BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, November 26, 2016

KES DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH (JILID 2)
































 Sultanah Terengganu saman editor Sarawak 

Report

LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

PETALING JAYA: Sultanah Terengganu memfailkan terhadap Clare Rewcastle-Brown 
kerana buku skandal 1MDB oleh editor Sarawak Report itu.

Kenyataan daripada peguamnya berkata saman oleh Sultanah Nur Zahirah itu berkenaan 
dakwaan-dakwaan yang terkandung dalam buku “The Sarawak Report: The Inside Story 
of the 1MDB Expose”.

“Tindakan ini melibatkan tuduhan terhadap konspirasi Sultanah Nur Zahirah dengan Low 
Taek Jho dan penglibatannya dalam pentadbiran kerajaan dalam hal ehwal 1MDB,” kata 
kenyataan itu.

Sultanah Zahirah sebelum ini nafi terlibat dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan, termasuk 
penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), yang menjadi pelopor 1MDB.

Rewcastle-Brown dalam bukunya berkata Jho Low “baik” dengan Sultanah Nur Zahirah, 
isteri kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Beliau berkata persetujuan tanpa kata-kata daripada Sultanah Terengganu itu diperlukan 
untuk menubuhkan dana itu, dan menambah Jho Low berkata “sokongannya penting 
untuk mendapatkan jawatan penasihat”.

Dewan Pangkuan Diraja Terengganu pada 14 September berkata dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan menggesa Rewcastle-Brown memohon maaf.

Rewcastle-Brown bagaimanapun memberitahu FMT bahawa Sultanah Terengganu 
tersalah faham.

“Apa yang saya katakan adalah Jho berbangga dengan hubungan sosialnya termasuk 
Sultanah Terengganu membolehkan dia masuk dalam linkungan suaminya yang terlibat
 dalam TIA.

“Dia berbangga hubungan sosialnya menyebabkan dia diambil sebagai penasihat. Ini 
adalah isu yang berlainan,” katanya.

Bukunya yang dilancarkan pada 8 September itu menceritakan tentang siasatan ke atas 
skandal 1MDB.

FMT sudah menghubungi Rewcastle-Brown untuk mendapatkan jawapannya. - FMT 

Sumber MR 27-9-2018


Kembali kes ke Mahkamah 

Tinggi

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8216-kembali-kes-
ke-mahkamah-tinggi

MAHKAMAH Persekutuan 

yang bersidang dengan tujuh 
hakim diketuai Ketua Hakim 
Negara hari ini menerima 
persetujuan pihak perayu 
(Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor) dan responden (SIS dan dua lagi) untuk mengembalikan kes ke Mahkamah Tinggi untuk dihujahkan semula atas 
isu bidangkuasa Mahkamah Sivil dan juga isu merit.
Mahkamah Persetujuan juga bersetuju untuk mengenepikan 
keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memutuskan isu 
bidangkuasa Mahkamah Sivil tidak boleh ditimbulkan oleh perayu pada 
peringkat hujahan substantif.
Ini kerana Mahkamah Tinggi dalam peringkat kebenaran (leave stage
telah membuat keputusan bahawa Mahkamah Sivil ada bidangkuasa 
sekali gus memberi kebenaran untuk meneruskan dengan Semakan 
Kehakiman.
Mudahnya, pendengaran di Mahkamah Tinggi nanti akan diteruskan 
untuk menentukan sama ada Mahkamah Sivil ada bidangkuasa atau 
tidak, dan sama ada permohonan SIS untuk mencabar fatwa pluralisme 
dan liberalisme mempunyai merit.
Selaku peguam kaunsel kepada MAIS (Perayu Kedua), saya 
mengalu-alukan dan menerima keputusan secara persetujuan ini, 
kerana secara efektifnya mengenepikan keputusan Mahkamah 
Rayuan (yang menghalang terus pihak kami dari berhujah isu 
bidangkuasa) dan memberikan peluang untuk hujahan semula di 
Mahkamah Tinggi.
Saya kekal dengan hujahan saya bahawa fatwa berada dalam domain 
Mahkamah Syariah, dan bidangkuasa Mahkamah Syariah boleh 
diambil secara tersirat melalui peruntukan enakmen negeri mahupun 
Senarai Negeri selaras keputusan dalam kes Md Hakim Lee, Soon 
Singh Bikar Singh, Lina Joy dan Siti Hasnah Vengarama Abdullah.
Ia juga menggemakan hasrat Allahyarham Prof Dr Ahmad Ibrahim, 
orang yang bertanggungjawab menderaf Artikel 121(1A) dahulunya.
Adalah tidak munasabah untuk merujuk fatwa yang merupakan pendapat 
ulama atas isu yang belum selesai yang dibuat berlandaskan kaedah 
dan nas syarak, kepada Mahkamah Sivil yang bukan sahaja tiada 
kepakaran bahkan tiada bidangkuasa.
Keputusan Mahkamah Persekutuan terkini dalam kes Indira Ghandi 
yang dirujuk berkali-kali oleh SIS juga tidak menyelesaikan isu 
pertindihan bidangkuasa, bahkan secara tak langsung mengiyakan 
takrifan Perlembagaan secara tersirat dan “purposive”. Ini yang akan 
dihujahkan nanti.
Apapun, terima kasih kepada rakan-rakan peguam yang mewakili 
Jawatankuasa Fatwa (Tuan Haji Sulaiman Abdullah) dan Datuk 
Penasihat Undang-Undang Negeri yang mewakil Kerajaan Negeri 
Selangor atas usaha dan kerjasama berterusan. Juga kepada yang 
hadir memberi sokongan, dan yang turut menadah tangan meminta doa.
Perjuangan masih jauh. Pegangan perlu terus utuh.

YUSFARIZAL YUSSOFF
Kaunsel Majlis Agama Islam Selangor – HARAKAHDAILY 25/9/2018

Sumber HD - 25-9-2018

Pertelingkahan Anak, tak ambil kira ibu atau 

bapa bukan Islam menang pelikkan?

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <




Mahkamah Rayuan memberikan hak penjagaan penuh dua kanak-kanak yang diislamkan 
semasa dijaga oleh ibu mereka, kepada bapa mereka yang beragama Buddha.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, 
Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan kelmarin 
membenarkan rayuan ahli perniagaan itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah 
Tinggi Shah Alam yang memberikan hak penjagaan kepada ibu kanak-kanak berkenaan 
yang memeluk Islam.

Peguam Honey Tan Lay Ean yang mewakili bapa kanak-kanak berkenaan berkata 
mahkamah rayuan mendapati terdapat merit di dalam rayuan itu.

Beliau berkata bapa kanak-kanak berkenaan diberikan hak penjagaan sepenuhnya, 
kawalan dan jagaan ke atas anak lelakinya berusia lima tahun dan anak perempuannya 
berusia 10 tahun.

“Mahkamah Rayuan memandang kelakuan ibu kepada kanak-kanak itu menukarkan 
agama anak-anak itu kepada Islam dan tindakannya sendiri tidak dibuat berdasarkan 
apa yang terbaik untuk kanak-kanak itu,” katanya.

Mahkamah rayuan juga memerintahkan RM30,000 yang dibayar oleh bapa kanak-kanak 
itu sebagai kos di Mahkamah Tinggi Shah Alam dipulangkan.

Ibu kedua-dua kanak-kanak itu menukarkan agama mereka ketika berusia lapan dan tiga 
tahun kepada Islam pada 11 Mei, 2016 tanpa pengetahuan dan keizinan bapa mereka.

Ibu kanak-kanak berkenaan memeluk Islam pada Disember 2015.

Nama ibu-bapa dan kanak-kanak berkenaan dirahsiakan oleh mahkamah.

Bapa kanak-kanak berkenaan turut mencabar pengislaman anak-anaknya, di Mahkamah 
Tinggi Kuala Lumpur dan keputusan permohonan semakan kehakiman yang dimohonnya 
akan diketahui pada 16 Oktober depan. 

Tan berkata ia adalah satu keputusan yang tepat dan berani oleh mahkamah rayuan untuk 
memberikan hak penjagaan sepenuhnya, kawalan dan jagaan kepada kanak-kanak Muslim
 itu kepada bapa mereka yang beragama Buddha.

“Ia mengingatkan bahawa prinsip penting ialah memastikan yang terbaik untuk 
kanak-kanak itu dalam melakukannya,” katanya.

- Bernama

Sumber MR - 15-9-2018

Former State Forestry Director Jailed 

For Corruption Over Logging Permits




Azmi Nordin (left)
KUALA TERENGGANU:
A former director with the
 state Forestry Department
 was slapped with a RM30,
000 fine and 12 months’
 jail on Wednesday (June
 20) after he was found
guilty of three counts of
corruption at the Sessions
Court here.

Datuk Azmi Nordin, 59, had been charged with accepting bribes amounting to RM60,
000 on three separate occasions between March and August 2013 from a timber
company to get permits to log at the Hulu Terengganu Forest reserve.

In the first offence, Azmi was accused of receiving RM30,000 from the timber
company in March that year.

He later received RM20,000 and RM10,000 in June and August, 2013.

Judge Mohd Haldar Abd Aziz sentenced Azmi to 12 months in prison and a
RM10,000 fine for each count.

He also ordered for the prison sentence to run concurrently but for the fine be paid
in full.

However, Mohd Haldar granted a stay of execution on the prison sentence.

Azmi paid the fine and is preparing to appeal his case.

Deputy Public Prosecutor Farah Yasmin Salleh prosecuted while Azmi was
 represented by lawyer Mohd Hayyatuddin Muhammad – thestar.

Sumber BO - 21-6-2018

Tak hadir di mahkamah, waran tangkap dikeluarkan ke atas Ting Pek Khiing






PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap 
ke atas pemaju, Tan Sri Ting Pek Khiing, bagi memastikan kehadirannya di 
mahkamah selepas beliau gagal ke pendengaran inkuiri awam semalam.

The Edge Markets melaporkan waran terhadap Ting, yang disahkan muflis sejak 1991, dikeluarkan bawah Seksyen 28 Akta Insolvensi 1967.

Pegawai polis diarah membawanya ke mahkamah pada 29 Jun ini.

Satu waran tangkap juga dikeluarkan ke atas isteri Ting, Puan Sri Wong Sui Chuo, 
pada 18 Mei lalu selepas dia gagal hadir di mahkamah.

Pasangan itu bakal disoal pemiutang berhubung urus niaga dan kemampuan Ting 
melangsaikan hutangnya mengikut Seksyen 17 dan 31 Akta Kebankrapan 1967, 
menurut laporan itu.

Ting yang tidak menonjolkan diri sejak 16 tahun lalu, kembali menjadi perhatian 
media selepas mengumumkan projek pembangunan berbilion ringgit di Langkawi, 
minggu lepas.

Katanya, projek Bandaraya Baharu Langkawi dijangka menelan kos kira-kira RM30 
bilion itu akan dibangunkan di tanah seluas 81 hektar di barat pulau itu dan projek 
berkenaan akan dilaksanakan kumpulan syarikatnya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan 
berkata, cadangan Ting yang diserahkan antara 2013 hingga 2016, tidak lagi sah dan 
beliau perlu menyediakan kertas cadangan baru bersama deposit untuk pertimbangan
 kerajaan negeri.

Ting pernah melaksanakan beberapa projek mega pada zaman pentadbiran Perdana 
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, termasuk empangan hidroelektrik 
Bakun di Sarawak.

Menurut The Edge Markets, semakan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia 
menunjukkan 4 kes berkaitan Ting, dengan 2 dokumen menunjukkan pemiutang 
memperoleh arahan muflis ke atasnya pada Oktober dan November 2010.

Walaupun dokumen ke-4 menyatakan Ting “tidak muflis”, The Edge Markets 
mendapati beliau belum melangsaikan hutangnya.

Menurut laporan itu, pemiutang Ting termasuk Alliance Bank Malaysia Bhd, 
Alliance Investment Bank Bhd, Alliance Merchant Bank Bhd, Insas Credit & 
Leasing Sdn Bhd, Hu Chang Pee@Hii Chang Pee, Southeast Asia Special Asset 
Management Bhd, Multi Purpose Bank Bhd dan Interhill Enterprise Sdn Bhd.

Laporan itu memetik sumber sebagai berkata, jumlah hutang Ting kepada pemiutang 
melebihi RM390 juta.

Sumber MR - 9-6-2018





Baling kasut kepada kucing, arkitek 

didenda RM2,000







KUALA LUMPUR: Tindakan seorang arkitek membaling kasutnya kepada seekor 
kucing jalanan di lobi lif kondominium membawa padah apabila dia didenda 
RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas Zaini Othman, 59, 
selepas lelaki itu yang memakai kemeja bercorak petak serta seluar slack dan 
kelihatan sugul mengaku bersalah atas pertuduhannya.

Mahkamah turut memerintahkan Zaini selaku Orang Kena Saman dipenjara 2 bulan 
jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Zaini didakwa secara tidak wajar menakutkan seekor kucing berwarna hitam dengan 
membaling menggunakan kasut miliknya di tingkat 1, Lift Lobi Intan Tower 
Maskiara Residence, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, antara jam 6.40 
petang dan 6.43 petang, 20 September 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 dibaca bersama Akta 
Binatang (Pindaan) 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama 
membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun 
atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, Zaini yang tidak diwakili peguam dalam nada tersekat-sekat 
menahan tangisan memberitahu mahkamah dia tidak tahu perbuatannya itu 
merupakan satu kesalahan dan merayu tidak dikenakan hukuman penjara kerana 
mahu menyambut hari raya Aidilfitri minggu hadapan.

Bapa kepada 3 orang anak itu juga memberitahu dia berpendapatan rendah serta 
tidak tetap dan memohon kasutnya yang digunakan untuk membaling kucing itu 
yang diambil penguatkuasa veterinar dipulangkan kepadanya.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala 
Lumpur, Mohd Sharif Sabran memohon hukuman berat dikenakan mengambil kira 
lelaki itu melakukan perbuatan tidak wajar kepada seekor kucing yang tidak 
mempunyai kebolehan untuk berkata-kata dan tidak mempunyai pemilik.

Mengikut fakta kes, seorang penghuni kondominium itu menerima satu rakaman 
kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kezaliman terhadap binatang iaitu yang 
menunjukkan tertuduh membaling kasutnya kepada kucing itu.

Dalam video itu jelas menunjukkan kucing tersebut dalam ketakutan apabila cuba 
melarikan diri dari Zaini yang mengejarnya dan beberapa kali membaling kasut 
ke arah kucing tersebut lalu pengadu membuat laporan polis.

MR : Kalau semua rakyat prihatin, rasanya negara akan menjadi aman damai..

Sumber MR -8-6-2018

Jumaat, 1 Jun 2018


Rafizi dibebaskan dengan bon tingkah laku baik


Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan 
bon tingkah laku baik RM10,000 selama dua tahun atas sabitan kesalahannya 
di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sebelum ini, Rafizi dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana memiliki dan 
mendedahkan satu halaman Laporan Pengauditan MDB pada sidang akhbar 
di Parlimen.

Panel tiga anggota yang diterajui oleh Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membenarkan 
bon tingkah laku baik setelah Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang 
Mahmud tidak membantah cadangan yang dibuat oleh peguam Rafizi, Ahmad Nizam 
Hamid.

Ahmad Nizam berkata mereka tidak merayu terhadap sabitan kesalahan itu tetapi
mengenai hukuman itu.

Dua lagi hakim yang bersidang sama adalah Datuk Ab Karim Ab Rahman dan Datuk 
Kamardin Hashim.

Ahli Parlimen Johor Bahru Ahmad Kamal Nasir kemudiannya bertindak sebagai 
penjamin untuk Rafizi.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan salah satu 
sabitan terhadap naib presiden PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi 
(OSA) dan hukuman penjara 18 bulan.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Azman Abdullah membebaskan ahli Parlimen Pandan 
itu terhadap satu lagi sabitan OSA.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen telah mensabitkan Rafizi atas dua pertuduhan OSA 
dan menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara, dengan hukuman diperintahkan 
berjalan serentak.

Pemimpin PKR itu didapati bersalah mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara 
mengenai 1MDB, tetapi dibebaskan daripada tuduhan memiliki dokumen itu, yang 
diklasifikasikan sebagai OSA.

Dia didapati bersalah mendedahkan laporan itu semasa sidang akhbar di lobi 
Parlimen pada kira-kira pukul 3 petang 28 Mac tahun lalu yang merupakan 
kesalahan di bawah Seksyen 8 (1) (c) (iv) OSA.

Di bawah OSA, seseorang boleh dijatuhi hukuman minimum 12 bulan atau sehingga 
tujuh tahun penjara.

Akibat keputusan mahkamah itu, Rafizi tidak mempertahankan kerusi Parlimen 
Pandan pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

[Baca berita penuh]

Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli terlepas daripada hukuman penjara selepas 
Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini memutuskan beliau dikenakan bon 
berkelakuan baik selama dua tahun bagi kesalahan mendedahkan satu muka surat 
laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Kamardin Hashim 
dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, membenarkan rayuan Mohd Rafizi bagi 
dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM10,000 
dengan seorang penjamin.

Mohd Rafizi, 41, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen pada 
2016 bagi kesalahan itu dan Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan itu pada 
tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud tidak membantah 
permohonan bagi dikenakan bon berkelakuan dikemukakan peguam Ahmad Nizam 
Hamid yang mewakili naib presiden PKR itu.

Pihak pendakwaan juga menarik balik rayuan balas terhadap pembebasan Mohd 
Rafizi daripada pertuduhan pertama iaitu memiliki laporan audit tanpa kebenaran.

Berikutan penarikan balik itu, Hakim Ahmadi yang mempengerusikan panel itu, 
membatalkan rayuan itu.

Ahmad Nizam memaklumkan mahkamah anak guamnya menarik balik rayuan 
terhadap sabitan dan hanya meneruskan rayuannya terhadap hukuman.

Mohd Rafizi didapati bersalah bagi pertuduhan kedua iaitu mendedahkan isu 
kandungan laporan itu pada sidang media di lobi bangunan Parlimen di Jalan 
Parlimen, Kuala Lumpur pada 28 Mac 2016.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa memiliki muka surat 98 laporan audit itu 
yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh kerajaan, pada 3 
petang pada 24 Mac 2016.

Mohd Rafizi, yang berkemeja putih, seluar panjang hitam dan jaket hitam, berkata 
beliau datang ke mahkamah hari ini dengan bersedia bagi sebarang kemungkinan 
termasuk dihantar ke penjara.

Katanya beliau bersyukur kerana dikenakan bon berkelakuan baik dan berterima 
kasih kepada mahkamah, timbalan pendakwa raya dan peguam belanya.

- Bernama

Sumber MR - 1-6-2018

Court Dismisses Suit To Dissolve Umno









Lawyer Mohamed Haniff 
Khatri Abdulla, who 
represented 16 former 
Umno members in the 
lawsuit, speaks to the 
media at the KL court 
complex. ― Pictures by 
Mukhriz Hazim
The High Court here has
dismissed the application
for leave for a judicial
review by16 former
Umno members to dissolved the party due to postponed internal election.

In delivering his decision today, Justice Datuk Kamaludin Md Said said he had
considered the questions raised by the plaintiffs, but felt that he was bound by
Section 18C of the Societies Act.

“A political party’s decision on the party’s affairs ‘shall be final and conclusive’
and shall not be challenged, reviewed, questioned or quashed in any court,” he said.

Section 18C of the Societies Act stipulates that the decision of a political party
made under on the interpretation of its constitution shall be final and conclusive
and such decision shall not be challenged, appealed against, reviewed, quashed or
called in question in any court on any grounds

Lawyer Mohamed Haniff Khatri Abdulla, who represented the 16, said he had
received instructions to appeal the decision and said he would do so at the
\“soonest possible time”.

“I already have the documents for the appeal prepared. This is an important
question for us to resolve as by allowing political parties to hide behind 18C,
is to allow them to become a law unto themselves,” he said.

“His lordship was of the opinion that since the other cases were not related to
political parties …the judge decided to ignore the clear decisions of the federal
court which clearly state that any provisions are all inclusive whether it is the
Kindergarten Act, the College Act or whatever Act.”

Asked if Umno was “in the clear” following the decision, Mohamed Haniff said the
party faced a risk if the appeal was allowed there would be the possibility of a
national crisis as to the validity of the party’s candidates.

“But that is up to the wisdom of the Umno leadership, on what to do. We are still
going to appeal but I advise the party to hold back from contesting with its logo.”

Seri Merpati Pandan Indah Umno branch leader Salihudin Ahmad Khalid, one of
the 16, said he was disappointed by the decision and would appeal the decision.

He also said that the legal proceedings were initiated on April 20, while the notice
of dismissal from the party was issued the day later.

“I was still a member of the party at the time and there is no question as to my right
to legal action,” he said.

On April 20, the group, led by Salihudin, filed the judicial review application to,
among others, quash the Registrar of Societies (RoS) decision granting Umno an
extension to hold its party election until April 19 next year.

They also sought for a court order to compel the RoS to probe all complaints made
 by party members regarding the legitimacy of Umno, as well as a court order to
compel RoS to issue a notice to temporarily suspend Umno’s operations and
activities until the end of this lawsuit.








Seri Merpati Pandan 
Indah Umno branch 
chief Salihudin Ahmad 
Khalid speaks to the 
media at the KL court 
complex in Kuala 
Lumpur April 27, 2018.
They also sought for 
court declarations that all 
Umno branches are 
automatically dissolved 
and without valid legal 
powers for any political activities since March 1, and that all Umno divisions and 
Umno supreme council were also automatically dissolved since April 20.


They also want the courts to declare that Umno is invalid and dissolved since April 20.
A day after the lawsuit was filed, Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan
Mansor announced that the 16 had automatically lost their party membership for
violating the party constitution by bringing party matters to court.

Umno has to hold elections for its branches, divisions and supreme council once
every three years, and its last party elections were held on October 19, 2013.

In June 2015, Umno president Datuk Seri Najib Razak said the elections initially
due in 2016 had been postponed for 18 months as it needed to make preparations
for the 14th general election.

The 16 who sued Umno had in court documents said this meant that Umno’s branch
elections should have been held on February 28, 2018 after the end of the 18-month
extension allowed under the party constitution.

Under the 18-month extension permitted under party constitution, the Umno
elections for its divisions and supreme council would have been due on April 19,
2018.

The 16 said that Tengku Adnan had on February 27, 2018 however announced that
Umno elections would be held on April 19, 2019 in line with RoS’ approval.

The 16 pointed out that the RoS had only announced six days later on March 5 its
approval of Umno elections to be deferred until April 19, 2019, claiming this had
cast a negative perception on the party’s reputation. –
www.malaymail.com

Sumber BO - 28-4-2018


Adam Rosly dipenjara 6 bulan, denda RM30,000
Posted on Thursday, April 26 @ 14:45:28 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39393



KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan ke atas Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly, di samping denda RM30,000, atas tuduhan memberikan kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan berhubung dakwaan kemewahan luar biasa dimilikinya pada 2017.

Beliau dihadapkan 6 tuduhan melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, antara 9.00 pagi dan 12.15 tengah hari 10 Februari 2017, dan antara 9.00 pagi dan 2.00 petang, 22 Februari.


Pernyataan palsu itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000 daripada ibu mertua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada ah long.

Mengikut pertuduhan pertama dan ke-2, Adam Rosly didakwa memberi pernyataan palsu kepada 2 pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi pertuduhan ke-3 sehingga ke-6, lelaki itu dituduh menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut Seksyen 89 akta sama.

Dakwaan kekayaan Adam pertama kali dibongkar oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, berhubung rumah banglo 2 setengah tingkat yang separa siap di Kampung Melayu Ampang.

Sumber TKO - 26-4-2018


Permohanan bubar Umno: Tarikh bicara Khamis, 26 April
Posted on Monday, April 23 @ 13:31:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39316&mode=thread&order=0&thold=0



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan Khamis, 26 April ini sebagai tarikh mendengar permohonan 16 anggota Umno yang memfailkan untuk kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membenarkan Umno lanjutan masa untuk mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.

Permohonan untuk kebenaran itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Wira Kamaludin Mohd Said.

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla, ketika ditemui, melahirkan rasa terkejutnya, dengan tarikh awal yang ditetapkan sedangkan pihaknya tidak mengemukakan sijil perakuan segera.

"Apabila kami memfailkan, kami memfailkannya secara elektronik dan hari ini kami mendapat jawapan bahawa tarikh telah ditetapkan pada Khamis ini," katanya.

Hari penamaan calon untuk Pilihan Rayau Umum ke-14 adalah pada Sabtu ini manakala tarikh mengundi pula telah ditetapkan pada 9 Mei.

Jumaat lalu, semua keenam belas anggota Umno itu yang diketuai pemimpin Umno cawangan Seri Merpati Pandan Indah, Salihudin Ahmad Khalid memfailkan permohonan semakan kehakiman antara lain untuk membatalkan keputusan ROS yang memberi lanjutan tempoh kepada Umno sehingga 19 April tahun depan untuk mengadakan pemilihan parti.

Mereka juga mahu ROS menyiasat aduan bahawa pemilihan parti tidak diadakan mengikut perlembagaan parti dan oleh itu, satu perintah berhubung pembubaran parti itu perlu dikeluarkan.

Semua mereka menamakan ROS dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai responden.

Semua mereka dari 11 cawangan di enam negeri - sebelum ini menulis surat kepada ibu pejabat parti yang mempersoalkan mengapa pemilihan pada peringkat cawangan, bahagian dan majlis tertinggi tidak diadakan.

Mereka berkata pemilihan cawangan sepatutnya diadakan pada 28 Feb tahun ini manakala pemilihan untuk bahagian dan majlis tertinggi parti sepatutnya diadakan pada 19 April tahun ini.


Ini kerana kali terakhir, cawangan-cawangan Umno mengadakan pemilihan mereka adalah pada 31 Ogos 2013 dan sepatutnya pemilihan baru seharusnya diadakan pada 31 Ogos 2016 tetapi diberikan lanjutan masa 18 bulan oleh ROS.

Sumber TKO - 23-4-2018


Tony Pua gagal rayuan saman salah laku 1MDB terhadap Najib
Posted on Saturday, April 14 @ 18:37:09 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39127



PUTRAJAYA: Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua Kiam Wee gagal dalam rayuannya untuk mengenakan semula tuntutan mahkamah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan atas dakwaan salah laku dalam mengendalikan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Yeoh Wee Siam sebulat suara menolak rayuan Pua dan memerintahkannya membayar kos RM5,000 masing-masing kepada Najib serta kerajaan.

Ahmadi yang mengetuai panel hakim itu menegaskan tiada merit dalam rayuan Pua itu.

“Tiada kekhilafan boleh dirayu untuk mewajarkan campur tangan kami (mahkamah),” katanya dan menambah, mahkamah itu turut bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi.

Pua, yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara dalam Parlimen Malaysia ke-13, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 13 Oktober yang membatalkan tuntutan mahkamah beliau ke atas Najib dan kerajaan.

Pua, yang juga pengerusi DAP Selangor, menyaman Najib dan kerajaan pada 16 Januari tahun lepas, atas dakwaan terlibat dalam salah laku pentadbiran awam berhubung isu 1MDB dan menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, serta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pada 14 Februari tahun lepas, Najib memohon untuk membatalkan saman itu atas alasan beliau bukan pegawai awam dan mendakwa Pua menyalahgunakan proses mahkamah.

Kerajaan, dalam pada itu, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 2 Mac tahun lepas, atas alasan Pua tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Faizah Jamaludin membatalkan saman terhadap Najib dan kerajaan selepas memutuskan Pua tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan ke atas kedua-dua defendan.


Peguam Michelle Ng mewakili Pua, peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Najib manakala peguam kanan persekutuan Alice Loke Yee Ching hadir bagi pihak kerajaan.

Sumber TKO - 14-4-2018


Mahkamah: Tiada kerugian RM14 bilion, salah laku dalam 1MDB
Posted on Tuesday, April 10 @ 12:37:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39056



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan tiada bukti yang menunjukkan 1MDB menanggung kerugian berjumlah AS$3.657 bilion (RM14.4 bilion) dan tiada bukti dakwaan berlakunya salah laku oleh anggota lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad juga berkata peguam negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan sebelum ini turut menyatakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam skandal membabitkan isu 1MDB.

Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib dan 13 ahli Lembaga Pengarah 1MDB serta 2 lagi untuk membatalkan saman bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor terhadap 16 defendan itu berhubung kerugian dialami 1MDB berjumlah AS$3.657 bilion.

Nik Hasmat juga mendapati Mohamad Ezam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk memfailkan saman itu.

Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah mendapati Mohamad Ezam mengakui di dalam afidavit balasannya, beliau bukan ahli lembaga pengarah, pemegang saham dan tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam 1MDB.

“Tindakan saman difailkan plaintif berasaskan ‘bare averment’. Saya juga terfikir-fikir adakah tindakan saman itu dicetuskan berdasarkan komitmen plaintif kononnya beliau mewakili pembayar cukai di negara ini atau hanya dibayangi niat tersembunyi bagi perkembangan politiknya,” kata hakim itu.

Katanya mahkamah juga mendapati tiada kausa tindakan munasabah dalam tuntutan saman plaintif dan saman berkenaan juga adalah remeh dan menyusahkan serta menyalah guna proses mahkamah.
“Oleh itu, mahkamah membatalkan saman difailkan plaintif terhadap kesemua defendan dan memerintahkan plaintif membayar kos berjumlah RM63,000 kepada kesemua defendan,” katanya.

Najib memfailkan permohonan membatalkan saman pada 12 Julai 2017, atas alasan Mohamad Ezam, selaku presiden Parti Bebas Rasuah tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan tuntutan tersebut.

Selain Najib selaku defendan pertama, turut memfailkan permohonan bagi membatalkan saman ialah 13 ahli Lembaga Pengarah 1MDB iaitu Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Datuk Kamal Mohd Ali, Datuk Norazman Ayob, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Ong Gim Huat dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi selaku defendan ke-2 hingga ke-8.

Selain itu, Ashvin Jethanand Valiram, K Arul Kanda, Mohd Hazem Abd Rahman @Mohamed, Datuk Mohd Bakke Salleh, Tan Sri Azlan Mohd Zainol, Datuk Tengku Rahimah Puteri Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai defendan ke-9 hingga ke-14.

Syarikat 1MDB dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ke-15 dan ke-16 turut memfailkan permohonan bagi membatalkan saman difailkan Mohamad Ezam pada 14 April 2017.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohamad Ezam, selaku plaintif, mendakwa syarikat 1MDB meminjam sejumlah AS$6.5 bilion dengan bantuan Goldman Sachs International Ltd yang sewajarnya dimasukkan ke akaun syarikat berkenaan.

Namun, beliau mendakwa kesemua defendan bertindak melulu dengan menyebabkan sejumlah AS$3.657 bilion dibayar kepada pihak tidak berhak hingga menyebabkan kerugian kepada syarikat 1MDB.

Oleh itu, plaintif menuntut kesemua defendan menanggung kerugian syarikat 1MDB dengan bayaran sejumlah AS$3.657 bilion kepada syarikat berkenaan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Farez Jinnah mewakili Mohamad Ezam, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili perdana menteri dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsol Bolhassan bertindak bagi pihak kerajaan manakala peguam Datuk Tan Hock Chuan mewakili 1MDB dan sebahagian daripada 13 anggota lembaga pengarahnya.

Sumber TKO - 10-4-2018


Bekas ketua JSJ KL saman Najib berhubung sumpah jawatan
Posted on Monday, April 09 @ 18:58:59 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39040



Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim memfailkan saman ke atas perdana menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan mengubah lafaz sumpah jawatannya di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2009.

Mat Zain memohon perintah mahkamah bahawa tindakan Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan perlu diisytiharkan batal dan tidak sah.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Mac lalu menyatakan bahawa sumpah yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan telah dilafaz secara salah oleh Najib pada 3 April 2009.
Menurut Mat Zain, sumpah itu kemudiannya dilafazkan dengan betul oleh Najib pada tahun 2013, selepas kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13 - yang bermaksud bahawa kata-kata itu masih wujud dalam lafaz asal seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan.

Mat Zain, yang adalah pegawai penyiasat dalam kejadian 'mata hitam' Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga membekalkan transkrip upacara mengambil sumpah jawatan oleh Najib.

Sumpah yang dibuat pada 2009 itu, menurut Mat Zain, berbunyi:

Saya Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak setelah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan kepercayaan dan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara dan akan melindungi dan mempertahankan perlembagaan.
Sumpah seperti yang terkandung dalam jadual keenam Perlembagaan Persekutuan pula berbunyi:

Saya Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak setelah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri sesungguhnya bersumpah bahawa saya dengan jujur akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara dan akan melindungi dan mempertahankan perlembagaan.
Menurut Mat Zain, perkataan "dengan jujur" hanya diletakkan selepas perkataan "menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu" dan bukannya sebelum ayat berkenaan. Beliau juga mendakwa bahawa Najib menambah perkataan "kepercayaan dan" selepas perkataan "taat setia".

Beliau mengambil contoh bagaimana bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang terpaksa mengambil semula lazaf sumpah jawatannya apabila didapati bahawa beliau melakukan kesalahan.

Mat Zain berkata, beliau pernah mendedahkan percanggahan itu dalam surat terbuka kepada Peguam Cara Negara, Tan Sri Idrus Harun, yang kini adalah hakim Mahkamah Rayuan.

Beliau juga membuat laporan polis berhubung perkara itu, dengan salinan dihantar ke Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.

Sumber TKO - 9-4-2018



Wan Ji Ketua Biro Agama PKR dan Pegawai Guan Eng dihukum penjara 9 bulan
Posted on Monday, April 09 @ 18:54:25 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39038



Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Husin didapati dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh mahkamah Seksyen Shah Alam berkaitan kesalahan hasutan dengan menghina sultan.

Hukuman itu bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu rayuannya ke mahkamah tinggi.

“Hakim Mahkamah Sesyen juga tidak mengenakan tambahan jaminan ke atas saya, maka saya bebas sementara rayuan,” tulisnya di Facebook.

Pada 2012, Wanji melalui tulisannya di Facebook didakwa menghasut dan menghina sultan Selangor.

Penceramah lulusan pengajian Islam dari Pakistan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Wan Ji sebelum ini dituduh mengeluarkan penerbitan didakwa menghasut melalui satu tulisan di Facebook pada tahun 2012 yang didakwa menghina sultan Selangor.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan atas tulisannya yang antara lain dikatakan mempersoalkan kelayakan sultan Selangor sebagai ketua agama.

Sementara itu Wanji ketika dihubungi Malaysiakini berkata keputusan tersebut akan membuatkan musuhnya berpuas hati.

Selain itu dalam tempoh tersebut beliau juga sudah merancang untuk membaca ratusan buku di dalam penjara.


“Saya pun sudah fikir, nak khatam ratusan buku yang saya masih tergendala untuk dibaca dalam penjara nanti,” katanya.

Sumber TKO - 9-4-2018


Bicara Kes Rasuah Guan Eng, Phang Ditangguh 21 Mei
Posted on Monday, April 09 @ 15:08:52 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39036



GEORGE TOWN - Perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan kepada 21 Mei kerana Lim perlu membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 walaupun penangguhan itu dibantah pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud membantah permohonan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim untuk menangguhkan perbicaraan itu atas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menetapkan tarikh untuk penamaan calon.

“Saya memohon supaya perbicaraan diteruskan,” kata Masri di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Terdahulu Gobind memohon maaf kepada mahkamah kerana Lim tidak hadir pada prosiding hari ini atas alasan mempunyai urusan rasmi.

“Saya mohon satu penangguhan kerana Parlimen telah dibubarkan oleh perdana menteri. Oleh itu kami perlu masa untuk bersedia bagi pilihan raya. Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan, saya cadangkan supaya pengurusan kes ditetapkan awal bulan Mei bagi tentukan hala tuju perbicaraan,” katanya.'

Hakim Hadhariah membenarkan permohonan peguam itu atas alasan ia berkaitan isu mengenai proses pilihan raya dan mahkamah juga tidak boleh menjalankan kes tanpa kehadiran tertuduh.

​​​​​​“Saya tidak boleh jalankan kes tanpa tertuduh, saya juga tidak boleh tunggu tertuduh. Saya tetapkan 10 Mei untuk pengurusan kes bagi pastikan isu-isu berkaitan proses pilihan raya diselesaikan,” katanya dan menambah, mahkamah akan menyambung semula perbicaraan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini 21 Mei hingga 25 Mei.

Bagaimanapun selepas mahkamah menangguhkan kes, Gobind bersama peguam-peguam lain yang mewakili Lim membuat sidang media di perkarangan mahkamah bagi menjelaskan kes itu yang turut dihadiri oleh Lim.

Di luar mahkamah Masri memberitahu media bahawa pihaknya bersedia menjalankan kes dan 14 saksi pendakwaan juga bersedia memberikan keterangan hari ini.

“Kami bantah permohonan penangguhan itu kerana SPR masih belum tetapkan tarikh penamaan calon. Kita masih boleh teruskan bicara untuk minggu ini. Alasan peguam untuk tangguhkan kes tidak kukuh,” katanya.

Setakat ini hanya dua hari perbicaraan kes itu berlangsung pada 26 dan 27 Mac lepas kerana pihak pembelaan memohon untuk menangguhkan kes atas alasan Gobind dan Lim mahu menghadiri sesi pembentangan usul persempadan semula kawasan pilihan raya dan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 26 Mac hingga 30 Mac dan 9 April hingga 12 April bagi perbicaraan. Pihak pendakwaan telah memanggil 25 saksi dan dijangka akan memanggil 29 lagi saksi.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

​​​​​​​Lim, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika
mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan, nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya (Lim).

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 21 Oktober 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

​​​​​​​Phang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.


Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Sumber tTKO - 9-4-2018

'Datin' Rozita dipenjara lapan tahun
Posted on Thursday, March 29 @ 14:07:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38851



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengketepikan hukuman bon berkelakuan baik yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ke atas suri rumah, Rozita Mohamad Ali atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah ke atas pembantu rumah warga Indonesia itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah sebaliknya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun.

Menurutnya, alasan hukuman bon berkenaan adalah tidak wajar.
Mahkamah tutrut memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa hari ini setelah permohonan Rozita untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ditolak.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Perbicaraan kes hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun terhadap Rozita atas tuduhan mencederakan pembantu rumahnya, Suyanti Sutrinso, 19 selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, pelbagai pihak sebelum ini menzahirkan rasa tidak puas hati  dan permohonan semakan semula hukuman dibuat oleh Jabatan Peguam Negara terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, antara jam 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Difahamkan wanita itu tidak mempunyai gelaran termasuk Datin seperti dilaporkan sebelum ini.

Sumber TKO - 29-3-2018
















Guru agama beri keterangan kes saman Husam


KOTA BHARU: Seorang guru agama, Ustaz Masri Che Yusoff hari ini tampil di mahkamah memberi keterangan berhubung saman fitnah Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Husam Musa terhadapnya. 
Pada November 2016 Husam memfailkan saman terhadap Masri berikutan guru agama itu memuatkan naik isu tanah yang dikaitkan dengan pemimpin PAN terbabit di laman sosialnya. 
Pada catatan terbabit Masri meminta penjelasan Husam berhubung tanah seluas 414.37 hektar yang didakwa diberikan kepada Akedemi Pembangunan Keluarga Bahagia Bhd dan berkaitan pemilikan syarikat berkenaan. 
Pada prosiding hari ini Husam diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil, manakala Masri diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud bersama Nik Bahrum Nik Abdullah. 
Bagaimanapun Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding kes tersebut kepada 2 dan 3 April ini. 
Pada prosiding sebelum itu Masri disoal balas peguam, Muhammad Faiz selama dua jam di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Dato' Ahmad Bache. – HARAKAHDAILY 28/3/2018
Sumber HD - 28-3-2018 


Kes rasuah Guan Eng: Pinjaman RM2.1 juta beli banglo lulus pada 2015
Posted on Tuesday, March 27 @ 09:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38834



GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Citibank Berhad meluluskan pinjaman berjumlah RM2.1 juta kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi pembelian sebuah rumah berharga RM2.8 juta pada 2015.

Lim Wern Shern, pengurus jualan di Citibank Berhad Pulau Pinang dari 2012 hingga November 2017, mengesahkan “Application For Credit Facility- Letter of Approval” atas nama Lim Guan Eng bertarikh 23 Julai 2015, adalah surat kelulusan pinjaman Guan Eng yang dialamatkan kepada Guan Eng dan disalinankan kepada peguam Tetuan Zaid Ibrahim & Co.

Wern Shern, saksi pendakwaan ke-12, juga mengesahkan tanda tangan di muka surat 29 surat itu adalah tanda tangan Guan Eng dan mengesahkan perjanjian itu ditandatangani pada 24 Julai 2015 di pejabat Guan Eng di Komtar, di mana beliau turut hadir.

“Saya sahkan tanda tangan di ruangan ‘Signature of Purchaser (s)’ adalah tanda tangan Lim Guan Eng manakala tanda tangan di ruangan ‘Signature of Vendor(s)’ adalah Phang Li Koon. Saya sendiri berjumpa dengan Phang Li Koon untuk mendapatkan pengesahan dan tanda tangan,” katanya dalam pernyataan saksi yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail pada perbicaraan hari ke-2 kes rasuah Guan Eng dan Phang.

Wern Shern, yang kini bekerja sebagai Perancang Penilaian Kewangan Bertauliah di sebuah syarikat, berkata hartanah beralamat No 25, Jalan Pinhorn, Georgetown dengan harga jualan RM2.8 juta itu adalah berkeluasan tanah 10,000 kaki persegi dan keluasan bangunan 6,000 kaki persegi.

Merujuk surat bertarikh 18 Jun 2015 atas nama Guan Eng, beliau berkata, jumlah pinjaman yang dipohon oleh Guan Eng ialah RM2.1 juta dengan jangka masa pinjaman selama 15 tahun dengan ansuran bulanan RM16,172.39.

“Jumlah pinjaman yang diberikan oleh Citibank Berhad adalah 75% daripada nilai harga rumah yang dibeli. Oleh kerana harga rumah yang ingin dibeli adalah RM2.8 juta, jumlah pinjaman yang dibenarkan adalah RM2.1 juta,” jelas saksi itu.

Menjelas lebih lanjut mengenai perkara itu, Wern Shern berkata ini adalah pemohonan ke-2 Guan Eng selepas beliau membatalkan perjanjian pembiayaan perumahan pertama yang ditandatangani pada 18 Disember 2013.

Beliau berkata pada 5 Jun 2015, isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng, sekali lagi menghubunginya untuk memulakan semula proses pinjaman dengan Citibank dan pada 8 Jun tahun sama, beliau berjumpa dengan Betty di pejabatnya di Tingkat 9, Menara Penang Garden.

Katanya beliau membawa borang permohonan baharu untuk diisi kerana permohonan pinjaman sebelum ini tidak boleh digunakan disebabkan terbatal.

Wern Shern kemudian menemu bual Betty dan mengisi borang permohonan pinjaman bank yang baharu atas nama Guan Eng.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu ketua menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Guan Eng, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town pada 18 Julai.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan ke-2, Guan Eng didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu ketua menteri Pulau Pinang mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town daripada ahli perniagaan, Phang dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan, nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town pada 21 Oktober 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.


Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber TKO - 27-3-2018


Kes Guan Eng: 14 saksi bakal beri keterangan
Posted on Tuesday, March 27 @ 12:39:15 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38827



Perbicaraan kes rasuah membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersambung untuk hari kedua hari ini dengan pihak penndakwa dijadual mengemukakan 14 saksi.

Semalam peguam bela Lim, Gobind Singh Deo mengasak saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhsin Latheef dengan pelbagai soalan berhubung dakwaan yang dibuatnya terhadap tertuduh.

Dalam sesis berkenaan Gobind menunjukkan bahawa Muhsin - turut dikenali dengan nama Mamu Parpu itu - seorang penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata peguam berkenaan serangan ke atas Lim adalah sebuah "konspirasi politik" dan ada bukti membuktikannya, termasuk hantaran Muhsin dalam media sosial yang menggesa orang ramai menyokong BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.

Ia juga disertakan dengan tanda pagar "Kami geng Najib".

Gobind yang juga anggota parlimen Puchong itu turut mendedahkan Muhsin - yang membuat aduan mengenai Lim kepada SPRM - tidak mempunyai kepakaran dalam hal penilaian hartanah serta tidak mengetahui bila ketua menteri Pulau Pinang itu membeli atau menandatangani perjanjian jual beli banglo yang dimaksudkan.

Justeru kata Gobind saksi terbabit tidak mungkin mempunyai sebarang bukti bagi menyokong dakwaan yang dibuatnya terhadap Lim.

Perbicaraan berhubung isu pembelian seunit banglo di Jalan Pinhorn, George Town pada 2015 itu ditetapkan selama 35 hari membabitkan 55 orang saksi.

Dalam tempoh beberapa hari mendatang penghujahan dijangka berpusat kepada isu Lim sebenarnya tidak membeli kediaman itu di bawah nilai pasaran semasa.

Sepuluh lagi saksi yang dipanggil semasa perbicaraan semalam membabitkan individu yang memberikan keterangan mengenai maklumat rasmi mengenai Lim, seperti tarikh perkahwinannya dengan Betty Chew serta pelantikan sebagai ketua menteri pada 2008.
Turut didakwa bersama Lim ialah ahli perniagaan Phang Li Koon.

Perbicaraan berlangsung di depan hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, manakala Datuk Masri Mohd Daud mengetuai pasukan pendakwaan.
Selain Gobind, Lim turut diwakili peguam Ramkarpal Singh dan RSN Rayer.


Datuk V Sithambaram dan Hisyam Teh Poh Teik pula bertindak bagi pihak Phang.

Sumber TKO - 27-3-2018


Dakwaan rasuah KM: Penyokong kumpul di luar mahkamah
Posted on Monday, March 26 @ 11:01:17 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38803



Perbicaraan membabitkan kes dakwaan rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung pembelian banglo dua tingkat bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Pertuduhan terhadap Lim dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dibacakan di hadapan hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail kira-kira jam 9.30 pagi.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, manakala Lim diwakili barisan peguam diketuai Gobind Singh Deo.

Perbicaraan hari ini juga menyaksikan mahkamah penuh sesak dengan kehadiran penyokong Lim.

Mereka turut berkumpul di luar mahkamah dengan membawa pelbagai plakad dan meneriakkan 'Sokong Guan Eng', 'Tangkap Najib' dan 'Tangkap Jho Low'.

Terdahulu Lim dan isterinya Betty Chew dilihat tiba di mahkamah kira-kira jam 8.35 pagi sambil disambut oleh penyokong yang berkumpul lebih awal.

Hadir sama pemimpin DAP Lim Kit Siang dan isteri, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun, Teresa Kok, Chow Kon Yeow dan setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Lim merupakan ketua menteri pertama di negeri itu menghadapi pertuduhan rasuah, namun berulang kali mendakwa tuduhan terhadapnya bermotifkan politik.


Perbicaraan dijangka mengambil masa 23 hari, sehingga akhir bulan Mei.

Sumber TKO - 26-3-2018


Perbicaraan kes rasuah Guan Eng bermula esok
Posted on Sunday, March 25 @ 23:01:05 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38791



GEORGE TOWN: Selepas hampir 2 tahun didakwa di mahkamah, kes rasuah membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, berhubung pembelian sebuah banglo mewah di bawah harga pasaran, akan didengar di Mahkamah Tinggi, esok.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail akan mendengar perbicaraan kes itu yang dijadualkan berlangsung 5 hari, mulai Isnin hingga Jumaat ini.

Timbalan pendakwa raya, Datuk Masri Mohd Daud ketika dihubungi berkata, pihak pendakwaan bersedia mengendalikan kes itu.

Peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Phang ketika dihubungi berkata, kenyataan pembelaan sudah diserahkan kepada pendakwaan Rabu lepas dan pasukan pembelaan bersedia untuk perbicaraan kes itu.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berkaitan penukaran status tanah pertanian kepada kediaman dan pembelian satu lot tanah serta banglo pada harga di bawah nilai pasaran.'

Lim, 58, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk mendapatkan keuntungan bagi diri dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng dengan meluluskan permohonan bagi menukar tanah pertanian kepada zon perumahan awam di barat daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Aras 28, Bangunan Komtar, pada 18 Julai 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda sehingga 5 kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lim turut berdepan pertuduhan ke-2, iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bagi dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, harga yang beliau tahu tidak sepadan nilai pasaran hartanah berkenaan ketika itu, iaitu RM4.27 juta.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 30 Jun 2016, Lim dan Phang dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk berdepan pertuduhan itu kerana kes rasuah akan disebut di Mahkamah Sesyen.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Lim dan Phang selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Roslan Hamid kerana kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengetuai pasukan pendakwaan memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 60 Akta SPRM.

Sebelum perbicaraan bermula, Lim dan Phang memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta SPRM yang menghendaki tertuduh mengemukakan kenyataan pembelaan kepada pendakwaan sebelum perbicaraan bermula, bercanggah Perlembagaan.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka, bagaimanapun pada 7 Ogos 2017, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu selepas membenarkan rayuan Lim dan Phang.


Pada 14 Disember 2017, Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan selepas membenarkan rayuan pendakwaan dan memutuskan Seksyen 62 mengikut Perlembagaan dan memerintahkan perbicaraan diteruskan.

Sumber TKO - 25-3-2018


Saman PH mengenai pendaftaran didengar pada hari terakhir Dewan Rakyat
Posted on Thursday, March 15 @ 12:57:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38657



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 5 April sebagai tarikh perbicaraan saman Pakatan Harapan (PH) terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), iaitu hari terakhir Dewan Rakyat bersidang untuk penggal ini.

“Kami menjangkakan Parlimen akan dibubar tidak lama lagi,” kata peguam PH Michelle Ng.

Menurutnya, JPPM dijangka akan memfailkan dokumen mereka menjelang minggu depan.

Sidang semasa Dewan Rakyat yang dipercayai kali terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bermula pada 5 Mac lalu.

PRU14 dijangka diadakan sebaik sahaja Dewan Rakyat meluluskan usul persempadananan semula kerusi Parlimen.

Bulan lalu, PH yang menggabungkan PKR, DAP, Amanah dan PPBM memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mendesak JPPM menjawab status permohonan untuk mendaftarkan gabungan pembangkang itu.

Ia bagi membolehkan keempat-empat parti menggunakan logo sama pada PRU yang akan datang.

JPPM sebelum ini berkata kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama serta pertikaian tentang status jawatankuasa eksekutif pusat DAP antara sebab kelewatan itu.


PPBM sudah mengadakan mesyuarat agung tahunan sementara JPPM sudah mengiktraif barisan baharu kepimpinan DAP.

Sumber TKO - 15-3-2018


Siapa Anda Maklumat, Apa Hal Pulak Ni?
Posted on Sunday, March 04 @ 07:21:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38496



Nie natte apo pulok Husam Musa? hahaha takpo duit banyok

Kredit
Mohd Sobri 


Sumber TKO - 4-3-2018


Ada Team Orang Islam Yang Cuba Halang RUU355, Pasal apa takutkan sangat Undang2 Islam diperkasakan?
Posted on Friday, March 02 @ 16:25:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38471



KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Tawfik Ismail menggesa peguam negara menasihatkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk tidak menyenaraikan rang undang-undang yang memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen Isnin ini.

Peguamnya mengingatkan Jabatan Peguam Negara kepada keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Pandikar membatalkan saman Tawfik baru-baru ini.

Tawfik memfailkan saman terhadap Pandikar dan Setiausaha Parlimen Roosme Hamzah, memohon mahkamah mengisytiharkan rang undang-undang persendirian daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan prosedur Parlimen.

Rang undang-undang itu mahu meminta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas orang Islam yang melakukan kesalahan syariah.

Surat kepada Pandikar berkata “menyenaraikan RUU 355 dalam aturan urusan mesyuarat sesi Parlimen akan datang adalah subjudis dan menghina mahkamah”.

“Oleh itu, adalah mustahak bagi para defendan menghormati keputusan mahkamah dan prosiding kes yang sedang berjalan. Demikian juga, Ahli Parlimen harus menahan diri daripada membahaskan atau membincangkan kes tersebut semasa sesi.”

Tawfik baru-baru ini memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menjadikan RUU 355 sebahagian kempen pilihan raya umum tahun ini.

“Membincangkan dan/atau mempertimbangkan RUU 355 di khalayak sebagai isu kempen pada PRU14 semasa mahkamah mempertimbangkan isu yang dibangkitkan dalam saman pemula adalah subjudis dan menghina mahkamah,” kata anak keapda pemimpin Umno terkenal, Tun Ismail Abdul Rahman, yang berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dari 1970 hingga 1973.

Tawfik dalam saman pemula yang difailkan Mac tahun lepas berkata usul Hadi tidak mengikut syarat-syarat Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat dan melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamaan untuk semua rakyat.

Pandikar dan Rossme berhujah saman mesti dibatalkan kerana mencerobohi keistimewaan Parlimen bawah Perkara 62 dan 63 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 62(1) menyatakan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan undang-undang persekutuan, setiap majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri. Perkara 63 menyatakan kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana satu majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

Mahkamah Tinggi memutuskan mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat perkara yang diadukan Tawfik dalam samannya.

Sumber TKO - 2-3-2018



Kekal hukuman mati empat bekas pelajar kolej
Posted on Thursday, March 01 @ 09:44:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38451



PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas empat bekas pelajar kolej kerana membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena Omar Peter pada 2012.

Mereka ialah Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 26; Mohamad Sharafe Matt Noh, 25; Azizi Aizat Ibrahim, 26 dan Mohamad Safwan Muhamad, 26.
Panel lima anggota mahkamah diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif juga mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas Mohamad Zul Shahril Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat kerana membunuh bapa pensyarah tersebut, Omar Peter Abdullah.



Mahkamah yang juga disidangi Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Datuk Sri Balia Yusof Wahi dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dengan sebulat suara menolak rayuan akhir oleh kempat-empat mereka.

Mohamad Zul, Shahril, Mohamad Sharafe, Azizi Aizat dan Mohamad Safwan yang menuntut di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics dihukum gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi mendapati mereka bersalah membunuh Zara Eleena, 23, yang mengajar bahasa Inggeris di kolej itu antara jam 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012.

Mohamad Zul, Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat juga disabitkan kerana membunuh bapa pensyarah, Omar Peter Abdullah, 56, pesara sebuah syarikat kewangan antara jam 11.30 malam, 8 Mac 2012, dan 1.30 pagi hari berikutnya.

Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di No 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong.

Mahkamah Tinggi pada 2014 telah membebaskan Mohamad  Safwan tanpa memanggilnya membela diri atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan bapanya.

Pada 30 Julai, 2015, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan membebaskan Mohamad  Safwan atas tuduhan membunuh Omar Peter, tetapi mengarahkannya membela diri atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan dia kemudian didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.

Sabitan dan hukuman  mati ke atas keempat-empat mereka kemudian dikekalkan Mahkamah Rayuan. Sementara itu, pihak pendakwaan tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan membebaskan Mohamad Safwan kerana didakwa membunuh Omar Peter.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohamad Sharafe berhujah terdapat banyak percanggahan dalam keterangan saksi pihak pendakwaan Fadhil Rusdan Rahman, yang Mahkamah Tinggi tidak mempertimbangkan.
Saksi adalah seorang rakan sejenayah tetapi menjadi saksi pihak pendakwaan.

Beliau berkata, Mahkamah Tinggi sepatutnya mempertimbangkan keterangan saksi itu di peringkat prima facie tetapi Mahkamah Tinggi hanya membuat pertimbangan selepas tertuduh dipanggil membela diri.

Peguam Datuk Naran Singh yang mewakili Muhamad Safwan berhujah, bahawa jika Hakim Mahkamah Tinggi percaya keterangan Fadhil Rusdan, maka mahkamah harus membebaskan anak guamnya kerana saksi tersebut telah memberi keterangan bahawa Muhamad Safwan tidak terlibat dalam pembunuhan.

Timbalan pendakwa raya Nurul Huda Noraini Mohamed Noor  Noor berhujah bahawa Mahkamah Tinggi telah menilai keterangan Fadhil  Rusdan secara keseluruhan dan mendapati dia saksi yang boleh percaya.
Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahmud mewakili Mohamad Zul Shahril sementara peguam Shamsul Sulaiman mewakili Azizi Aizat. - Bernama

.....




12 Feb 2012

Barang kemas yang bernilai RM100,000 milik ibu Zara Eleena Omar Peter, 23, yang dibunuh bersama bapanya di rumahnya di Taman Kinrara, Puchong, di sini, turut dilarikan suspek dalam kejadian Ahad lalu.

Polis menemui semula sebahagian barang kemas itu yang dijual di kedai emas di Ampang manakala sebahagiannya tidak dijual kerana barang kemas tiruan.


Polis juga menemui semula kereta Perodua Kenari milik mangsa di Kedah yang dilaporkan hilang pada malam kejadian dan beberapa barangan peribadi mangsa seperti telefon bimbit.

Semua barangan itu ditemui selepas polis menahan enam lelaki berusia 19 tahun hingga 23 tahun yang juga pelajar kolej swasta di Cheras dan Ampang bermula Isnin lalu hingga kelmarin.

Suspek yang ditahan dipercayai pelajar mangsa dan belajar di kolej sama tempat mangsa mengajar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, polis percaya kes pembunuhan berkenaan dapat diselesaikan dengan penahanan semua suspek.

Menurutnya, seorang daripada suspek dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan mangsa dan juga pelajar kolej sama tempat mangsa mengajar.
Mohd Bakri berkata, motif pembunuhan dipercayai masalah peribadi antara mangsa dengan seorang daripada suspek yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan mangsa.

“Sewaktu kejadian, tiada kesan rumah mangsa dipecah masuk dan ini menunjukkan mangsa mengenali suspek.

“Bagaimanapun bukti giat dikumpul dan daripada bukti yang diperoleh barulah motif sebenar dapat dikenalpasti dan siasatan dapat dilengkapkan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam. MRM / NST

Sumber TKO - 1-3-2018


Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad
Posted on Tuesday, February 27 @ 20:21:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38426



AIDCNews -27/02/18 –Firma guaman Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian gagal membawa kes empat orang muslim yang mahu murtad ke mahkamah sivil apabila Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Kuching hari ini memutuskan mahkamah sivil tidak mempunyai hak untuk membicarakan kes murtad.

Menurut Borneo Post, panel lima anggota itu sebulat suara memutuskan, berdasarkan undang-undang kes, bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes-kes murtad.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata walaupun tidak ada peruntukan seperti itu dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001, terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah.

Panel yang diketuai oleh Zulkefli turut dianggotai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim-hakim Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan dan Tan Sri Ramly Ali.

Baru Bian, peguam keempat-empat pemohon itu mengemukakan soalan kepada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi pada tahun 2015 menolak permohonan mereka untuk membatalkan status agama Islam mereka dan keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2016.

Pengerusi PKR Sarawak itu berhujah bahawa Mahkamah Syariah Sarawak “tidak dibekalkan kuasa untuk memutuskan kes murtad” oleh Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak 2001.

Walau bagaimanapun, peguam responden – Jabatan Agama Islam Sarawak dan Jabatan Pendaftaran Negara – mengemukakan hujah bahawa peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 adalah memadai.

Empat pemohon itu – seorang yang dilahirkan sebagai Islam dan tiga orang mualaf – memohon perintah mahkamah untuk meninggalkan Islam dan mahu agama dalam kad pengenalan mereka diubah kepada Kristian.

Mereka adalah Syarifah Nooraffyzza Wan Hoosen, Tiong Choo Ting @ Mohd Syafiq Abdullah, Salina Jau @ Salina Jau Abdullah dan Jenny Peter @ Nur Muzdhalifah Abdullah

Sumber TKO - 27-2-2018


Nahas DUKE: 2 Pemandu Perodua Myvi Bersalah
Posted on Wednesday, February 21 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38347



KUALA LUMPUR - Dua pemandu Perodua Myvi dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa tiga beranak, termasuk bayi berusia enam bulan, dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), tiga tahun lalu.

Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman itu ke atas Siti Noor Aini Mohd Said, 39, penyelia restoran dan kenalannya yang merupakan tertuduh kedua, Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 34, bekerja sendiri, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Dalam keputusannya Zilfinaz berkata mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh selepas mendapati keterangan mereka ketika membela diri tidak konsisten dan bersifat penafian semata-mata.

Kedua-dua tertuduh turut diperintahkan dipenjara dua tahun jika gagal membayar denda selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh lima tahun.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan daripada RM9,000 kepada RM14,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Pada 2 Mei 2015, Mohammad Fizal Reza dan Siti Noor Aini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka yang berusia enam bulan, Nur Firuza Annisa.


Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Km6, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015 mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000. – BERNAMA

Sumber TKO - 21-2-2018


Fahmi Reza nak jual imej badut untuk bayar denda
Posted on Wednesday, February 21 @ 08:59:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38337


Dijatuhi hukuman penjara selama sebulan dan denda RM30,000 kerana 'membadutkan' wajah perdana menteri tidak menjadikan pereka grafik Fahmi Reza gentar atau serik.


Sebaliknya, Fahmi atau nama sebenarnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 40 berkata beliau akan memfailkan permohonan bagi mencabar keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh itu.

"Aku tak setuju dengan keputusan hakim dan hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan ke atas aku dan akan melawan.

"Aku dah failkan permohonan untuk cabar keputusan ini di Mahkamah Tinggi Ipoh.
"Lepas 4 jam duduk dalam lokap, aku dah dibebaskan dari lokap Mahkamah Ipoh dengan ikat jamin RM10,000," katanya menerusi catatan di Facebook.

  Menurut Fahmi, meskipun hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan, beliau perlu membayar denda sebanyak RM30,000.

"Kalau aku tak bayar, aku akan dihukum penjara 6 bulan.

"Kata orang tua-tua, berani buat berani tanggung. Walaupun aku yang design muka badut ni, tapi kita semua sama-sama sebarkan dan viralkan imej protes yang mengkritik korupsi penguasa ini di merata tempat, online dan offline. Kita semua, penghasut," katanya.

Justeru, Fahmi berhasrat menjual dan menyebarkan imej badut berkenaan bagi mengumpul dana untuk membayar denda yang dikenakan terhadapnya.

Sumber TKO - 21-2-2018


Rayuan Mukhriz Ditolak Mahkamah
Posted on Tuesday, February 20 @ 19:09:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38332



Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berhubung satu kes saman, dalam blognya.

Mukhriz memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Najib atas dakwaan mengeluarkan kenyataan  berhubung perbicaraan kes saman yang difailkannya terhadap Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.



Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.



Kuorum berkenaan antara lain berpuas hati Mahkamah Tinggi betul ketika menolak permohonan Mukhriz untuk mendapat kebenaran memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Perdana Menteri.



Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendapati kenyataan yang dimuat naik oleh Najib dalam blognya pada 7 Julai tahun lalu, enam hari sebelum perbicaraan kes yang ditetapkan pada 13 Julai, tiada kaitan dengan perbicaraan kes saman berkenaan.



Mukhriz memfailkan permohonan ex-parte terhadap Najib pada 13 Julai tahun lalu atas dakwaan membuat satu kenyataan yang mana antara kandungannya merujuk kepadanya (Mukhriz) dan berbentuk kenyataan yang didakwa sebagai menghina dan mencampuri urusan mahkamah.



Sumber TKO - 20-2-2018

Cop Charged With Soliciting Bribe From Motorcyclist



KUALA TERENGGANU: A policeman was caught trying to solicit a bribe in exchange for turning a blind eye to an offence committed by a motorcyclist.

Kpl Ruslan Deraman was charged at the Kuala Terengganu Sessions Court for soliciting RM500 from the motorcyclist in February last year at the Wakaf Tapai police station in Marang.

Ruslan, who was unrepresented, pleaded not guilty before Judge Azman Mustapha to violating Section 16(a)(B) of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009.

He faces a prison term of not exceeding 20 years and a fine equivalent to five times the amount of the graft or RM10,000, whichever is higher, if convicted.

The judge then set bail was set at RM5,000 with one surety and fixed March 16 for the case to be mentioned. – .thestar

Sumber BO - 20-2-2018


'Main belakang': KJ kalah rayuan pada saman fitnah Anwar
Posted on Tuesday, February 20 @ 06:53:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38319


Mahkamah Rayuan menolak rayuan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang diperintah membayar ganti rugi RM150,000 dan kos RM60,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya.


Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan bantahan awal difailkan peguam Anwar, Sivarasa Rasiah dan J Leela, terhadap notis usul pada 9 Oktober tahun lalu.

Sivarasa memberitahu Malaysiakini bahawa beliau membantah notis rayuan yang difailkan bagi pihak ketua Pemuda Umno oleh tetuan Shafee and Co kerana ia “tidak jelas dan cacat”.

Leela juga memberitahu Malaysiakini pada November bahawa beliau menerima arahan untuk mengetepikan notis itu.

Sivarasa berkata peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sepatutnya memfailkan dua notis berasingan kerana melibatkan dua keputusan Mahkamah Tinggi yang berbeza.

“Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes A Santamil Selvi vs Deepak Jaikishian, yang Shafee bertindak bagi pihak Deepak, dua notis rayuan berasingan sepatutnya difailkan,” kata Sivarasa yang juga anggota parlimen Subang.

Hakim Azizul Azmi Adnan pada 29 September tahun lalu mendapati Khairy bersalah memfitnah Anwar dengan kenyataan “main belakang” pada 2008.

Sumber TKO - 20-2-2018


Anwar gagal kemuka butiran
Posted on Friday, February 09 @ 09:32:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38157



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mengemukakan butiran mengenai dakwaan penipuan berhubung bukti dalam sabitan ke atasnya dalam kes liwatnya semalam.

Peguam kanan Persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili kerajaan berkata tindakan di bawah Seksyen 44 Akta Keterangan memerlukan dakwaan penipuan mesti dibuktikan berdasarkan bukti dan ini merujuk kepada penipuan sebenar berlaku dan bukan  penipuan bersifat konstruktif.
“Hakikat bahawa plaintif (Anwar) hanya akan memberi butiran lanjut dan lebih baik mengenai dakwaan penipuan melalui pendedahan mempunyai kecacatan dan fatal,” kata beliau semasa berhujah dalam permohonan kerajaan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Anwar untuk dibebaskan daripada penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Awang Armadajaya berhujah bahawa undang-undang menghendaki  butiran mengenai  penipuan mesti dikemukakan dengan  tepat dan ia juga mesti menunjukkan bersama butiran  lengkap tentang bagaimana, bila, di mana dan bagaimana penipuan dikatakan dilakukan.
“Oleh itu, dakwaan plaintif terhadap defendan (kerajaan) tidak boleh sama sekali dianggap mempunyai unsur-unsur utama berhubung tindakan di bawah Seksyen  44 akta ini,” kata beliau.
Beliau juga berhujah bahawa saman yang difailkan oleh plaintif (Anwar) adalah remeh dan menyusahkan kerana gagal membekalkan butiran yang mencukupi dan bertentangan dengan keperluan di bawah Seksyen 44 Akta Keterangan.
Awang Armadajaya berkata saman yang dikemukakan oleh Anwar harus dibatalkan kerana plaintif tidak menamakan pihak yang betul dalam samannya.
Beliau seterusnya berkata plaintif sepatutnya menamakan Peguam Negara (AG), yang juga pendakwa  raya dan pegawai lain yang dikatakan menjalankan perbicaraan yang dicemari penipuan untuk membuktikan sebab-sebab bagi tindakan di bawah Seksyen 44 Akta Keterangan.
“Penegasan dalam kenyataan tuntutan terhadap kerajaan juga pada dasarnya telah mengesahkan peranan Peguam Negara sebagai pendakwa raya yang bebas dengan peranan Peguam Negara sebagai Penasihat Undang-undang kepada kerajaan,” kata beliau.
Anwar memfailkan saman itu pada 17 April, 2017 dalam satu lagi percubaan untuk dibebaskan dari penjara. Dia menamakan kerajaan sebagai defendan tunggal.
Anwar, antara lain, memohon perintah untuk  mengetepikan  keputusan Mahkamah Rayuan, bertarikh 7 Mac, 2014, dan keputusan Mahkamah Persekutuan, bertarikh 10 Feb, 2015, berdasarkan keterangan palsu oleh Mohd Saiful.        
Anwar pada mulanya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari, 2012, tetapi Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun. Pada 10 Februari, 2015, Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara.
Dalam kenyataan tuntutan, Anwar mendakwa bahawa Mohd Saiful telah membuat sumpah bohong, yang diketahui oleh defendan (kerajaan) adalah palsu, namun defendan bergantung kepada  sumpah palsu dan memanfaatkan sumpah bohong itu untuk kelebihannya.           
Beliau mendakwa bahawa kerajaan tahu bahawa perbuatan liwat yang dikatakan dilakukannya direka oleh Mohd Saiful.
Anwar berkata disebabkan penipuan itu, penghakiman Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan  adalah tidak sah dan harus diketepikan seperti diperuntukkan mengikut Seksyen Akta Keterangan.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan 12 Mac untuk membuat keputusan berhubung permohonan kerajaan untuk membatalkan  saman tersebut.

Sumber TKO - 9-2-2018



Najib, isteri dan 9 lagi gagal batal saman balu PI Bala
Posted on Wednesday, January 31 @ 10:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38011




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan 6 yang lain untuk membatalkan saman difailkan balu penyiasat bebas, P Balasubramaniam yang lebih dikenali sebagai PI Bala.

Peguam Najib, Nor Hazira Abu Haiyan berkata, Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan saman dikemukakan A Santamil Selvi tidak dapat diterima.
“Isu ini perlu diputuskan dalam perbicaraan penuh.”

Terdahulu, peguam Najib, Rosmah dan 6 yang lain berhujah saman Santamil patut dibatalkan kerana beliau kehabisan masa untuk berbuat demikian.

Difahamkan, Hue juga memerintah prinsip “res judicata” atau keputusan mahkamah lebih tinggi terikat kepada mahkamah rendah, tidak terpakai untuk pembatalan ini.

“Samannya sebelum ini tidak pernah didengar, dan kuasa tindakan daripada saman ini berbeza daripada terdahulu.”

Mahkamah menetapkan pengurusan satu lagi kes pada 16 Mac ini.

Santamil sebelum ini memfailkan saman konspirasi terhadap Najib, Rosmah, adik Najib – Mohd Nazim dan Johari, peguam Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Datuk Sunil Abraham, Arulampalam Mariampillai, pesuruhjaya sumpah Zainal Abidin Muhayat dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Beliau mendakwa ada bukti untuk membabitkan semua 9 defendan itu yang didakwa melakukan kesalahan terhadap mereka.

Bagaimanapun, saman mahkamahnya dibatalkan Mahkamah Rayuan pada 2015.
Tahun lalu, Santamil dan 2 anaknya memfailkan satu lagi saman terhadap individu sama yang dinamakannya dalam samannya sebelum ini, dengan mendakwa mereka mengalami mengalami kesengsaraan disengajakan kerana terpaksa hidup dalam buangan di India.

Beliau berkata, 9 defendan itu merampas kehidupan normal daripada keluarganya dan menyebabkan mereka mengalami kerugian kewangan dan bukan kewangan.
Mereka mendakwa mengalami trauma dan penderitaan mental disebabkan 9 defendan itu serta kehilangan tempat berteduh di persekitaran yang biasa.

Mereka menuntut ganti rugi dengan faedah atas penderitaan yang dialami dari Julai 2008 kerana kehilangan rumah selama 5 tahun.

Bagaimanapun, kes ke atas Deepak tidak didengar hari ini kerana ahli perniagaan itu memfailkan tuntutan berasingan untuk membatalkan saman Santamil.

PI Bala sebelum ini terlibat dalam kontroversi 2 akuan berkanun (SD) bercanggah dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Dalam saman ini, keluarga tersebut berkata defendan menyebabkan SD ke-2 Balasubramaniam dirangka tanpa arahannya dan menyebabkan beliau menandatanganinya di bawah situasi terancam dan paksaan.

Beliau terpaksa meninggalkan Malaysia untuk ke India tergesa-gesa selepas menandatangani SD ke-2 pada Julai 2008, sehari selepas SD pertama dikeluarkan.

Pada 3 Julai 2008, Balasubramaniam menerusi sidang akhbar yang diadakan PKR berkata, kandungan SD pertama membabitkan Najib dan beberapa individu lain dalam pembunuhan Altantuya adalah benar.

Pada Jun 2014, Santamil dan 3 anaknya memfailkan saman konspirasi selepas penemuan bukti baharu untuk membabitkan semua 9 defendan yang didakwa melakukan kesalahan ke atas mereka.

PI Bala yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan Altantuya, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac 2013, beberapa minggu setelah pulang dari India.

Beliau pernah bekerja untuk penganalisis politik dan rakan kongsi Najib, Abdul Razak Baginda yang mengupahnya untuk memantau Altantuya sebelum kehilangannya.

Sumber TKO - 31-1-2018


Kes Indira: Mufti Perak, Pahang bantah keputusan mahkamah
Posted on Wednesday, January 31 @ 08:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38007



PETALING JAYA: Mufti Perak dan Pahang membantah keputusan Mahkamah Persekutuan mengetepikan penukaran agama sebelah pihak membabitkan 3 anak seorang guru tadika, M Indira Gandhi oleh bekas suaminya yang memeluk Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukum syarak menyatakan jika salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anaknya juga seorang Islam.

“Kalau isteri itu Islam, suami tak Islam, maka dapat kepada isteri. Kalau isteri tak Islam, suami Islam, dapat kepada suami. Itu sudah hukum syarak dan dalam agama kita ini, agama (Islam) yang dipakai ialah agama Islam dan Perlembagaan.

“Jadi, sepatutnya dia (Mahkamah Persekutuan) tak boleh ubah,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penukaran agama anak di bawah umur kepada Islam perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa.

Dalam penghakiman bersejarah itu, Mahkamah Persekutuan turut memutuskan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes penukaran agama anak oleh sebelah pihak.

Keputusan hari ini mengakhiri pertikaian 9 tahun mengenai hak penjagaan anak antara agama, susulan tindakan bekas suami Indira yang memeluk Islam, Muhammad Riduan Abdullah menukar agama 3 anaknya tanpa pengetahuan ibu mereka pada 2009.

Harussani berkata, 3 anak Indira sepatutnya mengikut agama bapanya, kecuali mereka sudah akil baligh (12-15 tahun bagi lelaki dan 9-12 tahun bagi perempuan) yang membolehkan mereka memilih agama sendiri.

Tiga anak Indira itu berusia 11 bulan, 11 tahun dan 12 tahun ketika mereka diculik Riduan pada 2009. Kini, anak sulung Indira, Tevi Darsiny berusia 21 tahun dan anak lelakinya, Karan Dinish berusia 20 tahun, sementara anak perempuan bongsunya berusia 10 tahun.

Harussani berkata, mahkamah sepatutnya menghormati Perlembagaan negara dan Islam sebagai agama persekutuan.

“Sepatutnya begitulah. Ini seolah-olah negeri ini tidak ada agama,” katanya sambil menyifatkan keputusan mahkamah membatalkan pengislaman 3 anak Indira itu sebagai “menghindukan orang Islam”.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman turut membantah penghakiman bersejarah itu dengan berkata, ia akan memberi kesan kepada kes lain dalam jangka panjang.

“Kalau ikutkan dari segi syaraknya, apabila salah seorang masuk Islam, kita mengutamakan anak-anak itu terus masuk Islam. Maknanya agama (anak) bawah umur itu mengikut agama salah seorang daripada dia (ibu atau bapa) yang masuk Islam.”

Beliau juga bimbang dengan cara asuhan 3 anak yang sudah memeluk Islam itu di bawah jagaan Indira yang beragama Hindu.

“Itu yang perlu diambil perhatian, kecuali anak yang menyusu tak apalah dipelihara oleh ibu. Tapi dari segi agama, dia tak boleh mempraktikkan agama ibunya, dia kena diasuh dengan cara Islam.”

Sumber TKO - 31-1-2018



Keputusan Kes Indira: Ada Yang Gembira dan Ada Yang Berduka
Posted on Wednesday, January 31 @ 06:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38004



1. Semalam, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan penamat bagi kes Indira Gandhi yang menuntut pembatalan pengislaman 3 orang anaknya iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinish (11 tahun) dan Prasana Diksa (11 bulan). Ini adalah umur anak-anak tersebut ketika permohonan semakan kehakiman dibuat oleh Indira pada 9 Jun 2009.

Bekas suami Indira, Muhammad Riduan (nama lamanya Pathmanathan) telah memeluk Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian, pada 02 April 2009 Muhammad Riduan secara unilateral mengIslamkan kesemua anaknya tanpa keizinan si ibu yang masih beragama Hindu.

Tindakan ini menyebabkan si ibu, Indira memohon kepada Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan status pengislaman anak-anaknya itu.

Kes ini berlarutan daripada tahun 2009 sehinggalah ia mencapai kemuncak penamatnya pada 29 Januari 2018.

2. Kita perlu akui kes ini sememangnya ada perkaitan dengan pertembungan antara bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada si ibu, Indira manakala Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan kekal kepada si ayah, Muhammad Riduan.

Keadaan kes menjadi lebih rumit apabila Muhammad Riduan dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana dia gagal menyerahkan Prasana Diksa (anak bongsu) kepada ibunya.

Semenjak pada itu, Muhammad Riduan dan anak bongsunya gagal dikesan oleh pihak polis sehingga ke hari ini.

3. Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam sememangnya dinantikan oleh banyak pihak khususnya mereka yang menentang 'unilateral conversion' iaitu penukaran agama secara sebelah pihak.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara bahawa pengislaman 3 anak tersebut adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.


Mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.


Mereka mendapati bahawa Pendaftar Mualaf tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil penukaran agama kanak-kanak kepada Islam kerana tidak mematuhi Seksyen 96 (1) dan 106 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004.

Empat lagi hakim yang membuat keputusan tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali.

4. Mahkamah Persekutuan semalam membuat keputusan yang berbeza dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Disember 2007 dalam kes Subashini di mana pada ketika itu mahkamah menetapkan bahawa perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan adalah merujuk kepada ibu atau bapa (mana-mana seorang), dan tidak semestinya kedua-dua ibu dan bapa bersekalian.
Panel Hakim Mahkamah Persekutuan pada ketika itu membuat keputusan secara majoriti 2-1.

Hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman yang mengetuai panel tersebut  memutuskan bahawa Muhammad Shafi tidak menyalahgunakan proses mahkamah apabila menukar agama anaknya yang berusia empat tahun itu tanpa pengetahuan ibunya. Menurutnya, mengikut undang-undang Islam, hanya seorang sahaja - ibu atau bapa - mesti dimaklumkan mengenainya pertukaran agama anak tersebut.

5. Impak daripada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam adalah bersifat jangka masa panjang kerana ia mempunyai 'prospective effect' yang akan menjadi rujukan, panduan dan ikutan mahkamah untuk kes-kes baru yang akan datang.

6. Selain pada itu, pihak Kerajaan pastinya akan menjadikan keputusan Mahkamah Persekutuaan semalam sebagai alasan untuk meneruskan kembali niat yang tertangguh sebelum ini iaitu memasukkan Seksyen 88 A dalam pindaan Akta 164 yang mensyaratkan pengIslaman anak Muallaf hendaklah mendapat persetujuan bersama ibu dan bapa.

7. Bukan itu sahaja, yang lebih parah lagi apabila pihak yang memperjuangkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular sememangnya meraikan keputusan yang berani ini. 


Mereka tidak mahu melihat Islam menjadi teras negara dan Mahkamah Syariah diangkat martabatnya setaraf dengan Mahkamah S

Jamaludin Sharif, [30.01.18 22:46]
ivil.

8. Disenaraikan di sini pihak yang bergembira dan yang berduka dengan keputusan semalam untuk sama-sama kita nilai dengan jiwa dan iman.

a) Retired Federal Court judge Gopal Sri Ram:  lauded the “brilliant” judgment

b) Former Bar Council president Ambiga Sreenevasan: Indira Gandhi court ruling ‘courageous’

c)  Bersih 2.0 chairman Maria Chin Abdullah: Fantastic decision at Federal Court on Indira Gandhi’s case!

d) Datuk Zaid Ibrahim: welcomed the court ruling, calling it a courageous decision.

e) Hindraf chairman P . Waytha Moorthy: Justice finally

f) Lawyer and activist Siti Kasim: Our learned judges are simply brilliant!!!

g) Lawyers for Liberty executive director Eric Paulsen and Lawyer Azhar Harun: whether the authorities would follow through with the ruling

h) Sarawak PKR chairman Baru Bian: It is a clear and cogent judgment

i) The Centre for A Better Tomorrow (CenBet): applauded the Federal Court's bold decision

j) NGO Bebas:  Religious authorities must Heed Federal Court ruling

k) The Malaysian Consultative Council on Buddhism, Christianity, Sikhism and Taoism: wants Putrajaya to expedite the reconversion of Ms Gandhi’s three children from Islam to their original religion.

l) Chairman of the Association of Churches in Sarawak (ACS): Justin Wan welcomed the decision as “the right and truthful thing to do”.

m)  The Women’s Aid Organisation (WAO): hailed the judgement, calling it a “huge victory for all Malaysians”.

n) The United Nations Children’s Fund (Unicef): hailed the Federal Court’s declaration

Begitulah senarai panjang yang bergembira dengan keputusan semalam.

Di pihak Kerajaan pula, MCA dan MIC turut menyambut baik keputusan tersebut.

Amat malang sekali, terdapat 2 orang pemimpin UMNO yang bergelar Menteri turut bergembira dengan keputusan ini iaitu
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata ia adalah kemenangan buat Islam dan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata dia akan membawa hal ini untuk perhatian jemaah menteri dan semestinya ia berkait rapat dengan Seksyen 88 A pindaan Akta 164 yang ditarik balik sebelum ini.

9. Antara pihak yang berduka dan menyuarakan kebimbangan berkenaan impak keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ialah;

a) Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak

b) Datuk Seri Abdul Rahman Osman, Mufti Pahang

c) Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

d) Musa Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

e) YB Nasrudin bin Hassan, Ketua Penerangan PAS

f) Hassan Basri Muhammad, Naib Presiden PERKASA

g) Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM

10) Jikalau kita perhatikan dengan betul-betul, pihak yang bergembira dengan keputusan semalam ialah kelompok yang begitu lantang menentang usaha PAS untuk meminda Akta 355 bagi memartabatkan Mahkamah Syariah. 


Mereka walaupun berbeza individu dan kumpulan tetapi masih boleh seiring bersepadu memperjuangkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan menentang sebarang usaha Islamisasi.

Inilah perjuangan pahit-getir yang dialami PAS demi memartabatkan Islam di tanah air ini.

11) Jikalau sesiapa masih ingat, pada sidang Parlimen tahun 2017 ketika pindaan Akta 164 dibentangkan oleh Kerajaan BN, hanya Ahli Parlimen PAS sahaja yang berani mengundi menentangnya tatkala parti-parti PH menyokong sepenuhnya usaha BN-UMNO ketika itu.

Walaupun diperlekeh, Ahli Parlimen PAS tetap berjuang menentang sehingga ke akhirnya kerana tahu impak daripada pindaan itu amatlah besar. Demi meraih undi,  kerajaan akan tunduk kepada desakan pihak bukan Islam agar akidah anak Muallaf tidak dapat diselamatkan lagi. 


PAS tetap teguh istiqamah mempertahankan hak Muallaf untuk beramal dengan Islam yang merupakan agama Persekutuan Malaysia.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
30 Januari 2018


Sumber TKO - 31-1-2018



Peguam Sharie: Keputusan hari ini boleh timbulkan masalah di masa depan
Posted on Monday, January 29 @ 20:15:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37976


Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata keputusan mahkamah berhubung kes penukaran agama sepihak membabitkan M Indira Gandhi dan bekas suaminya, Mohd Ridhuan Abdullah, akan menimbulkan konflik dalam kes seumpamanya di masa hadapan.


Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan takrif "ibu bapa" harus bersifat majmuk - melibatkan ibu dan juga bapa - justeru penukaran agama tiga anak oleh bapa mualaf mereka, hampir 10 tahun lalu terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Musa berkata, kes yang serupa di masa depan akan merujuk keputusan yang dibuat hari ini.

"Saya agak terkejut dengan keputusan ini. Keputusan anak untuk menentukan agamanya pasti akan dipengaruhi siapa yang menjaganya.

"(Maka) Ia boleh menimbulkan konflik, misalnya perebutan anak sehingga anak dibawa lari pihak tertentu (sama ada penjaga yang beragama Islam mahupun bukan Islam yang tidak mendapat hak penjagaan).

"Kemudian anak disembunyikan sehingga anak itu membuat pilihan selepas mencapai umur 18 tahun," katanya kepada Malaysiakini.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara berpuas hati bahawa penukaran agama anak perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa, sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

  Zulkefli berkata, panel hakim mengambil maklum keputusan itu boleh mencetuskan perdebatan tetapi menjamin ia dibuat tanpa pengaruh agama.

Sepuluh tahun lalu, Mohd Ridhuan menukar agama tiga anaknya, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinish (11 tahun) dan Prasana Diksa (11 bulan), tanpa kebenaran dan pengetahuan Indira.

Sepanjang tempoh itu, kes tersebut turun naik di pelbagai mahkamah, malah pada satu masa keputusan Mahkamah Syariah bercanggah dengan Mahkamah Sivil.

Berbeza dengan pandangan mazhab
Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini tidak lagi terikat dengan keputusan kes R Subashini lawan T Saravanan pada tahun 2007, yang menyaksikan isteri yang beragama Hindu itu diarahkan untuk mencari jalan penyelesaian di Mahkamah Rayuan Syariah untuk menghentikan suaminya yang beragama Islam daripada menukar agama anak mereka tanpa persetujuannya.

Musa berkata, perbezaan dengan kes tahun 2007 itu menyebabkan keputusan hari ini bertambah janggal.

Selain itu, katanya lagi, ia juga berbeza dengan pandangan empat ima mazhab utama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Berdasarkan mazhab Shafie, Hanafi dan Hambali, jika ibu atau bapa memeluk agama Islam, anak perlu mengikutnya.

"Mazhab Maliki pula berpandangan jika bapa yang memeluk Islam anak perlu mengikutnya, kerana anak dinasabkan kepada bapa dan bukan ibu," katanya lagi.

Namun, katanya lagi, tiga anak dalam kes ini masih boleh memilih agama sendiri tanpa persetujuan ibu dan bapa selepas cukup umur 18 tahun.

Sumber TKO - 29-1-2018


Kes tukar agama sebelah pihak: Mahkamah sivil ada kuasa, kata hakim
Posted on Monday, January 29 @ 18:58:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37974



PUTRAJAYA: Dalam penghakiman penting hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa mendengar kes mencabar penukaran agama anak kepada Islam oleh sebelah pihak.

Ini satu daripada pengumuman penting dibuat mahkamah tertinggi yang membenarkan rayuan guru tadika, M Indira Gandhi dalam penukaran agama 3 anaknya oleh bekas suaminya, K Pathamanathan @ Muhammad Riduan Abdullah, pada 2009.
Panel 5 hakim itu diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan dianggotai hakim Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin and Tan Sri Ramly Ali.

Susulan keputusan itu, sijil penukaran agama yang dikeluarkan Pendaftar Muallaf Perak untuk Tevi Darshiny, Karan Dinesh, dan Prasana Diksa, kini tidak sah dan terbatal.

Zainun menyampaikan penghakiman sebulat suara itu.

Zulkefli dalam keputusan tambahannya berkata, hakim tidak terpengaruh dengan kepercayaan agama mereka.

Zulkefli memetik kenyataan bekas ketua hakim negara, Tun Suffian Mohamed Hashim sebagai berkata, hakim tidak harus dikenal pasti oleh kaum dan agama mereka, terutamanya apabila mempertahankan hak golongan minoriti.

“Kami mengikut undang-undang dan peraturan kes dalam mendukung kedaulatan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, isu penukaran agama menjadi perbincangan awam kebelakangan ini, dan badan eksekutif dan perundangan yang terlibat dalam meminda undang-undang berkaitan.

Zainun berkata, keputusan hari ini akan membawa kesan prospektif, yang bermaksud prinsip undang-undang diwujudkan dalam kes Indira akan diguna pakai dalam kes lain.
Dalam penghakiman itu, beliau berkata, Indira adalah seorang bukan Islam dan tiada locus standi di Mahkamah Syariah.

“Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa memperluaskan bidang kuasa sendiri bagi memilih untuk mendengar permohonan perayu.”

Katanya, kuasa semakan kehakiman penting bagi peranan perlembagaan mahkamah sivil dan sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

“Ia tidak boleh dimansuh atau diubah Parlimen melalui pindaan Perlembagaan. Pemberian fungsi kehakiman kepada badan selain mahkamah adalah campur tangan dalam kuasa kehakiman dalam persekutuan,” katanya.

Zainun berkata, ia adalah bukti tidak boleh dipertikai kanak-kanak itu tidak mengucapkan 2 kalimah syahadah dan tidak hadir di depan pendaftar sebelum sijil penukaran agama dikeluarkan.

“Pengeluaran sijil walaupun tidak memenuhi syarat statutori mandatori adalah perbuatan di mana pendaftar tiada kuasa untuk berbuat demikian di bawah enakmen itu.”

Katanya, ia bertentangan kedaulatan undang-undang dan kuasa kehakiman mahkamah, jika keputusan pendaftar kebal daripada semakan kehakiman memandangkan fakta jelas menunjukkan beliau tiada bidang kuasa itu.

Zainun berkata, membenarkan seorang kanak-kanak menukar agama dengan persetujuan hanya seorang ibu atau bapa akan menimbulkan tanda tanya.

Berikut ialah turutan masa kes Indira dan Riduan berhubung penukaran agama anak mereka.
  1. 10 April 1993 – Berkahwin secara sivil.
  2. 11 Mac 2009 – Riduan memeluk Islam.
  3. 31 Mac 2009 – Meninggalkan rumah keluarga di Ipoh dengan anak perempuan bongsu, Prasana Diksa.
  4. 2 April 2009 – Riduan menukar agama 3 anaknya menggunakan sijil kelahiran mereka tanpa persetujuan dan pengetahuan Indira.
  5. 25 Julai 2013 – Mahkamah Tinggi membatalkan penukaran agama itu kerana Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa.
  6. 30 Disember 2015 – Mahkamah Rayuan dalam keputusan 2-1 mempertahankan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk menentukan penukaran agama sebelah pihak kerana ia adalah isu agama, bukannya isu Perlembagaan.
  7. 19 Mei 2016 – Mahkamah Persekutuan membenarkan Indira mencabar kesahihan penukaran agama sebelah pihak anaknya.
  8. 30 November 2016 – Penghakiman ditangguhkan selepas mendengar hujah Indira, Riduan, pihak berkuasa agama Perak dan Putrajaya.


Note: Ini antara sebab sebsar anda perlu menyokong PAS dan mendaulatkan Islam. Ini adalah tanggungjawab anda untuk dijawab disisi ALlah bahawa anda cuba untuk memperjuangkan Islam - WM

Sumber TKO - 29-1-2018


Forex RCI: Mahathir saman Najib, kerajaan
Posted on Tuesday, December 19 @ 17:29:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37371



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memfailkan saman pemula terhadap enam anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian pertukaran asing pada tahun 1990-an kerana ia dikatakan tidak lengkap.

Beliau menamakan semua enam anggota RCI iaitu Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathan dan Datuk Yusof Ismail bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kabinet dan kerajaan sebagai defendan.

Saman itu difailkan oleh firma undang-undang Haniff Khatri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahathir memohon pengisytiharan bahawa laporan RCI tidak sah mengikut undang-undang dan tidak boleh diterima kerana ia tidak termasuk semua kenyataan saksi atau keterangan mereka yang hadir termasuk permintaan bertulis atau lisan dalam bentuk transkrip atau rakaman video dan hujah yang dibuat oleh peguam.

Beliau juga memohon kos saman ditanggung oleh defendan.

Mahathir dalam surat tuntutannya pada 4 Disember lalu mendakwa bahawa laporan setebal 495 muka surat itu tidak memasukkan transkrip semua saksi, hujahan dan bukti. Beliau juga memberikan RCI tarikh akhir 8 Disember untul memasukkan semua itu dalam laporannya.

Saman pemula itu menyatakan bahawa tujuan permohonan adalah kerana bahawa beliau menganggap laporan RCI tersebut sebagai tidak sah dan tidak lengkap tanpa dokumen-dokumen dilampirkan bersama terhadap laporan akhir bertarikh 13 Oktober tahun ini.

Ini termasuk transkrip saksi yang memberikan keterangan atau rakaman video yang tidak dilampirkan bersama, termasuk semua permohonan yang dibuat oleh pelbagai pihak, dan bukti dalam bentuk dokumentasi juga tidak dimasukkan.


Sumber TKO - 19-12-2017


Mahkamah keluarkan waran tangkap ke atas Tian Chua
Posted on Tuesday, December 19 @ 17:24:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37370



Dalam satu tindakan mengejutkan, seorang hakim Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas Naib Presiden PKR, Tian Chua atas kegagalan menghadiri pengurusan kes rayuan keputusan dakwaan hasutannya.

Ahli parlimen Batu itu atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang, 54, mahupun peguamnya dilaporkan gagal menghadirkan diri.

Hakim Datuk Sofian Abd Razak kemudian mengarahkan waran tangkap dikeluarkan kerana tidak Chua mahupun peguamnya tidak hadir di mahkamah sehingga jam 4 petang tadi.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim.

Pada 28 Sept tahun lalu, Tian Chua didapati bersalah mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan kerana didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan pada forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor selepas pilihan raya umum ke-13, lima tahun lalu.

Beliau didapati bersalah dan dihukum penjara tiga bulan dan denda RM1,800.
Tian Chua merayu berhubung kesalahan dan hukuman itu manakala pendakwaan memohon hukuman lebih tinggi.

Melalui peruntukan undang-undang Chua boleh dikenakan denda maksium RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau akan hilang kelayakan sebagai anggota parlimen jika didenda lebih daripada RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Sabitan dan hukuman begitu juga akan menghilangkan kelayakannya untuk bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

Sumber TKO - 19-12-2017



Cikgu Azizan dilepaskan
Posted on Tuesday, December 19 @ 12:06:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37368



SEREMBAN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan guru dikenali sebagai Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu.


Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada jam 7 pagi, 6 April lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh di Mahkamah Majistret di sini, Oktober lalu, dan hari ini sepatutnya menjadi hari pertama proses perbicaraan. Azizan diwakili peguam Francis Pereira.

Lebih 300 orang yang menyokong Cikgu Azizan termasuk guru dan penduduk sekitar Taman Semarak, selain wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hadir di Kompleks Mahkamah Seremban memberi sokongan moral kepadanya sejak jam 8 pagi tadi.

Mereka bersorak apabila Cikgu Azizan keluar dari mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dan dimaklumkan pertuduhan terhadapnya ditarik balik.


Cikgu Azizan ketika ditemui, bersyukur dengan keputusan berkenaan dan memberi jaminan kes berkenaan tidak melemahkan semangatnya untuk terus mendidik.

Sumber TKO - 19-12-2017

Mahkamah kembalikan keputusan ketepi saman terhadap Dr Subra
Posted on Wednesday, December 06 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37188


Mahkamah Persekutuan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengetepikan saman difailkan terhadap Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan tujuh yang lain.


Keputusan itu dibuat panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin semalam setelah mahkamah itu dimaklumkan bahawa responden dalam saman berkenaan tidak ingin meneruskan tindakan undang-undang mereka di Mahkamah Tinggi dan tidak membantah rayuan yang dikemukakan.

Peguam Datuk V. Manokaran yang mewakili tiga responden – bekas Pengarah Strategik MIC K. Ramalingam, Datuk Henry Benedict Asirvatham dan Datuk M.V. Rajoo – memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak ingin meneruskan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi dan mereka menyetujui rayuan yang dikemukakan itu.
Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Dr Subramaniam juga meminta mahkamah membenarkan rayuan itu memandangkan ketiga-tiga responden tidak ingin meneruskan tindakan undang-undang mereka.

Zulkefli kemudian memerintahkan agar keputusan Mahkamah Tinggi dikembalikan dan perintah Mahkamah Rayuan diketepikan.

Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Di samping Dr Subramaniam, tujuh perayu lagi adalah Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Mohamad Razin Abdullah, pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Akmal Yahya, Datuk S. Vigneswaran, Datuk Jaspal Singh, Datuk T. Mohan, A Sakthivel dan peguam V. Vasanthi.

Pada 5 Feb 2016, Ramalingam dan tujuh yang lain memfailkan saman terhadap Dr. Subramaniam serta tujuh yang lain berhubung dakwaan wujud konspirasi untuk menggulingkan bekas Presiden MIC Palanivel pada 2015.

Pada 11 Julai 2016, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan Dr Subramaniam serta tujuh yang lain mengetepikan saman berkenaan dan seterusnya mendorong responden memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan menyebelahi Ramalingan serta responden lain pada 10 Jan tahun ini, mengubah keputusan Mahkamah Tingggi itu dan memerintahkan perkara berkenaan menjalani perbicaraan penuh.

Bagaimanapun, pada Mei tahun ini, satu lagi panel Mahkamah Persekutuan mengetepikan lima responden sebagai pihak kepada saman itu – V. Ganesh, M. Sathiyamurthi, George Alexander Fernandez, R.M. Prabu dan R. Sithambaram Pillay – setelah mereka memohon untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang.

Panel Mahkamah Persekutuan sama yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif juga membenarkan Dr Subramaniam serta tujuh yang lain untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah sepatutnya mendengar rayuan berkenaan semalam.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh mewakili Mohamad Razin dan Akmal, manakala Jaspal Singh, Mohan serta Sakthivel diwakili peguam Ho Hon Keong dan peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin mewakili Vigneswaran dan Vasanthi.
- Bernama

Sumber TKO - 6-122-2017


Wan Azizah, 2 lain, diarah bayar RM2 juta kepada Felda
Posted on Wednesday, December 06 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37179



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan 2 lain membayar ganti rugi berjumlah RM2 juta kepada Felda dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah 7 tahun lepas.

Hakim Datuk Su Geok Yiam memerintahkan Wan Azizah, bekas Senator Dr Syed Husin Ali dan penulis artikel Rusnizam Mahat membayar ganti rugi RM2 juta sebagai ganti rugi am dan teruk selepas membenarkan rayuan Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selaku perayu terhadap ganti rugi RM70,000 yang diputuskan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 13 Februari lalu.

Su dalam penghakiman lisannya berkata, mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, mewakili Felda bahawa ganti rugi RM70,000 dan kos RM10,000 yang diberikan kepada perayu sebelum ini terlampau rendah dan sepatutnya dinaikkan.

Beliau berkata timbalan pendaftar mengeluarkan perintah terhadap ganti rugi itu sebelum ini gagal menilai artikel bertajuk “Felda Bankrap” dan artikel berserta gambar bertajuk

”Kontroversi” dan ”Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan 3 Individu”
menyebabkan perayu mengalami kerugian kewangan dan saham Felda turut mengalami kemerosotan.

Katanya, mahkamah juga berpendapat jika jumlah itu tidak diketepikan dan digantikan dengan jumlah ganti rugi sewajarnya, ia boleh menyebabkan semua pihak memandang remeh kepada kes fitnah dilemparkan terhadap badan berkanun.

“Ia menyebabkan mereka rasa mereka boleh melakukan perkara yang sama (memfitnah) ke atas badan berkanun dan terlepas begitu sahaja dengan hanya membayar jumlah ganti rugi yang rendah. Ini memberikan mesej salah kepada masyarakat di luar sana.

“Oleh itu, ia memerlukan langkah perundangan sewajarnya kepada peneroka Felda. Saya dengan ini melaksanakan kuasa budi bicara yang ada pada saya untuk membenarkan rayuan ini dan mengetepikan jumlah ganti rugi yang diberikan kepada perayu sebelum ini,” katanya yang turut memerintahkan kesemua responden membayar kos RM25,000 kepada perayu.

Selain Mohd Hafarizam, Felda dan FGHV turut diwakili peguam Nor Emelia Mohd Iszeham manakala peguam Francis Pereira bertindak bagi kesemua responden.

Pada 17 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan saman Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd selaku plaintif terhadap ketiga-tiga defendan berhubung penerbitan 2 artikel fitnah dalam akhbar PKR ”Suara Keadilan”.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman RM200 juta terhadap ketiga-tiga defendan atas dakwaan menyiarkan 2 artikel memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel itu, masing-masing disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ”Felda Bankrap” dan artikel berserta gambar bertajuk ”Kontroversi” dan ”Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan 3 Individu” menjejaskan imej mereka.

Pada 30 September 2014, bekas editor ”Suara Keadilan”, Dzulkarnain Taib, yang merupakan seorang daripada defendan, memohon maaf kepada Felda dan anak syarikatnya berhubung penerbitan 2 artikel itu.

Beliau menyatakan artikel itu palsu dan diterbitkan oleh ”Suara Keadilan” dengan tujuan untuk memperkecilkan pihak plaintif dan menjejaskan reputasi mereka.

Sumber TKO - 6-12-2017


RM1.5 Juta Akaun Zahida-Shafie Dibeku : Mahkamah Benar Bekas Pemandu Buat Rayuan
Posted on Tuesday, December 05 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37155



Episod saman antara Zahida Rafik dan bekas pemandu Zahida membuka bab baru apabila mahkamah menerima rayuan bekas pemandu manakalah LHDN telah membekukan akaun haram Zahida- Shafie.

Mahkamah Persekutuan 30 November lalu membenarkan permohonan Noor Azman Azemi, bekas pemandu pelakon Zahida Rafique dalam rayuannya terhadap saman fitnah ke atas bekas majikannya.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif membenarkan Noor Azman menimbulkan persoalan undang-undang mengenai sama ada laporan polis dianggap sebagai keistimewaan mutlak.

Hakim lain adalah Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Ma’arop dan Datuk Balia Yusof Wahi.

Persoalan dibangkitkan adalah berkenaan individu berkenaan memiliki hak istimewa mutlak jika mengulangi isi pernyataan fitnah dalam laporan polis yang didedahkan termasuk kepada media

Pada 26 Febuari 2015 dilaporkan Noor Azman menang dalam saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila mahkamah memerintahkan Zahida membayar RM150,000 dan menolak tuntutan balas pelakon itu.

Ini selepas Zahida memberitahu akhbar dengan mendakwa Noor Azman mencuri wang sebanyak RM200,000, yang mana bekas pemandu itu menafikannya.

Hakim Hue Siew Kheng memutuskan Zahida bukan sahaja memfitnah Noor Azman tetapi juga telah mereka invois semasa memberikan keterangan di mahkamah.

Siew Kheng berkata Zahida telah menceritakan pelbagai versi mengenai sumber wang berkenaan dan terdapat percanggahan dalam bukti diberikan Zahida dan ahli perniagaan yang juga pemilik Puncak Utsa, Shaheful Ardan Adenan berhubung wang berkenaan
Siew Kheng juga berkata Zahida mendakwa wang itu adalah komisyen bagi pinjaman RM20,000 yang diberikan kepada ahli perniagaan itu dan mendakwa wang itu sebahagian daripada keuntungan sebanyak RM243,000 yang mana Shaheful memberikan pulangan ke atas pelaburannya.

Namun Siew Kheng berkata ahli perniagaan itu dalam keterangannya mengatakan RM200,000 itu diberikan sebagai wang ihsan.

Bagaimanapun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Lim Yee Lan pada Mei lalu membenarkan rayuan Zahida dan memerintahkan Noor Azman membayar kos sebanyak RM200,000 dan kos RM50,000 atas tuntutan balas aktres tersebut.

Hakim Datuk Hasnah Hashim semasa membacakan keputusannya berkata Mahkamah Rayuan berhak campur tangan dalam kes itu kerana terdapat bukti meyakinkan untuk menunjukkan wang diperolehi Zahida dan kelakuan Noor Azman pada hari kejadian – iaitu 29 Februari 2012 – boleh dipersoalkan.

“Kenyataan dibuat Zahida seperti disiarkan dalam Harian Metro mempunyai keistimewaan terlindung hasil laporan polis beliau,” katanya.

Noor Azman diwakili Tan Sri Gopal Sri Ram dan Latheefa Koya manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Zahida.

Kemenangan Zahida mengesahkan kehilangan wang RM200,000 yang dilarikan pemandunya Noor Azman Azemi sebagaimana dilapor polis dan media.


Pada 18 April 2012 Noor Azman Azemi dan Zuraida Ahli Parlimen Ampang mengadakan sidang media mendedahkan penyata bank peribadi Zahida Rafik bukan hanya RM 200,00 tetapi transaksi RM1.5 juta yang diberi Shafie Apdal.

Sumber sabahkini2 –AIDCNews

Sumber TKO - 4-12-2017


Persendakan Al Quran & Hadis : Asiah Abd Jalil Dihadapkan Ke Mahkamah
Posted on Wednesday, November 29 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37053



Kerana mempersendakan Al Quran dan Al Hadis, akhirnya Asiah Abd Jalil dihadapkan ke Mahkamah Syariah Pahang.

Asiah berkata hari ini Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menyerbunya di rumah untuk menangkapkan terhadap dua kesalahan berkaitan dengan menghina Islam.

“Sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), diketuai Sharafuddin Zainal Ariffin, baru saja serbu rumah saya pada jam 11 malam tadi.

“Bersama waran geledah untuk menangkap saya. Saya disyaki melakukan jenayah syariah di bawah seksyen 11 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 kerana :-1) menghina atau menyebabkan dipandang hina Agama Islam 2) mempersendakan ayat Al-Quran atau Hadith,”katanya dalam Facebook.

Walau bagaimanapun kata Asiah penguatkuasa JAIP itu tidak berjaya menangkapnya kerana dia mempertikaikan berkenaan prosedur waran tangkap.

“Saya cabar waran geledah yang defective dan penyalahgunaan prosedur siasatan oleh JAIP. Akhirnya Pegawai Penguatkuasa keluarkan arahan hadir membantu siasatan di pejabat JAIP jam 10 pagi esok.

“Tanpa gentar saya akan jawab semua pertuduhan di Mahkamah Syariah,”katanya lagi.

Sumber TKO- 29-11-2017

Lepaskan belon di acara Najib: Bilqis Hijjas dibebaskan
Posted on Monday, November 27 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37024



KUALA LUMPUR: Penari Bilqis Hijjas dibebaskan daripada pertuduhan berkelakuan menghina kerana melepaskan belon kuning dalam satu acara dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri di sebuah pusat membeli-belah 2 tahun lalu.


Majstret Muhammad Faizal Ismail berkata pihak pembela telah mencetuskan keraguan atas kes pihak pendakwa.

Menurutnya, dakwaan Bilqis mengatakan beliau hanya melepaskan belon untuk menarik perhatian Najib bagi mendokong prinsip perlembagaan tidak pernah dicabar oleh pihak pendakwa.

“Bukti oleh saksi pendakwaan bahawa mereka (tetamu yang hadiri acara itu) akan berasa marah dengannya (Bilqis) dan ianya akan menganggu majlis hanyalah tanggapan,” katanya.

Menurut Faizal, Bilqis yang merupakan satu-satunya saksi pihak pembela, memberi bukti konsisten dengan testimoni oleh pegawai keselamatan dan imej yang dirakam pada kamera litar tertutup (CCTV).

Beliau juga berkata, Bilqis tidak melawan apabila ditangkap pegawai keselamatan dan acara berjalan dengan lancar.

Pada 1 Julai 2016, Mahkamah Majistret membebaskan Bilqis tanpa memanggilnya membela diri atas dasar kerana bukti oleh saksi pendakwaan tidak dapat membuktikan yang Bilqis berniat mencetuskan provokasi dan kemarahan.

Anak kepada arkitek terkemuka Hijjas Kasturi, dituduh melepaskan belon dari tingkat 5 pusat membeli-belah Pavilion di Bukit Bintang pada 31 Ogos, semasa Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur DiverseCity 2015 di tingkat bawah.

Belon yang tertera perkataan “demokrasi”, “media bebas” dan “keadilan” itu sehari selepas perhimpunan Bersih 4.0.

Bilgis didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, boleh dikenakan denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi 3 Oktober lalu memerintahkan penari itu membela diri ekoran satu rayuan oleh kerajaan.

Bilgis yang gembira hari ini berkata beliau berharap kerajaan tidak akan merayu ke atas keputusan itu.

“Ini satu tuduhan tidak betul dan keputusan mahkamah menunjukkan tentangan simbolik dibenarkan,” katanya kepada pemberita.


Bilqis juga berterima kasih kepada para peguamnya yang menguruskan kes itu sejak 2 tahun lepas.

Sumber TKO - 27-11-2017

Mahkamah kekalkan keputusan bersalah Khalid Samad
Posted on Friday, November 24 @ 18:25:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36975





 Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini mengekalkan keputusan bersalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengajar Islam tanpa tauliah di sebuah surau di Klang pada 2011.

Walau bagaimanapun, hakim syarie Salehan Yatim bersetuju untuk mengurangkan denda yang dikenakan daripada RM2,900 kepada RM1,900.

Hakim berkata, beliau mengambil maklum bahawa denda RM2,900 boleh menyebabkan Khalid kehilangan kerusinya dan Shah Alam pula kehilangan wakil rakyat yang dipilih. Beliau juga berkata, bahawa ini adalah kesalahan pertama pengarah komunikasi AMANAH itu.

Dengan keputusan hari ini, Khalid layak bertanding pada pilihan raya umum ke-14 memandangkan wakil rakyat hanya kehilangan kelayakan jika mereka didenda lebih daripada RM2,000 atau dipenjarakan selama lebih daripada satu tahun.

 Beliau diwakili peguam, Zulqarnain Lukman sementara Aiman Roslan bertindaka sebagai timbalan pendakwa raya syarie.

Khalid telah membayar denda RM2,900 apabila beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 19 Januari.

Mahkamah Rendah Syariah Klang menjatuhkan hukuman denda RM2,900 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut ke atas Khalid atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Selangor.

Semasa perbicaraan, Khalid berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan kerana dirinya hanya berkongsi pengalamannya ke Gaza

Sumber TKO - 24-11-2017

Semakan Anwar: Mahathir mohon dapatkan arahan pemerhati
Posted on Friday, November 24 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36966


Peguam-peguam Tun Dr Mahathir Mohamad mengutus surat kepada Mahkamah Persekutuan memohon mendapatkan arahan pemerhati (watching brief) dalam semakan keputusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat oleh mahkamah itu.


Merujuk ‘kegagalan coram,’ Anwar awal bulan ini memfailkan semakan keputusan terhadapnya yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, kerana hakim itu telah melepasi usia bersara mandatori.

Surat itu susulan tindakan peguam Mahathir yang memfailkan rayuan semalam untuk mencabar pelantikan Zulkefli dan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, juga mengenai usia hakim-hakim berkenaan.

Peguam Mahathir, Haniff Khatri Abdulla, memberitahu Malaysiakini bahawa surat memohon firmanya diberikan arahan pemerhati dalam semakan Anwar, yang dijadualkan dibicarakan pada 27 November, dihantar kepada pendaftar Mahkamah Persekutuan pagi ini.

Dalam surat yang dilihat oleh Malaysiakini itu, Haniff berkata mereka percaya perbicaraan semakan Anwar berkaitan dengan isu sama yang dibangkitkan oleh Mahathir.

"Ini berkaitan cabaran kami mengenai pelantikan Md Raus dan Zulkefli yang melampaui usia persaraan wajib mengikut perlembagaan iaitu 66 tahun dan enam bulan.

"Kami telah menulis untuk diberikan kebenaran untuk menghadiri prosiding pada Isnin atau mana-mana tarikh seterusnya yang diputuskan," kata surat itu.

Sumber TKO - 24-11-2017

Pengurusan semula kes rasuah Guan Eng 15 Mac
Posted on Tuesday, November 14 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36723


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menetapkan 15 Mac tahun depan sebagai tarikh pengurusan semula bagi kes rasuah membabitkan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.


Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas peguam Datuk V. Sithambaram yang mewakili Phang memaklumkan, pihak pendakwaan bagi kes itu telah mengemukakan rayuan mereka bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Persekutuan.

Sithambaran ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu, pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 adalah bercanggah dengan perlembagaan.

Beliau berkata pada masa ini belum ada tarikh untuk rayuan itu didengar di Mahkamah Persekutuan.

"Sejurus selesai prosiding dan bicara berhubung rayuan tersebut di Mahkamah Persekutuan barulah mahkamah ini (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang) akan memberikan tarikh perbicaraan baru berhubung kes rasuah ini," katanya.

Pada prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Daud manakala Lim diwakili peguam RSN Rayer. Kedua-dua tertuduh tidak hadir.

Pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan Lim dan Phang selepas memutuskan bahawa Seksyen 62 Akta SPRM adalah mengikut perlembagaan serta sah, kerana ia tidak menghalang hak tertuduh untuk mendapat perbicaraan secara adil.

Seksyen 62 Akta SPRM menyebut bahawa apabila telah berlaku penyerahan dokumen oleh pihak pendakwa mengikut Seksyan 51A Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh perlu menyerahkan dokumen berikut kepada pihak pendakwa sebelum perbicaraan bermula:

(a)Suatu pernyataan pembelaan yang menyatakan secara am jenis pembelaan dan perkara-perkara mengenai pendakwaan yang dibantah oleh tertuduh, dengan menyatakan sebab-sebabnya; dan (b)suatu salinan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pembelaan.

Lim dan Phang memfailkan permohonan itu pada Januari tahun ini.

Pada 30 Jun tahun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, iaitu ketua menteri Pulau Pinang, untuk mendapatkan keuntungan bagi diri dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam di daerah barat daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Aras 28, Bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lim menghadapi tuduhan kedua iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bagi dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, harga yang didakwa beliau ketahui tidak sepadan dengan nilai pasaran bagi hartanah berkenaan iaitu RM4.27 juta.

Tuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Phang mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan banglo itu di bawah harga pasaran. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tempat dan pada tarikh sama.

Tuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama-sama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Bernama


Sumber TKO - 14-11-2017



VK Lingam kena penjara enam bulan
Posted on Tuesday, November 14 @ 12:34:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36711


Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati peguam kanan Tan Sri VK Lingam bersalah kerana menghina mahkamah.


Beliau kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana menuduh anggota panel terlibat dalam plagiarisme.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abu Samah Nordin yang mengetuai panel berkata keputusan itu adalah sebulat suara.

Lingam bagaimanapun tidak menghadiri prosiding mahkamah hari ini.

"Waran akan dikeluarkan dan hukuman itu akan segera dilaksanakan," katanya kepada mahkamah.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Pada 26 September lalu, mahkamah tertinggi itu membuat keputusan bahawa laporan perubatan dari sebuah hospital Amerika Syarikat untuk menyokong kegagalan Lingam hadir di prosiding menghina mahkamah terhadapnya, adalah palsu.

Laporan itu yang bertarikh 10 Mei tahun ini, menyebut bahawa Lingam, 66, tidak sihat untuk jangka masa perjalanan yang lama, termasuk dengan penerbangan, sususlan masalah sakit belakang dan tulang pinggul.

Sumber TKO - 14-11-2017

Tendang lagi belakang wanita, penganggur dipenjara pula setahun
Posted on Saturday, November 11 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36627



KUALA LUMPUR, 10 Nov — Seorang lelaki yang pernah dipenjarakan tiga bulan kerana menendang seorang wanita, hari ini dikenakan hukuman penjara maksimum 12 bulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan sama terhadap wanita lain, Isnin lepas.

Majistret Rahni Kartini Abd Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Marmi Zabrin Mian, 34, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Or Sui Lin, 34, dan melakukan serangan jenayah terhadap juruanalisa Bank Negara Malaysia (BNM) itu di jejantas Jalan Raja Laut, di sini, pada jam 1.30 tengah hari pada hari berkenaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan mencederakan manakala penjara maksimum tiga bulan bagi kesalahan melakukan serangan jenayah.

Penganggur itu diperintahkan menjalani kedua-dua hukuman itu secara serentak bermula dari  tarikh tangkap, Rabu lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan dan Seksyen 351 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Ketika pertuduhan kedua itu dibacakan, tertuduh yang berdiri di dalam kandang tertuduh  bertanya: “Macam mana serangan jenayah itu? Boleh beri contoh?”

Majsitret Rahni Kartini kemudian meminta jurubahasa membaca pertuduhan itu sekali lagi dan bertanya sama ada tertuduh faham atau tidak, lalu tertuduh menjawab: “ok ok, saya faham”.

Terdahulu, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman penjara minimum atau denda kerana dia menanggung ibunya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman pemenjaraan berbentuk pengajaran kerana tertuduh mempunyai empat rekod lampau mengikut Seksyen 32  iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan membabitkan mangsa wanita.

“Mangsa dalam kes ini adalah seorang wanita dan kejadian berlaku di tempat awam. Terdapat lima laporan polis dibuat terhadap tertuduh.

“Dia masih menggunakan modus operandi sama iaitu menendang dari belakang terutamanya golongan wanita.

“Kalau mangsanya warga emas, ia akan mendatangkan kecederaan lebih buruk. Tertuduh masih tidak insaf walaupun telah menjalani hukuman penjara sebelum ini atas kesalahan sama,” katanya.

Sebuah video berdurasi 14 saat tular di laman media sosial memaparkan imej seorang lelaki dengan secara tiba-tiba menendang seorang wanita yang sedang menuruni tangga jejantas tersebut dan ia mendapat banyak komen negatif terutamanya golongan wanita.
Pada 15 September 2016, Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap tertuduh atas kesalahan menendang belakang Shakira Mohd Khalid, 28, seorang setiausaha di Bukit Aman, tanpa sebab di terowong pejalan kaki dari Jalan Cenderasari ke Dayabumi di sini. — Bernama

Sumber TKO - 11-11-2017


6 Penuntut UPNM Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Zulfarhan
Posted on Saturday, November 11 @ 09:27:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36625



Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah bersubahat dan membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lalu, lapor BERNAMA.

Pengakuan itu dibuat Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakim Mohd Ali, masing-masing 21, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah, hari ini.



Lima daripada mereka kecuali Abdoul Hakim, didakwa membunuh Zulfarhan Osman, 21, di Bilik 04-10, Blok penginapan asrama Jebat UPNM, Kem Perdana Sungai Besi, Cheras, antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei lalu.

Mahkamah mendakwa mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Mereka berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.



Sementara itu, Abdoul Hakim didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan lima rakannya mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman serupa.






Mahkamah menetapkan 13 November untuk sebutan semula kes. 



Sumber TKO - 11-11-2017


Wanita hayun pengunci stereng didenda RM3,000
Posted on Saturday, November 11 @ 09:14:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36622



PETALING JAYA: Seorang wanita yang rakaman videonya memarahi seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil mengacukan pengunci stereng kereta tular di laman sosial baru-baru ini, didenda RM3,000 atau penjara 3 bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Lew Yoke Peng, 43, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu Penguatkuasa MPSJ, Nor Safuan Noordin, 31, daripada menjalankan tugasnya di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, Puchong pada 1 tengah hari, 6 September lepas.

Bekas akauntan itu didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kerana kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius malah menghina undang-undang negara ini.

“Oleh itu, perlu satu bentuk hukuman yang dapat memberikan pengajaran ke atas tertuduh dan masyarakat agar tidak mencabar penguat kuasa dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Lim Chi Chau merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dijatuhkan hukuman berbentuk denda sahaja dengan alasan sepanjang tempoh pemenjaraan tertuduh telah insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatannya lagi.


“Tertuduh juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjaga suaminya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi mendapatkan rawatan daripada hospital lebih daripada 2 kali seminggu di samping menanggung ibu bapa yang uzur,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh melakukan kesalahan meletak kereta di tempat letak kereta yang dikhususkan untuk OKU menyebabkan keretanya ditunda oleh pihak penguat kuasa MPSJ.

Kerana berang dengan tindakan pihak penguat kuasa MPSJ itu, tertuduh terus menjerit-jerit sambil memegang pengunci stereng kereta dan memarahi pegawai penguat kuasa yang bertugas.

Video rakaman yang menunjukkan wanita tersebut memegang pengunci stereng dan menjerit-jerit kepada penguat kuasa MPSJ itu tular di media sosial baru-baru ini.

Pada 30 Oktober lepas, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 hari oleh Mahkamah Majistret kerana menghina mahkamah dengan cara menjerit dan mengingkari arahan Majistret Nurulhuda Zakariya.

Sumber TKO - 11-11-2017


Saman balu PI Bala: Hanya Deepak belum failkan pembelaan
Posted on Wednesday, November 01 @ 12:41:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36351


Pengedar permaidani Deepak Jaikishian belum memfailkan pembelaannya berhubung saman yang dikemukakan oleh A Santamil Selvi dan tiga anaknya mengenai akuan bersumpah terakhir yang dibuat oleh suaminya, P Balasubramaniam, berkenaan dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu.


Peguam Deepak, Sarah Abishegam memberitahu pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa firma Shafee dan Co akan menyerahkan kenyataan pembelaan itu pada Isnin depan.

Semua lapan defendan dalam saman itu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, telah memfailkan pembelaan mereka.

Semakan oleh Malaysiakini juga mendapati adik-adik Najib, Ahmad Johari dan Nazim, bersama dengan peguam Cecil Abraham, Sunil Abraham dan M Arulampalam dan Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, yang semuanya dinamakan sebagai defendan, telah memfailkan pembelaan mereka.

Pembelaan itu difailkan berikutan keputusan Hakim Datuk Hue Siew Kheng bulan lalu yang tidak membenarkan penangguhan oleh defendan daripada memfailkan pembelaan sementara menunggu permohonan untuk membatalkan saman berkenaan.

Susulan itu, peguam Amerik Singh Sidhu yang mewakili Santamil Selvi memberitahu wartawan bahawa Hakim Hue telah menetapkan 7 Disember untuk mendengar permohonan membatalkan saman oleh defendan.

Santamil mendakwa anggota keluarganya secara salah dibuang ke luar negara pada 2008 selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan bersumpah Altantuya Shaaribuu.

Keluarga Balasubramaniam mendakwa mereka rugi dan hilang pendapatan susulan hidup dalam buangan antara 2008 hingga awal 2013.

Deepak pada tahun 2012 memberitahu Malaysiakini bahawa Najib dan ahli keluarganya mempunyai peranan dalam tindakan penyiasat persendirian (PI) Balasubramaniam menarik
balik akuan bersumpah asalnya yang membabitkan Najib dalam skandal dengan Altantuya.

Sumber TKO - 1-11-2017



Bekas penarik kereta didapati bersalah bunuh pengasas Ambank
Posted on Friday, October 27 @ 14:49:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36213&mode=thread&order=0&thold=0


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah mendapati bekas penarik kereta Koong Swee Kwan bersalah terhadap tuduhan membunuh pengasas Ambank Group, Hussain Ahmad Najadi dan cuba membunuh isteri Najadi.


Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Karim Abdul Rahman hari ini berkata bahawa pembelaan yang dibuat oleh Kong hanyalah sesuatu yang direkanya dan tidak boleh diterima.

"Ia gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes ini dan oleh itu, tertuduh didapati bersalah terhadap tuduhan tersebut," katanya.

Koong Swee Kwan, 48, didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di Kuala Lumpur antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Koong juga berdepan pertuduhan cubaan membunuh Cheong Mei Kuen, 50, di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Mahkamah Persekutuan pada Disember lepas mengetepikan sabitan dan hukuman Koong dan mengarahkan perbicaraan semula oleh panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Perbicaraan semula itu diperintahkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman ke atas Koong juga telah mendengar rayuan pemandu teksi Chew Siang Chee yang menghadapi tuduhan memiliki sepucuk pistol dan peluru hidup berhubung dengan pembunuhan itu.

Mahkamah tertinggi itu juga telah memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini perlu sama ada menarik diri daripada mendengar rayuan Chew atau kes Koong sama sekali.

Sumber TKO - 27-10-2017


Siti Kasim didakwa menghalang proses keadilan
Posted on Friday, June 23 @ 17:44:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35515



Peguam Siti Zabedah Kasim hari ini didakwa kerana menghalang proses keadilan semasa serbuan pada satu acara transgender, April tahun lepas.

Serbuan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua setengah jam selepas acara bermula.

"Hari ini, anak guam saya, Siti Kasim didakwa mengikut Seksyen 189 Kanun Keseksaan," kata peguamnya Roger Chan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini.

Seksyen 186 Kanun Keseksaan adalah berkaitan kesalahan menghalang penjawat awam. Siti boleh menghadapi hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Aktivis hak asasi manusia itu mengaku tidak bersalah dan mohon kes itu dibicarakan. Majistret Ahmad Solihon Abdul Wahid mengarahkan sebutan kes pada 22 Ogos selepas tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM3,000

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif berhujah Siti Zabedah dengan sengaja menghalang pegawai Jawi daripada menjalankan serbuan tersebut dan meminta supaya tiada ikat jamin dibenarkan.

Chan dan pembantunya Rajsurian Pillai bagaimanapun memohon bon jaminan, yang diberikan oleh majistret.

Sumber TKO - 23-6-2017

Mahkamah arah k’jaan, Shafee jawab ‘bayaran RM9.5 juta’ Anwar
Posted on Thursday, June 22 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35508



Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan kerajaan untuk menjawap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitan kes Liwat II berikutan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai khidmatnya menjadi pendakwa utama dalam kes liwat itu.

Hakim Datuk Kamaludin Md Said membuat arahan itu ketika pengurusan kes hari ini.
Beliau mengarahkan kerajaan untuk mengemukakan afidavit sebagai menjawap permohonan yang dibuat oleh Anwar sebelum 12 Julai ini.
Peguam Anwar, Latheefa Koya ketika dihubungi Malaysiakini bekata, hakim itu turut memerintahkan Shafee, yang dinamakan dalam permohonan penzahiran itu untuk mengemukakan hujahnya menjelang pada 19 Julai.
Hakim Kamaludin kemudiannya menetapkan 3 Ogos depan, sebagai tarikh pengurusan kes berikutnya.

Kerajaaan hari ini diwakili oleh peguam persekutuan kanan, Nadia Hanim Tajuddin manakala Sarah Abishegam pula mewakili Shafee. Najib pula tidak diwakili oleh sebarang peguam.

Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau kemudiannya tampil sebagai pendakwa raya utama dalam kes itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee melaui dua pembayaran yang menyaksikan Anwar didapati bersalah oleh mahkamah rayuan pada 7 Mac, 2014.


Pejabat Perdana Menteri tidak memberi sebarang jawapan berhubung soalan media mengenai dakwaan itu manakala Shafee awal bulan ini berkata, bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkannya.

Sumber TKO - 22-6-2017



Empat Remaja Dituduh Bunuh T.Nhaveen
Posted on Tuesday, June 20 @ 05:27:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35495



GEORGE TOWN, 19 Jun -- Empat remaja termasuk pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh mangsa buli T.Nhaveen pada 9 Jun lepas.

J.Ragesuthen, 18, dan S.Gokulan, 18, serta dua lagi remaja lelaki berkenaan dituduh melakukan kesalahan itu secara bersama di antara 11 malam hingga 12 tengah malam berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Gelugor dekat sini.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan semua tertuduh mengangguk tanda faham setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagi pertuduhan itu, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mandatori gantung sampai mati.

Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid menetapkan 28 Sept depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin manakala tertuduh belum melantik peguam.

Di Mahkamah Sesyen di sini, pula semua remaja berkenaan mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan secara bersama menyebabkan kecederaan parah terhadap T.Preevin, 19, pada 9 Jun lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Semua tertuduh didakwa menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Hakim Irwan Suaibon menetapkan 21 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan dan lantikan peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sin.

Nhaveen, 18, cedera parah akibat dipukul sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit, dekat sini, sehingga mati otak selain mengalami kecederaan di bahagian dubur. Beliau meninggal dunia pada Khamis lepas setelah lima hari koma di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang.

Rakannya, Previin dilapor turut dipukul oleh kumpulan berkenaan menggunakan topi keledar namun sempat melarikan diri bagi mendapatkan bantuan.
-- BERNAMA

Sumber TKO - 20-6-2017

Mahkamah putuskan Ting kekal ADUN Pujut
Posted on Saturday, June 17 @ 17:59:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35479



Mahkamah Tinggi Kuching hari ini memutuskan supaya dikembalikan semula status Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut.

Dalam satu catatan Facebook oleh Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling hari ini, beliau berkata hakim memutuskan bahawa kehilangan kelayakan Ting tidak sah kerana pelbagai sebab.

Dewan Undangan Negeri Sarawak memutuskan pada 12 Mei lalu bahawa Ting telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat kerana didakwa mempunyai kerakyatan Australia.

Ini bermakna, pilihan raya DUN Pujut yang jadualkan pada 4 Julai tidak akan diadakan.
Bagaimanapun, BN Sarawak mungkin merayu keputusan mahkamah itu.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Douglas Primus Sikayun berkata bahawa perlembagaan jelas menyatakan bahawa jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya, mereka perlu membuat satu petisyen pilihan raya kepada mahkamah.

Di samping itu, Dewan Undangan Negeri, kata hakim, tidak mempunyai sebarang kuasa yang dinyatakan untuk berurusan dengan keputusan pilihan raya dan bahawa ia bukan satu badan yang kompeten untuk membuat keputusan mengenai isu-isu perlembagaan, demikian menurut posting Ling.

Hakim juga menganugerahkan kos RM100,000 kepada Ting.

Ting telah memfailkan saman pemula dengan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuching pada 7 Jun, mencabar pemecatannya oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Ia selepas beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat Pujut selepas satu usul dibentang di Dewan Undangan Negeri pada 12 Mei untuk membatalkan kelayakannya kerana didakwa memperoleh suatu kewarganegaraan Australia pada tahun 2012.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya ingin mengesahkan tiada pilihan raya kecil Pujut ekoran keputusan mahkamah itu.

"Sehubungan dengan itu, SPR akur dengan perintah tersebut dan akan mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan keputusan mahkamah itu.


"SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan perkara ini bagi memuktamadkan keputusan yang melibatkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini," kata Mohd Hashim dalam kenyataan.

Sumber TKO - 17-6-2017



5 pelajar UPNM didakwa membunuh
Posted on Wednesday, June 14 @ 15:41:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35432



Lima pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini didakwa membunuh pelajar lain Zulfarkhan Osman Zulkarnain di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur.

Mereka yang didakwa ialah Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri.

Sementara itu, seorang lagi pelajar Abdoul Hakeem Mohd Ali dituduh bersubahat.
Zulfarhan Osman, 21, penuntut tahun ketiga Jurusan Kejuruteraan Elektrik, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lepas akibat kesan lebam dan melecur di badan, dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Siasatan awal polis mendapati wujud unsur penderaan hingga menyebabkan kematian.

Lima pelajar itu dituduh membunuh Zulfarkhan di bilik bernombor 04, Asrama Jebat antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi pada 22 Mei lalu.

Jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan itu kepada tertuduh yang memahami pendakwaan terhadap mereka.

Tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Radziah Kamaruddin menetapkan 14 Ogos untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Nordin Ismail bertindak sebagai pendakwa raya kes itu.

Sumber TKO - 14-6-2017

30 Ogos tarikh rayuan kes Mahathir saman Najib
Posted on Tuesday, June 13 @ 19:20:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35419



Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menetapkan 30 Ogos untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman misfeasans Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Irliani Noor Khuszairy yang mewakili Mahathir dan dua yang lain - bekas anggota Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin, berkata kes itu dikemukakan untuk pengurusan di hadapan pendaftar Mariam Maran Abdullah, hari ini.
Najib telah diwakili oleh Nur Azira Abu Hayan.

Pada 28 April lalu, Hakim Abu Bakar Jais memutuskan bahawa saman itu - yang bertujuan untuk mendapatkan semula RM2.64 bilion daripada Najib - adalah cacat atas alasan Najib, sebagai perdana menteri, bukan seorang penjawat awam dalam jawatan awam.

Ketiga-tiga mereka pada 23 Mac tahun lalu, memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan salah laku.

Mereka memohon perisytiharan bahawa Najib melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam selaku perdana menteri, pengerusi BN dan presiden Umno.

Sebelum ini, Mahathir secara terbuka menyatakan bahawa penghakiman itu adalah salah kerana Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghadapi perbicaraan kes rasuah sebagai pegawai awam tetapi perkara yang sama tidak terpakai ke atas Najib.

Sumber TKO - 13-6-2017


Anwar mohon mahkamah ketepikan sabitan liwat
Posted on Saturday, June 10 @ 22:08:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35376



Peguam bagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman pemula dalam usaha terbaru mengketepikan sabitan kesalahan liwat II.

Ini berikutan dakwaan bahawa peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik sebagai ketua pendakwa raya menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar menamakan kerajaan sebagai defendan tunggal dalam permohonan itu.

Beliau memohon satu deklarasi bahawa sabitan kesalahan liwat II di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Rayuan pada Mac 14,2014 diisytiharkan batal dan tidak sah dan ultra vires atau di luar bidang kuasa Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan.

Anwar juga memohon deklarasi bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 adalah batal dan tidak sah atas sebab-sebab yang sama.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh firma Daim dan Gamany dengan sijil perakuan segera supaya permohonan itu diberi keutamaan memandangkan pendedahan baru-baru ini.

Peguam N Surendran berkata, berdasarkan pendedahan itu menunjukkan bahawa Anwar dinafikan hak mendapat perbicaraan yang adil.

Minggu lalu, portal Sarawak Report mendakwa bahawa perdana menteri membayar Shafee sebanyak RM9.5 juta.

Portal itu mendakwa bahawa wang berkenaan disalurkan melalui dua bayaran dari akaun yang sama di mana dana SRC dimasukkan ke dalamnya. SRC adalah sebuah firma milik negara, dan bekas anak syarikat 1MDB.

Shafee bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila perkara itu dibawa ke mahkamah rayuan dan persekutuan.

Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan laporan Sarawak Report itu.

Najib, sebelum ini berulang-kali menafikan beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Sumber TKO - 10-6-2017



Qazaf rayuan akhir Anwar ditolak
Posted on Monday, June 05 @ 15:48:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35285



SHAH ALAM - Rayuan akhir bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan prosiding qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa memfitnah beliau berhubung kes liwatnya tidak kesampaian apabila permohonannya ditolak Mahkamah Rayuan Syariah hari ini.

Keputusan sebulat suara tiga panel hakim itu dibacakan oleh Pengerusi Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Seri Dr Md Yusuf Che Teh.

Dalam keputusan itu, beliau berkata, tuduhan liwar tidak terpakai dalam kes qazaf di bawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana undang- undang memperuntukkan qazaf hanya boleh digunakan dalam kes pertuduhan zina sahaja.


"Oleh yang demikian, kami tiada pilihan lain selain daripada perlu bersetuju dengan maksud zina di dalam seksyen tersebut yang hanya terhad kepada persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan sahaja serta tidak termasuk perbuatan liwat," katanya.

Pada 26 Jun 2015, Anwar melalui isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memfailkan aduan itu bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berikutan kenyataan Muhammad Shafee yang didakwa menuduh banduan Penjara Sungai Buloh itu melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 17 Februari 2015, Muhammad Shafee didakwa mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh seperti mana diwajibkan oleh undang-undang pada program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Sumber TKO - 5-6-2017

Fitnah dan Politik Persepsi buruk dan Jahat mainan parti AMANAH (PAN)
Posted on Sunday, June 04 @ 20:02:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35268



Pakatan Harapan mengamalkan politik PERSEPSI. Bila PAS tak nak bersama mereka, PAS menjadi sasaran politik persepsi. Mereka buat tuduhan, mencipta kata-kata PAS, menjadikan beria yang memburuk PAS dengan pelbagai kata-kata. Kalau PAS benar samanlah.... PAS habis masa dan wang untuk saman jika tidak PAS tersempit... politik persepsi, politik lapuk, jika anggar kalan saman termasuk bila mereka membuat tuduhan mereka minta maaf setelah PAS teruk kena bom.... ISLAM tak ajar politik cara ini. Berpolitiklah cara matang dan sejahtera.

Kredit
Abdullah Othman


Sumber TKO - 4-6-2017



Keluar PAS menjadi Kapir adalah fitnah, Ustaz Norazli Musa menang kes saman
Posted on Sunday, June 04 @ 00:25:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35247



KEPUTUSAN Perbicaraan Kes Saman Fitnah Ustaz Norazli Musa Presiden Geng Ustaz terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan dimana Ustaz Norazli Musa diwakili oleh peguam Tetuan Srihana dan Partners.

Mahkamah mendapati bahawa pihak defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook beliau iaitu "cermah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape Keluar Jamaah Islam ( PAS ) jatuh kafir " yang tidak pernah disebut oleh Ustaz Norazli Musa dalam ceramah beliau.

Terbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan persendaan dan cemuhan masyarakat umum terhadap plaintif Ustaz Norazli Musa yang tidak pernah menyebut hal berkaitan.

Mahkamah telah memutuskan dan membenarkan tuntutan dan memberikan gantirugi am serta teladan sebanyak RM50 ribu beserta kos perbicaraan RM4,450 dan juga defendan dikehendaki membuat permohonan maaf.

Kami Geng Ustaz mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas keputusan ini dan pihak kami menganggap ini adalah satu kemenangan moral kepada Ustaz Norazli Musa dan juga Geng Ustaz.

Terima kasih daripada pihak Geng Ustaz ucapkan kepada pihak peguam yang bertungkus lumus bagi mewakili Ustaz Norazli Musa dan juga kepada sekalian para pimpinan Geng Ustaz yang senantiasa memberi sokongan padu kepada Presiden Geng Ustaz.

Dan tidak dilupakan juga kepada penyokong dan pendokong Geng Ustaz yang tidak henti-henti mendoakan agar ditunjukkan kebenaran.

Semoga Allah menetapkan kita atas kebenaran dan melenyapkan kebatilan


Sumber TKO - 4-6-2017

‘Datuk’ termasuk 5 lelaki didakwa anggota Geng 24
Posted on Monday, May 29 @ 16:24:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35159



GEORGE TOWN: Lima lelaki termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang, ‘Geng 24’.

Tertuduh Lim Boon Hooi, 40, dan Toh Kae Luen, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin dan Hokkien di Mahkamah Sesyen 1 di depan hakim Norsalha Hamzah.

Di Mahkamah Sesyen 2, Datuk Koh Thiam Hua, 38, Chan Yi Heng, 22, dan Harry Tan Cheng Yu, 31, turut mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di depan hakim Irwan Suaibon.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua anggota terbabit didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 24 Pulau Pinang’ sepanjang 1 Januari 2015 hingga 6 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah subseksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Kit dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh.


Norsalha dan Irwan menetapkan tarikh sebutan 5 Julai untuk memberi tempoh kepada pihak pendakwaan menfailkan permohonan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sumber TKO - 29-5-2017

Badan Peguam kecewa saman Dr M terhadap Najib dibatalkan
Posted on Wednesday, May 10 @ 19:15:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34876



KUALA LUMPUR: Badan Peguam hari ini bimbang dengan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan tuntutan tort misfeasans semasa memegang jawatan awam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan 2 lagi individu.

Presiden George Varughese mengesali mahkamah mengambil “pendekatan tegar” dalam aplikasi common law dan tort misfeasans semasa memegang jawatan awam.

Tahun lepas, Dr Mahathir dan bekas ahli Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Najib kerana mencampuri dan memastikan semua pihak berkuasa berkaitan tidak meneruskan siasatan terhadap dakwaan salah laku mengenai berbilion ringgit yang diterimanya.

Pada 28 April, Hakim Abu Bakar Jais membatalkan saman itu kerana mereka gagal membuktikan Najib seorang penjawat awam. Mahkamah juga memerintahkan mereka bertiga membayar RM30,000 sebagai kos kepada Najib.

Varughese dalam kenyataan berkata tuntutan itu berkisar sekitar dakwaan salah laku kewangan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat berkaitan oleh perdana menteri selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

“Ini termasuk dakwaan sejumlah RM2.6 bilion dan RM42 juta dipindahkan dari SRC International Sdn Bhd ke akaun bank peribadi perdana menteri, dan beliau menyalahgunakan kuasa pejabatnya untuk mencampuri siasatan ke atas dakwaan salah laku kewangan itu.”

Beliau berkata Mahkamah Tinggi bergantung terutamanya kepada Akta Tafsiran 1948 & 1967 (Akta 388) dan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, dalam menentukan perdana menteri bukan seorang penjawat awam, dan oleh itu, tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh tort itu.

“Tafsiran dan pemikiran sempit ini membimbangkan, dan tidak selari dengan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan dalam bidang undang-undang ini.


“Tort misfeasans semasa menjawat jawatan awam ialah tort yang diambil daripada common law, iaitu undang-undang tidak bertulis tetapi boleh digunakan sepenuhnya di Malaysia. Oleh itu, tindakannya tidak dibawa di bawah Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang bertulis, dan oleh itu, Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya bergantung kepada kedua-duanya dalam menentukan sama ada perdana menteri seorang penjawat awam.

“Sifat kuasa pejabat perdana menteri harus diperiksa dalam menentukan sama ada jawatan itu layak dianggap sebagai jawatan awam di bawah common law.”

Beliau berkata tort tersebut menumpukan kepada sifat kuasa tersebut dan bukan orang yang melaksanakan kuasa itu.

Beliau berkata rasional di sebalik misfeasans semasa menjawat jawatan awam sebagai tort adalah dalam mana-mana sistem perundangan berdasarkan kedaulatan undang-undang, kuasa eksekutif dilaksanakan untuk manfaat orang ramai.'

“Dengan itu keputusan Mahkamah Tinggi bercanggah dengan pengiktirafan dan penggunaan common law dalam sistem perundangan kita.

“Keputusan Mahkamah Tinggi nampaknya mencadangkan walaupun seorang perdana menteri memegang jawatan berdasarkan kepercayaan pengundi dan dibayar daripada dana awam untuk menjalankan kuasanya, beliau tiada kewajipan fidusiari dan tidak menjawab kepada kepada orang ramai sekiranya beliau menyalahgunakan kuasa jawatannya.
“Ini bercanggah dengan peraturan tadbir urus demokrasi,” kata Varugehese.

Presiden Badan Peguam itu juga menambah dakwaan itu membabitkan perkara “berkepentingan awam”, termasuk persoalan tidak terjawab mengenai saga 1MDB dan pelbagai dakwaan salah laku yang membabitkan perdana menteri, “yang terus menyelubungi negara kita”.

“Oleh itu, perkara ini bukan dakwaan tidak berasas yang boleh dibatalkan terus, tetapi patut dibenarkan untuk perbicaraan bagi menentukan merit dakwaan.”

Beliau berkata “malang” keputusan itu menyusuli “keputusan terpuji” Mahkamah Persekutuan dalam Semenyih Jaya Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat & Anor.

“Keputusan itu mengembalikan kuasa kehakiman kepada mahkamah dan memulihkan kebebasan badan kehakiman, membolehkan ia memainkan peranan sebagai badan ketiga dalam kerajaan dan mengawal tindakan melampau badan eksekutif atau badan perundangan,” kata Varughese.

Sumber TKO - 10-5-2017


Pengurusan kes rasuah Guan Eng 26 Julai
Posted on Tuesday, April 25 @ 13:22:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34677



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 26 Julai ini untuk pengurusan kes berhubung tuduhan rasuah membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Perbicaraan ditetapkan pada 27 April di Mahkamah Rayuan di Putrajaya bagi membolehkan rayuan Lim dan Phang untuk mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

"Kami merancang untuk mencabar Akta SPRM ke Mahkamah Persekutuan," kata peguam Lim, RSN Rayer selepas tarikh ditetapkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Phang diwakili peguam Hisham Teh, manakala Masry Daud bertindak selaku timbalan pendakwaraya.

Bulan lalu, Hadhariah membenarkan permohonan peguam Lim, Gobind Singh Deo untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Ini selepas Mahkamah Tinggi menolak petisyen Lim dan Phang pada 7 Mac untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta SPRM "tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah".

Seksyen 62 menyatakan bahawa apabila pihak pendakwaan mengemukakan dokumen mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh hendaklah, sebelum perbicaraan bermula, mengemukakan (a) pernyataan pembelaan dan (b) suatu salinan apa-apa dokumen yang boleh dibentangkan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pembelaan.

Dua tuduhan rasuah

Pada 30 Jun tahun lalu, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah berkaitan penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan dan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.

Lim didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan penukaran tanah di Balik Pulau untuk Magnificent Emblem Sdn Bhd.

Lim didakwa melakukan perbuatan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang pada 18 Julai 2014.

Jika sabit kesalahan, Lim berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Pertuduhan kedua terhadap Lim melibatkan tuduhan membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn pada 28 Julai 2015 dari Phang, yang memiliki 30 peratus kepentingan dalam Magnificent Emblem.

Sumber TKO - 25-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Najib failkan saman fitnah kedua ke atas Tony Pua
Posted on Friday, April 21 @ 21:33:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34643



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utrara, Tony Pua berhubung kenyataannya dalam rakaman sebuah klip video di Facebook mengenai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Najib atas kapasiti peribadi, memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak.

Ini adalah saman fitnah kedua Najib terhadap Pua. Beliau mendakwa Pua pada tahun 2015 mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan dirinya dengan skandal 1MDB.

Pua juga memfailkan saman terhadap Najib, tahun ini, kerana kesalahan "misfeasans di pejabat awam".

Pada 11 April lalu, Najib menuntut permohonan maaf daripada Pua dan berhubung video berkenaan, yang dianggap memfitnahnya dan mahu ia ditarik balik.

Klip video berkenaan dimuat naik pada 6 April, tidak lama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang usul pindaan kepada Akta 355.

Dalam surat tuntutan yang telah disampaikan kepada Pua, peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata klip video yang dipersoalkan itu memberi bayangan bahawa anak guamnya mencuri dan menyalahgunakan kuasa.

Katanya, video itu memfitnah anak guamnya mengikut Seksyen 5 Akta Fitnah 1957 terhadap jawatannya selaku perdana menteri dan menteri kewangan yang bermaksud beliau menyalahgunakan kuasa.

Plaintif berkata, ia bermaksud beliau memberikan arahan melalui kabinet kepada Speaker Dewan Rakyat supaya mengusulkan rang undang-undang persendirian dan mengetepikan rang undang-undang lain.

Beliau berkata, ia juga bermaksud dirinya tidak menghiraukan doktrin pengasingan kuasa dan berkonspirasi dengan PAS untuk memecah undi Melayu dalam kalangan pembangkang.

Perkataan fitnah itu juga, kata Najib, membawa maksud beliau melakukan jenayah dengan merompak duit daripada dana 1MDB, menyalahguna kuasa, tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan dalam kerajaan.

Sehubungan itu, Najib menuntut daripada Pua ganti rugi am, ganti rugi tambahan, ganti rugi teladan, dan perintah injunksi bagi menghalang Pua daripada terus menerbitkan kenyataan sama.

Sumber TKO - 21-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Abd. Latif gagal bayar wang jaminan RM2 juta
Posted on Thursday, April 20 @ 05:41:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34614



JOHOR BAHRU 19 April - Exco kerajaan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi, 51, gagal membayar wang jaminan RM2 juta dan akan dihantar ke Penjara Reman Koreksional Ulu Choh, Pontian.

Seorang lagi tertuduh, Amir Shariffuddin Abd. Raub, 44, yang merupakan perunding hartanah membayar wang jaminan tersebut.

Terdahulu pada sebelah pagi, Abd. Latif dan Amir Shariffuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membabitkan rasuah bernilai lebih RM30.3 juta.
Abd. Latif dan Amir Shariffuddin, masing-masing yang menghadapi 33 pertuduhan rasuah bagaimanapun tidak mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.

Mengikut kertas pertuduhan, Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir Shariffuddin untuk menerima rasuah daripada beberapa individu bagi mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera kepada pembeli awam, serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi Projek Eco Botanic, Pulai.

Amir Shariffuddin pula didakwa menerima rasuah daripada beberapa individu sebagai upah untuk dirinya dan Abd. Latif untuk melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam iaitu mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera itu, dan pengurangan bayaran wang sumbangan tabung berkenaan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di Maybank Islamic Bhd, cawangan Larkin Perdana di sini antara 13 November 2013 hingga 19 Oktober tahun lalu. - UM

Sumber TKO - 20-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ezam saman Najib AS$3.66 bilion
Posted on Friday, April 14 @ 15:28:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34516



Presiden Parti Bebas Rasuah (PBR) Mohamad Ezam Md Noor menyaman Perdana Meneri Datuk Seri Najib Razak sebanyak AS$3.657 bilion susulan kerugian dalam syarikat milik negara 1MDB.

Selain Najib, 15 orang lagi dinamakan dalam saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pada hari ini.

Najib disaman atas kapasitinya sebagai menteri kewangan dan ketua eksekutif kerajaan Malaysia. 1MDB dan kerajaan juga dinamakan sebagai defendan dalam saman itu.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan 11 lagi bekas pengarah 1MDB dinamakan sebagai defendan.

Menurut kenyataan tuntutan Ezam, 1MDB mendapatkan dana dengan cara meminjam daripada pihak ketiga melalui pengeluaran bon.

Pinjaman itu pula dikatakan diluluskan oleh Najib.

Ezam juga mendakwa Najib dan bekas-bekas pengarah 1MDB melanggar tugas fidusiari apabila AS$3.657 bilion dibayar kepada pihak yang tidak layak.

Berdasarkan kadar semasa, jumlah wang itu bernilai RM4.41 bilion.

Ezam mendakwa defendan-defendan itu berniat menyebabkan 1MDB mengalami kerugian.
“Tindakan ini difailkan bagi membenarkan mahkamah menentukan siapa bertanggungjawab terhadap kerugian 1MDB,” katanya di kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas memfailkan saman itu.

Ezam cuba mendapatkan kembali kerugian 1MDB melalui proses mahkamah.

Sumber TKO - 14-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Permohonan Khalid Samad Cabar Enakmen Selangor Ditolak, Mahkamah Arah Bayar RM10,000
Posted on Tuesday, April 11 @ 06:27:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34440



PUTRAJAYA – Tindakan anggota parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mencabar kesahihan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam

Selangor berhubung mengajar agama tanpa tauliah, berakhir hari ini.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini yang menolak permohonan beliau bagi kebenaran untuk memfailkan rayuan.

Ketua Hakim Negara yang baru dilantik Tan Sri Md Raus Sharif mempengerusikan panel tiga anggota itu. Dua orang lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Aziah Ali.

Hakim Raus berkata, permohonan Khalid tidak mempunyai merit dan memerintahkan beliau membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Terdahulu, semasa prosiding, Hakim Raus berkata undang-undang mengenai perkara itu telah dimuktamadkan susulan kes Fathul Bari Mat Jahya.

Pada 19 Januari, tahun ini, Khalid yang juga ketua penerangan Amanah, didenda RM2,900 selepas dia didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syafriah Klang memberi ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Klang pada 2011.

Khalid kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi Syariah.
Kesalahan itu ialah mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Khalid memfailkan permohonan d Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman mencabar kesahihan peruntukan tersebut di bawah perlembagaan dengan mendakwa Serksyen 119 (1) menyalahi Perkara 11 (1) dan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam permohonannya, beliau menamakan Mais sebagai responden.

Beliau memfailkan permohonan semakan kehakiman itu selepas Mahkamah Syariah memerintahkan beliau membela diri.

Pada 30 Mei, tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Khalid bagi kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman atas alasan permohonan itu bersifat remeh, menyusahkan dan bertujuan untuk melengah-lengahkan perbicaraannya (Khalid) di Mahkamah Syariah.

Pada 9 November, tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Khalid dan memutuskan bahawa beliau sepatutnya membawa kes itu terus ke Mahkamah Persekutuan kerana intipatinya berkisar kepada kecekapan Dewan Undangan Negeri Selangor untuk meluluskan enakmen.

Khalid diwakili oleh peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi dan Sharifah Nur Asmaa’ Syed Azman sementara peguam kanan persekutuan Suzana Atan mewakili Mais. – BERNAMA

Sumber TKO - 11-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bekas pengarah perhutanan Terengganu didakwa rasuah
Posted on Tuesday, April 04 @ 17:55:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34348



KUALA TERENGGANU: Bekas pengarah Jabatan Perhutanan Terengganu dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas 3 pertuduhan menerima rasuah untuk kelulusan pembalakan daripada seorang kontraktor berjumlah RM60,000, 4 tahun lalu.

Datuk Azmi Nordin, 58, yang kini bertugas sebagai pengarah Bahagian Silvikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan, Pejabat Hutan Semenanjung, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan RM30,000 pada 3 Mac 2013 melalui akaun Malayan Banking Berhad milik Azhar Nordin daripada kontraktor balak Yew Keong Fah untuk memperoleh kelulusan membalak di Kompartmen 36b dan 40a, Hutan Simpan Hulu Terengganu, Mukim Tersat, Daerah Hulu Terengganu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM20,000 pada 16 Jun dan RM10,000 pada 13 Ogos tahun sama daripada Yew melalui akaun Malayan Banking Berhad milik Syarikat D Laman kulturakebunan bagi mendapat kelulusan membalak di tempat sama.

Azmi didakwa melakukan semua kesalahan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 8 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Hayatuddin Mohamad.

Sumber TKO - 4-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Keputusan mahkamah bersihkan nama saya - Khalid Ibrahim
Posted on Saturday, April 01 @ 13:50:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34289



Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, keputusan mahkamah menolak saman daripada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) membuktikan beliau tidak membuat sebarang salah laku ketika memegang jawatan berkenaan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam memutuskan pampasan sebanyak RM2.7 juta yang diberikan Khalid kepada pegawainya sebelum meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor tidak menyalahi undang-undang dan pengurusan kewangan MBI.

"Sejujurnya saya tidak terkejut dengan keputusan mahkamah ini kerana amat yakin saya telah menggunakan proses yang telus dan beretika di dalam transaksi tersebut selaras dengan peruntukan di dalam enakmen MBI.

"Saya amat bersyukur keputusan yang dibuat pada hari ini (semalam) kerana ia secara langsung telah membersihkan nama saya daripada tuduhan salah laku ketika bertugas sebagai menteri besar," katanya dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi.

Beliau berkata, tindakan mahkamah yang difailkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilakukan secara semberono, berniat jahat serta bermotifkan politik.

"Saya juga tidak menolak keghairahan menteri besar meneruskan tindakan saman tersebut adalah sebagai usaha untuk menutup kepincangan dan ketirisan yang berlaku di dalam pentadbiran beliau," kata Khalid.

Khalid memberikan pampasan kepada lapan bekas pegawai MBI - Ketua Pegawai Eksekutif Faekah Hussin; Rohani Talib; Arfa'eza Abdul Aziz; Mustapha Mohd Talib; Rahimah Kamarudin; Sulaiman Masri; Abdul Halim Mohamed Yusof; dan Tuan Nazuri Tuan Ismail - apabila beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor selepas krisis yang berpanjang pada tahun 2014.

Pada 16 Januari 2015 Azmin mengarahkan mereka memulangkan wang pampasan antara RM114,870 dan RM699,000 setiap seorang yang didakwa melanggar peraturan kewangan kerajaan negeri atau berdepan prosiding undang-undang daripada BMI.

Sumber TKO - 1-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Mat Sabu tak salah fitnah polis, kata Mahkamah Tinggi
Posted on Saturday, April 01 @ 07:31:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34283



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen bahawa tidak ada alasan untuk mengaitkan bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu bersalah atas tuduhan memfitnah.

Pada 8 Julai 2015, Mohamad Sabu - yang kini adalah presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) - dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan fitnah jenayah terhadap beberapa anggota polis dan keluarga mereka berhubung serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Hakim Mahkamah Tinggi Lim Chong Fong berkata pihak pendakwaan tidak memberikan alasan yang mencukupi untuk memenuhi tuntutan fitnah.

Beliau berkata ucapan Mohamed atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, perlu diambil mengikut konteks.

Katanya, apa yang disebut oleh Mat Sabu mengenai insiden Bukit Kepong adalah bukan suatu fitnah tetapi penulisan berhubung ucapan tertuduh telah ditokok tambah dan disensasikan oleh akhbar Utusan Malaysia.

"Saya sentiasa memandang tinggi terhadap pasukan polis tetapi kes ini membabitkan Perlembagaan Persekutuan, yang berkaitan dengan kebebasan bersuara.

"Saya perlu memastikan keadilan undang-undang untuk semua dan memastikan bahawa pertuduhan itu adalah di luar keraguan yang munasabah," katanya.

Tiada kecacatan

Lim berkata beliau telah mendengar rakaman audio ceramah Mat Sabu, dan mendapati bahawa beliau tidak mengkritik polis.

Mat Sabu, bagaimanapun, meminta semua pejuang, bukan sahaja daripada Umno, untuk diiktiraf semasa sambutan hari kemerdekaan di negara ini.

Begitu nama pejuang kemerdekaan Mat Indera dibangkitkan oleh Mat Sabu, kata hakim.
Lim juga berkata tiada sebarang kecacatan terhadap apa jua keputusan yang telah dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen.

Pada 8 Julai 2015, Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamad, 62, di akhir kes pendakwaan.

Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Mat Sabu yang diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor di Seberang Perai Utara pada 21 Ogos 2011.

Mat Sabujuga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga

mereka pada masa, tarikh dan di tempat yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Razali berkata pihaknya akan menfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi hari ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam tempoh terdekat.


Sementara itu, Mat Sabu ketika ditemui diluar mahkamah melahirkan penghargan kepada peguam serta orang ramai yang memberikan sokongan terhadapnya berhubung ucapan yang menjadi sensasi itu.

Sumber TKO - 1-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Himpunan haram: Chegubard, Adam Adli, Safwan Anang didenda RM6,000
Posted on Tuesday, March 28 @ 23:05:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34238



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman denda RM6,000 dan sabitan terhadap bekas ketua PKR bahagian Rembau Badrul Hisham Shaharin dan 8 individu lain bagi kesalahan menyertai perhimpunan dan merusuh di Jalan Parlimen pada 2013.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan semua perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud pada 31 Mei 2016.

Selain Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard, mahkamah mengekalkan hukuman itu terhadap Adam Adli Abdul Halim, Muhammad Safwan Anang@Talib, Norazimah Mohamad Nor, Ahmad Shauqie Abdul Aziz, Ahmad Syukri Che Ab Razab, Lim Sue Pei, Edy Noor Reduan dan Md Sani Md Shah.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan itu bagi melakukan mudarat awam di Jalan Parlimen antara 9.15 pagi dan 11.25 pagi pada 24 Jun 2013, mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa merusuh di persimpangan jalan masuk ke bangunan Parlimen pada 11.25 pagi pada tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Mahkamah turut mengekalkan sabitan dan hukuman denda RM2,000 terhadap Muhammad Aiman Hakim Zainal, Annie Ooi Siew Lan dan Mah Chee Hoe atas pertuduhan menyertai perhimpunan sama.

Dalam penghakimannya, Azman berkata setelah meneliti rekod rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan sabitan bersalah oleh hakim Mahkamah Sesyen adalah selamat untuk dikekalkan.

Katanya, mahkamah juga berpuas hati hukuman yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen bukan terlampau berat.

“Hakim Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman yang ringan atas alasan tiada senjata digunakan dan tidak merosakkan harta awam,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang@Mamat manakala peguam Haijan Omar dan Zulhazmi Shariff bertindak bagi pihak semua perayu.











Sumber TKO - 28-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ketua Pemuda, Rakan Wanita Direman 3 Hari
Posted on Friday, March 10 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33951



JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret, di sini, hari ini membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di negeri ini bersama rakan wanitanya untuk membantu siasatan bersabit kes penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).
Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan kedua-dua suspek yang berumur 41 hingga 43 tahun ditahan reman bermula hari ini sehingga Jumaat ini.

Ini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Lelaki bersama peniaga wanita berkenaan tiba di pekarangan Mahkamah Majistret kira-kira jam 3 petang dengan berpakaian lokap berwarna unggu dan diiringi beberapa anggota polis.
Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri kira-kira jam 5 petang semalam untuk diambil keterangan.

Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki RMMJ melibatkan empat mangsa dengan jumlah kerugian RM120,000 sejak tahun lalu.

Difahamkan penipuan itu terbongkar selepas mangsa mendapati namanya tidak terdapat dalam rekod permohonan selepas membuat semakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
-Sinar Harian

Sumber TKO - 10-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































Hakim menarik diri dari pendengaran kes tanah NCR

HAKIM Yang Arif Lee Heng Cheong mengambil keputusan mengundur diri dari meneruskan pendengaran kes Tanah NCR Kampung Haji Wahed pada hari khamis lalu. Tindakan beliau disambut baik oleh penuntut Tanah NCR demi menjaga integriti dan maruah sistem kehakiman yang diamalkan dalam negara ini.

Hakim baru bakal mengendalikan Kes Tanah NCR Kampung Haji Wahed, Miri pada tarikh yang lain. Tarikh perbicaraan akan ditetapkan semula kemudian. Kes ini sudah mengambil masa lebih dari 4 tahun  tanpa sebarang penyelesaian. Semua pihak yang terlibat mengharapkan kes ini dapat diselesaikan secara adil dan telus oleh hakim yang baru dilantik nanti agar semua pihak yang terlibat dapat menerima keputusan dengan baik.

Pihak Plaintif / PEWARIS / Penuntut / Penyokong yang sentiasa mendoakan agar kes ini dapat diselesaikan secara adil sentiasa hadir semasa sesi perbicaraan diadakan.

Mereka sangat berharap agar kes tanah adat atau Tanah NCR Kampung Haji Wahed yang mengambil masa bertahun-tahun ini dapat diselesaikan secara adil dan telus kerana selama ini banyak tanah adat mereka telah diceroboh oleh pihak-pihak pemaju tanpa sebarang pampasan yang sewajarnya.

Mereka mahu tanah adat datuk nenek moyang mereka dikembalikan semula agar mereka dapat mengerjakan tapak untuk bercucuk tanam dan membina tempat kediaman mereka dengan selamat.

PAS mengesa pihak pemerintah dapat memberi perhatian dan tindakan sewajar terhadap isu yang dihadapi oleh penduduk asal ini agar dapat diselesaikan secara adil dan saksama. – HARAKAHDAILY 10/3/2017
Sumber HD - 10-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Guan Eng & Phang Isytihar Akta SPRM Tidak B
Posted on Wednesday, March 08 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33911



GEORGE TOWN – Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon hari ini gagal dalam percubaan untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan bahawa Seksyen 62 Akta SPRM adalah mengikut perlembagaan dan sah kerana seksyen itu tidak menghalang hak tertuduh mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama.

“Beban masih terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah,’ kata beliau.

Hakim menegaskan bahawa kedua-dua tertuduh masih mempunyai hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan hak mereka tidak terjejas oleh Seksyen 62 kerana seksyen itu hanya meminta mereka (tertuduh) mengemukakan pembelaan mereka untuk mempercepatkan perbicaraan.

“Jadi, saya tidak nampak mengapa Seksyen 62 bercanggah dengan Perkara 5 (1) dan 8 (1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau dan mengarahkan Lim dan Phang untuk memfailkan pembelaan dalam tempoh dua minggu.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Lim dan Datuk V. Sithambaram mewakili Phang memberitahu mahkamah bahawa mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Hadhariah kemudian mengingatkan kedua-dua pihak bahawa perbicaraan akan bermula pada 27 Mac dan masih berjalan dan beliau tidak mahu perbicaraan ditangguhkan kerana kes itu melibatkan kepentingan awam.

Hakim menetapkan 20 Mac untuk pengurusan kes.

Lim and Phang filed the application in January this year. Section 62 of the MACC Act menyebut bahawa selepas pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berdasarkan Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah, tertuduh hendaklah, sebelum perbicaraan bermula, menyerahkan dokumen-dokumen berikut: (a) pernyataan pembelaan dan (b) salinan apa-apa dokumen yang boleh dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pembelaan.
Pada 30 Jun tahun lepas, Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama, Lim dituduh sebagai penjawat awam, iaitu ketua menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannnya untuk mendapatkan suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran tanah pertanian kepada perumahan awam di daerah baratdaya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan KOMTAR pada 18 Julai, 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Atas pertuduhan kedua, Lim, sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, dituduh mendapatkan untuk dirinya satu lot tanah dan banglo di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town, pada harga yang dia tahu tidak sepadan dengan nilainya, daripada Phang pada harga RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran ketika itu ialah RM4.27 juta.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di No 25, Jalan Pinhorn, George Town, pada 28 Julai, 2015.

Tuduhan itu, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Phang selaku bekas pemilik banglo itu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Lim untuk mendapatkan banglo tersebut di bawah harga pasaran pada tempat dan tarikh yang sama.

Ahli perniagaan wanita itu dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 165, yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di luar mahkamah, Gobind mmemberitahu pemberita beliau mendapat arahan untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini dan para peguam perlu menerima arahan daripada anak guam mereka sama ada untuk memohon menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Gobind juga berkata bahawa mereka (peguam) tidak mempunyai masalah untuk mematuhi perintah mahkamah (untuk tertuduh mengemukakan pembelaan sebelum 21 Mac) tetapi satu persoalan ialah sama ada atau tidak selepas memfailkan pembelaan, mereka dibenarkan untuk membangkitkan pembelaan selanjutnya apabila perbicaraan berjalan.

“Sebagai contoh, jika seorang saksi datang ke mahkamah dan memberitahu sesuatu yang baharu, dan jika pihak pendakwaan semasa perbicaraan mengemukakan dokumen yang baharu, bukankah kita berada dalam kedudukan ketika itu, untuk membangkitkan pembelaan berhubung perkara-perkara yang baharu itu?” kata beliau. – BERNAMA

Sumber TKO - 8-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Permohonan Lim Guan Eng Ketepikan Prosiding Rasuah Didengar 14 Julai
Posted on Friday, March 03 @ 21:57:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33826



KUALA LUMPUR- Permohonan Lim Guan Eng untuk mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung kenyataan berkaitan kes rasuah yang dihadapinya, akan didengar 14 Julai depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan peguam Gobind Singh Deo bertindak bagi pihak Lim.

Gobind ketika ditemui pemberita berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan berkenaan tetapi ditangguhkan kerana mereka memerlukan masa untuk menukar dan meneliti afidavit berkaitan permohonan itu.

Peguam negara memfailkan saman pemula sebelah pihak pada 18 Ogos 2016, memohon kebenaran untuk perintah komital terhadap Lim supaya dikomitkan ke penjara kerana menghina mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan di media cetak atau media sosial yang akan menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah.

Antara alasan permohonan itu ialah bagi memastikan sebarang perbuatan bersifat menghina mahkamah dan hakim-hakimnya serta pentadbiran keadilan tidak seharusnya dibiarkan bebas berlaku begitu sahaja.

Selain itu, peguam negara berkata pemeliharaan dan kepercayaan orang awam terhadap sistem keadilan harus dipertahankan, lebih-lebih dalam keadaan sesuatu kes berkenaan sedang dalam proses tindakan di mahkamah.

Menurutnya, kenyataan-kenyataan oleh Lim semasa sidang akhbar di George Town, Pulau Pinang yang menyatakan pertuduhan terhadapnya adalah konspirasi dan bahawa beliau akan dipenjarakan, jika dibaca secara keseluruhan membawa maksud mahkamah turut terlibat dalam konspirasi yang didakwa akan memenjarakannya atas ‘tuduhan rasuah yang direka-reka.’

Pada 21 September 2016, mahkamah membenarkan permohonan peguam negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lim.


Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran – BERNAMA

Sumber TKO - 3-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bekas bos anak syarikat Tabung Haji didakwa ubah wang haram RM2.57 juta
Posted on Thursday, March 02 @ 19:35:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33806



Seorang bekas ketua pegawai eksekutif TH Heavy Engineering Bhd (THHE), anak syarikat Tabung Haji, hari ini mengaku tidak bersalah terhadap 5 pertuduhan mengubah wang haram berjumlah RM2.57 juta, 4 tahun lalu.

Pada sebelah pagi, Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, mengaku tidak bersalah terhadap 2 pertuduhan membabitkan RM1 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas ia dibacakan di hadapan hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang tunai RM430,000 daripada Pengarah Syarikat Coral Intoil, Mohd Razip Mohammad, hasil aktiviti haram di THHE Fabricators Sdn Bhd, B-23-1, Tower B, Menara UOA Bangsa, antara 2 hingga 4 petang, 27 Jun 2013.

Bagi pertuduhan ke-2, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama dengan menerima wang tunai RM570,000 daripada Pengarah Syarikat RL Offshore Sdn Bhd di Restoran Leaf Dining, No 5-1, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara antara 3 petang hingga 4 petang, 1 November 2013.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.
Selapas itu, Badli Munawir ketika dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, mengaku tidak bersalah terhadap 3 pertuduhan melibatkan RM1.57 juta.

Untuk 3 pertuduhan itu, dia sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat yang terbabit dalam industri minyak dan gas itu didakwa menerima wang tunai RM400,000, RM570,000 dan RM600,000 daripada Pengarah Syarikat Bicara Sepakat Sdn Bhd, Murhasmee Mukhtar, hasil aktiviti haram.

Tiga perbuatan itu dilakukan di sebuah restoran di Oasis Square, Petaling Jaya, antara 2 Mei hingga 11 September 2013.

Hakim Asmadi Hussin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tanpa cagaran dan penjamin mengikut Seksyen 387 (2) Kanun Prosedur Jenayah serta membenarkan semua kes itu dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Mac ini.


Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda tidak melebihi RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber TKO - 2-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































Two Felda Former Senior Officers Face Graft Charges Involving RM48m















Two Felda former senior officers were charged in the Sessions Court here today, with criminal breach of trust (CBT) and abetting involving about RM48 million, three years ago.

Felda former deputy director-general (Strategic Resource Management), Muhammad Sufi Mahbub, 53, faces two counts of CBT while Felda former director-general, Datuk Faizoull Ahmad, 57, faces two counts of abetting him.

Both Muhammad Sufi and Faizoull pleaded not guilty to all the charges read before Judge, Allaudeen Ismail.

Muhammad Sufi was charged with dishonestly giving approval for payment of RM25,999,000 and RM21,625,500 respectievely, without approval of the Felda Board of Directors or the Felda Tender Committee.

He allegedly committed the offences at Wisma Felda, Jalan Perumahan Gurney, between Jan 13, 2014 and July 23, 2014 under Section 409 of Penal Code which provides a jail term of up to 20 years, with whipping and fine, upon conviction.

Faizoull was charged with two counts of abetting Muhammad Sufi under Section 109 of the Penal Code which provides for similar punishment upon conviction.

Deputy Public Prosecutor Ahmad Akram Gharib said he was against granting them bail but if it was to be granted, it should be set at RM1 million for each.

Counsel Mohd Irwan Mohd Mubarak (for Muhammad Sufi) and Azad Bashir (for Faizoull) appealed for bail saying that were the main family bread winner.

Allaudeen allowed both the accused bail of RM1 million each with one surety each and fixed April 27 for mention of the case.

“Both the accused are allowed to pay a deposit of RM500,000 today while the remaining RM500,000 has to be made on or before March 22.

“If they cannot raise the remaining RM500,000, they can surrender their land titles and passports to the court,” he added. — Bernama

Sumber BO - 1-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas pengarah besar Felda didakwa seleweng hampir RM50 juta
Posted on Wednesday, March 01 @ 13:18:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33780



 KUALA LUMPUR: Bekas pengarah besar Felda dan timbalannya Felda hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas dakwaan pecah amanah dana Felda berjumlah RM47.6 juta melibatkan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon.


Datuk Faizoull Ahmad dan timbalannya, Muhammad Sufi Mahbub masing-masing didakwa dengan 2 pertuduhan bersubahat dan 2 pertuduhan pecah amanah.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah.

Sufi, yang merupakan timbalan pengarah besar (Pengurusan Sumber Strategik) Felda, didakwa melakukan pecah amanah terhadap dana Felda dengan meluluskan 2 pembayaran berjumlah RM25,999,000 dan RM21,625,500 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Tender, pada 2014.

Sumber TKO - 1-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas ketua menteri fail saman terhadap Mat Sabu
Posted on Wednesday, March 01 @ 06:54:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33773



PETALING JAYA: Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik memfalkan saman fitnah RM1.5 juta terhadap Presiden Amanah Mohamed Sabu kerana mendakwa beliau merogol seorang perempuan bawah umur pada 1994.

Rahim, memfailkan saman awal bulan ini, berkata dakwaan itu tidak benar dan beliau tidak pernah didakwa untuk kesalahan itu.

Rahim, yang bersara dari jawatannya pada 1994, bagaimanapun, mengakui polis menjalankan siasatan tetapi peguam negara ketika itu mengumumkan perkara itu tidak akan diteruskan kerana kekurangan bukti.

Mohamed, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dikatakan membuat kenyataan memfitnah itu kepada orang ramai di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di Jalan Northam, 1 Julai tahun lepas.

Mat Sabu membuat ucapan itu di himpunan membantah penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atas dakwaan korupsi.

Rahim berkata kenyataan itu berniat jahat dan bertujuan merendahkan kehormatan dirinya dalam kalangan masyarakat.

Rahim berkata kenyataa itu mengatakan atau membayangkan beliau seorang lelaki yang rendah moral dan pernah merogol seorang perempuan Melayu.

Beliau berkata kenyataan itu juga bermakna siasatan tidak dijalankan dengan sewajarnya dan beliau mengatasi undang-undang.

Rahim berkata ucapan Mat Sabu itu tersebar secara meluas di media sosial seperti WhatsApp dan Youtube.


Mahkamah menetapkan 6 Mac untuk pengurusan kes.

Sumber TKO - 1-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































































PWD Engineer Charged With Cheating












KUALA TERENGGANU – A Public Works Department assistant engineer was charged today with deceiving his former employer in the installation of a carpet at a surau near here.

Syed Ahmad Izzuddin Syed Abdulah, 33, was charged with commiting the offence when he was an assistant development engineer with the Terengganu Malay Customs and Islamic Religious Council on Dec 29, 2015.

Izzuddin was alleged to have falsely submitted a claim of RM6,400 for the laying of the carpet by Syarikat ADRI Calibre Enterprise at the Al-Hijrah Surau in Tok Adis.

He was charged under Section 18 of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694) which is punishable under Section 24 of the same Act. If convicted, Izzuddin can be jailed 20 years and fined five times the amount involved or be slapped with a maximum fine of RM10,000.

Sessions court judge Mohamad Haidar Abdul Aziz set bail at RM6,000 and ordered for re-mention of the case on March 20.

Deputy public prosecutor Shahida Muslimah Roslan from the Malaysian Anti-Corruption Commission prosecuted, while Izzuddin was represented by counsel Nik Radhia Nik Ya.-nst.

Sumber BO - 21-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































Mahkamah tolak rayuan Ahmad Syihan Ismail

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44350-mahkamah-tolak-rayuan-ahmad-syihan-ismail

KOTA BHARU: Di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada hari ini telah ditetapkan untuk keputusan rayuan oleh defendan / perayu Ahmad Syihan Ismail atas tuntutan fitnah yang dibuat ke atas plaintif/responden.

Hakim Yang Arif Dato Ahmad Bin Bache telah menolak rayuan oleh Ahmad Syihan Ismail serta mengekalkan awad gantirugi yang diberikan oleh Hakim Sesyen.

Plaintif diwakili oleh Mohd Jamil Yaacob dari Tetuan Srihana Mohamad & Partners.

Sebelum ini pada 19 April 2016 dalam Keputusan Perbicaraan Kes Saman Fitnah Ustaz Norazli Musa Presiden Geng Ustaz terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan telah berpihak kepada Ustaz Norazli Musa. – HARAKAHDAILY 20/2/2017

Sumber HD- 20-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Artikel fitnah Felda, Wan Azizah diperintah bayar RM70,000
Posted on Tuesday, February 14 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33597



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan 2 yang lain membayar ganti rugi berjumlah RM70,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah pada 2010.

Timbalan Pendaftar Norfauzani Mohd Nordin membuat keputusan itu dalam kamarnya ketika taksiran ganti rugi dengan dihadiri peguam Nor Emelia Mohd Iszeham mewakili plaintif manakala peguam Francis Pereira mewakili Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali dan penulis artikel tersebut Rusnizam Mahat selaku defendan.

Pada 17 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan saman Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd selaku plaintif terhadap ketiga-tiga defendan berhubung penerbitan 2 artikel fitnah dalam akhbar PKR Suara Keadilan.

Nor Emelia ketika ditemui pemberita berkata mahkamah memerintahkan semua defendan membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan.


Mahkamah turut memerintahkan kesemua defendan membayar faedah 8% dari tarikh penghakiman pada 17 Oktober 2014 hingga penyelesaian kes itu hari ini.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman RM200 juta terhadap ketiga-tiga defendan atas dakwaan menyiarkan 2 artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel itu, masing-masing disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk “Felda Bankrap” dan artikel berserta gambar bertajuk “Kontroversi” dan “Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu” menjejaskan imej mereka.

Pada 30 September 2014, bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib yang merupakan seorang daripada defendan, memohon maaf kepada Felda dan anak syarikatnya berhubung penerbitan 2 artikel itu.

Beliau menyatakan artikel itu palsu dan diterbitkan Suara Keadilan dengan tujuan memperkecilkan pihak plaintif dan menjejaskan reputasi mereka.

Sumber TKO - 14-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kes ‘Potong Giliran’ Jemaah Haji Kesalahan Serius
Posted on Tuesday, February 07 @ 15:14:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33489



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, perbuatan rasuah dalam kes ‘potong atau langkau giliran haji’ merupakan kesalahan serius kerana menjejaskan peluang jemaah haji yang lebih layak mengerjakan ibadah pada tahun berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar berhujah, tindakan seorang bekas kerani Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menerima rasuah bagi membantu 27 jemaah yang tidak layak menunaikan haji, mengerjakannya pada tahun 2010 menyebabkan nama baik institusi itu tercemar.

Oleh yang demikian, pendakwa raya berhujah hukuman penjara empat tahun dan denda RM40,000 atau penjara 16 bulan yang dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Roslan Mohamed Som, 52, adalah memadai.

Sehubungan itu, Jasmee Hameeza memohon agar rayuan akhir pesara Tabung Haji itu ditolak manakala keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang mengekalkannya, tidak diubah.

Sebelum itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Roslan berhujah, wujud percanggahan berhubung nilai suapan iaitu sama ada sebanyak RM13,500 atau RM6,750 yang mencacatkan kes pendakwaan.

Peguam bela turut memohon agar tempoh penjara itu mengambil kira jangka masa 15 hari yang telah dijalaninya ketika Mahkamah Tinggi menolak permohonan anak guamnya mendapatkan jaminan. Permohonan itu kemudian dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Zawawi Salleh yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim menolak rayuan Roslan dan mengekalkan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Kuorum berkenaan sebulat suara berpuas hati bahawa wujud bukti keterangan yang mencukupi bagi menyokong kes pendakwaan dan mahkamah tidak perlu untuk mengubah keputusan terdahulu.

Oleh yang demikian, panel tersebut memerintahkan Roslan dihantar ke penjara menjalani hukuman hari ini dengan mengambil kira tempoh selama 15 hari yang telah dikuatkuasakan terhadapnya. Denda RM40,000 itu telah dijelaskan.

Roslan didapati bersalah menerima suapan wang RM6,750 daripada Samsudin Ibrahim sebagai upah menolong melayakkan jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada 2010 supaya dapat menunaikan ibadat itu pada tahun tersebut, antara pukul 3.30 petang dan 4 petang, 15 Julai 2010 di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di ibu negara.

Sumber TKO - 7-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































































































Mahkamah tolak rayuan aktivis terhadap Presiden PAS

NUR HASMIRA MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44152-mahkamah-tolak-rayuan-aktivis-terhadap-presiden-pas

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu hari ini telah menolak rayuan yang dikemukakan oleh aktivis Marcel Jude Joseph terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas sebuah artikel yang diterbitkan dalam Harakah yang bertajuk "Kristian gagal di Eropah, bawa ke Malaysia pula".

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Ravinthran a/l Paramaguru telah memutuskan bahawa rayuan digugurkan setelah tiada tindakan selepas Mahkamah Sesyen membatalkan tindakan tersebut pada 28 Julai tahun lalu.

Justeru itu, tiada permohonan untuk menghidupkan semula kes tersebut.

Sebelum ini, kes yang diwakili oleh peguam Hamid Ismail telah berjaya diketepikan penghakiman ingkar bertarikh 12 Ogos 2016 yang dimasukkan oleh Peguam Marcel melalui writ saman yang difailkan tanpa kehadiran dan pengetahuan Presiden PAS terbabit.

Kes bagaimanapun dianggap selesai kerana Mahkamah Sesyen pada tarikh 28 Julai 2016 telah membuang writ saman tersebut.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling ketika dihubungi Harakah mengucapkan setinggi tahniah atas kejayaan Peguam Hamid Ismail yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah yang juga merangkap Pengerusi Luham Sabah. - HARAKAHDAILY 3/2/2017

Sumber HD - 3-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bekas pembantu Hishammuddin didakwa rasuah
Posted on Thursday, February 02 @ 11:40:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33429&mode=thread&order=0&thold=0



Seorang bekas pegawai khas Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika di kementerian pengangkutan hari ini didakwa atas tuduhan rasuah.

Pertuduhan dijalankan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Tertuduh, Zailan Jauhari, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan menerima suapan bernilai RM80,000 pada Januari 2014.

Difahamkan Zailan bertugas dengan Hishammuddin yang juga naib presiden Umno sehingga Februari 2014.

Dakwaan itu membabitkan tender bagi dua syarikat membersihkan sekolah yang terletak di bawah kementerian pendidikan.

Sumber TKO - 2-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bekas CEO Anak Syarikat Tabung Haji Didakwa Pecah Amanah RM2.5 Juta
Posted on Thursday, January 26 @ 19:01:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33335



PETALING JAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Heavy Engineering (THHE) Bhd didakwa melakukan pecah amanah melibatkan wang bernilai RM2.5 juta di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Khamis.


Tertuduh, Nor Badli Munawir Mohamad Alias Latfi, yang pernah ditahan SPRM bagi membantu siasatan November lalu telah ditahan semula pada Rabu.

Nor Badli Munawir yang berusia 51 tahun telah memohon untuk dibicarakan atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Kes dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga lima, Nor Badli Munawir sebagai CEO THHE telah melakukan pecah amanah terhadap lima keping cek masing-masing bernilai RM400,000,
RM570,000, RM430,000, RM600,000 dan RM575,800 pada tarikh berasingan.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di pejabat THHE Fabricators Sdn. Bhd. Tingkat 23, Tower B, Menara UOA Bangsar antara April hingga Oktober 2013.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat serta boleh dikenakan denda.

Hakim Madihah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM400,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes ialah pada 15 Mac 2017.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya S.Thangavelu.

Pada 15 November 2016, tertuduh telah direman selama tujuh hari oleh SPRM selepas dipercayai terlibat dengan kes penyalahgunaan kuasa dan menerima wang suapan.

Sumber TKO - 26-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lima Pegawai Felda Direman Seleweng Projek RM47.6 Juta
Posted on Wednesday, January 25 @ 20:00:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33320



PUTRAJAYA: Lima pegawai kanan dan bekas kakitangan Felda ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman pada Rabu membenarkan kelima-lima lelaki berkenaan direman tujuh hari mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini oleh pegawai SPRM pada pukul 9 pagi dengan mengenakan kemeja-t "Lokap SPRM".

Mereka adalah bekas Pengarah Besar Felda; bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik); bekas pegawai operasi yang bertanggungjawab terhadap projek ikat sturgeon di Taman Negara;
ketua London Properties dan penolong pegawai tadbir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.
Felda adalah GLC terbesar yang disiasat SPRM. Mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah dan salahguna kuasa untuk projek sturgeon mencecah RM47.6 juta.

Mereka ditahan ketika SPRM menjalankan Op Caviar antara pukul 11.30 pagi dan 6 petang di sekitar Lembah Klang pada Selasa.

Pelbagai barangan berharga dirampas termasuk kereta mewah, barang kemas bernilai jutaan ringgit.

Lebih banyak barangan dijangka dirampas apabila pegawai SPRM ke kediaman suspek untuk meneliti aset yang dimiliki.

Setakat ini, akaun peribadi ahli keluarga terdekat suspek telah dibekukan untuk membantu siasatan.

Sumber TKO - 25-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hukuman penjara suami isteri ditambah
Posted on Friday, January 20 @ 20:32:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33257



SHAH ALAM - Pasangan suami isteri yang mengasari anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada November lepas, terpaksa merengkok lebih lama di dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menambah tempoh pemenjaraan ke atas mereka kepada lima bulan.

Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng memutuskan sedemikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang diwakili Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad, serta dua timbalan pendakwa raya Mohd Fairuz Mohd Johari dan Ng Wee Li.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan rayuan silang tertuduh Lor Ka Hoo, 36, dan isterinya, Tan Sit Fun, 31, yang sebelum ini dihukum penjara 14 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 25 November lepas.

Wong memerintahkan pasangan suami isteri itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengekalkan jumlah denda RM3,000 yang dikenakan ke atas mereka.

Ka Hoo dan Sit Fun mengaku bersalah bersama-sama menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 24, dengan niat untuk menakutkan wanita itu daripada menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam yang sah di sisi undang-undang.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di parkir kereta awam di Jalan BRP 6/12 Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, kira-kira 10.30 pagi, 24 November lepas dan didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini dalam satu kenyataan berkata Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kes itu kerana berpandangan hukuman ke atas Lor dan Tan adalah terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan.

Dalam penghakimannya, Teck Meng berkata pasangan suami isteri itu tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri memandangkan bayaran tiket meletak kereta dan saman meletak kenderaan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak melibatkan kos yang besar.

"Jika disaman, PBT tetapkan jumlah yang perlu dibayar antara RM10 ke RM15 sahaja sekiranya dibayar pada hari yang sama. Selepas 24 jam baharulah kadar itu bertambah dan jika tidak bayar juga, akan ada tawaran diskaun yang diberikan oleh PBT.

"Kedua-dua perayu (Ka Hoo dan Tan) sepatutnya bertindak tenang, terima saman dan bayar tanpa perlu berkasar dengan anggota penguat kuasa. Menghalang tugas penjawat awam adalah satu kesalahan yang serius," katanya.

Sehubungan itu, Teck Meng berkata mahkamah berpendapat hukuman berbentuk pengajaran wajar dijatuhkan ke atas pasangan suami isteri itu supaya mereka tidak mengulangi kesalahan dan juga sebagai peringatan kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.
Terdahulu, dalam hujahannya, Muhamad Iskandar memohon supaya mahkamah lebih mengutamakan kepentingan awam berbanding kepentingan tertuduh dengan menambah tempoh pemenjaraan antara enam bulan hingga 11 bulan.

"Kira-kira 1.2 juta penjawat awam di Malaysia ketika ini mengharapkan satu hukuman yang benar-benar boleh menyedarkan kedua-dua tertuduh serta pihak lain yang cuba memperlekeh tugas penjawat awam," katanya.

Mengenai hujahan peguam pasangan suami isteri itu, Gabriel Susayan bahawa anak guamnya telah 'dihukum' oleh pihak media yang melaporkan kes mereka dengan meluas, Muhamad Iskandar menjelaskan peranan pihak media ialah untuk menzahirkan kegusaran masyarakat dan bukan untuk menjatuhkan hukuman.  

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa bersama rakan setugas sedang mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang kemarahan pasangan suami isteri itu yang bertindak menarik baju serta menghalang mangsa daripada beredar.

Kejadian itu menjadi tular selepas rakaman video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial. - Bernama

SumberTKO - 20-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hina TMJ, remaja kekal di pusat pemulihan sehingga usia 21
Posted on Friday, January 13 @ 11:05:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33183



PUTRAJAYA: Seorang remaja lelaki yang mengaku bersalah menghantar komen menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ) kekal ditempatkan di pusat pemulihan akhlak di Melaka sehingga mencecah usia 21 tahun.

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohd Zawawi Salleh hari ini menolak rayuan terakhir Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri supaya dia dibebaskan dengan ikat jamin kerana berkelakuan baik.

Mahkamah Rayuan turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada September tahun lepas yang memerintahkan Amirul, 19, ditempatkan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka sehingga berusia 21 tahun.

Mahkamah Tinggi itu mengetepikan hukuman penjara setahun dijatuhkan Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap buruh itu dan memerintahkan dia ditempatkan di pusat pemulihan akhlak berkenaan.

Amirul dari Tumpat, Kelantan, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap 14 tuduhan menghantar komen menghina Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook Miyo Castello dengan niat ingin menyakiti hati TMJ dan institusi diraja Johor.

Peguamnya Hassan Abdul Karim memberitahu pemberita, Amirul sudah dipenjarakan 3 bulan sebelum kesnya dibawa ke Mahkamah Tinggi dan anak guamnya akan mencapai usia 21 tahun dalam tempoh setahun 5 bulan.

Beliau berkata, Amirul juga akan menduduki semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pusat pemulihan akhlak itu.

Sebelum itu, Hassan memberitahu Mahkamah Rayuan yang keputusan Mahkamah Tinggi menghantar anak guamnya ke Sekolah Henry Gurney tidak wajar dan tidak teratur mengikut undang-undang.

Menurutnya, Amirul juga kesal dengan perbuatannya dan insaf serta bersedia memohon maaf kepada Tunku Ismail.

Hakim bertanya sama ada Amirul sudah memohon maaf, tetapi Hassan berkata anak guamnya tidak diberi peluang berbuat demikian di Mahkamah Tinggi.

“Anda perlu ingat hukuman asal oleh Mahkamah Sesyen adalah setahun penjara,” kata hakim.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim pula meminta mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memandangkan ia tidak membuat sebarang kesilapan dalam keputusannya.

Sumber TKO - 13-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahkamah benar Azmin cabar laporan 1MDB
Posted on Wednesday, January 11 @ 14:54:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33160



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi memberi kebenaran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Muhammad Zahid Md Arif bagi mencabar tindakan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan laporan audit 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipa Farikulla membenarkan permohonan tersebut selepas mendapati permohonan itu mempunyai merit untuk didengar.

Mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak responden.

Dalam permohonan itu mereka menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Berdasarkan afidavit sokongannya, Azmin menuntut Laporan Audit Negara berhubung 1MDB yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi menurut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) diklasifikasikan semula sebagai dokumen awam.

Antara lain, Timbalan Presiden PKR itu menyatakan alasan bahawa Ambrin tidak mempunyai kuasa untuk mengklasifikasikan laporan tersebut sebagai rahsia rasmi kerana kuasa untuk berbuat demikian menurut Seksyen 2B OSA hanya terserah kepada pegawai awam.

Sumber TKO - 11-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wanita Abai Kanak-Kanak Didenda RM10,000
Posted on Wednesday, January 11 @ 14:43:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33157



KUALA PILAH – Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini menjatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara setahun dan khidmat masyarakat selama 240 jam ke atas seoarang wanita yang didakwa mengabaikan kanak-kanak tiga tahun di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Gemenceh di Tampin, Khamis lepas.

Hakim Nariman Badruddin membuat keputusan itu selepas tertuduh, Shamsinar Ambia, 36, mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Shamsinar didakwa sebagai penjaga meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam keadaan tidak berpatutan di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buluh, Tampin pukul 7 malam, Khamis lepas.

Terdahulu, dalam rayuannya, Shamsinar meminta mahkamah mengenakan hukuman yang ringan kerana ini merupakan kesalahannya yang pertama.

“Saya orang susah, anak seramai tiga orang yang berusia 13,14 dan 17 tahun masih bersekolah, tambahan pula saya tidak bekerja dan suami tiada kerja tetap,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Azhan Hakim Nik Mahmood meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya kerana hukuman di bawah Seksyen 33 (1)(c) Akta Kanak-kanak 2001 telah dinaikkan kepada denda RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam akan membayar denda tersebut.
- Bernama

Sumber TKO - 11-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar, peguam dan NST capai penyelesaian di mahkamah
Posted on Monday, January 09 @ 20:30:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33143



GEORGE TOWN: Satu perintah persetujuan perhakiman berdasarkan terma yang dipersetujui dicapai dalam saman fitnah yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap peguam Ranjit Singh, akhbar New Straits Times (NST) dan 2 wartawan akhbar tersebut.

Di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini, Ranjit memohon maaf kepada Anwar dan isteri mendiang Karpal Singh, Gurmit Kaur, di hadpaan Hakim Datuk Rosilah Yop.

“Saya, Ranjit Singh Mahinder Singh, dengan ini tanpa ragu-ragu dan tanpa syarat memohon maaf atas kenyataan saya yang diterbitkan oleh NST pada 6 Ogos 2013 di halaman 10, bertajuk ‘Prove you have nothing to hide’.

‘Saya juga memohon maaf kerana memohon Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendiang Karpal Singh mengisytiharkan harta mereka kepada orang ramai untuk membuktikan ianya bersih demi menolak dakwaan tidak terbukti dan tidak berasas terhadap mereka berhubung dengan integriti badan kehakiman dan rasuah.

“Saya difahamkan bahawa kenyataan saya mempunyai sindiran negatif oleh itu saya dengan ini memohon maaf kepada Anwar dan mendiang Karpal Singh dan keluarga masing-masing.”

Sementara itu NST, penulis pakarnya Adrian Lai, dan bekas wartawan NST, Looi Sue-Chern bersetuju untuk menyiarkan kenyataan mengakui laporan mereka tidak berasas dalam edisi cetak esok atau Rabu, seperti berikut:

“Kami dengan ini merujuk kepada laporan berita kami bertarikh 6 Ogos 2013 di halaman 10, bertajuk ‘Prove you have nothing to hide’ yang mempunyai komen oleh Ranjit Singh Mahinder Singh.

“Penerbitan artikel tersebut berserta tajuk utama adalah berdasarkan komen yang dibuat oleh Ranjit.

“Kami mengakui penyiaran artikel itu adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada tajuk utama, adalah tidak berasas, berdasarkan kepada permohonan maaf Ranjit.”

NST, Adrian dan Sue-Chern juga bersetuju untuk membayar RM60,000 sebagai bayaran kos kepada Anwar.

Penghakiman persetujuan itu dicapai selepas perbincangan selama 6 jam oleh peguam bagi semua pihak yang terlibat.

Sementara itu, peguam Anwar, Ramkarpal Singh Deo memuji Rosilah kerana membenarkan Gurmit Kaur untuk hadir di mahkamah dan mendengar permohonan maaf Ranjit kepada Karpal.

“Penghargaan ikhlas kami kepada hakim, yang membuat satu langkah yang julung kalinya bagi membolehkan Gurmit untuk mewakili mendiang Karpal.”

Kes 24 Ogos 2016 itu menyaksikan Anwar menyaman Ranjit, yang juga bekas pengerusi jawatankuasa undang-undang jenayah Badan Peguam Pulau Pinang, NST, Adrian serta Sue-Chern.
Saman itu difailkan oleh Anwar berhubung artikel berita bertajuk “Declare your assets, if you have nothing to hide”, yang diterbitkan pada 6 Ogos 2013, dalam edisi cetak NST.

Anwar menuntut ganti rugi yang dianggap wajar oleh mahkamah berserta permohonan maaf semua defendan yang seterusnya diterbitkan dalam NST.

Ranjit dalam kenyataan pembelaannya, berkata kenyataan beliau tidak bersifat memfitnah dan merupakan “komen yang adil berhubung perkara berkepentingan awam.”

Dalam kenyataan tuntutan bersama, NST, Adrian dan Sue-Chern berkata laporan itu berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Ranjit dan ahli politik Zamil Ibrahim. NST berkata ia mempunyai tanggungjawab moral untuk menerbitkan cerita yang berkepentingan awam.

Anwar diwakili Sangeet Kaur deo, Ramkarpal Singh Deo, and S Raveentharan manakala Ranjit diwakili Baljit Singh.

NST, Adrian and Sue-Chern diwakili Reza Hassan, Ellia Zuraini Mat Zin dan Umi Farhanah Mohd Nasir dari Raja Riza & Associates.

Sumber TKO - 9-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengurus bank berdepan 16 pertuduhan dalam kes berkaitan 1MDB
Posted on Thursday, January 05 @ 13:49:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33088



Pihak pendakwa Singapura hari ini memfailkan 16 pertuduhan terhadap pengurus bank Switzerland, Falcon Private Bank AG, cawangan republik itu.

Ia sebahagian daripada siasatan yang sedang berlangsung berkaitan dakwaan skandal 1MDB, lapor Reuters.

Bank itu yang kedua diarahkan ditutup di Singapura selepas BSI Bank Ltd tahun lepas.

Singapura dilihat mahu mengekalkan reputasi sebagai pusat kewangan bersih selepas turut dikaitkan dengan isu berkaitan 1MDB.

1MDB disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negeri, termasuk Switzerland sendiri dan Amerika Syarikat.

Datuk Seri Najib Razak menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.

Pendakwaan Singapura hari ini memfailkan 10 pertuduhan memberikan maklumat palsu, lima pertuduhan gagal mendedahkan maklumat meragukan dan satu pertuduhan gagal memaklumkan transaksi meragukan.

Warganegara Switzerland Tan Hee Joekyang ditangkap Oktober lalu mungkin membuat pengakuan bersalah, kata peguamnya daripada tetuan Tan See Swan & Co kepada mahkamah.

Bagaimanapun tidak jelas pengakuan bersalah akan dibuat terhadap pertuduhan yang mana. Pendengaran kes ditetapkan apda 11 Januari.

Tahun lepas tiga bekas pekerja BSI dipenjarakan. Ia juga menyaksikan rampasan aset dan penutupan beberapa bank – tindakan paling keras terhadap pengubahan wang haram di negara itu.
Republik itu menggelar kes berkaitan 1MDB sebagai paling rumit, canggih dan kes terbesar pengubahan wang haram yang pernah ditanganinya.

Sumber TKO - 5-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nurul Izzah menang cabar cadangan persempadanan semula SPR
Posted on Wednesday, January 04 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33082



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan 10 pengundi kawasan itu memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Kuala Lumpur oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas menolak bantahan awal dikemukakan Jabatan Peguam Negara mewakili SPR, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.

Dalam penghakimannya beliau berkata, mahkamah berpuas hati permohonan itu tidak bersifat remeh dan kesemua pemohon adalah pihak yang mempunyai kepentingan mengemukakan ķes mereka.

Katanya, mahkamah bersetuju terdapat persoalan dan isu yang boleh dihujahkan dalam permohonan itu dan jika terdapat sebarang kecacatan ketika proses membuat keputusan dalam prosiding inkuiri cadangan persempadanan semula, ia boleh disemak di mahkamah.

Ketiga-tiga responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, Suzana Atan, Shamsul Bolhassan dan Azizan Md Arshad.

Azizul turut membenarkan permohonan peguam A.Surendra yang mewakili kesemua pemohon untuk menangguhkan prosiding inkuiri cadangan persempadanan semula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu yang akan didengar pada 15 Feb ini diputuskan mahkamah.

Nurul Izzah, 36, dan 10 pengundi berdaftar di kawasan itu memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman tersebut pada 11 Nov lepas.


Dalam permohonan itu, mereka menuntut satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan SPR dalam notis bertarikh 15 Sept 2016 berhubung cadangan persempadanan semula bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri.

Sumber TKO - 4-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tikam Perut Rakan, Penarik Kereta Didakwa
Posted on Wednesday, January 04 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33079



KUALA LUMPUR - Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh rakannya dengan menikam di bahagian perutnya menggunakan pisau.

Syed Kamal Syed Mohamed, 21, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap B. Harishan, 22, di tepi jalan, berhampiran hentian bas, Jalan Dutamas, Sentul, di sini, pada 4.30 pagi, 25 Disember lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika disabitkan kesalahan.

Hakim Zaman Mohd Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan dan dilarang mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 20 Jan bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah membenarkannya diikat jamin dengan jaminan yang rendah kerana dia penanggung utama keluarga.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohamad Yusoff. - Bernama

Sumber TKO - 4-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasuah JANS: Bekas Pengarah Dan Isteri Gagal Bayar Wang Jaminan RM12 Juta
Posted on Friday, December 30 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33028



KOTA KINABALU: Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)  Awang Mohd Tahir Mohd Talib dan isterinya Fauziah Piut gagal membayar wang jaminan sebanyak RM10 juta dan RM2 juta dan akan dihantar ke Penjara Kota Kinabalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan perkara itu dan turut diakui oleh peguam mereka Hairul Vaiyron Othman.

SPRM turut memaklumkan seorang lagi tertuduh, penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah Lim Lam Ben dibebaskan selepas membayar wang jaminan RM1 juta melalui deraf bank dan perkara itu turut disahkan oleh peguamnya Chin.

Awang Mohd Tahir mengaku tidak bersalah terhadap lapan tuduhan memiliki RM56.9 juta dalam bentuk wang tunai dan dalam empat akaun bank, dua tuduhan memiliki secara salah enam kenderaan mewah dan satu tuduhan memiliki secara salah 86 jam tangan berjenama mewah.

Dia juga mengaku tidak bersalah bersama-sama isterinya, Fauziah terhadap dua tuduhan memiliki secara salah barang kemas.

Fauziah dikenakan 19 tuduhan memiliki secara salah barang kemas dan beg mewah serta wangRM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.

Lam Ben yang digantung tugasnya, menghadapi satu tuduhan memiliki secara salah sebuah kenderaan dan tiga tuduhan memiliki secara salah wang tunai RM2.38 juta.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Hakim Ummu Kalthum Abdul Samad menetapkan 28 Februari sebagai tarikh pengurusan kes.

Sumber TKO - 30-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahkamah Saran Kes Saman Maria Chin Terhadap Jamal Diselesai Secara Baik
Posted on Wednesday, December 28 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33009



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan aktivis Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunus atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh, diselesaikan secara baik.

Peguam Melissa Sasidaran, yang mewakili Maria, memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat cadangan itu semasa pengurusan kes di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohammed Nasser Yusof mewakili Jamal.

Katanya mahkamah menetapkan 9 Jan depan untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembangan proses penyelesaian yang disarankan itu.

Pada 7 Okt lepas, Maria, 60, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyaman Jamal yang merupakan pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM) selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria selaku plaintif mendakwa pada 28 Sept lepas, Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan telah diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Plaintif juga mendakwa, pada 4 Okt lepas, Jamal sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitkan pada 5 Okt di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Beliau menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu.


- BERNAMA

Sumber TKO - 28-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dua Pengikut Tuhan Harun Dihukum Mati
Posted on Wednesday, December 28 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33008



KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menjatuhkan hukuman mati ke atas dua pengikut Tuhan Harun, atau Harun Mat Saat, selepas didapati bersalah membunuh ketua penolong pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu terhadap Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39, selepas berpuas hati dengan keterangan anak dan isteri mangsa yang mengecam mereka sebagai individu yang menembak mangsa.

Sumustapha dan Shamsinar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Ahmad Raffli, 49, di rumah nombor 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini, pada pukul 1.50 petang, 10 November 2013.

Kedua-dua tertuduh yang memakai baju t-shirt dan berseluar putih kelihatan bersahaja dan tidak menunjukkan sebarang reaksi semasa mendengar hukuman.

Ab Karim mengambil masa 30 minit membacakan penghakimannya.

Pada prosiding itu, Ab Karim juga melepaskan isteri ketiga Harun, Azida Mohd Zol, 33; pemandu mereka Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40; dan pengikut ajaran itu Jefferi Safar, 39, daripada tuduhan berkonspirasi melakukan pembunuhan itu pada masa, tarikh dan di tempat yang sama.

Harun yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan Harun sebelum ini turut didakwa berkonspirasi.

Bagaimanapun tuduhan itu digugurkan pada 26 Ogos lalu, selepas dia meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, pada 16 Ogos lalu akibat masalah pernafasan.

Pada penghakimannya, Ab Karim berkata timbul keraguan sama ada wujud persepakatan membunuh Ahmad Raffli antara semua tertuduh kerana semua komunikasi adalah di antara Azida dan saksi pendakwaan ke-14, Syed Azlan Syed Abu Bakar atau 'Arab' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perbualan telefon.

"Kegagalan untuk memeriksa kewujudan elemen SMS telah menimbulkan keraguan dalam persepakatan seperti yang didakwa Arab bahawa beliau telah menerima arahan daripada Harun yang tuhan telah mengarahkannya melenyapkan seorang pegawai JAIP kerana tidak menjalankan tugasnya dengan adil," katanya.

Ab Karim menambah keterangan Arab juga banyak bergantung kepada kefahamannya berhubung arahan Harun di sebuah hotel di Kuala Lumpur, sedangkan keterangan Azida mendakwa suaminya mengalami masalah pertuturan selepas diserang angin ahmar.

Beliau menambah Azida juga dalam keterangannya mengakui sukar untuk memahami pertuturan Harun sehingga ada masanya terpaksa mengulang kembali atau berkomunikasi secara menulis di atas kertas bagi mendapatkan pengesahan.

Mengulas lanjut, Ab Karim menambah meskipun berada di dalam bilik hotel yang sama semasa Arab menerima arahan daripada Harun, keterangan Azida ialah beliau tidak mendengar Harun ada memberi arahan yang jelas untuk melakukan pembunuhan itu.

"Keterangan juga menunjukkan Arab telah beritahu tertuduh ke-empat (Shaizral Eddie Nizam) bahawa mereka perlu membuat siasatan pegawai JAIP dan selepas tertuduh ke-empat melayari internet didapati ada empat nama pegawai JAIP.

"Mangsa adalah salah satu yang dikenalpasti dan nama si mati dipilih sebagai sasaran hukuman bunuh kerana didakwa telah banyak membuat fitnah kepada mereka sebagai sesat tanpa usul periksa," katannya.

Ab Karim menambah cadangan asal untuk melaksanakan rancangan itu adalah melanggar mati Ahmad Raffli, bagaimana selepas tinjauan di Kuantan, cara itu tidak sesuai menyebabkan Arab berkata penggunaan senjata api dibenarkan bagi memastikan arahan tuhan dilaksanakan segera.

"Dalam kes ini, apa yang difahamkan mahkamah ialah apa yang dilafazkan Harun bergantung kepada pemahaman Arab. Daripada keterangan, mahkamah dapati Arab bukan sahaja rakan sejenayah, tapi orang yang merancang segala-galanya sehingga berlaku pembunuhan si mati," katanya.

Untuk rekod, Arab yang merupakan penyanyi dan komposer yang terkenal dengan lagu Bila Bulan Berwarna Biru telah meninggal dunia pada 12 Nov lalu di sebuah hospital swasta di Seremban, Negeri Sembilan akibat serangan jantung.

Sebaik sahaja Ab Karim selesai membacakan penghakimannya, keluarga tertuduh dilihat menangis kegembiraan dan berpelukan sesama mereka manakala Azida, Shaizral Eddie Nizam dan Jefferi yang duduk di kandang tertuduh tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Sepanjang perbicaraan mahkamah mendengar keterangan 54 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan yang diwakili peguam Hermes Putra Media Ibrahim, Amer Hamzah Arshad dan Mohammad Naim Mahmud mengemukakan 10 saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh dan Nurul Farahah Mohd Suah.



Sumber TKO - 28-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gagal Kemuka Penyata GST, Dr Vida Didenda RM80,000
Posted on Friday, December 16 @ 02:49:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32853



IPOH - Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah gagal atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Hasmiza membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Dia menghadapi 16 tuduhan gagal mengemukakan penyata GST dari tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai lalu mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM4.2 juta.

Tertuduh yang memiliki produk kesihatan Pamoga dan produk kecantikan Qu Puteh, dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan KastamDiraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, Jalan Tun Abdul Razak di sini.

Setiap kesalahan itu membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan manakala tertuduh diwakili peguam Syed Ahmad Syed Abas.


Sementara itu, mahkamah turut menetapkan 30 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula bagi 16 lagi pertuduhan gagal membayar GST bernilai RM4.2 juta dalam tempoh sama mengikut Seksyen 41 (7) akta sama. – Berita Harian

Sumber TKO  - 16-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rayuan ditolak, Anwar kekal Di Penjara
Posted on Wednesday, December 14 @ 19:37:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32837



Jalan terakhir melalui mahkamah untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan sabitan tuduhan meliwat ke atasnya sudah berakhir hari ini apabila mahkamah persekutuan menolak rayuan bekas timbalan perdana menteri itu.

Dengan keputusan itu Anwar dijangka akan terus dipenjara sehingga pertengahan 2018.
Lima panel hakim diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan tidak berlaku keputusan berat sebelah atau tidak adil dibuat panel sebelum ini.

Berkenaan isu reaksi segera Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung keputusan mahkamah pada 10 Februari tahun lalu, Zulkifli berkata, walaupun kenyataan dibuat Anwar memberi gambaran beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil, mahkamah tidak ada kuasa untuk menghalang pihak terbabit membuat kenyataan demikian.

"Sebagai cabang berlainan daripada kerajaan, kehakiman dan mahkamah beroperasi secara bebas dalam proses membuat keputusan tanpa campur tangan daripada mana-mana cabang kerajaan.

"Perlu ada pemisahan kuasa yang jelas antara badan kehakiman dan dua lagi cabang kerajaan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang," katanya.

Memutuskan bahawa tiada merit pada dakwaan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan secara pramatang, hakim berpendapat ia terletak di bawah Peraturan 137 (yang membolehkan semakan).

"Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa terdapat apa-apa komunikasi apa sekalipun antara PMO dan Mahkamah Persekutuan sama ada sebelum atau selepas keputusan kes itu," katanya dalam keputusan dibuat sebulat suara oleh semua hakim.

Hakim lain yang menganggotai panel mendengar permohonan Anwar itu ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, serta hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Hassan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Semua hakim hadir di mahkamah ketika penghakiman dibacakan, kecuali Malanjum yang menghadiri pengebumian ibu saudaranya.

Sumber TKO - 14-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hukuman Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Terlampau Ringan -Peguam Negara
Posted on Monday, November 28 @ 09:16:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32622



KUALA LUMPUR
: Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap hukuman mahkamah yang dijatuhkan ke atas suami isteri yang mengasari anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). 

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ini kerana ia berpandangan hukuman ke atas Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun iaitu penjara 14 hari dan denda RM3,000, dan jika gagal membayar denda dipenjara tujuh hari, adalah terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan. 

Rayuan terhadap hukuman itu difailkan pada hari sama hukuman dijatuhkan iaitu Jumaat lalu, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

"Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, namun hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan sama," katanya. 

Mohamed Apandi menegaskan Jabatan Peguam Negara amat memandang serius perbuatan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Perbuatan sedemikian, katanya, merupakan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. 

Lor, 35, dan Tan, 30, mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika pegawai itu mengeluarkan saman ke atas sebuah kenderaan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Khamis lalu. 

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan antara kedua-dua pihak menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial.  -Bernama 


Sumber HD - 28-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































































Bicara kes saman Razman 14 Disember

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43343-bicara-kes-saman-razman-14-disember

IPOH: Berikutan saman yang difailkan oleh Datuk Seri Nizar Jamaludin terhadap Pesuruhjaya
PAS Perak, Razman Zakaria akan dibicarakan pada 14 Disember 2016 telah ditetapkan mahkamah,
24 November lalu.

Mahkamah Sesyen Ipoh telah membenarkan permohonan plaintif (Nizar) untuk membatalkan
Tuntutan Balas oleh Defendan (Razman) terhadap plaintif.

Ketika membacakan penghakiman, Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Sunitha Kaur menyatakan
di antara alasan membenarkan permohonan plantif adalah berhubung isu locus standi (keupayaan
defendan dari segi undang-undang untuk memfailkan tuntutan balas terhadap plaintif dalam perkara
berkenaan tuntutan balas tersebut).

Mahkamah turut menolak permohonan pihak defendan untuk membatalkan saman plaintif terhadap
defendan. – HARAKAHDAILY 25/11/206

Sumber HD - 25-11-2016

No comments:

Post a Comment