu telah menjadi sejarah silam,

“Sekarang ni kalau hari Sabtu dan Ahad bolehlah dapat dalam RM 30-40 seorang. Tapi kalau hari lain pendapatan hanya dalam RM 20 je seorang,


“Bagaimana kami nak hidup dalam keadaan begini?,”soal beliau, yang telah mengambil keputusan meninggalkan kerjaya itu.


Yang laing membimbangkan kata beliau, rakan-rakannya yang masih aktif memberikan khidmat berkata, apabila siapnya jambatan angkat (Draw Bridge) ini.


“tentulah keadaan pengusaha bot penambang di Seberang Takir ini akan lebih tenat, apabila jambatan itu siap dan orang ramai menggunakan kereta dan kenderaan lain untuk ke bandar,”tegasnya.




Jutseru beliau berharap agar kerajaan dapat berbuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah pengusaha kenderaan air yang perbanh menjadi pengankutan uatama itu.


“saya dengar…….ada Razif (MB) berjanji nak beri bantuan baiki bot sebanyak RM30,000 seorang, tapi bagi saya itu tidak menyelesaikan masalah,


“bolehlah dapat ‘kulit bot’ baru, tapi pendapatan tak meningkat……,”tambar beliau.


Artikel berkait;


Bot Penambang ‘Ikon’ Seberang Takir Terancam!

Jambatan Angkat (Drawbridge) ; Industri Kapal Besar Mungkin Berkubur Selamanya
Kurang Penumpang; Khidmat Bot Penambang Akan Lenyap

Sumber BO - 7-2-2017


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























PRU14: Pembangkang Tanpa PAS Gagal Tawan Putrajaya












Oleh : KAM


KUALA NERUS – Gabungan parti-parti pembangkang tidak akan berjaya menawan Putrajaya tanpa kerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.


Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali berkata berdasarkan statistik peratusan sokongan PAS mempunyai kekuatan akar umbinya antara 40 hingga 45 peratus.


Justeru, katanya PAS hanya memerlukan lonjakan tujuh peratus sokongan dalam pilihan raya bagi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).




“Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tanpa PAS tidak akan menang satu kerusi pun dalam pilihan raya akan datang.

“PAS boleh menang tetapi tidak banyaklah, sebab itu kita perlu juga pada nilai tambah. Jika kita ada 45 peratus, perlu lagi tujuh peratus untuk mengalahkan Umno.

“Dalam politik Malaysia, untuk mengalahkan BN dan menawan Putrajaya tidak ada pembangkang boleh menang untuk tawan Putrajaya tanpa PAS,” tegasnya.




Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, PAS Kawasan Kuala Nerus, di Dewan Kompleks Tarbiyyah At-Taqwa (Komtaq), Batu Enam, Kuala Nerus pada 3 Februari lalu.


Menurutnya, senario politik dalam negara ini yang menjadi pemerintah adalah Barisan Nasional tunjang kekuatan adalah Umno.


Katanya, semua komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan telah kalah tetapi masih bertahan dengan Umno.


“Parti yang boleh kalahkan Umno bukan DAP tetapi kombinasi PAS dengan Bersatu atau PKR yang kuat.



“Faktor lain yang paling besar ialah sokongan rakyat kepada kita itu besar. Jika sokongan rakyat tidak kuat, kita (PAS) jentera kuat mana sekali pun pada adatnya payah menang.

“Tapi, jika sokongan ‘powerbase’ itu sudah ada (kuat) dengan jentera yang ada kita akan mencapai kemenangan,” ujarnya.

Justeru itu, katanya jentera pilihan raya perlu memberi perhatian terhadap dua perkara penting iaitu daftar pemilih yang kemas dan pengundi luar kawasan.

Menuurtnya, jika pengundi luar itu tidak pulang mengundi akan memberi kesan besar kepada mana-mana parti bertanding.




“Pengundi luar ini yang telah kita kenal pasti sokongannya. Jika pengundi luar tidak balik akan memberi kesan kepada kita (PAS). Di Terengganu, tidak kurang dari 1,000 orang pengundi luar di setiap Dun,” jelasnya.


Pada majlis itu, kesemua jentera pilihan raya parti berikrar dan wakil kawasan, dewan-dewan serta Majlis Tindakan DUN (MTD) menerima serahan bendera PAS.


Hadir sama Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kuala Nerus, Cikgu M.Syukrimun Shamsuddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu, Dr Alias Razak, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Setiausaha PAS Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang.


Sumber BO - 7-2-2017


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















Roadshow H355 ‘Signal’ Rakyat Mahukan Perubahan












Oleh : KAM

KUALA TERENGGANU: Kejayaan sambutan rakyat terhadap Roadshow Himpunan 355 di setiap negeri yang diadakan bukti ‘signal’ rakyat mahukan perubahan.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata sokongan rakyat di kalangan umat Islam terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 di seluruh negara amat memberangsangkan.


Katanya, kebangkitan semangat rakyat itu sebagai satu isyarat kepada pemimpin Umno Terengganu dan Malaysia amnya, bahawa rakyat menuntut perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.



“Saya cukup bangga dengan sambutan rakyat hari ini dengan keadaan kesedaran yang ada, ditambah pula dengan kebobrokan yang ada kepada kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Maka, kehadiran kita (rakyat) pada malam ini kita menghantar satu ‘signal’ satu isyarat kepada pemimpin Umno di Terengganu dan juga di Malaysia bahawa rakyat Terengganu akan membuat satu perubahan dalam PRU ke-14, akan datang,” tegasnya di hadapan lebih 3,000 hadiri.


Beliau berkata demikian ketka berucap pada program Roadshow Himpunan 355 Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, semalam.



Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan RUU Akta 355 itu tidak sepatutnya dipolitikkan hingga mengelirukan rakyat.

“RUU Akta 355 ini hanyalah membabitkan soal (hak) orang Islam. Ini tidak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam. Itu (RUU) telah diluluskan sejak tahun 1965 dan Pindaan 1984.


“Apabila ada kenyataan-kenyataan dibuat oleh pemimpin DAP, MIC, MCA dan Gerakan, yang mengatakan bahawa Pindaan (RUU Akta 355) ini bertentangan dengan Perlembagaan itu tidak tepat.


“Bermakna, sejak tahun 1965 negara kita (Malaysia) mendukung perlembagaan yang tidak betul. Ini satu kenyataan yang dangkal dan sengaja untuk menimbulkan provokasi kepada orang-orang Islam di negara ini,” jelasnya.


Menurutnya, Perlembagaan Negara jelas Islam itu agama Persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan.

“Kita bukan nak ganggu orang kerana Islam melarang kita menghina agama-agama lain.

“Islam tidak pernah menzalimi orang, walau pun kita tidak ada negara tetapi orang bukan Islam boleh hidup dalam keadaan aman dan damai. Mereka boleh menyembah (kepercayaan) agama mereka,” ujarnya.


Justeru, katanya usaha meluluskan RUU Akta 355 adalah bagi menaik taraf Mahkamah Syariah yang menjadi hak orang Islam.




“Tak rasa malukah kita, bagaimana moral di kalangan Melayu Islam yang ada pada hari ini. Anak luar nikah sahaja dalam tempoh 10 tahun ini dari tahun 2005 hingga 2015 seramai 532,154 orang.


“Ini yang membimbangkan kita (Islam) untuk generasi akan datang. Rekod buang bayi (luar nikah) oleh PDRM dari tahun 2010 hingga 2015 sahaja seramai 526 bayi. Ini yang ditemui dan direkodkan sahaja.


“Kes buli dalam masa 11 bulan dari Januari hingga November 2016, untuk bangsa Melayu seramai 1897 orang, Cina (530) orang, India (356) orang dan lain-lain bangsa 267 orang,” jelas Ustaz Idris.

Oleh demikian, katanya menjadi kewajipan kepada orang Islam untuk menyokong pelaksanakan hukum syariah.

Sumber BO - 6-2-2017


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Sentuhan Ikhlas Ziarah Pemimpin PAS















MARANG – Kehadiran pemimpin PAS menziarahi kaum Tionghua sempena Tahun Baru Cina dengan ikhlas, diterima baik oleh masyarakat tersebut.

Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Terengganu, Puan Serena Lim Abdullah berkata mereka berinteraksi mesra pada setiap program ziarah yang dianjurkan.

“Ini merupakan tanda positif, (mereka) cakna dengan sentuhan ikhlas dari pimpinan PAS…..harap pemimpin semua peringkat, semua kawasan dapat tunaikan hasrat mereka,“ ujar beliau.




Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program ziarah kaum Tionghua di pekan Wakaf Tapai pada hari Sabtu, 4 Februari yang lalu.


“Walaupun sekadar tiga biji limau…“, tambah beliau, teruja dengan sambutan penuh kemesraan daripada mereka yang dilawati, majoriti terdiri dari masyarakat peniaga.


Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD), Ustaz Sulaiman Sulong berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam tidak menolak kepelbagaian agama dan kepercayaan dalam sistem bernegara seperti Malaysia,




“PAS sentiasa membuka ruang untuk mencari titik persamaan dalam membetuk masyarakat yang harmoni aman dan damai,”tegasnya.


Program yang telah mendapat kerjasama Lajnah Kebajikan Negeri itu, berjalan dengan meriah dan

harmoni dengan hampir 300 bungkusan buah limau berjaya diagihkan.

Sumber BO - 6-2-2017


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































PAS, Nelayan Umpama Ombak Dan Pantai












Oleh : DMS


Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu melalui Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar komited untuk meneruskan program Hari Bersama Nelayan di Dewan Undangan Negeri di kawasan lain selepas kejayaan program itu di Kampung Tanjung, Batu Rakit pada 2 dan 3 Februari yang lalu.


Pengerusinya Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata program yang di anjurkan telah mendapat sambutan di kalangan nelayan yang di ziarahi sambil dapat merapatkan ukhwah antara mereka dengan pimpinan di peringkat Negeri, Kawasan dan DUN.




“dengan adanya program ini kita dapat menyelami masaalah mereka, ziarah, bersembang dengan mereka seperti adik beradik, kita hulurkan bantuan sekadar kemampuan, bantuan perubatan syifa dan moden terus ke rumah mereka, membuktikan kita (PAS) bersama denyut nadi mereka.” katanya yang di temui selepas berakhirnya program kali pertama di adakan anjuran bersama PAS Kawasan Setiu.


Menurutnya lagi golongan Nelayan yang di gambarkan dan di ketegorikan sebagai miskin tegar adalah merupakan tenaga penting dalam industri perikanan negara yang sering di manupulasi oleh mereka yang berkepentingan dari pelbagai sudut.


“di program ini juga kita mengadakan kaunter aduan mendengar masaalah yang mereka hadapi dan juga cadangan mereka untuk di perhalusi dan di bawa ke sidang Parlimen dan DUN melalui wakil rakyat kita. Sementara yang bersifat teknikal akan kita bawa ke pihak berwajib.” kata Ustaz Shahari yang juga merupakan Yang Di Pertua PAS Kawasan Setiu.




Sementara itu seorang nelayan, Roslan Mohamad 44 tahun yang di temui berharap kerajaan membuka semula lesen nelayan pantai bagi yang berhak dan di salurkan melalui persatuan nelayan kawasan masing-masing kerana persatuan lebih rapat dengan nelayan kerana mereka (persatuan) kenal siapayang layak untuk mendapatkan lesen.


“kuala atau penghadang ombak di perlukan untuk menghadang ombak supaya hakisan pantai itu tidak sampai ke darat,senang orang nelayan masuk ke luar, sebab kuala tak de,” menurut seorang lagi nelayan Yusof Sulong, 74 tahun.


Mereka juga membangkitkan isu bantuan enjin,perahu dan bot yang perlu di berikan kepada mereka yang layak,bantuan sara hidup yang perlu di naikkan dengan keadaan sara hidup yang tinggi kesan dari kenaikan harga minyak,kuota minyak yang perlu di tambah memandangkan kawasan tangkapan ikan yang semakin hari semakin jauh.




Mereka mengharapkan agar pihak yang bertanggungjawab terutama wakil rakyat dapat memberikan bantuan keperluan seharian sepertimana yang di lakukan oleh PAS di saat mereka tidak dapat turun ke laut sepertimana sekarang.


Menurut Ustaz Shahari lagi kejayaan program ini akan diteruskan di DUN Chukai,Kemaman yang di jangka akan di rasmikan oleh Mursyidul Am PAS Ustaz Hashim Jasin pada Mac nanti.


Pelbagai golongan masyarakat di libatkan dalam program ini meliputi pertandingan acara sukaneka, pertandingan meraut lidi, memasak, bola sepak pantai, bubur pukat dan sebagainya bagi menghiburkan mereka yang tidak dapat turun ke laut di musim ombak kuat ini termasuk memberikan mereka santapan rohani melalui kuliah yang di adakan.


Sumber BO - 6-2-2017


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Manfaatkan Ilmu Kewartawanan












Oleh : Fatihah Yazib (Peserta Bengkel)


BESUT – Para peserta ‘Bengkel Media’ diharap dapat memanfaatkan ilmu kewartawanan yang diperolehi sepanjang bengkel tersebut di lapangan masing-masing.


Ketua Penerangan PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Syukri Wan Isa berkata bengkel tersebut dianjurkan untuk memperkasakan jentera menjelang pilihan raya umum akan datang.




“Besar harapan (saya) sekiranya para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel tersebut di lapangan masing-masing,


“Kalau boleh, selepas bengkel ni, banyak berita dari Besut di Buletin Online, Harakah…….di Besut ni, banyak isu besar tapi, tidak didedahkan,”ujarnya.


Beliau berkata demikian kita berucap pada Majlis perasmian bengkel itu yang telah diadakan di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, dekat sini pada Sabtu,  4 Februari.


Turut hadir dan merasmikan program tersebut ialah ahli jawatankuasa Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Azman Ibrahim.


Menurut Utaz Wan Syukri, bengkel itu yang diadakan dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu adalah julung-julung kali seumpamanya, di adakan di kawasan Besut.


Dalam program sehari suntuk itu, peserta telah di dedahkan dengan pengisian yang bermanfaat seperti Asas Penulisan Berita, Panduan Kewartawanan Fotografi, Dan Komunikasi Media.


Seramai 20 orang peserta yang mewakili keempat-empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Besut hadir dalam bengkel itu.



Sumber BO - 6-2-2017


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


RoadShow RUU 355 Dataran shah bandar,Kuala Terengganu
Posted on Monday, February 06 @ 06:45:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33473



Dataran syah bandar terengganu mlm ni...roadshow h355 17 Februari 2017







Sumber  TKO - 6-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































Terima kasih sumbangan projek TV PAS Terengganu

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44166-terima-kasih-sumbangan-projek-tv-pas-terengganu

KUALA TERENGGANU: "Alhamdulillah, semalam sumbangan yang diterima bagi projek TV PAS Terengganu telah mencapai targetnya iaitu sekitar RM8K-9K.
"Jazakumullahu khairan jazak kepada semua penyumbang," kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Katanya, semoga Allah mengurniakan kebaikan berlipat ganda atas bantuan anda.
"Dan diharap juga sumbangan dari anda ini, bukan yang terakhir kepada kami," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Untuk itu, ujar beliau Jabatan Penerangan PAS Terengganu bercadang untuk menutup tabung sumbangan pada esok (6 Feb).

Menurutnya, jika ada yang masih mahu menderma, boleh lagi melakukannya sebelum esok dan semua sumbangan ini akan digunakan bagi barang-barang lain serta kerja-kerja berkaitan TV PAS Terengganu.

"Sila maklumkan kemasukan derma jika ada. Terima kasih sekali lagi," katanya. - HARAKAHDAILY 5/2/2017

Sumber   HD  - 5-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































Lonjakkan Movivasi, Tingkat Keyakinan!











Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Ahli PAS perlu melakukan lonjakan motivasi untuk menambah keyakinan mereka terhadap dasar dan matlamat perjuangan parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata Rasa selesa kepada parti juga perlu dipupuk untuk menambah keyakinan perjuangan.

“Ada segelintir dari ahli parti kita keluar sebab tidak yakin PAS boleh menang jika berjuang seorang diri,berbanding jika berada dalam Pakatan Rakyat, mereka hanya mementingkan aspek untuk menang pilihanraya sahaja


“Ahli-ahli perlu memahami perjuangan yang dibawa oleh PAS, adalah penerusan seri perjuangan nabi-nabi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 70 orang ahli parti ketika merasmikan Mesyuarat Agong PAS Cawangan Kg. Baru Kertih di sini pada Jumaat 3 Februari.

Menurutnya, ada satu kesilapan besar sekirang kita hanya menyatakan perjuangan nabi-nabi hanyalah dalam aspek ibadah sahaja dan tanpa politik.

“Perjuangan pihak lain yang bercirikan satu aspek sahaja, kita lihat ia tidak boleh berkembang jauh walaupun nampak bagus,

“Ambil contoh mudah jemaah tabligh……apa yang mereka buat itu bagus, kita pun menyokong apa yang mereka buat, tapi apakah ia akan memberi kesan perubahan kepada masyarakat pada hari-hari akan datang?,” soal beliau.

Justeru, kata beliau, Islam adalah agama yang syulmul, kerana ia menumpukan satu aspek semata-mata

Oleh itu, tegas beliau, PAS mesti menjadi wadah yang mesti di solokng oleh semua pihak.
“kita sokong…….. termasuk oleh jemaah tabligh dan jemaah-jemaah yang lain untuk kita buat perubahan melalui agenda politik,

“Oleh sebab itulah, ahli perlu yakin memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka yang sebenar” kata beliau lagi.

Sumber BO - 5-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































PAS Iktiraf Pengorbanan Masyarakat Nelayan














Oleh : Salwanaa Ghani

SETIU – Program Hari Bersama Nelayan adalah sambutan pengiktirafan PAS terhadap masyarakat nelayan yang berkorban, membekalkan sumber makanan kepada penduduk.

Ia telah berlangsung dengan meriah dengan sambuatan dari masyarakat termasuk juga golongan wanitanya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu Puan Maznah Muftahuddin berkata, lebih 1000 orang hadir pada Majlis perasmian program itu.


“alhamdulillah program ini mendapat sambutan diluar jangkaan dan ini jelas dilihat dengan kehadiran mencecah hampir 1000 orang dalam majlis perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,

“program ini diadakan untuk mendekati masyarakat nelayan sebagai tanda keperihatinan dan pengiktirafan buat nelayan khususnya,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas ziarahi komuniti nelayan sekitar Batu Rakit pada Jumaat 3 Februari.

Menurutnya, program yang berlangsung selama dua hari satu malam hari itu melibatkan penyertaan semua golongan dalam pelbagai acara.

“ia membuktikan bahawa PAS tidak asing dan boleh diterima oleh berbagai golongan,”tambahnya.

Sehubungan itu, Ketua Muslimat DUN Batu Rakit Puan Wan Ramlah Wan Abdul Rahman berkata, orang ramai yang datang, ceria dan gembira bersama-sama, dengan semangat persaudaraan.


“kita harapkan lebih ramai golongan itu dapat kita santuni dengan budaya politik matang dan sejahtera,”jelasnya.

Seorang pengunjung yang ditemui menyifatkan program Sehari Bersama Nelayan itu berjaya menampilkan pelbagai ‘variasi’.

“Program ini bagus dan ramai yang datang …. saya nampak mereka menikmati setiap aktiviti ini, ada semangat kerjasama dan ukhuwwah yang terjalin antara peserta,

“orang-orang muda turut tampil menyertai aktiviti,” ujar Puan Rafidah Mohd. Salleh, 34, dari Kampung Padang Nenas.

Pendapat beliau disokong oleh rakannya Puan Siti Norhafizah Abdullah dari Kampung Tanjung Batu Rakit.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diadakan lebih kerap.
” kalau buat kerap lagi bagus, taklah terperap di rumah”kata beliau.

‘Sehari Bersama Nelayan’ di Kampung Tanjung Batu Rakit adalah program ‘pembuka’ dianjurkan oleh Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS yang akan dilanjutkan kepada kawasan-kawasan lain di seluruh negeri Terengganu.

Sumber BO - 5-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































Jemputan Ke Sesi Pendengaran Projek Pembinaan Dalam Kawasan Masjid











Saya telah merujuk dan mendengar pandangan-pandangan daripada berbagai pihak berhubung jemputan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) kepada Pengerusi Jawatakuasa Bertindak

Selamatkan Masjid Sultan Mahmud ke Sesi ‘Town Hall’ di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Perlu disedari, Umno bahagian Hulu Terengganu sedang lemas dengan isu Pembinaan Hotel dan Kompleks Perkedaian di dalam kawasan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.

Mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya Jawatankuasa Bertindak berhubung isu ini secara bersendirian.

Justeru, mereka cuba mengheret pegawai kerajaan untuk menjadi benteng pertahanan mereka, dan seterusnya mereka mahu melihat Jawatakuasa Bertindak bertelagah dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Mereka menggunakan kuasa Exco, untukk memaksa Pegawai Daerah, MDHT, JKR, MAIDAM, Pesuruhjaya Agama, dan lain-lain jabatan untuk berdepan dengan Jawatankuasa Bertindak dihadapan penyokong-penyokong mereka.

Difahamkan mereka mengerahkan semua Pengerusi JKKK, Setiausaha JKKK, AJK masjid, Guru besar, AJK PIBG dan kaki tangan kerajaan untuk hadir sebagai penyokong mereka dalam majlis tersebut.

Maklumat yang diperolehi, hadirin yang dijemput berjumlah 1,000 orang.

Kita tidak mahu terperangkap dengan permainan mereka yg mahu melaga- lagakan Jk Bertindak dgn Ketua-ketua Jabatan yang sememangnya terpaksa menurut arahan.

Kami akan teruskan kerja kami, dengan menerangkan kepada rakyat tentang tindakan rakus dan tamak pemimpin Umno Hulu Terengganu, sehingga sanggup menceroboh tanah rezab masjid untuk kepentingan beberapa individu yang haloba.

Kita tetap akan meneruskan kerja-kerja kita sehingga projek ini dipindahlan ke tempat lain yg lebih sesuai atau kes ini akan di bawa ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Saya menyeru, jika benar MDHT mahu mendengar pandangan Jawatankuasa Bertindak berhubung isu ini, saya bersedia hadir pada bila2 masa yang sesuai, ke pejabat MDHT untuk memberi pandangan kami.

Sekian. Terima kasih.

Haji Muhyiddin Abd. Rashid
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Selamatkan Masjid Sultan Mahmud.
5hb Februari 2017.

Sumber BO - 5-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































Terengganu tawar tuan rumah Himpunan Fastaqim 2.0

BULETIN ONLINE | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44160-terengganu-tawar-tuan-rumah-himpunan-fastaqim-2-0

DUNGUN: PAS Terengganu menawarkan diri menjadi tuan rumah program Himpunan Fastaqim 2.0 bagi membangkitkan gelombang rakyat membuat perubahan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata jika Fastaqim 1.0 berjaya mengumpulkan hampir 100,000 orang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan tahun lalu.

“Saya telah beri isyarat kepada PAS Pusat yang Terengganu sedia untuk jadi tuan rumah program Himpunan Fastaqim 2.0 dijangka tahun ini. Harap-harap Fastaqim 2.0 ini akan dibuat di Terengganu.

“Kita nak gelombang kebangkitan rakyat dalam Fastaqim itu boleh membawa kesan perubahan di negeri ini, insya’Allah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, PAS Dun Bukit Besi, di Dewan Darul Bayan, Paka, Dungun, semalam.
Menurutnya, PAS Terengganu telah mengenal pasti beberapa lokasi sesuai bagi mengadakan himpunan besar tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka turut membuat ‘akujanji’ kepada PAS Pusat bagi menyumbang dua lagi kerusi parlimen dari Terengganu pada PRU14, akan datang.

Antaranya, kata Ustaz Satiful Bahri dua kerusi parlimen itu di Kemaman dan Hulu Terengganu yang pernah dimenangi pada pilihan raya tahun 1999.

“Kita berjanji kepada PAS Pusat untuk sumbang dua lagi kerusi parlimen pada PRU14. Parlimen Kemaman dan Hulu Terengganu yang pernah kita menang tahun 1999.

“Kemaman, kita telah ada penunggul iaitu DUN Chukai, Hulu Terengganu, kita ada DUN Manir dan Insya’Allah, kedua-dua itu boleh menyumbang kemenangan kepada parti peringkat Parlimen,” tegasnya di hadapan 300 hadirin.

Sumber HD - 4-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































“Kami nok smayang di mane?”











Oleh : Khairuddin Muhamad

Terdengar sungutan yang diluahkan oleh para peniaga di Pasar Cabang Tiga. Mereka dibelenggu masalah solat dalam keadaan yang tidak selesa sejak beberapa tahun yang lalu semenjak berpindah ke pasar baharu sekarang.

Kami difahamkan, para peniaga sekarang menumpang solat di Surau Baru Losong Haji Su yang berdekatan dengan pasar. Namun surau tersebut kerap kali berkunci dan mereka hanya bersembahyang di beranda surau. Keadaan tersebut menimbulkan masalah kepada mereka yang mahu bersembahyang di situ terutamanya bagi jamaah perempuan.


Beranda di luar ruang solat utama surau walaupun boleh digunakan untuk bersembahyang, masih menimbulkan rasa kurang selesa kerana tirai ruang perempuan yang digunakan amat dhaif. Mereka mencari inisiatif sendiri untuk menutup bahagian untuk mereka bersolat.

“Kami sendiri yang ikat kain untuk menutup bahagian kami solat. Masalahnya, bila angin kuat kain bidai ini akan naik, dan kadang kadang nampak kami sedang menukar baju, buang tudung, itu masalah kami.”


Berikutan isu ini, kami mengharapkan pihak yang bertanggungjawab seperti Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) ataupun pihak persatuan peniaga pasar, dan seumpamanya dapat membuat perbincangan dua hala dengan pihak surau agar para peniaga pasar dapat menunaikan solat dengan selesa. “Janganlah dikunci surau ini, bagilah kami solat dalam keadaan selesa, walaupun kami hanya bersolat waktu Zuhur dan Asar sahaja.”

Mudahan masalah ini dapat diselesaikan dengan segera demi kebaikan rakyat. Kami akan terus memantau.













***KHAIRUDDIN MUHAMAD Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN Bandar

Sumber BO - 4-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































Taman Ilmu: Mengapa tak jawab dalam sidang Dun?

USTAZ MOHD NOR HAMZAH | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44157-taman-ilmu-mengapa-tak-jawab-dalam-sidang-dun

Saya merujuk kepada kenyataan MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang disiarkan di akhbar-akhbar pada 1 Februari 2017, berkaitan dengan isu Taman Ilmu, Tembila (TIT), Besut. Pada kenyataan yang diberikan, beliau cuba memahamkan kepada rakyat bahawa TIT itu sebenarnya tidak gagal, malah sekarang, telahpun ada rundingan di antara kerajaan negeri dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

PAS Terengganu tidak merasa pelik dengan penafian oleh Datuk Seri MB kerana sememangnya diketahui beliau akan menafikan segala perkara yang nampak negatif di dalam pentadbirannya. Walaupun terbukti benar wang rakyat Terengganu dileburkan sebagaimana projek-projek kroni di Tasik Kenyir, LPT2, royalti dan banyak lagi, beliau tetap istiqamah akan menafikannya.

Jawapan dan penafian yang dilihat hanya untuk meredakan keadaan di samping berharap rakyat akan melupakannya nanti. Tetapi zaman sudah berubah dan rakyat kini tidak lagi mudah diperdayakan oleh jawapan dan penafian yang tidak realistik sebegini.

Untuk rekod rakyat Terengganu, pada 21 Februari 2011, Datuk Seri Ahmad Razif yang ketika Exco Pelajaran berkata TIT akan beroperasi pada Mei 2011. 13 Disember 2012, di dalam Dun ketika sesi penggulungan, beliau berkata pula TIT akan beroperasi pertengahan 2013 dengan keuntungan RM10 juta setahun. Mei 2015, sekali lagi dijanjikan pada akhir 2015. Kini beliau berjanji manis lagi, akan beroperasi pada Oktober 2017 nanti.

PAS Terengganu hanya meminta Datuk Seri MB membuka peluang soalan berkenaan isu TIT ini secara terbuka tanpa menipu rakyat Terengganu, setelah beberapa lama soalan rasmi berkaitannya tidak dijawab kerana ditolak mentah-mentah oleh Dun Terengganu pada September 2015 dan Mac 2016 tanpa alasan yang konkrit.

PAS yakin, Datuk Seri MB akan menjawab persoalan ini kerana jika tiada apa-apa yang ditakutkan, masakan tidak mahu menjawab. Jika mereka benar, pastinya tidak ditolak soalan-soalan berhubung dengan isu ini di Dun Terengganu. Biar rakyat Terengganu tahu, betapa Umno ini hanya cuba memperbodohkan mereka sahaja.

PAS Terengganu mohon MB menjawab:

1. Mengapakah Projek TIT ini yang dilaksanakan di bawah ECER (kerajaan Pusat), tetapi menggunakan lebih RM300 juta wang rakyat Terengganu?

2. Syarikat POSC TI Sdn Bhd dan Razeedland Plaza Sdn Bhd dari Brunei telah memeterai kerjasama untuk melabur RM4 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan Fasa 2 dan 3 dalam tempoh empat tahun. Ke manakah perginya pelaburan ini, dan apakah yang terjadi sebenarnya kepada kerjasama ini?

3. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekuttif POSC TI, Dr Abdullah Kamil Fikri menyatakan sebagaimana dalam teganuku.blogspot.my: “Kita dimaklumkan universiti yang beroperasi di TIT adalah dari China, Jepun, Korea, New Zealand, Eropah dan AS yang akan membuka cawangan mereka di sini sekurang-kurangnya sebuah university dijangka mula beroperasi pada September atau Januari tahun depan (2014)”. Sekarang sudah memasuki tahun 2017, ke manakah perginya universiti-universiti yang didakwa akan beroperasi itu?

4. Adakah perlu kerajaan Negeri Terengganu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Seri MB, menggunakan kembali khidmat Datuk Seri Idris Jusoh bagi mendapatkan semula peserta-peserta ke TIT setelah ternyata beliau gagal dan sekali gus menyebabkan TIT ini terbengkalai sehingga kini?

5. Apakah yang sebenarnya berlaku kepada sebuah blok bangunan di dalam kawasan TIT yang didakwa terpaksa dirobohkan setelah ia dibina?

6. Berapakah pula kos yang bakal dikeluarkan menggunakan wang rakyat Terengganu bagi membaik pulih beberapa prasarana-prasarana di TIT yang rosak?

7. Bagaimana kerajaan boleh menyediakan tanah sebegitu luas untuk projek TIT ini, di masa yang sama juga, kerajaan Negeri telah menyerahkan satu kawasan yang luas di Bukit Kor, Marang untuk pembangunan Pusat Pengajian Tinggi (IPT) sebagaimana yang dinyatakan dalam Dun TR bertarikh 8 sept 2015. Antara IPT yang disenaraikan adalah seperti berikut:

a) Universiti Malaysia Terengganu
b) Institusi Latihan Kemahiran SAFA
c) Open University Malaysia (UNITEM)
d) Akademi Caddcam Sdn. Bhd
e) Nilam Healthcare Educationvi.Kolej Teras Timur
f) Cosmo Mercantile Sdn.Bhd.

8. Dan terakhir, apakah perkataan sesuai yang boleh kita guna selain ‘terbengkalai’ apabila projek yang sepatutnya siap bertahun-tahun yang lalu, tetapi gagal direalisasikan mengikut perancangan asal, malah pelabur turut tidak sudi datang sehinggakan infrastruktur yang dibina menggunakan wang rakyat Terengganu turut rosak?

Projek ini melibatkan dana rakyat Terengganu yang begitu banyak. Akan tetapi apalah sangat nilai RM300 juta itu bagi Umno, sedang berbillion lagi duit rakyat telah dicampak ke dalam Tasik Kenyir, dibuang kepada Monsoon Cup, dileburkan kepada LPT2. Malah hampir-hampir digadaikan telaga minyak milik rakyat Terengganu untuk 1MDB.

Jika persoalan ini gagal dijawab, maka janji Datuk Seri MB untuk TIT mula beroperasi pada Oktober tahun ini, bolehlah rakyat membakulsampahkannya.

PAS Terengganu mohon mengemukakan soalan kepada Datuk Seri MB. Terima kasih. - HARAKAHDAILY 4/2/2017

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu yang juga Adun Bukit Payong.

Sumber HD - 4-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































PAS Akan Umum Calon Parlimen Kuala Terengganu Lebih Awal












Oleh Suhaimi Taib
KUALA TERENGGANU – PAS negeri Terengganu, akan isytiharkan calon bagi Parlimen Kuala Terengganu, lebih awal sekaligus peristiwa ahli parlimen berpaling tadah, tidak akan berulang lagi.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata, jika pucuk pimpinan parti bersetuju PAS negeri itu akan mengisytiharkan calon pilihanraya umum ke 14 (PRU14) lebih awal dari biasa bagi menghadapi pilihanraya itu dijangka akan diisytiharkan tidak lama lagi.

“PAS Terengganu akan isytiharkan nama calon pilihanraya peringkat parlimen Kuala Terengganu, lebih awal jika pucuk pimpinan parti bersetuju dan kita akan pastikan tidak berlaku lagi,

“ahli parlimen belot dan bawa lari kerusi PAS,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS kawasan itu di Kuala Ibai di sini, Selasa malam 31 Januari.

Majlis itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru HAJI Abdul Hadi Awang. Turut hadir Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat, Dato’ Haji Wan Abdul Muttalib Embong.

Kira-kira 1,000 petugas dari seluruh kawasan tersebut hadir di majlis berkenaan.


Ustaz Satiful Bahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, strategi PAS meletakkan calon di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi adalah satu tindakan yang betul.

Katanya, walaupun PAS kalah di tangan calon Barisan Nasional (BN) di DUN tersebut tetapi berjaya memenangkan calon PAS di Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd. Ramli dengan majoriti undi 3,942 undi.

Ustaz Wan Hassan memperolehi undi sebanyak 35,348 manakala calon BN, Rosli Mat Hassan, memperolehi 31,406 undi. Sementara calon bebas, Mazlan Harun mendapat 384 undi.

Begitu juga di DUN Seberang Takir, walaupun PAS tidak menang di DUN berkenaan tetapi parti itu berjaya memenangi Kawasan Parlimen Kuala Nerus.

“Ertinya, keberadaan calon PAS di DUN Seberang Takir memberi sumbangan sedikit sebanyak kepada kemenangan PAS di peringkat Parlimen Kuala Nerus,” ujarnya.

Calon PAS kawasan itu, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menang majoriti undi sebanyak 610 mengalahkan calon BN, Dato’ Mohd. Nasir Ibrahim Fikri sebagai penyandang ahli parlimen kawasan tersebut.


Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin Aman mendapat 33,861 undi manakala Dato’ Mohd. NASIR mendapat 33,251 undi.

PAS juga katanya, berjaya menang di Unit Peti Undi (UPU) Felda Kerteh 1, dalam Kawasan DUN Kemasik Kemaman.

“UPU Kerteh 1 adalah satu-satunya UPU di kawasan Felda yang dimenangi oleh PAS di seluruh negara, yang lain semuanya kalah,” jelasnya.

Ini kerana katanya, peneroka Felda disifatkan sebagai “tali hayat” Umno untuk memberi kemenangan kepada BN dalam sesuatu pilihan raya.

“Kemenangan itu satu catatan sejarah dan satu rekod PAS kerana kita tak pernah pun menang sebelum ini di kawasan Felda,” jelas beliau.

Bagaimanapun ada sedikit perubahan di kawasan Felda tersebut, apabila buat pertama kali dalam pilihan raya, PAS menang di satu UPU Felda dalam PRU berkenaan.(ST)

Sumber BO - 3-2-2017


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































H355: Sebarkan Kepada Keluarga Dan Sahabat












DUNGUN – Himpunan RUU355 (H355) perlu disebar luaskan untuk menarik kehadiran seramai mungkin umat Islam di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, YB. Cikgu Alias Harun yang berharap maklumat tentangnya disampaikan kepada sahabat handai dan sanak saudara serta keluarga, agar dapat bersama-sama hadir di Dataran Merdeka.

“Himpunan menyokong Rang  Undang-Undang Akta 355 itu akan diadakan pada 18 Februari bermula pukul 3 hingga11 malam,

“Demi agama Allah dan demi kesatuan orang-orang Islam, kita ambil peluang supaya kita dicatat dalam ilmu Allah ikut serta dalam program yang besar ini untuk memartabatkan dan menaiktaraf mahkamah syariah, “ ujar beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun.

Beliau seterusnya menambah, RUU 355 ini baru hendak dibentangkan belum lagi diluluskan dan mendapat sokongan semua ahli Parlimen Islam yang ingin melihat mahkamah syariah dimartabatkan melebihi hukum civil.

Sementara itu, menurut Ketua Kontigen DUN Rantau Abang ke H355, Tuan Shafie Tuan Agil berkata sebanyak 7 buah bas, 4 buah van serta beberapa buah kereta telah disediakan dan dianggarkan seramai 336 orang daripada DUN Rantau Abang akan menyertai himpunan tersebut.

“Saya berharap semua umat Islam di DUN Rantau Abang terutamanya yang berkemampuan samada yang berkenderaan sendiri atau menaiki bas, turun ke H355 sebagai sokongan kepada RUU 355, “ kata beliau, yang juga merupakan Ketua Penerangan DUN Rantau Abang.

Sumber BO - 3-2-2017





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































Kenaikan Harga Minyak Tidak Dapat ‘Dikambus’ Dengan BRIM












Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – Kenaikan harga minyak tidak mungkin dapat diganti dengan agihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kerana bahan bakar itu adalah keperluan utama rakyat secara berterusan.
Berbanding bantuan kewangan tersebut, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim, hanya dibayar sekali sahaja dalam jangkamasa setahun.

“kenaikan harga minyak tidak wajar ‘ditutup’ dengan pemberian BRIM semata kerana minyak adalah satu keperluan yang diguna pakai oleh rakyat secara berterusan,

“BRIM yang diberikan secara one off hanya akan memberikan kesenangan ataupun sedikit kelegaan rakyat dalam tempoh seketika,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Musolla Al- Ehsan di Banggol Tok Jiring, Tepoh di sini pada Rabu, 1 Februari.

Oleh itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berharap, agar rakyat tidak mudah diperdaya dengan sumbangan BRIM dan seumpamanya, sebaliknya perlu dinilai dengan jelas apa yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini.



“(kerajaan) seperti langsung tidak memandang kebajikan rakyat dan himpitan yang dilalui oleh rakyat kini,

“(dan) kerajaan juga membutakan mata melihat kesengsaraan rakyat daripada kemelut ekonomi,”tegasnya.

Beliau berkata, kenaikan harga minyak itu tidak sepatutnya berlaku ketika ekonomi yang terus mengekang kedudukan kehidupan rakyat pada hari ini.

Katanya, tindakan kerajaan itu hanya menambahkan lagi beban rakyat dengan kenaikan harga barang yang akan berlaku sejurus selepas kenaikan harga minyak.

Justeru itu, beliau menyeru agar, para pengundi menukar kerajaan yang tidak ada perasaan simpati kepada rakyatnya sendiri.

“cara yang dibuat ini (menaikkan harga minyak) seperti tiada simpati langsung pada rakyat dan kita tidak mengambil sikap membantah apa yang telah dibuat oleh pihak kerajaan,

“kita sewajarnya untuk menukar kerajaan yang lebih memberikan perhatian kepada rakyat,”ujarnya

Sumber BO - 3-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































PAS Seberang Takir Ringankan Beban Sauji

MARANG – PAS Seberang Takir hari ini mengadakan lawatan ke rumah Ketua Jabatan Amal Terengganu, Sauji Abd Rashid yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini.









Pengarah Majlis Tindakan (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, lawatan bersama Unit Amal Seberang Takir itu bagi menyampaikan sedikit sumbangan wang yang dikutip oleh warga Seberang Takir.

Katanya, Ia bagi meringankan beban yang ditanggung Sauji.














Katannya lagi, sumbangan yang dikutip ini sebagai tanda kebersamaan serta keprihatinan dan kita melahirkan rasa takziah kepada saudara Sauji atas musibah yang menimpa beliau sekeluarga .

“Mudah-mudahan beliau bersabar menerima ujian daripada Allah SWT yang sudah pasti ada hikmah disebaliknya.

“Dan insya Allah akan diganti dengan yang lebih baik daripada ini”,ujar beliau .

Kejadian yang berlaku pada 15 Januari lalu pada jam kira-kira 12.15 dikampung Temala Hilir, Pengkalan Berangan itu telah membakar hangus keseluruhan rumah yang didiami Sauji, bersama isteri dan lima orang anaknya .

Sumber BO - 3-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































Warga Tionghua KT Setuju Turunkan Umno dan BN

                   
KUALA TERENGGANU – Warga Tionghua Kuala Terengganu menyahut seruan PAS dan bersetuju untuk menurunkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat ketika berucap mempersoalkan tindakan kerjaan, menaikkan harga minyak petrol dan diesel bermula semalam.

Beliau lalu bertanya, ada para hadirin bersetuju dengan supaya Umno dan BN ‘dijatuhkan’?


“minyak baru naik semalam……adakah kita semua baik? Setuju tak kalau kita turunkan Najib, Umno dan Barisan Nasional?,”katanya.

“setuju….!,”jawab lebih 200 orang yang hadir pada majlis Jamuan Makan sempena Tahun Baru Cina dianjurkan oleh PAS Kawasan Kuala Terengganu di sini hari ini.

Program bersama dengan Badan Perhubungan PAS negeri itu diserikan dengan kehadiran Persiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sebelum itu, Yang DiPertu PAS Kuala Terenganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkta, kehadiran ramai orang Cina pada petang itu membuktikan, dakwaan kaum tersebut ‘takut’ kepada Presiden PAS adalah tidak benar.



Beliau berkata, PAS yang menang kawasan Parlimen itu pada PRU lalu akan terus memberikan khidmat.

“PAS akan memberi khidmat kepada semua, Melayu….Cina…..India, tidak kira bangsa, walaupun Ahli Parlimen PAS lari masuk parti lain….tapi PAS tak lari,

“PAS akan terus berkhidmat kepada pengundi yang telah memilih PAS,”tegasnya.

Sumber BO - 2-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































Kilang Getah Chalok Barat Tutup ; Felda, FGV Perlu Jelaskan

SETIU – Felda dan Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) dituntut memberi penjelasan mengapa kilang getah yang sudan beroperasi selama 32 tahun di Felda Chalok telah di tutup.

Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat Naraza Muda berkata penutupan kilang getah itu sejak tahun 2014 menyebabkan lebih 80 kakitangannya yang merupakan penduduk tempatan hilang pekerjaan.
Katanya, ia adalah satu-satunya kilang getah milik Felda yang ditubuhkan sejak tahun 1983 dan hanya sanya yang terdapat di Terengganu.

Tinjauan yang dibuat ke lokasi tapak kilang tersebut mendapati kerja-kerja melerai kerangka struktur kilang itu sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktornya.

Malah, menurut beliau, kilang berharga jutaan ringgit itu akhirnya dijual dengan harga RM200,000.00 bagi kos pembersihan tapaknya.

Justeru itu, Naraza yang juga Pengerusi Generasi Baharu Felda (Generasi) Terengganu menuntut penjelasan pihak FGV mengenai penutupkan kilang tersebut.

Ini kerana, katanya meski pun Felda Chalok Barat itu telah dikelilingi dengan ladang kelapa sawit tetapi masih ramai penduduk di beberapa buah kampung sekitarnya menanam getah.

“Keputusan pihak FGV menutup kilang getah yang berusia 32 tahun ini perlukan penjelasan. Walau pun, Felda Chalok Barat kini telah dipenuhi dengan ladang kelapa sawit tetapi masih banyak kampung-kampung berhampir dengan Felda Chalok Barat ini menanam pokok getah.

“Apakah kewajarannya kilang ini ditutup? Apakah industri penanaman getah negara mengalami zaman suram dan gelap?

“Apatah lagi melibatkan kilang FGV. Kami (NGO Generasi) minta pihak FGV memberi satu penjelasan yang munasabah dan menyakinkan kita kenapa kilang ini ditutup,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di lokasi tapak kilang getah itu di Felda Chalok Barat, Permaisuri, Setiu kira-kira 60 Kilometer dari Kuala Terengganu, 26 Januari lalu.|


Sehubungan itu seorang bekas kakitangan kilang tersebut berkata, beberapa alasan duberikan oleh pihak FGV.

“Alasan yang pihak FGV berikan pertama, kos transport dari Terengganu ke Port Klang (Kuala Lumpur) tinggi kerana jauh lokasinya.

“Kedua, bekalan bahan mentah sukar untuk diperolehi memandangkan persekitaran pertanian (Chalok Barat) majoriti ditanam dengan kelapa sawit.

“Dan ketiga, terlalu sukar untuk pihak FGV memperolehi keuntungan dari hasil getah seperti yang dirancangkan,” ujarnya yang enggan disebut nama.

Sumber BO - 31-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































Kilang Getah Tutup, Nasib Bekas Pekerja Tidak Menentu













Oleh : Khalid Abdullah

SETIU – Pengambilalihan aset-aset Felda oleh Felda Global Ventures (FGV) adalah permulaan sejarah hitam kepada Kilang Getah Felda Chalok Barat dan para pekerjanya.

Bekas pekerja Sahak Mohd Noor, 47 (Gambar bawah) berkata, pelbagai alasan diberikan untuk menyokong penutupan operasi kilang itu.


Antanya kata beliau, seperti kekurangan bahan mentah getah sekerap, jarak yang jauh dengan Pelabuhan Klang, kos operasi tinggi dan kurang daya saing.

Namun begitu, beliau menyifatkan, ia hanya helah pihak FGV tanpa memikirkan nasib dan kebajikan pekerja mereka.

Beliau sangat terkesan ekoran penutupan operasi kilang itu, yang selama ini menjadi sumber pendapatan beliau sekeluarga.

“Sebagai anak jati Felda Chalok Barat dan berkerja hampir 30 tahun dengan kilang ini, kami seperti tidak betah untuk keluar berhijrah walaupun peluang pekerjaan amat terhad di sini,

“Tambahan pula apabila sudah berkeluarga dan anak pun sudah ramai sukar untuk kami berpindah ke tempat baru,

“Ada di antara rakan-rakan kami yang terpaksa kembali ke ladang (kelapa) sawit menjadi buruh atau terlibat sebagai pekerja kontrak pembinaan,”ujarnya, sedih.

Menurutnya, FGV yang digembar gemburkan sebagai ‘hebat’, ternyata sebaliknya, apabila tidak sampai tempoh tiga tahun pengambilahannnya, ia menghentikan terus operasi kilang tersebut.


Katanya, kilang yang dibuka oleh pihak Felda pada awal tahun 1983 itu lagi terkubur bersama nasib 100 pekerjanya yang rata-rata adalah anak jati di sini.

Sehingga kini, kata beliau, hampir genap dua tahun diberhentikan dan nasib bekas pekerja Kilang Getah FGV Felda Chalok Barat itu masih tidak menentu.

“Ramai di antara mereka, masih tidak mempunyai pekerjaan yang stabil untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama anak isteri,

“Sedikit bayaran pampasan yang saya dapat semakin susut, sedangkan perbelanjaan seharian semakin bertambah, kami kena lebih berjimat dan bersedia mengerah tulang empat kerat mencari rezeki” tambah beliau lagi.














Seorang penduduk seorang penduduk tempatan yang lain, Asmawi Udin Yunus, 67, mendakwa kilang getah milik Felda itu tidak akan ditutup jika tidak diserahkan kepada FGV.

Katanya, inilah satu-satunya kilang getah milik Felda yang terdapat di Terengganu dan Kelantan.
“Bila kita bandingkan dengan kilang getah MARDEC di Kuala Berang yang masih kekal beroperasi sehngga kini, maka alasan-alasan yang telah diberikan oleh pihak FGV adalah tidak munasabah sama sekali,” jelasnya

Sumber BO - 31-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































PAS Anak ‘Kunci’ Politik Negara Pada PRU14












Oleh : KAM

MARANG: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) perlu sekurang-kurangnya memenangi 40 kerusi Parlimen Malaysia dan akan menjadi anak ‘kunci’ bagi menentukan politik pemerintahan negara.
Namun, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jika PAS berjaya memperolehi 60 hingga 80 kerusi parlimen adalah lebih baik.

“Sekurang-kurangnya, seluruh Malaysia PAS dapat 40 kerusi parlimen. Sekiranya PAS dapat 40 kerusi parlimen itu PAS akan menjadi anak ‘kunci’ kepada menentukan politik negara Malaysia.

“Tapi, jika dapat 60 kerusi atau 80 kerusi parlimen itu lebih baik lagi,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penutup Himpunan 1K Anak Muda (H1KAM) PAS Kawasan Marang, di Dataran Pemuda Kampung Rhu Muda, Marang, 27 Januari lalu.












Katanya, jentera parti perlu sedar bahawa kuasa pengundi muda sangat penting kerana 40 peratus adalah pengundi baharu.

Menurutnya, PAS bukan sahaja perlu mengekalkan kemenangan parti yang sedia ada tetapi menambahkan kemenangan tersebut.

“Kita kena sedar 40 peratus pengundi baharu adalah orang-orang muda di saluran lima, enam dan tujuh. Saluran satu ‘berkarat’ biru. Bagaimana pun kita kena usahakan supaya mereka dapat membuat perubahan.

“Sekiranya 40 peratus undi orang muda menyokong kita (PAS), kita kena pertahan Marang, Dungun, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang telah kita (PAS) menang.












“PAS kena ambil balik Kuala Terengganu kerana yang ada (wakil rakyat) itu tercabut ‘nyacang’ (tiang) dan kita kena pacak semula di Kuala Terengganu.

“Pertahankan empat kerusi (parlimen) dan tambah lagi empat kerusi parlimen (Terengganu). Sekurang-kurangnya, seluruh Malaysia PAS dapat 40 kerusi parlimen,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Justeru itu, kata Dato Seri Abdul Hadi berilah keyakinan dan sokongan kepada PAS agar parti itu menjadi lebih kuat bagi menentukan politik negara.

“Kita tak mahu ‘mati’ Umno…biar dia hidup lagi. Tapi, jangan dia kuat sangat, jangan dia gagah sangat. Beri PAS ini kuat dan PAS menjadi anak kunci untuk menentukan politik negara. Ini sangat penting untuk perkara yang akan datang,” jelasnya di hadapan lebih 1,000 anak muda.

Sumber BO - 30-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































Kebajikan PAS; Warga Emas Bersyukur











Oleh : DMS

SETIU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Batu Rakit hari ini meneruskan agenda berkebajikan kepada masyarakat setempat melalui pelbagai sumbangan yang di perlukan.


Semalam, seorang warga emas Ibangi binti Mamat, 63, melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada PAS DUN Batu Rakit di atas sumbangan kerusi roda yang membolehkannya mudah untuk bergerak melakukan urusan harian.

Beliau menerima sumbangan daripada pengerusi Majlis MTD Batu Rakit, Ustaz Mohamad Nazari Alias di rumahnya Kampung Lingai.

“semalam orang PAS datang ziarah,hari ini dapat pulak kerusi roda,syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Ustaz yang bagi kerusi roda ni,” katanya dengan terharu.

Sementara itu Ustaz Nazari ketika di temui selepas agihan kerusi roda itu berkata sudah menjadi amalan bagi pihak DUN untuk membantu mereka yang memerlukan dengan sekadar kemampuan yang ada.

“alhamdulillah, program ziarah berjalan telah lama,dan sekarang setiap hujung minggu kita adakan sehari bagi tujuan ziarah.




















“ada yang kita beri bantuan keperluan,bantuan persekolahan,hari raya dan sebagainya dan hari ini sebuah kerusi roda kita beri pada Mek Bangi(Ibangi),”katanya yang di temani oleh wakil cawangan.

Sumber BO - 30-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wajarkah ‘Ceiba Speciosa’ Jadi Ikon Bandar Baru Kuala Nerus?















Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS Terengganu mempersoalkan kewajaran kerajaan Umno dibawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, menanam tiga batang pokok untuk dijadikan mercu tanda, dengan harga ratusan ribu ringgit.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang berkata, tindakan itu dilihat sebagai satu langkah tidak berhemat, dalam membelanjakan wang rakyat.

“Isu penanaman pokok benang sutera atau nama saintifiknya Ceiba Speciosa sebagai ikon mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus (Bandar Al-Wathiqu Billah) yang ditularkan menarik perhatian ramai,
















“Pokok yang diimport dari Brazil itu didakwa berharga RM180 ribu sebatang dan dikatakan sebanyak tiga batang ditanam di situ,”jelasnya.

Katanya, begitu banyak sebelum ini, projek pembaziran dilakukan kerajaan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Sepatutnya, kata beliau yang juga Setiausaha PAS Kuala Nerus, kerajaan perlu memikirkan keutamaan dalam berbelanja agar ia memberi keuntungan atau pulangan langsung kepada rakyat.
“Apakah sudah tidak ada pokok tempatan untuk dijadikan pilihan?”, soal beliau.

“Sebelum ini sudah banyak pengalaman penanaman pokok asing di negeri ini yang akhirnya musnah begitu sahaja yang melibatkan kos yang tinggi daripada perbelanjaan kerajaan negeri,”ujar beliau yang ditemui, di sini pada Ahad 29 Januari
















Beliau berkata, ada pihak yang mendakwa ia ditaja oleh pihak swasta dan tidak melibatkan wang kerajaan.

Justeru itu, beliau menggesa agar pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut.

“Walaupun sudah ada penafian daripada pihak berkenaan dengan mengatakan bahawa pokok itu tidak melibatkan kos kerajaan negeri kerana ia disumbang oleh pihak korporat,
“tetapi kita harap pihak berkuasa membuat siasatan atas dakwaan itu,”tegasnya.

Meskipun ia mungkin ditaja, namun kata beliau, kemunasabahan pokok itu dijadikan ikon sangat dipertikaikan.

Sumber BO - 30-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































Jangan Perjudikan Keselamatan Pelajar












Bismillah

PAS Terengganu mengambil maklum perihal isu keselamatan pelajar yang dikatakan tidak berada ditahap yang sepatutnya di 120 buah sekolah seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP).

Malah lebih jauh daripada itu, hasil audit JKKP di 194 buah sekolah di negeri Terengganu mendedahkan tiada satupun daripada jumlah itu berada pada tahap A iaitu terbaik.

23 buah sekolah berada pada tahap yang sangat berisiko kepada pelajar dan kakitangannya iaitu kategori E. 97 buah sekolah lagi berada dalam kategori D, 54 buah C dan B hanya 21 buah sahaja.
Dapatan ini adalah hasil audit JKKP bermula 2010 sehingga Jun 2016 lalu.













PAS Terengganu merasa amat kecewa dengan kegagalan kerajaan menyediakan jaminan keselamatan dan kesihatan yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar ini, sekaligus mendedahkan mereka kepada ancaman-ancaman yang sebenarnya boleh dibendung sedari awal jika aspek-aspek keselamatan ini dititik beratkan.

PAS Terengganu mendesak kerajaan negeri agar mengenengahkan isu ini kepada kerajaan pusat dengan segera sebelum sesuatu yang buruk berlaku dan saling menunding jari menyalahkan pihak lain bagi melarikan diri dari bertanggungjawab.

Sikap yang sinonim dengan golongan yang bersalah.

PAS Terengganu juga mencadangkan agar dikeluarkan sedikit dana kerajaan negeri bagi dibelanjakan untuk keselamatan dan kesihatan pelajar-pelajar di negeri ini.

Apalah sangat nilai jutaan wang rakyat Terengganu berbanding dengan keselamatan pelajar-pelajar yang juga anak-anak kita. Biaya ini jauh lebih berfaedah dan berbaloi berbanding memberikan pihak luar menggunakan wang negeri kita sewenang-wenangnya tanpa keuntungan bagi rakyat Terengganu.
Oleh itu PAS Terengganu amat berharap agar cadangan ini dipandang dengan serius dan sebagai bantuan demi anak-anak pelajar di negeri Terengganu yang kita cintai ini. Wallahua’lam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
1 Jamadilawwal 1438 bersamaan 29 Januari 2017

Sumber BO - 29-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































Tawaran PAS: ‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’

BULETIN ONLINE | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44079-tawaran-pas-terengganu-maju-berkat-dan-sejahtera

KUALA TERENGGANU: Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, PAS Terengganu menawarkan kepada rakyat dengan tema 'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata beberapa isu yang menyentuh hati rakyat akan digabung-jalingkan.

Katanya, isu agama masih lagi dianggap penting kerana dasar perjuangan sejak dari dahulu lagi bagi menegakkan syariat Islam.

“Ada beberapa isu yang perlu kita gabung-jalinkan. PAS ini dasar kita dari dahulu untuk menegakkan Islam. Isu agama masih lagi menjadi isu penting.

“Sebab itu, tema yang akan kita utarakan dalam manifesto menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang ialah 'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'.

“Berkat itu merupakan salah satu elemen yang kita menterjemahkan dasar dan prinsip perjuangan kita (PAS) untuk mencari keberkatan di sisi Allah SWT.

“Maju dan sejahtera di dunia ini dan juga untuk mendapat keberkatan di sisi Allah Taala,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Isu anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kampung Kuala Ibai, di sini.

Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka menegaskan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang itu merupakan satu komitmen PAS.

Ini kerana, katanya RUU Akta 355 itu merupakan isu agama yang melibatkan dasar serta prinsip perjuangan PAS.

Menurutnya, kerana mempertahankan dasar dan prinsip tersebut menjadi salah satu punca terputus hubungan PAS dengan DAP.

“Sebagaimana isu-isu agama di peringkat nasional seperti Rang Undang-Undang Akta 355 ini yang dibawa oleh Presiden PAS. Ini menggambarkan komitmen PAS, dasar-dasar apabila kita telah memutuskan hubungan dengan DAP.

“Bukan faktor kerusi atau bukan faktor Putrajaya tetapi faktor betapa PAS ini berpegang kepada dasar dan prinsip dia, Islam sebagai matlamat perjuangan. Apabila ada pertembungan dengan prinsip kita…kita tetap berpegang dengan prinsip kita,” tegasnya.

Sumber HD - 29-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































Tanah Wakaf Masjid Jadi Tapak ‘Tangki Najis’











HULU TERENGGANU – PAS Terengganu kesal tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mahu membina yang mahu membina hotel dan perkedaian di Kuala Berang serta menjadikan tanah masjid Sultan Mahmud sebagai tapak tangki najis pembagunan itu.

Pesuruhjayanya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tanah yang asalnya adalah milik individu, diambil semula oleh kerajaan untu tujuan kawasan tempat letak kerata masjid itu.















“di sini ada dua lot tanah yang melibatkan pengambilan semula tanah oleh kerajaan dan diwartakan untuk pembesaran dan kegunaan masjid Sultan Mahmud,

“bahkan salah seorang daripada mereka (pemilik asal) antaranya Zaharah Bt Embong yang dibayar sebanyak RM3.2 juta (dan) tanah itu diwakafkan balik kepada MAIDAM,

“tetapi kita tengok tanah ini nak dibuat pembinaan hotel dan perkedaian (yang sepatutnya) adalah kawasan ‘parking’masjid,












“yang malang lagi, dua pembangunan yang dirancang itu, ‘septic tank’ (tangki najis) akan dibaut diatas tanah masjid,”jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Berang pada Khamis 26 Januari sempena lawatan Dewan Harian PAS Terengganu ke kawasan Parlimen, di sini.

Katanya, dengan itu seolah-olah, ‘tahi’ atau najis bagi kedua-dua pembinaan tersebut dengan sengaja ‘dicurahkan’ ke kawasan masjid tersebut.

Oleh itu, beliau berkata, PAS membantah tindakan membangunkan kedua-dua premis tersebut kerana menggunakan tanah, yang sebahagiannya diwakafkan oleh orang ramai untuk tujuan masjid.

“sudahlah diambil kawasan yang telah diwartakan oleh keranaan negeri, diambil dari individu dengan bayaran RM3.2 juta……..dan (pada) asalnya (ada anggota) masyarakat yang mewakafkan (tanah) kerana kerajaan untuk membina masjid,













“tetapi hari ini (pemimpin Umo dan BN) nak buat hotel!,”kata beliau.

Menurutnya, ia bukan sahaja akan mengganggu keharmonian masjid bahkan tanah masjid itu akan ‘tercemar’ kerana tangki najis yang akan dibina.

Selain perkata tersebut, ADUN Paka itu merasa pelik kerana rancangan pembangunan itu seolah-olah dibuat dengan tergesa-gesa oleh pihak berkenaan dan mahu memulakannya sebelum pilihan raya, sedangkan belum di luluskan oleh pihak Majlis Daerah Hulu Trengganu.















Justeru itu, PAS menggesa agar sebarang kerja bagi tujuan pembinaan kedua-dua bangunan itu itu dihentikan serta merta.

“kita harap pihak kerajaan peka dengan isu ini dan menghentikan segera pembangunan yang sedia ada sekarang ini,”tegas Ustaz Satiful.

Berita Sebelum Ini;
Bantah Cadangan Kerajaan BN Bina Hotel

Sumber BO - 28-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































Tengkujuh: PAS Tepoh prihatin kebajikan nelayan

HARAKAHDAILY | .






http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/44061-tengkujuh-pas-tepoh-prihatin-kebajikan-nelayan

KUALA NERUS: PAS Dun Tepoh sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan nelayan setiap kali musim tengkujuh menjelma.

"Walaupun penganjuran program Sepetang Bersama Nelayan pada kali ini agak lewat, kita harap sumbangan kebajikan ini mampu meringankan beban nelayan yang tidak boleh meneruskan kegiatan mereka sepanjang November hingga Februari setiap tahun," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

Menurutnya, program bersama nelayan itu diadakan pada setiap tahun pada musim tengkujuh.

"Ia bukan program musim pilihan raya. Nanti orang cakap kita nak kempen pilihan raya, padahal program ni berjalan sebagai acara tahunan," ujarnya.

Program yang dianjurkan bersama dengan pihak NGO Kebajikan, Tepoh Care itu dihadiri sekitar 200 orang nelayan.

Sebahagian besar adalah nelayan yang berada di pngkalan pendaratan ikan di Mengabang Kapal, Mengabang Telung, Pengkalan Maras, Kampung Kolam, Kampung Tengah dan Kampung Tanjung Gelam.

Hishamuddin sempat menerangkan pendekatan kebajikan yang diterokai PAS iaitu asas yang paling utama dalam kebajikan tawaran PAS adalah keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

“PAS tidak memerlukan ucapan terima kasih tuan-tuan. Tetapi kita ingin mengajak semua pihak agar bersyukur kepada Allah SWT. Kita mesti memulangkan kembali kepada Allah SWT. Kami hanyalah perantara sementara yang diberikan peluang oleh Allah SWT untuk selesaikan amanah agihan ini.

"Dalam suasana wakil rakyat PAS tidak diberikan sebarang peruntukan untuk membantu rakyat, kami gerakkan usaha melalui sumbangan orang ramai yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui jalan dakwah dan kebajikan.

"Tempoh rehat nelayan selama beberapa bulan ini, kami mengharapkan agar semua nelayan mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menambahkan ilmu agama di surau masjid melalui kuliah-kuliah agama," ujar beliau.

Ucapan Hishamuddin berjaya mencuri tumpuan nelayan ketika menceritakan kembali detik Almarhum datuk beliau yang karam di tengah lautan sewaktu bergelar nelayan suatu ketika dahulu.

Katanya, tempoh tiga hari di lautan dengan hanya bergantung pada sekeping papan meletakkan diri kita hanya kepada Allah SWT.

Kisah itu diperakui oleh Haji Sidek yang sempat melalui peristiwa itu dan mengikuti sepenuhnya ucapan wakil rakyat PAS itu.

Pengkisahan itu digambarkan sebagai detik cemas yang seringkali dilalui nelayan semasa bekerja di tengah lautan.

"Kisah ini mengajar diri bergantung kepada Allah SWT dan mendekatkan diri kepada Allah sama ada di daratan mahupun di lautan adalah tanggungjawab utama sebagai hamba Allah," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 27/1/2017

Sumber HD - 27-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































Keluarga Cina Dan Siam Dirai Menjelang ‘Gong Xi Fa Cai’











SETIU – Sebanyak 20 keluarga dari kalangan masyarakat kaum Cina dan Siam di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, diraikan oleh pemimpin PAS, sempena sambutan Tahun Baru Cina, ‘Gong Xi Fa Cai’ yang bakal tiba.

Timbalan Yang Dipertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim berkata, mereka yang tinggal di pekan Jabi dan sekitar Kampung Renek, agak unik berbanding komuniti lain.


“Masyarakat Cina dan Siam di sini agak unik kerana Tahun Baru Cina disambut bersama oleh dua bangsa yang berlainan ini,

“Keunikan dan rasa bersama ini wujud lantaran perkahwinan campur yang berlaku antara mereka menjadikan kehidupan mereka dekat antara satu sama lain,” katnya ketika ditemui, usai program agihan hamper dan limau, pada Khamis 26 Januari.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi menjelaskan, walaupun kedua-dua kelompok itu mewakili kurang dari 1% penduduk Jabi, tetapi mereka tidak dipinggirkan.


Malah katanya, mereka hidup sebagai sebahagian dari masyarakat setempat dalam kegiatan sosio-ekonomi dan tidak pelik bila orang Cina dan Siam dipanggil dengan nama Melayu sebagai panggilan mesra seharian.

Beliau berkata, program tahunan anjuran Lujnah Dakwah PAS Setiu itu juga turut mengunjungi dua wanita keturunan Cina yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan penduduk setempat.

Hadir sama pada ziarah itu ialah Ketua Lujnah Dakwah PAS Setiu, Ustaz Zulbhari Abdul Rahman.
Dr Azman sukacita kerana katanya, rata-rata masyarakat bukan Islam dikunjungi itu menyambut baik kedatangan ‘orang PAS’ ke rumah mereka.


“mereka sambut kita dengan baik, serta mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pimpinan PAS yang hadir ke rumah mereka untuk bertanya khabar,”jelasnya.

Sehubungan itu, seorang warga Siam yang dipanggil dengan mana ‘Mahmud’ di kalangan penduduk setempat begitu teruja menerima kunjungan tersebut.

“saya ucapkan terima kasih…..kenalan saya ramai di kalangan orang Melayu……Apatah lagi sana dah jadi keluarga warga Jabi,

“sejak zaman datuk nenek saya lagi,”kata Mahmud yang memang lahir di Kampung Renek, Jabi.

Sumber BO - 27-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































Tangan Yang Menghayun Buaian















Oleh : Azizah Mahmood

Meletakkan wanita dari satu sisi positif dalam menyumbang khidmat bakti untuk islam dari masyarakat kepada masyarakat seterusnya kembali kepada Islam

Ameeerah bergerak dari sisi orang muda , muslimat melaksanakan aktiviti mengikut sisi mereka .begitulah juga seorang isteri Yang Berhormat , bergerak dalam ruang lingkup yang sama tetapi lebih menyentuh jika menyantuni mereka kerana ber”title” isteri YB.














Membantu mempermudah urusan suami sebagai YB bukan mudah terutama saat saat menjelang pilihanraya semua aktiviti turun padang dari peringkat awal menjadi YB hingga ke akhirnya perlu di teliti dan di ambik cakna

“selaku isteri kepada YB kita kena bersama saat turun ziarah, tak kira waktu kerana kehadiran kita amat memberi kesan kepada tuan rumah.takkala suami bersama tuanrumah lelaki kita boleh beramah dengan isteri.

“apatah lagi musim musim perayaan saperti ini.. tahun baru cina yang mana hanya setahun sekali kita menziarahi mereka, tentu memberi kesan,”ujar Wan Fatimah Wan Abdullah.


Beliau berkata begitu, takkala menemani Haji Wahid menyampaikan sumbangan limau sempena tahun baru cina di dun Wakaf Mempelam dan juga program anjuran Parlimen Kuala Terengganu di Kg Tiong .

PAS beruntung kerana isteri ADUN PAS tidak pernah memandang remeh perkara ini bahkan di lapan kawasan hatta yang tidak di menangi PAS pun mereka tetap berada di barisan depan dalam meletakkan PAS di mata masyarakat.

Tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia…..

Sumber BO - 27-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































Kaum Tionghua Masih Selesa Menyokong PAS












Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Golongan peniaga Tionghua  yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik masih selesa dengan PAS.

Walaupun pelbagai momokan dan tohmahan oleh musuh PAS dari MCA dan DAP, namun mereka menyambut kedatangan petugas parti Islam itu dengan begitu baik.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional (LPN), Dewan Muslimat PAS Kemaman, Rohana Muda menyifatkan, hubungan PAS dengan kaum itu semakin mesra.












“Alhamdulillah, seperti tahun-tahun lepas mereka sangat teruja menerima kunjungan dan ‘sporting’ (memberi layanan baik) bila kita ajak bergambar dan pegang kad yg kita hadiahkan,

“ucapan terima kasih….. yang tidak terhingga tidak lepas dari mulut mereka sebagai menghargai kedatangan kami,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai rombongan seramai 12 ahli jawatankuasanya menyantuni masyarakat Tionghua di sekitar Kertih petang semalam, Rabu 25 Januari.












Menurutnya, kemesraan yang sedia terjalin bertambah intim, menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada 28 Januari, dua hari lagi.

“Reaksi positif yang ditunjukkan ini adalah petanda bahawa kaum Tionghua masih setia menyokong PAS dalam pilihan raya akan datang,

“kita amat yakin!,”tegas beliau.

Turut sama dalam kunjungan 16 buah premis perniagaan kaum Tionghua itu ialah Pemuda PAS DUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.

Sumber BO - 26-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































Dr. Che Faridah Terharu Kongsi Pengalaman Bersama KAMI











Oleh : Azizah Mahmood

SETIU – Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia Dr Che Faridah Ismail, rasa terharu apabila dapat berkongsi pengalaman merasai denyut nadi warga Kampung di persekitaran, tanah tumpah darahnya.

















































































Dr. Che Faridah bersama aktivis KAMI serta orang kampung, bersama menyediakan juada 
makan tengah hari
Beliau menyifatkan penduduk kampung Ponok atau dikenali sebagai Polok, adalah insan yang tidak lokek dan peramah takkala menerima tetamu, walaupun tidak dikenali.

“saya begitu terharu bersama warga media turun ke lapangan merasa akan denyut nadi orang kampung tatkala musibah banjir melanda,

“menziarahi orang tua yang terlantar, ketika anak mereka hidup di bandar (dan) menjamu mereka dengan makanan……..satu program yang menyedarkan kita……..inilah realiti hidup sebenar,”ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program ‘Dapur KAMI’ yang dianjurkan oleh Kumpulan Aktivis Media Indepen (KAMI) Terengganu, di kampung terbabit, pada Selasa 24 Januari.












Menurutnya, ia adalah satu program yang sangat baik kerana menjamu makanan kepada mereka yang baru ditimpa musibah banjir, adalah atu simpulan ‘ukhuwah’ yang tidak boleh di beli.

“Tahniah team media KAMI,”kata Dr Che Faridah ketika meraikan orang-orang kampung hadir pada pada jamuan tengahari itu.
















Beliau berkata, jurang kehidupan antara masyarakat bandar dan desa di negeri Terengganu masih jauh berbeza.

“ketika embun masih menitik di hujung rumput, mereka sudah berada di kebun getah, mencari rezeki di raih, (adan) ada yang menunggu matahari terbit dengan ke kebun mencari pucuk ulam,

“merebus ubi kayu atau pisang untuk makan pagi……adalah sebahagian lumrah hidup di kampung, tidak mewah tapi cukup untuk menanggung keperluan keluarga,”jelas beliau.

Turut sama pada program kali ketiga ‘Dapur KAMI’ itu adalah Pengerusinya Dr Azman Ibrahim, yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi.

Beliau yang juga anak kelahran kampung itu, mengucapkan terima kasih kepada Dr Che Faridah kerana sudi hadir dan bersama menziarahi warga kampung yang uzur dan sakit.














“terima kasih kepada Dr. Che Faridah yang dapat melapangkan masa bersama aktiviti KAMI……. saya orang kampung ini,

“bagi pihak KAMI dan keluarga kampung ini…….kita sangat menghargai,”ujar beliau.

Seramai 50 keluarga Kampung Ponok dan sekitarnya, turut mendapat sumbangan bara keperluan harian, sebagai buat tangan dari KAMI.

Sumber BO - 26-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































ADUN Tepoh Ziarah 70 Keluarga Tionghua Sempena Tahun Baharu
















KUALA NERUS – 70 buah keluarga Tionghua yang tinggal di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh telah menerima kunjungan ziarah sempena sambutan ‘Tahun Baharu Cina’.

Wakil Rakyat DUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, beliau bersama Majlis Tindakan PAS DUN Tepoh meneruskan rutin tahunan itu pada tiga lokaliti utama yang didiami mereka di Mengabang Telipot, Gong Badak dan Kampung Pulai Baru, Bukit Berangan
















Katanya, beliau sangat sukacita dapat berbual dan berkongsi serta menyelami kisah silam mereka.
“Alhamdulillah, sepanjang perjalanan menganjurkan aktiviti ini, pihak kami menerima sambutan yang baik daripada seluruh kaum Tionghoa,

“Malah seringkali mereka mengambil masa bercerita tentang orang tua masing-masing khususnya apabila bertemu penduduk kaum Tionghua yang berasal dari Mengabang Telipot,
















“Saya selalu mendapat perkongsian cerita dan kisah-kisah mereka ketika membesar di perkampungan Melayu di Mengabang Telipot (dan) kebanyakan mereka sekarang berpindah dan menetap di Taman Perumahan Wakaf Tembesu dan Taman Permint Makmur,”ujarnya ketika ditemu pada Rabu 25 Januari.

Menurut Hishamuddin, agenda tersebut merupakan agenda tahunan untuk terus mendekati dan membawa mesej kebersamaan yang diterapkan oleh PAS.

Malahan, kata beliau, bukan sahaja program agihan limau, beliau turut sama menganjurkan program agihan kuih bulan pada setiap tahun.
















Katanya lagi, walaupun berlainan bangsa dan agama, penerimaan yang ditunjukkan seperti satu keluarga. Sambutan yang diberikan amat akrab dan membanggakan.

“PAS sebenarnya begitu jelas dan konsisten dalam pendekatan yang dipersembahkan kepada rakyat. Kaum selain Melayu tidak didiskriminasikan sama sekali,

“Kelantan wajar dijadikan model sikap yang ditunjukkan PAS (dan) Terengganu di zaman pemerintahan PAS juga sama,
















“Tidak timbul PAS amalkan sikap terpilih antara kaum. Justeru, kaum selain Melayu tidak wajar meragui PAS,” ujar beliau ketika ditanya tentang sikap PAS terhadap kaum yang lain.

Turut sama dalam rombongan, isteri Ahli Yang Berhormat, Puan Syamilah Sulaiman, Timbalan Pengarah MTD Tepoh, Cikgu Mohd Fauzi Abu Samah, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DMPKKN, Puan Faridah Osman dan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional MTD Tepoh, Tuan Haji Awang bin Yaakob.

Sumber BO - 26-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































Dapur KAMI ‘Sepolok’ Masyarakat


http://buletinonline.net/v7/index.php/dapur-kami-sepolok-masyarakat/















Oleh: Dr Azman Ibrahim

Biasa bagi pengamal media hadir ke lapangan untuk membuat liputan dan menghidangkan berita bagi tatapan masyarakat.'

Jarang sekali didengar pengamal media hadir ke lokasi terjejas bencana, bersama menyalakan api, menyediakan kawah bersenjatakan senduk dan sudip lalu menyinsing lengan untuk menghidangkan santapan makanan bagi dinikmati masyarakat yang ditimpa musibah.

Inilah keunikan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu. KAMI bergerak ke serata lokasi yang ditimpa bencana dalam dan luar negara.

















Jika majoriti agensi media akan membawa bersama mereka ‘senjata orang media’ seperti kamera, video camera serta alatan rakaman yang lain maka KAMI juga tak terkecuali. Malah KAMI memiliki drone sendiri bagi menghadirkan view foto serta video yang lebih menarik kepada khalayak.

Tetapi ada sesuatu yang tak dibawa agensi media lain iaitu kenderaan pickup yang penuh dengan barangan sumbangan keperluan harian, periuk belanga, dapur, balang gas memasak, senduk dan sudip serta barangan mentah makanan untuk dimasak.

Inilah dia Dapur Rakyat KAMI!

Bagi musim banjir yang berlaku menjelang akhir tahun 2016 serta awal tahun 2017, KAMI telah mengadakan Program Dapur Rakyat dengan tema ‘Media Cakna’ di tiga lokasi terjejas banjir iaitu di Kampung Kepah, Hulu Terengganu, Kampung Keruak Hulu Besut dan yang terkini semalam 24 Januari 2017 di Kampung Ponok Bukit Tanah, Jabi.

Istimewa kerana Ponok adalah tanah tumpah darah tempat lahir Pengerusi KAMI.

















Ponok berasal dari perkataan ‘Polok’ iaitu sebutan ringkas bagi ‘Sepolok’. Dalam bahasa tempatan ‘Sepolok’ bermakna sekumpulan. Ia bermakna sekumpulan masyarakat yang membina kehidupan bersama di satu lokasi kawasan lembah di tepi Sungai Gong Macang yang bersambung dengan Sungai Kluang Besar. Terdapat 15 buah rumah yang tinggal ‘sepolok’ di sini. Sekarang dikenali sebagai Ponok.

Memang datuk nenek kita dulu mencari kawasan lembah tepi sungai untuk membina kehidupan termasuklah arwah datuk saya, Mat Saman bin Mamat. Sungai adalah nadi kehidupan mereka mencari rezeki. Tanah lembah boleh dibuat bendang padi walaupun tiada sistem pengairan yang teratur.

Saya lahir dan menetap di Ponok sehingga umur 6 tahun sebelum keluarga kami berpindah tinggal ke kawasan yang berdekatan dengan jalan besar Kampung Bukit Tanah.

Di Ponok inilah tempat ayah bonda dan kami sekeluarga mencari rezeki dengan bercucuk tanam. Tanam tembakau, sayur, ubi keledek, pelihara lembu dan macam-macam lagi. Dengan bangganya saya maklumkan, saya melalui zaman persekolahan membesar dalam baruh di Ponok.

Kerana itulah Program Dapur Rakyat KAMI di Ponok semalam memberikan makna yang sangat mendalam bagi Pengerusi KAMI. Baik tua atau muda, yang hadir bersama bergotong-royong memeriahkan program semalam adalah kawan-kawan serta sahabat rapat. Mereka dah kenal saya sejak dari zaman kanak-kanak, pakai seluar pendek mandi sungai lagi. Inilah nilai keakraban hidup bermasyarakat orang kampung yang penuh keharmonian.

Sumber BO - 25-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































Projek hab selenggara kapal terbang RM229j di T’ganu?

AHMAD AMZAD HASHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44028-projek-hab-selenggara-kapal-terbang-rm229-j-di-t-ganu

BERITA dipetik BERNAMA berkenaan dengan Kerajaan Terengganu tandatangan perjanjian kerjasama dengan syarikat swasta Admal Sdn. Bhd. untuk projek bernilai RM229 juta syarikat menyelenggara, membaiki dan baik pulih kapal terbang adalah menarik dan dirujuk.

Projek ini akan dilaksanakan di sekitar Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu.

Laporan menyebut ia menjangkakan Terengganu akan menjadi Hab Penyelenggaraan, Pembaikian dan Baik Pulih Pesawat Terbang di Rantau Asia Pasifik menjelang 2022, 5 tahun lagi!

Saya tak kisah sedikitpun jika pelaburan dibuat oleh syarikat swasta yang berkenaan. Jika begitu kita alu-alukan. Mungkin mereka sudah buat kajian yang mendalam tentang pasaran dan perniagaan itu di rantau ini.

Saya cuma khuatir jika ini adalah satu lagi kes perjanjian perkongsian saham yang Kerajaan Terengganu pun kena masukkan sejumlah wang mengikut pegangan saham. Jika bukan wang, apa yang kerajaan kena beri? Tanahkah? atau apa-apa aset yang boleh dicagarkan bagi perolehan pembiayaan bankkah?

Apakah pembesaran landasan kapal terbang, pembinaan bengkel nanti kena ditanggung oleh Kerajaan Terengganu?

Saya fikir kerajaan Terengganu khususnya Menteri Besar Terengganu kena dedahkan maklumat asas apakah bentuk kerjasama dalam projek RM229 juta tersebut.

Negeri Terengganu tidak pelik jika menjadi hab industri maritim kerana kapal kapal off shore untuk industri petroleum beroperasi di perairan Terengganu.

Jika menjadi hab industri penerbangan, ia agak ganjil melihat kepada kadar aktiviti penerbangan di Terengganu. Saya tidak kata mustahil. Jika pelan perniagaannya bagus mengapa tidak? – HARAKAHDAILY 25/1/2017

Sumber HD - 25-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ARC ‘Xpert’ Jadikan Saidina Abu Bakar ‘Role Model’

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Gabungan elemen kemahiran, persiapan, kekentalan jiwa, kehebatan roh serta kasih Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah, bakal menjadi panduan kepada pengiring bermotosikal ‘Alternative Riding Club’ (ARC).


Penasihat ARC Malaysia, Hafnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, Abu Bakar yang menjadi pengiring kepada setiap perjalanan baginda akan menjadi ‘role model’ kepada para pelatih ‘Xpert’ ARC.

“Kita akan sanggup melakukan apa saja hatta menggadai nyawa sekalipun untuk orang yang kita sayang . Kekasih kita ialah Allah…….kekasih kita ialah gerakan Islam,

“kekasih kita ialah orang-orang yang memimpin gerakan Islam…..maka kita akan korbankan apa saja untuk kekasih Allah ini ,”tegasnya.

Kata-kata bersemangat beliau itu diluahkannnya pada Majlis Perasmian Kursus ‘ARC Expert Team’ (XPERT) pada Sabtu 22 Januari, di Kem Pengakap Tengku Ismail, Telaga Batin, dekat sini.

Setiausaha Dewan Pemuda itu menekankan, latihan tersebut sangat penting kepada PAS dalam persiapan dan persediaan sebagai ‘kerajaan menunggu’.


“maksudnya ialah kita telah beraksi dan bertindak sebagai sebuah kerajaan walaupun belum menjadi kerajaan,

“seolah-olah (kini) kita berhenti di lampu isyarat merah…….enjin dah hidup ……..brek pun dah sedia, tunggu nak masuk ‘gear satu’ bila lampu hijau terus jalan, itu maksud kerajaan yang menunggu,”jelas beliau.

Katanya, diantara kemahiran dan kelengkapan yang perlu ada pada sebuah kerajaan yang memerintah ialah pasukan se petugas sebagaimana yang dipelajari dalam kursus tersebut.

Oleh itu, tugas sebagai juruiring adalah sangat mahal dan tinggi nilainya.

“Maka sebab itu kami menganggap perkara ini penting dan telah memperuntukkan RM4,000 bagi mencapai maksud pogram ini diadakan,”tambah beliau.


Justeru memandangkan pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) semakin hampir, Afnan menyeru para pelatih engamal dan mempraktikkan segala tunjuk ajar dan terus melaksanakan tugas di negeri nasing-masing.

“tarikh PRU14 yang semakin hampir, maka keperluan menyediakan petugas-petugas parti yang mantap serta berilmu bagi menjalankan amanah yang berat ini,

“Kita bekerja tak tunggu tarikh pilihanraya, sebab kita tak tahu bila kita akan mati (dan kita hanya) berhenti bertugas bila mati…..sepertimana almarhum Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haron Din, berhenti bertugas hanya apabila mati,”tegas beliau.

Sumber BO - 24-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jihad Media Dan Masyarakat

Melestari media pada satu tahap yang ampuh di mata masyarakat, perlu kepada situasi melumatkan gerak kerja media itu sendiri ke dalam komuniti.


Justeru Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu mengatur langkah seiring, bersama-sama dalam membantu mangsa musibah banjir.

Pada awal Januari, ketika gelombang banjir kedua membadai Hulu Terengganu, atas rasa keinsafan dan prihatin, si jurugambar, juruvideo, penulis dan wartawan, KAMI turun ke Kampung Kepah, Telemong.

Mereka yang sebelum ini ‘memukul’ gambar, menyandang kamera video di bahu, mengetuk papan kekunci untuk menulis, bersama menyingsing lengan menyiapkan juadah makan tengah hari kepada warga kampung tersebut.

Alhamdulillah, program ‘Dapur KAMI Media Cakna Warga Kampung Kepah ’kali pertama dapat dijayakan dengan sokongan dan dokongan pelbagai pihak.


Selang beberapa hari, ketika tanah Kampung Keruak masih merah kerana ‘ tanda bakat’ bah yang melanda, KAMI menyantuni warga Qaryah Pak Sik.

Kesukaran KAMI menyediakan makan tengah hari buat mereka, ‘jauh bara dari api’ jika dibandingkan dengan kesusahan jiwa dan perasaan mereka yang diduga dengan musibah banjir.

Ikatan ukhuwah dan kasih sayang, serba sikit dapat menjadi pengubat trauma, igauan ngeri di malam hari, ketika air bah memanjat dinding setiap penduduk Pak Sik.

Hari ini, 24 Januari, setelah hampir separuh kampung-kampung di tenggelami air pasang Sabtu lalu, KAMI akan mengggerakkan pula ‘DAPURNYA’ Ke Kampung Ponok di Bukit Tanah.

Turun ke lapangan di tengah-tengah masyarakat dengan kerja-kerja kebajikan dengan harapan dan perasaan KAMI yang turut ‘sugul’ dengan dugaan yang menimpa.

Aktivis media akan terus menyumbang tenaga membantu memasak untuk di jamu kepada mangsa banjir dan dengan sumbangan para muhsinin, sedikit buah tangan KAMI berupa keperluan asas harian, akan kami tinggalkan sebagai kenang-kenangan.


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih KAMI ucapkan, semoga orang-orang media tidak lagi di pandang sebagai mereka yang hanya menjaga tepi kain orang lain.

Harapan kami agar, si jurugambar dan si jurukamera dan insan media serta wartawan menjadi teman mesra rakyat, semua golongan masyarakat.

Jauh sekali, menjadi kelompok yang dijauhi dan ditakuti, kerana KAMI ingin menjadi jambatan yang membawa kisah suka duka rakyat, bagi membetulkan kepincangan dunia hari ini!

Sumber BO - 24-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pilih PAS Atau Umno-BN?

Oleh KAM

DUNGUN – Rakyat Terengganu termasuk masyarakat Tionghua hanya ada dua pilihan sama ada mengundi PAS atau Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.


“Jika masyarakat Tionghua di Batu Lima, Dungun ini tidak suka kepada PAS maknanya masyarakat Tionghua akan sokong Umno-BN. Jika masyarakat Tionghua ini pula tolak Umno-BN, ianya tidak ada parti lain melainkan PAS sahaja.

“Dari dahulu lagi PAS ini berlawan dengan Umno-BN, jadi tak timbul (dakyah) kata PAS mahu baik dengan Umno. Jika tidak PAS, Umno dan jika tidak Umno, PAS.

“Tahun ini (2017) mungkin akan ada pilihan raya dan di Terengganu ini yang akan berlawan, PAS dengan Umno (BN) sahaja,” kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Kampung Batu Lima, Paka, Dungun, Jumaat 20 Januari.


Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka mengingatkan rakyat seluruhnya agar dapat membuat perubahan pada PRU14 akan datang.

Bahkan, beliau cukup yakin dan optimis dengan kemampuan partinya bahawa PAS mampu menang dan kembali memerintah Terengganu buat kali ketiga.

“Pada pilihan raya akan datang ini dan mungkin tahun ini (2017) pilihan raya, tidak kiralah bila tarikhnya tapi PRU14 ini harap masyarakat rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya kena buat perubahan.

“Insya’Allah, PAS akan memerintah Terengganu Darul Iman buat kali ketiga dengan izin-Nya,” tegasnya dihadapan lebih 300 hadirin.

Justeru, katanya rakyat termasuk pengundi masyarakat Tionghua hanya ada dua pilihan sama ada memilih PAS atau Umno-BN.

Menurutnya, PAS telah wujud sejak tahun 1951 lagi dan pernah memerintah Terengganu sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1959 dan 1999.


Katanya, pada tahun 1999, Dato’ Seri Tuan Guru (Abdul Hadi) menjadi Menteri Besar Terengganu dan sepanjang tempoh satu penggal memerintah negeri itu tidak berlaku diskriminasi.

“Sehingga tahun 2004, tidak ada satu diskriminasi pun yang berlaku terhadap masyarakat Tionghua. Masing-masing, dia (Cina) hal agama masing-masing. Masyarakat Islam agama dia (Islam) dan masyarakat Tionghua dengan agama dia sendiri.

“Maknanya, masyarakat Cina sudah ada di Terengganu dua kali semasa PAS memerintah negeri pada tahun 1959 dan 1999,” jelasnya.

Sumber BO - 23-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GST Punca Tekanan Hidup Rakyat

Oleh KAM

DUNGUN – Cukai Barangan dan Pekhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak lebih setahun lalu menjadi punca tekanan hidup rakyat.

Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata apabila GST dilaksanakan maka harga barangan menjadi mahal serta berlaku peningkatan di luar kawalan.

Beliau berkata rakyat terpaksa berbelanja besar dan mencari sumber pendapatan lebih bagi menampung keperluan keluarga.


“Bila GST dilaksanakan maka harga barang-barang menjadi mahal, meningkat kadang-kala di luar kawalan kita. Kita (rakyat) terpaksa berbelanja lebih, sudahlah kita hendak dapatkan duit itu agak payah, sulit dan susah.

“Tetapi, bila kita dapat dan berbelanja menjadi lebih besar daripada jumlah biasa yang kita belanja. Ini menyebabkan, masa kita terpaksa kita habiskan untuk mencari lebih banyak (wang),” ujarnya ketika berucap pada program Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Kampung Batu Lima, Dungun, Jumaat 20 Januari.

Menurutnya, pelaksanaan cukai GST itu menyebab tiga perkara berlaku yang boleh membebankan hidup rakyat.

“Pertama, kos harga barangan meningkat. Kedua kesulitan untuk kita (rakyat) dapatkan wang atau duit untuk kita berbelanja dengan kos harga barang yang meningkat, menyebabkan kita terpaksa memperuntukkan lebih masa untuk mencari sumber perbelanjaan keluarga kita.

“Ketiga, kadang-kadang barang jadi sulit iaitu tidak ada barang kerana hendak berlaku kenaikan harga seperti mana yang kita lihat berlaku kepada minyak masak baru-baru ini,” jelasnya kepada 300 warga Tionghua.


Yang Dipertua PAS (YDP) Dungun itu menegaskan bahawa PAS sentiasa bersama dengan rakyat sama ada diwaktu senang dan susah.

Katanya, meski pun wakil-wakil rakyat dan Ahli Parlimen PAS tidak mendapat peruntukan kerajaan negeri tetapi usaha membantu dilakukan.

“Sebab itu, kita (PAS) kadar yang kita mampu kita bersama dengan rakyat di waktu mereka dalam kesukaan dan di waktu mereka dalam kedukaan.

“Walau pun kesemua wakil rakyat kita (PAS) dan Ahli Parlimen tidak ada peruntukan khas kerajaan tetapi kita berusaha cari untuk menyelesaikan masalah.

“Saya minta pada pilihan raya akan datang masyarakat Tionghua jangan lupa memberikan undi kepada PAS untuk memastikan PAS boleh di Terengganu ini memerintah bagi kali yang ketiga,” jelasnya.

Justeru katanya, PAS tetap meraikan masyarakat Tionghua yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina ini.

Sumber BO - 23-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DACS Terengganu Siap Sedia Sambut 1,000 Peserta Kejohanan Basikal Lasak

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Jabatan Seni, Kebudayaan dan Sukan (Department of Arts, Culture And Sports – DACS) Terengganu siap Sedia menerima 1,000 pengayuh basikal yang dijangka menyertai ‘Fortissimus Montis Challenge 2017’.


Pengarahnya Ahmad Zulkarimie Salleh berkata, ia bertitik tolak dari kejayaan menganjurkan temasya basikal lasak “Kertih Fun Ride” yang melibatkan 600 peserta pada 30 Julai 2016 lalu.

Katanya, kejohanan basikal lasak itu yang akan diadakan pada 28 Januari ini dengan lokasi Sekolah Menengah Kampung Baru Kertih dijadikan lokasi pelepasan dan penamat kejohanan.

“lapan kategori pertandingan diadakan, melibatkan laluan sejauh 45 km dan 70% adalah laluan “off road” yang menjanjikan cabaran untuk pertandingan ini

“Kejohanan menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM 9,500 dan melibatkan penyertaan 1,000 orang peserta,”jelasnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan laluan dan persiapan terakhir kejohanan di sini, pada Sabtu 21 Januari.


Menurutnya, jabatan beliau juga merancang untuk menganjurkan beberapa acara kejohanan lumba basikal, bagi peminat sukan tersebut, khususnya di negeri ini.

“DACS Terengganu telah merancang tiga acara besar untuk peminat basikal pada tahun ini, dan kejohanan ini adalah acara yang pertama untuk kalendar sukan basikal untuk tahun 2017.

“Sukan berbasikal memang aktif dan ramai peminat di Terengganu, penganjuran ini akan mendekatkan orang awam dengan parti dan pimpinan kita,”jelas beliau.

Katanya, pertandingan ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya Jabatan Amal Malaysia (JAM) dan beberapa syarikat swasta menaja perbelanjaan dan hadiah kejohanan.

Sumber BO - 23-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dialog Bersama Presiden PAS; Sokongan Pengundi Cina Meningkat

DUNGUN – Sokongan pengundi kaum Tionghua kepada PAS terus meningkat apabila pelbagai fitnah dan tohmahan yang telah ditaburkan terhadap PAS dan Presidennya, terbukti tidak benar.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat berkata, masyarakat Cina sebenarnya masih percaya dan menaruh harapan kepada Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


“rasa marah dan geram kepada Tok Guru (Haji Hadi) sebelum ini yang ditohmah mahu berbaik dengan Najib (Presiden Umno) telah difahami oleh mereka,

“apatah lagi apabila Tok Guru menegaskan bahawa PAS akan lawan Umno pada pilihan raya kali ke-14 (dan sebenarnya) DAP lah yang menjadi yang melaga-lagakan orang Melayu,”jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu berkata PAS juga sebagaimana orang-orang Cina tetap tidak percaya kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina negeri Terengganu di Kampung Baharu Batu 5, di sini Jumaat 20 Januari.

Sehubungan itu, tuan rumah sambutan tersebut, Pengerusi LPN Kawasan Dungun Puan Serena Lim Abdullah berkata, kehadiran yang ramai pada majlis tersebut adalah bukti nyata, kaum Tionghua masih saying kepada PAS.


Katanya, mereka datang untuk mendengar sendiri penjelasan daripada Presiden PAS, terhadap segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.

“Mereka (kaum Cina) mendengar khabar mengatakan Tok Guru ambil duit, hendak bersama UMNO-Barisan Nasional,

“jadi hari ini Tok Guru bukan sahaja menjawab segala fitnah itu bahkan memberi peluang kepada kaum Cina menyataka rasa tak puas dihati mereka,”ujarnya.

Serena berkata, mereka puas hati dan jelas serta tidak ada sebarang persoalan, apabila dibuka peluang seluas-luasnya, untuk bertanya.

Pada majlis itu juga, kata Serena, PAS telah mengiktiraf sumbangan masyarakat Cina dan memberikan sumbangan agar mereka dapat menjadi lebih maju.

“seramai 205 orang di kalangan warga emas, orang kurang upaya (OKU), pelajar-pelajar cemerlang dalam Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) serta anak angkat-anak angkat LPN diberi sumbangan,


Serena, seorang Cina Muslim, fasih berbahasa Cina turut menjadi pengerusi dan pemudah cara dalam dialog antara Presiden PAS dengan masyarakat Tionghua
“Apa yang kita sumbangkan hari ini adalah duit ‘angpau’(sempena tahun baharu), sekotak limau dan sekampit beras, sebab kita mahu (hidup) bersama kaum Tionghua,”kata beliau.

Beliau berharap masyarakat Cina tidak termakan dengan ‘adu domba’ mereka yang tidak senang dengan kebaikan Islam dan mengekalkan sokongan sehingga Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 nanti
.
Turut hadir dalam Majlis itu ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Haji Satiful Bahri Mamat, Ahli Parlimen Dungun Ustaz wan Hassan Wan Ramli, ADUN Sura Cikgu Wan Hapandi Nik dan ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun.

Sumber BO - 22-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Air Hujan Dalam Cawan Getah Tak Laku Dijual

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Heboh dalam media beberapa hari lalu kononnya harga getah naik RM10 sekilogram. Maka bertalu-talulah suara-suara memuji pihak kerajaan atas usaha yang dilakukan sehingga penoreh getah menikmati harga yang ‘begitu tinggi’.

Tak semua faham selok belok getah malah majoriti rakyat Malaysia tak tahu tentang getah industri getah. Tentu mereka dengan mudah akan percayakan khabar ini.

“Beruntunglah orang nnoreh getah!” Kata mereka.

Malah ada yang menaambah, “Masa getah turun penuh mulut duduk kutuk kerajaan, time getah naik tak ada pula dengar suara puji kerajaan!”

\
Jabi tempat ramai penoreh getah. Menjadi warga Jabi kita perlu ada pengetahuan tentang getah. Yang naik RM10 ialah Standard Malaysia Rubber (SMR 20). SMR 20 maknanya getah siap proses yang sedia untuk dibuat tayar. Bukannya pok getah @ getah sekerap yang dikutip dan ditimbang penoreh dalam kebun getah.

Sebelum ni getah SMR 20 pernah sampai RM15 sekilo. Apa yang gahnya sekarang bila harga SMR naik kepada RM10 sekilo?

Hakikatnya getah sekerap dimusim tengkujuh ini harganya turun naik dalam masa seminggu dua ini antara RM4 – RM5 sekilogram. Agak meningkat berbanding sebelum ini sekitar RM3 lebih.

Tapi jangan ingat penoreh getah boleh menoreh sepanjang tahun sebagaimana Pak Menteri dapat gaji dan elaun setiap bulan sepanjang tahun.

Sejak 2 hari lepas, hujan turun dengan lebatnya di sekitar Negeri Terengganu dan Kelantan. Kawasan DUN Jabi tak terkecuali sehingga beberapa kawasan kampung mula dinaiki air pada malam semalam. Antara lokasi terlibat ialah Kampung Padang Lengkuas, Kampung Tok Dor, Kg Dalam Huma,

Kampung Kerandang dan Kampung Pondok Paku yang dihuni ramai warga yang memiliki pisau toreh di rumah.

Dari sejak awal pagi tadi, saya bersama petugas PAS Jabi, kami bergerak ke segenap ceruk kampung yang dinaiki air di Jabi, menyantuni mangsa banjir sekadar daya dan upaya.


Melihat kawasan kebun getah yang dinaiki air dan hujan yang terus turun mencurah, hati saya digamit pilu. Ternyata bila dilihat dalam cawan yang tergantung di batang getah, cawan getah tersebut yang sepatutnya mengandungi susu getah, hari ini malah sejak beberapa hari yang lepas hanya dipenuhi air hujan.

Air hujan walau ianya memenuhi cawan susu getah, tetap tak laku untuk dijual. Ketika ini kalau harga getah sekerap naik mencecah RM15 sekilogram sekalipun, ianya hanyalah satu gurauan yang tak lucu bagi masyarakat penoreh.

Tiada yang memahami derita penoreh getah kecuali mereka yang mengerti.

Tak lama lagi selepas habis musim hujan, pokok getah akan melalui musim daun luruh. Bila daun luruh, pokok getah akan berehat dari mengeluarkan susu. Daun-daun yang berguguran juga tak laku untuk dijual.

Inilah kitaran rezeki seorang penoreh…

Sumber BO - 20-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terengganu Floods: Number Of Victims Rises To Over A Thousand

KUALA TERENGGANU: The number of flood evacuees here increased drastically from 54 victims to 1,303 on Saturday morning.

State Disaster Management secretariat chief and Civil Defence Force director Lt Kol Che Adam A Rahman said that Besut was the worst hit district, with 1,037 victims from 303 families.

The victims have been placed at 25 evacuation centres.

“In Setiu, eight evacuation centres have been opened housing 266 victims from 47 families.

“In total, as of 6am, there are 1,303 flood victims from 350 family housed in 33 evacuation centres,” he said in a statement.

Sumber BO - 20-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Lahirkan Pengiring Bermotosikal Profesional

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS melalui Alternative Riding Club (ARC) hari ini melakar sejarah apabila berjaya menghimpunkan 80 anak muda dari seluruh negara menjalani latihan profesional, khusus untuk tugas-tugas mengiring pemimpin.


Menurut Ketua Bahagian Latihan ARC Malaysia, Sazali Mohd Yassin (gambar kanan) , latihan itu sangat penting terutama ketika pilihan raya dan sebarang pogram besar yang tetamu VIP.

Beliau berkata, pogram itu diadakan bertujuan untuk memberikan ilmu berkaitan tugas-tugas seorang pengiring bermotosikal berkuasa tinggi, yang bersama setiap pergerakan pemimpin PAS bagi melancarkan mereka.

“Kita akan melatih peserta dengan dua jenis kemahiran iaitu ‘Marsyal Konvoi’ dan ‘Pengiring Bermotosikal Terlatih’


“serta ilmu-ilmu dari segi teori dan cara mengendalikan motosikal samada dalam bentuk ‘Safety’ dan ‘Advance Riding’ ,”jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Jumaat 20 Januari, ketika ditemui pada Pogram ARC EXPERT TEAM (XPERT) yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Ismail, Telaga Batin, dekat sini.

Oleh itu, beliau berkata, perkara mustahak yang disanpaikan kepada peserta dari seluruh negara pada sesi latihan selama tiga hari dua malam itu ialah, menunggang dengan selamat.

“yang paling penting sekali yang akan kita ajarkan kepada peserta ialah bagaimana untuk mereka mengiring kenderaan yang dinaiki pemimpin dengan selamat,


“tanpa menyalahgunakan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada orang awam sepertimana kuasa yang terdapat pada pihak polis,”ujar beliau lagi.

Justeru itu, beliau berharap, para peserta dapat mengamalkan ilmu berkait, apabila kembali bertugas di tempat masng-masing.

“Saya berharap para peserta pogram ini apabila pulang kenegeri masing-masing dapat mempraktikkan ilmu yang diberikan terutama ketika pilihanraya bagi melancarkan perjalanan pimpinan,”tambah beliau.

Sumber BO - 20-1-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Teluk Pasu Hayun Langkah Proaktif

Oleh : MNA

KUALA NERUS – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Teluk Pasu mengorak langkah proaktif dengan mula menggerakkan jentera Pilihanraya Umum (PRU) 14 melalui program Tamrin Qiyadi peringkat Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus.


Menurut urusetia program, Ustaz Shahril Jusoh, program ini berjaya mencapai sasaran kehadiran petugas dari seluruh Unit Peti Undi (UPU) dan cawangan-cawangan di dalam Dun Teluk Pasu.

Kata beliau, walaupun disebalik ura-ura perubahan UPU bagi Dun Teluk Pasu, yang memungkinkan PAS kalah, jumlah kehadiran ini jelas memberikan gambaran bahawa ahli-ahli PAS sangat bersedia dengan pelbagai taktik ‘mengejut’ dari lawan.

Malah tambah beliau lagi, ahli-ahli PAS semakin bersemangat dengan menzahirkan kesungguhan mereka bagi membenamkan Umno sekali lagi dalam PRU akan datang.

“Program kita ini dimulakan dengan bacaan al-Matsurat beramai-ramai sebelum maghrib.


Kemudian setelah solat berjemaah, program bersambung pula dengan majlis tadabbur surah as-Saff secara berkumpulan yang diakhirnya disimpulkan oleh YB Ustaz Ridzuan Hashim yang turut hadir dalam program tersebut.

Diikuti dengan ceramah motivasi bagi memberi motivasi kepada petugas-petugas oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, dan majlis akan berakhir setelah selesai qiamullail dan kuliah subuh esok,” jelas beliau.

Dalam pada itu, ceramah motivasi yang disampaikan oleh Yb Ustaz Mohd Nor Hamzah, menekankan empat perkara utama bagi petugas-petugas PAS melaksanakan tugas-tugas mereka.


Mereka mesti membetulkan niat, beristiqamah dengan tarbiyyah, mempertingkatkan latihan dan kemahiran serta perancangan yang baik.

Beliau berkeyakinan penuh kerusi Teluk Pasu bakal dipertahankan, memberikan keyakinan kepada petugas-petugas bagi terus berjuang dengan membuang kepentingan peribadi bagi kemenangan PAS.

Seramai kira-kira 300 orang petugas PRU Teluk Pasu hadir dalam program yang berlangsung di Masjid Banggol Peradong itu, menyerlahkan kesungguhan mereka untuk mempertahankan kerusi PAS ini bagi kali kedua selepas PRU lalu.

Sumber BO - 21-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Bukit Besi Optimis Untuk Menang

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi beriltizam akan memberikan sepenuh komitmen dan memperkasakan gerak kerja pilihan raya bagi untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengarahnya Naraza Muda berkata, memang sukar untuk memenangi DUN tersebut, namuun ia bukan satu perkara yang mustahil.

“jika sekiranya semua jentera pilihanraya sekarang ini melakukan kerja yang lebih terarah, tersusun dan lebih bersistematik,

“dengan konflik yang melanda dalam negara, penyalahgunaan kuasa yang mengakibatkan Ringgit Malaysia terus merudum jatuh,

“masalah 1MDB yang belum terjawab, kesan GST, kejatuhan nilai saham FGV yang tidak mungkin dapat dipulihkan, begitu memberi kesan kepada penduduk,”ujarnya ketika ditemui.


Tambahan pula, kata beliau, ketibaan tahun baru beriringan dengan percikan bunga api dan rakyat dikejutkan pula dengan kenaikan harga petrol dan diesel.

Menurutnya, kepincangan pengurusan Felda oleh bekas Pengerusinya memberi impak kepada penduduk kawasan pedalaman terutamanya warga Felda Jerangau yang berada dalam DUN terbabit.
“Dengan masalah pengurusan Felda, tanam semula yang berlaku kelewatan, masalah jualan tunai hasil ladang yang tertangguh, perumahan generasi kedua yang hanya tinggal janji,

“sosial ekonomi dan ketiadaan peruntukan pembangunan sewajarnya menjadikan mereka (warga Felda) tertekan…..akan memberikan kelebihan kepada PAS,”jelas Naraza.

Ketika ditanya adakah pilihanraya akan berlaku pada tahun ini, beliau yang juga Pengerusi GENERASI Terenganu berkata, pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa bermula tahun ini.

“Melihat akan suasana sekarang pembubaran parlimen akan berlaku bila-bila masa sahaja dan tarikh pilihanraya akan diumumkan pada tahun ini,”katanya lagi.

Justeru itu, kata Naraza, denagn kedudukan politik pada masa ini, akan berlaku perubahan yang besar pada pilihan raya umum akan datang.

“Melihat kepada senario yang berlaku sekarang, PAS boleh memenangi pilihan raya, anak muda akan melakukan gelombang perubahan yang besar,”tambah beliau yakin.

Sumber  BO - 21-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Banjir Gelombang Ketiga Melanda

Banjir gelombang ketiga mula melanda negeri Terengganu mulai semalam melibatkan daerah Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.

(Gambar atas; Rumah Ketua Cawangan Kerandang , Jabi, Mustafa Abdul Rahman)




Banjir Hulu Setiu Petang Semalam – Ihsan Zull Salleh
Dun Jabi, Permaisuri dan Telemong antara yang terlibat ekoran hujan lebat yang turun sejak dari semalam.

Di Jabi air naik menjelang maghrib malam tadi dan petugas banjir Khidmat Malaysia Dun Jabi bertungkus-lumus sehingga dinihari membantu mangsa-mangsa banjir di Kg Tok Dor, Renek, Apal, Dalam Huma, Kg Oh dan Kerandang.

Pagi ini operasi bantuan banjir diteruskan lagi. Keadaan cuaca yang tak menentu dengan jangkaan hujan akan berlarutan untuk beberapa hari lagi.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu.
21/1/17 – 9 a.m

Sumber BO - 21-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































PRU14: PAS ajak Melayu, Cina dan India buat perubahan

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43975-pru14-pas-ajak-melayu-cina-dan-india-buat-perubahan

DUNGUN: PAS mengajak seluruh pengundi Melayu, Cina dan India agar bersedia membuat perubahan kepimpinan negara dengan mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jika PAS menang semula seperti tahun 1999 di peringkat Malaysia banyak perkara boleh dilaksanakan.

Katanya rakyat hari ini menghadapi kesukaran kenaikan harga barang yang tinggi serta cukai yang mahal.

Ini kerana, menurutnya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah tidak pandai mentadbir dan mengurus negeri.

“Kita kena pakat Melayu, Cina dan India sama-sama untuk buat perubahan, sokong (PAS) lagi pilihan raya ini. Jika kita menang pula seperti tahun 1999 dan kalau boleh menang peringkat Malaysia, banyak kita boleh buat, insya Allah.

“Hari ini kita menghadapi harga barang-barang naik, cukai mahal. Ini kerana, kerajaan Umno BN tidak pandai tadbir, tidak pandai nak urus negeri.

“Malaysia ini, Tuhan beri hasil banyak kelapa sawit ada dan macam-macam lagi. Jadi tidak patutlah kita menyusahkan rakyat,” ujarnya ketika berucap pada program Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 dan Dailog Bersama Presiden PAS di Kampung Batu Lima, dekat sini, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, hasil kekayaan negara ini hanya berlegar di kalangan orang kaya dengan pemerintah.

“Banyak kekayaan harta ini dibahagi antara orang kaya dengan orang yang memerintah negara. Orang kaya bayar rasuah, komisen kepada orang yang memerintah.

“Orang memerintah pula terima duit. Masa pilihan raya bahagi duit kepada pengundi RM50, RM500 atau RM1,000. Selepas pilihan raya naik cukai dan rakyat yang kena cukai itu.

“Ini semua kita nak baiki dan kita tidak boleh baiki selagi kita tidak boleh tukar kerajaan,” tegasnya.

Ustaz Abdul Hadi ketika mengetuai Kerajaan Terengganu tahun 1999 banyak melakukan perubahan ke arah negara berkebajikan.

Katanya, ajaran Islam dalam memerintah tidak boleh menyusahkan rakyat miskin dengan bebanan cukai.

“Bila kita (PAS) memerintah Terengganu tahun 1999, kita buat seperti ‘Negara Berkebajikan’. Ini diajar oleh Islam dan kita tak mahu bebankan rakyat dengan cukai.

“Cukai orang kaya sahaja yang kena dan orang miskin tak patut dikenakan cukai. Sebab itu, bila kita memerintah dihapuskan cukai pintu rumah kediaman.

“Ini kerana, (waktu itu) kita ada hasil minyak (royalti). Walaupun lima peratus sahaja kerajaan pusat beri kepada Terengganu tapi cukup untuk kita tadbir negeri dan hapus cukai pintu.

“Tol di Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu kita (PAS) hapus kerana semua orang lalu guna jalan itu. Tapi, yang sedihnya bila kita nak tunjuk macam ini, dia (pusat) rampas (royalti) minyak semasa kita memerintah,” jelasnya di hadapan kira-kira 300 warga tionghua.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, Adun Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, Adun Chukai, Hanafiah Mat serta Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Dungun, Puan Serena Lim. - HARAKAHDAILY 20/1/2017

Sumber HD - 20-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Presiden PAS Bersama Masyarakat Tionghua Dungun
Posted on Friday, January 20 @ 20:42:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33258



DS Tn Guru Haji Hadi Awang bersama masyarakat Tionghua d Kg Batu 5, Dungun, Trg sempena sambutan Tahun Baru Cina 2017. Ucapan Presiden Pas dgn selingan tarian Singa & mercun. Terima kasih kepada masyarakat cina yg sudi hadir ke Program Pas & semua yg menjayakannya. Tahniah kepada lajnah antara kaum dan DHPP Trg.























Kredit
Ustaz Saiful Bahri Mamat

SumberTKO - 20-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HARAP 3.5 Pacu Kemenangan PAS Terengganu

Oleh : Ariff Zakaria & MNA

BESUT- Himpunan PAS Harapan Semua Kali Kelima (HARAP 3.5) adalah satu permulaan yang terbaik bagi PAS Kawasan Besut menggerakkan momentum, menghadapi pilihan raya umum (PRU) kali ke-14.

Yang DiPertuanya Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, ia akan menjadi pemacu kepada kawasan tersebut bagi meraih kemenangan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada parlimen Besut.

“Program HARAP 3.5 ini adalah mukaddimah yang sangat baik untuk satu gerak kerja dengan satu permulaan di awal tahun dengan diberi laluan kepada Besut untuk menjayakan satu program besar,
“menggambarkan harapan (rakyat) negeri Terengganu sendiri kepada PAS Besut untuk memacu tindakan dan usaha bagi meraih kemenangan di DUN-DUN yang ada di parlimen ini,”tegasnya.

Selain itu, penganjuran HARAP 3.5 juga, kata beliau, adalah satu ‘lompatan permulaan’ (jumpstart) kepada pendekatan yang lebih ‘serius’ bagi merealisasikan hasrat PAS Terengganu mencapai kemenangan pada pilihan raya umum yang akan datang.


Lokasi Tapak HARAP 3.5 5°47’16.3″N 102°33’30.6″E


Beliau berkata demikian keteika ditemui sempena lawatan Pengarah HARAP 3.5, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ke tapak Himpunan di Kampung Padang Baloh, Kampung Raja, di sini pada Rabu, 18 Januari.

Beliau yang juga anggota Badan Perhubungan mengakui, kegagalan PAS Terengganu pada PRU13 adalah kerana kegagalan Besut dalam menyumbang kerusi untuk kemenangan.

Oleh itu, beliau berazam, dengan HARAP 3.5 akan membentuk satu pergerakan yang akan memberi impak kepada petugas PAS dan rakyat Besut menghadapi PRU ini dan kemenangan kepada PAS Terengganu untuk kembali memerintah.

“In shaa Alah, harapan kita dengan program HARAP 3.5 ini akan memberi impak yang basar bukan sahaja kepada jentera kita, tetapi juga memberi satu gambaran kepada (kepada masyarakat) tentang kesungguhan untuk mencapai sasaran dan matlamat kemenangan,

“supaya rakyat di kawasan Besut ini memahami bahawa bahawa kita buka sekadar berteori dalam soal kemenangan ini,”jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau yakin rakyat akan bersama PAS pada HARAP 3.5 dan PRU akan datang kerana rakyat sudah lama ‘terbuku hati’ terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, selepas pelbagai isu besar berlaku di peringkat nasional dan negeri Terengganu, mereka hanya menunggu masa untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan yang mengkhianati rakyat.
“sebahagian besar rakyat (merasakan) kerajaan Barisan Nasional ‘double standard’ (mungkir) terhadap janji-janji BN pada pilihan raya yang lalu,

“saya kira mereka sedang menunggu waktu dan ketika untuk menzahirkan (bantahan melaui peti undi),”kata beliau, yakin.

Sumber BO - 20-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Usah Terperangkap Dengan Dakyah

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Ahli-ahli dan penyokong PAS diingatkan agar tidak mudah terperangkap dengan dakyah musuh yang cuba menjarakkan hubungan antara PAS dengan masyarakat non-muslim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut berkata menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pelbagai tomohan dan perang saraf musuh kepada PAS.


Katanya, tindakan itu sengaja dibuat bagi menjarakkan hubungan PAS dengan masyarakat Tionghua dalam negara ini.

“Dekat dengan pilihan raya (PRU14) ini macam-macam tomohan dan perang ‘saraf’ digunakan kepada PAS. Antaranya, (sebab) jika orang Cina masih menyokong pembangkang ianya akan memberi kesan kepada parti pemerintah Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Perang sarat itu disebar supaya orang percaya dan dia mahu kita (PAS) meninggalkan golongan Tionghua ini.

“Jika kita (PAS) terperangkap dengan dakyah mereka (musuh), kita akan rugi dari segi politik. Tak rugi kita (PAS) buat baik kepada sesiapa dan bukan kita raikan upacara keagamaan. Tapi kita raikan kebudayaan mereka setiap tahun sempena tahun baharu dia (Cina),” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas program Agihan Limau Semena Tahun Baharu Cina di Pasar Pagi Kampung Tiong, Kampung Cina, Kuala Terengganu, pagi tadi.


Menurutnya, masyarakat Tionghua cukup senang dengan cara PAS meraikan kebudayaan kaum Cina dan bukan majlis keagamaan.

“Mereka (Tionghua) melihat, orang PAS ini meraikan (budaya) mereka. Jadi dalam konteks dakwah dibolehkan.

“Mereka pun suka dengan cara kita ini. Tanda kita (PAS) juga memperingati dan meraikan kaum Tionghua. Kita berhasrat untuk menjadikan ini program tahunan kita bersama dengan mereka,” jelasnya yang juga mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Justeru, katanya tidak menjadi satu kerugian kepada PAS dari sudut politik dan dakwah kerana meraikan kebudayaan kaum lain.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Yang Dipertua PAS (YDP) Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi MTD Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohammad, Timbalan Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu, Hajah Wan Fatimah Wan Abdullah dan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Kuala Terengganu, Zulaida Idris.

Sumber BO - 20-1-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Agih Limau Sempena ‘Gong Xi Fa Cai’

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasionalnya telah mengagihkan buah limau mandarin sempena ‘Gong Xi Fa Cai’ khususnya kepada warga Tionghua di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Aktiviti tahunan itu dimulakan seawal jam 7.30 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi di Pasar Pagi Kampung Tiong, Kampung Cina, dekat sini, hari ini.


Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohammad berkata sambutan warga Tionghua cukup baik dan mesra dengan PAS.

Beliau cukup yakin bahawa hubungan politik antara masyarakat Cina dengan PAS tidak ‘jauh’ sebagaimana yang dipolemikkan itu.

“Kita harap program yang kita (PAS) buat ini sedikit sebanyak boleh mendatangkan hubungan silaturrahim baik sesama masyarakat Bandar khususnya orang Cina dengan orang Melayu dan lebih lagi antara PAS dengan masyarakat non-muslim.

“Kita dapati sambutannya cukup baik dan mesra. Kita yakin mereka (Tionghua) tidak ‘jauh’ dengan parti kita iaitu PAS,” ujarnya ketika ditemui Harakah di lokasi program Agihan Limau Sempena Tahun Baharu Cina, di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.


Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar,

Yang Dipertua PAS (YDP) Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalan Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu, Hajah Wan Fatimah Wan Abdullah dan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Kuala Terengganu, Zulaida Idris.

Menurutnya, program agihan limau itu turut melibatkan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Dun Bandar, Dun Wakaf Mempelam, Dun Ladang dan Dun Batu Burok di Kuala Terengganu

Sumber BO - 19-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang…

Oleh : DMS

SETIU – ‘Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’, itulah perumpamaan kegelisahan yang dapat di gambarkan oleh beberapa orang yang tinggal berdekatan dengan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.


Keadaan hidup jiran di sekeliling rumah Bazlan ketika dirakam minggu lalu. Air yang masih bertaking walaupun hujan sdah berhenti dan matahari telah bersinar
Dengan hidup berjirankan wakil rakyat penduduk di Kampung Pengkalan Atap, mereka menjangkakan persekitaran kediaman mereka adalah lebih selamat dan selesa.

Mereka boleh menumpang hidup, yang susah akan dibantu dan yang senamg akan membantu, dengan pimpinan Bazlan yang juga Timbalan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu.
Pastinya, Bazlan yang dekat dengan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, anak dapat menyelesaikan masalah warga setempat yang beliau wakili.

Namun sebaliknya, kehidupan Bazlan dengan tetangganya umpama ‘pipit dan enggang’, rakyat tinggal dilembah, wakil rakyat Umno itu ‘bersarang’ selesa dengan rumah besar ditempat tinggi.
Bahkan, apabila setiap kali musim hujan, jiran disekeliling Bazlan tidak senang duduk kerana banjir yang melanda, akibat tananh yang tidak menyerap air dan saliran tidak sempurna.


Bahkan mereka mendakwa, keadaan menjadi lebih parah apabila hujan yang turun bertakung di halaman rumah akibat dari ketiadaan longkang dan kesan dari pengubahsuaian rumah Bazlan.

Seorang jiran beliau Mohd Khairul Kamaruddin mengadu, kehidupan penduduk sekitar rumah ADUN itu bertambah parah sejak tengkujuh musim ini.

“air bertakung……….nak masuk rumah kena harung air dulu……..kereta kena letak tepi jalan,
“Dulu ada longkang kecik depan rumah YB, tapi bila dia ubah suai rumah, longkang jadi hilang, ghaib,”kata Khairul dengan kesal.

Menurutnya, lebih memburukkan keadaan kerana air yang bergenang di kawasan rumah mereka, tidak surut-surut.


‘Istana baharu’ Bazlan yang belum pun sepenggal menjadi wakil rakyat…….
“nak surut memakan masa yang cukup lama………walaupun sebelum ini ambil masa masa berminggu untuk kering,

“tapi dengan keadaan sekarang saya yakin lebih lama lagi bertakung,”ujarnya lagi.

Semetara itu, dalam tinjauan yang dibuat kami dapati, rumah Bazlan juga disyakki melanggar undang-undang dan peraturan apabila hampir keseluruhan pagar rumahnya berada pada bahu jalan.
Sehubungan itu Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Batu Rakit, Ustaz Mohamad Nazari Alias ketika di temui menyifatkan Bazlan gagal memenuhi tanggungjawab dalam membela nasib pengundi.

“kita merasa kesal dengan sikap wakil rakyat itu yang gagal membela nasib orang-orang yang mengundinya dan mengangkatnya sebagai pemimpin,



Pagar rumah Bazlan, tidak ada lagi ‘perenggan’ antara rumahnya dengan jalan…..
“masaalah yang dihadapi jirannya pun Cikgu Lan (Bazlan) tidak boleh nak cakna, pengundi harus menilai….. apalagi yang boleh kita harapkan?,”jelasnya.

Katanya, belum pun sepenggal, Bazlan menjadi wakil rakyat, namun rakyat dapat lihat ‘dengan mata dan kepala’ sendiri, hanya rumahnya sahaja yang berubah.

Beliau berharap pihak berkuasa dan bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya, sama seperti rakyat lain dan tidak ‘pilih kasih’ dengan pembinaan rumah Bazlan itu.

Sumber BO - 19-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aziz Dapat Nama ‘ Suria Permata Kenyir’ Dalam Mimpi

“sebenarnya idea ni dah lama dah tersimpan, kerana asalnya saya mula mengenali Kenyir ni sejak tahun 1988 lagi……saya mengikuti (arwah) ayah saya yang mengusahakan rumah terapung yang terletak di Galung,


“jadi waktu tu…..setiap hujung minggu beliau ajak menemani beliau, pandu kereta di tengah malam sampai pagi di sini,”Aziz.

Katanya, rutin itu berterusan selama tiga empat tahun sehinggalah pembalakan dalam air dan kawasan rumah terapung itu dijadikan kawasan ‘petak’ balak.

Begitulah kisahnya bagaimana pemilik bersama rumah bot (house boat) Suria Permata Kenyir Abdul Aziz Abd. Rashid, 38, mula menguasahakan perkhidmatan rumah bot.

Aziz yang dilahirkan di pekan Jabi, Besut, telah dibesarkan di Kuala Lumpur, dan kembali semula menetap di kampung halamannya setelah ayahnya meninggal dunia,

Beliau (gambar kanan baju merah) yang juga Ketua Kebajikan PAS DUN Jabi berkata, cabaran paling besar baginya memulakan perniagaan itu ialah mencari modal.


Bukan senang baginya untuk mencari modal membina bot umpama rumah itu, yang memakan belanja sebanyak RM350,000.00.

Beliau dan rakan kongsinya mengambil masa kira-kira dua tahun, secara berdikit-dikit menyiapkan bot tesebut.

“ia mula dibina pada bulan Mac tahun 2014 dan siap pada bulan Oktober 2016 dan kami memulakan pelayaran pertama pada bulan tersebut,

“baru tiga bulan beroperasi dan saya mengusahakan bot ini bersama seorang rakan kongsi, orang Kuala Berang…..dengan kadar kemampuan kami,”

“sebab tu pembinaan bot ini mengambil masa yang lama, ada modal sedikit kami buat sedikit,”kata beliau yang sama-sama mengikuti program ‘Retreat’ Media Terengganu 2017, anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) pada minggu lalu.


Aziz sangat seronok mendengar kuliah dan pengisian program KAMI, bahkan katanya beliau dapat mempelajari ilmu-ilmu kewartawanan yang disampaikan, terutamanya daripada Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob.

Beliau mengakui, mengikuti seluruh jadual permukiman NGO media selama tiga hari dua malam, walaupun secara ‘curi-curi’ selaku pengendali bot, memberikan pengalaman ‘luar biasa’ kepada beliau.

“seronok dapat menimba ilmu kewartawanan……..walau tumpang-tumpang dan curi-curi dengar pun, banyak pengalaman baru yang saya timba,

“memang satu peluang keemasan (bagi saya) kalau nak cari sendiri benda (ilmu) ini tak akan berjumpa……tiba-tiba mari kepada kita ilmu ni, syukur alhamdulillah,”ujar Aziz, ceria.


Justeru itu, katanya, Suria Permata menawarkan dua pakej pilihan kepada mereka yang mahu mendapatkan khidmat ‘house boat’ itu.

Katanya para penyewa boleh melayari tasik Kenyir sendang bermalam di atas bot itu dengan tanpa makanan dan minuman atau dengan pakej lengkap.

“yang pertama tanpa makan dan minum……..maknanya penyewa bawa makanan dan minuman sendiri, masak dan hidang sendiri, selama sehari semalam dengan harga RM1800 dan tiga hari dua malam dengan harga RM3400,

“pilihan kedua pula……pakej yang lengkap sekali dengan makan dan minum kami ambil dengan kiraan satu kepala, setiap orang untuk dua hari satu malam dengan harga RM230 dan untuk tiga hari dua malam dengan bayaran RM400 seorang,”jelas beliau.


Katanya, minima jumlah penyewa untuk pakej lengkap yang diperlukan adalah sekurang-kurang 16 orang bagi setiap pelayaran.

Tambah beliau, bagi mereka yang ingin menerokai keindahan di Tasik Kenyir boleh menghubungi beliau sendiri di talian 012-929 1530 atau rakan kongsinya Azman Zahari di talian 013-4300477 atau 012-6060477.

Apabila ditanya, ‘house boat’ itu mendapat nama ‘Permata Suria’ yang indah itu, Aziz berkata, “saya dapat dalam mimpi saya,”.

Sumber  BO - 19-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bantah Cadangan Kerajaan BN Bina Hotel

Oleh : KAM

KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud di Kuala Berang, Hulu Terengganu membantah cadangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu membina sebuah hotel di hadapan dengan masjid itu.


Pengerusinya, Muhyidin Abdul Rashid (Gambar kiri) berkata satu laporan dibuat oleh Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Masjid kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) Terengganu berhubung pembinaan bangunan setinggi tujuh tingkat tersebut.

Katanya jamaah qariah masjid dan penduduk Bandar Kuala Berang tidak bersetuju dan membantah cadangan kerajaan BN mahu membina hotel dengan 72 unit bilik penginapan serta Blok Bangunan Kedai tiga tingkat mengandungi 30 unit ruang niaga

Menurutnya, bantahan itu berasaskan kepada salahguna kuasa dua institusi yang mempunyai ‘authority’ dan ‘access’ kepada pembinaan tersebut.

“Kita (jawatankuasa bertindak) buat laporan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) berhubung cadangan kerajaan Barisan Nasional (BN) membina satu bangunan hotel tujuh tingkat dan bangunan kompleks kedai tiga tingkat (30 unit) dalam kawasan Masjid di Kuala Berang.


“Kami bagi pihak jamaah masjid dan masyarakat di Kuala Berang melahirkan rasa kesal dan membantah tindakan kerajaan untuk membina hotel dan kompleks perkedaian ini di kawasan masjid.

“Pertama, cara pembinaan (projek) ini tidak mengikut peraturan. Saya telah merujuk kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) dan didapati belum ada sebarang kelulusan pelan daripada MDHT.

“Kedua, saya juga kesal dan membantah tindakan Maidam (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu) yang membenarkan kawasan yang diwartakan untuk pembesaran masjid dan kawasan parkir masjid tetapi dibenarkan untuk membina hotel dan kompleks perkedaian,” jelasnya kepada wakil media.
Beliau berkata demikian selepas membuat aduan dan menyerahkan dokumen bantahan kepada Pengarah Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri di Tingkat 2, Wisma Maidam, Jalan Banggol, Kuala Terengganu, 16 Januari lalu.

Muhyidin yang juga mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata hasil pertemuan beliau dengan pihak MDHT mendapati projek itu belum mendapat sebarang kelulusan pelan.


Justeru, katanya bagaimana projek tanpa pelan telah dibenarkan beroperasi dalam kawasan penguatkuasaan MDHT sendiri.

“Kerja-kerja awal telah dimulakan, pagar masjid sebahagiannya telah diroboh, pokok-pokok ‘landscape’ (hiasan taman) masjid telah dimusnahkan dan menutup laluan parker masjid dengan mendirikan pagar-pagar zink. Sedangkan, belum ada kelulusan pelan dari pihak MDHT.

“Berdasarkan pernyataan Warta Kerajaan Negeri Terengganu bertarikh 20 Julai 2006 (No.544) menyebut adalah diistiharkan bahawa tanah-tanah dan kawasan-kawasan yang tertentu yang dinyatakan dalam jadual di bawah ini bagi maksud yang berikut.

“Pembesaran tapak Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang dan jalan masuk ke masjid melalui Jalan Pusara, Mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu.


“Pelan pengambilan tanah untuk pembesaran Masjid Sultan Mahmud dan laluan masuk melalui Jalan Pusara, Pekan Kuala Berang, Daerah Hulu Terengganu pula bertarikh 27 Jun 2013.

“Lot-lot tanah yang terlibat iaitu Lot 129 GRN 12809 pada keluasan 0.33091 bersamaan 0.83 ekar dan Lot 130 GRN 5465 pada keluasan 0.15633 bersamaan 0.39 ekar,” ujarnya.

Sumber BO - 18-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kembalikan Padang Ragut Kepada Penduduk Tempatan

Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – Kerajaan negeri Terengganu, melalui agensi yang bertanggungjawab, diminta menilai kembali perlaksanaan projek penternakan kambing Kaprima di Kampung Chabang Kerteh.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik Amri Mamat berkata, projek tersebut hanya menguntungkan ‘orang luar’ sahaja penduduk tempatan.

Sedangkan kata beliau, aktiviti utama ekonomi penduduk dikawasan terbabit adalah adalah pertanian dan penternakan.

Katanya, keputusan kerajaan melaksanakan projek tersebut menyebabkan padang ragut menjadi terlalu kecil dan sempit.

“dianggarkan terdapat 500 ekor lembu di Kampung Chabang ini……. kesannya apabila padang ragut daripada (luasnya) 100 ekar (kini hanya) tinggal 5 ekar,

“lembu-lembu itu kekurangan sumber makanan dan berkeliaran di merata ceruk dalam kampung ini sehingga sesat (masuk ke kawasan) ke LPT 2,”jelas Amri.

Menurut beliau, sudahlah orang kampung kehilangan ‘padang ragut’ umtuk ternakan mereka, ‘Gugusan Kaprima’ yang ada itu sebaliknya, diberikan hak kepada oleh individu luar dari kampung itu


Sehubungan itu, perintis ‘Padang Ragut’ itu, Mohd Omar, 63, (gambar kiri, paling kiri) ketika ditemui berkata, kerajaan negeri semasa pemerintahan PAS telah meluluskan tanah seluas 100 ekar untuk tujuan tersebut.

“semasa pemerintahan PAS (tahun) 1999 hingga 2004, saya dilantik sebagai pengerusi projek padang ragut untuk penternakan lembu dan Kerajaan negeri telah meluluskan 100 ekar sebagai padang ragut,
“selepas PAS kalah pada 2004, berlaku pertukaran pengerusi dan padang ragut seluas 100 ekar itu dijadikan Lembah Kaprima di bawah penyeliaan Jabatan Pertanian,”kata beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Pak Yusof’.

Menurutnya, sejak Umno dan Barisan Nasional merampas tampuk pemerintahan pada tahun itu, padang ragut yang menjadi milik rakyat, lenyap dan menjadi projek yang dipanggil maka hilanglah Gugusan Kaprima dan Lembah Kaprima.


Katanya, Gugusan Kaprima kemudiannya sering bertukar tangan, manakala Lembah Kaprima telah disewakan kepada individu tertentu.

Justeru itu, Pemuda PAS Terengganu menggesa kerajaan nengembalikan kawasan tersebut kepada status asal sebagai ‘Padang Ragut Rakyat’.

Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili yang turut meninjau ke kawasan terbabit turut merasa dengan apa yang berlaku.

“saya minta pihak berkenaan peka dan prihatin dengan masalah penduduk di Kampung Chabang ini,
“saya difahamkan projek di Lembah Kaprima Parm, Kampung Chabang, 24300, Kerteh ini hanya terdapat 15 ekor kambing dalam kawasan tanah seluas 50 ekar di sini……….ia amat merugikan,”ujarnya lagi.

Sumber BO - 18-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemuda PAS Terengganu Bina Rumah Baru Untuk Sauji

Oleh : Zulshawal

MARANG – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan membina sebuah rumah baru untuk Pengarah Jabatan Amal Sauji Abd Rasid yang ditimpa musibah kebakaran pada hari Ahad lepas.

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Khas selepas lawatan exco DPPNT ke lokasi kejadian semalam, Isnin 16 Januari.


Ketuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menjelaskan, pembinaan rumah itu dipersetujui setelah DPPNT mendapat sokongan daripada semua ahli jawatankuasa.

“Ini adalah cara kita berkongsi duka bersama saudara Sauji, tambahan pula Sauji juga salah seorang exco DPPNT dan menjadi tanggungjawab pemuda menjaga kebajikan beliau,”

“Insyaallah pembinaan ini akan dimulakan dengan seberapa segera. Kita telah bersetuju keluasan rumah baru yang bakal dibina berukuran 30 (luas) kali 40 kaki (lebar) dengan anggaran RM60 ribu,”jelas Ustaz Kamaruzzaman.

Pembinaan tersebut akan diketuai oleh Ketua Kebajikan DPPNT Ustaz Ramlah Mahmood yang akan dibantu oleh Ahli Lembaga Jabatan Amal Negeri Terengganu, Nordin Ali.

Penasihat bagi program pembangunan semula runah Sauhi itu ialah Timbalan Ketua DPPNT YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.


Ustaz Hishamuddin berkata, pembinaan rumah ini perlu disegerakan kerana Sauji dan keluarga menumpang di rumah keluarga mereka.

“Kita akan menyegerakan pembinaan ini, namun beberapa perkara perlu kita perhalusi seperti perkongsian kos antara pelbagai agensi dalaman PAS, kos pembinaan, tenaga kerja dan sumbangan orang ramai,

“Ini perlu untuk menjamin perjalanan jadual pembinaan rumah baru Sauji berjalan mengikut jadual sepertimana kita rancangkan,”ujar nya

Bagi memudahkan perjalanan pembinaan ini, beliau berharap orang ramai yang prihatin akan menyumbang kepada usaha murni tersebut.

Derma atau infaq, kata beliau, boleh disalurkan kepada akaun DANA TAAWUN DPPNT 563064113873 (MAYBANK) atau menghubungi kepada Usaz Nasir Razab di talian 013 922 9463 atau Ustaz Ramlan di talian 019 938 9884.

“Ini perlu untuk kami memmerikan fokus semua bantuan kepada pembinaan ini dan kami dapat membuat audit kos pembinaan tersebut secara tepat,”


Tapak bagi rumah baru Sauji…….Pemuda bersetuju membina sebuah rumah berukuran 30 (luas) kali 40 kaki (lebar) dengan anggaran RM60 ribu
“Saya menyeru kepada semua agar dapat sama-sama membantu dan memberi sumbangan bagi menjayakan pembinaan rumah baru Ketua Jabatan Amal Terengganu ini,”tambah Ustaz Hishamuddin.

Dalam ziarah ke lokasi kebakaran semalam, DPPNT telah menyerahkan sumbangan awal kepada Sauji bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh beliau.

Seluruh Jawatankuasa DPPNT juga telah dibawa ke tapak tanah pembinaan rumah baru yang jaraknya 1 kilometer daripada lokasi rumah yang terbakar.

Turut hadir dalam ziarah tersebut Setiausaha DPPNT, Ustaz Nasir Razab dan Bendahari DPPNT Ustaz Tarmizi Abd Rasid.

Sumber BO - 17-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pejuang Yang Tidak DiDendang

Oleh : Azizah Mahmood

Usianya dah mencecah 37 tahun, meniti hari hari yang di berikan Allah kepadanya dengan berbakti kepada PAS, di setiap DUN, kawasan mahupun negeri negeri.

Sebuah nama ini tidak lekang dari bibir mereka yang benar-benar mahu PAS menang di setiap kerusi.


Alghazali Abu Bakar, seorang pemuda yang ke hulu kehilir berkongsi kemahiran, mencurah pandangan, membilang berapa sasaran undi, muslimat, pemuda mahupun Ameerah.

Inilah orangnya yang kita cari bila gerak kerja pilihanraya perlu di perinci untuk sebuah kemenangan yang hakiki.

Hari ini setelah hampir 14 tahun terlibat kemalangan jalanraya yang menyebabkan peha kiri dan lututnya cedera dan terpaksa melakukan pembedahan.

Sehingga saat ia di ‘akad nikah’ dengan pasangannya Roazlisa Ab Aziz, dia mengatur langkah dengan bertongkat.

Hidup seorang ‘jundullah’ ini setiap hari entah di mana kakinya terhayun, sentiasa berkorban dengan ‘tulang besi’ yang bersemadi di pehanya tanpa menghirau kesakitan.

Tidak terlukis riak sakit jauh sekali mengeluh akan ‘cacat’nya diri.


Langkah terus di hayun sehingga akhirnya, lapan kali menjalani pembedahan akibat memaksa pergerakkan yang tidak sepatutnya di beban begitu rupa.

MashaAllah kerdilnya diri yang terkadang pening sedikit sudah menunda waktu untuk jemaah.

Hakikatnya inilah pejuang tulin ‘membakar diri demi orang lain,.

Tidak perlu pada pujian, jauh sekali di ‘dendang namanya’, cukup sekadar PAS menang pilihanraya dan itulah impiannya dan impian yang dikongsi oleh kita.

Hari ini dia sedikit berduka, sakit kakinya sudah semakin parah dan pembedahan segera amat perlu bagi mengelak kecederaan serius pada urat lutut kirinya.

Pembedahan yang memerlukan perbelanjaan besar kira-kira RM24,000 bukan sedikit.


“berikan aku kekuatan Ya Allah, untuk terus berbakti pada agamaMu, bantu aku Ya Allah permudah kesembuhanku, langkah ku tak perlu tempang takkala kami di ambang perang,” seakan ini yang di luahkan bila bertemunya.

MasyaAllah, hebatnya insan ini bila masih tersenyum tanpa sekelumit sesal berkorban dan menyembunyi kesakitan demi turun ke medan jihad, sedang diri kita yang lain, sering merungut bila di undang ke program.

Ayuh semua yang bernama ahli dan penyokong PAS, yang mengaku ‘nahnu Ansorallah’, sumbangkan sedikit wang yang berbaki untuk insan ini.

Ayuh kongsi sedikit keperitannya moga dia merasa bahawa hebatnya ‘ukhwahfillah’.
Jadikan diri kita seorang yang berkasih sayang kerana Allah.

Hari ini hari dia di uji esok lusa belum tentu siapa……..entah kita entah keluarga kita…….


Apalah sangat dengan RM 00 kita berbanding sebatang skru yang akan di pakai di kakinya yang bernilai RM1100.

Ayuh jadikan skru ini sebatang skru yang berlapis dengan kasih dari rakan sejemaahnya, jadikan urat ‘implan’ yang akan berada di lututnya sebagai urat sayang seorang sahabat sejemaah.

Moga dengan setiap huluran kasih ini dia yang bernama Alghazali akan kekal mantap berdiri dan berlari demi sebuah kemenangan hakiki dan kita telah menjadi sebahagian dari dia kerana hebatnya ukwahfillah.

Kita satu jamaah, satu rasa satu suara tidak sesekali berbilang jamaah jauh sekali meninggalkan jamaah.

Sumbangan kepada boleh di hulurkan melalui akaun Bank Islam atas nama JABATAN PILIHANRAYA PAS TERENGGANU : 13017010823315, atau boleh berhubung terus dengan Mohd Al-Ghazali di talian 013-9332304.

Sumber BO - 17-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muslimat Seru Hulur Bantuan Kepada Sauji

Oleh : Salwana Ghani

MARANG – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru semua pihak menghulurkan bantuan kepada Pengarah Jabatan Amal Terengganu Sauji Rashid yang musnah seluruh rumahnya dalam kebakaran.


Bendaharinya Dr. Che Faridah Ismail berkata mengucap takziah kepada beliau sekeluarga atas musibah yang menimpa pada dua hari lalu.

“bagi pihak DMPM saya mengucap takziah kepada Sauji dan keluarga atas musibah yang berlaku, kita harap beliau sekeluarga bersabar dan tabah dengan ujian Allah,

“kepada rakan-rakan sahabat serta sesiapa sahaja, zahirkan simpati kita dengan sama-sama membantu setakat yang termampu agar keperitan yang menimpa dapat diringankan,” kata Che Faridah ketika Sauji di Kampung Temala Hilir, Pengkalan Berangan, semalam 16 Januari.

Beliau berkata dan berdoa, Allah akan menggantikan gantikan dengan rezeki yang lebih baik atas kesusahan yang dihadapi Sauji.


Dalam kejadian pada hari Sabtu, rumah Sauji telah rentung seluruhnya, dalam kebakarang yang berlaku pada jam 12 tengah hari itu.

Isteri Sauji, Puan Siti Karinah Jusoh, 32, tetap bersyukur, walaupun kehilangan semua harta benda, namun tiada sebarang kemakangan jiwa.

“syukur alhamdulillah, masa kejadian semua bersekolah dan saya hendak pergi mengambil anak yang balik dari PASTI,

“(jam) 11.45 pagi saya keluar rumah dan balik jam 12.15 tengahari………dalam masa setengah jam habis segalanya dalam sekelip mata,”ujar beliau.

Sementara itu, Sauji yang ditemui berkata, beliau baru pulang dari membuat laporan di balai polis tentang kejadian itu.


Muslimat hulur bantuan kepada isteri Sauji, Puan Siti Karinah Jusoh
“saya baru balik dari balai polis, alhamdulillah dah selesai buat ‘report’ dan ambilsurat dari Jabatan Bomba untuk menyelesaikan segala dokumen yang terbakar,

“terima kasih kepada semua yang sudi ziarah dan menyumbang,” kata Sauji.

Menurutnya, buat masa ini, beliau sekeluarga menumpang tinggal di rumah ibu mentuanya berhadapan denan rumah beliau

Sumber BO - 17-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Jambatan Gantung Dan ‘Jihad Media’

Oleh : Sumaiyah Zakaria


Ada apa dengan jambatan gantung dan apakah kaitannya dengan jihad media?

Jambatan gantung biasa ditemui di dalam hutan ataupun tempat yang memerlukan bantuan sebagai penghubung bagi meneruskan perjalanan dari suatu tempat ke tempat yang lain, yang mana dipisahkan oleh kawasan berair, bercuram ataupun untuk merentasi halangan.

Tanpa kita sedari, peranan jambatan gantung juga boleh diibaratkan seperti jihad media yang mana menjadi medium penghubung sebaran maklumat kepada masyarakat.

Sepertimana pentingnya kekukuhan sesuatu jambatan gantung, begitu jugalah pentingya kekuatan media.

Umum mengetahui, media merupakan salah satu sumber utama kepada masyarakat dalam mendapatkan maklumat kini.

Jambatan gantung yang dibina untuk kegunaan manusia perlulah mempunyai asas binaan yang kukuh, diluluskan mengikut syarat pembinaan, tahan lama dan tidak memudaratkan si pengguna.
Faktor inilah yang diambil kira oleh manusia sebelum menggunakan khidmatnya.


Demikian jugalah media yang ingin digunakan perlulah menepati piawaian, sama ada dari sudut pengamal media itu sendiri, sumber maklumat, alat dan seumpamanya.

Semua syarat tersebut adalah berkait antara satu sama lain.

Jika salah satu daripadanya melanggari syarat dalam jihad media, maka maklumat yang terhasil pasti ada kelemahannya sehingga kesannya turut dirasai oleh masyarakat.

Antara perkara yang perlu dititik beratkan dalam proses penyebaran maklumat kepada masyarakat menggunakan jihad media, adalah berkaitan sumber maklumat dan cara penyebarannya.
Sesungguhnya Islam menetapkan bahawa, matlamat tidak menghalalkan cara.

Sekalipun matlamat yang ingin dicapai itu adalah benar, namun jika sumber maklumat dan cara penyebarannya salah, maka ianya telah melanggar etika jihad media yang sah.

Jihad media bagi gerakan Islam berbeza berbanding jihad media yang lain.

Disiplin yang tinggi amatlah dituntut dalam meneruskan kelangsungan jihad media ini.


Justeru, sebagai pengamal media yang memahami tuntutan Islam, kita haruslah mengambil perhatian dan berperanan sebagai penyalur maklumat yang benar kepada masyarakat.

Ingatlah bahawa, kita bekerja bukanlah kerana nama atau kepuasan diri sendiri, akan tetapi kita bekerja untuk menyampaikan kebenaran dan Islam itu sendiri.

Jadikanlah diri kita sepertimana jambatan gantung, mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh manusia. Manfaatkan kepercayaan yang diberikan dan semoga jihad media yang kita ceburi ini beroleh keredhaan daripada Allah SWT.

***Sumaiyyah bersama KAMI mengharungi tiga malam dua hari di tepian Sungai Lasir, pinggir Tasik Kenyir, dalam program RETREAT MEDIA RERENGGANU 2017

Sumber BO - 16-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lima Tahun Berlalu; Kompleks Tekstil Masih Belum Dibuka

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Kompleks Tekstil Kijal (KTK) Bandar Baru Kijal yang terletak di laluan jalan persekutuan Kertih-Chukai, masih belum dibuka walaupun tahun sudah beranjak kepada 2017.


KTK yang kononnya bakal menjadi komponen penting pembangunan Bandar Baru Kijal, pada awalnya dijangka beroperasi menjelang pertengahan tahun 2012 lalu.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh mempersoalkan tentang rancangan kerajaan Umno Terengganu mahu membawa pelabur daripada negeri China.

“Bangunan sudah siap…….jalan pun sudah siap, tetapi tiada peniaga, mana pelaburan dengan pihak tekstil China yang digembar gemburkan sebelum ini?,”kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan terhadap projek membazir kerajaan negeri itu, semalam Ahad, 16 Januari.

Menurutnya, hanya pasaraya besar ‘Giant’ yang masih beroperasi dan ‘cakap-cakap’ tentang bandar baru yang hebat itu hanya janji kosong semata.


“Hanya Giant yang masih beroperasi, mujur ada ‘Renaco’ jadi penyelamat, ambil kompleks ini jadi kampus pengajian sementaranya,”tambah beliau.

Katanya, kemunculan KTK sebagai satu lagi mercu tanda ‘projek gajah putih’ menambah senarai kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Menurutnya, Kompleks setinggi tiga tingkat bernilai RM 40.7 juta dan mengandungi 44 unit kedai itu, telah tersasar dari perancangan asal kerajaan negeri Terengganu.

“KTK kononnya dinobatkan sebagai kompleks terbesar di kawasan Pantai Timur dan disasar untuk menjadi lokasi pengusaha tekstil dari dalam dan luar negara untuk memasarkan produk mereka,
“tetapi setelah lima tahuu berlalu, Bandar Baru Kijal masih menjadi kota lengang dan sunyi,”tegasnya.


Sehubungan itu, hasil carian atas talian (online) juga mendapati, KTK adalah satu projek yang dibina di kawasan seluas 160 hektar.

Ia melibatkan beberapa komponen lain dengan kos keseluruhannya kira-kira RM143 juta, antaranya, rumah kedai, Kompleks Mara dan tapak pendaratan kering Kastam.

“Ia dibina semuanya…….kononnya mampu menjana ekonomi di Kijal……tapi (saya rasa) semuanya bakal menurut jejak KTK……..(bakal) menjadi projek ‘gajah putih’,”tambah Ustaz Hazri

Sumber BO - 16-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tingkat Tahap Keselamatan LPT2

Oleh : Mohd Tishaah

KEMAMAN – Pihak Pengurusan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT 2) digesa mengambil tindakan segera meningkatkan tahap keselamatan, demi keselamatan pengguna LPT 2.

Ahli Jawatankuasa PAS Kemaman Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, keadaan prasarana terutamanya pagar banyak yang rosak.

Katanya, terdapat pagar yang menggunakan besi ‘C channel’ yang amat mudah tumbang berbanding tiang berkonkrit yang lebih berat dan kukuh.


“saya turun sendiri meninjau keadaan prasarana dan mendapati banyak kerosakan terutama pagar yang menyebabkan haiwan boleh melepasi lebuh raya, ini amat membimbangkan saya dan pengguna lain,

“terowong jambatan berhampiran Sungai Itam, Kampung Chaban Kerteh juga banyak pagar yang telah roboh dan ada yang terbuka tiada pintu pagar,”ujarnya.

Justeru itu, beliau menggesa pihak pengurusan LPT2 pagar yang dibina dengan bahan yang tidak sesuai itu agar sebarang pencerobohan de dalam kawasan lebuh raya dapat di elakkan.

“menggunakan besi C channel yang amat mudah tumbang tidak kukuh……saya meminta pihak LPT 2 menimbang balik kesesuaian penggunaan besi ‘C channel’ itu,”tambah beliau.

Ir Saiful Azmi menegaskan, pihak pengurusan LPT2 mesti mencari jalan samada jangka masa pendek maupun panjang, bagi menyelesaikan isu tersebut.

“supaya keselamatan para pengguna LPT2 bukan sahaja dilihat terjamin tetapi memang terjamin,”tegasnya.


Sehubungan itu, seorang penduduk tempatan, Yusoff Ghani, 53, berkata, titik pagar runtuh itu merupakan laluan binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing untuk mencari makanan dalam kawasan LPT2.

“ia amat merbahaya jika ada yang melintasi pagar runtuh itu dan memasuki lebuhraya….sebagai salah seorang pengguna LPT2 saya meminta pihak Pengurusan LPT 2 mengadakan perbincangan dengan penduduk berdekatan,

“bagi mencari jalan menyelesaikan yang boleh menjamin keselamatan para pengguna LPT 2 keseluruhannya,”saran Yusoff.

Beliau memaklumkan, ada perjumpaan yang diadakan sebelum dengan penduduk di Kampung Chabang.

Namun begitu, katanya, selepas LPT2 diserahkan kepada syarikat pengurusannnya, tiada lagi program seumpama itu.

Sumber BO - 16-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

More Signboards Needed On LPT2

KUALA TERENGGANU: Malaysian Highway Authority (LLM) has been urged to set up more signboards along the East Coast Highway 2 (LPT2) to alert motorists about the presence of the protected animals on the highway.

State Wildlife and National Parks Department director Mohd Hasdi Husin said the signboards are important to ensure safety of both motorists and the protected animals.


Hasdi said moreover, the department also discovered there are some parts of the fencing along the highway that were damaged by unknown parties.

“The fencing is in dire need of repairs. This is to avoid wild animals in encroaching into the LPT2 area,” he said. Hasdi was commenting on the sighting of a tapir at KM321 of the LPT2 yesterday evening.

“We have been informed about the sighting of the animal by LLM around 7pm and our team arrived at the location one hour later,” he said.

“Our officers were only able to stumble upon the animal’s tracks leading into the jungle nearby,” he said, adding that five officers went to the area again today to monitor the situation.

“We hope that the public will inform us immediately, if they spot any protected animal such as tiger, elephant, bear, or tapir along the LPT2.” he said. nst.

Sumber BO - 15-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tumpu Kepada Tugas PRU14

OLeh : Faizal Ghani

MARANG – Para petugas PAS di semua peringkat diminta memberi tumpuan, bekerja kearah kemenangan bagi memastikan PAS kembali berkuasa di negeri Terengganu selepas pilihan raya umum kali ke-14 (PRU 14) nanti.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Malaysia Dato’ Mustafa berkata, kefahaman menterjemah ‘Politik Matang dan Sejahyera’ merupakan pra-syarat dalam menghadapi tugas berat itu.

“Saya menyeru dan berharap agar setiap tenaga yang hadir mampu untuk memberi kerjasama dan bekerja ke arah kemenangan Islam dan PAS dibumi Terengganu bagi membolehkan PAS menerajui pemerintahan negeri Terengganu.” Kata Mustapa.


“Di sini juga ingin saya tekankan perlunya kefahaman yang bersungguh berkaitan senario politik semasa dan menterjemahkan budaya politik matang dan sejahtera dalam melaksanakan agenda bersama masyarakat,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan.

Sehubungan itu, Pengarah DUN Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong ketika diminta mengulas perkara tersebut mengharapkan mereka yang diberi amanah, dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Setiap orang yang dilantik memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan memberi tumpuan dan sanggup melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas dan berharap kepada pertolongan Allah,”tegas beliau yang juga Pengarah Pilihan Paya DUN tersebut

Ustaz Sulaiman telah mengepalai bacaan ikrar pada majlis itu bersama lebih 300 petugas telah hadir ke program yang telah diadakan di PASTI Al Jannah Kampung Jerung pada Jumaat, 13 Januari lalu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua dan Ahli jawatankuasa PAS Kawasan Marang, Yahaya Ali dan Mohamed Deraman.

Sumber BO - 15-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































Rayuan derma: Rumah Pengarah Amal Terengganu terbakar

HARAKAHDAILY | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43913-rayuan-derma-rumah-pengarah-amal-terengganu-terbakar

Dukacita dimaklumkan rumah Pengarah Jabatan Amal Terengganu, Sauji Abdul Rashid di Kampung Temala Hilir, Marang, Terengganu musnah dalam kebakaran kira-kira jam 12.50 tengah hari, hari ini (15 Januari 2017).

Sauji seorang petugas parti hampir sepenuh masa dikenali dengan komitmen terhadap tugas yang dipikulnya.

Bagi pihak Kebajikan PAS Terengganu, saya merayu untuk kita bersama membantu beliau di saat sukar sebegini.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 13017028550621 atas nama SAUJI ABDUL RASHID.

Terima kasih atas sumbangan dan simpati yang dihulurkan.

Dr Azman Ibrahim
Ketua Kebajikan PAS Terengganu
15 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 15/1/2017

Sumber HD - 15-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Butanya Mata Mereka!

Oleh : Azizah Mahmood

Menempuh perjalanan selama satu jam dari Kuala Terengganu sebelum tiba di Pengkalan Gawi Kenyir amat tidak terasa, bilamana tempat yang di tuju membawa satu kenangan yang amat mahal dan tidak mampu di tafsir dengan kata kata.


Menaiki ‘houseboat’ selama hampir dua jam menyusuri Tasik Kenyir yang hening dan damai disulami pemandangan yang sesejuk mata memandang.

Sehingga dapat mendengar dengan jelas setiap kocakan air tasik yang bening sehinga menjadi igauan kaki pancing untuk menerjah Tasik Kenyir yang kaya dengan pelbagai spesis ikan darat seperti Kelah, Baung dan Patin.


Sebaik melabuhkan housebot di pinggir Sungai Lasir seakan berada di satu alam yang penuh panorama indah yang menjadi pujaan sang penyair untuk melantun puisi indah penuh inspirasi.

Deruan air terjun yang indah dan tidak tercemar jauh dari kesibukan sehingga seakan tersembunyi dari pandangan mata kasar manusia.

Alangkah ruginya tasik yang indah dengan air terjunnya yang tersembunyi tanpa ada tangan-tangan yang ingin memaparkan pada dunia.

Dari jauh seorang anak tempatan melungsur dengan bot laju seakan tiada sedikit pun kerungsingan dibenaknya.


Inilah Hikmat Alam Semula Jadi .

Meniti anak tangga menuju ke air terjun Lasir yang diselangseli dengan hentian rehat usang, seakan sudah lama tidak menerima tetamu.

Hati tersentuh seakan sedih melihat khazanah yang di abaikan.

Terpegun dan seakan terhenti degup jantung, maha suci Allah yang mentadbir Alam ini

Alangkah sayangnya melihat jambatan gantung yang berlatarbelakangkan airt erjun yang indah sayup mata memandang seakan tidak memberi kesan pada mereka untuk meletakkan sungai itu dalam agenda lawatan ke tempat menarik di Terengganu.

Alangkah butanya mata mereka yang diamanahkan!

Kemudahan Asas Terbiar

HULU TERENGGANU – Keindahan Air Terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir yang tersohor itu bagaikan ‘indah khabar dari rupa’.


Kunjungan singkat Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu ke sana mendapati kemudahan asas yang disediakan oleh pihak KETENGAH yang bertanggungjawab terhadap pembangunan Tasik Kenyir amat mengecewakan.

Krew KAMI mendapati laluan simen berpagar yang menjadi laluan utama ke Jambatan Gantung Air Terjun Lasir sebahagiannya roboh.

Ada sebahagian laluan itu terputus dan sangat merbahaya kepada pengunjung kerana terpaksa mengambil risiko berpaut pada akar kayu yang curam dan licin.

KAMI juga mendapati beberapa pondok rehat tidak boleh digunakan sama sekali.Hentian utama dibiarkan tidak terurus sama sekali.yang sudah pasti menyukarkan pengunjung yang ingin menikmati flora dan fauna di sini.


Jaring keselamatan di Jambatan Gantung yang didapati merbahaya.Ini amat memalukan dan mencemarkan Tasik Kenyir sebagai destinasi utama pelancongan di Asia Tenggara.

Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan oleh pihak KETENGAH untuk mempromosikan Terengganu sebagai hub pelancongan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

Usaha kerajaan menghabiskan jutaan ringgit untuk promosi TahunMelawat Terengganu 2017 tidak bermakna jika prasarana ini tidak dibaiki sebelum kedatangan pelancong

Sumber BO - 15-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


‘Jogging’ Sambil Edar Risalah

KEMAMAN – Muslimat PAS mengiatkan usaha menerang dan memberi maklumat kepada orang ramai berhubung Pindaan Rang Undang-Undang(RUU) 355, yang dijangka akan dibentang pada sidang Parlimen akan datang.


Menurut Ketua Penerangan dan Hubungan Medianya, Masilah Mariam Muhammad, ‘Jom Berjogging’ ialah satu program santai yang dalam masa yang sama cuba mengedar risalah, meninjau sejauhmana penerimaan masyarakat terhadap akta tersebut.

“Melalui tinjauan kami, rata-rata pengunjung memberikan sokongan yang padu terhadap usul RUU355, “ ujarnya ketika ditemui pada tersebut yang diadakan di Padang Astaka, Chukai di sini pada Jumaat, 13 Januari.

Namun begitu, kata beliau, ada segelintir pengunjung yang tidak kurang bekerjasama ketika ditemubual bahkan ada yang tiada maklumat tentang RUU355.

“Dalam perhatian kami, masih ada pengunjung yang langsung tidak tahu mengenai RUU355,” kata Masilah dengan nada kecewa.


Pada  masa yang sama, kata beliau, penganjur juga menyediakan hadiah kepada 10 orang pengunjung terpilih.

Acara yang bermula pada 7.00 pagi berakhir pada jam 9.30 pagi itu turut dihadiri oleh Ketua Muslimat PAS Kemaman, Fainah Mat yang berharap ianya dapat diteruskan lagi di masa akan datang.




Sumber BO - 14-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelajar Lemas Di Tasik Puteri

Oleh : Aziz Jusoh

BUKIT BESI- Kegembiraan sekumpulan remaja mandi-manda di Tasik Puteri, Bandar Al-Muktaffi Billah Shah bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi, Muhammad Ishaqnur Abd Latiff, 17 dipercayai lemas setelah terjun ke dalam tasik dan difahamkan mangsa tidak pandai berenang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar AMBS, Jas Wari Awang@Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.33 pagi.


“Seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi dibantu empat anggota dari unit penyelamat di air dari Balai Bomba Penyelamat Chukai.

“Mayat mangsa yang berasal dari Taman Perdana, Bukit Chatak, Dungun ditemui pada jam 12.42 tengahari selepas 14 minit operasi dilancarkan.

“Jasad mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira empat meter di dasar sungai dan dua meter dari lokasi dia terjun,”katanya kepada pemberita.

Mayat mangsa yang juga pelajar SMK Seri Dungun diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Dungun untuk urusan selanjutnya.

Sumber BO - 14-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Projek Airmata Rakyat di Kenyir

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

TIAP seorang Menteri Besar Terengganu Pasti akan meninggalkan monument mereka, tidak kira dalam bentuk apa sekalipun.

Sejak zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad lagi, Terengganu kaya dengan pelbagai projek yang dirancang kerajaan BN bukan untuk manfaat rakyat, sebaliknya hanya mengisi kantung kroni dan sanak saudara.

Tanggal 12 Januari, Krew Kumpulan Media Independent ( KAMI) Terengganu membuat tinjauan di beberapa lokasi projek pembangunan pelancongan dan prasarana di Tasek Kenyir.


Perjalanan krew KAMI Ke Tasik Kenyir diketuai Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu.

Perjalanan kali ini menemukan kami dengan pelbagai ‘monument’ yang ditinggalkan bekas bekas MB Terengganu sejak Kenyir di bangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan.

Namun paling tidak masuk akal sebuah projek Free Duty Zone yang dianggarkan menelan belanja RM100 Juta yang dimulakan pada tahun 2011 dan sepatutnya siap beroperasi pada 2016.

Ketika ini bangunan utama di bahagian hadapan yang sepatutnya menempatkan ruang legar perniagaan dan pusat pameran masih tidak siap sepenuhnya.

Malah terdapat bahagian bangunan yang sudah mula rosak dan pecah akibat hujan serta kesan banjir.
Dua bangunan utama di bahagian belakang pula masih dalam peringkat awal pembinaan.


Sementara kerja-kerja prasarana khasnya tempat kumbahan, projek mendalamkan laluan bot masih di peringkat awal.

Maka jangkaan untuk Free Duty Zone ini beroperasi pada 2017 atau 2018 ini bukan suatu yang realistik.

Melihat impak projek ini kepada masyarakat sekitar Kuala Berang pula, bagi Ustaz Mohd projek tersebut langsung tidak memberi nilai ekonomi kepada mereka.

Apa tidaknya kata Ustaz Mohd Nor, kawasan Free Duty Zone yang dibangunkan di Pulau Bayas ini berada jauh dari jeti Kenyir.

Malah dari aspek pengangkutan yang hanya mengharapkan bot dan house boat tidak memberi nilai ekonomi yang baik kepada pelancong mahupun peniaga.

Kos membawa barangan kata Ustaz Mohd Nor sangat tinggi dan ia pastinya akan menyebabkan peniaga menaikkan harga jualan apabila zon bebas cukai ini nanti siap sepenuhnya.

Bagi Ustaz Mohd Nor, sepatutnya zon bebas cukai ini dibangunkan di bandar Kuala Berang yang mana dari sudut perhubungan jalanraya, infrastruktur sudah mencukupi.


“Saya lihat projek ini hanya suatu pembaziran. Mereka buat projek bukan atas dasar mahu membantu rakyat, sebaliknya hanya mahu masuk poket sendiri,” kata beliau lagi.

Amanah yang diberi sebagai MB hanyalah untuk memastikan mereka dapat menyediakan projek samada untuk diri se diri atau untuk kroni.

Terengganu terkenal dengan negeri bumbung stadium runtuh, makmal runtuh, projek high impact yang akhinya terbengkalai

Belanja jutaan ringgit kononnya atas dasar mahu membantu rakyat akhirnya tenggelam dalam ‘tasik kenyir’ bersama monument kebanggaan dan menjadi air mata rakyat…

Sumber BO - 14-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gembleng Tenaga Tingkat Jenama Parti

HULU TERENGGANU – hli-ahli PAS diseru agar menggembling tenaga berdasarkan kepakaran masing-masing dalam apa juga bidang bagi melonjakkan jenama parti di mata rakyat terbanyak kerana masyarakat sekarang ini sangat peka dengan perkembangan media.

Ada sesetengah ahli ataupun pimpinan pandai menggunakan kata-kata bagi memperkenalkan PAS kepada masyarakat dan ada juga yang sangat bagus dalam menyusun ayat-ayat bagi tujuan yang sama.

Mereka yang pandai dalam bidang penulisan ini yang juga dikenali sebagai wartawan, samada rasmi ataupun tidak, perlu bijak mencaru ruang dan peluang bagi mempromosikan semua aktiviti-aktiviti yang melibatkan jemaah PAS.

Islam tidak dapat dipisahkan dengan dakwah dan juga politik yang menuntut kita merangkumkan kesemua elemen-elemen itu bagi menjayakan misi memartabatkan Islam.

Demikian antara inti pati ucapan perasmian ketika perlepasan peserta ke ‘Retreat’ Media dan Penerbitan Terengganu oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah di Pengkalan Gawi, Kenyir, pada Khamis 12 Januari.

“Bila kita berpolitik, dalam politik itu ada dakwah, kerana Islam itu seperti pukat, kait mengait, tidak boleh putus, bila kita berpolitik, kena ada dakwah, bila kita berdakwah, kena ada politik.


Allah taala memuji orang yang berdakwah dan biasanya dakwah ini dengan ucapan, tetapi ada orang tak pandai berucap, dia pandai menulis sahaja.

Diantaranya wartawan, ada yang pandai bercakap dan menulis, ada orang pandai bercakap tak berapa pandai menulis, pandai bercakap sahaja tapi menulis, pegang pen, tak terkeluar isinya.
Ada orang yang tak pandai bercakap, tetapi pandai menulis,” kata beliau.

Beliau menekankan lagi agar wakil-wakil rakyat PAS dipromosikan dengan betul dan berterusan agar rakyat tahu aktiviti-aktiviti mereka kerana zaman ini, media menjadi satu keperluan, sekaligus mengangkat imej pimpinan PAS.

Isi penulisan juga perlu menekankan aspek menolak tohmahan-tohmahan daripada musuh dan dalam masa yang sama juga menyerang musuh dengan bahasa kewartawanan yang baik dan terkawal.

Retreat Media dan Penerbitan Terengganu dianjurkan oleh NGO Kumpulan Media Independen (KAMI) yang aktif menyampaikan berita dalam dan luar negeri bagi menyalurkan maklumat yang paling tepat kepada rakyat.

Program selama tiga hari dua malam itu disertai oleh 40 orang pengamal media dari seluruh daerah di dalam Negeri Terengganu dan akan dikendalikan oleh Ketua Pengarang Harakah, Wan Noordin Wan Yaacob.

Turut serta ialah Pengerusi KAMI, Dr.Azman Ibrahim, wartawan Harakah Terengganu, Khairul Azlam dan juga hampir semua pegawai media Adun-Adun PAS Terengganu.

Harapan Pengerusi KAMI, Dr Azman, agar semua peserta akan berjaya diasah bakat mereka dengan lebih cemerlang lagi bagi menghadapi PRU-14 yang akan datang bila-bila masa sahaja dari sekarang

Sumber BO - 13-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu Rumah Taman Seri Gemilang II; Kerajaan Mesti Bertanggungjawab

KEMAMAN – PAS mahu Kerajaan Negeri bertanggungjawab bagi menyelesaikan kemelut pembeli Rumah Mampu Milik Taman Sri Gemilang Fasa II Kerteh

Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, pentadbiran Razif perlu mengambil inisiatif tersebut kerana Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) yang melantik pemaju terbabit.

“susulan dari berita kemelut pembeli Rumah Mampu Milik Taman Sri Gemilang Fasa II Kerteh yang disiarkan dalam laman portal www.buletinonline.net semalam,

“saya mencadangkan Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menyelesaikan kemelut tersebut,” ujarnya disini semalam.


Ir.Saiful Azmi menerima dokumen, aduan dari pembeli rumah yang teraniaya
Beliau berkata, seorang dariapad pembeli rumah tersebut telah berjumpa dengan beliau dan meluahkan kekecewaannya dengan masalah yang dihadapinay, dan mohon jasa baik PAS umtuk membantunya.

Sehubungan itu, Ir Saiful Azmi berkata, beliau telah mengatur satu pertemuan diantara sebahagian pembeli rumah tersebut dengan pihak Lujnah Udang Undang & Hak Asasi (LUHAM) dari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil.

“Pemuda PAS DUN Kemasik juga menggunakan media sosial untuk mengenengahkan isu tersebut dengan harapan dapat membuka mata pihak terbabit tampil ke depan dan menyelesaikannya,” ujarnya lagi.

Beliau sangat simpati dengan nasib pembeli rumah itu kerana ada diantara mereka yang telah berhutang, menggadai barang kemas dan meminjam wang untuk membayar wang pendahuluan rumah, projek yang tergandala itu.

“Seorang pembeli memaklumkan telah menggadaikan barang kemasnya bagi mendapatkan wang tunai untuk menyelesaikan wang pendahuluan tersebut,”kata beliau

Justeru, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman itu berjanji akan terus bersama para pembeli untuk menuntut keadilan dan hak mereka.

“atas nama sesama orang Melayu dan Islam, sesuatau kemungkaran itu wajib dicegah, saya memberikan komitmen saya untuk sama-sama berjuang dengan mereka yang teraniaya, bagi menuntut keadilan,”tambahnya

sumber  TKO - 12-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penduduk Kampung Gembira Dengan Keprihatinan KAMI – YDP Besut

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

BESUT – Penduduk kampung dan warga daerah Besut, sangat gembira dengan keprihatinan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu yang turut sama merasai kesukaran, ujian banjir yang diduga oleh Allah keatas mereka.


Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad melahirkan rasa sukacita atas kesudian pihak KAMI menganjurkan pogram ‘Dapur KAMI’ yang merupakan satu perkhidmatan kepada masyarakat.

Katanya, ia sangat penting terutamanya dalam situasi mereka sedang fokus kepada pembersihan dikawasan rumah masing-masing.

“Alhamdulillah, pada kali ini pihak media KAMI turun untuk membantu berkongsi kesukaran yang dialami oleh masyarakat kita dengan menyediakan sedikit juadah tengahari yang saya kira dapat dikongsi bersama oleh masyarakat kita disini,

“Pergerakkan media KAMI pada kali ini saya tengok, ke kawasan yang paling serius (banjir) pada kali ini dimana sebahagian masyarakat berada dipinggir sungai atau laluan air tadi mengalami satu ujian yang agak besar,”ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berkunjung dan mengecap hidangan makanan yang disediakan oleh para aktivis KAMI, di Kampung Pak Sik, pada Isnin, 9 Januari.

Ustaz Wan Azhar menambah, petugas PAS Kawasan Besut juga sedang mengagihkan bantuan keepada mereka terjejas banjir, terutamanya kepada penduduk luar bandar.

“antara kawasan tumpuan bantuan kita juga ialah dikawasan ini, sebab masyarakat yang agak jauh daripada kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh pihak berwajib,

“agak jauh dari daripada bandar Jerteh dan Kampung Raja……. (yang) sudah pasti kesukaran itu berlaku kepada mereka,”jelasnya.

Sehubungan itu, kata beliau, kehadiran KAMI dapat membantu para penduduk memenuhi keperluan semasa mereka.

“dalam laporan yang kita (PAS) dapat, mereka (penduduk) rasa gembira dan seronok juga bangga dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh pihak media KAMI,


“dan saya bagi pihak PAS kawasan Besut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu memberikan kemudahan kepada masyarakat kita dalam situasi mereka sedang menghadapi musibah yang agak besar pada kali ini,”katanya lagi.

Beliau berkata, seluruh DUN dalam parlimen Besut telah dilanda bah pada tahun dan Hulu Besut adalah kawasan yang agak serius, manakala hanya beberapa kampung sahaja yang terbabit di DUN Jertih.

Pada hari yang sama, PAS Kawasan Kuala Terengganu telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan lebih RM30,000, bagi meringankan beban keluarga rebabit dengan musibah itu.


Sumber BO - 11-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan Wajib Tingkatkan Infrastruktur Penduduk Hulu Besut

Oleh : Salwana Ghani

BESUT – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional wajib meningkatkan insfratraktur penduduk di pedalaman khususnya di kawasan Hulu Besut bagi mengelakkan bencana banjir berulang.


Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Terengganu Ustazah Hajjah Shamsiah Abu Bakar  (gambar kanan) berkata, kerajaan mestilahsentiasa prihatin terhadap nasib penduduk terbabit yang menjadi ‘fobia’ akibat bah yang berlaku setiap tahun.

“bagi pihak kerajaan kita mengharapkan agar sentiasa prihatin melihat insfratraktur agar akan datang penduduk di sini tidak menerima musibah,

“sebagaimana tahun ini (dan tahun-tahun lalu) banjirnya agak begitu besar dan telah menyebabkan kematian dan sebagainya,”tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata demikian ketika menziarahi mangsa dan memberikan sumbangan kepada mangsa terbabit, di Kampung Pak Sik, dekat sini oada Isnin 9 Januari.

Rombongan seramai 19 orang yang terdiri daripada Pemuda dan Ameerah Negeri juga wakil- wakil dari Dewan-dewan Udangan Negeri Parlimen Kuala Terengganu itu, turut bertandang ke program ‘Dapur KAMI’ di kampung tersebut.


Sehubungan itu, seorang penduduk tempatan, Puan Khatijah Jusoh, 62, (gambar kiri) menyokong cadangan Muslimat Terengganu itu.

Beliau berkata, jalan utama ke kawasan Hulu Besut mestilah dinaiktaraf, agar hubungan tidak terputus apabila air sungai melimpah.

“saya mewakili penduduk mengharap pihak kerajaan lebih prihatin kepada penduduk Hulu Besut yang menghadapi madalah bencana banjir saban tahun,

“yang mana penduduk kawasan yang terlibat boleh berpindah ke setempat…..kalau setakat datang setiap tahun untuk bagi bantuan tak dapat menyelesaikan masalah…….ataupun tinggikan jalan – jalan yang terputus hubungan tu,”jelasnya.

Beliau berkata, antara jalan yang sering dinaiki air ialah jalan di Kampung La, Kampung Pak Sik, Kampung Panchor dan Jerubun.


Katanya, air yang naik pada Selasa malam Rabu 3hb Januari membanjiri jalan-jalan tersebut yang menyebabkan sebarang kenderaan kecil tidak dapat melaluinya.

“jalan terputus hubungan daripada pusat………nak masuk ke sini tak boleh mengakibatkan bantuan lambat sampai,

“hanya kenderaan besar seperti kenderaan bomba, JKR dan JPAM sahaja yang boleh, tapi masa tu mereka boleh tinjau sahaja,”kata beliau uang menambah, bencana kali ini tidak kurang besar airnya daipada yang berlaku pada tahun 2014.

Sumber BO - 11-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

138 Pembeli Rumah Gesa Kerajaan Selesaikan Masalah

Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – Seramai 183 orang pembeli rumah mampu milik Taman Seri Gemilang Fasa II Kerteh menggesa kerajaan negeriTerengganu menyelesaikan segera kemelut yang mereka hadapi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mohd Rozik Daud berkata, sebahagiian pembeli telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM8,000, tetapi sehingga kini, rumah tersebut masih tergendala.


Menurutnya, sebagai rakyat, dan pembeli rumah itu, beliau sangat terkilan dan rasa tertipu dengan keadaan yang berlaku.

“Projek penswastaan perumahan itu adalah antara Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu bersama pemaju swasta……sampai sekarang hanya tiang-tiang sahaja yang berdiri,
“saya menerima surat tawaran dari syarikat MF Teknik Sdn. Bhd. pada tahun 2011 dengan harga jualan RM68,000.00 (dan) Sebahagian pembeli membayar sekitar RM8,000.00 sebagai wang pendahuluan,

“Sehingga sudah 2017……. selama enam tahun berlalu, rumah tersebut gagal disiapkan oleh pemaju,”ujarnya.

Beliau yang juga bertindak sebagai jurucakap berkata, pihaknya menuntut keadilan dari Menteri Besar Dato’ Seri Ahnad Razif Abdul Rahman, agar campur tangan dan mennyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin.

Katanya, majoriti pembeli rumah adalah dari golongan berpendapatan rendah, yang mengharapkan rumah itu dapat menjadi ‘rempat beteduh’ meraka.


Sebahagian pembeli yang hadir dalam perjumpaan dengan pihak LUHAM
“Kami bersepakat menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dimana saya telah dilantik sebagai jurucakap untuk menuntut keadilan dan hak kami sebagai pembeli,”keta beliau ketika ditemui.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya telah mengambil beberapa tindakan antaranya membuat laporan Polis terhadap syarikat SE Purnama Development Sdn Bhd.

Beliau memaklumkan, Tribunal Tuntutan Pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengarahkan pemaju membayar balik wang pendahuluan.
“namun sehingga sampai ke saat ini kami belum mendapat walau sesen pun,”tegas beliau.

Katanya, Jawatankuasa Bertindak juga telah menghantar surat kepada Menteri Besar Terengganu pada bulan April 2016 meminta dibuat siasatan dan tindakan sewajarnya.

“tetapi malangya sehingga kini………tiada apa-apa jawapan dari Menteri Besar,”ujarnya kesal.


Katanya, para pembeli juga telah mengadakan pertemuan dan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri merangkap ADUN Kemasik, YB Ir Rosli Othman.

“sehinggakini juga kami masih menunggu……..dan masih menunggu maklumbalas,”kata beliau lagi
Tegas beliau, para pembeli sudah muak dengan keputusan dan janji pelbagai pihak setelah lebih 6 tahun menunggu rumah tersebut siap.

Justeru itu, pihaknya telah telah mengadakan pertemuan dengan Anggota Lujnah Undang – Undang dan Hak Asasi (LUHAM), Badan Perhubungan PAS Negeri, Kamaruzzaman A Wahab selaku Ketua Lujnah untuk mendapat nasihat dari sudut perundangan.

Kamaruzzaman ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya telah berjumpa dengan para pembeli yang teraniaya itu.

Menurutnya, perjumpaan kali pertama adalah pada 20 Disember lalu dan yang kedua pada Ahad 8 Januari, 2017.



Kamaruzaman A Wahab

“Projek Rumah Mampu adalah projek yang dianjurkan oleh kerajaan negeri……Pembinaannya diberikan kepada syarikat swasta untuk dilaksanakan,

“Syarikat tersebut ambil duit dari pembeli tapi rumah tak siap-siap……. LUHAM dalam proses memulakan tindakan kepad syarikat tersebut…….Kita sedang kumpul semua pembeli,”ujarnya ketika dihubungi.

Katanya, LUHAM akan membuat supaya wang pendahuluan tersebut di bayar balik berserta gantirugi kerana melanggar kontrak, kepada para pembeli

Sumber BO - 10-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

117 Keluarga DUN Pengkalan Berangan Terima Sumbangan Banjir

Oleh : Ahmad Faizal Ghani

MARANG – Proraram ziarah kebajikan pasca banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan telah menziarahi 117 rumah keluarga yang dilanda musibah itu.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) tersebut, Ustaz Sulaiman Sulong mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat dalam ‘ziarah’ tersebut.


“Alhamdulillah, kita telah elawat dan menyampaikan sumbangan kepada 117 keluarga yang dilanda banjir dan mengagihkan sumbangan kepada mereka,

“program ini mendapat sambutan yang baik dari keluarga terbabit dan ucap terima kasih kepada semua pihak, penderma dan para petugas,”ujarnya ketika ditemu semalam.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang itu, kunjungan para pemimpin PAS tersebut menandakan sikap prihatin dan kebersamaan dengan warga yang terlibat, dalam susah atau senang.
Turut serta dalam program yang dianjurkan bersama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Marang ialah Ketua Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Dr. Azman Ibrahim.

Beliau yang juga Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu berkata, membantu masyarakat adalah tanggungjawab yang mesti ditunaikan secara berterusan, walaupun diluar musim banjir.

Beliau berharap, sedikit sumbangan tersebut, dapat menerbitkan rasa insaf dan syukur terhadap ujian yang diturunkan Allah kepada mereka yang terbabit dengan banjir.

“Walaupun banjir sudah surut, tanggungjawab menyantuni masyarakat yang ditimpa musibah banjir berterusan di semua lokasi,

“samada kepada mangsa banjir di kawasan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Hulu Dungun dan pada petang ini di Pengkalan Berangan ini, atau di luar musim banjir,”tegasnya.

Tambah beliau, sekalipun mangsa banjir semua sudah pulang ke rumah dan kediaman mereka juga sudah dibersihkan dari selut dan lumpur, tentunya mangsa banjir memerlukan pertolongan.

“sebahagian besarnya (yang terbat banjir adalah) penoreh getah, pekebun kecil dan bekerja sendiri (yang) memerlukan sedikit masa untuk kehidupan,

“dan (sehingga) kerja-kerja mencari rezeki pulih seperti sediakala,”jelas beliau.

Yang Dipertua PAS Marang Haji Yahaya Ali turut sama dan menyampaikan sumbangankepada warga Pengkalan Berangan.

Sumber BO - 9-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bantuan Banjir; PAS Kuala Terengganu Sumbang Wang, Barangan Lebih RM30,000

BESUT – PAS Kawasan Kuala Terengganu melalui Khidmat Malaysia Kuala Terengganu telah menyumbang wang tunai serta barangan berjumlah lebih RM30,000 kepada mangsa banjir di Hulu Besut.


Delegasi itu diketuai oleh Bendahari PAS Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali dan Ketua Kebajikan PAS Kuala Terengganu, Ustaz Salleh Abdullah.

Ustaz Ahmad Kamal berkata Khidmat Malaysia Kuala Terengganu bersama 15 anggotanya turun ke kawasan terjejas banjir di Hulu Terengganu.

Menurut, bencana banjir di kawasan tersebut agak teruk berbanding kawasan lain di negeri ini.
Katanya, sumbang wang tunai dan barangan itu hasil derma orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.



Alhamdulillah, kami (PAS) telah membawa hasil sumbangan orang ramai ini untuk diagihkan kepada mereka (mangsa) yang memerlukan.
“Kami membawa amanah ini untuk membantu saudara-saudara kita yang menghadapi masalah banjir.
“Kita harap mereka bersabar dan terimalah ujian ini dengan berlapang dada dari Allah SWT,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan itu di Kota Putera, hari ini.

Hadir bersama itu Yang Dipertua (YDP) PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Pengarah MTD Kota Putera, Ustaz Adam Mat Said, Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu, Hajah Shamsiah Abu Bakar, Ketua Pemuda Kuala Terengganu, Mohd Azrin Mohd Aris dan Ketua Ameerah Terengganu, Zuraida Mohd Nor.


Sehubungan itu, rombongan Khidmat Malaysia Kula Terengganu turut berkunjung ke ‘Dapur KAMI’ yang danjurkan oleh Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu di Kampung Pak Siik, Keruak, Hulu Besut.

Menurut Pengerusi KAMI, Dr Azman Ibrahim, program memberi makan tengahari secara percuma kepada warga kampung terbabit yang ditimpa bencana banjir minggu lalu.

“ia turut menjamu selera para petugas bantuan dari mana-mana pihak yang berkunjung dan menghulurkan bantuan kepada penduduk di kawasan Besut,”katanya

Sumber BO - 9-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ziarah Kebajikan; Pemuda Belanja RM40 ribu

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negegeri Terengganu (DPPNT) memperuntukkan dana sebanyak RM40, 000 bagi melaksanakan Misi Ziarah Kebajikan ke seluruh negeri.

Ketua Kebajikan dan Prihatin Masyarakatnya Ustaz Ramlan Mahmood berkata, bagi tujuan itu, anggaran sebanyak RM1000 sehingga RM1300 akan diagihkan kepada setiap DUN.


“DPPNT telah memulakan langkah misi kebajikan ini semenjak pertengahan tahun lalu lagi……kami telah menziarahi 20 DUN daripada 32 DUN yang ada keseluruhannya di Terengganu ini.

“Sebanyak RM1000 sehingga RM1300 ribu diperuntukkan setiap DUN bagi menjayakan misi kami ini dan dianggarkan jumlah keseluruhan sumbangan adalah kira-kira RM40 ribu apabila berakhir program ini sebelum April 2017 nanti,”terang beliau ketika dihubungi semalam,

Menurutnya, program tersebut bertujuan menghulurkan bantuan dari DPPNT kepada golongan yang tidak berkemampuan yang dipilih oleh DUN.


Katanya, Kampung Surau Panjang yang terletak di dalam DUN Bukit Payong, telah dipilih sebagai kampung pilihan pada hujung minggu lalu.

” sebanyak 10 buah rumah telah dikenal pasti sebagai sasaran dalam misi itu,”tambah beliau.

Turut sama dalam program itu ialah Adun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Sulaiman Sulong, Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Payong, Ustaz Ahmad Buniyamin Ramizi serta wakil-wakil DPPNT dan Pemuda DUN.

Ditanya adakah program ini program tahunan DPPNT, Ustaz Ramlan menjelaskan ini adalah kali pertama program seumpamanya diadakan dan beliau yakin dengan sambutan masyarakat, program ini akan menjadi program tahunan DPNT.

Sumber BO - 9-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Tepoh Gerakkan ‘Ops’ Bersih

Oleh : Ahmad Faizol

KUALA NERUS – Bencana Banjir yang melanda Taman Gong Badak dan beberapa kampung di sekitar Dun Tepoh dilihat semakin pulih berikutan penutupan secara rasmi Pusat Perpindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Gong Badak pada petang ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamudin Abd Karim, beberapa jalan utama yang dinaiki air sebelum ini, seperti jalan di Kampung Tepoh, Kampung Sungai Ikan dan Kampung Bukit Nangka, juga dilihat sudah kelihatan kembali seperti sediakala.


Oleh itu, kata beliau, jentera PAS akan menggerakkan anggota Jabatan Amal dan para sukarelawan bagi membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka.

“Misi kita sekarang ni, selepas atau pasca banjir kita nak gerakan operasi pembersihan rumah bagi penduduk yang memerlukan,

“Dalam masa yang sama kita akan meneruskan agenda pengagihan sokongan melalui bantuan keperluan harian kepada seluruh penduduk yang terlibat,” katanya yang ditemui di pejabat Majlis Tindakan DUN (MTD) Tepoh, di sini, hari ini, 8 Januari.

Pada dua hari lalu, banjir melanda beberapa lokasi dalan DUN terbabit berikutan sungai Nerus yang melimpah dan air laut yang pasang.

Antara lokaliti yang dinaiki air ialah Taman Desa Tanjung Damai atau Taman Seri Baruh, di belakang SK Kompleks Gong Badak.


Selain itu, beperapa kampong buah kampung termasuk Kampung Pengkalan Gelugur, Kampung Jeram Hilir, Sungai Ikan, Peracok dan Tok Por turut ditenggelami air.

Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan menyumbang meringankan beban berikutan bah kali ini.

“Buat masa ini Alhamdulillah, hari ini kita menerima sumbangan daripada YB Ustaz Rosli Jabar (Pesuruhjaya PAS Pahang) dan juga pendakwah bebas Ustaz Mat Esa Deraman daripada Pasir Gudang,

“Kita rakamkan ucapkan terima kasih kepada semua, mudah-mudahan Allah swt memberkati rezeki semua dermawan-dermawan yang sudi membantu kita,”kata beliau


Sumber BO - 8-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banjir Di Teluk Pasu Semakin Pulih

Oleh : Ahmad Faizol

KUALA NERUS – Banjir yang melanda Teluk Pasu sejak beberapa hari lepas semakin pulih dan sudah ada mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Ustaz Ridhuan bin Hashim berkata, keadaan banjir sudah semakin pulih dan air juga semakin surut, serta semua mangsa yang terlibat dijangka akan dibenarkan pulang pada hari ini.

“Keadaan…..situasi semasa banjir di DUN Teluk Pasu hari ini Alhamdulillah keadaan semakin pulih, air semakin surut”

“Walaubagaimanapun sebahagian besar mangsa banjir masih ada di pusat perpindahan dan kita jangka mungkin pada petang ini mereka akan pulang ke rumah masing masing,”ujarnya

Beliau bekata demikian ketika ditemui menziarahi dan menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa di Kampung Banggol Peradong, di sini, hari ini 8 Januari.


Katanya, para petugas dari Unit (Jabatan) Amal akan mengadakan khidmat membersihkan rumah mereka, selain bantuan yang disumbangkan.

“Sekarang ini kita meninjau rumah-rumah mangsa dan kita akan menyampaikan sumbangan disamping khidmat bersih rumah mereka oleh Unit Amal,”jelasnya

Sementara itu, sukarelawan Jabatan Amal negeri Pahang telah sudi menabur bakti, membantu memberrsihkan rumah mangsa.

ADUN Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Jabar yang mengetuai delegasi tersebut berkata, mereka datang ke DUN Teluk Pasu bertujuan untuk membantu gerak kerja mencuci kediaman mangsa banjir disamping menyampaiakan bantuan.


“Kami datang datang seramai lima puluh dua orang petugas……datang untuk membantu gerak-gerak kerja mencuci termasuk membawa barang sumbangan untuk meringankan bebanan kepada mangsa banjir”

Beliau juga berharap agar mangsa agar tabah dengan dugaan banjir yang telah menimpa mereka baru-baru ini.

“Kami mengingatkan pada penduduk agar tabah dan sentiasa bersyukur serta mengambil hikmah daripada apa juga yang Allah swt kurniakan pada kita ini,”tambah Peuruhjaya PAS Pahang itu.


Sumber BO - 8-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hakisan Mengabang Telipot; Ibu Tunggal Hilang Tempat Tinggal


Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Hakisan yang melanda pantai Tanjung Telipot tidak berkesudahan, walaupun pelbagai janji yang dibuat oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).


Bukan sahaja tidak mengambil usaha segera untuk menghalang hakisan tersebut, bahkan rakyat yang ditimpa kesusahan, rumah runtuh dan hilang punca pendapatan, tidak dipedulikan oleh kerajaan dibawah Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Az’ama Yusof, 50, seorang pengusaha kedai makan di pantai tersebut melahirkan kesedihan serta kekesalan terhadap kerajaan yang gagal serta lambat bertindak.

Ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak itu, terpaksa menelan segala kesusahan, ini tanpa mendapat sebarang pembelaan.

“Akak telah tiga tahun berniaga di sini……..sejak arwah suami akak meninggal, Akak terpaksa bekerja keras bagi menanggung dua orang anak yang masih bersekolah,


“cuba bayangkan bagaimana akak nak meneruskan kehidupan selepas ini dalam keadaan kedai Akak yang runtuh sepenuhnya,”ujarnya.

Beliau berkata, ada pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) datang menemuinya dan mengambil semua butiran.

Namun sehingga kini, tiada sebarang bantuan yang diberi.

“Dulu ada pihak JKKK kampung ni datang mengambil maklumat serta gambar keadaan kedai Akak … tapi sampai sekarang tidak ada satu bantuan pun yang akak terima,”jelas beliau, sedih.

Beliau yang yang telah kehilangan kedai sekaligus tempat tinggalnya, kini menumpang hidup di rumah kawannya.


Beliau kesal kerana, walaupun Menteri Besar sering melaungkan slogan mahu membantu rakyat, namun tidak pernah turun menjenguk mangsa hakisan di kampung terbabit.

“MB kita (Razif) pun tak nampak muka……..marilah jenguk kami yang susah ni, sedangkan kerajaan selalu melaungkan slogan nak tolong rakyat,
“tolong apanya kalau batang hidung pun tak nampak, ” luah Az’ama .


Sumber BO - 8-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Batuan Banjir Datang Mencurah-curah, Terima Kasih Dan Alhamdulillah

Alhamdulillah, bantuan dari luar Terengganu mencurah-curah datang ke Terengganu untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.


Atas nama Khidmat Malaysia Terengganu, saya rakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang dan penderma antaranya yang telah menghubungi saya seperti Mercy Malaysia & Exxon Mobil, PAS Pasir Gudang, PAS Shah Alam melalui NGO Global Ansar, Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) serta ramai lagi penderma yang tak ingin nama mereka disebut.

Di samping itu ramai lagi penyumbang dari luar Terengganu yang terus ke lokasi tanpa menghubungi Khidmat Malaysia Terengganu. Kepada mereka juga saya rakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih.

Semoga segalanya dicatatkan sebagai amal soleh kita yang diganjari pahala berlipat kali ganda.
Jazaakumullah khairal jaza’.

Dr Azman Ibrahin
Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu
7 Januari, 2017


Sumber BO - 7-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NGO Berganding Bahu Bantu Mangsa Banjir

HULU TERENGGANU – Banjir yang telah melanda dua DUN dalam daerah ini, turut dibantu oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berganding bahu, bersama-sama membantu penduduk menghadapi keadaan masa sukar

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu, Dr. Haji Suhazeli Abdullah berkata, walaupun bah sudah surut, kerja-kerja pasca banjir baru bermula.


“Walaupun hari sudah cerah dan sudah terang dan kebanyakan rumah sudah boleh dinaiki, tetapi proses-proses selepas dari banjir masih lagi diperlukan terutama sesi pembersihan rumah yang penuh berselut, dan kotor,

“Alhamdulillah dan kami datang untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan bersama dengan kita juga pasukan Media Indepedenen ( KAMI) yang memberi bantuan khusus dalam masak-memasak iaitu dapur kami, untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang sibuk membersihkan rumah masing-masing,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membuat kunjungan ke program ‘Dapur Kami’ anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) di Kampung Kepah, Telemong, di sini pada Jumaat 6 Januari.
Pada masa beliau mengharapkan kerjasama semua pihak untuk terlibat dalam semua urusan tersebut dan dapat memberi keselesaan kepada mereka yang ditimpa musibah itu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Perubatan Ibu Sina (PAPISMA) Dr. Mujahid Zakaria berkata, pihaknya memberikan khidmat perawatan percuma disamping sumbangan bagi meringankan tekanan dan beban mangsa.


Dr. Mujahid menyerahkan sumbangan kepada Timbalan Pengarah Bilik Gerakan Khidmat Malaysia Hulu Terengganu, Rula Akbar Abd Manan
“mungkin kita pergi kepada mengagihkan sumbangan ini kepada tempat-tampat yang memerlukan, selain itu juga para doktor daripada PAPISMA akan turun untuk bersama-sama masysarakat dan melihat keperluan yang diperlukan masyaarakat,

“yang mana trauma selepas banjir dan juga, melihat penyakit-penyakit yang berkaku selepas banjir ini,“jelasnya.

Beliau yang turut sama memberikan ubat kepada penduduk Kampung Kepah berkata, lima doktor dari NGO beliau yang memberikan khidmat setiap hari di kawasan yang telah dilanda banjir.
Sehubungan itu, seorang penduduk tempatan, Hassan Jusoh (Gambar bawah) menceritakan ‘keperitan hidup’ kerana di landa banjir sebanyak dua kali dalam masa seminggu.

“banjir yang pertama 1 Januari, disusuli banjir yang kedua pada 4hb, maknanya masa tu, banjir yang kedua tu banyak orang yang sudah simpan (berkemas) pada banjir yang pertama tu,


“maknanya (air) meningkat tak ‘dan’ (tidak sempat) jaga (berawas) dah, mari cara mengejut, (air banjir) mari dari pukul 3 pagi sampai ke pukul 6 petang, hujan berterusan dengan kilat gitu ginilah. Bahkan barang tak sempat nak pindah,”cerita Hassan.

Menurut beliau di kampung tersebut dua keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan kerana rumah mereka terjejas teruk.

“Air kalau di surau ni pada paras 4 kaki, paras pinggang, kalau dekat rumah saya air 3 kaki tapi air terlampau laju,

“Barang dok sempat selamatlah, maknaya, barang-barang berat tu, barang-barang ringan bolehlah selamat, peti tenggelam air, nak mintak tolong orang , masing-masing jaga rumah masing-masing,“katanya lagi.

Sumber BO - 7-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Mendahului Usaha Membantu Mangsa Banjir

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Fajar awal 2017 dikejutkan dengan banjir yang melanda Kelantan dan Terengganu, dua buah negeri jantung hati orang Melayu yang juga merupakan pengkalan kepada PAS semenjak dekad 50an. Hujan yang mencurah -curah semenjak hujung Disember 2016 akhirnya menakung air sehingga beberapa daerah terkesan teruk dengan banjir awal tahun. Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh antara daerah yang ditenggelami air di Kelantan. Manakala Besut, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu terpaksa memindahkan ribuan mangsa banjir ke tempat pemindahan.


Semenjak hari pertama banjir, PAS melalui Khidmat Malaysia dan rangkaian sivilnya telah turun ke medan operasi, membantu pemindahan mangsa banjir, menyediakan makanan serta membantu pengemasan rumah mangsa-mangsa banjir. Anggota Jabatan Amal dengan identiti baju merah merun dengan jumlah ribuan anggotanya telah bermandi keringat membantu rakyat, disertai oleh ahli-ahli Legislatif PAS.

Benar, banjir ini mungkin tidak seteruk tsunami, gempa bumi, krisis peperangan, namun bencana banjir juga membawa kepada kesan psikologi yang mendalam terhadap rakyat negara ini bahkan kebijakan kerajaan dalam menguruskan bencana yang dipertikaikan rakyat. Semenjak hari pertama yang menyaksikan susun atur plan strategik keselamatan negara yang sangat lemah.


Benar, kenaikan air adalah secara mendadak namun banjir pada musim tengkujuh adalah sebahagian daripada sketsa bencana rutin negara. Sepatutnya pihak kerajaan di bawah selia atur Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah begitu profesional dan terarah dalam pelan pemindahan penduduk, sistem amaran banjir, pengumuman awam yang efektif, penggunaan aset negara seperti ATM, bot, hospital medan, klinik bergerak, generator dan juga sinergi pelbagai pihak jaringan  sivil dalam operasi sokongan bantuan banjir.

Jaringan sivil atau masyarakat sivil telah menunjukkan peranan yang efektif saat negara kita ditimpa musibah, berbondong NGO dengan pelbagai jenama turun ke lapangan dan medan membantu masyarakat. Peranan yang cekap dan terus sampai kepada akar umbi peserta musibah. PAS sendiri sebagai gerakan Islam telah menggerakkan seluruh ahlinya untuk turut berkhidmat, bermula fasa pemindahan mangsa, penghantaran makanan, penyediaan makan minum mangsa sehinggalah operasi pasca banjir yang lebih mencabar. Walau tanpa sorotan lensa dan juga kerlipan lampu publisiti, NGO dan gerakan swadaya terus menabur bakti dan merasai denyut nadi rakyat.


Mangsa banjir amat berterima kasih dan terpanar dengan kelibat “tentera merah” atau anggota Unit Amal yang semenjak awal terus membantu mangsa, bahkan ada yang ditimpa kemalangan semasa bertugas. Anak muda berfikrah Islam ini dengan dilatari pelbagai latar belakang sosio ekonomi menjadi benteng paling hadapan dalam mana-mana bencana negara ini. Mereka menumpahkan keringat tanpa mengharapkan tanda jasa, upah mahupun pujian manusia. Guratan wajah penat namun terukir senyuman yang paling indah daripada anggota amal sehingga mampu mengharumkan gerakan Islam yang bukan sahaja berpencak di medan siasah yang bermusim tetapi bersiaga disetiap masa untuk menyelami kejerihan rakyat.


Setiap kali banjir berakhir juga, petugas-petugas PAS terutama unit Amal melakukan operasi pembersihan rumah ke rumah, membersihkan masjid, sekolah dan lain-lain lagi. Dakwah bil hal ini berjaya meruntuhkan tembok kaca antara gerakan Islam dengan masyarakat, terutama penyokong UMNO BN yang sangat skeptikal dengan perjuangan Islam. Bantuan banjir daripada pintu rumah kepintu rumah juga lebih berkesan berbanding apa yang dibuat oleh pemimpin kerajaan yang mengerah rakyat berhimpun untuk mengagihkan bantuan. Rakyat menjadi muak dengan majlis propaganda politik pemerintah walhal nilai bantuan adalah amat kecil.

Dalam kesungguhan pesta membantu bencana banjir ini juga, pelbagai NGO berada dibarisan hadapan membantu rakyat kelantan dan Terengganu. Antaranya Muslim Care Malaysia yang menggerakkan aset mereka seperti bot- bot, kenderaan pacuan empat roda. Juga mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa banjir walau tanpa suluhan lensa publisiti. Juga NGO seperti KAMI, Papisma, Pertubuhan Nisa’, Pertubuhan Asatizah, dan lain-lain lagi.

Sumber BO - 7-1-20117

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hanya Empat Buah Rumah Tidak Tenggelam Di Kampung Minda

Oleh : Dr. Azman Ibrahim













Apabila banjir melanda Dun Bukit Besi pada tahun ini, saya maklumkan kepada Naraza Muda, Pengarah Operasi Banjir Dun Bukit Besi dan Zul Shawaludin, Ketua Pemuda PAS Bukit Besi bahawa Khidmat Malaysia Terengganu nak turun ke Kampung Minda. Kampung ini ada nostalgia istimewa bagi operasi banjir Khidmat Malaysia Terengganu.

Saya maklumkan juga kepada Zul Shawaludin, kalau tak dapat pergi melalui jalan darat, kita redah melalui Sungai Dungun.


Khamis, 5 Januari 2016, jam 10 pagi pasukan bantuan banjir dari PAS Dungun dan DUN Bukit Besi berkumpul di sebuah Stesen Minyak Bukit Besi bagi memulakan misi ke Kampung Minda.

Bagi penduduk Kampung Minda Hulu Dungun, setakat banjir menenggelamkan sehingga separuh paras jendela rumah, itu belum lagi dikira banjir besar. Mereka biasa alami banjir sehingga tenggelam seluruh bumbung rumah pada 2014.

Di musim banjir tahun 2016 ini yang tak dikategorikan sebagai banjir besar, hanya empat buah rumah sahaja di Kampung Minda yang tak ditenggelami banjir. Begitulah sinonimnya ikatan rapat antara banjir dan penduduk kampung di kawasan Hulu Dungun ini.

Banjir adalah acara tahunan mereka. Malah orang Kampung Minda ramai yang menyediakan rakit untuk memuatkan barang-barang serta peralatan rumah agar tak ditenggelami banjir. Bila hujan turun dengan lebat secara berterusan, mereka akan pindahkan kereta ke atas bukit. Pendek kata, mereka sentiasa waspada. Minda mereka setiap tahun memang telah dipersiapkan untuk menghadapi banjir. Alah bisa tegal biasa.


Saya melihat orang Kampung Minda mempunyai ketahanan minda yang hebat untuk berdepan dengan cabaran hidup di kawasan yang agak pendalaman. Tak semua orang mampu ‘survive, dalam keadaan hidup sebegini. Tetapi mereka mampu melakukannya. Inilah kehebatan minda mereka mencorak cara berfikir yang hebat demi kelangsungan hidup.

Orang lain sibuk dengan coklat minda, kismis minda, kurma minda dan pelbagai lagi aneka produk minda. Di sini mereka sekampung hidup dalam minda!


Alangkah baiknya kalau seorang Timbalan Menteri dari Pontian boleh tinggal di sini beberapa ketika.

Mudah-mudahan mindanya akan berkembang. Di sini pun banyak kebun getah sesuai dengan hobi Timbalan Menteri tersebut yang suka menoreh getah. Jika kampung ini keputusan bekalan gas memasak, Timbalan Menteri ini boleh bantu kacau nasi goreng tanpa perlu nyalakan api.

Tahun 2014, ketika tahun pertama saya diamanahkan sebagai Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu, lantaran kerana jalan darat yang tak dapat dilalui, kami pernah menempuh bahaya meredah arus deras Sungai Dungun yang melimpah untuk menuju ke kampung ini bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk yang keputusan bekalan di Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Minda.


Satu misi bantuan banjir yang kekal dalam ingatan sehingga kehari ini. Masih saya ingat bagaimana pusaran air yang menakutkan saat bot kami melintasi di bawah Jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 yang melintasi Sungai Dungun. Syukur kepada Allah kerana misi yang mencabar ini selamat pergi dan kembali. Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Minda menerima kehadiran kami ke Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Minda dengan penuh kemesraan.

Budaya hidup masyarakat pendalaman Hulu Dungun ini sangat mesra tetamu. Walaupun mereka kurang dari segi kebendaan, tapi kaya budi bahasa.

Tahun depan jika banjir lagi dan saya masih lagi memegang amanah sebagai Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu, dengan izin Allah saya akan sampai lagi di Minda!

Sumber BO - 7-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Dapur KAMI’ Ceriakan Mangsa, Petugas Banjir

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

HULU TERENGGANU – Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu telah mengambil satu inisiatif menganjurkan pogram ‘Dapur Rakyat Kami’ bagi membantu meringankan beban, yang ditanggung oleh mangsa banjir.


Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, pogram yang dikelolakan oleh para aktivis KAMI yang turut disertai penduduk kampung, sama-sama bergotong royong memasak makanan bagi menjamu para petugas operasi banjir dan mereka yang terjejas kerana musibah itu.

Menurutnya, usaha tersebut adalah sangat membantu mereka, yang masih trauma dan menghadapi kesukaran apabila bahgelombang ketiga melanda pada Selasa 3 Januari lalu.



“Dalam keadaan rumah yang lintang pukang serta peralatan memasak rosak ditenggelami air, maka pihak KAMI berusaha membantu penduduk kampung dengan mengadakan pogram seperti ini

“tidak lah nanti mereka (mangsa banjir) rungsing memikirkan bagaimana nak memasak,”ujarya.
Beliau yang juga Pengerusi NGO Media itu menambah, ‘orang media’ bukan hanya pandai mengambil gambar dan juga menulis berita sahaja, bahkan boleh memasak juga.

Kira-kira 30 orang penduduk Kampung Kepah, Telemong, di sini Hulu Terengganu bagi membantu aktivis KAMI memasak serta mengagihkan makanan kepada penduduk sekitar.


Seorang penduduk yang ditemui, Rohaya Mohd Rashid, 42 menceritakan detik-detik cemas apabila air ‘masuk’ ke dalam rumahnya dengan mengejut.

Kata Rohaya (gambar bawah kiri), beliau yang sedang berehat bersama keluarga terkejut apabila air naik secara tiba-tiba memenuhi rumahnya.

”kami sekeluarga dengan tergesa-gesa keluar menyelamatkan diri, banyak barangan yang tak dapat diselamatkan…….semua habis tenggelam,


“peti sejuk, mesin basuh…….benda tu berat…….macamana nak angkat dalam keadaan mengejut begitu……..air naik hingga separas pinggang dalam rumah,”ujarnya.

Walau bagaimana pun beliau bersyukur, kerana beliau dan sekeluarga selamat dan tidak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Seorang lagi penduduk, Hamzah Ismail, 58, yang menjadi pembantu tukang masak pada program ‘Dapur KAMI’ berkata, beliau menghadapi sedikit kesukaran mendapat peralatan kerana banyak yang telah hilang dan rosak ditenggelami air bah.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada KAMI Keara mengadakan program menyediakan makan tengah hari kepada penduduk kampong terbabit.


“Rumah saya air naik separas pinggang……air naik dengan laju, banyak barang untuk memasak helang dan punah………(tapi) syukurlah semua ahli keluarga saya selamat,

“dan saya ucap berbanyak-banyak……..ribuan terima kasih kepada pihak media KAMI yang mengadakan pogram memasak bagi meringankan beban kami disini,

“ya lah (maklum sajalah)……dalam keadaan kebanyakan penduduk sibuk membersihkan rumah masing-masing, bila ada orang mari tolong memasak, senanglah sikit kerja kami,”kata hamzah (gambar kanan), ceria.

Sumber BO - 6-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banjir; Kerajaan BN Mungkir Janji

HULU TERENGGANU – PAS Terengganu menyifatkan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang masih gagal menepati janji bagi projek pembinaan tebatan banjir di negeri ini.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata kerajaan negeri perlu memberi perhatian serius kepada projek tebatan banjir yang dijanjikan itu.


Ini kerana, kata beliau projek tebatan banjir yang telah dibangkitkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu yang lalu masih belum dilaksanakannya.

“Suka saya memperingatkan kerajaan supaya memberikan tumpuan serius kepada projek-projek tebatan banjir yang telah dijanjikan, tetapi sehingga kini belum disiapkan atau belum dijalankan.
“Rakyat mengharapkan perlunasan kepada janji-janji itu, bukannya hanya majlis menandatangani perjanjian atau pengumuman sahaja.

“Ini perlu ditekankan dan lebih malang apabila peringatan-peringatan itu telah lama disuarakan oleh PAS di dalam atau pun di luar sidang Dun,” ujar ketika hadir pada program ‘Dapur KAMI’ di Kampung Kepah, Telemong, di sini hari ini.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung mengingatkan kerajaan agar kelewatan projek infrastruktur seperti tebatan banjir itu bukan kerana faktor ketiadaan wang negeri.

Menurutnya, perancangan itu telah lama dikemukakan oleh kerajaan negeri dan rakyat perlu tahu punca kelewatan tersebut.

“Kita (PAS) mengharapkan supaya kelewatan beberapa projek infrastruktur yang dirancang untuk memberi kemudahan kepada rakyat seperti tebatan bukan disebabkan faktor kerajaan negeri tiada wang.

“Kerajaan negeri telah lama merancang idea-idea ini. Oleh itu, rakyat perlu dimaklumkan apa alasan utama kegagalan projek-projek ini dilaksanakan kerana saban tahun rakyat yang merana disebabkan banjir,” tegasnya.

Selain faktor alam, katanya kesilapan perancangan dan pembangunan negeri oleh ‘tangan-tangan’ manusia tidak boleh dikesampingkan.


Sehubungan itu, katanya PAS turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada para petugas sukarelawan Jabatan Amal, skuad banjir di bawah PAS, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun membantu mangsabanjir di negeri ini.

Menurutnya, seluruh pimpinan PAS peringkat negeri, kawasan dan Dun-dun turun bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang teruk terjejas di daerah Dungun, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

Program ‘Dapur KAMI’ adalah anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, menyediakan makanan tengahri untuk mangsa-mangsa banjir di kampong tersebut dan para petugas yang melakukan kerja-keja pembersihan.

Sumber BO - 6-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pesuruhjaya PAS Ucap Tahniah Kepada Semua Petugas ‘Operasi Banjir’

BESUT – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat mengucapkan tahniah kepada semua petugas yang terlibat dalam operasi menghadapi banjir, di seluruh negeri.


Katanya, peranan yang dimainkan oleh semua unit dibawah Khidmat Malaysia Terengganu, membantu masyarakat yang menghadapi dugaan dari Allah itu.

“Tahniah dan juga terima kasih kepada semua petugas-petugas kita (dibawah Khidmat Malaysia Terengganu) diperingkat PAS Kawasan, Negeri, DUN dan juga unit-unit kita, Jabatan Amal dan sebagainya,

“yang memainkan peranan semampu yang dapat, untuk kita membantu masyarakat kita dan juga memberikan khidmat yang terbaik,”ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan sumbangan kepada Khidmat Malaysia Kawasan Besut di Masjid Cerang Meliling, Lubuk Kawah disini, petang semalam, Rabu 4 Januari.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu berkata demikian, selepas membuat tinjauan serentak, bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Harian PAS Terengganu di kawasan-kawasan terjejas kerana banjir di Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Beliau turut mendoakan keselamatan kepada penduduk yang ditimpa musibah itu dan berharap agar, segala usaha kebaikan para petugas diterima sebagai amal soleh.

Ustaz Satiful juga merayu kepada kumpulan-kumpulan atau individu-individu yang berada di luar kawasan banjir untuk tampil membantu mangsa-mangsa secara berterusan sehingga banjir pulih.


Sebelum itu, hasrat beliau untuk turun ke Kampung La dan Keruak di Hulu Besut tidak kesampaian kerana terhalang oleh air banjir yang dalam, di persimpangan Lata Tembakah.

Rombongan beliau terpaksa berpatah balik kerana jalan utama ke Hulu Besut itu tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Sementara itu, dalam lawatannya ke kawasan Setiu, Ustaz Satiful t mengunjungi sebuah pusat perpindahan di Kampung Tasik dan Pondok Nyatoh, sebuah pusat pengajian Tahfiz yang turut ditenggelami air.

Walaupun waktu sudah agak lewat, beliau sempat menyantuni mangsa-mangsa yang berlindung di masjid Kampung Tasek.


Dalam ucapan ringkasnya di Pondok Nyatoh, beliau berharap madrasah tersebut melahirkan para ‘huffaz’ yang menjadi pelita menerangi alam ini.

“kita berdoa agar madrasah ini dapat melahirkan ‘pelita-pelita’, seperti bintang-bintang yang bergemerlapan di langit,

“sebagaimana penduduk langit melihat rumah-rumah mana yang membaca al-Quran, apatah lagi pusat tahfiiz yang setiap masa membaca al-Quran,”jelasnya.

Turut sama sepanjang lawatan itu ialah Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Pantai Timur Haji Zulkifli Md Yakim, Ketua Khidmat Malaysia Terengganu Dr Azman Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Besut dan Setiu, Ustaz Wan Azhar Awan Ahmad dan Ustaz Saharikirnani Abdul Kadir.


Sumber BO - 5-1-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muslimat PAS Turut ‘Turun Padang’ Bantu Mangsa Banjir

HULU TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan turut turun padang’ dan mengerahkan jentera kebajikan muslimat, Ameerah, Nisa’ dan Brigednya bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

Pemangkunya, Hajah Zarani Othman berkata Dewan Muslimat dan Khairunnisa mengambil tanggungjawab sosial dan kemanusiaan yang bersimpati dengan mangsa-mangsa bencana banjir.

Malah, katanya bentuk bantuan bukan sekadar wang ringgit tetapi bentuk tenaga selepas pasca banjir kelak.

Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dan Khairunnisa’ (Persatuan Isteri Wakil Rakyat PAS), kita sama-sama mengambil tanggungjawab sosial dan kemanusiaan yang simpati dengan mangsa-mangsa bencana banjir ini.

“Kami (DMPNT) turun ke Kuala Berang di Hulu Terengganu ini untuk menyampaikan sumbangan parti dan khidmat kebajikan.

“Insya’Allah, selepas pasca banjir nanti skuad khidmat kami(muslimat) akan turun lagi bukan sekadar dengan sumbangan duit tetapi dengan tenaga untuk membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.

“Selepas Hulu Terengganu ini, kita akan turun ke Setiu dan Besut. Kita ada skuad khidmat disamping Ameerah, Briged dan lain-lain untuk turun berkhidmat,” ujarnya ketika melawat mangsa banjir di Kuala Berang, pada Rabu 4 Januari.

Menurutnya, setiap tahun musim tengkujuh Terengganu sering kali menghadapi masalah banjir diluar jangkaan.

Namun, kata beliau, PAS sentiasa bersiap sedia bagi membantu mangsa-mangsa bencana banjir semaksimanya.

“Semua itu (banjir) ujian dari Allah SWT dan kita sebagai hamba menerima dengan sabar, saling bantu-membantu menyelesaikan masalah itu.

“Musim tengkujuh negeri (Terengganu) ini selalu menghadapi hujan lebat dan banjir yang kadang-kala di luar jangkaan kita.

“Kita (PAS) akan sentiasa bersiap sedia untuk bantu mangsa-mangsa bencana semaksima mungkin sekadar kemampuan, Insya’Allah,” ujarnya.

Menurutnya, Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Terengganu akan mengambil tanggungjawab membantu masalah tersebut.


Sumber BO - 5-1-20117

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banjir; PAS Seru Orang Ramai Pakat Membantu

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

HULU TERENGGANU – PAS Terengganu hari ini menyeru dan merayu orang ramai yang berkelapangan untuk turun membantu mangsa mangsa di kawasan kawasan yang telah ditimpa musibah itu.

Timbalan Pesuruhjaya Satu 1 Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, musibah banjir kali ini agak teruk dan para penduduk yang terbabit mengalami kemusnahan harta benda, ditenggelami air.
“Saya bersama Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Tuan Hj Yahya Ali serta rombongan telah pergi ke Hulu Terengganu (hari ini) bagi melihat serta memberi bantuan kepada penduduk yang terlibat dengan musibah banjir kali ini,


“dan kita melihat keadaan yg cukup teruk …… banyak kemusnahan harta benda ditenggelami air, nan menurut penduduk … banjir kali ini lebih besar dari yang berlaku pada tahun lepas … banjir lumpur …. dia ( banjir ) mari mengejut ………tengah malam, orang tengah tidur ……jadi banyak barang – barang tidak sempat diselamatkan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi beberaa buah rumah penduduk di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu pada Rabu, 4 Januari.

Beliau berkata, walaupun PAS bukan kerajaan yang memerintah, tapi bila berlaku sebarang bencana PAS akan berada paling terkehadapan dalam membantu rakyat.

Katanya, PAS melalui organisasi Khidmat Malaysia telah mengerahkan semua ahli-ahlinya untuk turun membantu penduduk dan telah membuka bilik operasi banjir serta merta bagi menyelaras kerja-kerja bantuan.

Justeru itu, beliau berharap, seluruh masyarakat di negara ini dan rakyat Terengganu khususnya, dapat menghulurkan tangan, membantu mana-mana termampu.

“Dan saya berharap kepada sahabat-sahabat diluar sana yang tidak terlibat dengan banjir … yang diberi kelebihan kelapangan rezeki,

“marilah kita sama-sama menyumbang dalam bentuk wang ringgit dan juga barangan bagi meringankan beban penduduk yang diuji dengan banjir ini,”jelasnya


Seorang penduduk, Jusof Ali, 63, ketika ditemui melahirkan rasa syukur atas keperihatinan PAS.

“Syukur pada Allah dan terima kasih pakcik ucapkan kepada rombongan dari PAS yang sudi singah dirumah pakcik ini,

“Alhamdulillah……. menghulurkan sedikit bantuan keperluan dapur…….ringanlah sikit beban yang pakcik tanggung ni,”kata beliau.

Lawatan pada pagi rabu itu turut disertai oleh Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Terengganu, Dr Azman Ibrahim serta wakil media KAMI, Sazali Mohd Noo .

Sumber BO - 5-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































































































































Banjir: Peluang muhasabah

USTAZ MOHD NOR HAMZAH | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43797-banjir-peluang-muhasabah

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun. Banjir yang agak besar telah didatangkan Allah kepada kita rakyat Terengganu. Sehingga pagi hari Rabu, hampir 12,000 orang telah dipindahkan disebabkan banjir yang telah menjadi ancaman kepada mereka.

Itu belum dikira beberapa kelompok warga kampung yang masih terperangkap kerana terputus hubungan. Mereka tidak boleh meminta bantuan juga dibantu setakat ini. Hanya kita berharap mereka selamat semuanya.

Bagi sesetengah golongan, banjir ini diibaratkan sebagai peringatan dari Allah kepada mereka. Mereka mengambil makna tersirat kehadiran banjir ini sebagai 'teguran' Allah kepada mereka.

Maka mereka menyiapkan diri mereka dengan segala keperluan yang perlu bagi mereka kembali kepada Allah. Alhamdulillah, taubat mereka, istighfar mereka insya-Allah akan diterima Allah.

Namun apa yang dibimbangi ialah sikap tidak sedar dengan teguran Allah ini. Ada beberapa hal yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah antaranya ialah perancangan yang tidak betul.

Baik dari segi kurang logik perancangan atau perancangan yang tidak berasaskan kepada  Islam. Contoh perancangan yang  kurang logik ialah berkenaan muka kuala Sungai Terengganu yang kelihatannya semakin sempit kerana pembangunan di muara sungai itu.

Penyempitan itu berlaku bukan kerana faktor semula jadi tetapi kerana faktor perbuatan tangan-tangan manusia. Secara ringkasnya, apabila muara sempit, maka perjalanan keluar air ke laut akan menjadi perlahan. Ditambah lagi dengan penambakan-penambakan seperti pulau warisan dan juga ‘draw bridge’ yang telah dibuat.

Selain faktor ini, suka saya memperingatkan kerajaan agar memberikan tumpuan serius kepada projek-projek tebatan banjir yang telah dijanjikan, tetapi sehingga kini belum disiapkan atau belum dijalankan.

Rakyat mengharapkan perlunasan kepada janji-janji itu, bukannya hanya majlis menandatangani perjanjian atau pengumuman sahaja. Ini perlu ditekankan. Dan lebih malang apabila peringatan-peringatan ini telah lama disuarakan oleh PAS di dalam ataupun di luar DUN.

Kita mengharapkan agar, kelewatan beberapa projek infrastruktur bagi memberi kemudahan kepada rakyat seperti tebatan bukan disebabkan faktor kerajaan negeri tiada wang kerana, kerajaan negeri telah lama merancang idea-idea ini. Oleh itu, rakyat perlu dimaklumkan apa alasan utama kegagalan projek-projek ini dilaksanakan kerana saban tahun, rakyat yang merana disebabkan banjir.

Sekali lagi penegasan saya, PAS tidak menyalahkan kerajaan atas faktor luar kawalan bagi bencana yang melanda, tetapi penumpuan PAS ialah perancangan yang telah dan sedang atau akan dilaksanakan seperti yang saya sebutkan di atas, tidak menunjukkan kecenderungan kepada kebaikan untuk rakyat terbanyak.

Kepada semua petugas-petugas sukarela PAS, agensi kerajaan, swasta, NGO mahupun individu  bagi pihak PAS Terengganu, kami ucapkan tahniah atas kesungguhan anda membantu mangsa-mangsa tanpa mengira warna. Teruskan usaha murni anda. Semoga Allah merahmati Terengganu. Semoga banjir ini sebagai teguran Allah, bukan sebagai bala dan azab atas kelalaian kita semua. Wallahua’lam.

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
6 Rabiulakhir 1438 / 5 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 5/1/2017

Sumber HD - 5-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10,000 Food Evacuees In Terengganu

TERENGGANU, 4th January; Floods in six worst affected areas in the state have worsened, forcing more evacuees to leave their houses this morning.

The State Welfare flood watch online portal stated that as of 8am, the number of victims increased to 10,734 people from 3,161 families compared to 7,752 people from 2,279 families last night. The evacuees have been moved to 124 relief centres.


View from Lubok Kawah, Besut at 5.30pm 4th January 2017
The portal said the worst-hit district was Besut where 4,152 people from 1,147 families were seeking shelter at 51 relief centres compared to 2,320 victims from 618 families at 61 relief centres before.

The portal also stated that in Hulu Terengganu, a total of 3,610 people from 1,161 families were seeking shelter at 34 relief centres compared to 2,836 people from 862 families at 29 relief centres last night .

This morning, 1,597 people from 531 families were seeking shelter at 12 relief centres in Setiu district. In Kemaman, the number of victims rose to 894 people from 244 families, all seeking shelter at 16 relief centres compared to 611 victims from 263 families at 13 relief centres last night.

In Dungun, the number of evacuees increased to 451 people from 120 families in 10 relief centres, compared to to 358 from 95 families at nine relief centres last night. In Marang, 30 victims from 10 families are still seeking shelter at the SK Pasir Putih. nst

Sumber BO - 4-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Kesal Umno-BN Bina Hotel Depan Masjid, Tanpa Kelulusan

HULU TERENGGANU – PAS kesal dengan cadangan UMNO/BN yang bercadang untuk mendirikan sebuah Bangunan Hotel Blok Bangunan Rumah Kedai di hadapan dengan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang, tanpa kelulusan.

Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid, pembinaan bangunan tersebut akan menimbulkan kesulitan ketara kepada ahli jemaah masjid dan masyarakat sekitarnya.


Diantaranya kata beliau, dua buah bangunan itu akan menyempitkan ruang ‘parkir’ masjid dan menyukarkan para jamaah.

“Ruang parkir yang sempit menyebabkan berkurangan kenderaan yang boleh diparkir pada sesuatu masa.

“Keadaan ini lebih ketara pada setiap kali waktu-waktu puncak pada setiap kali Solat Jumaat, setiap Sabtu untuk masyarakat mengikuti Kursus Haji, Hari-hari Raya dan Kuliah-kuliah Jemputan,”ujarnya

Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu itu dalam kenyataannya berkata, pembinaan premis hotel dan ruang niaga itu juga akan Menutup Mercu Tanda Bandar Kuala Berang

Katanya, Masjid Sultan Mahmud telah diterima dan selama ini diakui ramai, sebagai ‘Mercu Tanda’ bagi Bandar Kuala Berang.


“Pembinaan hotel berketinggian tujuh tingkat dan bangunan kedai berketinggian tiga tingkat yang dicadangkan oleh UMNO/BN ini,

“sudah pasti akan menutup ruang pandang orang ramai terhadap masjid kerana bangunan masjid akan terlindung di belakang bangunan-bangunan ini,”jelasnya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan orang ramai yang sudah merasakan ‘rimas’ serta sukar untuk menyempurnakan ibadah dan menyebabkan masjid tersebut akan menjadi ‘kurang makmur’.

“Jalan dan ruang sedia ada telah digunapakai oleh hotel dan bangunan perniagaan. Jemaah dan orang ramai yang datang untuk beribadah di masjid ini terpaksa menggunakan ruang lain,

“yang mungkin lebih sukar malah kemungkinan tidak lagi bersedia singgah memakmurkan masjid ini kerana gangguan yang terpaksa dilalui,”kata beliau.


Kenyataan media beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu dikeluarkan selepas beliau membuat satu laporan di balai polis Kuala Berang, terhadap pembangunan tersebut pada Selasa 3 Januari.

Turut bersama beliau ialah Ketua Pemuda PAS Kuala Berang, Ahmad Aminuddin bin Mohamed.
Aminuddin yang merupakan ahli jemaah Masjid Sultan Mahmud berkata, telah melihat beberapa jentera berat telah dihantar ketempat parkir Masjid itu.

“Setelah disiasat, saya dapati bahawa ianya bertujuan bagi mendirikan sebuah bangunan hotel tujuh tingkat dengan kapasiti 72 Bilik Penginapan.

“Bersebelahan hotel tersebut, akan didirikan pula satu blok Bangunan Rumah Kedai tiga tingkat yang mengandungi 30 unit Ruang Niaga.


“Saya diberitahu bahawa projek berkenaan tidak mendapat Kelulusan Pelan daripada pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu,”tegas Aminuddin.
Oleh yang demikian, katanya, jika benar, beliau berharap kerja-kerja pembinaan hotel dan bangunan kedai tersebut dihentikan serta-merta dan diroboh, dialih serta dibersihkan semua binaan serta peralatan daripada kawasan dan laluan masjid.

Mengulas lanjut, Haji Muhyiddin menambah bantahan PAS terhadap pembinaan itu, tidak sesekali bertujuan menghalang pembangunan dan kemajuan yang diperlukan oleh rakyat.


“tetapi fakta yang ada menunjukkan UMNO/BN telah memilih lokasi yang salah iaitu membina hotel di atas parkir masjid.

“Kedudukan bangunan hotel terlalu hampir dengan masjid sebagai pusat ibadah orang ramai.

Sekaligus menghalang dan menyukarkan orang ramai untuk memakmurkan masjid ini,”tegas beliau.

Sumber BO - 4-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepuluh Batang Sungai Melebihi Tahap Bahaya


KUALA TERENGGANU – Sepuluh batang sungai utama di negeri ini telah mencatatkan paras bacaan melebihi tahap bahaya amat membimbangkan, menurut data laman sesawang kenyataan banjir.


Sungai-sungai tersebut ialah, Sg. Besut di Jambatan Keruak, Sg. Besut di Kg. La, Sg.Besut di Jam.Jerteh, Jambatan Permaisuri, Sg.Chalok di Jambatan Chalok, Sg.Nerus di Kg Langkap, Sg.Telemong di Kuala Ping, Sg.Berang di Kg.Menerong, Sg. Dungun di Kuala Jengai, Sg.Tebak di Jam.Tebak.

Dengan keadaan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku, dijangka berterusan sehingga Rabu, 4 Januari 2017 (esok).


Dengan cuaca yang tidak menentu itu, Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu Dr Azman Ibrahim mengarahkan semua unit di bawah Khidmat tersebut agar bersedia untuk kerahan operasi menyelamat dan menguruskan mangsa-mangsa banjir pada skala besar.

“Perkembangan banjir di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Langkap, Hulu Besut, Bukit Besi, Telemong dan Ajil,

“dilihat akan memasuki tahap 3 sekiranya hujan berterusan turun pada malam ini,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah MTD Bukit Besi berkata, keadaan banjir di Kg Tepus , Minda dan Talong juga amat membimbangkan.


“Air Sungai Dungun mulai menghampiri melepasi tebing sungai. Jalan utama masuk ke Kampong Minda sudahpun dinaiki air……..jalan darat terputus,

“Penduduk kampung sedang berusaha pindah dan tiada sebarang bantuan dari luar, ” ujarnya ketika dihubungi.

Oleh itu, beliau berkata, bot penyelamat dan tenaga sukarelawan bagi membantu mangsa untuk berpindah dangat diperlukan.

“Perhubungan darat ke Kampung Talong juga terputus dan tiada maklumat keadaan semasa di sana kerana ketiadaan bot untuk ke sana,”jelasnya.


Di Besut, menurut sukarelawan Wan Anuar Wan Ahmad, warga dari kawasan Hulu Besut tidak lagi boleh ke bandar Jerteh kerana jalan telah dinaiki air.

“banyak kenderaan yang terkandas termasuk kenderaan bantuan pacuan empat roda………sebelah Hulu dan Kuala Besut tidak boleh keluar mari ke bandar (Jerteh),

“Dari bandar (Jerteh) hanya boleh ke Kampung Cerang Meliling (Hulu Besut) dan Kota Putera. Jalan raya setakat ini tidak boleh dilalui,”katanya.

Sumber BO - 4-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banjir Terengganu: 24 Sekolah Ditutup Hari Ini
Posted on Wednesday, January 04 @ 06:31:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33077



KUALA TERENGGANU - Situasi banjir yang dilihat semakin meruncing di Terengganu menyebabkan 24 sekolah di empat daerah terpaksa ditutup ini.

Daripada jumlah itu, 12 sekolah terletak di Hulu Terengganu, 10 di Setiu dan masing-masing satu di Besut dan Kemaman.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata kesemua sekolah berkenaan terpaksa ditutup kerana laluan ke sekolah dinaiki air dan ada sekolah yang turut dilanda banjir.

"Di Hulu Terengganu, penutupan melibatkan sembilan sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Mengkawang, SK Padang Setebu, SK Cheting, SK Lubuk Periuk, SK Bukit Tadok, SK Padang Setar, SK Getang, SK Menerong dan SK Kuala Jenderis.

Tiga lagi ialah sekolah menengah kebangsaan (SMK) iaitu SMK Kuala Jenderis, SMK Menerong dan SMK Tun Indera," katanya kepada Bernama.

Katanya 10 sekolah yang ditutup di Setiu ialah SK Merbau Menyusut, SK Kampung Fikri, SK Pelong, SK Sungai Las, SK Kampung Besut, SK Kampung Bukit Ulu Nerus, SK Payong Baru, SK Langkap, SK Kampung Buloh dan SK Chalok.

Di Besut sekolah yang ditutup esok ialah SK Pasir Akar dan di Kemaman melibatkan SK Padang Kubu.

Shafruddin berkata penutupan di 24 sekolah esok melibatkan 544 guru dan 4,196 murid.
"Sesi persekolahan di 21 sekolah pagi tadi terpaksa ditamatkan lebih awal secara berperingkat apabila kawasan sekitar mula dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak malam semalam.

Tiga lagi sekolah pula memang dijadualkan tutup hari ini iaitu SK Sungai Las dan SK Kampung Besut di Setiu serta SK Getang di Hulu Terengganu," katanya. – Bernama

Sumber TKO - 4-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banjir Semakin Buruk, Khidmat Malaysia Terengganu Diarahkan Bersedia Untuk Operasi Menyeluruh Pada Skala Besar

Melihat kepada perkembangan semasa hujan berterusan mencurah serta cuaca yang tak menentu, semua unit di bawah Khidmat Malaysia Terengganu diarahkan bersedia untuk kerahan operasi menyelamat dan menguruskan mangsa-mangsa banjir pada skala besar.


Perkembangan banjir di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Langkap,
Hulu Besut, Bukit Besi, Telemong dan Ajil dilihat akan memasuki tahap 3 sekiranya hujan berterusan turun pada malam ini.

Komandan Unit Amal Terengganu telah dimaklumkan untuk meletakkan anggota Amal bersedia untuk operasi skala besar ini pada bila-bila masa.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu
3/1/ 2017
6:50 p.m

Sumber BO - 3-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Worst Flood In 30 Years

Floods sweeping the state constituency of Telemong have been described by residents as the worst in 30 years.

For Isa Kassim, 65, of Kampung Kuala Ping, the deluge reminded him of another major flood in 1986.

“At that time, my children were still young, ranging from one to four years. I waded through flood waters carrying my three children, while my wife had to struggle with flood waters up to her neck.
“At that time, my family and I evacuated at 9pm, as we did not expect the water to rise so fast. Only Allah knows how we fought the swift waters to save our children,” he said when met by Bernama here yesterday.


Isa, who is a retired civil servant, said at that time, facilities were still lacking and many villagers had to seek shelter at the nearest neighbour’s or relative’s house.

“I moved to my uncle’s house. We stayed and ate at his house, as there were no evacuation facilities then.

“The flood today is even bigger than in 1986. The water rose very fast. In less than two hours, water had entered our house. But we decided to move earlier, for fear the water would rise further,” he said.
Teh Mamat, 78, of Kampung Tengkawang, said she could not save her things in her house as she was away, visiting her son in Felcra Bukit Kepah.

“My neighbours phoned me, but I was not in the house then and could not salvage anything. The flood is quite bad. In 2014, it was not like that,” she said.

Teh said despite having to evacuate to a relief centre, she is content, as the facilities provided are adequate and comfortable.

“In the past, we were forced to move into any neighbour’s or relative’s house which was not affected. Today, everything is provided at the shelter,” she said.

A Bernama survey at the constituency found evacuation and rescue operations are still being carried out.

Firemen and Civil Defence Force personnel equipped with boats were seen assisting victims to move to relief centres.

Source: Bernama

Sumber BO - 3-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rayuan Sumbangan Kilat Untuk Membantu Mangsa Banjir Hulu Terengganu

Sebagaimana yang telah sedia maklum beberapa kawasan di sekitar Hulu Terenganu dilanda banjir yang agak teruk penghujung tahun baru-baru ini dan beberapa kawasan keadan banjir masih lagi belum pulih dan ada kawasan yang dinaiki air sekali lagi pd pagi ini( 3 Jan 2017) khususnya di Hulu Berang dan Hulu Telemong..


Bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang majoritinya golongan berpendapatan rendah yg bekerja sbg penoreh getah, pekebun kecil, bekerja sendiri, beniaga kecil-kecilan dll sudah pasti terasa bebannya dgn keadaan hujan yg berterusan, musibah banjir yg melanda ditambah pula sesi persekolahan 2017 yg baru bermula yg memerlukan belanja yg agak besar..

Oleh yang demikian dengan penuh rasa prihatin dan tangungjawab kami (KHIDMAT MALAYSIA HULU TERENGGANU) melancarkan sumbangan kilat untuk membantu dan merigankan beban mangsa-mangsa banjir tersebut.. Sumbangan boleh dihulurkan dalam bentuk wang ringgit atau barangan keperluan harian spt beras,sardin,gula gandum, minyak masak dan lain-lain.


Bagi yang ingin menyumbang tuan/puan bolehlah hubungi :
📞 Mohd Safari : 0199923555
📞 Hj zamri : 0199515551
📞 Sdra Rulam : 0199147239
📞 Ust Faizul : 0145443417

Atau Bank In ke akaun Maybank Islamic
Atas nama : Dana Cakna Rakyat
No ACC : 563037060378

Bagi yang ingin menyumbang dalam bentuk barangan keperluan tuan/puan boleh hantar terus ke Pejabat Bilik Gerakan Khidmat Malaysia Hulu Terengganu di Kuala Berang, bersebelahan jejantas Bt 24 dan sebelah Kedai Tayar Good Year Md Noor.


Semoga dengan sumbangan yang tuan/puan hulurkan dpt meringankan beban dan mengukirkan sedikit seyuman kpd mangsa-mangsa banjir tersebut. Sumbangan ikhlas dr tuan puan Kami ucapkan ribuan terima kasih & Mudah- mudahan diberi ganjaran yg besar di sisi Allah S.W.T. Aamiin..

Sekian, Terima Kasih

Mohd Safari Abu
#Khidmat Malaysia Hulu Terengganu
# Jom bantu
# Hulurkan Tangan ringankan beban
#Baca & Sebar


Sumber BO - 3-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hakisan Pantai; Warga Mengabang Telipot Kesal Kerajaan Lambat Bertindak

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim melahirkan rasa ‘kekesalan yang amat sangat’, terhadap kerajaan yang terlalu perlahan dalam mengambil tindakan menangani kesan hakisan pantai Mengabang Telipot dan Tanjung Gelam.
hakisan 030117bKatanya, beliau tidak tahu, sampai bilakah keadaan tersebut berlarutan dan bilakah pula kerajaan akan dapat menanganinya.
“Lihatlah hakisan telah merebak sejauh 500 meter……. sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Takkan nak tunggu hakisan sampai ke pantai Merang baru kerajaan nak bertindak,
“Saya cukup sedih melihat keadaan ini…….saya berharap kerajaan lebih bersegera dlm menangani masalah yg menghantui penduduk dipantai ini sejak sekian lama,”katanya ketka ditemui hari ini ketika memeriksa keadaan pantai tersebut.
Beliau menyifatkan sikap kerajaan sebagai ‘pekak badak’ kerana pelbagai cadangan dan kajian dibuat serta bermacam kenyataan yang dikeluarkan, namun ia tidak mengubah apa-apa terhadap hakisan yang melanda.

“Berbagai kajian yang telah dibuat serta cadangan penyelesaian dari pihak pakar serta PAS sendiri namun kerajaan seperti ‘pekak badak’ ,
“bila hal yang menyentuh golongan rakyat bawahan……. saya berharap kerajaan dibawah pimpinan YAB Razif lebih proaktif bagi menyelesaikan permasalahan rakyat,”tegasnya.

Dimana Menteri Besar?

Keresahan penduduk Kampung Tanjung Gelam dan Mengabang Telong tentang hakisan pantai yang kian merebak nampaknya belum menampakkan noktah penyelesaian.
Pelbagai pihak agensi kerajaan yang turun melawat hakisan tersebut namun hanya ibarat ‘melepas batuk ditangga’sahaja.

Tiada penyelesaian konkrit yang dilakukan, hanya taburan janji manis penyedap ‘halwa telinga’ sebagai umpan ‘penyumbat mulut’ penduduk dari terus mengkritik kegagalan kerajaan dlm menguruskan bencana alam dengan ‘efisien’.
Ketika tinjauan pihak media sebelum ini, rata-rata penduduk meluahkan kekesalan terhadap kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Seorang nelayan warga emas, Pak Ismail Abd Rahman, 78, berkata, beliau tidak pernah menyaksikan hakisan yang paling teruk terjadi, sebagaimana yang berlaku pada kali ini.

“Pok asal sini……….dari kecik pok duduk sini, dulu pantai ni……… lenguh berjalan baru sampai ke gigi air, lebih kuran sebatu lebih, tapi sekarang……. tengok lah habis di kokok (hakis) di air, sampai ke jalan habis punah,”katanya.
Beliau adalah antara penduduk yang paling terkesan dengan hakisan pantai itu berkata, mencari rezeki ‘kelaut’ sudah menjadi darah dagingnya.
“dari zaman lepas Jepun hari tu lagi, sampai sekaang, tak berhenti lagi, daah memang mata pencarian Pok ke laut,

“tapi sekarang, nak bawa turun bot pun tak boleh, tebing jadi tinggi … kalau macam ni nyaknye (kesian) ah……paka dok berasap ah dapur Pok,”ujarnya.
Menurut Ismail, berhampiran pantai di kampong itu, penuh dengan rumah penduduk termasuklah rumah seorang berbangsa Cina yang dipanggil sebagai ‘Cina Kaki Kecik’.

Tetapi sekarang semua rumah habis ‘masuk ke dalam’ laut .

“Pok nak minta kerajaan kita mari baiki kerosakan pantai ni…….. jadi nyusah ke rakyat lagu ni…… sejak kerajaan buat landasan lapangan terbang panjang pah ke laut, dok sendik (selesai) masalah hakisan,

“dulu hakis pantai Tok Jembal, lepas dia benteng situ……… mari pulok ombak, hakis pantai Mengabang Telong ni …….. kalu lagu ni, bila nok selesai masalah?,”soal beliau.

“Razif (MB) pun Pok dok nampak batang hidung sekali ‘habuk’ turun jenguk masalah kami sini…….kata nak tolong rakyat!,” luah Pak Ismail menyatakan kekesalannya .


Sumber BO - 3-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Air Bah Naik Kembali, Beberapa Jalan Tidak Boleh Dilalui

KUALA TERENGGANU – Hujan berterusan di beberapa daerah pedalaman Terengganu telah menyebabkan air bah naik semula, setelah surut semalam.

Beberapa batang jalan telah ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.


Setiausaha Majlis Tindakan DUN Bukit Besi Zul Shawaluddin Jusoh mengesahkan laporan, Pengetua Sekolah Menengah Kuala Jengal telah mengarahkan murid dan para gurunya pulang kerana paras air semakin naik.

“paras air Sungai Jengal mendadak naik pada pagi ini…..sehingga jam 9.00 pagi, air di Kampung Shukur telah melimpah ke anak-anak sungai tetapi keadaan masih berjaga-jaga,”ujarnya ketika dihubungi.

Katanya, laporan terbaharu menyatakan, hubungan antara Kampung Dendang ke Kuala Jengal telah terputus kerana ditenggelami air.


Jalan Kuala Ping; sebuah pacuan empat rida cuba melalui jalan yang mulai dinaiki air kembali selepas surut, semalam
Sementara itu, menurut laporan pasukan media Hulu Terengganu, antara jalan yang dilimpahi air di daerah itu pagi ini ialah di Kampung Kuala Ping, Kampung Bukit Tadok dan Kampung Padang Setebu.

Ketuanya Nasrun Abdullah berkata, semua jalan-jalan tersebut sudah tidak boleh dilalui.


>>>berita lanjut menyusul


Bangunan Didirikan Tanpa Kelulusan; PAS Akan Buat Laporan Polis Esok

In shaa Allah PAS Kawasan Hulu Terengganu akan membuat satu ‘repor’ (laporan) polis di balai polis Kuala Berang esok pagi (3 Januari 2017), lebih kurang pukul 10 pagi untuk buat satu aduan kepada pihak polis berhubung dengan satu maklumat yang mengatakan satu bangunan hotel tujuh tingkat dan satu blok rumah kedai yang mengandungi 30 unit rumah kedai akan didirikan di tapak ‘parking’ masjid Sultan Mahmud Kuala Berang.


Kita mendapat maklumat bahawa pembinaan ini tidak mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu. Urusan pelan belum diperolehi, tetapi kerja-kerja awal telah dimulakan.

Dan saya akan membuat report polis ini untuk minta supaya pihak polis menyiasat.

Sekiranya berita ini benar, kita minta segala kerja-kerja ini dihentikan, sehingga kelulusan plan, kelulusan pembangunan diluluskan oleh pihak kerajaan.

Kita bimbang dengan pembinaan tanpa kelulusan ini akan menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini kemudian.Samada dari segi runtuh bangunan, dari segi kesan kepada masjid dan sebagainya.


Jadi In shaa Allah saya jemput orang ramai untuk turun bersama saya esok lebih kurang pukul 10 pagi di balai polis kuala Berang untuk sama-sama memberi sokongan untuk Kita buat satu report polis berkenaan perkara yang saya sebut tadi.

Terima kasih.

Haji Muhyiddin Andul Rashid
Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu.


Sumber BO -2-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PASTI Bestari Zainal Abidin Bakal Lahirkan Anak-anak ‘Soleh Dan Pintar’

Oleh : Che Ana

KUALA NERUS – Anak-anak adalah amanah dan anugerah dari Allah yang tidak ternilai, yang menjadi tanggung jawab kepada ibu bapa untuk memberi pendidikan terbaik buat mereka.


Pengarah PASTI Negeri Terengganu Ustaz Sulaiman Sulong mengucapkan terimakasih kepada semua pihak khususnya ibubapa yang terus yakin dan percaya kepada pendidikan pra-sekolah itu.

“suka saya nyatakan bahawa PASTI yang dibangunkan oleh PAS mempunyai visi dan cita-cita memberi pendidikan untuk melahirkan kanak-kanak soleh pintar,

“melalui sistem pendidikan yang berteraskan Islam  walaupun di peringkat usia lima dan juga enam tahun,”jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Taklimat sempena pembukaan PASTI Bestari di Gong Badak di sini pada Sabtu, 31 Disember.


Sehubungan itu, beliau berkata, PASTI Bestari adalah PASTI yang memenuhi semua manual pengurusan dan KPI yang digariskan yang juga mempunyai prasarana yang lebih moden dan suasana pembelajaran yang kondusif.

“ada pun dari sudut kurikulum kita menyediakan modul sejajar dengan falsafah pendidikan Islam dan pendidikan kebangsaan,

“mahu mengembangkan dan membangunkan dari sudut rohani, jasmani, intelek sosio emosi(kanak-kanak},

“empat teras ini merupakan elemen yang kita terapkan untuk kita bangunkan buku teks yang akan diajar di PASTI di seluruh negara, termasuklah di negeri Terengganu kita ini,”ujarnya.


Katanya, dalam elemen rohani, dua pengisian disampaikan melalui peribadi muslim dan al- Quran serta Hadis.

Beliau yakin, anak-anak yang berusia lima tahun dapat menghafal separuh surah al-Mulk melalui kelas Pra-Tahfiz yang dimulakan pengajiannya di seluruh Negeri Terengganu pada sessi 2017.

“sosio emosi……. kita akan ada kreativiti dan ‘ekstetika’ kurikulum baru, supaya dalam masa yang sama mereka menghargai budaya setempat yang ada, diselaraskan kehendak dan patuh syariat,
“supaya anak-anak ini membesar dengan tidak meminggirkan pelbagai budaya setempat, pakaian yang menjadi tradisi di tempat masing-masing, ”jelas beliau lagi.


Oleh itu, beliau mengajak semua pihak sama-sama mendoakan agar rancangan terseut dapat direalisasikan dengan jayanya.

Sementara itu, Pengurus PASTI Bestari Zainal Abidin Gong Badak, YM Tengku Hafiz Tengku Aziz menegaskan, PASTI adalah satu institusi yang tidak sama dengan tadika yang dianjurkan oleh pihak lain.

“terima kasih kepada para penderma yang sudi menyumbang bangunan dan tanah ini yang hanya dikenali sebagai hamba Allah, PASTI ini kita wujudkan tak sama dengan tadika swasta yang lain,
“kita bukan tadika swasta……kita institusi yang tidak ada kepentingan peribadi… anak saya pun tak bersekolah di sini,”tegasnya.

Beliau mengharapkan para ibu bapa untuk sama-sama memberikan sumbangan sumber dan buah fikiran demi membangunkan PASTI itu.


“kita memanglah (PASTI) baru dan in shaa Allah kita akan cuba sebaik mungkin untuk menggembeling tenaga bagi memastikan PASTI ini jadi yang paling ‘comel’ di Terengganu, “tambahnya.

Seramai 56 murid telah mendaftar masuk ke PASTI tersebut sejak pendaftarannya 3 Disember lalu yang turut menyediakan perkhidmatan ‘transit’ anak-anak bagi ibu bapa yang bekerja dari 8.00 pagi hingga 7.30 malam.

PASTI Bestari Zainal Abidin adalah satu daripada tujuh PASTI seumpamanya yang telah dibuka di seluruh Negeri Terengganu.

Sumber BO - 2-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

17 Couples Arrested During ‘Khalwat’ Raid












KUALA TERENGGANU, Jan 1 — Civil servants and teenagers are among 17 couples arrested during the statewide ‘khalwat’ raid, dubbed Ops Tahun Baru, early today.

State Religious Affairs Commissioner Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim said the suspects, aged between 17 and mid-40s, were picked up at numerous hotels for allegedly committing khalwat (close proximity) and having immoral sex outside of marriage.

“These couples are using various tricks to fool the authorities. Only the women were found to have checked in to the hotels, while their partners would only come later in the wee hour,” he told reporters here today.

He said some of them hailed from Selangor and Pahang and all of them would be investigated under Section 29 of the Shariah Crime Offences (Takzir) (Terengganu) Enactment 2001. — Bernama

Sumber BO - 2-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kewangan Kerajaan Umno-BN ‘Parah’

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Kedudukan kewangan kerajaan UMNO dan BN yang ‘parah’, sangat serius sehinggakan rakyat yang sepatutnya mendapat kemudahan rawatan perubatan percuma, dipaksa menanggung beban tersebut.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun kesal kerana, para rakyat yang ingin mencuci luka di hospital akibat kencing manis atau kemalangan terpaksa membeli ubat sendiri, kerana tiada stok ubat tersebut di hospital.

“Pelik, rawatan hospital cuci luka  tapi bawak ubat sendiri, peruntukan ke mana dibelanjakan,
“(sedangkan) Tabung Darul Iman dalam Bajet 2013 dulu pesakit kronik (ada peruntukan) RM10 juta,”soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan kepada orang ramai pada program ‘Street Dakwah’ anjuran Ameerah Kawasan Dungun, di Taman Permainan Kanak-Kanak Pantai Teluk Lipat Dungun pada Jumaat 30 Disember.


Menurutnya, kemudahan kewangan dari Tabung yang ditubuhkan semasa PAS menjadi kerajaan negeri perlu di hebahkan kepada mesyarakat dan mereka yang memerlukannya boleh membuat permohonan.

“Tabung Darul Iman untuk sakit kronik seperti (sakit) jantung, (perubatan melibatkan) proses pembedahan yang melibatkan belanja besar,

“JKKK kena maklum……kena umum di masjid supaya, masyarakat tahu tempat rujukan, masyarakat kena ambil peluang untuk (mendapat bantuan) rawatan tersebut,”jelas beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun.

Turut sama dalam program tahunan Ameerah yang diadakan serentak di seluruh negeri itu ialah, ADUN Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik.

Sementara itu, Pengarah program Street Dakwah negeri Terengganu, Daing Siti Norbaity Abd Latif berkata, program tersebut diadakan serentak di suluruh negeri pada hari dan waktu yang sama.


“ia adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu yang berlaku sekarang serta untuk memperkenalkan dan untuk merapatkan PAS dengan warga Dungun,

“program ini adalah dianjurkan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun bagi memperkenalkan Ameerah sbg muslimat muda PAS,”katanya.

Selain itu, menurut Baity, ia juga merupakan medan kepada Ameerah sebagai simulasi kempen pilihan raya.

Sumber BO - 2-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































































































































MTD Pengkalan Berangan bantu mangsa banjir

AHMAD FAIZAL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43761-mtd-pengkalan-berangan-bantu-mangsa-banjir

MARANG: Kampung Kubu antara kampung yang teruk terjejas akibat banjir. Hujan yang turun bermula tengah malam Jumaat lalu dengan kadar yang agak luar biasa telah mengakibatkan beberapa jalan utama dan beberapa buah kampung  telah dinaiki air dan mengakibatkan banjir di sekitar Pengkalan Berangan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN  Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong (Gambar atas: Baju T merah) turun meninjau keadaan dan menyampaikan bantuan segera kepada mangsa banjir di dua penempatan sementara di Kubu.

Ustaz Sulaiman kemudiannya berkesempatan bertanya kabar  dan menyantuni beberapa keluarga di Kg Bukit Kecil dan Tok Fakir yang masih belum berpindah dari kediaman yang mula dinaiki air dan menasihatkan agar berpindah sekiranya keadaan mendesak.

“Saya menasihatkan agar penduduk di kampung berkenaan segera berpindah dan sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa,” ujar beliau ketika ditemui di selepas kunjungan di Kampung Tok Fakir.

“Beliau juga menasihati penduduk agar menjaga keselamatan dan kesihatan pada musim banjir agar terhindar dari wabak penyakit bawaan yang sering berlaku dimusim banjir,” tambah beliau lagi.

Kunjungan beliau di dua tempat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Kubu dan Balairaya Tanah Lot, Kubu disambut baik oleh penyelaras penempatan sementara banjir dan mangsa banjir. – HARAKAHDAILY 2/1/2017

Foto: Lensa Kalangwangan Team

Sumber HD - 2-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersabar Hadapi Musibah Banjir

HULU TERENGGANU – Warga Terengganu yang ditimpa musibah banjir diharap dapat bersabar menerima ujian Allah dan mengambil tindakan yang perlu agar dapat mengelakkan dari perlara yang tidak diingini berlaku.

Pengerusi Khimmat Malaysia Terengganu Dr Azman Ibrahim berharap penduduk berwaspada dalam menghadapi kemungkinan bencana tersebut untuk musim tengkijuh kali ini.


“Bersabar dengan musibah dan terus berwaspada dimusim tengkujuh ini……melihat keadaan cuaca yang masih tidak menentu,

“penduduk yang tinggal di kawasan rendah yang berisiko dinaiki air dinasihatkan untuk terus berwaspada terhadap sebarang kemungkinan berlakunya gelombang banjir yang seterusnya,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyantuni mangsa banjir di sekitar Dewan Undangan Negeri Telemong, Hulu Terengganu pada Ahad, 1 Januari.

Turut sama dalam program ziarah tersebut ialah Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu Hj Muhyiddin Abd Rashid dan Ketua KhidmatMalaysia Hulu Terengganu  Mat Safari Abu.

Menurutnya, hujan lebat yang berlaku di negeri pantai timur semenanjung khususnya Terengganu bermula tiga hari lepas menyebabkan beberapa kawasan di bahagian Hulu Terengganu, Hulu Dungun, Hulu Besut, Marang dan Setiu dinaiki air.

Katanya, Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbesar mangsa banjir khususnya penduduk yang tinggal di kawasan pesisir Sungai Telemong seperti Kampung Nibong, Kampung Kepah, Kampung Matang, Kampung Paloh Nyior, Kuala Ping dan beberapa kampung lain.


Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan Ketua Kebajikan PAS Terengganu berkata, Bilik Gerakan Banjir Khidmat Malaysia Hulu Terengganu telah diaktifkan sejak pagi Sabtu 31 Disember 2016 untuk menyelaraskan operasi pemindahan serta membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Keadaan cuaca yang semakin cerah dan air yang semakin surut pada hari ini, katanya, membolehkan ramai mangsa banjir mula pulang ke rumah masing-masing.

“Walaupun begitu, bebeberapa aspek perlu terus diambil perhatian untuk mengelakkan penyakit bawaan air. Kebersihan makanan dan minuman perlu dititik beratkan dan pastikan minum air yang telah dimasak.”

“Selain bersabar dengan kerosakan harta benda, masalah kesihatan juga jangan dipandang ringan,”jelasnya.


Kata beliau, banjir adalah punca utama pelbagai penyakit bawaan air seperti demam kepialu, taun, Hepatitis A dan leptospirosis kerana mangsa terdedah dengan air yang tercemar.

Justeru itu, beliau berharap agar penduduk terbabit tidak memandang ringan dengan penyakit-penyakit tersebut yang mempunyai simptom biasa seperti cirit-birit dan demam kerana jika lambat dirawat, ia boleh membawa maut.

“Walaupun cuaca semakin elok dan banjir semakin surut, mangsa masih perlu berhati-hati kerana sumber air yang tercemar dan keadaan persekitaran yang kotor.”

“Juga jangan lalai dari menjaga keselamatan anak-anak. Walaupun mereka perlu diberikan ruang untuk menikmati zaman kanak-kanak, tetapi ada ketikanya air banjir tak mengenal simpati serta tak mengenal mangsa. Berhati-hatilah…,”pesan Dr Azman lagi.

Sumber BO - 2-1-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perutusan Tahun Baru 2017 Pesuruhjaya PAS Terengganu

Tahun 2016 akan meninggalkan kita dengan suka dan duka. Walaupun penuh warna-warni namun ‘warna hitam’ yang melambangkan kesedihan, lebih menyelubungi kehidupan warga Malaysia, terutamanya kepada rakyat negeri Terengganu.

Kedudukan ekonomi negara yang semakin tenat amat dirasai, ekoran ketidaktelusan, penyelewengan dan rasuah yang masih diamalkan dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Misteri derma RM2.6 bilion yang belum terjawab dan rampasan wang berjumlah RM112 juta susulan penahanan dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah adalah tanda aras yang menjelaskan, betapa parahnya rasuah yang sudah menjadi barah.

Penurunan hasil minyak dan gas, ditambah dengan kejatuhan nilai matawang negara dan GST terus menolak naik harga barangan dan perkhimatan, menjadikan kos sara hidup rakyat semakin menghimpit.

Penutup tahun 2016 juga telah menyaksikan Umno dan Barisan Nasional sudah tidak mampu untuk menguruskan kebajikan rakyat apabila harga minyak naik bagi RON 95 sebanyak 20 sen dan RON 97, 15 sen serta Diesel menokok sebanyak 20 sen seliter.


Tahun 2016 juga telah menyaksikan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) terus komited untuk memperjuangkan Islam dengan pembentangan Rang Undang-undang Persendirian (Private Member’s Bill) oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang.

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang telah dikemukakan Presiden PAS membuktikan kita mahu rakyat negara ini bukan sahaja sejahtera di dunia, bahkan In shaa Allah, akan selamat di akhirat.

Justeru itu, bagi menempuh tahun 2017 yang mendatang, PAS menyeru dan mengajak seluruh rakyat melakukan perubahan dengan mengubah nasib diri sendiri.
Allah firman di dalam kitabNya al-Quran al-Karim;

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…..”[ Ar-Ra’d Ayat 11]

Mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu, saya dan semua pemimpin pelbagai peringkat, mengajak seluruh rakyat bersama-sama mereliasasikan perubahan itu, memilih kerajaan yang lebih baik, demi masa depan generasi Malaysia dan anak cucu rakyat Terengganu,

Ayuh kita lakukan bersama!

Yang benar,

YB Haji Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negei Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
2 Rabi’ul-akhir 1438 bersamaan 1 Januari, 2017

Sumber BO - 1-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































































































































































































Jaga Keselamatan, Kesihatan Pada Musim Banjir

Oleh : Ahmad Faizal Al Medaniey

MARANG – Pengarah Majlis Tindakan DUN Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong berpesan dan menasihati penduduk agar menjaga keselamatan dan kesihatan pada musim banjir


“Saya menasihatkan agar penduduk di kampung berkenaan segera berpindah dan sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa”Ujar beliau ketika ditemui di selepas kunjungan di Kampung Tok Fakir.

“Beliau juga menasihati penduduk agar menjaga keselamatan dan kesihatan pada musim banjir agar terhindar dari wabak penyakit bawaan yang sering berlaku dimusim banjir,”katanya

Beliau berkata demikian ketika turun meninjau keadaan dan menyampaikan bantuan segera kepada mangsa banjir di dua penempatan sementara di Kampung Kubu, pada Jumaat 31 Disember.

Ketua Pemuda PAS Marang itu juga bertanya kabar dan menyantuni beberapa keluarga di Kampung Bukit Kecil dan Tok Fakir yang masih belum berpindah dari kediaman yang mula dinaiki air dan menasihatkan agar berpindah sekiranya keadaan mendesak.

Kunjungan beliau di dua tempat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Kubu dan Balairaya Tanah Lot, Kubu disambut baik oleh Penyelaras penempatan sementara banjir dan mangsa banjir.

Kampung Kubu diantara kampung yang teruk terjejas akibat banjir semalam, apabila hujan yang turun bermula tengah malam Jumaat lalu dengan kadar yang agak luar biasa.

Ia telah mengakibatkan beberapa jalan utama dan beberapa buah kampung telah dinaiki air dan mengakibatkan banjir di sekitar Pengkalan Berangan

Sumber BO - 1-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banjir Semakin ‘Buruk’

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu mencatat peningkatan 1,261 orang menjadikan jumlah terkini yang dipindahkan ke pusat pemindahan mencecah 3,742 mangsa berbanding 2,031 pada pukul 6 semalam.

Menurut laman sesawang bilik gerakan banjir negeri Terengganu, mereka dipindahkan ke 54 pusat pemindahan di semua daerah kecuali Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Lima buah di Besut, enam di Setiu, Sembilan di Marang, tiga di Dungun, empat di Kemaman dan 24 buah di dibuka di Hulu Terengganu.

Sebanyak 1, 153 keluarga telah dipindahkan dengan Hulu Terengganu mencatatkan paling ramai mangsa banjir iaituseramai 2, 184 orang.
Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, beliau sedang menuju untuk membuat lawatan ke kawasan terjejas dengan bencana iti di Hulu Terengganu.

“saya sedang menuju ke Hulu Terengganu untuk melihat perkembangan di sana dengan lebih dekat…….kita akan menilai dan membuat pemerhatian,
“apakah bentuk keperluan mangsa-mangsa banjir itu dan bagaimana pengendalian pusat-pusat pemindahan tersebut,”ujarnya ketika dihubungi pagi ini.

Banjir yang bermula malam Jumaat mencatatkan kejadian terburuk di daerah Hulu Terengganu.
Sebanyak 33 buah sekolah yang melibatkan 1,000 pelajar tidak dapat memulakan sesi persekolahan 2017, yang bermula hari ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, daerah paling teruk terjejas ialah Hulu Terengganu apabila 22 sekolah iaitu 19 sekolah kebangsaan dan tiga sekolah menengah dilanda banjir.
“Enam sekolah di Hulu Terengganu yang dilanda banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Teris, SK Tapah, SK Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Kua dan SMK Bukit Diman,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.
Sebanyak 16 sekolah lain di Hulu Terengganu pula tidak dapat beroperasi esok kerana laluan ke sekolah ditenggelami air iaitu SK Padang Setebu, SK Sungai Berua, SK Sungai Buloh, SK Kuala Jenderis, SK Matang, SK Lubuk Periuk, SK Bukit Tadok, SK Nibong, SK Betong, SK Pereh, SK Felda Tersat, SK Menerong, SK Cheting, SK Padang Setar, SMK Menering dan SMK Kuala Jenderis.


Di Marang, SK Sentol Patah turut dilanda banjir manakala empat sekolah lagi tidak boleh beroperasi esok kerana dijadikan pusat pemindahan untuk mangsa banjir iaitu SK Kubu, SK Pengkalan Berangan, SK Bukit Gasing dan SMK Merchang, katanya.

“Di daerah Kuala Terengganu pula, tiga sekolah terpaksa ditutup kerana dinaiki air iaitu SK Kampung Bukit di Chendering, SK Undang dan SK Padang Midin.

“Di daerah Setiu, dua sekolah ditutup esok iaitu SMK Langkap yang dijadikan pusat pemindahan banjir dan SK Merbau Menyusut kerana dinaiki air manakala sebuah sekolah di Dungun yang dinaiki air ialah SK Seri Paka,” katanya.

Sumber BO - 1-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2017 bermula dengan kenaikan harga minyak

USTAZ NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43747-2017-bermula-dengan-kenaikan-harga-minyak

MASUK awal tahun baharu biasanya ditanya tentang azam baharu. Melalui pelbagai media dan medium, disebut azam baharu sekian-sekian. Biasanya azam tahun baharu itu penuh dengan harapan, doa dan perubahan ke arah yang lebih baik.

Di tanah air tercinta, masuk awal tahun baharu dengan makluman kenaikan harga pestrol dan diesel. Bukan bunga api yang menyambut tahun baharu, tetapi harga bahan api. Maka beratur dan berderetlah orang ramai pada malam tahun baharu, bukan lagi untuk menyambut tahun baharu tetapi mengisi tangki kenderaan dengan harga lama sebelum harga bahan api baharu. Tetapi berapa lama boleh tahan? Dua hingga tiga hari kemudian tangki tetap kosong dan tetap akan diisi lagi.

Dalam satu portal berita nasional, tajuk kenaikan 15 sen dan 20 sen bahan api diletak dibahagian atas. Sementara tajuk di bahagian bawah: ‘’Keselamatan, kebajikan rakyat sentiasa diutamakan-PM”. Saya hanya senyum sinis melihat dua tajuk tersebut.

Kebajikan rakyat didahulukan! Kenakan GST

Kebajikan rakyat diutamakan! Naikkan harga bahan api

Kerajaan prihatin kebajikan rakyat! Kenakan cukai baharu

Kerajaan BN sahaja boleh jaga rakyat! Naikkan tol di LPT.

Kalau begini cara BN menjaga rakyat, memang sangat teruklah. Rakyat mesti celik dan dicelikkan. Jangan dibiarkan BN terus mempermainkan rakyat

USTAZ NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK
TYDP PAS Kemaman – HARAKAHDAILY 1/1/2017

Sumber HD - 1-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Homes, Roads Inundated, Rivers Swell

KUALA TERENGGANU – Continuous rainfall in the last 12 hours have caused several major roads in the state to be inundated by floodwaters, while dangerously swelling rivers in several districts have forced people to be evacuated to higher ground.

The water height of five major rivers here has risen beyond danger levels. Sungai Telemong in Kuala Ping, at Hulu Terengganu, has hit 20.36 metres, which is the danger level.


Flood at Kampung Bukit Nyior, Setiu 
Two rivers in Setiu are now above the alert level: Sungai Chalok (7.7m) and Sungai Nerus in Kampung Langkap (20.06m).

The level at Sungai Besut in Kampung La has hit 19.82 metres, while Sungai Marang at Jambatan Pengkalan Berangan is at 2.07 metres.

Meanwhile, Jalan Kampung Bukit Kepah in Hulu Terengganu has been closed to traffic, as it is submerged in 1.5 metres of water.

The road connects Kuala Pueh, Tapah, Payang Kayu, Baung and Kuala Ping.

In Marang, a 700-metre stretch of the main road at Merchang, in front of Petronas, is flooded and inaccessible to all types of vehicles.


According to the State Welfare Department’s flood portal, as of 1pm, 810 people are taking shelter at 17 flood relief centres in the districts of Setiu, Besut, Hulu Terengganu and Marang.

Relief centres operating in Hulu Terengganu are Dewan Kampung Bukit Kolam, Dewan Bukit Ara, Surau Durian Kassim, Balai Kampung Tapuh and Kampung Tok Lawit’s hall.

One family was evacuated to the Dewan Seri Putih centre in Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu. ln Marang, one family was evacuated to the Wakaf Tapai multipurpose hall.

In Setiu, ten families from Kampung Nyior and Kampung Nandong were evacuated after their houses were submerged in 1-metre floodwaters.

A total of 70 people from 27 families in Pelong, Permaisuri district, were evacuated to temporary relief centres in Bukit Nyior and Tok Nandong -.nst

Sumber BO - 31-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jabatan Amal Negeri Terengganu bersiap siaga Hadapi Banjir

Oleh : Ahmad Joe

KUALA TERENGGANU – Jabatan Amal Malaysia Negeri Terengganu(JAMNT) kini dalam keadaan bersiap-siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir berikutan hujan yang turun dengan lebat sejak semalam belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda.

Pengarahnya, Ahmad Sauji bin Abdul Rashid melalui pekeliling yang dikeluarkan kepada anggota JAMNT telah mengarahkan agar semua anggota untuk turun memantau kedaan semua lokasi bagi merancang operasi menyelamat dilakukan.


“Untuk makluman, saya mengarahkan semua anggota2 turun kelapagan memantau di lokasi banjir untuk tindakan”

Beliau juga meminta agar semua aset dan kelengkapan operasi JAMNT berada dalam keadaan bersedia bagi memudahkan operasi menyelamat dilakukan.

“Diminta tuan-tuan (JAMNT) mempersiapkan segala aset dan mengeluarkan arahan kepada semua anggota tuan-tuan untuk bersiap sedia digerakkan pada notis singkat.

Sementara itu, beberapa tempat di Terengganu mula dinaiki air dan dilanda banjir berikutan hujan sejak semalam.

Air di beberapa batang sungai utama di negeri ini seperti Sungai Nerus, Sungai Jertih dan Sungai Dungun juga dicatat peningkatan yang ketara sehingga melepasi paras normal dan bahaya.

Sumber BO - 31-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































































































Beberapa kawasan di Terengganu dinaiki air

AHMAD FAIZAL AL MEDANIEY Foto TRIPLE Z | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43739-beberapa-kawasan-di-terengganu-dinaiki-air

MARANG: Sebanyak tiga buah keluarga telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, sehingga jam 2 petang ini.

Daripada tiga keluarga tersebut, seramai lapan orang mangsa lelaki dan enam orang mangsa perempuan manakala enam orang kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing tiga.

Menurut salah seorang mangsa Zulkifli Maat 50, mereka dipindahkan lebih kurang jam 9 pagi oleh pihak JPAM.

"Sebelum pada ini, tengok keadaan air juga, memandangkan keadaan pagi tadi kritikal sangat paras air tiga hingga empat inci lagi nak ke lantai." Ujarnya.

Difahamkan masih ada lagi keluarga yang sedang dipindahkan ke sekolah ini. – HARAKAHDAILY 31/12/2016

Sumber HD - 31-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hujan Lebat, Air Sungai Melimpah, Sebab Banjir Di Dua Daerah

KUALA TERENGGANU – Hujan yang lebat dan limpahan air sungai telah membanjiri dua daerah, DUN Telemong di Hulu Terengganu dan Pengkalan Berangan, Marang.


Menurut laporan Pejabat Jurutera Hulu Terengganu jalan T137, laluan Kuala Pueh, Tapah, Payang Kayu, Baung, Kuala Ping dinaiki air sedalam 1.5 meter (Gambar kanan).

Jalan di Kampung Bukit Kepah itu ditutup Untuk semua kenderaan dan para pengguna diminta menggunakan jalan alternatif lain.

Antara kawasan lain yang terjejas ialah Kampung Basung dimana terletaknya Madrasah Darul Ansar.
Sehingga pagi ini, air masih bertahan dan belum surut lagi.

Pengasasnya Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, beliau dapat merasai, banjir akan malanda apabila hujan turun tidak ‘henti-henti’ sewaktu kembali dari program ‘Jom Ke Masjid’.


“Usai menjalankan amanah dalam program Karnival Jom Ke Masjid Di Masjid Jamek Pengadang Baru bersama Tok Adi Tanah Kubur Dan Ustaz Alif Mahari,

“Tiba perkarangan Rumah Dan Madrasah tepat jam 2:30 Pagi dalam keadaan hujan yang Agak lebat tidak Henti-henti.. Terdetik dalam hati, mungkin jika berpanjangan hujan seperti ini air akan melimpah,”tulisnya pada lam sosial beliau.

Benar sekali telahan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu, apabila sebaik sampai di perkarangan Madrasah, yang berkongsi dengan kediamannya, beliau mendapati, air mula naik.

“Sekali lagi Allah menguji Kami dengan limpahan air hujan dan sungai……,”kata beliau.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada warga dan anak-anak pelajar madrasah yang telah membantu memindahkan barang-barang.
“Terima kasih kepada anak-anak Madrasah (yang) baru selesai daurah (kerana) membantu menyelamatkan barang-barang,”tambahnya

Sementara itu, Kampung Kelulut di Marang, telah dinaiki air dan beberapa orang penduduk dilaporkan telah berpindah dari rumah masing-masing ke pusat perpindahan berhampiran.

Sumber BO - 31-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banjir Di Hulu, Madrasah Darul Ansar Dinaiki Air

KUALA TERENGGANU – Khidmat Malaysia Terengganu Kawasan Hulu Terengganu mengadakan mesyuara tergempar pagi ni ekoran perkembangan banjir semasa yang melanda beberapa kawasan di kawasan Perlimen itu.


Pengerusinya Mat Safari Abu berkata, antara kamung yang terjejas ialah Kampung Basung, Kampung Tengkawang dan Kuala Ping.

“jalan di Kampung Basung ke Tasik Kenyir dinaiki air sedalam 1.5 meter…….. sejauh 200meter.
“Laluan jalan antara Kampung Tengkawang dengan Kuala Ping tidak boleh dilalui kerana telah ditenggelami air sedalam 0.5m sejauh 500meter,”ujarnya.

Sementara itu, Madrasah Darul Ansar di Kampung Basung telah dinaiki air akibat hujan lebat yang mulai turun tengah malam tadi.

Menurut laman sosial Madrasah itu, keadaan banjir disedari sebelum subuh dan air sudah memasuki Musolla.

>>>Laporan lanjut menyusul


Sumber BO - 31-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gunting Rambut Percuma Jimatkan Belanja

Oleh : DMS

SETIU – Menjelang sesi persekolahan baru yang akan bermula dua hari lagi Penyelaras Pemuda DUN Batu Rakit telah memberikan khidmat gunting rambut percuma bagi meringankan belanja ibu bapa yang terkesan dengan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.


Ketuanya, Ustaz Mohd Shafizi Ismail, ia adalah inisiatif sumbangan pemuda PASbagi meringankan beban kos menghadapi sesi 2017.

“ini adalah salah satu inisiatif dari kami dalam meringankan bebanan ibu bapa yang akan menghadapi musim persekolahan bagi anak-anak,

“dan memastikan adik-adik kembali ke sekolah dengan mengikut peraturan rambut yang di tetapkan,”katanya.

Beliau yang juga Timbalan Exco Kebajikan Dewan Pemuda Negeri Terengganu menambah, program itu juga telah berjaya memupuk semangat persaudaraan dengan penuh sifat kekeluargaan antara penganjur dan masyarakat sekitar.

Sehubungan itu, seorang bapa yang membawa empat anaknya mendapatkan khidmat tersebut mengucapkan terima kasih kepada Pemuda PAS.


“terima kasih kepada penganjur yang memahami situasi kami yang telah mengotakan janji tahun lepas untuk terus mengadakan program ini setiap tahun,

“saya memang menunggu-nunggu program ini,”kata Ahmad Zaini dengan gembira.

Program yang telah di adakan di Pejabat DUN Batu Rakit, Kampung Pancur Kuin, dekat sini, ini turut menyediakan perkhidmatan mengemaskini bantuan BRIM secara online bagi mereka yang layak.

Lebih 50 orang pelajar yang akan memasuki persekolahan tahun hadapan dan termasuk beberapa orang bapa mereka, telah mengambil peluang menyertai perkhidmatan gunting rambut percuma ini yang di adakan selepas solat Jumaat hari ini

Sumber BO - 30-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemelut Peniaga Pasar Kedai Payang

Oleh : Suhaimi Taib

Peniaga Pasar Payang Kuala Terengganu menghadapi kemelut berdepan dengan masalah tempoh perpindahan tidak ditetapkan secara spesifik.

Sama ada ia disengajakan atau ada permasalahan tertentu berkait dengan pengurusan projek pembangunan baharu pasar tersebut tidak diketahui secara jelas.

Difahamkan ketika ditemui, pihak terbabit cuba melepaskan diri dari mengambil tanggungjawab menyelesaikan permasalahan infrustruktur pasar itu yang tidak terurus dengan baik dalam tempoh perpindahan yang tidak diketahui bila akan bermula.

Kebocoran atap pasar amat ketara terutama bila berlaku hujan lebat dan berpanjangan di musim tengkujuh menyebabkan air hujan melimpah ke lantai pasar berkenaan. Dengan permasalahan ini, peniaga dan pengunjung menerima tempiasnya.

Mereka tidak selesa, apalagi Tahun Melawat Terengganu 2017 akan bermula tidak lama lagi.

Sepatutnya pembangunan baharu pasar payang dibuat lebih awal untuk tujuan tersebut.

Notis perpindahan dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diberikan kepada peniaga pasar itu sejak 15 September 2009 tetapi sampai sekarang tempat perpindahan perniagaan sementara di peringkat persiapan tapak.

Kenapa perkara tersebut berlaku, tidak diketahui secara mendalam, mungkin kerana Kerajaan Terengganu kekurangan wang.

Baru-baru ini Kerajaan Terengganu menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat dari negara China untuk projek pembangunan baharu pasar tersebut dan Bazar Warisan yang berhampiran bernilai hampir RM100 juta.


Pasar Kedai Payang baharu
Semua peniaga menyambut baik usaha tersebut tetapi kerajaan perlu menyelesaikan pengurusan pasar berkenaan dengan baik supaya tidak menimbulkan masalah kepada peniaga dan pengunjung pasar itu apa lagi ketika menyambut ketibaan tahun melawat Terengganu tidak lama lagi.

Sudah pasti para pelancong dari dalam dan luar negeri mahukan keselesaan ketika berkunjung ke pasar berkenaan.

Difahamkan seramai 3,000 pelancong dari negara China akan berkunjung ke Terengganu, Januari ini.
Apakah persiapan yang selayaknya dibuat ketika mereka berkunjung ke pasar berkenaan ketika projek pembangunan pasar itu sedang bermula, manakala pasar Payang sedia ada bermasalah dengan kebocoran atap semasa hujan dan pengurusan pasar tidak cekap.

Ada peniaga mempamerkan barangan perniagaan di tempat yang boleh menggangu laluan pengunjung.

Sepatutnya pihak MBKT terus membuat pemantauan terhadap pasar berkenaan walaupun pasar itu akan dibaiki dan dipercantikkan untuk kemudahan semua pihak.

Tidak sepatutnya pengurusan pasar menjadi caca marba kerana ia dalam proses pembangunan semula, sepatutnya kawalan dan penguatkuasaan dibuat berterusan selagi pasar itu digunakan seperti biasa.

Sementara itu, semua peniaga di Bazar Warisan akan dipindahkan ke kawasan perniagaan sementara di Taman Shah Bandar Kuala Terengganu mulai bulan Februari 2017, masing-masing diberikan sebuah kabin untuk mereka meneruskan perniagaan di situ.

Pembangunan semula bazar berkenaan difahamkan akan bermula Februari 2017 dan notis pemindahan ke tempat baharu telah disampaikan kepada peniaga bazar itu.

Kerajaan negeri itu berjanji mereka terbabit akan diberi pelepasan dari membayar sewa dan bill elektrik, dalam ertikata ia diberi percuma oleh kerajaan tersebut.

Kebanyakan peniaga di bazar berkenaan menjalankan perniagaan menjual kain dan pakaian berteraskan batik Terengganu.

Peniaga di bazar itu kebanyakannya berpendapat, tidak menjadi masalah besar untuk mereka berpindah di tapak perniagaan sementara itu demi kebaikan bersama.

Sumber BO - 29-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelancaran Pra-Tahfiz PASTI Negeri Terengganu

Majlis Taklimat Pra Tahfiz Dan Pengurusan Kewangan PASTI telah diadalah secara serentak di dua zon yang merangkumi empat kawasan.


Zon pertama, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus diadakan di Dewan As Syifa’, Kuala Ibai dan Zon kedua, Marang dan Hulu Terengganu di Dewan Utama Maahad Darul Quran, Rusila.

Program ini melibatkan seluruh pengurus, bendahari dan guru PASTI cawangan. Seramai 250 orang warga kerja PASTI hadir pada majlis tersebut.

Sehubungan dengan itu juga PASTI Negeri Terengganu telah membuat Pelancaran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pra Tahfiz 2017 ke seluruh Negeri.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ustaz Sulaiman Bin Sulong, Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu di Marang. Menurut beliau, Silibus Pra Tahfiz merupakan satu inovasi pendidikan PASTI yang diperkenalkan kepada masyarakat sebagai pakej tambahan berteraskan Islam. Ia juga, adalah kurikuklum yang memberi penekanan kepada aspek hafazan al Quran buat pelajar PASTI

Menurut beliau lagi, diharapkan dengan kurikulum pra tahfiz ini mampu melahirkan generasi yang celik al quran dan para huffaz dari usia awal kanak-kanak.

Ustaz Riduan Abu Bakar
Setiausaha Jabatan PASTI Negri Terengganu
29 Disember 2016

Sumber BO - 29-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Angin Kencang Dan Laut Bergelora ; Hakisan Mengabang Telipot Bertambah Parah

KUALA TERENGGANU – Jabatan Meteorologi Malaysia telah memberi amaran, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) .


Kenyataan yang dikeluarkan semalam kelmarin menyatakan, ia dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga Sabtu, 31 Disember 2016.

Menurut laman sesawang Jabatan itu, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Khamis, 29 Disember 2016.

Oleh itu, pada malam ini, Rabu 29 Disember, ‘mimpi ngeri’ yang menghantui penduduk sekitar pantai Tanjung Gelam dan Mengabang Telipot, menghadapi fenomena alam itu, terjadi.


Hakisan teruk melanda jalan pantai di kawasan terbabit akibat kerajaan lambat bertindak mengatasinya.

Pada 13 Disember lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim Abdul Karim menggesa kerajaan agar meluluskan peruntukan segera supaya pembinaan pemecah ombak diluar pantai dapat dibuat.

Namun begitu, amaran dan peringatan yang disampaikan oleh penduduk melalui wakil rakyatnya itu tidak diendahkan kerajaan.

“kita harap pihak ‘federal’ menyegerakan kelulusan untuk kita membina ‘offshore breakwater’ supaya kakisan ini dapat terkawal,

“dan (kerana) kita bimbang khazanah pantai negeri Terengganu akan hilang dan kita harap kerajaan serius, (walaupun) kita faham (kerajaan hadapi) kemelut ekonomi dan kekangan kewangan,”ujarnya.


Beliau berkata demikian selepas lawatan bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir C. Poobalan meninjau kerja-kerja mengawal hakisan dikawasan terjejas itu.

>>> Berita lanjut menyusul
Berita sebelum ini;

Mangsa Hakisan Gesa Kerajaan Bertindak Segera
Pekan Kecil Mengabang Telipot Bakal Lenyap ‘Ditelan Laut’
Hakisan; Segerakan Peruntukan, Elak Khazanah Jadi Sejarah


Sumber BO - 29-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan ‘Menjeruk’ Ilmu Yang Ditimba!

Oleh : Che Ana

“sesuatu peristiwa yang dibuat dan dirakam dalam sudut pemberitaan yang menarik pada waktu tersebut……masuk pula dalam Sinar atau Harakah kita hantar, unsur untuk hentikan fitnah, ini boleh dihentikan oleh kita, jadi ini diantara peranan yang amat penting ada kepada pihak media”.


Itu kata-kata hikmat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tepoh YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim ketika beliau merasmikan penutup Bengkel Pengurusan Media dan Asas Fotojurnalis di Markaz Tarbiyah Islamiyah Seberang Takir ( MARTIS) pada 24 hb Disember yang lalu.

Perkataan itu begitu meresap dalam jiwa dan mesti digerakkan dengan tindakanoleh setiap aktivis media.

Beliau mengimbau tregedi hakisan yang berlaku dalam kawasan yang diwakilinya, di Kampung Mengabang Telipot, yang juga kampung halamannya sendiri.

“kalau ingat pada tahun lepas berlaku kes hakisan di kawasan saya, kes hakisan ini menyebabkan serangan orang-orang UMNO kepada kita (PAS) dan kepada saya sendiri.


“Serangan dia cukup mudah, duduk di kedai kopi, di wakaf nelayan, mereka kabo wakil rakyat tidak tunjuk muka mari. Orang-orang tua , dia ( UMNO ) hanya ‘bakar’ dua tiga orang je….”kata beliau.

Namun firnah itu dapat dipadamkan, apabila pihak media menyiarkan berita beliau menziarahi mangsa hakisan dan bertindak, walaupun pada malam hari, disiarkan oleh buletinoline dengan siap rakaman video dan diterbitkan oleh Harakah dan Sinar Harian.

Beliau menambah,”Alhamdulillah, anak-anak muda kita  ada ‘smartphone’, bila ada dan dia friend dengan kita, mengikuti perkembangan kita melalui aplikasi media,”


“Maka, terdedahlah penipuan orang Umno apabila gambar dan video wakil rakyat duduk dekat tepi pantai, siang malam dipaparkan.”

“Jadi orang kampung terus terhenti berkata-kata, dan orang UMNO tak boleh sebar fitnah lagi!”

Pengarah bengkel tersebut pula, Khairul Nizam bin Abdullah pula berharap, para peserta yang telah mendapat didikan dari bengkel itu, “jangan hanya men’jeruk’ didada ilmu yang telah ditimba.

Khairul teringat kata-kata Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz yang menyebut,”gunakan segala yang Allah bagi kat kita untuk Islam……… kalau Allah bagi kat kita kuat, gunakan kekuatan itu untuk membela Islam…….kalau Allah bagi kat kita cerdik, petah bercakap, banyak idea, gunakan semua itu untuk tolong Islam………pendek kata, semua benda yang Allah bagi kat kita gunakan untuk mendaulatkan Islam,”.


“Jangan hanya handal ‘berpencak’ kata-kata tapi buat kerja untuk jamaah macam siput sakit gigi! Dan seribu alasan diberikan.!”

Bengkel sehari itu dianjurkan Lajnah IT dan Media Baharu DUN Seberang Takir dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Independent ( KAMI ).

Timbalan Pengerusi KAMI, Tuan Haji Sazali Mohd Noor telah sudi menjadi pembentang pada hari tersebut.

*** Video YB Ustaz Hishamuddin turun padang ketika air pasang, ombak besar di Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, setahun yang lalu.


Sumber BO - 28-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Myanmar Man On The Run After Suspected Of Stabbing Countryman

KUALA NERUS – Police are looking for a Myanmar man suspected of stabbing his fellow countryman near a house in Kampung Bukit Tok Beng, here this morning, Tuesday 217 December.
The incident took place around 10.30am. A scuffle between the two led to one of them being stabbed in the stomach. The drama was witnessed by a schoolboy, who said he saw the two men fighting, and one of them slumped over in a pool of blood shortly after.

District police chief Assistant Commissioner Idris Abdul Rafar said the victim, who is a labourer, was sent to the Sultanah Nur Zahirah Hospital. Police are now tracking down the suspect, who is believed to have fled the scene on a motorcycle.

“Those with information on the incident should call the nearest police station or the Kuala Terengganu station at 016-5782079,” he said. – NST
Our news;

Kes Tikam Warga Rohingya Kerana ‘Dendam Kesumat’

Sumber BO -28-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kes Tikam Warga Rohingya Kerana ‘Dendam Kesumat’

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Majikan kedua-dua warga Rohingya yang terbabit pergaduhan sehingga berakhir dengan ‘tikaman’ berkata, kes tersebut adalah disebabkan ‘dendam kesumat’ didalan hati.


“rasa iri hati dengan gaji Yusof yang lebih tinggi berbanding darinya, beliau tergamak menikam kawan sendiri,”Majikan, Zubir Aziz
Zubir Aziz, 59, berkata, kedua-dua terbabit dalam perbalahan itu adalah pekerjanya.

“dua-dua adalah pekerja saya…….. mangsa yang dikenali sebagai Yusof merupakan penyelia ditempat kerja … suspek yang juga merupakan kawan Yusof selalu bertengkar dan menyimpan dendam terhadap Yusof,”

“Akibat rasa iri hati dengan gaji Yusof yang lebih tinggi berbanding darinya, beliau tergamak menikam kawan sendiri …..Suspek dan mangsa selalu bertengkar dan bergaduh ditempat kerja tapi berjaya dileraikan oleh saya,

“Sungguh saya tak sangka suspek tergamak menikam kawannya sendiri,“ujar Zubir yang masih sugul dengan kejadian tersebut.

Dalam kejadian tersebut, saksi berkata ia berlaku di sebuah rumah di Bukit Tok Beng dekat sini, kira-kira jam 10.30 pagi hari ini, Selasa 27 Disember.

Ketika ia berlaku, mangsa sedang berehat di rumah yang disewa di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng .

“Saya sedang makan tiba-tiba saya terdengar bunyi orang sedang bergaduh … ketika pergaduhan itu kian memuncak, tiba-tiba suspek yang juga merupakan kawan kepada mangsa mengeluarkan sebilah pisau lalu menikan mangsa,”kata Mohd bin Ghazali, 12, jiran mangsa.


Mangsa, yang dikenali sebagai Yusof terbaring kesakitan setelah ditikam dirusuk kiri

Walaubagaimana pun, Mohd berkata, suspek melarikah diri selepas kejadian.

”suspek yang panik setelah melihat rakannya terbaring kesakitan akibat tikaman tersebut……… terus melarikan diri sambil membawa pisau yang masih berlumuran darah dengan sebuah motosikal dipercayai kepunyaan suspek,”tambah Mohd (Gambar kiri).

Dalam keadaan kesakitan itu, mangsa sempat menghubungi kawannya melalui telefon, Mohd Safirullah Abdul Rashid, 33, untuk meminta bantuan.

Safirullah (Gambar kanan) yang ditemui berkata, beliau tiba sejurus selepas kejadian terus meminta bantuan orang kampung untuk membawa Yusof ke hospital.


Ahli parlimen Kuala Nerus, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali ketika dihubungi bagi menyifatkan peristiwa tersebut adalah suatu pengajaran kepada orang ramai.

“pergaduhan sehingga membawa kepada kecederaan yang serius melibatkan bangsa Rohingya seperti yang berlaku pada hari ini di Kampung Bukit Tok Beng, perlu dijadikan pengajaran dan sempadan oleh masyarakat setempat,

“Sebarang usaha mencari rezeki bagi memenuhi keperluan hidup sekiranya tidak dilapik dengan iman dan akhlak akan menatijahkan pertelingkahan yang boleh membabitkan nyawa,”katanya.

Namun begitu, beliau berkata, insiden yang berlaku adalah kes kecil yang tidak wajar dijadikan teladan bagi menimbulkan kebimbangan masyarakat setempat terhadap kehadiran Rohingya,

“Kita tetap mempunyai tanggungjawab membantu saudara seagama dikalangan Rohingya yang sedang berhadapan dengan kesusahan dan kesukaran sehingga dinafikan hak kewarganegaraan oleh Myammar,”tambah beliau


Sumber BO - 27-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang Warga Myanmar Cedera Dalam Pergaduhan

KUALA NERUS – Satu kejadian pergaduhan diantara warga Myanmar yang berakhir dengan ‘tikaman’ telah menyebabkan mangsa dikejarkan ke hospital.
'
Menurut wartawan kami, Khairul Nizam Abdullah, saksi kejadian berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Bukit Tok Beng dekat sini, kira-kira jam 10.30 hari ini, Selasa 27 Disember.

“berlaku satu kes tikaman membabitkan dua orang pekerja buruh binaan warga Myammar, kejadian berlaku dalam pukul 10.30 pagi selasa hari ini,

“menurut saksi kejadian, Mohd bin Ghazali, 12, ketika mangsa sedang berehat di rumah yang disewa di hadapan Sekolah ekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng,”jelas Khairul.

……berita lanjut akan menyusul


Sumber BO - 27-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Two Remanded Over Alleged Umrah Package Scam

Two suspects have been remanded for four days beginning today to assist in the investigation into the umrah package scam involving more than 2,000 potential pilgrims and millions of ringgits.

The remand order was issued by Magistrate Rozianti Mohamed under Section 420 of the Penal Code today.


Both the suspects — the director and an accountant — of Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT), arrived at the Magistrate’s Court accompanied by the police.

Prior to this, media reported that YBNT confirmed its failure to manage more than 2,000 pilgrims, many of whom are teachers, who joined its umrah packages.

However, YBNT denied that it had cheated 2,418 participants of the programme.'

It was later learnt that the postponement of their flights to the Holy Land was mainly due to the fact that YBNT had received the budget later than planned. — Bernama

Sumber BO - 27-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































Terengganu Flash Floods ; 63 evacuated

A heavy downpour which hit parts of Kemaman in Terengganu has caused flash floods in some low-lying areas, forcing 63 people from 17 families to flee to three evacuation centres.

State Civil Defence Force director Lt Col Che Adam A Rahman said the three evacuation centres were opened on Monday morning.

These were SMK Badrul Alam Shah in Kemasik where 26 people had fled to, Kampung Padang Kemunting hall (16 people), and Kampung Batu 9 in Ibok, with 21 evacuees.

Che Adam said the rain, which had started at about 2am Monday, saw waters inundating houses in some low-lying areas.

“The heavy downpour in Hulu Terengganu also saw Jalan Felda Mengkawang-Tersat being closed to light vehicles.

“Our men are also on standby,” he said when contacted.

The Meteorological Department issued a Yellow alert in Terengganu, where rain is expected all the way up to Wednesday.

Sumber BO - 26-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Terengganu lahirkan 1,000 nuqaba'

BULETIN ONLINE | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43675-pas-terengganu-lahirkan-1-000-nuqaba

MARANG: PAS Terengganu melalui lajnah tarbiyah berjaya melahirkan 1,000 nuqaba' yang bersedia memikul tanggungjawab sebagai penggerak agenda tarbiyah di peringkat kawasan, Dun dan cawangan.

Ini dijelaskan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat dalam Majlis Ijtimak Nuqaba’ PAS Negeri Terengganu 2016.

“Tarbiyah adalah nadi dan tulang belakang gerakan Islam, ianya telah dibina oleh Nabi Muhammad SAW lagi.

“Masyarakat Mekkah yang berada di kawasan kering kontang, jauh daripada empayar tamadun manusia yang berjaya, namun mereka berjaya menjadi para pengikut dan pejuang yang akhirnya berjaya menawan dua pertiga dunia,” jelasnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menambah, penduduk Makkah tersebut adalah terdiri daripada manusia biasa yang mendapat sentuhan tarbiyah daripada Baginda Rasulullah secara langsung.

Katanya lagi, hasil daripada proses tarbiyah itu telah berjaya melahirkan ‘Generasi Al-Quran’.

“Kita setelah 14 abad, masih memiliki sumber yang boleh dijadikan rujukan iaitu Al-Quran dan Hadis yang terpelihara dengan baik,” ujarnya.

Beliau juga mengharapkan agar seluruh nuqaba’ yang hadir dapat melahirkan usrah di semua peringkat dengan jumlah ahlinya antara 10 hingga 12 orang.

Program kali ini telah dihadiri 300 nuqaba’ seluruh negeri Terengganu

Sumber HD - 26-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































































































































































































































KT-Bypass: PAS rayu demi penduduk

USTAZ MOHD NOR HAMZAH | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43672-kt-bypass-pas-rayu-demi-penduduk

PAS memohon jasa baik Kerajaan Negeri Terengganu agar menggunakan budi bicara mereka bagi menyemak semula kedudukan jumlah bayaran balik pengambilan tanah bagi Projek KT-Bypass. Rungutan berkaitan dengan jumlah pampasan yang diberikan, masih belum berpenghujung. Majoriti penduduk mendapat pampasan yang boleh dikatakan amat sedikit berbanding dengan kedudukan tanah, rumah ataupun kedai mereka yang dikategorikan di kawasan bandar.

Masalah utama bagi kebanyakkan penduduk ialah kegagalan mereka menukar status tanah mereka sebelum projek ini berjalan. Tidaklah dinafikan akan kadar yang berbeza disebabkan status tanah itu. Namun atas sikap keprihatinan, PAS merayu bagi pihak penduduk agar dipertimbangkan semula permohonan ataupun bantahan mereka.

Sebagaimana ucapan Wakil Rakyat Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut ketika Sidang Dun Pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini, kerajaan melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), bagaimanapun tetap mengutip cukai walaupun dikatakan pengubahsuaian rumah-rumah kedai di kawasan terbabit melanggar peraturan. Oleh itu seharusnyalah kerajaan bertolak ansur kepada rakyat dengan jumlah pampasan ini.

Penduduk kampung tidak dapat mendiami tanah mereka itu lagi selepas ini. Jika pampasan yang diberikan terlalu sedikit, bagaimana mereka mahu mendapatkan sekurang-kurangnya tanah baharu dan rumah bagi kediaman mereka? Mereka terpaksa berpindah dalam keadaan tiada tapak bagi mendirikan rumah. Bukankah ini membebankan mereka?

Dengan musim persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi, juga atas bebanan peningkatan harga barang secara menyeluruh di Malaysia, PAS yakin dan percaya bahawa jumlah pampasan yang lebih tinggi dan bersuaian, akan meringankan sedikit bebanan penduduk ini.

Kerajaan negeri yang boleh dikategorikan mewah ini mungkin boleh mengurangkan perbelanjaan serta kos mengurus tempat-tempat seperti Tasik Kenyir, Zoo Kemaman bagi melaksanakan tanggungjawab ini. PAS berpandangan bahawa kesemua perbelanjaan bagi tempat-tempat itu adalah tidaklah sebegitu penting berbanding dengan kepentingan penduduk.

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
26 Rabiulawwal 1438 / 26 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 26/12/2016

Sumber HD - 26-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Karnival Hari Keluarga Rusila Meriah

Oleh : Ahmad Faizal dan Sumaiyyah

MARANG – Karnival Hari Keluarga Rusila 2016 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam disambut meriah dengan seramai 400 orang penduduk Kampung Rusila menghadiri program tersebut.


Mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang To’ Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah mengucap syabas dan syukur di atas kejayaan program tahunan itu..

“Syukur, alhamdullilah di atas kejayaan penganjuran karnival ini yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan,

“pada masa yang sama kita mengharapkan penganjuran itu dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama masyarakat,”ujar beliau.

Beliau berkata, dengan penganjuran karnival seumpama itu akan dapat mengumpul penduduk setempat, kenal mengenal antara satu sama lain dan menngkat silaturrahim.

Karnival yang telah dianjurkan bersama PAS Cawangan, Pemuda dan Muslimat Cawangan berkenaan, penuh warna warni itu berlangsung di Dewan Tok Guru, Rusila di sini.



Selain To’ Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah, anakandanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi hadir dan bersama menyertai beberapa dalam  program itu.

Beliau berkata, walaupun mungkin nilai hadiah yang disediakan tidak seberapa harganya, namun ia memberi nilai ‘sentimental’ yang amat tinggi pada anak-anak.

Khalil seterusnya berharap, usaha seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

”Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas diatas kejayaan penganjuran Karnival ini dan mengharapkan objektif penganjuran mencapai matlamatnya.


Pelbagai acara yang dipertandingkan sempena karnival kali ini yang melibatkan pelbagai kategori peringkat umur.

Antaranya memancing, tarik tali, motosikal lambat, gula-gula dalam tepung, sepak raga bagi pemuda.
Manakala untuk para ibu dan muslimat disediakan pertandingan musang berjanggut, kupas epal, baling bola ping pong dan kanak-kanak acara yang mendapat sambutan adalah pertandingan mewarna dan bola ping pong bersudu serta ikat kaki tiga.


Sumber BO - 26-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan Terpengaruh Dengan Agenda Musuh Islam

Oleh : Azizah Mahmood

MARANG – Cuti sekolah yang panjang menyebabkan ibu bapa mencari inisiatif, program dalam mengisi ruang masa anak-anak, supaya terisi dengan berfaedah

Justeru itu di parlimen Kuala Terengganu, Waja kawasan dibawah Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu (DPPKKT) mengambil langkah mengadakan Kem Remaja yang dinamakan “kem KEMIM 2.0”

Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Nohd Nor Hamzah menyeru agar para remaja tidak terpengaruh dengan agenda jahat musuh Islam.


“Belajarlah dari ilmu yang kita dapat dalam kem ini untuk menjadi anak anak yang membahagiakan ibu bapa bukan saja di dunia tapi di akhirat.

“Lihat sekeliling kita tetapi jangan biar diri terpengaruh dengan agenda jahat musuh yang mahu melihat islam jatuh,”katanya ketika menutup Kem tersebut.

Program selama tiga hari dua Malam ini melibatkan peserta yang berumur antara 13 hingga 17 tahun dan berjaya menarik minat seramai 104 orang peserta menyertai KEMIM kali kedua yang dia adakan di D’ Lavender Marang.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda Kawasan Azrin Aris berkata, program tersebut sebagai ruang untuk kita membentuk sahsiah diri anak anak remaja.

“kita melihat program ini sebagai ruang untuk kita membentuk sahsiah diri anak anak remaja dalam.dunia yang serba moden tanpa sempadan,


“di samping mendedahkan mereka kepada beberapa program jemaah yang boleh di ikuti di peringkat mereka yang bergelar pelajar,”ujarnya di hadapan seramai 104 orang peserta, pada Majlis penutup, Sabtu 24 Disember.

Sementara itu, rata-rata peserta yang tidak pernah menyertai mana mana kem sebelum.ini begitu teruja dan kelihatan bersemangat mengikuti modul modul yang di sediakan oleh fasilator yang berpengalaman.

“ketua unit pengisian telah meletakkan halatuju yang begitu baik untuk di ikuti sepanjang program ini, mudah mudahan adik adik ini akan mengambil pengalaman yang berharga untuk di bawa pulang dan mempraktikkannya”kata seorang fasilitator, Nur Atiqah Abdullah.

Sumber BO - 25-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RM20, 000 Untuk Pakaian Sekolah Baharu 179 Anak Yatim

Oleh : Aziz Jusoh

DUNGUN – Persiapan menghadapi sesi persekolahan tahun hadapan buat seramai 179 anak yatim sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka lebih bermakna, apabila mereka menerima sumbangan kelengkapan berjumlah hampir RM20,000.


ADUN Paka, Ustaz Haji Satiful Bahri Mamat berkata, program anjuran Pejabat ADUN Paka dengan kerjasama Darul Aitam itu bertujuan meringankan sedikit bebanan keluarga terutama ibu atau penjaga kanak-kanak terlibat yang kini berdepan kos sara hidup tinggi untuk membeli kelengkapan persekolahan.

Kata Satiful yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu inisiatif Darul Aitam melalui Pengerusinya, Hj. Wan Mohamad Wan Ngah dengan mengadakan kutipan derma bagi tujuan itu membolehkan anak-anak yatim mendapat pembelaan.

Sumbangan sebegini akan jadikan program tahunan ini adalah tahun ketiga.

“Kita harap usaha murni ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Semoga apa yang diusahakan ini mendapat ganjaran setimpal di akhirat nanti”, katanya.



Bagi penerima, Nur Fatin Sazwani 16 Thn sejak bapanya meninggal dunia pada 2013, inilah kali pertama dia menerima bantuan persekolahan seumpama ini, selain dari menerima barangan keperluan harian yang disumbang oleh pejabat Adun Paka secara bulanan.

“Terima kasih kepada semua penyumbang. Melalui program ini, saya dapat pilih baju sekolah ikut cita rasa sendiri, selain bertemu dengan rakan senasib”, katanya yang belajar di Sekolah Menengah Paka.

Menurut Siti Zulaikha Salahudin 15thn pula, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila berpeluang memilih sendiri pakaian sekolah di sebuah pasar raya di bandar Paka.

“Seronok dapat pergi pasar raya untuk pilih baju sekolah. Tahun depan, saya lebih bersemangat untuk masuk sekolah”, katanya yang berasal dari Kampung Sura tengah Dungun.

Sumber BO - 24-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Program Tabarru' (Kebajikan) Masjid Lama Sura Patut Dicontohi
Posted on Friday, December 23 @ 08:17:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32958




Program TABARRU' تبرع ( DERMA KEBAJIKAN) makanan asasi telah bermula di Masjid Lama Sura Dungun. Program ini mengikut pihak pengurusan Masjid Lama Kampung Sura dan PAS Cawangan Sura Tengah telah menyediakan almari untuk meletakkan barangan keperluan asas untuk keluarga yang kurang kemampuan.

Manakala kepada dermawan bolehlah penuhkan rak2 di masjid. Kepada sesiapa yg berhajat , fakir miskin di sekitar Kg Sura Tengah ( berdwkatan dengan Masjid) bolehlah dapatkan bahan2 asas.

Ambillah sekadar keperluan anda. Jangan tamak! Sama2 lah kita saling bantu membantu.....jazakumullah kepada semua dermawan.


 Beberapa hari lalu saya datang ke sini dan dapati bukan sahaja makanan tetapi pakaian terpakai juga disediakan kepada mereka yang tak mampu.

Tahniah kepada AJK Masjid dan PAS Cawangan kerana inisiatif dalam usaha membantu mereka yang miskin.

Bila lagi Masjid lain di Terengganu nak ikut program ini?



Masjid Sura Lama adalah masjid 100% sumbangan orang ramai. Sangat cantik dan kemudahan sangat baik. Tahniah sekali lagi kepada mereka yang terbabit.


Sila lawat laman saya
http://lensahandphone.blogspot.com"

Sumber TKO - 23-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dekati ‘Orang Umno’

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diamalkan PAS sekarang memerlukan petugas-petugas PAS, khususnya Muslimat mendekati ‘orang-orang UMNO’.

Menurut Ketua Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, pengikut UMNO itu terdiri daripada enam kumpulan.


“Kita kena sedar UMNO tu ada enam kumpulan yang muslimat kena faham, yang pertama kumpulan UMNO yang jahil dok tau apa, yang kedua kumpulan UMNO yang miskin,

“yang ketiga kumpulan UMNO yang penakut, yang keempat kumpulan orang yang nak subsidi, yang kelima pegawai-pegawai kerajaan dan keenam orang alim yang menyokong UMNO atas dasar yang satu,”jelas beliau.

Ustaz Azman berkata demikian pada Majlis Munajat Perdana Ketiga, yang diadakan di Surau Batu Tiong, Pulau Serai di sini, pada Selasa, 20. Disember yang lalu.

Jadi, kata beliau, PAS mengambil pendekatan memberi penerangan yang baik, kepada lima sasaran itu.

“(kita) mesti didekati, Muslimat (mendekati) dengan berbagai cara,” tambah beliau di majlis yang di anjurkan oleh Muslimat PAS DUN Rantau Abang.

Sehubungan itu, menurut Pengarah Program, Ustazah Hanisah Ismail, munajat diadakan pada setiap bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah Islamiah dikalangan kepimpinan di semua peringkat Muslimat peringkat DUN.


“Disamping itu ianya juga sebagai satu penyembuhan jiwa dari penyakit hati dan diganti dengan ‘mahabbah fillah’ dan juga menyelaraskan tindakan serta menyatukan fikrah,

“demi kemenangan Islam,”terang beliau yang merupakan Ketua Lajnah Dakwah, Kebudayaan dan Kesenian, Muslimat Rantau Abang.

Majlis yang dimulakan dengan bacaan al-Mathurat, diikuti dengan taujihat daripada pemimpin PAS.

Kemudian disusuli solat asar berjemaah serta munajat beramai-ramai dan diakhiri dengan ucapan penutup Ketua Muslimat DUN, ‘Kak Long’ Cikgu Rugayah Mahmood.

Kehadiran muslimat kali ini menyaksikan peningkatan melebihi 70 0rang berbanding sebelum ini hanya sekitar 60 orang.

Sumber BO - 22-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Laksana Amanah Dan Tanggungjawab, Jaga Kebajikan Rakyat

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – PAS terus memikul dan melaksanakan amanah serta bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat, dalam apa jua keadaan sekali pun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, walaupun wakil-wakil rakyat PAS tidak mendapat dan dinafikan peruntukan kerajaan, tetapi bantuan kepada rakyat tetap ada dan diteruskan.


“kita PAS memang tidak ada duit………tapi atas amanah yang kita pikul untuk menjaga kebajikan rakyat maka hari ini, kita cuba membantu mereka yang memerlukan mengikut kemampuan kita,

“saya tahu susahnya untuk mengadakan keperluan sekolah anak dalam keadaan ekonomi yang ‘tunggang langgang’ dan kenaikan harga barang yang tinggi,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada bantuan awal persekolahan kepada 70 orang anak yatim dan penduduk miskin, di sini semalam, Rabu 21 Disember.
Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang sudah tidak kasih dan mesra kepada rakyat, kerana hilangnya keberkatan keberkatan kepada pemerintahan mereka.


Sehubungan itu, penerima sumbangan tersebut ketika ditemui merakamkan ucapan terima kasih pada PAS kerana telah menganjurkan program kebajikan seumpamanya sepanjang tahun.

Seorang ibu tunggal Farizan Muhammad, 46, dari Kampung Durian Burung berkata, bantuan itu sesungguhnya dapat meringankan beban kewangan beliau menghadapi sesi baru persekolahan.

“saya mempunyai empat orang anak, tiga masih bersekolah………….saya hanya kerja bantu di kedai dobi dalam kampung, dengan pendapatan saya payah untuk memenuhi keperluan anak ke sekolah,

“alhamdulillah bantuan RM100 ini dapat meringankan sedikit kesusahan saya,”ujarnya yang menambah, suaminya telah meninggal dunia tiga tahun lalu kerana menderita, akibat kanser hidung.

Seorang remaja yang datang membawa adiknya bagi menerima bantuan tersebut, Nasir Ali, 19, berkata, beliau mewakili ibunya yang tidak dapat hadir kerana keuzuran.

“saya wakil ibu…….uzur tak dapat datang, bawa adik ambil sumbangan ini……alhamdulullah, terima kasih kepada wakil rakyat dan PAS,

“setiap tahun kami sekeluarga tidak tersisih dari menerima sumbangan ini, saya amat berterima kasih kepada PAS dun Wakaf Mempelam yang selalu menghulur bantuan sekolah harian pada keluarga saya,”katanya.

Sumber BO - 22-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih 10 Ekar Padi Musnah Kerana Pengairan Tidak Diselenggara

Oleh : DMS

SETIU – Masalah pengairan yang tidak diselenggara dengan baik telah menjadi punca berlakunya kerosakan kira-kira lebih 10 ekar tanaman padi yang diusahakan oleh beberapa orang petani.


Para pesawah dari Kampung Pasir Putih dan Bukit Cempaka, Batu Rakit, mendakwa usaha hasil keringat mereka musnah kerana air telah melimpah masuk ke dalam ‘bendang’ mereka.

Menurut Daud Ismail, saliran air buang kawasan penanaman padi terbabit, tidak dibersihkan menyebabkan air hujan yang turun dengan lebat, tersumbat.

“tali air tidak di jaga, air tidak boleh pergi (mengalir) ke sungai masuk ke sawah. Padi jadi punah.” katanya ketika ditemui.

Rakan taninya, Mohamad Abdullah, menggesa pihak berwajib mengambil tanggung jawab segera bagi mengelakkan petani terus kerugian.

“Dulu air cepat surut bila hujan berhenti tapi sekarang air tak boleh pergi mana dan bertakung walaupun hari panas dua, tiga hari,”ujar beliau.


Menurutnya, rumput rampai yang tidak dibersihkan dalam tali air di kenal pasti sebagai punca utama saliran tersekat dan keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila hujan lebat turun.

Selain itu, penduduk sekitar turut mengeluh kerana air yang melimpah dan membanjiri jalan raya yang menjadi laluan utama bagi penduduk kampung Padang Hangus dan Padang Kemunting.
“Jalan banyak rosak berlubang dan sawah dah penuh air jadi macam sungai,” menurut Nazir Md Zain yang sering menggunakan jalan tersebut dan berharap masaalah yang di hadapi akan mendapat perhatian dari pihak bertanggungjawab.

Sumber BO - 21-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ta’awun Mengelakkan Umat Islam Terperangkap

Oleh : Dr. Mohamad Khazani Abdullah

Saya setuju pandangan bahawa sikap Dato’ Ser Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap Iran sama dengan sikap beliau kepada Kerajaan Malaysia.

Kedua-duanya bermatlamatkan mengurangkan ketegangan kalangan umat Islam, dan mengelakkan umat Islam terperangkap dalam tipudaya musuh Islam.

Di Malaysia, hubungan ta’awun dengan kerajaan Malaysia, bukan dengan Umno. Kerajaan Malaysia hak rakyat seluruhnya, bukan hak Parti Umno.


Ta’awun dengan kerajaan dilakukan demi perpaduan org Islam/ Melayu tanpa mengira sentimej politik. Ini budaya baru yang PAS bawa.

Di peringkat antarabangsa, Tuan Guru Haji Hadi mahu elakkan ummah dari terus berpecah dimainkan musuh. Musuh guna senjata mazhab supaya orang Islam berpecah.

Pada orang Islam, sunni-syiah isu aqidah. Pada musuh Islam, ianya mainan politik.

Tuan Guru Haji Hadi ke sana dan berjumpa dengan kepimpinan politik kerajaan Iran, bukan dengan kepimpinan Syiah.

Di Malaysia, beliau jumpa dengan pemimpin kerajaan bukan Parti Umno. Di Iran beliau jumpa pemimpin kerajaan Iran, bukan Syiah Iran.

Objektif kedua duanya serupa. Dengan kerajaan Malaysia, perseteruan Melayu dapat dikurangkan.
Dengan Iran, teguran dan cadangan bagi kurangkan tegangan umat Islam di rantau Timur Tengah khasnya.

***Dr. Mohamad Khazani Abdullah ialah Pengerusi Institut Kjian Polisi Terengganu

Sumber BO - 20-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kursus Lahirkan Sukarelawan Pengurusan Jenazah

KUALA NERUS – Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan bersama Lajnah Kebajikan DUN Tepoh bersama pihak surau Darul Hidayah Bukit Berangan bertujuan melahirkan pelapis-pelapis baru yang akan berkhidmat dam menyempurnakan tuntutan fardu kifayah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata sasaran program itu ialah dari kalangan anak muda.


“saya melihat kehadiran pada sebelah pagi tadi lebih daripada separuh adalah daripada kalangan anak-anak muda yang akan menggalas tanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab pengurusan jenazah secara praktikal selepas pada ini.

“saya syorkan supaya mereka kenal pasti nama-nama ini dan mereka dikerahkan dengan sesungguhnya bersama dengan pengurus jenazah lain di pelbagai tempat menerima ilmu secara lebih praktikal selepas pada ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui, bersama para peserta, meninjau kursus tersebut pada Ahad 18 Disember.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pembimbing Kursus Haji Awang Bin Yaakob, yang juga imam surau itu, yang ‘menghidupkan’ kelas-kelas agama bagi mendidik ahli-ahli qaryah.


“Kita juga ucapkan tahniah kepada surau ini, ahli qaryah dan penduduk kampung sekitar surau Darul Hidayah yang menganjurkan kelas KAFA,

“surau Darul Hidayah yang memainkan peranan yang penting dalam membimbing masyarakat Kampong Bukit Berangan. Alhamdulillah, kedua dua program (KAFA dan Pengurusan Jenazah) ini berjalan dengan lancar dengan berjaya secara keseluruhan,”jelasnya.

Sehubungan itu, Haji Awang yang dikenali dengan panggilan ‘Pak Za’ berkata, program pengurusan jenazah itu merupakan program tahunan surau itu.

“Kita mulakan dengan pukul 8 pagi tadi, dengan kehadiran yang memuaskan……67 orang daripada……semuanya dapat memerhati dengan sepenuhnya bagaimana pengurusan sebelum mati,


“bagaimana nak solat dalam keadaan sakit dan seterusya nak jaga ibu bapa dalam keadaan nazak kesakitan. Kita terus pergi kepada menyiapkan kain kafan, memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, seterusnya solat jenazah……dan kita tak sempat mengkebumikan jenazah,”katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran YB Ustaz Hishamuddin yang sudi bermesra bersama keluarga di kampung itu, dan menyampaikan hadiah dan penutupan Ihtifal Kelas Fardhu Ain.

“kehadiran Ustaz, amat kita hargai dan kita menunggu dan (untuk) dapat nasihat tunjuk ajar dari Ustaz untuk menjadi panduan kami di sini,”tambahnya


Sumber BO - 20-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rakyat Mesti Bersama Islam Untuk ‘Keberkatan’ Hidup

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Rakyat harus sentiasa bersama perjuangan Islam dan memilih PAS pada pilihan raya umum akan datang kerana ia adalah perjuangan yang diberkati.


Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, ia terbukti apabila semua perancangan kebajikan para wakil rakyatnya tidak tergendala, walaupun tidak mendapat sebarang bantuan dan peruntukan kerajaan.

“Satu hakikat yang kita perlu faham, saya minta supaya kita sentiasa dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS walaupun dalam keadaan seperti yang kita tengok (tanpa peruntukan daripada kerajaan),

“tetapi (PAS) masih lagi boleh mencari sumber-sumber daripada penyumbang-penyumbang yang sangat dermawan,”ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sumbangan Awal Persekolahan di sini pada Sabtu, 17 Disember

Bahkan, Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun itu berkata, bantuan yang diaslurkan bertambah banyak dan lebih ramai rakyat yang mendapat faedah.

“Tahun lepas 10 orang (terima bantuan) satu cawangan, tahun ini sudah naik kepada 15 orang, Insya Allah kalau menjadi kerajaan ia lebih besar daripada itu sebab ia menjadi kewajipan.”

“saya sebutkan ini supaya kita mengambil faham dari apa yang berlaku pada hari ini, apa jua yang berlaku selali pun kita jangan lari dari perjuangan Islam,”tegasnya.


Menurut beliau, Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, Allah akan menarik ‘keberkatan’ dalam kehidupan sekiranya, manusia lari dari Islam dan perjuangan Islam.

Katanya, Allah akan mengangkat ‘berkat’ daripada usaha dan pekerjaan mereka, walaupun mereka mendapat hasil yang banyak, tetapi tidak mencukupi.

“Apa makna berkat? Sedikit mencukupi, banyak boleh memberi dan membahagikan……..lalu Allah tarik keberkatan daripada kehidupan ini kalau kita tidak memberi perhatian kepada soal yang paling asas, Islam dan perjuangan,

“berkat ditarik ialah kita mencari (rezeki) menjadi sulit, hari ini nak cari ‘pitih’ payah, keluar meniaga tidak boleh seperti biasa, orang gi ke laut, minyak dan barang-barang persiapan gi kelaut yang di keluarkan,


“balik tak dapat hasil seperti yang dimahukan, cari kerja pun payah, nak kerja pun payah dan jadi kadang-kadang anak-anak yang keluar daripada universiti mengikut angka ada yang kata 80,000, ada kata 200000 , tiada kerja, sulit mencari,

“sudahlah susah mencari, bila boleh harga barang jadi mahal, ini benda yang kita hadapi, sekarang ni perbelanjaan besar, kita nak tumpu persiapan persekolahan anak, bagaimana selepas ini perbelanjaan untuk ke sekolah, pendidikan,“ujar beliau dihadapan lebih 600 orang yang hadir


Sumber BO - 19-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kem ‘Smart Muslim’ Didik Remaja Ikut Acuan Islam

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS Terengganu terus mengorak langkah dalam mendidik anak bangsa dengan acuan Islam yang syumul bagi menghadapi cabaran alaf baru.

Dalam keadaan sistem pendidikan Malaysia yang tidak begitu menitik beratkan aspek agama sebagai pelindung diri dari asakan gejala sosial, maka PAS merasa terpanggil untuk mengisi kelompangan sistem ini menerusi Jabatan Pembangunan Remaja (WAJA).


‘Smart Kem Muslim‘, yang merupakan satu pogram tahunan yang diadakan setiap kali musim cuti persekolahan, adalah bagi membentuk jati diri remaja mengikut cara yang bertepatan dengan kaedah syariat.

WAJA dan AMEERAH kawasan Kuala Nerus telah berganding bahu bagi menggalas tanggungjawab yang berat ini .

Pogram yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Telaga Batin dengan penyertaan seramai 79 orang remaja berumur diantara 14 hingga 17 tahun.

Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Remaja (WAJA) Terengganu, Ustaz Mohd Harun Isa, Pogram tersebut adalah untuk membina sahsiah para peserta untuk melahirkan generasi pelapis akan dating.

Katanya, para peserta juga diajar agar faham tuntutan Islam yang sebenar dan dapat menjadi kesinambungan penerus perjuangan untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.


“besarlah harapan saya supaya peserta-peserta Smart Kem ini akan menjadi generasi yang benar-benar berguna dan yang dapat meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh nabi SAW,”kata beliau, yang juga merupkan Exco Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kem tersebut yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, dekat sini.

Katanya, seramai 79 orang remaja berumur diantara 14 hingga 17 tahun pada kali ini, diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Antaranya, kata beliau ialah, ‘Panji Al – Fateh’ dan ‘Running Iman’, modul bagi membentuk semangat setiakawan dan menguatkan jalinan ukhuwah, selain mengajar erti berdikari dan bertanggungjawab.


Salah seorang peserta Smart Kem, Sofiyyah Sobihah Zakaria, 16, dari Kampung Teluk Ketapang ketika ditemui berkata, beliau mendapat banyak pengalaman dari kem itu.

“saya begitu teruja untuk mengikuti setiap modul yang dijalankan….banyak yang saya belajar disini, selain mendapat ramai kawan, saya juga mendapat berbagai-bagai pengalaman,”katanya.

Rakan Sofiyyah, Nur Ain Nasuha Muda, 15, dari Kampung Batu Enam, berkata Kem itu memberikan semangat baru kepada beliau.

“selepas saya mengikuti Smart Kem ini, saya rasa bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan ….. semua tunjuk ajar dari fasilitator semua, insya Allah sayakan praktikkan dlm kehidupan,”jelasnya.

Fsilitator program, Hani Faqihah Halmi, 21, berkata Kem tersebut ini bukan sahaja memberi semangat dan kesedaran kepada peserta malahan juga turut menjadi pembakar jiwa dan semangat kepada fasilitator.


“dalam mendidik peserta bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar yang berakhlak mulia dan berjiwa kental dalam menghadapi cabaran globanisasi hari ini,

“nasihat saya kepada adik-adik semua supaya lebih bersemangat dan istiqomah dalam mencapai sesuatu perkara agar mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT“.

Majlis penutup pogram Smart Kem 2016 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Raja Arizal Raja Arif

Sumber BO - 18-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kontraktor China Lebih Dipercayai Umno Berbanding Tempatan

PAS Terengganu melahirkan rasa dukacita terutama kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang mutakhir dilihat sebagai tidak dapat memenangi hati pimpinan Umno bagi menjalankan projek-projek mega buka sahaja di negeri Terengganu malah juga di seluruh Malaysia.

Rasa kekesalan PAS ini lebih pedih apabila melihat angka bagi nilai projek-projek yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dua hari lepas memaklumkan kepada Dewan Negara, sebanyak 140 projek yang bernilai RM38 billion telah dianugerahkan kepada kontraktor dari China semenjak 2010.

Saya ingin mengecilkan skop penulisan ini dengan hanya menumpukan kepada projek-projek yang berada di dalam Terengganu sahaja. Beberapa projek seperti Projek Bekalan Air di Kemaman, telah diserahkan kepada sebuah syarikat daripada China, Beijing Enterprise Water, dengan cara kontrak runding terus, menggunakan cara bayaran tertangguh bernilai RM500 juta. Saya tidak mengetahui apakah sistem yang terlalu canggih yang digunakan oleh China, sehingga kontraktor tempatan tidak diberikan tanggungjawab sebagai kontraktor utama bagi membina Projek Bekalan Air ini.

Nun jauh berpuluh tahun yang lalu, 1990, kerajaan negeri juga telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat China Anshan Corporation dengan perjanjian pajakan selama 21 tahun bagi lesen melombong bijih di Bukit Besi yang akhirnya kerajaan Negeri disaman oleh Anshan kerana didakwa melanggar terma perjanjian. Sehingga kini, kita tidak tahu status saman itu.

Manakala dengan kontrak baru tawaran melombong kepada syarikat-syarikat lain termasuk beberapa syarikat dari China, akhirnya sekitar tahun 2015, menyaksikan Bukit Besi menjadi gondol kerana pembalakan yang beralasan kepada perlombongan yang tidak mengikut peraturan. Malah lebih teruk dari itu, banyak hidupan sungai juga turut musnah. Paling malang, dalam jawapan di DUN, kerajaan hanya mengutip kira-kira RM800 ribu sahaja bagi tempoh tujuh tahun perlombongan berjalan daripada 13 buah syarikat yang melabur.


Oleh kerana kegagalan projek perlombongan Bukit Besi ini, Kilang Eastern Steel yang dimiliki bersama oleh Hiap Teck Venture Berhad dengan Shougang Group of China, yang terletak di Kemaman itu, dikatakan tidak dapat beroperasi. Sedangkan ianya dahulu dikatakan kononnya sebagai penyelamat kepada pekerja-pekerja Perwaja Steel yang diberhentikan.

Bagi projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA) di Kijal, kerajaan Negeri telahpun mencadangkan untuk menganugerahkan projek tersebut kepada syarikat pembinaan dari China, Sany Group bagi membina sebanyak 330 buah PRIMA yang dianggarkan berharga RM100 ribu sehingga RM400 ribu sebuah bermula bulan ini.

Tidakkah ianya memalukan kontraktor-kontraktor perumahan di Terengganu apabila projek perumahan yang tidak memerlukan teknologi tinggi ini juga diserahkan kepada Syarikat daripada China? Seterusnya Menteri Besar menambah pilu kontraktor-kontraktor tempatan dengan memaklumkan akan memberikan semua projek PRIMA kepada Sany Group sekiranya beliau berpuashati dengan projek pertama ini.

PAS Terengganu tidak mahu kekayaan negeri ini dibolot oleh golongan luar yang menyebabkan rakyat sendiri menjadi merempat. Ianya sudah banyak kali berlaku seperti wang royalti negeri digunakan oleh negeri lain. PAS sedia maklum, dengan adanya projek ini, akan wujudnya peluang pekerjaan kepada rakyat negeri, tetapi janji itu sangat meragukan apabila pendedahan Adun Tepoh di dalam Sidang Dun bulan lepas membuktikan bahawa jumlah pekerjaan yang disediakan hanyalah 200 lebih sahaja berbanding dengan janji sebanyak 41 ribu peluang kerja.

Disamping itu juga, PAS mendesak agar kontraktor tempatan mengetuai projek-projek ini dan bukan hanya menjadi ‘sub’ sahaja kepada kontraktor-kontraktor dari China. Lihat sahaja contoh yang diberikan, seperti projek perumahan yang tidak memerlukan teknologi yang tinggi juga diserahkan kepada kontraktor China. PAS juga melahirkan kebimbangan akan kehadiran pekerja-pekerja dari China kerana kos mereka itu sangat murah, boleh juga membawa kepada satu lagi bentuk masalah sosial. PAS Terengganu merasa hairan, kenapa terlalu banyak syarikat daripada China ditawarkan projek-projek ini?

Maka PAS Terengganu mendesak agar kerajaan negeri menimbang semula projek-projek yang tidak memerlukan keupayaan teknologi yang tinggi, agar diserahkan kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berkemampuan. Ataupun mengadakan satu bentuk persefahaman dengan negara-negara Islam lain yang berkemampuan bagi menjayakan projek-projek ini.

Wallahua’lam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
18 Rabiulawwal 1438 bersamaan 18 Disember 2016

Sumber BO - 18-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wakil Rakyat PAS Bantu Sedaya Upaya

KUALA NERUS – Wakil-wakil rakyat PAS sedaya upaya membantu dan sekali-kali tidak akan mengecewakan warga yang diwakili, yang datang memohon bantuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak sedar ramai dikalangan rakyat Terengganu yang menghadapi masa sukar, terutamanya pada waktu ini, apabila sesi sekolah baru akan dibuka.

“Kita sedaya upaya tak nak kecewakan mereka yang minta tolong……..kita yakin orang yang datang jumpa kita tu, memang susah sungguh,


“dia orang pun ada harga diri juga (dan) tapi yang mari tu memang susah. Tak ada yang tak boleh. Kita cuba bantu mereka. Susah kita, susah mereka lagi. Makan pun susah. Apatah lagi (untuk membeli) pakaian sekolah,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Jumaat, 16 Disember selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan di Sabasun HyperRuncit, Gong Badak dekat sini.

Pemberian zakat kepada pelajar untuk asnaf miskin tu disumbangkan oleh Maybank Islamic dan dikendalikan oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT).

Banyak RM100,000 diagihkan kepada 700 orang pelajar, dimana setiap orang bantuan pakaian sekolah berjumlah RM90.

Oleh itu, Dr Alias yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mengucapkan terima kasih atas sifat prihatin organisasi terbabit.


Pengarah Program Cikgu Fauzi menerangkan tentang sumbangan tersebut kepada seorang ibu yang anaknya mendapat bantuan
“Saya selaku wakil rakyat Bukit Tunggal, ucap terima kasih atas keperihatinan Maybank dan Yayasan Amal yang telah sudi membantu rakyat dalam kesesakan, kesusahan. Memang jelas, memang ramai minta bantuan kita (dan) mereka tak cukup bajet meneruska kehidupan,

“kerana ramai yang hilang pekerjaan pun ada, pendapatan semakin berkurang, harga barang makin naik, pendapatan berkurang. Ada setengahnya, tak ada pekerjaan (sebagai) buruh binaan……..ini antara benda yang saya rasa sedih,”ujarnya.

Justeru, kata beliau, sedikit sumbangan daripada pelbagai pihak yang ‘pakat membantu’ dapat meringankan beban.

Menurutnya, ramai lagi rakyat Terengganu yang hidup susah, terutama golongan anak yatim dan keluarga yang ramai anak masih bersekolah.

“(satu) keluarga tiga, empat orang sekolah memang beban sungguh……..yuran sekolah (lagi), kalau dapat meringankan beban seorang dua dah okay (baik),



Ibu bapa memilih pakaian sekolah anak-anak mereka
“jimat dah…..walaupun tak banyak. Dapat meringankan beban dah……..seluar, baju, tudung, kasut. In sha Allah ini (akan) lebih membantu.,”jelasnya.

Beliau memberi jaminan, wakil-wakil rakyat PAS akan mencari peruntukan lain bagi menampung kesusahan rakyat, walaupun terpaksa mencari sumber kewangan lain.

“Walaupun kita dah bagi, (tapi) ada lagi yang mari, kita cari peruntukan lain…….kita tambah lagi. Kita sedaya upaya tak nak kecewakan mereka,”tambah beliau.


Sumber BO - 17-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bowling Terbuka Pemuda; Bakri Dan Zaidi Berkongsi Kemenangan

Oleh : ZSJ

KEMAMAN – Kejohanan Boling Terbuka Piala Ketua Pemuda PAS Terengganu 2016 mencatat sejarah apabila tempat pertama terpaksa dikongsi oleh dua pemenang.

Mohammad Bakri dari Dungun dan Mohammad Zaidi berasal Kota Bharu mendapat mata keseluruhan yang sama iaitu 622 daripada tiga perlawanan. Mereka meninggalkan pemenang tempat ketiga, Aiman Husni dengan perbezaan 11 mata.

Mengulas acara yang diadakan di U-Bowl Mesra Mall, Kemasik, Timbalan Ketua DACS Pemuda PAS Terengganu berkata, kejohanan kali ini disifatkan berjaya kerana dapat menarik 78 orang peserta.


” Allamdulillah, penyertaan kali ini telah melebihi sasaran kami. Kita telah menyewa 22 lorong boling di U-Bowl bagi memastikan pertandingan ini berjalan lancar,”

“Kami juga mendapat pandangan daripada peserta bagi penambahbaikan untuk kejohanan yang akan datang. Insyaallah kita akan kaji dan bawa kedalam mesyuarat DACS yang terdekat,”ujarnya
Johan bersama kali ini membawa pulang sebuah piala pusingan, medal, hamper dan wang tunai RM1,800. Tempat kedua pula berjaya membawa pulang medal, hamper dan wang tunar RM 800. Manakala tempat ketiga membawa pulang medal, hamper dan wang tunai RM 600.

Sementara itu, Amran yang berjaya mendapat tempat keempat dengan bilangan mata 604 membawa pulang medal, hamper dan wang tunai RM 400. Sementara hadiah saguhati berupa medal, hamper dan wang tunai RM 100 telah diberikan kepada peserta yang mendapat tempat kelima hingga ke sepuluh.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Zul Shawalludin, exco DPPKD yang mewakili Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.

Sumber BO - 17-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hutan Lipur Dan Kawasan Pelancongan Rantau Abang Terbiar!

DUNGUN – Mewakili seluruh warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun menggesa kerajaan memulihkan dan menaiktaraf Hutan Lipur serta kawasan pelancongan di kawasan tersebut.


Menurutnya, titik tumpuan bagi aktiviti rekreasi dan santai itu pada asalnya memang satu tempat tumpuan kepada masyarakat setempat, terutama sekali pihak sekolah yang mengadakan program bermalam.

Namun sekarang katanya, ia terbiar dan tiada sebarang usaha dari pihak berwajib untuk membangunkannya semula.

“sebab dia ada tapak perkhemahan, ada surau ada kemudahan tempat rekreasi, ada pondok, ada kolam, ada ikan…….tapi sejak kebalakangan ini Jabatan Perhutanan sudah tidak berupaya untuk membangun semula kawasan ini,

“hingga sekarang ia merupakan satu tempat terbiar, yang sepatutnya dengan perkembangan kawasan sekitar, perlu dibina semula supaya kawasan itu menjaid tumpuan pelancong-pelancong,”ujarnya.


Beliau mencadangkan agar Rantau Abang yang sangat terkenal pada satu masa dahulu itu, dibangunkan semula menjadi lokasi santai dihujung minggu bagi penduduk setempat.

“tempat ini perlu dinaik taraf dan dibangunkan semula supaya masyarakat dapat menggunakan kemudahan sudah ada di situ,

“kawasan perlu diterangkan semual dan perlu mengadakan perkara-perkara asas yang boleh didapati di sana,”jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana Rantau Abang yang terkenal di seluruh dunia dengan aktiviti melihat ‘penyu bertelur’ diabaikan menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017.

MenurutKetua Penerangan PAS Dungun itu, kerajaan Terengganu boleh masih boleh mempromosikan sejarah penyu bertelur itu kerana masih ada Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin (TUMEC).


“Saya tak nampak apa-apa perkembangan di kawasan Rantau Abang ini, saya kira kerajaan Terengganu tinggal terus kerana penyu sudah tidak mendarat di sana,

“dan kita lihat perkembangan di Rantau Abang sudah tidak ada tumpuan kerajaan yang memerintah sekarang ini,”katanya.

Justeru, beliau berharap satu tindakan segera diambil bagi memuliskan keadaan Rantau Abang yang hampir ‘mati’.

“Jadi, kita harap untuk memberi keselesaan kepada penduduk Kuala Dungun (dan masyarakat setempat) untuk berehat selain daripada kawan rekreasi yang lain situ merupakan kawasan yang perlu dibangunkan,

“kita memang (sangat) mengalu-alukan….”tambah beliau.


Sumber BO - 17-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Illegal Logger Caught Red-handed

KUALA TERENGGANU – An illegal logger who managed to avoid arrest for almost a year, was nabbed yesterday while trying to transport a massive log out of a forest reserve near here on his own.
The 40-year-old man, who was staying near the Bukit Bauk forest reserve, was caught red handed by the Forestry Department’s Enforcement Unit.

He was loading one of three sections of a log using a winch unto the back of a lorry when the team pounced on him.


State Forestry Department director Datuk Ahmad Fadzil Abul Malik said the man had been known to have taken logs out of several forest reserves in the state over the past year.

“The suspect will cut down trees in several locations and leave it on site for a few weeks before returning with a lorry equipped with a winch to pick up the logs.

“My men have been observing his activities and managed to neutralise his spies. On Thursday morning, we used a drone to monitor the situation and was able to catch him red-handed,” he told the New Straits Times.

The Bukit Bauk forest reserve had been gazetted as an urban jungle and has a large concentration of the highly priced camphor species.

Fadhil said early investigations showed the man had logged about 12 hectares of forest in about a year. He added that the seized logs are worth about RM20,000 in the open market.

Sumber BO - 17-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Kemalangan LPT2

MARANG – Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga yang terbabit dengan Kemalangan tragis yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2).
Menurut Ketua Lujjnah Kebajikannya Puan Hazezah Mohd Zin sebuah keluarga, mengorbankan enam sekeluarga, Kampung Durian Guling.
.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kami doakan yang terbaik buat kesemua mangsa dan keluarga mereka,


“Kami doakan mereka tabah dan meneruskan hidup sebaiknya. Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. Pada yang telah pergi, semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga tersebut bersama Ahli Jawatankuasa Lujnah itu pada Isnin 12 Disember.

Sehubungan itu, Ibu mangsa walau dalam keadaan masih bersedih berkongsi kisah sedih pemergian mereka kepada para muslimat yang menziarahinya.

“Tiada siapa menduga penantian ahli keluarga perjalanan mereka dari Shah Alam ke Terengganu berakhir dengan tragedi,”katanya

Sumber BO - 16-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS DUN RANTAU ABANG yang berjaya menghantar seramai 60 orang pembantah Persempanan PRU
Posted on Friday, December 16 @ 08:03:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32859



Tahniah kepada PAS DUN RANTAU ABANG yang berjaya menghantar seramai 60 orang pembantah bagi menghadapi prosiding siasatan tempatan Kajian semula persempadanan bagi kawasan pilihanraya.

1. Menolak KEMASUKAN Daerah Mengundi 02
Nerang yang berada dalam N.25 Bukit Besi ke dalam N.26 Rantau Abang.


2. Menolak KEMASUKAN Daerah Mengundi 12 Lintang yang berada dalam N.25 Bukit Besi ke dalam N.26 Rantau Abang

3. Menolak Daerah Mengundi 08 Gong Pasir yang berada dalam N.26 Rantau Abang YANG AKAN DIMASUKKAN ke dalam N.27 Sura.

Setiap kumpulan diwakili oleh 3 orang jurucakap dan 17 orang pembantah.

Semoga apa yang diusahakan dengan penghujahan berfakta dan secara powerpoint presentation akan menguatkan penolakan kepada SPR disamping cadangan balas yang bermaklumat dan berfakta.

















Sumber TKO - 16-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hakisan; Segerakan Peruntukan, Elak Khazanah Jadi Sejarah

KUALA NERUS – Kerajaan persekutuan digesa meluluskan segera kelulusan peruntukan yang dipohon oleh kerajaan negeri Terengganu bagi mengawal hakisan pantai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim Abdul Karim, pembinaan pemecah ombak diluar pantai perlu disegerakan bagi mengelakkan khazanah pantai Terengganu hilang.


“kita harap pihak ‘federal’ menyegerakan kelulusan untuk kita membina ‘offshore breakwater’ supaya kakisan ini dapat terkawal,

“dan (kerana) kita bimbang khazanah pantai negeri Terengganu akan hilang dan kita harap kerajaan serius, (walaupun) kita faham (kerajaan hadapi) kemelut ekonomi dan kekangan kewangan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas lawatan bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan saliran (JPS), Ir C. Poobalan meninjau kerja-kerja mengawal hakisan di pesisir pantai Tanjung Gelam dan Mengabang Telipot pada Selasa 13 Disember.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berharap, masalah hakisan itu menjadi keutamaan kerajaan untuk diselesaikan

Sebaliknya kata beliau, sekira ia tidak diambil tindakan dalam masa terdekat, hakisan tersebut akan menjadi ancaman kepada keindahan pantai Terengganu.


“isu-isu seperti ini perlu diutamakan berbanding dengan perkara-perkara lain, yang sepatutnya diselesaikan dengan kadar segera dan tidak berlaku jangkitan hakisan ke lokasi-lokasi yang lain,

“jadi pemuliharaan pantai yang masih berbaki perlu ditangani segera lebih serius, begitu juga pada pihak kerajaan Terengganu,

“saya harap pihak kerajaan Terengganu juga memberi perhatian serius untuk melihat keindahan pantai Terengganu tidak tenggelam daripada (menjadi) sejarah,”tegasnya.

Menurutnya, perjumpaan dan perbincangan tersebut turut melibatkan beberapa orang nelayan di kawasan itu bagi untuk memberikan pandangan secara terus kepada JPS.


Sumber BO - 15-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Paraglider Feared Drowned Off Pulau Kerengga

MARANG – A paraglider is feared to have drowned following a crash into the sea near Pulau Kerengga here at about 6.35pm on Wednesday.

A Fire and Rescue Department spokesperson said that a passer-by had seen a parachute floating in the water, but failed to locate the paraglider.

The spokesperson said that a 39-man search-and-rescue team was launched, made up of personnel from the Fire and Rescue Department, police, and the Civil Defence Force.

He however added that the search operation had to be called off as the sea conditions was rough with dangerous high waves.

The spokesman added that personnel from the Marang Fire and Rescue Station arrived at the location at about 6.43pm.

“A caller had informed us that he saw a paramotor had plunged into the sea about two kilometres from the shore and that it sank there,” said the spokesman.

Sumber BO - 15-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beri Perhatian Kepada Anak-anak

KUALA NERUS – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kita berpesan supaya ibu bapa agar lebih memberi perhatian kepada anak-anak mereka yang suka bermain ditepi.

“sudah menjadi kebiasaan pada waktu petang, penduduk sekitar ini bersantai dan mandi-manda dipantai,

“tetapi dalam keadaan musim tengkujuh sekarang yang mana ombak agak besar, tidak sesuai serta merbahaya untuk mandi dipantai,”ujarnya.

Namun begitu, beliau tidak menyalahkan ibu bapa sepenuhnya kerana katanya, orang ramai tahu kadamg-kadang sesetengah anak adalah diluar kawalan.


“tetapi sekurang-kurangnya dengan apa yang berlaku pada hari ini untuk kita semua ambil lebih perhatian,“jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat hajat di lokasi kejadian, dimana berlakukanya kejadian lesa semakam, di Hujung Tanjung, Seberag Takir, di sini.

Sehubungan itu beliau bersyukur kerana kedua-dua mangsa terbabit telah ditemui dan berterima kasih keoada semua pihak yang terlibat dalam operasi dan menyelaat itu.

“saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat ini termasuk pihak Bomba, Polis, APMM, Unit Amal Pas Malaysia serta orang kampong,

“ yang turut memasang pukat di sekeling tempat kejadian bagi menghalang mangsa lemas hanyut ketengah laut dan Alhamdulillah mangsa berjaya ditemui,”katanya.

Turut berada ditempat kejadian ialah Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang.

Sumber BO - 13-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































Makan malam dana Tahfiz An-Nur Setiu

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .





مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Q.S. Al-Baqarah: 261)

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Nasai dan Hakim dari Ibnu Masud bahawa ia berkata (maksudnya): “Seorang lelaki telah datang membawa seekor unta yang bertali di hidungnya lalu orang tersebut berkata: “Unta ini saya nafkahkan di jalan Allah.” Maka Rasulullah bersabda: “Dengan nafkah ini, anda akan memperoleh di akhirat kelak tujuh ratus ekor unta yang juga bertali di hidungnya.”

Pendidikan Islam menjadi pilihan utama ibu bapa negara ini selepas berlakunya kebangkitan Islam abad 15 Hijrah, dengan bersemaraknya tumbuh sekolah-sekolah agama persendirian, maahad tahfiz serta reinkarnasi sekolah-sekolah pondok yang pernah malap pada tahun 70-an.

Tahfiz an-Nur Setiu ditubuhkan bagi merealisasikan keinginan munculnya generasi al Quran yang unik, sebagai pembela al Quran dan pendakwah serba boleh. Beroperasi masuk tahun keempat dengan membuka peluang kepada anak yatim serta miskin mendapatkan pendidikan percuma dan bagi keluarga yang berkemampuan membayar yuran pengajian.

Pihak Jawatankuasa Pengelola Tahfiz dengan dukungan relawan Tahfiz an-Nur akan menganjurkan majlis makan malam dana  dan forum perdana pada 17 Disember ini bagi mengumpulkan dana untuk menggerakkan tahfiz.

Kami menjemput semua masyarakat untuk menghadiri majlis ini yang akan diadakan di Masjid Kota Damansara. Jualan kupon makan malam berharga RM50 dan RM100 juga disediakan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Puan Fadzilah: 013-368 2390
Puan Harlina: 019-289 7242
Ustaz Faizal: 014-215 7296
Ashraf: 019-279 5849
Nuar: 017-266 3753

Dr Riduan Mohamad Nor ialah Pengerusi Kompleks Pendidikan An-Nur.

Sumber HD - 13-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































































































































































































Dua Pelajar Lemas Di Hujung Tanjung Ditemui

KUALA NERUS – Seorang pelajar hilang ketika mandi di pantai Seberang Takir, hari ini disahkan lemas, ketika ditemui kira-kira jam 7.10 petang tadi.

Jenazah Mohd Mujahid Mohd Zuni , 13, dijumpai tersangkut pada pukat yang digunakan penduduk dalam usaha mencari bersama pasukan penyelamat, Bomba dan polis. (Ayah mangsa kedua bersama Pengerusi PAS DUN Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang di lokasi kejadian)

Arwah dan rakannya hilang ketika mandi di hujung tanjung, pantai Seberang Takir, hari ini, kira-kira jam 5.30 petang itu.


Manakala rakannya yang dikenali sebagai Ahmad Baihaqi Muzanni Nor Shariman,13, dari Taman Permint Perdana, Seberang Takir, dijuai kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa pergi ke lokasi kejadian bersama dua lagi rakannya lain.

Jurucakap, Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 5:45 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

Operasi turut disertai Pasukan Penyelamat di Air (PPDA),Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

>>>Berita selanjutnya menyusul

Sumber BO - 13-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah SAW diutus tanda kasih sayang Allah

USTAZ SATIFUL BAHRI MAMAT | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43542-rasulullah-saw-diutus-tanda-kasih-sayang-allah

Perutusan Maulid Ar-Rasul Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

"Dan tidaklah kami mengutuskan engkau wahai Muhammad kecuali untuk membawa rahmat kepada sekelian Alam."  (Al-Anbiya 107)

Segala puji-pujian ke hadrat Allah dan salawat serta salam ke atas Nabi dan pesuruhNya, Muhammad SAW, yang dilahirkan kira-kira 1,384 tahun yang lalu.

Di antara tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya ialah Dia mengutuskan seorang Rasul untuk membimbing umatnya dengan al-Quran dan as-Sunnah, ke arah jalan yang diredhai.

Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ‘Al-Alamin’ itu ialah seluruh kejadian selain dari Allah SWT. Ertinya semua makhluk sama ada manusia, binatang, tumbuhan, semua benda termasuk dunia ini dan seisinya, mendapat rahmat dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Dengan makna lain, seluruh alam ini mendapat belas kasihan, kurnia berkat dan kelebihan dari kebenaran, kerana lahirnya utusan Tuhan dari kalangan manusia itu sendiri.

Ia menjadi satu hikmah yang amat besar apabila Allah SWT melahirkan Rasulluh SAW di tengah masyarakat ‘jahiliyyah’, zaman kebodohan semua penduduk di dunia, khususnya orang-orang Arab,  yang tidak dapat membezakan antara intan dan permata.

Rasulullah SAW meletakkan asas akidah Islam yang kukuh, telah berjaya mengubah masyarakat iaitu sekumpulan manusia yang hidup dalam lembah kebatilan kepada cahaya kebenaran. Komuniti yang dahulunya menyembah patung berhala sebagai tuhan mereka, yang membunuh anak-anak perempuan, menindas yang lemah, telah bertukar menjadi masyarakat yang penuh beradab dan bertamadun, hidup dalam kasih sayang serta saling hormat menghormati sesama manusia.

Ajaran agama Islam hanya satu-satunya di dunia ini, yang telah berjaya merombak segala sistem dan cara hidup manusia. Rasulullah SAW menunjukkan satu contoh unggul yang terbaik, dari seorang manusia biasa sehingga kepada seorang pemimpin sebuah negara, mencipta sejarah yang tidak ada tandinganya sehingga ke zaman serba moden dan canggih masakini.

Parti lsam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah wadah siasah dan dakwah sejagat, telah meletakkan pelaksanaan syariat Islam sebagai dasar dan matlamat perjuangannya, yang akan terus menerus, menggemblengkan seluruh tenaga serta usaha, mengajak seluruh rakyat jelata agar kembali kepada Islam yang menyeluruh.

PAS yakin tiada penyelesaian sebaik Islam dalam menghadapi semua kemelut yang sedang melanda rakyat, kepimpinan dan negara sekarang ini.

Sesungguhnya, ia adalah agama yang benar, sistem serta cara hidup yang paling tepat untuk menyelesaikan segala permasalahan manusia. Segala sistem yang lain daripadanya sama ada yang datang dari Barat atau Timur; nasionalis, pragmatis, sosialis dan lain-lain, hanya membawa kehampaan dan kemusnahan kepada manusia.

Mewakili suluruh saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), saya menyeru, marilah pada hari ini, sempena kita memperingati hari kelahiran manusia terpilih Muhammad SAW dan pada ulang tahun Maulid Ar-Rasul ini, kita merungkaikan segala kepalsuan dan  meletakkan diri kita benar-benar mengikuti jalan yang dibawa oleh Rasul yang agung itu.

Inilah Penyelesaian Kita!

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka
12 Rabi’ul-Awwal 1438 - HARAKAHDAILY 12/12/2016

Sumber HD - 12-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya Telah Berusia 78 Tahun Tapi Masih Sedia Ditarbiyah – Pak Daeng

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Sabtu lepas, berpeluang duduk bersama Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dalam program Forum Tarbawi PAS Setiu walau sekadar sebagai moderator. Pak Daeng panggilan mesra bagi Dr Daeng Sanusi, orang lama dalam parti yang telah yang telah mencapai usia 78 tahun tapi masih bersemangat dan bertenaga bila berbicara tentang bait-bait mutiara perjuangan dengan bicara yang tersusun rapi.

Pak Daeng berkelulusan PhD dari Mesir, malah beliau mungkin antara beberapa orang anak Melayu terpilih yang pulang dengan ijazah Doktor Falsafah dari Mesir sekitar tahun 1970 an. Pernah bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Pak Daeng mula menjadi ahli PAS pada tahun 1966, kira-kira 8 tahun sebelum saya lahir ke dunia.

Kerana itulah semalam, walau bicara Pak Daeng ketika forum panjang lebar melebihi masa yang diperuntukkan, saya tidak menggunakan kuasa moderator untuk memberikan isyarat supaya Pak Daeng memendekkan ucapannya. Bukan saya takut kerana beliau sekarang menjawat posisi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS tetapi lantaran rasa hormat yang tinggi kepada orang lama seperti beliau. Malah Pak Daeng lebih lama dalam parti berbanding Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Hashim Jasin yang telah mencecah usia 77 tahun.

Apatah lagi bicara Pak Daeng bagaikan murtiara hikmat yang berguguran buat bekalan untuk kita anak-anaknya yang mewarisi perjuangan ini.

Kisah bagaimana Pak Daeng mula terlibat aktif dalam PAS diceritakan kepada kami dengan penuh penghayatan.

Cerita dari Pak Daeng saya catatkan…

Tahun 1976, ketika PAS berada dalam BN, orang Melayu masuk PAS secara beramai-ramai. Guru-guru ramai yang masuk PAS tanpa rasa takut kena tekan atau kena tukar disebabkan PAS adalah sebahagian dari parti pemerintah BN ketika itu.


Di tahun 1976 itulah Pak Daeng dipanggil oleh Yang Dipertua Agong PAS, Dato’ Mohd Asri Muda ke Pejabat Agong PAS yang terletak berdekatan Hospital Tawakal sekarang. Turut diundang bersama ke Pejabat Agong ialah sahabat Pak Daeng, Saudara Faisal Othman yang berasal dari Perak.

Sampai di Pejabat Agong PAS, sebelum dipanggil masuk ke bilik Dato’ Asri, Pak Daeng dan kawannya Faisal Othman bersembang dulu di ruang tamu dengan Setiausaha Agong PAS, Almarhum Ustaz Hassan Shukri. Almarhum Ustaz Hassan Shukri seorang Setiausaha Agong merangkap Setiausaha Kerja di Pejabat Agong PAS.

Ustaz Hassan tanya,

“Saudara berdua tahu tak kenapa Dato’ Asri panggil datang ke sini?”

Pak Daeng jawab, “Saya tak tahu.”

“Dato’ Asri bercadang nak lantik saudara berdua dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.” Jelas Ustaz Hassan.

“Sebelum saudara masuk jumpa Dato’ Asri, saya nak pesan beberapa perkara.” Sambung Ustaz Hassan lagi.

“Yang pertama kena yakin dan percaya, perjuangan PAS tak menjanjikan hamparan permaidani.”

“Yang kedua, kalau di masjid ada iblis, jangan sangka di dalam PAS semuanya Malaikat.”

“Yang ketiga, Jangan ada nawaitu yang lain dari kerana Allah. Tidak ada ahli PAS yang mengkhianati PAS yang tak terlaknat hidupnya dan keluarganya. Tak nak buat kerja tak apa. Tapi jangan mengkhianati. Kalau tak sanggup lalui semua ini, lebih baik pulang saja. Tak perlu masuk jumpa Dato’ Asri.”

3 pesanan yang penuh mendalam diterima Pak Daeng dan Faisal Othman. Lalu mereka masuk jumpa Dato’ Asri. Pak Daeng sedia memikul tanggungjawab sementara Faisal Othman menolak.

Selepas Muktamar PAS tahun 1976, masuklah Pak Daeng menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Pak Daeng pernah memikul amanah dalam parti sebagai Naib Presiden PAS serta pernah berbakti sebagai Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan.

Kata Pak Daeng, Faisal Othman menolak mungkin kerana dia dah ada agenda sendiri. Selepas itu dia menyambung PhD ke Amerika, kemudian pulang ke tanahair lalu menjadi lebih Umno dari Umno melawan PAS.

Kata Pak Daeng lagi, beliau kenal Almarhum Ustaz Hassan Shukri sebagai antara tokoh paling ikhlas dan istiqamah dalam PAS. Isterinya pernah menjual kuih di hadapan sebuah sekolah swasta di Gombak untuk menyara kehidupan. Ustaz Hassan memelihara lembu di Sabak Bernam yang dijual ketika musim raya korban untuk mendapatkan duit belanja. Dia sendiri yang kerja menyapu sampah di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar. Walau hidupnya sederhana, anak-anak Almarhum semua berjaya. Antara tanda keberkatan hidup yang dianugerahkan Allah kepada Almarhum.

“Saya telah berusia 78 tahun. Dalam usia ini saya masih bersedia ditarbiyah untuk memperbaiki lagi diri saya supaya saya boleh menyumbang kepada perjuangan ini…”

Sumber BO - 12-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan Timbulkan Spekulasi Liar

KUALA TERENGGANU – “Saya hanya percaya (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) masuk Umno sekiranya beliau sendiri kata masuk Umno.” Demikian tegas Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Dr Bala Chandran Gopal Krishnan.

Bala Chandran yang juga Pengerusi DHPP Terengganu berkata sebagai mengulas tindakan beberapa pihak yang sering kali menuduh Abdul Hadi dengan dakwaan tidak berasas termasuk kononnya PAS menyertai Umno.

Suasana tersebut kembali dimainkan kumpulan anti-PAS apabila pemimpin parti itu bersama-sama dengan kepimpinan Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sepentas dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Ahad lalu.

B Chandran bagaimanapun memberitahu bahawa beliau percaya kepimpinan parti itu bersikap matang tanpa dibatasi ideologi politik dalam isu kemanusiaan apatah lagi ia berkait dengan etnik minoriti beragama Islam di Myanmar.

Sehubungan itu, beliau turut menegaskan kepada pihak yang sering kali mengecam PAS supaya tidak membuat sebarang spekulasi liar terhadap kepimpinan parti itu dengan memanipulasikan isu demi kepentingan sendiri.


“Kritikan terhadap PAS memang berlaku sejak dulu.

Apabila mereka benci kepada kita, mereka akan lihat kita dengan kebencian. Itulah yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, gerakan untuk membangkitkan kebencian terhadap PAS juga dilakukan dengan memainkan isu-isu lama dan lapuk.

Mengulas lanjut, B Chandran melihat PAS adalah sebuah parti unik yang tidak ada pada mana-mana parti apabila menjadikan agama sebagai dasar perjuangan.

Jelasnya, PAS bukan semata-mata bersifat sebagai parti politik tetapi juga komited dalam gerakan dakwah.

Menurutnya, apa yang dilakukan PAS ketika ini juga tidak terkeluar dari dasar perjuangan parti itu sendiri.

Sementara itu, beliau turut memberitahu PAS perlu berbaik-baik dengan semua pihak termasuk parti lawan dalam memastikan mereka dapat memberi alternatif kepada rakyat termasuk kepada ahli Umno.

“Kalau kita hendak dapatkan sokongan mereka kita kena dekati mereka,” katanya.- Sinaronline

Sumber BO - 11-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Dekati Anak Muda Bukan Untuk ‘Politik Semata’











KUALA NERUS – PAS mendidik anak-anak muda supaya mehidupan semakin hampir kepada Allah, mendekatkan diri mereka kepada agama dengan pendekatan melalui sukan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, sayap kanan PAS itu mendekati golongan tersebut dengan program-program berterusan bukan hanya hanya sebagai agenda genda politik semata-mata.

“Daripada seluruh agenda-agenda lain bagi meneruskan keseinambungan proses mendekati anak muda bukan sahaja untuk agenda politik,


“tetapi yang paling utama ialah agenda dakwah dan pendididkan……..mendidik anak muda supaya semakin hampir Allah mendekatkan diri kepada agama dengan pendekatan melalui sukan,”ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Futsal Tertutup Piala ADUN Tepoh 2016, pada Jumaat 9 Disember.

Katanya penganjuran acara sukan merupakan program tahunan Dewan Pemuda PAS DUN Tepoh.
Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur yang telah berjaya mengendalikan program riadah itu.

“Saya difahamkan penyertaan kali ini agak menggalakkan dengan 61 pasukan keseluruhanya…..jadi, ini antara tanda sokongan yang cukup baik daripada seluruh anak-anak muda dalam kawasan dn Tepoh,

“Saya harap program seperti ini diteruskan, tahniah kepada Dewan Pemuda PAS DUN Tepoh!,”kata beliau.

Sumber BO - 11-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Over 1,000 Kuala Terengganu Residents Traumatised By Floods

KUALA TERENGGANU : Some 1,100 residents in three housing estates here are having sleepless nights as a result of worries of floods caused by the downpour and monsoon season.

Over the past 10 days, 300 residents of Taman Dalya, 500 in phase 1 and 2 of Taman Alamanda and 300 in Taman Sri Intan faced two flash floods measuring up to 0.5m in their homes.
It had been some eight years ago since they last experienced floods.

“We are left dumbfounded that floods still happen after a huge monsoon drain was built. And there weren’t any floods in the past eight years before it was built,” said retired government employee Norzaidi Mohamed, 56, a resident of Taman Dalya.

“I believe that in the past years, we have also seen an extraordinary amount of rainfall but no flash floods.


“There must be some other reasons for the recent ones,” she said.

The floods had damaged 10 cars, home electrical appliances and furniture.

Another pensioner, Shahrom Dayal, 65, was also having sleepless nights after the two flash floods.
“My disabled wife and I were fast asleep during the latest flood on Thursday when water rose quickly and entered the house at about 3am.

“We were quite lucky that a neighbour woke us up and I made sure my wife was safe before moving my car to a safer spot,” he said.

He hoped the state government would look into the matter and direct agencies such as the Department of Irrigation and Drainage (JPS) and Kuala Terengganu City Council (MBKT) to clear the drainage system and ensure water flows properly.

Jalan Sultan Omar Rukun Tetangga chairman Badrol Hisham Zaki said the floods had left many of the residents traumatised and many were afraid to leave their homes.

“I call on the respective agencies to take short-term and long-term proactive measures to stop the problem from recurring.

“We have formed a special team, comprising young residents of Jalan Tekukur, to help raise the alarm and help victims move their belongings in case of another flood,” he added.-thestaronline

Sumber BO - 10-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Besut Berazam Cipta Kemenangan

Oleh : KAM

BESUT – PAS Kawasan Besut kini memasuki fasa terakhir bagi memecut jentera partinya sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, sekaligus mencipta kemenangannya.

Yang Dipertua PAS (YDP) Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata unjuran program secara serius telah dan sedang disemarakkan di Besut melalui gerakan kerja bagi mencapai kemenangan.

Malah, katanya mobilisasi jentera parti telah diupayakan secara kolektif dengan semangat bekerja secara berpasukan.

“Kita, PAS Kawasan Besut berazam untuk mencipta kemenangan dalam PRU14 akan datang, Insya’Allah.

“Sindrom tunggu dan lihat perlu dihapuskan dari pemikiran anggota parti yang menunggu saat akhir untuk bekerja dalam pilihan raya.


“Gerakan memasyarakatkan PAS melalui pelbagai pendekatan juga perlu diolah dari masa ke masa,” ujarnya hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak berwajib yang mengendalikan pilihan raya tersebut dapat berlaku adil.

Katanya, perlawanan yang adil secara demokrasi hendaklah secara ‘gentleman’ dan di ‘padang’ yang sama rata.

Menurutnya, isu persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berlaku ketidakadilan.

“PAS mengharapkan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan PRU14 nanti boleh berlaku adil. Perlawanan harus secara anak jantan, gentleman dan di padang yang sama rata.

“Bantahan PAS terhadap projek belah bagi sempadan baru-baru ini sangat wajar dan PAS Besut turut mengemukakan bantahan secara serius demi kepentingan rakyat,” jelasnya.

Beliau yang juga Presiden Lepasan Siswa-Siswi Institut Berakan Negeri Terengganu (Sisbakti) berharap agar PRU14 akan datang ini berlaku secara bersih, adil dan telus tanpa sebarang penipuan pihak tertentu.

Menurutnya, pada pilihan raya tahun 1999 lalu, PAS Kawasan Besut pernah mencipta sejarah dengan memenangi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu Parlimen.

Sumber BO - 9-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli Parlimen Kuala Nerus Keluarga Miskin Di Musim

Tengkujuh

 

Oleh : KAM

KUALA NERUS – Kesibukkan masa seorang pemimpin tidak menghalang Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyantuni 10 buah keluarga miskin.

Peluang yang ada itu digunakan sepenuhnya oleh beliau bagi bertanya khabar serta menyampaikan sumbangan sempena musim tengkujuh ini.

Menurutnya, PAS sentiasa cakna dan prihatin kepada rakyat bukan hanya di musim-musim tertentu sahaja.


Namun, katanya pada musim tengkujuh ini keadaan lebih sukar dari hari-hari biasa bagi rakyat bawahan keluar mencari pendapatan.

“Kita (PAS) selalu cakna dan prihatin dengan masalah rakyat bawahan tak tentu masa dan bukan hanya pada musim-musim tertentu sahaja.

“Cuma pada musim tengkujuh ini rakyat yang bekerja sebagai nelayan, penoreh getah, pengayuh beca susah sikit untuk bekerja. Atas dasar itu, mereka yang susah kita (PAS) bantu, Insya’Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas program ziarah pemimpin bersama masyarakat di Kampung Sekati, Dun Bukit Tunggal, baru-baru ini.

Menurutnya, 10 buah rumah dari kalangan keluarga miskin dan ibu tunggal di Kampung Pulau Sekati dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tunggal dipilih kali ini.

Malah, katanya selepas ini lawatan dan sumbangan yang sama turut diagihkan di Dun-dun yang lain dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus.

Tinjauan Harakah mendapati rombongan Ahli Parlimen itu hanya menggunakan motosikal kerana masalah jalan yang kurang baik.

Sumber BO - 9-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pekan Kecil Mengabang Telipot Bakal Lenyap ‘Ditelan Laut’

Sudah hampir setahun, janji Menteri Besar Terenganu berjanji akan membuat satu kajian menyeluruh akan dilakukan untuk mengatasi hakisan pantai di Terengganu terutama di Pantai Paka di daerah Dungun, Setiu Wetland, Setiu dan Tanjung Gelam di Kuala Nerus.



Pada 10 Februari lalu Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Pusat menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kerajaan negeri juga akan cuba mendapatkan peruntukan tambahan daripada kerajaan Pusat, di mana Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan datang ke Terengganu pada 15 Feb ini,” katanya yang dipetik agensi Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kawasan rumah penduduk yang rosak di Kampung Mengabang Telipot di Kuala Nerus.


Ahmad Razif berkata kerajaan negeri memberi jaminan akan menyelesaikan masalah dihadapi penduduk yang rumah mereka terjejas teruk akibat hakisan pantai berikutan fenomena ombak besar yang sedang melanda ketika ini.

Beliau berkata kejadian kali ini adalah luar biasa dan mengakibatkan kemusnahan yang teruk.
“Kerja-kerja menambak batu di pesisir pantai telah dibuat sebelum ini, bermula di Kampung Tok Jembal hingga pantai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepanjang 250 meter dan disambung satu kilometer lagi hingga ke Tanjung Gelam.

“Malah, dalam kejadian hakisan kali pertama akhir bulan lepas, kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan segera RM1 juta bagi kerja-kerja menambak kawasan pantai ini sebagai penyelesaian jangka pendek, sebelum kita memutuskan tindakan paling tepat dan terbaik mengatasi masalah ini dalam jangka panjang,” katanya.

Namun sehingga kini, tiada nampak apa-apa perubahan untuk langkah penyelesaian jangka panjang bagi masalah yang dihadapi oleh penduduk terbabit.

Bahkan, tambakan sementara yang dibuat di Mengabang Telipot telah roboh sebahagiannya dibadai tengkujuh yang bermula sejak awal bulan ini.


Beberapa rumah dipinggir pantai telah pun dikosongkan penduduk, berpindah kerana bimbang fenomena alam itu dan tidak yakin, penyelesaian dapat dibuat dalam masa segera.

Sebuah ‘chalet’ telah pun dirombak oleh tuannya, dan sebuah lagi masih terbenam dalam pasir, seolah-olah pemiliknya tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya berserah kepada lumrah.
Kebimbangan paling teruk, pekan kecil Mengabang Telipot akan lenyap ditelan lautan, sekiranya penyelesaian segera tidak menjadi kenyataan.

Masjid baharu yang begitu indah hanya terletak lebih kurang 100 meter dari gigi air, beberapa kubur yang terletak ‘dibirai’ tebing Laut China Selatan itu, lama hanya menunggu masa sahaja, untuk bersemadi ke dasar laut.


Pada sidang Dewan Undangan Negeri (Bajet 2017) 21 November lalu, ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim merayu kepada kerajaan negeri agar tindakan segera diambil.

“apakah kita (mahu) menunggu lagi ombak besar melanda perkampungan tersebut, barulah kita hendak membuat dan mengeluarkan bajet kecemasan,

“bagaimanakahperkembangan untuk November dan Disember untuk tahun ini? Dan Januari 2017? Nasib penduduk kampung yang terpaksa berdepan dengan ombak yang ganas dalam musim ini,
“saya memohon pihak kerajaan mengabil tindakan dalam memastikan hakisan di pantai Tanung Gelam dan Mengabang Telipot,”ujarnya pada sesi perbahasan.

Fenomena ombak besar dan angin kencang menyebabkan 38 mangsa dari tujuh keluarga di Kemaman, berpindah ke tiga pusat pemindahan.
Di Mengabang Telipot, seramai 23 mangsa dari empat keluarga terpaksa berpindah ke rumah saudara mara yang berdekatan setelah rumah mereka rosak akibat dipukul ombak berikutan fenomena tersebut.


Sumber BO -9-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



MB Terengganu Dapat Kembali Gelaran Datuk Seri
Posted on Friday, December 09 @ 00:13:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32763



KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.

Kurniaan tersebut membawa gelaran Datuk Seri.

Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama pada Khamis.

Kenyataan itu berbunyi: "Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Maha Mulia Sultan telah mengampuni perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kepada Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari ini".

Darjah kebesaran kepada Ahmad Razif ditarik balik pada 22 April lalu.
Sumber TKO- 9-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, Jenazah Adik Megat Ditemui

MARANG – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun yang lemas selepas dipercayai bermain bersama dua lagi rakannya di Sungai Buaya di Bukit Payong di sini, lewat petang semalam 7 Disember, telah ditemui hari ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengucapkan syukur dan berdoa semoga Allah menerima rohnya sebaga ahli syurga.

“Alhamdulillah, jenazah Megat Nazmi bin Megat Azam……umur 12 tahun, yang lemas di Sungai Buaya, Bukit Payong (semalam),

“pada pagi ni ditemui…….semoga Allah meletakkannya dalam syurga Naim…..Inna lilllah wainna ilaihi rajiun,”ujarnya.

Beliau yang hadir bersama pasukan mencari dan menyelamat di lokasi kejadian, berkata demikian sebaik jenazah tersebut ditemui pagi ini, Khamis 8 Disember.


Berdasarkan maklumat penduduk sekitar, mangsa, Megat Najmi Asraf Megat Mohd Nizam dikatakan berada di kawasan berkenaan bersama rakannya itu kira-kira jam 7 malam‎, pada Rabu 7 Disember.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai, Penolong Penguasa Bomba, Suriati Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.10 malam lalu bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya operasi mencari dan menyelamat dijalankan termasuk dengan menggunakan bot bagi menyusuri sungai tersebut untuk mencari mangsa.

“Operasi mencari disertai anggota bomba dan penyelamat dari Wakaf Tapai, Kuala Terengganu dan Kuala Berang itu turut mendapat bantuan agensi lain termasuk polis dan akan dijalankan sehingga mangsa ditemui,” katanya.

Sumber BO - 8-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Gerakkan Kempen Penerangan Besar-besaran

KUALA TERENGGANU – PAS akan mengerakkan kempen penerangan besar-besaran bagi mendedahkan kepincangan dan salah urus tadbir kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Ketua Penerangannya,  YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sebuah buku isu berkaitan perkara tersebut sedang disiapkan dan akan dilancarkan pada Januari 2017.

“In sha Allah, kita sedang menyiapkan penulisan buku tersebut pada peringkat akhir dan akan dilancarkan pada bulan Januari depan,


“selepas itu kita akan gerakkan jentera penerangan kita, untuk menyampaikan kepada seluruh masyarakat agar mereka mendapat maklumat yang jelas tentang salah urus tadbir kerajaan Umno dan BN,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatakasa Penerangan dan Hubungan Media di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Oleh itu, beliau berkata, satu Jawatakuasa Khas telah dibentuk bagi menggerakkan ‘Gelombang Penerangan Pilihan Raya Umum Kali Ke-14’ (Gelombang PRU14).

Menurutnya, ‘Task Force’ itu akan diketuai oleh Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu, Raja Rizal Raja Arif.

Sehubungan itu, Raja yang ditemui berkata, Jawatankuasa Khas itu itu digerakkan segera selepas mesyuaratnya yang akan diadakan secepat mungkin.


Katanya, antara program yang dirangka adalah adalah mengadakan taklimat dan dialog serta ceramah ‘Jelajah Pusing Pusing Keliling’ ke seluruh negeri bermula Januari depan.

“Sasarannya ialah menyuburkan minat khalayak terutamanya pengundi kali pertama untuk hadir program penerangan,

“samada taklimat, dialog atau ceramah anjuran PAS dengan menjenamakan semula format penganjuran,”jelasnya.

Beliau berkata, Pemuda PAS Terengganu telah berjaya menganjurkan program ‘Chit Chat’ bersemuka di premis terbuka, berkaitan isu RUU355 ke seluruh negeri Terengganu.

Katanya, konsep ‘PAS Mencari Pelanggan’ yang diadakan dengan mengadakan program bersama anak-anak muda di titik tumpuan (Focus Point), di mana mereka sering berkumpul amat berkesan.

Justeru itu, walaupun PAS tidak dinafikan untuk muncul dalam siaran radio dan televisyen yang dikawal sepenuhnya oleh BN, beliau yakin akses kepada golongan muda dapat dicapai melalui media baru dan aplikasi telefon pintar.

Sumber BO - 6-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kena Faham Sikap PAS Terhadap Parti Dan Orang Umno


KUALA TERENGGANU – Sehingga sekarang, lawan politik PAS di negeri Terengganu ialah Umno dan tanpa Umno maka PAS tidak ada lawan yang boleh menyaingi PAS di negeri ini.

Menurut Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim, parti-parti lain tidak mempunyai kekuatan ‘politik’ di negeri ini.

“PAN tak wujud di alam nyata, PKR ada nama saja………dan DAP adalah sikit di DUN Bandar.
“Ini adalah realiti. Berpuluh tahun kita (PAS) lawan Umno dan sehingga sekarang kita bekerja dan terus bekerja untuk mengalahkan Umno,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi komen tentang kedudukan PAS menghadapi persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) Kali Ke-14 akan datang.

Menurutnya, banyak komen dan persoalan yang timbul, kononnya mendakwa, PAS akan bergabung dengan Umno berikutan kehadiran Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada Himpunan Solidiriti Rohingya ahad lalu.


Beliau berkata, harus dibezakan, sikap PAS terhadap parti dan ahli-ahli, yang merupakan orang awam.

“Tapi ada beza antara lawan parti Umno dan sikap kita terhadap orang Umno. Ada perkara kita boleh sepakat bersama.

“Mak mertua ambo asal Umno. Alhamdulillah………sekarang sudah tak nampak Umno lagi. Ambo mintak nak kahwin dengan anak dia dan dia setuju terima ambo sebagai menantu.

“Ini dinamakan persepakatan bersama. Ambo tetap tak join Umno. Keluarga ambo yang turun temurun PAS dan keluarga mertua ambo bersatu jadi besan.

“Keluarga ambo tetap juga PAS. Tak salah kan ambo jadi menantu orang Umno?,”ujar beliau pada catatan laman sosialnya.

Beliau berkata, ramai di kalangan kawan-kawan yang mengunjungi klinik beliau, untuk mendapatkan rawatan pergigian juga orang-orang politik, terutamanya dari parti Umno.

“Mari pesakit seorang pemimpin Umno Kubang Kerian ke klinik. Lepas bincang masalah dia, kami sepakat dengan rawatan yang perlu dibuat dan kos rawatan.

“Maka ambo pun buatlah rawatan. Lepas siap rawatan, dia pun bayar pitih.

“Walau dia Umno dan ambo PAS, ini tak dinamakan persepakatan Umno-PAS. Tapi persepakatan bersama atas kepentingan orang sakit dan doktor,” jelas beliau.

Oleh itu, masyarakat pada umumnya, menurut beliau, perlu mengetahui perkembangan semasa dan jangan terpengaruh dengan tohmahan pihak tertentu yang mahu mengelirukan kedudukan PAS masa kini.'

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat memberi penjelasan mudah terhadap dakwaan ‘musuh-musuh’ PAS.

“PAS akan bertanding pada 32 kerusi DUN pada pilihanraya akan datang,”tegasnya.

Sumber BO - 6-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangkitan HIV Akibat Hubungan Seks Bebas Meningkat Di Terengganu

Kadar kes jangkitan HIV akibat hubungan seksual di kalangan penduduk negeri ini menunjukkan peningkatan 34.6 peratus pada tahun lalu berbanding hanya 15.6 peratus pada 2010.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar berkata daripada jumlah itu, sebanyak 7.9 peratus melibatkan kes seksual bebas iaitu homoseksual dan biseksual kesan peningkatan masalah sosial di kalangan masyarakat.

“Bagaimanapun, kes jangkitan HIV yang berpunca daripada suntikan penagih dadah menunjukkan trend penurunan kerana hanya 102 kes dilaporkan pada tahun lalu berbanding 292 kes pada 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Hulu Terengganu Menuju Sifar HIV 2020 sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia 2016.


Mohamad berkata bermula Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 66 kes telah dicatatkan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 13.7 peratus berpunca daripada seksual bebas.

Mohamad berkata, kesedaran penghidap HIV untuk mendapatkan rawatan juga agak rendah iaitu hanya 30 peratus penghidap mendapatkan rawatan terutama di kalangan penagih dadah.

Mengikut rekod, sejak 1988 sehingga Jun tahun ini, sebanyak 9,563 kes HIV dicatatkan di negeri itu.

“Kita memang memandang serius hal ini…justeru kita menyasarkan untuk menjadikan Hulu Terengganu sebagai daerah perintis sifar HIV menjelang 2020 melalui Projek “Cities Getting to Zero” yang diperkenalkan di peringkat kementerian sejak 2012.

“Melalui program sifar HIV ini, menjelang 2020 kita nak menuju sifar HIV yang mana kita nak kurangkan stigma dan diskriminasi terhadap pengidap HIV Aids, kita nak sifarkan kes baharu dan sifar kematian kerana HIV Aids,” katanya.

Mohamad berkata Hulu Terengganu dipilih kerana di daerah tersebut terdapat satu Komuniti Cakna untuk penghidap HIV.

“Di Baitul Cakna Kampung Baru Ajil, kumpulan penghidap HIV diterima masyarakat dan mereka menjalani kehidupan seperti orang lain yang turut menjalani aktiviti pertanian untuk sumber pendapatan,” katanya. – BERNAMA

Sumber BO - 5-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ijtimak Tarbawi PAS Setiu

PAS Kawasan Setiu akan mengumpulkan semua pihak dalam parti sebagai satu inisiatif di program yang julung kali  adakan bagi membuktikan ianya bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah sebuah Harakah Islamiyyah yang bergerak melalui elemen Dakwah,Tarbiyyah dan Siasah.

Melalui Lajnah Tarbiyyah program yang di beri nama “Ijtima Tarbawi” ini akan di adakan sepertimana butiran berikut.

Tarikh : 10 Rabiulawal 1438H / 10 Disember 2016 (Sabtu)

Tempat : Komplek Tarbiyyah Lukmanul Hakim (KTLH), Guntung Luar,Permaisuri
Masa : 8.30 – 12.00 malam.

Program akan di rasmikan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Ustaz Haji Hashim Jasin pada sebelah pagi dan akan berakhir dengan Forum Tarbawi pada sebelah malamnya.
\
Saya mewakili PAS Kawasan Setiu menjemput semua ahli,lapisan masyarakat serta pengamal media untuk turut sama hadir ke program ini seterusnya dapat kita mewujudkan satu Wehdatul Fikri dan Amal bagi mendaulatkan Islam.

Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir
YDP PAS Kawasan Setiu
5 Rabiulawal 1438H / 5 Disember 2016

Sumber BO - 5-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Sedia Memerintah Malaysia Dengan Prinsip Islam

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – PAS bersedia untuk memerintah negara ini dengan membawa prinsip Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad SAW, selepas pada pilihan raya umum kali-14 (PRU14) yang dijangka pada bila-bila masa antara Mac hingga Julai tahun hadapan.

Ahli JawatanKuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, Umno telah memalu gendang perang PRU14 pada Perhimpunan Agungnya minggu lalu.

“gendang ‘perang’ telah dipalu……..dan dipihak PAS pula telah bersedia serratus peratus untuk menghadapi PRU14,”ketika ditemui selepas disini, selepas menghadiri Tamrin PAS Pusat yang diadakan di Rusila, Marang pada Sabtu Disember.

Beliau berkata, PAS telah menggerakkan seluruh jenteradan diantara usaha yang akan kita dibuat ialah untuk mengekalkan momentum tenaga kerja melalui himpunan-himpunan besar antaranya Himpunan Sokongan RUU355 yang akan diadakan pada 18 Februari 2017

Menurutnya, program yang akan didadakan di Lembah Kelang dijangka menarik lebih 200 ribu orang, bukan sekadar petugas PAS, bahkan para penyokong dan seluruh jaringan sivil (sivil society) serta para NGO Islam.

“dan kita akan mengadakan Himpunan Fastaqim 2.0 yang merupakan kesinambungan Fastaqim 1.0 yang diadakan di Kota Baharu yang telah kita himpunkan lebih 100 ribu ahli-ahli kita,


“dan Fastaqim 2.0…….kita mensasarkan 200 ribu petugas-petugas PAS dan anak-anak muda disemua peringkat dan saya yakin dan percaya, dengan semangat mereka yang yang melihat kegagalan kerajaan Umno dan Barisan Nasional,”jelasnya.

Antaranya, kata beliau negara kita mengalami krisis ekonomi yang parah pada hari ini dengan RM800 billion hutang luar dan kejatuhan nilai ringgit yang sangat teruk serta ‘kesenjangan’ ekonomi yang sangat dahsyat.

Katanya, inflasi mulai dirasai oleh rakyat negara ini, dengan kadar tukaran wang asing yang jauh merosot berbanding nilai ringgit kita.

Oleh itu beliau yakin dengan situasi sosio politik semasa, kelompok kelas menengah Melayu dan majoriti anak-anak muda akan menolak ‘rejim’ Umno dan Barisan Basional pada PRU 14 nanti.
“Negeri Terengganu merupakan antara negeri yang PAS sasarkan untuk mencapai kemenangan, kawasan-kawasan ‘Malay Belt’ (majoriti orang Melayu) dan perlu diingat bawa Terengganu merupakan negeri yang pertama PAS menang dalam pilihanraya yang diadakan pada tahun 1959,
“kita juga mensasarkan untuk mempertahankan Kelantan serta merampas kembali negeri Kedah yang kita menangi pada tahun 2008 yang lalu, in sha Allah,“tegas beliau.

Justeru itu, kata beliau, sebagaimana Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar yang lalu, PAS akan memimpin dan menyadbir perubahan negara dengan membawa prinsip Islam .

“kita tidak mahu meruntuhkan jahiliyah dengan membawa ‘jahiliyah yang baru’………..jadi PAS dengan prinsip Islam dan kita yakin dan percaya dengan latarbelakang golongan professional dan aktivis serta para asatizah,

“PAS mampu mendapat sokongan rakyat pada PRU14 nanti,“ujarnya yakin.

Sumber BO - 5-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umno Terengganu Tak Jawab Persoalan Masalah Rakyat

Setelah lebih seminggu berlalu sidang Dun Terengganu bagi membahaskan berkenaan Bajet 2017, pasukan Umno Terengganu menerusi ketuanya YAB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman jelas dilihat tidak bersemangat atau tidak mahu ataupun tidak tahu untuk menyelesaikan masalah rakyat Terengganu dengan bersungguh-sungguh. PAS Terengganu merasa amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh wakil-wakil Umno yang dari dahulu menunjukkan sikap yang sama, iaitu sambil lewa atau langsung tidak menjawab persoalan yang wakil pembangkang lontarkan bagi kesejahteraan rakyat. Termasuk juga sikap menolak soalan-soalan pembangkang.


Suka PAS nyatakan di sini bahawa antara isu-isu yang masih menjadi misteri ialah seperti isu royalti petroleum yang diketengahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, sehingga kini Umno berdolak dalih bagi
menyelamatkan diri daripada diketahui oleh rakyat yang mereka telahpun secara rasmi seperti yang dinyatakan oleh Petronas, tidak lagi berhak keatas semua telaga minyak dan gas yang berada di luar tiga batu nautika kiraan ketika air surut setelah kerajaan pusat meminda Akta Laut 750, sedangkan Sarawak menikmati pulangan yang jauh lebih lumayan daripada royalti itu.

Isu tentang kenapakah RM30 juta yang diperuntukkan kepada Dun-Dun yang dimenangi Umno sahaja? Adakah tidak layak rakyat di Dun-Dun yang dimenangi pembangkang turut menerimanya?


Juga isu perbelanjaan Projek Bebas Cukai Kenyir
yang sehingga kini difahamkan telah menelan belanja sehingga RM800 juta lebih dengan ada beberapa infrastruktur yang sepatutnya dibiayai oleh kerajaan pusat, tetapi Terengganu yang tanggung.

Taman Ilmu yang sehingga kini masih belum boleh digunakan dengan belanja kira-kira RM400 juta, turut tidak menarik minta Umno bagi menjawab persoalan itu.

Jerteh Souq, yang didakwa tidak diluluskan dalam mesyuarat Exco itu, tiada langsung kelihatan walau sebatang tiang ‘piling’ di tapak yang dicadangkan bernilai lebih RM70 juta. Malah stesen bas ekspress yang dibina di situ juga (menggunakan bajet lain), masih belum boleh diguna bernilai kira-kira RM5 juta.

Perihal cukai hasil galian bumi Terengganu seperti besi, emas dan sebagainya yang hanya berjumlah RM800 ribu lebih selama tujuh tahun, seperti yang disoal oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Terengganu, YB Dr. Alias Razak, soalan itu bagaikan hilang bersama angin yang lalu, tanpa jawapan.

Ketidak seimbangan bajet yang sangat jelas dibangkitkan oleh YB Dr Alias iaitu bagi pembangunan ekonomi diperuntukkan hanya RM77 juta sahaja berbanding dengan peruntukan yang melibatkan bayaran ‘one off’ pula menghampiri RM700 juta. Tetapi tidak dijelaskan kenapa.

Pemberian kepada seluruh J3K sebanyak RM5 juta juga menjadi tandatanya kerana tidak dilayan.
Soalan berkenaan hutang kerajaan negeri oleh YB Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim ditolak. Apa yang ditakutkan untuk memaklumkan hutang negeri? Sehingga tahun 2015, hutang negeri telah mencapai lebih RM900 juta itu kita maklum, tetapi kita mahu tahu jumlah terkini. Dengan bajet tahunan semenjak dahulu mencapai RM2 billion setahun, kenapakah masih ada hutang yang sebegitu besar?

YB Hishamuddin juga membangkitkan berkenaan ‘differed payment’ iaitu pembayaran bertangguh, yang akan membuatkan kerajaan negeri sentiasa berhutang sehingga satu jangka waktu yang ditetapkan, juga didiamkan kerajaan.

Janji 41 ribu peluang kerja yang kemudiannya didedahkan oleh YB Hishamuddin sebenarnya hanya 254 peluang sahaja, dijawab acuh tak acuh oleh MB. Kata beliau itu kiraan yang sudah tidak digunakan lagi bagi mengiranya malah menjanjikan lagi peluang kerja baru dalam bajet beliau.

Sedangkan dalam jawapan bagi soalan Chukai Umno memaklumkan 458 orang telah diberhentikan kerja. Entah-entah peluang kerja terbaharu ini termasuk dalam 41 ribu yang dia sebut dahulu?
Soalan saya berkaitan IQT dan KQT juga tidak dijelaskan sepenuhnya oleh YAB MB setelah Exco Pendidikan sendiri keliru dengan status institusi itu walaupun sudah dibantu MB bagi menjawabnya.


Berkenaan asrama Kusza (kenapa masih guna nama Kusza?) yang bernilai RM88 juta yang saya tanya siapakah yang mesti membiayainya, juga tidak kedengaran jawapannya.

Paling memeningkan apabila Ir. Rosli Othman Exco Infrastruktur menjawab bahawa projek tebatan banjir yang salah satunya terletak di Bukit Payong akan dibawa ke RMK 12 selepas gagal disiapkan semenjak RMK 10 lagi. Tetapi dalam satu jawapan bertulis saya pula, Umno menyatakan TIADA projek di RMK10 gagal disiapkan. Yang mana satu betul?

Soalan Hj Hanafiah pula berkenaan bas amphibia (dua alam) yang dijanjikan, masih tidak muncul-muncul bernilai RM6 juta. Zoo Kemaman, Projek Kenyir masih mendapat suntikan dana oleh kerajaan sedangkan tiada pulangan dan diketahui sebagai projek membazir.


Kilang Eastern Steel sudah tidak beroperasi lagi, jadi bagaimana satus projek aliran sungai ke sana dari Jambatan Bukit Kuang? Masalah bekalan air di Kuala Terengganu dan Marang, diakui oleh Exco kerana masalah kekangan kewangan, tetapi belanja kerajaan entah kemana-mana.

Inilah bukti bahawa Umno Terengganu adalah golongan menghabiskan duit rakyat kemudian tak mahu jawab di dalam Dun. Mereka melarikan diri dari tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. PAS sudah berjuang bagi mengambil peduli akan setiap perbelanjaan yang Umno lakukan, tetapi PAS disekat dengan mereka menggunakan peraturan Dun dan juga mendiamkan diri, tidak menjawab persoalan-persoalan rakyat yang PAS bawakan. Rakyat lihatlah sendiri sikap Umno. Marilah bersama-sama PAS, kita jatuhkan kerajaan Umno yang tidak bertanggungjawab ini.

Wallahua’lam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu
4 Rabiulawwal 1438 bersamaan 4 Disember 2016

Sumber BO - 4-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banjir; 20 Orang Dipindahkan Di Dungun

DUNGUN – Dua puluh orang daripada lima keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Kampung Cacar Baru, Paka di sini kerana kampung mereka dinaiki air setinggi lutut.
Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan banjir besar di kampung, yang hanya kira-kira dua kilometer dari pantai.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Dungun) Ramlan Ros Wahid berkata pusat itu dibuka pada pukul 11.30 pagi selepas air banjir terus meningkat di rumah-rumah penduduk kampung yang terlibat.


“Air Hujan telah terkumpul di kampung itu yang berkedudukan rendah untuk hari. Ia tidak ada kaitan dengan pasang surut.

“Kami akan terus memantau keadaan sebelum membenarkan kampung-kampung untuk kembali,” katanya.

Ini adalah satu-satunya pusat yang dibuka di negeri ini.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mengupah pekerja kontrak untuk membersihkan semua longkang tersumbat di kawasan yang sering dilanda banjir di bandar sebagai langkah proaktif untuk mencegah banjir pada masa akan datang.

Jurucakap majlis menggesa orang ramai untuk berhenti membuang sampah ke dalam longkang, kerana ini akan memburukkan lagi masalah banjir.

“Kami telah dibersihkan agak beberapa longkang tersumbat setakat ini, dan berharap ini akan menghapuskan masalah banjir kilat,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorogi menyatakan, ribut petir di perairan Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (Kudat) dan WP Labuan dijangka berterusan .

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sumber BO - 3-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pembangunan Pusat Bebas Cukai Di Pulau Bayas Memperjudikan Wang Rakyat Terengganu

Perbelanjaan luar biasa untuk pembangunan Pusat Bebas Cukai di Pulau Bayas hingga kini masih samar dan boleh dianggap sebagai memperjudikan wang rakyat Terengganu secara keseluruhannya.

Pemerhatian perjalanan projek ini sepanjang 2014-2016 dilihat tidak memiliki strategi bisnes yang menguntungkan untuk rakyat Terengganu berbanding pelaburan besar yang dicurahkan. Rekod catatan yang kami buat melalui bajet tahunan bermula 2014 adalah seperti berikut :-

Bajet 2014 : RM 110,000,000.00
Bajet 2015 : RM 110,000,000.00
Bajet 2016 : RM 92,500,000.00
Bajet 2017 : RM 37,000,000.00

Jumlah keseluruhan : RM 349,500,000.00

(Kod Butiran Projek P02, 03944 : Pembangunan Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir).
2. Di dalam penjelasan yang dikemukakan oleh pihak Exco Kerajaan Negeri tentang kemajuan kerja untuk pembangunan Pusat Bebas Cukai ini, ia telah melalui kemajuan sebanyak 76% dan perbelanjaan hingga 2016 dimaklumkan sebanyak 69% dengan jumlah nilaian dalam Ringgit Malaysia sebanyak RM150 juta. Ini bermaksud kos keseluruhan pembangunan Pusat Bebas Cukai ini berjumlah RM217 juta. Anggaran baki yang belum dibelanjakan sebanyak 31% adalah sebanyak RM67juta. Saya percaya, kos ini hanya melibatkan Pusat Bebas Cukai di Pulau Bayas dan tidak termasuk komponen Pengkalan Gawi.

3. Beberapa perkara yang perlu ditekuni, dalam usaha mendapatkan pewartaan sebagai Zon Bebas Cukai, kami difahamkan pihak kerajaan negeri terpaksa akur kepada tuntutan pihak kerajaan persekutuan untuk membangunkan infrastruktur lengkap bagi kemudahan Kastam Diraja Malaysia yang akan beroperasi di Zon Bebas Cukai. Maklumat yang disebut umum oleh rakyat, Blok Pentadbiran Kastam dan Bangunan Kuarters Kastam dibina sepenuhnya oleh pihak kerajaan negeri. Kos perbelanjaan yang difahamkan untuk keseluruhan pembangunan Pusat Bebas Cukai dan komponen lainnya dijangka mencecah RM 600 juta. Apakah perbelanjaan sebesar ini akan memberikan pulangan lumayan buat rakyat Terengganu?

4. Perancangan pembangunan terkini juga telah melibatkan sokongan kontraktor yang dianggap ‘penyelamat’ iaitu Kumpulan Liziz Sdn.Bhd. Apakah faktor yang mendorong Kumpulan Liziz ini begitu mendapat tempat buat kerajaan negeri Terengganu? Apakah kontraktor-kontraktor yang dilantik tidak memiliki keupayaan untuk menyempurnakan kerja-kerja yang telah diambil mereka. Atau kos sebenar tidak memungkinkan keupayaan pihak kontraktor menyiapkan kerja-kerja mereka? Jika melibatkan peningkatan kos, agak menarik apabila pihak Kumpulan Liziz sanggup menyelamatkan projek ini tanpa sebarang kenaikan kos.

Kebanyakan pakej pembangunan difahamkan mengalami kelewatan dari jadual asal. Kelewatan menyiapkan projek ini juga difahamkan kerana faktor pasang surut air dan pengangkutan yang terhad bagi mendapatkan tongkang. Perjalanan menuju ke Pulau Bayas juga memakan masa yang agak jauh. Apakah semua faktor yang dialami oleh kontraktor ini mampu dilalui oleh kontraktor penyelamat tanpa sebarang kos tambahan?

Dalam menjelaskan jangkaan beroperasi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri pada waktu itu, Datuk Mohd Jidin Shafee menjelaskan pada 8 September 2015, Pusat Bebas Cukai akan beroperasi pada Januari 2016. Laporan Astro Awani pula, Pusat Bebas Cukai akan beroperasi pada November 2016 seperti laporan yang dimuatkan di dalam pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=tEo9bOZUP0Q.

Pengamatan kami terhadap kemajuan projek berdasarkan lawatan di kawasan sekitar Pusat Bebas Cukai ini, kami jangkakan paling tidak dalam tempoh enam hingga lapan bulan lagi projek ini masih belum dapat disiapkan sepenuhnya. Justeru, Tahun Melawat Terengganu 2017 dijangka berlalu tanpa kewujudan Pusat Bebas Cukai di Tasik Kenyir. Tidak sepertimana yang didakwa oleh YAB Menteri Besar Terengganu.

5. Perbelanjaan besar ini perlu melalui pertimbangan strategi bisnes yang tepat. Kami tidak melihat ia sebagai strategi bisnes yang mantap untuk jangka masa panjang. Keputusan pihak kerajaan

Umno/Barisan Nasional negeri Terengganu secara konsensus untuk membina Pusat Bebas Cukai ini perlu dipertanggungjawabkan kepada semua pemimpin politik yang memimpin negeri Terengganu.
Kerajaan Negeri Terengganu dilihat akan terperangkap dalam pembangunan ini. Siri pembangunan ‘gajah putih’ dijangka akan berulang di Terengganu ekoran kedudukan Pusat Bebas Cukai yang terpencil untuk dikunjungi orang ramai. Rakyat bakal menyaksikan semua ini hangus dengan ratusan juta wang mereka dileburkan oleh pihak kerajaan Umno/Barisan Nasional.


Sekian, terima kasih.
“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”

Yang benar,
YB HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)
Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh

Sumber BO - 2-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ekoran Pendedahan PAS, ‘Taman Biawak’ Telah Dibersihkan












KUALA NERUS – Teguran dan kritikan PAS terhadap projek-projek pembangunan kerajaan Terengganu telah menyelamat jutaan wang rakyat dari dibazirkan begitu sahaja.

Yang terbaharu adalah pendedahan tentang keadaan Taman Rekreasi Seberang Takir, yang terbiar dan kotor serta tidak terurus.

Selepas lawatan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu Dr Alias Razak ke Taman awam yang digelar penduduk temapatan sebagai ‘Taman Biawak’, ia telah diambil tindakan dan dibersihkan oleh pihak berkenaan.


Taman Biawak’……..sebelum dibersihkan
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang menyifatkan usaha PAS itu dapat menyelamatkan taman tersebut dari menjadi projek ‘Gajah Putih’

“Alhamdulillah……sebenarya itulah, benda (Taman itu) itu dah lama dibuat, projek itu projek yang mengeluarkan belanja yang agak besar juga tapi akhirnya terbiar jadi projek ‘Gajah Putih’ yang tidak ada manfaatnya kepada orang tempatan dan pelancong luar apatah lagi,

“jadi dengan pendedahan yang kita buat ada perkembangan baru…..dibersihkan dan mungkin akan dimajukan tempat itu,”ujarnya.

Tegasnya, itulah peranan yang dimainkan oleh PAS yang bukan hanya untuk mengkritik dan menjcari kelemahan sahaja.

Namun menurutnya, ia adalah untuk rakyat dan menjadi tanggungjawab PAS memperbetulkan sesuatu kelemahan pemerintah.


‘Taman Biawak’ ……selepas dibershkan, ekoran pendedahan PAS
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Khatan Berama-ramai peringkat Dewan Undangan Negeri Seberang Takir pada Selasa 29 November.

Mengulas program yang telah dianjurkan PAS sejak 25 tahun lalu itu, beliau mengucapkan syukur kerana dapat melaksanakan program itudan merungankan tanggungjawab agama ibu bapa anak-anak terbabit.

“Alhamdulillah hari ni sebagaimana tradisi biasa bagi kita PAS di Seberang Takir mengadakan Program Khatam Beramai-ramai untuk anak anak kita di kawasan kita ini,

“sebenarnya program ini telah kita adakan sebenarnya (sejak) 25 tahun dahulu (dan) tiap-tiap tahun sejak 1990 dahulu……. bagi tujuan memberi kemudahan kepada anak-anak kita di sini,”katanya.
Beliau berkata, walaupun pada tahun ini terdapat saingan dari pihak kerajaan yang juga menganjurkan program yang sama, namun program PAS mesih mendapat sambutan.

“setiap tahun dapat sambutan yang baik, cuma tahun ni sambutan agak sedikit…….ungkin sebab ada saingan-saingan kalau kita lihat pihak kerajaan sendiri mulai tahun ini dia buat secara menyeluruh bagi semua DUN dalam Terengganu ini di Terengganu yang mereka buat secara percuma,

“kita terpaksa mengenakan bayaran yang minima bagi menampung kos pengurusan (dan) dengan melaksanakan program seperti hari ini, sudah tentu memberi satu kemudahan kepada ibu bapa untuk mereka dapat menyempurnakan bagi anak-anak mereka yang telah sampai masa dalam peringkat-peringkat (umur tertentu) tertentu,”jelasnya.

Berita berkaitan;

PAS Kesal Taman Rekreasi Jadi ‘Taman Biawak’

Sumber BO - 1-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

More People Move To Relief Centres

KEMAMAN – More people have been evacuated from floods as the Fire and Rescue Department starts monitoring river banks due to the high tide phenomenon.

The number of flood evacuees increased to 316 from 79 families on Wednesday from 87 evacuees on Tuesday night.

Civil Defence Force deputy director Major Amirsarafudin Zalman said the evacuees were housed at five centres in Kemaman and Kuala Terengganu.

Kemaman has 303 victims from 74 families placed at three centres while 13 victims from five families were housed at two centres in Kuala Terengganu.

The five evacuation centres are SMK Badrul Alam Shah in Kemasik; SK Teluk Kalong, in Kijal, Kemaman, Kampung Titian Berayun JKKK hall, SK Gong Tok Nasek and SK Chendering in Kuala Terengganu.


“The victims were all from Kampung Sarang Lang, Kampung Baru Kanan, Kampung Baru Kiri, Kampung Gong Cengal (all in Kemaman), Kampung Gong Tok Nasek and Kampung Chendering in Kuala Terengganu,” Amirsarafudin said.

As of 8.20am, SMK Badrul Alam Shah in Kemasik shelters the most number of evacuees at 256 victims from 65 families followed by SK Teluk Kalong with 42 victims from eight families.

The first three evacuation centres (SMK Badrul Alam Shah, SK Teluk Kalong and SK Gong Tok Nasek) were opened between 3.50pm and 4.55pm on Tuesday.

Bernama reports that the Terengganu Fire and Rescue Department is monitoring rivers, beaches and several high risk areas due to the high tide phenomenon and incessant heavy rain since early Wednesday.

Its chief, Che Shaari Abdullah, said the monitoring of the areas which began from 9pm, involved a team of 30 divided into three groups.

“The groups are making checks in villages, towns, the shoreline and rivers. We are also placing markers to indicate the water level.

“Based on the initial checks, the situation is still under control although with a slight increase (in water levels),” he told reporters after conducting a check at Batu Buruk beach area.

Che Shaari also advised visitors to be on the alert and not to visit or carry out activities at risky areas throughout the monsoon season.

The Meteorological Department had forecast rains in Terengganu for the next five days which also coincides with the high tides of up to 3.2m in Kemaman and 2.5m in Kuala Terengganu.-thestaronline

Sumber BO - 30-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banjir ; 87 Orang Dipindahkan, Tiga Pusat Dibuka

KUALA TERENGGANU – Tiga pusat perpindahan banjir telah dibuka, satu di Kuala Terengganu dan dua di daerah Kemaman kerana banjir yang melanda, di negeri ini.


Menurut laman sesawang Bilik Gerakan Banjir Negeri, Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek

dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah serta SK Teluk Kalong serta SK Gong Tok Nasek telah menempatkan 87 orang mangsa.

Sehingga petang tadi, Empat orang dari satu keluarga telah berpindah di Kuala Terengganu dan 83 orang di Kemaman.

Hujan yang turun sejak subuh hari ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air akibat limpahan perparitan, yang bermasalah setiap kali musim tengkujuh.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, setakat jam 12.00 tengahari, beberapa batang jalan telah dinaiki air, antaranya di Jalan Sultan Omar, Jalan Kamarudin, Jalan Ibrahim, Dataran Budaya Pantai Batu Burok.


“Jalan Sultan Omar telah ditutup kepada semua kenderaan oleh pihak MBKT. Boleh dikatakan setakat ini hanya jalan raya di kawasan tengah bandaraya Kuala Terengganu sahaja yang dinaiki air,”ujar beliau.

Namun begitu, kata beliau, keadaan di kampung-kampung keadaan masih stabil namun berjaga-jaga.
“Sehingga laporan ini dibuat hujan telah berhenti namun cuaca masih gelap,” tambah beliau.

Di daerah Marang, laluan utama di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Merchang , mula dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan, pada waktu tengah hari.

Ia dinaiki air, ekoran limpahan air sungai dan air bukit, menyebabkan laluan di Serating dinaiki air hingga menyebabkan pergerakan trafik perlahan.

Dalam perkembangan yang sama, di Kampung Batu Penunggul pula, seorang penduduk, Rosmah Engah, 36, berkata, rumahnya dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda dan dipercayai ia disebabkan masalah perparitan tidak sempurna.


Menurutnya, air mula melimpah di sekeliling rumah sebelum memasuki ke bahagian dalam rumah pada tengah hari, namun apa yang mengecewakannya ialah keadaan itu sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa penyelesaian.

“Setiap kali hujan lebat melanda tanpa henti, kawasan rumah dan bahagian dalam rumah akan dinaiki air dan menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung susah bukan sahaja ketika air naik tetapi juga selepas air surut,” katanya.

Sementara itu, di hadapan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dilaporkan turut dinaiki air, telah surut kembali pada sebelah petang.

Sumber BO - 29-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terengganu Di Ambang Banjir
Posted on Tuesday, November 29 @ 17:17:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32638



KUALA TERENGGANU: Hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini hampir di seluruh negeri menyebabkan banyak laluan dan kawasan penempatan mulai digenangi air.

Kebanyakannya berpunca daripada masalah saliran namun sehingga tengah hari ini belum ada jalan ditutup dan mangsa dipindahkan akibat banjir kilat.

Gambar-gambar mengalami keadaan itu di sektiar daerah ini mulai viral dalam media sosial yang mebawa kembimbangan kepada orang ramai untuk bergerak kelaur atau datang ke negeri ini.

Sehubungan itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu meminta orang ramai tidak cemas kerana banjir belum melanda namun mengingatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya arahan dan makluman dikeluarkan pihak berkuasa.

Pengarahnya, Left. Kol. (PA) Che Adam A Rahman berkata, keadaan itu berlaku berikutan masalah perparitan di kawasan terbabit.

"Kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan  sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meninjau sistem perparitan di kawasan bermasalah untuk ditangani.

"APM juga turut membuat rondaan di kawasan dilaporkan berlaku limpahan air terutama di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus dan Marang bagi memastikan bantuan dapat diberi segera sekiranya keadaan bertambah buruk," katanya.









Sumber TKO- 29-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































































































































































































































Kuala Terengganu dilanda banjir kilat

BULETIN ONLINE | .


















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43399-kuala-terengganu-dilanda-banjir-kilat

KUALA TERENGGANU: Hujan yang turun semalamam dan berhenti sekejap sebelum subuh, dan turun kembali jam 8.00 pagi tadi dan sehingga sekarang masih turun.

Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, setakat jam 12.00 tengah hari ini beberapa batang jalan telah dinaiki air seperti Jalan Sultan Omar, Jalan Kamarudin, Jalan Ibrahim, Dataran Budaya Pantai Batu Burok.

“Jalan Sultan Omar telah ditutup kepada semua kenderaan oleh pihak MBKT. Boleh dikatakan setakat ini hanya jalan raya di kawasan tengah bandaraya Kuala Terengganu sahaja yang dinaiki air,” ujar beliau dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

Namun begitu, kata beliau, keadaan di kampung-kampung keadaan masih stabil namun berjaga jaga.

“Sehingga laporan ini dibuat hujan telah berhenti namun cuaca masih gelap,” tambah beliau.

Sementara itu, hadapan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga dilaporkan turut dinaiki air.

Video

Sumber HD - 29-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umno Nazak, PRU14 Diawalkan!

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – UMNO yang sedang nazak dengan pergolakan dalaman, memungkinkan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan Piliharaya Umum Kali Ke-14 (PRU14) awal.

Pemangku Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman berkata, ramai ahli-ahli parti itu yang keluar meninggalkannya dan menubuhkan parti-parti baru untuk melawan Umno.


“Dalam suasana yang ada, Umno dalam keadaan nazak terpaksa berhadapan dengan ahli-ahlinya yang keluar dari Umno… Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dibawah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, , Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)… Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin,

“dengan Datuk Mukhlis……dengan Tun Dr. Mahathir dan sebagainya, jadi UMNO kena fikir juga, pilihanraya kalau lambat lagi, impaknya akan memberi kesan yang tidak baik kepada UMNO, jadi mungkin kena buat awal PRU14,”ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Ketua 10 (K10), Muslimat PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat K10, Muslimat PAS Kawasan Dungun yang diadakan di Bangunan PAS DUN Sura, pada Sabtu, 26 November.

Zarani turut mengingatkan, walaupun DUN Sura adalah DUN yang kuat dan PAS pasti menang, keyakinan itu perlu disertai dengan gerakerja yang berterusan dan menyeluruh.


“Pada saya DUN Sura ni menang pada adat kata, memang menang, insya Allah dengan izin, tapi kita kena jaga, kita tengok bagaimana kepimpinan PAS keluar daripada PAS, beberapa kepimpinan tertinggi PAS meninggalkan PAS, itulah sunatullah perjuangan yang kita,

“Kerja kita kena buat sokmo, PAS hijau pekatpun kena jaga jugak kebajikan-kebajikan mereka, kena cakna juga sebab takut, duduk berasa hati sebab orang tak ambil berat ke dia, walaupun kuat sangat,”tegasnya.

Justeru, beliau berharap gerakerja pilihanraya sudahpun bermula memandangkan masa piliharaya yang semakin hampir, dengan peralihan waktu yang sangat cepat sekarang.

“Umat akhir zaman, setahun bagaikan sebulan, sebulan macam seminggu sahaja, seminggu macam sehari, jadi kita kena buat kerja dari sekarang.” ujar beliau dihadapan hampir 60 orang petugas K10 yang hadir.

Sumber BO - 29-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































































































































80 sertai program berkhatan anjuran PAS Jabi

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43392-80-sertai-program-berkhatan-anjuran-pas-jabi

SETIU: Untuk tahun yang ke 17 berturut-turut, PAS Dun Jabi menganjurkan program berkhatan beramai-ramai yang sentiasa mendapat sambutan meriah dengan penyertaan menggalakkan dari masyarakat sekitar Jabi, semalam.

Malah sudah menjadi sinonim setiap kali hampir cuti sekolah, orang ramai akan tanya bila PAS Jabi nak buat program berkhatan.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, tujuan utama diadakan program tahunan itu ialah untuk memudahkan ibu bapa atau penjaga menunaikan tanggungjawab syariat berkhatan kepada anak-anak jagaan mereka dengan kos yang paling minimum.

Katanya, PAS Jabi sangat memahami serta bersimpati dengan desakan dan kesempitan hidup yang sedang dilalui oleh masyarakat kampung sekarang ini.

"Sedaya yang ada kita berusaha untuk bersama meringankan beban. Apatah lagi kos berkhatan di klinik-klinik swasta sekarang telah mencecah sehingga RM120. 

"Program ini adalah program kemasyarakatan tanpa sebarang matlamat keuntungan. Untuk anak-anak yatim, kos berkhatan mereka ditanggung sepenuhnya oleh PAS Jabi tanpa apa-apa bayaran,” kata Dr Azman lagi.

Beliau menambah, berkhatan bukan hanya tuntutan syariat tetapi juga tuntutan untuk kebersihan dan kesihatan.

Menurutnya, masyarakat bukan Islam juga ramai yang melakukan amalan berkhatan kerana mereka menyedari akan kebaikan dan faedahnya.

"Sejajar dengan perkembangan ilmu kesihatan, program yang kita anjurkan ini memanfaatkan sepenuhnya kaedah berkhatan cara moden yang mudah, cepat, tidak menyakitkan dan tempoh penyembuhan yang lebih singkat beserta risiko komplikasi yang rendah,” ujarnya lagi.

Program yang bermula dari jam 8 pagi dan selesai menjelang tengah hari meriah dengan pelbagai ragam kanak-kanak dan ibu bapa dengan proses berkhatan dilakukan oleh sekumpulan tenaga perubatan bertauliah. - HARAKAHDAILY 28/11/2016

Sumber HD - 28-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Guru-Guru DAR Penggilap Insan Beriman

MARANG – Guru-guru di sekolah rendah Islam kelolaan PAS (DAR) umpama penggilap kepada permata ummah di masa hadapan kerana jasa dan pengorbanan gigih mereka dalam menyediakan pelajar bukan sahaja dalam bidang agama malah juga akademik.

Dengan gaji yang agak rendah berbanding dengan guru-guru di sekolah-sekolah kerajaan, tidak menjadi penghalang mereka bagi memberikan komitmen yang tinggi dalam melahirkan pelajar-pelajar ini.

Akan tetapi, kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, matlamat guru-guru itu ialah mendidik pelajar-pelajar mereka, bukan bagi kejayaan dunia sahaja, tetapi jauh lebih utama dari itu, mereka ditekankan untuk mendidik pelajar-pelajar menjadi orang yang beriman dan soleh.


“Pendidikan yang kita tekankan, bukanlah bagi melahirkan pelajar pandai yang mengejar sijil kemudian cari kehidupan dunia, tetapi, kita nak jadikan mereka insan yang beriman dan beramal soleh.

“Tujuan utama mendidik ini mesti ada dalam diri setiap guru-guru DAR.

“Kita mungkin bukan seorang pemimpin, tetapi kita insyaAllah akan bakal melahirkan pemimpin,” ujar beliau memberikan semanga dan keyakinan kepada peserta-peserta,”Kata beliau yang juga Ketua Lajnah Persekolahan Dewan Ulamak PAS Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Perguruan Madrasah DAR Negeri Terengganu, da Dar At-Taqwa Batu Enam,  disini pada Ahad 27 November

Seterusnya beliau juga memuji para guru-guru DAR yang tidak membandingkan kekurangan dari semua sudut berbanding dengan fasiliti atau gaji di sekolah-sekolah kerajaan kerana kerajaan mempunyai peruntukan yang banyak berbanding DAR.


Walaupun guru-guru DAR ramai yang terdiri daripada mereka yang mempunyai diploma, ijazah dan juga segelintir yang mempunyai sarjana, yang membolehkan mereka mendapat kedudukan dan gaji yang lebih tinggi, namun mereka tetap memilih DAR.

Beliau menegaskan keikhlasan dalam menerima segala kekurangan itu penting bagi meneruskan guru-guru DAR meneruskan perkhidmatan dan menasihatkan agar jangan berada di DAR jika hanya mahu mengisi kekosongan kerja kerana DAR tidak menjanjikan kemewahan.

“Jangan masuk sini (DAR) kerana tiada kerja lain, tetapi masuk ke sini tujuan niat untuk Allah kerana di sini, tidak menjanjikan kemewahan dunia.

Duit kita mungkin kurang, tetapi dengan keikhlasan kita, insyaAllah yakin kepada Allah yang akan memberikan pahala,” tegas beliau.

Kursus selama dua hari yang bermula Ahad itu, dihadiri oleh seramai kira-kira 60 orang guru-guru DAR dari seluruh Terengganu.

DAR adalah satu perkataan arab yang bermaksud negeri yang dikiaskan kepada komuniti sekolah yang digunakan oleh PAS sebagai perkataan rasmi bagi sekolah-sekolah kelolaan PAS.

Sumber BO - 28-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bajet Kementerian Dipotong, Rosmah Tetap Mewah



Oleh : Nooreni Abu Bakar

KEMAMAN – Pembentangan bajet 2017 di Parlimen menyaksikan hampir semua peruntukan di kementerian-kementerian telah dipotong, seolah-olah kerajaan kekurangan wang.

Namun begitu, menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang, Hajah Zailah Mohd Yusof, pada masa yang sama isteri Perdana Menteri, Rosman Mansor tetap berbelanja mewah.


“Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM262.8 billion untuk belanjawan 2017, tetapi hampir semua peruntukan kementerian-kementerian dipotong terutamanya Kementerian Pendidikan,

“tetapi dalam pada itu perbelanjaan dan kemewahan Rosmah tetap amat luarbiasa,”ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pentas Muslimat di Dewan Purnama, Bangunan PAS Kawasan Kemaman pada Jumaat, 25 November di sini.

Zailah yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan menambah, “Tahun lalu kerajaan mengutip GST sebanyak RM40 billion, tetapi peruntukan Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BRIM) hanyalah RM8 billion sahaja dengan penerima seramai 7 juta orang.”

Beliau juga memberitahu bahawa pembentangan pindaan Rang Undang-Undang 355 ditangguhkan di Persidangan Parlimen pada Mac 2017 akan datang.


Beliau melihat ada peluang baik waktu itu ianya diluluskan, memandangkan pelantikan Yang DiPertuan Agong baru akan dibuat.

Pada majlis yang sama, YB Hajah Zailah turut melancarkan Skuad Khidmat Muslimat PAS Kemaman.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Muslimat PAS Terengganu yang juga mewakili Skuad Khidmat Muslimat PAS Terengganu yang diketuai Hajah Hazezah Mohd. Zin

Sumber BO - 27-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peniaga Buah Kecil-Kecilan ‘Infaq’ Tanah RM100,000 Kepada PASTI

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Walaupun beliau hanya seorang peniaga buah-buahan secara kecil-kecilan namun jiwanya besar bersama Islam dan layak bergelar seorang ‘dermawan’.

Itulah perkataan yang ‘cocok’ kepada Ghazali@Harun bin Muda, 72, yang lebih mesra di panggil ‘Poksu Li’ dikalangan penduduk setempat.

Beliau layak dipanggil dengan gelaran itu kerana, secara diam-diam beliau telah ‘menginfaqkan’ sebidang tanah seluas kira-kira 550 meter persegi, bernilai kurang RM100,000, kepada PASTI untuk didirikan bangunan baru .

Meskipun beliau baharu saja pulih dari serangan angin ahmar yang dihidapinya selama lima tahun, namun jiwa perjuagannya terus membara.


“walaupun saya tidak bersekolah tinggi namun demi untuk melihat anak-anak kita belajar dalam keadaan selesa, saya mewakafkan tanah ini kepada PASTI untuk dibina bangunan baru ”.

“saya sudah tua……..entah esok atau lusa Allah akan menjemput saya (pulang)……..saya berharap dengan sedikit sumbangan ini dapat menjadi bekal di akhirat nanti,”ujar beliau ketika ditemui, yang tinggal bersama anak bongsu serta tiga orang cucunya di Kampung Bukit Tumbuh.

Sehubungan itu, Ketua Pembangunan PASTI Al-Ulum Qaryah Hulu Takir, Zamri Endut, mengucapkan syukur kepada Allah dan mendoakan agar sumbangan Pok Su Li menjadi ‘jariah’ yang berpanjangan.

“Poksu Li seorang yang berjiwa besar dan dermawan, walaupun dia tidaklah sekaya mana namun sanggup menginfaqkan sebidang tanah untuk PASTI ,

“in shaAllah dan Alhamdulillah…….dengan pemberian Pok Su itu, bangunan PASTI lama itu nanti akan di jadikan pusat tuisyen percuma untuk pelajar-pelajar khususnya di sekitar Seberang Takir,”kata beliau

Sumber BO - 27-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak Muda Terengganu Diseru Lakukan Perubahan Pada PRU-14

KUALA TERENGGANU – Rakyat Malaysia kususnya Anak-anak muda Terengganu digesa membuat perubahan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, golongan tersebut paling terkesan dengan akibat dari dasar-dasar kerajaan yang disifatkannya sebagai ‘menipu’ generasi baru.

“Hari ini program yang dianjurkan oleh anak muda khususnya yang hadir ke sini menyuarakan hasrat hati mereka dan kebanyakan yang menjadi kesan yang paling besar ditipu……sebenar adalah generasi baru,


“generasi anak muda yang khususnya terlibat dengan persekitaran mereka yang menghadapi akibat kesan daripada kenaikan harga. Apatah lagi kerajaan seolah olah tidak memikirkan bebanan kenaikan secara berantai khususnya melibatkan tol, minyak, keperluan asas makanan dan sebagainya,

“apatah lagi dengan bebanan ekonomi yang ada pada hari ini ruang kesempatan untuk mereka mencari peluang pendapatan makin mengecill,”tegasnya.

ADUN Paka itu berkata demikian ketika hadir memberikan sokongan moral kepada program ‘Flashmob Suara Rakyat Terengganu’ di Simpang Empat Wisma Darul Iman kelmarin, Khamis 24 November.

Mengulas isu berkaitan, beliau berkata, pendatang asing di negara ini sudah mencapai 8 juta orang yang akan menambahkan beban dan menyempitkan peluang bekerja kepada anak-anak muda.

“Dalam suasana hari ini, ringgit Malaysia semakin jatuh (berbanding) dengan dolar Amerika secara langsung bebanan ini menyebabkan anak muda yang berhadapan dengan suasana seperti ini,


“jadi mereka hadir ke sini menyuarakan pendapat mereka supaya pemimpin mereka peka dengan mesej yang disampaikan oleh mereka,”tambahnya.
Oleh itu, beliau menggesa 72% pengundi baru dari kalangan anak-anak muda, menggunakan kuasa mereka untuk menentukan kerajaan yang lebih baik selepas PRU-14.

“PRU akan datang, 72% pengundi, datang daripada orang muda…..mereka yang menentukan kerajaan yang bakal memerintah akan datang,

“Jika kerajaan membelakangkan pendapat mereka ini, mungkin tindakan yang (akan datang dari) pemuda khususnya rakyat Malaysia, ini menggunakan kuasa undi mereka untuk menjatuhkan Umno dalam PRU akan datang,” ujar beliau.

Justeru, beliau yakin, dengan peralihan undi dua peratus sahaja dikalangan rakyat Terengganu, PAS akan dapat memerintah, memandangkan perbezaan hanya dua kerusi sahaja, pada masa kini.
“Kalau kita tengok nisbah Terengganu, Umno boleh jatuh ………tinggal 2% sahaja, kita sedia maklum keadaan politik Terengganu hanya berbeza dua kerusi sahaja,

“suara anak muda inilah lebih bermaklumat akan menjadi penentu,”tambah beliau.


Sumber BO - 25-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Denda RM3,000, penjara jika tak tunai solat Jumaat
Posted on Thursday, November 24 @ 23:33:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32569



Lelaki Muslim yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun tidak lama lagi.

Ia susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara oleh para Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menghadiri persidangan dewan hari ini.

Pindaan Seksyen 16 berkaitan perkara tidak menunaikan solat Jumaat dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib.

Selain pindaan Seksyen 16, beberapa pindaan lain turut dibuat iaitu Seksyen 19 (tidak menghormati Ramadan) dan Seksyen 53 (mengganggu perempuan di tempat awam).

Ghazali mengemukakan cadangan pindaan itu kerana berpendapat enakmen itu mengangungi peruntukan yang sukar dilaksanakan dan dikuatkuasakan selain hukuman denda agak rendah dan tidak dapat memberi pengajaran serta kesedaran kepada masyarakat.

Bagi solat Jumaat, sebelum ini enakmen itu menetapkan mana-mana lelaki yang mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atas sebab yang munasabah boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan tidak menghormati Ramadan termasuk menjual makanan dan minuman kepada orang Islam serta makan secara terbuka, hukuman pindaan itu membabitkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, enakmen itu menetapkan jumlah denda sama dan penjara enam bulan sahaja.
Bagi perbuatan tidak sopan di tempat awam, pindaan itu melibatkan hukuman denda RM1,000 atau penjara dua tahun, berbanding hukuman sebelum ini membabitkan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen bagi pesalah yang mengganggu perempuan di tempat awam juga melibatkan penambahan hukuman penjara iaitu daripada enam bulan kepada maksimum dua tahun.

Ketika membentangkan pindaan itu, Ghazali berkata ia dibuat bagi memudahkan kerja pegawai penguat kuasa, pendakwa syarie dan Mahkamah Syariah.

Katanya pindaan hukuman penjara daripada minimum enam bulan hingga maksimum satu tahun kepada minimum dua tahun hingga maksimum tiga tahun adalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat.

"Pindaan ini menunjukkan keprihatinan dan sokongan kerajaan negeri terhadap cadangan pindaan Akta 355 bagi memartabatkan Mahkamah Syariah khususnya di negeri Terengganu," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Anggota Parlimen Marang hari ini membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355.

- Bernama

Sumber TKO - 24-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS Cadang Kerajaan Beri Tanah Ganti Kepada Penduduk Terbabit ‘ KT By-Pass’

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam HajiMohd Abdul Wahid Endut menyarankan kepada kerajaan negeri Terengganu memberikan tanah tapak rumah kepadan penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah projek Kuala Terengganu ‘By-Pass’.

Katanya, ia menjadi amalan kerajaan PAS yang memerintah Terengganu pada tahun 1999 ghingga 2004.

“jadi itu rintihan rakyat………kta sebagai kerajaan sepatutnya memikirkan…….. bagi kita (PAS) dulu masa kesempatan Allah bagi memerintah di Negeri Terengganu kita dalam keadaan bila terpaksa ambik tanah rakyat untuk memajukan projek pembangunan yang tidak dapat dielak dibuat untuk kepentingan ramai sekolah, klinik pusat kesihatan, jalanraya,


“sebolehnya kita cari tapak lain sebagai ganti supaya mereka tu diberi pembelaan…………dibayar pampasan tentang rumah dan tanah yang diambil duit itu diguna untuk buat rumah sementara atau rumah duduk ditapak yang kita ganti berapa jauh dari tapak yang kita ambil,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan pembentangan Bajet Terengganu 2017, pada Sidang DUN, di Wisma Darul Iman semalam 23 November.

Cadangan itu beliau kemukakan ekorang kes pengambilan balik tanah, rumah kediaman dan rumah kedai untuk projek Kuala Terengganu ‘By Pass’ yang melibatkan kawasan Durian Burung, Paloh, Seberang Baroh dan Kampung Tok Kaya.

Beliau memberitahu Sidang, penduduk tidak membantah pembangunan, tetapi biarlah papasan yang diberi kepada mereka munasabah, supaya mreka boleh membina kehidupan selepas berpindah.
“penduduk tidak bantah pembangunan tetapi bagi mereka kalau boleh pampasan yang diberi biar munasabah,


“mereka yang (dicadangkan) dapat pampasan tetapi nak cari tanah ganti sekitar kampung tu payah ……..kalau ada harga terlampau mahal tak padan dengan pampasan yang diberi kalau ada dekat RM100,000.00 ribu satu lot tanah,”jelasnya.

Justeru beliau merayu supaya penduduk terbabit diberikan keringanan oleh kerajaan, mengenal pasti di mana-mana tempat yang sesuai untuk mereka berpindah.

“supaya mereka………sekurang-kurangnya ada pilihan dan diberikan sedikit keringan yang dipikul,
“saya menyebut perkara ini kerana apabila saya berjumpa dengan penduduk , tuan tanah yang terlibat dia nyatakan bahawa nilai pampasan tanah yang diberikan mengikut penilai RM48.00 hingga RM53.00 sekaki persegi sahaja kalau tanah kampung,”tanya lagi.

Sebaliknya, menurut beliau, sekiranya tanah yang berstatus bangunan yang ditukar syarat nilai lanya tidak kurang ssebanyak RM250,000.00.


Sumber BO - 24-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih 20,000 Orang Hilang Pekerjaan Dalam Sektor Minyak Dan Gas

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, lebih 20,000 pekerja sektor minyak dan gas di Kemaman hilang pekerjaan akibat kejatuhan harga minyak.

Keadaan tersebut menyebabkan banyak rumah-rumah kosong dan dalam masa yang sama banyak perniagaan borong, ataupun kedai-kedai runcit dan kedai-kedai makan, menyusut penjualannya.
“peratus jualannya turun sehingga kepada 30 hingga 40 peratus,


“Inilah dilema yang berlaku di daerah industri yang sangat tersohor di Negeri Terengganu dan dapat menjana pendapatan kepada Majlis Perbandaran Kemaman kepada hampir RM 70 juta setahun,

“Mungkin keadaan ekonomi ini lebih teruk di tahun hadapan mungkin pendapatan ini akan berkurangan,”jelasnya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata demikian ketika membahaskan pembentagan Bajet 2017, pada Sidang DUN semalam 23 November.

Menurutnya, beliau bimbang peluang pekerjaan yang masih ada, dirampas oleh pekerja asing sangat ketara kemasukannya, sebagaimana yang disebut oleh Menteri Sumber Manusia Malaysia,
“ada 1.9 juta pekerja asing yang masuk secara sah tetapi dalam masa yang sama ada 6.7 juta pekerja asing yang masuk secara haram di Malaysia,

“Tetapi yang agak kritikal yang masuk ke Terengganu. Dulu mereka masuk ke dalam sektor-sektor ‘Oil and Gas’ yang banyak terjejas,”kata beliau.

Oleh itu beliau mempersoalkan, bagaimanakah ada pekerja asing yang ditangkap bekerja di sektor terbabit di negeri ini, sedangkan tiada senarai yang dicatatkan dalam portal sedangkan Kementerian Dalam Negeri menyatakan.


“dan dasar-dasar semasa sektor pekerja asing tidak terdapat senarai untuk pekerja asing bekerja di sektor industri minyak dan gas dan juga ‘chemical plant’,

“Tetapi kenapa pada hari ini, mereka seolah-olah dibenarkan bekerja di tempat-tempat yang sebegitu,

“Yang kedua, pekerja asing juga tidak dibenarkan bekerja sebagai pekerja di barisan hadapan seperti ‘welder’, ‘electrical’, ‘technician’ dan seumpamanya, dimanakah peranan kerajaan?,”soal beliau.
Hanafiah juga mengkritik kerajaan yang membelanjakan sejumlah wang yang banyak setiap tahun untuk Zoo Bukit Takal di Ibok.

“saya difahamkan pelancong- pelancong yang datang ke Zoo di Ibok. Tetapi malangnya kami masuk dua hari lepas hanya tinggal dua ekor sahaja harimau yang berada di dalamnya, itupun kurus tak cukup makan, singa pun sudah mati.

“Jadi macamana zoo, orang nak mari. Sedangkan perbelanjaan zoo ini lebih daripada RM2 juta setahun, pendapatannya tidak sampai RM500,000 atau RM600,000,”katanya.


Sumber BO- 24-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masjid Al-Ihsan Al-Idrisi Wujud Lebih Awal Dari Kampung Jabi

SETIU – Pengerusi Masjid Lama Jabi, Tengku Nawawi Tengku Abdul Qadir meminta sesiapa yang mendakwa, solat Jumaat yang didirikan di Masjid Lama Jabi adalah solat Jumaat tanpa kebenaran supaya memperbetulkan dakwaan tersebut.

Beliau berkata, Masjid tersebut yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Ihsan Al-Idrisi adalah bertaraf sebuah ‘Masjid Lama’ yang mempunyai kebenaran mendirikan solat Jumaat sejak lebih 30 tahun yang lalu.


“Kewujudannya lebih awal dari Masjid Kampung Jabi yang ada sekarang. Di Masjid Lama Jabi inilah penduduk sekitar Jabi menunaikan solat Jumaat sebelum didirikan Masjid Kampung Jabi yang baru.

“Solat Jumaat di Masjid Lama ini tak pernah berhenti dikerjakan walaupun masjid baru telah ada. Ianya pula tak pernah menjadi isu dan masalah kepada masyarakat Jabi,”jelasnya

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan kerajaan dan tohmahan ADUN Jabi Mohd Iskandar bin Jaafar dalam Persidangan DUN Terengganu pada hari ini, 23 November 2016.

Soalan asal berkaitan masjid yang mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran dikemukakan oleh wakil wakil BN Kota Putera Mohd Mahdi Musa.


Menurut Tengku Nawawi, kerana desakan dari pihak-pihak tertentu, pada tahun 2013, beliau menerima sepucuk surat yang memaklumkan bahawa masjid ini disenaraikan sebagai antara masjid yang mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran MAIDAM.

Lalu katanya, beliau selaku Pengerusi Masjid Jabi, dipanggil untuk satu pertemuan di Pejabat Agama Daerah Besut pada 4 September 2013.

“Ekoran dari pertemuan tersebut, pada 27 Oktober 2015 pihak Pejabat Agama Daerah Besut meminta Pengerusi Masjid menyerahkan senarai AJK Masjid, senarai Imam dan Bilal serta senarai nama ahli qaryah wajib Jumaat sebagai proses untuk ditauliahkan semula.

“Semua arahan Pejabat Agama Daerah Besut ini telah dipatuhi oleh Pengerusi Masjid dan senarai yang diminta telah diserahkan,”tegasnya.

Tengku Nawawi yang juga dikenali sebagai ‘Pak Ku Nawi’ berharap agar perkara ini diselesaikan dalam bidang kuasa MAIDAM tanpa melibatkan campur tangan politik.


Katanya, pihak Masjid Lama Jabi dan MAIDAM menjalinkan kerjasama yang sangat baik dan pihak masjid telah diberi kebenaran membuka akaun semasa atas nama Masjid al Ihsan al Idrisi.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi Dr. Azman Ibarahim berkata, isu masjid perlu diselesaikan mengikut lunas-lunas hukum syarak.

“Kalau nak sekat silakan……….andai Jumaat yang dikerjakan tak menepati hukum syarak. Jika sebaliknya maka Pertimbangan keperluan masyarakat setempat perlu diambil kira untuk membenarkannya.

“Sepatutnya kerajaan berterima kasih atas usaha rakyat membina masjid bagi meninggikan syariat Islam,”tegasnya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan, ada pihak yang masih menjadikan soal masjid sebagai ‘modal politik’ dan pihak itulah yang kuat mendesak supaya solat Jumaat dihalang di masjid lama itu

Sumber BO - 24-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sidang DUN : Umno Kitar Semula ‘Isu Lapuk’

KUALA TERENGGANU – Isu masjid tanpa kebenaran bagi mendirikan solat Jumaat dikitar semula oleh wakil Kota Putera (BN) Mohd Mahdi Musa ketika bangun menyampaikan soalan beliau pada sesi soal jawab di sidang Dun Terengganu.


….wakil BN Kota Putera cuba menarik perhatian menimbulkan ‘isu lapuk’ soalannya diterima oleh kerajaan Umno Terengganu untuk dibawa ke dalam Sidang DUN
Namun wakil kerajaan, Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib memberikan jawapan yang baik dengan tidak menimbulkan polemik diantara wakil-wakil rakyat.

Soalan beliau berbunyi berapakah bilangan masjid yang tidak diwartakan atau tidak disahkan oleh kerajaan negeri (masjid binaan NGO) di seluruh negeri Terengganu?

Menjawab soalan itu, Ghazali berkata bahawa hanya tiga buah masjid yang tidak diktiraf oleh kerajaan negeri bagi seluruh negeri Terengganu.

Mahdi kemudian bangun bagi bertanya apakah tindakan kerajaan terhadap masjid-masjid yang mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran tersebut yang konon menurut beliau bagi membendung perpecahan masyarakat.

Tetapi menurut Ghazali, perbincangan Majis Agama Negeri bersetuju untuk meneliti dan mengambil kira pandangan majoriti masyarakat setempat kedudukan masjid-masjid tersebut dan dengan beberapa pihak bagi membenarkan solat Jumaat dilakukan.


Wakil Paka, Ustaz Satiful Bahari Mamat kemudian mengingatkan Ghazali tentang kajian oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang telah dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini dan memohon kerajaan mengemukakan laporan kajian itu.

Ghazali kemudiannya menjelaskan keputusan akhir terletak kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) bagi menentukannya, tanpa beliau memaklumkan hasil kajian itu tetapi berjanji kerajaan akan benarkan jika keputusan itu membenarkan.

Wakil Jabi, Mohd Iskandar Jaafar kemudian bangun mendakwa bahawa kesemua masjid-masjid ini adalah bermula daripada sebuah markas PAS yang kemudiannya apabila ramai orang datang, kemudiannya dijadikan masjid untuk solat Jumaat.

Beliau kemudiannya mencadangkan agar penyelesaian itu dibuat juga dengan cara politik, yang langsung membuatkan Ustaz Satiful bangun menyoal, adakah dengan cara seperti merobohkan Masjid Bujal yang Umno lakukan dahulu.


“Boleh sangat…boleh juga tak ada masalah,” balas Iskandar seperti membayangkan kerajaan juga sanggup melakukan tindakan kekerasan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim ketika diminta mengulas isu ini menjawab, ini isu lapuk dan ketinggalan keretapi.

“Individu yang membangkitkan semula perkara ini sebenarnya ketinggalan maklumat kerana ketiga-tiga masjid yang dimaksudkan dalam proses urusan dengan Pejabat Agama untuk penyelesaian.
Tak perlu nak panaskan isu yang sebenarnya tiada isu pun,” jelas beliau sinis

Sumber BO - 24-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan Manipulasi Undang-Undang Untuk Menzalimi Rakyat

Saya merujuk kepada kes pengambilan tanah di sekitar Kampung Seberang Baroh dan Tok Kaya.
Masyarakat kampung tersebut tidak berpuashati dengan tawaran pampasan yang ditetapkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian(JKPTG) kerana terlalu rendah. Bayangkan mereka dibayar sejumlah antara RM43 hingga RM58 kaki persegi sahaja kerana berstatus syarat ‘kampung’.

Segala bangunan atas tanah tidak diambilkira oleh JKPTG kerana dikira melanggar syarat. Sedangkan tanah berstatus syarat ‘bangunan’ dibayar dengan harga RM250 sekaki persegi.


Harus diingat tanah-tanah terbabit merupakan tanah asal berasal sejak zaman nenek moyang mereka. Bukan tanah baru diduduki sepuluh dua puluh tahun ini sahaja. Ini bermakna bangunan di atas tanah tersebut sudah wujud sebelum daripada undang-undang tanah wujud lagi( Akta Pengambilan Tanah 1960, manakala Kanun Tanah Negara 1965).

Akta Pengambilan Tanah 1960 digubal bertujuan untuk menyediakan panduan yang adil, mencukupi dan efisien dalam pengambilan balik tanah rakyat untuk projek pembangunan. Pelaksanaannya hendaklah menepati semangat Artikel 13(2) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi, “Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.”

Artikel 13(2) tersebut jelas memberi hak kepada rakyat untuk mendapat pampasan setimpal atas tanah yang diambilbalik. Apa-apa usaha untuk menafikan hak tersebut harus dibasmi. Lebih-lebih lagi dalam keadaan nasib rakyat yang sangat tertekan dengan kenaikan minyak kenderaan dan minyak masak yang menghasilkan kesan tekanan ekonomi berantai.


sebahagian rumah kediaman dan premis perniagaan yang terlibat dalam pengambilan semula tanah
Justeru, Gerakan Anak Terengganu Insaf melihat perkara ini harus ditangani dengan sebaik mungkin oleh kerajaan yang ada, dan kami bersedia untuk bersama-sama penduduk kampung memperjuangkan hak mereka untuk dapat pampasan sewajarnya.

Memang benar bahawa kerajaan tidak dibebankan dengan kewajipan menyediakan tanah dan tempat tinggal gantian kepada rakyat yang terlibat dengan APT ini. Tapi alangkah baiknya jika kerajaan bersifat ihsan terhadap rakyat marhaen, dengan melangkaui undang-undang sedia ada yang serba lemah itu, bagi memenuhi makna keadilan. Janganlah oleh kerana undang-undang berpihak kepada mereka, maka kerajaan Umno BN bermudah-mudah dengan nasib rakyat yang tidak ketentuan .

Dalam hal ini, saya menyokong sepenuhnya cadangan Yang Berhormat Mohd Abdul Wahid Endut selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam yang mencadangkan agar tapak tanah gantian disediakan untuk penduduk yang diambil tanah mereka.

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami dalam memperjuangkan hak rakyat.

AMAR MA’ARUF NAHI MUNKAR
Wan Mohd Faizul Wan Abas

Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf(GANTI)
23 Safar 1438

Sumber BO - 24-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuti Nak Cari Belanja Belajar, Berubah Menjadi Tragedi

Oleh : Nasrun Abdullah

HULU TERENGGANU – Seorang anak yatim ditimpa kemalangan ketika sedang berjalan mahu mencari belanja sendiri untuk belajar di sebuah pondok.


Menjadi rutin biasa bagi Khairul Anwar Muhammad, 22 tahun yang belajar di Pondok Addiniah Langkap, Setiu untuk mengambil cuti bekerja bagi menampung kos beliau belajar.

Beliau yang kematian bapa pada tiga tahun lalu adalah anak bongsu daripada 10 orang adik beradik.
Ketika kejadian, beliau yang tinggal di Kg Baong, Kuala Berang, sedang dalam perjalanan mengambil upah memotong rumput di Kampung Basung.

Setibanya di Kampung Pasir Simpul, beliau yang menunggang motosikal terlibat kemalangan apabila sebuah kereta dari arah bertentangan, melencong dan terbabas.

Kejadian tersebut melibatkan sebuah kereta dan dua buah motosikal. Seorang lagi mangsa yang memboceng motosikal meninggal dunia.

Khairul yang kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (Icu) HSNZ akibat daripada kemalangan tersebut, mengalami kecederaan teruk iaitu patah tulang di dua tangan, peha dan pinggang serta masalah kerosakan pada pundi kencing.


Menurut Ketua kebajikan Pondok Darul Tauhid, Ustaz Ahmad Ridhuan, Khairul merupakan seorang pelajar pondok yang baik dan suka membuat khidmat dan sentiasa membuat giliran dengan abangnya untuk belajar dan bekerja.

“Yang menariknya Khairul dan abangnya membuat giliran untuk bekerja dan belajar. Ketika si abang belajar khairul pulang untuk bekerja mencari belanja untuk belajar disamping turut menjaga ibunya manakala ketika khairul belajar siabangnya pula melakukan kerja yang sama.

“Khairul juga selalu mencurahkan khidmat termasuklah di program-program anjuran Pondok Darul Tauhid. Justeru atas rasa prihatin dan tangungjawab pihak Lujnah Kebajikan Pondok Darul Tauhid terpanggil untuk melancarkan kutipan sumbangan kilat untuk membantu Khairul Anuar dan keluarga,”jelasnya.

Menurutnya, ia bagi meringankan beban kewangan yang mana dimaklumkan memerlukan belanja yang agak tinggi untuk menampung kos pembedahan memasukkan besi dipeha dan tangannya yang patah dan kos-kos ubatan dan rawatan susulan.


Oleh itu, katanya, bagi tujuan ini pihak Pondok Darul Tauhid bersetuju untuk mengunakan akaun kebajikan Pondok Darul Tauhid selama sebulan bemula 22 November 2016 sehingga 22 Disember 2016.

Katanya, sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun, Pondok Darul Tauhid 5630 3706 1076 (Maybank).

“Sebarang sumbangan yang masuk ke akaun ini pada tarikh itu akan diserahkan kepada beliau. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya, Ustaz Ahmad Ridhwan 013 9953716,”katanya, yang merupakan Timbalan Mudir Pondok itu.
.
Sumber BO - 24-11-2016


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sidang DUN : PAS Tidak Akan Bertahaluf Dengan Umno

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu hari ini melalui Pesuruhjayanya, YB Ustaz Satiful Bahari Mamat menegaskan bagi kesekian kalinya bahawa tidak akan ada tahaluf dengan Umno yang disifatkan sebagai tidak diasaskan atas dasar yang sama.

Sambil beliau memberikan contoh ketidakadilan Umno dalam pembahagian peruntukan kepada DUN-DUN sebanyak RM30 juta yang hanya diperuntukan kepada 17 Dun yang dimenangi Umno sahaja, sekaligus menafikan hak DUN-DUN yang diwakili pembangkang.


Beliau membuat penegasan tersebut ketika bangun membahaskan ucapan pembentangan Bajet 2017 Negeri Terengganu.

Namun sebagai parti yang berteraskan Islam, semua perkara ta’awun (kerjasama) yang membawa kebaikan kepada Islam dan rakyat, PAS tidak menolak untuk memberikan sumbangan, tetapi bukan tahaluf (bergabung).

Jelas beliau lagi, PAS sudah merasakan pengalaman bertahaluf dengan Umno dan jika kembali bersama Umno ianya ibarat seperti terjun ke lubang biawak untuk kali kedua.

“Kita membuka tangan seluas-luasnya dalam membuat apa-apa kerjasama yang boleh mendatangkan kepentingan, manafaat kepada rakyat dan khususnya kepada agama Islam itu sendiri,

“Allah taala sendiri telah menggariskan “wata’awanul ala birri wattaqwa, wala ta’awanu ala ismi wal u’dwan” dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan jangan bertolong-tolongan perkara dosa dan pencerobohan,” terang beliau,

Beliau menekankan tentang perbezaan ta’awun dengan tahaluf kerana banyak pihak tidak memahami maksud sebenar dan sentiasa digunakan oleh pihak-pihak yang berniat jahat membabitkan PAS dan Umno.


“Sebab itu yang saya sebut ni, orang panggil kerjasama, bab ta’awun boleh, bab tahaluf, mungkin tidak berlaku.

Sebab nabi pun ajar, orang Islam ni, orang mukmin, tak jatuh dalam lubang biawak dua kali,” tegas beliau.

Beliau juga menerangkan salah faham berkenaan tindakan berkecuali ketika mengundi di DUN itu adalah sikap yang mahu menyatakan bahawa ada hal bagi kepentingan rakyat, PAS menyokong dan ada perkara yang PAS tidak bersetuju dalam bajet.

“Sebab itu dalam dewan ini, apabila dibuat undian dalam bajet, kita berkecuali, sebab dalam bajet ini ada benda baik, kita sokong, dalam bajet ini ada benda yang kita tak setuju, kita tak sokong, tak makna kita tak sokong, tak makna kita menentang,” jelas beliau.

Sambil beliau mengambil contoh Umno ketika menjadi pembangkang di DUN Terengganu dahulu, Umno juga berkecuali ketika undian pembentangan bajet oleh kerajaan Terengganu.


Sumber BO - 23-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Projek KT Bypass: Rakyat Dizalimi Lagi
Posted on Wednesday, November 23 @ 22:12:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32544





PENGAMBILAN BALIK TANAH UNTUK PROJEK BYPASS KUALA TERENGGANU: JANGAN MANIPULASI UNDANG-UNDANG UNTUK MENZALIMI RAKYAT*



Saya merujuk kepada kes pengambilan tanah di sekitar   Kampung Seberang Baroh dan Tok Kaya. 



Masyarakat kampung tersebut tidak berpuashati dengan tawaran pampasan yang ditetapkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian(JKPTG) kerana terlalu rendah. Bayangkan mereka dibayar sejumlah antara RM43 hingga RM58 kaki persegi sahaja kerana berstatus syarat 'kampung'. Segala bangunan atas tanah tidak diambilkira oleh JKPTG kerana dikira melanggar syarat. Sedangkan tanah berstatus syarat 'bangunan' dibayar dengan harga RM250 sekaki persegi.  

Harus diingat tanah terbabit merupakan tanah asal berasal sejak zaman nenek moyang mereka. Bukan tanah baru diduduki sepuluh dua puluh tahun ini sahaja. Ini bermakna bangunan di atas tanah tersebut sudah wujud sebelum daripada undang-undang tanah wujud lagi( Akta Pengambilan Tanah 1960, manakala Kanun Tanah Negara 1965).



Akta Pengambilan Tanah 1960 digubal bertujuan untuk menyediakan panduan yang adil, mencukupi dan efisien dalam pengambilan balik tanah rakyat untuk projek pembangunan. Pelaksanaannya hendaklah menepati semangat Artikel 13(2) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi, _*"Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai."*_



Artikel 13(2) tersebut jelas memberi hak kepada rakyat untuk mendapat pampasan setimpal atas tanah yang diambilbalik. Apa-apa usaha untuk menafikan hak tersebut harus dibasmi. Lebih-lebih lagi dalam keadaan nasib rakyat yang sangat tertekan dengan kenaikan minyak kenderaan dan minyak masak yang menghasilkan kesan tekanan ekonomi berantai. 



Justeru, *Gerakan Anak Terengganu Insaf* melihat perkara ini harus ditangani dengan sebaik mungkin oleh kerajaan yang ada.



Memang benar bahawa kerajaan tidak dibebankan dengan kewajipan menyediakan tanah dan tempat tinggal gantian kepada rakyat yang terlibat dengan APT ini. Tapi alangkah baiknya jika kerajaan bersifat ihsan terhadap rakyat marhaen, dengan melangkaui undang-undang sedia ada yang serba lemah itu, bagi memenuhi makna keadilan. Janganlah oleh kerana undang-undang berpihak kepada mereka, maka kerajaan Umno BN bermudah-mudah dengan nasib rakyat yang tidak ketentuan . 



*AMAR MA'ARUF NAHI MUNKAR*



*Wan Mohd Faizul Wan Abas*

_*Presiden*_ 

_*Gerakan Anak Terengganu Insaf(GANTI)*_

23 Safar 1438



Sumber TKO - 23-11-2016



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sidang DUN : Kerajaan Cuba Selindung Peratus Pendapatan, Hasil Galian Tak Sampai RM1 Juta

Oeh : MNA

KUALA TERENGGANU – Wakil Bukit Tunggal, Dr Alias Razak hari ini mempertikaikan cara yang tidak tepat oleh kerajaan dalam menyediakan laporan kewangan kepada Dun yang dilihat sebagai cuba berselindung dengan menggunakan kaedah peratusan.

Beliau dalam ucapan perbahasan Bajet 2017 itu memaklumkan kepada Dewan bahawa jumlah hasil negeri yang disebutkan tahun 2017 adalah lebih rendah berbanding dengan nilai pada tahun 2016, tetapi dengan kaedah peratusan, ia dilihat lebih tinggi.


“Dalam bajet keseluruhan disebut oleh YAB MB bahawa peningkatan hasil negeri, biasa dalam 10-11 peratus tanpa sumber petroleum, sudah meningkat kepada 22.6 peratus,

“Ini nilai yang ‘misleading’ dengan izin, kerana peratusan ini naik bukan kerana hasil selain dari petroleum dan tunggakan petroleum itu meningkat, tetapi kerana jumlah (besar) pendapatan itu menurun,

“Pendapatan 2015 sebenar setelah ditolak sumber petroleum dan tunggakan 220 juta itu, hanya RM445 juta, 2016 RM400 juta…menurun, 2017 RM384 juta sahaja,

“Jadi nilai yang sebenarnya semakin menurun, semakin merosot, bukan meningkat, ‘percentage’ dengan izin, memang meningkat, tetapi nilai sebenar itu menurun,

“Ini menunjukkan bahawa selama ini walaupun kita dikatakan mempunyai sumber asli, komoditi yang banyak dalam negeri Terengganu ini dikurnaikan oleh Allah swt, tapi dari segi peningkatan ekonomi khususnya dari pungutan hasil, tidak meningkat,” tegas beliau.


Gambar atas lombong bijih besi di Bukit Besi dan bawah ialah lombong Silika di Kampung Bari, Setiu. Berapakah hasil sebenar kedua-dua galian tersebut?
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, turut menekankan bahawa hasil lombong besi sepatutnya menjadi hasil baru kepada kerajaan negeri, setelah 13 buah syarikat beroperasi semenjak 2008.

Namun hasil yang dikutip dari perlombongan ini kurang RM1 juta, amat mengecewakan, sedangkan alam sekitar, ekosistem di kawasan berkenaan telah rosak, bahkan kilang Eastern Steel di Kemaman juga dimaklumkan telahpun dihentikan operasinya.

“Sepatutnya yang boleh bagi hasil baru kepada kerajaan adalah lombong…lombong bijih besi, setelah beroperasi pada tahun 2008, 13 buah syarikat telah dikurniakan, diberi lessen, permit melombong selama 2008 sehingga 2014.

“Berapa hasil dia? Hasil yang dikutip seperti yang dijawab dalam jawapan bertulis hanya RM829,162.25, tak sampai 1juta, kita duk ingat inilah yang akan beri sumber hasil baru kepada kerajaan kita, rupa-rupanya tidak.

Sedangkan kita telah mengorbankan kawasan Bukit Besi enam ribu hektar, habis balaknya, gondolnya, alam sekitar rosak, ekosistem rosak, yang kita dapat hanya tak sampai sejuta,” ujar beliau

Sumber BO - 23-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Sidang DUN : Apa Nasib IQT?

Oleh : MNA

KUALA TERENGGANU – Nasib Institut Al-Quran Terengganu (IQT), pelajar serta kakitangannya yang tidak menentu kerana perancangan yang tidak jelas oleh kerajaan negeri, disuarakan oleh wakil Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.


Sebelum ini, kerajaan telah merancang mahu membuat pengambilan pelajar-pelajar tingkatan empat bagi mengumpulkan pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang tahfiz dan agama di negeri Terengganu di Maahad Tahfiz al Quran Padang Midin.

Kemudian, ia ditukar kepada IQT, dan sekarang kerajaan berusaha untuk menjadikannya Kolej Al-Quran Terengganu (KQT), menambahkan lagi kekeliruan kepada mereka yang terlibat, sedangkan rancangan tahfiz itu masih kabur.

Persoalan beliau ialah adakah IQT akan dihapuskan dengan wujudnya perancangan mengadakan KQT ini?

Bagaimanakah pula nasib guru-guru IQT jika penaikan taraf kepada kolej dilakukan segera, adakah kelayakan mereka sekarang ini diterima dan pihak manakah yang akan menguruskannya, kerajaan atau swasta?


….pelajar dan guru IQT…..apakah nasib mereka selepas ini?
Dengan peruntukan hanya RM10 ribu yang dinyatakan diperuntukkan kepada IQT, beliau meminta penjelasan kerajaan kerana menurut beliau, jumlah itu terlalu kecil bagi sebuah institusi.

“Hanya saya mahu tahu, apakah KQT ini menunjukkan bahawa akan hilang IQT yang sebelum ini memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk menjadi golongan tahfiz pada tingkatan empat dan tingkatan lima.

“Apakah dengan adanya KQT ini, dengan sendirinya KQT hanya berbincang, menguruskan dan beroperasi tentang diploma?

Kemudian dengan waktu yang sama dan keistimewaan yang sebelum ini yang memberi ruang kepada pelajar tahfiz bagi pelajar tingkatan empat dan lima hilang?


“Dan diwaktu yang sama, saya juga mahu tanya, apakah masa depan guru-guru IQT yang ada pada hari ini? Apakah semua mereka akan diserap dalam KQT?

“Dan adakah KQT ini yang duduk dibawah institusi pengajian swasta, akan diuruskan berasaskan kaedah penswastaan atau memang diurus sepenuhnya oleh kerajaan negeri,” soal beliau.

Perbahasan Bajet 2017 oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu, sebahagian besarnya menyentuh berkenaan pendidikan negeri Terengganu yang beliau sifatkan sedang mengalami kesuraman.

Antara persoalan beliau ialah berkaitan dengan pembinaan asrama Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang menjadi tanda tanya kerana rakyat Terengganu sudah maklum bahawa Kusza telahpun diganti dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).

Dakwa beliau, sebanyak kira-kira RM88 juta diperuntukkan bagi pembinaan asrama itu, maka beliau mahukan kepastian samada ianya dibawah Kusza atau Unisza dan semestinya jika dibawah Unisza, kerajaan Pusat yang harus membiayainya.


Sumber HD - BO - 23-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sidang DUN : Kerajaan Akui Masalah Air Kerana Kekangan Kewangan

Oleh : MNA

KUALA TERENGGANU – Wakil kerajaan negeri hari ini mengakui bahawa sememangnya terdapat masalah kewangan di dalam pengurusan air negeri yang menjejaskan beberapa kawasan terutama di sekitar Kuala Terengganu dan Marang.


Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Negeri Terengganu, Ir. Rosli Othman berkata masalah utama ialah kekangan kewangan kerajaan, terpaksa menukar sebahagian sistem agihan air, paip bocor dan tekanan rendah.

“kita akui memang kita ada masalah khususnya di kawasan manir, di kawasan marang yang mana masalah utama kita ialah perlu menukar sebahagian besar sistem agihan air yang ada di kawasan tu.
“Contohnya di kawasan kuala terengganu, untuk maklumanlah, paip-paip sistem agihan itu yang ada sekarang ini sebelum merdeka.

“Dan kerajaan negeri secara berterusan, saya bukan nak reka tapi ni asas yang kita buatlah, tapi bersandarkan masalah kita juga, kekangan bajet,” jelas beliau.

Beliau menjawab soalan tambahan wakil Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang mengutarakan permasalahan gangguan air yang kerap berlaku tanpa notis, sedangkan projek semakin bertambah.


Dalam soalan utama yang dikemukan oleh wakil Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkenaan perkembangan terkini ‘projek bekalan air selatan’, Ir Rosli menjelaskan projek tersebut dalam proses reka bentuk akhir.

Jumlah keseluruhan projek ialah RM499 juta dengan cara bayaran tertangguh dan serahan kontrak secara runding terus itu, diserahkan kepada sebuah syarikat daripada china, beijing enterprise water yang diperbadankan di Malaysia.

Bagaimanapun beliau gagal memberikan jawapan secara khusus apabila ditanya beza kos jika sekiranya kontrak itu dibuka berbanding dengan runding terus.

Sumber BO -23-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan Tidak Serius Cegah Denggi Dan Zika

KUALA TERENGGANU – Pembangkang menyifatkan kerajaan negeri tidak serius terhadap pencegahan denggi dan zika apabila hanya memperuntukkan bajet berjumlah RM1 juta yang dianggap tidak mampu memberi pencegahan secara optimum.

ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri sepatutnya memberi tumpuan dalam membangunkan sistem perparitan dan longkang khususnya di kampung-kampung tradisi yang tidak mempunyai sistem perparitan yang lengkap.


Menurutnya, dengan peruntukkan bajet tersebut yang lebih menumpukan kepada pelaksanaan gotong-royong, ia tidak memberi pencegahan secara menyeluruh, sekali gus menggambarkan kerajaan negeri tidak bersungguh-sungguh terhadap pencegahan wabak tersebut.

“Masalah aedes ini adalah nyamuk membiak di air bertakung dan dengan RM1 juta ini melibatkan 162 mukim bermakna satu mukim ada berpuluh-puluh kampung.

“Dengan program gotong-royong ini, satu tahun sekali sahaja (boleh dibuat). Adakah satu kali setahun ini boleh mencegah aedes? Ia tidak akan selesai selagi apa yang saya buat dahulu berkaitan dengan sistem perparitan dan longkang tidak dibuat khususnya di kawasan tradisi.

“Wabak denggi banyak berlaku di kampung tradisi yang tidak ada longkang, tiada tong sampah, jadi mereka akan buang sampah merata-rata. Air pula akan bertakung bila hujan, tidak ada tempat untuk lalu dan bila berlaku lopak, inilah tempatnya,”katanya.



Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Bajet Terengganu 2017 dalam Sidang Dun, di Wisma Darul Iman, di sini.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila peruntukkan menyediakan sistem perparitan hanya berjumlah RM500,000 yang dilihat tidak mampu memberi pencegahan terhadap wabak tersebut secara menyeluruh.

“Macam mana hendak selesai masalah? Ini tidak serius dengan RM500,000 hendak selesai apa? Ini persoalan yang saya selalu sebut dalam dewan ini,” katanya.

Dalam sesi sama, beliau turut menyentuh mengenai kemudahan hospital di beberapa daerah yang tidak dapat digunakan sehingga kini berikutan beberapa masalah termasuklah kemudahan dewan bedah yang tidak boleh digunakan dan juga ketiadaan pakar.

Sumber BO - 22-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sidang DUN : Isu Royalti Kembali Menggegar

Oleh : MNA

KUALA TERENGGANU – Isu royalti minyak kerajaan antara kerajaan Terengganu dan Pusat, kembali menggegarkan Dun Terengganu hari ini apabila Menteri Besar Haji Ahmad Razif Abdul Rahman memberikan jawapan yang bertentangan dengan kenyataan rasmi lain.

Beliau cuba menggunakan alasan bahawa kerajaan sedang berusaha bagi mengukur semula sempadan antara tiga negeri Terengganu, Kelantan dan juga Pahang dan menyatakan kesukaran atas isu ini kerana melibatkan perundangan negara.


Beliau juga cuba meredakan rasa tidak puashati wakil pembangkang dengan memasukkan isu undang-undang tubuh negeri Terengganu dalam pertikaian ini.

Fakta bahawa kerajaan Pusat dan Petronas telah menyatakan bahawa negeri Terengganu tiada lagi hak keatas telaga minyak kerana berada di tiga batu nautika luar pantai Terengganu, gagal dijelaskan MB kepada DUN.

Tidak berpuashati dengan jawapan yang tidak tepat itu, wakil Paka (PAS), Ustaz Satiful Bahari bangun bagi menyedarkan MB bahawa isu sempadan royalti ini bermula semenjak tahun 1974 lagi dan bukan sekarang baru berlaku.

Tambah beliau lagi, kekusutan bertambah sekarang ini apabila pindaan Akta Laut 750 telah mengubah kedudukan hak royalti bagi negeri Terengganu.

Keadaan menjadi agak tegang apabila Ustaz Satiful mengungkit kembali bahawa kepimpinan Umno yang telah memulakan usul penarikan balik royalti negeri Terengganu yang sehingga sekarang, gagal diselesaikan.

Sumber BO - 22-11-2016


No comments:

Post a Comment