KENYATAAN MENTERI BOLEH TIMBUL PROVOKASI KAUM - DR MUJAHID
YB DATO' DR MUJAHID YUSOF - AP PARIT BUNTAR / AHLI MPN / KETUA LAJNAH PERPADUAN NASIONAL
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33630-kenyataan-menteri-boleh-timbul-provokosi-kaum Sumber HD - 3-2-2015 Polemik pilihan raya tempatan dan hudud |
Posted on Tuesday, January 27 @ 12:30:09 MYT by tokdalang
Oleh DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA RAKYAT Malaysia kini telah melalui proses kematangan dalam menilai tindak-tanduk ahli politik apabila sesuatu isu itu dibahaskan. Setelah merdeka hampir 60 tahun, ahli politik tidak boleh lagi menganggap rakyat tidak mampu membuat penilaian terhadap tindak-tanduk dan sikap yang diambil oleh pemimpin-pemimpin parti politik terhadap sesuatu isu yang diperdebatkan. Rakyat akan menilai hujah yang lebih berfakta dan bukan sentimen serta emosi yang kadangkali tidak berpijak di bumi nyata. Polemik terkini tentang pilihan raya kerajaan tempatan adalah satu isyarat bagaimana rakyat sedang menilai hujah yang kita berikan, ini termasuklah hujah tentang perlaksanaan hudud di Kelantan serta isu lain yang telah menjadi perbualan rakyat sejak sekian lama seperti rasuah, kepincangan tata-kelola kewangan negara dan pembaziran. Oleh itu ada beberapa perkara yang diperhatikan dalam perkembangan mutakhir apabila isu pilihan raya kerajaan tempatan menjadi polemik; 1. Polemik pilihan raya kerajaan tempatan muncul sebagai reaksi kepada isu hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan kerana kedua-dua isu tersebut adalah di dalam bidang kuasa kerajaan negeri di Kelantan dan Pulau Pinang. Ini sekaligus mengheret PAS dan DAP di arena balas membalas kenyataan. 2. Isu hudud yang didakwa oleh DAP sebagai bukan dalam senarai agenda persetujuan Pakatan Rakyat dibalas oleh rakan dari PAS dengan menyatakan pilihan raya kerajaan tempatan juga bukan agenda Pakatan. Ini membuatkan orang ramai tertanya apakah sebenarnya persetujuan bersama agenda Pakatan? 3. Hujah kedua belah pihak lebih kepada kaedah satu peluru lawan satu peluru sehingga membawa kepada perbalahan antara rakan sekutu politik. Perbalahan ini menjejaskan fokus agenda besar manifesto Pakatan di mana rakyat telah memberikan mereka kepercayaan yang besar dalam pilihan raya umum yang lalu. 4. Pihak Barisan Nasional secara strategi politiknya amat memerlukan perbalahan antara parti komponen Pakatan berterusan sama ada dalam isu hudud mahupun pilihan raya kerajaan tempatan mahupun isu-isu perkauman supaya masalah besar negara seperti keadaan ekonomi yang gawat, kelemahan BN menjadi kerajaan yang bertanggungjawab serta pengendalian tata kelola kewangan yang lemah dapat dialihkan tumpuan. 5. Dalam polemik hudud vs pilihan raya kerajaan tempatan, isu perkauman sempit masih mendasari hujah dan sekaligus menafikan perbahasan yang sihat terhadap memperkukuhkan proses demokrasi di peringkat akar umbi, isu keperlembagaan dan ruang konsultasi rakyat serta dasar nasional yang bertujuan mengasaskan kesatuan dalam kepelbagaian. Oleh itu, semua pihak hendaklah kembali kepada isu sebenar yang menjadi intipati perdebatan iaitu pengukuhan proses demokrasi, membuat sesuatu keputusan perundangan mengikut peruntukan perlembagaan dan apabila ia menjadi perdebatan awam maka hendaklah diajukan secara sihat melalui dialog dan rundingan. Sama ada hudud ataupun pilihan raya kerajaan tempatan, selagi ia tidak lari dari kerangka undang-undang negara maka semua pihak hendaklah menjadikan perundangan dan konsultasi awam sebagai referensi. Justeru itu, sama ada hudud ataupun pilihan raya kerajaan tempatan, pastikan ia tidak ditunggangi oleh golongan sempit yang melihat semuanya dari kaca mata perkauman mahupun persepsi prejudis sehingga boleh menjejaskan perpaduan dan mengalihkan tumpuan kepada isu lebih besar yang melanda negara iaitu terjejasnya pendapatan negara akibat merudumnya harga minyak mentah dan susutnya nilai ringgit hari ini. – Penulis ialah Ahli Parlimen Malaysia, Pengerusi Gerakan Anti Perkauman (GAP), Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN Sumber DD - 27-1-2015 |
Memahami politik Erbakan dan Erdogan |
Posted on Wednesday, January 21 @ 14:15:01 MYT by paktam
Oleh Mujahid Yusof Rawa Selalunya sebelum konferensi utama, Jawatankuasa Eksekutif PIUC akan bertemu terlebih dahulu bagi membincang urusan pentadbiran PUIC untuk persediaan urusan yang belum beres. Segala perbincangan dan adaptasi keputusan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang lalu di Rabat, Maghribi menjadi asas agenda perbincangan. Saya hadir atas sifat keanggotaan Malaysia yang dilantik semasa persidangan di Palembang beberapa tahun yang lalu. Menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif bermakna mempunyai suara menentukan perjalanan PUIC dan agenda yang ingin ditetapkan. Isu keganasan Setiap negara yang menjadi tuan rumah akan cuba menjadi yang terbaik dan nama Istanbul itu sendiri telah memberi makna yang berprestij oleh kerana bandarayanya yang terkenal dengan sejarah Islam yang merupakan pintu masuk ke Eropah. Mesyuarat dirasmikan oleh Speaker Parlimen Turki dan kemudiannya prosiding mesyuarat diteruskan dengan diwakilkan kepada salah seorang ahli parlimen Turki untuk mengendalikan mesyuarat. Agenda besar yang perlukan persetujuan ialah keanggotaan Nigeria, tindakan susulan resolusi Tehran dan menerima cadangan awal UAE tentang memerangi ekstrimism intelek. Agenda utama ialah isu keganasan yang melanda dunia Islam seperti benua Afrika yang berhadapan dengan Boko Haram, negara Arab dengan IS dan rantau Asia dengan rangkaian al-Qaeda yang mengambil rekrut baru. Menarik juga ialah, bersama dengan bala keganasan ini, isu pemikiran intelek yang mempengaruhi pemikiran anak muda turut dibincangkan. Saya membawa sikap rasmi Parlimen Malaysia yang mengecam sekerasnya unsur keganasan melalui pembentangan kertas putih yang disokong sebulat suara oleh Parlimen Malaysia. Saya juga menyebut tentang usaha Malaysia di peringkat global dengan menyertai UNAOC atau United Nation Alliance of Civilization yang antara lainnya adalah inisiatif Turki dan usaha mewujudkan GMM (Global Movement of Moderates). Ini adalah forum-forum antarabangsa dan saya perlu membawa dasar rasmi walaupun pada perlaksanaannya di peringkat lokal negara saya boleh mengritik keberkesanannya. Berjumpa sahabat lama Mesyuarat ditangguh jam 1 petang dengan semua cadangan akan dibuat tindakan susulan termasuk cadangan Malaysia mewujudkan jawatankuasa susulan daripada setiap kumpulan negara terdiri dari Kumpulan Arab, Kumpulan Afrika dan Kumpulan Asia. Ini bagi memudahkan pihak setiausaha agung mengumpul maklumat untuk laporan pada perhimpunan akan datang. Hari pertama di Turki cukup istimewa kerana saya akan bertemu dengan seorang sahabat lama saya dari Turki yang pernah belajar sekali dengan saya di Mesir sekitar tahun 80-an dahulu. Menariknya ialah ia berlaku secara kebetulan kerana semasa hendak ke Turki saya meminta nombor telefon orang yang boleh dihubungi di Turki daripada sahabat saya, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Dr Syed Azman memberikan nombor telefon rakan dari parti Saadet bernama Hassan. Saya berjaya menghubungi Hasan sejurus sampai di Istanbul dan semasa perbualan kami, barulah kami sedar bahawa kami pernah bersama di Mesir dalam majlis pelajar. Saya memang mempunyai ramai kenalan dari Turki antaranya Anas dan Hasan yang sering kami kunjung mengunjung antara satu sama lain. Selesai mesyuarat kami bertemu di lobi Hotel Hilton tempat penginapan dan berlangsungnya konferensi. Hampir 20 tahun tidak bertemu, saat pertemuan dalam dakapan ukhuwah dua sahabat dari benua berbeza seolah sukar untuk dirungkaikan. Hasan atau nama penuhnya Hasan Bitmez adalah Naib Presiden Parti Saadet yang mempunyai kaitan dengan nama besar politik Islam Turki iaitu Necmettin Erbakan. Beliau sampai ke tahap karier politiknya hari ini menuai hasil sejak ia terlibat lebih awal lagi dengan kegiatan Pemuda. Di Mesir kami sering berbual dan bertukar pandangan tentang politik Islam dan dinamika politik Malaysia dan Turki. Berbual perjuangan dan politik Perbualan kami di lobi terus membawa kami ke perbualan makan tengahari bersama-sama di sebuah restoran di tepi Selat Bospherous. Saya ingin berkongsi pengalaman beliau dalam membawa diri di arus politik kepartian, bagaimana beliau melaluinya dan apakah cabaran dalaman partinya serta bagaimana cita-cita poltiknya dapat membawa partinya ke pesada kuasa. Saya bertanya demikian supaya dapat saya mempelajari sesuatu untuk memperbaiki diri saya. Secara ringkas, kami berkongsi masalah yang sama untuk berada dalam lingkungan parti, iaitu membawa diri dengan berhati-hati menguruskan sikap dan pandangan yang berbeza dalam parti. Bagaimana menghargai jasa dan pendapat para senior dalam parti walaupun kita mempunyai pandangan tersendiri adalah satu cabaran besar. Kami juga bersetuju bahawa memelihara prinsip dan pada waktu yang sama menerokai peluang politik adalah satu skil kepimpinan yang halus. Dengan kata lain mentakrifkan apa yang prinsip dan apa yang boleh berubah amat perlu supaya perkembangan parti tidak terjejas. Beliau berkongsi asas ini melalui pengalaman Necmettin Erbakan yang padanya adalah amat fleksibel dalam menerokai peluang politik tanpa perlu hilang prinsipnya. Erdogan atau Erbakan Saya berseloroh dengan Hasan bahawa di dalam parti saya, saya digelar sebagai ‘puak Erdogan’ kerana sikap keterbukaan dan perubahan yang kami cuba bawa. Beliau agak terkejut apabila gelaran Erdogan diberi disebabkan pendekatan terbuka saya, kerana bagi beliau, saya perlu digelar ‘puak Erbakan’. Necmettin Erbakan katanya sebagai pengasas politik Islam Turki telah membawa pendekatan politik terbuka melalui kerjasama partinya dengan semua aliran termasuk komunis. Erbakan juga dalam melebarkan strategi politik Islamnya membentuk kerajaan bersama dengan pemimpin wanita dari parti nasionalis sekular dan begitu juga pandangan Erbakan kepada kompromi kerangka negara sekular Turki dalam membawa cita politik Islamnya yang dianggap taboo oleh ideologi negara. “Mengapa anda digelar Erdogan? Patutnya anda digelar Erbakan! ujarnya. Saya menggeleng kepala tanda kebingungan dengan perspektif baru yang dilontarkan oleh Hasan. Bagi sesetengah orang dalam PAS keterbukaan itu seolah dimonopoli oleh pemikiran politik Erdogan yang kononnya mahu melepaskan diri dari ‘lambatnya’ langkah politik Erbakan yang hakikatnya tidak mahu melepaskan prinsip Islam yang dibawanya dalam usahanya ke pesada kuasa. Teori ini seolah dicabar oleh Hasan dalam memahami bahawa hakikatnya Erbakan adalah lebih layak digelar terbuka dalam konteks menerjah peluang politik tanpa menggadai prinsip dan bukan Erdogan. Apa jadi kepada Erdogan Erdogan mengasaskan parti AK atau Parti Keadilan dan Pembangunan untuk berpisah dengan parti Refah/Fazilet pimpinan Necmettin Erbakan. Sebelum berpisah, pandangan berbeza Erdogan dengan Erbakan melahirkan perbincangan yang panas dalam Refah tentang strategi politik ke pesada kuasa. Kemuncak polemik menyaksikan Erdogan memilih jalan untuk berpisah dan menumpukan kepada ide politik barunya untuk ke pesada kuasa. Namun sebenarnya apakah yang berlaku? Hasan memberikan tiga point utama yang memisahkan Erdogan dan Erbakan dan menurut pandangan Hasan, tiga point tersebut adalah persoalan prinsip yang tidak boleh dikompromi. Ia melibatkan isu hubungan Turki dengan Kesatuan Eropah (EU), hubungan Turki dengan Israel dan konsep ekonomi adil. Dalam isu hubungan Turki dengan EU, semua sedia maklum bahawa Turki cuba untuk menempatkan dirinya dalam negara EU memandangkan kepada faedah ekonomi yang melimpah apabila ia menjadi sebahagaian dari pasaran besar Eropah. Namun syarat kemasukan menuntut Turki memenuhi kriteria kebebasan termasuk kompromi kepada beberapa nilai-nilai perundangan Islam di Turki. Point kedua ialah hubungan Turki dengan Israel di mana Turki mempunyai nilai perdagangan yang besar dengan Israel termasuk membeli alat persenjataan. Point terakhir ialah agenda ekonomi adil yang cuba dibawa oleh Erbakan yang menyeru kepada ekonomi dan pinjaman bank tanpa riba. Turki hari ini tidak dapat lari daripada bank riba dan perniagaan riba yang menyusahkan rakyatnya kerana di sini tidak diamalkan perbankan tanpa riba. Hasan menegaskan bahawa Erdogan tidak dapat menerima ketiga-tiga point ini sebagai prinsip malah menganggap perkara inilah yang menghalang parti Islam untuk ke pesada kuasa dan lantas membuat keputusan untuk berpisah dan mengasaskan parti AK. Dengan kata lain untuk memahami bagaimana Erdogan berpisah dengan Erbakan, kita perlu memahami tiga point yang membentuk prinsip politik Erbakan yang tidak mahu Turki menggadaikan nilai keislaman dalam perundangannya untuk bersama EU, tidak mahu hubungan dengan Israel dan mengajak kepada ekonomi tanpa riba. Akhirnya mereka terpaksa berpisah dan pertembungan ini seolah ditanggapi sebagai politik lama vs politik baru. Saya tidak mahu komen, kerana isu keterbukaan yang saya dan rakan-rakan dalam PAS cuba bawa tidak ada kena mengena dengan prinsip yang memisahkan Erdogan dan Erbakan. Lagipun konteks Turki yang totok sekularnya dan Eropah sifatnya tidak boleh disamakan dengan Malaysia yang mempunyai konteks politiknya yang tersendiri. Terus terang saya katakan, saya tidak pernah bersetuju dengan gelaran-gelaran yang diberikan termasuk jolokan nama golongan liberal dan sebagainya kerana ia menggambarkan betapa ceteknya kita dalam memahami sesuatu tindakan politik tanpa memahami terlebih dahulu apakakah ianya prinsipal atau taktikal. Berpisah untuk bertemu lagi Kami mengakhiri pertemuan dua sahabat dari benua berasingan di Masjid Biru (Blue Mosque), kerana Hasan terpaksa berkejar ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Ankara dengan menaiki keretap bawah tanah. Di hadapan Masjid Biru kami berpelukan setelah berkongsi pengalaman berharga. Melalui Hasan juga saya sempat berbual telefon dengan Anas yang kini menetap di Hamburg, Jerman. Anas kini bertugas sebagai Imam dan pengendali haji dan umrah untuk masyarakat Turki di Hamburg. Saya bertuah untuk berhubung semula dengan sahabat lama dari Turki dan di hadapan Masjid Biru juga kami berjanji untuk bertemu lagi kerana rindu berpuluh tahun belum ditagih. Saya mendoakan Hasan Bitmez agar terus berjuang dan istiqamah dalam karier politiknya, saya tahu suasana di Turki lebih sukar tetapi Hasan yang bertubuh besar mempunyai jiwa yang besar dan kesetiannya saya perlu pelajari. Beliau katanya akan mengetuai aktiviti kempen partinya dalam pilihan raya bulan Jun ini. Saya doakan yang terbaik buat diri dan partinya. Kelibat Hasan semakin menghilang dicelah mundar-mandir manusia di perkarangan Masjid Biru, saya pula bergegas untuk solat Asar dalam cuaca dingin Istanbul menuju ke dewan solat. DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA MP Parit Buntar dan ahli jawatankuasa PAS Pusat. Sumber HD - 21-1-2015 |
PAULSEN TIDAK WAJAR DISIASAT IKUT AKTA HASUTAN 1948 - DR MUJAHID
YB DR MUJAHID YUSOFF AR RAWA - AJK PP /
PENGERUSI LAJNAH PERPADUAN NASIONAL
Sumber HD - 17-1-2015
Mesej damai sempena hari Natal
HARI besar agama adalah hari yang dianggap suci oleh penganut agama masing-masing. Meraikannya dengan cara tersendiri adalah hak yang perlu dihormati. Apatah lagi dalam kerangka undang-undang negara kita yang mempraktikkan kebebasan mengamalkan agama masing-masing.
Namun kenyataan di atas tidak datang dengan mudah apabila hubungan antara agama di seluruh dunia diuji dengan kemunculan fahaman ekstrem dan prejudis agama yang menebal. Agama seharusnya memainkan peranan mendamaikan hubungan melalui jambatan kemanusiaan yang mengikatkan kita semua sebagai anak Adam yang memakmurkan muka bumi.
Islam secara khusus menghulurkan wahana dialog dan perdebatan sihat terhadap apa jua kemungkinan yang menjejaskan hubungan damai antara agama. Budaya prejudis menebal yang dipaparkan oleh sesetengah kelompok atau individu yang melantik diri mereka sendiri menjadi jurucakap Islam bukanlah wajah Islam yang sebenar bahkan dalam banyak hal mereka menghodohkan Islam yang karakternya indah dan damai.
Membunuh atas nama agama, menimbulkan kebencian atas nama agama dan menghina penganut agama lain adalah awan gelap yang menyelubungi hubungan antara agama. Budaya demikian harus ditangani bersama oleh semua pihak bagi menyelamatkan dunia dari dibaluti awan pekat dan gelap yang kelak akan mengundang segala macam bala kepada tamadun manusia.
Hak kepercayaan berada dalam zon eksklusif dan mesti kekal dalam keadaan istimewa dan sememangnya berbeza antara satu sama lain, jika tidak maka tidak adalah erti kita meyakini kebenaran sesuatu agama. Kenyataan bahawa semua agama adalah sama dirujuk kepada nilai kemanusiaan dan kemuliaan akhlak yang diajak oleh setiap agama kerana tidak ada agama menyeru kepada kemusnahan dan kehancuran. Hubungan antara agama harus dibina dan dipupuk atas kejelasan antara hak eksklusif dalam kepercayaan dan usaha keterangkuman dalam nilai manusiawi.
Islam meletakkan premis hubungan antara agama atas dasar kedamaian manakala permusuhan adalah pengecualian apabila asas kedamaian yang dihulurkannya dibalas dengan permusuhan. Saya menyarankan sebagaimana al-Quran menyarankan kepada Ahlul Kitab (penganut Kristian dan Yahudi) dalam seruannya supaya kembali kepada Kalimatin Sawak (Common Word) yang menyerlahkan asal bersama sumber keyakinan masing-masing bahawa:
“...Janganlah kita menyembah selain daripada Allah, dan janganlah kita mengambil sebahagian daripada kita (manusia) menjadi tuhan selain daripada Allah sahaja...” (sebahagaian daripada surah Ali Imran: 64)
Common Word juga seharusnya menggalakkan ketiga-tiga Agama Samawi ini (Agama yang bersumberkan wahyu) berkongsi penderitaan melihat manusia yang menolak ketuhanan dan memeluk kehidupan tanpa agama. Mereka juga harus bersetuju bahawa kehidupan material yang melampau merosakkan hubungan kekeluargaan dan keutuhan fabrik sosial.
Ketiga-tiga agama ini juga mesti menentang kebangkitan ekstremism agama dan kebencian kaum sebagai perjuangan bersama. Sepertimana mereka juga harus menentang bersama kefasadan politik yang merugikan rakyat yang banyak. Begitu juga projek membela golongan miskin harus merentasi semua penganut dalam gerak-kerja yang disusun bersama.
Pada hari penganut Kristian merayakan hari kebesaran mereka, saya mengajak semua pihak agar program Kalimatin Sawak atau Common Word mula diusahakan di Malaysia. Banyak yang boleh dibincangkan dan digerakkan bersama, hanya ini akan menjawab keikhlasan kita dan keberanian kita untuk menidakkan teori-teori konspirasi dan prejudis menebal yang semakin parah melanda negara Malaysia yang kita cintai.
Pada waktu yang sama, janganlah pula kita lupa kepada saudara-saudara kita daripada mangsa banjir yang sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan pada saat sebahagaian kita bergembira pada hari ini. Dengan itu berdoalah kita agar mereka dipelihara oleh Allah dengan sebaiknya.
Salam Kedamaian di Hari Natal untuk rakyat Malaysia yang beragama Kristian. – HARAKAHDAILY 25/12/2014
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Pengerusi Perpaduan Nasional PAS, Pengerusi GAP (Gerakan Anti Perkauman), Ahli MKPN (Majlis Konsultasi Perpaduan Negara) merangkap Ahli Parlimen Malaysia.
Sumber HD - 25-12-2014

Selamatkan negara, jangan hilang fokus
KUALA LUMPUR: Gerakan Anti Perkauman (GAP) mendesak supaya suatu sidang tergempar parlimen diadakan berikutan suasana semasa yang membabitkan kewangan dan ekonomi negara.
“Sejak akhir-akhir ini negara kita disogokkan dengan isu-isu yang mengalih perhatian daripada masalah sebenar yang membengkak dan menjejaskan kestabilan ekonomi negara. Keadaan kewangan negara membimbangkan seluruh rakyat melibatkan isu pengapungan harga petrol, 1MDB dan kejatuhan nilai mata wang ringgit yang menjejaskan transaksi impot dan eksport negara serta tahap keberhutangan negara yang membimbangkan,” ujar pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar mendesak supaya suatu sidang tergempar parlimen diadakan.
“Dengan itu sidang tergempar Parlimen perlu diadakan untuk mencari jalan langkah penjimatan kewangan negara dan seterusnya menubuhkan suruhanjaya bebas bagi membuat laporan terperinci terhadap pihak yang menyalahgunakan dana negara sehingga menjadikan kerajaan sebagai cagaran,” katanya.
GAP mendesak semua pihak mengambil berikut demi menyelamatkan negara.
1. Jangan mengheret negara kepada masalah yang cuba mengalih perhatian daripada isu yang lebih utama dan kritikal.
2. Semua pemimpin politik dari pelbagai parti harus duduk berbincang tentang bagaimana hendak menyelamatkan keadaan kewangan negara yang akan melibatkan kesejahteraan rakyat.
3. Parti yang memerintah seharusnya bersedia untuk ambil langkah praktikal bagi membuka ruang pendemokrasian dan berhenti mengugut rakyat dengan isu perkauman dan agama sebagai menutup kelemahan dan kebobrokan mereka.
4. Parti-parti dalam PR yang membawa aspirasi untuk membuat perubahan politik harus fokus kepada janji mereka dalam manifesto bagi meneruskan amanah undi yang diberikan.
5. Tiba masanya rakyat Malaysia dihidangkan dengan politik kesedaran hati naluri dan politik budiman untuk kita tumpukan kepada membina negara dan menyelamatkan kegawatan kewangan negara. – HARAKAHDAILY 19/12/2014

Surat terbuka: Permasalahan tidak ditangani dengan tuntas
KUALA LUMPUR: Kenyataan melalui surat terbuka yang ditandatangani oleh 25 individu warganegara terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan perlu diberi perhatian atas beberapa sebab, kata Pengerusi Gerakan Anti Perkauman (GAP), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
"Arus bawah kenyataan ini mengisyaratkan permasalahan yang ditimbulkan tidak ditangani dengan tuntas oleh kerajaan hari ini," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, konflik perundangan Islam dan sivil perlu digarap melalui rangka perundangan dan pentadbiran negara dalam konteks siyasah syari’yah yang luas disiplinnya.
Tambahnya, proses demokrasi negara ini tidak terelak daripada isu perundangan dan pentadbiran Islam yang berpotensi terdedah kepada kritikan awam dan dalam proses itu perlu dipertahankan dalam ketelusan dan keterbukaan.
Menurutnya lagi, mengkritik dan memberi pandangan isu pentadbiran dan perundangan Islam bukan sama mempertikaikan Islam dan kesucian teologinya.
"Dalam aspek syariat ada yang kekal tidak dipertikaikan dan ada yang tidak kekal boleh berubah-ubah. Kedua-duanya perlu ditentukan oleh pakar di bidang syariat Islam dan pentadbiran perundangan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
Katanya lagi, saranan dalam surat terbuka 25 individu perlu diambil dalam semangat positif dan jangan dijadikan isu untuk ditungangi oleh agenda rasis kaum dan prejudis agama sehingga menafikan aspek Islah atau reform dalam melihat masalah konflik perundangan Islam dan sivil yang wujud.
"Pihak kami terbuka untuk melihat masalah yang diajukan selagi mana ia tidak bercanggah dengan prinsip Syariah dan terbina atas Maqasid Syari’yah," ujarnya.
Pihaknya juga mencadangkan wujudnya Suruhanjaya Reformasi Perundangan yang melibatkan semua pihak dalam mencari penyelesaian yang objektif dan berkekalan. - HARAKAHDAILY 15/12/2014

Kembara Kanada (2)
Makan Malam
RUMAH Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Ottawa tersergam indah sambil angin sejuk memukul bendera Jalur Gemilang semacam menyambut ketibaan kami. Sepanjang pengalaman saya ke luar negara ada semacam satu perasaan bangga apabila melihat bendera kita di negara orang.
Saya teringat lagu sukan Komenwal yang dinyanyikan oleh Ella, "Standing in the eyes of the world" sentiasa teriang di telinga setiap kali saya berada luar negara atas urusan rasmi Parlimen Malaysia.
Jam baru menunjukkan pukul 5.30 petang tetapi cuaca sudah gelap umpama pukul 9 malam. Keluar dari bas kami dan untuk ke pintu masuk kediaman Datuk Pesuruhjaya Tinggi sudah cukup terasa kesejukan yang menggigit sampai ke tulang sum-sum dengan cuaca malam itu jatuh ke paras -15 Celcius.
Sambutan Hangat
Walaupun menggigil di luar, cuaca dalam rumah agak selesa ditambah lagi dengan suasana hangat sambutan oleh Datuk Hayati Ismail dan suaminya. Seperti mana-mana kediaman Duta atau Pesuruhjaya Tinggi, ruangnya luas dan hiasannya didekorasikan dengan simbol dan budaya Malaysia bagi memperlihatkan kemalaysiaan kita.
Semasa kami tiba di lapangan terbang, salah seorang pegawai kedutaan menyapa saya sambil bertanya, "Ini Dr Mujahid ka?" Lantas saya mengangguk. Beliau terus bertanya, "Ahli Parlimen Parit Buntar kan?" Saya mengangguk lagi. "Datuk Pesuruhjaya Tinggi orang Parit Buntar, dia seronok mendengar ahli parlimen dari Parit Buntar dalam rombongan, mesti jaga baik-baik...," sambungnya lagi. Saya tersenyum bangga orang nombor satu Malaysia di sini orang Parit Buntar. Mendengar khabar tersebut, saya tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan dengan beliau.
Saya mendapat tahu bahawa Datuk Hayati Ismail adalah orang Titi Serong di sebelah datuknya, namun telah meninggalkan kampung untuk merantau sehinggalah sejauh Kanada demi tugas untuk negara. Beliau sangat berbangga dengan Titi Serong dan Parit Buntar serta merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Methodist Parit Buntar.
Suaminya juga adalah orang Kampong Kedah yang turut berada di dalam kawasan parlimen saya. Saya amat mengenali kedua-dua tempat ini kerana unit peti undi mereka banyak menyumbang kepada kemenangan saya dalam pilihan raya. Jadi pengenalan saya dengan beliau dan suaminya terasa ada keistimewaannya dan takdirnya pula bertemu berpuluh ribu batu di hujung dunia ini. It's a small world!
Teruja Dengan Salju
Antara yang menarik dalam perjalanan ini ialah setiap kami kempunan melihat salji turun. Semasa kami sedang menikmati koktail sebelum makan malam, kami dapat melihat dari pintu kaca mengadap laman rumah Datuk Pesuruhjaya Tinggi beberapa kepingan putih melayang-layang turun dari langit.
Salah seorang dari kami menjerit "salji" dengan kuat lalu semua kami ke pintu kaca terpukau dengan keindahannya apatah lagi disinari pula dengan lampu limpah dari laman rumah. Kami bagai hilang punca sambil meluru membuka pintu, sambil tuan rumah tersenyum melihat gelagat kami membuka kuncinya.
Bagai kanak-kanak, kami tidak malu lagi beraksi menyambut kepingan salji sambil tangan terbuka rela disapa kepingan putih ini. Kami sempat bergambar hanya untuk merasai kesejukan dan masuk kembali untuk menikmati makan malam.
Semasa menikmati makan malam ala masakan Malaysia, mata saya lebih tertumpu kepada tingkap berhadapan - terpukau dengan kepingan putih salji mengiringi makan malam kami seolah ingin memenuhi hajat kami sejak dari Malaysia lagi. Tidak dapat saya katakan nikmatnya sajian oleh tuan rumah, ditambah dengan latar belakang salji yang turun tidak menandakan mahu berhenti.
Jadual Ketat
Esoknya pada 2 Disember, jadual kami bermula pukul 10 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Memenuhi itenari pertemuan sebanyak tujuh pertemuan bukanlah mudah. Walaupun pemanas dalam bilik pertemuan menyenangkan namun mendengar taklimat dan dialog tanpa henti kecuali untuk makan tengah hari amatlah memenatkan.
Bermula dengan mesyuarat dengan Conference of Speakers Comittee and Presiding Officers of The Commonwealth yang sekretariatnya berpusat di Kanada, hinggalah pertemuan dengan kementerian dan jawatankuasa khas Parlimen - sudah cukup untuk kita fahamai betapa tanggungajwab Ahli Parlimen bukan sahaja untuk hadir kenduri dan lawat jenazah orang yang meninggal tetapi juga soal hubungan antarabangsa antara Parlimen dalam berkongsi pengalaman dan maklumat.
Pertemuan 2 Disember menghasilkan natijah yang baik apabila dalam salah satu pertemuan dengan MP Mr Andrew Saxton dan beberapa Ahli Senat Kanada, kami telah berjaya mewujudkan satu Kaukus Persahabatan Parlimen Malaysia-Kanada buat pertama kalinya dalam sejarah hubungan parlimen kedua negara ini.
Antara agenda awal tidak rasmi kami ialah berbincang tentang proses visa ke Kanada yang agak ketat seperti yang kami lalui. Sambil berseloroh pihak Kanada menyatakan ini akan jadi fokus utama kita kerana kami bersetuju sepatutnya persahabatan memudahkan dan bukan menyusahkan kita untuk bertemu.
Tan Sri Pandikar terus melantik rombongan kami sebagai anggota awal Kaukus Pershabatan ini dengan Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Saleh MP Kinabatangan sebagai pengerusinya.
Bertukar Pengalaman
Sesi sebelah petang kami berpindah ke bangunan Parlimen dari bangunan Wellington yang terletak beberapa meter dari premis bangunan utama Parlimen. Bermula dengan makan tengahari bersama beberapa Ahli Parlimen Kanada hinggalah pertemuan dengan Kementerian Perikanan, Kementerian Pertanian dan Jawatankuasa Senat Urusan Penduduk Asal. Kami juga sempat berada di galeri tetamu Dewan Senat untuk dibuat penghargaan kunjungan.
Daripada pengamatan kami, menteri yang hadir memberi taklimat kelihatan menguasai selok belok maklumat kementeriannya, Beliau tidak memerlukan pegawai untuk membekalkan maklumat malah setiap soalan dijawab dengan penuh cermat dan bermaklumat. Memang menarik waimma semasa kami menyaksikan sesi soal-jawab kepada menteri, mereka terpaksa menjawab spontan selama 30 saat tanpa persediaan awal.
Piawaian kecekapan seorang menteri sememangnya tinggi sehinggakan seorang ahli parlimen yang berjawatan atau tidak di sini termasuk pembangkang perlu menjalankan tugasan secara profesional. Masa mereka di Parlimen adalah sepenuh masa kecuali dalam sebulan mereka ada seminggu waktu rehat dan di hujung minggu mereka akan kembali ke kawasan masing-masing untuk melihat keperluan pengundi di sana.
Seorang Setiausaha Kementerian Luar Negara yang kami temui iaitu Hon Deepak Obhrai menyatakan kerjanya bermula dari awal pagi untuk mengetahui berita dunia dan tempatan, kemudian mendapat taklimat daripada pegawainya dan masuk parlimen petang untuk soal jawab secara spontan dan kemudian pada lewat petang bermesyuarat dan malamnya membuat semakan dasar-dasar untuk dijawab esoknya pula.
Beliau sudah menjadi Ahli Parlimen selama enam penggal dan akan mempertahankan penggalnya yang ke-7 pada 2015 ini. Saya meminta padanya apakah nasihat berguna pada kesibukan peranan sebagai ahli legislatif dan kabinet bagaimana beliau mengurukan pengundinya? Beliau menjawab:
"Anda perlu jujur kepada pengundi anda, semasa anda menjalankan tugas jangan menipu mereka, katakan kepada mereka anda sedang melakukan tugas yang sama pentingnya melanggan pengundi, ada yang boleh menerima ada yang tidak, tetapi anda telah jujur dan tidak menipu mereka...."
Bergegas ke Toronto
Waktu untuk membuat persediaan ke destinasi seterusnya amat singkat. Selesai pukul 5 petang pertemuan ketujuh dan terakhir kami, kami bergegas ke hotel untuk mengisi perut dengan makanan ringan sebelum ke lapangan terbang untuk ke Toronto. Isteri saya yang menanti di lobi sejak pukul 1 tengahari kerana kami perlu check-out, menanti setia dengan berbekalkan novel ditangannya sebagai peneman.
Cuaca malam itu mencecah -20 Celcius dengan mengambil kira angin sejuk dan perjalanan ke lapangan terbang dalam bas kami yang nyaman menyebabkan kami lena keletihan.
Setengah jam kemudian sampai di lapangan terbang dan kami terus bersiap untuk berlepas ke Toronto pada pukul 8.30 malam. Penerbangan tertangguh kerana salji sudah mula memutihkan landasan dan angin agak kencang.
Dalam pesawat saya tidak peduli lagi apa yang di luar walaupun sempat juga saya menjenguk kawasan memutih yang meliputi kawasan lapangan terbang. Sepanjang 1 jam perjalanan dari Ottawa ke Toronto saya hanya tidur kepenatan.
Apabila sampai di Toronto, kami disambut oleh pihak urusetia dan di luar, cuaca di Toronto tidaklah sedingin Ottawa walaupun pada tahap -6 Celcius. Sedikit gerimis mengiringi kami sepanjang jalan ke hotel dan sejurus sampai, semua urusan bilik kami telah pun diuruskan oleh pegawai kedutaan yang mengiringi kami di sini dari Ottawa.
Hari di Toronto
Saya teruja untuk berada di sini sehingga 6 Disember bagi melengkapkan program ke Kanada. Toronto kelihatan sebuah bandar besar jauh berbeza dengan Ottawa. Kehidupannya agak pantas seperti kehidupan di bandar besar lain.
Itu semua saya peroleh dari celoteh pegawai pemandu kami yang sejak kami menaiki kenderaan tidak berhenti bercerita tentang Toronto. Esok saya akan mengetahui kebenaran ceritanya, cukuplah buat hari ini catatan untuk ditatapi kerana esok satu hari jadual kami agak ketat dengan harapan saya dapat menyambung catatan saya dan pengalaman baru yang saya akan peroleh.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi waktu tempatan. Selamat Malam Malaysia! – HARAKAHDAILY 12/12/2014
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar yang mengikuti lawatan kerja Parlimen Malaysia ke Kanada.
Sumber HD - 12-12-2014

Kembara Kanada (1)
Mengenali Kanada
Kanada hanya saya kenali melalui sukan musim sejuk dan cuacanya yang ekstrem. Benderanya sangat mudah dikenali berbentuk sejenis daun yang dipanggil maple leaf. Sukan hoki salji yang ganas itu mudah mengingatkan saya dengan Kanada.
Saya juga pernah mengenali beberapa rakan dari Kanada semasa belajar di British International School Tehran yang bernama Axel De Groote, Darren dan Deborah. Gaya percakapan bahasa Inggeris mereka sama macam slanga orang Amerika.
Semasa menuntut di sekolah tersebut yang majoritinya berbahasa Inggeris ala British, gaya percakapan mereka menjadi ejekan kami. Mereka juga mahir bertutur dalam bahasa Perancis. Saya juga tertanya mengapa mereka tidak ke American International School Tehran. Saya diberitahu bahawa Kanada adalah jajahan British/Peranchis dan mereka berbangga dengan keadaan itu walaupun slanga bahasanya mirip kepada slanga Amerika.
Tawaran ke Kanada
Semasa sesi perbahasan Bajet 2015 di Parlimen sedang berlangsung, saya ditawarkan ke Kanada dari Pejabat Speaker Dewan Rakyat setelah calon awalnya daripada PAS menolak, jadi nama saya dicadangkan untuk digantikan.
Saya menerimanya setelah berfikir beberapa ketika kerana ingin mempelajari sesuatu daripada sistem politik di sana. Memang sukar untuk saya menolak tawaran sebegini, bukan kerana seronok merantau tetapi ingin menimba pengalaman seluas mungkin untuk meningkatkan ilmu siasah dan perhubungan antarabangsa yang amat saya perlukan.
Saya menghantar mesej setuju ke pejabat protokol Parlimen yang menguruskan perjalanan kami kerana mereka mesti menyediakan keperluan visa tiga minggu sebelum perjalanan.
Peliknya tentang urusan visa ialah prosesnya terlalu rumit dan pelbagai borang untuk diisi juga menyusahkan. Saya dinasihatkan supaya cepat menghantar maklumat untuk diproses kerana ia terpaksa dihantar ke Singapura kerana Kuala Lumpur hanya ada cawangan kedutaan Kanada.
Saya terpaksa meminta pembantu saya mengirimkan pasport saya dari Parit Buntar termasuk pasport isteri kerana saya berniat untuk membawanya bersama kali ini bersesuaian dengan cuti sekolah hujung tahun.
Bertolak ke Kanada
Penerbangan kami pada malam 29 November sedangkan sesi Parlimen berakhir pada 27 November. Saya hanya ada satu hari untuk bersiap dan tidak seperti perjalanan lain, saya terpaksa menyiapkan baju musim sejuk yang pada kali terakhir saya membuat persediaan ialah tahun 2010 semasa berkunjung ke US yang juga di atas urusan parlimen.
Saya masih ada beberapa pakaian panas yang boleh lagi dipakai manakala isteri saya yang pertama kali mengikuti saya ke luar negara setelah tujuh tahun saya menjadi wakil rakyat terpaksa membeli belah untuk mendapatkan kelengkapan musim sejuk.
Oleh sebab minggu tersebut adalah permulaan cuti sekolah, maka jadual majlis kenduri di kawasan saya amatlah ketat. Siangnya sebelum berangkat saya mengambil kesempatan untuk menziarah kesemua undangan majlis kenduri bersama Haji Harun YDP PAS Parit Buntar dan pembantu saya, Abang Hamdan. Termasuklah ziarah lebih awal terhadap tuan rumah walaupun majlis kenduri mereka bukan diadakan pada hari tersebut. Hal ini kerana saya akan berada di luar kawasan sehingga 13 Disember.
Saya melawat hampir sepuluh majlis kenduri kesemuanya pada hari tersebut dan walaupun saya menyapa mesra tuan rumah dan pengunjung yang hadir dalam kesemua ziarah saya, kepala saya sebenarnya sudah bersedia untuk perjalanan jauh bermula pada malam nanti.
Perjalanan kami akan mengambil jarak tempuh 13 jam KL - London dan lapan jam pula London - Ottawa. Sepanjang perjalanan saya hanya tidur untuk merehatkan badan.
Transit di London
Oleh sebab perjalanan kami melalui London, kami terpaksa transit sementara di London kerana penerbangan kami ialah pada pukul 4 petangnya, sedangkan ketibaan kami ialah pada pukul 6 paginya.
London ketika ini sejuk dan sedikit hujan mengiringi ketibaan kami. Sarapan kami di Hilton Heathrow Terminal 4 dan setelah bersiap untuk kemaskan diri, mata saya segar tidak dapat melelapkan mata lalu saya menitip Ipad saya untuk menyiapkan artikel saya yang tertunggak iaitu kisah pertemuan dengan Mufti Selangor pada minggu terakhir sesi Parlimen.
Dek kerana sibuk menulis, saya dan isteri merupakan orang yang terakhir turun di lobi untuk berkumpul dengan ahli rombongan yang lain. Seorang ahli rombongan kami sempat bergurau, "Kalau bawa orang rumah ni mesti lambat, maklumlah musim sejuk..."
Ahli rombongan yang lain, MP Limbang, MP Kuala Langat, MP Labuan, MP Kalabakan dan MP Batu Kawan tertawa dengan sapaan nakal tersebut. Saya hanya tersenyum sambil menjelaskan sebenarnya saya menghabiskan artikel tertunggak walaupun isteri saya lebih banyak berehat mungkin kerana jetlag. Saya sempat membalas, "Saya hanya dapat tidur dengan artikel sahaja..."
Sampai di Ottawa
Sejak di KLIA lagi, pejabat protokol Parlimen mengingatkan kami akan cuaca di Ottawa, ibu negara Kanada adalah -10 Celcius, Saya membayangkan ia pasti ekstrem sebab semasa di London pada cuaca 9 Celcius pun kami sudah kesejukan.
Penerbangan Air Canada 889. Kami mendarat tepat jam 5 petang waktu tempatan dalam cuaca yang agak kekabusan dengan suhu 5 Celcius. Siap semua urusan imigrisen yang ketat dan menghimpun semua bagasi kami, di luar, pihak kedutaan telahpun menunggu kami dalam cuaca sejuk namun tetap disambut meriah. Saya dan isteri menaiki kenderaan berasingan daripada rombongan kerana mereka telah menyediakan kereta khas untuk ahli rombongan yang berpasangan.
Hotel kami di bandar Ottawa berdekatan dengan bangunan Parlimen bersebelahan dengan Ottawa Convention Centre. Ia terletak dalam kawasan strategik dengan dikelilingi kompleks membeli belah dan pusat komersial.
Malamnya kami hanya berada di bilik hotel sahaja menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk Ottawa. Dari tingkap bilik hotel, kami dapat melihat sinaran lampu bandar Ottawa yang sesekali berkabus.
Saya tidak dapat tidur nyenyak kerana setiap kali terjaga jam masih awal sehinggalah saya dikejutkan dengan penggera telefon bimbit menunjukkan waktu pukul 6 pagi. Solat dan kemudiannya bersiap untuk makan pagi dan akan memulakan jadual satu hari di bangunan Parlimen Kanada.
Berjalan Bersama Tan Sri Speaker
Pagi itu sebelum bertolak ke bangunan Parlimen, kami bermesyuarat di bilik Tan Sri Pandikar yang mengetuai rombongan Parlimen Malaysia. Ia perkara rutin untuk kami menjangkakan apakah isu-isu sensitif yang mungkin ditimbulkan dalam hubungan dua hala Malaysia - Kanada.
Kami dibekalkan dengan maklumat dasar luar negara, isu-isu keselamatan dan sikap Malaysia kepada isu-isu esktremis dan militan yang dikaitkan dengan nama Islam. Kami juga menyediakan poin-poin untuk isu kebebasan dan hak asasi manusia berpandukan kepada sikap rasmi kerajaan Malaysia.
Saya yang sudah biasa sebelumnya dalam rombongan rasmi Parlimen Malaysia menerima konsep bahawa kita semua walaupun daripada pembangkang seharusnya mewakili pandangan rasmi negara dan bukan pandangan peribadi parti.
Tan Sri Pandikar mahu berjalan kaki ke bangunan Parlimen walaupun pihak urusetia menyediakan kenderaan. Tan Sri Pandikar mahu berjalan ke dataran War Memorial yang berdekatan.
Kami berjalan dengan pakaian long coat kami dalam cuaca pagi yang sejuk mencecah -2 Celcius. Betapa seksanya untuk sampai ke Dataran War Memorial, bukan kerana jaraknya tetapi kerana sejuknya cuaca dan kami mengambil posisi tepat pada pancaran matahari untuk mendapat sedikit rasa panas walaupun ia tidak banyak membantu. Kami kemudiannya sempat bergambar beraramai-ramai sebagai kenangan berlatarbelakangkan langit cerah musim dingin bandar Ottawa.
Bangunan Parlimen Kanada
Mereka yang melihat bangunan Parlimen Kanada pasti akan kagum melihat seni binaannya. Seni binanya lebih kurang sama dengan bangunan Westminster di London. Bangunan bersejarah ini walaupun sebahagian besarnya telah dimusnahkan akibat musibah kebakaran, tapak asalnya yang kini adalah perpustakaan masih lagi kekal.
Keseluruhan bangunan ini dibina semula sejak 1921 mengikut corak asalnya yang menempatkan dalam satu bangunan dua dewan perwakilan iaitu Common House dan House of Senate. Kami disambut oleh pegawai protokol Parlimen mereka dan ditunjuk masuk ke tapak perpustakaan terlebih dahulu kerana di sinilah tapak asal bangunan bersejarah ini.
Masuk ke perpustakaan adalah semacam berada dalam cerita Harry Potter yang memaparkan perpustakaan bertingkat-tingkat dalam bentuk bangunan kubah dengan ribuan buku berjilid di merata ceruk mata memandang.
Di tengahnya patung Queen Victoria yang menjadi permaisuri ketika bangunan ini dibina pada pertengahan kurun ke-19. Mereka masih menyimpan hansard atau catatan perbahasan sejak tahun 1921 melalui laporan berita oleh wartawan ketika zaman tersebut sehinggalah kemudian sistem rekod perbahasan dibaiki melalui hansard yang dipakai oleh parlimen seluruh dunia hari ini.
Bertemu Speaker Dewan Rakyat
Speaker Dewan Rakyat Kanada adalah seorang yang amat muda berbanding dengan kami semua. Umurnya baru 34 tahun dan sudahpun memikul tanggungjawab besar. Orangnya tinggi dan nampak berkeyakinan menyambut ketibaan kami.
Pertemuan agak formal dengan susun duduk yang ditetapkan. Tuan rumah memulakan ucapan alu-aluan disambut oleh Tan Sri Pandikar yang menyatakan hasrat kedatangan kami. Kami diperkenalkn satu persatu dan sambil berseloroh Tan Sri Pandikar menyatakan, "Lihatlah betapa demokratiknya kami, kami membawa Backbencher dan Opposittion bersama dalam satu rombongan.."
Saya, YB Kastoori dan YB Abdullah Sani hanya berpandangan sambil senyum. Majlis ringkas berakhir dengan sesi bergambar berlatarkan bendera Malaysia dan Kanada.
Speaker Dewan Senat
Kemudian kami ke Dewan Senat sayap bangunan bersebelahan disambut oleh Speaker Dewan Senat yang baru dilantik. Malah rombongan dari Malaysia adalah yang pertama kali membuat kunjungan sejak beliau dilantik.
Saya melihat beberapa wakil Senator yang menyambut kami agak berumur. Saya sempat berkenalan dengan mereka dan sememangnya perlantikan mereka oleh kerajaan yang memerintah dipilih atas faktor umur dan pengalaman, Salah seorang yang sempat saya berbual sudah menjadi senator sejak 17 tahun yang lalu dan apabila ditanya bilakah mereka akan bersara, jawapannya apabila mereka berumur 75 tahun kerana had umur bersara. Kaedah ini baru sahaja diperkenalkan kerana sebelumnya jawatan Senator adalah seumur hidup!
Saya sempat berkenalan dengan seorang Senator berketurunan Cina berasal dari Singapura. Ia merantau ke Kanada sejak 37 tahun yang lalu dan kini baru dilantik sebagai Senator. Peranannya di sini jauh lebih besar daripada Ahli Parlimen kerana dengan jawatan Senator, ia boleh membawanya pelosok bahagian Kanada bagi mewakili kerajaan atau merasmikan majlis-majlis kerajaan.
Saya juga difahamkan bahawa gelaran Your Honorable atau Yang Berhormat akan kekal kepada mereka walaupun mereka sudah tidak memegang jawatan lagi. Sememangnya daripada perbincangan kami jawatan Senator di sini mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar. Bahkan dalam ucapan tahunan, Permaisuri Britain atau Gabenor Jeneral sebagai wakil Permaisuri, Ahli Parlimen hanya akan berdiri di barisan belakang sekali dan tidak akan campur tangan hal Dewan Senat.
Solat di Bilik Menunggu
Semasa menanti jadual seterusnya selepas makan tengahari, kami diberikan bilik berehat dan kami sempat solat disitu. Alangkah nikmatnya setelah penat berbincang dan mewakili negara kami semua daripada pelbagai aliran politik mengadap Allah Azza Wajalla dengan penuh rasa kesyukuran.
Saya mengimami solat Zohor dan Asar dan kedinginan cuaca tidak menghalang kami untuk tenang mengadap Pencipta dalam ketenangan dikelilingi bilik yang penuh dengan gambar-gambar pemimpin-pemimpin mereka yang seolah-olah pelik melihat pertama kali bilik ini dipenuhi dengan menyebut kalimah Allah.
Menyaksikan Perbahasan Dewan Rakyat
Pukul 2.15 hingga 3 petang adalah waktu soal jawab dengan Menteri Kabinet Kanada. Ruang ini di Malaysia hanya ada sepanjang sesi berjalan dari pukul 10 sehingga 11.30 pagi. Di sini sesi soal jawab ini berlangsung setiap hari kecuali Jumaat dan dibawa secara langsung untuk akses kepada awam.
Jadi Ahli Parlimen mereka adalah sepenuh masa sama ada pembangkang mahupun Menteri Kabinet. Semua perjalanan kerajaan ditanya di sini setiap hari selama 45 minit. Perbahasan mereka menarik kerana soalannya agak ringkas dan jawapannya juga padat.
Bunyi bising tepukan meja dan bertukar suara tinggi kedua-dua pihak mengiringi soalan dan jawapan. Speaker mempunyai cara tersendiri mengendalikan majlis dan setiap pergerakan Speaker mengisyaratkan sesuatu. Umpamanya apabila Speaker mula bangun itu tandanya masa sudah habis dan jikalau Speaker bangun berdiri semua akan diam untuk mendengar arahan.
Tidak kelihatan pegawai kementerian mundar-mandir untuk memberi jawapan sebab menteri akan menjawab dengan pantas tentang kritikan terhadap program yang dijalankan. Sepanjang sesi tersebut berpuluh soalan diajukan dan dijawab dengan pantas dan setiap soalan dan jawapan akan berpindah ke soalan lain tanpa perlu mendapat izin Speaker.
Di akhir sesi kami diperkenalkan dari galeri pemerhati dan seperti di Malaysia akan mendapat tepukan gemuruh darpadai ahli-ahli Parlimen. Kami pulang ke hotel jam 3.30 petang dan bersiap ke rumah Dato' Hayati Ismail, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada untuk jamuan makan malam. – HARAKAHDAILY 11/12/2014

Pertemuan saya dengan mufti Selangor
SIKAP saya dalam menangani fatwa pengharaman Sisters In Islam Forum Malaysia (SIS) telah menimbulkan kontroversi yang tidak menemui titik noktahnya. Saya dan Ahli Parlimen Shah Alam serta Sepang terpaksa menongkah arus bukan sahaja dalam lingkungan parti kami (PAS) tetapi juga kepada persepsi sebahagian masyarakat Islam yang menganggap kami mencabar keputusan Majlis Fatwa Selangor yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Mufti Selangor.
Saya telah menjelaskan sikap saya yang secara ringkasnya bukan mencabar fatwa tetapi cuba memohon penjelasan bagaimana proses fatwa dikenakan atas sesebuah organisasi atau individu dalam mencari ruang pihak yang tertuduh mendapat pembelaan, dan dalam konteks SIS Forum ia soal pemikiran yang menuntut muzakarah sehingga terbukti kesesatannya.
Juham dan Abim Prihatin
Semasa kenyataan kami daripada beberapa Ahli Parlimen PAS mendapat perhatian media, Juham atau Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia rupanya mempunyai pendirian yang sama dengan kami dan mereka turut berminat untuk mendapat penjelasan.
Saya juga dimaklumkan bahawa Presiden Abim iaitu Saudara Amidi Abdul Manan dan rombongannya telah bertemu dengan Tuan Mufti juga dalam tujuan yang sama. Kesemua mereka melahirkan kebimbangan tentang fatwa sesat yang digazetkan yang boleh membwa SIS Forum sebagai pertubuhan sesat dan haram.
Walaupun mereka sama sekali tidak bersetuju dalam pandangan SIS namun melabelkan dan memperkuatkuasakan fatwa ia sesat adalah satu tahap yang jauh daripada jangkauan kami.
Saya menelefon Presiden Abim yang kebetulan adalah kenalan saya untuk mendapat persefahaman adakah kebimbangan kami berasas. Dalam perbualan telefon yang panjang akhirnya kami bersetuju bahawa ia soal memohon penjelasan proses fatwa dan mencari nilai keadilan supaya institusi mulia tidak dituduh sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa.
Juham melalui Abang Kerdee Abang Masagus selaku setiausahanya juga berpendapat sedemikian. Oleh kerana Abim telahpun menemui Tuan Mufti maka saya menumpang sahaja temujanji Juham yang telahpun mendapat tarikh pertemuan dengan Pejabat Mufti Selangor.
Melibatkan Semua
Antara persoalan yang diajukan kepada saya ialah kenapa saya bertemu dengan SIS dulu dan tidak dengan Mufti Selangor terlebih dahulu. Malah dalam salah satu sesi perbahasan di sidang Parlimen tempoh hari Ahli Parlimen Tanjung Karang telah ambil kesempatan untuk menghentam saya dan dua sahabat saya lagi kerana gagal berjumpa dengan Tuan Mufti tetapi sebaliknya terus membela SIS.
Saya dengan segera memberi respon dengan mencelah dan menjelaskan bahawa saya akan bertemu dalam waktu yang terdekat dan Alhamdulillah pada minggu terakhir persidangan Parlimen iaitu pada 24 November hajat saya 'menumpang' temujanji Juham bertemu dengan Tuan Mufti tercapai.
Soal sama ada kenapa saya bertemu dengan SIS dulu dan tidak Tuan Mufti adalah umpama perbalahan 'telur ayam' iaitu sama ada ayam atau telur keluar dahulu atau sebaliknya. Kini semua itu terjawab dalam pertemuan yang cuba menyempurnakan sebahagian dari proses cuba bertemu dengan pihak yang berkepentingan dalam kes ini.
Sambutan Mesra
Kami disambut mesra oleh kakitangan Pejabat Mufti Selangor dan ditunjuk terus ke bilik pertemuan. Rombongan kami agak ramai terdiri dari tujuh atau enam peguam dari Juham dan lima atau enam orang daripada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Selangor.
Selain Tuan Mufti kami juga disambut oleh Setiausaha Pejabat Mufti dan beberapa anggota Majlis Fatwa Selangor serta beberapa pegawai penyelidik Majlis Fatwa Selangor. Setelah ucapan alu-aluan dibuat oleh Tuan Mufti, kami memulakan muzakarah dengan beberapa persoalan untuk dibincangkan bersama.
Saya menjelaskan bahawa bukan niat saya untuk mempertikaikan fatwa, cumanya saya sebagai ahli penggubal undang-undang di peringkat persekutuan amat prihatin kepada proses apatah lagi fatwa yang membawa kepada penguatkuasaan 'sesat' sesebuah organisasi atau individu.
Asas pemfatwaan ialah liberalisma dan pluralisma memerlukan perincian dan penjelasan dari pengamalnya sebelum membuat apa-apa rumusan. Saya memetik surah al-Maidah ayat 8 bagi mengukuhkan pengertian proses keadilan. Saudara Abdullah Karim dari Juham turut menegaskan perkara yang sama.
Penjelasan Mufti
Tuan Mufti menjelaskan proses yang mereka jalankan dan menegaskan pertemuan pada 2012 dengan SIS sudah cukup untuk mereka merumuskan fatwa sesat terhadap SIS. Saya mencelah adakah beberapa asas yang dikatakan SIS sesat telah mendapat penjelasan dan penelitian dari 'tuan tubuh' supaya ia bukan rumusan sendiri tetapi hasil daripada perbincangan mendalam.
Tuan Mufti menjelaskan bahawa pertemuan 2012 di Pejabat Mufti Selangor tersebut tidak bertujuan untuk 'bergaduh' dan hanya mendengar sahaja dari pihak SIS. Saya terus menyoalkan bahawa jika pertemuan itu satu muzakarah maka ia perlu suasana 'bergaduh' supaya dapat dipastikan dengan penuh keyakinan rumusan yang dibuat kerana tanpa suasana itu (berhujah) bagaimana kita dapat membuat sesuatu keputusan dengan adil dan saksama.
Antara yang turut memberi penjelasan ialah Pengerusi Bahagian Akidah Majlis Fatwa Selangor yang berkeyakinan bahawa SIS Forum tidak syak lagi sesat atas beberapa asas, antaranya ialah mengatakan lelaki wanita adalah sama, menafikan bahagian lelaki dalam faraid (pembahagian harta), mendahulukan akal daripada wahyu dan beberapa isu lain yang melayakkan mereka difatwakan sesat.
Tuan Mufti juga menafikan bahawa fatwa tidak dibuat secara terburu-buru, malah mereka mengambil masa lama untuk mendapat maklumat melalui dokumen, kenyataan-kenyataan dan seminar yang dianjurkan.
Kritikan
Saya juga menjelaskan bahawa semua yang dikatakan ke atas SIS itu masih belum dibentangkan kepada SIS untuk memberi penjelasan dan untuk dipertahankan oleh SIS adakah mereka mengimani semua perkara tersebut sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Adakah hanya mendapat maklumat daripada sumber sekunder seperti dokumen tanpa bersemuka melengkapkan proses pembuatan fatwa supaya keadilan dapat dilaksanakan? Saya juga menyebut bahawa terdapat kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah terhadap institusi fatwa di Malaysia bahawa bukan semua orang menolak fatwa kerana tidak menghormati fatwa tetapi cara dan penjelasan tentang proses pembuatan fatwa dibuat yang menjadi pertikaian.
Tuan Mufti menegaskan bahawa SIS terlalu keras dalam pendiriannya dan tidak mungkin mengubahnya, dan pada saat ini Abdullah Karim seorang peguam menegaskan bahawa soal memberi keadilan dan pertahankan diri bukan sahaja untuk yang dituduh tetapi juga menggambarkan kepada persepsi awam bahawa proses keadilan berjalan apatah lagi tanggapan kepada institusi terhormat seperti Majlis Fatwa.
Perbahasan Menarik
Perbincangan kami berjalan lebih daripada masa yang dijangkakan kerana perbincangan turut menjangkau tentang persoalan konflik perundangan kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dengan mengambil kes keputusan Mahkamah Sivil yang berpihak kepada tiga transgender yang mempertikaikan Enakmen 66 Agama Islam Negeri Sembilan yang dikenakan ke atas mereka.
Pihak Juham memberikan komitmen untuk mempertahankan hak Mahkamah Syariah kerana kes awalan ini tidak akan membantu memperkukuhkan Mahkamah Syariah malah ia boleh mengheret konflik perundangan yang sensitif sifatnya.
Saya turut mencadangkan supaya perbahasan lebih terperinci dibuat dalam melihat kes masa depan yang berpotensi untuk berlaku dan diselesaikan dalam rangka mengiktiraf kewibawaan Mahkamah Syariah yang terpaksa berkongsi secara selari kuasanya dengan Mahkamah Sivil dengan beberapa keterbatasan. Saya dan rakan Ahli Parlimen PAS yang lain bersedia untuk mencapai rumusan yang objektif dalam hal ini.
Berpisah Untuk Bertemu Lagi
Masa tidak mengizinkan untuk kami meneruskan perbincangan dan kami kemudian menikmati hidangan petang yang disediakan sambil terus bermesra dengan pihak tuan rumah. Namun pertemuan singkat itu memabwa kita kepada pelbagai persoalan yang asasnya ialah untuk memperakui beberapa perkara.
Pertama - Proses pemfatwaan tidak menuntut sesuatu keputusan itu dirunding atau dimuzakarahkan dengan yang terlibat. Saya tidak menyalahkan pihak Majlis Fatwa dalam hal ini kerana mereka hanya berpegang kepada proses yang saya fahami daripada penjelasan yang dberikan bahawa tidak sesuatu fatwa yang dikeluarkan tidak memerlukan muzakarah ke atas yang dituduh.
Kedua - Fatwa ada keterbatasannya dan banyak mengambil kira faktor-faktor lain. Berkemungkinan besar fatwa yang digazet atau dikuatkuasakan tidak disenangi oleh pihak yang lebih berkuasa.
Ketiga - Majlis Fatwa tidak perlu bertemu dengan SIS kecuali SIS bertaubat dan ingin mempelajari jalan pulang serta mengakui bahawa mereka sesat. Ketika itu pihak Mufti dan Majlis Fatwa bersedia membimbing mereka ke jalan yang benar.
Keempat - Mahkamah Syariah berada pada tahap cabaran yang tinggi apabila keputusan Mahkamah Syariah boleh dipersoalkan dalam konteks kebebasan yang yang diberikan haknya dalam Perlembagaan Persekutuan.
Rumusan pertemuan saya dengan Sahibus Samahah Dato' Seri Mufti Selangor dan Majlis Fatwa menuntut beberapa persoalan termasuk persepsi pentadbiran dan pengurusan Islam dalam negara ini.
Tanggungjawab pihak pentadbir hal ehwal agama Islam dilihat daripada sudut harapan Islam dilihat mulia dan bermaruah semakin besar untuk memenuhi harapan umat Islam di Malaysia.
Atas harapan besar ini, pihak pentadbir hal ehwal agama Islam perlu mempunyai jiwa besar dan memenuhi prinsip RAHMAT DALAM KEADILAN dan bagaimana ia menyerlahkan dirinya dalam konteks kerangka negara yang ada hari ini.
Hanya dengan cara ini Islam dilihat mengisi ruang negara yang ada hari ini dan jalannya tidak mudah, sukar dan berliku. – HARAKAHDAILY 10/12/2014
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Parti Islam SeMalaysia

Penjelasan tentang fatwa pluralisme dan liberalisme
KENYATAAN kami daripada beberapa Ahli Parlimen PAS tentang Fatwa Pluralisme dan Liberalisme bertarikh 4 November 2014 serta pertemuan kami dengan Sisters In Islam (SIS) pada 6 November 2014 telah dimanipulasi secara malafide oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada segelintir ahli PAS sendiri.
Ingin saya jelaskan beberapa perkara:
1. Kami tidak pernah mempertikaikan fatwa tentang sesatnya pandangan yang mengatakan semua agama adalah sama dan mengimani kepada kebenaran secara relatif.
2. Kami juga berpendapat bahawa ilmu syariat perlu dipandu dengan disiplin ilmu Islam bagi memahami tuntutan nas.
3. Persoalan kami adalah proses fatwa pengharaman yang perlu mendapat proses keadilan, ruang mempertahankan pertuduhan dan menilai faktor masa antara fatwa dan pengharaman.
4. Pertikaian PAS terhadap proses pengfatwaan dibuat bukanlah perkara baru malah Fatwa Memali dan Fatwa Amanat Haji Hadi yang difatwakan sesat senantiasa dipersoalkan tentang ketulusan dan menuntut ruang mendapat pembelaan. Mengapakah hari ini premis yang sama kami pertikaikan ke atas SIS dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu malah segelintir ahli PAS sendiri?
5. Saya menuntut supaya kita bersikap konsisten dalam menyatakan kebenaran tanpa mengira bulu dan hanya kerana itu kita akan dihormati kawan dan lawan.
6. Sebagaimana PAS pernah bertegas menegakkan ruang mempertahankan diri dengan membawa segala tuduhan ajaran sesat ke Mahkamah Syariah untuk mendapat hak pembelaan, mengapa kita tidak pula konsisten menyatakannya kepada SIS bahawa jika mereka sesat maka dakwalah di Mahkamah Syariah supaya kebenaran dan keadilan tertegak?
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (Al Maa’idah: 8)
Penulis ialah Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
YB Dr MR - http://www.youtube.com/watch?v=GAXI1VvrEIM&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 7-11-2014

Bentang Akta Keharmonian Nasional secepat mungkin
Firman Allah SWT:
ما افاء الله على رسوله من اهل القرى فلله و للرسول ولذي القربى واليتامى والمساكن وابن السبيل كي لا يكون دولة بين الاغنياء منكم. وما اتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا واتقوا الله ان الله شديد العقاب
( الحشر ٧)
Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). (Al-Hasyr:7)
Sabda Nabi Muhammad SAW:
هل تنصرون و ترزقون الا بضعفاءكم؟ (رواه البخاري)
Bukankah kamu diberi bantuan dan rezeki dengan orang-orang tertindas di kalangan kamu?
انما ينصر الله هذه الامة بضعيفها بدعوتهم صلاتهم و اخلاصهم (النسائ)
Allah membantu umat ini dengan mereka yang tertindas kerana doa mereka, solat mereka dan keikhlasan mereka.
ASAS FALSAFAH PEMBELAAN RAKYAT
Allah SWT menganugerahkan rezeki dan memberikan kemewahan kepada hambanya. Bajet ini berasaskan pada hasil 235 bil dan perbelanjaan 273 bil.
Kelompok terpinggir wujud sepanjang zaman walaupun istilahnya berbeza Dhua’fa, Masakin. Hari ini istilah tersebut difahami dari mereka yang berpendapatan RM1,500 ke bawah dan mereka membentuk 40 peratus dari penduduk Malaysia.
Dasar peredaran kekayaan dikalangan yang terkaya sahaja dari sudut agihan dan manfaat telah ditegur oleh Allah SWT. Bahasa hari ini ialah inequality atau income disparaty.
Berasaskan Falsafah Ekonomi ini, saya akan mencadangkan model ekonomi yang dinamakan, Ekonomi Keterangkuman dan Lestari (Inclusive and Sustainable Economy)
Kritikan saya kepada belanjawan dalam perbahasan Dasar adalah berdasarkan kepada asas yang lebih membumi permaslahannya.
Harus anjak dari sekadar pertumbuhan ekonomi kepada pembangunan ekonomi. Ini akan membawa implikasi kepada melihat ekonomi dalam perspektif yang berbeza. Saya merumuskan empat asas yang menuju kepada perspektif pembangunan ekonomi dan terbentuk dalam bajet:
- Pergerakan menaik dalam pendapatan atau earn wages.
- Kemampuan menyimpan, melabur dan pemilikan harta atau unearn wages.
- Perubahan progresif menuju kepada suasana pendemokrasian negara dan institusinya.
- Menjadikan HDI (Human Development Index) sebagai piawaian kepeada pembangunan inklusif.
KRITIKAN
Berpandukan kepada empat asas ini, Bajet 2015 terdedah kepada perdebatan dari sudut:
1. Pergerakan menaik dalam pendapatan atau earn wages – Tahap pulangan gaji kepada pekerja berbanding dengan pulangan kepada majikan berbanding dengan KDNK ialah nisbah 34:66. Sasaran untuk mencapai status negara maju ialah 66 peratus pulangan kepada pekerja dan tahap negara pasaran baru lain ialah 58 peratus. Walaupun dalam bajet mensasar 40 peratus, saya mohon penjelasan kepada beberapa masalah yang lebih besar dari hasrat mencapai 40 peratus.
a. Tekanan pasaran buruh yang murah dan tidak berkemahiran menyebabkan eksploitasi majikan kepada pekerja. Ini termasuk perundangan buruh yang premisnya adalah kekangan kerajaan terhadap tuntutan sehingga wujudnya jurang antara peningkatan produktiviti dan kenaikan gaji.
b. Banjiran buruh asing yang tidak berkemahiran merampas habuan pasaran buruh lokal dan menyebabkan kualiti dikompromi dan peluang peningkatan kemahiran tidak banyak.
c. Dalam perkhidmatan awam peningkatan kepada pekerja sederhana mahir kepada sepenuh mahir menjadi perlahan kerana birokrasi dan mengakibatkan longgokkan besar kepada kos perkhidmatan awam tanpa satu pulangan kualiti.
d. Penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi jika tidak ada pendekatan akan menjadi sukar pulangan 40 peratus kepada pekerja.
2. Meningkatkan potensi menyimpan, melabur dan pemilikan harta – Pendapatan bukan sumber gaji (unearned wages) akan memantulkan dasar rakyat base dalam masalah yang disebut sebagai Inequality atau Disparity. Piketty sebagai antara pejuang inequality menyebut bahawa, “Kesenjangan pendapatan bukanlah sesuatu yang tidak sengaja berlaku tetapi ia adalah ciri Kapitalism yang boleh diperbetuli melalui intervensi pemerintah, jika tidak dibetuli maka asas demokrasi itu sendiri akan tergugat.”
Latarbelakang ini jika dilihat di Malaysia, telah melahirkan kesenjangan ini melalui kajian pertama kali dibuat oleh Dr Muhamad Khalid yang mendapati statistik yang menarik iaitu:
53 peratus Rakyat Malaysia tidak ada aset harta
2.2 peratus Rakyat Malaysia ada harta terdiri daripada 80 peratus yang berpendapatan rendah
77 peratus Rakyat Malaysia berharta terdiri daripada 10 peratus yang terdiri dari Super Rich
Keadaan ini adalah gambaran kepada realiti kesenjangan dan mungkin menyebabkan kepada kebangkitan dan pelebaran golongan oppressed dan ini boleh menggugat kestabilan politik. Dasar Revolusi Perumahan dan Tanah yang lebih radikal diperlukan dengan mengambil kira 80 peratus adalah Bumiputera.
3. Menuju kepada perubahan progresif membina proses pendemokrasian dan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab – Negara maju mesti menuju kepada membina masyarakat yang demokratik bebas dan telus dan ini tidak boleh berlaku tanpa peruntukan kepada Gerakan Masyarakat Sivil (Sivil Society Movement). Asas keperluan ini berdasarkan kepada:
Suasana politik dunia yang kini memerangi kemunculan Ekstrimisme dan Radikalisme puak atau agama menjadi pendesak kepada komitmen Kerajaan kepada Dasar Kesederhanaan yang berkesan (Wasatiyyah Amilah).
Dasar yang menjurus kepada doktrin Prejudis antara kaum dan galakkan perkauman sempit dan ekstrimisme agama mesti dihapuskan dalam proses menuju kepada negara maju. Kebencian kaum dan Agama perlu dianggap sebagai jenayah yang menggugat keharmonian nasional. Social hostility against religion mesti dikawal untuk menuju kepada Social Cohession antara agama.
Begitu juga Aggresif Sekularisme dan Anti Agama dan Islamophobia perlu dikawal, dosanya tidak berbeza dengan ekstrism agama dan kaum.
Undang-undang yang tidak releven seperti Akta Hasutan 1948 perlu diganti kepada akta yang lebih terkini dalam mengimbangi keperluan keharmoninan masyarakat dan kebebasan bersuara.
Sudah sampai masanya Akta Keharmonian Nasional yang disebut oleh Perdana Menteri pada ucapan sambutan Hari Malaysia 2012 dibentangkan secepat mungkin.
Perlunya peruntukan kepada Masyarakat Sivil bagi memastikan perjalanan ke arah negara maju dapat direalisasikan.
4. Human Development Index (HDI) dan Maqasid Achievement Index (MAI) – Perlu meletakkan isu-isu semasa bersama masyarakat antarabangsa khususnya dalam soal HAKAM, ANTI DISKRIMINASI sebagai menunjukkan kesungguhan menuju ke negara maju. Sejauhmana HAKAM diserapkan dalam semua sektor termasuk kepolisian dan penguatkuasaan. Bagaimana diskriminasi tidak berlaku dalam sektor pekerjaan melalui dasar anti diskriminasi dan sejauhmana komitmen kerajaan kepada ICERD (International Convention Elimenating Racial Discrimination). Peruntukan kepada Suhakam untuk menggarap keseluruhan permasalahan perlu lebih besar.
AKHIRNYA
1. Posisi Islam dalam negara perlu diberi makna yang memenuhi maksud RAHMATAN. Kerajaan perlu meletakkan prinsip bahawa apa sahaja dasar yang bercanggah dengan DASAR RAHMATAN hendaklah dinilai dan digantikan kerana asas kepelbagaian yang merupakan ciri utama negara perlu dipelihara mengikut piawaian DASAR NEGARA RAHMAT.
2. Memperkukuhkan Gerakan Masyarakat Sivil dan membina jambatan yang baik dengan kerajaan melalui grant sokongan kepada program, aktiviti, insentif dan pengiktirafan tokoh tokoh untuk menuju kearah negara maju 2020.
3. Menggarap isu kos bebanan hidup, tahap keberhutangan negara dan pekerja melalui model ekonomi keterangkuman dan kelestarian dan berpindah dari premis model ekonomi konsumpsi kepada ekonomi pelaburan yang akan memulangkan kekayaan balik kepada semua rakyat.
و لا تاء كلوا اموالكم بينكم بالباطل و تدلوا بها الى الحكام لتاءكلوا فربقا من اموال الناس بالاثم و انتم تعملون
(البقرة 188)
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah:88)
Rencana di atas adalah petikan ucapan Ahli Parlimen Parit Buntar ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, semalam.
Sumber HD - 15-10-2014

Bajet 2015: Suntik Ekuinas tidak bantu rakyat terbanyak
KUALA LUMPUR: Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri hanya menumpukan usaha mengembangkan ekonomi dalam bentuk syer tetapi bukan dalam bentuk individu, demikian menurut Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.
Beliau berkata, jika dilihat di peringkat bawah masih terdapat kesenjangan pendapatan yang melibatkan 53 peratus rakyat Malaysia yang tidak ada apa-apa aset kewangan.
"Hanya 80 peratus daripada berpendapatan rendah iaitu 22 peratus sahaja yang ada aset kewangan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna tidak dapat ditingkatkan.
"Saya melihat 53 peratus mereka yang tidak ada aset kewangan itu, 80 peratus daripada itu adalah bumiputera," katanya kepada Harakahdaily.
Mengulas lanjut Bajat 2015, katanya walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan akan menyuntik Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) supaya syer bumiputera bertambah malangnya ia bukan dalam bentuk individu.
"Yang kita maksudkan 80 peratus tidak punyai aset kewangan. Dan ini menyebabkan dia tidak ada wang lebihan untuk berbelanja seterusnya menjadi beban kepada rakyat,"katanya.
Justeru katanya, bagi melihat kedudukan realiti rakyat negara ini perlu mengambil kira kesenjangan pendapatan bukan syer yang dimiliki oleh bumiputera.
"Nampaknya perjalanan kita lebih jauh lagi. Bajet ini adalah satu usaha tetapi tidak berjaya menyelesaikan soal ketirisan dan rasuah yang masih membimbangkan kita,"tegas beliau. - HARAKAHDAILY 11/10/2014
Sumber HD - 11-10-2014

Cemeti bilas suara rakyat
Tiada yang lebih tepat dari gambaran bahawa Akta Hasutan umpama cemeti yang menghukum suara kebebasan di negara ini. Seperti pemegang cemeti yang dilatih, tangan melibas mangsa senantiasa siap-siaga meninggalkan bekas sebagai harga menjadi penjahat atau penjenayah. Cemeti juga digunakan untuk menakut-nakutkan yang lain bahawa mereka juga boleh menjadi mangsa.
Akta Hasutan adalah sebuah akta lapuk dan saka yang menghantui rakyat Malaysia. Ia adalah hubungan tuan dan hamba di mana rakyat dalam kerangka akta ini dijadikan sebagai subjek hamba yang bernyawa atas belas ihsan tuannya.
Mentaliti akta ini adalah mentaliti penjajah dan tidak mengejutkan kerana ia dibuat dalam usaha membenamkan suara kebebasan dan kemerdekaan semasa British menjajah kita. Namun apa yang mengejutkan ialah Malaysia yang telah merdeka 57 tahun masih lagi memakai akta ini dalam usaha ‘menjamin’ keamanan.
Penjajah British pasti tersenyum betapa hebatnya anak jajahannya mempertahankan warisan saka ini walaupun ia sendiri telah membunuh saka ini kerana sudah tidak relevan lagi.
Akta Hasutan sebenarnya adalah pistol yang picunya boleh dipetik bila-bila masa tanpa apa-apa keperluan, hanya cukup dengan berkhayal rasa diri terancam maka picu pun dilepaskan. Pendakawaan ke atas pelaku tidak perlu membuktikan niat dan disertai perbuatan, hanya sekadar kenyataan yang boleh diintepretasi sebagai menghasut sudah cukup untuk didakwa.
Ciri ini memang merupakan doktrin akta yang memberi kelebihan kepada pemerintah untuk membuka ruang kepada eksploitasi merejam suara rakyat yang bebas.
Mendengar betapa menindasnya akta ini, seorang rakyat Malaysia tidak akan terbayang kerajaan hari ini terus mahu mengekalkan klasik penjajah ini namun realitinya Program Transformasi Kerajaan hari ini gagal melihat isu ini dengan tuntas.
Anehnya suara mahu mengekalkan akta ini walaupun terbukti lapuk dan tidak relevan datang dari pemimpin besar yang pernah memimpin negara ini dan daripada sebuah parti besar yang masih memimpin negara ini sejak 57 tahun yang lalu.
Suara mengkritik pemerintah tidak boleh dianggap sebagai penjenayah. Walaupun kenyataan dan pandangan terhadap institusi Islam dan institusi Raja Berperlembagaan mempunyai perlindungan namun ia bukannya mutlak kerana apabila ia mutlak ia akan jadi sakral dan sakral ini hanya ada pada Allah dan Rasulnya.
Itupun sakral Allah dan Rasul diberi panduan asalkan nilai kebebasan itu terus tidak dihapuskan. Akta Hasutan tidak mengenali prinsip mulia ini, ia mahu mengambil alih tugas kemutlakan bahawa Kerajaan, institusi Islam dan Raja Berperlembagaan tidak boleh diusik dan disentuh.
Tidak ada siapa pula yang mahukan kebebasan atas risiko membinasakan negara ini. Kebebasan bersuara tidak boleh dibuat persamaan dengan natijah inginkan huru-hara kerana ia logik yang songsang.
Kebebasan bersuara adalah untuk memenuhi kehendak kebebasan berfikir dan hak untuk tidak bersetuju asalkan tidak ada niat merosakkan. Begitu juga sekadar bertutur sesuatu terhadap kaum atau bangsa malah agama sesuatu belum tentu menentukan niat jahatnya kerana itu juga adalah pandangan.
Walaupun saya tidak semestinya bersetuju dan saya perlu menentangnya melalui hujah saya dan bukan menyekatnya melalui dakwaan.
Oleh itu satu doktrin perundangan yang meletakkan kebebasan pandangan dalam kerangka hak perlu diperkenalkan menggantikan doktrin Akta Hasutan. Asasnya ialah niat perlu dibuktikan dulu dan intepretasi negatif mesti diasaskan dahulu serta konsistensinya.
Piawaian pembuktian yang tinggi ini digunakan untuk memelihara suara kebebasan daripada disalahgunakan oleh pemerintah dan rakyat tidak perlu bimbang untuk bersuara.
Sehingga doktrin baru memelihara nilai kebebasan bersuara dapat melihat cahayanya, kerajaan yang memerintah hari ini diingatkan supaya jangan meneruskan projek pembodohan rakyat melalui ugutan dan ancaman cemeti Akta Hasutan.
Satu pandangan terhadap ide doktrin baru telahpun dikemukakan oleh Majis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) melalui Jawatankuasa Kerja Undang-Udang dan Dasar bagi membanatu hasrat Perdana Menteri 1Malaysia yang berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan dengan menggantikan satu akta yang dinamakan sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Selagi Kabinet melengahkan ide ini untuk digubal sebagai akta baru beserta dengan pemansuhan Akta Hasutan selagi itu rakyat terus dihantui saka dan akan hidup dalam ketakutan kerana cemeti senantiasa menungg melibas mangsanya.
Artikel ini didedikasikan untuk semua mangsa Akta Hasutan dan kepada yang mencintai kemuliaan insan.
Mari berdiri teguh untuk kita katakan TIDAK kepada Akta Hasutan dan YA kepada Akta Keharmonian Nasional.
Penulis ialah Ahli Parlimen Malaysia daripada Parti Islam SeMalaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Undang-Undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara.
Sumber HD - 10-9-2014

Jika nak sentuh Unit Amal, sentuh kami dulu - Mujahid
BAYAN LEPAS: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menghala sasaran kepada Unit Amal pula setelah bertindak terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Berucap dalam majlis Makan Malam PAS Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji di sini malam tadi, beliau berkata gesaan tindakan terhadap Unit Amal suatu yang mencabar kewibawaan kerana pasukan itu berkhidmat kepada masyarakat.
"Awas jika nak sentuh Unit Amal, sentuh kami dulu sebab pasukan tersebut bukan pasukan ganas atau pemberontak. Ia adalah pasukan kesayangan ramai masyarakat," tegasnya dengan nada kesal.
Beliau mempersoalkan kenapa Unit Amal diseret apabila berlaku kemelut penahanan anggota PPS setelah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengisytiharkan PPS pasukan haram kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu berkata, Zahid sendiri pun tahu bahawa pengorbanan anggota Unit Amal sudah terbukti ketika membantu melaksanakan kerja kebajikan terutamanya samasa kejadian banjir di Johor akhir tahun lalu.
"Pasukan Unit Amal telah terbukti berjasa kepada masyarakat iaitu ketika membantu kejadian banjir dan sebagainya. Ia ditubuhkan di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berdaftar yakni bukan di bawah parti haram," jelasnya. - HARAKAHDAILY 2/9/2014
Sumber HD - 2-9-2014

Satu pandangan dari sudut pengurusan konflik
Politik secara berkolusi memang dinamik dan rapuh. Konflik dalam parti politik boleh tercetus dengan pendekatan politik kolusi.
Oleh kerana politik Malaysia adalah 'ideological base' maka ia menjadi semakin sukar. Menjadi semakin sukar dalam suasana ini apabila kepimpinan tidak urus konflik 'intra-party' dan sekali gus membawa kepada 'inter-party'.
Konflik sama ada 'inter' atau 'intra' bukanlah semuanya buruk tetapi dengan syarat kita dapat menjanakan konflik menjadi positif.
Ini beberapa langkah awal;
1. Berhenti tuduh menuduh dan serang menyerang 'inter' dan 'intra' parti berkolusi. (Kalau masa pre konflik diperlukan sekarang amat diperlukan).
2. Pimpinan tertinggi parti yang berkolusi wajib bertemu sekarang tanpa lengah.
3. Semua pihak berkolusi perlu melihat objektif besar kolusi untuk membawa perubahan politik baru dan apa sahaja yang menghalang matlamat ini perlu dihentikan segera.
4. Setiap parti dari rakan yang berkolusi wajib mengawal partinya untuk tidak memburukkan keadaan.
5. Jawatankuasa khas mengendalikan krisis mesti diwujudkan untuk memberi cadangan-cadangan kepada meminimumkan kesan krisis politik.
Kesemua lima cadangan di atas tidak akan dapat dilaksanakan apabila salah satu atau kesemua parti berkolusi mempunyai agenda lain yang tersirat walaupun ini bermakna atas kos perpecahan kolusi.
Buat masa ini kejujuran dan amanah kepada mandat rakyat adalah perkiraan yang paling utama dalam menguruskan saat yang sukar ini.
Penulis mempunyai latar belakang dalam bidang pengurusan konflik.
Sumber HD - 10-8-2014

Aidilfitri tanpa rasisme
MEMILIKI jiwa yang terbina atas fitrah bukanlah mudah kerana fitrah adalah sifat semulajadi manusia yang dijadikan oleh Pencipta pada awal kita mengenali dunia.
Ia tanda bersih dari kekotoran kebencian dan runtunan hawa nafsu. Sekian lama diri manusia dicemari sejak ia telah ‘lari’ dari fitrah menyebabkan dunia tidak aman lagi dan hubungan manusia sama manusia dan alam yang didiaminya penuh dengan prejudis kebencian dan kehancuran.
Kembali kepada fitrah adalah satu perjuangan, mencuci daki dan karat diri adalah medan pertempuran yang dahsyat kerana kejayaannya adalah kemenangan hakiki yang dicari.
Aidilfitri adalah simbol keraian kepada kemenangan tersebut dan sebelumnya kita dituntut untuk menahan dan mengawal diri kerana itu adalah mukadimah kepada kemenangan sebenar.
Hari ini adalah hari menjulang jiwa yang bersih mahu menjadi hamba pada Pencipta dan mahu menjadi insan yang penuh rahmat interaksinya dan berjiwa besar pada kekurangannya.
Kemenangan bukan apabila satu insan memijak dan menginjak insan yang lain atas nama kaum dan bangsa serta agamanya, tetapi kemenangan adalah apabila satu insan menatang insan yang lain dalam teriakan kasih manusiawi demi kembali kepada fitrah kejadian.
Hanya apabila kemanusiaan dicabuli sesama insan, wajib dipertahankan maruah kemanusiaannya. Seorang bayi tidak mengenali erti perkauman sempit mahupun mempunyai sikap prejudis kepada bayi bangsa lain, mereka hanya senyum dan bermain dengan satu perasaan yang suci dan bersih, itulah fitrah.
Kita tidak perlu menjadi bayi untuk menikmati semua itu, kita hanya perlu menjadi manusia semula kembali kepada fitrah dan hari itu adalah hari ini. Allah menjadikan Ramadan sebagai bulan ujian dan menjadikan bulan Syawal sebagai bulan kemenangan kepada mereka yang melepasinya.
Berhentilah budaya prejudis sesama manusia atas kaum dan bangsa serta agama yang berbeza kerana ia hanya akan membentuk sikap rasis yang keji sifatnya dan jika tidak dihentikan budaya ekstrem akan terus melengkapkan pakej kemusnahan ke atas semua kita.
Manusia yang membunuh insan yang tidak berdosa dari kanak-kanak dan wanita serta orang tua-tua adalah manusia yang bertopengkan binatang dan berketurunan binatang yang hina. Kemanusiaan bagi mereka terlalu murah sedangkan mereka lupa bahawa hanya orang murahan sahaja yang tidak kenal erti fitrah.
Peristiwa pembunuhan penduduk Gaza telah mencemari kesucian hari ini dan tentera Zionis akan dikenang sebagai pembunuh kejam yang tidak ada pencabarnya.
Perjuangan menentang tentera manusia binatang ini adalah sebuah perjuangan menjulang erti kemanusiaan dan pada saat kita menukilkan erti kemenangan di sini secara simbolik, mereka menukilkannya dengan darah dan jiwa mereka untuk kemenangan secara praktikal bagi kita semua.
Raikan kemenangan, saat fitrah menguasai hubungan sesama kita, saat jiwa kita bersinar dari segala kegelapan dosa peribadi dan dosa kebencian pada orang lain.
Hanya saat itu akan menyelamatkan negara kita dan semasa kita mengucapkan “Taqaballahu Minna Wa Minkum” kita juga harus mengucapkan demi negara kita yang tercinta Malaysia:
SELAMAT HARI RAYA DEMI MALAYSIA TANPA RASISME, MAAF ZAHIR BATIN.
“Dan hendaklah kamu menyempurnakan waktu berpuasa itu dan setelahnya (nampak anak bulan syawal) agungkanlah Allah atas pemberiannya kepada kamu dan semoga kamu bersyukur” (Al Baqarah: 185)
_______________
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Malaysia dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.
Sumber HD - 4-8-2014

MH 17: Dunia berkabung, kuasa dunia bertembung
SUDAH jatuh ditimpa tangga, luka lama belum sembuh, luka baru pula muncul, demikianlah perasaan tidak terungkap walaupun dengan kiasan bahasa.
Negara berkabung sebelumnya pada kehilangan MH370 yang hingga saat ini tidak muncul-muncul dan kini MH17 pula dikatakan menjadi sasaran peluru berpandu di kawasan yang menjadi rebutan.
Pada saat rakyat Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia dan lain-lain yang menjadi mangsa korban berkabung, kuasa besar pula bersedia untuk bertembung.
Tiada siapa yang menafikan kuasa besar sebenarnya tidak peduli apa yang berlaku kepada mangsa, apa yang mereka pentingkan adalah perimbangan kuasa mereka di Eropah Timur dan meneruskan dasar ‘proxy war’ untuk terus berkuasa.
Lanjutan Perang Dingin
Amerika selepas Perang Dunia ke-II berhadapan dengan peperangan ideologi antara ‘komunis’ Russia dan ‘liberal’ Amerika.
Dunia dibahagikan melalui tirai besi antara pengaruh komunis Russia dan liberal kapitalis Amerika. Suasana ini melahirkan apa yang dinamakan sebagai ‘perang dingin’ bermula tahun 1946.
Dasar Amerika Syarikat adalah untuk membentuk keadaan bertahan atau berkawal (containment) dan bersedia bila-bila masa untuk berperang (roll-back).
Amerika dan sekutunya mewujudkan Nato (North Atlantic Treaty Organization) untuk mengimbangi penguasaan komunis di Eropah Timur. Russia mewujudkan Pakatan Warsaw bagi mengumpulkan negara-negara Eropah Timur yang tunduk kepada ketuanannya.
Peperangan Proksi
Dalam mengekalkan dasar ‘containment’ dan perluasan komunis berlaku beberapa ‘proxy war’ yang pada matlamatnya adalah untuk memenuhi kehendak pihak yang lebih besar iaitu Amerika dan Rusia.
Namun permainan ‘cold war’ ini berubah langkah apabila Soviet Union runtuh dan Rusia menjadi persekutuan (federation) dan negara-negara bawah kuasa Soviet menuntut autonomi.
Begitu juga salah satu negara yang besar terbentuk di bawah keruntuhan ini iaitu Ukraine. Ukraine yang memiliki tapak senjata nuklear ketiga terbesar semasa era Soviet Union bersetuju untuk menyerahkan dalam program perjanjian penyerahan senjata nuklear dengan syarat ia diberi kemerdekaan sebagai sebuah negara yang bebas.
Ukraine memilih untuk berkiblatkan ke arah Amerika yang sangat memerlukan negara yang menjadi proksinya untuk mengawasi kebangkitan semula komunisme.
Kebangkitan Semula Rusia
Vladimir Putin bagi warga keturunan Russia adalah simbol kebangkitan dan Presiden Rusia itu tidak ada pilihan untuk membangkitkan semangat Rusia melainkan ia perlu menunjukkan taringnya dan kali ini Ukraine menjadi mangsanya.
Penjajahan Semenanjung Crimea yang terletak di Timur Ukraine adalah isyarat kebangkitan Rusia yang sudah mula menunjukkan dasar penjajahan baru.
Amerika tidak selesa kerana khuatir kemenangannya menguasai Eropah Timur akan terjejas dengan kebangkitan penjajahan baru Rusia. Rusia membekalkan senjata kepada pemberontak Ukraine berbangsa Rusia untuk melemahkan kedudukan Ukraine.
Ia seolah pengisytiharan perang ke atas Amerika Syarikat dan kuasa Nato. Apakah peperangan baru era Putin akan meledak?
Mengapa MH17?
Sukar untuk menjawab persoalan ini seperti mana sukar untuk menjawab ke mana hilangnya MH370. Tetapi yang pasti Malaysia dijadikan umpan untuk perang kuasa besar supaya Amerika Syarikat ada mempunyai alasan yang ‘kuat’ untuk campur tangan ke atas Ukraine.
Rakyat Malaysia sebenarnya tidak peduli siapa yang menembak MH17 dan tidak berminat dalam ‘blame game’ ini. Bagi kita, siapa sahaja yang melakukan kejahatan ini adalah binatang dalam topeng manusia. Mereka tidak berhati-perut untuk menjadikan kapal terbang awam sebagai bidikan.
Dunia mengutuk dalam kegilaan kuasa besar mencatur bidak-bidak mereka termasuk Belanda yang mencatat mangsa paling ramai yang terkorban.
Kutuk Kuasa Besar
Ia adalah mainan kuasa besar yang bernafsu untuk membuka medan perang baru setelah mereka merosakkan Palestin dan menghancurkan Gazza saat artikel ini ditulis.
Malaysia perlu berdiri dengan penuh maruah untuk tidak mengambil pihak dalam perang gila ini dan mengutuk Amerika dan Rusia kerana mengheret Malaysia dalam peperangan mereka.
Buat masa ini keutamaan adalah memastikan mayat mangsa dikembalikan kepada keluarga masing-masing sementara dunia menantikan jawapan dalam kotak hitam untuk menentukan samada MH17 telah ditembak atau tidak.
Bagi rakyat Malaysia, hari ini berlangsung sidang khas Parlimen untuk seluruh negara mendapat penjelasan awal dan supaya ahli Parlimen mendapat peluang untuk berbahas.
Kesemua 222 Ahli Parlimen Malaysia bersetuju sebulat suara dengan usul Perdana Menteri kerana ia adalah soal maruah dan harga diri sebuah negara. Tidak ada siapa yang perlu mempertikaikannya.
Malaysia berkabung kuasa besar pula bertembung....
______________________
Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar
Sumber HD - 23-7-2014
No comments:
Post a Comment