BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, January 3, 2017

NISA/AMEERAH MALAYSIA (JILID 2)



Khairunnisa’ Mahu Wujudkan Usahawan Muslimat Berpusat

KUALA TERENGGANU – Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa’) bercadang untuk mewujudkan usahawan muslimat berpusat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusinya, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman berkata, antara usaha yang diambil ialah mengadakan dan memperbaharui bengkel-bengkel jahitan di seluuruh negeri Terengganu.

Beliau berkata, setiap hasil jahitan akan dikumpulkan dan diletakkan pada satu tempat pengumpulan produk sebelum di pasarkan ke serata negeri oleh Pegawai Pemasaran yang dilantik.

“Setelah PAS mengambil alih pemerintahan Terengganu kami (Khairunnisa’) kembali aktif dan ada perancangan yang telah kita rangka yang di laksanakan untuk kebajikan masyarakat,

“dan salah satu kerangka program yang kita cuba laksanakan sesi ini adalah usahawan berpusat yang mana bengkel jahitan adalah satu daripada rancangan yang kita cuba laksanakanlah,

“serta kita akan fokus beberapa produk yang senang di pasarkan contohnya telekung dan pakaian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Khairunnisa’ di kediaman Seri Iman pada Khamis, 31 Mei.

Katanya, persatuan Khairunnisa’ yang kini dengan keahliannya 50 orang akan mengenal pasti dan permohonan akan dibuka bagi orang yang betul-betul berminat menjayakan program yang akan dilaksanakan.

“Sekarang ini PAS memegang tampuk pemerintahan negeri Terengganu jadi Persatuan Khairunnisa’ boleh memainkan peranan dengan turun ke DUN dan kawasan dalam masyarakat,

“untuk melaksanaan program bagi membantu dan melancarkan wawasan kerajaan yang baru,” ujarnya.

Turut hadir sama Timbalan Pengerusi Khairunnisa’ Tuan Roslina Tuan Sulaiman dan Setiausahanya Hajah Zarani Othman.

Sumber BO - 1-6-2018

Ameerah Malaysia anjur Pentas Ameerah Zon Tengah

PANDAN: Ameerah Malaysia telah menganjurkan Pentas Ameerah Zon Tengah yang melibatkan Ameerah Selangor dan Wilayah Persekutuan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, di sini kelmarin. 
Pentas Ameerah membawakan pidato daripada ikon-ikon Muslimat Muda dalam menyuarakan isu-isu negara seperti keselamatan wanita, kos sara hidup, pinjaman pendidikan serta rekod pencapaian PAS untuk perhatian anak muda. 
Menurut Timbalan Pengarah Ameerah Malaysia, Nadirah Khalid, pihaknya konsisten untuk memberi penerangan berkaitan produk dan dokumen PAS selaim menjawab isu semasa di pentas politik dan media sosial. 
Jelasnya, Ameerah mensasarkan penerangan tersebut kepada seluruh masyarakat Malaysia, khususnya kalangan wanita muda berusia 21 hingga 40 tahun. 
Menurut beliau, peranan itu diambil dalam membetulkan keciciran golongan muda dari fahaman salah mengenai politik dan menghindarinya akibat dari pelbagai tingkah laku parti dan ahli politik negara. 
Pelbagai acara disajikan sempena program tersebut antaranya penyerahan sumbangan kepada asnaf, cabutan bertuah dan persembahan daripada kumpulan Shoutul Amal.
Turut diadakan ialah gerai jualan dengan pelbagai barangan dan makanan menambah kemeriahan Pentas Ameerah yang julung kali dianjurkan itu. 
Turut hadir bersama adalah pimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam dan Dr Azimah Ibrahim, serta wakil NGO Alif Ba Ta dan Sigma. -HARAKAHDAILY 6/3/2018


Sumber HD - 6-3-2018




Ameerah Batu Sapi anjur 'Tutorial Make-up'.

SANDAKAN : Amerah Kawasan Batu Sapi buat julung kalinya menganjurkan program Tutorial Make-up bertempat di PASTI Sa'ad Abi Waqqas, Taman Po Hing, di sini 10 Februari lalu. 
Program bertemakan "Beautiful in You" ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para muslimah mengenai tatacara berhias dalam Islam mengikut garis panduan yang diharuskan. 
Pengarah Ameerah Negeri Sabah, Laila Ismail menjelaskan, setiap wanita ingin kelihatan cantik lebih-lebih lagi di hadapan suami, namun syariat mengajarkan panduan yang diharusnya agar para muslimah tetap bersederhana dalam berhias. 
"Sebagai muslimah, kita wajib untuk mencari ilmu mengenai cara-cara berhias dalam Islam agar tidak tergolong dalam kalangan kaum yang tabarruj (berlebihan dalam berhias)," katanya lagi. 
Beliau berasa sangat teruja apabila sempat menjadi model dalam aktiviti yang dilakukan.
Para peserta yang hadir juga tidak ketinggalan mempraktikkan ilmu diajar, malahan mereka berbesar hati jika program seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan.-HARAKAHDAILY 13/2/2018
Sumber HD - 13-2-2018 



Ameerah lebar ilmu dakwah dan politik

KUALA  NERUS: Ameerah Dun Seberang Takir telah menganjurkan Jaulah Mahabbah ke Kuala Lumpur selama dua hari dalam rangka melebarkan kesedaran dan kefahaman terhadap perkembangan politik negara masa kini.
Pelepasan peserta telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah MTD Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang di Surau Markaz Seberang Takir, di sini kelmarin.
Ketua Ameerah Kawasan Kuala Nerus, Khairunnajah Mohd berkata, pihaknya juga dalam usaha membawa mesej kepada pihak kerajaan agar lebih realistik dalam isu pengangguran.
"Khususnya (kepada) golongan wanita muda kerana rakyat bukan eksperimen. Institusi Pengajian Tinggi sama ada awam atau swasta banyak mengeluarkan siswazah saban tahun.
"Tetapi peluang pekerjaan tidak sehebat produk siswazah yang ada, ketika sama hutang belajar terus bertambah. 
"Untuk menceburi bidang keusahawanan pula, dana modal dan kemahiran turut menjadi masalah," kritiknya.
Ustaz Zakaria dalam ucapannya pada pelancaran itu menyeru Ameerah menggerakkan peranan lebih berkesan untuk membawa imej baru dan menonjol dengan lebih baik bersama watak muslimat solehah.
Beliau juga menyuntik harapan agar Ameerah menggalas tanggungjawab besar dakwah ke arah kesedaran beragama dalam kalangan rakan sebaya. - HARAKAHDAILY 11/2/2018






Sumber HD - 11-2-2018

Keadilan untuk Zainab Ansari

ZAINAB Ansari, kanak-kanak perempuan warga Pakistan, yang berusia 7 tahun dalam perjalanan pulang mengaji dilaporkan hilang selama 4 hari dan ditemui mati di tempat pembuangan sampah dalam keadaan yang melampaui batas manusiawi. 
Bedah siasat menunjukkan adik Zainab menjadi mangsa kerakusan nafsu dan kedangkalan akal manusia sebelum dicekik sehingga mati dan dicampak begitu sahaja.
Lebih malang lagi, kisah tragis Zainab tiada pembelaan dan keadilan pihak yang sewajarnya. Rententan itu, para demonstran di Pakistan mula bangkit dan protes di jalanan sehingga melibatkan 2 kematian dan beberapa orang tercedera. 
Masyarakat dalam usaha menarik perhatian pihak berwajib dan masyarakat dunia mula menyebarkan kempen “Justice for Zainab, safety for other Zainab”, laung mereka dalam demonstrasi di Kasur, Pakistan. 
Ini bukan sekadar kisah kematian ‘seorang Zainab’ yang mereka perjuangkan, yang mereka bimbangkan bagaimana keselamatan dan nasib masa depan anak-anak perempuan di Pakistan, sebuah negara Islam jika berterusan segala salah laku terhadap wanita dan kanak-kanak didiamkan. 
Ameerah Negeri Sembilan mengutuk kekejaman yang dilakukan pada adik Zainab dan mahukan keadilan buat Zainab ditegakkan. Ameerah Negeri Sembilan juga bersama-sama dengan kempen Justice4Zainab
Kejadian yang menimpa adik Zainab benar-benar menimbulkan refleksi kepada kita akan sejauh manakah pula keselamatan anak-anak perempuan di negara kita? Jika berterusan budaya pornografi dan segala sumber yang menjurus kepada jenayah rogol, cabul dan berbagai isu lain tidak ditangani habis habisan, maka sampai bilakah ketakutan dan kerisauan terhadap keselamatan akan membelenggu anak-anak kita? 
Hakikatnya, berbaliklah pada cara hidup Islami,dalam segenap bidang kehidupan, bermuamalat, berpolitik, hiburan, ekonomi, pendidikan kerana segalanya telah digariskan di dalam Islam. Hanya tinggal kita utk ambil dan laksanakan. Selamatkan anak-anak kita, generasi pewaris agama dan negara yang kita cintai ini.
FARAH HANI MUHAMMAD FAUZI
Pengarah Ameerah Negeri Sembilan - HARAKAHDAILY 21/1/2018
Sumber HD- 21-1-2018 





Menegakkan Islam Satu Kewajipan

Oleh : DMS

SETIU – Perjuangan dalam menegakkan syariat Islam adalah merupakan satu kewajipan dan bukannya pilihan bagi semua orang Islam termasuk golongan remaja.

Menurut Ketua Ameerah Negeri, Zuraida Md Noor, Ameerah yang dianggotai oleh golongan wanita muda merupakan sebahagian entiti daripada Dewan Muslimat mesti melengkapkan diri dengan ilmu untuk berhadapan dengan gelombang jahilliyah yang semakin serius masa kini.

“ahli Ameerah mesti melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu termasuk ilmu Agama dan sebarang program yang di anjurkan mesti berlandaskan Al Quran dan Sunnah.

“Ini penting bagi Ameerah yang berperanan melahirkan wanita muda yang celik politik dan matang,” katanya ketika menyampaikan ucapan di program Himpunan Ameerah Kawasan Setiu (HAMRA) di dewan Lukmanul Hakim,Guntung pada Sabtu.

Zuraida juga menyeru wanita muda bangkit untuk membantu perjuangan Islam melalui pelbagai aktiviti Ameerah dengan memberi kesedaran pada masyarakat betapa pentingnya mereka dalam membawa perubahan politik masakini.

Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu (DMPKS), Ustazah Wan Ramlah Wan Abdul Rahman berkata Ameerah merupakan satu aset penting dan bakal menjadi pelapis kepada pimpinan muslimat untuk meneruskan agenda mendaulatkan Islam.

“kesinambungan ini amat perlu dan program yang diadakan ini perlu di teruskan dengan melalui pelbagai program lain untuk menarik golongan muda bersama kita dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.” jelasnya

HAMRA Setiu turut di hadiri oleh Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir di meriahkan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak,kuiz,sembang santai dan pameran aktiviti Ameerah Setiu sepanjang 2017 yang berjaya menarik kepada lebih 400 orang yang hadir.

Sumber BO - 10-9-2017







Munajat Memohon Pertolongan Allah

MARANG – Ahli dan penyokong PAS diseru untuk melazimkan diri dengan solat tahajjud dan solat hajat serta bermunajat memohon pertolongan daripada Allah untuk memenangkan Islam dan PAS.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang berkata dengan melakukan ibadat tersebut sacara beramai-ramai, mudah-mudahan ianya diperkenankan oleh Allah.

“moga-moga dengan keberkata dai semua pihak Allah memakbulkan permohonan kita dan hasrat serta hajat kita tercapai,

“sebelum ini pun kita dah buat secara perseorang…..tapi hari ni kita mulakan satu cara iaitu kita bermunajat secara berjemaah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika menyampaikan tazkirah subuh selepas program Pelancaran Munajat Kemenangan Islam PRU14 Peringkat Negeri Terengganu di masjid Rusila awal pagi semalam, Jumaat 11 Ogos.

Sehubungan itu, Penamgku Ketua Dewan Ulama PAS negeri Terengganu Ustaz Ismail Osman berkata, program Munajat itu akan dilaksanakan di peringkat kawasan Parlimen dan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“hari ini adalah hari pelancaran, memulakan amalan kita yang diketuai oleh Dato’ Pesuruhjaya dan in shaa Allah selepas ini beliau akan turun ke kawasan-kawasan,

“pada setiap Jumaat seperti yang kita jadualkan…..minggu depan di kawasan Setiu, selepas selesai…….(pemimpin PAS) kawasan akan turun pula ke DUN-DUN (dan) selepas itu,

“seluruh negeri serentak akan menunaikan solat hajat, sehinggalah pilihan raya umum akan datang,” jelasnya.

Sumber BO - 12-8-2017








Ameerah Gagah Menerjah Arus

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Ameerah negeri Terengganu melangkah gagah, menerjah arus gelombang penuh bersemangat, bergerak seiring dengan ‘ibunda’ muslimat PAS.

Pengarah Himpunan Muslimat Muda (HAMRA) Kuala Terengganu, Nurus Syuhada Wahab berkata, ia menkadi pelengkap kepada gerakan ‘kaum wanita’ dalam PAS.

“Muslimat muda atau Ameerah ini merupakan pelengkap kepada kekuatan muslimat PAS dan mereka umpama sebuah binaan yang saling membantu,

“memperkuatkan saf, sebuah organisasi sebagaimana firman Allah dalam al-Quran surah As saff ayat yang ke-4,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian HAMRA Kuala Terengganu yang diadakan di sini, pada Jumaat 12 Ogos.

Program yang diisi dengan pelbagai aktiviti menyaksikan kehadiran hampir 500 orang turut dengan diserikan program Santai Bersama Bazli UNIC, pertandingan mewarna pelajar PASTI DAN pertandingan membuat ‘Puding’.

Hadir dalam program itu ialah Penolong Setiausaha PAS Terengganu merangkap Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Turut sama memeriahkan HAMRA KT ialah Pengarah Ameerah negeri Terengganu Zuraida Md Noor dan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Kuala Terengganu, Shamsiah Abu Bakar.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Muslimat Terengganu menyeru anggota Ameerah agar peka dengan pelbagai isu semasa bagi menghadapi PRU kali ke-14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

“muslimat muda atau Ameerah yang ada tiga sayap di dalamnya iaitu Briged dan Gen 3 harus lebih peka dengan isu-isu semasa dan membantu dalam penglibatan kerja-kerja Jemaah,

“banyak salah laku kerajaan BN yang perlu remaja dan golongan belia di luar sana tahu (termasuk) tentang ketirisan pentadbiran (kewangan) Umno sekarang, ” tegasnya.

Sumber BO - 12-8-2017










Sinar Ramadhan; Ameerah Agih 80 Pek Nasi Arab

DUNGUN – Sebanyak 80 Pek Nasi Arab telah diagihkan kepada 40 orang yang kurang bekemampuan oleh Ameerah Kawasan ini pada Program Sinar Ramadan.

Ketuanya Aina Mardhiyyah Abdullah berkata, edaran ‘Iftar Box’ tersebut, hasil sumbangan mereka yang prihatin, sempena amalan sedekah pada bulan yang berkat ini.

“Bulan Ramadhan adalah bulan dimana setiap amalan akan diberi ganjaran pahala berganda, begitu juga bersedekah,

“selain memperkenalkan Ameerah kepada masyarakat, kami menyampaikan amanah dari penyumbang untuk warga yang bekemampuan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi warga terbabit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang pada Sabtu 3, Jun.


Selain itu, program tahun kedua tersebut kata beliau, turut mengedarkan kurma sumbangan ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun.

“Untuk tahun lepas program ini, di UPU Balai Besar, DUN Rantau Abang juga, kita sasarkan yang sakit, fakir miskin dan al-mala’,

“tetapi tahun ni kita sasarkan rumah yang ada pengundi muda perempuan 21-40 tahun dalam cawangan-cawangan tersebut,” jelas beliau.

Turut Bersama program itu ialah Ketua Muslimat DUN yang juga isteri ADUN Rantau Abang, Cikgu Hajah Rugayah Mahmood, Timbalan Ketua Ameerah Negeri Asma’ Abdullah dan Timbalan Nusaibah Negeri, Nadwa Hussain.

Beliau berharap, perkongsian rezeki Ramadan itu, akan meningkat kesedaran orang ramai untuk beramal kebajikan, khususnya golongan wanita muda.

Sumber BO - 6-6-2017










‘Ameerah Care’ Rancakkan Khidmat PAS Membantu Masyarakat

HULU TERENGGANU – Kemunculan ‘Ameerah Care’, yang merupakan satu lagi cabang dari NGO dibawah naungan Dewan Muslimat, bakal merancakkan suasana kebajikan dan perkhidmatan yang diberikan PAS kepada masyarakat.

Menurut Ketua NGO tersebut bagi negeri Terengganu, Ameerah Care yang sebaris dengan Briged dan Nisa’ di bawah naungan Dewan Muslimat PAS, bakal merancakkan lagi

Justeru itu, Puan Khairunnajjah Mohd mengajak anak-anak muda wanita yang berusia bawah 40 tahun dapat bersama dengan Ameerah Care.

Ini penting, katanya bagi menyelami hidup bermasyarakat yang ‘cakna’ terhadap golongan miskin, ibu tunggal serta remaja bermasalah.


“Objektif penubuhan Ameerah Care sebenarnya ingin mengajak anak muda wanita berusia 40 tahun ke bawah untuk turun bersama hidup bermasyarakat, ingin melihat realiti hidup bermasyarakat terutamanya keadaan ibu tunggal, masalah sosial di kalangan remaja.

“Inilah kerja-kerja Ameerah Care sama ada kerja kebajikan atau membantu menyelesaikan masalah mereka,” ujarnya dalam satu temubual Harap TV, sempena Himpuan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.6 di Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini.

Menjawab persoalan mengenai wanita muda yang tidak cakna, beliau menjelaskan tidak sepatutnya berlaku sedemikian.

Menurut beliau, pemimpin masyarakat sepatutnya turun ‘padang’ bagi melihat realiti masyarakat terutama golongan ibu tunggal, fakir miskin, remaja bermasalah dan sebagainya.


Sepatutnya situasi yang berlaku di kalangan wanita muda yang tidak mengambil cakna, yang tidak mengambil tahu tidak sepatutnya berlaku.

“Ini kerana, kita (masyarakat) sepatutnya kena mengambil tahu turun padang untuk melihat apa yang terjadi kepada golongan ibu tunggal, fakir miskin, anak-anak muda kita, remaja kita dan golongan wanita dengan pelbagai masalah lagi.

“Saya menyerulah kepada anak-anak muda untuk bersama dengan Ameerah Care,” ujarnya.
Katanya, Ameerah wujud disemua peringkat pusat, negeri, kawasan, Dun (Dewan Undangan Negeri) dan cawangan.

Maknanya, kata beliau apabila terlibat dengan Ameerah secara automatik berpeluang untuk berkhidmat dengan Ameerah Care.

Sumber BO - 20-5-2017

























Ameerah Sedia Ruang ‘Bidang Kecantikan’













Oleh : Hani Halmi

KUALA NERUS – Ameerah sentiasa menyediakan ruang kepada remaja muslimah untuk melibatkan diri daripada pelbagai aktiviti siasah disamping tidak lupa dalam dalam bidang kecantikan.
Justeru itu, Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menganjurkan program ‘Muslimah dan Kecantikan’ bagi menambahkan ilmu ‘tabarruj’ yang dibenarkan menurut syariah.
Ketua Muslimat PAS Dun Seberang Takir Puan Hajah Fadilah Mohamad memberi ingatan berkata, alat solek semulajadi yang dianugerah Allah ialah ‘wuduk’.


Alat solek yang diiktiraf oleh Allah ialah wuduk (dan) wuduk yang sempurna menjamin kecantikan luaran dan dalaman,

“bila dalaman cantik, dengan tidak secara langsung ia akan mncantikan zahiriah seseorang,
“namun tak dinafikan bila sebut kecantikan memang kebanyakan wanita atau muslimah sangat suka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program tersebut di Markas Tarbiah Seberang Takir (MARTIS) pada Jumaat 24 Mac.


Sehubungan itu, Timbalan Pengarah tersebut Puan Naufal Kamaruddin bersyukur kerana penyertaan menggalakkan dari kalangan Muslimah muda.

“Alhamdulillah, program berjalan lancar dengan kehadiran peserta hampir 50 orang dan sambutan yang menggalakkan dan ramai muka-muka baru yang dapat dilihat dalam program kali ini,

“Semoga perkembangan positif ini akan terus berkembang di masa akan datang,” ujarnya.

Menurutnya, program yang berlangsung selama tiga jam itu banyak memberikan petua yang berguna kepada peserta dalam hal menjaga kecantikan dalaman dan luaran.


Sehubungan itu, Ghazali Perunding Kecantikan produk terkemuka antarabangsa Puan Nur Fatimah Ghazali berkata, para Muslimah haru berhati-hati memilih produk kecantikan di pasaran.

“Sememangnya wanita inginkan kelihatan cantik untuk tampil lebih yakin apabila berhadapan dengan masyarakat,

“jadi haruslah berwaspada dalam memilih sesuatu produk,” tegasnya.

Beliau berkata, penjagaan kulit wajah yang betul adalah sangat penting, namun jangan terjebak dengan produk yang mengandungi bahan terlarang.

Katanya, sekiranya ‘salah pilih’ ia akan merosakkan kulit wajah.

Sumber BO - 25-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HAMRA 1.0; Pesanan Buat Muslimat Muda











Ajak Jiran Tetangga Bersama-Sama Kita

MARANG – Muslimat muda digesa agar mengajak masyarkat di luar sana bersama-sama dengan perjuangan PAS di dalam membina negara yang aman dan mendapat keberkatan daripada Allah.

Pemangku Ketua Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman, membuat gesaan tersebut sewaktu menyampaikan ucapan alu-aluan Himpunan AMEERAH Terengganu 1.0 (HAMRA 1,0) di Masjid Pengadang Baru, di sini pada Sabtu 11 Februari yang lalu.

“Marilah kita mendokong perjuangan Islam, marilah kita mengajak kawan- kawan kita, rakan- rakan kita, jiran tetangga kita untuk bersama-sama dengan kita, apatah lagi dengan pilihanraya yang ke14 yang menghampiri kita,“ ujar beliau kepada 2000 orang tetamu yang hadir.


Zarani yang juga Ketua Muslimat PAS Marang seterusnya berharap rakyat memilih pemimpin yang benar- benar bertakwa, pemimpin yang akan dapat melaksanakan amanah Allah yang akan memberikan keberkatankepada Malaysia hari ini.

Majlis perasmian HAMRA 1.0 yang julung-julung kali diadakan itu, telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS, Haji Satiful Bahri Mamat dan turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Dua, Haji Yahya Ali dan Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman .

Fikir Dengan Ilmu Bukan Ikut Nafsu

Dengan kehidupan yang penuh cabaran di era dunia tanpa sempadan yang bergerak pantas, setiap keputusan perlu didasari dengan ilmu bukan mengikut hawa nafsu yang akhirnya merosakkan diri sendiri.

Ketua Ameerah Terengganu, Hajah Zuraida Mohd Nor berkata Ameerah menjaga kebajikan wanita muda dalam bidang pendidikan, menggalak, membantu mengusahakan segala bentuk perkongsian ilmu bukan sahaja di alam maya bahkan di mana- mana sahaja.

“Ini supaya rakyat Malaysia terutama wanita muda membuat keputusan dalam.keadaan berilmu, berilmu di dunia dan di akhirat,”terang beliau di Majlis yang sama.

Menurut Zuraida, ilmu yang baik, sudah tentu melahirkan Malaysia yang bersahsiah baik dan berakhlak mulia.dan jika ianya tidak dijaga dengan baik..maka ranaplah masa depan negara.

Beliau menyentuh objektif himpunan tersebut adalah untuk melahirkan wanita muda celik politik dan matang dengan memberikan kefahaman dan merungkai cabaran yang dihadapi para wanita.

“Ianya juga untuk menghimpunkan wanita muda sebagai tanda kebangkitan dan sokongan pada perjuangan Islam,” katanya dengan suara yang lantang dan bersemangat.

Sumber BO - 14-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Wanita Muda Perlu Menjana Jiwa ‘Akifi’












Oleh : Sumaiyah Zakaria

KUALA TERENGGANU – Golongan wanita muda di negara ini, digesa agar menjana jiwa akifi di dalam diri sebagai suatu persediaan menjadi pendokong sebuah harakah Islamiah.

Pengarah Ameerah Malaysia, Puan Farah Mohamad berkata, ‘akifi’ itu diterjemahkan sebagai alim, haraki dan sufi.

“segala tindak tanduk dan kesungguhan kita seharusnya mencerminkan diri kita sebagai insan terpilih. Oleh yang demikian, keseluruhan jentera Ameerah seharusnya bersama-sama menjana jiwa akifi di dalam diri,

“Untuk menajdi generasi yang akifi ini, kita seharusnya alim, yakni berilmu,”ujarnya berucap pada Majlis Perasmian Himpunan Ameerah Terengganu (HAMRA 1.0), Sabtu 11 Februari.

Beliau menambah, kehidupan sebagai mukmin ialah memilih untuk terus berpegang dengan segala ketetapan Allah, walaupun mungkin dilihat tidak sesuai.

“biar nampak ‘lekeh’ dan tidak bertstrategik di mata manusia, biar kelihatan ketinggalan zaman dan ‘trendy’, bicara orang kebanyakan pandangan zahirnya seperti kita satu langkah terkebelakang,
“namu diatas sifat berilmu kita memilih untuk tetap terus teguh berpegang dengan perintah ALLAH, berpegang terus dengan tali Allah SWT,”jelasnya.


Sehubungan itu, menurut beliau, generasi ‘haraki’ adalah kumpulan anak-anak muda yang berpolitik dan bergaul dengan masyarakat.

“mereka yang berpartisipasi di dalam masyarakat…….bukan hanya bergaul dengan pendokong-pendokong parti semata-mata, tetapi bersama dan mengambil berat masalah masyarakat,
“sentiasa bersama menjiwai denyut nadi rakyat, berusaha untuk turun padang bagi mengenali rakyat,”tanya lagi.

Justeru, anak-anak muda diseru secara kritis membezakan antara aliran politik dunia semata-mata, yang berbeza dengan politik dunia dan akhirat.

“pendekatan kita berbeza dengan parti yang memperjuangkan rakyat tanpa memikirkan akhirat (kerana) mereka sekadar berpolitik dengan akal semata-mata,

“sebaliknya kita berpolitik bertunjangkan akhlak dan peribadi muslim, kita berpolitik dengan memikirkan balasan di akhirat kelak,”tambah beliau.

Sumber BO - 13-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hujan Bukan Ujian Tapi Tarbiyah












Oleh : Haida

KUALA TERENGGANU – Walaupun hujan lebat turun sewaktu Majlis Perasmian Himpunan Ameerah Terengganu (HAMRA) 1.0, pasukan Ameerah dan Briged Muslimat Terengganu yang sedang berbaris sedikit pun tidak bergerak.

Komandernya, Nur Khairiah Khairudin berkata, ia tambah menguatkan semangat kepada beliau dan para ahli pasukannya yang mengambil tugas pada pagi itu.

“Pada mulanya saya bagi arahan masuk baris cuaca hujan rintik, tapi tidak lama selepas itu hujan lebat mengiringi kami,

“namun ia tidak melemahkan bahkan menguatkan lagi semangat pasukan kami  untuk terus istiqamah sehingga tamat pembarisan,”ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Himpunan tersebut, di perkarangan Masjid Pengadang Baru, dekat sini semalam, Sabtu 11 Februari.

Bahkan beliau menyifatkan hujan itu adalah satu rahmat Allah yang meningkatkan tarbiyah kepada semua anggota yang berdiri di lapangan itu.

“hujan tadi bukan ujian tapi tarbiyah buat kami. Ia hanya tarbiyah kecil jika dibandingkan dengan kita bakal berhadapan dengan musuh, ’tegasnya.


Menurut beliau kekuatan pembarisan tersebut terdiri daripada 39 orang anggota.

HAMRA 1.0 mencatat sejarah apabila julung-julung kalinya diadakan dan berjaya menghimpunkan ribuan petugas Muslimat muda PAS.

Kira-kita seramai lebih 2,000 orang hadir sepanjang program seharian yang diadakan dengan pelbagai acara.

Himpunan Muslimat Muda yang pertama itu diadakan ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Sumber BO - 12-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















HAMRA 1.0 Penting Kepada Wanita Muda












KUALA TERENGGANU – Himpunan Ameerah Terengganu (HAMRA 1.0) sangat penting kepada golongan wanita muda bagi bersama-sama menyemarakkan perjuagan Islam.

Pengarah Ameerah Terengganu Puan Zuraida Md Noor berkata, ia bakal berlangsung pada 11 Februari 2017 Sabtu ini bertempat diperkarangan Masjid Pengadang Baru.

Oleh itu beliau menyeru kepada semua anak-anak muda wanita, untuk meyertai himpunan tersebut.


“Saya merayu dan menyeru kepada semua Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK), Ahli JawatanKuasa Muslimat DUN dan Ahli Jawatankuasa Muslimat Cawangan agar membuat arahan,

“dan kerahan kepada wanita muda diperingkat masing- masing untuk hadir dan menyatakan sokongan ke HAMRA 1.0,”ujarnya.

Beliau berkata, Ameerah mensasarkan seramai 3000 wanita muda yang akan hadir ke himpunan HAMRA 1.0 ini.


“Kita mahu menghimpunkan 3000 wanita muda yang akan hadir nanti.Sekurang- kurangnya setiap cawangan perlu menghantar seramai sepuluh orang.

“In shaa Allah kami yakin dan percaya, dengan kesungguhan dan kerjasama yang erat dari semua muslimat, sasaran ini akan menjadi realiti,” jelas beliau.


Sumber BO - 6-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mempersadakan Ameerah Melalui Gelombang ‘Street Dakwah’

Oleh : Haida

Menjelang tahun baharu 2017, Ameerah Terengganu mencipta rekodnya tersendiri dengan mengadakan gelombang Street Dakwah yang melibatkan kesemua lapan daerah di Terengganu. Bermula dari Kemaman hingga Besut, Ameerah tampil dengan variasi pendekatan dalam menyampaikan risalah.


Tinjauan BuletinOnline mendapati antara lain signifikan diadakan Street Dakwah yang julung kali diadakan ini untuk menguar-uarkan Ameerah sebagai salah satu sayap PAS. Hal ini jelas kelihatan risalah “10 Sebab Kenapa Perlu Sertai PAS” yang diedarkan ke tangan semua pengundi sasaran.

Street Dakwah di Taman Rekreasi Teluk Lipat Dungun padat dengan pelbagai aktiviti yang menarik minat masyarakat umum iaitu slot bersama ADUN, busking, kaunter semakan daftar pemilih, badut dan bergambar bersama ular.Ini menjadikan program street dakwah di Dungun sebagai medan simulasi kempen pilihanraya sesuai dengan salah satu objektif gelombang sreet dakwah ini.

Sementara itu Ameerah di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman bersantai street dakwah bersama pengunjung di Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Teluk Mak Nik. Manakala Ameerah Besut, Hulu Terengganu dan Setiu memilih untuk menyantuni pengunjung di pasar malam dan pasar tani di tempat masing-masing. Hadirnya petugas Ameerah bersama risalah dan belon-belon ceria menggembirakan pengunjung yang didekati.


Pengarah program Street Dakwah, Puan Daing Siti Norbaity Abd Latif berkata pihaknya memfokuskan kepada strategi mempersadakan Ameerah sebagai salah satu sayap PAS yang mewakili golongan wanita muda berusia 21 hingga 40 tahun. “Melalui street dakwah kami menunjukkan adanya gelombang wanita muda yang menyokong PAS”.

“Alhamdulillah, setiap kali program besar diadakan, Ameerah akan berperanan sebagai crowd puller (wanita muda khususnya) dengan membuka booth penerangan, booth bergambar, aktiviti sampingan dan sebagainya bagi mengumpul pengikut di kawasan tempatan dan semestinya di alam maya”, ulasnya lagi.

Di samping itu, beliau menambah Ameerah juga dikenali ramai melalui saluran media sosial iaitu Facebook Ameerah Terengganu dan Instagram AmeerahTrgFC yang menjadi platform menyampaikan maklumat dan perkembangan semasa kepada penyokong.


Sementara itu, salah seorang pengunjung, Siti Nabihah Abdullah, 20 ketika ditemui berkata, “Masyarakat amat mengalu-alukan program Street Dakwah seperti ini kerana kami mendapat banyak output. Sebagai contoh, slot ucapan YB Cikgu Alias Harun (ADUN Rantau Abang), beliau mendedahkan mengenai kegunaan Tabung Darul Iman untuk pesakit kronik”.

“Rupanya rakyat boleh membuat permohonan dana membiayai rawatan penyakit kronik ini di setiap DUN masing-masing. Info ini sangat mengejutkan kerana sepatutnya JKKK berperanan memberitahu kepada rakyat, sebaliknya rakyat tidak tahu ke mana hendak dituju. Akhirnya mereka membuat rayuan umum sesama rakyat memohon sumbangan”. katanya lagi.

Sumber BO - 3-1-2017

No comments:

Post a Comment