BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, July 14, 2015

DARI BLOGGER LAIN (JILID 2)


Najib breaks the country, if we want to make it worst let him fix it back

Posted on Sunday, September 13 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



In reality Najib is already a political ‘vegetable’.  It’s only his ego and his individuality that keeps him clinging on to the position he holds. Some others say that it’s his worry about the repercussion that befalls on him if he was to retire gracefully or by force.  As has been said in my last few postings, Najib is now riding on the back of a tiger that makes him impossible to dismount. He can’t move forward and he can’t retreat either.

Maintaining him and to continue leading us is acutely expensive for the country. As up to now there were already huge billions of ringgit gone and evaporated through thin air from our kitty and God knows how much more wastage the country is going to incur if he still loiters around in Putrajaya.

PM Najib is the most famous Prime Minister of the world but for wrong imageries. The latest about him appears in Aljazeera deliberating his wrong and heinous doings and he reacts by telling us that the TV station was all out to rebuke him. Hence WSJ, Sarawak Reports and all international media are working against him. That’s all he could answer to all the allegations against him.

If all the allegations are all untrue and paralleled by spiteful intentions he still has avenues to defend his innocence by suing all those media houses in court of law. Why was that not done? He may even earn a lot of money which he is much in love with through his innocence verdict by the court. Najib is helplessly assaulted by one after the other allegations by the world biggest media houses and the latest by Al Jazeera TV that touches the issue of Altantuya’s murder. The report links the involvement of Najib and his colleague Razak Baginda to the murder.

Najib has been alleged for all kinds of wrong doings, from corruptions, misuse of power and involvement in murder. All these allegations are building up strong perception on him that he is a leader who does not deserve to be called a leader.  He has developed in him the image of a pest instead. His dubious acts have created massive problems for many quarters not only in Malaysia but to the world at large. Now Najib and corruption are already synonymous.

Some of the international senior bankers involved in giving 1MDB loans were fired from their jobs for carelessly giving out to 1MDB huge loans that 1MDB decrepitly presented. Scores of companies that deals with 1MDB are at risk of losing support and facilities from international banks they used to transact with.

I just wonder how Najib is getting to close the impregnated issues against him and his government. Certainly he is not the right person to resolve problems he creates. He can only make it worse.

This blog has been saying, let Najib breaks the country to pieces, and if we want to make it worst give him and any of his cabinet colleagues the job to fix it back. 

Oleh ASPAN ALIAS

Sumber TKO - 113-9-2015

Kalau Nikah Eloklah Kahwin

Posted on Friday, September 11 @ 07:26:14 MYT by paktam

Oleh A Kadir Jasin


TERIMA kasihlah kepada para pegawai media Jabatan Perdana Menteri (PMO) kerana terus membaca blog-blog anti-Mohd Najib Abdul Razak, termasuk blog ini.

Saya andaikan mereka baca kerana nampaknya mereka tahu yang kita, dari semasa ke semasa, menyebut nama orang yang sangat mereka gerun – (Datin Paduka Seri) Rosmah binti Mansor, dalam blog kita.

Salah seorang daripada pagawai propaganda itu berkata, blogger-blogger anti-Perdana Menteri menggunakan nama Rosmah untuk popularkan blog mereka.

Betul lah tu. Memang khalayak gemar membaca mengenai isteri Perdana Menteri. Dia telah berjaya mencipta satu pesona (watak) untuk dirinya yang menjadikan dia hampir-hampir setanding dan setaraf dengan suaminya.

Rosmah ada pesona tersendiri dan "a good read"
Sesiapapun yang belajar atau mengamalkan kewartawanan profesional tentu pernah dengar ungkapan “good read” (bacaan sedap). Rosmah adalah contoh ciri “good read.” Manakan tidak, apabila dia didakwa menghadiri taklimat rasmi kerajaan atau dilindungi anggota Cawangan Khas apabila membeli-belah.

Berkenaan taklimat rasmi, bukankah ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA)? Kalau ya, apakah isteri Perdana Menteri tidak tertakluk kepada OSA?

Bahasa dan Semantik

Apa pun, saya ucap terima kasih kepada penggilap imej  PMO itu kerana memberi gelaran “nikah kahwin” kepada saya walaupun saya kurang pasti apa yang dia maksudkan dengan label itu.

Kalau dia menyindir dan menghina sekali pun saya tak kisah. Saya orang biasa saja. Orang yang bernikah dengan selebriti atau dengan wanita berkuasa itulah yang perlu berhati-hati. Takut ada cerita sensasi.

Nikah dan kahwin adalah hukum agama dan peraturan alam. Itulah yang dikehendaki Islam. Pasangan lelaki-perempuan bukan sekadar bernikah malah mereka digalakkan berkahwin untuk mendapat zuriat.

Malah ada negeri di Malaysia yang lafaz nikahnya berbunyi “aku nikah dan kahwinkan dikau...”

Bagi yang tak berapa faham bahasa dan semantik, nikah adalah lafaz kontrak perkongsian suami-isteri untuk menghalalkan mereka bersekedudukan. Kahwin pula adalah hubungan jenis lelaki-perempuan untuk kepuasan dan zuriat.

Pernah dengar durian atau rambutan kahwin? Durian dan rambutan tak nikah, tapi kahwin melalui proses pendebungaan bila debunga (pollen) bunga jantan bercantum dengan stigma bunga betina.

Tetapi ada juga kes di mana lelaki-perempuan bernikah, buat kenduri bagai nak rak kampung, gambar majlis penuh dalam blog, Facebook dan Instagram tapi mereka tak kahwin. Orang putih kata, the marriage is not consummated.

Ada yang bernikah untuk tutup mulut dan kaburi mata masyarakat kerana yang sebenarnya mereka tidak mampu “berkahwin” atau tidak minat “berkahwin”.

Ada suami tak mampu “berkahwin” akibat mati pucuk (impotency) manakala isteri pula rendah syahwat (low libido) atau dingin terhadap seks (frigid).

Kemudian ada pula yang selera seks mereka luar tabii. Misalnya si suami suka lelaki dan si isteri suka perempuan.

Jadi alhamdulillah lah bagi pasangan yang bernikah dan berkahwin sehingga mendapat cahaya mata.

Pakar perubatan dan psikologi mengatakan semakin ramai lelaki sekarang mati pucuk (impotence) ketika masih muda manakala wanitanya pula rendah syahwat atau dingin terhadap seks.

Satu kajian di Kanada di kalangan 3,921 lelaki berusia 40 hingga 88 tahun mendapati 49.4 peratus daripada mereka mengalami masalah mati pucuk atau dalam bahasa perubatan kontemporari “erectile dysfunction”.

Jadi saya tidak hairan kalau ada lelaki di Malaysia, mungkin juga di PMO, yang bernikah tetapi tidak berkahwin kerana sebab-sebab yang disebutkan di atas.

Sebenarnya masalah mati pucuk, “erectile dysfunction” dan kedinginan seks boleh diubati dan diatasi melalui perubatan moden kecuali yang menderita “koro” yakni dikunci anunya! (Boleh dalami di sini).

Wallahuaklam.

Sumber DD - 11-9-2015


Najib mengalah dengan akar umbi, tapi adakah Muhyiddin jadi ‘bisu’ selepas ini?

Posted on Thursday, September 10 @ 10:55:11 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama akhirnya memutuskan tiada mana-mana pemimpin dipecat atau digantung jawatannya sebagaimana spekulasi awal yang tersebar luas sejak beberapa hari lalu.

Ini bermakna Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan beberapa yang lain yang dihebohkan akan menerima hukuman akibat kelantangan dan sikap kritikal terhadap Perdana Menteri, Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta, tidak menjadi kenyataan.


Ia juga bermakna Muhyiddin akan terus kekal sebagai Timbalan Presiden Umno tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri, begitu juga dengan Shafie kekal sebagai Naib Presiden Umno yang mendapat undi kedua tertunggi, tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet.


Sekiranya tidak melakukan sesuatu yang memungkinkan diambil apa-apa tindakan selepas ini, kedua-dua mereka akan terus duduk dalam barisan kepimpinan tertinggi Umno sehinggalah PRU 14 dan pemilihan parti yang sudah dianjakkan tempohnya sehingga tahun 2018.

Secara umumnya, ketidakberanian Najib Razak mengambil apa-apa tindakan terhadap Muhyiddin dan Shafie adalah kerana bimbangkan kesan lebih buruk kepada masa depan Umno dan juga kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang mungkin di luar jangkaannya jika tindakan itu diambil.

Sebaik tersebar spekulasi kedua-dua pemimpin itu akan dipecat, pelbagai peringkat dalam Umno menyatakan rasa bimbangnya jika tindakan itu benar-benar diambil kerana ia akan memberi kesan yang serius kepada perpecahan di peringkat akar umbi.

Dengan perpecahan yang bakal berlaku itu, bukan saja harapan mengekalkan kuasa Umno dan BN di peringkat pusat dilihat akan bertambah sukar, malah ramai yang mengatakan beberapa negeri akan lebih mudah dimenangi pembangkang berikutan majoriti kemenangan tipis saja dicapai BN dalam pilihanraya lalu.

Reaksi menolak pemecatan Muhyiddin dan Shafie, selain dapat difahami melalui luahan beberapa pemimpinnya yang masih rasional, ia juga ditunjukkan di bangunan Umno sebelum bersidangnya mesyuarat MT hari ini.

Walaupun kehadirannya tidaklah seramai ketika memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu, tetapi kesediaan mereka membawa poster, memakai baju T khas untuk menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin dan datang pula dari pelbagai pelusuk negeri, sudah cukup memberi mesej Umno akan terus bergolak sekiranya berlaku sebarang pemecatan atau penggantungan.

Kehadiran ramai penyokong Muhyiddin dan Shafie di luar Bangunan Umno juga berjaya "menggerunkan" Najib sehingga beliau dilaporkan terpaksa naik ke tingkat 39 untuk mempengerusikan mesyuarat ini dengan menggunakan lif khas melalui pintu belakang.

Akhirnya suara akar umbilah yang menyelamatkan kedudukan Muhyiddin dan Shafie ini lantaran kedua-duanya dilihat tidak melakukan sebarang kesalahan yang melanggar disiplin parti melalui teguran terhadap Presiden berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang diterimanya itu.

Menyingkirkan daripada kabinet memang kuasa Najib selaku Perdana Menteri, tetapi memecat atau menggantung jawatan mereka yang menang dalam Umno melalui undi perwakilan tidak seharusnya meremehkan suara akar umbi itu sendiri.

Dan cuba bayangkan apa keputusan MT hari ini jika tiada sebarang reaksi bantahan daripada akar umbi Umno?

Bagaimanapun, beberapa persoalan tetap timbul melalui keputusan mesyuarat MT Umno hari ini. Antaranya:-

- Apakah Najib lebih disokong dalam Umno dan suara mendesaknya berundur akan berkurangan dengan keputusan ini?

- Bagaimanakah pula pendirian politik Muhyiddin dan Shafie selepas ini? Se dinyatakan kedua-duanya terus setia kepada parti dan akan bekerja keras untuk kemenangan Umno dalam PRU 14 akan datang, adakah mereka juga akan taat setia kepada Najib?

- Adakah selepas ini Muhyiddin dan Shafie akan jadi "bisu" atau berhenti bercakap mengenai 1MDB dan wang RM2,600 demi menyelamatkan jawatan mereka dalam Umno berikutan Najib turut menyatakan kedua-dua pemimpin masih perlu membuktikan kesetiaan mereka?

- Apakah Tun Mahathir Mohamad akhirnya akan jadi keseorangan dalam menegur dan mengasak pengunduran Najib daripada jawatannya?

- Mampukah Najib bertahan memimpin kerajaan sehingga PRU 14 dan apakah Muhyiddin dan Shafie akan turut mempertahankan kuasa Perdana Menteri sehingga tempoh itu?

Walaupun nampaknya Najib dapat meredakan keadaan buat sementara melalui keputusan MT hari ini, persoalan-persoalan baru tetap timbul sehinggalah pilihanraya umum dan pemilihan Umno akan datang. – shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber DD - 10-9-2015










Jangan lupa isu 1MDB, syarikat sedut wang rakyat

Posted on Wednesday, September 09 @ 21:39:47 MYT by tokdalang

Oleh Sakmongkol AK47

When plunder becomes a way of life for a group of men in a society, over the course of time they create for themselves a legal system that authorizes it and a moral code that glorifies it.” ― Frédéric Bastiat

Ia sudah pun terjadi. Pembenar pencurian wang ialah M&A syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ini ialah perlembagaan sesebuah syarikat. Ia mempunyai kesan undang-undang. Ia elemen sistem undang-undang.


Membenarkan pengeluaran dan pembayaran daripada 1MDB hanya perdana menteri selaku menteri kewangan sahaja mempunyai kuasa mutlak, sama seperti menteri kewangan merupakan penanda-tangan sah akaun-akaun di Hong Kong.

Oleh demikian, apalah kita nak pecah kepala apabila 1MDB disuruh bayar AS$700 juta ke dalam akaun Good Star yang dikuasai Jho Lo.

Datuk Seri Najib Razak yang memberi perintah – Shahrol Helmi menurut sahaja. Jika di kemudian hari kita dapati Shahrol lakukan kesalahan, we will deal with him accordingly.

Umno hari ini bukan Umno zaman dahulu. Umno hari ini ada budaya memuliakan salah laku dan penjahat

Najib hanya perlu berdepan dengan hang setia dalam Umno – menyeru rakyat jelata Umno memberikan kepercayaan penuh kepadanya sebagai presiden Umno untuk mencari dana.
Dana itu pun untuk dihulur kepada pemimpin dan ahli Umno.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kepala bekas timbalan pengarah Cawangan Khas masuk air.

Mungkin hal yang serupa boleh dikatakan terjadi ketika Najib membenarkan pembayaran “hutang” AS$700 juta.

AS$700 juta ini ialah kononnya hutang yang hari ini diberikan oleh syarikat induk kepada Petrosaudi.

Mengapa 1MDB hendak bekerjasama dengan sebuah syarikat yang mempunyai hutang sedia ada sebanyak AS$700 juta? Mengapa ingin membeli sebuah syarikat yang sedia ada hutang? Tidak ada beban, batu digalas – kata pepatah Melayu.

Itu langkah bodoh yang pertama. Ia suatu alasan untuk memindahkan AS$700 juta ke dalam akaun yang dikuasai sahabat Najib iaitu Jho Low. This is pure embezzlement.

Wah! Pemimpin kita semua baik dengan orang Cina tetapi rakyat biasa disuruh bermusuh dan berkelahi dengan orang Cina. Pandai sungguh pemimpin Melayu kita berburu bersama anjing dan berlari bersama buruan. Hebat.

Kedua, mengapa 1MDB menyuntik AS$1 bilion ke dalam syarikat kerjasama tetapi rakan kongsi tidak pula meletakkan wang tunai? Satu sen pun tidak.

Sebaliknya rakan kongsi hanya menjanjikan menyuntik asetnya ke dalam syarikat usaha sama.

Aset yang dikatakan ialah telaga minyak yang dimiliki syarikat Kanada – Burried Hill dan telaga minyak yang dikatakan wujud di Turkmenistan.

Harta Ismet Ulamraja banyak di serata dunia – Hindustan, Kazakhstan, “Syaitan” dan “Gohid Gostan”. Kedua-dua aset ini tidak wujud pun.

Maka, pertamanya rakan kongsi sudah mencuri AS$700 juta.

Kedua, rakan kongsi sudah kelentong Najib mengenai kewujudan aset.

Persoalannya, kalau sudah wang AS$700 juta disapu dan kemudian aset yang sepatutnya disuntik tidak ada, kenapa mahu teruskan kerjasama?

Selepas bayaran AS$700 juta, 1MDB bayar lagi tambahan AS$330 juta.

Kalau dah rakan kongsi berhutang kepada syarikat induk – maka bayaran hutang mestilah kepada syarikat induk.

Tapi bayaran ialah kepada pihak ke-3 yang tidak ada kaitan dengan syarikat induk dan tidak sebahagian dalam perjanjian antara 1MDB dan Petrosaudi.

Apa yang berlaku hari ini? Pada awalnya Najib menyebabkan 1MDB membayar AS$700 juta kepada sebuah syarikat yang diwujudkan untuk menyapu duit.

Sebagai individu dan berautoriti akhir mengeluarkan wang ini, Najib bertanggungjawab. Beliau gagal menjalankan tugasannya.

Malah, jika beliau tahu wang itu dibayar kepada sebuah syarikat yang tiada kena mengena, maka beliau hari ini melakukan pecah manah.

Mengapa membenarkan bayaran berikutnya sebanyak AS$330 juta? Kalau pertama kali boleh dikatakan kesilapan, kali ke-2 mengandungi niat salah laku.

Kenapa beliau membenarkan 1MDB menjadi rakan kongsi dengan syarikat “Pak Arab” yang nyata kelentong duit 1MDB?

1MDB bukan syarikat kerajaan? Modal asal sebanyak RM1 juta ialah duit kerajaan.
Kerajaan memberi jaminan kepada 1MDB. Kalau bukan syarikat milik kerajaan atau syarikat yang tidak dikuasai oleh kerajaan – mengapa surat jaminan kerajaan diberikan?

Jika bukan syarikat kerajaan – mengapa standy credit sebanyak RM1 billion disediakan dan di mana RM900 juta digunakan oleh 1MDB?

Rakyat Malaysia jangan lupa kepada putar belit untuk menggunakan 1MDB menyamun duit rakyat dan mendedahkan Malaysia kepada musibah ekonomi.

Dan ini semua dilakukan dengan kebenaran dan kerjasama Najib.

Orang Melayu yang berhimpun dimana sahaja, sama ada sedang dan sudah berhimpun dan akan berhimpun, tanya satu soalan. Adakah orang dan bangsa Melayu memuliakan kemungkaran dan perlakuan fasad?

Ingat – 6 bulan sehari, usahasama dibatalkan tapi sehari ini banyak wang dicuri, kerajaan dan 1MDB gagal mendapatkan kembali pemulangan duit. Malah 1MDB menukar semua wang yang disapu oleh 1MDB kepada hutang.

1MDB sudah bertukar menjadi institusi kewangan berlesen ketika mengubah wang yang disapu kepada pinjaman? Kenapa memberi pinjaman kepada syarikat yang menipu kita? – sakmongkol.blogspot.com

Sumber DD - 10-9-2015

Beberapa soalan di sebalik keputusan MT Umno

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Beberapa persoalan tetap timbul melalui keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, petang semalam.

Ini ekoran tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun sebelum ini berbagai andaian dilontar termasuk dipecat.

Penulis Shahbudin Husin menerusi blognya semalam menimbulkan beberapa persoalan di sebalik keputusan mesyuarat itu.

- Apakah Najib lebih disokong dalam Umno dan suara mendesaknya berundur akan berkurangan dengan keputusan ini?

- Bagaimanakah pula pendirian politik Muhyiddin dan Shafie selepas ini? Setelah dinyatakan kedua-duanya terus setia kepada parti dan akan bekerja keras untuk kemenangan Umno dalam PRU14 akan datang, adakah mereka juga akan taat setia kepada Najib?

- Adakah selepas ini Muhyiddin dan Shafie akan jadi 'bisu' atau berhenti bercakap mengenai 1MDB dan wang RM2,600 demi menyelamatkan jawatan mereka dalam Umno berikutan Najib turut menyatakan kedua-dua pemimpin masih perlu membuktikan kesetiaan mereka?

- Apakah Tun Mahathir Mohamad akhirnya akan jadi keseorangan dalam menegur dan mengasak pengunduran Najib daripada jawatannya?

- Mampukah Najib bertahan memimpin kerajaan sehingga PRU14 dan apakah Muhyiddin dan Shafie akan turut mempertahankan kuasa Perdana Menteri sehingga tempoh itu?

Bagi Shahbudin, walaupun nampaknya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Najib dapat meredakan keadaan buat sementara melalui keputusan MT itu, persoalan-persoalan baru tetap timbul sehinggalah pilihan raya umum dan pemilihan Umno akan datang. - HARAKAHDAILY 10/9/2015

Sumber HD - 10-9-2015












Mahathir kata kalau nak tangkap, tangkaplah












A KADIR JASIN | .


FAKTA mutakhir: Jam 12 tengah hari tadi, RM jatuh kepada 4.331 bagi setiap dolar Amerika. Tun Dr Mahathir kata, kalau nak tangkap beliau, tangkaplah.

Terima kasihlah kepada para pegawai media Jabatan Perdana Menteri (PMO) kerana terus membaca blog-blog anti-Mohd Najib Abdul Razak, termasuk blog ini.

Saya andaikan mereka baca kerana nampaknya mereka tahu yang kita, dari semasa ke semasa, menyebut nama orang yang sangat mereka gerun – (Datin Paduka Seri) Rosmah binti Mansor, dalam blog kita.

Salah seorang daripada pagawai propaganda itu berkata, blogger-blogger anti-Perdana Menteri menggunakan nama Rosmah untuk popularkan blog mereka.

Betul lah tu. Memang khalayak gemar membaca mengenai isteri Perdana Menteri. Dia telah berjaya mencipta satu pesona (watak) untuk dirinya yang menjadikan dia hampir-hampir setanding dan setaraf dengan suaminya.

Sesiapapun yang belajar atau mengamalkan kewartawanan profesional tentu pernah dengan ungkapan “good read” (bacaan sedap). Rosmah adalah contoh ciri “good read.” Macam mana tidak, apabila dia didakwa menghadiri taklimat rasmi kerajaan atau dilindungi anggota Cawangan Khas apabila membeli-belah.

Berkenaan taklimat rasmi, bukankah ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA)? Kalau ia, apakah isteri Perdana Menteri tidak tertakluk kepada OSA?

Bahasa dan Semantik

Apa pun, saya ucap terima kasih kepada mengilap imej  PMO itu kerana memberi gelaran “nikah kahwin” kepada saya walaupun yang kurang pasti apa yang dia maksudkan dengan label itu.

Kalau dia menyindir dan menghina sekali pun saya tak kisah. Saya orang biasa saja. Orang yang bernikah dengan selebriti atau dengan wanita berkuasa itulah yang perlu berhati-hati. Takut ada cerita sensasi.

Nikah dan kahwin adalah hukum agama dan peraturan alam. Itulah yang dikehendaki Islam. Pasangan lelaki-perempuan bukan sekadar bernikah malah mereka digalakkan berkahwin untuk mendapat zuriat.

Malah ada negeri di Malaysia yang lafaz nikahnya berbunyi “aku nikah dan kahwinkan dikau...”

Bagi yang tak berapa faham bahasa dan semantik, nikah adalah lafaz kontrak perkongsian suami-isteri untuk menghalalkan mereka bersekedudukan. Kahwin pula adalah hubungan jenis lelaki-perempuan untuk kepuasan dan zuriat.

Pernah dengan durian atau rambutan kahwin? Durian dan rambutan tak nikah, tapi kahwin melalui proses pendebungaan bila debunga (pollen) bunga jantan bercantum dengan stigma bunga betina.

Tetapi ada juga kes di mana lelaki-perempuan bernikah, buat kenduri bagai nak rak kampung, gambar majlis penuh dalam blog, Facebook dan Instagram tapi mereka tak kahwin. Orang putih kata, the marriage is not consummated.

Ada yang bernikah untuk tutup mulut dan kabui mata masyarakat kerana yang sebenarnya mereka tidak mampu “berkahwin” atau tidak minat “berkahwin”.

Ada suami tak mampu “berkahwin” akibat mati pucuk (impotency) manakala isteri pula rendah syahwat (low libido) atau dingin terhadap seks (frigid).

Kemudian ada pula yang selera seks mereka luar tabii. Misalnya si suami suka lelaki dan si isteri suka perempuan.

Jadi alhamdulillah lah bagi pasangan yang bernikah dan berkahwin sehingga mendapat cahaya mata.

Pakar perubatan dan psikologi mengatakan semakin ramai lelaki sekarang mati pucuk (impotence) ketika masih muda manakala wanitanya pula rendah syahwat atau dingin terhadap seks.

Satu kajian di Kanada di kalangan 3,921 lelaki berusia 40 hingga 88 tahun mendapati 49.4 peratus daripada mereka mengalami masalah mati pucuk atau dalam bahasa perubahan kontemporari “erectile dysfunction”.

Jadi saya tidak hairan kalau ada lelaki di Malaysia, mungkin juga di PMO, yang bernikah tetapi tidak berkahwin kerana sebab-sebab yang disebutkan di atas.

Sebenarnya masalah mati pucuk, “erectile dysfunction” dan kedinginan seks boleh diubati dan diatasi melalui perubatan moden kecuali yang menderita “koro” yakni dikunci anunya! - kadirjasin.blogspot.my

Sumber HD - 9-9-2015

MT esok - tak pecat, Najib sengsara

SHAHBUDIN HUSIN | .


SEMUA perhatian kini tertumpu kepada mesyuarat MT Umno esok, 9 September untuk mengetahui sama ada Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpinnya yang lain yang agak kritikal terhadap Najib Razak akan dikenakan tindakan atau sebaliknya.

Mereka yang lain yang mungkin berdepan hukuman selain Muhyiddin, ialah Naib Presiden Umno, Shafie Apdal, Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Mukhriz Mahathir,  Ahli MT Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said, bekas Exco Perak, Hamidah Osman dan Ahli Parlimen Sepanggar, Jumat Idris.

Mereka ini diketahui kerap mengkritik Najib, terutama berkaitan isu 1MDB dan wang RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Banyak pihak meramalkan ketujuh-tujuh mereka ini bakal berdepan hukuman pecat, gantung keahlian atau diberikan amaran keras.

Bagaimanapun, Muhyiddin dan Shafie paling mungkin sekali menerima hukuman sama ada pecat atau gantung keahlian berikutan kelantangan mereka mengkritik Najib. Kedua-duanya juga sudah digugurkan daripada kabinet pada 28 Julai lalu.

Mukhriz pula, selain berdepan salah satu hukuman tersebut, kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah  dan Menteri Besar juga diramalkan akan digugurkan, bukan saja sebagai hukuman kerana kelantangannya mengkritik Najib, tetapi juga sebagai pantulan daripada tindakan bapanya, Tun Mahathir Mohamad yang tidak henti-henti mengasak Perdana Menteri hingga ke dinding.

Begitu pun dengan Aziz, Ahmad Said dan Hamidah,  hukuman yang menanti ialah sama ada pecat, digantung jawatan atau sekadar diberikan amaran keras saja.

Jumat pula sudah pun digantung kedudukannya sebagai Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Sabah beberapa bulan yang lalu dan dikhabarkan akan dipecat terus kali ini.

Bagaimanapun, beberapa jam sebelum mesyuarat MT yang dijangka berlangsung pada pukul 2.30 petang di PWTC, Tun Mahathir pula dijadualkan kembali daripada lawatannya ke luar negara pada jam 12.30 tengahari di Lapangan Terbang di Subang.

Sejak beberapa hari lalu, hebahan mengenai kepulangan bekas Perdana Menteri itu telah disebarkan secara meluas melalui SMS, Whatsapp, FB, Email dan sebagainya bagi tujuan menarik seramai mungkin orangramai menyambutnya.

Berdasarkan respon dan maklumat rambang daripada pelbagai pihak, dijangka ribuan orangramai daripada pelbagai latarbelakang ideologi politik akan menyambut kepulangan Tun Mahathir esok  berikutan suhu panas politik semasa dan kepulangannya pula hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MT berlangsung.

Tidak memeranjatkan jika Tun Mahathir menggunakan peluang terakhir sebelum mesyuarat MT ini untuk terus melakulan "tembakan dan serangan"  bagi meningkatkan tekanannya terhadap Najib, setelah memeranjatkan banyak pihak dengan sedia turun ke himpunan Bersih 4 sebanyak dua kali baru-baru ini.

Apakah Najib tetap dengan pendirian untuk memecat dan menyingkirkan mereka yang tidak sehaluan dengannya jika ada peluru baru ditujukan kepadanya oleh Tun Mahathir esok?

Mampukah Tun Mahathir melalui serangan akhirnya nanti menghalang Najib dan MT daripada bertindak kepada Muhyiddin dan enam pemimpin lain itu?

Di sebalik hujan dan jerebu, tetap ada yang akan terasa kepanasan menjelang esok.
Bagaimanapun, rata-rata dalam Umno bimbang sekiranya keputusan MT esok membawa akibat dan kesan lebih buruk kepada parti pada masa hadapan.

Ramai yang sedar, jika tiada sebarang tindakan diambil kepada Muhyiddin dan yang lainnya,  ia akan menyebabkan kesengsaraan kepada Najib dalam memperkukuhkan parti kerana Timbalan Presiden Umno dan rakan-rakannya itu tentu saja akan terus melontarkan suara yang berbeza dalam pelbagai isu selepas ini.

Dengan bantuan Tun Mahathir yang melakukan serangan dari luar, Najib bukan saja akan bertambah tidak selesa, malah mungkin menyebabkan hasratnya untuk bertahan lebih lama di Seri Perdana tidak kesampaian.

Bagaimanapun, jika pemecatan atau penggantungan Muhyiddin atau yang lain-lain pula diambil, ia memang memberi keselesaan kepada Najib, tetapi kesan buruknya kepada Umno dan BN dalam pilihanraya umuk akan datang mungkin lebih teruk lagi.

Selain Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dijangka akan terus kekal dikuasai pembangkang, sebarang pemecatan atau penggantungan pada esok juga dijangka mengundang lebih bahaya kepada kekuasaan Umno di Johor, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak dan Kedah.

Di kelima-lima negeri ini, Umno dan BN bukan saja menang dengan majoriti undi yang kecil, bahkan ketika ini perbezaan jumlah kerusi dengan pembangkang juga hanya boleh dibilang dengan jari sahaja. Dengan perpecahan yang kecil saja sudah cukup menguntungkan pihak pembangkang.

Jika sudah banyak negeri terlepas pegangan ke tangan pembangkang, tentulah boleh dijangka di mana kedudukan Umno dan BN di peringkat pusat nanti.

Simpati rakyat dan ahli Umno terhadap Muhyiddin dan Shafie sekarang ini ialah kerana mereka dianggap tidak bersalah dari segi jenayah atau moral sehingga dipecat daripada kerajaan, sebaliknya hanya kerana bertanya soalan, menegur dan mahukan jawapan berkaitan 1MDB dan derma peribadi yang menimbulkan keraguan ramai.

Sehubungan itu, suatu majlis sembahyang hajat turut diadakan di Johor malam ini untuk memohon perlindungan Tuhan terhadap perjuangan Muhyiddin demi agama, bangsa dan negara.

Apakah pilihan Najib esok agaknya? Meleraikan kesengsaraan dalam dirinya atau menambahkan bahaya kepada Umno? - shahbudindotcom.blogspot.my/

Sumber HD - 8-9-2015


Kosong-10: Sindrom bapa borek

Posted on Tuesday, September 08 @ 12:22:08 MYT by paktam

Oleh A Kadir Jasin

Malaysia kosong. Emiriah Arab Bersatu 10. Bagi yang tak faham bola, Malaysia tak skor satu gol pun manakala UAE sumbat 10. Malaysia kalahlah! Ini cerita bapa borek, anak rintik. Bila bapa borek, anak lazimnya rintik, melainkanlah bapa jenis pak sanggup atau ibu main kayu tiga. Nauzubillah.

Bagi orang Islam, masa hidup dia anak bapanya. Dia bin atau binti. Tapi bila dia mati, dia masuk kubur sebagai anak ibunya.


Jangan silap sangka, saya tak hina sesiapa, tapi daripada aspek biologi, kita hanya boleh pastikan ibu kita. Yang mengandung dan melahirkan kita itulah ibu kita. Dia ibu biologi kita (biological mother).

Kemudian ada ibu susuan. Dia menjadi ibu kerana menyusukan seseorang sejak bayi. Dia bukan ibu biologi.

Bapa, kita tak boleh pastikan 100%. Sebab itulah dalam zaman sains dan teknologi canggih ini, bila hubungan darah sebelah bapa (paternity) dipertikai, ujian DNA dilakukan untuk memastikan sama ada betul atau tidak seorang lelaki itu benar-benar bapa kepada seseorang anak.

Perdana Menteri sebagai bapa

Dalam sistem demokrasi ala Westminster macam kita, Perdana Menteri bolehlah kita ibaratkan sebagai bapa – bapa pemerintahan.

Sebab itulah bila kita bagi gelaran mutakhir (ultimate) kepada Perdana Menteri, kita guna istilah bapa – Bapa Kemerdekaan (Tunku Abdul Rahman), Bapa Pembangunan (Tun Abdul Razak), Bapa Perpaduan (Tun Hussein Onn), Bapa Pemodenan (Tun Dr Mahathir) dan Bapa Modal Insan (Tun Abdullah Ahmad Badawi).

Sekarang bapa pemerintahan kita adalah (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak. Silap-silap dia pun dapat gelaran “Bapa” juga macam Perdana Menteri yang lalu. Agaknya apa gelaran “Bapa” paling cocok untuknya?

Saya yakin majoriti daripada kita sudah tahu siapa Mohd Najib sebenarnya. Jadi kalau warna dia borek, warna anak-anaknya sepatutnya rintiklah. Kalau dia baik, logiknya baik jugalah anak-anaknya. Kalau dia tak baik, maka tidaklah memeranjatkan kalau anak-anaknya juga tidak baik.

Jadi dalam hubungan itulah saya lihat kemerosotan negara kita dalam berbagai-bagai bidang. Akibat wabak masalah yang menjangkiti Perdana Menteri kita sekarang, rakyat jelata hilang pedoman, hilang keyakinan, hilang jati diri, hilang motivasi dan hilang patriotisme.

Apatah lagi apabila dia sendiri terlibat menggunakan pelbagai tipu helah dan tindak-tanduk yang meruntuhkan kewibawaan jentera kerajaan, merosakkan motivasi kakitangan awam dan melunturkan patriotisme rakyat jelata. Hatta pada hari ulang tahun kemerdekaan pun tidak banyak orang mengibarkan bendera negara.

Harimau tak bertaring

Mohd Najib mungkin tidak bertanggungjawab terus ke atas sukan negara. Itu tugas Khairy Jamaluddin. Tapi sebagai Perdana Menteri dialah yang lantik Khairy dan sebagai Menteri Kewangan dialah yang bagi peruntukan untuk kegiatan sukan.

Jadi sikit sebanyak dia terlibat dengan prestasi sukan negara. Sebagai bapa, dia sepatutnya menjadi asas motivasi dan aspirasi.

Justeru itu, apabila pasukan bola kita yang dibagi gelaran hebat “Harimau Malaya” kena gasak 10-0 UAE dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 pada 3 September lalu sekali lagi cerita bapa borek anak rintik ini terbit dalam fikiran kita.

Bagi sebuah pasukan yang diuar-uarkan sebagai peneroka pemulihan bola sepak negara dan mewakili negara dengan hampir 30 juta penduduk (termasuk pendatang), kalah 10-0 kepada UAE dengan penduduk tak sampai 10 juta sangat hina dan mengaibkan.

Kita pun tidak boleh marah apabila rakyat jelata membuat pelbagai jenaka dan satira sebagai respons kepada kehambaran pasukan negara itu.

Salah satu yang sangat kreatif dan lucu ialah kita sengaja kalah kepada UAE kerana membalas budi penderma Arab yang menyedekahkan RM2.6 bilion kepada Mohd Najib.

Sampai hari ini Mohd Najib tidak menafikan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi dia di bank AmIslamic.

Memang pun lawak. Harimau Malaya kalah 10-0 kepada UAE. Gugurkan saja jenama yang hebat itu. Apa guna nama hebat kalau standard lebih teruk daripada harimau tua sarkas. Buat malu pak belang dan negara saja.

Saya rasa aspek motivasi, patriotisme dan kecemerlangan merudum begitu teruk sehingga boleh kalah seburuk itu, bukan saja kepada UAE tetapi kepada banyak negara serantau sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kita pernah cemerlang dalam bola sepak, sepak takraw, badminton, hoki malah olahraga. Ahli sukan kita penuh motivasi, komited dan patriotik.

Ambil contoh Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur. Kita menang paling banyak pingat emas walaupun ibu negara dilanda tunjuk perasaan reformasi.

Tapi bukan sukan saja jatuh, merudum dan runtuh pada era Pahlawan Bugis ini. Kapal terbang jatuh, Gunung Kinabalu runtuh, nilai ringgit merudum, rizab asing Bank Negara jatuh ke bawah paras AS$100 bilion, keyakinan pelabur dalam dan luar negara runtuh, penarafan negara merudum dan Malaysia kini jadi bahan jenaka dunia. Tak peliklah bila nak buka persidangan anti-rasuah pun Perdana Menteri tak berani.

Kalau sukan penting sebagai asas perpaduan kaum dan penyemarakan patriotisme, saya cadangkan kepada Khairy agar tumpukan lebih banyak masa memperbaiki mutu sukan negara daripada terus berdolak-dalik bagi pihak bosnya. KJ muda lagi. Takkan dia hendak karam bersama pinisi Bugis.

Wallahuaklam. – kadirjasin.blogspot.my
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kosong-10-sindrom-bapa-borek-a-kadir-jasin#sthash.2cYVGX6W.dpuf

Sumber DD - 8-9-2015         


Himpunan maruah Melayu pasti akan gagal

Posted on Monday, September 07 @ 13:59:57 MYT by paktam

Oleh Zainuddin Maidin 

Seorang ketua Bahagian Umno beritahu saya dari pengalamannya, tidak mudah untuk menghimpunkan ratusan ribu orang Melayu dari seluruh negara di Kuala Lumpur tanpa wang yang banyak, sebab yang besar, semangat yang tinggi dan tenaga penganjur yang cekap.

Sekarang nak panggil mesyuarat cawangan Umno pun susah jika tak ada wang poket, tak ada bihun, tak ada bekal untuk bawa pulang tambahlah nak datang ke KL, nak sediakan bas, hotel makan minum dan lain-lain, katanya.

Beliau memberikan reaksi terhadap sebaran berita (palsu?) menerusi media sosial mengenai rancangan perhimpunan baju merah di Low Yat Bukit Bintang pada 16 September sebagai tindak balas terhadap himpunan 500,000 Bersih China 4 di Dataran Merdeka menjelang hari kemerdekaan baru lalu.

Gempak ini diikuti "gempak" yang sama dari Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang juga mahu mengadakan himpunan atas tujuan yang sama.

Rancangan perhimpunan ini mendapat bantahan dari kumpulan yang mendakwa diri mereka "Otai Reformasi" kerana meanggap slogannya "Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku" berbau perkauman dan merbahaya dan mereka pun membuat laporan polis.

Melihat senarai bahagian Umno dari seluruh negara yang setiap bahagian akan menghantar beribu-ribu wakil maka saya tidak mahu percaya sebaliknya membuat kesimpulan ini adalah berita palsu, ini "Gempak Keling2" setelah "Gempak Keling1" dengan silat, taekwondo, orang kebal dan sebagainya yang tak nampak muka pada hari perhimpunan Bersih baju kuning tempoh hari.

Sukar untuk orang Melayu hadir secara sukarela tanpa suatu sebab yang selari dengan semangat mereka selain dari untuk menunjuk reaksi balas terhadap perhimpunan Bersih Cina4 berbanding dengan orang Cina yang didorongkan sebab yang besar.

Maka itu sekiranya demonstrasi itu bertujuan untuk mengangkat "Maruah Melayu" ia akan menjatuhkan Maruah Melayu kerana kehadiran kelak akan jauh lebih kecil dari himpunan lebih 500,000 orang Cina walaupun mereka bukan majoriti rakyat negara ini.

Kaum Cina mudah untuk menghimpunkan suatu jumlah yang besar kerana dibangkitkan kesatuan perasaan dan semangat yang tinggi atas matlamat besar untuk merampas kuasa, menjatuhkan kerajaan Umno atau Melayu dan untuk persamaan hak.

Semangat tinggi ini terlihat dalam barisan pengundi Cina di Pilihan Raya 13. Mereka sanggup pulang dari jauh, dari luar negara dan dari lain-lain untuk pergi ke mana juga mereka terdaftar sebagai pengundi walaupun terpaksa menutup kedai dan meninggalkan perniagaan dan pekerjaan mereka.

Mereka berbaris panjang dalam kebangkitkan semangat "Kali inilah untuk Malaysian Malaysia."

Perhimpunan yang didakwa kehadirannya 500,000 orang Cina di Kuala lumpur pada 30 Ogos lalu adalah perang sarap untuk meyakinkan orang Cina, mereka tetap mempunyai kekuatan untuk melakukan satu lagi Tsunami Cina pada pilihan raya ke 14.

"Kali ini kita betul-betul boleh bersihkan kuasa Melayu sekalipun tanpa PAS dan Datuk Seri Anwar Ibrahim." Inilah mesej Himpunan Bersih China 4.

Orang Melayu tidak mempunyai semangat yang tinggi seperti ini kerana mereka merasakan berada dalam keadaan selamat di bawah lindungan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja Melayu yang dibelakangnya adalah polis dan tentera Melayu.

Cuma dalam keadaan sekarang orang Melayu merasa cemas, gelisah, bengong bimbang dan takut kerana berada di bawah tangan kepimpinan negara yang lemah dan tidak bersih tetapi mereka tetap percaya kekuatan akan dapat dipulihkan, Umno akan kembali kukuh sekiranya pemimpin ditukar.

Sentimen ini menyeluruh dari segenap lapisan umat Melayu, dari rakyat di akar umbi di kampong-kampong, petani, nelayan, orang kampong, pelajar-pelajar, peniaga-peniaga hingga kepada pegawai tinggi kerajaan yang terasa mereka didemoralisekan dengan cara yang amat hina. Bagaimanapun mereka tetap nampak hanya Umno penyelamat Melayu.

Sekiranya dalam keadaan krisis keyakinan ini, Pemuda Umno atau lain-lain pihak mengambil kesempatan di atas sentimen rakyat untuk menghimpunkan mereka maka pastinya akan mendapat sokongan yang besar dari semata-mata untuk menentang Bersih 4.

Dalam hal ini pembunuhan Mahsuri Kedua Umno Langkawi Anina Saaduddin boleh digunakan sebagai bantahan untuk mengembalikan maruah Umno dan Melayu yang pastinya akan mendapat sokongan dan dokongan dari anasir revolusi senyap dalam Umno sekarang.

Anina sekarang dilihat sebagai wanita yang teraniaya kerana dibuang dari Umno semata-mata kerana ada peruntukan dalam Perlembagaan Umno yang melarang ahli membawa kes parti ke Mahkamah sedangkan banyak kes penyelewengan yang lebih besar dalam Umno yang tidak diambil tindakan segera.

Revolusi Senyap yang sedang berlaku dalam Umno sekarang hanya menunggu tangan yang berani meledakkannya.

Anina terlihat sebagai seorang wanita Umno yang mewakili perasaan terpendam semua rakyat, bukan hanya ahli Umno dan bukannya hanya suara Melayu tetapi melampaui batas kaum.

Anina sekarang menjadi Mahsuri Kedua Langkawi kerana dibunuh karier politiknya dengan gopoh-gapah dan kejam seorang yang bergelar Tunku tanpa perbicaraan yang adil demi untuk menyelamatkan maharaja Umno. Beliau tidak dipanggil untuk membela diri.

Jika Himpunan Maruah Melayu mahu mendapat sokongan Aninalah yang boleh menjadi pulling crowd dan jika perhimpunan membantah pembunuhannya diadakan atas thema Menebus Maruah Melayu kemungkinan besar ia akan disertai juga peserta-peserta himpunan Bersih 4 dan pastinya akan dihadhiri mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – zamkata.blogspot.my

Sumber DD - 



Corat-coret berharga RM2.6 bilion

Posted on Monday, September 07 @ 13:56:14 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Hakikat rakyat ketika ini begitu menyampah kepada Datuk Seri Najib Razak dalam isu duit RM2.6 bilion yang diterimanya bukanlah cerita dongeng atau rekaan semata-mata. Di mana-mana hampir tidak terkecuali rakyat meluahkan rasa jengkel dan tidak puas hati dengan penglibatan Najib dalam isu tersebut.

Jika di bandar atau di kalangan mereka yang celik maklumat melalui Internet, perkara itu mungkin bukan sesuatu yang asing, rupa-rupanya mereka yang tinggal di kampung dan kawasan pedalaman turut tidak terkecuali mempunyai pandangan hampir sama.


Selepas himpunan Bersih 4 baru-baru ini, saya berpeluang pergi ke Pahang, Kelantan dan Terengganu dan sambil-sambil itu dapat meninjau sejauh mana pendirian rakyat mengenai Najib sejak duit RM2.6 bilion yang ditakrifkan sebagai derma timbul sebagai isu bualan ramai.

Dalam perjalanan pergi, saya sempat singgah menikmati kari kepala ikan di Raub dan kemudian singgah berehat sebentar di hentian Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan ke Tok Bali, Pasir Puteh.

Apa yang mengejutkan di kedua-dua tempat persinggahan itu, topik mengenai Najib dan wang RM2.6 bilion jelas dapat didengar sebagai buah bicara perbualan masyarakat.

Di Raub, ketika sedang makan bersebelahan dengan sekumpulan lelaki Cina, jelas dapat didengar mereka menyebut perkataan "2.6 bilion", "Najib" dan "coruption" walaupun tidak memahami sepenuhnya perbualan mereka yang dituturkan dalam bahasa Mandarin itu.

Di hentian Gua Musang pula, ketika duduk bersebelahan dengan lelaki Melayu yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, daripada perbualan biasa dan berbasa-basi dengannya, topik perbicaraan kemudian melompat kepada isu politik semasa.

Beliau kemudian merungut dengan harga makanan yang agak mahal di hentian tersebut, lalu berkata, "kita bukannya ada RM2.6 bilion dalam akaun pun".

Setelah beberapa lama berbual, baru disedari beliau rupa-rupanya hanya makan bakso tetapi tidak mengambil sebarang air minuman.

"Tak minum ke?"

"Malas beratur, lagi pun saya ingin jimatkan belanja. Kuah bakso ini pun macam minuman juga," katanya.

Sedih rasanya sampai begitu sekali rakyat mahu menjimatkan belanja mereka.

Saya tinggal 3 hari di Tok Bali. Dalam tempoh itu saya sempat menemui pelbagai kelompok manusia, singgah bersarapan pagi di beberapa kedai menjual nasi dagang dan nasi berlauk, bertemu beberapa pegawai kerajaan dan swasta serta penduduk sekitarnya.

Dalam perbualan dan ketika mendengar mereka berbual sesama sendiri, jelas dapat dirasakan bahawa isu Najib dan wang RM2.6 bilion yang diterimanya begitu menusuk hati masyarakat serta sukar diterima sebagai derma semata-mata.

Sekumpulan anak-anak muda pula terang-terang berkata, "ini perbuatan pemimpin nak kencing kita semua".

Ketika singgah menikmati air tebu di sebuah gerai tepi jalan, saya agak hairan kerana penjualnya, seorang pakcik berusia hampir 70 tahun menjualnya dengan harga RM1 saja tetapi menggunakan gelas yang agak besar.

"Kenapa murah sangat pakcik, ada untung ke?"

"Pakcik tak ambil untung banyak sebab dalam setiap gelas yang dijual ada "derma" kepada pembeli sebagai bekalan di akhirat nanti. Pakcik tak perlu jadi kaya raya macam Najib," katanya sambil tersenyum dan terasa ada kelas sindirannya.

Beliau seterusnya memberitahu bekalan tebunya diperoleh daripada penanaman sendiri di belakang rumahnya.

"Pakcik tak suka Najib ke?"

"Pakcik suka Najib tapi tak sokong dia." Perghhh...sekali lagi, tinggi sungguh kelas sindiran pakcik ini.

Saya kemudian turut berkesempatan menikmati sotong dan udang goreng tepung yang sungguh enak di Kuala Besut. Ketika mahu membuat bayaran, penjualnya kemudian berkata, "60 sen ni tak payah bayarlah, derma".

Kalau Najib dengar sendiri luahan hati rakyat ini, mahu merah padam muka dibuatnya. Dalam perjalanan pulang melalui Lebuhraya LPT, saya kemudian singgah dan bermalam di Temerloh, Pahang untuk menikmati hidangan ikan patin dan masakan kampung pada keesokan harinya.

Dalam berbual-bual dengan orang ramai yang ditemui, apabila perbualan melarat kepada isu politik dan hal ehwal semasa, rata-ratanya akan menyentuh mengenai Najib dan wang RM2.6 bilion yang diterimanya.

Seorang peniaga ketika ditanya bagaimana perniagaannya daripada segi kehadiran pelanggan setelah adanya GST berkata, memanglah ia agak menurun kerana orang ramai kelihatan lebih berhati-hati untuk berbelanja di luar sekarang ini.

"Tetapi masih boleh untung lagi, cuma taklah sampai bilion-bilion," tambahnya dengan tersenyum.

Dulu tidak ramai yang pernah sebut atau tahu perkataan "bilion", malah mungkin tidak faham pun berapa angka kosong dalam satu bilion, tetapi sejak Najib disahkan menerima wang sebanyak RM2.6 bilion atau RM2,600 juta, ianya menjadi tidak asing lagi bagi rakyat negara kita.

Mungkin ini satu-satunya sumbangan Najib dalam isu derma yang diterimanya itu.

Dalam erti kata lain pula, meskipun penduduk di luar bandar agak terkekang dengan maklumat berikutan kemudahan Internet yang masih perlahan di kebanyakan tempat, tetapi mereka tidaklah menerima sepenuhnya berita yang sampai ke ruang tamu melalui televisyen atau akhbar harian arus perdana.

Bersama golongan bandar dan mereka yang celik Internet, perlakuan Najib berkaitan wang itu nampaknya langsung tidak boleh diterima oleh kalangan luar bandar juga.

Meskipun dalam senyuman, sindiran dan kata-kata sinis yang boleh didengar di mana-mana sehingga ke kampung-kampung dan luar bandar, di sebalik Najib mungkin kelihatan lebih kaya dan bertaraf "bilionaire" sekarang ini, tetapi hakikatnya beliau semakin miskin daripada sokongan serta kepercayaan rakyat jelata. – shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber DD - 7-9-2015


Negara terus dalam bahaya selagi Najib ada

Posted on Sunday, September 06 @ 16:39:23 MYT by paklang

Oleh Shahbudin Husin 

Persidangan anti rasuah antarabangsa (IACC) yang berakhir Jumaat lalu secara langsung telah mencemarkan nama Malaysia. Ia bukan saja kerana isu derma RM2,600 juta yang diterima Najib Razak menjadi fokus utama peserta daripada 130 buah negara, tetapi tentunya juga kerana mereka akan pulang ke negara masing-masing dengan tanggapan yang buruk mengenai negara kita.


Memang benar negara kita belum sampai ke tahap mengalami krisis rasuah tetapi sebagaimana kesimpulan IACC yang menyebut bahawa wang RM2,600 juta itu mempunyai segala elemen berkaitan rasuah mengikut tafsiran antarabangsa, kegagalan memberi penjelasan kukuh mengenainya seolah-olah kita sedang terjebak dengannya.

Dengan itu, selagi tiada penjelasan atau Najib terus berdiam diri saja, penerimaan wang sebanyak itu boleh bertukar menjadi "ibu segala rasuah" yang akan menenggelamkan segala kebaikan dan nama baik negara dalam aspek yang lain.

Selain IACC tahun ini telah memalukan Malaysia melalui hujah-hujah peserta daripada 130 buah negara berikutan angka RM2,600 juta itu dianggap terlalu luar biasa, ketidakhadiran Najib dalam persidangan di mana Malaysia menjadi tuan rumahnya setelah dinasihatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low seakan turut mengesahkan bahawa Perdana Menteri memang dalam keadaan bersalah dan tidak mampu berhujah jika diajukan persoalan mengenai wang tersebut.

Jika Najib benar-benar yakin wang tersebut adalah derma yang suci sifatnya, beliau tentu boleh berkeras mahu menghadiri persidangan itu. Begitu juga dengan Paul Low, menteri yang bertanggungjawab terhadap intergriti, kiranya beliau sendiri yakin dengan sepenuh hati wang RM2,600 juta itu bukan rasuah, pasti tidak dinasihatkannya agar Najib jangan menghadirinya.

Tetapi semuanya sudah berlalu. Dengan imej buruk negara melalui persidangan dan ketidakhadiran Najib itu, pandangan dunia terhadap negara kita turut dibayangi lebih banyak warna kehitam-hitaman selepas ini.

Kesan buruknya akan menjalar kepada kehidupan rakyat yang meliputi aspek politik, ekonomi, sosial, pertukaran ringgit, iklim perniagaan, penurunan pasaran saham, kesejahteraan, keamanan dan sebagainya.

Lebih buruk lagi kerana rakyat dalam negara sendiri tidak dapat menerima kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi Najib itu sekadar derma semata-mata. Semua segmen masyarakat sedang memperkatakannya dan rata-rata tidak melihatnya sebagai derma.

Luahan rasa rakyat paling mudah dapat difahami melalui kehadiran dalam himpunan Bersih 4 yang diadakan selama 34 jam baru-baru ini. Jika sekadar menuntut pilihanraya yang bersih, tidak mungkin 500 ribu orang sanggup turun ke jalanraya dan sebahagiannya rela mengorbankan keselesaan dengan tidur di atas jalanraya dan dalam khemah kecil hanya dengan berselimutkan angin malam semata-mata.

Tidak lain keghairahan rakyat turun ke perhimpunan itu ialah untuk memberi lebih tekanan kepada Najib agar berundur dan meletakkan jawatan dengan segera. Daripada jeritan semangat rakyat berbaju kuning itu dan apa yang terpancar di wajah ribuan yang hadir itu, jelas mereka tidak dapat menerima lagi kepimpinan Najib.

Tidak dinafikan Najib berhak untuk bertahan sehingga pilihanraya umum akan datang dan tidak memperdulikan isyarat yang dihantar rakyat ini. Tetapi dengan kesanggupan rakyat berhimpun dan bermalam dalam Bersih 4 ini ia seperti memberi bayangan bahawa Arab Spring dan kebangkitan rakyat seperti di Filipina, Indonesia dan Thailand turut tidak mustahil akan menjelma bersama kedegilan itu.

Rasa tidak puas hati dan kemarahan rakyat kali ini sebenarnya berbeza dengan yang berlaku ketika era Tun Mahathir Mohamad dulu. Ketika itu ia hanya berkaitan politik dan kepimpinan tetapi kini ia terangkum mengenai politik, kepimpinan, masa depan negara dan perlakuan tidak wajar oleh seorang pemimpin yang sukar diterima.

Sebab itu Tun Mahathir dapat menangani segala cabaran dan tentangan terhadapnya hanya dengan kecekalan. Najib pula, sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir ketika turut sama turun dalam Bersih 4, telah merosakkan sistem undang-undang negara melalui campurtangannya semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya.

Di samping memecat anggota kabinet yang menegurnya, menyingkirkan Gani Patail sebagai Peguam Negara, menukar dan mengganggu pegawai-pegawai SPRM dan menggantung permit akhbar, Tun Mahathir juga berkata, beliau tidak akan turun menyertai Bersih 4 untuk bersama-sama rakyat menyatakan bantahan kiranya pasukan petugas khas yang menyiasat mengenai wang tersebut tidak dibubarkan sebelum hasil siasatannya dikeluarkan.

Tidak diragui lagi, Najib sedang melakukan ancaman dan meletakkan negara di jurang yang bahaya. Pandangan dunia dan rakyat sendiri kepada negara ini menjadi semakin buruk selagi beliau menjadi Perdana Menterinya.

Najib akan terus menghadapi kesukaran untuk menjelaskan atau berterus terang mengenai wang tersebut lantaran hampir tiada kebenaran ia sekadar derma, kecuali melencongkan perhatian rakyat kepada aspek lain. Hanya itu yang mampu dilakukan, sebab itu jawapan dan penjelasan sentiasa berbeza-beza di kalangan pemimpin UMNO sendiri.

Bayangkan apa akan berlaku kepada negara dan kehidupan rakyat jika Najib terus berdegil untuk bertahan sehingga PRU 14 yang bakal diadakan tahun 2018 nanti?
Sanggupkah kita membayangkannya?- bm.theantdaily.com

Sumber DD - 6-9-2015



Janganlah gelabah…Jika Najib jatuh, tetap Melayu jadi PM

Posted on Sunday, September 06 @ 13:22:18 MYT by paklang

Oleh Shahbudin Husin 

Desakan agar Datuk Seri Najib Razak berundur bukan lagi jeritan rakyat Malaysia semata-mata, tetapi sudah menjadi suara antarabangsa di mana dalam persidangan anti rasuah sedunia atau IACC di Kuala Lumpur baru-baru ini, perkara yang sama turut menjadi fokus utama para peserta.
Hakikatnya tidak ada sesiapa dapat menerima kemasukan wang ke dalam akaun peribadi seorang ketua negara dengan jumlah yang begitu besar hanyalah sekadar derma.

Selain menyatakan wang RM2.6 billion itu mempunyai segala elemen berkaitan rasuah mengikut penilaian antarabangsa, peserta IACC juga mendesak Najib meletakkan jawatan bagi memudahkan siasatan terhadapnya.

Hanya kerana Najib menerima wang tersebut, rata-rata peserta IACC bercakap, meluahkan rasa tidak puas dan memberi kritikan tajam kepadanya. Sekaligus perbuatan Najib memalukan nama negara ke persada dunia dan ia dilakukan di depan mata kita semua.


Dengan ini rakyat negara ini dan masyarakat di seluruh dunia sudah hampir senada tentang perlunya Najib segera berundur daripada jawatannya.

Jika dilakukan referendum bebas, pastinya suara penolakan itu lebih ketara lagi. Kehadiran kira-kira 500 ribu peserta dalam himpunan Bersih 4 adalah petanda jelas ke arah itu dan tidak pernah dalam sejarah negara, rakyat sanggup berhimpun dan bermalam di atas jalan raya hanya untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Dengan terus kekalnya Najib bersama jawatannya dan sekiranya tiada penjelasan meyakinkan mengenai wang tersebut, tidak mustahil angka 500 ribu itu akan terus meningkat kiranya ada perhimpunan rakyat lagi selepas ini.

Tetapi seperti biasa, kebangkitan rakyat ini seringkali dilihat dari perspektif perkauman saja.

Jika ramai Melayu datang berdemo, mereka dikatakan bodoh dan tidak secerdik kaum Cina yang hanya duduk di rumah sambil terus membesarkan penguasaan ekenomi mereka.

Jika orang Cina yang ramai pula seperti dalam Bersih 4 baru-baru ini, mereka dikatakan mahu merampas kepimpinan Melayu yang sedang menguasai kepimpinan negara pula.

Orang Melayu lantas diingatkan agar segera bersatu bersama kepimpinan sedia ada sambil diberikan amaran kebangkitan bangsa lain ini adalah bahaya kepada anak cucu kita.

Ada seorang menteri juga turut latah mengingatkan dengan berkata, terus-menerus membesarkan isu wang RM2.6 billion yang melibatkan Najib tidak lebih hanya mengancam kedudukan kerajaan dan kepimpinan Melayu sekarang.

Disebabkan itu, beliau menyarankan agar polemik ini segera dihentikan, sebaliknya berusaha mempertahankan kepimpinan Melayu yang ada sekarang.

Elehh...macamlah Najib merupakan lambang mutlak Melayu di negara ini.

Ia seperti kisah seorang perompak yang sedang mengangkut hasil rompakan dan ketika diserbu orang ramai, lantas memberi helah kampung tempat tinggal mereka sedang dalam bahaya kerana kononnya lima enam keluarga Cina yang tinggal di situ sedang berusaha mengambil alih dan menguasai kampung tersebut.

Setelah semua orang ramai tadi menyerbu setiap satu rumah keluarga Cina itu, perompak pun ketawa berdekah-dekah sambil memuatkan lebih banyak hasil rompakan ke dalam lori mereka.

Begitu juga seperti yang berlaku sekarang. Ia tiada kena mengena dengan sebarang isu perkauman atau kemungkinan orang Cina mahu menguasai kepimpinan negara, tetapi persoalan pokok ialah dari mana datangnya wang RM2.6 billion itu?

Namun, seperti biasa, manusia memang mudah diperdaya perompak, lebih-lebih lagi kalau perompak itu juga pandai berlagak sebagai pejuang Melayu.

Dalam isu mahu menurunkan Najib sekarang, ia sebenarnya adalah untuk kepentingan rakyat dan negara. Ia tidak harus dilihat dari sudut jatuhnya kepimpinan Melayu kerana jika Melayu itu jahat dan merosakkan kehidupan ramai orang, tiada sebab untuk terus dipertahankan.

Di samping itu, bagaimana mahu dikatakan jika Najib diturunkan, kepimpinan Cina akan mengambil alihnya sedangkan nama-nama yang disebut sebagai pengganti semuanya Melayu?

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam gesaannya yang semakin agresif untuk menurunkan Najib berkata, yang perlu ditukar hanyalah perdana menteri tetapi kerajaan Barisan Nasional akan terus kekal.

Begitu juga dengan kesediaan Pakatan Rakyat bersama-sama dengan kira-kira 30 lagi ahli Parlimen BN untuk menjayakan usul tidak percaya di Parlimen, ia juga semata-mata untuk menurunkan Najib dengan membentuk sebuah kerajaan peralihan yang melibatkan semua parti.

Jika sudah melibatkan semua parti, tentu saja Umno yang mempunyai 88 kerusi Parlimen akan memiliki majoritinya. Jadi di mana perlunya kita kalut dengan penguasaan Cina ini?

Nama-nama yang disebut dan diperkatakan ramai untuk menggantikan Najib pula semuanya Melayu. PR jelas sedia menerima Tengku Razaleigh Hamzah atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang baru bagi menggantikan Najib. Adakah Ku Li dan Muhyiddin keturunan Cina?

Jika prosesnya berlaku selepas 9 September di mana ketika itu Muhyiddin mungkin sudah dipecat atau digantung keahlian Umnonya, nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berpeluang tersenarai sebagai calon bakal perdana menteri. Adakah Zahid berbangsa Cina atau Jawa?

Pernahkah kita dengar jika usul tidak percaya di Parlimen ini berjaya, Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang akan menjadi perdana menteri baru bagi menggantikan Najib?

Janganlah kita mengelabah berlebih-lebihan sehingga semua perkara mahu dikaitkan dengan sentimen perkauman. Jika ada kecurian atau rompakan, tangkaplah perompak terlebih dahulu sebelum risaukan kampung halaman daripada ditakluki bangsa lain.

Orang Cina pun sebenarnya sedar kedudukan mereka sebagai minoriti dan tidak mungkin menjadi perdana menteri bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan. Bukan saja calon perdana menteri BN terdiri daripada Melayu, daripada PR juga calonnya Melayu.
Lagi pula dalam pilihan raya umum lalu, DAP hanya bertanding kira-kira 70 kerusi Parlimen saja daripada 222 kerusi keseluruhannya dan jumlah ini tentu saja tidak banyak berbeza dalam pilihan raya akan datang.

Maka, di mana logiknya calon mereka layak menjadi perdana menteri? Apakah pemimpin Melayu daripada PKR, PAS dan GHB (Amanah) tidak mahu jadi perdana menteri?

Sama ada melalui usul tidak percaya atau sekiranya BN kalah dalam pilihan raya ke 14 nanti lantaran kedegilan Najib tidak mahu berundur, janganlah bimbang dengan penguasaan Cina kerana kuasa dan kepimpinan Melayu tidak hilang sama sekali.

Kalau tak pernah jumpa hantu, tidak perlu takut dengan hantu dan janganlah pandai-pandai menakutkan orang lain pula supaya takut sama dengan hantu.

Yang nyata, perompak dan penyamun jauh lebih bahaya berbanding hantu. – shahbudindot-com.blogspot.my

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/janganlah-gelabah...jika-najib-jatuh-tetap-melayu-jadi-pm-shahbudin-husin#sthash.l31iuIH9.dpuf


Sumber DD - 6 - 9 - 2015


Istiqamah membuah kejayaan
Posted on Sunday, September 06 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ramai melihat PAS sedang melalui tempoh tribulasi yang paling besar dalam sejarahnya. Hari ini PAS menyaksikan beberapa kerat bekas pemimpinnya yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu sedang mencetuskan krisis keyakinan terhadap PAS dan saf kepimpinan yang baru yang telah diangkat secara demokratik oleh para perwakilan PAS.

Mereka mempertikai dan meragui kemampuan kepimpinan yang ada dan mereka mengusahakan penubuhan sebuah parti baru yang dikatakan akan membawa idea PAS tetapi dalam bentuk yang lebih lunak dan kononnya lebih sesuai dan mesra dengan penerimaan masyarakat majmuk dalam negara kita.


Lalu gelombang demi gelombang cuba dicetuskan untuk menarik ahli-ahli PAS keluar mengikuti perjuangan “baru” mereka.


Lanjutan dari itu kita melihat terdapat pula usaha melumpuhkan PAS di peringkat kawasan-kawasan dan cawangan-cawangan dipelopori oleh pihak-pihak ini.


Namun bagaimanakah sambutan ahli-ahli PAS terhadap seruan puak-puak “kecewa” ini.


Baru- baru ini saya ditanya oleh seorang penganalisa politik apakah kesan dari asakkan yang dimaksudkan ini terhadap ahli-ahli PAS sendiri?


Saya menyatakan berkemungkinan sekiranya tribulasi yang sama melanda mana-mana parti lain, barangkali parti itu akan goyang dan tidak mampu bertahan lama. Tetapi PAS berbeza dengan parti-parti lain di Malaysia kerana PAS sebuah Gerakan Islam.


Orang-orang PAS yakin Islam yang mereka junjung dan jaja ini mampu memberikan penyelesaian kepada permasalahan ummah, inikan pula kocakkan kecil yang dicetuskan oleh mereka yang ghairah dan tidak sabar yang duduk dalam PAS sendiri.


Rata-rata ahli-ahli PAS tidak mudah untuk diajak meninggalkan perjuangan mereka dan duduk dalam wadah yang baru cantik bagaimana pun rupanya. Ini kerana keyakinan mereka terhadap PAS terlalu kental dan disiplin yang diterapkan ke dalam jiwa mereka sepanjang berada dalam PAS memberikan mereka alahan yang kuat terhadap apa sahaja virus dan serangan samada dari dalam apalagi yang diusahakan dari luar.


Tidak dinafikan golongan kecewa ini pasti ada pengikutnya, dan mereka mungkin punya upaya dan mampu untuk mengheret pengikut setia itu bersama mereka. Walaubagaimanapun berbanding majoriti yang istiqamah dan terus yakin dengan kepimpinan dan dasar perjuangan PAS saya berani menyatakan bahawa usaha puak-puak “kecewa” ini nanti akan berakhir dengan kekecewaan mereka pula. Kerana ia tidak mampu bertahan dan akan berkubur begitu sahaja sebagaimana usaha yang sama yang pernah dilakukan oleh puak-puak seumpama mereka sebelum ini.


Saya melihat ada dikalangan ahli-ahli PAS yang pada awalnya berjaya dipujuk dan dirayu oleh puak-puak “kecewa” ini hari ini secara perlahan-lahan mula dan telah menjauhkan diri dan tidak mustahil akan kembali bersama PAS. Mungkin pada awalnya kekecewaan benar-benar telah merasuk tubuh dan perasaan segelintir mereka, tambahan yang kecundang itu kawan-kawan dan kenalan rapat belaka, akan tetapi setelah berfikir panjang dan menyedari perjuangan Islam yang dipelopori PAS ini bukan mudah mahu digantikan semata-mata atas kekecewaan pihak-pihak tertentu, akhirnya mereka memilih untuk kembali bersama PAS.


Pokoknya kita perlu bersabar dalam menekuni jalan perjuangan yang penuh berliku ini. Kita berjuang untuk mendapat redha dan pertolongan Allah, kerana itu kita disarankan beristiqamah, barulah redha dan pertolongan itu dengan izin Nya akan tiba.

Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar PAS ke 61 lalu menyebut:


Tiga prinsip utama yang perlu kita pegang bagi mendapatkan pertolongan Allah swt iaitu, pertama berpegang dengan Islam, kedua tidak melampau dan ketiga tidak terpengaruh dengan mereka yang zalim.


Dalam hal ini saya pernah terlibat dalam memujuk seorang pemimpin kanan PAS agar isitiqamah bersama PAS dalam satu krisis lain lewat tahun 2011 dahulu. Saya dan Khairuddin Othman, sekarang YB dan ADUN PAS Paya Jaras, telah memujuk pemimpin berkenaan agar bersetuju untuk mengadakan pertemuan tertutup dengan Tuan Guru Presiden PAS bagi berbincang. Mungkin nasihat Tuan Guru boleh meredakan hatinya yang kecewa dan berkecamuk ketika itu.
Apa yang saya mahu utarakan di sini adalah nasihat yang dibawa Tuan Guru ketika itu. Tuan Guru dengan panjang lebar mengisahkan pengalaman pejuang besar Islam satu ketika dahulu iaitu Salahauddin al Ayubi atau Saladin menurut catatan sejarah Barat.


Salahuddin ini rupanya bukan sekadar pemimpin dan pejuang Islam yang besar, tetapi lebih penting lagi beliau menjadi begitu kerana memiliki kualiti yang besar, iaitu besabar dan dalam waktu yang sama beristiqamah dalam menggalas tanggungjawab perjuangan.


Kata Tuan Guru ketika dilantik menjadi Jeneral mewakili kerajaan Abasiyyah ke Mesir yang ketika itu di bawah kerajaan yang dipengaruhi fahaman Syiah, Salahuddin keberatan untuk pergi kerana tidak redha dengan fahaman berkenaan. Pemerintah Mesir ketika itu kuat berpegang dengan fahaman dan amalan Syiah sedangkan Salahuddin berpegang pada ahli Sunnah wal jamaah.


Namun disitulah kualiti kepimpinannya yang penuh dengan kesabaran dan istiqamah akhirnya membuahkan kejayaan.


Dalam sabarnya, Salahuddin istiqamah menerapkan fahaman dan ajaran Islam sebenarnya secara berpeingkat-peringkat dan akhirnya apabila pemerintah Mesir itu meninggal dunia tanpa wairs, Salahuddin diangkat menjadi pemerintah dan dengan kuasa yang ada beliau terus memusnahkan segala amalan dan simbol Syiah di Mesir, satu kejayaan yang kekal hingga ke hari ini.


Kiranya Salahuddin yang berdarah muda itu tidak sabar dan bertindak melampau sebelum memperolehi kuasa penuh, pastinya masyarakat Mesir ketika itu akan menolaknya dan kuasa serta pemerintahan yang ada akan menentangnya.


Tetapi kerana Salhuddin bijak mengatur langkah dan yang paling penting sabar dan istiqamah, beliau berjaya dan malah kualiti itulah di bawanya hingga menawan Baitumuqaddis kemudiannya.


Saya sungguh kagum dengan kupasan Tuan Guru ketika itu, malangnya pemimpin kanan PAS yang kami bawa ketika itu, tidak dapat menghadamkan mutiara yang dihidangkan oleh Tuan Guru. Akhirnya beliau dipecat dan saya yakin hari ini pasti terlintas di hatinya, kiranya beliau dulu menerima nasihat Tuan Guru itu pastinya beliau hari ini akan menempa kejayaan sebagaimana Salahuddin!


Apa pun bagi kawan-kawan kita yang terpesona atau terbawa-bawa dengan pujuk rayu golongan kecewa ini, semoga mereka memikirkan masak-masak dan kembali ke pangkuan PAS.


Dalam menghuraikan tiga prinsip utama istiqamah tadi Tuan Guru Presiden menyebut:


“Ketiga-tiga prinsip ini adalah bagi mencapai kemenangan yang luas berkekalan sepanjang dunia hingga akhirat. Memberi kebahagian bagi diri, keluarga dan masyarakat. Kita mahu berjaya di dunia sehingga memerintah negara berkebajikan terhadap rakyat dan mengurus alam melalui pertolongan Allah.”


Dengan kesabaran dan istiqamah datanglah apa bentuk cabaran dan tribulasi sekalipun, insyallah PAS, pemimpin dan ahli-ahlinya akan kekal melangkah gagah sebab PAS bukan seperti parti-parti politik lain, PAS bukan berjuang untuk kepentingan individu atau kelompok, PAS adalah Gerakan Islam.

Sabar dan istiqamah kualiti kejayaan pimpinan Islam sejak dahulu, dan kualiti inilah juga yang jika kita miliki akan bakal melonjakkan PAS sehingga berjaya nanti.

Oleh Roslan SMS

Sumber TKO - 6-9-2015





















Pecat Muhyiddin tanda berani, gantung jawatan tanda ‘pondan’

Posted on Saturday, September 05 @ 10:53:09 MYT by tokdalang

Oleh Shahbudin Husin

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 9 September ini sepatutnya mengambil tindakan memecat keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seterusnya menyebabkan jawatan timbalan presidennya gugur secara automatik.

Tindakan itu diambil kerana selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri, beliau terus mengecam Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2.6 billion dalam beberapa mesyuarat perwakilan Umno bahagian yang dirasmikannya.

Dengan itu, Muhyiddin dianggap mencemarkan parti dan nama baik presiden Umno secara terbuka.
Walaupun beberapa nama lain turut disebut akan dipecat sama, tetapi kemungkinan ianya tidak berlaku bagi mengelakkan kemudaratan serta perpecahan dalam parti itu. Ini bermakna hanya Muhyiddin seorang yang akan dikenakan tindakan itu, manakala yang lain kemungkinan hanya diberikan amaran atau langsung tidak diambil apa-apa tindakan.

Blog ini dalam postingnya pada 25 Ogos lalu menulis mengenai pemecatan Muhyiddin itu yang dinamakan "operasi kedua" bagi menghilangkan gangguan kepada Najib dalam mengurus parti bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Namun demikian, berikutan reaksi negatif berhubung pemecatan Muhyiddin itu di mana sudah kedengaran ramai pemimpin Umno sendiri tidak setuju mengenainya, MT Umno pada 9 September ini dikatakan akan menukar keputusannya daripada pemecatan kepada hukuman penggantungan saja.

Muhyiddin sama ada akan digantung tugasnya sebagai timbalan presiden Umno atau pun digantung sebagai ahli parti sehingga pemilihan seterusnya iaitu 2018.

Jika dipecat bermakna dibuang terus daripada parti, tetapi penggantungan tugas atau keahlian pula bermakna Muhyiddin masih lagi sebagai ahli Umno, cuma tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam tempoh tersebut.

Juga bermakna, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat bulanan MT, tidak lagi mempengerusikan Jawatankuasa Disiplin dan Pengurusan Umno serta hilang hak merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri setiap tahun.

Meskipun hukuman penggantungan itu kelihatan lebih lunak berbanding pemecatan, kesan sebenarnya adalah sama saja iaitu kedua-duanya menyebabkan Muhyiddin hilang peranan sebagai pemimpin nombor dua sehingga pilihan raya umum dan pemilihan Umno yang akan datang.

Ia bukan saja bermakna Muhyiddin dipasung daripada segala kegiatan parti, malah tidak mungkin dipilih lagi bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Pagoh dalam pilihan raya nanti serta kehilangan pengaruh untuk terus mengekalkan jawatannya dalam Umno.

Dalam erti kata lain, Najib dan Umno ketika ini amat menyedari parti bukan saja sedang berpecah, tetapi juga mengalami defisit sokongan daripada rakyat. Tindakan yang berlebih-lebihan kepada Muhyiddin dan mereka yang berani membuat teguran, terutama berkaitan 1MDB dan wang RM2.6 billion, pasti akan memburukkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, kiranya tiada tindakan diambil, ia akan berterusan memberi gangguan dan ketidakselesaan kepada Najib dalam memperkuatkan dirinya. Muhyiddin tentu saja akan terus bercakap dan mengeluarkan kenyataan yang berbeza dengan Najib dan ini menyebabkan rakyat serta ahli Umno tertarik untuk membuat perbandingan antara kedua mereka.

Disebabkan itu, menyingkirkan Muhyiddin memang tidak dapat dielakkan bagi memberi keselesaan kepada Najib. Dalam hal ini, Najib juga dikatakan mendapat sokongan penuh daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk tindakan penggantungan terhadap Muhyiddin itu diteruskan.

Sokongan Zahid kepada penggantungan Muhyiddin tidak saja demi keselesaan kepada Najib menguruskan parti, tetapi juga untuk kemudahan kepadanya melonjakkan diri jika ditakdirkan perdana menteri terpaksa meletakkan jawatan dan mengalah kepada tekanan rakyat yang pasti akan terus meningkat berikutan Tun Dr Mahathir Mohamad kian menunjukkan isyarat untuk lebih agresif memberi asakan.

Selain dapat memperkukuh kesetiaan kepada Najib, Zahid dalam hal ini turut sedang menahan lukah untuk kepentingannya sendiri.

Sama ada pecat atau gantung, selain kesannya sama kepada Muhyiddin, ia juga tetap merupakan kejayaan bagi Najib dalam mengenepikan musuhnya itu setelah memecatnya sebagai timbalan perdana menteri sebelum ini.

Yang berbeza, pemecatan menunjukkan Najib seorang yang berani dan sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan di masa hadapan, sesuai dengan madah Bugis yang selalu dilafazkannya, manakala penggantungan pula umpama tindakan "pondan" kerana masih cuba berselindung dan berlagak baik serta toleransi sedangkan kesannya tidak berbeza sama sekali.

Cumanya, janganlah sampai Najib terlebih ghairah sehingga mengambil tindakan pemecatan dan penggantungan secara serentak kepada Muhyiddin pada 9 September nanti...maklumlah hanya pahlawan Bugis dalam dunia ini yang pernah mengembangkan layar dan melabuhkan sauh kapal dalam masa yang sama. Hehehe. – shahbudindotcom.blogspot.my

Sumber DD - 5-9-2015

Singkir Muhyiddin tak dapat dielak supaya Najib selesa

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sekiranya tiada tindakan diambil terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia akan berterusan memberi gangguan dan ketidakselesaan kepada Datuk Seri Najib Razak dalam memperkuatkan dirinya.

Bagi penulis Shahbudin Husin, Muhyiddin tentu saja akan terus bercakap dan mengeluarkan kenyataan yang berbeza dengan Najib dan ini menyebabkan rakyat serta ahli UMNO tertarik untuk membuat perbandingan antara kedua mereka.

"Oleh itu, menyingkirkan Muhyiddin memang tidak dapat dielakkan bagi memberi keselesaan kepada Najib," tulis beliau dalam blognya hari ini, sebagaimana di bawah.

Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini sepatutnya mengambil tindakan memecat keahlian Muhyiddin Yassin yang seterusnya menyebabkan jawatan timbalan presidennya gugur secara automatik.

Tindakan itu diambil kerana selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri, beliau terus mengecam Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta dalam beberapa mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang dirasmikannya.

Dengan itu, Muhyiddin dianggap telah mencemarkan parti dan nama baik Presiden UMNO secara terbuka.

Walaupun beberapa nama lain turut disebut akan dipecat sama, tetapi kemungkinan ianya tidak berlaku bagi mengelakkan kemudaratan serta perpecahan dalam parti itu. Ini bermakna hanya Muhyiddin seorang yang akan dikenakan tindakan itu, manakala yang lain kemungkinan hanya diberikan amaran atau langsung tidak diambil apa-apa tindakan.

Blog ini dalam postingnya pada 25 Ogos lalu telah menulis mengenai pemecatan Muhyiddin itu yang dinamakan "operasi kedua" bagi menghilangkan gangguan kepada Najib dalam mengurus parti bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Namun demikian, berikutan reaksi negatif berhubung pemecatan Muhyiddin itu di mana sudah kedengaran ramai pemimpin UMNO sendiri tidak setuju mengenainya, MT UMNO pada 9 September ini dikatakan akan menukar keputusannya daripada pemecatan kepada hukuman penggantungan saja.

Muhyiddin sama ada akan digantung tugasnya sebagai timbalan presiden UMNO atau pun digantung sebagai ahli parti sehingga pemilihan seterusnya iaitu tahun 2018.

Jika dipecat bermakna dibuang terus daripada parti, tetapi penggantungan tugas atau keahlian pula bermakna Muhyiddin masih lagi sebagai ahli UMNO, cuma tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam tempoh tersebut.

Juga bermakna, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat bulanan MT,  tidak lagi mempengerusikan Jawatankuasa Disiplin dan Pengurusan UMNO serta hilang hak merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri setiap tahun.

Meskipun hukuman penggantungan itu kelihatan lebih lunak berbanding pemecatan, kesan sebenarnya adalah sama saja iaitu kedua-duanya menyebabkan Muhyiddin hilang peranan sebagai pemimpin nombor dua sehingga pilihanraya umum dan pemilihan UMNO yang akan datang.

Ia bukan saja bermakna Muhyiddin dipasung daripada segala kegiatan parti, malah tidak mungkin dipilih lagi bertanding sebagai calon BN di Pagoh dalam pilihanraya nanti serta kehilangan pengaruh untuk terus mengekalkan jawatannya dalam UMNO.

Dalam erti kata lain, Najib dan UMNO ketika ini amat menyedari parti bukan saja sedang berpecah, tetapi juga mengalami defisit sokongan daripada rakyat. Tindakan yang berlebih-lebihan kepada Muhyiddin dan mereka yang berani membuat teguran, terutama berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta,  pasti akan memburukkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, kiranya tiada tindakan diambil, ia akan berterusan memberi gangguan dan ketidakselesaan kepada Najib dalam memperkuatkan dirinya. Muhyiddin tentu saja akan terus bercakap dan mengeluarkan kenyataan yang berbeza dengan Najib dan ini menyebabkan rakyat serta ahli UMNO tertarik untuk membuat perbandingan antara kedua mereka.

Oleh itu, menyingkirkan Muhyiddin memang tidak dapat dielakkan bagi memberi keselesaan kepada Najib. Dalam hal ini, Najib juga dikatakan mendapat sokongan penuh daripada Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk tindakan penggantungan terhadap Muhyiddin itu diteruskan.

Sokongan Zahid kepada penggantungan Muhyiddin tidak saja demi keselesaan kepada Najib menguruskan parti, tetapi juga untuk kemudahan kepadanya melonjakkan diri jika ditakdirkan Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan dan mengalah kepada tekanan rakyat yang pasti akan terus meningkat berikutan Tun Mahathir kian menunjukkan isyarat untuk lebih agresif memberi asakan.

Selain dapat memperkukuh kesetiaan kepada Najib, Zahid dalam hal ini turut sedang menahan lukah untuk kepentingannya sendiri.

Sama ada pecat atau gantung, selain kesannya sama kepada Muhyiddin, ia juga tetap merupakan kejayaan bagi Najib dalam mengenepikan musuhnya itu setelah memecatnya sebagai timbalan perdana menteri sebelum ini.

Yang berbeza, pemecatan menunjukkan Najib seorang yang berani dan sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan di masa hadapan, sesuai dengan madah Bugis yang selalu dilafazkannya, manakala penggantungan pula umpama tindakan "pondan" kerana masih cuba berselindung dan berlagak baik serta toleransi sedangkan kesannya tidak berbeza sama sekali.

Cumanya, janganlah sampai Najib terlebih ghairah sehingga mengambil tindakan pemecatan dan penggantungan secara serentak kepada Muhyiddin pada 9 September nanti...maklumlah hanya Pahlawan Bugis dalam dunia ini yang pernah mengembangkan layar dan melabuhkan sauh kapal dalam masa yang sama. - HARAKAHDAILY 4/9/2015

Sumber HD - 4-9-2015


Amat memalukan kerana 'Seekor Kerbau Membawa Lumpur'...

Posted on Thursday, September 03 @ 15:26:53 MYT by paklang

Oleh Abu Hassan Adam 

Aku tak tahu ‘nak letak muka di mana’ sekiranya berhadapan dengan rakan-rakan dari luar negara apabila mereka ‘ingin tahu’ tentang keadaan yang berlaku di Malaysia. Kebiasaannya rakan-rakan luar negara tahu ‘mengambil hati’ dan faham tentang sensitif tidaknya sesuatu soalan yang ingin dikemukakan oleh mereka. Lantas soalan yang ditujukan kepada aku tidak ‘direct’ tetapi amat faham ‘jawapan’ yang diperlukan oleh mereka.


Peristiwa malang yang berlaku dalam negara kini yang membabitkan DS Mohd Najib menarik perhatian seluruh dunia dan rakan-rakan dari luar negara amat ingin tahu keadaan ‘sebenar’ yang berlaku dan cara yang amat mereka perlukan ialah dengan mendapatkan maklumat dari ‘sumber asli’ ia itu rakyat Malaysia, walaupun mereka mendapat berbagai-bagai maklumat yang sahih dari akhbar dan majalah dan TV luar negara.

Sebenarnya aku merasakan cukup memalukan dengan berlakunya peristiwa buruk ( IMDB dan RM 2.6 billion yang dimiliki akuan peribadi DS Najib) yang melanda negara kini. Bukan sahaja Perdana Menteri dan Menteri-Menteri ‘yang sewaktu dengan beliau’ yang sedang ‘dibicarakan’ oleh masyarakat dunia kini tetapi juga rakyat Malaysia secara umumnya. Ini yang dikatakan oleh peribahasa Melayu, ’seekor (beberapa ekor) kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit’. Sememnagnya rakyat Malaysia ‘terpalit’ dengan isu yang memalukan ini. Rakyat Malaysia sudah dikira sebagai ‘pondan’ kerana membiarkan perkara ini berlaku dan semacam tidak ada tindakan positif untuk membendung keadaan yang berlaku yang menyebabkan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang bersekongkol terus menerus ‘bermaharajalela’ bertindak ‘membodohkan’ rakyat Malaysia.

Aku amat yakin kini bahawa seluruh dunia sedang memperkatakan tentang kegiatan rasuah di Malaysia samalah keadaannya apabila seluruh dunia membicarakan tentang Presiden Marcos Filipina dan Presiden Suharto dari Indonesia pada suatu ketika dahulu. Dan pernah suatu ketika dulu kita juga mempersendakan kegiatan Imelda Marcos (isteri Presiden Marcos) yang memiliki ratusan pasang kasut dengan berbagai jenama. Dan kini merupakan giliran pemimpin negara kita pula akan dipersenda dan ditertawakan oleh mesayarakat dunia. Dan mungkin sekiranya aku singgah di kedai kasut di New Bond Street London suatu hari nanti, tuan punya kedai tahu yang aku dari Malaysia maka pastinya mereka akan tersenyum sinis melihat aku di situ. Mungkin.

Pemimpin Malaysia kini cukup popular dan memalukan. Jikalau tidak berapa lama dulu hanya Sarawak Report yang memaparkan berita IMDB dan RM 2.6 billion, menteri-menetri kita ‘bergotong royong’ menuduh berita yang disiarkan oleh Sarawak Report sebagai berita palsu. Kemudian muncul pula berita dari Walls Street Journal yang menjelaskan keadaan yang hampir serupa dengan apa yang disiarkan oleh Sarawak Report. Juga dituduh akhbar berkenaan menyiarkan berita palsu sehingga muncul ‘pakar’ undang-undang dari negara kita yang berhasrat untuk mendakwa The Walls Street Journal. Tindakan ‘pakar’ undang-undang itu semacam ditertawakan oleh dunia dan sekali lagi kita dimalukan. Rakyat Malaysia dimalukan oleh segelintir ‘kerbau yang membawa lumpur’.

Kemudian timbul pula isu permohonan kerajaan Malaysia kepada INTERPOL berkaitan dengan penulis blog Sarawak Report, Clare Brown. Sememangnya ada permohonan ‘Red Notice’ dari kerajaan Malaysia tetapi mengikut Jurgen Stock selaku setiausaha INTERPOL, ‘ in line with our standard operating procedure a review was conducted and on 9 August the request for the Red Notice was refused” INTERPOL 27 August 2015. Ini juga memalukan kita di peringkat antarabangsa. Sepatutnya pihak kerajaan kita mengkaji terlebih dahulu tentang wajar tidaknya menghantar surat permohonan demikian kepada badan polis antarabangsa itu. Apakah para pegawai kita tidak mengkaji sehalus-halusnya sebelum melakukan tindakan yang memalukan negara itu.

Semalam berlaku lagi keadaan yang cukup memalukan apabila DS Najib, Perdana Menteri kita dimalukan diperingkat antarabangsa. Ucapan Pengerusi Transparency International (TI) Jose Ugas di Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke-16 (IACC) di Puterajaya amat memalukan rakyat Malaysia di mata dunia. Tidak pula aku mahu menyalahkan pihak yang mendedahkan tentang kepincangan yang berlaku dalam negara kita. Beliau hanyalah seorang ‘ messenger’ yang menyampaikan berita. Takkanlah penyampai berita pula yang perlu dipersalahkan.

Katanya, “Kita mahu lihat lebih banyak kemajuan tetapi perkara itu tidak dapat berlaku selagi terdapat soalan tidak berjawab berhubung AS$700 juta yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri….. Ini bukan tindakannya untuk sebuah kerajaan yang melawan rasuah….Terdapat dua persoalan yang perlu dijawab: siapa bayar wang itu dan kenapa, dan ke mana ia pergi? ….Seorang lelaki boleh jawab soalan-soalan ini,” Malaysiakini 2 September 2015.

Rakyat Malaysia sentiasa menunggu titik noktahnya.
http://abuhassanadam.blogspot.my/

Sumber DD - 3-9-2015

Najib Patut Bertugas Dari Bilik Tidurnya Saja

Posted on Thursday, September 03 @ 08:44:46 MYT by paklang

Oleh Shahbudin Husin 

Isu wang sebanyak RM2,600 juta yang diterima Najib Razak secara peribadi daripada penderma Timur Tengah terus memberi hambatan kepadanya dari segi penilaian umum.

Setelah majoriti rakyat tidak percaya wang sebanyak itu sekadar derma dan sebahagian mereka telah menzahirkannya melalui kehadiran seramai 500 ribu orang dalam perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini, kini giliran Transperancy International pula menghambatnya dengan pertanyaan mengenai wang tersebut.

Pengerusi Transperancy International, Jose Ugaz ketika berucap di majlis pembukaan Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa di Putrajaya, secara terbuka dan berani bercakap di negara yang sedang ditadbir oleh Najib bahawa komitmen Malaysia untuk memerangi rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tiada penjelasan diberikan mengenai wang tersebut.

"Terdapat dua persoalan yang perlu dijawab oleh Najib iaitu siapa bayar wang itu dan kenapa, serta ke mana ia pergi?" katanya.

Selain itu, Jose Ugaz juga mengkritik tindakan kerajaan memecat Gani Patail sebagai Peguam Negara, membubarkan pasukan petugas khas, cuba menahan dan memindahkan pegawai-pegawai SPRM serta menggantung permit akhbar The Edge.

Ia bukanlah tindakan yang betul untuk sebuah kerajaan yang ingin melawan rasuah, tegasnya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Memandangkan persidangan antarabangsa mengenai rasuah ini dihadiri oleh peserta daripada 130 buah negara, tepukan bergemuruh itu adalah lambang ejekan dunia terhadap perilaku Najib.

Meskipun ramai pemimpin dunia terlihat memiliki kekayaan luar biasa dan sering dikaitkan dengan rasuah, tetapi tidak pernah berlaku di mana-mana bahagian di dunia ini duit ribuan juta yang masuk ke akaun peribadi ketua negara cuba dibanggakan sebagai derma dan seolah-olah halal diterima.

Bukan saja siapa pendermanya tidak pernah didedahkan, malah tujuan wang itu diberikan kepada Najib juga berbagai-bagai tujuannya.

Mulanya ia dikatakan sebagai dana politik, kemudian beralih sebagai sumbangan untuk UMNO memenangi pilihanraya, untuk memerangi IS atau Islamic State, menentang keganasan antarabangsa, melawan DAP yang kononnya didalangi Yahudi dan macam-macam lagi.

Pendeknya, jika ditanya kepada 100 pemimpin UMNO pro Najib mengenai tujuan wang itu diberikan, pastilah 100 jawapan yang berbeza akan diperolehi.

Bagaimanapun Najib masih membisu dan enggan memberikan sebarang jawapan yang pasti mengenai tujuan wang itu diterima dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, sebaliknya hanya berkata sedia menjelaskannya dalam perjumpaan tertutup kepada pemimpin-pemimpin UMNO.

Amatlah menghairankan kenapa benda yang sudah terbuka dan terdedah ke seluruh dunia hanya mahu diperjelaskan secara tertutup kepada pemimpin UMNO sahaja?

Bagi yang berani seperti Pengerusi Transperancy International itu, mereka akan meluahkan pertanyaan secara terbuka bila berpeluang bercakap mengenainya. Bagi yang tidak sanggup menyoal secara terbuka pula, tentunya sedang memandang wajah Najib secara sinis dan dengan pandangan penuh seribu tanda tanya.

Keraguan mereka terhadap wibawa Najib akan terus bertambah dan mungkin juga ramai yang tidak mempercayainya lagi, terutama pemimpin-pemimpin dunia dan negara maju yang selama ini lantang bercakap soal rasuah dan ketelusan di negara masing-masing.

Sebagaimana majoriti rakyat Malaysia mula mencebik bibir dan semakin ingin menjauhinya sejak isu wang RM2,600 juta ini timbul, pemimpin dan masyarakat dunia pula pastinya lebih bersikap demikian terhadap Najib.

Bahkan, tidak mustahil di kalangan anggota kabinet sendiri ada yang secara diam-diam dan dalam hati turut sama memandang sinis dan hilang rasa hormat kepada Najib.

Dengan ini, Najib sepatutnya tidak lagi pergi ke mana-mana atau menemui sesiapa mulai sekarang. Beliau bukan saja memalukan negara, malah sepatutnya juga malu untuk bertemu dan berhadapan dengan sesiapa jua.

Sebaiknya beliau patut berhenti daripada bertemu rakyat dan berlagak seolah-olah suci di depan khalayak, begitu juga berhentilah daripada menerima kunjungan atau melawat ke mana-mana negara luar kerana pandangan sesiapa pun tidak lagi sama seperti dulu terhadapnya.

Mujurlah beliau tidak jadi merasmikan persidangan anti rasuah ini, jika tidak bukan kepalang malunya Najib diaibkan secara terbuka di hadapan orangramai dan peserta daripada 130 negara tersebut.

Namun, sebagai tuan rumah, kita tetap menanggung malu kerana topik perbincangan dalam persidangan anti rasuah kali ini bukan lagi melibatkan negara-negara seperti di benua Afrika misalnya, sebaliknya tertumpu kepada Malaysia sendiri.

Ini sekaligus bakal menjadikan indeks rasuah negara di peringkat antarabangsa akan mencanak naiknya dalam penilaian akan datang ini.

Untuk itu, jika masih ada perasaan malu yang tinggal bersisa, tetapi dalam masa yang sama ingin terus bertahan sebagai Perdana Menteri sehingga pilihanraya akan datang, Najib sepatutnya hanya sesuai mentadbir negara ini serta memberi arahan daripada bilik tidurnya saja.

Berkurunglah di Seri Perdana kerana hanya di sana ada yang tetap berbangga dengan wang RM2,600 juta itu.

Di luar dan di dunia yang terbuka, semua mata yang suci dan hati yang bersih sedang melihatnya dengan begitu jelek sekali sekarang ini.~http://shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber DD - 3-9-2015

Gara-Gara Nakhoda Pening
Posted on Thursday, September 03 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SEKARANG tahulah kita mengapa bahtera merdeka kita belayar tidak lancar, penumpang pening dan muntah-muntah, hala tuju entah ke mana, kelasi terpaksa disuap dan diekori sepanjang hari – takut mereka terjun tinggalkan pinisi.

Nakhoda Bugis kita tersilap cara. Dia kembangkan layar dan labuhkan sauh.



(He raised the sail and dropped the anchor).



Ini bukan cerita yang saya reka. Ini nakhoda yang kata. Bernama (ya, Bernama) melaporkannya dan Sinar Harian (SH) menyiarkannya. (Tak percaya sila baca).


Mohd Najib: Nakhoda tersilap cara - Gambar Bernama
Kata nakhoda: “Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan.”



Dalam bahasa Melayu labuh turut membawa erti menurunkan - seperti melabuhkan tirai atau kain. Jadi melabuhkan sauh ertinya menurunkan sauh. Daripada labuh terbitlah pelabuhan.



Kalau dah naikkan layar kenalah naikkan juga sauh. Kalau tidak, tersangkutlah kapal dan terkoyaklah layar. Silap-silap langsung karam.



Wallahuaklam.

Oleh A Kadir Jasin


Sumber Link



Sumber TKO - 2-9-2015

Siapa sebenarnya yang membawa risiko besar kepada negara?... Bukankah Najib send

Posted on Wednesday, September 02 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Rali Bersih 4 tamat tengah malam tadi dan peserta rali beransur-ansur berundur setelah melaungkan perkataan keramat 'merdeka' tepat 12 tengah malam tadi. Ada yang menafsirkan sejumlah empat ratus ribu telah menyertai rali tersebut tetapi saya lebih cenderung untuk menganggarkan seramai 350,000 sahaja. Jumlah itu sudah cukup meyakinkan kita yang kehendak ramai untuk Najib berhenti dan bersara begitu jelas dan susah hendak dinafikan.

Apa pun yang dikatakan oleh pihak yang memerintah, Bersih 4 telah berjaya mengumpulkan begitu ramai penyokong yang datang dari jauh dan dekat, pendeknya Bersih 4 itu berjaya dan niat serta hajat untuk membuktikan yang Najib sedang menghadapi krisis keyakinan itu amat ketara. Katalah kehendak hati yang tidak bersetuju dengan rali ini, ia merupakan organisasi yang amat sempurna secara relatifnya.

Keadaan terkawal dan dari awal lagi mereka yang menyusun rali ini telah memberikan jaminan yang rali itu adalah perhimpunan yang bertujuan yang aman semata-mata. Mereka hanya hendak menunjukkan sikap mereka terhadap kepimpinan Najib dan rakan-rakannya dalam kabinet negara itu. Mereka mahu menunjukkan dengan jelas kepada Najib yang beliau perlu memujuk semua anggota kabinetnya untuk berhenti bersama-sama beliau dari menguasai kerajaan Persekutuan.

Rakyat bertambah risau kerana jika matlamat mereka ialah untuk hidup dalam keadaan yang aman dan damai dan menuntut Najib untuk bersara bagi mendapatkan kedamaian yang diidamkan oleh rakyat itu. Tetapi mereka bertambah runsing dan risau apabila kelihatan Najib akan menurunkan dan mewariskan kepimpinan negara kepada Ahmad Zahid Hamidi dan inilah yang digerunkan oleh rakyat biasa negara ini. 

Jika Zahid yang mewarisi kepimpinan lemah Najib ini, Zahid akan menjadikan negara lebih celaru dengan sikap dan sifatnya yang 'bodoh sombong' dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menakut-nakutkan rakyat. Kenyataan-kenyataan beliau tanpa 'decorum' nyata jelas kenyataan kerasnya itu adalah semata-mata untuk menutupi kekurangan yang ada kepada diri beliau sendiri.

Dalam ucapan hari kemerdekaannya Najib telah menzahirkan kerunsingan beliau jika BN dan UMNO khususnya akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang dan terus menyalahkan rakyat yang berjiwa memberontak itu. Tetapi tidak nampak dalam diri beliaulah yang masalah dan risiko kekalahan BN dalam pilihanraya itu adalah hasil dari kelemahan dan kekurangan kepada kepimpinan beliau.

Beliau tidak mahu menerima yang satu-satunya jalan yang tinggal bagi mempastikan kemenangan UMNO dan BN itu ialah dengan mengajak semua barisan kepimpinan beliau di dalam kabinet itu berhenti dan bersara dari memegang jawatan dan tanggungjawab yang mereka tidak mampu untuk melaksanakannya itu.

Sesungguhnya beliaulah yang bertanggungjawab menjadikan kerajaan menghadapi risiko ditumbangkan oleh rakyat didalam pilihanraya yang akan datang. Najib tidak boleh membiarkan negara terumbang ambing kerana diri beliau dan kabinet beliau yang beliau lantik itu.

Perhimpunan Bersih yang begitu besar sambutannya memberikan implikasi yang besar terhadap kepimpinan Najib ini dan beliau sepatutnya mendengar desakan rakyat dari menyalahkan rakyat diatas kecelaruan yang kita hadapi ini.

Lain orang lain caranya untuk memberikan bakti kepada negara. Jika Tunku Abdul Rahman memberikan jasa kepada negara dengan mengetuai usaha dan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Najib pula hanya boleh menaburkan bakti kepada negara dengan berhenti sahaja dari terus mentadbir negara yang sedang kehausan kepimpinan ini.

Yang penting bagi seseorang pemimpin ialah dia meninggalkan jasa kepada negara. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa. Najib sepatutnya menunjukan jiwa besar beliau dengan mengumumkan kepada rakyat yang beliau bersama kabinetnya berhenti semata-mata untuk menstabilkan politik dan kepimpinan negara. Mengakui kelemahan sendiri dan berundur merupakan satu tindakan yang sangat dihargai oleh rakyat dan ia akan dikenang buat selama-lamanya oleh rakyat dan penulis sejarah negara kita.

Malahan tindakan Najib untuk berundur secara terhormat itu boleh dijadikan contoh oleh kepimpinan yang akan datang yang mengakui kelemahan dan kesalahan itu akan menjadi isu yang positif bagi seseorang yang berjiwa besar dengan mengakui kelemahan sendiri itu.

Hentikanlah sikap menjadikan jawatan dan pengaruh dalam kuasa kerajaan sebagai modal perniagaan itu. Ia adalah terlalu hina dan jauh sekali untuk memperolehi keberkatan dari Tuhan semesta alam itu. Najib sepatutnya bertanya kepada dirinya sendiri samada beliau mampu untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara ini misalnya. Jika jawapannya 'tidak mampu' maka beliau sepatutnya menyerahkan jawatan itu kepada pemimpin yang lebih berkemampuan dari beliau dan kabinetnya.

Beliau sendiri tahu yang beliau tidak mampu untuk penyelesaian itu.

Oleh Aspan Alias


Sumber Link


Sumber TKO - 2-9-2015































Selamat jalan Abang Mat
Posted on Wednesday, September 02 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Semasa bersama kami dulu Abang Mat kami hormati dan naikkan walaupun Abang Mat taklah punya kelayakkan hebat mana tetapi kerana kesungguhan dan semangat Abang Mat kami lonjakkan membelakangkan mereka yang lebih layak dan para ulamak.

Kami jaga kebajikan Abang Mat. Dan Abang Mat kini terima pencen ahli Parlimen 3 penggal hasil dari susah payah dan pengorbanan orang-orang kami di bawah.
...

Jawatan kedua tertinggi parti kami beri kepada Abang Mat mengalahkan para ulamak kerana kami percayakan Abang Mat.

Tiba-tiba apabila tewas jawatan Abang Mat terus merajuk dan memburukkan parti dan pimpinan. Abang Mat lupakan kami yang banyak berkorban untuk Abang Mat dulu.

Macam Nakhaei yang Abang Mat kutuk masa lompat masa Umno dulu Abang Mat pun rupanya lebih kurang sama.

Mungkin tawaran dan janji-janji DAP lebih hebat dan mengkagumkan Abang Mat dari cita-cita bersama yang kita kejar dulu.

Pergilah Abang Mat dulu kita sahabat tetapi apabila Abang Mat sendiri pilih untuk jadi pengkhianat hari ini kita bertarung. Cita-cita perjuangan Islam dan jemaah PAS ini serta kepimpinan ulamaknya lebih mahal dan berharga buat kami dari Abang Mat hari ini.

Abang Mat yang pilih begini. Kami insyallah akan pertahankan PAS walau terpaksa berdepan dengan Abang Mat sekalipun.

Allahuakbar!!!

Oleh Roslan SMS


Sumber Link

Sumber TKO - 2-9-2015

Mahathir memang mahu ditangkap polis

SHAHBUDIN HUSIN | .


KEHADIRAN bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebanyak dua kali dalam Bersih 4 bukan saja mengundang perhatian ramai serta kecaman daripada para pemimpin Umno, tetapi turut memancing tindakan pihak polis untuk menyiasatnya.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri itu akan disiasat mengenai kehadirannya dalam perhimpunan tersebut serta dakwaan yang dibuatnya berkaitan rasuah terhadap pemimpin tertentu dalam Umno.

Katanya, pihak polis akan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu.

Selain itu, terdapat juga pemimpin Umno yang mahukan beliau diambil tindakan berikutan kehadiran dalam Bersih 4 yang disifatkan sebagai tindakan bersekongkol dengan gerakan parti-parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN.

Malah ada yang menyarankan agar dalam mesyuarat MT Umno pada 9 September ini, bukan saja Muhyiddin Yassin yang banyak membangkitkan mengenai 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima Najib, diambil tindakan pemecatan keahliannya sebagai ahli parti, tetapi patut melibatkan Tun Mahathir juga.

Bagi kebanyakan pemimpin Umno yang pro Najib, serangan dan kritikan Tun Mahathir jauh lebih serius berbanding apa yang dilakukan oleh Muhyiddin.

Berhadapan kemungkinan akan dipecat bersama-sama Muhyiddin pada 9 September ini, Tun Mahathir juga sebenarnya akan berhadapan penyiasatan oleh pihak polis kerana kehadirannya dalam perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini.

Apakah Tun Mahathir takut dengan semua tindakan itu dan beranikah Najib bertindak demikian?

Melihat kepada gerakan Tun Mahathir untuk menurunkan Najib daripada jawatannya sejak lebih setahun yang lalu, yang jelas beliau kini sudah sampai ke peringkat sanggup melakukan apa saja bagi mencapai matlamat dan tujuannya itu.

Menyerang melalui media, menulis di blog, memulaukan program melibatkan Najib, menjelajah ke beberapa negeri, mahu undi tidak percaya diusulkan di Parlimen dan akhirnya turun ke perhimpunan Bersih 4 adalah isyarat jelas mengenai kesediaannya melakukan apa saja untuk menjatuhkan Najib.

Selepas ini, percayalah, lebih banyak tindakan mengejutkan bakal diambilnya demi meneruskan tekanan dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Najib.

Ketika di Bersih 4 baru-baru ini, antara serangan Tun Mahathir terhadap Najib ialah rosaknya sistem undang-undang yang ditunjukkan melalui pemecatan Peguam Negara, pembubaran pasukan petugas khas, gangguan terhadap Gabenor Bank Negara, ancaman terhadap siasatan SPRM dan menggagalkan peranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC yang dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya.

Dengan semua tindakan itu, kata-kata "tunggulah siasatan dahulu" atau "tunggulah laporan audit" sebelum meneruskan kecaman terhadap 1MDB dan Najib seolah-olah sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

Dengan menghadiri Bersih 4, bahkan melakukannya sebanyak dua kali, Tun Mahathir kini bukan saja menunjukkan kebersamaannya untuk sehati dan sejiwa dengan rakyat, bahkan sedang cuba membuktikan kebenaran dakwaannya bahawa Najib sanggup melakukan apa saja melalui cengkaman undang-undang kepada sesiapa juga untuk terus kekal berkuasa.

Jika tangkapan dilakukan terhadap Tun Mahathir, bermakna benarlah semua semua dakwaannya selama ini.

Disiasat dan ditangkap polis serta dipecat daripada Umno tidak lain adalah kemahuan Tun Mahathir sendiri untuk lebih menjadikan Najib kian ditolak rakyat. Jika ketika era Tun Abdullah dulu, beliau bertindak keluar Umno sebagai klimaks meneruskan tekanan, pengorbanannya sekarang beralih agar dipecat dan ditangkap pula atas arahan Najib.

Tun Mahathir sekarang seperti sedang menari dan mengalunkan muzik agar Najib dan para pemimpin Umno turut melangkah dan menggoyangkan mengikut irama yang diorkestrakan olehnya.

Memecat dan menangkap Tun Mahathir bukan saja menyebabkan rakyat lebih memihak kepadanya, bahkan ahli dan penyokong Umno di peringkat akar umbi juga akan lebih berpecah kerananya.

Kiranya Najib merasakan beliau mampu bertahan sehingga tarikh PRU 14 akan datang sebelum menyerahkan kepada rakyat membuat penentuan, memecat dan menangkap Tun Mahathir akan membuatkan "tarikh perginya" lebih awal daripada itu.

Membiarkan Tun Mahathir bebas lepas dan terus-terusan menyerang Najib tanpa diambil apa-apa tindakan pula, khususnya berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta akan membuatkan Najib lebih sukar berhadapan rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Secara nyatanya, Najib sebenarnya semakin tidak mempunyai pilihan lagi dalam berhadapan dengan Tun Mahathir ini. - shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber HD - 2-9-2015


Jasa dan warisan pemerintahan Mahathir
Posted on Saturday, August 29 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Roslan SMS

Kalau di Amerika Syarikat mantan Presiden mereka diberikan penghormatan yang tinggi oleh rakyat dan negara. Mereka diiktiraf sebagai negarawan dan waktu persaraan mereka sering dipenuhi dengan kerja-kerja yang bermanfaat buat negara setimpal dengan kedudukan mereka sebagai bekas ketua negara.

Mengikt tradisinya mantan Presiden sering digunakan oleh Presiden yang berkuasa untuk mewakilinya dalam tugas-tugas khas diplomatik melibatkan negara lain seringkali sebagai wakil terutama dalam upacara-upacara rasmi luar negara termasuklah istiadat pengkebumian ketua negara, ulangtahun hari kebangsaan negara lain dan seumpamanya.

Mereka juga kadangkala terlibat diperingkat antarabangsa sebagai pemerhati pilihanraya, wakil damai dan yang setaraf dengannya.



Ringkasnya mantan Presiden biasanya bebas politik dan sejurus bersara mereka sering memelihara waktu persaraannya itu dengan tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti, isu-isu apalagi masalah politik yang melibatkan negara mereka.



Di Malaysia kita punya lima orang bekas Perdana Menteri. Empat bersara manakala seorang iaitu Allahyarham Tun Abd Razak, meninggal semasa dalam perkhidmatan.



Almarhum Tunku Abd Rahman umpamanya sepanjang persaraannya telah benar-benar meletakkan dirinya untuk dihormati sebagai seorang negarawan. Mana sahaja ketua-ketua negara asing yang berkunjung ke tanahair biasanya akan mengambil kesempatan menziarahinya selaku Bapa Kemerdekaan Negara. Beliau demikian sehinggalah ke penghujung usianya apabila Umno diharamkan pada tahun 1988 dan Tunku mengambil sikap politik dengan menyebelahi Tengku Razaleigh Hamzah.



Begitu juga Allahyarham Tun Hussien Onn, kekal sebagai negarawan sepanjang 11 tahun persaraannya sehinggalah meninggal dunia pada tahun 1990.



Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bersara sebagai PM Malaysia yang ke lima pada tahun 2009, pun begitu juga sehinggalah ke hari ini. Kehidupan persaraannya dipenuhi dengan aktiviti sosial dan kemasyarakatan walaupun menantunya terlibat secara langsung sebagai Ketua Pemuda Umno.



Ini berbeza sama-sekali dengan Tun Dr Mahathir Mohammad yang bersara sebagai PM pada tahun 2003 jauh sebelum Tun Abdullah. Tidak sebagaimana mantan PM yang lain-lain, Dr Mahathir kebelakangan ini semakin vocal, aktif berpolitik dan seolah ke hadapan dalam mengkritik dan campurtangan dalam urusan politik dan pentadbiran negara.

Ada yang mengatakan semakin lanjut usianya semakin kuat dan ligat beliau menyerang kerajaan.



Isunya jika pandangan-pandangan beliau itu jujur dan membina sudah pasti ia dihormati dan wajar diberikan perhatian. Cumanya Dr Mahathir ini seorang personaliti yang punya banyak sejarah yang silam yang tidak pernah disenangi banyak pihak. Jangankan PAS sahaja, PKR, DAP, NGO malahan mereka yang dalam Umno dan BN juga banyak menyimpan parut kerana terluka dizaman 22 tahun Dr Mahathir sebagai PM dahulu.



Dan hari ini ramai melihat Dr Mahathir memiliki kepentingan peribadi apabila beliau beria-ia menonjolkan diri untuk membelasah kepimpinan negara. Bukannya kita kasih atau mempertahankan kemungkaran pimpinan negara, malah kita juga terlibat dengan desakkan dan tuntutan merobohkan kemungkaran dan membina yang makruf atas runtuhan kemungkaran itu akan tetapi bagi Dr Mahathir ketara sangat agendanya.



Pertalian darah yang pekat bersama MB Kedah, Mukhriz berkemungkinan menjadi punca besar kesungguhan Dr Mahathir “berperang sabil” bersama PM dan kabinet.



Terbaru Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan menyeru agar pihak pembangkang mencari formula agar Dato Seri Najib Tun Razak dapat diturunkan dari jawatan Perdana Menteri. Walaubagaimanapun syaratnya menurut beliau Barisan Nasional kekal memegang teraju negara.



Demikianlah licik, cerdik dan pintarnya Dr Mahathir. Seakan beliau putih bersih bagaikan malikat sepanjang 22 tahun sebagai PM dahulu.



Dalam hal ini Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dengan tegas berkata bahawa cadangan Dr Mahathir itu “separuh masak” dan tidak sekali-kali akan membawa kepada penyelesaian masalah yang dihadapi negara. Rakyat mahu diberi perhatian dan diselamatkan.



Isu rasuah, GST, kenaikan kos hidup, mata wang ringgit yang merudum jatuh, skandal 1MDB dan isu penyaluran dana asing sebanyak RM2.6 bilion ke akaun PM adalah antara isu-isu hidup yang sedang menyengat dan menghantui kehidupan rakyat dan ia bukan hanya berpunca dari PM seorang, ia berpunca dari kepincangan dan ketempangan parti yang memerintah iaitu Umno dan BN zaman berzaman.



Menurunkan Najib semata-mata, bukanklah penyelesaian malah membuka peluang bagi masalah baru pula diangkut masuk sedang yang lama belum tentu selesai kerana Umno dan BN masih berkuasa.

Sebagaimana kenyataan Dato Tuan Ibrahim, budaya dan sistem pentadbiran negara yang korap dan pincang ini diwarisi oleh Najib bukannya dari orang lain tetapi dari Dr Mahathir jua.

Bermakna kita turunkan Raja Ketam tetapi menaikkan ketam juga sebagai Raja, akhirnya sampai bila-bila kita tidak akan mampu berjalan lurus.

Krisis keyakinan terhadap PM hari ini tidak akan selesai jika sekadar menukar beliau dengan yang lain namun dari parti memerintah yang sama. Ianya hanya boleh berkesan jika parti yang memerintah digantikan dengan yang lebih komited dan bersih.

Bagi PAS itulah yang telah dilakukannya di Kelantan. Setelah rakyat tertekan dan resah dengan pentadbiran Umno di sana sekian lama, maka pada tahun 1990 perubahan total dilakukan rakyat Kelantan dan Pas kekal selama 25 tahun menawarkan  rakyat dengan kepimpinan yang istiqamah dan bersih.

Berbalik kepada gesaan Dr Mahathir yang separuh masak itu bagi saya rakyat perlu fikirkan penyelesaian yang lebih praktikal dan bermakna.

Dato Tuan Ibrahim menyimpulkan bahawa dalam hal ini PAS mengemukakan dasar Islam sebagai asas perubahan kerana ia bersifat lebih menyeluruh dan sesuai dengan suasana dan keadaan.

Lama sudah rakyat terperangkap di bawah parti memerintah yang ada, bukan Najib seorang malah termasuklah Dr Mahathir dan yang lain-lain. Krisis dan masalah terus-menerus melanda tanpa petanda akan reda. Oleh itu tibalah masanya kita berfikir secara waras dan matang.

Dr Mahathir bolehlah mengeluarkan pandangan dan cadangan tetapi dalam hal kepincangan negara ini, beliau terlupa bahawa sumbangannya bukan sedikit. Menerima nasihat beliau dalam hal ini hanya akan terus menyiksa kita.

Jangalah kita jadi orang Melayu yang mudah lupa sebagaimana yang sering dimadahkan oleh Dr Mahahtir satu ketika dahulu.

Sumber TKO - 29-8-2015

Banyak Cawangan Umno Di Johor Bubar Jika Muhyiddin Dipecat

Posted on Thursday, August 27 @ 09:37:28 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini bakal menjadi penentuan "hidup dan mati" bagi masa depan politik Muhyiddin Yassin dalam parti itu.Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya.

Untuk mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dalam mesyuarat MT yang berikutnya tentu saja tidak relevan lagi, kecuali jika Timbalan Presiden UMNO itu terus lantang mengkritik Perdana Menteri, Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta secara terbuka.

Walaupun Muhyiddin mula mendapat sokongan dan simpati daripada pelbagai pihak sebaik terdengar ura-ura beliau akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.

Seorang pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada mesyuarat MT UMNO 9 September nanti.

Katanya, tindakan pembubaran itu diambil sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan yang dihadapkan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu memandangkan beliau tidak terbabit dengan sebarang kesalahan jenayah atau moral yang mewajarkan pemecatan diambil terhadapnya.

Jika dipecat, kata pemimpin itu, kesalahan Muhyiddin hanyalah kerana bercakap benar dan berterus terang untuk menyelamatkan UMNO.

Katanya, cawangannya sendiri adalah antara yang paling awal dibubarkan sekiranya nasib buruk menimpa Muhyiddin pada mesyuarat MT UMNO itu.

Beliau menambah, mereka hanya mengambil keputusan membubarkan cawangan UMNO yang bermakna akan menghentikan segala aktiviti dan kegiatan berkaitan parti, tetapi tetap bersama UMNO sebagai ahli biasa sahaja.

Meskipun tidak dapat menjangka jumlah tepat cawangan UMNO yang akan dibubarkan sebagai tanda protes itu, pemimpin terbabit meramalkan akan terdapat antara tiga hingga lima cawangan dari setiap bahagian akan mengambil keputusan tersebut.

Ini bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu. Dan ini sekaligus merupakan berita baik bagi pembangkang di Johor yang sudah pun mempunyai 18 kerusi DUN di negeri itu.

Muhyiddin pula, meskipun sedang bercuti di luar negara bersama keluarga ketika ini, namun tidak santai dibuatnya lantaran menyedari kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO ibarat "telur di hujung tanduk" menjelang mesyuarat MT yang akan datang ini.

Seolah-olah turut mengesan gerakan untuk menyingkirkannya sedang giat dijalankan di dalam negara, beliau lantas mengingatkan bahawanya dirinya bukanlah pengkhianat parti seperti yang dituduh oleh banyak pihak.

Dalam kenyataan medianya semalam, Muhyiddin mengatakan sumbangannya kepada parti sudah melebihi tempoh 40 tahun dan ketika pelbagai krisis melanda UMNO, beliau tetap setia bersama parti itu.

Malah, katanya, ketika UMNO diharamkan dahulu, beliau mengambil tanggungjawab membina semula UMNO di Johor sehingga ia kembali kuat dan menjadi penyumbang kepada kemenangan BN setiap kali pilihanraya diadakan.

Beliau sebaliknya mahukan kemelut yang melanda ketika ini harus dihadapi secara berani dan berdepan atau akan mengakibatkan terjerumus menjadi negara yang gagal.

Blog ini pula, dua lalu lalu telah mendedahkan pengakuan seorang pegawai tinggi di ibu pejabat UMNO yang mengatakan akan terdapat "operasi kedua" dalam masa terdekat ini yang akan menyaksikan semua masalah Najib dalam parti itu dapat diselesaikan.

Pegawai itu berkata, selepas "operasi kedua" yang menyaksikan Najib tiada masalah lagi dalam parti, beliau seterusnya dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada usaha menghadapi pilihanraya ke 14 yang dijangka akan diadakan pada 2018 nanti.-http://shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber DD - 27-8-2015


Harapan "curi" parti
Posted on Thursday, August 27 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Roslan SMS



Sebelum ini kita dengar bahawa gerombolan kecewa dalam PAS mahu menubuhkan parti baru yang kononnya mahu perjuangkan Islam juga. Mereka dikatakan akan mengambil-alih sebuah parti yang sedia ada dan akan mengerakkannya sebagai parti baru yang “DAP friendly” yang akan bersaing secara terbuka dengan PAS.

Kearah itu mereka sedang mengerah dan menggerakkan penyokong-penyokong mereka meletakkan jawatan dalam PAS secara beramai-ramai. Satu demi satu kawasan dan cawangan-cawangan PAS akan lumpuh dakwa mereka dan apabila itu berlaku, dan sejurus usaha mereka menghidupkan sebuah parti berjaya, kesemua mereka akan berbondong menyertai parti baru itu.



Ghairah sungguh mereka menjelajah seluruh negara bagi mencapai matlamat ini walaupun banyak pihak sangsi dengan keupayaan mereka. Ramai mengatakan parti yang diasaskan oleh orang-orang yang kecewa ini kesudahannya nanti akan kecewa juga dan terbengkalai begitu sahaja.



Tiba-tiba hari ini The Staronline melaporkan rungutan Setiausaha Agung Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) iaitu Azmi Othman yang mendakwa kumpulan kecewa ini yang menamakan diri mereka Gerakan Harapan Baru sedang berusaha mengambil-alih parti mereka tanpa pengetahuan beliau dan Presiden partinya.



Dan bukan itu sahaja Azmi mendakwa terdapat penipuan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang dikatakan telah menyerahkan minit mesyuarat palsu parti beliau ke pihak Pendaftar Pertubuhan ROS.



Azmi mendakwa beliau telah pun membuat laporan polis berkenaan kejadian di atas.



Apa dah jadi ni?



Pihak yang mendakawa diri mereka profesional dan kononnya amanah kini terlibat pula dengan kerja-kerja merampas sebuah parti yang sah dengan cara yang amat buruk dan memalukan. 



Kalau benar dakwaan Azmi ini sebagaimana laporan polis yang beliau buat, ini satu petanda buruk buat pemuka-pemuka GHB.



Sudahlah kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi atas tiket PAS mereka rampas dan bawa lari tanpa peduli, kini parti pun mereka mahu  “hijack”!



Kata Dr Dzul, yang mendakwa dirinya setiausaha GHB, parti baru akan diumumkan Isnin ini.



Kalau pihak polis dah dilibatkan melalui laporan polis Azmi itu masih adakah harapan pada harapan baru atau bagaimana?



Sumber TKO - 27-8-2015

Jangan kerana Umno Melayu jadi bangsat
Posted on Wednesday, August 26 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Roslan SMS



"Saya pernah kata bahawa seandainya Umno hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam? Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap. Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau Umno hilang kuasa. Terbangsat, ..tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan,"

Demikianlah secara “verbatim”sedutan ucapan Presiden Umno Najib Tun Razak ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020

Untuk berlaku adil dan bersangka baik pada beliau, pastinya beliau telah membuat kajian atau sekurang-kurangnya para pegawainya telah membuat kajian, bagaimana untuk beliau memberikan satu ucapan yang mampu memberikan kesan ke atas mereka yang hadir agar bersama dan menyokong kepimpinannya.

Najib mahu memberi ingat dan amaran kepada orang-orang Umno bahawa jangan sekali-kali bertindak sehingga mengakibatkan mereka hilang kuasa politik. Kalau Umno hilang kuasa politik tegasnya maka BANGSAT lah orang-orang Melayu.

Najib berkata demikian sebab orang-orang Umno sendiri kebelakangan ini kelihatan sudah mula meragui kepimpinannya. Isu dan skandal melibatkan kepimpinan beliau semakin timbun-menimbun sehingga bukan sahaja orang-orang Umno, rakyat lebih-lebih lagi, sudah mula rasa mual dan lemas.

Kemarahan dan derita rakyat ini sedar tak sedar turut dirasai tekanannya oleh orang-orang Umno. Dan kemuncaknya apabila Najib bertindak memecat Timbalan nya sendiri dari jawatan TPM. Ini dilakukannya semata-mata kerana Muhyiddin dan kelompoknya sudah mula berani buka mulut, sudah mula khianat terhadap kepimpinannya.

Dalam Umno budayanya apabila ada pemimpin yang mula goyang dan lemah, maka yang lain di bawah akan ambil kesempatan dan melancarkan serangan dari pelbagai arah dengan harapan pemimpin itu tadi akan tergolek jatuh, lalu atas kejatuhannya itu naiklah pula kellompok lain ke takhta kuasa.

Najib sedar musim persidangan Umno ini akan digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menyerangnya habis-habisan. Ini terbuklit apabila para perwakilan Umno dalam persidangan-persidangan ini sudah mula berani menyerang Presiden mereka dengan kata-kata yang barangkali tidak pernah terbayang Najib.

Lalu di Perlis beliau merasakan perlu satu mesej dihantar, biar terkedu orang-orang Umno semua, biar terbangkit mereka dari sakan ghairah  menyerang beliau, sehingga sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu jika dibiarkan berterusan Umno akan hilang kuasa. Dan apabila Umno hilang kuasa, maka mereka semua khasnya orang-orang Melayu akan bangsat dan merana di bumi sendiri.

Samada mesej ini menangkap perhatian orang-orang Umno atau tidak, tiadalah dapat dipastikan, namun yang pastinya ramai khasnya yang bukan Umno tersenyum sinis dan malah terhibur dengan ugutan Najib itu.

Bangsatkah orang-orang Melayu jika Umno hilang kuasa?

Jika ugutan ini dibuat 50 atau 60 tahun dahulu mungkin ianya boleh mempengaruhi sentimen orang-orang Melayu, akan tetapi hari ini sentimen orang-orang Melayu bukan lagi boleh buta-bita dipengeruhi. Orang-orang Melayu bukan lagi ayam daging yang boleh ditangkap begitu sahaja, tidak bergelut atau lari lalu disembelih.

Sebagaimana orang lain, jangankan Melayu di Lembah Kelang, Melayu di pedalaman Baling, di Hulu Kelantan, di Hulu Tembeling di pedalaman Rompin, semua rata-rata sudah bijak dan matang. Mereka cerdik dan boleh melihat disekeliling mereka.

Di Kelantan Umno kalah, PAS yang menang. Bangsa Melayu tidak bangsat malah terpelihara maruahnya dan semakin kuat semangatnya dibentuk dengan kesedaran dan pemahaman Islam. 25 tahun sejak 1990 orang-orang Melayu di Kelantan telah menolak Umno berterus-terusan.

Begitu juga di Selangor sejak 2008. Kalah Umno di Selangor yang menang wakil-wakil PKR dan PAS dikalangan orang-orang Melayu. Tiada pula laporan orang Melayu menjadi terhina dan bangsat.

Tidak pernah Umno tewas yang menang wakil berbangsa Cina atau India dari mana parti sekalipun. Kecundang MB Melayu Kelantan dari Umno ditahun 1990 dahulu yang naik MB Melayu Kelantan dari PAS iaitu Almarhum Tok Guru Nik Abd Aziz dan disambung hari ini oleh Ustaz Datuk Ahmad Yakub, juga Melayu.  

Oleh itu ancaman Najib sekadar dilihat sebagai ugutan yang kosong yang langsung tidak membimbangkan mana-mana pihak pun.

Jatuh Umno di Selangor yang naik MB baru iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dan kini Azmin Ali, kedua-duanya Melayu juga.

Barangkali yang dimaksudkan Najib adalah Umno. Jika Umno tiada kuasa maka bangsatlah pemimpinnya. Orang-orang Melayu tidak sekali-kali akan bangsat, malah orang-orang Umno pun sekali-kali tidak akan bangsat sebagaimana ancaman Najib itu dengan syarat orang-orang Umno berani beralih pilihan.

Umno sudah demikian angkara pemimpin-pemimpinnya. Maka langkah sebaiknya buat menjamin nasib dan masa depan yang baik buat bangsa Melayu adalah bagi orang-orang Umno meninggalkan parti pimpinan Najib itu, berhijrahlah ke arah yang lebih baik. PAS opsyen terbaik buat orang-orang Umno. Yakinlah berjuang Islam ini tidak sekali-kali menjadikan bangsa dan keturunan kita bangsat, samada kita menang mahupun kalah.

Ayuh tinggalkan Najib dan mari kita bersama PAS memperjuangkan Islam yang pasti akan menyelamat dan memuliakan bangsa dan keuturunan kita.

Sumber TKO - 26-8-2015
Muhyiddin dipecat 9 September ini?

Posted on Wednesday, August 26 @ 09:58:03 MYT by tokdalang

Oleh Shahbudin Husin Apakah nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi ( MT) Umno pada 9 September ini?

Adakah keahliannya akan dipecat dan seterusnya menyebabkan kehilangan kedudukan sebagai timbalan presiden Umno atau beliau akan dibebaskan daripada sebarang tindakan yang membolehkannya terus mengkritik parti dan presiden Umno serta kekal duduk sebagai orang nombor dua yang menyusahkan ketua sehingga pemilihan parti diadakan pada 2018 nanti?

Setakat ini pelbagai pendapat dan andaian dapat didengar mengenai untung nasib bekas timbalan perdana menteri itu.


Ada yang mengatakan beliau akan dipecat untuk memudahkan langkah-langkah Datuk Seri Najib Razak seterusnya, baik dalam Umno mahu pun kerajaan dan ada pula yang yakin tiada apa-apa tindakan akan diambil kerana ia akan memburukkan lagi peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu sebaik saja  9 September depan ini diumumkan sebagai tarikh mesyuarat MT Umno menunjukkan kemungkinan paling besar ialah Muhyiddin akan dipecat daripada Umno.

Beliau dijangka akan dipecat kerana didakwa menjejaskan imej parti dan memburukkan nama Najib selaku presiden Umno berikutan beberapa kritikan terbukanya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang diucapkan ketika merasmikan beberapa mesyuarat perwakilan Umno dua tiga minggu sebelum ini.

Selepas Muhyiddin dipecat daripada kerajaan pada 28 Julai lalu, MT Umno sepatutnya bermesyuarat pada 31 Julai bersekali dengan majlis penerangan mengenai 1MDB kepada pemimpin Umno bahagian-bahagian seluruh negara.

Tetapi ia kemudian ditangguhkan, lalu tarikh mesyuarat MT seterusnya ditetapkan pada 28 Ogos ini. Namun demikian, ia sekali lagi ditangguhkan sehinggalah beberapa hari lalu diumumkan 9 September sebagai tarikh baharu mesyuarat MT Umno yang sepatutnya bersidang sebulan sekali.

Seorang pegawai tinggi di ibu pejabat Umno yang dikenali memang rapat dengan perdana menteri ada memberitahu seorang kenalannya baru-baru ini "operasi ke-2" akan dilakukan Najib dalam tempoh terdekat ini yang menurutnya akan menyebabkan "semua masalah Najib dalam Umno dapat diselesaikan".

Tanpa menghuraikan lebih lanjut maksud atau bentuk "operasi ke-2" tersebut, pegawai itu berkata, selepas operasi itu nanti, Najib tiada masalah lagi dalam parti dan boleh menumpukan sepenuh perhatiannya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Daripada cara pegawai ibu pejabat Umno itu bercakap yang menunjukkan Najib mahu menyelesaikan masalahnya dalam parti terlebih dahulu, tindakan paling munasabah dan bersesuaian pula dengan tarikh mesyuarat MT sudah ditetapkan ialah dengan mengetepikan ancaman yang disebabkan Muhyiddin.

"Operasi ke-2" dalam usaha menghapuskan sebarang ancaman terhadap Najib ini adalah susulan "operasi pertama" yang menyaksikan penyingkiran Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai baru-baru ini.

Selagi Muhyiddin kekal dengan jawatannya dan bebas mengkritik parti serta kepimpinan perdana menteri secara terbuka, ia dilihat suatu gangguan kepada kedudukan Najib dalam Umno serta menggugat usahanya mengukuhkan BN memenangi pilihan raya nanti.

Dipercayai dengan menyingkirkan Muhyiddin daripada Umno yang sekali gus menyebabkan jawatan timbalan presidennya terlucut, kesan pengaruhnya kepada parti dapat dihapuskan kerana suaranya selepas itu akan dianggap "suara bebas" atau "suara pembangkang" saja lagi.

Adalah dijangkakan Muhyiddin seorang saja yang akan dipecat daripada Umno manakala Shafie, seorang lagi pemimpin Umno yang turut lantang mengkritik Najib, tidak akan diambil apa-apa tindakan pada 9 September nanti bagi mengelakkan kemudaratan lebih besar kepada parti.

Shafie tidak dikenakan sebarang tindakan dan secara perlahan-lahan akan dipujuk supaya terus menyokong kepimpinan Najib demi memastikan keharmonian politik Sabah dapat memberi sumbangan kepada kelangsungan kuasa BN.

Sumber lain pula memberitahu, gerakan mengumpul sokongan di kalangan ahli-ahli MT bagi tindakan memecat keahlian Muhyiddin itu sudah pun bermula sejak beberapa hari lalu untuk memastikan sokongan dua pertiga diperoleh jika undian terpaksa dilakukan.

Dikatakan juga usul untuk memecat Muhyiddin nanti akan dilakukan oleh seseorang yang berjawatan kanan dalam parti dan kerajaan.

Dalam masa yang sama, selain pemecatan Muhyiddin,  mesyuarat MT Umno pada 9 September ini dijangka turut melakukan perubahan bagi jawatan pengerusi perhubungan Umno Negeri Kedah dan Perak.

Pengerusi perhubungan Umno Kedah yang sekarang disandang oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka diambil alih oleh Datuk Seri Mahadzir Khalid yang baru-baru ini dinaikkan pangkat sebagai menteri pendidikan manakala Datuk Seri Zahid Hamidi yang kini memegang jawatan timbalan perdana menteri akan mengambil alih jawatan pengerusi Umno Perak daripada Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin yang terlihat begitu simpati kepada Muhyiddin sehingga beberapa bahagian di negeri itu lantang bersuara dalam mesyuarat perwakilan baru-baru ini bagaimanapun tidak akan terjejas kedudukannya sebagai pengerusi Umno Johor kerana Najib dikatakan tidak mahu orang Johor lebih terluka hatinya jika tindakan itu diambil. – shahbudindotcom.blogspot.com,

Sumber DD - 25-8-2015

Islam dan cita-cita kemerdekaan PAS
Posted on Tuesday, August 25 @ 22:14:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Oleh Roslan SMS

Tanggal 31 Ogos ini negara sekali lagi akan meraikan ulangtahun kemerdekaannya kali ini yang ke 58. PAS sendiri tidak ketinggalan mengajurkan program dan acara untuk memperingati hari keramat dimana negara tercinta memperolehi kemerdekaannya dari tangan penjajah British.

Dewan Pemuda PAS Malaysia umpamanya menganjurkan program “Selamatkan Malaysia” antara 15 Ogos sehingga 20 September, iaitu program wacana kemerdekaan negara yang akan dianjurkan di satu ratus lokasi seluruh negara yang melibatkan 1,000 orang panelis dengan sasaran menarik sekurang-kurangnya 10,000 orang anak muda.

Sesungguhnya PAS tidak boleh diasingkan dari perjuangan menuntut kemerdekaan negara sungguhpun rekod rasmi sekadar mencatat dan membesarkan sumbangan Umno semata-mata.

PAS ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 iaitu diketika anak-anak tempatan sedang hangat membicara dan memperkatakan darihal tuntutan kemerdekaan. Tuntutan kemerdekaan mula menjadi hangat apabila India diberikan kemerdekaannya oleh British pada tahun 1947.

Ketika Umno khayal dengan laungan dan slogan “Hidup Melayunya” , PAS sudah membawa slogan Merdeka seala tahun 1953. Melalui Mesyuarat Agunya tahun itu PAS telah memasukkan “Merdeka” sebagai cogan kata PAS. Dan pada tahun 1954 pindaan dibuat terhadap Perlembagaan PAS dengan meletakkan matlamat PAS sebagai:

“…..menjalankan ikhtiar dan langkah dengan tujuan menegakkan kemerdekaan negara dan umat Islam” di samping “memperjuangkan cita-cita Islam di dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”.

Ringkasnya selain Umno, PAS juga aktif terlibat dalam tuntutan dan perjuangan menuntut kemerdekaan negara, kerana Malaya ketika itu memperolehi kemerdekaannya melalui rundingan dan bukannya kekerasan sebagaimana negara-negara lain. Tiada yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan ketika itu selain Parti Kominis Malaya atau PKM yang diharamkan.

Rundingan disini termasuklah tuntutan dan tekanan politik dari parti-parti yang sah dan berdaftar. PAS lah satu-satunya parti selain Umno, MCA dan MIC yang wujud sebelum tanggal Merdeka, jauh sebelum lahirnya parti-parti lain apalagi DAP dan PKR.

Ketika Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid hakim mahkamah rayuan Britain ditubuhkan pada tahun 1956 dahulu, PAS sebagai sebuah parti Islam berdaftar telah mengemukakan tuntutan rayuannya dalam bentuk memorandum.

Suruhanjaya Reid ketika itu ditugaskan oleh kerajaan penjajah British untuk mengemukakan deraf Perlembagaan Persekutuan Malaya yang merdeka.

Tuntutan lantang untuk meletakkan Islam sebagai agama resmi Persekutuan ketika itu antaranya datang dan berasal dari PAS. Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi dalam hubungan ini pernah dirakamkan sebagai berkata:

“… belumlah dihitungkan telah merdeka dengan sepenuhnya, melainkan setelah berjalan hukum-hukum Islam pada seseorang, masyarakat dan negara barulah tercapai kemerdekaan yang dicita-citakan oleh PAS”.

Demikianlah kesungguhan PAS sejak dari sebelum Merdeka untuk membawa dan menjulang tuntutan memartabatkan Islam di tanah air. Malah sehingga ini kemerdekaan sebenar yang dimaksudkan oleh Almarhum Dr Burhanuddin itu masih belum dicapai.

Hari ini sungguhpun kekuasaan dan pemerintahan negara terletak ditangan anak-anak bangsa, namun tanggungjawab memastikan yang Islam itu diterap dan dilaksanaklan sebagai Ad Deen, suatu sistem kehidupan yang mengurus dan mentadbira masyarakat dan negara masih belum tercapai.

Setelah 58 tahun Merdeka PAS lah yang berterusan membawa obor perjuangan Islam ini. Hasil sumbangan PAS Kelantan dan Terengganu telah pun meluluskan sistem pentadbiran jenayah Islamnya masing-masing, walaupun penguatkuasaannya masih ditunggu-tunggu.

Diambang perayaan ulangtahun kemerdekaan ini juga, terngiang-ngiang di telinga kita pantuan keramat yang pernah diucapkan oleh Almarhum Dr Burhanuddin dahulu:

“Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu-padulah segenap baka
Membela hak keadilan pusaka”

Kota Melaka yang didirkan penjajah Portugis dan diperkukuhkan oleh penjajah Belanda itu merupakan simbol kuasa penjajah. Robohnya kuasa ini dari pantun Almarhum itu bermaksud bangkitlah sebuah negara Merdeka dari kalangan anak-anak bangsa. Dan mereka yang Merdeka perlu berpadu, bersatu hati dan tenaga dengan sasaran membela dan mempertahankan keadilan pusaka.

Apakah keadilan pusaka itu? Sudah pastilah ia merujuk kepada hukum dan peraturan yang dimaksudkan oleh Almarhum di atas.

58 tahun kita Merdeka, disaat PAS diuji dengan pengkhianatan ahli-ahlinya, PAS perlu terus fokus dan teguh. Anak-anak bangsa sedang melalui tempuh pancaroba yang sangat menyiksa. Keadaan hidup yang menekan dan masa depan yang kelam menuntut PAS untuk bersungguh menawarkan diri sebagai alternatif kepimpinan.

Kepimpinan negara yang sepatutnya semakin dewasa dengan kematangan usia negara ini malangnya kelihatan terus dilanda penyakit berupa krisis keyakinan yang semakin parah. Umno yang mengepalai bahtera merdeka ini sejak 58 tahun dahulu kini semakin tenat keadaannya.

Pemimpin yang mengepalai bahtera selaku nakhoda kelihatan sudah tidak lagi dihormati anak-anak kapalnya. Dari hari ke hari serangan demi serangan dilancarkan bukannya oleh orang bawahan tetapi bermula dari timbalan nakhoda sendiri.

Lantaran itu Islam sebagai formula penyelesaian terhadap segala kekusutan dan kekalutan yang berlaku dalam masyarakat dan negara perlulah bijak dilontar dan di bawa kehadapan. PAS bertanggungjawab untuk memikul amanah ini.

Biarlah pada tahun ke 58 ini mata dan hati rakyat dibuka untuk mahu menerima Islam sepenuhnya. Inilah cabaran terbesar buat PAS dewasa ini. Kemerdekaan ini telah sama-sama PAS perjuangkan lebih 58 tahun dahulu dan ia rupa-rupanya belum berakhir. 

Dari segi fizikal memang negara telah merdeka dan penjajah telah lama pulang, tetapi dari segi mental dan rohani kemerdekaan ini masih belum sempurna selagi Islam tidak duduk ditempatnya yang tertinggi.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 58. Semoga All;ah swt melindungi dan menyelamatkan Malaysia.

Sumber HD - 25-8-2015


Tuntut kuasa dengan mandat rakyat
Posted on Tuesday, August 25 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Roslan SMS



Sengketa di dalam Umno kiranya kini sudah menjadi satu ancaman sehingga ada usaha mahu mengguling kerajaan mengikut pintu belakang. Itu yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan dua Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian di Lembah Kelang baru-baru ini.


Asalanya ia bermula dengan pemecatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Shafiee Apdal, Naib Presiden Umno sebagai Menteri. Mereka dikatakan tidak boleh bekerja sebagai satu pasukan di dalam kabinet Perdana Menteri.

Pemecatan berkenaan tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak khasnya dikalangan Umno yang menganggap tindakan berkenaan diambil semata-mata kerana Muhyiddin berani menegur beberapa salah-laku yang dilihatnya sedang berlaku dalam negara. 


Isu pengurusan dan pelaburan 1MDB yang kerugiannya mencecah RM50 bilion sebagaimana dinyatakan oleh Muhyiddin selain isu penyaluran dana ke akaun peribadi Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak, sebanyak RM2.6 bilion, isu kejatuhan matawang ringgit, dan kos hidup rakyat yang meningkat, kesemuanya mengelisah dan meresahkan rakyat, dan ianya menjadi kemarahan besar dalam Umno hari ini sehingga mencetuskan krisis keyakinan terhadap Presiden Umno yang juga Perdana Menteri.

Pimpinan dan ahli-ahli Umno panas merasakan bahawa rakyat sedang menuding jari kearah mereka angkara segala malapetaka yang melanda negara ini hasil kepimpinan Najib.

Pada hari yang sama Zahid merasmikan dua persidangan Umno di Lembah Kelang itu, Pemuda Umno bahagian Tampin pula meluluskan resolusi meminta Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. Dua hari sebelum itu Pemuda Umno bahagian Semporna pula di dalam persidangan mereka meluluskan resolusi meminta agar Najib bercuti sebagai PM.

Dan dengan pendedahan terbaru Zahid ini bahawa terdapat satu komplot untuk menggulingkan kerajaan, sekaligus akan meletakkan sengketa atau krisis dalaman Umno ini sebagai satu ancaman buat negara.

Menurut Zahid seorang tokoh Umno dan juga pemimpin BN sedang menggerakkan usaha untuk mendapatkan ahli-ahli parlimen BN dan pembangkang menandatangani akuan bersumpah yang terdiri dari memorandum tujuh muka surat bagi membuktikan yang mereka punya majoriti dalam Dewan Rakyat dan oleh itu kerajaan boleh dijatuhkan “melalui pintu belakang”.

Disaat artikel ini ditulis Zahid memaklumkan di Tampin bahawa indidividu berkenaan khabarnya akan bertemu Perdana Menteri setelah menyedari kesilapannya, dan setelah tindak-tanduknya didedahkan dan mendapat liputan media perdana.

Raja Petra Kamaruddin di dalam lamannya Malaysia Today pula mendedahkan secara terperinci “modus operandi” gerakan ini yang menurutnya telah mencapat kerjasama seorang pemimpin muda Istana yang walaubagaimanapun telah ditolak oleh Istana Negara.

Saya tidak pasti kesahihan maklumat Zahid sebagaimana saya juga tidak pasti akan kebenaran pendedahan Raja Petra itu, apapun sekiranya Menteri Dalam Negeri yang mendedahkan komplot ini sudah pasti ianya punya asas.


Apa pun isunya sesungguhnya kemarahan dan kegelisahan rakyat khasnya terhadap PM dan Presiden Umno adalah berasas. Skandal 1MDB, terus menghantui hidup rakyat, sebagaimana bebanan kos hidup yang menekan, nilai matawang ringgit yang menjunam, kesemua ini adalah masalah dan realiti sebenar yang dihadapi dan ditanggung oleh rakyat kebanyakkan.

Lantaran itu krisis keyakinan  terhadap Najib khasnya dalam Umno sendiri, tidak boleh ditolak ketepi atau dipadamkan begitu sahaja.

Politik merampas kuasa ikut pintu belakang ini mengingkatkan kita kembali pada insiden 2009 di Perak. Merampas kuasa melalui pintu belakang ini memang tidak digemari tidak kiralah samada ia dilakukan oleh BN, PAS, DAP atau PKR atau sesiapa sahaja. Dan dalam hal ini saya bersetuju dengan Zahid bahawa semua pihak seharusnya menunggu dan melakukan perubahan semasa tempoh Pilihanraya Umum dan bukannya melalui pintu belakang.

Sebagaimana PAS dan rakan-rakannya tidak dapat menerima peralihan kuasa di Perak pada tahun 2009 yang kita anggap sebagai rampasan kuasa ikut pintu belakang, maka demikianlah Zahid tidak dapat menerima komplot yang didedahkannya itu.

Malah itulah semangat yang pernah diutarakan oleh Presiden PAS sebelum ini jauh sebelum komplot yang didedahkan oleh Zahid ini. 

Membawa undi tidak percaya di dalam Dewan Rakyat terhadap Perdana Menteri, oleh mana-mana pihak pun adalah merupakan satu amalan demokrasi dan ia tidak boleh dinafikan. Dalam kes BN hari ini mereka mempunyai 134 kerusi, pembangkang PAS, PKR dan DAP punya 87 kerusi dan Bebas 1.

Kiranya undi tidak percaya untuk Perdana Menteri mahu berjaya di Dewan Rakyat ia perlukan 112 undi sekurang-kurangnya dari 222 ahli yang mewakili Dewan Rakyat. Bermakna kiranya benar semua wakil pembangkang seramai 87 orang termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim yang Bebas bersetuju dengan gerakan ini, ia sudah ada 88 undi terkumpul. Ini bermakna sekurang-kurangnya 24 undi lagi diperlukan dari wakil-wakli BN bagi menggenapkan sekurang-kurangnya 112 undi.

Dan Najib akan dikira telah hilang kepercayaan di Dewan Rakyat lalu Yang Dipertuan Agong bolehlah dimaklumkan dan barangkali melalui surat-surat perakuan sumpah sebanyak 112 tadi, jika Tuanku yakin, bolehlah melantik dikalangan 112 tadi untuk menjadi Perdana Menteri yang baru.

Tetapi sudah pastilah realitinya tidak semudah itu.

PAS sendiri belum tentu mahu bersama jika benar komplot ini. Presiden PAS sebelum ini pun ada menegaskan bahawa biarkan Najib terus berkhidmat sehingga ke akhir penggalnya, sebarang perubahan diwaktu ini melalui pintu belakang tidak akan menguntungkan parti malah hanya akan mencetuskan suasana yang tidak senang dikalangan rakyat. Kita pernah ada pengalaman di Perak.

Biarlah perubahan kuasa berlaku melalui proses pilihanraya ketika mandat diserahkan ke tangan rakyat.

Dan seterusnya berapa keratkah dikalangan 24 undi yang diharapkan dari BN itu yang akan benar-benar berani tampil kehadapan bersama komplot ini?

Projek 16 September 2008 yang diusahakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim masih segar dalam ingatan kita. Wakil-wakil BN yang asalnya telah berjanji akan menyeberang dewan untuk bersama kita membentuk kerajaan baru di Putrajaya melalui operasi yang sama, turut kecut perut dan berpatah balik disaat akhir.

Kerana itu biarlah Zahid dan Umno bertindak terhadap pembelot dari kalangan mereka yang didakwa itu. Biarlah Umno terus bercakaran.

Bagi kita, krisis keyakinan yang dicetuskan oleh Najib yang melahirkan pelbagai skandal tadi biarlah terus panas dan kita bertanggungjawab untuk memastikan ia nanti marak dan menjulang apabila tiba Pilihanraya ke 14 nanti. Kita mahu perubahan kuasa dari yang pincang kepada yang lebih baik dan menyakinkan serta menjanjikan masa depan yang baik buat rakyat dari dunia hinggalah ke akhirat. Kerana itu kita akan terus berkerja dan tidak sekali-kali akan menutut kuasa dengan cara memintas jalan melalui pintu belakang.

Sumber TKO - 25-8-2015


Antara nasib panda dan Umno
Posted on Tuesday, August 25 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Roslan SMS


Disaat negara menyaksikan buat pertama kalinya lahir beruang panda di bumi bertuah ini, Umno dan BN yang gagah dan perkasa goyang dan semakin celaru.

Panda bukannya sebahagian dari mergastua di tanahair kita. Ia berasal dari Selatan Negara Cina dengan habitat asalnya di kawasan pergunungan di sana. Sungguh ajaib apabila makhluk yang dari negara asing dan dengan persekitaran asing buatnya, boleh dengan izin Allah melahirkan anak.



Kelahiran panda ini dari pasangan yang dipinjamkan ke Malaysia oleh Cina sudah pasti akan menjadi tumpuan dan perhatian dunia selepas ini. Kecekapan pengurusan pihak Zoo Negara dan para penjaga yang bertanggungjawab kena sedang diuji kerana bukan mudah bagi seekor bayi panda untuk berjaya hidup di enviromen yang asing.



Umno dan BN pula parti yang telah lama bertapak. Umno sekurang-kurangnya telah lahir sejak sebelum negara Merdeka lagi dan sejak Pilihanraya Umum pertama 1959 sehinggalah kini Umno kekal berkuasa di peringkat Persekutuan dengan memegang tampuk jawatan tertinggi dalam negara iaitu Perdana Menteri.



Tapi hari ini juga sebagaimana panda tadi kita melihat Umno dan BN yang gagah perkasa itu buat pertama kali goyang dan gegar di bumi bertuah ini. Ia bukannya angkara pihak lawan tetapi hari ini mereka goyang dan gegar angkara kerja tangan dan percaturan mereka sendiri.



Krisis keyakinan terhadap PM Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno dan pengerusi BN semakin memuncak. Bukan rakyat jelata sahaja yang kesal, sesal dan mula hilang keperayaan terhadap Najib, rupa-rupanya sesama pimpinan dan anggota Umno juga hari ini kelihatan bercakaran dan menyerang sesama mereka.



Tak pernah kita bayang untuk melihat Umno dan BN dalam keadaan sebegini kacau sehingga TPM yang juga Menteri Dalam Negeri mengumumkan baru-baru ini bahawa terdapat komplot yang turut didalangi pimpinan Umno untuk menggulingkan kerajaan.



Hari ini dalam akhbar tempatan sebagaimana diraikan kelahiran panda tadi, turut dimuatkan gambar pihak “backbenchers” atau penyokong kerajaan di Dewan Rakyat yang masing-masing cemas mahu membersihkan diri dengan mengisytiharkan sokongan kepada PM dan tidak terlibat dengan komplot guling berkenaan.



Bagaimana episod komplot ini akan berakhir tidaklah dapat dibayangkan lagi cumanya “survival” Umno dan BN sebagaimana anak panda tadi yang baru lahir tadi kini benar-benar terletak d tangan pemimpinnya. Presiden dan Timbalan Presiden Umno sudah dingin dan bercakaran sesama sendiri, bolehkah Umno BN terus kekal bernyawa sebagaimana anak panda tadi?



Bayi panda ini sekurang-kurangnya dirawat dan diselia oleh pakar-pakar dengan bantuan Negeri Cina, tetapi bagi Umno yang merawatnya itulah juga kepala yang sedang bertelagah.



Mungkin bayi panda tadi punya harapan untuk hidup di bumi asing buat ibu-bapanya itu, tetapi Umno mungkin nasibnya tidak sebaik bayi panda tadi. Komplot guling kuasa belum selesai, krisi keyakinan terhadap Najib tidak kelihatan mahu pulih, rakyat semakin panas dan gelisah.



Jadi bagaimana ya Umno?



Sumber TKO - 25-8-2925




Harimau depan mata senang dihadapi, yang menghendap itu yang merbahaya
Posted on Monday, August 24 @ 15:06:51 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias Apabila kita berfikir tentang Najib dan kroninya menjawab persoalan orang ramai yang beliau hadapi, kita merasakan yang Najib sebenarnya sedang melaksanakan apa yang dikatakan sebagi ‘if you are not able to give straight answers confuse them’.

Berbagai-bagai jawapan yang kita dengar, walaupun hakikatnya kita tahu ia hanya mempunyai satu jawapan. Dalam soalan ‘derma politik’
sebanyak RM2.6 billion yang masuk kedalam akaun peribadi beliau itu, berbagai-bagai jawapan yang telah diberikan oleh penyokong-penyokongnya temasuk dari beliau sendiri.


Ada yang berkata itu hanyalah derma dari rakannya dari Timur Tengah dan ada yang menjawabnya dengan mengatakan tidak salah jika ia diberikan sebagai hadiah peribadi untuk Najib. Ketua Bahagian Kepong telah memberikan jawapan yang baru, iaitu ia adalah derma dari Raja Saudi. Jumlah derma itu adalah terlalu besar dan sudah diketahui umum. Ramai yang berpendapat yang jawapan itu hanya untuk mengalihkan pandangan ramai terhadap tuduhan yang wang sejumlah yang besar itu datangnya dari 1MDB yang telah melalui berbagai saluran sebelum ia akhirnya sampai kepada akaun peribadi Najib, orang yang mempunyai suara muktamad dalam apa-apa yang dilakukan

Isu derma yang berbillion ringgit ini timbul semasa kehilangan wang 1MDB yang beribu juta ringgit yang sehingga hari ini tidak mendapat jawapan yang sahih dari orang yang paling berpengaruh dalam 1MDB itu. Mahu tidak mahu Najib terpaksa menerima hakikat yang tuduhan terhadap beliau yang wang derma sebanyak RM2.6 billion itu berasal dari wang 1MDB. Najib boleh membawa semua orang untuk melibatkan undang-undang dan berbagai cara untuk melindungi jawapan sebenarnya tetapi itu cerita yang lain. Selagi Najib tidak dapat menjawab dengan tepat dari mana RM2.6 billion itu datangnya selagi itulah persepsi masyarakat itu tetap dengan andaian yang wang itu datangnya dari 1MDB.

Yang pentingnya sekarang Najib wajar menjawab apa yang tertanya-tanya oleh naluri orang ramai itu, bukannya dengan memberikan jawapan seperti belum selesainya ‘investigations’ terhadap isu itu. Lagi pula penyiasatan terhadap isu ini diganggu oleh Najib sendiri dengan memindahkan pegawai yang menyiasat itu dari jabatan ini ke jabatan itu dan ini merupakan tindakan ‘displacements’ terhadap penyiasatan itu. Seperti yang saya sebutkan tadi, Najib perlu memberikan jawapan kepada apa yang terpahat di dalam naluri orang ramai itu. Kita perlu akui yang politik itu ‘is about perceptions’ dan tidak seharusnya dinafikan oleh sesiapa.

Bagi saya yang terpenting sekarang isu memperbaiki persepsi buruk rakyat terhadap kepimpinan Najib itu tidak dapat dipulihkan lagi kerana rakyat berpendapat dan mempunyai persepsi yang Najib terpaksa berbohong untuk menutup bohongnya yang sebelum itu. Itu sebabnya rakyat mahukan perubahan kepimpinan walaupun ia masih dalam kepimpinan BN atau UMNO. Rakyat tidak sejahat itu untuk membunuh UMNO itu. Tetapi masalahnya ditubuh UMNO itu melekat pemimpin-pemimpin yang tidak berwibawa dan tidak mempunyai ‘finesse’ yang secukupnya untuk dihormati sebagai pemimpin.

Sekarang ini perasaan rakyat bertambah takut lagi. Setelah mereka merasakan yang Najib akhirnya akan berhenti dan bersara, keadaan politik yang tidak stabil ini akan berterusan dengan adanya Ahmad Zahid Hamidi yang sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri telah menunjukkan siapa beliau yang sebenarnya. Jika Najib berhenti Zahid mahu mengambil alih dan beliau ini (Zahid) bukanlah orang mempunyai ‘allegiance’ yang kuat terhadap parti dan negara.

Kenyataan-kenyataan sombong yang terselit dengan elemen gertak menggertak di dalam ucapan dan kata-katanya ini akan hanya menambah dan menyambung keresahan dan kekeliruan rakyat di masa depan. Blog ini telah puluhan kali menyebut yang budaya dalam kepimpinan UMNO ini sudah begitu rosak sehinggakan tiada siapa di kalangan yang berada di dalam kepimpinan tertinggi parti atau kabinet itu layak untuk diberikan tanggungjawab memperbaiki negara ini.

Zahid hanya mementingkan diri untuk mempastikan yang beliau akan mengambil alih kepimpinan Najib ‘and there is no change there. If there is any it will be a change for the worst’. Banyak diantara tindakan dan kata-kata beliau yang melemahkan pandangan dan persepsi rakyat terhadap Najib itu sendiri.

Ingat kata-kata ini, yang boleh menjatuhkan Najib itu bukan musuhnya. Yang akan menjatuhkan Najib ialah orang yang hampir dengan beliau. Orang yang memeluk Najib dan menggosok belakang Najib itu hanya untuk mencari tempat yang lembut dibelakang Najib untuk ditikam sahaja. Harimau yang mengaum di depan kita kurang bahayanya kerana kita boleh berikhtiar membunuhnya, tetapi harimau yang paling bahaya ialah harimau yang menghendap menunggu untuk menerkam beliau (Najib) itu. Ramai orang menelah yang tengkok Najib akan diterkam oleh harimau belaan beliau sendiri. Dalilnya sudah nampak sedikit sebanyak dan meyakinkan orang ramai.

Apa pun Najib diyakini tidak akan kekal lama tetapi masalah negara akan kekal berterusan jika Zahid dan yang sejenisnya menjadi alternatif kepada Najib dan impian ramai untuk hidup dalam politik dan siasah yang lebih baik tidak akan tercapai

Sekian.

NB. Hanya untuk pengetahuan yang tidak sempat melihat pasaran wang antarabangsa, semasa saya menulis artikel ini ringgit sudah mencecah 4.23 berbanding dengan satu dollar Amerika. Menakutkan?
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2 

Sumber DD - 24-8-2015
Aduyai... Dulu Haram Jadah Dan Bangang, Kini Bangsat Pulak !!
Posted on Monday, August 24 @ 11:19:05 MYT by paklang

Oleh Shahbudin Husin
Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak berasal daripada keluarga bangsawan dan merupakan anak Tun Razak yang disanjungi ramai, perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya kadangkala tidak sepadan dengan asal usulnya.

Ini kerana biasanya anak-anak bangsawan diajar berbudi bahasa dan menggunakan perkataan-perkataan yang lembut dan tidak kasar, sesuai dengan keperibadian mereka yang sentiasa berpakaian mahal dan menjamah makanan yang berkualiti setiap hari.


Jarang benar kita lihat anak-anak bangsawan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sesuai dengan penampilan mereka, apatah lagi jika sudah berjawatan Perdana Menteri.

Apatah lagi jika seseorang itu sudah menjadi bangsawan melalui kedudukan yang berjaya diraihnya. Mereka sudah tentu akan menjaga budi bahasa dan perlakuannya.

Lihat saja Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah, baik ketika berbual secara peribadi, mahu pun dalam pengucapan awam, tidak pernah sama sekali mengeluarkan perkataan-perkataan kasar yang boleh merendahkan keperibadiannya.

Tetapi lain benar dengan Najib ini. Menggunakan perkataan kasar bukan pertama lagi dilakukannya. Semalam beliau menggunakan perkataan "bangsat" kepada orang-orang Melayu sebagai ingatan sekiranya UMNO hilang kuasanya.

Sebelum ini, ketika mengecam para peneroka Felda yang menentang penyenaraian saham Felda Global Ventures atau FGV di Bursa Malaysia, Najib menggelarkan mereka sebagai "haram jadah" kerana kononnya menolak nikmat yang cuba diberikan oleh kerajaan.

Tetapi hari ini semua orang tahu nilai saham FGV di pasaran hanya tinggal tidak sampai RM2 berbanding harga permulaannya RM4.55 ketika mula-mula disenaraikan dahulu.

Siapa yang "haram jadah" sebenarnya? Itu belum dikira dengan pelbagai skandal pembelian hartanah Felda di luar negara menggunakan duit peneroka sehingga turut mengundang SPRM menyiasat dan menahan reman beberapa orang yang disyaki mengaut keuntungan daripadanya.

Sejak kebelakangan ini, Najib sendiri sudah lama tidak menyebut mengenai FGV ini. Mujur juga para peneroka masoh berbudi bahasa tidak memulangkan semula perkataan "haram jadah" itu kepada Najib.

Kemudian ketika melahirkan rasa kesal kepada blogger-blogger UMNO yang menerima upah tetapi tidak menpertahankan parti dengan sewajarnya, beliau menggelarkan mereka sebagai "bangang".

Blogger-blogger "bangang" ini, kata Najib, lebih ghairah menembak pemimpin sendiri daripada menyerang pihak lawan. Ramai blogger upahan UMNO tersipu-sipu malu dengan gelaran itu.
Daripada "haram jadah" dan "bangang", kini perkataan "bangsat" pula keluar dari mulut Najib. Akan datang, entahlah....mungkin perkataan dahsyat yang mencarut dan memaki hamun pula akan digunakannya.
Dalam kes "bangsat" ini, bukan saja perkataan itu tidak sesuai diucapkan oleh bibir merah jambu seorang Perdana Menteri kerana ia terlihat kasar dan hanya sesuai diucapkan di tepi-tepi jalan oleh bibir-bibir hitam dan kotor, "kebangsatan" orang Melayu juga bukanlah semata-mata kerana ketiadaan lagi kuasa yang dimiliki oleh UMNO.

Orang Melayu di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang tidak pula kelihatan "bangsat" walaupun negeri-negeri tersebut bukan diperintah oleh UMNO?

Malahan ramai Melayunya yang lebih gembira, makan lebih berselera dan ketawa lebih kuat berbanding mereka yang tinggal di negeri yang dikuasai oleh UMNO.

Tidak ternampak sama sekali mereka sebagai Melayu yang "bangsat" atau terpinggir daripada rumah yang selesa kepada menghuni bawah kolong atau gelandangan jadinya.

Lebih dari itu, kalau mahu dihitung satu persatu, UMNOlah yang lebih lebih banyak "membangsatkan" bangsanya sendiri berbanding parti-parti lain di negara ini.

Melalui kuasa yang dimilikinya, siapakah sebenarnya yang lebih mengkhianati tanah, saham, permit dan sebagainya yang sepatutnya untuk mengukuhkan ekonomi Melayu tetapi dilencongkan untuk kepentingan kelompok sendiri dan menjualnya kepada bangsa lain?

Ditambah dalam era kepimpinan Najib sekarang yang tidak perlu disenaraikan lagi satu persatu caca marba dan celarunya, UMNO bukan saja sedang menuju zaman gelap, bahkan rakyat lebih ditekan lagi kehidupannya dengan pelbagai beban seperti pemansuhan subsidi, GST, kenaikan kos hidup dan sebagainya, kononnya atas nama kepentingan negara.

Isu 1MDB dan derma RM2,600 juta pula serta merta menjadikan nama negara dan pemimpinnya sebagai bahan cemuhan dan olok-olok di seluruh dunia. Daripada bangsa yang disanjung dan dihormati dengan pelbagai keupayaannya sebelum ini, Najib sebaliknya menjadikan nama negara tidak lagi indah di mana-mana.

Tidakkah malu jika wang RM2,600 juta pun kita bangga sebagai derma dan kemudian menjajanya seolah-olah itulah dana penyelamat bangsa?

Lebih malu apabila SPRM mengatakan ia hanya mengesahkannya sebagai derma saja tetapi masih belum menutup penyiasatannya lagi. Bukankah dalam takrifan SPRM, derma juga sebahagian daripada rasuah?

Hakikatnya, Najiblah yang lebih membawa "kebangsatan" kepada Melayu itu sendiri. Negara dan UMNO lebih mudah dipulihkan jika beliau tidak lagi menjadi ketuanya.

Yang menentukan Melayu jadi "bangsat" atau sebaliknya bukanlah sangat disebabkan UMNO hilang kuasa atau tidak, tetapi lebih ditentukan oleh jenis pemimpinnya.

Sumber DD - 24-8-2015


Komplot rampas kuasa di Malaysia
Posted on Monday, August 24 @ 16:39:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Roslan SMS

Komplot untuk menggulingkan kerajaan memanglah menakutkan bunyinya. Kita yang sekian lama bernaung di bawah sistem demokrasi berparlimen sudah pastilah tidak mahu dan tidak bersedia untuk berada dalam suasana dimana kerajaan yang memerintah tiba-tiba dijatuhkan melalui kaedah yang bertentangan dengan amalan kita.

Apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri mendedahkan bahawa terdapat komplot dari kalangan ahli parlimen pembangkang dan BN untuk menumbangkan kerajaan PM Najib Tun Razak melalui “pintu belakang” sudah tentulah pengumuman itu mencetuskan suasana yang tegang.

Akan tetapi sekiranya ia sekadar usul undi tidak percaya di Parlimen, ianya bukanlah satu ancaman malah merupakan suatu kaedah yang dibenar oleh sistem demokrasi berparlimen itu sendiri.
Rampas kuasa melalui “pintu belakang” ini mengingatkan kita pada peristiwa yang sama yang telah berlaku di Negeri Perak pada 2009. Kerajaan PR pimpinan Nizar Jamaluddin tiba-tiba hilang majoriti dan digantikan melalui “pintu belakang” apabila 3 ADUN Pakatan iaitu dua dari PKR dan seorang DAP khianat dan menyeberang ke belah BN.
Zahid walaubagaimanapun tidak menjelaskan siapakah dalang di sebalik tindakan ini , hanya sekadar menyebut ia diketuai oleh seorang yang tua dari BN.
Apabila saya menjenguk ke laman Malaysia Today, saya dapati Raja Petra Kamaruddin mendedahkan secara “detail” apa yang dimaksudkan mungkin dari fahaman beliau sendiri, mungkin dari maklumat dalaman, mungkin juga sekadar tokok-tambah.
Tetapi apabila membacanya, kita bolehlah mendapat sedikit faham dan gambaran akan apa yang didedahkan Zahid itu.
Di Dewan Rakyat hari ini BN menguasai 134 dari 222 kerusi. Selebihnya 87 DAP, PKR dan PAS manakala 1 diwakili Bebas iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.
Akan tetapi apa yang didedahkan Zahid ini dari pemahaman ramai bukannya satu usaha mengemukakan usul “undi tidak percaya”di Dewan Rakyat. Ianya lebih dari itu. Ianya melibatkan usaha menandatangani perakuan bersumpah selain menggunakan pengarah pihak Istana bagi meyakinkan YDPO Agong agar berkenan menggantikan PM yang ada dengan yang lain.
RPK mendedahkan terdapat seroang peguam yang telah menderakan memorandum dan perakuan bersumpah ini, beliau turut mendedahkan pihak Istana dari sebuah negeri di Selatan Semenanjung telah digunakan malah telah pun mengadap YDP Agong maka memaklumkan darihal usaha ini.
Menurut RPK YDP Agong telah tolah mentah-mentah cadangan itu.
Ini bermakna telah ada usaha sebagaimana yang berlaku di Perak pada 2009, lalu, iaitu untuk menggantikan Najib sebagai PM dengan calon dari kumpulan pengkhianat BN dan blok pembangkang.
Jika Zahid memaklumkan terdapat seorang tua dari BN yang mengepalai usaha ini dari pihak Umno dan BN, siapa pula dari pihak pembangkang. Dari pendedahgan ahli Parlimen PAS Pokok Sena dan Ketua Pemuda PAS, PAS tidak tahu menahu darihal komplot ini. Mungkinkah orang PAS yang belot tahu?
Siapa pula dari DAP dan siapa dari PKR?
Kalau usaha ini mahu berjaya walaupun dari pintu belakang, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 112 sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat. Kalaulah semua wakil pembangkang termasuk yang Bebas setuju, baru ada 88. Perlu ada sekurang-kurang 24 dari BN yang turut bersetuju. Kalau orang tua yang dimaksudkan itu sudah setuju bermakna mereka perlukan 23 lagi dari BN.
Menarik dan berpusing-pusing juga komplot ini.
Apa pun pada pandangan Menteri Dalam Negeri ianya sesuatu yang mengancam kestabilan negara. Khabarnya laporan polis telah dibuat dan Ketua Polis Negara sendiri telah menyatakan bahawa siasatan akan dimulakan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan iaitu tindak-tanduk yang mengancam demokrasi berparlimen.
Apakah kesudahan komplot ini, tidaklah diketahui. Yang pasti rakyat Malaysia semuanya mahu tahu apa sebenarnya yang telah dan sedang berlaku.
Dan yang pasti Umno sesama Umno sedang masing-masing curiga-mencurigai. 



Sumber TKO - 24-8-2015

Cerita gajah dan pelanduk
Posted on Monday, August 24 @ 13:41:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Roslan SMS



Setiap kali Umno bertelagah besar-besaran sesama sendiri, setiap kali itulah negara akan turut diheret memikul beban dan akibatnya. Gajah sama gajah yang menyondol dan bergasak sesama sendiri, pelanduk yang tidak bersalah, mati dihimpit dan dipijak.

Ketika Dato Seri Dr Mahathir Mohammad (kini Tun) dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden Umno pada Perhimpunan Umno tahun 1987 dahulu, tiang seri Umno ketika itu bagaikan bergoncang. Umno buat pertama kali meyaksikan pertandingan paling sengit dalam sejarahnya. Umno boleh dikatakan terbelah dua ketika itu antara penyonong Dr Mahathir dan penyokong Tengku Razaleigh.

Tengku Razaleigh yang mewakili “Team B” dalam Umno ketika itu turut disokong “orang-orang kuat” bertaraf bangsawan dalam Umno antaranya bekas Timbalan Presiden Umno, Dato Musa Hitam (kini Tun), Dato Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun), Dato Rais Yatim, Dato Radzi Sheikh Ahmad, Dato Manan Othman, Rahmah Othman dan malah satu ketika Presiden Umno kini, Dato Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Ketua Pemuda Umno, dikhabarkan turut cenderung pada Ku Li, sehinggalah beliau “u turn” di saat akhir.

Serangan demi serangan dilancarkan terhadap Dr Mahathir, sehingga ada pihak yang beranggapan bahawa nyawa politik Dr Mahathir akan tamat pada Perhimpunan Agung itu.
“Team B” telah bergerak cergas, naik turun seluruh pelusuk Semenanjung (ketika itu Umno tiada di Sabah) bertemu dengan perwakilan dan akar umbi Umno.

Walaubagaimanapun kelebihan Dr Mahathir adalah beliau Perdana Menteri ketika itu, dengan kuasa, Dr Mahathir telah menyekat pengaruh “Team B” dan keputusan akhirnya, Dr Mahathir menang dengan memperolehi 761 undi berbanding Ku Li 718 iaitu dengan kelebihan hanya 43 undi.

Itu kisah pertelagahan sesama sang gajah. Yang mahu ditekankan di sini adalah impak dari pertelagahan itu terhadap negara.

Dr Mahathir memulakan langkah dengan melancarakan Operasi Lalang pada 27 Otober 1987 dengan menahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA seramai rekod 106 tokoh-tokoh politik, aktivis NGO dan lain-lain. Pemimpin DAP, PAS , Umno, MCA dan lain-lain turut diberkas.

Beliau turut membatalkan lesen percatakkan 3 buah akhbar iaitu The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan.

Tindakan Dr Mahathir itu telah membangkitkan keresahan rakyat, dan ternyata beliau berjaya menyuntik “culture of fear” atau suasana suram dikalangan rakyat dimana akibat dari tindakan-tidakan berkenaan rakyat tidak berani lagi bersuara dan kebebasan media dikekang,

Dr Mahathir tidak berhenti disitu. Umno pula telah diharamkan oleh Mahkamah pada tahun 1988 apabila segelintir dari “Team B” telah mencabar kesahihan Perhimpunan Umno 1987 itu.

Dari situ Dr Mahathir telah menjalarkan kuasanya sehingga mencengkam institusi kehakiman pula. Amarah Dr Mahathir telah membawa sehingga Ketua Hakim Negara, iaitu orang nombor satu dalam badan kehakiman negara telah dipecat. Pemecatan Tun Salleh Abbas diikuti pula dengan penggantungan lima orang hakim Mahkamah Agung dan kemudiannya dua dari mereka turut dipecat.
 
Campuratangan eksekutif terhadap badan kehakiman ini telah memberi kesan buruk terhadap imej negara diperingkat antarabangsa.
 
Begitulah nasib rakyat dan negara apabila pimpinan Umno bertelagah sesama mereka kira-kira 28 tahun lalu.

Dan hari ini Umno kelihatan bertelagah lagi. Nama-nama besar itu juga yang berpusing-pusing antara punca krisis kali ini. Bermula dengan kelemahan Perdana Menteri dan Presiden Umno dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sehingga membawa kepada krisi keyakinan rakyat terhadap kerajaan ekoran isu 1MDB, kenaikan kos hidup, nilai matawang yang jatuh dan terbaru penyaluran dana asing ke akaun peribadi Presiden Umno . Kemudian serangan bertubi-tubi dari bekas PM Tun Dr Mahathir.

Akibat pertelagahan ini Timbalan Perdana Menteri dipecat, Shafiee Apdal seorang Naib Presiden Umno juga dipecat dari jawatan menterinya.

Apa lagi?

Ramai yang menjangkakan Najib juga tidak akan berhenti di situ. Kalau Mahathir dulu habis apa sahaja di hadapannya yang menghalang dan menentangnya dicungkil dan diterajang. Hakim-hakim dipecat, orang politik ditangkap, akhbar dan media dikenakan tindakan, lalu Najib bagaimana?

Sebagaimana zaman Mahathir kali ini pelanduk juga yang akan menjadi mangsa. Oleh itu berhati-hatilah.

Umno di Johor, di Negeri Sembilan, di Sabah dan lain-lain negeri terus menyerang Najib dengan usul dipecat dan dirihatkan. Manakala mereka yang tegar dibelakang Umno terus menyerang balas. Dr Mahahtir tenggelam timbul sekejap menyerang sekejap berundur, maklumlah nasib anaknya di Kedah juga terancam.


 Kita harapkan kali ini jika gajah dan gajah yang bertelagah biarlah gajah jua yang menjadi mangsa tersungkur dan tergolek kali ini. Pelanduk biar selamat dan negara bebas dari ancaman gajah liar buat selama-lamanya.

Sumber TKO - 24-8-2015

Orang Melayu sedang bersedia bakar Umno

Posted on Sunday, August 23 @ 16:04:33 MYT by paktam

Oleh AZIZ MUDA 

KUALA LUMPUR: Umno- BN ternyata berada dalam keadaan amat ‘sakit’ sekarang, sehingga ia digambarkan akan ditolak secara total atau dibakar hangus oleh orang Melayu dalam pilihan raya akan datang.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin secara sinis berkata, orang Melayu secara umumnya sedang membakar dan sedang bersedia untuk membakar hangus Umno dalam pilihan raya akan datang jika Dato’ Seri Najib Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri.


Menurut beliau, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden parti itu, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sepatutnya memperbesar-besarkan dakwaan mengenai adanya usaha menggulingkan kerajaan.

Katanya, dakwaan itu tidak benar kerana masalah yang lebih besar pada masa ini adalah penentangan di kalangan anggota Umno ke atas Najib selaku Perdana Menteri yang juga Presiden parti itu.

“Buat masa ini Dato’ Seri Ahmad Zahid tidak perlu bimbang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan kerana yang lebih bahaya api dalam sekam di dalam Umno sendiri,” katanya dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com 17 Ogos lalu.

Pada 15 Ogos lalu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno kini sedang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata, terdapat usaha mendapatkan akuan bersumpah (SD) di kalangan ahli Parlimen pembangkang serta menarik ahli Parlimen BN supaya menumbangkan kerajaan, sehingga wujud komplot untuk menarik 37 anggota Parlimen BN menyertai 87 pembangkang serta seorang anggota Parlimen Bebas, untuk membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan selepas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2016 pada Oktober ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula dalam kenyataannya pada 17 Ogos lalu menyatakan, pihak polis telah menerima tiga laporan polis mengenai kenyataan Zahid tentang adanya seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan dan polis akan menyiasat laporan tersebut di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ketika polis memulakan siasatan berhubung dakwaan wujud gerakan menjatuhkan kerajaan, bekas menteri Umno-BN, Tan Sri Rafizah Aziz pula dilaporkan tidak termakan dengan ceritacerita sebegitu.

Malah, beliau terkejut dan tidak yakin sama sekali dengan dakwaan itu sambil menambah, ketika pelbagai isu, termasuk berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 bilion, masalah ekonomi serta pandangan ultra pelbagai bidang, tiada faedah untuk bertindak demikian.

“Rakyat yang mempunyai kuasa mengundi memerhati akan segala permainan dan lakonan politik itu dan akan membuat penentuan apa yang akan diputuskan apabila sampai masa untuk mengundi,” katanya kepada media 17 Ogos lalu.

Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lalu meluahkan secara terbuka mengenai tempoh masa untuk rakyat menunggu bagi mengetahui keputusan siasatan 1MDB.

Bercakap dalam Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian, Muhyiddin berkata, rakyat cukup sabar untuk menunggunya kerana Najib sudah beberapa kali mengulangi gesaan supaya bersabar.
“Perdana Menteri kata tunggu, tunggu penyiasatan.

Tunggu, tunggu. Berapa lamalah nak tunggu, sampai bulan jatuh ke riba? Bila dah lewati batas kemunasabahan, maka keyakinan akan runtuh, (orang) tak percaya, mereka akan kata ‘awak boleh cakap apa sahaja, tapi kami tak percaya kamu’” kata Muhyiddin lagi.

Media tempatan pada 16 Ogos lalu turut melaporkan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Ahmad Maslan disambut dengan boo dan ejekan sewaktu Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pontian, walaupun beliau adalah timbalan ketua bahagian kawasan itu.

Ia berbeza dengan Muhyiddin yang disambut dengan tepukan sewaktu ketibaannya, malah laungan “Hidup Tan Sri!” turut bergema beberapa kali di dalam dewan tersebut sepanjang beliau menyampaikan ucapannya.

Sumber DD - 23-8-2015

Rakyat menunggu nikmat perjuangan

Posted on Sunday, August 23 @ 14:17:33 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias 

Sebesar mana pun masalah yang dihadapi oleh politik negara, kita berkeyakinan yang ia akan selesai juga akhirnya. Itu sememangnya pengakuan dan kepercayaan orang yang bertuhan dan beragama, apatah lagi dengan kita yang beragama Islam suci ini.

Apa yang kita lalui sekarang ini mungkin sebagai dugaan dan pengajaran kepada kita semua betapa perlunya kita menghadapi masalah dengan bersabar tanpa menghentikan usaha untuk memperbaikinya.


Tiada apa yang baik akan timbul selagi kita masih tidak melalui dugaan dengan kepayahan. Hanya setelah kita melalui segala rintangan itu barulah kita mendapat kebaikan dan nikmat perjuangan dan usaha gigih kita itu. Memerangi yang bathil dan yang sememangnya perjuangan yang berlarutan sehingga akhir hayat kita. Akhirnya sesiapa yang kekal dan kental serta bertahan dengan perjuangan dan keyakinannya akan mendapat kejayaan dan akan menikmati kebaikan dan berada dalam kesyukuran buat masa yang lama.

Lagi kuat dan susah perjuangan itu semakin dirasakan kenikmatannya, setelah menempa kejayaan perjuangan yang payah itu. Kita mesti menerima hakikat yang bathil akan akhirnya tumpas dan tiada apa-apa elemen lain yang boleh menahannya dari kejatuhan elemen jahat ini.

Melawan nafsu atau diri sendiri ini merupakan perjuangan yang tiada hentinya. Itu sebabnya kita memerlukan manusia yang sentiasa dikawal oleh syariat dan hakikat, sama timbangan diantara kedua-dua hakikat dan syariat itu. Kita tidak boleh mengakui yang kekuatan yang ada pada diri kita jika ada itu, adalah kekuatan itu datangnya dari kekuatan sendiri.

Tiada siapa yang kuat diantara kita. Yang membezakannya hanyalah siapa yang lebih diredhai Tuhan dan mereka yang mendapat keredhaan itu akan akhirnya berjaya walaupun terpaksa mengikuti perjalanan dan liku-liku kepayahan itu dalam jangka masa yang panjang. Kata pujangga Islam yang tersohor, ‘perjalanan ke neraka itu akan melalui jalan yang penuh keenakan dengan roti dan keju, dan perjalanan ke syurga itu akan melalui jalan yang penuh dengan duri dan onak’.

Di sinilah letaknya perjuangan dan di sini jugalah letaknya kenikmati perjuangan yang panjang dan payah itu. Kita akan hanya menerima nikmat apabila kita sudah selesai melalui perjuangan dan onak serta duri yang berbisa itu. Bagi sesiapa yang mendapat kemenangan atau kejayaan tanpa bersusah payah menghadapi dugaan itu hanyalah mendapat rahmat yang tidak semestinya kekal.

Ia bukan sahaja melibatkan kita secara individu, tetapi ia juga boleh melibatkan sesebuah negara.

Jika negara dipimpin oleh pemimpin yang tidak boleh diyakini dan mentadbir negara dengan tidak jujur dan betul, pihak yang berjuang untuk pembetulan itu akan menghadapi kepayahan kerana yang berkuasa dengan rakus itu tidak akan mudah mengalah. Pemimpin yang pembawa kebathilan itu adalah pemimpin yang susah untuk di buang kerana ia diperkuatkan oleh elemen yang bathil yang kuat dan sentiasa berkuku tajam untuk mencengkam mereka yang berjuang untuk kebenaran itu. Itu sememangnya tugas dan tanggungjawab mereka sejak Adam dan Hawa lagi. Menyesatkan Bani Adam itu adalah tugasan mereka yang tidak akan berhenti.

Tetapi hakikatnya yang bathil itu akan tetap tumpas dan akan memberikan kemenangan kepada perjuangan yang hak tadi bagi giliran mereka untuk mendapatkan rahmat yang dijolok mereka sekian lama.

Bagi memberi semangat kepada yang menunggu ketibaan nikmat hasil perjuangan yang baik dan hak itu, kita terpaksa meneruskan perjuangan itu tanpa rasa jemu dan mengalah dengan cepat.

Sekali kita pasang keyakinan itu teruskan dengan kepercayaan hakiki yang bathil itu akan tumpas dan yang hak akan menyinari kehidupan kita selagi kita tidak lupa untuk bersyukur dengan kenikmatan anugerah Tuhan itu.

Jika kita lalai dan lupa untuk bersyukur selepas berjaya mendapat nikmat perjuangan itu proses pensucian itu akan kembali dan akan kita lalui kembali jalan-jalan yang beronak dan berduri itu tadi.

Wassalam.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Sumber  DD - 23-8-2015

UMNO nampaknya masih kebingungan

Posted on Sunday, August 23 @ 14:13:42 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Para pemimpin UMNO nampaknya masih kebingungan dan tercari-cari jawapan yang sebenar mengapa wang sebanyak RM2,600 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak walaupun ia telah disahkan oleh SPRM sebagai derma daripada Timur Tengah.

Dari hari ke sehari, apabila pemimpin UMNO membuka mulut untuk mempertahankan kemasukan wang tersebut, ia sentiasa saja berbeza dan berlainan antara satu sama lain.


Bukan saja rata-rata rakyat Malaysia ketawa serta gelihati dengan jawapan yang berbeza itu, bahkan barangkali Najib dan isterinya Rosmah Mansor pun terbahak-bahak sama melihatkan pemimpin-pemimpin UMNO itu sanggup terus menerus mereka-reka jawapan semata-mata untuk dilihat paling ke depan mempertahankan sang Perdana Menteri.

Pada peringkat apabila isu wang RM2,600 juta itu didedahkan oleh The Wall Street Journal, berlumba-lumba pemimpin UMNO mengatakan ia sebagai fitnah serta konspirasi asing untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang baru-baru ini kena boo di bahagaiannya sendiri, Pontian pernah berkata, "Perdana Menteri bukannya bodoh untuk membenarkan wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya."

Oleh kerana terpedaya dengan tanggapan bahawa Najib benar-benar seorang yang cerdik, Mursyidul Am Pas Dr Haron Din juga menyifatkan tidak masuk akal wang sejumlah itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, sebaliknya jika mahu dilakukan tentulah melalui akaun rahsia di luar negara.

Najib pula, mungkin kerana terasa dirinya benar-benar cerdik dan berjaya membuatkan semua orang tidak percaya dengan kemasukan wang itu, kemudian tampil mengucapkan penghargaan kerana ketidakpercayaan Dr Haron Din itu sambil berkata, "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya masukkan dalam akaun di Malaysia."

Ahli MT UMNO, Sharkar Shamsuddin pula berkata, Najib dan UMNO menjadi sasaran konspirasi asing adalah bertujuan melemahkan kedudukan Melayu dan Islam di negara in memandangkan parti itu memiliki 89 kerusi Parlimen berbanding Pas yang hanya mempunyai 21 kerusi saja.

Selepas itu berbagai dakwaan dilemparkan terhadap WSJ yang didakwa membuat laporan palsu dan fitnah terhadap Najib. Sehinggalah apabila SPRJ mengesahkan wang tersebut benar-benar mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan mengklasifikasikannya sebagai derma dan bukan berunsur rasuah, lenggok kata para pemimpin serta merta berubah nada.

Masing-masing cuba tampil dengan hujah yang dirasakan paling ampuh untuk mempertahankan Najib. Ada yang mengatakan ia dana politik untuk pilihanraya, derma sebagai tanda penghargaan memerangi keganasan IS dah terbaru ini, seorang pemimpin UMNO Aziz Kaprawi berkata, dana itu adalah untuk melawan DAP yang didalangi oleh Yahudi.

Jika dulu, Ketua UMNO Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat sudah "kantoi" apabila mengaitkan derma itu dengan IS sedangkan pada Mac 2013 ketika Najib menerima wang tersebut, daulah Islamiah berasal Syria itu belum pun wujud lagi, kini Aziz juga "kantoi" sama nampaknya.

Bagaimana beliau boleh mengaitkan derma daripada Timur Tengah itu untuk melawan DAP yang kononnya ditaja Yahudi sedangkan sebaik menjadi Perdana Menteri pada 2009, Najib sendiri melantik APCO sebuah syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi sebagai perunding medianya di peringkat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dalam nada yang hampir sama berkata, derma itu diberikan kerana sikap Malaysia yang komited memerangi keganasan, berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mengamalkan Islam yang sederhana dan oleh yang demikian, ia diberikan agar UMNO dan BN terus kekal berkuasa.

Zahid juga mengatakan beliau telah bertemu dengan penderma terbabit serta melihat dokumen asal mengenainya. Wahh, hebatnya....

Tidak sampai sebulan menjadi Timbalan Perdana Menteri, Zahid ternyata jauh lebih hebat berbanding Muhyiddin Yassin yang hampir enam tahun memegang jawatan itu tetapi langsung tidak tahu apa-apa mengenai wang RM2,600 juta itu sehinggalah ia didedahkan oleh WSJ.

Dengan begitu hebatnya Zahid ini, sepatutnya beliau lebih awal daripada Tun Musa Hitam lagi dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Melalui jawapan yang berbeza-beza sehingga sekarang ini, para pemimpin UMNO seolah-olah terus dibelenggu rasa bersalah berkaitan wang tersebut walaupun mungkin antara mereka turut menerima sejumlah kecil antara RM1 juta atau RM2 juta daripada RM2,600 juta itu.
Bukankah sebetulnya mereka tidak perlu risau apa-apa lagi tentang wang itu kerana SPRM sudah mengesahkannya sebagai derma dan halal diterima?

Kalau sudah disahkan derma dan dihalalkan pula SPRM, kenapa perlu bising-bising lagi, diam saja pun tak mengapa!!

Tetapi jika para pemimpin UMNO terus menghadapi kesulitan meyakinkan rakyat mengenai wang tersebut atau mungkin kerana ada rasa bersalah kerana terus diperkatakan rakyat, lebih baik mereka mengatakan ia merupakan derma untuk kemudahan Perdana Menteri dan keluarganya berbelanja dan membeli-belah di seluruh pelusuk dunia.

Jika itu jawapannya, sudah tentu ia sangat mudah dipercayai oleh sesiapa saja dan mereka tidak perlu terus mereka-reka jawapan yang berbeza yang akhirnya hanya menjadi bahan ketawa saja.
Kalau tak percaya, cuba Zahid Hamidi atau Ahmad Maslan tampil paling awal menyebut jawapan itu?

http://shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber DD - 23-8-2015



Najib Menanti Saat Umno Pecah Berderai

Posted on Sunday, August 23 @ 14:10:17 MYT by paktam

Oleh Abu Hassan Adam

Jikalau aku tak silap, pernah pada suatu ketika dalam tahun-tahun 1960an, selepas penubuhan Malaysia, Saudara Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura mengeluarkan ‘peribahasa’ mengatakan bahawa ‘orang yang mengantuk adalah makanan si jaga dan si bodoh adalah makanan si cerdik’. Tentu ada sebabnya mengapa beliau menyatakan ‘peribahasa’ berkenaan.


 Yang aku boleh rasakan bahawa beliau menyatakan demikian ialah dalam suasana orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu, dilihat sebagai golongan yang tidak begitu cerdik dan boleh diputar-belitkan, disamping mengingatkan rakyat Singapura supaya sentiasa cerdik dan waspada dalam menghadapi apa juga keadaan ketika itu ( dalam suasana politik yang amat genting yang akhirnya membawa kepada perpisahan antara Singapura dari Malaysia).

Suasana politik di Malaysia kini kelihatan seolah-olah DS Najib bergantung kepada ‘talian hayat’ yang menghubungkan beliau dengan sebahagian besar ahli UMNO yang masih boleh ‘diperkotak-katikan’. Kepada merekalah para pemimpin memberikan berbagai alasan (yang diciptakan sendiri oleh mereka) untuk meyakinkan para ahli UMNO peringkat akar umbi bahawa sebenarnya DS Najib menerima sumbangan wang sejumlah RM 2.6 billion dari seseorang penderma dari Timur Tengah. Ahli UMNO akar umbi yang merupakan golongan yang mudah percaya tentang apa saja yang dikatakan oleh pemimpin mereka terus percaya dan yakin tanpa banyak bicara dan tidak pernah terfikir untuk mempersoalkan rasional dan lojik tidaknya penjelasan yang diberikan.

Rakyat Malaysia yang waras cara berfikirnya telah melemparkan tuduhan ‘bodoh’ kepada ahli UMNO yang bersikap demikian. Ada juga alasan mengapa golongan yang berpelajaran ini menggelarkan golongan ahli UMNO itu sebagai golongan yang agak ‘bodoh’ kerana boleh ditipu dan diputar-belit oleh pemimpin mereka. Hairan juga mengapa golongan UMNO yang sebegini boleh yakin dan percaya dengan penjelasan yang diberikan sedangkan terlalu banyak fakta yang ‘tidak masuk akal’ yang diberikan oleh para pemimpin dalam usaha meyakinkan golongan UMNO akar umbi itu. Namun dengan penjelasan yang sedemikian para pemimpin UMNO berjaya dalam usaha meyakinkan pengikut supaya memberikan sokongan kepada kepimpinan tertinggi UMNO.

Aku merasakan bahawa pemimpin akar umbi UMNO tidak bodoh tetapi ‘lurus bendul’. Mereka tidak langsung mahu menyusahkan fikiran mereka memikirkan perkara-perkara yang semacam tidak kena mengena dengan kehidupan seharian mereka. Mereka tidak merasakan keperitan hidup seharian mereka sekiranya nilai mata wang kita terus merudum kerana mereka tidak merasakan keperitannya sekiranya berkunjung ke laur negara. Mereka tidak pernah pun keluar negara.

Dengan demikian mereka tidak akan dapat merasakan keperitan sedemikian. Mungkin bagi mereka yang mempunyai anak belajar di luar negara akan merasa keperitan sedemikian. Itupun atas tajaan kerajaan.

Justeru mereka semacam ‘tidak peduli’ tentang apa yang berlaku. Mereka begitu ‘bersyukur’ dengan kehadiran pemimpin negara di mesyuarat UMNO di tempat mereka dan dapat pula bertemu muka dan beramah mesra dengan pemimpin ‘kesayangan’ mereka. Disamping itu pasti pula diberikan ‘cenderahati’ dan ‘buah tangan’ yang pastinya lumayan yang semacam seumur hidup tidak pernah dinikmati oleh mereka. Lantas mereka akan ‘mengangguk’ dan ‘terus mengangguk’ dengan apa saja yang diperkatakan oleh pemimpin mereka tanpa berfikir panjang, apatah lagi untuk mempersoalkan kerasionalan apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka.

Aku tak kata semuanya begitu tetapi kebanyakannya semacam begitulah. Sebenarnya bukan ahli UMNO itu yang bodoh tetapi diperbodohkan oleh setengah pemimpin UMNO yang memberikan penjelasan yang cuba ‘membohongi’ ahli UMNO itu sendiri. Rakyat Malaysia pada umumnya sudah faham dan jelas tentang hal-hal yang berkaitan dengan IMDB dan RM 2.6 billion itu. Jelas. Tetapi yang nampak kurang jelas ialah para ahli UMNO yang terus mengangguk apabila dijelaskan oleh para ‘pemimpin’ mereka. Maknanya mereka setuju 100% apa yang disampaikan oleh para pemimpin mereka.

Sampai bila agaknya keadaan jadi begini. Golongan yang bimbang dengan keadaan yang akan menimpa negara ini terus menerus ‘melolong’ dan ‘melalak’ seperti anjing menyalak bukit sedangkan golongan yang mempertahankan ‘status Quo’ menggunakan ahli UMNO peringkat akar umbi sebagai menyambung ‘talian hayat’ mereka untuk terus menerus memerintah negara ini. Dan yang paling malangnya ialah sudah kelihatan semacam negara ini sudah tidak berperaturan dan undang-undang dimana para pemimpin sudah sewenang-wenangnya melakukan apa saja yang terlintas di hati dan kepala mereka.

Mungkin agaknya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menunggu saat-saat negara tercinta ini menjadi ‘padang jarak padang terkukur’. Atau pun mungkin mahu mellihat negara ini menjadi nasi yang sudah menjadi bubur. Dan sekiranya negara ini dapat diselamatkan, kedudukan UMNO belum tentu selamat. Mungkin DS Najib menunggu dan menanti saat UMNO pecah berderai……
abuhassanadam

23 Ogos 2015
http://abuhassanadam.blogspot.com/

Sumber DD - 23-8-2015




Kisah beruk yang tangannya luka akibat terkena mercun
Posted on Saturday, August 22 @ 22:20:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kejadian berlaku bulan lepas di Taman TAR, Ampang. Beruk yang diberi nama Michai oleh NGO yang menjaga kawasan tersebut cedera ditangannya akibat ada individu yang tidak bertanggungjawab melempar mercun bola. Michai yang menyangka mercun itu adalah makanan dan mengambil lalu mercun tersebut meletup di tangannya.

Lebih menyayat hati Michai telah dilanggar lari sabtu lepas dan mengalami kecederaan dalaman yang parah. Cubaan menyelamatkannya dengan membawa ke klinik haiwan gagal dan Michai telah mati. Banyak lagi kes penganiayaan dan pembunuhan hidupan liar di sana. Di harap pihak berwajib memantau aktiviti yang tidak bermoral oleh manusia yang tidak bertanggungjawab di sana.



Sumber TKO - 22-8-2015



Undi Tak Percaya Di Parlimen, Ini Kali Bagi Jadilah ...

Posted on Friday, August 21 @ 16:10:10 MYT by tokdalang

Oleh Shahbudin Husin 

Penyelesaian terbaik kemelut politik negara ketika ini tidak lain ialah melakukan undi tidak percaya di Parlimen bagi menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Hakikatnya Najib tidak mungkin disingkirkan melalui UMNO dalam acuan yang dibentuknya sekarang, bahkan belum tentu juga beliau mampu diketepikan dalam pilihanraya.

Semua pihak tidak boleh bertahan lebih lama lagi berketuakan Najib memimpin negara ini kerana trend yang ditunjukkan dalam mempertahankan kuasanya kebelakangan ini memperlihatkan hampir tiada jaminan kepada sesiapa yang dilihat memberi ancaman kepadanya.

Jika Putrajaya boleh membuang Peguam Negara, melengahkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, membubarkan pasukan petugas khas dan melakukan gangguan terhadap tugas SPRM, maka dengan kuasa yang ada, kemenangan pembangkang dalam pilihanraya juga tidak mustahil boleh ditahan daripada menjadi kenyataan.

Biar pun pembangkang boleh terus berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang andainya Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, ia boleh bertukar menjadi sekadar mimpi ngeri kepada mereka kerana kuasa yang terlalu berpusat memberi kelebihan kepada si pemegang takhta.

Untuk jangka singkat ini, pakatan pembangkang yang mempunyai 88 kerusi Parlimen seharusnya tidak mengambil masa terlalu lama untuk mempertimbangkan idea yang dilontarkan secara terbuka oleh Tun Mahathir Mohamad semalam yang mahukan mereka segera mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen tetapi terus mengekalkan kuasa BN sebagai kerajaan.

Ini bermakna melalui usul yang hanya memerlukan sokongan 24 Ahli Parlimen BN saja lagi, tetapi BN tetap dikekalkan sebagai kerajaan dan Perdana Menteri baru menggantikan Najib juga daripada BN, menggamit sokongan Ahli-Ahli Parlimen lain untuk menyokong usul tersebut yang semata-mata untuk menukar Perdana Menteri nyata lebih mudah berbanding jika melalui usul yang sama menyebabkan BN tersungkur kuasanya.

Setelah pemecatan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan beberapa menteri lain baru-baru ini, usaha mendapatkan sokongan 24 Ahli Parlimen ini tidaklah mustahil sebenarnya jika betul cara runding dan tawar-menawarnya.

Itu belum diambil kira lagi kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah yang masih sebagai Ahli Parlimen dan pengaruh Tun Mahathir serta Tun Daim yang mungkin lebih memudahkan lagi usaha ke arah itu.

Dengan Tun Mahathir sendiri menggesa pihak pembangkang mengemukakan usul tersebut, secara tidak langsung bermakna bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sudah sedia menjadi sebahagian yang akan memastikan kejayaannya.

Jika usul ini berjaya dan Najib dapat disingkirkan, ia kemudian akan membentuk sebuah kerajaan campuran atau kerajaan peralihan yang melibatkan semua parti. Parti-parti yang menguasai kerajaan negeri pula boleh kekal dengan status quo sedia ada, begitu juga Sabah serta Sarawak yang boleh dipertimbangkan lebih kuasa autonominya.

Kerajaan campuran atau peralihan ini boleh jadi merupakan penyelesaian jangka pendek sehingga pilihanraya akan datang dengan matlamat semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai kerosakan dan caca marba yang didatangkan Najib, malah jika semua parti selesa dengannya, ia juga boleh diteruskan melalui formula yang sama selepas pilihanraya nanti.

Andainya kerajaan campuran itu tidak mahu diteruskan selepas pilihanraya akan datang, masing-masing boleh bersaing secara sihat dan terbuka sama ada melalui sistem dua parti iaitu BN dan PR atau pun melalui kekuatan parti sendiri.

Tetapi dengan memberi laluan kepada penyingkiran Najib, ia bukan saja membuatkan semua parti disanjung rakyat kerana sedia berkorban untuk bertoleransi demi menyelamatkan negara, yang jauh lebih penting ia juga memberi peluang yang sama rata, baik kepada BN mahupun PR untuk memenangi pilihanraya.

Ini kerana berbanding jika Najib terus menjadi Perdana Menteri, walaupun harapan memenangi pilihanraya juga nampak terbuka, tetapi taktik di saat-saat akhir mungkin menyebabkan kemenangan itu tidak menjadi realiti akhirnya.

Lagi pula dengan derma sebanyak RM2,600 yang pastinya masih banyak berbakinya untuk digunakan dalam pilihanraya ke 14 nanti, cabaran dan tentangan pembangkang untuk mengaut jumlah majoriti sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi membentuk kerajaan tidaklah mudah sebenarnya.

Daripada menunggu kemenangan dalam pilihanraya belum pasti lagi, lebih baik mereka merebut peluang yang sedang terbuka sekarang. Mendapatkan tambahan 24 kerusi Parlimen untuk menjadikan usul tidak percaya itu menjadi kenyataan bukan saja tidak mustahil berikutan situasi politik UMNO yang kacau bilau sekarang, bahkan ia juga lebih mudah kerana dalam BN sendiri ramai yang bimbang nasib masing-masing masih bercahaya atau sebaliknya selepas pilihanraya nanti.

Tetapi, dengan memastikan usul ini berjaya, semua pihak boleh bergembira dengannya. Negara dapat diselamatkan, rakyat mendapat harapan baru dan semua parti berkongsi rasa kek yang sama.
Sebahagian menteri yang ada pula, terutama yang ada intergriti, jujur, amanah dan tidak rasuah, tentu saja boleh dikekalkan dalam kerajaan baru itu nanti.

Tiada yang berbezanya melalui kejayaan usul tidak percaya itu, kecuali Najib yang membawa sengsara dapat dibersarakan lebih awal daripada yang sepatutnya.

Kepada semua parti yang terlibat dan Ahli-Ahli Parlimen yang sayangkan negara ini, janganlah dilengahkan lagi dan bawalah khabar gembira untuk rakyat yang sudah lama menderita.
Sama seperti yang pernah berlaku di Perak, ini kali bagi jadilah.

Sumber DD - 21-8-2015


Bila 'Jalur Gemilang' Tidak Berkibar

Posted on Friday, August 21 @ 16:05:30 MYT by tokdalang

Oleh Abu Hassan Adam 

Tentulah timbul rasa yang amat sedih apabila tidak melihat ‘Jalur Gemilang’ berkibaran di tanah tempat kelahirannya terutama dalam suasana negara menyambut kemerdekaan . Samada di jalan-jalan raya ataupun di kawasan perumahan, terlalu kurang kelihatan ‘Jalur Gemilang’ berkibaran kini. Suasana sedemikian amat berbeda dengan keadaan negara menyambut kemerdekaan pada tahun-tahun 1990an dulu.

Pada ketika itu dapat aku bayangkan suasana yang begitu riang dan bangga ketika menjelang hari kemerdekaan. Seolah-olah setiap rakyat Malaysia merasa bersalah sekiranya tidak bersama-sama menyambut kemerdekaan. Seolah-olah rakyat Malaysia merasakan tidak adil pada dirinya sekiranya ‘Jalur Gemilang’ tidak dikibarkan samada di kereta atau di rumah atau di mana sahaja yang boleh dipamerkan ‘Jalur Gemilang’ sebagai tanda sayang dan bangga kepada negara Malaysia yang tercinta.

Mengapa keadaan sedemikian sudah tidak wujud lagi di Malaysia kini. Mengapa? Amat sukar untuk melihat walau pun sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan yang mempamerkan ‘Jalur Gemilang’ di atas keretanya. Hampir tidak ada. Jikalau pun ada sebuah kereta yang mempamerkan ‘Jalur Gemilang’ akan diiringi dengan kata-kata ‘ Umno kini dan selama-lamanya’. Terfikir di kepala aku, ‘apakah ‘jalur Gemilang’ ini hanya milik segelintir manusia yang menggelarkan diri mereka ahli UMNO?

Mungkin rakyat Malaysia umumnya merasakan tidak perlu mempamerkan ‘Jalur Gemilang’ di kereta-kereta mereka. Soalnya mengapa bersikap begitu. Apakah rakyat Malaysia sudah tidak sayangkan lagi negara tercinta ini? Apakah mereka sudah tidak merasa sedih melihatkan ‘Jalur Gemilang’ begitu ‘dipersia-siakan’, sedangkan ‘Jalur Gemilang’ adalah sebagai lambang kemegahan bangsa Malaysia.

Tetapi jika diperhalusi, mengapa pula rakyat Malaysia begitu menyanjung dan mengaggungkan ‘Jalur Gemilang’ pada suatu ketika dahulu. Tahun-tahun 1990an misalnya. Seingat aku perasaan rakyat Malaysia begitu sayang dan mengaggungkan negara Malaysia sehinggakan pegibaran bendera sebagai satu cara mereka menumpahkan taat setia kepada negara. Anak-anak zaman ini tentunya akan kagum sekiranya dapat melihat video yang menggambrakan bagaimana rakyat Malaysia menyambut kemenangan Malaysia dalam pertandingan Thomas Cup menewaskan Indonesia dalam pertandingan akhir pada awal tahun 1990an. Seluruh negara begitu bangga sekali menyanyikan ‘Negaraku’ disamping mengibarkan ‘Jalur Gemilang’ disamping memuji dan memuja Tun Siti Hasmah (isteri Perdana Menteri) yang berada bersama-sama menyaksikan pertandingan berkenaan.

Bagi aku itu merupakan salah satu episod dalam sejarah Malaysia yang boleh menggambarkan perpaduan bangsa Malaysia yang begitu utuh dan kukuh. Seolah-olah tidak ada lagi ‘batu penghalang’ yang boleh menghalang pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Semacam sudah terlerai segala bentuk rintangan untuk kita mewujudkan bangsa Malaysia. Semacam sudah tidak ada lagi ‘manusia’ di Malaysia yang bergelar Melayu atau Cina atau India atau Kadazan atau Iban di negara ini. Semuanya anak Malaysia. Bangsa Malaysia dalam ertikata sebenarn-benarnya telah wujud. Perasaan hormat menghormati antara satu sama lain telah tersemai.

Tetapi soalnya mengapa sudah tidak wujud lagi keadaan sedemikian di negara kita kini. Semacam begitulah keadaaannya.

Aku merasakan bahawa untuk menentukan sayang tidaknya rakyat kepada negara dan bangga tidaknya rakyat ketika mengibarkan “jalur Gemilang’ terletak kepada cara pemerintahan yang dijalankan oleh para pemimpin di negara ini. Maknanya bergantung kepada tindakan para pemimpin dalam menjalankan pentadbiran mentadbirkan negara yang tercinta ini.

Satu kajian oleh Social media firm Politweet, yang membuat kajian terhadap 193,893 tweets daripada 79,949 pengguna internet mendapati bahawa ‘most netizens distrust Putrajaya and Prime Minister Najib Abdul Razak over 1MDB and the RM2.6 billion in the premier’s bank accounts’. Walaupun bukan menggambarkan perasaan seluruh rakyat Malaysia tetapi dapat juga memberikan ‘jawapan’ sekurang-kurangnya mengapa rakyat memandang sepi terhadap usaha menyambut kemerdekaan negara” Malaysiakini – 20 August 2015.

Mungkinlah banyak faktor-faktor lain yang menyebabkan rakyat ‘menunjuk perasaan’ dengan cara mereka tersendiri terhadap berbagai tindakan kerajaan yang agak menyusahkan rakyat. Pengenalan cukai GST masih lagi menguasai kehidupan rakyat yang menyebabkan kehidupan rakyat agak tertindih. Berbanding dengan kehidupan segelintir kumpulan rakyat yang kelihatan begitu mewah dan bahagia sekali menggunakan wang negara dengan sewenang-wenangnya seolah-olah wang yang digunakan oleh mereka itu seperti wang pusaka peninggalan datuk nenek mereka.

Rakyat tidak buta melihat penyelewengan sedemikian. Rakyat menderita dengan berbagai tekanan yang dikenakan. Dengan demikian cara rakyat melahirkan ‘penentangan’ mereka kepada kerajaan adalah dengan cara yang berbagai-bagai. Salah satu caranya ialah dengan tidak mengibarkan ‘Jalur Gemilang’. Mungkin mereka merasakan apa perlunya berbuat demikian sedangkan ‘hati dan perasaan mereka hancur lebur’ akibat tindakan pemimpin yang tidak bertanggung jawab kepada rakyat dan negara.

Mungkin itulah agaknya antara sebab ‘Jalur Gemilang’ tidak berkibaran sebagaimana sepatutnya.

 Mungkin.

abuhassanadam
21 Ogos 2015
 http://abuhassanadam.blogspot.com/ 


Setelah terpedaya, kini giliran PAS ‘ajar’ Najib

Posted on Thursday, August 20 @ 13:16:03 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Masihkah kita ingat apa antara kata-kata Datuk Seri Najib Razak apabila mula didedahkan wang sejumlah RM2.6 billion mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian PAS melalui Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din turut tidak mempercayai dakwaan tersebut?

Berikut petikan berita Malaysiakini bertarikh 5 Julai 2015:-
Perdana menteri, Najib melahirkan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ).


Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai wang yang dipercayai daripada dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Dr Haron Din. Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

Kata perdana menteri, beliau menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini yang mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itu pun kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Lihat...walaupun pada hakikatnya Najib tahu wang RM2.6 billion itu benar-benar sudah mengalir ke dalam akaun peribadinya, malah ketika itu akaun itu sudah pun ditutupnya dan wangnya dipindahkan entah ke mana, beliau tetap "berlakon" seolah-olah dirinya seorang yang suci bersih dan mangsa fitnah semata-mata.

Siap mengungkapkan "baeeek punya ayat", "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia."

Sekarang kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya...

Dr Haron Din, seorang yang warak dan tinggi ilmu agama ternyata boleh terpedaya dengan "lakonan" Najib, malah siap mengucapkan terima kasih dan penghargaan lagi kepada Mursyidul Am Pas itu bagi menunjukkan kepada umum beliau seolah-olah tidak tergamak menerima kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya.

Najib melahirkan penghargaan itu berikutan kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ  itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula, walaupun mengatakan Najib bukan malaikat tetapi turut meragui dakwaan terhadap perdana menteri itu sambil mengatakan, "kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang."

Setelah terbukti wang tersebut benar-benar masuk ke dalam akaun peribadi Najib, walaupun berubah-ubah penjelasannya daripada dana politik, selepas itu sebagai derma dan kemudian kononnya sebagai tanda penghargaan kepada Malaysia untuk memerangi IS, meskipun pada Mac 2013 ketika wang disalurkan, daulah Islamiah itu belum wujud lagi, hakikatnya Najib sudah terperangkap dalam tindakan paling tidak bermoral sekali sebagai pemimpin.

Apa pun hujah dan alasannya, tidak masuk akal ada seseorang sanggup menderma atau bersedekah dengan jumlah yang sebegitu besar, bak kata Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah "bullshit".

Apatah lagi, siasatan yang pada mulanya dijalankan untuk mencari kebenaran mengenai wang itu pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan juga digagalkan melalui pembubaran pasukan petugas khas, pemecatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara dan kacau ganggu termasuk  serbuan dan rampasan fail, dokumen serta komputer riba terhadap SPRM.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri yang banyak bertanya mengenai wang itu pula dipecat daripada kabinet.

Najib kemudian "berlakon" lagi dengan mengumumkan penubuhan jawatankuasa pembiayaan dana politik untuk memantau sumbangan yang diterima parti-parti politik.

Sekali lagi...di sebalik gagal menjelaskan dengan jujur, berterus terang dan atas nama Tuhan mengenai wang RM2.6 billion, Najib tetap mahu mempamerkan dirinya seperti kain putih di depan umum di mana dana politik, derma atau sebagainya mesti dipantau pengalirannya.

Meskipun PAS, terutamanya Hadi dan Dr Haron Din, terlihat ingin bertolerasi dan bersangka baik dengan Najib, isu wang RM2.6 billion ini seharusnya menyedarkan PAS hakikat yang sebenarnya.

PAS harus segera meletakkan titik noktahnya terhadap Najib demi menyelamatkan masa depan negara ini dengan turut sama menyokong jika ada usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri mahu dibentangkan di Parlimen.

Sekadar Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustapha Ali memperakukan sokongan parti itu terhadap undi tidak percaya masih belum memadai sebenarnya. Hadi sebagai presiden dan Dr Haron Din sebagai mursyidul am harus tegas menyatakan pendirian rasmi PAS untuk menyokong usul tersebut.

Sokongan tersebut bukan saja untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan seterusnya yang mungkin lebih dahsyat daripada wang RM2.6 billion, tetapi juga sebagai "mengajar" Najib kerana tindakannya  "memperperdaya" dan "berlakon suci bersih" terhadap golongan ulama.

Menyokong usul di Parlimen dan memastikan Najib tersingkir sekurang-kurangnya dapat mengembalikan maruah serta harga diri kedua-dua pimpinan utama PAS itu yang selama ini mungkin "tersilau" dan "terpedaya" tanpa disangka.

Tambahan lagi, ia juga bertepatan dengan kata-kata Hadi sendiri yang mengikut asas Islam, "yang baik disokong, yang tak baik ditentang." shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber DD - 20-8-2015























































Usul Tak Percaya Di Parlimen Suatu Keselahan Jenayah ?

Posted on Wednesday, August 19 @ 11:58:53 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Hussin 

Gagal membuktikan kata-katanya untuk mendedahkan siapakah pemimpin UMNO yang dimaksudkannya sedang berusaha menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen, Zahid Hamidi akhirnya berdalih dengan mengatakan telah menyerahkan segala maklumat berkaitan kepada pihak polis.

Kenapa serah kepada polis? Apakah mengusulkan undi tak percaya di Parlimen suatu jenayah?

Apa yang polis boleh lakukan sedangkan ia adalah urusan Ahli-Ahli Parlimen yang dibenarkan oleh perlembagaan?

Kalau jenayah, adakah menjatuhkan kerajaan Perak pada 2009 dahulu yang diketuai Najib Razak juga merupakan jenayah?

Begitu juga di Sabah sebelum ini di mana beberapa kali pertukaran kerajaan berlaku melalui aksi lompat-melompat wakil rakyatnya, adalah ia turut merupakan jenayah sama?

Pada mulanya memang ramai yang bangga apabila Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau adalah pemimpin Perak pertama dilantik ke jawatan itu. Ditambah dengan kedudukan Najib yang semakin lemah dan banyak masalah, ada yang mula berangan dan berdoa agar Zahid juga berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri akhirnya.

Tetapi belum pun sampai sebulan, sudah ada yang malu mengaku berasal dari Perak. Tindakan Zahid yang gagal meletakkan dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seolah-olah masih merasakan dirinya Ketua Pemuda UMNO atau Setiausaha Politik kepada Najib, membuatkan ramai yang kecewa dengan penampilannya.

Caranya menangani isu undi tak percaya yang dikaitkan dengan usaha menggulingkan kerajaan yang didedahkannya sendiri, menjadikan wataknya menjadi perbualan di mana-mana.

Sudahlah gagal mendedahkan siapa pemimpin yang dimaksudkannya itu, beliau juga dilihat "propa" apabila kata-katanya bahawa pemimpin tersebut akan berjumpa Perdana Menteri pada jam 6 petang Ahad lalu, turut tidak menjadi kenyataan.

Dengan selamba Zahid kemudiannya berkata, pemimpin terbabit membatalkan pertemuannya dengan Najib kerana "ramai wartawan menunggu di pintu masuk Seri Perdana."

Akhirnya wartawan pun turut diletakkan beban kesalahan atas kegagalan membuktikan kebenaran dakwaannya itu. Bukankah beliau sendiri yang mengatakan pertemuan itu akan diadakan pada hari Ahad jam 6 petang?

Adakah Zahid sebenarnya mengharapkan wartawan akan pergi bercuti atau bersiar-siar di KLCC apabila beliau mendedahkan mengenai pertemuan itu? Bukankah kerja wartawan mengejar berita?

Setelah gagal mendedahkan siapakah pemimpin tersebut dan pertemuan dengan Najib itu pula tidak menjadi kenyataan, Zahid kemudian berkata, segala info mengenai perkara itu sudah diserahkan kepada pihak polis dan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya?

Kenapa berselindung di sebalik polis dan Peguam Negara? Bukankah ketika mendedahkannya pada Sabtu lalu, Zahid berkata, sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau akan berusaha menghalang undi tidak percaya itu daripada menjadi kenyataan?

Ini adalah isu politik dan ia seharusnya dihadapi secara politik. Alih-alih serah pada polis akhirnya. Sedarkah Zahid bahawa undi tidak percaya sama ada di Parlimen atau pun dengan membuktikan adanya majoriti lalu mengadap Agong, adalah dibenarkan dalam perlembagaan dan ia bukanlah plot dalam bentuk kekerasan atau angkat senjata.

Ahli Parlimen diberikan imuniiti untuk menukar kerajaan melalui kelebihan jumlah kerusi yang dimiliki berdasarkan politik itu sendiri adalah "game of numbers".

Ada PhD takkan tak faham mengenainya?

Anwar Ibrahim sendiri pernah berusaha melakukannya sebelum ini melalui "Projek 16 September" sehingga Ahli-Ahli Parlimen BN dilarikan ke Taiwan untuk mengelakannya daripada menjadi kenyataan.

Kenapa ketika itu Zahid tidak bersuara atau mahu membuat laporan polis? Adakah sebab Anwar, bekas "bosnya" yang melakukannya, maka ia tidak pula dianggap salah?

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sendiri sebelum ini ada berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan berkaitan parti, sebaliknya hanya melihat jika usaha itu bertentangan dengan perlembagaan saja.

Habis, buat apa Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri mahu membebankan polis lagi?

Soalnya, di mana letaknya mengumpul "nombor" di kalangan Ahli-Ahli Parlimen ini suatu kesalahan? Selain PKR dan DAP sudah sedia menyatakan sokongan, terbaru ini Pas juga sudah mulai senada. Barangkali ia mungkin disebabkan Pas turut tertipu dengan isu derma RM2,600 juta sebelum ini sehingga Haji Hadi Awang dan Dr Haron Din pada mulanya tidak percaya Najib sanggup menerima wang sebesar itu ke dalam akaun peribadinya.

Belum sampai sebulan menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri dan hanya melalui isu undi tak percaya yang secara jelas menampakkan kedangkalannya, sudah ramai yang menganggap penampilan Zahid sekarang ini hanyalah ibarat "penglipur lara" dalam kerajaan yang tempat itu sebelum ini dimonopoli oleh Hasan Malek yang sudah tiada dalam kabinet dan Ahmad Maslan sudah kurang merapunya sejak dipindahkan ke kementerian lain.

Apa lagi hiburan daripada Zahid selepas ini agaknya?

Sumber DD - 19-8-2015

Zahid wrongly positioning himself
Posted on Wednesday, August 19 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Oleh Aspan Alias
Zahid is trying hard to show that he is different than others since he became the Deputy Prime Minister.  On the day he was appointed as DPM in place of the ousted Muhyiddin he told the 
media that he wanted to be a smiling Tun Dr Ismail, falling a bit short of telling us he will be like Tun Dr Ismail Abdul Rahman, the late Deputy Prime Minister who died in early months of 1973.
Now he has been Deputy for more than two weeks but we can’t see any a breath of Tun Ismail’s

attributes in him. Tun Ismail didn’t behave like a mad cow wailing or shouting while standing

behind the rostrum. Tun Ismail was a man of integrity who didn’t have any one of his family

members to take advantage on his position like Zahid’s.



Tun Ismail was a man of few words and he did not talk in high pitch like Zahid who always 

speaks with fingers pointing every direction showing his conceit, arrogance and self-importance.

Zahid’s speeches were without decorum and he is just not like Tun Dr Ismail. He has more 

‘sudu dari kuah’ as the Malay adage goes. He doesn’t sound like a Deputy Prime Minister at all.



Tun Ismail will think before saying anything but Zahid has his mouth works faster than his brain. Tun Ismail was a natural leader and he did not have to act ‘macho’ to show his consequences as 

a leader. On the other hand Zahid has to shout and wail to cover his own recognizable weaknesses and he sounds so unnatural and that signifies him as a faked and replicated leader.



Obviously Najib has chosen a leader who his more mediocre than the one he purged. We are now

going through further agony if this leader rises up as the Prime Minister. I think his fist and muscle

is bigger and tougher than Najib. No one can do anything including initiatives that are within the

domain of law and legality.



Now Zahid has admitted that any move to oust a Prime Minister in Parliament is not at all illegal

and Zahid should come out in the open to ask for apology for the unbecoming statements and

allegations towards the person whom he alleges initiating the toppling of the government. As I have

said in my last posting Zahid should sign up the statutory declaration he impolitely claims to be

headed by an old man in UMNO.



Zahid must admit that his defence on Najib is going to be an abortive tussle. Zahid is going to end

his political life sooner than expected.  Najib is already not just as a failed PM. He is perceived to

be a scrounging leader who is compelled to do nothing but to defend himself from the indefensible

allegations against him on many issues that are criminal in nature. He has no more time to manage

the country as he is busy with his own personal problems. He has to go but it doesn’t mean that he

can walk in easily to be the substitute of the PM but instead he is going to collapse together with

Najib.



Zahid is revealing too much of his personal weaknesses in just 2 weeks being a Deputy Prime

Minister.  He can’t even differentiate between a left and a right hand. He is incapable to distinguish

difference between toppling the government and replacing Najib and his leadership.



Everybody knows that Zahid is only concerned about his personal stake. He is not defending Najib

either. He wants to be an assured man to take over Najib, that’s it. If that’s his concern, he has more

reasons to part himself with the cloying PM.



It’s clear that Zahid is wrongly positioning himself. I hope I am wrong Mr Zahid.



Sumber TKO - 19-8-2015

Jika Zahid sendiri kemuka undi tak percaya

SHAHBUDIN HUSIN | .


SUDAH masuk hari ketiga hari ini, tetapi Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi masih gagal membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai pemimpin Umno yang disebutnya Sabtu lalu mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam masa yang sama, turut gagal membuktikan kesahihan dakwaannya sehari selepas itu bahawa pemimpin Umno terbabit akan datang menemui Najib Razak pada jam 6 petang Ahad lalu untuk meminta maaf.

Bermakna, bukan saja pemimpin Umno yang didakwanya mahu menjatuhkan Najib itu tidak berjaya dibuktikan sehingga kini, malah dakwaannya pemimpin tersebut akan meminta maaf kepada Najib tidak lebih seperti "maklumat tepi jalan" atau "gossip cerita artis" semata-mata.

Dengan ini, tentulah ramai yang hairan bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri boleh membuat "dakwaan kosong" sebegitu rupa dan ia barangkali tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penyandang jawatan itu sebelum ini.

Oleh sebab Zahid masih terbelenggu dengan "janji lama" dalang Lahad Datu dan bukti Syiahnya Mohamad Sabu yang masih belum ditunaikannya, beliau kini mempunyai dua pilihan untuk dilakukannya.

Pertama, segera membuktikan kebenaran dakwaannya terbaru itu dengan menyebut nama pemimpin Umno terbabit supaya beliau dilihat benar-benar berwibawa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ada harapan menjadi Perdana Menteri di masa depan.

Kedua, terus membuat "dakwaan-dakwaan kosong" atau bersandarkan "kicauan burung" ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno pada minggu-minggu seterusnya agar dirinya kekal dikenali dengan watak seperti "pembawa gossip artis"  untuk selama-lamanya.

Mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen hakikatnya sukar dilakukan oleh pihak di luar daripada hierarki Umno. Oleh sebab pembangkang sendiri mempunyai kerusi yang sedikit dan orang di luar Umno dan kerajaan pula tidak mempunyai kekuatan pengaruh yang mencukupi, laluannya tidaklah semudah yang dijangka.

Ia lebih mungkin dilakukan oleh pihak dalam hierarki Umno dan kerajaan sendiri kerana mereka lebih mudah mendekati rakan-rakan Ahli Parlimen dalam parti sendiri serta melakukan tawar-menawar dengan pihak pembangkang.

Dalam situasi kedudukan Najib yang kian lemah berikutan isu derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya yang bertambah kalut hari demi hari, harus diakui kedudukan Umno dan BN dalam menghadapi pilihan raya akan datang turut bertambah sukar.

Muhyiddin sendiri baru-baru ini berkata, jika dalam 10 orang yang ditanya, terdapat dua atau atau tiga yang menyokong BN, ia sudah dikira cukup beruntung.

Generasi muda tambah parah lagi kedudukannya, lihat sahaja gelombang dalam Pemuda Umno. Selain beberapa Pemuda Umno bahagian secara terbuka mendesak Najib berehat dan berundur, rata-rata yang lain turut menolaknya dalam diam sehingga sayap kanan itu tidak lagi dilihat berperanan sebagai benteng utama mempertahankan Najib.

Oleh hal yang demikian, jika Zahid memahami situasi penolakan terhadap Najib ketika ini, beliau bukan saja patut menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen demi menyelamatkan masa depan Umno dan kerajaan, bahkan harus menjadi sebahagian pendahulunya.

Alang-alang sudah menyebut ada tokoh Umno mahu berbuat demikian dan ia terus memalukannya kerana tidak berjaya dibuktikan, lebih baik ia dijadikan kenyataan dengan Zahid sendiri melakukannya.

Lagi pula menolak Najib adalah kehendak majoriti ahli Umno dan rakyat yang makin membesar dan tidak dapat disembunyikan lagi. - shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber HD - 18-8-2015


Timbalan perdana menteri jangan kelirukan rakyat

Posted on Monday, August 17 @ 11:31:13 MYT by paktam

Oleh Zainuddin Maidin 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak seharusnya mengelirukan rakyat antara usaha untuk menggulingkan kerajaan dengan usaha menggulingkan Datuk Seri  Najib sebagai perdana menteri.

Jangan membesarkan perkara yang kecil dan mengecilkan perkara yang lebih besar. Sebagai seorang menteri dalam negeri beliau tahu hal sebenarnya.

Beliau harus sedar ketidakstabilan, kekecohan dan kemurungan negara sekarang adalah  kerana Najib mempertahankan takhtanya  dan sengaja tidak mahu menghayati sejujurnya perasaan rakyat terhadap beliau dan isteri, sebaliknya condong menyalahkan kejahatan media sosial.

Hakikat ini tidak benar sama sekali  kerana tentangan tidak sahaja datang daripada orang luar, daripada orang atas pagar dan juga daripada penyokong-penyokong setia Umno tetapi dari dalam kepimpinan Umno sendiri secara tersirat dan tersurat.

Timbalan Presiden Umno  Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengkritik usaha membendung dan menekan suara kebangkitan ini secara yang tidak demokratik. Apakah kritikannya boleh dipandang kecil sedangkan beliau dipilih ke jawatannya secara demokratik oleh ahli-ahli Umno?

Orang Melayu khususnya orang Umno sendiri sampai ke peringkat sanggup meminta “dikencingkan” Najib bukanlah kerana mereka tidak sayang pada Umno tetapi mereka mahu Najib diceraikan daripada Umno kerana tali menali pengurusannya yang flip flop daripada parti hingga kepada negara sehingga tidak dihormati pegawai-pegawai tinggi kerajaan sendiri.

Malah kita boleh bertanya kenapakah Naib Presiden Umno Datuk Hishammuddin Hussein sendiri  menyatakan ketakutan terhadap masa depan Umno. Apakah jika kepimpinan meyakinkan, beliau akan bimbang dan takut?

Bagaimanakah poster-poster anti Najib boleh dinaikan dan terbiar beberapa hari di Johor sedangkan menteri besar sendiri adalah pengerusi Majlis Keselamatan Negeri? Adakah menteri besar tidak tahu atau tidak berani memerintah diturunkannya? Kenapa menteri besar tidak mengutuk perbuatan biadab ini di negerinya sendiri?

Apakah benar dakwaan Pengarah Jasa Puad Zakarshi yang  menggambarkan dirinya sebagai  jurucakap istana mengatakan hubungan antara Istana Johor dengan Najib adalah baik? Rakyat hanya akan percaya jika datang daripada jurucakap rasmi Istana Johor sendiri. Bilakah Puad dilantik menjadi jurucakap Istana Johor? Atau hidung tak mancung, pipi tersorong-tersorong?

Zahid mempunyai segala sumber kuasa  untuk mengetahui dan mengesahkan apa juga yang dibuat oleh Najib untuk membersihkan dirinya sudah tidak lagi dipercayai rakyat kerana tali menali  pengurusannya yang flip flop, daripada soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tabung Haji, tabung dana politik RM2.6 bilion, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Akta Hasutan dan sebagainya yang menunjukkan ketidakcekapan dan kepincangan dalam  pengurusan keselamatan, kewangan, politik dan sosio ekonomi negara.

Yang tinggal hanya penampilannya yang segak dan kacak dan keupayaan luar biasanya untuk buat dak, buat sardin, buat tak reti.

Bagi rakyat, cara mudah memulihkan keyakinan negara ialah dengan Najib berundur secara teratur dan selamat.

Mengikut conventional beliau hendaklah digantikan oleh Muhyiddin dan Muhyiddin hendaklah mengekalkan Zahid sebagai timbalannya dan melantik Hishammuddin sebagai menteri dalam negeri.

Sebagai perdana menteri, Muhyiddin hendaklah groom Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menjadi pemimpin masa depan  negara dan memberikan tanggungjawab utama kepada mereka memulihkan keyakinan rakyat terutama golongan muda kepada Umno. Keduanya akan dapat diterima oleh semua kaum.

Walaupun  saya tahu Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menolak secara bersurat satu jawatan yang ditawarkan oleh Najib sebaik sahaja menjadi perdana menteri tetapi saya percaya Dr Mahathir akan menerimanya jika beliau dilantik oleh Muhyiddin untuk menjadi penasihat tidak rasmi kepada kerajaan Malaysia.

Ini adalah sangat penting untuk memulihkan keyakinan dari dalam dan luar negara terhadap keselamatan dan ekonomi.

Buat masa ini Zahid tidak perlu bimbang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan kerana yang lebih bahaya adalah api dalam sekam di dalam Umno dan orang Melayu umumnya yang sedang membakar dan bersedia membakar hangus Umno dalam pilihan raya akan datang jika Najib masih kekal.

Rancangan menggulingkan kerajaan hanya kerana hendak memenuhi cita-cita seseorang yang mengidam untuk  menjadi perdana menteri tidak mungkin menjadi realiti, tidak akan disokong oleh orang Melayu,  tetapi  yang lebih penting kepada tugas Zahid ialah menyelamatkan negara dan bukannya menyelamatkan Najib dan Rosmah. Aturkanlah laluan selamat dan terhormat kepadanya.

Zahid juga adalah seorang yang berpendidikan agama seperti Muhyiddin dan dalam keadaan runcing ini kembalilah kepada Allah, mintalah petunjuk daripada Allah dengan sejujurnya dan janganlah berpolitik dengan Allah kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.
Tuhanku aku menyampaikan seikhlas hatiku apa yang tersirat di hatiku. Amin. – zamkata.blogspot.com,

Sumber DD - 17-8-2015

Kebangkitan wartawan tentang Najib dari dalam Utusan

Posted on Saturday, August 15 @ 22:16:57 MYT by paktam

Oleh Zainuddin Maidin

Walaupun dalam keadaan tertekan, tetapi wartawan-wartawan yang percaya kepada kebenaran, menilai harga diri dan prinsip, tetap bangun untuk bersuara berani tanpa mengambil kira bahaya kepada masa depannya.

Demikianlah sejarah berulang di Utusan Melayu yang menyimpan identiti kukuh sebagai akhbar perjuangan seperti yang disebutkan William R. Roff dalam bukunya (Nasionalisme Melayu terjemahan ke Bahasa Melayu Ahmad Boestamam).

Utusan sekarang sedang berhempas pulas berjuang untuk mempertahankan perdana menteri, Datuk Seri Najib, tetapi dalam pada itu, ketua Pengarangnya yang bijaksana, tidak dapat menahan kebangkitan dari dalam akhbar itu yang mendedahkan perasaan sebenar di sebalik sokongan yang diperbesarkan.


Mereka mestilah bersedia untuk menanggung akibatnya.

Pekara yang sama berlaku dalam era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melihat kebangkitan wartawan-wartawan berani yang sanggup berkorban.

Di era Pak Lah, pemimpin-pemimpin Umno takut untuk dilihat bersama dengan Dr Mahathir yang tidak mahu Pak Lah, tetapi sekeping gambar yang tersiar di Utusan Malaysia yang menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama Dr Mahathir di rumah setiausaha Kerja Umno, Raof memecahkan ketakutan ini.

Ini adalah sejarah berulang Utusan Melayu yang hanya silih berganti, pelakunya dari sejak lebih 50 tahun lalu.

Terbaru Utusan menggunakan gambar pertemuan mesra bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin dengan timbalan perdana menteri baru Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Johor yang menyebabkan beberapa bahagian Umno menarik balik rancangan mereka untuk membatalkan jemputan kepada Muhyiddin bagi merasmikan mesyuarat bahagian masing-masing.

Di bidang kewartawanan, pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein menggemparkan kalangan penyokong Najib di ruangan tetapnya di Mingguan Malaysia dengan menolak wang RM2.6 billion yang dimasukan ke dalam akaun Najib sebagai wang Umno.

Beliau berpendapat wang itu merupakan simpanan peribadi dengan alasan, sekiranya kepunyaan Umno tentulah di ketahui lain-lain pemimpin penting Umno dan tidak hanya Najib seorang.
Kata Ku Seman "bila didedahkan sebagai wang Umno, maka orang Umno memikul biawak hidup."

Apakah akibat kepada Ku Seman dari tulisannya yang dibantah keras panglima-panglima barisan hadapan tentera penyerang Najib, di antaranya ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr Puad Zarkashi dan menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Salleh Said Keruak. Mereka dan laskar-laskar lain dari Jabatan Perdana Menteri tentulah menalefon ketua Pengarang Utusan Malaysia berkali-kali.

Setakat ini belum diketahui lagi nasib Ku Seman, namun heboh mengatakan beliau dipecat tetapi sumber saya mengatakan tidak.

Kebangkitan dari dalam ini juga disertai beberapa orang anggota kanan Jabatan Pengarang Utusan Melayu lainnya dan ramai lagi yang sedang memendam rasa pastinya akan turut bersuara sama ada dari dalam atau dari  luar.

Setakat ini yang bersuara secara sinis, ialah penulis Kolum Cuit Cuit yang terkenal, Datuk Zaini Hassan yang juga ketua kepada persatuan bekas-bekas pelajar UiTM yang mempunyai ribuan anggota. Seorang lagi pengarang Kanan yang juga kolumnis terkemuka Utusan Zulkfili Bakar.

Di bawah ini adalah petikan dari Blog Ku Seman Ku Hussein www.kayangdailypost.blogspot.com.
Tersiar di Utusan Malaysia, dua orang kuat perdana menteri Najib, ketua Pengarah Jasa, Puad dan menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh "menjawab" tulisan saya dalam Mingguan Malaysia semalam mengenai derma RM2.6 bilion.

Bagaimanapun kedua-dua panglima ini sama sekali tidak menyentuh isu yang saya bangkitkan iaitu derma RM2.6 bilion itu bukan milik Umno, hujah saya seluruh kepimpinan tertinggi termasuk bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin tidak tahu tentang kewujudan derma itu.

Jadi, secara logiknya apabila orang penting Umno tidak tahu  mereka tidak layak mengaku derma yang banyak itu milik mereka melainkan mereka bersedia memikul biawak hidup. Sekarang Umno memikul liabiliti Najib yang akibatnya boleh meruntuhkan keyakinan rakyat termasuk ahli Umno kepada Umno.

Yang ini tidak dijawab sebaliknya mereka spin tulisan saya seolah-olah saya menuduh derma itu sebagai rasuah. Maka mereka pun berkata, SPRM sudah mengesahkan derma itu bukan rasuah. Kenapa mereka menjawab suatu yang saya tidak mempersoalkan?

Kedua-dua panglima ini menjawab seolah-olah saya mempertikaikan status derma itu. Mereka ini kaki spin, sebab itulah cybertrooper yang diketuai Puad hanya layak dibaca pengampu-pengampu Umno sahaja. Cuba cari dalam tulisan saya  adakah ayat yang membawa maksud saya mempertikaikan derma itu sebagai rasuah? Saya hanya mengatakan derma itu sebagai hak peribadi.
Puad juga mahu mengajar saya menulis. Dia berkata sepatutnya saya tanya adakah dana politik salah di sisi undang-undang. Apakah Najib mencuri duit 1MDB dan apakah salah akaun peribadi digunakan untuk menerima derma.

Untuk pengetahuan Fuad, saya sangat faham, dana politik tidak salah di sisi undang-undang. Sebab itu saya tidak membangkitkan isu dana politik. Saya juga tidak kata Najib mencuri duit 1MDB kerana belum terbukti dan tidak mungkin dapat dibuktikan. Saya juga tidak membangkitkan kesalahan menggunakan akaun peribadi untuk menerima derma kerana memang tidak salah.

Yang saya bangkitkan adalah derma itu kepunyaan Najib. Kalau dana politik Umno, sudah tentu Umno tahu sejak awal lagi. Sebenarnya jawapan kedua-dua panglima Najib ini membuatkan rakyat melihat pemimpin kanan Umno dilihat terlalu dungu hingga tidak tahu apa yang ada dalam akaun parti. Derma disalurkan dalam akaun peribadi memang tidak salah, sebab itulah saya tidak membangkitkannya.

Mereka berdua juga tidak menjawab pertanyaan saya, kenapa sebaik sahaja selepas The Wall Street Journal mendedahkan ada transaksi RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, ada pemimpin Umno berkata itu dana politik? Kenapa masing-masing diam termasuk Puad dan Salleh yang sekarang beriya-iya spin rakyat itu dana politik? Janganlah menyembunyikan suatu yang tidak cerdik dengan tindakan yang tidak cerdik.

Sepatutnya mereka menjawab soalan cepu emas anak menteri besar Johor dulu sebelum menjawab tulisan saya. Sebenarnya apabila membaca kenyataan mereka di Utusan Malaysia hari ini yang cuba memperendahkan hujah saya, tiba-tiba saya hilang hormat kepada mereka.

Mereka cuba menonjolkan diri sebagai pembela Najib tetapi pada masa yang sama tidak mempunyai kecerdikan yang tinggi. Maka akhirnya Fuad dan Salleh hanya boleh disamakan dengan juak-juak Umno yang disihirkan supaya menjadi tukang angguk. Sama ada mereka mahu menjadi pembela buta dan tuli, itu soal mereka tetapi jangan menggunakan kuasa untuk menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang betul.

Saya mencabar sama ada Salleh (menteri RTM)  atau Puad supaya mengatur debat dengan saya mengenai isu fundamental derma RM2.6 bilion yang saya anggap bukan kepunyaan Umno ini.

Kalau disiarkan secara langsung di RTM lagi bagus  supaya mereka lebih kelihatan sebagai pembela Najib. Saya sanggup untuk berdebat satu lawan dua dengan Salleh dan Puad. – zamkata.blogspot.com


Sumber DD - 16-8-2015

Orang Melayu dan UMNO Najib.

Posted on Saturday, August 15 @ 22:05:16 MYT by paktam

Oleh Sakmongkol AK47

Kemelayuan Ismail Sabri Yaakob.

Ini isu yang penting. Saya cuba huraikan dengan bahasa yang semudahnya. Jika ia melibatkan orang Melayu dalam UMNO sahaja, ia bukan hal saya.

Tapi ia melibatkan keseluruhan bangsa Melayu. Ada yang sokong UMNO, ada yang tidak sokong. Kita hormatilah perbezaan. ini bukan soal aqidah sehingga kita hendak berbunuhan sesama sendiri.

Sahabat saya ahli parlimen Bera, DS Ismail Sabri Yaakob baru2 ini mengistiharkan bahawa masa depan orang Melayu hanya dengan UMNO. Ini kenyataan yang menarik.

Hanya di Malaysia masa depan sesuatu bangsa itu bergantung kepada parti politik. Ditempat lain, masa depan sesuatu kaum bergantung kepada kaum itu sendiri.

Tuhan pun ada menyebut Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Dia tidak sebut sehingga mengubah UMNO atau kekal UMNO. Maka yang penting kita tanya, adakah mereka ada dalam diri mereka itu, himpunan nilai2 untuk membangun dan memajukan?

Terjemah ke dalam politik, ia bererti sama ada mereka ada sistem nilai yang membentuk sebuah kerajaan yang didirikan diatas sistem perintah ikut hukum dikendalikan oleh yang terbaik dari kalangan kaum tersebut.Bila tuhan lantik Talut jadi raja dan pemimpin, kaum mereka protes. Meraka kata Talut tidak kaya dan bukan dari klik mereka.

Tuhan nyatakan 2 syarat penting ialah sihat tubuh badan dan kuat mindanya. Melihat kepada apa yang Najib lakukan hari ini, macam ada sedikit sakit mental. Hanya di Malaysia ianya lain.

Bergantung mutlak kepada UMNO- sebuah parti politik. Tidak kira sama ada UMNO ada sistem nilai atau tidak, tidak kira pimpinan UMNO itu terbaik atau tidak dan tidak kira sama ada pimpinan UMNO itu korap atau tidak. Agaknya, atas semangat itulah maka dia keluar kenyataan mahu bina Low Yatt untuk Melayu. Peniaga Melayu , pembelinya Melayu. Dia lupa bahawa master distributor dan principals semua Cina.

Ini suatu pandangan yang haibat. Cukup haibat. Saya sangat alu alukan bila pemimpin UMNO bercakap mengenai Melayu.

Elok juga pemimpin UMNO bercakap mengenai pasaraya untuk Melayu, kedai runcit untuk Melayu( mamak mydin pun tak boleh) kopi tiam untuk melayu.

Paling elok, bikin undang2 mengharam orang Melayu beli daripada kedai bukan Melayu. Namakan dasar ini, Jihad pengguna.

Atas nama keadilan, kalau kita dilarang beli dari kedai cina,larangan serupa mesti dikenakan keatas pekedai India. Haramkan makan nasi daun pisang.

Pemimpin UMNO bila bercakap memang bersemangat mengenai semua Melayu. Tapi bila melaksanakan dasar, rakan kongsi Cina belaka. Mereka bercakap mengenai perkara2 meMelayukan itu ini, sudah 45 tahun sejak 1970.

Apa yang terjadi sejak itu? Pegangan ekuiti Melayu secara individu sekitar 19%. Hanya memasukkan GLC, ekuiti Melayu tinggi. Itupun kalau kita anggap GLC mewakili kepentingan Melayu.

Berapa perniagaan yang sudah di divest oleh GLC kepada peniaga Melayu? Ternyata GLC kayakan segelintir Melayu. Bagaimana kita atasi? Dengan mengurangkan perniagaan diberi kepada GLC.

Dan GLC seringkali berfungsi sebagai atm elit UMNO. Nilai saham yang diberi kepada individu Melayu 1970-1990 bernilai RM54 billion, sekarang hanya RM2 billion. Mereka yang dapat borang pink , saham percuma, saham anugerah pada harga anugerah dengan pembiayaan anugerah, sudah jual masa depan bangsa Melayu.

Melayu menjual diri mereka sendiri. Melayu tidak berminat membina sumber aliran kekayaan berterusan. Dasar mengayakan segelintir Melayu dengan harapan terjadi lelehan kebawah, tidak berjaya.

Tapi itulah yang terjadi dalam dasar ekonomi yang UMNO laksanakan.UMNO memuliakan trickle down economics.

Bagaimana kesenjangan pendapatan antara kumpulan 20% teratas dengan kumpulan 40% terbawah atau dengan kita selebihnya ini? Kumpulan T20 pemilik pendapatan purata bulanan RM12,000;

kita punya pendapatan purata mungkin hanya Rm2000. RM1686 untuk B40. Makanya, semua cakap besar mengenai meMelayukan ini dan itu, semua nya omongan kosong. Selagi sumber pengkayaan tidak diletakkan kedalam tangan ejen2 ekonomik secara lansung, maka masalah ekonomi orang Melayu akan begitulah juga.

Ismail Sabri memang ada semangat untuk bercakap mengenai semua nya Melayu. Suatu ketika saya cukup kagum dengan usaha dia mahu menjadikan pengurangan dan penghapusan orang tengah sebagai suatu dasar. Maka lahirlah jihad orang tengah. Tapi saya lihat pegawai Mardi di Raub beli buah durian bukan secara lansung dari petani Melayu, tapi beli dari pemungut dan pusat kumpulan durian yang dimiliki oleh orang Cina.

Penanam dapat untung 4 sekilo, orang tengah dapat untung RM6, MARDI dapat untung RM 10. Siapa jadi orang tengah? Cina dan MARDI. Orang tengah bernama Si Mardi ini pula menjual; Di Singapura, sekilo RM60. Di Hong Kong RM70 sekilo. jika kos mardi ialah 70%, maka untung kasar sekilo si Mardi menjadi RM18-RM21 sekilo.

Mardi institusi kerajaan. Mereka boleh beli secara lansung jika pegawai nya rajin masuk bukit dan kampong Melayu.

Mengenai Ismail Sabri, dia ahli umno dan menteri UMNO maka kenyataan nya boleh kita simpati dan faham. Namun, kenyataan nya boleh dilihat sebagai self-serving juga. Kalau dia tak kata demikian, apa yang hendak dikata? Perlukah Pengundi Melayu pada UMNO.

Kita telah buktikan bahawa , kita tidak musnah kerana tidak sokong UMNO dalam PRU13. Malah, bencana menimpa kita dengan kita mengekal Najib dan UMNO sebagai kerajaan. Izinkan saya ulang sekali lagi. Daripada 11 juta pengundi dalam PRU13, 65% atau lebih adalah orang Melayu. Yakni 7.2 juta.

Jika semua undi yang UMNO dapat sebanyak 3.2 juta itu Melayu, orang Melayu yang tidak undi UMNO ialah 4.0 juta. Mengapa lah susah sangat orang UMNO faham bahawa pengundi Melayu yang tidak menyokong mereka lebih ramai daripada yang menyokong?

Perhatikan lagi. Mustahil 100% pengundi Melayu undi UMNO. Saya orang Melayu calun DAP pun dapat undi orang Melayu. Mungkin mereka mengundi saya sebab saya seperti mereka, adalah sesama Melayu, sesama beragama Islam dan sesama bertaat setia juga kepada Raja Melayu saya.

Kepada mereka, ini pertimbangan yang lebih utama daripada melihat saya calun UMNO atau tidak. Ini bukti orang Melayu sedia sokong calun asalkan dia Melayu walaupun bukan dari UMNO.

Katalah daripada 3.2 juta yang undi UMNO itu 85% orang Melayu- maka jumlah yang mengundi UMNO ialah 2.72 juta Melayu.

Itu bererti jumlah Melayu yang tidak menyokong UMNO daripada 7.2juta ialah 4.5 juta. Apa point saya?

Biarkan Melayu UMNO sahaja sokong kebathilan dan kemungkaran. Point saya ialah kita sesama Melayu, sesama agama dan sesama Raja lebih baik biarkan semua ahli UMNO sokong apa yang presiden parti mereka lakukan. Kita jangan tercemar dengan kotoran dan daki yang umno bawa.

Kalau mereka anggap apa presiden parti buat tidak salah apa2, apa kita hendak sibuk? Kecuali kita Melayu yang diluar UMNO tidak memerlukan sebuah parti yang memuliakan korapsi, salah guna kuasa, dan kerendahan akal budi. Kita tidak memerlukan parti seperti ini kerana ia bertentangan dengan nilai yang kita pegang.

Ia bukan parti Onn Jaafar, bukan UMNO Tengku Abdul Rahman dan bukan UMNO Tun Razak.
Bila mereka lakukan demikian, ertinya orang Melayu dalam UMNO akan mempertahankan pesalah, perasuah, pemimpin yang korap, penyamun dan perompak, pemimpin zalim dan pemimpin yang membodohkan rakyat khususnya orang Melayu.

Biarlah orang Melayu UMNO sahaja yang memaafkan penyonglap wang dan pemimpin bodoh- manakala kita, majoriti orang Melayu jangan mengikat diri kita dengan UMNO.http://sakmongkol.blogspot.com


Sumber DD - 15-8-2015

Zahid menghadapi gangguan, elok pergi berubat cepat

Posted on Saturday, August 15 @ 21:50:58 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias

Zahid ternampak bayang dan terus merasa takut. Sebenarnya bayang itu adalah bayang beliau sendiri. Yang sudah terbukti beliaulah yang tidak setia kepada partinya. Beliau yang menyatakan yang beliau akan menjadi timbalan kepada Muhyiddin jika Najib mampu diketepikan akhirnya beliau pula yang menjadi timbalan kepada Najib yang beliau sendiri tidak lagi merasakan keyakinan. Sekarang beliau sendiri sudah merasakan yang Najib tidak lagi boleh bertahan dan menuduh ada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan.



Jika ada peluang beliau akan bersama Muhyiddin untuk kekal menjadi Timbalan kepada Muhyiddin kerana beliau telah merasakan yang umur dan usia politik Najib sudah hampir terkubur. Zahid nampaknya sudah mula melangkahkan silat pulutnya seperti yang beliau sudah lakukan semasa berpindah kesetiaan dari Anwar kepada Mahathir selepas beliau ditangkap ISA pada tahun 1998 dahulu.

Zahid sudah merasakan kepanasan oleh permainan beliau sendiri. Ternampak sahaja bayang beliau merasa panik sedangkan yang beliau takutkan itu adalah bayangan beliau sendiri. Yang lebih besar dosanya ialah menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Jika ada pun usaha untuk menumpaskan kepimpinan Najib ia bukannya usaha yang menusuk UMNO dari belakang. Ia mungkin usaha untuk memperbaiki kepimpinan UMNO dan caranya ialah dengan mengenepikan Najib dengan cara yang halal dan tidak terkeluar dari bidang undang-undang yang sah.

Sebaliknya Zahid mesti memahami seseorang pemimpin yang merosakkan kepimpinan  UMNO itulah orang yang merosakkan UMNO. UMNO itu tidak bersalah jika kita lihat UMNO sudah ditinggalkan oleh ahli-ahlinya dan orang Melayu itu. Najib telah mencemarkan imej UMNO justeru UMNO itu sudah mula jelas dimusuhi oleh rakyat bukan kerana bencikan parti itu tetapi oleh kerana pemimpin-pemimpin yang tidak jujur menempel dan melekat ditubuh UMNO itu.

Menumpaskan Najib itu tidak semestinya tidak setia kepda UMNO, malahan menumpaskan Najib itu jika dilakukan oleh pemimpin UMNO itu adalah usaha yang sangat murni bagi pemimpin UMNO yang ingin menumpaskan kepimpinan UMNO itu. Najib yang disokong oleh Zahid itu merupakan penyumbang besar kepada keruntuhan UMNO di mata masyarakat. Parti itu sudah dipandang seperti sampah yang terapung dipermukaan air yang tidak mempunyai ‘direction’ perjuangannya lagi. UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing.

Jika UMNO dengan kepimpinannya sekarang mahukan ‘survival’ nya kekal maka rasuah adalah penyumbang besar untuk pengekalannya. Disebaliknya rasuah itu tidak akan membesar tanpa UMNO. Itu sebabnya UMNO dan rasuah itu saling memerlukan diantara satu dengan yang lain. Rasuah dan UMNO itu saling sandar menyandar diantara satu dengan lain jika hendak diulas dalam kata-kata yang mudah.

Orang ramai tidak mendengar usaha seorang pemimpin dengan isu SD dan sebagainya untuk menumbangkan Najib seperti yang disebut oleh Zahid yang sentiasa takut dengan bayangan beliau itu. Tetapi jika pun ada usaha itu yang bermatlamatkan untuk mengekal kepimpinan UMNO yang luar dari pimpinan yang sibuk melakukan kedurjanaan kepada UMNO sekarang, maka ia amat patut disokong.

Jika ia dilakukan oleh pemimpin UMNO maka itu merupakan langkah yang amat baik kerana Najib tidak akan berhenti untuk menyelamatkan UMNO. Najib sanggup membawa UMNO itu jatuh, namun untuk beliau berhenti ia tidak akan berlaku. Najib dan Zahid tidak sayangkan UMNO. Bukannya mereka tidak tahu yang UMNO akan tersungkur jika mereka in terus memimpin parti itu sehingga pilihanraya yang akan datang, tetapi mereka ini masih bergayut kepada parti itu kerana kuasa dan rasuah yang tidak akan kekal itu.

Jika apa yang disyaki oleh Zahid itu benar-benar wujud, ayuh kita berikan sokongan setidak-tidaknya UMNO itu ada harapan untuk kekal selepas pilihanraya nanti dan menyelamatkan negara dari diruntuhkan oleh pepimpinan Najib hari ini.

Pendeknya secara peribadinya saya berdoa agar apa yang disyaki oleh Zahid itu adalah perkara yang benar dan sesungguhnya usaha pemimpin yang dimaksudkan beliau itu merupakan seorang pemimpin yang sedang memberikan sumbangan besar kepada UMNO itu sendiri.

Buat masa ini Zahid elok tumpukan masa untuk menyusun jawapan kepada keteriibatan adik-beradiknya dalam urusan membawa 1.5 juta rakyat Bangladesh dalam tempuh tiga tahun ini. Jika Zahid membolehkan adik beradiknya mendapatkan kontrak untuk urusan memindahkan jutaan rakyat Bangladesh kenegara ini,  kita boleh menganggapkan itu merupakan tindakan yang bersifat menjahanamkan imej parti yang beliau pimpin kerana itu adalah tindakan salah guna kuasa yang terang-terangan merosakkan kerajaan dan UMNO itu sendiri.

Jika sebenarnya ada usaha dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN seperti yang Zahid tuduh itu mari kita berikan sokongan moral terhadap pemimpin itu. Jika berjaya pemimpin itu untuk menjatuhkan Najib, maka UMNO akan bertambah kuat selepas itu kerana yang melakukan usaha itu adalah pemimpin UMNO sendiri seperti yang dituduh Zahid itu.

Semoga UMNO itu selamat dengan adanya usaha itu jika benar apa yang dikatakan oleh Zahid itu. Ada pun peluang untuk UMNO itu selamat.


Sumber DD - 15-8-2015

Who Would It Be: Zahid, Muhyiddin or Ku Li?
Posted on Saturday, August 15 @ 21:46:51 MYT by paktam
By A Kadir Jasin

ONE thing is sure - the country needs a change of Leader.
What is less sure is who will it be. Three possibilities are being mentioned: the sacked former Deputy Prime Minister  (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, his replacement (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi and the former Finance Minister, Tengku Razaleigh Hamzah aka Ku Li.


Depending on which source you get your information and who is making the analysis, the front-runner keeps changing.

According to Pak Belalang (the protagonist in the P. Ramlee movie “Nujum Pak Belalang”), if the Prime Minister (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak has his way, he would want Ahmad Zahid to be his successor.

Having sacked Muhyiddin for criticising him and for supporting the investigations into the 1MDB affairs, surely the Prime Minister would not want Muhyiddin to succeed him. Allowing Muhyiddin to become PM is as good as signing his own death warrant.

Ahmad Zahid looks like a safer bet. He has been Mohd Najib’s ally for a long time and is the strongest and the most popular of the three elected Umno vice-presidents.

The second elected VP, (Datuk Seri) Shafie Apdal of Sabah had been done away with. He was dropped from the Cabinet together with Muhyiddin. The third VP is Mohd Najib’s own cousin, (Datuk Seri) Hishammuddin Hussien, who was the front-runner before the 1MDB scandal surfaced.

In recent months, Hishammudin has adopted a more neutral stance towards his cousin by urging for an open and transparent investigation into the 1MDB affairs. That automatically makes him a less reliable. Still he is being touted as the DPM candidate should Ahmad Zahid gets promoted.

The problem is how would Ahmad Zahid overcome the question of having Muhyiddin at the top of him in the Umno hierarchy? Muhyiddin is Deputy President and his image as the defender of the party and the voice of the ordinary rakyat has catapulted following his July 28 sacking. He now enjoys considerable sympathy from Umno members and Malaysians in general.

Picture tells a thousand words: Sultan Ibrahim Johor, Johor MB, Zahid and Muhyiddin

For Ahmad Zahid, Muhyiddin is a necessary ally. Little wonder that when the two of them were photographed laughing away in the presence of the Sultan of Johor on Aug 11 the rumour mill went into overdrive.

No less significant is the emergence of the Johor Sultanate as a critic of the PM and the royal champion of the rakyat, which gives rise to yet another set of analyses. They concern the behind-the-scene involvement of some Malay rulers in seeking solution to the country’s deepening problems.
The Ku Li Solution
Then there is what could be described as the Ku Li’s solution. The veteran Umno leader and the MP for Gua Musang could very well be ahead in race to replace Mohd Najib.

Ku Li and Najib: Not a handover letter yet

The 78-year old former Finance Minister and Umno VP, who, ironically, is also Mohd Najib’s earliest mentor (in Petronas), has been actively putting together a coalition of MPs from both sides of House with the hope of democratically ousting him.

If he succeeds, he stands out as the most likely successor to Mohd Najib and, would introduce a whole new equation to contemporary Malaysian politics i.e the formation of a national unity government in which Umno could be in the minority.

However, in spite of widespread rumours that Ku Li has received the blessing of the former PM (and his nemesis) (Tun) Dr Mahathir Mohamad, he faces an uphill task to coax at least half of the 222 members of the Dewan Rakyat (the House of Representatives) to join him.

The opposition is badly fractured following the ouster of the non-religious faction from PAS. The clerical PAS may not be inclined to join Ku Li. But the PAS professionals who now called themselves Gerakan Harapan Baru (New Hope Movement) may break rank and side with the Kelantan prince. The DAP and PKR are likely to be amenable to the idea of a unity government under Ku Li provided one of their members is made the DPM.

Still Ku Li would not have enough members to topple the PM unless he is able to get the support of upward of 45 BN members. If PAS members are not with him, he would need more BN defectors. And could not rely on mere promises. He has to get a legally valid assurance from each of them.

From the governing point of view, Ku Li is perhaps the best candidate to rescue the economy because, despite his shortcomings and missteps in the past, he is highly experienced and knowledgeable in economic matters. More than anything else it is the economy that needs mending and Ku Li beats all other contenders in that aspect.

In recent months, Dr Mahathir, Ku Li and another former Finance Minister, (Tun) Daim Zainuddin, appeared to have set aside their differences and are having regular conversations about politics and the economy.

FOOTNOTE: Met (Tun) Musa Hitam again on Friday (at Sime Darby’s open house). He told me (in front of one or two staunchest supporters of the PM) that plot has changed yet again. Now the old fox is having the upper hand over the chicken.

Wallahuaklam

Sumber DD - 15-8-2015        

Umno bergolak pengundi alih sokong PAS

Thursday, August 13, 2015

Ikuti ROSLAN SMS di Harakah (print) Bil. 2071 Edisi Jumaat muka F8

Pilihanraya Umum 1999 adalah merupakan satu pilihanraya “malapetaka” buat Umno  yang kalau boleh mahu sahaja mereka luput dan lupakan dari lipatan sejarah.
Dalam PRU yang ke 10 itu, Umno dan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad telah kehilangan banyak sokongan dan undi dari orang-orang Melayu sehingga tewas sekali lagi di Negeri Kelantan dan buat pertama kali dalam 40 tahun tewas pula di Negeri Terengganu.

PAS menang di 27 kerusi Parlimen dan berjaya menguasai 98 kerusi DUN iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Empat Menteri Pusat dari Umno telah tewas selain seorang Menteri Besar iaitu di Terengganu.
Faktor utama kekalahan Umno dan BN itu banyak dikaitkan dengan isu Dato Seri Anwar Ibrahim. Pemecatan beliau dan kemudiannya kezaliman yang dikenakan ke atasnya termasuklah di pukul semasa dalam tahanan telah membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Umno dan BN khususnya dikalangan pengundi-pengundi Melayu.

Walaubagaimanapun satu faktor yang besar yang khabarnya disentuh oleh seorang pemimpin Umno dalam mesyuarat tertingginya selepas PRU itu adalah faktor kebencian rakyat terhadap PM ketika itu Tun Dr Mahathir. Menurut sumber, pemimpin berkenaan yang tewas di Kelantan telah mengaitkan kebencian rakyat terhadap Tun Dr Mahathir sebagai faktor terbesar larinya sokongan rakyat khasnya orang-orang Melayu terhadap Umno dan BN.
Khabarnya malah kanak-kanak pun seakan malu membawa botol air mineral berlogokan “dacing” ke sekolah kerana tidak mahu dimarahi atau diejek oleh kawan-kawan lain.

Ringkasnya rasuah, kronisma dan nepotisma yang dipalitkan pada PM ketika itu selain penganiayaan dan kezaliman terhadap Anwar Ibrahim telah membangkitkan kemarahan dan kebenciaan rakyat sehingga kalangan pimpinan Umno pun ada yang telah mula enggan mempertahankan Tun Dr Mahathir lagi.
Akhirnya samada dirancang ataupun tidak beliau telah mengangkat kaki keluar dan melepaskan jawatan berkenaan kepada Tun Abdullah Badawi pada tahun 2003.

Itu kisah 12 tahun yang lalu.
Anehnya hari ini kita dapat mendengar kenyataan dari PM Dato Seri Najib Tun Razak sendiri bahawa sejak meletusnya isu skandal 1MDB dan wang “derma” RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya, sudah ada pimpinan Umno yang gagal dan malah enggan mempertahankannya.

Krisis keyakinan yang melanda Tun Dr Mahathir 12 tahun lalu rupanya hari ini hinggap ke atas kepala bahu Najib pula.
Menurut Najib sebagaimana dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, bahawa banyak bahagian-bahagian Umno telah memperolehi manfaat dari dana yang telah diagih-agihkannya di bawah kepimpinan beliau hasil dari “derma” berbilion ringgit itu.

Tambahnya lagi banyak bantuan telah disalurkan kepada bahagian-bahagian Umno untuk memperbaiki pengurusan dan pentadbiran bahagian mereka masing-masing selain membantu ahli-ahli. Namun walaupun ramai yang telah merasai bantuannya itu, Najib mendakwa masih ada yang memilih untuk menyerangnya.
Sepatutnya kata Najib lagi beliau dibela dan dipertahankan bukannya diserang seperti apa yang berlaku pada hari ini.

Jika begitulah hakikatnya maka tidak mustahil apa yang melanda dan menganggu Tun Dr Mahathir satu ketika dahulu hari ini akan melanda dan ditanggung oleh Najib pula.
Berikutan langkah drastiknya memecat Timbalan Perdana Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Kanan Datuk Shafie Apdal, Umno sedang bercakaran secara terbuka. Tindakan Najib itu tidak dapat diterima kerana ramai yang menganggap ianya semata-mata kerana mahu menutup mulut Muhyiddin dan Shafie dari mendedahkan perkara sebenar khasnya yang berkaitan skandal 1MDB itu.

Dari hari ke hari tahap ketegangan dalam Umno semakin memuncak. Desakkan dan tekanan terhadap Presidennya semakin lantang kedengaran. Pihak-pihak tertentu dalam Umno sendiri sudah melahirkan hilang keyakinan terhadap Presiden mereka sendiri.
Apabila Najib sendiri mengakui secara terbuka bahawa beliau tidak menerima sokongan sepenuhnya dari rakan-rakan pimpinan Umno yang lain ternyata Najib dan Umno sedang berhadapan dengan krisis yang kronik.

Dan sekiranya Najib gagal dalam tempuh beberapa bulan ini untuk meredakan kemelut dalaman Umno khususnya yang melibatkan dirinya sendir tidak mustahil Najib juga akan mencatat prestasi buruk dan mungkin lebih buruk dari Dr Mahathir kiranya Pilihanraya Umum dipanggil diwaktu terdekat ini.
Mungkinkah dengan kecelaruan yang melibatkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau PAC, pihak SPRM, pihak polis, akan mencetuskan lagi hilangnya keyakinan pimpinan Umno apalagi rakyat sendiri terhadap kepimpinan dan pentadbiran Najib selaku PM.

Jika dahulu akibat hilangnya keyakinan pimpinan Umno dan rakyat terhadap Dr Mahathir maka para pengundi Melayu telah mengalihkan sokongan dan undi mereka dari Umno ke PAS sehingga tersungkur mereka di Kelantan dan Trengganu. Tidak mustahil kali ini dengan tekanan yang lebih padu bukan hanya Kelantan malah Terengganu dan kemungkinan beberapa negeri lain juga akan turut beralih tangan?
Najib mungkin kata tidak, tetapi itulah pengalaman Dr Mahathir dan itulah kebimbangan yang disuarakan oleh Muhyidin sehingga beliau dipecat dari jawatan TPM nya.


Politik sesumpah DAP


Banyak telah diperkatakan berkenaan DAP dan sumbangannya dalam mencetuskan krisis dalam PAS sehingga mendorong mereka yag kecewa dalam pemilihan PAS baru-baru ini untuk angkat kaki dan menubuhkan parti baru.

DAP bukan hanya telah memutuskan hubungan dengan PAS malah tidak cukup dengan itu, setelah membidankan kelahiran GHB, yang dipenuhi oleh gerombolan kecewa tadi dan pengikut-pengikut mereka, DAP mahu memastikan agar GHB itu nanti berperanan memusnahkan PAS sama-sekali.

Politik Islam yang dibawa PAS, yang selama ini diterima dengan senang oleh sebahagian besar masyarakat Melayu Islam Malaysia, dilihat DAP sebagai satu ancaman. DAP mahu membentuk politik Islam yang sesuai dengan seleranya, kerana itu DAP berjaya mendapatkan khidmat gerombolan kecewa dalam PAS agar membantunya membentuk satu parti Islam “ala” DAP.

Kalau selama ini kita sahaja yang membicarakan darihal penglibatan DAP dan agendanya itu, hari ini saya sempat membaca satu ulasan berkenaan DAP oleh seorang yang pernah tidur sebantal dengan mereka.

Dalam Malaysia Today hari ini  http://www.malaysia-today.net/oppositions-30-year-engagement-with-pas-undone/ bekas pemimpin DAP dan bekas ahli Parlimennya yang pernah bergiat 5 tahun dalam DAP iaitu Dr Kua Kia Soong mengulas isu PAS dan DAP ini dan pengalamnnya duduk sebumbung dengan parti yang beliau tinggalkan itu.

Dr Kua sekarang merupakan Penasihat kepada sebuah NGO bernama SUARAM.

Kata Dr Kua setelah memutuskan hubungan dengan PAS, DAP hari ini lebih senang bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir:

….the man who has been responsible for privatising practically all of Malaysian industry and destroying whatever semblance of democracy we had in his 22 years in office…all because of the stated need to “save Malaysia”.

Orang (Mahathir) yang bertanggungjawab menswastakan hampir keseluruhan industri dalam negara dan yang telah bertanggungjawab memusnahkan apa sahaja demokrasi yang kita punya selama 22 tahun beliau sebagai PM…semuanya kerana (kononnya) kita perlu “selamatkan Malaysia”

Menurut Dr Kua lagi:

This is a significant political turnaround for the DAP. We used to have to be saved from Mahathir. Now we are told we need to ally with Mahathir to save Malaysia?

Perkembangan ini jelas menampakkan sikap “patah-balik” DAP. Dahulunya (DAP) mahu kita semua diselamatkan dari Mahathir. Hari ini kita diberitahu kita perlu bersekongkol pula dengan Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia?

Keterangan Dr Kua ini jelas mencerminkan sikap berubah-ubah DAP yang sangat mengelirukan.

Seterusnya Dr Kua dengan panjang lebar menyentuh berkenaan sejarah perkembangan politik PAS dan keterlibatan NGO dan persatuan-persatuan Cina dalam mendekati PAS dan membawa PAS untuk berkerjasama dengan DAP.

Dr Kua merupakan salah seorang tokoh yang turut terlibat.

Apa yang ketara DAP akan menyanjung PAS apabila kerjasamanya dengan PAS memberikan keuntungan politik buatnya. Akan tetapi jika kerjasama itu merugikan, DAP akan bangkit menyerang PAS.

Menurut Dr Kua hasil dari kerjasama antara PAS dengan DAP, masyarakat Melayu telah mula senang dan berubah sikap terhadap DAP. Ini merupakan satu pengakuan bahawa kerjasama PAS dan DAP sesungguhnya banyak membantu DAP dalam menembusi tembok masyarakat Melayu yang sebelum ini merupakan batu penghalang buat mereka.

Tetapi menurut Dr Kua lagi sikap DAP terhadap PAS sentiasa berubah-ubah dalam ertikata lain DAP bukanlah ikhlas mana pun khasnya berkaitan hubungannya dengan PAS. 

Pernah kata Dr Kua sebelum DAP memutuskan hubungan dengan PAS dalam tahun 1995 dahulu semasa era Gagasan Rakyat, seorang pemimpin kanan DAP dalam satu majlis persidangan tertutup menyatakan deengan lantang:

PAS is our main political enemy

(PAS adalah musuh politik kita yang utama)

Namun selepas tercetusnya kebangkitan rakyat melalui Reformasi 1998 dan kemudiannya terbentuk Barisan Alternatif, DAP berbaik semula dengan PAS.

Itulah DAP, oleh itu tidak mustahil, apabila melihat PAS sudah tidak lagi ada guna buatnya, sekali lagi hari ini DAP mencampak keluar PAS.

Dalam krisis terbaru PAS-DAP ini Dr Kua lebih menyalahkan pimpinan DAP. Kata beliau bermula dari “Langkah Kajang” DAP lah puncanya apabila PAS tidak diberitahu atau dibawa berbincang tentang projek ini terlebih dahulu. Kemudiannya DAP melancarkan serangan demi serangan terhadap PAS terutama ke atas Presiden PAS sendiri yang bagi Dr Kua perbuatan itu sangat tidak beradab.

Begitulah DAP pada pandangan bekas orang kuatnya sendiri.Kalau seorang intelek dan bekas aktivisnya, Dr Kua sendiri boleh menyatakan demikian terhadap DAP, tiada apalah yang mahu kita hairankan.

Hari in DAP telah berkerat rotan berpatah arang dengan PAS dan sebaliknya memeluk erat Dr Mahathir dan kumpulan kecewa dalam PAS. Esok lusa dengan sikap berubah-ubah DAP itu tidak mustahil Mahathir dan GHB pula ditendangnya.


Sumber RSMS - 12-8-2015

Berpindah keluarlah golongan kecewa

Tuesday, August 11, 2015


Golongan kecewa dalam PAS, yang tewas dalam pemilihan Muktamar PAS ke 61 baru-baru ini sedang ghairah mengaturkan perpindahan anggota mereka dari PAS ke bahtera baru mereka yang ditaja terang—terangan oleh DAP iaitu Gerakan Harapan Baru atau GHB. 

Samada GHB ini nanti satu parti dengan nama yang sama atau satu parti dengan nama lain tidaklah diketahui. Yang pasti mereka sedang menyusun agar gerombolan mereka itu nanti dengan nama wadah baru akan bertindak sebagai alternatif kepada PAS, sekurang-kurangnya dalam menjalinkan hubungan dengan DAP dan berkemungkinan juga PKR.

Biar PAS dipinggirkan, biar ahli-ahli PAS keluar beramai-ramai. Ringkasnya biar PAS karam dan berkubur. Biar nanti mereka yang terbit sebagai parti “Islam” baru yang progresif, liberal, terbuka, menggantikan PAS yang sudah tidak relevan. Itulah cita-cita mereka.

Hari ini gerakan sedang diatur untuk perisytiharan berperingkat-peringkat keluarnya pengikut-pengikut mereka dari PAS untuk bersama mereka, pemuka-pemuka kecewa yang memimpin GHB itu.

Hari ini sudah dilaporkan contohnya, bekas pemimpin Pemuda PAS Melaka, Jauhar Mohd Dawi, mengisytiharkan keluar PAS untuk bersama GBH. Dan sebentar tadi dilaporkan pula 13 AJK Pemuda Kawasan Shah Alam diketuai Naib Ketuanya Abbas Salimmi Adzmi turut keluar PAS.

Mereka telah susun majlis-majlis pengisytiharan ini supaya tercetusnya gelombang yang kononnya boleh membuktikan kepada taukeh-taukeh mereka dalam DAP bahawa mereka punya sokongan kuat dalam PAS. PAS akan hancur apabila mereka “hijack” semua kekuatan ahlinya.

Taukeh-taukeh DAP yang sebelum ini telah tertipu apabila golongan ini gagal menguasai PAS melalui muktamarnya yang lalu, kini sedang memerhati dengan penuh tekun. Jangan tertipu lagi kali ini. 

Bagi mereka parti “Islam” baru ini penting. Masyarakat Cina yang mereka dakwa mereka kuasai lebih 80 peratus itu mahu melihat satu parti “Islam” yang sederhana.

Sederhana dalam erti kata, boleh mencairkan diri mengikut kehendak dan kemahuan DAP yang kononnya menguasai secara mutlak kunci kuasa politik masyarakat Cina di Malaysia itu.

PAS degil. PAS tidak boleh bertolak ansur dengan DAP. PAS bertegas mahu perlaksanaan hukum dan peraturan Islam tanpa kompromi. DAP tidak boleh terima sikap seumpama ini kerana bagi DAP, konon-kononnya, kemenangan sebahagian besar calon PAS pun adalah atas bantuan undi pengundi Cina yang ia kuasai. Oleh itu dalam perkara-perkara berhubung Islam, sungguhpun PAS parti Islam, ia mesti ikut kehendak dan kemahuan DAP, jika tidak undi Cina yang DAP kuasai itu akan lari.  

Kerana itu apabila DAP beritahu PAS untuk gugurkan tuntutan Hudud, tapi PAS bertegas, maka DAP putuskan hubungan dengan PAS.

Apabila tidak boleh menguasai PAS dari dalamlah maka Parti “Islam” baru ini telah “dilahirkan” oleh Lim Kit Siang dengan bantuan mereka yang kecewa dalam PAS. GHB yang akan menjadi parti Islam baru itu nanti mestilah sentiasa mengikuti agenda dan rencana politik Kit Siang, mentor dan penasihat agungnya.

Kelantan yang “Membangun Bersama Islam” pun mahu Kit Siang kuasai dan nanti menjadi Kelantan yang “Membangun Bersama Islam (ikut tafsiran Kit Siang)”.

Jadi esok lusa, ramai lagi dijangka akan mengikuti jejak mereka yang telah disusun oleh pimpinan kecewa PAS itu. Dari negeri ke negeri, mereka bekerja keras agar tampak PAS benar-benar goyang dan Kit Siang boleh nyenyak tidur.

Di Selangor sahaja sebahagian besar pimpinan kawasan, pemuda dan muslimat khasnya dari Kelana Jaya, Shah Alam dan Kota Raja akan terbit mengalu-alukan parti jelmaan Kit Siang ini. Cumanya yang jelas pimpinan peringkat kawasan yang sedih dengan kekecewaan pemimpin-pemimpin mereka yang tewas sahaja yang diyakini akan bernafsu keluar. Ahli-ahli lain yang telah menjalani proses tarbiyah dalam parti bertahun-tahun lamanya, yang kesedaran dan semangat Islamnya kental dan kuat, tidak akan berganjak, sekali-kali meninggalkan perjuangan Islam yang mereka kasihi.

Keluarlah tiga empat kerat, tetapi selebihnya akan tinggal dan akan segera mengisi saf yang kosong dan mereka ini dijangka akan isitiqamah meneruskan perjuangan ini.

Dari Selangor ke negeri-negeri lain, memang ia telah direncanakan. Banyak atau sedikit sahaja yang keluar sama-samalah kita saksikan. Tapi telah ada bukti contohnya di Puchong dimana yang didakwa keluar itu buaknnya ahli PAS tetapi sebaliknya PKR. Begitulah tunggang-langgang yang dijangkakan berlaku. Apa pun bagi PAS, proses penyaringan ini akan merupakan satu “exercise” yang sangat bermakna buat PAS.

Selepas ini PAS bersih, tiada lagi Jemaah dalam Jemaah, tiada lagi mereka yang tidak “clear” agenda dan keutamaannya. Yang keluar berpeluk cium dengan DAP dan Kit Siang nanti adalah mereka yang selama ini merasakan bahtera besar perjuangan PAS ini terlalu perlahan, tidak ikut kehendak dan selera mereka. Mereka inilah yang bakal gugur, dan dialu-alukan.

Kepada yang terbit keluar, janganlah kecewakan Kit Siang sebab sudah pasti beliau telah banyak menghabiskan masa dan tenaga merancang parti “Islam” baru ini.

Jangan risau tentang kami kerana kami mahu mati dalam PAS. PAS akan bersedia mempertahankan kedudukannya. Kerusi-kerusi PAS yang kamu “curi” akan kami tuntut sudah pasti dalam pilihanraya umum akan datang. Selamat jalan, semoga anda semua tidak akan kecewa lagi.


Sumber RSMS - 11-8-2015




Adakah perairan negara kita selamat?

Monday, August 10, 2015



Ini bukan lagi isu politik. Ini isu keselamatan dan pertahanan negara. Ianya wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak dan diberikan keutamaan mengatasi lain-lain hal.

Tiada makna hidup sekiranya kedaulatan negara mudah dicerobohi dan dinodai.

Insiden terbaru rompakkan sebuah kapal tangki MT Joaquim di perairan Port Dickson oleh sekumpulan lanun sangat membimbangkan. Bagaimana sebuah kapal tangki dengan 12 anak kapal yang membawa 3500 tan muatan minyak mentah, boleh dirompak di perairan kita?

Inisden terbaru ini bukannya belaku di lautan luas Sabah atau Sarawak tetapi di selat yang sempit dan sibuk iaitu Selat Melaka!

Antara Januari ke Jun tahun ini sahaja 5 insiden melibatkan lanun-lanun yang merompak kapal-kapal tangki telah berlaku di perairan Malaysia dari Tanjung Sirik, Sarawak hinggalah ke Port Dickson.

Ini tidak termasuk insiden pencerobohan pengganas asing yang menculik anak-anak tempatan dan warga asing yang berlaku di perairan Sabah. Dan yang paling besar serangan dan pencerobahan yang melibatkan 235 orang para pengganas Suluk yang kononnya mahu menuntut Sabah seperti yang berlaku di Kg Tanduo di Lahad Datu 2013 lalu.

Sesungguhnya perairan negara iaitu meliputi 603,210 kilometer persegi adalah sangat luas. Adakah kita memiliki keupayaan untuk mengawal perairan yang luas itu?

Apakah kehadiran Tentera Laut Di Raja, APMM, Polis Marin tidak cukup untuk memantau dan mengawal perairan kita itu? Adakah kita memiliki peralatan dan kemahiran yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja ini?

Kita perlu jujur dan berterus-terang dalam hal ini.

Dari pengalaman-pengalaman di atas kita kelihatan seakan tidak mampu mengawal dan memantau keluar masuk dan keselamatan di perairan kita. Ia barangkali dilakukan tetapi kita seakan tidak memiliki kekuatan yang cukup.

Jika ini benar dan kelihatan seakan benar maka kedaulatan negara kita terancam!

Tiada siapa diantara kita yang mahu negara kita berkekalan begini, iaitu longgar dan tiada kawalan dari ancaman luar. Bagi kita berdasarkan insiden-insiden di atas seolah perairan negara kita ini mudah sahaja dilolosi, bukan hanya oleh penyeludup, bukan hanya oleh pendatang asing yang ingin “mencari makan” di sini, malahan lanun dan pengganas pun boleh bermaharajalela.

Tidak cukup sekadar mengusul diadakan kerjasama dengan negara-negara jiran. Kita sendiri perlu ada kekuatan tersendiri.

Kita tidak mahu menuding jari menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Rakyat Malaysia sedar bahawa anggota keselamatan dan agensi penguatkuasa kita tekun dan berdedikasi menjalankan tugas dan amanah masing-masing. Masalahnya mungkin kekurangan tenaga, atau peralatan seperti radar, pesawat udara, kapal, bot dan seumpamanya.

Dari kita megah dengan projek-projek mewah yang tidak memberi manfaat umum serta pelaburan dana awam yang hanya membawa kerugian, lebih baik kita berikan keutamaan dan tumpuan kepada pertahanan dan keselamatan negara, kerana ianyalah nanti yang menjamin hidup dan masa depan kita dan anak cucu kita dalam negara bertuah ini.

Masalah ini adalah masalah yang serius. Mohon ia diberikan perhatian oleh semua pihak.

Sumber RSMS - 10-8-2015



































































Khairy: A Chance To Be A Hero

Posted on Thursday, August 13 @ 23:18:32 MYT by paktam

By A Kadir Jasin

OR would he choose to be a zero?
I have been many a time condemned for suggesting that Khairy Jamaluddin is the future leader of Umno and the country. There are many KJ haters and sceptics out there.I am no KJ’s admirer, but I have say that, given the dearth of promising young leaders in the party, KJ shines like a distant star in the dark void of space.


I have not met him for years now. All that I know about him is from the media and from the people who dislike him.

But no matter how hard I try, I could not seem to find another equally visible candidate to take over Umno in the years to come, assuming that the party survives the current leadership crisis, witch hunt, vendetta and MAD (mutually assured destruction).

Although I have ceased to be associated with Umno since June last, I still think it has a good chance of surviving – if not as a ruling party at least as a strong opposition.

If the latter should be the case, KJ could be a good candidate for Ketua Pembangkang Parlimen (Parliamentary Opposition Leader).

At the rate Umno is going down the chute under (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak and his merry men and women, the latter is a distinct possibility.

Back in 2008 is wrote in this blog an article entitled “KJ: Daripada Shooting Star kepada Underdog” to which his mother, whom I know rather well, took serious umbrage. KJ had described himself as shooting star and tall poppy to explain widespread resentment against his meteoric rise under the patronage of (Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

I contended that in the Malay language, shooting star is called “tahi bintang” which I literally translated as the excrement of the star – a burning asteroid plunging down to earth. Read here if you wish.

Is KJ Saying PM Is A Goner?

In recent months KJ has been in dilemma - not knowing exactly how to protect his own flank without being seen to be disloyal to his beleaguered party president and Prime Minister.

He has been alternating between dithering, hedging and pontificating.

But his latest statement is brave, pointed and damning. Speaking at the Malaysian Student Leaders Summit in Kuala Lumpur on Aug 9 he said the government needs to immediately deal with its trust deficit and the crisis of confidence it faces to stem the free fall of the ringgit.

He was also quoted as saying that the party, meaning Umno, is bigger than one man (read Mohd Najib).

The Youth and Sports Minister said the lack of confidence and trust in the government also caused investors to take their money out of Malaysia.

“No one trusts the message or the messenger. This crisis in confidence is why the ringgit is in free fall and investors are taking their money elsewhere.
“The more the ringgit falls, the more expensive things are,” Khairy was quoted telling the summit.

Like many in Umno KJ knows that Mohd Najib is a goner is as far as public confidence and trust are concerned.

Many of the more educated and independent Umno leaders, including in the party’s supreme council and the cabinet, know that for as long as Mohd Najib remains the PM, public confidence and trust will remain dismal.

So for KJ to say that the country is suffering from trust deficit and the crisis of confidence is nothing out of the ordinary. What would be out of the ordinary is his solution to the problem.

Would he dare to lead the charge of the light brigade to topple Mohd Najib and rebuild public trust and confidence? Or would he continue to dither, waver, vacillate, falter and hesitate?

As for the economy and the ringgit, that is what we have been saying for months. The fall of the ringgit to below RM4 to a US dollar on Aug 12 was the ultimate proof of that.

If he KJ does nothing beyond speaking, he will go down in history as an Umno Youth Leader who misses the opportunity to do something good for his party and great for his country.

The young people in front of whom he made the statement would remember what he said for a long time to come. They would have shared what he said with their online friends.

Where does he stand and what is his feature in all the formulations and permutations concerning the future leadership of the country in the post-Najib era?

He could seize that occasion to prove that he dares to walk the talk or to affirm that he is yet another self-serving, sweet-talking fake pejuang.

FOOTNOTE: The PKR could have fallen into the PM’s trap when it filed a civil suit against him for allegedly committing electoral offences. The suit could render debate on Mohd Najib’s multi-billion ringgit political “donations” sub judice.

Wallahuaklam.

Sumber DD - 13-8-2015

Tanya pada Najib, mana baki RM2.6b atau sudah habis

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Cumanya soalan perlu ditanyakan kepada Najib, kalau wang tersebut merupakan derma untuk dana politik, di mana baki selebihnya?

Apakah wang berkoyan-koyan sebanyak RM2,600 juta itu sudah habis dibelanjakan?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin menerusi blognya, hari ini.

"Jika ada bakinya, kenapa Najib masih menyimpannya dan tidak segera dipulangkan kepada akaun parti?

"Bukankah derma itu diberikan untuk Umno dan Najib cuma pemegang amanahnya saja?" tanya beliau.

Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.


Derma RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun perbadi Najib Razak bukan saja terus menjadi topik perbualan, bahkan telah membuatkan nama beliau melonjak popular di seluruh dunia dalam sekelip mata.

Popularnya Najib ketika ini sehingga masyarakat seolah-olah tidak lagi menyebut beliau sebagai anak Tun Razak yang sederhana dan berintegriti, tetapi lebih sebagai "raja duit" yang banyak wang dengan tiba-tiba.

Sepertimana kata Tun Mahathir Mohamad, Barack Obama sebagai manusia paling berkuasa pun tidak pernah menerima derma sebesar itu dan keyakinan penderma menyumbang sejumlah itu menjadikan Najib penerima derma paling bertuah dan dipercayai sekali di dunia ini.

Ini tentunya rekod dunia yang lebih tinggi daripada KLCC, walaupun kita kadangkala sedih melihat ada masjid setiap Jumaat terpaksa merayu sumbangan untuk memasang penghawa dingin atau membesarkan lagi ruangan bagi kemudahan jemaah, namun derma yang diterima hanya "ciput" saja sehingga rayuan terpaksa dilakukan setiap minggu.

Jika benar RM2,600 juta itu hanya derma, Najib nampaknya lebih dimuliakan berbanding surau dan masjid yang merupakan laluan utama menuju syurga.

Rekod dunia lagi...

Bagaimanapun, sejak wang itu ditakrifkan sebagai derma, Najib masih berkias-kias mengenainya. Beliau hanya menyatakan ia untuk kepentingan parti dan sedia mendedahkannya jika parti-parti pembangkang juga mahu mendedahkan akaun masing-masing. Namun tidak pula Najib menyatakan sedia mendedahkan akaun peribadinya.

Beliau juga enggan memberitahu siapakah penderma itu, cuma dikatakan daripada Timur Tengah. Siapakah agaknya manusia berhati malaikat yang menderma tidak mengharapkan balasan itu?

Selebihnya, untuk mengesahkan beliau menerima derma itu, Najib turut menyatakan rasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno tidak mempertahankannya dengan bersungguh-sungguh sedangkan sudah mengambil wang daripadanya.

Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN dalam mempertahankan Najib menyatakan, penggunaan akaun peribadi lebih selamat berbanding akaun parti dan beliau serta ahli-ahli parti pula lebih yakin mengenainya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz dalam nada yang sama berkata, kemasukan ke dalam akaun peribadi lebih telus berbanding pemberian wang tunai kepada Najib.

Tengku Adnan Tengku Mansor turut menyatakan amalan biasa bagi mana-mana parti membenarkan presidennya memiliki akaun amanah atas nama peribadi.

Hakikatnya, hanya para menteri yang banyak berkata-kata menyokong kemasukan wang tunai ke dalam akaun peribadi sebagai halal manakala di peringkat bahagian atau akar umbi, lebih banyak yang berdiam diri, malah mengeluh kerana tidak mampu berdepan dengan orangramai dalam isu itu.

Dalam masa yang sama, kiranya kata-kata menteri ini mahu dijadikan pegangan,  ia  memberi gambaran seolah-olah para pemimpin, ketua jabatan, guru besar, pengerusi PIBG dan sebagainya tidak dianggap bersalah jika menerima sumbangan derma ke dalam akaun peribadi mereka.

Rakyat, bagaimanapun terutamanya ibu bapa tentu pening kepala dengan pendirian menteri-menteri ini kerana selama ini mereka sering menasihatkan anak-anak agar bekerja dengan baik dan jangan mudah menerima sebarang bentuk sumbangan sama ada dalam bentuk tunai, barangan, hamper atau derma sekali pun.

Anak-anak muda yang sedang belajar, terutama dalam bidang undang-undang dan pentadbiran pula terpaksa membuka lebih banyak buku untuk menjustifikasi penerimaan wang, termasuk derma, rupa-rupanya bukan lagi suatu bentuk rasuah.


Tetapi di sebalik itu, semuanya menyatakan derma RM2,600 juta itu adalah dana politik untuk Umno bagi kelangsungan perjuangannya dalam mempertahankan kuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low bagaimanapun nampaknya masih ada sedikit intergriti apabila mengatakan dana politik hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun parti dan tidak kepada akaun peribadi pemimpin.

Tak tahulah bagaimana nasib beliau dalam kabinet selepas ini...

MCA turut menyatakan dana politik untuk parti sepatutnya disalurkan  kepada akaun parti.

Setiausaha Agungnya, Ong Ka Chuan berkata, bukan amalan parti itu mendepositkan wang ke dalam akaun peribadi presiden dan memegangnya bagi pihak parti untuk menghalang kemungkinan ia digunakan untuk kepentingan peribadi.

Barangkali hanya di era Najib, derma parti disimpan dalam akaun peribadi. Ohh, ini pun mungkin rekod dunia juga!!

Okaylah...oleh kerana para pemimpin Umno tak habis-habis berkuntau dan bersilat mempertahankan wang itu sebagai derma politik untuk Umno, manakala SPRM pula sudah mengesahkan demikian, kita terima terima sajalah hakikat tersebut walaupun bukan dengan sepenuh hati dan masih banyak tanda tanya dalam sanubari.

Terus berhujah pun tidak ke mana-mana, cuma sekadar boleh mengurangkan lagi sokongan rakyat kepada Najib dan Umno saja. Kalau masih mahu menghukum, tunggulah waktu pilihanraya atau pemilihan parti nanti.

Atau boleh juga ikut nasihat sesetengah pemimpin yang bijaksana, pindah saja ke luar negara atau planet Marikh kalau tidak suka negara ini....hehehe.

Cumanya, soalan perlu ditanyakan kepada Najib, kalau wang tersebut merupakan derma untuk dana politik, di mana baki selebihnya?

Apakah wang berkoyan-koyan sebanyak RM2,600 juta itu sudah habis dibelanjakan?

Jika ada bakinya, kenapa Najib masih menyimpannya dan tidak segera dipulangkan kepada akaun parti? Bukankah derma itu diberikan untuk Umno dan Najib cuma pemegang amanahnya saja?

Bagaimana jika  Najib tiba-tiba meletakkan jawatan atau usianya tidak panjang, siapakah yang mewarisi baki wang itu?

Kalau wang itu sudah habis pula, sejak menerimanya pada 2013, tentu saja Najib layak tercatat dalam rekod dunia sekali lagi dengan kemampuan berbelanja yang begitu luar biasa sekali.

Hanya kerana wang RM2,600 juta, banyak rekod dunia tercatat untuk Najib dan negara kita rupanya.

Sumber HD - 12-8-2015


Lima Senario Kesudahan Krisis Politik Mohd Najib
Posted on Tuesday, August 11 @ 19:26:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Oleh A Kadir Jasin

TEUKU Adan bin Teuku Mansor menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad “the green-eyed monster”. Diterjemahkan literal ke bahasa Melayu, raksasa bermata hijau.

Raksasa bermata hijau atau tidak, kebijaksanaan harian (conventional wisdom) mengatakan bahawa Dr Mahathir lebih diyakini dan lebih popular daripada Teuku Adnan.

Mohon maaf saya menggunakan gelaran Teuku dan bukan Tengku atau Tunku kerana lama sebelum beliau menjelma menjadi “Tengku Adnan”, nama asal beliau adalah Teuku Adnan. Itulah gelaran beliau sewaktu saya mula mengenali beliau sebagai ahli perniagaan pada awal tahun 1980-an.

[Teuku adalah gelar ningrat atau bangsawan untuk kaum pria suku Aceh yang memimpin wilayah nanggroe atau kenegerian. Teuku adalah seorang hulubalang atau ulee balang dalam bahasa Acehnya. Sama seperti tradisi budaya patrilineal lainnya, gelar Teuku dapat diperoleh seorang anak laki-laki, bilamana ayahnya juga bergelar Teuku. Seorang Teungku dapat pula berubah menjadi Teuku, apabila ia dialihkan dari jabatan keagamaan ke jabatan pemerintahan atau sebaliknya. Bacaan lanjut di sini.]

Malangnya, bagi kita yang berfikir dan membuat analisis mengenai krisis politik (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak berasaskan kebijaksanaan harian (conventional wisdom), kita akan tersesat kerana beliau dan jentera diayah beliau telah lama mengetepikan kebijaksanaan harian.

Namun bagi kita yang masih berpegang dan percaya kepada “conventional wisdom”, kita mempunyai berapa kaedah yang boleh digunakan bagi memahami dan mengungkai kekusutan yang kita hadapi sekarang. Antaranya:

1. Mohd Najib boleh memilih untuk terus bertahan dengan menggunakan kuasa pentadbiran (executive power). Tetapi pemerintahan serta ekonomi negara akan terus terumbang-ambing kerana kredibiliti kerajaan yang rendah. Umno dan Barisan Nasional akan semakin lumpuh dan pembangkang mempunyai modal besar untuk pilihan raya umum akan datang.

2. Pihak-pihak yang menentang Mohd Najib boleh menggunakan kuasa perundangan (legislative power) untuk memaksa beliau berundur melalui undi tidak percaya di Parlimen. Ahli Dewan Rakyat daripada BN dan pembangkang boleh membuat pakatan dua pihak (bi-partisan) untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap beliau atau melalui perutusan (deputation) kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

3. Gerakan massa (mass movement) boleh menggunakan keingkaran sivil (civil disobedience) secara aman dan sah dalam semangat Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.

4. Menggunakan saluran kehakiman. Pendapat umum dan kebijaksanaan konvensional mengatakan bahawa sudah terdapat bukti (evident) yang mencukupi untuk mendakwa beliau di mahkamah berkaitan "derma" RSC International dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

5. Jalan keluar terhormat dan terjamin bagi Mohd Najib adalah merundingkan laluan selamat (safe passage) di mana beliau tidak akan dituduh di mahkamah dengan syarat beliau meletakkan jawatan. Namun inilah yang diidam-idamkan oleh pembangkang kerana ia akan memberikan mereka modal mutakhir untuk PRU akan datang.

Kaedah kelima bukanlah baru dalam sejarah Malaysia cuma ia belum pernah membabitkan seorang Perdana Menteri.

Ramai pemimpin politik daripada menteri, menteri besar, ketua menteri dan ahli parlimen meletakkan jawatan bagi mengelak daripada diseret ke mahkamah atas tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah.

Tetapi ada juga pemimpin tertinggi Umno/BN yang memilih untuk dibicarakan daripada mengundurkan diri secara sukarela. Ada yang sabit kesalahan dan ada yang dibuang kes.


Kesimpulannya, Mohd Najib boleh memilih untuk bertahan dengan menggunakan kuasa politik dan wang untuk menambat hati ketua-ketua Umno dan anggota kabinet atau memeras ugut mereka yang ada rangka bergantungan dalam almari.

Beliau boleh menggunakan kuasa pentadbiran untuk membeli kesetiaan kakitangan awam atau mengenakan tekanan ke atas mereka seperti yang dilakukan ke atas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC).

Malangnya, bagi rakyat jelata masalah mereka tidak akan dapat ditangani dengan berkesan kerana tumpuan Perdana Menteri adalah untuk menyelamatkan diri beliau dahulu selain hakikat bahawa kerajaan pimpinan beliau telah hilang keyakinan umum.

Di pihak penentang Mohd Najib pula, khususnya anggota perundangan (legislative), mereka sepakat bahawa Mohd Najib perlu disingkirkan demi kelangsungan negara tetapi tidak mempunyai keazaman politik (political will) untuk berpakat menjatuhkan beliau melalui undi tidak percaya.

Sementara di kalangan elit Umno dan BN pula, hipokrasi menjadi kata kunci – di depan puji dan puja di belakang caci dan cerca. Tetapi suara berani ahli akar umbi meminta Mohd Najib mengundurkan diri sudah mula kedengaran di mesyuarat agung tahunan bahagian-bahagian Umno.

Wallahuaklam.

Sumber TKO - 111-8-2015


Sedarlah Najib, Penolakan Sudah Ada Di Mana - Mana !!

Posted on Tuesday, August 11 @ 14:14:03 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin 

Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih sedar diri ketika ini. Hakikat bahawa beliau semakin ditolak dan tidak dikehendaki lagi memimpin negara ini sudah boleh dilihat di mana-mana.

Jika selama ini penolakan itu lebih banyak tersimpan dalam hati atau lebih kerap diluahkan di kedai-kedai kopi atau dalam kata-kata melalui hujung jari, tetapi kini ia tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi.


Sudah ada yang berani meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan UMNO sendiri. Di Langkawi, seorang perwakilan bernama Anina Saaduddin menyifatkan Najib selama ini telah "kencing" tiga juta ahli UMNO serta menyarankan MT UMNO membawanya segera berubat.

Di Pasir Gudang, seorang Ketua Wanita UMNO cawangan yang juga AJK Bahagian, Norwati Abdul Manaf telah menyerahkan sendiri memorandum 12 perkara kepada Najib ketika beliau hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Pasir Gudang, Ahad lalu.

Memorandum yang didakwa mewakili 107 cawangan itu antaranya meminta Najib berehat daripada jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan yang dibuat sebelum ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Labis juag mahukan Najib berehat buat sementara sehingga siasatan mengenai 1MDB diselesaikan.

Selain itu, pelbagai cara lagi dilakukan un***** meluahkan perasaan bagi menunjukkan penolakan itu. Ada yang membuat kain rentang, pelekat kereta, tulisan di baju dan macam-macam lagi.
Di media sosial atau percakapan hari-hari, barangkali tidak sah jika tidak menyebut perlunya Najib segera berundur sama ada bagi menyelamatkan UMNO atau pun negara.

Di bawah ini antara tanda-tanda penolakan yang dapat dikumpulkan oleh blog ini untuk tatapan kita bersama. Selepas ini pasti lebih banyak lagi penolakan yang sama yang muncul di depan mata kita. Tidak mustahil juga lebih ramai pemimpin UMNO sendiri meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan yang sedang berlangsung di seluruh negara.

Melalui benih penolakan yang mulai merata di mana-mana ketika ini, bukan saja dakwaan Najib bahawa tiga juta ahli UMNO tetap menyokongnya boleh dipersoalkan, malah yang lebih perlukan jawapan ialah berapa lamakah lagi beliau mampu bertahan?
Ada sesiapa yang boleh berikan jawapan?

http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Sumber DD - 11-8-2015


Dana politik masuk akaun parti, bukan pemimpin


Posted on Tuesday, August 11 @ 13:50:53 MYT by paktam

Oleh MalaysiaInsider

Datuk Paul Low berkata mana-mana dana politik hanya boleh disalurkan ke akaun parti dan bukan akaun peribadi pemimpin, lapor Sinar Harian edisi atas talian hari ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perkara itu akan ditekankan dalam cadangan bagi mewujudkan akta berkaitan pendanaan politik di Malaysia kelak.

“Parti politik boleh peroleh dana dengan pelbagai cara termasuk keahlian, kutipan derma, dana daripada orang ramai dan korporat.

"Kita boleh benarkan syarikat korporat menyumbang kepada parti tapi ia mesti didedahkan kerana rakyat perlu tahu.

“Kita juga kena pastikan dana disalurkan bukan ke akaun peribadi. Ia mesti masuk ke akaun parti kerana jika masuk ke akaun peribadi, agak sukar untuk dipertanggungjawabkan,” katanya seperti dilapor portal itu hari ini.

Isu dana politik menjadi perbincangan hangat mutakhir ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan yang wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri datang daripada seorang penderma Timur Tengah.

Umno kemudian menjelaskan yang wang itu adalah derma politik yang disalurkan terus ke akaun Datuk Seri Najib Razak.

Pada Sabtu, Najib mendakwa SPRM mengesahkan beliau bersih daripada rasuah berhubung wang itu, yang diterimanya bagi pihak Umno, di mana beliau merupakan presidennya, dan bukan untuk kegunaan peribadinya.

Beberapa ahli Kabinet Najib sebelum ini berkata, tidak salah wang disalurkan ke dalam akaun peribadinya kerana beliau mempunyai kapasiti menjadi pemegang amanah bagi Umno.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata menjadi amalan biasa bagi pemimpin politik untuk menyimpan wang dalam akaun amanah bagi partinya.
Semua perbincangan tersebut membawa kepada cadangan supaya undang-undang atau garis panduan yang bersesuaian dirangka bagi mengawal selia pendanaan politik di negara ini.

Low berkata, mutakhir ini, pemimpin politik dan rakyat sudah bersedia menerima perubahan itu yang mendatangkan kebaikan kepada negara.

“Ketika saya di TI (Tranparensi Antarabangsa Malaysia), kami cuba untuk usahakan peraturan dalam dana politik ini. Memang sukar, ada banyak masalah. Tapi hari ini, berdasarkan perbincangan dengan ahli politik dan juga orang awam menunjukkan mereka sudah bersedia.

“Jadi, kami kena teliti perkara ini. Bagi memastikan kami gubal rangka yang sesuai untuk membuat peraturan itu bagi memastikan dana tidak sepatutnya tidak memasuki parti politik,” katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

Sumber DD - 11-8-2015 

Apa pula orang Melayu mahu?
Posted on Monday, August 10 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Roslan SMS



Sejurus PRU ke 13 lalu Utusan Malaysia melalui Editor Kanannya Zulkeflee Bakar telah menerbitkan satu artikel bertajuk: “Apa lagi orang Cina mahu?”

Artikel ini telah mengundang kemarahan ramai apabila ianya dilihat tengit berbau rasis kerana 

cuba menyalahkan kecenderungan pengundi Cina ketika itu yang dilihat tidak faham membalas 

budi baik yang telah ditaburkan oleh kerajaan BN terhadap mereka.



Apa pun episod itu telah pun kendur dan dilupakan begitu sahaja sementara PRU ke 13 pun sudah

lebih dua tahun berlalu.



Hari ini dengan keperitan kemelut politik yang melanda negara. Dengan kejatuhan nilai 

Ringgit Malaysia secara mendadak, keadaan ekonomi yang tidak menentu, kos kehidupan 

rakyat yang melambung tinggi dan skandal kewangan yang berulang-ulang, persoalan baru 

yang mahu dan sepatutnya perlu diajukan bukan lagi  berbunyi “Apa lagi orang Cina mahu?” 

tetapi sepatutnya “Apa lagi orang Melayu mahu?”.



Jika artikel di Utusan Malaysia dahulu itu lebih bersifat provakatif dan membakar semangat 

rasis yang tidak menentu, persooalan “Apa lagi orang Melayu mahu?” ini sesungguhnya 

lebih bersifat persoalan hidup,  dan tertumpu sebagai cabaran buat orang Melayu khasnya 

berkenaan nasib dan masa depan mereka.



Dalam suasana politik yang yang kalut dan kehidupan yang mencabar dewasa ini, orang 

Melayu yang merupakan kaum terbesar dalam negara sewajarnyalah berulang-ulang menanyakan 

diri dengan soalan “Apa lagi orang Melayu mahu?”.



Meminjam bait-bait mutiara Allahyarham Usman Awang dalam puisinya “Melayu”:

“Melayu itu orang yang bijaksana, nakalnya bersulam jenaka, budi bahasanya tidak terkira, 

kurang ajarnya tetap santun, jika menipu pun masih bersopan, bila mengampu bijak beralas tangan”





Orang Melayu hari ini mendominasi politik dan kuasa dalam negara. Pemimpin nombor satudan 

dua  dalam pentadbiran negara adalah orang Melayu di dalam kabinet yang didominasi juga 

oleh orang-orang Melayu.



Jika maksud artikel Utusan Malaysia di atas tertumpu pada membakar semangat dan amarah 

orang-orang Melayu terhadap trend pengundian orang-orang Cina, persoalan “Apa lagi orang 

Melayu mahu?” hari ini  menjurus kepada orang Melayu itu sendiri.



Teraju kepimpinan yang ada yang mendominasi politik dan kuasa dalam negara hari ini 

adalah diangkat oleh orang-orang Melayu melalui undi dan pilihan mereka.



Hari ini jika kita mempertikaikan RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri,

skandal 1MDB yang melibatkan wang negara, skandal Tabung Haji, skandal MARA, 

perlaksanaan GST, kenaikan harga minyak dan kenaikan kos hidup rakyat serta berbagai lagi, 

kita khasnya orang-orang Melayu perlu insaf bahawa sebahagian besar dari kitalah yang 

telah meletakkan nama-nama yang terpalit dengan pertikaian kita itu ke tunggak kuasa hari ini.



“Apa lagi orang Melayu mahu?” sedangkan orang Melayu jugalah yang telah menaikkan mereka 

ini duduk memimpin negara dan rakyat.



Skandal-skandal yang menghantui kita hari ini, kesempitan hidup yang menekan kita masing-masing

semuanya berlaku bukan kerana orang atau bangsa lain tetapi angkara orang Melayu yang 

telah sebahagian besar kita sendiri berikan amanah dalam PRU yang lalu.



Kita lihat sesama mereka pun hari ini sudah berantakkan. Bekas Perdana Menteri menyerang 

Perdana Menteri secara terbuka. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan dipecat. 

Pulau memulau pemimpin berlaku, semuanya di hadapan mata kepala kita masing-masing, “Apa 

lagi orang Melayu mahu?”



Kita yang punya kuasa politik dominan, kita juga yang menggunakan kuasa itu untuk 

menaikkan mereka yang seumpama ini, lalu hari ini kita sendiri yang tertekan dan terbeban 

akibat darinya.



Jika orang Melayu boleh sedar dan insaf akan hakikat ini, jawapan kepada persoalan “Apa lagi 

orang Melayu mahu?” itu mudah terongkai dan terjawab. Malah Allahyarham Usman Awang 

dalam sajak yang sama menulis:



“Jangan takut melanggar pantang, jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan 

menentang larangan, jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan, 

jika percaya kepada keadilan”



Sesungguhnya orang Melayu perlu kembali kepada penyelesaian Islam iaitu sebaik-baik

penyelesaian yang telah tidak ia gunakan secara sepenuhnya sebelum ini. Kita ghairah dengan
dominasi dan kelebihan kita tetapi kita kesampingkan perjuangan Islam yang sebenar-benarnya
meletakkan kita lebih mulia dari yang lain jika diperjuang dan dilaksanakan.

Almarhum Prof Zulkiflee Muhamad, bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS (Timbalan
Presiden kini) pernah menyatakan lebih 50 tahun dahulu:

“Di dalam perjuangan menyelamatkan Islam dan mencapai keredhaan Tuhan hendaklah benar-benar
kita menjadi satu golongan manusia yang berbentuk, berjiwa dan berakal Islam, berfikir secara Islam
di dalam tiap-tiap gerak dan diam kita dengan demikian akan lahirlah gambaran yang indah dan
masyarakat akan menyambut (kita) dengan baik.”

Oleh itu masanya telah tiba bagi orang-orang Melayu untuk menegaskan tanpa takut 
melanggar pantang bahawa mereka tidak perlukan lagi pemimpin Melayu yang seumpam hari ini.
Yang telah menodai amanah yang diberikan, yang telah menconteng dan mencetuskan aib pada
wajah bangsa sendiri.

Orang Melayu adalah bangsa yang sentiasa membela dan menutut kebenaran dan keadilan, tidak
pernah ia dikenali dalam sejarah sebagai tamaddun yang korap dan pincang.

Hari ini kita telah dikejutkan dari tidur yang lena dan sudah mula sedar akan kesilapan kita selama
ini.

Lantas langkah perjuangan kita perlulah diperbetulkan. Tiada lagi membuta dan terpedaya memilih
pemimpin yang mengkhianati amanah bangsa dan agama.

Persoalan apa lagi orang Melayu mahu akan terjawab apabila orang Melayu sendiri semuanya
bersatu hati dan tekad bangkit membuat perubahan politik yang bijak dan berani. Orang-orang
Melayu dalam Umno, dalam NGO, mereka yang tidak berparti, semuanya perlulah bersama yakin
dan seiring mengambil Islam sebagai penyelesaian.

Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam menekuni kemelut politik Malaysia
hari ini ada menegaskan:

“PAS mahu tunaikan amanah ini dengan betul mengikut perintah Islam. Terpulang kepada rakyat nak
pilih siapa. Kalau rakyat rasa amanah sudah hilang dengan pemerintahan yang ada, pilih PAS.”

Apa lagi orang Melayu mahu, jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Melayu yang berkuasa hari
ini, maka ubahlah kepada yang lain bila tiba masanya nanti. Islam menjanjikan rahmat dan kebaikan
buat kita semua, bukan hanya orang-orang Melayu malah seluruh warga Malaysia dan seluruh dunia.


Sumber TKO - 10-8-2015

Selepas Muhyiddin dipecat, kembalikan pemilihan UMNO kepada 2016 

Posted on Sunday, August 09 @ 14:23:57 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Beberapa bulan sebelum Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Majlis Tertinggi UMNO telah membuat ketetapan menangguhkan pemilihan pucuk pimpinannya.

Sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaan, pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada 2016 telah ditangguhkan selama 18 bulan bagi memberi laluan pilihanraya umum ke 14 diadakan terlebih dahulu.


Dengan itu, kebarangkaliannya ialah pemilihan UMNO akan diadakan pada penghujung tahun 2018. Ini bersesuaian kerana pilihanraya umum juga mesti diadakan selewat-lewatnya pada Mei 2018.

Tujuan penangguhan pemilihan itu dan diadakan pilihanraya umum terlebih dahulu ialah untuk mengelakkan perpecahan dalam UMNO dan menjadikan seluruh tumpuan ke arah penyatuan bagi mengekalkan kuasa yang ada.

Kebimbangan yang lain mengapa pemilihan itu ditangguhkan ialah kerana kedudukan Najib Razak sendiri tidak begitu selamat berikutan terlalu banyak masalah dalam negara yang berpunca daripadanya. Ia sekaligus menyebabkan hari demi hari penolakan rakyat terhadap kerajaan makin membesar.

Mulai wujud kebimbangan bahawa jika Najib terus menerajui parti dalam pilihanraya ke 14 nanti, potensi kalah dan menjadi pembangkang lebih terbuka bagi UMNO dan BN. Melalui isu 1MDB pula telah menyebabkan Tun Mahathir Mohamad kian lantang mahukan Najib berundur bagi mengelakkan bala lebih besar menimpa negara.

Muhyiddin pula dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO 2014 mahukan agar pemilihan 2016 tetap diteruskan bagi menampilkan wajah baru parti dalam pilihanraya ke 14 nanti. Menurut beliau, hanya dengan mengadakan pemilihan terlebih dahulu sajalah sebuah wajah baru UMNO dapat dipamerkan kepada rakyat yang akhirnya mungkin memberi harapan lebih baik untuk memenangi pilihanraya.

Tetapi dalam masa yang sama, pemilihan juga mungkin dilihat sebagai ancaman kepada kedudukan Najib. Walaupun diilihat kuat dalam menjaga pimpinan UMNO, Najib masih merata dipertikaikan di peringkat bawahan kerana terlalu banyak isu dalam negara berpunca daripadanya.

Bagaimanapun ketika ini, sementara penangguhan itu sudah dibuat, Muhyiddin tiada lagi dalam kerajaan setelah digugurkan daripada kabinet dalam rombakan yang dilakukan Najib pada 28 Julai lalu. Setidak-tidaknya ancaman Muhyiddin kepada kedudukan Najib yang mula ditafsirkan sejak ucapannya pada 2014 itu tidak lagi semerbahaya ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Dalam masa yang sama, kedudukan Najib dan UMNO tidak juga bertambah baik setelah ketiadaan Muhyiddin. Malah ia terus menjadi lebih buruk. Pemecatan Muhyiddin, penyingkiran Gani Patail sebagai Peguam Negara, melumpuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC dengan pemberian jawatan dalam kabinet dan gangguan terhadap SPRM tidak lebih sebagai tindakan menyelamatkan Najib berhubung kemelut 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya.

Bersama dengan berlonggok lagi isu dan kelemahan yang berlarutan sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009, kedudukan UMNO dan BN terus mereput di mata rakyat. Rakyat secara nyata, di pelbagai kelompok dan segmen, tidak dapat lagi menerima kepimpinannya.

Najib bagaimanapun semakin keras hati tidak mahu berundur daripada jawatannya, meski beliau mungkin turut mendapat laporan daripada pelbagai agensi risikan mengenai sokongan yang makin merudum terhadapnya.

Jadi, bagaimanakah mahu memenangi pilihanraya sedangkan Najib selaku panglima perang sedang "berdarah" dan "cedera parah" dalam pandangan umum?

Meskipun jalan terbaik untuk memastikan UMNO terus kekal sebagai pemegang kuasa ialah dengan menukar Najib seberapa segera, tetapi tanda-tanda ke arah belum itu cukup nyata ketika ini. Memang ada rungutan dan sungutan di mana-mana, tetapi ia belum lagi menjadi desakan yang mampu mengalihkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Dalam hal ini UMNO harus dijadikan lebih bulat dalam menghadapi pilihanraya akan datang ini. Untuk itu, langkah yang sebaik-baiknya ialah membatalkan penangguhan pemilihan yang dibuat sebelum ini dan mengembalikan pemilihan UMNO kepada jadual asal iaitu 2016.

Dalam suasana kedudukan UMNO dan Najib begitu kritikal ketika ini, mengadakan pemilihan UMNO sebelum pilihanraya adalah jalan yang terbaik sekali. Dengan adanya pemilihan, pemimpin lama dapat ditukar dan pemimpin baru dapat dilahirkan. Ketika inilah UMNO harus bijak memilih siapa yang layak menjadi pemimpinnya yang bukan saja untuk memimpin parti, tetapi juga mendepani cabaran dalam perhitungan undi rakyat dalam pilihanraya.

Di peringkat atasan pula, pemilihan ini akan menentukan sama ada mereka mahu terus berketuakan Najib atau pemimpin lain yang dirasakan boleh memenangi pilihanraya. Jika dirasakan beliau masih boleh memenangi pilihanraya, kekalkanlah Najib. Tetapi jika sebaliknya, tukarlah Najib.

Begitu juga, jika dirasakan Muhyiddin calon terbaik menerajui parti, berilah peluang dan keyakinan kepadanya. Jika Muhyiddin pun tidak diyakini dan lebih mahukan Zahid Hamidi yang baru dinaikkan martabat sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menerajui kejayaan, maka pilihan harus dibuat tanpa bertangguh-tangguh lagi.

Pendeknya, siapa pun pemimpin yang dimahukan UMNO untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya, inilah masanya mereka membuat pilihan dan perubahan.

Dengan ini, apa pun keputusan dalam pilihanraya nanti adalah beban UMNO seluruhnya. Ia bukan lagi beban Najib seorang diri. Kiranya dengan mengekalkan Najib tetapi UMNO kalah dalam pilihanraya, salahnya adalah ahli UMNO sendiri kerana takut melakukan perubahan. Kalau masih mampu menang pula, ia adalah kejayaan UMNO seluruhnya dan bukan lagi kejayaan Najib seorang diri.

Dengan menukar Najib dan kemudian disusuli dengan kemenangan dalam pilihanraya, UMNO tentu saja dianggap bijak dalam pertimbangannya. Jika Najib sudah ditukar dan tetap kalah juga, sekurang-kurangnya langkah berusaha dan mencuba sudah pun dilakukan. Keputusan buruk itu lebih dianggap sudah takdir Tuhan.

Sekiranya tidak mengadakan pemilihan dan kekal dengan penundaan sehingga 2018, kalah atau menang dalam pilihanraya lebih menjadi beban atau kebanggaan kepada Najib saja.

Dalam mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian yang sedang berlangsung sekarang, ada baiknya UMNO lebih memikirkan mengenai kemenangan dalam pilihanraya daripada menjaga kedudukan Najib semata-mata. Jika perlu, luahkanlah semuanya melalui ucapan, usul, desakan atau apa saja agar pemilihan dikembalikan semula pada tahun depan.

Berbanding tidak melakukan desakan apa-apa, apatah lagi jika selepas UMNO hilang kuasanya, menjerit dan melalak di kemudian hari tiada ertinya lagi.

Sumber DD - 9-8-2015

Sama tetapi adakah ia serupa?
Posted on Saturday, August 08 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Oleh Roslan SMS

Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan nombor dua tertinggi dalam  pentadbiran negara, iaitu Timbalan Perdana Menteri tempoh hari mengingatkan kita kepada peristiwa yang sama yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir 17 tahun lalu pada tahun 1998.

Pada tahun 1998 Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad telah memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kononnya atas alasan salah-laku seksual dan salah guna kuasa, suatu konspirasi kotor yang sehingga hari ini terus menghantui wajah Tun Dr Mahathir.

Malah hari ini pun apabila memperkatakan tentang pemecatan Muhyiddin, Tun Dr Mahathir bertegas bahawa beliau pecat Anwar dulu bukan kerana Anwar tidak menyokongnya tetapi kononnya kerana kes jenayah.

Sesudah pencen dan bersara, Tun boleh berkata apa sahaja, tetapi rakyat Malaysia khasnya 
para penyokong Anwar “tidak” mudah dan tidak boleh lupa.

Baru-baru ini giliran Muhyiddin pula. Beliau telah memilih menegur pengurusan dan pengendalian
1MDB yang telah mencatatkan kerugian berbillion ringgit sehingga mencetuskan keresahan rakyat
jelata. Beliau bangkit secara terbuka dalam beberapa majlis menegakkan pendiriannya sehingga
menyebut bahawa kontroversi yang meilbatkan 1MDB itu sesungguhnya diluar pengetahuan beliau
sendiri selaku Timbalan Perdana Menteri.

Kontroversi ini ujarnya perlu ditangani oleh kerajaan dan Umno segera jika tidak Umno dan BN akan
kecundang dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Ternyata pendedahan beraninya itu telah mengundang minat dan sokongan banyak pihak, khasnya
dari kalangan mereka yang mahu menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Bayangkan apabila orang nombor dua mengkritik apa yang dilakukan oleh “bos”nya sendiri dan
mengisytiharkan pula beliau tidak tahu-menahu darihal penjalanannya, sudah pastilah tindakan beliau
itu mengundang amarah Najib.

Lalu tanpa banyak kata bicara, sebagaimana Tun Dr Mahathir dulu, tanpa sebarang notis Najib telah
memecat dan menyingkirkan Muhyiddin dari jawatan TPM nya. Seluruh negara malah dunia terpaku
dengan tindakan drastik Najib itu.

Samalah nasib Muhyiddin dan Anwar, sama-sama dipecat tanpa ihsan oleh “bos” masing-masing,

Tetapi serupakah isunya?

Kalau dilihat secara umum, ianya hampir serupa sahaja.

Anwar dahulu memilih menegur “bos” nya Tun Dr Mahathir yang dikatakannya memimpin negara sebagai PM dengan penuh kepincangan. Anwar mendedahkan amalan rasuah, nepotisma dan
kronisma yang berleluasa dalam pentabdiran PM sehingga menjejaskan ekonomi negara.

Anwar terbukti lebih vokal dan berani dari Muhyiddin malah bersedia dari awal menghadapi apa
sahaja risiko yang bakal mendatang. Yang selebihnya kini sejarah.

Namun tidak seperti Anwar dahulu,Muhyiddin masih Timbalan Presiden Umno, sekurang-kurangnya
sehingga artikel ini ditulis beliau masih dijawatan itu. Dan beliau tidak berlengah malah terus sahaja
mengeluarkan kenyataan bahawa beliau masih taat dan terus berdiri di belakang Presidennya. 

Ramai yang melihat kenyataan terbaru Muhyuddin  itu bagaikan “damage control” iaitu mahu
menyelamatakan diri dan kedudukannya. Bisa pemecatan Najjib itu telah meresap dalam tubuhnya,
dan ternyata beliau tidak mahu ianya terus meracuni tubuhnya lalu usaha diambil untuk merawat
keadaan.

Walaupun ada pemimpin Umno yang menyatakan sokongan pada beliau dan beberapa Pergerakan
Pemuda Umno di Johor pula bangkit mahu membela beliau, Muhyiddin sebaliknya memilih untuk
 menelan penawar dan menyatakan beliau teguh berdiri di belakang Presiden parti walaupun dipecat.

Barangkali Muhyuddin tidak mahu nasibnya seumpama Musa Hitam atau Anwar.

Atau mungkinkah langkah ini hanya taktik Muhyiddin? Mungkinkah beliau mahu membeli masa
untuk mengukur kekuatannya dan jika yakin kuat maka beliau akan melancarkan serangan
berikutnya?

Di sinilah perlu diakui betapa berbeda dan berlainan sama-sekali karektor kepimpinan Anwar jika
mahu dibandingkan dengan Muhyiddin. Hanya yang keras dan bersemangat kental seperti Anwar
sahaja mampu mencetuskan kebangkitan rakyat.

Walaubagaimanapun ada pemerhati politik yang mengatakan bahawa Najib tidak akan berhenti
dengan pemecatan itu sahaja. Malah beliau berikutnya dijangka turut akan memecat Muhyidddin dari
jawatan Timbalan Presiden Umno sebagaimana yang pernah Tun Dr Mahathir lakukan ke atas
Anwar. Tiada maknanya memikul seorang Timbalan dalam parti yang akan memukul dan
menyerangnya dari dalam. Najib tidak memerlukan biawak hidup dalam menjalankan tugasnya
selaku Presiden Umno.

Sama-samalah kita ikuti perkembangannya nanti.

Kerana itu jika pemecatan Anwar dulu telah mencetuskan kebangkitan rakyat dan slogan
“Reformasi”, pemecatan Muhyuddin hari ini dilihat sekadar ribut dalam cawan.

Sungguhpun demikian ada pihak-pihak yang mahu memaksa Najib turun. Tanpa melakukan
perhitungan dan pembacaan politik yang mendalam, mereka menyangkakan inilah masa yang terbaik
menendang keluar Najib sedangkan di luar sana tiada senario seumpama 1998 dahulu.

Benar kontroversi 1 MDB dan banyak lagi kepincangan Najib terus membakar merah menyala, tetapi
pendekatan kita menghadapinya perlulah tertib dan teratur apatah lagi jika kita menghargai kestabilan
negara dan keharmonian rakyatnya.

Kita tidak mahu berlaku huru-hara, itulah pesanan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Pesanan yang sesetangah pihak mengatakan bukti PAS lunak dan cenderung pada Umno, sedangkan
mereka tidak sedar PAS jauh lebih matang dan dewasa dalam menghadapi berbagai kemelut dan
situasi politik dalam negara.

Dalam situasi rumit seperti ini kita jangan mengundang ketegangan. PAS sudah punya banyak
pengalaman apabila peluang yang terbuka dirosakkan dengan umpamanya pengisytiharan Darurat,
yang bakal melumpuhkan institusi demokrasi negara. Darurat 1969 dan di Kelantan pada tahun 1977
sangat perit buat PAS. Kita perlu terima hakikat bahawa Malaysia bukan Thailand, bukan juga
negara-negara dunia ketiga lain.

PAS sudah punya kekuatan dan telah berjaya membina keyakinan rakyat. Kita tidak tahu sampai
kemanakah kemelut dalaman Umno ini, adakah ianya akan berkahir dengan pengunduran orang
nombor satu, atau orang nombor satu menjadi lebih kukuh cengkamannya atau jalan pintas umpama
darurat dipilih untuk mengekang suara rakyat.

Oleh itu kita perlu bijak membuat perhitungan dan tidak dipengaruhi oleh nafsu liar yang
membinasakan segala-galanya.

PAS tidak tolak cadangan untuk membawa undi tidak percaya terhadap PM di Parlimen kerana ianya
sebahagian amalan demokrasi. Tetapi dalam situasi hari ini banyak aspek perlu dilihat dan dikaji.

Dengan pendirian terbaru Muhyiddin dan “mood” dalam Umno sendiri kebelakangan ini, jika
pembangkang membawa usul ini ke Parlimen, besar kemungkinan tiada undi protes dari wakil Umno
mahupun komponan BN yang akan diperolehi. Ianya sekadar satu proses protes pembangkang dan tidak lebih dari itu.

Buat Tuan Guru Presiden PAS perubahan politik biarlah berlaku secara sihat dalam ertikata melalui
amalan demokrasi. PAS perlu menggunakan situasi yang ada untuk lebih meyakinkan rakyat bahawa
alternatif yang ada bagi menggantikan Umno adalah PAS.

Hanya penyelesaian Islam mampu dan berupaya membawa negara keluar dari kemelut hitam yang
sedang melanda kita semua. Orang-orang Melayu Islam masih ada dahan untuk bergayut bagi
menyelamatkan nasib dan masa depan negara dari terkorban dan terlontar ke kancah tidak menentu
angkara kemelut ini. Dahan ini jugalah yang akan menjamin keselamatan dan kebajikan orang-orang
bukan Islam dan bukan Melayu. Dan dahan itu adalah PAS.

Rakyat jangan sekali-kali dikorbankan itulah seruan Presiden PAS. Rakyat perlu bangkit melalui
amalan demokrasi bukan untuk dikorbankan tetapi mengorbankan politik tempang dan rakus yang
sudah tidak relevan lagi dan kembali ke Islam yang menjanjikan rahmat buat semua.

Sumber TKO - 8-8-2015













































































Ikan Belida, Hitler dan Para Pemimpin Hujung Usia
Posted on Saturday, August 08 @ 13:42:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Oleh A Kadir Jasin

DARI cerita ikan Belida yang boleh dipancing kalau kita tahu kaedahnya kepada saat-saat terakhir Hitler, sejarah tidak putus-putus mengajar kita teladan dan sempadan.



Jadi izinkan saya bercerita mengenai saat-saat terakhir Adolf Hitler moga-moga kita mendapat pengajaran daripadanya.

Pada jam 12.10 tengah malam 29 April 1945, ketika di ambang kekalahan, Hitler melantik Robert Ritter von Greim sebagai Panglima Tentera Udara Jerman – Luftwaffe.



Luftwaffe adalah unit terakhir tentera Nazi Jerman yang masih beroperasi. Unit-unit lain sudah dikalahkan oleh Tentera Bersekutu yang sedang mara memasuki Berlin.



Von Greim cedera teruk apabila kapal terbang yang membawanya ke Berlin dibedil tentera Rusia.



Daripada bilik kebal bawah tanah di tengah-tengah kota Berlin, Hilter mengarahkan setiausahanya, Traudl Junge, menulis wasiat yang antara lain dia menyalahkan kekalahan Nazi kepada “pembohongan, rasuah dan pengkhianatan”.


Persembunyian Hitler:Tembok konkrit tidak boleh menyelamatkan
 Kemudian beliau membuat beberapa pelantikan baru, antaranya Von Greim, setelah memecat ketua-ketua tentera dan anggota pemerintahannya.



Wanita Merosakkan Kata Hitler



Pada jam 1.30 pagi Hitler menikahi kekasihnya Eva Braun, walaupun dia pernah bersumpah tidak akan berkahwin kerana katanya, wanita mempunyai pengaruh yang merosakkan ke atas lelaki ternama. (Women have a destructive influence on great men.) Hitler dan Braun sudah berkenalan selama 14 tahun.


Hitler dan Eva Braun: Wanita merosakkan, katanya


Pada saat itu, bukan sahaja gandum sudah menjadi bubur bagi Hilter tetapi bubur sudah tertumpah ke pasir dan tidak boleh dimakan lagi.



Kira-kira jam 4.15 pagi, Joseph Goebbels, Ketua Komunikasi Strategik Hitler, teresak-esak memberitahu Junge yang Hitler dan Braun telah membunuh diri dan dia diarahkan mengambil alih pemerintahan sebagai Reich Chancellor - Perdana Menteri.



Sehebat mana pun propaganda Goebbels dan taat setianya kepada Mein Fuhrer (Ketuaku), masa tidak lagi di sebelah beliau. Pelantikan sebagai Perdana Menteri tidak bermakna lagi. Parti Nazi sudah mati dan Jerman dalam acuan Hitler sudah ranap menyembah bumi.



Pada 1 Mei, Goebbels menghantar Jeneral Hans Krebs untuk menyerah kalah kepada jeneral Rusia, Vasily Chuikov.



Kemudian Goebbels membunuh diri bersama isteri dan anak-anaknya.



Von Greim menjadi panglima Luftwaffe yang tidak ada flugzeug (kapal terbang) kerana habis musnah dibom Tentera Bersekutu.

Pada 9 Mei, dia ditawan oleh tentera Amerika dan dua minggu kemudian membunuh diri dengan menelan racun sianida (cyanide) apabila mengetahui yang dia akan diserahkan kepada pihak berkuasa Rusia.



Moral cacatan sejarah ini adalah sekuat dan sehebat mana pun seseorang pemimpin, dia akan jatuh juga apabila kuasa dan kekuatan mula memakan diri dan dia lupa bahawa ada kuasa yang lebih hebat daripada kuasanya, iaitu kuasa takdir dan kuasa orang tertindas yang berjuang penuh keazaman berlandaskan kebenaran.



Lest We Forget


Khairy: Menanam tebu di tepi bibir mengenai rasuah

"I can tell you there is political will to let [the corruption commission] to investigate as much as possible - without fear or favour - and for the Attorney General to prosecute should there be sufficient evidence." - Aljazeera.

Wallauaklam.
Sumber TKO - 8-8-2015

SPRM diganggu lagi, siapa mangsa seterusnya?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Persoalan yang timbul ialah mengapakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus diganggu dan diancam sedemikian rupa?

Tidak bolehkah badan itu dibiarkan menjalankan tugasnya dengan adil dan telus sebagaimana kebencian kita semua terhadap gejala rasuah?

Apakah tindakan itu menunjukkan Najib berasa kedudukannya masih tidak selamat meskipun sebahagian besar daripada RM2.6 bilion yang diterimanya daripada luar negara itu sudah diisytiharkan sebagai derma?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin menerusi blognya, hari ini sebagaimana di bawah.

SPRM diganggu, diancam, digugat dan dilemahkan lagi.

Jika sebelum ini SPRM ditekan dengan penahanan beberapa pegawainya di ketika tugas mereka belum selesai dalam menjalankan siasatan berhubung kemungkinan wujud elemen rasuah berkaitan SRC International Sdn Bhd, kini agensi itu terus dijadikan mangsa.

Kali ini Pengarah Operasi Khasnya, Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategiknya, Rohaizad Yaakob ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri yang berupa suatu tindakan disiplin terhadap mereka.

Bahri adalah pegawai SPRM yang lantang mengkritik penahanan beberapa pegawainya oleh pihak polis untuk disiasat berkaitan kebocoran maklumat sehingga menyifatkannya sebagai "kerja gila" dan percaya ada tangan ghaib di belakangnya.

Beliau juga bersumpah dengan nama Allah untuk mencari dalang tersebut sehingga ke lubang cacing sambil mengingatkan kuasa yang mereka ada cuma sedikit saja.

Rohaizad pula adalah pegawai SPRM yang menerima kunjungan pemimpin pembangkang yang hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada badan itu yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkapan oleh pihak polis.

Insiden pertukaran ini berlaku tidak berapa lama selepas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi memberi jaminan tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap pegawai SPRM yang disiasat itu, sebaliknya mengatakan mereka hanya diambil keterangan sahaja.

Soalnya apakah kesalahan disiplin mereka sehingga dikenakan tindakan disiplin dan ditukarkan itu? Apakah berjuang menegakkan kebenaran sudah menjadi suatu kesalahan? Apakah juga menerima tetamu yang datang yang merupakan sebahagian daripada amalan berbudi bahasa turut merupakan suatu dosa?

Daripada derma berjumlah RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib, RM42 juta daripadanya diterima daripada Ihsan Perdana, sebuah anak syarikat 1MDB yang menjalankan kerja-kerja tanggungjawab sosial yang menerima RM50 juta daripada SRC International melalui Gandingan Mentari Sdn Bhd.

Ketika ini siasatan SPRM terhadap SRC International masih berjalan. Melalui tindakan polis sebelum ini, beberapa fail, dokumen dan komputer riba telah dirampas, manakala dengan pertukaran ini pula menyebabkan peneraju siasatan telah ditukarkan secara serta merta.

Dengan ini, sukar meramalkan sama ada siasatan seterusnya dapat dijalankan dengan sempurna, kecuali jika pihak polis memulangkan semua yang telah dirampas itu atau pegawai SPRM ada menyimpan bukti-bukti di tempat lain.

Bagaimanapun, dalam reaksi segeranya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdul menuntut agar Jabatan Perdana Menteri atau JPM memulangkan semula kedua-dua pegawainya yang ditukarkan itu serta menawarkan dirinya sebagai ganti.

"Segera pulangkan mereka dan ambillah saya sebagai pengganti. Pegawai terbabit bertindak atas arahan saya," tegasnya.

Dengan menuntut JPM yang diketuai oleh Najib agar memulangkan kembali kedua-dua pegawai terbabit, Shukri umpama sudah mengisytiharkan "perang" terhadap sesiapa yang cuba mengganggu tugas badan itu dalam memerangi rasuah.

Suatu keberanian yang terpuji dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Yang ditunggu selepas ini ialah apakah reaksi Najib terhadap tuntutan Shukri ini? Bagaimana pula respons Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi sebagai orang nombor dua di JPM mengenainya?

Mungkinkah hanya Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa atau Jabatan Perkhidmatan Awam saja yang akan menjawabnya nanti?

Atau semuanya akan diam saja? Apakah sehari dua nanti Shukri pula akan menjadi mangsa tindakan disiplin atau pertukaran seterusnya?

Tetapi yang menimbulkan persoalan ialah mengapakah SPRM terus diganggu dan diancam sebegini rupa? Tidak bolehkah badan itu dibiarkan menjalankan tugasnya dengan adil dan telus sebagaimana kebencian kita semua terhadap gejala rasuah?

Apakah tindakan itu menunjukkan Najib berasa kedudukannya masih tidak selamat meskipun sebahagian besar daripada RM2.6 bilion yang diterimanya daripada luar negara itu sudah diisytiharkan sebagai derma?

Di mata umum, kiranya pertukaran pegawai SPRM ini dilakukan dengan pengetahuan Najib, ia jelas memberi makna beliau sedang cuba mengelakkan kesalahannya daripada dikesan serta dibuktikan manakala jika tanpa pengetahuannya pula, bermakna ada orang lain mahu menganiaya dan memburukkan namanya.

Akhirnya, pahlawan Bugis tidak boleh lagi sekadar diam dan membatu sahaja. - HARAKAHDAILY 8/8/2015

Sumber HD - 8-8-2015


Pelaku rasuah tegar ibarat ulat-ulat tahi (ulat taik)

Posted on Friday, August 07 @ 12:56:03 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias
Rasuah merupakan satu perkara yang sangat menjengkelkan.  Ia merupakan penyakit masyarakat yang tertua dan ia telah banyak membuktikan hasil buruk, baik kepada individu pelaku rasuah dan juga kepada institusi dan negara yang mana rasuah sudah menjadi budaya dan cara hidup mereka.

Rasuah menyebabkan semua tindakan kita tidak teratur dan telus lagi. Pemimpin rasuah tetap tidak akan membuat keputusan dengan betul  dan selalunya negara akan menjadi kacau bilau.

Satu ciri perasuah ialah ia tidak akan dapat membuang sifat ‘greed, anger and foolishness’ yang mestinya ada dalam diri seseorang pelaku rasuah itu. Ketiga elemen ini berkait rapat diantara satu dengan yang lain.

Sifat tamak (greed) yang ada di dalam diri seseorang pemimpin rasuah itu selalunya tidak dapat dikawal lagi. Ia disebabkan ia tidak mempunyai ciri-ciri ‘spiritual’ dalam dirinya dan sifat kemanusiaannya amat tipis dan kadangkala tidak wujud langsung. Seseorang manusia yang betul manusia, ia akan mempunyai sedikit sebanyak elemen spiritual dalam diri mereka. Lantaran mereka tidak akan ditembusi oleh elemen ‘evil’ yang sentiasa mengintai-ngintai untuk menyesatkan seseorang (pemimpin) itu.

Pemimpin dan individu yang tamak itu akan mengikut perintah dari bisikan khatir yang sentiasa mahukan kita melakukan kebathilan dan rasuah itu merupakan seburuk-buruk sifat bagi seseorang manusia itu. Kalau sifat itu tidak sehina yang dikatakan, bagaimana agama kita boleh mengklasifikasikan seorang perasuah itu ibarat orang yang memakan daging saudaranya sendiri? Begitulah pandangan agama terhadap pelaku rasuah itu.

Tetapi bagi yang sudah terjebak dengan rasuah tegar, mereka akan sebaliknya merasa bangga dengan tindakan rasuah mereka dengan menunjuk-nunjuk kepada ramai tentang kehebatan kehidupan mereka tanpa menyedari yang mereka itu amat dipandang rendah dan menjijikan bukan sahaja oleh agama tetapi juga oleh masyarakat yang mereka berada didalamnya atau yang mereka pimpin itu.

Inilah yang dikatakan di akhir zaman ini yang baik itu sudah tidak dianggap baik lagi, malahan yang buruk itu sudah diterima sebagai perkara baik. Sifat tamak yang tidak ada had ini tidak dapat dikawal lagi dan tidak mudah untuk kembali menerima hakikat yang baik itu tetap baik dan yang buruk itu tetap buruk dan hina.

Apabila ketamakan (greed) ini sudah menjadi darah daging kita, maka tidak akan akan ada pihak yang mampu membetulkan sifat mereka ini. Kita boleh lihat dari apa yang kita lalui sekarang, yang perasuah tidak mahu tindakan rasuah mereka diperbaiki dan pihak yang ingin mencari kebenaran akan di ambil tindakan.

Perasuah akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang tidak mahu menerima budaya buruk yang mereka amalkan, malahan mereka mahu semua disekeliling mereka ini untuk membantu menyimpan dan menutupi tindakan hina rasuah mereka. Ini adalah kerana sifat amarah (anger) mereka kerana mereka tidak mahu diganggu untuk  memperjuangkan sikap busuk mereka itu.

Sikap yang melengkapkan sifat busuk ini ialah kebodohan (foolishness) dalam semua tindakan mereka. Mereka tidak akan lagi bertindak rasional dan betul. Segala tindakan mereka perasuah ini, akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan diri apabila tindakan mereka ini sudah diketahui umum. Mereka tidak akan hidup selesa jika budaya rasuah dan kotor itu dibersihkan dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan budaya kotor dan busuk itu.

Ulat tahi (ulat taik) hanya boleh hidup dalam kekotoran tahi itu. Jika kita keluarkan beberapa ekor ulat taik ini dan dibersihkan, ulat ini tidak akan boleh hidup diluar kekotoran taik itu tadi. Tetapi jika diletakkan kembali ke dalam tahi itu ulat-ulat ini akan kembali hidup dengan selesa.

Begitu juga perasuah tegar ini. Jika negara dibersihkan dari kekotoran tahi atau taik ini, mereka tidak akan senang, kerana mereka akan hanya selesa hidup di dalam kekotoran budaya rasuah itu tadi.

Justeru jika kita berhadapan kepayahan dalam usaha membersihkan negara dari budaya kotor ini, itu tidak memeranjatkan. Ulat-ulat taik ini akan tetap berkuasa dan bergembira selagi kawasan yang bertaik tadi tidak dibersihkan. Ulat-ulat taik ini akan mati apabila taik itu dibuang atau ditanam dalam-dalam.

Kita perlu mengambil kefahaman bahawa ‘greed, anger and foolishness’ ini merupakan perjuangan yang bathil kerana yang bathil senantiasa berjuang untuk meletakkan manusia hidup seperti ulat taik tadi dan ia akan berterusan sehingga dunia ini kiamat.

Sememangnya perjuangan puak ini adalah perjuangan untuk mempercepatkan proses kiamat itu tadi. Sesama ulat-ulat taik tadi mereka akan bersatu untuk menutupi segala kekotoran itu dari diketahui umum.  Itu sebab kita kedengaran masih ada yang bercakap mencari jalan untuk mempertahankan ulat-ulat taik itu sekarang ini.

Tetapi Tuhan ada berjanji, ‘selagi masih ada manusia yang berzikir terhadap ku, walaupun seorang, dunia masih belum kiamat lagi’.-http://aspanaliasnet.blogspot.com

Sumber DD - 7-8-2015


Donations: Why Does It Take So Long to Say So?

Posted on Wednesday, August 05 @ 09:51:19 MYT by paktam

By A Kadir Jasin 

ACCORDING a Star online report, quoting the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), the whopping RM2.6-billion allegedly channelled into personal account/s of the Prime Minister, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak, was sourced from donations.

It was not from 1Malaysia Development Bhd (1MDB).As my mother would say in this situation: “Awat la cik tak bagi tau awai-awai?” In plain English: Why don’t you say so from the start?


Why did Mohd Najib and his entire brigade of spin masters have to beat around the senduduk bush?

Why can't they flog this donation story from the start?

Days before today’s MACC announcement, rumours were rife that one or several super rich Arab princes and sheikhs had “admitted” to donating a huge sum of money to Mohd Najib.
That was why in the posting entitled “Hikmah Di Sebalik Pemecatan Muhyiddin” on July 31 I made the following remark in the comment column:

“Saya pun dengar cerita seribu satu malam daripada Ali Baba Bujang Lapok yang kata, ada seorang saudagar yang sangat kaya yang ada ribu-ribu unta dan tikar terbang dari negeri Autastan, jiran Tipustan, bagi sadakah bilion-bilion dirham kepada DS Najib. Masya-Allah, banyaknya duit Sheikh unta itu. Alhamdulillah murahnya rezeki DS Najib. Shukran!”

[I had also heard the story of 1001 nights from Ali Baba Bujang Lapok, saying that there was a very rich trader with thousands of camels and a magic carpet from the nation of Autastan, neighbouring Tipustan, had presented DS Najib billions of dirhams of sadakah (alms). Masya-Allah, so wealthy is the Sheikh. Alhamdulillah, so bountiful is DB Najib’s rezeki. Shukran.]

With the turn of events being so unbelievably fast, dramatic and fantastic since the backdated termination of the services of Attorney General (Tan Sri) Abdul Gani Patail on July 27 and the cabinet reshuffle on July 28, it is hard to force the people not to speculate.

Who are these donors and why did it take such a long time for the MACC and the 1MDB Taskforce to discover that the US$700 million was from donations?

With the benefit of hindsight, the donations story and the talk about the generous Arab benefactor/s could be wholly possible. It has been publicly announced that Mohd Najib’s wife, (Datin Paduka Seri) Rosmah Mansor, is very close to the wealthy Arabs, including members of royal families.

The question is: If the unaccounted 1MDB money or debts did not go to the Prime Minister’s private account, where (corrected) did it go?

Many more questions about 1MDB's modus operandi and dealings remain unanswered.

If the money in the Prime Minister’s account/s was not from 1MDB, why didn’t Jho Low say so or why did people linked to the account/s had to run away from the country?

People who were sought by the Taskforce, including Nik Faisal Ariff Kamil and (Datuk) Suboh Mohd Yassin, should now come forward to clear the Prime Minister’ name.

As for the MACC, the whole bunch of its top echelon, starting with Chief Commissioner (Tan Sri) Abu Kassim Mohamed, should resign voluntarily for failing to discover earlier that the US$700 million in the PM’s personal account/s at AmIslamic was from donations, failing which they should be sacked!

How can they play play with the Prime Minister like that?

Hopefully we are not being presented with yet another round of silap mata and sihir in the 1MDB saga.

In Saudi Arabia, if you are found guilty of practising sihir (black magic), you can be put to death. For stealing you will have your hand chopped off.
Lying is “dosa besar” (capital sin). Wallahuaklam.

http://kadirjasin.blogspot.com

Sumber DD - 5-8-2015

Isu Derma RM2.6b Mampu Lonjakan Zahid Lebih Cepat Jadi PM

Posted on Tuesday, August 04 @ 22:39:32 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak sedang menjadi isu besar dalam negara sekarang ini. Walaupun SPRM seolah-olah sudah membersihkan Perdana Menteri dengan mengatakan ia adalah sumbangan penderma dan boleh terlepas daripada tindakan undang-undang, hukuman persepsi sedang memasuki fasa yang lebih berat lagi.

Secara umumnya, baik rakyat biasa mahupun ahli UMNO, malah sesiapa saja yang berakal waras, tetap sukar menerima pemberian wang sebesar itu sebagai derma semata-mata.

Lebih ramai yang mengaitkannya dengan penyonglapan, berkaitan rasuah atau penggubahan wang haram. Lagi pula peraturan untuk penjawat awam kerajaan dari segi menerima sumbangan, hamper dan sebagainya sudah cukup jelas mengenainya.

Ikut logik akal, kalau nama Najib Razak itu sekadar seorang ofis boy atau despatch dan bukannya Perdana Menteri, tentulah tiada sesiapa mahu menderma sebesar itu kepadanya.

Dalam hal ini, Najib harus mendedahkan siapakah penderma, bagaimana wang itu dibelanjakan, berapa lebihannya dan mengapa akaun banknya yang menerima kemasukan RM2.6 bilion itu sudah ditutup?

Badan penguatkuasa seperti SPRM, PDRM dan Peguam Negara seharusnya juga melihat semula perkara ini, jika tidak bukan saja undang-undang rasuah negara menjadi ketawa dunia, malah akan merangsang lebih ramai pemimpin politik mempunyai simpanan wang tanpa had dalam akaun peribadi masing-masing.

Lagi lama Najib berdiam diri dan tidak berterus terang, lagi membengkak perasaan rakyat dan ahli-ahli UMNO terhadap beliau. Menteri Besar Johor, Khaled Nordin dan anaknya yang meluahkan perasaan mengenai rasuah dan wang RM2.6 bilion dalam laman sosial masing-masing adalah manifestasi denyut nadi rakyat sebenarnya.

Secara nyata dan disedari oleh sesiapa saja, isu ini kian menjadikan Najib dan UMNO makin dibenci dan dijauhi, sekaligus membuatkan harapan memenangi PRU 14 jauh lebih sukar daripada sebelum ini.

Di media sosial sejak semalam, rakyat meluahkan pelbagai bentuk kemarahan, sindiran dan kecaman terhadap Najib berkaitan wang RM2.6 bilion itu. Kata-kata Tun Mahathir bahawa UMNO akan kalah selagi Najib menjadi Perdana Menteri dan Muhyiddin pula mengingatkan pergerakan dua peratus pengundi saja berbanding pilihanraya 2008 sudah cukup untuk menjadikan BN sebagai pembangkang dalam pilihanraya akan datang, mulai diterima ada asas dan kebenarannya.

Najib dengan pelbagai isu sebelum ini, ditambah dengan pengesahan SPRM mengenai wang RM2,600 juta pernah masuk ke dalam akaun peribadinya sebelum pilihanraya 2013 lalu, menjadikan dirinya kini sebagai beban utama kepada UMNO dan BN.

Dalam diam-diam, bukan saja WSJ, Sarawak Report dan The Edge dianggap benar, malah Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Gani Patail dilihat sebagai korban politik yang dimangsakan semata-mata untuk memastikan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Tetapi oleh kerana Muhyiddin sudah terkeluar daripada kabinet, peluangnya untuk kembali mungkin nampak sukar walaupun jika Najib berjaya diketepikan. Bola kini sebenarnya di kaki Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sama ada mahu terus mengekalkan Najib atau melakukan sesuatu yang membuatkannya dikenang sepanjang zaman.

Zahid akan menerima sokongan penuh jika beliau berani memulakan desakan, bukan saja agar Najib berterus terang mengenai wang itu, bahkan sokongan lebih melimpah bakal diterimanya jika tidak gentar mendesak pengunduran Najib yang sudah menjadi beban kepada parti dan negara.

Ahli-ahli UMNO akan percaya dan memberi sokongan kepadanya, bukan saja kerana Najib berada di kedudukan paling teruk ketika ini, tetapi juga kerana yakin Zahid ada asas agama yang kukuh serta sokongan yang kuat di dalam parti.

Lebih dari itu, Muhyiddin, Shafid Apdal, Khaled Nordin dan mereka yang senada secara diam pasti akan akan turut bersama-samanya kerana mempertahankan Najib sudah dianggap menghodoh serta mencomotkan lagi wajah parti dan negara.

Melalui tindakan ini, Najib juga tidak mungkin berani memecat Zahid kerana kesan pemecatan Muhyiddin masih baru lagi. Lagi pula, jika Zahid juga dipecat, siapa lagi yang mahu dilantiknya?

Inilah masanya untuk Zahid memulakan langkahnya sebagai jihad paling besar dalam karier politiknya. Dengan kedudukan sebagai orang nombor dua dalam kerajaan serta Menteri Dalam Negeri dan kiranya Najib dapat diyakinkan bahawa beliau tidak dikenakan tindakan undang-undang selepas berundur serta sepupunya, Hishammuddin akan dijadikan Timbalan Perdana Menteri selepas itu, kesepakatan mungkin lebih mudah dicapai.

Lagi pun ketakutan Najib sehingga beliau memecat Muhyiddin ialah kerana tiada jaminan dirinya dapat bersara dengan aman kiranya meletakkan jawatan. Melantik Zahid pula mungkin sebahagian perancangan Najib untuk memudahkannya berundur dengan selesa, sambil memberi laluan kepada Hishammuddin.

Berbanding tidak melakukan apa-apa, malah terus meminta rakyat dan ahli UMNO menyokong Najib setelah bala RM2.6 bilion ini, ia hanya akan menyebabkan Zahid turut dibenci dan kemungkinan karam sekali dalam pilihanraya nanti.

Jika ingin berjihad, menyelamatkan UMNO, memulihkan negara dan menjadi pemimpin Perak pertama sebagai Perdana Menteri, ketika isu RM2.6 bilion tengah panas inilah waktu yang sesuai bagi Zahid memulakan langkah pertamanya- http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Sumber DD - 4-8-2015


Jangan persoal keikhlasan penderma
Posted on Tuesday, August 04 @ 21:48:39 MYT by paktam

Oleh EDY NOOR REDUAN

Kepada semua teman yang pernah menghina dan memperlekeh integriti perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah lebih baik kalian semua menginsafi perbuatan kalian dan bertaubatlah jika perlu. Saya sendiri berasa amat takut dengan dosa akibat pelbagai hamburan dan tohmahan selama ini terhadap Najib dan keluarganya.

Kalau boleh ingin saja saya hadir melawat Seri Perdana dan merafak kemaafan dengan setulus ikhlas serta memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau. Ingin saja saya bersalam dan mencium tangan Datin Seri Rosmah Mansor jika ini dibenarkan.
Pengakuan saya ini sama sekali tidak bermaksud membodek hanya kerana beliau seorang jutawan, mohon jangan sesekali tindakan saya ini disalah erti.

Saya benar-benar ikhlas. Janganlah ditambah dosa kering saudara sekalian. Cukuplah jika yang sedia ada itu mengheret kalian ke neraka.

Ingin saya imbas di sini, Najib lahir dari kalangan bangsawan iaitu Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak. Beliau diberi didikan terbaik dari dalam dan luar negara.

Beliau cukup berkarisma bukan sahaja untuk memimpin tiga juta ahli Umno seluruh dunia, malah untuk menjadi nakhoda melayarkan negara ini menjadi sebuah negara maju. Saya maksudkan layar bahtera, bukan layar perak.

Malah beliau juga mempunyai jodoh yang baik di kalangan terbaik, kerana sudah tertulis orang yang soleh akan bertemu jodoh yang solehah. Rosmah wajar menjadi ikon kebangsaan sebagai Wanita Pertama yang menjadi tulang belikat buat perdana menteri kita.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengumumkan bahawa RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Najib merupakan sumbangan penderma.

Oleh itu, saya melihat segala tindak-tanduk Najib mentadbir negara ini khususnya rombakan kabinet yang dibuat minggu lalu adalah bertepatan.

Sekurang-kurangnya telah diakui dan disahkan wang tersebut selamat di akaun perdana menteri kita. Ia lebih baik berbanding tidak mengaku apa-apa atau menafikannya.

Kita maklum bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib adalah duit derma, bukan duit penyelewengan atau rasuah mana-mana pihak dan ia tiada kena-mengena dengan 1MDB seperti yang dilaporkan.

Tuduhan melampau oleh bekas TPM dan Tun Mahathir akhirnya terjawab hingga Mahathir sendiri terpaksa akui kemungkinan Muhyiddin melakukan jenayah besar hingga terpaksa diketepikan dari kabinet Najib.

Malahan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga presiden parti Islam PAS juga sudahpun menyebut bahawa Najib tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Ia adalah satu penilaian yang tepat oleh seorang ulama. Apakah kita ular yang biasa-biasa ini berani membangkangnya? Sokongan Hadi Awang ini harus menjadi azimat untuk kita semua memberi sokongan padu terhadap Najib Razak.

Janganlah pula kita persoalkan dari mana sumber datangnya sejumlah wang bernilai RM2.6 bilion. Siapa yang menderma yang tidak penting asalkan yang menderma itu ikhlas kerana Allah, tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima. Siapa kita untuk menilai sebuah keikhlasan?

Jumlah RM2.6 bilion itu juga amatlah kecil jika dibandingkan dengan jumlah hutang negara sebanyak RM800 bilion. Tidakkah kalian nampak jurang perbezaan yang ketara? Justeru saya fikir janganlah perihal derma RM2.6 bilion ini diperbesarkan.

Janganlah pula kita tanya ke mana wang ini dibelanjakan. Sebagai rakyat, kita boleh sahaja mempersoal penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam negara ini, contohnya skandal 1MDB.

Namun wang derma yang masuk terus ke akaun DS Najib adalah hak beliau untuk membelanjakannya dengan berhemah. Siapa tahu, ribuan rumah mangsa banjir di Kelantan yang siap sebelum raya tempoh hari mungkin sebenarnya dari wang RM2.6 bilion ini?

Tidak hairanlah mengapa parti pembangkang PAS bersikap mesra BN umpama salah sebuah parti komponen.

Ada juga pihak yang membuat tuduhan, tanpa sebarang bukti, bahawa wang RM2.6 bilion ini digunakan sebagai dana perbelanjaan pilihan raya umum ke-13.

Hanya secara kebetulan, wang ini masuk ke dalam akaun tersebut dua bulan menjelang pilihan raya umum.

Tetapi ini tidak boleh dijadikan sandaran kepada dakwaan bahawa ia digunakan untuk kempen pilihan raya. Lagipun, wang ini masuk ke akaun peribadi, bukan akaun parti. Jadi janganlah dipertikaikan kemenangan BN dalam pilihan raya lalu.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memberi nasihat kepada semua rakyat Malaysia supaya bertenang dan tidak gopoh dalam membuat penilaian.

Janganlah kita memilih demonstrasi jalanan hanya kerana wang derma RM2.6 bilion ini. Negara kita ada undang-undang, malah ada peguam negara baru yang jauh lebih matang.

Demonstrasi jalanan hanya akan menyebabkan negara mampu menjadi huru-hara. Walaupun jutaan umat Malaysia berada di Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 29 Ogos nanti, pihak polis pastinya sudah bersedia dengan pelbagai kelengkapan termasuklah gas pemedih mata dan air gatal dari semburan meriam.

Garam yang sedikit tidak mampu merawat kepedihan mata, dan walaupun setiap yang hadir membawa payung hitam, ia mungkin tidak mampu menghadang corong canister yang terbang ke arah kalian, apatah lagi semburan air gatal.

Janganlah salahkan pihak berkuasa sekiranya kalian dipukul dengan cota, dan dipijak dengan kasut but besi. Saya tahu kalian semua sangat berani, saya tahu kalian tidak takut mati demi tanah air, tetapi sayangilah diri sendiri dan keluarga.

Jika marah sangat pun, cukuplah hambur kemarahan di media sosial, kerana mungkin itu sahaja kualiti kita.

Janganlah hadir berdemo dalam aksi Bersih 4 hujung bulan nanti hanya kerana wang derma RM2.6 bilion. Ia mungkin akan menyebabkan kehancuran ke atas negara ini, walaupun kita mampu saja bina semula dengan lebih baik.

Tetapi, lebih baik lagi, jangan ambil risiko kerana tanpa risiko tiadalah perubahan. Ada juga yang berkata "The biggest risk is not taking any risk", ini jangan dipercaya.

Kita harus berterima kasih kerana masih bernafas dengan percuma, dan dibayar elaun BR1M setiap tiga  hinggan empat bulan, ini idea Najib bukan Ahmad Maslan.

Ingin juga saya bertanya di sini, berapa ramai di antara kita yang sudah berterima kasih kepada Najib yang menurunkan harga petrol sepuluh sen walaupun ketika ringgit menjunam hampiri RM4 sedolar?

Kita harus bersyukur negara ini masih lebih baik dari negara yang rakyatnya kebuluran. Negara kita ini belum ada yang kebuluran, jadi mengapa perlu kita lawan kerajaan? Malah kita juga harus berbangga kerana mempunyai seorang Perdana Menteri sanggup bertahan walau apa pun rintangan.

Saya bangga menjadi sebahagian rakyat Malaysia yang terus bersabar. Bersabar itu bukan bermaksud dungu, ia lebih dari itu.


EDY NOOR REDUAN seorang aktivis dan penulis blog

Sumber DD - 4-8-2015
PRU bukan esok, namun masa tidak lagi menyebelahi Najib

Posted on Tuesday, August 04 @ 17:08:15 MYT by paktam

Oleh Robin Stanley Augustin


Sepanjang hidup kita, ada ketikanya rasa angkuh menguasai diri.Berbanding mengamalkan sikap rendah diri, kita sekurang-kurangnya sekali pernah berkata dan melakukan sesuatu yang berbau sombong dan bongkak.

Tetapi hidup ini ada acara tersendiri untuk menghukum sikap seumpama itu, dan membuatkan kita terpaksa menjilat ludah sendiri.

Bagi kebanyakan manusia, sekali sahaja sudah cukup. Ini kerana keaiban dan rasa malu ekoran perlakuan angkuh yang kembali memakan diri adalah ubat yang pahit untuk ditelan.

Namun bagi sesetengah orang, ia tidak cukup untuk membuat mereka merasa serik.

Contohnya adalah perdana menteri Najib Razak, yang baru-baru ini berkata Umno dan BN masih mempunyai masa untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat, memandangkan pilihanraya bukan dijalankan “esok”.

Menurut laporan The Malaysian Insider, presiden Umno itu berkata demikian ketika berucap dalam mesyuarat Umno bahagian Hulu Selangor baru-baru ini.

Kenyataan Najib itu seperti satu respon kepada amaran yang dibuat bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin sebelumnya. Menurut Muhyiddin Umno dan BN akan kalah seandainya pilihanraya diadakan pada waktu terdekat, jika kontroversi seperti skandal 1Malaysia Development Berhad masih tidak diselesaikan.

“Ada orang kata kita akan kalah jika pilihan raya diadakan hari ini. Siapa kata pilihan raya hari ini? Bukan hari ini, bukan esok,” kata Najib.

“Kita ada banyak masa untuk mendapatkan keyakinan orang ramai,” katanya lagi seperti dipetik.
Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas Muhyiddin mengkritik kenyataan bernada sama yang dibuat timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Ahmad Maslan.


Ahmad Maslan berkata bahawa tidak perlu menjawab sama ada BN akan menang dalam PRU akan datang, kerana ia tidak akan dibuat “esok”.

Muhyiddin dalam responnya berkata, individu yang berkata “esok masih belum pilihanraya” adalah seorang yag angkuh dan jelas salah faham terhadap peringatannya.

“Saya cakap jika pilihanraya dibuat esok. Memang saya tahu esok bukan pilihanraya,” katanya ketika berucap di mesyuarat agung tahunan Umno Kluang.

Pertama-tamanya Najib sepatutnya faham bahawa menyokong sentimen seseorang yang sentiasa dijadikan bahan lawak oleh rakyat Malaysia ekoran membuat komen-komen bodoh, bukanlah tindakan yang bijak.

Kenyataan “esok bukan pilihanraya” oleh Ahmad Maslan bukan sahaja mengundang cemuhan Muhyiddin – yang masih timbalan presiden Umno – tetapi juga orang ramai.

Maka tentulah membingungkan apabila Najib mengulang kenyataan tidak popular Ahmad Maslan, terutama di saat populariti beliau sendiri sedang merosot teruk.

Mentaliti “esok bukan pilihanraya” ini menunjukkan pemimpin kita seolah-olah menganggap ini semua permainan semata-mata.

Mentadbir negara bukanlah satu permainan. Ia tentunya jauh melangkaui memenangi undi semata.
Satu-satunya matlamat yang perlu ada pada setiap politikus, terutama yang memiliki kuasa, sepatutnya adalah untuk mentadbir negara dengan baik, dengan prinsip tadbir urus yang bersih, ketelusan, kebertanggungjawaban, perbelanjaan yang cermat dan terancang serta menegakkan kebebasan.

Jika anda berjaya melakukannya, rakyat pasti akan mengundi anda.

Itu sahaja yang rakyat mahukan.

Rakyat Malaysia bukanlah golongan bodoh dan tidak lagi mudah terpedaya ketika pilihanraya.

Najib perlu sedar bahawa saban hari popularitinya kian merosot, dan masa mungkin tidak lagi menyebelahi dirinya, Umno dan juga BN. -http://bm.theantdaily.com/

Sumber DD - 4-8-2015






















































































Mengapa 'spin' jika wang itu dari orang kaya Arab?
Posted on Tuesday, August 04 @ 13:37:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Pihak berkuasa sepatutnya, dari awal lagi, berkata bahawa RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan penderma dari orang kaya Arab, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Katanya, mengapa Najib dan seluruh briged tukang spin beliau tidak berbuat demikian dari awal lagi.

Beberapa hari sebelum pengumuman SPRM, cakap-cakap bertiup kencang bahawa seorang atau beberapa anak raja Arab dan sheikh yang terkaya telah 'mengakui' menderma sejumlah wang yang besar kepada Najib, tulis Kadir dalam blognya malam Isnin.

Semalam, SPRM mengumumkan bahawa RM2.6 bilion yang dikatakan didepositkan ke dalam bank akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan perderma.

Kadir (gambar), bekas ketua pengarang New Straits Times, berkata rakyat mudah membuat spekulasi tentang perkembangan itu selepas penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada 27 Julai, rombakan kabinet Julai 28 dan perkembangan lain yang berkaitan.

Beliau berkata sangat pelik ia mengambil masa yang lama untuk SPRM dan pasukan petugas 1MDB untuk mengetahui bahawa AS$700 juta adalah sumbangan derma.

Katanya berdasarkan pengalaman lalu, cerita mengenai sumbangan derma dan cakap-cakap mengenai dermawan Arab yang murah hati, boleh jadi ada kemungkinannya.

Lagi pula, katanya, ia telah diumumkan secara terbuka bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor, sangat rapat dengan orang kaya Arab, termasuk anggota keluarga diraja.

Bagaimanapun, Kadir berkata lebih banyak soalan yang belum terjawab ekoran kehilangan mereka yang dicari oleh pihak penyiasat.

Beliau berkata, sekiranya wang dalam akaun perdana menteri bukan dari 1MDB, mengapa tidak Jho Low berkata demikian.

"Atau mengapa orang yang dikaitkan dengan akaun itu perlu melarikan lari dari negara ini?" soalnya.

"Orang yang dicari oleh pasukan petugas khas (menyiasat 1MDB), termasuk Nik Faisal Ariff Kamil dan (Datuk) Suboh Mohd Yassin, kini sepatutnya tampil untuk membersihkan nama perdana menteri," tulis Kadir.

Beliau juga mahu Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed meletakkan jawatan secara sukarela kerana gagal menemui lebih awal yang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri di AmBank adalah sumbangan derma.

"Macam mana anda boleh main-main dengan perdana menteri seperti itu?" katanya sambil menambah, mudahan-mudahan kita tidak ditatapkan dengan satu lagi pusingan silap mata dan sihir dalam saga 1MDB. 
Sumber TKO - 4-8-2015


Kestabilan Selangor sedikit tercabar
Posted on Tuesday, August 04 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Oleh Roslam SMS

Kestabilan kerajaan negeri Selangor pimpinan Dato Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sedikit tercabar berikutan perkembangan yang berlaku di dalam PAS serta yang membabitkan DAP dan PKR bersekali. Adakah kerajaan ini akan kekal memerintah Selangor sehingga tamat penggalnya atau adakah sesuatu yang luar biasa bakal berlaku di Selangor?


Pakatan Rakyat yang  DAP anggap telah mati itu, berjaya membentuk kerajaan Selangor selepas PRU ke 13 lalu apabila bersama meraih 44 daripada 56 kerusi di Dewan Negeri Selangor.



PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR 14. Umno kekal sebagai pembangkang dua penggal berturut-turut apabila ketinggalan dengan hanya 12 kerusi.



Berikutan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dan perlantikkan Azmin sebagai Menteri Besar yang baru pada September 2014 komposisi kedudukan kerajaan yang memerintah berubah di dewan. PAS dan DAP kekal 15 manakala PKR kurang 1 menjadi 13, Umno kekal 12 dan Bebas 1.



Hari ini isu yang di hadapan Azmin adalah status atau kedudukan kerajaannya.



Kerajaan Selangor yang baru ini telah mengambil alih pentadbiran sejak Pilihanraya Umum 2008 dahulu apabila Umno dan BN buat pertama kalinya gagal pertahankan kedudukan mereka. 



Walaupun pada mulanya berbagai tindakan sabotaj dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggugat kestabilannya, pentadbiran yang baru ini dapat melaluinya dengan tenang sehingga berjaya memupuk dan membina keyakinan rakyat terhadapnya.



Selangor bangkit dengan pembangunan dan janji-janji baru buat rakyatnya yang ternyata berbeza sama-sekali dengan pendekatan politik rasuah, nepotisma dan kronisma di zaman BN dahulu.



Pentadbiran negeri mendapat pujian dan sanjungan rakyat kerana berjaya menterjemahkan kehendak dan citarasa rakyat. Wakil-wakil rakyat, ahli-ahli majlis PBT, ketua-ketua kampung dan ahli-ahli JKKK kesemuanya dikalangan mereka yang ikhlas dan bersungguh mahu membawa perubahan kepada negeri termaju di Malaysia ini.



Rata-rata pentadbiran baru Selangor yang maju dan berkebajikan ini mendapat sokongan rakyat dan disenangi oleh semua pihak yang berkenaan termasuklah kakitangan kerajaan dan malahan pihak Istana.



Walaubagaimanapun ekoran konflik dalam Pakatan Rakyat dewasa ini, kedudukannya hari ini menjadi tanda-tanya.



Jika di Pulau Pinang, penguasaan DAP dalam kerajaan negeri lebih dominan dari parti-parti lain, oleh itu konflik yang sama tidak sangat menganggu pentadbirannya, apatah lagi di Kelantan di mana dimana kerajaan negeri diwakili 32 PAS dan 1 PKR.



Walaubagaimanapun di Selangor ia berbeda kerana kedudukan dan kekuatan parti-parti dalam kerajaan hampir sama.



Selangor perlukan satu dikri dari Menteri Besarnya bagi memutuskan kedudukan kerajaannya yang hari ini didukung oleh parti-parti yang bertelagah sesama sendiri. Tambah-tambah akan muncul pula parti serpihan PAS yang dianggotai oleh golongan yang kecundang dalam pemilihan PAS baru-baru ini yang kononnya mahu menggantikan PAS dalam pakatan yang baru.



Azmin memang berada di dalam delima dan di sinilah kewibawaan kepimpinannya diuji, sejauh manakah beliau boleh mengemudi bahtera kerajaan ini keluar dari konflik, tanpa menjejaskan mana-mana pihak bukan sahaja ketiga-tiga parti malahan yang lebih penting keyakinan istana, kakitangan kerajaan dan rakyat jelata terhadap beliau dan pentadbirannya.



Kalau ikutkan kemahuan DAP, Azmin didesak agar menendang keluar sahaja PAS dari kerajaan. 



Ia memang boleh dilakukan jika semata-mata mahu memuaskan nafsu politik DAP tanpa mengambil kira pertimbangan dan kepentingan lain. Ini kerana gabungan kerusi-kerusi milik DAP dan PKR iaitu 15 dan 13, jumlahnya 28 sudah cukup untuk membentuk kerajaan tambahan pula dua ADUN PAS iaitu wakil Morib dan Hulu Klang yang digantung keahliannya oleh PAS atas sebab-sebab disiplin telah mengisytiharkan bersedia bersekongkol dengan DAP dan parti serpihan PAS yang belum berdaftar itu.



Tetapi adakah wajar Azmin semata-mata memikirkan nafsu politik DAP, mengatasi dan melangkaui kepentingan rakyat Selangor keseluruhannya?



Sebagaimana PKR dan DAP, rakyat Selangor dalam tempuh hampir dua penggal ini telah mula menerima dan mesra dengan PAS. Bagi mereka sebaiknya Selangor ini jangan sekali-kali kembali ke tangan Umno dan BN. PKR, DAP dan PAS sudah dapat diterima sebagai gabungan yang layak dan lebih mampu dari Umno dan BN



Memutuskan hubungan dengan PAS semata-mata atas tekanan DAP akan mengakibatkan rakyat khasnya di Selangor mula sangsi pada kerajaan baru ini. Kesangsian ini akan tambah bersarang apabila serpihan PAS yang ternyata telah mengkhianati perjuangan PAS ditimang dan dijulang pula sebagai rakan kongsi baru.



Azmin saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pemahaman politiknya yang tinggi dan mendalam tidak sekali-kali akan menjerumuskan kerajaan pimpinannya ke dalam satu situasi yang dicuragai oleh istana dan rakyat jelata.



Saya bukannya bermaksud mahu membangkitkan isu perkauman akan tetapi hakikatnya jika kerajaan Azmin menceraikan PAS dan membentuk kerajaan dengan 13 PKR, 15 DAP dan 2 serpihan PAS, maka buat pertama kali dalam sejarah di Selangor, kerajaan negeri akan didukungi oleh majoriti wakil-wakil bukan Melayu.



Apabila ini berlaku sudah pasti ia menjadi bonus terbaik buat Umno untuk mencanagkan betapa lanskap politik kerajaan ini sudah tidak mewakili majoriti sebenar penduduk di Selangor.



Tidak ada sebab kerajaan yang stabil dan disenangi rakyat ini mahu ditukar status quo nya semata-mata atas kepentingan politik pihak tertentu.



Memang PAS dan DAP seakan telah berkerat rotan dan berpatah arang, namun pada dasarnya Azmin dan PKR tiada masalah dengan PAS mahupun DAP.



Jalan yang terbaik adalah meneruskan status quo yang ada sehingga berakhirnya penggal ini, dan dalam waktu itu berunding dan memutuskan suatu penyelesaian terbaik buat semua pihak. Ibarat menarik rambut dalam tepung tiada yang disakiti mahupun dihodohkan.



Sementara itu Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dato Iskandar Abd Samad telah pun mengumumkan bahawa kesemua 13 ADUN PAS Selangor bersama-sama beliau kekal menyokong kepimpinan PAS dan yang lebih penting bersedia meneruskan khidmat di bawah kerajaan negeri pimpinan Azmin.



Saya juga yakin bahawa Azmin sangat menghargai sumbangan dan pengorbanan orang-orang PAS terhadap kerajaan negeri dan kepimpinannya selama ini. Mengapa perlu kawan baik dijadikan musuh dan akibatnya negeri yang terkorban?



Sebagai Timbalan Presiden PKR dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor Azmin dipercayai akan menjadi pengimbang antara PAS dan DAP di Selangor sekurang-kurangnya sehingga berakhirnya penggal ini. Beliau pastinya mahu mengelakkan konflik yang berlanjutan yang boleh menjejaskan pentadbirannya apa lagi hubungannya dengan istana.



Hari ini rakyat Selangor memberi tumpuan pada langkah Azmin seterusnya. Dan kita berdoa semoga Allah swt mencampakkan hidayah dan petunjuk buat Azmin semoga keputusannya nanti benar-benar mencerminkan kredibiliti seorang pemimpin ulung dan terbilang dizaman kita.
Sumber TKO - 4-8-2015

Syukur alhamdulillah, rupa-rupanya itu duit derma

SHAHBUDIN HUSIN | .


TERANG lagi nyata. Apa yang menjadi persoalan selama ini terjawab sudah akhirnya.

SPRM akhirnya mengesahkan wang sebanyak RM2.6 bilion atau  RM2,600 juta yang didakwa mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini,  benar-benar wujud dan sahih rupanya.

Cuma menurut SPRM, wang itu bukannya daripada 1MDB tetapi daripada sumbangan penderma.

Siapakah agaknya penderma yang begitu murah hati itu? Adakah ia penderma tunggal atau ramai jumlahnya?

Apakah penderma itu melibatkan negara asing, pemimpin luar, ahli perniagaan antarabangsa atau rakan-rakan Najib dari dalam dan luar negara?

Apa pula tujuan mereka menderma dan memberi sumbangan? Suka-suka atau mengharapkan balasan?

Jika ada balasannya, apakah yang telah diberikan Najib kepada mereka?

Benarkah sumbangan itu untuk tabung amanah parti? Jika untuk tabunh parti, kenapa guna akaun bank peribadi?

Ahhh..., sebenarnya banyak lagi persoalan yang boleh ditanyakan kepada Najib mengenai wang tersebut.  Tetapi eloklah dilupakan segala tanda tanya itu.

Lupakanlah juga pasukan petugas khas, laporan audit atau siasatan PAC sekali pun. Lebih patut dilupakan ialah untuk mengaitkan wang itu dengan rasuah, penggubahan wang haram dan sebagainya.

Sebaliknya, berita yang disahkan oleh SPRM ini seharusnya membuatkan kita bersyukur dengannya.

Sebagaimana yang dijangka, berikutan berubahnya trend sejak  akhir-akhir ini, dengan pada mulanya mengatakan  wang RM2.6 bilion itu sebagai fitnah, konspirasi dan akhirnya sebagai sumbangan tabung amanah, yang nyata kewujudan wang itu adalah benar belaka.

Rupa-rupanya The Wall Street Journal dan Sarawak Report tidak berbohong kepada kita, walaupun mereka bukan beragama Islam dan dikaitkan dengan Yahudi pula.

Pengesahan SPRM mengenai wang RM2.6 bilion itu memang berada dalam akaun Najib sebaiknya haruslah menyebabkan kita berbangga kerana dalam suasana ekonomi dunia yang suram, rupa-rupanya lahir seorang bilionaire atau bilionwan atau orang yang mampu mengumpul wang beribu-ribu juta di kalangan Melayu dan Islam secara senyap-senyap dan tanpa bising-bising menagih kontrak atau mengharapkan bantuan kerajaan.

Wahh... sudah tentu ini merupakan satu lagi pencapaian Dasar Ekonomi Baru serta tambah mengukuhkan ekonomi orang Melayu dan Islam di negara kita. Bertambah lagi jumlah bilionwan dalam negara kita ini.

Maka, kita haruslah menerima dengan syukur,  bukan hasad dengki dan caci maki atas pencapaian Najib itu.

Cumanya, terlanjur berbangga dengan pencapaian Najib itu, ingin juga ditanyakan mengenai laporan yang tidak dinafikan mengenai pendepositan sebanyak RM2 juta dalam tempoh tidak sampai tiga bulan ke dalam akaun Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri tidak lama selepas pendedahan mengenai wang RM2.6 bilion itu.

Adakah ianya juga merupakan sumbangan penderma yang bermurah hati terhadap Rosmah?

Bagaimanapun oleh kerana jumlahnya hanya juta-juta, bukan bilion-bilion seperti yang diterima suaminya, tak perlulah ditanya macam-macam seperti daripada mana dan siapa yang memberikan wang itu.

Syukurlah, dengan isu ini sudah terjawab dan sekaligus memberi kelegaan kepada kita semua, diharapkan lebih banyak lagi sumbangan derma diterima oleh Najib dan Rosmah selepas ini.

Lebih 50 tahun merdeka tidak pernah kita mempunyai pasangan Perdana Menteri dan isteri yang begitu dirahmati seperti ini sehingga sumbangan derma juga ribu-ribu juta mampu dikautnya.

Bukankah lagi banyak derma yang diterima mereka, lagi makmur dan sejahtera negara kita? (SH 04/08/2015) shahbudindotcom.blogspot.com/

Sumber HD - 4-8-2015

Usaha menyingkir Muhyiddin dari Umno bukan semudah disangka

Posted on Monday, August 03 @ 16:36:54 MYT by paktam

Oleh Hazlan Zakaria


Selepas disingkir daripada barisan Kabinet, segelintir pihak kini menggesa agar Muhyiddin Yassin disingkirkan daripada parti Umno pula.Namun persoalannya ialah mampukan Perdana Menteri Najib Razak berbuat demikian?

Sudah tentu penyokong Najib menganggap Muhyiddin keras kepala kerana enggan akur dengan arahan perdana menteri agar tidak membuat kenyataan tentang skandal 1MDB. Ia juga mungkin menunjukkan sikap beliau terhadap dasar dasar kerajaan.


Muhyiddn dilihat berada di pihak bertentangan di dalam pelbagai dasar, salah satunya ialah apabila beliau berkata, “Pertama sekali, saya Melayu, dan kemudian rakyat Malaysia,” sedangkan Najib pula melaungkan slogan 1Malaysia.

Ironinya, tindakan Muhyiddin yang tentu sekali menyebabkan kejatuhan bagi orang lain, telah menaikkan namanya di kalangan ahli parti Umno dan mungkin ini menyebabkan usaha menyingkirnya daripada parti Melayu itu jauh lebih sukar.

Bekas menteri Zainuddin Maidin memberitahu The Malaysian Insider bahawa Najib perlu menyingkir Muhyiddin daripada jawatan timbalan presiden parti bagi mengelakkan usaha menumbangkannya yang mungkin sedang diusahakan Muhyiddin.

Zainuddin berpendapat bahawa timbalan presiden itu memiliki pengaruh bagi mengucar kacirkan Umno.

Tambahnya, Muhyiddin selaku timbalan presiden mampu membawa usul perhimpunan tergempar dengan sokongan dua pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli majlis tertinggi.

Ya, mungkin benar Muhyiddin memiliki sokongan daripada segelintir ahli, terutama mereka yang menyokong mantan PM Mahathir Mohamad.

Mungkin usul tersebut sedang dipertimbangkan dan akhirnya salah seorang akan tumbang kerananya.

Sekiranya mesyuarat tergempar diadakan, ia boleh digunakan bagi membangkitkan pelbagai isu termasuk mencabar Najib.

Dalam pada itu, Zainuddin berpandangan Muhyiddin yang mempengerusikan jawatankuasa pengurusan parti memiliki kuasa ke atas hal ehwal parti.

Lantas Najib harus gusar dengan pengaruh Muhyiddin walaupun sekiranya ahli politik kelahiran Johor itu tidak mampu menumbangkan Najib.

Namun ianya tidak dapat dilakukan tanpa mesyuarat Majlis Tertinggi atau pemilihan parti, yang telah dibatalkan Najib dengan alasan bagi mengelakkan perbalahan.

Muhyiddin kini tiada saluran bagi membawa usul tidak percaya ke atas Perdana Menteri yang juga presiden parti.

Apa-apapun, beliau telah menyuarakan kesetiaannya kepada Najib dan berkata akan terus berkhidmat kepada parti. Para pengikutnya telah digesa tidak melakukan sebarang perkara yang mampu menggoyahkan kedudukan Umno.

Atau adakah juga janji kesetiaan itu menyembunyikan ancaman bahawa para penyokongnya mampu melakukam kekacauan?

Kini samada ia baik atau sebaliknya, mampukan Najib menyingkirkan Muhyiddin?

Ramai berpendapat Muhyiddin bukan seperti Anwar Ibrahim kerana beliau tidak ramai pengikut di kalangan rakyat biasa dan kurang daya tarikan ke atas ahli-ahli politik lain sebagaimana Anwar.

Tentu sukar bagi Muhyiddin menggerakkan hampir separuh rakyat Malaysia bagi melakukan protes sekiranya beliau disingkirkan. Malah mungkin sukar baginya mendapatkan sokongan di dalam Umno sendiri.

Namun perlu disedari bahawa Najib juga bukan sehebat Mahathir yang mempunyai cengkaman kuat dan berani bertindak. Kerana itulah Umno dilanda masalah di era Najib hari ini.

Dalam pada itu, Najib tentu sedar bahawa penyokongnya hanya mengharapkan habuan darinya dan bukan taat setia dalam erti kata sebenar.

Langkahnya menaikkan pemimpin yang lebih junior serta tokoh tokoh lama juga menyebabkan beliau kurang disenangi pemimpin veteran parti, tambahan lagi dengan caranya mengenepikan sesetengah pemimpin seperti Ahmad Said dan Muhyiddin .

Jadi sekiranya beliau cuba menyingkir Muhyiddin daripada parti, kemungkinan Najib akan berdepan penentangan dari dalam Umno.

Kerana itulah juga beliau menangguhkan mesyuarat majlis tertinggi Umno baru-baru ini.
Kini beliau seakan tersepit kerana kegagalannya menjatuhkan Muhyiddin di dalam parti akan membawa kepada masalah lebih besar kepada Umno.

Komen dan cadangan dapat disampaikan kepada penulis di hazlan@hckmedia.com

Sumber DD - 3-8-2015

Jika RM2.6b untuk dana pilihan raya, kenapa akaun bank Najib ditutup?

Posted on Monday, August 03 @ 14:48:43 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Siapa bodoh? Siapa diperbodohkan? Dan siapa merelakan dirinya dibodohkan?Jawapan kepada semua persoalan itu mungkin akan diketahui kita semua tidak berapa lama lagi.Tetapi ketika itu adakah yang berani menunjalkan seseorang sebagai bodoh atau lebih rela memperbodohkan diri sendiri sebagai bodoh sekali lagi?


Ketika mula-mula The Wall Street Journal atau WSJ membuat dakwaan mengenai wang RM2.6 bilion yang dikatakan mengalir masuk ke dalam akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, sementara ramai mahu tahu kebenaran dakwaan itu, kumpulan pro beliau pantas mengatakan ia adalah fitnah dan dusta.

Pelbagai hujah dan alasan dicari, termasuk ejaan nama Najib pada slip bank yang dikatakan tidak betul juga diambil kira untuk mengukuhkan dakwaan itu tidak benar belaka.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pantas menafikan dakwaan WSJ itu dengan mengatakan perdana menteri tidak begitu bodoh untuk berbuat demikian.

Sebagaimana yang dilaporkan The Malaysian Insider, beliau berkata, "perdana menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana kerajaan untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

"Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia adalah kebebalan yang terlalu amat sangat," katanya lagi.

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din turut mengatakan kemasukan dana ke dalam akaun peribadi tidak masuk akal, sebaliknya mengatakan jika Najib mahu melakukannya, ia pasti disalurkan melalui akaun rahsia.

Semakin lama isu itu menjadi mainan media dan perbualan ramai, ditambah dengan Najib tidak berani berterus terang mengenainya, sebaliknya hanya berkata "tidak pernah menggunakan wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", ia kemudian bertukar sebagai konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan menggulingkan kerajaan pula.

Berdegar-degarlah "burung belatuk"  mengulangi cakap-cakap konspirasi ini sebenarnya juga bermatlamat menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam di negara ini. Ayoyo....

Susulannya Sarawak Report disekat SKMM dan akhbar perniagaan The Edge digantung permitnya. Tuntutan penjelasan juga dikemuakan kepada WSJ , cuma belum diketahui khabar beritanya sehingga ini sama ada saman akan dikemukakan atau tidak.

Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan isu tersebut di mesyuarat perwakilan Umno Cheras dengan meminta Najib sendiri memberi penjelasan mengenainya sehingga akhirnya dipecat sebagai timbalan perdana menteri, apa pula "entah burung jenis apa" berbunyi mengatakan wang dalam akaun Najib adalah hak peribadinya dan Muhyiddin atau sesiapa saja tidak berhak untuk ambil tahu tentangnya.

Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata, wang RM2.6 itu bukan isu besar kerana ia hanya melibatkan penderma dan penerima saja.

Ehh...daripada fitnah, Najib bukan bodoh dan konspirasi dan berbagai hujah pembelaan lain, tiba-tiba semuanya bertukar nada seolah-olah wang RM2.6 bilion itu benar-benar pernah masuk dalam akaun perdana menteri.

Sehari dua ini, ia bertukar lagi. Wang itu dikaitkan pula sebagai dana politik kepada seorang ketua parti untuk mengurus pelbagai perkara seperti pilihan raya, pentadbiran dan sebagainya.

Sekali lagi Azalina dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan tampil bersuara. Azalina mengatakan, mana-mana ahli politik bebas menerima sumbangan atau dana daripada luar, manakala Abdul Rahman pula berhujah perlembagaan Umno membenarkan akaun amanah atas nama presiden.

Najib pula, walaupun belum berani mengakui kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadinya, juga berkata sedia mendedahkan penyumbang dana untuk Umno jika parti-parti pembangkang juga sanggup berbuat demikian.

Tidak sukar memahami jalan cerita yang sedang dikarang mengenai isu RM2.6 bilion ini susulan babak pemecatan Muhyiddin, pertukaran peguam negara, perlantikan ramai daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menganggotai kabinet dan penangkapan tiga orang pada semalam atas dakwaan menjalankan aktiviti mengganggu demokrasi berparlimen.

Penutup ceritanya juga mungkin sudah boleh dijangka sesiapa saja selepas ini.

Cuma, yang menjadi kemusykilan dan tanda tanya ialah mengapa dua akaun bank milik Najib sebagaimana yang disahkan Tan Sri Abdul Gani Patail itu sudah ditutup?

Kalau ia akaun amanah atas nama presiden Umno dan dibenarkan perlembagaan, kenapa perlu ditutup? Bukankah ia perlu dikekalkan?

Bagaimana penderma mahu menderma lagi untuk pilihan raya ke 14 nanti jika akaunnya sudah ditutup? Atau kena buka akaun lain pula?

Kenapa baru sekarang mahu mengaitkannya dengan dana pilihan raya? Kenapa tidak sejak awal lagi? Baru terfikir agaknya dan siapa yang memberi idea ini?

Sebab itu, Najib semalam mengatakan beliau lebih memerlukan kesetiaan daripada kecerdikan, walaupun rakyat hakikatnya mengharapkan pemimpin yang mengurus negara ini lebih pandai dan cerdik daripada mereka.

Kesetiaan secara logiknya sentiasa boleh diperbodohkan jika tanpa kecerdikan, manakala kecerdikan tidak mudah diperkotak-katikkan dan dijadikan kesetiaan kalau tidak disertai kebenaran.

Jika mengikut logik Ahmad Maslan, kiranya terbukti wang RM2.6 bilion itu benar-benar wujud dan diakui betul tidak lama lagi tetapi bertukar kononnya sebagai dana pilihanraya, siapa yang bodoh sebenarnya?

Harapnya kita semua tidak bodoh ketika mana tiba waktunya untuk membuat pilihan nanti. – shahbudindotcom.blogspot.comuf

Sumber DD - 3-8-2015

Akaun Peribadi

Posted on Monday, August 03 @ 14:45:46 MYT by paktam

Oleh Tun Mahathir

1. Dalam usaha menghalalkan tuduhan terhadap Najib kerana memasukkan dalam akaun peribadinya wang sebanyak RM2.6 billion yang kononnya adalah untuk pilihanraya ke-14, saya dituduh berbuat perkara yang sama. Tuduhan ini tidak berasas, semata-mata fitnah.

2. Di waktu saya jadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat mempunyai tiga trustees, iaitu pemegang amanah. Saya adalah antara pemegang amanah ini. Pemegang amanah memiliki akaun dalam bank.

Semua derma, terutama semasa pilihanraya dimasukkan dalam akaun ini. Dua dari mana-mana tiga pemegang amanah diberi kuasa untuk mengurus akaun Ibu Pejabat dan menandatangani cek apabila mengeluarkan wang.

3. Pemegang amanah ini juga dinamakan sebagai pemilik saham-saham dan hartanah milik UMNO.

4. Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik.

5. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.

6. Tidak ada satu sen pun dari wang derma untuk pilihanraya yang dimasuk dalam akaun saya. Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya.

7. Pada pilihanraya 1964 dan 1969, wang tunai berjumlah 20,000 Ringgit dari Ibu Pejabat diserah kepada saya untuk diagih kepada kawasan parlimen 40% dan kawasan DUN 30% tiap satu. Kerana saya tidak sanggup simpan wang tunai sebanyak RM20,000 ini, saya masukkannya dalam akaun saya, dan saya keluarkan cek kepada jawatankuasa pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut agihan yang ditentukan oleh Ibu Pejabat. Wang ini bukan dari penderma tetapi ini adalah wang UMNO yang memang pun diberi kepada bahagian untuk kegunaan calon.

8. Di waktu saya disingkir dari parti pada 1970, Jabatan Hasil Dalam Negeri telah geledah rumah dan klinik saya. Mereka jumpa cek stub yang telah dikeluarkan oleh saya dan mereka mendakwa bahawa saya tidak lapur pendapatan saya sepenuhnya.

9. Mereka mendenda saya sebanyak RM300,000 dengan amaran jika saya bantah dan pergi ke mahkamah saya akan dikenakan denda tiga kali ganda.
10. Saya tidak pergi ke mahkamah. Sebaliknya saya merayu bahawa duit yang dimasukkan dalam akaun saya ialah dari parti. Tetapi Ibu Pejabat UMNO tidak mengaku wang itu dari UMNO.

11. Akhirnya saya dikenakan denda sebanyak RM130,000. Diwaktu denda ini dikenakan saya sudah dilantik Menteri dalam Kerajaan. Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

12. Ada sedikit perbezaan antara wang tunai sebanyak RM20,000 yang saya terima dan cek sebanyak USD 700 juta bersamaan RM2.6 billion yang dikatakan dimasuk ke dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.

13. Jikalau disemak perbelanjaan pilihanraya lima kali yang diadakan semasa saya Presiden UMNO, tidak ada banyak wang yang diguna, terutama peruntukan dari Ibu Pejabat. Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi di parlimen.

14. Jika sekarang UMNO perlu 2½ billion Ringgit untuk pilihanraya, ia tetap melanggar aturan peraturan dan undang-undang pilihanraya. Akaun perbelanjaan pilihanraya tiap seorang calon pilihanraya perlu dilapor kepada pihak berkuasa. Adalah salah jika ia melebihi jumlah tertentu. Saya pohon maaf jika peraturan ini sudah digugur. Ia diadakan untuk mengelak dari rasuah berlaku.

15. Saya tidak hendak soal dari mana datang USD 700 juta ini. Saya akan tunggu sehingga Auditor-General dan PAC buat lapuran terakhir, walaupun saya tidak lagi dapat terima bulat-bulat segala kenyataan yang akan diperbuat.

16. Saya tidak ingin sentuh 1MDB walaupun saya sebagai rakyat yang membayar cukai berhak untuk menyoal kewangan negara. Tetapi seperti yang saya jelaskan saya terpaksa bayar cukai pendapatan dan denda ke atas wang yang terdapat dalam akaun saya.

17. Soal yang saya ingin tanya ialah apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 billion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.

 http://chedet.cc/?p=1817

Sumber DD - 3-8-2015



























































































Bila Menteri tak tahu tugasnya..
Posted on Monday, August 03 @ 10:48:53 MYT by paktam

Oleh Zaharin Mohd Yasin Pagi ini saya hendak sekolahkan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO, Ikutan dari ucapan PM Najib, yang beliau merombak kabinet bukan mahu para Menteri jadi pak turut atau 'yes man' kepadanya, dan juga minta Menteri jangan 'No Sir' pula.

Seorang Menteri dari UMNO kena memahami polisi tugas seorang Menteri ialah dia perlulah melaksanakan semua dasar-dasar yang dipersetujui oleh Parti UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO.. dasar-dasar itu selalunya di panggil 'Usul' kebiasaanya melalui tiga asas penting perjuangan UMNO.. pertama Agamanya Islam, kedua ialah ekonomi bangsanya dan ketiga pelajaran atau pendidikan.

Bagaimana pun terdapat juga usul-usul selain daripada tiga perkara itu.. saperti soal keselamatan. Sejak merdeka dan juga wujudnya UMNO sudah beratus jika tidak beribu usul-usul di bawa oleh UMNO melalui UMNO Cawangan, Bahagian dan juga Perhimpunan Agung UMNO.. Persoalan berapa banyak usul itu sudah menjadi dasar dan polisi Kerajaan? jawabnya tidak ada data yang jelas usul-usul itu menjadi kenyataan atas dasar parti menguasai kerajaan.

Saya masih teringat dan usul Pemuda di zaman Anwar Ibrahim yang mendesak Kerajaan supaya mengharamkan semua bentuk perjudian di tahun 1984.. sudah melepasi usia 31 tahun..Usul itu tidak pernah menjadi kenyataan sebaliknya perjudian di 'halalkan' dengan perlesenan baru terus bertambah.

Maka seorang ahli UMNO yang menduduki kedua Dewan.. Dewan Rakyat dan Dewan Negara kata Perlembagaan Persekutuan boleh di lantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri dan dahulunya ada jawatan Setiausaha Parlimen oleh Perdana Menteri dengan perkenan YDP Agong.

Malah jika tidak menjadi ahli UMNO boleh dilantik sebarang jawatan sebagai anggota pentadbiran awam, saperti Musa Mohamad yang pernah di lantik menjadi Menteri di era Dr Mahathir Mohamed sebagai Menteri Pelajaran.

Apakah tugas seorang Menteri?. Tugas seorang Menteri di tentukan oleh Perdana Menteri salepas di lantik menjadi Menteri.. Masa dia di persetujui oleh YDP Agong.. hanya namanya sahaja di masukan tanpa tugas. Salepas perkenan YDP Agong, sekali lagi di hantar senarai nama dengan tugasnya berdasarkan kehendak Akta Tugas Menteri 1969.. barulah terlaksana kehendak .

Perlembagaan Persekutuan yang mana YDP Agong mewakilkan kuasanya kepada Menteri dan Menteri hendak bertindak dengan memberi nasihat dan juga laporan kepada YDP Agong, samada di minta olehnya atau memohun persetujuan Tuanku supaya mana-mana persetujuan perlu di rujuk kepada Majlis Raja-Raja.

Seorang Menteri disamping melaksanakan dasar-dasar partinya kerana sistem pemerintahan Malaysia melalui demokrasi berparlimen. Dimana orang persaorangan yang bertanding atas simbol parti yang dia menjadi ahlinya berhak bergabung sehingga menjadi majoriti didalam Parlimen bagi membentuk kerajaan.. Seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat..kedudukannya didalam Dewan Rakyat bukan atas partinya tetapi atas namanya dirinya, Parti itu adalah terkemudian, kerana dia bertanding atas namanya dahulu kemudian parti politiknya adalah lambang bagi memangkah atau mengundinya.

Itu sebab di Malaysia.. seorang ahli Dewan Rakyat yang berhenti atau meninggal dunia tidak boleh di ganti oleh partinya.. sebaliknya kena di serahkan semula kepada pengundi didalam kawasan yang diwakilinya. Maka perlu ada pilihanraya kecil bawah 36 bulan dan selebih dari itu terserah kepada Speaker Dewan Rakyat memutuskan.

Bila seorang Menteri masuk kepejabatnya yang portfolio telah ditentukan.. Jika bernama Kementerian.. dia akan di bantu oleh seorang Ketua Setiausaha yang bertindak sebagai CEO.. dan juga Ketua Pengawal Kewangan dalam Kementeriannya. Mengikut prosedur Ketua Setiausaha adalah penasihat kepada Menteri kepada sistem perlaksanaan dasar2 yang hendak di buat oleh Menteri tetapi tidak boleh mengambil peranan aktif dalam perkara-perkara pentadbiran dan juga soal kewangan.

Selaku Ketua Setiaausaha Kementerian, Ketua Setiausaha adalah pegawai yang di panggil untuk memberi nasihat kepada Menteri dan seorang Ketua Setiausaha sudah menyelesaikan tugasnya dalam memberi nasihat samaada secara lisan dan bertulis.. Bagaimana pun Menteri boleh menolak nasihat Ketua Setiausaha itu selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan.. Jika sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, Ketua Setiausaha boleh mendiamkan keputusan itu dengan tidak mengambil sebarang tindakan.. dan kebiasaanya seorang Ketua Setiausaha akan melaporkan kepada atasannya bernama Ketua Setiausaha Negara.. yang akan memberi nasihat atau melaporkan kepada Perdana Menteri akan sebarang tindakan Menteri dalam Kementeriannya di kira salahlaku dan bertentangan dengan amalan pentadbiran dan undang-undang.

Dalam amalan melaksanakan dasar yang di persetujui perhimpunan agung partinya yang di kenali 'dasar parti menguasai kerajaan'. Seorang Menteri sama ada akan merujuk kepada Perdana Menteri atau Mesyuarat peringkat tinggi partinya. Jika sudah dilalui proses itu.. barulah Menteri mengarahkan satu kertas Kabinet di perbuat untuk di bincangkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet..samada di tolak dan diterima secara konsensus ia itu 'sebulat suara'. Jika terdapat di kalangan Menteri Kabinet tidak bersetuju.. kertas Kabinet itu di kira telah tidak di persetujui oleh Kabinet.

Bagaimana pun mana-mana isu yang menyentuh dasar-dasar dan tugas yang di Pertuan Agong saperti hak-hak bumiputra di bawah fasal 153 Perlembagaan Persekutuan hendaklah Perdana Menteri merujuk kepada YDP Agong samada dibawa masuk dalam sidang Kabinet atau salepas persetujuan Kabinet untuk perkenan Yang Di Pertuan Agong. Jika ada keperluan persetujuan Majlis Raja-raja, persetujuan Majlis Raja-Raja adalah di perlukan.

Walau pun tidak tertulis didalam peraturan mana-mana pekeliling atau Akta.. Tugas seorang Timbalan Menteri ialajh membantu seorang Menteri..kebiasaanya seorang Menteri yang baik dan berkerja secara teamwork akan memberikan seorang Timbalan Menteri tugas khusus.. dan dia mempunyai kuasa yang di wakilkan saperti seorang Menteri berdasarkan tidak bercanggah dengan Akta yang dibawah kawalan Kementeriannya.

Seorang Timbaan Menteri yang berMenterikan bukan sama partinya dengannya.. selain membantu tugas Menteri.. Dia juga perlu memantau dan memberikan pandangan kepada Menteri..jika perbuatan Menteri itu tidak selaras dengan dasar-dasar partinya. Tugasnya ialah memberikan input kepada partinya dan tindakan ini bukan bererti dia melanggar Akta Rahasia Rasmi kerana perkara itu akan di bawa oleh pemimpin partinya yang juga seorang Menteri dalam sidang kabinet untuk di bahaskan sama bersetuju atau tidak.

Kesimpulannya seorang Menteri dan Timbalan Menteri yang di kenali sebagai seorang 'anggota pentadbiran awam'.. Dia mempunyai kuasa tertinggi dalam membuat 'keputusan'. Jika sorang Menteri berkata dia tidak ada 'kuasa' dalam Kementeriannya.. maka dia perlu masuk sekolah 'Bagaimana Menjadi Menteri' Kepada saya seorang Menteri yang berkata dia tidak punya kuasa..adalah seorang Menteri yang tidak tahu tugasnya atau seorang Menteri yang suka berbohung kepada rakyatnya. Dan Menteri saperti ini masih ada dalam Kebinet 1Malaysia pimpinan PM Najib.

Sang Kelembai: Saya jarang nak pergi jumpa Menteri di pejabatnya.. sebabnya tapisan nak berjumpa dia terlalu banyak.. Mula2 guard.. guard talipon PAR di pejabat Menteri.. PAR tanya Pegawai Khas.. Pegawai Khas tanya Setpol jika dia orang politik.. Setpol kena tanya S.u.S.. S.u.S kena tanya S.U.K... S.u.K kena tanya P.A. Menteri.. P.A. kena tanya Menteri.. itu sahaja sudah memakan masa 1 jam. Baiklah kita berkawan sahaja.. Macam saya nak jumpa YB Dseri Shafie Afdal.. sebelum raya lagi, dah cakap bukan minta duit raya atau minta projek..lepas raya ingatkan lagi.. Lepas kena pecat tak payah lah jumpa lagi.

Bandar Sri Permaisuri,
http://zaharinmy.blogspot.com/

Sumber DD - 3-8-2015

Betul cara, ikan belida boleh dipancing

A KADIR JASIN | .


PEMBAHAS RD – orang Baling kahwin wanita Kubur Panjang – mengulas: “Dr.M sudah agak lama mendiamkan diri. Yang paling saya risau dan hairan, mengapa JebatMustDie terus juga mendiamkan diri.”

Saya amat biasa dengan Baling dan Kubur Panjang; membuat liputan lawatan Almarhum Tun Tunku Abdul Rahman Putra ke Baling pada tahun 1969 dan kakak saya berkahwin orang Kubur Panjang.

Berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad, khabarnya beliau ke Jepun. Untuk JebatMustDie pula kita berdoa agar beliau sihat wal afiat dan akan kembali berkarya.

Dalam keadaan laut yang bergelora. Ombak dan badai menggila. Bahtera kita patah kemudi, terkoyak layar. Nakhoda cemas. Anak-anak kapal mengganas.

Orang yang arif mengenai hukum lautan berkata, siapa yang menabur angin dia akan menuai badai. He who sows the wind shall harvest the waves.

Ketika bahtera merdeka kita dilandai badai, kemudi patah layar berkecai, nakhoda cemas anak kapal mengganas, tentulah ada pendeta dan tukang cerita yang buntu akalnya dan tumpul mata penanya.

Saya pun sekali sekala berasa terancam juga. Maklumlah kita mentimun mereka durian. Kita menggolek kita kena, mereka bergolek kita kena.

Namun saya bersyukur. Alhamdulillah dengan sokongan dan doa para pembahas serta pembaca mata pena tua saya masih tidak kering dakwatnya.

Ini ceritera kaedah berperang. Musuh kita tidak kuat tetapi kita lemah, kita kalah. Musuh kita kuat tetapi kita pintar belum tahu mereka menang. Kita kuat kerana azam. Kita berani kerana benar. Inilah peperangan mutakhir yang dinanti-nantikan pendekar dan pahlawan sebenar.

Jadi, mari menyusun seroja bunga seroja. Hiasan sanggul remaja puteri remaja. Rupa yang elok dimanja jangan dimanja. Pujalah ia sekadar sekadar saja. Sekarang bukan bermenung, zaman bermenung. Marilah kita bersama Memetik bunga.

Memancing Belida Ikan Belida

Dan kepada yang berminat memancing, biar saya ceritakan cara memancing ikan belida. Orang Kedah kata ikan selat. Orang putih kata, bronze featherback. Ada beberapa jenis ikan belida.

Ada orang kata, belida tidak makan pancing. Itu tidak tepat. Dengan cara yang betul, belida boleh dipancing. Ini cara yang diajarkan oleh Allahyarhamah nenek saya – tok, kata orang Kedah – masa saya kanak-kanak dulu.

Guna mata kail yang paling kecil sebab mulut belida sempit. Umpan cacing atau anak sepilai jeruk. Ketika banjir sedang naik, tengok di mana ikan keli dan baung mengorek cacing di gigi air. Turunkan mata kail lima atau enam kaki dari gigi air kerana di situ belida berenang. Kerana bentuk badannya, belida tidak boleh berenang di air tohor. Itu kerja keli dan baung. Turunkan mata kail sekaki atau dua kaki dalam. Insya-Allah dapat ikan belida.

Natijahnya, apa pun yang hendak kita lakukan mesti berbekalkan ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Dimulakan dengan bismillah dan niat yang baik, Insya-Allah berhasil.

Bahtera kita kukuh dan laju. Kemudi teguh kayu jati. Layar kuat diikat tali pedati. Tiangnya tinggi menjulang. Panji-panjinya Jalur Gemilang.

Tetapi kalau nakhoda kita “landlubber” - orang yang tidak berpengalaman di laut – takut-takut bahtera kita pecah berderai dihempas badai.

Manalah tahu, nakhoda terabai meninjau ufuk kerana memantau anak kapal sudah dirasuk. Andai tidak dipantau, dipujuk dan disogok, takut-takut mereka belot, derhaka dan terjun kapal. - kadirjasin.blogspot.com/

Sumber HD - 3-8-2015


Najib dan Zahid, pertembungan hitam dengan putih

Posted on Sunday, August 02 @ 16:43:04 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Keluarga, rakan-rakan dan orang Perak mungkin paling gembira dengan perlantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru menggantikan Muhyiddin Yassin yang dipecat pada Selasa lalu.  Sejak merdeka, inilah kali pertama pemimpin dari  Perak dianugerahkan jawatan kedua tertinggi itu dalam kerajaan.

Tentunya juga lebih ramai yang mengharapkan beliau tidak kecundang di tengah pendakian sebagaimana beberapa Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dan seterusnya dapat menjadi orang Perak pertama berjaya  menduduki puncak singgahsana Seri Perdana akhirnya.


Zahid sendiri barangkali kembang mekar hatinya ketika menerima perlantikan tersebut, walaupun menyatakan jawatan itu lebih berupa amanah berbanding hadiah. Perasaan dan ucapan seperti itu adalah normal kepada sesiapa saja.

Tetapi hakikatnya, Zahid sedang berdepan tugas paling sukar berbanding mana-mana Timbalan Perdana Menteri sebelum ini. Jika selama ini ramai yang melihat beliau sebagai pemimpin yang suka senyum dan ketawa, bebanan tugas berat yang menantinya tidak mustahil membuatkannya tidak sempat langsung mempamerkan wajah manisnya lagi.

Susunan tugas yang menantinya bukan saja berkaitan parti dan kerajaan yang sedang berhadapan dengan pelbagai isu, malah yang paling sukar bagi Zahid ialah mengembalikan semula kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak.

Ia pula akan berterusan sehingga pilihanraya ke 14 yang bakal menentukan sama ada UMNO mampu kekal berkuasa atau hilang segala-galanya.

Isu 1MDB dan wang RM2.6 bilion adalah isu yang paling menghenyak Najib dan meskipun sandaran boleh diletakkan kepada pasukan petugas khas menanganinya, mengubah persepsi rakyat yang tidak memihak kepada UMNO dan kerajaan adalah tugas paling utama bagi Zahid.

Ia memburuk kerana serentak dengan pemecatan Muhyiddin, Najib juga menyingkirkan Peguam Negara daripada jawatannya dan menggula-gulakan empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC dengan jawatan menteri dan timbalan menteri.

Sesiapa saja, termasuk makcik Felda dan pakcik-pakcik kampung yang melepak di kedai kopi tentunya tidak  sukar memahami bahawa tindakan Najib itu adalah semata-mata untuk menyelamatkan dirinya dan menjadikan siasatan terhadapnya tergendala serta tertangguh jadinya.

Bagi mereka, Muhyiddin dipecat kerana kerap menegur 1MDB dan mahukan penjelasan mengenai wang RM2.6 bilion, Peguam Negara disingkir dan digantikan dengan orang lain kerana sedang mengetuai pasukan petugas khas manakala PAC pula dipecahkan berikutan sedang dalam proses memanggil beberapa individu penting bagi mendapatkan keterangan seperti Arul Kanda Kandasamy, Jho Low dan lain-lainnya.

Semua perlakuan ini menjadikan Najib sebagai watak yang begitu "hitam" di mata rakyat. Di tambah dengan pelbagai isu lain seperti GST, kos sara hidup, hutang negara, urus tadbir kerajaan, Rosmah dan sebagainya, harus diakui kedudukan Najib di mata rakyat sedang terperosok ke sudut paling rendah sekarang ini.

Ucapan dan kata-kata Najib bukan saja tidak diyakini lagi, bahkan rakyat secara perlahan-lahan sedang menjauhinya yang dilihat semata-mata dapat bertahan kerana kuasa masih ditangannya, tetapi bukan lagi sebagai kepimpinannya melekat di hati rakyat. Legasinya sebagai anak Tun Razak pula mula dijadikan perbandingan.

Sebab itu, meskipun selepas memecat Muhyiddin dan menyusun kabinetnya, kedudukan Najib langsung tidak menjadi lebih baik atau meningkat. Beliau masih kecundang dalam persepi rakyat yang menolaknya.

Ini menjadikan Zahid yang boleh dianggap berwatak "putih" kerana latar belakang pendidikan agama dan sokongan kuat dalam UMNO yang dimilikinya, mempunyai tugas yang jauh lebih berat dan sukar di hadapannya.

Ia bukan saja tentang bagaimana cara dan keupayaan "putih" untuk "memutihkan"  watak  "hitam" itu di mata rakyat, tetapi yang turut dibimbangi ialah kalau-kalau "putih" turut tenggelam dengan "hitam" yang kekal dengan onarnya yang tidak sebulu dengan kehendak rakyat.

Jauh lebih ditakuti juga kiranya "putih" akhirnya akan bertukar menjadi "kelabu"  atau beralih kepada "putih kehitam-hitaman" dek kerana ketidakupayaan  "memutihkan" warna "hitam"  itu.

Berbeza dengan beberapa Timbalan Perdana Menteri era Tun Mahathir, meskipun ketika itu pergolakan turut berlaku dan jawatan nombor dua itu juga silih berganti, kelebihannya ialah watak bekas Perdana Menteri selama itu 22 tahun itu begitu kukuh dan mantap untuk terus berhadapan dengan rakyat.

Tun Mahathir tetap agresif memainkan peranan utama, manakala orang nombor duanya pula sekadar pembantu dan pelengkap saja. Kekuatannya ialah beliau tidak dihadapkan dengan skandal wang yang bersifat peribadi.

Namun sekarang ini, Najib dengan dakwaan berkaitan 1MDB, wang RM2.6 bilion dalam akaunnya dan RM2 juta yang didepositkan ke akaun isterinya, tidak saja meletakkan dakwaan itu bersifat peribadi, malah menjerunya menjadi  pasif serta  seakan hilang kekuatan moral untuk menjawab dan berhadapan dengan rakyat.

Sepertinya sekarang ini tugas itu terletak sepenuhnya di pundak Zahid sebagai timbalannya yang baru. Berjaya atau gagalnya Zahid melakukan tugas ini banyak terletak kepada kekuatan jati dirinya berpegang kepada kebenaran, meski bagaimana pahit sekalipun perkara itu kepada Najib.

Zahid, di mata rakyat tidak boleh terlalu membela, mempertahan atau memuji Najib sepertimana perlakuan Abdul Rahman Dahlan, Azalina Othman Said, Ahmad Maslan atau pengampu lainnya kerana perlakuan itu seperti menggali lubang kuburnya sendiri.

Tetapi beliau juga tidak boleh terlalu lantang dan terbuka sebagaimana Muhyiddin, meskipun dalam acara tertutup atau di depan ahli parti.  Rakaman video curinya pasti akan tersebab nanti. Sekaligus, pemecatan juga bakal menunggunya kerana Najib terlihat sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasanya.

Dalam masa sama, memenangi hati rakyat demi masa depan UMNO juga menjadi tanggungjawabnya. Itulah sukarnya bila "putih"bertembung dengan "hitam", kecuali jika "hitam" dapat ditolak ke tepi atau ditiadakan sama sekali sebelum pilihanraya yang tidak sampai tiga tahun lagi tempohnya.

Sumber DD - 2-8-2015

Jangan cetuskan huru-hara
Posted on Sunday, August 02 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Roslan SMS

Dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan seorang lagi pemimpin kanan Umno, Shafiee Apdal dari jawatan Menteri baru-baru ini sedikit sebanyak telah menganggu kestabilan politik negara. Begitu juga dengan pemecatan Peguam Negara atas alasan kesihatan.

Bagi orang politik lazimnya apabila ada satu pihak apalagi yang memegang kuasa kelihatan goyang, maka disitulah mereka akan muncul mencuri kesempatan, menangguk di air keruh untuk melancarkan serangan dengan harapan yang goyang memegang kuasa tadi akan rebah, dan pihaknya jika berpeluang akan “merampas kuasa” dan mengaut laba.



Keghairahan nafsu politik seringkali menidakkan kepentingan umum. Apatah lagi jika menganut dan mengamalkan ajaran “matlamat menghalalkan cara”



Memang bagi mana-mana “haiwan politik” membaca bahawa Najib dan Muhyuddin, dua gergasi besar dalam parti memerintah sedang dalam krisis, Umno berpecah, skandal 1MDB tiada nampak penyelesaiannya, matawang negara jatuh, kos hidup rakyat melambung tinggi, inilah peluang dan ketika “melancarkan serangan”.



Sesungguhnya mengambil posisi menyerang dalam skop berpolitik yang sihat, tidaklah salah. Inilah masa untuk kita mendedahkan kelemahan dan kegagalan BN dan Umno. Tetapi ia tidak wajar dilanjutkan dengan menggegar kestabilan negara bagaikan melancar satu revolusi, negara kita negara demokratik dan rakyat diberi mandat hanya ketika tempuh pilihanraya sekurang-kurangnya 5 tahun sekali. Jangan anutan demokrasi kita rencatkan dengan amalan agitasi yang boleh memporak-perandakan negara dan tidak membawa keuntungan jangka panjang.



PAS telah melalui pengalaman pahit bilamana kerajaan menggunakan darurat sebagai penyelesaian kepada kemelut politik. Ia pernah berlaku sekali ekoran Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 dan sekali lagi yang khusus terkena atas PAS iaitu di Kelantan pada tahun  1977.



Kerana itu dalam meredah kemelut yang kita hadapi ini Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang bijak apabila mengeluarkan kenyataan yang berbunyi:



“Apa yang paling penting adalah kepercayaan rakyat kepada kita (PAS) yang kita mahu supaya rakyat membuat satu perubahan politik yang sihat. Peringatan saya, saya tidak mahu negara ini huru-hara. Jangan korbankan rakyat walau apa pun yang berlaku. Ini pesanan saya.”


Dalam suasana yang kelam ini rakyat perlukan keyakinan dalam bentuk kenyataan seumpama ini.



Kita tidak redha dengan nestapa yang menimpa rakyat. Kita PAS mahukan perubahan dan jika perlu peralihan kuasa yang sihat agar rakyat dan negara dapat diselamatkan dari bencana yang sedang melanda.



Namun kita bukan Thailand, apa lagi negara lain sehingga berlanjutan huru-hara yang membangkitkan kemusanahan harta-benda dan nyawa, akibatnya yang rugi adalah rakyat.



PAS tidak mahu gerakan politik dan suara rakyat dipadamkan melalui tindakan tindak-balas agresif “singa” yang sedang cedera. Jika itu berlaku tiada lagi suara politik sebaliknya nasib rakyat dan negara ditentukan oleh golongan kecil tertentu seperti di Thailand hari ini.



Semoga rakyat Malaysia mengambil kira pesanan Tuan Guru itu.



Sumber TKO - 2-8-2015

Diantara pelapik-pelapik baru dengan pelapik-pelapik pencen
Posted on Sunday, August 02 @ 00:24:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Aspan Alias

Sekali fikir apa yang dialami oleh Muhyiddin sekarang adalah disebabkan sikap dan tindakan beliau yang membenarkan dirinya dipergunakan untuk kepentingan orang lain. Akhirnya beliau terhumban ketepi juga kerana memberikan sokongan dan sanggup dirinya dipermainkan oleh orang lain juga. 


Setengah pemikiran politik yang saya dengar bercakap Muhyiddin terbuang disebabkan oleh orang yang sama juga.
Beliau adalah orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan Abdullah Badawi. 

Beliau menolak Abdullah Badawi dengan berhempas pulas bukan kerana Abdullah Badawi melakukan kesalahan kepada beliau, tetapi kerana Dr Mahathir tidak mahu melihat Abdullah terus mentadbir negara. Justeru Muhyiddin telah digunakan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir semasa itu untuk menurunkan Abdullah untuk menaikkan Najib sebagai pengganti kepada Abdullah.

Mahathir mahukan dirinya dibawa berunding di dalam semua hal pentadbiran negara setelah beliau meletakkan jawatan dan bersara setelah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Mahathir kecewa dengan sikap Abdullah seolah-olah tidak memahami yang beliau dinaikkan oleh Mahathir untuk menjadi proxi kepada beliau. Mahathir tidak tahan rasa kesunyian dalam persaraan. 

Abdullah berdegil dengan Mahathir maka Muhyiddinlah yang dirundingkan untuk menjatuhkan Abdullah dan menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri yang baru dan Muhyiddin yang ketika itu seorang Naib Presiden menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi Najib juga tidak mahu beliau dijadikan proxi kepada Mahathir maka dalam tempoh setahun lebih Najib juga menjadi sasaran Dr Mahathir kerana kedegilan beliau seperti Abdullah dulu juga. 

Ditambah pula dengan sikap Najib yang dipersepsikan ramai sebagai pemimpin yang tidak jujur dan amanah maka ia menjadi satu alasan yang begitu 'convenient' bagi Dr Mahathir untuk memulakan usaha untuk menjatuhkan Najib pula. 

Mahathir telah membawa berbagai-bagai isu yang real terhadap Najib dan isu-isu yang dibawa ke tengah oleh Mahathir merupakan isu yang jelas benar tetapi yang lebih menyedihkan Mahathir ialah beliau telah gagal untuk mencari pengganti-pengganti beliau yang mahu mengikut telunjuknya dari luar.

Kali ini Muhyiddin sendiri telah dijadikan umpan untuk menjatuhkan Najib dan akhirnya Muhyiddin menjadi mangsa keadaan dan dipecat pula oleh Najib dari menjawat jawatan dalam kerajaan khususnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Muhyiddin dianggap oleh Najib sebagai 'conduit' Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan setelah keadaan mula panas ramailah yang bermain kayu tiga politik untuk mengambil kesempatan menaikkan diri masing-masing dalam kerajaan. 

Zahid Hamidi yang begitu senyap dalam isu 1MDB telah dengan senyap bermain politik untuk dirinya. Berita kencang yang mengatakan Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Muhyiddin adalah Perdana Menterinya. Dalam keadaan tertekan maka Najib telah membuang Muhyiddin dan mengambil Zahid sebagai Timbalan beliau dan Muhyiddin telah terduduk melihat jawatannya diambil alih oleh orang yang sepatutnya menjadi Timbalan kepada beliau setelah beliau menjadi Perdana Menteri. Nyata Zahid pandai membaca keadaan dan senario politik terkini dan beliau mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi beliau.

Muhyiddin menjadi mangsa dan Najib kini merasakan beliau boleh menutup segala-gala kecurangan beliau terhadap negara dengan adanya Zahid sebagai Timbalan kepada beliau. Kini Zahid pula menjadi 'conduit' kepada Najib dan beliau sanggup bersama-sama menutup segala kecurangan Najib dari pengetahuan umum.

Kini Kabinet Najib tidak memberikan fokus untuk mentadbir dan membangunkan negara. Segala ahli Kabinet beliau mempunyai satu tugas penting, iaitu untuk menutup dan menjadi pendinding kepada semua kesalahan Najib. Zahid dan yang lain dalam kabinet bukannya dijadikan pelapis kepada kepimpinan Najib tetapi sebaliknya dijadikan pelapik kepada kepimpinannya. Zahid bukan pelapis, Khairy bukan pelapis tetapi sebaliknya mereka ini semua telah dijadikan pelapik kepada kecurangan Najib sebagai Perdana Menteri.

Pendeknya barisan kabinet hari ini adalah barisan pelapik kepada kabinet dan Perdana Menteri yang kotor ini. Sekarang ini kita mendengar di sana sini ada sahaja yang bertindak untuk menunjukkan sokongan terhadap Muhyiddin. tetapi percayalah sokongan itu tidak lama kerana Najib akan melakukan segala usaha untuk menekan sesiapa yang menyokong Muhyiddin. 


 Muhyiddin yang selama ini bersama-sama menjadi pelapik kepada Najib kini beliau hanya berada sebagai seorang pelapik pencen sahaja. Najib tidak ada pelapis. Semua yang ada di sekeliling beliau adalah pelapik beliau semata-mata. Najib memerlukan ramai pelapik-pelapik untuk menutup semua kemungkaran politik dan ekonomi beliau terhadap rakyat dan negara.

Mahathir dulu pun begitu. Beliau tidak pernah menggilap pemimpin untuk menggantikan beliau, di sebaliknya beliau hanya memilih untuk dikelilingi oleh pelapik-pelapik kepada beliau sahaja. Blog ini selalu mengingati isu ini tetapi saya secara peribadi mendapat hamunan dari banyak pihak.

Sekarang 'ambik kau'. Nasi sudah hampir menjadi bubur. Semua pelapik-pelapik yang lama dan yang baru dilantik ini bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku sekarang ini. Muhyiddin ini 'sudah terhantuk' baru tengadah kata orang tua-tua.

Sumber TKO - 2-8-2015

Pemecatan TPM: Perhimpunan Agung Khas Umno Dan BN Perlu diadakan

Posted on Saturday, August 01 @ 11:57:03 MYT by paktam

Oleh Aspan Alias

Mesyuarat Majlis Tertinggi yang sepatutnya diadakan pada hari Jumaat  telah dibatalkan. Begitu juga perjumpaan tertutup diantara Presiden parti dan pimpinan Bahagian yang juga sepatutnya diadakan di Dewan Tun Hussein Onn pada hari yang sama dibatalkan. Setiausaha Agung UMNO T Adnan Mansor tidak pula memberitahu apakah sebabnya perjumpaan-perjumpaan itu dibatalkan.


Pembatalan itu dikatakan kena-mengena dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dua hari lepas. Apa kaitan dengan pemecatan itu sama-sama kita buat persepsi masing-masing.

Tetapi seperkara yang wajar difahami, yang dipecat itu adalah pemimpin nombor dua negara dan mesyuarat itu tidak sepatutnya dibatalkan. Malahan Najib sepatutnya memanggil perhimpunan Agung khas UMNO kerana yang terlibat itu adalah pemimpin besar dalam parti dan kerajaan. Moralnya perhimpunan Agong khas parti wajar dipanggil serta merta bagi mendapatkan pandangan perwakilan dari seluruh negara.

Lebih dari itu Najib sebagai pengerusi BN sepatutnya memanggil mesyuarat majlis tertinggi BN kerana ia melibatkan Timbalan Pengerusi kepada BN. Najib tidak boleh memecat seperti membunuh nyamuk sahaja. Yang beliau pecat itu adalah Timbalan Perdana Menteri bukannya timbalan pengerusi JKKK.

Jika Najib benar-benar bermoral manusianya, kedua-dua perhimpunan Agung Khas UMNO serta perhimpunan Majlis BN wajar diadakan kerana itu sahaja caranya bagi Najib mendapat sokongan secara legitimasi dari pimpinan BN dan perhimpunan agung UMNO.

Perlantikan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri itu adalah dengan 'endorsement' BN, maka adalah salah moralnya jika BN dan perwakilan UMNO tidak diberitahu secara resmi tentang pemecatan yang beliau lakukan terhadap timbalannya. Jika semasa perlantikan Muhyiddin sebagai timbalannya dahulu di restui oleh perhimpunan UMNO dan BN maka pemecatan beliau itu perlu dirujuk kembali kepada perhimpunan khas UMNO dan BN juga.

Jika semasa meminang anak dara orang untuk dinikahi maka jika sampai waktu bercerai Najib perlu kembalikan isteri yang hendak diceraikan itu kepada ibu bapanya. Najib tidak boleh mencapakkan begitu sahaja timbalannya itu apabila sudah tidak diperlukannya lagi. Itu Melayu tidak beradab dan beradat namanya.Bukankah Melayu itu hidup mereka dikandung adat? Agama dijunjung adat dikendung, kata orang-orang yang beradat hidupnya.

Najib wajar memberitahu dengan berani bahawa beliau memecat Timbalanya itu diatas dasar dan sebab yang kukuh. Ahli-ahli UMNO serta BN wajar diberitahu melalui perjumpaan dan perhimpunan khas dan beliau tidak boleh hanya pandai memecat tetapi tidak tahu dan tidak berani untuk mengendalikan tindakan beliau memecat Timbalannya itu.

Lebih dari itu Najib perlu mendapatkan sokongan dari perhimpunan agung khas tentang perlantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengganti kepada Muhyiddin itu. Jika Najib tidak berani memanggil perhimpunan agung khas UMNO dan perhimpunan Barisan Nasional, persepsi umum yang pemecatan yang dilakukan oleh Najib itu adalah di dasarkan kepada kepentingan peribadi beliau sahaja dan bukannya diatas kepentingan partinya. Persepsi ramai yang beliau memecat Muhyiddin dan melantik Zahid Hamidi itu adalah semata-mata untuk melindungi beliau dari 'consequence' isu 1MDB semata-mata.

Ahli-ahli UMNO dan BN wajar mendesak Najib untuk memanggil perhimpunan agung khas itu kerana itu adalah tindakan yang sewajarnya dilakukan setelah melakukan pemecatan terhadap pemimpin nombor dua negara itu.

Kelalaian Najib dalam isu ini akan menguatkan persepsi ramai yang beliau seorang pemimpin yang tidak tahu adat dan adab dan hanya pandai mendapatkan dan seterusnya mengekalkan kuasa tanpa moral yang tinggi.

Isu ini isu besar. Najib perlu didesak dan mengambil isu ini sebagai isu besar kerana ia merupakan elemen penting dalam demokrasi, iaitu memperkayakan budaya dan semangat demokrasi itu.

Jika tidak dilakukan ini, Najib akan berhadapan dengan cemuhan dan interpretasi masing-masing dari rakyat jelata. Najib perlu bertanggungjawab diatas pemecatan timbalannya ini. Jika tidak betul kendaliannya, Najib tidak mustahil tersungkur dihadapan mata rakyat jelata yang semakin jemu dengan tindakan-tindakan pengecut beliau itu.-http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Sumber DD - 1-8-2015



Tak salah terima wang, ayuh kaut selagi boleh

Posted on Saturday, August 01 @ 11:50:20 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin Jika ada yang berasa gembira dan lega dengan pengguguran Hasan Malek daripada kabinet, harap simpan dulu perasaan tersebut kerana nampaknya "kebebalan" dan "kedunguan" mungkin bertambah dahsyat di kalangan sesetengah menteri yang baru dilantik ini.

Hanya selepas dua tiga hari dilantik semula sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri setelah digugurkan pada 2009 dulu, Azalina Othman Said muncul yang pertama, bukan saja menunjukkan ciri-ciri pengganti kepada Hasan Malek, malah tahapnya nampak lebih kronik lagi.


Azalina ternyata sudah mula mengidap penyakit "ampu dan bodek tahap empat" sehingga sanggup memberi pandangan di luar kewarasan pertimbangan akal dan menghumban jauh ilmu serta pelajaran yang diterimanya selama ini.
Asalkan dapat ampu dan bodek, semua perkara yang lain ditolak ke tepi dan boleh dilanggar begitu saja.

Mengulas mengenai isu wang RM2.6 bilion yang didakwa mengalir masuk ke dalam akaun Najib yang dipercayai menjadi antara punca Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Azalina antara lain berkata:-

- wang sejumlah itu bukanlah suatu isu besar kerana ia adalah budi bicara orang yang memberi duit itu.

- tiada salahnya seseorang menerima pemberian sebesar RM2.6 bilion asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

- kalau orang derma duit pada saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...apa salahnya?


Jika kita hayati hujah-hujah Azalina ini, tentulah ia tiada bezanya dengan banyak kenyataan Hasan Malek sebelum ini yang antaranya, "oleh kerana ayam naik harga, jangan makan ayam" dan "disebabkan kurang rungutan yang diterima kementerian, ini menunjukkan rakyat berpuas hati dengan GST dan kenaikan harga minyak".

Hello Azalina...cubalah guna akal sikit dan fikir daripada manakah datangnya duit sebanyak itu? 

Bukankah The Wall Street Journal mendakwa ia berpunca daripada 1MDB? Kalau wang itu daripada 1MDB yang berhutang sebanyak RM42 bilion, tidakkah ia merupakan wang kita semua?

Kalau pun ada seseorang yang sanggup beri wang sebanyak RM2.6 bilion kepada ketua sebuah kerajaan, apakah ia percuma atau derma kosong saja? Tentu ada balasan yang diharapkan? Apa balasannya? Jual tanah? Jual maruah? Atau jual negara?

Kalau seseorang itu bukan Perdana Menteri atau ketua kerajaan, adakah sesiapa teringin mahu memberinya wang sebesar itu?

Mengatakan tidak salah bagi seseorang pemimpin menerima wang dan ia hanya urusan antara penderma dan penerima, tidak syak lagi betapa malangnya kita mempunyai pemimpin sebegini rupa. Tiada apa-apa yang rakyat boleh harapkan daripada specis seperti ini.

Ia memberi gambaran bahawa jika mengikut tafsiran Azalina itu bermakna para menteri dan pemimpin kerajaan boleh mengaut seberapa banyak wang sekali pun dan tiada sesiapa berhak mempersoalkan daripada mana wang itu diperolehi.

Adakah orang sanggup memberi wang dengan percuma dan tidak mengharapkan apa-apa balasan? Kalau begitu, tutup saja SPRM dan bakulsampahkan terus undang-undang rasuah. Pasukan petugas khas yang sedang menyiasat wang itu dan kaitannya dengan Najib juga patut dibubarkan saja.

Jangankan pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan terdedah kepada unsur rasuah dan kemungkinan menjual kepentingan negara apabila menerima wang sebesar itu harus dipersoalkan, bahkan ibu bapa sendiri akan menyoal jika anak mereka tiba-tiba pulang ke rumah dengan membawa dua tiga buntil wang bersamanya.

Apabila kita membawa sejumlah wang tunai ke bank untuk membuka akaun, katalah jumlahnya RM500 ribu, pihak bank juga pasti akan menanyakan beberapa soalan mengenai wang itu.

Lebih dari itu, Bank Negara sendiri mensyaratkan pemindahan wang melebihi jumlah RM50 juta juga mesti mendapat kebenaran dan kelulusannya.

Lebih diragui jika penerima wang itu berstatus ketua kerajaan kerana ia mungkin berkaitan rasuah, wang haram dan sebagainya.

Jadi, di mana logiknya pemindahan sejumlah RM2.6 bilion adalah perkara biasa dan hanya persoalan antara penderima dan penerima saja, manakala kita sebagai rakyat dikatakan tidak berhak sama sekali mengetahuinya?

Dengan kenyataan awal Azalina itu, bukan saja keputusan melantiknya semula sebagai menteri suatu kesilapan setelah mengenepikan Hasan Malek, malah membuatkan barisan kabinet ini menunjukkan kecenderungan yang semakin jauh dari denyut nadi rakyat terbanyak.

Kesalahan yang dilakukan oleh ketua bukannya mahu diperbetulkan atau ditegur, malah disokong dan diberi rangsangan lagi.

http://shahbudindotcom.blogspot.com

Sumber DD - 1-8-2015 


Melihat Kabinet baharu Najib secara rasional
Posted on Friday, July 31 @ 12:12:10 MYT by paktam

Oleh Zainuddin MaidinTokoh-tokoh berkaliber dari Sabah

Perimbangan dan kualiti dalam pelantikan Kabinet baharu menampakkan pertimbangan dan pemilihan yang rapi lama dibuat tetapi pengumumannya dengan tergesa-gesa sehingga menafikan keperluan menyiapkan segera laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menampakkan kepada rakyat survival Datuk Seri Najib Razak lebih diutamakan.

Orang ramai nampak keperluan Najib menyegerakan rombakan itu kerana beliau nampak bahaya yang datang daripada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengancam mengenai 1MDB di Umno Bahagian Cheras.


Jika Najib mengambil berat terhadap  kepenatan penantian rakyat terhadap laporan 1MDB  maka tentulah beliau menangguhkan dahulu pengumuman Kabinet baharunya yang memerlukannya mengambil 3 orang yang sedang menjalankan tugas menyiapkan laporan hasil siasatan itu.

Demikianlah juga penyingkiran Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang terlibat dalam tugas yang sama. 

Walaupun saya sedang berkabung ekoran pengumuman Kabinet baharu itu tetapi saya cuba melihatnya secara rasional dari sudut-sudut positif  untuk mengeluarkan diri saya daripada kesedihan.

1. Kabinet baharu ini akan memberikan semangat dan kekuatan baharu kepada Najib untuk memanjang hayatnya sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang.

2. Pelantikan Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi  ini akan membantu memastikan laluan mudah bagi  sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mengambil tempat sebagai perdana menteri atau timbalan perdana menteri pada masa yang sesuai.

3. Dengan popularitinya yang tertinggi dalam parti dan latar belakang pelajaran agamanya serta kelebihan sebagai seorang orator  yang baik maka pemilihan Zahid sebagai timbalan perdana menteri dengan dikekalkan sebagai menteri dalam negeri menambahkan aura kekuatannya untuk memulihkan imej nasionalisme Umno dan keyakinan di kalangan orang Melayu dan Islam dengan langkah-langkah keselamatan yang seimbang.

Pegangan kepada kedua jawatan ini pernah disandang oleh Allahyarham Tun Dr Ismail selepas pemerintahan Majlis Gerakan Negara. Timbalan perdana tanpa jawatan yang lain tidak menampakkan kekuatan dan penguasaan.

Walaupun hubungan lalu antara Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sering diperkatakan tetapi keyakinan Najib kepada Zahid menunjukkan beliau tetap setia kepada Najib walaupun berada di bawah Anwar (dalam pada itu harus diingatkan pada masa itu untuk survival, semua orang mempunyai hubungan baik dengan Anwar termasuk Muhyiddin dan Najib sendiri tetapi oleh kerana melihat potensi Zahid maka beliau dilimpahkan beberapa kelebihan).

4. Pelantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan imejnya sebagai aktivis moderate Islam, seorang modenis Islam dan intelektual Islam yang dihormati fikiran dan kebolehannya akan dapat membantu penerapan nilai-nilai keterbukaan dan progresif Islam dalam menghadapi cabaran yang semakin agresif dalam politik liberalis medan globalisasi masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dalam hal ini, Asyraf dan Zahid boleh saling membantu dalam menghadapi dan mematahkan provokasi terhadapi nilai-nilai agama dari segi keselamatan dengan secara logik, rasional dan terpelajar.

Mungkin mereka  juga akan dapat membantu dalam pendekatan ke arah yang lebih meyakinkan rakyat berbilang kaum jika diperlukan kerjasama antara PAS dan Umno untuk kestabilan dan ketenteraman negara. Orang agama lebih mudah bercakap dan memahami bahasa agama antara mereka.

5. Pengekalan dan pelantikan  tokoh-tokoh  politik berkaliber besar dari Sabah yang terbukti dalam keupayaan mereka mempertahankan Najib dengan fakta dan rasional akan memperkuatkan lagi sokongan rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN).

Walaupun Datuk Seri Shafie Apdal tersingkir tetapi  penggantiannya dengan Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai menteri komunikasi dan multimedia akan memperlihatkan peningkatan sumbangan Sabah dalam politik negara. Saya mempunyai keyakinan Salleh berupaya menjalankan tugasnya dengan berkesan.

Walaupun saya tidak bersetuju dengannya tetapi saya mengakui kemampuannya menangkis serangan dengan pantas berasaskan fakta-fakta sejarah yang kuat dan benar dalam mempertahankan Najib dan tidak seperti kebanyakan “ulaq ayaq” yang digunakan oleh TV3.

Dua lagi Menteri dari Sabah; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahalan dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman terbukti tidak mengecewakan. Rahman dan Salleh tidak sahaja berkeupayaan dalam pendekatan  politik tetapi juga dalam penulisan.

Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah adakah pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri hanya bersifat sementara bagi memberikan laluan ke puncak kepada Hishammuddin yang juga pernah menjadi menteri dalam negeri dan banyak menyimpan rahsia-rahsia penting kementerian itu.

Apapun  dalam politik tidak ada perancangan dan  janji yang kekal. Nasib Zahid dan Hsihammuddin dalam kedudukan sebagai perdana menteri akan ditentukan  oleh pemilihan MKT Umno  selepas pilihan raya umum  akan datang sekiranya BN atau Umno masih berkuasa dan sekiranya Najib merasa perlu untuk berundur.

Bagaimanapun yang jelas sekiranya Khairy Jamaluddin terus bermain politik untuk survival dan tidak mempunyai keberanian mengambil risiko dalam keadaan-keadaan yang diperlukan oleh rakyat maka harapannya untuk menjadi perdana menteri dalam usia muda semakin jauh terutama dengan cabaran yang semakin terserlah daripada bakat-bakat besar politik dari Sabah. – zamkata.blogspot.com,

* Penulis merupakan bekas Menteri Penerangan.

Sumber DD - 31-7-2015

Profesionalkah golongan kecewa ini?

Thursday, July 30, 2015

Ikuti ROSLAN SMS di Harakah (print) Bil. 2067 Edisi Jumaat muka F4



Muktamar PAS telah hampir dua bulan berlalu. Dari sudut proses pemilihan pucuk pimpinan, tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan satu-satunya muktamar yang telah menyaksikan pertandingan paling sengit dalam sejarah PAS. Kesemua jawatan tertinggi parti kecuali dalam Dewan Ulamak telah dipertandingkan.

Dan  keputusan mukatamadnya telah pun diketahui umum. PAS hari ini bergerak dengan satu saf kepimpinan yang baru yang telah diberikan mandat oleh para perwakilan parti mewakli 1 juta keahlian PAS seluruh negara. Saf baru ini pula akan dipantau oleh ahli-ahli PAS dan mereka juga nanti akan melalui proses pemilihan baru, dimana rekod kepimpinan mereka akan dinilai dan dipilih berdasarkan prestasi masing-masing dalam memikul amanah yang diberikan.

Walaupun hari ini keputusan berkenaan serta impaknya ke atas PAS dan hubungan PAS dengan PKR dan DAP terus diperkatakan namun yang pentingnya proses demokratik di dalam PAS khasnya yang melibatkan pucuk pimpinannya tidak pernah dipertikaikan.

Tiada laporan atau protes dari para perwakilan dibuat berhubung proses pemilihan ini. Tiada juga yang ke Pendaftar Pertubuhan untuk membuat bantahan atau ke mahkamah bagi menuntut semakkan semula.

Rata-rata PAS yang berusia lebih 60 tahun ini telah berjaya membuktikan kepada semua bahawa ia berkeupayaan dan mampu melaksanakan proses pemilihan yang paling telus dan demokratik berbanding mana-mana parti politik kawan atau lawan yang lain. 

Semua calon-calon telah dibenarkan berkempen. Ada yang enggan berkempen dan ada yang akitf dan malah ada diantara mereka yang terang-terangan menggunakan majlis-majlis parti terutama majlis perasmian mesyuarat agung tahunan parti peringkat kawasan-kawasan untuk secara terbuka menyatakan sokongan dan penolakkan terhadap satu-satu calon.

Ada diantara mesyuarat agung tahunan kawasan-kawasan yang sengaja diprogramkan awal berbanding kawasan-kawasan lain dengan matlamat mahu mempengaruhi kawasan-kawasan yang belum bermesyuarat.

Media alternatif dan media sosial khasnya telah digunakan semaksima mungkin dalam tempoh berkempen ini.

Ringkasnya peluang seluas-luasnya telah diberikan kepada semua pihak untuk mempromosi diri dan calon masing-masing.

Masih jumud dan kebelakangkah PAS?

Dan malah yang paling ketara sekali adalah apabila parti-parti lain turut camputangan mempromosi calon-calon tertentu dan meminta tolak calon-callon tertentu, sesuatu yang tidak pernah berlaku tetapi dalam muktamar kali ini ia berlaku dan dapat dilihat semua. Kiranya kerja-kerja ini dilakukan oleh parti lawan, ia sesuatu yang normal kerana memang kerja mereka melaga-laga dan mengadu-domba sesama PAS demi kepentingan politik mereka, malangnya kali ini bukan parti lawan tetapi parti kawan yang turut mengambil kesempatan.

Saya mengemukakan perkara ini kerana hari ini kita lihat walaupun rumah telah siap berdiri megah dan gagah namun pahat masih lantang berbunyi. Sepatutnya sudah dua bulan muktamar berlalu, bagaikan badai berlalu, kiambang pasti bertaut kembali, malangnya tidak.

Di sinilah sikap tidak profesional terserlah dikalangan mereka yang sepatutnya profesional dan rasional. 

Demokrasi dalam erti kata, proses pemilihan yang paling telus dan terbuka telah masing-masing tuntut dari parti dan berdasarkan apa yang disebutkan di atas ternyata telah sama-sama perolehi. Padangnya sama luas dan sama rata, kebijaksanaan dan kepintaran seni berkempen masing-masing telah dipacu sekuat-kuatnya, tetapi apabila tewas, kelompok yang berkenaan telah bangkit membikin onar dan hari ni ghairah rakus mahu membina parti baru, membinasakan apa sahaja hubungan yang ada dengan PAS,

Dimanakah tercicirnya profesionalisma yang kita dewa-dewaka itu.

Calon dan pimpinan lain pun pernah tewas. Almarhum Prof Zulkifli Mohamad, pernah tewas menentang Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy bagi jawatan Yang Dipertua Agung PAS (kini Presiden) satu ketika dahulu. Tetapi mereka terbit sebagai kombinasi pimpinan PAS yang kental menjuarai perjuangan Islam dwaktu mereka.

Begitu juga Almarhum Ustaz Dato Harun Taib, Almarhum Ustaz Hasan Shukri dan malahan Timbalan Presiden PAS hari in Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda dan Muslimat Pusat masing-masing pernah tewas dalam pertandingan parti dipelabagi peringkat. Tidak pula mereka membakar jambatan dan melompat membikin oraganisasi atau parti baru. 

Mereka terus cairkan diri dalam Jemaah dan berkhidmat dalam ruang dan kapasiti yang ada, dan terus menawarkan diri apabila diberi peluang, itulah sikap profesional yang sebenar.

Tetapi golongan yang mendakwa diri mereka profesional, baru pertama kali kecundang bertanding jawatan dalam satu jemaah sanggup dan tergamak mengoyak dan menyiat apa yang ada demi mengejar agenda peribadi masing-masing.

Saya yakin PAS tidak terkesan dengan sikap dan perangai mereka yang kecewa dan berfikiran singkat ini. Kalau ada pun orang PAS yang berang, ianya kerana golongan kecewa ini telah menyeret bersama mereka kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang mereka menangi atas tiket PAS.

Jika benar mereka punya akauntabiliti dan pertanggungjawaban punya nilai moral yang tinggi dan terpelihara, sebagaimana mereka pernah serang dan belasah Datuk Ibrahim Ali “juara lompat” politik Malaysia, mereka juga sepatutnya mengosongkan kerusi masing-masing. Biar lega dan nyenyak tidur orang PAS apabila mereka angkat kaki pergi.

PAS dan ahli-ahlinya yang istiqamah akan terus melayari bahtera perjuangan Islam ini kerana ianya lebih utama dan penting dari kepentingan peribadi mana-mana kelompok atau individu.


Najib pecat TPM tapi TPM baru awas



Mula-mula dulu Musa Hitam menjadi mangsa Dr Mahathir. Berjalan berganding tangan bersama. Kerajaan 2M. Tiba-tiba Musa dipecat dan tergolek begitu sahaja. Ini diikuti dengan Ghafar Baba, dilantik mengisi kekosongan Musa. Akhirnya Cikgu Ghafar keluar begitu sahaja setelah tersingkir. 

Timbalan PM seterusnya adalah Anwar Ibrahim. Turut menerima nasib yang sama seperti Musa dan Ghafar. Lebih parah lagi Anwar dijatuhkan melalui satu konspirasi yang sangat memualkan.

Ramai menyangkakan perangai pecat Timbalan ini cuma ada pada Mahathir. Beliau memang keras hati, dan tiada pemaaf khasnya apabila mejawat jawatan nombor satu Umno dahulu.
Tiba-tiba hari ini kita dengar PM Najib pula pecat Timbalannya. Muhyuddin menjadi TPM Umno keempat yang dipecat dari jawatan selepas Musa, Ghafar dan Anwar.

Dalam kekalutan Najib berlawan dengan Mahathir yang bertalu-talu menyerang kepimpinannya rupanya Najib turut mengamalkan apa yangMahathir pernah amalkan – pecat TPM.

Tapi rekodnya tetap dipegang Mahathir kerana beliau sempat pecat 3 TPM.

Kes pemecatan Muhyuddin ini pasti melakar dan memberi impak pada lanskap Malaysia seterusnya selepas ini. Isu kontroversi 1MDB tidak selesai disiasat yang kecundang gugur TPM.

Dalam hal ini ada sahabat yang beritahu sekurang-kurangnya Presiden PAS tidak mengambil pendekatan sedemikian terhadap Timbalannya. Umum tahu sebelum Muktamar ke 61 lalu Timbalan Presiden PAS ketika itu Muhammad Sabu memang dingin terhasdap Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

Tuan Guru sedar perkara ini tetapi tetap meraikan Timbalannya.

Apa pun pendekatan yang diambil adalah untuk menyerah pada para perwakilan Muktamar PAS. Dan benar, akhirnya Muktamar yang menurunkan Muhammad, tidak melalui pemecatan.

Najib kelihatan gopoh dan gelabah dalam hal ini.

Di sinilah terserlah bijaknya dan matangnya bacaan politik Tuan Guru Presiden PAS. Biarkan Najib kekal sebagai PM, bukannya maksud mempertahankan Najib sebagaimana mainan mereka yang memang tidak senang dengan apa sahaja tindakan Tuan Guru. Maksudnya jika Najib kekal sehingga ke penghujung penggal dan memimpin BN dalam PRU seterusnya, ketika itu kebencian dan kemarahan rakyat sudah sampai ke tahap maksima.

Kalau PRU 1999 dahulu Kelantan dan Terengganu jatuh terlepas dari tangan Umno BN, kerana rakyat khasnya pengundi Melayu Islam terlalu benci pada Dr Mahathir, tidak mustahil jika Najib terus kekal PRU berikutnya nanti Kelantan, Terengganu dan yang lain-lain pasti goyang, tak termasuk “kuasa sakti” DAP yang memegang undi Cina satu Malaysia.

Tahniah Zahid, jaga-jaga jangan sejarah Dr Mahathir nanti tertimpa ke atas anda pula.


Jangan terpesona degan kuasa "sakti" DAP



DAP telah cuba menguasai Pulau Pinang puluhan tahun. Melalui Projek Tanjungnya, setiap kali PRU DAP akan melancarkan serangan semaksima mungkin bagi menguasai negeri berkenaan kerana Pulau Pinanglah satu-satunya negeri di Malaysia dimana kerusi majoriti bukan Melayunya boleh membentuk kerajaan.

Sebelum Peristiwa 13 Mei 1969 Pulau Pinang dikuasai oleh pembangkang diketuai parti Gerakan sehinggalah Gerakan menyertai BN pada tahun 1974.

Pada PRU 2008 hasil gabungan dan kerjasama PAS dan PKR akhirnya DAP berjaya dan terus menobatkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP yang pertama.

Rupanya kemenangan itu bukannya matlamat utama DAP, setelah menang, ia kini terdorong  melalui kekuatan sokongan pengundi bukan Melayu khasnya pengundi Cina ia boleh menguasai lebih dari Pulau Pinang. Tetapi tidak seperti Pulau Pinang di negeri-negeri seperti Selangor, Perak, Sarawak, Negeri Sembilan, Melaka dan lain-lain, DAP boleh dominan jika parti kawan yang lain mampu memberi sedikit “tongkat” sokongan bautnya.

Contohnya di Perak terdapat 59 kerusi DUN, Mana-mana parti yang memperolehi 30 kerusi sudah boleh membentuk kerajaan di sana. Pada PRU ke 13 lalu DAP bertanding dan menang di semua 18 kerusi yang dipertandingnya. Ia cuma perlukan bantuan 12 kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan campuran dengan partinya menguasai majoriti dalam kerajaan berkenaan.

Di Negeri Sembilan pula terdapat 36 kerusi DUN, penguasaan 19 kerusi boleh membentuk kerajaan. Dalam PRU ke 13 lalu DAP bertanding dan menang semua 11 kerusi yang dipertandingnya. Dengan bantuan 8 kerusi sahaja dari parti kawan, kerajaan campuran yang DAP dominan boleh terbentuk.

Sifir-sifir ini berlegar dan merangsang nafsu politik DAP. Malah ianya meluap-luap sehinggalah ke peringkat Pusat.

Oleh kerana ia percaya ia punya kuasa “sakti” menguasai pengundi-pengundi bukan Melayu khasnya pengundi-pengundi Cina, DAP mula menunjukkan taringnya. Kerjasama dalam Pakatan tidak boleh dibiarkan ikut nafsu dan selera parti lain, agenda DAP lah yang wajar didahulukan.

Taring itu bukan mahu ditunjuk kepada BN tetapi ditayangnya kepada kawan-kawan khasnya PKR dan terutama PAS biar mereka gerund an tunduk.

DAP seakan boleh mengatakan bahawa jika mahu terus menang selepas ni melalui kuasa “sakti” DAP itu maka parti-parti PKR dan PAS perlu terus setuju sahaja dengan karenah dan kemahuan DAP.

Antaranya DAP tidak cenderung sama-sekali terhadap sebarang idea dan usaha untuk meletakkan Islam lebih dari fahaman mereka sebagai simbol adat istiadat agama Persekutuan. Cukuplah dengan membenarkan sambutan Hari Raya, Maulidur Rasul. Cukuplah dengan ada masjid dan surau serta sekolah agama.

Lebih dari itu, sebarang usaha untuk memartabatkan pengamalan Islam khasnya dalam kehidupan seharian sehingga menjadi peraturan dan perundangan, ianya tidak boleh diterima sama-sekali.

Malahan bab-bab tertentu dalam amalan yang ada pun kalau boleh mahu disemak-semula. Urusan mahkamah syariah, urusan majlis agama, urusan jabatan agama, mana-mana yang dilihat menggugat kedudukan negara sebagai sebuah negara sekular (yang memisahkan negara dari agama) menurut fahaman mereka, juga perlu dihadkan.

Ringkasnya DAP percaya bahawa Malaysia wajib kekal sebagai sebuah negara sekular.

Fahaman Islam tidak boleh diterapkan menjadi fahaman dan amalan negara.

Kerana itu DAP bantah apabila ada usaha ke arah tu.

Peristiwa melarang jualan arak di kawasan majoriti Melayu di Selangor satu ketika dahulu dibantahnya. Begitu juga usaha untuk memisahkan tempat duduk antara mahram dan bukan mahram dilihatnya sebagai men “Taliban” kan Malaysia.

DAP bantah mengharamkan premis judi di Kelantan serta menghadkan minuman arak hanya dikalangan bukan Islam di sana. Larangan lelaki mengunjungi kedai gunting rambut wanita juga di protesnya di Kelantan.

Dan kemuncaknya DAP menolak sebarang usaha dan inisiatif untuk melaksanakan undang-undang Islam sebagaimana sedang diusahakan PAS buat negeri Kelantan.

DAP berani membuat bantahan-bantahan ini semua kerana pada perkiraannya ia punya kuasa politik untuk protes. Ia memegang kuasa “sakti” tadi.

Kerana itu hari ini walaupun PAS telah berkawan dan membantu DAP sejak sebelum PRU tahun 2008 dahulu, ahli-ahli dan petugas PAS bekerja untuk bantu DAP, tiba-tiba PAS ditendang keluar oleh DAP. Ini semata-mata kerana DAP melihat PAS lebih cenderung mahu melaksanakan Islam dari meraikan cita-cita dan agenda DAP yang kononnya agenda rakyat.

Ringkasnya PAS seakan menjadi batu penghalang kemaraan DAP.

Walaupun PAS berkata ia mahu berkawan dengan syarat jangan langgar dan langkah prinsip perjuangan Islam yang didukungnya, bagi DAP syarat semua itu sudah tidak relevan sebab PAS tidak punya kuasa “sakti” sebagaimana DAP, jika PAS berkeras, DAP akan mencari kawan baru.

Dan benar, setelah gagal memepengaruhi pemilihan pucuk pimpinan PAS yang DAP lalukan secara terang-terangan, hari ini DAP berjaya membentuk sebuah “PAS” yang baru yang ia percaya boleh membantu mencapai cita-cita politiknya untuk menguasai negeri-negeri tadi termasuk Malaysia.

PAS yang lama pada pandangan mereka kolot dan ultra konservatif, sebenarnya keras kepala dan tak mahu ikut cakap mereka.

Lalu bagaikan bulan jatuh ke riba, barangkali dengan kelebihan kuasa “sakti” nya itu, DAP hari ini berjaya melunakkan beberapa bekas pimpinan PAS khususnya mereka yang kecewa dalam pemilihan parti baru-baru ini, untuk mengikut rentak mereka.

Bukankah kuasa politik yang lebih penting dari segala-galanya. Apa guna kekal dalam PAS yang hanya mementingkan agama sehingga tiada ruang untuk tolak ansur dan kompromi. Yang penting kuasa mesti diperolehi, biarpun dengan kaedah matlamat menghalakan cara.

Habis hancur luluh dan terburai semua ilmu dan tarbiyah yang diterima dalam PAS dahulu, rupanya logik akal dan janji-janji DAP lebih enak dan meyakinkan bekas orang-orang kuat PAS ini.

Lalu bersusunlah ahli-ahli parlimen dan ADUN PAS termasuk beberapa kerat yang lain, terpengaruh dan sanggup mengkhianati perjuangan PAS yang mereka dukungi selama ini.
Mereka sanggup menubuhkan parti baru, katanya parti Islam baru dengan matlamat menjadi kawan baru DAP.

Betapa rendah dan hinanya moral serta akhlak sesetengah yang tergamak menggadaikan prinsip demi habuan dunia.

Hakikatnya bukannya PAS tidak tahu agenda DAP itu. PAS selama ini yakin yang ia boleh memahamkan DAP akan dasar dan perjuangan Islam. Itulah yang PAS lakukan selama berkawan dengan DAP. PAS sedar DAP yang sekular sukar untuk terima Islam tetapoi sekurang-kurangnya berharap DAP tidak akan tentangnya.

Akan tetapi kekuatan dan keupayaan PAS itu mula merosot apabila mereka yang dari kalangan PAS sendiri memilih untuk berbeza pandangan dan pendekatan khasnya dalam menjalin persahabatan dengan DAP.

Bagi mereka kuasa “sakti” yang DAP perolehi itulah segala-galanya.

Jika kita bertegas mahukan Islam nanti kuasa “sakti” itu lari dan terlepas dari tangan DAP dan akibatnya kita semua kalah dan hilang kuasa.

Mereka memaksa PAS untuk tunduk, mereka tentang besar-besaran dari dalam dan apabila mereka gagal, mereka terajang PAS jauh-jauh dan merelakan diri tubuh parti yang baru untuk bersaing dengan PAS demi memenuhi tuntutan nafsu DAP.

Itulah keadannya hari ini, satu ujian dan cabaran besar buat PAS.

Tetapi ahli-ahli dan pimpinan PAS yang istiqamah, bersedia menghadapinya, kerana bagi PAS yang “sakti” itu sementara, tidak kekal, yang kekal hanyalah kehendak dan ketentuan Allah swt.

PAS akan meniti jalan kebenaran ini walaupun hilang kawan dan hilang mereka yang pernah bersamanya dahulu.

Sumber RSMSC - 27-7-2015


Hari gelap buat Malaysia

Posted on Wednesday, July 29 @ 12:03:03 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Hari ini dianggap hari hitam buat Malaysia. Semuanya kerana satu sebab saja, iaitu 1MDB.Hanya dalam beberapa jam saja dalam hari ini, tindakan yang diambil Datuk Seri Najib Razak untuk menyelamatkan karier dan masa depan politiknya menyebabkan suasana negara akan terus menjadi kelam dan gelap yang entah bila akan tiba waktu cerahnya.

Ia bukan saja berkaitan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno sebagai timbalan perdana menteri dan menteri Pelajaran, tetapi bersekali dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, naib presiden Umno yang disingkirkan sebagai menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Pemecatan menteri yang lain seperti Datuk Seri Hasan Malek dan Datuk Seri G Palanivel memang tidak menghairankan dan tiada kena mengena dengan 1MDB tetapi nasib yang menimpa Muhyiddin dan Shafie jelas kerana pendirian mereka mengenai syarikat tersebut.
Dalam apa yang dilakukan Najib hari ini, ia mencatat sejarah di mana timbalan presiden dan naib presiden Umno dimangsakan hanya kerana berani menyatakan kebenaran serta mahukan ianya ditegakkan berkaitan 1MDB.

Tidak pernah dalam sejarah Umno, seorang timbalan dan naib presiden Umno diperlakukan sebegini rupa, bukan kerana mereka ada skandal atau apa-apa kesalahan jenayah yang lain, tetapi hanya kerana mengkritik sebuah syarikat pelaburan yang bermasalah iaitu 1MDB.

Apa jadi dengan petugas khas?

Sementara dengan penyingkiran Muhyiddin dan Shafie ini menyebabkan tiada lagi suara lantang yang berani mengkritik 1MDB, hari ini juga berlaku pemecatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara.

Gani ketika ini sedang mengetuai pasukan petugas khas bersama SPRM, Bank Negara dan PDRM untuk menyiasat dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai dakwaan pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib.

Beliau diumumkan dipecat atas alasan kesihatan sedangkan biasanya jika seseorang itu menghadapi masalah kesihatan, tuan punya badan sendiri yang membuat pengumuman untuk mengundurkan diri.

Tetapi dalam kes Gani ini ia diumumkan ketua setiausaha negara, Tan Sri Ali Hamsa dan tambah pelik apabila Gani kemudiannya memberitahu tidak tahu menahu mengenai pemecatannya itu.

Sudah tentu tanggapan umum ialah pemecatan Gani ini ada kaitan dengan siasatan pasukan petugas khas yang sedang diketuainya dan sudah melakukan lima tangkapan setakat ini.

Lalu, apa jadi dengan pasukan petugas khas dan hasil siasatan mereka nanti?

Ada juga yang mula meramalkan, siapa lagi selepas ini yang akan menerima nasib yang sama seperti Gani. Apakah gabenor Bank Negara, ketua pesuruhjaya SPRM dan ketua Polis Negara juga sedang terancam kedudukannya?

Atau pemecatan Gani hanya permulaan amaran kepada yang lain-lain itu?

Siasatan PAC jadi tergendala - Annuar Musa bakal ganti Nur Jazlan?

Selain itu, dalam rombakan kabinet hari ini, Najib juga melantik pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai timbalan menteri Dalam Negeri.

Sama seperti pasukan petugas khas, PAC juga sedang menjalankan siasatan terhadap 1MDB dan dalam proses untuk memanggil Jho Low, CEOnya Arul Kanda Kandasamy serta bekas CEO Shahrul Helmi untuk proses pendengaran. Beberapa yang lain yang ada kaitan dengan 1MDB sudah pun dipanggil PAC.

Nur Jazlan selama ini agak terbuka serta kritikal dalam isu 1MDB dan lebih mahukan kebenaran yang menjadi dambaan rakyat dapat ditegakkan dalam kemelut yang menyelubungi syarikat pelaburan itu.

Beberapa kenyataannya dilihat menggembirakan rakyat dan seolah-olah ada harapan kebenaran dapat ditegakkan melalui PAC yang dipimpinnya.

Perlantikan Nur Jazlan lebih dilihat kerana kedudukannya sebagai pengerusi PAC yang sedang menyiasat 1MDB dan bukannya kerana kelayakannya sebagai akauntan bertauliah atau untuk mengenang jasa ayahnya, Tan Sri Mohamed Rahmat yang pernah menjadi setiausaha Agung Umno dan menteri Penerangan.

Ini kerana jika faktor tersebut diambil kira, sudah pasti Najib melantiknya dalam kerajaan lebih dulu sebelum memberi jawatan kepada Datuk Ahmad Maslan yang lebih dipertikaikan rakyat kredibilitinya.

Bersama Nur Jazlan, empat ahli Parlimen lain yang menganggotai PAC turut terlibat dalam rombakan kabinet yang diumumkan Najib hari ini. Mereka yang lain ialah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsul dan Datuk Seri Wilfred  Madius Tangau.

Kehilangan empat anggota PAC ini bukan saja menyebabkan sesi penyiasatan terhadap 1MDB akan tertangguh lagi sehingga perlantikan baru dibuat, malah hasil siasatan nanti juga mula menimbulkan keraguan.

Menjadi perbualan ketika ini bekas pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa akan dilantik sebagai pengerusi PAC kerana beliau dilihat berpengelaman serta vokal mempertahankan kerajaan. Apabila khidmatnya di Mara tidak disambung pada 17 Julai lalu, beliau pada mulanya dijangka akan dilantik semula ke dalam kabinet, tetapi dengan ketiadaan namanya sebagaimana yang diumumkan Najib tengahari tadi, jawatan pengerusi PAC adalah paling munasabah buat ahli Parlimen Ketereh, Kelantan itu.

Zahid - dari setpol jadi orang paling kanan Najib

Secara umumnya perlantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Muhyiddin sudah mula diperbualkan ramai sejak beliau pergi menunaikan umrah ke Mekah bersama Najib dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak berapa lama dahulu lagi.

Diperbualkan berlaku perjanjian atau "baiah" di Mekah untuk melantik Zahid sebagai timbalan perdana menteri dengan dipersetujui Hishammuddin berikutan Muhyiddin dan Shafie Apdal ketika itu sudah mulai kritikal mengenai 1MDB serta menunjukkan kecondongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika ikut nalurinya, Najib dikatakan ingin melantik terus sepupunya, Hishammuddin sebagai timbalan perdana menteri dan sekaligus calon penggantinya sebagai perdana menteri tetapi dibimbangi ianya menimbulkan serangan nepotisme terhadapnya.

Dengan itu, kerana Zahid lebih berusia daripada Najib, beliau hanyalah watak timbalan perdana menteri sementara saja sehingga ke suatu masa di mana Hishammuddin benar-benar boleh diterima sebagai bakal perdana menteri.

Walaupun Zahid agak popular dalam Umno dan mendapat undi tertinggi sebanyak dua kali bagi jawatan naib presiden Umno, ramai yang masih skeptikal terhadapnya berikutan pengalamannya yang belum cukup luas dalam kerajaan serta kedudukannya sebagai bekas setiausaha politik kepada Najib sebelum ini.

Bagaimana janggalnya bekas setiausaha politik menjadi timbalan perdana menteri ialah seperti kita membayangkan ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dulu, tetapi timbalan perdana menterinya ialah Tan Sri Aziz Shamsuddin atau Tan Sri Megat Junid Megat Ayub

Atau ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dulu, namun timbalan perdana menterinya ialah Othman Desa atau Reezal Merican.

Bolehkah kita membayangkannya? Tentu janggal dan melucukan bukan?

Itulah yang berlaku kepada gandingan Najib dan Zahid ini dan yang demikian, kedudukan Zahid sebagai timbalan perdana menteri pada tanggapan ramai hanyalah sementara dan sebagai "budak suruhan" semata-mata kepada perdana menteri.

Rakyat tidak akan meyakini Zahid, lebih-lebih lagi pengundi bukan Melayu langsung tidak menyenanginya sebagai pemimpin kerajaan.

Hari untuk selamatkan diri

Apa yang berlaku hari ini, melalui pemecatan Muhyiddin dan Shafie, penyusunan baru kabinet, penyingkiran peguam negara yang sekaligus menimbulkan keraguan terhadap peranan pasukan petugas khas dan melantik pengerusi serta beberapa ahli PAC ke dalam kabinet yang menyebabkan jawatankuasa itu dapat disusun semula dan dilengahkan daripada menjalankan peranannya, ia adalah semata-mata untuk mengekalkan kedudukan Najib lebih lama lagi di Seri Perdana.

Perlantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai menteri dan Datuk Johari Baharum, ketua Umno Kubang Pasu sebagai timbalan menteri pula tidak lain adalah untuk membendung pengaruh Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kedah dan sekaligus sebagai persiapan untuk menghalang pengaruh Dr Mahathir.

Kedua-dua mereka inilah juga yang memainkan peranan menyekat kemenangan Dr Mahathir sebagai perwakilan Umno Kubang Pasu ketika Mahadzir Khalid menjadi menteri besar Kedah dahulu.

Ia jelas memperlihatkan demi mempertahankan kuasa dan kedudukannya, Najib sanggup melakukan apa saja tanpa memperdulikan perasaan atau tanggapan rakyat yang semakin memburuk terhadapnya.

Ia akan membawa awan mendung berarak lebih tebal mengelilingi bumi Malaysia sehinggalah tarikh pilihan raya umum akan datang. – shahbudindotcom.blogspot

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/hari-gelap-buat-malaysia-shahbudin-husin#sthash.iGhd5i0I.dpuf


Sumber DD - 29-7-2015        

Pergilah tetapi tinggalkan kerusi milik PAS
Posted on Saturday, July 25 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh ROSLAN SMS

Penubuhan GHB sebagai sebuah parti politik baru sudah hampir pasti. Dua ADUN dan seorang ahli parlimen PAS di Selangor sudah secara terang-terangan menyatakan kesediaan mereka untuk memutuskan hubungan dengan PAS dan menyertai parti baru itu.

PAS dijangka kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan DUN angkara kemunculan parti baru yang rata-rata merupakan kenderaan buat mereka yang kecewa dalam pemilihan PAS baru-baru ini.

Parti baru ini dilaporkan akan memperjuangkan Islam tetapi yang progresif dan menerima keahlian terbuka tanpa mengira kaum atau agama.



Tidak boleh dinafikan bahawa PAS sangat terkesan dengan penubuhan GHB. Bukannya bimbang akan hilang pengaruh tetapi kesal kerana parti baru ini nanti bakal “mencuri” kerusi-kerusi PAS yang dimenangi atas pengorbanan dan penat jerih ahli-ahli dan penyokong PAS disemua peringkat.



Lainlah kalau mereka isytihar keluar PAS dan mengosongkan kerusi masing-masing, saya pasti kalau begitu pemergian mereka disambut dengan kelegaan dan kegembiraan.



“Bercerai” talak tiga dengan PAS tetapi segala harta dibawa lari tanpa sedikit pun rasa berdosa.



Itulah barangkali bukti betapa progresif dan terbukanya puak-puak GHB ini.



Sebenarnya kerana itulah orang-orang PAS masih sibuk dengan GHB ini. Memang PAS punya agenda, tugas dan tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan, akan tetapi GHB ini telah menganggu fokus PAS, puncanya kes “mencuri” kerusi tadi.



PAS bukan tidak pernah berhadapan dengan situasi seumpama ini. Berjasa dulu begitu, Hamim juga. Berjasa “curi” negeri dan Hamim “curi” kerusi, tak silap saya 4 dari 5 kerusi Parlimen PAS “dicuri” ketika itu sehingga tinggallah kerusi Pengkalan Chepa satu-satunya kerusi parlimen PAS angkara Hamim dulu.



Kini GHB. Tetapi seperti Berjasa dan Hamim, PAS bila-bila masa bersedia menghadapi mereka, malah sejarah membuktikan PAS telah “berperang” dengan mereka sehingga akhirnya kubur kedua-dua parti itu pun tidak diketahui mana nisannya! Kini giliran GHB.



Saya lihat, media alternatif khususnya yang “friendly” dengan Islam progresif yang dijaja GHB rata-rata menyanyikan lagu-lagu lunak belaka buat mereka. GHB akan muncul sebagai parti menggantikan PAS. GHB akan jadi rakan “berguna” buat DAP dan PKR dan berbagai lagi yang indah-indah.



Mungkin mereka perlukan lagu-lagu mengasyikkan seumpama ini bagi mengubat ego mereka kerana saya percaya dalam benak pemikiran mereka, perasaan sangsi, celaru, takut dan bimbang memang berserabut menghantui mereka. Biarkan.



Dalam banyak-banyak pujian dan julangan, saya terbaca komen berikut dalam Malaysia Today yang ditulis oleh  seorang yang mengenalkan dirinya sebagai Edwin Jansz · St. Francis Institution, Malacca, Malaysia :



i wonder how many constituencies will dap dare field ghb people to run in. because they will all lose.and in ge14, every single seat counts.



(saya memikirkan (agaknya) berapa kerusi yang akan DAP pertaruhkan buat calon-calon GHB kerana mereka semua akan kecundang dalam PRU14 sedangkan setiap kerusi bermakna.)



in malay-majority constituencies: pro-pas malays will not vote them, pro-umno malays will not vote them, liberal malays will not vote them ('tainted' by pas).only pro-dap malays will vote for them, and how many are there? less than the hair in my nostrils?



(dikerusi majoriti Melayu: Melayu yang pro PAS tidak akan mengundi mereka, Melayu yang pro Umno juga tak akan mengundi mereka. Melayu liberal tidak akan mengundi mereka (kerana mereka “terpalit” dengan PAS) hanya Melayu yang pro DAP akan mengundi mereka, dan berapa ramaikah mereka ini? (barangkali) kurang dari bilangan bulu hidung (saya)?



even fielding them in chinese-strong constituecies might backfire. the rival candidate (most probably mca/gerakan) will have mat sabu-hudud posters all over the constituency.

i think dap will field them in the constituencies yang tiada harapan untuk pr menang.



(malah meletakkan mereka di kerusi majoriti Cina juga tidak akan bawa manfaat kerana calon lawan (mungkin dari MCA atau Gerakan) akan mengedarkan poster hudud mat sabu diserata kawasan mengundi (yang majoriti Cina itu)



Saya rasa DAP akan hanya meletakkan mereka di kawasan-kawasan yang tiada harapan untuk PR menang.)



Rupanya ada juga yang kontra.



Mungkin pemuka-pemuka GHB akan marah dengan komen seumpama ini dan mungkin juga menguisnya ke tepi.



Biarlah mereka dengan nafsu rakus gelojoh mereka itu. Tetapi komen di atas bagi saya punya asas.



Apa pun kalau mereka benar orang yang punya prinsip dan wibawa, yang mana saya yakin mereka tidak punya, kembalikanlah kerusi-kerusi PAS yang mereka wakili itu dan langkah keluar lah sebagai anak “jantan” berkempen atas kekuatan sendiri (terkecuali Mat Sabu yang memang tak punya kerusi).



PAS sebagaimana biasa akan bersedia meghadapi mereka, bukan bongkak tetapi cita-cita perjuangan Islam yang didukung PAS lebih 60 tahun ini lebih penting dan utama dari cita-cita peribadi mereka.
Sumber TKO  - 25-7-2015

Siapa boleh jawab persoalan Raja Petra ini?

Thursday, July 23, 2015


Suka tak suka Raja Petra Kamaruddin pengendali Malaysia Today adalah seorang penulis dan pengkritik yang berbakat. Di zaman “Reformasi” dahulu beliaulah antara penggerak yang tersohor dalam menghidupkan bahang “Reformasi” khasnya melalui tulisan-tulisan dan karya beliau.

Saya sendiri mula kagum dengan penulisan beliau sebelum zaman “Reformasi” lagi. Ketika itu kami sama-sama menyumbang kepada English Section Harakah. Di zaman Ustaz Hashim Jasin menang Pilihanraya Kecil Parlimen Arau 1998, di zaman Almarhum Ustaz Dato Ishak Baharom dipecat sebagai Mufti Selangor, ketika itu saya sudah mengikuti penulisan beliau yang mengambil nama pojok Sulong Kamaruddin.

Kalau kolumnis The Star, Joceline Tan, barangkali secara sinis, menganggap penulisan beliau sebagai:

Raja Petra’s style is like telling grandmother stories

(Gaya penulisan Raja Petra seumpama seorang mak nenek bercerita)

Saya pula menganggap beliau sebagai seorang yang berani, yang akan menulis apa sahaja yang terlintas dalam fikirannya tanpa sedikit pun ruang simpati untuk sasarannya. Beliau tidak peduli pada kesopanan penggunaan bahasa, kalau perlu dimaki dan dicarut maka itulah yang akan dilakukannya demi meluahkan isu perutnya dalam tulisan dan pemerhatian beliau.

Itulah Raja Petra, samada anda minat atau membencinya, terpulang.

Dalam penulisan terbarunya beliau menitipkan:

The GHB faction fielded ulama’ Ahmad Awang against ulama’ Abdul Hadi Awang while Mat Sabu went for number two. Both Ahmad Awang and Mat Sabu lost. However, Mat Sabu is the President of GHB and not Ahmad Awang. Why is that?

The answer is simple. DAP cannot accept an ulama’ as the new head of GHB so they had to appoint secularist/liberal Mat Sabu instead. With Mat Sabu as GHB’s new head, the party would not be seen as extremist, compared to if ulama’ Ahmad Awang is its head.

But Mat Sabu is more radical than Ahmad Awang even though they pretend it is the other way around. Mat Sabu is Shia and has links with Iran. How more radical can you get than that?

Do these DAP people know what they are doing? Surely they cannot be that stupid. Or are they not stupid but actually very clever? And if they are not stupid but actually very clever then what game are they trying to play? I am sure the voters from Sabah and Sarawak would like the answer to that question.

(Kelompok GHB meletakkan ulamak Ahmad Awang menentang ulamak Abdul Hadi Awang manakala Mat Sabu diletakkan di nombor dua. Kedua-dua Ahmad Awamg dan Mat Sabu kecundang. Akan tetapi Mat Sabu adalah Presiden GHB dan bukannya Ahmad Awang. Kenapa begitu?

Jawapannya mudah. DAP tidak boleh terima seorang ulamak meneraju GHB, parti baru itu tidak boleh kelihatan ekstrimis, berbanding jika diletakkan ulamak Ahmad Awang sebagai penerajunya.

Tetapi Mat Sabu (sebenarnya) lebih radikal dari Ahmad Awang walaupun mereka berpura-pura ianya sebaliknya. Mat Sabu seorang Shiah dan punya hubungan dengan Iran. Bagaimana anda boleh jadi lebih radikal dari itu?

Adakah puak DAP ini tahu apa yang mereka lakukan? Pastinya mereka bukan bodoh. Atau adakah mereka tidak bodoh tetapi sebenarnya terlalu pintar? Dan sekiranya mereka tidak bodoh tetapi sebenarnya jadi apakah permainan yang sedang mereka mainkan? Saya pasti pengundi-pengundi Sabah dan Sarawak mahukan jawapan terhadap persoalan itu.)

Itu petikan dari artikel terbaru Raja Petra dalam Malaysia Today di


Tajuknya : “Adakah DAP terlalu bodoh atau sebenarnya terlebih pintar?”

Dalam TV3 sebentar tadi ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula menyatakan yang GHB tiada kaitannya dengan DAP, tetapi melalui cara penulisan Raja Petra ini DAP lah dibelakangnya dan sedang menyusun dan mengaturkan gerak langkah GHB.

Siapa yang betul Raja Petra atau Khalid Samad, terpulang.

Yang penting di sini sejauh manakah anda boleh menerima ulasan dan pemerhatian Raja Petra dalam artikelnya di atas?

Apa pun  terjadi bahtera besar PAS kelihatan terus berlayar menuju destinasinya, ada yang mahu naik roket atau terjun laut atau memanjat naik bahtera baru menuju destinasi ciptaaan mereka sendiri terpulanglah. Bahtera PAS ini sudah pun berlayar lebih 60 tahun menuju satu destinasi yang tidak diimpi atau dingini oleh sesiapa pun melainkan mereka yang faham dan istiqamah dengan dasar dan matlamat perjuangan PAS.

Dan Raja Petra saya percaya akan terus menulis ikut gaya dan aksi tersendirinya.



Ayuh lawan petualang PAS secara terbuka

Tuesday, July 21, 2015



Jika kita layan karenah Mat Sabu, Husam Musa, Dr Hatta, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa dan kumpulan GHB mereka, PAS sudah tidak relevan lagi. 


Parti Islam baru yang kononnya lebih progresif lebih terbuka perlu ditubuhkan bagi menggantikan PAS.

Baik, kalau begitu, katakanlah atas keghairahan mereka diluluskan jua pendaftaran GHB sebagai parti politik, dimanakah mereka akan bertanding nanti?

Pilihanraya Umum akan datang, PAS sudah pasti bertanding di kerusi-kerusi yang ia bertanding sebelum ini. Kerusi yang ia ada akan dipertahankannya dan begitu juga kerusi yang ia tewas akan cuba dirampasnya. Lantas bagaimana pula dengan calon-calon GHB?


Mat Sabu, “Ketua” GHB mahu bertanding dimana? Pastinya kawan baik beliau Lim Guan Eng mahu “Abang Mat” nya bertanding di Pulau Pinang. Kalau di Pulau Pinang, kerusi mana? Mungkinkah Parlimen Bagan? Mungkinkah di Bukit Gelugor? Mustahil DAP mahu beri laluan kerusinya pada GHB.

Sudah tentu kerusi yang dipertandingkan oleh PAS lah yang akan Mat Sabu bertanding.

Bermakna Mat Sabu GHB akan lawan calon PAS.

Begitu juga Husam Musa. Takkanlah mahu bertanding di Parlimen Bukit Bintang atau Bandar Tun Razak yang merupakan kerusi PKR. Pastinya Husam akan dicaturkan lawan calon PAS, mungkin di Parlimen Kota Bharu, mungkin Putrajaya lagi.

Bermakna Husam akan lawan calon PAS.

Begitu juga Khalid Samad. Mustahil mahu cari kawasan lain selain Shah Alam. Kerusi parlimen Shah Alam kerusi PAS. Takkan Khalid mahu bertanding Parlimen Gombak lawan Dato Menteri Besar Selangor.

Bermakna Khalid akan lawan calon PAS.

Di sinilah orang-orang PAS, orang-orang Melayu Islam, rakyat jelata perlu lihat, sedar dan faham. GHB ini nanti akan jadi seteru politik PAS. Kehadiran mereka beragendakan mahu melumpuh dan pupuskan PAS sama-sekali.

Adakah kita boleh terima?

Kalau PAS sasaran mereka bermakna Tuan Guru Hj Abd Hadi mahu ditewaskan di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang. Ustaz Idris Ahmad mahu dikuburkan di Parlimen Bukit Gantang. Malah lebih serius lagi kerajaan Kelantan PAS bawah teraju Ustaz Datuk Ahmad Yakub mahu direbahkan. Kerajaan PAS yang tegak sejak 1990 atas pengorbanan titik peluh, wang ringgit dan airmata para pejuang Islam iaitu lebih 25 tahun itu mahu dimusnahkan dan diganti dengan kerajaan mereka.

Di Selangor Dato Iskandar Abd Samad mahu dikalahkan di DUN Chempaka begitu juga EXCO dan ADUN PAS yang lain agar GHB yang akan nanti menggantikan peranan PAS dalam kerajaan negeri.

Bolehkah kita terima perubahan seumpama ini?

Kumpulan yang kecewa berkumpul, bersatu mahu memusnahkan bahtera besar yang sama-sama ia duduk dan layari satu ketika dahulu semata-mata kerana mereka tidak dipilih sebagai pemimpinnya lagi.

Lawan politik GHB adalah PAS boleh kita redha dan beri restu, duduk berdiam diri melihat PAS dilapah dan dikorbankan?

Jangan sampai cita-cita perjuangan Islam dilupuskan oleh sekumpulan mereka yang “desperado” seumpama ini.

Selamatkan PAS, ayuh kita bangkit dan “katakan tidak pada GHB”, petualang dan pemusnah perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Sumber RSMSC - 21-7-2015 

Bukan PAS tetapi Mat Sabu yang tidak relevan

Tuesday, July 21, 2015


“Mat Sabu may face action” (Mat Sabu akan menghadapi tindakan) demikian 
dilaporkan oleh akhbar NST hari ini, ianya respon Setiausaha Agung PAS Datuk 
Takiyuddin Hassan, apabila diminta mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden 
PAS Mohamad Sabu, Ahad lepas di majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri anjuran DAP di Kepala Batas.



Dalam majlis berkenaan Mat Sabu dilaporkan berkata bahawa PAS sudah tidak lagi 
relevan dalam lanskap politik hari ini dan ia perlu diubah. Dan Gerakan Harapan Baru 
atau GHB, menurutnya akan didaftarakan sebagai sebuah parti politik untuk 
membawa perubahan demikian. Sebuah parti Islam yang lebih relevan dan sesuai.


Pastinya ahli-ahli PAS akan tersentuh apabila mendengar dakwaan Mat Sabu itu 
bahawa parti Islam yang telah berjuang sejak lebih 60 tahun  itu tiba-tiba hari ini 
menjadi tidak relevan pada pandangannya.


PAS diakui sebagai satu-satunya parti Islam dalam negara yang konsisten berjuang 
untuk menegakkan sistem dan cara hidup Islam dalam kehidupan masyarakat dan 
negara. Ia dianggotai oleh mereka yang mahu menjiwai perjuangan Islam yang sebenar 
dan telah berdekad-dekad berjaya menambat hati masyarakat Islam khasnya termasuklah minat dan simpati yang bukan Islam.


Tiba-tiba setelah gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presidennya lebih sebulan 
lalu, hari ini Mat Sabu menganggap parti yang telah memberinya peluang menjadi 
ahli Parlimen selama tiga penggal itu sebagai tidak relevan.


Menurut Datuk Takiyuddin dalam NST, PAS sedikit pun tidak terganggu dengan 
kenyataan Mat Sabu itu. Malah kata beliau golongan ini (peneraju GHB) satu ketika 
dahulu merupakan pimpinan kanan dalam parti. Hanya setelah kehilangan jawatan 
apabila kecundang dalam pemilihan parti mereka tiba-tiba bertindak menentang 
parti sendiri. Kata Datuk Takiyuddin lagi ahli-ahli PAS sesungguhnya bijak 
membezakan (antara yang hak dan batil).


Walaupun kenyataan Mat Sabu ini telah dihebohkan secara meluas oleh media 
alternatif khasnya yang pro GBH yang memang mahu melihat PAS musnah sejak 
dahulu lagi, saya bersetuju dengan Datuk Takiyuddin bahawa PAS sedikit pun 
tidak terganggu.


Mat Sabu hanya merendahkan kredibilitinya sendiri dengan kenyataan seperti itu. 

Elemen orang kecewa, jelas terpapar dan dapat dibaca oleh sesiapa pun. Apa pun 
jenis pertandingan pasti akan ada yang menang dan tewas. Mat Sabu telah berada 
dalam PAS hampir separuh abad, naik dari jawatan kecil sehinggalah ke jawatan 
nombor dua tertinggi dalam PAS.


Pernah ditahan ISA pernah menjadi ahli Parlimen PAS selama tiga penggal, 
bermakna hidupnya adalah PAS.


Tiba-tiba apabila tewas dalam pemilihan, terus PAS dicap tidak relevan, perlu diubah, 
perlu dilahirkan sebuah “PAS” yang baru, langsung mengenepikan sama-
sekali kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli PAS dan PAS sendiri terhadap 
beliau selama ini.


Inikah nilai seorang pemimpin yang punya kewibawaan dan kaliber? Inikah contoh 
seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam?


Saya tidak boleh bayangkan nasib parti Islam yang mahu ditubuhkannya itu, 
apabila personaliti seperti beliau yang diangkat menjadi pemimpinnya.


Rakan-rakan beliau dalam PAS (ada yang masih hidup dan ada yang telah pulang 
ke Rahmatullah) ramai yang bertanding jawatan dalam parti tetapi tewas, ramai yang 
punya jawatan kemudian ditewaskan. Mereka kekal dalam PAS. Istiqamah kerana 
sedar bahawa diri mereka tidak penting yang penting adalah nasib dan masa depan 
Islam yang mahu diperjuangkan PAS.


Tetapi tidak seperti mereka itu, Mat Sabu terpukul dengan kekalahan ini, begitu juga 
kawan-kawan beliau yang ghairah mahu menghidupkan GBH itu. Bagi mereka 
satu kekalahan bermakna bukan mereka yang kurang atau silap tetapi ahli dan parti. 

Lantas jalan keluar adalah musnahkan parti dan tubuh yang baru, biar mereka 
kekal sebagai pemimpinnya.


PAS biar terkubur. PAS biar dibenci oleh PKR dan DAP. PAS biar ditendang bagai 
sampah kerana PAS menolak mereka yang kononnya “ikhlas” dan “profesional”.


Kalau begitulah Mat Sabu, kalau begitulah GBH maka tepatlah kenyataan 
Setiuasaha Agung PAS bahawa mereka semua akan diambil tindakan. PAS tidak 
perlu mereka yang hanya pentingkan diri sendiri, mengatasi kepentingan parti dan 
prinsip perjuangan yang didukung.

Sumber RSMSC - 21-7-2015


Harapan mereka yang kecundang

Tuesday, July 14, 2015


Pelancaran inisiatif parti baru oleh gerombolan yang kecewa dalam PAS semalam telah digerhanai
oleh peristiwa hitam di Low Yatt.

Mereka menyangkakan “coup de tat” mereka boleh menguasai “headlines” rupanya insiden Low 
Yatt yang terpencil itu mengatasi mereka, demikianlah perancangan Allah.

Setelah lebih sebulan menanggung kekecewaan lantaran kecundang dalam pemilihan parti, 
ramai menyangkakan kepala-kepala gerombolan ini akan membakar terus jambatan dengan PAS 
dan mengisytiharkan sahaja penubuhan parti baru yang entah apa namanya itu.

Rupa-rupanya tidak. Mereka masih dalam keadaan tidak yakin pada diri sendiri. Masih separuh 
belut separuh ular juga.

Majlis pelancaran semalam di sebuah hotel di KL sekadar mengisytiharkan akan mengambil 
inisiatif menubuhkan parti baru dalam waktu terdekat. Buat masa ini mereka akan bergerak atas 
nama Harapan Baru sebagaimana tegas Pengerusinya, Muhammad Sabu, mereka semua masih 
ahli-ahli PAS.

Maka dipaparkanlah wajah-wajah Salahuddin Ayub, Dr Dzulkifli Ahmad, Hanipa Maidin, 
Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa dan lain-lain.

Kata Mat Sabu Harapan Baru mereka nanti akan mengasaskan penubuhan parti politik baru 
yang berteraskan Islam. Islamnya kata Mat lagi adalah Islam yang sebenar-benarnya.

Dalam erti kata lain Islam yang PAS bawa tidak tulen tetapi Islam yang bakal beliau bawalah yang 
tulen dan sebenar-benarnya, hebat Abang Mat.

Dalam akhbar The Star hari ini disebut “Ready to be sacked” bahawa kumpulan ini sedia dipecat dari
PAS.

Sesungguhnya tindak-tanduk mereka dan pengisytiharan semalam itu sudah cukup 
membuktikan pelanggaran dispilin parti. Ahli-ahli PAS dipelbagai peringkat perlu mengemukakan
laporan ke Jawatankuasa Disiplin.

Kalau mereka masih terkial-kial, tidak berani menetapkan pendirian dan sekadar mahu bikin 
onar dalam parti, maka lebih baiklah parti sahaja yang menunjuk jalan keluar buat mereka.
Nak tebuk perut kapal , tidak berani, maka lebih baik disuruh terjun sahaja.

PAS punya banyak lagi tugas dan tanggungjawab di hadapan. Kehilangan mereka insyallah tidak ditangisi ahli.

Sumber RSMSC - 14-7-2015

Iktibar dari ":Low Yatt"


Peristiwa hitam di Low Yatt menjadi bualan hangat satu dua hari ini.

Rakan-rakan sekolah saya di Sabah melalui group whatsapp turut tidak ketinggalan berkongsi komen sungguhpun mereka jauh terpisah oleh Laut Cina Selatan. Demikianlah kerana satu insiden kecil seluruh negara dikejutkan dengan kemarahan dan kekesalan.

Saya perhatikan ramai yang terbawa-bawa dengan kejadian yang mereka sendiri tidak tahu asal
puncanya, tetapi menokok-tambah sehingga mencetuskan ketegangan kaum yang Alhamdulillah telah pun dibendung.

Saya mengirim mesej tersebut kepada rakan-rakan saya di Sabah itu dan mahu berkongsi dalam
posting ini:

Nobody in their right frame of mind would support the hooliganism that we saw in KL (referring 
to the Low Yatt incident). Hooliganism and mob rule has no racial colour.

Tidak ada sesiapa yang siuman yang akan menyokong tindakan samseng yang sama-sama kita lihat
di KL (merujuk kepada insiden di Low Yatt). Tindakan samseng dan huru-hara sesungguhnya tidak kenal warna kulit.

Chinese, Malay, Indian or Kadazan if they indulge in such acts they don’t actually represent 
any race or religion but themselves.

Cina, Melayu, India atau Kasazan, sekiranya mereka terlibat dalam tindakans sedemikian mereka
sebenarnya tidak mewakili mana-mana agama atau kaum tidak diri mereka sendiri.

Their stupidity and shallow intelligence supersede their race and religion.

Kebodohan dan kedangkalan pemikiran mereka mengatasi apa sahaja bangsa dan agama yang mereka wakili.

(To be fair bros) A Malay guy was beaten to pulp by the Chinese traders in Low Yatt……opppsss 
see I’m addressing them by race and similarly in the video we see (uploaded in the WA group) here 
a large group of Malays and I was told including Sabahans residing here beat up a group of Chinese
in their car such barbaric act and opppsss again im addressing them by race.

(untuk berlaku adil saudara-saudara) Seorang Melayu telah dibelasah terus oleh sekumpulan peniaga Cina di Low Yatt……opppsss lihat saya telah merujuk mereka mengikut bangsa masing-
masing, dan begitu juga dalam video yang kita tonton (dimuat naik dalam WA group ini) ini
sekumpulan besar Melayu termasuklah saya diberitahu warga Sabah yang menetap di sini (KL) telah membelasah sekumpulan Cina di dalam kereta mereka, tindakan tidak berperikemanusiaan ini dan
opppsss sekali lagi saya menyebut mereka menurut bangsa masing-masing.

Bros there are millions of Malays here and the mob that we saw don’t represent them.  They only represent failed upbringing and irrational intelligence.

Saudara-saudara, terdapat jutaan orang Melayu di sini (Semenanjung) dan kumpulan samseng yang
kita lihat itu sesungguhnya tidak mewakili mereka (orang-orang Melayu). Mereka hanya mewakili
sekumpulan yang gagal dididik dan memiliki keupayaan pemikiran yang tidak rasional.

And the Chinese traders that beat up the Malay boys are equally the same. They dont represent the
actual civic Chinese that we everyday see and know.

Dan peniaga-peniaga Cina (di Low Yatt itu) yang membelasah budak-budak Melayu (dalam insiden berkenaan) juga sama. Mereka tidak mewakili masyarakat Cina yang sivik yang sebenarnya kita
Nampak dan lihat sehari-hari.

As a responsible Malaysian I am ashamed by the incident as well but if we start pointing fingers to race or religion then we are no better than them.

Sebagai warga Malaysia yang bertanggungjawab saya sungguh malu dengan insiden berkenaan namun jika kita turut terlibat dalam menuding jari kepada agama dan bangsa mereka yang terlibat
amaka apa bezanya kita dengan mereka.

Let us pray for a better civic and civil Malaysia regardless of race or religion.

Marilah sama-sama kita mendoakan sebuah Malaysia yang sivik dan dipenuhi dengan masyarakat
sivil yang tidak mengenali perbezaan kaum atau agama.

Let this be a bitter lesson to us all. Once we take the law into our own hands we breed anarchism. Lets return to the rule of law.

Biarlah insiden ini menjadi satu pengajaran yang pahit buat semua. Apabila sahaja kita mengambil undang-undang mengikut kemahuan sendiri, kita sesungguhnya telah mengundang suasana anarki. Kembalilah kita kepada keadulatan undang-undang.




Keputusan MSU PAS siapa sebenarnya hipokrit

Sunday, July 12, 2015


Sebagaimana kita semua sedia maklum Majlis Syura Ulamak PAS telah pun memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP “terbatal”. Namun dalam masa yang sama, PAS mengekalkan hubungan tahaluf siasinya bersama PKR.

MSU turut memutuskan menyerahkan perlaksanaan keputusan itu kepada Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Ahli-ahli PAS rata-rata terikat dengan keputusan ini dan seterusnya akan menunggu pengarahan dari Presiden dan JK Kerja Pusat, tentang bagaimana keputusan MSU itu nanti mahu dilaksanakan.

Malah diperingkat ini, semua ahli PAS sedar, betapa tindak-tanduk dan sikap DAP selama ini telah memaksa PAS untuk bertindak-balas dan mengambil keputusan yang sangat drastik itu. Apa pun yang penting keputusan MSU menekankan bahawa hubungan tahaluf siasi antara PAS dan PKR terus kekal.

Ini bermakna selepas daripada keputusan MSU ini, dan menantikan pengarahan dari PAS Pusat, PAS akan kekal berkerjasama dengan PKR manakala sebarang kerjsama politik PAS dan DAP yang berkaitan dengan ikatan tahaluf siasi adalah terbatal.

Di Pulau Pinang, sebagaimana kita semua juga maklum,belum pun MSU mengeluarkan keputusan, kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, telah mendesak agar semua wakil PAS yang dilantik ke dalam kerajaan negeri agar melepaskan jawatan masing-masing. Dan yang anehnya dua bekas pemimpin PAS, iaitu Hj Muhammad Sabu dan ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa telah mengisytiharkan meletakkan jawatan lantikan politik masing-masing.

Tindakan mendahului keputusan parti itu sangat dikesali malah meletakkan PAS dalam serba kerumitan dalam mendepani masalah komplek ini. Ternyata kedua-dua pemimpin berkenaan sudah hilang minat pada PAS dan kebelakangan ini kelihatan lebih tergiur dan ghairah mahu membawa haluan sendiri, meninggalkan bahtera PAS yang barangkali dilihat telah usang dan lapuk.

Sepatutnya dari segi adab, pemegang-pemegang jawatan lantikan parti di dalam kerajaan hendaklah terus amanah memegang jawatan masing-masing sehinggalah parti membuat keputusan sebaliknya.

Mereka memegang jawatan atas lantikan parti maka jika berlaku sebarang perkembangan wajarlah parti juga yang memutuskan status jawatan mereka.

Kerana itulah tindakan dua bekas pemimpin PAS di atas, sangatlah tidak beradab dan malah dilihat sebagai satu tindakan sabotaj terhadap parti.

Berbalik kepada keputusan MSU di atas, kini banyak pihak kelihatan cuba mencetuskan konflik pula di Selangor. DAP memang bernafsu mahu memaksa pengaruhnya ke atas PKR, agar wakil-wakil PAS dikeluarkan dari kerajaan negeri Selangor pimpinan Dato Menteri Besar Azmin Ali. Mereka telah bergerak menuntut MB berbuat demikian.namun setakat ini tiada diambil serius oleh MB.

Namun setakat ini dari pemahaman kita terhadap keputusan MSU itu, keperluan untuk berbuat demikian tidak berbangkit. PAS memegang amanah untuk terus kekal sebagai wakil dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin. PKR dan PAS tidak pernah bermasalah. Lantas tindakan untuk terus menyokong kerajaan negeri dilihat sebagai suatu tindakan yang wajar dan logik.

Jika DAP berasa tidak selesa atas apa sebab sekalipun, DAP lah yang sewajarnya bertindak angkat kaki buknnya PAS.

Tetapi selagi Menteri Besar sendiri tidak melihat kehadiran PAS dalam kerajaan Selangor sebagai satu masalah, maka PAS wajar kekal memikul amanah yang diberikan oleh rakyat Selangor.

Saya agak terperanjat apabila seorang lagi bekas pemimpin PAS Pusat mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan dilihat “hipokrit” jika kekal dalam kerajaan Selangor selepas keputusan MSU ini.

Menurut Datuk Mahfoz Omar, ahli parlimen Pokok Sena, dengan keputusan MSU ini PAS seharusnya tidak lagi berkerjasama dengan DAP dalam kerajaan Selangor.  Dan jika PAS kekal kata beliau rakyat akan melihat PAS sebagai hipkokirt.

Benarkah begitu? 

Tidakkah kenyataan Mahfoz itu bertentangan dengan arahan MSU berkenaan? Kerana keputusan itu menyebut perlaksanaan keputusan MSU itu diserahkan  kepada PAS Pusat untuk memutuskan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Sejak bila Mahfoz mewakili PAS Pusat? Atau adakah beliau lupa beliau bukan lagi Ketua Penerangan PAS Pusat?

Saya sedikit pun tidak percaya bahawa rakyat Selangor akan menganggap PAS hipokrit jika kekal duduk dalam kerajaan negeri walaupun dengan keputusan MSU ini, kerana saya yakin rakyat Selangor boleh faham maksud keputusan MSU itu.

Malah rakyat Selangor yakin dengan kebijaksanaan Menteri Besar mereka dan keikhlasan serta kemampuan pimpinan PAS Selangor di bawah EXCO Kanan dan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad.

Rakyat Selangor mahu kerajaan ini kekal, kerana ianya diketuai Azmin dan bukannya Guan Eng seperti di Pulau Pinang, Di Selangor PAS, PKR dan malah DAP mempunyai bilangan kerusi yang cukup bagi mereka membentuk kerajaan, pihak istana telah pun memberikan perkenan, dan rakyat telah pun memberikan mandat. Sebarang tindakan sebaliknya bermakna menolak keputusan istana dan rakyat.

Keputusan MSU itu melibatkan hubungan politik PAS dan DAP dan tidak sekali-kali kena mengena dengan hubungan baik PAS dan PKR. 

Mengapa Mahfoz mahu anggap mengekalkan status quo sebagai suatu tindakan hipokrit?

Sesungguhnya hipokrit itu adalah apabila kita terus kekal dalam PAS tetapi tidak menerima dan akur akan keputusan parti, itu hipokrit. Kita mahu tubuh parti baru tetapi sementara nak menunggu parti tubuh kita menumpang teduh bawah PAS, itu hipokrit. Kita anggap kita demokrat dan progresif tetapi apabila kita kecundang dalam proses pemilihan parti, kita bangkit memberontak dan mahu bakar jambatan itu hipokrit.

PAS Selangor punya amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat Selangor dan selagi tiada pihak samada istana ataupun Menteri Besar yang mengarahkan agar PAS keluar dari kerajaan, saya fikir kehadiran PAS adalah suatu yang wajar.

Sumber RSMSC - 12-7-2015

No comments:

Post a Comment