IPOH - Pas Perak tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap lima wakil rakyat parti itu yang tidak mengenakan pakaian istiadat pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri, 31 Mac lalu. Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, perkara itu jelas selepas pihaknya mendapati pakaian serba hitam yang dipakai ke semua wakil rakyat terbabit tidak melanggar sebarang kod etika berpakaian ketika menghadiri Persidangan Dewan Negeri. “Tiada sebarang peruntukan dalam kod etika berpakaian yang menyatakan memakai baju Melayu serba hitam adalah salah dan melanggar peraturan dewan. “Ingin saya tegaskan, pakaian hitam yang dipakai kelima-lima mereka itu juga telah dipersetujui ketika mesyuarat antara Adun PR sebelum ini,” katanya. Razman berkata, isu pakaian itu dipercayai sengaja diperbesarkan BN bagi mengalihkan perhatian terhadap kelemahan urus tadbir di Perak. Sumber TKO - 10-4-2015 PR Perak kecewa pelajar tahfiz diheret berhimpunIPOH: Pakatan Rakyat Perak kecewa apabila pelajar-pelajar sekolah tahfiz dan sekolah-sekolah pondok diheret untuk terbabit dalam perhimpunan haram di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi tadi. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kemungkinan pelajar-pelajar tahfiz itu disalah guna oleh pihak-pihak tertentu walaupun mereka tidak tahu akan perkara yang sebenar. Menurutnya, didapati pelajar-pelajar tersebut memegang kain rentang dengan pelbagai perkataan termasuklah 'DAP Parti Komunis', 'Perak Bukan Negeri Komunis' dan sebagainya. "Mungkin pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah salah guna budak-budak tahfiz ini dan banner yang dipegang oleh mereka adalah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. "Kenapa sanggup pergunakan mereka dalam himpunan itu, lebih-lebih lagi di waktu persekolahan hari ini," katanya ketika ditemui Harakahdaily di perkarangan Dewan Negeri Perak. Kata beliau, jelas terbukti Pakatan Rakyat Perak telah diburukkan oleh pihak-pihak tertentu di mata masyarakat termasuklah pelajar-pelajar tahfiz dan pondok. Adun Changkat Jering itu turut mempersoal sama ada pihak polis memberikan kebenaran kepada pihak penganjur untuk mengadakan himpunan tersebut atau tidak. Nizar hairan apabila tidak berlaku sebarang tangkapan atau tahanan daripada himpunan tersebut dan adakah kemungkinan ia direstui oleh pihak polis. Beliau memberitahu, himpunan tersebut telah menyukarkan Adun-Adun terutama dari kalangan Pakatan Rakyat untuk masuk ke bangunan itu. "Kami telah memohon satu usul di dalam untuk agar speaker memberikan jaminan kepada semua Adun termasuklah dari BN agar kemasukan ke bangunan sidang Dun tidak dihalang serta diganggu gugat. "Minggu lalu berlaku kepada Adun Menglembu, Lim Pek Har yang 'diganggu' oleh peserta himpunan dan hari ini seolah-olah berlaku lagi sedemikan," jelasnya. Ujarnya, usul yang dikemukakan oleh Adun Kepayang, Nga Kor Ming itu telah ditolak apabila speaker memberikan alasan apa yang berlaku di luar dewan bukan lagi bidang tugasnya. Namun begitu, tegas beliau, speaker sepatutnya mengarahkan Ketua Polis Perak untuk membuat tindakan yang selanjutnya termasuklah menjaga keselamatan Adun-Adun untuk masuk ke bangunan tersebut. Ratusan masyarakat telah berhimpun di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan berikutan tindakan Adun Pakatan Rakyat memakai serba hitam ketika istiadat perasmian Persidangan Dun Perak 31 Mac lalu. Antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengambil bahagian ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Perak, Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM), Majlis Belia Negeri (MBN) Perak, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Perak, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak, dan Pemuda Umno Perak. Beberapa gimik diadakan termasuklah membakar gambar pimpinan Pakatan Rakyat antaranya Mohammad Nizar dan Nga Kor Ming. Kelihatan beberapa buah bas membawa peserta demonstrasi tersebut termasuklah golongan wanita warga emas, dan semua peserta diberi baju kuning secara percuma. - HARAKAHDAILY 6/4/2015 Sumber HD - 6-4-2015 PERANG DUNIA KETIGA KERANA KRISIS AIR - ADUN SG RAPAT
YB RADZI ZAINON - ADUN SG RAPAT
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34696-perang-dunia-ketiga-kerana-krisis-air Sumber HD - 3-4-2015
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah murka dengan tindakan ADUN pembangkang yang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam. Beliau berkata ekoran tindakan biadab semua ADUN pembangkang itu menyebabkan Sultan Perak menitahkan untuk tidak menghadiri sesi bergambar dan majlis santapan. "Seorang Raja bukan mudah menyebut Beta murka tapi rakyatnya serta (saya) sebagai memanda menteri besar baginda, kita fahamlah apa ayat yang telah dizahirkan, jadi tak perlulah saya sebut kalau pembangkang nak tanya Tuanku murka atau tidak, saya nak sebutkan, ya, Tuanku murka," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri hari ini. Zambry berkata semalam merupakan hari bersejarah buat Tuanku yang merupakan keberangkatan pertama baginda ke DUN selaku Sultan Perak ke-35 dengan mengenakan pakaian rasmi Sultan dan akan dirakamkan dalam arkib negara. "Bagi seorang Raja, orang-orang penting, pemimpin dan sebagainya peristiwa itu dianggap bersejarah yang akan disimpan tapi bayangkan dengan tindakan mereka (pembangkang) yang juga akan menjadi sejarah. Walaupun apa yang mereka sebutkan taat setia, mohon ampun dan tidak berbelah bahagi kepada Raja, tetapi perbuatan semalam tetap terakam dalam sejarah," katanya. Selain itu, Zambry berkata tindakan pembangkang berpakaian serba hitam antaranya sebagai tanda protes dan solidariti terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah usaha untuk mengalih tumpuan terhadap isu sebenar yang menimbulkan kemarahan rakyat. "Saya menganggap kenyataan ini sekali lagi menunjukkan sikap sebenar mereka dan saya ulang sekali lagi, mereka tidak menunjukkan perbuatan yang mereka lakukan itu dengan penuh kekesalan dan jelas menunjukkan bahawa mereka tetap angkuh dan biadab," katanya. Zambry juga melahirkan rasa kecewa di atas tindakan pembangkang yang cuba mempertahankan diri dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Saya telah sebutkan bahawa semalam hari yang paling bersejarah buat Tuanku dan alasan yang diberi oleh mereka tidak menyalahi kod etika dan tunjuk protes mereka. "Kalau mereka benar ikhlas dan ingin menunjukkan protes mereka kenapa hanya semalam tetapi tidak hari ini, saya mengganggap ia hanyalah semata-mata alasan yang paling cetek dan tidak munasabah yang mereka gunakan pada hari ini," katanya. - Bernama MB, Exco Perak disaran isytihar hartaIPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) disaran membuat pengisytiharan harta. Abu Bakar Hussien (PAS-Titi Serong) berkata, pengisytiharan harta itu penting bertujuan memastikan setiap harta yang dimiliki boleh diaudit bagi mengelakkan mereka mempunyai harta dari sumber yang tidak sepatutnya. "Kita perlu mengambil langkah dan konsep yang telah diketengahkan oleh Saidina Umar Abdul Aziz itu. "Ini adalah antara reformasi yang perlu dilakukan bagi memakmurkan negara di samping berusaha untuk mengatasi kemiskinan," katanya. Ketua Whip Adun PAS Perak itu berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Perasmian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dewan Negeri Perak, dekat Ipoh hari ini. Selain itu, beliau turut mencadangkan agar semua pemimpin negeri mengamalkan budaya kehidupan berjimat-cermat. "Kalau nak beli baju, belilah yang murah, kalau nak pakai cincin, pakailah yang murah. Wujudkan budaya jimat cermat dalam kedidupan," katanya lagi. Abu Bakar menggesa agar semua pemimpin menjauhi sikap boros dalam menguruskan negara kerana ketika ini berlaku pembaziran dalam pemerintahan sama ada negeri mahu pun persekutuan. Tegas beliau, para pemimpin khususnya dalam konteks negeri itu sendiri perlu melihat bahawa pengurusan pentadbiran adalah satu amanah Allah. Oleh yang demikian ujarnya, kerajaan perlu mengamalkan amalan jimat cermat serta menjauhi pemborosan dalam pemerintahannya. "Kerajaan negeri perlu mengambil kira fiqh aulawiyat (keutamaan) dalam pengurusan dan tindakan. Dahulukan perkara yang perlu didahalukan dan kemudiankan mana yang perlu dikemudiankan. "Slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' merupakan satu slogan yang cukup baik, cuma perlu kepada perlaksaan yang bijaksana," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 1/4/2015 Sumber HD - 2-4-2015 PR Perak bimbang GST tingkat kadar pengangguranIPOH: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan kebimbangan kemungkinan kadar pengangguran di negara ini khususnya di negeri itu semakin meningkat akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Beliau berkata, kemungkinan ada perniagaan-perniagaan bermodal sederhana yang terpaksa mengurangkan kakitangan mereka untuk menampung kos perniagaan yang meningkat kerana sistem cukai itu. Justeru beliau mempersoal kesediaan Kerajaan Negeri Perak melaksanakan GST dan persiapan serta simulasi yang dilakukan terhadap apa yang akan berlaku apabila GST berkuat kuasa. "Jika sudah bersedia, apakah impak kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana kurang RM5,000 sebulan. "Apakah kesannya terhadap hutang seisi rumah, hakikatnya tanpa GST rakyat marhaen sudah pun hidup dengan hutang sekeliling dan bagaimana pula apabila ditekan dengan GST," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih Sultan Perak, dekat sini semalam. Mohamad Nizar yang juga Adun Changkat Jering turut mempersoal kesan GST kepada golongan tua serta pesara. Jika kerajaan menyedari hakikat kesan daripada perlaksanaan cukai tersebut katanya, kerajaan seharusnya mempunyai tindakan susulan untuk membantu rakyat mengurangkan beban dalam menghadapinya. Tegas beliau, kerajaan negeri sepatutnya telah membuat kajian terhadap kadar inflasi untuk 3, 6 dan 12 bulan yang akan datang sejurus GST dilaksanakan di dalam negara ini. "Jika ya, adakah Kerajaan Perak sudah ada satu pelan tindakan sekiranya kadar inflasi melebihi kadar yang dijangka untuk mengelakkan rakyat tertekan serta terbeban dalam menghadapi kehidupan seharian mereka," tegasnya lagi. Kerajaan mula melaksanakan GST bermula semalam dengan kadar enam peratus. - HARAKAHDAILY 2/4/2015 Sumber HD - 2-4-2015 BIADAB : ADUN PR PERAK BIDAS ZAMBRY - KETUA PEMBANGKANG http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34659-biadab-adun-pr-perak-bidas-zambry Sumber HD - 1-4-2015 TANGANI KEMISKINAN FARDHU WAJIB TITAH SULTAN NAZRIN - PERASMIAN SIDANG DUN PERAK
DYMM SULTAN NAZRIN MERASMIKAN MESYUARAT DUN PERAK PENGGAL KE-3 DUN KE-13
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34644-tangani-kemiskinan-fardhu-wajib-titah-sultan-nazrin Sumber HD - 31-3-2015 PROTES, ADUN PR PERAK HITAM DI SIDANG DUN - KETUA PEMBANGKANG
ADUN-ADUN PR PERAK MEMAKAI SERBA HITAM TANDA PROTES PERISTIWA YANG BERLAKU SEKARANG
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34639-protes-adun-pr-perak-hitam-di-sidang-dun Sumber HD - 31-3-2015 Rupanya dia tinggal dalam sebuah van burukKUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria pernah menziarahi saudara baru, Abdul Aziz Ong Abdullah yang hidup terabai. "Mulanya saya tak tahu dia Islam setelah kata itu arwah Tok Guru...sama nama dengan saya tau...saya pun Aziz juga... Saya pun berkenalan ringkas dengan Aziz," tulisnya menerusi facebook. Rupanya, tambah Razman dia tinggal di dalam sebuah van buruk di bengkel tersebut. "Sedih saya bila ditunjukkan van yang dijadikan rumah. Ada sejadah, ada tasbih ada Al-Quran...," tulis Razman lagi. - HARAKAHDAILY 25/3/2015 Sumber HD - 25-3-2015
Kenapa Nizar Jamaluddin membelakangi PAS Perak dalam membuat keputusan berkenaan hudud di Perak dan termasuk di Kelantan? Malah Nizar dengan beberapa kepimpinan PAS yang dikatakan tidak setuju dengan kepimpinan ulama dalam PAS telah membuat perjanjian dengan DAP atas nama Pakatan Rakyat Perak. Ok kita terimalah Nizar tu Pengerusi PR Perak, tapi takkan di tandatangan itu mewakili PAS Perak sedangkan semua orang tahu Pesuruhjaya PAS Perak ialah Tuan Haji Razman Zakaria semenjak 2013 lagi. Kenapa boleh jadi begini? Tanpa rujuk PAS Perak dan PAS Pusat buat keputusan sendiri? Selama ini kita banyak banyak keburukan Pesuruhjaya PAS Perak diada-adakan di interenet. Malah serangan secara berkala dan khusus menunjukkan ada perancangan yang teratur untuk menjatuhkan Pesuruhjaya PAS Perak yang sah? Marah bila orang jatuhkan kita sebagai MB secara tak sah. Tapi kenapa kita buat perangai macam UMNO juga dalam menepikan Pesruhjaya PAS Perak? PAS Perak telah membuat kenyataan berkenaan isu ini:- Saya ingin menegaskan bahawa pendirian PAS Perak mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan adalah selari dgn keputusan dan pendirian PAS Pusat. Kalau kita tak suka UMNO buat jahat (menjatuhkan kita secara tak sah) jangan kita buat kerja macam UMNO untuk jatuhkan sahabat kita dalam gerakan. Nordin Bin Ali http://nordinali.blogspot.com Enakmen Syariah: PAS Perak selari dengan PusatIPOH: Pendirian PAS Perak selari dengan PAS Pusat berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS) yang diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan minggu lalu. Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pendirian tersebut dibuat selepas mengadakan perbincangan secara teliti dalam mesyuarat Lajnah Politik PAS negeri dengan mengambil kira perkara termasuklah isu-isu yang sedang berbangkit. "Saya ingin menegaskan bahawa pendirian PAS Perak mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan adalah selari dengan keputusan dan pendirian PAS Pusat. "PAS Perak juga akan meningkatkan usaha penerangan mengenai isu ini kepada rakyat melalui Pakatan Rakyat Perak," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini. Beliau menjelaskan, parti itu akan terus berusaha memberi kefahaman kepada seluruh rakyat termasuklah para pimpinan dalam Pakatan Rakyat. Jelas Razman, tidak mustahil semua pihak termasuklah bukan Islam akan menerima hukuman ini sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan diberi peluang untuk mempraktikkannya bagi membuktikan keberkesanannya. - HARAKAHDAILY 24/3/2015 Sumber HD - 24-3-2015 PAS Dukacita Mahkamah Rayuan Penjarakan OKZ13PAS menzahirkan dukacita atas hukuman penjara yang dikenakan kepada 13 Orang Kena Zalim (OKZ) yang terlibat dalam demonstrasi membantah rampasan kuasa Barisan Nasional terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada tahun 2009. Menurut Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar, keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM 5000 ini pasti disambut dengan penuh rasa hiba oleh para ahli keluarga. “sebelum ini Mahkamah Tinggi telah mengenepikan hukuman penjara dan mengekalkan hukuman denda yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen,“ahli keluarga mereka akan rasa sedih,”ujarnya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, PAS mendoakan agar para ahli keluarga mereka yang dipenjara ini tetap tabah dan sabar menempuhi ujian ini. Katanya, PAS melalui Lajnah Kebajikan dan Badan Perhubungan PAS Negeri Perak akan berusaha untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh para ahli keluarga. “Sesungguhnya, mereka ini bukanlah penjenayah teapi rakyat biasa yang menyuarakan isi hati dalam mempertahankan kebenaran. “Semoga semangat perjuangan mereka ini akan tetap mekar dan menjadi tauladan buat semua pecinta keadilan dan kebenaran,”jelas beliau Sumber BO - 19-3-2015 Berjuang dan dipenjara, 13 hero rakyat tak didendangKUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menggagaskan solidariti mega buat 13 peserta himpunan membantah rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang dihukum penjara 10 bulan hari ini. Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, solidariti mega itu sebagai simbol pembelaan dan pada masa yang sama memastikan waris-waris mereka terbela dari sudut kebajikan dan pembelajaran. "Ada di kalangan mereka yang masih mempunyai anak kecil dan anak kelainan upaya. Namun tekad mereka untuk berjuang hingga akhir sememangnya menjadi inspirasi buat anak-anak muda yang mengimpikan perubahan. "Mereka adalah hero rakyat yang tidak didendang, orang-orang biasa yang mengambil risiko luar biasa untuk berjuang menegakkan lunas-lunas demokrasi walau sedar hukuman menanti di hujungnya," kata beliau dalam kenyataan hari ini. Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 kepada 13 peserta himpunan di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, lima tahun lalu kerana membantah angkat sumpah Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak selepas berlakunya rampasan kuasa di negeri itu. - HARAKAHDAILY 18/3/2015 Sumber HD - 18-3-2015 Ops Bubar: PAS Perak akan urus keluarga 13 OKTIPOH: PAS Perak memberi jaminan akan menjaga kebajikan ahli keluarga 13 individu yang dihukum penjara 10 bulan hari ini kerana menyertai himpunan membantah rampasan kuasa di negeri itu pada 2009. Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, proses rayuan kes ini akan diteruskan oleh peguam di peringkat Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Perak dalam memperjuangkan nasib mereka. "PAS negeri akan menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan kes mereka dan berusaha menjaga kebajikan ahli keluarga masing-masing. "PAS Perak sedang mengumpul maklumat waris mahupun ahli keluarga mereka yang terlibat. "Kami akan mengenal pasti keluarga yang terjejas secara mutlak di atas asbab keputusan ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara kepada mereka yang membantah angkat sumpah Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak dengan berhimpun di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Mereka ialah Bad Latif Mansor, 48; Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; Idris Mohd Thaib, 49; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan Yusoff Jaafar, 49. Sambil melahirkan simpati kepada keluarga orang kena tahan (OKT), Razman berkata, pihaknya akan menyusun tindakan serta program susulan termasuklah himpunan solidariti dalam usaha membangkit momentum dan kesedaran rakyat terhadap tragedi bersejarah ini. Dalam program-program yang dianjurkan itu, kata Razman, PAS akan mengumpul dana sebanyak mungkin bagi membiayai kebajikan kesemua mereka yang terlibat. "Kami akan melibatkan pimpinan di peringkat persekutuan bagi membuktikan bahawa PAS memperjuangkan serta bersama mereka yang telah berkorban dalam mengangkat hak rakyat," jelasnya lagi. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki menegaskan, pihaknya menghormati keputusan yang diputuskan oleh hakim Mahkamah Rayuan pada hari ini. Namun katanya, PAS Perak masih menaruh harapan tinggi dalam medan terakhir iaitu di Mahkamah Persekutuan agar keputusan adalah lebih positif. Beliau menyeru kepada semua ahli PAS khususunya serta seluruh rakyat yang cintakan keadilan untuk menyatakan solidariti dan menunaikan solat hajat agar kesemua OKT diberikan keadilan sewajarnya. "Ahli-ahli PAS diseru membantu ahli keluarga mangsa yang terlibat, itu adalah tanggungjawab kita bersama. "Kami simpati terhadap mangsa serta seluruh ahli keluarga kerana mereka bukan penjenayah dan mengamal rasuah. "Mereka hanya rakyat biasa yang tidak ada kepentingan sebaliknya hanya mahu menuntut keadilan sewaktu krisis politik di Perak tempoh hari," ujar Misbahul. - HARAKAHDAILY 18/3/2015 Sumber HD - 18-3-2015 Himpunan bantah MB Perak, 12 dipenjara 10 bulanKUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 kepada 12 individu yang terlibat dalam perhimpunan membantah pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 2009. Perhimpunan itu dibuat selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin sebagai menteri besar dijatuhkan. Mereka dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman yang berkuat kuasa hari ini. Hakim membuat keputusan itu dengan menolak keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini. Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman RM5,000 dan 2 tahun penjara sebelum ini manakala Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM5,000 tetapi tiada hukuman penjara di samping membebaskan 3 daripada mereka. Peguam tertuduh Aminudin Zulkipli berkata, memandangkan ini adalah kali kedua rayuan dibuat, agak sukar untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan kecuali mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Atas sebab itulah, katanya 12 yang didapati bersalah itu terus dimasukkan ke penjara hari ini juga. Pada awalnya, 13 yang didakwa, namun seorang lagi yang merupakan rakyat Indonesia gagal dibawa ke mahkamah hari ini. Oleh itu, pihak pendakwa menarik balik rayuan ke atasnya dan kekal dengan keputusan mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman denda RM 5,000 saja. Ketika majlis angkat sumpah jawatan Zambry, sekumpulan penyokong PR membuat bantahan dengan berhimpun di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar. - HARAKAHDAILY 18/3/2015 Sumber HD - 18-3-2015 BICARA KES NIZAR DIDAKWA FITNAH NAJIB BERMULA 10 JUN - MAHKAMAH SESYEN http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34190-bicara-kes-nizar-didakwa-fitnah-najib-bermula-10-jun Sumber HD - 6-3-2015 JOLLY SHANDY : LETAK GARIS PANDUAN BARU ELAK KEKELIRUAN - ASMUNI
PERTUBUHAN KESEDARAN PENGGUNA PERAK / PENYEDAR MAHU LABEL YANG LEBIH JELAS UNTUK TIDAK MENGGELIRUKAN PENGGUNA ISLAM.
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34027-jolly-shandy-letak-garis-panduan-baru-elak-kekeliruan Sumber HD - 24-2-2015 MURABBI UMMAH : JASA TUAN GURU DIKENANG SELAMANYA - MASDUKI http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33835-murabbi-ummah-jasa-tuan-guru-dikenang-selamanya Sumber HD - 13-2-2015 TITIAN KASIH JAMBATAN KEHARMONIAN KAUM DI PERAK - PENGERUSI LPNNP
YB DS IR MOHD NIZAR JAMALUDDIN - PENGERUSI LPN PERAK
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33698-titian-kasih-jambatan-keharmonian-kaum-di-perak Sumber HD - 6-2-2015 PR PERAK GESA KONVENSYEN NASIONAL DIAKTIFKAN SEMULA - PENGERUSI PR PERAK
YB DATO' SERI IR MOHD NIZAR JAMALUDDIN - PENGERUSI PR PERAK / ADUN AIR KUNING
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33614-pr-perak-gesa-konvensyen-nasional-diaktifkan-semula Sumber HD - 2-2-2015 PEMUDA PAS PERAK UCAP TAHNIAH KEPADA KAZIM ELIAS - DR RAJA ISKANDAR
DATUK KAZIM ELIAS - PENGASAS PENDIDIKAN AL BARAKAH
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33611-pemuda-pas-perak-ucap-tahniah-kepada-kazim-elias Sumber HD - 2-2-2015 FITNAH NAJIB : NIZAR TETAP MENGAKU TIDAK BERSALAH - NIZAR
YB DS IR MOHD NIZAR JAMALUDIN BERSAMA ISTERI, PIMPINAN PR DAN PEGUAM
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33567-fitnah-najib-nizar-tetap-mengaku-tidak-bersalah Sumber HD - 30-1-2015 PAKATAN MAMPU TANGANI KEMELUT EKONOMI PERAK - MP BATU GAJAH
YB V. SIVAKUMAR - AP BATU GAJAH / TIMBALAN PENGERUSI DAP PERAK
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33562-pakatan-mampu-tangani-kemelut-ekonomi-perak Sumber HD - 30-1-2015 WWW1 : TUNGGULAH APA KEPUTUSANNYA - NIZAR
YB MOHD NIZAR JAMALUDDIN BERSAMA PARA PEGUAM
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33500-www1-tunggulah-apa-keputusannya-kata-nizar Sumber HD - 27-1-2015 MINYAK TURUN : HARGA BAHAN MENTAH MASIH MAHAL - PEMUDA PAS PERAK
SDR MOHD SHAMSUL ALAUDIN - KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS PERK
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33421-minyak-turun-harga-bahan-mentah-masih-mahal Sumber HD - 23-1-2015 Harakah: Beli, Baca, Beri |
Posted on Tuesday, January 20 @ 13:28:09 MYT by paktam
Oleh DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS KITA sebagai ahli PAS sewajibnya menyokong sepenuhnya akhbar keluaran rasmi parti iaitu Harakah selagi pimpinan tiada pengarahan untuk memboikot atau tidak menggalakkan untuk membelinya. Harakah adalah pelopor kepada perjuangan PAS sejak puluhan tahun penerbitannya dan sesiapa pun tidak boleh menafikan bahawa akhbar tersebut telah mendekatkan PAS di mata masyarakat. Dengan pelbagai ruangan termasuklah politik, agama, sastera dan sebagainya, Harakah telah menarik minat masyarakat untuk membelinya tidak kira lapisan, ia bukan hanya terhad dalam kalangan ahli semata-mata. Harakah ternyata berjaya memberikan penerangan kepada masyarakat terhadap isu-isu semasa dalam negara di samping memberikan kefahaman tentang prinsip serta perjuangan PAS itu sendiri. Dakwaan Harakah melebihkan berita pimpinan lain ternyata meleset kerana setiap keluaran lebih 80 peratus beritanya adalah berkaitan PAS. Pimpinan PAS yang bersifat pelbagai dari segi kemahiran, kemampuan, kelulusan serta profesion telah diberikan ruang untuk berbicara dan menjawab segala isu mengikut kemampuan masing-masing. Tidak ada lagi berlaku, ada pimpinan yang digam atau disekat untuk keluar di dalam Harakah walaupun pimpinan itu sendiri secara umum mengkritik serta menggambarkan ketidakpuashatiannya kepada akhbar tersebut. Sememangnya ada laporan berita daripada pimpinan parti lain namun tidaklah hingga menenggelamkan pimpinan kita sendiri dan ia tidak pernah berlaku sejak daripada penerbitan pertama akhbar tersebut. Ada kalanya berita daripada pimpinan daripada luar parti telah dijadikan 'headline', ia dipilih bukan suka-suka sebaliknya dibawa mesyuarat dalam usaha menarik minat pembaca untuk melanggan. Ya, Harakah adalah akhbar rasmi parti, tetapi pembacanya adalah bersifat rencam daripada pelbagai lapisan termasuklah golongan atas pagar dan ahli BN itu sendiri. Sesiapa yang melanggan setiap keluaran kita akan mengetahui strategi pendekatan Harakah dalam memacu akhbar dan parti dalam mengharungi iklim politik negara. Akhbar ini dipimpin oleh pimpinan kita sendiri, ahli lembaga pengarahnya adalah pimpinan kita sendiri, Jawatankuasa PAS Pusat sentiasa menilai dan mengambil tahu akan pergerakan Harakah. Saya yakin, Harakah matang untuk mendengar kritikan, matang untuk menerima pandangan daripada mana-mana pihak dengan cara yang lunak serta bertamadun. Tidak perlu untuk berkempen untuk memboikot sebaliknya membantu untuk memperkasakan akhbar rasmi parti itu. Tekanan ini dirasai dengan sangat perit oleh seluruh staf khususnya wartawan melebihi apa yang dirasai oleh pimpinan dan ahli lembaga pengarah itu sendiri sedangkan mereka hanya melakukan tugas yang diamanahkan, kasihanilah mereka yang banyak berkorban kepada parti daripada memikirkan kesenangan mereka. Teringat kata-kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri Perak, beliau berkata, "Pembelian akhbar Harakah adalah infaq (sumbangan) kita kepada parti, belilah Harakah dengan niat nak tolong parti. "Walaupun kita tidak sempat baca atau sudah membaca daripada sumber-sumber lain, belilah untuk tolong parti" Harakah sememangnya bukan sumber dana rasmi parti, tetapi adalah penyumbang utama kepada parti dalam menggerakkan parti yang kita cintai ini. Setiap keluaran jika tidak ada aral melintang, saya akan membeli dua naskah. Setiap naskah akan ditinggalkan di mana-mana lokasi yang saya berhenti, itu cara saya dan pelbagai cara kita boleh aplikasikan dalam memasyarakatkan Harakah dan dalam masa yang sama melebarkan dakwah PAS di dalam kelompok masyarakat. Belilah walaupun tidak sempat untuk membaca atau sudah bermaklumat daripada sumber lain. Aplikasikan 3B: Beli, Baca dan Beri! *Penulis adalah pembaca tegar Harakah merangkap Penolong Setiausaha Agung PAS dan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak Sumber DD - 20-1-2015 |
7 RENTUNG BAS PERSIARAN TERBAKAR DI TAPAH - BERNAMA
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33266-7-rentung-bas-persiaran-terbakar-di-tapah
Sumber HD - 15-1-2015
NIZAR : DILEPAS TANPA DIBEBAS DAKWAAN FITNAH NAJIB - HAKIM MAHKAMAH SESYEN IPOH
YB DATO' SERI MOHD NIZAR JAMALUDIN DIIRINGI PEGUAM DAN PARA PENYOKONG
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33243-nizar-dilepas-tanpa-dibebas-dakwaan-fitnah-najib
Sumber HD - 14-1-2015
UNIT AMAL LAIRNYA IKON MASYARAKAT - RAJA AHMAD AL HISS
UNIT AMAL BERAMAL KERANA ALLAH
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33222-unit-amal-lahirnya-ikon-masyarakat
Sumber HD - 13-1-2015
PAKATAN PERLU MANFAAT KEPAKARAN MEJAR ZAIDI - PEMUDA PAS PERAK
MEJAR ZAIDI AHMAD
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33216-pakatan-perlu-manfaatkan-kepakaran-mejar-zaidi
Sumber HD -13-1-2015
AKSI K-POP : IBUBAPA PERLU PEKA TINGKAH LAKU ANAK - ANAK - MISBAHUL MUNIR
USTAZ MISBAHUL MUNIR MASDUKI - KETUA PENERANGAN PAS PERAK
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33214-aksi-k-pop-ibu-bapa-perlu-peka-tingkah-laku-anak
Sumber HD - 13-1-2015
RUMAH BUDIMAN PEMUDA PAS PERLU DANA - BENDAHARI PPM:
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33137-pemuda-pas-perlu-dana-realisasi-rumah-budiman
Sumber HD - 8-1-2015
Banjir: Tanggungjawab kerajaan, parti politik & rakyat
SELEPAS selesai program ‘Mewarna Perpaduan’ yang melibat kanak-kanak pelbagai bangsa anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Perak yang dipimpin oleh Hairul Nizam Ishak telah disusun awal sebelum ini diadakan di Parit Buntar telah dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan ramai, selain itu turut membuka kaunter tabung bencana banjir di situ.
Kebetulan cuti umum Tahun Baru, saya terus bergegas ke Pusat Operasi Banjir (POB) PAS Perak di Bagan Serai untuk meninjau sendiri keadaan bencana banjir di sana ditambah keadaan yang sama turut berlaku di Kuala Kangsar menyebabkan pergerakan saya terbatas, di sana saya berjumpa dengan Yang Berhormat Hussin Din, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan.
Mendapat taklimat ringkas daripada beliau yang juga ADUN Kawasan Selinsing tentang keadaan terkini di sana yang dan juga dilaporkan telah berlaku puting beliung, saya bersimpati dengan kejadian tersebut dan sebagai sebuah Parti Politik akan berusaha keras membantu rakyat yang ditimpa kesusahan dan bencana yang cukup memberikan kesan kepada kehidupan harian mereka.
Kawasan jelapang padi di Daerah Kerian ini dan dalam masa yang sama meliputi Kawasan Koridor Utara (NCER) perlu diberikan tumpuan khusus oleh pihak Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan kerana ia sebagai satu pelaburan besar sebelum ini yang dilancarkan sebagai salah satu Pusat Makanan Negara yang memfokuskan tanaman padi khasnya.
Sudah tentu ia akan terjejas setelah berlakunya banjir yang akan mengakibatkan kerosakan tanaman padi dan juga tidak terlepas pengusaha padi iaitu kediaman mereka terkena bencana banjir, usaha pembinaan tebatan banjir perlu diagendakan selepas ini oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan Majlis Daerah Kerian (MDK) untuk diberikan fokus utama.
Dengan usaha ini, diharapkan bencana banjir di Daerah Kerian ini dimaksimakan dan diatasi sebaiknya, serta seperkara lagi adalah tentang kawasan perindustrian ternakan Ikan Arowana yang perlu dinilai semula kerana ia melibatkan kawasan tanaman padi yang digunakan bagi tujuan perindustrian ternakan terutamanya di sebahagian di Bukit Merah.
Saya harapkan Kerajaan Negeri Perak meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang pernah membentangkan laporan perindustrian ternakan Ikan Arowana yang melibatkan status tanah daripada kawasan pertanian kepada industri perikanan walaupun ia berkaitan isu status nilai tanah tetapi dalam masa yang sama menunjukkan kedudukan peralihan status yang sedia ada.
Bagi saya, penduduk mengharapkan pembelaan dan dalam masa yang sama turut membantu pertumbuhan sumber yang difokuskan oleh NCER selama ini dan ia seiring diantara semua pihak yang terlibat terutamanya peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Perak yang melibatkan pertanian, perikanan dan juga status tanah serta masa depan NCER di sana.
Setelah lebih sejam di sana, saya terus bergegas pula ke POB PAS Perak di Pasir Salak dan sebelum itu singgah di tempat kejadian kanak-kanak yang dilaporkan terlibat dihanjutkan air berhampiran Kampung Gajah yang masih belum dijumpai lagi, bersama Bendahari Pemuda PAS Malaysia Haji Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berdoa agar dipermudahkan usaha mencari di situ.
Saya dan beberapa sahabat selepas itu terus ke POB untuk membantu menurunkan barangan bantuan yang baru sampai yang diberikan oleh orang ramai di sana, banyak barangan keperluan yang diberikan untuk kemudahan mangsa banjir yang sangat memerlukan untuk mereka dan ahli keluarga mereka berikutan hampir lebih dua minggu berdepan dengan banjir.
Di Kampung Gajah saya lihat, air masih belum surut sepenuhnya dan masih memerlukan bantuan bekalan makanan untuk keluarga mereka kerana masih tinggal di kediaman terutamanya rumah dua lapis yang tidak terjejas teruk dan masih boleh berteduh di atasnya dan ini antara fungsi ‘Dapur Rakyat’ di POB PAS Perak iaitu membekalkan makanan kepada mangsa.
Kampung Gajah adalah sebuah DUN yang pernah diwakili oleh mantan Menteri Besar Negeri Perak iaitu Tan Sri Datuk Seri Diraja Ramli Ngah Talib, saya lihat banyak pembangunan yang dilakukan di sana dengan istilah lain ‘ini kawasan MB’ sudah tentu banyak projek-projek akan disalurkan di sana ketika itu terutamanya juga beberapa cawangan agensi kerajaan yang ada.
Melihat dengan suasana yang ada di situ, pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak perlu menilai semula terutamanya Pejabat-pejabat Kerajaan di situ setelah bencana banjir berlaku berikutan kerosakan yang mengakibatkan kos membaiki aset yang ada perlu akan meningkat tinggi, ini kerana kejadian seumpamanya bila-bila masa akan berulang kembali.
Bentuk nilai semula yang saya maksudkan, keperluan Pejabat-pejabat cawangan agensi kerajaan yang berada di situ perlu distruktur semula atau berpindah bagi mengelak risiko berulangnya kembali seperti bencana banjir baru-baru ini, perpindahan perlu kepada kawasan yang berstrategik dan lebih tinggi agar risiko banjir dapat dielakkan di masa yang akan datang.
Satu lagi kelebihan ‘ini kawasan MB’ adalah Kompleks Sejarah Pasir Salak yang dibina pada tahun 1990 penuh dengan sejarah pembinaannya, tidak saya nafikan kewujudannya tetapi sungguh sedih setelah melihat kiriman gambar daripada sahabat saya, Salman Haji Saleh yang meninjau sendiri bencana banjir di situ pada awalnya setelah seluruh bangunannya dimasuki air banjir.
Pada 1 Januari yang lalu, saya juga berkesempatan melihat kompleks tersebut dan mengambarkan kiriman gambar tempohari masih tidak berubah ketika itu, saya tidak dapat menilai kerosakan di kompleks tersebut dan saya berharap pihak Kerajaan Negeri Perak membantu membaiki kompleks tersebut yang memerlukan perhatian daripada kerajaan negeri.
Tidak terlepas terkena kesan banjir juga adalah Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah (SARJANA), Jalan Tanjung Tualang, Kampung Gajah yang hampir 90 peratus dipenuhi air banjir. Sekolah ini adalah sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh yang di tadbir oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan (JAIPk) yang dibuka pada tahun 2000.
Saya harapkan Bajet tahun 2015 Negeri Perak untuk JAIPk ditingkatkan untuk membangunkan semula SARJANA dan ia salah satu imej sekolah aliran Agama milik kerajaan negeri dan sebuah nama besar institusi DiRaja, dalam tempoh pembukaan sekolah tidak lama lagi saya harapkan agar JAIPk bekerja keras untuk membersihkan sekolah tersebut dengan segera.
Pada saat ini, saya dapat lihat semua pihak yang terlibat secara langsung dengan bencana banjir ini dan kepada mereka yang bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir tiada kata yang dapat diucapkan dan syabas kepada mereka semua kerana membantu sedaya upaya yang ada dan saya panjangkan ucapan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Selangor.
RM100,000 yang disumbangkan oleh mereka mempunyai nilai kemanusian dengan matlamat membantu, tahniah juga saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak atas sikap yang ditunjukkan dengan membuang sikap sombong dan akuh untuk terus berbakti kepada rakyat dan inilah tanggungjawab sesebuah kerajaan sepatutnya.
Sama ada sesiapapun diberikan amanah sebagai Wakil Rakyat, ataupun mentadbir kerajaan, mereka perlu amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugas hakiki mereka, perlu tunjukkan kualiti kerja yang baik dan bersungguh-sungguh serta mengutamakan rakyat yang di dalam kesusahan termasuk mangsa banjir kini.
Kepada pihak kerajaan melalui parti politik yang memerintah ataupun tidak, itu bukan alasan untuk tidak membantu rakyat di dalam kesusahan dan kami di Perak telah buktikan untuk rakyat agar mereka terus dibela dan dipastikan hak mereka dalam keadaan sekarang seperti membina kehidupan baharu setelah melalui satu pasca banjir yang penuh dengan memori peribadi mereka. – HARAKAHDAILY 6/1/2014
#Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak dan juga Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar Bandar DiRaja
Sumber HD - 6-1-2015

Skuad Dapur Rakyat beri khidmat terbaik untuk mangsa banjir
KUALA KANGSAR: PAS sangat berpuas hati dengan skuad "Dapur Rakyat" yang telah memberikan khidmat terbaik kepada mangsa-mangsa banjir.
(Gambar atas: Salahuddin bersama dengan beberapa orang anggota ATM yang bertugas semasa banjir di Lenggong, Perak)
Pengarah Pusat Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), Salahuddin Ayub berkata, skuad tersebut menggalas tanggungjawab yang besar dalam menjaga kebajikan mangsa banjir dari segi makanan.
Menurutnya, dapur rakyat telah dibuka dan beroperasi di bawah MEDM di semua lokasi banjir di seluruh negara.
"MEDM 'salute' dan mengucapkan terima kasih kepada skuad Dapur Rakyat di semua pusat operasi banjir, mereka yang telah memberikan khidmat yang terbaik.
"Ternyata skuad tersebut telah menjadi 'trademark' dan dikenali oleh masyarakat khususnya mangsa-mangsa banjir," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah di Dapur Rakyat Kuala Kangsar, semalam.
Naib Presiden PAS itu menyatakan, ketika beliau melawat semua pusat operasi banjir PAS, Dapur Rakyat telah memainkan peranan mereka dalam membantu mangsa banjir yang ditimpa musibah mendapat keperluan makanan.
Katanya, tidak kurang sehari sebanyak dua sesi bekalan makanan disalurkan kepada semua mangsa tanpa mengira batasan politik.
Katanya, kerajaan tidak memainkan peranan serta tanggungjawab mereka dalam soal kebajikan mangsa-mangsa banjir di luar pusat pemindahan.
Tegas beliau, PAS sangat kecewa apabila kerajaan melalui agensinya gagal memastikan mangsa-mangsa banjir dalam keadaan yang terjaga daripada semua aspek.
"Tidak kira di pusat pemindahan atau di mana sekali pun, kerajaan pusat melalui agensinya perlu bertanggungjawab membantu menyediakan bantuan makanan mangsa-mangsa banjir.
"Tak sepatutnya berlaku mangsa banjir dalam keadaan kelaparan, walau bagaimanapun PAS tetap memikirkan aspek terus dengan menubuhkan skuad Dapur Rakyat," jelasnya lagi.
Dalam lawatannya ke Perak, Salahuddin telah meninjau lokasi banjir di Kuala Kangsar, Pasir Salak, Sungai Siput dan Lenggong.
Beliau turut melawat semua PEDM yang ditubuhkan di semua lokasi banjir bagi memastikan pengoperasiannya mengikut arahan yang dikeluarkan di peringat pusat. – HARAKAHDAILY 3/1/2015

Banjir: PAS Perak arah cawangan hantar petugas
IPOH: PAS Perak mengarahkan semua cawangan di seluruh kawasan di negeri itu menghantar petugas sukeralawan di Pusat Pengurusan Kecemasan Bencana (PEDM) PAS di kawasan-kawasan yang terjejas. (Gambar atas: Pengarah PEDM PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad mendayung sampan melawat mangsa banjir di Pasir Salak)
Pengarah PEDM PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad berkata, cawangan PAS perlu memastikan menghantar sekurang-kurangnya empat orang dalam operasi ops cuci di kawasan yang terjejas banjir iaitu Kuala Kangsar, Pasir Salak, Lenggong, Parit dan Sungai Siput.
Menurutnya, ops cuci sudah mula beroperasi setelah air yang menenggelamkan rumah-rumah telah surut sepenuhnya.
"PAS Perak menggesa seluruh kawasan dapat kerah cawangan-cawangan bagi memastikan dapat menghantar petugas sukarelawan dalam operasi ops cuci.
"Diharap kawasan dapat menyediakan alat kelengkapan membasuh kepada sukarelawan masing-masing," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan, operasi mencuci ini dijalankan semula apabila dihentikan buat seketika beberapa hari lalu oleh kerana air masih belum surut sepenuhnya.
Katanya, berlaku kejadian rumah yang telah dicuci oleh sukarelawan PAS dan Jabatan Amal ditenggelami semula air bah.
Dalam pada itu, Idris menyatakan, PEDM PAS Perak akan berusaha untuk menyumbang dapur masak kepada setiap keluarga yang rosak alat kelengkapan itu.
Namun, katanya, ia bergantung kepada dana yang berjaya dikumpul serta diperoleh dalam merealisasikan hasrat itu.
"Kita cuba lancarkan infaq daripada setiap ahli PAS khususnya di Perak untuk menyumbang RM10 bagi menjayakan projek satu keluarga satu dapur.
"Pihak PEDM sedang mengumpulkan maklumat berapa keluarga yang memerlukan kelengkapan itu (dapur memasak) di semua kawasan yang terjejas banjir," jelasnya lagi.
Idris berpesan kepada seluruh ahli agar dapat sama-sama terlibat dalam semua aspek bagi membantu mangsa-mangsa yang sedang ditimpa musibah daripada Allah.
"Seruan saya kepada ahli yang tidak terlibat banjir, marilah sama-sama membantu mereka kerana hari ini berlaku kepada mereka, mungkin esok Allah uji kita pula.
"Kalau tidak kesian kepada mereka mungkin esok jika kita ditimpa musibah, orang tidak kesian pada kita pula," tambahnya lagi.
Ujarnya lagi, inilah masanya untuk PAS menjuarai berkaitan kebajikan kepada rakyat selaras dengan konsep Negara Berkebajikan.
Tegasnya, walaupun tidak memegang tampuk pemerintahan, PAS mampu membantu mangsa banjir sebaik mungkin malah dilihat lebih efisyen daripada agensi-agensi kerajaan yang terbabit.
"Kita bantu tanpa kira politik, syaratnya kita ikhlas dan bersatu hati serta tenaga di kalangan kita, Insha Allah dipermudahkan-Nya," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 3/1/2014

PAS ambil peranan kerajaan bantu mangsa
KAMPUNG GAJAH: PAS telah melaksanakan peranan kerajaan pusat dan negeri termasuklah agensi-agensinya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam membantu mangsa banjir.
Yang Dipertua PAS Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari berkata, pihaknya sentiasa menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir khususnya kelompok yang enggan berpindah ke pusat-pusat pemindahan.
Menurutnya, kebajikan mereka yang terjejas perlu diambil perhatian khususnya bekalan makanan di setiap sesi iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Katanya, banyak kampung yang terputus hubungan jalan raya mengakibatkan bekalan mereka juga terputus.
"Agensi kerajaan hanya menjaga kebajikan mangsa di pusat pemindahan sebaliknya yang kekal di rumah masing-masing tidak diambil perhatian oleh mereka (kerajaan).
"Kami (PAS) telah menjalankan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menjaga kebajikan mereka," katanya ketika ditemui Harakah di Pusat Pengurusan Kecemasan Bencana (PEDM) PAS Pasir Salak, Kampung Gajah dekat sini.
Oleh hal yang demikian, katanya, selain PEDM induk yang dibuka untuk menyelaras dan mengumpul bantuan orang ramai, PAS Pasir Salak turut membuka cawangan pusat operasi di beberapa buah lokasi.
Hal ini jelas beliau bagi memastikan semua mangsa yang terjejas banjir mendapat bekalan bantuan khususnya dari segi makanan sama ada mentah mahupun siap dimasak.
"Pusat operasi telah dibuka di beberapa buah lokasi iaitu Changkat Lada, Chenderong Balai dan Sejagop.
"Ia berperanan sebagai penyalur bantuan daripada induk kepada mangsa-mangsa oleh kerana lokasi tersebut terputus hubungan dengan PEDM," jelasnya lagi
Beliau menyatakan, selain menyampaikan bantuan, PAS turut menjalankan aktiviti kemasyarakatan di pusat pemindahan.
Usaha ini kata beliau sebagai suatu cara untuk memberikan semangat kepada mangsa banjir yang agak tertekan dengan musibah menimpa mereka.
"Oleh sebab PAS disekat memasuki pusat pemindahan, kami telah masuk melalui NGO dan menganjurkan program kemasyarakatan termasuklah pertandingan mewarna dan sebagainya.
"Kami akan terus berusaha memainkan peranan walaupun diuji dengan sekatan-sekatan dan sebagainya," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Mustafa mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang tidak putus-putus memberikan sumbangan kepada PEDM seterusnya disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.
Pelbagai pihak termasuklah parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Ikram, Haluan dan sebagainya telah memberikan pelbagai jenis sumbangan kepada PEDM.
"Saya mengharapkan sumbangan ini dapat diteruskan kerana operasi banjir ini masih banyak yang belum selesai terutama pasca banjir.
"Bantuan daripada pelbagai pihak sangat diharapkan agar PEDM dapat beroperasi sebaik mungkin membantu mangsa yang terjejas serta rumah yang terlibat," tambahnya lagi. – HARAKAHDAILY 2/1/2015

Dua beranak maut tanah runtuh di Cameron Highlands
IPOH: Seorang wanita hamil dan anak lelakinya maut manakala suaminya terselamat apabila bukit di belakang rumah yang mereka diami runtuh di Kilometer 46 Jalan Brinchang-Tringkap, Cameron Highlands di sini, awal pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu berkata M Nitiahwaty, 24, yang sedang hamil lapan bulan serta anaknya R Rubeniswaran berusia setahun maut akibat tertimbus tanah manakala suaminya V Raja, 41, patah kaki kiri dalam kejadian pada 5.30 pagi itu.
Wan Zahari berkata mangsa yang tinggal di sebuah rumah di belakang bengkel kereta tidak sempat menyelamatkan diri melalui pintu bengkel berkenaan.
"Raja bekerja di bengkel kereta itu dan mereka mendiami sebuah rumah haram yang hanya diperbuat daripada kayu dan plastik.
"Ketika kejadian, mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi pintu bengkel itu tertutup dan tanah menghempap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata suami mangsa tertimbus sehingga paras dada namun sempat diselamatkan pihak bomba manakala isteri serta anaknya tidak sempat diselamatkan kerana telah tertimbus.
Wan Zahari berkata kesemua mangsa warga tempatan itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Yusry Abdullah Sani berkata suami mangsa diselamatkan pada 7.15 pagi manakala mayat kanak-kanak itu dikeluarkan kira-kira 8 pagi dan mayat ibunya 30 minit kemudian.
"Ketika menyelamatkan mangsa lelaki itu, beliau berada dalam keadaan lemah kerana separuh badannya telah tertimbus manakala isteri dan anaknya ditemui tertimbus," katanya. - Bernama
Sumber HD - 30-12-2014

Banjir: Pusat patut kerah agensi kerajaan lebih awal
IPOH: Seluruh agensi kerajaan perlu bersifat proaktif dalam menghadapi kejadian bencana banjir di dalam negara.
Pengarah Pusat Pengurusan Kecemasan Bencana (PEDM) PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad berkata, kerajaan perlu mengerahkan seluruh tenaga agensi kerajaan yang terlibat termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba), Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) Marin, dan Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM).
Menurutnya, kesemua agensi tersebut mempunyai bidang kepakaran masing-masing terutama dalam operasi membantu dan menyelamat mangsa-mangsa banjir khususnya di kawasan terjejas terus dengan dinaiki air di tahap yang merbahaya.
Katanya, kerahan tersebut seharusnya telah dilakukan sebaik sahaja mendapat isyarat serta tanda-tanda akan berlaku kejadian bencana agar dapat melakukan operasi menyelamat seawal mungkin.
"Kerajaan seharusnya kerah seluruh tenaga yang mempunyai bidang kepakaran menyelamat khususnya di kawasan yang kuat aliran airnya.
"Kerahan perlulah bermula daripada awal, tidak sepatutnya khidmat mereka ini digunakan apabila banjir sudah ditahap yang merbahaya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menjelaskan, kerjasama semua agensi sangat diharapkan agar operasi membantu mangsa banjir dapat dilakukan dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini termasuklah kemalangan jiwa.
Beliau menjelaskan, PAS tidak mahu berlaku aduan bekalan makanan di pusat pemindahan tidak mencukupi kerana aspek tersebut adalah paling penting untuk diberi keutamaan.
"Setiap mangsa di pusat pemindahan perlu diberikan bantuan khususnya aspek makanan secukupnya, itu adalah tugas kerajaan untuk memastikan semua mangsa berada di dalam keadaan terbela.
"Kalau ini terjadi (bekalan makanan tidak mencukupi) maka ada yang tidak kena dan ia adalah satu kezaliman kepada mangsa banjir," ujarnya lagi.
Idris menyatakan, kerajaan perlu melayani mangsa banjir iaitu sebagai orang yang ditimpa musibah dengan sebaik mungkin tanpa memilih bulu dan menjauhi sikap “pilih bulu”.
Beliau mengharapkan kejadian petugas PAS dihalang untuk menyampaikan bantuan di beberapa buah tempat tidak berlaku di negeri Perak.
Petugas sukarelawan PAS katanya dihalau setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bajet sebanyak RM500 juta kepada mangsa banjir.
"Saya harap insiden petugas PAS dihalau di pusat pemindahan tidak berlaku di negeri ini (Perak).
"Beri ruang kepada siapa sahaja untuk membuat kebajikan kepada mangsa-mangsa kerana mereka juga ingin membantu, ini bukan masa untuk berpolitik tetapi ini adalah masa untuk membantu serta menyelamat," tegasnya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Idris melahirkan rasa gembira dengan komitmen yang telah diberikan oleh seluruh ahli PAS yang membantu dariapda pelbagai aspek tanpa putus-putus.
Menurutnya, walaupun PAS tidak memegang tampuk pemerintahan dengan kelengkapan yang terhad tetapi kerja buat yang dilakukan oleh jentera sangat memberi memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat.
Ujarnya, keberadaan PAS di setiap bencana tidak dapat dinafikan apabila seluruh tenaga dikerah untuk membantu dengan diberikan tugas serta amanah masing-masing. – HARAKAHDAILY 29/12/2014

Banjir: Jangan timbulkan suasana tidak tenteram
LENGGONG: Orang ramai digesa supaya tidak menyebarkan maklumat dan bahan berkaitan bencana banjir yang tidak benar dan tepat tanpa merujuk pihak berkuasa terlebih dahulu.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pihaknya mendapati banyak berita yang disebarkan di media sosial dan menjadi 'viral' adalah tidak benar dan tepat.
"Jangan timbulkan suasana tidak tenteram dan mencemaskan. Jangan timbulkan suasana yang tidak perlu sedangkan keadaan sebenar adalah terkawal," katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong di sini, malam tadi.
Menurut Wan Mohd Nor kekuatan anggota dan aset pasukannya setakat ini mencukupi bagi menghadapi keperluan bencana banjir yang melanda beberapa negeri terutama di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Aset jabatan itu boleh dipindahkan mengikut keperluan memandangkan bencana banjir tidak berlaku serentak di seluruh negara, katanya.
"Kejadian banjir ini berubah-ubah, kita boleh pindahkan aset-aset kita ke kawasan yang memerlukan selain itu kita juga mempunyai kerjasama erat dengan agensi lain seperti tentera dan polis yang sama-sama membantu," katanya.
Wan Mohd Nor berkata kesiapsiagaan keseluruhan 13,000 anggota pasukannya juga berada pada tahap tertinggi dan bersedia bertugas 24 jam.
Cuti tahunan anggota di negeri-negeri terlibat bencana juga dibekukan dan perkara itu telah dimaklumkan kepada pasukan, katanya.
"Kita nampak apa yang penting dalam situasi bencana adalah koordinasi pelbagai agensi yang berjalan begitu baik, sama ada dari segi pusat pemindahan, aset serta aspek logistik," katanya menambah anggota bomba yang ditugaskan 24 jam memahami tugasan, peranan dan tanggungjawab mereka. - Bernama
Sumber HD - 25-12-2014

PAS Perak kerah ahli bersiap sedia bantu mangsa banjir
IPOH: PAS Perak telah membuka pusat operasi banjir di beberapa buah lokasi di seluruh negeri.
Pengerusi Unit Bencana PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad berkata, seluruh ahli telah dikerah untuk bersiap siaga dan membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
Menurutnya, setiap PAS kawasan telah dikerah untuk menyumbang bantuan awal dengan sebilangan jumlah yang telah ditetapkan kepada Pusat Operasi Bencana (POB) PAS Perak.
Seluruh kawasan juga, kata beliau dikerah untuk melancarkan kutipan dana bencana secara berterusan serta-merta.
"Setiap kawasan perlu bersedia untuk menghantar petugas atau sukarelawan untuk ops cuci.
"Kami juga memutuskan untuk mewujudkan 'Dapur Rakyat' yang akan diuruskan oleh Dewan Muslimat PAS Perak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Bagi yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir, bolehlah disalurkan melalui Maybank: 558453100225 atau Bank Islam: 08013010040972.
Kuala Kangsar antara yang terjejas teruk apabila air sungai melimpah membabitkan beberapa lokasi termasuklah di sekitar bandar.
Banjir tersebut turut menenggelamkan banyak kedai dan bangunan-bangunan di pinggiran sungai sekitar bandar Kuala Kangsar termasuklah Arena Square Kuala Kangsar.
Sementara itu, menurut laporan bilik operasi banjir PAS di Lenggong, sebanyak 145 buah rumah ditelenggami air membabitkan seramai 751 orang di kawasan itu setakat tengah hari tadi.
Menurut seorang penduduk, Saidi Sabri, banjir tersebut berlaku bermula pagi semalam selepas hujan lebat tidak henti hingga mengakibatkan saluran air terkandas seterusnya menenggelamkan kampung-kampung berkenaan.
"Buat masa ini, mangsa banjir sangat memerlukan bantuan kilat terutama kelengkapan pakaian dan makanan," katanya kepada Harakahdaily.
Ahli Jabatan Amal Malaysia sedang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah disamping menyelamatkan harta benda. - HARAKAHDAILY 24/12/2014
2014 labuh tirai, PAS 63 tahun matang politik Islam
Tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dan PAS sudah pun menjangkau umurnya 63 tahun. Iaitu peringkat umur yang sangat matang dan berpengalaman.
PAS lahir pada 1951 manakala perjuangannya sudah bersusur galur semenjak penubuhan Hizbul Muslimin 1948, kejatuhan Aceh 1521 dan kejatuhan Pattani 1641. Ikhwan Muslimin Mesir ditubuhkan pada 1928 kemudian mula terserlah pada 1933. Jama'at Islami pula ditubuhkan di Lahore Pakistan pada 1941. Hamas ditubuhkan pada 1989, Front Islamic Salvation Algeria ditubuhkan pada 1970-an dan sebagainya.
Di persada lautan pengalaman ini, beberapa untaian isi yang boleh dipahat di dada sejarah PAS, lahirlah beberapa buah dan hasil yang dapat dipetik setelah proses penanaman dan pembajaan yang cukup lama. Antaranya;
a) Masyarakat Islam di Malaysia mula faham kewajipan dan keperluan berpolitik dalam Islam ke arah membawa wadah dan menzahirkan syiarnya. Walaupun sebelumnya masyarakat masih menganggap politik hanya sekadar kuasa kosong yang tidak perlu diperjuangkan.
b) Masyarakat Islam di Malaysia mula sedar bahawa tidak ada pemisahan di antara Islam dan politik, bahkan Islam bukanlah sekadar agama ritual dan Islam juga bukanlah seperti mana tafsiran Umno BN ketika menghuraikan Islam sebagai agama rasmi. Islam adalah agama persekutuan mengikut roh dan tafsiran perjuangan awal PAS supaya kalimat ini dicatat dalam perlembagaan Malaysia.
c) PAS juga mengajar erti tahaluf dalam mencapai cita-cita perjuangan Islam beserta had batasannya yang mesti diperhalusi dan diambil kira. Islam bukanlah keseluruhannya longgar selonggar longgarnya, tidak pula ketat seketat-ketatnya. Sebaliknya ada kelonggaran yang dibenarkan dan ada juga prinsip yang dipegang erat.
4. Dalam misi dakwah yang panjang, PAS telah berjaya mengetengahkan batasan kufur dan Iman dalam perjuangan. Tidak dibenarkan melangkaui batasan ini walaupun dengan idea idea yang kelihatan bernas serta rasional yang kelihatan betul. Walhal keimanan dan kekufuran itu mengikut garis neraca Islam.
5. Masyarakat juga mula faham mengapa PAS tidak boleh bersama perjuangan Umno yang merupakan parti yang terdiri dari kalangan Melayu Islam. PAS pertahankan prinsip dalam apa juga keadaan walaupun terpaksa kehilangan sokongan. Redha Allah lebih diutamakan daripada kepuasan manusia dan keuntungan dunia. Inilah bimbingan para ulamak haraki sehingga PAS berdiri teguh, istiqamah dengan dasar perjuangan tersendiri.
* Sebuah catatan di perjalanan musafir dari Selangor ke Kampung Luat, Lenggong.
Sumber HD - 17-12-2014

Contohi Pakatan Rakyat Perak - Misbahul Munir
IPOH: Kemelut dalaman Pakatan Rakyat tidak akan selesai jika semua pihak tidak menghormati pendirian masing-masing bagi mempertahankan matlamat perjuangan.
Ketua Penerangan PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki berkata, PAS sejak ditubuhkan sehingga sekarang berpegang teguh untuk mendaulatkan syariat Islam seperti yang terkandung di dalam Al-Quran serta termaktub dalam perlembagaan parti itu.
Menurutnya, rakan parti lain tidak ada hak memaksa PAS meninggalkan perjuangannya kerana prinsip tersebut telah wujud sebelum tertubuhnya gabungan Pakatan Rakyat.
Ujarnya, begitu juga DAP dan PKR mempunyai prinsip perjuangan yang termaktub dalam undang-undang tubuhnya, rakan parti lain juga tidak ada hak memaksa mereka meninggalkan prinsip perjuangannya.
"Hormatilah pendirian parti rakan dalaman Pakatan Rakyat, kita bersatu dengan matlamat mahu tumbangkan Umno BN yang mewarisi kezaliman serta penyelewengan zaman-berzaman.
"Pengalaman politik di negara itu tidak memungkinkan BN dapat ditumbangkan dengan mudah tanpa kerjasama politik parti-parti pembangkang di negara ini.
"Ternyata ianya dapat dibuktikan dengan kemenangan beberapa buah negeri hasil kerjasama dalam Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Tegas beliau, PAS Perak menyeru semua parti dalam Pakatan Rakyat tidak menggunakan media sebagai platform untuk mempersoalkan matlamat perjuangan parti rakan serta menidakkan perjuangan mereka.
"Apatah lagi isu-isu yang sensitif, sepatutnya gunakan saluran media untuk ranapkan Umno BN.
"Pakatan Rakyat Negeri Perak adalah contoh terbaik dan tetap utuh serta kuat hasil permuafakatannya melalui meja rundingan," jelas Misbahul lagi. - HARAKAHDAILY 16/12/2014

Tak sampai 30% janji p'raya dilaksana BN - Nizar
IPOH: Kerajaan Negeri Perak digesa memberikan penjelasan adakah telah melaksanakan segala janji yang ditaburkan dalam Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, manifesto yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pada ketika itu mengandungi 82 'janji manis' namun ianya masih belum direalisasikan oleh kerajaan walaupun sudah 20 bulan memegang tampuk pemerintahan.
Menurutnya, hasil daripada pemerhatian dan kajian pihaknya, sehingga ini tidak sampai 30 peratus daripadanya telah diselesaikan serta dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
"Sepanjang hampir 20 bulan pemerintahan BN, berapa banyakkah daripada 82 aku janji dibuat yang telah dicapai atau dalam proses perlaksanaan?
"Pelbagai janji seperti Simpanan Amanjaya sebanyak RM200 bagi setiap anak yang dilahirkan, had pendapatan isi rumah bagi kelayakan dermasiswa dinaikkan daripada RM1200 kepada RM3000, menaiktaraf perkhidmatan bas rakyat bagi setiap daerah, mewujudkan pusat jagaan harian kanak-kanak di setiap jabatan dan agensi kerajaan, meningkatkan peruntukan kepada Orang Asal sebanyak RM3 juta, membina 15 ribu rumah mampu milik dan banyak lagi.
"Saya harap Pangkor (Dr Zambry) berlaku jujur dalam menyatakan sama ada janji-janji ini telah atau sedang diselesaikan," katanya ketika membahaskan Bajet Perak 2015 dalam Persidangan Dun Perak, dekat sini hari ini
Mantan Menteri Besar Perak itu menjelaskan, Perak masih berhadapan dengan kemelut kemiskinan yang berpanjangan khususnya dari kalangan orang Melayu di luar bandar.
Ujar beliau, angka 5,000 keluarga miskin tegar di negeri itu adalah sangat 'keterlaluan' namun di dalam belanjawan negeri tahun hadapan tidak dibentangkan kaedah penyelesaiannya.
Jelas Mohammad Nizar, kaedah lama seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tidak menunjukkan keberkesanannya dalam usaha mengurangkan masalah kemiskinan tersebut.
"Kerajaan negeri perlu meneliti setiap perjanjian jangka panjang yang termeterai dengan agensi-agensi besar dan mega seperti Felcra, Felda, Plus, TNB dan sebagainya yang bertapak di negeri ini.
"Kita boleh mendapat manfaat daripada penglibatan serta keberadaan mereka di negeri ini, keuntungan yang mereka peroleh perlu disalurkan kepada Kerajaan Negeri Perak seterusnya diagihkan kepada rakyat," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 9/12/2014
Mangsa banjir di Teluk Intan meningkat 350 orang
IPOH: Jumlah mangsa banjir di Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini, meningkat kepada 350 orang setakat pagi ini berbanding 327 orang Khamis malam.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Degong yang menempatkan 23 mangsa banjir manakala di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong kekal 327 orang.
"Kita dapati air Sungai Bidor di Kampung Degong melimpah dan mengakibatkan banjir di kawasan itu. Cuaca pagi ini tidak hujan dan paras air sungai mencecah 28.7 meter," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Mohd Fazly berkata mangsa banjir di dewan itu melibatkan sembilan keluarga terdiri daripada lelaki dewasa sebanyak empat orang manakala perempuan dewasa (10), kanak-kanak lelaki (tujuh) dan kanak-kanak perempuan (dua).
Katanya mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong tidak dibenarkan pulang ekoran paras air sungai masih mencecah 3.54 meter.
"Kesemua mangsa melibatkan 97 keluarga terdiri daripada 66 lelaki dewasa, wanita dewasa (82), kanak-kanak lelaki (64), kanak-kanak perempuan (51), lelaki warga emas (17), perempuan warga emas (19), bayi lelaki (18) dan bayi perempuan (10)," katanya.
Penduduk yang terjejas dari empat kawasan penempatan di Lorong Mesra di Batu 7, Lorong Kedah di Batu 8, Lorong di Batu 11 dan Kampung Batu 9, katanya.
Banjir itu adalah yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan.
Dalam banjir pertama pada 14 Nov lepas, sebanyak 56 mangsa banjir dari Lorong Mesra dipindahkan. - Bernama
Sumber HD - 28-11-2014

Pengguna Islam di Perak rasa tidak senang status halal
KUALA LUMPUR: Isu halal sentiasa menarik perhatian rakyat Malaysia yang beragama Islam, Pengerusi Lajnah Pengguna dan Kerjaya Pemuda PAS Perak, Mohd Syakirin Husain.
Justeru, katanya Laporan Ketua Audit Negara, yang dipetik oleh Bernama, 10 November, bertajuk 'Rumah Sembelihan Ayam Di Pusing, Perak Tidak Patuh Syarat Sijil Halal - Audit' benar-benar menimbulkan rasa tidak senang kalangan rakyat khususnya mereka yang beragama Islam di negeri itu.
Katanya, berkata pihak berwajib perlu memandang serius perkara ini dan perlu tampil memberikan penjelasan.
"Kredibiliti pihak Jakim dan Jaipk telah sekian lama dipersoalkan. Jika isu-isu begini terus-menerus timbul tanpa penyelesaian yang tuntas dan segera, dibimbangi masyarakat Islam akan langsung hilang kepercayaan," ujarnya.
Menurutnya lagi, sebelum ini heboh isu sijil halal diberikan kepada syarikat pengeluar Bihun Cap Masjid yang didedahkan langsung tidak mematuhi syarat sijil halal, begitu juga isu coklat cadbury yang pernah ditimbulkan sebelum ini, dilihat seolah-olah tidak ditangani dengan baik.
Justeru, ujarnya Pemuda PAS Perak mendesak agar pihak berwajib mengambil langkah penyelesaian segera untuk menangani masalah berkaitan sijil halal ini.
Tambahnya, dibimbangi, kesilapan yang mungkin berpunca daripada sikap sambil lewa pengusaha-pengusaha, JAIPk dan Jakim pula yang terpaksa menanggung kesannya. - HARAKAHDAILY 13/11/2014
Sumber HD - 13-11-2014

Pemuda PAS Perak mahu Seladang tampil lebih mantap
JABATAN Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (JKKS) Pemuda PAS Perak mengharapkan skuad Bola Sepak Perak akan tampil lebih hebat dengan mengemukakan pasukan yang berkualiti dalam persaingan musim hadapan.
Kami yakin, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mempunyai perancangan besar bagi memulihkan kembali prestasi skuad The Boss Gaurus untuk musim hadapan termasuklah memancing pemain-pemain tempatan yang berkualiti.
Kami tidak menafikan usaha yang dilakukan oleh PAFA dalam menampilkan pasukan yang mantap pada beberapa sesi sebelum ini termasuklah 'rebranding' yang dilakukan tempoh hari.
Namun usaha dengan peruntukan besar yang diberikan tidak menampakkan hasil yang diharapkan apabila masih gagal membina pasukan yang kuat untuk bersaing dengan pasukan-pasukan elit di dalam kancah bolasepak tempatan.
JKKS Perak antara lain berharap agar pihak pengurusan dapat mengambil serius dalam pengambilan pemain import agar kantung PAFA tidak dihabiskan dengan pulangan yang hambar untuk mengisi kouta tersebut.
Kami melihat dalam beberapa musim sebelum ini, pengurusan PAFA gagal memilih pemain import yang berkualiti dan seringkali membuat pertukaran walaupun dalam masa yang singkat, ini sangat menducitakan penyokong apabila pemain import gagal memainkan peranan untuk memperkuatkan pasukan.
JKKS Perak juga sangat berharap agar pihak pengurusan tidak melepaskan pemain-pemain muda berkualiti yang telah berjaya digilap, kami yakin mereka mampu menjadi tunjang kepada kekuatan skuad seladang.
Usaha serius dan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh pihak pengurusan dan kejurulatihan dalam membina skuad Kejor Yop Skor disokong penuh oleh JKKS Perak kerana kami yakin semuanya adalah untuk kebaikan pasukan kesayangan rakyat Perak itu.
Kami meletakkan harapan yang tinggi kepada skuad seladang untuk merangkul kejayaan sekurang-kurangnya satu piala tahun hadapan dan berada dalam rangking empat pasukan terbaik di Liga Super.
Harapan ini bukanlah hanya daripada kami, tetapi harapan oleh seluruh rakyat negeri Perak khususnya penyokong setia skuad seladang yang tidak jemu-jemu berdiri teguh dibelakang pasukan yang dicintai mereka itu. – HARAKAHDAILY 12/11/2014
Penulis ialah Timbalan Pengarah 1, Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (JKKS) Pemuda PAS Perak.
Sumber HD - 12-11-2014

Operasi JPJ: Kaedah penuhkan kantung kerajaan?
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyambut baik usaha Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya dengan menggiatkan operasi menyeluruh di seluruh negara.
Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Alauddin berkata kesungguhan tersebut disokong dan disambut baik oleh Pemuda PAS oleh kerana ia adalah bertepatan dengan misi serta matlamat jabatan kerajaan tersebut.
"Namun begitu, kami menyatakan kekesalan di atas operasi yang tertumpu kepada kesalahan-kesalahan remeh seperti mengubahsuai nombor plat serta memasang lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp'," ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, pihaknya mengakui ia adalah satu kesalahan mengikut peraturan yang ditetapkan namun ia bukanlah penyumbang utama terhadap permasalahan yang sebenar.
Justeru, katanya Pemuda PAS sangat lucu dengan kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang seolah-olah mengaitkan kesalahan berkaitan pengubahsuaian nombor plat dengan kadar kematian di jalan raya.
Beliau berkata, ia adalah satu tanggapan yang menyimpang kerana tidak ada kena mengena kadar kemalangan jalanraya dengan faktor remeh tersebut.
"Pihak kami mempersoalkan apakah tindakan bersepadu dengan memfokuskan kesalahan remeh itu adalah usaha untuk 'menjerut rakyat' dengan mengenakan saman bagi memenuhkan kantung kerajaan," katanya lagi.
Sehubungan itu, ujarnya sangatlah tidak wajar mengenakan saman kepada rakyat dengan kesalahan kecil itu sedangkan banyak lagi kesalahan besar yang dilakukan terlepas begitu sahaja.
Jika itu adalah tujuannya, tambah beliau maka ia adalah satu tindakan yang tidak wajar apabila kesalahan tersebut bukanlah satu kesalahan yang besar sebaliknya ianya hanya berkisarkan tentang etika pengguna kenderaan semata-mata.
Katanya lagi, Pemuda PAS berpandangan, JPJ seharusnya menumpukan kepada kesalahan-kesalahan yang lebih berat termasuklah lebihan muatan oleh pemandu lori yang sangat memberi risiko kepada pengguna jalanraya yang lain.
"Kami juga tidaklah membantah jika JPJ bertindak keras kepada kesalahan-kesalahan yang besar termasuklah memandu laju yang sememangnya antara penyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya.
"Bertindak matanglah dalam mengenakan tindakan, fikirkanlah dengan rasional terhadap apa jua penguatkuasaan dengan memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan keuntungan kepada kerajaan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/11/2014
Sumber HD - 11-11-2014

JKKS wadah dekatkan PAS dengan anak muda
IPOH: Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (JKKS juga dikenali sebagai DACS) Pemuda PAS Malaysia adalah wadah untuk mendekatkan PAS dengan anak muda. (Gambar atas: Salman kanan menyerahkan modul JKKS Pemuda PAS Malaysia kepada Setiausaha JKKS Perak Shafiq Ariffin)
Pengarah JKKS Malaysia, Salman Saleh berkata, ia merupakan satu jabatan yang memberi fokus kepada pelbagai aktiviti belia dan kepemudaaan dalam usaha menarik sokongan kelompok itu.
Menurutnya, agenda utama JKKS ialah menjuarai serta menguasai anak muda dalam skop seni, budaya dan sukan yang dekat dengan hati mereka.
"JKKS sebagai wadah membina hubungan dengan kelompok anak muda yang menjadi harapan negara serta penentu kepada kedudukan sesebuah kerajaan.
"Ia juga dijadikan medan untuk menerapkan perjuangan PAS melalui pendekatan strategik penyampaian dakwah kepada anak muda dengan lebih kreatif dan berkesan," katanya ketika ditemui Harakah selepas mengadakan pertemuan dengan JKKS Perak 9 November lalu.
Program tersebut telah diadakan di Markas Tarbiyah PAS Tambun, Taman Meru dan dihadiri oleh wakil di setiap kawasan serta kepimpinan JKKS di peringkat negeri.
Salman menjelaskan, JKKS juga memainkan peranan untuk menerapkan nilai-nilai tarbiyah kepada generasi muda melalui program yang dianjurkan.
Beliau menyatakan, Jabatan itu diperingkat pusat telah dibahagikan kepada enam sektor iaitu kesenian, kebudayaan, sukan teras, sukan bukan teras, sukan rekreasi dan pilihan raya.
Dalam majlis itu juga, beliau telah menyerahkan Modul JKKS Pemuda PAS Malaysia kepada wakil JKKS Perak sebagai panduan kepada gerak kerja di peringkat negeri.
Ujar salman, modul tersebut antara lain mengandungi pengenalan strategi dan hala tuju jabatan bagi diaplikasikan di peringkat negeri dan kawasan-kawasan.
Ia juga sebagai panduan berkenaan struktur pengurusan JKKS dan bidang tugas setiap jawatan agar dapat bergerak dengan lebih berkesan serta tersusun.
"Jadikan modul ini sebagai panduan serta rujukan untuk kita jayakan lagi JKKS ini dalam semua peringkat agar setiap program yang kita anjurkan akan lebih berkesan dan mencapai matlamat," jelasnya lagi. – HARAKAHDAILY 10/11/2014
Sumber HD - 10-11-2014

SOHO 2: Pemuda PAS Perak mahukan penjelasan
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak menggesa kerajaan negeri tampil menjelaskan berhubung tender projek Ipoh SOHO 2 di Jalan Sultan Idris Shah, bersebelahan dengan Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Perak yang didakwa tidak dibuat secara tender terbuka.
Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata projek di atas tanah milik asal Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) yang digazetkan sebagai sebuah surau itu tidak melalui proses biasa tetapi masih diyakini meneruskan agenda kronisme.
"Walaupun pembatalan tanah milik PERKIM tersebut diberikan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), agak pelik kenapakah usahasama atau kurniaan projek Ipoh SOHO 2 tersebut diberikan kepada sebuah syarikat yang baharu didaftarkan dan tiada pengalaman?" soal beliau.
Menurut beliau, walaupun syarikat tersebut menggunakan jenama berkaitan dengan Negeri Perak, sebenarnya sesiapa sahaja boleh mendaftarkan syarikat tanpa disekat dan tiada kaitan dengan entiti kerajaan negeri atau satu perjanjian yang dimeterai.
Raja Ahmad berkata, apa yang menjadi kebimbangan adalah setiap tanah berstrategik yang ada, diberikan kepada kroni-kroni samata-mata tanpa ada kelayakan yang sepatutnya.
"Oleh kerana tiadanya pengalaman dan kemampuan syarikat yang diberikan projek tersebut dan ianya tidak melalui satu tender terbuka bagi memastikan syarikat tersebut layak mendapatkannya.
"Dan akhirnya, projek tersebut diserahkan kepada pihak ketiga tanpa dilebalkan apakah bangsanya dan ianya sangat memualkan serta memalukan dengan cara untuk mendapatkan projek tersebut," kata beliau lagi.
Beliau juga mahu kerajaan BN Perak sedar yang mereka pernah tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun 2008 yang lalu, disebabkan kemarahan rakyat berikutan amalan kronisme mereka. - HARAKAHDAILY 8/11/2014
Sumber HD - 8-11-2014

PAS Perak ucap takziah kepada Zambry
IPOH: Seluruh saf kepimpinan PAS Perak merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta seluruh ahli keluarganya di atas pemergian ayahanda beliau pagi tadi.
"Kami berharap beliau dan seluruh ahli keluarga tabah serta bersabar dengan ketentuan ini dan didoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
"Semoga pemergiannya itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memimpin negeri ini dengan adil dan penuh saksama," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria (gambar) dalam satu kenyataan.
Ayahanda Zambry, Abd Kadir Muhammad, 73, atau lebih dikenali sebagai Pak Karim menghembuskan nafas terakhir pada 1.10 pagi di Hospital Desa Pangkor di Pulau Pangkor kerana serangan jantung.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun sebelum bersara pada tahun lepas. - HARAKAHDAILY 14/10/2014
Sumber HD - 14-10-2014

Bajet 'gempak' anak muda, hidup makin terhimpit
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Perak berpandangan Bajet 2015 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rakyat tidak mengambil kira permasalahan utama rakyat iaitu kenaikan kos kehidupan seharian yang tidak terkawal.
Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Alauddin berkata kerajaan tidak peka terhadap kesengsaraan rakyat apabila kos kehidupan gagal dikawal dengan baik dan di dalam bajet tersebut tidak ada usaha untuk menyelesaikan hatta mengawalnya.
"Kami sangat peka terhadap kesengsaraan kelompok yang terbeban termasuklah golongan muda yang terhimpit dalam menentukan masa hadapan mereka oleh kerana cabaran yang dihadapi masa kini," ujarnya.
Menurutnya, anak muda semakin ramai yang menganggur walaupun mempunyai kelulusan oleh kerana peluang pekerjaan yang agak terhad.
Tambahnya, anak muda yang telah berkeluarga pula menghadapi cabaran besar untuk menstabilkan kehidupan seharian mereka oleh kerana peningkatan kos keperluan harian dan dalam masa yang sama pendapatan perkapita masih rendah.
Kata beliau lagi, pihaknya melihat bajet yang dikemukakan itu tidak begitu serius untuk menyelesaikan permasalahan tersebut sebaliknya hanya bermain angka dan pengumuman 'gempak' seperti pemberian kemudahan kepada golongan muda untuk membeli rumah pertama sedangkan ianya sangat terhad.
"Kami merasakan, insentif sedemikian tidak memberikan manfaat yang besar jika kenaikan kos kehidupan tidak dapat dikawal oleh kerajaan," ujarnya lagi.
Pemuda PAS juga, tambahnya kecewa apabila mahasiswa tidak ditekankan oleh perdana menteri dalam belanjawan tersebut melainkan penerusan bantuan one-off baucer buku yang tidak memberi manfaat yang besar kepada mereka.
Ini, ujar beliau kerana permasalahan utama pelajar khususnya mahasiswa di universiti ialah kos pendidikan yang sangat tinggi serta pembiayaan pembelajaran seharian mereka.
Lebih menyedihkan, katanya peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 'diugut' apabila gagal untuk melunaskan walhal kerajaan tidak mengambil maklum kenapa mereka gagal berbuat demikian.
Beliau berpandangan, adalah tidak adil memperjudikan nasib dan masa depan mereka hanya disebabkan kegagalan mereka melunaskan wang PTPTN yang umum mengetahui ianya digunakan untuk membiayai kos pendidikan mereka.
"Kami menempelak bajet yang dicanangkan pro-rakyat itu sedangkan intipatinya tidak menggambarkan apa yang diperkatakan dan PAS menganggap bajet ini hanya retorik semata-mata," katanya. - HARAKAHDAILY 12/10/2014
Sumber HD - 12-10-2014

Bajet 2015: 'Beri secupak ambil balik segantang'
KUALA LUMPUR: PAS Perak telah menjangkakan sejak awal lagi bahawasa Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rakyat adalah bersifat mengelirukan rakyat.
"Ibarat 'beri secupak ambil balik segantang' atau 'beri RM1 dan ambil semula RM100' daripada seluruh rakyat," kata Pesuruhjayanya, Razman Zakaria.
Beliau berpandangan, rakyat mungkin dikhayalkan dengan pemberian yang tidak seberapa berbanding kenaikan yang berlaku termasuklah harga minyak yang dinaikkan sebanyak 20 sen.
Menurutnya, rakyat akan merasai keperitan dengan kenaikan kos kehidupan seharian kesan daripada kenaikan harga minyak dan menjelang perlaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun hadapan.
Beliau berkata, ia sudah pasti akan memberi impak yang besar terhadap inflasi ekonomi negara secara keseluruhan.
"Bajet yang dibentang itu juga turut mengelirukan dan mengaburkan mata golongan tertentu termasuklah belia, nelayan serta golongan berpendapatan rendah yang kurang kesedaran politik dan perkembangan semasa," ujarnya lagi.
Justeru, kata beliau seluruh rakyat perlu membuat pengiraan secara logik tentang peningkat drastik yang bakal berlaku pada tahun 2015 yang dijangka sangat mencabar.
Sebagai contoh, ujarnya pekebun getah dan sawit perlu membuat kiraan tentang kehilangan pendapatan akibat daripada penurunan harga komoditi getah dan sawit di mana tiada langkah yang serius oleh kerajaan terhadap permintaan rakyat untuk menetapkan harga lantai RM4/kg berbanding masa ini.
Menurutnya lagi, golongan usahawan khususnya kecil-kecilan perlu mencongak apa yang akan berlaku pasca kenaikan harga minyak serta perlaksanaan cukai GST yang akan menyebabkan modal mereka meningkat dan secara tidak langsung untung semakin berkurang.
Katanya, GST memberi kesan langsung terhadap kenaikan harga barang sebanyak 6% yang ditanggung oleh pengguna.
"Kami sangat mengharapkan agar kekayaan negara daripada pelbagai sumber yang dianugerahkan oleh Allah ini dapat diurus dengan bijak bagi memberi impak yang lebih besar seterusnya nikmatnya diperoleh oleh seluruh rakyat," ujarnya. - HARAKAHDAILY 12/10/2014

Menanti bajet ringankan beban rakyat
KUALA LUMPUR: PAS Perak menanti sesuatu pengisytiharan yang baik daripada Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, kerajaan Umno BN perlu sedar kuasa yang diberikan oleh rakyat seharusnya memainkan peranan untuk memikir sesuatu usaha untuk meringankan beban dan kos sara hidup rakyat.
Katanya, pendapatan pekebun kecil getah dan sawit merosot lebih daripada 50% yang mana sebelum PRU13 mencecah RM9/kg namun sekarang serendah RM1.60/kg.
Menurutnya, harga sawit daripada RM900 berkurang sehingga sekitar RM300-RM400 setan.
Katanya, penurunan harga komoditi ini dikatakan berpunca daripada kejatuhan harga pasaran dunia.
Namun, ujar beliau apa yang menghairankan ialah, diketahui harga pasaran dunia minyak mentah dunia ketika ini turun daripada USD135/barel kepada sekitar USD90/barel namun kerajaan Umno bertindak tidak seiring apabila menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak RM0.20 seliter.
"Kenaikan ini mendorong kepada kenaikan secara berantai semua kos barangan dan perkhidmatan seterusnya menambahkan lagi beban yang dialami oleh rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.
Ini, tambah beliau belum lagi mengambil kira kesan daripada tindakan kerajaan menafikan tarif elektrik sebelum ini.
Belau berkata, penurunan pendapatan dan peningkatan kos sara hidup menjadikan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana amat tertekan.
Fenomena ini, ujarnya mendorong rakyat terpaksa melakukan dua tiga pekerjaan untuk menampung perbelanjaan.
"Rakyat menghabiskan lebih daripada 12 jam sehari bekerja untuk menampung kekurangan pendapatan. Ini akan menyumbang banyak lagi perkara negatif dalam institusi masyarakat dan keluarga," kata beliau.
Justeru, ujar Razman PAS Perak menaruh penuh harapan semoga bajet kali ini berkisarkan bajet prihatin rakyat, bukan bajet menjaga kroni serta bajet membodohkan rakyat untuk mengekalkan kuasa semata-mata seperti pemberian BR1M tidak memberi impak ekonomi rakyat dan negara. - HARAKAHDAILY 8/10/2014
Sumber HD - 8-10-2014

Turunkan BN untuk turunkan harga minyak
KUALA LUMPUR: Ketika dunia sedang mengalami kemerosotan harga minyak, satu-satunya negara yang tetap menjual minyak pada harga yang tinggi ialah Malaysia.
Bendahari PAS Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, tidak cukup dengan itu, kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib tanpa segan silu menaikkan harga minyak sebagai 'hadiah' istimewa kepada rakyat selepas mereka memenangi PRK Pengkalan Kubor.
"Ini adalah satu berita yang sangat menyedihkan bagi rakyat Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, tambah menyedihkan rakyat, ketika perayaan hari raya korban ingin disambut meriah, dicemari pula dengan jawapan yang sungguh tidak bertanggungjawab oleh pimpinan kerajaan, termasuklah perdana menteri.
"Saya ingin tegaskan pengurangan subsidi minyak, bukan sahaja langkah yang tidak popular, malah ia adalah langkah yang amat menyeksa rakyat dan juga status ekonomi negara," ujarnya lagi.
Menurutnya, peningkatan inflasi yang akan berlaku bukan hanya memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan rakyat, malah aliran ekonomi negara juga akan terjejas.
Katanya lagi, negara berpendapatan tinggi tidak sepatutnya dinilai pada kocek pimpinan atau peti simpanan wang negara.
"Apalah erti kekayaan negara jika rakyat terus terhimpit dan hidup menderita," katanya.
Bahkan, ujarnya kocek dan tabung yang tiris itu tidak akan penuh sekali pun diisi dengan semua harta rakyat Malaysia.
Menurutnya lagi, melalui respons yang diberikan oleh pimpinan negara dalam isu harga minyak ini, menunjukkan mereka bukan sahaja sampai hati menindas rakyat, malah mereka juga sampai hati merendah-rendahkan pemikiran rakyat marhaen.
Justeru, tegasnya mesej yang jelas ialah jika mahu turunkan harga minyak, Umno BN perlu diturunkan terlebih dahulu. - HARAKAHDAILY 6/10/2014
Sumber HD - 6-10-2014

Bajet 2015: Perak digesa bangunkan sukan
IPOH: Pemuda PAS Perak terpanggil mencadangkan kepada kerajaan negeri bagi pembahagian peruntukan kepada belia dan sukan agar turut memberikan fokus juga kepada pembangunan sukan yang lainnya.
Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss berkata, sebelum ini rakyat dapat melihat banyak peruntukan diberikan kepada sukan bola sepak termasuk yang terbaru dianjurkan Liga Bolasepak Perak Aman Jaya yang sudah tentu banyak peruntukan telah disalurkan bagi penganjurannya tersebut.
"Kami tekankan juga bahawa peruntukan kepada sukan lagi juga perlu seperti sukan hoki, badminton, berbasikal, boling, sepak takraw dan yang lainnya kerana ianya akan membantu perkembangan pembangunan sukan di Negeri Perak khasnya," ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, pihaknya berharap kerajaan negeri akan melebarkan peruntukan kepada sukan lainnya bagi memastikan sukan tersebut tidak terpinggir dan mampu melonjakkan nama serta imej Perak dalam sukan tersebut di masa akan datang.
Pemuda negeri juga, katanya juga menyarankan agar Kerajan Negeri Perak melihat keperluan prasarana sukan diberikan peruntukan juga di dalam Perbentangan Bajet 2015 ini nanti, ini kerana sebelum ini tiada peruntukan yang diberikan bagi tujuan prasarana sukan khasnya.
Tambahnya, walaupun menyedari bahawa peruntukan pembinaan prasarana ini akan datangnya daripada Kerajaan Persekutuan, ini tidak bermakna peringkat Kerajaan Negeri Perak tidak mampu membina prasarana yang difikirkan pada nilai kecil dan berguna untuk banyak pihak agar diberikan.
Seperkara lagi, ujr beliau yang perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri Perak juga adalah bagi menyediakan litar motor di Bandaraya Ipoh yang amat diminati oleh generasi anak muda khasnya.
Menurut beliau, ramainya peminat motosikal khasnya amat menunggu-nunggu agar Kerajaan Negeri Perak menyediakan peruntukan untuk membina litar motor tersebut.
"Kami mengharapkan Kerajaan Negeri Perak tidak akan menghampakan anak muda yang berminat di dalam bidang ini di dalam Bajet 2015 nanti," katanya lagi. HARAKAHDAILY 1/10/2014
Sumber HD - 1-10-2014

Najib khianati mesej merdekanya sendiri
MERDEKA! Merdeka ! Merdeka! adalah 'laungan keramat' Perdana Menteri Najib Tun Razak di hujung ucapan beliau kepada rakyat pada jam 9.45 malam Sabtu, 20 Ogos lalu. Sepanjang ucapan beliau Najib telah ‘berjaya’ mengusik emosi rakyat dalam ucapan penuh bergaya dengan mainan intonasi suara dan mimik muka pelbagai bahawa beliau adalah Perdana Menteri Melayu yang sangat berjaya.
Intisari ucapan beliau adalah:
Negara ini dulunya miskin dan kini menjadi kaya.
Negara ini bakal menjadi negara berpendapatan tinggi.
Negara ini kecil tetapi berjiwa besar dan hebat bersaing dengan negara-negara lain.
Negara ini telah menghadapi pelbagai ujian besar dan semuanya dapat dilalui dengan jayanya.
Negara ini adalah negara Islam Moden dan menjadi contoh kepada negara lain.
Dicelah-celah ucapan beliau tersebut banyak kali dipertegaskan betapa segala ‘kejayaan’ tersebut adalah kerana kerja keras dan dinamika kepimpinan beliau selaku pucuk pimpinan negara. Hanya sekali belum juga menyebut tentang sumbangan rakan-rakan beliau pemimpin-pemimpin terdahulu.
Memang detik tersebut milik Najib dan ditakdirkan pilihan raya umum berlaku minggu ini, besar kemungkinan beliau menang besar dan mampu merampas kembali banyak kerusi-kerusi milik pembangkang.
Benarkah keadaan negara kini seindah yang dikhabarkan oleh Najib? Benarkah negara ini hebat dan berjaya mengatasi pelbagai tragedi besar kerana kebijaksanaan orang-orang seperti Najib?
Satu persoalan terpenting ingin ditanya oleh penulis. Adakah tepat dan bukan merupakan fitnah kepada Islam apabila Najib berteriak betapa Malaysia adalah sebuah negara Islam moden contoh dan rujukan negara lain?
Jawapan kepada soalan-solan sebegini sebenarnya mudah dijawab jika rakyat lebih celik dan peka tentang konsep-konsep penting berkerajaan (governance): pengasingan kuasa (separation of power), kedaulatan undang-undang (supremacy of law), ketelusan (integrity) dan hubungan negeri-federal (federalism).
Penulis sengaja tidak menuntut konsep pemerintahan Islam yang jauh lebih tinggi piawaiannya.
Konsep-konsep seperti: ihsan, ubudiah, amanah, mas’uliah, itqan, qanaah dan ukhuwah yang menuntut kepada pemerintah yang bukan sahaja cemerlang tetapi mulia di bumi dan di langit.
Untuk memahami persoalan-persoalan tersebut rakyat pelu berfikir lebih kritis dan terbuka. Rakyat perlu melepaskan diri daripada berfikir dalam kotak pemikiran yang diajar oleh Umno: ”Ingat tak masa zaman Jepun dahulu, orang Melayu terpaksa makan ubi kayu. Cuba lihat negara-negara lain yang tak pernah aman dan rakyat kebuluran."
Dengan pemikiran sedemikian rakyat dikongkong untuk mampu berfikir ke arah mencapai kemerdekaan sebenar. Rakyat dibelenggu daripada boleh memikirkan betapa negara indah, kaya dengan sumber alam dan bebas daripada bencana alam sepatutnya mampu memberikan yang lebih baik kepada rakyatnya.
Penulis mengajak rakyat berfikir dan menjawab persoalan kritikal berikut:
Negara tidak pernah dipimpin oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar bukan Melayu – tetapi mengapa orang Melayu masih merupakan yang termiskin.
Melayu dan Majlis Islam Kebangsaan, Majlis Agama Negeri-negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam negeri negeri tetapi mengapa rakyat beragama Islam yang paling banyak berzina, buang anak, cucuk dan hisap dadah bahkan ada yang merempat minta susu anak kepada gereja dan NGO-NGO bukan Islam.
Malaysia ada sistem kehakiman dan Jabatan Peguam Negara yang stuktur autoritinya lengkap tetapi kenapa kes-kes pembunuhan dan rasuah berprofil tinggi sengaja enggan didakwa dan diberikan keadilan.
Malaysia ada agensi-agensi seperti SPRM dan Juruaudit Negara tetapi kenapa ada anak-anak menteri yang berusia muda tanpa memiliki apa-apa perniagaan boleh pula membeli mahligai di negara luar bernilai puluhan juta ringgit.
Malaysia adalah negara berkonsepkan federalism dan sensitiviti isu Sabah menuntut keluar Malaysia tak pernah selesai tetapi kerajaaan boleh membina pelbagai prasarana pengangkutan di Lembah Klang mencecah hampir RM100 bilion namun sekadar nak bina lebuh raya-lebuh raya saiz sederhana di Sabah dan Sarawak. Di Kelantan kerajaan memberikan pelbagai alasan yang tak masuk akal.
Kerajaan Persekutuan melalui Petronas menyedut keluar berpuluh bilion ringgit minyak dan gas daripada perut laut perairan Sabah, Sarawak dan Kelantan tetapi prasarana bekalan air dan elektrik untuk negeri-negeri tersebut masih jauh daripada memuaskan. Khususnya untuk Kelantan isu tersebut terus dijadikan momokan politik mengutuk kerajaan Kelantan pimpinan PAS.
Malaysia yang mengaku negara Islam tetap menolak prinsip ekonomi al-Quran yang melarang longgokan kekayaan dalam kalangan golongan tertentu sahaja. Golongan kapitalis jerung terus rakus, rakyat miskin derita tanah mereka dirampas. Gini index (ukuran jurang kaya miskin) untuk Malaysia yang paling teruk di Asia Tenggara.
Terlalu banyak yang boleh ditulis hal Malaysia yang pincang akibat pimpinan negara yang tidak berjiwa besar dan tidak beriltizam dengan kebenaran, keadilan dan keihsanan. Terkini ramai tokoh veteran negara yang berkata tentang kerisauan mereka kemungkinan Malaysia menjadi negara yang gagal (a failed nation).
Petandanya semakin jelas. Hanya 24 jam selepas ucapan Najib mengajak rakyat bersatu, rakyat dikejutkan dengan tangkapan lebih 100 ahli Pasukan Petugas Sukarela, PPS Pulau Pinang. Ancaman juga dibuat oleh Menteri Dalam Negeri untuk menangkap ahli-ahli Unit Amal PAS.
Jelas kerajaan Umno telah menghantar mesej yang salah kepada rakyat. Kumpulan sivil yang sepatutnya menjadi rakan kongsi kerajaan telah dimusuhi hanya kerana mereka bukan dari parti pemerintah. Kerajaan pimpinan Umno sebenarnya belum bersedia untuk menghumbankan dendam kesumat mereka dan tidak boleh menerima saingan politik yang sihat.
Yang penulis bangkitkan bukan soal Umno-BN dan PAS-Pakatan Rakyat. Kita bercakap soal sebuah negara bangsa dan masa depan rakyat. Siapa pun yang menerajui kerajaan negara ini wajib menampilkan kepimpinan berjiwa besar dan berkualiti tinggi. Mereka mesti merdeka daripada pemikiran bawah tempurung bahawa tidak apa rakyat berpecah dan terus miskin asalkan parti yang didukungi terus berkuasa. Kita mencari pemimpin yang merasa bersalah jika melihat anak India miskin melarat walupun dia seorang Melayu. Kita kempunan pemimpin yang hidup sederhana macam rakyat.
Kita kepinginkan pemimpin yang merasa berdosa kerana gagal memajukan Sabah hinggakan ramai rakyat Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung. Kita tercari cari pemimpin yang mengancam anaknya sendiri untuk dipotong tangannya jika mencuri duit rakyat!
Negara ini milik rakyat dan amanah daripada Allah. Rakyat berhak mendapat yang terbaik. Zaman retorik sudah berakhir. Cabaran yang sama wajib disambut juga oleh pimpinan PAS-DAP dan KeADILan kerana kepimpinan adalah amanah dan akan menjadi punca kepada penyesalan diakhirat kelak. – HARAKAHDAILY 10/9/2014
Penulis adalah Yang Dipertua PAS Tambun dan Setiausaha Pakatan Rakyat Perak
Sumber HD - 10-9-2014

SOP JAIPk: Kilang roti kotor, tulang babi dalam kolam ikan
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) peka dengan sensitiviti masyarakat terutamanya umat Islam mengenai produk permakanan yang dijamin halal dan bersih.
"Kejadian pembatalan status halal terhadap sebuah kilang roti di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh kerana kotor dan pendedahan ujian Deoxyribonucleic acid (DNA) ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh Batu Gajah yang telah disahkan tulang babi amat mengejutkan," ujar Pengerusi Penyedar, Asmuni Awi dalam satu kenyataan.
Katanya, kedua-dua kejadian tersebut sungguh mencemaskan apabila isu produk makanan halal yang disahkan oleh agensi yang terlibat seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini dipersoalkan.
Bagi Penyedar, kata beliau ianya juga secara langsung akan memberikan kesan kepada pengusaha kecil yang lain seperti pengusaha-pengusaha kecil kilang roti dan juga pengusaha-pengusaha kolam ikan patin.
Malah, ujar Asmuni ianya turut memberikan kesan juga kepada pemborong dan peniaga-peniaga gerai kecil kerana pengguna telah mulai meraguinya.
Menurutnya, isu pertikaian kesahihan produk atau kelulusan halal yang diperolehi kepada pengusaha hanya berlaku setelah terdapat laporan tentang kemusykilan status halal yang diberikan ataupun sebelum kelulusan baru atau kelulusan semula setiap permohonan daripada pengusaha.
"Ini memberikan gambaran ketidak cekapan atau tidak bersifat proaktifnya agensi yang diberikan tanggungjawab besar ini kerana ianya amat menitikberatkan isu permakanan halal terutamanya yang beragama Islam," katanya lagi.
Justeru, tegasnya Penyedar mendesak agar agensi peringkat negeri terutamanya seperti Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) yang diberikan tanggungjawab dalam urusan ini agar lebih meneliti prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengelak keraguan setiap produk permakanan yang telah diberikan status halal selama ini.
Katanya, diakui penglibatan agensi kerajaan lain yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bahagian kesihatan dan Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu berkerjasama dengan lebih erat dan bertindak dengan lebih pantas lagi.
"Perlu diambil perhatian kelemahan dan ketidakcekapan dalam bertindak adalah menjadi faktor isu berbangkit tentang status produk halal yang berada di pasaran," katanya.
Beliau menambah, kurangnya pemantauan dan keboleh percayaan terhadap status halal sesuatu produk kadang-kadang berlaku kerana penetapan 'standard' dan kelayakan uji kaji yang telah dilakukan oleh agensi yang sepatutnya diberikan kuasa untuk mengkaji sesuatu permakanan tersebut.
Ini, ujarnya kerana bidang kuasa yang terdapat antara agensi tersebut terdapat kelemahan atau tidak memenuhi sesuatu keperluan semasa.
Bagi Penyedar, ujar beliau perkara yang boleh dilakukan oleh JAIPk sebagai contoh perlu menyenaraikan produk-produk halal yang telah diberikan statusnya dan usaha penambahan kakitangan bagi tujuan siasatan, penguatkuasaan serta pemantauan perlu diberikan perhatian dengan segera.
"JAIPk perlu mengembalikan kepercayaan pengguna terutamanya masyarakat beragama Islam akan status permakanan halal yang telah diberikan kelulusan selama ini.
"Ianya amat perlu bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat selama ini atas produk halal yang digunakan oleh mereka di luar sana," katanya. - HARAKAHDAILY 23/8/2014
Sumber HD - 23-8-2014

PAS Perak sokong pertemuan 8 mata
KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak menyambut baik saranan Pemuda Pakatan Rakyat yang mencadangkan agar pertemuan lapan mata diadakan membabitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.
Ketua Penerangannya, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki (gambar) menyifatkan cadangan itu sebagai sangat baik dan wajar dilaksanakan bagi menyelesaikan konflik yang timbul sekaligus mengekalkan keutuhan dan keharmonian Pakatan Rakyat.
"Penyelesaian berbentuk umum dengan menggunakan media tidak mampu menyelesaikan masalah sebaliknya menambahkan lagi barah yang sedang berusaha untuk diubati.
"Ketika ini pendedahan dan perbincangan dilakukan secara umum di media-media dan ianya menggambarkan satu perkara yang tidak baik di mata masyarakat yang sangat memberikan harapan kepada Pakatan Rakyat untuk masa depan negara," ujar beliau.
Menurut Misbah, kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat perlu dijaga dengan tidak menggambarkan permasalahan dan konflik dalaman secara umum.
Konflik dan salah faham di dalam organisasi, ujar beliau adalah perkara biasa namun tidak wajar dibahaskan secara terbuka sebaliknya diselesaikan secara musyarawah dalam perbincangan yang harmoni.
"Penyelesaian melalui media tidak akan mampu menyelesaikan masalah dan justeru itu dinasihatkan agar semua pimpinan Pakatan Rakyat terutama PAS mengambil kira faktor negatif daripada apa jua tindakan yang dilakukan.
"PAS Perak yakin jika perbincangan lapan mata ini berjaya direalisasikan, masalah yang sedang menimpa ini akan berjaya diselesaikan secara harmoni," ujarnya. - HARAKAHDAILY, 7/8/2014
Sumber HD - 7-8-2014

Jangan benarkan Umno BN miliki senyuman terakhir
PEMUDA Pakatan Rakyat Negeri Perak menyeru kesemua ahli-ahli Pakatan Rakyat untuk bersatu dan bertegas, supaya jangan kita membenarkan Barisan Nasional dan Umno memiliki senyuman terakhir.
Sudah sampailah masa untuk Pakatan Rakyat membuktikan bahawa kita mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis dan cabaran di hadapan kita.
Tanggal 8 Mac 2008 merupakan satu hari yang bersejarah untuk negara yang mana Rakyat telah mencatat tsunami politik dalam sejarah Negara kita.
Hari tersebut turut membawa suatu makna yang istimewa bagi Negeri Perak, yang mana pimpinan megeri ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR telah untuk kali pertamanya duduk bersama-sama dan bersetuju untuk menubuhkan satu kerajaan negeri campuran pada pukul 3 pagi 9hb Mac 2008, dan sejurusnya membuka satu landasan politik yang baru untuk perkembangan politik berdemokrasi dalam 6 tahun selepas itu.
Negeri Perak merupakan negeri di mana lahirnya Pakatan Rakyat. Pada 8hb Mac 2008, PAS dan PKR boleh menubuhkan Kerajaan Negeri di Kelantan dan Kedah tanpa wakil daripada DAP, PKR dan DAP mampu menubuhkan Kerajaan Negeri di Pulau Pinang dan Selangor tanpa kehadiran wakil PAS.
Tanpa situasi di Negeri Perak yang mana DAP memenangi 18 kerusi, PKR memenangi 7 kerusi dan PAS memenangi 6 kerusi, tidak akan lahirnya Pakatan Rakyat selepas penubuhan Kerajaan campuran Negeri Perak.
Dalam masa 6 bulan yang lepas, Pakatan Rakyat secara keseluruhannya telah menghadapi cabaran demi cabaran yang menyinggung keyakinan bukan sahaja di kalangan pengundi-pengundi, malah juga di kalangan ahli-ahli parti-parti masing-masing.
Kita tidak boleh menafikan sememangnya terdapat percanggahan pendapat antara kita dalam sesetengah isu yang terbangkit, yang sejurusnya membawa suatu persoalan sama ada Pakatan Rakyat akan kekal bersama dalam usaha kita menghadapi pada PRU14. Kita tidak dapat nafikan pelbagai unsur bukan sahaja telah menguji solidariti kita, malah telah mengamplifikasikan perbezaan kita.
Krisis perlembagaan negeri Perak pada tahun 2008 sememangnya telah membawa Pakatan Rakyat ke satu tahap kerjasama yang lebih tinggi dan mantap. Pemuda Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas kemelut krisis tersebut, yang juga merupakan Pemuda Negeri pertama yang ditubuhkan di negara, telah bekerjasama dengan sebegitu erat dalam 6 tahun yang lepas. Kita tidak akan membenarkan semangat silaturahim yang dijalin sepanjang masa ini dihancurkan oleh hasrat assabiyah tajaan lawan politik kita.
Solidariti dan persamaan perjuangan adalah lebih penting daripada mana-mana isu-isu yang terbangkit. Kita percaya bahawa kita mampu untuk mencapai titik persamaan dalam perbezaan yang terbangkit. Perjuangan untuk landasan politik baru demi kepentingan negara dan rakyat, dan keperluan untuk Pakatan Rakyat untuk kekal bersama, adalah jawapan kepada perangkap yang diaturkan oleh lawan politik kita.
Sebagai suatu negeri yang mana lahirnya Pakatan Rakyat, Pemuda Pakatan Rakyat Perak tetap kukuh dan bersatu untuk meneruskan landasan politik hasil daripada amanah yang diberi oleh Rakyat dalam PRU12 dan PRU13. Kita akan terus berpegang kepada prinsip amar makruf dan nahi munkar. Kita akan bersama menjunjung sistem demokrasi berparlimen. Kita tidak akan terhenti dalam usaha kita untuk menegakkan keadilan dan membebaskan negara daripada cengkaman rasuah dan munafik.
Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak menyeru kesemua ahli-ahli Pakatan Rakyat untuk bersatu dan bertegas, supaya jangan kita membenarkan Barisan Nasional dan Umno memiliki senyuman terakhir. Sudah sampailah masa untuk Pakatan Rakyat membuktikan bahawa kita mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis dan cabaran di hadapan kita.
Tulisan di atas atas adalah kenyataan bersama Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Wong Kah Woh (Ketua DAPSY Perak) dan Zafril Mohd Eusoff (Ketua AMK Perak).
Sumber HD - 1-8-2014

Jerebu: Tingkat kesedaran terhadap alam sekitar
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) menyarankan agar pengurusan alam sekitar dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu sama ada secara formal atau tidak formal.
"Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah," ujar Pengerusi Penyedar, Asmuni Awi.
Katanya, aktiviti itu dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya.
Tambahnya, aktiviti itu dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) merasa cukup bimbang dengan keadaan jerebu yang kembali melanda negara ini dengan catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat dan kawasan paling teruk dilanda jerebu ialah di Sri Manjung dengan bacaan IPU 229 manakala di Tanjung Malim pula mencatatkan yang terkini di paras 115, diikuti di Taiping mencatatkan IPU 114 dan di Ipoh dengan paras 110.
Akibat keadaan tersebut, sekolah-sekolah di daerah Manjung telah diarah tutup ekoran keadaan jerebu yang teruk yang akan membahayakan kesihatan guru-guru dan pelajar-pelajar terutamanya, ianya melibatkan sekolah-sekolah di Sri Manjung dan juga Beruas sehinggakan paras IPU menurun dengan suasana cuaca serta kualiti udara yang menyumbang kepada keadaan yang ada.
Umum maklum, kesan pencemaran jerebu ini akan membawa beberapa masalah kesihatan kepada semua orang seperti penyakit asma, lelah dan masalah pernafasan yang agak kritikal. Ianya juga akan menjejaskan jarak penglihatan menjadi pendek apabila memandu kenderaan dan membahayakan pemandu dengan jarak penglihatan yang kabur. Akibatnya juga kepada kualiti udara yang menjadi debu dan mengotorkan udara sedia ada yang memudahkan pelbagai penyakit lainnya juga.
Jerebu juga akan mengakibatkan keadaan alam sekitar akan tercemar oleh kerana debu yang akan menghalang cahaya matahari dan menyukarkan proses fotosintesis berlaku dan ianya akan mengakibatkan pokok-pokok mati kerana tiada sumber makanan dan seterusnya akan memberi kesan kepada manusia jua.
Bagi Penyedar, kekerapan masalah kualiti udara akibat jerebu terutamanya berlaku di daerah Manjung tidak boleh dipandang ringan kerana dalam masa yang sama akan menjejaskan ekonomi di sektor pelancongan kita di Negeri Perak khasnya.
Usaha ke arah memelihara, mencegah dan memastikan kualiti udara di daerah Manjung perlu menjadi agenda besar Kerajaan Negeri Perak dan memerlukan tindakan susulan yang tegas dan segera.
Ini kerana dilihat saban tahun dalam tempoh yang sama akan terus berlaku masalah jerebu yang akhirnya membataskan pergerakan dan aktiviti masyarakat di sana. Perlu diwujudkan satu Pelan Bertindak jangka masa pendek dan panjang bagi daerah Manjung khasnya berkaitan kualiti udara dan perlu diwujudkan satu Jawatankuasa Khas peringkat negeri yang dianggotai oleh agensi-agensi yang terlibat bagi mencari kaedah dan perancangan untuk memelihara kualiti udara yang membuka ruang jerebu berulang.
Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak yang berkuasa, orang awam haruslah mengambil sikap bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini.
Antara tindakan yang boleh dibuat ialah elakkan mengunakan kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik.
Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, treding dan ladang-ladang.
Mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu mahupun syarikat yang melakukan pembakaran awam terutamanya di kawasan ladang. Contohnya, pihak Kerajaan Negara Indonesia telah bertegas akan mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang menggunakan kaedah tebang dan bakar secara tidak sah.
Pembenihan awan perlu dilakukan bagi memastikan hujan turun kerana hujan merupakan pembersih udara semula jadi yang terbaik. Usaha ini dilakukan melalui kaedah semburan larutan garam iodid ke dalam gumpalan awam kumulusnimbus. Larutan garam iodid bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik wap-wap air dalam awan tersebut bagi tujuan mempercepatkan pembentukkan hablur-hablur air dan seterusnya menghasilkan hujan.
Penyedar juga menyarankan agar pengurusan alam sekitar dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu sama ada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar.
Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemeliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang berjaya jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju.- HARAKAHDAILY 23/7/2014
Sumber HD - 23-7-2014

No comments:
Post a Comment