Fitnah Sarawak Report racun pemberitaan
http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/42109-fitnah-sarawak-report-racun-pemberitaan DEWAN Ulamak PAS Pusat melihat dengan penuh bimbang dunia pemberitaan hari ini yang dipenuhi dengan cerita rekaan dan palsu dengan tujuan mencipta kebencian dan permusuhan terhadap individu atau organisasi. Ia lambat laun akan menghancurkan asas-asas bermasyarakat dan keharmonian bernegara serta melahirkan sebuah masyarakat yang rosak akhlak dan jahat perangai.
Ia ternyata jelas menerusi tindakan sebuah portal Sarawak Report yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai berita dan cerita pendedahan sensasi politik telah bertindak mereka-reka cerita fitnah dan palsu tentang pimpinan Parti Islam Semalaysia PAS dengan niat jahat mencipta persepsi buruk dan mewujudkan permusuhan antara rakyat dan PAS.
Sangat jelas ada perancangan oleh pihak tertentu berkepentingan politik untuk merosakkan reputasi dan imej baik PAS selama ini.
Fitnah Jahat Terhadap Keluarga Rasulullah SAW
Namun, ia bukan perkara yang pelik kerana pernah berlaku FITNAH JAHAT disasarkan terhadap baginda SAW apabila seorang lelaki MUNAFIK telah menyebarkan cerita rekaan dan fitnah terhadap Aisyah radiyallahu anha, isteri Nabi SAW dengan tujuan mencipta persepsi jahat terhadap keluarga baginda SAW lalu disambut oleh beberapa orang Islam lain.
Ia berlegar beberapa bulan lamanya sehingga Allah menurunkan ayat dalam surah an-Nur MEMBERSIHKAN nama Aisyah dan menegaskan hukuman jenayah dirotan sebanyak 80 sebatan terhadap mereka yang membuat tuduhan zina tanpa bukti.
Prinsip keadilan Islam yang telah diterima oleh dunia perundangan dan kehakiman ialah "setiap orang bebas daripada sebarang tuduhan dan tohmahan melainkan dibuktikan sebaliknya" sesuai dengan kaedah Fiqh:
الأصل براءة ذمته
Sebarang tuduhan tidak patut disebarkan atau dipromo sehingga membentuk persepsi jahat dan sehingga yang tidak bersalah telah dihukum bersalah oleh media disebabkan pemberitaan tuduhan.
Dunia Pemberitaan Mesti Berpaksikan Kebenaran Bukan Persepsi
Islam telah menggariskan kaedah pemberitaan dan penceritaan yang jelas untuk menjadi panduan masyarakat antaranya;
I.Berita hendaklah bersumberkan seorang yang ADIL tidak melakukan dosa-dosa besar.
II.Berita yang dibawa oleh seorang yang FASIK (seorang yang sentiasa melakukan dosa kecil tanpa taubat dan melakukan dosa besar) hendaklah diusul periksa dan disemak dengan bukti dan kenyataan.
Allah berfirman;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
"Wahai orang-orang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang FASIK (yang jahat) dengan satu berita maka hendaklah kamu mendapatkan bukti dan keterangan bimbang kamu menimpakan satu kaum dengan satu kejahilan maka jadilah kamu atas apa yang kamu lakukan itu orang-orang yang menyesal." (Surah al-Hujuraat ayat 6)
III.Sumber berita pembohong dan palsu meskipun sekali mesti ditolak pemberitaannya untuk kali yang seterusnya kerana kebarangkalian dia menyelitkan berita palsu dicelah berita yg benar akan terus berlaku.
Ia sebagaimana peringatan Allah tentang golongan yang mencampur adukkan amalan yang baik dengan amalan yang jahat;
وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا
"Dan golongan-golongan lain (di kalangan MUNAFIK) memperakui dosa-dosa mereka. Mereka mencampurkan antara amalan solih dan amalan jahat...." (Surah Taubah ayat 102)
Didik Masyarakat Etika Menyebarkan Berita
Masyarakat juga perlu didik untuk tidak bermudah dalam menyebarkan berita yang diterima.
Nabi saw bersabda;
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
"Cukuplah seseorang itu berbohong dengan perlakuan bercerita segala apa yang didengar". (Hadis Sahih Muslim)
Hadis ini menegaskan kaedah penerimaan dan penyebaran berita. Tidak semua berita yang didengar adalah benar dan tepat. Sikap menyebarkan segala jenis maklumat yang diterima termasuk khabar angin dan persepsi serta tuduhan adalah petanda seseorang itu adalah pembohong kerana kebarangkalian terselit berita bohong dalam penyebaran.
Keghairahan masyarakat berkongsi dan menyebarkan apa sahaja berita yang diterima menerusi aplikasi media sosial hari ini diambil kesempatan oleh pihak berkepentingan berhati Iblis untuk menyebarkan berita bohong dan berbentuk tuduhan bagi mencipta persepsi buruk terhadap seseorang atau organisasi.
Jika hari ini masyarakat bermudah menyebarkan apa sahaja berita ia adalah petunjuk bahawa masyarakat telah mula dididik menjadi masyarakat pembohong.
Persaingan Politik Yang Sihat
Dunia demokrasi membenarkan persaingan politik secara sihat untuk merebut kuasa. Persaingan ini tidak mewajarkan cerita rekaan dan fitnah demi untuk memenangi persaingan. Persaingan politik tidak sepatutnya meruntuhkan nilai moral dan akhlak bermasyarakat.
Jangan Membina Kebencian Menerusi Cerita Rekaan
Matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Kebencian kepada mana-mana individu dan parti politik tidak menjadi lesen untuk mereka-reka cerita palsu dan bohong terhadap mereka.
Dewan Ulamak PAS Pusat menyarankan tindakan segera oleh PAS Pusat untuk menangani FITNAH JAHAT oleh Sarawak Report sama ada dengan laporan polis atau tindakan saman di mahkamah atau lain-lainnya. – HARAKAHDAILY 9/8/2016 Sumber HD - 9-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS: Parti politik dan dakwah
http://www.m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/41778-pas-parti-politik-dan-dakwah Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Wacana Politik Islam (1)
1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berbeza daripada parti politik lain kerana PAS berpolitik dan berdakwah dalam masa yang sama.
2. PAS berpolitik untuk mendapatkan kuasa bagi Islam yang boleh melindungi dakwah Islam dan melebarkan kebaikan dan keadilan Islam kepada seluruh umat manusia.
3. PAS berdakwah mengajak manusia berpolitik dan memerintah berdasarkan Islam serta mengajak manusia mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian mereka sama ada pada aqidah, syariat dan akhlak mereka.
Allah berfirman:
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ
"Dan hendaklah kamu berhukum (memerintah dan mengadili) di kalangan kamu dengan apa yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu mengikut kehnmendak hawa nafsu mereka. Dan berwaspadalah dengan mereka bimbang mereka memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah kepada kamu." (Surah al-Maaidah: 49)
Atas dasar itulah kita mendukung PAS, menyokong dan berjuang menerusi PAS.
Sekian.
Disediakan oleh al-faqir:
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan DUPP
Ahad 10 Julai 2016 / 5 Syawal 1437- HARAKAHDAILY 10/7/2016 Sumber HD - 10-7-2016

----------------------------------------------------------------------------- Hak Untuk Membayar Sendiri Zakat Kepada Asnaf
Fatwa al-Azhar pada tahun 1939 oleh Mufti Mesir Syeikh Abdul Majid Salim ( juz 1, hlmn 137) menyatakan ” ‘TIDAK WAJIB’ menurut 4 Mazhab Fiqh membayar sendiri zakat fitrah kepada asnaf yang layak tetapi ‘HARUS’ untuk diserahkan kepada pemerintah untuk diagihkan kepada asnaf.”
Maksudnya, prinsip asas dalam menunaikan kewajipan zakat ialah setiap orang muslim berkewajipan membayar zakat. Maka timbullah persoalan; _”adakah wajib membayar sendiri kepada asnaf zakat atau boleh diserahkan sahaja kepada pemerintah untuk menyalurkannya kepada asnaf yang layak?”_
*Jawapannya* ialah *tidak wajib* bayar sendiri dan *boleh sahaja* diserahkan kepada pemerintah.
*Hari ini* kita berbincang secara terbalik pula iaitu “adakah wajib membayar zakat kepada pemerintah atau tidak?”.
Maka timbullah kecaman kepada mereka yang mahu menunaikan kewajipan zakat dengan menyerahkannya sendiri kepada asnaf yang berhak dengan alasan bahawa mereka wajib membayar zakat kepada atau menerusi pemerintah.
Sepatutnya perlu difahami isu secara jelas iaitu setiap muslim wajib membayar zakat dengan diagihkan kepada golongan yang berhak; lalu datanglah pemerintah sebagai saluran yang memudahkan setiap muslim menunaikan kewajipannya.
Kerana itu datang perbahasan hukum seperti;
1. Bolehkah seseorang membayar zakat kepada orang di bawah tanggungannya seperti isteri, anak-anak dan ibu bapanya?
2. Wajibkah diserahkan zakat kepada semua asnaf atau berpada dengan salah satu?
Semua perbahasan ini timbul kerana Islam memberi kelapangan kepada pembayar zakat untuk membayar zakat terus kepada orang yang berhak.
Beberapa fatwa peringkat negeri dan kebangsaan yang mewajibkan zakat dibayar kepada pemerintah sahaja berhujah dengan dalil umum iaitu “wajib taat kepada ulil amri”.
Bagaimana sekiranya Ulil Amri mencanggahi Allah dan Rasul-Nya dalam memahami maqasid zakat dan hukumnya? Ia wajib ditegur.
Kelapangan yang diberikan oleh Allah untuk pembayar zakat menyampaikan terus zakat kepada asnaf yang berhak ingin disempitkan oleh pemerintah?
Pemerintah sepatut bertindak untuk memudah dan melapangkan bukan menyempit, mengongkong dan menyusahkan dalam bab zakat.
Di mana ingin kita letakkan hadis-hadis Nabi saw yang menyeru membayar zakat kepada kaum kerabat yang dekat kerana ia memberi pahala menyambung rahim?
Nabi saw bersabda:
الصدقة في المسكين صدقة وفي ذي الرحم صدقة وصلة
“Zakat kepada orang miskin satu sedekah manakala zakat kepada kerabat adalah sedekah dan silaturahim” (Hadis riwayat Ahmad dan Nasaei)
Hadis sebegini membawa mesej bahawa zakat perlu segera sampai kepada yang memerlukan. Ia boleh berlaku apabila pembayar membayar sendiri terus kepada yang berhak di hadapan matanya di kalangan saudara-maranya.
*Cukuplah* bagi pemerintah berpegang dengan pandangan “lebih aula membayar zakat menerusi pemerintah” supaya asnaf dan golongan yang berhak mendapat zakat dapat menerimanya secara sama rata.
Tapi bagaimana pula di saat ada pertikaian pada cara pengurusan agihan zakat?
Seorang yang melihat seorang saudaranya sedang kesusahan memerlukan bantuan kewangan sedangkan untuk mendapatkan bantuan zakat secara saluran rasmi tentu sahaja melalui birokrasi dan siasatan yang panjang? Adakah ia menjadi satu kesalahan?
Mungkin ada yang berhujah kenapa Abu Bakar memerangi golongan yang enggan membayar zakat? *Jawapannya* itu kewajipan pemerintah apabila masyarakat enggan menunaikan kewajipan zakat *bukan* apabila masyarakat tidak mahu membayarnya menerusi pemerintah.
Mungkin ada yang berhujah; kenapa Nabi saw mengutuskan sahabat untuk memungut zakat?
*Jawapannya* adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memastikan rakyat membayar zakat maka diutuskan para pemungut zakat untuk memastikan mereka menunaikan kewajipan zakat dengan diagihkan kepada asnaf *tetapi* bukan untuk mewajibkan zakat dibayar menerusi pemerintah.
Mungkin ada lagi yang berhujah; kenapa sebahagian kitab-kitab fiqh ada yang menyebut apabila pemerintah mewajibkan zakat dibayar kepada mereka maka hendaklah mereka taat dan terlepaslah kewajipan mereka?
*Jawapannya* perbahasan fuqaha bukan dalam konteks mengharuskan tindakan pemerintah yang memaksa *TETAPI* untuk menyatakan bahawa apabila dipaksa maka terlepaslah kewajipan pembayar zakat dengan membayar kepada pemerintah.
*Justeru, saya berpandangan bahawa cukuplah untuk pemerintah menggalakkan rakyat menunaikan zakat menerusi pemerintah dan mengekalkan hak rakyat membayar terus kepada asnaf sekiranya dilihat kebaikannya lebih segera sampai kepada asnaf.
Apa yang ingin saya simpulkan menerusi penghujahan ini ialah *berilah kelapangan dan janganlah menyempitkan*. Ia lebih menepati kehendak syara dan maqasid zakat serta hukum-hakam zakat dan lebih memberi manfaat kepada umat.
Sumber BO - 27-6-2016
Catatan Ramadhan 7 : Kelebihan Berdoa Hari Jumaat
Oleh: Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Nabi saw bersabda dalam Hadis Sahih Bukhari:
فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ
*”Pada hari Jumaat itu terdapat satu detik yang tidak berbetulan dengannya seorang muslim dalam keadaan berdiri mengerjakan solat sambil berdoa kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan pasti Allah memberinya”*
Dalam hadis riwayat Tabarani dan al-Haithami dengan perawi yang sahih menyebut _”tidak berbetulan dengannya seorang hamba muslim berdoa kepada Allah”_*, tanpa menyebut dalam keadaan solat.
Para Ulamak silam berbeza pendapat dalam menghuraikan waktu yang terbaik untuk berdoa pada hari Jumaat.
2 tafsiran yang paling kuat ialah:
1. *Waktu antara Azan Jumaat sehingga berakhirnya Solat Jumaat.*
Dalilnya ialah Hadis Muslim riwayat Abu Musa al-Asy’ari bahawa Nabi saw bersabda:
(هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الإِمَامُ إِلى أَنْ تُقْضَى الصَّلاَةُ)
” ia antara waktu imam duduk sehinggalah berakhir solat”
Hadis ini merujuk kepada situasi imam duduk selepas memberi salam lalu muazzin melaungkan azan jumaat seterusnya dimulakan khutbah.
Ia dipegang oleh Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dan ramai para ulamak.
2. *Waktu selepas Asar sehingga Maghrib.*
Antara dalilnya ialah Hadis Jabir bin Abdillah bahawa Nabi saw bersabda:
(يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر)
“Hari Jumaat 12 juzuk waktu. Tidak ada seorang hamba muslim memohon kepada Allah sesuatu melainkan diberikan oleh Allah. Maka carilah waktu itu pada akhir waktu selepas Asar.
_(Hadis riwayat Abu Dawud, Nasaei dan dinilai Sahih oleh al-Albaani)_
Pandangan ini juga dipegang oleh ramai antaranya 2 sahabat Nabi saw iaitu Abu Hurairah radiyallahu anhu dan Abdullah bin Salam radiyallahu anhu.
Marilah kita mengambil kesempatan pada saat-saat ini untuk memohon pelbagai hajat dan kemahuan sama ada melibatkan dunia mahupun akhirat.
Sumber BO - 26-6-2016
Catatan Ramadhan 6 : Doa Orang Berpuasa DiTerima
Oleh : Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Nabi saw bersabda:
ثَلاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ : دَعْوَةُ الصَّائِمِ ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ ” .
*” 3 doa yang diterima; doa orang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang bermusafir”*
(Hadis riwayat Tabarani dan dinilai Sahih oleh Syeikh al-Albaani)
Seorang yang berpuasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk diterima segala doa dan hajatnya khususnya ketika berbuka.
Doa adalah permohonan si hamba kepada Rabb yang Maha pencipta dan Maha Pemberi. Doa adalah lambang perhambaan diri seorang hamba kepada Rabbnya.
Tiada saat dan detik yang berlalu dalam kehidupan melainkan kita sangat bergantung kepada Allah. Kita bergantung nafas kepada Allah. Kita bergantung makan dan minum kepada Allah. Kita sangat bergantung kepada Allah ketika memandu di jalan raya mengharapkan tiada kemalangan menimpa.
Kita bergantung rezki kepada Allah. Kita mengharapkan agar diberikan kesihatan, ketaatan kepada Allah, keselamatan daripada bala bencana, keamanan negara, kebahagiaan hidup di dunia apatah lagi kejayaan dan kebahagiaan di hari Akhirat.
Menurut Imam al-Munawi; puasa yang diterima doanya ialah puasa yang terpelihara segala anggota daripada perlakuan maksiat. Doanya diterima kerana jasadnya menjadi suci apabila berjaya menghadapi segala hawa nafsunya.
Dalam beberapa riwayat hadis yang lemah, doa yang diterima dikaitkan dengan khususnya waktu berbuka.
Maka, marilah kita memelihara puasa untuk menjadi puasa yang terbaik seterusnya banyakkan berdoa khususnya di waktu hampir berbuka. Moga doa kita segera diterima oleh Allah.- www.drtakiri.blogspot.com
Sumber BO - 25-6-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan Ramadhan 5 : Dermawan Adalah Sifat Orang Berpuasa
Ibnu Abbas radiyallahu anhuma dalam Hadis Bukhari menceritakan perihal Baginda saw
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
“Rasulullah saw merupakan orang yang paling dermawan. Baginda lebih dermawan pada bulan Ramadhan ketika baginda ditemui oleh Jibril. Jibril mendatangi Rasulullah saw pada setiap malam Ramadhan lalu menyemak bacaan al-Quran (tadaarus) dengan baginda. Baginda saw benar-benar lebih dermawan melakukan kebajikan berbanding angin yang diutuskan (membawa hujan).”
Sikap dermawan mengambarkan jiwa seseorang yang tidak terikat hati dengan kebendaan. Dunia dan harta bagi seorang dermawan sangat kecil nilainya lalu dia bersedia untuk berkongsi dengan insan lain.
Bulan Ramadhan menerusi amalan berpuasa, berqiyam malam (bertarawih) dan membaca al-Quran mendidik jiwa untuk lebih mencintai akhirat berbanding dunia.
Justeru, baginda saw apabila masuk bulan Ramadhan lebih dermawan berbanding hari-hari lain.
Setiap orang boleh membelanjakan hartanya di jalan Allah menurut kadar kemampuan masing-masing. Malah walau dengan sebelah buah kurma yang dilihat tidak ada nilai namun ia tetap dinilai di sisi Allah.
Moga kita bersedia mencontohi Rasulullah saw.
Sumber BO - 24-6-2016
Kenapa sambut Nuzul al-Quran 17 Ramadhan?
http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/41662-kenapa-sambut-nuzul-al-quran-17-ramadhan
Kenapa Disambut Nuzul al-Quran 17 Ramadhan Sedangkan al-Quran Turun Pada Malam al-Qadar?
1. Hari ini 17 Ramadhan umat Islam di Malaysia memperingati peristiwa Nuzul al-Quran atau Penurunan al-Quran ke atas baginda saw.
2. Ada yang tertanya-tanya; kenapa peristiwa itu disambut pada 17 Ramadhan sedangkan al-Quran menceritakan dalam surah al-Qadar bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar sedang malam al-Qadar berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan?
3. Jawapannya ialah peristiwa Nuzul al-Quran itu sebenarnya merujuk kepada penurunan al-Quran untuk pertama kali ke atas baginda saw iaitu peristiwa baginda saw didatangi Jibril di gua Hira' lalu diwahyukan 5 ayat pertama daripada surah al-'Alaq.
4. Para Ulamak berbeza pandangan tentang tarikh peristiwa itu berlaku antara 17, 21 dan 24 Ramadhan.
5. Menurut Imam Ibnu Kathir dalam Kitab al-Bidayah wa al-Nihayah nukilan daripada al-Waqidi daripada Abi Ja'far al-Baqir bahawa "permulaan wahyu berlaku pada hari isnin 17 Ramadhan. Ada pendapat menyatakan ia berlaku pada 24 Ramadhan."
6. Syeikh al-Mubaarakfuri antara ulamak kontemporari membuat kajian semula dan berpandangan ia jatuh pada 21 Ramadhan.
7. Menurut Ibnu Abbas radiyallahu anhuma dalam hadis riwayat Imam Ahmad ia berlaku pada usia Baginda saw 40 tahun.
8. Setelah itu, ayat-ayat al-Quran turun sedikit demi sedikit sehingga lengkap kesemuanya dalam tempoh 23 tahun baginda menjadi Nabi.
9. Ayat paling akhir turun 9 malam sebelum kewafatan baginda saw sebagaimana riwayat Nasaei dan Ibnu Abi Haatim ialah ayat 281 surah al-Baqarah
وَاتَّقُوا يَوْماً تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ
10. Adapun peristiwa Nuzul al-Quran yang dirujuk oleh surah al-Qadar ayat pertama:
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
yang bermaksud "sesungguhnya Kami turunkan ia pada malam al-Qadar", ia merujuk kepada peristiwa al-Quran turun sepenuhnya sekaligus dari *Lauh Mahfuz ke Baitil Izzah di langit dunia* pada malam al-Qadar pada bulan Ramadhan sebelum baginda saw mendapat wahyu yang pertama daripada Jibril.
11. Perkara ini diriwayatkan daripada sahabat Nabi saw, Ibnu Abbas radiyallahu anhuma sebagaimana hadis riwayat Nasaei, Abu 'Ubaid, al-Hakim dan Ibnu Abi Syaibah dengan isnad yang Sahih. Imam Sayuti menyebut bahawa Imam Ibnu Kathir telah meriwayatkan ijmak sepakat ulamak dalam perkara itu.
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Rabu 17 Ramadhan 1437 h / 22 Jun 2016
Masjid Haram, Makkah al-Mukarramah jam 6.25 pagi - HARAKAHDAILY 22/6/2016
Sumber HD - 22-6-2016
Maksud istighfar
Allah Taala berfirman:
{وَسارِعُوا إِلى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّماواتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (133)
"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Rabb kamu dan juga syurga yang keluasannya adalah langit-langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertaqwa." (Surah Aali Imran 3:133)
Kata Imam Qurtubi; para ulamak menyatakan bahawa istighfar (atau mohon keampunan) yang dituntut ialah yang menegaskan ketetapan dalam hati bukannya hanya lafaz di lidah. Adapun orang yang berlafaz dengan lidah namun hatinya masih kekal dan tegas untuk melakukan maksiat maka istighfarnya itu masih memerlukan istighfar yang lain. Bagaimana dengan mereka yang jari jemarinya laju bertasbih sedangkan kezaliman dan maksiat masih lekat di hati?
Moga Allah golongkan kita di kalangan mustaghfirin yang sentiasa memohon keampunan.
Sekian.
Dr Khairuddin Takiri
Masjid Nabawi 3 pagi; 19.6.2016 / 14 Ramadhan 1437
Sumber HD - 19-6-2016
Pengeboman Paris: Hati-hati dengan provokasiDEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengecam segala bentuk pembunuhan terhadap sesiapa pun yang dilakukan tanpa hak sama ada pada tujuannya atau caranya. DUPP menegaskan bahawa nyawa adalah sesuatu yang amat dihormati dan sangat dilindungi oleh Islam. Islam menetapkan hanya tiga kesalahan sahaja yang dikenakan hukuman bunuh. Sabda Nabi SAW, mafhumnya : "Tidak halal darah seorang muslim, kecuali karena salah satu dari tiga hal: (i) orang yang berzina padahal ia sudah merasai nikmat persetubuhan hasil perkahwinan yang sah, (ii) membunuh jiwa yang dibalas dengan jiwa (iii) orang yang meninggalkan agamanya lagi memisahkan diri daripaza jama’ah (kaum muslimin)’.” [ HR al-Bukhâri dan Muslim ] Pun begitu, hukuman ini hanya menjadi autoriti dan tanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah - bukannya individu/organisasi awam - melalui pelaksanaan undang-undang jenayah syariah. Tindakan membunuh orang awam dengan cara pengeboman serta tanpa hak seperti yang berlaku di Perancis pada hari ini adalah suatu perbuatan yang terkutuk dan bercanggah di sisi Islam serta keji pada pandangan kemanusiaan. DUPP juga menyuarakan kebimbangan insiden ini sengaja direncanakan oleh pihak tertentu di peringkat antarabangsa bertujuan untuk menimbulkan kebencian terhadap Islam dan umat Islam di Perancis serta bertujuan memburukkan nama baik umat Islam yang berjuang mempertahankan hak seperti di Palestin dan Syria. Diharapkan tiada pihak yang terburu-buru bertindakbalas tanpa waras dengan provokasi yang wujud yang menjadikan Islam dan umat Islam sebagai mangsa. Akhirnya, DUPP merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa, keluarga dan rakyat Perancis di atas musibah yang berlaku. – HARAKAHDAILY 15/11/2015 Penulis adalah Ahli Majlis Syura Ulamak, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) AJK PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus. Sumber HD - 15-11-2015 Takrif Kemiskinan Tidak Gambarkan Realiti SebenarIslam sangat memberikan perhatian kepada golongan miskin dan miskin tegar (fakir) sehinggakan kedua-dua golongan ini disenaraikan sebagai asnaf penerima zakat [ at-Taubah : 60 ] dan fai’ [ al-Hasyr : 6 ] yang merupakan 2 sumber ekonomi utama dalam Islam. 2. Justeru, adalah menjadi kewajipan kepada Kerajaan untuk memastikan tiada rakyat yang tidak dapat memenuhi keperluan hidup mereka; meliputi makanan, pakaian dan tempat tinggal serta pendidikan dan kenderaan. 3. Pada Jun lalu, DS Abdul Wahid Omar menyatakan bahawa kadar kemiskinan telah berkurang daripada 49.3% pada 1970 kepada 0.6% pada 2014; senada dengan Bajet 2016 yang mengumumkan bahawa kadar kemiskinan berkurang daripada 3.8% pada 2009 kepada 0.6% pada 2014. 4. Suatu perkara yang meragukan saya ialah kadar kemiskinan ini – yang ditentukan berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) – adalah tidak selari dengan kadar pengangguran sedangkan pekerjaan adalah punca pendapatan bagi seseorang. 5. Dengan penetapan PGK bagi Semenanjung Malaysia iaitu RM930, Sabah RM1,170 dan Sarawak RM990, tidak hairanlah jika hanya 0.6% sahaja dikategorikan sebagai miskin. 6. Dalam keadaan kejatuhan nilai Ringgit dan kenaikan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan khususnya yang melibatkan kerperluan asas seperti makanan dan pengangkutan ditambah lagi dengan GST, nilai PGK ini adalah tidak lagi sepadan dengan realiti semasa. 7. Isu sebenar yang perlukan perhatian ialah bukan kadar kemiskinan yang menurun tetapi indikator atau ‘poverty measurement method’ yang digunapakai ini sudah lagi tidak berkesan untuk menilai keadaan sebenar kemiskinan. 8. Buktinya, jika diukur dengan kaedah yang disarankan oleh pakar ekonomi yang dimuatkan di dalam ‘The Malaysian Human Developement Report 2013’ – oleh United Nations Development Programme (UNDP) – iaitu berdasarkan separuh daripada median pendapatan, didapati 1.3 juta isi rumah di negara ini boleh dikategorikan sebagai miskin. 9. Pilihan lain untuk menentukan kategori miskin tegar pula, saya mencadangkan dan menyarankan agar Kerajaan menggunakan kaedah ‘had al-kifayah’ seperti yang digunakan oleh institusi-institusi zakat di negara ini. 10. Dua (2) kelebihan menggunakan kaedah ini ialah (i) ia secara automatik turut mengambilkira perbelanjaan bukan makanan (non-food spending) seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan berdasarkan Maqasid al Syariah (Objektif Syariah) dan (ii) cara pengiraannya lebih mudah. 11. Had al-Kifayah secara umumnya adalah kadar keupayaan ekonomi yang selayaknya bagi menjamin kelangsungan kehidupan seorang individu serta mereka yang di dalam tanggungannya. Ia bukan sekadar penentuan had minimum semata-mata tetapi ia menjangkaui persoalan tahap yang selayaknya bagi memastikan kelangsungan kehidupan seseorang serta tanggungannya. 12. Pengkategorian pendapatan – rendah, menengah, tinggi – juga harus disemak semula dan diselarikan dengan takrif miskin dan miskin tegar supaya insentif yang betul dapat disampaikan kepada kumpulan sasar yang sebenar. 13. Selain itu, punca kemiskinan seperti amalan ekonomi liberal kapitalis dan monopoli yang menyuburkan jurang antara golongan kaya dan miskin; penyusutan nilai mata wang Ringgit yang dipunyai oleh golongan miskin samada akibat perubahan pada kadar pertukaran mata wang asing atau kenaikan harga barangan dan perkhidmatan; dan pinjaman riba’ mestilah diberikan perhatian dan diberikan penyelesaian berpandukan Islam. 14. Kelemahan utama konseptual kemiskinan konvensional ialah ialah ia menafikan hak ketuhanan sebagai salah satu komponen penting untuk mengurus fenomena kemiskinan yang berlaku dan tidak melibatkan golongan kaya secara sepenuhnya sebagai satu golongan yang turut bertanggungjawab menyelesaikan masalah kemiskinan. Bahkan, ekonomi kapitalisme hanya semakin membesarkan jurang antara kaya dan miskin. 15. Suka saya tegaskan bahawa Islam adalah lebih awal dan lama mengemukakan penyelesaian berkesan terhadap masalah kemiskinan ini antaranya ialah dengan pengsyariatan zakat dan pengharaman riba serta larangan monopoli dan pencatutan. Sumber BO - 12-11-2015 Jabatan Media Ulamak dan Perantau Santuni Warga Maya Anak Muda
Ampang Bukit Saga , 10hb November 2015 - Jabatan Media Ulamak bersama-sama Perantau telah menganjurkan program bersama untuk menyantuni warga alam maya dan facebooker anak muda di misi menawan Bukit Saga Ampang. Misi menawan Bukit Saga telah mendapat sambutan penyertaan yang hangat dari warga alam maya anak muda yang berasal dari negeri Terengganu yang menetap di Lembah Kelang. Turut hadir dalam misi tersebut Pengarah Jabatan Perhubungan Awam dan Media Baharu DUPP , Nazmi Nik Din dan setiausaha Perantau , Saudara Awasi serta Ketua Pemuda Perantau Ustaz Sabri Mamat. Dalam ucapan perasmian Misi Menawan Bukit Saga itu, Setiausaha Perantau , Saudara Awasi menjelaskan tentang kepentingan warga Terengganu di Perantauan agar prihatin dengan perkembangan situasi politik semasa di negeri tersebut. Beliau turut menegaskan bahawa Perantau bersifat terbuka mengadakan apa sahaja usaha kerjasama menganjurkan aktiviti untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan warga Terengganu di Perantauan. Nazmi Nik Din menyifatkan program ini sebagai berjaya dan akan meneruskan usaha kerjasama dengan mana-mana ngo demi kebaikan bersama. Ketua Pemuda Perantau juga turut menyatakan bahawa pihak perantau inshaAllah akan terus memberikan komitmen menganjurkan program-program dari semasa ke semasa untuk mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan warga Terengganu di perantauan. Sumber PP - 10-11-2015 Deepavali: Hukum sambut dan mengucaptahniahPERAYAAN Deepavali atau juga dieja dengan Divali, merupakan salah satu perayaan keagamaan yang terbesar kepada penganut Hindu. Ianya berlangsung selama lima hari bermula daripada hari ke-13, pada pertengahan bulan Ashvina hingga dua hari pertama bulan baru Kartika dalam kalendar Lunar. Nama ini berasal daripada istilah Sanskrit dipavali, yang bermaksud “sebarisan pelita” yang mana dinyalakan pada malam tahun baru untuk meraikan kehadiran Lakshmi, Dewa Kekayaan. Bagaimanapun, di Bengal, mereka menyembah dewi Kali. Di utara India, perayaan ini pula adalah untuk meraikan kembalinya dewa Rama, Sita, Lakshmana dan Hanuman ke bandar Ayodhya, dimana keadilan undang-undang Rama akan dilaksanakan (www.britannica.com). Jelasnya, perayaan Deepavali adalah perayaan agama dan bukannya adat kaum India kerana ia berkaitan dengan dewa-dewa yang disembah oleh penganut agama Hindu. Islam mengharamkan penganutnya terlibat dengan amalan / perayaan bukan Islam yang berbentuk agama sepenuhnya. Ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang melarang menyerupai orang bukan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum maka ia termasuk daripada kalangan mereka" (Riwayat Abu Daud). Rasulullah SAW juga bersabda yang maksudnya: "Bukan daripada kalangan kami orang yang meniru golongan yang lain" (Riwayat Tirmizi). Berkaitan mengucapkan tahniah kepada orang bukan Islam pada perayaan mereka, terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan ulama. Syeikh Ibn Taimiyyah dan Syeikh Ibnu Qayyim al-Jawziyyah adalah antara ulama yang mengharamkan ucapan tersebut. Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam kitabnya Ahkam Ahli-Azzimmah berkata: "Dan adapun ucapan tahniah terhadap syiar yang telah dikhususkan kepada orang kafir adalah haram secara sepakat, seperti ucapan tahniah terhadap perayaan dan puasa mereka dengan ucapan Eid Mubarak ‘Alaika / tahniah atas perayaan ini atau sebagainya." Golongan ulama salafi yang terkemudian seperti Syeikh Ibn Baz, Syeikh Soleh Utsaimin dan Syeikh Ibrahim bin Muhammad al-Huqail juga telah mengharamkan ucapan tahniah ini dengan mengambil dalil-dalil yang diberikan oleh Syeikh Ibnu Taimiyyah dan Imam Ibnu Qayyim. Syeikh Ibrahim al-Huqail contohnya telah mengeluarkan fatwa bertajuk “Perayaan-Perayaan Kuffar Dan Kedudukan Muslim Terhadapnya” sebagaimana yang dikeluarkan di laman web Al- Islam Al-Yaum (www.islamtoday.net). Mereka mengharamkan ucapan tahniah kepada bukan Islam pada perayaan keagamaan mereka kerana perayaan-perayaan tersebut adalah daripada syiar-syiar keagamaan mereka dan Allah tidak redha kepada hambanya yang kufur. Mengucapkan tahniah kepada mereka adalah salah satu tasyabbuh yang dilarang (www.onislam.net). Walau bagaimanapun, Dr Yusuf al-Qaradawi dalam fatwanya mengharuskan ucapan tahniah kepada bukan Islam dalam perayaan agama mereka selagi mana tidak menyambut perayaan tersebut dan sekadar ucapan tahniah kepada mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan (www.qaradawi.net). Ucapan tersebut adalah kepada orang bukan Islam yang yang tidak bermusuh dengan Islam, khususnya kepada seseorang yang mempunyai ikatan tertentu seperti kaum kerabat, jiran tetangga, teman-teman pengajian, kawan-kawan sekerja dan sebagainya (www.qaradawi.net). Beliau berpandangan bahawa ucapan tahniah ini adalah salah satu daripada kebaikan (al-birr) yang tidak dilarang oleh Allah, bahkan Allah menyukainya sepertimana Allah menyukai orang-orang yang berbuat adil kepada mereka (www.qaradawi.net). Firman Allah S.W.T yang maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [Surah Al-Mumtahanah : 60, 8]. Namun, perlu diingat bahawa ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan yang bukan digambarkan dengan keredhaan kita terhadap agama mereka tetapi semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka. Sikap ini dari satu sudut menunjukkan Islam merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama lain dengan menjaga batasan syara’ yang telah ditetapkan. Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah juga mengharuskan ucapan tahniah dan selamat ini jika mereka bukan termasuk orang-orang yang memerangi kaum muslimin khususnya dalam keadaan di mana kaum muslimin minoriti seperti di negara-negara Barat dan tidak menampilkan simbol mereka atau ucapan-ucapan keagamaan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti tanda salib. Begitu juga Syeikh Muhammad As-Sayyid Dasuki, pensyarah di Universiti Qatar mengharuskannya dengan sebab mujamalah dan menjaga hubungan yang baik (islamicfatwa.wordpress.com). Sementara itu Fadhilah al-Syeikh Mustafa Zarqa’ Rahimahullah Taala berkata: “Sesungguhnya ucapan tahniah seorang muslim kepada kenalannya yang bukan beragama Islam (kristian) ketika perayaan mereka pada pandanganku adalah bersifat mujamalah kepada mereka dan berbuat baik dalam pergaulan sesama mereka" (www.onislam.net). Berdasarkan pandangan para ulama tersebut, Majlis Penyelidikan & Tafaqquh (MPT), DUPP berpandangan bahawa adalah harus bagi orang Islam mengucap tahniah kepada penganut agama Hindu sempena perayaan Deepavali. Walau bagaimanapun ucapan tersebut mestilah tidak mengganggap dan mempercayai bahawa agama Islam adalah sama dengan agama Hindu. Ia juga mestilah tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan dalam ucapan mereka. PAS yang mempunyai kelebihan memiliki Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan menyesuaikan keadaan ini demi untuk mempastikan sambutan Deepavali berjalan lancar. DUPP akan cuba sedaya upaya mungkin agar perayaan ini tidak terganggu dan janggal disebabkan adanya penghormatan luar yang kadang kala membosankan penganut agama Hindu sendiri. DUPP sedar adanya beberapa keadaan yang tidak disenangi oleh masyarakat Hindu jika dicampuri urusannya oleh penganut-penganut agama lain. – HARAKAHDAILY 5/11/2015 Pengarah Operasi, Majlis Penyelidikan dan Tafaqquh, Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber HD - 5-11-2015 Tinta Ulamak (Siri 25) : Al-Quran Sebagai Penyelamat
Dewan Ulamak PAS Pusat Tinta Ulamak ( Siri 25 ) Ahad - 19 Muharram 1437H/ 1 November 2015M Al-Quran Sebagai Penyelamat Firman Allah SWT : Surat Al-An'am 51 Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa. Peringatan Allah SWT ini jelas memberikan pengajaran kepada kita, bahawa Al-Quran adalah satu amanah diwariskan kepada kita untuk mempelajari serta mengamalkannya. Keyakinan kepada firman Allah SWT ini melahirkan dengan ketaqwaan kepadanya. Hal ini telah dinyatakan olen Allah SWT secara jelas dalam awal Surah Al-Baqarah ayat kedua: Surat Al-Baqarah 2 Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Justeru , Al-Quran mampu menyelamatkan aqidah , ibadah dan fikrah manusia seandainya mempelajari, memahami dan mengamalkannya. Disediakan oleh : Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al-Hafiz Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber PP - 1-11-2015 Tinta Ullamak ( Siri 24 ) Kemenangan Yang Sebenar
Dewan Ulamak PAS Pusat Tinta Ulamak (Siri 24 ) Kemenangan Yang Sebenar Sabtu - 31 Oktober 2015M / 18 Muharram 1437H Allah s.w.t. berfirman dalam Ali Imran ayat 160, "...Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri..." Wahai sekalian pejuang Agama Allah.... 1. Kita mesti memiliki satu sifat yg tiada pada lawan, "Kebergantungan kepada Allah." 2. Sebelum kita menang Selangor dan negeri-negeri lain, yakni sebelum 2008, kita pun tak pasti pada kemampuan kemenangan kita, lalu kita tatkala itu memang meletakkan pengharapan tinggi pada Allah. 3. Walaupun di atas kertas, analisa dan lain-lain kita tiada keupayaan untuk menang. Maka Allah berikan kemenangan. 4. Rupa-rupanya harus kita sedari, adalah kemenangan itu pada kala kita yakin dan bergantung kepada Allah, tetapi apabila kita tiada sifat ini, maka tiadalah kemenangan. 5. Marilah kita memiliki sifat keyakinan ini dan jangan dihilangkan kekuatan ini daripada jiwa dan aqidah kita. Disediakan oleh: Ustaz Muhammad Najhan Halim Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber PP - 1-11-2015 Jangan Jadi Syiya'
JANGAN JADI SYIYA' !!!
Umat Islam dilarang keras daripada terlibat dengan kelompok Syiya' atau Pemecah-belah ummah akibat daripada berpuak-berpuak. Syiya' ini adalah berasal daripada Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan ia berlainan dengan Syiah yang jelas bukan dikalangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Kelompok Syiya' dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran sebagaimana pada firman-Nya:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) lalu mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terlibat sedikitpun dengan (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak) apa yang telah mereka lakukan". (Al-An'am : 159)
Pemecah-belah dikalangan orang Islam adalah terkutuk dan ditegaskan bahawa mereka tidak akan mendapat restu serta syafaat Rasulullah SAW. Para Ulama' turut mendefinasikan mafhum Syiya' yang diungkapkan oleh Al-Quran, antaranya:
Maksudnya: "Syiya' adalah suatu kelompok yang dibangunkan untuk melaksanakan misi tertentu. Mereka akan laksanakan misi ini secara bersama sekalipun ianya batil dan sesat".
Hukum memecah-belahkan kesatuan umat Islam adalah haram apatah lagi diwaktu sudah ada sebuah parti Islam yang sudah jelas mengembangkan dakwahnya serta tetap diatas landasan Al-Quran dan Al-Sunnah. Sepakat para Ulama' silam dan kontemporari bahawa jika ada anasir tafriq atau pecah-belah yang dilakukan dalam keadaan sedar dalam perkara tuntutan agama, maka ianya adalah haram.
Inilah intipati dan asas dalam perbincangan sesuatu hukum termasuk dalam isu penubuhan parti baru yang sedang hangat diperkatakan dan ternyata dengan penubuhan ini ianya akan membuka ruang kepada tafriq yang dilarang keras oleh Syarak.
Sehari dua ini, bising dimedia baru tentang isu pengharaman parti baru iaitu PAN oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi sebagaimana yang dinyatakan sendiri oleh salah seorang timbalan beliau iaitu Presiden PAS. Ada yang menyatakan bahawa kenyataan ini palsu disebabkan terdapat percanggahan fatwa Al-Qaradhawi dalam hal penubuhan parti baru ini.
Perlu difahami bahawa setiap hukum dikeluarkan adalah berdasarkan illah atau sebab. Boleh jadi hukum asal adalah haram dan akan bertukar menjadi halal dengan sebab illah begitulah juga sebaliknya. Hal ini sangat dimaklumi oleh para Fuqaha' dan Ushuli yang mahir dalam bidang fiqh dan Usul Fiqh. Tidak ada perkara pelik kepada perubahan hukum dalam perkara ijtihadi akan tetapi sangat pelik jika hukum shorih yang sudah dijelaskan melalui Al-Quran ditolak ketepi.
Kaedahnya senang sahaja, Al-Quran sudah nyatakan illah tentang pengharaman satu-satu kumpulan adalah disebabkan oleh tafriq yang akan menzahirkan Syiya'. Jika PAN ditubuh lalu dipromosi borang keahlian kepada ahli PAS dan mengadakan taklimat atau ceramah dengan memburukkan PAS, hal ini akan pasti menyebabkan berpuak-puak dalam kalangan orang Islam yang sudah cenderung kepada perjuangan Islam atau yang masih belum memahami perjuangan Islam.
Bahkan sangat dikesali kerana ada individu yang pernah menjawat jawatan tertinggi dalam PAS sanggup melanggar baiah dengan Allah semata-mata ingin beralih kepada parti baru, apakah ini bukan Syiya' yang dinyatakan oleh Al-Quran? Ianya sudah jelas Tafriq dan Syiya' ! Kembalilah kepada PAS, satukan hati dan usah kecewa. Tanya iman dihati kalian, jangan tanya nafsu!
~ Asri ed-Diwanie
Sumber PP - 21-10-2015
Tinta Ulamak ( Siri 23 ) Rahsia Kelebihan Muharram
Dewan Ulamak PAS Pusat Tinta Ulamak ( Siri 23 ) Selasa : 6 Muharam 1437H / 20 Oktober 2015 Rahsia Kelebihan Muharram Sejarah bermula 1 Muharram bermula pada zaman Saidina Umar AlKhattab ra.Setelah memilih untuk meletakkan permulaan tahun Islam antara : 1)Syawal selepas Ramadhan di mana umat Islam berpuasa dan merayakan Eidul Fitri 2) Muharram selepas Zulhijjrah kerana bulan Zulhijjah ummat Islam melakukan rukun Islam ke5-Haji dan merayakan Eidul Adha Maka di pilih bulan Muharram kerana melakukan Haji dan Eidul Adha lebih meriah sambutannya. Ada pun hijrah Nabi Muhammad saw Saidina Abu Bakar RA dari Mekah ke Madinah ialah pada 28 Safar tahun ke 14 kenangan. 'Rahimul Makhtum' Ramai kini mula menyedari tentang ketibaan Awal Muharram dan tak kurang yang tidak ambil peduli. Lebih membesarkan sambutan tahun baru masihi pada bulan Januari. Namun ada sedikit kekeliruan dalam keinginan untuk menyambut awal Muharram. Ringkasnya tiada amalan khusus termasuk doa khusus yang datang dari Nabi Muhammad saw. Ada pun doa yang di baca pada akhir dan awwal tahun di tulis oleh ulamak terkemudian. Maknanya bagus cuma jangan meletakkan ianya sunnah dan datang dari Nabi Muhammad saw wajib di baca. Yang lebih di tuntut ialah berpuasa Assyura “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, maka beliau bersabda: “Ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lalu.”(HR. Muslim no. 1162) Insyaallah pada tahun ini kita lebih memahami tuntutan yang utama dalam melaksanakan sesuatu ibadah dan kebaikkan. Disediakan oleh : Ustaz Meor Abdullah AJK Lajnah Penerangan , Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber PP - 20-10-2015 Risalah Dakwah ( Siri 2 ) : Momentum Hijrah Dalam Kekuatan Dakwah
Dewan Ulamak PAS Pusat 5 Muharam 1437H/ 19 Oktober 2015 Risalah Dakwah ( Siri 2 ) Momentum Hijrah Dalam Kekuatan Dakwah Hijrah pernah menjadi persimpangan penting bagi perjalanan dakwah dan harakah pimpinan Rasulullah saw. Hijrah menjadi titik perpisahan antara peringkat lemah dan peringkat kuat, zaman kehinaan dan zaman kemulian serta situasi Islam diperintah dan direndahkan dan situasi Islam memerintah dan bermaruah. Bapa Sirah Nabawiyyah, al Imam Ibnu Ishak memulakan kisah hijrah nabawiyyah dengan ungkapanya: " Apabila Allah azza wa jalla mahukan kemenangan agamanya, kemuliaan Nabinya dan menunaikan janjiNya, keluarlah Rasulullah saw di musim haji yang ditaqdirkan pertemuan baginda saw dengan sekumpulan kecil Ansar. Di saat itu, baginda saw menawarkan dirinya untuk dilantik sebagai pemimpin kepada qabilah-qabilah Arab sepertimana kebiasaanya. Akhirnya tawaran ini disambut oleh segelintir kecil di kalangan qabilah al Khazraj yang mana Allah swt mahukan kebaikan untuk mereka." ( as Sirah an Nabawiyyah, Ibn Hisham 1/428-430 ) Demikian erti sebenar hijrah nabawiyyah menurut kefahaman sarjana sejarah Islam ; kemenangan agama, kemuliaan pejuang agama dan tertunainya janji Allah swt untuk menjulang tinggi agama. Ketinggian agama di bumi Allah swt ini menuntut kelahiran sebuah kerajaan yang menaungi dan membentenginya serta menjadikan tanah dan bangsa sebagai tapak tuaian subur bagi perlaksanaan syariat agama. Tuntutan inilah yang diungkapkan Rasulullah saw dalam tawarannya kepada qabilah-qabilah Arab : " Siapalah lelaki pemberani yang sanggup membawaku pulang kepada kaum bangsanya, yang boleh membentengiku sehingga aku menyampaikan risalah tuhanku. Sesungguhnya Quraish telah mencegahku dari menyampaikan risalah tuhanku " ( Imta' al Asmaa' , al Maqrizi 1/30-31 ). Tuntutan inilah yang diungkapkan Rasulullah saw dalam tawarannya kepada qabilah-qabilah Arab : " Siapalah lelaki pemberani yang sanggup membawaku pulang kepada kaum bangsanya, yang boleh membentengiku sehingga aku menyampaikan risalah tuhanku. Sesungguhnya Quraish telah mencegahku dari menyampaikan risalah tuhanku " ( Imta' al Asmaa' , al Maqrizi 1/30-31 ). Inilah tugasan dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang menjadi idaman Rasulullah saw. Kerajaan yang menjadi benteng kepada agama, pelindung kepada dakwah Islam dan sebuah ladang yang subur dengan penyampaian risalah ketuhanan. Semoga sejarah hijrah yang mengangkat martabat Islam dan umatnya ini terus berulang kembali dan ruh nadi setiap muslim terus berdenyut untuk melihat kemenangan dan kekuasaan agama Allah di bumiNya setiap kali berulangnya sambutan kedatangan tahun baru hijrah. Bahkan sebenarnya, adalah lebih baik lagi jika manifestasi hijrah ini diperbaharui setiap kali mereka membuka dairi taqwim hijri seawal setiap fajar pagi setiap hari barunya. Demikianlah maksud Khalifah Umar ibn al Khattab apabila menjadikan peristiwa hijrah sebagai pemulaan sejarah Islam bagi umat Muhammad saw. Sengaja dilewatkannya dari bulan Rabiul Awwal ke bulan Muharram kerana permulaan azam hijrah telah bermula di bulan Muharram. Bai'ah Aqabah ke dua berlaku pada bulan ZulHijjah. Maka anak bulan pertama selepasnya dan bermulanya azam dan niat adalah bulan Muharram. Demikianlah setiap amalan bermula dengan niatnya. Khalifah Umar ibn al Khattab juga perawi hadith Nabi saw : " Sesungguhnya amal-amal itu adalah dengan niat. Bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yanh hijrah kerana Allah dan Rasul. Makan hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasul. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang didapatinya atau perempuan yang dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya." ( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim ). Disediakan oleh : Syeikh Abu Syakir al-Hasani al-Maniri AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber PP - 19-10-2015 Tiga Matlamat Usrah
Tajuk: TIGA MATLAMAT USRAH Terdapat TIGA matlamat penting yang perlu disemai di dalam usrah iaitu, membentuk sikap yang mulia, membetulkan cara pandang dan menyuntik semangat. Berikut adalah huraian pada setiap satu daripada matlamat itu: (Siri 1) MEMBENTUK SIKAP YG MULIA Gerakan Islam yang mengambil jalur politik sebagai wadah perjuangan memerlukan kepada ahli yang mempunyai sikap yang dibentuk dengan acuan yang betul. Persoalan sikap sangat penting kerana jalur politik mengandungi pelbagai kepada cara untuk memperoleh kuasa. Ia meliputi cara untuk mencari pengaruh, seni untuk mempengaruhi orang ramai dan seni untuk menjatuhkan dan menundukkan pihak lawan. Pendekatan politik ini perlu diimbangi dengan penawar hati untuk mengelak diri dari pelbagai sifat mazmumah melekat di dalam jiwa. Maklumlah, di dalam politik dipenuhi dengan pelbagai elemen ketangkasan, ketegasan, keegoan, kelicikan, kesabaran, kekuatan, kekerasan, dll, sekiranya tiada diimbangi dengan bicara hati, dikhuatiri ia akan membawa kepada serangan terhadap akhlak ahli gerakan Islam. Berada di dalam jemaah memerlukan kepada sikap yang terdidik. Orang yang mempunyai sikap ego, sombong, besar diri, suka dipuji, suka mengarah dan tidak suka diarah, individualistik dan sebagainya sangat sukar untuk terus istiqamah di dalam sebuah jemaah. Biarpun ia pandai berbicara, hebat berpidato, mampu menguasai orang lain, tetapi sekiranya diri dipenuhi dengan sifat mazmumah, dikhuatiri akan tertipu dengan kelebihan dirinya. Akhirnya akan tewas dalam perjuangan. Syed Muhammad Nuh telah mengarang sebuah buku yang berjudul “penyakit dalam gerakan Islam” sangat baik untuk ditekuni dan dihayati oleh ahli gerakan Islam. Manakala sifat tawadu’, merendah diri, suka menghargai orang lain, suka memuliakan orang, berjiwa besar, sedia menolong, ringan tulang, sedia memberi dari menerima, mendahulukan orang dari diri sendiri, sikap kulli bukan bossy, dan berbagai sifat mahmudah lagi perlu untuk disemai di kalangan ahli untuk memastikan istiqamah di dalam perjuangan. Sifat2 ini menjadikan dirinya itu amat disenangi oleh rakan seperjuangan dan disegani oleh lawan. Selain itu, ia akan menjadi penarik utama kepada masyakarat untuk menerima dakwah yang dibawa oleh gerakan Islam itu. Mungkin ada ahli yang bersemangat dan kuat komitmennya, namun ia mungkin mempunyai sikap yang kurang sempurna. Usrah adalah medan untuk mengikis semua sikap yang tidak baik itu. Naqib perlu berusaha untuk memperingatkan dirinya sendiri dan ahli usrahnya tentang semua sifat itu dan mengajak mereka mengenali sifat itu. Dengan cara ini, ahli diharapan akan terus istiqamah di dalam perjuangan Islam hingga kemenangan. Lajnah Tarbiyyah DUPNS Sumber PP - 19-10-2015 Tinta Ulamak ( Siri 22) Manifestasi Hijrah Dalam Gerakan
Dewan Ulamak PAS Pusat Tinta Ulamak ( Siri 22 ) 3 Muharam 1437H / 16 Oktober 2015 Manifestasi Hijrah Dalam Konteks Gerakan " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah. (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka diberi berita gembira oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat darinya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar. "( Surah at Taubah ayat 20-22 ). Hijrah pernah menjadi persimpangan penting bagi perjalanan dakwah dan harakah pimpinan Rasulullah saw. Hijrah menjadi titik perpisahan antara peringkat lemah dan peringkat kuat, zaman kehinaan dan zaman kemulian serta situasi Islam diperintah dan direndahkan dan situasi Islam memerintah dan bermaruah. Disediakan oleh : Syeikh Abu Syakir al-Hasani al-Maniri AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber PP - 17-10-2015 Tinta Ulamak Siri 21: Teguh dan Thabat Menghadapi Ujian Jamaah (Tinta Ulamak Siri21)
Firman Allah s.w.t dalam Ali Imran ayat 146,
"...Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh Ribbiyun (orang-orang yang taat kepada Allah) yang ramai, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar..."
1. Ayat ini menegaskan bahawa para Nabi dan Rasul berjuang menegakkan agama bersama pengikut-pengikut mereka secara berjamaah.
2. Ahli Jamaah yang bersifat Rabbani ini bercirikan ubuddiyah dan benar mengenali Allah s.w.t. memiliki kesabaran yang tinggi menghadapi pelbagai liku perjuangan yang sukar.
3. Mereka tidak mudah lemah jiwa dan hilang semangat disebabkan ketakutan terhadap musuh. Mereka juga tidak akan mudah menyerah kalah kepada musuh. Mereka pasti tidak akan berpaling tadah terhadap musuh.
4. Sebahagian para ahli tafsir antaranya al-Hasan menyatakan Ribbiyyun adalah ( ??????? ????? ) iaitu para ulamak yang sabar dan tabah. Para Ulamak yang sabar ini bilangan mereka sangat ramai berjuang bersama para Nabi.
5. Inilah sifat sabar yang diperlukan dalam perjuangan Islam. Ahli jamaah Islam hendaklah thabat dan teguh disamping sabar walau apa jua kepayahan dan ujian yang menimpa jamaah.
6.. Moga kita dik3urniakan sifat ini oleh Allah s.w.t. agar diberikan kemenangan olehNya.
Disediakan oleh :
Ustaz Muhammad Najhan Halim Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat 2 Muharam 1437H/ 15 Oktober 2015
Sumber PP - 15-10-2015
Ilmuwan Agama Semakin Hilang Lalu Si Jahil Menjadi Pemimpin (Tinta Ulamak siri20)
Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
TINTA ULAMAK ( Siri 20 )
1 Muharam 1437H / 14 Oktober 2015M
Ilmuwan Agama Semakin Hilang Lalu Si Jahil Menjadi Pemimpin
Nabi saw bersabda dalam Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim
"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu itu dengan dicabutnya daripada hamba-hamba tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan Ulamak sehingga tidak ada lagi seorang Alim berilmu, orang ramai pun mengambil ketua dan pemimpin yang sangat jahil lalu mereka ditanya lantas mereka memberikan pandangan tanpa ilmu pengetahuan. Lantaran itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan".
Huraian
1. Menurut riwayat Imam Ahmad dan Tabrani hadis ini diucapkan oleh baginda saw ketika Haji Wida' beberapa bulan sebelum kewafatan baginda saw.
2. Maksud ilmu yang diangkat dalam hadis ini ialah ilmu pengetahuan tentang al-Quran dan al-Sunnah.
3. Hadis ini memperingatkan kita tentang kematian ramainya para ilmuwan yang mempunyai pengetahuan tentang Islam sebagai petanda akhir zaman. Pada satu tahap orang-orang jahil tanpa pengetahuan Islam dijadikan ketua dan pemimpin. Kesannya ialah mereka memimpin ke arah kesesatan dan kerosakan.
4. Kata Imam Nawawi dalam Syarah Muslim dan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari; Hadis ini mengandungi peringatan agar jangan mengambil golongan jahil tidak berpengetahuan sebagai ketua.
5. Menurut Imam Nawawi lagi, maksud hadis ialah dimatikan pembawa ilmu lalu orang ramai menjadikan golongan jahil memerintah berdasarkan kejahilan lalu mereka sesat dan menyesatkan.
6. Moga kita sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan dan tidak terlibat menjadikan golongan jahil tanpa ilmu tentang panduan wahyu sebagai pemimpin.
Disediakan oleh; Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber PP - 14-10-2015
Kerajaan Punca Kenaikan Tol, Jangan Alih Beban KepadaRakyat2. Sedang rakyat menghadapi tekanan kewangan dengan kenaikan kos sara hidup, kejatuhan nilai Ringgit yang memberi kesan ketara kepada kuasa beli pengguna dan GST, tidak sepatutnya Kerajaan bersetuju dengan kenaikkan kadar tol ini sekalipun ia adalah tertakluk kepada ketetapan jadual berkala yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi. 3. Kenaikkan yang dikatakan sebagai “keperluan” oleh Menteri Kerja Raya kerana Kerajaan telah membayar sebanyak RM1,108.91 juta antara 2008 hingga 2013 dan RM402.99 juta bagi 2014 sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi sebenarnya adalah berpunca daripada kesilapan Kerajaan sendiri dalam memeterai Perjanjian Konsesi. [ Rujuk http://www.nst.com.my/news/2015/10/works-ministry-explains-toll-hikes-says-it-necessary ] 4. Sepatutnya Perjanjian Konsesi itu mesti dihadkan setakat cukup menampung kos pembinaan jalan termasuk semua kemudahan dan penyelenggaran dalam tempoh jaminan serta keuntungan had maksimum; bukannya berdasarkan tempoh masa. 5. Perjanjian tersebut juga mesti ke arah pengambil alihan oleh Kerajaan sehingga ia dihapuskan dan bukannya pemilikan penuh kepada syarikat-syarikat konsesi seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini. [ Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/global/tol-sudah-wajar-dihapuskan-1.249470 ] 6. Saya juga telah jelaskan sebelum ini bahawa jumlah kenderaan yang meningkat pesat dan ketara saban tahun di negara ini tidak memungkinkan jumlah pengguna lebuhraya bertol merosot justeru merugikan pemegang konsesi. Sebaliknya keadaan ini menjadikannya sentiasa untung atau mengalami kerugian sifar. [ Rujuk : http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/35948-tol-kerajaan-aniaya-rakyat ] 7. Oleh itu, amat wajar sekali Kerajaan yang mesti menanggung kos akibat perjanjian itu dan merencana sesuatu tindakan yang boleh memberi kesan atau perubahan kepada terma Perjanjian Konsesi tersebut dengan tidak lagi membebankan rakyat. 8. Memandangkan sebahagian besar pemegang saham syarikat-syarikat konsesi adalah anak-anak syarikat milik Kerajaan, maka pengaruh dan kuasa yang dipunyai oleh Kerajaan sepatutnya menatijahkan sesuatu yang memihak kepada rakyat. Malangnya, sebaliknya yang telah berlaku. Sampai bila rakyat terpaksa menanggung beban dan terkorban akibat kesilapan Kerajaan dalam menguruskan negara ini. Sekian. “Beristiqamah Hingga Kemenangan” ***Kenyataan Media Ahli Parlimen Kuala Nerus DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI Selasa, 13 Oktober 2015 | 29 Zulhijjah 1436 H Sumber BO - 14-10-2015 Sokong Zeti Bongkar 1MDB
KUALA LUMPUR, 13hb Oktober 2015 : Krisis 1MDB semakin terus mendapat perhatian umum masyarakat . Ketirisan dan kegagalan tadbir urus kewangan negara dipertikaikan kredibilitinya sehingga kini .
Ketua Penerangan DUPP , Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri mengalu-alukan keberanian dan ketegasan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz untuk membongkar kebenaran di sebalik isu 1MDB.
Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus , ketegasan ini penting untuk memulihkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa yang telah terjejas teruk akibat skandal yang turut dikaitkan Perdana Menteri sendiri.
Terbaru semalam , 6 tokoh Umno dan BN mendesak pertuduhan ke atas DS Khairuddin Abu Hassan bersama peguamnya Matthias Chang digugurkan. Antara pimpinan Umno yang turut serta dalam kenyataan desakan tersebut ialahTan Sri Muhyiddin Yasin dan Dato Seri Shafie Apdal yang masih menyandang jawatan sebagai Timbalan dan Naib Presiden UMNO.
Mengulas tindakan itu , Dr Khairuddin At Takiri menyokong tindakan tersebut seakan satu perlakuan penyalahgunaan terhadap peruntukan undang-undang yang sedia ada dengan menggunakan SOSMA 2012 .
Sumber PP - 13-10-2015
Isyarat badan gambarkan sokongan terhadapIslamFirman Allah s.w.t. dalam surah Al Hajj ayat 9, ثَانِيَ عِطْفِهِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۖ لَهُ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ ۖ وَنُذِيقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَذَابَ الْحَرِيقِ "...Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak.." Bahasa badan juga mencerminkan sifat Iman dan Islam pada diri seseorang. Seseorang yang berminat dan mendapat hidayah Allah akan menunjukkan gerakan badan yang terhasil daripada kesungguhannya beramal dengan Islam. Ia tergambar dengan gerak kerja dan minat yang ditunjukkan seseorang seperti rajin, proaktif dan bersungguh-sungguh dalam perbuatannya dalam Islam dan di jalan Allah s.w.t. Adapun seseorang yang membenci Islam dan tidak mendapat petunjuk Ilahi maka ia akan diterjemahkan dengan tindakan bahasa badan yang menolak dan keengganannya disebabkan kesombongannya seperti berpaling wajah, menolak seruan yang benar dengan menggerakkan bahu menggeleng-gelengkan kepala, menunjukkan penentangan dengan keras dan lain-lain lagi. Mereka itu beroleh kehinaan di dunia sebagai azab awal daripada Allah dan pada hari akhirat di siksa dengan azab neraka. Na'uzubillah. Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan kepada kita sifat yang mulia yang mencintai agama-Nya dan perjuangan di jalan-Nya. Amin ya Robb. USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 12/10/2015 Sumber HD - 12-10-2015 Tinta Ulamak ( Siri 18 ) Tanda-Tanda Hidayah dan Sesat.
Dewan Ulamak PAS Pusat Tinta Ulamak ( Siri 18) 27 Zulhijjah 1436H/ 11 Oktober 2015 Tanda-Tanda Hidayah dan Sesat. Allah azzawajalla berfirman dalam surah Al Ana'am ayat 125, "...Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman..." 1. Allah s.w.t. dalam ayat diatas memberikan perumpamaan yang jelas terhadap golongan yang menerima hidayahNya dan juga mereka yang disesatkanNya. 2. Seseorang yang dipilih oleh Allah untuk diberikan hidayah itu dengan dipermudahkan, digalakkannya untuk menemui hidayah Iman dan Tauhid daripadaNya dan itu adalah tanda-tanda kebaikan yang berlaku dalam dirinya. 3. Hadis Nabi s.a.w. dalam menjelaskan ayat diatas. Maksudnya , "...ditanya kepada Nabi s.a.w. tentang ayat ini. Mereka bertanya, bagaimanakah dilapangkan dadanya. Wahai Rasulullah.? Jawabnya, cahaya yang dilontarkan ke dalam dadanya lalu dilapangkan dan dibukakan hatinya. Mereka bertanya lagi. Adakah ada tanda-tandanya.? Jawab Baginda s.a.w..."..Sentiasa mengingati akan negeri yang kekal (akhirat), bangkit jauhi daripada negeri yang penuh tipu daya dan bersiap sedia untuk menghadapi mati sebelum tibanya saat kematian.." 4. Barangsiapa yang diinginkan Allah s.w.t. disesatkan iaitu dijadikan hatinya tidak dilapangkan, tidak dibukakan dan tiada laluan kepadanya Iman. Allah s.w.t. menggunakan perkataan ??? menggambarkan keadaan hati yang jauh daripada Iman. Saidina Umar r.a. bertanya kepada seorang Al A'rabiy dari ???? apakah itu ???. Jawabnya, ??? itu adalah sebuah pokok yang tumbuh di tengah-tengah pepohonan lain yang tidak dihampiri sebarang apapun. Berkata Umar r.a. "...demikianlah seperti hati orang munafik yang tidak dihampirinya sebarang kebaikan.." 5. Berkata Ibnu Abbas r.a. ????? itu adalah Syaitan yang membelit mereka yang sesat itu kerana keengganan mereka untuk beriman kepada Allah dan RasulNya lalu diselubunginya dan menghalangnya daripada jalan Allah s.w.t. 6. Marilah kita berdoa dan berusaha agar diperolehi petunjuk Allah dengan berilmu dan beramal serta dilindungi daripada kesesatan. Disediakan oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim Pengarah Penerangan , Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber PP - 11-10-2015 Tinta Ulamak ( 17 ) Kehebatan Taubat
Dewan Ulamak PAS Pusat TINTA ULAMAK ( 17 ) 26 Zulhijjah 1436/ 10 Oktober 2015 Kehebatan Taubat Sabda Nabi SAW: "Orang yg bertaubat dari dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa" (Sunan Ibnu Majah: Hadis Hasan). Sebesar manapun dosa yang telah dilakukan, Allah swt Maha Menerima Taubat selama mana hambaNya itu tidak menganggap remeh dosanya, menyesal atas perbuatan dosanya dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi, serta disusuli perbuatan dosa itu dengan memperbanyakkan amal soleh dan ketaatan kepadaNya. Ini adalah antara bentuk kasih sayang Allah kepada hambaNya. Allah swt membuka pintu taubat kepada hamba-hambaNya dari sekecil-kecil dosa sehingga sebesar-besarnya. Dan yang lebih istimewa Nabi saw mengatakan bahawa orang yang sebenar-benar taubat sama kedudukannya seperti orang yang tidak berdosa. Marilah kita bertaubat dengan taubat nasuha nescaya mulia kita disisi Allah swt dan sebaris kedudukan kita dengan insan soleh yang lain. Disediakan oleh: Muhamad Naim bin Hashim AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber PP - 11-10-2015 Tinta Ulamak (16) Kekayaan Sebenar
Dewan Ulamak PAS Pusat TINTA ULAMAK ( 16 ) 25 Zulhijjah 1436 / 9 Oktober 2015 Kekayaan Sebenar Sabda Nabi saw: "Yang namanya kaya bukanlah dengan banyaknya harta (atau banyaknya kemewahan dunia). Namun yang namanya kaya adalah hati yang selalu merasa cukup" (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim) Hadis ini menunjukkan bahawa kebahagiaan sebenar bukanlah dengan memiliki istana yang megah, kenderaan yang mewah, sijil yang bersepah dan harta yang melimpah ruah. Namun kebahagiaan sebenar adalah terletak di dalam hati. Orang yang beriman dan beramal soleh, merekalah yang sebenarnya merasakan manisnya kehidupan dan kebahagiaan kerana hatinya selalu tenang dan damai, berbeza dengan orang-orang yang lalai dari Allah yang hati mereka selalu merasa gelisah dan merungut dengan qadak qadar Allah swt. Hati yang selalu merasa cukup dengan nikmat pemberian Allah atau qanaah lebih utama dari harta yang melimpah ruah. Semoga Allah memberi taufiq hidayah kepada kita dan memberikan kita syurga dunia iaitu dengan memiliki hati yang selalu bergantung dan berpuas hati dengan kehendak Allah swt. Disediakan oleh: Muhamad Naim bin Hashim AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber PP - 10-10-2015 Penglibatan ulama dalam politikUlama ialah pewaris Nabi saw. العلماء ورثة الانبياء Ertinya ulamak mewarisi: a] Risalah hidayah yang dibawa oleh Nabi saw b] Perjuangan untuk mengimarahkan bumi dengan agama dan mendaulatkannya c] Memimpin dan membimbing ummah untuk tunduk dan patuh kepada Allah. Nabi-nabi as berpolitik: "كانت بنو إسرائيل تسوسهم الأنبياء، كلما هلك نبي خلفه نبي، وإنه لا نبي بعدي، Adalah Bani Israel, pemimpin politik mereka ialah nabi-nabi as. setiap kali seorang nabi wafat, di belakangnya ada nabi yang lain menggantikannya dan sesungguhnya tiada nabi selepasku. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) ويقول رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : " لتُنقضن عرى الإسلام عروة عروة ، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها ، وأولهن نقضاً الحكم وآخرهن الصلاة" رواه أحمد Akan terungkai ikatan Islam serungkai demi serungkai, maka setiap kali terungkai satu ikatan, manusia akan berpaut pada ikatan yang berikutnya. yang terawal terungkai ialah ikatan pemerintahan dan yang paling akhir terungkai ialah solat. (Riwayat Imam Ahmad) Justeru itu, ulama selaku pewaris tunggal nabi saw tidak boleh meninggalkan warisan ini melainkan ulama mesti berpolitik. Politik bukan pilihan atau kerjaya atau profession tetapi politik adalah sebahagian dari tanggungjawab yang mesti ditangani oleh para ulama Islam. Islam itu sendiri adalah agama ibadah dan agama pemerintahan, sebagaimana yang Allah sebut dalam al-Quran: {...إِنِ الْحُكْمُ إِلاَّ لِلّهِ أَمَرَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ } Keputusan [ketetapan hukum] hanya milik Allah swt Dia telah memerintahkan kamu agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah cara hidup yang lurus namun malang kebanyakan manusia tidak mengerti. (Surah Yusuf : 40) Imam Hassan Al Banna pernah menyebut: الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعاً، فهو دولةٌ ووطنٌ أو حكومةٌ وأمةٌ، وهو خلقٌ وقوةٌ أو رحمةٌ وعدالةٌ، وهو ثقافةٌ وقانونٌ أو علمٌ وقضاءٌ، وهو مادةٌ وثروةٌ أو كسبٌ وغنى، وهو جهادٌ ودعوةٌ أو جيشٌ وفكرةٌ، كما هو عقيدةٌ صادقةٌ وعبادةٌ صحيحةٌ سواءٌ بسواء». "Islam ialah satu sistem yang menyeluruh mencakupi segenap aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan bangsa. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah material dan pembendaharaan atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jidah dan dakwah atau tentera dan fikrah seperti Islam itu juga adalah aqidah yang sejahtera dan ibadah yang sohih, sama dan serupa." Adolf Hitler pernah menyebut satu ungkapannya yang popular: "Sesungguhnya aku tidak gentar berdepan dengan Yahudi dan aku tidak gentar berdepan dengan komunis, tetapi apa yang aku bimbang ialah berdepan dengan politik Islam." Al Imam Ghazali rhm pernah menyebut di dalam kitabnya al Iqtisad fil I'tiqad الدين اس و سلطان حارس و ما لا اس له فمهدوم و ما لا حارس له فضائع "Agama itu asas dan kerajaan itu pengawal. Maka sesuatu yang tidak mempunyai asas akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang." Politik adalah urusan terbesar ummat manusia khasnya Ummat Islam justeru ia melibatkan soal peraturan dan undang-undang yang akan mengatur sistematika kehidupan manusia di atas muka bumi. Manusia tidak akan sempurna hidup tanpa undang-undang dan peraturan. Komunis di hutan pun ada peraturan dan undang-undang pergerakkannya. Inikan pula Islam agama yang sempurna sebagai cara hidup manusia yang telah diwahyukan oleh Allah swt. Sungguhpun Islam adalah agama ilmu dan hujah, namun di sana terdapat manusia yang hanya boleh didisiplinkan dengan peraturan dan undang-undang. Lantaran itulah Islam datang dengan pakejnya yang lengkap dan sempurna iaitu hujah dan syariat [peraturan] Sebagai contoh, Allah larang ummat Islam berzina dengan membawa hujah bahawa zina itu adalah sekeji-keji perbuatan yang pula boleh merosakkan nasab, namun Allah yang sama juga membawa undang-undang, jika berzina maka hendaklah sebat 100 rotan. Jika sekadar untuk menerangkan hukum berzina dan terhenti setakat itu sahaja, maka benarlah ulama tidak perlu berpolitik dan ulama yang menyertai politik tidak perlu berdakwah. Tetapi di sana terdapat ramai manusia yang kecundang dan sukar dikawal dan dididik dengan hujah lalu berzina, sedang zina tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana terdapat hukum yang qat'i diturunkan oleh Allah swt, maka untuk menguatkuasakan undang-undang zina, memerlukan ulamak turun bergelanggang dan berjuang mendapatkan kuasa poltik bagi mendaulatkan syariat Allah swt. NASRUDIN HASSAN Pengarah Jabatan Pilihan raya Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 10/10/2015 Sumber HD - 10-10-2015 Tinta Ulamak ( Siri 15 ) Golongan Perosak
Dewan Ulamak PAS Pusat TINTA ULAMAK ( 15 ) 24 Zulhijjah 1436H / 8 Oktober 2015M Golongan Perosak Firman Allah swt: "..Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan "[Surah al-Qasas 77] Islam adalah agama kedamaian dan kesejahteraan. Islam memerintahkan umatnya agar menjalani kehidupan dengan aman dan harmoni serta berperaturan berlandaskan keimanan dan ketakwaan. Oleh itu, setiap Muslim yabg beriman wajib menghindari dan menjauhi serta meninggalkan segala perbuatan dan tindakan yang boleh merosakkan diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat, agama dan negara. Kerosakan yang dimaksudkan di sini termasuklah segala bentuk dosa besar, maksiat, vandalisma, jenayah dan seumpamanya. Budaya membuat kerosakan ini amat dimurkai Allah dan mengundang balasan azab yang pedih di akhirat kelak. Disediakan oleh: Muhamad Naim bin Hashim AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber PP - 8-10-2015 Tinta Ulamak ( 14 ) Komunikasi Gaya Islam
Dewan Ulamak PAS Pusat TINTA ULAMAK ( Siri 14 ) 23 Zulhijjah 1436H / 7 Oktober 2015M Komunikasi Gaya Islam Firman Allah SWT : "Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini." [ Surat Al-Furqan : 63] Etika komunikasi didikan Allah SWT melalui acuan Islam membantu jiwa dan hati manusia saling menghargai antara satu sama lain. Sesungguhnya tarbiyyah langsung dari Allah SWT melahirkan insan yang istimewa seperti Rasulullah SAW. Baginda sentiasa menjaga komunikasi bersama para sahabat dan ahli keluarga sehingga disenangi oleh sesiapa sahaja bersamanya.Akhlak yang mulia adalah aset bagi seorang pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam secara tidak langsung dengan peribadi mulia. Ayuh aplikasi komunikasi Islam sebagai satu usaha dakwah kepada masyarakat. Disediakan oleh : Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al-Hafiz Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber PP - 7-10-2015 Tinta Ulamak ( Siri 13 ) Kehebatan Anak Yang Soleh
Dewan Ulamak Pas Pusat TINTA ULAMAK ( Siri 13 ) Kehebatan Anak Yang Soleh 29 Zulhijjah 1436 H/ 13 Oktober 2015M Allah berfirman Surah At Thur ayat 21 : Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. Didikan yang sempurna kepada anak-anak mampu menjadi saham kebaikan buat ibubapa dan ahli keluarganya. Justeru warnailah kehidupan zuriat kita dengan kefahaman Islam agar dapat mewarisi perjuangan Islam dan menyampaikannya kepada masyarakat kelak. Demikianlah kurniaan Allah yang diberikan kepada anak keturunan kerana keberkahan amal perbuatan orang tua mereka. Sedangkan kurniaannya yang diberikan kepada para orang tua disebabkan oleh berkah doa anak keturunan mereka. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah akan meninggikan darjat bagi seorang hamba yang soleh disyurga lalu ia berkata: wahai rabbku dari mana aku mendapatkan ini? Maka Allah menjawab: Dengan istighfar (permohonan ampun) anakmu untukmu. (HR. Ahmad) Kesimpulan dari hadis bermakna amat penting seorang mukmin meninggalkan keturunan yang soleh dalam membantu kehidupan diakhirat. Disediakan oleh: Ustaz Khalid Nayan AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber PP - 6-10-2015 DUPP lancar Tabung Kebakaran Pondok Al YusufiahKUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) melalui Lajnah Kebajikannya melancarkan Tabung Kebakaran Al Yusufiah pagi ini berikutan insiden kebakaran di pondok tersebut jam 8.30 malam semalam. Menurut Ketua Lajnah kebajikan DUPP, Dr Abu Bakar Abdullah , tabung ini dilancarkan pada pagi ini memandangkan kebakaran itu agak serius dan melibatkan kerugian harta benda yang agak besar. Dilaporkan semalam bahawa kira-kira 60 buah pondok yang digunakan oleh pelajar dipusat pengajian tersebut hangus terbakar dijilat api. Beliau menyeru agar sumbangan disalurkan kepada : 1-Akaun di atas nama Tabung Kebajikan Dewan Ulamak PAS Pusat 2- CIMB No.Akaun 8601765212. HARAKAHDAILY 6/10/2015 Sumber HD - 6-10-2015
JOHOR BAHRU - Pas Johor mendakwa Parti Amanah Johor tidak amanah kerana tindakan parti itu berhasrat mengambil-alih beberapa aset yang menjadi markas Pas di dua kawasan. Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mengikut hukum Islam, bangunan diwakafkan kepada Pas sebelum ini menjadi hak parti itu walaupun pemilik asal menyertai parti lain. “Bangunan atau tanah yang diwakafkan kepada Pas bukan lagi milik individu, ia sudah menjadi milik masyarakat kerana ia dibangun hasil sumbangan orang ramai. “Tidak wajar bangunan itu ditukar milik walaupun pemiliknya melompat parti. Dari segi hukum itu tidak betul, sudah tidak amanah. Jika dia keluar Pas akan ada orang yang menggantikan tugasnya,” katanya kepada Sinar Harian. Beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat perundangan bagi memuktamadkan perkara berkenaan dan membawanya ke mahkamah jika perlu. “Aset ini bukan harta sepencarian kerana pada asalnya sumbangan diberikan untuk Pas walaupun mereka sudah dapat surat dari pesuruhjaya sumpah, tetapi dari segi hukum ia adalah hak Pas. “Kita masih belum buat keputusan tentang perkara ini ,tetapi kita akan muktamadkan dan membawanya ke mahkamah jika Pas mempunyai peluang untuk menang,” katanya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad menafikan parti itu merampas aset milik Pas Johor sebaliknya mereka hanya mengambil alih bangunan yang diwakafkan semula kepada parti itu. “Apa yang berlaku seperti di Pontian sebenarnya bangunan itu sebelum ini digunakan Pas sebagai markas tetapi pemiliknya telah mewakafkan semula kepada Amanah. “Kita tidak berniat untuk merampas sebaliknya akan menjadikannya sebagai bangunan guna sama untuk Amanah dan Pas,” katanya. Dzulkifli berkata, parti berkenaan turut menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset yang terdiri daripada kalangan peguam dan perunding hartanah bagi menangani isu membabitkan aset sepencarian bersama Pas Johor. “Pas perlu bersikap terbuka, tidak adil untuk tuduh kita perampas seolah-olah menggambarkan Amanah sebagai parti yang zalim. “Malah kita hanya menerima dua bangunan sahaja iaitu di Pontian dan di Bakri yang diwakafkan semula oleh pemiliknya kepada Amanah,” katanya. - Sinar Harian
Sumber TKO - 5-10-2015
Tinta Ulamak ( Siri 11) Sebutlah kebaikan-kebaikan si mati
Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat TINTA ULAMAK ( Siri 11 ) Ahad 20 Zulhijjah 1436H/ 4 Oktober 2015M Sebutlah Kebaikan-kebaikan Si Mati Daripada Anas bin Malik radiyallahu anhu bercerita, mereka melintasi satu janazah lalu mereka menyebut kebaikannya. Nabi saw lantas bersabda; "ia pasti berlaku". Kemudian mereka melintasi satu lagi janazah lalu mereka menyebut kejahatannya. Baginda saw lantas bersabda; "ia pasti berlaku".Umar radiyallahu anhu lalu bertanya; apa yang pasti berlaku?
Nabi saw bersabda; "Janazah ini disebut oleh kamu kebaikannya maka pastilah syurga baginya. Janazah itu pula disebut oleh kamu kejahatannya maka pastilah neraka baginya. Kamu adalah saksi-saksi Allah di muka bumi". (Hadis Sahih Bukhari)
Huraian
1. Hadis ini menunjukkan keharusan memuji kebaikan atau menyebut kejahatan seseorang yang sudah mati. Ia menjadi kesaksian orang hidup terhadap orang yang mati. Janazah yang dipuji kebaikannya beroleh syurga disebabkan pujian manakala janazah yang disebut kejahatannya beroleh neraka.
2. Menyebut kejahatan si mati yang dibenarkan adalah dalam konteks kesaksian terhadap si mati pernah melakukan kejahatan ketika hidup. Bukan dalam konteks mengeji kerana dalam Hadis Sahih Bukhari yang lain Nabi saw melarang mengeji mayat. Namun menyebut keburukan seorang yang fasik yang secara terbuka melakukan kefasikan ketika hidupnya dibenarkan jika ada keperluan dan maslahat untuk diambil pengajaran. 3. Apabila disedari keadaan itu, sebaiknya seseorang muslim membanyakkan menyebut kebaikan si muslim yang telah mati agar si mati beroleh syurga dan agar Allah melepaskan dan mengampuni segala kesalahannya ketika di dunia. Orang yang mati telah berakhir amalnya. Tinggal lagi bantuan orang yang hidup menerusi doa kebaikan menjadi penyelamat bagi dirinya di alam kubur. 4. Kata Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari; diambil dalil daripada hadis awal di atas keharusan menyebut kebaikan atau kejahatan seseorang sekiranya ada hajat dan keperluan. Ia tidak termasuk dalam kategori mengumpat yang diharamkan. 5. Kemungkaran pemerintah sekiranya perlu untuk diambil peringatan dan dijauhi oleh rakyat serta diambil tindakan adalah harus untuk disebut dan ia tidak termasuk kategori umpatan yang diharamkan. Disediakan oleh; Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber PP - 4-10-2015
Tinta Ulamak ( Siri 10 ) Fungsi & Peranan Zakat Dalam Islam
Dewan Ulamak PAS Pusat TINTA ULAMAK ( Siri 10 ) 19 Zulhijjah 1436H/ 3 Oktober 2015M Fungsi & Peranan Zakat Dalam Islam Firman Allah SWT : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [Surah At-Taubah: 60] Islam mendidik manusia dalam saling mensyukuri nikmat kurniaan Allah SWT melalui sedekah. Begitu juga Allah mengajar manusia bagaimana cara menguruskan kewangan dengan baik tanpa berlakunya penindasan dan pembaziran. Disebutkan dalam ayat ini golongan yang perlu diberikan keutamaan merangkumi kebajikan kewangan , prasarana dan keperluan semasa. Satu ketika dahulu , pelaksanaan zakat yang terbaik mampu mengurangkan kadar kemiskinan sepertimana yang belaku ketika pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Ini membuktikan bahawa zakat adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi mereka yang telah menepati syarat untuk dikeluarkan. Tidak rugi berkongsi , kerana selagi kita ikhlas memberi , selagi itu diberikan keberkatan rezeki , walaupun tidak banyak namun mencukupi.Itu lebih baik daripada melimpah harta tetapi leka menunaikan hak kepada Maha Pencipta. Disediakan oleh : Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al-Hafiz Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber PP - 3-10-2015 Tinta Ulamak ( Siri 8) Amanah Menjaga Bumi Allah SWT
Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
TINTA ULAMAK (Siri 8 )
Amanah Menjaga Bumi Allah SWT
17 Zulhijjah 1436H / 1 Oktober 2015M
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). [Surat Ar-Rum 41]
Peringatan yang dinyatakan oleh Allah SWT jelas menunjukkan kepada kita bahawa tanggungjawab manusia selaku khalifah di atas muka bumi Allah SWT untuk memelihara daripada segala kerosakan agar tidak mengundang murka Allah SWT kelak.
Kerosakan yang dimaksudkan merangkumi :
1- Akidah dan pegangan 2- Pemerintahan dan tadbir urus 3- Pengurusan sosial dan pembangunan modal insan
Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam amal ibadah sehingga kita bertemu Allah SWT serta memperolehi redha Allah SWT dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Disediakan oleh :
Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al- Hafiz Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber PP - 1-10-2015
Renungan Awal Pagi (Jangan Menyibukkan Diri Dengan Aib Manusia)
RENUNGAN AWAL PAGI
Jangan Menyibukkan Diri Dengan Aib Manusia
Anas bin Malik radiyallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda:
"Berbahagialah sesiapa yang keaiban dirinya menyibukkan dirinya daripada berbicara tentang keaiban-keaiban manusia lain."
[Hadis dikeluarkan oleh Bazzar dengan isnad yang Hasan. Juga diriwayatkan oleh Ahmad, Tabrani, Ibnu Hibban dan Hakim].
HURAIAN
1. Berkata Imam al-Munaawi; Berbahagialah seseorang yang disibukkan dengan keaiban dirinya lalu tidak berbicara tentang aib orang lain. Maka sewajarnya bagi orang yang berakal menguruskan keaiban-keaiban dirinya. Sekiranya didapati ada satu keaiban dan kelemahan sibukkanlah diri dengan memperbaiki keaiban tersebut lalu merasa malu untuk mengeji orang lain.
2. Berkata al-Hakiim; saya merasakan tiada orang yang sibuk memperkatakan aib orang lain melainkan kerana leka tentang dirinya sendiri. Sekiranya dia prihatin terhadap kelemahan dan aib dirinya tentulah dia tiada masa untuk memikirkan aib orang lain.
3. Berkata ahli ilmu, tidak sewajarnya bagi seseorang mengintai dan mencari kelemahan dan keaiban saudaranya bahkan selayaknya setiap orang lebih sibuk memikirkan kelemahan dirinya. Seorang mukmin berusaha mendidik dirinya sebelum menyibukkan dirinya mencari keaiban dan kelemahan orang lain.
4. Demikianlah juga, tiada seorang yang sempurna. Setiap orang pasti memiliki kelemahan di samping kebaikan. Timbanglah kebaikan dan kekuatan diri yang ada pada seseorang sebelum menyibukkan diri kita untuk menilai kelemahan dirinya kerana kita sendiri pun tidak sedikit kelemahannya. Apakah kita suka untuk manusia berbicara tentang segala keaiban kita yang masih disembunyikan oleh Allah?
5. Di zaman perhubungan manusia menjadi mudah dan cepat menerusi aplikasi whatsapp dan facebook tidak sedikit yang terlalu sibuk membicarakan keaiban dan kelemahan orang lain secara terbuka sehingga menimbulkan pelbagai prasangka sedangkan dia sendiri berpeluang menegur secara tertutup.
6. Berkata bijaksana Arab; "keaiban dan kelemahan seseorang dilipat simpan bukannya diriwayat dan disebarkan."
7. Biarlah aplikasi perhubungan sosial semasa memberikan pahala bukannya menambahkan dosa.
Sekian.
Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Khamis 17 Zulhijjah 1436 H / 1hb Oktober 2015; jam 3 pagi Kota Bharu
Sumber PP - 1-10-2015
Renungan Haji (siri) Bakal Kembali Dengan Kelahiran Baru
Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
RENUNGAN HAJI [ 3 ]
14 Zulhijjah 1436H/ 28 September 2015M
Bakal Kembali Dengan Kelahiran Baru. ( sambungan )
Hadith Rasulullah saw pula ada meletakkan batu asas yang kukuh mengenai keutamaan Niat iaitu hadith ;
Bermaksud: “Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat-niatnya. Dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatnya”.
Ulama meletakkan hadith ini menjadi usul pangkal kepada separuh urusan agama dan menganggapkannya sebagi neraca kepada segala amalan hati dan urusan dalaman seorang muslim. ([14])
Khusus mengenai perihal haji, Rasulullah saw menjadi tauladan terbaik dalam menghayati makna keikhlasan. Berikut buktinya dari sunnah nabawiyyah;
Dari Anas ibn Malik ra katanya: Nabu saw menunaikan haji menaiki seekor unta yang tua dan memakai kain yang selekeh menyamai 4 dirham atau tidak sampai lalu baginda saw berdoa : “Ya Allah! Terimalah ini sebagai suatu haji, tiada riya’ (menunjuk-menunjuk) padanya dan tiada suma’ah (memperdengar-dengarkan )”.
Tauhid dan ikhlas adalah nyawa kepada amalan Islam. Amal tanpa tauhid dan ikhlas adalah kerangka kosong seperta jasad tanpa ruh. Amal sehebat mana sekalipun dilakukan jika tidak lahir dari keikhlasan hanyalah hampas umpama habuk atau debu yang mudah diterbangkan angin. Allah swt berfirman:
“Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.”
Oleh itu, para jemaah haji hendaklah bermuhasabah merenung jauh ke dalam diri sendiri sebelum menggerakkan langkah jauh dalam perjalanan Hajinya. Setiap kita berhak mempersoalkan diri sendiri tentang tauhidnya; adakah ianya jelas dan tulus kepada Allah semata-semata? Tentang aqidahnya kepada Allah; adakah ianya jitu, kukuh tersemat dan sahih keyakinannya? Juga tentang keikhlasannya; adakah ianya suci dari sebarang niat yang merosakkan agama atau amalnya. Persiapan haji berkaitan hukum-hakam dan pantang larang haji mungkin cukup dipelajari dan dihadami. Namun itu baru separuh persiapan haji iaitu mengenai betul dan sahnya perlakuan haji secara zahir. Tetapi belum cukup separuh lagi yang lebih utama iaitu persiapan aqidah tauhid dan keikhlasan hati kerana Allah swt. 2. Sabda Rasulullah saw lagi;
“ tanpa bertutur dengan perkatan kotor dan tidak pula melakukan perbuatan fasiq”
Hadith ini memberi panduan kepada para jemaah haji supaya menjaga lidah dan anggota lain dari pelakuan dosa. Ia adalah tafsiran bagi al Quran al Karim yang menyebut;
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.”
3. Seorang yang sedang melaksanakan haji amat dipertegaskan supaya memelihara lidah dari pertuturan kotor terutamaya perbualan lucah berkaitan syahwat lelaki terhadap wanita. Ibnu Abbas ra menghuraikan perkataan kotor ( rafath ) di dalam hadith ini ;
iaitu “ pertuturan yang sering digunakan lelaki untuk menarik perhatian di hadapan perempuan ”
Seorang ahli Bahasa Arab, Al Azhari pula menyebut :
.
“ Rafath ialah kalimah yang membawa segala makna yang berkaitan dengan apa yang dikehendaki oleh seorang lelaki dari seorang wanita ” [18] Pentafsir agung, Imam Ibnu Kathir: pula mentafsir rafath sebagai persetubuhan bersandar kepada ayat puasa iaitu;
“ Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.”
Maka diharamkan kepada pengerja ibadat haji bersetubuh dan juga perkara-perkara yang menjuruskan kepadanya iaitu bersentuhan kulit, berciuman atau seumpamanya termasuklah percakapan tentang perkara demikian di hadapan perempuan. [19] Pengarang syarah hadith terkenal, Al Qadhi ‘Iyyadh membuat rumusan;
Rafath adalah nama bagi bagi perkataan kotor (lucah). Juga dikatakan bermakna jimak bersetubuh ) yang merupakan pendapat jumhur dalam tafsiran firman Allah yang bermaksud : “ Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.”
Al Imam al Qurthubi dan Al Hafiz Ibnu Hajar pula cenderung kepada pandangan yang meluaskan konsep rafath tanpa membataskannya kepada persetubuhan semata-semata. Sandarannya ialah hadith ;
Apabila seseorang itu telah berpuasa, janganlah sekali-kali dia bercakap kotor ( lucah ).
4. Mereka yang sedang melakukan ibadat haji diminta supaya mengawal tindak-tanduk dan memelihara adab kesopanan kerana menghayati suasana ibadat. Mereka dilarang keras dari melakukan perbuatan fasiq. Menurut Ibnu al Athir pelakuan fasiq adalah ;
“ pelakuan fasiq adalah keluar dari istiqamah ( perlakuan yang betul mengikut jalan yang lurus ) dan penyelewengan.Pelaku maksiat maksiat adalah seorang fasiq. ” [22]
Tidak syak lagi segala perlakuan maksiat dan dosa adalah kerja fasiq. Ini pendapat yang dipilih oleh Ibnu Kathir dalam tafsiran ayat 197 : al Baqarah di atas.[23] 5. Antara yang jelas termasuk dalam perlakuan fasiq ialah mengutuk dan mencela sesama muslim. Rasulullah saw bersabda :
“ Mengutuk (mencela) orang islam itu adalah suatu kefasiqan. Sementara membunuhnya pula adalah kekufuran ” [24]
Maka para jemaah haji hendak memiliki kesabaran yang tinggi dan banyak bertenang berhadapan dengan pelbagai karenah dan aneka ragam kelakuan manusia dalam kesibukan melaksanakan tugasan haji. Sikap gopoh ingin bertelingkah dan suka bertengkar sehingga terkeluarnya kata-kata kesat berbentuk kutukan, celaan dan penghinaan adalah dilarang sama sekali kerana boleh menghilangkan pahala ganjaran amalan haji.
6. Kemuncaknya hadith ini membawa berita paling mengembirakan iaitu sabda Rasulullah saw ;
“Dia pulang seperti di hari dia baru dilahirkan oleh ibunya” ( Riwayat al Bukhari dan Muslim )
“Dia pulang sebagaimana baru dilahirkan oleh ibunya” ( Riwayat Muslim )
“Dia pulang sebagaimana keadaannya di hari ibunya melahirkannya”. ( Riwayat ad Darulqutniy ).
“ Allah ampunkan untuknya apa-apa yang lepas dari dosanya “ ( Riwayat at Thurmuzi )
Zahir hadith ini dengan kepelbagaian lafaz riwayatnya, membuktikan bahawa semua dosa pengerja haji tersebut diampunkan tanpa berbaki sedikitpun. Sama dosa kecil atau dosa besar dan termasuklah juga tabaat iaitu debu-debu dosa yang sangat sedikit tidak terkesan oleu empunyanya. Inilah pendapat yang dipersetujui oleh ulama’ pengarang syarah hadith terkemuka seperti al Qurthubi, Ibnu Hajr dan al Sindiy.[25] Demikianlah besarnya ganjaran yang diperolehi oleh seseorang yang selamat melaksanakan ibadat haji dengan menjaga akhlak dan kesantuan. Mereka yang dapat mengawal lidah dan anggotanya dari perlakuan dosa dan perbuatan keji dan berjaya melepasi ujian dan kesusahan tanpa menyakiti muslim lain sepanjang melakukan ibadah besar ini. Kepulangannya ke kampung halaman dan ke pangkuan keluarga bukan sahaja membawa perasaan penuh gembira melepaskan kerinduan bertemu dan berjumpa semula setelah lama berpisah, tetapi juga bersama dengan jiwa yang baru dan rohani yang penuh segar. Mekar menjadi manusia baru yang suci dari sebarang kesalahan dan kealpaan. Fitrahnya yang bersih seperti kelahiran baru atau kelahiran kali ke dua ke dunia ini. Kehidupan barunya umpama kain putih bersih setelah lama dikotori warna-warni dosa dan maksiat.
Tulisan oleh :
Syeikh Abu Syakir al-Hasani al-Maniri AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber PP - 28-9-2015
Tinta Ulama (siri 4)
Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
TINTA ULAMAK ( Siri 4 )
13 Zulhijjah 1436H/ 27 September 2015
Rasulullah saw berkata pada Jabir bin Sulaim:
"Dan janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil mana sekalipun. Malah, bicaramu kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum, amalan tersebut adalah sebahagian daripada kebaikan" (HR Abu Daud dan Tirmizi. Kata Ibnu Hajar Hadis ini Sahih)
#Kadang-kadang perbuatan kecil yang dilakukan seseorang mampu membuahkan ganjaran yang besar serta dinilai sebagai satu perkara makruf walaupun sekadar senyum ketika berbicara.
Seorang pencinta kebaikan tidak pernah melihat kecilnya perbuatan yang diperintahkan. Akan tetapi, ia melihat perbuatan itu sebagai peluang untuk mendekatkan dirinya kepada Allah.
Amalan kecil yang lain seperti memberi makan kepada haiwan yang dalam kelaparan juga sangat besar nilainya di sisi Allah. Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis bahawa Allah mengampuni dosa seorang pelacur kerana dia memberi minum seekor anjing yang kehausan (Lihat Sahih al-Bukhari)
Terlalu banyak ibadah kecil yang berimpak besar untuk dilakukan dalam kehidupan kita. Lakukanlah perbuatan baik walau kecil tanpa meremehkannya.
Disediakan oleh:
Ustaz Muhamad Naim Bin Hashim
AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber PP - 27-9-2015
Tinta Ulama (siri 3)
Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
TINTA ULAMAK ( Siri 3 )
12 Zulhijjah 1436 / 26 September 2015
Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan
[Surat Al-Araf 96]
Manifestasi janji Allah SWT kepada rakyat dan pemimpin yang meletakkan asas taqwa dalam sistem kehidupan . Ketaqwaan kepada Allah SWT akan menatijahkan satu kebaikan kepada semua. Inilah garis panduan yang mesti dijadikan pegangan demi mencapai redha Allah SWT di dunia dan akhirat.
Keberkatan begitu mahal untuk diberikan melainkan apabila taqwa dan iman disuburkan dalam jiwa manusia. Implikasinya kehidupan akan lebih harmoni dan sejahtera tanpa wujud penindasan dan kezaliman kepada mereka yang lemah.
Disediakan oleh :
Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al-Hafiz
Setiausaha Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber PP - 26-9-2015
Tinta Ulamak (siri 2)
Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
TINTA ULAMAK ( Siri 2 )
11 Zulhijjah 1436 H / 25 September 2015
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya:
"Rasulullah saw ditanya mengenai perkara yang banyak menyebabkan seseorang masuk ke dalam syurga. Baginda saw menjawab: “Takwa kepada Allah dan berakhlak baik.” Baginda ditanya pula mengenai perkara yang menyebabkan banyak orang masuk ke dalam neraka, jawab Baginda saw:
“Perkara yang disebabkan oleh mulut dan kemaluan" (HR Tirmizi dan Ibnu Majah. Al-Hafiz Abu
Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini Sahih)
Antara sifat ahli syurga ialah bertakwa kepada Allah ialah dengan meninggalkan segala yang Allah haramkan samada perkataan mahupun ucapan dan perbuatan.
Selain itu, seseorang itu mestilah memiliki akhlak yang baik dalam hubungannya dengan Allah, sesama manusia, dengan binatang dan juga dengan alam.
Antara sifat ahli neraka ialah orang yang tidak menjaga mulutnya dan kemaluannya daripada melakukan perkara-perkara keji dan mungkar seperti mengumpat, adu domba, fitnah, memperolok hukum Allah swt, menghina Rasulullah, mengeji para sahabat dan memperlekehkan para alim ulamak. Juga mereka yang terlibat dengan seks bebas, penzinaan, sumbang mahram dan perkara-perkara haram yang seumpamanya.
Berusahalah untuk menjadi seorang mukmin yang sentiasa taat akan Allah dan menjauhi larangan-laranganNya. Moga kita semua selamat dunia dan akhirat.
Disediakan oleh:
Ustaz Muhamad Naim Bin Hashim
AJK Lajnah Penerangan DUPP
Sumber PP - 25-9-2015
Pejuang Islam mengharapkan redha AllahAkhiran ini kedapatan mereka yang penampilannya agamanya dilihat baik turut terikut-ikut mempermain dan mempersenda ungkapan "mendapat redha Allah" dalam konteks bicara tentang kemenangan perjuangan politik. Mereka terikut-ikut dengan pemikiran bahawa keutamaannya ialah menang kuasa politik dengan mendapat sokongan dan redha manusia. Bagi mereka, jika kita berjuang dalam politik maka apalah ertinya jika manusia tidak memberikan sokongan! Tiada langsung ikatan dan kaitan dengan Redha Allah! Bagi mereka yang melihat politik sekadar urusan dunia yang terpisah daripada tuntutan agama tentulah memandang remeh matlamat untuk mendapatkan redha Allah. Namun, bagi seorang yang memahami Islam sebagai agama yang lengkap merangkumi segala aspek kehidupan ia tentulah tidak memisahkan perjuangan politik dari matlamat tertinggi untuk mendapat redha Allah yang ganjarannya ialah syurga. Mendapat Redha Allah adalah matlamat kehidupan setiap insan yang soleh yang mahukan syurga. Ia adalah matlamat perjuangan para nabi. Para sahabat yang beriman, berhijrah dan berjihad bersama Nabi s.a.w, mereka melakukannya kerana mengharapkan redha Allah. إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (218) Maksudnya: "Sesungguhnya mereka yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, merekalah orang yang m engharapkan rahmat Allahsedang Allah itu Maha Pengampun lagi Maha bersifat Rahiim". (Surah al-Baqarah ayat 218) Allah menegaskan bahawa segala aspek kehidupan Rasulullah hanya mampu dicontohi oleh mereka yang mengharapkan Redha Allah. Allah berfirman: لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا "Sememangnya bagi kamu pada diri Rasulullah contoh ikutan yang baik bagi mereka yang mengharap Allah dan hari Akhirat dan menyebut serta mengingati Allah dengan banyak". (Surah al-Ahzab ayat 21) Dalam surah al-Kahfi ayat 28 Allah mengarahkan Nabi saw untuk menahan diri bersabar untuk terus bersama kelompok manusia yang sentiasa mengharapkan redha Allah. Allah berfirman: وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ "Dan hendaklah kamu sabarkan dirimu berada bersama orang-orang yang sentiasa berdoa kepada Rabb mereka di waktu pagi dan petang dalam keadaan mengharapkan Wajah-Nya (Redha-Nya). Dan janganlah pandangan kedua matamu beralih melepasi mereka dalam keadaan kamu inginkan perhiasan dunia". Imam Tabari dalam Tafsir Jaami' al-Bayan mentafsirkan, janganlah kamu mengalih pandangan mata mu meninggalkan golongan beriman untuk bersama golongan bangsawan musyrikin kerana mengharapkan penghormatan dan kebanggaan dengan duduk semajlis bersama mereka. Malah Allah menegaskan lagi kepada Nabi s.a.w. agar jangan menurut kehendak golongan yang leka hatinya dan mengikut hawa nafsu: وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا (28) "Dan janganlah kamu menurut perintah sesiapa yang Kami lekakan hatinya daripada mengingati Kami dan mengikut hawa nafsunya sedang urusannya adalah sia-sia". Mendapat redha Allah bermaksud menjadikan segala tindakan dalam kehidupan atau dalam sesebuah perjuangan sentiasa di bawah panduan al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Mendapat Redha Allah bermaksud tidak meletakkan manusia sebagai tempat harapan dan pergantungan atau matlamat perjuangan. Kehendak manusia juga tidak menjadi perhitungan dalam segala tindakan tetapi perhitungannya ialah tindakan itu bertepatan dengan kehendak Allah dan juga Rasul-Nya. Kita berjuang dengan segenap tenaga, masa dan harta kita semata-mata untuk mendapat redha Allah. Kita mengajak manusia menyokong perjuangan politik Islam menerusi kaedah dan cara yang diredhai Allah agar mereka bahagia di dunia dan akhirat. Kita mengajak mereka menyokong perjuangan Islam supaya mereka juga mendapat redha Allah. Kebahagiaan bakal dikecapi mereka di dunia seterusnya di akhirat. Kita tidak menerima sebarang perjuangan politik yang membawa kepada mengenepikan kehendak dan perintah Allah kerana ia menjauhkan kita daripada redha Allah. Mengharapkan Redha Allah adalah keistimewaan golongan yang berjuang atas nama Islam. Musuh merasai keperitan perjuangan sepertimana yang dirasai oleh para pejuang Islam. Namun, bezanya ialah pejuang Islam mengharapkan redha Allah, sesuatu yang memang tidak diharapkan oleh orang lain sepertimana firman Allah: وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ "Dan janganlah kamu lemah (semangat) dalam mendapatkan kaum (yang kufur) tersebut. Sekiranya kamu merasai kesakitan mereka juga merasai kesakitan sebagaimana kamu rasai sedang kamu mengharapkan daripada Allah sesuatu yang mereka tidak harapkan". (Surah al-Nisa ayat 104) Sekian. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan DUPP Jumaat 11 Zulhijjah 1436 / 25 September 2015 Jam 3.30 petang waktu Mekah; Masjid Haram - HARAKAHDAILY 25/9/2015 Sumber HD - 25-9-2015 Pengorbanan syarat nusrah AllahAllahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar... Walillahilhamd Saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat ingin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka yang sedang menjalani ibadah haji di bumi suci Mekah Al Mukarramah. Kami mendoakan agar mereka pulang dalam keadaan mereka disucikan daripada segala dosa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: من حج لله فلم يرفث ولم يفسق رجع كيوم ولدته أمه. متفق عليه. Maksudnya:Barang siapa yang melaksanakan ibadah haji, dan dia tidak melakukan الرفث (hubungan diwaktu terlarang) dan tidak melakukan perbuatan fasiq (maksiat) maka ia akan kembali seperti saat ia dilahirkan oleh ibunya” (Muttafaqun alaihi) Begitu juga Dewan Ulamak merakamkan tahniah kepada mereka yang tidak berkesempatan menunaikan haji kerana masih dapat melakukan dua ibadah yang besar iaitu berpuasa pada hari Arafah yang mana ganjarannya sepertimana yang disebut di dalam hadis yang sudah kita sedia maklum pembalasannya iaitu penghapusan dosa setahun yang lepas dan setahun yang mendatang. Begitu juga kepada mereka yang melaksanakan ibadah yang sangat penting iaitu mengorbankan binatang ternakan sebagai tanda pengabdian kepada Allah s.w.t. Pengorbanan mereka yang menunaikan haji dan mereka yang berada di selain tanah haram memberikan pengajaran yang besar kepada umat Islam bahawa kemenangan Islam akan menjadi realiti apabila ada dalam diri kita semangat pengorbanan yang tinggi kerana agama Allah s.w.t. Tanpa pengorbanan daripada umatnya, maka kita akan terus menerus dijajah serta dizalimi oleh mereka yang tidak gerun kepada ancaman Allah s.w.t. Dengan pengorbananlah menyebabkan musuh-musuh Islam berasa takut dan gerun kepada kehebatan Islam. Bahkan ianya merupakan satu perniagaan yang ditawarkan oleh Allah s.w.t kepada mana-mana hambaNya yang beriman sepertimana yang disebut di dalam surah as Saf: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (10 تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (11 يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (12 وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ (13 (10) Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (11) (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, (12) niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(13) Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. Demikianlah betapa peri pentingnya pengorbanan harta dan diri kita untuk melayakkan diri kita memperolehi pertolongan serta nusrah daripada Allah s.w.t di samping diberikan ganjaran di dunia dan juga di akhirat. Semoga setiap pengorbanan kita di atas dunia ini diletakkan dalam timbangan yang berat di sisi Allah s.w.t. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar... walillahilhamd Beristiqamah Hingga Kemenangan Datuk Dr Mahfodz Mohamad Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat 10 Dzulhijjah 1436H 24 September 2015 - HARAKAHDAILY 24/9/2015 Sumber HD - 24-9-2015 Ijtimak 'alimat pacu ikon wanita MalaysiaMARANG: Dewan Ulamak PAS perlu melahirkan 'ikon' dalam kalangan 'alimat, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husian Awang. Beliau menambah, ini supaya mereka dapat membimbing golongan wanita, menjadi rujukan masyarakat dan berani mendepani cabaran semasa yang makin mencabar dewasa ini. Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Alimat: Halatuju dan Cabaran pada Ijtimak 'Alimat kali kedua di Dewan Darul Quran, Rusila hari ini. Ketua Lajnah 'Alimat Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustazah Mastura pula menerangkan visi dan misi lajnah itu. "Lajnah 'Alimat Dewan Ulamak PAS Pusat adalah satu wadah para ustazah bergiat dalam Dewan Ulamak untuk memperkukuhkan usaha dakwah, tarbiyah dan siasah di kalangan masyarakat umumnya dan muslimat khususnya," ujar beliau. Ketua 'Alimat Terengganu, Ustazah Qimru Firdaus menekankan tentang beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh 'Alimat. Menurut beliau 'allimat mesti berusaha meletakkan diri dalam masyarakat dengan menyebarkan ilmu-ilmu Islam di samping membentuk diri untuk melahirkan alimat serba boleh dalam pelbagai bidang yang diperlukan oleh masyarakat. Ijtimak kali ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang hangat daripada para alimat yang datang dari seluruh negeri. - HARAKAHDAILY 16/9/2015 Sumber HD - 16-9-2015
BANGI, Jumaat – Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menegaskan bahawa wakil rakyat PAS yang dipilih telah melafazkan bai’ah bukannya sumpah.
Ini berikutan katanya, bai’ah merupakan satu perkara yang berbeza dengan sumpah yang mana sumpah boleh ditebus melalui kafarah, tetapi tidak dengan bai’ah.
“Pada saya, mereka sudah salah faham. Boleh untuk buat kafarah sekiranya melanggar sumpah tetapi bukan bai’ah.
“Langgar sumpah atau dipangil ‘aiman’ dalam istilah Arabnya memang boleh bayar kafarah dengan bagi makan kepada orang miskin atau tidak mampu boleh dengan puasa selama tiga hari, tetapi tidak untuk bai’ah,” katanya kepada sebuah portal hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan berhubung majlis yang akan diadakan oleh bekas-bekas ahli PAS yang kini bersama Parti Amanah Rakyat.
Jelas Mahfodz lagi, setiap ahli PAS yang telah dipilih untuk bertanding di dalam pilihan raya telah pun dimaklumkan mengenai isi kandungan di dalam bai’ah.
Katanya, tiada unsur paksaan dalam melafaz bai’ah. Tambahan pula, setiap dari mereka sudah tahu dan sudah maklum implikasinya.
“Maknanya, ini dengan rela hati dan mereka semua maklum kesannya. Bukan mereka tidak faham, mereka faham (lafaz tersebut),” katanya lagi.
Mengulas mengenai keperluan lafaz bai’ah Mahfodz berkata, tidak ada jalan lain, memang inilah satu-satunya jalan yang ada, mereka akan dilaknat sekiranya melanggar bai’ah.
“Caranya kita tidak tahu, sebab kuasa melaknat itu dari Allah berdasarkan lafaz bai’ah yang disebutkan sebelum ini.
“Kalau yang untuk Kelantan pula, ikut kepada bai’ah memang sudah gugur talak tiga, jadi saya nasihatkan rujuk kepada Mahkamah Syariah,” ujarnya.
Semalam Khalid Samad dan Dr Mariah Mahmud dilaporkan akan membayar kafarah dengan memberi makan golongan fakir miskin di Shah Alam, sebagai ganti kepada lafaz taklik mereka hari ini.
Sumber TKO - 5-9-2015
Bila gambar amoi yang dikatakan DAP memijak gambar Presiden PAS sedang berpeluk dengan Najib Razak diedit secara tampalan menjadi viral dimedia massa dalam himpunan Bersih 4. Saya mulanya rasa curiga tetapi apabila video kejadian itu dimuat naik menunjukkan perkara ini benar dan ulasan daripada wartawan Free Malaysia Today yang mengatakan bahawa gambar edit Najib berpeluk dengan Hadi itu memang wujud saya merasa perbuatan ini sangat biadap. Tapi sebagai orang yang berada dalam perjuangan Islam, kita mesti tenang dan bersikap positif. Saya sangat suka kenyataan awal Ustaz Nasarudin Tantawi. “Secara umum begitu, suatu yang diviral di internet ini perlu kepada pengamatan. Saya bimbang mungkin, gambar tu diedit, ataupun tindakan itu hanya dicipta oleh cybertrooper ataupun mana-mana pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan.Kenyataan Dato' Dr. Mahfudz Mohamad mewakili Ketua Dewan Ulama sangat baik dan menunjukkan sikap jiwa besar yang ada dalam perjuangan PAS. PAS merasa sedih atas apa yang berlaku kerana ia melibatkan pimpinan utama parti ini. Namun, PAS merasakan ia dilakukan mungkin kerana pelaku mendapat informasi yang salah tentang pendirian Presiden PAS khususnya dan Parti PAS umumnya dalam masalah politik negara. Walaupun begitu, tindakan memijak foto tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana individu di dalam negara ini terutamanya para pemimpin samada kerajaan atau pembangkang. PAS tegaskan sekali lagi bahawa PAS tetap berpendirian tidak akan bersama dengan UMNO dalam masalah politik dan ekonomi yang melanda negara sekarang ini. Pintu PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak samada muslim dan bukan islam yang ingin mendapat gambaran sebenar pendirian PAS ini. PAS berpendapat peristiwa memijak foto tersebut boleh menjadi punca ketegangan yang lebih parah di masa hadapan. Ia mungkin akan disabotaj oleh pihak-pihak tertentu dan berkemungkinan berlakunya acara pijak-memijak foto yang tidak berkesudahan dan ini sudah tentunya akan mencetuskan ketegangan yang tidak berpanjangan. Justeru PAS memaafkan pelaku tersebut dan mendoakan semoga beliau diberi hidayah dengan kebaikan Islam dan semoga negara ini tetap terpelihara dengan kerahmatan Allah swt. Semoga episod ini tidak berulang di bumi Malaysia tercinta ini.Selepas itu ada banyak pun kenyataan-kenyataan susulan berkenaan perkara ini yang lebih kepada emosi dan tindakan yang tidak cermat serta tidak berjiwa besar. Bagi saya loparon polis dan juga kenyataan kecaman tidak sesuai dalam suasana PAS sekarang yang sedang mengubah imej kepada kepimpinan ulama tulen dan mendekati semua pihak. Kita baru sahaja sedang berusaha mendekati pendokong agama lain serta pengamal ajaran kerohonian dalam isu kita untuk mendekati golongan bukan Islam. Sikap keras tidak sepatutnya ditunjukkan dalam isu yang boleh dianggap terpencil. Apatah lagi ada kenyataan-kenyataan yang datang daripada negeri dan kawasan bukan kenyataan kepimpinan Pusat. Sepatutnya kepimpinan PAS kena wujud satu mekanisma dalam menanggani isu semasa secara yang lebih baik dan jitu. Jangan semua orang nak buat kenyataan untuk menunjuk sikap prihatin. Kita sepatutnya serah kepada yang lebih arif dalam isu-isu melibatkan imej PAS. Nordin Bin Ali nordinbinali@gmail.com http://nordinali.blogspot.com/
Sumber TKO - 2-9-2015
Insiden terpecil hina Presiden PAS pada Bersih 4.0KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat meneliti dengan prihatin insiden memijak gambar Presiden PAS pada himpunan Bersih 4.0 yang rakaman videonya sedang viral di alam maya. Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, gambar Presiden PAS pula dicetak secara berniat jahat dan fitnah menggunakan kaedah superimpose berdakap dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. "Insiden ini meskipun kecil dalam satu himpunan besar seperti Bersih dan diperlakukan oleh mungkin anak-anak muda yang agak beremosi mengajak kita para pemimpin utama politik untuk menilai pendekatan dan batasan masing-masing dalam mengemukakan perbezaan pandangan dan pendapat termasuk dalam berpolitik," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, menjadi kewajipan setiap pemimpin utama mana-mana parti politik untuk mendidik ahli membezakan antara perbezaan pendapat dan penghinaan terhadap peribadi seseorang. Tambahnya, penghinaan kepada mana-mana pemimpin utama parti politik boleh mengundang reaksi balas yang tidak dapat dijangka. "Akhirnya ia boleh membawa kepada pertembungan yang lebih buruk terhadap keharmonian bermasyarakat," ujarnya lagi. Oleh itu, kata beliau penghinaan peribadi perlu ditolak dalam amalan berpolitik di negara ini kerana ia merupakan politik emosi dan nafsu. "Apa yang perlu dikembangkan sebagai gantinya ialah politik ilmu dan politik hujah," ujarnya. - HARAKAHDAILY 1/9/2015 Sumber HD - 1-9-2015 Penghinaan Bakal Mengundang PertembunganInsiden ini meskipun kecil dalam satu himpunan besar seperti BERSIH dan diperlakukan oleh mungkin anak-anak muda yang agak beremosi mengajak kita para pemimpin utama politik untuk menilai pendekatan dan batasan masing-masing dalam mengemukakan perbezaan pandangan dan pendapat termasuk dalam berpolitik. Menjadi kewajipan setiap pemimpin utama mana-mana parti politik untuk mendidik ahli membezakan antara perbezaan pendapat dan penghinaan terhadap peribadi seseorang. Penghinaan kepada mana-mana pemimpin utama parti politik boleh mengundang reaksi balas yang tidak dapat dijangka. Akhirnya ia boleh membawa kepada pertembungan yang lebih buruk terhadap keharmonian bermasyarakat. Oleh itu penghinaan peribadi perlu ditolak dalam amalan berpolitik di negara ini kerana ia merupakan politik emosi dan nafsu. Apa yang perlu dikembangkan sebagai gantinya ialah politik ilmu dan politik hujah. Sekian. Dato’ Dr Mahfodz bin Mohamed Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Selasa 17 Zulkaedah 1436 H / 1 hb September 2015 Sumber BO - 1-9-2015
Zikrullah Dalam KehidupanZikrullah dengan lidah dilakukan dengan membanyakkan lafaz seperti Lailahaillallah (tahlil), Subhannallah (tasbih), Alhamdulillah (tahmid) dan Allahu Akbar (takbir), Astaghfirullah (istighfar). Allah berfirman يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا “Wahai orang-orang beriman. Berzikirlah (ingat dan sebutlah) kepada Allah dengan zikir (ingatan dan sebutan) yang banyak dan bertasbihlah mensucikan-Nya awal pagi dan petang” (Surah al-Ahzab ayat 41-42) Ayat ini datang selepas cerita tentang fitnah jahat yang ditimbulkan oleh golongan Munafikin terhadap Nabi saw apabila mengahwini Zainab bekas isteri kepada anak angkat baginda saw iaitu Zaid bin Harithah radiyallahu anhu. Allah menegaskan dalam ayat sebelumnya bahawa anak angkat tidak seperti anak sendiri. Bekas isteri kepada anak angkat boleh dikahwini berbeza dengan bekas isteri kepada anak sendiri yang haram dikahwini setelah disetubuhi. Maka arahan supaya membasahkan lidah zikir seolah satu isyarat bahawa antara cara menangani fitnah golongan Munafikin ialah dengan lebih banyak berzikir daripada melayani kata-kata fitnah mereka supaya fitnah tersebut segera padam. Ayat al-Quran sudah turun bagi memadamkan api fitnah tersebut. Maka ayat-ayat Allah itulah yang mesti disebarkan dalam menghadapi fitnah mereka. Seorang Ahli Zikir yang sempurna bukan hanya seorang yang basah lidahnya dengan zikir tetapi juga terjelma menerusi amalan seharian iaitu: 1. melakukan yang wajib. 2. membanyakkan yang sunat. 3. meninggalkan yang haram 4. Berusaha meninggalkan sebanyak mungkin yang makruh. Sekian. Disediakan oleh: Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber BO - 27-8-2015
KUALA LUMPUR – Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) mencadangkan agar pakar kewangan dan ekonomi Islam turut menganggotai Jawatankuasa Khas Ekonomi yang bakal dibentuk oleh kerajaan Pusat tidak lama lagi. Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan media berkata, penglibatan golongan itu penting bagi memastikan ekonomi negara dipacu selari dengan prinsip ajaran Islam. “DUPP menggesa kerajaan untuk turut melibatkan sama pakar kewangan dan ekonomi Islam mengganggotai jawatankuasa tersebut. Ia penting agar ekonomi negara tumbuh dengan penuh keberkatan,” katanya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menambah, DUPP amat bersedia dan berbesar hati menawarkan tenaga mahir dalam bidang tersebut untuk terlibat sama dalam mengganggotai jawatankuasa berkenaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan Persidangan Percukaian Kebangsaan (NTC) 2015, di ibu negara pada Selasa mengumumkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Khas Ekonomi tersebut. Jawatankuasa yang bakal diwujudkan dalam masa terdekat itu bagi memastikan Malaysia tetap mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi sejak 2008 bagi menjana kemakmuran lebih baik untuk semua rakyat Malaysa. Ketika berucap beliau malah menjelaskan, sentiasa diberikan taklimat berhubung maklumat terkini gambaran ekonomi Malaysia termasuk terus daripada gabenor Bank Negara Malaysia dan pengerusi Suruhanjaya Sekuriti. Mengulas lanjut, Dr. Mohd. Khairuddin berkata, tindakan menjadikan mata wang negara didagangkan sebagai komoditi adalah antara punca kerosakan ekonomi dunia sekali gus boleh menjejaskan kadar nilai ringgit. “DUPP berharap agar penubuhan Jawatankuasa Khas ini tidak sekadar wayang dan sia-sia dengan rumusan penyelesaian berteraskan konvensional tanpa mengambil kira prinsip Islam,” katanya. – Agensi/Mynewshub/HAA Sumber TKO - 26-8-2015
PETALING JAYA: Pas kecewa dan tidak setuju dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang mahu mengkaji semula pemberian air percuma dengan alasan rakyat melakukan pembaziran. Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, kenyataan Azmin itu mencemarkan integriti rakyat dan bertentangan dengan laporan Malaysia Water Industri Guide yang merekodkan penurunan penggunaan air selepas pelaksanaan pemberian air percuma. Katanya, laporan itu menyebut penggunaan purata air bagi setiap isi rumah menurun setiap tahun iaitu 2007 (35 meter padu), 2008 (34.8 meter padu), 2009 (34.5 meter padu), 2010 (34 meter padu dan 2011 (32.8 meter padu). “Sekiranya dibatalkan juga, ia membelakangkan semangat pakatan pembangkang yang mahu memberikan khidmat yang berkebajikan kepada rakyat menjelang PRU13 lalu dan tidak mustahil akan turut memberi kesan pada PRU akan datang. “Semestinya amanah yang diserahkan oleh rakyat kepada Kerajaan Negeri Selangor ini ditunaikan secara berhemah dan berhikmah agar tidak berlaku ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran’,” katanya menerusi kenyataan media. Dalam masa sama, beliau memuji Kerajaan Selangor kerana kesungguhan menyelesaikan penstrukturan semula industri air bagi membolehkan kerajaan negeri mengambilalih pembekalan air daripada syarikat konsesi. Katanya, industri perkhidmatan air di Selangor tidak wajar lagi dibiarkan diurus oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) setelah syarikat itu gagal menurunkan ‘Non-Revenue Water (NRW)’ ke paras 19.98% pada 2012 dengan perbelanjaan CAPEX RM784.1 juta. Katanya, walaupun SYABAS telah membelanjakan RM1,169.64 juta pada 2012 namun NRW hanya turun ke paras 33% daripada 42% pada 2004. “Walaupun gagal menepati Perjanjian Konsesi, SYABAS tetap menuntut kenaikan tarif air sebanyak 37% pada (2009), 25% (2012) dan 20% pada 2015,” katanya. - FMT Sumber TKO - 25-8-2015 Serahkan Kembali Mandat Kepada Rakyat2. Saranan ini sangat rasional kerana mereka yang menang sebagai wakil rakyat dalam PRU yang lalu bukanlah atas kapasiti peribadi tetapi atas tiket PAS berlambang bulan dengan bantuan penuh dari sudut kewangan dan tenaga kerja. Rakyat juga memberi mandat kepada mereka sebagai wakil rakyat PAS bukannya sebagai wakil rakyat Parti Amanah Rakyat. 3. Begitu juga wakil-wakil rakyat PAS telah berjanji setia untuk kekal bersama PAS. Sekiranya mereka keluar daripada PAS selepas menang mereka juga berjanji akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Jika tidak -sebagaimana ikrar mereka- segala gaji dan elaun yang mereka perolehi adalah haram atas mereka. 4. Atas maruah sebagai seorang muslim yang berjanji maka ianya sepatutnya ditepati dan bukan diengkari. Hanya golongan munafik sahaja mengengkari janji-janji mereka. 5. Apatah lagi ikrar yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat PAS adalah ikrar yang dimulakan dengan lafaz sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi. Ia meletakkan mereka dalam situasi terikat dengan hukum sumpah dalam Islam. 6. Sekian lama sebelum ini kita mengkritik wakil-wakil rakyat yang meninggalkan parti dan melompat ke parti lain sebagaimana berlaku di Perak yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak, maka begitulah sebagai seorang wakil rakyat bermaruah sewajarnya meletakkan jawatan apabila keluar daripada PAS. ***Kenyataan Media Dato’ Dr Mahfodz Mohamad Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber HD - 25-8-2015 Memperalatkan ‘Pemain Import’ Untuk Kempen Memperkecilkan Usaha Mengkanunkan Jenayah Islam?Antara hikmah kebijaksanaan Islam ialah ungkapan ” لكل مقام مقال ” bermaksud “setiap tempat itu ada bicaranya”. Kaedah ini sangat tepat apabila kita berbicara tentang perjuangan menegakkan Syariah di tempat-tempat yang berbeza situasi dan realiti masyarakatnya seperti antara Tunisia atau Turki dengan Malaysia. Ada pihak yang mengimport pemain luar untuk tujuan berkempen secara songsang memperkecilkan usaha PAS sejak 25 tahun lalu bagi mengkanunkan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan. Di bawanya tokoh politik dari bumi Tunisia sebagai satu kempen secara halus meninggalkan perjuangan tersebut dengan hujah kononnya itulah kaedah perjuangan yang sepatutnya dirintis oleh rakyat muslim Malaysia. Setelah PAS maju selangkah ke depan dalam usaha menegakkan Islam selepas kemenangan Islam 1990 maka datang seruan untuk mundur ke belakang. Seruan itu pula hadir selaras dan juga sebagai respon positif terhadap penolakan parti sekuler sosialis terhadap perjuangan tersebut yang mengakibatkan terungkainya satu kerjasama politik. Atas nama inginkan kemenangan segera kuasa politik dan bimbangkan sokongan politik bukan Islam terjejas maka seruan ini cuba dirasionalkan atas nama hujah beragama? Kerja yang sebelum ini sejak sekian lama dilakukan oleh parti politik pemerintah telah diwarisi oleh serpihan PAS dengan dokongan bekas rakan kerjasama politik PAS. Tindakan songsang oleh mereka ini walaupun dijenamakan atas nama sarjana Islam sangat pelik. Mereka lupakah dengan kaedah Islam yang menegaskan الحكم على الشيء فرع عن تصوره “Pengadilan terhadap sesuatu itu adalah cabangan daripada gambaran sebenar terhadap sesuatu” Adakah pemain import tersebut sebenar-benar diberi kefahaman yang tepat dan terang tentang realiti dan situasi rakyat muslim Malaysia? Termasuk situasi perundangan negeri, negara dan perlembagaannya serta tahap pengamalan Islam serta usaha dakwah bertahap yang telah digarap oleh PAS??? Jika tidak ia merupakan satu tindakan yang tidak adil dan memperalatkan seseorang untuk kepentingan politik sempit dan songsang yang tidak menyumbang untuk kebaikan Islam. Realiti Tunisia atau Turki yang masih sekuler totok perundangan dan perlembagaannya, amalan Islam majoriti rakyat yang masih lagi jauh daripada sunnah nabawiyyah, realiti masyarakat yang masih kabur pengamalan Islamnya tentu sangat berbeza dengan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan kuasa melaksanakan Islam yang ada pada setiap kerajaan negeri, juga pengamalan beragama masyarakatnya yang telah dididik menerusi sistem pendidikan rasmi negara dan juga institusi pendidikan rakyat. Kembalilah kepada kaedah ” أهل مكة أدرى بشِعابها ” bermaksud penduduk Mekah lebih tahu segala lorong-lorongnya”. Ia bermaksud sarjana Islam setempat lebih memahami realiti bernegara sendiri bagi menilai kaedah dan pendekatan dakwah dalam menegakkan Islam. Dalam pertemuan saya dengan Syeikh Rasyid Ghannusi selaku pemimpin tertinggi parti Nahdah, Tunisia tengahari tadi saya jelaskan tentang adanya bekas pimpinan Parti Islam Semalaysia PAS yang ingin menubuhkan parti baru dan dijenamakan juga atas nama parti Islam. Antaranya atas semangat tidak bersetuju kerjasama politik dengan parti sosialis diputuskan. Mereka pula mengajak dan menghasut ahli PAS menyertai mereka. Respon spontan Syeikh Ghannusyi ialah ” هذا التشويش ” maksudnya “ini gangguan mengelirukan”. Saya membawa surat khas perutusan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS kepada Syeikh Rasyid Ghannusyi yang menjelaskan keadaan terkini Parti Islam Semalaysia PAS dan hubungan kerjasama politik dengan parti yang tidak memperjuangkan politik Islam yang diputuskan dan sebab-sebabnya. Juga suasana terkini politik tanah air Malaysia. Saya sendiri menjelaskan ada pihak yang secara sengaja atau tidak menjemput pimpinan Nahdah ke Malaysia untuk berbicara tentang perjuangan menegakkan Syariah Islam termasuk undang-undang jenayah Islam. Barangkali tujuannya untuk dilihat bahawa perjuangan tersebut tidak sesuai pada masanya di Malaysia. Juga barangkali sebagai isyarat kononnya tindakan menubuhkan parti baru dengan “mencuri” ahli PAS ada sokongannya daripada gerakan Islam di Timur Tengah. Jika anda tersesat janganlah pula cuba menyesatkan yang lain!!! ***Dato’ Dr Ustaz Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri adalah Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Sumber BO - 25-8-2015 Sokong gesa wakil rakyat keluar PAS letak jawatanKUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh saranan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar mana-mana wakil rakyat PAS yang meninggalkan parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat. "Saranan ini sangat rasional kerana mereka yang menang sebagai wakil rakyat dalam PRU yang lalu bukanlah atas kapasiti peribadi tetapi atas tiket PAS berlambang bulan dengan bantuan penuh dari sudut kewangan dan tenaga kerja," ujar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad. Rakyat juga, katanya memberi mandat kepada mereka sebagai wakil rakyat PAS bukannya sebagai wakil rakyat Parti Amanah Rakyat. Tambahnya, begitu juga wakil-wakil rakyat PAS telah berjanji setia untuk kekal bersama PAS. Menurut beliau lagi, sekiranya mereka keluar daripada PAS selepas menang mereka juga berjanji akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Jika tidak, ujar beliau sebagaimana ikrar mereka segala gaji dan elaun yang mereka perolehi adalah haram atas mereka. "Atas maruah sebagai seorang muslim yang berjanji maka ianya sepatutnya ditepati dan bukan diengkari. Hanya golongan munafik sahaja mengengkari janji-janji mereka," ujarnya daalm satu kenyataan. Apatah lagi, kata beliau ikrar yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat PAS adalah ikrar yang dimulakan dengan lafaz sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi. Tegasnya, ia meletakkan mereka dalam situasi terikat dengan hukum sumpah dalam Islam. "Sekian lama sebelum ini kita mengkritik wakil-wakil rakyat yang meninggalkan parti dan melompat ke parti lain sebagaimana berlaku di Perak yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak, maka begitulah sebagai seorang wakil rakyat bermaruah sewajarnya meletakkan jawatan apabila keluar daripada PAS," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 25/8/2015 Sumber HD - 25-8-2015
JOHOR BAHRU – Pas Johor mengalu-alukan peletakan jawatan mana-mana pemimpin mereka yang berminat menyertai parti baru bagi memastikan perjalanan parti itu dapat diteruskan dengan lebih baik. Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perjalanan Pas negeri itu terganggu sejak Mei lalu apabila sebahagian ahli berjawatan tidak lagi menjalankan aktiviti parti sebaliknya berkempen untuk parti baharu yang bakal ditubuh. “I’m very happy (saya sangat gembira). Saya selesa apabila mereka sudah meletak jawatan kerana mereka memang sudah tidak dapat jalankan tugas jadi elok sangatlah mereka letak jawatan. “Kita memang tunggu mereka letak jawatan, banyak masalah dapat diselesaikan kerana sejak Mei mereka sudah tidak jalankan aktiviti parti kerana menunggu penubuhan parti baru malah turut berkempen untuk parti itu,” katanya, hari ini. Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang sudah meletakkan jawatan dan kekosongan jawatan akan segera diisi dengan melantik ahli yang lebih komited. “Oleh kerana mereka sudah letak jawatan jadi kita tidak akan ambil tindakan sekiranya mereka tidak lakukan perkara yang merugikan parti kerana dalam tempoh ini mereka masih lagi ahli parti. “Perjalanan parti akan diteruskan bagi kawasan yang mempunyai bilangan ahli jawatankuasa mencukupi dan mana yang kosong kita akan segera isi dengan ahli yang lebih komited,” katanya. Mahfodz berkata, beliau yakin kedudukan parti khususnya di negeri ini akan lebih kukuh dengan peletakan jawatan lebih ramai pemimpin yang disifatkan sebagai musuh dalam selimut itu. “Peletakan jawatan ini tidak beri kesan besar kepada kita kerana yang keluar parti hanya sebahagian AJK sahaja bukan semua ahli. “Saya yakin parti akan pulih dan kedudukan akan lebih baik dalam tempoh dua, tiga minggu ini sebab tiada lagi musuh dalam selimut. “Saya dimaklumkan juga masih ada beberapa pemimpin lain di peringkat kawasan akan turut meletak jawatan antaranya Pulai. Saya terima dengan terbuka dan doakan mereka berjaya dalam parti baru,” katanya. – Sinar Sumber TKO - 24-8-2015 Keguguran Ahli Dari Perjuangan Islam Sudah Ada SunnahnyaSesungguhnya usaha sebegini bukannya baru. Sepanjang zaman, musuh-musuh kepada perjuangan politik Islam mencuba pelbagai cara sama ada dari dalam atau dari luar untuk melemahkan kekuatan PAS. Tentunya usaha dari dalam dengan menabur racun yang halus lebih berjaya berbanding usaha dari luar kerana menjadi seumpama api dalam sekam yang membakar tanpa sedar. Namun, sejarah membuktikan PAS terus gagah sejak ditubuhkan 1951 meskipun mengharungi pelbagai kocakan dalaman termasuk gugurnya beberapa belas pimpinan tertinggi PAS pada 1982. Hal ini kerana kekuatan PAS adalah pada dasar Islam yang dipegang serta rujukan al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas yang memandu hala tuju dan gerak kerja PAS. Pemimpin dan ahli boleh datang dan pergi, namun, parti berasaskan Islam yang membawa cahaya kebenaran Islam akan terus berjalan dan berlangsung. Allah berfirman; يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ “Mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka sedang Allah enggan melainkan menyempurnakan cahaya-Nya walaupun dibenci oleh orang yang kufur.” (Surah Taubah ayat 32) Keguguran Tentera Talut Keguguran sebilangan pimpinan dan ahli dari perjuangan PAS memperingatkan kita dengan tapisan yang dilakukan oleh Allah terhadap tentera Talut, seorang raja yang dipilih oleh Allah bagi memimpin Banu Israel memerangi si zalim Jalut. Dalam perjalanan perang, tentera Talut diuji dengan sebatang sungai. Mereka tidak dibenarkan minum airnya melainkan sekadar secebok tangan. Majoriti tentera gagal dalam ujian lalu digugurkan dari barisan tentera sehinggakan tinggal sekumpulan kecil sahaja kalangan mereka. Menurut satu riwayat daripada al-Sudi bilangan mereka ialah 80,000. Yang terpaksa digugurkan kerana gagal tapisan pertama ialah 76,000 manakala yang berjaya hanya 4,000 sahaja. Lantas sebahagian besar daripada kumpulan kecil yang berjaya tapisan pertama ini pula teruji perasaan mereka dengan kebimbangan setelah mereka menyeberangi sungai. Lalu mereka mengeluh; “tiada upaya kita dengan bilangan kecil ini untuk menghadapi Jalut dan tenteranya yang ramai!!” Namun, segelintir yang lain pula menegaskan keimanan mereka bahawa mereka mampu menang dengan bantuan Allah. Kata mereka “Betapa banyak kumpulan yang sedikit mengalahkan kumpulan yang banyak DENGAN IZIN ALLAH sedang Allah bersama orang-orang yang sabar” ( rujuk Surah al-Baqarah ayat 249) Menurut al-Sudi, golongan yang lemah iman itu berjumlah 3680 orang lebih. Manakala golongan yang kuat imannya hanyalah 310 orang lebih sebagaimana bilangan tentera Badar. Namun, kesabaran menjadi sebab untuk mereka menang akhirnya mengalahkan Jalut. Perang Uhud Ketika berlaku perang Uhud di saat tentera Quraisy telah tiba ke sempadan Madinah, Rasulullah saw keluar dengan jumlah tentera Islam seramai seribu orang. Namun, dipertengahan jalan 1/3 tentera telah mengundurkan diri secara tiba-tiba dengan pelbagai alasan dengan diketuai oleh kepala Munafikin yang bermuka-muka dengan Nabi saw iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul. Tujuannya untuk melemahkan semangat baki tentera Islam. Namun, baginda meneruskan juga perjuangan dan hasilnya kemenangan pada pusingan pertama perang telah memihak kepada baginda saw. Rom Menaja Masjid Dirar Kerajaan Rom selaku musuh Islam mendalangi dan menaja penubuhan sebuah masjid di Madinah menerusi golongan Munafik bagi memecah-belahkan kesatuan umat Islam. Ia menjadi pengajaran bagi mereka yang bersedia untuk bersekongkol dengan pihak luar bagi melemahkan Islam dan memecah-belahkan kesatuan Islam. Tidak mungkin musuh Islam sudi membantu jika tiada muslihat dan kepentingan. Seruan Saya menyeru seluruh ahli PAS untuk Istiqamah meneruskan perjuangan politik Islam menerusi wadah PAS. Kita bersama PAS memperjuangkan kuasa politik Islam hanyalah kerana Allah demi memperjuangkan agama-Nya. Selagi PAS terus menjadikan Islam sebagai dasarnya dengan empat rujukannya iaitu al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas maka kita akan terus istiqamah. Sesungguhnya kemenangan Islam itu semakin hampir. Hanya orang yang sabar bakal menikmatinya. Sekian. Istiqamah Hingga Kemenangan Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Khamis 5 Zulkaedah 1436 H bersamaan 20hb Ogos 2015 Sumber BO - 20-8-2015 Siapa mula komplot jatuhkan k'jaan bukandengan p'rayaKUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa wujud usaha menggulingkan kerajaan melalui suatu komplot terancang. Beliau tidak mahu mendedahkan nama individu berkenaan, tetapi meminta individu berkenaan menafikan jika dakwaan beliau tidak benar. Sifir beliau, 'siapa makan cili, dia berasa pedas'. Itu cara beliau menjaga keselamatan negara dan kerajaan. Menurut beliau, kerajaan akan digulingkan dengan cara undi tidak percaya yang dibolehkan berlaku di parlimen dan usaha mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen pembangkang secara akuan bersumpah sedang berjalan. Bagi Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jika benar kaedah itu berlaku dan berjaya, ia bukannya 'guling kuasa' tetapi 'tukar kuasa'. Justeru, beliau mempersoalkan siapakah yang mulakan cara selain pilihan raya untuk membentuk kerajaan. "Tidakkah Umno yang melakukannya secara komplot terancang sehingga kejatuhan Perak di bawah PR pada tahun 2009? "Tidakkah Umno juga menjadi dalang kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 1961 apabila membeli wakil rakyat untuk membentuk kerajaan baru?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus. Kelmarin di Tampin, Zahid mengumumkan pula bahawa individu yang mahu gulingkan berajaan itu akan berjumpa Perdana Menteri. "Kata beliau, individu berkenaan telah sedar bahawa perbuatannya adalah salah. "Kalau dakwaan itu benar, tidak adakah prosedur dan peruntukan undang-undang untuk membendungnya?" tanya Khairuddin lagi. Sehubungan itu, beliau juga bertanya kenapa tidak prosedur dan peruntukan undang-undang itu digunakan Menurutnya, sememangnya Zahid sangat bimbang kejatuhan kerajaan BN. "Cepat atau lambat yakinlah ia pasti jatuh bukan kerana komplot tetapi kerana kegagalan dan kebobrokan Umno dan Datuk Seri Najib yang terpalit dengan begitu banyak isu integriti," ujarnya. - HARAKAHDAILY 18/8/2015 Sumber HD - 18-8-2015 Pemergian Haji Adam, pejuang yang istiqamahقَالَ النَّبِيُّ صَلّى الله عليه وسلم ( إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمَّى Sabda Nabi s.a.w; "Sesungguhnya menjadi milik Allah apa yang diambil oleh-Nya dan menjadi milik-Nya apa yang diberikan oleh-Nya. Setiap sesuatu di sisi-Nya adalah dengan tempoh yang telah dinamakan". (Hadis Sahih Muslim) 1. Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tuan Hj Adam Ahid atas pemergian Allahyarham awal pagi tadi. Juga diucapkan takziah kepada seluruh ahli-ahli PAS khususnya kepada seluruh jentera PAS di Sarawak atas kehilangan Pesuruhjaya Negeri mereka. 2. Sesungguhnya pemergian beliau adalah lambang Istiqamah seorang pejuang Islam menerusi wadah Parti Islam Semalaysia PAS. 3. Kata-kata terakhir beliau dalam wawacara pada 9 Ogos 2015 sebagaimana dilaporkan oleh Wartawan Harakah boleh dijadikan ikutan dan tauladan; "Itulah pengalaman dan harap kita dalam PAS ini istiqamanah dalam perjuangan walaupun tak menang di dunia ini janji Allah kita akan menang di akhirat nanti insya-Allah." 4. Moga Allah tempatkan Allahyarham di kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada' dan Solihin. Merekalah sebaik-baik teman di alam abadi. 5. Moga segala amal perjuangan Allahyarham sepanjang diamanahkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak sejak tahun 2010, menjadi calon PAS untuk pilihan raya di Dun Sadong Jaya pada tahun 2001, Parlimen Batang Sadong pada tahun 2004 dan di Dun Sebuyau pada tahun 2011 menjadi sebahagian amalan di neraca amal kebajikan Allahyarham. Moga kita semua juga dikurniakan nikmat Istiqamah tersebut. Sekian. Istiqamah Hingga Kemenangan Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Isnin 2 Zulkaedah 1436H bersamaan 17 Ogos 2015 Sumber HD - 17-8-2015 Pemergian ulama ummah, Syeikh Dr Wahbah al-Zuhailiوفاة الشيخ وهبة الزحيلي في دمشق صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ قال فيما رواه الإِمام مسلم عن عبدالله بن عمرو بن العاص: ( إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ النَّاسِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا ) ينعي جناح العلماء بالحزب الإِسلامي الماليزي بقلوب حزينة مفعمة بالرضا بقدر الله شيخنا الجليل فضيلة العلامة الزاهد الدكتور وهبة الزحيلي، أبرز علماء هذا العصر فقها وأصولا وتفسيرا. وقد توفي شيخنا الفاضل مساء يوم أمس السبت الثامن من أغسطس عن عمر ناهز 83 عاماً. و قد تلمذ عليه ألوف من علماء الأمة، واستفاد منه المسلمون شرقا وغربا بعشرات مؤلفاته الماتعة الثمينة النافعة التي أثرت المكتبة الإسلامية. فنسأل الله أن يكون كل من ذلك في ميزان حسناته، رحمه الله وأسكنه فسيح جناته. وهو عالم متواضع، مدافع عن الحق، خلوق، فيه من شيم الصالحين ما فيه… ومن جهوده انه كان رئيساً في اللجنة الثقافية العليا ورئيساً للجنة المخطوطات بجامعة الإمارات، وأنشأ مجلة الشريعة والقانون في جامعة الإمارات، كما أنه كان رئيسا لقسم الفقه الإسلامي بجامعة دمشق وعضوا لمجامع العلمية المختلفة بصفته خبيرا في مكة وجدة والهند وأمريكا والسودان. فتقديرا لجهوده العظيمة للإسلام وأمته منحت الحكومة الماليزية سنة 2008 في مدينة بوتراجايا جائزة أفضل شخصية إسلامية في حفل استقبال السنة الهجرية، فنتقدم لأهله وطلابه في ماليزيا والعالم كله بالعزاء. تغمده الله بواسع رحماته وأكرم نزله ووسع مدخله وأعلى مقامه في علين مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين جزاء ما قدم وأعطى، وعلم ونصح، وخدم فأوفى ، وألف فنما. أخوكم، الدكتور محمد خيرالدين بن أمان رزالي التاكري رئيس الإعلام بجناح العلماء للحزب الإسلامي الماليزي و عضو مجلس شورى العلماء بالحزب الإسلامي الماليزي Rasulullah s.a.w. bersabda dalam Hadis Sahih Muslim bermaksud; "Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan menanggalkannya daripada manusia tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan para Ulamak sehingga akhirnya tidak tinggal lagi seorang pun orang berilmu, orang ramai mula mengambil ketua-ketua yang jahil lalu mereka ditanya pelbagai persoalan lantas mereka memberi pandangan tanpa ilmu lalu mereka menjadi sesat dan menyesatkan". Dewan Ulamak PAS Pusat dengan penuh kesedihan mengucapkan takziah kepada seluruh ummah atas pemergian tokoh Ulamak Ummah, Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili malam semalam, Sabtu 8hb Ogos 2015 pada umur 83 tahun. Beliau menjadi guru kepada ribuan ulamak ummah. Jutaan umat Islam di Timur dan Barat mendapat manfaat besar menerusi puluhan tulisan dan karya beliau yang memenuhi khazanah buku Islam. Antara siri karya terbesar beliau yang tersebar di seluruh alam ialah Ensiklopedia Fiqh Islam beserta Dalil dan Tafsir al-Munir. Kita mendoakan agar semua usaha beliau dimasukkan sebagai sebahagian neraca amal kebaikan beliau. Beliau merupakan seorang alim yang tawaduk dan tegas dalam mempertahankan kebenaran. Antara usaha besar beliau ialah sebagai Ketua Lajnah Pengetahuan Am, Ketua Lajnah Manuskrip dan mengasaskan Jurnal Akademik Syariah dan Undang-undang di Universiti Emeriyah di samping jasa sebagai Ketua Jabatan Fiqh Islam di Universiti Damsyik dan anggota bagi pelbagai akademi ilmu di Mekah, Jeddah, India, Amerika dan Sudan sebagai seorang pakar. Sebagai menghargai ilmu dan usaha gigih beliau untuk ummah, Kerajaan Malaysia telah menganugerahkan beliau Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah pada tahun 2008. Dr. Wahbah dilahirkan di perkampungan Dir 'Atiyyah, Damsyik pada tahun 1932. Beliau bergraduan Universiti al-Azhar dengan keputusan paling cemerlang pada tahun 1956. Kemudian beliau mendapat ijazah pengkhususan pendidikan daripada Fakulti Bahasa Arab, Universiti al-Azhar. Beliau juga berkelulusan sarjana muda undang-undang di Universiti Ain Syams pada tahun 1957, Majester Undang-undang di Universiti Kaherah pada tahun 1959 dan PhD dalam Pengajian Syariah Islamiyyah pada tahun 1963 dengan pangkat kelas pertama. Moga Allah ganjari beliau dengan yang terbaik dan menempatkan beliau bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada' dan Solihin. Moga kita juga boleh menurut jejak kebaikan beliau. Aamin ya Rabb. Sekian. Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Ahad 24 Syawal 2014 H / 9hb Ogos 2015. 7.30 pg, Istanbul, Turki. (sempena mesyuarat penubuhan Forum Keadilan dan Demokrasi) Sumber HD - 9-8-2015 "Tukar Pegawai Sprm Ke Jpm: Siasatan Tempang, Rakyat Hilang Kepercayaan & quo |
Posted on Saturday, August 08 @ 15:44:40 MYT by paktam
1. Adalah sangat luar biasa dan amat mencurigakan apabila Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob dan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) bermula Isnin ini. 2. Pertukaran tersebut kelihatan dibuat Kerajaan setelah mereka berdua bersikap tegas dan telus dalam penyiasatan isu 1MDB yang turut dikaitkan dengan YAB Perdana Menteri. 3. Ada dua implikasi yang signifikan berikutan pertukaran yang dibuat ini :
(i) Proses siasatan isu 1MDB akan menjadi tempang dengan gangguan dan tekanan yang sering diberikan Kerajaan kepada SPRM serta tanpa pegawai SPRM yang berintegriti tinggi seperti Datuk Rohaizad dan Datuk Bahri. Jika diteruskan sekalipun, siasatan seperti dipaksa untuk membersihkan 1MDB dan DS Najib Razak daripada semua tuduhan yang dipalitkan ke atas mereka; bukannya mendedahkan kebenaran.
(ii) Persepsi rakyat bahawa Kerajaan dan YAB Perdana Menteri memang mengetahui dan terlibat dengan skandal 1MDB itu serta sedang menyembunyikan sesuatu yang amat sulit kepada rakyat semakin meluas dan dikuatkan lagi dengan pertukaran ini. Kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sedang dan semakin melumpuh. 4. Kedua-dua keadaan ini merupakan bencana besar kepada negara dan rakyat; dan hanya mungkin dapat 'menyelamatkan' dua tiga orang penyangak dalam kalangan orang-orang besar di negara ini. 5. Sekiranya Kerajaan benar, sepatutnya membiarkan sahaja SPRM dengan bebas melakukan penyiasatan tanpa memberikan tekanan kepada mereka termasuk membuat serbuan, tangkapan dan pertukaran seperti yang sudah terjadi ini. Sekian. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri Sabtu, 8 Ogos 2015 | 23 Syawal 1436H Sumber DD - 8-8-2015 |
Apa penyakit Lim Guan Eng?
Kenyataan pimpinan DAP khususnya Lim Guan Eng (LGE) yang berterusan melakukan provokasi terhadap Presiden PAS menggambarkan akhlak rendah yang dimiliki oleh mereka.
Ia mengesahkan lagi kebenaran tindakan PAS memutuskan hubungan politik dengan DAP. DAP bukanlah pimpinan harapan rakyat Malaysia.
Terakhir, kenyataan tidak berasas oleh LGE dilaporkan oleh
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/will-you-apologise-now-for-defending-najib-dap-asks-hadi
Bagi saya, sememangnya LGE sedang berhadapan dengan penyakit politik yang serius iaitu penyakit "gatal mulut".
Rakyat Malaysia tidak lagi boleh bergantung harap terhadap Umno dan BN yang telah mencetuskan krisis kepimpinan politik dan ekonomi negara.
Namun dalam masa yang sama DAP juga bukan harapan rakyat. Menggantungkan harapan negara dipimpin oleh parti seumpama DAP bakal meletakkan negara ke lembah kehancuran.
Sampai masa rakyat Malaysia pelbagai kaum bersama dengan PAS bagi melakar politik baru yang lebih stabil, adil, berakhlak dan berkebajikan. Tinggalkan DAP dan Umno. Jangan biarkan negara tergadai di tangan ahli politik cauvinis dan berkepentingan seperti DAP dan Umno.
PRU14 akan menyaksikan orang Islam Melayu khususnya dan pelbagai kaum bakal mengajar DAP yang sombong dan angkuh berpolitik khususnya di Pulau Pinang.
# Selamatkan Malaysia
Sumber HD - 8-8-2015
Siapakah tentukan PM bersalah atau tidak?
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 31 Julai lalu telah menyatakan ketetapan bahawa prosiding terhadap 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak boleh diadakan tanpa pengerusi baharu bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamad yang telah dilantik sebagai anggota kabinet.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula pada petang semalam telah mengesahkan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyatakan tiada keperluan untuk ada Pasukan Petugas Khas yang dianggotai secara bersama oleh SPRM, PDRM dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyiasat isu 1MDB dan skandal yang dikaitkan dengan YAB Perdana Menteri.
Kesan tekanan daripada luar dan dalam Umno BN sendiri berhubung isu ini, Datuk Seri Najib Razak telah melakukan pendekatan 'ekstrem' dengan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan licik melalui rombakan semula kabinet justeru usaha-usaha PAC dan Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat secara adil, menyeluruh dan telus kini terbantut.
Hasil dapatan siasatan sehingga setakat ini juga tidak dapat didedahkan kepada awam berikutan ada sekatan pada aspek perundangan.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila PDRM melakukan serbuan dan tangkapan ke atas pegawai-pegawai SPRM justeru mengganggu ketelusan siasatan ini secara menyeluruh dan menjejaskan imej serta kredibiliti SPRM sebagai sebuah suruhanjaya bebas.
Seluruh rakyat mahu tahu apakah kebenaran di sebalik isu 1MDB dan tuduhan ke atas YAB Datuk Seri Najib Razak.
Jika ia tidak benar, itulah yang menjadi harapan seluruh rakyat. Tetapi, jika ia benar, semuanya mesti didakwa dan dihukum dengan sesungguhnya.
Namun, siapa yang akan menentusahkan kebenaran ini.
PDRM kelihatannya diperalat, SPRM pula ditekan kuat, BNM masih membisu dan PAC pula sedang membeku. - HARAKAHDAILY 6/8/2015
DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
(AJK PAS Pusat / Ahli Parlimen Kuala Nerus)
Sumber HD - 6-8-2015
Nilai ringgit jatuh: Makin ramai ditakrif miskinPADA Isnin lalu, 8 Jun 2015, sebagai menjawab soalan yang saya kemukakan, DS Abdul Wahid Omar menyatakan bahawa kadar kemiskinan telah berkurang daripada 49.3% pada 1970 kepada 0.6% pada 2014 dengan semua negeri mecatatkan penurunan bilangan isi rumah yang miskin. Berikutan kesan kejatuhan nilai mata wang Ringgit dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semasa, boleh saya sifatkan angka yang dikemukakan ini tidak menunjukkan realiti sebenar kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat. Indikator yang menentukan angka ini ialah pendapatan garis kemiskinan (PGK) iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat. Bagi miskin tegar pula, indikatornya ialah PGK makanan iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi nutrisi makanan yang minimum yang membolehkan setiap ahlinya mempunyai tubuh badan yang sihat. Berdasarkan kepada penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah tahun 2014 purata pendapatan garis kemiskinan untuk Malaysia secara keseluruhan adalah RM950 untuk miskin dan RM600 untuk miskin tegar. Merujuk kepada item keperluan asas ‘bukan makanan’ yang disenaraikan – pakaian; sewa, minyak, elektrik; perkhidmatan asas; pengangkutan dan komunikasi; dan lain-lain – sahaja pun, jelas bahawa adalah tidak munasabah nilai RM950 dijadikan garis pemisah untuk membezakan golongan berkemampuan dan tidak berkemampuan. Bank Negara di dalam data kepenggunaan isi rumah (household consumption) bagi tempoh 2000 – 2009 menyatakan bahawa perbelanjaan untuk makanan ialah 23% daripada jumlah perbelanjaan isi rumah (household expenditure), untuk perumahan sebanyak 18.9% dan untuk pengangkutan pula sebanyak 13.4%. Berdasarkan peratusan ini dan jika RM950 dijadikan rujukan, bererti untuk setiap item tersebut bernilai RM220 untuk makanan, RM180 untuk perumahan dan RM130 untuk pengangkutan. Jika diteliti secara kasar pun nilai-nilai ini bolehlah dianggap terpesong daripada realiti sebenar. Hal ini kerana, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia ketika membuat penerangan tentang kewajaran rasionalisasi subsidi minyak menyatakan bahawa golongan berpendapatan rendah menggunakan minimum 150 liter iaitu membelanjakan RM307.50 sebulan untuk penggunaan petrol (RON95). Ia kemungkinan akan meningkat lagi kepada RM322.50 pada bulan hadapan apabila diunjurkan harga petrol itu bagi Jun 2015 ialah RM2.15 seliter. Dalam suatu kajian membandingkan harga sewa bulanan rumah, mendapati ia bernilai RM700 di Kuala Lumpur, RM500 di Klang, RM400 di Kuala Terengganu, RM800 di Kuching, RM600 di Johor Bharu, dan RM350 di Alor Setar atau secara puratanya ialah RM560 sebulan. Boleh dikatakan tiada lagi harga sewa bulanan rumah berada di bawah paras RM350 apatah lagi RM180. Jika kita kembali menggunakan data Bank Negara sebagai rujukan dan membuat ketetapan baru iaitu 18.9% bersamaan RM560 supaya lebih dekat dengan realiti, maka nilai bagi makanan mestilah RM680 dan pengangkutan pula bernilai RM400 menjadikan jumlah bagi ketiga-tiga item ini sahaja ialah RM1640. Oleh sebab itulah, saya merasakan takrif kemiskinan ini harus dikaji dan dibuat semula sesuai dengan perspektif Islam. Takrif dan nilai bagi setiap item bagi membuat pengiraan PGK yang digunapakai pada hari ini jelas sekali tidak lagi munasabah kerana tidak menepati keadaan sebenar kemiskinan yang ditanggung rakyat. Sebagai contoh, mengikut PGK pada 2013 iaitu RM720 bagi miskin dan RM430 bagi miskin tegar, kadar kemiskinan di Selangor adalah 0.7% dan kadar kemiskinan tegar adalah 0.1% sahaja. Tetapi selepas ditakrifkan semula oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat kepada paras RM1,500, rakyat Selangor berkategori miskin ialah 30%. Angka ini dilihat lebih tepat dengan hakikat sebenar. Takrif menurut Islam termasuklah membezakan di antara miskin dan fakir sewajarnya dijadikan panduan. Bagi menentukan PGK pula, lima item keperluan asas wajib diperkirakan iaitu makanan, kediaman, pakaian, pengangkutan dan pendidikan. Selain itu, punca kemiskinan seperti amalan ekonomi liberal kapitalis dan monopoli yang menyuburkan jurang antara golongan kaya dan miskin; penyusutan nilai mata wang Ringgit yang dipunyai oleh golongan miskin samada akibat perubahan pada kadar pertukaran mata wang asing atau kenaikan harga barangan dan perkhidmatan; dan pinjaman riba’ mestilah diberikan perhatian dan diberikan penyelesaian berpandukan Islam. Suka juga untuk saya tegaskan ialah kelemahan utama konseptual kemiskinan konvensional ialah ialah ia menafikan hak ketuhanan sebagai salah satu komponen penting untuk mengurus fenomena kemiskinan yang berlaku dan tidak melibatkan golongan kaya sebagai satu golongan yang turut bertanggungjawab menyelesaikannya. Jika ada sekalipun ialah konsep ‘corporate social resposibility’ (CSR) dan ‘kebajikan’ (endowment) yang baru diperkenalkan kerana ia tidak pernah wujud dalam fahaman ideologi kapitalis atau sosialis dan lain-lain sebelum daripada ini. Islam lebih awal dan lama mengemukakan penyelesaian terhadap masalah kemiskinan ini antaranya dengan pengsyariatan zakat dan pengharaman riba serta larangan monopoli dan pencatutan. – HARAKAHDAILY 16/6/2015 Sumber HD - 16-6-2015 Senarai penuh AJK Dewan Ulamak sesi 2015-2017KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak Pas Pusat mengeluarkan senarai penuh ahli jawatankuasanya bagi sesi 2015-2017. Yang berikut senarai penuh tersebut. Ahli Jawatankuasa Harian: 1. Ketua: Ustaz Datuk Dr. Mahfodz Mohamed 2. Timbalan Ketua: Ustaz Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh 3. Naib Ketua: Ustaz Datuk Dr. Johari Mat 4. Setiausaha: Ustaz Nazri Zin 5. Penolong Setiausaha 1: Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman 6. Penolong Setiausaha 2: Ustaz Ismail Osman 7. Penolong Setiausaha 3: Ustaz Mohd Azwan Baidawi 8. Bendahari: Ustaz Mohd Asri Daud 9. Ketua Penerangan: Ustaz Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri 10. Pengarah Pilihanraya Ulamak: Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi Ahli Jawatankuasa Kerja: 1. Ustaz Datuk Hussin Awang 2. Ustaz Dr. Badruzzaman Yusof 3. Ustaz Muhammad Zain Abdul Rahman 4. Ustaz Dr. Abu Bakar Abdullah 5. Ustaz Abdullah Husain 6. Ustaz Zulkifli Ismail 7. Ustaz Mokhtar Senik 8. Ustaz Khirul Muntanazar Ismail 9. Ustaz Dr. Azhari Yaakob 10. Ustaz Nazmi Nik Din 11. Ustaz Mustafa Shaari 12. Ustaz Mohd Ismi Taib 13. Ustaz Dr. Zuridan Mohd Daud 14. Ustaz Mohd Kamal Osman 15. Ustaz Dr. Ahmad Nadzri Mansor 16. Ustaz Mohd Fauze Husain 17. Ustaz Abu Sinan Muhammad Alghaazi 18. Ustazah Mastura Ismail – HARAKAHDAILY 15/6/2015 Sumber HD - 15-6-2015
TERPENGARUH DEMOKRASI UKUR PEMIMPIN DENGAN PILIHANRAYA - DDrKAR Terpengaruh demokrasi, ukur pemimpin dengan pilihan raya: KEMENANGAN Islam adalah pasti tatkala Allah tetapkan kemenangan lalu dibuka hati manusia sama ada kafir atau http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35718-terpengaruh-demokrasi-ukur-pemimpin-dengan-pilihan-raya Sumber HD - 31-5-2015 Ukuran Kejayaan PemimpinAtau diukur dengan sokongan manusia pada dakwahnya. Kalau itulah kayu ukurnya tentulah Nabi Nuh dikira gagal kerana berdakwah selama hampir seribu tahun tetapi yang beriman dengan baginda menurut beberapa riwayat tak lebih 100 orang. Kalau menang dalam pilihanraya juga tanda kegagalan pemimpin maka ramailah pimpinan yang gagal dalam pilihanraya baru-baru ini. Ukuran kejayaan seorang pemimpin ialah pada kekuatannya menyampaikan Islam, kesungguhannya mendidik pengikutnya untuk ke syurga Allah, untuk beraqidah dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam, kejayaannya menghabiskan seluruh usianya untuk Islam dan kejayaannya mempertahankan prinsip Islam dan usahanya menyusun strategi untuk Islam meniti kemenangan dakwah dan kuasa. Bukan diukur dengan berapa bilangan pengikut dan bilangan sokongan demokrasi. Kalau demokrasi semata-mata menjadi ukuran tentulah Islam sentiasa kalah kerana Allah berfirman dalam surah Aali Imran ayat 110; مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ “Sebahagian mereka sahaja beriman dan kebanyakan manusia itu fasik melanggar perintah Allah”. Namun, kemenangan Islam adalah pasti tatkala Allah tetapkan kemenangan lalu dibuka hati manusia sama ada yang kafir atau fasik untuk menyokong Islam. Ia adalah janji Allah untuk orang yang berjuang dengan iman dan amal soleh serta yakin dengan kemenangan Islam. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri 31 hb Mei 2015 10.40 pg Bandar Melaka. www.drtakiri.blogspot.com Sujmber BO - 31-5-2015 Golongan istiqamah tak kecewa, gugur dari medan perjuanganKita bersama PAS untuk perjuangkan dakwah dan kuasa untuk Islam. Ada yang terus istiqamah dengan perjuangan sehingga akhir hayat. Ada yang gugur di tengah jalan. Mereka yang beriman dengan perjuangan kemudian istiqamah maka para Malaikat akan turun membisikkan kata-kata semangat "janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu sedih dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu". (petikan ayat 30 surah Fussilat) Mereka yang tidak istiqamah akan mudah kecewa. Namun, kekecewaannya tidak akan mematahkan semangat mereka yang masih yakin dengan masa depan perjuangan. Kemenangan adalah pasti milik Islam sama ada cepat atau lambat. Istiqamah maknanya mengikuti jalan yang lurus seterusnya tetap atas jalan yang lurus. Apabila kita bersama dengan perjuangan Islam lalu tidak mengikuti jalan yang lurus dan tidak tetap di atas jalan itu maka tergelincirlah kita daripada perjuangan. Lalu kekecewaan adalah bisikan syaitan kepada golongan yang gagal istiqamah. Ya Allah, jadikanlah daku di kalangan orang yang Istiqamah dan tidak kecewa dengan masa depan perjuangan yang masih panjang. - HARAKAHDAILY 25/5/2015 Sumber HD - 25-5-2015 Syarat kerjasama politik parti Islam dan sekularKUALA LUMPUR: Kerjasama politik antara parti Islam dan parti yang memperjuangkan fahaman sekular atau sosialis dibolehkan dalam Islam dengan bersyarat, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Beliau menjelaskan, antaranya atas dasar kebajikan dan taqwa. "Juga ia menjadi wasilah dan alat memperkukuhkan Islam dan melaksanakan syariah," ujarnya. Menurutnya, tanpa syarat-syarat itu kerjasama politik adalah haram. "Apabila pelaksanaan syariah ditentang dan dihalang, kesetiaan ahli beralih kepada parti sosialis, pemimpin utama parti Islam dicemuh dan diperlekehkan tidakkah syarat kerjasama politik telah dilanggar?" tanya beliau. - HARAKAHDAILY 24/5/2015 Sumber HD - 24-5-2015 Perutusan Khas
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
SELAMAT HARI GURU Pendidik Pembentuk Keperibadian Ummah 1. Rasulullah saw adalah mahaguru yang membina minda, emosi dan akhlak manusia sehingga terbangunnya satu tamadun kemanusiaan berpaksikan ubudiyyah pengadian diri kepada Allah. هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ "Dialah yang mengutuskan di kalangan orang yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis- orang Arab) seorang Rasul daripada kalangan mereka juga, yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat-Nya, mensucikan mereka dan mengajar kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah meskipun mereka sebelumnya dalam keadaan sesat tanpa ilmu, yang nyata." (Surah Jum'ah ayat 2) 2. Berbahagialah mereka yang mewarisi tugasan sebagai seorang GURU dan pendidik kerana telah berbuat suatu amal yang berpanjangan kebaikan dan pahalanya, iaitu menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Setelah meninggal dunia pun, kebaikan pahala ini akan terus dapat dinikmati oleh guru-guru semua. Sabda Nabi s.a.w., maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda’ : “Apabila anak Adam (manusia) telah meningal dunia, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya” (Riwayat Muslim) 3. Bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2015 yang bertemakan “Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”, saya ingin menyarankan kepada Kerajaan untuk memberikan perhatian kepada beberapa perkara berikut : (a) Menaikkan gaji bulanan guru bersesuaian dengan bebanan keguruan yang semakin bertambah. Juga sebagai suatu pengiktirafan terhadap warga pendididik, justeru meningkatkan lagi penghormatan masyarakat terhadap golongan ini di atas jasa besar membangunkan bangsa dan ketamadunan negara kita. (b) Memberikan perhatian dan pembelaan kepada guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah swasta dan institusi-institusi pondok dengan menyediakan suatu dana khusus bagi menyelesaikan dan membantu isu gaji dan kebajikan mereka. (c) Mengembalikan hak guru yang berpasangan untuk tinggal bersama dengan tidak memisahkan mereka oleh penempatan yang berjauhan – polisi berkenaan penempatan mesti disemak semula dan urusan perpindahan mesti dipermudahkan. Lokasi berjauhan ini hanya akan memberi kesan psikologi yang negatif kepada guru berkenaan dan menyukarkan pelaksanaan tanggungjawab terhadap tanggungan mereka. (d) Mengurangkan bebanan perkeraniaan yang perlu dibuat oleh guru seperti setelah pelaksanaan sistem PBS. (e) Mengelakkan sentimen politik kepartian sehingga mengakibatkan ada sebahagian guru dihukum dan dinafikan hak atau tidak mengalami kenaikan pangkat disebabkan masalah ini. Guru-guru sepatutnya dinilai berasaskan prestasi tanpa melibatkan sentimen politik kepartian. 3. Kepada mereka yang anaknya menerima didikan seorang guru, berilah hak penghormatan kepada mereka. Guru bukannya peniaga yang dinilai berdasarkan dagangannya kerana nilai ilmu tiada nilainya. Janganlah guru dianggap si makan gaji lalu diperlekehkan kedudukannya dan tidak diperendahkan kebajikan mereka. 4. Hubungan antara guru dengan muridnya atau pensyarah dengan pelajarnya; umpama hubungan ibu dan bapa dengan anaknya. Tersangat istimewa dan tersangat mulia. Gurulah yang mencorak fitrah manusiawi dalam diri kita. Merekalah yang mendidik kita membuat pilihan untuk menentukan jalan kehidupan, lalu kita menyelusurinya. Bertuah kita, kerana tunjuk ajar mereka, dapatlah kita meniti di jalan yang benar. 5. Kepada semua warga pendidik; para guru, pensyarah dan ulamak, saya mengucapkan “Selamat Hari Guru”. Semoga sentiasa mendapat petunjuk, keampunan dan kasih sayang daripada Allah s.w.t. dan sentiasa menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai teladan teragung dalam bidang pendidikan yang telah membahagiakan ketamadunan kemanusiaan sejagat. Terima kasih kerana telah mendidik kami dan anak-anak kami. 6. Pesan saya kepada penuntut ilmu, beradablah dengan gurumu sebagaimana Nabi Musa alaihissalam dengan gurunya Khidr alaihissalam yang diceritakan dalam al-Quran. Berterima kasihlah kepada pensyarahmu, muliakanlah para ulamak di sisimu dan doakanlah kebaikan untuk mereka semua; sesungguhnya inilah penghargaan terbesar dan yang sebenarnya untuk mereka – kerana, merekalah yang telah membina ilmumu dan menyempurnakan akhlakmu. Sekian. DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI Ahli Parlimen Kuala Nerus Ketua Penerangan DUPP Tarikh : 16 Mei 2015 / 27 Rejab 1436H Sumber FB / HD - 16-5-2015 Malaysia digesa suarakan nasib etnik RohingyaKUALA LUMPUR: DUNIA dan sejarah menyaksikan, umat Islam yang merupakan minoriti di dalam negara bukan Islam sering menjadi mangsa penindasan, kezaliman dan pembunuhan. Mereka dilayan dan diperlakukan umpama haiwan, disepak bagaikan bola dan dijual beli seperti barang dagangan. Nasib sama dialami kaum Muslim Rohingya yang dizalimi etnik Buddha Rakhine di negara mereka Myanmar. Apabila adanya pihak menawarkan pertolongan membawa mereka keluar dari kampung halaman dan diberi kehidupan serta pekerjaan, maka disambung seolah-olah ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Hakikatnya tidak ubah seperti ‘Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya’ apabila mereka menjadi mangsa agen pemerdagangan manusia. Takdir mereka alami tidak semanis harapan yang diimpikan apabila dikurung dalam hutan di Thailand berbulan-bulan tanpa bekalan makanan halal mencukupi serta rawatan perubatan jika mengalami sakit. Ada di antara mereka meninggal dunia kerana keadaan itu dan lebih kejam terdapat mangsa dibunuh pakatan mafia dari Myanmar, Thailand dan Malaysia setelah ahli keluarga atau pihak pembeli tidak melunaskan bayaran dalam tempoh waktu dijanjikan. Keadaan menyayatkan hati itu terbongkar apabila penduduk di Ban Talok, Padangbasar, Wilayah Songkhla, Thailand menemui 33 mayat tertanam di kebun getah perkampungan itu. Atas fardu kifayah terhadap saudara seagama, Maktab Syeikhul Islam (Jabatan Mufti) Thailand dengan dibantu NGO Islam negara tersebut antaranya Jaringan Pertubuhan Islam dan Masjid Wilayah Yala (Jabim), Thai Islamic Medical Association (Tima), A Khidmat As-Salam PTU dan NGO lain tampil menguruskan semua mayat. Kubur mereka digali semula dan mayat dihantar ke Hospital Hadyai untuk bedah siasat. Selesai semua urusan rasmi dengan pihak berkuasa Thailand, satu majlis solidariti dan solat jenazah mangsa terbabit diadakan di Masjid Ban Talok, kelmarin. Walaupun dihadiri ramai penduduk setempat termasuk wakil dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Tautan Rahmat, Humaniti Malaysia, Badan Agama dan Pendidikan Islam Singapura dan Persatuan Syarikat Islam Palembang Indonesia, namun suasana pengkebumian berlangsung hening dan hiba. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang turut serta pada majlis itu menyatakan solidariti dan perpaduan ummah terhadap tragedi tersebut. Ujarnya, isu tersebut bukan hanya semata masalah umat Islam tetapi adalah isu kemanusiaan yang menuntut perhatian dunia di mana mangsa telah diperalat hingga menjadi mangsa jenayah. “Kita bukan sahaja mengalami kekejaman seperti berlaku di Palestin, tetapi yang hampir dengan negara kita (Malaysia) di rantau ini adalah nasib saudara se-Islam kita di Rohingya, Myanmar. Tidak jauh mereka dari kita, hanya dalam kawasan Asean juga. Mereka adalah orang-orang yang dianiaya dan dinafikan hak. “Jadi sebagai saudara se-Muslim terutama dan rakyat Malaysia yang cinta kedamaian dan suka membantu, perlu memandang serius perkara ini. Saya juga menuntut Parlimen Malaysia memperjuangkan isu ini diperingkat Asean dengan memberi tekanan di peringkat antarabangsa,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 14/5/2015 Sumber HD - 14-5-2015 Kuasa tenaga pekerja tentukan undi'Ayuh Lakukan Perubahan, Selamatkan Malaysia' 1. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia yang saban hari membanting tulang untuk menyara kehidupan diri dan keluarga masing-masing di tahun yang penuh mencabar ini. 2. Semoga setiap usaha tersebut diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t. serta diganjari dengan kebaikan di akhirat kelak. Saudara/saudari rakyat Malaysia sekalian, 3. Buat masa ini, kurang lebih 13.5 juta tenaga buruh digunakan daripada sejumlah 13.9 juta tenaga buruh yang ada. Daripada jumlah itu, hanya 68% sahaja (9.2 juta) kadar penyertaan tenaga buruh yang aktif secara ekonomi untuk menyara tanggungan yang berumur di bawah dan di atas kumpulan umur tenaga buruh ini iaitu kira-kira 17.9 juta orang. 4. Walapun purata pendapatan isi rumah terakhir yang diumumkan oleh Menteri ialah RM5,900, ia tidak menggambarkan realiti sebenar pendapatan per individu. Angka itu diperolehi kesan jurang pendapatan yang terlalu tinggi. Hakikatnya, terdapat 40% rakyat Malaysia dalam golongan berpendapatan rendah dan 40% juga dalam golongan pertengahan. 5. Ini bererti terdapat sejumlah 3.7 juta orang tidak memiliki keupayaan untuk menyara tanggungan. Ia telah menjadikan sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia perlu menyara sehingga lima orang tanggungan. 6. Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2500 hingga RM4000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4000. 7. Dengan peningkatan pelbagai kos sara hidup, percukaian GST yang membebankan, ketidakupayaan memiliki hak keperluan asas seperti rumah dan pengangkutan, serta tanggungan purata hutang isi rumah yang tinggi, menjadikan golongan pertengahan juga hampir hilang upaya untuk menyara jumlah tanggungan sehingga ke bilangan itu. Hanya 20% rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi sahaja yang boleh melakukan demikian. Saudara/saudari rakyat Malaysia sekalian, 8. Oleh itu saya menyeru kepada anda sekalian untuk kita sama-sama menggunakan kuasa tenaga buruh yang kita miliki ini untuk melakukan suatu perubahan besar demi kebaikan dan masa depan bangsa dan negara kita. Paling berkesan untuk perubahan ini berlaku ialah menterjemahkan kuasa tenaga buruh ini kepada kuasa undi nanti untuk perubahan sebuah kerajaan baru yang berpandukan al-Quran dan al-Hadis dalam menguruskan ekonomi dan politik negara. 9. Saya yakin dan percaya, jika kita mampu bersepakat dan bermuafakat, kita akan berjaya menyelamatkan negara kita daripada terus menjadi mangsa eksploitasi kerajaan dan pemimpin yang tidak berintegriti. Kita miliki 69% daripada 13.3 juta jumlah pengundi keseluruhannya. “Ayuh Lakukan Perubahan, Selamatkan Malaysia”. Sekian. DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI Ahli Parlimen Kuala Nerus Ketua Penerangan DUPP Tarikh: 1 Mei 2015 / 12 Rejab 1436H Sumber HD - 1-5-2015 GST tidak perlu jika kerajaan berhemah berbelanjaKenapa saya mempertikaikan keperluan untuk kerajaan menambah hasil pendapatan negara menerusi percukaian GST? Jawapannnya ialah kerana saya meragui cara Kerajaan membelanjakan hasil pendapatan itu. Cara berbelanja Kerajaan saban tahun akan menjadikan negara sentiasa tidak berkecukupan hasil meskipun diberikan sebuah lembah emas sekalipun. Ia sepertimana ibarat sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: { لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادٍ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى إلَيْهِ ثَانِيًا ، وَلَوْ كَانَ لَهُ وَادِيَانِ لَابْتَغَى لَهُمَا ثَالِثًا ، وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إلَّا التُّرَابُ “Sekiranya anak Adam mempunyai satu lembah penuh harta tentulah dia mahukan satu lembah lagi. Kalau dia mempunyai dua lembah tentu dia mahukan yang ketiga. Dan tidak boleh memenuhi mulut anak Adam melainkan tanah (maksudnya mati).” (Hadis disepakati Bukhari dan Muslim) Saya senaraikan satu contoh dahulu iaitu Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2012 berdasarkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2012 sebagaimana berikut: (i) Kerajaan membentangkan bajet perbelanjaan untuk 2012 ialah sebanyak RM232.8 bilion dengan perbelanjaan mengurus ialah RM181.6 bilion dan perbelanjaan pembangunan ialah RM51.2 bilion. Sementara jangkaan kutipan hasil pula ialah RM186.9 bilion. Ertinya belanjawan telah defisit sebanyak RM46 bilion. (ii) Hasil sebenar negara ialah RM207 bilion iaitu meningkat sebanyak RM21 bilion daripada jangkaan asal RM186.9 bilion. Ertinya dengan peningkatan hasil itu defisit belanjawan sepatutnya boleh berkurang kepada RM25 bilion sahaja. Tetapi apa yang berlaku sebenarnya dalam perbelanjaan negara? (iii) Perbelanjaan sebenar negara 2012 ialah RM254 bilion iaitu lari sebanyak RM21 bilion daripada anggaran asal iaitu RM232.8 bilion. Dengan hasil meningkat sebanyak RM20 bilion kepada RM207 bilion daripada jangkaan asal RM186.9 bilion, negara tetap mencatatkan defisit perbelanjaan yang besar iaitu RM47 bilion. Sedangkan defisit ketika pembentangan bajet ialah RM46 bilion. Ringkasannya: (a) Bajet 2012: RM232 bilion (b) Anggaran Hasil: RM186 bilion (c) Defisit Bajet 2012: RM46 bilion (d) Perbelanjaan Sebenar: RM254 bilion (e) Hasil Sebenar: RM207 bilion (f) Peningkatan Hasil: RM21 bilion (g) Defisit Perbelanjaan 2012: RM47 bilion. Kesimpulannya, peningkatan hasil negara tidak menjadikan negara mempunyai lebihan kewangan. Perbelanjaan Kerajaan tetap defisit. Semuanya angkara cara berbelanja. Bagaimana negara mendapat hasil pada tahun 2012? Sumbernya adalah seperti berikut: (i) Cukai Langsung sebanyak RM116 bilion (56%). Tiga yang utama daripada cukai langsung ini ialah cukai pendapatan individu, syarikat dan petroleum. Pecahannya ialah RM54.bilion daripada cukai syarikat, RM32 bilion daripada cukai petroleum dan RM22 bilion daripada individu. (ii) Cukai Tidak Langsung RM35 bilion (17%). Ia merangkumi duti import, eksport, eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Cukai jualan dan perkhidmatan menyumbang sebanyak RM15 bilion. (iii) Terimaan lain RM56 bilion (27%). Antaranya ialah royalti petroleum. Hasil negara jika ditolak cukai SST telah menyumbang sebanyak RM191 bilion iaitu menerusi hasil cukai langsung RM116 bilion, cukai tidak langsung RM19 bilion dan terimaan lain RM56 bilion. Kerajaan berhasrat meningkatkan hasil dengan cukai GST sedangkan negara sebenarnya bukan bermasalah untuk mendapatkan hasil. Tetapi masalah besar Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN ialah pada membelanjakan hasil. Oleh itu, adakah cukai GST masih diperlukan? Tidak sama sekali! Sekian. DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI Ahli Parlimen Kuala Nerus Ketua Penerangan DUPP Tarikh: 30 April 2015 / 10 Rejab 1436H Sumber HD - 30-4-2015 Cukai GST Tidak DiperlukanJAWAPANnya ialah kerana saya meragui cara Kerajaan membelanjakan hasil pendapatan itu. Cara berbelanja Kerajaan saban tahun akan menjadikan negara sentiasa tidak berkecukupan hasil meskipun diberikan sebuah lembah emas sekalipun. Ia sepertimana ibarat sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : { لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادٍ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى إلَيْهِ ثَانِيًا ، وَلَوْ كَانَ لَهُ وَادِيَانِ لَابْتَغَى لَهُمَا ثَالِثًا ، وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إلَّا التُّرَابُ “Sekiranya anak Adam mempunyai satu lembah penuh harta tentulah dia mahukan satu lembah lagi. Kalau dia mempunyai dua lembah tentu dia mahukan yang ketiga. Dan tidak boleh memenuhi mulut anak Adam melainkan tanah (maksudnya mati).” Hadis disepakati Bukhari dan Muslim. 2. Saya senaraikan satu contoh dahulu iaitu Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2012 berdasarkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2012 sebagaimana berikut : (i) Kerajaan membentangkan bajet perbelanjaan untuk 2012 ialah sebanyak RM232.8 bilion dengan perbelanjaan mengurus ialah RM181.6 bilion dan perbelanjaan pembangunan ialah RM51.2 bilion. Sementara jangkaan kutipan hasil pula ialah RM186.9 bilion. Ertinya belanjawan telah defisit sebanyak RM46 bilion. (ii) Hasil sebenar negara ialah RM207 bilion iaitu meningkat sebanyak RM21 bilion daripada jangkaan asal RM186.9 bilion. Ertinya dengan peningkatan hasil itu defisit belanjawan sepatutnya boleh berkurang kepada RM25 bilion sahaja. Tetapi apa yang berlaku sebenarnya dalam perbelanjaan negara? (iii) Perbelanjaan sebenar negara 2012 ialah RM254 bilion iaitu lari sebanyak RM21 bilion daripada anggaran asal iaitu RM232.8 bilion. Dengan hasil meningkat sebanyak RM20 bilion kepada RM207 bilion daripada jangkaan asal RM186.9 bilion, negara tetap mencatatkan defisit perbelanjaan yang besar iaitu RM47 bilion. Sedangkan defisit ketika pembentangan bajet ialah RM46 bilion. Ringkasannya : (a) Bajet 2012 : RM232 bilion (b) Anggaran Hasil : RM186 bilion (c) Defisit Bajet 2012 : RM46 bilion (d) Perbelanjaan Sebenar : RM254 bilion (e) Hasil Sebenar : RM207 bilion (f) Peningkatan Hasil : RM21 bilion (g) Defisit Perbelanjaan 2012 : RM47 bilion. 3. Kesimpulannya, peningkatan hasil negara tidak menjadikan negara mempunyai lebihan kewangan. Perbelanjaan Kerajaan tetap defisit. Semuanya angkara cara berbelanja. 4. Bagaimana negara mendapat hasil pada tahun 2012? Sumbernya adalah seperti berikut : (i) Cukai Langsung sebanyak RM116 bilion (56%). Tiga yang utama daripada cukai langsung ini ialah cukai pendapatan individu, syarikat dan petroleum. Pecahannya ialah RM54.bilion daripada cukai syarikat, RM32 bilion daripada cukai petroleum dan RM22 bilion daripada individu. (ii) Cukai Tidak Langsung RM35 bilion (17%). Ia merangkumi duti import, eksport, eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Cukai jualan dan perkhidmatan menyumbang sebanyak RM15 bilion. (iii) Terimaan lain RM56 bilion (27%). Antaranya ialah royalti petroleum. 5. Hasil negara jika ditolak cukai SST telah menyumbang sebanyak RM191 bilion iaitu menerusi hasil cukai langsung RM116 bilion, cukai tidak langsung RM19 bilion dan terimaan lain RM56 bilion. 6. Kerajaan berhasrat meningkatkan hasil dengan cukai GST sedangkan negara sebenarnya bukan bermasalah untuk mendapatkan hasil. Tetapi masalah besar Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN ialah pada membelanjakan hasil. 7. Oleh itu, adakah cukai GST masih diperlukan? Tidak sama sekali! Sekian. DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI Ahli Parlimen Kuala Nerus Ketua Penerangan DUPP Tarikh : 30 April 2015 / 11 Rejab 1436H Sumber BO - 30-4-2015 Turun ke Rompin, Pmtg Pauh tolak GST sokong hududKUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh dengan fokus dua isu iaitu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pelaksanaan hudud dan pindaan Akta 355 untuk membolehkan sebahagian hudud dapat dilaksanakan di Kelantan. "PAS dan PKR perlu menang di Rompin dan Permatang Pauh sebagai isyarat bahawa rakyat menolak GST dan menyokong pindaan Akta 355 tersebut," tegas Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan. Katanya, pandangan akar umbi Permatang Pauh agar PKR mengharmonikan sokongan mereka terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan perlu dihormati bagi memaksimumkan lagi kemenangan di Permatang Pauh. Menurut beliau, ingatan daripada Presiden PAS perlu diambil perhatian bahawa menjadi kewajipan kepada umat Islam daripada parti mana sekalipun untuk menyokong pelaksanaan hudud. Jelasnya, ia selaras dengan peringatan Allah dalam surah al-Maidah ayat 49-50. وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ "Dan hendaklah kamu berhukum kalangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka". Tambahnya, Allah peringatkan lagi: وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ "Dan berwaspadalah (beringatlah) dengan mereka menggoda (memalingkan kamu meninggalkan) sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu". "Dewan Ulamak PAS Pusat sekali menyeru seluruh ahli PAS pelbagai peringkat turun menjalankan tugas sepanjang tempoh berkempen dua pilihan raya kecil khususnya di Rompin," ujarnya. - HARAKAHDAILY 23/4/2015 Hujah harus GST tidak tepat, perlu disemak secara halusBerkali-kali saya membaca di akhbar dan mendengar fatwa yang mengharuskan GST menurut Syarak sama ada oleh jawatankuasa fatwa kebangsaan atau beberapa Ashabus Samahah Mufti negeri. Terkini, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di media elektronik mempertahankan fatwa keharusan cukai GST. Hujah yang dikemukakan oleh Ashaabus Samahah bagi mengharuskan cukai GST masih berlegar pada point bahawa negara memerlukan kewangan dan selagi ia digunakan untuk maslahah rakyat secara adil. Apa yang saya bangkitkan ialah bukannya pada bagaimana ia dibelanjakan dan sejauh mana kerajaan memerlukan kewangan tersebut SAHAJA tetapi menjurus kepada bagaimana sistem percukaian GST itu berfungsi. Telah saya nyatakan berkali-kali bahawa GST dikenakan berdasarkan perbelanjaan rakyat sama ada pembelian atau perkhidmatan. Selagi mana ia dikenakan berdasarkan perbelanjaan maka sistem percukaian ini gagal membezakan antara orang kaya berkemampuan atau orang miskin yang tidak berkemampuan. Kedua -dua golongan ini tetap akan dikenakan cukai 6% apabila membeli dan mendapatkan perkhidmatan. Di sinilah cukai GST tidak menepati konsep pengharusan cukai dalam Islam iaitu syaratnya tidak boleh dikenakan kepada golongan miskin yang tidak berkemampuan. Konsep zakat yang dikenakan dalam Islam ialah diambil daripada si kaya dan diberikan kepada si miskin. Nabi s.a.w. bersabda: فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ فِي فُقَرَائِهِمْ "Maka bagitahulah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat terhadap harta mereka; diambil daripada golongan kaya berkemampuan di kalangan mereka dan dipulangkan kepada faqir miskin kalangan mereka". (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi) Begitulah juga cukai. Antara syarat keharusan pengambilan cukai dalam Islam oleh kerajaan ialah hanya dikenakan kepada golongan yang kaya untuk dimanfaatkan bagi maslahat orang miskin. Namun, dalam hadis yang sama Nabi saw memperingatkan juga: َ فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حجاب "Berjaga-jagalah kamu (jangan diambil) harta berharga orang-orang kaya mereka. Dan takutlah kamu terhadap doa orang yang kena zalim. Sesungguhnya tidak ada antara doa itu dengan Allah sebarang hijab". Ia satu isyarat bahawa mengambil harta tanpa hak adalah satu kezaliman. Orang-orang kaya dikenakan zakat. Itu kewajipan mereka. Namun, jangan sampai pula harta berharga mereka yang tidak patut dikenakan zakat pun diambil juga tanpa hak termasuklah menerusi cukai yang tidak diperlukan. Cukai ertinya kerajaan mengambil harta manusia. Harta manusia tidak boleh diambil sewenang-wenangnya baik daripada si kaya atau si miskin. Bagaimana pula apabila si miskin diambil hartanya yang sememangnya tidak cukup untuk makan? Cukai yang dikenakan pada si miskin adalah satu kezaliman. Ia mengundang doa mereka yang merintih kesempitan kewangan. Jika si kaya yang diambil hartanya tanpa hak diperingatkan oleh Nabi s.a.w. akan bahaya doa mereka apatah pula doa si miskin yang diambil hartanya menerusi cukai? Saya tidak membangkitkan isu cukai harus atau tidak dalam Islam. Ulama kontemporari telah bersetuju bahawa cukai dibolehkan dengan beberapa syarat iaitu: Pertama, negara memerlukan kewangan dalam keadaan negara tidak kecukupan hasil daripada sumber-sumber selain cukai. Kedua, negara tidak kecukupan hasil bukan kerana pembaziran, pemborosan atau ketirisan perbelanjaan. Ketiga, cukai tidak dikenakan kepada orang miskin yang tidak berkemampuan. Syarat ketiga gagal dipenuhi oleh sistem percukaian GST. Syarat pertama dan kedua juga menimbulkan persoalan sejauh mana tahap kewangan negara benar-benar menepati kedua-dua syarat tersebut. Justeru, saya masih lagi menegaskan bahawa sistem percukaian GST adalah bercanggah dengan syarat keharusan cukai dalam Islam. Dalam masa yang sama saya juga membangkitkan sejauh mana keperluan negara terhadap cukai GST. Rakyat sudah dibebani dengan cukai korporat dan individu yang memberi pendapatan kepada negara di samping hasil-hasil lain seperti petroleum. Ia sudah cukup untuk masa ini bagi menampung perbelanjaan negara. Jika negara berhadapan dengan masalah kewangan, punca yang mesti dikaji ialah bagaimana negara berbelanja. Selagi mana cara berbelanja secara berhemah tidak menjadi amalan kerajaan maka sampai bila pun negara tidak akan kecukupan hasil dan pendapatan walaupun GST menghasilkan pulangan berpuluh atau beratus bilion. Sudikah jawatan kuasa fatwa untuk mengeluarkan fatwa tentang cara berbelanja kerajaan dengan melihat Laporan Audit Negara untuk sekurang-kurangnya 10 tahun terakhir? Sekali lagi saya memohon untuk fatwa tersebut kembali disemak dengan lebih cermat. Dan kepada kerajaan pusat saya menyatakan; tariklah balik pelaksanaan GST. Ia merupakan satu kezaliman. Moga kerajaan lebih diberkati. Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri Ahli Parlimen Kuala Nerus Sumber HD - 21-4-2015 PAS hanya kaji kedudukan dalam PR selepas ditendang atau DAP tarik diri Posted on Monday, April 20 @ 15:19:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
SHAH ALAM: PAS hanya akan mengkaji kedudukan dalam Pakatan Rakyat jika ditendang daripada gagasan itu atau sehingga DAP menarik diri daripada kerjasama itu.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata biarpun DAP kerap mencemuh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu tetap menyatakan komited dengan Pakatan Rakyat.
"Kita juga tidak bincang mengenainya walaupun DAP secara terang mengecam kepimpinan presiden PAS sehingga DAP menyuarakan hasrat mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan BN sebagai tindak balas dan rasa tidak puas hati terhadap PAS.
"Kita tidak bincang perkara itu atau cuba membawa keluar PAS daripada Pakatan kerana kita mahu yakinkan ahli bahawa kita konsisten.
"Kecuali dia (DAP) buat keputusan untuk tarik diri daripada Pakatan atau menendang PAS keluar daripada Pakatan, baru kita akan menjawabnya," katanya dalam wawancara bersama Akhbar Berita Harian, hari ini.
Beliau menjawab soalan berhubung sejauh mana hubungan PAS dengan DAP dan PKR khususnya selepas kerajaan Kelantan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah bulan lalu.
Kemelut PAS dan DAP semakin meruncing apabila parti Islam itu meluluskan enakmen undang-undang hudud di Kelantan serta ingin membentangkan rang undang-undang tersebut di Parlimen.
Natijahnya, DAP secara terang-terangan mengkritik PAS dan meminta parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.
PAS pula dalam reaksi balasnya meminta DAP dan PKR agar menghormati hak demokrasi parti itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Sumber TKO - 20-4-2015
GST harus: Hujah Mufti Perak sangat longgar
KUALA LUMPUR: Hujah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sangat longgar apabila menyatakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) harus dengan alasan negara memerlukan wang untuk pembangunan dan pengurusan.
Keta Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, hakikatnya dengan percukaian sedia ada menerusi cukai korporat, individu serta hasil petroleum dan lain-lain sudah cukup untuk menguruskan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara.
Justeru, trgasnya GST tidak diperlukan dan bukan keperluan mendesak.
Jelasnya, isu pada GST ialah sistemnya yang akan dikenakan kepada perbelanjaan si kaya dan si miskin tanpa mengira status kemampuan pendapatan mereka.
"Di sinilah GST tidak menepati syarat keharusan cukai dalam Islam. Selagi ia dikenakan kepada si miskin selagi itulah ia menjadi satu kezaliman yang ditegah oleh Islam," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Justeru, kerana itu beliau tetap menegaskan bahawa GST adalah percukaian yang haram dan sewajarnya jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menyemak semula fatwa tersebut. - HARAKAHDAILY 20/4/2015
Sumber HD - 20-4-2015
Beri elaun sara hidup yang cukup kepada warga emas
(Foto hiasan)
PADA 2009, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengunjurkan Malaysia akan mencapai status negara menua (aging nation status) pada 2030 iaitu menjelang Rancangan Malaysia ke-14 apabila 15% daripada keseluruhan penduduknya berusia 60 tahun dan ke atas.
Setakat tahun ini, unjuran jumlah penduduk yang berusia 60 tahun dan ke atas ialah 2,736,128 orang atau 8.5%.
Selain menambah bilangan kumpulan warga emas, faktor penurunan fertiliti (kesuburan) dalam kalangan orang muda dan peningkatan jangka hayat dalam kalangan warga tua pula meningkatkan umur median penduduk Malaysia; daripada 21.9 tahun pada 1991 kepada 29.2 tahun pada 2020.
Fenomena perubahan struktur umur penduduk ini mesti diberi perhatian serius oleh kerajaan khususnya kepada kesejahteraan warga emas terutamanya pada aspek sosial dan ekonomi kumpulan penduduk ini.
Kos penyediaan keperluan kesihatan yang meningkat serta penjagaan warga tua perlu menjadi agenda utama dalam menangani peningkatan peratusan penduduk warga emas di negara kita.
Pertambahan warga tua ini turut memberi kesan kepada beban tanggungan oleh penduduk dalam umur bekerja.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004, pertambahan peratusan warga emas mengakibatkan beban bagi penduduk kumpulan umur bekerja menanggung seorang warga emas semakin berat iaitu 11 orang (11:1) pada tahun 2000 kepada 15 orang (15:1) pada tahun 2015 dan 17 orang (17:1) pada tahun 2020. Menjelang 2030, pasti nisbah ini akan menjadi lebih besar.
Oleh kerana itu, saya melihat wujud suatu keperluan untuk Kerajaan menyediakan elaun sara hidup kepada golongan warga tua ini.
Elaun itu perlu diberikan secara berkala (bukan ‘one off giving’) pada kadar sama atau melebihi paras kemiskinan negara (RM880) kepada warga emas yang memerlukan penjagaan diri kerana tidak berupaya atau mempunyai penyakit sama ada tinggal secara bersendirian atau bersama keluarga.
Berbanding sekarang, Bantuan Orang Tua (BOT) yang dikelolakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya memperuntukkan sebanyak RM300 sahaja untuk tempoh penerimaan selama 12 bulan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup dan tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.
Pada tahun lepas, sejumlah RM347.54 juta telah disalurkan kepada 131,571 penerima di seluruh negara.
Pada kadar ini yang diberikan untuk hanya tempoh terhad adalah tidak mencukupi untuk warga emas membiayai kehidupan mereka.
Tambahan pula hanya kurang 5% sahaja daripada keseluruhan warga emas di negara kita menerima sumbangan melalui skim BOT ini yang perlu didapati dengan cara memohon.
Pemberian elaun sara hidup untuk warga emas ini adalah sangat penting antaranya ialah kerana mengikut Laporan Tahunan 2014 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 68% pencarumnya mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun mereka menjelang persaraan.
Dengan anggaran setiap individu memerlukan perbelanjaan minimum sebanyak RM800 sebulan, jumlah itu hanya cukup untuk menampung gaya hidup ringkas mereka untuk tempoh lima tahun sahaja selepas bersara.
Kadar pengangguran pula turut meningkat. Pada November 2014 kadarnya ialah 2.7% manakala setakat Januari 2015 sahaja kadarnya telah meningkat kepada 3.3%.
Peningkatan kadar pengangguran ini sekaligus mengurangkan lagi upaya penduduk dalam umur bekerja untuk menyara kumpulan warga emas.
Ditambah pula dengan peningkatan kos sara hidup dan inflasi serta polisi percukaian yang membebankan, tekanan kepada golongan bekerja ini akan semakin bertambah.
Lebih membimbangkan tentang nasib golongan warga emas ini ialah apabila kesedaran dalam kalangan anak-anak atau generasi muda untuk memikul tanggungjawab memelihara orang tua mereka dilihat kian menipis.
Tidak hairanlah jika terdapat tidak kurang 6,000 orang warga emas menjadi penghuni di 11 pusat jagaan JKM serta 165 pusat yang dikendalikan oleh NGO dan swasta di seluruh negara. Lebih mendukacitakan lagi, sebahagian daripadanya tidak diziarahi langsung oleh anak-anak atau saudara-mara mereka.
Kerajaan boleh mengambil panduan daripada polisi Khalifah Umar bin al-Khattab yang menetapkan elaun sara hidup untuk golongan tua yang miskin dan tak mampu lagi bekerja dengan amaun yang cukup untuk saraan hidup mereka sekeluarga.
Penulis karya Ketatanegaraan seperti Abu Ubaid dalam Kitab al-Amwal dan Ibnu Qayyim dalam Ahkam Ahli Zimmah menukilkan cerita Umar bin al-Khattab berjalan di pasar dan melihat seorang Yahudi buta meminta sedekah. Umar lalu berkata:
ما أنصفناك نأخذ منك الجزية شاباً، وندعك شيخاً، افرضوا لهذا وأمثاله من بيت مال المسلمين ما يغنيه ويغني عياله
"Kita tidak berlaku adil kepadanya. Kita mengambil cukai jizyah daripadanya ketika muda dan mengabaikannya ketika tua. Tetapkan untuk dirinya dan orang-orang sepertinya daripada khazanah Baitulmal Orang Islam (khazanah negara) kadar yang cukup untuk dirinya dan cukup untuk keluarganya".
Oleh itu amat wajarlah elaun kos sara hidup yang cukup untuk saraan keluarga ini diberikan kepada warga tua bagi memastikan kesejahteraan ekonomi dan sosial mereka lebih terjamin. - HARAKAHDAILY 16/4/2015
DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Tarikh: 16 April 2015 / 26 Jamadilakhir 1436H
Sumber HD - 16-4-2015
Mahfodz ingatkan Kit Siang tak perlu 'ajar' Hadi Posted on Monday, April 13 @ 17:29:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang diingatkan bahawa beliau tidak berhak ‘mengajar’ Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengikut telunjuk parti tersebut.
Malah, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, Kit Siang juga mesti menghentikan kritikan dan tuduhan tidak berasas terhadap Abdul Hadi.
Menurut beliau, tiada rundingan tentang pelaksanaan hudud antara PAS dan Umno seperti yang didakwa oleh Kit Siang.
“Sebaliknya, apa yang berlaku adalah penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal berhubung hudud yang dianggotai kerajaan PAS Kelantan dan kerajaan Persekutuan,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
Kit Siang dalam satu kenyataan melalui laman blog beliau di http://blog.limkitsiang.com mendakwa Abdul Hadi mengamalkan fahaman politik ‘matlamat menghalalkan cara’ berikutan kesediaan parti itu berunding dengan Umno tentang hudud.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu bukan sahaja menyifatkan tindakan tersebut sebagai bertentangan dengan nilai-nilai Islam sejagat iaitu adil dan amanah malah, beliau turut mempersoalkan seruan Abdul kepada ahli-ahli Pas agar tidak membuat sebarang tanggapan tentang keikhlasan Umno dalam rundingan berkenaan dan menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Allah S.W.T.
Mahfodz menambah, Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) telah dibentangkan lebih tiga kali oleh dua Exco Kerajaan PAS Kelantan kepada majlis pimpinan pakatan pembangkang sebelum diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan 19 Mac lalu.
“Pembentangan itu bukan bertujuan mendapatkan persetujuan majlis pimpinan pakatan pembangkang kerana kita menggunakan kaedah bersetuju untuk tidak bersetuju,” jelasnya.
Beliau juga meminta Kit Siang berhenti mengungkit keputusan-keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi yang dikatakan melanggar ketetapan yang dibuat oleh majlis pimpinan pakatan pembangkang.
“Mengenai dakwaan Abdul Hadi merestui calon PAS di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PKR juga telah meletakkan calon-calon mereka di kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi calon-calon Pas,” katanya.
Mahfodz memberitahu, Kit Siang juga seharusnya memahami Abdul Hadi tidak merestui keputusan pakatan pembangkang menamakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor setelah mengambil kira pandangan Majlis Syura Ulama PAS. - AntaraPOS
Sumber TKO - 13-4-2015
Himpunan Derita Rakyat, kenapa kita menentang GST?
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak mengenal kaya dan miskin. Si miskin juga membayar cukai. Ini satu kezaliman. Justeru, ia bercanggah dengan Islam.
GST dikenakan di saat kerajaan boros berbelanja dan berlaku ketirisan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Jika kerajaan membetulkan perbelanjaan negara maka GST tidak diperlukan.
Negara tidak bermasalah untuk memperolehi pendapatan tetapi bermasalah dalam membelanjakan pendapatan kerana boros dan tiris. Jika pendapatan yang sedia ada gagal diurus maka bagaimana jika hasil meningkat menerusi GST? Kerajaan tentu akan lebih boros!
Cukai GST memperluaskan cukai kepada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya ianya mencakupi ruang yang sangat luas. Sedangkan cukai yang harus dalam Islam sepatutnya diperkecilkan saiz barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai.
Cukai GST menyebabkan kenaikan harga barang yang menekan kehidupan rakyat yang sudah sedia berhadapan dengan pelbagai tekanan kewangan.
Tekanan kewangan akan mencambahkan lebih banyak jenayah kekerasan seperti rompak dan harta seperti curi di samping jenayah kolar putih seperti rasuah dan sebagainya.
Justeru cukai GST benar-benar menzalimi rakyat.
Menentang kezaliman adalah wajib sama ada menggunakan kuasa, lidah dan hati.
Nabi saw bersabda:
أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ
"Sebaik-baik Jihad adalah kalimah yang benar di sisi seorang penguasa yang zalim".
Hadis riwayat Ibnu Majah dan Nasaei dengan isnad yang sahih.
Marilah kita bersama-sama dalam Himpunan Derita Rakyat; Tolak GST di Padang Merbuk jam 4 petang hingga 8.30 malam hari ini Sabtu 11 April 2015. Moga kehadiran kita beroleh pahala daripada-Nya.
Sekian.
YB Ust Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
11 hb April 2015
Jerlun 11 pagi
Sumber HD - 11-4-2015
Gagal urus belanja negara, rakyat jadi mangsa GST zalim
Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.
Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.
Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.
Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.
Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.
Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:
a. Belanjawan Tahunan
Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.
Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.
Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:
Perbelanjaan (P) Hasil (H)
2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion
b. Hutang Negara
Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.
Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.
Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:
1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion
2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
(Sumber The Economist)
Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.
Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.
Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.
Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.
c. Ketirisan Perbelanjaan
Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.
Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaan merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.
Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?
Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.
Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat.
GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.
GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas.
Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.
Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.
Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000.
Untuk itu rakyat perlu bangkit menolak kezaliman cukai GST kerana negara tidak perlukan GST jika kerajaan berjaya menguruskan perbelanjaan berhemah.
Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia yang menyedari kezaliman GST ini untuk berhimpun beramai-ramai secara aman di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu 11 April 2015 (esok) bermula jam 4.00 petang hingga 8.30 malam untuk sama-sama membantah cukai yang zalim ini.
Nabi s.a.w. bersabda:
أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ
"Sebaik-baik Jihad adalah kalimah yang benar di sisi seorang penguasa yang zalim".
Hadis riwayat Ibni Majah dan Nasaei dengan isnad yang sahih.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
AJK Kerja PAS Pusat
Tarikh: 10 April 2015 / 20 Jamadilakhir 1436H
Sumber HD - 10-4-2015
Ambiga Keliru Konsep Kesaksian dalam Kanun Jenayah Kelantan dan Hanya Penjenayah Perlu Takut Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan
KENYATAAN MEDIA
Ketua Penerangan
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
3 April 2015
Ambiga Keliru Konsep Kesaksian dalam Kanun Jenayah Kelantan dan Hanya Penjenayah Perlu Takut Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan
Saya meneliti pandangan Datuk S Ambiga dalam satu wacana mengenai perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan yang dilaporkan berkata; “Sebagai bukan Islam, adakah saya takut terhadap hudud? Ya, memang saya takut. Ini adalah kebimbangan saya".
Kanun Jenayah Syariah Menakutkan Penjenayah Bukannya Mangsa Jenayah
1. Suka saya jelaskan bahawa Kanun Jenayah Syariah hanya menakutkan bagi pelaku jenayah bukannya mangsa jenayah. Jika Datuk Ambiga adalah mangsa, maka Datuk tidak perlu takut dan bimbang kerana keadilan Datuk akan terbela. Yang patut bimbang dan takut ialah penjenayah.
2. Hakikatnya, rakyat Malaysia di seluruh negara sekarang sedang berhadapan dengan kebimbangan dan ketakutan melampau terhadap pelbagai ancaman jenayah termasuk ancaman pukul. Hal ini berlaku kerana undang-undang jenayah Malaysia sejak merdeka terbukti gagal menangani jenayah. Malah jenayah melibatkan ancaman terhadap nyawa dan jasad semakin meningkat. Sebagai bekas Presiden Majlis Peguam saya yakin Ambiga lebih menyedari hakikat ini.
3. Kehadiran Kanun Jenayah Syariah II Kelantan adalah untuk menakutkan penjenayah dan memberi keamanan kepada rakyat, bukan sebaliknya. Berilah peluang kepada rakyat Kelantan sama ada muslim dan bukan muslim merasai nikmat keamanan dengan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah nanti.
Datuk S Ambiga takut dipukul di Kelantan apabila Kanun Jenayah Syariah dilaksanakan?
1. Sebenarnya apabila Kanun ini dilaksanakan ia akan memberi keamanan kepada rakyat. Jenayah akan berkurangan kerana kegerunan terhadap hukuman. Maka insyallah Datuk Ambiga akan lebih selamat apabila ke Kelantan berbanding berada di tempat-tempat lain di seluruh Malaysia.
2. Justeru, Datuk Ambiga sepatutnya melahirkan kebimbangan terhadap kegagalan undang-undang jenayah sekarang berbanding kebimbangan tidak berasas terhadap Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang belum lagi dilaksanakan pun.
3. Yakinlah, sesiapapun yang berada di Kelantan akan merasa selamat selepas Kanun Jenayah ini dilaksanakan. Pertama, kerana penjenayah akan merasa gerun dengan hukuman jenayah yang ditetapkan oleh Islam menyebabkan mereka tidak berani untuk melakukan jenayah. Kedua, jika mereka didapati melakukan jenayah, mereka akan dikenakan hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan, bukan sekadar menghukum bahkan menyedarkan mereka terhadap kesalahan yang dilakukan.
Mangsa Jenayah Bukan Islam Tidak Mendapat Keadilan?
1. Beliau juga dilaporkan berkata; “Saya tidak setuju jika mengatakan ia tiada berkaitan dengan bukan Islam. Jikalau saya menjadi mangsa di Kelantan kerana dipukul oleh seseorang, apa akan jadi?
“Saya boleh bawa kes itu ke Mahkamah Syariah tetapi keterangan saya kurang daripada orang Islam. Adakah itu adil bagi saya sebagai mangsa?"
2. Perlu saya jelaskan, jika jenayah pukul berlaku terhadap bukan Islam maka bukan Islam selaku mangsa jenayah akan mendapat pembelaan di bawah undang-undang Qisas bukannya Hudud.
Mangsa diberi pilihan sama ada mengenakan kecederaan yang sama ke atas penjenayah tersebut atas dasar "Qisas" atau menerima pampasan (diyyat) dengan sejumlah wang ganti rugi. Tidakkah itu satu keadilan? Justeru, apa yang ditakuti Ambiga? Adakah anda berasa selamat di tempat selain daripada Kelantan?
Kekeliruan Ambiga Tentang Konsep Kesaksian "BAYYINAH" dan "SYAHADAH"
1. Datuk Ambiga takut keterangan mangsa jenayah tidak diterima kerana mangsa bukan Islam?
Sebenarnya, Kanun Jenayah Shariah Kelantan hendaklah dibaca bersama dengan Enakmen Keterangan Shariah Kelantan 2002. EKSK 2002 tidak melarang bukan Islam menjadi saksi di Mahkamah Shariah bahkan dengan jelas menyebut orang bukan Islam boleh memberi penyaksian dan keterangan atau Bayyinah. Keterangan "Bayyinah" adalah sama sahaja tarafnya sama ada oleh muslim atau bukan muslim. Maka tidak berbangkit isu sebagaimana kata Ambiga "keterangan saya kurang daripada orang Islam. Adakah itu adil bagi saya sebagai mangsa?"
3. Ambiga mungkin keliru tentang konsep keterangan "bayyinah" dan "syahadah" (kesaksian) dalam Kanun Jenayah Syariah Kelantan. Mungkin beliau membayangkan "syahadah" adalah konsep kesaksian biasa yang di amalkan dalam perundangan moden.
4. Mengikut Fiqh Perundangan Islam, "Bayyinah" adalah umum dan "Syahadah" adalah lebih khusus yang termasuk sebahagian definasi Bayyinah.
5. Sebenarnya, "syahadah" ialah satu konsep keterangan dengan menyebut perkataan "Asyhadu". Ia diperuntukkan hanya kepada muslim yang adil yang tidak melakukan dosa besar kerana ia melibatkan akujanji. Tujuannya ialah mengukuhkan lagi keterangannya.
6. Dalam undang-undang keterangan Islam di Malaysia seseorang muslim yang menjadi saksi hendaklah memulakan dengan perkataan itu. Ini wujud dalam Enakmen Keterangan Jenayah Shariah Kelantan 2002 dan juga Enakmen Keterangan Jenayah Shariah negeri-negeri seluruh Malaysia.
7. Lafaz "Asyhadu" bukan sahaja tidak diperuntukkan kepada bukan Islam malah ia tidak diterima daripada muslim fasiq kerana ia melibatkan perlakuan dosa tegar.
8. Bagi non Muslim pula tidak ada istilah dosa dan pahala. Justeru, "syahadah" dengan lafaz Asyhadu tidak diperuntukkan bagi mereka. Tetapi mereka boleh memberi keterangan dan kesaksian di bawah kaedah "bayyinah" tanpa menggunakan istilah perakuan "asyhadu".
9. Begitu juga kesaksian wanita diambil kira di bawah Bayyinah kategori lain yang tetap diterima oleh Hakim.
10. Kesimpulannya, kalau Datuk Ambiga selaku bukan muslim menjadi mangsa jenayah oleh seorang muslim, bagi menghukum pelaku jenayah tersebut, beliau boleh memberi keterangan dan kesaksian di bawah kategori "Bayyinah", lain daripada "Syahadah" di Mahkamah Syariah. Konsep Bayyinah sama sahaja sama ada bagi muslim atau bukan muslim.
Boleh rujuk Bab 2 tentang Saksi, perkara 83 ceraian 1 hingga 7 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2002 Kelantan tentang beza Bayyinah dan Syahadah.
Kempen Pindaan Undang-undang di Parlimen
1. Seperkara lagi, saya juga menganggap pandangan beliau supaya PAS meminda undang-undang di Parlimen terlebih dahulu sebelum membawanya ke peringkat negeri menunjukkan beliau secara asasnya bersetuju dengan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta 355 dan menggunapakai Perkara 76A Perlembagaan yang akan dibawa oleh PAS dalam Sidang Dewan Rakyat nanti bagi membuka laluan untuk Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II.
2. Harapnya beliau akan membantu kempen kepada ahli Parlimen bukan Islam juga untuk
menyokongnya.
3. Bezanya, PAS mengambil langkah meluluskan Enakmen tersebut di peringkat negeri terlebih dahulu. Ini juga bermakna tindakan PAS ini tidak melanggari lunas-lunas demokrasi dan menggunakan ruang yang dibenarkan oleh perlembagaan negara.
Sekian.
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
AJK Kerja PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
AJK Kerja PAS Pusat
Tarikh : Jumaat 3 April 2015 / 13 Jamadilakhir 1436H
Sumber HD - 3-4-2015
Membawa Rang Undang-undang Persendirian Membuka Laluan Kepada Pelaksanaan Syariah, Hudud
2. Kita jangan mudah percayakan orang lain untuk membawa apa yang kita perjuangkan sekian lama. Sesiapa yang ingin membantu dipersilakan. Tidak mahu menyokong pun tidak mengapa.
3. Kepada wakil rakyat muslim di Parlimen kita menjemput mereka bersama-sama mencari pahala dan fadhilat berdasarkan konsep
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhan dan syurga yang keluasannya adalah keluasan langit dan bumi yang disediakan kepada orang-orang yang bertaqwa”. Surah Aali Imran ayat 133
4. Jika ada yang ingin membantu dialu-alukan. Adakah bantuannya ikhlas ataupun tidak? Keikhlasan adalah sesuatu yang tersembunyi di dalam hati. Kita serahkan kepada Allah.
5. Jika ada yang berniat jahat dan serong kita serahkan kepada Allah sebagaimana yang diajar oleh Allah dalam al-Anfaal ayat 62;
وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوك فَإِنَّ حَسْبك اللَّه هُوَ الَّذِي أَيَّدَك بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ
“Dan sekiranya mereka berhasrat memperdayakan kamu maka sesungguhnya cukuplah untuk kamu Allah (menjaga kamu daripada tipudaya). Dialah yang menyokong memperkuatkan kamu dengan bantuan kemenangan-Nya dan dengan orang-orang beriman”.
6. Kita sudah banyak berdailog secara ilmu dan harmoni dengan pimpinan politik kalangan bukan Islam menjelaskan tentang Undang-undang jenayah Islam lebih daripada 25 tahun sejak 1990. Malah sebelumnya lagi sejak penubuhan PAS pencerahan dan penjelasan diberikan. Ada yang berdolak-dalik enggan menerima kebenaran. Ada yang enggan menerimanya walaupun atas konsep hak demokrasi. Setelah penjelasan yang panjang kita menyerahkan kepada mereka untuk menerima atau menolak. Kita tidak memaksa mereka bersetuju. Malah kita menghormati hak mereka untuk tidak bersetuju. Namun perjuangan, penjelasan dan dakwah kita tetap diteruskan.
7. Kepada umat Islam kita sama-sama beringat dengan peringatan Allah dalam surah al-Maidah ayat 49-50.
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ
“Dan hendaklah kamu berhukum kalangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka”
Allah peringatkan lagi
وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ
“Dan berwaspadalah (beringatlah) dengan mereka menggoda (memalingkan kamu meninggalkan) sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu”
8. Marilah kita mengambil pengajaran dengan ayat seterusnya
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ (
50 )
“Maka adakah hukum Jahiliyyah yang mereka cari. Dan siapakah yang terbaik berbanding Allah hukumannya bagi kaum yang yakin”
Sekian.
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
AJK Kerja PAS Pusat
Tarikh : 31 Mac 2015 / 10 Jamadilakhir 1436H
Sumber BO - 31-3-2015
Undang-undang jenayah Malaysia perlukan reformasi
HAMPIR genap 58 tahun sejak kemerdekaan negara pada 1957, Malaysia menjadikan undang-undang jenayah yang bersumberkan Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) sebagai undang-undang yang mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat atau tingkah laku antisosial yang merbahaya dan bertentangan dengan nilai moral masyarakat serta melanggar kepentingan sosial dan awam.
Namun begitu, undang-undang yang terpakai sekian lama ini dilihat dan terbukti tidak dapat mencegah dan membasmi kegiatan jenayah daripada terus berlaku seiring dengan perkembangan sosial masyarakat dan kepesatan pembangunan negara itu sendiri atau dengan bahasa yang lebih mudah ialah – semakin maju negara, semakin giat dan berleluasa jenayah berlaku.
Hakikat ini diakui sendiri oleh statistik polis yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang melaporkan bahawa jumlah jenayah kekerasan yang meliputi kes bunuh, rogol, samun dan mencederakan bagi tempoh Januari hingga Jun 2013 meningkat kepada 15,098 kes daripada 14,811 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2012.
Jika dibandingkan antara tahun 2012 dan 2013 pula, kes bunuh meningkat kepada 627 kes daripada 602 kes, kes samun bersenjata api meningkat kepada 21 kes daripada 17 kes, dan samun tanpa senjata api meningkat kepada 3,565 kes daripada 3,275 kes. Bagi kes curi kereta dan kenderaan komersial pula, masing-masing meningkat daripada 16,196 kepada 16,733 dan daripada 4,526 kepada 4,981.
Merujuk kepada data-data dan situasi ini, tidakkah wajar undang-undang yang sedia ada ini disemak semula?
Bukankah telah jelas bahawa undang-undang hari ini tidak berupaya untuk membasmi dan mencegah jenayah?
Harus kita akui bahawa sebenarnya kita sangat memerlukan sebuah undang-undang baru yang dapat memastikan keamanan dan hak-hak kita terpelihara daripada ancaman salah laku jenayah.
Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana telah mensyariatkan kepada kita Undang-undang Jenayah Islam (UUJI) yang merangkumi Hudud, Qisas dan Takzir.
Hudud adalah bertujuan untuk menangani dua jenayah berat melibatkan harta iaitu mencuri dan merompak, dua jenayah melibatkan maruah iaitu bersetubuh luar nikah dan menuduh seseorang melakukan persetubuhan luar nikah, satu melibatkan penjagaan akal iaitu meminum arak dan satu lagi melibatkan agama iaitu murtad.
Oleh itu, amat padan sekali jika undang-undang jenayah Islam (UUJI) ini diterima pakai sebagai undang-undang jenayah yang baru dalam negara kita bagi membendung kesalahan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda yang makin berleluasa dalam negara kita saban hari.
Natijah paling utama daripada pelaksanaan UUJI ini ialah keberkesanan menangani jenayah itu sendiri.
Keduanya, pelaksanaannya juga dapat mengurangkan perbelanjaan pengurusan penjara.
Menurut Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar, secara puratanya dibelanjakan sebanyak RM35 untuk seorang banduan bagi setiap hari atau RM1,050 sebulan.
Sebagai contoh, pada tahun 2013, bagi kes berulang sahaja, terdapat 6,796 orang banduan; 5,553 orang daripadanya merupakan kes jenayah.
Untuk angka ini sahaja, keberkesanan pelaksanaan UUJI bakal menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM5,830,650 (RM1,050 x 5,553) sebulan.
Untuk pengetahuan semua, kini terdapat kira-kira 45,000 orang banduan di 35 penjara di seluruh Malaysia.
Saya rasa, sudah tiba masanya rakyat Malaysia dididik dan dibentuk dengan alternatif undang-undang lain iaitu undang-undang jenayah Islam. Ini kerana:
1. Ia merupakan undang-undang yang telah diamalkan oleh 9 negeri Melayu sebelum membentuk Persekutuan.
2. Ia terbukti dalam sejarah moden hari ini telah berjaya mengekang jenayah mencuri dan merompak.
Sebagai contoh, jumlah kes jenayah di Arab Saudi sepanjang 2012 ialah hanya 2,669 sahaja berbanding Malaysia yang mencecah 63,221 kes bagi tempoh Januari hingga Mei tahun yang sama sahaja.
Merujuk kepada Seventh United Nations Survey of Crime Trends and Operations of Criminal Justice Systems pula, pada tahun 2000, jenayah rompakan perkapita memaparkan bahawa Malaysia berada pada tangga ke-26 berbanding Arab Saudi yang berada pada tangga ke-60.
Kenapa keadilan dan keamanan ini dapat diwujudkan? Ini kerana undang-undang jenayah Islam menekankan kedua-dua aspek; pencegahan dan hukuman.
Hakikatnya, undang-undang jenayah Islam ini bukanlah asing buat rakyat Malaysia. Ia pernah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan semula. Insya-Allah.
Sekian.
DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Tarikh: 27 Mac 2015 / 6 Jamadilakhir 1436H
Sumber HD - 27-3-2015
Apa motif provokatif bersiri DAP kepada Presiden PAS?
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menasihatkan DAP agar lebih berhemah dan tidak lagi meneruskan kenyataan provokatif terhadap PAS khususnya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, katanya jika Pakatan Rakyat (PR) masih diharapkan menjadi medium bersama menentang segala ketirisan, salah guna kuasa, rasuah dan kegagalan pentadbiran Barisan Nasional.
Menurutnya, sejak isu MB Selangor dan Kajang Move secara bersiri DAP melancarkan serangan provokatif khususnya terhadap peribadi Presiden PAS.
Tambahnya, tuduhan khianat, membelakangi PR dan seumpamanya meniti di bibir bukan seorang dalam kalangan pimpinan DAP.
"Terakhirnya pula memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi tidak dengan PAS?" ujarnya dalam satu kenyataan.
Namun peliknya, lata beliau tindakan bersendiri PKR dalam Kajang Move tidak pula dikatakan membelakangi PR dan memecat Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuangnya daripada jawatan MB tanpa persetujuan bersama PAS tidak pula dikira khianat.
"Lim Kit Siang pula mencadangkan pakatan dengan BN atas tema 'save Malaysia'. Tidakkah itu pengkhianatan terhadap Dasar Bersama PR?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Menurutnya, lebih ketara apabila isu undang-undang jenayah Islam (UUJI) dibangkitkan DAP telah memperlihatkan wajahnya yang sebenar dalam menentang sebarang usaha mendaulatkan UUJI sehingga melupakan prinsip bersama PR iaitu 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.
Jelasya, perlu diingat bahawa PAS melakarkan segala gerak kerja dan strategi politiknya dengan merujuk kepada prinsip Islam.
Beliau berkta, kerjasama politik dengan DAP dibenarkan berasaskan prinsip dan syarat yang digariskan oleh Islam antaranya iaitu kerjasama membuka laluan memperkuatkan Islam.
Tambahnya, begitulah juga PAS membincangkan perihal hukum mengundi calon pilihan raya bukan Islam dari parti sekular sosialis seperti DAP dengan merujuk kepada prinsip-prinsip Islam.
"Saya sangat bimbang dengan tindakan berterusan DAP menyerang, memfitnah dan menghina Presiden PAS dan terlalu keras menentang usaha mendaulatkan UUJI boleh menyebabkan hilangnya segala alasan syarie beragama untuk ahli-ahli PAS bekerjasama dan mengundi DAP dalam pilihan raya," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 26/3/2015
Sumber HD - 26-3-2015
DAP jangan cuba pecah belah PAS
DAP jangan cuba menusukkan jarum beracun memecah-belah kesatuan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerusi kaedah 'pecah dan perintah' apabila membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi tidak dengan PAS.
DAP jangan memisahkan Datuk Seri Tuan Guru Presiden daripada PAS sedangkan PAS diketuai dan dipandu oleh Presiden sebagai ketua parti.
Keputusan Presiden adalah keputusan bersama parti termasuk dalam usaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam menerusi Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015).
Benarlah kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tindakan DAP itu adalah kebudak-budakan.
Benar juga penegasan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat bahawa memutuskan hubungan dengan Presiden PAS bererti memutuskan hubungan dengan PAS.
Dewan Ulamak PAS Pusat menasihatkan DAP agar jangan memberi peluru kepada musuh bertepuk tangan melihat pertembungan dalam Pakatan Rakyat.
Hormati pendirian PAS untuk memperjuangkan Undang-undang Jenayah Islam kerana ia bukan dasar bersama Pakatan Rakyat tetapi dasar bersendiri PAS.
Dengan memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Presiden, pimpinan DAP jangan bermimpi di siang hari bahawa ahli-ahli PAS akan menggugurkan hasrat untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam kerana perjuangan untuk mendaulatkan Islam bukan sahaja perjuangan Tuan Guru Presiden tetapi perjuangan yang didukung oleh seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS di semua peringkat.
Kita perlu teruskan konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam Pakatan Rakyat dalam isu undang-undang jenayah Islam.
Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan pendirian sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden kami. - HARAKAHDAILY 25/3/2015
DATUK DR MAHFODZ MOHAMED
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Tarikh: Rabu 25 Mac 2015 / 4 Jamadil Akhir 1436H
Sumber HD - 25-3-2015
Kenapa PR berpecah kerana Kanun Jenayah Syariah?
PR tidak perlu berpecah kerana Undang-undang Jenayah Islam (UUJI) merangkumi hudud, qisas dan takzir. Hal ini kerana:
1. UUJI sememangnya perjuangan PAS sahaja dan bukannya perjuangan DAP dan PKR dan bukan perjuangan bersama PR sebagaimana ia juga bukan perjuangan Umno dan BN.
2. Ketika penubuhan PR tahun 2009 sememangnya UUJI bukannya perjuangan yang disepakati bersama. Maka kenapa perlu berpecah hari ini selepas 6 tahun kerana perkara yang sememangnya tidak disepakati dari awal lagi?
PR dibentuk bukan untuk menegakkan UUJI tetapi untuk perjuangan bersama menentang kezaliman, ketidakadilan, salah urus tadbir, ketirisan pengurusan kewangan, rasuah dan penyelewengan.
Dalam perkara yang tidak disepakati bersama maka ia kekal menjadi perjuangan bersendirian masing-masing parti tanpa prejudis.
Tolak ansur dalam perkara berbeza adalah semata-mata supaya PR boleh dibentuk.
3. Di atas konsep "agree to dis-agree" bersetuju untuk tidak bersetuju, maka PAS bersetuju untuk DAP dan PKR tidak bersetuju dengan perjuangan untuk melaksanakan UUJI.
Maka di atas konsep itu jugalah DAP dan PKR perlu menghormati hak demokrasi PAS untuk memperjuangkan UUJI menurut lunas demokrasi, bukan dengan mengugut atau menuduh PAS sebagai pengkhianat.
4. Tidakkah DAP dan PKR sedar bahawa PAS tidak mungkin menggugurkan UUJI daripada diari perjuangan mereka di saat menubuhkan PR? Sebagaimana PAS sedar bahawa DAP dan PKR sememangnya tidak akan menyokong UUJI?
Justeru, kenapa kita bersetuju untuk bersama menubuhkan PR? Jawapannya tentulah kerana kita bersetuju pada perkara bersama dan bertolak ansur dalam perkara berbeza.
5. UUJI diperjuangkan sebagai hak beragama orang Islam. Ia tidak melibatkan bukan Islam.
6. UUJI diperjuangkan oleh PAS menurut lunas demokrasi menerusi Dun dan Parlimen yang dibenarkan oleh perlembagaan.
Alangkah baik kalau DAP dan PKR boleh menyatakan "kami tidak menyokong dan bersetuju dengan Hudud tapi kami menghormati hak demokrasi PAS untuk memperjuangkan hudud.
Alangkah baik kalau DAP dan PR mengisytiharkan; "Kami berbeza dalam bab hudud tapi kami bersama dalam menentang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta ketidakadilan"
Maka tidak ada sebab untuk PR berpecah kerana hudud!
Sekali lagi saya ingin mengajak DAP dan PKR;
Hormatilah PAS dan hak demokrasi PAS untuk melaksanakan kanun jenayah syariah dan membawa RUU ke Parlimen dan anda bebas untuk tidak bersetuju!
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahad 22 Mac 2015 / 1 Jamadil Akhir 1436H
Sumber HD - 22-3-2015
Enakmen Jenayah Syariah: DAP tidak perlu ugut PAS
PAS berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keseluruhan Undang-undang Jenayah Syariah merangkumi Hudud, Takzir dan Qisas dilaksanakan tidak sedikit pun kerana kepentingan politik. Ia
adalah kerana tuntutan agama Islam itu sendiri.
Jaminan hak beragama ini harus diakui oleh DAP kerana ia adalah sebahagian daripada prinsip persefahaman politik yang membentuk Pakatan Rakyat (PR).
Oleh itu, apabila PAS mahu dan bekerja untuk ia dilaksanakan, tidak perlulah DAP mengugut PAS dengan ancaman PR akan berpecah jika PAS teruskan usaha itu.
Pecah atau kukuh PR adalah di tangan kita yang menentukan bukan di tangan Umno. Sebagai seteru di medan politik, memanglah hasrat Umno mahu PR berpecah. Tetapi pendirian dan sikap kita sendirilah sebagai rakan sekawan akan menentukan nasib hubungan kita.
Jika DAP berpendirian menghormati perjuangan PAS ini dan bersikap tidak menentang sebarang usaha yang dilakukan oleh PAS untuk merealisasikannya mengikut saluran demokrasi, PR pasti akan bertambah kuat dan kukuh; dihormati kawan, lawan dan seluruh rakyat. Lebih-lebih lagi perjuangan ini adalah aspirasi PAS sejak penubuhannya lagi dan DAP pun tahu tentang hal itu seawal penubuhan Barisan Alternatif dulu dan juga semasa PR dibentuk 2009.
Gerak kerja dan usaha untuk memastikan Undang-undang Jenayah Islam ini dilaksanakan adalah lebih awal berlaku berbanding penubuhan PR itu sendiri.
Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015 yang dibawa oleh Kerajaan Kelantan pada hari ini untuk pindaan adalah tetap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan penambahbaikan dari sudut laras bahasa dan akta bukannya undang-undang baru sebagaimana yang didakwa.
Sekali lagi saya tegaskan bahawa kunci keutuhan PR itu adalah pada sikap hormat-menghormati sesama kita.
Malangnya, DAP tidak bersikap demikian. Maka, jika lemahlah PR, ia adalah berpunca daripada sikap tidak hormat DAP terhadap PAS sendiri. Bukan kerana PAS bertegas mahu laksanakan
Undang-undang Jenayah Islam.
Saya yakin dan percaya, jika DAP terus berkeras dengan PAS dalam isu Undang-undang Jenayah Islam ini, Umnolah paling gembira. Cita-cita mereka untuk melihat PR berpecah menjadi semakin cerah. PAS sudah pun berhabis lembut dan lunak menjelaskan semuanya kepada DAP tentang isu penggubalan dan pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam ini.
Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 28 September 2011 yang berbunyi seperti berikut: “Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.”
Merujuk kepada kenyataan di atas, PAS sentiasa menghormati hak DAP untuk berbeza pandangan tetapi tidak untuk menghalang sebarang pindaan yang memperkukuhkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993.
Tahniah kepada Kerajaan Kelantan yang membawa rang undang-undang tersebut untuk pindaan pada hari ini di Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Nasihat tulus ikhlas saya pula buat Lim Kit Siang, Athony Loke dan seluruh pimpinan DAP – hormatilah PAS! Bersama kita kukuhkan PR. - HARAKAHDAILY 18/3/2015
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Tarikh: Rabu 18 Mac 2015 / 27 Jamadilawal 1436H
Sumber HD - 18-3-2015
'DISPENSING SEPARATION' RUANG KAPITALIS KUASAI EKONOMI NEAGARA - DRKAR
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34371-dispensing-separation-ruang-kapitalis-kuasai-ekonomi-negara
Sumber HD - 17-3-2015
Dato' Dr Mahfodz Mohamed Dilantik Pemangku Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yang baru Posted on Monday, March 16 @ 15:25:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Mesyuarat Dewan Ulama' PAS Pusat malam tadi, memutuskan Dato' Dr Mahfodz sebagai Pemangku Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yang baru menggantikan YAB Dato' Ahmad Yaakob yang melepaskan jawatan, ekoran perlantikannya sebagai Timbalan Mursyidul AM PAS.
Tahniah daripada wargakerja TKO. Makin ramai orang Johor dalam Kepimpinan tertinggi PAS.
Semak semula fatwa GST, saya sedia dipanggil JK Fatwa
Semasa menyampaikan ucapan Menjunjung Kasih Titah YDPA semalam di Dewan Rakyat, saya telah mendesak agar fatwa keharusan GST yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-106, yang bersidang pada 21-22 Oktober lalu disemak semula.
Dalam ucapan tersebut, saya telah menyatakan beberapa hujah bahawa GST bercanggah dengan prinsip percukaian Islam. Boleh teliti ucapan saya di sini: https://www.youtube.com/watch?v=kK2MCBXd96I.
Secara ringkasnya, ia haram dikutip kerana tidak menepati 3 syarat pengharusan cukai dalam Islam iaitu:
I) Kerajaan benar-benar terdesak memerlukan cukai untuk menampung keperluan negara.
Apabila disemak belanjawan negara ternyata realitinya kerajaan masih mempunyai sumber selain cukai GST yang boleh dioptimumkan bagi menambah hasil pendapatan negara tanpa perlu mengenakan cukai GST.
II) Keperluan mendesak itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan.
Realitinya ialah kerajaan masih berboros dalam berbelanja sehingga berlaku belanjawan defisit 18 tahun berturut-turut dan masih berlaku ketirisan dalam pengurusan perbelanjaan negara sehingga dianggarkan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion setahun sebagaimana semakan berdasarkan Laporan Audit Negara.
III) Hanya dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan.
Realitinya, GST dikenakan berasaskan perbelanjaan dan perkhidmatan bukannya berasaskan pendapatan menyebabkan individu rakyat yang tidak mempunyai lebihan pendapatan boleh guna juga terpaksa membayarnya.
Contoh yang paling mudah ialah setiap rakyat yang mengeluarkan wang menggunakan kad bank daripada ATM berbeza (MEPS) akan dikenakan caj 6 sen GST selain RM1 caj perkhidmatan MEPS.
Sedangkan orang yang mengeluarkan duit barangkali seorang miskin yang tidak mencukupi pendapatannya untuk keperluan seharian.
Sebelum ini juga, saya telah menulis beberapa artikel bagi menjelaskan konsep percukaian dalam Islam dan percanggahan GST dengan Islam.
Boleh rujuk di sini: http://drtakiri.blogspot.com/2014/04/gst-bercanggah-dengan-prinsip.html dan di sini: http://drtakiri.blogspot.com/2014/05/gst-adalah-cerminan-pertembungan-2.html.
Saya sendiri dengan rendah hati bersedia untuk hadir jika dipanggil oleh Jawatankuasa Fatwa bagi mewakili PAS untuk menyatakan pandangan syarak berkenaan masalah ini. - HARAKAHDAILY 13/3/2015
Ahli Parlimen Kuala Nerus
13 Mac 2015 / 22 Jamadilawal 1436H
Sumber HD - 13-3-2015
KRISIS EKONOMI IMPLIKASI DAN PENYELESAIAN ISLAM - DKAR
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34144-krisis-ekonomi-implikasi-dan-penyelesaian-islam
Sumber HD - 3-3-2015
FAQIH ADALAH PRASYARAT UTAMA KETUA DALAM ISLAM - DR KHAIRUDDIN
YB DATO' SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI HJ AWANG - PRESIDEN PAS / NAIB KETUA KESATUAN ULAMAK SEDUNIA
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34069-faqih-adalah-prasyarat-utama-ketua-dalam-islam
Sumber HD - 26-2-2015
PAS GABUNG UMNO IDEA KARUT DAN MERAPU - KPDUPP
YB DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI - KPDUPP / AP KUALA NERUS
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34032-pas-gabung-umno-idea-karut-dan-merapu
Sumber HD - 25-2-2015
AWAS TERMA ULAMA VS PROFESIONAL PANAH BERACUN MUSUH PAS - KPDUPP
YB DTO' DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI - AP KUALA NERUS / KP DUPP
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34003-awas-terma-ulama-vs-profesional-panah-beracun-musuh-pas
Sumber HD - 23-2-2015
BENDUNG SEBARANG ANASIR CUBA TEBUK BAHTERA PAS - DUPP
MULTAQA ULAMA II
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33977-bendung-sebarang-anasir-cuba-tebuk-bahtera-pas
Sumber HD - 21-2-2015
TERUS ISTIQAMAH BERSAMA KEPIMPINAN ULAMAK - PEMANGKU DUPP
YAB DATO' USTAZ AHMAD YAKOB - PEMANGKU KETUA DUPP / MB KELANTAN
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33970-terus-istiqamah-bersama-kepimpinan-ulamak
Sumber HD - 21-2-2015
MULTAQA ULAMAK SEMALAYSIA II BERLANGSUNG ESOK - KPDUPP
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33961-multaqa-ulamak-semalaysia-ii-berlangsung-esok
Sumber HD - 20-2-2015
MOGA CERIA PADA TAHUN BARU CINA - AP KUALA NERUS
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33934-moga-ceria-pada-tahun-baru-cina
Sumber HD - 18-2-2015
NELAYAN TERENGGANU ANTARA TERMISKIN, PERLU PEMBELAAN - DRKAR
YB DATO' DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI - KETUA PENERANGAN DUPP / AP KUALA NERUS
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33918-nelayan-terengganu-antara-termiskin-perlu-pembelaan
Sumber HD - 17-2-2015
MODUL PENDIDIKAN SEKS MESTI IKUT ACUAN ISLAM - DR KAR
YB DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI - KP DUPP / AP KUALA NERUS
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33743-modul-pendidikan-seks-mesti-ikut-acuan-islam
Sumber HD - 9-2-2015
KENAPA KITA BERSAMA PERJUANGAN PAS? - KETUA PENERANGAN DUPP
YB DATO' DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI - AHLI PARLIMEN KUALA NERUS
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33708-kenapa-kita-bersama-perjuangan-pas
Sumber HD - 7-2-2015
MONOPOLI EKONOMI : BOIKOT UMNO BN, BUKAN PENIAGA - DR KHAIRUDDIN
YB DATO' DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI - KETUA PENERANGAN DUPP / AP KUALA NERUS
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33688-monopoli-ekonomi-boikot-umno-bn-bukan-peniaga
Sumber HD - 7-2-2015
DEWAN ULAMAK BANTU BINA RUMAH MANGSA BANGJIR - PEMANGKU TIMBALAN KETUA DEWAN ULAMAK
DR MAHFOZ MOHAMED - PEMANGKU TIMBALAN KETUA ULAMAK
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33598-dewan-ulamak-bantu-bina-rumah-mangsa-banjir
Sumber HD - 1-2-2015
TEGAK PEMERINTAHAN ISLAM ASAS WALAK SETIA KEPADA PAS - DRKAR
PAS
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33565-tegak-pemerintahan-islam-asas-walak-setia-kepada-pas
Sumber HD - 30-1-2015
MELURUSKAN TUGAS KENEGARAAN PIMPINAN DAN AHLI PARLIMEN PAS - DR KAR
YB DATO' DR KHAIRUDIN AMAN RAZALI - KP DUPP / AP KUALA NERUS
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33512-meluruskan-tugas-kenegaraan-pimpinan-dan-ahli-parlimen-pas
Sumber HD - 28-1-2015
SEMAKAN BAJET 2015 : TANDA ARAS MEWAH TIDAK REALISTIK - DR KHAIRUDIN
DATO' DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI - KETUA PENERANGAN DUPP
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33410-semakan-bajet-2015-tanda-aras-mewah-tidak-realistik
Sumber HD - 22-1-2015
BANTU MANGSA BANJIR JANGAN TERGANGGU DENGAN FITNAH - DR KHAIRUDIN
RUMAH TINGGAL TAPAK SAHAJA
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33215-bantu-mangsa-banjir-jangan-terganggu-dengan-fitnah
Sumber HD - 13-1-2015
ULAMA DITEGUR BUKANNYA DICACI, DIHINA ATAU DIFITNAH : KHAIRUL AZZAM ABDULLAH
http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33192-ulama-ditegur-bukannya-dicaci-dihina-atau-difitnah
Sumber HD - 12-1-2015
BAH KUNING JANGAN TUDING JARI SALAHKAN KELANTAN - DR KHAIRUDIN:
YB DATUK DR KHAIRUDIN AMAN RAZALI
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33177-bah-kuning-jangan-tuding-jari-salahkan-kelantan
Sumber HD - 11-1-2015
Nasihat Agama dan Wasiat Iman
Maulidur Rasul; Memupuk Kesabaran Menghadapi Ujian dan Menyuburkan Keprihatinan Ummah
1. Musibah adalah perkara yang menjadi sebahagian sunnah kehidupan. Ia bertujuan menguji mereka yang sabar dalam menghadapi ujian untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa mereka.
2. Masyarakat yang diuji dengan banjir sebagai contoh diuji juga dengan kemampuan berkongsi apa yang mereka ada atau apa yang mereka perolehi. Nabi saw memuji suku Asy'ariyyin yang mampu berkongsi saki-baki makanan yang ada pada mereka.
Imam Muslim meriwayatkan Hadis bahawa Nabi saw bersabda;
إِنَّ الْأَشْعَرِيِّينَ إِذَا أَرْمَلُوا فِي الْغَزْوِ أَوْ قَلَّ طَعَامُ عِيَالِهِمْ بِالْمَدِينَةِ جَمَعُوا مَا كَانَ عِنْدَهُمْ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ ثُمَّ اقْتَسَمُوهُ بَيْنَهُمْ فِي إِنَاءٍ وَاحِدٍ بِالسَّوِيَّةِ فَهُمْ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُمْ
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang Asy'ari apabila mereka kehabisan bekalan dalam peperangan atau kekurangan makanan tanggungan mereka di Madinah, mereka menghimpunkan apa yang ada dengan mereka dalam satu kain kemudian mereka mengagihkannya di kalangan mereka dalam satu bekas secara sama rata. Maka mereka tergolong di kalangan saya dan saya tergolong di kalangan mereka."
3. Semangat berkongsi adalah ujian besar di kalangan orang-orang yang ditimpa dengan ujian kesusahan kerana sikap manusia selalunya ialah berusaha memenuhi keperluan diri sendiri terlebih dahulu.
4. Bagi masyarakat sekitar pula, musibah yang menimpa jiran dan rakan taulan mereka menjadi ujian keprihatinan. Adakah kita bersedia membantu mereka yang kesusahan sama ada dengan tenaga, masa dan juga harta benda.
5. Antara sifat mulia Rasulullah saw ialah keprihatinan terhadap kesusahan ummat yang terbentuk sebelum baginda saw menjadi Nabi lagi. Ia disebut oleh Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid radiyallahu anha dalam peristiwa Nabi saw menerima wahyu yang pertama sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim;
إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ وَتَصْدُقُ الْحَدِيثَ وَتَحْمِلُ الْكَلَّ وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ وَتَقْرِي الضَّيْفَ وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ
Maksudnya; "Sesungguhnya kamu benar-benar menyambung hubungan rahim, bercakap benar, menanggung bebanan kesusahan orang, memberi harta kepada yang papa (tidak mampu bekerja), memberi makan kepada tetamu dan membantu (mangsa) musibah tragedi."
6. Golongan Ansar yang membantu golongan Muhajirin ke Madinah dipuji oleh Allah
وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ( 9 ) )
Maksudnya: "dan mereka (iaitu Ansor) yang menempati bumi (Madinah) itu dan (menempati) keimanan sebelum kehadiran mereka (iaitu Muhajirin), mereka sayangkan orang berhijrah kepada mereka, mereka tidak merasai dalam hati mereka sebarang hajat keperluan daripada apa yang telah mereka hulurkan dan mereka mengutamakan (Muhajirin) berbanding diri mereka meskipun mereka juga ada keperluan tersendiri. Dan sesiapa yang terpelihara daripada sifat kikir dalam dirinya maka merekalah golongan yang beroleh al-Falah (kejayaan selepas kesukaran).
Surah al-Hasyr ayat 9.
7. Golongan Ansor dipuji oleh Allah kerana mempunyai 3 sifat;
1. Sayang kepada golongan Muhajirin
2. Ikhlas memberikan bantuan tanpa mengharapkan balasan.
3. Memberikan keutamaan bantuan kepada golongan Muhajrin meskipun mereka sendiri memerlukan.
8. Marilah kita membina semangat berkongsi masalah dan kesusahan serta menyuburkan keprihatinan terhadap mereka yang susah. Hari ini mereka berhadapan kesukaran kerana banjir dan sebagainya. Entah esok entah lusa kita pula dilanda kesusahan.
Di manakah kita hari ini?
Selamat menyambut Maulidur Rasul. "Maulidur Rasul; Membina Keprihatinan Ummah"
Ditulis oleh al-Faqiiru ilaLlah
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sabtu 12 Rabiul Awal 1436 H / 3 Januari 2015 - (1.00 pm)
Sumber HD - 3-1-2015
Jabatan Alimat DUPP sumbang RM8,000
KUALA LUMPUR: Sifat keibuan begitu meruntun rasa belas kasih kaum hawa saat menyaksi kepayahan dan dugaan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir di seluruh negara ketika ini.
Berkongsi kesayuan dan kehibaan sama, Jabatan ‘Alimat Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) segera mengumpulkan infak di kalangan anggotanya bagi disumbangkan kepada mangsa banjir dalam rangka meringankan beban ditanggung.
Ketuanya, Ustazah Mastura Ismail berkata, fasa awal sumbangan tunai sebanyak RM8,000 telah diserahkan melalui Pusat Bantuan Banjir (POB) DUPP yang kini giat menggerakkan misi bantuan.
“Sumbangan tersebut adalah sebahagian dari usaha kecil yang kami sampaikan bagi meringankan beban mangsa banjir. Mereka terjejas teruk akibat gelombang banjir yang berlaku. Kami terpanggil untuk membantu.
“Insya-Allah fasa berikutnya anggota ‘Alimat akan menggerakkan anggota kami di seluruh negara bagi meraih lebih banyak lagi sumbangan dari ahli masyarakat. Selain memupuk rasa persaudaraan, kami juga akan tekankan betapa sumbangan diberi ini adalah jariah dan saham akhirat yang sangat membantu kita di hari kemudian,” ujar beliau.
Menurut Ustazah Mastura, perjuangan dibawa PAS bukan sahaja berperanan menjaga dan membetul akidah ummah, tetapi juga merealisasikan gagasan Negara Berkebajikan sebagai teras pemerintahan Malaysia.
Oleh itu terangnya, membantu golongan ditimpa kesusahan atau memerlukan; adalah tanggung jawab dan peranan kemanusiaan yang wajib dipikul bersama oleh setiap anggota masyarakat.
“Oleh sebab manusia tidak tahu bila pula putaran susah senang yang silih berganti, Allah uji ke atas kita hamba-Nya. Hari ini Allah uji mereka (mangsa banjir), mungkin esok Allah uji kita pula,” jelasnya memetik pengajaran dari surah Ali Imran, al-‘Araf dan al-Anbiya’ sambil mengajak semua pihak merenungi kekuasaan Allah.
Beliau turut melahirkan rasa terharu atas komitmen seluruh jentera PAS yang kini bertungkus lumus membanting keringat demi membantu mangsa banjir.
Katanya, pihak ‘Alimat menyanjung pengorbanan terhadap usaha tersebut yang dilaksanakan tanpa janji imbuhan, malah terdapat petugas juga merupakan mangsa banjir di mana segala dilakukan itu adalah demi mendapat keredaan Allah semata-mata. – HARAKAHDAILY 30/12/2014

DUPP minta orang ramai teruskan beri bantuan
KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) telah menubuhkan Pusat Operasi Banjir (POB) DUPP dalam usaha menggerakkan misi bantuan daripada kalangan anggotanya dan masyarakat ke daerah banjir seluruh negara.
Ia diketuai Pengerusi Lajnah Kebajikan DUPP, Dr Abu Bakar Abdullah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana DUPP dan Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri selaku Pengarah POB DUPP.
Dengan kekuatan skuad 30 petugas bersama sembilan pacuan empat roda dan dua kereta, misi pertama telah bergerak mengagihkan bantuan makanan bernilai lebih RM30,000 ke Dun Pasir Pekan, Tumpat pada 27 Disember lalu.
Misi bantuan tersebut turut menyerahkan sumbangan kepada Adun Tawang, Datuk Hassan Mahmood yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan sekaligus membuka POB DUPP bagi negeri Kelantan di Dun Tawang, Bachok pada hari sama.
Pada misi tersebut, skuad berkesempatan meninjau keadaan banjir berhampiran penempatan sekitar Jambatan Sultan Yahya Petra dengan menaiki bot iaitu hampir kebanyakan rumah ditenggelami air hingga ke paras bumbung.
Skuad turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga mangsa banjir yang masih bertahan di tingkat dua rumah masing-masing.
Pada keesokan harinya, skuad telah bergerak ke Chukai, Kemaman mengagihkan bantuan sebelum ke Kelantan semula menghantar bantuan untuk Dun Mengkebang di bawah seliaan Ustaz Ab Latif Abdul Rahman.
Sebanyak tiga POB DUPP ditubuhkan iaitu di Dun Tawang; Kolej Universiti Zulkifli Muhammad, Gombak dan Maahad Tahfiz wa Tarbiyah, Tok Jiring, Terengganu setakat 29 Disember.
Sehubungan itu orang ramai diseru menghulurkan keprihatinan dan amal jariah dengan menghulurkan sumbangan ikhlas berupa barangan keperluan harian atau terus ke akaun CIMB nombor 8601765212 atas nama Tabung Kebajikan Dewan Ulamak PAS Pusat dan sumbangan ke akaun boleh dimaklumkan untuk rekod ke 013-746 0000.
Sementara itu Datuk Dr Mohd Khairudin dalam ulasannya berkata, banjir di Dun Pasir Pekan dan Kota Bharu bukan kerana taburan hujan lebat, tetapi kerana limpahan air sungai Kelantan yang datang dari ulu sungai.
“Limpahan air menenggelamkan kawasan sangat luas dan agak jauh daripada sungai sehingga rumah yang sebelum ini tidak pernah menghadapi banjir (turut) ditenggelami sehingga ke bumbung.
“Di sinilah terserlahnya kekuasaan Allah yang di luar kemampuan manusia untuk mengatasinya. Maka ia mengajak seluruh rakyat dan manusia kembali kepada Allah dengan memohon keampunan-Nya seterusnya berdoa agar Allah segera menyelamatkan kita semua,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/12/2014

Tuduhan berniat jahat lagi zalim terhadap Al-Qaradawi
KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT DALAM ISU DR YUSUF AL-QARADAWI
البيان الإعلامي لجناح العلماء المركزي للحزب الإسلامي بماليزيا
إدانةُ الإنتربول وضعَه الشيخ َالقرضاوي على قوائم الإرهابيين المطلوبين
إن جناحَ العلماء المركزي للحزب الإسلامي يدين بشدةٍ
محاولةً دوليةً لإرباك العلامة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي بوضعه على قوائم الإنتربول بتهمةٍ غامضةٍ ومغرضةٍ.
فالشيخ القرضاوى مِنْ كِبَارِ الْعُلَمَاءِ المجتهدين المعاصرين البارزين في نصرةِ قضايا الأمةِ الدوليةِ
حيث يُسمعُ كلامه، و هو عالمٌ محترمٌ موثوق في شخصيته وفي علمه عند الجماهير المسلمة، ومما يدل علی سعةِ اطلاعه وثقةِ العالم الإسلامي بعلمه و ورضا علماء المسلمين واطمئنانهم بفتاواه واجتهاداته انتشارُ مؤلفاته الهائلةِ بما فيها المترجمات إلی لغات عدة، وحصولُه على كثير من الجوائز الدوليةِ من الحكومات و المؤسسات الرسميةِ من عدةِ دول.
فإن لمواقفه في قضية من قضايا الأمةِ أثرا كبيرا في الرأي العام الإسلامي ولدفاعه عن حقوق الناس المظلومين ونصرَتِه لهم أثرا في قمع الظالمين. فله موقف سياسي بارز منذ عهد بعيد في قضايا فلسطين المحتلة وجور الماسونيةِ واحتلال أمريكا لعراق، كما له مواقف مسموعة في حادثة انقلاب حكومة صحيحة ديمقراطيا بمصر،ومأساة سوريا وما إلی ذلك، مما يجعل الأعداء َالحاسدين والظالمين من حكام العالم يكيدون له المكائد َ.
و الجناح مع ذلك يطالب الإنتربول بسرعة رفعَ اسم الشيخ من قوائم المطلوبين كما يطالب الأمةَ
َوخصوصا حكامهم بأن يكونوا صفا واحدا ويدا واحدة في إظهار الرسالة الاعتراضية بخصوص هذه التهمة المغرضة الظالمة والدفاع عن الشيخ ونصرته ورفع التهمة عنه.
كتبه
الدكتور محمد خيرالدين التاكري
رئيس الإعلام لجناح العلماء المركزي بالحزب الإسلامي الماليزي
النائب البرلماني لدولة ماليزيا
الثلاثاء 1 ربيع الأول 1436 ه /23 كانون الأول 2014 م..........................................................................................................
Kecaman Terhadap Interpol Meletakkan Syeikh Qaradawi Dalam Senarai Pengganas Yang Dikehendaki
1. Dewan Ulamak PAS Pusat mengecam sekeras-kerasnya percubaan antarabangsa bagi menimbulkan kekeliruan dunia terhadap Dr Yusuf Al-Qaradawi dengan meletakkan beliau dalam senarai dikehendaki oleh Interpol dengan tuduhan yang sangat kabur serta berniat jahat.
2. Dr Yusuf Al-Qaradawi merupakan antara tokoh ulamak kontemporari yang kedepan memperjuangkan isu masyarakat antarabangsa. Pandangan beliau didengari. Personaliti dan keilmuan beliau dihormati dan dipercayai oleh masyarakat Islam. Antara bukti keluasan ilmu dan keyakinan dunia Islam terhadap keilmuan beliau serta penerimaan cendekiawan Islam terhadap fatwa dan pandangan-pandangan kontemporari beliau ialah karya-karya agung beliau yang banyak tersebar luas termasuklah yang diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan anugerah antarabangsa yang diperolehi oleh beliau daripada kerajaan-kerajaan dan agensi rasmi pelbagai negara.
3. Pendirian beliau dalam setiap isu ummah benar-benar mempengaruhi pandangan umum dunia Islam. Sikap beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak masyarakat yang dizalimi memberi kesan yang besar dalam mengekang golongan yang melakukan kezaliman.
4. Beliau mempunyai pendirian politik yang jelas sejak dulu dalam isu-isu penjajahan bumi Palestin dan kezaliman zionis dan penjajahan Amerika terhadap bumi Iraq. Begitu juga pendirian beliau yang menjadi ikutan dalam krisis kudeta terhadap kerajaan yang dipilih secara sah mengikut lunas demokrasi di Mesir, tragedi di bumi Syria dan lain-lainnya.
5. Keadaan ini mendorong dan menekan musuh-musuh yang cemburu dan golongan yang zalim di kalangan pemerintah dunia berusaha merencanakan pelbagai rencana jahat terhadap beliau.
6. Dewan Ulamak PAS Pusat dalam masa yang sama menuntut Interpol segera membersihkan nama Dr Yusof Al-Qaradawi daripada senarai penjenayah yang dikehendaki. Begitu juga, umat Islam khususnya para pemerintah Islam dituntut berganding bahu sepakat meluahkan mesej bantahan terhadap tuduhan berniat jahat lagi zalim ini serta mempertahankan Syeikh Qaradawi dan membersihkan nama beliau dari tohmahan liar ini.
Sekian.
Disediakan oleh:
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa 1 Rabiul Awal 1436H / 23 Disember 2014
Sumber HD - 23-12-2014

Membina golongan 'ribbiyyun' dalam perjuangan Islam
Pendukung utama yang tahan uji dalam perjuangan para Nabi ialah golongan "Ribbiyyun" sebagaimana dijelaskan oleh Allah dalam surah Aali 'Imran ayat 146:
وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
"Dan betapa banyak Nabi yang berperang bersamanya 'Ribbiyyun' yang ramai. Maka mereka tidak merasa lemah semangat terhadap apa yang menimpa mereka di jalan Allah, mereka tidak lemah jasad dan mereka tidak tunduk (pada musuh). Dan Allah sukakan orang-orang yang sabar".
Siapakah Ribbiyyun?
Sarjana Tafsir memberikan pelbagai tafsiran bagi makna Ribbiyyun antaranya ialah:
1. Himpunan manusia yang ramai. Ia ditafsirkan oleh Ibnu Abbas, Mujahid dan Qataadah.
2. Ribuan pendukung. Ia ditafsirkan oleh Ibnu Mas'ud
3. Para Fuqaha dan Ulamak yang berilmu. Ia ditafsirkan oleh al-Hasan.
4. Diriwayatkan ia bermaksud pengikut-pengikut dan rakyat.
5. Diriwayatkan ia dinasabkan kepada Rabb (Tuhan) iaitu mereka yang kuat mengabdikan diri kepada Rabb (Tuhan)
Jika digabungkan semua tafsiran ini boleh disimpulkan bahawa Ribbiyyun bermaksud para pengikut yang ramai di kalangan rakyat yang Faqih lagi Alim mendalami dan berpengetahuan tinggi dalam agama yang sentiasa mengabdikan diri kepada Rabb (Tuhan).
Atau dengan kata lain Ribbiyyun ialah puluhan ribu pendokong yang menggabungkan dua sifat utama iaitu "kefahaman agama mendalam" dan "kekuatan ibadah kepada Tuhan" yang hadir dari rasa takutkan neraka dan cintakan syurga hasil tarbiyah yang panjang.
Apakah Kelebihan Ribbiyyun?
Golongan Ribbiyyun ini menjadi tonggak perjuangan para Nabi kerana kefahaman agama dan kekuatan ibadah mereka menjadikan mereka tahan dengan ujian dan tidak pernah patah semangat.
Tiga sifat utama mereka ialah
1. Mereka tidak patah dan lemah semangat menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi perjuangan di jalan Allah.
2. Mereka sentiasa gagah perkasa tidak lemah dari sudut jasad mereka berhadapan dengan musuh.
3. Mereka sentiasa gagah tidak tunduk kepada musuh.
Kesimpulan
Golongan Ribbiyyun yang berilmu dan memahami agama dengan mendalam serta sentiasa ditarbiyah dan dididik dengan kekuatan hubungan dengan Allah menerusi ibadah dan munajat yang berterusan merupakan tonggak kepada perjuangan Islam. Bilangan mereka mesti diperbesarkan sehinga menjangkau puluhan ribu. Di saat itu pintu kemenangan Islam sangat hampir.
Disediakan oleh
al-Faqiiru ilaLlah
Ust Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Rabu 20 Disember 2014 / 27 Safar 1436H
Sumber HD - 20-12-2014
Sokongan Melayu: Cabaran PAS atau kecundang PRU14
Pendahuluan
1. Analisis sokongan pengundi berdasarkan etnik tidak dapat dielakkan dalam konteks pilihanraya di Malaysia kerana pembentukan parti yang bertanding juga lebih berasaskan kepada etnik.
2. Data-data PRU ke-13 melibatkan tahap sokongan Melayu terhadap BN dan PR perlu dilihat dengan penuh prihatin khususnya oleh ahli-ahli PAS.
Hal ini kerana dalam konteks agihan kerusi di kalangan PR, rata-rata PAS bertanding di kerusi Melayu berhadapan dengan UMNO khususnya di peringkat Parlimen. Justeru, undi teras bagi PAS ialah pengundi Melayu.
2. Apabila DAP dan PKR yang secara umumnya bertanding di kerusi pengundi cina atau pengundi campuran berjaya mendapatkan maksima kemenangan di kerusi tersebut sedang PAS gagal memenangi kerusi Melayu maka kuasa tawar menawar politik pasca PRU ke-14 tidak berada di tangan PAS.
3. Malah tidak pelik jika di saat itu rundingan pembentukan kerajaan hanyalah antara UMNO mewakili kerusi Melayu dan DAP serta PKR mewakili kuasa politik Cina dan campuran. Dalam politik semuanya serba mungkin.
Data PRU13
1. Dalam PRU13 daripada sebanyak 222 kerusi Parlimen secara umumnya terdapat 119 kerusi majoriti Melayu, 29 kerusi majoriti Cina, 36 kerusi campuran dan 38 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.
2. PR sangat kuat menyapu bersih 29 kerusi Cina dan 23 kerusi campuran namun lemah dengan hanya mendapat 36 kerusi Melayu dan 1 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak menjadikan semuanya 89 kerusi.
3. BN pula gagal memenangi walau satu pun kerusi Cina, hanya mendapat 13 kerusi campuran tetapi gagah dengan mendapat 83 kerusi Melayu dan 37 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.
4. Ertinya cabaran besar PR yang perlu ditanggung oleh PAS khususnya ialah memenangi 83 kerusi Melayu. Manakala cabaran bagi DAP dan PKR ialah memenangi 37 kerusi Sabah dan Sarawak.
Adapun di Semenanjung mereka hanya perlu bekerja keras merebut 13 lagi kerusi campuran.
7. Dengan andaian PR mengekalkan semua 89 kerusi sekarang, PR hanya memerlukan antara 23 hingga 30 kerusi untuk memerintah Malaysia atau berada pada kedudukan selesa.
8. Dengan andaian kerusi itu boleh diperolehi daripada 13 kerusi campuran milik BN hari ini dan lagi 10 hingga 17 lagi dari Sabah dan Sarawak maka PR sebenarnya seolah tidak memerlukan sangat pertambahan kerusi Melayu menerusi PAS dan PKR.
Tahap Sokongan Melayu Terhadap PR pada PRU13
1. Analisis menunjukkan bagi Semenanjung Malaysia, 63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India
2. Johor mencatat sokongan Melayu yang paling tinggi bagi BN dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7%. Di Kelantan berlaku sedikit peningkatan undi bagi BN berbanding PRU 12 dan fenomena ini memberi isyarat BN mampu menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana.
3. PR menerusi PAS terutamanya dan PKR hanya memenangi 36 kerusi Melayu dengan hanya 16 kerusi selamat dan 20 kerusi tipis.
6. BN menerusi UMNO berjaya menang di 83 kerusi Melayu dengan 50 kerusi selamat dan hanya 30 kerusi tipis.
7. Data ini menunjukkan tugas PAS sangat besar bagi memenangi pengundi Melayu. Untuk itu strategi yang betul bagi menghadapi pengundi Melayu ialah dengan tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi melibatkan Melayu-Islam. Sebarang kontroversi yang dibangkitkan oleh DAP terutamanya hanya akan menjarakkan lagi pengundi Melayu daripada PAS. Apatah lagi media arus perdana sangat berperanan meracuni pengundi Melayu yang rata-ratanya berada di luar bandar.
8. Sementelah pula jika kontroversi isu agama dan Melayu itu dibangkitkan oleh sebahagian pimpinan PAS maka ia menjadi bola tanggung untuk UMNO terus mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan Melayu. Kesannya sudah lasti dirasai oleh PAS.
Sokongan Padu Pengundi Cina Terhadap PR
1. Corak pengundian pengundi Cina membayangkan mereka begitu yakin Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN yang terasnya adalah Melayu UMNO dan membentuk kerajaan campuran kuasa pelbagai etnik dalam PRU ke 14.
2. Dalam PRU ke 13 BN menerusi Gerakan dan MCA gagal mendapat sebarang kerusi majoriti Cina sedang PR menerusi DAP dan PKR menyapu bersih 29 kerusi dengan 25 kerusi selamat dan hanya 4 kerusi dimenangi secara tipis.
3. Di 36 kerusi parlimen campuran pula PR memenangi 23 kerusi dengan 18 kerusi selamat dan 5 kerusi tipis manakala BN hanya mendapat 13 kerusi dengan 4 sahaja kerusi selamat dan 9 kerusi tipis. Keadaan ini menunjukkan PR hanya perlu bekerja keras untuk memenangi hanya 13 sahaja lagi kerusi campuran yang dimenangi BN.
4. Kesimpulannya, dengan mengekalkan kemenangan sapu bersih 29 kerusi Cina, 23 kerusi campuran dan merebut 13 lagi kerusi campuran, PR menerusi DAP dan PKR terutamanya bakal memiliki 65 kerusi Parlimen. Dengan corak pelbagai isu dimainkan oleh PR pada hari ini usaha untuk mendapatkan kemenangan maksima di kerusi Cina dan campuran adalah mudah bagi PR.
Strategi Kemenangan PR PRU14
Merujuk kepada analisis di atas kesimpulan yang boleh dibuat ialah:
1. PAS perlu melipatkan gandakan usaha memenangi pengundi Melayu.
2. Sokongan Cina dan kerusi campuran pelbagai etnik kepada DAP dan PKR sudah hampir sampai ke siling.
3. Tumpuan utama PR ialah pada kerusi Sabah dan Sarawak.
4. Sebarang strategi yang mengabaikan sokongan pengundi teras PAS iaitu Melayu akan meletakkan PAS sebagai parti paling lemah dalam PR.
5. Kuasa tawar menawar politik apabila PAS lemah ialah antara DAP serta PKR mewakili pengundi pelbagai etnik dan UMNO mewakili pengundi Melayu manakala PAS hanyalah seumpama melukut di tepi gantang politik.
6. MCA dan Gerakan sudah hampir kehilangan gigi malah mungkin hampir lumpuh melainkan ia bersama dalam arus DAP dan PKR.
Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Sumber HD - 17-12-2014
Dalami agama sebelum dan apabila menjadi pemimpin
1. Imam Bukhari menyebut dalam kitab Sahihnya dalam kitab Iman Bab Rasa Dengki dalam Ilmu dan Kebijaksanaan
وَقَالَ عُمَرُ بن الخطاب رضي الله عنه : " تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا " اهـ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ البخاري رحمه الله :" وَبَعْدَ أَنْ تُسَوَّدُوا وَقَدْ تَعَلَّمَ أَصْحَابُ النَّبِيّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي كِبَرِ سِنِّهِمْ " اهـ
Dan Umar bin al-Khattab radiyallahu anhu berkata; "tafaqquhlah kamu (fahamilah agama secara mendalam) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin". Berkata Imam Bukhari; "dan juga selepas kamu menjadi ketua dan pemimpin. Sememangnya para Sahabat Nabi saw belajar ketika mereka di usia tua".
2. Pengajarannya ialah tuntutlah ilmu agama Islam secara mendalam khususnya perkara asas melibatkan aqidah, asas ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji, seterusnya asas hukum-hakam perkahwinan, asas mu'amalat dan asas perundangan jenayah. Begitu juga ilmu tasawwuf, akhlak dan pembersihan jiwa.
3. Bagi pemimpin politik khususnya fahamilah dengan mendalam asas-asas politik, pentadbiran dan tatakenegaraan dalam Islam, fiqh Jihad, fiqh hubungan antarabangsa, fiqh jenayah Islam, asas ekonomi dan kewangan Islam serta asas sistem sosial Islam.
4. Proses mendalami agama sewajarnya berlaku ketika masih kecil dan muda sebelum membesar menjadi orang besar, pemimpin dan ketua. Sekiranya ia tidak dipelajari sebelum itu maka tentulah rasa malu untuk belajar menjadikan pemimpin kekal dalam keadaan jahil lalu di saat itu pemimpin tersesat dan boleh menyesatkan pengikutnya.
5. Nabi s.a.w. menjelaskan bahaya apabila ketiadaan orang alim berilmu tentang agama dalam hadis Sahih Muslim;
إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ
"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan dicabutnya daripada orang ramai tetapi mencabut ilmu dengan mematikan Alim Ulamak (agama)"
حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
"sehinggalah apabila tiada lagi seorang alim maka orang ramai mengambil ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin jahil (agama) lalu mereka ditanya lantas mereka memberikan pandangan tanpa ilmu maka mereka menjadi sesat dan menyesatkan".
6. Berkata pula Abdullah ibnu Umar radiyallahu anhuma
(لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا أَخَذُوا الْعِلْمَ عَنْ أَكَابِرِهِمْ فَإِذَا أَتَاهُمْ مِنْ أَصَاغِرِهِمْ فَقَدْ هَلَكُو)
"masyarakat berada dalam keadaan baik selagi mereka mengambil ilmu daripada pembesar (ilmu). Maka apabila ilmu datang daripada orang-orang kecil ilmunya maka mereka menjadi binasa".
Sekian.
Disediakan oleh al-Faqiir ilaLlah
Ust Dato' Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri

DAP perlu lebih berhemah terhadap dasar PAS
KUALA LUMPUR: Persefahaman bersama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menentang polisi-polisi pincang dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata dasar-dasar bersama yang boleh dikompromi menjadi sebahagian manifesto bersama dalam pilihan raya umum berasaskan konsep Negara Berkebajikan dan Negara Adil Untuk Semua.
Katanya, dalam masa yang sama setiap parti menghormati perbezaan dasar dan perjuangan yang dipegang oleh setiap parti.
"Hal ini adalah asas kepada persefahaman PR," ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, menegakkan undang-undang jenayah Islam termasuk Hudud adalah sebahagian perjuangan PAS yang tidak boleh ditawar-menawar.
Jelasnya, ia telah dikanunkan oleh PAS di Kelantan pada 1993 dan di Terengganu pada 2002 jauh sebelum wujudnya Pakatan Rakyat selepas 2008.
Menurutnya lagi, menjadi hak PAS untuk terus memperjuangkan pelaksanaan undang-undang ini di dua negeri majoriti umat Islam Kelantan dan Terengganu dengan pelaksanaannya terhadap penjenayah di kalangan orang Islam sahaja menerusi Mahkamah Syariah melainkan jika penjenayah bukan Islam juga meminta untuk dilaksanakan ke atas mereka atas prinsip perundangan mutatis mutandis.
Justeru, ujar beliau PAS menghormati hak demokrasi untuk DAP berbeza pandangan dan tidak bersetuju.
Namun, kata beliau sikap DAP yang secara berterusan mempertikaikan hak PAS untuk memperjuangkan undang-undang itu di negeri Kelantan khususnya sangat tidak baik dan tidak wajar dan ia adalah satu percubaan meretakkan hubungan di kalangan PR.
"Ia memberi modal kepada Umno dan Barisan Nasional untuk terus bernafas. Ini adalah siri berangkai beberapa lagi tindakan DAP yang mempertikaikan PAS termasuk dalam krisis MB Selangor," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengharapkan pemimpin DAP lebih berhemah dalam kenyataan-kenyataan mereka khususnya melibatkan dasar PAS.
Kata beliau, respons balas daripada pimpinan dan ahli PAS tentu sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam keadaan tersebut. - HARAKAHDAILY 16/12/2014

Minyak turun harga berkat doa menteri?
1. Doa seorang Menteri Kanan Umno telah dimaqbulkan oleh Allah. Menteri tersebut menulis dalam twitternya yang diprintscreen oleh beliau dan dikongsi dalam WhatsApp group yang saya salah seorang ahlinya "saya maklum kepada pemberita tentang harapan agar OPEC tak kurangkan pengeluaran minyak, maka Kerajaan boleh turunkan Ron95 di Malaysia".
2. Hari ini doa tersebut telah dimaqbulkan. Satu artikel dalam Berita Harian hari ini menyebut pada mukadimahnya "saham mewah Bursa Malaysia menjunam pada minggu lalu dicetuskan dengan kejatuhan jualan asing mendadak pada saham minyak dan gas berikutan harga minyak mentah susut di bawah AS$65 satu tong, selepas OPEC memutus untuk tidak mengurangkan pengeluarannya".
3. OPEC tidak mengurangkan pengeluarannya, maka harga RON95 sudah turun iaitu RM2.26 sen seliter iaitu turun 4 sen daripada sebelumnya. Betullah kata menteri tersebut!
4. Berkat doa menteri tersebut, bayaran yang perlu ditanggung oleh negara dek keinginan turun 4 sen harga RON95 ialah negara kehilangan hasil petroleum yang sangat besar mungkin melebihi RM35 bilion!
5. Asasnya ialah sepertimana laporan Berita Harian hari ini juga pada halaman B3 "angka kewangan nampak kurang menyenangkan. Dijangkakan bagi setiap penurunan AS$1 harga minyak mentah, pendapatan negara secara teori boleh menyusut RM1 bilion (RM1000, 000,000)".
6. Dengan harga minyak mentah antara AS$100-AS$110 sebelum ini, Petronas menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM68 bilion pada tahun lalu. Pada minggu lalu, Petronas mengumumkan hanya mampu menyumbang kepada kerajaan sebanyak RM43 bilion sahaja kepada pendapatan negara jika harga minyak mentah kekal pada paras AS$75 setong. Tapi sekarang harga minyak berkat doa menteri ialah AS$65 setong. Berapakah kerugian pendapatan negara sekarang?
7. Kerana kedekut dan bakhil untuk memberikan subsidi minyak berjumlah RM20 bilion setahun dan kerana kemaruk untuk menarik subsidi rakyat yang dikosmetikkan dengan alasan "merasionalkan subsidi minyak" Allah telah menarik hasil negara RM25-35 bilion!
8. Maafkan saya wahai saudaraku menteri, nasihat ikhlas saya, berhati-hatilah apabila mahu berdoa! - HARAKAHDAILY 8/12/2014
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Sumber HD - 8-12-2014
Gagal realisasi dengar dan taat terdedah perpecahan
HULU LANGAT: Dengar dan taat merupakan elemen dan tonggak penting dalam menentukan kekuatan dan kemenangan perjuangan PAS, kata Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat itu lagi, assam'u wa tha'ah (dengar dan taat) merupakan asas kejayaan untuk membawa risalah perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Bahkan, katanya kegagalan untuk merealisasikan elemen tersebut menyebabkan ahli PAS terdedah kepada perpecahan yang dicela dan tegah oleh agama.
Dengar dan taat adalah satu rukun penting dalam organisasi gerakan Islam sebagaimana Nabi s.a.w. menuntut baiah para sahabat dari Yathrib sebelum hijrah sepertimana diriwayatkan oleh Ubadah bin Somit: "Kami baiah Nabi s.a.w untuk dengar dan taat ketika sukar dan senang ketika cergas dan keadaan tidak suka".
"Kerosakan sebuah organisasi gerakan Islam apabila ketua yang mempunyai hak ditaati pada hukum syarak dalam perkara makruf dipertikai, dikecam, dicerca dan dimaki.
"Kata Abu Darda' permulaan sifat nifak seseorang ialah mengecam ketua," tegas beliau pada satu majlis yang diadakan di sini, kelmarin.
Jelasnya, walak ditagih kerana Nabi s.a.w. menagih walak untuk dengar dan taat dalam peristiwa baiah orang-orang Yathrib di Mina sebelum berhijrah ke Madinah.
"Ditagih dan dituntut, maka menjadi kewajipan kepada ahli-ahli mentaati ketua dan apabila keengkaran mereka dituntut untuk kembali dengar dan taat apabila berlaku keengkaran," ujarnya. - HARAKAHDAILY 7/12/2014
Sumber HD - 7-12-2014

Bijaksanakah kerajaan harap harga minyak dunia turun?
1. Kerajaan sebelum ini ketika memutuskan kaedah pengapungan terkawal harga minyak berdasarkan purata harga bulanan yang bersandarkan kepada harga pasaran semasa turut berkata bahawa keadaan itu mengajar rakyat supaya berdoa agar harga minyak turun. Itulah yang ditulis oleh seorang Menteri di dalam twitternya. Jelas beliau, caranya ialah dengan mengharapkan agar OPEC tidak mengurangkan pengeluaran minyak. Maka dengan itu, harga minyak akan jatuh. Jadi, kesannya ialah Kerajaan Malaysia boleh menurunkan harga RON95.
2. Saya merasakan inilah kenyataan paling tidak cerdik dikeluarkan oleh seorang menteri. Sedarkah kita bahawa apabila harga minyak di pasaran dunia turun maka pendapatan negara daripada hasil minyak menerusi Petronas juga akan menurun. Inilah yang ditegaskan dan dijelaskan oleh CEO Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.
3. Sepatutnya yang diajar ialah berdoa supaya harga minyak naik. Lalu kerajaan mendapat hasil keuntungan berlipatkali ganda menerusi Petronas. Keuntungan itulah yang patut digunakan untuk menurunkan harga minyak bagi rakyat Malaysia menerusi pemberian subsidi. Sangat malanglah, apabila pada saat kerajaan mendapat kemasukan hasil yang lumayan daripada hasil minyak, ia tidak digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat menikmati harga minyak yang rendah.
4. Malah, kebimbangan kepada hasil minyak yang akan habis dijadikan alasan untuk menarik subsidi minyak. Di samping alasan bahawa subsidi minyak sepatutnya digunakan secara lebih "bersasar" kononnya. Lalu sistem pengapungan harga minyak diperkenalkan. Kemudian menteri yang ‘bijaksana’ mengajar "harapnya harga minyak akan lebih murah (turun)".
5. Sedarkah kerajaan bahawa minyak adalah nikmat hasil bumi yang diberikan oleh Allah. Nikmat hasil bumi dijanjikan oleh Allah akan terus dibuka dan dilimpahi sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertaqwa sebagaimana firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 96.
6. Kerajaan yang beriman dengan Allah sepatutnya sentiasa berdoa agar nikmat minyak dilimpahi dan ditambah oleh Allah. Yakin bahawa nikmat yang disyukuri dengan dibelanjakan secara baik pasti akan ditambah.
لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan ke atas kamu nikmatKu, sebaliknya jika kamu kufur sesungguhnya azabKu sangat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)
7. Nikmat itu perlu digunakan sebaiknya untuk pembangunan rakyat. Apabila hasil bumi itu digunakan secara boros dan membazir atau ketirisan perbelanjaan di tempat yang tidak diperlukan maka ia akan ditarik oleh Allah. Penarikan nikmat itu berlaku tidak tunggu hasil bumi berkurang atau habis. Ia boleh berlaku menerusi penurunan harga yang memberi kesan kepada nilai hasil.
8. Hari ini kerajaan menyebarluaskan kebimbangan hasil bumi minyak berkurang. Rakyat ditakut-takutkan. Kebimbangan Kerajaan kepada hasil minyak yang akan berkurang pengeluarannya dijadikan alasan oleh kerajaan untuk memperluaskan sistem kutipan cukai. Kerana itu GST diperkenalkan. Alasannya ialah GST adalah sistem yang akan memperluaskan cakupan kutipan cukai. Hasil cukai akan bertambah kata kerajaan. Dijangka kerajaan akan berjaya mengutip sebanyak 20 bilion pada tahun 2015.
9. Minyak adalah hasil yang halal dikurniakan oleh Allah. Kerana bimbang hasil halal ini berkurang satu ketika nanti maka kerajaan terlebih dahulu mencipta satu sumber hasil yang haram iaitu kutipan cukai GST yang dikenakan berdasarkan perbelanjaan rakyat.
10. Kerajaan sepatutnya perlu mengajak rakyat bersyukur dengan nikmat minyak kerana syukur menambahkan nikmat. Bukan sebaliknya iaitu dengan menakut-nakutkan rakyat dengan kebimbangan akan jadi miskin apabila hasil minyak dari perut bumi satu ketika nanti akan berkurang dan seterusnya habis. Mari kita beringat dengan peringatan Allah:
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji sedang Allah menjanjikan kepada kamu keampunan daripadaNya dan limpahan kurnia dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah: 268)
11. Inilah yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini. Kerajaan menakut-nakutkan rakyat bahawa negara akan miskin apabila hasil minyak berkurang. Rentetan itu kerajaan memperkenalkan sistem cukai yang bercanggah dengan Islam dan haram iaitu GST.
12. Hari ini kerajaan sudah merasai akibat daripada kekufuran dengan nikmat minyak iaitu harga minyak sedang turun. Menurut anggaran hasil kerajaan pusat untuk tahun 2015, cukai pendapatan petroleum dikira berdasarkan harga minyak mentah, iaitu AS$110 setong bagi tahun 2014 dan AS$105 segelen bagi tahun 2015. Namun, harga minyak mentah telah turun sehingga mencecah AS$60 hingga AS$75 setong pada dua minggu terakhir ini.
13. Berita Harian bertarikh 4 November 2014 melaporkan bahawa RHB Research mengunjurkan bagi setiap penurunan AS$10 (RM33.17) setong dalam purata harga minyak mentah, hasil Kerajaan akan berkurangan sebanyak RM4 bilion.
Hasil minyak kerajaan pula dijangka terjejas oleh harga minyak global yang lemah dan boleh turun kira-kira 15 peratus atau RM8.9 bilion, dengan mengandaikan harga minyak mentah Brent rendah pada AS$85 (RM282) setong berbanding unjuran Kerajaan pada AS$100 (RM332) setong. Untuk itu, hasil minyak Kerajaan diunjur jatuh kepada kira-kira RM59.1 bilion tahun depan atau 25.1 peratus daripada jumlah hasil Kerajaan, berbanding RM64.6 bilion atau 30 peratus daripada hasil kerajaan tahun lalu.
14. Tidaklah ini satu kefakiran yang dibimbangkan! Namun kefakiran ini berlalu bukan menerusi pengurangan pengeluaran minyak Malaysia tetapi kerana kejatuhan harga minyak. Dan kejatuhan harga itulah yang didoakan oleh seorang menteri kerajaan dan diajar pula kepada rakyat untuk berdoa dengan doa bodoh seumpamanya.
15. Ironinya, awal Disember 2014 harga minyak mentah ialah AS$66.15 setong. Ertinya berdasarkan teori RHB Researach, kerajaan akan kerugian hasil sebanyak RM13 bilion.
16. Bayangkan kerajaan mengharapkan penambahan hasil RM20 bilion bulan April 2015 daripada sumber GST yang haram. Namun, terlebih dahulu Allah menarik hampir RM13 bilion hanya pada Disember 2014.
17. Sekali lagi saya menegaskan bahawa sistem percukai GST adalah haram kerana ia adalah cukai yang diambil berdasarkan perbelanjaan. Sedangkan cukai yang dibenarkan oleh Islam hendaklah diambil berasaskan pendapatan dengan pelbagai lagi syarat-syarat lain.
18. Ringkasnya, Kerajaan perlu menarik balik GST, mengembalikan subsidi minyak rakyat sebagai tambahan sistem pengapungan harga dan berdoa agar harga minyak kembali naik agar menghasilkan penambahan hasil dan keuntungan berganda kepada Kerajaan. - HARAKAHDAILY 6/12/2014
Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Sumber HD - 6-12-2014
Risalah kepada seluruh rakyat Kuala Nerus
Bersabarlah Wahai Rakyat Kuala Nerus, Sesungguhnya Ujian Banjir Untuk Tingkatkan Iman dan Nikmat
1. Banjir kali ini di Parlimen Kuala Nerus melibatkan lebih 3,000 orang. 9 pusat perpindahan dibuka iaitu 6 di Dun Tepoh merangkumi Sekolah Komplek Gong Badak, Dewan Sivik Gong Badak, Sek Kebangsaan Tok Jiring, Sek Kebangsaan Tanjung Gelam, Sek Ren Padang Air dan Sekolah Ren Bukit Nenas. 2 pusat perpindahan di Dun Seberang Takir iaitu Sek Ren Tok Jembal dan Sek Ren Teluk Ketapang. Manakala di Dun Teluk Pasu hanya satu pusat iaitu Sek Ren Bukit Petiti.
2. 2, 3 hari ini mangsa banjir sedang giat membersihkan rumah dengan iringan kesedihan melihat kemusnahan harta benda. Tidak sedikit harta yang rosak. Tidak pendek masa dan tidak sedikit tenaga yang diperlukan untuk mendapatkan kembali gantian semua harta benda tersebut.
3. Banjir merupakan musibah yang tentu sahaja menyakitkan dan menimbulkan kesedihan bagi harta yang hilang dan kebimbangan pada masa depan kehidupan. Harta yang musnah tentulah tidak sedikit. Namun, bagi orang yang beriman dia akan menghadapinya dengan kesabaran. Dia sentiasa ingat bahawa musibah adalah sebahagian sunnah ujian daripada Allah melibatkan harta benda dan nyawa. Tujuannya agar manusia bersabar lalu diberikan lebih nikmat. Allah berfirman
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ( 155 ) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ( 156 ) أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ ( 157 ) )
"Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit kebimbangan dan kelaparan serta kekurangan harta benda, nyawa dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila mereka ditimpa musibah mereka menyatakan "kita milik Allah dan kepadanya kita kembali". Merekalah yang mendapat selawat keampunan dari Rabb mereka dan juga rahmat. Dan merekalah orang-orang yang diberi petunjuk." (Ayat 155-156 surah al-Baqarah)
1. Menyebut dan meyakini "innalillah wainna ilaihi raaji'un - kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita pasti kembali"
2. Mohon diberikan pahala atas ujian musibah ini.
3. Mohon agar Allah menggantikan apa yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik lagi
4. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang diuji dengan musibah banjir ialah melakukan sepertimana saranan Nabi saw dalam Hadis riwayat Tirmizi iaitu;
6. Infak harta adalah sebahagian ciri golongan beriman. Allah menceritakan sifat orang bertaqwa di awal surah al-Baqarah ayat 3 antaranya ialah:
ومما رزقناهم ينفقون
"Dan sebahagian apa yang Kami rezkikan mereka infakkan"
7. Sebenar-benar kebajikan pula terhasil apabila diinfak dan disedekahkan sebahagian harta yang disayangi
{لَن تَنَالُواْ البِر حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ}
Maksudnya: "Kamu sama sekali tidak mencapai sebenar-benar kebajikan hinggalah kamu infakkan/belanjakan sebahagian apa yang kamu sayangi". (Surah Aali Imran ayat 92)
8. Nabi saw bersabda dalam Hadis Sahih "dan kamu membantu saudaramu mengangkat barangannya ke atas kenderaannya adalah sedekah"
9. Sistem infak harta menjadi salah satu sumber pembangunan sosio-ekonomi dalam masyarakat Islam. Kerana itu Islam menjadikan ia sebahagian ciri masyarakat bertaqwa.
10. Mangsa banjir memerlukan bantuan makanan dan kelengkapan perpindahan. Lebih besar lagi mereka memerlukan bantuan untuk memulihkan kelengkapan rumah yang musnah sama ada pakaian, kelengkapan dapur, kelengkapan tidur dan kelengkapan persekolahan anak-anak. Mereka memerlukan bantuan tenaga membersihkan rumah kediaman. Dan lagi besar ialah mereka memerlukan sokongan moral dan doa. Maka marilah kita beramai-ramai melawati dan menziarahi mereka di pusat perpindahan dan di kediaman yang sedang dibersihkan oleh mereka.
11. Tahniah kepada pihak yang berjaya menyumbang tenaga, masa dan harta mereka kepada mangsa banjir sepanjang tempoh ini bermula daripada petugas dari perkhidmatan awam seperti pihak berkuasa tempatan, majlis bandaraya, pejabat daerah, polis, tentera, bomba, jabatan kebajikan dan sukarelawan dari parti dan NGO seperti Rela dan Unit Amal serta individu-individu prihatin. Teruskan usaha amal kalian.
12. Kepada pihak berkuasa, menjadi kewajipan untuk membuat penilaian terhadap punca banjir dan menyediakan pelan perancangan jangka masa panjang melibatkan perparitan dan saliran apatah lagi dalam menampung pembangunan pesat serta pertumbuhan taman-taman perumahan baru di Parlimen Kuala Nerus.
Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
0137460000
Isnin 1.50 ptg 1 Safar 1436 H/24 Nov 2014
Sumber HD - 24-11-2014
Layanan emosi boleh tangani masalah mental anak-anak
1. Dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, ada dinyatakan dalam prestasi aktiviti bahawa bilangan pesakit luar (baru) pada 2013 ialah 35,939 dan secara anggarannya meningkat kepada 38,000 pada 2014 dan 40,000 pada 2015.
2. Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Tahun 2011 pula, dinyatakan kira-kira 20% kanak-kanak di Malaysia dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental. Jumlah tersebut bersamaan dengan seorang dalam setiap lima orang kanak-kanak di Malaysia mengalami penyakit mental seperti kemurungan, ketagihan internet, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif, autisme dan lain-lain.
3. Menurut kajian oleh pensyarah Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, pelbagai faktor dikesan yang menyebabkan berlakunya masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan kebanyakannya bermula dari rumah kerana sifat ibu bapa.
4. Keadaan ini adalah berpunca daripada hubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang semakin berkurangan kerana terlalu sibuk dan menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak kepada pembantu rumah dan penjaga. Ini merupakan antara penyumbang besar kepada masalah kesihatan mental kanak-kanak.
5. Sepatutnya, kanak-kanak di peringkat awal usia perlu menerima layanan emosi dan fizikal yang mencukupi dan sepatutnya, supaya dapat membentuk keyakinan diri.
Seorang Arab Badawi bernama Aqra' bin Haabis pernah melahirkan keheranannya apabila melihat Nabi s.a.w. mengucup cucunya bernama Hasan. Beliau menyatakan; saya mempunyai 10 orang anak. Tak ada seorang pun saya kucup. Baginda s.a.w. lantas memberi ingatan:
من لا يَرحم، لا يُرحم
Maksudnya: "sesiapa yang tidak mengasihani dia tidak akan dikasihani". (Hadis Bukhari dan Muslim)
Kucupan adalah satu contoh layanan emosi kasih sayang kepada anak-anak yang boleh menangani masalah mental mereka.
6. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran keibubapaan mengikut tahap umur anak. Bermanja adalah pendidikan pada usia bawah 7 tahun. Memberi adab dan hukuman pengajaran adalah sebahagian pendidikan pada usia bawah 14 tahun. Pada zaman sekarang, ibu bapa juga perlu menjadi rakan baik anak-anak agar apa saja masalah atau tekanan dapat disalurkan dengan sebaik-baiknya khususnya pada usia 14 hingga 21 tahun.
Sarjana Islam silam menegaskan konsep pendidikan "bermanjalah dengan mereka pada usia 7 tahun pertama, berilah adab dan hukuman pengajaran pada usia 7 tahun kedua dan bersahabatlah dengan mereka pada usia 7 tahun ketiga.
6. Suatu hal lagi yang tidak dapat dinafikan ialah sifat ibu bapa zaman sekarang yang suka mengambil jalan mudah untuk menguruskan emosi anak-anak dengan memberikan gajet elektronik seperti ‘tab’ bagi menenangkan mereka juga dikaji sebagai antara punca gangguan kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak. Maka pendekatan itu perlu dikaji segera.
7. Saya menyarankan institusi keluarga berkualiti sebagai satu penyelesaian jangka masa panjang untuk masalah kesihatan mental ini. Ia perlu menjadi sebahagian agenda utama kerajaan untuk 2015. - HARAKAHDAILY 14/11/2014
Sumber HD - 14-11-2014
Sejauh mana Islam berdaulat isu berpakaian perempuan
1. Keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan pada 7 November 2014 menjadi satu cabaran terhadap kedudukan undang-undang Islam di negara ini.
2. Ia rentetan kes 3 tiga lelaki Islam dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam lalu membawanya ke Mahkamah Sivil bagi memohon perisytiharan bahawa seksyen tersebut tidak berperlembagaan.
3. Seksyen 66 tersebut adalah seperti berikut:
“Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
4. Penghakiman ini menimbulkan persoalan sejauh mana kedudukan Islam di dalam negara ini terpelihara dan berdaulat sedangkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menegaskan Islam sebagai agama Persekutuan.
5. Peruntukan Islam agama Persekutuan tersebut tidak harus ditafsir menurut kaca mata penjajah yang mentafsirkan Islam hanya sebagai amalan upacara keagamaan semata-mata tetapi mesti ditafsirkan sebagai Islam sebagai cara hidup dengan segala perundangannya adalah rujukan tertinggi negara ini dan mana-mana undang-undang yang berlawanan adalah terbatal.
6. Juga menimbulkan persoalan keabsahan dan kedaulatan undang-undang Syariah yang digubal di peringkat negeri dengan kuasa yang diperuntukkan oleh Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
7. Keputusan Mahkamah Rayuan ini juga dilihat tidak selaras dengan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa Mahkamah Tinggi Sivil tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Ia telah diperhalusi oleh Hakim Tan Sri Harun Hashim dalam kes Mohammed Habibullah bin Mahmood lwn Faridah binti Dato’ Talib [1992] 2 MLJ 793.
8. Implikasi besar hasil keputusan itu ialah:
a. Ia menjadi kes rujukan di Mahkamah pada masa depan yang menggugat keabsahan undang-undang Syariah.
b. Membuka ruang untuk lebih banyak pihak tampil mempertikaikan keabsahan undang-undang Syariah yang digubal di peringkat negeri.
c. Membuka ruang untuk golongan yang melakukan amalan bercanggah dengan Islam berpesta kerana merasakan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
9. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menuntut Kerajaan Negeri Sembilan secara khusus menerusi Exco Agama dan Majlis Agama Islam Negeri mengambil proses perundangan yang wajar bersifat segera bagi menangani isu ini.
10. DUPP juga menuntut tindakan segera menurut lunas perundangan oleh pihak berwajib yang lain bagi menangani isu ini dengan penuh keprihatinan bermula dengan Kerajaan Persekutuan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Jaim serta Exco-exco Agama Negeri dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri selaku penasihat dalam hal ehwal agama Islam kepada Sultan/ Raja/Yamtuan negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong bagi negeri yang tidak mempunyai Raja.
11. Para pengamal undang-undang beragama Islam juga perlu segera bangkit memanfaatkan kemampuan ilmu dan kemahiran guaman mereka di bidang ini bagi membantu pihak berwajib memastikan kedaulatan undang-undang Islam di negara ini terpelihara. Ia merupakan satu jihad semasa pada hari ini.
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sumber HD - 9-11-2014

Fatwa SIS sesat: Fahami kebebasan bersuara dalam Islam
KEBEBASAN bersuara dan perbezaan pandangan dalam Islam perlu difahami dalam konteksnya yang sebenar.
Ia tidak boleh disalah ertikan sehingga menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan menolak ajaran Islam.
Perbezaan pandangan yang dikemukakan oleh Sisters in Islam (SIS) adalah di luar daripada ruang lingkup yang dibenarkan.
Tidak dapat dinafikan Islam membuka ruang untuk kebebasan bersuara dan berbeza pandangan.
Mazhab-mazhab Feqah yang ada dalam Islam menggambarkan keluasan dan kebebasan dalam mengemukakan pandangan.
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Jangan ada di kalangan kamu yang bersembahyang Asar kecuali di perkampungan Yahudi Bani Quraizdah." Sebahagian sahabat r.a. berada dalam waktu Asar ketika dalam perjalanan (sebelum sampai di perkampungan Bani Quraizdah). Sebahagian mereka berkata: "Kita tidak akan sembahyang Asar kecuali setelah sampai di sana." Sebahagian yang lain pula berkata: "Bahkan kita sembahyang sekarang. Nabi tidak berkehendakkan demikian." Peristiwa perbezaan pandangan di kalangan sahabat tersebut telah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda tidak mencela sesiapa pun daripada kalangan mereka.
Jelasnya, perbezaan pandangan dan kebebasan bersuara dalam Islam ditonjolkan melalui tindakan Rasulullah s.a.w. yang tidak menyalahkan sesiapa pun di kalangan sahabat dalam peristiwa tersebut.
Walau bagaimanapun, perbezaan yang berlaku adalah dalam menentukan masa dan tempat untuk didirikan sembahyang Asar sebagaimana arahan Rasulullah s.a.w. dan bukannya dalam menentukan pensyariatan sembahyang tersebut.
Perbezaan pandangan dan kebebasan bersuara di kalangan para sahabat bahkan dalam mazhab-mazhab feqah adalah dalam perkara cabang agama dan bukannya dalam perkara usul dan prinsipnya.
Islam menggalakkan percambahan ilmu melalui perbezaan pandangan tetapi ia mestilah tidak menggadaikan usul dan prinsipnya. Sesiapa yang melanggarnya adalah sesat dan terkeluar daripada jalan kebenaran.
Ideologi Liberalisme yang didukung oleh SIS jelas bercanggah dengan usul dan prinsip Islam.
Pandangan SIS dalam isu hak suami menceraikan isteri, pembahagian harta pusaka, poligami, kewajipan bertudung bagi wanita dan lain-lain jelas adalah pemikiran yang berlawanan dengan Islam.
Ia adalah bertujuan untuk merungkai pegangan aqidah umat Islam dengan meletakkan akal mendahului syarak.
Justeru, pandangan dan pemikiran yang berbeza yang dikemukakan oleh SIS adalah di luar konteks yang dibenarkan dalam agama. Ia mesti dihalang agar masyarakat awam tidak terpengaruh dengan pandangan dan pemikiran yang dibawa. - HARAKAHDAILY 7/11/2014
Penulis ialah Pengarah Operasi Majlis Penyelidikan dan Tafaqquh Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber HD - 7-11-2014

Sesat: Dewan Ulamak PAS serah memo kepada Ku Nan
PUTRAJAYA: Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku mansor berhubung kenyataan beliau yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.
Penyerahan itu diketuai Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada wakil Tengku Adanan di Pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan, di sini tengah hari ini.
Turut hadir pada penyerahan itu Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak Ustaz Norazli Musa, Exco Dewan Pemuda Pas Pusat Nurul Islam Mohamed Yusof dan beberapa ahli parlimen PAS.
Mereka termasuk Idris Ahmad (Bukit Gantang), Nasrudin Hassan (Temerloh), Nik Abduh Nik Aziz (Pasir Mas), Marzuk Shaary (Bachok), Dr.Izani Husin (Pengkalan Chepa).
Antara lain, kandungan memorandum itu mendesak Tengku Adnan memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang disifatkan tersasar itu.
"DUPP sekali lagi mendesak Datuk Seri Tengku Adnan menarik kembali tuduhan tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang daripada PAS.
"DUPP bersedia untuk bermuzakarah untuk Datuk Seri mendapat pencerahan perjuangan PAS dalam menegakkan aqidah, syariat dan akhlak Islam di dalam negara ini," kenyataan itu dipetik.
Ahad lalu, Tengku Adnan yang juga selaku Setiausaha Agong Umno ketika berucap di Multaqa Kebangsaan Biro Agama parti itu menuduh PAS parti ajaran sesat yang memesongkan akidah.
Menteri Wilayah itu juga mendakwa ajaran PAS hanya tahu memecah belah.
Sebaliknya kata Tengku Adnan, hanya Umno lah parti Melayu yang memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara.
Sementara itu, Mohd Khairuddin ketika mengulas perkara itu berkata dakwaan Tengku Adnan bahawa Umno sebagai parti Melayu yang boleh memastikan akidah umat Islam terpelihara adalah tersasar dari realiti yang sebenar.
Sepanjang merdeka sejak 1951 katanya, Umno sebagai parti pemerintah yang berkuasa telah membiarkan pemikiran dan aqidah yang rosak berkembang seperti sekular, pluralisma dan liberalisma.
"Malah usaha menegakkan syariat Islam seperti undang-undang jenayah Islam masih gagal dinobatkan dan tidak dipandang serius oleh Umno selaku pemerintah yang mengaku Islam," tegasnya.-HARAKAHDAILY 5/11/2014
Sumer HD - 5-11-2014
Banyak ruang jihad di Malaysia - Ustaz Ahmad Yakob
KOTA BHARU: Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob mengingatkan masyarakat Islam di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan seruan jihad oleh kumpulan tertentu sama ada di dalam mahupun luar negara.
"Kita tidak tahu matlamat sebenar kumpulan ini dan kita perlu berhati-hati dengan perkataan atau kalimah yang digunakan mereka.
"Ibu bapa mesti tanya khabar anak di luar negara dan perlu mengetahui bidang apa yang mereka pelajari dan siapa kawan mereka. Ini semua perlu ditanya kerana bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Buku Khalifah: Kita Pilihan ALLAH di Medan Ilmu, di sini semalam.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jihad bukan sahaja dengan mengangkat senjata, malah banyak lagi aspek lain yang turut dikategorikan sebagai jihad.
Menurut beliau, ianya termasuk jihad dari sudut ekonomi dan juga pendidikan yang memerlukan umat Islam menguasai kedua-dua aspek penting ini.
Semantara itu, buku 'Khalifah: Kita Pilihan Allah' karya Ustaz Ahmad didiskusikan oleh beliau di Dataran Ilmu pagi tadi dan majlis pra-pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato Dr Johari Mat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap ahli Dewan Negara.
Majlis tersebut turut dihadiri exco kerajaan negeri Datu Abdul Fattah Mahmood, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Dr Hj Ramli Mamat serta beberapa yang lain.
Majlis pelancaran penuh nanti akan disempurnakan oleh mantan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam tempoh terdekat. - HARAKAHDAILY 18/10/2014
Sumber HD - 18-10-2014
Dakwah: Respons Dewan Ulamak terhadap MP Kuching
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) meneliti dengan tekun ucapan Ahli Parlimen (MP) Kuching yang membahaskan Bajet 2015 di Parlimen baru-baru ini yang tersebar luas di media sosial. (http://youtu.be/yW8wJZolbgg)
Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata DUPP berkongsi pandangan dengan beliau dalam melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan Barisan Nasional yang menganaktirikan Sarawak dari sudut peruntukan pembangunan meskipun hasil minyak disedut daripada bumi Sarawak.
"Kesannya kemiskinan rakyat Sarawak masih ketara walaupun selepas 51 tahun penubuhan Malaysia dan lahir gerakan-gerakan menuntut pemisahan Sarawak daripada Persekutuan yang tidak wajar disokong oleh mana-mana pihak," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Justeru, kata beliau Dewan Ulamak PAS Pusat menuntut kerajaan memberikan hak selayaknya untuk rakyat Sarawak mendapatkan nikmat pembangunan yang adil termasuk memperolehi 20% royalti minyak.
Begitu juga, ujarnya hak negeri Kelantan dan Terengganu untuk mendapatkan royalti minyak yang disedut daripada bumi mereka.
Tambahnya, DUPP juga berkongsi kekecewaan dengan sikap kerajaan membenarkan tindakan menghasut untuk membakar kitab suci agama lain tanpa diambil sebarang tindakan sebagaimana dilahirkan oleh Ahli Parlimen Kuching itu.
Menurut beliau, sikap ekstremis beragama secara emosi dan tidak rasional tidak seharusnya berlaku di Malaysia.
"Dalam masa yang sama DUPP melahirkan ketidaksetujuannya dengan pandangan beliau yang meminta agar usaha-usaha dakwah Islam di Sarawak dihentikan," katanya.
Rasionalnya, kata beliau Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia.
Jelasnya, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang sebarang usaha dakwah Islam dan kebajikan yang dilakukan sama ada oleh badan rasmi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Amal Malaysia sementelah Islam merupakan agama Persekutuan.
Katanya lagi, dakwah Islam adalah seruan universal untuk kebaikan umat manusia serta rahmat kepada seluruh alam tanpa sebarang paksaan.
"Rakyat Malaysia yang belum beragama Islam mempunyai hak untuk mengenali Islam dan seterusnya memeluknya dengan kerelaan hati tanpa sebarang paksaan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 17/10/2014
Sumber HD - 17-10-2014

Bajet 2015: Bela atau aniaya rakyat?
KUALA LUMPUR: Kecuaian dan kegagalan kerajaan dalam meneliti impak sosio-ekonomi terhadap rakyat dengan pelaksanaan GST dan pemotongan subsisidi bahan api menyebabkan rakyat sebenarnya dianiaya dan bukannya dibela melalui Bajet 2015.
Demikian pandangan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung bajet yang diumumkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada Jumaat lalu.
Katanya, bajet itu memperuntukkan dana berjumlah RM273.9 bilion meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM223.4 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM50.5 bilion adalah masih kekal sebagi bajet defisit dengan unjuran pendapatan sebanyak RM235.2 bilion; menjadikannya bajet kali ke-17 berturut-turut mengalami keadaan perbelanjaan melebihi pendapatan.
Tambahnya, dengan angka yang dibentangkan itu, jumlah perbelanjaan mengurus mewakili 82% daripada keseluruhan dana yang diperuntukkan.
Menurut beliau, menuju ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, sepatutnya perbelanjaan mengurus hanya berjumlah 70-75% sahaja daripada keseluruhan perbelanjaan.
"Keadaan bajet defisit dan perbelanjaan mengurus yang tinggi ini menggambarkan ketidakcekapan kerajaan dalam merancang dan mengurus perbelanjaan negara," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, lebih mendukacitakan, penat-lelah dan jerit-perih rakyat kebanyakan yang mengerjakan tulang empat kerat mereka dengan bekerja seharian, berhari-hari seminggu, hanya digembirakan dengan pemberian insentif, bonus dan ‘one-off giving’, termasuklah penambahan pembayaran BR1M.
Sedangkan, ujarnya ia hanyalah berupaya untuk mengurangkan bebanan secara sementara dan bersifat penyelesaian tidak menyeluruh dalam membantu rakyat berhadapan dengan tekanan kanaikan kos sara hidup, sementelah lagi dengan pelaksanaan GST dan rasionalisasi subsidi yang akan memberikan kesan bebanan jangka panjang terhadap rakyat.
"Apatah lagi pelaksanaan GST di negara ini hakikatnya adalah untuk mencipta hasil baru atau meningkatkan pendapatan negara dan falsafahnya pula tidak seperti pelaksanaannya di negara-negara maju yang bertujuan memastikan satu sistem percukaian yang saksama dan menyeluruh, merangsang rakyat untuk menambah simpanan dan tidak boros dalam perbelanjaan," katanya lagi.
Beliau menambah, pada masa yang sama, pemboroson, ketirisan dan monolopi tidak dibendung secara berkesan.
Rakyat pula, ujarnya dipaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk untuk menanggung semua itu.
Menurutnya, rasionalisasi subsidi bahan api yang memberi kesan kepada kenaikan harga petrol dan diesel pula bukan sahaja menambah beban kos pengangkutan setiap rakyat, bahkan memberi kesan berantai peningkatan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan.
"Langkah pengurangan subsidi ini juga akan menyebabkan kos produktiviti meningkat dan kuasa beli atau ‘purchasing power’ rakyat semakin lemah," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 13/10/2014
Sumber HD - 13-10-2014

Oktoberfest: Syiar mungkar yang mesti dibantah
Nasrudin menyerahkan memo menyokong langkah PBT tidak mengeluarkan permit dan membantah penganjuran pesta arak kepada Datuk Bandar MBPJ.
2. Statistik berikut menjelaskan kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan:
A. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alkohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.
B. Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk.
C. Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alkohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.
D. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alcohol adalah penyakit cardiovascular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.
E. 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alcohol.
F. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alkohol manakala 4.5% kes penderaan kanak-kanak.
G. Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes.
H. Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.
I. Menurut satu statistik di UK, alcohol telah menyebabkan 45-46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga.
3. Lantaran itu Islam menegaskan arak dan minuman memabukkan adalah najis merupakan sebahagian amalan syaitan yang boleh membawa kepada permusuhan di kalangan manusia. Allah berfirman;
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ( 90 ) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ ( 91
Maksudnya; "Wahai orang-orang beriman; arak, judi, patung berhala dan bertenung nasib adalah sebenar-benar najis yang merupakan sebahagian amalan syaitan maka hendaklah kamu semua menjauhinya mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan (al-falah). Syaitan itu hanya ingin menjatuhkan di kalangan kamu permusuhan dan kebencian menerusi arak dan judi dan memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada solat. Tidakkah kamu boleh berhenti!!!". (Surah al-Maidah ayat 90-91)
4. Bukan sahaja arak dan minuman memabukkan adalah najis malah umat Islam perlu membenci perlakuan tersebut berlaku dan tidak meredhainya serta mengganggapnya sebagai kemungkaran yang mesti dihalang dan dicegah daripada menjadi sebahagian syiar kehidupan bermasyarakat dalam sesebuah negara.
5. Meskipun Islam membenarkan bukan Islam mengambil minuman memabukkan, membeli dan menjualnya tanpa diambil tindakan oleh pihak berkuasa Islam sebagaimana ijmak Ulamak yang dinukilkan oleh Imam al-Tahawi, namun ia tidak boleh menjadi syiar yang dipromosi secara terbuka menerusi iklan dan pesta besar-besaran. Syarat ini telah ditegaskan oleh para ulamak Islam sejak dahulu.
6. Antara fatwa Darul Ifta Mesir oleh Mufti Mesir Syeikh Abdul Majid Salim bertarikh 12 April 1939/1358H ialah tidak boleh bukan Islam menjual arak secara terbuka kerana menjualnya secara terbuka adalah satu maksiat dan kefasikan yang perlu ditegah. Mereka boleh menjual sesama mereka secara tidak terbuka.
7. Sekiranya menjualnya secara terbuka pun tidak dibolehkan apatah lagi mengadakan pesta arak secara terbuka dengan pelbagai promosi dan iklan terbuka.
8. Menurut fatwa Mufti Mesir Syeikh Allam Nassar (1891-1966) sebagaimana dinukilkan oleh Dandil Jabr dalam tulisan beliau bertajuk "hak-hak peribadi bukan dalam masyarakat Islam", bukan Islam mempunyai hak kebebasan untuk makan dan minum makanan yang halal bagi mereka walaupun haram bagi orang Islam dengan syarat tidak menyentuh dan mencabar sentimen umat Islam atau membawa kepada fitnah dan kerosakan masyarakat. Jika ianya berlaku maka menjadi kewajipan kepada kerajaan masuk campur bagi menghalang tersebar dan berleluasanya kerosakan yang boleh menghancurkan masyarakat. Campur tangan kerajaan ketika itu termasuk kategori "sadd zara'i'" (menutup lubang-lubang kerosakan). Sebagaimana kerajaan di zaman moden ini campur tangan untuk menghalang tersebarnya wabak kerosakan seperti dadah dan seumpamanya. (Fatawa Islam Jilid VII No 1057 - Mufti Syeikh Allam Nassar) (rujuk www.odabasham.net/show.php?sid=77421)
9. Oleh itu, penganjuran pesta arak seumpama Oktoberfest sehingga menjadi syiar yang dibangga-banggakan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dengan majoriti penduduknya beragama Islam perlu dihalang dan tidak boleh dibenarkan.
10. Menjadi kewajipan kepada Datuk Menteri Besar Selangor sebagai seorang muslim dan pihak berkuasa tempatan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk pesta tersebut diadakan. Serta menjadi kewajipan kepada setiap muslim sama ada rakyat biasa mahupun pemimpin membantah penganjuran pesta mungkar tersebut.
11.Syaitan sentiasa berperanan melakukan "tazyiin" dan "talbis". "Tazyiin" bermaksud menghiasi yang mungkar lalu dilihat sebagai bukan mungkar. "Talbis" pula ialah memakaikan kemungkaran pakaian kebenaran.
12. Antaranya Syaitan berperanan menghiasi kemungkaran minum arak secara terbuka sehingga dilihat boleh dan harus bagi bukan Islam lalu ia dibiarkan tanpa bantahan.
13. Maka janganlah ada di kalangan umat Islam atau pemimpin umat Islam yang dihiasi oleh Syaitan lalu membenarkan pesta arak Oktoberfest dilakukan dengan hujah ianya hak bagi bukan Islam.
14. Ketahuilah hak mereka ialah mengambil minuman memabukkan tetapi bukan hak mereka berpesta dengan minuman memabukkan secara terbuka di sebuah negara majoriti umat Islam.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
8 Oktober 2014/13 Zulhijjah 1435
Sumber HD - 8-10-2014
Rakyat tidak lagi tertipu dengan ‘rasionalisasi subsidi’
1. Kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen semalam dan bersembunyi disebalik alasan rasionalisasi subsidi kononnya memperlihatkan betapa rasionalnya tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api tersebut. Namun, rakyat tidak lagi tertipu dengan penggunaan frasa ‘rasionalisasi subsidi’ yang digunakan pihak kerajaan kerana ia tidak pernah menunjukkan suatu tindakan yang rasional dengan mengurangi subsidi tersebut.
2. Saya merasa musykil dengan kenaikan harga bahan api yang dilakukan pihak kerajaan semalam sedangkan beberapa hari yang lalu, harga minyak West Texas Intermediate (WTI) mengalami penurunan 4% susulan daripada penurunan sebanyak 3.3% pada awal minggu lepas. Trend penurunan harga minyak juga berlaku di beberapa negara yang lain.
3. Laporan daripada US Energy Information Administration menunjukkan Malaysia di antara negara pengeksport minyak terbesar di kalangan negara-negara dunia dan di Asia Tenggara. Malah, Malaysia juga adalah negara penyimpan minyak (oil reserve) yang keempat terbesar di Asia Pasifik dibelakang China, India dan Vietnam. Keadaan ini menunjukkan Malaysia sepatutnya tidak terlalu terkesan dengan perubahan harga minyak dunia. Ironinya, Malaysia sebagai pengeksport utama minyak (net oil exporter) dan penyimpan minyak (oil reserves) berbanding negara Thailand, Singapore dan Indonesia menyaksikan kenaikan harga minyak semalam.
4. Saya mengecam tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Dalam keadaan kos sara hidup rakyat hari ini yang semakin menghimpit, beban kewangan rakyat pula semakin bertambah. Apatah lagi dengan pengenalan kepada sistem pencukaian regresif dan bersikap meluas seperti GST yang sememangnya akan memberikan suatu bentuk tekanan kepada kehidupan rakyat di bawah. Tindakan mengurangkan subsidi bahan api ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk mengurangkan defisit dalam perbelanjaan negara di samping bebanan hutang kerajaan (government debt) yang semakin kronik. Persoalan saya, adakah ini sahaja cara bagi kerajaan berjimat?
5. Lebih menghairankan lagi, kerajaan memohon Penambahan Perbelanjaan (Supplementary Budget) setiap tahun. Walaupun sedar bebanan hutang awam yang ada sepatutnya menjadikan kerajaan lebih teliti dan cermat dalam pengurusan bajet. Namun, meskipun berlaku penambahan perbelanjaan, subsidi tetap juga dipotong pihak kerajaan.
6. Tambahan pula, subsidi kerajaan bukan hanya pada bahan api semata-mata, malah kerajaan juga memberikan subsidi kepada pihak lain seperti TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) yang berselindung disebalik nama insentif, geran dan sebagainya. TNB menunjukkan keuntungan berbilion ringgit, mengapa tidak dikurangkan subsidi ke atasnya jika pengurangan subsidi ini disifatkan sebagai suatu tindakan yang mustahak?
7. Jelas kenaikan harga minyak ini tidak menguntungkan rakyat sama sekali malah ia akan memberikan kesan berantai yang akan meningkatkan kadar inflasi dalam negara. Ditambah lagi dengan perlaksanaan GST yang turut akan memberi kesan kepada kenaikan inflasi kelak. Ini akan menyebabkan beban kewangan rakyat terus bertambah dan kerajaan terus memekakkan diri!
8. Realitinya pemborosan dan kegagalan kerajaan menguruskan kewangan dan fiskal negara telah memangsakan subsidi minyak rakyat yang dinikmati sekian lama. Sekiranya kerajaan berjaya menguruskan fiskal negara dengan baik pasti subsidi tersebut akan dapat terus dinikmati.
9. Saya menyeru kerajaan untuk mengembalikan hak rakyat untuk menikmati subsidi minyak. Renunglah firman Allah
وَآتُوهُم مِّن مَّالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ ﴾(النور: 33)
Maksudnya: "dan berikanlah kepada mereka daripada harta Allah yang Dia berikan kepada kamu" surah an-Nuur ayat 33.
Renunglah juga firman Allah
آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ ۖ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ
Maksudnya: "Berimanlah kamu dengan Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah daripada apa yang Allah jadikan kamu sebagai penjaga amanahnya"
Surah al-Hadid ayat 7
Jumaat 8 Zulhijjah 1435 H bersamaan 3 Oktober 2014
Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Sumber HD - 3-10-2014

Bajet 2015: Pastikan menstruktur ekonomi negara yang barakah
1. Kerajaan Malaysia yang diterajui Umno dan BN telah menunjukkan beberapa kelemahan yang agak ketara dalam soal pengurusan kewangan negara. Ini telah pun terbukti dalam Laporan Audit Negara saban tahun yang menunjukkan seringkali berlaku ketirisan dan ketidakefisyenan pengurusan kewangan pihak kerajaan. Perkara ini sepatutnya menjadi subjek utama yang harus ditangani oleh kerajaan sebelum memikirkan soal pengurusan ekonomi negara yang lain.
2. Semasa pembentangan Bajet 2014 dibentangkan di Parlimen, beberapa perkara besar telah menunjukkan tiada usaha ke arah penambahbaikan kepada pengurusan ekonomi negara. Kerajaan sebaliknya terus meningkatkan peruntukan perbelanjaan negara dari tahun sebelumnya. Peningkatan ini membuktikan penambahbaikan kepada masalah ketirisan dan ketidakefisyenan pengurusan kewangan tidak berlaku. Jika tidak, kita mampu mengurangkan peruntukan tersebut dan seterusnya menangani hutang awam negara yang berada pada tahap bahaya setakat tahun 2013 iaitu RM543.3 bilion (54.8% daripada KDNK).
3. Bajet 2015 akan dibentangkan di Parlimen pada minggu depan. Saya melihat ia tidak ada yang begitu istimewa, kemungkinan kerajaan akan mengulangi perkara yang sama atau ‘more of the same’ sangat tinggi.
4. Bajet 2015 mungkin akan penuh dengan ‘gula-gula’ dengan pemberian BR1M yang bersifat ‘one-off’ dan tidak membantu mengukuhkan ekonomi keluarga untuk tempoh jangka panjang. Isu perlaksanaan sistem pencukaian yang baharu iaitu GST juga tidak menampakkan sesuatu yang istimewa kerana cukai regresif ini akan membawa peningkatan kadar inflasi termasuk juga memberi kesan negatif kepada industri hartanah negara. Segalanya langsung tidak dipeduli pihak kerajaan.
5. Permasalahan sumber hasil kerajaan mungkin kurang diberi perhatian dalam pembentangan bajet tetapi ia tetap mempunyai kesan langsung dengan perbelanjaan kerajaan kepada rakyat awam. Perubahan cukai kepada bentuk yang lebih meluas atau ‘broad-based’ memberikan implikasi kepada rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Perkara yang perlu diberi perhatian di sini adakah perbelanjaan mengurus kerajaan daripada hasil cukai tersebut akan disalurkan dengan betul? Walaubagaimanapun, perbincangan ini tidak pernah meng’halal’kan tindakan kerajaan mengutip cukai dengan cara yang tidak diizinkan oleh syara’ dan membebankan rakyat awam.
6. Selain isu pendidikan dan keselamatan yang akan diberi penekanan oleh para penganalisis bajet, isu pembangunan infrastruktur terutamanya bagi masyarakat Sabah dan Sarawak juga perlu diteliti. Pembangunan di negeri-negeri ini masih terlalu jauh untuk dibandingkan dengan kepesatan pembangunan di bahagian semenanjung negara. Sekali lagi, soal pengurusan perbelanjaan menjadi tanda tanya. Mengapa selepas 57 tahun Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaysia, pembangunan di sana masih tidak mampu diselesai? Tiada peruntukan khusus atau masalah pengurusan yang tidak telus?
7. Perkara asas yang membelenggu perbincangan tentang hala tuju ekonomi negara adalah bentuk teori yang digunapakai. Teori Keynesian yang percaya kepada sumber hutang dan pencukaian jelas mempunyai beberapa pertentangan dengan cara yang diaturkan Islam. Malah, aspek yang sering dipinggirkan apabila berbincang mengenai ekonomi adalah aspek sikap atau disebut dengan akhlak dan pengaruhnya dalam pengurusan ekonomi. Akhirnya, nilai kemanusiaan semakin terhakis dalam mengejar kejayaan material.
8. Kerajaan perlu mengambil peringatan bahawa asas pengurusan ekonomi dan kewangan Islam berasaskan iman dan taqwa pasti memberikan barakah kebaikan kepada rakyat dan negara sepertimana janji dan peringatan Allah:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
"Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa pasti Kami bukakan untuk mereka keberkatan-keberkatan (rezki dan ekonomi) dari langit dan bumi tetapi malang mereka tidak percaya lalu Kami seksa mereka menerusi apa yang sedang mereka perolehi." (Surah al-A'raaf 96)
9. Kerajaan dan rakyat perlu "beriman" bahawa hanya dengan pengurusan ekonomi dan kewangan berdasarkan syariat Islam rakyat akan menikmati kemakmuran ekonomi.
10. Kerajaan dan rakyat perlu "bertaqwa" kepada Allah dengan tidak menjadikan sumber ekonomi dan kewangan yang bercanggah dengan syarak seperti sistem GST sebagai sumber pendapatan negara. Di saat itu kebaikan yang diharapkan untuk rakyat tidak akan tercapai.
11. Saya menyeru kerajaan dan rakyat untuk berpegang dan istiqamah dengan dasar pengurusan ekonomi dan kewangan berasaskan Islam.
12. Dan saya berharap ia akan diterjemahkan nanti dalam pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober nanti. Kalau tidak maka tema RMK10 iaitu "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial" hanya tinggal slogan!
Rabu 1 Oktober 2014
Ipoh, Perak.
Sumber HD - 1-10-2014

Kehadiran tentera Amerika cetus kebimbangan
Kehadiran ratusan tentera Amerika Syarikat (USARPAC) di Kelantan dan Terengganu semalam mencetuskan kebimbangan masyarakat awam.
Kita sudah maklum bahawa kehadiran mereka adalah untuk menjalani latihan ketenteraan bersama dengan Tentera Darat Malaysia yang dinamakan Eksesais Keris Strike Siri 18/14.
Walaupun pihak TDM telah menegaskan bahawa latihan ini berorientasikan pengurusan bencana bantuan kemanusiaan, namun dasar bilateral ketenteraan ini harus dinilai berdasarkan perkembangan senario politik dan sentimen masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam.
Kerjasama ketenteraan telah berjalan sekian lama. Malah, Malaysia dilihat bersifat pragmatis dalam mengendalikan politik antarabangsa dengan negara-negara besar di dunia.
Meskipun ia boleh dinilai dengan pelbagai objektif yang tersendiri, namun beberapa siri yang melibatkan kepentingan negara dan umat Islam antarabangsa pada tahun ini jelas membimbangkan.
Contohnya, sokongan padu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke atas Israel untuk terus membantai umat Islam di Palestin sekitar bulan Julai yang lalu.
Beberapa badan antarabangsa berpendapat pentadbiran Obama kini meneruskan siri ‘War on Terror’ yang dipopularkan oleh Bush ke arah ‘Global Battlefiled’.
Kempen antarabangsa telah mempromosikan menjenayahkan peperangan dan sasaran utamanya adalah terhadap Washington.
Malaysia seharusnya lebih tegas menyuarakan hasrat umat Islam seluruh dunia kepada Amerika Syarikat dalam hal ini. Dasar pragmatik mesti dinilai semula.
Dalam keadaaan krisis antarabangsa yang berlanjutan, ini peluang yang terbaik untuk negara memposisikan peranan bersama organisasi Islam dan aktor kemanusiaan di seluruh dunia dalam menjulang hak keadilan dan kebenaran. Sudah tentu, Malaysia harus bermula dari dalam negara terlebih dahulu. - HARAKAHDAILY 12/9/2014
Sumber HD - 12-9-2014

Hormati tindakan Presiden PAS dalam isu MB Selangor
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menasihati ahli-ahli PAS menghormati tindakan Presiden dalam isu berkaitan dengan Menteri Besar Selangor dan memberikan ketaatan serta thiqah (kepercayaan) atas tindakan beliau.
Demikian dinyatakan pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, mesyuarat Dewan Ulamak PAS Pusat Sabtu lalu di Pejabat Agung PAS Pusat sebulat suara menegaskan bahawa tindakan dan arahan Presiden PAS dalam isu berkaitan dengan Menteri Besar Selangor merupakan kuasa prerogatif Presiden yang diperuntukkan oleh Fasal 26 (1) Perlembagaan PAS, Pindaan (2011).
Tambahnya, Majlis Syura Ulamak sebagai badan yang diberi kuasa untuk menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS sebagaimana termaktub dalam fasal 8 (1a), dalam mesyuaratnya semalam turut mengesahkan hak Presiden tersebut. - HARAKAHDAILY 8/9/2014
Sumber HD - 8-9-2014

Tajuk sensasi TMI adalah satu fitnah - Khairuddin
KUALA LUMPUR: Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan tajuk sensasi 'Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan UMNO, Khalid' adalah fitnah The Malaysian Insider (TMI) terhadap beliau.
"Saya tidak pernah menyebut atau 'memperakui' bahawa PAS bekerjasama dengan Umno dalam isu MB Selangor," tulis beliau menerusi facebook Dewan Ulamak PAS Pusat.
Beliau selaku Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan laporan itu rekaan dan fitnah TMI yang sangat jahat.
Menurutnya, menasabkan kepada seseorang apa yang tidak disebut atau dikatakan oleh dirinya adalah fitnah jahat.
Jelasnya, antara petikan tulisan beliau bertajuk 'Ke mana PAS mahu dibawa' yang panjang ialah: "Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini."
"Petikan ini hanyalah penyataan bagi apa yang sedang berlaku iaitu TSKI disokong 26 Adun. Ia bukan satu 'perakuan' daripada saya bahawa PAS bekerjasama dengan Umno," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Tambahnya, Umno sememangnya mengisytiharkan di media sebagaimana semua orang tahu menyokong TSKI sebagai MB. - HARAKAHDAILY 4/9/2014
Sumber HD - 4-9-2014

Kembali kepada pemerintahan Islam dengan minda merdeka
1. Merdeka adalah istilah yang digunakan sebagai lawan kepada penjajahan. 31hb Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan bagi negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Sabah dan Sarawak juga turut merdeka apabila terbentuknya Malaysia pada 16hb September 1963.
2. Sejak bila Malaysia atau sebelumnya Persekutuan Tanah Melayu dijajah? Adalah tidak tepat apabila dikatakan Malaysia secara umumnya dikatakan dijajah ratusan tahun. Hal ini kerana tarikh penjajahan negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada tahun 1957 adalah tidak sama.
3. Paling lama adalah Melaka yang dijajah sejak tahun 1511 oleh Portugis, seterusnya Belanda dan terakhir Inggeris. Melaka adalah negeri yang dijajah ratusan tahun iaitu selama 446 tahun.
4. Selepas Perjanjian Pangkor 1874 negeri Perak menerima Residen British. Seterusnya Selangor pada bulan Ogos tahun 1874 dan Pahang pada tahun 1988. Sembilan negeri disatukan oleh Inggeris dan kemudian dipanggil Negeri Sembilan pada tahun 1895.
5. Selepas perjanjian Bangkok pada 9hb Julai 1909, penasihat British dipaksa untuk diterima di Negeri Kedah, Perlis dan Kelantan pada tahun1909. Johor dipaksa terima pada tahun 1914 dan paling akhir Negeri Terengganu pada 1919.
6. Ertinya Persekutuan Tanah Melayu secara umumnya kecuali Melaka tidak dijajah untuk tempoh yang panjang. Jika diambil tarikh tahun 1874 maka paling lama negeri-negeri Melayu dijajah ialah selama 83 tahun.
7. Untuk tempoh sebelum 1874 bagaimana kedudukan negeri-negeri Melayu? Jawapannya ialah sembilan negeri-negeri Melayu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan adalah negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Kedaulatan mereka adalah bersumberkan Islam yang menjadi rujukan pemerintahan raja-raja Melayu.
8. Hukum Kanun Melaka yang merujuk kepada Islam digubal zaman Sultan Muhammad Syah (1422-1444) dan dilengkapkan di zaman Sultan Muzaffar Syah (1445-1450).
9. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak yang merujuk kepada Islam digubal pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Perak ke 3 (1577-1584 M).
10. Hukum Kanun Pahang yang merujuk kepada Islam digubal tahun 1596 - Sultan Abdul Ghafur Muhaiyyuddin Syah, Sultan Pahang ke-12 dan berketurunan raja Melaka.
11. Undang-undang Kedah digubal pada tahun 1060H/1650M) oleh Sultan Rijaluddin Muhammad Syah, 1619-1652M) seterusnya Tembera Dato' Seri Paduka Tuan 1075H/1667M oleh Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1661-1688M) pada hari Isnin bulan Rabbi-I'I-awal tahun 1078H. Kedua-duanya bersumberkan Islam.
12. Undang-undang Johor yang bersumberkan Islam digubal oleh Sultan Mahmud Syah (1761-1821) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1789.
13. Penjajah Inggeris mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu yang telah dijajah itu dengan dua cara iaitu:
a - Pertamanya dengan mengadakan undang-undang yang memerlukan undang-undang Inggeris itu diikuti.
b - Keduanya dengan mengadakan mahkamah diketuai oleh hakim-hakim yang dapat mentadbir dan ada kalanya memasukkan undang-undang Inggeris.
14. Apabila merujuk kepada kes-kes yang diputuskan di Mahkamah, Hakim Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu tidak menafikan kedudukan Islam sebagai undang-undang asal Tanah Melayu. Contohnya kes Rahmah v. Laton pada tahun 1927 melibatkan pertikaian antara dua orang isteri terhadap harta sepencarian yang ditinggalkan oleh suaminya selepas suami meninggal. Mahkamah telah memutuskan bahawa Undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi ia merupakan undang-undang asal yang wujud dan diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu.
15. Di era penjajahan, undang-undang muamalat dan jenayah dianggap urusan keduniaan yang tidak kaitan dengan Islam. Akhirnya yang dianggap urusan agama dan adat-istiadat hanya merujuk kepada urusan ibadah dan perkahwinan yang dipanggil personal law sebagaimana pada tahun 1880, Inggeris memperkenalkan Ordinan yang dipanggil Muhammedan Marriage Ordinance (Ordinance no. 5, 1880).
16. Minda merdeka bererti meninggalkan penjajahan dan sistem pemerintahan penjajah dan kembali kepada Islam. Inilah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh PAS. Maka PAS tidak berjuang untuk hanya meruntuhkan sistem jahiliyah warisan penjajah yang diwarisi oleh Barisan Nasional lalu digantikan dengan jahiliyah baru yang diterajui oleh insan berbeza.
17. PAS tidak berkempen mengajak masyarakat meninggalkan mana-mana parti jahiliyyah untuk bersama dengan parti jahiliyah baru tetapi menyeru untuk meninggalkan sistem jahiliyah secara total untuk bersama dengan Islam. Perjuangan PAS adalah misi para Nabi sebagaimana firman Allah:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ ۚ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
Maksudnya: "Dan sememangnya Kami telah bangkitkan pada setiao umat seorang Rasuk untuk menyeru; hendaklah kamu mengabdikan diri kepada Allah dan hendaklah kamu menjauhi taghut-taghut." (Surah Al-Nahl ayat 36)
18. Minda Merdeka menuntut pemerintahan dikembalikan Allah sebagaimana firman Allah:
{إن الحكم إلا لله أمر ألا تعبدوا إلا إياه ذلك الدين القيم} [يوسف: الآية 40].
إن الحكم إلا لله
"Tiada hukum pemerintahan melainkan milik Allah. Dia memerintahkan agar kamu tidak menjadi hamba melainkan kepada-Nya. Itulah ad-Din yang lurus". (Surah Yusuf ayat 40)
19. Inilah seruan kemerdekaan oleh Rib'i bin Aa'mir di hadapan pemerintah taghut:
الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله ومن جور اﻷديان إلى عدالة اﻹسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة اﻵخرة
"Allah mengutuskan kami untuk kami berjuang mengeluarkan sesiapa yang Dia mahu daripada:
1. Daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada Allah
2. Daripada kezaliman agama dan fahaman (isme) kepada keadilan Islam
3. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat"
20. Marilah kita perjuangkan MINDA MERDEKA yang bebas daripada pengabdian kepada taghut selain daripada Allah termasuklah taghut pemikiran dan isme-isme sekularis, komunis, sosialis atau liberalis. Kembalilah kepada Islam. - HARAKAHDAILY 3/9/2014
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sumber HD - 3-9-2014

Pengharaman pukat tunda perlu objektif
Masyarakat antarabangsa telah lama membincangkan pengharaman pukat tunda kerana ia menjejaskan ekosistem dan kerosakan habitat ikan.
Seorang penyelidik di Institut Zoologi London, Dr. Alex Rogers pernah membentangkan hasil kajiannya di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekitar tahun 2006 untuk menyeru negara-negara mengharamkan aktiviti pukat tunda tersebut. Daripada hasil kajian beliau, Amerika Syarikat, Australia, Brazil dan Jerman adalah antara negara yang menyokong pengharaman tersebut.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga telah menyuarakan gesaan yang sama kepada kerajaan sejak tahun 2011. Malah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah bersetuju untuk menjalankan kajian terperinci berhubung perkara ini pada tahun 2013. Kemudian, pada awal bulan yang lalu, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan pula menyatakan bahawa pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelia kajian mengenai pemasalahan ini.
Mengapa perkara ini lewat diselesaikan oleh pihak kementerian walhal kita sedang berhadapan dengan masalah bekalan ikan di pengairan yang semakin mengecil dan krisis makanan ekoran daripada kegiatan pukat tunda tersebut? Terdapat beberapa isu utama yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat ini dengan segera bagi memastikan kelangsungan bekalan ikan di negara ini terjamin.
Pertama, penguatkuasaan lebih tegas perlu dilakukan untuk menahan dan mengenakan tindakan terhadap kira-kira 600 vesel nelayan pukat tunda yang menceroboh Zon A setiap tahun kerana melanggar Akta 317 (Akta Perikanan 1985). Secara purata hampir 175,000 tan metrik anak ikan ditangkap dalam setahun oleh nelayan pukat tunda. Tindakan tegas juga perlu dilakukan terhadap vesel-vesel pukat tunda asing yang menceroboh kawasan pengairan khususnya di Sarawak.
Kedua, Kerajaan digesa untuk menguatkuasakan larangan vesel pukat tunda yang menggunakan saiz mata di bawah ukuran 38 milimeter khususnya di Zon B dan Zon C. Kita perlu mencontohi negara-negara ASEAN yang lain yang telah menetapkan penggunaan baru bersaiz 60 milimeter. Buat masa ini, agak sukar pengharaman dilakukan secara total kerana ia boleh menjejaskan industri perikanan negara. Pendaratan ikan yang disumbangkan oleh pukat tunda merangkumi kira-kira 47.96% daripada 1.47 juta tan metrik setahun.
Ketiga, siasatan perlu dilakukan secara terperinci mengenai korelasi permintaan terhadap anak-anak ikan dan keperluannya di dalam sektor industri akuakultur. Sekiranya hasil pengeluaran industri akuakultur yang digunakan untuk makanan mencecah hampir sejuta tan metrik setahun daripada sumber itu, maka sudah tentu permintaan terhadap anak-anak ikan juga akan tinggi. Ini secara tidak langsung menyukarkan proses pengharaman ini. Maka, mekanisme bio teknologi alternatif yang efisyen perlu diwujudkan bagi memenuhi permintaan industri akukualtur tersebut.
Pengharaman pukat tunda perlu dilakukan secara objektif. Perkara asas yang perlu dititikberatkan ialah bekalan ikan dan krisis makanan di negara ini. Ia perlu dikonservasi secara bijak tanpa menjejaskan pendapatan para nelayan di negara ini. Oleh yang demikian, kajian ini perlu disegerakan tanpa bertangguh memandangkan lebih sedekad ia telah disuarakan oleh pelbagai pihak.
Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Sumber HD - 27-8-2014

Pengiktirafan besar ulama dunia kepada PAS
KOTA BHARU: PAS menyifatkan pengiktirafan ulama dunia terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, sebagai pengiktirafan besar untuk perjuangan Islam parti itu.
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata perlantikan itu juga sebagai pengiktirafan yang jelas kepada parti Islam di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan ke-41 di sini hari ini.
“Kita begitu berbangga apabila Tuan Guru Presiden kita dilantik sebagai orang kedua tertinggi dalam kesatuan ulama dunia,” ujarnya.
Menurutnya, untuk itu beliau menyeru seluruh anggota parti seluruh negara khususnya muslimat mempergiatkan lagi gerak kerja parti ke arah yang lebih baik bagi mencerminkan perjuangan parti itu kepada masyarakat.
Dewan Muslimat PAS Malaysia juga turut mengucapkan tahniah di atas pengiktirafan itu.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata apabila Tuan Guru Presiden dilantik Naib Ketua Ulama Sedunia di bawah Sheikh Dr Yusof Qardhawi, ianya memperlihatkan bukan sahaja pengiktirafan terhadap Tuan Guru, sebaliknya juga kepada PAS.
“Ia suatu pengiktirafan yang begitu tinggi terhadap perjuangan PAS di peringkat dunia,” katanya ketika ditemui hari ini.
Sehubungan itu, Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, berkata semoga tidak ada lagi pihak yang tidak puas hati serta mengkritik pimpinan Tuan Guru dalam parti.
“Ketika dunia mengiktiraf, kita anggota parti sendiri dan rakyat Malysia mengkritik serta masih mengeluarkan suara yang tidak berpuas hati, ianya amat tidak wajar sekali,” ujarnya.
Sehubungan itu, masyarakat seluruh dunia diminta jangan memperlekehkan perjuangan Islam apa lagi setelah pengiktirafan itu diberikan di peringkat dunia.
Jelasnya tidak ada ulama dalam Umno atau mana-mana aktivis di negara ini setakat ini dianugerahkan kedudukan yang begitu tinggi selepas Pengerusinya, Dr Yusof Al-Qhardhawi.
Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman.
Pelantikan mereka dipersetujui oleh ulama dunia yang bersidang di Turki, semalam.
Sementara Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin dipilih salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa kesatuan itu. - HARAKAHDAILY 23/8/2014
Sumber HD - 23-8-2014

Israel-Palestin: Konflik yang belum berpenghujung
GAZA tidak pernah sunyi daripada hentaman roket dan bom yang menyebabkan rakyatnya terbunuh dan segala bangunan serta infrastruktur di dalamnya runtuh dan ranap. Serangan dalam ‘Operation Protective Edge’ oleh Israel terhadap Gaza yang bermula 8 Julai lalu, sehingga kini telah mengorbankan lebih 2000 orang rakyat awam Palestin.
Angka kehilangan nyawa yang besar dan kemusnahan ribuan penempatan serta pemaksaan ke atas 1.8 juta rakyat Palestin untuk berhimpit bagi mendiami sebuah bandar kecil itu telah mengundang kecaman antarabangsa.
Lebih mendukacitakan, menurut laporan PBB, sekurang-kurangnya 425,000 orang pelarian di Semenanjung Gaza kini ditempatkan di pusat perlindungan kecemasan dan juga bersama keluarga angkat. Hampir 12,000 buah rumah pula telah musnah dan rosak teruk akibat serangan udara yang dilakukan Israel.
Beberapa sesi rundingan damai yang telah diusahakan oleh Mesir telah berjaya menatijahkan dua siri genjatan senjata yang bersambungan setelah peperangan berlaku selama sebulan. Genjatan senjata siri pertama selama 72 jam diikuti dengan siri kedua selama 5 hari setidak-tidaknya memberi ruang kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan serta mencari tempat tinggal baru untuk mereka berteduh.
Siri kedua genjatan sejata selama 5 hari juga telah berakhir. Rundingan damai bagi mengusahakan tempoh aman antara kedua-dua pihak yang lebih lama dilihat tidak berkesampaian apabila Israel enggan menunaikan tuntutan kata sepakat wakil Palestin. Antara tuntutan penting oleh wakil Palestin dalam rundingan damai itu ialah supaya Israel segera menghentikan pencerobohan ke atas Palestin, menamatkan perang ke atas Gaza dan membuka sepenuhnya kepungan ke atas Gaza yang telah dibuat selama 8 tahun.
Mewakili Palestin, HAMAS memahami benar kejahatan dan kelicikan Israel untuk memanfaatkan masa bertenang dalam tempoh genjatan senjata itu untuk memperluaskan pencerobohan dan jajahan ke atas Palestin secara halus dan senyap. Jika ia dibiarkan, semakin besarlah tanah Palestin akan terjajah. Oleh itu, tiga perkara yang dikemukakan oleh delegasi Palestin itu amat penting untuk dijadikan syarat perdamaian antara kedua-dua pihak.
Keterkinian maklumat-maklumat seperti yang dinyatakan ini tidak mudah untuk merumuskan penyelesai konflik Israel-Palestin yang telah tercetus selama hampir 70 tahun. Rakyat Palestin khususnya Gaza telah sangat menderita menanggung akibat pencerobohan tentera Israel yang sangat menyeksakan mereka.
Idea menamatkan konflik ini secara “two state solution” atau mendakwa Israel ke Tribunal Perang Antarabangsa atau membicarakannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau juga penyelesaian-penyelesaian yang lain, tidak mudah untuk direalisasikan. Campur tangan kuasa besar seperti Amerika yang bersandiwara mengecam tindakan Israel pada masa sama membekalkan bantuan kewangan dan persenjataan kepada Israel bagi terus membantai Palestin akan menyebabkan keadaan sedia ada bertambah rumit dan parah.
Namun demikian, atas rasa kemanusiaan sejagat dan demi kebenaran serta keadilan, bagi membela mangsa buas Israel, seluruh manusia perlu terus menyokong rakyat Gaza dan berusaha membantu mereka. Tindakan memboikot Israel, memberi sumbangan kewangan dan memanjatkan doa untuk rakyat Gaza amat wajar sekali untuk diteruskan.
Sebagai seorang muslim, kita wajib beriman bahawa Palestin akan diberikan “kemerdekaan” oleh Allah SWT pada suatu hari nanti dan hari berkumpulnya Yahudi di Palestin itu adalah hari binasa buat mereka. Itulah penyelesaian konflik Israel-Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. - HARAKAHDAILY 20/8/2014
Sumber HD - 20-8-2014

Kerajaan perlu perjelas keselamatan perairan negara
1. Kerajaan dituntut memberi penjelasan yang meyakinkan berhubung tahap keselamatan di seluruh kawasan pengairan Malaysia. Isu ini ditimbulkan kerana beberapa kes serangan dan rompakan berlaku terhadap kapal-kapal komersial sehingga membabitkan kerugian jutaan ringgit.
2. Daripada data yang dilaporkan, sebuah kapal Jepun yang membawa muatan 5 juta diesel dirompak di pengairan Pulau Ketam pada bulan April 2014. Kemudian, pada bulan Jun 2014, kapal dagang MT AI MARU juga dirompak di kawasan Timur Laut Sedili, Johor. Sebulan selepas itu, rompakan berlaku terhadap kapal kargo minyak MT Oriental Daily di pengairan Laut China Selatan. Kesemua kes ini dipercayai dilakukan oleh lanun.
3. Isu keselamatan pengairan negara khususnya di kawasan Selat Melaka sering menjadi tumpuan sama ada di peringkat rantau iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura mahupun di peringkat dunia. Tiga kes rompakan lanun yang berlaku kira-kira 4 bulan lalu menjadi tanda tanya bagaimana tahap sebenar keselamatan di pengairan tersebut.
4. Walhal, Malaysia terlibat dalam kerjasama maritim sama ada tiga hala melalui mekanisme Tripartite Technical Expert Group on the Safety Navigation (TTEG) dan mekanisme kerjasama yang melibatkan keanggotaan yang lebih besar iaitu di kalangan negara-negara persisir pantai, negara-negara pengguna dan industri perkapalan antarabangsa.
5. Oleh yang demikian, agensi-agensi penguatkuasaan maritim seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) harus menunjukkan sejauhmana kapasiti mereka bagi membanteras proliferasi kegiatan lanun yang merbahaya di kawasan pengairan negara.
6. Kita juga melahirkan kebimbangan terhadap isu kedaulatan negara apabila berlaku perubahan kerjasama kawalan keselamatan maritim yang melibatkan multilateral. Ini kerana penglibatan International Maritime Organization (IMO) pasca 11 September mengundang curiga terhadap isu kedaulatan negara.
7. Maka, kerajaan Malaysia wajar memberikan penjelasan berhubung tahap keselamatan di kawasan pengairan dan sejauh mana keberkesanan kerjasama maritim dalam membendung ancaman yang berlaku termasuk peranan IMO yang berkemungkinan mengundang rasa kurang senang dalam menjaga kedaulatan negara.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sumber HD - 17-8-2014
Terima Khalid: MB Kelantan nafi laporan mStar online
Laporan berita yang berkait dengan YAB Menteri Besar Kelantan merangkap Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) di bawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online mstar adalah tidak tepat sama sekali. Laporan akhbar tersebut boleh dirujuk di: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/10/pas-terima-khalid/
Perenggan kedua laporan mstar yang menyatakan 'Menteri Besar Kelantan memberitahu pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk Abdul Khalid yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari Sabtu kerana masalah disiplin' dengan disebut sedutan ucapan beliau yang berbunyi "terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR" adalah tidak benar sama-sekali.
Sebaliknya YAB Pemangku Ketua DUPP hanya menyatakan "itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia" apabila ditanya tentang masa depan politik Tan Sri Khalid selepas ini. Dalam menjawab soalan kepada wartawan pada tengah hari tadi di Perdana Resort ketika menghadiri majlis hari raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) beliau hanya menekankan agar masyarakat dan ahli PAS bertenang supaya dapat mewujudkan suasana terbaik dalam kemelut yang melanda Selangor dan ujarnya "DUPP sendiri kembali kepada tarikh mesyuarat PAS Pusat yang akan berlangsung pada 17 Ogos 2014 nanti dan kita tunggu apa yang diputuskan nanti" ujar beliau lagi "apa yang berlaku di Selangor kini adalah satu 'exercise' bagi membina kematangan berpolitik".
Beliau yang juga anggota Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) menegaskan bahawa ahli PAS perlu menghormati MSU yang merupakan badan tertinggi parti dan sentiasa memantau perjalanan PAS agar seiring dengan dasar dan prinsip PAS.
Beliau juga menyatakan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagaimana yang tersiar dalam berita headline TV3 pada jam 8 malam tadi. Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan MSU telah membincangkan hal ini, boleh jadi mereka yang melaporkan tersebut keliru antara Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.
Bertarikh 14 Syawal 1435/10 Ogos 2014
Penulis ialah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan merangkap Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sumber HD - 11-8-2014

Jangan terikut-ikut dengan cerita media baru
KUALA TERENGGANU: "Kita mesti mempunyai disiplin yang tinggi dalam melaksanakan tuntutan berjamaah," kata pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Menurutnya, tidak patuh kepada ketua adalah permulaan sifat munafik seseorang seperti mana yang diucapkan oleh sahabat Nabi s.a.w, Abu Darda' r.a.
Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Nerus kali ke-54 di pusat tarbiah PAS kawasan, Pekan Batu Enam pagi ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan ahli-ahli PAS supaya tidak terikut-ikut dengan pelbagai cerita melalui media baru.
"Jangan terikut-ikut dengan cerita media baru. Saya menyeru untuk kita semua berhati-hati apabila melayari internet supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh mengelirukan masyarakat dan jamaah," ujar beliau lagi. - HARAKAHDAILY 9/8/2014
Sumber HD - 9-8-2014

Dewan Ulamak sokong pendirian Presiden PAS
KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS menyokong pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor.
Yang berikut ialah kenyataan penuh Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Pemangku Ketua, Dewan Ulamak PAS Pusat:
Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh sikap dan pendirian Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan. Sila rujuk: ( http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/29937-saya-sokong-khalid-kekal-mb-presiden-pas)
Kenyataan Presiden itu adalah pendirian tegas berdasar keputusan yang telah dibuat oleh PAS berkait dengan PRK Kajang yang lalu iaitu:
1. Calon PRK Kajang diserahkan kepada PKR;
2. PAS membantu menurut keperluan; dan
3. Isu Menteri Besar Selangor tidak berbangkit.
Oleh itu, pendirian Presiden tersebut adalah berasaskan keputusan yang telah disepakati bahawa tiada perubahan MB Selangor dan Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan tiada sebarang alasan Syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Menteri Besar Selangor dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.
Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor sejak perlantikan beliau sebagai MB selepas PRU ke-13. Begitu juga, sejak beliau mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 sehingga berjaya kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk PR dalam PRU ke-13 lalu.
Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa maslahah mengekalkan jawatan beliau lebih kuat berbanding keperluan menukar MB baru. Sebarang usaha menukar MB Selangor tanpa persetujuan bersama tiga kompenan parti, PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan.
Pihak Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru semua ahli PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian Presiden dalam hal ini tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera. - HARAKAHDAILY 26/7/2014
Sumber HD - 26-7-2014

Sedekah bagi pihak si mati
TIDAK ada khilaf dan pertikaian di kalangan ulama sebagaimana dinukilkan oleh Imam Ibnu Abdil Barr, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Ibnu Qayyim bahawa sedekah orang yang hidup bagi pihak si mati memberi manfaat kepada si mati.
Antara dalilnya ialah hadis riwayat Imam Bukhari dan Abu Dawud daripada Sahabat Nabi SAW bernama Ibnu Abbas radiyallahu 'anhuma bahawa Sa'ad bin 'Ubadah radiyallahu 'anhu (1) bertanya kepada Nabi SAW;
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي تُوُفِّيَتْ وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا فَهَلْ يَنْفَعُهَا شَيْءٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ قَالَ فَإِنِّي أُشْهِدُكَ أَنَّ حَائِطِيَ الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَلَيْهَا
Maksudnya: "Wahai Rasulullah SAW, Ibu saya telah mati ketika ketiadaan saya. Adakah memberi manfaat kepadanya sekiranya saya bersedekah sesuatu bagi pihak ibu saya?" Nabi mengiyakan.
Kata Sa'ad; Justeru, saya bersaksikan kamu wahai Rasulullah SAW bahawa kebun kurma saya menjadi sedekah atas pihak ibu saya".
(1) Sa' bin 'Ubaadah adalah pimpinan suku Khazraj di Yathrib dan meninggal di bumi Syam tahun ke 15 H.
Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Aisyah radiyallahu 'anha:
أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ ، وَأَنَا أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ لَتَصَدَّقَتْ ، فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ أَتَصَدََّق ُ
عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ " .
Maksudnya: "Seorang lelaki datang bertemu Nabi SAW dan berkata; wahai Rasulullah SAW, ibu saya telah meninggal secara mengejut sedangkan beliau tidak memberi sebarang wasiat. Saya rasa sekiranya dia boleh bercakap pasti dia bersedekah. Adakah beliau mendapat pahala sekiranya saya bersedekah bagi pihaknya? Baginda menjawab; "ya".
Amalan ini juga disokong oleh Hadis Sahih riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah radiyallahu 'anhu bahawa Nabi SAW bersabda
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: "Apabila mati seorang manusia terputuslah amalannya melainkan 3 iaitu sedekah jariyah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang sentiasa berdoa bagi dirinya."
Hadis diriwayatkan juga oleh Imam Tirmizi, Imam Abu Dawud, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Ibnu Khuzaimah.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah radiyallahu 'anhu bahawa seorang lelaki berkata kepada baginda SAW;
إِنَّ أَبِي مَاتَ وَتَرَكَ مَالًا وَلَمْ يُوصِ فَهَلْ يُكَفِّرُ عَنْهُ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ ٍ
Maksudnya: "Bapa saya telah meninggal dunia dan meninggalkan harta sedangkan dia tidak membuat sebarang wasiat. Adakah menjadi satu kaffarah bagi dosanya sedekah saya bagi pihaknya? Baginda SAW mengiyakan.
Menurut Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, hadis di atas mengandungi dalil keharusan dan galakan sunat bersedekah bagi pihak si mati dan pahalanya sampai dan memberi manfaat kepadanya di samping juga memberi manfaat pahala kepada orang yang bersedekah itu sendiri. Hukum ini telah disepakati oleh umat Islam.
Hadis-hadis ini menggambarkan hasrat tinggi anak-anak untuk melakukan kebajikan yang memberi manfaat kepada ibu bapa mereka yang telah meninggalkan dunia ini. Peluang mereka yang telah mati untuk beramal telah berakhir. Tinggal lagi anak-anak dan zuriat yang mempunyai kesedaran untuk memanjangkan pahala mereka dengan bersedekah.
Cukuplah ibu bapa berbakti menggembeleng tenaga dan harta di saat kita kecil lalu apakah pula kebaktian kita buat mereka melibatkan harta yang kita miliki hasil daripada usaha gigih mereka membesarkan kita?
Bersedekah bagi si mati menjadi satu amalan kebajikan si anak kepada ibu dan bapa yang telah pergi selain daripada doa yang berterusan. Ia termasuk di bawah umum gesaan Allah Taala dalam firman-Nya
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ
Maksudnya: "dan perhambakanlah diri kamu kepada Allah dan jangan mensyirikkan dengan-Nya sesuatu dan dengan kedua ibu-bapa hendaklah dilakukan ihsan kebajikan." Surah al-Nisa ayat 36.
Hari ini begitu ramai anak-anak yang mewarisi harta benda seperti tanah dan wang tunai daripada ibu bapa mereka yang telah kembali ke rahmatullah hanya ghairah berebut dan mengagihkannya sesama pewaris dan dimanfaatkan untuk peribadi kehidupan dunia mereka. Apatah lagi sekiranya para pewaris sendiri tidak terlalu berhajat kepada harta warisan lalu dibiarkan beku tanpa dimanfaatkan.
Tidakkah mereka terfikir sekiranya sebahagian warisan itu disedekahkan dan diwakafkan bagi pihak ibu bapa mereka ia akan menjadi pahala yang panjang buat mereka yang telah pergi dan menjadi satu kebaktian anak-anak kepada ibu-bapa mereka.
Marilah kita menghidupkan sunnah ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang dijanjikan gandaan pahala ini. - HARAKAHDAILY 11/7/2014
Sumber HD - 11-7-2014

No comments:
Post a Comment