BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, January 24, 2015

PILIHANRAYA PIHAK BERKUASA TEMPATAN


Jurang Kaum Perlu Dirapatkan

IMG_20150714_123306
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai pandangan yang jauh lebih ke hadapan dalam isu Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berbanding sekelompok yang mengaku profesional tapi tidak memahami keresahanan dalam masyarakat oleh agenda politik kiasu pihak tertentu.

Apa yang berlaku beberapa hari ini di Kuala Lumpur adalah berlatar belakangkan sentimen perkauman yang sangat perlu ditangani dengan bijaksana dan dibendung sedapat mungkin.

IMG_20150714_123306

Hakikatnya memang ada tekanan perkauman sedang berlegar dalam masyarakat dan bagai bara api, ia tidak pernah padam malah seperti dihembus2 agar terus menyala. Insiden yang kecil dengan segera mendapat tindak balas yang besar dan segera. Ada sesuatu di situ.

Ia boleh jadi juga agenda pihak tertentu yang mahu rakyat melupakan isu isu besar penyelewengan negara, isu wang RM2juta dimasukkan ke akaun Rosmah Mansor. Isu RM2,600,000,000.00 dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib Tun Razak.

Ia boleh jadi juga agenda pihak tertentu bagi mewajarkan satu tindakan yang lebih besar atas nama menjaga ketenteraman awam.

Ia boleh jadi juga berkait dengan banyak perkara. Ia berkait dengan jurang ekonomi antara kaum. Ia berkait dengan jurang pemilikan hartanah sehingga adanya ini kawasan kaum cina, ini kawasan orang melayu. Berkait dengan peluang perniagaan, pekerjaan. Ia berkait dengan dengan suasana muamalah/berurusniaga antara pelbagai kaum yang majmuk. Berkait bahasa yang digunakan itu sopan atau kasar dan menghina. Ia berkait kehidupan berjiran. Ia berkait dengan keseluruhan konsep hidup yang sepatutnya berharmoni, saling bertoleransi dan hormat menghormati.

abcd

Anjing anjing peliharaan yang tidak dijaga berak merata di sekitar kejiranan umat Islam. Ada yang sehingga mencederakan anak anak kecil umat Islam. Suara suara menghina syiar umat Islam seperti azan. Kata kata maki hamun yang menghina pekerja pekerja Islam oleh sesetengah majikan malah ada yang melarang bersolat. Penipuan berterusan dalam berurusniaga dengan menjual barangan tiruan. Munculnya semakin banyak rumah rumah urut, kelab kelab malam, pusat pusat judi, pusat maksiat yang seperti tidak ada ketegasan pihak berkuasa tempatan (PBT). Bertambahnya gelandangan, pelacuran, penagihan dadah.

Semua ini berkaitan. PBT adalah kerajaan ketiga sesudah kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang boleh memainkan peranan memperbaiki atau merosakkan.

Menarik sekali di negeri negeri yang terkenal sebagai kubu kuat PAS di mana kesedaran, pemahaman dan penghayatan agama Islam sangat bagus dengan hadirnya pelbagai institusi ilmu seperti kuliah kulian subuh dan maghrib, kegiatan usrah dalam rangka tarbiyah serta institusi sekolah sekolah pondok serta maahad tahfiz, tidak pernah kedengaran ketegangan antara kaum seperti ditempat lain.

IMG-20150712-WA0075

Malah antara Melayu, Cina dan India boleh berseloka sambil berseloroh, “Kita kan Worih..”

Peliknya di Kuala Lumpur dalam insiden rusuhan di Low Yat, kita terkejut dengan perbuatan merusuh boleh pula diselang selikan dengan kalimah suci takbir ” Allahu Akbar” oleh yang sebahagiannya lelaki yang berambut ala skin head dan ada pula dengan subang di telinga.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
14hb Julai 2015

Sumber BO - 14-7-2015

Pilihanraya PBT; Tokoh Aktivis dan NGO Terengganu Sependapat


S.M Mohamad Idris adalah seorang tokoh aktivis yg sgt disegani di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui perjuangannya dalam Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM).

Tuan Hj Azmi Abdul Hamid pula Pengerusi Majlis Perundingan NGO2 Islam Malaysia (MAPIM) dan TERAS ( Teras Pengupayaan Melayu) sgt vokal berhubung isu2 umat Islam dan juga melayu.

Juga aktif diperingkat antarabangsa termasuk dalam isu liberalisme, LGBT dalam menangani tuntutan COMANGGO.

Pernah mengejutkan negara dengan pendedahan kehilangan Tanah Rezab Melayu yg besar.

Saya dan rombongan NGO Terengganu melalui Lujnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu (DEMI) yg diketuai oleh Tn. Hj. Yahaya Ali Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu merasa sgt teruja dgn perbincangan panjang dlm pelbagai isu kelmarin di tengah2 Pulau Pinang.

IMG-20150307-WA0110

Terasa mcm terlalu singkat dan masa berlalu cepat.

Walau S.M Mohamad Idris hanya mampu bertutur dlm bahasa Inggeris tetapi isu2 serius spt kepenggunaan, alam sekitar, isu pengambilan tanah atas alasan pembangunan dibincang dgn lancar.

Sangat menarik isu seperti pilihanraya PBT, kami mempunyai pandangan yg jelas amat selari. Malah S.M Idris menghurai dgn lebih panjang lebar dgn pelbagai rujukan sehingga terfikir saya begitu jauhnya pandangan Presiden PAS, DS TGHH dalam hal PBT walau ketara sekali S.M Idris tak minat dgn ulasan politik bersifat kepartian.

Bila bercakap tentang isu orang Islam dan orang Melayu. Sekali lagi saya semakin yakin bacaan kami tentang realiti politik tidak silap.

Orang Melayu masih menyokong UMNO kerana dalam Barisan Nasional UMNO dilihat memimpin dan dominan. MCA dan MIC tahu ini perlu dikekalkan jika BN mahu terus menang. Kerana itu mereka tak bising apa pun yg UMNO buat termasuk dlm soal yg rasis spt peranan PERKASA, sokongan dan penglibatan dalam hudud, Malaysia negara Islam.

Orang Melayu tidak akan swing kpd PAS selagi PAS tidak dilihat dominan, kelihatan mcm budak suruhan dan DAP boleh dilihat sesuka hati boleh masuk campur urusan umat Islam seperti hudud, peraturan pemakaian. PKR hanya kelihatan cuba sentiasa selari dgn DAP dalam byk perkara.
Putrajaya tampak mustahil digapai tanpa dapat sokongan pengundi melayu.

Walaupun bukan secara direct maksud yg diberitahu oleh kedua2 tokoh ini, tapi saya dpt faham dgn mudah.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden GANTI
7hb Mac 2015

Sumber BO - 7-3-2015


BENARKAH PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN MENGHAKIS HAK MELAYU?


YB HANIPA MAIDIN - AJK PAS PUSAT / AP SEPANG

Posted by Hijau FM On 11:15 PM

NGO TERENGGANU TIDAK SETUJU PR PBT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

izwan@harakah.net.my




KUALA LUMPUR: Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) menyifatkan idealisme untuk mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidaklah seindah realiti sebenar yang berlaku kepada masyarakat.

Presidennya, Ahmad Amzad Hashim berkata, jika dirujuk agihan peruntukan tahunan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan, angka-angka yang disalurkan ke kawasan bandar khususnya Lembah Klang adalah sangat besar.

“Di situ tertumpu banyak PBT yang menjadi ‘stakeholders’ penting dan berpengaruh kepada pelaksanaan. Banyak kesan dan ruginya nanti jika PBT ditentukan oleh penduduk bandar berkenaan sahaja.

“Sedangkan di bandarlah segala urusan berkaitan pentadbiran dan pengurusan hasil mahsul, perusahaan dan macam-macam lagi yang berada di seluruh negara dan negeri dipusatkan. ‘Stakeholder’ kepada bandar bukanlah penduduk bandar sahaja, tetapi seluruh negeri berkepentingan terhadap PBT,” ujarnya dalam satu kenyataan 6 Februari.

Menurut Ahmad Amzad, beliau beliau bersetuju dengan pandangan dilontarkan Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dilihatnya diambil berdasarkan rujukan-rujukan terdahulu termasuk tokoh pemikir sosiologi dunia, Ibnu Khaldun.

Beliau turut memuji Presiden PAS itu kerana membuat pertimbangan bukan berdasarkan emosi berbanding DAP yang dinilainya cenderung kepada isu-isu sensitif terhadap umat Islam dan Melayu seperti arak, pusat hiburan, konsert, lokasi strategik perniagaan, iklan dan papan tanda, Bahasa Melayu serta tulisan Jawi.

“Dr Nordin Sopiee dalam buku karangannya “From Malayan Union To Singapore Separation” pun ada mengulas isu ini dalam konteks sejarah Tanah Melayu,” maklumnya.

Sementara itu, Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau) turut tidak bersetuju dengan cadangan pihak tertentu yang mahu mengadakan pilihan raya PBT.

Naib Presidennya, Mohd Shuhaimi Embong berkata, kepentingan politik dan kekuasaan atau perjawatan tidak harus hingga mengenepikan sesetengah pihak.

Jelasnya, dalam konteks PBT, realitinya banyak kawasan luar bandar yang terpinggir dan diabaikan, sementara tumpuan termasuk perkhidmatan cenderung berpusat di bandar.

“Pentadbiran PBT yang ada pada hari ini pun masih banyak perkara khususnya sistem penyampaian yang perlu diperbaiki, ketidakseimbangan pun masih ketara walaupun dalam satu negeri. Sebab itu wajar ia tidak terus ditompokkan atau terfokus hanya kepada bandar dan cenderung kepada kepentingan masyarakat bandar sahaja.

“Lebih baik ia dilihat sebagai kepentingan negeri di mana kerajaan negeri melihat agihan secara menyeluruh serta meluaskan peranan PBT hingga menjangkau kawasan luar bandar khususnya perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk, bukan hanya yang berkait pulangan hasil semata-mata,” ujarnya.

Beliau turut tidak bersetuju dengan pandangan peribadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Raja Bahrin Shah yang melihat masalah pentadbiran PBT dalam Kuala Terengganu semata-mata.

Jelas Shuhaimi, perkara ini perlu dilihat secara lebih luas terhadap kesan pelaksanaannya di seluruh negara dalam realiti taburan kepelbagaian kaum penduduk Malaysia.

Sebaliknya, beliau menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man agar perkara itu dikemukakan secara proses tatacara demokrasi negara yang betul.



“Sepatutnya DAP atau mana-mana pihak yang berkepentingan dalam hal ini, bawalah undang-undang persendirian atau meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi membolehkan rakyat memilih Ahli-ahli Majlis dan Datuk Bandar atau Yang DiPertua PBT melalui proses demokrasi,” serunya.



Perlukah kita pilihan raya kerajaan tempatan?


Posted on Thursday, February 05 @ 11:56:41 MYT by paktam

Oleh Dr Mohammad Agus Yusoff
Isu pilihan raya kerajaan tempatan ini bermula pada 8 Mac 2010 apabila KM Pulau Pinang menulis surat kepada Pengerusi SPR memberi kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya PBT. SPR kemudiannya menjawab tidak mempunyai kuasa tersebut kerana bertentangan dengan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memansuhkan hak badan perundangan negeri untuk mengadakan pemilihan kerajaan tempatan di negeri-negeri.

Tidak puas hati dengan jawapan tersebut, pada 11 Mac 2013, kerajaan Pulau Pinang kemudiannya memfailkan satu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, permohonan itu selaras dengan Artikel 113(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kerajaan negeri memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan pilihan raya selain daripada pilihan raya umum (PRU).

Bagaimanapun, pada 14 Ogos 2014 Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan negeri atas alasan “kerajaan negeri Pulau Pinang melampaui bidang kuasanya dalam membuat perintah pengecualian itu yang melanggari peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Apa seterusnya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan?

Setelah penolakan Mahkamah Persekutuan ini, DAP bersama dengan PKR berkempen supaya rakyat menyokong pilihan raya PBT ini. Alasan mereka ialah:

(i) untuk memulihkan sistem demokrasi negara kita dengan memberi hak undi ketiga kepada penduduk tempatan memilih ahli majlis masing-masing

(ii) pemimpin PBT yang dipilih lebih berakauntabiliti dalam perkhidmatan mereka kepada rakyat
(iii) dengan adanya ahli majlis yang dipilih, maka projek PBT akan menjadi lebih pro-rakyat berbanding kini yang pro-pemaju

(iv) PBT akan lebih bersifat proaktif dengtan bertindak cepat terhadap aduan rakyat tempatan

(v) untuk mengatasi masalah sosial seperti pusat-pusat hiburan, PATI dan jenayah kerana ahli-ahli majlis akan lebih bersungguh memantau hal ini

(vi) membolehkan rakyat tempatan memilih datuk bandar yang bertanggungjawab dalam urusan yang berkaitan rapat dengan kehidupan rakyat tempatan.
Kempen untuk menghidupkan semula pilihan raya tempatan ini tidak salah.

Itu semangat demokrasi yang dibenarkan. Tetapi pada saya, pilihan raya tempatan ini tidak perlu sama sekali, sekurang-kurangnya pada waktu ini. Hujah saya mudah:

(i) kerajaan negeri fokuslah dahulu kepada usaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan kemudahan asas kepada masyarakat tempatan

(ii) tingkatkan dulu good governance dan sistem penyampaian dalam PBT. Macam sekarang, minta kelulusan plan untuk ubah suai rumah pun, terpaksa tunggu sampai berbulan-bulan

(iii) tingkatkan dulu pendapatan PBT supaya mempunyai kewangan yang mencukupi sebelum pilihan raya tempatan dilaksanakan. Jika tidak, nantinya kerja PBT adalah menaikkan kadar cukai PBT sahaja

(iv) dalam keadaan suasana politik dan ekonomi negara sekarang, tidak sesuai untuk kita berpolitik sepanjang masa. Masih ada perkara-perkara lain yang memerlukan keutamaan kita.
Dari segi undang-undang, bolehkah pilihan raya tempatan diadakan?

Mengikut undang-undang, tidak boleh. Ini kerana aspek perundangan bagi pilihan raya kerajaan tempatan di bawah Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 sudah dimansuhkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Mahkamah Persekutuan pun memutuskan sama ada SPR ataupun negeri tidak ada kuasa untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Jadi, bagaimana jika kita mahukan juga pilihan raya PBT ini diadakan?

Bawa rang undang-undang ke parlimen sama ada rang undang-undang kerajaan atau persendirian untuk meminda peruntukan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang merampas hak rakyat untuk memilih ahli majlis tempatan dan Datuk Bandar atau yang dipertua majlis melalui proses demokrasi.

Sepatutnya begitulah sistem demokrasi negara kita berjalan.

Hormati undang-undang dan kita semua berada di atas landasan yang betul dalam berpolitik. –
* Penulis merupakan penganalisis politik yang mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber DD - 6-2-2015

TERIMA FAKTOR KEMAJMUKAN KAUM DALAM ISU KERAJAAN TEMPATAN - GAMIS


Sumber HD - 24-1-2015


PERLUKAH PILIHANRAYA TEMPATAN?



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33440-perlukah-pilihan-raya-pihak-berkuasa-tempatan

Sumber HD - 24-1-2015

No comments:

Post a Comment