BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, July 12, 2015

MENYAMBUT HARI KEMENANGAN DAN PELBAGAI FENOMENA


Biar Gambar Berbicara, Jamuan Raya (ada makan) GHB di Sabak Bernam
Posted on Friday, August 14 @ 17:19:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah





Tak mau ulas dan kupas panjang lebar .. sekadar menjemput penjengok,pengitai dan pembaca blog ini melihat, berfikir dan seterusnya menilai.







Ini bukan sahaja ceramah penerangan tetapi juga jamuan hari raya sekali .. memberi makna pelbagai juadah disediakan sebagai cara menambat dan memujuk rakyat datang turun beramai-ramai bagi menyeri dan memeriahkan program ini yang diadakan semalam di Dewan Tun Abdul Razak, Pekan Sabak, Sabak Bernam Selangor.

Antara yang hadir dan turut beri ceramah ialah Ustaz Ahmad Awang, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhamad Taib .. nama-nama besar dalam saf kepimpinan GHB.

Sumber : Link
Sumber TKO -14-8-2015


Majlis Rumah Terbuka PAS 2015 meriah


SALMIYAH HARUN|FOTO NASIR SUDIN | .




KUALA LUMPUR: Majlis Rumah Terbuka PAS 2015 yang sedang berlangsung di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (Kuizm) cukup meriah dengan celoteh juruhebah dan persembahan daripada Amal Akustika.

Jika sebelum ini para tetamu didendangkan dengan lagu raya tetapi berlainan hari ini didendangkan persembahan 'live' oleh kumpulan Amal Akustika yang dikepalai oleh Khairul Faizi.

Persembahan Dikir Barat Jendoro dan Man John and Geng turut menghiburkan dengan dendangan lagu hindi yang diminati ramai Kuch Kuch Hota Hai.

Para tetamu juga dipelawa untuk 'selfie' dengan pimpinan PAS di satu sudut yang dibuat khas di hadapan pintu masuk Kuizm.

Duit raya kepada tetamu cilik tidak pernah dilupakan. Sebaik sahaja Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersedia memberi duit raya kanak-kanak cepat-cepat beratur di hadapan beliau.

Celoteh juruhebah menarik perhatian tetamu apabila beliau secara spontan mengajukan soalan kepada pemimpin yang terlintas di hadapannya.

Antara yang ditemui beliau ialah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man yang diminta untuk mendendangkan lagu.

"Saya memang bercadang untuk nyayikan lagu tadi, memandangkan saya tengok cuaca agak mendung saya bimbang hujan lebat turun," balas Tuan Ibrahim seloroh yang diikuti gelak tawa para tetamu yang hadir.

Manakala Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang agak segan untuk menyanyi apabila diminta oleh juruhebah.

"Saya tak pandai nyanyi," ujar Nasrudin sebaliknya terus melancarkan sebuah buku kecil "Islam Penyelamat Ummah" yang mengandungi isu-isu semasa termasuk Tabung Haji, Mara, 1MDB, GST sebagai rujukan.

Pelbagai jamuan yang disediakan antara yang istimewa ialah kambing golek tujuh ekor, dua ekor rusa, aiskrim dan 50,000 cucuk sate antara juadah yang tidak pernah dilupakan.

Nasi dagang 50 gantang dengan lauk gulai ikan tongkol, laksa, nasi impit, mi goreng dan kuih muih yang enak tidak mengecewakan para hadirin.

Majlis yang dimulakan jam 1 tengah hari hingga 4 petang turut dihadiri wakil daripada PKR dan beberapa NGO. - HARAKAHDAILY 8/8/2015

Sumber HD - 8-8-2015

Semua dijemput hadir rumah terbuka PAS esok

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Idulfitri 2015 pada hari Sabtu, 8 Ogos bertempat di dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar bermula jam 1 petang hingga 4 petang.

"Selain ahli-ahli PAS, kita juga menjemput juga rakan-rakan media, wakil parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) serta kedutaan-kedutaan yang ada di negara ini," ujar Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, PAS telah sekian lama mendukung tema ‘PAS Untuk Semua’ ingin menjemput semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira fahaman politik hadir ke rumah terbuka sempena Idulfitri tahun ini, esok. 

Tambahnya, adalah diharapkan semua pemimpin-pemimpin politik dan NGO daripada pelbagai fahaman politik sama ada dari kalangan pembangkang atau kerajaan dapat bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri.

"Kami akan sambut semua yang hadir dan menikmati juadah yang disediakan dengan seadanya.

"Apa yang penting kepada kami adalah silaturahim antara PAS dengan semua pihak terus terjalin kukuh," ujarnya. - HARAKAHDAILY 7/8/2015

Sumber HD - 7-8-2015

Sambutan Hari Raya Di Tanah Besar China
Posted on Wednesday, July 29 @ 12:14:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

"

ISLAM telah bertapak di Tanah Besar China lebih kurang 1,300 tahun dahulu. Sahabat Nabi, Saidina Saad bin Abi Waqas Antara org yg terawal sampai di China Dan telah berdakwah disana. Populasi umat Islam telah berkembang di sana. Di bawah adalah gambar-gambar suasana Sambutan Hari Raya di Tanah Besar China.



















http://silverheritage.blogspot.com

Artikel2 lain menarik.

1. Gambar Suasana Mekah al Mukaramah dulu dan sekarang

2. Jawapan-penuh-TG-Nik-Abd-Aziz-terhadap isu Hudud

3. Qardawi doakan Tuan Guru Haji Hadi

Sumber TKO - 29-7-2015

Lebih 4,000 Hadir; Sambutan Luar Jangka Rumah Terbuka Aidilfitri Bukit Payong

rumah terbuka b payong 2015
Oleh : Haida al-Ansariyyah

MARANG – Kemeriahan sambutan Aidifitri terus dirasai oleh seluruh umat Islam, sekalipun bulan Syawal telah memasuki minggu kedua.

IMG-20150727-WA0147 (2)

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Rumah Terbuka beliau dan menyifatkan kehadiran ramai tetamu ke Majlis tersebut adalah sesuatu yang diluar jangkaan.

“Saya mengucapkan terima kasih dan bergembira di atas kesudian semua yang hadir diluar jangkaan ini. Bahkan, saya mengharapkan juga agar tuan puan terus memberi komitmen dalam program-program DUN mendatang,”

“Insya-Allah, jika PAS berjaya mentadbir negeri dan negara ini, kita akan mentadbir dengan kebaikan, keadilan dan sama sekali tidak akan meminggirkan pembangunan khususnya negeri Terengganu yang sangat kaya dengan hasil buminya,” kata Ustaz Mohd Nor Hamzah.

DSC_0362 (2)

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis yang diadakan di Kampung Atas Tol berhampiran Sekolah Kebangsaan Atas Tol, dekat sini, pada Sabtu 25 Julai.

Lebih 4,000 orang dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang berpusu-pusu hadir ke majlis tersebut yang bermula seawal jam 11.00 pagi dan berakhir pada 2.00 petang.

Antara tetamu yang turut mengunjungi rumah terbuka ini ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu merangkap Yang DiPertua PAS Marang, Haji Yahaya Ali, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) iaitu Puan Hajah Zarani Othman, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) iaitu saudara Jefri Chua.

Selain berpeluang untuk bersalaman dengan ADUN Bukit Payung, para pengunjung turut berkesempatan beramah mesra dengan Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu dan isteri beliau, Ustazah Zainun Hj Wahab.

DSC_0361 (2)

Malahan, ramai anak muda tidak melepaskan peluang bergambar bersama dengan pimpinan DUN mereka.

Seorang anak muda Ahmad Faiq Hakimi, yang hadir hadir ke majlis itu teruja kerana dapat bertemu mata dan berbual bicara dengan Ustaz Mohd Nor.

“Selain makanan sedap-sedap, majlis ini cukup istimewa bagi saya dan juga rakan-rakan yang lain kerana kami boleh bersembang dengan YB Ustaz seperti kawan karib.

Ya, memang kami biasa berprogram dengan YB Ustaz Mohd Nor, tapi lainnya hari ini kami boleh ber’selfie’ bersama-sama. Beliau sangat mesra orang muda,” ucap Ahmad Faiq Hakimi ketika ditemui di majlis tersebut.

IMG-20150727-WA0151

Selain juadah, makanan dan minuman, Rumah Terbuka itu diceriakan dengan ‘santapan rohani’ iaitu persembahan qasidah yang disampaikan oleh kumpulan qasidah Shoutul Mahabbah.

Apa yang menarik adalah kumpulan seni Islam itu diketuai oleh anak kepada Ustaz Mohd Nor Hamzah sendiri, Abdul Muiz Rafiq bin Mohd Nor.

Kumpulan tersebut ditubuhkan oleh Cawangan Kedai Buluh di bawah bimbangan Ustaz Hassan Mat Amin, mempersonakan para hadirin dengan kelunakan qasidah yang dialunkan sehingga masing-masing tidak berganjak menyaksikannya sehingga tamat persembahan.

Sumber BO -  27-7-2015

Keraian Di Aidilfitri??

raya mat rempit2
Oleh: Solahuddin Al-Idrus

Saban tahun apabila menjelang tibanya bulan Syawal, kita dapat lihat pelbagai aksi dan acara diadakan bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Begitu jugalah halnya pada sambutan Aidilfitri 1436H pdada kali ini.

Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam. Bukan kemenangan kerana berlalunya Ramadhan dan kita dapat bersantapan kembali di siang hari. Tetapi ia adalah kemenangan kepada mereka yang menjalani sebulan ibadah puasa di madrasah Ramadhan dengan penuh ‘imaanan wahtisaaba’.

raya mat rempit1

Lalu, mereka mampu meraih ijazah ‘taqwa’ yang dijanjikan Allah SWT dan dengan itulah nanti yang akan digunakan kembali untuk menjalani 11 bulan yang berbaki. Selain itu ia juga merupakan arahan ibadah yang diperintahkan oleh Tuhan yang maha Esa.

‘Mercun dan Rempit’
Di Kuala Terengganu khasnya, ramai anak muda yang menyambut Aidilfitri dengan bermain mercun dan keluar ‘merempit’ beramai-ramai. Isu mercun dan rempit ini sudah menjadi ‘fenomena’ tahunan yang tidak berkesudahan dan terpaksa dihadapi oleh komuniti setempat di bandaraya yang terkenal dengan jolokan Bandaraya Pesisir Air ini.

Pada malam awal Syawal suasa saling tak tumpah umpama di medan perang dengan bingitnya bunyi letupan mercun yang bersahut-sahutan. Satu keadaan yang cukup mengganggu kesentosaan pada 1 Syawal.

Di jalanraya pula berpusu-pusu ‘mat rempit’ bermaharajalela. Sekitar jalan Durian Burung, Paloh, Pengadang Baru, Wakaf Mempelam, Kubang Tangga, dan Wakaf Beruas dipenuh oleh ‘mat-mat motor’ dalam lingkungan jam 5 petang sehingga ke waktu Maghrib. Kadang kala hingga ke malam.

mercun raya

Jalanraya yang memang sedia sesak dengan anak perantau Terengganu yang pulang beraya, ditambah pula kesesakan itu dengan kehadiran tanpa diundang ‘mat-mat rempit’ ini. Pemandangan kereta yang bersusun di jalanraya kerana tersekat dengan ‘kegilaan’ mat-mat rempit tersebut sangat mengganggu. Mereka menyekat jalan-jalan utama termasuk beberapa lampu isyarat dan mereka mengadakan acara ‘sprint test ‘haram’ secara percuma.

Itulah masalah utama yang dihadapi oleh penduduk setempat yang masih belum dapat diselesaikn oleh pihak berwajib walaupun ia seakan sudah bermacam janji yang ditabur saban tahun. Hinggakan pada tahun ini munculnya beberapa individu yang dipercayai penduduk sekitar yang tidak tertahan lagi dengan karenah ‘kurang ajar’ mereka, telah bangkit membuat tindakan sendiri sebagaimana paparan video yang tersebar di laman sosial.

Justeru, ia adalah isyarat yang jelas kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan segera dan berkesan, berkait hal mercun dan gejala rempit ini. Kita amat bimbang perkara yang lebih buruk berlaku, pabila rakyat berterusan terpaksa mengambil tindakan sendiri menghalang gejala rempit yang boleh tercetusnya huru-hara apabila kemarahan masyarakat setempat tidak dapat dibendung lagi.

IMG-20150722-WA0002

‘Walimatul-Urus’
Tidak kurang juga terdapat sebilangan masyarakat Islam yang mengambil peluang cuti Aidilfitri ini dengan mengadakan majlis perkahwinan. Memanfaatkn ruang yang ada ditambah pula dengann kepulangan kaum keluarga yang jauh, pasangan mempelai turut diraikan di hari Aidilfitri yang penuh barakah ini.

Semoga sahabat berasal dari Simpang Tok Ku yang mengadakan majlis persandingan di Tok Jembal Kuala Nerus, menndapat rahmat serta keberkatan dari Allah SWT.

Kemeriahan Aidilfitri serasa lebih berseri dengan kehadiran orang baru di dalam keluarga yang bakal dibina dan menambah besarkan lagi ‘baitul Muslim’ yang sangat dibanggakan oleh baginda Nabi SAW.

‘Alfu mabruk’ buat kedua mempelai itu dan semoga lebih tenang dan beristiqamah dalam gerak kerja jemaah selepas mendirikan rumah tangga, sebagaimana sebelum bertemu jodoh.

Mudah-mudahan Allah memberkati kalian dan menghimpunkan hidup kalian dalam suasana yang penuh kebaikan!

Sumber BO - 22-7-2015

Kambing Bakar dan Aiskrim Jadi Tumpuan

raya takiri
KUALA NERUS – Warga Kuala Nerus khususnya para penduduk Seberang Takir menyerbu Rumah Terbuka Eidul Fitri Ahli Parlimen, Dr. Ustaz Khairudddin Aman Razali, sebaik ia dibuka pada jam 2.00 petang.

DSC_0234

Selain makanan utama, sate, nasi dagang dan laksa, antara juadah yang menjadi tumpuan dalam majlis itu adalah ‘kambing bakar’ dengan sos lada hitam dan aiskrim pelbagai rasa, sehingga orang ramai terpaksa berbaris menunggu giliran untuk mendapatkannya.

Ustaz Khairuddin mengucapkan rasa syukur dengan kehadiran orang ramai dalam majlis sempena hari raya itu, yang pertama kali dibuat di kawasan kejiranan, rumah kelahirannya sendiri.

DSC_0207 (2)

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana orang ramai mari………mereka serbu sebaik sahaja majlis dibuka pada jam 2.00 petang bahkan ada yang menunggu sebelum itu lagi,

“saya harap semuanya dapat mengecapi juadah, mana-mana yang masih ada in sha Allah,”ujarnya ketika ditemui di Kampung Baru Seberang Takir pada Isnin, 20 Julai.

Beliau berkata dengan penganjuran majlis makan sempena Eidulfitri di kampungnya sendiri, beliau dapat bertemu mata dan berbual bicara dengan sanak saudara serta sahabat handai yang jauh dan dekat.

20150720_145453

Kesempatan tersebut juga diambil untuk bertemu anak-anak Seberang Takir yang berada di perantauan, pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para petugas, muslimin, muslimat dan pemuda yang menyumbangkan tenaga, bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.

Sumber BO - 21-7-2015

Solat Hari Raya Aidilfitri Di Seluruh Dunia (gambar)
Posted on Saturday, July 18 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SELAMAT Hari Raya Aidilfitri khas buat pembaca Mynewshub! Di raya pertama ini, perut kami nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda ingin mengempis, heh.


Di sini kami kongsikan kepada anda koleksi gambar solat Aidilfitri dari seluruh dunia.
Ada yang bersolat di masjid, ada yang di atas tanah lapang, di persisiran pantai dan tidak kurang juga di atas jalan raya kerana kerana kepenuhan umat Islam di masjid.
Inilah keunikan setiap negara yang  mempunyai pelbagai sudut geografi di bumi Allah ini.
Kita di Malaysia seperti biasa akan solat Aidilfitri di kebanyakkan masjid dan pastinya kenalan lama juga dapat bertemu selepas menunaikan solat.
Jom lihat keunikan bagi setiap negara-negara Islam ini -MYNEWSHUB.CC

raya makah
Masjidil Haram, Mekah.


raya filipina
Solat Aidilfitri di Filipina


raya Eid prayer at Ferozsha Kotla Musjid, New Dehli
Solat Aidilfitri di Masjid Feroz Shah Kotla, India

raya indon
Solat Aidilfitri Di Indonesia

raya china, Wang Daiyu
Solat Aidilfitri di Wang Daiyu, China.

raya palermo, itali
Solat Aidilfitri di Palermo, Itali.
raya moscow
Solat Aidilfitri Di Moscow, Rusia.
raya egypt
Solat Aidilfitri di Egypt
RAYA the Jama Masjid, in New Delhi
Solat Aidilfitri di Masjid Jama. New Delhi, India.
raya amerika
Solat Aidilfitri di Amerika Syarikat.
raya taj mahal
Solat Aidilfitri di Taj Mahal, India.
Raya malaysia
Solat Aidilfitri Di Masjid Negara, Malaysia.

Oleh: hzq

Sumber Link


Sumber TKO - 18-7-2015

Stesen TV Jerman Siar Sembahyang Raya Buat Kali Pertama
Posted on Saturday, July 18 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



JERMAN: Sebuah stesen televisyen yang beroperasi di Jerman menyiarkan sembahyang raya buat pertama kali dalam sejarah negara itu.

Upacara sembahyang Hari Raya Aidilfitri disiarkan secara langsung dari Masjid Penzberg yang terletak di bandar berdekatan Munich menerusi saluran televisyen awam serta siaran radio Bayerischen Rundfunk.

Pendakwah utama masjid, Benjamin Idriz menyatakan perkara itu boleh dianggap sebagai salah satu lembaran bersejarah buat komuniti Islam di Jerman.

Siaran itu adalah sebahagian daripada liputan selama dua jam mengenai perayaan umat Islam yang merangkumi khutbah, penceritaan kitab al-Quran, zikir agama serta ucapan-ucapan dari penganut Kristian Katolik dan paderi protestan.

Sembahyang hari raya yang berlangsung pada pukul 4:45 pagi waktu tempatan itu turut diketuai Benjamin yang mengimamkan hampir 1,000 pengunjung.

Menurut pendakwah berusia 43 tahun itu, kemunculan puak pelampau seperti militan IS telah menambah tekanan psikologi ke atas umat Islam di Jerman.

“Penyiaran program Hari Raya dapat membantu masyarakat Islam berasa lebih diterima serta menjadi sebahagian daripada negara Jerman,” ujarnya.

Dua minggu lalu, Canselor Angela Merkel mewakili kerajaan Jerman menghadiri sebuah majlis berbuka puasa. Ketika majlis sedang berjalan, beliau menyifatkan Islam ‘adalah sebahagian daripada Jerman’.

- Agensi

Sumber TKO - 18-7-2015










Cermin diri dahulu sebelum tuduh orang lain

USTAZ IDRIS AHMAD | .


Orang yang tuduh TG Presiden hendak masuk Umno dan PAS hendak bergabung dengan Umno, cuba tengok adik beradik, ibu bapa, mertua, menantu, ipar, rakan niaga tak ada Umno ka. Sudah berdakwah ka. Apa usaha yang telah dibuat.

Kalau keluarga terdekat pun tidak pernah diajak, jangan pula tuduh orang lain teringin dengan Umno. Nanti orang kata keluarga awak pun ramai Umno, apa yang telah awak usahakan.

Nabi SAW berusaha dakwah keluarga yang terdekat dahulu. Cerminkan diri dahulu sebelum tuduh orang lain. Jangan kuman seberang laut nampak, gajah terbeliak depan mata tidak nampak.

Setakat yang saya tahu TG Presiden dan anak menantunya dan keluarga terdekat tak adalah dari kalangan Umno. Renungan akhir Ramadan.

Ustaz Idris Ahmad
29 Ramadhan 1436/ 16 Julai 2015

Sumber HD - 16-7-2015

Pemuda dan Muslimat Ajak Umat Kekalkan Semangat dan Daya Juang Ramadhan

Pemuda dan Muslimat PAS mengucapkan Selqmat Menyambut Hari Raya Eidulfitri kepada semua rakyat Malaysia dengan mengekalkan semangat dan daya juang Ramadhan sepanjang masa.

“Hati yang sejahtera dengan taqwalah akhirnya yang didamba. Itulah impian kita umat Ramadhan. Justeru kekalkan semangat Ramadhan sepanjang hidup kita.

“Mari bersama kita berdoa pada hari raya penuh kemuliaan ini untuk saudara kita umat Islam di seluruh dunia semoga dilepaskan daripada segala kesusahan, kesukaran dan kezaliman,”ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata Hari raya adalah hari kesyukuran besar dan kegembiraan di atas nikmat hidayat yang dikurniakan Allah ke atas umat Ramadhan yang telah berjaya menjalani proses pembersihan jiwa.
http://buletinonline.net/images/stories/berita44/ustz%20nuridah2.JPG

Sehubungan itu, Ketua Dewan Muslimat Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, Allah SWT menerusi perundanganNya mengurniakan Eidulfitri kepada umat islam diseluruh dunia.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang telah berjaya mengecapi tarbiyyah Ramadan.

“Mudah-mudahan ia dapat meningkatkan iman, taqwa dan daya juang kita semata-mata kerana Allah (yang) jua memandu kita untuk meneruskan aktiviti kehidupan sejajar dengn titah perintah Allah SWT jua.

“Islam juga mengajar kita bahawa Eidulfitri adalah hari kemenangn anugerah Allah kepada umat islam yang berjaya melawan hawa nafsunya di bulan Ramadan,”katanya.

Oleh itu, beliau berharap, umat Islam mempastikan Eidul Fitri itu disambut mengikut adab-adab Islam, agar dengan itu umat islam sentiasa terpelihara dan mendapat pahala serta kasih-sayang Allah SWT jua

Sumber BO - 16-7-2015






















Idilfitri: Taqwa sebaik-baik hidangan, bekalan hidup

HARAKAHDAILY | .


Saya pada kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idil Fitri kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat di Malaysia dan seluruh dunia amnya. Semoga amal Ramadhan kita diterima Allah dan dikurniai kita dengan sifat taqwa dengan anugerah sebagai seorang hamba-Nya yang bersyukur.

Hari raya adalah hari kesyukuran besar dan kegembiraan di atas nikmat hidayat yang dikurniakan Allah ke atas umat Ramadhan yang telah berjaya menjalani proses pembersihan jiwa melalui ibadah puasa yang difardhukan sepanjang bulan Ramadhan. Jiwa yang putih bersih dengan iman dan tauhid pastinya akan tambah mendekatkan lagi hubungan hamba dengan tuhannya. Itulah sebaik-baik bekal di perjalanan hidup ini.

Justeru jangan lupa tatkala memakai pakaian baru pada pagi raya bahawa sebaik-baik pakaian adalah taqwa. Jangan lupa tatkala menyentuh hidangan hari raya bahawa sebaik-baik hidangan dan bekalan hidup adalah taqwa. Juga, jangan lupa semasa bersuka ria bersama keluarga dan rakan taulan bahawa di akhirat nanti semua ikatan persahabatan adalah putus dan menjadi permusuhan kecuali persahabatan yang dibina di atas sifat taqwa kepada Allah.

Hati yang sejahtera dengan taqwalah akhirnya yang didamba. Itulah impian kita umat Ramadhan. Justeru kekalkan semangat Ramadhan sepanjang hidup kita.

Mari bersama kita berdoa pada hari raya penuh kemuliaan ini untuk saudara kita umat Islam di seluruh dunia semoga dilepaskan daripada segala kesusahan, kesukaran dan kezaliman. Semoga kita diberi kekuatan untuk menjadi mujahidin di jalan-Nya yang membantu umat yang ditindas dengan segenap kepunyaan kita.

Semoga Allah kurnia kita Ramadhan demi Ramadhan insya Allah.

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.
Minal A'idin Wal Faiziin.
Kullu Aam Wa Antum Bi Khair.
TaqabbalaLlahu Minna Wa minkum.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas

Sumber HD - 16-7-2015

Kemenangan anugerah Allah kepada umat Islam

HARAKAHDAILY | .


Alhamdulillah, setelah difardhukan berjuang mengekang hawa nafsu sebulan Ramadan, Allah SWT menerusi perundangan-Nya mngurniakan pula Idulfitri kepada umat Islam di seluruh dunia.

Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berjaya mengecapi tarbiyyah Ramadan. Mudah-mudahan ia dapat meningkatkan iman, taqwa dan daya juang kita semata-mata kerana Allah jua.

Justru itu memandu kita untuk meneruskan aktiviti kehidupan sejajar dengn titah perintah Allah SWT jua.

Islam juga mengajar kita bahawa Idulfitri adalah hari kemenangan anugerah Allah kepada umat Islam yang berjaya melawan hawa nafsunya di bulan Ramadan. Oleh itu pastikanlah sambutannya mengikut adab-adab Islam jua. Agar dengan itu umat Islam sentiasa terpelihara dan mendapat pahala serta kasih-sayang Allah SWT jua.

Pada kesempatan ini saya bagi pihak Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan selamat menyambut Idulfitri kepada seluruh umat Islam di mana saja berada serta memohon maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan dan kekurangan kami.

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
1 Syawal 1435

Sumber HD - 16-7-2015



























Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Jumaat

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad malam Khamis.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 17 Julai 2015," katanya.

Tarikh itu ditetapkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. - Bernama

Sumber HD - 16-7-2015

Bermaafan, fahami istilah 'kosong-kosong' - Mufti

SYAMSIAH SAHAT | .


KUALA LUMPUR: "Minta maaf, kita kosong kosong ya." Ayat ini biasa kita dengar atau luahkan apabila bermaaf-maafan pada hari lebaran.
  
Namun dengan hanya meluahkan ayat ini adakah kita mendalami makna 'kosong-kosong' itu?
  
Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, istilah 'kosong-kosong' mungkin merupakan istilah santai orang zaman sekarang, namun istilah berkenaaan harus diterjemah dengan hati yang ikhlas melambangkan betapa kita telah memaafkan segala kesalahan seseorang tanpa meninggalkan sedikit parut pun dalam hati kita.
  
"Di dalam Al-Quran dalam beberapa ayat ada disebut mengenai maaf iaitu disebut 'faafu wasfahu', makna "faafu" - 'hendaklah kamu maafkan' manakala 'wasfahu' - 'buka lembaran baharu umpama sehelai muka surat kosong'.
  
"Ini bermakna bila kamu bermaafan dengan meluah istilah 'kosong-kosong' maka kamu bersedia memaafkan seseorang itu dengan hati ikhlas tanpa parut pun dan tidak kamu ingatkan lagi kesalahan itu," katanya kepada Bernama.
  
Mohamad Shukri berkata, pendapat 'manusia boleh memaafkan tetapi tidak akan melupakan' harus dikikis.
    
"Jika hanya mulut berkata kita memaafkan tetapi di hati masih ada parutnya, itu belum 100 peratus kita maafkan, ini perlu diambil perhatian di mana jiwa dan hati masih belum bersedia untuk memaafkan.
  
"Kadang kala tidak kira suami isteri, adik-beradik, ibu bapa dan anak-anak, ada kesalahan yang susah nak dilupakan, tetapi bila tiba masanya bermaafan, bukalah lembaran baharu di hati kita," katanya.
  
Mohamad Shukri juga berkata, memohon maaf dan memaafkan itu adalah satu kenikmatan yang akan meringankan dan membersihkan jiwa yang terbelenggu dengan suatu kesalahan selama ini.
  
Katanya lagi, kemaafan juga bukan hanya tiba pada Aidilfitri sahaja, malahan setiap masa dan ketika ruang kemaafan itu terbuka.
  
"Seperti juga menziarah kubur, bukan hanya di hari raya sahaja, jika ada kesempatan setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan pun kita boleh lakukan," katanya
  
Namun, kata Mohamad Shukri,  masyarakat biasanya menjadikan kesempatan berkumpul di Hari Raya untuk bermaafan mahupun berziarah kubur dan kesempatan itu harus dimanfaatkan sepenuhnya.
  
"Ia lebih baik daripada kita tidak melakukannya langsung, kesalahan dengan Allah kita boleh minta ampun bila-bila masa, tetapi dengan manusia selagi kita tidak minta ampun (daripada empunya diri) ia 'hanging' (tergantung).
  
"Justeru dengan kesempatan berziarah dan berkumpul setahun sekali di hari raya, eloklah kita bermaafan dengan penuh ikhlas, fahami 'kosong-kosong' yang kita luah itu," katanya. - BERNAMA

Sumber HD  - 15-7-2015















Jangan Persiakan Dua Hari Lagi Ramadhan Berbaki…….

ramadhan-2013
Dalam sibuk membuat persiapan untuk menyambut 1 Syawal, jangan dipersiakan dua hari lagi Ramadhan yang berbaki.

Anggaplah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita kerana entah kita sempat atau tidak bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Lipat gandakanlah usaha meraih kelebihan yang masih ada dalam dua hari yang tinggal.

Dalam kita mengira-ngira belanja untuk membeli segala peralatan menyambut kemenangan Syawal, asingkanlah sedikit rezeki kita untuk bersedekah, kerana kelebihan bersedekah di bulan puasa dijelaskan oleh nabi SAW.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.

Diriwayatkan dalam shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas radiyallahu anhuma, ia berkata:

(( كَانَ النَّبِيُّ r أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ، حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ وَكَانَ جِبْرِيْلُ يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَكَانَ رَسُوْلُ الله r حِيْنَ يَلْقَاهُ أَجْوَدَ بِالخَيْرِ مِن الرِّيْحِ المُرْسَلَةِ ))

“Nabi sallallahu alaihi wasallam adalah orang yang amat dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan padanya Al-Qur’an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan padanya Al-Qur’an. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ketika ditemui jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.”

Dan menurut riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah radhiyallahu anha:

((كَانَ رَسُوْلُ الله r إِذَا دَخَلَ رَمَضَانَ أَطْلَقَ كُلَّ أَسِيْرٍ وَأَعْطَى كُلَّ سَائِلٍ))

“Rasullullah sallallahu alaihi wasallam jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta.”

Beberapa pelajaran yang dapat diambil dari berlipat gandanya kedermawanan Nabi r di bulan Ramadhan bahawa kesempatan ini amat berharga dan melipatgandakan amal kebaikan.

Membantu orang-orang yang berpuasa dan berzikir untuk senantiasa taat, agar memperolah pahala seperti pahala mereka, sebagaimana siapa yang membekali orang yang berperang, dan siapa yang menanggung dengan baik keluarga orang yang berperang maka ia memperoleh pula seperti pahala orang yang berperang. Dinyatakan dalam hadits Zaid bin Khalid dari Nabi r beliau bersabda:

(( مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ )) رواه أحمد والترمذي.

“Barangsiapa memberi makan pada orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun dari pahalanya.” (HR. Ahmad dan At Tirmidzi).
Bulan Ramadhan adalah saat Allah berderma kepada para hamba-Nya denga rahmat, ampunan dan pembebasan dari api neraka. Terutama pada Lailatul Qadar. Allah taala melimpahkan kasih-Nya kepada para hamba-Nya yang bersifat kasih, maka barangsiapa berderma kepada para hamba Allah niscaya Allah Maha Dermawan kepadanya dengan anugerah dan kebaikan. Balasan itu adalah sejenis dengan amal perbuatan.

Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersamaan termasuk sebab masuk surga. Dinyatakan dalam hadits Ali t, bahwa Nabi r bersabda:

(( إِنَّ فِيْ الجَنَّةِ غُرَفًا يُرَى ظُهُوْرُهَا مِنْ بُطُوْنِهَا، وَبُطُوْنُهَا مِنْ ظُهُوْرِهَا )) قَالُوْا: لِمَنْ يَا رَسُوْلَ الله؟ قَالَ: (( لِمَنْ طَيَّبَ الكَلاَمَ، وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ، وَأَدَامَ الصِّيَامَ، وَصَلَّى بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ )) رواه أحمد وابن حبان والبيهقي.

“Sungguh di surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Sahabat bertanya: untuk siapakah ruangan-ruangan itu ya Rasulullah? Jawab beliau: “untuk siapa saja yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan shalat malam ketika orang-orang dalam keadaan tidur.” (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Al Baihaqi).

Sumber BO - 15-7-2015

Syawal barakah buat semua


















USTAZ MOHAMMAD IBRAHIM | .


TANGGAL 18 Julai semua umat Islam akan menyambut hari kemenangan, hari dimana umat Islam merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sebaliknya menahan diri dari melakukan perkara perkara yang dilarang.

Setelah sebulan bertarung dalam madrasah Ramadhan dan kembali kita menjalani rutin harian termasuk bermula awal pagi bersarapan hingga adanya supper lewat malam, namun ilmu yang kita kutip sebulan dalam madrasah Ramadhan usah dipersiakan.

Syawal yang kita raikan ini akan lebih bermakna dengan kita bersyukur kehadirat Illahi kerana kita berjaya mengawal nafsu yang ada dalam diri kita dalam melepasi tuntutan madrasah Ramadhan.

Kepada seluruh umat Islam di Malaysia saya mendoakan Syawal kali ini adalah syawal yang memberi makna menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa.

Kepada penghuni kota yang mahu pulang beraya NGO Tautan Rahmat ingin berpesan agar berhati hati di jalan raya dan usah memandu dalam keadaan yang merbahaya. Sekiranya letih dan mengantuk berehat lah sebentar bagi mengumpul tenaga untuk pemanduan yang lebih sinergy.

Dalam meraikan hari kemenangan ini juga usah kita lupa kepada yang memerlukan, fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, saudara baharu, warga emas, gelandangan dan saudara seIslam kita di Kemboja, Palestine, Syria, Afghanistan, Chenhnya, dan di seluruh dunia.

Semoga lebaran ini membawa rahmat kepada kita semua. Salam 1 Syawal, maaf lahir dan batin. – HARAKAHDAILY 14/7/2015

Pengerusi NGO Dakwah Tautan Rahmat Malaysia

Sumber HD - 14-7-2015

Raya: Perasaan sedih itu tetap ada tetapi apakan daya

AMIRIL MUTTAQIEN MEKETAR | .


KUALA LUMPUR: Ketika umat Islam mengecap kegembiraan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, saudara-mara mahupun sahabat handai di kampung halaman, terdapat sebilangan insan yang terpaksa melupakan nikmat beraya.

Bagi pasukan keselamatan, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk bekerja dan bersiap siaga sepanjang masa bagi menghadapi sebarang ancaman keselamatan mahupun jenayah demi memastikan negara kekal selamat.

Hal ini tidak terkecuali kepada anggota bomba di Kuala Lumpur apabila lebih 800 anggota dikerah untuk bertugas pada Aidilfitri tahun ini.

Menurut Pegawai Bomba Bahagian Operasi dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Mohd Shukri Md Noh, 28, yang bakal menyambut lebaran kali ini di balai, walaupun sudah lali diarahkan bertugas pada hari raya namun beliau tetap berasa sedih kerana tidak dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta.
"Jika saya ditugaskan pada hari raya, rasa sebak sememangnya tak dapat dielakkan terutamanya melihat anak-anak yang masih tidur di pagi raya," katanya yang sudah tiga kali beraya di balai sepanjang berkhidmat sebagai anggota bomba sejak enam tahun lalu.

Mohd Shukri yang berasal dari Manek Urai, Kelantan berkata sambutan tahun ini juga amat berbeza bagi keluarganya di Kelantan kerana mereka masih bersedih berikutan kejadian banjir besar yang menimpa negeri itu penghujung tahun lalu.

"Hati ini sayu mengenang keluarga di kampung yang masih meratapi tragedi tersebut...bayangkan rumah kami 'hilang' akibat ledakan air bah tersebut. Walau apa pun, kami sekeluarga reda dengan ujian getir Yang Maha Esa," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Sementara itu, rakan sejawatnya, Mohd Firdaus Hidayat Wahab, 32, pula menzahirkan perasaan syukur kerana masih dapat berbakti kepada masyarakat walaupun terpaksa berkorban mencari rezeki pada hari raya.

"Saya masih ingat lagi pengalaman dikerah ke satu lokasi yang berlaku kebakaran beberapa tahun lalu sehingga terpaksa meninggalkan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Perasaan sedih itu tetap ada tetapi apakan daya, demi tugas terpaksa tempuhinya.

"Kebiasaannya, kami diberi cuti mengikut sistem giliran...ia bergantung kepada tempoh cuti yang diambil oleh anggota yang mendapat cuti raya. Jika mereka kembali bertugas, barulah kami diberi peluang untuk berehat," katanya yang berasal dari Kuala Terengganu.

Seorang lagi pegawai, Mohd Hanif Ismail, 27, berkata beliau pastinya berasa sedih setiap kali mendengar laungan takbir raya Aidilfitri sambil mengenang keluarga di kampung.

Beliau yang masih bujang berkata tugas sebagai anggota bomba sesungguhnya menuntut kesabaran yang tinggi terutama apabila mendapat tahu terpaksa bertugas di pagi raya.

"Pernah satu ketika saya terpaksa bertugas di pagi raya menyelamatkan satu keluarga yang terlibat dalam kemalangan di Bulatan Loke Yew beberapa tahun yang lalu.

"Apa yang menyedihkan saya adalah kesemua mangsa terbabit lengkap berpakaian baju raya kerana dalam perjalanan untuk beraya...mujur mereka sekeluarga selamat," katanya. - Bernama

Sumber HD - 12-7-2015

No comments:

Post a Comment