SESI 2015 - 2017 : Pengerusi : YB Ust Idris Ahmad Timbalan : YB Ust Sallehen Mukhyi Sumber PP - 23-6-2015 Bersyukur kita pandai, railah kelemahan orang lainhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41975-bersyukur-kita-pandai-railah-kelemahan- orang-lain Tidak ada manusia yang hebat, serba serbi tahu dalam semua bidang. Allah SWT menjadikan manusia potensi berbeza antara satu sama lain. Jika semua sama sahaja potensi maka tidak ada tamadun yang dicipta di atas dunia. Jika semua orang kaya di atas muka bumi ini, maka tidak adalah pakaian. Siapa hendak tanam kapas. Siapa yang hendak jahit baju. Jika semua orang tidak mahu bekerja buruh kasar sebaliknya mahu bekerja pegawai sahaja. Adakah manusia bahagia? Apa yang penting mesti berganding antara satu sama lain. Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: "Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya seb kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan. (Al-Zukruf: 32) Jika Allah beri kepada kita kelebihan dalam bidang agama dan fasih berbahasa Arab jangan pula perlekeh orang lain yang tidak sama macam kita. Kalau kita pakar strategik jangan rendahkan martabat seorang yang tidak boleh membaca aras tinggi. Kalau kita pandai berniaga jangan hina orang lain yang tidak pandai berniaga. Kalau kita bijak ekonomi jangan perbodohkan orang lain kerana tidak sehebat kita. Allah tidak bagi kepada seorang yang menguasai semua bidang dalam urusan hidup. Oleh itu, jangan kita sombong apabila kita hebat di dalam sesuatu bidang. Tetapi jangan lupa kita memiliki seribu kelemahan yang lain. Kalau kita hebat dalam strategi politik misalnya tetapi kita lemah untuk cakna kebajikan orang ramai. Ada yang petah bercakap tetapi kedekut. Ada yang pandai jaga kebajikan tetapi lemah politik antarabangsa. Ertinya jangan kita harap seorang itu sempurna dalam semua sudut. Sebagaimana orang lain juga tidak boleh mengharap kita menguasai semua benda. Selagi namanya manusia mesti ada kekurangan. Jika kita perlekeh ulama kerana tidak pandai ekonomi, nanti orang serang balas balik. Apalah awak ini seorang Islam, tapi baca Fatihah pun tak betul, makhraj macam muallaf. Sepatutnya seorang Islam wajib membaca ayat Al-Quran semasa berhujah. Ini adalah hujah kalau kita hendak bergaduh dan jawapan balas antara satu sama lain. Masing-masing ada buah keras untuk menjatuh sesama sendiri. Akhirnya hilang fokus. Peluru dihala sesama sendiri. Musuh senyum sampai telinga. Oleh itu tidak perlulah hendak berlagak sombong tentang kelebihan yang kita ada. Kerana kita juga sarat dengan kecacatan. Tidak rugi pun jika kita bersifat tawaduk. Hormatlah kelebihan orang lain, nescaya orang lain juga akan hormat kepada kita. Jika kita sombong dengan kepandaian kita, nescaya seribu kali orang akan sombong dengan kita. USTAZ IDRIS AHMAD Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang 21 Syawal 1437 / 26 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 26/7/2016 Sumber HD - 26-7-2016 Ulama meninggal sukar dicari gantiKUALA LUMPUR: "Meninggal seorang pegawai, profesional, wakil rakyat, menteri, ramai yang boleh menggantinya," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.Tetapi, katanya apabila seorang ulama meninggal sukar untuk mencari gantinya. Menurut beliau, ia memerlukan proses, penghayatan, pengalaman, pembinaan yang panjang untuk bergelar sebagai ulama yang hebat. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, kebiasaan manusia yang beriman dan berakhlak tidak akan mencerca orang yang sudah meninggal dunia walaupun orang itu fasik. "Walaupun sewaktu beliau hidup mempunyai perbezaan pandangan dan berbeza ideologi politik. "Apabila beliau meninggal tidak tergamak kita hendak ungkit kerja jahatnya. Lebih-lebih lagi beliau seorang alim dan soleh," ujarnya menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 26/7/2016 Sumber HD - 26-7-2016 ------------------------------------------------------------ Bencana: Semuanya kerja Allah, jangan angkuhhttp://m.harakahdaily.net/index.php/headline/ 41891-bencana-semuanya-kerja-allah-jangan- angkuh Banjir, ribut, tsunami, gempa bumi, kebakaran, kemarau semuanya kuasa Allah. Manusia boleh merancang, tetapi ilmu Allah lebih hebat daripada ilmu manusia. Allah tidak larang manusia merancang untuk menghadapi bencana ini. Jika berlaku juga adalah hikmah yang tersurat dan tersirat. Sebelum ini negara dilanda dengan kemarau panjang dan panas terik. Hari ini sudah mula hujan. Setengah daerah di Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur banjir. Kita simpati dan berdoa agar mereka bersabar atas apa yang menimpa. Cuma pesanan saya jangan pula apabila banjir di Kelantan ada orang angkuh menuduh Kelantan tidak pandai uruskan banjir. Seolah-olah macam tidak ada kerajaan. Inilah tuduhan angkuh kepada Kelantan ketika banjir pada penghujung tahun 2014. Marah kepada PAS, jangan lupa ini semua kerja Allah SWT. Orang angkuh selalunya Allah balas secara "cash" untuk menyedarkan diri dan supaya jangan celupar dan angkuh. Sifat angkuh semua agama dan bangsa tidak boleh terima. USTAZ IDRIS AHMAD Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang 14 Syawal 1437 / 19 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 19/7/2016 Sumber HD - 19-7-2016 Biarlah orang lain menilai, kebenaran mahalharganyahttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41736-biarlah-orang-lain-menilai-kebenaran- mahal-harganya KUALA LUMPUR: Sikap PAS jelas di dalam menegakkan keadilan walaupun dengan orang yang sentiasa menghentam PAS kiri dan kanan, depan dan belakang. "Namun ia tidak menghalang PAS untuk membuktikan bahawa perjuangan PAS ialah untuk menegakkan keadilan walaupun dengan musuh," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman sosial facebook. Tegasnya, PAS tidak mengambil kesempatan untuk membelasah kerana itu bukan ajaran Islam. Beliau menambah, walaupun untuk kepentingan politik akan menguntungkan PAS tetapi PAS tidak akan menggadai prinsip untuk mendapat keuntungan yang sementara. "Biarlah orang lain menilai. Kebenaran itu mahal harganya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gantang. - HARAKAHDAILY 30/6/2016 Sumber HD - 30-6-2016
SHAH ALAM - Perjuangan Pas tidak hanya bergantung kepada musim pilihan raya sahaja, kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad. Menurut beliau, Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi tujuan meminda Akta Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan isu bersama dan bukannya hendak dipolitikkan. “Kenapa mahu dikaitkan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Bukankah sebelum ini sudah dua kali dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat Parlimen,”katanya menerusi kemas kini status di Facebook. Idris berkata, terdapat juga seorang ahli Parlimen yang menulis melalui laman sosial Facebook mengatakan RUU berkenaan tidak akan berjaya namun setelah dapat dibentangkan, pihak berkenaan dilihat mengemas kini status dengan mengatakan Umno dan Pas berpakat menggunakan agama. Ujar Idris, walaupun RUU Persendirian tersebut mendapat tentangan hebat daripada Ahli Parlimen DAP, namun ia tetap berjaya dibentangkan dalam sesi Dewan Rakyat kali ini. “Punya marah sehingga hilang rasional dan profesional. Semoga kita berpolitik untuk mendapat pahala dan jadi bekalan mati,” katanya. Sumber TKO - 28-5-2016 RUU Persendirian: Alkisah seorang MP Melayu
Alhamdulillah, RUU Persendirian mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah berjaya
dibentang. Walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada MP DAP sehingga sudah hilang pedoman mengenai Peraturan Dewan. Punya hendak marah sehingga hilang rasional dan profesional. Alkisah satu lagi pula seorang ahli parlimen Melayu yang tulis dalam FB beliau pada waktu pagi, kata RUU ini tidak akan berjaya. Umno akan tipu PAS. Apabila Tuan Guru Abdul Hadi dapat bentang, dia tulis pula ini Umno dengan PAS berpakat menggunakan agama. Persoalannya pula dia berpakat guna apa? Kesian ya. Politik untuk hidup atau politik untuk mati. Semoga kita berpolitik untuk mendapat pahala dan jadi bekalan mati. Sepatutnya kita bersyukur, ini bukan isu yang hendak dipolitikkan. Ini isu bersama. Kenapa hendak dikaitkan dengan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar? Bukankah sebelum ini sudah dua kali dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat Parlimen? Perjuangan PAS tidak bergantung kepada musim pilihan raya. PAS terus istiqamah tidak ke kiri atau ke kanan. Apa orang hendak kata, itu kerja mereka yang tidak boleh melihat kerja buat PAS. - HARAKAHDAILY 26/5/2016 Sumber HD - 26-5-2016 Manusia jahat tidak boleh berlakon baikKUALA LUMPUR: Manusia jahat tidak boleh berlakon baik jika sememangnya dia orang jahat, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Beliau berkata, perangai buruknya akan terserlah juga akhirnya, hanya waktu dan ketika sahaja yang akan menentukan. Oleh itu, ujarnya tingkah laku seorang yang jahat tidak dapat berlindung lama di sebalik lakonannya. Justeru, beliau melahirkan rasa malu kepada orang yang tawaduk, walaupun ada kedudukan. "Saya malu dengan orang yang tidak bercakap banyak, tetapi rajin bekerja. "Saya cukup malu dengan orang yang kota apa yang dia cakap," katanya menerusi laman facebook. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga malu dengan orang kaya tetapi tidak sombong. Beliau turut malu dengan orang miskin, tetapi istiqamah dengan kerja Islam. "Saya malu dengan orang yang berilmu tetapi tidak angkuh," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 25/5/2016 Sumber HD - 25-5-2016 Hendak lawan PAS biar nafas panjangDULU kita marah kepada pemimpin Umno yang marah pada kakitangan kerajaan yang tidak sokong Umno. Mereka kata kakitangan ini lawan kerajaan. Pada hal kita lawan parti bukan lawan kerajaan. Erti Lawan kerajaan ialah tidk laksanakan polisi kerajaan. Jadi guru tidak masuk kelas. Jadi pegawai tidak masuk pejabat. Ini baru lawan kerajaan. Berapa ramai orang PAS yang dapat khidmat cemerlang walaupun aktif PAS. Ini bukti orang PAS bukan lawan kerajaan. Tiba-orang hari ini ada pula manusia yang tiru perangai segelintir pemimpin Umno tidak tahu beza antara program parti dengan program kerajaan. Majlis Perundingan Islam yang melibatkan tokoh agama daripada PAS dan pertubuhan dakwah yang lain telah dituduh PAS membantu Umno. Kenapa tidak tuduh pula mereka yang terlibat PAC di Parlimen dan DUN ini membantu Umno. Kesian ya. Mungkin mereka ini kecil hati kerana tidak pilih mereka agaknya. Carilah hujah lain untuk lawan PAS. Hendak lawan PAS biar nafas panjang. Pemerhatian saya banyak yang tersungkur di kaki Umno bila tidak mampu hendak lawan PAS. PAS tidak bimbang jatuh bangun dalam perjuangan. Bagi mereka yg menghayati perjuangan dan faham fitrah perjuangan akan tenggelam dan timbul dengan bahtera perjuangan Islam. Mereka yang tidak sabar akan terjun daripada bahtera perjuangan. Terpulanglah, kita tidak boleh paksa orang mengikut perjuangan kita. Perjuangan kita untuk persediaan mati. – HARAKAHDAILY 24/5/2016 Sumber HD - 24-5-2016 Tidak gadai prinsip hidup kerana habuan duniaKUALA LUMPUR: Akhir zaman berpegang dengan ajaran Islam seperti memegang bara api, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. "Mereka yang yakin dengan Islam sahaja yang sanggup berbuat demikian," ujarnya menerusi laman facebook. Justeru, kata beliau benarlah syurga itu mahal. "Beruntunglah mereka yang mampu berpegang dengan Islam tanpa menggadai prinsip hidup kerana habuan dunia. "Sihat pun nikmat, kaya pun nikmat. Beruntunglah orang yang mendapat kedua-duanya," ujar beliau lagi. Menurutnya, hanya insan terpilih sahaja yang akan mendapat kedua-dua nikmat ini. "Jika kita mendapat kedua-dua nikmat ini, maka manfaatlah dengan baik kerana bukan semua orang mendapat anugerah ini," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi. - HARAKAHDAILY 21/5/2016 Sumber HD - 21-5-2016 Orang cerdik sentiasa fikir akibat perbuatannyaKUALA LUMPUR: Orang yang paling rugi ialah mereka yang menghabiskan usia dan harta kepada perkara yang tidak berfaedah, tanpa memikirkan apa yang mereka lakukan akan diperhitung di hadapan Allah SWT. "Orang yang cerdik sentiasa memikirkan satu akibat yang akan diterima hasil daripada perbuatannya," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook. Justeru, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, tidak ada makna kita mengalir air mata ketika kita terlantar di atas katil. Ini, ujarnya kerana kita tidak dapat menyumbang kepada perjuangan Islam, sedangkan waktu kita cergas kita tidak menyumbang apa-apa untuk perjuangan Islam. "Masa sudah terlambat. Ia hanya boleh menjadi iktibar kepada yang masih sihat," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 19/5/2016 Sumber HD - 19-5-2016 Apa makna hidup jika tidak ada ketenanganKUALA LUMPUR: Ramai manusia yang kaya tetapi tidak beramal soleh, ditimpa dengan penyakit keresahan, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, beliau berkata apa makna hidup, jika tidak ada ketenangan dan kedamaian. "Carilah kedamaian dengan merapatkan diri dengan Allah dan berbakti kepada agamaNya. Inilah nikmat yang tinggi nilainya," ujarnya menerusi laman sosial facebook. Sehubungan itu, katanya apabila orang mukmin ditimpa musibah ia adalah satu ujian untuk kaffarah dosa yang kita lakukan. Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, manakala orang tidak beriman ia merupakan muqaddimah azab sebelum azab di akhirat. "Oleh itu, janganlah kita kecewa setiap musibah yang melanda diri kita kerana ia merupakan peringatan untuk kembali ke jalan Allah SWT," katanya. - HARAKAHDAILY 17/5/2016 Sumber HD - 17-5-2016 Jika takut libatkan diri, berilah wang ringgityang adaKUALA LUMPUR: Manfaatlah anugerah harta dan ilmu yang kita perolehi untuk perjuangan Islam, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, jika takut untuk ke depan kerana penjawat awam, boleh bantu daripada belakang tabir yang tiada sesiapa pun tahu penglibatan kita. Menurutnya lagi, jika takut juga hendak melibatkan diri, berilah wang ringgit yang ada. "Jika kedua-dua ini pun tidak boleh buat, terpulanglah kepada diri masing-masing. Mungkin ada jawapan di hadapan Allah SWT," ujarnya menerusi laman facebook. Beliau menambah, tidak menyumbangkan tenaga dan wang ringgit kepada perjuangan Islam bukan menyebabkan kita tidak sakit dan tidak mati. "Semua kita akan mati dan ada pula yang ditimpa penyakit yang merbahaya sehingga tidak sempat menikmati hasil kekayaan yang dikumpul selama ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Justeru, kata beliau beruntunglah orang yang manfaatkan kudrat dan harta untuk perjuangan. - HARAKAHDAILY 14/5/2016 Sumber HD - 14-5-2016 Kejayaan, kegagalan bukan tangungjawab kitaKUALA LUMPUR: Usah kecewa jika kita gagal menyeru manusia kembali ke jalan Allah, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. "Apa yang perlu kita kecewa apabila kita gagal menempatkan diri kita sebagai orang yang menyumbang kepada kemenangan Islam," ujarnya menerusi laman facebook. Justeru, kata beliau alangkah bahagianya mereka yang telah berjaya menghabiskan usia dan hayatnya kepada perjuangan Islam. Beliau menambah, semua kita adalah da'i Ilallah untuk mengajak orang lain bersama-sama di landasan agama Allah. "Tugas kita menyeru manusia, kejayaan atau kegagalan bukan tangungjawab kita. "Kita tidak ditanya di akhirat nanti tentang kejayaan kita atau kegagalan kita, tetapi yang akan ditanya ialah usaha kita," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Sehubungan itu, tambahnya beruntunglah orang yang terus bekerja menjalankan tugas sebagai penyeru kepada agama Allah SWT. - HARAKAHDAILY 11/5/2016 Sumber HD - 11-8-2016 Pasca PRN Sarawak, PAS terus berlawanWalaupun gagal memenangi sebarang kerusi di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 semalam, PAS terus melawan kemungkaran dan ketidakadilan. Semuanya tidak melemahkan PAS untuk bergerak di Sarawak sebagai sebuah parti politik dan gerakan dakwah. Pilihan raya hanya satu juzuk daripada aktiviti PAS, banyak lagi ruang yang PAS boleh bergerak walaupun di luar musim pilihan raya. PAS tidak akan menyerah kalah dan semput dada selagi PAS tidak meninggalkan Islam sebagai dasar. Banyak rungutan dan nada perli kepada PAS apabila melihat keputusan PRN Sarawak. Mereka ingat, PAS hanya parti pilihan raya. Kalah menang PAS di dalam pilihan raya bukan merupakan perkara asing kepada PAS. Pada tahun 1978 di dalam pilihan raya negeri Kelantan, PAS hanya mendapat dua kerusi setelah memerintah selama 18 tahun. Musuh-musuh PAS membuat andaian PAS akan berkubur. Alhamdulillah, pada 1990 PAS memerintah kembali Kelantan hingga kini. Begitu juga di Terengganu PAS pernah kalah di semua kerusi pada tahun 1978 setelah PAS dipecat daripada BN. Kebetulan Terengganu pula baru mendapat telaga minyak sehingga digelar Kuwait Malaysia. Penganalisis politik menganggap PAS akan berkubur, tetapi alhamdulillah pada tahun 1999 PAS menang sehingga 2004, dan bangkit semula selepas kalah pada 2004 hingga kini. Apalah sangat dengan kekalahan PAS di Sarawak. Semuanya tidak melemahkan daya juang PAS. Banyak lagi perkara yang perlu dimuhasabah. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan di Sarawak. Insya Allah Sarawak buminya subur untuk dakwah. Penduduknya berbudi pekerti dan berbahasa boleh menerima kedatangan PAS ke rumah mereka walaupun meraka bukan beragama Islam. Insya Allah, PAS akan mengatur langkah untuk kejayaan dakwah dan perjuangan politik PAS di Sarawak. Kalau PAS parti pilihan raya, sudah lama PAS berkubur. Mereka yang hanya 'beriman' dengan pilihan raya semata-mata tidak tahan lama dengan PAS. Mereka yang beriman dengan fikrah perjuangan yang tulen akan terus mara bersama PAS, walaupun beribu-ribu kali tewas di dalam pilihan raya. Mereka yakin apabila sampai waktunya perjuangan Islam akan menang, insya Allah. USTAZ IDRIS AHMAD Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang 1 Syaaban 1437/ 8 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 8/5/2016 Sumber HD - 8-5-2016 3 tahun jadi MP, Ustaz Idris ucap terima kasihKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi daripada Melayu, Cina, India yang telah memberi kepercayaan kepadanya. Semalam, genap tiga tahun beliau dipilih oleh pengundi di Parlimen Bukit Gantang. "Saya memohon kemaafan sepanjang 3 tahun saya menjalankan tugas sebagai ahli parlimen banyak kelemahan dan kekurangan yang saya lakukan. "Saya cuba berkhidmat tanpa mengira ideologi parti, agama dan bangsa," ujarnya menerusi laman facebook, semalam. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kepemimpinan PAS Kawasan Bukit Gantang, Dewan Pemuda, Urusan Ulamak, Dewan Muslimat, DHPP, pimpinan cawangan yang banyak membantunya. Katanya, penghargaan khusus kepada Fadhil, Haji Zainudin, Kamil dan Sdr Ah Lai yang banyak menguruskan Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan menghubungkan dengan pengundi. Naib Presiden PAS itu turut mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Baitul Mal, Pejabat Tanah. "Tidak lupa kepada isteri saya Ustazah Kamariah yang memahami tugas saya dan banyak memberi sokongan moral dan material kepada saya. "Semoga jasa kalian hanya Allah sahaja yang akan membalas dan menjadi amal soleh di sisi Allah SWT," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 6/5/2016 Sumber HD - 6-5-2016 Apabila Allah anugerah kepada kita umurpanjangKUALA LUMPUR: Apabila Allah anugerah kepada kita umur yang panjang ia merupakan satu kelebihan yang mesti dimanfaatkan. Demikian tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam laman facebooknya. Menurutnya, jika kita orang yang soleh memberi peluang untuk menggandakan amalan supaya menjadi bekalan yang berharga di akhirat nanti. "Jika kita orang yang banyak dosa memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Justeru, kata beliau manfaatlah umur sebelum sakaratul maut menjemput. Sementara itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Sallehen Mukhyi pula berkata, untuk membangunkan sebuah rumah dalam kehidupan kita di dunia ini, mesti bermodal besar. "Semakin besar rumah semakin besarlah modal," ujarnya menerusi laman facebook. Namun, katanya untuk mendirikan mahligai indah di akhirat nanti, Allah hanya berkehendak agar kita bermodal dengan membangunkan diri sendiri di awal pagi dan sujud kepadaNya. "Kita bangun untuk menyediakan milik kita di akhirat nanti," ujarnya yang juga Adun Sabak, Selangor. - HARAKAHDAILY 30/4/2016 Sumber HD - 30-4-2016 Manfaat nikmat ke jalan Allah sebelum ia hilangKUALA LUMPUR: Semua yang kita perolehi sama ada harta, pangkat, sihat, anak, isteri, kelapangan, ketenangan, semuanya anugerah daripada Allah SWT. "Manfaatlah nikmat ini ke jalan Allah sebelum ia hilang daripada tangan kita sebagai tanda syukur kita kepadaNya. "Nikmat ini boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook. Sehubungan itu, ujarnya apabila nikmat Allah ditarik semula daripada diri kita bukan bererti Allah benci kepada kita. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, mungkin ada hikmah yang tersurat dan tersirat. Beliau berkata, banyak orang yang insaf dan sedar daripada kelalaian dengan Allah apabila nikmat ditarik daripadanya. "Bukankah Allah Maha Penyayang kepada hambaNya?" ujar beliau lagi. - HARAKAHDAILY 22/4/2016 Parah, apa diperolehi hasil sendiri bukandaripada AllahKUALA LUMPUR: Jangan terlalu gembira dengan nikmat yang diperolehi sehingga kadang-kadang terlupa bahawa semuanya daripada Allah SWT. Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, lebih parah lagi sehingga ada yang mengatakan apa yang diperolehi adalah hasil usahanya bukan daripada Allah SWT. "Ini adalah sifat yang angkuh," ujarnya menerusi laman facebook. Justeru itu, katanya bersyukurlah kepada Allah, bukan kepada makhluk. Jelas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, syukur kepada Allah tidak perlu diberi dalam bentuk benda, kerana Allah Maha Kaya. Tambahnya, Allah hanya perlu hambanya bersyukur dengan menjunjung perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. "Itu sahaja yang Allah mahu. Jika hamba-Nya tidak bersyukur, kekuasaan-Nya sedikit pun tidak terjejas. Siapa yang rugi?" ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 20/4/2016 Sumber HD - 20-4-2016 Sedarlah yang miskin kita, jangan culas untukberdoaKUALA LUMPUR: Berdoalah kepada Allah untuk mendapat sesuatu hajat, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Menurut beliau, Allah marah kepada hamba-Nya yang tidak mahu memohon kepada-Nya. Beliau menambah, Allah Maha Kaya, kuasa-Nya tidak berkurang walaupun semua permintaan hamba-Nya ditunaikan. "Sedarlah yang miskin kita, oleh itu jangan culas untuk berdoa," katanya menerusi laman facebook. Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, orang yang soleh pelindungnya adalah Allah. Katanya, hubungan mereka dengan Allah menjadikan diri mereka dikasihi oleh Allah. Tambahnya, pergantungan yang tinggi dengan Allah sehingga mereka meletakkan kuasa makhluk amat kecil. "Mereka merupakan orang yang terpilih. Berusahalah semoga kita juga seperti mereka," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 16/4/2016 Sumber HD - 16-4-2016 Kebenaran akan menang walaupun nampaklemahKUALA LUMPUR: Kebenaran tidak boleh disekat, walaupun nampak lemah akhirnya ia akan menang, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, kebatilan walaupun nampak kuat tetapi ia tidak kekal lama. "Justeru itu jadilah kita penegak kebenaran yang seiring dengan apa yang diperintah oleh Allah SWT. "Insya Allah usaha kita tidak sia-sia," ujarnya menerusi laman facebook. Sehubungan itu, katanya halangan yang diterima oleh Dr Zakir Naik merupakan sunnah kepada mereka yang mengajak manusia kepada jalan Allah SWT. "Perkara ini merupakan asam garam yang telah dilalui oleh para rasul yang terdahulu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Beliau berkata cercaan, halangan, fitnah, tohmahan, ugutan merupakan rutin kehidupan seorang pendakwah. - HARAKAHDAILY 14/4/2016 Sumber HD - 14-4-2016 Mungkin organisasi kita lemah tetapi terusberdoaKUALA LUMPUR: "Mungkin bilangan kita sedikit, harta tidak banyak, badan kita tidak sihat, organisasi kita lemah tetapi dengan bantuan doa yang tidak lekang daripada diri kita ia menjadi satu kekuatan yang tidak boleh ditandingi oleh kuasa manusia," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Ini, jelas beliau kerana sabda Rasulullah SAW bermaksud 'doa ialah senjata orang mukmin'. Justeru, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menggesa agar berdoalah kepada Allah supaya kita dimatikan dengan 'husnul khatimah' dan minta Allah jauhkan kita daripada dimatikan di dalam 'suul khatimah'. "Kemampuan kita ialah berdoa dan beramal supaya serasi dengan kehendak agama," ujarnya menerusi laman facebook. Sehubungan itu, beliau mengingatkan supaya jangan jemu untuk terus berdoa dan beramal. - HARAKAHDAILY 11/4/2016 Sumber HD - 11-4-2016 PAS jawab fitnah setuju Rafizi ditangkapKUALA LUMPUR: PAS menolak fitnah kononnya Majlis Syura Ulamak setuju Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). "Zaman fitnah. Petang semalam saya dapat satu kenyataan kononnya Majlis Syura Ulamak setuju Rafizi ditangkap kerana tepat dengan Al-Quran dan As-Sunnah," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakahdaily. Katanya, kenyataan itu tanpa nama, cuma atas nama Setiausaha Majlis Syura. "Semua orang bertanya adakah ini kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS. Tidak logik langsung daripada Majlis Syura Ulamak PAS," jelasnya. Beliau menegaskan PAS konsisten menentang akta yang zalim. Tegas beliau, sememangnya tulisan itu berniat jahat, fitnah dan berhati busuk untuk memberi gambaran buruk kepada Majlis Syura Ulamak PAS. "Walaupun tidak letak nama Majlis Syura Ulamak, cuma letak Majlis Syura sahaja. Di Malaysia mana ada pertubuhan yang ada Majlis Syura yang dilembagakan di dalam Perlembagaan. "Sama juga ada yang hendak fitnah PAS kononnya ada ahli PAS bahagian yang keluar PAS, sedangkan PAS guna kawasan bukan bahagian," jelasnya lagi. Baginya, semua itu bertujuan untuk membentuk persepsi buruk kepada PAS. Sebelum ini, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu disebar PAS mendapat habuan RM2.6 bilion. "Wahai pemfitnah buatlah, tulislah apa yang kamu hendak fitnah kepada PAS selagi jari kamu boleh menulis. Sebelum jari kamu kaku. Buatlah ikut kehendak kamu, selagi mana kamu hendak buat. "Mungkin kamu terlepas hukuman di dunia, tetapi tulisan kamu menjadi saksi dan bukti ketika bertemu Allah SW. Ingat ahli PAS ada 1.2 juta ahli. Ada dalam kalangan mereka doa yang mustajab oleh Allah SWT," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 7/4/2016 Sumber HD - 7-4-2016 Rafizi bukan ketua penyeludup dieselSaudara Rafizi Ramli bukan ketua penyamun atau ketua penyeludup diesel. Beliau ialah Ahli Parlimen Malaysia dan Naib Presiden PKR. Cara tangkapan yang dilakukan kepada beliau seolah-olah beliau merupakan orang yang amat merbahaya kepada negara. Walaupun Ketua Polis Negara menyebut ia menepati dengan SOP Polis, bukankah ia ada kuasa budi bicara. Rafizi yang ditangkap di luar pagar Parlimen oleh sekumpulan sepuluh orang anggota polis. Difahamkan beliau ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi. Apakah ada rekod YB Rafizi degil tidak hadir ke balai polis jika dipanggil? Adakah beliau orang yang pernah lari daripada lokap. Adakah beliau memiliki senjata api yang merbahaya? Ketua Polis Negara jangan merosakkan imej mulia sebahagian besar anggota polis yang menjaga keamanan dan keselamatan negara. Janganlah waktu kita berkuasa, kita bercakap dan bertindak seolah-olah kita kekal berkuasa sehingga kiamat. Ingat kuasa hanya amanah sementara di dunia, semuanya akan diperhitung pada hari yang tidak ada lagi pangkat, pemimpin dan kawan yang boleh membantu kita. Waktu itu penyesalan tidak ada makna. USTAZ IDRIS AHMAD Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang 28 Jamadil Akhir 1437 / 6 April 2016 - HARAKAHDAILY 6/4/2016 Sumber HD - 6-4-2016 Saidina Umar tanya berapa bayar kepadapekerja kamuSAYA mulakan dengan perbahasan berkenaan dengan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja dengan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Zukhruf Ayat 32; “Kami telah bahagikan dalam kalangan mereka itu kehidupan yang berbagai-bagai atas dunia ini dan Kami angkat darjat dalam kalangan mereka di antara satu dengan yang lain”. Ertinya ialah Allah Taala jadikan atas dunia kehidupan kita tidak sama. Kalau semua dalam kalangan kita semuanya menjadi majikan, siapakah pula yang akan menjadi buruh ataupun pekerja? Kalau semuanya orang kaya tidak ada orang miskin, maka waktu itu walaupun ada wang tetapi kita lihat wang tidak ada harga kerana barang tidak ada. Maka, inilah kedudukan kita antara pekerja dengan majikan. Pada hari ini kita membicarakan berkenaan dengan hal kebajikan pekerja kerana ini merupakan suruhan dan arahan terutamanya dalam agama Islam, ia cukup mementingkan soal kebajikan berkenaan dengan pekerja. Pernah berlaku pada zaman Sayidina Umar Al-Khattab, apabila ada seorang yang datang. Majikan dia mengadu kepada Sayidina Umar berkenaan dengan barang dia dicuri oleh pekerjanya. Maka Sayidina Umar tanya kepada majikan itu, berapa yang engkau bayar kepada pekerja kamu? Maknanya bayaran pada waktu itu tidak cukup. Sayidina Umar kata kalau sekali lagi kamu datang mengadu barang kamu dicuri oleh pekerja kamu, bukan pekerja mu yang aku hukum tetapi kamu yang aku hukum. Ini hendak menggambarkan tentang bagaimana pentingnya soal untuk kita menjaga kebajikan pekerja. Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita bicarakan pada hari ini ialah berkenaan dengan lebih kurang konsep takaful ataupun insurans kepada pekerja dan sekurang-kurangnya perkara yang kita bincang ini menjadi satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh majikan dan juga pekerja. Kebetulan kesedaran daripada kalangan masyarakat Malaysia ini untuk di dalam bidang takaful ataupun insurans agak rendah. Kalau kita melihat daripada segi Insurans Hayat Malaysia, Cuma ada sedikit peningkatannya pada tahun 2015. Skim Perlindungan Insurans iaitu 1.24 trilion berbanding dengan tahun 2014, 1.17 trilion. Masih lagi rendah dalam jangkaan 6.2%. Maka, apa yang kita bincang pada hari ini sekurang-kurangnya memberikan jaminan kepada pekerja-pekerja yang terutamanya dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Memang dalam kalangan orang yang berpendapatan rendah ini dari segi simpanannya pun kurang dan mereka lebih kepada cukup-cukup untuk mereka berbelanja. Akan tetapi, dengan adanya skim ini ataupun rang undang-undang ini yang wajibkan kepada mereka, mahu tidak mahu mereka kena carum. Maka, ini merupakan satu jaminan kepada mereka untuk pada masa depan yang kita pun tidak tahu kerana masa depan ini berlaku sebab itu apabila kita masuk di dalam skim insurans ataupun takaful, maka sudah tentu kadang-kadang sesetengah orang kata tidak perlu masuk. Tidak perlu masuk itu ialah pada ketika dia tidak kena munasabah kerana kita yang di depan nanti kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Maka, dengan adanya skim ini, sekurang-kurang dia memberikan sedikit jaminan kepada pekerja kita. Di sini ada beberapa isu yang saya hendak bangkitkan dan walaupun ada disentuh sepintas lalu oleh rakan-rakan daripada wakil yang dibahaskan tadi. Pertama ialah berkenaan dengan walaupun kerajaan untuk sasarkan kepada semua pekerja dan kita harapkan juga berkenaan dengan mereka yang bekerja sendiri seperti pemandu teksi yang tidak mempunyai majikan itu perlu diambil kira dalam skim ini. Mekanismenya pihak Menteri dan pegawai kena bincanglah kerana ini soal untuk menjaga kebajikan masa depan pekerja kita. Kedua, berkenaan dengan pindaan subseksyen 75A(2) untuk mengeluarkan wakil Bank Negara Malaysia daripada panel pelaburan. Saya harapkan perkara ini perlu dikaji balik kerana isunya ialah kerana kita tahu setakat sekarang ini kedudukan terutamanya daripada Gabenor Bank Negara dan juga dari kalangan mereka bekerja di Bank Negara mereka yang masih diyakini dalam dunia kewangan pada hari ini. Maka dengan sebab itu, untuk mengeluarkan wakil Bank Negara dalam jawatankuasa pelaburan ini perlu difikirkan semula. Ini kerana sebelum ini kita lihat waktu Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri pindaan 2014 dan Akta Tabung Angkatan Tentera pindaan 1973 juga dicadangkan supaya pengguguran wakil daripada Bank Negara sebagai wakil panel pelaburan. Sekali lagi saya tegaskan sepatutnya wakil Bank Negara ini dikekalkan untuk kita hendak menjaga akauntabiliti sebuah pertubuhan pekerja yang besar. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu berkenaan dengan ketiadaan wakil Bank Negara kita hendak juga di sana adanya penasihat syariah di dalam panel pelaburan Perkeso kerana ramai sebahagian besar dari kalangan pekerja-pekerja ini ialah mereka juga dari kalangan orang-orang Islam yang perlu akan kepada soal mereka memikirkan di sana berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan soal halal ataupun berkenaan dengan haram. Maka, saya mencadangkan juga supaya panel syariah ini mesti dibentuk, tidak ada kerugian pun kerana terutamanya dalam dunia perniagaan pada hari ini bagaimana sistem kewangan diterima pakai di peringkat dunia hari ini. Kemudian, yang keempatnya ialah berkenaan dengan berkaitan dengan tuntutan Perkeso. Kebanyakan beban dibebankan kepada pekerja untuk membuktikan yang dia itu sakit seperti mana yang disebut tadi kadang-kadang memakan masa yang lama sedangkan penderitaan dialami oleh pekerja. Saya mencadangkan supaya biarlah ada pemudah cara untuk memastikan supaya rang undang-undang ini lebih kepada kita mesra untuk membela kepada pekerja dan kita yakin apabila pekerja sihat, pekerja dibela dan insya-Allah di sananya akan mercunya ekonomi yang baik akan membentuk satu negara yang aman makmur dan mendapat keampunan daripada Allah SWT. – HARAKAHDAILY 4/4/2016 Petikan ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat pada 30 Mac lalu. Sumber HD - 4-4-2016 Berada di puncak kuasa, akhirnya tersungkurhinaKUALA LUMPUR: Jadilah hamba Allah yang bersyukur apabila memperolehi nikmat, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. "Semoga nikmat ini semakin dekat dengan Allah SWT bukan sebaliknya. Gunakanlah nikmat ini untuk melaksanakan amanah Allah yang ditaklifkan kepada kita," ujarnya menerusi laman facebook. Ini, katanya dengan harapan nikmat itu membuahkan hasil yang baik sewaktu bertemu dengan Allah SWT. Jelasnya, nikmat adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang boleh ditarik pada bila-bila masa. Katanya, berapa ramai mereka yang segar badan, tiba-tiba diserang penyakit yang lumpuh tubuh badan dan berapa ramai yang kaya raya di dalam sekelip mata menjadi papa. "Berapa ramai yang berada di puncak kuasa, akhirnya tersungkur hina. Manfaatlah nikmat Allah sebelum ia hilang daripada kita," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Justeru, kata beliau jangan kita bergembira apabila nikmat yang kita perolehi di dalam keadaan Allah SWT murka kepada kelakuan kita sehingga kita sangka Allah kasih kepada kita. Sedangkan, jelas beliau ini merupakan 'istidraj' yakni semakin jauh dengan Allah, semakin bertambah pula nikmat dunia sehingga kebenaran dianggap batil, batil dianggap benar. - HARAKAHDAILY 31/3/2016 Sumber HD - 31-3-2016 Tolong fikir sebelum like atau shareKUALA LUMPUR: Zaman media sosial dan langit terbuka, maklumat pantas seperti kilat, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. "Kita perlu mengambil peduli, jika tidak kita ketinggalan maklumat. Cuma kita kena berhati-hati tentang maklumat yang datang," katanya menerusi laman facebook. Justeru, ujar beliau ia perlu ditabayun dahulu sebelum dihantar kepada orang lain kerana dibimbangi takut ia menjadi dosa jariah, jika maklumat itu palsu. Jika silap, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menasihatkan supaya segera memohon maaf. "Memang kita hendak menjadi orang yang pertama hantar maklumat yang kita perolehi daripada mana-mana kumpulan atau individu yang hantar kepada kita untuk orang lain," ujarnya. Namun begitu, kata beliau kita perlu berhati-hati mengenai kesahihan maklumat tersebut. "Tolong fikir sebelum like atau share. Fikir dahulu baru buat, bukan buat dahulu baru fikir. Buruk padahnya di akhirat," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 25/3/2016 Sumber HD - 25-3-2016 Ilmu: Fitnah tidak berbekas, pemfitnahdiserang resahKUALA LUMPUR: Orang yang beramal dengan ilmu sentiasa dibimbing oleh Allah SWT untuk menghadapi berbagai cabaran dan persoalan. "Hidup dihormati, izzahnya terserlah di tengah-tengah masyarakat," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Beliau berkata, fitnah terhadapnya semua tidak berbekas sebaliknya pemfitnah hidup menderita kerana diserang dengan penyakit keresahan. Justeru, katanya lagi orang yang Allah berikan kepadanya ilmu berada di dalam dua keadaan. Tambahnya, ada yang memperolehi ilmu telah berubah menjadi orang yang baik dan berakhlak mulia. Sebaliknya, kata beliau ada pula yang berubah sikap setelah mencapai tahap ilmu yang tinggi sehingga perwatakannya berubah menjadi manusia yang jauh dengan Allah dan dibenci oleh masyarakat. "Ya Allah jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang bertambah ilmu dan bertambah amal," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 22/3/2016 Sumber HD - 22-3-2016 PAS tolak hudud tidak masuk akalTidak masuk akal, PAS menolak hudud di dalam perjuangannya apabila membentuk blok ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pada 16 Mac 2016. Perjuangan PAS sejak 1951 untuk menegakkan Islam yang syumul. Perbezaan PAS dengan Umno sejak PAS ditubuhkan bukan soal puasa, zakat, haji, tahajud. Perbezaan dengan Umno ialah kerana PAS hendak menegakkan Islam yang syumul. Hudud sebahagian daripada ajaran Islam sebagaimana kita tidak boleh menolak hukum riba, aurat, kemasyarakatan dan sebagainya. PAS konsisten apabila kita bertahaluf dengan mana-mana pihak. Soal prinsip PAS kita tidak pernah gadai dan kita menghormati prinsip parti lain. Cuma orang lain perlu hormat prinsip PAS. Jangan ada orang yang cuba hendak sekat cita-cita PAS. Jangan ada orang hendak halang PAS bercakap prinsip PAS. PAS tidak pernah putus asa walau pun cita-citanya tidak tercapai. Insya Allah sinar kebenaran akan terbukti. Dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan, PAS mengambil sikap berdiam diri, walaupun PAS daripada awal lagi kita tidak bersetuju. PAS tidak bising, kita tidak kata ini langgar perjanjian dan manifesto bersama. Ini adab kita berkawan. Saya membaca di dalam media sosial yang berbentuk sinis. Kononnya PAS sudah tidak mahu memperjuangkan hudud. Walaupun kita kenal siapa individu ini. Merekalah orang yang melompat marah apabila PAS bercakap soal hudud dan syariat Allah. Tiba-tiba berlakon konon PAS sudah meninggalkan hudud. Hakikatnya siapa yang alergik hudud. Golongan ini adalah golongan serba tidak kena. Biarkanlah golongan ini dengan dunianya, asalkan mereka rasa bahagia, walaupun hakikat sebaliknya. PAS berkali-kali menegaskan hendak melaksanakan hudud mesti ikut peraturan yang kita telah menerima pakai dengan mengikut saluran demokrasi. PAS bukan taliban, teokrasi, revolusi atau IS. PAS mengambil pendekatan demokrasi dan muwajahah silmiah. PAS telah praktikkan di Kelantan dan Terengganu apabila mandat diberi oleh rakyat di dalam pilihan raya, maka PAS melaksanakan amanah tersebut melalui proses undang-undang. Sebelum kerajaan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah, ia telah mengadakan public forum untuk dibahas yang diadakan di seluruh negara. Berbagai pihak dijemput dalam kalangan peguam, Sister in Islam, cendiakawan, ulama, pengamal undang-undang diminta untuk memberi pandangan dan pencerahan. Mana ada di dunia, sebelum undang-undang hendak diluluskan di dewan negeri dan parlimen dibahas oleh orang awam. Oleh kerana Tun Mahathir Mohamad memberi amaran kepada Kerajaan Kelantan supaya jangan laksanakan enakmen kanun jenayah syariah dan akan diambil tindakan jika Kelantan laksanakan. Oleh kerana perjuangan PAS ialah syumul, walau pun tidak boleh laksanakan enakmen jenayah syariah maka PAS telah mengadakan siri penerangan dan hari hudud. Sehingga masyarakat Kelantan terutamanya termasuk orang bukan Islam faham hukum hudud dan mereka tidak takut. Musuh PAS cuba gambarkan kononnya PAS hanya perjuangkan hudud sahaja. Soalah-olah PAS hanya bercakap soal hudud sahaja, tidak bercakap isu kepentingan rakyat. Jikalau PAS hanya perjuangkan hudud sahaja sudah tentu Kerajaan Kelantan tidak perkenalkan skim Kifalah, program It'am, pinjaman tanpa faedah, cuti bersalin 90 hari, rumah tiga bilik, memindah wang kerajaan kepada Bank Islam, cuti dua hari, mengharamkan judi, haramkan arak untuk orang Islam, al-Rahnu, orang perempuan tidak boleh gunting rambut lelaki. Akhirnya kerajaan pusat mengikut apa yang dirintis oleh Kerajaan Kelantan. Yakin Islam untuk semua. PAS sentiasa evergreen. USTAZ IDRIS AHMAD Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang 8 Jamadil Akhir 1437 / 17 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 17/3/2016 Sumber HD - 17-3-2016 Masalah tutup aurat cabaran kepadapendakwahKUALA LUMPUR: Masalah menutup aurat menjadi cabaran pada hari ini termasuk kepada pendakwah dan keluarga pendakwah. "Sedangkan ia adalah asas kepada penghayatan dan pemahaman Islam dan membezakan antara Islam dengan bukan Islam," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Menurutnya, amat malang jika perkara itu dipandang ringan oleh setengah pihak. Ini, katanya kerana pada akhir zaman ramai yang berpakaian tetapi tidak menutup aurat. Beliau menambah, mereka bertudung tetapi berlengan pendek, berjubah tetapi ketat, berbaju kurung tetapi jarang. Katanya lagi, mereka bertudung tetapi tidak menutup dada, bertudung tetapi berkain belah, berkain ketat juga berseluar ketat. "Pastikan ahli keluarga kita tidak tergolong dari kalangan di atas," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 17/3/2016 Sumber HD - 17-3-2016 Najib, tunaikanlah harapan ZetiGabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada hujung April ini tidak minta projek, tidak minta jawatan menteri, tidak minta jet peribadi. Beliau dijangka menamatkan perkhidmatannya sebagai Gabenor BNM pada 30 April ini setelah mengetuai bank pusat itu sejak Mei 2000. Zeti merupakan antara tokoh penting di peringkat pembuat dasar sehingga berjaya mengeluarkan Malaysia daripada menerima kesan paling buruk akibat Krisis Kewangan Asia pada 1997 dan 1998. Apa yang beliau minta siasatan terhadap 1MDB dapat dilengkapkan, supaya pengganti beliau tidak susah. Ini harapan daripada seorang yang patriotik untuk menyelamatkan negara yang terpalit dengan isu IMDB. Pandangan yang ikhlas, kerana beliau bukan saingan politik mana-mana pihak, oleh itu Datuk Seri Najib tunaikanlah hasrat Tan Sri Zeti sebelum beliau bersara. Inilah hasrat yang sama daripada majoriti rakyat Malaysia. Beliau menyatakan hasrat hati orang yang terpaksa memikul beban mengenai isu 1MDB. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kerana isu 1MDB, politik dalaman Umno berkocak, imej Malaysia pada pandangan dunia buruk. Kita mengharapkan bakal pengganti beliau nanti setara atau lebih baik. Kerana beliau telah meletak piawai yang tinggi sehingga BNM masih diyakini walaupun negara mengalami kemelut kewangan angkara 1MDB dan RM2.6 bilion. Bakal Gabenor BNM nanti biarlah bukan orang politik atau orang yang membawa agenda politik. Biarlah mereka yang profesional dan terlatih, kalau boleh mereka yang sudah bertugas di BNM sendiri. - HARAKAHDAILY 24/2/2016 Penulis ialah Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Sumber HD - 24-2-2016 Waktu dia buat zalim, seolah-olah kuasa tiadaajalKUALA LUMPUR: Memang tabiat manusia apabila tidak suka kepada seorang apa sahaja yang dilakukan semuanya tidak baik, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Sebaliknya, kata beliau apa yang dilakukan oleh orang yang kita suka semuanya baik. "Memang sukar kita hendak berlaku adil kepada orang yang kita benci walaupun tindakan dan ideanya baik. "Lebih baik kita diam, kalau pun kita tidak mahu memuji. Jangan zahirkan kebusukan hati kita kepada orang lain," ujarnya menerusi laman facebook. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut menyentuh perangai orang zalim. Menurut beliau sememangnya orang zalim, hatinya keras daripada nampak kebenaran dan tidak berfikir panjang. "Waktu dia buat zalim, seolah-olah kuasanya tidak ada ajal, tubuh badannya sentiasa segar. Semua perhitungan itu silap," ujarnya lagi. Menurutnya lagi, apabila kuasanya tidak ada, fizikalnya lemah, ketika itu serangan psikologi kepadanya akan muncul. Justeru, ujar beliau ada dalam kalangan mereka yang menghidap penyakit jiwa. - HARAKAHDAILY 24/2/2016 Sumber HD - 24-2-2016 Rosak jamaah: Malas, tak setuju keputusanmesyuaratUstaz Idris santuni aktivis PAS Bukit Gantang, Saudara Jamal yang mengidap kanser di Masjid Taman Mewah selepas solat Jumaat. KUALA LUMPUR: Manusia yang merosakkan jamaah ialah ada jawatan tetapi malas hadir mesyuarat tetapi keputusan mesyuarat dia tidak bersetuju, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Menurutnya, jika datang mesyuarat, datang hanya untuk ahli mesyuarat mendengar ideanya sahaja, selepas itu cabut keluar. "Datang mesyuarat, tidak pernah membaca Al-Fatihah dan Surah Al-Asr, ertinya datang lewat balik awal. Anda tentu temui," ujarnya menerusi laman facebook. Justeru, kata beliau di dalam hidup ini kita mesti ada disiplin yang mesti dipatuhi sama ada disukai atau tidak. "Kita datang ziarah rumah orang mesti ada disiplin. Kita bekerja di mana sektor mesti ada disiplin," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Tambah beliau, begitu juga di dalam jamaah mesti ada disiplin. "Inilah tahap pengorbanan yang paling tinggi ialah kita mesti disiplinkan diri kita walaupun ia bertentangan dengan hati kecil kita," jelasnya lagi. Oleh kerana itu, ujarnya manusia yang tidak boleh mematuhi disiplin, di mana sahaja dia berada sama ada di tempat kerja atau dalam jamaah akan mendatangkan masalah. - HARAKAHDAILY 21/2/2016 Sumber HD - 21-2-2016 TG Nik Aziz meninggal dalam perjuangan PAS,kita macam mana?PAS beruntung mendapat seorang pemimpin seperti Almarhum TG Nik Abdul Aziz yang menjadi ikon dan kebanggaan jamaah. Hendak ikut kelakuan dan tindakan beliau bukan satu perkara yang senang. Ia memerlukan proses t arbiah yang berpanjangan. Jangan pula kita hanya pandai bercerita mengenai peribadi TG Nik Abdul Aziz tetapi kita jauh daripada apa yang ditunjuk oleh TG Nik Abdul Aziz. Almarhum meninggal di dalam perjuangan PAS. Kita macam mana? - HARAKAHDAILY 13/2/2016 Sumber HD - 13-2-2016 1.5 juta Bangladesh, pekerja tempatan hendakkerja apa?TIDAK cukup lagikah 2.1 juta pekerja asing yang berdaftar di semua sektor. Termasuk yang menjadi jaga di hotel, kadang-kadang Bahasa Malayu dan Bahasa Inggeris pun tidak faham. Menurut perangkaan tidak rasmi, pekerja asing di Malaysia sudah mencecah 7 juta orang. Tiba-tiba kerajaan hendak membawa masuk lagi 1.5 juta daripada Bangladesh. Oleh itu pekerja Malaysia hendak kerja apa. Sampai bila kerajaan hendak mengurangkan pergantungan kepada buruh asing. Sedangkan di dalam RMK11, kerajaan bercadang untuk mengurang 11 peratus pekerja asing. Kalaupun negara perlu sangat kepada pekerja asing, kenapa tidak didaftar semula dalam kalangan mereka yang masih tinggal secara haram di negara ini sebagai pekerja yang sah. Adakah benar rakyat Malaysia tidak mahu bekerja. Adakah benar rakyat Malaysia malas bekerja. Adakah rakyat Malaysia memilih kerja. Atau ada dalam kalangan pemimpin rakyat Malaysia yang hendak berniaga buruh asing. Mungkin ada segelintir rakyat Malaysia yang berfikiran demikian tetapi masih ramai yang mahu bekerja di sektor separa mahir. Ada dalam kalangan siswazah yang bekerja juru pam minyak, operator kilang, restoran makanan segera, menjual top up telefon. Apakah kerajaan tidak berfikir berapa billion setahun wang negara dihantar oleh buruh asing ke negara asal mereka. Adakah ini baik dari segi ekonomi untuk jangka panjang, kerana pendapatan mereka tidak dibelanja di negara kita. – HARAKAHDAILY 12/2/2016 Penulis ialah Naib Presiden Pas dan juga Ahli Parlimen Bukit Gantang Sumber HD - 12-2-2016 Kita boleh lihat parti mana hilang atau terbilangKUALA LUMPUR: Ada orang hendak melihat PAS terpadam daripada peta politik Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Bagaimanapun, katanya nafas PAS panjang selagi tidak buang dasar dan matlamat perjuangan Islam. "Insya Allah nafas PAS panjang selagi ia tidak buang dasar dan matlamat perjuangan Islamnya," tulisnya menerusi laman facebook. Beliau menambah, semua boleh melihat parti mana yang akan hilang nanti. "Jikalau Allah panjang umur kita semua, kita boleh melihat parti mana yang hilang atau terbilang," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Dalam tulisan semalam, beliau berkata menjadi lumrah perjuangan PAS akan diserang daripada berbagai sudut. "Sebab serangan mereka hanya satu, iaitu kerana PAS hendak menegak Islam yang syumul," katanya. - HARAKAHDAILY 11/2/2016 Sumber HD - 11-2-2016 PAS tidak benarkan ahli perbesar soal khilafiahKUALA LUMPUR: PAS tidak membenarkan ahlinya memperbesarkan soal khilafiah di dalam jamaah. "Ia merupakan perkara yang tidak ada noktah terakhir jika diperdebatkan," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Menurutnya, PAS mengambil pengalaman pahit yang dilalui oleh setengah dunia Islam sehingga bergaduh sesama sendiri, akhirnya Amerika Syarikat dan Israel yang kenyang. Justeru, kata beliau jangan pula perkara yang sama berlaku di negara ini. Beliau menambah, masalah khilafiah jika dibincang sampai bila pun tidak selesai kerana masing-masing ada hujah yang tersendiri. Jelasnya lagi, ulama mujtahid zaman silam sudah lama berbincang dengan penuh adab dengan disiplin ilmu. "Janganlah ia menjadi polemik umum sehingga mengelirukan orang yang baru hendak menjinakkan diri dengan Islam," ujarnya yang juga Ahi Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 7/2/2016 Sumber HD - 7-2-2015 Politik itu seni, jangan tuduh PAS lagiPOLITIK ialah seni bagaimana hendak mengurus. Semuanya ada hujah yang tersendiri. Strategi sentiasa berubah. PAS sebagai parti yang termaktub di dalam Perlembagaannya menjadikan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sentiasa bergerak di atas paksi ini. Ia terus berjalan atas asas ini biarlah orang marah. Islam sebagai rahmat untuk semua lahir daripada Islam yang syumul. Ia bukan hanya slogan yang tidak ada paksi. Rahmat bukan bererti membenarkan Islam dihina, mulut dikunci kerana ada agenda benda dan dunia menjadi pertaruhan. Biarlah Islam dan syariat diletak di dalam peti besi dahulu, dibuka setelah ada kuasa. Kita menegur sikap Umno BN ketika memperkenalkan penerapan nilai-nilai Islam sehingga ramai yang tergoda dengan kepimpinan Dr Mahathir waktu itu. Sehingga PAS tinggal keseorangan menegur dasar kerajaan BN, bahawa nilai Islam tidak akan diperolehi tanpa penghayatan Islam. Akhirnya telahan PAS betul, sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim ditendang daripada kerajaan. Begitu juga PAS mengkritik Islam Hadhari dan Konsep Wasatiah yang tidak berpaksi kepada asas Islam yang syumul. Kes terbaru, isu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipaksa turun sebagai Menteri Besar Kedah oleh pimpinan Umno Pusat. Bagi PAS, siapa menjadi MB Kedah, tetap daripada Umno. PAS mengambil sikap, rakyat dan negeri diutamakan, bukan dikorbankan. Maka PAS telah membuat keputusan supaya biarlah pertukaran MB dibuat di dalam sidang Dun, agak lebih manis dan teratur. Ada dalam kalangan individu di dalam PAS menunjukkan sokongan yang padu kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mungkin itu ijtihad politik beliau. Berada sepentas dengan Mukhriz sebagai tanda sokongan kepada beliau. PAS meraikan perbezaan pendekatan atau beliau mempunyai strategi yang tersendiri di dalam politik Kedah. Saya hendak tekankan di sini, inilah yang dikatakan politik ini dinamik. Kita meraikan pengakuan terbuka Adun Kota Darul Aman Teoh Boon Kok bahawa beliau salah seorang yang berkecuali ketika dipanggil oleh Jamaah Pemangku Raja di dalam isu pertukaran MB Kedah. Ini hak masing-masing dan pendirian parti masing. Beliau ada hujah yang tersendiri untuk membenarkan tindakan beliau. Inilah yang dikatakan dinamiknya politik. Cuma ingatan saya jangan pula kalau PAS membuat pendirian yang tersendiri, maka PAS dituduh berada di dalam blok Umno BN dan memperolehi habuan daripada BN. Malahan juga tuduhan melampau terhadap PAS di kalangan pengundi China mengatakan PAS mendapat bahagian daripada RM2.6 bilion. Fitnah yang paling kelakar dalam sejarah perjuangan politik PAS sejak 1951. PAS ketika membuat satu keputusan, bukan ikut mana-mana telunjuk. PAS sudah matang di dalam tindakan. Jangan buat tuduhan yang bukan-bukan. Setiap langkah politik PAS ada asas dan hujah. Ketika Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di pentas Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 lalu menyatakan yang hak dan mengkritik di hadapan Datuk Seri Najib Razak, maka dituduh PAS sudah dibeli oleh Najib. Apabila tidak ada hujah, maka dituduh kerana baju sedondon. Yang paling pelik sehingga buta hati, tidak tahu beza antara program NGO dengan program parti. Semua langkah PAS dituduh menguntungkan Umno. Semuanya UG. Kalau orang lain suci dalam debu. - HARAKAHDAILY 5/2/2016 Penulis ialah Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Sumber HD - 5-2-2016 Ayuh manfaatkanlah usia mudamuKUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengingatkan anak-anak muda supaya menggunakan masa itu sewaktu fizikal masih kuat dan bertenaga. "Pesanan saya untuk adik-adik dan anak-anak yang masih berusia muda. Gunakanlah masa sewaktu fizikal masih kuat dan bertenaga," ujarnya menerusi laman facebook. Menurutnya, ketika itu idea masih bernas dan segar. "Perkara ini akan berlalu begitu sahaja setelah usia sudah meningkat," katanya lagi. Tambahnya, apabila usia semakin tua akan terasa banyak kekurangan. "Percayalah anda akan terasa banyak kekurangan sewaktu usia semakin tua berbanding sewaktu muda remaja. "Ayuh manfaatkanlah usia mudamu," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Semalam, beliau merasmikan Pertandingan Futsal Piala Ahli Parlimen Bukit Gantang di Gelanggang Kurnia Jaya dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. - HARAKAHDAILY 1/2/2016 Sumber HD - 1-2-2016
" Catatan selari yang saya buat sempena Liqa’ Fikri PAS Pusat anjuran Lajnah Tarbiah PAS Pusat oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
(Gambar: Rombongan PAS Kemaman ke Liqa’ Fikri)
Saya ambil ayat Quran, hadis, perjalanan salafussoleh sebagai asas
perbincangan & pembentangan kerana inilah sumber asal petunjuk kita.
“Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, Allah menolong kamu
dan. menetapkan pendirian kamu’?”
Muhammad: 7
Pandangan ulama:
Dalam surah asSaf: 9-13:1. Tolong agama Allah, lalui jalanNya. 2. Kamu tolong golongan Alllah 3. Kamu tolong Allah
~Tolong agama Allah ialah memenangkan Islam
~Deen sebagai cara hidup, bukan hanya agama secara sempit, atau ideologi
yang bercanggah.
~Tawaran Allah ialah jualbeli dengan mukmin, harta dan nyawa dibayar dengan
syurga.
~jihad ada kepayahan, dan bersungguh.
Selepas Nabi, kumpulan Islam menyambung perjuangan. Disebut dengan toifah,
ummah atau hizb. Kesemuanya
ada dalam al-Quran. Antaranya:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu
puak
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan
Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang
salah
(buru
dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang
berjaya.
Aali Imran: 104
3 kategori Ummah: dakwah, ijabah, iitiba’
Ummah Dakwah (seruan)-semua manusia.
Ummah ijabah (perkenan)-masuk Islam Umah ittiba’ (ikut)- ikut benar2 Nabi.
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang yang beriman itu penolongnya (maka
berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang
tetap menang. Almaidah: 56
Sifat parti perjuang Islam-wala mutlak kpd Allah, Rasul, dan mukmin yg patuh
kpd Islam.
Sampaikanlah khabar berita kepada orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka
azab seksa yang tidak terperi sakitnya; Iaitu orang yang mengambil orang kafir menjadi teman rapat
dengan meninggalkan orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang munafik) mencari kekuatan
dan kemuliaan di sisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah
milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
Annisa; 138, 139
Ambil orang kafir jadi wali, tinggal orang mukmin. Ini suatu ciri orang munafiq.
Zaman Nabi ada orang yang sangka tanpa Yahudi, Islam tak boleh menang.
Kesimpulan ciri2 rukun kumpulan islam:
1. Dakwah kepada kebajikan 2. Amar makruf nahi mungkar hingga tegak negara berdaulat 3. Wala’ kepada Allah, Rasul, mukmin yang penuhi syarat.
Tarbiah dan kemenangan
Dalam surah annur, ayat 55, ayat ini sebut janji Allah orang mukmin boleh
tegakkan negara-syaratnya ada iman, dakwah, jihad, sedia hadapi cabaran.
Ada yang sebar risalah, mahu tegakkan khilafah. Siapa khalifah? Tak tahu. Tak
bersedia hadapi cabaran.
Islam menang dengan mukmin bersedia hadapi cabaran. Nabi Nuh berjuang
seribu tahun, tak berganjak.
Dakwah dan jihad dengan iman dan amal soleh yang mewajibkan tarbiah aqidah
dan ilmu secara feqah, secara individu dan jemaah.
AtTaubah: 119-122
Ayat ini sebutkan jihad fardhu ain. Jihad-fardhu kifayah-bila Islam sudah menang. Kerajaan hantar tentera untuk
dakwah.
Jihad fardhu ain-bila musuh sudah berada di perbatasan, masuk dalam negeri.
Orang yang benar disebut dalam surah Alhujurat, ayat 15 iaitu benar imannya,
tak ragu, berjihad dengan harta dan diri.
Kebijaksanaan satu perkara, sebut perkara benar satu perkara lain.
Dakwah dan jihad Matlamat untuk selamatkan manusia, bukannya untuk
binasakan manusia. Al-Anfal: 61-64 Konsep jihad dahulukan muwajahah
silmiah.
Fussilat:23-26
Musuh yang jahat dimaafkan-Khalid bin alWalid, Abu Suffian, Suhail bin Amar.
Akhirnya ramai orang lain masuk Islam.
Pesanan Nabi kepada Ali-pujuk dapat hidayah seorang lebih baik dari bunuh.
Ada yang murtad, masuk balik Islam, ada yang mati syahid.
Amal Soleh Dan Jihad
Selagi kita tidak beri kemampuan kita yang sebenar, selagi itu pertolongan Allah
belum datang.
Bukan sahaja persiapan kita tetapi rahsia pertolongan itu datang dari Allah.
Pendekatan Kontemporari
Ada perkara tetap, prinsip (thawabit) dan fleksibel (mutaghayyirat)
Sifat wajib bagi jemaah Islam: benar, amanah, bijaksana, menyampaikan.
Peranan kerasulan di akhir zaman dilaksanakan oleh kumpulan Islam yang
mempunyai ciri-ciri kerasulan.
PAS ditubuhkan atas asas islah dan.tajdid.
Ada yang tubuh parti atas asas tidak puashati, sedangkan parti Islam sudah ada.
Sesi Soaljawab:
-Perhubungan dengan non muslim -Orang Johor payah nak berubah -Pendirian tentang Husam -Nak selaras antara politik dan ilmu -Isu satu lawan satu -Bagaimana PAS dekati ahli politik Sabah -Usaha PAS dekati jemaah tabligh
Jawapan:
Hubungan dgn non muslim: Semua manusia adalah ummah dakwah. Nabi sebut urusan agama ini akan
sampai kesemua tempat di mana cahaya matahari sampai,Kita pernah dijajah.
Penjajah mahu rosakkan antara kaum, bangsa.
Tugas kita:
-Dakwah, jadi contoh kepada bukan Islam. Ini kerana tiada negara Islam. Jika
Islam ada negara, dapat ditunjuk secara praktikal tentang Islam. Dalam
pemerintahan Islam, dibenar kepada bukan Islam pegang jawatan eksekutif,
bukan legislatif. Kebijaksanaan pendakwah Hadramaut, Yaman mengislamkan penduduk Melayu
beragama Hindu.
Kita putus Tahaluf dengan DAP, DAP juga putus dengan kita. Sebabnya DAP tolak konsep negara Islam. Ini prinsip kita. Kita tidak paksa mereka tinggal prinsip mereka. Mereka tidak boleh paksa kita tinggal
prinsip kita.
Mengenai politik dan ilmu, terpulang kepada mereka tentang kecintaannya
kepada Islam.
Mengenai mendekati ahli politik Sabah, 1970 an kita dah cuba dekat dengan
USIA. Lepas BERJAYA ditubuh, kita cuba masuk Sabah.
( Dato Ahmad Yaakob jawab: Husam-masih ahli PAS, Adun Salor, mesyuarat
tidak pernah hadir dengan alasan atau tanpa alasan. Kita doa beliau tetap
dengan PAS.
Pemimpin PKR beri jaminan kerjasama PKR dengan kerajaan PAS Kelantan.)
Isu wala, taat, baiah.
~Quran sebut dalam konteks seorang, ada negara, tiada negara.
~Hadith musafir 3 orang, seorang dilantik ketua.
~Baiah Aqabah belum ada negara.
~Hadith Huzaifah riwayat Bukhari Muslim-hadith tentang penyeru ke arah neraka. Nabi sebut dihujung: Talzamu jamaatal muslimin wa imamahum. Kamu komited dengan jamaah Muslimin dan kepimpinan mereka
~maksud taat ulil amri-ulama dan.umara.
Ditanya Muhammad Abduh: saya duduk di India, kerajaan British. Boleh saya
pegang jawatan? Boleh.
~PAS ada Majlis Syura Ulama,, kaedah kepimpinan secara jamaie
~Isu baiah. Ia adalah bentuk jualbeli dengan Allah yang tidak boleh dipandang
ringan.
Pulau Pinang. Pendirian PAS?
Letak PAS ada kemampuan, bukan buat andaian akan datang yang belum pasti.
Jangan letak kelebihan kepada DAP atau Umno. Mereka juga ada pasang
surutnya.
Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu Dewan Ulama PAS Pusat
Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya.
Sabtu 30 Jan 16
Sumber TKO - 1-2-2-2016
Sibuk pasal orang lupa tentang dirisendiriKUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengingatkan para pendukung jamaah agar tidak membazirkan masa dan tenaga kurniaan Allah. "Jangan bazirkan masa dan tenaga yang Allah SWT kurniakan kepada kita," ujarnya menerusi laman facebook. Justeru, beliau menggesa agar gunakanlah sebelum Allah menarik kembali nikmat ini daripada diri kita. Katanya, apabila kita terlantar sakit dan tidak bermaya, baru kita menyesal kerana selama ini kita bazirkan tenaga kita. "Kita akan mengalir air mata kerana kudrat yang ada pada diri kita sudah lemah tidak mampu untuk membantu kepada perjuangan," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. Sehubungan itu, katanya kalau semua sepakat menjalankan tugas jamaah tidak ada lagi masa hendak mengkritik dan nampak kelemahan orang lain. Menurutnya, lumrah manusia memang begitu, apabila sibuk pasal orang lupa tentang diri sendiri. "Sibukkan diri kita dengan amalan dan zikir yang mendekatkan diri kepada Allah dan kerja jamaah. Insya Allah inilah terapi yang mujarab," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 31/1/2016 Sumber HD - 31-1-2016 Kesilapan pemimpin BN, jangan mangsakanpelajar
pendapatan negara.
Kenapa pelajar menjadi mangsa? Kenapa soal pendidikan menjadi mangsa? Apakah kita sanggup Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengkaji semula cadangan untuk menggantung biasiswa JPA untuk kursus ijazah dan bursari Kementerian Pendidikan bagi pra-universiti gara-gara kejatuhan korban pelaburan jangka panjang mengenai modal insan negara kita? Ia membabitkan 700 pelajar untuk ke universiti tempatan dan seberang laut. Mereka ini ialah mereka yang terpilih dari kalangan pelajar yang cerdik. Kenapa perlu mereka ini yang menjadi mangsa? Sudah tentu pelajar ini mengambil jurusan yang kritikal dan diperlukan oleh negara pada masa akan datang. Apa kelebihan yang mereka dapat, sedangkan mereka belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan supaya mendapat biasiswa, bukan pinjaman. Saya juga bimbang biasiswa untuk pelajar yang berada di peringkat matrikulasi juga terbabit. Kesilapan kerajaan BN yang tidak berhemah sewaktu pendapatan negara yang melimpah ruah, akhirnya pelajar yang menjadi mangsa. Itupun masih rasa tidak bersalah atas apa yang berlaku. Sebaliknya beban ini dikembalikan kepada rakyat. Kenapa tidak kurangkan bajet untuk Jabatan Perdana Menteri? Program PLKN, 9 orang yang bertaraf duta dan penasihat, Pejabat Persekutuan di negeri yang diperintah oleh pembangkang mesti dihentikan segera. Perdana Menteri dan anggota kabinet mesti berkorban dahulu, bukannya pelajar. - HARAKAHDAILY 21/1/2016 Sumber HD - 2-1-2016 Tiada istilah menganggur dalam kerja jamaahKUALA LUMPUR: Kita rasa gembira dan tidak penat jika kita buat sesuatu itu ikhlas kerana Allah, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Menurutnya, kerja kita menjadi rancak dan aktif kerana yang kita buru ialah keredhaan Allah. "Kita menjadi lesu dan tidak bermaya dan keluh kesah kerana yang kita buru ialah keredhaan makhluk semata-mata," ujarnya menerusi laman facebook. Justeru, katanya tidak ada istilah menganggur dalam kerja jamaah. Tambah beliau, terlalu banyak kerja yang boleh dilakukan, hendak atau tidak sahaja. "Apa yang penting kita memposisikan diri kita di tempat yang sepatutnya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Menurutnya lagi, Allah memberi kepada kita potensi diri yang boleh dimanfaatkan oleh Islam dan jamaah. Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar jangan membazirkan potensi dan kelebihan masing-masing. - HARAKAHDAILY 21/1/2016 Sumber HD - 21-1-2016 Jika kita tidak ikat diri dengan AllahKita perlu mengadakan hubungan dengan Allah melalui amalan sunat, qiamullail, amar makruf nahyu anil munkar, kerana ini merupakan tali pengikat kita dengan Allah SWT. Jika kita tidak mengikat diri kita dengan Allah, bagaimana Allah SWT hendak membantu kita di jalan dakwah dan perjuangan yang penuh dengan ranjau dan duri. Apabila ada perasaan kecewa dan ragu mengenai kemampuan Islam boleh mentadbir dunia, maka kita perlu teliti bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT. Ia mempunyai kaitan rapat dalam hal ini. Keyakinan dan kesuburan iman mesti dibajai dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. - HARAKAHDAILY 18/1/2016 Sumber HD - 18-1-2016 Media sosial: Orang boleh nilai tahap akhlakkitaKUALA LUMPUR: Kita selalu meminta kepada Allah SWT tutuplah keaiban kita daripada diketahui oleh orang lain. "Maklumlah kita manusia biasa yang tidak sunyi daripada kecacatan," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook. Oleh itu, beliau mengingatkan agar jangan kita menzahirkan perangai yang buruk kepada orang ramai, sedangkan ia boleh disembunyikan daripada diketahui oleh orang lain sama ada melalui tulisan, percakapan dan tindakan. Ini, tambahnya kerana pada zaman media sosial hari ini orang boleh menilai tahap akhlak kita melalui tulisan, komen, gambar, grafik, video di FB, twitter, WhatsApp. Justeru, ujar beliau jangan biarkan akhlak buruk kita terdedah kepada orang ramai sehingga nama kita tersohor di kalangan pemain-pemain di alam siber. "Banggakah kita akhlak buruk kita diketahui oleh orang lain?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 17/1/2016 Sumber HD - 17-1-2016 Bawa baliklah perjuangan ke rumahBawa baliklah perjuangan ke rumah, jangan tinggal perjuangan di markaz atau di pejabat PAS. Biar anak isteri dan ahli keluarga kita turut sama berkongsi dengan kita, dan mereka faham apa yang kita lakukan. Jika tidak, anak isteri kita akan memusuhi perjuangan kita dan mereka tidak mahu berjuang semacam kita kerana hidup mereka terabai. Sekiranya mereka faham kerja buat kita, maka mereka juga akan memberi motivasi kepada kita. Kita hanya berusaha, kejayaan serah kepada Allah SWT. Kita hanya mentarbiah anak supaya mengikuti perjuangan kita. Mungkin berjaya, mungkin tidak. Apa yang penting usaha dan azam terlebih dahulu. Jangan daripada awal lagi kita hanya mengharapkan kun fayakun. Insya Allah, Allah tidak mensesiakan usaha kita. Iman tidak boleh diwarisi seperti harta pusaka, begitu juga perjuangan Islam ia tidak boleh diwarisi oleh anak kita sendiri jika kita tidak mentarbiah mereka sejak daripada kecil. Kita jangan anggap anak kita akan mewarisi perjuangan kita dengan mudah, lebih-lebih lagi mereka hidup di zaman yang mencabar ini. - HARAKAHDAILY 13/1/2016 Sumber H D - 13-1-2016 Perjuangan Islam tidak boleh diwarisi tanpatarbiahKUALA LUMPUR: Iman tidak boleh diwarisi seperti harta pusaka, begitu juga perjuangan Islam, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, perjuangan Islam tidak boleh diwarisi oleh anak sendiri jika tidak mentarbiah mereka sejak daripada kecil. "Kita jangan anggap anak kita akan mewarisi perjuangan kita dengan mudah, lebih-lebih lagi mereka hidup di zaman yang mencabar ini," katanya menerusi laman facebook. Beliau menambah, kita hanya berusaha, kejayaan serah kepada Allah SWT. "Kita hanya mentarbiah anak supaya mengikuti perjuangan kita," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi. Menurutnya, mungkin berjaya, mungkin tidak tetapi apa yang penting usaha dan azam terlebih dahulu. "Jangan daripada awal lagi kita hanya mengharapkan kun fayakun. Insya Allah, Allah tidak mensesiakan usaha kita," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 12/1/2016 Sumber HD - 12-1-2015 Ekonomi merudum Najib masih tidak mengakukalahDatuk Seri Najib Razak masih tidak mengalah, tetap mengatakan bahawa ekonomi merudum kerana faktor luar, bukan faktor kelemahan kepimpinan beliau dan kerajaan BN. Saya harap Najib cakap penuh dengan kesedaran, bukan igauan. Beliau mengatakan faktor luar seperti harga minyak dunia jatuh, kenaikan faedah Amerika Syarikat, kelembapan ekonomi China. Kita tidak nafikan faktor luar mempengaruhi kedudukan ekonomi dunia mempengaruhi kedudukan ekonomi dalam negara kita. Persoalannya kenapa ekonomi serantau yang berdekatan tidak seteruk apa yang dialami negara ini. Jangan banding dengan Singapura dan Brunei, bandinglah dengan Thailand dan Indonesia, kedua-dua negara ini sudah memotong Malaysia. Jika ekonomi domestik dan kekuatan rezab kita kukuh sudah tentu tidak jadi macam ini. Najib kena muhasabah kenapa imbangan dagangan antara import dan eksport tidak berlaku. Bagaimana kekuatan bursa saham, adakah pelaburnya daripada luar atau dalam. Isu 1MDB yang masih tidak meyakinkan kenapa 1MDB diwujudkan. Apa yang 1MDB berniaga? Adakah 1MDB boleh menjanakan pendapatan negara? Jika aktiviti 1MDB hanya sekadar pinjam RM42 bilion, kemudian hendak bayar dengan jual aset, rakyat yang tidak sekolah pun pandai berniaga. Isu wang RM2.6 bilion menjadi misteri siapa pendermanya. Semua ini menghantui orang luar untuk melabur. Najib juga cakap melawak, permintaan getah kurang kerana permintaan kenderaan kurang. Harga getah sudah lama jatuh, banding dengan Thailand. Di Malaysia harga getah sekerap RM2.20 sekilo sedangkan di Thailand RM4.30. Bukan soal permintaan tayar kenderaan menjadikan harga getah turun. Ketika harga petrol USD100 setong pun hutang berlungguk. Cuba bayangkan ketika harga minyak hanya USD33 setong. Jika dulu boleh menyumbang RM64 bilion setahun sekarang sudah menguncup RM32 bilion melalui dividen Petronas. Kenapa Najib dan kepimpinan BN tidak merasa bersalah, sebaliknya masih menuding jari ke pihak lain. Apa salah satu tindakan drastik dengan mengurangkan saiz kabinet. Kurangkan lantikan politik seperti penasihat wanita, penyelaras Persekutuan di Selangor, duta khas ke India, batalkan kontrak yang tidak boleh memberi kebaikan untuk rakyat. Kurangkan lawatan ke luar negara, dengan mengkaji faedah kos adakah untung atau rugi. SPRM mesti diperkasakan supaya boleh bertindak ke atas jerung-jerung yang membawa bawa keluar negara secara haram. Jangan pula cadang pada rakyat idea-idea yang menyakitkan hati untuk didengari seperti bawa bekal ke pejabat, buat dua kerja sehari, keluar pagi-pagi untuk elak laluan tol, jangan guna jalan bertol, jangan makan ayam kalau ayam mahal, kalau tidak suka boleh hijrah dari Malaysia. Kalau idea seperti begini elok BN tidak perlu jadi kerajaan. - HARAKAHDAILY 12/1/2016 Penulis ialah Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Sumber HD - 12-1-2016 Berjuang: Malulah kita jika sudah merasapenatKUALA LUMPUR: Ujian dan penentangan yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah amat jauh berbanding dengan apa yang menimpa kepada kita sekarang. Demikian kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook. "Malulah kita, jika sudah merasa letih dan penat di dalam kita berdakwah dan berjuang, sedangkan kerja yang kita buat tidak berapa banyak," ujarnya. Beliau menambah, Nabi Muhammad SAW diutuskan bukan untuk menunjuk tamadun kebendaan, tetapi hadir untuk memberi petunjuk agama yang tidak boleh dicapai oleh akal seperti syurga,neraka, pahala dan dosa. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berata, manusia akan binasa apabila urusan akhirat difikirkan mengikut logik akal tanpa berpandukan wahyu Ilahi. - HARAKAHDAILY 30/12/2015 Sumber HD - 30-12-2015 Bergabung: Ahli PAS tanyalah pemimpin partiIsu PAS hendak bergabung dengan Umno, memberi nafas baru kepada mereka yang tidak suka dengan PAS. Setakat hari ini tidak ada satu kenyataan yang keluar daripada mulut Mursyidul Am dan Presiden PAS yang mengatakan PAS akan bergabung dengan Umno walaupun berkali-kali dinafikan. Tidak ada keputusan parti yang hendak menggabungkan PAS dan Umno. Amat daif jika pandangan peribadi dijadikan hujah. Cuma mainan media yang hendak melariskan berita mereka sahaja. Media PAS, Harakahdaily dan Harakah cetak tidak pernah melaporkan perkara tersebut. Mereka yang dengki dengan PAS tidak menjadikan media PAS sebagai rujukan, sebaliknya media yang memang bermusuh dengan PAS dijadikan rujukan. Mereka masih cemburu dengan penampilan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang tegas, bercakap benar di atas pentas Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang disediakan oleh proksi pihak kerajaan. Setelah tidak mendengar Presiden PAS membicarakan perpaduan Umno dan PAS, akhirnya baju sedondon telah dijadikan hujah bahawa perpaduan Umno dan PAS telah berlaku oleh mereka yang dengki dengan PAS termasuk mereka yang konon seorang ahli akademik yang tidak pernah pencen benci dengan PAS. Memang mereka mengharapkan supaya PAS menerima pelawaan Umno untuk bergabung, kerana ia merupakan talian hayat kepada mereka untuk hidup dipersada politik setelah melihat pimpinan tertinggi PAS semakin mantap dan mempunyai satu nakhoda sahaja. Saya tidak pelik orang luar parti yang membuat telahan dan andaian yang berbagai-bagai, kerana mereka bukan orang PAS. Tetapi agak janggal orang PAS yang ada jawatan di dalam parti bercakap macam orang asing seolah-olah tidak tahu ada saluran parti dan hendak menjadi hero di alam maya. Sepatutnya boleh mendapat penjelasan daripada pimpinan parti daripada berbagai saluran sama ada daripada AJK Pusat, Pesuruhjaya PAS negeri. Datanglah mesyuarat parti, program parti dan dialog pemimpin. Cuba periksa kehadiran mereka di dalam program parti, kalau hadir tidak sebegitu sikapnya. Semuanya berpunca daripada hati. - HARAKAHDAILY 23/12/2015 Sumber HD - 23-12-2015 Jika nak menang cepat, PAS bukan wadahnyaKUALA LUMPUR: Perjuangan Islam bukan mudah untuk mendapat kemenangan. Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, ia perlu melalui onar dan duri. "Jika kita menyertai PAS hendak menang cepat seperti masak mi segera, maka PAS bukan wadahnya, " ujar beliau menerusi laman facebook. Tegasnya, Islam suatu yang mahal dan berharga, bukan mudah untuk menjadi barang pertaruhan. Justeru, tambahnya banyak yang tercicir apabila impian tidak tercapai. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut mengingatkan pendukung PAS agar jangan berserabut bersama parti. "Kita tidak perlu serabut kepala ketika bersama PAS. Balik kepada nawaitu kita menyertai PAS. "Usah layan sangat perasaan kita, jika kita tidak puas hati dengan beberapa individu dalam parti," ujarnya. Ini, katanya kerana ia merupakan lumrah organisasi yang tidak mampu memberi kepuasan kepada s emua ahli. "Inilah nikmat berjamaah," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 12/12/2015 Sumber HD - 12-12-2015
Kononnya jadi orang pertama sebar maklumatKUALA LUMPUR: Ahli PAS mesti bijak menilai sebarang maklumat yang disebar menerusi media sosial. "Pastikan faktanya benar dan tidak tersasar," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, katanya jangan terlalu pantas panjangkan maklumat yang bersepah-sepah di alam maya. Ini, ujar beliau kononnya untuk menjadi orang yang pertama menyebarkan maklumat kepada orang lain sehingga tanpa mengira benar atau salah. "Ingat balasan Allah sedang menanti," pesan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 28/11/2015 Sumber HD - 28-11-2015 Kalau bukan dasar, nafas tidak panjang dalamPASKUALA LUMPUR: "Alhamdulillah semakin ramai penyertaan ahli baru ke dalam PAS," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, katanya tugas parti mesti memberi kefahaman kepada mereka sebab apa mereka menyertai PAS. Beliau berkata, biar mereka masuk PAS kerana dasar dan bukan kerana kecewa dengan parti lain. Tambahnya, biarlah mereka juga menyertai PAS bukan kerana marah kepada mana-mana individu atau kagum dengan mana-mana pemimpin. "Kalau bukan kerana dasar, nafasnya tidak panjang di dalam PAS," tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. - HARAKAHDAILY 14/10/2015 Sumber HD - 14-10-2015 Krisis dalaman jamaah tidak boleh selesaimelalui mediaKUALA LUMPUR: Atas apa alasan sekalipun, krisis dalaman organisasi atau jamaah tidak boleh selesai melalui media. "Kita boleh memberi beribu alasan untuk menghalalkan tindakan kita, tetapi hakikatnya salah dari segi organisasi," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, kalau krisis rumah tangga tidak boleh didedah kepada orang lain, sama seperti krisis dalam jamaah. "Kita diberi peluang di dalam mesyuarat, dialog dan berbagai-bagai lagi medium untuk kita suarakan. "Inilah disiplin dalam mana-mana organisasi," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 10/10/2015 Sumber HD - 10-10-2015 PAS Berjuang Untuk Kemenangan Islam
KUALA LUMPUR : Siang malam pemimpin dan ahli PAS membuat kerja parti dengan kadar
kemampuan masing-masing semuanya untuk memburu kemenangan yang selari dengan kehendak
syara, demikian menurut Idris Ahmad .
Naib Presiden PAS ini turut menegaskan , perjuangan PAS bukan hanya sekadar mengejar
kemenangan semata-mata tetapi prinsip yang dipertahankan PAS adalah kemenangan dicapai seiring
dengan tuntutan syara'.
Tegas beliau , kewujudan pemikiran songsang dengan jelas menyimpang daripada manhaj perjuangan
PAS mencemarkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Namun Allah s.w.t pasti akan menjaga
mana-mana perjuangan yang menegakkan agamanya.
Sumber PP - 9-10-2015
Teguran Raja-Raja Melayu bukti 1MDB parahGOMBAK: Teguran Majlis Raja-raja Melayu supaya skandal 1MDB segera diselesaikan menunjukkan bahawa isu tersebut terlalu parah, demikian menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Terangnya, tidak pernah berlaku sebelum ini Majlis Raja-raja Melayu memberi teguran kepada perkara seumpama itu. Malah katanya, sebelum ini, isu tersebut pernah mendapat teguran Gabenor Bank Negara, Tan Sri Datuk Dr Zeti Akhtar Aziz agar diselesaikan dengan telus. Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah di Pusat Tarbiyah Dun Hulu Kelang, Taman Permata, semalam. “Ibu kepada segala jahat ini ialah 1MDB. Oleh sebab itu kita tengok tidak pernah Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan. Tapi apabila mereka telah bersuara berkenaan dengan isu 1MDB, maknanya isu ini parah. “Zeti selaku Gabenor tegur, suruh selesai elok-elok. Patutnya, Najib ini kena dengar Zeti Akhtar tu orang cerdik. Zeti Akhtar tu bukan Bendahari Umno Cawangan Taman Permata. Ini Gabenor tau. Patut kamu kena dengar cakap orang ni. Kalau Zeti Akhtar pun kamu tak dengar, kamu nak dengar siapa? Rosmah? Payah. “Zeti Akhtar beri pandangan, dia kata kena telus dengan baik. Meniaga buat untung rugi ini biasa. Tapi orang nak telus. Ini jawab pelik-pelik. Orang tanya dia, mana duit? Dia kata (dalam bentuk) unit. Orang tanya unit apa? Dia jawab unit-unit la. Tak ke pening?” ujarnya membidas Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak. Sehingga kini menurutnya, Najib gagal memberikan jawapan yang meyakinkan sedangkan jumlah tersebut adalah RM2.6 billion dan masuk ke akaun peribadi Najib. – HARAKAHDAILY 9/10/2015 Sumber HD - 9-10-2015 Tak boleh dabik dada konon kita orang hebat,istiqamahHARAKAHDAILY | .KUALA LUMPUR: "Kita tidak boleh mendabik dada kononnya kita orang hebat dan istiqamah di dalam perjuangan sedangkan kita belum diuji, sama ada ujian kesenangan atau kesusahan," kata Ustaz Idris Ahmad. Menurut Naib Presiden PAS itu, istiqamah adalah anugerah Allah yang diberikan kepada hamba-Nya yang terpilih. Katanya lagi, Allah boleh memberi dan menarik dengan sekelip mata sahaja. "Berdoalah kepada Allah semoga kita istiqamah dengan PAS selagi ia tidak bertentangan dengan syarak," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Dalam pada itu, katanya siang malam pemimpin dan ahli PAS membuat kerja parti dengan kadar kemampuan masing-masing semuanya untuk memburu kemenangan yang selari dengan kehendak syarak. Justeru, ujarnya jika ada dalam kalangan mana-mana ahli atau pemimpin yang berkata, perjuangan PAS bukan untuk mencapai kemenangan ataupun ada yang mengatakan, PAS mesti menang, tetapi soal prinsip bukan menjadi keutamaan, maka ini pemikiran yang songsang dan terkeluar daripada manhaj perjuangan PAS sebagai parti Islam. - HARAKAHDAILY 9/10/2015 Sumber HD - 9-10-2015 Terus istiqamah, beramal dan tidak cenderungke arah lainKUALA LUMPUR: Kejahilan tentang agama adalah merupakan cabaran dalam perjuangan menegakkan Islam. Menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, realiti hari ini masih ramai umat Islam berada di dalam kejahilan yakni tidak memahami ajaran Islam yang syumul. Katanya, mereka ini bukan sahaja miskin harta, malahan lebih teruk, iaitu miskin ilmu. Justeru, beliau menyeru para pendukung perjuangan Islam agar terus istiqmah. "Kita mesti terus istiqmah di atas perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Tegasnya, jauh sekali menyeleweng daripada perjuangan sama ada ketika menang atau kalah, sama ada seorang atau dengan orang ramai. - HARAKAHDAILY 5/10/2015 Sumber HD - 5-10-20215 Jangan bermain dengan Murka Allah : Harta Waqaf bukanharta sepencarian
KUALA LUMPUR, 5 Okt : Harta waqaf bukan harta sepencarian yang boleh difaraidkan.
Demikian tegas Naib Presiden PAS. Ustaz Idris Ahmad dalam catatan Dhuha beliau pada pagi ini.
Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada beberapa insiden yang berlaku sejak kebelakangan
ini berikutan tertubuhnya parti serpihan dari PAS selepas pemilihan parti tersebut.
"Waqaf ialah berhenti,menahan, menghalang. Ertinya harta tersebut ditahan hak pewaqaf ke atas
harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah" tegas beliau dalam catatan
tersebut.
"Apabila waqaf khas seperti orang waqaf kepada PAS, maka ia milik Pas. Kalau orang waqaf untuk
sekolah, maka ia hanya milik sekolah.” ujar beliau lagi yang juga merupakan ahli Parlimen Bukit
Gantang, Perak.
Beliau turut mengingatkan bahawa harta waqaf bukan harta sepencarian yang boleh difaraidkan sesuka
hati.
Beliau juga turut memberikan amaran agar pihak terbabit jangan bermain dengan murka Allah s.w.t
walaupun dari perundangan mungkin terlepas.
"Mungkin dari segi pentadbiran mereka boleh ambil balik, tetapi dengan Allah tidak terlepas.
Sejarah membuktikan orang yang makan harta waqaf tidak selamat di dunia dan di akhirat” tegas
beliau lagi.
Sumber PP - 5-10-2015
Jangan bakar negaraMalaysia sudah merdeka 58 tahun. Sepatutnya umur kemerdekaan ini sama dengan kematangan rakyat dan pemimpin berfikir. Tugas kita sebagai rakyat melanjutkan kerja yang sudah dilalui oleh orang yang terdahulu. Menjaga keharmonian dan kedaulatan negara adalah tugas kita bersama. Pejuang kemerdekaan yang telah meletakkan asas pembinaan negara yang begitu tersusun jangan dihancurkan oleh nafsu serakah yang mempunyai cita-cita politik yang singkat. Asas persetujuan daripada mereka yang terdahulu semasa hendak mencapai kemerdekaan harus direnung dan dijadikan asas oleh generasi sekarang. Walaupun kita tidak bersetuju dan berpuas hati dengan apa yang diletakkan oleh mereka yang terdahulu. Di samping kita memperbaiki kekurangan yang masih ada, bukan memburukkan lagi keadaan. Persetujuan yang disepekati oleh semua pihak bahawa Islam agama Persekutuan, Hak Istimewa Orang Melayu, hak kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai balasannya mereka yang datang ke negara ini diberi kerakyatan. Sepatutnya kita bergerak atas asas itu dalam apa-apa tindakan supaya keharmonian antara kaum dapat dipupuk. Oleh itu jangan bakar negara dengan isu perkauman dan penghinaan kepada agama serta merungkai kontrak sosial yang sudah dipersetujui. Sejarah hitam 13 Mei 1969 jangan diulang. Kehancuran yang tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara. Pihak berkuasa perlu bertindak kepada siapa yang cuba membuat provokasi dengan mempertikai asas yang sudah dipersetujui bersama, tanpa mengira darjat dan kedudukan. Kita lebih sayang negara daripada individu. Sebarang bentuk tindakan, tulisan, himpunan dan ucapan yang hendak merungkai perkara yang telah dipersetujui bersama perlu diambil tindakan. Himpunan yang menuntut keadilan dan menentang penyelewengan tidak mengapa. Tetapi himpunan yang menghina agama dan bangsa mesti disekat. Amat tidak elok ucapan atau tulisan yang mempertikaikan Islam, hak keistimewaan orang Melayu, hak Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Begitu juga tidak boleh menganggap bahawa orang Cina dan India golongan pendatang kerana mereka sudah beranak pinak di negara ini. PAS yang berpegang dengan dasar Islam tidak berkompromi mereka yang meniupkan semangat perkauman dan menghina kedaulatan Islam. Perkara ini PAS praktikkan di Kelantan selama 25 tahun memerintah. Malahan ketika berlaku 13 Mei 1969, tidak berlaku pertumpahan darah di Kelantan, walaupun orang bukan Islam minoriti. Ini kerana Islam memberi amaran keras kepada penganutnya supaya jangan melakukan penindasan dan kezaliman kepada orang bukan Islam. Perbezaan agama dan bangsa bukan lesen untuk menindas orang lain, kerana mereka semua makhluk Allah SWT. - HARAKAHDAILY 2/10/2015 Sumber HD - 2-10-2015 Kita mesti yakin pertolongan akan datangdaripada AllahKUALA LUMPUR: "Kita yang terlibat di dalam perjuangan Islam mesti yakin pertolongan yang akan datang daripada Allah SWT. "Oleh itu kita buktikan dengan mengadakan hubungan yang baik dengan Allah SWT melalui amalam qiamullail, sunat, puasa sunat dan bersedekah," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Dengan ini, tegasnya akan menghilangkan keraguan terhadap kemampuan Islam untuk mentadbir dunia. Sehubungan itu, katanya perangai buruk kita jangan ditunjukkan kepada orang lain, sama ada melalui tulisan, percakapan, pergaulan. "Kita sering berdoa semoga Allah menutup keaiban kita kerana sebagai insan biasa memang tidak akan sunyi daripada kecacatan. "Oleh itu peliharalah diri kita supaya tidak terpalit dengan kelakuan yang tidak baik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menerusi facebook. - HARAKAHDAILY 2/10/2015 Sumber HD - 2-10-2015 Kurangkan import makanan elak aliran wangkeluarKUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengurangkan import makanan dari luar negara bagi mengelakkan aliran wang keluar negara, demikian tegas Naib Presiden PAS Idris Ahmad. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, Malaysia yang berada di garisan khatulistiwa dengan tadahan hujan yang tinggi malangnya tidak boleh menghasilkan bahan makanan yang cukup sehingga terpaksa menagih simpati dengan negara lain. "Malaysia bukan negara sahara yang tanahnya kering kontang dan tidak berair. Bahkan Malaysia juga memiliki agensi pertanian dan Institut pertanian yang mempunyai kepakaran di dalam bidang pertanian. "Persoalannya kenapa negara semakin teruk sehingga terpaksa makanan asasi pun perlu bergantung daripada negara luar," katanya kepada Harakahdaily. Soalnya di mana Malaysia mahu mendapatkan bekalan makanan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini di negara pembekal makanan seperti bencana alam ataupun peperangan. "Begitu juga dengan hasil buahan tempatan yang berlaku lambakan sehingga tidak ada harga dan tidak berbaloi untuk dipungut oleh pemilik. "Kenapa tidak ada daya usaha yang lebih agresif untuk meningkatkan nilai tambah kepada buahan tempatan supaya ia ada nilai di pasaran," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang begitu gembira mengadakan lawatannya ke tiga bandar raya utama Australia yang berjaya memenuhi matlamat untuk menambah baik import ternakan Malaysia. Tambahnya, sepatutnya lawatan tersebut menghasil idea supaya Malaysia hendak mengurangkan import makanan sehingga satu ketika Malaysia tidak lagi mengimport makanan sebaliknya mampu eksport makanan. "Apa yang hendak dibanggakan dengan lawatan ke Australia jika masih lagi mengharapkan import makanan daripada negera tersebut. Ertinya berapa banyak wang dihabiskan, lebih-lebih lagi nilai ringgit semakin merudum," tegas beliau. Katanya, sejarah hitam projek Perbadanan Fitlot Kebangsaan (NFC) yang diberi kepada syarikat milik suami kepada Datuk Sharizat Jalil sebanyak RM250 juta berkubur begitu sahaja. "Tujuannya baik, tetapi diberikan kepada bukan ahlinya, maka inilah yang terjadi. Jika wang sebanyak itu boleh membeli lembu sebanyak 50,000 ekor lembu jika nilai seekor RM5000. Alangkah bahagianya kalau lembu itu diberi kepada wanita Umno yang susah, ertinya 50,000 wanita Umno yang susah akan terbela. Tetapi apakan daya, hajat tak kesampaian," katanya. Dalam jawapan di Parlimen dalam tahun 2013, Kementerian Pertanian mengakui bahawa bagi tempoh sepuluh tahun di antara 2002 hingga 2012, Malaysia membelanjakan RM221.81 bilion untuk mengimport makanan iaitu purata RM22 bilion setiap tahun. – HARAKAHDAILY 29/9/2015 Sumber HD - 29-9-2015 Sukar korban perasaan dalam jamaahKUALA LUMPUR: Nabi Ibrahim a.s. contoh bapa yang teguh dengan keimanan kepada Allah SWT sementara Nabi Ismail a.s. pula lambang anak yang soleh yang tidak membantah arahan bapanya. Siti Hajar seorang ikon isteri solehah yang sanggup ditinggal oleh suaminya kerana yakin Allah SWT akan memelihara beliau dua beranak. "Inilah keimanan dan keyakinan, walaupun manusia anggap tidak logik, demikian juga perjuangan menegakkan agama Allah SWT," tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook. Justeru, bagi beliau memang agak mudah untuk korban binatang ternakan tetapi sukar untuk korban perasaan sama ada ketika di dalam kehidupan bermasyarakat atau berjamaah. "Bukan senang untuk korban membuang ego, menurunkan darjat kedudukan, merai pandangan orang lain, buang perasaan diri kita sahaja yang bijak, anggap kita yang banyak berjasa dalam perjuangan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 27/9/2015 Sumber HD - 27-9-2015 Panda disusukan anak sendiri kelaparanMenurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar anak panda yang dilahirkan, bukan milik Malaysia dan perlu dipulangkan kepada negara China. Persoalannya cerdikkah Malaysia apabila setiap panda dilahirkan di Malaysia, maka kerajaan kena bayar RM2.5 juta dan anak yang dilahirkan kena diserah kepada negara China apabila meningkat umur 2 tahun. Kalau anak itu menjadi milik Malaysia, agak berbaloi juga. Pelik, tetap i benar. Semua orang ketawa mendengar laporan ini. Tetapi inilah Malaysia negaraku. Anak sendiri kelaparan panda disusukan. Inilah kisah dua ekor panda Fu Wa (jantan) Feng Yi (betina) yang tinggal di Malaysia atas dasar setiakawan serta pinjaman, ia turut membabitkan kos kepada Malaysia. Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun. Ertinya dalam jangka 10 tahun kos sewa panda sahaja RM30 juta. Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar. Kita tidak faham apa nilai tambah kepada negara apabila kerajaan sanggup membayar dengan harga yang begitu mahal. Adakah dengan adanya panda, berlaku peningkatan kadar pelancong di negara ini kerana mereka hendak melihat binatang ajaib ini? Saya bimbang takut projek beruang panda ini hanya akan menambahkan dana untuk orang yang "berwang" sahaja. Pada peringkat awal lagi ketika keterujaan menyambut panda ke Malaysia, Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia berpendapat keutamaan perlu diberikan memastikan survival haiwan terancam di Malaysia seperti harimau, penyu, orang utan dan badak Sumatra. Kos RM3 juta setahun yang kena dibayar kepada negara China, alangkah baiknya jika digunakan untuk pemeliharaan binatang kehidupan liar. - HARAKAHDAILY 22/9/2015 USTAZ IDRIS AHMAD Naib Presiden PAS Sumber HD - 22-9-2015 Tiada siapa boleh dabik dada dalam jamaahKUALA LUMPUR: PAS sebagai harakatul ummah (gerakan massa) dianggotai oleh berbagai lapisan manusia. "Ada yang cerdik, ada yang jahil, ada yang warak, ada yang kurang, ada yang berkelulusan universiti, ada yang sekolah atap, ada yang kuat, ada yang lemah," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Bagi beliau, itulah dinamiknya PAS. "Apa yang penting, kita mesti meletakkan diri kita di posisi yang boleh memberi sumbangan kepada perjuangan," ujarnya. Menurutnya, ini kerana Allah SWT mencipta manusia tidak sama dari segi potensi, kebolehan, ilmu, tahap intelektual dan kreativiti. "Inilah untungnya kita berjamaah, kerana yang kuat menampung yang lemah, yang alim mengajar yang jahil," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. Justeru, katanya di dalam jamaah tidak ada siapa yang boleh mendabik dada dia manusia yang terbaik dan sempurna. Beliau berkata, semuanya mesti bersedia menerima kelemahan diri dan menggunakan kekuatan untuk manfaat orang lain. - HARAKAHDAILY 21/9/2015 Sumber HD - 21-9-2015 Ahli PAS tulen bangkit bersatu pertahanjamaahKUALA LUMPUR: Ahli PAS tulen adalah mereka yang tidak boleh diancam, terus mereka bangkit bersatu dan mempertahankan jamaah yang mereka sayang. "Ancaman sebagai panggilan untuk mereka bangkit mempertahnakan parti dan memperkukuhkan parti," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Menurutnya, sejarah membuktikan, ikatan ukhwah dan semangat pengorbanan yang tinggi akan dizahirkan apabila suasana terancam. Justeru, katanya adalah silap bagi mereka yang membuat perhitungan, andaian untuk menjatuhkan maruah pejuang tulen. "Walaupun menggunakan berbagai gerak saraf namun tidak berjaya. Pendakwah masih tenang dan senyum yang sakit jiwanya penghasad," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi. Tegasnya, pendakwah tegar seperti emas tulen, selagi dibakar dengan api yang kuat maka akan tambah berkualiti. - HARAKAHDAILY 16/9/2015 Sumber HD - 16-9-2015
Jamaah berpecah angkara pendengki busuk hatiKUALA LUMPUR: Pemfitnah lahir daripada mereka yang sakit jiwa dan tidak mengendahkan maruah orang dan tanggungjawab akhlak orang lain. Menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad banyak tuduhan palsu dicipta untuk mengobarkan kebencian dan permusuhan yang didorong oleh perasaan dengki dan khianat. Katanya, banyak jamaah yang berpecah-belah kerana angkara manusia pendengki yang busuk hati yang membawa fitnah ke sana ke mari tanpa rasa takut kepada Allah SWT. "Tulisan di media sosial boleh kita nilai siapakah mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Justeru, katanya penawar yang paling mujarab untuk sebuah jamaah apabila semua anggota bersifat tawaduk. Tambahnya, tidak ada seorang pun manusia yang waras tidak suka kepada orang yang tawaduk. "Inilah titik persamaan yang boleh memacu jamaah untuk terus cemerlang apabila semua anggota bersikap demikian. "Walaupun sukar, tetapi itulah penawar," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 12/9/2015 Sumber HD - 12-9-2015 Orang tahu keburukan peribadi kerana gelagat kitaKUALA LUMPUR: "Semua manusia ada kelemahan peribadi, tetapi jangan pula akhlak buruk kita dizahirkan melalui tulisan dan komen-komen di media sosial," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Menurutnya, Allah tidak suka hamba-Nya mendedahkan aib sendiri. "Sehingga perkara yang selama ini orang tidak tahu keburukan peribadi diri kita menjadi tahu kerana gelagat yang ditunjuk oleh kita sendiri," katanya lagi. Justeru, tambah beliau sesiapa yang di dalam dirinya ada kebaikan tentu dia akan mengeluarkan kebaikan. Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, sesiapa yang di dalam dirinya hanya ada keburukan, tentu dia akan mengeluarkan keburukan. "Marilah sama-sama kita melatih diri kita untuk menjadi hamba yang soleh, agar kalam yang keluar daripada kita dan tulisan kita di media sosial menggambarkan hati budi kita," ujarnya. - HARAKAHDAILY 8/9/2015 Sumber HD - 8-9-2015 Perjuangan: Mereka faham pemimpin boleh pergiKUALA LUMPUR: PAS menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menarik segmen masyarakat yang berbagai latar belakang untuk bersama parti itu. Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, kepimpinan PAS yang terdiri daripada ulama, profesional dan aktivis parti mempunyai peminat dan pengikut yang tersendiri. "Ertinya mereka yang minat kepada PAS akan masuk daripada berbagai pintu untuk berjuang bersama PAS. Ini menjadikan mereka tidak kekok bersama dengan PAS," ujarnya. Oleh sebab itu, kata beliau PAS sebagai sebuah gerakan massa, yang terdiri daripada berbagai kelompok manusia. Beliau menambah, nikmat yang Allah SWT berikan kepada PAS ialah adanya ahli yang ikhlas kepada Allah SWT. "Nawaitu mereka di dalam PAS kerana PAS berpegang dengan dasar Islam," jelas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi. Menurutnya, walaupun mereka tidak belajar tinggi, tetapi kefahaman dan penghayatan mereka begitu tinggi. Tegasnya, mereka tidak akan meninggalkan PAS di dalam apa keadaan sekalipun kecuali PAS membuang dasar Islam. "Mereka faham pemimpin boleh pergi, tetapi perjuangan mesti diteruskan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 7/9/2015 Sumber HD - 7-9-2015 Kumpulan haram, samseng pun ada wala'KUALA LUMPUR: "Orang menuduh ahli PAS ketagih wala'. Persoalanya mana ada organisasi atau parti yang tidak perlu ahlinya wala' kepada ketuanya," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Menurutnya, kumpulan haram dan samseng pun ada wala'. "Saya sedang mencari kumpulan atau pertubuhan mana yang tidak perlu ahlinya wala' kepada ketua. "Mungkin perkataan wala' itu bahasa Arab, maka mereka ingat hanya dituju kepada parti PAS sahaja. Masih mampu senyum," tulisnya menerusi laman facebook. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut menyentuh berhubung perjuangan. Katanya, di dalam perjuangan manusia tidak boleh berlakon lama dan menyembunyikan apa yang tersirat di dalam hatinya. Menurut beliau, lama kelamaan ia akan terserlah juga apa yang tersembunyi di dalam hatinya apabila sampai waktu dan ketika. "Sebab itulah Saidina Umar pernah menyatakan, jika kamu hendak mengetahui hati budi seseorang, kamu perlu musafir bersamanya," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 3/9/2015 Sumber HD - 3-9-2015 Apa Yang Sedang Berlaku Dalam PAS Sekarang? (Siri 2)Mereka ini tidak pernah diberikan kuasa oleh perlembagaan Pas untuk membubarkan mana-mana entiti Pas. Anehnya, mereka tanpa segan silu dan dengan bangganya mengisytiharkan pembubaran entiti PAS diperingkat mereka. Apakah tujuan mereka berbuat demikian? Adakah mereka hendak menyakiti kepimpinan dan ahli-ahli PAS yang setia? Adakah kerana mereka tidak faham atau mereka tidak sabar? Untuk menjawab persoalan seperti ini adalah lebih baik kita merujuk kepada Al- Quran. Di sana terdapat banyak panduan untuk dijadikan pedoman dan sempadan. Mari kita lihat sebahagian kisah-kisah mengenai umat terdahulu dan kisah rasul- rasul dan nabi-nabi yang Allah khabarkan kepada kita di dalam Al-Quran. Sebahagian dari kisah-kisah ini adalah pelik dan agak sukar difahami oleh sesetengah orang kecuali bagi sesiapa yang sentiasa membaca, mempelajari, mendalami dan mengkaji ayat-ayat Allah serta dipandu oleh hidayah-Nya akan terkesan dengan kisah-kisah ini. 1) KISAH BANI ISRAEL DENGAN THALUT Kisah ini dirakamkan oleh Allah di dalam surah Al- Baqarah ketika bani Israel memohon kepada nabi mereka Syamwil A.S agar Allah melantik seorang raja untuk memimpin mereka bagi memerangi kaum jabbarin yang menindas mereka yang dipimpin oleh Jalut. Bani israel mula dilanda kekacauan dan jauh dari agama setelah kewafatan nabi Harun, nabi Musa dan nabi Yusya’ bin Nun. Setelah tempoh yang agak lama bani Israel berada dalam keadaan tiada pemimpin, akhirnya setelah didoakan oleh nabi mereka, Allah melantik Thalut menjadi raja mereka sebagaimana dirakamkan dalam ayat 247 Surah Al-Baqarah. Ketika merentasi padang pasir menuju ke Palestin, bani Israel telah terputus bekalan air lalu mereka memohon Thalut agar berdoa kepada Allah. Allah memaqbulkan doa Thalut dan menemukan mereka dengan sebatang sungai di antara Jordan dan Palestin. فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِفَشَرِبُوا هِ مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ (Ayat 249 Surah Al-Baqarah) “Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, ia berkata: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tidak meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka ia adalah pengikutku”. “Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersamanya telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: “Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya”. Orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah, berkata: “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar”. Dalam tafsir Ibnu Kathir, As-Suddi menyebut bahawa jumlah tentera Thalut adalah seramai 80,000 orang manakala Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Al-Barra’ bin ‘azib bahawa yang meneruskan perjalanan untuk berjihad setelah menyeberangi sungai hanyalah 313 orang, iaitu seramai ahli Badar. Sebahagian besar mereka melanggar arahan Thalut dengan minum sepuas-puasnya dan Ibnu Juraij meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa ” barangsiapa yang minum dengan cedokan tangan maka ia akan merasa kenyang dan barangsiapa yang minum langsung dari sungai tersebut tidak akan kenyang selama-lamanya, maka 76,000 orang meminumnya dan yang kekal bersamanya seramai 4,000 orang.” Thalut telah memaklumkan bahawa mereka akan diuji dengan sebatang sungai sebagaimana ayat di atas. Mereka tidak patuh kepada arahan Thalut. Mereka melihatnya sebagai arahan yang tidak masuk akal. Mereka tidak berpuashati kenapakah Thalut mengeluarkan arahan sedemikian. Bukankah air adalah keperluan asas dalam peperangan?! Sepatutnya mereka mengangkut air sebanyak-banyaknya dan bukan hanya meminum secedok tangan sahaja! Dalam kisah di atas Allah memberi pengajaran kepada kita bahawa tidak semestinya sebab-sebab sesuatu arahan atau tindakan pemimpin itu mesti diketahui atau difahami oleh ahli-ahli sebelum ketaatan, wala’ dan thiqah dapat diberikan kepada kepimpinan jamaah yang bertaqwa. 2) KISAH NABI MUSA DAN KHIDHIR Allah mengabadikan kisah mereka ini di dalam surah Al-Kahfi. Kisah ini bermula sepertimana diriwayatkan oleh Ubai bin Kaab bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Bahawasanya nabi Musa sedang menyampaikan ilmu di hadapan bani Israel lalu mereka bertanya “Siapakah manusia yang paling alim?” Dia menjawab “Aku!” lalu Allah menegurnya kerana ia tidak mengatakan “Allahu A’lam”. Kemudian Allah mewahyukan kepada nabi Musa, “Aku mempunyai hamba yang lebih alim dari kamu dan tempatnya di pertemuan dua buah laut.” Musa bertanya, “Ya tuhanku! Bagaimanakah aku dapat bertemu dengannya?” Allah menjawab “Pergilah kamu berjalan (belayar) dan bawalah bekalan seekor ikan masin dan masukkan ke dalam bakul. Di mana ikan itu hilang maka di situlah tempatnya!” (Tafsir Sonhadji) وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَاهُ لَا أَبْرَحُ حَتَّىٰ أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا (Ayat 60 Surah Al-Kahfi) “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika nabi Musa berkata kepada temannya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun”. Nabi Musa bertekad untuk mencari Khidhir dan mengatakan bahawa dia sanggup berjalan bertahun-tahun sehingga menemui Khidhir. Nabi Musa menunjukkan kesungguhannya terutamanya setelah ditegur oleh Allah. فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا (Ayat 61 Surah Al-Kahfi) “Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu.” فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا (Ayat 65 Surah Al-Kahfi) “Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.” Sebaik sahaja nabi Musa bertemu dengan Khidhir, ia berkata; قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا (Ayat 66 Surah Al-Kahfi) “Musa berkata kepada Khidhir: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?” قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (Ayat 67 Surah Al-Kahfi) Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama aku.” Khidhir terus menyebut bahawa nabi Musa tidak mungkin boleh bersabar bersamanya. Apakah sebabnya Khidhir berkata sedemikian? وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا (Ayat 68 Surah Al-Kahfi) “Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?” Khidhir menegaskan bahawa nabi Musa tidak mungkin boleh bersabar bersamanya kerana nabi Musa tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang hal yang ia akan lalui nanti. Setelah mereka berjalan bersama, nabi Musa telah menegur tindakan Khidhir yang pada syariat nabi Musa ianya adalah salah. Khidhir telah menebuk kapal yang dinaiki bersama, membunuh seorang budak tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan dan mendirikan dinding rumah dua orang anak yatim tanpa diminta sebarang upah. Khidhir telah memperingatkan Nabi Musa setiap kali Nabi Musa menegur perbuatannya. قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (Ayat 72 Surah Al-Kahfi) Dia (Khidhir) berkata: “Bukankah aku telah berkata: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku”. قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (Ayat 75 Surah Al-Kahfi) Khidhir berkata: “Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku?” Maka fahamlah kita, apabila kita tidak mempunyai ilmu dalam hal-hal tertentu, kita tidak boleh menerima dan tidak boleh bersabar untuk menghadapinya dan itulah yang sedang berlaku dalam PAS sekarang. Ada Ahli dan bekas pemimpin tidak memahami tindakan yang dibuat oleh Presiden dan Majlis Syura Ulama, mereka tidak akan boleh bersabar sebagaimana yang disebut oleh Khidhir kepada Nabi Musa. Begitu juga dalam kisah Thalut yang memberikan arahan kepada tenteranya yang pada pandangan sebahagian besar mereka arahan tersebut (hanya meminum secedok tangan sahaja) adalah tidak masuk akal. Kisah ini telah mengajar kita agar taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah dan pemimpin jamaah yang telah diamanahkan kepada mereka menjadi Presiden dan MSU walaupun kita tidak memahaminya, apalagi jika pemimpin kita tidak pernah memberikan arahan yang tidak masuk akal. Akhir-akhir ini telah terbukti benarnya keputusan dan arahan Presiden serta MSU, antaranya krisis Menteri Besar Selangor dan memutuskan hubungan dengan DAP yang terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan Presiden kita, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Haji Awang. Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya “Durus fi ‘al-amali al-Islami” dalam bab “Bilakah Akan Wujudnya Hizbullah Yang Sempurna Dan Lengkap?” telah menyebut ; “Maka tugas terbesar untuk mereka yang mencintai islah ialah melahirkan tokoh-tokoh (rijal) yang memiliki sifat-sifat khusus : 1. Ciri-ciri Kepimpinan 2. Ciri-ciri Tokoh Syura 3. Ciri-ciri Jundullah (‘amilin/ahli) Said Hawwa menjelaskan ciri-ciri tersebut sebagaimana berikut: 1. Ciri-ciri khusus Kepimpinan ialah mempusakai sepenuhnya warisan Rasulullah SAW di dalam segala sifat; Amanah, Benar, Tabligh, Fathanah (kebijaksanaan) dan juga di dalam usaha mempelajari Kitab Allah, Sunnah Ar-Rasul dan Tarbiyah Islamiyah. 2. Ciri-ciri khusus Tokoh Syura; Pengetahuan menyeluruh terhadap Kitab Allah dan As-Sunnah disertai dengan kesedaran, pengalaman, kepastian dan pengalaman semasa serta manusianya… 3. Ciri-ciri Jundullah ( ‘amilin, ahli); Kefahaman, Taqwa dan taat; oleh yang demikian maka setiap Rasul telah berkata kepada kaumnya : فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ (Ayat 108 Surah As-Syu’ara’) “maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.” Kesimpulannya, kita sebagai ahli dan pemimpin jamaah Islam mestilah memahami Islam dari sumber yang sahih iaitu dari Al-Quran dan As-Sunnah, bertaqwa dan mentaati pemimpin yang bertaqwa. Kita juga hendaklah memahami sunnah perjuangan Islam dan fitnah-fitnah yang telah dilalui oleh para Rasul, para Nabi dan pejuang-pejuang Islam sebelum kita, agar kita faham dan boleh bersabar serta istiqamah dengan perjuangan Islam. Oleh sebab itulah As-syahid Hassan Al-Banna meletakkan rukun “Faham” sebagai rukun yang pertama dalam Rukun Baiah yang sepuluh. “BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN” Zainuddin Abu Bakar AJK Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS Pusat 15 Zulqaedah 1436, 30 Ogos 2015 Sumber BO - 31-8-2015 Mohon kekuatan kepada Alah sebelum terlambatKUALA LUMPUR: "Mohonlah kekuatan kepada Alah untuk kita melakukan amal soleh sewaktu hidup sebelum terlambat," ujar Ustaz Idris Ahmad. Naib Presiden PAS itu mengingatkan supaya menggunakan peluang hidup sebelum ajal datang mengejut. "Kerana kita sering terdedah dengan mala petaka dan bencana, bila-bila masa sahaja nyawa boleh tercabut. "Saat itu tidak berguna lagi untuk kita berbakti kepada agama Allah SWT," tulisnya menerusi laman facebook. Justeru, beliau mengingatkan agar berbaktilah kepada agama Allah sebelum nyawa berada di hujung halkum dan matahari naik di sebelah barat. Tambahnya, pada ketika itu tidak ada guna lagi untuk kita beramal. Ini, ujarnya sebagaimana gelagat orang yang tidak beriman menyatakan bahawa “Ya Allah kembalilah ke dunia untuk kami beramal soleh dengan apa yang telah kami tinggalkan selama ini”, maksud daripada surah Al-Mu’minun ayat 99-100. - HARAKAHDAILY 29/8/2015 Sumber HD - 29-8-2015 Rakyat resah apabila fajar menyingsingKUALA LUMPUR: Rakyat resah dan semput dada apabila fajar menyingsing. Cerah sahaja matahari harga barang keperluan sentiasa naik, akibat kejatuhan mata wang. Bermula dengan minum pagi, terasa harga barang sudah naik. Ia ditambah dengan masalah yang sedia ada iaitu cukai GST sebanyak 6 peratus sejak 1 April 2015. Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, pekerja di sektor swasta sentiasa resah memikirkan syarikat mereka terpaksa mengurangkan pekerja. "Takut, apabila sampai di pejabat sudah ada notis pemberhentian kerja," ujarnya kepada Harakahdaily. Terbaru, katanya pekerja kilang Naza di Gurun, Kedah yang diberhentikan seramai kira-kira 300 orang. Awal Julai lalu, ujarnya kilang JVC di Seksyen 20 Shah Alam ditutup, pekerjanya ditawarkan skim pemberhentian kerja sukarela (VSS) di mana sebelumnya 6,000 pekerja MAS telah dibuang. "Kita bimbang fenomena ini akan menimbulkan kesan sosial seperti perceraian, penyakit mental akan meningkat, apabila memikirkan kemana mereka hendak bekerja untuk menyelesaikan hutang rumah, kereta dan sebagainya, terutama bagi pekerja yang sudah lanjut umur," ujarnya lagi. Selepas ini pula, kata beliau kadar faedah pinjaman akan dinaikkan. Ini, tambahnya lumrah dalam dunia perniagaan kapitalis akan menaikkan kadar faedah sebagai usaha menampung kos operasi apabila suasana gawat. "Dengan ini sudah tentu akan meningkat kadar inflasi. "Kenapa terjadi demikian, semua gara-gara kepimpinan yang tidak amanah dengan negara dan rakyat," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. Katanya, mereka berbelanja dengan boros, rasuah menjadi makanan harian daripada bawah hingga ke atas yang akhirnya beban terkena kepada rakyat marhaen. - HARAKAHDAILY 28/8/2015 Sumber HD - 28-8-2015
Bijak sungguh pemimpin Umno apabila hendak menyelamatkan kapal yang hendak karam kerana masalah dalaman yang melanda 1MDB. Ia bermula daripada Timbalan Presiden Umno, Naib Presiden Umno, mantan Perdana Menteri dan pemimpin Umno bahagian yang membangkitkan isu ini. Akhirnya Datuk Seri Najib memberi gambaran dan meniupkan sentimen yang menakutkan tentang survival Melayu, jika Umno kalah. Melayu akan menjadi bangsat telah menjadi modal supaya oksigen diberi untuk Umno terus memerintah. Dengan harapan biarlah isu 1MDB yang melibatkan RM42 bilion, wang RM2.6 bilion yang masih menjadi misteri ke dalam akaun Datuk Seri Najib, hutang negara sudah mencecah RM768.1 bilion, ringgit semakin lemah sehingga setengah negara tidak mahu menerima Ringgit Malaysia. Pada pemimpin Umno biarlah apa hendak jadi kepada masa depan negara tidak penting. Pentingnya Umno mesti diselamatkan. Kerana mereka sedar, apabila Umno tumbang yang paling terkesan sekali ialah pemimpin Umno, kerana mereka menjadi jutawan segera selagi Umno berkuasa. Realitinya Melayu merempat angkara daripada pemimpin Umno sendiri yang tidak amanah sepanjang 58 tahun merdeka. Berbagai dasar untuk orang Melayu, persoalannya siapa yang kianati amanah rakyat. Masihkah kita ingat tahun 1985 saham Bumiputera sebanyak RM54 bilion? Royalti untuk Kelantan dan Terengganu masih disekat, bukankah ini negeri Melayu? Apa khabar saham FGV, hampir 100 peratus Melayu, melibatkan keluasan 365,000 hektar. Apa jaminan tanah ini pula tidak tergadai. Berapa banyak tanah rezab Melayu hilang selepas merdeka, pada hal penjajah mewartakan seluas 3 juta hektar. Menjadi kebiasaan, Umno bergaduh kerana kek semakin kecil, manakala yang hendak makan pula terlalu ramai. Ia berpunca daripada keyakinan pelabur sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kerancakan nilai dagang di negara ini. Kayu ukurnya ialah nilai mata wang semakin merudum malahan lebih parah daripada apa yang berlaku di hujung tahun 1990. - HARAKAHDAILY 25/8/2015 Ustaz Idris Ahmad Naib Presiden PAS Sumber TKO - 27-8-2015 SMS Bersih 4: Telefon Idris diceroboh, ramai kena tipuKUALA LUMPUR: "Banyak saya dapat call kononnya SMS daripada saya mengenai himpunan Bersih 4.0," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Beliau memaklumkan perkara itu kepada Harakahdaily petang tadi kerana telefon tangannya diceroboh. Ekoran itu, jelas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu banyak orang tertipu dengan SMS tersebut. Menurutnya, kenyataan rasmi parti berhubung himpunan Bersih 4.0 adalah daripada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sahaja. Takiyuddin dalam kenyataan rasmi yang disiarkan Harakahdaily semalam memberitahu PAS memutuskan untuk tidak mengerahkan ahli serta penyokongnya ke himpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan pada 29 hingga 30 Ogos ini. Beliau menegaskan keputusan itu dibuat kerana PAS sedang dalam persiapan mengadakan satu program besar iaitu Kongres rakyat bpada 12 September 2015 (Sabtu) yang melibatkan ahli dan pimpinan PAS dipelbagai peringkat dari seluruh negara, NGO, parti politik dan orang awam bagi membincangkan pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama dan penyelesaian yang konstruktif. "Maka PAS beranggapan seluruh komitmen sumber dan organisasi parti wajar digerakkan secara menyeluruh pada 12 September ini," ujar Ahli Parlimen Kota Bharu itu. - HARAKAHDAILY 26/8/2015 Sumber HD - 26-8-2015 Manfaatkan umur untuk perjuangan IslamKUALA LUMPUR: "Ketika kita hidup sihat dan kuat maka habiskanlah umur kita kepada perjuangan," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Ini, katanya kerana tidak ada makna hidup tanpa perjuangan. "Apakah erti kita menjadi manusia sekiranya Islam tidak dihayati oleh manusia lain? "Apakah erti kita sebagai khalifah Allah sekiranya kita tidak mempedulikan kepimpinan negara yang khianat kepada amanah rakyat?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Menurut beliau lagi, ini kerana hidup ialah nikmat anugerah Allah kepada manusia. Ia juga, katanya merupakan satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan muka bumi ini. Jelasnya, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: Orang yang terbaik di kalangan manusia ialah orang yang panjang umur dan baik pula amalannya. Justeru, ujarnya manfaatkanlah umur untuk perjuangan Islam kerana setiap detik dan saat akan dihisab di hadapan Allah SWT. - HARAKAHDAILY 25/8/2015 Sumber HD - 25-8-2015 RM2.5 bilion: Alasan Zahid sungguh menakjubkanKUALA LUMPUR: "Rakyat semakin keliru mengenai wang RM2.6 bilion kerana ada yang menjawab wang itu digunakan untuk parti," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Ini, katanya kerana menurut Ketua Umno Bahagian Seri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi wang itu digunakan untuk melawan zionis dan DAP. Tambahnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula memberi tiga sebab kenapa dermawan memberi wang itu iaitu, pertama Malaysia komited dalam mengekang keganasan, kedua kerana Malaysia berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan yang ketiga Malaysia negara Islam sederhana dengan kewujudan masyarakat majmuk. "Kalau ini alasannya, kenapa wang ini dimasukkan terus ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib?" tanya beliau. Sepatutnya, kata beliau wang itu perlu disalurkan terus kepada Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Pertahanan jika benar untuk melawan keganasan. Katanya lagi, kalau benar diberi kerana Malaysia berpegang kuat kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, kenapa wang itu tidak diberikan terus kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk perkembangan yang lebih pesat. Bagi Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, alasan yang diberikan Zahid sungguh menakjubkan. Menurutnya, memang benarlah kerana wang RM2.6 bilion itu, menyusahkan semua orang sehingga nilai Ringgit Malaysia merudum. "Pemimpin Umno yang hendak selamat dan mahu nafas yang panjang perlu mempertahankan bos, walaupun jawapannya boleh menjadi bahan jenaka. "Ertinya kalau awalnya sudah masalah, maka hujungnya juga bermasalah," ujarnya. - HARAKAHDAILY 23/8/2015 Sumber HD - 23-8-2015 Kalau yang dihina itu betul, mungkin itu kifaratNikmat Hidup ialah nikmat anugerah Allah kepada manusia. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan muka bumi ini. Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: “Orang yang terbaik di kalangan manusia ialah orang yang panjang umur dan baik pula amalannya”. Manfaatkanlah umur untuk perjuangan Islam. Kerana setiap detik dan saat akan dihisab di hadapan Allah SWT. Kondusif Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap lembut perwatakannya tetapi tegas pada prinsip. Saya masih ingat apabila ada seorang tokoh agama yang mengatakan bahawa Kelantan tidak kondusif lagi untuk hendak laksanakan Qanun Jenayah Syariah. Beliau dengan tegas menjawab, Kelantan sudah lama kondusif. Beliau tidak pernah berganjak dan bertolak ansur pada perkara prinsip. Fitnah Difitnah dan dihina merupakan perkara yang lumrah kepada seorang yang menjadi pemimpin. Sewaktu dihina jangan kita berdukacita dan kecewa, mungkin itu ujian yang harus diterima. Kalau apa yang dihina itu betul, mungkin itu kifarat Allah atas kesalahan kita. Jika itu fitnah, kita mengharapkan Allah memberi pahala dan biarlah Allah yang menghukum mereka yang melakukan fitnah. Sumber HD - 22-8-2015 Bahasa Inggeris: Tanya pakar bukan bincang rakan niagaKUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Pendidikan menangguhkan syarat wajib lulus mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 satu langkah yang tepat. "Saya telah bangkit perkara itu di Parlimen ketika membahaskan Bajet 2015 supaya kerajaan mengkaji semula peraturan ini kerana ia menzalimi pelajar-pelajar luar bandar terutama Sabah dan Sarawak," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad Ahmad kepada Harakahdaily. Ini, katanya kerana tidak ada persediaan guru yang mencukupi walaupun jawapan daripada pihak menteri mengatakan kementerian akan meneruskan juga. "Kita bukan menentang Bahasa Inggeris, kerana belajarlah apa bahasa pun, sebagaimana maksud hadis Nabi SAW: Belajarlah bahasa orang lain, nescaya akan kamu aman daripada tipu daya, yang kita persoalkan kenapa terlalu gopoh hendak mewajibkan lulus, sedangkan guru-guru tidak mencukupi," ujarnya lagi. Justeru, beliau bertanya apa akan terjadi kepada pelajar yang lulus cemerlang dalam semua subjek tiba-tiba gagal dalam Bahasa Inggeris. "Bukankah ini satu kezaliman?" katanya. Pada 15 Jun 2014, Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching kira-kira 70 peratus daripada 60,000 guru bahasa Inggeris yang menduduki peperiksaan Cambridge Placement Test (CPT) pada pertengahan tahun lepas tidak mencapai tahap memuaskan beliau berkata, sebilangan besar guru hanya mencapai penguasaan bahasa tahap pertengahan, Sound English Proficiency (SEP) dan tahap rendah, Low English Proficiency (LEP). "Kita mengharapkan pihak kementerian ketika hendak membuat pembaharuan biarlah fikir masak-masak dahulu," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi. Menurutnya, jika guru pun tidak mencukupi untuk mengajar Bahasa Inggeris, macam mana pula pelajar diwajibkan untuk lulus. Justeru, tambahnya jangan jadikan para pelajar bahan kajian sehingga mengorbankan masa depan mereka. "Ambillah pandangan pakar pendidikan, bukan pandangan rakan niaga," katanya. Sehubungan itu, beliau mengingatkan kerajaan agar kegagalan PPSMI sepatutnya diambil iktibar dengan hampir RM6 bilion hangus. - HARAKAHDAILY 21/8/2015 Sumber HD - 21-8-2015 Ku Nan lebih hebat daripada MuhyiddinTengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) mendakwa beliau tahu mengenai kedudukan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib. Hebat Ku Nan, beliau hanya Setiausaha Agung Umno sahaja, sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden Umno tidak tahu mengenai status duit tersebut. Kenapa sekarang baru Ku Nan hendak mengaku beliau tahu kedudukan wang ini, setelah menjadi polemik yang besar yang melibatkan beberapa agensi penguatkuasa di negara ini seperti Pejabat Peguam Negara, PDRM, SPRM, Bank Negara? Apa lebih Ku Nan berbanding dengan Timbalan Presiden Umno dan Ahli Majlis Tertinggi yang lain. Banyak yang menjadi tanda tanya mengenai wang ini yang masih tidak terjawab. Siapa yang memberi?. Apakah Bank Negara tidak tahu? Apakah polisi ini tidak terpakai kepada Najib? Berapakah Najib membayar cukai kepada kerajaan. Kenapa Najib tidak digantung tugas untuk membolehkan siasatan? Adakah DS Najib disiasat mengenai akaun peribadi beliau? Isu ini sudah berlalu sebulan lebih sehingga tertubuhnya Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa DS Najib telah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Kalau Ku Nan sudah tahu mengenai duit ini kenapa perlu membazir masa, tenaga dan wang rakyat untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas. Lebih malang lagi, Datuk Rahman Dahlan Pengarah Komunikasi Dan Strategik BN mengatakan sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu. Ini satu perkara yang pelik, kerajaan yang tubuh, tiba-tiba ia anggap tidak sah pula. DS Najib dan pemimpin BN jangan mengambil mudah isu ini. Ini bukan isu Umno, ini isu negara, isu kredibiliti kepimpinan yang memberi kesan kepada perjalanan ekonomi negara. Sanggupkah pelabur untuk datang ke negara ini jika tata kelola tidak betul? Kayu ukurnya, Ringgit semakin menjunam sudah tentu meningkat inflasi dan kos sara hidup kerana negara kita mengimport makanan lebih RM29 bilion setahun. Jangan lupa ramai ahli Umno yang terkesan. - HARAKAHDAILY 18/8/2015 Ustaz Idris Ahmad Naib Presiden PAS Sumber HD - 18-8-2015 Progresif: Kalau tinggal dasar, PAS tak payah lawan UmnoKUALA LUMPUR: PAS sentiasa progresif dalam tindakan dan pemikiran sesuai dengan Islam yang sentiasa menggerakkan penganutnya ke hadapan bukan mundur ke belakang. "Sebab itu PAS banyak melakukan ijtihad politik yang berdasarkan kepada nas syarak," jelas Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, katanya, kalau hendak suruh PAS progresif sehingga meninggalkan asas sebenar, lebih baik PAS daripada awal tidak payah berlawan dengan Umno BN. "Jangan pula kita berhujah, seolah-olah PAS kena melepaskan dari sudut hukum, kalau hendak berpolitik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Ini, kata beliau dengan andaian kalau persoalan agama diambil kira maka sukarlah PAS hendak maju. Menurutnya, mereka menganggap PAS, parti yang tidak sampai ke mana-mana, kerana perjuangan Islam tidak akan diterima. Namun, beliau menegaskan PAS terus berjalan di atas landasan perjuangan yang telah digariskan, tanpa mempeduli apa tuduhan yang dilemparkan. - HARAKAHDAILY 18/8/2015 Sumber HD - 18-8-2015 Ringgit merudum, jangan ikat perut pelajar di luar negaraKUALA LUMPUR: Walaupun nilai Ringgit (RM) merudum berbanding Dollar Amerika (USD), jangan pula memberi kesan kepada pelajar-pelajar ijazah pertama atau ijazah lanjutan yang berada di luar negara sehingga terpaksa mengikat perut. Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan, dalam apa keadaan sekalipun, soal pendidikan, kesihatan dan pertahanan tidak boleh berkompromi. "Bajet lain boleh dikurangkan tetapi tiga sektor ini tidak boleh dikurangkan," ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru, katanya pihak penaja seperti JPA, Mara, Kementerian Pengajian Tinggi, Bank Negara, Amanah Raya, Petronas, TNB, Telekom, Yayasan Negeri, Pejabat Zakat dan lain-lain lagi perlu berusaha untuk memastikan pelajar tajaan mereka tidak terjejas dan terganggu. Beliau menggesa para penaja agar perlu menambah biasiswa dan kos sara hidup sesuai dengan perbelanjaan semasa dan jangan terikat dengan kadar yang lama. "Tidak perlu mengambil langkah untuk memanggil mereka pulang ke universiti tempatan. "Biarlah mereka menghabiskan ijazah mereka tanpa perlu mengganggu kosentrasi dan emosi mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Menurutnya, para pelajar yang dihantar itu adalah mereka yang cerdik dan terpilih, malahan ada kursus yang ditawarkan tidak ada di universiti tempatan. - HARAKAHDAILY 17/8/2015 Sumber HD - 17-8-2015 Prinsip PAS tidak luntur menang atau kalah
KUALA LUMPUR: "Mulianya orang yang hidup berprinsip, hinanya hidup orang yang tidak berprinsip," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Menurutnya, PAS dihormati oleh kawan atau lawan kerana prinsip yang tidak pernah luntur daripada perjuangan sama ada ketika menang atau kalah. Katanya, sebagai sebuah parti politik dan gerakan dakwah sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan semasa.
"Berprinsip bukan bererti kita melampau dalam tindakan sehingga sukar untuk menerima pandangan dan tidak ada ruang untuk berbincang," ujarnya.
Justeru, tambah Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, anjal bukan bermakna orang lain boleh cucuk hidung untuk ikut kehendak orang lain. "Mungkin untungnya ada, tetapi akan mengalami kerugian untuk jangka panjang jika kita tidak berprinsip," katanya lagi.
Sumber PP = 15-8-2015
Nasib malang pegawai perkhidmatan awamKisah tragis berlaku kepada dua orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan inilah secebis kisah pegawai perkhidmatan awam yang mempunyai integriti terpaksa membayar harga yang mahal. Isu penyiasatan 1MDB, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob ditukar serta merta ke Jabatan Perdana Menteri. Alhamdulillah akibat daripada kesedaran dan kemunculan media sosial menyebabkan kedua-dua pegawai itu terpaksa dipindah ke SPRM semula. Pegawai kerajaan mesti berani menjalankan tugas, terutama mereka yang berada di dalam bidang penguatkuasa seperti SPRM, PDRM, Kastam, JPJ, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Pegawai Penguatkuasa Kerajaan Tempatan, Jabatan Perhutanan dan lain-lain agensi. Jangan peduli kepada tangan-tangan ghaib yang mengganggu tugas mereka. Allah dan rakyat sentiasa bersama dengan orang yang amanah. Jikalau ada sebarang arahan daripada 'makhluk asing' untuk membuat sesuatu jangan diikuti, melainkan arahan secara bersurat. Jangan peduli arahan secara mulut, kerana yang binasanya pegawai sendiri apabila siasatan dibuat. Makhluk asing ini akan melepaskan diri. Tragedi yang menimpa kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Aziz Muhamad didapati bersalah terhadap dua pertuduhan menipu dan bersubahat melakukan pecah amanah wang dana projek pembangunan rakyat termiskin (PPRT) berjumlah RM11 juta mesti dijadikan iktibar. Menteri terlepas, yang menjadi mangsa ialah pegawai. Saya yakin majoriti pegawai kerajaan cukup suka untuk berkhidmat di bawah kerajaan yang bersih dan berintegriti. Cuba tanya pegawai kerajaan yang bertugas di bawah kerajaan Kelantan sejak 1990 hingga kini, terutama kepada mereka yang pernah bertugas di bawah kerajaan sebelumnya. Walaupun kita tidak nafikan, kerajaan Kelantan bukanlah sempurna seratus peratus tetapi ia lebih baik daripada kerajaan sebelumnya. Begitu juga pegawai yang pernah bertugas di Terengganu pada 1999-2004 dan Kedah 2008-2013, mereka rasa kelainan antara dua kepimpinan ini. Pegawai yang bertugas di Pulau Pinang dan Selangor pun juga terasa iklim yang berbeza. - HARAKAHDAILY 12/8/2015 USTAZ IDRIS AHMAD Naib Presiden PAS Sumber HD - 12-8-2015 Apakah saya mampu istiqamah hingga akhir hayat?KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengingatkan para pendukung parti agar sentiasa berdoa kepada Allah. "Berdoalah kepada Allah tanpa jemu-jemu agar Allah meneguhkan hati yang berbolak balik di atas agama-Nya dan perjuangannya," nasihat beliau menerusi facebook. Menurutnya, doa merupakan jalan yang terbaik untuk Allah memberi kita istiqamah di dalam perjuangan. Beliau juga mengingatkan agar jangan memandang ringan elemen doa di dalam kehidupan. Ini, jelasnya kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud doa merupakan senjata mukmin. Justeru, beliau gembira menziarahi jenazah pemimpin atau ahli PAS yang beristiqamah di dalam perjuangan. "Saya cukup gembira apabila menziarahi jenazah pimpinan atau ahli PAS yang meninggal dunia kerana beristiqamah di dalam perjuangan hingga akhir hayat," ujar Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat itu. Bagi beliau, mereka telah membuktikan kata-kata dengan amalan. "Terlintas di hati saya, apakah saya juga mampu untuk beristiqamah sehingga akhir hayat saya. Ya Allah kepada-Mu aku memohon kekuatan," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 11/8/2015 Sumber HD - 11-8-2015 Pemimpin khianati rakyat sentiasa diburu ketakutanKUALA LUMPUR: Pemimpin yang khianat kepada rakyat paling takut berada di dalam sistem yang adil, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, katanya jiwa mereka tidak tenang kerana sentiasa diburu ketakutan. "Perasaan malu sudah tiada, apa yang penting nafsu serakah tercapai. Langkah mereka tempang, ucapan penuh dengan dusta," ujarnya menerusi facebook. Tambah beliau, perlakuan mereka tidak waras sehingga boleh menggugat keselamatan rakyat. Menyentuh mengenai istiqamah, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menyatakan ia mestilah dengan ilmu. "Salah satu cara untuk kita istiqamah mestilah dengan ilmu," jelasnya. Menurunya, ilmu yang dibaca dengan nama Allah boleh membezakan antara hak dan batil. "Ia akan mendekatkan diri kepada Allah dan akan membimbing kita ke jalan Allah," ujarnya lagi. Beliau menambah, semakin tawaduk bukan semakin angkuh dengan Allah dan makhluk. "Ia akan memberi kita faham erti agama dan perjuangan. InsyaAllah buahnya ialah istiqamah," katanya. - HARAKAHDAILY 9/8/2015 Sumber HD - 9-8-2015 Siapa pula hendak siasat polis?Jikalau pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun kena disiasat oleh polis atas tuduhan kerana membocor maklumat kes yang SPRM sedang menyiasat. Kalau begitu siapa pula hendak siasat polis jikalau dilaporkan terlibat dalam rasuah. Bukankah kedua-dua agensi ini mempunyai bidang tugas yang tersendiri? Jika ini berlaku ke manakah rakyat hendak mendapat keadilan untuk negara membanteras masalah rasuah. Apakah maklumat yang dibocorkan itu? Sudah tentu SPRM perlu mencari bukti yang kukuh sebelum hendak membawa kes itu ke mahkamah. Apa akan terjadi jika bukti tidak kukuh, apabila disoal oleh peguam bela. Pihak polis setakat ini menyiasat tujuh orang pegawai SPRM dan dua individu berhubung kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah, ketika SPRM sedang menyiasat diganggu oleh pihak polis. Tunggulah sehingga kes ini selesai disiasat. Apa dosa SPRM yang siang malam melaksanakan tugas penyiasatan. Itu pun masih bergantung kepada pejabat Peguam Negara pula untuk meneliti ada atau tidak kes untuk didakwa. Kenapa pihak polis bertindak demikian? Pelik tetapi benar. Inilah yang berlaku di dalam negaraku yang tercinta. - HARAKAHDAILY 7/8/2015 Sumber HD - 7-8-2015 Inilah dilema SPRM nak buat kerja betulKUALA LUMPUR: "Inilah dilema Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hendak buat kerja betul, lepas itu disiasat pula oleh polis," ujar Nab Presiden AS, Ustaz Idris Ahmad. Sehubungan itu, beliau secara sinis mempersoalkan apakah SPRM hanya boleh menyiasat untuk rasuah di bawah pokok atau di kedai kopi sahaja. "Insya Allah, Allah bersama dengan orang yang adil," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Dua hari lepas, Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu. “Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," katanya dipetik portal Malaysiakini. Justeru, Idris memohon kepada Allah agar memberi kekuatan dan ketabahan kepada pegawai SPRM yang menjalankan tugas untuk rakyat. "Hari ini, hari Jumaat sama-sama kita memohon kepada Allah agar memberi kekuatan dan ketabahan kepada pegawai yang menjalankan tugas yang baik untuk negara dan rakyat," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 7/8/2015 Sumber HD - 7-8-2015 Orang sombong tidak boleh pergi jauhKUALA LUMPUR: Orang yang beriman merasakan dirinya kuat walaupun di tangannya tidak ada senjata, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. "Dia menjadi orang yang bercukupan dan kaya walaupun tidak ada timbunan harta, dia menjadi mulia walaupun di belakangnya tidak ada keluarga dan pengikut yang banyak," tulisnya menerusi facebook. Tambahnya, orang yang beriman berdiri teguh walaupun bahtera kehidupan telah bergoncang dan dikepung ombak dari segala penjuru. Sementara itu, katanya orang sombong tidak boleh pergi jauh dalam apa-apa kedudukan sama ada di dalam jamaah atau masyarakat. Menurutnya, tidak ada manusia yang waras boleh menerima seorang yang sombong dan angkuh. "Sikap ini meliarkan manusia untuk menghampirinya," tambah Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi. - HARAKAHDAILY 6/8/2015 Sumber HD - 6-8-2015 Pemimpin BN menyusahkan semua orangKUALA LUMPUR: "Tugas pemimpin negara menyenangkan rakyat, bukan menyusahkan rakyat," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, apa yang berlaku kepada pemimpin BN menyusahkan semua pihak daripada rakyat biasa, SPRM, Bank Negara, Polis, Pejabat Peguam Negara dan anggota kabinet. "Contohnya isu 1MDB, banyak perkara yang selama ini kita tidak tahu, jadi tahu," ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau berkata, rakyat tidak tahu rupanya ada penderma yang bermurah hati memasukkan wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak. Selepas itu, ujarnya terdedah zaman Tun Mahathir Mohamad dahulupun ada sumbangan wang daripada pihak tertentu. Cuma, katanya menurut Pengarah Komunikasi dan Strategi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan, pada masa itu Tun menamakan proksi sehingga sukar untuk menggunakan wang tersebut. Maka, ujar beliau zaman Najib diletakkan atas nama Presiden Umno supaya memudahkan wang itu digunakan. Justeru, menurutnya rakyat terkejut kerana bilangannya agak banyak dan sekarang SPRM juga pening kepala kerana integriti mereka teruji dan dipermainkan. "Berbagai kata-kata dan cemuhan dituju kepada SPRM. Sehingga ada kata-kata, kalau sedikit rasuah corruption, kalau banyak komisyen. Kalau 'by hand' rasuah, kalau "bank in"derma. "Kalau RM100 corruption, kalau juta komisyen, kalau bilion donation," katanya lagi. Menurut beliau, semuanya gara-gara kepimpinan negara hari ini yang menyusahkan semua pihak. "Kita yakin masih ramai pegawai SPRM yang telus dan tegas di dalam menjalankan tugas, tetapi apakan daya, hajat tidak kesampaian, kerana mereka mentimun. "Insan kerdil yang tidak boleh tegak idealisma perjuangan, akhirnya ada yang sakit jiwa," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Begitu juga, kata beliau pihak Bank Negara juga tertekan. Sehubungan itu, beliau mempersoalkan di mana Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. "Bukankah kalau kita rakyat biasa jika ada wang yang mencurigai masuk ke dalam akaun bank, maka pihak bank negara boleh menyiasat, daripada mana sumber ini diperolehi?" tanya beliau. Tanya beliau lagi, kalau wang RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi, apakah tidak ada unsur kecurigaan. "Sekali lagi Bank Negara kempunan!" ujarnya. - HARAKAHDAILY 5/8/2015 Sumber HD - 5-8-2015
Rombakan kabinet, siasatan 1MDB tergendala lagiKUALA LUMPUR: "Adakah Datuk Seri Najib serius hendak selesai masalah 1MDB?" tanya Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, jika Najib serius kenapa melantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Muhammad sebagai Timbalan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Naina Merican (Timbalan Menteri Luar Negeri), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan), Datuk Wilfred Madius (Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi) sedangkan mereka adalah anggota PAC yang dilantik dalam kalangan Ahli Parlimen. "Kita tidak kisah perlantikan dalam anggota kabinet, ini merupakan hak prerogatif seorang Perdana Menteri. "Tetapi ia menjadi tanda tanya kenapa mereka ini dilantik ketika isu 1MDB hangat diperbincangkan oleh semua pihak sehingga isu ini merupakan salah satu sebab Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri," ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, jika Najib benar-benar serius untuk meredakan keresahan rakyat sepatutnya biarlah selesai dahulu PAC menjalankan amanah rakyat. Tambahnya, dengan pelantikan mereka, jawatankuasa PAC tidak boleh bersidang, sehingga berlaku pelantikan baru pada sidang Parlimen 19 Oktober ini. Kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, sepatutnya PAC dijadualkan mengadakan prosiding pada 4, 5, 6, 17 dan 18 Ogos ini berkaitan 1MDB. Pada hari ini, ujarnya pengarah eksekutif kumpulan Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim tidak akan menghadiri prosiding inkuiri PAC esok, walaupun jawatankuasa Parlimen itu terdahulu hari ini mengatakan ia akan diteruskan. Menurutnya, dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, syarikat pelaburan negara itu mengatakan ia menerima makluman rasmi daripada setiausaha Parlimen mengatakan prosiding itu ditangguhkan ke tarikh yang akan ditentukan kemudian. "Sebelum ini mereka berdua juga gagal untuk menghadiri prosiding 1MDB kerana berada di luar negara. Apalah nasib malang PAC," ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/8/2015 Sumber HD - 3-8-2015 Pandangan yang merosakkan masa depan partiKUALA LUMPUR: Jika ada berpandangan bahawa tarbiah tidak penting suatu perkara yang menyeleweng di dalam perjuangan, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. "Jika ada yang berpandangan sedemikian maka ini akan merosakkan masa depan parti," ujarnya. Menurut beliau, musibah akan menimpa kepada jentera parti, kerana tidak ada siapa yang rela untuk mewakafkan diri kepada jentera parti. Ini juga, katanya kerana tidak ada rasa satu kewajipan untuk menggerakkan kerja jamaah. Beliau turut menyentuh mengenai manusia yang jahil dalam bidang agama atau keduniaan yang akan menjadi penyokong tegar kepada penguasa yang zalim dan menjadi pendinding kepada pemerintah untuk menegakkan kuasa. Menurutnya, mereka diumpan dengan sedikit walaupun menderita berabad lama-lamanya. "Hati mereka gelap kerana disumbat dengan benda dan dijauhkan dengan ilmu. Tugas kita berdakwah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 3/8/2015 Sumber HD - 3-8-2015 Sombong Meruntuhkan Jamaah
Sombong sifat iblis, tawaduk sifat para Nabi-nabi. Iblis dihalau daripada syurga kerana sombong dan angkuh tidak mahu menurut Nabi Adam AS. Kerana Adam dijadikan daripada tanah, beliau dijadikan daripada api. Akhirnya iblis dihalau daripada syurga kerana keangkuhannya. Allah merakamkan di dalam al-Quran bermaksud : Allah berfirman " Apakah yang menghalangmu sehingga kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Allah menyuruh mu (iblis) menjawab "aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api , sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah" Nabi SAW juga memberi amaran bahawa "Tidak akan masuk syurga siapa yang memliliki di dalam hatinya sifat sombong"
Sifat mazmumah ini tidak kenal siapakah individu tersebut, samada ulamak atau bukan ulamak, kaya atau miskin, cerdik atau jahil. Penyakit ini meninggalkan kesan yang paling merbahaya kepada individu dan jamaah.
Betullah pesanan Nabi kepada kita supaya jangan bersifat sombong. Lebih- lebih lagi kita di dalam jamaah jangan ada sifat sombong dan angkuh terutama sesama ahli dan orang ramai. Sombong sesama ahli akan merenggangkan ukhwah dan melemahkan gerak kerja parti. Tidak ada siapa di dalam jamaah suka kepada individu yang sombong. Jika sikap sombong di luar jamaah, lagi parah. Orang sombong sukar untuk didekati, orang tawaduk senang didampingi. Macam mana kita hendak sebarkan pengaruh PAS ke luar jika individu PAS bersikap sombong dengan orang ramai. Islam akan tersebar apabila da'inya tawaduk dan tidak sombong. Siapa hendak dekat dengan kita jika persepsi awal sudah dbentuk sehingga menjauhkan orang ramai dengan dakwah kita. Kerana sombong akan dipalingkan daripada melihat kebenaran. Firman Allah SWT yang bermaksud : " Aku akan memalingkan ( hati) orang-orang yang sombong dan takabbur dimuka bumi dengan tiada alasan yang benar" (Al-A'raf:146) Nauzubillah, moga terhindar kita daripada penyakit ini kerana bimbang kebenaran dilindungi dengan takabbur. Perkara inilah yang paling ditakuti kerana ia boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Sombong berpunca daripada dirinya merasa lebih daripada sahabat seperjuangan dan meninggikan dirinya ke atas mereka. Merasakan dirinya sempurna, orang lain semuanya lemah dan kurang. Seolah-olah dirinya tidak ada cacat cela. Jika di dalam mesyuarat memaksa pandangan beliau diterima. Jika ahli mesyuarat menolak ia tetap berdegil dengan pandangannya. Sebarang pandangan ahli mesyuarat diperlekeh begitu sahaja. Bangga dengan keilmuan dan kepetahannya. Menjatuhkan maruah dan darjat orang lain dengan ungkapan yang tidak sedap di dengar. Tidak suka bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengan beliau. Bersikap memilih kawan yang tertentu. Orang kenamaan dan kaya menjadi pilihan. Sukar untuk menegur orang lain, walaupun dia kenal individu tersebut. Berjalan di dalam keadaan sombong dan bongkak, seolah-olah dunia dia yang punya. Oleh itulah di dalam manhaj usrah PAS menitik berat soal penyakit sombong, supaya penyakit ini tidak menular di dalam jamaah. Ia amat merbahaya kepada jamaah. Meliarkan orang daripada PAS, ia bukan menjinakkan orang ramai. Penekanan sudut ini amat penting kepada setiap individu, terutama mereka yang bergeelar pemimpin. Godaan iblis amat kuat kepada mereka yang bergelar pemimpin. Cara hendak merawat penyakit ini: 1. Sering muhasabah diri, kerana ini lebih tepat. Kita sendiri yang lebih mengetahui daripada orang lain tentang kelemahan dan kekuatan diri. 2. Banyak membaca kisah- kisah Nabi dan Sahabat yang bersikap tawaduk walaupun mereka adalah orang terpilih di atas dunia ini. 3. Mengetahui hakikat tawaduk dan bahayanya penyakit sombong. 4. Menginsafi diri jika kita merasa diri kita hebat, ada lagi orang lain lebih hebat daripada kita. 5. Jauhlah diri daripada berkawan dengan orang yang berpewatakan sombong, kerana ia akan mempengaruhi cara hidup kita. 6. Lihatlah ahli-ahli PAS diperingkat bawah, mereka ikhlas dan mempunyai jiwa yang besar walaupun mereka ini manusia yang tidak dikenali di bumi tetapi dikenali di langit. Janganlah kita sombong dengan mereka. Kadang- kadang kehebatan kita kerana hasil pengorbanan yang mereka lakukan untuk PAS. 7. Pergiatkan tarbiah fardiah melebihi daripada tarbiah secara berjamaah. Kerana tarbiah fardiah ia berterusan tanpa perlu menunggu program yang diatur oleh parti. 8. Railah kelemahan sahabat yang bekerja di dalam jamaah, bukan mengherdik dan mencerca mereka jika sedikit kesilapan yang dilakukan. Kesimpulannya, tidak layak kita di dalam jamaah bersifat sombong. Ini bukan akhlak Islam yang diajar oleh Nabi kita Muhammad SAW. Sifat ini merugikan jamaah dan individu itu sendiri. Kita perlu berusaha untuk membersihkan diri dari penyakit tadi, bahkan mereka juga berkewajipan mengambil langkah-lankah perlu bagi melindungi dirinya. Seandainya perkara ini diabaikan dan tidak diubati maka sudah pasti ia akan bersarang di dalam diri, sehingga sukar untuk diubati. Disusun dan disampaikan oleh, Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad Dalam Liqa' Al-Fikri PAS Kedah Kali pertama sesi 2015/2017 31 Julai 2015/15 Syawal 1436 Di Kompleks PAS Kedah.
Sumber PP - 1-8-2015
Tak pernah tanya apa PAS boleh beri kepada merekaKUALA LUMPUR: Ahli PAS sanggup menghabiskan harta dan wang ringgit demi perjuangan parti, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. "Mereka tidak pernah bertanya apa yang PAS boleh beri kepada mereka," ujarnya. Beliau berkata, tidak ada di dalam hati mereka untuk menjadi calon, ahli majlis, ketua kampung dan seumpamanya. Menurutnya, mereka hanya mahu Islam ditegak sebagai cara hidup yang lengkap. "Jangan pula setelah menang kita kata ini hak peribadi. Kecil hati mereka," tambah Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. - HARAKAHDAILY 31/7/2015 Sumber HD - 31-7-2015 PAS tidak boleh bertahan jika sebagai parti politik sahajaKUALA LUMPUR: "PAS tidak boleh bertahan lama jika hanya bergerak sebagai sebuah parti politik sahaja," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Menurutnya, PAS mampu bertahan sejak tahun 1951 kerana ia juga bergerak sebagai sebuah gerakan Islam yang tidak kira musim dan masa. "Ia bukan bergerak pada musim pilihan raya sahaja, tetapi sepanjang masa," ujarnya menerusi laman facebook. Beliau berkata, apabila tutup peti undi pada hari pilihan raya, PAS terus menjalankan aktiviti dakwah dan tarbiah secara berterusan. "Jamaah kita mesti kuat dan tersusun," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. Justeru, ujar beliau ahli dan pemimpinnya pula mesti berusaha untuk melengkapkan diri sebagai seorang yang berperibadi mulia dan cakna kepada permasalahan rakyat. Ini, katanya kerana apabila parti kuat akan dihormati kawan dan lawan. "Jika parti kita kuat, kawan dan lawan akan menghormati kita. Jika berlaku sebaliknya, kita akan hilang izzah pada pandangan masyarakat," tambahnya. - HARAKAHDAILY 30/7/2015 Sumber HD - 30-7-2015 Muhyiddin 'terpelanting' bahana 1MDBKUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin 'terpelanting' daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dikaitkan dengan isu 1MDB. Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini kerana Muhyiddin dianggap terlalu lantang mengkritik 1MDB. "Terbaru beliau bercakap di dalam perjumpaan dengan Umno Cheras dan diviral dalam media sosial. "Beliau menimbulkan beberapa persoalan mengenai 1MDB yang masih misteri, walaupun beliau anggota kabinet," ujarnya kepada Harakahdaily. Walaupun, katanya kumpulan penyiasat tidak lagi selesai menyiasat berhubung 1MDB sementara PAC pula belum lagi menyelesaikan tugas penyiasatan. Dalam pada itu, tambahnya dakwaan wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib masih tidak terjawab sebaliknya akhbar The Edge pula digantung. Katanya, setakat hari ini sudah empat Timbalan Perdana Menteri yang tidak menjadi Perdana Menteri kerana tidak selari dengan orang nombor wahid yang bermula dengan Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Muhyiddin. Menurutnya, pemecatan Muhyiddin akan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang terus bertanya mengenai dana awam yang terlalu besar tetapi kesannya rakyat yang terkena. "Yakinkah para pelabur jika senario ini masih tidak terjawab? Apakah kesudahan negara kita, ditambah pula dengan nilai ringgit semakin merudum?" tanya belau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Tambahnya, tekanan hidup dengan kenaikan kos sara hidup setiap hari terbeban akibat GST, kenaikan harga petrol dan lain-lain. Sementara itu, Muhyiddin dalam satu kenyataan menerima keputusan Perdana Menteri menggugurkannya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Katanya, selama berkhidmat, beliau sentiasa mendukung semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri. "Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. "Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha," ujarnya. Timbalan Presiden Umno, ujarnya beliau akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada dan mencurahkan khidmat bakti demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada Umno. - HARAKAHDAILY 28/7/2015 Sumber HD - 28-7-2015 Inilah sejarah yang tercatat dalam PAS - IdrisKUALA LUMPUR: Islam marah kepada orang yang melampau dalam tindakan kerana Islam suka kepada kesederhanaan. Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, sikap melampau nafasnya tidak panjang di dalam perjuangan. Menurutnya, apabila cita-citanya tidak tercapai akhirnya kembali ke pangkuan parti yang mereka musuhi selama ini. "Inilah sejarah yang tercatat di dalam PAS," ujarnya. Menerusi tulisan di facebook, beliau menyatakan sememangnya kita lupa apa yang dinasihatkan kepada orang lain. "Memang kita lupa apa yang kita nasihat kepada orang lain. Tetapi orang lain ingat apa yang kita ungkapkan. "Marilah kita melatih diri kita supaya bercakap dari keluhuran hati, baru ia memberi bekas kepada diri kita dan juga kepada pendengar," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Bagaimanapun, beliau mengakui memang sukar untuk berbuat demikian. "Saya akur memang susah, tetapi ini satu kewajipan kepada kita," ujar beliau seterusnya. - HARAKAHDAILY 28/7/2015 Sumber HD -28-7-2015 The Edge digantung, maklumat tidak boleh gantungKUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri yang telah menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan mulai 27 Julai dianggap sia-sia sahaja. "Ia tidak memberi kesan apa-apa di zaman langit terbuka," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, kerajaan hanya boleh sekat melalui akhbar cetak tetapi tidak bermaya untuk menyekat maklumat di alam maya. "Lebih berkesan kerajaan kena saman akhbar tersebut jika maklumat itu palsu atau fitnah dan bawa ke pengadilan," ujarnya. Tambahnya, ini satu isu yang besar dan The Edge mesti mempertahankan kredibiliti akhbarnya. Kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, jika maklumat yang diberi itu fitnah, ia akan memberi kesan kepada laporannya akan datang. Menurutnya, selama ini ia menjadi rujukan kepada mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan. "Di sinilah perlunya kerajaan Malaysia mesti menunjukkan keberanian dan membuktikan dengan hujah bukan dengan tindakan menggantung akhbar tersebut, sehingga menjadi tanda tanya dalam kalangan rakyat," ujarnya. Beliau berkata, menjadi sifat manusia memang suka hendak mencari suatu yang orang lain larang. "Bijakkah kerajaan menggantung The Edge? "Dunia sedang memerhati negaraku Malaysia. Jangan korbankan masa depan rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY 27/7/2015 Sumber HD - 27-7-2015 Semoga Allah kekal saya bersama PASPAS mentarbiah saya erti hidup dan perjuangan. Memahamkan saya Islam yang syumul. Mendidik saya untuk cintakan ilmu dan membetulkan akhlak yang buruk. Mendidik saya untuk cakna kepada orang miskin dan golongan mustad'afin. Memperkenalkan saya tentang tingkah laku masyarakat. Memberi peluang kepada saya mendekati berbagai lapisan masyarakat yang jahil, cerdik, fasiq, dan warak. Semenjak sekolah rendah saya kenal PAS. Semasa di universiti walaupun di sana ada Abim, IRC, Tabligh, Arqam, Abim Perlis, PAS tetap menjadi pilihan walaupun PAS dianggap dagang ketika itu. Sewaktu menjadi pensyarah ITM saya memegang jawatan Exco Pemuda PAS Malaysia. Sekarang umur pun sudah 52 tahun, dekat lubang kubur. Semoga Allah kekal saya bersama dengan PAS. Biarlah menjadi motivasi anak cucu saya untuk meneruskan wadah perjuangan PAS. - HARAKAHDAILY 23/7/2015 Sumber HD - 23-7-2015
Orang yang tuduh TG Presiden hendak masuk UMNO dan PAS hendak bergabung dengan UMNO, cuba tengok adik beradik, Ibu bapa, mertua, menantu, ipar, rakan niaga tak ada UMNO ka ? Sudah berdakwah ka ? Apa usaha yang telah dibuat. Kalau keluarga terdekat pun tidak pernah diajak, jangan pula tuduh orang lain teringin dengan UMNO. Nanti orang kata keluarga awak pun ramai UMNO, apa yang telah awak usahakan. Nabi SAW berusaha dakwah keluarga yang terdekat dahulu. Cerminkan diri dahulu sebelum tuduh orang lain. Jangan kuman seberang laut nampak, gajah terbeliak depan mata tidak nampak. Setakat yang saya tahu TG Presiden dan anak menantunya dan keluarga terdekat tak adalah dari kalangan UMNO. "Renungan akhir Ramadhan." Ust Hj. Idris Ahmad 29 Ramadhan 1436H / 16 Julai 2015M Khamis Sumber TKO - 18-7-2015 Cermin diri dahulu sebelum tuduh orang lainOrang yang tuduh TG Presiden hendak masuk Umno dan PAS hendak bergabung dengan Umno, cuba tengok adik beradik, ibu bapa, mertua, menantu, ipar, rakan niaga tak ada Umno ka. Sudah berdakwah ka. Apa usaha yang telah dibuat. Kalau keluarga terdekat pun tidak pernah diajak, jangan pula tuduh orang lain teringin dengan Umno. Nanti orang kata keluarga awak pun ramai Umno, apa yang telah awak usahakan. Nabi SAW berusaha dakwah keluarga yang terdekat dahulu. Cerminkan diri dahulu sebelum tuduh orang lain. Jangan kuman seberang laut nampak, gajah terbeliak depan mata tidak nampak. Setakat yang saya tahu TG Presiden dan anak menantunya dan keluarga terdekat tak adalah dari kalangan Umno. Renungan akhir Ramadan. Ustaz Idris Ahmad 29 Ramadhan 1436/ 16 Julai 2015 Sumber HD - 16-7-2015 Lafaz baiah calon PAS menggerunkan bila dibacaInilah lafaz Bai'ah setiap calon PAS sebelum bertanding di dalam pilihan raya. "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihanraya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat". Pengalaman saya memang menggerunkan apabila lafaz ini dibaca. Ya Allah engkau peliharalah hati aku. Saya memohon mereka yang membaca catatan dhuha saya, agar berdoa kepada Allah supaya Allah memberi kekuatan kepada saya untuk beramal apa yang saya tulis. Saya takut, saya tidak beramal dengan apa yang saya tulis. Memang tulis dan cakap amat mudah. Tetapi apabila diuji, baru kita tahu diri kita sebenarnya. - HARAKAHDAILY 15/7/2015 Sumber HD - 15-7-2015 Perjuangan Islam tidak semudah ABCPerjuangan Islam tidak semudah ABC. Ia tidak cukup dirangka di dalam bengkel strategik yang penuh dengan teori, tetapi belum tentu boleh dilaksanakan di medan lapangan. Ia memerlukan ketekunan dan mujahadah yang tinggi di kalangan pemimpin dan pendukung. Gangguan dalaman dan luaran merupakan sunnah perjuangan. Tetapi dengan keberkatan bersama jamaah ia dapat diatasi dengan baik. Inilah PAS. Tenang. Apa lagi yang kita hendak cari di dalam hidup ini selain daripada nikmat ketenangan. Berapa ramai manusia yang memiliki gedung kekayaan tetapi tidak memperolehi ketenangan. Berapa ramai yang berada di puncak kuasa, namun tidak juga memperolehi ketenangan. Semoga Allah berikan ketenangan kepada kita. Sumber HD - 11-7-2015
KUALA LUMPUR: Pergolakan dalam PAS yang belum menampakkan tanda-tanda pemulihan boleh diselesaikan sekiranya pihak yang terlibat dengan usaha mewujudkan parti baru kembali ke landasan asal perjuangan dengan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata walaupun tewas pada pemilihan parti yang berlangsung Jun lalu ia bukan alasan untuk keluar PAS dengan menebus kekecewaan menubuhkan sebuah parti baru.
Tambah beliau, bekas Timbalan Presiden PAS Allahyarham Hassan Shukri adalah contoh pemimpin yang perlu diikuti anggota parti yang kekal dengan perjuangan meskipun mengalami kekalahan.
"Mungkin orang yang cakap begitu orang yang tak pernah melihat bagaimana sejarah pertandingan dalam PAS.
"Kalau ingat ketika Allahyarham Datuk Hasan Shukri yang kita anggap sebagai otai dan senior dalam PAS, dia merupakan individu yang terlibat dalam PAS selepas balik dari luar negara dan mempunyai kelulusan BA waktu itu," katanya dalam temubual bersama Antarapos.
Sebaliknya beliau beranggapan masalah dalaman yang berlaku dapat diselesaikan, namun sifat keikhlasan, kejujuran dan meletakkan agenda parti melebihi agenda peribadi menjadi kunci penyelesaian masalah itu.
"Waktu itu kerja mencari kita bukan kita mencari kerja tapi dia sanggup untuk mengorbankan masa depan dia bersama-sama dengan PAS dan bekerja dengan PAS.
"Ketika itu kalau tak silap saya gaji RM250 sahaja yang anak-anak dia makan atas hasil itu dan sebagainya," katanya.
Idris berkata demikian bagi mengulas mengenai sesetengah pemimpin yang kalah terutama dari kumpulan progresif, yang masih mengkritik kepimpinan PAS secara terbuka walaupun pemilihan sudah sebulan berlalu.
Selain itu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dianggotai sebilangan ahli PAS bakal bergabung dengan kumpulan bekas pimpinan parti itu dinamakan G18 dalam usaha menggerakkan penubuhan sebuah parti baru.
Sebelum ini PasMa yang diterajui Datuk Phahrolrazi Zawawi mengumumkan untuk menubuhkan sebuah parti politik baru bagi menggantikan peranan PAS dalam pakatan pembangkang.
Rentetan daripada itu, beberapa pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti berhasrat membentuk sebuah gerakan dikenali G18 yang diketuai bekas timbalan presiden Mohamad Sabu.
Kumpulan itu dikatakan akan mengadakan jelajah di seluruh negara, mempromosi kempen mereka untuk satu politik ‘Harapan Baru’ atau ‘Harapan dan Impian Baru’ selepas sambutan Aidilfitri.
Contohi keikhlasan Allahyarham Hassan meskipun tewas kepada orang baru
Ujar Idris lagi, Hassan yang pernah memegang beberapa jawatan utama dalam PAS tidak berasa kecewa apabila tewas kepada Nasharudin Mat Isa dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden pada 2005.
"Dia merupakan orang yang senior dalam PAS malahan dia lebih senior daripada Allahyarham presiden sebelum ini tiba-tiba dia kalah pemilihan Timbalan Presiden dengan orang yang agak junior iaitu ustaz Nasharudin Mat Isa," katanya.
Sebaliknya jelas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Hassan kekal bersama PAS dengan menunjukkan asas perjuangannya tidak pernah berubah serta ikhlas dalam setiap tindakan yang diambilnya.
"Alhamdulillah dia boleh tunjuk komitmen yang baik, lepas kalah pemilihan esoknya dia turun bersih markas dan sebagainya biasa sahaja.
"Kemudian orang lantik dia sebagai jawatankuasa, kalau fikir nak merajuk saya pun belum tentu sampai tahap demikian," katanya.
Justeru tegas Idris, semangat tersebut perlu disemai dalam setiap ahli PAS selain bergerak sebagai satu pasukan dan tidak mempunyai sifat mementingkan diri semata-mata kerana mengejar jawatan.
"Tapi kita anggap ini satu perkara yang pada saya mengajar kita bagaimana bentuk pengorbanan, mungkin saya boleh cakap begitu sebab saya belum pernah alami macam dia.
"Tapi dia telah buktikan bagaimana bentuk keikhlasan yang ada pada dia dalam perjuangan sehingga sanggup menjadi khadam atau orang biasa daripada orang senior kalah dengan orang junior," katanya. - AntaraPos
Sumber TKO - 8-7-2015
Mustahil polis tidak kenal pengacau majlis DAPKUALA LUMPUR: Tindakan 100 orang penyokong sebuah parti politik yang menyerang majlis sesi ramah mesra DAP dengan orang Sabah dan Sarawak di Taman Megah Ria Masai, Johor kelmarin memang patut dikutuk. Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, politik ganas dan tidak bertamadun seperti itu tidak sepatutnya subur di negara ini. "Sepatutnya kalau tidak puas hati kena buat majlis lain dan jawab balik siri penerangan ini. Hujah mesti dijawab dengan hujah bukan dengan gangguan," ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, pihak polis kena bertindak dan menyiasat mereka yang terlibat dalam tragedi ganas itu. Bagi Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mustahil polis tidak kenal wajah-wajah yang terpampang dengan jelas. "Jika himpunan aman yang dihadiri oleh ratus ribu polis boleh kenal muka yang terlibat. "Bukankah polis Malaysia, polis yang cekap?" ujarnya sinis. Justeru, tegasnya PAS mengingatkan kepada semua parti politik jangan mempermainkan isu agama dan kaum di negara ini kerana ia merupakan isu yang sensitif. "Hormatlah keharmonian dan kedamaian yang sedia ada supaya iklim politik negara jangan dipanaskan," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 7/7/2015 Mengapa cakap mengikut nafsu?KUALA LUMPUR: Apa yang dibicarakan di dalam Al-Quran akan berulang kembali di sepanjang zaman, cuma watak dan nama sahaja yang berbeza. "Kita mesti berusaha untuk memastikan ciri-ciri orang yang beriman seperti apa yang dilakar di dalam Al-Quran akan terpancar di dalam diri kita. "Mesti minta Allah melindungi kita daripada ciri-ciri orang yang mengingkari perintah Allah SWT," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook. Menurutnya, manusia akan hidup di dalam keadaan meraba-raba apabila berpaling daripada Al-Quran. Tambahnya, ia menjadikan hidup serba tidak kena, cakap mengikut nafsu dan kadang-kadang akal mendahului wahyu. "Kita tidak resah di dalam hidup jika sering berdamping dengan Al-Quran kerana ia menjadi penawar yang mujarab. "Semoga roh Al-Quran menerangi kita di dalam hidup untuk terus berjuang," ujarnya. - HARAKAHDAILY 6/7/2015
Sumber HD - 6-7-2015
Naib Presiden PAS Idris Ahmad (gambar, kiri) menyarankan media tidak memecahbelahkan pimpinan PAS dengan mengapi-apikan sesama mereka, apatah lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini. Idris berkata demikian kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di akhbar Utusan yang dilihat seperti mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilanda skandal terkini susulan pendedahan Wall Street Jounal (WSJ). "Pergi tanya dia (Haron) betul atau tidak betul. The Malaysian Insider kalau nak mencanangkan kepimpinan tidak baik pada bulan puasa ini, tak elok," katanya. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga mencadangkan Najib menyaman WSJ sekiranya terdapat maklumat yang tidak benar berhubung laporan tersebut. "Laporan WSJ kalau ada apa-apa perkara yang tidak betul, pihak Najib perlu saman kerana itu satu tuduhan besar pada dia," katanya. PAS hari ini dilihat mempertahankan Najib daripada pendedahan WSJ mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memetik Haron yang menyifatkan dakwaan WSJ itu tidak logik dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dulu. Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, dia akan menggunakan akaun sulit dan bukannya menerusi akaun peribadi. "Oleh itu, saya merasakan laporan itu mesti disiasat kebenarannya sama ada benar atau tidak. "Jika sebelum ini banyak laporan dikaitkan dengan perdana menteri dan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tetapi setelah dijelaskan satu persatu, banyak berita didapati tidak benar," katanya dipetik akhbar itu, hari ini. Idris berkata, artikel terbabit dianggap tuduhan berat kerana boleh menjejaskan ekonomi negara menerusi kehilangan kepercayaan dalam kalangan pelabur. Sumber TKO - 5-7-2015 Ya Allah, sudah separuh RamadhanYa Allah masa bergerak begitu pantas, sudah separuh Ramadhan kita menunaikan puasa. Terasa sekejap sahaja masa berjalan. Inilah tanda akhir zaman kerana dunia sudah hendak kiamat. Apakah kita sudah bersiap untuk menghadapi hari yang dahsyat, manusia yang bertempiaran sesama sendiri? Hanya bekal amal yang akan menyelamatkan kita bersama. Insya Allah sama-sama kita gandakan amal kita dan pacukan perjuangan kita agar ia menjadi penyelamat. Dosa Jangan biarkan hati kita keras akibat dosa yang kita lakukan. Dosa ibarat bom yang boleh meruntuh dinding ketaatan kepada Allah dan diganti dengan nafsu jahat sehingga tertutup pintu kebenaran. Kita boleh meneliti diri kita, jika kita berat hendak membuat makruf dan suka kepada maksiat, maka kita perhatikan apakah dosa kita dengan Allah SWT. Sumber HD - 3-7-2015 Minyak naik: Ke mana pergi subsidi bahan api?KUALA LUMPUR: Naib Preside PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, pengumuman kerajaan bahawa harga minyak naik lagi mengikut harga pasaran adalah formula bagi membolehkan kerajaan tidak lagi mahu memberi subsidi bahan api. "Ini bererti kerajaan akan melepaskan tanggungjawab sosial dengan dibeban kepada rakyat," ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan bermula semalam menjadikan harga runcit petrol RON95 naik 10 sen kepada RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak 20 sen kepada RM2.55 seliter. Menurutnya, kerajaan perlu sedar dengan kenaikan harga petrol akan memberi kesan berantai kepada harga barang keperluan harian yang sememangnya rakyat sedia terbeban dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). "Persolan yang timbul ke mana pergi subsidi petrol, diesel dan gas hampir RM20 bilion setiap tahun?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Sepatutnya, ujar beliau kerajaan perlu membuat perancangan yang lebih teratur sebagai persediaan mengenai harga bahan api yang tidak menentu setelah kerajaan melaksanakan agenda rasionalisasi subsidi terutama memperbaiki pengangkutan awam di negara ini. "Sedangkan pengangkutan awam tidak efisyen, ini memaksa rakyat mengguna kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja. Masalah tempat parking di stesen LRT tidak cukup," ujarnya lagi. Tambahnya, perkhidmatan bas antara stesen dan kawasan perumahan begitu lemah yang semuanya memaksa rakyat berkenderaan sendiri ke tempat kerja dengan menggunakan petrol. Beliau berkata, sebelumnya rakyat dibeban dengan kenaikan harga insurans kenderaan, kemudian ditimpa dengan GST pula. "Rakyat jadi pening, apa tugas kerajaan untuk kesejahteraan rakyat?" tanya beliau. - HARAKAHDAILY 2/7/2015 Sumber HD - 2-7-2015 Tidak nampak kelemahan sendiri tanda hati kotorKUALA LUMPUR: "Apabila hati kotor apa sahaja orang buat semua tidak betul. Yang baik nampak buruk, yang buruk nampak baik," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, katanya patutlah pembersihan hati merupakan agenda penting di dalam tarbiah. Menurutnya, tanda hati seorang kotor apabila kesalahan orang lain kita nampak, kelemahan diri kita tidak nampak. "Kita berpuasa kerana kita beriman ia merupakan perintah Allah SWT walau pun sepintas lalu ia merupakan amalan yang memenatkan dan menyiksa tubuh badan," ujarnya menerusi laman facebook. Begitulah juga, jelasnya dengan perjuangan Islam, dianggap kerja yang membazir masa, tenaga dan meletakkan diri ke kancah kerosakan jika kita tidak pandang dengan Iman kepada Allah SWT. Menurut beliau lagi, jika di bulan Ramadhan pun perangai buruk tidak berubah maka kita perlu muhasabah apakah matlamat puasa kita tercapai atau tidak. "Mungkin kita sukar untuk menjadi manusia terbaik sepanjang tahun, sekurang-kurangnya Ramadhan boleh diminimumkan akhlak buruk sebagai permulaan yang baik," ujar beliau. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berharap semoga Ramadhan menjadikan permulaan yang baik untuk kita melakukan perubahan. - HARAKAHDAILY 1/7/2015 Sumber HD - 1-7-2015
KUALA LUMPUR - Pas mengambil sikap untuk tidak memberi sebarang respons terhadap ura-ura yang menyebut tentang 'kemunculan' Pakatan 2.0 yang dikaitkan dengan pemimpin progresif Pas yang menggelar diri mereka G18 selepas hari raya nanti. Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, sehingga hari ini cerita menubuhkan Pakatan 2.0 masih belum jelas. "Kita tak boleh kata apa lagi sebab tak lahir lagi. Dah lahir nanti baru boleh respons. Setakat ini kita pun tak tahu sebab tidak ada lagi pertubuhan baharu itu. Kita pun tak tahu nak ukur bagaimana. Kadang-kadang yang pergi dengar itu mungkin orang Pas lagi yang mahu tahu, macam Pasma dulu lah. Sebab itu kita tak boleh beri komen apa," katanya kepada Sinar Online, hari ini. Selasa laluu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkongsi gambar sekitar majlis berbuka puasa bersama pimpinan DAP dan Pas menulis bahawa, "walaupun keputusan Muktamar Pas untuk putus hubungan dengan DAP telah mematikan PR, tetapi malam ini (23 Jun) nampaknya beri harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0." Sementara itu, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dipetik sebuah portal mengesahkan pertemuan malam tadi sambil menyifatkan ia berjalan dengan baik serta dihadiri pemimpin kanan PKR dan DAP. "Ia sangat berjaya dengan semua pemimpin kanan menyertainya," sambil menambah G18 akan membuat pengumuman rasmi mengenai masa depan politik mereka selepas Ramadan ini. Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu ketika ditanya, sama ada pertemuan tersebut membincangkan tentang 'pakatan baharu', beliau hanya menjawab, "tunggulah lepas raya nanti". - Sinar Harian Sumber TKO - 29-6-2015 Sertai jamaah dalam hati mesti percaya dasar jamaahKUALA LUMPUR: Mereka yang menyertai jamaah semestinya ada kepercayaan di dalam hatinya tentang dasar jamaah. Demikian tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi lama sosial facebook. Menurutnya, mereka bersedia untuk ditarbiah kerana mereka sedar dengan tarbiah akan mengekalkan kefahaman dan penghayatan yang sebenar kepada jamaah. "Kita harus sedar bahawa matlamat perjuangan PAS sangat sukar. "Kita mesti mengharungi bermacam-macam onak dan duri dan berbagai-bagai ujian yang mesti dilalui," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Ini, kata beliau merupakan sunnah perjuangan yang dilalui oleh orang-orang yang terdahulu. - HARAKAHDAILY 28/6/2015 Sumber HD - 28-6-2015 Terasa kerdil banyak lagi tugas di lapangan - IdrisKUALA LUMPUR: "Terasa kerdil bahawa banyak lagi tugas di medan lapangan," tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook. Beliau menyatakan demikian selepas menyantuni dan memberi makan kepada golongan geladangan di sekitar Pudu Raya, Masjid Negara dan Pasar Seni. Turut serta dalam program anjuran Harakah yang bermula jam 1 hingga 3 pagi tadi itu ialah Bendahari PAS Pusat, Mohamad Noor Mohamad, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohamad Ibrahim dan Setiausaha Khas Presiden PAS, Kamaruzaman Muhammad. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut melahirkan rasa sedih melihat rakyat yang tidak ada rumah yang terpaksa tidur di merata-rata jalan. - HARAKAHDAILY 26/6/2015 Sumber HD - 26-6-2015 PAS cakna nasib penduduk Ladang SegambutKUALA LUMPUR: PAS mengutuk kezaliman yang dilakukan pihak berkuasa dan pemaju yang merobohkan rumah-rumah milik penduduk asal Ladang Segambut. Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, pengusiran paksa yang dilakukan keatas 32 keluarga ladang terbabit adalah satu tindakan tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan. Walaupun rata-rata penghuni kampung tersebut adalah kaum India, namun PAS komited membantu tanpa mengira kaum atau agama, kata beliau. Beliau berkata demikian semasa sidang medianya selepas melawat kawasan rumah yang dirobohkan sebentar tadi di Segambut. Ladang Segambut telah dimiliki oleh syarikat swasta berpuluh tahun. Penduduk juga telah mendiami kawasan berkenaan kira-kira 100 tahun lalu. Pemaju yang terbaru iaitu New York Empire dan Triple H Auto Parts ingin membangunkan kawasan berkenaan. Namun penduduk tidak mahu berpindah kerana pada awalnya mereka tidak diberikan pampasan dan rumah lain. Isu ini telah dibawa ke mahkamah. Ia diketuai oleh Penyelaras Parlimen Segambut (BN), Cik Jayanthi Dewi Balaguru. Tetapi, pihak penduduk telah kalah dalam kes berkenaan. Pihak pemaju telah memberi saguhati kepada Jayanthi. Ia disahkan oleh Datuk A Chandra Kumanan (Bekas Pengerusi Parti Progresif Rakyat, BN). Penduduk mendakwa duit tersebut tidak sampai kepada mereka dan menuduh Jayanthi telah hilang dan melarikan duit berkenaan. Di kampung tersebut, Jayanthi telah dicop sebagai pengkhianat oleh penduduk yang tertindas. Mereka telah diberi notis untuk berpindah tetapi enggan. Pihak pemaju yang telah mendapat perintah mahkamah dibenarkan untuk merobohkan rumah-rumah berkenaan kerana statusnya tidak sah. Kerja-kerja meroboh telah bermula 19 Jun lalu dan kini penduduk hanya duduk dalam khemah yang disediakan oleh pelbagai pihak membantu. Timbalan Menteri WP, Datuk Loga Bala Mohan berkata bahawa pihak kerajaan dengan ihsan telah menyediakan 12 unit rumah PPR bagi 12 keluarga. Sebelum ini lapan buah rumah dibina diatas tapak tanah milik KTMB namun akhirnya dirobohkan. Penduduk mendakwa jumlah keseluruhan keluarga yang memerlukan rumah ialah sebanyak 25 buah keluarga. Mengulas lanjut, Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata PAS mendesak kerajaan bertanggungjawab memberi pampasan dan membina setidak-tidaknya sebuah rumah kos rendah atau PPR kepada mangsa. Ditanya apa tindakan PAS, beliau berkata bahawa PAS akan menubuhkan Task Force khas bagi memantau dan mengkaji isu itu untuk membawanya ke peringkat lebih tinggi termasuk menyuarakannya kepada menteri dan Parlimen. PAS juga mendesak pihak pemaju boleh terus berunding dengan penduduk untuk mendapatkan situasi menang-menang. PAS juga katanya akan menyediakan khidmat guaman kepada penduduk yang telah ditahan polis kerana mempertahankan rumah mereka daripada dirobohkan baru-baru ini. PAS juga katanya komited membantu dari sudut kewangan kepada penduduk terbabit sedaya mampu. Hadir sama semasa lawatan sebentar tadi adalah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua DHPP, Balasubramaniam, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh dan Bendahari PAS Pusat, Mohammad Nor Mohamad. – HARAKAHDAILY 25/5/2015 Sumber HD - 25-6-2015 Beruntunglah orang dapat merentasi ujian ini - IdrisKUALA LUMPUR: Anggota parti daripada pemimpin hingga ahli biasa mesti ditarbiah dengan ilmu pengetahuan, kesabaran, ketekunan, bertawakal dan mengharapkan balasan daripada Allah SWT. "Ia merupakan bekalan untuk menghadapi cabaran dalaman atau luaran sebagaimana mereka yang terdahulu lalui," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook. Menurutnya, kehidupan di dunia penuh dugaan dan ujian. "Ada yang diuji dengan senang, dengan susah, diuji dengan menang, diuji dengan kalah, diuji dengan jawatan, diuji dengan pangkat, diuji dengan fitnah, diuji dengan pujian. "Beruntunglah orang yang dapat merentasi ujian ini," tambah Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. - HARAKAHDAILY 22/6/2015 Sumber HD - 22-6-2015 Sungguh-sungguh pelihara hatiKita perlu memelihara hati dengan sungguh-sungguh supaya Allah merahmati hidup kita dan mendapat kesejahteraan ketika menemui Allah SWT di hari akhirat kelak. Mintalah pertolongan kepada Allah supaya Allah meneguhkan hati kita. Sebagaimana doa yang terdapat di dalam al-Quran, bermaksud “Ya Allah janganlah engkau sesatkan hati kami sesudah engkau tunjukkan kami (jalan yang lurus). Dan berilah kami rahmat dari sisi-Mu Engkau amat suka memberi”. (Al-Imran: 8) Puasa Puasa melatih hambanya membersihkan niat hanya kepada Allah SWT dalam beramal. Ibadah lain, manusia tidak boleh menipu orang lain jika seorang tidak melakukannya. Contohnya seorang tidak sembahyang , rakan, isteri, dan orang yang rapat dengannya akan ketahui bahawa beliau seorang yang tidak menunaikan solat. Tetapi ia berlainan dengan ibadah puasa ia memang benar-benar ikhlas kepada Allah SWT. Takwa Kita perlu membawa bekalan taqwa untuk bertemu dengan Allah SWT ketika kita meninggal dunia. Taqwa merupakan bekalan yang amat penting untuk pejuang agama Allah SWT. Taqwa adalah pra syarat untuk Allah memberi bantuan kepada hamba-hambanya yang bertarung di medan dakwah yang penuh dengan ranjau dan duri. Sumber HD - 20-6-2015
PAS di landasan yang tepatKadang-kadang kita nampak satu sahaja kelemahan orang yang kita benci. Sedangkan kita lebih banyak mengetahui kelemahan dan kekurangan yang ada kepada diri kita. Marilah sama-sama kita mentarbiah diri supaya kita nampak kekurangan dan kecacatan yang ada kepada kita lebih banyak daripada orang lain. Walaupun sukar itulah kebaikan untuk diri kita dan juga jamaah. Ada orang hendak suruh PAS bergerak secara sirr (rahsia) seperti Ikhwan di Mesir supaya PAS dapat membina kualiti bukan kuantiti. Ini satu pandangan yang tidak memahami realiti semasa. Hendak suruh PAS ikut Erdogan AK Parti di Turki supaya jangan bercakap Islam dan iktiraf sekular supaya melayan kehendak sokongan kepada PAS. Mungkin pandangan ini tidak melihat sejarah Turki dan Malaysia. Jika PAS berbuat demikian, inilah yang ditunggu oleh musuh PAS untuk menghancurkan PAS sebagai sebuah parti Islam. Akhirnya Umno yang pragmatis dianggap sebagai parti Islam. Insya Allah PAS berada di landasan yang tepat. - HARAKAHDAILY 2/6/2015 Sumber HD - 2-6-2015 Anggap berjuang terus menang, satu kesilapanKUALA LUMPUR: "Kalau anggap berjuang ini senang. Berjuang hari ini terus menang, ini satu kesilapan," ujar Ustaz Idris Ahmad. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, aakikatnya ia bukan dihampari dengan permaidani merah, tetapi penuh dengan onar dan duri. Ini, ujarnya kerana usaha untuk menyokong kebatilan lebih banyak daripada menyokong kebenaran. "Kalau tidak ada semangat yang bertunjangkan iman yang mendalam kita akan kecundang di pertengahan jalan," ujarnya dalam tulisan di facebook. AJK PAS Pusat itu turut menyatakan keseronokan melihat kawan-kawan yang cukup rajin menulis, copy and paste di laman sosial seperti facebook dan WhatsApp. "Walau bagaimanapun perlu berhati-hati dengan perbuatan kita. Kerana apa yang kita tulis tadi akan dibaca dan disebar pula oleh orang lain. "Alangkah beruntungnya kita, kalau apa yang kita tulis itu ada manfaat untuk dunia dan agama kita. Jika sebaliknya, maka tunggulah pembalasannya. Ajal bukan lama mana dah," tambahnya. - HARAKAHDAILY 30/5/2015 Sumber HD - 30-5-2015 Tegas dengan prinsip, anjal dalam tindakanFirman Allah SWT. bermaksud "Hendaklah kamu Istiqamah dengan apa yang diperintahkan." Ertinya tidak berganjak dalam apa keadaan, sama ada ketika menang atau kalah. Mulianya orang yang hidup berprinsip, hinanya apabila hidup tidak berprinsip. PAS dihormati oleh kawan atau lawan kerana prinsip yang tidak pernah luntur daripada perjuangannya. Sebagai sebuah parti politik dan gerakan dakwah sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan semasa. Berprinsip bukan berarti kita melampau dalam tindakan sehingga sukar untuk menerima pandangan dan tidak ada ruang untuk berbincang. Anjal bukan bermakna orang lain boleh cucuk hidung untuk ikut kehendak orang lain. Mungkin untungnya ada, tetapi akan mengalami kerugian untuk jangka panjang jika kita tidak berprinsip. Orang boleh menuduh dengan berbagai jenama apabila kita berprinsip. Label keras kepala, kepala batu, ekstrem, tidak mesra alam, taksub, kolot. Manakala mereka yang boleh bertolak ansur sehingga melanggar prisip syarak maka ini dianggap sederhana dan progresif. Semuanya itu fenomena biasa dan sementara sahaja. Memang sukar untuk hidup berprinsip, tetapi itulah kemanisan dalam berjuang. Semua Rasul-Rasul mengalami fenomena ini. Apa yang penting akhlak perlu dipelihara, supaya kita tidak ditempelak, berprinsip tetapi tidak berakhlak. Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Siapa yang mencari Redha Allah, manusia akan marah,sedangkan Allah Ridha. Akhirnya manusia juga akan redha. Siapa yang mencari Redha manusia, Allah akan murka dan akhirnya manusia juga akan marah". Ketika PAS mengambil pendekatan untuk bertahaluf dengan rakan-rakan parti yang berbeza ideologi dalam Pilihanraya 1986. PAS dikecam hebat, seolah-olah PAS sudah menggadai prinsip perjuangan sehingga sanggup berkawan dengan parti yang tidak sealiran dengannya. Tetapi PAS ada kekuatan untuk menjawab perkara tersebut berdasarkan ilmu yang dianggotai oleh Majlis Syura Ulamak, arkitek pada waktu itu ialah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliaulah yang membuat kertas kerja dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama. Tahaluf Siasi, PAS telah mengambil pendekatan yang anjal dan sederhana sesuai dengan demografi dan politik di Malaysia tetapi masih lagi berdasarkan kepada paksi syura. Dengan mempunyai syarat-syarat yang telah diputuskan oleh Majlis Syura. Walau pun di sana ada pandangan yang tidak membenarkan bertahaluf. Namun Pas mengambil pandangan yang mengharuskan. Inilah keanjalan Pas dalam pendekatan. Tahaluf akan gagal jika tidak didokong oleh Majlis Syura Ulamak untuk meyakin penyokong Pas tegar yang terdiri daripada Tuan Guru pondok. Mereka ini mempunyai pengaruh yang tersendiri di dalam masyarakat. Inilah perkara yang perlu kita faham. Ini persoalan hukum, bukan soal politik semata-mata. Jangan pula kita berhujah seolah-olah Pas kena melepaskan dari sudut hukum, kalau hendak berpolitik. Kalau persoalan agama diambil kira maka sukarlah PAS hendak maju. Ini hujah Umno kepada PAS sejak dahulu lagi. Mereka anggap PAS, Parti yang tidak sampai ke mana-mana, kerana perjuangan Islam tidak akan diterima. Perjuangan PAS diperli seolah-olah pungguk rindukan bulan. PAS terus tegas dengan prinsip tanpa mempeduli apa tuduhan Umno kerana yakin Islam sentiasa evergreen, hanya waktu dan masa sahaja yang akan menentukan. PAS berlawan dengan Umno sejak daripada Pilihan raya 1955 kerana dasar, bukan kerana Umno sebuah parti rasuah dan hilang integriti. Perlu diingat perjuangan Umno ini rosak sejak mutaakhir ini sahaja. Bukankah zaman Tunku Abdul Rahman, pemimpin yang demokratik dan telus. Kenapa PAS tetap berlawan dengan Umno?. Tetapi kita berlawan kerana dasar. Kalau PAS hendak mencari jalan pintas lebih baik PAS bersama dengan Umno daripada awal lagi. PAS pun tidak perlu ditubuhkan. Apa yang musuh PAS tidak tuduh PAS. PAS pernah dituduh lebih merbahaya daripada komunis, PAS hendak membuat revolusi, PAS parti memecah belahkan masyarakat, PAS mengkafirkan sesama Islam, PAS hendak menjadikan Malaysia sebuah negara republik. Semuanya PAS menjawab dengan amalan, terbukti dan teruji PAS mampu. PAS sentiasa progresif dalam tindakan dan amalan. Sesuai dengan Islam yang sentiasa menggerakkan penganutnya ke hadapan bukan mundur ke belakang. Sebab itu PAS banyak melakukan ijtihad politik yang berdasarkan kepada nas syarak. Kalau hendak suruh PAS progresif sehingga meninggalkan asas sebenar, lebih baik PAS daripada awal tidak payah berlawan dengan Umno BN. Apakah maksud PAS perlu progresif? Adakah perlu meninggalkan paksi perjuangan Islam? Adakah progresif PAS perlu memperjuang Islam tanpa syariat? Apakah kita kena bagi tahu kepada masyarakat PAS tidak menyokong perjuangan menegakkan syariat Allah di muka bumi ini?. Apakah PAS kena sangkut Islam di pagar masjid sahaja? Apakah PAS tidak perlu bercakap bab akidah? Apakah PAS tidak perlu bercakap bab akhlak? Apakah kita tidak perlu bercakap bab daulah? Sefaham saya PAS banyak melakukan pendekatan yang anjal sesuai dengan waqi di Malaysia. Pas tidak pernah haram secara totok permainan sukan, cuma syarat menutup aurat. PAS tidak menolak pembangunan. PAS tidak pernah bermusuh dengan kemajuan IT, malahan Tuan Guru Presiden antara orang yang cukup kehadapan dalam penggunaan IT. Beliau antara pimpinan PAS yang awal menggunakan macintosh sejak tahun 1990-an lagi. Satu ketika dahulu PAS menggunakan pendekatan yang agresif dengan tema Muktamar yang mengasak Umno BN seperti Menggempur Pemikiran Asabiah. Setelah itu kita balik kepada Tajdid Hadhari supaya meminta ahli PAS bersama dengan masyarakat. Jangan tinggal masjid, menyertai Persatuan Ibu Bapa, Persatuan Persatuan Kebajikan. Semuanya ini pendekatan yang anjal. Malahan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dianggap lembut perwatakanya tetapi tegas pada prinsip. Saya masih ingat apabila ada seorang tokoh agama yang mengatakan bahawa Kelantan tidak kondusif lagi untuk hendak laksanakan Qanun Jenayah Syariah. Beliau dengan tegas menjawab, Kelantan sudah lama kondusif. Beliau tidak pernah berganjak dan bertolak ansur pada perkara prinsip. Walau pun ada orang cuba fitnah kononnya sekira Tuan Guru Nik Aziz masih ada, Qanun Jenayah Syariah di Kelantan tidak akan dilaksanakan. Ini fitnah yang berat kepada alMarhum. - HARAKAHDAILY 16/5/2015 Sumber HD - 16-5-2015 Bimbang Allah dedah aib kita |
Posted on Sunday, April 12 @ 13:39:16 MYT by paktam
Oleh USTAZ IDRIS AHMAD Syukur kepada Allah kerana Allah melindungi keaiban yang ada kepada kita sehingga tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu kita cuba mengelak diri kita daripada mendedahkan keaiban orang yang soleh kepada orang ramai, bimbang Allah mendedahkan keaiban yang tersembunyi yang ada kepada diri kita. Fikir belum cakap Berfikir sebelum bercakap. Berfikir sebelum menulis. Berfikir sebelum bertindak. Bukan sebaliknya, kerana ia membawa padah kepada diri dan juga jamaah. Allah memberi kepada kita akal untuk kita berfikir, oleh itu gunakanlah akal untuk kebaikan diri dan jamaah. Jangan sia-siakan anugerah Allah SWT kepada kita. Bangun jamaah Mari kita bekerja untuk membangunkan jamaah. Jika kita tidak buat, siapa lagi yang akan membuat kerja jamaah. Musuh sentiasa bersatu melawan kita. Kebiasaanya orang yang hendak memimpin kurang berbanding dengan orang yang hendak mengikut. Contohnya dalam satu cawangan ada 70 ahli, tetapi sedikit yang hendak ke hadapan untuk memimpin. Oleh itu hargailah mereka yang memang sudah bekerja, soal ikhlas atau tidak ini urusan Allah SWT. Puji Memang sudah menjadi tabiat manusia orang yang kita suka, kita akan puji dan cuba "cover line" kalau ada kecacatan. Tetapi jika orang yang kita benci buatlah baik macam mana pun sekali pun, maka tetap akan dianggap buruk. Peringatan untuk diri sendiri. |
Sumber DD - 12-4-2015
Kadang-kadang berlakon sokong PAS Posted on Tuesday, March 31 @ 14:26:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar |
USAH peduli adu domba yang dilakukan oleh mereka yang tidak senang dengan PAS. Kadang-kadang berlakon sokong PAS sebenarnya mereka adalah perosak jamaah.
Ahli PAS yang sejati mereka tidak berkelakuan sedemikian rupa. Orang seperti ini kita serah kepada Allah untuk membalas kerja buat mereka.
Insya Allah kalau kita ahli PAS yang ikhlas tidak akan terkesan dengan adu domba dan fitnah mereka. Kita mampu senyum, sedangkan mereka dihinggapi penyakit jiwa.
Bina jamaah
Di dalam jamaah masing-masing ada peranan untuk membina jamaah. Sebab itu diwujudkan lajnah di bawah kepakaran masing-masing.
Tidak eloklah kita memperlekehkan orang lain supaya hebat macam kita.
Allah menjadikan kita kurang dan lebih. Kena saling bantu membantu.
Kekuatan kita dapat membantu kelemahan yang ada kepada sahabat kita. Kelemahan kita ditampung oleh sahabat yang lain.
Tidak elok kita mengaibkan sesama sahabat, kerana kita juga ada kecacatan.
Apa akan terjadi kepada jamaah jika orang lain pula mengaibkan kita di khalayak ramai. Akhirnya yang rugi ialah PAS. - HARAKAHDAILY 31/3/2015
Sumber TKO - 31-3-20125
EKJS: Kesian baca komen di media sosial
Posted on Monday, March 30 @ 10:53:28 MYT by paktam
Oleh USTAZ IDRIS AHMAD Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan, biarlah kita komen dan meneliti sebagai orang yang beriman. Kadang-kadang saya kesian apabila membaca komen-komen di media sosial seolah-olah macam mereka tidak mahu mati. Kalau orang bukan Islam tidak mengapalah, masalahnya yang menulis dan komen ini ialah seorang Muslim. Walaupun atas apa alasan diberikan, Allah tahu apa maksud di dalam hatinya. Mati nanti baru tahu siapa sebenarnya kita. Untungnya PAS Alangkah beruntungnya PAS jika ahlinya bekerja untuk menerang dan memahamkan perjuangan PAS kepada masyarakat. Lebih baik masa dan waktu dihabiskan untuk mengembangkan fikrah perjuangan daripada sibuk mencari kesalahan sesama sendiri. Gunakanlah ilmu yang Allah kurniakan untuk mengkreatifkan pendekatan dalam dakwah. Kepakaran gerak saraf digunakan untuk melihat kelemahan musuh dan menyusun strategi untuk menjawab bukan digunakan untuk melawan sesama sendiri. |
Sumber DD - 30-3-2015
Orang luar tidak berhak menentu hala tuju PAS
KUALA LUMPUR: Orang luar tidak berhak menentu hala tuju PAS dan kepimpinan PAS, ujar AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
"PAS bukan parti pinggan mangkuk. PAS parti Islam bergerak atas motivasi iman, dosa dan pahala," jelas beliau.
Menurutnya, tidak manis orang luar PAS hendak memasang lukah di pergentingan untuk mengatur siapa yang harus memimpin PAS.
"Ini satu jenaka," tulisnya menerusi facebook.
Mengenai walak, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, orang selalu menuduh ahli PAS walak membuta tuli kepada pimpinannya.
Jelasnya, walak bukan boleh dipaksa atau dilakonkan sahaja kerana ia datang daripada keluhuran budi dan lonjakan iman.
Menurutnya lagi, apabila pemimpin lari daripada dasar perjuangan, maka dia akan hidup sebatang kara.
Justeru, kata beliau bukan senang untuk memaksa orang lain supaya walak.
"Kalau tidak percaya cuba kita suruh orang walak kepada kita dalam skala yang besar.
"Adakah orang boleh walak atau tidak kepada kita?" tanya beliau. - HARAKAHDAILY 27/3/2015
Sumber HD - 27-3-2015
Tazkiah al-nafsi untuk jauhi sifat keji |
Posted on Tuesday, March 24 @ 14:07:58 MYT by paktam
Oleh Ustaz Idris Ahmad APA khabar semua? Adakah hari ini tenang dan ceria. Atau adakah hari ini resah dan gelisah. Jika tenang, tanda rohani dan amal kita dengan Allah begitu baik. Jika sebaliknya menandakan makanan rohani kita tidak cukup. Gandakan amal kita dengan membaca al-Quran, perbanyakkan selawat dan istighfar kepada Allah SWT maka di dalamnya ada penawar. Dituduh Umno Apakah seorang itu sudah boleh dituduh Umno bila minum teh sekali, pergi kenduri rumah orang Umno, ziarah bila mereka sakit, mereka ziarah kita bila kita sakit. Mereka ucap tahniah dan takziah, bersalam, bergambar sekali, berurus niaga bersama dengan mereka. Kita bekerja dengan syarikat orang Umno. Kita mengendalikan kes orang Umno atau orang Umno mengendalikan kes kita. Pada saya amat naif sangat alasan ini. Kalau begitu macam mana ahli keluarga kita yang masih ramai Umno, maka kita dituduh Umno kerana kita sering ziarah mereka. Tersenyum lebar. Berpolitik Apabila terlalu berpolitik sangat dengan tidak diimbang dengan tazkiah al-nafsi (pembersihan jiwa) menyebabkan hati menjadi kotor. Maka sombong mula bersarang, nampak kelemahan orang lain daripada kelemahan sendiri, mencari kesalahan orang yang kita tidak suka, fitnah menjadi lesen untuk berhujah, hubungan dengan Allah longgar, tidak membuat kerja yang diamanahkan dan hanya pandai mengkritik. Samasamalah kita jauhi untuk kebaikan jemaah. >> Ustaz Idris Ahmad ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Sumber DD - 24-3-2015 |
Catatan Dhuha 16 Mac 2015
Kenapa Manusia Jadi Angkuh :
- Rasa diri sudah hebat
- Perasan dia seorang yang pandai
- Pandang orang lain bodoh.
- Didikan keluarga
- Berkawan dengan orang sombong.
- Jauh diri daripada majlis tazkirah, akhirnya hatinya keras.
- Tidak mahu dengar nasihat orang, dia hanya hendak orang lain dengar nasihat dia sahaja.
- Keras hati kerana sudah biasa.
- Dendam yang tidak berkesudahan.
- Masalah jiwa.
Sama- sama kita muhasabah supaya kita dapat elak penyakit angkuh. Sia-sia kita berjuang Islam.
Ustaz Idris Hj Ahmad
25 Jamadil Awal 1436/ 16 Mac 2015 Isnin.
Sumber HFM - 16-3-2015
Kenapa Manusia Jadi Angkuh :
- Rasa diri sudah hebat
- Perasan dia seorang yang pandai
- Pandang orang lain bodoh.
- Didikan keluarga
- Berkawan dengan orang sombong.
- Jauh diri daripada majlis tazkirah, akhirnya hatinya keras.
- Tidak mahu dengar nasihat orang, dia hanya hendak orang lain dengar nasihat dia sahaja.
- Keras hati kerana sudah biasa.
- Dendam yang tidak berkesudahan.
- Masalah jiwa.
Sama- sama kita muhasabah supaya kita dapat elak penyakit angkuh. Sia-sia kita berjuang Islam.
Ustaz Idris Hj Ahmad
25 Jamadil Awal 1436/ 16 Mac 2015 Isnin.
Sumber HFM - 16-3-2015
JAUHI UNTUK KEBAIKAN JAMAAH - UIA
YB USTAZ IDRIS AHMAD - AJPK PAS PUSAT / PENGERUSI LAJNAH TARBIYAH
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34350-jauhi-untuk-kebaikan-jamaah
Sumber HD - 14-3-2015
UNTUNG JIKA DAPAT SAHABAT BERSIFAT DEMIKIAN - IDRIS
YB USTAZ IDRIS AHMAD - AJK PAS PUSAT / AP BUKIT GANTANG
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34202-untung-jika-dapat-sahabat-bersifat-demikian
Sumber HD - 7-3-2015
Kita tidak berjaya di dalam dakwah, jika anak isteri tidak bersama
mendokong perjuangan suci ini. Cabaran yang paling besar kepada
seorang pendakwah ialah cabaran yang datang daripada ahli
keluarga sendiri. Jika ujian ini lulus maka ia boleh maju ke hadapan
untuk membawa panji agama Allah. Pendakwah boleh berhadapan
dengan musuh di luar kerana ia hanya pada waktu- waktu tertentu.
Sedangkan ahli keluarga berlaku sepanjang waktu.
mendokong perjuangan suci ini. Cabaran yang paling besar kepada
seorang pendakwah ialah cabaran yang datang daripada ahli
keluarga sendiri. Jika ujian ini lulus maka ia boleh maju ke hadapan
untuk membawa panji agama Allah. Pendakwah boleh berhadapan
dengan musuh di luar kerana ia hanya pada waktu- waktu tertentu.
Sedangkan ahli keluarga berlaku sepanjang waktu.
Ustaz Idris Hj Ahmad
17 Rabiul Akhir 1436/ 7 Feb 2015 Sabtu
Sumber HFM - 7-2-2015
SAAT GETIR, HALAKAN MUNCUNG SENAPANG KEPADA MUSUH - IDRIS
YB USTAZ IDRIS AHMAD - AJK PP / AP BUKIT GANTANG
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33558-saat-getir-halakan-muncung-senapang-kepada-musuh
Sumber HD - 30-1-2015
Inilah nikmat berjamaah
i.
PAS tetap sabar menerangkan manhaj Islam kepada masyarakat. Suatu ketika dahulu masyarakat menolak fahaman yang mengatakan di dalam Islam ada politik. Yang membawa idea ini, mereka yang mendapat pendidikan agama, menjawat sebagai jawatan imam.
Slogan politik suku, agama suku adalah lumrah di dalam masyarakat. Sehingga timbulnya dua imam khususnya di Terengganu.
Isu dua imam bukan isu PAS atau Umno, tetapi apabila imam mengeluarkan ungkapan yang telah merosakkan akidah, memang wajib tidak boleh berimam kepada orang yang mengeluarkan ucapan yang telah maklum dari segi agama.
ii.
Sebagai manusia biasa sudah pasti ada kurang dan ada kelebihan. Kita tidak akan temui pada batang tubuh seorang itu yang tidak ada kecacatan.
Jika kita hendak mencari manusia yang sempurna dalam segala segi, maka kita tidak akan ditemui sehingga kiamat.
Oleh itu railah kelemahan dan kekurangan sahabat kita dalam jamaah. Janganlah kita menghina dan mencerca sahabat kita yang ada kekurangan. Pandanglah diri kita, mungkin kekuatan yang ada kepada sahabat kita tidak ada kepada kita, walau pun satu sudut yang lain kita memandang beliau mempunyai kelemahan.
Inilah nikmat berjamaah.
iii.
Terasa penat dan jemu jika buat kerja jamaah bukan kerana Allah. Tetapi kita akan mendapat kemanisan dan sentiasa segar untuk membuat kerja jika matlamat untuk mendapat redha Allah SWT.
Inilah motivasi kerja yang tidak akan mati sehingga dirinya menemui ajal untuk mengadap Allah Azzawajalla.
iv.
Sertai PAS bukan kerana marah kepada mana-mana individu parti lawan. Bukan kerana tidak dapat projek. Bukan kerana kalah dalam perebutan jawatan. Bukan kerana masalah peribadi. Bukan kerana hajat tidak kesampaian. Bukan kerana terpengaruh dengan kawan. Bukan kerana hendak berniaga dengan orang PAS. Bukan kerana kagum dengan individu di dalam PAS. Bukan kerana hendak mengisi masa lapang.
Tetapi kita sertai PAS kerana dasar yang hendak diperjuangkan oleh PAS.
v.
Oleh kerana manhaj Islam ini segar dan sesuai di dalam semua keadaan. Walau pun memakan masa yang lama untuk difahami oleh masyarakat.
Mungkin pada peringkat awal ia dianggap dagang oleh masyarakat, akhirnya sistem Islam menjadi alternatif yang terbaik kepada masyarakat setelah kegagalan sistem sekular memberi kebahagiaan kepada manusia.
Sumber HD - 22-12-2014
Catatan dhuha
i.
Zaman langit terbuka kita boleh tulis apa yang kita hendak tulis. Kerana kitalah penulis, wartawan, juru gambar, editor, ketua editor, pencetak, pengedar dan kita juga Menteri Dalam Negeri.
Cuma kita sebagai orang yang beriman perlu ingat, Malaikat Kiraman Katibin juga akan menulis apa yang kita tulis.
Di akhirat nanti segala buku amalan kita lebih terbuka daripada 'langit terbuka'.
ii.
Apakah bila Umno BN bersih rasuah, kerajaan yang telus, pemimpin yang berintegriti maka PAS kena bubar? Jawabnya tidak sama sekali.
Jika itu yang menjadi matlamat perjungan kita maka daripada awal lagi PAS tidak perlu ditubuhkan.
Zaman Tunku Abdul Rahman merupakan pemimpin yang berintegriti tinggi, kenapa pula PAS bangkit melawan Umno pada ketika itu.
Sudah tentu kerana dasar Islam yang berbeza dengan antara dua parti.
iii.
Gejala keciciran dalam perjuangan adalah lumrah.
Puncanya, 1. Tidak puas hati dengan pemimpin. 2. Ada masalah peribadi. 3. Tidak tahan dengan ujian. 4. Ideanya tidak diterima. 5. Ditawar kedudukan dalam parti lawan. 6. Sikap tidak boleh hidup berjamaah. 7. Pertelingkahan peribadi sesama anggota. 8. Hendak bina kerjaya. 9. Hendak cepat menang. 10. Tarbiah tidak menyerap di dalam hati. 11. Hubbu riasah. 12. Mudah kecewa. 13. Niat tidak tercapai.
Ya Allah Engkau teguhkan iman kami dalam perjuangan-Mu.
Sumber HD - 6-11-2014
Teguran berkesan, cakap serupa dengan amal
i
Patutlah Imam Hasan Al-Banna meletakkan rukun bai'ah pertama ialah Faham. Dia tidak meletakkan ikhlas yang pertama.
Ertinya betapa penting kita faham terlebih dahulu apa yang kita hendak buat. Hendak tanda tangan satu borang pun kena faham dahulu apa yang kita tanda tangan.
Begitu juga, jika kita dalam perjuangan mesti faham dahulu apakah dasar, matlamat perjuangan PAS. Ini yang paling penting.
Kita akan kecewa kalau kita menyertai PAS kerana orang atau individu tertentu. Kerana di dalam PAS bermacam ragam manusia.
Maryam Jameelah bekas penganut Yahudi pernah mengungkap kata-kata, "Aku bersyukur kepada Allah kerana aku memahami Islam terlebih dahulu daripada aku melihat orang Islam".
ii
Saya cuba mendidik diri saya, kalau hendak kritik sahabat di dalam jamaah, maka saya cuba cermin diri saya dahulu.
Adakah saya lebih baik daripada dia? Adakah saya lebih ikhlas daripada dia? Adakah saya lebih berakhlak daripada dia? Adakah saya lebih banyak menyumbangkan tenaga, harta dan masa untuk jamaah daripada dia?
Kalau saya OK, barulah saya boleh kata dekat dia. Saya bimbang nanti orang akan pulang paku buah keras kepada saya.
Teguran berkesan jika kita bercakap serupa dengan amal.
Sumber HD - 16-10-2014
Patutlah Imam Hasan Al-Banna meletakkan rukun bai'ah pertama ialah Faham. Dia tidak meletakkan ikhlas yang pertama.
Ertinya betapa penting kita faham terlebih dahulu apa yang kita hendak buat. Hendak tanda tangan satu borang pun kena faham dahulu apa yang kita tanda tangan.
Begitu juga, jika kita dalam perjuangan mesti faham dahulu apakah dasar, matlamat perjuangan PAS. Ini yang paling penting.
Kita akan kecewa kalau kita menyertai PAS kerana orang atau individu tertentu. Kerana di dalam PAS bermacam ragam manusia.
Maryam Jameelah bekas penganut Yahudi pernah mengungkap kata-kata, "Aku bersyukur kepada Allah kerana aku memahami Islam terlebih dahulu daripada aku melihat orang Islam".
ii
Saya cuba mendidik diri saya, kalau hendak kritik sahabat di dalam jamaah, maka saya cuba cermin diri saya dahulu.
Adakah saya lebih baik daripada dia? Adakah saya lebih ikhlas daripada dia? Adakah saya lebih berakhlak daripada dia? Adakah saya lebih banyak menyumbangkan tenaga, harta dan masa untuk jamaah daripada dia?
Kalau saya OK, barulah saya boleh kata dekat dia. Saya bimbang nanti orang akan pulang paku buah keras kepada saya.
Teguran berkesan jika kita bercakap serupa dengan amal.
Sumber HD - 16-10-2014
Utusan bakar sentimen, terlepas Akta Hasutan?
KUALA LUMPUR: Peranan yang dimainkan Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi Umno tidak memungkinkan akhbar tersebut diheret di bawah Akta Hasutan walaupun banyak artikel dan berita yang disiarkan membakar sentimen perkauman dan agama.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad menegaskan, kebebasan bersuara mutlak yang dimiliki akhbar mesra BN itu mengesahkan lagi golongan tertentu yang berkepentingan dengan kerajaan akan terselamat daripada menjadi mangsa akta peninggalan penjajah itu.
Beliau juga sependapat dengan aktivis hak asasi manusia, Datin Paduka Marina Mahathir yang menyifatkan Utusan Malaysia mempunyai kebebasan bersuara mutlak tidak seperti akhbar lain yang tidak memiliki keistimewaan seperti itu.
Ustaz Idris sewaktu dihubungi juga kesal kerana Akta Hasutan yang dilaksanakan itu kebal bagi golongan tertentu yang menyokong kerajaan tetapi amat mudah dikenakan ke atas pembangkang.
“Apakah kerana mereka berkuasa, maka mereka kebal daripada segi undang-undang sedangkan Akta Hasutan ini untuk menjaga keamanan negara dan bukannya untuk menjaga keamanan parti.
“Tidak kira siapa yang bercakap, jika memang benar berbentuk hasutan, me reka juga patut didakwa di bawah akta yang sama,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat berkata, kerajaan juga patut menyedari rakyat menjadi pemerhati terhadap setiap pendakwaan terpilih yang dilakukan, termasuk ‘membebaskan’ golongan yang dikatakan pejuang hak Melayu walaupun banyak memainkan sentimen perkauman dan agama. - HARAKAHDAILY 29/9/2014
Sumber HD - 29-9-2014
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad menegaskan, kebebasan bersuara mutlak yang dimiliki akhbar mesra BN itu mengesahkan lagi golongan tertentu yang berkepentingan dengan kerajaan akan terselamat daripada menjadi mangsa akta peninggalan penjajah itu.
Beliau juga sependapat dengan aktivis hak asasi manusia, Datin Paduka Marina Mahathir yang menyifatkan Utusan Malaysia mempunyai kebebasan bersuara mutlak tidak seperti akhbar lain yang tidak memiliki keistimewaan seperti itu.
Ustaz Idris sewaktu dihubungi juga kesal kerana Akta Hasutan yang dilaksanakan itu kebal bagi golongan tertentu yang menyokong kerajaan tetapi amat mudah dikenakan ke atas pembangkang.
“Apakah kerana mereka berkuasa, maka mereka kebal daripada segi undang-undang sedangkan Akta Hasutan ini untuk menjaga keamanan negara dan bukannya untuk menjaga keamanan parti.
“Tidak kira siapa yang bercakap, jika memang benar berbentuk hasutan, me reka juga patut didakwa di bawah akta yang sama,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat berkata, kerajaan juga patut menyedari rakyat menjadi pemerhati terhadap setiap pendakwaan terpilih yang dilakukan, termasuk ‘membebaskan’ golongan yang dikatakan pejuang hak Melayu walaupun banyak memainkan sentimen perkauman dan agama. - HARAKAHDAILY 29/9/2014
Sumber HD - 29-9-2014
Sabotaj Muhyiddin, Umno ada masalah dalaman
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak menolak kemungkinan beliau disabotaj ekoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bocor, menunjukkan Umno kini sedang dilanda masalah dalaman, demikian tegas Ajk PAS Pusat, Idris Ahmad.
Menurut Idris, tindakan sabotaj itu juga memberi gambaran masalah dalaman Umno kini semakin serius sehinggakan ungkapan itu sendiri terkeluar daripada Muhyiddin.
"Masalah dalaman Umno nampak semakin serius, tiba-tiba Muhyiddin sendiri yang keluarkan kenyataan menyebabkan beliau jadi seperti itu. Ertinya beratlah masalahnya," kata beliau kepada Harakaahdaily.
Malah Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, melahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku kerana perbuatan itu mengundang keresahan ibu bapa, guru apatah lagi murid-murid yang menduduki peperiksaan tersebut.
"Kasihan anak-anak mereka dah lama tunggu saat-saat 'merdeka' tiba-tiba terpaksa ambil peperiksaan sekali lagi akhir bulan ini, perancangan mereka rosak tambah lagi minggu depan cuti sekolah," katanya.
Justeru, semangat kejujuran dan integriti yang tinggi semakin terhakis bukan sahaja di peringkat atasan bahkan di peringkat bawahan.
Seramai 473,175 calon UPSR seluruh negara akan menduduki semula peperiksaan Bahasa Inggeris dan Sains pada 30 September nanti, ekoran soalan kedua-dua kertas itu didapati bocor semalam.
Ekoran insiden yang berlaku, Muhyiddin yang berada di luar negara melahirkan rasa marah dan tidak menolak itu perbuatan sabotaj.
Sebuah jawatankuasa bebas berprofil tinggi ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu. – HARAKAHDAILY 12/9/2014
Sumber HD - 12-9-2014
Menurut Idris, tindakan sabotaj itu juga memberi gambaran masalah dalaman Umno kini semakin serius sehinggakan ungkapan itu sendiri terkeluar daripada Muhyiddin.
"Masalah dalaman Umno nampak semakin serius, tiba-tiba Muhyiddin sendiri yang keluarkan kenyataan menyebabkan beliau jadi seperti itu. Ertinya beratlah masalahnya," kata beliau kepada Harakaahdaily.
Malah Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, melahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku kerana perbuatan itu mengundang keresahan ibu bapa, guru apatah lagi murid-murid yang menduduki peperiksaan tersebut.
"Kasihan anak-anak mereka dah lama tunggu saat-saat 'merdeka' tiba-tiba terpaksa ambil peperiksaan sekali lagi akhir bulan ini, perancangan mereka rosak tambah lagi minggu depan cuti sekolah," katanya.
Justeru, semangat kejujuran dan integriti yang tinggi semakin terhakis bukan sahaja di peringkat atasan bahkan di peringkat bawahan.
Seramai 473,175 calon UPSR seluruh negara akan menduduki semula peperiksaan Bahasa Inggeris dan Sains pada 30 September nanti, ekoran soalan kedua-dua kertas itu didapati bocor semalam.
Ekoran insiden yang berlaku, Muhyiddin yang berada di luar negara melahirkan rasa marah dan tidak menolak itu perbuatan sabotaj.
Sebuah jawatankuasa bebas berprofil tinggi ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu. – HARAKAHDAILY 12/9/2014
Sumber HD - 12-9-2014
Rahsia PAS boleh terus hidup hingga sekarang
MELAKA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menegaskan bahawa ahli-ahli PAS mesti mempertahankan wala' dan thiqah kepada pimpinan bagi memastikan kelangsungan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Katanya, wala' dan thiqah merupakan rahsia keutuhan dan kekuatan PAS yang menyaksikan PAS boleh terus hidup sehingga 63 tahun sekarang.
Menurut beliau, PAS dilahirkan pada 24 November 1951 dan terus berkembang walaupun parti-parti lain seperi Parti Negara, Parti Melayu Semangat 46 dan lain-lain berkubur hanya selepas ditubuhkan beberapa tahun sahaja.
"Semua itu adalah kerana PAS memperjuang Islam dan mempertahankan institusi wala' dan thiqah," tegasnya pada program Liqa' Fikri Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Balai Islam Pernu dekat sini malam tadi.
Ustaz Idris yang juga Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat berkata ahli-ahli boleh mengkritik dan menegur pimpinan dengan cara beradab dan berhikmah tetapi bukannya mempertikaikan wala' dan thiqah.
"Selagi pimpinan tidak menyuruh kepada maksiat dan bertentangan dengan Islam kita wajib memberikan wala' dan thiqah.
"Amat bahaya jika wala' dipermainkan, bahaya, bahaya cukup bahaya kalau institusi wala' ini diperkecilkan dan tidak dihormati," katanya lagi.
Menurut beliau tidak kira siapa pimpinan itu sama ada ulama, ustaz, professional dan aktivis semua ahli mesti wala' dan thiqah.
Katanya, ahli-ahli di peringkat kawasan mesti wala' pada YDP kawasan, di peringkat negeri kena wala' kepada pesuruhjaya dan seterusnya.
"Tidak timbul seseorang itu ustaz atau ulama dan juga professional, semua kita mesti memberikan wala' dan thiqah walaupun seseorang itu lebih muda atau lebih junior dari kita, mereka telah diberikan amanah oleh pimpinan parti maka kita kena wala" tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Beliau juga menegaskan bahawa tindakan pihak tertentu yang suka label melabel merupakan satu tindakan yang amat menyedihkan. - HARAKAHDAILY 9/9/2014
Sumber HD - 9-9-2014
Katanya, wala' dan thiqah merupakan rahsia keutuhan dan kekuatan PAS yang menyaksikan PAS boleh terus hidup sehingga 63 tahun sekarang.
Menurut beliau, PAS dilahirkan pada 24 November 1951 dan terus berkembang walaupun parti-parti lain seperi Parti Negara, Parti Melayu Semangat 46 dan lain-lain berkubur hanya selepas ditubuhkan beberapa tahun sahaja.
"Semua itu adalah kerana PAS memperjuang Islam dan mempertahankan institusi wala' dan thiqah," tegasnya pada program Liqa' Fikri Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Balai Islam Pernu dekat sini malam tadi.
Ustaz Idris yang juga Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat berkata ahli-ahli boleh mengkritik dan menegur pimpinan dengan cara beradab dan berhikmah tetapi bukannya mempertikaikan wala' dan thiqah.
"Selagi pimpinan tidak menyuruh kepada maksiat dan bertentangan dengan Islam kita wajib memberikan wala' dan thiqah.
"Amat bahaya jika wala' dipermainkan, bahaya, bahaya cukup bahaya kalau institusi wala' ini diperkecilkan dan tidak dihormati," katanya lagi.
Menurut beliau tidak kira siapa pimpinan itu sama ada ulama, ustaz, professional dan aktivis semua ahli mesti wala' dan thiqah.
Katanya, ahli-ahli di peringkat kawasan mesti wala' pada YDP kawasan, di peringkat negeri kena wala' kepada pesuruhjaya dan seterusnya.
"Tidak timbul seseorang itu ustaz atau ulama dan juga professional, semua kita mesti memberikan wala' dan thiqah walaupun seseorang itu lebih muda atau lebih junior dari kita, mereka telah diberikan amanah oleh pimpinan parti maka kita kena wala" tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Beliau juga menegaskan bahawa tindakan pihak tertentu yang suka label melabel merupakan satu tindakan yang amat menyedihkan. - HARAKAHDAILY 9/9/2014
Sumber HD - 9-9-2014
Media baru: Jadi batu api, dalam air pun menyala
Jadikan media baru sebagai penghubung ukhwah, bukan 'adawah (permusuhan) sesama rakan seperjuangan.
Caranya:
Jangan fitnah sesama sendiri.
Isu-isu parti kita serah kepada pimpinan, kerana mereka berada di medan.
Jangan pula bila pimpinan buat keputusan yang tidak secucuk dengan kita, maka kita balun sampai tak bernafas.
Janganlah guna bahasa yg menghina rakan, walaupun isi betul, bahasanya menyakit hati.
Berlapang dada atas teguran.
Jangan ego dengan pandangan sendiri, kita hidup berjamaah.
Jangan tegak benang yang basah.
Sahabat yang kita hina, dia juga ada pengikut, kerana Ayah Pin yang tidak betul pun ada pengikut.
Janganlah pula bila orang cerca sahabat yang kita suka, maka dibela. Tetapi membiarkan orang memfitnah orang yang dia tidak suka.
WhatsApp, massege lah secara personal daripada kita guna medium umum supaya orang lain tidak tahu.
Kalau perlu tidak menjawab pun tak apa di dalam FB @ WhatsApp isu-isu yang mengundang perbalahan. Kerana kadang-kadang, lain yang kita maksud, lain yang dia faham.
Jangan kita dedahkan proses perbincangan, kerana di sana ada pro & kontra, ini yang selalu berlaku perbalahan kerana perbincangan belum masak.
Disiplinkan diri, biar pecah perut jangan pecah gajet.
Fikir dulu sebelum menulis di media baru.
Kita mesti fikir fitnah bertulis kekal, berbanding dengan fitnah lidah.
Pegang falsafah apa yang berlaku dalam jamaah dan rakan tahaluf bukan boleh diselesai melalui media, tetapi dengan perbincangan tertutup.
Ingat! Dalam media baru ada yang bertindak sebagai batu api, sehingga di dalam air pun boleh menyala.
Peringatan Dhuha untuk diri saya. Ustaz Idris Ahmad. 12/8/14.
Sumber HD - 13-8-2014
Caranya:
Jangan fitnah sesama sendiri.
Isu-isu parti kita serah kepada pimpinan, kerana mereka berada di medan.
Jangan pula bila pimpinan buat keputusan yang tidak secucuk dengan kita, maka kita balun sampai tak bernafas.
Janganlah guna bahasa yg menghina rakan, walaupun isi betul, bahasanya menyakit hati.
Berlapang dada atas teguran.
Jangan ego dengan pandangan sendiri, kita hidup berjamaah.
Jangan tegak benang yang basah.
Sahabat yang kita hina, dia juga ada pengikut, kerana Ayah Pin yang tidak betul pun ada pengikut.
Janganlah pula bila orang cerca sahabat yang kita suka, maka dibela. Tetapi membiarkan orang memfitnah orang yang dia tidak suka.
WhatsApp, massege lah secara personal daripada kita guna medium umum supaya orang lain tidak tahu.
Kalau perlu tidak menjawab pun tak apa di dalam FB @ WhatsApp isu-isu yang mengundang perbalahan. Kerana kadang-kadang, lain yang kita maksud, lain yang dia faham.
Jangan kita dedahkan proses perbincangan, kerana di sana ada pro & kontra, ini yang selalu berlaku perbalahan kerana perbincangan belum masak.
Disiplinkan diri, biar pecah perut jangan pecah gajet.
Fikir dulu sebelum menulis di media baru.
Kita mesti fikir fitnah bertulis kekal, berbanding dengan fitnah lidah.
Pegang falsafah apa yang berlaku dalam jamaah dan rakan tahaluf bukan boleh diselesai melalui media, tetapi dengan perbincangan tertutup.
Ingat! Dalam media baru ada yang bertindak sebagai batu api, sehingga di dalam air pun boleh menyala.
Peringatan Dhuha untuk diri saya. Ustaz Idris Ahmad. 12/8/14.
Sumber HD - 13-8-2014
Badar Kubra ibrah untuk perjuangan
Muqaddimah
Peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua hijrah. Orang Islam pada mulanya hanyalah mahu menghalang pedagang Quraisy dan merampas barang dagangan mereka. Hal ini kerana kaum Quraisy telah menahan harta kaum muhajirin yang tinggal di Madinah. Sebagai balasan, kaum muslimin harus merebut harta dagangan Quraisy sebagai rampasan perang. Rombongan ini diketuai oleh Abu Sufian dari Syam ke Makkah. Beliau telah menghantar Zamzam bin Ammar al-Ghifari pulang ke Makkah untuk memohon bantuan. Maka Amru bin Hisham (Abu Jahal) telah mengetuai pasukannya seramai 1000 orang. Badar terletak 130 kilometer di barat daya Madinah.
Sebagai anggota jamaah Islam, perlu kita mengambil pengajaran dan pengiktibaran untuk kita sama-sama menghayati ruh Badar di dalam gerakan kita.
Perjuangan akan diuji
Menjadi lumrah apabila Islam berkembang ia akan mendapat tentangan, ini adalah sunnah perjuangan Islam yang dilalui oleh orang-orang yang terdahulu daripada kita. Ketika Islam lemah mereka buat tidak kisah dengan Islam, tetapi apabila ia semakin kuat maka mereka akan ganggu. Maka inilah yang berlaku kepada Rasulullah SAW di dalam peperangan Badar. Orang Islam hanya untuk sekat kafilah perniagaan yang membawa barang dagangan sahaja, bukan hendak berperang. Tetapi apabila mereka mahu berperang, maka Nabi SAW dan para sahabat tidak akan mudah mengalah begitu sahaja demi maruah Islam.
Mereka mahu bunuh benih perjuangan dan daulah Islamiah sejak mula lagi. Walau pun negara Madinah baru berusia dua tahun. Namun sudah dianggap bahaya kepada kuasa jahiliah. Keadaan yang berlaku di Palestin yang tidak berkesudahan. Segenap penjuru mereka dibedil tanpa belas ehsan. Dunia Islam yang kaya dengan hasil mahsul, terutama negara Arab diam membisu kerana hati mereka sudah mati kerana termakan ubat pelali yang disuap oleh Amerika dan kuasa besar dunia.
Orang Jahat Sentiasa Bersalah
Orang kafir Quraisy yang jahat kepada baginda sejak di Makkah sudah takut dengan bayang-bayang. Mereka memikirkan apabila barang dagangan mereka disekat mereka ingat nabi SAW hendak berperang. Ini lumrah biasa bagi orang yang jahat, mereka fikir orang jahat seperti mereka juga. Sikap ini berterusan sehingga hari kiamat kepada mereka yang mempunyai budi pekerti yang jahat. Mereka sentiasa diburu dengan ketakutan dan kesalahan sehingga mereka bertindak untuk melakukan kejahatan kepada orang lain.
Pertahan Islam, bukan ageda peribadi
Ketika menghadapi saat genting, baginda bermunajat dengan Allah SWT demi survival Islam, bukan keselamatan baginda dan keluarganya
اللَّهُمَّ أَنْجِزْنِيْ مَا وَعَدْتَنِيْ . اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِيْ . اللّهُمَّ إِنْ تَهْلِك هَذِهِ الْعِصَابَة لاَ تُعْبَد في الأرض
Ya Allah Ya Tuhanku , tunaikanlah apa yang telah engkau janjikan kepada ku. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah apa yang telah engkau janjikan kepada ku. Ya Allah Ya Tuhanku, Jika binasa kumpulan ini, nescaya tiada siapa lagi yang menyembahMu di dunia ini.
Inilah sikap seorang pejuang agama Allah, yang difikirkan ialah mengenai masa depan Islam, bukan keselamatan keluarganya, pangkatnya, projeknya. Hidup dan matinya hanya untuk Islam. Baginda takut tidak ada lagi orang yang hendak menyembah Allah, jika 313 orang ini dikalahkan oleh tentera Quraisy. Kita sebagai anggota jemaah mesti merasa bimbang tentang masa depan Islam, bukan hanya untuk kepentingan diri kita sahaja. Jika sikap kita hanya untuk memikirkan kepentingan diri sendiri, maka tunggulah saat kehancurannya.
Lazimkan Bermesyuarat
Walau pun baginda seorang Rasul yang diberi wahyu oleh Allah, namun Baginda diajar supaya di dalam satu keputusan besar mesti diputuskan secara bersama. Baginda melakukan demikian untuk mentarbiah umatnya, jangan abaikan mesyuarat.
Sepandai mana sekalipun kita, urusan mesyuarat jangan diabaikan. Insya-Allah di sana ada keberkatan. Secerdik mana sekalipun tidak boleh sama dengan keputusan yang dibuat secara beramai-ramai. Bagusnya mesyuarat, sekiranya salah semuanya bertanggungjawab. Berbeza dengan keputusan yang dibuat secara sendirian.
Di dalam jemaah, ada pandangan peribadi yang tidak boleh dijadikan keputusan, terutama yang membabitkan perkara yang besar. Jemaah bukan hak individu, tetapi hak semua ahli. Perlu diputuskan di dalam mesyuarat dan diambil keputusan secara bersama.
Amat malang kepada kita yang malas hadir mesyuarat, tetapi bercakap melebihi daripada orang yang hadir mesyuarat. Atau pun hadir mesyuarat tapi tidak patuh dengan keputusan mesyuarat. Orang ini semuanya ada masalah hati yang perlu dirawat, jika tidak membawa kebinasaan pada diri dan juga jamaah.
Taat
Di dalam organisasi atau jemaah tidak akan maju jika ada ahli yang keras kepala, ikut kepala sendiri. Merasakan beliau lebih pandai daripada pimpinan jemaah. Dia perasan, pandangan beliau paling terbaik. Walaupun ia hanya pandang dari satu sisi sahaja. Sedangkan jemaah mengambil kira dari semua sudut. Ia hanya pandang dengan keluasan tablet atau gajetnya sahaja, tidak lebih daripada itu. Sikap sahabat daripada kalangan Ansar dan Muhajirin adalah contoh yang terbaik perlu diikut, terutama saat getir yang memerlukan keputusan yang padu daripada semua pihak.
Kenyataan al-Miqdad bin al-Aswad dari pihak Muhajirin mendokong keputusan baginda Rasulullah SAW
يَا رَسُولَ اللهِ اِمْضِ لِماَ أَرَاكَ اللهُ فَنَحْنُ مَعَكَ , وَ اللهِ لاَ نَقُوْلُ لَكَ كَماَ قَالَتْ بَنُوْا إِسْرَائِيْلَ لِمُوْسَى : اِذْهَبْ أَنْتَ وَ رَبُّكَ فَقَاتِلاَ إِناَّ ههُناَ قَاعِدُوْنَ , وَلكِنِ اِذْهَبْ أَنْتَ وَ رَبُّكَ فَقَاتِلاَ إِنَّا مَعَكُمَا مُقَاتِلُوْنَ , فَوَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ لَوْ سِرْتَ بِنَا إِلى بَرْكِ الْغِمَادِ لَجَالَدْنَا مَعَك، مِنْ دُوْنِهِ حَتَّى تَبْلُغَهُ .
“Wahai Rasulullah, teruskan apa yang telah ditunjukkan kepada mu oleh Allah nescaya kami bersama, demi Allah kami tidak akan berkata kepadamu sebagaimana berkata Bani Israel kepada Nabi Musa, pergilah kamu bersama tuhanmu, berperanglah kamu berdua, kami mahu tinggal di sini sahaja. Tetapi kami akan berkata: Pergilah kamu bersama tuhanmu, kami pasti akan berperang bersama kamu berdua, maka demi tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran. Kalau engkau berjalan dengan kami ke Birk al-Ghimad (satu tempat yang jauh di Yaman) nescaya kami pergi bersamamu sehingga sampai walau apa pun yang terjadi.”
Lalu Saad bin Muadz yang mewakili golongan Ansar tidak akan melepaskan peluang untuk memberi janji setia kepada baginda Nabi SAW menegaskan:
فَقَدْ آمَنَّا بِكَ فَصَدَّقْناَكَ وَ شَهِدْناَ أَنَّ مَا جِئْتُ بِهِ هُوَ الْحَقُّ وَ أَعْطَيْناَكَ عَلى ذلِكَ عُهُوْدَناَ وَ مَوَاثِيْقَناَ عَلى السَّمْعِ وَ الطَّاعَةِ , فَامْضِ ياَ رَسُوْلَ اللهِ لِمَا أَرَدْتَ فَوَالَّذِيْ بَعَثَكَ بِالْحَقِّ لَوِاسْتَعْرَضْتَ بِنَا هذَا الْبَحْرَ فَخُضْتَهُ لَخُضْناَهُ مَعَكَ مَا تَخَلَّفَ مِنَّا رَجُلٌ وَاحِدٌ , وَ مَا نَكْرَهُ أَنْ تَلْقَى بِناَ عَدُوَّناَ غَدًا , إِناَّ لَصُبُرٌ فِي الْحَرْبِ صُدُقٌ فِي اللِّقاَءِ . وَ لَعَلَّ اللهَ يُرِيْكَ مِنَّا ماَ تَقَرُّبِهِ عَيْنُكَ فَسِرْ بِناَ عَلى بَرَكَةِ اللهِ
“Demi sesungguhnya kami telah beriman kepadamu, percaya kepadamu, kami bersaksi bahawa apa yang kamu datangkan kepada kami itu adalah benar dan kami berikan atas dasar itu janji-janji dan ikatan kesetiaan. Kami sedia mendengar dan taat kepadamu. Maka teruskanlah wahai Rasulullah kepada apa sahaja yang engkau kehendaki. Maka demi tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran, kalau sekiranya kamu bentangkan kepada kami laut yang luas lalu engkau mengharunginya nescaya kami akan mengharunginya bersamamu. Tiada seorang pun diantara kami yang akan berundur kebelakang dan tidaklah kami merasai benci apabila engkau bertemu musuh dan kami akan bersama kamu esok.
Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sabar di medan perang, benar mengotakan apa yang kami kata sekiranya bertempur dengan musuh dan mudah-mudahan Allah membuktikan kepadamu dari kami, apa yang memuaskan hati kamu dengan melihat sendiri apa yang kami lakukan. Marilah kita teruskan perjalanan, mudah-mudahan Allah memberkati kita.”
Pertembungan Dasar Bukan Peribadi
Peperangan Badar juga disebut sebagai Yaumul Furqan (hari pembeza hak dan batil). Di dalam perjuangan ini kadang-kadang kita terpaksa berhadapan dengan orang yang paling kita rapat, iaitu ibu bapa, saudara mara terdekat sebagaimana di dalam peperangan Badar. Perjuangan kita bukan kerana individu tertentu, tetapi ialah kerana Islam. Jika berjuang kerana individu maka tidak layak untuk bersama dengan perjuangan Islam. Kebiasaannya orang ini tidak lama di dalam perjuangan kerana nafas tidak panjang. Mereka ini akan membawa masalah di dalam jemaah, bekerja kerana individu bukan kerana Islam. Oleh sebab itu, di dalam PAS kita dididik supaya faham matlamat perjuangan. Individu boleh datang dan boleh pergi. Paling malang jika kita bersikap demikian, rugi di dunia dan di akhirat. Di dunia sudah pasti tidak mendapat apa-apa projek, manakala di akhirat pula semuanya sia-sia belaka di sisi Allah. Nauzubillah.
Perancangan Rapi
Baginda SAW adalah seorang yang pakar strategi peperangan. Ketika meyusun atur di dalam peperangan tersebut baginda mengambil kira dari segi kekuatan dan kelemahan pihak Islam dan Kuffar. Untuk mengetahui berapa bilangan musuh, baginda memperoleh maklumat daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 ekor. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Baginda dapat menganggarkan jumlah tentera musuh seramai 900 hingga 1000 orang.
Baginda menerima pandangan al-Hubab bin Mundhir r.a. supaya tentera Islam berkubu dekat dengan sumber air, kemudian membuat kolam persediaan air untuk mereka dan menghancurkan sumber air yang lain sehingga dapat menghalang orang kafir Quraisy daripada mendapatkan air. Kemudian Sa'ad bin Muadh mengusulkan untuk membangun benteng untuk Rasulullah SAW buat perlindungan dan sebagai markas bagi pasukan Muslimin. Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a. tinggal di dalam benteng sementara Sa'ad bin Muadh dan sekumpulan lelaki menjaganya.
Baginda mendidik kita supaya berlawan dengan penuh strategi, walaupun kita berjuang di pihak kebenaran. Islam melarang kita bertindak secara membabi buta tanpa memikirkan kesan kepada perjuangan Islam. Sedangkan baginda mempunyai wahyu, namun baginda tetap mendidik umatnya supaya bertindak di dalam suatu perkara penuh strategi.
Jangan Lupa Berdoa
Rasulullah mengajar kita walaupun kita telah menyusun strategi yang terbaik, namun jangan lupa kita kepada Allah SWT untuk kita menyerahkan segala urusan kita kepadanya. Kerana doa merupalan senjata orang mukmin Rasulullah SAW telah menghabiskan sepanjang malam dengan berdoa dan beribadah walaupun baginda yakin bahwa Allah telah menjanjikannya kemenangan. Ini sebagai lambang kecintaan dan perhambaan dirinya kepada Allah SWT.
Husnu Thiqah Billah (Sangka baik dengan Allah)
Sebagai pejuang Islam, kita mesti mempunyai sangka baik dengan Allah SWT yang akan membantu hambanya. Kita jangan gopoh hendak cepat melihat kemenangan. Jangan lari daripada fitrah perjuangan Islam. Ia memerlukan kesabaran dan semangat yang kental. Kita tidak boleh memetik hasil dengan cepat, kerana ia ada penapisan. Sesungguhnya kita mesti yakin dengan janji Allah kepada hambanya.
Kualiti Lebih Penting Daripada Kuantiti
Kualiti merujuk kepada mereka yang berada di saf hadapan. Semua mereka yang berada ditahap pemimpin, terutama di peringkat tertinggi perlu meningkatkan kualiti hubungan dengan Allah dan skil kepimpinan. Mereka yang bergelar pemimpin mesti menunjukkan sikap dan akhlak yang terbaik untuk memenuhi pra syarat kemenangan. Di dalam peperangan Badar tentera Islam 313 orang dengan serba kekurangan, dua ekor kuda dan 70 ekor unta, manakala tentera Musyrikin Makkah 1000 orang, 100 ekor kuda dan 170 ekor unta.
Wehdah Asas Kejayaan
Walau pun bilangan tentera musyrikin Makkah lebih ramai daripada tentera Islam, tetapi mereka tidak bersatu dan berbelah bagi antara takut dan berani. Sedangkan tentera Islam walau pun sedikit, tetapi bersatu hati dan bersatu azam untuk bersama Rasulullah SAW. Walaupun orang Muhajirin yang terpaksa berhadapan dengan kaum dan bangsa mereka sendiri. Pada mereka ikatan tauhid mengatasi segala-galanya. Kita sebagai anggota jemaah, mesti meletakkan kesatuan sebagai keutamaan. Perselisihan peribadi mesti diketepikan, kerana orang awam sedang memerhati. Masyarakat akan membuat telahan, jika kamu sesama sendiri pun tidak boleh disatukan, macam mana hendak memimpin negara dan rakyat. - HARAKAHDAILY 14/7/2014
Sumber HD - 14-7-2014
Peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua hijrah. Orang Islam pada mulanya hanyalah mahu menghalang pedagang Quraisy dan merampas barang dagangan mereka. Hal ini kerana kaum Quraisy telah menahan harta kaum muhajirin yang tinggal di Madinah. Sebagai balasan, kaum muslimin harus merebut harta dagangan Quraisy sebagai rampasan perang. Rombongan ini diketuai oleh Abu Sufian dari Syam ke Makkah. Beliau telah menghantar Zamzam bin Ammar al-Ghifari pulang ke Makkah untuk memohon bantuan. Maka Amru bin Hisham (Abu Jahal) telah mengetuai pasukannya seramai 1000 orang. Badar terletak 130 kilometer di barat daya Madinah.
Sebagai anggota jamaah Islam, perlu kita mengambil pengajaran dan pengiktibaran untuk kita sama-sama menghayati ruh Badar di dalam gerakan kita.
Perjuangan akan diuji
Menjadi lumrah apabila Islam berkembang ia akan mendapat tentangan, ini adalah sunnah perjuangan Islam yang dilalui oleh orang-orang yang terdahulu daripada kita. Ketika Islam lemah mereka buat tidak kisah dengan Islam, tetapi apabila ia semakin kuat maka mereka akan ganggu. Maka inilah yang berlaku kepada Rasulullah SAW di dalam peperangan Badar. Orang Islam hanya untuk sekat kafilah perniagaan yang membawa barang dagangan sahaja, bukan hendak berperang. Tetapi apabila mereka mahu berperang, maka Nabi SAW dan para sahabat tidak akan mudah mengalah begitu sahaja demi maruah Islam.
Mereka mahu bunuh benih perjuangan dan daulah Islamiah sejak mula lagi. Walau pun negara Madinah baru berusia dua tahun. Namun sudah dianggap bahaya kepada kuasa jahiliah. Keadaan yang berlaku di Palestin yang tidak berkesudahan. Segenap penjuru mereka dibedil tanpa belas ehsan. Dunia Islam yang kaya dengan hasil mahsul, terutama negara Arab diam membisu kerana hati mereka sudah mati kerana termakan ubat pelali yang disuap oleh Amerika dan kuasa besar dunia.
Orang Jahat Sentiasa Bersalah
Orang kafir Quraisy yang jahat kepada baginda sejak di Makkah sudah takut dengan bayang-bayang. Mereka memikirkan apabila barang dagangan mereka disekat mereka ingat nabi SAW hendak berperang. Ini lumrah biasa bagi orang yang jahat, mereka fikir orang jahat seperti mereka juga. Sikap ini berterusan sehingga hari kiamat kepada mereka yang mempunyai budi pekerti yang jahat. Mereka sentiasa diburu dengan ketakutan dan kesalahan sehingga mereka bertindak untuk melakukan kejahatan kepada orang lain.
Pertahan Islam, bukan ageda peribadi
Ketika menghadapi saat genting, baginda bermunajat dengan Allah SWT demi survival Islam, bukan keselamatan baginda dan keluarganya
اللَّهُمَّ أَنْجِزْنِيْ مَا وَعَدْتَنِيْ . اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِيْ . اللّهُمَّ إِنْ تَهْلِك هَذِهِ الْعِصَابَة لاَ تُعْبَد في الأرض
Ya Allah Ya Tuhanku , tunaikanlah apa yang telah engkau janjikan kepada ku. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah apa yang telah engkau janjikan kepada ku. Ya Allah Ya Tuhanku, Jika binasa kumpulan ini, nescaya tiada siapa lagi yang menyembahMu di dunia ini.
Inilah sikap seorang pejuang agama Allah, yang difikirkan ialah mengenai masa depan Islam, bukan keselamatan keluarganya, pangkatnya, projeknya. Hidup dan matinya hanya untuk Islam. Baginda takut tidak ada lagi orang yang hendak menyembah Allah, jika 313 orang ini dikalahkan oleh tentera Quraisy. Kita sebagai anggota jemaah mesti merasa bimbang tentang masa depan Islam, bukan hanya untuk kepentingan diri kita sahaja. Jika sikap kita hanya untuk memikirkan kepentingan diri sendiri, maka tunggulah saat kehancurannya.
Lazimkan Bermesyuarat
Walau pun baginda seorang Rasul yang diberi wahyu oleh Allah, namun Baginda diajar supaya di dalam satu keputusan besar mesti diputuskan secara bersama. Baginda melakukan demikian untuk mentarbiah umatnya, jangan abaikan mesyuarat.
Sepandai mana sekalipun kita, urusan mesyuarat jangan diabaikan. Insya-Allah di sana ada keberkatan. Secerdik mana sekalipun tidak boleh sama dengan keputusan yang dibuat secara beramai-ramai. Bagusnya mesyuarat, sekiranya salah semuanya bertanggungjawab. Berbeza dengan keputusan yang dibuat secara sendirian.
Di dalam jemaah, ada pandangan peribadi yang tidak boleh dijadikan keputusan, terutama yang membabitkan perkara yang besar. Jemaah bukan hak individu, tetapi hak semua ahli. Perlu diputuskan di dalam mesyuarat dan diambil keputusan secara bersama.
Amat malang kepada kita yang malas hadir mesyuarat, tetapi bercakap melebihi daripada orang yang hadir mesyuarat. Atau pun hadir mesyuarat tapi tidak patuh dengan keputusan mesyuarat. Orang ini semuanya ada masalah hati yang perlu dirawat, jika tidak membawa kebinasaan pada diri dan juga jamaah.
Taat
Di dalam organisasi atau jemaah tidak akan maju jika ada ahli yang keras kepala, ikut kepala sendiri. Merasakan beliau lebih pandai daripada pimpinan jemaah. Dia perasan, pandangan beliau paling terbaik. Walaupun ia hanya pandang dari satu sisi sahaja. Sedangkan jemaah mengambil kira dari semua sudut. Ia hanya pandang dengan keluasan tablet atau gajetnya sahaja, tidak lebih daripada itu. Sikap sahabat daripada kalangan Ansar dan Muhajirin adalah contoh yang terbaik perlu diikut, terutama saat getir yang memerlukan keputusan yang padu daripada semua pihak.
Kenyataan al-Miqdad bin al-Aswad dari pihak Muhajirin mendokong keputusan baginda Rasulullah SAW
يَا رَسُولَ اللهِ اِمْضِ لِماَ أَرَاكَ اللهُ فَنَحْنُ مَعَكَ , وَ اللهِ لاَ نَقُوْلُ لَكَ كَماَ قَالَتْ بَنُوْا إِسْرَائِيْلَ لِمُوْسَى : اِذْهَبْ أَنْتَ وَ رَبُّكَ فَقَاتِلاَ إِناَّ ههُناَ قَاعِدُوْنَ , وَلكِنِ اِذْهَبْ أَنْتَ وَ رَبُّكَ فَقَاتِلاَ إِنَّا مَعَكُمَا مُقَاتِلُوْنَ , فَوَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ لَوْ سِرْتَ بِنَا إِلى بَرْكِ الْغِمَادِ لَجَالَدْنَا مَعَك، مِنْ دُوْنِهِ حَتَّى تَبْلُغَهُ .
“Wahai Rasulullah, teruskan apa yang telah ditunjukkan kepada mu oleh Allah nescaya kami bersama, demi Allah kami tidak akan berkata kepadamu sebagaimana berkata Bani Israel kepada Nabi Musa, pergilah kamu bersama tuhanmu, berperanglah kamu berdua, kami mahu tinggal di sini sahaja. Tetapi kami akan berkata: Pergilah kamu bersama tuhanmu, kami pasti akan berperang bersama kamu berdua, maka demi tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran. Kalau engkau berjalan dengan kami ke Birk al-Ghimad (satu tempat yang jauh di Yaman) nescaya kami pergi bersamamu sehingga sampai walau apa pun yang terjadi.”
Lalu Saad bin Muadz yang mewakili golongan Ansar tidak akan melepaskan peluang untuk memberi janji setia kepada baginda Nabi SAW menegaskan:
فَقَدْ آمَنَّا بِكَ فَصَدَّقْناَكَ وَ شَهِدْناَ أَنَّ مَا جِئْتُ بِهِ هُوَ الْحَقُّ وَ أَعْطَيْناَكَ عَلى ذلِكَ عُهُوْدَناَ وَ مَوَاثِيْقَناَ عَلى السَّمْعِ وَ الطَّاعَةِ , فَامْضِ ياَ رَسُوْلَ اللهِ لِمَا أَرَدْتَ فَوَالَّذِيْ بَعَثَكَ بِالْحَقِّ لَوِاسْتَعْرَضْتَ بِنَا هذَا الْبَحْرَ فَخُضْتَهُ لَخُضْناَهُ مَعَكَ مَا تَخَلَّفَ مِنَّا رَجُلٌ وَاحِدٌ , وَ مَا نَكْرَهُ أَنْ تَلْقَى بِناَ عَدُوَّناَ غَدًا , إِناَّ لَصُبُرٌ فِي الْحَرْبِ صُدُقٌ فِي اللِّقاَءِ . وَ لَعَلَّ اللهَ يُرِيْكَ مِنَّا ماَ تَقَرُّبِهِ عَيْنُكَ فَسِرْ بِناَ عَلى بَرَكَةِ اللهِ
“Demi sesungguhnya kami telah beriman kepadamu, percaya kepadamu, kami bersaksi bahawa apa yang kamu datangkan kepada kami itu adalah benar dan kami berikan atas dasar itu janji-janji dan ikatan kesetiaan. Kami sedia mendengar dan taat kepadamu. Maka teruskanlah wahai Rasulullah kepada apa sahaja yang engkau kehendaki. Maka demi tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran, kalau sekiranya kamu bentangkan kepada kami laut yang luas lalu engkau mengharunginya nescaya kami akan mengharunginya bersamamu. Tiada seorang pun diantara kami yang akan berundur kebelakang dan tidaklah kami merasai benci apabila engkau bertemu musuh dan kami akan bersama kamu esok.
Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sabar di medan perang, benar mengotakan apa yang kami kata sekiranya bertempur dengan musuh dan mudah-mudahan Allah membuktikan kepadamu dari kami, apa yang memuaskan hati kamu dengan melihat sendiri apa yang kami lakukan. Marilah kita teruskan perjalanan, mudah-mudahan Allah memberkati kita.”
Pertembungan Dasar Bukan Peribadi
Peperangan Badar juga disebut sebagai Yaumul Furqan (hari pembeza hak dan batil). Di dalam perjuangan ini kadang-kadang kita terpaksa berhadapan dengan orang yang paling kita rapat, iaitu ibu bapa, saudara mara terdekat sebagaimana di dalam peperangan Badar. Perjuangan kita bukan kerana individu tertentu, tetapi ialah kerana Islam. Jika berjuang kerana individu maka tidak layak untuk bersama dengan perjuangan Islam. Kebiasaannya orang ini tidak lama di dalam perjuangan kerana nafas tidak panjang. Mereka ini akan membawa masalah di dalam jemaah, bekerja kerana individu bukan kerana Islam. Oleh sebab itu, di dalam PAS kita dididik supaya faham matlamat perjuangan. Individu boleh datang dan boleh pergi. Paling malang jika kita bersikap demikian, rugi di dunia dan di akhirat. Di dunia sudah pasti tidak mendapat apa-apa projek, manakala di akhirat pula semuanya sia-sia belaka di sisi Allah. Nauzubillah.
Perancangan Rapi
Baginda SAW adalah seorang yang pakar strategi peperangan. Ketika meyusun atur di dalam peperangan tersebut baginda mengambil kira dari segi kekuatan dan kelemahan pihak Islam dan Kuffar. Untuk mengetahui berapa bilangan musuh, baginda memperoleh maklumat daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 ekor. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Baginda dapat menganggarkan jumlah tentera musuh seramai 900 hingga 1000 orang.
Baginda menerima pandangan al-Hubab bin Mundhir r.a. supaya tentera Islam berkubu dekat dengan sumber air, kemudian membuat kolam persediaan air untuk mereka dan menghancurkan sumber air yang lain sehingga dapat menghalang orang kafir Quraisy daripada mendapatkan air. Kemudian Sa'ad bin Muadh mengusulkan untuk membangun benteng untuk Rasulullah SAW buat perlindungan dan sebagai markas bagi pasukan Muslimin. Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a. tinggal di dalam benteng sementara Sa'ad bin Muadh dan sekumpulan lelaki menjaganya.
Baginda mendidik kita supaya berlawan dengan penuh strategi, walaupun kita berjuang di pihak kebenaran. Islam melarang kita bertindak secara membabi buta tanpa memikirkan kesan kepada perjuangan Islam. Sedangkan baginda mempunyai wahyu, namun baginda tetap mendidik umatnya supaya bertindak di dalam suatu perkara penuh strategi.
Jangan Lupa Berdoa
Rasulullah mengajar kita walaupun kita telah menyusun strategi yang terbaik, namun jangan lupa kita kepada Allah SWT untuk kita menyerahkan segala urusan kita kepadanya. Kerana doa merupalan senjata orang mukmin Rasulullah SAW telah menghabiskan sepanjang malam dengan berdoa dan beribadah walaupun baginda yakin bahwa Allah telah menjanjikannya kemenangan. Ini sebagai lambang kecintaan dan perhambaan dirinya kepada Allah SWT.
Husnu Thiqah Billah (Sangka baik dengan Allah)
Sebagai pejuang Islam, kita mesti mempunyai sangka baik dengan Allah SWT yang akan membantu hambanya. Kita jangan gopoh hendak cepat melihat kemenangan. Jangan lari daripada fitrah perjuangan Islam. Ia memerlukan kesabaran dan semangat yang kental. Kita tidak boleh memetik hasil dengan cepat, kerana ia ada penapisan. Sesungguhnya kita mesti yakin dengan janji Allah kepada hambanya.
Kualiti Lebih Penting Daripada Kuantiti
Kualiti merujuk kepada mereka yang berada di saf hadapan. Semua mereka yang berada ditahap pemimpin, terutama di peringkat tertinggi perlu meningkatkan kualiti hubungan dengan Allah dan skil kepimpinan. Mereka yang bergelar pemimpin mesti menunjukkan sikap dan akhlak yang terbaik untuk memenuhi pra syarat kemenangan. Di dalam peperangan Badar tentera Islam 313 orang dengan serba kekurangan, dua ekor kuda dan 70 ekor unta, manakala tentera Musyrikin Makkah 1000 orang, 100 ekor kuda dan 170 ekor unta.
Wehdah Asas Kejayaan
Walau pun bilangan tentera musyrikin Makkah lebih ramai daripada tentera Islam, tetapi mereka tidak bersatu dan berbelah bagi antara takut dan berani. Sedangkan tentera Islam walau pun sedikit, tetapi bersatu hati dan bersatu azam untuk bersama Rasulullah SAW. Walaupun orang Muhajirin yang terpaksa berhadapan dengan kaum dan bangsa mereka sendiri. Pada mereka ikatan tauhid mengatasi segala-galanya. Kita sebagai anggota jemaah, mesti meletakkan kesatuan sebagai keutamaan. Perselisihan peribadi mesti diketepikan, kerana orang awam sedang memerhati. Masyarakat akan membuat telahan, jika kamu sesama sendiri pun tidak boleh disatukan, macam mana hendak memimpin negara dan rakyat. - HARAKAHDAILY 14/7/2014
Sumber HD - 14-7-2014
No comments:
Post a Comment