| 
| 
| 
 
 
 
        
KUALA LUMPUR: Malaysia’s king, Sultan Muhammad V, has cancelled an official  
birthday ceremony in conjunction with his birthday, as well as a royal tea reception.  
The funds for both events will instead be returned to the government for the Tabung  
Harapan Malaysia, announced Comptroller of the Royal Household Wan Ahmad  
Dahlan Abdul Aziz on Thursday (Aug 31).  
The trust fund, also known as Malaysia’s Hope Fund, was set up for members of the  
public to donate money to help the new government to repay the country’s debt.  
However, other official events in conjunction with the king’s birthday, which falls on  
Sep 9, will proceed as planned.  
“His Majesty Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V expressed his gratitude to  
the government through the Prime Minister’s Department, which has planned the  
official functions in conjunction with this year’s official birthday celebration,” added  
Wan Ahmad Dahlan in the statement.  
Meanwhile, Prime Minister Mahathir Mohamad on Thursday earlier said he was looking at the possibility of ending contributions to the fund.  
The government has not picked a date when the fund would draw to a close, he said  
after attending a roundtable discussion with ASEAN business leaders in Kuala Lumpur.  
“We haven’t decided, maybe next month,” he said. 
Sumber BO - 31-8-2018  
 
 
Berat sangatkah kemahuan Agong?  
ISU pelantikkan Peguam Negara yang baru  
menggambarkan tidak lancarnya pentadbiran  
kerajaan baru bawah Pakatan Harapan (PH).  
Perdana Menteri (PM) seakan mahu  
mengeruhkan suasana apabila menyatakan  
yang kerajaan tetap akan lantik peguam  
Tommy Thomas sebagai Peguam Negara baru. Sudah tertutup dan tiada lagikah pintu  
rudingan dan tolak ansur? 
Sementara itu Majlis Raja-raja dijangka mengadakan persidangan berhubung isu ini esok.   
Apakah masalah sebenarnya?  
Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu sebagaimana PM dan kerajaan punya tugas  
dan tanggungjawab masing-masing. Kestabilan negara terjamin apabila masing-masing lancar  
melaksanakan amanah masing-masing.   
Agong dan Raja-raja bukanlah boneka atau sekadar simbol adat istiadat akan tetapi mereka  
punya kuasa walau sedikit dalam hal memelihara negara dan rakyat. Kerana itu kita rakyat  
Malaysia berikrar setia pada Raja dan negara dalam ikrar Rukun Negara kita.  
Dalam hal ini Agong sebagaimana dipetik akhbar The Star baru-baru ini sekadar  
mahukan seorang Peguam Negara yang mahir yang boleh menasihati Baginda termasuk  
dalam urusan Syariah. Salahkah Baginda mahukan calon seumpama itu?  
Ini bukan isu kaum atau agama. Ini isu kehendak Agong yang tidak bercanggah pun  
dengan Perlembagaan Negara, undang-undang dan peraturan malah selaras dengan tugas  
Baginda yang tutut memelihara kepentingan Islam dalam negara.   
Janganlah dikeruhkan suasana sehingga mengadu-domba rakyat dan mencabar kesabaran  
mereka. 
PH sudah menang dan bentuk kerajaan, perintahlah tanpa menyinggung dan melanggar  
institusi dan lambang yang sudah diiktiraf, dihormati dan diterima rakyat.   
Pemimpin dan kerajaan datang dan pergi tetapi Institusi Di Raja kita yang kita warisi  
ratusan tahun insyaAllah kekal dengan peranan mereka sebagai payung agama dan rakyat  
keseluruhannya.   
Semoga krisis ini segera selesai dan keyakinan rakyat terutama umat Islam dikembalikan.  
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR - HARAKAHDAILY 4/6/2018
 
 
 
The Malay Rulers will deliberate on the 
appointment of the new Attorney General on 
Tuesday (June 5).
 
“By Royal Command, letters of invitation to 
their Royal Highnesses have been issued by the 
Keeper of the Rulers’ Seal on June 1 to deliberate on this matter at Istana Negara on June 5,” said Keeper of the Rulers’ Seal Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
 
Syed Danial said Putrajaya and Istana Negara 
have not agreed on the termination of the service of the current Attorney General Tan Sri Mohamed 
Apandi Ali.
 
Syed Danial also said they have yet to agree on the candidate for Apandi’s replacement. 
 
“The Malay Rulers have been following this development and consider it their responsibility to help 
resolve this impasse,” he said in a statement issued to The Star.
 
He highlighted Article 145 (1) and Article 145 (5) of the Federal Constitution stating the Yang 
di-Pertuan Agong’s responsibility in the appointment of the Attorney-General.
 
Article 145 (1) states that “The Yang di-Pertuan Agong shall, on the advice of the Prime Minister, 
appoint a person who is qualified to be a judge of the Federal Court to be the Attorney-General for 
the Federation”.
 
Article 145 (5) states that “the Attorney-General shall hold office during the pleasure of the Yang 
di-Pertuan Agong and may at any time resign his office and, unless he is a member of the Cabinet, 
shall receive such remuneration as the Yang di-Pertuan Agong may determine” – thestar
 
Sumber BO - 3-6-2018 
 
 
  
 MARAN, 12 Rejab 1439H, Jumaat - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
 hari ini menyarankan supaya mahkamah syariah di negeri ini diperkasakan setaraf dengan mahkamah
 sivil.
 Sehubungan itu, baginda bertitah meminta pihak berkenaan mengkaji perkara itu dengan menyeluruh.
 “Kalau kita  tidak melaksanakannya sekarang, mungkin kita tidak akan buat lagi  selepas ini…kita
 buat dahulu sebelum perinciannya diperhalusi pihak  pentadbiran dan perundangan,” titah baginda.
 
 Baginda bertitah demikian selepas merasmikan Masjid Jamek As-Sobirin Felda Kampung New
 Zealand di sini, hari ini.
 
 Turut hadir  Anggota Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib dan Pengerusi  Jawatankuasa
 Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Datuk  Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
 
 Tengku  Abdullah bertitah, baginda sedar bahawa perkara itu mungkin mendatangkan  kebimbangan
 sesetengah pihak dan meminta ia dilakukan secara teratur.
 
 “Kita tidak boleh menafikan ada pihak tertentu cuba memutar belit fakta dan mengambil
 kesempatan atas usaha kita ini.
 
 
 “Oleh itu,  sebelum melangkah ke satu lagi tahap, segala persiapan informasi  berkaitan usaha ini
 perlu diuar-uarkan supaya semua pihak dapat memahami  tujuan pelaksanaannya,” titah baginda.-
 Bernama
 
 Sumber TKO - 31-3-2018
 
 
    
 Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaafkan Menteri Pelancongan  dan Kebudayaan Datuk
 Seri Nazri Aziz berhubung kemelut yang tercetus  antara Nazri dan istana Johor lebih dua tahun lalu.
 
 Ia selepas Sultan Ibrahim berkenan menerima Nazri mengadap kira-kira sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru tadi.
 "Sebagai manusia biasa kita pasti ada buat silap. Jadi bila sedar  sudah silap, cepat-cepatlah minta
 maaf. Jangan sampai berpecah-belah.  Tambahan pula kita orang Melayu sangat beradab. Jika buat
 salah, datang  mengadap dan mohon ampun.
 
 "Apa jua kemelut yang berlaku sebelum ini saya sudah ampunkan dan  Tunku Mahkota Johor (Tunku
 Ismail Sultan Ibrahim) juga sudah ampunkan,"  titah baginda kepada Royal Press Office seperti
 disiarkan di laman Facebooknya hari ini.
 
  Pada Jun 2015, Nazri memberi peringatan kepada Tunku Ismail agar tidak mencampuri urusan
 politik jika tidak mahu diserang kembali.
 
 Ia ekoran titah Tunku Ismail yang dilihat mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
 kerana gagal hadir pada Nothing2hide, sebuah dialog bersama NGO berkenaan isu 1MDB.
 
 Mereka kemudian terlibat dalam perang mulut dan menyebabkan Nazri disiasat di bawah Akta
 Hasutan 1948 dan dipanggil memberi keterangan kepada polis.
 
  Sultan Ibrahim menganggap isu tersebut sudah selesai dan memberi amaran keras agar ia tidak lagi
 dipanjangkan.
 
 "Apa yang penting, kita perlu bergerak ke hadapan dan sentiasa  mengutamakan perpaduan. Jangan
 cuba memecah-belahkan perpaduan yang  sudah terbina selama ini," titah baginda.
 
 Sementara itu, laman Facebok Johor Southern Tigers menyatakan Nazri datang mengadap untuk
 memohon maaf kepada Tunku Ismail.
 
 Nazri juga meminta pandangan Sultan Johor dalam isu petadbiran negara, kata laman itu lagi.
 Malaysiakini difahamkan Nazri kini dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
 
 Sumber HD - 15-3-2018
 
 
 
  
 SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda berasa  dukacita dengan tindakan
 Dr Mahathir Mohamad yang kini memimpin Pakatan  Harapan.
 
 Sultan Sharafuddin merujuk tindakan Dr Mahathir yang menentang Umno,  walhal parti itu memberi
 kuasa kepadanya menjadi perdana menteri paling  lama dalam sejarah Malaysia.
 
 The Star melaporkan,  Sultan Sharafuddin bertitah, kesemua sembilan orang Raja-Raja Melayu  turut
 berdukacita dengan Dr Mahathir semenjak bekas perdana menteri itu  kembali aktif dalam politik.
 
 “Untuk membina nama baik sangat sukar, untuk memusnahkannya sangat  senang. Dr Mahathir
 berada di sana selama 22 tahun, bukan atas usahanya  sendiri.
 
 “Parti yang meletakkannya di sana dan kini dia mahu musnahkan parti.
 
 “Dia fikir (tempoh pentadbiran selama) 22 tahu itu cukup besar. Dia  tidak mahu ada perdana menteri
 lain yang lebih baik dan dia cuba menekan  mereka. Sebab itu saya kata dia ada (sindrom) inferiority
 complex,”  titah baginda seperti dilaporkan The Star.
 
 Dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Inggeris itu, baginda  membangkitkan mengenai
 kemurkaan apabila negarawan itu mengaitkan  Perdana Menteri Najib Razak dengan keturunan
 “lanun Bugis”.
 
 Baginda menjelaskan, kenyataan balasnya ke atas Dr Mahathir hanya  dibuat selepas tiga minggu,
 selepas mendapat pandangan pelbagai pihak.
 
 “Saya sedang dalam perjalanan menunaikan umrah apabila diberitahu mengenai kenyataan itu.
 
 “Saya tidak bertindak membuta-tuli. Saya tunggu hingga kembali dan  bercakap dengan pelbagai pihak yang ada di sana dan tahu apa sebenarnya  yang berlaku.
 “Saya hanya bercakap selepas itu,” kata Sultan Sharafuddin yang berketurunan Bugis.
 
 Baginda merujuk kenyataan Dr Mahathir yang pada 14 October yang  menimbulkan persoalan
 sekiranya Najib berasal dari keturunan “lanun  Bugis”.
 
 Kenyataan itu meraih pelbagai kecaman, termasuk Dewan Diraja Selangor yang menuntut agar
 polis menyiasat Dr Mahathir bawah Akta Hasutan kerana menimbulkan kebencian ke atas keturunan
 Bugis, selain masyarakat Bugis termasuklah Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.
 
 Dalam wawancara tersebut, Sultan Sharafuddin juga menjelaskan bahawa  titahnya itu bukanlah
 satu tindakan balas dendam, atas tindakan Dr  Mahathir yang meminda perlembagaan untuk
 mengehadkan kuasa Raja-Raja  Melayu pada tahun 1980-an.
 
 Sebaliknya, ia bagi menunjukkan bahawa baginda masih belum dapat  melupakan rasa tersinggung
 oleh Raja-Raja Melayu akibat tindakan itu.
 
 “Semua akhbar menghentam kami. Saya sangat dukacita, saya bertanya ayahanda saya, kenapa
 kita tidak boleh bertindak balas?
 
 Saya tidak pasti mengenai Raja-Raja Melayu lain, tetapi ayahanda saya  kata jangan, kita tidak boleh
 dedahkan apa yang dia buat pada kita,  jadi kami berdiam diri,” titahnya.
 
 Mengenang kembali pesanan tersebut, Sultan Sharifuddin berkata ayahandanya berpesan: “Hari ini
 hari dia, esok hari kita”.
 
 Bagaimanapun, Dr Mahathir mengulangi beliau tidak pernah menghina komuniti Bugis dan
 kenyataannya itu hanya ditujukan kepada Najib kerana mencuri dana milik rakyat Malaysia.
 
 Sumber TKO - 12-12-2017
 
 
 
    
 
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr  Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan dua  
 
pingat yang diterimanya daripada  sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di  
 
negeri  itu. 
Hal itu disahkan seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada
Malaysiakini hari ini.
"Betul," kata Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU Datuk Rais Hussin mengesahkan
tindakan Dr Mahathir itu.
Seorang pembantu Dr Mahathir pula mengesahkan Dr Siti Hasmah melakukan tindakan sama.
 "Beliau menyerahkan semula pingat berkenaan pada hari yang sama," katanya.
 Menurut Rais keputusan memulangkan pingat kebesaran negeri itu dibuat Dr Mahathir atas
pertimbangannya sendiri.
  Rais bagaimanapun enggan memberi penjelasan muktamad mengenai alasan  pemulangan pingat
berkenaan. Sebaliknya beliau memilih untuk berkias. "Sudah gaharu cendana pula...," katanya memetik sebahagian daripada  peribahasa Melayu yang
menyatakan mengenai sesuatu hal yang jelas nyata.
 Difahamkan dua pingat yang dikembalikan pengerusi BERSATU itu  masing-masing diterima
daripada sultan Selangor pada 1978 dan 2003.
 Ia diserahkan kepada seorang pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis
lalu.
 Anugerah tertinggi negeri
 Pingat yang dikembalikan Dr Siti Hasmah itu ialah anugerah yang diterimanya daripada sultan
 Selangor pada 1983 dan1994.
 Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka
Mahkota Selangor.
 Malaysiakini sudah menghubungi Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
 Portal The Malaysian Insight pula melaporkan pihak istana Selangor akan mengeluarkan kenyataan
mengenai isu itu esok.
 Pada awal Nov lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak
supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.
  Merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ada himpunan Sayangi Malaysia,  Hapuskan Kleptokrasi
di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, baginda  bertitah tindakan itu boleh mengugat keharmonian
dan perpaduan rakyat. Sultan Sharafuddin juga menyatakan rasa kecewa dan murkanya atas  ucapan Dr Mahathir itu yang
dilihat cuba menghasut rakyat untuk  membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa 
Bugis.
 Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor  (SPMS) kelas pertama
pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada  dua individu pada sesuatu masa.
 Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK)  sebulan sebelum bersara
sebagai perdana menteri pada Okt 2003.
 Dr Mahathir menerima penghargaan itu pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Alam Shah di
Kelang.
 Penganugerahan pingat itu dihadkan hanya kepada 25 orang pada sesuatu  masa sebagai tanda
penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan  individu yang terpilih.
 Sultan Sharafuddin turut memberi pandangan mengenai Dr Mahathir dalam temu bual baginda
dengan akhbar The Star beberapa hari lalu.
 Sumber TKO - 11-12-2017
 
 
 
 
 
 
  
 Mengikut sumber Tun Mahathir telah menyerahkan semula dua pingat yang  diterimanya daripada
 Sultan Selangor, termasuk satu darjah kebesaran  tertinggi negeri itu,   kata sumber yang dipercayai.
 
 Kedua-dua pingat itu dikatakan diserahkan semula pada petang Khamis memlalui seorang pegawai
 kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Bukit  Kayangan di Shah Alam, kata seorang sumber itu
 lagi.
 
 Mahathir menerima dua darjah kebesaran dari Sultan Selangor, pada 1978 dan 2003.
 
 Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor  (SPMS) Darjah Kelas
 Pertama pada 22 Jun 1978, yang ketika itu membawa  gelaran Datuk. Pingat ini dikurniakan hanya
 kepada dua orang pada  satu-satu masa dan kuota maksimum penerimanya ialah 40 orang. Sejak
 1998, pingat itu membawa gelaran Datuk Seri.
 
 Kira-kira sebulan sebelum persaraannya pada Oktober 2003, Dr Mahathir  dianugerahkan Darjah
 Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) pada majlis  Jasamu Dikenang di Istana Shah Alam,
 Klang.
 \
 Anugerah yang hanya dikurniakan kepada maksimum 25 orang pada  satu-satu masa itu diberikan
 sebagai penghargaan kerajaan negeri  Selangor terhadap sumbangan dan jasa beliau kepada rakyat
 Selangor  selama jadi Perdana Menteri.
 
 Walaubagaimana masih belum ada pengesahan daripada Pejabat Sultan Selangor.
 Sumber TKO - 11-12-2017
 
 
 
 
  
 PETALING JAYA: Sultan Selangor terkejut apabila Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai
 menteri besar negeri itu, pada 2014.
 
 Dalam wawancara bersama The Star, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang  bosan dengan muslihat
 politik, bagaimanapun memuji kesetiaan Khalid.
 
 “Saya tidak percaya apa yang berlaku khasnya kepada Khalid. Beliau sangat setia dan tiba-tiba
 disingkirkan.
 
 “Mungkin ada agenda tersembunyi, mungkin saya bukan ahli politik dan  itu perkara yang saya tidak
 faham,” katanya dalam wawancara sempena Hari  Keputeraan ke-72 esok.
 
 Khalid menyertai Umno sekitar 1990-an sebelum beralih ke PKR sekitar  2000. Beliau dilantik
 sebagai menteri besar Selangor susulan kejayaan  Pakatan Rakyat menawan negeri itu pada pilihan
 raya umum 2008.
 
 Khalid meletak jawatan menteri besar pada 26 Ogos 2014 berikutan  krisis dalaman parti reformasi itu, selepas beliau dipecat daripada PKR  kerana melanggar arahan parti untuk membuka laluan kepada Presidennya,  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
 Sultan Sharafuddin menyifatkan penyingkiran Khalid sebagai episod paling mencabar dalam politik
 Selangor.
 
 
 
 
Menurutnya, jantina bukan punca beliau menolak pencalonan Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid menerajui negeri itu.
 
 “Sebab saya tidak menerima Wan Azizah bukan kerana saya fikir beliau tidak layak atau beliau
 seorang wanita.
 
 “Saya telah kata sebelum ini – menteri besar tidak boleh berkawalan  jauh, beliau tidak boleh
 menjadi boneka. Anda perlu mempunyai perwatakan  kukuh untuk melakukan sesuatu buat rakyat.
 
 “Apabila saya minta mereka serah nama, mereka hanya beri 1 nama. Itu bermakna mereka menekan
 saya.
 
 “Saya selalu minta beberapa nama daripada kerajaan sebelum ini dan  mereka kadangkala hantar
 sehingga 3 nama, tetapi mereka senaraikan  keutamaan mereka. Apa masalahnya untuk mereka
 hantar lebih daripada satu  nama?”
 
 Sultan Selangor turut menafikan beliau bertegas PAS perlu dikekalkan dalam kerajaan negeri itu.
 “Tiada arahan daripada saya. Tetapi, saya tidak suka pilihan raya  kilat, ia terlalu mengganggu dan
 mahal, sedangkan apa yang perlu kita  lakukan ialah membangunkan negeri untuk rakyat.
 
 “Jadi, jika mereka mahu mengekalkan kerajaan sehingga pilihan raya  akan datang, itu baik. Tetapi,
 selepas pilihan raya umum, saya tidak  tahu apa yang akan berlaku.”
 
 Sumber TKO - 11-12-2017
 
 
 
    
 
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah  mengimbas kembali bagaimana Dr Mahathir  
Mohamad pernah berkata bahawa  terlalu mahal untuk mengekalkan institusi diraja di Malaysia. 
 
 
Baginda kemudian bertitah yang kerugian  Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata wang asing 
(forex) malah  "jauh lebih banyak".
 
Kenyataan tersebut selepas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  mengenai kerugian forex 
yang dialami negara pada tahun 1990-an, ketika  Mahathir menjadi perdana menteri.
 
Dalam laporan itu, RCI menyatakan negara kehilangan RM31.5 bilion  ekoran kegiatan tukaran mata 
wang asing yang "melampau" dan "spekulatif"  antara 1992 hingga 1994.
 
RCI itu juga meletakkan tanggungjawab kepada Tan Sri Nor Mohamed  Yakcop, yang ketika itu 
sebahagian daripaa pengurusan Bank Negara.
 
Menurut suruhanjaya, Mahathir dan timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim
mungkin bersubahat  dengan Nor Mohamed dan menyembunyikan fakta daripada kabinet.
 
Dalam temubual eksklusif bersama The Star , Sultan Sharafuddin bertitah Mahathir masih belum 
memohon maaf berhubung kenyataan "lanun bugis" yang dibuatnya.
 
Mahathir telah mencetuskan kemarahan Sultan Sharafuddin dan juga  Sultan Johor, Sultan Ibrahim 
Sultan Iskandar dengan kenyataannya yang  mengaitkan masyarakat Bugis dengan lanun itu.
 
Namun beliau kemudian menjelaskan kenyataan tersebut hanya ditujukan  kepada Perdana Menteri 
Datuk Seri Najib Razak, yang berketurunan Bugis,  bukan keseluruhan masyarakat itu.
 
Baginda bertitah, Mahathir "tidak memohon maaf" dan menyifatkan bekas  perdana menteri itu 
sebagai seorang yang tidak akan mengizinkan orang  lain lebih baik daripadanya.
 
"Dia (Mahathir) mempunyai 'kompleks rendah diri' (inferiority complex) dan kebencian mendalam 
dalam diri," titah baginda.
 
Baginda bertitah lagi, sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, Mahathir disokong parti yang 
sentiasa setia di belakangnya.
 
"Untuk Mahathir yang mahu memusnahkan asas yang telah menyokongnya  menjadikannya sebagai 
seorang yang sangat merbahaya," titah baginda.
 
Baginda bagaimanapun menafikan Raja-raja Melayu kini membalas dendam  terhadap Mahathir 
yang telah menghadkan kuasa raja, termasuk memansuhkan  kekebalan mereka, ketika mentadbir 
negara dulu.Sumber TKO - 6-12-3017
 
 
 
    
 
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah  sekali lagi mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad  
 
atas kenyataan yang  dibuat bekas perdana menteri itu mengenai masyarakat Bugis. 
 
"Beliau dalam keadaan marah dan akan  membakar seluruh negara dengan api kemarahannya," titah
baginda dalam  temubual eksklusif bersama The Star menjelang sambutan Hari Keputeraan baginda
ke-72 pada 11 Disember ini.
Sultan Sharafuddin sebelum ini menyatakan rasa tidak senang terhadap  kenyataan bekas perdana
menteri itu yang mengaitkan Bugis dengan lanun  semasa perhimpunan 'Sayangi Malaysia Hapus
Kleptokrasi' di Petaling Jaya  14 Oktober lalu.
 Baginda bertitah tidak mahu melihat ahli politik menggunakan isu-isu  sensitif seperti bangsa dan
agama untuk kepentingan politik kerana  berbuat demikian hanya akan menghancurkan negara.
   "Ini  menjadi kebimbangan semua Raja-Raja Melayu, kesemua sembilan daripada  kami. Kami sering
 
 
berbincang mengenai perkara ini semasa mesyuarat pra  majlis yang diadakan sebelum Persidangan  
 
Majlis Raja-Raja. 
 
"Raja-Raja Melayu amat bimbang. Terlalu banyak isu sensitif  dieksploitasi untuk keuntungan
peribadi. Isu seperti ini tersebar luar  di media sosial dan ia boleh memecah-belahkan rakyat," titah
Sultan  Sharafuddin.
 Kebimbangan mengenai perpaduan
Kebimbangan mengenai perpaduan di negara ini menyebabkan Majlis Raja-raja Melayu
mengeluarkan kenyataan pada 10 Oktober bagi menyelar dobi khas untuk Muslim di Muar, Johor.
 Dalam pernyataan itu, raja-raja Melayu menyatakan kebimbangan  mengenai perpaduan dan
keharmonian di Malaysia, dengan memetik contoh  seperti yang berlaku di Muar.
 Majlis Raja-Raja Melayu juga mengatakan bahawa umat Islam harus  mengutamakan toleransi,
sederhana dan inklusif apabila hidup dalam  masyarakat pelbagai budaya.
 Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda kecewa  apabila kenyataan pada 10
Oktober yang dibuat oleh Raja-Raja  Melayu tidak disenangi apabila Mahathir membuat kenyataan
mengenai  'Bugis' empat hari kemudian.
 Sebelum ini Dewan di-Raja Selangor mencadangkan siasatan dilakukan  terhadap bekas perdana
menteri itu di bawah Akta Hasutan 1948.
 Pelbagai pihak juga telah membuat laporan polis mengenai kenyataan dibuat Mahathir.
 Mahathir kemudian dilaporkan mengatakan bahawa tidak semua Bugis  adalah lanun dan kenyataan
beliau hanya ditujukan kepada "penjahat yang  mencuri wang".
 Sumber TKO - 5-12-2017
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Istana Selangor murka terhadap Tun Mahathir  
 
Kenyataan Akhbar Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
 
 
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor  
setelah berbincang dengan Ahli-ahli  
Dewan  
di-Raja Selangor pada 2 November 2017 memandang serius, murka dan amat kecewa  
dengan petikan ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Himpunan Sayangi Malaysia-  
Hapuskan Kleptokrasi yang berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober  
2017, yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan  
memandang serong terhadap bangsa Bugis. Berdasarkan rakaman klip video ucapan  
berkenaan yang tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Tun Dr Mahathir itu jelas  
menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun,  
perompak dan penjenayah. 
 
Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan  
boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis  
sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara. Tohmahan ini secara tidak langsung  
menghina salasilah dan keturunan Sultan Selangor yang berasal dari Bugis. 
 
Fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor berketurunan Bugis merupakan pahlawan  
yang memperjuangkan dan mempertahankan agama dan keamanan di seluruh kepulauan  
Melayu Nusantara. 
 
Tun Dr. Mahathir sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang menerajui pemerintahan  
negara selama tempoh 22 tahun seharusnya berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang  
kenyataan dan seharusnya juga lebih mengetahui tentang fakta sejarah keturunan bangsa  
Bugis. 
 
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga mengingatkan kepada semua pihak terutama  
orang-orang politik untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal  
politik kerana ianya boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat negara ini. 
 
Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku  
berkaitan isu ini dan berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di  
bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Tun  
Dr. Mahathir. 
 
Hanafisah binti Jais, 
S.M.S, A.I.S 
Setiausaha  
Dewan di-Raja Selangor 
 
Istana Alam Shah, Klang 
2 November 2017 - HARAKAHDAILY 2/11/2017 
Sumber HD- 2-11-2017  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sembah takziah di atas kemangkatan Sultan 
Kedah  “SETIAP yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (Surah Al Ankabut,
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM 
merakamkan ucapan takziah kepada  
seluruh Kerabat Diraja Kedah di atas  
kemangkatan KDYMM Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim  
Mu'adzam Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah merupakan Sultan Kedah ke-27  
serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 dan ke-14 di Istana Anak Bukit jam 2.30  
petang (11 September 2017)  di Istana Anak Bukit, Kedah. 
Sesungguhnya kemangkatan KDYMM sangat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia dan segala  
jasa dan bakti akan sentiasa kami kenang. Kami mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat  
dan keampunan ke atas roh Baginda dan menempatkan Baginda di Syurga-Nya bersama para  
golongan yang diredhai. 
'Sejahtera Bersama Islam'"Muslimat Memacu Kemenangan"
 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEHKetua Dewan Muslimat PAS Malaysia
 
 11 September 2017 merupakan hari kesedihan bagi seluruh rakyat jelata Negeri Kedah dan
 
pelosok negara di atas kehilangan Penaung Negeri yang berjiwa rakyat, Almarhum Ke bawah  
Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimubillahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam  
Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang telah mangkat dan kembali ke rahmatullah.  
Patik mewakili Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan serta seluruh jawatankuasa kerja dan  
ahli muslimat PAS Negeri Sembilan merakamkan sembah takziah kepada Ke bawah DYMM  
Tuanku Sultanah, Tuanku Hajjah Haminah binti Hamidun serta seluruh kerabat DiRaja Kedah  
Darul Aman di atas kemangkatan baginda. Semoga Allah mengurniakan ketabahan dan  
kesabaran kepada semua di atas kemangkatan tersebut.  
Kami melanjutkan doa ke hadrat Allah SWT agar menempatkan roh Almarhum Tunku Abdul  
Halim bersama golongan yang beriman serta yang dirahmati lagi diredhaiNya.  
Al-Fatihah.  
FAZILAH ABU SAMAHKetua Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan
 
Sumber HD - 12-9-2017  
 
 
Sultan Muhammad V was installed as the 15th Yang di-Pertuan Agong at the throne room of Istana 
Negara here Monday.
 
The Grand Chamberlain presented Sultan Muhammad V with a copy of the Quran as a symbolic 
gesture depicting the role of the King as head of the Islamic religion of the Federation and states that 
do not have a Ruler.
 
His Majesty also received the Keris Panjang Diraja, which symbolises his willingness to assume the 
role as head of state.
 
Sultan Muhammad V also read out his pledge after receiving the Keris.
 
“In the name of Allah, the most merciful and compassionate, I, Sultan Muhammad V, am thankful to 
Allah Subahanahu Wata’Ala as with his blessings I have been chosen as the 15th Yang Di-Pertuan 
Agong.
 
“I will hereby rule Malaysia in a fair manner in accordance with the law and the country’s 
constitution and uphold at all times the religion of Islam and stand firm for a just government and 
peaceful country,” he read the proclamation.
 
Sultan Muhammad V had been chosen by the Conference of Rulers as the Yang di-Pertuan Agong. 
His Majesty is the second Sultan of Kelantan to reign as the Yang di-Pertuan Agong after his 
grandfather Sultan Yahya Petra Sultan Ibrahim, who was the sixth Yang di-Pertuan Agong and 
reigned from 1975 to 1979.
 
Sultan Muhammad V was born Tengku Muhammad Faris Petra on Oct 6, 1969 in Kota Baru, to 
Sultan Ismail Petra and Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
 
His Majesty used the name Sultan Muhammad V after he was installed as the 29th Sultan of 
Kelantan in 2010. –
– source thestaronline Sumber BO - 24-4-2017
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kenyataan MB Kelantan sempena pertabalan 
Agong XV       
KENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR  
KELANTAN SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG  
DI-PERTUAN AGONG KE-XV, SULTAN MUHAMMAD V
  
Firman Allah SWT:  
ŁَŲ£َŁ
َّŲ§ ŲØِŁِŲ¹ْŁ
َŲ©ِ Ų±َŲØِّŁَ ŁَŲَŲÆِّŲ«ْ  
Maksudnya: “Dan adapun dengan nikmat Allah (yang dikurniakan kepada kamu) maka  
hendaklah kamu berkata (dengan lafaz kesyukuran)”. (Ad-Dhuha :11)  
Saya mewakili seluruh rakyat Negeri Kelantan mempersembahkan setinggi-tinggi tahniah  
di atas pertabalan KDYMM Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang  
di-Pertuan Agong Malaysia ke-XV pada 27 Rejab 1438H bersamaan 24 April 2017M.  
Pada hakikatnya, seluruh rakyat Negeri Kelantan merasa sangat bersyukur dan berbangga  
dengan pertabalan ini serta besarlah harapan seluruh rakyat kepada Baginda untuk menaungi  
Negara Malaysia tercinta dengan penuh adil saksama di bawah panduan Syariat.  
Umum mengetahui bahawa Baginda sangat mengutamakan tuntutan agama. Semasa Baginda  
memerintah di Kelantan, Istana dibuka untuk sekalian rakyat jelata agar mereka dapat  
mendengar kuliah agama, mengerjakan Solat Terawih dan Qiamullail khasnya di bulan  
Ramadhan. Ini adalah suatu keunikan yang ada pada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang  
di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.  
Seluruh kepimpinan negeri beserta rakyat insya-Allah akan sentiasa mendoakan Baginda agar  
sentiasa diberi inayah dan kekuatan dalam menaungi rakyat Malaysia di bawah wadah  
kesatuan demi untuk membina Malaysia harmoni, sejahtera dan di bawah naungan keredhaan  
Allah SWT.  
Saya mengambil kesempatan di sini untuk menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga  
di atas istiadat pertabalan Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong  
Ke-XV yang akan berlangsung esok. Saya beserta seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri  
sentiasa memberi sokongan penuh dan sentiasa berdoa agar KDYMM Sultan Muhammad V  
sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah SWT untuk memerintah dengan penuh   
kesempurnaan, menaungi seluruh rakyat dengan keadilan dan menobatkan Syariat Islam  
dalam Negara yang tercinta ini.  
"ISLAM DIJULANG, RAJA DIJUNJUNG, RAKYAT DISANJUNG"  
YAB USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTANBertarikh: 26 Rejab 1438H / 23 April 2017M
 
Sumber HD - 23-4-2017
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
 
  
 KOTA BHARU -- Istana Telipot yang menjadi kediaman  Sultan Muhammad V di sini, dipasang pembesar suara yang disambungkan  secara terus dari Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, dekat sini.
 Imam Tua masjid berkenaan, Ahmad Yunoh,  42, berkata ia bagi memudahkan baginda mengikuti kuliah atau aktiviti  agama serta mendengar laungan azan dari masjid berkenaan yang terletak  tidak sampai 100 meter dari kediaman rasmi Seri Paduka.
 
 "Seri Paduka memberitahu dengan cara  tersebut baginda boleh sama-sama mendalami ilmu agama jika baginda tidak  berkesempatan hadir untuk mengikuti kuliah agama di masjid ini.
 
 "Saya kagum dengan keinginan dan  cadangan yang disuarakan Seri Paduka itu kerana jelas baginda amat  menitikberatkan soal agama dalam kehidupannya," katanya ketika dihubungi  Bernama.
 
 Beliau berkata idea Seri Paduka itu  dilontarkan baginda beberapa tahun lepas ketika baginda masih bergelar  pemangku Sultan Kelantan, sekali gus memberi satu penghormatan dan  penghargaan yang besar kepada pengurusan Masjid Sultan Muhammad II.
 
 Katanya, walaupun Seri Paduka kini sudah  jarang berada di Kelantan namun baginda meminta agar pembesar suara itu  terus kekal dipasang seperti biasa.
 
 Mengulas lanjut, Ahmad berkata beberapa  tahun lepas Seri Paduka turut membuat tranformasi kepada pengurusan  masjid tersebut dengan meminta imam, bilal atau anggota jawatankuasa  (AJK) masjid sendiri membaca al-Quran berbanding memutarkannya menerusi  kaset atau cakera padat.
 
 "Seri Paduka bertitah adalah lebih molek  dan afdal kiranya ayat-ayat al-Quran dapat dibacakan sendiri oleh AJK  masjid. Saya terdiam seketika mendengar cadangan tersebut dan terdetik  dalam hati betapa Seri Paduka amat menitikberatkan hal berkaitan agama,"  katanya.
 
 Katanya, bermula pada hari itu beliau  bersama AJK masjid yang lain akan bergilir-gilir memperdengarkan bacaan  al-Quran selama 15 minit sebelum azan dilaungkan sehingga ke hari ini.
 Beliau berkata kehadiran Seri Paduka ke masjid lebih kerap ketika bulan Ramadan terutama pada waktu Subuh dan Asar.
 
 Ahmad berkata jemaah masjid sering menerima kunjungan mengejut daripada Seri Paduka terutama pada waktu Asar.
 
 "Pernah berlaku, saya hanya menyedari  kehadiran Seri Paduka selepas selesai menunaikan solat kerana baginda  hanya mengenakan baju-T dan seluar.
 
 "Tetapi Seri Paduka sepertimana yang  dikenali rakyat adalah seorang raja yang mesra dan tidak mementingkan  protokol. Kami boleh berbual seperti biasa sebagaimana jemaah lain tanpa  rasa kekok," katanya.
 
 Beliau berkata pada waktu Subuh pula,  Seri Paduka gemar mengenakan jubah berwarna putih dan sering  memperuntukkan waktu untuk duduk di mana-mana sudut masjid untuk  berwirid ataupun membaca al-Quran yang dibawanya sendiri.
 
 "Seri Paduka tidak pernah meminta pihak  masjid menyediakan tempat khas untuknya. Sifat rendah diri ini amat  terkesan di hati kami dan menunjukkan tiada sempadan antara umat manusia  di sisi Allah," katanya.
 
 Ahmad berkata Seri Paduka juga banyak  memberi sokongan dalam usaha mengimarahkan Masjid Sultan Muhammad II  termasuk memberi pelbagai sumbangan berbentuk wang ringgit kepada  imam-imam jemputan luar negara yang mengetuai solat terawih di samping  aktiviti masjid yang lain.
 
 Mengakhiri perbualan, Ahmad berkata  kehadiran Seri Paduka ke Masjid Sultan Muhammad II sentiasa dinantikan  dan dialu-alukan oleh semua jemaah.
 
 Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang  di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah  yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Dis tahun lepas.
 
 Istiadat pertabalan Agong akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Isnin ini.
 -- BERNAMA
 
 Sumber TKO - 22-4-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
Good behaviour, character and leadership were qualities ingrained in Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V from a very young age.
 
Having the honour to teach him for two years from Primary 4, former History and Geography teacher Seman@Kamarulzaman Hassan, 72, said Sultan Muhammad V had always been cooperative and hard-working, and showed great interest in excelling in his studies even in primary school.
 
Sultan Muhammad V had attended Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail I in Kota Baru from 1976 to 1981.
 
Seman said despite being of royal blood, Sultan Muhammad V had a humble and down-to-earth attitude among his peers and mingled with other students.
 
“Tuanku was a well-mannered student, who only spoke when needed to and did not fool around. He never expressed anger but you can tell if he was (angry) because his ears would turn red since he was fair,” Seman said at his home in Kampung Lembah Sireh here.
 
“As an attentive older brother, Tuanku would spend some of his recess time with his siblings who were in different grades.”
 
Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 42, and Tengku Muhammad Fakhry Petra, 38, were the Agong’s two siblings who attended the same school.
 
Seman, who taught in the school from 1976 to 1985, said the Agong was like any other student and had taken part in extra-curricular activities, such as the Boy Scout movement, and was also the head prefect in the fifth and sixth grade.
 
Though Sultan Muhammad V had no favourite subject, Seman said, he had a keen interest in writing and had written articles, in both English and Bahasa Malaysia, for the school magazine.
 
“Tuanku had shown interest in all subjects, which is why he passed the UPSR examination with flying colours with 5As,” said Seman, referring to the Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
 
Seman, who started teaching in 1967, said he remembered the time when he was performing Aidilfitri prayers at Masjid Muhammdi, and Sultan Muhammad V was present.
 
After prayers, Sultan Muhammad V mingled with the people when his brother Tengku Dr Muhammad Faiz Petra informed him of Seman’s presence.
 
“Tuanku immediately came over to meet me as he still remembered me as his teacher. That is one of the sweetest memories I have of Tuanku,” he said.
 
“When we talked, Tuanku even remembered the number plate of the car I used to drive to school and asked, ‘Do you still drive the Datsun PK 7008?’,” Seman said with chuckled.
 
Seman replied he had sold it as he could no longer drive a manual car after he was paralysed waist down following a stroke in 2002, three months after he retired.
 
Seman said he had visited the Kelantan palace to meet Sultan Muhammad V, when he was the Tengku Mahkota of Kelantan. 
He said he went to the palace following his transfer to Sekolah Kebangsaan Kemubu in Kuala Krai, and wanted to seek financial assistance for the school.
 
“I was embarrassed to ask for help but I had to as the school needed assistance,” he said.
 
“Tuanku happily greeted me, hosted me to lunch in the palace and took me to see his collection of cars and motorcycles. 
“After he had showed me around he asked me how he could help. I told him the purpose of the visit and Tuanku immediately gave me a cheque for the school.”
 
Sultan Muhammad V was chosen as the 15th Yang di-Pertuan Agong on October 13 last year to succeed Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
 
The installation of the Yang di-Pertuan Agong is scheduled to be held at Istana Negara on Monday..themalaymailonline
 
Sumber BO - 19-4-2017
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 Ketinggian peribadi, kerendahan diri; demikian  sifat mulia yang terdapat pada diri Yang di-Pertuan Agong Sultan  Muhammad V.Seri Paduka yang tidak terlalu berprotokol amat menguja dan menyentuh  hati rakyat jelata, terutama mereka yang berpengalaman berurusan dengan  baginda.
 
 Sifat baginda itu terpancar pada peristiwa kunjungan baginda ke sebuah restoran di Kota Baru, satu ketika dahulu.
 
 Baginda, ketika itu Tengku Mahkota Kelantan, keluar untuk menjamu selera di Restoran Four Seasons.
 
 Tetapi diberitahu oleh pengusaha, restoran penuh hingga tidak dapat menunaikan permintaan baginda.
 
 Tanpa banyak bicara, baginda pun berlalu dari situ.
 
 Namun, anda boleh bayangkan betapa kesalnya pemilik restoran Chan Khek Jun yang tidak dapat melayani seorang VVIP!
 
 Mengimbau kembali peristiwa itu, Chan berkata kegagalannya menyediakan  meja makan untuk baginda, menjadi kenangan yang paling dikesalkannya  sejak restorannya mula beroperasi pada 1998.
 
 Malah, kata Chan, baginda pula yang memohon maaf kepadanya yang berasa  serba salah kerana berkunjung ke restorannya ketika dipenuhi pelanggan  tanpa membuat tempahan awal.
 
 “Pada hari itu, restoran ini menerima pelanggan yang terlalu ramai sehingga bilik VVIP turut digunakan.
 
 “Selepas mendapat tahu restoran penuh, baginda terus berlalu dan  meminta maaf kepada saya kerana tidak membuat tempahan awal,” kata Chan  ketika ditemui Bernama di restorannya.
 
 Chan berkata baginda mengunjungi restorannya sekitar tahun 2000 ketika  masih bergelar Tengku Mahkota Kelantan - tanpa protokol, tanpa membuat  tempahan awal, dan tanpa menitahkan sebarang meja khusus.
 
 “Selalunya baginda akan datang usai solat Isyak bersama Tengku  Bendahara Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra (kini pemangku Raja  Kelantan), kerabat serta beberapa rakan baginda,” katanya.
 
 Chan berkata baginda biasanya berpakaian jubah putih setiap kali ke  restorannya, dan akan bertanya khabar serta bersalaman dengan pelanggan  lain di restoran itu.
 
 “Baginda tidak menitah menyediakan pinggan atau sudu dan garpu khusus,  dan hanya menggunakan apa sahaja yang ada di restoran ini,” katanya.
 
 Mengenai masakan kegemarannya di restoran itu, Chan berkata baginda  gemar masakan yang kurang berminyak, masin dan pedas.
 
 “Justeru, kami akan menggunakan minyak zaitun, mengurangkan garam dan  lada dalam setiap makanan dipesan baginda,” katanya.
 
 Chan berkata makanan kegemaran baginda ialah pelbagai jenis ikan  seperti kod, kerapu dan siakap yang dimasak stim kicap.
 
 Hidangan lain digemari baginda ialah burung unta masak lada hitam, rusa  'sizzling', udang dimasak dengan susu segar, mantou (bun mini), penkek  tiram, dan sayur bayam telur masin.
 
 Air halia merupakan minuman kegemaran baginda.
 
 Sementara itu, pekerja Restoran Four Season, Nur Emiezza Mohd Noor, 29,  berkata pengalaman menjadi pelayan Sultan Muhammad V akan terus segar  dalam ingatannya sepanjang 11 tahun berkhidmat di restoran itu.
 
 Nur Emiezza berkata setiap kali baginda hadir untuk bersantap, beliau  akan diamanahkan oleh Chan untuk melaksanakan tanggungjawab itu.
 
 “Pada mulanya rasa gementar, namun keperibadian tinggi Sultan Muhammad  V, yang sentiasa merendah diri membuatkan saya tidak lagi kekok,”  katanya.
 
 Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15  menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh  pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.
 
 Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan  berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April depan. ―  Bernama
 
 Sumber TKO - 12-4-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 24 April ini, seorang guru  berkongsi kisahnya mendidik Sultan Muhammad V ketika di bangku sekolah.
 Seman@Kamarulzaman Hassan, bekas guru di Sekolah Kebangsaan (SK)  Sultan Ismail I di Kota Bharu, antaranya mendedahkan bagaimana baginda  tidak diberikan layanan istimewa demi untuk mendidiknya.
 
 Seman, 72, berkata, pernah pada satu ketika beliau menegah pengawal  keselamatan yang cuba membantu baginda, sebagai seorang murid kecil,  mengangkat meja dan kerusi.
 
 "Saya menegah pengawal tersebut kerana ia merupakan satu bentuk  didikan kepada baginda dan Alhamdulillah, baginda dapat menuruti arahan  yang saya keluarkan," Seman dipetik sebagai berkata ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Lembah Sireh di Kota Bharu.
 
 Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini.
 
 Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15  menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh  pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.
 
 Beliau juga mendedahkan bahawa bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis,  pertama kali menghantar anakandanya itu ke seolah dengan membawa rotan  ketika berjumpa dengan guru besar.
 
 Seman berkata, Tengku Anis berpesan kepada guru besar agar merotan anakandanya itu jika melanggar arahan pihak sekolah.
 
 "Saya juga sering menyelitkan nasihat dalam bentuk agama ketika  mendidik baginda dan rakan-rakannya dalam kelas kerana saya anggap  murid-murid sama seperti anak saya sendiri," katanya.
 Seman mengajar selama sembilan tahun di SK Sultan Ismail I pada 1976-1985.
 
 Seman yang kini lumpuh separuh badan akibat serangan angin ahmar  berkata baginda masih mengingatinya walaupun telah lama mereka tidak  bersua muka.
 
 Ini terjadi semasa banjir pada 2014.'
 
 "Ketika itu, kebetulan baginda sedang meninjau keadaan banjir di  sekitar Kota Bharu dan terserempak dengan anak saya yang bekerja sebagai  anggota bomba.
 
 
 "Baginda bertanyakan khabar mengenai diri saya dan pada sebelah  malamnya sebuah pacuan empat roda datang ke rumah dan menyerahkan  bantuan makanan yang dikirimkan baginda," beliau dipetik sebagai  berkata.
 
 Sumber TKO - 10-4-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Rakyat Kelantan tunggu detik bersejarah       
RAKYAT Kelantan tidak sabar lagi menunggu detik bersejarah hari pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April ini.
   
Seorang pegawai kerajaan Wan Mohd Abu Wan Hasan Wan Ibrahim berkata, sebagai rakyat Kelantan beliau menanti penuh debar hari pertabalan tersebut.  
“Alhamdulilah Sultan Muhammad V akan ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 tidak lama lagi. Saya amat gembira sekali.  
“Saya juga berharap kerajaan pusat tidak lagi meminggirkan Kelantan daripada aspek pembangunan seperti yang berlaku sebelum ini.  
“Kami berdoa tuntutan royalti minyak yang sudah lama diperjuangkan rakyat dan kerajaan Kelantan dilunaskan kerajaan Persekutuan,” katanya di Kota Bharu.Malah menurutnya isu tersebut pernah dititah Sultan Muhammad V ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini.
 
Pada 24 April ini istiadat pertabalan akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara.Di samping itu bacaan surah Yassin, doa selamat dan solat hajat akan diadakan 20 April di Masjid Putra, dan pameran Raja Kita akan diadakan 2 Mei di Muzium Diraja.
 
Rosni Mustafar dari Bachok turut melahirkan rasa teruja terhadap pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 tidak lama lagi. - HARAKAHDAILY 5/4/2017 
Sumber HD - 5-4-2017
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
 
  
 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar umat  Islam wajib menjadikan al-Quran dan sunah sebagai rujukan untuk  menyelesaikan permasalahan berkait perkembangan teknologi.
 
 Baginda bertitah kemampuan akal manusia sangat terbatas dan atas  sebab itu Allah SWT menurunkan al-Quran dan sunah nabi Muhammad SAW  sebagai panduan kepada umat manusia.
 
 "Beta berdoa moga Allah SWT mengangkat martabat umat Islam yang  cintakan ilmu, beramal dengan al-Quran dan sunah serta sentiasa  berdampingan dengan ulama," titah baginda ketika merasmikan Tilawah  Al-Quran peringkat negeri di Dewan Warisan di Kangar malam tadi.
 
 Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallullail.
 
 Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man,  Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Hamdan Bahari dan Pengerusi  Jawatankuasa Agama dan Sumber Manusia negeri Khairi Hassan.
 
 Tuanku Syed Sirajuddin bertitah kekuatan dan kesejahteraan umat Islam  berkait rapat dengan penghayatan dan amalan yang disyariatkan agama.
 
 Untuk itu, kerajaan negeri perlu meneruskan aktiviti membudayakan  ajaran Islam dalam kehidupan masyarakat dan pentadbiran agar Perlis  menjadi negeri yang dirahmati seperti ketika zaman kegemilangan Islam  dahulu, titah baginda.
 
 "Beta amat sukacita kerana agensi-agensi yang menjaga kepentingan  Islam di negeri ini menunjukkan kesungguhan dan sentiasa mengambil berat  isu membabitkan umat Islam selain berusaha meningkatkan kefahaman  masyarakat mengenai Islam.
 
 "Penganjuran tilawah al-Quran setiap tahun menjadi pentas untuk  menyeru umat Islam agar meningkatkan pembacaan, memahami dan mengamalkan  kandungan ayat-ayat suci al-Quran," titah baginda.
 
 Baginda bertitah Islam menyediakan panduan serta prinsip kepada umatnya dalam melakukan amalan agar tidak tersesat.
 
 Baginda bertitah prinsip pertama ialah kefahaman daripada ilmu yang  benar, menyeluruh, tidak memberatkan dan tidak pula meringankan manakala  prinsip kedua ialah ikhlas terhadap matlamat yang ingin dicapai tanpa  mengharapkan ganjaran.
 
 "Seseorang yang mempunyai ilmu dan kefahaman tetapi pada masa sama  juga mempunyai agenda tertentu maka amat mudah dia tergelincir atau  mungkin juga tersasar," titah baginda.
 
 Pada majlis itu, Muhammad Anas Abdul Hadi muncul johan qari manakala  Siti Aishah Md Arif dinobatkan juara qariah dan seterusnya mereka akan  mewakili Perlis untuk ke tilawah peringkat kebangsaan di Melaka pada 31  Mac hingga 8 April depan.
 
 Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaikan kepada pemenang hadiah  wang tunai RM5,000, sijil, hadiah iringan dan pakej mengerjakan umrah.
 -Bernama
 
 Sumber TKO - 17-3-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Seorang peguam menyifatkan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan  Iskandar memanggil seorang pegawai atasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) ketika siasatan mengenai isu tanah dan perumahan di  negeri itu, sebagai 'bukan kebiasaan'.
 
 Bagaimanapun, Syahredzan Johan berkata, sekiranya sultan berbuat  demikian dengan tujuan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai  kes itu, maka tidak ada apa yang salah mengenainya.
 "Ia semua bergantung kepada apa yang telah dibincangkan dalam pertemuan itu.
 
 "Jika Tuanku mahu tahu mengenai kes tersebut terus dari SPRM, saya  tidak melihat apa-apa yang salah dengan berbuat demikian. Walaupun  langkah itu adalah bukan kebiasaan," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.
 
 Syahredzan mengulas laporan berita bahawa Timbalan Ketua Pesuruhjaya  SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki dipanggil mengadap Sultan Johor hujung  minggu lalu.
 
 Memetik sumber, New Straits Times berkata Azam berada di Johor untuk menghadiri taklimat oleh pegawai penyiasat kes itu.
 
 Jumaat lalu, SPRM menahan enam orang termasuk anak dan pegawai khas  exco kerajaan negeri, Datuk Abd Latif Bandi berkaitan kes itu.
 
 Syahredzan berkata sepatutnya tidak berlaku senario di mana pertemuan diadakan bagi mempengaruhi siasatan.
 
 "Saya sama sekali tidak mengatakan ini adalah apa yang berlaku pada  pertemuan di antara SPRM dan Tuanku. Saya pasti mereka yang terlibat  memastikan mereka bertindak secara profesional," katanya.
 
 Sementara itu, Dr Abdul Aziz Bari berkata, secara umum, sultan tidak memanggil pegawai penyiasat kes.
 
 "Secara umumnya, saya boleh mengatakan bahawa memanggil seorang  pegawai agensi siasatan adalah tidak betul, kerana ia mencipta gambaran  campurtangan.
 
 "Apa yang sebenarnya berlaku? Baginda memanggil seorang pegawai SPRM  atau menerima mengadap sultan? Tetapi untuk apa? Kes itu adalah mengenai  anak seorang anggota exco negeri, bukan ahli keluarga diraja.
 
 "Saya masih tidak jelas tentang perkara ini secara keseluruhan.  Baginda mungkin mengucapkan tahniah kepada SPRM," kata Aziz yang juga  anggota DAP.
 
 Sebelum ini, Sultan Ibrahim juga memanggil Abd Latif selepas kes itu dilaporkan.
 
 Sumber TKO - 4-3-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 SUSULAN laporan berita kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan  Iskandar mengenai kegagalan dua menteri besar Johor sebelum ini gagal  mentadbir negeri itu dengan baik, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil  membuat warkah terbuka berkaitan hal itu.
 
 Berikut adalah kenyataan penuh Muhyiddin yang dipetik daripada laman Facebooknya.
 
 Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
 
 Terlebih dahulu patik merafak sembah  memohon jutaan keampunan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas  warkah patik yang tidak sepertinya ini. Patik terpaksa menjawab secara  terbuka titah Tuanku mengenai patik yang telah dibuat secara terbuka dan  pada hemat patik telah sedikit sebanyak mencemar nama baik patik.
 
 Walaupun Tuanku tidak menamakan patik  secara khusus dalam titah tersebut, tetapi ramai pihak mentafsir bahawa  patiklah yang Tuanku maksudkan.
 
 Bukanlah niat patik untuk menderhaka  kepada Tuanku dengan menulis warkah ini secara terbuka.
 
 Niat patik  hanyalah untuk membersihkan nama baik patik yang kini telah dilihat  sebagai seorang yang angkuh dan sombong sepertimana yang telah dititah  oleh Tuanku.
 
 Tuanku sendiri tahu bahawa patik tidak  pernah bersikap angkuh dan sombong terhadap Tuanku.
 
 Ketika patik menjadi  Menteri Besar Johor dan Tuanku adalah Pemangku Raja, hubungan kita amat  akrab. Banyak hal-hal berkaitan pemerintahan negeri yang Tuanku  kongsikan dengan patik dan patik telah mengurus Negeri Johor menjadi  antara negeri termaju di Malaysia waktu itu. Hal ini telah diketahui  umum dan tercatat dalam rekod negara.
 
 Seingat patik, tidak pernah berlaku di  zaman patik menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri Johor tidak mempunyai  wang yang cukup untuk membayar gaji kakitangan awam. Perbelanjaan  diurus secara berhemah dan kerajaan negeri tidak berhutang atau meminjam  untuk membayar gaji.
 
 Sebaliknya patik telah menubuhkan Tabung  Amanah Warisan Johor di mana wang pampasan pembinaan Empangan Linggui  berjumlah lebih RM300 juta yang diterima oleh Kerajaan Negeri Johor  telah dimasukkan ke dalam tabung ini untuk kegunaan generasi akan  datang.
 
 Kerajaan negeri Johor sebenarnya  mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan. Perbadanan Kemajuan Ekonomi  Negeri Johor juga adalah antara perbadanan kemajuan ekonomi negeri yang  paling berjaya.
 
 Ekonomi negeri Johor tumbuh pesat pada  kadar purata 6.7 peratus dari tahun 1991 hingga 1995.
 
 Dalam tempoh yang  sama, pendapatan isi rumah kasar bulanan meningkat dari
 RM1,152 kepada RM2,138 dan kadar  kemiskinan juga berjaya dikurangkan daripada 9.8 peratus kepada 3.1  peratus. Ini menunjukkan bahawa rakyat negeri Johor telah menikmati  kemajuan ekonomi yang pesat sewaktu patik menjadi Menteri Besar.
 
 Patik juga telah menangani masalah  perpecahan Melayu Johor dengan menganjurkan perhimpunan Melayu Johor.  Krisis pindaan perlembagaan tahun 1993 yang melibatkan soal imuniti  Raja-Raja Melayu juga ditangani dengan baik.
 
 Ketika patik menjadi Menteri Besar,  patik telah menjalin kerjasama yang baik dengan pegawai kerajaan dan  rakyat. Urusan negeri dijalankan tanpa campur tangan dari pihak luar  termasuk Istana.
 
 Waktu itu Almarhum Tuanku Sultan  Iskandar tidak mencampuri perjalanan Kerajaan Negeri atau terlibat  secara langsung dalam politik atau perniagaan. Patik jalankan semua  urusan pentadbiran negeri berdasarkan dasar-dasar yang memberi faedah  kepada rakyat.
 
 Tidak ada tanah negeri Johor yang  terlepas milikan secara kekal ke tangan warganegara asing. Tanah-tanah  yang dipindah milik kepada para pelabur asing untuk tujuan pelaburan  dalam bidang perindustrian waktu itu hanyalah berstatus pegangan pajak  (leasehold).
 
 Apabila tempoh pajakan berakhir,  tanah-tanah tersebut perlu diserah semula kepada kerajaan. Tidak ada  tanah yang tergadai kepada warga asing.
 
 Sebaliknya, pembangunan yang pesat dalam  bidang perindustrian telah berjaya menyumbangkan kemakmuran serta impak  positif yang signifikan kepada ekonomi negeri Johor keseluruhannya.
 
 Malah ianya telah berjaya membuka  peluang pekerjaan kepada bukan saja rakyat Johor tetapi juga kepada  rakyat Malaysia di negeri lain yang berhampiran.
 
 Pada waktu itu, kerjasama dengan  Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  begitu akrab dan peruntukan yang banyak dicurahkan untuk memajukan  negeri Johor.
 
 Patik juga diberi kebenaran untuk  mengadakan hubungan kerjasama dengan Singapura secara langsung kerana  sedar tentang begitu pentingnya Kerajaan Johor bekerjasama dengan  Singapura bagi faedah rakyat negeri Johor.
 
 Malahan selepas patik berhijrah ke Kuala  Lumpur dan menjawat jawatan Menteri Pusat, negeri Johor senantiasa  diberikan perhatian dan layanan yang adil. Patik masih ingat, ketika  patik menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Tuanku baru sahaja  ditabalkan menjadi Sultan, Tuanku menitahkan patik supaya menasihati  Tuanku tentang bagaimana untuk memajukan lagi negeri Johor. Patik dengan  amat berbesar hati menjunjung titah Tuanku.
 
 Bilakah patik dikatakan angkuh dan sombong?
 
 Patik dikatakan angkuh dan sombong  selepas patik tidak lagi berada di dalam kerajaan setelah dipecat dari  jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno kerana  menentang kemungkaran yang dilakukan oleh Najib (Datuk Seri Najib Tun  Abdul Razak).
 
 Patik masih ingat sewaktu patik mengadap  Tuanku selepas dipecat di waktu itu pun Tuanku menyatakan simpati  dengan apa yang berlaku terhadap patik. Nyata, Tuanku murka dengan  perlakuan Najib yang menyingkir patik.
 
 Patik dikatakan angkuh dan sombong  selepas patik menegur penjualan hartanah berstatus hak milik kekal di  Forest City kepada warganegara asing atas sebab mempertahan kedaulatan  negeri dan negara.
 
 Apa yang patik lakukan selama ini adalah  semata-mata untuk mempertahankan rakyat dan negara daripada kerosakan  yang sedang dilakukan oleh Najib.
 
 Jika patik dikatakan angkuh dan sombong  hanya semata-mata kerana patik berjuang menegakkan kebenaran dan  menentang kemungkaran demi membela kepentingan rakyat dan negara, maka  biarlah rakyat yang membuat penilaian.
 
 Akhirnya, patik sekali lagi merafak sembah memohon keampunan daripada Tuanku di atas warkah patik yang tidak sepertinya ini.
 
 Patik sentiasa mendoakan kesejahteraan  Tuanku dan mudah-mudahan negeri Johor sentiasa dilimpahi rahmat  kemajuan, keamanan dan kemakmuran di bawah naungan Tuanku.
 Amin ya rabbal alamin.
 
 ***Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
 -Sinar Harian
 
 Sumber TKO - 27-2-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Adakah teguran kepada TMJ dikira Derhaka?
 Posted on Wednesday, February 22 @ 09:30:00 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33690
 |  
  
 Saya menerima masej meminta untuk mengulas pemilihan jawatan Presiden  FAM. Tergelak baca masej kerana selalunya saya diminta mengulas  berkenaan politik yang berfokus kepada puak PAN dan IKRAM yang kini  menjadi makin celaru dalam memahami pelaksanaan Islam.
 
 Tak apa Haji Hassan akan cuba beri sedikit pandangan. Jangan-jangan  selepas ini Haji Hassan jadi macam Mat Tere kena masuk lokap.
 
 Perebutan ‘kerusi panas’ jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia  (FAM) bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas  Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dengan  Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tengku Ismail Sultan Ibrahim.
 
 Saya tidak suka orang politik dalam FAM. Biar mereka yang berada dalam  FAM benar-benar fokus kepada kemajuan bola sepak negara. Hanya saya  risau jika TMJ menang jawatan ini dan ada perkara yang kita tak setuju  dengan cara beliau adakah kritikan kita nanti dikira menderhaka? Sejauh  mana kita boleh mengkritik dan sejauh mana kekebalan melindungi gerak  kerja TMJ di FAM sehingga nanti kesilapan dalam FAM menjadi suatu  'kekebalan'.
 
 Perlu ada penjelasan yang kukuh atas perkara ini jika institusi raja nak turun ke bawah.
 
 
 
Sumber TKO - 22-2-2017 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
 
| 
 
  
 KUALA LUMPUR - Pembebasan Muhamad Zul Apis Baharom atau lebih dikenali sebagai Mat Tere daripada tahanan polis Johor hari ini adalah kerana tempoh tahan reman keatasnya sehingga 12 Februari 2017 telah tamat.
 
 Malah, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri  Annuar Musa mendedahkan pihaknya telah terlebih dahulu dihubungi oleh  pihak berkuasa dua hari lalu untuk menjemput Mat Tere di Johor Bahru,  Johor hari ini.
 
 Justeru, katanya, pembebasan Mat Tere oleh polis hari adalah  berdasarkan lunas undang-undang seperti yang dimaklumkan kepada pihaknya  dua hari lalu dan bukannya kerana ehsan atau arahan mana-mana pihak.
 
 “Dua hari lalu, pihak berkuasa sudah menghubungi ‘orang kita’  untuk datang mengambil Mat Tere pada 12 Februari 2017 di Johor Bahru.  Urusan membantu Mat Tere pulang sudah diurus ‘orang kita’ sejak dua hari  lalu.
 
 
 
 
“‘Orang kita’ diberi peluang bercakap ‘direct’ dengan Mat  Tere bertanya khabar. Mat Tere kata dia baik-baik saja cuma terasa  sedikit ‘puah’. Mat Tere kata nak balik Kuala Lumpur, bukan Kelantan  kerana dia ada ‘Mesyuarat Majlis Tertinggi’,” dedahnya dalam satu kenyataan di Facebook malam ini. 
 Laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini  melaporkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini  meminta pihak polis supaya membebaskan Mat Tere yang ditahan direman  kerana mengeluarkan kata-kata jelik terhadap baginda di Facebook sebelum  ini.
 
 Baginda dilapor pergi sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di  sini dan menitahkan agar Mat Tere yang tahanan reman terhadapnya  sepatutnya dilanjutkan agar individu itu dihantar pulang ke Kelantan.
 
 Perkara itu dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers berserta beberapa keping gambar Tunku Ismail yang kelihatan turut bersalaman dengan Mat Tere.
 
  
 
  Mat Tere ditahan polis di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini kerana didakwa menghina Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan JDT.
 
 Keluarga Mat Tere merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak  memanjangkan kes itu kerana mendakwa pemuda berkenaan sebenarnya insan  istimewa yang dianiayai pihak tertentu disebabkan kekurangannya.
 
 Sepupunya, Yusrizam Ahmad menjelskan Mat Tere dikategorikan sebagai  kurang cerdik dan sering menuruti apa sahaja arahan orang lain tanpa  mengambil kira akibatnya
 
 Berikutan itu, Annuar dalam satu kenyataan terdahulu memaklumkan  pihaknya akan memberi segala bentuk bantuan yang diperlukan Mat Tere  termasuk bantuan guaman sekiranya perlu.
 
 Annuar seterusnya berkata, beliau berharap semua pihak mengambil  pengajaran daripada peristiwa itu supaya tidak sewenang-wenang  mempersenda atau mengambil kesempatan dari keadaan Mat Tere untuk  kepentingan diri.
 
 “Semua manusia ada maruah masing masing. Kita harus belajar  menghormati orang lain. Allah tidak memandang harta, kuasa dan pangkat  seseorang kerana yang lebih mulia adalah keimanan dan ketakwaan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
 
 Sumber TKO - 13-2-2017
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
  
 JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meminta agar pihak polis membebaskan seorang individu yang direman kerana mengeluarkan kata-kata jelik terhadap baginda di Facebook sebelum ini.
 
 Baginda dilapor pergi sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di  sini dan menitahkan agar Muhammad Zul Apis Baharum, 29, atau dikenali  sebagai Mat Tere yang tahanan reman terhadapnya sepatutnya dilanjutkan,  agar individu itu dihantar pulang ke Kelantan.
 
 Perkara itu dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers berserta beberapa keping gambar Tunku Ismail yang kelihatan turut bersalaman dengan Mat Tere.
 
 “Baginda percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik.
 
 
 
 
“Baginda turut mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri  Kelantan yang telah menjaga rakyat mereka dengan baik dan berjaga-jaga  dengan individu yang ada niat untuk memecah-belahkan rakyat,” kata entri berkenaan. 
 Mat Tere yang didapati mengalami masalah mental ditahan polis di  hadapan sebuah hotel di Jalan Pendek, Kota Bahru pada 8 Februari lepas.
 
 Penahanan dilakukan selepas polis Johor menerima satu laporan  berhubung penyebaran satu rakaman video melalui Facebook yang  menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata jelik terhadap Tunku  Mahkota Johor.
 
 Reman terhadapnya sepatutnya dilanjutkan hari ini selepas reman tiga hari yang bermula Khamis lepas berakhir semalam.
 
 Sementara itu Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd  dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima titah  baginda mengenai pembebasan Mat Tere.
 
 Beliau berkata Tunku Ismail meminta agar pihaknya menggunakan budi  bicara supaya tidak meneruskan siasatan kerana tidak mahu kes itu  berpanjangan.
 
 “Pihak polis mendapati suspek (Mat Tere) di dalam kes ini  telah diperguna oleh pihak tertentu bagi mewujudkan satu persekitaran  yang tidak harmoni dalam kalangan masyarakat,” katanya. – BERNAMA
 
 Sumber TKO - 13-2-2017
 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Annuar Sediakan Peguam Untuk Mat Tere
 Posted on Friday, February 10 @ 19:12:58 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  AbdullahOthman
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33542
 |  
  
 KUALA LUMPUR - "Apa jua bantuan yang perlu untuk Mat Tere (Muhamad Zul Apis Baharom) sedang kita berikan termasuk peguam," kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
 
 Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, Mat Tere yang ditahan polis di Kota Bharu, Kelantan semalam merupakan insan istimewa.
 
 Justeru, katanya, beliau selaku wakil rakyat penduduk Ketereh termasuk Mat Tere, tidak mahu melihat mana-mana pihak mengambil kesempatan atas kekurangan insan tersebut.
 
 "Semua tahu Mat Tere insan istimewa. Janganlah sesiapa ambil kesempatan atas keadaannya itu. Dia tu lurus selurus-lurusnya. Allah S.W.T takdirkan keadaan dia begitu.
 
 "Beliau tetap mulia di sisi Allah S.W.T," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
 Baca: Hina TMJ: Kes Aniaya, Mat Tere Istimewa - Keluarga
 
 Mat Tere yang berusia 29 tahun ditahan polis kerana didakwa menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi satu rakaman video yang tular di internet.
 
 Mat Tere yang kini ditahan dijangka dibawa ke Johor Bahru, Johor untuk direman dan disiasat.
 Keluarga Mat Tere bagaimanapun merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak memanjangkan kes itu kerana mendakwa pemuda berkenaan dianiayai pihak tertentu disebabkan kekurangannya.
 
 Sepupunya, Yusrizam Ahmad menjelskan Mat Tere dikategorikan sebagai kurang cerdik dan sering menuruti apa sahaja arahan orang lain tanpa mengambil kira akibatnya. - MYNEWSHUB.CC
 
 Sumber TKO - 10-2-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 SEORANG lelaki berusia 29 tahun yang menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam sebuah video tular baru-baru ini, telah ditahan polis, semalam.
 Muhamad Zul Apis Baharom atau lebih dikenali dengan panggilan Mat  Tere ditahan kira-kira jam 3.50 petang berdekatan sebuah hotel di Kota  Bharu, Kelantan.
 
 Sementara itu, keluarga Mat Tere tampil merayu agar pihak berkuasa  tidak memanjangkan kes video tular yang menghina institusi diraja Johor  berkenaan berikutan kondisi lelaki itu.
 
 Menurut sepupunya, Yusrizam Ahmad, Mat Tere merupakan seorang yang  tidak mempunyai akal panjang dan dikategorikan sebagai kurang cerdik  serta sering menurut apa sahaja yang disuruh orang tanpa mengambil kira  akibatnya.
 
 
 
Sehubungan itu, dia yang percaya sepupunya itu dianiya telah membuat laporan polis di IPD Kota Bharu, semalam. 
 “Ini adalah kes aniaya dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi  Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat siapa dalang yang membuat video  berkenaan.
 
 “Kami sekeluarga memohon jasa baik pihak istana Johor memaafkan apa yang berlaku atas kesalahannya kerana dia insan istimewa,” katanya.
 
 Dalam pada itu, Yusrizam memberitahu, Mat Tere yang sudah kematian  ibu kini dijaga bapa saudara memandangkan bapanya juga berkeadaan sama  seperti beliau.
 
 Mat Tere yang kini ditahan dijangka dibawa ke Johor Bharu untuk direman dan disiasat.
 
  Sementara itu, berita penahanan Mat Tere turut menarik perhatian dan simpati netizen sehinggakan muncul #prayforMatTere.
 
 Rata-rata netizen berharap individu yang merakam video berkenaan disiasat berhubung isu ini.
 Sumber: BH Online
 
 Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=cU5o2ohd2lA
 
 
 .Sumber TKO - 9-2-2017
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Selepas kalah teruk dinegeri Kelantan dalam pilihanraya uum 1990, Umno  sekali lagi bertembung dengan Raja-Raja. Dalam Perhimpunan Agung Umno  1991, pemimpin dan perwakilan Umno menghamburkan kritikan-kritikan yang  pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap Raja-Raja Melayu.
 
 
 Istana Kelantan dihentam secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab  terhadap kekalahan calon-calon BN ditangan calon-calaon Angkatan  Perpaduan Ummah (APU) ketika pilihanraya umum. Raja-Raja negeri lain  turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan termasuk  penyalahgunaan kedudukan untuk mendapat perlbagai kelebihan dan peluang  perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.
 
 Ahli MT Umno, Ibrahim Ali mengetuai demonstrasi dihadapan Bangunan Umno  Kelantan membantah kekalahan Umno. Antara sepanduk yang dijulang ketika  demonstrasi itu tertulis kata-kata penghinaan “  Hei Smail (Sultan Ismail Petra) kalu berani masuklah politik…, Anis (Raja Perempuan) diatas Smail dibawah.)"      Dalam Perhimpunan agung Umno, dato Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno  Kelantan) melafazkan ungkapan “Raja Adil Raja Disembah, raja Zalim raja  Disanggah) sebagai amaran kepada Sultan Kelantan agar jangan mencampuri  urusan politik.
 
 Media kawalan Umno menyiarkan berita bergambar tentang tindakan Sultan  Kelantan melarikan kereta Lamborghini Diablomilik baginda dari stor  simpanan kastam.Peristiwa ini berlaku ketika kemuncak krisis imuniti  raja-raja Melayu.
 
 Seterusnya, Umno menggerakkan usaha besar-besaran menghina dan memalukan  Raja-Raja Melayu dengan tujuan mendapatkan sokongan orang ramai bagi  meminda perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri dalam hal berkaitan  dengan keistimewaan tertentu Raja-Raja.
 
 Umno Selangor pimpinan Muhamad Mohd Taib telah menetapkan resolusi empat  perkara untuk dikemukakan dalam Perhimpunan agung Umno 1991.
 
 Pertama:
 
 Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua  harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja sama ada  secara langsung atau melalui “Kapitan Cina”.
 
 Kedua:
 
 Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli  Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka sedangkan mereka  terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan sendiri.
 
 Ketiga:
 
 Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setiausaha Kerajaan, Penasihat  Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dalam bidang kuasa  pucuk pimpinan parti yang memerintah, bukan dalam bidang kuasa  Raja-Raja.
 
 Keempat:
 
 Memberi mandat dan sokongan penuh kepada Presiden Umno dalam menghadapi  dan mengetuai isu Raja-Raja Melayu secara umumnya, sama ada menerusi  pindaan perlembagaan atau apa juga langkah yang perlu.
 
 Pada 18 Januari 1993, Umno membentangkan Rang Undang-Undang Akta  Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang bertujuan menghapuskan imuniti  Raja-Raja Melayu.
 
 Berikut adalah petikan sebahagian daripada butiran ucapan Perdana  Menteri (Umno) ketika membentangkan Rang Undang-Undang tersebut.
 
 Perenggan 3. “…semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem  feudal dengan kuasa ditangan raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu  lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar kacir. Negeri-Negeri  ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang.  akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri dibawah naungan  kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. akhirnya, semua negeri  Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan  British melalui Perjanjian diantara Raja-Raja memerintah dengan pihak  Kerajaan British.”
 
 Perenggan 7, “…Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.”
 
 Perenggan 21,”…sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang  undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa  30 hari (Perkara 66/4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatanganai oleh  Yang Dipertuan Agong.
 
 Sumber TKO - 20-1-2017
 
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
  
 Hari ini kita belajar dari sejarah bagaimana pelembagaan yang boleh  membicarakan raja-raja yang melakukan jenayah telah digubal untuk  mengembalikan sistem raja yang bermaruah dan dihormati. Sejak dari itu,  raja-raja Melayu tidak lagi boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan  kesan dari perbuatan mereka.
 
 
Pada 18 Januari 1993,  sebutan kedua telah dibaca oleh Perdana Menteri ketika itu untuk  meminda perlembagaan. Ianya telah diluluskan di Parlimen dan disokong  oleh ramai wakil rakyat; termasuklah wakil rakyat dan menteri kabinet  dari Pekan.  
 
Di bawah adalah petikan dari perbahasan tersebut: 
 
RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
 
 Perdana Menteri: Ketika  negara menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin negara yang telah  mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun  1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini  ialah sistem Demokrasi Berparlimen (Parliamentary Democracy) dan Raja  Berperlembagaan (Constitutional Monarchy).
 
 
 
 
Sistem ini  dipilih kerana semasa Negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem  feudal dengan kuasa di tangan Raja, Negeri-negeri Melayu adalah begitu  lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir.  Negeri-negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguat- kuasakan  undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di  bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti China, Siam dan negara Barat. Akhirnya  semua Negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah  jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah  dengan pihak Kerajaan British.Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula Negeri-negeri Melayu,  maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya  kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik  negara. Lagipun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh  sudah menjadi lapuk di seluruh dunia. Di merata-rata tempat, Sistem  Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh  Perlembagaan ataupun undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa  Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin-pernimpin rakyat  telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambil kira sejarah  negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.
 Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja  Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka  sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai- pegawai British akan  dikembalikan. Negeri-negeri Me!ayu akan sekali lagi diperintah oleh  British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. di  mana British berkuasa penuh.
 
 Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri  Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana  kemelayuan Negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun  pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat  di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu  sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan Kolonial British sama  sekali.
 
 Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael  dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan  Negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah  jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.
 
 
 
 
 
 
(beberapa perenggan berikutnya) 
 
 
 
Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja  yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa,  dengan izin, no proceedings whatsoever shall be brought in any court  against the Ruler of a State in his personal capacity”. Almarhum  Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini,  pernah menulis bahawa kekebalan ataupun immunity ini tidak  “satisfactory” kerana Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas.
 Oleh kerana  Perlembagaan-perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga  undang-undang, Artikel 181 (2) sebenamya membenarkan Raja melanggar  Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh kerajaan.  Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana  mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya.  Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.
 
 
 
Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara  yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan,  kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. (Tepuk) Oleh  kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja  Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sovereignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini, hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.(beberapa perenggan berikutnya)
 
 
 
 
Tuan Yang  di-Pertua, saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa  mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk  meminda Perlembagaan yang sedikit sebanyak mencemar nama baik Raja dan  Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.Kerajaan  membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab.  Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, kerajaan telah mengelak  daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai  kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja.
 
 Tetapi  pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya, keadaan  menjadi lebih buruk.
 Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat,  kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa  menjejaskan kredibiliti kerajaan sebagai pemerintah yang  bertanggungjawab. (Tepuk) (Siapakah Raja dan anak Raja tersebut? – JMD)
 
 
 
Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja. Sebelum  ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja  menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang  serta harta kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya  pegawai-pegawai. 
Insiden di Johor hanyalah dengan izin, “the straw that broke the camel’s back”.  Reaksi rakyat terhadap insiden-insiden ini jelas menunjukkan bahawa  rakyat tidak lagi dapat menerima dan “tolerate” perbualan seperti ini.
 Tuan Yang di-Pertua, memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah.  (Tepuk) Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa  kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja. Saya ingin menegaskan  bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk  menghapuskan Sistem Beraja. (Tepuk) Ini jelas daripada pindaan  yang dikemukakan. Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja  akan ditafsir sebagai hasutan dan kerajaan akan mengambil tindakan di  bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak  untuk menghapuskan Sistem Beraja. (Tepuk)
 
 
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sedar  bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi  Raja- Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa kerajaan bercadang  untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik  sahaja. (Tepuk) Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan  kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan  sesuatu yang tidak disukai oleh rakyat. (Tepuk)
Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih  menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka  Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.  (Tepuk)
 Tuan Yang di-Pertua, ada pihak yang  berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu.  Peristiwa Perjanjian MacMichael dan MalayanUnion jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri.  (Tepuk) Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang MalayanUnion,  hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri. (Tepuk)
 Apakah dengan hanya menghalang Raja daripada melakukan jenayah, maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat  bahawa Raja hanya boleh menjadi Raja jika ia berhak dan diberi  keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja  sebagai punca undang-undang. (Tepuk) Di zaman dahulu di  Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya, mengikut  kepercayaan kepada konsep, dengan izin, “Droit du seigneur”, ataupun  “right of the Lord”, ataupun Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam  dahulu dengan semua pengantin baru. (Ketawa) (dahulu ada banyak kes di mana anak raja memaksa isteri-isteri atau kekasih orang untuk tidur dengannya – JMD)
 
 
 
Tetapi di  Barat pun, semua hak ini telah dihapuskan. Sebab itu, di negara-negara  Barat yang mengekalkan Sistem Beraja tidak ada kekebalan secara khusus  bagi Raja. Jika adapun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke  mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja,  Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan  dihadapkan ke mahkamah dan ia akan diturunkan dari takhta. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.
Walaupun  jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal ataupun immune daripada tindakan  undang-undang dan bukan undang-undang, Raja masih tetap juga Raja.  Mereka masih dihormati dan disegani.
 
Tuan Yang  di-Pertua, di zaman British Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal  tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British.  Mereka boleh dinaikkan ataupun diturunkan dari takhta. Satu daripada  ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian MalayanUnion  ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak  menandatangani perjanjian tersebut. (Ramai ingin tahu Sultan mana yang pertama menandatangani perjanjian tersebut – JMD)
 
 
 
Dalam keadaan sebeginipun, Raja masih  terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir  atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan  Negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada  masa itu Raja-Raja di Indonesia,
India dan Pakistan telah ditolak oleh  rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja-Raja dan Sistem Beraja.
Dengan tindakan orang Melayu melawan MalayanUnion adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu.  Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak  memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan  penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan  Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini  tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus  Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu  sendiri.
 Merekalah melalui wakil-wakil dan kerajaan yang mereka pilih  yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara  dan menebus maruah bangsa Melayu. (Tepuk)
 
Anda boleh membaca lebih lanjut di sini.  
 
Antara pindaan yang dicadangkan ketika itu adalah: 
 
a) raja-raja boleh dikenakan tindakan undang-undang jika melakukan jenayah di dalam urusan tidak rasmi. 
 
b) mahkamah khas disediakan untuk membicarakan raja-raja yang telah melakukan jenayah. 
 
c) raja-raja yang sedang diambil  tindakan undang-undang hendaklah berhenti melakukan tugas tugas diraja  dan seorang pemangku raja perlu mengambil alih tugas tersebut sementara  kes dibicarakan. Jika dia disabit kesalahan dan dihukum lebih dari satu  hari penjara, maka raja itu mesti turun takhta, melainkan jika dia  diampunkan. 
 
d) raja-raja tidak lagi boleh  mengampunkan diri sendiri atau puteranya apabila mereka didapati  bersalah di dalam melakukan jenayah. Pengampunan hanya boleh dilakukan  oleh majlis raja-raja tanpa penglibatan raja yang disabitkan kesalahan. 
 
e) ahli-ahli dewan rakyat diberi  semula hak menegur raja-raja semasa berbahas di dalam parlimen (hak ini  ditarik pada tahun 1971). 
 
Nota: Yang DiPertuan Agong ketika itu adalah almarhum Sultan Azlan Shah dari Perak. 
 Duli-duli  Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu with Field Marshal Sir Gerald Templer,  The High Commissioner of Malaya, seated in the middle. Standing in the  rear are the Menteris Besar of the respective Malay States. Raja Dato  Haji Ahmad is seen standing third from right. (Courtesy of Raja Shahrul  Reza Raja Abdul Aziz) Courtesy of https://sembangkuala.wordpress.com SumberTKO - 20-1-2017
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 JOHOR BAHRU: Sultan Johor bertitah baginda tidak berminat untuk berdebat atau terlibat dalam polemik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
 "Saya telah katakan apa yang perlu dikatakan. Cukup cukuplah. Saya  buat kenyataan berdasarkan fakta dan perangkaan, dan bukannya  berdasarkan laporan berita Barat.
 
 "Saya tidak akan buat andaian atau mencetuskan kebimbangan, itu sahaja," titah baginda.
 
 Sultan Johor bertitah, baginda hanya berminat dalam soal kebajikan rakyat dan bukannya politik.
 
 Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitiah ketika diminta  mengulas mengenai reaksi Dr Mahathir berhubung kenyataan bekas perdana  menteri berkenaan terhadap pembangunan Forest City di negeri itu.
 
 Dr Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan dan komen di blog, dengan  mendakwa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City,  dan mereka akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi  pada pilihan raya umum akan datang.
 
 Isnin lalu, Sultan Ibrahim dalam temuramah eksklusif bersama The Star mendakwa Dr Mahathir mewujudkan rasa takut dengan menggunakan isu kaum, hanya untuk memenuhi motif politiknya.
 
 Sultan Johor bertitah, baginda amat tersinggung dan terluka dengan  kenyataan politik yang diputar belit oleh ahli politik tertentu terhadap  pelaburan China di negeri itu.
 
 Baginda bertitah Dr Mahathir meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat Malaysia khususnya di Johor.
 
 Dr Mahathir dalam suratnya kepada The Star bagi memberi maklum balas sebagaimana yang dikeluarkan pada Selasa bahawa beliau memetik laporan Bloomberg mengenai butiran membabitkan Forest City, yang mana katanya ia masih belum dicabar atau dinafikan.
 
 Sumber TKO - 18-1-2017
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Sultan Muhammad V Jalur Muhammad Al Mahdi
 Posted on Tuesday, January 03 @ 18:18:37 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenorehGetah
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33071
 |  "
  
 Pada 13 Disember lalu, Sultan Muhammad V melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong XV dan pada usia 47 tahun baginda adalah sultan termuda dalam kalangan Raja-raja Melayu ketika ini. Di Kelantan rakyat menggelarkan baginda Sultan Kelantan yang baru sebagai “Malikussoleh” iaitu pemerintah yang soleh.
 
 
 
Sultan  Muhammad V yang mendapat didikan dalam bidang keagamaan dan kerohanian  begitu menyerlah di mata rakyat dari segi pegangan Islam yang kukuh.  Baginda juga gigih berusaha menerap nilai kerohanian dalam kalangan  masyarakat Islam di negeri ini menerusi program 'Qiam With Me' yang  diadakan pada setiap Ramadan sejak 2011. 
 
Program  itu, yang diadakan pada pukul 10 malam selepas solat Isyak dan Tarawih,  diikuti kuliah agama oleh penceramah jemputan dan Qiamullail sehingga  sahur dan solat Subuh berjemaah bersama baginda. 
 
 
  
 
Menurut Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Muhammad Hana Pizi Abdullah, Sultan Muhammad V begitu prihatin dalam soal masjid dan agama Islam. "Kami warga masjid amat dekat dengan baginda yang cukup prihatin dengan masjid dan agama. Seperti yang diketahui umum, baginda seorang sultan yang memang selalu berada di masjid dan rakyat senang bertemu dengan baginda," katanya. 
 
Muhammad Hana Pizi berkata kehadiran baginda di masjid dan majlis keagamaan menjadikan baginda begitu dekat dengan rakyat. "Sultan Muhammad V pernah mengimamkan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, yang disertai ribuan jemaah beberapa tahun lepas," katanya. 
 
RAJA-RAJA MELAYU ZURIAT AHLUL BAIT 
 
Dalam sejarah penyebaran dan perkembangan Islam di Alam Melayu ini, melibatkan sumbangan besar daripada zuriat Ahlul Bait yang memainkan peranan dominan. Ahlul Bait adalah ahli keluarga Rasulullah S.A.W yang terdiri daripada kalangan baginda sendiri, isteri-isteri, anak-anak dan keturunan baginda sehingga sekarang. Salah seorang puteri Rasulullah S.A.W yang termasuk dalam keluarga ini adalah Fatimah az-Zahrah. Fatimah berkahwin dengan anak saudara Rasulullah S.A.W iaitu ‘Ali bin Abi Talib. Hasil perkahwinan ini beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Hasan, Husain dan Muhsin (meninggal ketika masih kecil). 
 
Melalui kedua-dua orang cucu Rasulullah S.A.W ini, zuriat Ahlul Bait masih berterusan dan mempunyai peranan yang sangat besar dalam mengembangkan Islam di Alam Nusantara. Penghijrahan Ahlul Bait khususnya yang berketurunan daripada Imam Husain merupakan mereka yang menetap di Hadramaut Yaman. Kemudian mereka berhijrah ke Alam Melayu dengan tujuan awalnya adalah untuk berdakwah sambil berniaga. Di Nusantara mereka tersebar ke berbagai kepulauan seperti Sumatera, Jawa, Semenanjung Malaya, Sulawesi, Mindanau, Kalimantan, Champa dan sebagainya. 
 
Perjuangan zuriat Ahlul Bait itu telah terbukti daripada pertumbuhan dan perkembangan Islam di Alam Melayu ini, seperti Wali Songo sebagai pendakwah Islam di Tanah Jawa. Begitu juga, ulama-ulama yang berdakwah di Semenanjung Malaysia seperti di Terengganu. Sebahagian besarnya adalah Ahlul Bait daripada keluarga al- ‘Idrus. Di Johor, ulama-ulama Ahlul Bait daripada keluarga al-Saggaf, al-‘Attas, manakala di Pahang, sebahagian ulama daripada Ahlul Bait yang menyebarkan Islam di sana adalah terdiri daripada keturunan keluarga al-Yahya. 
 
Seterusnya, zuriat Ahlul Bait itu berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Sebahagian penting di kalangan mereka merupakan ulama yang terkenal sehingga dengan kemasyhuran mereka menyebabkan penduduk tempatan teruja. Ada yang dilantik sebagai Sultan untuk mentadbir sesebuah daerah di mana mereka berada ketika itu, seperti yang berlaku pada Kesultanan Kalimantan Pontianak, Kesultanan Perlis, dan sebagainya. 
 
Gelaran Ahlul Bait di setiap pulau atau negeri pula berbeza-beza seperti di Indonesia, Ahlul Bait lebih dikenali dengan panggilan Habib atau Sharif (untuk lelaki), Sharifah (untuk perempuan) dan ada juga yang lebih dikenali dengan nama panggilan keluarga seperti; al-Saggaf, al-Qudri, al-Yahya, al-Jamalullail, al-‘Attas, al-Kaf, al- Jufri, al-Habsyi dan sebagainya. Sedangkan di Semenanjung Malaysia, panggilan Ahlul Bait lebih dikenal dengan gelaran nama diawalnya dengan tambahan Syed, Sharifah dan ada juga dengan panggilan Ungku, Tuan, Wan dan sebagainya. 
 
Sultan Adiluddin merupakan pengasas dinasti Raja Kelantan lama (termasuk Patani) yang pertama dari keturunan Rasulullah SAW. Baginda yang lebih terkenal dengan nama ‘Raja Loyor’ merupakan putera Datu Nik Jamaluddin ibni Wan Abul-Muzaffar, ibni Sultan Abu Abdullah, Raja Champa yang bergelar Wan Bo. Sultan Abu Abdullah, atau Wan Bo pula ialah putera kepada Sayyid Ali Nurul Alam bin Sayyid Jamaluddin Al-Hussein 
 
Putera Sayyid Ali Nurul Alam yang bemama Sultan Abu Abdullah itu pula telah menjadi pengasas Raja Champa keturunan ahlul—bait mulai tahun 1471—1478M. Kesultanan Champa dari titisannya hanya dapat bertahan selama empat generasi sahaja, iaitu sehingga period pemerintahan datuk Long Baha, iaitu Nik Ibrahim (Po Nrop). Long Baha ialah raja yang memerintah Patani dalam tahun 1710-1715M, kemudiannya menjadi Raja Kelantan pula dalam tahun l7l9—1733M. Keturunannya bersambung—sambung menjadi raja Kelantan hingga ke hari ini. 
 
RAJA-RAJA ISLAM PIMPIN PERALIHAN KEPADA KHALIFAH AL-MAHDI 
 
Kesimpulannya, InsyaAllah dalam zaman peralihan kelak, Raja-Raja Islamlah yang akan menjadi simbol kesatuan dan kekuatan ummah, serta bertindak sebagai peneraju utama dalam mengharungi berbagai pergolakan hebat dengan musuh-musuh agama dengan dokongan alim-ulamak, sehingga sampai masanya untuk menyerahkan panji-panji agama kepada Al-Mandi AS apabila is dinobatkan sebagai khalifah ummah. Begitulah halnya yang terjadi apabila Allah melantik Thalut sebagai raja bagi kaum Bani Israil untuk memerangi Jalut.  
 
Allah SWT telah menobatkan Thalut dengan menganugerahkannya Peti Thabut sebagai tanda zahir penobatannya. Begitu juga bagi wira Islam yang agung, iaitu Sultan Salahuddin Al Ayubbi yang terkenal atas kegigihannya menerajui jihad Islami dalam Perang Sabil sehingga Allah SWT memberikan umat Islam kemenangan dan merampas kembali Baitul Macidis dari tangan orang Nasrani. Salahuddin berjuang atas platform Institusi Beraja dimana beliau sendiri menjadi Raja Mesir di waktu itu dan dinobatkan melalui pemberian alat-alat kebesaran khalifah. Maharaja India yang terkemuka, iaitu Sultan Auarangzeb memimpin umat Islam di India mencapai mercu.  
 
Di Alam Melayu, raja-raja seperti Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Acheh), Sultan Babullah (Ternate), Sultan Fatah (Jawa), Sultan Saiful Rijal (Brunei), Sultan Maulana Yusuff (Sultan Banten), Sultan Ahmad Tajuddin (Kedah) dan ramai lagi, semuanya menggempur penjajah kuffar sehingga diberikan kemenangan gemilang oleh Allah SWT. Semua mereka ini merupakan raja-raja Islam yang bernobat mengikut amalan tradisi.  
 
Kesimpulannya, Institusi Beraja insyaAllah akan menjadi platform yang diperlukan dalam perjuangan kita menentang musuh-musuh Islam di zaman peralihan yang bakal menjelang kelak. Oleh itu seharusnyalah Institusi yang sakaral ini diperkuat dan dipertahankan dengan segenap daya upaya kita sebagai persiapan dalam mengharungi zaman yang serba mencabar itu. Selainnya tunggu sahajalah takdir dari Allah sendiri untuk menobatkan kepimpinan ummah samada daripada Raja-Raja Islam hari ini mahupun pewaris-pewaris dari dinasti raja-raja terdahulu, khususnya yang bertitisan ahlul-bait Rasulullah SAW itu.  
 
Sesungguhnya bukanlah suatu kebetulan bahawa Allah SWT tetap memelihara Institusi Beraja Islam sejak zaman-berzaman walaupun cuba dihapuskan dengan segala kekuatan dan kesatuan musuh-musuh agama. Dan juga bukanlah rahsia lagi terdapat gerakan politik yang dipelopori DAP yang cuba menjatuhkan pemerintahan beraja apabila mereka beroleh kekuasaan kerana instituisi rajalah yang menjadikan Islam sebagai ugama rasmi dalam perlembagaan persekutuan. Dan bukanlah suatu kebetulan pula bahawa kebanyakan daripada Institusi Beraja ini, balk di bumi maghrib (barat), mahupun di bumi masyriq (timur) adalah daripada dinasti-dinasti yang bertitisan dari Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasululah SAW. 
 
http://petunjukzaman.blogspot.my/  
 
Sumber TKO - 3-1-2017 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Solat Berjamaah Adalah Syiar Kehidupan Seorang Pemerintah Islam
Seorang pemerintah dalam Islam mempunyai tiga tanggungjawab besar iaitu menegakkan Solat, menunaikan Zakat dan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.
 
Ia jelas seebagaimana disebut dalam surah al-Haj ayat 41;
Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų„ِŁْ Ł
َŁَّŁَّŲ§ŁُŁ
ْ ŁِŁ Ų§ŁْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ Ų£َŁَŲ§Ł
ُŁŲ§ Ų§ŁŲµَّŁَŲ§Ų©َ ŁَŲ¢ŲŖَŁُŲ§ Ų§ŁŲ²َّŁَŲ§Ų©َ ŁَŲ£َŁ
َŲ±ُŁŲ§ ŲØِŲ§ŁْŁ
َŲ¹ْŲ±ُŁŁِ ŁَŁَŁَŁْŲ§ Ų¹َŁِ Ų§ŁْŁ
ُŁْŁَŲ±ِ ۗ ŁَŁِŁَّŁِ Ų¹َŲ§ŁِŲØَŲ©ُ Ų§ŁْŲ£ُŁ
ُŁŲ±ِ 
 
“Mereka adalah orang yang sekiranya Kami beri mereka kekuasaan di bumi mereka menegakkan solat, menunaikan zakat dan menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah mungkar…
 
Tindakan mulia YDP Agong Sultan Muhammad ke 5 menunaikan solat berjamaah di masjid adalah satu tauladan yang patut diikuti oleh semua pemimpin Islam.
 
Penghinaan terhadap Agong yang solat berjamaah di masjid adalah tanda kejahilan umat Islam akhir zaman tentang tnaggungjawab dan fungsi seorang pemerintah.
 
Akibat terlalu lama dijajah oleh barat dan akibat pendidikan sekuler yang memisahkan politik daripada Islam serta amalan berpolitik keduniaan semata yang melihat hanya unsur kebajikan pemimpin bukan gabungan unsur ibadah dan kebajikannya maka lahirlah golongan yang menghina pemimpin solat berjamaah.
 
Dr Khairuddin at-Takiri 
Ahli Parlimen Kuala Nerus
 
Sumber BO - 20-12-2016
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Apa Kesan Kepada Rakyat Jika Pemimpin Negara Beriman, Bertaqwa
Agong solat Maghrib di Masjid Kem PGA Cheras
Kita biasa mendengar ungkapan “Manusia berada di atas cara hidup pemimpin mereka” Ertinya : 
Jika pemimpin negara kaki rasuah maka tidak hairanlah rakyatnya pula suka mengamalkan rasuah. 
Jika pemimpin negara taat kepada Allah swt, tidak meninggalkan solat maka Insyaallah, rakyatnya akan ikut mentaati Allah swt dan tidak meninggalkan solat.
 
Apabila rakyat mentaati Allah swt dan tidak meninggalkan solat maka akan terbentuk sebuah masyarakat yang bebas mungkar dan maksiat termasuk rasuah dan penyelewengan.
 
Firman Allah swt :
Ų§ŲŖْŁُ Ł
َŲ§ Ų£ُŁŲِŁَ Ų„ِŁَŁْŁَ Ł
ِŁَ Ų§ŁْŁِŲŖَŲ§ŲØِ ŁَŲ£َŁِŁ
ِ Ų§ŁŲµَّŁَŲ§Ų©َ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŲµَّŁَŲ§Ų©َ ŲŖَŁْŁَŁٰ Ų¹َŁِ Ų§ŁْŁَŲْŲ“َŲ§Ų”ِ ŁَŲ§ŁْŁ
ُŁŁَŲ±ِ ŁَŁَŲ°ِŁْŲ±ُ Ų§ŁŁَّŁِ Ų£َŁْŲØَŲ±ُ ŁَŲ§ŁŁَّŁُ ŁَŲ¹ْŁَŁ
ُ Ł
َŲ§ ŲŖَŲµْŁَŲ¹ُŁŁَ 
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. 
Surah Al Ankabut : 45
 
Apabila insan itu adalah insan yang soleh, maka ia akan soleh spiritual dan sosial. Sukar untuk kita menyaksikan insan yang soleh spiritual maka ia jahat sosial.
 
Nasrudin bin Hassan 
Ketua Penerangan PAS Pusat
 
Sumber BO - 17-12-2016
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Posted on Friday, December 16 @ 02:56:43 MYT
 Dilulus untuk paparan oleh  PenjualCendol
 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32855
 | 
No comments:
Post a Comment