BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, March 19, 2016

HARI INI DALAM SEJARAH PAS



Penubuhan Ameerah dilancar sempena 60 tahun PAS

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42676-penubuhan-ameerah-dilancar-sempena-60-tahun-pas

PRESIDEN PAS LANCARKAN PENUBUHAN AMEERAH SEMPENA SAMBUTAN 60 TAHUN PAS (1 OKTOBER 2011)

PADA hari ini dalam tahun 2011, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melancarkan sayap muslimat muda PAS, Ameerah sempena Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Ameerah adalah produk terbaru Dewan Muslimat PAS Pusat yang diwujudkan oleh Lajnah Poitik Wanita Muda Dewan Muslimat PAS Pusat. Ketuanya, Senator Mumtaz Nawi yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat berkata penglibatan wanita adalah melangkaui segenap aspek kehidupan termasuk politik dalam menjayakan siyasah syar'ieyah.

Menurut Ahli Dewan Negara dari Kelantan itu, dalam sejarah PAS, Muslimat bukan sahaja pernah bertanding dalam pilihan raya, bahkan menjadi wakil rakyat. Di luar Parlimen, Muslimat PAS menjadi tenaga penting parti, termasuk dalam jentera pilihan raya di peringkat Pusat, Negeri, Kawasan, DUN dan UPU. Penglibatan Muslimat juga tidak terhenti dengan generasi tua sahaja, tetapi mesti melibatkan Muslimat muda dari pelbagai profesion yang boleh menyumbang untuk kemajuan agama, khususnya dalam perjuangan PAS menegakkan Islam.

Sambutan 60 Tahun PAS telah diadakan pada 30 September hingga 1 Oktober 2011 di Kepala dengan pengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Dalam sambutan ini, acara karnival dan pameran sejarah 60 tahun PAS diadakan selama dua hari, di samping forum dan kongres tentang peranan PAS sebagai sebuah parti politik yang mahu menyelamatkan ummah. Pada malam terakhir, ucapan perdana yang diadakan turut melibatkan pemimpin DAP, Karpal Singh dan Lim Guang Eng. Dalam Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun PAS pada 1 Oktober 2011, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melancarkan Ameerah dan Gelombang Epal Hijau.

Pelancaran Ameerah yang dibuat dalam majlis Sambutan 60 Tahun PAS adalah simbol kematangan perjuangan PAS, kata Senator Mumtaz Nawi. Majlis sambutan selama dua hari ini turut diserikan oleh pelancaran Gelombang Epal Hijau yang juga merupakan projek Dewan Muslimat PAS Pusat. Ketika melancarkan Ameerah, Presiden PAS berkata pengorbanan para Muslimat dalam perjuangan Islam akan mendapat pahala yang tinggi di sisi Allah. Menurut beliau, hanya Muslimat yang lulus ujian, iaitu yang tidak kedekut masa dan harta untuk kemenangan Islam akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Dalam pada itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Zailah Yusof menyeru Muslimat muda supaya mematangkan diri dalam perjuangan Islam.

Ameerah dari segi bahasa bermaksud pemimpin wanita atau puteri. Ia mendukung visi ke arah kepemimpinan politik wanita muda bertaraf dunia dengan misi 3P - Politik, Patriotisme dan Partipasi. Fokus utama Ameerah adalah untuk menggiatkan kesedaran politik wanita muda, melahiran semangat patriotisme kepada negara dan meningkatkan partisipasi wanita dalam masyarakat. Sebagai satu entiti Dewan Muslimat PAS Pusat, Ameerah dipimpin Fareedah Samad sebagai Pengerusinya sejak 2011.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 1/10/2016

Sumber HD - 11-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




PAS Sabah: Langkah awal PAS di Borneo

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42657-pas-sabah-langkah-awal-pas-di-borneo

Persatuan Islam Seluruh Sabah (PAS Sabah) adalah sebuah cawangan autonomi PAS yang diwujudkan pada tahun 1964 untuk mengembangkan pengaruh PAS ke wilayah baru Malaysia, Sabah (sebelumnya Borneo Utara). Tenaga utama yang memainkan peranan menubuhkan PAS Sabah ialah seorang tokoh perniagaan berketurunan Arab, Habib Omar al-Saqqaf. Menurut maklumat Pendaftar Pertubuhan Sabah, Penaja PAS Sabah telah ditubuhkan dalam bulan Ogos 1964 dan satu permohonan menubuhkan PAS Sabah telah dikemukakan oleh Habib Omar as-Saqqaf pada September 1964, tetapi ia tidak dapat diproses kerana beliau tidak melampirkan salinan Undang-undang Tubuh PAS Sabah. Pada 17 November 1964, penubuhan PAS Sabah telah diumumkan di Sandakan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS, Ustaz Abu Bakar Hamzah.

Gagasan awal

Idea menubuhkan Cawangan PAS di Sabah telahpun dibangkit dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Rungkup dan Gunung Semanggol, Perak pada 1961 supaya PAS menyediakan pelan bertindak untuk berkembang ke Boneo setelah Tunku Abdul Rahman Putra mencadangkan penubuhan Malaysia pada 27 Mei 1961. Prof Zulkifli Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS membayangkan penubuhan PAS di Sabah dapat mengukuhkan rancangan Melayu Raya dan perkara akan dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-10 di Alor Setar pada 5-6 Januari 1962. Namun cadangan ini ditangguhkan oleh Jawatankuasa Agung PAS pada 3 Disember 1961 kerana PAS perlu mengkaji teknikal Undang-undang Tubuhnya.

Oleh kerana undang-undang Borneo Utara masih terpisah dengan Tanah Melayu ketika itu, seperti mana isu di Singapura, PAS melihat bahawa ia perlu dimulakan dengan menyelaraskan Undang-undang Tubuh PAS itu sendiri, yang akhirnya dipinda dengan membolehkan PAS mewujudkan dua jenis keahlian iaitu ‘ahli biasa’ dan ‘badan bergabung’ dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-11 pada 31 Disember 1962 – 2 Januari 1963. Setelah pindaan ini diluluskan pada 25 Jun 1963, PAS telah boleh membuka keahlian gabungan, satu konsep ini telah dipraktiskan oleh PAS Singapura sejak 1956 di mana ia diberikan autonomi sebagai badan gabungan kerana mempunyai dasar dan tujuan yang sama dengan PAS. Usaha menubuhkan PAS kemudiannya digiatkan semula di Sabah dengan usaha yang dibuat oleh Syed Omar as-Saqqaf al-Idid atau lebih terkenal sebagai Habib Omar as-Saqqaf.

Menubuhkan PAS Sabah

Habib Omar as-Saqqaf atau nama sebenarnya, Habib Ahmad Omar bin Habib Saqqaf al-Idid ialah seorang ahli perniagaan berketurunan Arab yang terkenal di Sandakan. Beliau dilahirkan pada 21 November 1912, di mana keluarga beliau berasal dari Singapura yang banyak terdedah dengan gerakan pembaharuan Islam di pulau jajahan British itu sebelum berhijrah ke Sabah. Salah seorang ahli keluarga beliau yang terkenal di Sabah ialah Datuk Habib Abdul Rahman Habib Mahmud, Menteri Kewangan Sabah dalam Kerajaan Usno pimpinan Tun Datu Mustapha Datu Harun. Sebagai seorang hartawan, beliau mempunyai syarikat Habib Omar as-Saqqaf Enterprise dan Syarikat Bangsawan yang menjalankan perniagaannya di Sandakan. Di atas usaha beliau, PAS dapat mengumpulkan ahli-ahli dan penyokongnya untuk menubuhkan PAS Sabah sejak 1963 hingga 1964.

Pada peringkat awal, Habib Omar as-Saqqaf telah berjaya mendapatkan sokongan Panglima Ismail Panglima Siat dari Kinabatangan dan Haji Muda dari Lahad Datu yang akan membawa pengikut masing-masing mendukung PAS. Seorang lagi tokoh awal ialah Othman Sidek, seorang pegawai Jabatan Pelajaran yang lebih terkenal dengan panggilan Othman Haji Sidek Education. Walaupun usaha menubuhkan PAS Sabah begitu mencabar, termasuk usaha Perikatan Sabah menghalangnya, selain faktor pendirian PAS menentang Malaysia dan tuntutan Presiden Macapagal ke atas Sabah, namun akhirnya pada pertengahan 1964, Persatuan Islam Seluruh Sabah (PAS Sabah) berjaya ditubuhkan.

Kehadiran Ustaz Abu Bakar Hamzah dalam rombongan Ahli-ahli Parlimen ke Sabah pada November 1964 itu telah dimanfaatkan oleh PAS Sabah untuk mengumumkan penubuhan badan gabungan PAS yang diberi autonomi di Sabah itu. Pada 10 November 1964, satu cawangan PAS Sabah telah ditubuhkan di Sandakan dan dilancarkan oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah, yang kemudiannya mendapat sokongan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Abdullah Zawawi Hamzah. Serentak dengan itu, PAS Sabah Cawangan Kinabatangan dan Lahad Datu juga sedang dalam proses penubuhan dengan PAS Sabah memberi fokus kepada Pantai Timur Sabah. Menurut Habib Omar as-Saqqaf, PAS Sabah merancang untuk menyertai Pilihan Raya Negeri Sabah 1967 dan telahpun menyerahkan permohonan mendaftarkan PAS Sabah kepada Pendaftar Pertubuhan. Antara tujuan penubuhan PAS Sabah ialah:

I. Untuk memperjuangkan wujudnya di Malaysia sebuah kerajaan Islam yang melaksanakan undang-undang Allah, meluaskan penyebaran Islam dan membentuk masyarakat yang mengamalkan Islam;
II. Untuk mempertahankan hak anak-anak Bumiputera Sabah;
III. Untuk mencari jalan secara Perlembagaan bagi meningkatkan kebajikan masyarakat untuk kehidupan yang lebih baik dalam semua urusan hidup;
IV. Untuk memperjuangkan ekonomi yang progresif dengan memberikan keadilan ekonomi kepada rakyat berdasarkan hukum Islam;
V. Untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara secara dalaman dan luaran;
VI. Untuk menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan
VII. Untuk mewujudkan masyarakat yang adil.

PAS Sabah kemudiannya merancang untuk melancarkan penubuhan PAS Sabah oleh pimpinan tertinggi PAS dalam bulan Mac 1965. Pada Januari 1965, Habib Omar as-Saqqaf telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk mendalami struktur organisasi dan pergerakan PAS. Pada akhir Januari 1965 juga, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Asri Haji Muda. Hasilnya, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS itu mengumumkan bahawa PAS akan berkembang di Sabah dan Sarawak dengan status autonomi mulai 1965. Berselang hari dengan pertemuan ini, Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy telah ditahan ISA kerana isu Konfrantasi Indonesia yang memberi kesan langsung terhadap organisasi PAS Sabah, kerana PAS dituduh mengkhianati Malaysia.

Kelumpuhan PAS Sabah

Bertolak dari isu Malaysia juga, telah berlaku konflik politik dalam Usno antara Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datu Mustapha dengan Ketua Menteri, Donald Stephen, sehingga membawa kepada kemenangan Tun Datu Mustapha dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 1967. Dengan kedudukan sebagai Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Mustapha telah menubuhkan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang menggabungkan Persatuan Islam Tawau (PIT), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Persatuan Islam Sabah (PIS) pada 10 Oktober 1969. Selain menggerakkan usaha dakwah melalui USIA, Tun Datu Mustapha juga telah memperkasakan Islam dalam kerajaan. Kedudukan ini telah menghilangkan fungsi sekali gus melumpuhkan PAS Sabah, terutama apabila PAS turut menyertai Kerajaan Campuran pasca 13 Mei 1969 dan Habib Omar as-Saqqaf sendiri menyertai Usno. Sejak itu, PAS Sabah telah lumpuh dan PAS Pusat sendiri menyokong usaha-usaha mengembangkan Islam oleh Usno dan USIA.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
29 September 2016 - HARAKAHDAILY 29/9/2016

Sumber HD - 29-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Dr Daeng Sanusi Mariok: Ulama senior PAS

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42630-dr-daeng-sanusi-mariok-ulama-senior-pas

Tokoh ulamak PAS paling senior yang masih ada dalam kepemimpinan PAS sekarang ialah Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Ustaz Dr Haji Daeng Sanusi Daeng Mariok. Tokoh berdarah raja dari keturunan Bugis yang berasal dari Benut, Pontian, Johor ini dilahirkan pada 8 Oktober 1936. Beliau mempunyai sejarah hidup yang sangat mencabar kerana konflik keluarga yang tercetus akibat persaingan pengaruh dalam keluarga diraja Bugis yang baru berhijrah dari Tanah Bugis di Sulawesi ke Johor pada awal abad ke-20, akibat penjajahan Belanda. Ayahnya, Raja Ibrahim adalah seorang putera yang dikenali sebagai Daeng Mariok selepas ditabalkan mengikut adat istiadat Bugis, telah berhijrah ke Kalimantan akibat krisis tersebut.

Membesar sebagai seorang putera Bugis yang kehilangan bapa tidak menghalang Daeng Sanusi untuk menjadi seorang yang berjaya walaupun pada awalnya beliau terlewat mengikuti pendidikan secara formal akibat krisis tersebut. Beliau mendapat pendidikan agama Madrasah Arabiyah Keluang pada 1951 sebelum memasuki Kolej Islam Malaya (KIM) pada 1959 dan sempat belajar bersama Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Lulus Sijil Tertinggi (Aliyah) di KIM pada 1963 telah membolehkan beliau melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar untuk ijazah sarjana (MA) dalam bidang Usuluddin dan lulus pada 1966. Dengan kelayakan ini, beliau pada awalnya menjadi penceramah di Radio Johor, sebelum dilantik sebagai pensyarah KIM, Petaling Jaya sehingga kolej ini diserap sebagai Fakulti Pengajian Islam UKM pada 1972.

Dari Universiti ke Pejabat Agung PAS

Sebagai pensyarah UKM, beliau mendapat biasiswa untuk menyiapkan kajian kedoktoran dalam bidang Usuluddin di Universiti Darul Ulum, Kaherah dan berjaya menghabiskan pengajiannya pada 1975. Setelah kembali ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di UKM sehingga bersara pada 1989. Kerana aktif dalam PAS, beliau ‘disekat’ daripada menduduki jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran dan juga akademik walaupun beliau adalah pensyarah pengasas UKM, bahkan sejak KIM lagi. Nama beliau lebih terkenal sebagai pemimpin PAS, berbanding sebagai seorang ahli akademik kerana beliau mula menonjol sebagai pemimpin PAS terutama setelah menamatkan PhD-nya di Kaherah pada 1975. Menurut tokoh yang lebih mesra dengan panggilan “Pak Daeng” ini, pada 1976 beliau dipanggil oleh Dato’ Mohd Asri Haji Muda, Yang Dipertua Agung PAS untuk meminta beliau aktif dalam kepemimpinan PAS.

Pak Daeng sebenarnya adalah antara tokoh ilmuan muda yang sangat rapat dengan Dato’ Mohd Asri sejak pertengahan 1970-an. Beliau sebetulnya mempunyai sejarah penglibatan dalam PAS sejak 1954, di mana beliau turut terlibat mengasaskan PAS Cawangan Benut, iaitu cawangan PAS yang kedua di Johor pada 6 Mei 1954, ketika berusia 18 tahun. Beliau menjadi ‘pekerja’ PAS Johor sebelum menjadi ahli PAS ketika berada di KIM pada 1966. Kerana kedudukan beliau sebagai pensyarah, kemudiannya melanjutkan pengajian ke Mesir, saat itu nama beliau belum disebut orang. Kejayaan beliau menamatkan pengajian kedoktoran pada 1975, menyebabkan beliau antara tokoh muda lulusan agama (selain Dr Haron Din, Ustaz Ali Taib dan Dr Ishak Rejab) yang mendapat perhatian Dato’ Mohd Asri dalam membentuk kepemimpinan pelapis PAS.

Dengan kesanggupan beliau untuk berkhidmat kepada perjuangan Islam, pada 1976, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS. Nama beliau melonjak dengan mendadak apabila beliau dipilih sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS dan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat untuk sesi 1977-1979, selain dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Johor. Namun, ketika itu tercetus krisis kepemimpinan PAS akibat isu Dato’ Mohamad Nasir yang diikuti oleh pemecatan PAS dari BN pada 1977. Setelah itu, kerajaan telah menggunakan AUKU untuk menghalang kakitangan akademik daripada aktif dalam politik, yang menyebabkan Pak Daeng terpaksa berundur dari kepemimpinan PAS. Setelah era kepemimpinan ulamak, Pak Daeng hanya menduduki Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat dan dipilih semula sebagai Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat pada sesi 1987-1989. Jawatan Naib Ketua ini adalah timbalan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Kemunculan semula Pak Daeng dalam kepemimpinan utama PAS ialah ekoran perletakan jawatan Ustaz Nakhaie Ahmad dari semua jawatan parti, termasuk Ahli Majlis Syura Ulamak PAS pada akhir 1988. Pada 30 Ogos 1988, Majlis Syura Ulamak PAS telah melantik Pak Daeng menduduki majlis tertinggi itu menggantikan Ustaz Nakhaie Ahmad dan terus berada dalam Majlis Syura Ulamak PAS sehingga 2007. Beliau turut menggantikan Ustaz Nakhaie Ahmad sebagai Pengarah Urusan Harakah pada 1988 hingga diambil alih oleh Ustaz Azizan Abdul Razak pada 1993. Dalam pemilihan parti pada 1989, ekoran pengunduran Pak Yusof Rawa, Pak Daeng terpilih mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Ustaz Nakhaie Ahmad, iaitu Naib Yang Dipertua Agung PAS bersama Ustaz Hassan Shukri, tokoh yang menjadi mentornya dalam kepemimpinan PAS pada 1970-an.

Pak Daeng menjadi Naib Presiden PAS selama lapan tahun sehingga 1997, di mana pengunduran beliau membolehkan Cikgu Mustafa Ali mengambil tempat tersebut. Walaupun tidak lagi menjadi Naib Presiden PAS, namun Pak Daeng kekal sebagai Pesuruhjaya PAS Johor, jawatan yang dipegangnya sejak 1996 sehingga diserah kepada Prof Dato’ Dr Mahfodz Mohamad pada 2005. Beliau turut kekal sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS selama enam penggal sejak 1988 hingga 2007. Salah satu pencapaian penting Pak Daeng ialah kejayaan beliau memenangi kerusi Parlimen Rantau Panjang, Kelantan untuk memboleh beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dari 1990 hingga 1999. Pada 2004, beliau bertanding di DUN Parit Raja, Johor, tetapi tewas. Sejak itu, beliau memilih untuk tidak lagi aktif dalam politik, sebaliknya memberikan tumpuan kepada perniagaan keluarga dan terlibat dalam industri pertanian.

Pak Daeng Muncul Semula

Persaraan Pak Daeng dari jawatan-jawatan kepartian ternyata tidak dapat membebaskan beliau dari mengikuti perkembangan PAS, parti yang dipimpinnya sejak 1976. Berjuang bersama PAS sejak 1954 merupakan pengalaman manis yang menyukarkan beliau meninggalkan begitu sahaja perjuangan PAS. Pada 2007, Pak Daeng telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilih PAS, sebelum dibawa semula dalam kepemimpinan PAS sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS pada 2015 di mana beliau berjaya menangani krisis kepemimpinan PAS yang tercetus selepas Muktamar PAS 2015 di Kuala Selangor. Kini Pak Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok merupakan ulamak PAS paling senior yang masih aktif dalam generasi awal PAS bersama Ustaz Hassan Shukri sejak awal 1950-an dan generasi kepemimpinan bersama Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din sejak 1970-an.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
27 September 2016 - HARAKAHDAILY 27/9/2016

Sumber HD - 27-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









PAS terima surat pembatalan sekatan politik dari KDN

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42502-pas-terima-surat-pembatalan-sekatan-politik-dari-kdn

PAS TERIMA SURAT PEMBATALAN SEKATAN POLITIK DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI (16 SEPTEMBER 1970)

PADA hari ini dalam tahun 1970, Setiausaha Agung PAS, Ustaz Baharuddin Abdul Latif telah menerima surat makluman daripada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Dr Ismail Abdul Rahman yang memaklumkan secara rasmi kepada PAS tentang pembatalan larangan berpolitik ekoran tragedi perkauman berdarah pada 13 Mei 1969. Dengan penarikan balik larangan berpolitik ini, seluruh kegiatan politik PAS sebagai sebuah parti politik yang sah dapat dijalankan semula setelah terhenti lebih dari setahun. Aktiviti politik rasmi PAS boleh dikatakan terhenti sebaik sahaja Pilihan Raya Umum Ketiga diadakan pada 10 Mei 1969.

Tragedi 13 Mei 1969 tercetus kerana api perkauman sempit yang ditiupkan oleh parti-parti politik tertentu, terutama setelah Perikatan gagal mempertahan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum 1969. PAS berjaya memenangi 12 kerusi Parlimen, sedangkan parti-parti bukan Melayu iaitu DAP memenangi 13 kerusi, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) lapan dan PPP empat, manakala Perikatan hanya menguasai 66 kerusi sahaja daripada 103 kerusi di Semenanjung. Perikatan juga kehilangan kerajaan Pulau Pinang ke tangan PGRM, selain gagal membentuk kerajaan di Perak dan Selangor. Parti-parti pembangkang bukan Melayu meraikan kemenangan mereka melalui perarakan-perarakan di bandar-bandar utama sambil menghina orang Melayu sehingga ia bertukar menjadi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Tragedi yang mengorbankan 169 nyawa ini telah menyebabkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 15 Mei 1969, menggubal satu ordinan untuk menggantung pilihan raya Parlimen dan DUN yang belum selesai dan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada 17 Mei 1969. Mageran yang diketuai oleh Tun Abdul Razak Hussein telah menggantung seluruh kegiatan yang berhubung dengan politik dan pilihan raya. PAS sendiri pada 20 Julai 1969 telah mengambil sikap menyokong langkah-langkah Mageran untuk mengembalikan keamanan dan keharmonian negara, termasuk menerima perlantikan dalam Majlis Perundingan pada 5 November 1969 dan dalam Jawatankuasa Muhibbah Negara pada 25 November 1969.

Dengan kerjasama yang diberikan oleh PAS, pada 30 Ogos 1970, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra telah mengumumkan penarikan balik larangan berpolitik dan mengisytiharkan prinsip-prinsip Rukun Negara serta mengumumkan pindaan Akta Hasutan 1948 bagi menghalang kegiatan subversif yang mempersoalkan isu-isu sensitif seperti kerakyatan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Tunku Abdul Rahman Putra juga mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari jawatan Perdana Menteri mulai 21 September 1970. Ekoran dari pengumuman oleh Perdana Menteri untuk menarik balik larangan berpolitik mulai 1 September 1970, pada 16 September 1970, PAS telah menerima pemakluman rasmi dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negari, sebelum ia dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS kepada seluruh organisasi parti pada 27 September 1970. Sejak itu, kegiatan politik PAS kembali bergerak secara terbuka dalam kerangka undang-undang.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
16 September 2016 - HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










Ustaz Hassan Shukri dipilih Timbalan Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42491-ustaz-hassan-shukri-dipilih-timbalan-presiden-pas

USTAZ HASSAN SHUKRI DIPILIH SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PAS (15 SEPTEMBER 2003)

PADA hari ini dalam tahun 2003, Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Haji Hassan Shukri telah dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS dengan mengalahkan seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Haji Mustafa Ali. Seorang lagi calon, Tuan Guru Dato' Dr Haji Haron Din yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS telah menarik diri pada saat akhir pemilihan tersebut. Pemilihan Ustaz Hassan Shukri diumumkan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-53 pada 11-15 September 2003.

Jawatan Timbalan Presiden PAS kosong ekoran kematian Presiden PAS, Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor pada 23 Jun 2002, yang menyebabkan Timbalan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terpaksa memangku jawatan utama PAS itu. Ini adalah kali pertama jawatan Timbalan Presiden PAS dipertandingkan sejak 1981. Dalam pemilihan tahun 1981, Pak Yusof Rawa mengalahkan Dato' Abu Bakar Umar, kemudian jawatan tersebut dipegang oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor (1982-1989) dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (1989-2002) tanpa bertanding.

Ustaz Hassan Shukri adalah ahli PAS sejak 1952 yang memegang nombor keahlian PAS 12,016. Beliau dilahirkan di Sabak Bernam pada 1937 dan mendapat pendidikan di Madrasah Yahyawiyah, Padang Rengas sebelum lulus ijazah Syariah dan Bahasa Arab dari Universiti Baghdad pada 1968. Beliau mula aktif dalam KPAS dan menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Perak pada 1963-1964. Selepas pulang dari Baghdad, beliau menjadi Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1968-1971) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1971-1973), sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS (1973-1979 dan 1982-1989), Ketua Penerangan PAS Pusat (1979-1981) dan Naib Presiden PAS (1989-2003). Di peringkat antarabangsa, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Pengasas WAMY pada 1972-1973, selain turut mengetuai Sekretariat Gerakan Islam di Amman dalam isu Perang Teluk pada 1989.

Pemilihan Ustaz Hassan Shukri ini telah mengakhiri spekulasi yang mengatakan kepemimpinan ulamak telah ditolak dalam PAS. Sebaliknya, ia adalah pengiktirafan terhadap peranan Ustaz Hassan Shukri sebagai pentadbir parti yang berpengalaman dan berpengaruh sehingga dianggap sebagai "Perlembagaan bergerak" dan "Arkib PAS." Ustaz Hassan Shukri juga berjaya meneruskan tradisi timbalan presiden sebagai pembantu utama presiden seperti yang telah dilaksanakan oleh Ustaz Haji Ghazali Abdullah (1951-1953), Ustaz Haji Mansor Hassan JP (1953), Dr Haji Abbas Alias (1953), Cikgu Ahmad Awang (1954-1956), Prof Zulkifli Mohamad (1956-1964), Dato' Mohd Asri Haji Muda (1964-1971), Ustaz Dato' Hassan Adli Mohd Arshad (1971-1977), Ustaz Dato' Abu Bakar Umar (1977-1981), Pak Yusof Rawa (1981-1982), Ustaz Fadzil Mohd Noor (1982-1989) dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (1989-2002). Ustaz Hassan Shukri memegang jawatan Timbalan Presiden PAS selama dua tahun sehingga 2005, sebelum ia diambil alih oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
15 September 2016 - HARAKAHDAILY 15/9/2016

Sumber HD - 15-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Ijtimak Antarabangsa perkukuh persaudaraan Islam

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42462-ijtimak-antarabangsa-perkukuh-persaudaraan-islam

IJTIMAK ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH PERKUKUH PERSAUDARAAN ISLAM (10 SEPTEMBER 1988)

PADA hari ini dalam tahun 1988, Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang berlangsung selama dua hari pada 9-10 September 1988 telah berjaya merangsang perpaduan dan persaudaraan Islam di seluruh dunia. Demikian ditegaskan oleh wakil Jamaat Islami Pakistan, Maulana Khalilul Hamidi ketika berucap dalam Ceramah Penutup pada malam terakhir Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Masjid Rusila, Marang, Terengganu. Selain wakil Pakistan tersebut, turut berucap ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Fadzil Mohd Noor, Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta wakil MILF dari Filipina, Ustaz Mohamad Ali. Ijtimak dua hari yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Terengganu ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Arab Saudi, Indonesia, Mesir, Aceh, Singapura, Filipina, Palestin, Kashmir, Afghanistan, Pakistan dan Iran, selain wakil Team B Umno, Berjasa dan Persatuan Ulamak Malaysia (PUM).

Dalam kata-kata aluan Mursyidul Am PAS yang juga Yang Dipertua PAS Pusat, Pak Haji Yusof Rawa, beliau menegaskan bahawa usaha untuk mengembalikan perpaduan ummah mesti dipikul oleh semua aktivis Islam di seluruh dunia, sehingga dapat mewujudkan ukhuwah Islamiyah yang tulus ikhlas. Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Fadzil Mohd Noor menjelaskan bahawa umat Islam pada masa ini sedang berhadapan dengan pelbagai tekanan daripada musuh-musuh Islam. Kerana itu, semangat umat Islam mesti dipulihkan dengan perpaduan supaya mereka dapat menegakkan daulah Islam dan keluar dari cengkaman musuh-musuh Islam.  Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Mustasyar Ijtimak pula menerangkan bahawa perpecahan umat Islam ketika ini adalah hasil usaha penjajah yang menerapkan fahaman perkauman, memasukkan faham keduniaan (sekular) dan memunculkan aliran-aliran ideologi sehingga berjaya menjatuhan kekhalifahan Islam.

Ketika merasmikan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 9 September 1988, Pak Haji Yusof Rawa menggesa umat Islam supaya bersatu-padu untuk membebaskan diri dari belenggu musuh. Ucapan beliau yang dibacakan oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor ini adalah berkait rapat dengan tekanan-tekanan politik tempatan yang sedang berlaku seperti Peristiwa Memali (1985), Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1988), rampasan tanah Muassasah Darul Ulum, Kedah (1987) dan juga perpecahan Umno (1988). Sedangkan di peringkat antarabangsa, bermula pertengahan dekad 1980-an telah menyaksikan penubuhan Hamas di Palestin oleh Sheikh Ahmad Yassin (1987), penangkapan pemimpin an-Nahdhah Tunisia oleh regim Habib Bourgiba (1988), penubuhan Barisan Penyelamat Islam (FIS) di Algeria oleh Dr Abasi Madani (1988) dan juga kejayaan Mujahiddin Afghanistan mengalahkan tentera Soviet Union yang menjajah sejak 1979.

Bersempena dengan ijtimak antarabangsa ini, tokoh-tokoh gerakan Islam luar negara telah hadir menyampaikan ucapan mereka seperti Saiful Islam Hassan al-Banna dari Mesir, Maamoon Hassan Hudhaibi dari Mesir, Sheikh Rashid Turabi dari Kashmir, Dr Mukhlis dari Indonesia, Dr Amanyar dari Afghanistan, Ustaz Mahmood Mehdi dari Iraq mewakili Mujahiddin Afghanistan, Maulana Khalilul Hamidi dari Pakistan, Ustaz Mohamad Ali mewakili MILF dari Filipina, Drs Abdullah Yusof dari Aceh dan lain-lain. Rata-rata ucapan wakil-wakil antarabangsa ini, selain memberi fokus kepada isu umat Islam di negara masing-masing, mereka telah menyeru supaya umat Islam membina kekuatan melalui perpaduan. Ijtimak antarabangsa ini telah dihadiri oleh lebih 100,000 orang peserta, termasuk wakil keluarga syuhada’ Memali. Tokoh-tokoh tempatan yang hadir ialah Ustaz Ahmad Awang, Yang Dipertua PUM, Ustaz Ibrahim Azmi, ahli Parlimen Kuala Nerus yang memimpin kumpulan serpihan Umno (Team B Umno) dan Ketua Pemuda Parti Berjasa, Drs Abdul Jalil Ahmad.

Majlis penutup Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ini kemudiannya disempurnakan oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor.  Manakala Mustasyar Ijtimak, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang berucap dalam Ceramah Penutup pada 10 September 1988 itu, berkongsi pengalaman umat Islam yang dihina dan menjadi bangsat di tanah air sendiri akibat perbuatan mereka menolak syariat Islam. Selepas dijajah, umat Islam diperintah oleh penguasa sekular yang gagal mengembalikan kekuatan umat dan membela maruah umat Islam. Menurut ahli Parlimen Marang itu, pemimpin-pemimpin umat Islam hari ini lebih sayangkan telaga-telaga minyak dan kekayaan negara berbanding dengan nasib umat Islam yang dibunuh di seluruh dunia. Hasil kejayaan ijtimak ini, PAS telah menganjurkan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kedua pada 30-31 Ogos 1993 dan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ketiga pada 19-22 Mac 2015.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
10 September 2016 - HARAKAHDAILY 10/9/2016

Sumber HD - 10-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













Tuan Guru Hussin Che Dol kembang PAS di Kelantan

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42458-tuan-guru-hussin-che-dol-kembang-pas-di-kelantan

TUAN GURU HAJI HUSSIN CHE DOL KEMBANGKAN PAS DI KELANTAN (9 SEPTEMBER 1953)

PADA hari ini dalam tahun 1952, Naib Yang Dipertua PAS, Tuan Guru Haji Hussin Che Dol telah memulakan program penerangan PAS di Kelantan dalam rangka meluaskan pengaruh PAS di negeri Tok Kenali ini, setelah berjaya menubuhkan PAS Cawangan Bukit Besar, iaitu cawangan PAS pertama di Kedah pada 5 September 1952 dannjuga PAS Cawangan Perlis pada 8 Mei 1952. Tuan Guru Haji Hussin Che Dol adalah Naib Yang Dipertua PAS Zon Utara yang bertanggungjawab terhadap negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Semenjak PAS mengambil pendirian pada 3 April 1952 untuk membuka sekurang-kurangnya 20 cawangan PAS di seluruh Tanah Melayu sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PAS yang pertama pada awal 1953,PAS telah berjaya menubuhkan cawangan-cawangannya di Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Perlis, Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan, tetapi PAS melihat Kelantan adalah antara prospek terbaik.

Antara faktor yang menyebabkan PAS yakin dengan kepentingan Kelantan dalam meluaskan pengaruh PAS ialah kerana banyaknya pondok dan ramainya ulamak di Kelantan. Ternyata perkembangan PAS di Seberang Perai, Perak, Kedah dan Perlis pada tahap ini adalah hasil dukungan para ulamak pondok. Untuk tujuan tersebut, PAS telah memutuskan supaya usaha mengembangkan PAS di Kelantan dibuat segera. Kedudukan Tuan Guru Haji Hussin Che Dol sebagai Naib Yang Dipertua PAS yang bertanggungjawab terhadap Kelantan mempunyai kelebihan dalam usaha ini. Pertama, kerana Tuan Guru Haji Hussin Che Dol adalah seorang ulamak yang mempunyai hubungan ilmu dengan ulamak-ulamak Kelantan dan Pattani, kerana ayahnya, Tuan Guru Haji Che Dol Gajah Mati (Sheikh Wan Ismail Wan Mustafa) adalah berasal dari Pattani, negeri yang menjadi tumpuan pelajar Kelantan. Tuan Guru Haji Che Dol juga merupakan mertua kepada Tuan Guru Haji Wan Ibrahim Wan Abdul Kadir (Pak Chu Him Gajah Mati), iaitu adik kepada Sheikh Wan Ismail (Pak Da Eil al-Fathani) dan sepupu kepada Sheikh Wan Ahmad al-Fathani yang sangat terkenal di Mekah.

Di Kelantan, saat ini hampir semua ulamaknya mempunyai hubungan ilmu dengan Tok Kenali, murid kanan Sheikh Wan Ahmad al-Fathani, terutama Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Ahmad. Tuan Guru Haji Abdullah Tahir sendiri adalah murid Tok Kenali yang mempunyai pondok terbesar di Kelantan selepas Perang Dunia Kedua. Kedua, adik Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, Tuan Guru Haji Mokhtar Ahmad, Qadhi Bachok adalah bekas Ketua Hizbul Muslimin Kelantan ketika Tuan Guru Haji Hussin Che Dol memimpin Hizbul Muslimin pada 1948. Ketiga, Pondok Bunut Payung yang dibangunkan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Tahir menjadi pusat kegiatan Jabhah ad-Diiniah al-Islamiyah Kelantan yang ditubuhkan pada 1934 sebagai persatuan ulamak pertama di Malaya yang bertujuan untuk menyatukan para ulamak Kelantan. Tuan Guru Haji Hussin telah memanfaatkan semua kelebihan ini untuk beliau mengembangkan pengaruh PAS di Kelantan.

Pada 6 September 1952, Tuan Guru Haji Hussin Che Dol telah bertolak ke Kelantan dengan tujuan untuk mengadakan penerangan tentang dasar dan tujuan PAS di Kelantan. Beliau bermalam di Madrasah Ahmadiyah (Pondok Bunut Payung) beberapa hari dalam melaksanakan misi tersebut, terutama untuk bermuzakarah dengan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir tentang perjuangan PAS. Pada 9 September 1952, program pertama di adakan di rumah Ustaz Adam Kamil di Pasir Puteh. Kemudian, pada 10 September 1952, Imam Che Muda Yusof dari Masjid Pasir Mas telah menyusun majlis penerangan serupa selepas solat Jumaat di Masjid Pasir Mas, diikuti oleh majlis penerangan di rumah Mohd Nor Senik, Pasir Mas pada malam 11 September 1952. Tuan Guru Haji Hussin Che Dol walau bagaimanapun berkeuzuran untuk memenuhi program pada 11 September 1952 itu. Hasil dari program penerangan ini, Ustaz Abdul Rahman Awang Sulong (Imam Masjid Mukim Beta) telah tampil sebagai ahli PAS pertama di Kelantan.

Selepas sesi penerangan dibuat oleh Tuan Guru Haji Hussin Che Dol ini, PAS telah berkembang di Pasir Mas, Machang dan Pasir Puteh, sebelum ia mula diterima oleh masyarakat Kota Bharu. Antara tokoh awal yang menggerakan pengaruh PAS di Kelantan ialah Ustaz Amaluddin Darus dan Ahmad Yatim di Pasir Mas, Ustaz Adam Kamil dan Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim di Pasir Puteh serta Haji Mohd Nor Yusof di Machang. Penyertaan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir ke dalam PAS pada 1954 telah menyebabkan ulamak-ulamak pondok mulai menyertai PAS secara besar-besaran selepas 1955. PAS juga berjaya membuka cawangan-cawangan di Kelantan dengan penubuhan PAS Cawangan Pasir Mas (23 Julai 1953), Machang (21 September 1953), Pasir Puteh (1 Oktober 1954) dan Kota Bharu (18 November 1954). Pada 26-28 Disember 1955, PAS telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Keempat di Pondok Bunut Payung, yang memberi isyarat bahawa Tuan Guru Haji Abdullah Tahir telah bersama perjuangan PAS, sekali gus mempercepatkan perluasan pengaruh PAS di Kelantan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
9 September 2016 - HARAKAHDAILY 9/9/2016

Sumber HD - 9-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















PAS Cawangan Bukit Besar pertama ditubuh di Kedah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42414-pas-cawangan-bukit-besar-pertama-ditubuh-di-kedah

CAWANGAN PAS PERTAMA DI KEDAH DITUBUHKAN DI BUKIT BESAR (6 SEPTEMBER 1952)

PADA hari ini dalam tahun 1952, PAS telah berjaya dikembangkan ke Kedah apabila PAS Cawangan Bukit Besar ditubuhkan dalam satu pertemuan umat Islam di Madrasah an-Nahdah, Bukit Besar, Kedah. Dalam pertemuan ini, mereka telah bersetuju menubuhkan Cawangan PAS dengan diketuai oleh Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi, Mudir Madrasah an-Nahdah, manakala Ustaz Ahmad Shukri Abdul Syukur sebagai Setiausaha dan Tuan Guru Haji Ahmad Yusof sebagai Penolong Setiausaha. PAS Cawangan Bukit Besar adalah antara 13 Cawangan PAS terawal ditubuhkan sepanjang tahun 1952 di samping PAS Cawangan-cawangan Bandar Pulau Pinang, Bukit Mertajam, Perak (Kuala Kangsar), Krian, Perlis, Kuala Lumpur, Rembau, Hilir Perak, Bayan Lepas, Sentul, Sungai Penchala dan Pokok Sena (Seberang Perai), manakala PAS Cawangan Singapura tidak luluskan.

Semanjak PAS ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 dan pembentukan Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 24 November 1951, tokoh ulamak Kedah, Tuan Guru Haji Hussin Che Dol, Yang Dipertua Persatuan Ulamak Kedah (PUK) (yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah), telah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PAS bagi kawasan Utara. Turut dilantik ialah seorang lagi tokoh Umno Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid (Setiausaha PUK) sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS. Atas usaha mereka, pada 2 Februari 1952, satu Majlis Penerangan PAS telah diadakan kepada PUK oleh Setiausaha Agung PAS, Ustaz Haji Ahmad Maliki. Dalam majlis ini, telah timbul cadangan supaya PUK menjadi ahli gabungan PAS, tetapi cadangan ini ditangguhkan. Walaupun cadangan ini ditangguhkan, beberapa tokoh ulamak di kaki Gunung Jerai ini iaitu Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi (Madrasah an-Nahdhah, Bukit Besar), Tuan Guru Haji Yahya Junid (Madrasah Khairiyah, Padang Lumat), Tuan Guru Haji Hussin Che Dol (Madrasah al-Akhlak as-Salam, Guar Chempedak), Tuan Guru Haji Pak Mid Ibrahim Bukit Besar, Tuan Guru Haji Ahmad Yusof dan lain-lain mengambil inisiatif menubuhkan cawangan PAS di Kedah, terutama setelah Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 3 April 1952 memutuskan supaya PAS menubuhkan cawangan-cawangan di seluruh Tanah Melayu, dan pada 8 Mei 1952 PAS Cawangan Perlis telah berjaya ditubuhkan.

Kejayaan ulamak-ulamak menubuhkan PAS Cawangan Bukit Besar pada 6 September 1952 ini bukan sahaja membolehkan mereka menyertai Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama pada 3 Januari 1953, tetapi juga telah meluaskan pengaruh PAS di Kedah. Antara cawangan yang awal menyusuli PAS Cawangan Bukit Besar ialah PAS Cawangan Bukit Aping (Bandar Baharu) dan PAS Cawangan Sungai Korok, Alor Setar yang ditubuhkan pada 1953. Cawangan-cawangan PAS yang lain ialah Kupang (1955), Kodiang (1955), Pinang Tunggal (1955), Alor Ganu (1956) dan Sik (1957). PAS Kedah juga berkembangan melalui sayap pelajarnya, Kesatuan Pelajar Agama Kedah (KPAK) yang berpusat di Maktab Mahmud, Alor Setar. KPAK menjadi anggota gabungan Kesatuan Pelajar Agama Se-Malaya (KPAS) yang sejak 1954 dipimpin oleh Ustaz Jamaluddin Amini Marzuki, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Di atas kekuatan ini, PAS Kedah mula menyertai Pilihan Raya Umum pada 27 Julai 1955 dengan cadangan meletakkan dua calon iaitu di Kota Star dan Kedah Selatan. Walau bagaimanapun, PAS hanya bertanding di kawasan Kedah Selatan melalui Ustaz Mohd Salleh Shafie, tetapi tewas dengan majoriti 19,487 undi. PAS menarik diri di Kota Star kerana menghormati Tunku Kassim Sultan Abdul Hamid, Tengku Laksamana Kedah yang menjadi calon Perikatan. Mulai 26 November 1954, Yang Dipertua PAS Cawangan Bukit Besar, Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang pertama selama sembilan tahun, sebelum diganti oleh Ustaz Dato' Abu Bakar Umar (1963-1975 dan 1977-1982), Ustaz Ismail Kassim (1975-1977), Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor (1982-1987 dan 1991-2000), Ustaz Azahari Abdul Razak (1987-1991), Ustaz Tan Sri Azizan Abdul Razak (2000-2013), Dato' Mahfuz Omar (2013-2015) dan Ustaz Dr Ahmad Fakharuddin Sheikh Fakhurazzi sejak 2015.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 September 2016 - HARAKAHDAILY 6/9/2016

Sumber HD - 6-9-12016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















Elak rebut jawatan Timbalan Presiden PAS reda polemik

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42388-elak-rebut-jawatan-timbalan-presiden-pas-reda-polemik

PIMPANAN PAS MAHU ELAKKAN PEREBUTAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UNTUK REDAKAN POLEMIK (3 SEPTEMBER 2003)

PADA hari ini dalam tahun 2003, beberapa pimpinan PAS mahu perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS yang menjadi polemik hangat apabila beberapa nama telah dicalonkan untuk mengisi jawatan tersebut dihentikan, setelah ia dikosongkan oleh Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Naib-naib Presiden PAS ketika ini ialah Senator Ustaz Hassan Shukri (Ahli Dewan Negara), Dato' Mustafa Ali (Exco Kerajaan Negeri Terengganu) dan Dato' Dr Hassan Ali (ADUN Gombak Setia, Selangor). Polemik ini timbul kerana ini adalah kali pertama jawatan Timbalan Presiden PAS dipertandingkan semenjak era kepemimpinan ulamak bermula pada 1982. Kerana itu banyak pihak mendesak supaya jawatan ini disyurakan dan jangan berlaku pertandingan.

Kekosongan jawatan Timbalan Presiden PAS berlaku apabila Presiden PAS, Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor meninggal dunia pada 23 Jun 2002 dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi memangku jawatan tersebut sejak 12 Jun 2002, selepas Presiden PAS itu mengalami komplikasi akibat pembedahan jantung. Dalam sejarah PAS, kali terakhir berlaku perebutan jawatan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS ialah dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-27 pada 17-19 April 1981 apabila Pak Yusof Rawa bertanding mengalahkan penyandang jawatan tersebut, Ustaz Dato' Abu Bakar Umar. Sebelum itu, semenjak Ustaz Haji Hassan Adli Mohd Arshad menjadi Pemangku Timbalan Yang Dipertua Agung PAS pada 29 Januari 1965 dan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS pada 20 Jun 1971, tiada pertandingan jawatan tersebut, sehingga beliau dipecat sebagai ahli PAS pada 9 November 1977 ketika krisis Dato' Mohamad Nasir berlaku. Dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-25 pada 7-9 September 1979, Ustaz Dato' Abu Bakar Umar dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung PAS mengalahkan Pak Yusof Rawa, setelah beliau memangkunya sejak 9 Januari 1978.

Jawatan Timbalan Yang Dipertua Agung sebelum ini telah dipegang oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor (1982-1989) dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (1989-2002) tanpa sebarang pertandingan. Selepas kematian Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak melantik Pemangku Timbalan Presiden PAS sehingga Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-49 pada 12-14 September 2003. Nama-nama popular yang disebut-sebut sebagai calon Timbalan Presiden PAS ialah Senator Ustaz Hassan Shukri, Dato' Mustafa Ali dan Tuan Guru Dato' Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memenangi jawatan Presiden PAS tanpa bertanding setelah tempoh pencalonan berakhir pada 28 Ogos 2003, sedangkan tiga tokoh tersebut menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

Media massa telah mula berpolemik tentang calon pemimpin nombor dua PAS sejak awal September 2003 dengan memberi fokus kepada tiga calon ini sehingga timbul isu golongan moderat menentang calon ulamak. Akhbar New Straits Times pada 1 September 2003 meramalkan Tuan Guru Dato' Dr Harun Din akan mengambil alih jawatan tersebut, tetapi Berita Harian pada 9 September 2003 meramalkan Dato' Mustafa Ali akan menang tanpa bertanding. Di sebalik desas-desus ini, terdepat usaha-usaha supaya jawatan tersebut disyurakan dan tiada pertanding. Beberapa pemimpin kanan PAS telah memberi pandangan kepada media pada 3 September 2003 supaya perebutan jawatan tersebut dielakkan. New Straits Times keluaran 4 September 2003 menyimpulkan semua pandangan pimpinan ini sebagai "call to avoid contest for PAS deputy president's post."

Dalam pemilihan parti yang diumumkan keputusan pada 14 September 2003 yang melibatkan pertandingan dua penjuru, Senator Ustaz Hassan Shukri telah diumumkan menang ke atas Dato' Mustafa Ali dengan lebihan sebanyak 173 undi. Sejak pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam tahun 2003 yang mengakhiri tradisi tanpa pemilihan ini, setiap kali pemilihan parti sentiasa berlaku pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS. Ustaz Nasharudin Mat Isa telah memenangi pemilihan jawatan ini bagi tahun 2005, 2007 dan 2009, manakala Haji Mohamad Sabu memenanginya untuk pemilihan tahun 2011 dan 2013, sedangkan pemilihan tahun 2015 dimenangi oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 September 2016 - HARAKAHDAILY 3/9/2016

Sumber HD - 3-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















Sejarah: Haji Ahmad Perai meninggal dunia

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42370-sejarah-haji-ahmad-perai-meninggal-dunia

HAJI AHMAD PERAI MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA (2 SEPTEMBER 1967)

PADA hari ini dalam tahun 1967, Ahli Parlimen Kelantan Hilir, Ustaz Haji Ahmad bin Abdullah atau lebih terkenal dengan gelaran Haji Ahmad Perai telah meninggal dunia akibat satu kemalangan jalan raya. Kecelakaan jalan raya yang berlaku di Chemor, Perak pada 30 Ogos 1967 telah menyebabkan beliau cedera parah dan dimasukkan ke Rumah Sakit Besar Ipoh, sebelum diterbangkan ke Kota Bharu pada 31 Ogos 1967. Pada hari Jumaat, dua hari selepas itu, kira-kira jam 6.25 petang, beliau menghembuskam nafas terakhir di Rumah Sakit Besar Kota Bharu. Ini adalah kematian berturut-turut wakil rakyat PAS selepas pembunuhan kejam ke atas Ahli Parlimen Pasir Mas Hulu pada 3 Julai 1967.

Haji Ahmad Perai, seorang tokoh agama dan ahli perniagaan yang terkenal  semenjak 1940-an adalah berasal dari Bagan Dalam, Seberang Perai yang lahir dalam tahun 1926. Kerana berasal dari Seberang Perai ini, nama beliau terkenal dengan panggilan 'Haji Ahmad Perai.' Dalam usia yang masih muda, beliau telah dibawa ke Mekah oleh keluarganya dan mendapat pendidikan agama di Tanah Suci selama 22 tahun. Kerana minatnya dalam bidang ekonomi dan perniagaan, beliau bertolak ke Bombay dan memasuki sebuah universiti di sana sehingga lulus ijazah ekonomi. Beliau pulang ke Malaya sebelum Perang Dunia Kedua dan menceburi bidang perniagaan di Seberang Perai dan Kedah. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau dilantik sebagai Manager Peladang Trading, Alor Setar. Nama beliau mulai mendadak naik ekoran penglibatan beliau dalam gerakan pemulihan ekonomi Melayu Islam yang berpusat di Gunung Semanggol.

Beliau menyertai Persidangan Ekonomi di Maahad Il Ihya as-Syariff pada 23 Mac 1947 yang berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS), di mana Haji Ahmad Perai dilantik sebagai wakil Kedah dalam Jawatankuasa Kerja PEPERMAS, dan sekali gus terpilih sebagai Naib Yang Dipertua Agung PEPERMAS bersama Burhanuddin Ganjil (Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Se-Malaya), Ibrahim Fikri (Terengganu) dan Encik Judin (Perak), sedangkan Ustaz Abu Bakar al-Baqir menjadi Yang Dipertua Agungnya. Antara sumbangan terbesar PEPERMAS ialah menubuhkan Bank Kebangsaan Melayu pada 1 Julai 1947, diikuti oleh cadang menubuhkan Bank Peladang pada Disember 1947 untuk mengatasi masalah hutang dan riba yang ditanggung oleh para petani Melayu, dan rancangan mereka mewujudkan Bank Perdagangan. Walau bagaimanapun, selepas Persidangan Agama-Ekonomi pada 13-16 Mac 1948, PEPERMAS telah diserapkan sebagai sayap ekonomi Hizbul Muslimin selepas parti Islam yang pertama itu ditubuhkan di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948. Pergerakan mereka terhenti oleh Ordinan Darurat 1948 yang membawa Ustaz Abu Bakar al-Baqir ke kem tahanan selama empat tahun.

Apabila PAS ditubuhkan pada 23 Ogos 1951, Haji Ahmad Perai tidak terlibat menubuhkan PAS, tetapi beliau mula bersama PAS dengan tertubuhnya PAS Cawangan Bukit Mertajam pada 20 April 1952 yang diketuai oleh Bendahari Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, beliau mula terlibat aktif, tetapi belum berjawatan dalam PAS. Pada 1957, beliau bertolak ke India untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang, tetapi dipanggil pulang oleh PAS kerana menghadapi Pilihan Raya Umum 1959. Beliau telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu Hilir, sebelum bertukar ke kerusi Kelantan Hilir pada 1964. Selepas 1959, beliau dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi PAS.

Ekoran kematian beliau pada 2 September 1967, kerusi Parlimen Kelantan Hilir telah kosong. PAS kemudiannya menamakan seorang tokoh agama muda, Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat dari Pulau Melaka sebagai calon PAS pada 25 September 1967. Kerana pencalonan ini, Ustaz Nik Abdul Aziz telah menyertai PAS pada 23 September 1967, sedangkan sebelumnya beliau hanya penyokong PAS.

Dalam Pilihan Raya Kecil pada 21 Oktober 1967, beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kelantan Hilir, sekali gus diangkat sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat pada 19 April 1968, jawatan yang dipegang sehingga 1995. Semenjak itu, nama Ustaz Nik Abdul Aziz menjadi terkenal sehingga terlantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan (1981-2013), Menteri Besar Kelantan (1990-2013) dan Mursyidul Am PAS (1994-2015).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 September 2016 - HARAKAHDAILY 2/9/2016

Sumber HD - 2-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Kerajaan PAS Kelantan umum alihkan wang ke Bank Islam

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42362-kerajaan-pas-kelantan-umum-alihkan-wang-ke-bank-islam

KERAJAAN PAS KELANTAN UMUM ALIHKAN WANG KERAJAAN KE BANK ISLAM UNTUK BENDUNG RIBA

PADA hari ini dalam tahun 1991, Kerajaan PAS Kelantan telah mengumumkan satu dasar untuk membersihkan harta kerajaan daripada unsur riba dengan memindahkan semua wang kerajaan di bank konvensional ke Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), iaitu satu-satunya yang mengamalkan sistem perbankan Islam ketika itu.

Sejak PAS mengambil alih Kerajaan Kelantan daripada BN mulai 22 Oktober 1990, PAS telah menunjukkan komitmen untuk melaksanakan syariat secara berperingkat bermula dengan sektor ekonomi dan sosial, sebelum melaksanakan sistem undang-undang jenayah Islam.

Dalam kenyataan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2 Februari 1991, bahawa undang-undang jenayah Islam tidak akan dilaksanakan secara serta-merta bagi mengelakkan tohmahan buruk, sebaliknya syariat dilaksanakan secara berperingkat termasuk menghapuskan amalan riba dalam masyarakat.

Mengharamkan riba adalah antara kewajipan kerajaan kerana riba diharamkan oleh Islam. Menurut Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, sistem kewangan riba menjadi senjata kuasa Barat untuk membelenggu ekonomi dunia dan umat Islam.

Apabila beliau menjadi Menteri Besar pada 22 Oktober 1990, "Antara perkara pertama yang ambo (Menteri Besar Kelantan) buat masa jadi MB (Menteri Besar), ambo panggil Pegawai Kewangan Negeri, minta pindah akaun kewangan Kerajaan (Kelantan) ke Bank Islam. Ambo buat ni tanpa mesyuarat, sebab ni perkara nas, tak perlu mesyuarat, kita kena buat." Dengan tindakan ini, Kerajaan PAS Kelantan bukan sahaja telah membersihkan simpanan tetap kerajaan dari riba, tetapi dapat memaksa bank-bank konvensional mengamalkan perbankan syariah mulai 1993.

Bagi menghapuskan amalan ekonomi haram dalam masyarakat Kelantan, Kerajaan PAS Kelantan telah memulakan dengan mengharamkan judi melalui sekatan lesen premis judi mulai 1 Januari 1991.

Susulan daripada itu, mulai 1 Februari 1991, diperkenalkan sistem qardhu hassan iaitu pinjaman tanpa faedah bagi pembelian kenderaan dan rumah kepada kakitangan kerajaan, selain menubuhkan Tabung Serambi Mekah pada awal 1991.

Ini diikuti oleh langkah kerajaan menyekat premis bank konvensional beroperasi di Kelantan melainkan mesti mempunyai produk berasaskan syariah mulai 1993. Sebelum itu, Kerajaan PAS Kelantan pada Mac 1992 telah memperkenal sistem gadaian Islam, ar-rahn bagi membersihkan riba dalam masyarakat, yang diikuti oleh pelancaran Amanah Saham Darul Naim (ASDN) yang patuh syariah.

Tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengumumkan pada 1 September 1991 tentang langkahnya untuk mengalihkan simpanan tetap kerajaan ke Bank Islam mulai 1993 ternyata memberi kesan besar kepada sistem kewangan Islam di negara ini.

Lebih-lebih lagi apabila Menteri Besar Kelantan pada 18 Julai 1992 bukan sahaja menegaskan dasar untuk memindahkan aset kewangan kerajaan ini ke Bank Islam, tetapi tidak akan meluluskan lesen premis untuk syarikat perbankan konvensional beroperasi di Kelantan mulai 1993.

Ekoran itu, Bank Negara pada 6 Mac 1993 telah memberi kebenaran kepada tiga buah bank untuk membuka 'Islamic Window' yang kemudiannya dikenali sebagai Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Pada 21 Ogos 1993, 10 buah lagi bank terlibat dengan SPTF, sehingga Bank Muamalat ditubuhkan pada 1999 sebagai bank Islam yang kedua.

Berdasar statistik, sebelum Kelantan memperkenalkan dasar kewangan tanpa riba, terdapat hanya sebuah bank Islam di Malaysia antara 1983 hingga 1992, tetapi ia telah meningkat kepada 21 buah bank yang mengamalkan SPTF pada 1993.

Menjelang tahun 1998, telah terdapat 49 buah bank yang mempunyai Skim Perbankan Islam (SPI), nama baru SPTF. Ekoran kegawatan ekonomi pada 1998 dan percantuman bank-bank, bilangan bank SPI telah dikurangkan kepada 36 buah.

Ternyata langkah Kerajaan PAS Kelantan yang mengumumkan pada 1 September 1991 untuk memindahkan simpanan kerajaan ke bank Islam, dan sekatan ke atas bank konvesional mulai 1993 untuk beroperasi di Kelantan telah menyebabkan kemajuan mendadak sistem kewangan Islam di negara ini.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 September 2016 – HARAKAHDAILY 1/9/2016

Sumber HD - 1-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS muktamad pindaan perlembagaan tubuh Majlis Syura Ulamak

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42337-pas-muktamad-pindaan-perlembagaan-tubuh-majlis-syura-ulamak

PAS MUKTAMADKAN PINDAAN PERLEMBAGAAN UNTUK TUBUH MAJLIS SYURA ULAMAK PAS (31 OGOS 1983)

PADA hari ini dalam tahun 1983, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersama wakil-wakil Badan Perhubungan PAS Negeri telah memuktamadkan pindaan Perlembagaan PAS dalam satu mesyuarat khas di Kuala Lumpur.
Tujuan utama pindaan Perlembagaan PAS ini adalah untuk membolehkan PAS menubuhkan Majlis Syura Ulamak PAS sebagai institusi tertinggi yang mengawal dasar parti. Ia adalah manifestasi daripada keputusan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-28 yang menggagaskan konsep kepemimpinan ulamak yang menjadi teraju perjuangan PAS.

Dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-28 pada 23-24 Oktober 1982, satu usul Dewan Pemuda PAS Pusat untuk PAS mempelopori dan mengamalkan konsep kepemimpinan ulamak telah diluluskan, bersama usul supaya Perlembagaan PAS (Pindaan) 1977 dipinda untuk menubuhkan sebuah 'Majlis Ulamak' yang menjadi tempat rujukan dan berkuasa memutuskan setiap urusan PAS.
Ekoran itu, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 4 November 1982 telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Pemangku Setiausaha Agung PAS, Ustaz Hassan Shukri bagi mengkaji pindaan Perlembagaan PAS, untuk diangkat ke Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-29 dalam tahun 1983. Jawatankuasa Khas ini telah menyusunkan beberapa perkara sebagai cadangan kepada pindaan Perlembagaan PAS tersebut, antaranya:

I. Perubahan nama jawatan-jawatan utama PAS seperti Yang Dipertua Agung PAS kepada Presiden PAS;

II. Mewujudkan satu jawatan baru dalam Jawatankuasa Kerja Agung PAS iaitu Ketua Penerangan PAS;

III. Mengubah fungsi Dewan Ulamak PAS kepada tanggungjawab tarbiyah dan pendidikan;

IV. Mengawal kuasa Yang Dipertua Agung PAS dalam melantik pegawai utama parti, iaitu mesti dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS;

V. Penubuhan Majlis Syura Ulamak PAS sebagai manifestasi daripada konsep kepemimpinan ulamak.

Berbeza dengan cadangan-cadangan lain yang bertujuan memperkemas dan menambah baik organisasi PAS sedia ada, cadangan menubuhkan Majlis Syura Ulamak PAS adalah langkah radikal dalam memperkasakan peranan para ulamak dalam PAS. Pindaan ini menggariskan tiga kuasa Majlis Syura Ulamak PAS iaitu: i) menafsirkan Perlembagaan PAS, ii) mengawal dasar parti, dan iii) mengawal tatatertib atau disiplin ahli PAS. Majlis ini kelak akan diketuai oleh seorang Mursyidul Am, sedangkan ahli-ahlinya seramai 12 orang adalah terdiri dari para ulamak. Badan ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Yang Dipertua Agung PAS dan Jawatankuasa Kerja Agung PAS dengan tujuan memastikan "penentuan dasar PAS itu lebih terjamin dari segi sandarannya kepada kehendak-kehendak syariat Islam."

Cadangan-cadangan yang digariskan oleh Jawatankuasa Khas telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 12 April 1983, sebelum ia diangkat kepada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-29 pada 30 April hingga 1 Mei 1983. Cadangan Jawatankuasa Khas ini telah diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS, tetapi isu perubahan nama jawatan-jawatan utama telah diubah dari cadangan "Presiden PAS" kepada "Yang Dipertua PAS Pusat," dengan ketetapan ia mesti dikaji semula oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS bersama tiga wakil Badan Perhubungan Negeri. Setelah melepasi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 8 Mei 1983 dan 20 Ogos 1983, maka Jawatankuasa Kerja Agung PAS bersama wakil-wakil Badan Perhubungan PAS Negeri pada 31 Ogos 1983 kemudiannya telah mengesahkan pindaan baru ini, sebelu dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
31 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 31/8/2016

Sumber HD - 31-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























Mr Opposition angkat sumpah Ahli Majlis Undangan Persekutuan

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42320-mr-opposition-angkat-sumpah-ahli-majlis-undangan-persekutuan


MR OPPOSITION MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI MAJLIS UNDANGAN PERSEKUTUAN (30 OGOS 1955)

PADA hari ini dalam tahun 1955, wakil rakyat tunggal pembangkang mewakili PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Undangan Persekutuan (Federal Legislative Council) setelah memenangi Pilihan Raya Umum pada 27 Julai 1955. Beliau merupakan satu-satu calon bukan Perikatan yang menang bagi kerusi Krian daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya tersebut untuk mengisi salah satu kerusi Majlis Undangan Persekutuan yang mempunyai 98 ahli itu. Dengan berlangsungnya majlis mengangkat sumpah ini, maka rasmilah Bendahari Agung PAS itu sebagai wakil pembangkang tunggal, yang kemudiannya lebih dikenali sebagai "Mr Opposition" di kalangan anggota majlis perundangan tersebut.

Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin merupakan seorang ulamak terkenal di utara Semenanjung. Beliau adalah salah seorang ulamak yang berkerja keras dalam mengasaskan PAS, walaupun pada awalnya merupakan aktivis Umno. Ulamak keturunan Banjar ini adalah anak kepada Tuan Hussin Kedah, ulamak besar yang tersohor itu dan beliau mendapat pendidikan tinggi di Mekah, sebelum menjadi Mudir Madrasah al-Khairiyah, Pokok Sena, Seberang Perai. Di dalam PAS, beliau pernah dilantik sebagai Bendahari Agung PAS, Ahli Jemaah Pemangku Yang Dipertua Agung PAS, Ketua Dewan Ulamak PAS dan Ahli Jawatankuasa Agung PAS. Pada 23 Disember 1956, beliau mewakili Dr Haji Abbas Alias menyampaikan Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kelima.

Dengan terlantiknya Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin sebagai Ahli Majlis Undangan Persekutuan secara rasmi pada 30 Ogos 1955, maka beliau telah memainkan peranan penting dalam membawa suara Islam ke majlis perundangan itu. Bekas Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda mencatatkan peranan beliau, "sebagai seorang ulamak terkenal dan mempunyai ketokohan dan kedudukan yang terhormat dalam masyarakat, maka kehadiran beliau (Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin) dalam Majlis Undangan Persekutuan itu merupakan titik tolak penting dalam sejarah PAS." Sepanjang empat tahun (1955-1959) beliau berada dalam Majlis Undangan Persekutuan, beliau telah membangkitkan isu-isu masyarakat, kedudukan Islam, bahasa Melayu, ketuanan Melayu, pelajaran dan juga isu antarabangsa. Sejak mula dicalon oleh PAS, beliau telah difitnah oleh Umno kononnya Majlis Undangan bukan tempat "membaca doa nasi kunyit" atau mengajar hadis, bahkan mendakwa beliau tidak dapat berfungsi kerana "tidak tahu berbahasa Inggeris."

Semua fitnah ini tertolak apabila beliau dicatatkan tidak pernah 'memonteng' sidang Majlis Undangan Persekutuan dan berperanan aktif. Bermula dengan membangkit isu rakyat seperti bantuan nelayan, ganti rugi penanam padi, kedudukan pesara kerajaan, penglibatan lepasan sekolah dalam perkhidmatan awam, hinggalah masalah penubuhan Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan ancaman komunis. Antara sumbangan besar beliau ialah cadangan berkait sekolah-sekolah agama rakyat yang dibangkitkan pada 14 Mac 1956, dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Penyiasat Sekolah Agama. Hasilnya, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Menimbang Bantuan Kewangan Kepada Sekolah Agama Bukan Kerajaan yang turut dianggotai oleh beliau, dengan diketuai Abdul Rahman Talib. Kerana cadangan mereka, kerajaan memasukkan bantuan sekolah agama dalam Ordinan Pelajaran 1957. Pada 16 Mei 1956, Tuan Guru Haji Ahmad telah berucap menyokong Penyata Pelajaran Razak dengan menekankan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan, lalu tarikh penerimaan Penyata Razak 1956 ini (16 Mei) dijadikan 'Hari Guru.' Dalam perbahasan Belanjawan 1957 pada 13 November 1956, beliau telah mencadangkan supaya jualan arak dihapuskan dan cadangan penghapusan judi laga binatang pada 15 Ogos 1957.

Peranan terpenting Tuan Guru Haji Ahmad di Majlis Undangan Persekutuan ialah apabila beliau memberi pandangan tentang Penyata Reid atau Kertas Putih Perlembagaan pada 10 Ogos 1957. Ucapan beliau terfokus kepada beberapa isu seperti Perlembagaan ini "will not benefit to the Malay," kerana soal  kebangsaan tunggal, hak ketuanan Melayu dan kerakyatan jus soli akan "melenyapkan dan menanggalkan hak mutlak bangsa Melayu di dalam tanah airnya sendiri." Dalam soal Islam sebagai agama Persekutuan yang sekular, beliau menegaskan "but this would be lower the dignity of Islam, for Islam cannot, under modern condition, be associated with the State." Ini selari dengan pandangan PAS yang menegaskan "... (Islam) ialah agama yang menjadi panduan kepada hidup negeri ini, dan kepada pemerintahan negeri ini dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya." Bagi beliau, isu ini timbul kerana Perlembagaan Persekutuan digubal tanpa penglibatan rakyat, melainkan Perikatan, Raja-raja Melayu dan British sahaja.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
30 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 30/8/2016

Sumber HD - 30-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Pimpinan Dewan Pemuda PAS sesi pertama dibentuk

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42314-pimpinan-dewan-pemuda-pas-sesi-pertama-dibentuk

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS SESI PERTAMA DIBENTUK (29 OGOS 1953)

PADA hari ini dalam tahun 1953, Dewan Pemuda PAS sesi yang pertama, 1953-1956 telah dibentuk setelah Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Othman Abdullah mengumunkan kepada media senarai barisan Ahli Jawaankuasa Kerjasa Dewan Pemuda PAS sebaik sahaja Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kedua pada 26-27 Ogos 1953 selesai.
Dalam Kongres Pemuda Islam Se-Malaya yang menubuhkan Dewan Pemuda PAS pada 25 Ogos 1953, telah melantik Ustaz Othman Abdullah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS, tetapi menyerahkan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS itu untuk melantik semua pegawai (ahli jawatankuasa kerja) sayap pemuda PAS itu. Media massa seperti Utusan Melayu telah menyiarkan senarai penuh pimpinan Dewan Pemuda PAS sesi pertama ini.

Pada 29 Ogos 1953, Utusan Melayu menyiarkan senarai pimpinan Dewan Pemuda PAS seperti berikut: Ustaz Othman Abdullah (Ketua), Cikgu Ahmad Awang (Wakil Awang), Ustaz Abdul Kadir Kamal (Setiausaha), Ustaz Jamaluddin Amini Marzuki, Haji Jaafar, Haji Ahmad Ali, Ustaz Muhammad Noh, Ismail, Ustaz Ishak Baharom dan Tarmizi (Ahli Jawatankuasa). Ketua Dewan Pemuda PAS yang diangkat oleh Kongres Pemuda Islam Se-Malaya itu adalah seorang lepasan bidang syariah dari Universitas Muhammadiyah, Padang, Sumatera Barat. Beliau yang menjadi guru agama di Chikus, Hilir Perak adalah bekas pegawai berpangkat kapten dalam pasukan Hizbullah, sayap tenteta Masyumi selepas Perang Dunia Kedua. Pada mulanya beliau aktif dalam Umno di Sabak Bernam sebelum menyertai PAS pada 1951. Selain menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS, beliau turut menjawat jawatan Naib Yang Dipertua Agung PAS serentak, dan pernah menjadi Setiausaha Agung PAS dan Ketua Penerangan PAS.

Pasukan Dewan Pemuda PAS generasi pertama ini turut diperkukuhkan oleh beberapa pemuda yang agresif seperti Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Kadir Kamal, Ustaz Amaluddin Amini Marzuki dan Haji Ahmad Ali. Wakil Ketua Dewan Pemuda PAS, Cikgu Ahmad Awang adalah guru besar di Sekolah Melayu Kepala Batas, seorang lepasan Sultan Idris Training College (SITC, sekarang UPSI) yang kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS sesi 1953-1954. Jawatan tertinggi beliau dalam PAS ialah Timbalan Yang Dipertua Agung dan Ahli Jemaah Pemangku Yang Dipertua Agung PAS pada zaman Dr Haji Abbas Alias. Ustaz Abdul Kadir Kamal, Setiausaha Dewan Pemuda PAS pula merupakan seorang guru kanan di Madrasah ad-Daeratul Wathaniyah, Kepala Batas yang menjadi tenaga penting PAS di Seberang Perai Utara itu. Sedangkan Ustaz Jamaluddin Amini Marzuki pula adalah guru di Maktab Mahmud yang aktif dalam program tarbiyah pelajar di Kedah. Beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Kesatuan Pelajar Agama Se-Malaya (KPAS) pada 1954, selain pernah menjadi Wakil Ketua Dewan Pemuda PAS pada zaman Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad.

Tokoh yang lain yang ternama ialah Haji Ahmad Ali dari Perak yang banyak terlibat dalam kepemimpinam PAS pada dekad 1950-an, sedangkan Ustaz Ishak Baharum, seorang guru muda di Madrasah al-Masriyah, Bukit Mertajam tidak begitu menonjol kerana beliau ke India untuk menyambung pengajian di Darul Ulum, Deoband pada akhir 1953. Jawatan terakhir beliau ialah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS selepas dipecat dari jawatan Mufti Selangor pada 1998. Walaupun Dewan Pemuda PAS mempunyai tokoh-tokoh yang hebat ketika ini, tetapi organisasinya hampir tidak bergerak disebab krisis dalaman PAS yang berlaku selepas perletakan jawatan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan pada 26 September 1953. Boleh dikatakan hampir seluruh tenaga pemuda ketika ini ditumpukan untuk mengukuhkan PAS dan menggerakan pelajar melalui KPAS. Organisasi Dewan Pemuda PAS kembali aktif selepas diadakan Kongres Dewan Pemuda PAS Kedua pada 23 Disember 1956 yang melantik Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
29 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 29/8/2016

Sumber HD - 29-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Kongres Pemuda Islam tubuh Dewan Pemuda PAS

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42276-kongres-pemuda-islam-tubuh-dewan-pemuda-pas

Kongres Pemuda Islam Berjaya Tubuhkan Dewan Pemuda PAS (25 Ogos 1953)

PADA hari ini dalam tahun 1953, PAS telah menganjurkan satu Kongres Pemuda Islam Se-Malaya di Madrasah al-Ulum as-Syar'iyyah, Bagan Datoh, Perak yang menghimpunan para pemuda Islam dari seluruh Tanah Melayu. Kongres Pemuda Islam yang dihadiri oleh wakil-wakil Cawangan PAS seramai hampir 300 orang telah meluluskan Peraturan Dewan Pemuda PAS, sekali gus menubuhkan Dewan Pemuda PAS. Dalam kongres ini juga, seorang tokoh ulamak muda PAS, Ustaz Othman Abdullah dari Hilir Perak dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS yang pertama.

Kemunculan Dewan Pemuda PAS berawal dari keputusan Jawatankuasa Kerja PAS satu usul untuk menubuhkan Dewan Pemuda Islam pada 3 April 1952 dan melantik Ustaz Haji Ahmad Badawi Abdullah sebagai ketuanya. Pada 3 Januari 1953, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama telah meluluskan usul supaya Dewan Pemuda PAS sebagai sebuah sayap PAS bersama Dewan Ulamak PAS dan Dewan Muslimat PAS untuk menggerakkan perjuangan kemerdekaan. Hasilnya, pads 17 Mei 1953, Jawatankuasa Tadbir (Harian) PAS telah membincangkan persiapan untuk menganjurkan Kongres Pemuda Islam Se-Malaya bagi menubuhkan Dewan Pemuda PAS, sekali gus menggubal draf Peraturan Dewan Pemuda PAS. Pada 8 Julai 1953, Jawatankuasa Tadbir PAS menetapkan supaya kongres ini diadakan pada 29 Ogos 1953, tetapi diawalkan kepada 25 Ogos 1953 mengikuti tarikh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kedua pada 26-27 Ogos 1953. Jawatankuasa Kerja Agung PAS kemudiannya meluluskan perlaksanaan kongres ini dan juga Peraturan Dewan Pemuda PAS pada 26 Julai 1953.

Kongres Pemuda Islam Se-Malaya yang berlangsung pada 25 Ogos 1953 ini dibuka oleh Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan memutuskan dua perkara; i) mengesahkan Peraturan Dewan Pemuda PAS dan ii) melantik Pegawai-pegawai Dewan Pemuda PAS untuk sesi 1953-1954 yang terdiri daripada seorang Ketua, seorang Wakil Ketua, seorang Setiausaha dan tujuh orang Ahli Jawatankuasa Kerja. Akhirnya, seperti yang dirancang, Ustaz Othman Abdullah, Setiausaha PAS Cawangan Hilir Perak, telah dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS. Beliau yang berkelulusan syariah dari Universitas Muhammadiyah, Padang merupakan pegawai yang berpangkat kapten dalam Hizbullah, sayap tentera Masyumi di Indonesia. Setelah pulang ke Tanah Melayu, beliau menyertai Umno dan pernah menjadi guru agama di Hilir Perak dan Sabak Bernam. Beliau terkenal pidatonya yang lantang dan mempunyai daya kepemimpinan yang baik.

Peraturan Dewan Pemuda PAS 1953 yang diluluskan oleh Kongres Pemuda Islam Se-Malaya telah menetapkan penubuhan Dewan Pemuda PAS sebagai sayap pemuda bagi PAS. Ia juga menggariskan empat tujuan penubuhan Dewan Pemuda PAS, iaitu:

I. Mengelola dan menjalankan di  Tanah Melayu ini sebuah badan pemuda Islam bagi melaksanakan segala tuntutan Islam dan siasah berdasarkan demokrasi;

II. Menggalakkan perhubungan serta mengeratkan persaudaraan dalam Islam dan menghapuskan perbalahan dan perasaan berpuak dan menjauhkan perkara-perkara yang memecahkan perpaduan umat Islam dan menjatuhkan mutu kemuliaan Islam;

III. Menanam dan menghidupkan jiwa ke-Islaman serta mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam erti kata yang sebenarnya dalam penghidupan sehari-hari; dan

IV. Amnya, menghasilkan, melaksanakan dan menjalankan segala tuntutan dan kehendak-kehendak PAS.

Dengan terlaksananya Kongres Pemuda Islam Se-Malaya ini, maka tertubuhlah Dewan Pemuda PAS sebagai dewan yang pertama wujud secara rasmi, kerana Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat hanya dapat mengadakan kongres penubuhan mereka pada 13 Disember 1957.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
25 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 25/8/2016

Sumber HD - 25-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Dr Burhanuddin sampaikan ucapan dasar pertama

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42270-dr-burhanuddin-sampaikan-ucapan-dasar-pertama

DR BURHANUDDIN AL-HELMY MENYAMPAIKAN UCAPAN DASAR PERTAMA MENJELANG MERDEKA (24 OGOS 1957)

PADA hari ini dalam tahun 1957, Yang Dipertua Agung PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy Mohd Noor telah menyampaikan Ucapan Dasar pertama sebagai pemimpin tertinggi PAS semenjak beliau dipilih mengetuai parti Islam ini dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Keenam pada 25 Disember 1956. Ucapan Dasar ini disampaikan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketujuh pada 24-25 Ogos 1957. Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketujuh ini diadakan menjelang kemerdekaan negara, bagi membolehkan PAS memberikan pandangan-pandangan berkait dengan kemerdekaan negara yang akan diproklamasikan pada  31 Ogos 1957.

Dr Burhanuddin al-Helmy adalah Yang Dipertua Agung PAS yang ketiga selepas Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953) dan Dr Haji Abbas Alias (1953-1956). Beliau adalah seorang doktor homeopathy yang memegang ijazah PhD dalam bidang psikologi Islam. Tokoh yang dilahirkan di Changkat Tualang, Perak ini adalah bekas pemimpin Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung (KRIS), Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan gabungan PUTERA-AMCJA, selain turut terlibat mengasaskan Umno, Hizbul Muslimin dan Parti Rakyat. Beliau yang menjadi Penasihat Agama dan Adat Istiadat Melayu di Markaz Tentera Jepun di Taiping dan dipenjara beberapa kali oleh penjajah kerana perjuangannya, sehingga muncul sebagai tokoh politik yang terkenal di peringkat antarabangsa dan dikenali sebagai tokoh pejuang kemerdekaan yang digelar "Putera Terbesar Tanah Air."

Setelah beliau memimpin PAS pada akhir 1956, selain mengukuhkan organisasi PAS, beliau telah menggunakan Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS yang disampaikan pada 24 Ogos 1957 ini untuk mempertegaskan pegangan-pegangan PAS dalam menghadapi kemerdekaan. Beliau mempertegaskan bahawa seluruh perjuangan PAS adalah di atas cita-cita Islam yang berbentuk tiga segi iaitu bangsa, nusa dan agama, tetapi "dikembalikan kepada Allah semua urusan." Bagi memperkukuhkan cita-cita Islam ini, Dr Burhanuddin al-Helmy menggariskan tujuh strategi iaitu menerapkan ilmu pengetahuan, mengukuhkan sistem organisasi PAS, meningkatkan disiplin dan rasa tanggungjawab ahli-ahli, meningkatkan gerak kerja penerangan dan mubaligh kepada masyarakat, menggerakan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS sebagai jentera perjuangan dan ahli-ahli mestilah berkorban dengan ikhlas dalam perjuangan Islam.

PAS, menurut Dr Burhanuddin al-Helmy adalah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu. Kemerdekaan penuh menurut beliau ialah negara ini mesti berkebangsaan Melayu, diakui secara undang-undang bahawa orang Melayu adalah tuan punya negeri ini, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini, Islam menjadi agama rasmi dan kerakyatan secara jus soli mestilah ditolak. Beliau menegaskan bahawa PAS tidak berbau komunis atau penjajah seperti yang dituduh oleh musuh-musuhnya, tetapi PAS berbau kebangsaan Melayu dengan cita-cita Islam. PAS adalah "ummatan wasatan" dan menjadi "khair ummah" kerana PAS tidak pro Blok Barat atau Blok Timur, tetapi PAS berpegang dengan al-Quran dan Sunnah. Untuk perjuangan ini, PAS menolak segala bentuk kekerasan dan paksaan dalam mendapatkan kemerdekaan, sebaliknya mendukung pendekatan demokrasi yang aman.

Mengulas tentang Perlembagaan Persekutuan, beliau berpendapat bahawa perlembagaan yang disusun oleh Suruhanjaya Reid gagal mencapai tujuan perjuangan PAS. Umno sendiri telah menjadi "menggunting dalam lipatan" yang diperalatkan oleh British sehingga bukan sagaja menggelap masa depan orang Melayu dan bahasa Melayu, tetapi juga telah merendahkan martabat Islam. Pada pandangan PAS, kemerdekaan yang akan dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah kemerdekaan yang kosong kerana ia telah menafikan hak ketuanan Melayu dan ketertinggian Islam di negara ini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
24 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 24/8/2016

Sumber HD - 24-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Ulama tubuh parti Islam untuk perjuangkan Islam

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42254-ulama-tubuh-parti-islam-untuk-perjuangkan-islam

ULAMAK TUBUHKAN PARTI ISLAM UNTUK MEMPERJUANGKAN ISLAM SEBAGAI DASAR HIDUP (23 OGOS 1951)

PADA hari ini dalam tahun 1951, Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur telah meluluskan dua usul, termasuk bersetuju menubuhkan sebuah parti politik Islam, Persatuan Ulamak Malaya yang bertujuan memperjuangkan agama Islam sebagai dasar hidup.

Persidangan yang menerima 22 usul dari seluruh negara ini hanya membincangkan dua usul sahaja. Satu lagi usul yang diluluskan ialah untuk merayu kepada Raja-raja Melayu bagi menyelaraskan pentadbiran agama, sedang isu berkaitan dengan Loteri Umno tidak dibincangkan langsung kerana mereka berpandangan isu ini akan diselesai melalui penubuhan Persatuan Ulamak Malaya, setelah Umno tidak mahu tunduk kepada hukum Allah.

Kedua-dua usul yang diputuskan oleh persidangan selama sehari pada 23 Ogos 1953 ini dicadangkan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan, Mudir Madrasah al-Masriyah, Bukit Mertajam atas kedudukan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno. Setelah para ulamak yang berjumlah 65 orang dalam persidangan ini berbahas, mereka bersetuju dengan masalah yang ditimbulkan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad bahawa suara ulamak tidak dipedulikan oleh Umno kerana ulamak tidak bersatu.

Pada 15 Jun 1951, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad telah menyuarakan keluhan beliau dalam Suara Umno dengan tulisan yang bertajuk "Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan." Rungutan beliau inilah yang menjadi sebab Umno menganjurkan Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua ini. Atas asas ini pula, para ulamak mengambil persetujuan untuk menerima dan meluluskan usul Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno itu bagi menubuhkan sebuah persatuan ulamak sebagai parti politik berasaskan Islam.

Setelah cadangan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad diluluskan, Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua ini mengambil beberapa ketetapan berkait persatuan tersebut, iaitu:

I. Sebuah Jawatankuasa yang dianggotai lima ahli ditubuhkan untuk menaja dan merangka undang-undang tubuh persatuan ini;

II. Melantik Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja, dengan Syed Mohamad Syafie (Kuala Lumpur) dan Haji Ayub (Perak) sebagai ahli. Dua lagi ahli yang dinamakan oleh Pengerusi Jawatankuasa ialah Haji Mohamad Amin Amran (Johor) dan Sardon Jubir (Singapura);

III. Jawatankuasa ini bertanggungjawab "menjalankan pekerjaan menubuhkan" Persatuan Ulamak Malaya;

IV. Persidangan Persatuan Ulamak Malaya hendaklah diadakan di Pulau Pinang tidak lewat dari Disember 1951 untuk menubuhkan persatuan ini; dan

V. Bahawa Persatuan Ulamak Malaya adalah tidak terikat dengan Umno dan persidangan di Pulau Pinang "tidak di bawah pentadbiran Umno" dan semua perbelanjaan ditanggung oleh pertubuhan yang menyertainya. Sumbangan sebanyak $200.00 telah dikutip untuk membiayai persidangan tersebut.

Dengan keputusan para ulamak untuk menubuhkan Persatuan Ulamak Malaya ini, maka tertubuhlah secara rasmi sebuah parti politik Islam yang baru menggantikan Hizbul Muslimin yang lumpuh pada Ogos 1948 ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat 1948. Dalam Persidangan Persatuan Ulamak Malaya di Seberang Perai pada 24 November 1951, telah dipersetujui supaya persatuan ini dinamakan secara rasmi sebagai Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).

Pada 14 Ogos 1954, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketiga telah bersetuju menetapkan bahawa 23 Ogos 1951 sebagai tarikh rasmi penubuhan PAS dan ia perlu diadakan sambutan peringatan secara tahunan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 23/8/2016

Sumber HD - 23-8-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Usul hukum loteri Umno ke persidangan ulamak

HARAKAHDAILY | .

USUL HUKUM LOTERI UMNO DIANGKAT KE PERSIDANGAN ULAMAK (22 OGOS
1951)

PADA hari ini dalam tahun 1951, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan telah mengemukakan dua usul atas nama Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno kepada Jawatankuasa Sambutan Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua yang akan bersidang pada 23 Ogos 1951.

Usul paling kritikal yang dikemukakan oleh Pengerusi Bahagian Agama Umno itu ialah tentang Loteri Umno yang sedang hangat diperkatakan oleh para ulamak kerana ia adalah satu jenis perjudian, sedangkan judi diharamkan oleh hukum syarak. Satu lagi usul beliau ialah mencadangkan penubuhan sebuah persatuan ulamak yang dapat menyatukan suara ulamak dalam membela agama di negara ini.

Isu judi loteri telah lama diperkatakan oleh para ulamak dalam Umno. Pada 7 September 1946, seorang ahli Umno, Haji Rejab Kedah telah bertanya kepada Pengerusi Pejabat Perkara Agama Umno tentang hukum loteri, diikuti oleh pertanyaan Setiausaha Agung Perikatan Melayu Perak tentang hal yang sama pada 10 Februari 1947. Pertanyaan-pertanyaan ini mempunyai kaitan dengan penganjuran Loteri MCA sebagai satu cara mengumpul dana politik. Walau bagaimanapun, pada 3 Oktober 1946, Pejabat Perkara Agama Umno yang diketuai oleh Ustaz Salleh Othman telah mengeluarkan fatwa bahawa judi loteri adalah haram pada pandangan Islam.

Walau bagaimanapun, pada 1949, Umno telah merancang untuk memindahkan Pejabat Agungnya dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Pembinaan Rumah Umno di Batu Road (sekarang Jalan Tuanku Abdul Rahman) dijangka menelan kos sebanyak $200,000. Untuk mengumpulkan dana ini, telah timbul cadangan supaya Umno menganjurkan loteri, tetapi ditentang oleh para ulamak.

Ekoran itu, cadangan menganjurkan judi loteri ini dibawa ke Mesyuarat-mesyuarat Agung Umno. Misalnya, pada 5 Januari 1951, akhbar Warta Negara menyiarkan keputusan Umno Kelantan yang bersetuju dengan undian untuk menghalalkan penganjuran Loteri Umno. Ekoran persetujuan cawangan-cawangan Umno ini, Loteri Umno telah dilaksanakan pada pertengahan 1951 dengan mengambil konsep kelab-kelab lumba kuda.

Marah dengan tindakan Umno ini, Persatuan Ulamak Kedah yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hussin Che Dol yang juga Pengerusi Umno Kedah telah membuat ketetapan bahawa Loteri Umno adalah adalah haram di sisi Islam, dan memaklumkan pendirian ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno pada 30 Julai 1951.

Pada 19 Ogos 1951, satu Persidangan Khas Alim Ulamak Pulau Pinang dan Seberang Perai yang dipengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang, Sheikh Abdullah Fahim telah memutuskan bahawa Loteri Umno adalah haram. Pada 20 Ogos 1951, Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Johor, Ungku Ismail Abdul Rahman pula menegaskan amalan judi yang dianjurkan oleh Umno sebagai menunjukkan Umno telah tergelincir dari al-Quran dan Sunnah. Sehingga Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang merupakan anggota gabungan Umno dalam mesyuarat agungnya sebelum itu telah menegaskan supaya Umno kembali kepada dasar Islam.

Ekoran desakan keras dari pelbagai pihak ini, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad yang juga Mudir Madrasah al-Masriyah, Bukit Mertajam telah mengangkat satu usul yang berbunyi "(Hukum) Loteri Umno" pada 22 Ogos 1951 kepada Persidangan Alim Ulamak Malaya. Usul yang dikemukakan atas nama Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Umno ini adalah salah satu daripada 22 usul yang diterima oleh Jawatankuasa Sambutan Persidangan untuk dibahas oleh Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 23 Ogos 1951. Usul ini menjadi usul yang paling panas dan mendapat perhatian para ulamak ekoran tindakan Umno menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
22 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 22/8/2016

Sumber HD - 22-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































PAS akan jumpa TPM ekoran sekatan ceramah politik

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                              http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42203-pas-umum-jumpa-tpm-ekoran-sekatan-ceramah-politik                                                                                                                                                                                                                                                                                             PAS UMUM AKAN JUMPA TPM EKORAN SEKATAN CERAMAH POLITIK (18 OGOS 2001)

PADA hari ini dalam tahun 2001, media massa telah mendedahkan kepada umum bahawa pimpinan PAS akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ekoran tindakan kerajaan menyekat kebebasan bersuara rakyat dengan tidak membenarkan ceramah politik diadakan.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Dalam Negeri dianggap bertanggungjawab mengarahkan kepada pihak polis supaya membekukan semua permit ceramah, bahkan menghalang ceramah-ceramah yang dianjurkan. Pada 17 Julai 2001, polis telah mengumumkan untuk memperketatkan syarat-syarat bagi mengadakan ceramah politik terbuka, sedangkan sebelumnya parti politik hanya perlu memohon kebenaran berhimpun mengikut Akta Polis tanpa sebarang sekatan.

Kekalahan BN, khususnya Umno dalam Pilihan Raya Umum pada 29 November 1999 di banyak kerusi Parlimen dan DUN yang telah menyebabkan BN berusaha menyekat pengaruh PAS. Selain merampas royalti minyak Terengganu, Kerajaan BN turut mengurangkan permit Harakah, berusaha mengharamkan perkataan Islam pada nama PAS, mengaitkan PAS dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan sebagainya.
Sekatan politik yang berterusan ini bertujuan untuk membendung pengaruh PAS ekoran peningkatan mendadak sokongan orang Melayu ke atas PAS dalam pilihan raya tersebut. Umno telah kehilangan banyak banyak kerusi Parlimen dan DUN di Perlis, Kedah, Perak, Pahang dan Selangor, selain tewas di Kelantan dan Terengganu.

Salah satu langkah penting yang diambil oleh BN ialah menyekat suara PAS dengan mengurangkan permit pengeluaran Harakah dari lapan kali kepada dua kali sebulan, dan menyekat ceramah-ceramah politik yang menjadi media antara PAS dan rakyat. Pada 18 Julai 2001, polis telah mengumumkan langkah-langkah untuk menghalang ceramah politik dengan memperketatkan syarat-syarat permit.
Pada 18 Julai 2001, Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu telah membuat penegasan bahawa ceramah politik akan diteruskan seperti biasa, seperti mana keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 15 Julai 2001. PAS turut membawa usul tergempar di Dewan Rakyat pada 17 Julai 2002 ekoran sekatan ini. Serentak dengan itu, PAS telah meneruskan ceramah politik seperti biasa sehingga beberapa pemimpinnya ditahan polis.

Antara pemimpin PAS yang ditahan polis kerana menghadiri ceramah tanpa permit ialah Mohamad Sabu, Mazlan Aliman, Salahuddin Ayub, Ustaz Suhaimi Ahmad dan Ustaz Taib Azimuddin Mohd Taib dan sejumlah ahli PAS yang hadir. Memberi reaksi terhadap tindakan PAS ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengatakan PAS sengaja melakukan provokasi untuk membolehkan mereka menuduh Kerajaan BN tidak demokratik. Sedangkan PAS melihat kebenaran berhimpun, mengadakan ceramah politik dan menerbitkan akhbar adalah sebahagian daripada maksud demokrasi.
Ekoran siri-siri pengangkapan ini, PAS Pusat pada 12 Ogos 2001 telah memutuskan supaya ceramah-ceramah perlu diteruskan tetapi hendaklah mengelak dari bertembung dengan polis. Berlanjutan dari itu, pada 2-4 Ogos 2001, 10 orang termasuk ahli PAS ditahan ISA kerana didakwa terlubat dengan KMM. Ekoran tekanan politik berterusan ini, PAS Pusat pada 12 Ogos 2001 telah memutuskan untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai. Rancangan PAS ini telah didedahkan oleh media massa kepada umum pada 18 Ogos 2001.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
18 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 18/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 18-8-2016                                                                                                                           --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------     














PAS pertegas nasionalisme bercanggah dengan Islam

HARAKAHDAILY | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42190-pas-pertegas-nasionalisme-bercanggah-dengan-islam                                                                                                                                                                                                                                                                                            TUAN GURU HAJI ABDUL HADI PERTEGASKAN BAHAWA NASIONALISME BERCANGGAH DENGAN ISLAM (17 OGOS 1984)

PADA hari ini dalam tahun 1984, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mempertegaskan bahawa perjuangan nasionalisme berasaskan kebangsaan yang sempit adalah bercanggah dengan ajaran dan aqidah Islam.
Perjuangan kebangsaan yang didukung oleh Umno sehingga menzalimi orang bukan Melayu adalah satu perjuangan kebangsaan yang sempit yang ditolak oleh Nabi Muhammad SAW. Islam adalah yang ajaran yang mengutamakan keadilan kepada semua, termasuk terhadap musuh, dan PAS mendukung Islam sebagai dasar perjuangannya, sedangkan Umno bertunjangkan ideologi kebangsaan.

Nasionalisme atau perjuangan kebangsaan yang sempit dengan mengutamakan bangsa sendiri dan sanggup menzalimi kumpulan lain adalah terkeluar dari ajaran Islam. Dalam pemikiran Islam, perjuangan kebangsaan yang sempit dikenali sebagai asobiyyah atau taksub kepada kumpulan sehingga membenarkan kezaliman ke atas bangsa atau kumpulan lain. Perjuangan membela hak bangsa adalah berbeza dengan kefahaman hanya bangsa atau kumpulannya sahaja yang benar sehingga sanggup menzalimi bangsa lain. Kebenaran adalah apa yang diajarkan oleh al-Quran dan Sunnah.

Dalam Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS, Pak Yusof Rawa pada 14 April 1984, telah menggariskan tema 'Menggempur Pemikiran Asobiyyah'. Dalam ucapannya, Pak Yusof Rawa mempertegaskan bahawa golongan munafiqin menggunakan strategi Masjid Dhirar untuk melemahkan perjuangan Islam, dan tindakan memperkenalkan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam adalah strategi Masjid Dhirar zaman moden. Bahkan, strategi Fir'aun menghukum ahli sihir yang beriman turut diamalkan untuk menyekat kebangkitan Islam. Bagi Yang Dipertua Agung PAS itu, Umno adalah "golongan nasionalis asobiyyah sekular" yang mengamalkan "asobiyah zalim" sehingga ia mesti ditentang dan dihancurkan kerana ia menjadi punca kelemahan umat Melayu Islam.

Pada 10 Julai 1984, tiga orang pemimpin Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Bunyamin Yaakob dan Mohamad Sabu telah ditahan ISA kerana menolak Islamisasi dalam kerangka sekular yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN.
Pada 6 Ogos 1984, pihak polis telah membekukan seluruh kebenaran mengadakan perhimpunan dan ceramah politik. Sedangkan pada awal 1984, Kerajaan BN telah mewujudkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi mengawal percetakan media yang tidak pro kerajaan. Tekanan politik yang berterusan ini disifatkan oleh PAS sebagai terjemahan terhadap kezaliman asobiyah atau nasionalisme yang didukung oleh Umno. "Orang-orang Melayu menjadi mundur kerana amalan sistem asobiyah zalim," tegas Pak Yusof Raw.

Disebabkan tindakan berterusan yang dilakukan oleh Umno terhadap kebangkitan PAS selepas 1980, dan sesuai dengan penegasan Pak Yusof Rawa, pada 17 Ogos 1984, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya kepada media telah menyifatkan perbuatan zalim Umno tersebut adalah kesan dari fahaman kebangsaan yang sempit dan mempertegaskan bahawa perjuangan nasionalisme ini adalah bercanggah dengan Islam.
Dalam satu kenyataan lain kepada majalah Asiaweek, Naib Yang Dipertua Agung PAS itu mendakwa Umno takut untuk bersemuka dengan PAS secara hujah yang ilmiah, kerana itu di atas semangat kebangsaan yang sempit mereka melakukan kezaliman terhadap PAS yang menegur tindak-tanduk mereka. Atas sebab inilah, Umno akhirnya menyatakan kesanggupan untuk mengadakan Debat Umno-PAS.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
17 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 17/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Sumber HD - 17-8-2016                                                  
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS umum tolak gesaan kerjasama dengan Umno

HARAKAHDAILY | .


                                                                                                                                                                      http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42159-pas-umum-tolak-gesaan-kerjasama-dengan-umno                                                                                                                                                                                                                                                                                                             PAS UMUM TOLAK GESAAN KERJASAMA DENGAN UMNO (15 OGOS 1989)

PADA hari ini dalam tahun 1989, akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan satu wawancara dengan Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor tentang isu politik semasa terutama berkait perpaduan orang Melayu. Dalam wawancaranya, Ustaz Fadzil Mohd Noor yang juga ADUN Bukit Raya, Kedah telah secara terbuka menolak gesaan pelbagai pihak supaya PAS membentuk kerjasama dengan Umno bagi mewujudkan perpaduan orang Melayu, sebaliknya beliau menegaskan bahawa PAS lebih berminat untuk bekerjasama dengan serpihan Umno, Semangat 46. Menurut beliau, PAS lebih selesa bersama Semangat 46 yang telah bersetuju menjadikan Islam sebagai landasan kerjasama, berbanding Umno yang mendukung kebangsaan sekular dan mahu membentuk kerjasama atas nama Melayu.

Isu kerjasama PAS-Umno ini timbul ekoran pengharaman Umno oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 yang menyebabkan Umno berpecah dua. Team A yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed telah membentuk Umno (Baru), sedangkan Team B yang dipimpin oleh Tengku Razaliegh Hamzah membentuk Semangat 46. Kedua-dua parti bekas ahli Umno ini bersaing pengaruh dan cuba mendekati PAS. Hubungan PAS dengan Team B Umno telah terbentuk sejak akhir 1988 apabila pemimpin PAS dan Team B Umno bertemu dalam Majlis Makan Malam Pemikir Ummah pada 23 Disember 1988. Ekoran itu, pada 6 April 1989, Timbalan Presiden Umno, Abdul Ghafar Baba telah mendedahkan kesediaan Umno yang mahu berunding untuk bekerjasama dengan PAS. Memberi respon terhadap kenyataan pemimpin nombor dua Umno (Baru) itu, Ustaz Fadzil Mohd Noor pada 6 April 1989 berkata PAS sedia untuk berunding jika dijemput.

Isu kerjasama PAS-Umno ini telah berbangkit dalam sejak awal 1987 ketika Umno sedang dibicarakan di mahkamah. Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad telah mencadangkan supaya PAS bekerjasama dengan Umno membentuk Barisan Islamiyah, kemudian pada 21 Ogos 1988, beliau sekali lagi membuat seruan yang sama dalam Persidangan Agung Perpaduan dan Politik Islam anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat, tetapi cadangan beliau tidak mendapat sambutan daripada PAS. Sebaliknya, pada 9 Oktober 1988, PAS bersetuju menerima cadangan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Hassan Shukri supaya PAS membentuk kerjasama dengan Team B Umno, yang membawa kepada berlangsungnya Majlis Makan Malam Pemikir Ummah pada akhir 1988. Persetujuan PAS ini membawa kerjasama tidak rasmi dengan Semangat 46 dalam pilihan raya kecil di Ampang (28 Januari 1989) dan Teluk Pasu (25 Jun 1989), selain penganjuran Seminar Perpaduan Ummah (20 Oktober 1988) dan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (28 Oktober 1988).

Pendirian Ustaz Fadzil Mohd Noor yang disiarkan pada 15 Ogos 1989 ini adalah berkait rapat dengan keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 12 April 1989 yang menolak kerjasama dengan Umno kerana parti sekular itu gagal menyatakan dengan jelas isu yang hendak dirundingkan, lebih-lebih lagi ketika itu PAS sedang berunding dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), sebuah gabungan politik Semangat 46 dan Berjasa. PAS turut melihat bahawa rundingan dengan Umno tidak memberi banyak manfaat kerana dasar nasionalisme dan pragmatisme yang diamalkan oleh Umno. Dalam wawancaranya yang disiarkan pada 15 Ogos 1989 itu, Ustaz Fadzil Mohd Noor menjelaskan sikap PAS yang menolak kerjasama dengan Umno walaupun parti itu lebih kuat dari Semangat 46. PAS menghargai kesediaan Semangat 46 untuk menerima Islam sebagai asas kerjasama, sedangkan PAS sedar bahawa Umno tidak akan tunduk kepada kehendak PAS kerana mereka adalah parti pemerintah. Serentak dengan pernyataan sikap PAS ini, sebuah lagi serpihan PAS, Hamim telah mengumumkan pada 15 Ogos 1989 ini untuk meninggalkan BN dan bergabung dalam APU.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
15 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 15/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 15-8-2016       
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































PAS sertai sidang pertubuhan Melayu bincang pilihan raya

HARAKAHDAILY | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42156-pas-sertai-sidang-pertubuhan-melayu-bincang-pilihan-raya                                                                                                                                                                                                                                                                                       PAS SERTAI PERSIDANGAN PERTUBUHAN MELAYU UNTUK BINCANG SOAL PILIHAN RAYA SEGERA (14 OGOS 1953)

PADA hari ini dalam tahun 1953, PAS telah menyertai satu Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Melayu yang dianjurkan oleh Umno untuk membincangkan isu tuntutan orang Melayu bagi diadakan pilihan raya segera. Persidangan yang diadakan di Ibu Pejabat Umno di Johor Bahru ini merupakan tindakan balas Umno terhadap usaha Dato' Onn Jaafar melalui National Conference yang menuntut supaya pilihan raya diadakan pada 1956. Melalui persidangan ini, Umno mengharapkan satu pendirian orang Melayu terhadap pilihan raya segera, kerana National Conference yang dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar dan Dato' Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab adalah turut melibatkan orang Cina, India, Cylonese dan Eurosian.

Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Melayu ini asalnya adalah 'konflik peribadi' antara Tunku Abdul Rahman Putra, Yang Dipertua Agung Umno dengan Dato' Onn Jaafar, Yang Dipertua Agung IMP selepas pengasas Umno itu keluar parti pada 26 Ogos 1951. Dato' Onn Jaafar telah mengambil langkah politik dengan menyatukan semua pertubuhan politik di bawah National Conference, sehingga ia mencabar kedudukan Umno. Dalam satu perbincangan antara Tunku Abdul Rahman dengan Dato' Dr Ismail Abdul Rahman, mereka bersepakat menganjurkan persidangan Melayu untuk memberi mesej kepada Dato' Onn Jaafar bahawa orang Melayu bersama Umno. Tujuan Umno adalah untuk menjadi induk kepada semua parti Melayu, sekali gus mengenepikan Dato' Onn Jaafar dan Dato' Panglima Bukit Gantang. Kerana itu, Umno menjemput semua pertubuhan Melayu menyertai persidangan ini.

Umno telah memanipulasikan isu tuntutan pilihan raya untuk menarik sokongan pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan mencadangkan agar ia diadakan pada 1954. Sedangkan PAS sendiri pada 23 Mei 1953 telah bersetuju pilihan raya diadakan pada 1956, iaitu selaras dengan tuntutan National Conference. Pada 26 Jun 1953, PAS mengambil pendirian terbuka dengan bersedia menerima jemputan sesiapa sahaja termasuk Umno untuk membincangkan tentang tuntutan pilihan raya, seperti mana PAS menerima jemputan IMP. Atas pendirian ini, pada 25 Julai 1953, Tunku Abdul Rahman Putra telah menjemput PAS menyertai Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Melayu.

Persidangan yang berlangsung pada 14 Ogos 1953 ini telah disertai oleh 10 pertubuhan Melayu iaitu Umno, PAS, Persatuan Melayu Semenanjung (PMS) A, PMS B, Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK), Gabungan Persekutuan Pemuda Melayu Kelantan, Kesatuan Melayu Singapura (KMS), Lembaga Kesatuan Melayu Johor (LKMJ), Kesatuan Melayu Johor (KMJ) dan Malay Graduate Association (MGA). Persidangan ini pada asasnya tiada sambutan, kecuali dua pertubuhan dari Kelantan dan PAS, sedangkan yang lain adalah dari Johor Bahru dan Singapura. Prof Ramlah Adam menyifatkan persatuan yang menyertai persidangan ini "adalah kecil, terpencil dan bersifat tempatan dan masih baru ditubuhkan" sehingga "kekuatan sokongan itu (kepada umno ) tidak jelas".

PAS yang menghantar Yang Dipertua Agungnya, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS, Mohamad Hanif sebagai wakil telah hadir hanya untuk bertukar-tukar fikiran dan memanfaatkan persidangan ini untuk melonjakkan kedudukan PAS dalam persada politik nasional. Yang lebih penting, Umno mula mengiktiraf PAS sebagai sebuah parti yang sama taraf dengan mereka. Ternyata persidangan ini telah gagal mengemukakan satu pandangan yang konkrit, melain sekadar membolehkan Umno mendakwa mereka mewakili orang-orang Melayu, walhal tiada pertubuhan Melayu yang hadir melainkan pertubuhan yang telah menjadi anggota gabungan Umno. Pada umumnya, persidangan Melayu pada 14 Ogos 1953 ini tidak membuat apa-apa keputusan, melainkan hanya bertukar-tukar fikiran sahaja.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
14 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 14/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 14-8-2016                                              
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS mahu anjur persidangan pertahan Bahasa Melayu

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42151-pas-mahu-anjur-persidangan-pertahan-bahasa-melayu                                                                                                                                                                                                                                                                                              PAS MAHU ANJURKAN PERSIDANGAN PERTUBUHAN MELAYU UNTUK PERTAHAN BAHASA (13 OGOS 1955)

PADA hari ini dalam tahun 1955, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah mengambil satu ketetapan terhadap tuntutan golongan ultra Cina dengan cadangan menganjurkan satu persidangan pertubuhan-pertubuhan Melayu bagi mempertahankan kedudukan bahasa Melayu.

Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan isu tuntutan persatuan-persatuan Cina dan merangka memorandum kepada kerajaan untuk mempertahankan kedudukan bahasa Melayu. PAS melihat tindakan yang dibuat oleh golongan ultra Cina ini telah mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa peribumi, sedangkan orang-orang Melayu sedang berusaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Perjuangan PAS terhadap hak orang Melayu telah tergambar daripada tuntutan PAS dalam National Convention pada 11 Oktober 1953, di mana PAS menuntut supaya bahasa Melayu menjadi bahasa pertama dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketiga pada 12-14 Ogos 1954, PAS telah mengambil keputusan supaya Melayu dijadikan bahasa pertama dalam pentadbiran kerajaan, sedangkan Kongres Pemuda Melayu yang turut disertai pimpinan PAS pada 10 April 1955 telah mengambil ikrar "Satu Bahasa, Satu Negara dan Satu Kebangsaan Melayu."

Sumbangan PAS terhadap perjuangan memartabatkan bahasa Melayu ini turut diperakui oleh Dr Burhanuddin al-Helmy sebelum beliau menyertai PAS. Dalam Kongres Parti Rakyat pada 24 Disember 1955, Dr Burhanuddin menyifatkan "PAS pun bekerja keras" untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Isu bahasa Melayu ini timbul kerana tindakan 144 buah persatuan orang Cina di Perak yang mengemukakan satu tuntutan kepada kerajaan supaya bahasa Cina dijadikan bahasa rasmi dan ia digunakan di Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

Desakan orang Cina ini mempunyai kaitan dengan peranan mereka dalam memenangkan calon-calon Umno dalam Pilihan Raya Umum 1955. Pertama, orang Cina telah memberi bantuan kewangan kepada Umno menerusi MCA untuk membiayai jentera pilihan raya mereka, dan kedua, orang Cina telah mengundi Perikatan dalam pilihan raya tersebut.

Atas asas ini orang Cina mahu mereka diberikan hak sama rata termasuk soal kerakyatan dan bahasa Cina. Selain 144 buah persatuan Cina di Perak yang membuat tuntutan, Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Seluruh Malaya pada 14 Ogos 1955 juga bertindak menuntut supaya bahasa Cina dijadikan bahasa rasmi di samping bahasa Melayu dan Inggeris.

Tindakan golongan ultra Cina ini telah mendapat respon negatif daripada PAS Kelantan pada 9 Ogos 1955, yang memaksa Jawatankuasa Kerja Agung PAS yang bersidang pada 12-13 Ogos 1955 memutuskan untuk menganjurkan persidangan pertubuhan Melayu.

Persidangan yang turut dihadiri oleh parti politik, NGO dan badan persuratan Melayu telah dianjurkan oleh PAS pada 28 Ogos 1955. Persidangan ini dihadiri oleh 16 buah pertubuhan dan 500 pemerhati di mana Ahli Majlis Undangan Persekutuan, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin telah memberikan taklimat tentang isu kedaulatan bahasa Melayu serta kepentingan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Beliau turut menyentuh soal tuntutan orang Cina supaya bahasa Cina dan Tamil turut digunakan di Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

Persidangan pada 28 Ogos 1955 yang dianjurkan oleh PAS telah menerima cadangan Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung (KPGMS) iaitu:

I. Melantik sebuah Jawatankuasa Bebas untuk menyusun memorandum kepada Raja-raja Melayu, Ketua Menteri, Menteri Pelajaran dan Pesuruhjaya Tinggi British; dan
II. Bertemu dengan Ketua Menteri dan Menteri Pelajaran dalam soal ini.

Jawatankuasa Bebas ini terdiri daripada Cikgu Mohd Nor Ahmad (KPGMS) sebagai Pengerusi, Basir Udoh sebagai Setiausaha, Cikgu Ahmad Awang (PAS) sebagai Bendahari, Cikgu Harun Mohd Amin (Kongres Pemuda Melayu), Mohd Asri Haji Muda (PAS), Haji Azmir (Lembaga Pembangunan Sastera - LEPAS), Abdul Ghani Ishak (Lembaga Pelajaran Kebangsaan Malaya) dan Amin ar-Rahim (Asas Utama) sebagai ahli-ahli.

Mereka telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan. Satu badan yang sependapat dengan PAS dalam soal ini ialah Kongres Pelajaran Melayu Malaya pimpinan Aminuddin Baki yang bersidang pada 15 Ogos 1956.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
13 Ogos 2016 – HARAKAHDAILY 13/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 13-8-2016                                                                                                                          ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Mesyuarat Agung Tahunan PAS ketiga tentukan hala tuju

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42141-mesyuarat-agung-tahunan-pas-ketiga-tentukan-hala-tuju                                                                                                                                                                                                                                                                                           MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KALI KETIGA MENENTUKAN HALA TUJU (12 OGOS 1954)

PADA hari ini dalam tahun 1954, PAS telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga berakhir 14 Ogos 1954 di Madrasah at-Tahzib ad-Diiniyah, Titi Serong, Perak dan dibuka dengan rasmi oleh Orang Besar Jajahan Kerian, Orangkaya Setia Toh Muda Haji Jaafar.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketiga pada 12-14 Ogos 1954 ini sangat penting kerana ia telah menentukan hala tuju perjuangan PAS sebagai sebuah parti Islam di negara ini. Ia dihadiri oleh para perwakilan dari 16 buah cawangan PAS dari seluruh Tanah Melayu dan Ucapan Dasar Pemangku Yang Dipertua Agung PAS, Dr Haji Abbas Alias telah dibacakan oleh Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang.

Beberapa perkara pokok yang diambil ketetapan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS ini antaranya ialah menetapkan tujuan sebenar perjuangan PAS secara jelas, iaitu untuk "memperjuangkan cita-cita Islam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara".

Sebelum ini, persoalan negara Islam tidak disebut oleh PAS kerana suasana politik yang tidak mengizinkan terutama selepas Hizbul Muslimin dilumpuhkan ekoran cita-cita "Darul Islam"nya.

Serentak dengan itu juga, PAS mempertegaskan bahawa tujuan utama jangka pendeknya adalah untuk "menegakkan kemerdekaan negara dan umat Islam" sebagai strategi terpenting untuk membentuk negara Islam. Bertolak dari tujuan ini, mereka mengambil ketetapan untuk "menyokong mana-mana pertubuhan untuk kemerdekaan Malaya."

Salah satu isu besar yang timbul sejak hari pertama penubuhan PAS ialah disiplin parti. Pimpinan dan ahli-ahli PAS menyedari bahawa persoalan wala' (kesetiaan) akan menjadi barah kepada organisasi jika pimpinan PAS dibenarkan menganggotai lebih dari sebuah parti.

Ketika Persatuan Ulamak Malaya bersidang pada 24 November 1951, mereka memutuskan supaya diadakan disiplin parti, tetapi kerana faktor-faktor tertentu, Undang-undang Tubuh PAS 1951 terpaksa dipinda. Isu disiplin atau tatatertib ini telah menyebabkan PAS menerima kritikan keras pada peringkat awal, terutama apabila terdapat pimpinan PAS yang turut menjadi ahli Umno dan IMP serentak.

Dalam Mesyuarat Agung Khas PAS pada 26 September 1953, faktor pertindanan keahlian ini telah menyebabkan PAS berpecah. Mesyuarat Agung Tahunan PAS ini telah menetapkan semua pimpinan PAS tidak boleh menjadi ahli parti lain, diikuti oleh ketetapan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Keempat pada 24-25 Disember 1955 bahawa semua ahli PAS tidak boleh lagi menjadi ahli parti lain serentak.

Persoalan disiplin parti ini telah berbangkit kerana krisis yang timbul pada 26 September 1953. Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan mahu PAS bersama National Conference yang dikuasai oleh  Dato' Onn Jaafar, sedangkan Haji Ahmad Badawi mahu PAS menyokong National Convention yang dikuasai Tunku Abdul Rahman.

Jika Mesyuarat Agung Khas PAS itu menolak National Conference, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketiga ini memutuskan supaya PAS berkecuali dari National Convention setelah mendapati tuntutan mereka merugikan orang Melayu, namun kekal menyokong tuntutan pilihan raya segera dan kemerdekaan.

Kesan dari disiplin parti dan berkecuali dari National Convention, para pimpinan PAS yang memilih kekal bersama Umno telah berundur. Namun ia memberi dampak positif apabila tokoh-tokoh Hizbul Muslimin dan pimpinan politik kiri mula menyertai PAS secara besar-besaran termasuk Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dr Burhanuddin al-Helmy dan Prof Zulkifli Mohamad.

Krisis kepemimpinan yang timbul akibat perletakan jawatan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan sebagai Yang Dipertua Agung PAS juga telah berakhir dengan pemilihan Dr Haji Abbas Alias sebagai Yang Dipertua Agung PAS kedua.

Dr Haji Abbas Alias yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS sejak 27 November 1953 terpaksa membentuk Jemaah Pemangku Yang Dipertua Agung PAS yang terdiri dari Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, Cikgu Ahmad Awang dan Tuan Guru Haji Mansor Hassan JP pada akhir Mei 1954 kerana beliau sering bertugas di luar negara.

Selain itu, Mesyuarat Agung Tahunan PAS ini juga telah meminda Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1953 untuk membolehkan Pesuruhjaya PAS Daerah dilantik bagi mengemaskan organisasi di peringkat negeri. Salah ketetapan yang penting diambil oleh mesyuarat agung ini ialah supaya PAS mengambil jalan demokrasi dalam perjuangannya menegakkan Islam di mana PAS akan menyertai pilihan raya yang akan diadakan pada tahun 1955.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
12 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 12/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                             Sumber HD - 12-8-2016                                                                                                                           -----------------------------------------------------------------------------------















PAS kemuka usul jamin hak Bumiputera

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42130-pas-kemuka-usul-jamin-hak-bumiputera                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        PAS KEMUKA USUL MENJAMIN HAK BUMIPUTERA DI DEWAN RAKYAT (11 OGOS 1965)

PADA hari ini dalam tahun 1965, Ahli Parlimen Pasir Mas Hilir, Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji telah mengemukakan satu usul kepada Dewan Rakyat supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menjamin hak-hak Bumiputera dalam semua lapangan.

Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji yang juga Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat telah membawa usul ini ke persidangan Dewan Rakyat dan telah diterima untuk dibahaskan. Beliau membangkit masalah "undang-undang kerakyatan yang longgar dan jumlah penduduk-penduduk yang bukan Bumiputera melebihi peratusnya daripada Bumiputera sendiri adalah unsur-unsur yang maha penting yang menjadi atas kembimbangan (kaum Bumiputera di Malaysia)".

Dalam persidangan Dewan Rakyat pada 5 Oktober 1962, PAS pernah membawa usul untuk mempertegas bahawa "Tanah Melayu ini ialah dipunyai oleh bangsa Melayu," tetapi usul ini tidak berkesan kerana mereka menuduh PAS sebagai perkauman. Sedangkan kebimbangan PAS telah diluahkan oleh Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy bahawa pembentukan Malaysia kelak "membahayakan kedudukan bangsa Melayu" dan "sedikit demi sedikit akan tenggelam di dalam tanah airnya sendiri".

Kemasukan besar-besaran bangsa asing melalui penubuhan Malaysia dianggap oleh PAS sebagai "satu helah politik yang halus" bertujuan untuk "menenggelamkan bangsa Melayu".

Di sebalik ingatan-ingatan PAS ini, pembentukan Malaysia telah membawa masuk hampir dua juta orang bukan Melayu dari Sabah, Sarawak dan Singapura sehingga jumlah orang bukan Melayu mengatasi orang Melayu. Untuk mengimbanginya, Kerajaan Perikatan menggunakan istiah "Bumiputera" iaitu penduduk asal Sabah dan Sarawak yang dicantumkan bersama orang Melayu.

Ia kemudiannya memberi kesan politik yang besar apabila pemimpin Singapura mulai meluaskan pengaruh mereka ke Semenanjung serta Sabah dan Sarawak yang membawa kepada penubuhan Malaysian Solidarity Convention (MSC) pada 9 Mei 1965 dengan slogan 'Malaysian Malaysia' dan bertindak mempertikaikan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tentang hak istimewa orang Melayu. Parti-parti yang terlibat menubuhkan MSC ialah Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura, United Democratic Party (UDP), People's Progressive Party (PPP), Sarawak United People Party (SUPP) dan Machinda Party dari Sarawak.

Pada 25 Mei 1965, Lee Kwan Yew telah membawa idea Malaysian Malaysia ke Dewan Rakyat kerana sejak penubuhan MSC mereka mengatakan Malaysia mengamalkan dasar "bully non-Malay". Ekoran tindakan chauvinis yang berterusan sehingga menggugatkan kestabilan negara, pada 9 Ogos 1965, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia.

Ekoran itu, serpihan PAP di Malaysia dikenali sebagai DAP. Keluarnya Singapura pada 9 Ogos 1965 ini menandakan bahawa MSC telah berakhir, tetapi perjuangan PAP terhadap agenda Malaysian Malaysia diteruskan oleh DAP. Walaupun pada prinsipnya PAS mahu Singapura kekal menjadi milik orang Melayu, tetapi terpaksa bersetuju melepaskan Singapura kerana tindakan chauvinis bangsa asing yang memudharatkan negara.

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 9 Ogos 1965 ketika membahas usul mengeluarkan Singapura, Dato' Mohd Asri Haji Muda, Pemangku Yang Dipertua Agung PAS memulangkan paku buah keras kepada Kerajaan Perikatan yang meremehkan pandangan PAS dahulu termasuk menahan Dr Burhanuddin al-Helmy di bawah ISA.

Melihat ancaman yang berterusan terhadap hak-hak Bumiputera inilah, pada 11 Ogos 1965, PAS mengemukakan usul di Dewan Rakyat supaya diberi jaminan oleh Perlembagaan Persekutuan terhadap semua hak Bumiputera termasuk lapangan politik, ekonomi, pelajaran dan kebudayaan.

Usul Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji ini telah disokong oleh wakil-wakil PAS seperti Dato' Mohd Asri Haji Muda (Pasir Puteh), Ustaz Abu Bakar Hamzah (Bachok), Ahmad Abdullah (Kelantan Hilir) dan Mohd Daud Abdul Samad (Besut).

Walau bagaimanapun, usaha PAS untuk menjamin hak-hak Bumiputera telah tewas dalam pengundian, di mana Dr Mahathir Mohamad (Kota Setar Selatan) menyifatkan pembelaan terhadap Bumiputera melalui jaminan hak ini akan menjadikan orang Melayu seperti Red Indian di Amerika Syarikat.

Namun, ternyata sesudah itu, tercetus tragedi perkauman yang berdarah pada 13 Mei 1969 akibat kelemahan dasar Kerajaan Perikatan dalam memperkukuhkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
11 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 11/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                           Sumber HD -  11-8-2016                                                                                                                         ------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: Pesuruhjaya PAS Sabah terkorban

HARAKAHDAILY | .

PESURUHJAYA PAS SABAH TERBUNUH DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI TAWAU (9 OGOS 2004)



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42115-sejarah-pesuruhjaya-pas-sabah-terkorban                                                                                                                                                                         PADA hari ini dalam tahun 2005, Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr Datu Bandira Datu Alang telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di KM 22 Tawau, Sabah pada jam 1.20 pagi. Beliau bersama dua rakan dan seorang anak lelakinya yang berusia enam tahun mengalami kemalangan selepas kereta yang dipandu Pakcik Norbin terbabas dan melanggar penghadang jalan raya. Dr Datu Bandira baru pulang dari menghadiri satu mesyuarat parti di Bukit Garam, Kinabatangan pada malam 8 Ogos 2004 dan dalam perjalanan menuju ke Tawau kerana dijadualkan akan merasmikan satu program di Pasti Tawau pada pagi 9 Ogos 2004.                                                                                                                                                                        

Dr Datu Bandira Datu Alang yang berasal dari Kampung Peladuk, Kota Belud telah dilahirkan pada 3 Januari 1958, telah menyertai PAS pada 1999 setelah mendapati perjuangan beliau bersama Umno sebagai sia-sia kerana parti tersebut dipenuhi amalan rasuah. Beliau pernah menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Tawau, sebelum bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Kota Belud. Setelah tewas dalam pemilihan parti kerana politik wang, beliau memilih untuk berjuang bersama PAS dan dicalonkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1999 di Parlimen Kota Belud menentang Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Said. Pada Pilihan Raya Umum 2004, beliau tewas kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dun Tempasuk.

Sewaktu krisis dalaman Umno memuncak pada 1998 dan ramai ahli Umno menyertai Parti Keadilan Nasional (PKN) yang ditubuhkan pada 1999, Dr Datu Bandiri telah memilih berjuang bersama dengan PAS. Menurut beliau, minatnya bersama PAS timbul sejak PAS mula bertapak di Sabah pada 1986 lagi, dan telah mula menghantar anak-anaknya ke Pasti, walaupun beliau menjadi pemimpin Umno. “Melihat keadaan di Sabah ketika itu, majoriti ahli-ahlinya (PAS) dari Semenanjung, maka terdetik di hati saya bahawa penyertaan saya akan membawa erti yang besar terutama dalam diri saya yang amat cintakan gerakan Islam,” getus Dr Datu Bandira ketika mengenang penyertaan beliau dalam PAS. Pada 2001, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Sabah menggantikan Haji Mohammad Abdullah, setelah menjadi Ketua Penerangan PAS Sabah (1999-2001).

Beliau mendapat pendidikan awal di Kota Belud sebelum ke Sekolah Menengah Syed Ahmad, Arau dan mendapat ijazah dalam bidang sejarah di USM. Beliau kemudiannya belajar al-Manaf International, Manila, Filipina sehingga mendapat MA dan PhD dari Louisiana State University. Setelah berkhidmat sebagai guru dan pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah, beliau terlibat dalam banyak kajian, penulisan, pembentangan kertas kerja tentang kajian kesusasteraan dan sejarah orang Melayu Iranun. Satu buku beliau, Iranun: Sejarah dan Adat Tradisi telah diterbitkan oleh DBP. Beliau aktif dalam kegiatan bahasa dan persuratan sehingga menjadi Yang Dipertua BAHASA Tawau dan Ahli Jawatankuasa BAHASA, selain turut menjadi Presiden Persatuan Bumiputera Iranun Sabah dan Pengurus Persatuan Usahawan Islam Malaysia.

Kerana sumbangan besar beliau dalam bidang persuratan, bahasa dan kebudayaan, beliau dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan (D.Litt) oleh Sto Nino Collegio, Mindanao. Setelah berhenti dari DBP, beliau menyertai Felda sebagai Pegawai Sumber Manusia sehingga 1984 dan bersara pada 1999 sebagai Pengurus Besar Sabah Fish Marketing (SAFMA). Persaraan ini membolehkan beliau terlibat dengan PAS yang berakhir dengan kematian mengejut beliau dalam kemalangan jalan raya pada pagi 9 Ogos 2004.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
9 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 9/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 9-8-2016                                                                                                

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Murabbi PAS seru bina masyarakat dengan Islam

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                           http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42083-murabbi-pas-seru-bina-masyarakat-dengan-islam                                                                                                                                                                                                                                                                                                                MURABBI PAS, SHEIKH TAQIYUDDIN QANDIL SERU UMAT BINA MASYARAKAT DENGAN ISLAM (8 OGOS 1956)

PADA hari ini dalam tahun 1955, akhbar Warta Negara telah menyiarkan seruan tokoh Islam terkenal di utara Semenanjung Tanah Melayu, Sheikh Taqiyuddin Qandil supaya orang Melayu membina masyarakat dengan Islam. Sheikh Taqiyuddin Qandil yang juga Murabbi PAS dianggap antara tokoh pendakwah yang progresif pada dekad 1950-an terutama di Perlis dan Kedah di mana beliau sentiasa mengajak umat Islam kembali kepada al-Quran dan Sunnah untuk mengembalikan kemuliaan bangsa yang beragama Islam. Pemikiran dan perjuangan beliau amat bertentangan dengan arus perdana pemikiran bangsa Melayu pasca Perang Dunia Kedua yang cenderung sama ada untuk mempertahankan faham kebangsaan sekular yang liberal pro penjajah atau menganut faham sosialisme yang anti penjajah. Sedangkan beliau menyeru umat ini kembali kepada Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Sheikh Taqiyuddin Qandil sebenarnya berasal dari Kaherah, Mesir. Beliau terpaksa berhijrah ke Tanah Melayu dan mendapat suaka politik negara ini sejak 1950, ekoran peristiwa pembunuhan as-Syahid Ustaz Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949. Sheikh Taqiyuddin Qandil merupakan bekas Setiausaha Ikhwanul Muslimin Kaherah dan pernah menjadi Pengarah Penerangan Ikhwanul Muslimin Kaherah sebelum Presiden Gamal Nasir mengharamkan Ikhwanul Muslimin pada 1948. Di Tanah Melayu, beliau mula mengajar di Madrasah Alawiyah, Arau dan Maktab Mahmud, Kedah sebelum dilantik sebagai Nazir Sekolah-sekolah Agama Perlis. Pada 1955, beliau mengajar di Kolej Islam Malaya di samping turut menjadi pensyarah di 'Kursus Perguruan Islam' di Maahad Il Ihya as-Syariff, Gunung Semanggol. Dengan jasanya yang besar, beliau pernah dianugerahkan pingat yang membawa gelaran 'Tan Sri' oleh Kerajaan Persekutuan.

Sebagai seorang tokoh yang berpendidikan dari Universiti al-Azhar dan mendapat sentuhan tarbiyah dari Ustaz Hassan al-Banna, beliau sangat aktif berdakwah menyampai fikiran-fikiran yang progresif kepada orang Melayu terutama untuk memodenkan pendidikan agama bagi melahirkan umat rabbani, memperjuangkan kemerdekaan dan membentuk generasi ulul albab. Beliau pernah berselisih pendapat dengan Qadhi Kuala Kangsar, Haji Ghazali Abdullah, bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS dalam isu hukum pancaragam pada 1955. Beliau mendukung pandangan-pandangan Ustaz Hassan al-Banna dalam soal politik dan tarbiyah, terutama usaha membentuk semula masyarakat, negara dan khalifah. Inilah yang tergambar dalam seruannya pada 8 Ogos 1955 bahawa Islam adalah agama yang membawa kemajuan kepada rakyat dan negara.

Antara peranan besar beliau terhadap PAS ialah memulakan tarbiyah model Ikhwanul Muslimin sejak 1954. Ketika berada di Maktab Mahmud, beliau menjadi murabbi kepada pergerakan pelajar PAS iaitu Kesatuan Pelajar Agama Kedah (KPAK) dan Kesatuan Pelajar Agama Se-Malaya (KPAS). Antara pimpinan PAS yang lahir gerakan tarbiyah beliau ialah Ustaz Jamaluddin Amini Marzuki (bekas Wakil Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Abu Bakar Hamzah (bekas Naib Yang Dipertua Agung PAS), Ustaz Jaiz Anwar (bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Prof Zulkifli Mohamad (bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS) dan Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor (bekas Presiden PAS). Melalui Ustaz Abu Bakar Hamzah selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1958-1962), dalam lawatan ke Kaherah pada 1958, PAS telah membina hubungan rasmi dengan Ikhwanul Muslimin. Pada 29 Disember 1964, Dewan Pemuda PAS telah secara rasmi menjadikan karya-karya Hassan al-Banna sebagai teks tarbiyahnya.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
8 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 8/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                               Sumber HD - 8-8-2016                                                                                               
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS persoal Majlis Peguam anjur forum 'Memeluk Islam'

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                            http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42080-pas-persoal-majlis-peguam-anjur-forum-memeluk-islam                                                                                                                                                                                                                                                                                               MURSYIDUL AM PAS PERSOAL TINDAKAN MAJLIS PEGUAM ANJUR FORUM MASUK ISLAM (7 OGOS 2008)

PADA hari ini dalam tahun 2008, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mempersoalkan tindakan Majlis Peguam yang bercadang menganjurkan satu forum awam bertajuk "Memeluk Islam" untuk membahaskan persoalan kesan negatif terhadap keluarga akibat memeluk Islam di negara ini.

Menurut Menteri Besar Kelantan ini, persoalan memeluk Islam tidak perlu dibesarkan kerana telah berjuta-juta orang memeluk Islam sejak sekian lama, dan ia tidak menjadi masalah.

Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz juga berkata, bahawa Majlis Peguam tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menganjurkannya dan ia tidak sewajarnya diteruskan. Pelbagai pihak termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Pekida, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan parti politik telah membantah forum yang dianggap akan mencetuskan hubungan tegang antara kaum dan agama.

Isu memeluk Islam ini adalah akibat gerakan yang dibuat oleh beberapa pihak yang membangkitkan kes-kes keluarga apabila salah seorang antara suami isteri memeluk Islam.

Dalam isu ini, tiga kes rujukan yang ditimbulkan oleh mereka iaitu kes wanita Jerman yang berkahwin dengan dua lelaki Islam, kes R. Shubashini dan kes S. Shamala yang suami mereka telah memeluk Islam. Isu yang ditimbulkan oleh mereka adalah masalah perebutan anak dan juga jenazah. Majlis Peguam menganggap ia adalah masalah penguatkuasaan undang-undang. Tetapi pelbagai kesal kerana Majlis Peguam sangat membela hak-hak orang bukan Islam, tetapi meminggirkan secara halus hak-hak orang Islam.

Majlis Peguam merancang menganjurkan forum awam ini pada 9 Ogos 2008 di Pejabat Majlis Peguam, Lebuh Pasar, Kuala Lumpur dengan objektif untuk menjernihkan beberapa kekeliruan yang timbul dalam agama yang melibatkan bukan Islam tetapi membabitkan agama Islam.

Mereka membariskan beberapa ahli panel dalam forum ini termasuk Dr Wan Azhar Ahmad (IKIM) serta tiga pengamal undang-undang iaitu Ravi Nekoo, R. Shanmuga dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Bekas Hakim Syarie, Dr Naim Mokhtar telah menarik sebagai panel, manakala Zarizana Abdul Aziz dari Pusat Bagi Perubahan Wanita sebagai moderator.

Mengulas tentang forum ini, Menteri Besar Kelantan itu pada 7 Ogos 2008 sependapat dengan kebanyakkan pemimpin NGO Islam bahawa forum ini bukan sahaja melibatkan sensitiviti agama, tetapi untuk memberikan imej buruk kepada Islam.

Tuan Guru Haji Nik Aziz berkata, lebih baik menganjurkan forum antara agama untuk menilai ajaran agama mana yang lebih benar di antara Islam dengan agama bukan Islam. Ia lebih baik dan lebih bermanfaat, berbanding membangkitkan perkara remeh akibat seseorang memeluk Islam. Ketika forum ini diadakan pada 9 Ogos 2008, ia telah diserbu oleh lebih 3,000 demonstran yang menyebabkan ia terpaksa ditamatkan lebih awal.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 7/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 7-8-2016                                                                                                                            ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --














Berbeza pandangan hukum wang loteri MCA untuk Umno

HARAKAHDAILY | .

                                                                                         http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42058-berbeza-pandangan-hukum-wang-loteri-mca-untuk-umno                                                                                                                                                                                                                                                                                                 PEMIMPIN PAS BERBEZA PANDANGAN TERHADAP HUKUM WANG LOTERI MCA UNTUK UMNO (4 OGOS 1952)

PADA hari ini dalam tahun 1952, akhbar Utusan Melayu telah menyiarkan konflik kepemimpinan yang berlaku dalam PAS ekoran perselisihan pendapat dua pemimpin tertinggi PAS dalam isu penerimaan wang loteri MCA oleh Umno. Yang Dipertua PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan telah berbeza pendapat dengan Timbalan Yang Dipertua PAS, Ustaz Haji Ghazali Abdullah yang kemudiannya menjadi polemik di media massa. Yang menarik, Ustaz Haji Ghazali Abdullah adalah seorang tokoh Umno Perak, sedangkan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad adalah penyokong Dato' Onn Jaafar di dalam Umno sebelum bekas pemimpinan utama Umno keluar dari parti nasionalis sekular itu pada 26 Ogos 1951.

Ada asalnya, isu ini timbul kerana usaha MCA Kuala Lumpur yang diketuai HS Lee untuk memujuk Dato' Razak Yahya, pemimpin Umno Kuala Lumpur mengadakan kerjasama MCA-Umno dalam Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 16 Februari 1952. MCA telah membiayai kempen Umno dalam pilihan raya yang memenangkan mereka untuk sembilan daripada 12 kerusi. Kesan daripadanya, Umno dan MCA mula membentuk satu perikatan politik. Prof Ramlah Adam berkata Umno 'dibeli' oleh MCA apabila parti Cina itu menawarkan sumbangan hasil Loteri MCA sebanyak $500,000.00 kepada Umno untuk melatih orang Melayu dalam bidang perniagaan, setelah MCA gagal memperalatkan Dato' Onn Jaafar melalui Parti Kemerdekaan Melayu (IMP).

"Dengan itu Umno dan Tunku Abdul Rahman tidak terlepas daripada manipulasi MCA. Parti MCA dan Chinese Chambers of Commerce telah menggunakan pengaruh (wang loteri)nya untuk memujuk dan mengambil hati Umno," komen Ramlah Adam. MCA juga dikatakan akan menggunakan wang loteri untuk menyelamatkan sebuah bank Melayu, akhbar Majlis milik orang Melayu dan membantu perpindahan pejabat Tunku Abdul Rahman dari Province Wellesly ke Johor Bahru, selain turut membantu dana pembinaan Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur. Atas sebab itu, Dato' Onn Jaafar telah mencadangkan kepada Majlis Undangan Persekutuan supaya loteri diharamkan. Menurut Prof Nik Anuar Mahmud, pemberian MCA sebanyak setengah juta ringgit itulah yang menyebabkan Umno menerima kerakyatan jus soli yang diminta oleh MCA sehingga merugikan orang Melayu hari ini.

Masalah menerima wang hasil judi loteri anjuran MCA oleh Umno dan orang Melayu telah menjadi perdebatan hukum dalam PAS. Pada 23 Julai 1952, Utusan Melayu telah menyiarkan pendapat Tuan Guru Haji Ahmad Fuad yang mengatakan ia adalah harus kerana wang haram apabila berpindah tangan kepada pihak kedua ia menjadi halal berdasarkan Mazhab Maliki. Ustaz Haji Ghazali yang merupakan ahli Umno pula berpendapat wang tersebut adalah haram kerana kita mengetahui sumbernya yang haram iaitu judi loteri. Pendapat Ustaz Haji Ghazali Abdullah yang berbeza ini disiarkan oleh Utusan Melayu pada 4 Ogos 1952. Kerana pertentangan pendapat dalam soal penerimaan wang hasil judi ini, Ustaz Haji Ghazali Abdullah mulai meninggalkan perjuangan PAS dan ia menimbulkan konflik kepemimpinan yang disifatkan oleh seorang wartawan, Bakhtiar Djamily sebagai "Persatuan Islam menghadapi dugaan."

Pada tahun 1951, para ulamak dalam Bahagian Agama dan Pelajaran Umno telah bertindak menubuhkan PAS pada 23 Ogos 1951, yang disebabkan kemarahan ulamak terhadap tindakan Umno menganjurkan Loteri Umno bagi membiayai pembinaan Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur. Para ulamak Umno telah berfatwa bahawa ia adalah haram, sehingga Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Johor, Ungku Ismail Abdul Rahman mengatakan Umno telah tergelincir daripada al-Quran dan Sunnah. Isu judi loteri inilah yang menyebabkan ulamak menubuhkan PAS. Setelah ulamak berpisah dari Umno, parti sekular itu telah mengambil pemberian MCA untuk "membeli" orang Melayu dalam soal kerakyatan. Perbezaan pendapat para ulamak PAS adalah perkara biasa, tetapi ia adalah simbol keprihatinan ulamak terhadap kemungkaran.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
4 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 4/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 4-8-2016                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 














PAS kuasai hampir separuh undi popular di Kelantan

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42040-pas-kuasai-hampir-separuh-undi-popular-di-kelantan                                                                                                                                                                                                                                                                                                    PAS KUASAI HAMPIR SEPARUH UNDI POPULAR DI KELANTAN DALAM PRU KETUJUH (3 OGOS 1986)

PADA hari ini dalam tahun 1986, PAS Kelantan telah membuat lonjakan besar dalam Pilihan Raya Umum Ketujuh pada 3 Ogos 1986 dengan menguasai 45.9 peratus undi popular dan menguasai 10 daripada 39 kerusi Dun di Kelantan.

PAS yang tewas teruk di Kelantan dalam Pilihan Raya Negeri pada 11 Mac 1978 akibat kerjasama antara serpihan PAS, Berjasa dengan Umno dan mengalami perpecahan lagi ekoran penubuhan Hamim pada 24 Mac 1983, dilihat sukar untuk bangkit dalam masa yang terdekat. Namun begitu, kejayaan PAS Kelantan membuat lonjakan besar pasca dua perpecahan ini, telah menyebabkan PAS dilihat sangat berpotensi untuk berkuasa semula di Kelantan dalam pilihan raya berikutnya.

Pilihan Raya Umum 1986 diadakan dalam suasana politik yang tidak memihak kepada PAS kerana ia sedang diserang dengan beberapa isu besar antaranya Tragedi Memali 19 November 1985, isu hubungan PAS-CCC, isu pertemuan PAS-Umno dan juga isu "Parti Allah" yang dijadikan senjata saat akhir BN.

PAS sendiri yang berusaha membentuk pakatan pembangkang melalui penubuhan Harakah Keadilan Rakyat (HAK) pada 14 Julai 1986 tidak sempat berbuat apa-apa kerana Parlimen dibubarkan lima hari kemudian. Kerjasama PAS dengan masyarakat Cina menerusi Majlis Perunding Cina (CCC) sejak 1985 juga tergugat ekoran isu pertemuan PAS-Umno. Dari segi isu-isu di peringkat nasional, BN telah berjaya memilih kedudukan terbaik untuk membendung pencapaian PAS.

Namun begitu, di Kelantan suasana politik telah berbeza selepas kekalahan 1978. Faktor kepemimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengetuai PAS Kelantan sejak 1 Mac 1981, yang diikuti oleh program tarbiyah dalaman yang dibuat secara besar-besaran dan juga kuliah umum yang berpusat di Dewan Zulkifli Mohamad telah memulihkan kekuatan PAS dalam masa yang singkat.

Perpecahan pada 1983 yang menyebabkan PAS hilang empat daripada lima kerusi Parlimen (Kota Setar, Rantau Panjang, Bachok dan Pasir Mas) serta tiga kerusi Dun (Kubang Kerian, Meranti dan Perupok) tidak menjejaskan PAS, sebaliknya telah menyingkirkan golongan yang menjadi "kemuncup dalam perjuangan".

Kegagalan Hamim mendapatkan semula deposit dalam pilihan raya kecil di Selising dan Kemumin pada 8 September 1983 telah menghilangkan gugatan parti tersebut terhadap PAS walaupun mereka menyertai BN pada 1985.

Pembubaran serentak Dun Kelantan dan Dewan Rakyat pada 19 Julai 1986, yang diikuti oleh penamaan calon pada 24 Julai 1986 dan pengundian pada 3 Ogos 1986 telah memperlihatkan PAS Kelantan berjaya mengenepikan isu-isu nasional dan membuat kebangkitan semula.

10 calon PAS iaitu Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat (Semut Api), Daud Ibrahim (Kemumin), Abdul Halim Abdul Rahman (Banggol), Mawardi Ahmad (Lundang), Mustafa Ibrahim (Mulong), Omar Mohamad (Perupuk),  Idris Ahmad (Tawang), Wan Hussin (Labok), Wan Hassan Wan Yusof (Guchil) dan Ismail Yaakob (Manik Urai) telah menang di kawasan masing- masing, di samping kejayaan Ustaz Nik Abdullah Arshad mempertahankan kerusi Parlimen Pengkalan Chepa.

BN sebaliknya memenangi 29 kerusi Dun dengan lebih 10 daripadanya adalah marginal, sedangkan pada 1988, pengharaman Umno hampir menghilangkan majoriti mereka di Dun Kelantan. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dun Kelantan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 3/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                               Sumber HD - 3-8-2016                                                                                                                               --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                      
















Sejarah: Timbalan Pengarah Amal Johor ditahan ISA

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42032-sejarah-timbalan-pengarah-amal-johor-ditahan-isa                                                                                                                                                                                                                                                                                Timbalan Pengarah Amal Johor ditahan ISA (2 Ogos 2009)

PADA hari ini dalam tahun 2001, Timbalan Pengarah Unit Amal Johor, Ustaz Norashid Sakib telah ditahan ISA atas tuduhan terlibat dalam kegiatan memudharatkan keselamatan negara. Beliau ditahan mengikut Seksyen 73 ISA bersama sekumpulan yang lain kerana dikatakan membentuk Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). Dalam tempoh tiga hari antara 2-4 Ogos 2001, seramai 10 orang yang kebanyakkannya adalah ahli PAS telah ditahan di atas arahan Menteri Dalam Negeri. Menurut Timbalan Negeri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin, mereka adalah antara 12 orang mujahidin Afghanistan yang menubuhkan organisasi KMM di Puchong pada 1999.

Ustaz Norashid Sakib, seorang guru agama di Madrasah al-Masriah, Simpang Renggam, Johor merupakan graduan pengajian Islam dari Pakistan. Beliau aktif dalam Dewan Pemuda PAS Johor sejak pulang dari Pakistan dan memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Johor dan Ketua Dewan Pemuda Sungai Benut, selain menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Amal Johor. Pada jam 9.30 pagi 2 Ogos 2001, pihak polis telah mendatangi Madrasah al-Masriyah dan meminta Ustaz Norashid Sakib melaporkan diri di Balai Polis Simpang Renggam. Pada sebelah petangnya, polis menggeledah rumah beliau dan keluarganya dimaklumkan beliau ditahan mengikut Seksyen 73 ISA.

Selain Ustaz Norashid Sakib, ahli-ahli yang turut ditahan tanpa bicara ialah Ustaz Lufti Ariffin (Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kedah), Ustaz Ahmad Tajuddin (Ketua Dewan Pemuda PAS Larut), Ustaz Nik Adli Nik Aziz (anak Mursyidul Am PAS), Salehan Abu Bakar (ahli PAS Guar Chempedak), Abu Bakar Che Joi (ahli PAS Baling), Asmawani Abdullah (ahli PAS Baling) dan Ahmad Fauzi Deraman (ahli PAS Gurun). Dua lagi yang turut ditahan ialah Alias Ngah (penyokong PAS) dan Zainon Ismail (bekas ahli PAS). Pergerakan mereka didakwa oleh kerajaan terbongkar ekoran penangkapan seorang ahli mereka dari Indonesia, Mohd Ikbal Abdul Rahman. Kerajaan turut mendakwa kumpulan ini diketuai oleh Ustaz Nik Adli Nik Abdul Aziz, anak Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mangsa- mangsa ISA ini ditahan antara empat hingga 10 tahun.

Di sebalik tuduhan-tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh kerajaan, pihak pemerintah itu tidak pernah mengemukakan bukti, bahkan tidak mendakwa semua tahanan ISA di mahkamah. Pejuang-pejuang hak asasi manusia menganggap penahanan ini adalah pencabulan kemanusiaan, sedangkan pemerhati politik melihatnya sebagai satu usaha merosakkan reputasi PAS. Isu ini telah mempalitkan PAS dengan isu keganasan dan militan. KMM kemudiannya dinamakan oleh kerajaan sebagai Kumpulan Militan Malaysia, setelah menyedari perkataan 'mujahidin' yang dilabelkan sebelum ini memberi imej positif kepada tahanan. Antara usaha PAS untuk membela tahanan KMM ini adalah dengan menubuhkan Tabung ISA, selain berterusan mendesak supaya ISA dihapuskan. Presiden PAS, Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor pada 8 Ogos 2001 telah membawa usul tergempar di Dewan Rakyat untuk membincangkan penyalahgunaan ISA oleh Kerajaan BN.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 2/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 2-8-2016                                                                                                                   --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS sertai himpunan mansuhkan ISA

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42011-pas-sertai-himpunan-mansuhkan-isa                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         PAS SERTAI HIMPUNAN MANSUHKAN ISA (1 OGOS 2009)

PADA hari ini dalam tahun 2009, PAS menyertai Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk mengadakan himpunan bagi membantah penyalahgunaan ISA oleh Kerajaan BN dengan menahan musuh-musuh politik mereka tanpa bicara. Tujuan utama himpunan Mansuh ISA ini adalah untuk mendesak Kerajaan BN memansuhkan ISA, membebaskan semua tahanan ISA dan menutup kem tahanan ISA di Kamunting, Perak. Penganjur himpunan ini, GMI telah mensasarkan penyertaan seramai 100,000 demonstran untuk berarak dan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Selain gabungan GMI, perhimpunan ini turut disertai oleh parti-parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP, selain NGO-NGO hak asasi manusia. Mereka merancang untuk berhimpun di Masjid Jamek Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, KL Sentral dan Masjid Negara, sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum. Rancangan GMI ini telah mendapat tindak balas beberapa NGO pro kerajaan, Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris), Perkasa dan 10 NGO lain telah merancang untuk membuat himpunan pada hari yang sama bagi menyokong ISA. Mereka mengatur untuk berhimpun di Padang Merbuk, Masjid Negara dan Pasar Seni sebelum bergerak ke Dataran Merdeka dan menyerahkan memorandum menyokong ISA di Istana Negara.

Disebabkan tindakan NGO pro kerajaan tersebut, pihak polis pada 28 Julai 2009 telah mengumumkan untuk tidak mengeluarkan permit kepada kedua-dua pihak untuk mengelakkan pertembungan dan pergeseran. Pihak polis juga mengumumkan untuk sekatan jalan raya dan menahan sesiapa yang terlibat dengan perhimpunan ini, yang menyebabkan Pewaris dan Perkasa membatalkan himpunan mereka, tetapi GMI meneruskan himpunan ini. Dalam himpunan pada 1 Ogos 2009 ini, seramai 10,000 demonstran telah menyertainya, termasuk para pemimpin utama Pakatan Rakyat. Seramai 549 lelaki dan 40 wanita telah ditahan di bawah Akta Polis kerana menyertai perhimpunan ini.

Sebagai menyatakan sokongan kepada Himpunan Mansuhkan ISA dan tanda komitmen PAS untuk menentang ISA, pada 15 Julai 2009, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah mengeluarkan arahan kepada seluruh ahli PAS supaya turun dalam himpunan pada 1 Ogos 2009 untuk membantah ISA. PAS juga telah menganjurkan ceramah dan mengedarkan risalah tentang kezaliman ISA di seluruh negara untuk membentuk kesedaran rakyat terhadap isu kezaliman ISA. Hasil dari sokongan PAS terhadap Himpunan Mansuh ISA ini, pada 1 Ogos 2009, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah berjanji bahawa kerajaan akan mengkaji semula ISA sama ada ia patut dimansuhkan atau sebaliknya.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 1/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 1-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Sejarah: Muktamar cadang PAS keluar BN

HARAKAHDAILY | .

                                                                                           http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42008-sejarah-
                                                                                                                                            MUKTAMAR CADANG PAS KELUAR BN JIKA TIDAK DIHORMATI RAKAN PAKATAN (30 JULAI 1975)

PADA hari ini dalam tahun 1975, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-21 telah mencadangkan supaya PAS menarik diri dari Barisan Nasional (BN) jika rakan-rakan BN tidak menghormati PAS sebagai anggota BN. Selepas Pilihan Raya Umum 1974, PAS menuntut tambahan beberapa kerusi kabinet di samping mendesak perlaksanaan syariat dalam pemerintahan, sedangkan dalam pentadbiran kerajaan di peringkat bawah terdapat rungutan meluas bahawa Umno tidak menghormati PAS sebagai anggota BN. Dalam tempoh yang singkat selepas BN ditubuhkan, Pejabat Agung PAS telah menerima aduan yang bertubi-tubi dari ahli PAS berkait masalah hubungan dengan Umno.

PAS yang membentuk hubungan dengan Umno melalui penubuhan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1 Januari 1973, telah terlibat mengasaskan BN pada 1 Jun 1974 sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum 1974. Ketika merundingkan pembahagian kerusi dalam pilihan raya ini, Umno hanya memperuntukkan 14 kerusi Parlimen dan 51 kerusi DUN, sedangkan Umno mendapat masing-masing 61 dan 170 kerusi. Ahli-ahli PAS mempersoalkan sikap Umno yang menghormati peranan PAS dalam memperkukuhkan semula politik orang Melayu selepas tragedi 13 Mei 1969. Kesediaan PAS untuk menerima Umno sebagai sekutunya dianggap satu pengorbanan politik yang besar oleh PAS untuk menstabilkan semula politik negara.

Selepas Pilihan Raya Umum Kelima pada 24 Ogos 1974, PAS telah menuntut tambahan kerusi kabinet, tetapi hanya mendapat satu jawatan menteri, dua timbalan menteri dan satu setiausaha parlimen, sedangkan PAS pernah menuntut jawatan timbalan perdana menteri kedua. Sasaran PAS untuk melaksanakan syariat dalam pemerintahan juga kurang mendapat perhatian kerajaan, walaupun PAS telah cuba menerapkan Islam dalam pentadbiran. Sejak 24 April 1973, PAS telah membangkitkan isu perlaksanaan syariat di Dewan Rakyat dan mendesak kerajaan menjadikan ia sebagai satu agenda besar BN. Pada 8 April 1975, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah membincangkan langkah-langkah untuk mengatasi ketidakpuasan hati ahli-ahlinya, termasuk membawa isu ini Mesyuarat Setiausaha-setiausaha Agung Parti Komponen BN.

Ketika PAS mengadakan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-21 pada 29-30 Julai 1975, suara-suara tidak berpuas hati terhadap kerjasama BN telah kedengaran. Isu-isu agihan kerusi dalam pilihan raya, layanan tidak wajar Umno terhadap PAS, kedudukan politik orang Melayu serta kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan syariat Islam. Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Dato' Haji Hassan Adli Mohd Arshad telah mengemukakan 'Minority Report' kepada Muktamar Tahunan PAS sebagai penilaian terhadap penglibatan PAS dalam kerajaan. Berasaskan isu-isu yang berbangkit, Muktamar Tahunan PAS dalam menilai hasil penglibatan PAS dalam BN dan penghormatan Umno sebagai komponen penting BN, telah mencadangkan supaya PAS sahaja daripada BN jika berterusan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
30 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 30/7/2016                                                                                                                                                                                                                                           Sumber HD - 30-7-2016                                                                                                                   -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Nama PAS ditukar kepada Parti Islam Se-Malaysia

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42006-nama-pas-ditukar-kepada-parti-islam-se-malaysia                                                                                                                                                                                                                                                                                          NAMA PAS DITUKAR KEPADA PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (29 JULAI 1972)

PADA hari ini dalam tahun 1972, PAS telah menukar namanya dari Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sesuai dengan perubahan politik selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 dan juga kesan dari tragedi berdarah 13 Mei 1969. Pertukaran nama PAS kepada nama baru ini merupakan salah satu daripada pindaan yang dibuat ke atas Perlembagaan PAS (Pindaan) 1963. Pindaan ini diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-18 pada 28-29 Julai 1972 yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ketika PAS ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, ia dinamakan sebagai Persatuan Ulamak Malaya. Tetapi dalam Persidangan Persatuan Ulamak Malaya yang menggubal Undang-undang Tubuh Persatuan ini pada 24 November 1951, tujuh nama telah dicadangkan antaranya Persatuan Ulamak Umno, Persatuan Muslimin Tanah Air (PERMATA), Pertubuhan Islam Malaya (PERTAMA), Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) dan Nahdatul Ulama Malaya (NAIM). Nama Persatuan Islam Se-Malaya yang asalnya dicadangkan oleh Ustaz Othman Hamzah, wakil Persatuan Ihya as-Syariff telah dicadangkan semula oleh Ustaz Mohd Ma'sum dari Jemaah Masjid Telaga Air, Seberang Perai dan terpilih sebagai nama rasmi bagi persatuan ini ketika ia ditubuhkan. Nama ini kemudiannya didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 31 Mei 1955.

Dengan nama Persatuan Islam Se-Malaya yang didaftarkan ini, pihak pendaftar telah menterjemahkan nama PAS dalam bahasa Inggeris sebagai "Pan-Malayan Islamic Party (PMIP)". Namun begitu, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 11 Mei 1956 telah memutuskan untuk menggunakan terjemahan "Islamic Party of Malaya" sebagai nama rasmi PAS dalam bahasa Inggeris dengan menggugurkan perkataan "PAN" pada nama yang diterjemahkan oleh pentadbir British ketika itu. Dengan itu, nama rasmi PAS ialah Persatuan Islam Se-Malaya dalam Bahasa Melayu dan Islamic Party of Malaya dalam bahasa Inggeris.

Selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-11 pada 31 Disember 1962 hingga 2 Januari 1963, telah menukar nama PAS atas cadangan Profesor Zulkifli Mohamad kepada nama baru, iaitu Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). PAS berpandangan perkataan Malaya adalah berbau penjajah dan ia harus digantikan, sedangkan nama Tanah Melayu bukan sahaja nama asal bagi negara ini, tetapi juga lebih bersifat dan berjiwa tempatan yang merdeka. Namun begitu, pada 16 September 1963, telah berlaku perubahan politik ekoran penubuhan Malaysia dan semua kegiatan politik adalah bersifat ke-Malaysiaan.

Dalam suasana politik yang bergolak dan berbau perkauman pasca penubuhan Malaysia, telah tercetus tragedi 13 Mei 1969. Antara tuduhan yang dikaitkan kepada PAS ialah menyalahgunakan agama dan memperjuangkan perkauman Melayu kerana perjuangan PAS menubuhkan Melayu Raya untuk menegakkan negara Islam. Peguam Negara telah memberi isyarat kepada PAS untuk mengubah namanya selepas tragedi ini ketika negara di bawah pentadbiran Mageran.

Selepas darurat ditamatkan pada 1 September 1970, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-17 telah memutuskan untuk menukar nama PAS kepada "Parti Islam" tetapi kekal dengan akronim PAS. Namun begitu, nama tersebut telah ditolak oleh RoS atas alasan nama tersebut tidak merujuk kepada mana-mana kawasan dan seolah-olah umat Islam di seluruh dunia boleh menyertainya. Ekoran keputusan RoS ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju untuk membawa cadangan nama baru kepada mesyuarat agung tahun berikutnya. Pada 29 Julai 1972, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-18 kemudiannya telah bersetuju supaya nama PAS ditukar dari Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kepada Parti Islam Se-Malaysia. Nama ini terus kekal digunakan sehingga hari ini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS - HARAKAHDAILY 29/7/2016                                                                                                                                                                                                                           Sumber HD - 29-7-2016                                                                                                                    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 














Sejarah: PAS seru ahli pertahan dasar Islam

HARAKAHDAILY | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41997-sejarah-pas-seru-ahli-pertahan-dasar-islam                                                                                                                                                                                                                                                                                                    PAS SERU AHLI PERTAHAN DASAR ISLAM DALAM MENGHADAPI PERUBAHAN POLITIK (28 JULAI 1972)

PADA hari ini dalam tahun 1972, Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah mempertegaskan kepentingan PAS mempertahankan ketulenan dasar perjuangannya dalam menghadapi perubahan politik pasca 13 Mei 1969.

Yang Dipertua Agung PAS itu berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-18 pada 28-29 Julai 1972 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mesyuarat Agung Tahunan PAS ini diadakan dalam suasana politik yang bergolak selepas tragedi perkauman 1969.

Suasana politik negara telah mengalami perubahan yang besar ekoran tragedi 13 Mei 1969 ini di mana orang-orang Cina yang menguasai politik di Pulau Pinang, Perak dan Selangor menerusi DAP dan Gerakan telah melakukan perarakan politik selepas Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969 yang berakhir dengan tragedi berdarah. Berlanjutan dari itu, seluruh kegiatan politik telah digantung menerusi perisytiharan darurat sehingga 1 September 1970.

Dalam suasana politik ini, Presiden Umno, Tun Abdul Razak Hussein telah menawarkan kepada PAS untuk membentuk kerajaan campuran bagi menjamin kelangsungan politik Melayu. Dalam ucapannya pada 29 Jun 1972 sempena Perhimpunan Agung Umno, Tun Abdul Razak meluahkan hasrat untuk membentuk campuran dengan PAS.

Bertolak dari persoalan ini, Dato' Mohd Asri menjelaskan bahawa PAS telah banyak melalui ujian politik, tetapi tetap dapat bertahan "meneruskan jihad, tidak lain dan tidak bukan yang menjadi sebabnya ialah aqidah perjuangan".

Menurut Dato' Mohd Asri, PAS berjuangan melalui politik pilihan raya adalah untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Dalam konteks ini, "Islam adalah darah dan daging, hidup dan mati, dunia dan akhirat" bagi PAS. "Dasar politik selain dari Islam adalah batil," dan setiap ahli PAS berkewajipan mempertahan ketulenan dasar Islam PAS kerana ia menjadi "garis pemisah antara pihak kita (PAS) dengan pihak yang bukan kita".

Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS yang disampai pada 28 Julai 1972 ini adalah satu penekanan yang penting kepada ahli-ahli dalam menghadapi perubahan politik yang sedang berlaku, terutama dalam PAS mengadakan kerjasama politik dengan Perikatan.

Fokus utama PAS adalah supaya ahli-ahli dapat mempertahankan wala' mereka kepada Allah dan Rasul, ketika PAS sedang mengambil strategi baru untuk memperkukuhkan politik Melayu Islam di Malaysia. Ahli-ahli diseru mempertahan dasar Islam, termasuk tidak mengambil ringan soal hubungan dengan Umno yang boleh menghakis ketulenan dasar PAS.

Perbezaan dasar antara PAS dan Umno akan menjadi cabaran penting dalam pembentukan campuran antara PAS dan Perikatan. Perbezaan dasar ini menyebabkan PAS tidak akan bergabung dengan Umno. "PAS dengan dasar perjuangannya tidak akan dapat sama sekali bergabung dengan Umno atau berikat dengan Perikatan sebagai satu parti."

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
28 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 28/7/2016                                                                                                                                                                                                                                             Sumber HD - 28-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                         
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































PAS sokong usaha adakan pilihan raya bersih

HARAKAHDAILY | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41979-pas-sokong-usaha-adakan-pilihan-raya-bersih                                                                                                                                                                                                                                                                                      PAS SOKONG USAHA ADAKAN PILIHAN RAYA BERSIH (26 JULAI 2011)

PADA hari ini dalam tahun 2011, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan sokongannya terhadap apa jua langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mewujudkan pilihan raya bersih dan adil di negara ini.

Menteri Besar Kelantan ini mempertegaskan sikap PAS ekoran kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mencadangkan supaya mengunakan kaedah biometrik bagi mengelakkan penipuan. Walau bagaimanapun, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menolak penggunaan biometrik yang diragui keselamatannya.

Isu pilihan raya bersih ini adalah rentetan daripada tujuh tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), iaitu gabungan 25 buah NGO dan lima parti politik. Bersih yang telah menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur telah mendapat sokongan rakyat, termasuk rakyat Malaysia di luar negara. Salah satu tuntutan penting Bersih ialah penggunaan dakwah kekal untuk dicelup jari oleh pengundi bagi mengelakkan penipuan dengan mengundi dua kali. Bersih berpendapat, dengan jari bercelup dakwat kekal ini dapat mengelakkan penipuan dalam pilihan raya.

SPR sendiri, semenjak 2007 telah mencadangkan satu langkah untuk mengelakkan penipuan dengan menggunakan biometrik, tetapi menangguhkannya kerana menelan kos sebesar RM40 juta. Pada 3 April 2011, Pengerusi SPR mengemukakan semula cadangan ini walaupun ia mendapat reaksi berbeza-beza daripada rakyat.

Pada 22 Mei 2011, Pengerusi SPR telah menjelaskan bahawa biometrik ialah sistem pengenalan data pengundi menggunakan cap jari yang dianggap selamat dari penipuan. Ekoran tekanan berterusan pembangkang berkait masalah pengundi hantu, pada 20 Jun 2011, Pengerusi SPR memberitahu cadangan menggunakan biometrik yang diamalkan di beberapa negara terbukti berkesan dan ia lebih baik dari penggunaan dakwat kekal yang dicadangkan oleh Bersih.

Memberi respon terhadap cadangan SPR yang berbeza dengan tuntutan Bersih 2.0 yang turut disertai PAS pada 7 Julai 2011, Mursyidul Am PAS pada 26 Julai 2011 mengatakan "apa sistem sekalipun, mesti membawa kebersihan. Yang tidak membawa kepada penipuan dan boleh meragukan mesti ditentang" dan dalam konteks sekarang, berbanding biometrik "lebih baik guna dakwat kekal yang kita minta dulu...."

Dalam pada itu, Presiden PAS pada 26 Julai 2011 telah menolak penggunaan biometrik, sebaliknya bertegas supaya dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya akan datang. Memanipulasikan isu ini, media pro BN telah mendakwa "Nik Aziz Sokong Biometrik," sedangkan Presiden PAS menentangnya, sehingga Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjelaskan keadaan sebenar, iaitu PAS komited mahukan pilihan raya bersih dan adil dengan apa kaedah sekalipun.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
26 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 26/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      Sumber HD - 26-7-2016                                                                                                                  ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Umno jemput PAS sertai persidangan Melayu

HARAKAHDAILY | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41961-umno-jemput-pas-sertai-persidangan-melayu                                                                                                                                                                                                                                                                          UMNO JEMPUT PAS SERTAI PERSIDANGAN MELAYU UNTUK IMBANGI PENGARUH DATO' ONN (25 JULAI 1953)

PADA hari ini dalam tahun 1953, PAS telah menerima jemputan daripada Yang Dipertua Agung Umno, Tunku Abdul Rahman Putra untuk menyertai Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Melayu anjuran Umno bagi membincangkan isu tuntutan pilihan raya  segera peringkat Persekutuan ke arah berkerajaan sendiri.

Persidangan yang diadakan di Johor Bahru pada 14 Ogos 1953 ini asalnya adalah persaingan politik peribadi di antara Tunku Abdul Rahman Putra dengan bekas Yang Dipertua Agung Umno, Dato' Onn Jaafar setelah pengasas Umno itu menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Para pengkaji mengatakan bahawa pengaruh Umno terjejas ekoran kejayaan Dato' Onn Jaafar mengadakan National Conference yang menggabungkan pertubuhan politik dari pelbagai kaum.

Umno yang mencari jalan untuk menafikan peranan Dato' Onn Jaafar sebagai pemimpin politik Melayu, telah mengatur sebuah persidangan yang melibatkan semua pertubuhan politik Melayu, sekali gus meminggirkan pengaruh Dato' Onn Jaafar. Satu langkah yang penting pada pandangan Umno ialah menghimpunkan semua pertubuhan politik Melayu di bawah anjuran Umno sebagai simbol sokongan mereka kepada Umno.

Persidangan anjuran Umno ini juga menjadi perintis kepada persaingan antara Umno-MCA dengan IMP yang membawa kepada penajaan National Convention pada 23 Ogos 1953. Ketiga-tiga perhimpunan ini - National Conference, Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Melayu dan National Convention - adalah mempunyai tujuan yang sama, iaitu menuntut pilihan raya segera, tetapi terpaksa berpecah kerana persaingan politik peribadi dalam Umno.

Di sebalik pergolakan ini, ekoran tindakan Umno menarik diri dari National Conference, PAS telah menjadi wakil orang Melayu dalam persidangan tajaan Dato' Onn Jaafar ini. Apabila Umno merancang persidangan yang baru, PAS secara terbuka menyatakan kesediaan untuk menyertainya, kerana sebagai sebuah parti yang baru ditubuhkan, persaingan politik seperti ini telah memberi ruang kepada PAS untuk tampil ke tengah mewakili suara Melayu Islam.

Dato' Onn memerlukan PAS sebagai satu-satunya wakil parti Melayu dalam National Conference, sedangkan Umno memerlukan sokongan PAS bagi menghidupkan National Convention sekali gus menguburkan National Conference tanpa sokongan Melayu. Atas sebab ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26 Jun 1953 menyatakan kesediaan untuk menyertai himpunan anjuran Umno jika dijemput.

Kesediaan PAS ini segera disambut oleh Umno kerana mereka sedar bahawa Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan adalah penyokong kuat Dato' Onn Jaafar sebelum Umno berpecah pada 1953.

Selepas Mesyuarat Agung Umno pada 25-26 Ogos 1953, Umno telah berpecah tiga sehingga mewakili tiga kelompok Umno iaitu Melayu, Islam dan multi racial terbentuk Umno (Melayu), PAS (Islam) dan IMP (multi racial). Yang jelas, kerana persaingan politik di antara Tunku Abdul Rahman Putra dengan Dato' Onn Jaafar inilah, PAS telah memanfaatkan peluang ini untuk muncul sebagai sebuah parti politik yang penting menjelang kemerdekaan.

Pada 25 Julai 1953, Yang Dipertua Agung Umno itu segera menjemput PAS menyertai Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Melayu yang mereka anjurkan.

Ternyata Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Melayu anjuran Tunku Abdul Rahman Putra adalah tidak berbeza dengan National Conference anjuran Dato' Onn Jaafar dari sifatnya. National Conference adalah gabungan politik yang dianggotai oleh parti-parti bukan Melayu yang telah bergabung dalam IMP, tetapi menjelma sebagai gabungan politik dengan jenama baru - National Conference - yang turut disertai oleh PAS. Sedangan persidangan Melayu anjuran Umno telah disertai oleh 10 buah persatuan termasuk PAS, yang sebahagian besarnya telah bersekutu dengan Umno sejak 1946.

Keputusan Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26 Julai 1953 untuk menerima tawaran Umno menyertai persidangan ini telah menyebabkan PAS diiktiraf sebagai sebuah parti yang setaraf dengan Umno, sedangkan kumpulan Dato' Onn juga memberi pengiktirafan yang serupa kepada PAS apabila pemimpin PAS turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja National Conference. Sejak menyertai kedua-dua persidangan ini, PAS telah muncul sebagai sebuah parti politik Islam yang bertaraf nasional.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
25 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 25/7/2016                                                                                                                                                                                                                                           Sumber HD - 25-7-2016                                                                                                                   -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  














Tarik balik tindakan siswa Bersih 2.0 di Kaherah

HARAKAHDAILY | .

                                      



















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41949-tarik-balik-tindakan-siswa-bersih-2-0-di-kaherah                                                                                                                                                                                                                                                                                  DEWAN ULAMAK PAS MAHU KERAJAAN TARIK BALIK TINDAKAN KE ATAS MAHASISWA BERSIH 2.0 DI KAHERAH (24 JULAI 2011)

PADA hari ini dalam tahun 2011, Dewan Ulamak PAS Pusat telah mendesak Kerajaan Malaysia, khususnya Jabatan Pelajar Malaysia Kaherah (JPMK) supaya menarik balik semua tindakan yang telah dibuat secara zalim ke atas para mahasiswa Malaysia yang mengadakan tunjuk perasaan menyokong tuntutan Bersih 2.0 di Kaherah pada 9 Julai 2011.

JPMK dilaporkan telah mengambil beberapa tindakan keras terhadap mahasiswa Malaysia ekoran kejadian tersebut tanpa melalui proses yang adil. Dewan Ulamak PAS Pusat menuntut tindakan segera kepada Duta Malaysia di Mesir, Dr Fakhruddin Abd Mokti, Wisma Putra dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya menarik balik seluruh tindakan zalim tersebut.

Pada 9 Julai 2011, sekumpulan pelajar Malaysia dari beberapa institusi pengajian di Mesir telah menyertai demonstrasi di Kaherah untuk menyokong perhimpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di Kuala Lumpur pada hari yang sama. Bersih dianggotai oleh 25 NGO dan lima parti politik, termasuk PAS. Bersih 2.0 mengemukakan tujuh tuntutan pilihan raya adil termasuk reformasi undi pos, penggunaan dakwah celup jari, tempoh kempen mininum 21 hari, akses media untuk pembangkang dan lain-lain. Beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah ditahan kerana menyertai perhimpunan yang diadakan di Stadium Merdeka ini. Selain perhimpunan di Kuala Lumpur, rakyat Malaysia di seluruh dunia turut mengadakan perhimpunan serupa di tempat tinggal mereka, termasuk di Kaherah.

Dilaporkan bahawa turut diadakan perhimpunan di luar negeri ialah di Australia iaitu di bandar Melbourne, Sydney, Perth, Adelaide, Brisbane dan Canberra, New Zealand (Auckland, Wellington dan Christcurch), Singapura, Hong Kong, China (Suzhou, Shenzen dan Shanghai), Taiwan (Taipei), Jepun (Osaka), Korea Selatan (Seoul), UAE (Dubai), Turki (Istanbul), Sweden (Stockhlom), Austria (Graz), Switzerland (Zurich dan Ganeva), Perancis (Paris), United Kingdom (London dan Glasgow), Ireland (Cork, Limerik dan Dublin), Kanada (Ottawa) dan Amerika Syarikat (New York, Washington, Chicago, San Francisco, Los Angeles dan Portland). Kebangkitan rakyat Malaysia di seluruh dunia untuk menuntut pilihan raya bersih ini dilihat sebagai ancaman kepada BN, dan tindakan telah diambil terhadap pelajar-pelajar Malaysia yang terlibat, terutama di Mesir.

Antara tindakan zalim yang dikenakan tanpa dipanggil membela diri, yang dibuat oleh JPMK terhadap pelajar Malaysia di Mesir ialah:

I. Memberhentikan seorang pelajar dari Selangor;
II. Menghalau tiga pelajar dari Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) tanpa sebarang notis;
III. Menyenarai hitam 40 pelajar dari Perak; dan
IV. Membuat ugutan terhadap beberapa pelajar dari Terengganu.

Ekoran tindakan menzalimi pelajar dan bersikap tidak demokratik dengan menghalang pelajar dari bersuara ini, Dewan Ulamak PAS Pusat melalui Jabatan Ulamak Pelapis pada 24 Julai 2011 telah mendesak Kerajaan BN supaya menarik balik semua tindakan zalim tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
24 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 24/7/2016                                                                                                                                                                                                                                           Sumber HD - 24-7-2016                                                                                                                   ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Cawangan PAS pertama di Pantai Timur ditubuh

HARAKAHDAILY | .




















CAWANGAN PAS PERTAMA DI PANTAI TIMUR DITUBUHKAN DI PASIR MAS (23 JULAI 1953)

PADA hari ini dalam tahun 1953, Cawangan PAS yang pertama di Pantai Timur telah ditubuhkan di Pasir Mas dalam satu pertemuan ahli-ahli PAS di Masjid Lama Bandar Pasir Mas. Rancangan menubuhkan PAS Cawangan Pasir Mas ini telah disusun sejak 1952 terutama setelah Ustaz Amaluddin Darus diterima keahliannya pada Disember 1952.

Akhbar Utusan Melayu pada 15 Julai 1953 telah mendedahkan bahawa PAS telah mempunyai sebanyak 20 buah cawangan di seluruh Tanah Melayu menjelang Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kedua pada 26-27 Ogos 1953, termasuk PAS Cawangan Pasir Mas yang akan ditubuhkan dalam masa yang terdekat.

Rancangan mengembangkan PAS di Kelantan telah menjadi prospek PAS sejak awal kerana kesedaran politik Islam yang tinggi di negeri ini. Sejak 1951, PAS telah meletakkan negeri Kelantan dan Terengganu di bawah zon Utara bersama Kedah dan Perlis yang diketuai oleh Naib Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Hussein Che Dol.

Pada 9 September 1952, Naib Yang Dipertua Agung PAS itu telah mengadakan majlis penerangan tentang PAS di Pasir Puteh, diikuti majlis yang serupa bersama ulamak-ulamak di Pondok Bunut Payung keesokkannya. Penyokong-penyokong PAS dari Pasir Mas termasuk Ustaz Amaluddin Darus, Imam Che Muda Yusof dan Ahmad Yatim telah menyusun program taklimat yang sama di Pasir Mas pada malam 10 September 1952, tetapi Tuan Guru Haji Hussein Che Dol berhalangan untuk hadir walaupun pada awalnya telah dipersetujui.

Namun begitu, sejak awal 1953, usaha-usaha untuk menarik umat Islam untuk menyertai PAS telah dipergiat oleh Ustaz Amaluddin Darus, Ahmad Yatim dan Haji Mohd Noor Senik. Mereka membuat sesi penerangan di masjid-masjid dan kedai-kedai kopi, selain menziarahi guru-guru pondok sekitar Pasir Mas untuk mendapatkan sokongan kepada PAS.

Ustaz Amaludddin Darus yang berasal dari Kulim, Kedah merupakan lulusan Madrasah al-Huda, Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai pegawai bomba di Pasir Mas. Beliau memainkan peranan utama dalam mengumpulkan sokongan kepada PAS. Sehingga Jun 1953, telah terdapat 60 orang ahli PAS di kawasan Pasir Mas. Mereka telah mendapat sokongan Pejabat Agung PAS untuk menubuhkan Cawangan PAS di Pasir Mas yang dirancang untuk dibuat dalam bulan Julai 1953.

Hasil usaha keras ini, akhirnya pada 23 Julai 1953, satu perjumpaan ahli-ahli PAS seluruh Pasir Mas telah diadakan di Masjid Lama Pasir Mas. Dalam pertemuan ini, mereka telah bersetuju menubuhkan PAS Cawangan Pasir Mas sebagai bukan sahaja cawangan perintis di Kelantan, tetapi cawangan yang pertama di Pantai Timur Semenanjung, sedangkan 19 buah lagi Cawangan PAS ketika itu bertumpu di Pantai Barat.

Dalam perjumpaan ini, Haji Omar Yusof telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Cawangan Pasir Mas yang pertama, sedangkan Ustaz Amaluddin Darus pula dinamakan sebagai setiausahanya. Bekas Qadhi Pasir Mas, Tuan Guru Haji Mokhtar Ahmad yang juga bekas Yang Dipertua Jabhah ad-Diiniah al-Islamiyah Kelantan, bekas Ketua MATA Kelantan dan bekas Ketua Hizbul Muslimin Kelantan adalah antara pendukung utama penubuhan PAS di Pasir Mas ini.

Kejayaan menubuhkan PAS Cawangan Pasir Mas telah memberikan harapan baru kepada PAS di Kelantan, terutama setelah PAS mengambil keputusan pada 27 Mac 1954 untuk menyertai Pilihan Raya Umum yang dijangka diadakan sebelum 1956.

Pada 14 April 1954, PAS telah menghantar Mohd Asri Haji Muda, Pegawai Kewangan PAS bersama Ustaz Othman Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS untuk membuat penerangan besar-besarkan tentang PAS di lebih 20 lokasi di Kelantan. Akhirnya, pada 26 November 1954, Mohd Asri Haji Muda dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pantai Timur.

Sejak tertubuhnya PAS Cawangan Pasir Mas pada 23 Julai 1953, PAS berkembang dengan penubuhan PAS Cawangan Machang (21 September 1953), Pasir Puteh (1 Oktober 1954), Kota Bharu (18 November 1954), Tanah Merah (1955), Bachok (1 Mac 1957) dan Tumpat (Mei 1957).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 23/7/2016                                                                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 23-7-2016                                                                                                                                                                            
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Ada pertemuan dakwah dengan Umno

HARAKAHDAILY | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41920-ada-pertemuan-dakwah-dengan-umno                                                                                                                                                                                                                                                                                                      PRESIDEN PAS SAHKAN ADA PERTEMUAN DAKWAH DENGAN UMNO (21 JULAI 2008)

PADA hari ini dalam tahun 2008, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengesahkan bahawa telah berlaku pertemuan di antara PAS dan Umno selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008. Pengakuan yang dibuat oleh Presiden PAS ini adalah ekoran satu pendedahan yang dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Umno telah tiga kali bertemu dengan PAS kerana membincangkan isu agama dan bangsa Melayu tanpa disertai oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pendedahan ini telah menggemparkan politik negara kerana ketika ini PAS bersama PKR dan DAP telah membentuk Pakatan Rakyat sejak 1 April 2008.

Isu pertemuan PAS-Umno ini timbul ekoran pendedahan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu ketika memberi respons terhadap satu temuramah Presiden PAS yang disiarkan oleh Harakah, edisi 10 Julai 2008. Dalam kenyataannya, Presiden PAS menyatakan keperluan PAS untuk mengutuskan wakil bertemu Umno bagi menyampaikan mesej Islam seperti mana "Baginda Nabi SAW menghantar surat kepada raja-raja." Beliau menjelaskan bahawa tidak salah bagi PAS berunding dengan Umno sebagai satu usaha dakwah, seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu wakil rakyat BN untuk menubuhkan Kerajaan 16 September. "Bukan dia (Anwar) sahaja (yang berhak), kita pun berhak juga mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan. Kalau Keadilan (PKR) sahaja boleh jumpa Umno macam mana?" kata Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Setelah pembangkang berjaya memgalahkan BN di lima buah negeri, pada 9 Mac 2008, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah melantik beberapa pemimpin untuk merundingkan pembentukan kerajaan di negeri-negeri tersebut. Presiden PAS ditugaskan untuk Kedah, Dato' Husam Musa, Naib Presiden PAS (Perak), Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS (Pulau Pinang), serta Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS (Selangor). Ketika proses perundingan ini berlaku, pada 9 Mac 2008, PAS menerima jemputan Presiden Umno untuk bertemu berkait dengan kes Selangor. PAS telah menghantar Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dato' Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Abdul Khalid Samad bertemu dengan Presiden Umno dalam pertemuan di rumah beliau pada 10 Mac 2008. Menurut Abdul Khalid Samad, Umno telah membuat beberapa tawaran terutama di Selangor dan tiada sebarang perunding untuk membentuk kerajaan campuran dalam perjumpaan tersebut. "Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi berjumpa dengan Umno untuk bekerjasama dengan mereka," kata Abdul Khalid Samad pada 21 Julai 2008 menjelaskan tentang pertemuan yang disertai beliau dengan Umno itu.

Apabila BN tewas di lima buah negeri, pemimpin-pemimpin pembangkang telah mencapai persetujuan membentuk kerajaan di Perak dan Selangor sehingga Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008, diikuti oleh Ir Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS) sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac 2008. Hasilnya, Pakatan Rakyat dibentuk pada 1 April 2008. Majlis Syura Ulamak PAS pula pada 24 April 2008 memutuskan untuk menolak tawaran Pak Lah, sebaliknya melantik Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Dato' Mustafa Ali untuk mewakili PAS jika ada sebarangan perundingan untuk berdakwah kepada Umno, tetapi bukan untuk membentuk kerajaan.

Menjelaskan kekeliruan akibat pendedahan Pak Lah pada 20 Julai 2008 tentang pertemuan PAS-Umno ini, Presiden PAS pada 21 Julai 2008 menyatakan bahawa perbincangan itu adalah berkaitan isu umat Islam dan bangsa Melayu dan ia telah dilaporkan kepada Majlis Syura Ulamak PAS dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Menurut kenyataan beliau ini, Majlis Syura Ulamak PAS telah bersetuju supaya PAS meningkat usaha menyatupadukan umat Islam dan rakyat atas nama Islam. PAS juga mengajak Umno bermuzakarah. Langkah-langkah yang diambil oleh PAS untuk berunding menyampaikan dakwah Islam kepada Umno adalah berdasarkan arahan Majlis Syura Ulamak PAS. Namun begitu, beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menuduh PAS ingin bergabung dengan Umno.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
21 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 21/7/2016                                                                                                                                                                                                                                           Sumber HD - 21-7-2016                                                                                                                    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS sokong Mageran untuk stabil politik negara

HARAKAHDAILY | .

                                      


















 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41898-pas-sokong-mageran-untuk-stabil-politik-negara                                                                                                                                                                                                                                                                                   PAS SOKONG LANGKAH-LANGKAH MAGERAN UNTUK STABILKAN POLITIK NEGARA (20 JULAI 1969)

PADA hari ini dalam tahun 1969, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah menyokong dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perikatan menerusi Majlis Gerakan Negara (Mageran) dalam usaha menstabilkan keadaan politik negera selepas berlakunya Tragedi 13 Mei 1969.

PAS mengambil langkah negarawan untuk kepentingan nasional selepas tragedi politik perkauman yang hampir memusnahkan negara yang baru sembilan tahun ditubuhkan ini. Jawatankuasa Kerja Agung PAS mengambil pendirian "menyokong langkah-langkah yang diambil oleh Mageran dalam segala usahanya bagi memulihkan undang-undang dan peraturan serta mengembalikan keamanan dan keharmonian..."

Tragedi 13 Mei 1969 tercetus selepas Pilihan Raya Umum Ketiga pada 10 Mei 1969 di mana Perikatan hanya memenangi 66 daripada 103 kerusi Parlimen di Semenanjung dan parti-parti pembangkang bukan Melayu mendapat 25 kerusi (DAP 13, Gerakan 8 dan PPP 4). Perikatan juga kehilangan Kerajaan Pulau Pinang kepada Gerakan, selain tidak dapat membentuk kerajaan di Selangor dan Perak.

Dalam suasana ini, DAP dan Gerakan telah merayakan kemenangan mereka dengan mengadakan perarakan-perarakan di bandar, yang kemudiannya bertukar menjadi sesi penghinaan dan membangkitkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu. Akibatnya, tercetus rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969 yang membunuh 196 nyawa di seluruh negara.

Atas sebab itu, pada 15 Mei 1969, Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan darurat yang menyebabkan seluruh kegiatan politik digantung dan pada 17 Mei 1969 ditubuhkan Mageran yang diketuai oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri.

Sebagai satu usaha memulihkan kestabilan politik negara, PAS pada 20 Julai 1969 telah mengambil pendirian-pendirian berikut untuk menyokong usaha-usaha yang dibuat oleh Mageran, iaitu:

I. Menyokong usaha Mageran memulihkan undang-undang dan mengembalikan keamanan;
II. Menyokong Jabatan Perpaduan Negara yang baru ditubuhkan sebagai mekanisme mewujudkan keharmonian rakyat;
III. Menyeru ahli PAS dan semua rakyat supaya hidup berbaik-baik dan mengusahakan muhibbah;
IV. Menyokong pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengubati kepincangan ekonomi; dan
V. Menyokong kerajaan dalam melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar tunggal.

Selain menyokong langkah-langkah yang diambil oleh Mageran ini, PAS pada 25 November 1969 telah bersetuju menyertai Majlis Perundingan dan juga Jawatankuasa Muhibbah Negara yang ditubuhkan oleh Mageran di bawah Peraturan-peraturan Perlu semasa darurat.

PAS menghantar Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad (Pemangku Timbalan Yang Dipertua Agung PAS) dan Abdul Aziz Abdullah (peguam PAS) menyertai Majlis Perundingan bersama Pemangku Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda yang dilantik atas kapasiti Menteri Besar Kelantan. Manakala seorang lagi Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS, Mohd Taha Kalu dilantik mewakili PAS menduduki Jawatankuasa Muhibbah Negara.

Kesan daripada pendirian PAS pada 20 Julai 1969 ini, ia telah memudahkan usaha Mageran untuk memulihkan keamanan dan akhirnya pada 1 September 1970, larangan berpolitik ditarik semula.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
20 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 20/7/2016                                                                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 20-7-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: Pemangku Presiden PAS arah dekati bukan Islam

HARAKAHDAILY | .

                                      



















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41883-sejarah-pemangku-presiden-pas-arah-dekati-bukan-islam                                                                                                                                                                                                                                                                     PEMANGKU PRESIDEN PAS ARAH DEKATI ORANG BUKAN ISLAM (19 JULAI 2002)

PADA hari ini dalam tahun 2002, Pemangku Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengarahkan seluruh jentera dan ahli PAS supaya mengambil langkah mendekati orang bukan Islam sebagai satu strategi politico-dakwah dalam mengukuhkan kedudukan PAS di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu melihat orang bukan Islam adalah kelompok yang perlu ditembusi oleh PAS sebagai sasaran dakwah yang baru setelah sokongan orang Melayu semakin meningkat.

Beliau mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil Dun Anak Bukit dan Parlimen Pendang yang berlangsung pada 18 Julai 2002 ekoran kematian Presiden PAS, Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor pada 23 Jun 2002.

PAS telah membuat lonjakan besar dalam menarik sokongan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 29 November 1999 sehingga berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu, menafikan majoriti dua pertiga BN di Kedah dan memenangi 27 kerusi Parlimen.

Kejayaan ini dilihat sebagai kejayaan menguasai pengundi Melayu Islam, sedangkan kejayaan BN mempertahankan kerajaan adalah dengan sokongan orang bukan Islam. Kedudukan PAS sebagai sebuah parti Islam yang disokong oleh pengundi Melayu Islam terbukti apabila PAS berjaya meningkatkan jumlah undi dalam dua pilihan raya kecil tersebut, walaupun gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pendang dengan majoriti tipis 283 undi. PAS memenangi semula kerusi Dun Anak Bukit melalui Ir Amiruddin Hamzah.

Pemangku Presiden PAS yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen melihat keupayaan PAS mengekalkan sokongan orang Melayu Islam sebagai "kejayaan dakwah yang kita sampaikan," sedangkan "BN berjaya dengan undi orang bukan Islam". Atas asas ini, beliau mengarahkan seluruh ahli PAS supaya mengembangkan kekuatan PAS dengan menjadikan orang bukan Islam sebagai sasaran yang baru. "Kita perlu tingkatkan lagi dakwah dan penerangan kita kepada orang bukan Islam yang dikelirukan oleh BN," kata beliau ketika mengarahkan strategi baru PAS ini.

Program penerangan tentang perjuangan PAS kepada orang bukan Islam dijangka akan mengubah pola pengundian di mana sebelum ini PAS sangat sukar mendapat sokongan mereka.

Bertolak dari penegasan pada 19 Julai 2002 ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dilantik sebagai Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-49 pada 12-14 September 2003 telah membentuk Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) menggantikan Jabatan Antara Budaya (JAYA) bagi memperkasakan hubungan PAS dengan orang bukan Islam.

Ketika PAS melancarkan Dokumen Negara Islam (DNI) pada 23 November 2003, pelbagai pihak cuba mengelirukan keadaan dengan mempersoalkan nasib orang bukan islam dalam Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bermula dengan majlis penerangan tentang DNI di seluruh negara yang berlangsung antara Disember 2003 hingga Februari 2004, orang bukan Islam mulai memahami keadilan Islam.

Dengan Kelantan sebagai model sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS telah berjaya mendekati orang bukan Islam. Majlis Penerangan DNI telah membawa kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) pada awal 2004 dan ia dilancarkan secara rasmi pada 11 Mac 2004.

Kejayaan PAS menubuhkan KPP Cina pada 2004, diikuti oleh KPP India (2005), KPP Iban (2006) dan KPP Siam (2007) telah membuka wadah baru dakwah PAS. Optimis terhadap sokongan orang bukan Islam, pada 23 Mei 2010, KPP secara rasmi telah dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai oleh orang-orang bukan Islam dari pelbagai kaum.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
19 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 19/7/2016                                                                                                                                                                                                                              Sumber HD - 19-7-2016                                                                                                                  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































PAS kukuh kedudukan dalam mesyuarat agung ke-17

HARAKAHDAILY | .


   

















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41881-pas-kukuh-kedudukan-dalam-mesyuarat-agung-ke-17                                                                                                                                                                                                                                                                                PAS MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KALI KE-17 (18 JULAI 1971)

PADA hari ini dalam tahun 1971, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-17 telah dibuka oleh Pemangku Yang Dipertua Agung PAS dalam suasana baru selepas pemulihan demokrasi dilakukan setelah tragedi 13 Mei 1969 berjaya diredakan.
PAS menghadapi perubahan politik ini dengan beberapa tekanan dari pihak Kerajaan Perikatan termasuk usaha mereka untuk menyekat perjuangan Islam dan ketuanan Melayu. Bagi menghadapi tekanan ini, PAS telah mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan kedudukannya.

Antara langkah penting yang diambil oleh PAS menerusi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-17 yang berlangsung pada 18-20 Jun 1971 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah dengan melantik Dato' Mohd Asri Haji Muda sebagai Yang Dipertua Agung PAS menggantikan Prof Dr Burhanuddin al-Helmy yang meninggal dunia pada 25 Oktober 1969. PAS juga turut meminda Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1963 untuk memperkemaskan susunan organisasi, memperjelaskan dasar dan mengatasi beberapa isu yang memerangkap PAS.
Sejak selepas 13 Mei 1969, beberapa perkara seperti usaha kerajaan menghalang PAS dari 'menggunakan' Islam dan memperjuangkan ketuanan Melayu, pengharaman "Allah Muhammad" pada bendera PAS, pengharaman lambang "Bulan Bintang" dan dakwaan PAS cuba mencabar kuasa Raja-raja Melayu melalui perjuangan Islamnya.

Antara perubahan perlembagaan yang penting dibuat oleh PAS ialah:

I. Meminda nama PAS dari 'Persatuan Islam Se-Tanah Melayu' kepada 'Parti Islam (Se-Malaysia)' yang sekali gus menjadikan PAS benar-benar parti politik;
II. Perubahan bendera PAS dengan menghapuskan perkataan "Allah Muhammad;"
III. Mengosongkan bendera PAS tanpa sebarang tulisan sehingga perkataan "Allah Muhammad" dapat ditulis semula apabila PAS mencapai kemenangan;
IV. Memasukkan fasa "Dasar PAS ialah Islam" setelah semua elemen Islam dalam Undang-undang Tubuh PAS cuba dihapuskan;
V. Menetapkan dua sahaja tujuan PAS iaitu "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah" dan "mendukung dan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara."

Dalam Ucapan Dasar Pemangku Yang Dipertua Agung PAS pada 18 Julai 1971, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah menjelaskan bahawa perubahan yang dibuat ini adalah untuk "mempertegaskan lagi dasar dan tujuan parti dalam memperjuangkan ideologi Islam," dan "untuk mewujudkan satu sifat yang tegas dan nyata berdasarkan Islam". Dengan perubahan yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS ini, ia secara langsung telah mengubah sifat ke-Melayuan PAS kepada sifat ke-Islaman yang lebih ketara.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
18 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 18/7/2016                                                                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 18-7-2016                                                                                                                 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Hari Ini Dalam Sejarah PAS: PAS Tolak Cadangan Ku Li Gabungkan Parti Pembangkang
Posted on Monday, July 18 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31060


PADA hari ini dalam tahun 1995, PAS telah menolak cadangan Presiden Parti Melayu Semangat 46 (PMS46), Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) supaya parti pembangkang, termasuk DAP bergabung membentuk satu barisan pembangkang yang kuat untuk menghadapi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-10. Ku Li membuat kenyataan demikian setelah parti-parti pembangkang mengalami kemerosotan dalam Pilihan Raya Umum Kesembilan pada 25 April 1995. Walau bagaimanapun, PAS berpendapat lebih sesuai diadakan persefahaman supaya parti-parti pembangkang tidak bertembung sesama sendiri melalui pengagihan kerusi antara parti.

Sejak krisis politik yang berlaku kerana pengharaman Umno pada 1988, serpihan Umno yang dipimpin oleh Ku Li telah membentuk PMS46 dan mula mengadakan kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang yang lain. Pada mulanya, PAS telah mengambil langkah mendekati serpihan Umno melalui majlis Makan Malam Pemikir Ummah pada 23 Disember 1988 yang diikuti oleh keputusan PAS pada 10 Jun 1990 untuk mempertimbangkan penyertaan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Angkatan adalah sebuah gabungan parti-parti orang Islam yang diinisiatifkan oleh Berjasa pada 1988 dan dianggotai oleh PMS46, Berjasa, Hamim dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma). Untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990, PAS telah membentuk persefahaman dengan Angkatan. Persefahaman PAS-Angkatan telah berjaya membentuk kerajaan di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum 1990.
Di kalangan parti-parti bukan Melayu, Ku Li yang berusaha menumbangkan BN telah menubuhkan sebuah lagi gabungan pembangkang iaitu Gagasan Rakyat (GR). GR yang dipimpin oleh Ku Li ini dianggotai oleh PMS46, DAP, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Kimma, Malaysian Solidarity Party (MSP) dan Indian Progressive Party (IPF). Kecuali DAP yang mendapat 20 kerusi Parlimen dan PBS dengan 12 kerusi, parti-parti lain dalam GR telah gagal membuat pencapaian yang memuaskan dalam Pilihan Raya Umum 1990. Menjelang Pilihan Raya Umum 1995, DAP yang menggunakan alasan menolak hudud yang digubal oleh PAS telah menarik diri dari GR pada 25 Januari 1995, yang menyebabkan gabungan ini mulai runtuh.
Tindakan DAP yang keluar dari GR telah memberi kesan buruk kepada pembangkang, khususnya di Pantai Barat dalam Pilihan Raya Umum 1995. Dalam pilihan raya ini, BN telah berjaya memenangi 162 dari 192 kerusi Parlimen, sedangkan undi popular pembangkang telah merosot kepada 34.8 peratus, ketika mana undi popular BN meningkat sebanyak 16.9 peratus berbanding tahun 1990. Perpecahan GR kemudiannya membawa kepada perebutan jawatan Ketua Pembangkang, sedangkan di Kelantan, PMS46 mulai berkrisis dengan PAS kerana tututan kerusi Exco Kerajaan Negeri. Menyedari keruntuhan pakatan pembangkang ini, Ku Li telah mencadangkan supaya semua parti pembangkang, termasuk DAP membentuk sebuah gabungan pembangkang yang baru. PAS yang tidak senang dengan sikap parti chauvanis seperti DAP yang menentang negara Islam dan perlaksanaan syariat, pada 16 Julai 1995 telah menolak cadangan Ku Li tersebut. PAS sebaliknya mencadangkan supaya pengagihan kerusi dibuat dalam satu persefahaman supaya tidak bertembung sesama sendiri.                                                                                                              
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
16 Julai 2016
                                                                                                                                                               Sumber TKO - 18-7-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














 Mahu persidangan ulama hasilkan keputusan berkesan

HARAKAHDAILY | .
                                        


















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41858-mahu-persidangan-ulama-hasilkan-keputusan-berkesan                                                                                                                                                                                                                                                                         ULAMAK MAHU PERSIDANGAN ULAMAK MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG BERKESAN (17 JULAI 1951)

PADA hari ini dalam tahun 1951, akhbar Warta Negara telah menyiarkan sebuah rencana yang ditulis oleh Mudir Madrasah Yahyawiyah, Padang Rengas, Perak, Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh yang menggesa para ulamak yang akan bersidang pada 23 Ogos 1951 supaya menghasilkan sebuah keputusan yang berkesan dan bermakna untuk umat Islam.
Dalam rencananya yang bertajuk "Kongres Alim Ulamak Yang Bererti," Tuan Guru Haji Abdul Samad telah mendesak supaya Persidangan Alim Ulamak Malaya menjadi sebuah persidangan yang bererti. Pandangan beliau dipercayai berpunca daripada kegagalan Umno melaksanakan keputusan Persidangan Alim Ulamak Malaya di Muar pada 21-22 Februari 1950.

Dalam Persidangan Alim Ulamak Malaya di Muar, sebanyak tujuh resolusi telah diputuskan termasuklah untuk menyelaraskan pentadbiran agama, menubuhkan kolej Islam, penyelarasan tarikh puasa dan hari raya, cukai dan pengurusan haji, derma pendidikan tinggi dan sekolah agama petang, menubuhkan jabatan agama di Negeri-negeri Selat dan meluaskan dakwah Islam.
Namun begitu, semua keputusan ulamak ini tidak mendapat perhatian Umno. Umno pernah membawa cadangan ulamak berkaitan penyatuan pentadbiran agama, tetapi ditolak oleh Raja-raja Melayu yang menyebabkan Umno tidak memperjuangkannya. Di atas kegagalan persidangan di Muar ini, Tuan Guru Haji Abdul Samad menyifatkannya sebagai "... bunyi berdentum-dentum tetapi percuma sahaja." Lebih teruk lagi apabila selepas persidangan ini timbul beberapa isu seperti isu Natrah, pembukaan keahlian Umno kepada orang bukan Melayu, penganjuran Loteri Umno dan lain-lain telah menyebabkan para ulamak mula bersuara dalam Umno.

Ketika rancangan mengadakan Persidangan Alim Ulamak Malaya di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, para ulamak mula mendesak supaya ditubuhkan organisasi politik Islam yang terpisah dari Umno. Semenjak Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan bersuara tentang "ulamak Malaya belum bersatu dan belum mempunyai persatuan" dalam Suara Umno keluaran 1 Jun 1951, Pengarang Qalam, Syed Abdullah Hamid al-Idrus menyimpulkan perjuangan ulamak dalam Umno tidak berkesan dan menyeru ulamak menubuhkan organisasi Islam untuk memperkasakan ummah.
Di Pulau Pinang, kerana membincangkan isu Loteri Umno, para ulamak pada 19 Ogos 1952 telah mendesak ditubuhkan Persekutuan Muslim Malaya, sedangkan di Singapura, Sheikh Fadhlullah Suhaimi pada 26 Julai 1951 telah mencadangkan agar ditubuhkan Majlis A'la lil Syau'un ad-Diiniah Malaya.
Akhirnya, ada 20 Ogos 1951, Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Johor, Engku Ismail Abdul Rahman yang menyifatkan dasar Umno telah sesat dari al-Quran dan Sunnah, mencadangkan agar ditubuhkan Parti Muslim Malaya. Desakan-desakan ini kemudiannya memaksa Dato' Onn Jaafar ketika merasmikan persidangan ini turut mencadangkan agar ditubuhkan Lembaga Tinggi Islam.

Sindiran sinis Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh yang disiarkan Warta Negara pada 17 Julai 1951 ternyata memberi kesan apabila pelbagai pihak memperkatakan tujuan Persidangan Ali Ulamak Malaya di Kuala Lumpur agar mengulangi kegagalan di Muar. Bahkan, kebanyakkan ulamak mula hilang harapan kepada Umno, sehingga mereka mahu sebuah pertubuhan politik Islam ditubuhkan oleh Persidangan Alim Ulamak Malaya.
Akhirnya, dalam persidangan pada 23 Ogos 1951, para ulamak telah meluluskan penubuhan Persatuan Ulamak Malaya dan sebuah jawatankuasa penaja ditubuhkan. Pada 24 November 1951, nama persatuan ini ditukar kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS

17 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 17/7/2016                                                                                                                                                                                                                                    Sumber HD - 17-7-2016                                                                                                                       -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                    Mahathir pertegas tolak EKJS Kelantan secara rasmi

HARAKAHDAILY | .

                                         


















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41841-mahathir-pertegas-tolak-ekjs-kelantan-secara-rasmi                                                                                                                                                                                                                                                                                     DR MAHATHIR PERTEGAS TOLAK HUDUD KELANTAN SECARA RASMI  (15 JULAI 1994)

PADA hari ini dalam tahun 1994, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah secara rasmi menolak Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (EJKSII 1993) kerana menganggap ia adalah undang-undang yang zalim.

Dr Mahathir mengirimkan surat rasmi kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memaklumkan pendirian Keajaan Pusat terhadap perlaksanaan hukum syariat di Kelantan.

Terdahulu, pada 8 Jun 1994, Menteri Besar Kelantan telah menyerahkan surat rasmi Kerajaan Kelantan kepada Perdana Menteri untuk memohon kebenaran perlaksanaan syariah di Kelantan.

Semenjak PAS memerintah Kelantan pada Oktober 1990, PAS telah menyatakan komitmennya untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau lebih terkenal dengan hukum hudud.

Pada 18 Oktober 1991, sebuah Jawatankuasa Semakan dan Perlaksanaan Undang-undang Negeri Kelantan telah ditubuhkan untuk menggubal undang-undang  syariat di negeri tersebut.

Setelah melalui pelbagai peringkat penggubalan, pada 13 Ogos 1992, Majlis Syura Ulamak PAS telah meluluskan draf undang-undang hudud tersebut. Ia kemudiannya diseminarkan kepada pelbagai pihak, termasuk parti-parti pembangkang.

Akhirnya, pada 25 November 1993, Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II Kelantan telah diluluskan oleh DUN Kelantan. Pada 15 Mei 1994, Sultan Kelantan telah memperkenankan enakmen ini untuk dilaksanakan.

Ekoran kelulusan EKJSII 1993, Dr Mahathir pada 25 November 1993 telah mempertegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan mengkaji undang-undang tersebut sama ada menepati syariat atau tidak.

Pada 3 Mac 1994, dalam satu ucapan di Nilam Puri, Presiden Umno itu secara terbuka menolak EJKSII 1993 kerana didakwa tidak adil. Media massa pada 4 Mac 1994 melaporkan ucapan Dr Mahathir yang menyifatkan "hudud PAS tanpa ijtihad" dan "hukum hudud PAS tidak Islamik".

Dr Mahathir juga dilaporkan mendakwa undang-undang yang digubal oleh PAS itu adalah untuk kepentingan politik PAS. Kerajaan Pusat menurut laporan akhbar akan menubuhkan badan khas yang melibatkan pakar-pakar agama dan undang-undang untuk mengkaji EKJSII 1993.

Dengan sikap keras Perdana Menteri yang bertegas untuk tidak membenarkan Kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah tersebut serta menuduhnya sebagai "Hudud PAS", pada 21 Mac 1994, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengunjungi Pejabat Perdana Menteri dan menyerahkan salinan enakmen tersebut kepada Dr Mahathir.

Apabila Sultan Kelantan memperkenankan enakmen tersebut pada 15 Mei 1994, Dr Mahathir pada keesokkannya mempertegaskan sikapnya untuk tetap menolak hudud.

Pada 8 Jun 1994, Menteri Besar Kelantan menghantar permohonan kepada Perdana Menteri untuk membenarkan Kelantan melaksanakan EJKSII 1993, tetapi ada 15 Julai 1994, Dr Mahathir secara rasmi bukan sahaja menolak pelaksanaan hudud yang didakwa zalim itu, tetapi mengugut untuk mengambil tindakan ke atas Kelantan jika berkeras mahu melaksanakannya.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
15 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 15/7/2016                                                                                                                                                                                                                                 Sumber HD - 15-7-2016                                                                                                                     ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS serah memorandum kepada Suruhanjaya Reid

HARAKAHDAILY | .


  

















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41818-pas-serah-memorandum-kepada-suruhanjaya-reid                                                                                                                                                                                                                                                                                             PAS SERAH MEMORANDUM KEPADA SURUHANJAYA REID (14 JULAI 1956)

PADA hari ini dalam tahun 1956, PAS telah menyerahkan satu memorandum 14 perkara tentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) merdeka kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang diketuai Lord Reid. Memorandum ini bertujuan untuk menyatakan pandangan PAS tentang ciri-ciri negara PTM yang bakal merdeka.
Pada 24 Januari 1956, akhbar Straits Time melaporkan bahawa Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra telah mengumumkan persetujuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Perlembagaan sebagai persiapan ke arah kemerdekaan setelah 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan PTM.

Suruhanjaya Perlembagaan ini telah ditubuhkan British dengan dianggotai oleh Lord William Reid (Ketua dari Britain), Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
Suruhanjaya yang lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid ini telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak, dan bermesyuarat sebanyak 118 kali untuk merumuskan Perlembagaan PTM merdeka. PAS sendiri telah menyerahkan pandangan mereka kepada Suruhanjaya Reid pada 14 Julai 1956 setelah mendapatkan pandangan ahli-ahli PAS di semua peringkat.

Pada 7 Mac 1957, bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Ahmad Azzam Hanafiah telah mencadangkan supaya PAS mengambil pendirian sama ada menyokong atau menentang suruhanjaya ini dan mahu pandangan semua pihak dalam PAS diambil kira.
Pada 1 Mei 1956, PAS telah meminta semua peringkat organisasinya supaya memberi cadangan kepada Pejabat Agung PAS bagi maksud tersebut, berasaskan enam asas iaitu corak kerakyatan, bentuk kerajaan, susunan perlembagaan, eksekutif dan legislatif, kedududukan sultan-sultan, memelihara kedudukan orang Melayu, kepentingan minoriti dan kedudukan agama Islam. PAS turut mengadakan pertemuan antara Jawatankuasa Kerja Agung PAS dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri untuk membincangkan tugasan Suruhanjaya Reid dan perkara yang perlu diangkat kepada mereka.

Pada 30 Jun 1956, Jawatankuasa Politik PAS telah mengangkat rumusan-rumusan penting tentang cadangan ini kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS sebelum ia diluluskan pada 1 Julai 1956.
PAS Pusat turut memberi kuasa kepada Jawatankuasa Politik PAS untuk membuat pindaan terakhir sebelum ia diserahkan. PAS telah melantik Prof Zulkifli Mohamad dan Mohd Asri Haji Muda bersama dua yang lain (akan dilantik oleh Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Burhanuddin ak-Helmy) untuk bertemu Suruhanjaya Reid bagi menyampaikan pandangan PAS. Mereka kemudiannya menyerahkan pandangan tersebut pada 14 Julai 1956.

Memorandum 14 Perkara ini telah menegaskan pandangan PAS iaitu:

I. Negara ini terbukti oleh sejarah dan diakui oleh undang-undang adalah negara Melayu yang dimiliki bangsa Melayu;
II. Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan mutlak di negara ini;
III. Kebangsaan negara ini mestilah Melayu;
IV. Islam menjadi agama rasmi dan berasaskan kebudayaan Melayu;
V. Kerakyatan jus soli adalah ditolak;
VI. Mereka yang cukup syarat berdomisil boleh memohon kerakyatan;
VII. Perlu ditubuhkan kerajaan berbentuk persekutuan dengan dua dewan perundangan;
VIII. Parlimen mesti tunduk kepada Raja-raja Melayu dengan Yang di-Pertuan Besar Persekutuan sebagai pengerusi
IX. Tidak bersetuju Pulau Pinang dan Melaka diletakkan di bawah Baginda Queen, tetapi ia mesti dikembalikan sebagai negeri Melayu semula.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
14 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 14/7/2016                                                                                                                                                                                                                                 Sumber HD - 14-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                   --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS ubah pendekatan terhadap bukan Islam

HARAKAHDAILY | .

                                 


















 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41812-pas-ubah-pendekatan-terhadap-bukan-islam           
                                                                                                                                                       PAS Ubah Pendekatan Terhadap Bukan Islam Melalui Tahaluf Siyasi (13 Julai 1986)
PADA hari ini dalam tahun 1986, Jawankuasa Kerja Agung PAS telah mengambil langkah mendekati orang bukan Islam sebagai strategi dakwahnya untuk membuktikan bahawa Islam berupaya memimpin masyarakat majmuk. Langkah yang diambil oleh PAS ialah dengan menerokai tahaluf siyasi sebagai satu pendekatan politik baru yang berasaskan syariat, terutama untuk mendepani masyarakat majmuk. Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju dengan cadangan Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad dalam kertas kerjanya, 'Cadangan Mengadakan Satu Tahaluf Dengan Golongan Pembangkang Untuk Menghancur dan Menentang Kezaliman BN.'

Selepas Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-31 pada 14-15 April 1985, PAS telah mengambil langkah mendekati orang Cina sehingga tertubuhnya Majlis Perunding Cina (CCC) pada 28 Januari 1986. Pada 1 November 1985, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah menyatakan kesediaan mereka bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ketujuh yang dijangka diadakan pada tahun 1986. Pada 30 Jun 1986, Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Yusof Rawa telah mengumumkan kesediaan PAS untuk mewujudkan persefahaman dan memimpin parti-parti pembangkang berdasarkan kaedah politik Islam melalui tahaluf siyasi. Hasilnya, pada 10 Julai 1986, telah diadakan pertemuan parti-parti pembangkang di Pejabat Agung PAS, Jalan Pahang.

Pernyataan sikap baru PAS ini adalah perubahan pendekatan politik setelah PAS berpengalaman bekerjasama dalam BN (1973-1977). PAS sendiri pada 22 Januari 1986, kerana kesediaan DAP, telah memutuskan bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan bukan Islam, tetapi boleh bekerjasama dan menerima bantuan dengan orang bukan Islam. Pendirian ini adalah untuk mengelakkan PAS atau ahlinya memberi wala' kepada pertubuhan bukan Islam. Sebaliknya, PAS mempunyai kerjasama secara sulit dengan individu politik bukan Islam tertentu sebagai strategi dalam pilihan raya. Walau bagaimanapun, ekoran hubungan PAS-CCC dan juga kesediaan DAP, PAS perlu mempunyai pendirian politik yang lebih terbuka, sesuai dengan kaedah politik Islam dalam menghadapi politik etnik di negara ini.

Pada 13 Julai 1986, Ustaz Nakhaie Ahmad dalam cadangannya, menyatakan pada zaman Rasulullah SAW, terdapat beberapa bentuk tahaluf dengan orang bukan Islam yang telah dibuat, iaitu antaranya tahaluf al-fudhul untuk menentang kezaliman, tahaluf Abu Talib untuk memelihara kebebasan dakwah, tahaluf Mut'im bin Adi untuk memelihara keselamatan pendakwah, Sahifah Madinah untuk mempertahankan negara Islam Madinah dan mengiktiraf kedaulatan Islam, dan Bai'ah ar-Ridhwan sebagai gencatan senjata dengan musyrikin Mekah untuk pertukaran tawanan perang. Sedangkan tahaluf Abu Lahab yang mengkompromi aqidah, tahaluf Bani Amir yang menyerahkan kuasa pemerintahan kepada orang kafir dan tahaluf Bani Syaiban yang menjerumuskan gerakan Islam dalam perangkap musuh adalah bentuk tahaluf yang ditolak oleh Rasulullah SAW dan diharamkan.

Atas asas-asas kukuh yang dikemukakan oleh Ustaz Nakhaie Ahmad, PAS Pusat telah bersetuju dengan pendekatan tahaluf siyasi untuk membolehkan perjuangan Islam berkembang. Hasilnya, pada 14 Julai 1986, parti-parti pembangkang yang diketuai PAS yang mengisytiharkan penubuhan Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dengan dianggotai oleh NasMa, PRM dan SDP. PAS juga mengarahkan Naib Yang Dipertua Agungnya, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyediakan kertas terperinci tentang hukum tahaluf siyasi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Kelapan pada 1990 kerana keperluan kerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Kertas yang diterima dan diluluskan pada 9 Oktober 1989 ini kemudian menjadi asas seluruh tahaluf siyasi PAS selepas 1990.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
13 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 13/7/2016                                                                                                                                                                                                                                 Sumber HD - 13-7-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Ketua Umno saman Kanun Jenayah Syariah II Kelantan

HARAKAHDAILY | .

                                 


















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41805-ketua-umno-saman-kanun-jenayah-syariah-ii-kelantan                                                                                                                                                                                                                                                                                          ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN DISAMAN OLEH KETUA UMNO (12 JULAI 2002)

PADA hari ini dalam tahun 2002, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (EKJS2 1993) yang digubal oleh Kerajaan PAS Kelantan dan diluluskan oleh DUN Kelantan pada 23 November 1993 telah diumumkan akan disaman di Mahkamah Persekutuan oleh Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.
Pemilik syarikat guaman Tetuan Zaid Ibrahim & Co. ini telah mengumumkan kepada media untuk bertindak demikian ke atas undang-undang syariah tersebut bagi menghalang ia dari dilaksanakan. Ketika EKJS2 1993 diluluskan, ia mendapat sokongan penuh dari semua ADUN Kelantan, termasuk dua ADUN BN.

Isu hudud ini berbangkit semula pada tahun 2002 ekoran usaha Kerajaan PAS Terengganu menggubal undang-undang jenayah syariah untuk negeri tersebut.
Sepanjang tempoh antara Mei hingga Jun 2002, semua pihak memperkatakan tentang hudud Terengganu, termasuk DAP dan Umno. DAP telah mendakwa undang-undang ini akan menakutkan orang bukan Islam terhadap pembangkang, sedangkan Umno mendakwa terdapat seksyen dalam enakmen jenayah syariah itu yang menzalimi wanita.
Kedua-dua pihak, DAP dan Umno mengambil sikap menolak hukum yang didakwa sebagai "Hudud PAS" ini. Walau bagaimanapun, pada 8 Julai 2002, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 telah diluluskan.

Sebagai tindak balas terhadap usaha PAS ini, Ketua Umno Bahagian Kota Bharu pada 12 Julai 2002 telah mengumumkan kepada media bahawa beliau akan menyaman EKJS2 1993 di Mahkamah Persekutuan disebabkan kononnya tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tindakan Datuk Zaid Ibrahim ini memberi kesan buruk kepada Umno kerana ketika ini sedang berlangsung Pilihan Raya Kecil Parlimen Pendang dan DUN Bukit Raya, Kedah ekoran kematian Presiden PAS, Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor.
Untuk meringankan kesan ke atas Umno ini, Badan Perhubungan Umno Kelantan pada 28 Julai 2002 telah dimaklumkan tentang keputusan Kabinet dan Majlis Tertinggi Umno bahawa mereka tidak bersetuju dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu, dan mengarahkan ia ditarikh balik.

Berkeras dengan sikapnya yang menolak perlaksanaan undang-undang syariah di negara ini, Datuk Zaid Ibrahim bertegas untuk sanggup melepaskan jawatannya sebagai pemimpin Umno dan akan meneruskan usaha menghalang perlaksanaan undang-undang syariah ini. Sedangkan bagi pihak PAS, pada 27 Oktober 2003, Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengumumkan pewartaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002.
Terdahulu, Datuk Zaid Ibrahim pada 16 Oktober 2003 menggesa supaya Hudud Terengganu tidak diwartakan sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan untuk EKJS2 1993.
Pada 21 Oktober 2003, Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu telah memohon petisyen Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan enakmen tersebut. Akibatnya, walaupun telah diwartakan, enakmen ini tidak dapat dilaksanakan kerana Mahkamah Persekutuan pada 5 November 2003 membenarkan petisyen Datuk Zaid Ibrahim tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
12 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 12/7/2016
                                                                                                                                                Sumber HD - 12-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: PAS atur strategi capai setengah juta ahli

HARAKAHDAILY | .

                    


















PAS ATUR STRATEGI CAPAI SETENGAH JUTA AHLI (11 JULAI 1992)
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41784-sejarah-pas-atur-strategi-
capai-setengah-juta-ahli

PADA hari ini dalam tahun 1992, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah meluluskan sebuah kertas cadangan untuk mengatur strategi bagi menambah keahlian PAS mencapai setengah juta orang menjelang tahun 1995. Kertas cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Azizan Abdul Razak ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan PAS sebagai pembangkang utama di negara ini sebelum Pilihan Raya Umum Kesembilan yang dijangka pada tahun 1995. Pada pertengahan tahun 1992, jumlah keahlian PAS telah mencapai 380,000 orang di seluruh negara.

Ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-37 pada 2 Jun 1991, Presiden PAS, Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor telah menyentuh masalah keahlian PAS yang perlu ditingkat untuk mengukuhkan kedudukan PAS, selain pengemaskinian sistem keahlian PAS. Ekoran itu, sepanjang tempoh antara Jun 1991 hingga Jun 1992, Setiausaha Agung PAS, Ustaz Abdul Halim Arshat telah mengambil langkah pengukuhan tersebut. Pada 30 Jun 1991, sebuah kertas kerja bertajuk "Penyusunan dan Pengemaskinian Sistem Pendaftaran Keahlian PAS di Semua Peringkat" telah dikemukakan oleh Setiausaha Agung PAS. Sasaran utama adalah untuk menambahkan seramai 180,000 ahli baru PAS sebelum 1995.

Bagi mengukuhkan sasaran ini, pada 11 Julai 1992, Ustaz Azizan Abdul Razak dalam kertas cadangannya, "Rancangan 4 Tahun Meningkatkan Bilangan Ahli PAS ke Angka 1/2 Juta 1992-1995" yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mengemukakan beberapa strategi bertindak. Secara umum, menurut Ustaz Azizan Abdul Razak, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum 1990, jumlah penyokong dan pengundi PAS adalah tiga kali ganda daripada jumlah ahlinya. Ini bermakna PAS berpotensi menambahkan keahliannya hingga melebihi 750,000 orang, tetapi mengambil sasaran untuk mencapai keahlian 500,000 orang dalam tempoh empat tahun, atau pertembahan sebanyak 45,000 orang setahun. Jika PAS berjaya menambahkan jumlah keahlian hingga setengah juta orang, PAS diunjurkan akan mencapai peningkatan jumlah penyokong dan pengundinya sehingga mencecah sejuta orang.

Antara strategi yang digariskan ialah memberi fokus kepada keahlian isi rumah ahli PAS seperti isteri dan anak-anak, selain keluarga terdekat mereka. PAS turut mensasarkan kempen keahlian jangka panjang untuk pelajar institut pengajian tinggi, pengundi atas pagar dan kalangan terdekat dengan ahli-ahli PAS. Secara mudah, PAS dicadangkan supaya memastikan berlaku pertambahan seramai 24 orang dalam setiap daripada 2,957 buah Cawangan PAS di seluruh negara. PAS Pusat kemudiannya menubuhkan sebuah Jawatankuasa Petugas untuk mencapaikan sasaran tersebut dengan diketuai oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Dr Daeng Sanusi Mariok.

Setelah empat tahun perlaksanaannya, PAS telah berjaya menambahkan keahliannya seramai 87,328 orang, iaitu sekitar 40 peratus daripada sasaran sebenar. Pertambahan ini berlaku sebanyak 21,132 orang pada 1992, 17,550 orang (1993), 21,547 orang (1994) dan 21,108 orang (1995). Antara faktor utama yang menyukarkan usaha menambah keahlian pada era ini menurut Laporan Tahunan PAS 1995 ialah kerana sekatan dan tekanan ke atas kebabasan politik. Kebanyakan rakyat lebih suka menjadi penyokong atau pengundi PAS berbanding menjadi ahli PAS untuk mengelakkan tindakan dan sekatan politik dikenakan ke atas mereka.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
11 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 11/7/2016
                                                                                                                                                          Sumber HD - 11-7-2016

































--------------------------------------------------------                                                                           Tiga pemimpin Pemuda PAS ditahan ISA (10 Julai 1984)

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                              http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41776-tiga-pemimpin-pemuda-pas-ditahan-isa-10-julai-1984       
                                                                                                                                                       PADA hari ini dalam tahun 1984, tiga orang pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa melakukan kegiatan yang memecahbelahkan masyarakat. Mereka yang ditahan ialah Mohamad Sabu (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Bunyamin Yaakub (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat) dan Ustaz Abu Bakar Chik (Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu). Mereka ditahan mengikut Seksyen 73(1) ISA, yang menurut sesetengah pemerhati politik adalah berpunca dari desakan pimpinan Umno di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang bimbang dengan gelombang kebangkitan PAS.

Semenjak kekalahan PAS di Kelantan pada 1978, telah berlaku kesedaran Islam yang besar terutama selepas memasuki abad ke-15 (tahun 1400) Hijriyah (1980 Masehi), yang diikuti oleh pembentukan kepemimpinan ulamak dalam PAS pada akhir 1982. Dalam tempoh ini, telah tercetus isu-isu besar seperti penahanan Tuan Guru Haji Mustapha Abu Bakar (1981) dan Amanat Haji Hadi (1983) yang membawa kepada isu takfir. Persoalan pemisahan politik dari agama atau sekularisasi, undang-undang jahiliyah dan thaghut, perjuangan assobiyah, jihad dan mati syahid, pertarungan hak dan batil serta isu-isu seumpamanya telah mewarnai suasana politik ketika ini, terutama dalam Pilihan Raya Kecil DUN Selising dan Kemumin di Kelantan pada 8 September 1983.

Pemangku Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Yusof Rawa dalam Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-29 pada 30 April 1983 telah mendakwa program Islamisasi bukanlah melaksanakan Islam, tetapi memanipulasi untuk mengurangkan tekanan kebangkitan Islam. Beliau mendakwa pimpinan Umno adalah regim boneka musuh-musuh Islam yang menjadikan Islam sebagai tetamu, bukannya tuan dan berusaha menyekat kebangkitan Islam. Dalam ucapan dasar pada 14 April 1984 sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-30, Yang Dipertua Agung PAS itu telah menjangka satu tindakan melulu dan ganas akan dilakukan ke atas perjuangan Islam oleh golongan sekular bagi menyekat kebangkitan Islam.

Program-program Islamisasi kerajaan seperti penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), penubuhan Bank Islam, dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, dasar Bersih, Cekap dan Amanah dan sebagainya telah menerima kritikan hebat daripada pimpinan Dewan Pemuda PAS yang menyifatkannya sebagai kosmetik politik Umno. Mereka mendakwa Islamimasi ini tidak berasaskan al-Quran dan Sunnah, sebaliknya bersumber dari Washington, London dan Tel Aviv. Tekanan-tekanan radikal PAS ke atas Kerajaan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah menyebabkan kerajaan menggubal Akta Cetak dan Mesin Cetak 1984. Terdahulu, PAS yang menentang pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 14 Oktober 1983, telah mendesak Perdana Menteri supaya melaksanakan hukum syariat di negara ini. Di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah, sokongan terhadap gagasan negara Islam yang dibawa oleh PAS semakin mendadak sehingga timbul cadangan Debat PAS-Umno tentang persoalan ini.

Di celah-celah ketegangan ini yang mewarnai kebangkitan Islam pada awal dekad 1980-an ini, terdapat desakan daripada pimpinan Umno di tiga negeri tersebut supaya pimpinan PAS ditahan untuk membendung pegerakan PAS. Akibatnya, pada 1983, dua pemimpin PAS Besut, Ustaz Mohamad@Stimat Jusoh dan Ustaz Abdul Latif Mohamad ditahan di bawah Akta Kediaman Terhad dan dibuang daerah. Pada 10 Julai 1984, tiga pemimpin Dewan Pemuda PAS telah ditahan ISA, diikuti oleh pengharaman himpunan politik di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu mulai awal Ogos 1984. Pada 18 Julai 1984, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah menubuhkan Tabung Jihad untuk mengumpulkan sumbangan kepada keluarga mangsa-mangsa ISA ini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
10 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 10/7/2016                                                     Sumber HD - 10-7-2016                                                                    -----------------------------------------------------------------------------                                                                                                        Sejarah Pas Dan Kumpulan Serpihan
Posted on Saturday, July 09 @ 18:03:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30957


Dan ramai yg kata Pas juga KONUNnya daripada Umno
Jom kita susuri sejarah perjuangan parti ini
1) Tahun 1948: Lebih 5 ribu ulamak berhimpun di Gunung Semanggol untuk menubuhkan Hizbul Muslimin.

2) Tahun 16 Jun 1948: Hizbul Muzlimin diharamkan termasuk kelompok kanan antaranya kumpulan yang diketuai oleh Burhanuddin al-Helmy.
3) Tahun 1951 : Ditubukan Persatuan Islam se-Tanah Melayu oleh ulamak saki baki pimpinan Hizbul Muslimin.
4) Tahun 1955: Dr Abbas Alias mendaftarkan PAS sebagai parti politik atas nama Parti Islam se-Tanah Melayu dengan logo tangan.
5) Tahun 1955, PAS menang satu kerusi di Parlimen Kerian dalam pilihanraya pertama tersebut Tuan Guru Hj Ahmad Tn Hussein.

6) YDP yang menggantikan Dr Abbas selepas itu ialah Prof Burhanuddin Al-Helmy dan timbalan beliau Dr Dzulkifli Muhammad.

7) Tahun 1959, PAS menang Terengganu dalam pilihanraya pertama selepas merdeka. Dr Burhanuddin Al-Helmy menang bertanding di parlimen Besut ketika itu.

8) Tahun 1964: Dr Burhanuddin dimasukkan di dalam ISA dan dipangku oleh Dato' Asri.

9) Tahun 1974: Anak muda yang tak puas hati dengan kerajaan campuran dengan perikatan dan buat Revolusi 1974, tetapi gagal.

10) Tahun 1977: PAS ditendang daripada BN akibat krisis MB Kelantan dan kelantan berjaya diambil alih oleh UMNO.

11) Tahun 1978: Akibat penubuhan BERJASA, PAS hanya tinggal 2 kerusi di Kelantan pada PRU ketika itu.

12) Ulamak berijtimak di Pondok Pasir Tumbuh selepas itu dan membuat resolusi bahawa PAS perlu dipimpin oleh ulamak.

13) Para ulamak di dalam PAS selepas itu mengerakkan gerakan ta'lim, memberi ilmu dan kesedaran kepada ahli PAS selepas itu.

14) Tuan Guru Nik Aziz mengambil alih menjadi Pesuruhjaya Kelantan menjadikan hari Jumaat sebagai hari Ilmu. Begitu juga di beberapa buah tempat di seluruh negara.

15) Tahun 1978, Dr Nasir mengumpulkan anak-anak muda di dalam ABIM agar menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan.

16) Tahun 1982, Dewan Pemuda mengadakan muktamar berasingan di Pulau Pinang manakala Muktamar Pusat diadakan di KL.

17) Usul pemuda adalah menubuhkan gagasan Kepimpinan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.
18) Tahun 1983, ditubuhkan HAMIM oleh Dato' Asri Muda akibat kecewa dengan PAS kalah dalam pemilihan MUKTAMAR.

19) Tahun 1985, ditubuhkan Madrasah Darul Quran untuk dijadikan pusat tajnid perjuangan.
20) Tahun 1987, UMNO berpecah kepada team A dan team B.

21) Tahun 1989, PAS menyertai gabungan pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang bertahaluf dengan Semangat 46, BERJASA dan HAMIM.

22) Tahun 1990, hilang serpihan PAS iaitu PAS (51)@ISLAH yang tidak puas hati dengan ijtihad PAS sebelum ini.

23) Tahun 1998, DSAI dipecat dari UMNO dan PAS melalui Arwah Ustaz Fadil Nor menggerakkan GERAK membela DSAI dan memberi ruang DSAI menggunakan platform PAS untuk menjelaskan tuduhan, PAS juga menyokong kuat penubuhan PKN dan selaps itu PKR.
24) Tahun 1999, PAS menang 98 DUN diseluruh negara dan merampas Terengganu dan kekal di kelantan.

25) 2001 DAP keluar BA kerana tidak bersetuju dengan PAS dlm soal Negara ISLAM dan HUDUD d pimpin oleh Prasiden Ustaz Fadil Noor dan Mursidul AM nya Tuan guru Nik aziz pada ketika itu.

26. Tahun 2008, berlaku tsunami politik di negara Malaysia dan PAS mendapat sokongan non muslimin.


27) Tahun 2012, PAS dalam era Pakatan Rakyat, wujud serpihan PAS iaitu Jati yang ditubuhkan oleh Hasan Ali kerana di pecat drpd PAS akibat kelantangan menyerang DAP dlm isu2 kitab baible versi bahasa dan penjualan arak terbuka di selangor.

28) Tahun 2014, wujud pula kumpulan serpihan yang tidak puas hati dengan PAS iaitu PASMA namun tidak mendapat sambuatan masyarakat atas alasan penubuhan untuk mengeratkan lagi komponen PR tetapi menghentam kepimpinan PAS.

29) Tahun 2015, setelah PASMA tidak mendapat sambutan, golongan yg tewas dalam pemilihan MUKTAMAR PAS menubuhkan G18 kerana tidak puas hati Majlis Syura Memutuskan bahawa PAS putuskan hubungan dengan DAP.

30). Tahun 2015. G18 telah mengambil alih Parti Pekerja milik pengasas bekas pemimpin DAP dengan bantuan DAP menubuhkan parti Islam ke 2 Parti Amanah Negara (PAN) dan beberapa ADUN dan MP PAS istihar sokong PAN.


  Melihat kepada rentetan sejarah, kumpulan serpihan PAS tidak pernah kekal. Apa yang pasti PAS terus ISTIQOMAH maju memacu ummah.

Sumber TKO - 9-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: Ustaz Ishak Lotfi dilantik MB Kelantan pertama

HARAKAHDAILY | .






















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41771-sejarah-ustaz-ishak-lotfi-dilantik-mb-kelantan-pertama

Ustaz Ishak Lotfi Dilantik Menteri Besar Kelantan Pertama (9 Julai 1959)

PADA hari ini dalam tahun 1959, ADUN Kota Bharu Selatan, Ustaz Haji Ishak Lotfi Omar telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang pertama selepas merdeka, setelah PAS berjaya memenangi 28 daripada 30 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri Kelantan pada 20 Mei 1959. Turut mengangkat sumpah ialah Haji Mohamad Nasir (Machang Utara) selaku Timbalan Kepada Menteri Besar serta Tengku Mohamad ibni Sultan Mohamad Ke-IV (Pasir Puteh Utara), Ustaz Abdullah Yusof (Tok Uban), Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim (Pasir Puteh Tengah), Nik Abdul Rahman Nik Mohamad (Meranti), Mohd Yusof Noor (Machang Selatan), Abdul Rahman Daud (Rantau Panjang) dan Cikgu Mohd Daud Jamil (Tanah Merah Timor) sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, manakala Mohd Asri Haji Muda (Kota Bharu Tengah) sebagai Speaker DUN Kelantan.

Dato' Bentara Jasa Haji Ishak Lotfi adalah Menteri Besar Kelantan ke-11 sejak 1775 menggantikan Tengku Seri Maharaja Tengku Hamzah bin Tengku Zainal Abidin yang menjadi Menteri Besar sejak 1953. Beliau yang dilahirkan pada 1918 di Kampung Masjid, Kota Bharu dalam sebuah keluarga politik, berpangkat cicit kepada Dato' Maha Menteri Che Saad Penghulu Ngah, Menteri Besar Kelantan (1890-1894) yang terkenal itu. Beliau juga adalah anak saudara kepada Dato' Mohd Asri Haji Muda (bekas Yang Dipertua Agung PAS) dan As'ad Shukri Haji Muda (bekas Ketua KMM Kelantan), selain anak tiri kepada Mohd Daud Salleh (bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS). Ibunya, Che Minah Haji Muda adalah kakak Dato' Mohd Asri.

Beliau mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya yang merupakan pusat pengajian Islam terbesar ketika itu. Beliau belajar di Masjid Muhammadi, Sekolah Arab MAIK dan Sekolah Melayu Jalan Post Office Lama, sebelum belajar di Mekah selama 10 tahun sejak 1927. Antara gurunya di Mekah ialah Pak Da Eil al-Fathani dan Haji Noh Jamaluddin Kelantan. Pada 1937, beliau pulang ke Kelantan dan mula terlibat dengan politik. Beliau mengasaskan percetakan Matba'ah al-Maarif pada 1938, selain menjadi pengarang majalah ar-Riwayah. Beliau terlibat dengan politik melalui Setiawan Belia dan Dewan Bahasa Melayu, selain turut terlibat dengan Pemuda Asuhan Bekerjasama (PAB) dan menyertai KMM sebelum Perang Dunia Kedua. Pada zaman Jepun, beliau menyertai Barisan Pemuda Sukarela Kelantan (BPSK), kemudian menjadi Setiausaha Agung Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) sejak 1945, terlibat mengasaskan Umno pada 1946 dan akhirnya beliau menyertai PAS pada 1952.

Dalam perkhidmatan awam, beliau dilantik sebagai Pegawai Pelajaran MAIK pada 1945, kemudian menjadi Penolong Pegawai Zakat mulai Jun 1949, sebelum dilantik sebagai Pegawai Agama MAIK hingga 1959. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Penasihat Hal Ehwal Agama Majlis Raja-raja. Dalam Pilihan Raya Negeri Kelantan 1959, beliau dipilih sebagai ADUN Kota Bharu Selatan, dan dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 9 Julai 1959. Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan sehingga 10 Mei 1964, sebelum dilantik sebagai Speaker DUN Kelantan (1964-1968) dan menjadi Menteri Besar kali kedua (1973-1974).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
9 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 9/7/2016

Sumber HD - 9-7-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Cawangan PAS pertama di Terengganu ditubuhkan

HARAKAHDAILY | .





















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41768-cawangan-pas-pertama-di-terengganu-ditubuhkan

Cawangan PAS Pertama Di Terengganu Ditubuhkan Di Dungun (6 Julai 1956)

PADA hari ini dalam tahun 1956, PAS telah berjaya menembusi negeri Terengganu apabila PAS Cawangan Dungun ditubuhkan di Madrasah az-Zainiyyah, Sura Gate, Dungun di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Zainal Abidin Aman (Tok Guru Haji Bidin).
Terengganu merupakan negeri kedua terakhir yang berjaya ditembusi oleh PAS di Semenanjung Tanah Melayu, sebelum PAS masuk ke Melaka pada akhir 1957. Penubuhan PAS Cawangan Dungun adalah hasil usaha Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu, Ustaz Mohd Asri Haji Muda yang mengadakan perjumpaan untuk memberi penerangan tentang perjuangan PAS dan berakhir penubuhan cawangan ini.

Sejarah PAS Terengganu telah bermula sejak 1954 lagi apabila Ustaz Mohd Asri Haji Muda dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Daerah Pantai Timur meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pada 1955, Ustaz Mohd Asri dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu. Terengganu yang terkenal dengan pengaruh parti kiri seperti PKMM dan PRM bukan sahaja menyulitkan pergerakan pengaruh PAS, tetapi juga Umno.
Pada tahun 1956, empat tokoh PAS iaitu Dr Haji Abbas Alias (Yang Dipertua Agung PAS), Ustazah Zabidah Ali (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat), Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah dan Ustaz Zabidi Ali (Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS) telah berpindah ke Terengganu kerana urusan kerja dan ia memberi nafas baru kepada perkembangan PAS di negeri itu. Dr Haji Abbas misalnya, setelah dilantik dengan Pengarah Kesihatan Terengganu, telah berjaya menubuhkan PAS Ranting Chabang Tiga, Kuala Terengganu dalam tahun 1956.

Dalam perjumpaan anjuran Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu pada 6 Julai 1956 di Pondok Haji Bidin (Madrasah az-Zainiyyah), PAS Cawangan Dungun telah berjaya ditubuhkan. Tuan Guru Haji Bidin telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Cawangan Dungun, bersama Ustaz Ngah Mohamad (Naib Yang Dipertua), Isa Abdullah (Setiausaha), Syed Hussein Tuan Kechik (Bendahari), Cikgu Muda Salleh (Ketua Ulamak), Kapten Abdul Majid Awang (Ketua Pemuda), Abu Hitam, Musa Yusof, Salleh Mohd Zain, Engku Mohamad Wok, Ngah Sulong, Mat Abdullah, Ustaz Wan Abbas Abdullah dan Hashim Jais sebagai Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Cawangan Dungun. Mereka menjadi perintis kepada perkembangan PAS di Terengganu.

Setelah PAS Cawangan Dungun berjaya ditubuhkan, PAS mulai berkembang di Terengganu dengan tertubuhnya PAS Cawangan Kuala Terengganu (1956), Kemaman (1957), Besut (1956), Kuala Berang (1958) dan Kuala Terengganu Utara (1959). Menjelang Pilihan Raya Umum 1959, PAS telah mempunyai enam Cawangan di Terengganu, mengatasi Umno yang ditubuhkan di Terengganu sejak 1950. Pengaruh PAS lebih kukuh apabila tokoh-tokoh ulamak seperti Tuan Guru Haji Bidin, Tuan Guru Haji Abbas Mohamad, Tuan Guru Haji Shafie Sulong, Tuan Guru Haji Abdul Kadir Mohamad dan Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong menyertai PAS.

Kesan paling nyata daripada perluasan pengaruh PAS di Terengganu ialah kejayaan PAS menguasai 13 daripada 24 kerusi DUN Terengganu dalam Pilihan Raya Umum 1959, sekali gus membolehkan PAS membentuk kerajaan di Terengganu. Antara faktor penting yang mendorong perkembangan mendadak PAS di Terengganu selepas 1956 ialah penyertaan Dr Burhanuddin al-Helmy ke dalam PAS pada akhir 1956, yang menyebabkan ahli-ahli politik kiri termasuk termasuk bekas-bekas ahli PKMM, PRM dan Hizbul Muslimin di Terengganu mengikuti jejak beliau menyertai PAS.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 6/7/2016

Sumber HD - 6-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: PAS junjung kasih kepada Agong

HARAKAHDAILY | .






















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41764-sejarah-pas-junjung-kasih-kepada-agong

PAS RAKAM JUNJUNGAN KASIH KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG KERANA PERKENAN BERSIH 2.0 MENGADAP (5 JULAI 2011)

PADA hari ini dalam tahun 2011, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengutuskan ucapan junjungan kasih bagi pihak PAS kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin di atas ampunan perkenan mengadap Baginda kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Mursyidul Am PAS yang mengutuskan surat dari Tanah Suci Mekah bagi melahirkan junjungan kasih kepada Ketua Negara dalam usaha parti-parti politik dan NGO untuk menuntut diadakan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini. Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberikan ampunan perkenan untuk membolehkan Bersih 2.0 mengadap dan menyerahkan tuntutan-tuntutan pilihan raya tersebut.

Bersih 2.0 yang diketuai oleh tokoh pejuang hak asasi manusia, Datuk Ambiga Sreenevasan telah merancang menganjurkan himpunan besar-besaran pada 9 Julai 2011 bagi mengemukakan tuntutan pilihan raya bersih dan adil. Selain NGO, ia turut disertai oleh PAS, PKR dan DAP.

Ini adalah kali kedua tuntutan pilihan raya bersih dan adil dibuat selepas kali pertama diadakan pada 2007. Mengikut rancangan awal, himpunan ini akan diadakan di Masjid Kampung Baru, Kompleks Sogo, Dewan Bandaraya dan Dataran Merdeka. Tetapi himpunan ini kemudiannya dipindahkan ke Stadium Merdeka di atas titah Yang di-Pertuan Agong.

Bersih 2.0 ini ditubuhkan ekoran isu-isu pilihan raya bersih seperti penyalahgunaan kuasa SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), salah guna media, isu persempadanan pilihan raya, politik wang dan sebagainya.

Pada 19 Jun 2011, Bersih 2.0 telah dilancarkan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor yang dihadiri oleh pemimpin parti-parti pembangkang dan juga NGO hak asasi manusia. Respons terhadap usaha parti-parti pembangkang ini, Perkasa telah menubuhkan Gerak Aman.

Mereka mengadakan satu perhimpunan untuk membantah Bersih 2.0 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, selain merancang untuk berhimpun di Masjid Negara, Dataran Merdeka, Stadium Merdeka dan Istana Negara, di samping membuat 1,278 aduan polis. Pergerakan Pemuda Umno pula mengaturkan Himpunan Patriot yang menentang Bersih 2.0.

Dalam menangani pergolakan ini, pada 3 Julai 2011, Yang di-Pertuan Agong telah membuat Titah Khas Istana Negara Dibawah Duli Tuanku yang melarang rakyat mengadakan himpunan jalanan, sebalik mencadangkan ia diadakan secara tertutup di mana-mana stadium.

Pada 5 Julai 2011, Datuk S Ambiga bersama beberapa pemimpin Bersih 2.0 telah mengadap Yang di-Pertua Agong di Istana Negara dan bersetuju supaya perhimpunan diadakan secara tertutup. Hasil rundingan dengan kerajaan, akhirnya dipersetujui supaya perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Merdeka, tetapi seramai 91 orang pemimpin Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur.

Sebagai menjunjung kasih terhadap keprihatinan Baginda dalam menangani masalah rakyat, khususnya berkait dengan tuntutan pilihan raya bersih ini, Mursyidul Am PAS telah mengutuskan surat pada 5 Julai 2012 untuk merakamkan junjungan kasih kepada Baginda.

PAS juga merakamkan menjunjung kasih kerana Baginda memberikan ampunan perkenan bagi membolehkan pemimpin Bersih 2.0 mengadap dan menyerahkan tuntutan pilihan raya bersih dan adil kepada Baginda.

Walaupun Baginda tidak memperkenankan himpunan dan perarakan jalanan diadakan, Baginda telah mencadangkan supaya himpunan diadakan secara tertutup di mana-mana stadium supaya ia tidak menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara. PAS menyifatkan tindakan bijak Baginda sebagai simbol keprihatinan Baginda terhadap isu-isu rakyat.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
5 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 5/7/2016

Sumber HD - 5-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































PAS kesal kudeta jatuhkan Kerajaan Dr Morsi

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41757-pas-kesal-kudeta-jatuhkan-kerajaan-dr-morsi

PAS Kesal Kudeta Menjatuhkan Kerajaan Dr Morsi Di Mesir (4 Julai 2013)

PADA hari ini dalam tahun 2013, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal dan sedih di atas tindakan Jenaral Abdul Fattah as-Sisi melakukan rampasan kuasa untuk menjatuhkan kerajaan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang dipimpin oleh Dr Mohamad Morsi. Menurut Mursyidul Am PAS itu, peristiwa ini telah mengulang sejarah hitam di Mesir, sebuah bumi yang bukan sahaja pernah diperintah oleh Firaun yang zalim, tetapi pemimpin-pemimpin lain pada zaman moden yang mewarisi kezaliman Firaun.

Dr Morsi adalah Presiden Mesir kelima yang dipilih secara demokratik menggantikan pemimpin diktator, Presiden Hosni Mubarak yang berundur pada 11 Februari 2011. Dalam Pilihan Raya Presiden Mesir pada Mei 2012, Dr Morsi mewakili Parti Keadilan dan Kemerdekaan (FJP), parti tajaan Ikhwanul Muslimin telah berjaya dipilih oleh rakyat. Beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir pada 24 Jun 2012 menggantikan Mohammed Hussein Tantawi, Pemangku Presiden Mesir. Dr Morsi yang juga Pengerusi FJP adalah seorang profesor kejuruteraan di Universiti Zagazig sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen Mesir pada tahun 2000 dan merupakan pimpinan utama Ikhwanul Muslimin.

Kerajaan Dr Morsi terjejas ekoran pemberontakan yang ditaja oleh golongan sekular selepas setahun menjadi Presiden. Beliau mengumumkan untuk meminda Perlembagaan dan melaksanakan syariat di Mesir. Pada 30 Jun 2013, golongan sekular mula mengadakan tunjuk perasaan dan keganasan kerana membantah usaha Dr Morsi melaksanakan Islam yang menyebabkan kehilangan banyak nyawa. Pada 1 Julai 2013, pemberontak merempuh masuk ke Pejabat Ikhwanul Muslimin di Jabal Mokhatam. Pada 3 Julai 2013, Menteri Kesihatan mengumumkan 16 lagi kematian, yang menyebabkan Jeneral As-Sisi merampas kuasa pada malamnya dan melantik Adly Mansour dilantik Pemangku Presiden. Sheikhul Azhar, Dr Ahmed Thayyib, pemimpin Kristian, Paus Theodoros II dan pemimpin pembangkang sekular, Dr Mohamed al-Baradaie menyokong tindakan Jeneral As-Sisi ini.

Terkesan dengan kejatuhan Kerajaan Dr Morsi ini, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz telah mendakwa terdapat di kalangan tokoh-tokoh agama yang diperalatkan oleh golongan sekular untuk menyekat kebangkitan Islam. Jeneral as-Sisi sengaja memperalatkan pemimpin al-Azhar untuk mengabsahkan tindakan tidak demokratik ke atas Dr Morsi. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yakin bahawa generasi Fi Zilalul Quran akan bangkit menebus semula perbuatan biadap as-Sisi ini. Dalam pada itu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya pada 13 Julai 2013, menganggap protes untuk menjatuhkan Dr Morsi telah dirancang dan dilakukan oleh pelakon-pelakon politik yang ditaja oleh Barat.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
4 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 4/7/2016

Sumber HD - 4-7-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS setuju ketuai pembangkang hadapi BN

HARAKAHDAILY | .






















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41748-pas-setuju-ketuai-pembangkang-hadapi-bn


PAS SETUJU KETUAI PEMBANGKANG HADAPI BN (1 JULAI 1986)

PADA hari ini dalam tahun 1986, Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Yusof Abdullah ar-Rawi bersetuju supaya parti-parti pembangkang membentuk satu pakatan politik bagi menghadapi BN dan PAS bersedia mengetuainya.
Pendirian PAS dinyatakan oleh Pak Yusof Rawa dalam rangka PAS menghadapi Pilihan Raya Umum Ketujuh yang dijangka diadakan pada tahun 1986. Ini adalah langkah pertama PAS untuk membentuk semula kerjasama politik setelah ia ditendang dari BN pada akhir 1977.

Pada 30 Jun 1986, ketika PAS berusaha memperkukuhkan hubungannya dengan masyarakat Cina melalui CCC, Yang Dipertua Agung PAS telah menyatakan bahawa PAS telah pun membuat kajian teliti tentang tahaluf siyasi dalam menghadapi perkembangan politik semasa di negara ini.
PAS juga bersetuju supaya inisiatif diambil bagi mewujudkan persefahaman parti-parti pembangkang dengan syarat mereka "menghormati pegangan teguh PAS terhadap gagasan perjuangan menegakkan negara Islam dengan perlaksanaan awalnya ialah untuk mengukuhkan asas-asas keadilan di dalam pemerintahan dan masyarakat," "mengakui kepemimpinan Islam sebagai teras kestabilan politik di negara ini" dan "PAS adalah diterima menerajui kepemimpinan ini."

Tujuan utama pakatan pembangkang ini menurut Pak Yusof Rawa adalah "... tanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini dari kehancuran, kezaliman, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, assobiyah dan pemusatan kuasa yang diamalkan oleh Kerajaan BN," dan "demi mempertahankan Islam, umat dan negara serta kebaikan bersama".
Dari pernyataan yang dibuat oleh Pak Yusof Rawa pada 30 Jun 1986 ini, PAS dengan jelas berpegang kepada kepentingan politik pakatan dalam menumbangkan BN tetapi ia mesti ditegakkan atas prinsip Islam dan dipimpin oleh Islam.

Dalam satu kenyataan kepada media yang menghuraikan strategi PAS 1 Julai 1986, Pak Yusof Rawa telah menghuraikan sebab-sebab kenapa PAS mesti memimpin pakatan pembangkang, kenapa Islam mesti dijadikan asas pembentukan kerjasama ini dan kenapa semua parti mesti menerima kepemimpinan Islam sebagai teras politik di negara ini. Memberi respons terhadap cadangan PAS, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Lee Lam Thye pada 3 Julai 1986 menyatakan kesediaan DAP menyertainya dengan syarat CCC tidak terlibat dan tidak melibatkan penubuhan negara Islam. DAP akhirnya tidak menyertai pakatan ini kerana menolak negara Islam.

Pada 10 Julai 1986, PAS, PSRM, NasMa dan SDP telah mengadakan satu pertemuan di Pejabat Agung PAS, Jalan Pahang dan bersetuju menubuhkan sebuah pakatan pembangkang.
Bagi melegitimasikan pembentukan pakatan ini, pada 13 Julai 1986, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad telah mengemukan satu kertas kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertajuk "Cadangan Mengadakan Satu Tahaluf Dengan Golongan Pembangkang Untuk Menghancur dan Menentang Kezaliman BN".
Pada 14 Julai 1986, satu perisytiharan bersama dibuat oleh empat parti tersebut untuk menubuhkan pakatan Harakah Keadilan Rakyat (HAK) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1986.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 1/7/2016

Sumber HD - 1-7-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS setuju putus hubungan dengan PMS46

HARAKAHDAILY | .






















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41745-pas-setuju-putus-hubungan-dengan-pms46

PAS SETUJU PUTUS HUBUNGAN DENGAN PMS46 (30 JUN 1996)

PADA hari ini dalam tahun 1996, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah sebulat suara bersetuju supaya PAS memutuskan hubungan dengan parti serpihan Umno, PMS46 setelah Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor memberikan keyakinan bahawa pemutusan ini tidak akan melumpuhkan kedudukan PAS di Kelantan. Hubungan PAS dengan PMS46 yang dibina sejak akhir 1988 telah mulai retak selepas Pilihan Raya Umum 1995 ekoran tindakan PMS46 menuntut kuota Exco Kerajaan Negeri parti Berjasa untuk mereka, selain bertindak menyokong calon DAP dalam perlantikan Ketua Pembangkang. Sejak itu, hubungan kedua-dua parti mulai dilandai konflik dan krisis.

Walaupun PAS masih membantu PMS46 dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Gua Musang yang ditandingi oleh Presiden PMS46, Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) pada 29 Ogos 1995, bibit kerenggangan telah timbul kerana pemimpin utama PAS tidak datang berkempen ekoran berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-41 pad 25-27 Ogos 1995. Sebelum itu, pada 16 Julai 1995, PAS telah menolak cadangan Ku Li supaya semua parti pembangkang, termasuk DAP bergabung bagi mengukuhkan barisan pembangkang, sebaliknya PAS hanya bersetuju supaya pembahagian kerusi dibuat awal untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri.

Konflik sebenar timbul apabila anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan dari PMS46, Nik Mustapha Nik Loding menentang arahan kerajaan supaya persembahan kesenian dan hiburan tidak diadakan di sebelah malam dalam satu ekspo yang diadakan di Kota Bharu, yang kemudian mengundang campur tangan Timbalan Presiden PMS46, Datuk Dr Rais Yatim pada Oktober 1995. Setelah itu timbul pula beberapa isu yang melibatkan istana seperti penswastaan air kepada Kelantan Water Sendirian Berhad (KWSB), pelantikan Pengarah YIK dan projek pembangunan tebing Sungai Kelantan oleh syarikat Adorna Holding Sdn Bhd.

Ekoran isu-isu ini, PAS Pusat pada 14 Oktober 1995 telah dicadangkan untuk menyemak semula hubungan dengan PMS46, dan pada 20 Januari 1996, PAS Pusat menerima laporan yang menyimpulkan PMS46 sebagai liabiliti kepada PAS. Pada 2 Februari 1996, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar PMS46 supaya mengkaji semula hubungan dengan PAS ekoran tindakan ahli-ahli mereka memboikot majlis angkat sumpah Ahli Majlis MPKB pada 30 Januari 1996. Sebaliknya, Ketua PMS46 Kelantan, Dato' Rozali Isohak meminta rundingan kedua-dua pihak diadakan.

Pada 19 Februari 1996, Ku Li telah mendedahkan bahawa PMS46 akan menghadiri majlis ulang tahun Umno ke-50 pada 11 Mei 1996, diikuti oleh pengakuan beliau untuk menyertai semula Umno pada 13 April 1996. Pada 7 April 1996, sekali lagi timbul isu program hiburan ekspo di Pasir Pekan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang membawa krisis ini kepada campur tangan istana. Pada 7 Mei 1996, sekali lagi Ku Li mengumumkan bahawa akan menyertai Umno selepas beliau berjumpa Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Ekoran hubungan kedua-dua parti telah begitu tegang, pada 5 Mei 1996, PAS Kelantan mengarahkan pimpinannya tidak membuat kenyataan terbuka kepada media, dan Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-42 pada 14-16 Jun 1996 tidak menyentuh soal hubungan dengan PMS46. Sebaliknya, beliau menyeru umat Islam bersatu atas nama Islam dan meninggalkan perjuangan Melayu. Setelah muktamar ini selesai, PAS Pusat yang mempertimbangkan krisis PAS-PMS46 pada 30 Jun 1996 telah bersetuju supaya PAS memutuskan hubungan dengan serpihan Umno itu. Pada 13 Julai 1996, Majlis Syura Ulamak PAS bersetuju dengan pendirian Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, diikuti oleh pemutusannya bermula 14 Julai 1996.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
30 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 30/6/2016

Sumber HD - 30-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Mohd Daud Samad dilantik MB Terengganu pertama

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41721-mohd-daud-samad-dilantik-mb-terengganu-pertama

MOHD DAUD SAMAD DILANTIK MENTERI BESAR TERENGGANU PERTAMA (29 JUN 1959)

PADA hari ini dalam tahun 1959, Adun Setiu, Mohd Daud Abdul Samad telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang pertama selepas merdeka ekoran kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Negeri Terengganu yang pertama pada 1959.
Sebelum itu, tokoh- tokoh yang pernah mengetuai Kerajaan Negeri Terengganu pra merdeka ialah Dato' Sri Amar Ngah Muhammad Yusof (1911-1940), Tengku Omar Othman (1942-1945) Dato' Da Omar Mahmud (1942-1945), Tengku Muhamad ibni Sultan Ahmad Muadzam Shah (1945-1949) dan Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin Idris (1949-1959). Selepas merdeka, Menteri Besar dipilih oleh rakyat.

Dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 16 Mei 1959 ini, PAS telah memenangi 13 daripada 24 kerusi Dun, manakala Perikatan mendapat tujuh dan Parti Negara empat. Pada 24 Jun 1959, PAS Terengganu telah menamakan dua tokoh iaitu Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah (Jeram) dan Setiausaha PAS Terengganu, Mohd Daud Abdul Samad (Setiu) sebagai calon Menteri Besar Terengganu, tetapi Sultan Terengganu memilih Mohd Daud Abdul Samad. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu pada 29 Jun 1959.

Mohd Daud yang berasal dari Jalan Pasir Akar, Jerteh, Besut telah dilahirkan pada 3 Julai 1924 dalam sebuah keluarga petani yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Setelah mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kampung Raja, beliau memasuki Sekolah Melayu Pasir Puteh, sebelum mengikuti pendidikan Inggeris di Sultan Ismail School (SIC sekarang) di Kota Bharu.

Dalam bidang agama, beliau belajar di Madrasah al-Balaghul Mubin di Pasir Puteh dan menamatkan pengajian di Madrasah Diiniyah Ittifakiyah di Jerteh pada zaman Jepun. Dengan latar pendidikan Melayu, Inggeris dan agama ini, Mohd Daud berkhidmat sebagai pegawai di Jabatan Kerja Raya Terengganu sehingga 1952.

Selepas itu, beliau mula aktif dalam politik. Penglibatan awal beliau dalam KMM semasa berada di Pasir Puteh, telah mendorong beliau menyertai PKMM pada 1945 dan dilantik sebagai Setiausaha PKMM Ranting Jerteh.

Pada 1955, beliau menyertai PRM selaku Ketua PRM Jerteh. Ekoran penyertaan Dr Burhanuddin al-Helmy ke dalam PAS pada akhir 1956 dan tertubuhnya PAS Cawangan Besut pada 1957, Mohd Daud telah menyertai PAS. Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Besut (1958-1962), Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu (1959-1961) dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PAS Terengganu (1959), sebelum terpilih sebagai Adun Setiu.

Selain itu, Mohd Daud juga pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu (1961 dan 1966-1972), Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS (1966-1972), Ahli Parlimen Besut (1964-1969) dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Selatan (1969-1974).

Era kepemimpinan Mohd Daud sebagai Menteri Besar telah diwarnai oleh krisis sehingga tiada pencapaian besar yang dibuat. PAS yang memimpin kerajaan minoriti terpaksa berhadapan dengan krisis kepemimpinan ekoran perebutan jawatan dalam kerajaan, pergolakan dalam parti dan peranan pembangkang (Perikatan dan Parti Negara) dalam menggugat Kerajaan PAS Terengganu.

Akhirnya, pada 30 Oktober 1961, Kerajaan PAS Terengganu tumbang dalam usul undi tidak percaya dan Mohd Daud berundur dari jawatan Menteri Besar mulai 8 November 1961. Jawatan terakhir beliau dalam kerajaan ialah sebagai Ahli Jawatankuasa Penapis Filem (1974-1978) dan selepas itu beliau tidak aktif lagi dalam politik kerana mengidap sakit jantung.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 23 Oktober 1982 dengan meninggalkan seorang isteri, Ustazah Fatimah Ismail yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu (1973-1989).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
29 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 29/6/2016

Sumber HD -29-6-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














TG Nik Aziz pertegas negara Islam agenda perjuangan PAS

HARAKAHDAILY | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41715-tg-nik-aziz-pertegas-negara-islam-agenda-perjuangan-pas


TUAN GURU NIK AZIZ PERTEGAS NEGARA ISLAM TETAP AGENDA PERJUANGAN PAS (28 JUN 1999)

PADA hari ini dalam tahun 1999, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mempertegaskan bahawa perjuangan menegakkan negara Islam yang melaksanakan syariat Allah tetap menjadi agenda utama PAS. Beliau membuat penegasan demikian setelah satu kenyataan beliau tentang kesediaan PAS menggugurkan perkataan negara Islam pada 24 Jun 1999 bagi membolehkan manifesto bersama Barisan Alternatif (BA) dikeluarkan. Isu negara Islam ini menjadi pertikaian antara PAS dan DAP dalam BA.

Sejak terbentuknya BA pada 28 April 1999 yang menggabungkan PAS, PKN, PRM dan DAP, kesemua parti ini berusaha untuk meningkatkan kerjasama mereka dalam menegakkan keadilan di Malaysia. Antara strategi utama mereka ialah untuk tidak bertembung sesama sendiri dalam pilihan raya umum. Isu utama dalam pakatan politik ini ialah hubungan PAS dan DAP yang tidak pernah terjalin sejak kedua-dua parti ditubuhkan kerana perbezaan ideologi.
Pada 21 Februari 1999, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mempertegaskan untuk menolak agenda negara Islam dalam pakatan pembangkang ini. Bagi mengurangkan pergeseran tersebut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 11 Mei 1999 menyatakan kesediaan PAS untuk bekerjasama dengan DAP walaupun parti itu berkeras menolak negara Islam.

Hasil daripada sikap mengalah PAS ini, akhirnya BA berjaya dibentuk, tetapi masalah berbangkit semula apabila DAP terus berkeras untuk menuntut menandingi 48 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 1999 dan mempertegaskan sikapnya pada 18 Jun 1999 untuk tetap menolak kerajaan Islam. Kemarahan DAP terhadap PAS lebih parah apabila Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengemukakan dua rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk menghalang umat Islam dari murtad dan untuk mengawal propaganda agama bukan Islam ke atas umat Islam pada sidang Parlimen bermula Jun 1999.

Sikap keras DAP terhadap negara Islam dan pelaksanaan syariat hampir menggagalkan agenda BA, tetapi ia dijayakan oleh keterbukaan PAS apabila Mursyidul Am PAS mengambil ibrah dari peristiwa Perjanjian Hudaibiyah untuk menyatakan kesediaan PAS pada 24 Jun 1999 bagi menggugurkan slogan negara Islam.
Walaupun keterbukaan ini menguntungkan BA, tetapi PAS terpaksa menghadapi kritikan ahli-ahlinya sendiri sehingga Mursyidul Am PAS pada 28 Jun 1999 mempertegaskan cita-cita PAS untuk menegakkan negara Islam tidak pernah berubah, tetapi PAS hanya mengambil strategi untuk tidak menggunakan slogan negara Islam bagi membolehkan pembangkang bersatu di bawah satu manifesto "Ke Arah Malaysia Yang Adil."

Keterbukaan PAS ini kemudiannya berhasil membawa kemenangan di Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum yang diadakan pada 29 November 1999. Namun begitu, apabila Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu mahu meneruskan agenda perlaksanaan syariat secara demokrasi di dua negeri tersebut, ia telah menimbulkan kemarahan DAP. Pemimpin DAP, Karpal Singh, memberi amaran supaya PAS tidak menggunakan kemenangannya untuk melaksanakan syariat, sedangkan Lim Kit Siang melahirkan kebimbangan jika kemenangan PAS akan memaksa Umno melaksanakan agenda Islamimasinya di peringkat Pusat. Akibat sikap melulu DAP ini, akhirnya pada 7 Julai 2002, PAS mengambil pendirian untuk tidak lagi tunduk kepada desakan parti cauvanis itu sehingga DAP pada 22 September 2001 bertindak keluar dari BA kerana membantah hasrat PAS menegakkan negara Islam.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
28 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 28/6/2016

Sumber HD - 28-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































PRK Parlimen Bachok kerana kematian Prof Zulkifli

HARAKAHDAILY | .


























http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41711-prk-parlimen-bachok-kerana-kematian-prof-zulkifli

PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BACHOK KERANA KEMATIAN PROF ZULKIFLI (27 JUN 1964)

PADA hari ini dalam tahun 1964, telah belangsung Pilihan Raya Kecil Parlimen Bachok ekoran kematian ahli parlimennya, Prof Zulkifli Mohamad pada 6 Mei 1964. Prof Zulkifli yang juga Timbalan Yang Dipertua Agung PAS telah memenangi semula kerusi Bachok dalam Pilihan Raya Umum Kedua pada 25 April 1964, kemudiannya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Gambang, Kuantan pada 5 Mei 1964 sebelum sempat mengangkat sumpah. Ekoran kematian ini, satu pilihan raya kecil diadakan pada 27 Jun 1964.

Prof Zulkifli yang merupakan pemimpin nombor dua PAS sejak akhir 1956 telah memenangi kerusi Parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum 1959, dan mempertahankannya pada 1964. Beliau yang merupakan lepasan Universiti al-Azhar dianggap antara ahli parlimen terbaik di Malaysia ketika itu. Walaupun berasal dari Kuala Kangsar, Perak, PAS telah mencalonkan beliau di Bachok supaya beliau dapat berperanan di Dewan Rakyat. Kematian beliau pada 6 Mei 1964 dianggap satu kehilangan besar kepada penduduk Bachok.

Bagi menghadapi pilihan raya kecil ini, PAS telah menamakan Guru Besar Sekolah Menengah Izzuddin, Ipoh, Ustaz Abu Bakar Hamzah sebagai calonnya. Ustaz Abu Bakar Hamzah yang dilahirkan di Perlis pada 1925 adalah lepasan Madrasah Alawiyah, Arau dan Madrasah al-Huda, Pulau Pinang sebelum mengasaskan Perintis Akademi Islam di Pulau Pinang pada 1950. Beliau pernah menjadi pegawai polis (1946-1950) dan pegawai zakat Perlis, sebelum mengajar di Madrasah al-Akhlak al-Islamiyah, Masjid Tinggi.

Dalam politik, Ustaz Abu Bakar Hamzah yang merupakan bekas Ketua Pemuda Umno Perlis telah menyertai PAS pada 1955. Sebelum itu, beliau juga adalah Yang Dipertua Parti Nahdatul Ulamak yang ditubuhkan di Perak pada 1954. Setelah menyertai PAS, beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1958-1962), Setiausaha Jabatan Penerangan PAS Pusat (1960-1962) dan Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS (1962-1964). Pada 1958, beliau mewakili PAS ke Persidangan Pemuda Afro-Asia di Kaherah dan mengambil kesempatan mengunjungi pimpinan Ikhwanul Muslimun di sana. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mewujudkan hubungan rasmi PAS-Ikhwanul Muslimun, termasuk menjadikan karya Hassan al-Banna sebagai teks tarbiyah PAS mulai 1963.

Dengan latar belakang beliau yang baik, termasuk boleh berbahasa Arab dan Inggeris dengan lancar, selain menguasai bahasa Cina dan Jepun, PAS telah melihat beliau setanding dengan keintelektualan Prof Zulkifli. Ustaz Abu Bakar Hamzah juga pernah belajar di Kolej Islam Malaya di bawah bimbingan Prof Zulkifli pada awal 1950-an. Dengan pencalonan Ustaz Abu Bakar Hamzah ini, pengundi di Bachok berpeluang memilih seorang wakil rakyat yang berkemampuan melanjutkan legasi Timbalan Presiden PAS itu.

Dalam pilihanraya kecil yang diadakan pada 27 Jun 1964 ini, Ustaz Abu Bakar Hamzah telah berjaya memperolehi 11,900 undi mengalahkan calon Perikatan, Abdul Ghani Sulaiman yang mendapat 8,661 undi dengan majoriti 3,239 undi. Dengan kemenangan Ustaz Abu Bakar Hamzah ini, PAS telah mengekalkan kerusi Parlimen Bachok sehingga 1969 dan berjaya membawa isu-isu penting ke Dewan Rakyat

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
27 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 27/6/2016

Sumber HD - 27-6-2016


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------















PRK Teluk Pasu cetus kerjasama PAS-Angkatan

HARAKAHDAILY | .


























http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41688-prk-teluk-pasu-cetus-kerjasama-pas-angkatan

PILIHAN RAYA KECIL TELUK PASU MENCETUS KERJASAMA PAS-ANGKATAN (25 JUN 1989)

PADA hari ini dalam tahun 1989, telah berlangsung Pilihan Raya Kecil DUN Teluk Pasu, Terengganu yang menyaksikan calon PAS, Ustaz Harun Taib telah berjaya mengalahkan calon BN, Abdul Rahman Mohamad dengan majoriti 141 undi. Pilihan raya kecil ini diadakan dalam keadaan Umno sedang menghadapi kemelut perpecahan ekoran pengharaman Umno pada 4 Februari 1988 dan serpihannya telah menubuhkan parti S46. S46 kemudian membentuk pakatan politik dengan serpihan PAS, Berjasa dalam Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Sejak akhir 1988, Angkatan berusaha membentuk kerjasama politik dengan PAS.

Selepas pengharaman Umno dan pendaftaran Umno Baru, tokoh-tokoh Team B Umno yang dipimpin oleh Tengku Razaliegh Hamzah telah mengisytiharkan perang kepada BN dan membentuk parti serpihan, S46. Dalam tempoh ini telah berlaku tiga pilihan raya kecil iaitu Johor Bahru (Ogos 1988), Parit Raja (Oktober 1988) dan Ampang (Januari 1989) di mana serpihan Umno ini memberikan saingan sengit kepada calon BN, termasuk kejayaan mereka mempertahan kerusi Parlimen Johor Bahru yang dikosongkan dan ditandingi semula oleh Datuk Shahrir Abdul Samad. Kemunculan S46 yang disokong oleh pengasas-pengasas Umno telah menggugat kedudukan Umno-BN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Kelapan yang dijangka pada tahun 1990.

Memanfaatkan kesempatan ini, sejak Oktober 1988, PAS telah mengatur langkah untuk mendekati serpihan Umno tersebut sebagai satu strategi politik. Pada 23 Disember 1988, Tengku Razaliegh dan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam satu majlis makan malam di Kelana Jaya. Ketika kerjasama PAS-Angkatan mulai positif, PAS terpaksa berhadapan dengan penentangan ahli-ahlinya sendiri yang membentuk Kumpulan Islah di Kelantan dan juga sekumpulan ahli PAS di Kuala Selangor dan Parit Buntar. Ketika PAS sedang berhadapan dengan penentangan ini, belaku kematian ADUN Teluk Pasu, Ismail Yusof pada April 1989.

Pada 20 Mei 1989, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mengarahkan PAS Terengganu untuk mengadakan kerjasama dengan S46 dalam menghadapi pilihan raya kecil yang diadakan pada 25 Jun 1989 ini. Hasil kerjasama ini, calon PAS telah berjaya mendapat 3,671 undi mengalahkan calon BN yang mendapat 3,530. Kejayaan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Pasu telah berjaya mengukuhkan usaha menjalinkan kerjasama PAS-Angkatan. Hasil dari perkembangan ini, pada 20 Ogos 1989, Hamim telah bertindak keluar dari BN dan menyertai Angkatan. Dalam Pilihan Raya Umum pada 21 Oktober 1990, pakatan PAS-Angkatan telah berjaya merampas semula Kelantan dari BN.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
25 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 25/6/2016

Sumber HD - 25-6-2016

-----------------------------------------------------------------------------
Tepat telahan Ustaz Fadzil Nor, ada puak dalam PAS mahu jawatan bukan perjuangan

Posted on Thursday, June 23 @ 23:15:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30694

Video :

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=n0ic_Hg92Jk

Bukan dasar dan halatuju yang dipegang, tapi jawatan yang dicari. Bila hilang jawatan, maka mereka meninggalkan perjuangan.

Antara Nasihat Almarhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Nor Untuk Anak Muda



“Tunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya”. “Jangan masuk PAS kalau hampa cari dunia. Jangan panggil diri hampa pejuang Islam kalau hampa nak manusia puji hampa. Hampa jangan dok perasan macam hampa ulama kalau perjuangan hampa hanya setakat serban, jubah dan kopiah”.

“PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta'ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta'ala”.

“Mana ada manusia tak pernah buat dosa? Rasulullah saw jadi ma’sum sebab Allah Ta'ala belah dada dia.

Dia manusia pilihan Allah Ta'ala untuk didik dan selamatkan kita semua. Dia kekasih Allah Ta'ala. Jangan dok pikiaq, ooooo kita banyak dosa, kita banyak dosa, lepas terus lupakan perjuangan."

“Baca, faham dan kaji sejarah Umar al-Khattab. Baca sejarah Khalid al-Walid. Baca, faham dan kaji. Semua pernah lawan Islam tapi lepas depa taubat, mereka jadi orang orang yang mati hidup dengan Islam.

Dosa hampa tentu bukan dosa lawan Islam. Dosa depa nih dosa lawan Islam. Allah Ta’ala terima depa dan bagi penghormatan kepada depa”. “Yang penting, minta ampun dengan Allah Ta’ala walau di mana hampa berada. Allah Ta’ala Maha Mendengar. Hampa minta, InsyaAllah, Allah Ta’ala akan bagi.

Dia bukan zalim atau kedekut macam manusia”. “Jangan dok cari salah orang lain. Cermin diri sendiri dulu. Diri sendiri tu pun belum tentu masuk syurga. Jangan pertikai latar belakang orang lain.

Jangan dok bahas iman orang lain. Jangan dok debat amalan orang lain. Tak pasai pasai masuk neraka pasai dok sibuk pasai orang lain. Cermin diri kalau nak masuk syurga. Syurga nih bukan hak milik sapa sapa. Jadi, toksah dok nilai iman dan amalan orang lain”. 


Sumber TKO - 23-6-2016 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Hari ini genap 14 tahun, Al Marhum Dato'Ustaz Fadzil Noor meninggalkan kita

Posted on Thursday, June 23 @ 22:42:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30692

Beliau meninggal dunia pd 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pd jam 10.30 pagi.

Jenazah Al marhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dgn wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir memberi penghormatan terakhir sehingga jalan raya sesak sehingga 20km. Al Fatihah..

Beliau memilih PAS sejak muda dan meninggal dalam perjalanan perjuangan PAS yg menjadikan Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangan. Beliau pernah memberi amaran akan adanya sekumpulan orang yang gila kuasa dalam PAS yang akan keluar PAS dan menubuhkan jamaah baru, dan beliau mengatakan tidak boleh ada dua wadah perjuangan Islam dalam negara ini.

Amaran beliau benar berlaku. Mereka yang tewas jawatan dalam pemilihan, keluar PAS dan tubuh PAN.

Kredit
Norani AbgMarzuki BangiKuching

Sumber TKO - 23-6-2016

--------------------------------------------------------                                                                               Sejarah: Ustaz Fadzil Mohd Noor meninggal dunia

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41672-sejarah-ustaz-fadzil-mohd-noor-meninggal-dunia

USTAZ DATO' FADZIL MOHD NOOR MENINGGAL DUNIA (23 JUN 2002)

PADA hari ini dalam tahun 2002, Presiden PAS, Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor yang juga Ketua Pembangkang telah meninggal dunia di Hospital UKM, Cheras setelah mengalami komplikasi jantung akibat pembedahan yang dilakukan pada 10 Jun 2002. Beliau terkena serangan jantung ketika menghadiri satu seminar tentang perlaksanaan hudud di Terengganu pada 11 Mei 2002 telah dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu sebelum beliau menghadiri Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-48 pada 31 Mei hingga 2 Jun 2002 di Putik, Kota Bharu. Pada 8 Jun 2002, beliau menjalani pemeriksaan di Hospital UKM sebelum membuat pembedahan saluran jantung pada 10 Jun 2002 yang menyebabkan beliau diserang stroke dan tidak sedarkan diri.

Ustaz Fadzil Mohd Noor yang dilahirkan di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah pada 13 Mac 1937 merupakan cicit kepada ulamak terkenal, Tuan Guru Haji Idris al-Jarumi atau lebih dikenali sebagai Tok Sheikh Jarum. Beliau mendapat pendidikan di Maktab Mahmud, Alor Setar (1951-1959) dan Universiti al-Azhar, Mesir (1963-1967) dalam bidang syariah sebelum menjadi pensyarah UTM sehingga 1978. Selepas bersara dari dunia akademik beliau terlibat dalam kepemimpinan PAS sepenuh masa. Beliau yang lahir dari tarbiyah PAS sejak 1954 telah menjadi ahli PAS sebaik sahaja pulang dari Mesir pada 1967.

Bakat kepemimpinan beliau telah menonjol sejak di Maktab Mahmud lagi apabila menjadi pemimpin pelajar peringkat Alor Setar dan Kedah, selain turut terlibat dalam Kesatuan Pelajar Agama Se-Malaya (KPAS) sebelum ke Mesir pada 1963. Di Mesir, beliau memimpin Persatuan Melayu Mesir (PMM) sebagai Timbalan Presiden. Sejak pulang ke Malaysia, beliau telah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) (1974-1976), Setiausaha Perkim Kedah (1973-1975), Timbalan Presiden ABIM (1974-1978) dan memangku jawatan Presiden ABIM ketika Anwar Ibrahim ditahan ISA (1975-1977).

Penglibatan aktif beliau dalam PAS bermula 1978 apabila beliau menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum menentang Datuk Senu Abdul Rahman. Mulai 1979 beliau mula menjadi Yang Dipertua PAS Kuala Kedah dan Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah. Beliau kemudian dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS (1978-1979), Naib Yang Dipertua Agung PAS (1979-1982), Timbalan Yang Dipertua Agung PAS (1982-1989) dan Presiden PAS mulai 1989. Beliau turut menjadi ADUN Bukit Raya (1982-1999), ADUN Anak Bukit (1999-2002) dan Ahli Parlimen Pendang (1999-2002). Pada 1999, beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ustaz Fadzil terkenal dengan politik tahaluf siyasinya telah berjaya menggerakkan pembangkang melalui pakatan politik Angkatan Perpaduan Ummah (1989-1996) dan Barisan Alternatif (1999-2008). Beliau juga mengetuai gerakan rakyat di bawah Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) yang ditubuhkan pada 22 September 1998 ekoran penahanan ISA Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan kematian beliau pada 23 Jun 2002, Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu telah mengambil alih jawatan Presiden PAS dan juga Ketua Pembangkang.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 23/6/2016

Sumber HD - 23-6-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS Kelantan tidak terancam walau Ku Li pimpin Umno

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41661-pas-kelantan-tidak-terancam-walau-ku-li-pimpin-umno

PAS Kelantan Tidak Terancam Walaupun Ku Li Pimpin Umno (22 Jun 1999)

PADA hari ini dalam tahun 1999, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap pelantikan bekas Presiden PMS46, Tengku Rezaliegh Hamzah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan bukanlah satu ancaman besar kepada PAS, khususnya Kerajaan PAS Kelantan setelah Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) berpecah ekoran pembubaran PMS46 pada 18 Ogos 1996.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno melantik Tengku Razaliegh sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dalam usaha mereka merampas Kelantan dari PAS pasca Angkatan.

PAS berjaya membentuk kerajaan di Kelantan pada 21 Oktober 1990 hasil kerjasama politik PAS-Angkatan. Angkatan adalah gabungan parti-parti PMS46, Berjasa, Hamim dan Kimma yang dibentuk pada 1989.

Walau bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum 1995, hubungan PAS dan PMS46 mulai retak dan pemimpin serpihan Umno itu membubarkan parti mereka pada 18 Ogos 1996, sedangkan PAS mengekalkan kerjasama dengan Berjasa dan Hamim.

Pada 2 September 1998, Perdana Menteri telah bertindak memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan diikuti oleh pemecatan beliau dari Umno sehingga berlaku gerakan Reformasi dan penubuhan Majlis Gerakan Rakyat Malaysia (GERAK) pada 22 September 1998 yang dipimpin oleh PAS. Melihat perubahan politik ini, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 20 Jun 1999 telah mengumumkan perlantik Tengku Razaliegh sebagai Ketua Umno Kelantan.

Tengku Razaliegh Hamzah atau lebih terkenal dengan panggilan Ku Li merupakan kerabat diraja Kelantan yang terkenal kerana peranan beliau merampas semula Kelantan dari tangan PAS pada 1978. Sejak pulang dari England pada 1962, nama Ku Li telah menonjol dalam politik dan juga pembangunan ekonomi.

Pada 1967, beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan sehingga 1984. Dalam tempoh ini, dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan, beliau telah mencaturkan konflik dalam Kerajaan BN Kelantan yang dipimpin oleh PAS antara 1974 hingga akhir 1977.

Pada 11 Mac 1978, BN berjaya menguasai Kelantan dengan strategi politik Ku Li. Walau bagaimanapun, pada 1988, beliau yang tewas dalam pemilihan Presiden Umno 1987 telah mula mendekati PAS sehingga terbentuk kerjasama PAS-Angkatan kemudiannya. Ku Li juga dikatakan arkitek yang menjatuhkan Umno di Kelantan pada 1990.

Umno melihat penyertaan semula Ku Li ke dalam Umno seperti yang diumumkan oleh Dr Mahathir pada 8 Jun 1996 dan kenyataan Ku Li pada 5 Julai 1999 tentang kesediaan membantu Umno menumbangkan PAS di Kelantan, sebagai peluang untuk mengulangi peristiwa 1978.

Jika Ku Li boleh berperanan pada 1978 dan 1990 dalam mengubah kerajaan di Kelantan, Umno berharap Ku Li boleh mengulanginya pada Pilihan Raya Umum 1999. Di sebalik sikap optimis Umno melalui perlantikan Ku Li ini, pada 22 Jun 1999, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan mempertegaskan bahawa kedudukan PAS tidak terancam dengan perlantikan Ku Li tersebut.

Telahan Menteri Besar Kelantan itu benar kerana dalam Pilihan Raya Umum pada 29 November 1999, PAS menang besar di Kelantan apabila memenangi kesemua 41 kerusi yang ditandinginya.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
22 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 22/6/2016

Sumber HD - 22-6-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































PAS cadang pusat tubuh segera universiti di Kelantan

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41620-pas-cadang-pusat-tubuh-segera-universiti-di-kelantan

PAS CADANG KERAJAAN PUSAT TUBUHKAN SEGERA UNIVERSITI DI KELANTAN (20 JUN 1995)

PADA hari ini dalam tahun 1995, Ahli Parlimen PAS Kawasan Tumpat, Ustaz Wan Mohd Jamil Wan Mahmood telah mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menyegerakan pembinaan universiti di Kelantan untuk meningkatkan kemudahan pendidikan tinggi di negeri yang diperintah oleh PAS itu.

Ustaz Wan Mohd Jamil membangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat Pertama Parlimen Pertama Penggal Kesembilan Dewan Rakyat. Beliau mengemukakan soalan bertulis kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak tentang status universiti yang dijanjikan oleh BN dan tapak universiti yang telah diluluskan sejak lebih 10 tahun lalu.

Isu penubuhan universiti di Kelantan telah berbangkit semula semasa kempen Pilihan Raya Umum 1995 dalam usaha BN menawan semula Kelantan. Mereka menjadikan cadangan penubuhan universiti awam di Kelantan sebagai manifesto BN Kelantan, ekoran tindakan Kerajaan PAS Kelantan menubuhkan semula institusi pendidikan tinggi Islam, Maahad Dakwah wal Imamah pada 1 Jun 1994.

Cadangan penubuhan universiti di Kelantan telah menjadi isu sejak 1978 apabila BN mahu menawan Kelantan. Mereka telah berjanji untuk menubuhkan universiti di Kelantan jika dapat mengambil alih Kelantan dari PAS.

Walau bagaimanapun, setelah BN mengambil alih Kelantan pada 11 Mac 1978, Kerajaan BN hanya meluluskan pengambilalihan tapak universiti di Tangok, Bachok tanpa membina universiti tersebut. Sebaliknya, pada 1 April 1981, Kerajaan BN Kelantan telah menyerahkan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) Nilam Puri yang ditubuhkan oleh Kerajaan PAS Kelantan pada Oktober 1965 kepada Universiti Malaya untuk dijadikan cawangan Akademi Pengajian Islam universiti tersebut.

Apabila PAS mengambil alih semula Kelantan pada 21 Oktober 1990, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menubuhkan Maahad Dakwah wal Imamah untuk menggantikan YPTIK.

Pada 1 Ogos 1999, Maahad Dakwah wal Imamah telah dinaikkan taraf dan dikenali sebagai Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Kini KIAS merupakan sebuah pusat pendidikan tinggi Islam yang terkemuka setanding dengan YPTIK, sedangkan Universiti Malaya telah menjadikan bekas YPTIK sebagai Pra Akademi Pengajian Islam yang setaraf dengan pengajian matrikulasi atau asasi sahaja.

Dalam jawapan bertulis Menteri Pendidikan kepada Ahli Parlimen Tumpat pada 20 Jun 1995, Datuk Seri Mohd Najib telah memberi tahu Dewan Rakyat bahawa Kerajaan Pusat tidak bercadang untuk menubuhkan universiti di Kelantan, walaupun Ustaz Wan Mohd Jamil telah membangkit tentang tapak universiti yang telah diluluskan sejak 10 tahun dahulu. Sebaliknya, Menteri Pendidikan menjelaskan bahawa kerajaan akan memfokuskan untuk mengembangkan universiti-universiti awam sedia ada.

Jawapan Menteri Pendidikan ini jelas memperlihatkan pembohongan manifesto BN, sedangkan PAS terus berusaha memajukan KIAS untuk menjadi sebuah kolej universiti.

Menyedari tindakan progresif Kerajaan PAS Kelantan ini, bagi menjayakan usaha BN menguasai semula Kelantan selepas 2004, akhirnya pada 31 Mac 2006, Kerajaan Pusat telah mengumumkan penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk membuktikan janji mereka.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
20 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 20/6/2016

Sumber HD - 20-6-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: TG Nik Abdul Aziz mahu PAS tamatkan isu UG

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41619-sejarah-tg-nik-abdul-aziz-mahu-pas-tamatkan-isu-ug

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ MAHU PAS TAMATKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN (19 JUN 2009)

PADA hari ini dalam tahun 2009, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengadakan pertemuan dengan Dato' Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS) dan Ustaz Ahmad Awang (Ahli Majlis Syura Ulamak PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Perak) di Rumah Sri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur kerana membincangkan isu kerajaan perpaduan (UG) yang hangat diperkataan.

Dalam pertemuan ini, Mursyidul Am PAS itu telah mengarahkan supaya isu UG ditamatkan kerana ia telah dimanipulasikan oleh media dalam suasana Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai 2009.

Isu UG ini menjadi hangat semula selepas kematian Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakob pada 22 Mei 2009. Sebelum itu, dalam sidang media pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Shah Alam pada 5 Jun 2009, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mempertahankan idea UG yang dikemukakan oleh beliau pada Februari 2009 sebagai langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik negara. Pandangan beliau ditolak oleh Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang menganggapnya sebagai tidak menguntungkan parti dalam satu kenyataan media yang lain pada hari yang sama.

Pada 6 Jun 2009, Presiden PAS pula mendakwa idea ini telah dikemukakan dan dipersetujui oleh Majlus Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), tetapi pemimpin PKR dan DAP menafikan di luar mesyuarat.

Gagasan UG ini asalnya ditimbulkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi setelah rancangan Kerajaan 16 September 2008 gagal ekoran keengganan PAS menyokong kerajaan minoriti Islam. Pendirian Presiden PAS ini telah menimbulkan kemarahan 'penyokong Kerajaan 16 Sept. 08' sehingga mewujudkan dua kem dalam kepemimpinan PAS.

Dalam satu temuramah yang disiarkan oleh tabloid Siasah pada 1-7 Mac 2009, Presiden PAS mencadangkan agar ditubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik dari kerajaan dan pembangkang seperti Kerajaan B.J Habibie di Indonesia pada 1998.

Menurut Presiden PAS, UG ialah sebuah konsep negara tanpa pembangkang dan bila tiba pilihan raya nanti setiap parti boleh bertanding  seperti biasa, di mana parti-parti pembangkang perlu menggunakan peluang UG untuk untuk membaiki sistem pilihan raya agar tidak disalah guna oleh BN.

Pemimpin PAS yang menyokong Kerajaan 16 Sept. 08 telah melancarkan fitnah dengan mendakwa ia adalah "Kerajaan Perpaduan PAS-Umno," walaupun berkali-kali diperjelas oleh Presiden PAS. Akibatnya, pada 21 April 2009, Presiden PAS telah menarik balik cadangan UG kerana ahli-ahli PAS belum memahaminya. Tetapi pada 5 Jun 2009, walaupun beliau menarik balik cadangan UG, tetapi Tuan Guru Haji Abdul Hadi mempertahankan bahawa UG sebagai langkah terbaik untuk menstabilkan politik negara dan mengukuhkan pembangkang.

Pendirian Tuan Guru Haji Abdul Hadi ini telah mendapat tentangan keras Penyokong Kerajaan 16 Sept. 08 dan juga pemimpin DAP, tetapi Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak pada 7 Jun 2009 menyatakan keterbukaan Umno terhadap cadangan Presiden PAS itu. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 9 Jun 2009 telah digunakan oleh penentang Presiden PAS untuk menyerang idea UG sehingga beliau menyuruh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyertai Umno.

Ekoran itu, pada 10 Jun 2009, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar telah menjelaskan bagi pihak PAS Pusat bahawa tiada sebarang kerjasama antara PAS dan Umno.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Harun Taib pada 18 Jun 2009 pula memperjelaskan UG ialah perpaduan semua parti termasuk PKR dan DAP untuk memerintah, bukannya perpaduan PAS-Umno. Keadaan bertambah hangat apabila 10 Ahli Parlimen PAS pada 10 Jun 2009 menolak cadangan UG tersebut.

Krisis yang timbul ini akhirnya memaksa Mursyidul Am PAS mengadakan pertemuan pada 19 Jun 2009 dengan Timbalan Mursyidul Am PAS dan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS untuk membolehkan satu pendirian tentang UG dibuat dan isu ini dihentikan. Pada 22 Jun 2009, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah bertemu dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat untuk menetapkan pendirian tersebut.

Pada hari yang sama, Majlis Pimpinan PR bertemu di Bangunan Parlimen untuk mengambil pendirian serupa, diikuti oleh keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 28 Oktober 2009 untuk menutup isu UG tersebut.

Namun di sebalik pendirian-pendirian tersebut, Penyokong Kerajaan 16 Sept. 08 terus menyerang dan memfitnah Presiden PAS kononnya PAS akan bergabung dengan Umno atau menyertai BN yang berlanjutan sehingga Jun 2015.

Walaupun gagasan Presiden PAS ditolak, tetapi pada 26 Januari 2014, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan kerajaan Konsensus Nasional melibatkan PR dan BN, diikuti oleh cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 23 Mac 2015 supaya Kerajaan Campuran dibuat antara PR dengan BN, di mana cadangan-cadangan mereka menyerupai cadangan Presiden PAS.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
19 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 19/6/2016

Sumber HD - 19-6-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Muktamar PAS arah sedia kertas dasar negara Islam



MUKTAMAR PAS ARAH SEDIAKAN BLUE PRINT NEGARA ISLAM (16 JUN 1996)

PADA hari ini dalam tahun 1996, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-42 di Taman Melawar telah memutuskan supaya PAS menyediakan sebuah kertas dasar (blue print) tentang negara Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS.

PAS Pusat dalam resolusi muktamar ini diminta supaya menjelas dan menghuraikan dasar-dasar negera berasaskan Islam, termasuk kaedah perlaksanaan undang-undang Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS setelah PAS memerintah nanti.

Pendirian PAS ini adalah lanjutan daripada Ucapan Dasar Presiden PAS, Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor pada 14 Jun 1996 yang bartajuk "Tegakkan Ketuanan Islam".

Persoalan menegakkan negara Islam yang melaksanakan hukum syariat mulai dirasakan oleh PAS setelah kerjasama politik yang dibentuk bersama Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) mulai terjejas ekoran pengumuman Tengku Razaliegh Hamzah pada 13 April 1996 bahawa PMS46 akan kembali kepada Umno.

PAS mengahadapi masalah kegagalan Kelantan melaksanakam hukum syariat kerana konflik dengan PMS46 dan ketiadaan kerjasama Kerajaan Pusat setelah enam tahun PAS menguasai Kelantan. Walaupun PAS telah berjaya menggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, tetapi pelaksanaannya masih belum berjaya.

Ekoran isu penyatuan politik Melayu yang digembar-gemburkan oleh PMS46 untuk menjustifikasikan penyertaan semula mereka dalam Umno, Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor telah menekankan supaya orang Melayu meninggalkan konsep ketuanan Melayu dan menerima konsep ketuanan Islam.

Melalui ketuanan Islam, yakni Islam memerintah negara, bukan sahaja Islam dapat mempertahankan kedaulatan dan kemuliaan orang Melayu, bahkan orang bukan Melayu juga akan menikmati keadilan Islam. Sedangkan selama ini pemerintahan Melayu Umno telah menyebabkan kedudukan Islam telah merosot dengan teruk. Bagi merungkai masalah ini, PAS mahu supaya ketuanan Islam ditegakkan sebagai satu kuasa pemerintahan di Malaysia.

Bertolak dari Ucapan Dasar Presiden PAS ini dan juga pengalaman PAS mentadbir Kelantan selama enam tahun, Muktamar PAS melihat kelemahan yang timbul kerana PAS tidak mempunyai blue print yang jelas tentang negara Islam.

PAS perlu menyatakan pendirian PAS tentang dasar-dasar negara Islam dalam semua aspek dan kaedah pelaksanaan dasar-dasar tersebut sehingga rakyat memahami konsep negara Islam yang dibawa oleh PAS.

Sebelum ini, PAS hanya menyebut dalam manifestonya untuk melaksanakan pemerintahan Islam, pelaksanaan hukum Islam, mewujudkan kehakiman Islam dan seumpamanya. Tetapi setelah PAS memerintah Kelantan, barulah perancangan dasar untuk melaksanakan pemerintahan Islam dibuat, yang menyebabkan PAS menghadapi banyak halangan dan dituduh berpolitik terhadap pelaksanaan syariat.

Untuk mengelakkan hal yang sama selepas PAS menguasai negara ini, maka Muktamar PAS Kali Ke-42 pada 14-16 Jun 1996 ini memutuskan supaya PAS menyediakan dahulu blue print negara Islam tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
16 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 16/6/2016

Sumber HD - 16-6-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS ucap takziah pemergian Ustaz Yahya Othman

HARAKAHDAILY | .


PAS UCAP TAKZIAH ATAS PEMERGIAN USTAZ YAHYA OTHMAN (15 JUN 2002)

PADA hari ini dalam tahun 2002, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mewakili seluruh ahli PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Yahya Othman ekoran kematian tokoh itu pada petang Khamis, 14 Jun 2012. Ustaz Yahya yang merupakan Murabbi PAS telah disifatkan oleh Presiden PAS sebagai "guru dan kawan" yang berjasa besar dalam bidang tarbiyah jamaah. Beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun di rumahnya di Labok setelah uzur beberapa tahun.

Ustaz Yahya Othman yang dilahirkan di Kampung Dewan, Labok, Kelantan pada 22 September 1939 telah mendapat pendidikan agama di Darul Ulum ad-Diiniyah, Mekah (1947-1958) dan belajar di Baghdad dan Damsyik selama dua tahun sebelum ke Mesir pada 1960 dan mendapat ijazah syariah wal qanun pada 1966 dari Universiti al-Azhar. Pada 1970, beliau mendapat ijazah sarjana dalam siasah syar'iyah di universiti yang sama. Ketika berada di luar negeri beliau menjadi Penolong Setiausaha Jawatankuasa Belia Kelantan di Mekah, kemudian sejak 1961 menjadi pimpinan Persatuan Melayu Mesir (PMM) dan Nadi Talabah Wafidin mulai 1963.

Beliau dilantik sebagai pensyarah Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) pada 1967, sebelum menjadi Dekan Fakulti Syariah wal Qanun YPTIK dan akhirnya sebagai Timbalan Pengetua YPTIK. Pada 1978, beliau meletak jawatan kerana dicalonkan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Pasir Puteh. Apabila Maahad Dakwah wal Imamah ditubuhkan pada 1992, beliau menjadi penyelia sehingga tertubuhnya Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Dalam PAS, Ustaz Yahya lebih banyak berperanan dalam bidang tarbiyah sejak 1970 dan menjadi pengasas tarbiyah haraki pada pertengahan 1970-an. Ketika ini beliau turut menjadi Ahli Jawatankuasa WAMY (1973-1975), selain menduduki Majlis Syura ABIM. Ustaz Yahya Othman telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mulai 1983 hingga 1999 dan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS sejak 1987 dan pernah menjadi Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS (1993-1998). Selain menduduki kepemimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Perhubungan PAS Kelantan, beliau juga merupakan Yang Dipertua PAS Machang (1971-1991).

Semenjak bertanding di Pasir Puteh pada 1978, beliau menumpukan seluruh kegiatannya bersama PAS terutama setelah Anwar Ibrahim menyertai Umno pada 1982. Beliau menggerakkan tarbiyah dalam PAS dan bertanding pada 1986 tetapi tewas di Dun Banggol Judah. beliau menjadi Adun Banggol Judah (1990-1999) dan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan penggal 1990-1994 selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah.

Sumbangan terbesar beliau kepada PAS ialah dalam dunia tarbiyah. Beliau yang menghasil beberapa buku tarbiyah dan berpuluh-puluh kertas kerja tarbiyah, pembinaan dan perkaderan parti sejak 1970 hingga akhir hayatnya. Pada saat terakhir hayatnya, beliau sedang menyiapkan sebuah buku tarbiyah yang tidak sempat dicetak. Beliau juga mengasaskan Institut an-Nur dan dinobatkan sebagai Murabbi PAS. Dengan sumbangan besar inilah, Presiden pada 15 Jun 2012 menyifatkan beliau sebagai tokoh tarbiyah PAS yang sangat berjasa dan kematian beliau pada 14 Jun 2012 adalah kehilangan besar kepada PAS.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
15 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 15/6/2016

Sumber HD - 15-6-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Pengasas PAS Kuala Kangsar meninggal dunia

HARAKAHDAILY | .

USTAZ HASSAN SHUKRI, PENGASAS PAS KUALA KANGSAR DAN BEKAS CALON PAS SUNGAI BESAR MENINGGAL DUNIA (14 JUN 2010)


PADA hari ini dalam tahun 2010, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Haji Hassan Shukri telah meninggal dunia secara mengejut setelah terkena serangan jantung. Beliau yang berusia 71 tahun ketika meninggal dunia baru pulang dari menghadiri Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-56 pada 11-13 Jun 2010 di Kota Bharu dan mengadu sakit dada.

Beliau meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang pada jam 2 petang setelah dimasukkan ke ICU pada pagi tersebut, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2, Gombak setelah disolatkan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat.

Ustaz Hassan Shukri yang berketurunan Banjar dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 10 November 1939. Beliau mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Sabak Bernam dan Madrasah Irsyadunnas, Sabak Bernam sebelum memasuki Madrasah Yahyawiyah, Padang Rengas, Perak pada 1952.

Antara guru beliau yang terkenal ialah Ustaz Othman Abdullah (bekas Ketua Pemuda PAS Pusat) dan Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh (bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat). Pada 1964, beliau mendapat biasiswa Kerajaan Iraq untuk mendalami ilmu syariah dan bahasa Arab di Universiti Baghdad sehingga 1968.

Beliau yang pernah menjadi guru di Madrasah Yahyawiyah (1958-1964) adalah pemimpin Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) (1954-1958) dan Kesatuan Pelajar Agama Se-Malaya (KPAS) (1956-1958), sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Iraq (1964-1968).

Kerana bencikan aktiviti judi loteri dan funfair anjuran Umno, Ustaz Hassan menjadi ahli PAS sejak akhir 1952 dengan nombor keahlian 12,016. Beliau bersama gurunya, Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh (Ketua PAS Kuala Kangsar) bertanggungjawab mengembangkan PAS di Padang Rengas, Kuala Kangsar dan Hulu Perak sejak tertubuhnya PAS Cawangan Perak di Kuala Kangsar pada 26 April 1952.

Saban hari dan malam beliau bergerak ke seluruh Kuala Kangsar dan Padang Rengas untuk mengembangkan PAS sehingga beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Perak (1960-1964).

Setelah pulang dari Baghdad pada 1968, Ustaz Hassan terus dilantik sebagai Ketua Jabatan Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Pusat sehingga 1971. Ekoran pemergian Ustaz Jaiz Anwar ke London pada 1971, beliau memangku jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, sebelum dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada sesi 1971-1973.

Pada 1973, beliau menjadi Setiausaha Agung PAS (1974-1979), diikuti oleh Ketua Penerangan PAS Pusat (1979-1981) dan Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS (1982-1983). Pada era kepemimpinan ulama, beliau kembali dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS (1982-1989), Naib Presiden PAS (1989-2003), Timbalan Presiden PAS (2003-2005) dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (2005-2010).

Ustaz Hassan yang pernah menjadi Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS pada sesi 1990-1993, kekal sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS hingga 2010, selain pernah dua kali menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor hingga 2003 dan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (1993-1995).

Beliau juga adalah Timbalan Yang Dipertua YADIM (1974-1978), Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) (1974-1979), Ahli Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan (1974-1979) dan Naib Yang Dipertua Jam'iyatul Dakwah Selangor.

Di peringkat antarabangsa, beliau merupakan pengasas WAMY dan menjadi Ahli Jawatankuasa WAMY sesi pertama 1971-1973 sebelum diganti oleh Ustaz Yahya Othman. Beliau juga menjadi delegasi gerakan Islam antarabangsa menemui Presiden Saddam Hussein ketika Krisis Teluk dan dilantik mengetuai Sekretariat Gerakan Islam dalam isu Teluk di Amman pada 1989-1990.

Selain aktif dalam kepemimpinan, Ustaz Hassan juga turut bertanding dalam pilihan raya. Pada 1969, beliau menjadi calon PAS di DUN Sungai Besar dan Parlimen Sabak Bernam. Pada 1978 dan 1982 beliau bertanding lagi di Parlimen Sabak Bernam, sebelum berpindah ke Parlimen Batu pada 1986.

Walaupun tewas dalam semua pilihan raya, pada tahun 2000, beliau dilantik sebagai Senator mewakili DUN Terengganu ke Dewan Negara sehingga 2006. Tokoh PAS yang dikenali kerana menguasai sejarah perjuangan dan Perlembagaan PAS ini telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor pada 2009.

Pada 2005, beliau ditawarkan untuk menerima ijazah kehormat doktor falsafah (kepemimpinan politik) dari sebuah umiversiti terkemuka di Jerman, tetapi beliau menolak. Beliau diakui sebagai orang yang bertanggungjawab memulakan tahaluf siasi dengan S46 yang membolehkan PAS memerintah Kelantan, dikenali sebagai "Arkib PAS," "Perlembagaan Bergerak," dan pengasas sebenar Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Pada saat terakhir hidupnya, beliau menghabiskan langkah istiqamah di Kota Bharu pada 9 Jun 2010 dengan menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS pada petangnya dan Majlis Perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS di PUTIK pada malamnya.

Pada 10 Jun 2010, beliau menyertai Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat di MADU dan malamnya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Selepas menghadiri Perasmian Muktamar Tahunan PAS di PUTIK pada pagi 11 Jun 2010, beliau memberikan taklimat Perlembagaan PAS kepada tetamu muktamar di JKR 10 pada 12 Jun 2010.

Beliau kembali ke Kuala Lumpur setelah muktamar berakhir pada 13 Jun 2010. Setelah menghabiskan seluruh usianya untuk perjuangan Islam, Muktamar Tahunan PAS Ke-56 menjadi saksi terakhir perjuangan istiqamah beliau yang berakhir pada 14 Jun 2010.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
14 Jun 2016 – HARAKAHDAILY 14/6/2016

Sumber HD - 14-6-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Dewan Ulamak lulus usul harus PAS sertai BN

HARAKAHDAILY | .


DEWAN ULAMAK PAS LULUSKAN USUL KEHARUSAN PAS SERTAI BARISAN NASIONAL (13 JUN 1974)

PADA hari ini dalam tahun 1974, Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat meluluskan usul keharusan hukum untuk PAS menyertai BN sebagai sebuah pakatan politik bagi mencapai cita-cita untuk menegakkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Terdahulu, berdasarkan pendirian awal Dewan Ulamak PAS Pusat tentang hukum kerjasama politik ini, PAS telah turut serta dalam penubuhan BN yang didaftarkan pada 1 Jun 1974. BN merupakan pakatan politik lanjutan yang disertai oleh PAS setelah terbentuknya Kerajaan Campuran PAS-Perikatan di Kelantan, Terengganu dan Kedah, selain penglibatan PAS dalam Kerajaan Pusat mulai 1 Januari 1974.

Bagi memperkukuhkan kekuatan politik umat Islam pasca 13 Mei 1969, PAS pada17 Januari 1974 telah bersetuju menyertai pakatan politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 1974. Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26 Januari 1974 telah mengarahkan supaya Dewan Ulamak PAS Pusat membuat kajian hukum yang terperinci tentang penyertaan PAS dalam BN, dan pada 27 Januari 1974, Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengambil pendirian bahawa harus PAS menyertai BN untuk mencapai matlamatnya dengan syarat PAS dapat mengekalkan identitinya sebagai sebuah gerakan Islam. Berasaskan pendirian Dewan Ulamak PAS Pusat ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah mengambil langkah proaktif sehingga tertubuhnya BN pada 1 Jun 1974.

Dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-20 pada 13-15 Jun 1974, Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda dalam ucapan dasarnya telah menggariskan sebab PAS perlu menyertai BN iaitu:

I. Untuk Menjamin keutuhan kuasa dan pimpinan politik kita (umat Islam) dalam menghadapi masyarakat majmuk;

II. Objektif BN tidak sedikit pun dapat menyekat kebebasan PAS untuk mengembang dan memperjuangkan konsep dan prinsipnya, iaitu Islam. Antara objektif BN ialah "menegakkan Islam sebagai agama Persekutuan," dan

III. BN adalah sebuah konfederasi (gabungan) politik yang tidak mengikat identiti PAS, walaupun menyertai pilihan raya menggunakan simbol yang sama.

Selepas Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS yang disampaikan pada pagi 13 Jun 1974, di sebelah siangnya, Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat telah bersidang. Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat telah meluluskan usul keharusan PAS menyertai BN dengan alasan "...Barisan Kebangsaan (BN) dari sudut pembentukannya, tujuan-tujuannya dan memerhatikan dengan jauh dan cermat keadaan suasana negara kita Malaysia ini serta perkembangan-perkembangan politiknya dan politik negara sekitarnya, dipadankan dengan petunjuk-petunjuk daripada nas al-Quran dan as-Sunnah serta berpandu kepada kaedah-kaedah fiqh, maka kesimpulan dari muzakarah (muktamar ini) sepakat dari ijtihad kami bahawa penyertaan PAS ke dalam BN itu harus jua adanya". Dalam masa yang sama, Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat turut meluluskan usul untuk menerima penyertaan PAS dalam BN.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-20 pada 13-15 Jun 1974 ini kemudiannya meluluskan usul Dewan Pemuda PAS Pusat untuk membolehkan PAS menyertai BN dengan disokong oleh Dewan Ulamak PAS Pusat.

PAS menyertai BN sebagai satu strategi politik antara tahun 1974 hingga akhir 1977 adalah berpandukan keharusan syarak, bukannya bertindak di atas keperluan politik semata-mata sesuai dengan kedudukan PAS sebagai sebuah parti Islam.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
13 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 13/6/2016

Sumber HD - 13-6-2016

----------------------------------------------------------                                                                            Tuan Guru Abdul Hadi pangku jawatan Presiden PAS
















HARAKAHDAILY | .


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Pangku Jawatan Presiden PAS (12 Jun 2002)

PADA hari ini dalam tahun 2002, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah melantik Timbalan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Pemangku Presiden PAS ekoran kesihatan Presiden PAS, Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor yang tidak stabil setelah melakukan pembedahan jantung di Hospital UKM, Cheras pada 10 Jun 2002.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang juga Menteri Besar Terengganu terpaksa menjalankan tugas-tugas Dato' Fadzil Mohd Noor dalam parti kerana Presiden PAS itu belum sedar sejak menjalani pembedahan bahkan turut mengalami beberapa komplikasi lain.

Pada 11 Mei 2002, Ustaz Fadzil Mohd Noor yang juga Ketua Pembangkang telah dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu setelah diserang sakit jantung ketika menghadiri satu seminar tentang perlaksanaan hudud di Terengganu. Setelah ditahan selama lima hari di hospital beliau dibenarkan pulang, dan beliau telah menghadiri Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-48 pada 31 Mei hingga 2 Jun 2002.

Ketika menyampaikan ucapan penangguhan muktamar ini, Ustaz Fadzil Mohd Noor telah meluahkan isi hatinya, "... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya bercakap dengan orang yang saya kasihi dan sayang..." ketika menutup muktamar tersebut. Pada 8 Jun 2002, beliau dimasukkan ke Hospital UKM untuk menjalani pemeriksaan jantung dan menjalani pembedahan saluran jantung pada 10 Jun 2002. Pembedahan ini walau bagaimanapun telah menyebabkan beliau diserang stroke dan beliau tidak sedarkan diri.

Ekoran keadaan Ustaz Fadzil Mohd Noor yang semakin kritikal, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 12 Jun 2002 telah melantik Timbalan Presiden PAS untuk memangku tugas-tugas Presiden PAS sehingga beliau sihat.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dilahirkan pada 20 Oktober 1947 dan berkelulusan dari Universiti Madinah dan Universiti al-Azhar mula menjadi pimpinan PAS sejak 1975 bermula dengan jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu (1975-1979), Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat (1977-1983), Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat (1979-1983) dan Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS (1979-1981).

Pada 1981, beliau dipilih sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS sehingga beliau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung PAS (kemudian Timbalan Presiden PAS) pada 1989.

Setelah 11 hari memangku jawatan Presiden PAS, pada pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil Mohd Noor telah meninggal dunia dan dikebumikan di Kuala Nerang, Kedah. Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 24 Jun 2002 telah secara rasmi melantik Tuan Guru Haji Abdul Hadi sebagai Pemangku Presiden PAS.

Dalam ucapan pertama beliau sebagai Pemangku Presiden PAS pada 24 Jun 2002, Tuan Guru Haji Abdul Hadi menyebutkan, "... pengganti Almarhum tidak sama dengan Almarhum, tetapi kepemimpinan jama'ie sangat penting untuk menang dan mendapatkan keredhaan Allah". Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dipilih secara rasmi sebagai Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-49 pada 12-14 September 2003.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
12 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 12/6/2016

Sumber HD - 12-6-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah: PAS pertegas hasrat laksana syariat Allah
















HARAKAHDAILY | .


PAS PERTEGAS HASRATNYA UNTUK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH (11 JUN 1993)
PADA hari ini dalam tahun 1993, Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor telah mempertegaskan hasrat dan cita-cita PAS untuk melaksanakan hukum syariat, khususnya hudud di Kelantan jika PAS terus diberikan kepercayaan oleh rakyat.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Dasar yang bertajuk "Pertahan Syakhsiyah Ummah" pada perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-39 di Markaz Tarbiyah PAS Pusat pada 11 Jun 1993. Muktamar yang berlangsung pada 11-13 Jun 1993 ini dijangka sebagai muktamar terakhir sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Kesepuluh.

Sejak PAS memerintah Kelantan pada 21 Oktober 1990, PAS telah mewujudkan Jawatankuasa Undang-undang dan Perlaksanaan Syariat pada 30 November 1990. Pada 26 Februari 1991, Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Kelantan telah merancang untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah termasuk hudud, qisas dan takzir.

Ekoran itu, pada 30 Mei 1991, Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Perlaksanaan Syariat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menjelaskan bahawa kajian terhadap aspek teknikal untuk menggubal hukum syariat telah selesai dan akan dibentangkan di DUN Kelantan segera.

Pada 18 Oktober 1991, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertegaskan sikap kerajaan yang akan memberi keutamaan terhadap perlaksanaan undang-undang syariat mulai tahun 1992.

Di sebalik kesungguhan PAS berusaha melaksanakan undang-undang syariat, terdapat sesetengah pihak dalam PAS yang mengkritik kegagalan Kerajaan Kelantan menyegerakan perlaksanaan syariat. Sedangkan di luar PAS, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed pada 16 April 1992 menyatakan kesediaan untuk membenarkan Kelantan melaksanakan hudud sehingga menimbulkan kemarahan parti Gerakan.

Keadaan ini telah menimbulkan polemik dan perbincangan panjang tentang hukum syariah, termasuk ada pihak yang menuduh PAS tidak serius melaksanakan syariat dan menjadikannya isu politik.

Ekoran itu, Presiden PAS dalam ucapan dasarnya pada 14 Ogos 1992 menjelaskan, "Pihak yang takut dengan perlaksanaan undang-undang Islam ini telah memutarbelitkan bahawa perlaksanaan hudud yang kita rancang telah dianggap sebagai permainan politik. Tidaklah perlu kita mempedulikan sangat tuduhan-tuduhan sumbang seperti itu kerana perlaksanaan syariat Islam termasuk hudud adalah dasar yang telah dan sedang diperjuangkan oleh PAS sejak sekian lama. Bahkan di dalam manifesto pilihan raya PAS 1990 yang lalu telah pun diterangkan begitu jelas hasrat untuk melaksanakan hukum Allah ini".

Bahkan, dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-38 pada 14-16 Ogos 1992 meluluskan usul menyokong Kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah.

Pada 7 November 1992, Majlis Syura Ulamak PAS telah meluluskan draf Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, tetapi belum dapat dikemukakan ke sidang Dun Kelantan pada November 1992, Januari 1993 dan Jun 1993.

Bagi merungkai kegusaran umat Islam di atas dakwaan pelbagai pihak bahawa PAS bermain politik dalam soal perlaksanaan hukum syariat ini, pada 11 Jun 1993, Presiden PAS telah mempertegaskan dalam ucapan dasarnya tentang hasrat PAS melaksanakan syariat. "Apa yang sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan ialah perlaksanaan perundangan Islam, hudud adalah sebahagian daripadanya. Insya Allah ia akan menjadi kenyataan. Dan apabila ia terlaksana nanti, ia adalah hasil penyertaan kita dalam pilihan raya".

Akhirnya, pada 23 November 1993, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 telah berjaya diluluskan oleh Dun Kelantan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
11 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 11/6/2016

Sumber HD - 11-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS kaji penyertaan dalam Angkatan Perpaduan Ummah
















HARAKAHDAILY | .


PAS KAJI PENYERTAAN DALAM ANGKATAN PERPADUAN UMMAH  (10 JUN 1990)

PADA hari ini dalam tahun 1990, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mengambil keputusan untuk mengkaji dan meneliti Perlembagaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sebelum menyertai gabungan tersebut.

PAS yang mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, S46 dan serpihan PAS, Berjasa bermula sejak Dewan Pemuda PAS menganjurkan Majlis Makan Malam Pemikir Ummah di Kelana Jaya pada 23 Disember 1988 yang mempertemukan pemimpin Team B Umno, Tengku Razaliegh Hamzah dengan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor. Akhbar Watan pada 3 Januari 1989 menyifatkan kerjasama PAS-S46 sebagai satu alternatif kepada Umno-BN.

Dalam masa yang sama, pemimpin Team B Umno turut berunding dengan Berjasa sejak 4 November 1987 untuk merangka pakatan baru politik Melayu bagi mengalahkan Umno dalam Pilihan Raya Umum Kesembilan.

Mereka bersetuju menjadikan PAS sebagai rakan politik dalam hal ini, sedangkan Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan tegas menyatakan kerjasama ini hanya boleh berlaku jika S46 menerima Islam sebagai asas perjuangan.

Ketika rundingan teknikal sedang berlangsung antara pakatan Berjasa-S46 sedang berlangsung, pada Februari 1989, pakatan kedua-dua parti tersebut telah merancang mendaftarkan sebuah gabungan parti politik yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Pada 12 Februari 1989, PAS menegaskan sikap untuk tidak menyertai APU sehingga semua hal teknikal diselesaikan.

Namun begitu, serentak dengan itu juga, PAS telah bekerjasama secara tidak rasmi dalam beberapa Pilihan Raya Kecil di Ampang (28 Januari 1989), Teluk Pasu (25 Jun 1989), Pantai Merdeka (24 Mac 1990) dan Kijal (1 Ogos 1990), selain menganjurkan beberapa program dengan "peraduan ummah" seperti Persidangan Agung Perpaduan dan Politik Islam (21 Ogos 1988), Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (9-10 September 1988) dan Seminar Perpaduan Ummah (28 Oktober 1988).

Tujuan utama tindakan PAS ini adalah untuk mengekal mementum politik ummah, selain mengelakkan S46 membentuk kerjasama dengan pihak lain yang merugikan PAS.

Di peringkat dasar, PAS telah mengkaji strategi politik dalam menghadapi perubahan ini dengan kertas Ustaz Hassan Shukri pada 9 Oktober 1988 dan kertas Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman pada 9 Jun 1989 yang mencadangkan PAS mewujudkan kerjasama politik ini.

Pada 9 Oktober 1988 juga, PAS telah menerima kertas dasar tahaluf siyasi oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Walau bagaimanapun, dalam kertas Ustaz Abdul Halim, telah dicadangkan supaya PAS mengekalkan identiti dengan simbol Bulan Purnama dan PAS mewujudkan tafahum siyasi (persefahaman politik) dengan APU tanpa menyertai pakatan tersebut. Dalam kata lain diwujudkan kerjasama PAS-APU dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 1990.

Pada awal Jun 1990, S46 dan Berjasa telah mendaftarkan APU tanpa penyertaan PAS. Sebaliknya, PAS pada 10 Jun 1990 mengambil sikap untuk tidak menyertai APU dan akan mengkaji terlebih dahulu kedudukan Perlembagaan APU dan implikasinya kepada PAS. Di sebalik sikap PAS itu, pada 20 Ogos 1989, serpihan PAS, Hamim telah keluar dari BN untuk menyertai APU.

Walau bagaimanapun, APU yang turut disertai oleh KIMMA pada 1990 telah kekal sebagai sebuah pakatan politik longgar dan tidak rasmi apabila Pendaftaran Peertubuhan pada 10 Julai 1989 menolak pendaftaran APU kerana ia memerlukan sekurang-kurangnya tujuh anggota. Sejak itu, kerjasama PAS-APU berlanjutan sehingga Pilihan Raya Umum pada 21 Oktober 1990.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
10 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 10/6/2016

Sumber HD - 10-6-2016

---------------------------------------------------------                                                                            PAS Kelantan setuju adakan persefahaman politik


































HARAKAHDAILY | .


PAS KELANTAN SETUJU ADAKAN PERSEFAHAMAN POLITIK UNTUK TAWAN KELANTAN (9 JUN 1989)

PADA hari ini dalam tahun 1989, Badan Perhubungan PAS Kelantan telah meluluskan satu kertas cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman untuk membolehkan PAS merampas Kelantan dari BN melalui persefahaman politik.

Kertas yang bertajuk "At-Tafahum Siyasi: Persefahaman Politik Dalam Pilihan Raya" ini menggariskan strategi PAS Kelantan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Kesembilan setelah Umno diharamkan pada 4 April 1988.

PAS melihat perpecahan Umno ini sebagai peluang terbaik untuk mengambil alih semula Kelantan yang menyebabkan PAS pada 9 Oktober 1988 mengambil strategi mendekati S46 dan Berjasa.

Terdahulu, setelah Umno diharamkan, Berjasa telah mengambil inisiatif mewujudkan gabungan politik Islam atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang turut disertai oleh S46, sebelum Hamim dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) turut berbuat demikian.

Dalam PAS sendiri, sejak akhir November 1987 telah ada usaha yang dibuat oleh Naib Yang Dipertua Agung PAS untuk menyatukan PAS dengan Team A Umno (Umno Baru) dalam 'Barisan Islamiyyah,' tetapi PAS pada 9 Oktober 1988 bersetuju menerima kertas cadangan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Hassan Shukri, "Tinjauan Ringkas Politik Semasa dan Sikap Yang Perlu Diambil oleh PAS," yang mencadangkan PAS mendekati Team B Umno (kemudiannya dikenali sebagai S46). S46 yang kemudiannya membentuk APU bersama Berjasa, kemudiannya mula mengadakan persefahaman dengan PAS.

Di Kelantan secara khusus, keadaan politik menjadi lebih menarik kerana PAS bukan sahaja memiliki 10 daripada 39 kerusi Dun, tetapi kebanyakan kerusi yang diwakili Umno adalah kerusi marginal di bawah 1,000 undi majoriti.

Perpecahan Umno telah membuka ruang kepada PAS di mana pada 12 Mac 1988, Adun Banggol, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman telah membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri Mohammed Yaacob, Menteri Besar Kelantan, walaupun tidak disokong oleh Team B Umno. Tetapi, setelah Team B Umno menubuhkan S46 secara rasmi pada 3 Jun 1989, keadaan politik Kelantan telah berubah.

Menurut analisa Ustaz Abdul Halim dalam kertasnya, PAS telah menguasai sekitar 46 peratus undi popular di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum 1982 dan 1986, yang bermakna memerlukan lonjakan sekitar lima peratus untuk menguasai semula Kelantan.

Berpandukan hukum tahaluf yang diharuskan seperti dalam kertas kerja Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 9 Oktober 1988, PAS Kelantan mencadangkan supaya satu tafahum siyasi (persefahaman politik) diwujudkan dengan APU tanpa PAS menyertainya.

PAS melihat S46 mempunyai sejumlah penyokong di kalangan bekas ahli dan penyokong Umno, sedang Berjasa disokong oleh bekas ahli PAS. Persefahaman ini boleh melonjakkan undi popular PAS di Kelantan.

Ustaz Abdul Halim juga mencadangkan supaya PAS memerintah negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah jika menang, Bulan Purnama kekal sebagai simbol PAS walaupun manifesto bersama.

Kertas kerja yang diluluskan oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan pada 9 Jun 1989 ini diterima sebagai strategi PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum pada 21 Oktober 1990, di mana PAS memenangi 24 daripada 39 kerusi dan bakinya dikuasai oleh S46 (14 kerusi) dan Berjasa (satu kerusi).

Sejak kemenangan ini, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pesuruhjaya PAS Kelantan telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dan PAS menerintah dengan dasar 'Membangun Bersama Islam' hingga hari ini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
9 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 9/6/2016


Sumber HD - 9-6-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: PAS cadang tubuh BN selesai krisis politik Sabah
















HARAKAHDAILY | .


PAS CADANG TUBUHKAN KERAJAAN BN UNTUK SELESAIKAN KRISIS POLITIK SABAH (8 JUN 1976)

PADA hari ini dalam tahun 1976, Dewan Harian PAS Pusat telah bersetuju untuk mencadangkan satu formula kerjasama parti-parti politik di Sabah bagi menyelesaikan krisis kepemimpinan yang berlanjutan sejak awal 1971 lagi.

PAS mencadangkan supaya dua parti utama Sabah, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) dan parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) diterima sebagai anggota BN dan dibentuk Kerajaan Campuran Berjaya-Usno atau Kerajaan BN Sabah bagi menstabilkan politik negeri itu.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada 14 April 1976, Berjaya telah mendapat 28 daripada 48 kerusi, sedangkan 20 kerusi lagi dimenangi oleh Usno.

Krisis politik Sabah tercetus apabila Tun Datu Mustapha Datu Harun, Ketua Menteri Sabah menuntut hak ekonomi Sabah dalam isu balak dan minyak pada 1971, yang menyebabkan Kuala Lumpur campur tangan dalam urusan Sabah.

Selain menghantar Syed Kechik al-Bukhary ke Sabah, Kuala Lumpur turut menggunakan Datuk Abdul Rahman Yaakub, Ketua Menteri Sarawak dan Datuk Harris Salleh, Setiausaha Agung Usno untuk menjatuhkan Tun Datu Mustapha.

Pada 23 April 1976, Tun Datu Mustapha telah membentangkan kertas "Kedudukan Sabah dan Masa Depan Sabah Dalam Malaysia," yang mencemaskan Kuala Lumpur sehingga Datuk Mohamad Said Keruak dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah pada 1 November 1975.

PAS yang mempunyai sikap menyokong Usno di Sabah menyedari krisis politik ini adalah berpunca daripada tindakan Tun Abdul Razak Hussein untuk menjatuhkan Tun Datu Mustapha.

Tun Abdul Razak telah menaja kerjasama serpihan Usno, Datuk Harris Salleh dengan bekas parti UPKO pimpinan Tun Mohd Fuad Stephen bagi membentuk Berjaya pada 15 Julai 1975.

Akibatnya, Berjaya dapat mengalahkan Usno dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada 14 April 1976. Sedangkan ketika ini, Usno dan Sabah Chinese Association (SCA) yang membentuk Perikatan Sabah sejak 1967 merupakan parti komponen BN sejak penubuhannya BN pada 1 Jun 1974.

Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda berbeza pendapat dengan Tun Abdul Razak dalam soal ini kerana PAS mengambil kira kedudukan Usno sebagai komponen BN, sedangkan Tun Abdul Razak melihat ancaman Tun Datu Mustapha terhadap Kuala Lumpur.

Sikap PAS terhadap Usno dan Tun Datu Mustapha dipengaruhi oleh peranan Tun Datu Mustapha terhadap perkembangan Islam di Sabah.

Tindakan Tun Datu Mustapha memajukan Islam menerusi penubuhan United Sabah Islamic Association (USIA) pada 1969 dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada 1971 serta kejayaan meletakkan Islam sebagai agama negeri Sabah pada 23 September 1971, telah menyebabkan PAS 'menyerahkan' kepada Usno untuk membangunkan Islam di Sabah, termasuk membiarkan PAS Sabah yang ditubuhkan pada Ogos 1964 terkubur supaya ia tidak bersaing dengan USIA.

Sokongan PAS kepada Usno juga sangat penting kerana ketika ini gerakan Kristianisasi sedang pesat berkembang di Filipina dan Sarawak, di mana mereka meletakkan Sabah sebagai sasarannya.

Banyak kajian mengatakan kejatuhan Tun Datu Mustapha pada 1975 bukan semata-mata kerana krisis dengan Kuala Lumpur, tetapi terdapat gerakan antarabangsa menjatuhkan beliau kerana kegiatan dakwah Islam di Sabah.

Ketika krisis politik Sabah memuncak ekoran saingan Berjaya terhadap Usno, PAS pada 15 Januari 1976 telah mencadangkan supaya BN menerima keahlian Usno, tetapi menolak keahlian Berjaya yang dilihat mengancam Usno.

Setelah Dun Sabah dibubarkan, PAS pada 17 Mac 1976 memutuskan untuk menghantar jentera pilihan raya ke Sabah bagi membantu Usno, tetapi ditangguhkan oleh PAS pada 24 Mac 1976 untuk mengelakkan salah faham parti komponen BN.

Pendirian PAS dalam soal Sabah ternyata meletakkan Islam lebih ke hadapan, berbanding kepentingan politik kepartian. Bagi PAS, Kerajaan Perikatan Sabah yang diketuai Tun Datu Mustapha telah memberi kelebihan kepada Islam.

Walau bagaimanapun, ekoran kekalahan Usno dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada 14 April 1976, sikap PAS terhadap Berjaya telah berubah untuk menyelamatkan Islam.

PAS sedar walaupun dua pemimpin utama Berjaya, Tun Mohd Fuad Stephen (Presiden) dan Datuk Harris Salleh (Timbalan Presiden) beragama Islam, tetapi bekas ahli UPKO yang membentuk Berjaya majoritinya bukan Islam.

Ini terbukti daripada 28 kerusi yang dimenangi Berjaya, hanya tiga kerusi sahaja mewakili kawasan Bumiputera Islam iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang.

PAS juga bersetuju dengan pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat pada 6 Jun 1976 yang melihat peranan Berjaya 'menodai Islam' di Sabah.

Sebagai jalan tengah untuk menyelesaikan kekusutan ini, pada 6 Jun 1976, PAS telah mencadangkan supaya Berjaya dan Usno membentuk Kerajaan Campuran atau kedua-dua parti diterima sebagai anggota BN dan membentuk Kerajaan BN Sabah bagi membolehkan Usno mengimbangi pengaruh bukan Islam dalam kerajaan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
8 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 8/6/2016

Sumber HD - 8-6-2016

---------------------------------------------------------                                                                         Nasharudin pertahan jawatan Timbalan Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .


USTAZ NASHARUDIN PERTAHANKAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS (7 JUN 2009)

PADA hari ini dalam tahun 2009, Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam satu pertandingan tiga penjuru bersama dua Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Dato' Husam Musa.

Perebutan jawatan nombor dua parti ini berlaku dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Ustaz Nasharudin Mat Isa mempertahankan jawatan yang dipegangnya sejak 2005 dengan memperoleh 480 undi, berbanding Dato' Husam Musa (281) dan Haji Mohamad Sabu (261).

Jawatan Timbalan Presiden PAS menjadi jawatan yang panas semenjak kematian Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor pada 23 Julai 2002, di mana Timbalan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memangku jawatan Presiden PAS, sedangkan jawatan timbalan dikosongkan sehingga pemilihan parti pada 12-15 September 2003.

Jawatan yang tidak dipertandingkan sejak 1989 ini direbut oleh Senator Ustaz Hassan Shukri setelah mengalahkan Dato' Mustafa Ali, sedangkan Datuk Dr Haron Din menarik diri.

Pada 6 Jun 2005, Ustaz Nasharudin Mat Isa dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru mengalahkan Ustaz Hassan Shukri dan Ustaz Dato' Abdul Halim Abdul Rahman dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51.

Dalam pemilihan berikutnya pada 3 Jun 2007, Ustaz Nasharudin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatannya dengan mengalahkan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato' Harun Taib dengan majoriti 207 undi.

Ustaz Nasharudin Mat Isa yang dilahirkan pada 19 Oktober 1962 di Rembau, Negeri Sembilan adalah bekas pensyarah UIAM dan UKM, sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS pada 13 Jun 1999.

Beliau pernah belajar di UiTM, sebelum memasuki Darul Ulum Lucknow, India, tetapi mendapat ijazah undang-undang syariah di University of Jordan.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang antarabangsa di Glasgow University dan mendapat sarjana undang-undang perbandingan di UIAM.

Beliau mengikuti pengajian kedoktoran dalam bidang undang-undang prosedur Islam di UKM sebelum terpilih sebagai Ahli Parlimen Yan (1999-2004) dan Bachok (2004-2008).

Pada 1998, beliau dilantik sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS (1999-2005) dan dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS (2005-2011).

Dalam pemilihan parti yang umumkan pada 7 Jun 2009, Ustaz Nasharudin berjaya mempertahankan jawatannya dan turut dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS. Kerana isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang dimanipulasikan oleh pihak tertentu dalam PAS, Ustaz Nasharudin telah gagal mempertahankan jawatannya pada 4 Jun 2011 apabila Haji Mohamad Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS dengan majoriti 21 undi.

Sejak itu, Ustaz Nasharudin tidak aktif dalam PAS, sebaliknya bergiat dalam NGO dan sekarang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Ketika Ustaz Nasharudin tidak lagi aktif dalam PAS kerana serangan peribadi ke atas beliau dalam isu hubungan PAS-Umno, dua tokoh penentangnya, Dato' Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu tidak lagi bersama PAS.

Pada 16 Ogos  2012, Ustaz Nasharudin mempertegaskan beliau kekal bersama PAS, sedangkan Haji Mohamad Sabu keluar PAS selepas tewas dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 pada 3-6 Jun 2015 dan menubuhkan PAN pada 16 September 2015, manakala Dato' Husam telah dipecat dari PAS pada 23 April 2016.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 7/6/2016

Sumber HD - 7-6-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: TG Abdul Hadi dicalon Ketua Pembangkang

HARAKAHDAILY | .


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Dicalon Sebagai Ketua Pembangkang (6 Jun 1995)
PADA hari ini dalam tahun 1995, Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dicalonkan oleh PAS sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen mewakili Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Ini adalah kali pertama pemimpin PAS dicalonkan semula sebagai Ketua Pembangkang selepas PAS menyertai kerajaan pada 1 Januari 1973.

Dalam surat Setiausaha Agung PAS, Ustaz Abdul Halim Arshat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Zahir Ismail pada 6 Jun 1995, PAS telah menamakan Ahli Parlimen Marang sebagai calon Ketua Pembangkang menggantikan Ahli Parlimen Tanjong, Lim Kit Siang dari DAP.

Kegagalan DAP mempertahankan 20 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum 1990 telah menjadikan kedudukan parti-parti pembangkang seimbang dengan DAP sembilan, PBS lapan, PMS46 tujuh dan PAS enam.

PAS yang mempunyai kerjasama politik dengan PMS46 atas tiket APU menguasai 13 kerusi mengatasi DAP, sedangkan pemimpin PMS46 dilaporkan oleh media pada 6 Jun 1995 telah menarik diri dari jawatan Ketua Pembangkang, manakala PBS pula pada 18 Mei 1995 menyatakan sokongan supaya APU mengetuai pembangkang.

PAS sendiri pada 4 Jun 1995, telah memaklumkan kepada Presiden PMS46, Tengku Razaleigh Hamzah tentang cadangan pencalonan ini.

Semenjak pilihan raya diadakan pada 1955, jawatan ketua pembangkang wujud secara tidak rasmi sehingga pasca 13 Mei 1969. Pada mulanya jawatan "Mr Opposition" dipegang oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin (1955-1959), kemudian PAS menyerahkan kepada pemimpin Parti Negara (PN), Dato' Sir Onn Jaafar (1959-1962).

Setelah kematian Dato' Onn pada 12 Januari 1962, Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy mengetuai pembangkang sehingga 1964, sebelum pemimpin Parti Buruh (PB) yang mewakili Sosislis Front (SF), Dr Tan Chee Koon menjadi Mr Opposition sehingga 1969.

Selepas tragedi 13 Mei 1969, kerajaan telah mewujudkan jawatan Ketua Pembangkang secara rasmi, dan parti-parti pembangkang bersetuju jawatan tersebut digilirkan antara parti-parti PAS, DAP dan SNAP, manakala Gerakan dan PPP telah menyertai kerajaan melalui Kerajaan Campuran di Pulau Pinang dan Perak.

Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang pertama mulai 23 Februari 1971. Walau bagaimanapun, pada 1 Januari 1973, PAS telah menyertai Kerajaan Campuran PAS-Perikatan yang menyebabkan Dato' Mohd Asri dilantik sebagai menteri.

Ekoran itu, mulai 17 April 1973, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengetuai pembangkang sehingga Pilihan Raya Umum 1974.

Selepas itu, pemimpin SNAP, James Wong Kim Min menjadi Ketua Pembangkang yang baru, tetapi beliau ditahan ISA pada 30 Oktober 1974 dan diganti oleh seorang lagi pemimpin SNAP, Edmund Langgu anak Saga sehingga 5 November 1975.

Sejak itu, Lim Kit Siang kembali menjadi Ketua Pembangkang sehingga Pilihan Raya Umum 1995. Dalam pilihan raya ini, DAP hanya memperoleh sembilan kerusi sahaja yang menyebabkan kedudukan mereka sebagai Ketua Pembangkang tergugat.

Ekoran adanya dua calon Ketua Pembangkang iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi (PAS) dan Lim Kit Siang (DAP), pada 7 Jun 1995, Speaker Dewan Rakyat telah mengarahkan 30 Ahli Parlimen Pembangkang membuat undian sulit sehingga 14 Jun 1995.

Pada 15 Jun 1995, Lim Kit Siang diumumkan sebagai Ketua Pembangkang bagi penggal 1995-1999 setelah wakil rakyat PMS46 dan PBS turut mengundi calon DAP. Kegagalan PMS46 menyokong calon PAS merupakan detik awal perpecahan PAS-PMS46.

PAS walau bagaimanapun berjaya mengambil semula jawatan Ketua Pembangkang apabila Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dilantik ke jawatan itu pada 1999, sebelum diganti oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi mulai 23 Jun 2002 hingga Pilihan Raya Umum 2004.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 6/6/2016

Sumber HD - 6-6-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Sejarah: Mohamad Nasir jawab kecaman Pemuda PAS
















HARAKAHDAILY | .


DATO' MOHAMAD NASIR JAWAB KECAMAN PEMUDA PAS DALAM ISU MENTERI BESAR (5 JUN 1975)

PADA hari ini dalam tahun 1975, Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohamad Nasir telah mengemukakan sebuah kertas kerja untuk menjawab kecaman Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan berkaitan isu Menteri Besar yang tersiar dalam beberapa media massa. Kertas kerja yang bertajuk "Jawapan Dato' Haji Mohamad Nasir Atas Kecaman Dewan Pemuda PAS Kelantan Terhadap Wawancara Beliau Kepada Wartawan BERNAMA Seperti Yang Tersiar Dalam Beberapa Akhbar Tanggal 8 Mei 1975," ini bertujuan menjawab isu yang dibangkitkan oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Isu ini timbul ekoran satu temuramah antara Menteri Besar Kelantan itu dengan Abdul Ghani Ismail, wartawan BERNAMA pada 8 Mei 1975. Dalam temuramahnya, Dato' Mohamad Nasir telah membuat beberapa kenyataan yang merugikan Kerajaan PAS Kelantan dan parti sendiri seperti masalah pengurusan balak, rasuah, pembangunan Ulu Kelantan dan sokongan PAS kepada beliau sebagai Menteri Besar. Ekoran itu, pada 10 Mei 1975, Dewan Pemuda PAS Kelantan telah menyediakan memorandum yang menyenaraikan tujuh kenyataan yang mengelirukan dan merugikan parti dalam temuramah tersebut. Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Dato' Mohamad Nasir itu akan mempengaruhi keputusan mahkamah, mendedahkan rahsia kerajaan, membolehkan kerajaan diheret ke mahkamah dan menakutkan pelabur ke Kelantan, selain turut meretakkan hubungan PAS dengan Umno, menuduh pemimpin PAS mengamalkan rasuah dan menunjukkan beliau tidak percaya kepada dasar perjuangan PAS.

Memorandum ini kemudiannya dikemukakan kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan pada 15 Mei 1975. Dalam Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Kelantan itu, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Halim Isa mendakwa Dato' Mohamad Nasir menganggap dirinya dilantik oleh Umno, sedangkan semua pimpinan PAS mahu menyingkirkannya. Hal ini dijangka akan merosakkan hubungan PAS-Umno dan merugikan perjuangan Islam di Malaysi. Dewan Pemuda PAS Kelantan mengusulkan supaya Menteri Besar Kelantan memberikan jawapan bertulis tentang perkara ini dan meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan.

Bertolak daripada keputusan Badan Perhubungan PAS Kelantan ini, Dato' Mohamad Nasir membuat kenyataan tentang kesediaannya untuk meletak jawatan dan akan menyediakan jawapan terhadap isu tersebut. Pada 27 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan itu telah menerima surat daripada Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan berkait itu tersebut, sedangkan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Ishak Lotfi Omar pula, pada 31 Mei 1975 telah mengemukakan laporan kepada Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri berhubungan konflik ini.

Kegagalan Menteri Besar Kelantan itu membuat penjelasan kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan pads 29 Mei 1975, telah menyebabkan Badan Perhubungan PAS Kelantan mengambil pendirian bahawa beliau tidak layak memimpin kerajaan dan perlu diganti dengan segera. Tiga sebab yang dikemukakan oleh PAS Kelantan untuk menggugurkan Dato' Mohamad Nasir ialah suka membuat janji yang menyusahkan wakil rakyat, menyalahgunakan kuasa Menteri Besar untuk membekukan kawasan balak dan melakukan tindakan yang merugikan BN termasuk bersekongkol dengan Kumpulan Revolusi 14 Mac 1974.

Ekoran tekanan yang memuncak ini, pada 5 Jun 1975, Dato' Mohamad Nasir telah mengemukakan jawapan bertulis kepada Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, di samping turut menyediakan kertas kerja untuk menjawab dakwaan Dewan Pemuda PAS Kelantan. Dalam kertas kerjanya, Dato' Mohamad Nasir menyifatkan Dewan Pemuda PAS Kelantan terlalu berprasangka, melulu dan melampau, selain mendakwa Dewan Pemuda PAS tidak matang dalam membuat gugatan dan PAS Kelantan tidak bijaksana dalam mengambil tindakan terhadap ahli-ahli. Selain mengharapkan usaha pengislahan, beliau juga mahukan tindakan ruhama dalam menyelesaikan isu ini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
5 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 5/6/2016

Sumber HD - 5-6-2016

---------------------------------------------------------                                                                   Sejarah: Tolak pendirian parti, PAS Kelantan bertindak
















HARAKAHDAILY | .


PAS KELANTAN BERTINDAK TERHADAP PIMPINAN YANG MENOLAK PENDIRIAN PARTI (4 JUN 1989)

PADA hari ini dalam tahun 1989, Dewan Harian PAS Kelantan telah mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap mana-mana pimpinan PAS Negeri dan juga Dewan Ulamak PAS Negeri yang menentang pendirian parti untuk mengadakan kerjasama politik dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 1990.

Setelah Umno berpecah pada 1988, PAS membuat strategi dengan menolak tawaran kerjasama politik dengan Umno, sebaliknya membentuk kerjasama dengan serpihan Umno, Semangat 46 menerusi APU. Sebahagian pimpinan PAS Kelantan bersikap keras dengan menolak kerjasama dengan serpihan Umno yang dianggap seperti Umno juga.

Terdahulu, perubahan-perubahan politik yang berlaku telah mendorong PAS mengatur strategi politiknya dengan mewujudkan pakatan politik pembangkang.

Pada 13 Julai 1986, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad telah mengemukakan sebuah kertas tentang tahaluf siyasi untuk mengalahkan BN, diikuti oleh kertas Naib Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 9 Oktober 1989 tentang kedudukan tahaluf dalam politik Islam.

Ekoran perpecahan Umno, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman pada 9 Jun 1989 telah menyediakan sebuah kertas strategi untuk menawan Kelantan bertajuk 'Persefahaman Politik Dalam Pilihan Raya' yang mencadangkan pendekatan kerjasama dengan serpihan Umno untuk membolehkan PAS menguasai semula Kelantan.

Bertolak dari asas hukum dan strategi politik ini, PAS telah mengambil langkah mewujudkan hubungan politik dengan Semangat 46. Namun begitu, terdapat di kalangan pimpinan PAS Kelantan yang menentang pendekatan ini.

Dalam laporan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Wan Abdul Rahim Abdullah pada 12 November 1989, seluruh kegiatan menentang persefahaman politik PAS-APU di kalangan ahli-ahli PAS telah didedahkan.

Sebagai tindakan ke atas kegiatan subversif dalam parti ini, Badan Perhubungan PAS Kelantan pada 26 Februari 1989 mengarahkan pimpinan yang menentang kerjasama ini meletak jawatan, tetapi tidak berkesan.

Antara pimpinan utama yang terlibat ialah Ustaz Mawardi Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan), Ustaz Sabri Muhammad (Setiausaha Perhubungan), Ustaz Ismail Noh (Bendahari Perhubungan), Ustaz Mustapha Taib, Ismail Abdullah dan Ustaz Wan Daud Wan Jusoh (Ahli-ahli Perhubungan) serta Ustaz Mohd Nor Idris (Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan).

Ekoran tindakan berterusan mereka menentang kerjasama ini, pada 24 April 1989, Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat bertindak untuk tidak melantik semula mereka dalam kepemimpinan PAS Kelantan bagi sesi 1989-1991.

Beliau turut memberi amaran untuk bertindakan serupa terhadap Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Kelantan pada 31 Mei 1989. Bagi mewujudkan kesatuan fikrah dalam parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1990, pada 4 Jun 1989, PAS Kelantan mengambil sikap untuk bertegas terhadap anasir-anasir penentangan ini, sehingga akhirnya pada 26 September 1989 PAS terpaksa memecat keahlian sebahagian daripada mereka.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
4 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 4/6/2016

Sumber HD - 4-6-2016

 -------------------------------------------------------                                                                       Sejarah: Tuan Ibrahim dipilih pemimpin PAS Pusat

HARAKAHDAILY | .


DATO' TUAN IBRAHIM DIPILIH SEBAGAI PIMPINAN PAS PUSAT (3 JUN 2001)

PADA hari ini dalam tahun 2001, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-47 yang berlangsung sejak 1 Jun 2001 telah memilih seorang tokoh pendakwah terkenal, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk sesi 2001-2003.

Ini adalah kali pertama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyertai pimpinan PAS Pusat sejak beliau mulai aktif dalam parti pada 1999. Muka baru yang turut terpilih dalam muktamar ini ialah Ustaz Ahmad Awang, Dr Abdul Wahab Ismail, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib, Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, Husam Musa, Datuk Kamaruddin Jaffar, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Salahuddin Ayub, Ustaz Omar Mohamad dan Ustaz Idris Ahmad.

Sebelum aktif dalam PAS, Ustaz Tuan Ibrahim adalah seorang pensyarah kanan di Universiti Teknologi Mara(UiTM) Cawangan Jengka dan merupakan seorang pendakwah terkenal yang sering menjadi ahli panel Forum Perdana TV1.

Beliau yang dilahirkan di Jerantut, Pahang pada 27 Ogos 1960 dan berkelulusan Sarjana Pengajian Islam dalam bidang dakwah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah anak saudara kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali gus berpangkat sepupu kepada pemimpin-pemimpin PAS sekarang seperti Ustaz Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh (Setiausaha Majlis Syura Ulamak), Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani (Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor).

 Walaupun telah lama bersama perjuangan PAS dan aktif bersama ABIM ketika mudanya, Ustaz Tuan Ibrahim hanya aktif dalam PAS setelah beliau terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka, Pahang pada 29 November 1999. Beliau berjaya mengalahkan calon BN, Dato' Zainal Hassan dengan majoriti 319 undi.

Walau bagaimanapun, kerusi tersebut tidak dapat dipertahankan dalam pilihan raya selepas itu. Ustaz Tuan Ibrahim kemudiannya diumumkan sebagai calon yang terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-47, 3 Jun 2001.

Sesi 2001-2003 adalah sesi terakhir PAS dipimpin oleh Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor. Beliau mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selama 10 tahun sebelum tewas merebut jawatan Timbalan Presiden PAS pada 2011.

Dalam kepemimpinan PAS Pusat, selain menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selama 10 tahun, Ustaz Tuan Ibrahim telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang selepas Pilihan Raya Umum 2004 dan memegang jawatan ini sehingga 2015, selain dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat (2011-2013) sebelum dipilih sebagai Naib Presiden PAS pada tahun 2013.

Tokoh yang berdarah diraja Jembal yang terkenal dengan siri-siri buku "Senyumlah" ini, juga turut menduduki Majlis Syura Ulamak PAS mulai 2011, sebelum terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-61 di Kuala Selangor.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 3/6/2016

Sumber HD - 3-6-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PRK Dun Rantau Panjang dan keluarga Ahmad Yatim
















HARAKAHDAILY | .


PILIHAN RAYA KECIL DUN RANTAU PANJANG DAN KELUARGA AHMAD YATIM (2 JUN 1962)

PADA hari ini dalam tahun 1962, pengasas PAS Kelantan, Ahmad Yatim telah berjaya mempertahankan kerusi Dun Rantau Panjang dalam satu pilihan raya kecil kerana kematian penyandangnya, Abdul Rahman Daud.

Pilihan Raya Kecil Dun Rantau Panjang ini adalah pilihan raya kecil yang pertama di Kelantan selepas merdeka. Kemenangan Ahmad Yatim ini bukan sahaja mengekalkan penguasaan PAS di kerusi tersebut, tetapi turut mengekalkan penguasaan keluarganya dalam politik Kelantan.

Abdul Rahman Daud yang juga mertua kepada Ahmad Yatim telah menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut sejak 1955. Dalam Pilihan Raya Negeri 1955, Abdul Rahman telah memenangi kerusi Majlis Undangan Negeri Pasir Mas Tengah atas tiket Perikatan, tetapi menyertai PAS pada 1958 kerana menantunya adalah pengasas PAS Cawangan Pasir Mas yang ditubuhkan pada 23 Julai 1953.

Dalam Pilihan Raya Umum 1959, Abdul Rahman memenangi kerusi Dun Rantau Panjang dan pada 9 Jun 1959 dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sehingga beliau meninggal dunia pada 1962. Tempat beliau sebagai anggota Exco diganti oleh Mohd Amin Yaakob, Adun Bachok Tengah.

PAS telah menamakan Setiausaha PAS Cawangan Pasir Mas, Ahmad Yatim untuk menggantikan mertuanya dalam Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada 2 Jun 1962 ini, dan berjaya mengalahkan calon Perikatan, Nik Yusof Nik Loding dengan kelebihan 1,051 undi.

Kerusi ini kemudiannya dipertahankan oleh Ahmad Yatim dalam Pilihan Raya Umum 1964 dengan mengalahkan Wan Mahmud Wan Konok (Perikatan) sebanyak 1,757 undi. Pada 10 Mei 1964, Ahmad Yatim yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Dalam krisis kepemimpinan PAS Kelantan pada 1965, nama Ahmad Yatim disebut-sebut sebagai calon Pesuruhjaya PAS Kelantan, tetapi pada 10 November 1968, Ahmad Yatim telah ditahan ISA atas tuduhan terlibat dengan gerakan subversif di sempadan Malaysia-Thailand.

Walaupun PAS menafikan tuduhan ini dan menganggapnya sabotaj terhadap imej PAS, namun ia tetap memberikan kesan buruk kepada PAS. Akibat penahanan ini, kerusi Dun Rantau Panjang telah jatuh ke tangan calon Perikatan, Hussein Ahmad pada 1969. Hussein Ahmad yang kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan telah mempertahankan Dun Rantau Panjang (mulai 1974 dikenali sebagai Gual Periok) sehingga 1982.

Bintang Ahmad Yatim yang juga besan kepada bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Senator Ustaz Amaluddin Darus (Ahli Dewan Negara 1959-1974) tidak lagi menyinar dalam politik Kelantan kerana beliau menyertai besannya itu membantah kepemimpinan Dato' Mohd Asri Haji Muda pada 1975 dan menubuhkan Parti IMAM.

Pada 1978, pemimpin IMAM telah bergabung dengan parti Berjasa yang ditubuhkan oleh Dato' Mohamed Nasir. Kerana pengaruh Ahmad Yatim, dua anaknya iaitu Daud Yatimee Ahmad dan Hanifa Ahmad (menantu Ustaz Amaluddin) telah dicalonkan oleh Berjasa masing-masing di kerusi Dun Tok Uban dan Meranti. Kerana memenangi kedua-dua kerusi ini, Daud Yatimee Ahmad dilantik sebagai Speaker Dun Kelantan (1978-1982) dan Hanifa Ahmad sebagai anggota Exco Kerajaaan Negeri Kelantan (1978-1982) dalam Kerajaan BN Kelantan.

Walaupun Daud Yatimee berjaya mempertahankan kerusi Dun Tok Uban hingga 1990, tetapi kerusi Meranti berjaya dirampas semula oleh PAS pada 1982, sebelum Adun PAS, Dato' Nik Man Nik Mat menyertai Hamim pada 1983.

Setelah menyertai semula PAS dan berkhidmat dengan PKINK sejak 1991, Hanifa Ahmad telah dicalonkan oleh PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Pasir pada 6 Disember 2005, tetapi tewas tipis.

Dalam Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008, Hanifa Ahmad telah berjaya menjadi Adun Pengkalan Pasir dan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan kali kedua.

Dato' Hanifa Ahmad mencipta sejarah sebagai satu-satunya Adun Kelantan yang menjadi anggota Exco dalam Kerajaan BN (1978-1982) dan Kerajaan PAS (2008-2016). Beliau juga menjadi satu-satunya rakyat  Kelantan yang menjadi anggota Exco tiga keturunan bersama ayahnya, Ahmad Yatim (1964-1969) dan datuknya, Abdul Rahman Daud (1959-1962).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Sumber HD - 2-6-2016

 ----------------------------------------------------------                                                                      Sejarah: PAS sertai pakatan politik asaskan tubuh BN

HARAKAHDAILY | .


PAS SERTAI PAKATAN POLITIK ASASKAN PENUBUHAN BARISAN NASIONAL (1 JUN 1974)

PADA hari ini dalam tahun 1974, PAS telah turut serta dalam mengasaskan sebuah pakatan politik nasional yang baru, Barisan Nasional (BN) yang telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. BN didaftarkan sebagai sebuah gabungan parti-parti politik untuk membentuk sebuah pakatan politik kuat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 1974. Pakatan politik sebelumnya, Perikatan hampir tewas dalam Pilihan Raya Umum Ketiga pada 1969 yang telah menggugat kestabilan politik negara.

Hubungan politik antara PAS dengan parti-parti lain terbentuk kesan dari tragedi 13 Mei 1969, di mana PAS telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan di Kelantan, Terengganu dan Kedah, selain menyertai Kerajaan Pusat mulai 1 Januari 1973.

Pada 17 Januari 1974, parti-parti yang terlibat dalam Kerajaan Campuran telah membincangkan kerjasama mereka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 1974, dan PAS mengambil sikap awal bersetuju untuk bekerjasama dalam pilihan raya tersebut, tetapi tidak bersetuju dengan penggunaan simbol yang sama.

Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26 Januari 1974 telah dimaklumkan oleh Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda tentang pendirian parti-parti tersebut untuk bertanding atas nama "Front National."

Bertindak atas perkara tersebut, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26 Januari 1974 telah mengarahkan Jawatankuasa Politik dan Ekonomi PAS Pusat supaya membuat kajian dari sudut politik dan juga Perlembagaan BN, manakala Dewan Ulamak PAS Pusat diarahkan membuat kajian terperinci tentang hukum kerjasama tersebut dari sudut syarak.

Pada 27 Januari 1974, Dewan Ulamak PAS Pusat mengambil pendirian harus PAS menyertai BN untuk mencapai matlamat PAS dengan syarat mengekalkan identiti PAS sebagai sebuah parti Islam, manakala Jawatankuasa Politik dan Ekonomi PAS Pusat pada 16 Februari 1974 pula bersetuju PAS menyertai BN sebagai sebuah 'gabungan parti politik,' bukannya 'pertubuhan politik.'

Dengan pendirian ini, PAS telah bersetuju menyertai pakatan politik yang baru dan PAS telah mencadangkan supaya ia dinamakan sebagai 'Barisan Nasional.' PAS turut mencadangkan supaya simbol 'Kapal Layar' ditukar kepada 'Dacing' sebelum contoh simbol tersebut dilukis oleh Abdul Ghafar Baba, Naib Presiden Umno.

Sebagai langkah permulaan, pada 20 April 1974, satu rapat umum bersama antara Yang Dipertua Agung PAS dengan Presiden Umno, Tun Abdul Razak Hussein diadakan di Temerloh, Pahang yang dihadiri oleh lebih 80,000 pendengar.

Akhirnya, pendaftaran BN yang dikemukakan oleh parti-parti tersebut telah diluluskan pada 1 Jun 1974 dengan dianggotai sembilan buah parti iaitu Umno, MCA, MIC, PAS, Gerakan, PPP, SUPP, PBB dan Perikatan Sabah.

Pada 13 Jun 1974, Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat telah meluluskan usul keharusan PAS menyertai BN dengan alasan "... Barisan Kebangsaan (BN) dari sudut pembentukannya, tujuan-tujuannya dan memerhatikan dengan jauh dan cermat keadaan suasana negara kita Malaysia ini serta perkembangan-perkembangan politiknya dan politik negara sekitarnya, dipadankan dengan petunjuk-petunjuk daripada nas al-Quran dan as-Sunnah serta berpandu kepada kaedah-kaedah fiqh, maka kesimpulan dari muzakarah (muktamar ini) sepakat dari ijtihad kami bahawa penyertaan PAS ke dalam BN itu harus jua adanya".

Dalam Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS pada 13 Jun 1974, sebelum Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat dilangsungkan, Dato' Mohd Asri telah menjelaskan tiga sebab besar PAS perlu berada dalam BN, iaitu:

I. Untuk Menjamin keutuhan kuasa dan pimpinan politik kita (umat Islam) dalam menghadapi masyarakat majmuk; dan

II. Objektif BN tidak sedikit pun dapat menyekat kebebasan PAS untuk mengembang dan memperjuangkan konsep dan prinsipnya, iaitu Islam. Antara objektif BN ialah "menegakkan Islam sebagai agama Persekutuan."

III. BN adalah sebuah konfederasi (gabungan) politik yang tidak mengikat identiti PAS, walaupun menyertai pilihan raya menggunakan simbol yang sama.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-20 pada 13-15 Jun 1974 kemudiannya meluluskan usul Dewan Pemuda PAS Pusat untuk membolehkan PAS menyertai BN dengan disokong oleh Dewan Ulamak PAS Pusat.

PAS berada dalam BN sehingga ia dipecat dari pakatan politik itu pada 13 Disember 1977 ekoran krisis politik Kelantan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 1/6/2016

Sumber HD - 1-6-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Pendaftaran PAS diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan

HARAKAHDAILY | .


PADA hari ini dalam tahun 1955, pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang sekali gus membolehkan PAS menyertai Pilihan Raya Umum 1955.

Alamat pendaftaran PAS yang didaftarkan ialah "Arabic School, Kepala Batas" iaitu Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, iaitu Pejabat Agung PAS. Sekolah Arab ini adalah milik Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS.

Selepas Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan meletak jawatan pada 26 September 1953, Pejabat Agung PAS telah berpindah dari Madrasah al-Masriah, Tanah Liat dan menumpang di Sekolah Arab tersebut.

Setelah PAS ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1951, PAS telah mengemukakan pendaftarannya pada 1952 di bawah Societies Ordinance 1949 dengan nombor pendaftaran sementara No. 34 in R of S. 26/52. Tetapi kerana isu-isu politik semasa seperti penangkapan pemimpin Hizbul Muslimin pada 1948, pembunuhan Hassan al-Banna di Mesir pada 1949, penahanan Abdul A'la al-Maududi pada 1949 dan pemberontakan Darul Islam di Indonesia pada 1948 telah menyebabkan British menangguhkan kelulusan pendaftaran PAS.

Suasana darurat sejak 1948 di Tanah Melayu yang meningkatkan perhatian British telah berjaya diredakan dengan tindakan PAS menyertai National Conference pada 27 April 1953. National Conference menurut Ramlah Adam adalah ditaja oleh Sir Malcom MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara.

Penglibatan PAS dalam National Conference dan juga National Convention pada 1953-1954 adalah untuk menuntut pilihan raya segera.

Ekoran itu, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketiga pada 12-14 Ogos 1954 telah memutuskan supaya PAS menyertai pilihan raya ini. Sedangkan parti-parti politik mesti berdaftar sebagai syarat menyertai pilihan raya.

Atas asas ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 23 Januari 1955 ketika membincangkan rancangan pilihan raya PAS, telah menyerahkan kepada Yang Dipertua Agung PAS, Dr Haji Abbas Alias untuk menyelesaikan urusan pendaftaran PAS. PAS kemudiannya didaftarkan semula di bawah The Societies (Registration) Rules, 1953 di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Kuala Lumpur.

Secara kebetulan pegawai pendaftar pertubuhan adalah kenalan Dr Haji Abbas berbangsa India yang pernah ditolong untuk mendapatkan pekerjaan pada zaman Jepun. Dengan bantuan pegawai tersebut, proses pendaftaran PAS telah dipermudahkan.

Pada 10 April 1955, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memperhalusi urusan pendaftaran PAS dan menyerahkan urusan ini kepada Dr Haji Abbas dan Cikgu Ahmad Awang, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS. Akhirnya pada 31 Mei 1955, Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pendaftaran PAS dengan nombor pendaftan 733 (Penang).

Dalam banyak kajian, mengatakan PAS didaftarkan pada 14 Jun 1955 atau sehari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Umum 1955.

Sebelum penamaan calon pada 15 Jun 1955, Pemangku Setiausaha Agung PAS, Ustaz Mohamad Hashim pada 9 Jun 1955 telah memaklumkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS, Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri dan Setiausaha-setiausaha PAS Cawangan tentang kelulusan pendaftaran PAS ini, dan mungkin maklumat ini hanya diterima seminggu kemudian. Atas sebab itu, ramai yang menyangka ia diluluskan menjelang penamaan calon tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
31 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 31/5/2016

Sumber HD - 31-5-2016
-----------------------------------------------------------------

PAS Kelantan tolak peletakan jawatan timbalan MB




























HARAKAHDAILY | .


PAS KELANTAN TOLAK PELETAKAN JAWATAN TIMBALAN MENTERI BESAR (30 MEI 1972)

PADA hari ini dalam tahun 1972, Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan telah menolak perletakan jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohamed Nasir yang telah menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 25 Mei 1972.

Dato' Mohamed Nasir dalam surat perletakan jawatannya memaklumkan keadaan kesihatannya yang tidak baik menyebabkan beliau terpaksa berundur. Namun begitu, perletakan jawatan ini telah dijadikan isu oleh media massa seumpama PAS sedang menghadapi krisis kepemimpinan.

Dato' Mohamed Nasir pernah menjadi Timbalan Menteri Besar pada sesi 1959-1964 iaitu ketika Dato' Ishak Lotfi Omar menjadi Menteri Besar Kelantan, tetapi beliau tewas dalam Pilihan Raya Umum 1964, yang menyebabkan beliau berkhidmat sementara dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN), sebelum beliau kembali ke Dun Kelantan pada 1969.

Mohamed Nasir yang merupakan lulusan Kolej Pertanian Serdang dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pertanian Kelantan sebelum bersara pada 1958. Beliau juga mendapat pendidikan agama di bawah didikan Maulana Abdullah Nuh dan Maulana Mohamad Shah di Pasir Mas dan Machang, dan mula menyertai PAS pada 1954 setelah PAS ditubuhkan di Machang.

Selepas Pilihan Raya Umum 1969, Dato' Mohamed Nasir dinamakan semula oleh PAS Kelantan sebagai Timbalan Menteri Besar ketika Dato' Mohd Asri Haji Muda menjadi Menteri Besar Kelantan.

Walau bagaimanapun, ekoran masalah kesihatan beliau yang berpanjangan dan beberapa kali ditahan di hospital, beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 25 Mei 1972.

Di sebalik peletakan jawatan ini, media massa telah menggembar-gemburkan isu ini seolah-olah PAS Kelantan sedang berkrisis. Walhal, ketika ini PAS sedang berunding dengan Perikatan untuk membentuk Kerajaan Campuran.

Ekoran itu, PAS Kelantan pada 30 Mei 1972 telah menolak permintaan beliau dan memujuk Dato' Mohamed Nasir supaya menarik balik perletakan jawatannya serta bersetuju untuk memberi cuti kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan itu selama dua bulan. Faktor ini telah menyebabkan Dato' Mohamed Nasir tidak lagi dinamakan untuk jawatan kerajaan selepas 1974.

Dato' Mohamed Nasir yang kekal sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan sehingga 1974 telah tidak dinamakan untuk sebarang jawatan kerajaan oleh PAS Kelantan pada 1974 kerana permintaan beliau sendiri yang mahu berundur, yang menyebabkan Wan Ismail Ibrahim dinamakan sebagai calon Menteri Besar Kelantan menggantikan Dato' Ishak Lotfi Omar.

Namun begitu, Umno Kelantan telah mempengaruhi Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri untuk memilih Dato' Mohamed Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru pada 1974 yang menjadi punca krisis politik Kelantan kemudiannya.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
30 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 30/5/2016

Sumber HD - 30-5-2016

----------------------------------------------------------                                                                 Sejarah: Dewan Ulamak PAS adakan perjumpaan
















HARAKAHDAILY | .


DEWAN ULAMAK PAS ADAKAN PERJUMPAAN KERANA PENUBUHAN BARISAN NASIONAL (29 MEI 1974)

PADA hari ini dalam tahun 1974, Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengadakan satu perjumpaan yang melibatkan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat dan wakil-wakil Dewan Ulamak PAS Negeri-negeri dengan Jawatankuasa Kerja Agung PAS yang diwakili oleh Dato' Mohd Asri Haji Muda, Dato' Abu Bakar Umar, Ustaz Baharuddin Abdul Latif dan Ustaz Hassan Shukri, yang turut disertai oleh wakil-wakil Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Pertemuan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan merungkai kekeliruan berkait dengan penyertaan PAS dalam Barisan Nasional (BN) yang bakal ditubuhkan.

Dewan Ulamak PAS Pusat pada 27 Januari 1974 mengambil pendirian bahawa harus PAS menyertai BN untuk menjayakan tujuan PAS.

Terdahulu, pada 1 Januari 1973, PAS telah membentuk Kerajaan Campuran dengan Perikatan di Kelantan, Terengganu dan Kedah, selain turut menyertai Kerajaan Pusat.

Walau bagaimanapun, dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-19 pada 21-23 September 1973, Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Pusat telah meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap perlaksanaan syariat Islam dalam kerajaan, walaupun PAS telah bersuara di Parlimen supaya Islam dijadikan dasar pemerintahan negara.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS ini juga, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah membayangkan kemungkinan PAS akan menyertai gabungan politik 'National Front' yang bakal ditubuhkan.

Dalam mesyuarat parti-parti politik yang bekerjasama dengan Perikatan pada 17 Januari 1974, telah dibincangkan kemungkinan membentuk sebuah pakatan politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1974, dan PAS secara umum bersetuju menyertainya.

Ekoran itu, pada 26 Januari 1974, PAS Pusat mengarahkan Dewan Ulamak PAS Pusat membuat kajian terperinci tentang hukum PAS menyertai BN.

Di sebalik pendirian Dewan Ulamak PAS Pusat pada 27 Januari 1974 yang menyatakan "penyertaan PAS dalam barisan kebangsaan itu dengan maksud-maksud yang khusus bagi menjayakan perjuangan mengisi tujuan-tujuan PAS dapat diterima" dan dengan syarat ia tidak menghilangkan identiti PAS sebagai parti Islam, masih terdapat perkara-perkara yang tidak jelas berkait pakatan politik tersebut.

Dewan-dewan Ulamak PAS Negeri juga walaupun secara umumnya bersetuju PAS menyertai BN kerana ia "adalah strategi baru yang membuka pintu bagi PAS untuk menduduki ulil amri di semua peringkat," tetapi berlaku banyak kesamaran yang perlu diselesaikan.

Untuk menyelesaikan kesamaran ini, Dewan Ulamak PAS Pusat telah menganjurkan perjumpaan melibatkan pimpinan Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat serta Dewan-dewan Ulamak PAS Negeri dengan wakil Jawatankuasa Kerja Agung PAS.

Seramai 28 orang pimpinan Dewan Ulamak PAS termasuk wakil-wakil Dewan Pemuda dan Muslimat PAS telah hadir pada 29 Mei 1974 untuk mendengar taklimat Yang Dipertua Agung PAS sehingga semua yang hadir berpuas hati tentang erti BN yang akan ditubuhkan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
29 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 29/5/2016

Sumber HD - 29-5-2016

 ---------------------------------------------------------                                                                       Ustaz Ahmad Yakob dilantik Exco Kerajaan Kelantan

HARAKAHDAILY | .


USTAZ AHMAD YAKOB DILANTIK EXCO KERAJAAN KELANTAN (27 MEI 1997)

PADA hari ini dalam tahun 1997, Adun Pasir Pekan, Ustaz Ahmad Yakob telah mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kelantan bersama Haji Hassan Abdullah (Pengkalan Pasir), Ustaz Abdullah Yaakob (Air Lanas) dan Ustaz Hassan Mohamad (Kemuning).

Pelantikan ini sekali gus telah menamatkan krisis politik Kelantan sejak 14 Julai 1996 ekoran putusnya hubungan PAS dan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46).

Krisis politik yang turut melibatkan Istana Kelantan ini telah menyebabkan empat orang anggota Exco dari PMS46 dilucutkan portfolio pada 19 Julai 1996, sebelum mereka meletakkan jawatan pada 28 November 1996 atas keputusan Majlis Tertinggi Umno.

Ustaz Ahmad Yakob yang dilahirkan di Kampung Berangan, Tumpat pada 1 Februari 1950 adalah anak kepada tokoh PAS Tumpat, Tuan Guru Haji Yakob Ishak.

Selain pernah menjadi pemimpin PAS Tumpat, Tuan Guru Haji Yakob yang pernah ditahan ISA pada 27 Februari 1964, merupakan Mudir Pondok Berangan merangkap ahli Majlis Ulamak MAIK.

Setelah mendapat pendidikan awal daripada ayahnya di Pondok Berangan, Ustaz Ahmad memasuki Sekolah Kebangsaan Berangan, sebelum ke Sekolah Agama Bustanul Arifin, Berangan dan Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam, Kota Bharu.

Beliau telah menerima ijazah Aliyah dari Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), Nilam Puri, sebelum menerima ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari Universiti Ain Syam, Kahirah.

Setelah berkhidmat sebagai guru agama di Johor sejak 1980, beliau mula mengajar di beberapa sekolah di Kelantan mulai 1986 yang membuka peluang untuk beliau aktif dalam PAS.

Beliau mula menjadi Pengarah MTD Sungai Pinang sejak 1986, selain pernah menjadi Bendahari PAS Tumpat, Ketua Penerangan PAS Tumpat dan Naib Yang Dipertua PAS Tumpat.

Dalam Pilihan Raya Umum 1995, beliau telah dicalonkan oleh PAS bertanding di Dun Pasir Pekan dan berjaya mengalahkan calon BN, Saupi Daud dengan majoriti 2,735 undi. Beliau kemudiannya berjaya mengekalkan kerusi ini hingga sekarang.

Dalam krisis politik pada pertengahan 1996 ekoran perpecahan PAS dengan PMS46 itu, pada 15 September 1996, Ustaz Ahmad telah dinamakan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai calon Exco menggantikan tempat wakil rakyat PMS46, tetapi ia tertangguh kerana krisis dengan Istana Kelantan.

Setelah Sultan Kelantan memberi perkenan pada 6 Februari 1997, beliau masih tidak dapat mengangkat sumpah sehingga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1 April 1997 mendesak Istana Kelantan menyegerakan majlis angkat sumpah tersebut. Akhirnya, pada 27 Mei 1997, Ustaz Ahmad bersama tiga lagi Adun PAS berjaya mengangkat sumpah sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Ustaz Ahmad pada mulanya memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia sejak 27 Mei 1997, telah diberikan amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar selepas Pilihan Raya Umum 1999.

Mulai 23 Mac 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan, sebelum mengambil alih jawatan Ketua Kerajaan daripada Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz mulai 6 Mei 2013.

Selain menjadi Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad juga merupakan Timbalan Persuruhjaya PAS Kelantan (2005-2013), Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (2009-2014), Pesuruhjaya PAS Kelantan mulai 2 Disember 2013, Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mulai 25 Januari 2014 dan Timbalan Mursyidul Am PAS mulai 8 Mac 2015.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
27 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 27/5/2016

Sumber HD - 27-5-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Muktamar tahunan terima usul PAS ke Sarawak
















HARAKAHDAILY | .


MUKTAMAR TAHUNAN PAS TERIMA USUL PAS KE SARAWAK  (25 MEI 1990)

PADA hari ini dalam tahun 1990, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-36 telah dibuka oleh Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan tema 'Maju Bersama Islam' yang berlangsung pada 25-27 Mei 1990 di Taman Melewar telah bersetuju dengan usul PAS Kawasan Tawau supaya PAS berkembang ke Sarawak.

Selain merupakan muktamar pertama setelah Ustaz Fadzil Mohd Noor dilantik sebagai pemimpin tertinggi PAS, muktamar ini juga adalah yang terakhir sebelum PAS menghadapi Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990.

Dalam muktamar ini, PAS telah membincangkan persiapan terakhir dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 1990 termasuk isu hubungan PAS-APU, kedudukan DAP dan juga pengembangan PAS di Borneo.

Sebelum ini, PAS telah beberapa kali merancang untuk berkembang di Sarawak, tetapi tidak menjadi kenyataan.

Pada akhir 1961, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Zulkifli Mohammed telah membayangkan rancangan PAS untuk berkembang di Borneo, termasuk Sarawak.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-10 pada 5-6 Januari 1962 pula bersetuju supaya PAS bergerak di Sabah dan Sarawak.

Namun begitu, ketika PAS Sabah ditubuhkan pada Ogos 1964, PAS tidak berbuat demikian di Sarawak sehingga Konfrantasi Indonesia memuncak pada awal 1965.

Perubahan politik Sabah ekoran kemenangan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 21 April 1985 telah mendorong Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 25 Mei 1985 memutuskan untuk membuka semula PAS Sabah dan pada September 1985, PAS mengumumkan untuk membuka sayapnya di Sabah dan Sarawak.

Sehingga PAS Sabah berjaya ditubuhkan pada 19 Mei 1986, tidak ada sebarang usaha serius untuk menubuhkan PAS di Sarawak.

Dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-36 pada 25-27 Mei 1990, PAS Kawasan Tawau yang melihat bahawa "tidak ada keupayaan badan-badan Islam untuk menangani masalah umat Islam di Sarawak," telah mendesak PAS supaya segera berkembang di Bumi Kenyalang itu.

Penerimaan usul PAS Kawasan Tawau kemudiannya diperbaharui oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-39 pada 11-13 Jun 1993 untuk PAS segera masuk ke Sarawak.

Hasilnya, sebuah Jawatankuasa Penaja PAS Sarawak telah ditubuhkan pada 1994 diketuai oleh Ustaz Mansor Din.

Mulai sesi 1995, PAS Pusat telah melantik Pesuruhjaya PAS Sarawak secara rasmi dengan Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi sebagai pesuruhjaya yang pertama.

PAS Sarawak kemudiannya mengorak langkah dengan melancarkan penubuhannya secara rasmi pada 26 Mei 1996.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik di Hotel Impiana, Kuching ini menandakan bermulanya sejarah rasmi PAS Sarawak.

Pendaftaran PAS Sarawak kemudiannya diluluskan pada 25 September 1996.

Sejak ditubuhkan, PAS Sarawak telah dipimpin oleh beberapa pesuruhjaya iaitu Ustaz Mansor Din (Pesuruhjaya Penaja, 1994-1995), Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi (1995-2003), Haji Adam Ahid (2003-2009 dan 2010-2015) dan Ustaz Othman Mustapha (2009-2010).

Ekoran kematian Haji Adam Ahid pada 17 Ogos 2015, mulai 18 September 2015, Haji Jofri Jaraiee dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak yang baru.

PAS Sarawak yang mula berkembang pesat melalui penubuhan Dewan Pemuda PAS Sarawak pada 2001, diikuti oleh Dewan Muslimat dan Dewan Ulamak PAS Negeri, telah pun mempunyai tujuh buah PAS Kawasan iaitu Petra Jaya, Barang Lupar, Sibu, Mukah, Miri, Bintulu dan Santubong.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 29 November 1999, buat pertama kali PAS bertanding di Sarawak di Parlimen Batang Lupar, sebelum PAS Sarawak menyertai Pilihan Raya Negeri pertama kali pada 25 September 2001.

Dalam Pilihan Raya Negeri yang terkini pada 7 Mei 2015, PAS Sarawak telah meletakkan 11 calon termasuk calon wanita dan bukan Islam.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
25 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 25/5/2016

Sumber HD -25-5-2016 

----------------------------------------------------------                                                                          PAS sifatkan Malaysia bukan negara Islam

HARAKAHDAILY | .


PAS SIFATKAN MALAYSIA BUKAN SEBUAH NEGARA ISLAM (24 MEI 1965)

PADA hari ini dalam tahun 1965, Jabatan Penerangan PAS Pusat menerusi risalah bulanannya, 'Kursus Politik dan Islam' telah menyifatkan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1963 adalah bukan sebuah negara Islam, sebaliknya adalah negara sekular kerana Perlembagaannya tidak menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan hukum tertinggi, selain turut memisahkan negara dari urusan agama.

Penegasan ini adalah sebahagian daripada siri-siri penerangan tentang konsep politik Islam yang diterbitkan secara bulanan antara April hingga Disember 1965.

Persoalan tentang kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam telah timbul sejak 1957 kerana memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Reid telah mencadangkan supaya dipisahkan agama daripada negara dan mahukan supaya Tanah Melayu menjadi "negara keduniaan (secular state)".

Bahkan, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra dalam penjelasannya di Parlimen pada 1958, telah mempertegaskan bahawa Persekutuan Tanah Melayu adalah bukan negara Islam.

Ini berbeza dengan pendirian PAS sejak perundingan menuntut pilihan raya segera pada 1953 sudah mempertegaskan tentang kedudukan Islam dalam pemerintahan dan terus diperjuangkan sehingga Kongres Kebangsaan Melayu Kedua pada 4-7 Mei 1957 dalam usaha menjadikan Islam sebagai dasar negara.

Ketika Tanah Melayu di ambang kemerdekaan, Yang Dipertua Agung PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy dalam Ucapan Dasar Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Keenam pada 24 Ogos 1957 telah menjelaskan, "Pengakuan (Islam sebagai agama Persekutuan) tidak terpakai pada sisi hukum Islam kalau sekadar hanya dituliskan sahaja Islam sebagai agama negara, tetapi baharulah boleh dipakai pengakuan agama Islam itu menjadi agama rasmi ialah apakala aturan-aturan dan hukum-hukum serta undang-undang asasi yang difikirkan oleh kerajaan itu dibina di atas undang-undang Islam dan daripada Islamlah keluar undang-undang itu dan dari Islamlah diambil sesuatu hukum dan pengambilan hukum juga dikembalikan kepada Islam, hakim (pemerintah) yang menyuruh dengan hukum Islam dan melarang pun dengan hukum Islam. Maka bagaimanakah sahnya Islam jadi agama rasmi, padahal pada tulisan sahaja, sedangkan undang-undang (adalah) rekaan manusia, pengambilan hukum dari undang-undang rekaan itu, mengembalikan hukum kepada undang-undang itu dan keputusan pun diletakkan atas undang-undang itu?"

Atas asas ini, Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat pada 25 Disember 1958 telah mempertegaskan kedudukan aqidah orang yang tidak melaksanakan hukum Allah dalam pemerintahan yang boleh menjadi fasiq, zalim atau kafir, dan mempertegaskan kewajipan PAS berjuang menegakkan negara Islam yang melaksanakan syariat Allah.

Pendirian ini telah disahkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketujuh pada 25-27 Disember 1958. Ekoran itu, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26 Februari 1959 telah mengambil pendirian supaya PAS menjadikan pilihan raya sebagai wasilah untuk menguasai negara secara muwajhah silmiyah dan seterusnya menegakkan hukum Allah.

Untuk menerangkan kepada ahli-ahli PAS tentang pemikiran politik Islam ini, Jabatan Penerangan PAS Pusat mulai April 1965 telah menerbitkan 'Kursus Politik dan Islam' secara bersiri.

Ia telah menjelaskan kewajipan adanya parti politik Islam untuk membolehkan umat Islam berpolitik secara Islam, sedangkan parti-parti yang berasaskan ideologi moden tersesat dari jalan Allah (April 1965), kewajipan menegakkan negara yang melaksanakan syariat (27 April 1965), kedudukan Malaysia sebagai bukan sebuah negara Islam (24 Mei 1965), perbuatan mempermainkan hukum syariat dengan menerima hukum ibadat, tetapi menolak undang-undang syariat adalah thoghut (12 Jun 1965), melarang orang Islam berketuakan orang kafir (30 Julai 1965), orang Islam tidak boleh tunduk kepada orang Islam yang tidak melaksanakan syariat (30 Ogos 1965) dan kewajipan umat Islam menegakkan negara baldatun tayyibatun warabbun ghafur.

Siri-siri penerangan ini telah membentuk kefahaman ahli-ahli PAS tentang kedudukan politik umat Islam semasa.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
24 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 24/5/2016

Sumber HD - 24-5-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: DHPP dilancar secara rasmi
















HARAKAHDAILY | .


Dewan Himpunan Penyokong PAS Dilancarkan Secara Rasmi (23 Mei 2010)

PADA hari ini dalam tahun 2010, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melancarkan secara rasmi penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Dewan Pejabat Tanah Kelang, Kelang sebagai sebuah sayap baru PAS yang dianggotai oleh para penyokong yang bukan Islam.

Ketika pelancaran ini dibuat, DHPP telah mempunyai lebih 20,000 ahli yang asalnya merupakan ahli Kelab Penyokong PAS (KPP).

Sebelum ini, pada 10 Januari 2010, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah meluluskan rang Aturan dan Peraturan DHPP bagi membolehkan KPP dinaiktarafkan menjadi sebuah Dewan untuk ahli bukan Islam.

Isu keahlian bukan Islam dalam PAS telah dibincangkan sejak 3 Oktober 1956 lagi dan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Zulkifli Mohammed pernah mencadangkan pada 3 Disember 196 1 supaya PAS menerima bukan Islam sebagai ahli bersekutu.

Namun begitu, atas faktor politik Melayu ketika itu, cadangan ini ditangguhkan sehingga Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-27 pada 17-19 April 1981 memutuskan supaya PAS mendekati bukan Islam sebagai strategi dakwah dan politiknya.

Hasilnya, pada1985, PAS telah menubuhkan Chinese Consultative Council (CCC) sebagai wasilah PAS dengan masyarakat Cina, tetapi selepas Pilihan Raya Umum 1986, CCC telah berakhir.

Perubahan politik yang berlaku pada 1998 telah membawa kepada permintaan orang bukan Islam untuk menyertai PAS dan Presiden PAS, Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor berjanji untuk PAS mengkaji semula kedudukan ahli bersekutu.

Sebagai langkah awal, mulai 1999 telah ditubuhkan Jabatan Antara Budaya yang kemudiannya diserapkan dalam Lajnah Perpaduan Nasional. Ekoran tindakan DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) pada 2001, PAS mengambil langkah mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan orang Cina.

Selepas pelancaran Dokumen Negara Islam (DNI) pada 12 November 2003, PAS telah mengadakan siri-siri penerangan tentang DNI yang turut melibatkan orang bukan Islam di Kelantan (12 Disember 2003), Terengganu (19 Disember 2003), Pahang (21 Disember 2003), Kedah (25 Disember 2003), Selangor (4 Januari 2004), Johor (25 Januari 2004) dan Perak (Februari 2004) sehingga akhirnya tertubuhnya Kelab Penyokong PAS (KPP). Antara program terawal melibatkan KPP ialah Majlis Muhibbah bersama Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Seremban pada 23 Februari 2004. Menjelang Pilihan Raya Umum 2004, Presiden PAS telah secara rasmi melancarkan KPP di Taman Melewar pada 11 Mac 2004.

Ketika KPP dilancarkan ini, kebanyakkan pendukung KPP adalah orang Cina. Kemudian, KPP berjaya diperluaskan kepada bangsa lain apabila KPP India ditubuhkan pada 2005, diikuti oleh KPP Iban (2006) dan KPP Siam (2007).

Pada 11 September 2007, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melancarkan logo KPP dengan Tema "PAS For All". KPP terus berkembang apabila berjaya mengadakan Konvensyen KPP Pertama pada 2007 bertema "Kerajaan Berkebajikan Untuk Semua" dan Konvensyen KPP Kedua pada 2009 dengan tema "Stay United, Brave the Challenges".

Melihat kesungguhan orang bukan Islam mendukung perjuangan PAS ini, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 12 Oktober 2008 telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang diketuai oleh Ustaz Hassan Shukri untuk menggubal peraturan KPP sebagai sebuah Dewan.

Dalam Retreat Pimpinan PAS Pusat di Langkawi pada 7-8 November 2008, sebuah cadangan dari Jawatankuasa Teknikal bertajuk "Keahlian Bukan Islam Dalam Organisasi PAS" telah diterima sebagai panduan, sebelum Jawatankuasa Kerja PAS Pusat meluluskan Aturan dan Peraturan DHPP pada 10 Januari 2010.

Sejak itu, DHPP yang ketika ini dipimpin oleh Hu Phang Chow telah bergerak sehingga ia dilancarkan secara rasmi pada 23 Mei 2010.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 23/5/2016

Sumber HD - 23-5-2016

----------------------------------------------------------                                                                    Dewan Ulamak PAS bertemu Sekolah Agama Rakyat

HARAKAHDAILY | .


DEWAN ULAMAK PAS ANJUR PERTEMUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT (22 MEI 1952)

PADA hari ini dalam tahun 1952, Dewan Ulamak PAS telah menganjurkan satu Perjumpaan Sekolah-sekolah Agama Rakyat di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Kepala Batas yang bertujuan untuk memperbaiki mutu sekolah agama rakyat di Malaya.

Ini adalah program pertama Dewan Ulamak PAS sejak ia ditubuhkan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 3 April 1952. Dewan Ulamak PAS sejak ditubuhkan telah diketuai oleh Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai, Sheikh Abdullah Fahim.

Pertemuan Sekolah-sekolah Agama Rakyat yang dihadiri oleh pimpinan dari 38 buah sekolah agama rakyat ini meliputi kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang, Kedah Selatan dan Perak Utara. Ia dipengerusikan oleh Sheikh Abdullah Fahim sendiri dengan dua tujuan utama, iaitu:

I. Menyusun untuk menyatukan pentadbiran dan sukatan pelajaran Sekolah-sekolah Agama Rakyat; dan

II. Berikhtiar untuk mengadakan satu kumpulan wang untuk membangunkan Sekolah-sekolah Agama Rakyat.

Dalam perjumpaan pada 22 Mei 1952 ini, semua pimpinan sekolah agama rakyat yang hadir telah bersetuju supaya Dewan Ulamak PAS dapat menyatukan sekolah agama rakyat dengan segera kerana masalah pentadbiran yang tidak selaras dan sukatan pelajaran yang berbeza telah menyebabkan lepasan sekolah agama rakyat tidak mempunyai kebolehan yang sama.

Mereka juga bersetuju supaya satu dana pelajaran diwujudkan untuk membantu membangunkan sekolah agama rakyat dalam semua aspek. Ketika membahaskan perkara kumpulan wang untuk sekolah agama rakyat ini, seorang ulamak terkenal, Sheikh Ali Balderam mencadangkan supaya Dewan Ulamak PAS berunding dengan Raja-raja Melayu bagi mendapatkan dana tersebut, tetapi pandangan ini ditolak oleh Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan kerana berpandangan "kita tak usah minta pertolongan dan mengharap-harapkan bantuan Raja-raja Melayu kerana selalu permintaan kita itu hampa dan kecewa".

Kerana pendirian yang ambil dalam perjumpaan ini, Dewan Ulamak PAS telah mengadakan kutipan derma daripada umat Islam dan menjual tulisan khat untuk mengisi dana Sekolah Agama Rakyat.

Pada 14 Jun 1952, Dewan Ulamak PAS telah mengadakan kutipan derma dan jualan tulisan khat dari kedai ke kedai di Bandar Pulau Pinang dengan disertai sendiri oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Sheikh Abdullah Fahim, selain Ustaz Haji Ahmad Maliki (Setiausaha Agung PAS), Haji Sulaiman Palestin dan Mohamad Hanif.

Usaha serius Dewan Ulamak PAS untuk membantu sekolah agama rakyat telah mendapat pujian dari media massa yang menyifatkan ini adalah bukti penubuhan PAS adalah "adalah untuk kepentingan Islam, bukan individu tertentu". Bertolak dari itu juga, terdapat suara-suara supaya PAS mengambil alih usaha penubuhan Kolej Islam Malaya.

Pada 3 Julai 1952, seorang pembaca Warta Negara dari Melaka mencadangkan demikian setelah Jam'iyatul Dakwatul Islamiyah Singapura dan Umno gagal berbuat demikian.

Dalam Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 21-22 Februari 1950, isu penubuhan Kolej Islam Malaya ini telah menjadi salah satu resolusinya.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
22 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 22/5/2016

Sumber HD - 22-5-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Presiden PAS dedah usaha barat hancur Gerakan Islam
















HARAKAHDAILY | .


PRESIDEN PAS DEDAHKAN USAHA BARAT UNTUK MENGHANCURAN GERAKAN ISLAM (21 MEI 2007)

PADA hari ini dalam tahun 2007, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mendedahkan peranan yang sedang dimainkan oleh Barat, terutama CIA menerusi Rand Corporation untuk melemahkan gerakan Islam di seluruh dunia, termasuk PAS.

Beliau mendedahkan demikian dalam satu temuramah dengan wartawan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Rashidi Hassan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Presiden PAS itu memberi tahu, konflik kepemimpinan yang berlaku dalam PAS dan perebutan jawatan utama dalam parti adalah kesan dari tindakan "musuh-musuh Islam antarabangsa yang turut memainkan peranan aktif" terutama oleh "badan yang ditaja oleh Barat, diwujudkan oleh CIA, iaitu Rand Corporation".

Rand Corporation adalah sebuah kumpulan pemikir dasar global Amerika Syarikat (AS) yang ditubuhkan pada 1948, kemudian menjadi pemikir utama dasar luar AS sejak berakhir Perang Dingin serta pertembungan baru Barat dan Islam dalam teori The Clash of Civilization.

Dalam menghadapi kebangkitan gerakan Islam, laporan Rand Corporation pada 2003 yang bertajuk Civil Democratic Islam telah membahagikan umat Islam kepada empat golongan iaitu fundamentalis, tradisionalis, modernis dan sekularis.

Mereka merancang untuk memperalatkan kelompok tradisionalis dan modernis bagi menghadapi fundamentalis, iaitu kumpulan yang dikatakan menentang budaya demokrasi Barat dan mahu menegakkan negara Islam yang melaksanakan syariat.

Pada 16 Mac 2006, Rumah Putih telah menerbitkan National Security Strategy yang menjelaskan strategi AS untuk menghadapi Islam. Pada 2007, Rand Corporation menerbitkan laporannya yang bertajuk Building Moderate Muslim Network yang mengatur strategi mengukuhkan kedudukan golongan moderate liberal dalam masyarakat Islam yang dikatakan tidak seimbang dalam menghadapi kemaraan gerakan Islam 'fundamentalis' yang mahu menegakkan Islam kaffah.

Rand Corporation telah menyenaraikan ciri-ciri golongan Muslim moderat liberal yang akan mendukung rancangan mereka  seperti pendukung demokrasi, pejuang hak asasi manusia, kebebasan agama dan kesetaraan gender, pendukung pluralisme, golongan yang menerima sumber hukum bukan mazhab dan penentang terorisme.

Antara strategi yang disusun oleh mereka ialah menyokong gerakan modernis Islam yang mempromosi fahaman Islam liberal, melagakan kelompok fundamentalis dengan golongan tradisional dalam isu agama termasuk mazhab, menentang perjuangan fundamentalis dalam menegakkan negara Islam dan mendukung sekularisme.

Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Barat bertujuan untuk mewujudkan kebebasan demokrasi tanpa syariat kepada umat Islam seperti yang dilakukan terhadap negara komunis.

Usaha Barat mewujudkan Islam moderat adalah untuk merosakkan aqidah dan syariat Islam melalui kelompok yang dipanggil Islam Liberal atau Post Islamism. Mereka mahu mewujudkan parti Islam yang didukung oleh Muslim sekular melalui parti Islam pro agenda demokrasi sekular Barat.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi turut mendedahkan bahawa sejak kebangkitan Islam pada awal 1990-an, golongan berpendidikan Barat mula bersama gerakan Islam termasuk PAS untuk tegakkan syariat secara menyeluruh.

Barat bertindak balas dengan mewujudkan jurang ulama dan bukan ulama (profesional) yang akhirnya memecahkan kepemimpinan gerakan Islam.

Beliau mengingatkan ahli-ahli PAS supaya peka dengan strategi Barat ini, kerana ahli-ahli yang tidak peka akan terpengaruh dan menjadi alat kepada strategi Barat ini. Tend perebutan jawatan utama dalam parti sejak alaf baru ini, menurut Presiden PAS itu juga adalah kesan dari strategi Barat ini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
21 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 21/5/2016


Sumber HD - 21-5-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dewan Rakyat lulus usul takziah kepada Prof Zulkifli
















HARAKAHDAILY | .


DEWAN RAKYAT LULUSKAN USUL TAKZIAH KEPADA PROF ZULKIFLI (20 MEI 1964)

PADA hari ini dalam tahun 1964, Dewan Rakyat telah menerima dan membahas usul Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra untuk merakamkan ucapan takziah dan berdukacita di atas kematian Ahli Parlimen Bachok, Prof Zulkifli Mohammed yang juga Timbalan Yang Dipertua Agung PAS.

Dalam usulnya, Perdana Menteri menyifatkan kematian mengejut dalam kemalangan jalan raya ini sebagai satu kehilangan besar kepada negara kerana beliau "telah memberikan sumbangan besar kepada kemajuan demokrasi berparlimen di Malaysia".

Prof Zulkifli Mohammed yang dilahirkan di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar pada 22 Mac 1927 telah mendapat pendidikan tinggi di Mesir dan pernah mengikuti pengajian haraki di bawah bimbingan asy-Syahid Ustaz Hassan al-Banna antara 1947-1949, sebelum menyertai PAS pada Mei 1955.

Bekas Setiausaha dan Pensyarah Kolej Islam Malaya ini dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung PAS pada 25 Disember 1956 dan dipilih sebagai Ahli Parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum 1959.

Dalam Pilihan Raya Umum pada 25 April 1964, beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bachok, tetapi terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Gambang, Kuantan pada 6 Mei 1964 bersama isterinya, Ustazah Asiah Kamaruddin yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kematian Prof Zulkifli Mohammed ini telah mengejutkan seluruh negara kerana beliau terkenal sebagai seorang ahli parimen yang lantang dan sangat komited dengan isu-isu rakyat.

Beliau sangat fokus terhadap isu Islam, ketuanan Melayu, bahasa, pendidikan, industri kecil, pekebun getah, pembangunan luar bandar, ISA, Palestin, pelarian Algeria dan lain-lain. Beliau terkenal kerana ucapannya selama empat jam di Dewan Rakyat ketika membahaskan isu penubuhan Malaysia.

Mengenangkan pemergian beliau, pada 20 Mei 1964, Perdana Menteri telah mengemukakan satu usul takziah dan berduka cita kepada beliau. Turut membahaskan usul ini bagi melahirkan simpati dan takziah ialah Tan Siew Sin (MCA - Melaka Tengah) yang juga Menteri Kewangan, Dato' V.T Sambathan (MIC - Sungai Siput) merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekomunikasi, Lee Kwan Yew (PAP - Singapura) yang juga Perdana Menteri Singapura, Tan Chee Khoon (SF - Batu), D.R Seenivasagam (PPP - Ipoh), Dr Haji Megat Khas (Umno - Kuala Kangsar), Dr Lim Chong Eu (UDP - Tanjung), Wan Abdul Kadir Ismail (Umno - Kuala Terengganu Utara) dan Lim Huan Boon (Parti Buruh Singapura - Singapura).

Pemangku Timbalan Yang Dipertua Agung PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Haji Muda (Pasir Puteh) ketika berucap mewakili PAS dalam membahaskan usul ini menyifatkan kematian Prof Zulkifli Mohammed sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada PAS, tetapi juga kepada seluruh Parlimen kerana beliau adalah Ahli Parlimen yang sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

PAS juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan kerana prihatin dengan masa depan anak-anak beliau.

Usul ini kemudiannya diluluskan oleh Dewan Rakyat yang diikuti oleh tafakur kerana menghormati kematian beliau. Usul Dewan Rakyat berbunyi, "Bahawa Majlis ini berhasrat merakamkan perasaan kehilangan besar dan duka cita yang amat sangat atas kematian Enche' Zulkiflee bin Muhammad".

Pada 11 Julai 1964, Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra telah menganugerahkan bintang Dato' Paduka Mahkota Kelantan (DPMK) yang membawa gelaran Dato'.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
20 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 20/5/2016

Sumber HD - 20-5-2016

----------------------------------------------------------                                                                 Sejarah: PAS Sabah ditubuhkan semula

HARAKAHDAILY | .


PADA hari ini dalam tahun 1986, Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Yusof Rawa telah merasmikan penubuhan semula PAS Sabah, setelah Persatuan Islam Seluruh Sabah (PAS Sabah) yang ditubuhkan pada Ogos 1963 lumpuh kerana pelbagai faktor ketika itu.

Penubuhan semula PAS di Sabah ini telah membolehkan PAS mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur di bawah pimpinan Haji Hamzah Abdullah selaku Pesuruhjaya PAS Sabah yang dilantik mulai 14 Jun 1986.

Penubuhan semula PAS di Sabah ini adalah bertolak dari isu Kristianisasi yang berkembang di Negeri Bawah Bayu ini setelah parti Berjaya tewas kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 1985.

Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 28 April 1985 telah memberikan perhatian kepada kedudukan tokoh Kristian, Joseph Pairin Kitingan yang dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru.

Ekoran dari itu, pada 25 Mei 1985, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju supaya PAS dikembangkan semula di Sabah bagi menangani masalah Kristianisasi.

Sejak PAS Sabah ditubuhkan pada Ogos 1963, PAS Sabah telah menjadi badan gabungan PAS, tetapi kerana isu konfrantasi Indonesia dan tuntutan Macapagal, PAS agak sukar bergerak kerana PAS sendiri mempunyai pendirian menentang penubuhan Malaysia.

Pada 16 Ogos 1969, Ketua Menteri, Tun Datu Mustapha Harun telah menubuhkan USIA yang memainkan peranan dakwah di Sabah yang sekali gus melemahkan pergerakan PAS.

Penglibatan PAS dalam Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973 yang turut disertai oleh Perikatan Sabah kemudiannya melenyapkan PAS di Sabah.

Faktor Kristianisasi yang tercetus melalui kemenangan PBS pada 1985 telah menyebabkan Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 13 April 1986 telah menghantar peninjau dan merundingkan penubuhan PAS di Sabah dengan segera.

Setelah berjaya mengadakan penaja untuk menubuhkan PAS di Sabah, pada 19 Mei 1986, PAS Sabah berjaya dilancarkan secara rasmi oleh Pak Yusof Rawa.

Pembentukan Badan Perhubungan PAS Sabah hanya dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 14 Jun 1986 dengan mengesahkan perlantikan yang dibuat dalam perjumpaan ahli-ahli PAS Sabah pada 19 Mei 1986 ini.

Pada peringkat awal, perkembangan PAS di Sabah lebih tertumpu kepada beberapa kawasan utama seperti Tawau, Sandakan, Kudat dan Gaya, serta banyak digerakkan oleh ahli-ahli PAS dari Semenanjung yang bekerja di Sabah.

Selepas 1998, PAS mulai berkembang di tempat-tempat lain di bawah pimpinan beberapa Pesuruhjaya PAS seperti Haji Hamzah Abdullah (1986-1989), Haji Mohamad Abdullah (1989-2001 dan 2004-2011), Dr Datu Bandira Datu Alang (2001-2004) dan Haji Aminuddin Aling sejak 2011.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
19 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 19/5/2016

Sumber HD - 19-5-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS kemuka usul Rang Undang-undang Persendirian
















HARAKAHDAILY | .


PAS KEMUKA USUL RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN UNTUK LAKSANA SYARIAT (18 MEI 2015)

PADA hari ini dalam tahun 2015, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengemukakan satu usul untuk membolehkan beliau mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Pindaan ini bertujuan untuk membolehkan Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah yang wujud di Kelantan sejak 1993. Ini adalah kali kedua Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berbuat demikian setelah percubaan pertamanya dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Mac hingga 9 April 2015 tidak sempat dibahaskan, walaupun pada 4 April 2015, Presiden PAS itu merayu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membolehkan PAS berbuat demikian.

Tindakan PAS mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 yang bersidang pada 18 Mei hingga 18 Jun 2015 ini adalah sebahagian dari langkah PAS untuk melaksanakan syariat setelah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 berjaya dipinda pada 19 Mac 2015.

Melalui pindaan Akta 355, Kelantan dapat melaksanakan hukuman bagi empat daripada tujuh kesalahan hudud, manakala bakinya melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan juga Kanun Keseksaan.

Usul untuk membentangkan Rang Undang-undang Persendirian ini telah memberikan beberapa kesan kepada perjuangan PAS, terutama untuk melihat kesungguhan PAS dalam menegakkan syariat, menilai tahaluf siyasi Pakatan Rakyat dan kesetiaan ahli-ahli kepada perjuangan Islam. Antaranya tindakan empat individu - Mansoor Saat, Azie Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin - yang membawa isu ini ke mahkamah.

Walau bagaimanapun, pada 9 November 2015, Mahkamah Tinggi telah memutuskan Ahli Parlimen Marang berhak mengemukakannya di Dewan Rakyat.

Berbanding cabaran dari luar, PAS turut menerima tekanan dari rakan Pakatan Rakyat apabila DAP yang berkeras menentang hudud sejak sekian lama, telah membuat keputusan dalam Persidangan Kebangsaan DAP pada 14 Disember 2014 untuk menolak hudud Kelantan sebulat suara.

Ekoran itu, pada 8 Februari 2015, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan supaya PAS mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum rang undang-undang ini dikemukakan di Parlimen. Sedangkan DAP telah menolaknya dalam siri-siri taklimat yang dibuat oleh PAS. Apabila Dun Kelantan meluluskan pindaan pada 19 Mac 2015, DAP telah bertindak menentangnya.

Bertindak daripada isu ini, sekumpulan ahli PAS telah berpegang bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan lagi, dengan sokongan parti tertentu telah bertindak memburuk-burukkan Presiden PAS dalam satu kempen terancang.

Akibatnya, berlaku pertembungan dalam kepemimpinan PAS antara kelompok yang bertegas mahu syariat dilaksanakan dengan kelompok yang berdolak-dalih terhadap syariat.

Kemuncak pertembungan ini ialah pecahnya PAS selepas Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di Kuala Selangor.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
18 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 18/5/2016

Sumber HD - 18-5-2016

---------------------------------------------------------                                                                    Sejarah: PAS bincang anjur Kongres Pemuda Islam

HARAKAHDAILY | .


PAS BINCANG ANJURKAN KONGRES PEMUDA ISLAM UNTUK TUBUH DEWAN PEMUDA PAS (17 MEI 1953)

PADA hari ini dalam tahun 1953, Jawatankuasa Tadbir (sekarang Jawatankuasa Harian) PAS telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan langkah-langkah ke arah mengadakan Kongres Pemuda Islam Se-Malaya bagi menubuhkan Dewan Pemuda PAS.

Kongres ini direncanakan untuk diadakan pada 29 Ogos 1953, iaitu sehari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kedua di Madrasah al-Ulum as-Syar'iyah, Bagan Datoh, Perak, tetapi telah diawalkan ke 25 Ogos 1953 kerana PAS mengawalkan Mesyuarat Agung Tahunannya.

Bagi tujuan mengadakan kongres ini, pada 2 Julai 1953, Jawatankuasa Tadbir PAS telah mengadakan satu perjumpaan pemuda-pemuda Islam di Madrasah al-Khairiyah, Pokok Sena dan membentuk Panitia Kongres yang diketuai oleh Mudir Madrasah al-Ulum as-Syar'iyah, Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad dengan pemuda-pemuda PAS Cawangan Hilir Perak dan Dewan Penuntut al-Ulum yang diketuai oleh Saim Yunus sebagai ahli-ahli jawatankuasanya.

Pada 26 Julai 1953, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah membincangkan persiapan terakhir kongres ini dan meluluskan Peraturan Dewan Pemuda PAS untuk dibawa ke kongres.

Sejarah Dewan Pemuda PAS telah bermula apabila Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS, Ustaz Haji Ahmad Badawi Abdullah Fahim pada 23 Mac 1952 telah membawa usul kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil yang dinamakan sebagai Dewan Pemuda Islam bagi menggerakkan pemuda PAS.

Jawatankuasa Kerja Agung PAS dalam mesyuarat pertamanya pada 3 April 1952 telah meluluskan cadangan ini dengan tujuan untuk menggalakkan pemuda Islam mengambil bahagian dalam kemasyarakatan, membentuk kesopanan dan akhlak Islam, menghidupkan kecintaan kepada agama dan menjadikan pemuda sebagai tulang belakang perjuangan PAS. Haji Ahmad Badawi kemudiannya dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda Islam.

Hasrat PAS untuk mewujudkan Dewan Pemuda PAS supaya ”Persatuan Islam (PAS) akan dapat bergerak dengan luas dan lebih majunya” telah dimaklumkan kepada media massa pada 10 Disember 1952.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama pada 3 Januari 1953 di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, usul untuk menubuhkan Dewan Pemuda PAS telah diluluskan. Mesyuarat Agung Tahunan PAS itu juga telah memasukkan Dewan Pemuda PAS sebagai jentera penggerak utama perjuangan kemerdekaan negara dalam Program Politik PAS.

Atas asas yang kukuh inilah, Jawatankuasa Tadbir PAS pada 17 Mei 1953 menyusun rancangan untuk menganjurkan Kongres Pemuda Islam Se-Malaya yang berjaya diadakan pada 25 Ogos 1953, di mana pada 13 Julai 1953, Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang telah menghantar pekeliling kepada seluruh Cawangan PAS supaya "menghantar pemuda-pemuda berjiwa Islam" untuk menjayakan kongres yang disertai oleh 300 pemuda ini.

Dalam kongres ini, dua agenda telah berjaya diselesaikan iaitu meluluskan Peraturan Dewan Pemuda PAS yang menandakan tertubuhnya Dewan Pemuda PAS secara rasmi dan melantik Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS. Ustaz Othman Abdullah dari Hilir Perak telah dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS yang pertama.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
17 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 17/5/2016

Sumber HD - 17-5-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: Wakil PAS bahas Penyata Razak

HARAKAHDAILY | .


WAKIL PAS BAHAS PENYATA RAZAK DI MAJLIS UNDANGAN PERSEKUTUAN  (16 MEI 1956)

PADA hari ini dalam tahun 1956, wakil rakyat PAS Kawasan Krian, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin telah mengambil bahagian dalam membahaskan Penyata Razak, iaitu sebuah penyata pelajaran di Majlis Undangan Persekutuan.

Dalam perbahasan ini, PAS telah menyokong cadangan Penyata Razak untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Selain melihat bahasa Melayu sebagai mekanisme perpaduan nasional, PAS juga mencadangkan supaya semua sekolah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Penyata Razak ialah sebuah penyata pelajaran yang bertujuan untuk menjadikan pendidikan sebagai alat penyatuan rakyat yang bersifat majmuk di negara ini, mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menjaga perkembangan bahasa lain.

Jawatankuasa Penyiasat Pelajaran yang ditubuhkan oleh kerajaan ini diketuai oleh Menteri Pelajaran, Datuk Abdul Razak Hussein. Mereka telah membuat kajian semula terhadap Ordinan Pelajaran 1952 ekoran penolakan kaum-kaum terhadap Laporan Barnes 1951 dan Laporan Fenn-Wu 1952.

Laporan Barnes 1951 telah ditolak oleh orang Cina dan India kerana mewujudkan satu sistem sekolah kebangsaan sahaja, sedangkan Laporan Fenn-Wu pula ditolak oleh orang Melayu kerana merendahkan kedudukan bahasa Melayu dalam pendidikan. Penyata Razak ini mencari formula untuk meredakan kemarahan semua kaum.

Dalam persidangan Majlis Undangan Persekutuan pada 14 Mac 1956, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin telah membangkitkan isu laporan kajian pelajaran yang dibuat oleh Jawatankuasa Razak, selain turut membangkitkan bantuan subsidi kepada sekolah agama rakyat.

Hasil, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat Bantuan Sekolah Agama ditubuhkan, diikuti oleh pembentangan Penyata Razak pada 15 Mei 1956 di dewan legislatif itu dengan tujuan untuk menggabungkan penyata ini dalam Sesyen 3, Ordinan Pelajaran 1952 dan membentuk Ordinan Pelajaran 1957.

Ketika membahaskan Penyata Razak ini, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin selaku wakil tunggal pembangkang di Majlis Undangan Persekutuan, tidak lagi membangkitkan isu sekolah agama rakyat yang telah ditangani oleh Jawatankuasa Penyiasat Bantuan Sekolah Agama walaupun wakil Perikatan seperti Raja Musa Raja Mahadi dan Sheikh Ahmad Hashim, sebaliknya wakil PAS itu telah membangkitkan beberapa perkara:

I. Menyokong Penyata Razak dalam mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan dan bahasa kebangsaan;

II. Mempertegaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan nasional;

III. Mencadangkan supaya semua sekolah diwajibkan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kerana bangsa imigran tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik; dan

IV. Mempersoalkan kegagalan kerajaan menyediakan bantuan subsidi kepada sekolah-sekolah persendirian terutamanya yang menghadapi masalah kewangan dan bakal ditutup.

Mengingatkan Kerajaan Malaya tentang masalah pendidikan ini, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin menyebutkan, we know in a sweet fruit, such as the chiku, they may be worms inside it which may destroy the seed. Here we must be really alert so that we may not suffer defeat in time to come.

Setelah PAS menyokong Penyata Razak untuk diluluskan pada 16 Mei 1956, ia telah dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1957 dan terus menjadi dasar pelajaran negara sehingga Penyata Rahman Talib dikemukakan pada 1960.

Tarikh 16 Mei ini juga dijadikan asas sambutan Hari Guru di Malaysia kerana memperingati Penyata Razak.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
16 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 16/5/2016

Sumber HD - 16-5-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Permit penerbitan Suara Islam diluluskan
















HARAKAHDAILY | .


PERMIT PENERBITAN SUARA ISLAM DILULUSKAN (15 MEI 1956)

PADA hari ini dalam tahun 1956, permit penerbitan lidah rasmi PAS, 'Suara Islam' telah diluluskan oleh Kerajaan Malaya untuk membolehkan PAS menyampaikan suara perjuangan Islam kepada rakyat.

Sebelum ini, pada 1953, PAS pernah menerbitkan majalah 'PAS' sebanyak dua keluaran bermula 31 Mei 1953, tetapi terhenti kerana krisis kepemimpinan pada akhir 1953. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketiga pada 12-14 Ogos 1954, satu resolusi supaya PAS menerbitkan suara rasmi telah diluluskan.

Usul ini adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama pada 3 Januari 1953 yang mahukan PAS menerbitkan 'Suara PAS,' tetapi ekoran terhentinya penerbitan majalah PAS pada akhir 1953, mereka mahu Suara PAS diterbitkan semula.

PAS kemudiannya telah beberapa kali memohon permit penerbitan kepada kerajaan, sehingga Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 13-14 Januari 1956 memutuskan nama lidah rasmi PAS ialah 'Suara Islam,' dan akan diterbitkan sebaik sahaja memperolehi permit dari kerajaan.

Setelah permohonan PAS diluluskan oleh Kerajaan Malaya pada 15 Mei 1956, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 30 Jun 1956 telah melantik Mohd Asri Haji Muda sebagai Pengurus merangkap Ketua Pengarang Suara Islam dengan pengawasan Jawatankuasa Penerangan PAS. Turut dilantik ialah Ustaz Amaluddin Darus sebagai Penolong Pengarang, sebelum Jemaah Pentadbir Suara Islam iaitu Ustaz Ishak Lotfi Omar (Bendahari), Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim, Mohd Daud Salleh dan Haji Mohd Nor Yusof (Anggota).

Untuk menerbitkan Suara Islam, Jemaah Pentadbir bukan sahaja menghadapi masalah kewangan yang bergantung kepada sumbangan ahli-ahli PAS, tetapi mereka juga menghadapi masalah percetakan kerana semua syarikat pencetak tidak sanggup mencetaknya. Akhirnya, PAS terpaksa mengadakan percetakannya sendiri.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kelima, telah diputuskan supaya PAS mendirikan percetakannya sendiri dengan sumbangan wajib setiap ahli PAS. Atas usaha bersungguh-sungguh dan pengalaman dalam dunia penerbitan yang dimiliki oleh Jemaah Pentadbir, akhirnya Suara Islam berjaya diterbitkan pada akhir 1956.

Edisi pertama Suara Islam diterbitkan pada 17 Disember 1956 dengan menyiarkan ucapan Prof Zulkifli Mohamed yang menggariskan dasar-dasar perjuangan PAS.

Edisi keduanya diterbitkan pada 15 Januari 1957, manakala edisi ketiga yang diterbitkan pada 15 Februari 1957 telah membuat liputan terhadap Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kelima pada 23-25 Disember 1956, iaitu yang terakhir bagi Dr Haji Abbas Alias sebagai Yang Dipertua Agung PAS di mana Ucapan Dasar PAS 1956 itu disiarkan sepenuhnya. Akhbar bersaiz majalah telah diterbitkan sehingga 1962.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
15 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 15/5/2016

Sumber HD - 15-5-2016

----------------------------------------------------------                                                                    Umno-MCA temui Lyttleton dengan sokongan PAS

HARAKAHDAILY | .


Perikatan Umno-MCA Menemui Lyttleton Untuk Rundingkan Pilihan Raya Segera Dengan Sokongan PAS (14 Mei 1954)
PADA hari ini dalam tahun 1954, wakil National Convention (tajaan Umno-MCA), Tunku Abdul Rahman Putra, Datuk Abdul Razak Hussein dan T.H Tan telah bertemu dengan Setiausaha Tanah Jajahan British, Oliver Lyttleton di London untuk membincangkan soal pilihan raya segera dengan sokongan kuat daripada PAS.

Rombongan Pilihan Raya ke London ini bertujuan untuk menuntut agar Kerajaan British mengadakan pilihan raya segera di Malaya ke arah pembentukan kerajaan sendiri sebelum mencapai kemerdekaan.

Rombongan ini mewakili National Convention yang turut disertai oleh PAS mulai 23 Ogos 1953, sebelum PAS berkecuali pada 25 Disember 1953. Walaupun PAS berkecuali, tetapi PAS mempunyai pendirian untuk menyokong tuntutan pilihan raya segera ini.

Perjuangan menuntut pilihan raya segera ini telah menyebabkan PAS menyertai National Conference pada 27 April 1953 dan National Convention pada 23 Ogos 1953, tetapi Mesyuarat Agung Khas PAS pada 26 September 1953 memutuskan PAS bersama National Convention.

Penglibatan PAS bersama National Convention telah mengalami kebuntuan apabila tuntutan PAS tentang penambahan wakil ekonomi Melayu dalam Majlis Undangan Persekutuan dan menentang pemberian hak mengundi secara jus soli telah ditolak oleh National Convention pada 11 Oktober 1953.

Ini menyebabkan PAS berkecuali dari National Convention tetapi kekal menyokong perjuangan menuntut pilihan raya segera. Sebagai sokongan kepada tuntutan ini, PAS telah mengemukakan satu memorandum kepada Rombongan ke London.

Menurut Setiausaha Penerangan PAS Pusat, Abdullah Akin pada 3 Mei 1954, walaupun PAS kecewa dengan pendirian National Convention, tetapi PAS menyediakan satu memorandum untuk dikemukakan kepada British.

Menurut Pemangku Setiausaha Agung PAS, Mohd Asri Haji Muda, memorandum ini mengingatkan rombongan ke London tentang hak ketuanan bangsa Melayu ke atas negara ini dan ia mesti dipertimbangkan dalam soal memberi hak kerakyatan dan hak mengundi secara jus soli. Setiausaha Rombongan ke London, T.H Tan mencatatkan bahawa PAS adalah antara parti politik yang menyokong tuntutan yang di bawa ke London ini.

Di sebalik penolakan National Convention terhadap cadangan PAS pada 11 Oktober 1953, apabila Jawatankuasa Khas 46 Anggota yang mengkaji soal pilihan raya segera mengemukakan laporannya (Kertas Putih Bil. 1, 1954) pada 1 Februari 1954 dengan 'persetujuan' Perikatan Umno-MCA, telah menerima tentangan kuat daripada ahli-ahli Umno sehingga Perikatan meminta untuk berunding semula dengan British.

Pada 13 April 1954, British telah menolak permintaan Perikatan yang menyebabkan Umno mengadakan Mesyuarat Agung Khas pada 18 April 1954 dan bersetuju menghantar Rombongan ke London untuk berunding tentang pilihan raya segera.

PAS mengambil kesempatan ini untuk memberi sokongan kepada rombongan tersebut dan menyerahkan memorandumnya sebelum rombongan ini bertolak ke London pada 21 April 1954 dan bertemu dengan Lyttleton pada 13 Mei 1954.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
14 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 14/5/2016

Sumber HD - 14-5-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Kutipan derma cawangan bina markaz tarbiyah PAS

















HARAKAHDAILY | .


KUTIPAN DERMA CAWANGAN-CAWANGAN PAS UNTUK PEMBINAAN MARKAZ TARBIYAH PAS TAMAN MELEWAR  (13 MEI 1984)

PADA hari ini dalam tahun 1984, Setiausaha Agung PAS, Ustaz Hassan Shukri telah mengeluarkan senarai derma-derma yang telah berjaya dikumpulkan untuk tujuan pembinaan Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar kepada seluruh Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri, Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Negeri-negeri, PAS Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan PAS di seluruh negara.

Bagi tujuan pembinaan Kompleks Markaz Tarbiyah PAS Pusat ini, PAS menganggarkan akan menelan belanja sebanyak RM75,000 yang akan diperolehi melalui sumbangan ahli-ahli PAS.

Namun begitu, sehingga 21 Julai 1985, pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak RM85,000 walaupun ia dibina secara gotong-royong oleh ahli-ahli PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar ini telah bermula sejarahnya apabila tanah milik PAS Terengganu yang diperolehi sejak 1976 telah dicadangkan untuk dibangunkan sebagai pusat tarbiyah PAS, sebelum beberapa lot sekitarnya dibeli oleh PAS untuk memperkasakan kawasan tersebut.

Mengikut rancangan asal PAS sejak 1970-an, PAS bercadang memiliki sebuah Kompleks PAS di ibu kota, tetapi rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan sehingga PAS terpaksa menyewa dan berpindah-randah sekitar Jalan Pahang sejak akhir 1970-an.

Antara bangunan yang pernah dicadangkan untuk dijadikan Kompleks PAS ialah Rumah Awang Alak Betatar milik Kerajaan Brunei di Jalan Ampang, sebelum PAS merancang membina bangunan 17 tingkat berhampiran Pasar Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 1977, tetapi cadangan ini juga dibatalkan kerana PAS memerlukan kawasan yang lebih luas untuk kompleks tersebut.

Tanah di Kampung Changkat (Taman Melewar) yang diperolehi serentak dengan tapak bangunan PAS di Chow Kit kemudiannya menjadi pilihan PAS.

Untuk tujuan tersebut, tanah yang dimiliki atas nama Ustaz Harun Jusoh bagi pihak PAS Terengganu telah diserahkan kepada PAS Pusat.

Pada 6 November 1983, Setiausaha Agung PAS, Ustaz Hassan Shukri telah memulakan kutipan derma untuk satu projek pembinaan yang dianggap mustahak dan perlu disegerakan.

Pembinaan markaz ini telah dimulakan sejak Jun 1984 secara gotong-royong dengan derma dan sumbangan ahli-ahli PAS serta pemantauan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS sehingga fasa pertama berjaya disiapkan pada awal 1987.

Menurut Ustaz Hassan Shukri, pada peringkat awal iaitu ketika masih dalam pembinaan pada 1984, markaz ini telah menjadi tapak ceramah PAS.

Apabila fasa pertama siap, ia telah dijadikan venue Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-33 pada 11-12 April 1987.

Lima bulan kemudian, pada 5 September 1987, Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Pahang Barat telah dipindahkan ke Markaz Tarbiyah PAS Pusat, diikuti oleh pejabat Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat.

Pejabat Agung PAS kekal di markaz ini selama 20 tahun sebelum ia berpindah ke Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mulai 23 Mac 2007.

Ekoran rancangan perpindahan Pejabat Agung PAS ini, sejak 2006, Dewan Ulamak PAS Pusat telah menubuhkan Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) yang dipimpin oleh Dato' Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat bagi merancang mengambil alih markaz ini untuk dijadikan sebuah pusat pendidikan Tinggi Islam yang dinamakan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamed (KUIZM).

Pengubahsuaian markaz yang bermula sebaik sahaja perpindahan ini telah siap pada Jun 2010 dan memulakan pengambilan pelajar pada sesi Julai 2010.

Kini Markaz Tarbiyah PAS Pusat ini menempatkan dua institusi pendidikan PAS iaitu KUIZM dan Institut Latihan Kepemimpinan Dakwah Islamiyah (ILHAM).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
13 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 13/5/2016

Sumber HD - 13-5-2016

 ---------------------------------------------------------                                                                         PAS bincang hukum tahaluf dengan bukan Islam

HARAKAHDAILY | .


PAS BINCANG HUKUM TAHALUF DENGAN BUKAN ISLAM KERANA HUBUNGAN PAS DENGAN DAP (12 MEI 1990)

PADA hari ini dalam tahun 1990, Jawatankuasa Khas PAS untuk mengkaji hukum tahaluf dengan bukan Islam telah mengadakan perbincangan (muzakarah) untuk menentukan hubungan politik atau tahaluf siasi PAS dengan DAP.

Jawatankuasa Pengkaji Tahaluf Siasi yang dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Hassan Shukri ini turut dianggotai oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Azizan Abdul Razak, Ustaz Harun Taib, Ustaz Mohd Akhir Yaakub dan Ustaz Ahmad Zaki Ibrahim. Jawatankuasa ini ditubuhkan oleh Majlis Syura Ulamak PAS untuk mengkaji dengan teliti perkara tersebut.

Isu tahaluf dengan bukan Islam telah timbul ekoran pendirian PAS untuk membentuk kerjasama dengan serpihan Umno, Semangat 46, dan juga serpihan PAS, Berjasa dan Hamim melalui kerjasama PAS-APU sejak April 1989.

Ketika proses pembentukan kerjasama ini sedang berjalan, Semangat 46 pada 9 Disember 1989 telah mengumumkan kerjasama mereka dengan DAP yang menyebabkan timbul polemik politik yang baru, bahawa PAS mempunyai hubungan politik tidak langsung dengan DAP.

Keadaan ini memaksa Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 17 Februari 1990 untuk menganjurkan muzakarah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat berkait isu hubungan PAS-DAP ini pada 19-20 Mac 1990.

Satu kertas akan dibentangkan bersama oleh ahli-ahli Majlis Syura Ulamak PAS iaitu Ustaz Hassan Shukri, Ustaz Azizan Abdul Razak, Ustaz Harun Taib, Ustaz Idris Omar dan Ustaz Mohd Akhir Yaakub.

Muzakarah ini walau bagaimanapun gagal dilaksanakan kerana berlakunya Pilihan Raya Kecil Dun Pantai Merdeka pada 24 Mac 1990.

Kegagalan mengadakan muzakarah ini, telah menyebabkan Jawatankuasa Khas Pengkaji Tahaluf Siasi dibentuk untuk menentukan pendirian PAS.

Pendirian asal PAS adalah menolak kerjasama atau dikaitkan dengan DAP termasuk dalam kerjasama dengan APU, tetapi Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor telah mempertegaskan bahawa kerjasama dengan APU diteruskan.

Ekoran konflik kerjasama Semangat 46-DAP dan PAS-APU ini, maka Jawatankuasa Khas Pengkaji Tahaluf Siasi telah mengadakan muzakarah pada 12 Mei 1990 di mana beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Mohd Akhir Yaakub, Ustaz Azizan Abdul Razak dan Ustaz Ahmad Zaki Ibrahim, sebelum dibuat komentar oleh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Harun Taib.

Seluruh perbincangan dan resolusi muzakarah ini kemudiannya telah dikemukakan secara bertulis kepada Majlis Syura Ulamak PAS oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas, Ustaz Hassan Shukri.

Di antara rumusan penting tentang hukum mengadakan tahaluf siasi dengan orang bukan Islam, termasuk DAP ialah:

I. PAS diharuskan bekerjasama dengan mana-mana orang bukan Islam dalam mempertahankan kebenaran, menolong orang-orang yang dianiaya, menjatuhkan sistem yang zalim dan mewujudkan keamanan dalam negara;

II. Tahaluf PAS dalam pilihan raya dengan bukan Islam dibolehkan dengan syarat berikut:
a. Orang bukan Islam tidak diberi hak membuat dasar,
b. PAS tidak boleh bertolak ansur dalam soal aqidah dan dasar,
c. PAS diberi peluang untuk menerangkan tentang Islam dan pemerintahan Islam,
d. Mereka (bukan Islam) akan menyokong calon PAS, dan
e. Kerjasama tidak boleh menimbulkan perpecahan dalaman PAS; serta

III. Tahaluf tidak langsung (halifulhalif) juga diharuskan bagi menjadikan mereka tidak bermusuhan dengan PAS dan membolehkan PAS memusatkan gerak kerja kepada musuh yang sama.

Ketika Laporan Jawatankuasa Khas Pengkaji Tahaluf Siasi ini dikemukakan kepada Majlis Syura Ulamak PAS, ia telah diterima sebagai dasar kerjasama PAS dengan tambahan syarat yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa sebarang kumpulan atau parti politik yang tidak bersedia menerima penubuhan negara Islam tidak boleh diterima sebagai rakan tahaluf sama ada halif atau halifulhalif.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
12 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 12/5/2016

Sumber HD - 12-5-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Aktivis Umno tubuh badan Islam untuk sekat PAS
















HARAKAHDAILY | .


AKTIVIS UMNO TUBUHKAN BADAN ISLAM UNTUK SEKAT PERKEMBANGAN PAS (11 MEI 1952)

PADA hari ini dalam tahun 1952, aktivis-aktivis Bahagian Agama Umno telah menaja penubuhan sebuah parti Islam yang baru di Selangor dalam rangka untuk membendung pengaruh PAS di Lembah Klang.

Orang Kaya Haji Pateh Akhir bin Dato' Penggawa Mohd Shah yang pada masa ini adalah Ketua Pejabat Agama Islam Selangor yang juga aktivis Bahagian Agama Umno telah memainkan peranan utama dalam usaha ini.

Bahagian Agama Umno merancang untuk mewujudkan sebuah badan agama yang dikuasai Umno setelah gagal menguasai PAS yang ditubuhkan oleh para ulama dalam Persidangan Alim Ulamak Malaya anjuran Umno pada 23 Ogos 1951.

Sejak PAS mengadakan persidangannya di Bagan Tuan Kechil pada 24 November 1951, PAS mulai berkembang terutama  setelah PAS membentuk hubungan dengan Persatuan Ulamak Kedah (PUK) pada 2 Februari 1952, diikuti oleh penubuhan PAS Cawangan Bandar Pulau Pinang pada 9 Mac 1952.

Apabila Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 3 April 1952 memutuskan supaya PAS segera menubuhkan cawangan-cawangan di seluruh Malaya sebelum 31 Mei 1952, PAS telah berjaya menubuhkan PAS Cawangan Bukit Mertajam pada 20 April 1952 dan PAS Cawangan Perak di Kuala Kangsar pada 26 April 1952. Cawangan PAS kelima di Perlis telah ditubuhkan pada 8 Mei 1952.

Perkembangan pesat PAS ini telah membimbangkan Umno terutama di Kuala Lumpur kerana di sana terdapat beberapa tokoh agama Umno yang aktif bersama PAS. Antaranya termasuklah Faqih Haji Mohd Nor Mohd Zain (Naib Yang Dipertua Agung PAS), Tuan Guru Haji Mohd Nor Mahyudin (Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS), Ustaz Abdul Wahab Mohd Nor (Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS) dan Haji Mas'ud Hayati, seorang aktivis politik kiri. Untuk menyekat perkembangan ini, Haji Pateh Akhir telah menaja satu perjumpaan pada 11 Mei 1952 untuk menubuhkan sebuah parti Islam yang baru, dinamakan sebagai Pertubuhan Kebajikan Islam Selangor.

Walau bagaimanapun, dalam pertemuan pada 11 Mei 1952 ini, seorang wakil umat Islam, Raja Yaakub telah membangkitkan isu perpecahan umat Islam dan mencadangkan supaya pertubuhan kebajikan Islam ini bergabung dengan PAS dan membentuk PAS Cawangan Selangor.

Setelah dibahas panjang, usul ini telah ditolak kerana penganjur bermaksud untuk menyekat pengaruh PAS.

Ketika mengulas penubuhan badan Islam yang baru ini, Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan mengatakan bahawa ia ditubuhkan dengan tujuan menyekat pengaruh PAS dari berkembang.

Walaupun Umno berusaha menyekat pengaruh PAS dari berkembang di Lembah Kelang, pada 13 Julai 1952, Faqih Mohd Nor telah menganjurkan satu pertemuan umat Islam di Kuala Lumpur dan berjaya menubuhkan PAS Cawangan Kuala Lumpur dengan diketuai oleh Haji Mas'ud Hayati.

Bahkan, usaha Umno ini terus gagal apabila PAS berjaya menambahkan cawangannya di Kuala Lumpur dengan menubuhkan PAS Cawangan Sentul dan PAS Cawangan Sungai Penchala sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama pada 3 Januari 1953.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
11 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 11/5/2016

Sumber HD - 11-5-2016

 ---------------------------------------------------------                                                                      Mohd Asri dilantik Menteri Besar Kelantan kedua

HARAKAHDAILY | .


MOHD ASRI DILANTIK MENTERI BESAR KELANTAN KEDUA (10 MEI 1964)

PADA hari ini dalam tahun 1964, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Mohd Asri Haji Muda telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang kedua selepas merdeka menggantikan Ustaz Dato' Ishak Lotfi Omar.

Badan Perhubungan PAS Kelantan yang bermesyuarat bersama Adun-adun PAS Kelantan pada 3 Mei 1964 telah bersetuju menamakan Mohd Asri sebagai Ketua Kerajaan Negeri Kelantan yang baru untuk menyelesaikan krisis kepemimpinan yang timbul sejak 1961.

Dalam Pilihan Raya Umum Kedua pada 25 April 1964, PAS berjaya mempertahankan Kerajaan Kelantan dengan menguasai 21 daripada 30 kerusi Dun.

Mohd Asri yang menyertai PAS sejak 1953 telah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja di Pejabat Agung PAS, Bukit Mertajam sebelum dipilih sebagai Setiausaha Kewangan PAS oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kedua pada 26-27 Ogos 1953 dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir (sekarang Jawatankuasa Harian) PAS pada 11 September 1953. Mulai 27 November 1954, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pantai Timur, kemudiannya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu mulai 14 Januari 1956 dan Pesuruhjaya PAS Kelantan bermula 28 Disember 1957 hingga 8 Januari 1962. Beliau juga merupakan Pengerusi Tetap PAS mulai 27 Disember 1958 sehingga dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS pada 6 Januari 1962.

Mohd Asri yang menggantikan anak saudaranya, Dato' Ishak Lotfi Omar (ibu Dato' Ishak Lotfi, Che Minah Haji Muda ialah kakak Mohd Asri) sebagai Menteri Besar Kelantan merupakan cucu kepada Dato' Maha Menteri Che Saad (Che Ha') bin Penghulu Che Ngah bin Che Tila Derasa, Perdana Menteri Kelantan (1890-1894) di sebelah ibunya, Che Puteh binti Dato' Che Ha'.

Penghulu Che Ngah Penambang pula adalah cucu dari sebelah ibunya, Wan Bulat, kepada Dato' Wan Mahmud (Dato' Panglima Perang Lundang) bin Tuan Khamis (Mandur Mis, yang bergelar Engku Mendahari Seri Maharaja Wangsa).

Tuan Khamis yang terlibat mengasaskan Dinasti Long Yunus sebagai pemerintah Kelantan pada 1762 telah dilantik sebagai Dato' Lundang, iaitu raja pemerintah Daerah Lundang oleh Sultan Long Yunus.

Tuan Khamis sendiri adalah sepupu kepada Long Yunus bin Long Sulaiman bin Long Bahar, kerana ayahnya Tuan Kundur bin Long Bahar bin Wan Daim adalah anak Tuan Besar Long Bahar (Sultan Kelantan 1721-1733) menerusi isterinya, Raja Pah binti Sultan Omar, Sultan Dinasti Jembal terakhir (1675-1721).

Mohd Asri yang dilahirkan di Kampung Masjid, Kota Bharu pada 10 Oktober 1923 telah menerima didikan agama yang awal di kawasan Pondok Masjid Muhammadi kerana ayahnya, Haji Abdul Samad bin Mohd Salleh (terkenal sebagai Haji Muda) tinggal di sana, sebelum beliau memasuki Sekolah Majlis Ugama Islam Kelantan dan Sekolah Melayu Padang Garong.

Setelah berkhidmat sebagai guru di Kota Bharu, pada zaman Jepun, beliau terpilih belajar di Marai Koa Kunrensyo, Melaka.

Selepas Perang, beliau belajar agama dengan Sheikh Junid Thola di Kampung Lalang, Perak sebelum menjadi guru di Maahad Il Ihya as- Syariff, Gunung Semonggol.

Setelah keadaan politik tenang akibat darurat 1948, beliau berkhidmat di Pejabat Agung PAS mulai 1953.

Kemunculan Mohd Asri dalam politik telah bermula sejak sebelum zaman Jepun di mana beliau terlibat dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) Kelantan yang dipimpin abangnya, As'ad Shukri Haji Muda, sebelum menyertai BSPK ketika pendudukan Jepun, kemudiannya aktif dalam Persatuan Melayu Kelantan (PMK) pada 1946 sebagai Penolong Setiausaha, selain menjadi pengarang majalah Penyedar dan wartawan akhbar Majlis. Beliau juga menyertai Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan mengetuai Angkatan Pemuda Insaf (API) Kelantan pada 1946-1947.

Penglibatan dalam API membawa beliau berhijrah ke Perak dan aktif dalam Hizbul Muslimin selalu Setiausaha Dewan Pimpinan Hizbul Muslimin pada 1948. Kerana keadaan politik yang tegang, beliau aktif pula dalam bidang persuratan dan bahasa menerusi Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS) mulai 1951.

Dengan latar belakang keluarga dan penglibatan politik yang begitu cemerlang, Mohd Asri yang mendaki kepemimpinan PAS sehingga dipilih sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS pada 6 Januari 1962, telah dinamakan oleh PAS pada 3 Mei 1962 sebagai calon Menteri Besar Kelantan yang baru. Sebagai Pesuruhjaya PAS Pantai Timur, dalam Pilihan Raya Umum 1955, Mohd Asri telah bertanding di kerusi Majlis Undangan Persekutuan kawasan Kelantan Timor, tetapi tewas.

Pada Pilihan Raya Umum 1959, beliau terpilih sebagai Ahli Parlimen Pasir Puteh dan Adun Kota Bharu Tengah, iaitu jawatan-jawatan yang kemudiannya berjaya dipertahankan dalam Pilihan Raya Umum 1964.

Berikutan itu, pada 9 Julai 1959, beliau dilantik sebagai Speaker Dun Kelantan, sebelum PAS Kelantan pada 2 Julai 1961 menamakan beliau sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan sehingga 1964.

Beliau kemudiannya mulai 10 Mei 1964 berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan hingga 31 Disember 1972, di mana pada awal 1973, beliau dilantik sebagai Menteri Pusat.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
10 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 10/5/2016

Sumber HD - 10-5-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































PAS tidak bahas cadangan p'raya kerajaan tempatan DAP
















HARAKAHDAILY | .


PAS TIDAK BAHAS CADANGAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN DAP DEMI KEHARMONIAN PAKATAN RAKYAT (9 MEI 2012)

PADA hari ini dalam tahun 2012, PAS telah mengambil sikap untuk tidak membahaskan Rang Undang-undang Pilihan Raya Kerajaan Tempatan yang dikemukakan oleh Ahli Exco Pulau Pinang dari DAP, Chow Kon Yeow di Dun Pulau Pinang kerana menjaga keharmonian Pakatan Rakyat (PR).

Adun tunggal PAS di Dun Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man (Adun Permatang Pasir) yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang telah diarahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali supaya tidak menyertai perbahasan untuk tidak menyokong atau menentang rang undang-undang tersebut kerana ia boleh menjelaskan hubungan PAS dengan rakan PR.

PAS tidak mengambil pendirian untuk menyokong undang-undang tersebut di Dun Pulau Pinang kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak terlebih dahulu memaklumkan perkara tersebut kepada PAS untuk mendapat persetujuan.

Isu pilihan raya kerajaan tempatan telah dibangkitkan oleh DAP sejak 1968.

Pada awalnya, sejak 1 Disember 1951 telah diadakan pilihan raya kerajaan tempatan bermula di Georgetown City, Pulau Pinang dan ia mula ditangguhkan sementara pada Mac 1963 kerana Konfrantasi Indonesia, dan dimansuhkan melalui Peraturan Kecemasan (Penggantungan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan) 1965.

Pada Jun 1965, Kerajaan Pusat telah menubuhkan Suruhanjaya Athi Nahappan untuk mengkaji kedudukan pilihan raya kerajaan tempatan, dan akhirnya pada 1970, Akta Kerajaan Tempatan 1960 dimansuhkan, diganti dengan Akta Kerajaan Tempatan 1973.

Kerajaan kemudiannya telah menghapuskan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan yang menandakan Kerajaan Negeri tidak lagi berkuasa mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, sebaliknya hendaklah melantik ahli-ahli majlis tempatan.

Antara faktor utama penghapusan ini ialah konflik antara Dewan Bandaraya Georgetown yang dikuasai Sosialis Front dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu Hari Bebas Darurat 1960, diikuti isi rusuhan kaum di bandar pada 13 Mei 1969.

DAP yang menguasai undi orang Cina di bandar-bandar utama telah memperjuangkan isu ini setelah Singapura berpisah dengan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

DAP yang mewarisi perjuangan PAP pada 15 Oktober 1968 telah menuntut pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula ketika kempen Pilihan Raya Kecil Segamat Utara.

Kemudiannya pada 1 November 2006, Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh menimbulkan semula tuntutan pilihan raya ini sehingga ia dijadikan Manifesto DAP pada 2008.

Ekoran pembentukan PR pada 1 April 2008, DAP pada 28 Oktober 2008 telah mengemukakan usul di Dun Selangor supaya diadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Pada 23 Mac 2010, SPR telah membuat penjelasan kepada Kerajaan Selangor berkait isu ini.

Akhirnya, pada 9 Mei 2012, tanpa mendapat persetujuan PAS sebagai rakan PR, DAP telah mengemukakan Rang Undang-undang Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012, yang kemudiannya pada 14 Ogos 2014, Mahkamah Persekutuan memutuskan enakmen ini tidak sah.

PAS walau bagaimanapun, pada 9 Mei 2012 telah mengambil sikap untuk tidak membantah rang undang-undang tersebut kerana menjaga keharmonian PR atas prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.

PAS sebenarnya semenjak awal tidak bersetuju dengan pilihan raya kerajaan tempatan kerana ia boleh menimbulkan perbalahan kaum, tetapi kerana menghormati perjuangan DAP, walaupun ia tidak dibincangkan bagi mendapatkan persetujuan PAS, PAS telah mengambil sikap berdiam diri.

PAS tidak mahu isu ini menjadi sebab yang memecahkan PR, kerana beranggapan DAP berhak memperjuangkan agendanya dalam kerajaan yang ditadbir oleh mereka, sebagai sebahagian makna 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.
 
Pendirian PAS dalam mempertahankan PR akhirnya tercabar pada hujung 2015 apabila DAP yang menolak hudud menentang secara terbuka Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (Pindaan) 2015 walaupun telah beberapa kali diberi taklimat oleh PAS.

Ekoran itu pada 15 November 2015, Presiden PAS telah membangkitkan sikap PAS yang menghormati DAP dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan, tetapi DAP tidak menghormati PAS dalam isu hudud.

Berlanjutan daripada dua isu ini, akhirnya PAS dan DAP tidak persefahaman lagi sehingga DAP mengisytiharkan pembubaran PR pada September 2015.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
9 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 9/5/2016

Sumber HD - 9-5-2016

----------------------------------------------------------                                                                 Sejarah: Pendaftaran PAS Singapura ditolak

HARAKAHDAILY | .


PENDAFTARAN PAS SINGAPURA DITOLAK (8 MEI 1954)

PADA hari ini dalam tahun 1954, Pendaftar Pertubuhan Singapura telah menolak permohonan PAS untuk mendaftarkan PAS Cawangan Singapura yang dibuat sejak 1952.

PAS Singapura  adalah antara yang terawal berkembang kerana kedudukan Pulau Jajahan Mahkota British ini lebih bebas dan terbuka untuk perkembangan Islam.

Beberapa pemimpin awal PAS adalah tokoh politik terkenal di Singapura seperti Ustaz Abdul Rahman Jamaluddin al-Jampuli yang merupakan Naib Yang Dipertua Agung PAS 1951-1953, Peguam Ahmed Mohamed Ibrahim (Tan Sri Prof Emeritus Ahmed Ibrahim), Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS 1953-1954 dan Sheikh Fadhlullah Suhaimi, pengasas PAS.

Mereka yang menjadi penggerak awal PAS di Singapura telah memohon pendaftaran PAS Cawangan Singapura pada 1952 mengikut Ordinance of Society Singapore, tetapi kelulusannya tertangguh.

Antara faktor yang menangguhkan kelulusan ini ialah kerana rusuhan isu Natrah di Singapura pada Disember 1950 yang menyebabkan dua tokoh utamanya, Dr Burhanuddin al-Helmy dan Karim Ghani ditahan.

Dr Burhanuddin al-Helmy adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Isu Natrah yang dibebaskan pada pertengahan 1952, telah dilantik sebagai ahli kehormat PAS Cawangan Johor Bahru pada 23 April 1954.

Faktor ini dilihat mengancam kedudukan British di Singapura yang mengakibatkan British menolak permohonan PAS mendaftarkan cawangannya di Singapura pada 8 Mei 1954.

Tidak mengalah dengan keputusan British ini, ahli-ahli PAS Singapura, setelah dibentuk kerajaan rakyat melalui Pilihan Raya Umum Singapura 1955 dengan melantik David Paul Marshall sebagai Ketua Menteri, telah mengadakan pertemuan di rumah Ustaz Mohd Taha Suhaimi, anak Sheikh Fadhlullah Suhaimi pada 24 Februari 1957.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Agung PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy ini, mereka telah bersetuju menubuhkan semula PAS Cawangan Singapura dan melantik Ustaz Mohd Taha sebagai Ketua PAS Cawangan Singapura.

Pada 8 Ogos 1958, pendaftaran PAS Cawangan Singapura telah diluluskan oleh Kerajaan Singapura.

PAS Cawangan Singapura telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama pada 20 November 1958.

Bekas Setiausaha Agung Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Singapura, Ustaz Abdullah Zawawi Hamzah telah dilantik sebagai Ketua PAS Cawangan Singapura.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketujuh pada 25-27 Disember 1958, PAS Cawangan Singapura telah mendapat status autonomi dan PAS Cawangan Singapura diperakui setaraf dengan Perhubungan PAS Negeri di mana ketuanya adalah dengan sendiri menjadi Pesuruhjaya PAS Singapura.

Sepanjang sejarah PAS Singapura, ia telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Taha Suhaimi (1957-1958), diikuti oleh Ustaz Abdullah Zawawi Hamzah (1958-1962).

Setelah Ustaz Abdullah Zawawi dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS pada 1962, Ustaz Mohd Taha Suhaimi kembali memimpin PAS Singapura sehingga 1966.

Ekoran pemisahan Singapura dari Malaysia pada 1965, Ordinance of Society Singapore telah menetapkan semua pertubuhan berdaftar di Singapura dilarang mempunyai hubungan dengan pertubuhan di luar dari negara Singapura.

Ini menyebabkan PAS Cawangan Singapura terpaksa berpisah dengan PAS dan mula dikenali sebagai Angkatan Islam (AIS) yang dipimpin oleh Wan Jo Abu Bakar.

Pada tahun 2011, AIS telah dikenali dengan nama baru Angkatan Islam Singapura (Angkasa).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
8 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 8/5/2016

Sumber  - 8-5-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Ahmad Azzam dilantik semula Pesuruhjaya PAS Terengganu

HARAKAHDAILY | .


PAS LANTIK SEMULA USTAZ AHMAD AZZAM SEBAGAI PESURUHJAYA PAS TERENGGANU UNTUK SELESAIKAN KRISIS (7 MEI 1960)

PADA hari ini dalam tahun 1960, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah melantik semula bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Ahmad Azzam Hanafiah sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu "bagi tahun 1960" setelah Badan Perhubungan PAS Terengganu ditadbir oleh Jawatankuasa Darurat sejak 23 Oktober 1959.

Pelantikan semula Ustaz Ahmad Azzam ini adalah langkah Jawatankuasa Kerja Agung PAS untuk menyelesaikan krisis kepemimpinan yang berlaku dalam Kerajaan PAS Terengganu selepas pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum 1959.

Dalam krisis kepemimpinan ini, telah berbangkit isu ekoran kegagalan Menteri Besar Terengganu, Mohd Daud Samad untuk melantik Ustaz Ahmad Azzam yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu sebagai Timbalan Menteri Besar.

Sebelumnya, Badan Perhubungan PAS Terengganu pada 24 Jun 1959 telah bersetuju supaya Ustaz Ahmad Azzam dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Terengganu jika beliau tidak terpilih sebagai Menteri Besar, dan kemudiannya hendaklah mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar.

Menteri Besar Terengganu sendiri dalam ucapan pertamanya pada 29 Jun 1959 telah berjanji untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar yang akan diperuntukkan kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu itu.

Berlarutan dari isu tersebut, setelah selesai Pilihan Raya Umum Parlimen yang diadakan kemudian daripada Pilihan Raya Umum Negeri pada 1959, beberapa Cawangan PAS telah menentang kepemimpinan Ustaz Ahmad Azzam kerana masalah pemilihan calon Parlimen.

PAS Cawangan Kuala Terengganu, Kemamang dan Dungun secara terbuka menentang Pesuruhjaya PAS itu. Pada 16 Oktober 1959, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah mencadangkan supaya Ustaz Ahmad Azzam dilucutkan jawatan dan dibentuk Jawatankuasa Darurat. Cadangan ini kemudiannya disahkan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 25 Oktober 1959.

Jawatankuasa Darurat PAS Terengganu yang bentuk adalah terdiri daripada Wan Hussein Azmi Wan Abdul Kadir (Pengerusi), Da Abdul Jalil Awang (Timbalan Pengerusi), Tengku Bijaya Sura (Bendahari), Syed Abdullah Alwi (Setiausaha), Ngah Muhammad, Ustaz Omar Shukri Embong, Ustaz Mohd Taib Sabri Abu Bakar, Syed Noah dan Wan Azizah sebagai Ahli-ahli Jawatankuasa, selain Yang Dipertua PAS Cawangan-cawangan.

Bertindak balas terhadap tindakan tiga Cawangan PAS ini, Ustaz Ahmad Azzam telah memberi amaran kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS bahawa kegagalan menyelesaikan masalah ini boleh menyebabkan Kerajaan PAS Terengganu tumbang.

Ustaz Ahmad Azzam pada masa ini adalah Adun Jeram merangkap anggota Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu pada 1958 menggantikan Mohd Asri Haji Muda, setelah sebelumnya beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sejak 1954.

Disebabkan ancaman beliau kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS, pada 30 Januari 1960, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah bersetuju supaya beliau dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu untuk mengelakkan krisis yang boleh menumbangkan Kerajaan PAS di negeri tersebut.

Pada 7 Mei 1960 telah bersetuju melantik semula beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu tanpa sebarang syarat, namun krisis yang berlanjutan ini akhirnya menumbangkan Kerajaan PAS Terengganu pada 30 Oktober 1961.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 Mei 2016 - HARAKAHDAILY - 7/5/2016

Sumber HD - 7-5-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Sejarah: Berita Adun PAS keluar parti tersebar
















HARAKAHDAILY | .


BERITA ADUN PAS KOTA BHARU TIMUR KELUAR PARTI TERSEBAR DI MEDIA (6 MEI 1965)

PADA hari ini dalam tahun 1965, media massa telah menyiarkan berita desas-desus Adun PAS Kota Bharu Timur, Saufi Idris telah keluar dari PAS setelah beliau bersama dua lagi Adun, Ustaz Nik Abdullah Arshad dan Tuan Guru Che Hassan Ismail ditahan ISA sejak 24 Februari 1965 atas tuduhan "menimbulkan huru-hara di kalangan orang ramai" iaitu berkait isu kafir-mengkafir. Saufi Idris adalah bekas ahli Umno yang menyertai PAS, kemudian menjadi Adun sejak 1959, sebelum ditahan ISA.

Dalam Pilihan Raya Umum Kedua pada 25 April 1964, beliau yang masih dalam tahanan tanpa bicara bersama dua lagi Adun tersebut telah dicalonkan semula oleh PAS untuk mempertahankan kerusi masing-masing yang masyhur dengan cerita "calon Perikatan lawan songkok PAS" kerana calon berada dalam tahanan. Kerana dalam tanahan juga, beliau tidak menghadiri perjumpaan wakil-wakil rakyat PAS pada 4 Mei 1964 dan tidak mendengar 'Amanat Terakhir Prof Zulkifli Mohamad'.

Dalam pilihan raya ini, beliau berjaya mengalahkan calon Perikatan, Wan Aziz Wan Umar dengan majoriti 1,884 undi. Pada 1959, beliau memenangi kerusi ini dengan majoriti 3,704 mengalahkan Mat Haji Ali (Perikatan), Ismail Daud (Negara) dan Tuan Man Tuan Salleh (Sosialis Front).

Menjelang Pilihan Raya Umum 1964, untuk melemahkan PAS, beberapa Adun telah ditahan ISA, termasuk Saufi Idris.

Beliau dikatakan telah dipujuk untuk diberikan jawatan penting jika berjaya menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan semasa berada dalam tahanan tanpa bicara itu.

Pendekatan politik di luar batas demokrasi ini dilakukan dengan harapan untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan seperti yang dilakukan di Terengganu pada 30 Oktober 1961, terutama setelah PAS mempertahankan Kerajaan Kelantan hanya dengan 21 daripada 30 kerusi.

Perikatan selepas kes ini, telah menahan beberapa lagi Adun, diikuti oleh penculikan beberapa Adun lain yang hampir menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan pada Ogos 1968.

Dalaman PAS sendiri ketika ini menjadi agak tegang kerana media massa sejak April 1965 telah menimbulkan kononnya berlaku krisis kepemimpinan dengan mendakwa beberapa Adun PAS termasuk Tuan Guru Haji Che Hassan Ismail dan Dato' Ishak Lotfi Omar akan keluar parti.

Dengan tekanan mental dan tawaran jawatan tinggi serta strategi media menimbulkan krisis dalaman PAS ini, telah menyebabkan Adun Kota Bharu Timur ini telah memohon untuk keluar parti pada 28 April 1965.

Permohonan beliau kemudiannya diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 4 Mei 1965.

Setiausaha Agung PAS kemudiannya membuat pemakluman kepada seluruh peringkat organisasi dan kepemimpinan PAS pada 5 Mei 1965.

Keputusan Jawatankuasa Kerja Agung PAS ini mempunyai kaitan dengan latar belakang Saufi Idris yang dahulunya merajuk dari Umno pada 1959 kerana tidak dapat menjadi calon Perikatan, dan mula mensabotaj PAS setelah keluar ISA kerana mahu menjadi Timbalan Menteri Besar.

Pada 6 Mei 1965, akhbar-akhbar mulai menyiarkan berita tentang kedudukan Saufi Idris yang bertukar menjadi wakil Bebas. Untuk menjelaskan perkara sebenar, Pesuruhjaya PAS Kelantan pada 10 Mei 1965 telah membuat pengumuman rasmi bahawa Saufi Idris bukan lagi ahli PAS.

Saufi Idris yang tidak segera menyertai Umno kekal sebagai Adun Bebas sehingga peristiwa Turn About About Turn pada Ogos 1968, di mana beliau bersama beberapa Adun PAS telah menyertai Umno.

Selepas menyertai semula Umno dan menjadi dalang kepada penculikan wakil rakyat PAS dalam usaha menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan, beliau telah tewas dalam Pilihan Raya Umum 1969 di tangan calon PAS, Wan Hashim Wan Ahmad dengan majoriti 1,086 undi.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 6/5/2016

Sumber HD - 6-5-2016

---------------------------------------------------------                                                                     Kongres Kebangsaan Melayu luluskan cadangan PAS

HARAKAHDAILY | .


KONGRES KEBANGSAAN MELAYU LULUSKAN CADANGAN PAS TENTANG ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN (5 MEI 1957)

PADA hari ini dalam tahun 1957, Kongres Kebangsaan Melayu Kedua telah meluluskan cadangan PAS berkaitan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang akan dikemukakan kepada British.

Sebelum itu, pada 4 Mei 1957, Kongres Kebangsaan Melayu Kedua ini telah memutuskan lima dasar Perlembagaan Malaya merdeka yang dikemukakan oleh PAS dan Parti Negara (PN).

Lima dasar tersebut ialah i. Negara Melayu merdeka dikenali sebagai Persekutuan Negeri-negeri Melayu (cadangan PAS); ii. Melayu adalah kebangsaan tunggal negara ini (PN); iii. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal (tidak dinyatakan empunya cadangan); iv. Islam menjadi agama rasmi (PN); dan v. Hendaklah memelihara wujudnya keistimewaan baka Melayu sebagai tuan punya negeri ini (PAS).

Kongres Kebangsaan Melayu Kedua adalah kongres anjuran ahli-ahli Umno yang diketuai Yahya Sheikh Ahmad yang kecewa dengan sikap Umno dalam menerima Penyata Reid.

Ia diadakan pada 4-7 Mei 1957 dengan menghimpunkan parti politik dan pertubuhan Melayu untuk mengkaji Penyata Reid. Antara pertubuhan yang terlibat ialah PAS, PN, PRM, KRMK, LAIN, KMSB, PEMAS dan 17 lagi pertubuhan Melayu, dengan PRM menarik diri pada hari kedua. Wakil rasmi PAS ialah Dr Burhanuddin al-Helmy, Ustaz Othman Abdullah dan Mohd Asri Haji Muda. Yang Dipertua Agung PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Kongres.

Dalam sidang pada hari pertama, setelah beberapa pemimpin utama menyampaikan ucapan, Kongres telah meluluskan lima dasar Perlembagaan Malaya, dan memutuskan supaya PAS menyediakan cadangan tentang kedudukan Islam dalam Perlembagaan setelah usul PN diterima.

PAS kemudiannya mengemukakan satu kertas pada hari kedua, 5 Mei 1957, berkaitan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan Warta Negara pada 6 Mei 1957 menyiarkan bahawa semua cadangan PAS ini diluluskan oleh Kongres.

Antara cadangan PAS tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi ialah:

I. Bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan Negeri-negeri Melayu;

II. Berdasarkan kedudukan rasmi ini, maka
    a. al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan dan pedoman hidup negeri dan pemerintahan
   b. Sebuah Majlis Islam Pusat ditubuhkan untuk menyatukan dan menyelaras pentadbiran agama
   c. Diwujudkan Mahkamah Syariah di semua negeri dan Mahkamah Tertinggi Syariah di Pusat
   d. Membentuk Majlis Fatwa yang dianggotai mufti-mufti negeri dan diketuai oleh Mufti Besar
   e. Mewujudkan Sekolah Tinggi (Universiti) Islam dan mewujudkan sistem pendidikan Islam di semua peringkat
   f. Perbelanjaan pendidikan Islam dan Mahkamah Syariah dibiayai kerajaan negeri, manakala perbelanjaan Mufti Besar, Majlis Islam Pusat dan Mahkamah Syariah Tertinggi ditanggung oleh Pusat.

III. Kebebasan beragama adalah dijamin kepada penganut bukan Islam.

Kongres Kebangsaan Melayu Kedua ini telah melantik Jawatankuasa Kerja Kongres iaitu Dr Burhanuddin al-Helmy, Ustaz Othman Abdullah, Dato' Onn Jaafar, Ahmad Abdul Rahim, Mohd Yunus Hamidi Yahya Sheikh Ahmad, Hassan Nor, Mohd Dahlan Masod dan Hashim Mahmud.

Kongres ini juga bersetuju dengan cadangan PAS supaya dasar Perlembagaan ini akan diperjuangkan terus menerus sehingga ia berhasil secara halal dan damai; supaya Dr Burhanuddin al-Helmy dan Dato' Onn Jaafar mewakili Kongres menemui Tunku Abdul Rahman yang bertolak ke London; dan bersetuju supaya wakil Kongres juga menyertai Rombongan ke London.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
5 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 5/5/2016

Sumber HD - 5-5-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Prof Zulkifli Mohamad sampaikan amanat terakhir

HARAKAHDAILY | .


PROF ZULKIFLI MOHAMAD SAMPAIKAN WASIAT TERAKHIR DI KOTA BHARU (4 MEI 1964)

PADA hari ini dalam tahun 1964, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Zulkifli Mohamad telah menyampaikan amanat terakhir beliau kepada wakil-wakil rakyat PAS di Kota Bharu sebelum dijemput mengadap Ilahi pada Subuh 6 Mei 1964.

Beliau berucap di hadapan wakil-wakil rakyat di Dewan Bangunan PAS Kelantan (sekarang Dewan Zulkifli Mohamad), Jalan Dato' Pati, Kota Bharu setelah selesai Pilihan Raya Umum Kedua pada 25 April 1964.

Prof Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Bachok mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat dalam rancangan menyusun semula Kerajaan PAS Kelantan selepas lima tahun memerintah.

Dalam Pilihan Raya Umum 1964 ini, PAS telah berjaya mempertahankan Kerajaan Kelantan dengan memenangi 21 daripada 30 kerusi Dun.

PAS telah menamakan bekas Speaker Dun dan bekas ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Mohd Asri Haji Muda sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Dato' Ishak Lotfi Omar yang tidak dilantik semula.

Isu peralihan kepemimpinan ini telah timbul semenjak 1961 dan PAS Kelantan mengambil kesempatan pilihan raya ini untuk menyusun semula kerajaan.

Bagi menjelaskan isu perubahan kepemimpinan yang akan dibuat ini, satu pertemuan dengan wakil-wakil rakyat telah dibuat pada 4 Mei 1964, di mana Prof Zulkifli telah menyampaikan ucapan yang kemudiannya dikenali sebagai 'Amanat Terakhir Prof Zulkifli Mohamad'.

Antara kandungan amanat beliau ialah:

I. Jawatan adalah amanah dan bukan bermakna yang menjadi wakil rakyat adalah orang terbaik;

II. Jangan ada pemimpin PAS menjadi sombong kerana merasa dirinya sudah pandai, lalu menjauhi al-Quran dan Sunnah;

III. Perjuangan Islam dibina atas kesungguhan dan keikhlasan. Orang bodoh yang ikhlas lebih baik daripada orang cerdik yang sombong;

IV. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Jika wakil rakyat PAS tidak mahu menegakkan hukum Allah, ia akan gantikan Allah dengan orang lain;

V. Kemenangan dalam pilihan raya bukan atas nama peribadi tetapi kerana dicalonkan oleh parti. Kita tidak menang dengan kekuatan peribadi, tetapi kerana mewakili Islam;

VI. Tujuan sesebuah kerajaan apabila diteguhkan kedudukannya oleh Allah atas muka bumi ialah untuk mendirikan solat (menjaga kedaulatan agama), menunaikan zakat (menjaga perkhidmatan kepada masyarakat) serta menyuruh yang baik dan mencegah mungkar (melaksanakan hukum-hukum syariat); dan

VII. Lima tahun akan datang tidak sama dengan lima tahun dahulu, ujian perjuangan akan bertambah besar dan Kerajaan PAS mesti mencapai sasaran yang lebih besar.

Selepas menyampaikan ucapan ini, Prof Zulkifli telah bertolak ke kampung halamannya di Kuala Kangsar bersama isteri dan anak-anaknya.

Ketika berada di Gambang, Kuantan pada malam 5 Mei 1964, telah berlaku kemalangan yang menyebabkan isterinya, Ustazah Asiah Kamaruddin, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat mati di tempat kejadian. Prof Zulkifli pula menghembus nafas terakhirnya pada pagi 6 Mei 1964. Mereka berdua disemadikan di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
4 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 4/5/2016

Sumber HD - 4-5-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: PAS tidak hadir Muzakarah Kaum Muda

HARAKAHDAILY | .


PAS TIDAK HADIRI MUZAKARAH KAUM MUDA KERANA GAGAL PENUHI SYARAT (3 MEI 1953)

PADA hari ini dalam tahun 1953, Muzakarah Ulamak anjuran kelompok Kaum Muda di Chung Long School, Pulau Pinang berakhir tanpa penyertaan PAS.

Muzakarah yang dianjurkan oleh Ketua PAS Cawangan Bandar Pulau Pinang, Haji Ibrahim Aqibi ini telah bermula 2 Mei 1953 selama dua hari dan turut disertai oleh Ulamak Kaum Muda terkenal, Haji A Hassan Bandung dari Indonesia.

Ia telah diadakan sebagai lanjutan daripada Muzakarah Ulamak Se-Malaya anjuran PAS di Kepala Batas pada 4 Januari 1953 yang dikuasai oleh ulamak Kaum Tua.

Isu muzakarah ini timbul apabila beberapa perkara khilafiyah telah dipolemikkan di media massa sepanjang tahun 1952, iaitu sebalik sahaja PAS ditubuhkan yang menyebabkan dua aliran ulamak dalam PAS bergeser.

Ulamak Kaum Muda yang dipimpin oleh Haji Ibrahim Aqibi berpolemik dengan ulamak Kaum Tua yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak PAS, Sheikh Abdullah Fahim yang juga Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Untuk meredakan polemik ini, PAS mengadakan muzakarah pada 4 Januari 1953 tetapi tidak dihadiri oleh ulamak Kaum Muda. Sebaliknya, Sheikh Tahir Jalaluddin menerbitkan satu buku, 'Risalah-risalah Penebas Bid'ah di Kepala Batas,' sebaliknya Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan menerbitkan pula 'Risalah Ketetapan Majlis Muzakarah Se-Malaya'. Selanjutnya, Sheikh Tahir Jalaluddin mengeluarkan buku berikutnya, 'Tazkirat Mattabi'i as-Sunnah fi Radd ala Qa'ili bi Sunnati Raka'atain Qabla al-Jumaat'.

Oleh kerana isu ini berpanjangan, Ketua PAS Bandar Pulau Pinang itu telah menganjurkan muzakarah Kedua di Pulau Pinang.

Pemimpin muda PAS dari Hilir Perak, Ustaz Othman Abdullah meminta PAS supaya jangan melayan muzakarah tersebut kerana ia tidak memberi manfaat.

Jawatankuasa Kerja Agung PAS walau bagaimanapun pada 6 April 1953 telah bersetuju untuk hadir dengan beberapa syarat yang dikatakan oleh Naib Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Hussein Che Dol untuk mengelakkan pecah-belah dalam masyarakat.

Antara syarat yang ditetapkan oleh PAS ialah:

I. Muzakarah mesti melibatkan semua Mufti, Pengerusi Majmak Sheikhul Islam Kedah, Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Perlis dan Qadhi Besar Singapura;

II. Muzakarah hendaklah diadakan di tempat yang dipersetujui bersama; dan

III. Muzakarah ini hanya melibatkan alim ulamak sahaja.

PAS yang bersetuju menghantar Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Tuan Guru Haji Zabidi Aman sebagai wakil ke muzakarah ini, kemudiannya tidak menghadiri sehingga muzakarah ini berakhir pada 3 Mei 1953 kerana kegagalan pihak penganjur memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Namun, pengasas PAS, Sheikh Fadhlullah Suhaimi dari Singapura hadir mewakili ulamak Kaum Tua.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 3/5/2016

Sumber HD - 3-5-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Hari Ini Dalam Sejarah PAS: Muktamar PAS Mengasaskan Kepemimpinan Ulamak (1 Mei 1983)

Posted on Sunday, May 01 @ 12:23:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




PADA hari ini dalam tahun 1983, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-29 telah meluluskan pindaan Perlembagaan PAS yang bertujuan untuk menubuhkan Majlis Syura Ulamak PAS sebagai institusi tertinggi dalam PAS, sekali gus menandakan bermula era kepemimpinan ulamak dalam PAS. Muktamar yang berlangsung pada 30 April hingga 1 Mei 1983 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur ini adalah yang pertama setelah perletakan jawatan oleh Dato' Mohd Asri Haji Muda sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

Dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-28 pada 23-24 Oktober 1982, satu resolusi supaya PAS mempelopori dan mengamalkan konsep kepemimpinan ulamak telah diluluskan, termasuk cadangan menubuhkan Majlis Syura Ulamak PAS.

Bertolak dari keputusan Muktamar Tahunan PAS 1982 ini, pada 4 November 1982, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah menubuhkan Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Setiausaha Agung PAS, Ustaz Hassan Shukri untuk mengkaji Perlembagaan PAS (Pindaan) 1977. Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh Ustaz Yahya Othman, Haji Wan Mutalib Embong, Syed Ibrahim Abdul Rahman dan Haji Hassan Ishak. Mereka telah mengemukakan laporan hasil kajian ini kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 12 April 1983 yang secara umumnya telah diterima oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS itu, kecuali perkara berkait perubahan nama jawatan-jawatan parti. Antara perubahan penting yang dicadangkan ialah perubahan fungsi Dewan Ulamak PAS dari menjadi penasihat hukum kepada penggerak tarbiyah, mengubah kuasa melantik Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa Kerja Lantikan dari Yang Dipertua kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS di semua peringkat, dan yang terpenting adalah untuk mewujudkan Majlis Syura Ulamak PAS. Majlis yang dianggotai oleh 12 orang ulamak ini diketuai oleh Mursyidul Am PAS dan mempunyai peranan untuk mengawal dasar PAS, mentafsirkan Perlembagaan PAS dan mengawal tatatertib ahli PAS. Secara umum, Majlis Syura Ulamak PAS berfungsi sebagai badan penasihat yang bersifat judikatif, sedangkan kuasa eksekutif kekal dipegang oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS. Yang Dipertua Agung PAS dan Jawatankuasa Kerja Agung PAS adalah tertakluk kepada dasar parti yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

Kejayaan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-29 meluluskan pindaan ke atas Perlembagaan PAS (Pindaan) 1977 pada 1 Mei 1983 ini adalah batu tanda bermulanya perlaksanaan konsep kepemimpinan ulamak dalam PAS, selaras dengan tajuk Ucapan Dasar PAS 1983, Ke Arah Pembebasan Ummah. Menurut Kertas Cadangan Pindaan Perlembagaan PAS yang diluluskan ini, "mereka (golongan ulamak akan) memainkan peranan memandu, memimpin dan membimbing ummah dan gerakan Islam di dalam melaksanakan kehendak-kehendak syariat kerana hanya mereka yang mengetahui kehendak syariat itu" dengan tidak meminggirkan golongan bukan ulamak sebagai "pimpinan di peringkat perlaksanaan" yang "berpandukan kepada huraian dan ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS."

Pindaan Perlembagaan PAS ini secara umumnya turut memperjelaskan tujuan perjuangan PAS untuk mempertahankan kesucian Islam, memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat, sekali gus menjadi panduan dalam berpolitik dan bernegara. Pindaan ini walau bagaimanapun hanya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 15 Mac 1987, dan Majlis Syura Ulamak PAS telah bermesyuarat kali pertama pada 20 Oktober 1987 setelah ia ditubuhkan. Dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS pada 16 November 1987, Yang Dipertua Agung PAS, Pak Yusof Rawa telah dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang pertama.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Mei 2016 
Sumber TKO - 1-5-2016

----------------------------------------------------------                                                                         PAS namakan lidah rasminya 'Bulan Bintang'

HARAKAHDAILY | .


PAS NAMAKAN LIDAH RASMINYA "BULAN BINTANG" (30 APRIL 1967)

PADA hari ini dalam tahun 1967, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju untuk menamakan lidah rasmi PAS yang baru dengan nama "Bulan Bintang," iaitu satu nama yang sinonim dengan lambang PAS, Bulan Bintang.

Pada awalnya, PAS telah menamakan majalahnya ini dengan nama "Suara PAS" tetapi ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyebabkan PAS memilih nama baru ini.

Pada 10 November 1966, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan untuk menerbitkan semula lidah rasmi PAS, "Suara Islam" yang pernah diterbitkan sejak akhir 1956 hingga 1962, setelah mendapat pembiayaan sebanyak RM14,000.

Bulan Bintang adalah lidah rasmi PAS yang ketiga setelah penerbitan "Majalah PAS" pada 1953, diikuti oleh "Suara Islam"  yang terbit selama enam tahun mulai akhir 1956.

Setelah itu, PAS hanya menerbitkan risalah-risalah penerangan seperti "Siaran Mingguan PAS" yang terbit pada 1957 dan "Kursus Politik Islam" terbitan 1965.

Selepas Bulan Bintang, PAS menerbitkan pula "Berita PAS" ketika berada dalam kerajaan, sebelum menerbitkan semula "Suara Islam" pada 1979-1981.

Pada Ogos 1983, PAS mula menerbitkan "al-Harakah", yang diikuti oleh majalah tidak berkala pada 1986-1987, dan akhirnya pada April 1987, diterbitkan pula tabloid Harakah.

Bulan Bintang telah mulai diterbitkan pada Ogos 1967 secara bulanan dalam saiz dan bentuk majalah. Edisi terakhirnya diterbitkan pada Februari 1969.

Mulai 22 Mei 1969, iaitu setelah berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang mengakibatkan seluruh kegiatan politik digantung, permit penerbitan Bulan Bintang juga telah ditarik balik oleh KDN.

Sepanjang tempoh ketiadaan permit penerbitan ini, PAS telah mengeluarkan siarannya yang dinamakan "Siaran Penerangan" antara Januari hingga November 1970.

Pada 1 Januari 1971, PAS telah berjaya mendapatkan semula permit penerbitan Bulan Bintang, tetapi kerana faktor ketidakstabilan politik, Bulan Bintang hanya dapat diterbitkan satu edisi sahaja iaitu edisi Jun 1971.

Pada asalnya, majalah ini telah dicadangkan untuk diterbitkan dalam tulisan Rumi, tetapi kerana bantahan ahli-ahli PAS, akhirnya semua edisi Bulan Bintang dicetak dengan tulisan Jawi.

Sesuai dengan namanya yang Islamik, Bulan Bintang yang dipersetujui bernama demikian pada 30 April 1967 telah menjadi saluran kepada PAS untuk menyampaikan pemikiran-pemikiran Islam yang menjadi dasar PAS.

Secara umumnya, kandungan majalah ini, selain menyifatkan berita-berita kepartian, telah berjaya mengenegah dasar perjuangan PAS, dasar pemerintahan dan sistem Kerajaan Islam, pemikiran kebangsaan Melayu, kebudayaan Islam, sistem ekonomi Islam, reformasi pemikiran ke arah pembentukan negara Islam dan lain-lain.

Ia juga menjadi saluran bagi PAS untuk menjawab dan menjelaskan isu-isu semasa yang timbul, terutama berkait persaingan politik antara PAS dan Umno.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
30 April 2016 - HARAKAHDAILY 30/4/2016

Sumber HD - 30-4-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS sertai sidang meja bulat tuntut pilihan raya segera
















HARAKAHDAILY | .

PAS SERTAI SIDANG MEJA BULAT NATIONAL CONFERENCE TUNTUT PILIHAN RAYA SEGERA (27 APRIL 1953)

PADA hari ini dalam tahun 1953, PAS telah menyertai Sidang Meja Bulat National Conference yang ditaja oleh 16 orang terkemuka termasuk tujuh orang Menteri Besar yang bertujuan untuk menuntut pilihan raya segera ke arah berkerajaan sendiri.

Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan pada 12 April 1953 dalam suratnya kepada Yang Dipertua Agung Umno dan Presiden MCA, menyatakan bahawa pendirian PAS untuk menyertai National Conference ini kerana yakin ia berkesan bagi mencapai kemerdekaan Malaya dan menegakkan sebuah negara demokrasi.

Pesuruhjaya Tinggi British bagi Asia Tenggara, Sir Malcom McDonald dikatakan mempengaruhi Dato' Onn Jaafar untuk menubuhkan National Conference bagi menyatukan semua kaum sebagai asas kepada kemerdekaan.

Pada 12 Februari 1953, satu perjumpaan parti-parti politik yang turut dihadiri oleh Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), Umno, MCA dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaya (MTUC) bersama 16 orang terkemuka termasuk tujuh orang Menteri Besar telah diadakan.

Perjumpaan ini berjaya mendapat persetujuan untuk menubuhkan National Conference, tetapi Umno menarik diri kerana tidak mahu tunduk kepada Dato' Onn. Dato' Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Aziz dilantik sebagai pengerusi.

Pada akhir Februari 1953, dalam mesyuarat kedua National Conference, Dato' Onn telah menolak penubuhan gabungan parti-parti politik menerusi National Conference kerana ia tidak menyelesaikan masalah.

Persidangan ini sendiri menghadapi masalah kerana tiada parti Melayu yang menyokongnya ekoran penarikan diri oleh Umno, menyebabkan pada 30 Mac 1953, National Conference telah menjemput PAS untuk mewakili orang Melayu.

Pada 6 April 1953, PAS telah bersetuju untuk menyertai National Conference sebagai satu strategi untuk menjadikan PAS parti yang bertaraf nasional. Pendekatan PAS ini adalah untuk mewujudkan perpaduan ke arah kemerdekaan.

Namun, menurut Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang, bahawa tujuan PAS menyertai National Conference adalah bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan berasaskan Islam dan PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak atas dasar Islam dan mempertahankan hak ketuanan Melayu.

Atas sebab tersebut, pada 27 April 1953, PAS telah menyertai Sidang Meja Bulat National Conference di Kuala Lumpur yang berjaya menubuhkan National Conference secara rasmi dengan disertai oleh IMP, MCA, MIC, PAS, Malayan Ceylonese Association dan Malayan Eurasian Association.

Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa National Conference dalam sidang ini, yang sekali gus mengiktiraf peranan PAS dalam kancah politik nasional.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
27 April 2016 - HARAKAHDAILY 27/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016

 -------------------------------------------------------                                                                             PAS sertai himpunan menentang tubuh Malaysia

HARAKAHDAILY | .


PAS SERTAI HIMPUNAN PARTI-PARTI PEMBANGKANG MENENTANG PENUBUHAN MALAYSIA (25 APRIL 1963)

PADA hari ini dalam tahun 1963, PAS telah menyertai perhimpunan parti-parti pembangkang di Sulaiman Court, Batu Road (Jalan TAR), Kuala Lumpur untuk menentang penubuhan Malaysia.

Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy yang mewakili PAS dalam himpunan anjuran parti-parti pembangkang ini telah menyampaikan ucapan mewakili pandangan PAS di mana PAS menyifatkan Malaysia adalah satu rancangan yang "membahayakan kedudukan bangsa Melayu" dan "sedikit demi sedikit (bangsa Melayu) akan tenggelam di dalam tanah airnya sendiri."

Isu penubuhan Malaysia telah timbul apabila Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu pada 27 Mei 1961 mencadangkan penubuhan Malaysia yang mencantumkan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Brunei, Sarawak dan Singapura.

Tujuan penubuhan Malaysia adalah untuk menangani masalah komunis, sekali gus mempercepatkan kemerdekaan wilayah British di Asia Tenggara. Ekoran itu, pada 15 Oktober 1961, PAS mengadakan Mesyuarat Agung Khas PAS di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, di mana PAS mengambil pendirian tidak bersetuju dengan percantuman antara Tanah Melayu dan Singapura, sebaliknya bersetuju supaya ditubuhkan Melayu Raya yang bukan sahaja melibatkan wilayah British, tetapi juga Indonesia dan Pulau-pulau Melayu termasuk Filipina.

PAS juga mahukan hak ketuanan orang Melayu di seluruh Alam Melayu dijamin oleh undang-undang.

Isu utama yang berbangkit dalam menentukan sikap PAS terhadap Malaysia ialah kedudukan ketuanan orang Melayu yang terancam dengan kaum imigran.

Pada tahun 1951, jumlah orang bukan Melayu di Tanah Melayu ialah seramai 2,686,071 orang berbanding hanya 2,631,154 orang Melayu.

Jika Malaysia ditubuhkan hanya melibatkan wilayah British sahaja, sejumlah 1,348,100 orang bukan Melayu dari Singapura dan sekitar 500,000 lagi dari Borneo akan menjadi rakyat baru, sedangkan rakyat baru dari kalangan orang Melayu dan Bumiputera Borneo Utara, Brunei, Sarawak dan Singapura tidak sampai sejuta orang.

Untuk membolehkan orang Melayu menjadi bangsa yang kuat, PAS mahukan seluruh Alam Melayu yang mempunyai hampir 300 juta orang Melayu bercantum atas nama Melayu Raya.

Pada 16 Oktober 1961 dan 1 Mei 1962 PAS telah mengemukakan di Dewan Rakyat supaya Melayu Raya ditubuhkan menggantikan Malaysia, tetapi usul PAS ditolak oleh Parlimen.

Pada 23 April 1963, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah menggubal satu memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menjelaskan sikap PAS dan bahaya penubuhan Malaysia kepada kestabilan politik Tanah Melayu pada masa depan.

Bagi menyampaikan pandangan PAS terhadap masa depan orang Melayu ini, pada 25 April 1963, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy telah mewakili PAS ke Perhimpunan Parti-parti Pembangkang untuk menentang penubuhan Malaysia.

Akhirnya pada 27Julai 1963, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah mengambil pendirian rasmi PAS untuk menentang penubuhan Malaysia atas sebab membahayakan masa depan orang Melayu.

Berselang enam tahun kemudian, tercetus Tragedi 13 Mei 1969, iaitu rusuhan kaum terbesar di negara ini setelah orang Melayu hilang kuasa politik di beberapa negeri dalam Pilihan Raya Umum 1969 yang diikuti oleh perarakan politik anjuran DAP di Kuala Lumpur.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
25 April 2016 - HARAKAHDAILY 25/4/2016

Sumber HD - 25-4-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























PAS desak Islam jadi undang-undang tertinggi negara

HARAKAHDAILY | .


PAS DESAK SUPAYA ISLAM DIJADIKAN UNDANG-UNDANG TERTINGGI NEGARA (25 APRIL 1973)

PADA hari ini dalam tahun 1973, Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS, Ustaz Haji Yusof Abdullah ar-Rawi telah mendesak Kerajaan Persekutuan supaya memartabatkan undang-undang Islam sebagai undang-undang tertinggi negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Setar Utara telah membuat desakan tersebut ketika membahaskan usul ucapan terima kasih kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Menegakkan syariat Islam adalah tujuan utama perjuangan PAS yang telah ditetapkan sejak penubuhannya lagi, dan dalam strategi politiknya pada 1972, ketika merancang mengadakan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan, antara syarat yang ditetapkan oleh PAS untuk kerjasama ini ialah perlaksanaan syariat.

Pada 11 Ogos 1972, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju untuk menjadikan syarat "menerima syariat Islam sebagai sumber perundangan negara" sebagai asas perundingan.

Dalam perundingan pembentukan Kerajaan Campuran kali pertama pada 16 Ogos 1972, kedua-dua pihak telah bersetuju supaya "PAS akan dibenarkan menggubal undang-undang yang mengandungi nilai-nilai Islam bagi mengawal akhlak rakyat" dan "PAS akan dibenarkan mempergiatkan usaha-usaha dakwah di negara ini".

Pada 4 Disember 1972, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah menggariskan enam dasar pembentukan Kerajaan Campuran, antaranya ialah tentang penerapan prinsip-prinsip Islam dalam pembangunan negara, memasukan unsur Islam dalam perundangan dan menghapuskan kebudayaan yang berlawanan dengan Islam.

Pada hari yang sama, dalam rundingan dengan Umno, mereka telah bersetuju supaya pembangunan rohaniah diseimbangkan dengan lahiriah dan memasukan nilai-nilai Islam dalam perundangan dan perlembagaan negara.

Atas asas inilah, pada 24 April 1973, Haji Yusof Rawa telah membuat desakan supaya undang-undang negara ini bersumber dari Islam sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

PAS juga mendesak supaya kerajaan bersungguh-sungguh untuk menjadikan Islam sebagai sumber perundangan negara.

Ahli Parlimen Kota Setar Selatan, Ustaz Mawardi Lebai Teh pada hari yang sama turut mendesak kerajaan supaya menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang induk di negara ini menggantikan undang-undang British.

Berita PAS keluaran Mei-Jun 1973 telah melaporkan kesungguhan PAS membuat desakan di Dewan Rakyat menuju pelaksanaan syariat.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
24 April 2016 - HARAKAHDAILY 24/4/2016

Sumber HD - 24-4-2016

-------------------------------------------------------                                                                               Dr Burhanuddin dilantik ahli kehormat PAS Johor Bahru

HARAKAHDAILY | .


DR BURHANUDDIN AL-HELMY DILANTIK AHLI KEHORMAT PAS JOHOR BAHRU (23 APRIL 1954)

PADA hari ini dalam tahun 1954, Jawatankuasa Kerja PAS Cawangan Johor Bahru telah bersetuju melantik tokoh nasionalis Islam yang terkenal, Dr Burhanuddin al-Helmy Mohd Noor sebagai ahli kehormat cawangan tersebut.

Pelantikan Dr Burhanuddin al-Helmy ini dibuat bagi menghargai khidmat beliau kepada perjuangan Islam semenjak zaman Jepun sehingga penubuhan Hizbul Muslimin, kemudian perjuangan beliau dalam isu Natrah sehinggalah menyampaikan Islam melalui syarahan dan tulisan-tulisan selepas keluar penjara pada 1952. Antara buku terpenting beliau ialah 'Islam dan Politik' yang dijadikan pada 1954.

Dr Burhanuddin al-Helmy yang dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak adalah lulusan Aligarh Muslim University (AMU), India sebelum mendalami ilmu perubatan homeopathy di Singapura dan mendapat ijazah master dalam bidang homeopathy di Chistiya Medical College, India dan mengikuti pengajian kedoktoran falsafah dalam bidang falsafah Islam di Fakulti Psikologi AMU.

Setelah menamatkan pengajian, beliau berkhidmat sebagai Penasihat Adat Istiadat Melayu di Markaz Pentadbiran Tentera Jepun, Taiping.

Beliau mula terlibat dengan politik melalui Kesatuan Melayu Muda (KMM), kemudian memimpin Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung (KRIS) pada akhir zaman Jepun.

Pada 1945, beliau dilantik memimpin Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), selain menjadi Pengerusi PUTERA-AMCJA, sebuah gabungan politik pelbagai kaum yang memperjuangkan Perlembagaan Rakyat pada 1948. Dr Burhanuddin al-Helmy juga terlibat secara langsung dalam penubuhan dan pergerakan Hizbul Muslimin.

Selepas PKMM diharamkan pada akhir 1948, Dr Burhanuddin al-Helmy telah mengetuai Jawatankuasa Bertindak Isu Natrah pada Disember 1950 yang menyebabkan beliau meringkuk dalam tahanan sehingga pertengahan 1952.

Sejak keluar dari tahanan di Singapura, beliau tidak menyertai mana-mana politik walaupun ditawarkan memimpin Partai Melayu Semenanjung (PMS) dan terlibat mengasaskan Partai Rakyat Malaya (PRM) pada 1955.

Beliau hanya bergiat melalui kursus-kursus politik Islam anjuran Umno, selain menyebarkan fahaman politik Islam melalui tulisan.

Atas sumbangan beliau terhadap pergerakan politik Islam ini, pada 23 April 1954 beliau dilantik sebagai ahli kehormat PAS, dan dimaklumkan perlantikan ini pada 30 April 1954.

Dr Burhanuddin al-Helmy kemudiannya menyertai PAS secara rasmi pada 14 Disember 1956 dan akhirnya dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS Ketiga pada 25 Disember 1956. Jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga akhir hayatnya pada 25 Oktober 1969.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 April 2016 - HARAKAHDAILY 23/4/2016

Sumber HD - 23-4-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS kemuka memorandum perjelas bahaya jus soli
















HARAKAHDAILY | .


PAS KEMUKA MEMORANDUM PERJELAS BAHAYA JUS SOLI (22 APRIL 1956)
PADA hari ini dalam tahun 1956, PAS telah mengeluarkan satu Memorandum 18 Perkara yang bertajuk 'Maklumat Jus Soli' untuk memaklumkan kepada rakyat negara ini tentang bahaya dasar kerakyatan jus soli (kerakyatan berdasarkan tempat lahir) kepada masa depan politik negara.

PAS menzahirkan kebimbangan bahawa dasar jus soli bukan sahaja mewujudkan rakyat yang tidak setia kepada negara, tetapi juga akan menggugat ketuanan orang Melayu yang mungkin akan membawa kesan buruk kepada politik dan ekonomi negara pada masa hadapan.

Pada 22-23 Oktober 1955, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah mengkaji dasar kerakyatan jus soli ini setelah imigran diberikan hak mengundi secara jus soli dalam Pilihan Raya Umum 1955, dan memutuskan supaya PAS menghantar memorandum bantahan kepada Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British.

Ekoran ancaman ini, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Keempat pada 26-28 Disember 1955 telah memutuskan supaya orang asing yang bukan rakyat Persekutuan diharamkan sama sekali terlibat dalam politik di negara ini.

Lebih membimbangkan PAS selepas Pilihan Raya Umum 1955, apabila 144 pertubuhan Cina di Perak telah menuntut supaya bahasa Mandarin dijadikan bahasa rasmi di Majlis Undangan Persekutuan, diikuti oleh tuntutan The Pan Malayan Federation of Chinese Association supaya ketuanan Melayu dihapuskan dan mendesak kerajaan menerima dasar kerakyatan jus soli.
Ini mendorong Jawatankuasa Politik PAS Pusat pada 14 April 1956 merangka bangkangan terhadap tuntutan orang Cina melalui satu Memorandum 18 Perkara. Memorandum ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS melalui telegram pada 15 April 1956.

Memorandum 'Maklumat Jus Soli' yang disiarkan kepada awam dan juga pihak berkuasa pada 22 April 1956 ini bertujuan supaya semua pihak "tahu dengan terang bahawa orang Melayu adalah bumiputera asal dan berdaulat di negeri ini" dan "orang bukan Melayu mempunyai peluang hidup, mendapat tempat dan hak di negeri ini." Antara lain memorandum ini mempertegaskan:
I. Orang bukan Melayu telah diberikan hak politik di negeri ini, hak yang tidak akan diperolehi di tempat lain, tetapi mengapa masih menuntut kerakyatan jus soli;

II. Tuntutan jus soli akan merosakan asas jaminan kesuburan dan kesihatan politik;
III. Jus soli boleh menimbulkan pengkhianatan kerana kerakyatan tanpa kesetiaan;
IV. Tuntutan jus soli berniat jahat kerana mahu menceroboh hak orang Melayu;
V. Jus soli akan menenggelamkan bangsa Melayu, mencabul hak orang Melayu dan akan menimbulkan persengketaan politik;

VI. Tuntutan jus soli akan menimbulkan kekecohan dan membantutkan kemerdekaan; dan
VII. Memadai jika dasar kerakyatan kekal mengikut Undang-undang Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu (Pindaan) 1951.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
22 April 2016 - HARAKAHDAILY 22/4/2016

Sumber HD - 22-4-2016

-------------------------------------------------------                                                                  Muktamar putuskan wajib sertai pilihan raya

HARAKAHDAILY | .


Muktamar Islam Asia Tenggara Putuskan Keperluan Umat Islam Sertai Pilihan Raya

PADA hari ini dalam tahun 1954, Muktamar Islam Asia Tenggara telah diadakan di Kuala Lumpur yang melibatkan alim ulama dari seluruh Malaya bagi membincangkan isu-isu semasa umat Islam terutama berkait usaha menuntut kemerdekaan dan pendekatan demokrasi dalam pembentukan negara baru.

Lebih khusus lagi ialah tentang penglibatan gerakan Islam dalam pilihan raya yang akan diadakan di Malaya dan Indonesia pada tahun 1955.

Cetusan idea mengadakan Muktamar Islam Se-Malaya telah dibincang dan dipersetujui oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kedua pada 25-26 Ogos 1953 yang bertujuan "membincangkan kedudukan Islam di Malaya dan Singapura."

Ekoran itu, pada 25-26 Disember 1953, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju menganjurkan Kongres Ulamak Se-Malaya untuk merumuskan masalah "kedudukan dan suasana Tanah Melayu" dalam menghadapi perubahan politik dengan tuntutan kemerdekaan, terutama berkait dengan pilihan raya, selain untuk menubuhkan Dewan Ulamak PAS menerusi kongres ini.

Namun, kongres ini terpaksa ditangguhkan kerana keadaan politik PAS yang tidak begitu stabil ekoran pengunduran Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan.

Ketika PAS sedang memberikan tumpuan kepada tuntutan pilihan raya segera ke arah berkerajaan sendiri sebagai langkah mencapai kemerdekaan melalui National Convention, PAS menerima jemputan menyertai Muktamar Islam Asia Tenggara.

PAS memandang muktamar ini sangat penting kerana ia akan menghimpunan para ulama daripada pelbagai tempat dan akan membincangkan isu-isu berkait dengan hukum menyertai pilihan raya, yang pasti akan memberi kesan kepada PAS dalam konteks menegakkan negara Islam secara demokrasi berpilihan raya.

Isu hukum menyertai pilihan raya bagi umat Islam di Asia Tenggara telah menjadi hangat apabila Malaya dan Indonesia merancang untuk mengadakan pilihan raya dalam tahun 1955. Malaya akan mengadakan pilihan raya pada 27 Julai 1955, mana kala Indonesia pada 29 September 1955.

Seperti mana PAS, di Indonesia suasana serupa dihadapi oleh parti Islamnya, Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi). Ekoran itu, Majlis Syura Masyumi Pusat pada 24 Februari 1953 telah memutuskan hukum wajib bagi umat Islam menyertai pilihan raya, diikuti oleh keputusan yang sama oleh Muktamar Alim Ulamak dan Mubaligh Se-Indonesia di Medan pada 11-15 April 1953.

Perkembangan di Indonesia ini telah mendorong kepada penganjuran Muktamar Islam Asia Tenggara pada 21 April 1954 dan Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26-27 Mac 1954 telah memutuskan supaya PAS diwakili oleh Haji Sulaiman Basri, Haji Zabidi Ali dan Mohamad Hanif, mana kala Abdul Hamid Shariff, Haji Ahmad Haji Ali, Kiyai Yassin, Mohd Asri Haji Muda dan Ustaz Othman Abdullah hadir sebagai pemerhati.

Pada akhir muktamar ini, mereka telah memutuskan "bahawa penyertaan umat Islam Indonesia dalam Pilihan Raya Umum yang akan diadakan di Indonesia nanti adalah fardhu ain hukumnya dan adalah haram jika umat Islam tidak ikut serta..." Keputusan ini turut mengikat umat Islam di Malaya yang akan berpilihan raya lebih awal dalam rangka menubuhkan semula negara Islam setelah mencapai kemerdekaan.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
21 April 2016 – HARAKAHDAILY 21/4/2016

Sumber HD - 21-4-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Asri, Tun Razak sepentas terang pembentukan BN
















HARAKAHDAILY | .


Ceramah Perdana Dato' Mohd Asri Dan Tun Razak Di Temerloh Ke Arah Pembentukan BN (20 April 1974)

PADA hari ini dalam tahun 1974, Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda dan Presiden Umno, Tun Haji Abdul Razak Hussein telah mengadakan rapat umum bersama di Temerloh, Pahang untuk menjelaskan penyertaan PAS dalam BN.

Jabatan Penerangan Malaysia dalam satu laporannya pada 1974 menyatakan inilah perhimpunan ceramah politik terbesar yang pernah diadakan di negeri Pahang, di mana ia dihadiri oleh lebih 30,000 orang pendengar. Ceramah ini juga adalah ceramah politik yang pertama melibatkan kepemimpinan tertinggi kedua-dua parti semenjak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Setelah PAS berjaya membentuk Kerajaan Campuran dengan Perikatan pada 1 Januari 1973, telah wujud cadangan supaya semua parti yang membentuk Kerajaan Campuran dengan Perikatan membentuk satu pakatan politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1974.

Pada 26 Januari 1974, PAS telah memutuskan supaya Jawatankuasa Politik dan Ekonomi PAS Pusat membuat kajian terperinci tentang Perlembagaan BN dan juga kemungkinan penyertaan PAS dalam BN, manakala Dewan Ulamak PAS Pusat pula membuat kajian hukum. Kedua-dua badan ini kemudiannya telah memberikan laporan positif tentang hal BN ini.

Pada 7 Mac 1974, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju untuk menyertai BN dengan beberapa pindaan terhadap Perlembagaan BN. PAS tidak mahu mengikat dirinya dalam BN dengan menjadikan pakatan ini sebagai satu 'gabungan,' bukannya 'pertubuhan.'

Kerana persetujuan ini, Dato' Mohd Asri telah menjelaskan kepada ahli-ahli PAS bahawa BN adalah sebuah konfederasi (gabungan) parti-parti politik, di mana PAS berdiri sendiri sebagai anggota gabungan, bukannya meleburkan diri dalam BN. Atas asas kebolehan PAS mempertahankan jatidiri inilah, Dewan Ulamak PAS Pusat mengharuskan penyertaan PAS dalam BN.

Perhimpunan raksasa pada 20 April 1974 ini diadakan bersama oleh PAS dan Umno, di mana pemimpin tertinggi kedua-dua parti telah menyampaikan ucapan sekali gus menyatakan tujuan pembentukan BN kepada rakyat, khususnya orang Melayu.

Selepas ceramah ini, satu ceramah serupa diadakan di kubu PAS, Kota Bharu pada 9 Mei 1974 yang dihadiri oleh lebih 80,000 orang pendengar. Hasil dari maklum balas positif rakyat terhadap kerjasama politik ini, pada 1 Jun 1974, penubuhan BN telah diumumkan secara rasmi yang turut melibatkan penyertaan PAS.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS pada 13-15 Jun 1974, usul penyertaan PAS dalam BN ini telah diluluskan, sekali gus membolehkan PAS menyertai Pilihan Raya Umum 1974 atas tiket BN.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
20 April 2016 – HARAKAHDAILY 20/4/2016

Sumber HD - 20-4-2016

-------------------------------------------------------                                                                              TG Nik Abdul Aziz diangkat sebagai Ketua Dewan Ulamak

HARAKAHDAILY | .


TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ DIANGKAT SEBAGAI KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT (19 APRIL 1968)

PADA hari ini dalam tahun 1968, Ahli Parlimen Kelantan Hilir, Ustaz Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dipilih sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat menggantikan Tuan Guru Haji Hussein Rahimi Mat Saman yang tidak mempertahankan jawatannya dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat 1968 di Perlis.

Tuan Guru Haji Hussein Rahimi yang mengundurkan diri, telah menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sejak 1962 iaitu selepas Tuan Guru Haji Abdul Samad Nuh (1958-1962), Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin (1956-1958) dan Sheikh Abdullah Fahim (1952-1953).

Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke-11 yang sepatutnya diadakan pada 6 Oktober 1967 telah ditangguhkan ke tarikh baru, iaitu 19 April 1968 ekoran berlakunya Pilihan Raya Kecil Kelantan Hilir pada 21 Oktober 1967.

Ustaz Nik Abdul Aziz yang menjadi calon PAS dalam pilihan raya ini telah berjaya mempertahankan kerusi tersebut ekoran kematian Haji Ahmad Perai pada 30 Ogos 1967. Setelah menjadi Ahli Parlimen Kelantan Hilir, Ustaz Nik Abdul Aziz sebagai seorang tokoh ulama muda telah dicalonkan untuk menggantikan Tuan Guru Haji Hussein Rahimi, rakan sepeguruannya di Pondok Tok Khurasan pada akhir 1940-an.

Ustaz Nik Abdul Aziz yang merupakan anak kepada ulamak terkenal, Tuan Guru Haji Nik Mat Alim bin Raja Banjar iaitu ahli Majlis Ulamak MAIK, telah dilahirkan pada 10 Januari 1930 di Pulau Melaka.

Setelah mendapat pendidikan daripada ayahnya sendiri, beliau berguru dengan Tok Khurasan di Kampung Sireh di samping belajar di Jamik Ismaili Merbau, kemudian ke Madrasah Ittidaqiyah, Jerteh.

Pada 1952 beliau mendalami ilmu hadis di Darul Ulum Deoband, India dan pada 1958 beliau mendapat ijazah tafsir al-Quran di Madrasah Qasim al-Ulum al-Mutaallaqah, Jamiah Khudamuddin, Sherawala Gate, Lahore.

Pada akhir 1958, beliau memasuki Universiti al-Azhar dan mendapat ijazah Aliyah dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Arab pada 1960. Akhirnya beliau menamatkan pengajian dengan ijazah master dalam bidang perundangan Islam pada 1962.

Setelah pulang ke tanah air, beliau mengajar di Masjid Pulau Melaka dan mengasaskan Madrasah Darul Annuar. Beliau mula mengajar di Madrasah Tarbiyah Mardhiah pada 1962 hingga 1967, di samping mengajar Kelas Dewasa.

Mulai 1965, beliau mengajar di Maahad Muhammadi, Kota Bharu sehingga 1967. Beliau juga menjadi pendakwah bebas di masjid-masjid di sekitar Kota Bharu.

Dengan pengaruh beliau dalam bidang keagamaan, Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Ustaz Nik Abdullah Arshad yang juga Mudir Madrasah Tarbiyah Mardhiah telah mencalonkan Ustaz Nik Abdul Aziz sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil Kelantan Hilir, dan diterima oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan pada 20 September 1967.

Keputusan ini dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 23 September 1967, di mana pada hari yang sama, Ustaz Nik Abdul Aziz telah menjadi ahli PAS. Pada 25 September 1967, beliau telah dinamakan sebagai calon PAS dan berjaya memenangi kerusi Parlimen Kelantan Hilir pada 21 Oktober 1967.

Jawatan parti yang pertama dipegang oleh beliau ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang dipegang oleh beliau mulai 19 April 1968.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
19 April 2016 – HARAKAHDAILY 19/4/2016

Sumber HD - 19-4-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Ustaz Zabidi dilantik anggota Exco Kerajaan Pulau Pinang

















HARAKAHDAILY | .


USTAZ ZABIDI DILANTIK ANGGOTAI EXCO KERAJAAN PULAU PINANG (18 APRIL 1977)

PADA hari ini dalam tahun 1977, Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Lim Chong Eu telah memaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Zabidi Ali dilantik menganggotai Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkuat kuasa mulai 19 April 1977.

Ustaz Haji Zabidi yang juga ADUN Sungai Dua merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang setelah beliau memenangi kerusi tersebut atas tiket BN dalam Pilihan Raya Umum Kelima pada 24 Ogos 1974.

Ustaz Haji Zabidi yang dilahirkan pada 1919 pernah belajar di Mekah, sebelum berguru dengan Sheikh Abdullah Maghribi, Sheikh Abdullah Fahim dan Sheikh Hassan Yamani di Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar.

Bekas pemimpin Persatuan Melayu Seberang Perai ini pernah menyertai Umno pada 1946 sebelum menjadi pengasas PAS pada 1951. Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS (1951-1958 dan 1974-1987), Setiausaha Agung PAS (1956) dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang (1957-1958 dan 1977-1989).

Beliau juga adalah Yang Dipertua Pertubuhan Tani Malaya sehingga 1955. Bekas guru di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMUZA) Terengganu (1958-1971) ini juga pernah menjadi ADUN Sungai Dua (1974-1982) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh (1978-1982).

Pelantikan beliau sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini menjadikan beliau sebagai pemimpin PAS terakhir yang dilantik ke jawatan tersebut pada zaman PAS dalam BN. Selain Kelantan, di negeri-negeri lain, perlantikan Exco dibuat selepas Pilihan Raya Umum 1974 iaitu Ustaz Ismail Kassim dan Cikgu Sudin Wahab (Kedah), Ustaz Harun Jusoh dan Ustaz Kassim Ahmad (Terengganu) serta Ustaz Mohamad Junid (Perak).

Atas desakan PAS, selepas Datuk Hussein Onn menjadi Perdana Menteri, PAS diberikan tambahan kerusi Exco di Perlis dan Pulau Pinang, di mana Ustaz Ahmad Long dilantik sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri Perlis pada 19 September 1976, sedangkan perlantikan Ustaz Haji Zabidi di Pulau Pinang bermula 19 April 1977.

Kedudukan Ustaz Haji Zabidi dalam kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang walau bagaimanapun tidak kekal lama ekoran krisis politik yang tercetus di Kelantan pada 1977 yang menyebabkan PAS disingkirkan dari BN pada 13 Disember 1977, yang sekali gus mengakhirkan peranan PAS dalam Kerajaan Pulau Pinang.

Namun begitu, selepas krisis ini, Ustaz Haji Zabidi bukan sahaja dapat mempertahankan kerusi DUN Sungai Dua dalam Pilihan Raya Umum 1978, tetapi turut merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dari BN.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
18 April 2016 – HARAKAHDAILY 18/4/2016

Sumber HD - 18-4-2016

-----------------------------------------------------                                                                    Muktamar PAS ke-27 cetusan awal kepemimpinan ulamak

HARAKAHDAILY | .


Muktamar PAS Kali Ke-27 Membuat Cetusan Awal Kepemimpinan Ulamak (17 April 1981)

PADA hari ini dalam tahun 1981, PAS telah mengadakan Muktamar Tahunan Kali Ke-27 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur sebagai muktamar pertama selepas memasuki abad ke-15 Hijriyah yang berlangsung selama tiga hari bermula 17-19 April 1981.

Muktamar ini berlangsung dalam suasana tegang kerana wujudnya krisis kepemimpinan PAS ekoran kenyataan Dato' Mohd Asri Haji Muda, Yang Dipertua Agung PAS pada 28 Januari 1981 yang mencadangkan PAS mengadakan kerjasama dengan DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Keenam pada 1982.

Cadangan telah menimbulkan kritikan terbuka terhadap kepemimpinan beliau dari pelbagai pihak termasuk dalaman PAS sendiri.

Ketika ini telah wujud beberapa isu seperti isu kafir-mengkafir ekoran tindakan Mahkamah Syariah Besut menjatuhkan hukuman penjara terhadap Tuan Guru Haji Mustafa Abu Bakar kerana ceramahnya di Besut, yang berkemuncak dengan isu Amanat Haji Hadi.

Kekaguman umat Islam terhadap kejayaan Revolusi Iran pada 1979 telah menyebabkan ahli-ahli PAS mula melihat para ulamak sebagai alternatif terhadap kepemimpinan Dato' Mohd Asri, terutama ekoran isu kerjasama dengan DAP.

Kesan daripada isu-isu ini, ahli-ahli PAS telah mencalonkan Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Yusof Rawa untuk merebut jawatan Yang Dipertua Agung PAS.

Walaupun Pak Yusof Rawa menolak pencalonan ini, ia telah memberi mesej kepada Dato' Mohd Asri tentang kedudukan kepemimpinan beliau.

Pada 10 Februari 1982, Yang Dipertua Agung PAS itu membuat penjelasan bahawa beliau tidak berniat untuk membawa PAS bekerjasama dengan DAP dan menyerahkan kepada muktamar untuk menentukan kedudukannya.

Dalam Ucapan Dasarnya, Dato' Mohd Asri telah membuat kenyataan yang berharap agar kerjasama PAS-DAP tidak menjadi kenyataan.

Di sebalik penolakan Pak Yusof Rawa terhadap pencalonan sebagai Yang Dipertua Agung PAS, beliau telah bertanding untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, mana kala Ustaz Fadzil Nor dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk jawatan Naib Yang Dipertua Agung PAS.

Di kem Dato' Mohd Asri, Dato' Abu Bakar Umar mempertahankan jawatan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, sedangkan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Haji Wan Ismail Ibrahim merebut jawatan Naib Yang Dipertua Agung PAS.

Kesemua calon tajaan Dato' Mohd Asri telah tewas dalam pemilihan ini, kecuali Haji Zahari Awang, Ustaz Abdul Wahab Yunus dan Cikgu Sudin Wahab yang menduduki Jawatankuasa Kerja Agung PAS, serta Datin Sakinah Junid yang terlebih dahulu dikekalkan sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Calon lain terpilih untuk Jawatankuasa Kerja Agung PAS ialah Ustaz Hassan Shukri, Ustaz Nakhaie Ahmad, Haji Wan Abdul Mutalib Embong, Syed Ibrahim Abdul Rahman, Haji Hassan Ishak, Dr Haji Abbas Alias dan Ustaz Yahya Othman, sedangkan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Cikgu Mustafa Ali masing-masing telah kekal sebagai Ketua Dewan Ulamak dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ekoran kekalahan ramai penyokong Dato' Mohd Asri dalam pemilihan ini, Yang Dipertua Agung PAS itu telah melantik Dato' Abu Bakar Umar dan Haji Hassan Mohamad masing-masing sebagai Setiausaha Agung PAS dan Bendahari PAS yang dikatakan tidak dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS.

Pergolakan dalam pemilihan parti pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-27 pads 17-19 April 1981 ini menjadi titik mula peralihan PAS kepada kepemimpinan ulamak di mana dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-28, Dato' Mohd Asri telah meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi PAS dan dipangku oleh Pak Yusof Rawa.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
17 April 2016 - HARAKAHDAILY 17/4/2016

Sumber HD - 17-4-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: Pusat sedia benarkan Kelantan laksana hudud
















HARAKAHDAILY | .


PUSAT SEDIA BENARKAN KELANTAN LAKSANA HUDUD (16 APRIL 1992)

PADA hari ini dalam tahun 1992, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed telah membuat kejutan dengan menyatakan kesediaan Kerajaan Pusat untuk membenarkan Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hudud dan bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan tersebut.

Perdana Menteri turut mencabar Kelantan supaya mengemukakan permohonan secara rasmi kepada Pusat untuk melaksanakan hudud jika Kerajaan PAS Kelantan benar-benar berhasrat berbuat demikian.

Isu perlaksanaan hudud ini timbul setelah Majlis Syura Ulamak PAS yang menerima laporan Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Kelantan berkait perlaksanaan syariat pada 12 Mac 1992, telah bersetuju supaya Perlembagaan Negeri Kelantan dipinda untuk membolehkan undang-undang syariah dilaksanakan.

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Payung, Terengganu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1 April 1992 telah mendedahkan rancangan Kerajaan PAS Kelantan untuk meminda Perlembagaan Negeri Kelantan untuk membolehkan hudud dilaksanakan.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu juga mendedahkan bahawa halangan utama dalam perlaksanaan hudud di Kelantan ialah untuk mendapatkan kerjasama Kerajaan Pusat bagi meminda Perlembagaan Persekutuan.

PAS telah menyatakan komitmennya untuk berunding dengan Kerajaan Pusat supaya hudud dapat dilaksanakan di Kelantan. Ekoran kenyataan Dr Mahathir pada 16 April 1992 ini, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz pada 20 April 1992 telah meminta Kerajaan Pusat memberikan jaminan bertulis tentang kesediaan mereka meminda Perlembagaan Persekutuan dan memberi laluan kepada Kelantan melaksanakan hudud.

Namun begitu, kerana tekanan parti-parti komponen BN terhadap Umno, pada 24 April 1992, Dr Mahathir telah menolak permintaan PAS supaya Kerajaan Pusat memberikan jaminan bertulis tersebut. Sebaliknya, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mempertegaskan pendirian PAS untuk membawa usul Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen bagi maksud tersebut.

Ekoran kenyataan Dr Mahathir pada 16 April 1992 juga, PAS telah mengambil langkah segera untuk menggubal draf Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang akhirnya diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS pada 7 November 1992, selain menumpukan kepada proses memperincikan draf pindaan Perlembagaan Negeri Kelantan yang diarah oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 12 Mac 1992 ke arah perlaksanaan syariat. Akhirnya, pada 25 November 1993, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan berjaya diluluskan oleh DUN Kelantan.

Walau bagaimanapun, di sebalik kesungguhan PAS ini, pada 3 Mac 1993, Dr Mahathir telah menolak Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang dituduh sebagai zalim.

Pada 21 Mac 1994, Kerajaan PAS Kelantan menyerahkan enakman yang telah diperkenan oleh Sultan Kelantan, diikuti oleh permohonan rasmi kepada Kerajaan Pusat pada 8 Jun 1994.

Namun begitu, Kerajaan Pusat telah menolak permohonan rasmi Kerajaan PAS Kelantan itu pada 15 Julai 1994 yang menyebabkan proses pelaksanaan syariat terhalang.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
16 April 2016 - HARAKAHDAILY 16/4/2016

Sumber HD - 16-4-2016

-------------------------------------------------------                                                                         Dewan Muslimat cadang muslimat calon pilihan raya

HARAKAHDAILY | .


Dewan Muslimat Angkat Cadangan Muslimat Sebagai Calon Pilihan Raya (15 April 2001)

PADA hari ini dalam tahun 2001, Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengemukakan satu kertas cadangan bertajuk 'Kertas Cadangan Pencalonan Muslimat (Wanita) Dalam Pilihan Raya' kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai satu usaha untuk membolehkan PAS meletakkan calon wanita dalam pilihan raya.

Kertas cadangan ini adalah lanjutan daripada usul Dewan Muslimat PAS Pusat yang diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-44 pada 2-4 Jun 2000 yang mahu PAS Pusat mempertimbangkan kemungkinan wanita menjadi calon.

Isu pencalonan Muslimat dalam pilihan raya telah berbangkit dalam PAS sejak 1989 apabila Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Wan Asma' Abdul Kadir membangkitkannya dalam Jawatankuasa Harian PAS Kelantan pada 4 Oktober 1989 dan dakwaan pemimpin Semangat 46, Hajjah Illani Isahak bahawa Islam membenarkan wanita menjadi calon.

Semangat 46 telah mencadangkan Hajjah Illani untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi dipertikaikan oleh pemimpin PAS.

Pada 30 September 1989, Majlis Syura Ulamak PAS telah melantik Ustaz Idris Omar, Ustaz Azizan Abdul Razak dan Ustaz Ibrahim Abdullah untuk membuat kajian terperinci tentang perkara ini, yang kemudiannya hasil kajian ini, Majlis Syura Ulamak PAS pada 5 November 1989 membuat keputusan bahawa tidak sayugia Muslimat menjadi calon kecuali dengan keperluan yang mendesak dan syarat yang ketat.

Sebenarnya, semenjak 1959, PAS mempunyai pendirian bahawa Muslimat boleh menjadi calon pilihan raya dan dalam Pilihan Raya Umum Pertama pada 19 Ogos 1959, PAS telah meletakkan beberapa calon Muslimat, di mana Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ibu Khadijah Sidek telah memenangi kerusi Parlimen Dungun dan menjadi ahli parlimen sehingga 1964.

Dasar PAS tentang pencalonan Muslimat telah berubah ekoran keganasan politik yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ketiga pada 10 Mei 1969.

Semenjak itu, PAS lagi tidak membenarkan Muslimat dicalonkan dalam pilihan raya di atas maslahah keselamatan.

Di sebalik Tragedi 13 Mei 1969 dan pendirian Majlis Syura Ulamak PAS pada 5 November 1989, Dewan Muslimat PAS Pusat pada 15 April 2001 telah menggariskan lima rasional penglibatan semula Muslimat sebagai calon PAS dalam pilihan raya:

I. Tiadanya larangan mutlak berdasarkan nas-nas mantap;
II. Banyak isu wanita yang perlu disuarakan oleh Muslimat PAS dalam forum terbuka;
III. Meyakinkan masyarakat tentang penghormatan PAS kepada wanita dan memperkasakan kepemimpinan Muslimat PAS;
IV. Pendekatan psikologi terhadap pengundi wanita; dan
V. Keterbatasan ruang untuk Muslimat PAS memberi sumbangan dalam politik kenegaraan.

Dengan lima rasional ini, Dewan Muslimat PAS Pusat mahu Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mempertimbangkan kedudukan Muslimat PAS sebagai calon dalam pilihan raya.

Ekoran keputusan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-44 dan kertas cadangan Dewan Muslimat PAS Pusat tersebut, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sejak 15 April 2001 telah terus membincangkan isu ini pada 12 Ogos 2001, 16 September 2001 dan 13 Oktober 2001, sebelum ia dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulamak PAS pada 30 Disember 2001.

Majlis Syura Ulamak PAS telah bersetuju mengekalkan amalan PAS sebelum ini, iaitu mengharuskan Muslimat menjadi calon dalam pilihan raya yang terikat kepada syarat-syarat tertentu.

Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 12 Januari 2002 telah memaklumkan kepada Dewan Muslimat PAS Pusat tentang pendirian Majlis Syura Ulamak PAS tersebut, dan Dewan Ulamak PAS Pusat menerbitkan sebuah buku bertajuk 'PAS & Calon Wanita' susunan Ustaz Azizan Abdul Razak pada 2003 untuk menjelaskan dalil-dalil berkait pendirian PAS tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
15 April 2016 - HARAKAHDAILY 15/4/2016

Sumber HD - 15-4-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Gerakan kembangkan PAS di Kelantan dilancar (1954)
















HARAKAHDAILY | .


GERAKAN KEMBANGKAN PAS DI KELANTAN DILANCAR (14 APRIL 1954)

PADA hari ini dalam tahun 1954, PAS telah melancarkan satu gerakan besar-besaran untuk menggempur Kelantan sebagai pusat perkembangan pengaruhnya yang.

Gerakan mengembangkan pengaruh PAS di Kelantan yang mendapat liputan Utusan Melayu pada 15 April 1954 ini adalah strategi utama yang dibuat oleh PAS sebagai persiapan untuk menyertai Pilihan Raya Umum 1955. Pada 27 Mac 1954, PAS telah memutuskan untuk terlibat dalam pilihan raya ini.

Langkah ini telah dikepalai oleh Pegawai Kewangan PAS, Ustaz Mohd Asri Haji Muda yang diberi tanggungjawab membuat persiapan untuk bertanding di Kelantan.

Perkembangan PAS di Kelantan telah bermula pada 9 September 1952 apabila Naib Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Hussin Che Dol membuat penerangan tentang PAS di Pasir Puteh, diikuti majlis serupa di Pasir Mas pada 10 September 1952, termasuk taklimat kepada ulamak di Madrasah Ahmadiyah, Bunut Payung.

Setelah itu, para ulamak mula menyertai PAS sehingga tertubuhnya PAS Cawangan Pasir Mas pada 23 Julai 1953.

Pada 27 Mac 1954, ketika memutuskan untuk menyertai Pilihan Raya Umum 1955, PAS telah memberikan perhatian khusus untuk Kelantan sebagai prospek terbaik PAS pada masa hadapan.

PAS telah melantik Mohd Asri dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Othman Abdullah sebagai Pegawai Penerangan Khusus untuk Kelantan. Mereka kemudiannya terus mengadakan siri-siri gerakan penerangan dengan dibantu oleh Ustaz Adam Kamil, Guru Jamik Merbau dari Pasir Puteh, di samping PAS Cawangan Pasir Mas dan Machang yang telah aktif ketika itu.

Antara tokoh-tokoh tempatan yang terlibat merintis perkembangan di Kelantan dalam gerakan penerangan ini ialah Mohd Daud Salleh (Ayah Ud), Tuan Guru Haji Ahmad Tok Kenali (Tok Bakok), Tok Imam Masjid Labok (Ustaz Man Beta), Tok Imam Haji Sulaiman Panji, Penghulu Harun Panji, Imam Masjid Langgar, Penggawa Gunung Timur, Ustaz Khaidir Khatib, Tuan Qadhi Bachok (Tuan Guru Haji Mokhtar Ahmad), Haji Ahmad Yatim Pasir Mas, Ustaz Awang Kemubu, Mohamad Awang Kuala Krai, Haji Nor Yusof Machang dan lain-lain.

Peranan yang dimainkan oleh mereka telah berjaya menubuhkan Cawangan PAS di Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu, Tanah Merah dan Bachok sebelum Pilihan Raya Umum 1955.

Gerakan penerangan yang dilancarkan pada 14 April 1954 ini bertujuan untuk meluaskan pengaruh PAS di Kelantan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 1955 dengan menambahkan keahlian PAS dan menubuhkan cawangan-cawangan baru di Kelantan.

Gerakan penerangan ini telah diadakan di lebih 20 lokasi yang melibatkan lebih 20,000 rakyat Kelantan.

Selepas gerakan ini berjaya menggempur Kelantan, pada 26 November 1954, Ustaz Mohd Asri telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Daerah Pantai Timur yang pertama meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
14 April 2016 - HARAKAHDAILY 14/4/2016

Sumber HD - 14-4-2016

------------------------------------------------------                                                                       Sejarah: PAS hantar wakil kaji kembang sayap ke Sabah

HARAKAHDAILY | .


PADA hari ini dalam tahun 1986, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi membuat kajian untuk PAS mengembangkan sayapnya ke Sabah.

Terdahulu PAS telah menerima laporan tentang perkembangan proses penubuhan PAS Sabah, telah bersetuju menghantar Ustaz Nakhaie Ahmad (Naib Yang Dipertua Agung PAS), Cikgu Mustafa Ali (Ketua Dewan Pemuda PAS) dan Ustaz Hassan Shukri (Setiausaha Agung PAS) untuk membincangkan proses penubuhan PAS di Negeri Bawah Bayu itu.

Tindakan PAS untuk membuka semula sayapnya ke Sabah ini adalah berkait rapat dengan perubahan politik Sabah setelah kekalahan parti Berjaya ke tangan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada 21 April 1985.

PAS bimbang dengan peranan Datuk Joseph Pairin Kitingan, seorang tokoh Kristian yang menjadi Ketua Menteri Sabah untuk menggerakkan kristianisasi di negeri itu.

Sebelum ini, Sabah terkenal dengan gerakan dakwah Islam yang digerakkan oleh Pertubuhan Dakwah Seluruh Sabah (USIA) pimpinan Tun Satu Mustapha Datu Harun yang juga pemimpin USNO.

Pada tahun 1970-an, PAS membentuk kerjasama dengan USNO atas dasar sokongan terhadap gerakan dakwah USIA. Tetapi, setelah kejatuhan Datu Mustapha pada 1976, Sabah diperintah oleh serpihan USNO, Berjaya yang dipimpin Datuk Harris Salleh sehingga 1985.

Sebenarnya, sejarah PAS di Sabah telah bermula semenjak tercetusnya cadangan penubuhan Malaysia pada 1961, dan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-10 pada awal 1962 telah menerima cadangan pengembangan PAS di Sabah.

Setelah Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, penyokong-penyokong PAS di Sabah telah menubuhkan Persatuan Islam Seluruh Sabah (PAS) sejak Ogos 1963 sebagai badan gabungan PAS dan dilancarkan pada 10 November 1964 dengan dipimpin oleh Syed Omar as-Saqqaf. Tetapi pergerakan PAS Sabah telah lumpuh oleh faktor Konfrantasi Indonesia dan juga tuntutan Macapagal ke atas Sabah, serta faktor penubuhan USIA pada 16 Ogos 1969.

Sikap PAS sendiri terhadap Sabah lebih bergantung kepada peranan dakwah yang dilakukan oleh USIA, diikuti oleh kerjasama PAS-USNO dalam BN sejak 1974.

Kekalahan parti Berjaya di tangan PBS pada 21 April 1985 telah menyebabkan PAS pada 28 April 1985 melihat perkembangan ini sebagai ancaman kepada Islam dan pada 25 Mei 1985, PAS bersetuju untuk berkembang di Sabah.

PAS menghantar Ahli Jawatankuasa Kerja Agungnya, Haji Sattar Taha untuk menyusun penubuhan PAS Sabah dalam bulan Ogos 1985, diikuti oleh pengumuman PAS pada September 1985 bahawa ia akan membuka sayap ke Sabah dan Sarawak.

Dalam pertemuan pimpinan PAS dengan Dr Mahathir Mohamed pada 10 April 1986, Perdana Menteri itu melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan kristianisasi dan memberi laluan PAS masuk ke Sabah.

Setelah langkah-langkah ke arah penubuhan PAS Sabah diambil, pada 13 April 1986, PAS telah bersetuju untuk menghantar wakil ke Sabah untuk menyusun penubuhan PAS Sabah secara serius dan akhirnya pada 19 Mei 1986, PAS berjaya dilancarkan oleh Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Yusof Rawa.

Pada 14 Jun 1986, PAS telah melantik Haji Hamzah Abdullah sebagai Pesuruhjaya PAS Sabah yang pertama.

Setelah 30 tahun berkembang, PAS Sabah telah dipimpin oleh beberapa orang Pesuruhjaya PAS iaitu Haji Hamzah Abdullah (1986-1989), Haji Mohamad Abdullah (1989-2001 dan 2004-2011), Dr Datu Bandira Datu Alang (2001-2004) dan kini dipimpin oleh Haji Aminuddin Aling sejak 2011.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
13 April 2016 - HARAKAHDAILY 13/4/2016

Sumber HD - 13-4- 2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: Ustaz Halim Arshat dilantik Setiausaha Agung PAS
















HARAKAHDAILY | .


USTAZ ABDUL HALIM ARSHAT DILANTIK SETIAUSAHA AGUNG PAS (12 APRIL 1989)

PADA hari ini dalam tahun 1989, bekas pemimpin mahasiswa yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Abdul Halim bin Arshat telah dilantik oleh Yang Dipertua Agung PAS yang baru, Ustaz Fadzil Mohd Noor sebagai Setiausaha Agung PAS.

Beliau menggantikan Ustaz Hassan Shukri yang dipilih sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS setelah menjadi Setiausaha Agung PAS selama 12 tahun (1975-1979 dan 1982-1989).

Sebelum menjadi Setiausaha Agung PAS, Ustaz Abdul Halim adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Setar (1981-1989), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (1979-1987), Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS (1983-1987) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1987-1989).

Ustaz Abdul Halim yang dilahirkan di Kampung Nongka, mukim Hosba, Jitra, Kedah pada 18 Disember 1942 telah mendapat pendidikan di Maahad Muhammadi, Kota Bharu dan Madrasah ad-Diiniyah al-Bakriah, Pasir Tumbuh, sebelum memasuki Kolej Islam Malaya dan akhirnya ke Fakulti Pengajian Islam UKM pada 1970.

Nama beliau mulai terkenal setelah dilantik sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (1972-1974), di mana pada zamannya berlaku demonstrasi pelajar yang terkenal seperti isu bahasa (1971), AUKU (1971), Baling (1974) dan rampasan kuasa UM (1974).

Dalam Pilihan Raya Umum 1974, nama Ustaz Abdul Halim disebut-sebut akan menentang Menteri Pelajaran, Dr Mahathir Mohamed di Kubang Pasu.

Setelah keluar UKM pada 1974, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden PKPIM, Ahli Jawatankuasa Pusat ABIM dan Ahli Jawatankuasa Pusat Majlis Belia Malaysia (MBM) sehingga 1978.

Setelah itu, beliau mulai aktif dalam PAS yang disertainya sejak 1973 dengan menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Umum 1978 di Parlimen Kubang Pasu.

Beliau turut bertanding di kerusi Parlimen Kota Setar (1982 dan 1986), Jerlun-Langkawi (1990) dan Jerlun (1995), selain menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Padang Terap (1985) dan DUN Jerlun (1991).

Beliau juga pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali iaitu dalam isu padi (1980) dan Operasi Lalang (1987).

Dengan pengalaman politik dan perjuangan yang begitu luas, pada 12 April 1989, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS. Sebelum beliau, tokoh-tokoh yang pernah menjadi Setiausaha Agung PAS ialah Ustaz Ahmad Maliki (1951-1953), Cikgu Ahmad Awang (1953-1954), Ustaz Mohd Asri Haji Muda (pemangku 1954), Ustaz Abdul Rahman Mahadi (pemangku 1954-1955), Ustaz Mohamad Hashim (pemangku 1955-1956), Ustaz Zabidi Ali (1956), Ustaz Othman Abdullah (1956-1959), Haji Hashim Abdullah al-Baghdadi (1959-1961), Ustaz Abdullah Zawawi Hamzah (1961-1969), Ustaz Baharuddin Abdul Latif (1969-1971), Ustaz Abu Bakar Hamzah (1971-1975), Ustaz Hassan Shukri (1975-1979 dan 1982-1989), Ustaz Nakhaie Ahmad (1979-1981) dan Dato' Abu Bakar Umar (1981-1982).

Akibat diserang oleh angin ahmar pada pertengahan 1998, Ustaz Abdul Halim telah berundur dari kepemimpinan PAS, dan jawatannya dipangku oleh Datuk Hishamuddin Yahya (1998-1999) sebelum diambil alih oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa (1999-2005).

Kini perjuangan Ustaz Abdul Halim diteruskan oleh dua anak beliau, Ustaz Najhan Shahir (Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor) dan Ustaz Syarhan Humaizi (Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
12 April 2016 - HARAKAHDAILY 12/4/2016

Sumber HD - 12-4-2016

------------------------------------------------------                                                                        Pertama kali Muktamar PAS di Taman Melewar

HARAKAHDAILY | .


PAS Pertama Kali Bermuktamar Di Markaz Tarbiyah Taman Melewar

PADA hari ini dalam tahun 1987, PAS mencipta sejarah apabila buat pertama kali mengadakan muktamar tahunan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak yang berlangsung pada 11-12 April 1987.

Markaz Tarbiyah PAS Pusat yang mulai dibina dalam tahun 1985 ini telah digunakan pertama kali untuk Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-33, sedangkan semenjak awal 1970-an, PAS bermuktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan pada 1986, PAS bermuktamar di Masjid Rusila, Marang.

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-33 ini juga mencipta sejarah kerana inilah Muktamar PAS yang pertama mendapat liputan daripada lidah rasmi PAS, Harakah yang muka diterbitkan pada 3 April 1987.

Muktamar ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Yusof Rawa dengan Ucapan Dasar yang bertema 'Ke Arah Tajdid Hadhari'. Muktamar ini sangat penting kerana PAS baru sahaja berhadapan dengan Pilihan Raya Umum 1986, yang diikuti oleh krisis kepemimpinan Umno pada 1987.

Umno yang bertanggungjawab terhadap tragedi Memali pada19 November 1985, berhadapan dengan perletakan jawatan Datuk Musa Hitam pada 16 Mac 1986 dan akhirnya pertembungan Team A dan Team B Umno dalam Perhimpunan Agung Umno pada 24-25 April 1987.

Ketika muktamar ini berlangsung, terdapat usaha-uasaha Umno untuk mendekati PAS termasuk tawaran Anwar Ibrahim kepada PAS untuk bermuzakarah selepas satu forum bersama Naib Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Peoria, Amarika Syarikat pada 24-25 Disember 1986.

Dalam Ucapan Dasarnya, Pak Yusof Rawa telah mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan bimbang dengan muzakarah PAS-Umno ini kerana PAS akan bergerak di atas landasan yang jelas iaitu al-Quran dan Sunnah, sedangkan sebagai jemaah Islam PAS perlu memainkan peranan untuk mewujudkan perpaduan ummah.

Harapan muktamar ini untuk bermuzakarah dengan Umno berakhir apabila Umno berpecah dalam Perhimpunan Agung Umno 1987 yang mewujudkan Umno Baru dan Semangat 46. PAS kemudiannya mengambil langkah bersekutu dengan serpihan Umno, Semangat 46 untuk membentuk kerjasama melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung pada 11-12 April 1987 ini telah dihadiri oleh oleh bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Datuk Haji Hassan Adli Mohd Arshad yang terkenal dengan gelaran Panglima Jihad PAS.

Turut hadir ialah bekas Menteri Pertanian dan Perikanan, Abdul Aziz Ishak yang menyertai PAS dalam muktamar ini. Pada akhir muktamar ini, Pak Yusof Rawa telah dipilih semula sebagai Yang Dipertua Agung PAS bagi sesi 1987-1989, iaitu sesi terakhir beliau sebagai pemimpin utama PAS.

Turut terpilih ialah Ustaz Fadzil Mohd Noor (Timbalan Yang Dipertua), Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Ustaz Nakhaie Ahmad (Naib-naib Yang Dipertua) serta Cikgu Mustafa Ali, Ustaz Harun Taib, Haji Wan Mutalib Embong, Ustaz Hassan Shukri, Haji Ahmad Subky Abdul Latif, Ustaz Nik Abdullah Arshad, Syed Ibrahim Abdul Rahman, Ustaz Yahya Othman, Abdul Khalid Samad, Dr Haji Abbas Alias, Ustaz Abu Bakar Chik dan Haji Mohd Rushdie Ariff sebagai Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Agung.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
11 April 2016 – HARAKAHDAILY 11/4/2016

Sumber HD - 11-4-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Pimpinan PAS bertemu Umno untuk kepentingan ummah
















HARAKAHDAILY | .


PIMPINAN PAS BERTEMU PEMIMPIN UMNO UNTUK KEPENTINGAN UMMAH (9 APRIL 1986)

PADA hari ini dalam tahun 1986, beberapa pimpinan kanan PAS telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno bagi mencari persefahaman demi kepentingan umat Islam.

Pemimpin PAS yang terlibat ialah Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Yusof Rawa, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Ketua Lajnah Perhubungan dan Hal Ehwal Luar, Syed Ibrahim Abdul Rahman yang bertemu secara sulit dengan pemimpin Umno iaitu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed, Presiden Umno dan Anwar Ibrahim, Ketua Pemuda Umno di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana.

Pertemuan sulit ini adalah bertolak dari isu Memali yang tercetus pada 19 November 1985 yang merebak menjadi isu Amanat Haji Hadi, yang kemudiannya membawa kepada fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 19 Februari 1986.

Dr Mahathir dalam satu kenyataannya mahu mengambil tindakan keras terhadap Masjid Rusila, tetapi pada 31 Januari 1986, Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan Umno untuk berunding dengan PAS demi kepentingan Islam.

Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 12 Februari 1986 telah bersetuju untuk bermuzakarah dengan Umno, dan ia disambut baik oleh Dr Mahathir pada 16 Februari 1986.

Pada 16 Mac 1986, PAS bersetuju bertemu Umno sebagai mana pertemuan dengan pihak-pihak lain dengan syarat tidak bermaksud membawa PAS menyertai BN.

Bagi pihak Umno, muzakarah ini sangat penting kerana mereka berhadapan dengan isu keganasan kerajaan di Memali yang membawa kepada perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam pada 16 Mac 1986.

Pergolakan ini bertukar menjadi krisis kepemimpinan Umno yang membawa kepada perpecahan parti perkauman sekular itu pada 1987.

Dalam masa yang sama, PAS sedang mendekati pengundi Cina melalui CCC. Umno cuba menjadikan muzakarah ini sebagai serampang dua mata iaitu untuk menutup kelemahan Umno dan memecahkan hubungan PAS dengan pengundi Cina menjelang Pilihan Raya Umum 1986.

Pertemuan tanpa agenda yang disifatkan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pertemuan peribadi ini telah dikhianati oleh Anwar Ibrahim.

Pertemuan sulit ini telah didedahkan oleh Anwar Ibrahim kepada Pemuda Umno dalam tempoh 24 jam selepas pertemuan, diikuti oleh pendedahan beliau kepada media di Pulau Pinang pada 13 April 1986 yang memaksa pemimpin PAS dan Dr Mahathir mengakuinya.

Akibat pengkhianatan Anwar Ibrahim terhadap pertemuan sulit yang dikatakan untuk kepentingan ummah ini, PAS terpaksa berhadapan dengan kemarahan pengundi Cina yang menuduh PAS menipu mereka sehingga menyebabkan PAS hanya memenangi satu kerusi sahaja di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ketujuh pada 3 Ogos 1986.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
9 April 2016 - HARAKAHDAILY 9/4/2016

Sumber HD - 9-4-2016

-------------------------------------------------------                                                                      Sejarah: PAS kaji semula kedudukan dalam BN

HARAKAHDAILY | .


PERLAKSANAAN KERJASAMA POLITIK DALAM BN DIBINCANG (8 APRIL 1975)

PADA hari ini dalam tahun 1975, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah membincangkan kedudukan perlaksanaan kerjasama politik dalam BN di semua peringkat ekoran timbulnya ketidakpuasan hati ahli-ahli PAS mengenainya sejak BN ditubuhkan pada 1 Jun 1975.

Berdasarkan laporan-laporan yang diterima oleh Pejabat Agung PAS, terdapat rungutan-rungutan berkait dengan kesan kerjasama ini terhadap organisasi PAS dan juga peranan PAS dalam BN.

Antara perkara utama yang dibangkitkan tentang kurangnya kerjasama yang diberikan oleh Umno terutama untuk menerapkan Islam dalam pemerintahan, selain tindakan Umno di peringkat bawahan yang kurang menghormati kedudukan PAS sebagai rakan pakatan mereka.

Secara khusus, isu yang ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum Kelima pada 24 Ogos 1974 ialah berkaitan pengagihan kerusi yang tidak seimbang antara kedua-dua parti. PAS hanya diperuntukkan 14 kerusi Parlimen dan 51 kerusi DUN di seluruh negara berbanding Umno yang mendapat 61 kerusi Parlimen dan 170 kerusi DUN.

Perkara ini dipersoalkan oleh ahli PAS kerana peranan PAS dalam menyatukan kekuatan orang Melayu dan menguatkan semula kerajaan pasca 13 Mei 1969.

Isu lain yang turut dipersoalkan oleh ahli-ahli PAS ialah masalah pengagihan jawatan selepas Pilihan Raya Umum 1974. Dalam kabinet Persekutuan, PAS hanya diperuntukkan satu jawatan menteri, dua timbalan menteri dan satu Setiausaha Parlimen sahaja.

Di peringkat Negeri, dalam perlantikan Exco Kerajaan Negeri di Kedah dan Terengganu, PAS hanya diberikan masing-masing dua kerusi, sedangkan Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS memberikan tiga kerusi exco kepada Umno. Di negeri-negeri lain, PAS tidak diberikan jawatan exco, selain masalah perlantikan ahli-ahli PAS dalam badan-badan berkanun.

Walaupun Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah menjelaskan bahawa bukan tujuan PAS menyertai BN untuk mendapatkan kerusi, sebaliknya PAS mempunyai matlamat jangka panjang yang lebih besar untuk memartabatkan Islam, namun ia tidak meredakan ketidakpuasan hati ahli-ahli PAS dalam konteks perlaksanaan kerjasama yang seimbang ini.

Ekoran itu, pada 8 April 1975, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah membincangkan langkah-langkah untuk menyelesaikan ketidakpuasan hati ahli-ahli PAS.

Antara langkah yang cuba diambil oleh PAS ialah dengan menggunakan Mesyuarat Setiausaha-setiausaha Agung Parti Komponen BN untuk membuat ketetapan yang mengarahkan supaya kerajaan-kerajaan negeri melantik ahli-ahli PAS menduduki pelbagai jawatan dalam kerajaan dan badan-badan berkanun negeri.

PAS juga membuat ketetapan supaya PAS memperkukuhkan organisasinya kerana menyedari hakikat persaingan politik antara PAS dan Umno tidak berakhir dengan kerjasama dalam BN, sebaliknya ia menjadi percaturan politik dalam bentuk yang baru.

Ahli-ahli PAS yang menyedari kerjasama yang tidak seimbang ini, dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-21 pada 29-30 Julai 1975 telah mencadangkan supaya keluar dari BN jika mereka berterusan tidak menghormati PAS.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
8 April 2016 – HARAKAHDAILY 8/4/2016

Sumber HD - 8-4-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Ceramah di Banggol Peradong cetus 'Amanah Haji Hadi'
















HARAKAHDAILY | .


CERAMAH TUAN GURU HAJI ABDUL HADI DI BANGGOL PERADONG MENCETUS 'AMANAT HAJI HADI' (7 APRIL 1981)

PADA hari ini dalam tahun 1981, Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyampaikan ceramah umum di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu yang mana ucapan beliau ini kemudiannya menjadi polemik yang berpanjangan sehingga hari ini.

Ucapan beliau yang menjelaskan sebab-sebab perjuangan PAS menentang Umno kerana parti sekular kebangsaan itu berpegang dengan peraturan jahiliyyah yang ditinggalkan oleh penjajah British yang kafir.

Ucapan ini kemudiannya telah dicetak dalam bentuk poster oleh beberapa pihak sebagai "Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi".

Pada masa ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau yang merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Awang Muhammad, Imam Masjid Rusila adalah lulusan dari Universiti Islam Madinah dan Universiti al-Azhar, Mesir.

Beliau menjadi Ahli PAS semenjak 1959 dan menjadi orator yang terkenal sejak kembali dari Asia Barat pada 1975.

Dalam ucapannya di Banggol Peradong, Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah menyentuh tentang kedudukan perjuangan PAS dalam menentang amalan jahiliyyah dan taghut dalam politik dan pemerintahan negara yang diwarisi oleh Umno dari penjajah.

Beliau meletakkan perbuatan Umno yang mengekalkan perlembagaan penjajah sebagai sebab penentangan PAS terhadap parti itu, kerana PAS mahukan negara ini ditadbir dengan al-Quran dan Sunnah.

Atas asas ini, perjuangan PAS untuk menegakkan Islam boleh membawa kepada kematian adalah mati syahid.

Beliau turut mempertegaskan bahawa perbuatan memisahkan agama dari politik adalah agenda sekular yang merosakan aqidah.

Dipercayai ucapan ini adalah mempunyai kaitan dengan faktor-faktor kebangkitan Islam pada permulaan abad ke-15 Hijriyah (1980) dan juga isu semasa ekoran pendakwaan terhadap Tuan Guru Haji Mustafa Abu Bakar di Mahkamah Syariah Besut akibat kuliahnya pada 1 November 1979 yang mengatakan perbuatan memisahkan agama dari politik adalah murtad.

Pada 1979, PAS telah mengarahkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk menulis tentang perkara yang merosakan aqidah sehingga terhasil dua buku iaitu 'Batas-batas Iman dan Kufur' dan 'Muqaddimah Aqidah Muslimin' pada awal 1980-an.

Pada bulan September 1980, Dewan Ulamak PAS Pusat telah menerbitkan buku 'Islam dan Politik: Hasil Kajian Ilmiah Ulamak PAS' yang turut membahaskan tentang kerosakan aqidah dalam politik.

Selepas ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi di Banggol Peradong ini, isu kafir-mengkafir telah menjadi senjata Umno dalam menyerang PAS bermula dengan tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato' Wan Mokhtar Ahmad yang membuat satu kenyataan di Dun Terengganu pada 11 Ogos 1983 yang disiarkan oleh Berita Harian pada 12 Ogos 1983 yang mengaitkan Amanat Haji Hadi dengan isu kafir-mengkafir, dan kemudiannya dijadikan hujah oleh kerajaan dalam Kertas Putih isu Memali bertarikh 25 Februari 1986.

Semenjak itu, setiap kali ada ketegangan politik antara PAS dan Umno, isu ini akan dibangkitkan semula, dan kali terakhir ialah pada hujung 2012 di mana Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah membuat penjelasan mengenainya pada 10 Januari 2013.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 April 2016 - HARAKAHDAILY 7/4/2016

Sumber HD - 7-4-2016

-----------------------------------------------------                                                                          Sejarah: PAS setuju sertai NC perjuangkan kemerdekaan

HARAKAHDAILY | .


PAS Setuju Sertai National Conference Kerana Memperjuangkan Kemerdekaan (6 April 1953)

PADA hari ini dalam tahun 1953, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan untuk PAS menyertai National Conference (NC) atas sebab mahu memperjuangkan kemerdekaan segera.

Pendirian PAS ini adalah "memandang keadaan politik Malaya sekarang ini (1953), lebih-lebih oleh cita-cita bagi mencapai sebuah negara yang merdeka, serta memandang bagaimana mustahaknya semua orang yang mempunyai pengaruh politik dan badan-badan politik yang mewakili seluruh rakyat jelata dengan tidak mengira puak atau golongan bersatu dan berunding sama dalam satu barisan bagi mencapai cita-cita rakyat seluruhnya".

NC ialah sebuah gabungan politik yang didorong oleh Pesuruhjaya Tinggi British bagi Asia Tenggara dan Timur, Sir Malcom McDonald melalui Dato' Onn Jaafar untuk menyediakan kemerdekaan Malaya dengan perpaduan kaum.

Pada 12 Februari 1953, 16 orang kenamaan termasuk tujuh orang Menteri Besar telah hadir dalam pertemuan untuk membentuk NC, termasuk Dato' Onn (IMP), Tunku Abdul Rahman Putra (Umno), Yong Shook Lin (MCA) dan P.P Narayanan (MTUC).

Umno kemudiannya menarik diri atas faktor persaingan peribadi antara Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn.

Secara rasmi, NC dibentuk pada 27 April 1953 yang turut disertai oleh PAS, selain IMP, MCA, MIC, Malayan Ceylonese Association dan Malayan Eurasian Association, dengan dipengerusikan oleh Dato' Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Aziz, Menteri Besar Perak.

Berasaskan peruntukan Undang-undang Tubuh PAS 1951 yang menyebut tujuan PAS ialah "bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan siasah yang lain di dalam negeri ini yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran-ajaran Islam di dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan peri kemanusiaan," maka Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 6 April 1953 telah bersetuju PAS menyertai pakatan politik ini setelah menerima jemputan pada 30 Mac 1953.

PAS menyifatkan penyertaannya dalam NC amat penting kerana ia dapat menangani pergolakan politik semasa, memperjuangkan kemerdekaan dan membentuk persatuan semua pihak dalam perjuangan kemerdekaan.

Yang lebih penting, NC telah menjadi pentas untuk PAS muncul di arena politik nasional dan membentuk kerjasama dengan orang bukan Islam kerana PAS adalah satu-satunya parti orang Melayu dalam NC.

PAS yang menerima kritikan pelbagai pihak yang bimbang NC diperalatkan oleh penjajah, menegaskan bahawa PAS memperjuangkan kemerdekaan untuk mendaulatkan Islam dan berasaskan Islam.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 April 2016 - HARAKAHDAILY 6/4/2016

Sumber HD - 6-4-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: Ustaz Fadzil tewas tipis PRK Dun Bukit Raya
















HARAKAHDAILY | .


USTAZ FADZIL TEWAS TIPIS DALAM PILIHAN RAYA KECIL DUN BUKIT RAYA (5 APRIL 1980)

PADA hari ini dalam tahun 1980, telah berlangsung Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Raya, Kedah ekoran kematian Adunnya, Ustaz Ismail @ Shafie Kassim.

Pilihan Raya Kecil ini diadakan dalam suasana politik yang tegang di Kedah ekoran isu kenaikan harga padi yang membawa kepada demonstrasi petani pada 19 Januari 1980 dan diikuti oleh penahanan 13 pimpinan dan ahli PAS, termasuk Ustaz Abdul Halim Arshat, Setiausaha Perhubungan PAS Kedah pada 23 Januari 1980.

Dalam kondisi politik ini, PAS dikejutkan dengan kematian Ustaz Ismail Kassim.

Ustaz Ismail Kassim merupakan pimpinan veteran PAS Kedah yang pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah pada zaman BN.

Beliau menyertai kumpulan pertama Adun PAS di Kedah apabila memenangi kerusi Dun Kangkong Bukit Raya pada 1969 bersama tujuh Adun yang lain.

Sebelum 1969, PAS tidak mempunyai Adun di Kedah. Pada 7 Januari 1973, Ustaz Ismail Kassim dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah dan memegangnya sehingga PAS dikeluarkan dari BN pada 13 Disember 1977.

Dalam Pilihan Raya Umum Kelima pada 8 Julai 1978, Ustaz Ismail Kassim telah mengalahkan calon BN, Abdul Aziz Ali dengan majoriti 1,101 undi.

Bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Raya ini, PAS telah menamakan tokoh terkenalnya, Ustaz Fadzil Mohd Noor, bekas pensyarah UTM yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS.

Beliau merupakan pimpinan belia Islam terkenal pada 1970-an yang telah menjadi ahli PAS semenjak 1967.

Lulusan Syariah dari Universiti al-Azhar ini pernah menjadi Timbalan Presiden ABIM (1974-1978) dan Setiausaha Agung PUM (1974-1976), sebelum menduduki kepemimpinan PAS.

Dalam Pilihan Raya Umum 1978, Ustaz Fadzil telah bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kedah dan Dun Alor Merah, tetapi tewas, yang menyebabkan beliau dipecat dari UTM.

Walaupun PAS meletakkan calon terkenal dalam pilihan raya kecil ini, kerana politik yang sedang panas di Kedah telah menyebabkan PAS gagal mempertahankan kerusi tersebut.

Ustaz Fadzil yang mendapat 6,732 undi tewas dengan majoriti tipis iaitu 70 undi kepada calon BN, Safirol Hashim yang mendapat 6,802 undi dalam pengundian pada 5 April 1980.

Walaupun gagal mempertahankan kerusi Dun Bukit Raya ketika ini, Ustaz Fadzil berjaya merampas semula kerusi ini dalam Pilihan Raya Umum 1982 dan terus mempertahankannya selama empat penggal, sebelum diambil alih oleh Haji Taulan Rasul pada 1999, di mana Ustaz Fadzil telah bertanding di Dun Anak Bukit.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
5 April 2016 - HARAKAHDAILY 5/4/2016

Sumber HD - 5-4-2016

-------------------------------------------------------                                                                      Sejarah: Demonstrasi bantah pasukan kriket Israel

HARAKAHDAILY | .


PADA hari ini dalam tahun 1997, Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengadakan perhimpunan kemuncak untuk membantah kehadiran pasukan kriket dari negara haram Israel ke kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) di Kuala Lumpur.

Perhimpunan yang disertai oleh lebih 2,000 demonstran ini diadakan di depan Masjid ar-Rahman, Universiti Malaya sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

Isu pasukan kriket Israel ini timbul apabila Kerajaan Malaysia pada 21 Mac 1997 meluluskan visa untuk membenarkan pasukan kriket Israel datang Malaysia.

Sebelum ini, isu hubungan Malaysia-Israel telah dibangkitkan ekoran kenyataan Pengerusi Kumpulan Melewar Corp. Sdn Bhd, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman pada 6 Julai 1994 bahawa beliau telah berkunjung ke Israel, iaitu rakyat Malaysia pertama ke Israel sejak 1957.

Pada 6-9 Julai 1994, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed ketika berada di Paris,  dilaporkan menemui pemimpin Zionis, Yitzhak Rabin dan Shimon Peres, iaitu masing-masing adalah Perdana Menteri dan Menteri Luar Israel.

Berlanjutan dari kelulusan visa kepada pasukan kriket Israel ini, Dewan Pemuda PAS telah melancarkan siri-siri bantahan bermula dengan demonstrasi dan perarakan membantah Israel di Dataran Merdeka pada 25 Mac 1997 yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik mengetuai pemuda-pemuda bersama Haji Mohamad Sabu (Naib Ketua), Haji Mahfuz Omar (Setiausaha), Salahuddin Ayub (Ketua Penerangan) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Ketua Pemuda Selangor).

Kemudian siri-siri bantahan dibuat di peringkat negeri di Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Perak.

Mahasiswa Islam dari UM, UPM, UKM, UTM, UIAM dan ITM turut menyertai bantahan ini, di mana mahasiswa juga membuat demonstrasi berasingan di depan UM pada 28 Mac 1997, sedangkan Dewan Pemuda PAS mengadakan bantahan di negeri masing-masing pada hari yang sama.

Kemuncak kepada bantahan ini dibuat di Masjid ar-Rahman pada 4 April 1997 dengan dipimpin oleh Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Ustaz Misbahul Munir Masduki, di mana para demonstran telah diserbu oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dengan bom asap dan semburan asid yang mengakibatkan 250 orang ditahan di lokap Balai Polis Brickfield.

Selain ditahan, ramai peserta bantahan ini yang turut mengalami kecederaan. 44 orang daripada mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1998.

Setelah hampir tiga bulan dibicarakan, pada 20 Oktober 1997, empat orang telah dipanggil membela diri, manakala 40 yang lain dibebaskan.

Mereka yang dipanggil membela diri ialah Haji Mahfuz Omar (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Salahuddin Ayub (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Minghat Mahmud (Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka) dan Jamaluddin Abdul Manaf (Pak Amjal) (Ketua Cawangan PAS Flat UDA, Lembah Pantai).

Mereka didapati bersalah pada 10 November 2000 dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 atau penjara sebulan.

Ustaz Minghat yang uzur ketika itu memilih untuk membayar denda, sedangkan tiga yang lain memilih dipenjara.

Mereka kemudiannya dibebas pada 8 Disember 2000 setelah sebulan ditahan di Penjara Kajang.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
4 April 2016 - HARAKAHDAILY 4/4/2016

Sumber HD - 4-4-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: PAS tolak kerjasama dengan DAP

HARAKAHDAILY | .


PAS TOLAK KERJASAMA DENGAN DAP WALAUPUN MEMBENTUK PAKATAN DENGAN S46 (4 FEBUARI 1990)

PADA hari ini dalam tahun 1990, Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor telah mempertegaskan bahawa PAS tidak terbabit dalam kerjasama politik yang dibentuk antara S46 dengan DAP menjelang Pilihan Raya Umum 1990.

Tindakan S46 mengadakan hubungan serentak dengan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan DAP menerusi Gagasan Rakyat (GR) adalah strategi presidennya, Tengku Razaliegh Hamzah untuk membolehkan pembangkang menguasai Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Kesembilan.

Isu kerjasama PAS-DAP telah timbul ekoran kenyataan Tengku Razaliegh pada 9 Disember 1989 tentang hubungan antara S46 dengan DAP sehingga memungkinkan PAS memutuskan hubungan dengan S46 atas sebab perbezaan dasar, terutama DAP yang menolak Negara Islam.

Ekoran  itu, Ustaz Fadzil Mohd Noor telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin S46 dan membayangkan bahawa PAS mengkaji semula hubungan kedua-dua parti jika S46 meneruskan hasrat membentuk pakatan politik dengan DAP.

Di pihak PAS sendiri wujud tentangan hebat terhadap S46 kerana bekerjasama dengan DAP, terutama Kumpulan Islah di Kelantan, PAS Kuala Selangor dan PAS Parit Buntar di Perak.

Pihak Umno pula mengambil kesempatan menuduh PAS bekerjasama dengan DAP melalui S46 semasa Pilihan Raya Kecil Dun Pantai Merdeka pada 24 Mac 1990. Bendahari PAS Pusat, Cikgu Mustafa Ali sebaliknya menyatakan bahawa PAS akan membuat kajian hukum dan implikasi politik berkait kerjasama PAS-DAP ini, kerana PAS tidak mahu dikaitkan dengan DAP.

Menyedari konflik yang timbul inilah, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 10 Januari 1990 memutuskan untuk tidak mengkaji semula hubungan dengan S46 atas alasan parti itu berhak berkawan dengan sesiapa sahaja, tetapi PAS menasihati S46 supaya tidak terlalu terbuka dalam hubungan dengan DAP demi menjaga sensitiviti orang Melayu.

Ustaz Fadzil Mohd Noor pada 4 Februari 1990 telah mempertegaskan pendirian PAS ini kepada umum bahawa PAS tiada hubungan dengan DAP, sebaliknya S46 berhak terhadap dalam hubungan tersebut.

Berlanjutan daripada itu, pada 12 Mei 1990, sebuah jawatankuasa yang dibentuk oleh PAS untuk mengkaji tahaluf siasi telah merumuskan keharusan hukum untuk PAS bertahaluf dengan DAP dalam isu kemanusiaan dan memberikan fokus kepada musuh yang sama.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
4 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 4/2/2016

Sumber HD - 4-2-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Sejarah: Mesyuarat pertama JK Agung PAS tubuh dewan
















HARAKAHDAILY | .

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA KERJA AGUNG PAS SESI PERTAMA PUTUSKAN PENUBUHAN DEWAN-DEWAN (3 APRIL 1952)

PADA hari ini dalam tahun 1952, Jawatankuasa Kerja Agung PAS sesi pertama iaitu sesi 1951-1952 telah bermesyuarat buat kali yang pertama di Madrasah ad-Daeratul Maarif, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Mesyuarat ini adalah mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Agung PAS semenjak PAS melantik Ahli Jawatankuasa Kerja Agungnya dalam Persidangan Persatuan Ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil pada 24 November 1951. Melalui mesyuarat ini, PAS merangka gerak kerja dan memulakan langkah pembangunan organisasinya.

Semenjak PAS ditubuhkan atas nama Persatuan Ulamak Malaya pada 23 Ogos 1951 di Kuala Lumpur, ia telah mengadakan satu persidangan di Kelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Perai pada 24 November 1951 untuk meluluskan Undang-undang Tubuh PAS dan melantik Ahli Jawatankuasa Kerja Agung.

Dalam persidangan ini nama Persatuan Ulamak Malaya telah ditukar kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) dan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan, mudir Madrasah al-Masriyah telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS .

Pada peringkat awal ini, organisasi PAS masih belum tersusun dan pergerakannya agak perlahan kerana pimpinan PAS yang dilantik berhadapan dengan beberapa isu antaranya tuduhan Umno bahawa PAS hendak merampas kuasa Raja-raja Melayu dalam urusan agama dan isu pertindanan keahlian PAS dengan Umno dan IMP.

Walaupun ada pihak yang memandang sinis terhadap penubuhan PAS kerana ia lahir dari persidangan anjuran Umno, tetapi banyak pihak memberi harapan supaya PAS dapat memajukan Islam di Malaya, termasuk diadakan satu Majlis Kesyukuran Penubuhan PAS di Kedah pada 2 Februari 1952yang dihadiri 300 ulamak.

Setelah menyelesaikan kekeliruan ini, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad telah melantik empat orang Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS sebagai ahli tambahan dan pada 23 Mac 1953 beliau memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS kali pertama.

Pada 3 April 1952, telah berlangsung mesyuarat kali yang pertama ini yang berjaya memulakan langkahan perjuangan PAS.

Antara keputusan penting Jawatankuasa Kerja Agung PAS ialah bersetuju menubuhkan sekurang-kurangnya 20 Cawangan PAS sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama (awal 1953) dan menubuhkan tiga Jawatankuasa Kecil yang kemudiannya menjadi sayap-sayap utama PAS iaitu Dewan Ulamak yang diketuai oleh Mufti Sheikh Abdullah Fahim, Dewan Pemuda Islam yang diketuai oleh Ustaz Haji Ahmad Badawi Abdullah dan Dewan Muslimat yang diketuai oleh Syarifah Rahmah Syed Ahmad al-Mashoor.

Jawatankuasa Kerja Agung PAS turut menubuhkan beberapa Jawatankuasa Kecil yang lain iaitu Jabatan Kebajikan Am (Haji Majzub Yunus), Jabatan Pelajaran (Mohamad Hanif), Jabatan Penerangan (Haji Zabidi Ali) dan Jabatan Penyiasat (Yang Dipertua).

Dengan terbentuknya organisasi yang tersusun melalui mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS yang pertama ini, PAS mulai bergerak sebagai badan politico-dakwah dalam perjuangan Islam di Malaya ketika itu.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 April 2016 - HARAKAHDAILY 3/4/2016

Sumber HD - 3-4-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS bimbang pemimpin lemah musnah negara

HARAKAHDAILY | .


PAS Bimbang Pemimpin Lemah Akan Musnahkan Negara (2 April 2009)

PADA hari ini dalam tahun 2009, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan terhadap kedudukan negara ini yang akan dipimpin oleh seorang pemimpin yang lemah dan tidak berkualiti sehingga menjelaskan masa depan negara.

Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika mengulas pelantikan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang baru mulai 3 April 2009 setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Pergolakan politik nasional timbul setelah BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat setelah PR menguasai 82 dari 222 kerusi.

Ekoran tekanan dalaman BN, Datuk Seri Abdullah telah mengumumkan pengunduran beliau pada 8 Oktober 2008 daripada jawatan Perdana Menteri mulai akhir Mac 2009, selain tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Beliau melepaskan jawatannya pada 2 April 2009 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib mulai 3 April 2008.

Pendirian Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz adalah selaras dengan pendirian Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang telah menyertai pimpinan PR untuk mengemukakan permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin bagi menangguhkan pelantikan Datuk Seri Mohd Najib.

Pimpinan PR mahu nama bakal Perdana Menteri itu dibersihkan dahulu dari pelbagai skandal termasuk isu kapal selam Scorpone dan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

PR mendesak sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk membersihkan nama Datuk Seri Mohd Najib.

Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya pada 2 April 2009 berpendirian bahawa negara akan selamat jika dipimpin oleh seorang pemimpin yang bermoral, sedangkan Datuk Seri Mohd Najib tidak pernah dibersihkan dari dari semua tuduhan terhadapnya.

Bahkan, beliau juga dikaitkan secara langsung terhadap usaha menjatuhkan Kerajaan PR di Perak melalui penculikan wakil rakyat. Bukti terhadap kelemahan kepemimpinan Perdana Menteri baru ini ialah kegagalan beliau mendapatkan sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, yang diikuti oleh pelbagai krisis ekonomi dan politik yang menyusahkan rakyat.

Di sebalik pendirian PAS yang mahukan Datuk Seri Mohd Najib disiasat dan tidak mahu pemimpin yang lemah ketuai kerajaan, ternyata Perdana Menteri baru ini telah muncul sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara.

Beliau bukan sahaja dipalitkan dengan skandal keluarganya, terutama campur tangan isterinya dalam pentadbiran negara, tetapi turut terbabit dengan skandal 1MDB dan wang tunai dalam akaun peribadi berjumlah RM2.6 bilion.

Dalam masa yang sama, Umno telah menghadapi krisis terbesar sehingga terpaksa memecat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah, sedangkan beliau sendiri menerima tentangan terbuka dari dalam Umno termasuk oleh bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamed.

PAS melihat kelemahan kepemimpinan Datuk Seri Mohd Najib ini adalah peluang terbaik untuk rakyat menjatuhkan Umno.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 April 2016 - HARAKAHDAILY 2/4/2016

Sumber HD - 2-4-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah: PR ditubuh untuk satukan pembangkang

HARAKAHDAILY | .


PAKATAN RAKYAT DITUBUHKAN UNTUK SATUKAN PEMBANGKANG (1 APRIL 2008)

PADA hari ini dalam tahun 2008, PAS telah menyertai parti-parti pembangkang - PKR dan DAP - untuk mengasaskan Pakatan Rakyat (PR) bagi menyatukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

Dalam Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008, PAS bersama PKR yang bergabung dalam Barisan Alternatif (BA) telah berjaya membentuk kerajaan di Kelantan dan Kedah, sedangkan DAP yang keluar dari BA pada 2001 telah membentuk kerajaan di Pulau Pinang.

Perak dan Selangor yang gagal dipertahankan oleh BN menghadapi krisis politik kerana parti-parti pembangkang juga gagal membentuk kerajaan.

Dalam menghadapi situasi ini, PAS telah ditawarkan oleh BN untuk membentuk Kerajaan Campuran di Perak dan Selangor, tetapi dalam masa yang sama pihak pembangkang mengusahakan supaya gabungan PAS-PKR-DAP dapat dibentuk bagi menubuhkan kerajaan di kedua-dua negeri tersebut.

Di Perak, PAS mempunyai 6 kerusi DUN, manakala DAP dan PKR masing-masing mempunyai 18 dan 7 kerusi. Di Selangor pula, PAS dengan 8 kerusi DUN sedangkan PKR mempunyai 15 dan DAP 13 kerusi.

Setelah melalui pelbagai proses rundingan, akhirnya pada 13 Mac 2008, Tan Sri Khalid Ibrahim dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor, diikuti oleh Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac 2008.

Perlantikan kedua-dua Menteri Besar dari PKR dan PAS ini dibuat atas persetujuan longgar antara mereka bagi membolehkan kerajaan dibentuk. Di peringkat Parlimen, pembangkang yang menguasai 82 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat telah memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Ketua Pembangkang, setelah berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN.

Bagi menghadapi kondisi politik yang tidak teguh ini, dalam suatu pertemuan pimpinan ketiga-tiga parti di Petaling Jaya telah bersepakat untuk membentuk pakatan baru pembangkang.

Pada 1 April 2008, Ketua Pembangkang telah mengumumkan penubuhan Pakatan Rakyat di mana sebuah Majlis Pimpinan PR dan Sekretariat Bersama telah dibentuk. Walaupun ketiga-tiga parti mempunyai ideologi berbeza, mereka bersepakat atas dasar 'bersetuju untuk tidak setuju'.

Pada 20 April 2010, PR telah menerima anggota baru, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), tetapi parti ini menarik diri pada 7 Mei 2011.

Setelah sembilan tahun bersama, disebabkan beberapa isu seperti Kajang Move, perlaksanaan hukum hudud, pertukaran Menteri Besar Selangor, campur tangan DAP dalam pemilihan PAS dan lain-lain, telah timbul konflik antara parti-parti tersebut sehingga DAP telah mengisytiharkan PR dibubarkan pada 16 Jun 2015 lalu membentuk Pakatan Harapan tanpa PAS.

Walau bagaimanapun, PAS dan PKR terus bekerjasama atas nama PR dan Kerajaan Selangor terus wujud atas pakatan ketiga-tiga parti ini.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 April 2016 – HARAKAHDAILY 1/4/2016

Sumber HD -1-4-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: PAS haram premis judi di Terengganu
















HARAKAHDAILY | .
    


PAS HARAMKAN PREMIS JUDI SEBAGAI AGENDA LAKSANA SYARIAT DI TERENGGANU (31 MAC 2000)

PADA hari ini dalam tahun 2000, Kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menguatkuasakan pengharaman judi dengan menamatkan semua lesen premis perjudian di seluruh Negeri Terengganu.

PAS telah menguasai Negeri Terengganu setelah mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 29 November 1999 melalui gabungan Barisan Alternatif (BA) yang turut dianggotai oleh PKN, DAP dan PRM.

Pada 30 November 1999, Tuan Guru Haji Abdul Hadi selaku Pesuruhjaya PAS Terengganu telah diangkat sebagai Menteri Besar.

Dalam Manifesto PAS Terengganu yang bertajuk 'Membangun Mengikut Islam,' PAS telah menggariskan lapan tawaran penting, antaranya:

I. Mentadbir kerajaan berdasarkan al-Quran dan Sunnah;
II. Mengamalkan konsep syura dalam pentadbiran;
III. Mendaulatkan Darul Iman dengan Islam sebagai ad-Diin;
IV. Mewujudkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum tanpa diskriminasi;
V. Mewujudkan kerajaan yang bersih tanpa rasuah, ketidakadilan, diskriminasi dan salah guna kuasa;
VI. Menutup semua kegiatan haram termasuk perjudian dan mengawal minuman keras;
VII. Menangani masalah sosial; dan
VIII. Membangunkan sumber manusia sebagai asas pembangunan.

Bagi menjayakan lapan tawaran ini, Kerajaan PAS Terengganu telah meletakkan dua prinsip penting dalam pentadbiran iaitu pentadbiran berasaskan al-Quran dan Sunnah serta mengamalkan konsep syura dalam pentadbiran dan pengurusan.

Antara pembaharuan yang dibuat dalam mencapai sasaran tersebut ialah mewujudkan pasukan pentadbiran dan pengurusan terbaik, menubuhkan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR), melantik Adun wanita dan bukan Islam, waktu kerja lima hari seminggu, cuti bersalin 90 hari, mengukuhkan Amanah Saham Darul Iman (ASDI), perlindungan wanita dan orang bukan Islam dan lain-lain.

Dalam konteks penguatkuasaan syariat secara khusus, Kerajaan PAS Terengganu telah memperkasakan peranan masjid, mengukuhkan pentadbiran zakat, menghapuskan rasuah dan memastikan sumber kewangan halal, menubuhkan hisbah, inovasi pendidikan melalui menubuhkan pelbagai institusi pendidikan integrasi, mengawal jualan arak, mewujudkan Tabung Darul Iman (TDI), menubuhkan halal hub, menggubal undang-undang jenayah syariah dan lain-lain.

Antara langkah terpenting dalam perlaksanaan syariat ini ialah keputusan Kerajaan PAS Terengganu untuk menamatkan semua lesen premis judi di seluruh Terengganu mulai 31 Mac 2000 yang sekali gus menjadikan judi adalah aktiviti haram di negeri tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
31 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 31/3/2016

Sumber HD - 31-3-2016

------------------------------------------------------                                                                                PAS setuju adakan mesyuarat agung khas (1962)

HARAKAHDAILY | .


PAS SETUJU ADAKAN MESYUARAT AGUNG KHAS UNTUK PINDA UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI PERKASAKAN PARTI (30 MAC 1962)

PADA hari ini dalam tahun 1962, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju supaya PAS mengadakan satu Mesyuarat Agung Khas pada 22 April 1962 bagi membolehkan satu pindaan ke atas Undang-undang Tubuh PAS 1955 dibuat bagi memperkasakan PAS selepas negara mencapai kemerdekaan.

Sejak Undang-undang Tubuh PAS didaftarkan dengan kerajaan pada 31 Mei 1955, ia telah tiga kali dipinda oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS iaitu pada 26-28 Disember 1955 berkaitan disiplin parti untuk menghalang ahli PAS menjadi ahli parti lain serentak; pada 24-25 Ogos 1957 yang menetapkan pemilihan Jawatankuasa Kerja Agung PAS dibuat dua tahun sekali; dan pada 25-27 Disember 1958 yang mengubah nama PAS.

Pada 26-28 September 1961, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah membincangkan langkah-langkah memperkasakan PAS dan mengarahkan Prof Zulkifli Mohamed, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS untuk menyediakan sebuah kertas kerja yang "boleh memberi nafas baru kepada perjuangan PAS".

Dalam kertas yang dirangka pada 26 September 1961 bertajuk "Kedudukan dan Penyusunan Semula (PAS)," Prof Zulkifli telah mencadangkan pelbagai bentuk susunan semula PAS, termasuk meminda undang-undang tubuhnya. Bagi tujuan pindaan undang-undang tubuh ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 30 Mac 1962 telah bersetuju diadakan satu Mesyuarat Agung Khas.

Prof Zulkifli mencadangkan beberapa perubahan untuk memperkemaskan pernyataan dasar, tujuan dan usaha-usaha yang menjadi perkara pokok dalam perlembagaannya. Antara cadangan penting Prof Zulkifli ialah supaya PAS membuka keahlian kepada orang bukan Islam, selain perubahan struktur organisasi dan mesyuarat agung.

Antara cadangan perubahan yang diterima dalam Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1963 ialah:

I. Mewujudkan raison d'être (Muqaddimah) sebagai penegasan tujuan PAS;
II. Memasukkan 'Qias' sebagai sumber hukum selain al-Quran, Sunnah dan Ijmak yang sekali gus meletakkan PAS sebagai gerakan Ahli Sunnah wal Jamaah;
III. Menukar cogan kata PAS dari 'Merdeka' kepada 'Allahu Akbar';
IV. Menetapkan lapan tujuan PAS dengan sasaran utama untuk mewujudkan pemerintahan Islam yang melaksanakan hukum Allah dan seluruh pegangan dan pandangan hidup Islam. Inilah kali pertama PAS menyatakan secara jelas tujuannya untuk mewujudkan pemerintahan Islam;
V. Memberi kuasa kepada Yang Dipertua Agung PAS untuk melantik Bendahari Agung sebagai mana melantik Setiausaha Agung; dan
VI. Organisasi PAS di peringkat Cawangan (sekarang Kawasan) dan Negeri disusun semula seperti mewujudkan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri menggantikan Pesuruhjaya PAS Daerah dan menghapuskan Dewan Ulamak PAS Cawangan, di mana Dewan Ulamak PAS hanya wujud di peringkat Pusat dan Negeri sahaja.

Cadangan yang asalnya telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 3-5 Disember 1961 ini telah gagal dibawa ke Mesyuarat Agung Khas pada 22 April 1962 kerana masalah korum. Ia kemudian dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-11 pada 31 Disember 1962 - 2 Januari 1963 dan diluluskan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
30 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 30/3/2016

Sumber HD - 30-3-2016














-------------------------------------------------------                                                                         Anwar sertai Umno, akhiri spekulasi pimpin PAS (1982)
















HARAKAHDAILY | .


ANWAR SERTAI UMNO, AKHIRI SPEKULASI BAKAL PEMIMPIN UTAMA PAS (29 MAC 1982)

PADA hari ini dalam tahun 1982, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Anwar Ibrahim telah mengejutkan banyak pihak apabila beliau mengumumkan penyertaannya ke dalam Umno dalam rangka 'membersihkan Umno dari dalam'.

Dengan penyertaannya Anwar ke dalam Umno ini, ia telah menamatkan spekulasi bahawa Anwar adalah bakal Yang Dipertua Agung PAS selepas Dato' Mohd Asri Haji Muda.

Semenjak krisis politik di Kelantan pada 1977 yang membawa kepada kekalahan PAS di Kelantan, Anwar selaku Presiden ABIM disebut-sebut sebagai layak memimpin PAS.

Anwar yang dilahirkan pada  10 Ogos 1947 di Kampung Cheruk Tokkun, Bukit Mertajam adalah lulusan Universiti Malaya pada 1971.

Semasa bergelar mahasiswa, beliau telah memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), sebelum memimpin ABIM selama 10 tahun mulai 1972.

Selain mengasaskan Yayasan Anda, Anwar juga adalah Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang ditahan ISA pada 1974 selama dua tahun kerana demonstrasi isu kemiskinan Baling.

Beliau yang menolak tawaran untuk dilantik sebagai wakil Malaysia dalam United Nation Council of Youth juga adalah pemimpin World Assembly of Muslim Youth (WAMY) mewakili rantau Asia-Pasifik.

Penglibatan Anwar dengan ABIM yang dilihat pro PAS pada 1970-an telah menyebabkan ahli-ahli PAS menganggap beliau sebagai 'Pemimpin al-Kahfi' yang disebut-sebut akan menyertai dan memimpin PAS.

Dalam Pilihan Raya Umum 1978 selepas kekalahan Kelantan, Anwar bersama ABIM telah berkempen membantu PAS.

Tokoh Gerakan Islam Indonesia, Pak Natsir yang menyifatkan 'PAS lesu darah' telah mengarahkan ABIM melakukan 'blood transfer' untuk mengukuhkan PAS.

Beberapa tokoh ABIM seperti Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad, Ustaz Yahya Othman, Syed Ibrahim Abdul Rahman dan lain-lain telah menyertai PAS dan bergiat aktif dalam kepemimpinan PAS.

Bahkan, telah tersebar cerita tawaran Dato' Mohd Asri bahawa beliau bersedia untuk berundur untuk memberi laluan kepada Anwar untuk memimpin PAS.

Penulis terkenal, Subky Latif ketika menulis buku 'Siapa Ganti Asri' telah menamakan Anwar sebagai calon paling layak mengambil alih kepemimpinan PAS.

Bahkan, akhbar The Straits Times Singapura pada 3 September 1980 turut menamakan Anwar sebagai tokoh yang layak mengetuai PAS selepas krisis politik Kelantan.

Disebarkan kenyataan Anwar bahawa ABIM menggalakkan ahli-ahlinya memilih berjuang mengikut corak politik Islam, pada Ogos 1980, Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin turut membuat ramalan bahawa Anwar akan menjadi pemimpin utama PAS.

Namun begitu, seluruh spekulasi dan ramalan tersebut telah berakhir apabila Anwar mengumumkan penyertaannya beliau ke dalam Umno pada 29 Mac 1982 sebagai 'ijtihad peribadi' kerana "kagum dan yakin dengan pentadbiran dan corak perjuangan Dr Mahathir".

Penglibatan Anwar dalam Umno selama 16 tahun untuk "membaiki dari dalam" telah berakhir apabila beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 kerana dituduh oleh Umno terlibat dengan skandal seks liwat sejak dalam Perhimpunan Agung Umno 1997 lagi.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
29 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 29/3/2016

Sumber HD - 29-3-2016

------------------------------------------------------                                                                                PAS serah memo halang lantik Najib sebagai PM

HARAKAHDAILY | .


PAS SERAH MEMO KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG HALANG LANTIK NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI (28 MAC 2009)

PADA hari ini dalam tahun 2009, PAS telah menyertai parti-parti Pakatan Rakyat (PR) untuk mengemukakan satu memorandum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah untuk memohon menangguhkan perlantikan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta kesemua 70 orang Ahli Parlimen PR telah mengemukakan permohonan ini kepada Istana Negara.

Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi yang terjejas teruk ekoran kegagalan BN mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kehilangan lima buah negeri dalam Pilihan Raya Umum 2008 telah mengumumkan perletakan jawatannya dan akan mengadap Tuanku Sultan Mizan pada 2 April 2009 untuk memaklumkan hal tersebut.

Ekoran itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Abdullah yang menjadi Perdana Menteri sejak 2003.

PAS bersama-sama parti-parti pembangkang berpandangan bahawa Datuk Seri Mohd Najib tidak wajar diberikan peluang menjadi Perdana Menteri kerana namanya telah terpalit dengan beberapa skandal besar yang masih belum dibersihkan.

Antara isu-isu besar yang dikaitkan dengan beliau ialah isu pembelian kapal selam Scorpone dari Perancis di mana dikatakan berlaku penyelewengan dalam pembayaran komisyennya.

Malaysia juga dikejutkan oleh berita pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dikaitkan secara langsung dengan nama beliau dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Atas asas ini, PAS melihat perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri perlu ditangguhkan sehingga sebuah suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat semua dakwaan tersebut.

Di samping itu juga, tersebar khabar angin bahawa satu usul undi tidak percaya akan dibuat terhadap di Parlimen jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Ekoran dari khabar angin tersebut, Datuk Seri Abdullah dalam ulasannya selepas Perhimpunan Agung Umno pada 29 Mac 2009 menjelaskan hal tersebut sebagai tidak perlu.

Namun begitu, di sebalik desakan pembangkang supaya Datuk Seri Mohd Najib disiasat di atas semua tuduhan tersebut, pada 3 April 2009, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kemudiannya dilingkari oleh pelbagai skandal seperti 1MDB, wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadi dan juga pelbagai krisis dalaman Umno.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
28 Mac 2016 – HARAKAHDAILY 28/3/2016

Sumber HD - 28-3-2016 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: DAP Sabah bentuk pakatan baru tanpa PAS
















HARAKAHDAILY | .


DAP SABAH UMUM BENTUK PAKATAN POLITIK BARU TANPA PAS KERANA PROTES HUDUD (27 MAC 2015)

PADA hari ini dalam tahun 2015, DAP Sabah telah mengumumkan cadangan mereka untuk membentuk Pakatan Rakyat Baru (PRB) di Sabah yang melibatkan DAP, PKR dan beberapa parti kecil lain tanpa penglibatan PAS.

Menurut Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt, tindakan DAP Sabah ini adalah sebagai protes terhadap usaha PAS untuk melaksanakan hudud, dan menurut beliau, tindakan ini adalah selaras dengan pendirian Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

DAP telah mengambil sikap yang keras terhadap PAS setelah Kerajaan PAS Kelantan mengumumkan hasil kejayaan Jawatankuasa Teknikal Hudud dan PAS akan membawa Rang Undang-undang Persendirian ke Parlimen untuk membolehkan undang-undang syariah dilaksanakan di Kelantan.

Bertindak terhadap cadangan PAS ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 24 Februari 2015 telah mengumumkan bahawa DAP telah hilang kepercayaan kepada PAS kerana 'mengkhianati' PR dengan cuba membawa Rang Undang-undang Persendirian ke Parlimen untuk membolehkan PAS melaksanakan hudud.

Atas kenyataan DAP ini, PAS Labuan telah menggantung semua kerjasama dengan DAP sehingga DAP Sabah mencadangkan pembentukan PRB.

Isu perlaksanaan hudud telah lama diperjuangkan oleh PAS, bahkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) Kelantan telah diluluskan sejak 23 November 1993, jauh lebih awal sebelum PR ditubuhkan pada 1 April 2008.

Setelah melalui pelbagai proses, pada 23 Februari 2015, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Abdullah telah mengumumkan bahawa Kelantan telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan hudud.

Jawatankuasa Teknikal Hudud Nasional dan Jawatankuasa Teknikal EKJS II Kelantan telah bersetuju supaya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dipinda bersama Perkara 76A(1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hudud dilaksanakan.

Bertindak dari keperluan ini, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengemukakan usul Rang Undang-undang Persendirian untuk meminda Akta 355 di Dewan Rakyat yang mula bersidang pada 9 Mac 2015.

Pada 16 Mac 2015, DUN Kelantan telah meluluskan pindaan EKJS II Kelantan 1993 untuk memperkemaskan perlaksanaan hudud di Kelantan. Kerana sikap PAS yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah ini, DAP sebagai sekutu PAS telah menuduh PAS mengkhianati PR dan mula memusuhi PAS.

Tindakan DAP Sabah yang cuba membentuk PRB pada 27 Mac 2015 tanpa penglibatan PAS ini adalah antara usaha terawal DAP dalam menghalang undang-undang Islam dari dilaksanakan di negara ini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
27 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 27/3/2016

Sumber HD - 27-3-2016

------------------------------------------------------                                                                                    PAS kutuk negara Arab jadi dalang Amerika hancur Iraq

HARAKAHDAILY | .


PAS KUTUK NEGARA ARAB JADI DALANG AMERIKA HANCURKAN IRAQ (26 MAC 2003)

PADA hari ini dalam tahun 2003, Pemangku Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengutuk tindakan negara-negara Arab yang menjadi dalang dengan memberi maklumat perisikan kepada Amerika Syariat (AS) dan sekutunya untuk menghancurkan Iraq.

Menurut Ketua Pembangkang itu, pendedahan Naib Presiden Iraq, Taha Yassin Ramadhan mengenai tindakan beberapa negara Arab tersebut adalah amat memalukan umat Islam kerana mereka telah bersekongkol dengan tentera asing untuk menceroboh negara umat Islam.

Krisis ini tercetus di Teluk Parsi pada awal tahun 2003 apabila AS mengumumkan akan melancarkan serangan ke atas Iraq yang dipimpin oleh Saddam Hussein yang didakwa gagal menghapuskan senjata pemusnah dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Cadangan serangan ini dibuat oleh AS, Britain dan Sepanyol dengan membelakangkan laporan dua pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Hans Blix dan Mohammed al-Baradei.

PAS berpandangan bahawa cadangan Perancis supaya siasatan diteruskan adalah lebih baik dari berperang kerana Resolusi 1441 Majlis Keselamatan PBB telah mengarahkan agar Iraq memberikan kerjasama dalam siasatan ini.

Perang Iraq yang dikenali sebagai Operasi Kebebasan Iraq telah bermula pada 20 Mac 2003 dan berlangsung selama lapan tahun 270 hari berakhir 15 Disember 2011.

Dalam perperangan ini, AS telah berjaya menceroboh Iraq dan menggulingkan Kerajaan Parti Baath sekali gus menghukum mati Saddam Hussein.

Akibat perperangan ini, walaupun AS berjaya mengadakan pilihan raya untuk kerajaan demokrasi, tetapi ia telah menimbulkan pemberontakan dan keganasan sehingga hari ini. Perang ini telah membunuh 113,728 orang awam dan 37,120 tentera.

Dalam membantah perang ini, pada 10 Mac 2003, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengumumkan bahawa PAS akan mengadakan himpunan aman di Kedutaan AS pada 14 Mac 2003, dan satu usul tergempar akan dibawa ke Parlimen untuk membincangkan isu ini.

Apabila perang tercetus pads 20 Mac 2003, PAS telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk serangan ini di mana keangkuhan AS dan sekutunya telah membelakangkan PBB, di samping itu wakil-wakil rakyat PAS turut mengecam Presiden AS, George W Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair ketika membahas usul Perdana Menteri tentang perang ini di Dewan Rakyat.

Ekoran daripada pendedahan Naib Presiden Iraq tentang peranan negara-negara Arab dalam membantu AS menghancurkan Iraq, pada 26 Mac 2003, PAS telah mengambil pendirian mengutuk perbuatan khianat tersebut yang dilihat merugikan umat Islam.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
26 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 26/3/2016

Sumber HD - 26-3-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Sejarah: Asri bawa serpihan PAS tubuh Hamim

















HARAKAHDAILY | .


DATO' ASRI BAWA SERPIHAN PAS TUBUHKAN HAMIM (24 MAC 1983)

PADA hari ini dalam tahun 1983, bekas Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah membawa penyokong-penyokongnya untuk menubuhkan parti serpihan PAS, Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM).

Pergolakan politik dalaman PAS telah sampai ke kemuncak apabila Dato' Mohd Asri meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-28 pada 23 Oktober 1982.

Ekoran itu, para penyokong Dato' Mohd Asri yang diketuai oleh Dato' Nik Abdul Rahman Nik Mohamad (Dato' Nik Man) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak yang bertujuan untuk membawa Dato' Mohd Asri kembali memimpin PAS. Walau bagaimanapun, jawatankuasa ini telah bertindak mengadakan perhimpunan-perhimpunan yang menentang PAS, termasuk menganjurkan fitnah bahawa PAS dikuasai oleh elemen Syiah kesan dari Revolusi Iran.

Berlanjutan dari tindakan para penyokong Dato' Mohd Asri ini, pada 6 Januari 1983, PAS Kelantan telah membuat aduan tatatertib terhadap sekumpulan bekas pemimpin PAS yang menyebabkan Jawatankuasa Tatatertib PAS pada 23 Januari 1983 telah mengambil tindakan terhadap 13 bekas pemimpin PAS termasuk Dato' Mohd Asri yang digantung keahlian.

Pada 31 Januari 1983, Dato' Sudin Wahab dan Dato' Abu Bakar Umar bersama 13 bekas pemimpin PAS tersebut telah mengadakan mesyuarat di Kota Bharu yang kemudiannya menubuhkan sebuah lagi Jawatankuasa Bertindak yang dipimpin oleh Dato' Mohd Asri.

Jawatankuasa Bertindak pimpinan Dato' Mohd Asri ini telah memutuskan bahawa mereka tidak akan mengemukakan rayuan terhadap tindakan tatatertib itu, sebaliknya akan menubuhkan sebuah lagi Jawatankuasa Bertindak yang serupa di Kedah dan Perlis.

Tindakan ini menyebabkan PAS Pusat pada 16 Februari 1983 mengeluarkan ancaman untuk memecat keahlian Dato' Mohd Asri dan 10 penyokongnya, sedangkan Jawatankuasa Bertindak Kedah dan Perlis cuba menjadi pendamai antara PAS dan Kumpulan Dato' Mohd Asri.

Pada 22 Februari 1983, Setiausaha Agung PAS, Ustaz Hassan Shukri telah mempertegaskan pendirian PAS bahawa semua Jawatankuasa Bertindak adalah jawatankuasa haram dan mengarahkan semua pimpinan dan ahli PAS supaya jangan terlibat.

Dato' Mohd Asri sebaliknya pada 23 Februari 1983 telah mengumumkan keluar dari PAS yang diikuti oleh para penyokongnya.

Sebulan kemudian, pada 24 Mac 1983, Dato' Mohd Asri telah mengumumkan penubuhan parti Islam yang baru, HAMIM yang menyebabkan PAS kehilangan empat daripada lima kerusi Parlimen apabila Dato' Abu Bakar Umar (Kota Setar), Mohd Zain Abdullah (Bachok), Wan Ibrahim Wan Abdullah (Pasir Mas) dan Haji Hassan Mohamad (Rantau Panjang) menyertai parti tersebut.

Pada 9 Jun 1983, pendaftaran HAMIM telah diluluskan dan dalam Mesyuarat Agung Khas HAMIM pada 2 Julai 1983, Dato' Mohd Asri dipilih secara sebagai Yang Dipertua Agung HAMIM, manakala Ahmad Shukri Abdul Shukur sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung, Wan Ismail Ibrahim dan Ustaz Abdul Wahab Yunus sebagai Naib-naib Yang Dipertua Agung.

HAMIM yang menyertai BN pada 1985 dengan bantahan Berjasa telah diberi dua kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum 1986 dan berjaya memenangi kerusi Parlimen Bachok dan dua DUN di Chetok dan Meranti.

Namun bagitu, pada 17 November 1988, Dato' Mohd Asri telah meletakkan jawatan dan cuba membubarkan HAMIM tetapi gagal.

Ekoran itu, Dato' Mohd Asri telah menyertai Umno pada 22 November 1988 dan Ustaz Abdul Wahab Yunus yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung HAMIM tewas kepada Dato' Sudin Wahab pada 1989 yang menyebabkan Ustaz Abdul Wahab menubuhkan pula serpihan HAMIM, Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan). Sedangkan Dato' Sudin Wahab membawa HAMIM bekerjasama dengan PAS dan Berjasa melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Pada 1999, Parti Ikatan telah diambil alih oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk Parti Keadilan Nasional (PKN).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
24 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 24/3/2016

Sumber HD - 24-3-2016

------------------------------------------------------                                                                                  Kerajaan Kelantan digugat dengan isu Lamboghini (1992)

HARAKAHDAILY | .


KERAJAAN PAS KELANTAN DIGUGAT DENGAN ISU LAMBORGHINI SULTAN KELANTAN (23 MAC 1992)

PADA hari ini dalam tahun 1992, usaha menggugat Kerajaan PAS Kelantan telah melalui tahap yang lebih mencabar apabila berita tentang kereta Lamboghini Daiblo 'dilarikan' oleh Sultan Kelantan didedahkan kepada umum.

Isu kereta Lamboghini ini telah berbangkit kerana permusuhan Umno dengan Istana Kelantan yang menyebabkan baginda Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra bertindak membawa keluar kereta tersebut dari Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada 19 Mac 1992, tetapi mula disensasikan pada 23 Mac 1992.

Serangan peribadi terhadap Sultan Kelantan ini berkait rapat usaha Umno menggugat Kerajaan PAS Kelantan yang dituduh oleh mereka menang kerana campur tangan Sultan Kelantan dalam politik kepartian.

Isu Lamborghini ini bermula apabila Sultan Kelantan bertitah kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dalam bulan November 1991 tentang hasrat baginda untuk membeli kereta tersebut dari Itali dengan wang baginda sendiri dengan dikecualikan cukai import.

Pada 2 Mac 1992, ketika kereta tersebut telah tiba di Subang, Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Kastam enggan membenarkan kereta tersebut dikeluarkan dari Kompleks Kargo sehingga Sultan Kelantan membayar duti import yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta.

Usaha Sultan Kelantan untuk berunding dengan pihak kastam dan Menteri Kewangan telah gagal sehingga 16 Mac 1992, yang menyebabkan baginda bertindak pada 19 Mac 1992 untuk mengambil sendiri kereta tersebut di Kompleks Kargo Subang itu.

Isu Sultan Kelantan dimainkan oleh Umno sejak akhir 1990 apabila mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990 yang didakwa berpunca dari pergeseran Sultan Kelantan dengan Umno dan hubungan rapat baginda dengan pakatan PAS-APU.

Pada 1 Disember 1990, Perhimpunan Agung Umno telah meluluskan usul untuk menyekat Raja-raja Melayu dari terlibat dalam politik, yang diikuti oleh siri-siri penghinaan terhadap Sultan Kelantan seperti perhimpunan haram di hadapan Bangunan Umno Kelantan diketuai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ibrahim Ali yang diikuti pula oleh kenyataan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Che Alwi Che Ahmad yang menuduh Sultan Kelantan berpolitik.

Far Eastern Economic Review pada 28 November 1991 melaporkan serangan Umno terhadap Sultan Kelantan dan Raja-raja Melayu secara terbuka di media.

Untuk melegitimasikan tindakan Umno terhadap Sultan Kelantan dalam usaha mereka menggugat Kerajaan PAS Kelantan ini, maka isu kereta Lamboghini ini menjadi senjata terbaik Umno.

Walaupun isu ini pada asalnya hanyalah isu pentadbiran antara Istana Kelantan dengan Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Kewangan, tetapi pada 23 Mac 1992, rakyat Kelantan dikejutkan oleh pendedahan kepada media kononnya Sultan Kelantan telah 'melarikan' kereta tersebut tanpa membayar cukai.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Mac 1992 ketika mengulas isu ini menyifatkan ia adalah satu penganiayaan terhadap Sultan Kelantan sekali gus memalukan Kerajaan PAS Kelantan, sedangkan sejak 2 hingga 21 Mac 1992 Kerajaan Kelantan telah berusaha untuk berunding dengan Menteri Kewangan, tetapi ia tidak dilayan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 23/3/2016

Sumber HD - 23-3-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Majlis Raja-raja benarkan PAS guna nama Islam
















HARAKAHDAILY | .


MAJLIS RAJA-RAJA BENARKAN PAS GUNA NAMA ISLAM (22 MAC 2001)

PADA hari ini dalam tahun 2001, Majlis Raja-raja telah membenarkan dan menggalakkan mana-mana pertubuhan dan parti politik termasuk PAS untuk menggunakan nama Islam pada pertubuhan mereka.

Majlis Raja-raja yang menerima keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berhalangan untuk membenarkan PAS terus menggunakan nama Islam walaupun terdapat desakan kuat dari Umno yang mahu perkataan Islam pada nama PAS diharamkan.

Baginda semua membuat keputusan untuk membenarkan parti politik dan pertubuhan lain menggunakan nama Islam dengan syarat tidak disalahgunakan untuk mengeliru dan menyelewengkan aqidah dan pemikiran rakyat, sebaliknya ia mesti digunakan dengan ilmu, hikmah dan ihsan.

Isu penggunaan nama Islam pada PAS ini telah lama dibangkitkan oleh Umno kerana mereka mendapati ia menjadi punca kekuatan PAS terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 29 November 1999.

Sebelumnya, pada 14 April 1998, Ahli Parlimen Yan, Datuk Badaruddin Aminuddin telah mendesak di Dewan Rakyat supaya Islam pada nama PAS dihapuskan.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-10 itu, Dr Mahathir Mohamed, Presiden Umno pada 19 Disember 1999 telah mendakwa kemerosotan undi Umno adalah kerana fitnah yang dibuat oleh PAS.

Beliau menegaskan tiga langkah akan diambil untuk membendung pengaruh PAS iaitu mengurangkan keberkesanan Harakah melalui pengurangan permit penerbitan kepada dua kali sebulan, mengharamkan perkataan Islam pada nama PAS dan menyekat ceramah politik PAS.

Bagi merealisasikan tujuan tersebut, pada 30 Januari 2000, Umno telah menuduh PAS mengeluarkan fatwa-fatwa politik yang merosakan aqidah, sehingga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno pada 6 Februari 2000 untuk bersemuka jika benar PAS berbuat demikian.

Sebaliknya, Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Dato' Onn Ismail pada 12 Mac 2000 terus mendakwa perkataan Islam pada nama PAS mengelirukan rakyat.

Ekoran itu, pada 31 Mac 2000, Majlis Fatwa Kebangsaan mewartakan keputusan mereka yang membenarkan penggunaan nama Islam pada parti politik.

Namun begitu, pada 16 Mac 2000, Dr Mahathir terlebih dahulu mendesak Majlis Raja-raja supaya campur tangan untuk mengharamkan nama Islam pada PAS.

Presiden PAS, Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor pada 23 Mac 2000 mencadangkan muzakarah antara kedua-dua parti dalam isu ini, manakala Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz pada 25 Mac 2000 menolak Raja-raja Melayu dilibatkan dalam pergolakan politik ini.

Setelah ia reda seketika, pada 10 Disember 2000, Dr Mahathir membangkitkan pula isu perpecahan Melayu, dan pada 24 Disember 2000, Umno menyatakan kesediaan berunding dengan PAS dan Parti Keadilan Nasional (PKN).

Menjawab tawaran ini, Presiden PAS pada 22 Februari 2001 meletakkan syarat supaya Umno menghentikan cadangan mereka menghapuskan Islam pada nama PAS untuk membolehkan mereka berunding, tetapi ditolak oleh Umno.

Menurut Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Ismail Ibrahim, bahawa majlis itu bermesyuarat khas dalam bulan Februari 2001 untuk mengekalkan fatwa asalnya sebelum ia dibawa ke Majlis Raja-raja pada 22 Mac 2001.

Dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-188 pada 22 Mac 2001 ini, telah diputuskan bahawa perkataan Islam boleh digunakan oleh parti politik termasuk PAS.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
22 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 22/3/2016

Sumber HD - 22-3-2016

-----------------------------------------------------                                                                          Amanat YDP Agung PAS ganti manifesto PRU 1964

HARAKAHDAILY | .


AMANAT YANG DIPERTUA AGUNG PAS GANTI MANIFESTO PILIHAN RAYA UMUM 1964 (21 MAC 1964)

PADA hari ini dalam tahun 1965, Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy telah mengeluarkan 'Amanat Yang Dipertua Agung PAS' bagi menggantikan Manifesto PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Kedua pada 25 April 1964.

PAS tidak mengeluarkan manifesto atau tawaran-tawaran politiknya dalam Pilihan Raya Umum 1964 ini kerana suasana tekanan politik yang sangat kuat dihadapi oleh PAS setelah berlaku krisis politik dengan Indonesia sejak 1963, sehingga negara itu mengisytiharkan konfrantasi pada 3 September 1964.

Pilihan Raya Umum 1964 diadakan dalam suasana politik yang tegang dan PAS menerima tekanan yang berat bermula dari usaha menjatuhkan Kerajaan PAS Terengganu pada 1961, kemudian PAS dituduh sebagai pengkhianat negara kerana menentang penubuhan Malaysia, selain menggunakan isu kafir-mengkafir untuk menyerang PAS sehingga beberapa Ulamak ditahan ISA pada 1963.

PAS yang menggagaskan Melayu Raya dituduh pula sebagai agen Indonesia, sehingga Dr Burhanuddin al-Helmy dan Naib Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Raja Mohd Hanifah Abdul Ghani ditahan ISA pada 1965. Sedangkan sebelum itu, Dr Burhanuddin al-Helmy telah didakwa di mahkamah sehingga beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen pada 29 November 1963.

Dalam suasana tekanan politik merosakan imej PAS ini, Perikatan membubarkan Parlimen pada 1 Mac 1964 sementara PAS terus dikaitkan sebagai pengkhianat yang bersekongkol dengan Indonesia.

Menyedari kedudukan PAS ini, PAS telah meletakkan sejumlah calon dalam Pilihan Raya Umum 1964 dengan sasaran untuk menjadi pembangkang yang kuat, bukan untuk memerintah.

PAS hanya meletakkan 53 calon dari 104 kerusi yang dipertandingkan. Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 7 Mac 1964 memutuskan supaya PAS tidak mengeluarkan manifesto yang bermaksud PAS menyertai pilihan raya ini bukan untuk membentuk kerajaan, tetapi untuk berperanan mengimbangi Kerajaan Perikatan sahaja.

Sebagai ganti kepada manifesto ini, PAS pada 21 Mac 1964 telah mengeluarkan siaran bertajuk 'Amanat Dr Burhanuddin al-Helmy Yang Dipertua Agung PAS' di mana PAS membuat seruan-seruan berikut:

I. Rakyat jangan terikut-ikut, terugah dan takut dalam melaksanakan tugas-tugas demokrasi di negara ini;

II. Rakyat jangan terkeliru, terkecewa dan tertipu dengan pancingan undi yang boleh merosakkan cita-cita bangsa Melayu dan agama Islam;

III. Rakyat mesti mengundi PAS sebagai peluang terakhir untuk menebus kembali hak bumiputera bangsa Melayu dari kezaliman politik dan perampasan hak ketuanan Melayu yang menjadikan orang Melayu merempat di negara sendiri; dan

IV. Rakyat mesti mengundi PAS untuk meneruskan perjuangan politik Islam, iaitu amar makruf nahi mungkar.

Setelah berlangsungnya Pilihan Raya Umum 1964, PAS telah memenangi sembilan kerusi Parlimen dan 25 kerusi Dun daripada 153 kerusi yang ditandingi oleh PAS.

PAS juga berjaya mengekalkan kerajaan di Kelantan dengan menguasai 21 kerusi Dun, di samping mengaut 14.6 peratus undi popular iaitu kemerosotan sebanyak 8.4 peratus berbanding Pilihan Raya Umum 1959.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
21 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 21/3/2016

Sumber HD - 21-3-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Kursus kewartawanan persiapan tubuh Harakah

HARAKAHDAILY | .


KURSUS KEWARTAWAN DISEMPURNAKAN SEBAGAI PERSIAPAN PENUBUHAN HARAKAH (20 MAC 1987)

PADA hari ini dalam tahun 1987, Lajnah Dakwah dan Penerangan PAS Pusat telah berjaya menyempurnakan kursus kewartawanan sebagai persiapan terakhir untuk penubuhan lidah rasmi PAS yang baru, Harakah.

Sebelum itu, Lajnah Dakwah dan Penerangan PAS Pusat telah menyusun langkah-langkah persiapan dalam aspek-aspek yang lain, ekoran permohonan semula PAS untuk mendapatkan permit penerbitan lidah rasminya sejak 1986.

Sebelum terbitnya Harakah, PAS pernah memiliki lidah rasminya iaitu Suara Islam (1956-1962), Bulan Bintang (1967-1971), Berita PAS (1973-1974 dan 1982) dan Suara Islam (1979-1981).

Walau bagaimanapun, semenjak 1982 PAS tidak lagi memiliki lidah rasmi dan Lajnah Dakwah dan Penerangan PAS hanya menerbitkan majalah isu mingguan yang tidak berkala pada 1986-1987, selain menerbitkan akhbar al-Harakah tanpa permit sejak 1985 sehingga diserbu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Atas tindakan KDN ini, PAS telah memohon untuk mendapatkan permit penerbitan Harakah.

Lajnah Dakwah dan Penerangan PAS Pusat pada 22 Disember 1986 dan 27 Februari 1987 telah memutuskan untuk memohon permit penerbitan tersebut.

Lanjutan itu, PAS telah menyusun tenaga-tenaga pakar dalam kewartawanan termasuk wartawan terkenal, Haji Ahmad Subky Abdul Latif, selain Ustaz Nakhaie Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

Mereka telah mengadakan siri-siri kursus kewartawanan sebagai persiapan untuk menubuhkan Harakah bermula 14 Mac 1987. Pada 15 Mac 1987, diadakan kursus lanjutan selama enam hari.

Kursus kewartawanan yang berakhir pada 20 Mac 1987 ini telah berjaya mempersiapkan jentera kerja Harakah, terutama apabila KDN meluluskan permit penerbitan Harakah pada 3 April 1987 dan edisi pertama Harakah berjaya diterbitkan 3 April 1987 itu juga, dengan memberi liputan terhadap Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-33 yang julung kali diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar.

Pada permulaan penerbitannya, Harakah dipimpin oleh Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad selaku Pengarang Harakah dan ia diterbitkan dua kali seminggu setiap Isnin dan Jumaat.

Walau bagaimanapun, pada 12 April 2001, permit penerbitan Harakah dikurangkan kepada dua kali sebulan hingga 24 Jun 2008.

Pada 23 Mac 2009, Harakah telah digantung selama tiga bulan oleh KDN, tetapi ditarik balik Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak pada 5 April 2009 sempena pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

Pada 8 Julai 2010, sekali lagi Harakah telah dikenakan tunjuk sebab oleh KDN dengan tidak diperbaharui permit penerbitannya. Namun begitu, Harakah telah berjaya melangkah maju dengan berjaya menubuhkan portal online, Harakahdaily sejak 19 Ogos 2001.

Dan kini Harakah telah berjaya menerbitkan naskah bercetaknya untuk edisi ke-2131.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
20 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 20/3/2016

Sumber HD - 20-3-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Ini Dalam Sejarah PAS: Haji Mohd Amin Dilantik Mempengerusikan Jemaah Persuruhjaya PAS Kelantan (19 Mac 1978)


Posted on Saturday, March 19 @ 08:22:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PADA hari ini dalam tahun 1978, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah melantik Ahli Dewan Negara, Senator Haji Mohd Amin Yaakub sebagai Pengerusi Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan menggantikan Dato' Haji Ishak Lotfi Omar yang meletakkan jawatan ekoran kekalahan PAS dalam Pilihan Raya Negeri Kelantan 1978.

Haji Mohd Amin merupakan pemimpin tertinggi PAS Kelantan yang kelima setelah Ustaz Mohd Asri Haji Muda(1954-1962), Ustaz Khaidir Khatib (1962-1968), Haji Mohd Noor Yusof (1968-1971) dan Dato' Ishak Lotfi (1971-1978). Berbeza dengan penjawat sebelumnya yang dikenali sebagai Pesuruhjaya, beliau yang dilantik dalam suasana krisis ini ditugaskan sebagai Pengerusi Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Haji Mohd Amin adalah anak kelahiran Pasir Tumbuh, Kota Bharu yang dilahirkan pada 1926 dan merupakan bekas guru sekolah agama dan penulis petisyen penilai di Bachok sebelum 1959.

Beliau yang mulai menjadi ADUN Bachok Tengah semenjak 1959 hingga 1974 adalah juga anggota Exco Kerajaan Kelantan (1962-1974), sebelum dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (1974-1980). Dalam kepemimpinan parti, beliau pernah menjadi Setiausaha PAS Bachok (1956-1959) dan Yang Dipertua PAS Bachok (1959-1964) sekali gus sebagai Ahli Badan Perhubungan PAS Kelantan, selain turut menduduki Jawatankuasa Kerja Agung PAS. Setelah tidak mempengerusikan Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan, beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan.

Perlantikan Senator Haji Mohd Amin ini adalah berpunca dari krisis politik Kelantan sejak 1974 yang membawa kepada penubuhan beberapa serpihan PAS seperti Revolusi 14 Mac 1974, Barisan Bebas Bersatu (BBB), Ikatan Muslim Insaf Malaysia (IMAM), Parti Progresif Islam (PPI) dan Barisan Jemaah Islamiyah Malaysia (Berjasa) sehingga akhirnya PAS kehilangan Kelantan dalam Pilihan Raya Negeri pada 11 Mac 1978. Mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan ini, pada 16 Mac 1978, Dewan Harian PAS Kelantan telah memutuskan untuk meletakkan jawatan yang melibatkan Pesuruhjaya (Dato' Haji Ishak Lotfi), Timbalan-timbalan Pesuruhjaya (Wan Ismail Ibrahim, Dato' Nik Abdul Rahman Nik Mohamad dan Cikgu Mohd Zain Abdullah), Setiausaha (Ustaz Salahuddin Abdullah) dan Bendahari (Nik Mustafa Shafie). Keputusan Dewan Harian PAS Kelantan ini telah diterima oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 19 Mac 1978 dan sekali gus PAS Pusat membentuk Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan yang bertanggungjawab untuk memulihkan semula PAS Kelantan setelah krisis ini.

Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan yang dilantik pada 19 Mac 1978 ini terdiri daripada Haji Mohd Amin (Pengerusi), Ustaz Nik Abdullah Arshad, Tuan Guru Haji Mustafa Abu Bakar dan Haji Hassan Mohamad (Timbalan-timbalan Pengerusi), Ustaz Ismail Awang (Setiausaha) dan Wan Mahmud Wan Sulaiman (Bendahari). Pengerusi Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan ini kekal sehingga Haji Mohd Amin melepaskan jawatannya pada 1 Mac 1981 untuk membolehkan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan serentak dengan pembubaran Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan.


Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
19 Mac 2016

Sumber TKO - 19-3-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penubuhan Majlis Syura Ulamak PAS diluluskan (1987)
















HARAKAHDAILY | .


PENUBUHAN MAJLIS SYURA ULAMAK PAS DILULUSKAN (18 MAC 1987)

PADA hari ini dalam tahun 1987, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan Pindaan Perlembagaan PAS yang dibuat oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-29 pada 30 April - 1 Mei 1983 yang bertujuan untuk mewujudkan Majlis Syura Ulamak PAS sebagai satu badan tertinggi yang mengawal dasar PAS.

Pembentukan institusi baru ini adalah lanjutan dari keputusan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-28 pada 23-24 Oktober 1982 yang menetapkan supaya PAS mempelopori kepemimpinan ulamak, mengamalkan kepemimpinan ulamak dan meminda Perlembagaan PAS (Pindaan) 1977 untuk menerapkan konsep kepemimpinan ulamak.

Pada 4 November 1982, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah membentuk Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Ustaz Hassan Shukri, Setiausaha Agung PAS untuk mengkaji pindaan ini sebelum ia dikemukakan ke Muktamar Tahunan PAS 1983.

Antara perkara utama dimasukkan dalam pindaan ini ialah mewujudkan sebuah Majlis Syura Ulamak PAS yang dianggotai oleh 12 orang ulamak yang diketuai oleh seorang Mursyidul Am.

Majlis ini diberi kuasa untuk menafsir, menjelas dan menghuraikan dasar PAS, menafsir Perlembagaan PAS, mengeluarkan arahan supaya dasar PAS dipatuhi, memelihara supaya dasar dan ketetapan PAS dipatuhi serta mengawal tatatertib PAS.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan PAS (Pindaan) 1987 kepada Majlis Syura Ulamak PAS ini, maka ia menjadi badan tertinggi dalam PAS walaupun ia tidak memiliki kuasa eksekutif.

Kuasa Yang Dipertua Agung (kini Presiden) PAS sebagai ketua parti juga tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak PAS supaya "pemantauan dasar PAS itu lebih terjamin dari segi sandarannya kepada kehendak-kehendak syariat Islam".

Ahli-ahli Majlis Syura Ulamak PAS dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS, Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS sendiri.

Dengan wujudnya Majlis Syura Ulamak PAS ini, maka PAS menjadi sebuah gerakan Islam yang mengamalkan kepemimpinan ulamak.

Ekoran dari kelulusan penubuhan Majlis Syura Ulamak PAS pada 18 Mac 1987, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 21 Jun 1987 telah bersetuju mewujudkan Majlis Syura Ulamak PAS dengan segera dan mesyuarat pertama Majlis Syura Ulamak PAS diadakan pada 20 Oktober 1987 yang dihadiri oleh empat ahli lantikan Jawatankuasa Kerja Agung PAS dan empat ahli lantikan Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat, sekali gus membolehkan Majlis Syura Ulamak PAS melantik empat lagi ahlinya, selain melantik Ustaz Hassan Shukri sebagai Setiausahanya dan Ustaz Fadzil Mohd Noor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS.

Pada 16 November 1986, Majlis Syura Ulamak PAS telah melantik Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Haji Yusof Rawa sebagai Mursyidul Am PAS yang pertama.

Beliau memegang jawatan ini sehingga 1994 sebelum diganti oleh Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (1994-2013) dan Prof Datuk Dr Haron Din (2013-kini).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
18 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 18/3/2016

Sumber HD - 18-3-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah: Adun protes Menteri Besar tidak walak pada parti
















HARAKAHDAILY | .


MENTERI BESAR DIPROTES ADUN KERANA TIDAK WALAK KEPADA PARTI (16 MAC 1975)

PADA hari ini dalam tahun 1975, 20 orang Adun Kelantan telah mengutuskan protes kepada Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda untuk melahirkan keresahan mereka terhadap kepemimpinan Dato' Mohamed Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mereka mendakwa Menteri Besar itu tidak memberi walak kepada parti dengan mengutamakan Umno berbanding PAS, tidak mengendahkan keputusan parti, selalu bertindak menyulitkan Adun-adun PAS dan suka membuat janji-janji besar yang sukar dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan.

Atas alasan-alasan ini, 20 Adun PAS tersebut berpandangan bahawa PAS perlu bertindak terhadap Menteri Besar sebelum ia menjadi krisis.

Dato' Mohamed Nasir yang dipilih menjadi Menteri Besar yang baru menggantikan Dato' Ishak Lotfi Omar selepas Pilihan Raya Umum 1974, adalah Menteri Besar yang dilantik atas kehendak Umno, sedangkan PAS Kelantan pada 12 September 1974 telah menamakan Wan Ismail Ibrahim sebagai calon Menteri Besar dan Ustaz Salahuddin Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar yang telah pun mendapat perkenan Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan.

Dengan peranan Pengerusi Umno Kelantan, Tengku Razaliegh Hamzah yang mempengaruhi Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein supaya menolak calon yang dikemukakan PAS, Dato' Mohamed Nasir dinamakan oleh Tun Abdul Razak sebagai Menteri Besar yang baru.

Perlantikan ini telah menjadi isu dalam PAS Kelantan kerana Dato' Mohamed Nasir bukan sahaja tidak dipilih oleh PAS, tetapi beliau diketahui tidak berminat dengan jawatan tersebut dan pernah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 1972.

Atas sebab-sebab yang disenaraikan, 20 Adun PAS telah mendesak PAS Pusat untuk bertindak menukar Menteri Besar supaya pentadbiran kerajaan menjadi lebih cekap, dan apa yang lebih penting supaya parti dapat menguasai kerajaan, bukannya mengikut telunjuk Umno.

20 Adun tersebut telah mengancam akan membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar itu di Dun jika tiada sebarang tindakan dari PAS.

Bertindak balas terhadap desakan ini, Dato' Mohamed Nasir pada 5 Mei 1975 telah menyerang pimpinan PAS Kelantan dengan beberapa tuduhan seperti penyelewengan balak di sempadan Perak, Kerajaan Kelantan tidak menyokong Pusat dalam pembukaan tanah baru dan berlaku rasuah dalam kerajaan.

Tuduhan-tuduhan ini adalah merujuk kepada Kerajaan Kelantan sebelum beliau yang dipimpin oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Ishak Lotfi antara 1973 hingga 1974.

Hal ini telah menimbulkan kemarahan PAS Kelantan dan mereka mendakwa ia berpunca daripada anggapan Dato' Mohamed Nasir bahawa beliau dilantik oleh Umno, bukannya PAS.

Pada 10 Mei 1975, Dewan Pemuda PAS Kelantan telah mendesakkan Menteri Besar itu meletakkan jawatan atas sikap beliau tersebut.

Berlanjutan dari isu-isu inilah, tercetus krisis kepemimpinan dalam Kerajaan Kelantan pada 1976-1977 yang berakhir dengan pemecatan keahlian Dato' Mohamed Nasir pada 10 Oktober 1977, diikuti usul undi tidak percaya  terhadap beliau di Dun Kelantan pada 15 Oktober 1977.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
16 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 16/3/2016

Sumber HD - 16-3-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: PAS setuju kaji bukan Islam jadi calon pilihan raya

HARAKAHDAILY | .


PAS SETUJU KAJI BUKAN ISLAM MENJADI CALON PAS DALAM PILIHAN RAYA (15 MAC 1986)

PADA hari ini dalam tahun 1986, PAS Pusat telah bersetuju untuk membuat kajian bagi membolehkan orang bukan Islam bertanding dalam pilihan raya menggunakan simbol PAS.

Perkara ini timbul kerana strategi dakwah PAS yang berubah semenjak 1981 dengan memberi fokus kepada orang bukan Islam, khususnya orang Cina melalui penubuhan Majlis Perunding Cina (CCC) pada 22 Januari 1986, setelah Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 9 November 1985 mengambil langkah membentuk kerjasama politik dengan orang Cina dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ketujuh pada 3 Ogos 1986.

PAS telah memulakan langkah dengan mengadakan siri-siri dialog dan penerangan tentang Islam Kepada masyarakat Cina, sehingga akhirnya dapat membentuk kerjasama politik melalui CCC.

Menjelang Pilihan Raya Umum 1986, timbul isu kedudukan calon-calon bukan Islam yang mewakili PAS. Pada peringkat awal, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad mengatakan calon-calon CCC akan bertanding sebagai calon Bebas yang akan disokong dan diundi oleh PAS, sedangkan Setiausaha Agung CCC, Ghazali Ho mahu calon CCC menggunakan simbol PAS.

Penasihat Undang-undang PAS, Haji Wan Mutalib Embong, sebaliknya menjelaskan bahawa Perlembagaan PAS tidak membenarkan demikian.

Kekeliruan ini telah dimanipulasikan oleh BN di mana MCA mendakwa bahawa CCC telah diperdaya oleh PAS dan menuduh PAS tidak jujur terhadap orang Cina.

Ketua Pemuda Umno, Anwar Ibrahim paling lantang menyerang PAS dalam isu ini dengan menuduhkan PAS mengadakan helah politik untuk memperdaya orang Cina melalui CCC, mendakwa PAS gila talak kerana membuat pakatan sulit dengan Cina, mencabar PAS membuat penjelasan kepada pengundi Melayu tentang hubungan PAS dengan orang Cina serta menuduh PAS menerima bantuan kewangan daripada tauke Cina.

Keadaan ini meruncingkan semula hubungan PAS dengan orang Cina.

Menangani masalah ini, Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 15 Mac 1986 telah memutuskan supaya satu kajian dibuat untuk menentukan sama ada orang bukan Islam boleh menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Umum 1986 atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun, kajian ini tidak dapat disempurnakan kerana kesuntukan waktu ekoran pembubaran Parlimen pada 19 Julai 1986 sebelum kajian ini selesai.

Namun begitu, bagi membuktikan keikhlasannya, PAS telah meletakkan tiga calon Cina untuk kawasan Parlimen iaitu Mohd Ridhuan Daniel Oon (Merbok), Mohd Kamal Koh (Nibong Tebal) dan Ghazali Ho (Tanjung Mal), di samping tiga calon Dun iaitu Mohd Kamal Koh (Seberang Jaya, Pulau Pinang), Ghazali Ho (Sungkai, Perak) dan Kamal Leang (Gunung Lambak, Johor).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
15 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 15/3/2016

Sumber HD - 15-3-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Sejarah: Gerakan revolusi biakkan fitnah terhadap MB

HARAKAHDAILY | .


GERAKAN REVOLUSI 14 MAC DILANCAR UNTUK BIAKKAN FITNAH TERHADAP MENTERI BESAR (14 MAC 1974)

PADA hari ini dalam tahun 1974, Yang Dipertua  PAS Cawangan Pasir Mas, Cikgu Ahmad Fakharuddin Abdullah telah melancarkan Gerakan Revolusi 14 Mac 1974 yang kononnya bertujuan untuk mendesak Menteri Besar Kelantan, Dato' Ishak Lotfi Omar supaya meletakkan jawatan atas beberapa tuduhan yang didakwakan.

Mereka mendakwa Dato' Ishak Lotfi melakukan penyelewengan dalam urusan balak, lemah dalam mentadbir kerajaan, korup, gagal meningkatkan syiar Islam dan beberapa tuduhan lain berkait penyelewengan, tetapi tidak dapat membuktikannya di mahkamah.

Gerakan ini dikatakan tidak bertujuan untuk menumbangkan PAS, tetapi untuk menumbangkan tokoh-tokoh tertentu terutama Menteri Besar dan beberapa individu dalam PAS Kelantan.

Pergolakan dalam politik Kelantan ini mulai berlaku semenjak PAS membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1 Januari 1973 dan Dato' Ishak Lotfi menjadi Menteri Besar semula menggantikan Dato' Mohd Asri Haji Muda.

Serangan fitnah ini bermula dengan pelancaran Gerakan Revolusi 14 Mac di Pasir Mas, diikuti oleh Gerakan Revolusi 20 Mac di Machang oleh Haji Mohd Yusof Nor serta desakan Dewan Pemuda PAS Kelantan pada 16 Mac 1974 dan PAS Cawangan Pasir Mas Hilir pada 29 Mac  1974 yang bertujuan mendesakkan Dato' Ishak Lotfi meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

PAS Kelantan dalam menangani gerakan ini, pada 30 Mac 1974 telah mengeluarkan satu siaran khas untuk menjawab semua fitnah dan tuduhan terhadap pimpinan PAS Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan yang bertajuk "Menghapuskan Kekeliruan di Sekitar Tuduhan-tuduhan dan Fitnah-fitnah Terhadap Pemimpin dan Tokoh-tokoh PAS di Kelantan".

Jawatankuasa Kerja Agung PAS pula pada 30 Mei 1974 telah menggantung PAS Cawangan Pasir Mas Hilir yang menjadi dalang fitnah ini, diikuti tindakan disiplin ke atas Cikgu Ahmad Fakharuddin, Daud Yatimee Ahmad, Hussin Yaakub dan Yusof ISA dengan memecat keahlian mereka pada 9 Jun 1974.

Kesan daripada tindakan tegas PAS ini, Gerakan Revolusi 14 Mac telah mengumpulkan semua pihak dalam PAS yang tidak berpuas hati dengan Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda termasuk Ustaz Amaluddin Darus dan Ustaz Abu Bakar Hamzah untuk menentang PAS.

Dalam Pilihan Raya Umum Kelima pada 24 Ogos 1974, Gerakan Revolusi 14 Mac telah bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dun untuk menentang PAS atas nama Barisan Bebas Bersatu (BBB), tetapi tewas semuanya.

Mereka kemudian bergabung membentuk parti Ikatan Muslim Insaf Malaysia (IMAM) pada 1975, sebelum bergabung dengan kumpulan Dato' Mohamed Nasir, Parti Progresif Islam (PPI) bagi menubuhkan Barisan Jamaah Islamiyah Malaysia (Berjasa) pada 1977.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
14 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 14/3/2016

Sumber HD - 14-3--2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Usul PAS tangani krisis dengan Indonesia ditolak
















HARAKAHDAILY | .


USUL PAS UNTUK TANGANI KRISIS POLITIK DENGAN INDONESIA DITOLAK OLEH DEWAN RAKYAT (13 MAC 1963)

PADA hari ini dalam tahun 1963, Dewan Rakyat telah menolak usul yang dikemukakan oleh PAS yang mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) supaya krisis politik antara Malaysia dan Indonesia diselesaikan secara aman, dan jika perlu dirujuk kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Usul yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy (Besut) ini berbunyi "bahawa bagi kepentingan kebijakan politik dan ketenteraman hidup negara dan rakyat PTM, Dewan (Rakyat) ini menetapkan bahawa kerajaan dan rakyat PTM hendaklah menjalankan ikhtiar-ikhtiar yang aman dan damai di dalam perhubungan-perhubungannya dengan negara tetangga dan sekiranya ada ketegangan-ketegangan yang meruncing hendaklah Kerajaan PTM mengadu hal ini kepada PBB bagi penyelesaian secara damai".

Isu ini telah merebak ekoran cadangan penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pada 27 Mei 1961. PAS yang menentang penubuhan Malaysia dan mencadangkan Melayu Raya telah menerima pelbagai tuduhan yang berbau anti Malaysia.

Dalam masa yang sama, Indonesia telah melancarkan konfrantasi sehingga memaksa Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 3 September 1964 berakhir dengan perjanjian antara kedua-dua negara pada 11 Ogos 1966.

PAS yang mengambil sikap menolak sebarang bentuk kekerasan dalam hubungan dengan negara jiran, mahukan semua pertikaian kedua-dua negara diselesaikan secara damai.

Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 15-16 Februari 1963 telah mengambil pendirian supaya satu usul dikemukakan kepada Dewan Rakyat agar pertikaian ini diselesaikan secara damai dan sekiranya ia tidak dapat diselesaikan, ia harus dirujuk ke PBB sebagai jalan penyelesaian damai.

Dr Burhanuddin al-Helmy telah mengemukakan usul ini di Dewan Rakyat pada 11 Mac 1963 dan dibahas sebagai sokongan oleh lima ahli Parlimen PAS iaitu Dato' Mohd Asri Haji Muda (Pasir Puteh), Khadijah Sidek (Dungun), Ahmad Abdullah (Kelantan Hilir), Dato' Raja Mohd Hanifah Abdul Ghani (Pasir Mas Hulu) dan Tuan Guru Haji Hussein Rahimin Mat Saman (Kota Bharu Hulu) pada 12-13 Mac 1963.

Oleh kerana Perikatan mahu memanipulasikan isu konfrantasi ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1964 dengan menuduh pemimpin PAS sebagai pengkhianat negara, melakukan kegiatan subversif yang ditaja Indonesia dan bekerjasama dengan Indonesia untuk melancarkan konfrantasi terhadap negara, maka pada 13 Mac 1963, Dewan Rakyat telah menolak usul ini dengan undian yang menyebabkan isu ini berpanjangan sehingga selepas Pilihan Raya Umum 1964. Ia hanya berakhir dengan perjanjian pada 11 Ogos 1966 antara kedua-dua negara.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
13 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 13/3/2016

Sumber Hd - 13-3-2016

----------------------------------------------------                                                                                 Sejarah: PAS menggugat dalam PRK Krian Laut

HARAKAHDAILY | .

PAS MENGGUGAT DALAM PILIHAN RAYA KECIL KRIAN LAUT (12 MAC 1966)

PADA hari ini dalam tahun 1966, telah berlangsung Pilihan Raya Kecil Parlimen Krian Laut, Perak ekoran kematian Ahli Parlimennya, Abdul Rauf Abdul Rahman pada 19 Januari 1966.

PAS telah meletakkan Ahli Jawatankuasa Agungnya, Ustaz Baharuddin Abdul Latif untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Krian Laut yang merupakan salah satu kubu kuat PAS semenjak awal 1950-an lagi.

Perikatan pula meletakkan calon baru, Sulaiman Haji Taib untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Kawasan Parlimen Krian Laut menjadi tumpuan kerana kawasan ini adalah kubu terawal PAS di mana cawangan PAS keempat, PAS Cawangan Krian ditubuhkan di sini pada 6 Julai 1952, selain PAS pernah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga di sini pada 12-14 Ogos 1954.

Dalam Pilihan Raya Umum 1955, Bendahari Agung PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin telah menjadi calon tunggal PAS yang memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan bagi kerusi Krian, manakala calon Majlis Undangan Negeri Perak di kawasan Krian Barat, Mohd Kamal Ahmad menjadi calon tunggal PAS yang menang di peringkat negeri.

Kawasan Krian dipecah dua pada 1959 iaitu Krian Laut yang kini dikenali sebagai Parit Buntar, dan Krian Darat, yang kini dikenali sebagai Bagan Serai.

Dalam Pilihan Raya Umum 1959, calon Perikatan yang juga Ketua Umno Krian, Abdul Rauf Abdul Rahman berjaya memenangi kerusi Parlimen Krian Laut dan dapat dipertahankan oleh beliau pada 1964 dengan majoriti sebanyak 2,657 undi. Dalam pilihan raya kecil ini, Krian Laut mempunyai 26,954 pengundi dengan 18,634 pengundi Melayu, 6,801 pengundi Cina dan 1,518 pengundi India.

Persaingan dianggap sangat sengit kerana kedua-dua parti pernah memenangi kerusi Parlimen dan Dun dalam kawasan ini, lebih-lebih lagi calon PAS adalah bekas Adun Gunung Semanggol (1959-1964).

Populasi pengundi Melayu keturunan Banjar yang ramai di sini telah memberi kelebihan kepada PAS, tetapi diimbangi oleh pengundi bukan Melayu yang berjumlah melebihi 30 peratus.

Berita Harian pada 10 Mac 1966 melaporkan bahawa kedua-dua parti telah membawa "bala bantuan" untuk merebut kerusi tersebut.

Pilihan Raya Kecil yang berlangsung pada 12 Mac 1966 ini akhirnya memberikan kemenangan kepada calon Perikatan yang memperoleh sebanyak 11,206 undi, manakala calon PAS mendapat 8,484 undi dengan 546 undi rosak.

Perikatan mempertahankan kerusi Parlimen Krian Laut ini dengan majoriti 2,722 undi. Walaupun PAS kalah dalam pilihan raya kecil ini, Krian Laut yang kini dikenali sebagai Parit Buntar kekal menjadi kubu PAS sehingga PAS berjaya merampas semula kerusi ini melalui Dato' Hassan Mohd Ali pada 1999, kemudian PAS memenanginya lagi pada 2008 dan 2013 melalui Dato' Dr Mujahid Yusof, sebelum beliau menyertai Parti Amanah Negara (PAN) pada 2015.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
12 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 12/3/2016

Sumber HD - 12-3-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: PAS hilang Kerajaan Kelantan kerana sabotaj

HARAKAHDAILY | .


PAS HILANG KERAJAAN KELANTAN KERANA SABOTAJ PARTI SERPIHAN (11 MAC 1978)

PADA hari ini dalam tahun 1978, PAS telah mencatat pengalaman terburuk dalam sejarahnya apabila Kerajaan Kelantan yang dipegang semenjak 1959 telah jatuh ke tangan BN ekoran krisis kepemimpinan yang tercetus dalam PAS semenjak Pilihan Raya Umum 1974.

Sebelum ini PAS telah diberi mandat untuk memerintah semenjak Pilihan Raya Umum Pertama pada 1959, diikuti oleh siri-siri pilihan paya pada 1964, 1969 dan 1974, sebelum tewas pada 1978 setelah 18 tahun usia kerajaannya.

Krisis kepemimpinan PAS bermula sejak 1974 kerana PAS menyertai BN sehingga terdapat ahli PAS menubuhkan serpihan seperti Revolusi 14 Mac dan parti Ikatan Muslim Insaf Malaysia (IMAM) sebelum Pilihan Raya Umum 1974.

Selepas pilihan raya ini, konflik beralih kepada isu pelantikan Menteri Besar Kelantan di mana PAS memilih Wan Ismail Ibrahim sebagai calon, tetapi ditolak oleh Umno sehingga akhirnya Dato' Mohamed Nasir menjadi Menteri Besar.

Isu Dato' Mohamed Nasir membarah pada 1977 yang membawa kepada pemecatan beliau daripada PAS pada 10 Oktober 1977.

Kesan dari pemecatan ini, PAS telah berpecah di mana penyokong Dato' Mohamed Nasir dengan kerjasama Umno telah menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) pada 25 September 1977, dan setelah beliau dikenakan undi tidak percaya di DUN Kelantan pada 15 Oktober 1977, PPI yang bergabung dengan IMAM telah membentuk Barisan Jamaah Islamiyah Se-Malaysia (BERJASA).

Penyokong-penyokong Dato' Mohamed Nasir yang diketuai oleh Ketua Pemuda Berjasa, Ibrahim Ali telah melakukan demonstrasi dan rusuhan di Kota Bharu sehingga ia menjadi alasan Kerajaan Pusat mendaruratkan Kelantan melalui akta parlimen pada 8 November 1977.

Akta Kuasa-kuasa Darurat (Kelantan) 1977 ini menjadi punca PAS dipecat daripada BN pada 13 Disember 1977.

Dalam suasana politik yang gawat ini, Kelantan ditadbir secara Mageran dengan Hashim Aman sebagai pengarah.

Pada 12 Februari 1978, Mageran dimansuhkan dan darurat ditamatkan, diikuti oleh pembubaran Dun Kelantan pada 13 Februari 1978.

Pilihan Raya Negeri Kelantan yang diadakan berasingan ditetapkan pada 11 Mac 1978.

PAS meletakkan calon di semua 36 kerusi dan mengeluarkan manifesto bertajuk 'Undilah Bulan Purnama untuk Menjamin Kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara' pada 6 Mac 1978.

Dalam Pilihan Raya Negeri pada 11 Mac 1978 ini, 34 orang calon PAS telah tewas kepada calon Umno (22 kerusi), Berjasa (11 kerusi) dan MCA (1 kerusi).

PAS hanya menang dua kerusi iaitu Sering (Ustaz Nik Abdullah Arshad) dan Manik Urai (Wan Abdullah Wan Su) yang menyebabkan Kerajaan PAS yang berusia 18 tahun ini tumbang dan diganti oleh Kerajaan BN yang dipimpin oleh Dato' Mohamed Yaacob sebagai Menteri Besar.

Faktor utama kekalahan PAS ini ialah peranan Berjasa yang memecahkan undi melalui strategi susunan Umno iaitu pertandingan tiga penjuru di kerusi marginal.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
11 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 11/3/2016

Sumber HD - 11-3-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Sejarah: Mahathir terancam dengan teori Domino Asri

HARAKAHDAILY | .


                                                                                                                   DR MAHATHIR TERANCAM DENGAN TEORI DOMINO DATO' ASRI (10 MAC 1980)

PADA hari ini dalam tahun 1980, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed telah mempersoalkan teori domino yang dibangkitkan oleh Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda dalam Ucapan Dasar Muktamar Khas PAS pada 2 Mac 1980.

Dr Mahathir berpandangan bahawa teori domino boleh melemahkan semangat rakyat negara ini, sedangkan Dato' Mohd Asri mempersoalkan salah guna ISA yang sepatutnya digunakan terhadap komunis, tetapi disalah gunakan untuk menyekat kebangkitan Islam.

Teori domino ialah teori spekulasi tentang perluasan pengaruh komunis di mana apabila satu negara terkena pengaruh komunis, negara sekitarnya juga akan dijangkiti oleh komunis melalui kesan domino.

Teori yang terkenal sejak dekad 1950-an ini menurut Presiden Amerika Syariat, Dwight D Eisenhower, bahawa pengaruh komunis boleh berkembang mengikut prinsip "domino jatuh," di mana apabila kita memiliki sebaris domino, dengan menjatuhkan domino pertama, semua domino lain akan jatuh satu persatu sehingga domino terakhirnya.

Teori perkembangan komunis ini menakutkan Barat sekiranya ada negara Asia Tenggara yang jatuh ke tangan komunis.

Ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Khas PAS itu, Yang Dipertua Agung PAS telah mengkritik tindakan zalim Kerajaan BN yang menahan 13 ahli PAS kerana terlibat dalam demonstrasi isu padi di Alor Setar pada 19 Januari 1980.

Dato' Mohd Asri menjelaskan hakikat Malaysia sedang diancam oleh perluasan pengaruh komunis kerana kedudukan Hanoi yang menguasai Phnom Penh dan mulai mengancam Thailand dengan kawalan Moscow ketika itu.

Sempadan Malaysia sendiri sedang diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM) melalui radio sulit, Suara Revolusi Malaya (SRM) yang kemudiannya dikenali sebagai Suara Demokratik Malaya (SDM).

PKM turut terbabit menubuhkan Parti Persaudaraan Islam (PAPERI) pada 1965, selain Parti Kebangsaan Melayu Revolusioner Malaya (PKMRM) untuk meluaskan pengaruh komunis.

Inilah yang dimaksudkan sebagai teori domino oleh pemimpin tertinggi PAS itu. Tetapi menurut Dato' Mohd Asri, ISA yang digubal pada 1960 untuk membendung pengaruh komunis disalahgunakan untuk menyekat kebangkitan Islam dengan menahan pimpinan dan ahli PAS, terutama setelah berlakunya Revolusi Iran pada 1979.

Dr Mahathir yang memberikan respons negatif terhadap teori domino ini diketahui umum peranan pengaruh komunis dalam menonjolkan Dr Mahathir sebagai pemimpin besar Umno.

Pada 1976, lima orang yang dikaitkan dengan komunis ditahan ISA oleh Dato' Hussein Onn iaitu Abdullah Ahmad, Abdullah Majid dan Abdul Samad Ismail yang terkenal sebagai Tiga Abdul, selain Kassim Ahmad dan Dr Syed Husin Ali.

Abdullah Ahmad atau Dolah Kok Lanas (DKL) sebagai Setiausaha Politik Tun Abdul Razak Hussein diketahui umum telah menggunakan ucapan Tun Razak yang ditulisnya untuk membolehkan Dr Mahathir disokong oleh Tun Razak sebagai salah seorang Naib Presiden Umno pada 1975.

Kerana itu, dalam isu ini, Dr Mahathir telah menuduh PAS berat sebelah iaitu menentang ISA apabila ahli PAS ditangkap, tetapi berdiam diri bila ahli Umno (DKL) ditangkap. Sedangkan PAS berpegang ISA digubal untuk menghapuskan komunis.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
10 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 10/3/2016

Sumber HD - 10-3-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah: PAS tubuh cawangan pertama di Pulau Pinang
















HARAKAHDAILY | .


PAS MENUBUHKAN CAWANGAN PERTAMA DI PULAU PINANG (9 MAC 1952)

PADA hari ini dalam tahun 1952, PAS telah menubuhkan cawangan pertamanya, iaitu PAS Cawangan Bandar Pulau Pinang yang berpusat di Bandar Raya Georgetown.

Cawangan ini telah ditubuhkan dalam usaha PAS untuk mengembangkan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu.

PAS telah memulakan pergerakannya semenjak ia ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 dan Jawatankuasa Kerja Agung PAS dibentuk pada 24 November 1951 dengan berpusat di Kepala Batas, Sebarang Perai.

Dengan tertubuhnya Cawangan PAS di Pulau Pinang, sayap PAS mulai berkembang keluar.

Usaha memperluaskan pengaruh PAS telah dimulakan semenjak awal 1952, di mana pada 2 Februari 1952, PAS telah mengadakan taklimat tentang tujuan perjuangannya kepada Persatuan Ulamak Kedah (PUK), sehingga ada syor supaya PUK menjadi anggota gabungan PAS.

Pada 3 April 1953, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah memutuskan supaya PAS menubuhkan cawangan-cawangan di seluruh Tanah Melayu bagi merealisasikan tujuan PAS untuk merapatkan hubungan umat Islam di negara ini.

PAS Cawangan Bandar Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 9 Mac 1952 sebagai cawangan yang pertama PAS telah dipimpin oleh ulamak reformis terkenal, Sheikh Haji Ibrahim Mohd Akib atau lebih terkenal dengan gelaran Haji Ibrahim Aqibi sebagai Yang Dipertua PAS Cawangan.

Pimpinan pengasas yang lain ialah Haji Ahmad Mokhtar (Setiausaha), Din Chik (Penolong Setiausaha), S.A Rahman (Bendahari) serta M.Y Merican, Mohd Shariff Mohd Ali, B.D Merican, Kassim Baba, Sheikh Abdul Latif Jalaluddin, Abdullah Mohd Mia Ibrahim, Abdul Hamid Amin, Abdullah Ishak, Mohd Rejab Yunus K.P, Haji Hussein Daik Sawi, Ahmad Zakaria, Jaafar Abdul Samad, Kassim Ali Hashim Ali, Mohd Sulaiman Babachan Khan, Syed Abbas al-Habsyi, Haji Ahmad Din, Anwar Hashim, Dasimah Dasir, Jah Said dan Syarifah Rahmah Syed Ahmad al-Mashoor.

Setelah tertubuhnya PAS Cawangan Bandar Pulau Pinang ini, cawangan-cawangan PAS mulai berkembang dengan penubuhan Cawangan PAS Bukit Mertajam (20 April 1952), Perak (26 April 1952), Bukit Besar (April 1952), Perlis (8 Mei 1952), Kerian (6 Julai 1952) dan Kuala Lumpur (13 Julai 1952).

PAS mula berkembang di Pantai Timur apabila Naib Yang Dipertua PAS, Tuan Guru Haji Hussein Che Dol membuat taklimat tentang PAS di Pasir Puteh, Kelantan pada 9 September 1952.

Sehingga Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kedua pada 26 Ogos 1953, PAS berjaya menubuhkan 13 lagi cawangan menjadi 20 buah.

Cawangan tersebut ialah Bayan Lepas, Pokok Sena, Kubang Semang (Pulau Pinang), Titi Serong, Hilir Perak (Perak), Sentul, Sungai Penchala (Selangor), Rembau, Johol (Negeri Sembilan), Bukit Aping, Sungai Korok (Kedah) dan Pasir Mas (Kelantan).

PAS Cawangan Singapura yang juga ditubuhkan dalam tahun 1952 pula gagal mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan Singapura.

Di samping itu, PAS turut melantik Wakil Tetap PAS di beberapa bandar untuk mengembangkan PAS iaitu di Machang, Gerik, Ipoh, Kuala Kangsar, Parit, Manong, Tanjung Karang dan Melaka.

PAS Cawangan Bandar Pulau Pinang walau bagaimanapun lumpuh ekoran pergeseran Kaum Muda - Kaum Tua antara pemimpin reformis, Haji Ibrahim Aqibi (Yang Dipertua PAS Cawangan Bandar Pulau Pinang) dengan Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai, Sheikh Abdullah Fahim (Ketua Dewan Ulamak PAS) pada 1953.

Antara tokoh ternama dalam cawangan ini selain Haji Ibrahim Aqibi ialah Haji Ahmad Mokhtar (Pemeriksa Kira-kira PAS) dan Syarifah Rahmah Syed Ahmad al-Mashoor (Ketua Dewan Muslimat PAS).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
9 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 9/3/2016

Sumber HD - 9-3-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Sejarah: Nakhaie syor Barisan Islamiah

HARAKAHDAILY | .



NAKHAIE SYORKAN BARISAN ISLAMIAH SEBAGAI GABUNGAN PEMBANGKANG ISLAM + UMNO MAHATHIR (8 MAC 1988)

PADA hari ini dalam tahun 1988, Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad telah mengemukakan satu cadangan kepada Majlis Syura Ulamak PAS supaya ditubuhkan Barisan Islamiah, iaitu sebuah badan gabungan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk Umno untuk menyatukan umat Islam.

Idea penubuhan Barisan Islamiah ini telah dilontarkan oleh Ustaz Nakhaie semenjak akhir November 1987 lagi, dan beliau yang juga Naib Yang Dipertua Agung PAS kemudiannya mengemukakan secara rasmi kepada Majlis Syura Ulamak PAS.

Gagasan ini ketika dilontarkan oleh Ustaz Nakhaie telah mendapat respon positif daripada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed, Presiden Umno dan Pak Yusof Rawa, Yang Dipertua Agung PAS.

PAS bersikap positif kerana perpaduan adalah tuntutan Islam, sedangkan Umno pada 24 November 1987 dilaporkan bersetuju jika ia bertujuan untuk Islam.

Usulan Ustaz Nakhaie ini telah dibincangkan secara dasar pada 8 Mac 1988, tetapi ia ditarik balik oleh pencadangnya dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS pada 4 Julai 1988 kerana didakwa tidak mendapat perhatian serius pimpinan PAS.

Dalam Persidangan Agung Perpaduan dan Politik Islam anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pada 21 Ogos 1988, Ustaz Nakhaie mencadangkan supaya sebuah panitia ditubuhkan untuk menganjurkan Perhimpunan Umat Melayu Kedua bagi membincangkan pendekatan baru politik umat Islam setelah Umno diharamkan pada 4 Februari 1988.

Cadangan-cadangan Ustaz Nakhaie yang dilihat oleh pimpinan PAS sebagai satu usaha menghidupkan semua Team A Umno yang dipimpin oleh Dr Mahathir dengan membuat pakatan parti-parti pembangkang dan NGO Islam + Umno Mahathir atas nama perpaduan umat, sedangkan ketika itu Umno sedang melakukan tangkapan ISA sejak Oktober 1987, di mana nama Ustaz Nakhaie dikatakan turut tersenarai.

Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dijangka mengendalikan kes Umno telah digantung tugas pada 26 Mei 1988 yang menyebabkan usaha memulihkan Umno terbengkalai.

Di sebalik kedinginan sikap pimpinan PAS terhadap cadangan Ustaz Nakhaie yang juga Ketua Penerangan PAS itu, PAS turut menerima usulan daripada Setiausaha Agung PAS, Ustaz Hassan Shukri pada 9 Oktober 1988 dalam kertasnya, 'Tinjauan Ringkas Politik Semasa dan Sikap Yang Perlu Diambil Oleh PAS' yang mencadangkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Team B yang dipimpin oleh Tengku Razaliegh Hamzah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 1990.

PAS bersikap positif terhadap cadangan Setiausaha Agungnya, tetapi dilihat tidak berminat dengan usulan Naib Yang Dipertua Agungnya.

Kecewa dengan pendirian PAS yang tidak mahu memberi nafas baru bagi menghidupkan semula Umno (Baru), Ustaz Nakhaie telah meletakkan semua jawatan beliau dalam PAS pada 20 Ogos 1988 atas alasan berkecil hati dengan satu kenyataan Pak Yusof Rawa, yang kemudiannya diterima oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 9 September 1988, manakala kedudukan beliau dalam Majlis Syura Ulamak PAS berakhir pada 30 Oktober 1988.

Pada 2 Januari 1989, Ustaz Nakhaie membuat kenyataan bahawa tindakan PAS bekerjasama dengan serpihan Umno, Semangat 46 merugikan umat, dan pada 27 April 1989, Ustaz Nakhaie yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Biro Agama Umno dan pimpinan ABIM sebelum aktif dalam PAS telah mengumumkan penyertaannya ke dalam Umno (Baru) pimpinan Dr Mahathir.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
8 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 8/3/2016

Sumber HD - 8-3-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah: PAS setuju sertai BN
















HARAKAHDAILY | .


PAS SETUJU SERTAI BN KERANA TIDAK TERIKAT SEBAGAI SATU PERTUBUHAN (7 MAC 1974)

PADA hari ini dalam tahun 1974, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju menerima Perlembagaan BN dan bersetuju PAS menyertai gabungan parti-parti tersebut setelah berjaya meletakkan PAS sebagai parti yang tidak terikat dengan BN.

Menurut Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda, BN bukannya sebuah 'pertubuhan' yang mengikat parti-parti anggotanya, sebaliknya ia adalah sebuah 'gabungan' berbentuk konfederasi di mana setiap parti anggotanya adalah bebas dan mempunyai identiti tersendiri.

Isu keterikatan PAS kepada rakan gabungan telah menjadi topik utama dalam penetapan hukum ketika pembentukan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1972.

Kemudian, apabila BN dicadangkan dalam mesyuarat antara parti-parti yang menganggotai Kerajaan Campuran pada 17 Januari 1974, PAS telah bersetuju secara umum untuk menyertai kerjasama ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1974, tetapi tidak bersetuju dengan apa-apa syarat yang mengikat PAS, lebih-lebih lagi apabila Perlembagaan BN menyebut kerjasama BN ini sebagai 'pertubuhan'  yang bermaksud semua parti meleburkan diri ke dalam BN.

Dewan Ulamak PAS Pusat yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 27 Januari 1974 telah menetapkan hukum harus PAS bekerjasama dengan BN dengan syarat ia tidak menghilangkan identiti PAS sebagai sebuah parti politik Islam.

Pada 13 Februari 1974, Jawatankuasa Politik dan Ekonomi PAS bersetuju supaya PAS meminda draf Perlembagaan BN dengan menukar istilah 'pertubuhan' kepada 'gabungan' untuk membolehkan PAS menyertai BN sebagai sebuah parti yang beridentiti sendiri dan tidak melebur dalam BN.

Pendirian Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 7 Mac 1974 ini membolehkan penyertaan PAS dalam Pilihan Raya Umum 1974 atas nama BN tanpa mengikat PAS secara mutlak.

Tindakan PAS menyertai BN pada 1 Jun 1974 kemudiannya telah mendapat pengesahan dari Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-20 pada 13-15 Jun 1974 kerana ketidakterikatan PAS dengan BN, dan sekali gus membolehkan PAS menyertai Pilihan Raya Umum pada 24 Ogos 1974 atas nama BN dan menggunakan simbol Dacing.

Kerana sifat PAS yang tidak terikat dengan BN dan memiliki identiti sendiri ini, semua calon PAS berkewajipan memberi walak dan ketaatan kepada PAS, bukannya kepada BN. Pendirian PAS ini boleh dilihat dalam beberapa kes:

I. Pemecatan Dato' Mohamed Nasir pada 10 Oktober 1977 antara lain kerana Menteri Besar Kelantan itu menganggap dirinya Menteri Besar BN, bukannya Menteri Besar PAS sehingga beliau tidak mengikut arahan PAS;

II. PAS mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Dato' Mohamed Nasir di DUN Kelantan pada 15 Oktober 1977 kerana Menteri Besar itu tidak mentaati arahan PAS, sebaliknya mengikut telunjuk Umno;

III. PAS mengarahkan semua wakil rakyatnya meletakkan jawatan dari kerajaan pada 6 November 1977 kerana PAS menentang Rang Undang-undang Darurat Kelantan 1977 yang dikemukakan oleh Kerajaan BN;

IV. Keahlian Timbalan Yang Dipertua Agung PAS yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, Datuk Hassan Adli Mohd Arshad telah terlucut pada 8 November 1977 kerana menyokong Rang Undang-undang Darurat Kelantan 1977; dan

V. PAS membawa kerusi-kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum 1974 atas nama BN menjadi kerusi PAS atas sifatnya yang tidak terikat dengan gabungan ini pada 13 Disember 1977.

Semua tindakan PAS ini tidak dianggap sebagai pengkhianatan PAS terhadap BN, kerana penyertaan PAS dalam BN adalah atas sifatnya yang tidak terikat, sebaliknya menjadi anggota gabungan yang bebas dan beridentiti sendiri.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 7/3/2016

Sumber HD - 7-3-2016

--------------------------------------------------------                                                                               Manifesto PAS Kelantan hadapi p'raya negeri (1978)
















HARAKAHDAILY | .


PAS KELANTAN KELUARKAN MANIFESTO HADAPI PILIHAN RAYA NEGERI  (6 MAC 1978)

PADA hari ini dalam tahun 1978, PAS Kelantan telah mengeluarkan manifesto bertajuk 'Undilah Bulan Purnama untuk Menjamin Kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara' bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri yang diadakan pada 11 Mac 1978.

Pilihan Raya Negeri ini diadakan berasingan pada 1978 ekoran krisis kepemimpinan Kerajaan Kelantan yang membawa kepada perisytiharan darurat pada 8 November 1977.

Penamaan darurat pada 12 Februari 1978 telah diikuti oleh pembubaran Dun dan pebetapan tarikh pembuangan undi.

Keadaan dalaman PAS sedang berkrisis ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri ini kerana Dato' Mohamed Nasir, Menteri Besar Kelantan telah menubuhkan Berjasa bersama pengikutnya setelah beliau disingkirkan dari PAS.

Kumpulan Dato' Mohamed Nasir pada mulanya menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) pada 25 September 1977, tetapi menukar namanya kepada Barisan Jamaah Islamiyah Malaysia (Berjasa) setelah ia bergabung dengan satu lagi serpihan PAS iaitu parti Ikatan Muslim Insaf Malaysia (IMAM).

Ekoran tindakan Dato' Mohamed Nasir mengkhianati PAS, beliau dikenakan undi tidak percaya di Dun Kelantan pada 15 Oktober 1977, lalu mengakibatkan perpecahan besar dalam PAS khususnya di Kelantan.

Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ini, PAS Kelantan telah mengeluarkan satu manifesto sebagai tawaran kepada Rakyat Kelantan jika mereka mengekalkan PAS sebagai kerajaan.

Manifesto ini mempunyai pengenalan yang menjelaskan tentang krisis politik Kelantan yang berlaku akibat sabotaj pihak ketiga ketika PAS berada dalam BN yang berakhir dengan darurat. PAS menganggap krisis ini sebagai "sandiwara politik yang amat ketara".

Manifesto PAS Kelantan yang dikeluarkan pada 6 Mac 1978 ini mengandungi janji-janji PAS tentang lima perkara iaitu politik, pentadbiran, agama, kewangan dan pembangunan ekonomi.

PAS telah menawarkan satu sistem politik berasaskan Islam dalam konteks federalisme di Malaysia, di samping mengekalkan pentadbiran cekap dengan dasar yang adil.

Dalam konteks agama, PAS menawarkan pengenalan pentadbiran agama, perluasan tabligh dan dakwah, menaikkan taraf YPTIK kepada sebuah universiti Islam dan memajukan sekolah-sekolah agama.

Dari sudut kewangan dan ekonomi, PAS menawarkan perbelanjaan berhemat dan penubuhan perbadanan-perbadanan untuk Memajukan ekonomi negeri.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 6/3/2016

Sumber HD - 6-3-2016

-----------------------------------------------------                                                                                        PAS dapat kerusi tambahan rombakan kabinet (1976)
















HARAKAHDAILY | .


PAS DAPAT TAMBAHAN KERUSI DALAM ROMBAKAN KABINET HUSSEIN ONN (5 MAC 1976)

PADA hari ini dalam tahun 1976, PAS telah mendapat tambahan kerusi menteri dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn yang dibentuk ekoran kematian Tun Abdul Razak Hussein pada 14 Januari 1976.

Tambahan jawatan menteri ini adalah kenaikan pangkat Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad dari Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.

Selepas kematian Tun Abdul Razak Hussein, PAS telah mengambil pendirian pada 15 Januari 1976 supaya PAS dapat meningkatkan peranannya dalam kerajaan dengan lebih positif, di mana PAS menuntut tambahan jawatan dalam kabinet termasuk diwujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua yang akan diisi oleh PAS, tambahan satu jawatan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen serta kenaikan pangkat seorang Setiausaha Parlimen kepada Timbalan Menteri.

PAS juga menuntut supaya jawatan Menteri Pertahanan diserahkan kepada PAS, selain mengekalkan Kementerian Tanah dan Galian dan Tugas-tugas Khas yang dipegang oleh Dato' Mohd Asri Haji Muda, Yang Dipertua Agung PAS.

Dalam pembentukan kabinet pertama selepas menyertai BN pada 1 Januari 1973, PAS diberikan jawatan Menteri Kemajuan Tanah dan Tugas-tugas Khas (Dato' Mohd Asri), Timbalan Perusahaan Utama (Ustaz Haji Yusof Rawa) selain Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Ustaz Abu Bakar Hamzah).

Selepas Pilihan Raya Umum 1974, PAS diberikan tambahan jawatan dalam kabinet dengan seorang Menteri, dua orang Timbalan Menteri dan seorang Setiausaha Parlimen.

Mereka yang menjawat jawatan-jawatan ini ialah Dato' Mohd Asri (Menteri Tanah dan Galian dan Tugas-tugas Khas), Dato' Ustaz Hassan Adli (Timbalan Menteri Buruh), Dato' Abu Bakar Umar (Timbalan Menteri Kesihatan) dan Cikgu Mustafa Ali (Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian).

Hasil desakan PAS ini, rombakan kabinet pasca Tun Razak yang dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn pada 5 Mac 1976 telah melantik dua orang Menteri dari PAS iaitu Dato' Mohd Asri (Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah) dan Dato' Ustaz Hassan Adli (Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan), seorang Timbalan Menteri iaitu Dato' Abu Bakar Umar (Timbalan Menteri Kesihatan) serta dua orang Setiausaha Parlimen iaitu Cikgu Mustafa Ali (Kementerian Perdagangan dan Perindustrian) dan Zahari Awang (Kementerian Luar Negeri).

Zahari Awang kemudiannya ditukarkan ke Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dalam rombakan kabinet pada 14 April 1977, selain kenaikan pangkat Cikgu Mustafa Ali sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar serta pelantikan Ustaz Abdul Wahab Yunus sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
5 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 5/3/2016

Sumber HD - 5-3-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah: PAS setuju sertai BN
















HARAKAHDAILY | .


PAS SETUJU SERTAI BN KERANA TIDAK TERIKAT SEBAGAI SATU PERTUBUHAN (7 MAC 1974)

PADA hari ini dalam tahun 1974, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju menerima Perlembagaan BN dan bersetuju PAS menyertai gabungan parti-parti tersebut setelah berjaya meletakkan PAS sebagai parti yang tidak terikat dengan BN.

Menurut Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda, BN bukannya sebuah 'pertubuhan' yang mengikat parti-parti anggotanya, sebaliknya ia adalah sebuah 'gabungan' berbentuk konfederasi di mana setiap parti anggotanya adalah bebas dan mempunyai identiti tersendiri.

Isu keterikatan PAS kepada rakan gabungan telah menjadi topik utama dalam penetapan hukum ketika pembentukan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1972.

Kemudian, apabila BN dicadangkan dalam mesyuarat antara parti-parti yang menganggotai Kerajaan Campuran pada 17 Januari 1974, PAS telah bersetuju secara umum untuk menyertai kerjasama ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1974, tetapi tidak bersetuju dengan apa-apa syarat yang mengikat PAS, lebih-lebih lagi apabila Perlembagaan BN menyebut kerjasama BN ini sebagai 'pertubuhan'  yang bermaksud semua parti meleburkan diri ke dalam BN.

Dewan Ulamak PAS Pusat yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 27 Januari 1974 telah menetapkan hukum harus PAS bekerjasama dengan BN dengan syarat ia tidak menghilangkan identiti PAS sebagai sebuah parti politik Islam.

Pada 13 Februari 1974, Jawatankuasa Politik dan Ekonomi PAS bersetuju supaya PAS meminda draf Perlembagaan BN dengan menukar istilah 'pertubuhan' kepada 'gabungan' untuk membolehkan PAS menyertai BN sebagai sebuah parti yang beridentiti sendiri dan tidak melebur dalam BN.

Pendirian Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 7 Mac 1974 ini membolehkan penyertaan PAS dalam Pilihan Raya Umum 1974 atas nama BN tanpa mengikat PAS secara mutlak.

Tindakan PAS menyertai BN pada 1 Jun 1974 kemudiannya telah mendapat pengesahan dari Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-20 pada 13-15 Jun 1974 kerana ketidakterikatan PAS dengan BN, dan sekali gus membolehkan PAS menyertai Pilihan Raya Umum pada 24 Ogos 1974 atas nama BN dan menggunakan simbol Dacing.

Kerana sifat PAS yang tidak terikat dengan BN dan memiliki identiti sendiri ini, semua calon PAS berkewajipan memberi walak dan ketaatan kepada PAS, bukannya kepada BN. Pendirian PAS ini boleh dilihat dalam beberapa kes:

I. Pemecatan Dato' Mohamed Nasir pada 10 Oktober 1977 antara lain kerana Menteri Besar Kelantan itu menganggap dirinya Menteri Besar BN, bukannya Menteri Besar PAS sehingga beliau tidak mengikut arahan PAS;

II. PAS mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Dato' Mohamed Nasir di DUN Kelantan pada 15 Oktober 1977 kerana Menteri Besar itu tidak mentaati arahan PAS, sebaliknya mengikut telunjuk Umno;

III. PAS mengarahkan semua wakil rakyatnya meletakkan jawatan dari kerajaan pada 6 November 1977 kerana PAS menentang Rang Undang-undang Darurat Kelantan 1977 yang dikemukakan oleh Kerajaan BN;

IV. Keahlian Timbalan Yang Dipertua Agung PAS yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, Datuk Hassan Adli Mohd Arshad telah terlucut pada 8 November 1977 kerana menyokong Rang Undang-undang Darurat Kelantan 1977; dan

V. PAS membawa kerusi-kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum 1974 atas nama BN menjadi kerusi PAS atas sifatnya yang tidak terikat dengan gabungan ini pada 13 Disember 1977.

Semua tindakan PAS ini tidak dianggap sebagai pengkhianatan PAS terhadap BN, kerana penyertaan PAS dalam BN adalah atas sifatnya yang tidak terikat, sebaliknya menjadi anggota gabungan yang bebas dan beridentiti sendiri.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 7/3/2016

Sumber HD - 7-3-2016

---------------------------------------------------------                                                                       Manifesto PAS Kelantan hadapi p'raya negeri (1978)

















HARAKAHDAILY | .


PAS KELANTAN KELUARKAN MANIFESTO HADAPI PILIHAN RAYA NEGERI  (6 MAC 1978)

PADA hari ini dalam tahun 1978, PAS Kelantan telah mengeluarkan manifesto bertajuk 'Undilah Bulan Purnama untuk Menjamin Kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara' bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri yang diadakan pada 11 Mac 1978.

Pilihan Raya Negeri ini diadakan berasingan pada 1978 ekoran krisis kepemimpinan Kerajaan Kelantan yang membawa kepada perisytiharan darurat pada 8 November 1977.

Penamaan darurat pada 12 Februari 1978 telah diikuti oleh pembubaran Dun dan pebetapan tarikh pembuangan undi.

Keadaan dalaman PAS sedang berkrisis ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri ini kerana Dato' Mohamed Nasir, Menteri Besar Kelantan telah menubuhkan Berjasa bersama pengikutnya setelah beliau disingkirkan dari PAS.

Kumpulan Dato' Mohamed Nasir pada mulanya menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) pada 25 September 1977, tetapi menukar namanya kepada Barisan Jamaah Islamiyah Malaysia (Berjasa) setelah ia bergabung dengan satu lagi serpihan PAS iaitu parti Ikatan Muslim Insaf Malaysia (IMAM).

Ekoran tindakan Dato' Mohamed Nasir mengkhianati PAS, beliau dikenakan undi tidak percaya di Dun Kelantan pada 15 Oktober 1977, lalu mengakibatkan perpecahan besar dalam PAS khususnya di Kelantan.

Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ini, PAS Kelantan telah mengeluarkan satu manifesto sebagai tawaran kepada Rakyat Kelantan jika mereka mengekalkan PAS sebagai kerajaan.

Manifesto ini mempunyai pengenalan yang menjelaskan tentang krisis politik Kelantan yang berlaku akibat sabotaj pihak ketiga ketika PAS berada dalam BN yang berakhir dengan darurat. PAS menganggap krisis ini sebagai "sandiwara politik yang amat ketara".

Manifesto PAS Kelantan yang dikeluarkan pada 6 Mac 1978 ini mengandungi janji-janji PAS tentang lima perkara iaitu politik, pentadbiran, agama, kewangan dan pembangunan ekonomi.

PAS telah menawarkan satu sistem politik berasaskan Islam dalam konteks federalisme di Malaysia, di samping mengekalkan pentadbiran cekap dengan dasar yang adil.

Dalam konteks agama, PAS menawarkan pengenalan pentadbiran agama, perluasan tabligh dan dakwah, menaikkan taraf YPTIK kepada sebuah universiti Islam dan memajukan sekolah-sekolah agama.

Dari sudut kewangan dan ekonomi, PAS menawarkan perbelanjaan berhemat dan penubuhan perbadanan-perbadanan untuk Memajukan ekonomi negeri.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 6/3/2016

Sumber HD - 6-3-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS anjur makan malam bantu MP DAP digantung
















HARAKAHDAILY | .


PAS ANJUR MAKAN MALAM UNTUK BANTU WAKIL RAKYAT DAP YANG DIGANTUNG (4 MAC 2002)

PADA hari ini dalam tahun 2002, PAS Kelantan telah menganjurkan satu Majlis Makan Malam Membantu Ahli Parlimen Batu Gajah untuk membantu wakil rakyat DAP yang telah digantung keahlian oleh Dewan Rakyat pada 12 Disember 2001.

Majlis makan malam ini bertujuan mengumpul dana untuk membantu Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan yang telah digantung tanpa elaun selama enam bulan kerana mengkritik Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Mohamed Zahir Ismail.

PAS telah mengadakan beberapa siri majlis pengumpulan dana untuk membantu ahli parlimen tersebut bermula dengan Majlis Jamuan Teh anjuran PAS Kawasan Ampang pada 2 Februari 2002, sebelum majlis makan malam di Kota Bharu ini.

Majlis ini diadakan di Dewan Perniagaan Cina, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu dengan kerjasama PAS Kota Bharu dan dihadiri oleh beberapa pemimpin PAS seperti Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Haji Anuar Tan Abdullah, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Turut hadir ialah wakil DAP, Lim Kit Siang dan Fong Po Kuan, manakala PKN diwakili oleh Ahli Parlimen Peringat, Ustaz Mohamad Mustafa.

Isu ini tercetus ekoran tindakan Ahli Parlimen Batu Gajah itu mengkritik Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kemudiannya menyebabkan satu usul tindakan tatatertib dikemukakan untuk menggantung keanggotaan beliau selama enam bulan tanpa elaun.

Usul ini dikatakan tidak mengikut Peraturan Dewan Rakyat kerana tidak mencukupi tempoh tujuh hari, tetapi ia dibenarkan oleh Tun Mohamad Zahir untuk dibentang, dan ia tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Keadaan ini menyebabkan Ahli Parlimen Batu Gajah itu dianggap teraniaya.

Apa yang menarik dalam isu ini ialah tindakan PAS menganjurkan program-program untuk mengutip dana bagi membantu dan membela ahli parlimen DAP sehingga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bahawa tindakan ini dibuat atas semangat mempertahankan keadilan dan kemanusiaan.

Walhal sebelum ini, DAP merupakan sekutu PAS dalam Barisan Alternatif (BA) yang telah memutuskan hubungan dengan PAS dan keluar dari BA sejak 22 September 2001 kerana isu negara Islam.

PAS sebaliknya mengambil sikap politik matang dengan tidak memusuhi ahli-ahli DAP, walaupun DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.

Penganjuran Majlis Makan Malam yang turut dihadiri oleh Mursyidul Am PAS pada 4 Mac 2002 ini adalah untuk membantu ahli DAP yang digantung selama enam bulan tanpa elaun di Parlimen tanpa menghiraukan status hubungan kedua-dua parti.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
4 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 4/3/2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akta Bahasa Kebangsaan lulus, PAS bangkang (1967)
















HARAKAHDAILY | .


AKTA BAHASA KEBANGSAAN LULUS DENGAN BANGKANGAN PAS (3 MAC 1967)

PADA hari ini dalam tahun 1967, Dewan Rakyat telah meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dengan bangkangan kuat daripada PAS.

PAS sejak awal tidak bersetuju dengan akta ini kerana kegagalan Umno menunaikan janji mereka untuk mendaulatkan bahasa Melayu.

Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 Februari 1967 oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra dengan tujuan untuk memantapkan kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan setelah genap 10 tahun mencapai kemerdekaan. Akta ini akan berkuat kuasa mulai 1 September 1967.

Walau bagaimanapun, PAS telah menyifatkan akta ini sebagai memungkiri janji Tunku Abdul Rahman Putra dalam Mesyuarat Agung Umno pada 4 Jun 1955 yang mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.

Tunku Abdul Rahman telah berjanji supaya semua urusan rasmi dalam pentadbiran dan pendidikan akan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya setelah 10 tahun bahasa Inggeris turut digunakan dalam pentadbiran.

PAS telah mengkritik akta 11 fasal ini tentang:

I. Kebenaran untuk kerajaan menggunakan bahasa kaum-kaum lain dalam urusan rasmi;
II. Kebenaran untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam apa-apa urusan rasmi yang difikirkan patut;
III. Kebenaran untuk bahasa Inggeris digunakan di Parlimen dan Dun;
IV. Kebenaran penggunaan bahasa Inggeris dalam teks undang-undang;
V. Kebenaran untuk undang-undang bertulis sebelum 1 September 1967 menggunakan bahasa Inggeris;
VI. Kebenaran menggunakan bahasa Inggeris di mahkamah;
VII. Akta hanya berkuat kuasa di Semenanjung sahaja, tidak di Sabah dan Sarawak; dan
VIII. Menukarkan tulisan Jawi dengan tulisan Rumi.

Dengan kelonggaran akta ini, pada pandangan PAS, Tunku Abdul Rahman adalah seorang pemimpin yang terlalu tunduk kepada desakan orang bukan Melayu.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967 pada 2 Mac 1967, Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah menyifatkan tindakan Kerajaan Perikatan ini sebagai "tambahan dosa dan jenayah politik Umno terhadap bangsa Melayu".

Sebelum ini, Umno menuduh PAS sebagai pengkhianat negara kerana isu Konfrantasi Indonesia, tetapi kini PAS mengembalikan paku buah keras kepada Umno. Ucapan Dato' Mohd Asri di Parlimen ini diterbitkan dengan tajuk 'Rakyat Menggugat.'

Walaupun akta ini ditentang hebat oleh PAS, pada 3 Mac 1967, ia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat untuk digabungkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963, yang menyebabkan PAS pada 6 Ogos 1967 telah mengemukakan usul di Parlimen melalui Ustaz Abu Bakar Hamzah untuk menjadikan Melayu sebagai rupa bangsa bagi Malaysia.

Kesan terbesar akta ini ialah terhapusnya tulisan Jawi dari sistem pendidikan negara.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 3/3/2016

Sumber HD - 3-3-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS pertegas baiah dalam perjuangan Islam (2012)

















HARAKAHDAILY | .


PAS PERTEGASKAN PERANAN BAIAH DALAM PERJUANGAN ISLAM (23 FEBRUARI 2012)

PADA hari ini dalam tahun 2012, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mempertegaskan peranan dan kepentingan baiah dalam menjamin kesetiaan kepada perjuangan Islam.

Mursyidul Am PAS itu mengulas kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 21 Februari 2012 dan juga komentar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pada 22 Februari 2012, bahawa PAS mewajibkan ahli-ahli dan pimpinannya berbaiah kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun berjamaah, bukannya untuk menimbulkan taksub kepada pemimpin.

Isu baiah ini timbul menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana perhatian PAS terhadap kesetiaan calon-calonnya setelah Kerajaan PR Perak dijatuhkan pada 5 Februari 2009 akibat pengkhianatan wakil rakyat PKR dan DAP.

Presiden PAS dilaporkan telah memberi ingatan kepada bakal-bakal calon PAS bahawa semua calon PAS dalam pilihan raya akan datang mesti berbaiah untuk mengelakkan mereka menyeleweng dari dasar, cara dan matlamat Islam.

Menurut Presiden PAS itu, calon yang melanggar baiah setelah menang pilihan raya "akan celaka dunia dan akhirat."

Penegasan Presiden PAS ini mempunyai kaitan dengan pengalaman PAS sebelum ini di mana wakil rakyat PAS pernah diculik dan mengkhianati parti pada 1961 di Terengganu dan 1967 di Kelantan.

Pada 1983, serpihan PAS, Hamim telah membawa lari kerusi Parlimen dan Dun milik PAS. Pengalaman pahit ini berulang pada 5 Februari 2009, apabila Kerajaan PR Perak dijatuhkan secara tidak demokratik.

Ketika mengulas kejatuhan Kerajaan PR Perak, Tuan Guru Haji Abdul Hadi pada 23 Februari 2009 telah menyebutkan tentang kekuatan PAS dalam krisis politik Perak itu ialah kerana adanya baiah. "Adun-adun PAS berbaiah kepada Allah, sekiranya mereka menipu, khianat dan menyeleweng, mereka akan dilaknat oleh Allah, para malaikat dan sekalian pelaknat." Atas kesedaran pentingnya baiah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, maka persoalan baiah dipertegaskan semula kepada ahli-ahli PAS.

Mengulas penegasan Presiden PAS ini, Tun Dr Mahathir pada 22 Februari 2012 telah menolak keperluan baiah yang dianggapnya boleh menimbulkan taksub kepada pemimpin.

Turut memberi pandangan serupa ialah Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jaya, Pengerusi Ilmu dan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak.

Menolak semua tanggapan ini, Mursyidul Am PAS telah menjelaskan bahawa baiah adalah janji setia calon dengan Allah dalam menegakkan Islam.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Harun Taib pada 23 Februari 2012 telah menyifat baiah yang diamalkan PAS adalah bertepatan dengan syarak.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali pula pada hari yang sama menjelaskan bahawa baiah menjadi amalan PAS dalam mengekalkan kesetiaan wakil rakyatnya.

Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula menjelaskan bahawa baiah PAS adalah digubal oleh ulamak-ulamak. Manakala Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub turut menolak pandangan Dr Mahathir.

Di sebalik kebimbangan Presiden PAS terhadap pengkhianatan calon-calon PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 2013, sehingga beliau mempertegaskan kesan 'celaka' dan 'laknat' jika melanggar baiah ini, selepas Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di Kuala Selangor pada 4-6 Jun 2015, tujuh orang Ahli Parlimen dan lima orang Adun PAS telah melanggar baiah ini dengan menyertai parti lain.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 23/2/2016

Sumber HD - 23-2-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Sejarah: Persidangan Ulama Se-Malaya lulus 8 resolusi

HARAKAHDAILY | .

PERSIDANGAN ALIM ULAMAK SE-MALAYA DI MUAR LULUSKAN 8 RESOLUSI (21 FEBRUARI 1950)
PADA hari ini dalam tahun 1950, Persidangan Alim Ulamak Se-Malaya telah diadakan di Kelab Melayu Muar, Bandar Maharani, Johor dengan dianjurkan oleh Bahagian Agama dan Pelajaran Umno.

Persidangan ini diadakan hasil dari desakan beberapa pihak termasuk Majlis Agama Islam Hilir Perak yang mahu isu-isu agama dirundingkan segera selepas runtuhnya gerakan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat 1948.

Menyedari desakan ini, Jawatankuasa Kerja Agung Umno telah mengarahkan Bahagian Agama dan Pelajarannya supaya mengadakan persidangan ulamak yang melibatkan Cawangan-cawangan Bahagian Agama dan Pelajaran Umno, Majlis-majlis Agama, Jabatan-jabatan Agama serta pertubuhan-pertubuhan agama dari seluruh Malaya.

Sebuah Jawatankuasa Perlaksana telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Haji Mohd Noah Omar dari Johor.

Persidangan ini kemudiannya disertai oleh perwakilan dari seluruh Malaya dan berlangsung selama dua hari iaitu pada 21-22 Februari 1950 dengan dibuka oleh Yang Dipertua Agung Umno, Dato' Onn Jaafar.

Persidangan ini kemudiannya telah mengambil lapan ketetapan, yang terpenting ialah untuk "mengadakan majlis perhubungan mengandungi ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua majlis agama bagi merundingkan perkara-perkara agama yang mengenai orang Islam supaya perjalanan hal ehwal agama dapat disamakan di seluruh Tanah Melayu."

Tujuh resolusi lain ialah berkaitan:

i. Penubuhan Kolej Islam Malaya;
ii. Pengurangan cukai haji dan penyediaan tempat layanan yang baik untuk jemaah haji;
iii. penyelarasa tarikh permulaan puasa dan hari raya di seluruh Tanah Melayu;
iv. Mewujudkan kerjasama dengan Jam'iyatul Dakwatul Islamiyah bagi meluaskan seruan Islam;
v. Mewujudkan Jabatan Agama Islam di Pulau Pinang dan Melaka;
vi. Mewujudkan derma pelajaran tinggi agama bagi pelajar agama yang belajar di luar negeri; dan
vii. Mewujudkan sekolah agama petang di setiap Sekolah Melayu.

Kegagalan Umno melaksanakan seluruh resolusi ini kemudiannya menimbulkan desakan baru dari para ulamak sehingga Umno pada 30 Jun 1951 bersetuju menganjurkan Persidangan Alim Ulamak Se-Malaya Kedua pada 23 Ogos 1951 di Kuala Lumpur.

Dalam persidangan kedua ini, para ulamak yang membincangkan isu penyelarasan pentadbiran agama, telah mengambil ketetapan untuk menubuhkan persatuannya sendiri setelah menyedari kegagalan Umno dalam membela agama, dan persatuan ini dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya yang terpisah daripada Umno.

Pada 24 November 1951, persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
21 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 21/2/2016

Sumber HD - 21-2-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak diguling

HARAKAHDAILY | .

KERAJAAN PR PERAK DIGULINGKAN DALAM RAMPASAN KUASA YANG TIDAK DEMOKRATIK (5 FEBRUARI 2009)

PADA hari ini dalam tahun 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak yang dipimpin oleh PAS telah tumbang dalam satu rampasan kuasa secara tidak demokratik oleh BN dengan menculik dan membeli Adun-adun PR untuk mendapatkan kuasa seperti yang pernah dilakukan di Terengganu dan Sabah sebelum ini.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin telah dijatuhkan dari kerusinya apabila Sultan  Perak, Paduka Sri Sultan Azlan Muhibuddin Shah menerima permohonan 27 Adun BN untuk membentuk kerajaan.

Kerajaan PR Perak mula tergugat apabila dua anggota Exco dari PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah berpihak kepada BN setelah mereka dituduh mengambil rasuah sebanyak RM180 juta di Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos 2008.

Ekoran tindakan mereka menyokong BN pada akhir Januari 2009, Speaker Dun Perak, V. Sivakumar pada 1 Februari 2009 mengisytihar dua kerusi tersebut kosong berdasarkan surat akujanji mereka, tetapi SPR pada 3 Februari 2009 mengumumkan sebaliknya.

Dalam konflik politik ini, pada 25 Januari 2009, Adun Bota dari BN, Dato' Nasharuddin Hashim telah menyertai PKR, tetapi pada 4 Februari 2009, beliau muncul bersama-sama Adun Behrang dan Adun Changkat Jering dan Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Fong di Kuala Lumpur bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk  Seri Mohd Najib Razak untuk menyatakan sokongan kepada BN.

Dengan pengkhianatan empat Adun dari PKR dan DAP ini, BN kembali mendapat majoriti mudah dan memohon kepada Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan.

Permohonan Mohd Nizar untuk membubarkan Dun Perak pada 5 Februari 2009 telah ditolak oleh Sultan Perak, sebaliknya Baginda menitahkan supaya Menteri Besar Perak dan exconya meletakkan jawatan pada hari tersebut atau dianggap telah meletakkan jawatan.

Keesokannya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru dari BN.

Mohd Nizar kemudiannya membawa kes ini ke mahkamah pada 13 Februari 2009 untuk menghalang Dr Zambry menjadi Menteri Besar Perak dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 April memberi laluan kepada Nizar untuk mencabar Zambry.

Dalam tempoh ini, berlaku Sidang Dun di bawah pokok pada 3 Mac 2009 dan kekecohan di Dun Perak pada 7 Mac 2009 selepas sidang dirasmikan oleh Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak.

Pada 11 Mei 2009, Nizar diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai Menteri Besar yang sah, tetapi Zambry mengemukakan kes ini ke Mahkamah Rayuan pada 12 Mei 2009 dan dibenarkan kekal sebagai ketua kerajaan sehingga keputusan rayuan dibuat pada 22 Mei 2009.

Dalam penghakiman pada 22 Mei 2009 itu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Dr Zambry adalah Menteri Besar yang sah dan mengikut Perlembagaan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Nizar telah membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan pada 5 November 2009 di mana Panel Lima Hakim telah mendengar penghujahan dan kes ditangguh pada 5 Februari 2010.

Kes ini berakhir dengan keputusan yang memihak kepada Dr Zambry pada 9 Februari 2010.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
5 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 5/2/2016

Sumber HD - 5-2-2016     

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































PAS gubal aturan, peraturan pemilihan calon 1982

HARAKAHDAILY | .


PAS GUBAL ATURAN DAN PERATURAN PEMILIHAN CALON PAS 1982 (3 FEBRUARI 1982)

PADA hari ini dalam tahun 1982, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah menggubal dan meluluskan sebuah undang-undang kecil di bawah Perlembagaan PAS (Pindaan) 1973 yang dikenali sebagai Aturan dan Peraturan Pemilihan Calon PAS 1982 yang bertujuan untuk mengawal pemilihan calon-calon PAS dalam pilihan raya, khususnya Pilihan Raya Umum Keenam yang dijangka berlangsung pada Mac atau April 1982.

Aturan dan peraturan ini pada asalnya dikemukakan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat ekoran daripada masalah disiplin calon-calon dan wakil rakyat PAS yang berbangkit semenjak 1969.

Isu disiplin wakil rakyat yang tidak menghormati tatatertib parti ini berlaku selepas Pilihan Raya Umum 1969 di mana ada wakil rakyat PAS yang melompat parti dengan menyertai parti lain selepas memenangi pilihan raya.

Dalam Pilihan Raya Umum 1974, terdapat pimpinan PAS yang bertanding sebagai calon Bebas.

Selepas 1974 pula, terdapat wakil rakyat PAS yang memberi walak kepada rakan pakatan PAS dalam BN.

Tidak kurang juga terdapat wakil rakyat yang mengkritik parti sendiri dalam krisis politiknya Kelantan pada 1977.

Sedangkan, dalam pilihan raya 1978, terdapat pemimpin PAS yang telah digugurkan sebagai calon telah bertindak menggunakan kedudukan dalam parti dan hubungan peribadi dengan pemimpin tertentu untuk terus menjadi calon walaupun ditolak oleh parti dan juga rakyat.

Di Kelantan, faktor ini dikatakan menjadi sebab utama kekalahan PAS pada 1978 sehingga kehilangan kerajaan, selain kerana perpecahan dengan Berjasa.

Bertolak daripada masalah ini, Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat satu memorandum berkait masalah calon, manakala Dewan Ulamak PAS Kedah pula menyediakan satu kertas kerja berkait isu yang sama pada 1981.

Kedua-dua dokumen ini menjadi asas kepada Dewan Ulamak PAS Pusat yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengangkat memorandum kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS dengan sokongan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sesetengah pemerhati politik berpendapat bahawa isu pemilihan calon ini timbul kerana adanya usaha untuk menyekat pengaruh Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda setelah beliau membuat lantikan parti untuk sesi 1981-1983 tanpa disyurakan dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS.

Ekoran daripada memorandum Dewan Ulamak PAS Pusat ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26 November 1981 telah bergeser kerana Dato' Mohd Asri tidak bersetuju dan mahu menyerahkan urusan calon kepada Cikgu Ahmad Fakharuddin Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pilihan Raya PAS Pusat.

Namun begitu, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah membuat keputusan untuk membentuk Jawatankuasa Kecil bagi mengkaji memorandum Dewan Ulamak PAS Pusat supaya ia dijadikan Aturan dan Peraturan Pemilihan Calon PAS.

Jawatankuasa Kecil ini dianggotai oleh Pak Yusof Rawa (Pengerusi), Ustaz Fadzil Mohd Noor (Timbalan Pengerusi), Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, Syed Ibrahim Abdul Rahman, Wan Ismail Ibrahim dan Dato' Abu Bakar Umar sebagai ahli-ahli.

Setelah memorandum ini disusun semula dan digubal sebagai Aturan dan Peraturan Pemilihan Calon PAS 1982, ia telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS Pusat pada 3 Februari 1982 dan menjadi panduan pemilihan calon-calon PAS dalam Pilihan Raya Umum pada 22 April 1982.

PAS meletakkan 82 calon daripada 114 kerusi Parlimen dan 223 calon daripada 278 kerusi Dun di Semenanjung.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 3/2/2016

Sumber HD - 3-2-22016                                                                                                                                                                                                                                                                                                --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Hudud tidak akan dilaksana serta-merta di Kelantan (1991)

HARAKAHDAILY | .


HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANAKAN SERTA-MERTA DI KELANTAN (2 FEBRUARI 1991)

PADA hari ini dalam tahun 1991, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mempertegaskan bahawa Kelantan tidak akan melaksanakan hukum hudud secara serta-merta, sebaliknya undang-undang syariat itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjelaskan hal demikian ekoran kritikan daripada pemimpin Umno dan juga oleh sesetengah pemimpin PAS yang mengatakan bahawa Kerajaan PAS Kelantan lebih mengutamakan perkara-perkara remeh dan PAS tidak mampu mentadbir.

Beberapa pemimpin PAS seperti Cikgu Musa Saleh, Yang Dipertua PAS Pasir Puteh dan Ustaz Omar Khalid, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Besut telah mengkritik Kerajaan PAS Kelantan yang didakwa mereka sebagai gagal melaksanakan syariat Islam dalam pentadbiran, mengutamakan hal-hal yang kecil dan tidak mampu mentadbir kerajaan.

Bagi mereka perlaksanaan undang-undang jenayah syariah mesti diberikan keutamaan berbanding perkara lain yang mereka anggap remeh.

Bertolak dari kritikan-kritikan ini, kedua-dua pemimpin PAS ini telah keluar parti di mana Ustaz Omar Khalid telah menyertai Umno, manakala Cikgu Musa Saleh pula menubuhkan parti serpihan PAS, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) pada 1994.

Di sebalik kritikan-kritikan ini, Kerajaan PAS Kelantan telah bertindak sebagai mana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Undang-undang dan Perlaksanaan Syariat Kelantan pada 6 April 1991, supaya syariat dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan undang-undang keluarga, diikuti oleh undang-undang pusaka, kontak dan tanah sehinggalah undang-undang jenayah.

Untuk maksud inilah, Kerajaan PAS Kelantan telah bertindak melarang wanita bekerja malam dan menyertai musabaqah al-Quran, mengharamkan premis judi, memanjangkan tempoh cuti bersalin untuk wanita, arahan menutup aurat, memperkenalkan pinjaman tanpa faedah untuk kakitangan kerajaan, mengharamkan makyong, menora dan wayang kulit, memindahkan wang kerajaan ke Bank Islam dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, PAS menerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Perlaksanaan Syariat yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyediakan draf pindaan Perlembagaan Negeri Kelantan pada 17 Mac 1991 sebagai persiapan melaksanakan undang-undang jenayah syariah.

Presiden  PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam Ucapan Dasarnya pada 31 Mei 1991 sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-37 telah mempertegaskan bahawa perlaksanaan syariat di Kelantan akan dibuat secara tersusun dan berperingkat-peringkat mengikut perancangan dengan tidak mengenepikan aspek pembangunan, prinsip keadilan dan program-program yang dijanjikan dalam manifesto PAS.

Untuk maksud tersebut juga, draf Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS pada 7 November 1992, sebelum ia diseminarkan dalam satu seminar anjuran Semangat 46 di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 17 Oktober 1993.

Pada 24 November 1993 ia dibentangkan di Dun Kelantan dan diluluskan sebagai undang-undang pada 25 November 1993.

Pendekatan pentadbiran dan Perlaksanaan Islam yang diamalkan di Kelantan inilah yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 2 Februari 1991 sebagai melaksanakan syariat secara berperingkat-peringkat.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 2/2/2016

Sumber HD - 2-2-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------   

































Sejarah: PAS Kelantan lucut penggerak 

Kumpulan Islah



































HARAKAHDAILY | .


PAS KELANTAN LUCUTKAN JAWATAN PENGGERAK KUMPULAN ISLAH (30 
JANUARI 1990)

PADA hari ini dalam tahun 1990, Badan Perhubungan PAS Kelantan telah bertindak melucutkan
semua jawatan yang pegang oleh penggerak Kumpulan Islah, iaitu sekumpulan ahli PAS yang
menentang kerjasama PAS dengan Semangat 46 (S46).

Kumpulan Islah ini wujud pada awal 1989 setelah PAS bersetuju membentuk kerjasama politik
dengan serpihan Umno.

Sepanjang rundingan antara PAS dan S46 yang dipimpin oleh Tengku Razaliegh Hamzah, kumpulan
ini telah beranggapan bahawa serpihan Umno ini sebagai kelompok yang sesat, sedangkan pemimpin
PAS melihat mereka sebagai sasaran dakwah (mad'u) yang mempunyai potensi membantu PAS dalam
politik.

Antara tokoh utama Kumpulan Islah ialah Ustaz Mohd Nor Idris dan Ustaz Mustapha Taib yang
merupakan pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat. Mereka berpegang bahawa kerjasama dengan S46
hanya melahirkan kemenangan tempelan, bukannya kemenangan sejati.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menegur sikap mereka
yang mengkafirkan ahli-ahli Umno. Sedangkan Dewan Ulamak PAS membahagikan ahli Umno
kepada tiga golongan.

Kelompok yang menolak hukum Islam secara sedar sahaja dianggap sesat kerana perbuatan mereka,
sedangkan yang lain menjadi sasaran dakwah PAS.

Sebahagian ahli utama Kumpulan Islah adalah ahli-ahli Badan Perhubungan PAS Kelantan iaitu Ustaz
Mawardi Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya), Sabri Mohamad (Setiausaha Perhubungan), Ustaz Ismail
Noh (Bendahari) serta Ustaz Mustapha Taib, Ismail Abdullah dan Wan Daud Wan Jusoh sebagai Ahli
Jawatankuasa Perhubungan.

Pada 26 Februari 1989, mereka telah diberikan amaran supaya menghentikan kegiatan ini atau mereka
berhenti daripada Badan Perhubungan PAS Kelantan. Ekoran itu, dalam sesi 1989/1991, nama mereka
telah digugurkan daripada badan tersebut.

Oleh kerana penentangan terbuka terus berlaku oleh Kumpulan Islah terhadap kerjasama PAS-APU,
pada 7 Ogos 1989, satu pertemuan telah diadakan oleh mereka dengan Timbalan Presiden PAS, Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang di Rusila, tetapi gagal meredakan keadaan. Sebaliknya mereka terus
menentang PAS dengan mengadakan majlis di Bechah Mulong, Kota Bharu pada 17 Ogos 1989.

Setelah beberapa siri rundingan gagal, PAS Kelantan telah membuat laporan tatatertib terhadap 10
orang aktivis Kumpulan Islah iaitu Ustaz Mawardi Ahmad, Sabri Mohamad, Ustaz Ismail Noh, Ustaz
Mohd Nor Idris, Ustaz Mustapha Taib, Ustaz Wan Ismail Ahmad, Ustaz Wan Daud Wan Jusoh,
Ismail Abdullah, Kamarulzaman Ismail dan Mohamad Awang Mat.

Kesemua 10 orang ahli PAS ini telah diberikan surat tunjuk oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS pada
5 November 1989, yang diikuti oleh pemecatan tiga daripada mereka iaitu Ustaz Mohd Nor Idris,
Ustaz Wan Ismail Ahmad (Wan Semail Machang) dan Ustaz Wan Daud Wan Jusoh.

Untuk melicinkan perjalanan parti, PAS Kelantan pada 30 Januari 1990 telah melucutkan semua
jawatan Sabri Mohamad, Ustaz Mustapha Taib dan Ustaz Ismail Noh dalam beberapa jawatankuasa
peringkat Perhubungan PAS Negeri.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
30 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 30/1/2016

Sumber HD - 29-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah: Cadang PAS bentuk kerjasama 

dengan DAP

HARAKAHDAILY | .


DATO' ASRI CADANG PAS BENTUK KERJASAMA DENGAN DAP (29 JANUARI 1981)

PADA hari ini dalam tahun 1981, Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah
melontarkan pandangan bahawa PAS boleh bekerjasama dengan DAP dalam menghadapi pengundi
bukan Melayu sebagaimana PAS pernah menyertai BN sebelumnya (1974-1977) yang turut dianggotai parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC.

Pandangan Mohd Asri ini merupakan satu strategi politik PAS dalam menghadapi Pilihan Raya
Umum 1982.

Hakikat kepentingan pakatan politik dengan orang bukan Melayu telah disedari oleh PAS terutama
selepas tragedi 13 Mei 1969 ekoran pertambahan mendadak rakyat bukan Melayu di negara ini
selepas merdeka.

PAS telah menyertai Kerajaan Campuran dengan Perikatan pada 1973 dan membentuk BN pada 1 Jun
1974 yang turut disertai oleh parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, cadangan Mohd Asri telah mendapat kritikan keras daripada pimpinan dan ahli
PAS terutama di Kelantan dan Terengganu.

Yang paling lantang menentang kerjasama PAS dengan DAP ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menganggap kerjasama dengan DAP ini boleh
memesongkan aqidah ahli-ahli PAS.

Dewan Pemuda PAS Pusat yang dipimpin oleh Cikgu Mustafa Ali turut menentang cadangan ini dan
mendesak Mohd Asri meletakkan jawatan.

Di kalangan ahli-ahli PAS, tindak balas terhadap cadangan Mohd Asri ini bukan sahaja berlaku dalam
bentuk tentangan, tetapi telah membawa kepada pencalonan Haji Yusof Rawa sebagai Yang Dipertua
Agung PAS yang baru dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-27 kerana beliau berpegang bahawa
PAS tidak patut bekerjasama dengan DAP.

Namun, Pak Yusof Rawa hanya bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS sahaja pada
1981 dan menang.

Ekoran respons negatif pimpinan dan ahli PAS ini, Mohd Asri telah mendedahkan bahawa PAS belum
membuat sebarang rundingan dengan DAP dan PAS tiada niat bekerjasama dengan DAP.

Pun begitu, kenyataan Yang Dipertua Agung PAS pada 29 Januari 1981 ini telah menjadi sebab
Muktamar Tahunan PAS pada 17-19 April 1981 meluluskan usul supaya PAS meluaskan dakwah
kepada orang Cina yang akhirnya membawa kepada penubuhan Majlis Perunding Cina (CCC) pada
awal 1986.

Mohd Asri sendiri dalam ucapan dasarnya telah berharap supaya PAS tidak bekerjasama dengan DAP
kerana ia boleh menjadi modal politik BN.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
29 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 29/1/2016

Sumber HD - 29-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Sejarah: Dr Burhanuddin al-Helmy ditahan ISA

HARAKAHDAILY | .


DR BURHANUDDIN AL-HELMY DITAHAN ISA (28 JANUARI 1965)

PADA hari ini dalam tahun 1965, Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy Mohd
Noor telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan bersubahat
merancang penubuhan kerajaan dalam buangan di Karachi untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia
secara tidak demokrasi.

Dr Burhanuddin telah menafikan keterlibatannya dan juga PAS dalam kegiatan subversif ini,
sebaliknya mendakwa beliau telah menjadi mangsa politik musuh-musuhnya.

Pendirian PAS yang menolak penubuhan Malaysia dalam Mesyuarat Agung Khas PAS pada 15
Oktober 1961, sebaliknya mencadangkan penubuhan Melayu Raya telah menyebabkan PAS dituduh
anti-Malaysia.

Kerana isu Brunei kemudiannya, Indonesia telah melancarkan kempen Ganyang Malaysia!
Konfrantasi Indonesia-Malaysia telah menyebabkan agen-agen negara jiran itu menyelusup ke Tanah
Melayu.

Menurut kertas putih kerajaan, tokoh-tokoh politik pembangkang telah terlibat penyokong Indonesia.
Antara yang dituduh sebagai perancang utama termasuklah Naib Yang Dipertua Agung PAS, Dato'
Raja Mohd Hanifah Abdul Ghani yang ditahan ISA pada 26 Januari 1965.

Dr Burhanuddin al-Helmy telah dibebaskan pada 14 Mac 1966 tetapi dikenakan pula sekatan politik
sehingga 22 September 1969.

Ekoran penahanan ini, pada 29 Januari 1965, Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Yang
Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda telah memangku jawatan utama PAS ini.

Di sebaliknya penafian Dr Burhanuddin al-Helmy yang beliau terlibat dengan kegiatan subversif ini,
pihak Kerajaan Perikatan yang menahan beliau tidak pernah membuktikan tuduhan tersebut di
mahkamah, sebaliknya Kerajaan hanya mengeluarkan kertas putih bertajuk 'A Plot is Exposed' pada
27 Februari 1965.

Akibat penahanan dan siksaan semasa berasa di bawah ISA ini, Dr Burhanuddin al-Helmy telah jatuh
sakit yang membawa kepada kematian beliau pada 25 Oktober 1969.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
28 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 28/1/2016

Sumber HD - 28-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS maklum usaha haram simbol Islam dalam 

p'raya

HARAKAHDAILY | .

PAS MEMAKLUMKAN TENTANG USAHA PENGHARAMAN SIMBOL ISLAM DALAM 

PILIHAN RAYA (27 JANUARI 1972)

PADA hari ini dalam tahun 1972, Setiausaha Agung PAS,
Ustaz Abu Bakar Hamzah telah mengeluarkan pekeliling
kepada jentera PAS di semua peringkat untuk memaklumkan
kesan daripada pindaan Akta Pilihan Raya 1958 yang bertujuan
mengharamkan penggunaan simbol mana-mana agama dalam
pilihan raya.

Sasaran utama mereka ialah untuk mengharamkan simbol Islam yang iaitu perkataan "Allah Muhammad" dan "Bulan Bintang" yang menjadi simbol PAS.

Sebelum itu, pada 7 Ogos 1971, Pemangku Pendaftar Pertubuhan telah memaklumkan kepada PAS tentang penggunaan nama "Parti Islam" selain simbol Bulan Bintang dan bendera yang tertulis Allah Muhammad sebagai mengelirukan orang ramai.

Hal ini telah memaksa PAS mengubah unsur-unsur tersebut dari partinya.

Rentetan daripada itu, dengan berasaskan tragedi 13 Mei 1969, Timbalan Menteri Dalam Negeri,
Dato' Mohamed Yaacob telah memberitahu Dewan Rakyat pada 4 Februari 1974 ketika
membentangkan Rang Undang-undang Pindaan Akta Pilihan Raya, bahawa penggunaan simbol

agama adalah "lebih berbahaya daripada eksploitasi terhadap perkara-perkara perkauman" dan "boleh mendatangkan bahaya kepada keamanan dan keselamatan negara".

Akibat dari sekatan ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 24 Julai 1972 telah menggugurkan
perkataan "Allah Muhammad" pada bendera PAS dan menggantikan "Bulan Bintang" dengan bulatan
putih berlatar belakang hijau sebagai simbol PAS.

Pindaan ini diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-18 pada 28-29 Julai 1972 dan
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 24 Februari 1973.

Pemakluman awal yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS pada 27 Januari 1972 ini adalah satu
persiapan mental yang awal kepada seluruh jentera PAS kerana undang-undang baru ini akan
menghilangkan identiti PAS sebelumnya, walaupun Kerajaan tidak pernah membuktikan
bagaimanakah simbol-simbol Islam itu boleh menggugat keselamatan negara.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
27 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 27/1/2016

Sumber HD - 27-1-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: PAS buat kajian teliti sebelum sertai 

BN

HARAKAHDAILY | .


PAS ARAH BUAT KAJIAN TELITI SEBELUM SERTAI BN (26 JANUARI 1974)

PADA hari ini dalam tahun 1974, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah mengarahkan supaya
Jawatankuasa Politik dan Ekonomi PAS Pusat dan Dewan Ulamak PAS Pusat memulakan kajian
terperinci mengenai penyertaan PAS dalam BN dari sudut politik dan juga hukum syarak.

PAS mengarahkan kajian terperinci ini adalah untuk menjadikan tindakan politik PAS bukan sahaja
menguntungkan Islam, tetapi juga bertepatan dengan syarak.

Perkara ini berbangkit kerana Mesyuarat parti-parti yang menyertai kerajaan campuran pada 11
Januari 1974 telah mencadangkan kerjasama parti-parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum 1974.

Pendirian asal PAS ialah bersetuju dengan kerjasama parti-parti tersebut, tetapi tidak bersetuju
menggunakan simbol yang sama sehingga identiti PAS hilang. Sebaliknya, parti-parti lain bersetuju
supaya semua parti bertanding atas nama Barisan Nasional (BN).

Dewan Ulamak PAS Pusat pada 27 Januari 1974, setelah membuat kajian teliti, telah memutuskan
keharusan penyertaan PAS dalam BN dengan syarat:

I. Dengan maksud khusus untuk menjayakan perjuangan mengisi tujuan-tujuan PAS;
II. Tidak menghilangkan identiti PAS; dan
III. PAS dikenali dengan simbolnya sendiri, walaupun bersatu atas platform.

Jawatankuasa Politik dan Ekonomi PAS Pusat pula setelah meneliti Perlembagaan BN dan mengkaji
dari sudut politik, pada 16 Februari 1974 telah bersetuju supaya pindaan Perlembagaan BN dibuat
terhadap perkara-perkara yang penting dan tidak merugikan PAS.

Dengan asas yang dibina dari kajian-kajian ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah bersetuju
supaya PAS turut serta dalam BN yang ditubuhkan pada 1 Jun 1974.

Dengan keputusan Jawatankuasa Kuasa Kerja Agung PAS ini, PAS telah menyertai BN untuk
menghadapi Pilihan Raya Umum Keempat pada 24 Ogos 1974, tetapi ia telebih dahulu ia diterima dan
diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-20 pada 13-15 Jun 1974.

Ketegasan sikap PAS dalam membentuk pendirian politik seperti yang dibuat ketika menyertai BN ini
adalah untuk mengelakkan tindakan yang bercanggah dengan syarak dan merugikan politik Islam.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
26 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 26/1/2016

Sumber HD - 26-1-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: PAS tegaskan hanya Islam asas 

kerjasama politik

HARAKAHDAILY | .


PAS TEGASKAN HANYA ISLAM BOLEH MENJADI ASAS DALAM SEMUA 
KERJASAMA POLITIK (25 JANUARI 1989)

PADA hari ini dalam tahun 1989, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor
telah mempertegaskan bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk
serpihan Umno, dengan syarat pihak tersebut menerima Islam sebagai asas kerjasama.

Ustaz Fadzil berkata demikian sebagai respons terhadap jemputan terbuka pemimpin serpihan Umno,
Tengku Razaliegh Hamzah yang telah menubuhkan parti Semangat 46, untuk PAS bekerjasama
dengan parti itu.

Isu kerjasama dengan serpihan Umno ini berbangkit setelah Mahkamah Agung pada 8 Ogos 1988
menolak rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang
mengharamkan Umno pada 24 April 1987, dan kegagalan Tengku Razaliegh mendapatkan sokongan
Dewan Rakyat untuk meminda Akta Pertubuhan pada 5 Disember 1988.

Setelah itu, pimpinan Team B Umno ini mula menghadiri program anjuran PAS termasuk majlis
Makan Malam Pemikiran Ummah pada 23 Disember 1988.

Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 20 Disember 1988 telah menggariskan asas utama kerjasama
antara PAS dengan S46 dan Berjasa di mana PAS akan bertanding tidak kurang 38 kerusi Parlimen
dan akan memimpin Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah jika menang pilihan raya.

Asas kerjasama ini bertolak dari kertas Tahaluf Siasi yang disediakan oleh Ustaz Nakhaie Ahmad
pada 13 Julai 1986 dan juga kertas Tahaluf oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang diterima
pada 9 Oktober 1988.

Pada 22 Januari 1988, Tengku Razaliegh telah menawarkan kerjasama politik kepada PAS secara
terbuka setelah melalui rundingan awal sebanyak 18 kali. PAS menyambut positif tawaran ini, tetapi
meletakkan Islam sebagai asas utama kerjasama ini.

Menurut Ustaz Fadzil, kerjasama politik ini mestilah dibuat atas dasar syariat melalui konsep tahaluf
siasi.

Pada 4 November 1989, Majlis Syura Ulamak PAS telah memaklumkan kepada semua peringkat PAS
bahawa perkara tahaluf ini telah dibincangkan oleh Majlis Syura Ulamak PAS sejak kertas Tahaluf
dikemukakan pada 9 Oktober 1988 dengan kajian yang teliti terhadap soal waqi' (realiti) dan
memandang jauh al-masalih al-mursalah untuk menegakkan maqasid syariah.

Lanjutan daripada penegasan Ustaz Fadzil pada 25 Januari 1989 ini juga, pada 19-20 Mac 1990,
Majlis Syura Ulamak PAS, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak
PAS Pusat bermuzakarah berkait isu tahaluf ini supaya perlaksanaannya sentiasa menepati syarak.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
25 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 25/1/2016

Sumber HD - 25-1-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























2001: Exco Kelantan ditarik pingat pertahan 

tanah rakyat

HARAKAHDAILY | .


ANGGOTA EXCO KELANTAN DITARIK PINGAT KERANA PERTAHAN TANAH 
RAKYAT (24 JANUARI 2001)

PADA hari ini dalam tahun 2001, dua orang pimpinan PAS Kelantan yang juga anggota Exco
Kerajaan Negeri Kelantan telah ditarik balik surat tauliah dan darjah kebesaran yang dianugerahkan
oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra kepada mereka.

Dua pemimpin PAS tersebut ialah Ustaz Mohamad Daud al-Iraqi, Ketua Dewan Ulamak PAS
Kelantan dan Takiyuddin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Isu menarik balik pingat ini timbul ekoran tindakan Kerajaan Kelantan menolak permohonan pihak
Istana Kelantan untuk menjadikan tanah di Bukit Camah (Gua Musang), Cabang Tongkat (Machang)
dan Hutan Simpan Lebir (Gua Musang) sebagai 'living museum' dan pusat pengeluaran makanan
Islam negara.

Permohonan ini dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Hashim Wan Daud pada 8 April
1999 atas alasan untuk menghargai sumbangan Sultan-sultan Kelantan terdahulu.

Penolakan ini telah menimbulkan kemurkaan Sultan Kelantan sehingga baginda bertindak menarik
balik pingat Setia Mahkota Kelantan dan pingat Ahli Setia Kelantan masing-masing daripada Ustaz
Mohamad Iraq dan Takiyuddin Hassan.

Dalam kenyataan pihak Istana Kelantan, penarikan ini adalah hak mutlak Sultan Kelantan tanpa
diberitahu sebab. Sedangkan di kalangan ahli-ahli politik tersebar berita bahawa ia berkait dengan
penolakan terhadap permohonan tanah oleh Istana.

Kedua-dua anggota Exco Kerajaan itu dikatakan telah menentang pemberian tanah kepada Istana
Kelantan dalam Mesyuarat Khas Exco Kerajaan pada 7 Januari 2001. Tetapi pihak Istana Kelantan
menafikan tindakan tersebut berkait dengan isu permohonan tanah ini.

Sebagai tindak balas terhadap sikap Istana Kelantan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Mahfuz
Omar telah menyifat tindakan ini sebagai memalukan rakyat Kelantan kerana kedua-dua anggota
Exco Kerajaan itu menjadi wira yang mempertahankan hak rakyat.

Dalam pada itu juga, Takiyuddin selalu Penasihat Undang-undang PAS Kelantan telah mencadangkan
pindaan Perkara 15 dan 39 Perlembagaan Negeri Kelantan untuk menghadkan kuasa raja dalam
urusan pentadbiran sahaja, selaras Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
24 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 24/1/2016

Sumber HD - 24-1-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1980: Pemimpin PAS ditahan ISA kerana bela 

petani

HARAKAHDAILY | .


PIMPINAN PAS DITAHAN ISA KERANA BELA PETANI PERJUANGKAN HARGA PADI 
(23 JANUARI 1980)

PADA hari ini dalam tahun 1980, 14 orang ahli PAS termasuk tiga pimpinan PAS Kedah telah ditahan
di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa menjadi dalang utama yang
membawa kepada berlakunya demonstrasi isu harga padi di Alor Setar pada 19 Januari 1980.

Tiga pemimpin PAS Kedah yang ditahan ialah Ustaz Abdul Halim Arshat (Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat merangkap Setiausaha PAS Kedah), Ustaz Osman Marzuki (Setiausaha PAS Padang Terap)
dan Solahuddin Mansur (Setiausaha Kerja PAS Kedah).

Isu harga padi ini telah timbul pada akhir 1979 ekoran dasar baru berkaitan subsidi padi dan sistem
kopun yang diperkenal oleh Kerajaan BN.

Para petani telah membangkitkan perkara berkait masalah pengangkutan untuk mengangkut padi dan
 juga operasi waktu pejabat yang menyulitkan urusan mereka.

PAS telah memainkan peranan penting untuk menggerakkan kesedaran petani untuk bertindak
menuntut hak mereka, terutama menolak sistem kupon dan mendesak kenaikkan harga padi.

Ekoran dari tekanan yang kuat ini, kerajaan terpaksa menghantar Menteri Pertanian, Dato' Shariff
Ahmad, Menteri Perusahaan Awam, Dato' Abdul Manan Osman, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri
Syed Nahar Shahabuddin dan Pengarah Lembaga Padi Negara (LPN), Dato' Mohamad Shafie untuk
berunding dengan pemimpin persatuan petani.

Kemuncak kepada tindak balas petani ini, pada 19 Januari 1980, satu demonstrasi besar-besaran
diadakan oleh petani padi di Wisma Negeri, Alor Setar hingga memaksa Ketua Polis Daerah Kota
Setar mengeluarkan perintah berkurung pada 19 Januari 1980 untuk membendung kebangkitan
petani.

Akibatnya, pada 23 Januari 1980, 14 orang ahli PAS telah ditahan di bawah ISA atas pelbagai
tuduhan termasuk membahayakan keselamatan negara dengan menghasut petani.

Perintah berkurung ini telah ditamatkan pada 25 Januari 1980 setelah keadaan reda.

Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda ketika menyampaikan Ucapan Dasar dalam
Muktamar Khas PAS pada 2 Mac 1980 kerana isu ISA ini, menjelaskan bahawa penahanan ini adalah
satu usaha kerajaan untuk melumpuhkan kebangkitan Islam yang diperjuangkan oleh PAS setelah
berlaku revolusi di Iran.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 23/1/2016

Sumber HD - 23-1-1016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Sejarah: PAS tubuh CCC, dakwah kepada 

bukan Islam

HARAKAHDAILY | .


PAS TUBUH CCC SEBAGAI STRATEGI POLITICO-DAKWAH TERHADAP ORANG 
CINA (22 JANUARI 1986)

PADA hari ini dalam tahun 1986, PAS telah menubuhkan Majlis Perunding Cina (CCC) sebagai satu
langkah dakwah melalui politik untuk mendekatkan orang bukan Islam, khususnya Cina kepada Islam.
Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah menyerahkan kepada Lajnah Perhubungan dan Hal Ehwal Luar
PAS yang dipimpin oleh Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman untuk melaksanakan penubuhan CCC ini.

Semenjak Muktamar Tahunan PAS Ke-27 pada 17-19 April 1981, PAS telah mengambil ketetapan
untuk meluaskan dakwah kepada orang Cina setelah berbangkit isu kerjasama PAS-DAP menjelang
Pilihan Raya Umum 1982.
Namun begitu, tiada usaha serius ke arah itu sehinggalah Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 5
Oktober 1985 membincangkan langkah-langkah untuk berdialog dengan orang bukan Islam.

Dalam soal ini, PAS menetapkan empat prinsip dalam rundingan dengan orang bukan Islam, iaitu:
I. Pendekatkan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah;
II. Perkara-perkara lanjut dan perinci tidak dilibatkan dalam dialog;
III. Isu-isu sensitif yang merugikan perjuangan Islam mesti dielakkan; dan
IV. Hanya pimpinan yang berkeupayaan sahaja boleh mewakili PAS.

Lanjutan daripada ketetapan ini, pada 9 November 1985, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz
Mohd Nakhaie Ahmad telah mengemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS sebuah kertas
bertajuk "Laporan Dialog Dengan Orang-orang Cina" yang menggariskan tiga pilihan pendekatan PAS iaitu:
I. PAS memimpin kerjasama dengan parti-parti Cina seperti MCA, Gerakan dan DAP; atau
II. PAS membuka keahlian kepada orang bukan Islam; atau
III. PAS menubuhkan jentera kerja bagi orang Cina untuk membantu PAS dalam Pilihan Raya Umum
Ketujuh pada 1986.

Sebagai langkah untuk melaksanakan dakwah PAS kepada Orang-orang Cina, PAS pada 22 Januari
1986 telah memberi mandat kepada tiga pimpinannya iaitu Ustaz Mohd Nakhaie, Ustaz Hassan Shukri
dan Syed Ibrahim untuk mewakili PAS dalam dialog-dialog bersama masyarakat Cina, selain
mengambil ketetapan untuk menubuhkan CCC sebagai jentera Kerja PAS bagi orang Cina.

CCC yang ditubuhkan ini dipengerusikan oleh Syed Ibrahim, manakala Penasihat Undang-undang
Persatuan Sin Han, Yong Sien menjadi Timbalan Pengerusi CCC. Sedangkan ahli-ahlinya terdiri
daripada anggota lajnah tersebut iaitu Ahmad Subky Latif sebagai setiausaha, Ustaz Yahya Othman,
Mohd Ridhuan Daniel Oon, Mohd Kamal Koh, Abdul Shukur Harun dan Abdul Razak Ayub sebagai
ahli-ahli.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
22 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 22/1/2016

Sumber HD - 22-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS dedah kerjasama dengan DAP sebagai 

strategi PRU10

HARAKAHDAILY | .


PAS DEDAHKAN KERJASAMA DENGAN DAP SEBAGAI STRATEGI PILIHAN RAYA 
KE-10 (21 JANUARI 1999)

PADA hari ini dalam tahun 1999, Bendahari PAS Pusat yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan,
Ustaz Datuk Abdul Halim Abdul Rahman telah mendedahkan kepada media bahawa PAS akan
membentuk kerjasama dengan parti-parti pembangkang termasuk DAP sebagai strategi menghadapi
Pilihan Raya Umum Ke-10 yang jangka berlaku dalam tahun 1999.

Sebelum ini, PAS tidak pernah membuat kerjasama politik dengan DAP terutama dalam pilihan raya.

Hubungan politik PAS-DAP mula terbentuk secara terbuka apabila PAS menubuhkan Majlis Gerakan
Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) pada 22 September 1998 untuk memperjuangkan isu Datuk Seri
Anwar Ibrahim atas dasar kemanusiaan. Melalui hubungan dalam GERAK ini, ahli-ahli PAS mulai
menerima DAP sebagai rakan politiknya.

Setelah penubuhan Parti Keadilan National (PKN kini PKR) pada 4 April 1999, parti-parti
pembangkang terdiri daripada PAS, DAP, PRM dan PKN telah mengatur kerjasama sehingga
terbentuk Barisan Alternating (BA) pada 28 April 1999.

Kenyataan peribadi Bendahari PAS pada 21 Januari 1999 ini pada mulanya menjadi polemik kerana
manipulasi media yang mempersoalkan kerjasama PAS-DAP, tetapi telah dipertahankan oleh
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Mursyidul Am PAS itu, bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang
sanggup menerima dasar PAS termasuk DAP, malah dengan syaitan juga.

Pandangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz disokong oleh pimpinan pembangkang, tetapi dijadikan isu
oleh media kerana PAS kononnya mahu bekerjasama dengan syaitan.

Isu utama yang mencetuskan polemik dalam hubungan PAS-DAP ialah keengganan parti cauvinis
Cina itu untuk menerima dasar Islam PAS, terutama matlamat PAS untuk menegakkan Negara Islam.

Sejak awal memimpin DAP, Lim Kit Siang menolak konsep Negara Islam PAS sehingga Presiden
PAS, Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor mempertegaskan pada 10 April 1999 bahawa matlamat utama
PAS adalah menegakkan Negara Islam. Sedangkan Lim Kit Siang pada 24 April 1999 berkeras
supaya kerjasama PAS-DAP hendaklah tidak membawa kepada menjadikan Malaysia sebagai Negara
Islam.

Bagi menjayakan strategi yang didedahkan oleh Bendahari PAS pada 21 Januari 1999 ini, PAS
kemudiannya mengambil pendirian bahawa kerjasama BA adalah pakatan politik atas isu kemanusiaan
ekoran penindasan politik yang berlaku sejak 1998, bukannya untuk menegakkan Negara Islam dengan
mengambil model Half al-Fudhul.

Tetapi PAS tetap bertegas bahawa Negara Islam kekal menjadi objektif utamanya, sedangkan pakatan
BA hanya strategi jangka pendek PAS ke arah tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
21 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 21/1/2016

Sumber HD - 21-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Sejarah: PAS terima laporan negatif 

kerjasama dengan S46

HARAKAHDAILY | .


PAS TERIMA LAPORAN NEGATIF TENTANG KERJASAMA DENGAN PMS46 (20 
JANUARI 1996)

PADA hari ini dalam tahun 1996, PAS Pusat menerima laporan daripada Jawatankuasa Post Mortem
Pilihan Raya Umum 1995 yang melaporkan bahawa wujudnya kesan negatif kepada PAS dalam
kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46), dan laporan tersebut telah mencadangkan
supaya PAS bersendirian dalam Pilihan Raya akan datang.

Jawatankuasa Post Mortem ini telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 7 Mei 1995
untuk mengkaji secara menyeluruh prestasi PAS dalam Pilihan Raya Umum 1995 dengan diketuai
oleh Cikgu Mustafa Ali.

Menurut laporan yang bertajuk "PAS dan Pilihan Raya: Satu Strategi," bahawa dalam Pilihan Raya
Umum 1995, kerjasama PAS-PMS46 untuk memenangkan calon PAS bukan sahaja merosot, tetapi
hampir tidak wujud di sesetengah negeri kerana parti serpihan Umno itu bukan sahaja tidak
mempunyai jentera, tetapi mereka telah 'memperkudakan' PAS untuk kepentingan calon mereka.

Atas sebab itu, kebanyakkan PAS Negeri berpandangan lebih baik kerjasama ini ditamatkan dan
menganggap PMS46 adalah liabiliti kepada PAS. Antara negeri yang PAS tidak mendapat kerjasama
PMS46 kerana ketiadaan jentera ialah Pahang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor,
Kedah dan Pulau Pinang.

Pada umumnya, PMS46 hanya mempunyai pimpinan di peringkat pusat dan negeri sahaja, sedangkan
organisasi bahagian dan cawangan telah lumpuh.

Namun PMS46 tetap bertanding lebih banyak kerusi termasuk di tempat mereka tidak mempunyai
jentera sama sekali, sekali gus menjadikan PAS sebagai jentera mereka.

Sebaliknya, di kerusi yang ditandingi oleh PAS, mereka tidak membantu dan tidak mempunyai jentera.

Keadaan ini menyebabkan ahli-ahli PAS merasakan kerjasama ini telah membolehkan rakan politik
memperalatkan PAS dan menjadi liabiliti kepada PAS.

Berasaskan dapatan kajian yang dibuat oleh Jawatankuasa Post Mortem ini, pada 20 Januari 1996,
mereka mengemukakan laporan tersebut kepada PAS sebagai usulan dalam merangka strategi untuk
Pilihan Raya Umum akan datang.

Jawatankuasa ini mencadangkan supaya PAS menamatkan hubungan dengan PMS46 atas asas politik
tersebut, tetapi Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Nor mempertegaskan bahawa kerjasama ini
dibentuk berdasarkan syariat, dan dirombak juga berdasarkan syariat.

Namun, kerana isu-isu yang berbangkit kemudiannya, pada 14 Julai 1996, hubungan dengan PMS46
telah diputuskan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
20 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 20/1/2016

Sumber HD - 20-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah: PAS berkecuali isu imuniti Raja-raja 

Melayu

HARAKAHDAILY | .


PAS BERKECUALI DALAM ISU IMUNITI RAJA-RAJA MELAYU (19 JANUARI 1993)

PADA hari ini dalam tahun 1993, PAS telah mengambil sikap berkecuali di Dewan Rakyat dalam isu
pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.

Krisis Raja-raja Melayu ini berlarutan dari pergeseran Istana Kelantan dengan Kerajaan BN Kelantan
yang membawa kepada kemenangan PAS-APU pada 21 Oktober 1990, diikuti oleh isu kereta
Lambogini Diablo yang diimport oleh Sultan Kelantan pada 19 Mac 1992, hinggalah meletus isu
antara Istana Johor dengan jurulatih hoki, Douglas Gomez pada akhir 1992.

Pergeseran antara Umno dengan Raja-raja Melayu ini telah menyebabkan wujud usaha untuk
melucutkan kekebalan (imuniti) Raja-raja Melayu, yang kemudiannya dipersetujui oleh Timbalan
Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulamak PAS, Tuan Guru Nik
Abdul Aziz atas asas imuniti tidak selari dengan hukum Islam.

Namun begitu, Presiden Semangat 46, Tengku Razaliegh Hamzah menentangnya kerana menganggap
ia akan melemahkan kedaulatan raja dan menjejaskan ketuanan Melayu.

Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 12 Disember 1992 telah menyokong usaha menghapuskan
imuniti ini kerana Islam tidak membezakan sesiapa.

Walau bagaimanapun, pada 13 Januari 1993, Majlis Syura Ulamak PAS dan Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat telah mengambil pendirian bahawa PAS menyokong penghapusan imuniti ini dan mengarahkan
ahli-ahli Parlimen PAS supaya mengemukakan pandangan Islam di Dewan Rakyat yang akan
bersidang pada 18 dan 19 Januari 1993.

Tetapi PAS juga mengambil sikap untuk mengundi di Dewan Rakyat mengikut pendirian Majlis
Raja-raja yang bersidang pada 16 Januari 1993, di mana Sultan Kelantan telah menolak usul ini,
begitu juga sikap Semangat 46.

Ekoran sikap Sultan Kelantan ini, pada 18 Januari 1993, Timbalan Presiden PAS telah berucap di
Dewan Rakyat untuk menyokong usul tersebut menurut pandangan Islam, tetapi ketika Undian Rang
Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 pada 19 Januari 1993, PAS telah mengambil sikap
berkecuali untuk menjaga hubungan baik PAS dengan Raja-raja Melayu dan juga Semangat 46,
terutama dalam konteks Kerajaan Kelantan yang diperintah oleh PAS.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
19 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 19/1/2016

Sumber HD - 19-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Dasar Umno BN sempitkan masa depan 

pesawah

IZWAN ABDUL HALIM | .


NASI yang menjadi makanan ruji penduduk rantau Asia termasuk Malaysia masih merupakan antara
bekalan import lantaran penghasilan pengeluarannya belum dapat memenuhi keperluan rakyat negara
ini. Sungguhpun Almarhum Tun Abdul Razak Hussein pernah menghasratkan sasaran penghasilan 90
peratus bekalan beras bagi memenuhi keperluan penduduk tatkala ia dilontarkan pada tahun 1971,
namun hingga kini iaitu selepas 45 tahun, ia masih jauh untuk dipenuhi.

Walaupun Kerajaan Persekutuan mewujudkan pelbagai agensi berkaitan, juga dibantu oleh pihak
kerajaan negeri, selain kajian dan perhatian khusus menerusi pelbagai penyelidikan termasuk di
institusi pengajian tinggi, ia bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Semuanya angkara ‘dasar’ BN selaku pemerintah yang sering mengerah tenaga empat kerat rakyat,
turut menjadikan pesawah sebagai sasaran untuk memeras kekayaan. Di atas jerih perit para pesawah,
banyak pihak yang mengaut keuntungan, sedangkan pesawah kekal hidup penuh kepayahan dan
kesusahan serta di bawah paras kemiskinan.

Apatah lagi dengan kekayaan melampau elitis politik bersama kroni dan keluarga mereka, sudah
dirasakan cukup untuk membeli segala-galanya. Tidak pernah punya rasa kebimbangan terhadap
kecukupan bekalan beras kerana menganggap semuanya boleh dikuasakan dengan wang. Maka
terabai jugalah golongan pesawah yang memerah keringat memastikan pengeluaran beras bagi sesuap
nasi untuk rakyat negara ini.

Bahkan, di sebalik pembangunan yang banyak mengorbankan tanah-tanah sawah, penanaman padi
juga dilingkungi pelbagai masalah. Malang sekali kerana perjuangan para pesawah tidak pernah diberi
perhatian dan dihargai, sedangkan peranan mereka juga menjadi sebahagian daripada keselamatan
awam. Tanpa beras, negara ini sudah boleh dianggap terancam.

Hari ini pertanian penanaman padi langsung tidak menarik generasi baru untuk menyambung legasi
terdahulu. Pendapatan daripada penat lelah mengusahakan penanaman padi tidak menghasilkan
pulangan yang boleh membiayai kehidupan serba mahal sekarang ini. Para pesawah benar-benar t
ersepit antara memenuhi keperluan hidup dengan semangat patriotik yang masih mensuci dalam diri.

Antara isu yang masih berlegar dalam kalangan pesawah adalah kadar subsidi masih tidak berubah
sejak sekian lama. Ketika sama, kos pengeluaran kian meningkat di samping polisi yang mencekik
pesawah.

Misalnya potongan baru pemutuan sebanyak 25 peratus, malah terdapat aduan pesawah pernah
dikenakan sehingga 43 peratus. Kerajaan pula mengumumkan harga siling RM1,200 setan sedangkan
pesawah menuntut harga lantai serendah RM1,350 setan.

Industri beras pula terus dimonopoli syarikat swasta iaitu BERNAS, tetapi penanaman padi masih
dilakukan sama ada secara sendiri atau dengan bantuan agensi kerajaan. Kecukupan bekalan makanan
negara belum terjamin kerana fungsi BERNAS hanya berfokus kepada perniagaan iaitu atas keperluan ‘penawaran dan permintaan’. Sedangkan usaha di pihak pesawah dan agensi berkaitan lebih kepada soal tanggung
jawab di mana berusaha ke arah meningkatkan pengeluaran.

Dengan lambakan masalah dihadapi pesawah serta kesungguhan agensi berkaitan disamping polisi
yang tidak memihak, sememangnya usaha ke arah meningkatkan pengeluaran padi seperti dihasratkan
Allahyarham Tun Razak sangat mustahil menjadi kenyataan.

Kos penanaman kian tinggi, masalah pengairan dan tanah serta jentera tidak pernah selesai, kehadiran
penyakit-penyakit yang merencatkan penghasilan, projek penanaman lima kali dalam dua tahun tidak
dijayakan sebaiknya dan kerajaan tidak mengendahkan pertukaran status tanah sawah kepada
pembangunan, menjadi hujah kukuh terhadap perkara itu.

Jadual Pendapatan Pesawah
Purata Padi Dituai
10 tan
Potongan Pemutuan
25%
Beras Bersih
7.5 tan
Harga Padi
RM1,200/tan
RM9,000
Subsidi
RM248.10/tan
RM1,860.75
Jumlah Pendapatan
RM10,860.75
Modal Pajak
RM700
Upah Racun & Baja
RM500
Upah Mesin
RM300
Sewa
RM2,400
Jumlah Kos
RM3,900
Pendapatan Sekali Tuaian
RM5,650.75
Kemampuan Penanaman
2 kali setahun
Pendapatan Bulanan
RM941.79
 Secara purata, pesawah kini memperolehi pendapatan RM941.79 sebulan. Namun, jumlah tersebut
dalam realiti sekiranya tidak mengalami sebarang masalah seperti penyakit dan seumpamanya yang
menyebabkan hasil berkurangan. Hakikatnya juga terdapat pesawah yang memperoleh lebih rendah
daripada itu disebabkan keluasan petak sawah diusahakan kecil. Perkara itu bukanlah disebabkan
pesawah tiada kudrat mengusahakan tanah sawah yang luas, tetapi sememangnya kerana tanah sawah
semakin berkurangan.

Tentunya dengan jumlah pendapatan sedemikian dan kos sara hidup kian meningkat kini, ditambah
realiti keluarga petani yang mempunyai anak atau tanggungan ramai, menyebabkan bebanan dan
penanaman padi tidak lagi efektif untuk jaminan hidup masa depan.

Akhirnya, apakah yang akan terjadi kepada tanah-tanah sawah? – HARAKAHDAILY 19/1/2016

Sumber HD - 19-1-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah: Ahli PAS dibunuh dalam PRK 

Padang Terap

HARAKAHDAILY | .


AHLI PAS DIBUNUH DALAM PILIHAN RAYA KECIL PADANG TERAP (18 JANUARI 
1985)

PADA hari ini dalam tahun 1985, seorang ahli PAS, saudara Othman Talib telah dibunuh oleh
penyokong BN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Padang Terap, Kedah.

Othman Talib dan beberapa ahli PAS telah diserang dalam keganasan penyokong BN yang
membunuh dan mencederakan ahli-ahli PAS.

Pilihan Raya Kecil Padang Terap diadakan pada 19 Januari 1985 setelah perlantikan Ahli Parlimen
Padang Terap, Tan Sri Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabuddin, yang juga bekas Menteri Besar
Kedah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka pada 4 Disember 1984.

PAS telah meletakkan Ustaz Abdul Halim Arshat sebagai calonnya menentang calon BN, Baharom
Abu Bakar dan dua calon Bebas yang dimenangi oleh calon BN dengan majoriti 5,702 undi.

Pilihan raya kecil ini diadakan dalam suasana tegang kerana Umno terpalit dengan isu BMF, isu
Mantoya yang menjatuhkan Datuk Syed Nahar dan perbalahan Umno dengan MCA yang
menyebabkan Umno menyerang PAS dengan isu kafir-mengkafir.

Suasana politik diwarnai dengan isu Debat PAS-Umno yang terakhir dengan perisytiharan oleh
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 8 November 1984 yang membatalkan debat tersebut.

Pada 9 November 1984, kerajaan membentangkan kertas putih bertajuk 'Ancaman Kepada Perpaduan
Umat Islam dan Keselamatan Negara' di Dewan Rakyat yang secara langsung mengaitkan PAS
sebagai ancaman kepada Perpaduan umat.

Pada 3 Disember 1984, Majlis Raja-raja telah memperakukan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang
mengharamkan perbuatan mengkafirkan sesama Islam yang berlaku antara PAS dan Umno. Dalam
konflik inilah berlakunya pilihan raya kecil tersebut.

Tragedi berdarah yang berlaku pada 18 Januari 1985 ini terjadi di Felda Lubuk Merbau yang
membunuh Othman Talib dan mencederakan Ibrahim Tahir, Nasir Muhamad, Shamsuddin Sulaiman,
Ayub Mat Shah dan Ahmad Tahir akibat diserang oleh 200 penyokong BN.

Menurut Ustaz Fadzil Mohd Noor, Pengarah Pilihan Raya Kecil Padang Terap yang juga Timbalan
Yang Dipertua Agung PAS, tragedi ini berlaku kerana serangan penyokong BN yang bertindakan
ganas dan menggunakan kekerasan, sedangkan polis membiarkan sahaja kejadian tersebut untuk
kepentingan BN.

Tragedi 18 Januari 1985 ini menurut Yang Dipertua Agung PAS, Pak Yusof Rawa dalam Ucapan
Dasar Muktamar Tahunan PAS Kalu Ke-31 pada 14-16 April 1985 akan membakar semangat jihad
ahli-ahli PAS dalam perjuangan menegakkan Islam.

Kematian Othman Talib menurut beliau adalah satu syahid, dan ini menunjukkan PAS telah sampai
ke tahap mengorbankan nyawa dalam perjuangannya, iaitu satu tuntutan dalam mencapai kemenangan
Islam.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
18 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 18/1/2016

Sumber HD - 18-1-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























PAS jalin kerjasama NGO hadapi PRU14

ASLANI M | .



KOTA BHARU: PAS memilih kuasa ketiga (third force) bagi membentuk kerjasama politik sebagai
persiapan awal menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-14.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata kejayaan awal kerjasama tersebut dirintis
melalui Kongres Rakyat, di mana berjaya menghimpunkan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan
(NGO).

“Kita sebenarnya tidak bersendirian. Kita akan bentuk blok dengan kaedah kita sendiri. Kita dekati
NGO yang berperanan sebagai kuasa ketiga.

“Kejayaan penganjuran Kongres Rakyat pada September tahun lepas akan diteruskan dengan
perhimpunan aman membantah TPPA pada Sabtu ini.

“Perhimpunan itu digerakkan PAS dengan gemblingan lebih 200 NGO akan berhimpun di Dataran
Merdeka bagi menyuarakan bantahan rakyat,” katanya di Liqa Penerangan PAS Kelantan di Putik
semalam.

Program itu menghimpunkan lebih 1,500 petugas PAS dari seluruh Kelantan. Ia dirasmikan Menteri
Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad dan Setiausaha
Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Nasruddin yang juga anggota parlimen Temerloh berkata selain NGO, PAS juga mengadakan
kerjasama politik dengan beberapa parti kecil termasuk Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Partai Cinta
Malaysia.

Katanya, banyak lagi parti kecil yang menunjukkan kebersamaan dalam perjuangan.

Ustaz Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata ada pihak sebelum ini mendakwa PAS
hanya hendak keredhaan Allah sahaja dan tidak mahu menang dalam pilihan raya.

“Tuduhan mereka itu tidak betul. Kita berjuang untuk menang dengan mendapat keredhaan Allah,”
katanya.

Beliau juga berkata biar pun parti serpihan, PAN tidak mendapat sokongan meluas di Kelantan,
namun PAS perlu bekerja lebih keras bagi menarik sokongan rakyat. - HARAKAHDAILY 17/1/2016

Sumber HD - 17-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1988: PAS setuju kerjasama DAP, PSRM 

tentang ISA

HARAKAHDAILY | 

.


PAS SETUJU BEKERJASAMA DENGAN DAP DAN PSRM UNTUK MENENTANG ISA 
(17 JANUARI 1988)

PADA hari ini dalam tahun 1988, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mengambil persetujuan untuk
membentuk kerjasama politik dengan DAP DAN Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) bagi
menentang penyalahgunaan ISA oleh Kerajaan BN ekoran dari Operasi Lalang yang dilakukan pada
27 Oktober 1987.

Operasi ini telah menahan 107 memimpin pembangkang, NGO dan ahli-ahli akademik ekoran
daripada pergeseran politik antara Umno dan MCA ketika itu.

Pada mulanya, para memimpin politik Cina dari MCA, Gerakan dan DAP telah membangkitkan isu
perkauman dengan mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu, yang kemudiannya membawa
kepada perhimpunan besar-besaran anjuran Pergerakan Pemuda Umno yang dipimpin oleh Datuk
Mohd Najib Tun Razak di Stadium TPCA, Kampung Baru pada 17 Oktober 1987 yang hampir
menceruskan semula rusuhan kaum.

Bertindakan atas isu perkauman ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melancarkan Operasi
Lalang pada 27 Oktober 1987 di mana pimpinan PAS, PSRM dan DAP adalah antara yang ditahan,
walaupun PAS pada 10 Oktober 1987 telah mengadakan ahli-ahlinya supaya tidak terlibat dengan isu
perkauman.

Ekoran itu, pada 19 November 1987, PAS telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri,
Dr Mahathir Mohamed untuk menjelaskan ketidakterlibatan PAS dalam isu perkauman, sebaliknya
Umno dan MCA yang bergeser sehingga mencetuskan krisis.

Pada pandangan PAS, penahanan ISA ini adalah bukan semata-mata isu perkauman, tetapi lebih
untuk menjamin kelangsungan politik BN selepas perpecahan Team A dan Team B Umno dalam
pemilihan parti itu yang diikuti oleh perselisihan antara Umno dengan MCA dan Gerakan.

Pada 22 November 1987, PAS telah menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Hanif Omar untuk
membincangkan isu penyalahgunaan ISA ini.

Bagi mengukuhkan lagi gerakan menentang ISA ini, PAS telah mengambil langkah membentuk
kerjasama dengan parti-parti pembangkang terutama DAP dan PSRM mulai 17 Januari 1988 sebagai
satu kerjasama atas dasar kemanusiaan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
17 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 17/1/2016

Sumber HD - 17-1-2016


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS Kelantan, Terengganu susun langkah 

kuasai T'ganu
















HARAKAHDAILY | .


PAS KELANTAN DAN TERENGGANU MENYUSUN LANGKAH MENGUASAI 
TERENGGANU (16 JANUARI 1957)

PADA hari ini dalam tahun 1957, Badan Perhubungan PAS Kelantan dan Terengganu yang dipimpin
oleh Mohd Asri Haji Muda selaku Pesuruhjaya telah mengadakan mesyuarat bagi menyusun dan
merancang pergerakan organisasi PAS yang sekali gus meluaskan pengaruh PAS di Terengganu.

Sebelum ini, semenjak 1954, Mohd Asri telah memimpin PAS Daerah Pantai Timur yang meliputi
Kelantan, Terengganu dan Pahang, tetapi PAS belum berkembang di Terengganu.

Setelah PAS berjaya menyertai Pilihan Raya Umum 1955 di Kelantan dan Pahang, PAS telah
mengecilkan wilayah pentadbiran Mohd Asri kepada Kelantan dan Terengganu sahaja mulai 1956.

Hasilnya, pada 6 Julai 1956, PAS berjaya menubuhkan cawangan yang pertama di Terengganu
dengan tertubuhnya PAS Cawangan Dungun pimpinan Tuan Guru Haji Zainal Abidin Aman.

Berbeza dengan negeri lain, Terengganu adalah negeri yang terakhir di Semenanjung yang menerima
pengaruh PAS. Tetapi pada akhir 1956, Terengganu telah menerima penghijrahan beberapa pimpinan
utama PAS seperti Dr Haji Abbas Alias, Ustaz Zabidi Ali dan Ustaz Ahmad Azam Hanifah yang
bertugas di Terengganu. Turut bersama PAS ialah beberapa bekas pimpinan Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) seperti Tuan Guru Haji Abbas Mohamad dan Mohd Daud Abdul Samad,
selain Su Mahmud Dato' Amar, anak bekas Menteri Besar Terengganu.

Bertolak dari perkembangan ini, Badan Perhubungan PAS Terengganu menyusun langkah meluaskan
pengaruh PAS sehingga dapat ditubuhkan PAS Cawangan Kuala Terengganu (1956), Kemaman
(1957), Besut (1957), Kuala Berang (1958) dan Kuala Terengganu Utara (1959).

Perkembangan PAS berlaku dengan pesat mulai 1957 sehingga PAS mempunyai cawangan dan
cabang di seluruh Terengganu menjelang Pilihan Raya Umum 1959.

Kesan dari perkembangan pesat ini, dalam Pilihan Raya Umum 1959, PAS telah berjaya memenangi
13 dari 24 kerusi Dun Terengganu, sedangkan Perikatan dan Parti Negara (PN) masing-masing
mendapat tujuh dan empat sahaja.

Ini membolehkan PAS membentuk kerajaan yang diketuai Mohd Daud Abdul Samad yang diangkat
sebagai Menteri Besar pada 29 Jun 1959.

PAS juga turut menguasai kerusi Dewan Rakyat di Terengganu apabila tokoh-tokoh utama PAS
seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Khadijah Sidek dan Ustaz Hassan Adli yang masing-masing telah
memenangi kerusi Parlimen Besut, Dungun dan Kuala Terengganu. Turut menang dengan kerjasama
PAS ialah memimpin PN, Dato' Onn Jaafar di Kuala Terengganu, selain seorang lagi calon PAS,
Harun Pilus yang menang di Hulu Terengganu.

Perancangan Badan Perhubungan PAS Kelantan dan Terengganu pada 16 Januari 1957 untuk
meluaskan pengaruh PAS di Terengganu melalui gerakan pengukuhan organisasi ini telah berjaya
mengembangkan pengaruh PAS sehingga Terengganu menjadi kubu terkuat PAS semenjak 1959
hingga kini.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
16 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 16/1/2016

Sumber HD - 16-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS tuntut peranan Islam lebih besar dalam 

k'jaan BN

HARAKAHDAILY | .


PAS TUNTUT PERANAN ISLAM LEBIH BESAR DALAM KERAJAAN BN SETELAH 
KEMATIAN TUN RAZAK (15 JANUARI 1976)

PADA hari ini dalam tahun 1976, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah mengambil pendirian supaya
PAS menuntut peranan yang lebih besar dalam Kerajaan BN bagi memelihara kedudukannya dalam
pakatan politik yang dibentuk pasca 13 Mei 1969 itu. Tuntutan PAS ini adalah satu usaha untuk
meningkatkan peranan Islam dalam kerajaan selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari
1976.

Antara tuntutan penting PAS ialah supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua diberi kepada
PAS, selain tambahan jawatan menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen. PAS turut menolak
cadangan perlantikan Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya mencadangkan
supaya Datuk Ghazali Shafie dilantik ke jawatan tersebut.

Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 11 Mei 1976 selanjutnya mengambil ketetapan supaya PAS
mengubah strategi dakwahnya dalam kerajaan pimpinan Datuk Hussein Onn dengan meningkatkan
usaha yang lebih berkesan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan negara ke tahap
paling maksimum - iaitu untuk memenuhi tujuan utama penyertaan PAS dalam BN sebelumnya.

Yang Dipertua Agung PAS, Datuk Mohd Asri Haji Muda turut mempertegaskan tuntutan PAS supaya
Perdana Menteri memperkenalkan Islam dalam segenap lapangan kehidupan. Dalam Ucapan Dasar
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-22 pada 5-6 Ogos 1976 itu, Datuk Mohd Asri turut
mempertegaskan cita-cita PAS untuk menegakkan negara Islam.

Hasil dari desakan ini, PAS bukan sahaja mendapat tambahan kerusi dalam kabinet, tetapi juga dapat
menerapkan nilai-nilai Islam dalam kerajaan. Bahkan dalam persidangan undang-undang pada 25-27
Julai 1976, Datuk Mohd Asri telah mencadangkan supaya Akta Undang-undang Sivil dipinda bagi
membolehkan undang-undang Islam dikembalikan ke tempat asalnya.

Tuntutan PAS pada 15 Januari 1976 supaya PAS lebih berperanan dalam kerajaan bukan semata-mata
untuk meningkatkan peranan politik PAS, tetapi supaya Islam diangkat ke tempat sewajarnya dalam
pemerintahan negara.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
15 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 15/1/2016

Sumber HD - 15-1-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































1956: PAS tubuh JK politik garis dasar tentang merdeka

HARAKAHDAILY | .


JAWATANKUASA POLITIK DITUBUH UNTUK GARISKAN DASAR PAS TENTANG 
MERDEKA (14 JANUARI 1956)

PADA hari ini dalam tahun 1956, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah menubuhkan Jawatankuasa
Politik PAS yang mempunyai peranan khusus untuk merangka dasar-dasar politik PAS terutamanya
dalam menghadapi perjuangan kemerdekaan.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dr Haji Abbas Alias, Yang Dipertua Agung PAS dan Abdul
Hamid Syarif sebagai Setiausaha, manakala Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Prof Zulkifli
Mohamad, Ustaz Othman Abdullah dan Musa Ma Jinu sebagai ahli-ahli.

Selepas Pilihan Raya Umum 1955, Perikatan telah menguasai Majlis Undangan Persekutuan dengan
Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Ketua Menteri.

Usaha menuntut kemerdekaan dipertingkatkan, dan PAS memainkan peranan untuk memastikan
kedudukan Islam dan ketuanan Melayu dijamin oleh Perlembagaan.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Keempat pada 26-28 Disember 1955, Dr Haji Abbas
telah menggariskan asas tuntutan kemerdekaan PAS, iaitu:

i. Merdeka tidak lewat dari 1959;
ii. Melayu sebagai kebangsaan tunggal dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi;
iii. Islam menjadi panduan pentadbiran negara berasaskan Al-Quran dan Sunnah; dan
iv. Menghapuskan jawatan Penasihat British

Antara langkah penting yang dilaksanakan terhadap penegasan Dr Haji Abbas dalam memperjelaskan
dasar politik tentang kemerdekaan ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa Politik PAS.

Jawatankuasa ini kemudiannya telah berjaya menyediakan memorandum 18 perkara pada 22 April
1956 bertajuk "Maklumat Jus Soli." Memorandum ini bertujuan untuk membantah tuntutan orang
bukan Melayu supaya kerakyatan diberi secara jus soli (berdasarkan tempat lahir) kepada orang asing.

PAS menyerahkan pandangannya ini kepada Pesuruhjaya Tinggi British, Penasihat-penasihat Inggeris, Raja-raja Melayu dan ahli-ahli Majlis Undangan Persekutuan.

Kedua, pada 14 Julai 1956, PAS telah menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Reid
berkaitan cadangan PAS dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan Jawatankuasa Politik PAS ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada
1 Jun 1956 sebelum diangkat kepada Suruhanjaya Perlembagaan itu.

Keberkesanan Jawatankuasa Politik PAS yang ditubuhkan pada 14 Januari 1956 ini telah
membolehkan PAS mengemukakan gagasan yang kukuh dalam perjuangan kemerdekaan walaupun
pandangan PAS gagal mempengaruhi Suruhanjaya Reid dalam penggubalan Perlembagaan
Persekutuan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
14 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 14/1/2016

Sumber HD - 14-1-20116
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS sedia muzakarah dengan Umno dalam isu 

agama

HARAKAHDAILY | .


PAS SEDIA BERMUZAKARAH DENGAN UMNO DALAM ISU-ISU AGAMA (13 JANUARI 
1987)

PADA hari ini dalam tahun 1987, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang dilaporkan oleh Utusan Malaysia bahawa beliau telah menegaskan kesediaan PAS untuk
bermuzakarah dengan Umno dalam isu-isu keagamaan.

Naib Yang Dipertua Agung PAS itu dilaporkan berkata demikian dalam ceramah pertamanya sejurus
pulang dari Amerika Syarikat bersama Cikgu Mustafa Ali, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Isu muzakarah PAS-Umno ini timbul semula selepas isu Debat PAS-Umno pada 1984 ekoran satu
forum antara Anwar Ibrahim (Umno) dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (PAS) anjuran
MISG di Peoria, Amerika Syarikat pada 24-25 Disember 1986.

Ekoran dari forum ini, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad berkata, PAS terbuka
untuk bermuzakarah dengan Umno jika kedua-dua parti bersedia mengikuti syariat Islam, yang
kemudiannya dijawab oleh Dr Mahathir pada 29 Disember 1986 bahawa Umno sedia berkerjasama
dengan PAS jika parti Islam mengikuti Islam yang sebenar.

Anwar Ibrahim sendiri dalam forum tersebut melahirkan keazaman untuk menghidupkan semula
muzakarah PAS-Umno sebagai lanjutan dari pada forum anjuran MISG tersebut.

Kenyataan Anwar Ibrahim disambut positif oleh Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil
Mohd Nor pada 2 Januari 1987.

Pada 3 Februari 1987 Pak Yusof Rawa selaku Yang Dipertua Agung PAS telah mendedahkan bahawa
Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 28 Januari 1987 telah bersetuju menyertai muzakarah tersebut,
sedangkan Majlis Tertinggi Umno turut bersetuju pada 7 Februari 1987.

Pada pandangan PAS, muzakarah ini dipersetujui kerana umat Islam di negara ini sedang mengalami
perpecahan yang serius dan PAS sebagai gerakan Islam bertanggungjawab ke arah perpaduan ummah.

PAS bersikap positif dalam menangani gejala perpecahan selepas tragedi Memali pada akhir 1985.

Laporan tentang kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi pada 13 Januari 1987 tentang kesediaan PAS
untuk bermuzakarah dengan Umno ini adalah bertolak daripada keyakinan PAS bahawa mereka boleh
mengendalikan muzakarah ini bagi membawa Umno ke landasan yang betul mengikut syariat Islam.

Hal ini dipertegaskan oleh Pak Yusof Rawa dalam Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS pada
Muktamar Tahunan PAS, 11-12 April 1987.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
13 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 13/1/2016

Sumber HD - 13-1-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Ahli PAS dilarang terlibat program PAN, DAP

HARAKAHDAILY | .



KETERLIBATAN AHLI PAS DALAM PROGRAM/AKTIVITI PARTI-PARTI POLITIK LAIN

ADALAH dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 27 Rabiul-awwal 1437 bersamaan 8 Januari 2016 telah membincangkan isu berkaitan keterlibatan Ahli-Ahli PAS dalam program dan
kegiatan parti-parti politik lain khususnya Parti Amanah (PAN) dan DAP.

Sehubungan dengan itu, demi untuk memelihara keutuhan dan perpaduan parti serta mengelakkan
pelanggaran Perlembagaan dan Arahan Parti, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah
membuat keputusan dan ketetapan seperti berikut:-

i. Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama, memberi bantuan atau
menyertai sebarang program atau aktiviti PAN dan DAP di semua peringkat;

ii. Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri
sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain
(selain dari PAN dan DAP yang dilarang terus sebagaimana (i) di atas);

iii. Secara umumnya Ahli-ahli PAS diperingatkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang
bercanggah dan/atau berlawanan terutamanya dengan Fasal 16 dan 82, Perlembagaan PAS.

Saudara/i dipinta dengan SEGERA menyampaikan Arahan ini kesemua peringkat Parti di bawah
pentadbiran Saudara/i. Kerjasama dan perhatian semua pihak berkaitan bagi menjaga keutuhan parti
amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung – HARAKAHDAILY 10/1/2016

Sumber HD - 10-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah: PAS kekal kerjasama dengan 

Semangat 46

HARAKAHDAILY | .


PAS KEKALKAN KERJASAMA DENGAN SEMANGAT 46 DALAM ISU HUBUNGAN 
DENGAN DAP (10 JANUARI 1990)

PADA hari ini dalam tahun 1990, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah menetapkan bahawa kerjasama
PAS- Parti Semangat 46 (S46) dikekalkan dan tiada kajian semula dibuat ke atas hubungan politik
tersebut, walaupun musuh-musuh politik PAS berusaha melaga-lagakan kedua-dua parti ini ekoran
wujudnya kerjasama S46 dengan DAP.

Hubungan politik PAS dengan bekas Team B Umno telah terbentuk semenjak Umno berpecah pada
1988 dan PAS menganjurkan Makan Malam Pemikir Ummah pada 23 Disember 1988 yang
mempertemukan pimpinan PAS dan pimpinan serpihan Umno, yang berkemuncak dengan kerjasama
dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Pasu yang dimenangi oleh calon PAS, Ustaz Harun Taib pada 25 Jun
1989.

Hubungan dengan serpihan Umno ini menjadi lebih kukuh apabila S46 telah berjaya didaftarkan pada
Mei 1989, yang diikuti oleh tindakan Hamim keluar dari BN dan menyertai Angkatan Perpaduan
Ummah bersama Berjasa dan S46.

PAS pula membentuk kerjasama politik PAS-APU untuk mengukuhkan pembangkang Melayu Islam
bagi menggantikan Umno yang telah berpecah.

Di sebalik pakatan PAS-S46 melalui APU ini, pada 9 Disember 1989, Presiden S46, Tengku
Razaliegh Hamzah telah menghadiri program DAP di Kuala Lumpur dan mengesahkan hubungan
politik kedua-dua parti tersebut. Ini menimbulkan reaksi negatif pimpiman PAS.

Bekas Penasihat Undang-undang PAS, Suhaimi Said telah bertindak menyeru ahli-ahli PAS supaya
mengundi MCA yang menentang DAP dalam Pilihan Raya Kecil Bentong pada 13 Mei 1989 atas
sebab menentang kerjasama PAS dengan DAP.

Ekoran ketegangan ini, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 10 Januari 1990, setelah menerima
laporan pertemuan antara Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Fadzil Mohd Nor dengan Tengku
Razaliegh, telah mengambil keputusan untuk meneruskan hubungan dengan S46 dan menasihati parti
itu supaya tidak terlalu terbuka dalam hubungannya dengan DAP demi menjaga sensitiviti pengundi
Melayu, terutama ahli-ahli PAS.

PAS bertegas bahawa kerjasama S46-DAP tiada kaitan dengan PAS, kerana hubungan PAS-S46
adalah satu kerjasama yang lain, yang S46 berhak berkawan dengan mana-mana parti politik.

PAS berpendapat bahawa pakatan PAS-APU merupakan alternatif terbaik kepada BN dalam Pilihan
Raya Umum Ke-10.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
10 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 10/1/2016

Sumber HD - 10-16-12016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














PAS beruntung ulama terkenal bersama parti

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ulama yang tidak beramal dengan ilmunya tidak dihormati dan tidak ada
pengikut yang akan mendengar arahannya.

Menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris ahmad bukan senang untuk mempengaruhi orang lain jika
mereka tidak beramal dengan apa yang mereka ucap.

"Ulama muttaqin tidak terkesan dengan fitnah, tuduhan, caci maki ke atas batang tubuhnya, manakala
yang menghina ulama mengalami tekanan jiwa," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, katanya PAS beruntung kerana ulama-ulama terkenal di tanah air bersama dengan parti itu.

Menurutnya lagi, mereka merupakan tonggak masyarakat dan dihormati di dalam masyarakat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, mereka banyak membantu untuk mengembangkan
pengaruh PAS di dalam masyarakat.

"Walaupun mereka tidak memegang jawatan penting di dalam parti, namun suara mereka didengari,"
ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 10/1/2016

Sumber HD - 10-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Sejarah: Bentuk JK tapis calon PAS atasi isu 

khianat parti

HARAKAHDAILY | .


JAWATANKUASA PENAPIS CALON PAS DIBENTUK UNTUK MENHIANAT PARTI (12 JANUARI 1969)

PADA hari ini dalam tahun 1969, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah menubuhkan Jawatankuasa
Menapis dan Menetapkan Calon-calon PAS yang diberi tanggungjawab "untuk menetapkan
calon-calon yang akan bertanding itu secara muktamad." Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Datuk
Mohd Asri Haji Muda, Yang Dipertua Agung PAS, selain turut dianggotai oleh Ustaz Hassan Adli
Mohd Arshad, Ustaz Abu Bakar Hamzah, Mohd Taha Kalu, Ustaz Yusof Rawa, Ustaz Amaluddin
Darus, Abdullah Akin dan Ustaz Abdullah Zawawi Hamzah.

Pembentukan Jawatankuasa ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, untuk membolehkan PAS
memilih calon-calon berwibawa dan bertanding di tempat selamat di Kelantan dan Terengganu bagi
menghantar wakil-wakil yang berkesan di Dewan Rakyat. Kedua, untuk meneliti latar belakang
calon-calon yang benar-benar bersih bagi mengelakkan pengkhianatan ke atas parti oleh wakil rakyat.

Isu keberkesanan wakil rakyat PAS di Parlimen telah mendapat perhatian Jawatankuasa Agung PAS
kerana ada wakil rakyat yang gagal berfungsi dengan berkesan, sehingga PAS perlu memilih
pemimpin terbaiknya untuk dicalonkan di Kelantan atau Terengganu seterusnya menjadi wakil rakyat
yang berkesan di Dewan Rakyat.

Sebenarnya, semenjak Ogos 1968, PAS berhadapan dengan isu pengkhianatan wakil rakyat yang
hampir menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan setelah beberapa Adunnya 'menjual' kerusi mereka.
Akibatnya, Umno hampir-hampir dapat membuat usul undi tidak percaya di Dun Kelantan pada 20
 Ogos 1968.

Empat Adun - Abdul Rahman Mohd Salleh, Omar Mohammad, Yusof Latif dan Abdullah Yusof -
telah keluar PAS, bersama seorang lagi Adun, Saufi Idris pada 18 Ogos 1968. Tetapi tiga Adun
kecuali Abdullah Yusof dan Saufi Idris telah menyertai semula PAS dalam peristiwa Turn about -
About turn.

Kerana adanya isu ketidakberkesanan wakil rakyat dan pengkhianatan wakil rakyat ini, pada 12
Januari 1969, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah menubuhkan Jawatankuasa Menapis dan
Menetapkan Calon-calon PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1969.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
12 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 12/1/2016

Sumber HD - 12-1-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Hari ini dalam sejarah PAS (8 Jan)

HARAKAHDAILY | .


USTAZ KHAIDIR KHATIB DILANTIK PESURUHJAYA PAS KELANTAN (8 JANUARI 
1962)

PADA hari ini dalam tahun 1962, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah melantik Ustaz Khaidir
Khatib sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan yang kedua menggantikan Mohd Asri Haji Muda yang
terpilih sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS pada 5-6
Januari 1962. Beliau dilantik bersama pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS negeri yang lain.

Ustaz Khaidir merupakan seorang tokoh politik Islam yang berasal dari Sumatera Barat dan mendapat
pendidikan tinggi agama di sana. Beliau berhijrah ke Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua dan
pernah terlibat dengan gerakan politik Islam di sana.

Di Tanah Melayu, beliau berkhidmat sebagai guru agama di Maahad Il Ihya as-Syariff, Gunung
Semanggol dan terlibat aktif dalam Hizbul Muslimin pada 1948.

Beliau yang menyertai PAS pada 1954 telah dicalonkan bertanding di Dun Ulu Kelantan Barat pada
1959 dan menjadi wakil rakyat sehingga 1964.

Pada awal 1962, kerana perlantikan Mohd Asri sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS sebelum
dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Ustaz Khaidir telah menggantikan Mohd Asri
sebagai pemimpin utama PAS Kelantan.

Antara objektif penting daripada perlantikan ini adalah untuk membolehkan konsep parti menguasai
kerajaan diamalkan di Kelantan, selain mengukuhkan kedudukan Kerajaan PAS Kelantan terutama
selepas Pilihan Raya Umum 1964.

Ustaz Khaidir selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar
Kelantan, Mohd Asri yang baru dilantik sebagai menteri besar pada 10 Mei 1964, iaitu satu langkah
penting untuk membolehkan parti menguasai kerajaan.

Antara sumbangan terbesar Ustaz Khaidir selaku pimpinan utama PAS Kelantan ialah cadangan
beliau supaya Menteri Besar, anggota Exco dan Adun-Adun membuat potongan gaji secara tetap
untuk disumbang dalam Dana Pendidikan Kelantan bagi membiayai pendidikan tinggi anak-anak
Kelantan.


Antara pelajar yang dibiayai dari dana ini ialah Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (bekas Timbalan
Menteri Besar Kelantan) dan Datuk Daud Mohamad (Qadhi Besar Kelantan). Hari ini, dana yang
pernah dipengerusikan oleh Ustaz Khaidir ini telah dikenali sebagai Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Ustaz Khaidir yang juga Ahli Jawatankuasa Agung PAS dan Yang Dipertua PAS Ulu Kelantan, terus
menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan semenjak 8 Januari 1962 sehingga digantikan oleh pesuruhjaya
ketiga, Haji Mohd Noor Yusoff (Haji Mohd Noor Machang) pada 23 April 1968.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
8 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 8/1/2016

Sumber HD - 8-1-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buang ikatan agama jika nak maju, PAS 

jawab 'maaf ya'

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Masyarakat Melayu cukup sensitif dengan Islam, seolah-olah Islam cukup
secucuk dengan kehidupan mereka, walaupun penghayatan mereka dengan kehidupan boleh
dipertikaikan.

"Inilah doktrin yang ditanam sejak dahulu lagi," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad
menerusi laman facebook.

Oleh kerana itu, ujar beliau PAS cukup mengambil berat mengenai perkara itu ketika mengatur
langkah dan menyusun strategi dakwah dan politik.

Beliau menjelaskan, PAS bergerak sebagai gerakan dakwah, tarbiah dan siasah yang begitu unik.

Menurutnya, mereka yang tidak memahami perjuangan PAS, menganggap parti itu hanya sebagai
parti politik sahaja.

"Mereka berpandangan PAS mesti membuangkan ikatan agama jika hendak maju dalam politik. PAS
jawab maaf ya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 8/1/2016

Sumber HD - 8-1-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Sejarah: PAS setuju muzakarah dengan Umno


































HARAKAHDAILY | .


PAS BERSETUJU BERMUZAKARAH DENGAN UMNO DALAM ISU PERPADUAN 
NASIONAL (7 JANUARI 2001)

PADA hari ini dalam tahun 2001, akhbar Berita Minggu mendedahkan bahawa Lajnah Politik PAS
Pusat telah bersetuju supaya parti itu mengadakan muzakarah dengan Umno dalam isu perpaduan
nasional.

Strategi yang dibuat oleh PAS ini adalah bagi membolehkan mereka membuat desakan yang lebih
berkesan dalam menghadapi kezaliman Barisan Nasional (BN) terutama setelah pemecatan Datuk Seri
Anwar Ibrahim pada 2 September 1998.

Isu Datuk Seri Anwar yang tercetus pada September 1998 telah memberi kesan buruk kepada BN
apabila PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum 1999 melalui
gabungan politik Barisan Alternatif (BA).

Ekoran itu, BN telah mengenakan tekanan politik ke atas PAS secara besar-besaran seperti halangan
ceramah umum, pengurangan permit penerbitan Harakah, tekanan ke atas sekolah agama rakyat
(SAR), mengaitkan PAS dengan Kumpulan al-Ma'unah, rampasan royalti minyak, mengharamkan
penggunaan perkataan Islam pada parti politik, mendakwa Ketua Pengarang Harakah di mahkamah
dan lain-lain sehingga kegiatan politik pembangkang terjejas.

Marah terhadap kezaliman BN ini, dalam Pilihan Raya Kecil Dun Lunas pada 29 November 2000,
rakyat telah menolak BN.

Menyedari keadaan ini, Dr Mahathir telah mengubah strategi dengan menawarkan perundingan kepada PAS dan Parti Keadilan Nasional (PKN) pada 24 Disember 2000, dan para pemimpin PAS menunjukkan sikap yang
positif terhadap tawaran Umno jika parti itu 'benar-benar ikhlas'.

Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin Umno turut bersetuju dengan cadangan Dr Mahathir, tetapi
PKN pada 8 Januari 2001 telah menolak pelawaan Umno.

PAS sebaliknya, pada 7 Januari 2001 telah dilaporkan oleh media massa bahawa ia telah bersetuju
untuk bermuzakarah dengan Umno dalam isu perpaduan nasional.

Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor mempertegaskan ia bukan untuk bersatu dengan Umno,
tetapi untuk berdakwah kepada Umno.

PAS pada 14 Februari 2001 kemudiannya menetapkan untuk memasukkan isu-isu kepincangan sistem
kehakiman, pencabulan demokrasi, kemelesetan ekonomi dan peningkatan peranan Islam sebagai
agenda muzakarah ini.

Jawatankuasa Bersama Muzakarah PAS-Umno bagaimanapun gagal menyelaraskan isu-isu yang
dikemukakan oleh PAS kerana Umno tidak serius.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 18 Februari 2001 telah menangguhkan muzakarah ini kerana
kegagalan jawatankuasa bersama tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 7/1/2016

Sumber HD - 7-1-2016
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 














Hari ini dalam sejarah PAS (6 Jan 1983)

HARAKAHDAILY | .


ADUAN DISIPLIN TERHADAP DATUK MOHD ASRI KERANA MEMECAHBELAHKAN PAS
(6 JANUARI 1983)

PADA hari ini dalam tahun 1983, PAS Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat telah membuat aduan tatatertib terhadap bekas Yang Dipertua Agung PAS, Datuk Mohd Asri
Haji Muda dan para penyokongnya kerana melakukan kegiatan memecahbelahkan PAS setelah beliau
meletak jawatan pada 23 Oktober 1982.

Datuk Mohd Asri dan pengikutnya telah menyerang kepemimpinan ulamak PAS, walaupun para
ulamak PAS bertegas supaya parti Islam ini mesti kekal bergerak berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
Antara tindakan pengikut Datuk Mohd Asri ialah menubuhkan organisasi haram dalam PAS bagi
menimbulkan perpecahan dalam parti.

Mereka telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak yang diketuai oleh Datuk Nik Man Nik Mohamad,
bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan selaku Pesuruhjaya Jawatankuasa Bertindak tersebut, selain
Abdul Hamid Saleh (Tim. Pesuruhjaya), Mohamad Mahmud (Setiausaha), Datuk Ishak Lotfi Omar
(Bendahari) dan Haji Abdul Rahman Simpol (Ketua Dewan Ulamak).

Jawatankuasa Bertindak ini telah menganjurksn perhimpunan-perhimpunan untuk menyokong Datuk
Mohd Asri dan mewujudkan 'parti dalam parti' yang merosakan perpaduan PAS.

Ekoran kegiatan parti dalam parti ini, PAS Kelantan telah membuat aduan tatatertib dan
mengemukakan laporan penuh tentang kegiatan yang merosakan parti ini dan mencadangkan tindakan
disiplin diambil.

Pada 8 Januari 1983, Dewan Pemuda PAS Pusat yang dipimpin oleh Cikgu Mustafa Ali turut
mengambil keputusan untuk membuat aduan yang sama.

Hasil dari Laporan Tatatertib PAS Kelantan pada 6 Januari 1983 ini, Jawatankuasa Tatatertib PAS pada 23 Januari 1983 telah mengambil tindakan tatatertib terhadap 13 orang ahli PAS di mana dua orang telah dipecat,
lapan orang digantung keahlian termasuk Datuk Mohd Asri dan tiga yang lain diberi amaran.

Akibat dari tindakan ini, Datuk Mohd Asri dan pengikutnya telah menubuhkan parti serpihan, Hizbul
Muslimin Malaysia (Hamim) pada 2 Julai 1983 dan sekali gus membebaskan PAS daripada masalah
dalaman.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
6 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 6/1/2016

Sumber HD - 6-1-2016                                                        

No comments:

Post a Comment