Penubuhan Pakatan Harapan ibarat sebuah perkahwinan yang bakal berakhir dengan perceraian, sebaik sahaja realiti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi kenyataan.
Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim yakin, pakatan baru itu tidak mampu mendapat sokongan sama daripada orang Melayu, melalui kumpulan serpihan Pas, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).
“Mereka tidak perlu tunggu sehingga PRU untuk menguji kekuatan perkahwinan itu. Perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini adalah gambaran baik bagaimana DAP kekurangan sokongan orang Melayu, melihatkan kurangnya orang Melayu menyertai perhimpunan itu.
“Tanpa Pas, sokongan Melayu untuk DAP tidak akan sama dan ia tidak boleh mengharapkan Amanah yang hanya mempunyai 10,000 ahli di seluruh negara, bukannya 35,000 seperti mereka umumkan.
“Tidak lama lagi, permainan tuding jari akan bermula, apabila mereka kalah pada PRU14 dan DAP akan sedar ia tidak boleh bergantung kepada Amanah untuk meraih sokongan orang Melayu, kerana Melayu tidak menyokong pengkhianat seperti Amanah, dan Amanah pula akan sedar yang mereka sekadar boneka DAP.
“Seperti sebuah perkahwinan, semuanya manis pada permulaan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Tegasnya, penubuhan Pakatan Harapan langsung tidak akan menjejaskan Pas, kerana parti Islam itu mendapat kembali sokongan yang hilang, selepas ia memutuskan untuk bekerjasama dengan DAP, susulan Pilihan Raya Umum 2008.
“Ramai orang Melayu tidak suka DAP, tidak kira mereka daripada Umno atau Pas, dan sekarang mereka gembira, kerana kami tidak lagi bekerjasama dengan DAP dan kami mendapat kembali sokongan yang hilang, ini akan menjadikan kami lebih kuat.
“Adakah mereka cuba lupa Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat dan juga jentera amat kuat seperti Umno?
“Mereka tidak tahu apa yang mereka bakal hadapi,” tambahnya.
Pakatan Harapan menjadi pakatan rasmi untuk pembangkang hari ni, susulan Perbincangan Meja Bulat membabitkan PKR, DAP dan Amanah.
Ditanya mengenai kenyataan Dr Wan Azizah berhubung kesediaan Pakatan Harapan untuk menerima mana-mana parti politik yang mahu menyertai pakatan itu, Iszuree berkata: “Pas tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat.”
Sumber TKO - 23-9-2015
PULAU PINANG: Kunjungan Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang ke Kampung Mutiara, Batu Feringgi, kelmarin disambut meriah para penduduk kampung terbabit. Ketuanya, Asnah Hashim memberitahu tujuan utama Dewan Muslimat PAS negeri ke situ adalah untuk menzahirkan simpati terhadap nasib yang menimpa penduduk berkenaan setelah tanah yang didiami sejak puluhan tahun dijual kepada sebuah syarikat swasta. "Rasa sedih bila melihat nasib mereka terumbang ambing bila mana tanah yang didiami telah dijual pada syarikat pemaju. Bila dah dibeli maka mereka terpaksa angkat kaki. Itu dah lumrah tapi sekurang bagilah pampasan," ujarnya. Keadaan menjadi lebih kelam kabut lagi apabila Mahkamah Rayuan mengisytiharkan supaya 149 buah rumah dengan jumlah 996 penduduk mengosongkan tanah tersebut sepertimana arahan surat bertarikh 9 Julai lalu. Mereka dikehendaki keluar dari kampung dan mengosongkan tanah terbabit dengan segera sama ada secara sukarela atau kekerasan sebelum 23 Julai 2015. Dewan Muslimat Negeri Pulau Pinang sedih dan berharap isu itu diselesaikan segera supaya penduduk tidak teraniaya. "Kami dari Dewan Muslimat PAS negeri berharap ada perbincangan yang baik dalam masa penangguhan selama dua minggu ini. Biarlah kedua-dua pihak dapat mengatasinya dengan tema Hari Kemerdekaan negara 'Sehati Sejiwa'," katanya. Rombongan Dewan Muslimat PAS negeri juga menyerahkan bahan keperluan seharian kepada penduduk terlibat sebagai tanda simpati. - HARAKAHDAILY 29/8/2015 Sumber HD - 29-8-2015 Isu Kg Mutiara: PAS komited untuk terus bantu rakyatKUALA LUMPUR: "Kita semua sedia maklum akan kemelut yang sedang dihadapi oleh penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi berikutan tindakan pengusiran tanpa pampasan melalui penghakiman mahkamah bertarikh 3 Julai 2012," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan. Beliau berkata, kemelut itu melibatkan kediaman lebih 500 orang penduduk Kampung Melayu yang majoritinya Melayu Islam dan telah menetap di situ lebih daripada 50 tahun. Menurutnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menetapkan mana-mana pelan pembangunan tidak akan diluluskan tanpa pampasan adil dan setimpal kepada penduduk di kawasan tersebut. Selari dengan perkara tersebut, kata beliau PAS mendesak campur tangan kerajaan negeri untuk menyelesaikannya sebaik-baiknya sebelum tindakan perobohan mana-mana kampung berlaku. "Arahan dan keputusan makkamah adalah jelas menyebelahi tuan tanah, maka usaha proaktif kerajaan negeri dalam membantu mereka yang terlibat akan dapat meringankan tekanan kepada penduduk," katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh dalam satu kenyataan. Ini, ujarnya dengan menyediakan tawaran rumah ganti rumah sama ada disediakan oleh pemaju sebagai pampasan mahupun tawaran rumah kos rendah oleh kerajaan negeri demi kebajikan penduduk yang terlibat. Tambahnya, perkara itu pernah disarankan dalam memorandum Lajnah Tanah PAS Pusat pada tahun 2014 yang diserahkan kepada kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, katanya PAS komited untuk terus membantu rakyat dan bersedia dari segala sudut termasuk khidmat guaman dalam menghadapi kemelut itu. - HARAKAHDAILY 27/8/2015 Sumber HD - 27-8-2015
Demikian luahan dukacita dan keresahan penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi ketika menerima kunjungan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang pada 23 Julai 2015 lepas yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda, Ir Ahmad Rafaei Ahmad Rashid.
Menurut Ketua Penerangan Pemuda Sdr Ahmad Safwan, tindakan susulan yang diusahakan Dewan Pemuda PAS Negeri ini adalah untuk merealisasikankan usaha keras yang telah dilaksanakan oleh Tn Iszuree Ibrahim, Tn Saiful Lizan Md Yusoff serta beberapa AJK Lajnah Tanah negeri yang lain sejak tahun 2009 apabila berlaku Bailif 1 Mahkamah disamping memastikan masyarat Pulau Pinang khususnya menyedari permasalahan sebenar yang terjadi.
Hasil daripada perbincangan dan lawatan ke perkampungan ini, sebanyak 149 buah rumah dengan kapasiti 996 penduduk bakal kehilangan tempat tinggal sepertimana NOTIS KELUAR bertarikh 09 Julai 2015 mengarahkan penduduk mengosongkan tanah terbabit dengan segera samaada secara sukarela atau kekerasan sebelum 23 Julai 2015. Menurut Tn Saiful Lizan, AJK Lajnah Tanah Negeri memaklumkan keseluruhan penduduk yang menjadi mangsa ini adalah nelayan-nelayan yang telah dipindakan setelah rumah-rumah mereka dipersisiran pantai diambil untuk dijadikan pusat peranginan. Isu ini telah dibawa ke Mahkamah dan sehingga hari ini masih belum dapat diselesaikan disebabkan paksaan keluar tanpa sebarang pampasan setelah lama mereka teroka dan duduki perkampungan ini. Rata-rata penduduk menjalani kehidupan seperti biasa dan tetap mempertahankan tanah dan rumah ini walaupun pada asasnya pihak pemilik tanah berhak untuk memiliki dan tidak membayar apa-apa pampasan. Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang akan berusaha memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya dengan segala ruang lingkup yang ada dan kini adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipilih rakyat dengan janji-janji manifesto agar persoalan dimanakah usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang atas permasalahan ini terjawab. 'Cakna Masalah Rakyat' Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang Jom Like & Share pages DPPNPP: https://m.facebook.com/DewanPemudaPasNegeriPulauPinang
Sumber TKO - 29-7-2015
Pendirian Majlis Syura Ulamak tepat pada masanyaKUALA LUMPUR: PAS Negeri Pulau Pinang mendukung penuh keputusan Majlis Syura Ulamak (MSU) berhubung isu tahaluf siyasi bersama DAP. "Pendirian MSU tersebut adalah suatu yang amat wajar dan tepat pada masanya," ujar ketua penerangannya, Mohd Yusni Mat Piah. Katanya, umum mengikuti rentetan provokasi dan tindakan kurang bijak DAP terhadap PAS hingga mereka sanggup mengenepikan semangat permuafakatan Pakatan Rakyat dan terus menerus menyerang dasar PAS. Justeru itu, ujar beliau tindakan tegas MSU ini sangat munasabah dan relevan demi menjaga dasar dan manhaj perjuangan yang PAS perjuangkan. Sebagaimana diketahui, katanya MSU telah menggariskan enam syarat terhadap tahaluf siyasi dan ianya akan terbatal jika salah satu daripada enam syarat tadi dilanggar. "Sebagai negeri yang terlibat secara langsung dalam pembinaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, sudah pasti keputusan MSU ini akan memberikan kesan kepada ahli dan pentadbiran negeri ini," ujarnya lagi. Justeru itu, kata beliau PAS negeri menasihati semua ahli agar mendokong penuh keputusan tersebut dan siap sedia menjalankan arahan-arahan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan parti. "Usah bertindak melulu dan terburu-buru tanpa menghiraukan arahan parti. "Sebaliknya teruslah kita mendukung etika dan adab kita dalam berjemaah iaitu kita dengar dan patuh pada setiap ketetapan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi," katanya. Beliau berharap semoga Allah memberkati keputusan itu yang diputuskan dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak dan memberikan kemenangan yang dijanjikan kepada setiap pendukung gerakan Islam. "Teruskan bergerak memacu kebangkitan Islam di akhir zaman ini," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 11/7/2015 Sumber HD - 11-7-2015 LGE kena cermin diri dulu sebelum tuduh PASLIM Guan Eng dilihat sengaja menyerang PAS apabila menggelar PAS sebagai musuh, hanya semata-mata kerana PAS Pulau Pinang membawa kes pemecatan terhadap wakil PAS di dalam agensi kerajaan negeri untuk pengadilan di mahkamah. Ia tuduhan yang amat tidak matang, prejudis, lagi provokatif dan tidak profesional. Apakah alasan wajar LGE untuk melabelkan PAS adalah musuh kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Adakah kerana PAS tegas mengheret isu pemecatan yang dibuat oleh LGE ini ke kandang mahkamah, sudah layak untuk PAS dikategorikan sebagai musuh? Amat malang sekali andai LGE memilih untuk bermusuhan, sedangkan umum mengetahui bahawa pemecatan yang dibuat itu adalah suatu perkara keterlaluan. Bermakna, jika mengemukakan peradilan di mahkamah diertikan sebagai permusuhan, maka dengan sendirinya LGE telah menjustifikasikan tindakan pemecatannya itu sebagai satu kezaliman. Walhal, pemecatan yang dibuat kepada mereka tidak lebih kerana kegopohan LGE dalam menafsirkan usul yang berlegar sewaktu Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke 61 baru-baru ini. Sekiranya diamati usul dibuat oleh Dewan Ulamak PAS Pusat itu, seharusnya LGE tidak perlu melatah dan tergopoh gapah mengambil tindakan terhadap mana-mana kakitangan PAS yang masih bekerja di dalam pentadbiran negeri. Apatah lagi Majlis Syura Ulamak PAS sebagai eksekutif tertinggi parti tidak memuktamadkan sebarang pendirian berhubung usul yang dibentangkan itu. Maka adalah tidak adil LGE bertindak terburu-buru memecat mereka yang terbabit dan menuduh PAS sebagai musuh hanya kerana PAS tampil ke mahkamah menuntut keadilan yang sewajarnya. Sekiranya LGE betul dan benar dalam tindakan beliau, usah takut dan bimbang terhadap dakwaan yang dibuat. Sila tampil dengan membawa bukti kukuh bagi menegakkan keadilan terhadap pemecatan tersebut. Jangan biarkan persepsi bermain dibenak pemikiran rakyat Pulau Pinang bahawasanya LGE dibayangi ketakutan hinggakan sanggup menggelarkan PAS yang masih berada dalam Pakatan Rakyat sebagai musuh. Perlu diingat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan tertegak jika sekiranya DAP tidak membentuk kerjasama dengan PAS dan PKR. Usah bongkak dan sombong dengan kemenangan dilakar, sedang kemenangan itu diraih hasil titik peluh para petugas khususnya ahli-ahli PAS yang bertungkus lumus bekerja menentang UMNO-BN. - HARAKAHDAILY 9/7/2015 MOHD YUSNI MAT PIAH Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang Sumber HD - 9-7-2015
PAS Pulau Pinang akan menyaman kerajaan negeri Pulau Pinang ekoran pemecatan wakil parti itu dalam kerajaan negeri yang didakwa dilakukan tanpa mengikut prosedur. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memfailkan saman itu. "Kami tak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, tetapi mereka ini suka hati pecat wakil kami tanpa kemukakan sebarang alasan. "Mereka baru mentadbir negeri ini dua penggal tetapi sudah kecoh. "Ini menunjukkan yang DAP Pulau Pinang sebenarnya gagal menjadi pentadbir yang baik. "Jangan ambil mudah dengan PAS kerana kami pun orang politik juga. Jangan ingat mereka boleh buat sesuka hati, apa-apa pun mereka kena fikur dulu risikonya," katanya seperti dilaporkan Berita Harian, hari ini. Sehingga kini, 2 orang wakil PAS dalam majlis perbandaran dipecat DAP susulan usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima sebulat suara tanpa bahas pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS, baru-baru ini. Timbalan pesuruhjaya PAS negeri juga turut dipecat daripada bertugas di pejabat ketua menteri pada 12 Jun lalu. Sumber TKO - 6-7-2015 Golongan fobia Islam cabaran saya - Mohammad Fauzi Posted on Monday, July 06 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
AZAMNYA melibatkan diri dalam Pas sejak berusia 19 tahun adalah kerana kecintaannya terhadap Islam dan ingin menghilangkan persepsi buruk agama Islam dalam kalangan masyarakat setempat.
MOHAMMAD FAUZI YUSOFF, 45, menceburkan diri ke dalam dunia politik sejak zaman remajanya sebagai ahli biasa. Beliau pernah menyertai Unit Amal Pas yang melakukan kerja bawahan antaranya menampal poster dan menjaga parkir di sesebuah majlis Pas.
Lulusan dari sebuah universiti di Syria, Mohammad Fauzi kini memegang amanah dari pimpinan Pas Pusat apabila dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu. Bapa kepada empat orang anak berusia setahun hingga 10 tahun ini kini menguruskan sebuah sekolah agama, Sekolah Rendah Islam Al Ansar di bawah Pas kawasan Balik Pulau.
Anak jati Sungai Rusa, Balik Pulau ini mempunyai isteri yang juga seorang guru di sebuah sekolah di Balik Pulau. Anak sulung dari enam beradik ini sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan antaranya Ketua Cawangan Sungai Rusa, Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Balik Pulau, juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Balik Pulau dan Yang Dipertua Pas Kawasan Balik Pulau.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas negeri dan Ketua Dewan Ulama Pas negeri namun melepaskan jawatan-jawatan tersebut selepas dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas negeri. Ikuti wawancara Mohammad Fauzi bersama wartawan Sinar Harian, SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI ketika ditemui di Sekolah Rendah Islam Al Ansar, Balik Pulau.
Apa tujuan masuk Pas?
Saya masuk Pas bukan untuk tentang Umno, tetapi kerana kefahaman Islam, tentang apa yang nak diperjuangkan Islam. Islam adalah rahmat pada segala alam, yang sempurna. Islam yang dilaksanakan dalam masyarakat sekarang adalah Islam yang belum sempurna. Umat Islam dalam keadaan lemah, sebab itu kita memperjuangkan Islam melalui Pas.
Adakah usaha ini dilihat sebagai satu cabaran?
Ya, saya melihat ini sebagai satu cabaran buat saya dan saya berazam untuk menjadikan ia satu kefahaman kepada masyarakat untuk semua agama, bukan Islam sahaja malah bukan Islam juga.
Sebab Pas ini bukan sahaja parti politik tetapi sebuah gerakan Islam antaranya dakwah, tarbiah (bersifat dalaman) dan pembaikan dalam kalangan ahli sebab kita nak tunjukkan kepimpinan yang baik, bertakwa. Kepimpinan Pas adalah dalam kalangan orang bertakwa, jika jadi pemimpin, masyarakat rasa lega, jika jadi bapa, keluarga akan bahagia, ini yang kita mahukan.

Apakah cabaran untuk Ustaz apabila dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas negeri yang baharu?
Cabaran paling besar saya adalah menghapuskan ‘fobia Islam’ dalam kalangan masyarakat. Itu yang menjadi cabaran paling menduga saya. Bagi saya, kenyataan DAP untuk putuskan hubungan dalam PR bukan satu cabaran yang besar.
Pas ada sejarah, dari penubuhan Pas itu sendiri, masuk BN, kemudiannya masuk PR. Bagi Pas, kita nak teruskan perjuangan kerana itu pendirian yang diambil Pas Pusat. Kita akan teruskan dengan mandat rakyat. Sebab itu kita kekalkan kedudukan jawatan, yang mana tak pecat, kekalkan. Ini kerana, jika kita tinggal (jawatan itu), apa akan jadi pada rakyat? Kita tidak pandangan dari aspek imbuhan atau sebagainya.

Hubungan Pas negeri dengan Kerajaan Pulau Pinang?
Setakat mana yang boleh. Maknanya yang dia tak mahu (wakil kita), kita nak kacau buat apa? Dia pecat, kita terima keputusan mereka. Setakat ini, wakil-wakil kita seperti Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) berjalan seperti biasa.
Tidak ada masalah, bagi kita rakyat sebagai keutamaan. Cuma mana yang dia tak mahu dan pecat, itu soal dialah, bukan soal kita. Kita hanya tidak mahu pemecatan berpilih. Jika benar ada, kita nak tanya, kenapa? Ada apa di sebaliknya?

Hubungan Pas dengan DAP di Pulau Pinang?
Parti itu biasalah, sebab semuanya terletak pada keputusan rasmi Majlis Syura Ulama. Kita tidak membuat apa-apa tindakan sebelum tindakan diputuskan Majlis Syura. Parti dan kerajaan adalah dua perkara berbeza. Kerajaan berkaitan dengan rakyat.
Jika Pulau Pinang ini, bukan Kerajaan Negeri DAP tetapi Kerajaan Negeri PR. DAP ada 19 kerusi termasuk PKR walaupun dia dominan tetapi dia kena melihat asas kekuatan walaupun Pas hanya ada satu kerusi, namun Pas mempunyai akar umbi yang kuat.
Contohnya kita ada 1,041 orang JKKK, maknanya ada orang Pas yang berkhidmat di kawasan PKR dan DAP juga. Bagi saya, tiada masalah, cuma kita tidak mahu rakyat jadi mangsa. Bagi kita ini soal prinsip yang kita nak bawa, sepatutnya DAP kena hormati prinsip kita dan kita pun hormat prinsip mereka, walaupun bertentangan dengan perjuangan kita, kita faham.

Bagaimana ustaz melihat PR sekarang?
Pakatan hanya pakat saja, bukan macam BN. Pas parti lain, DAP lain, PKR lain cuma kebersamaan kita itu yang menyatukan kita. Sebab itu saya kata, di sini tidak ada ketua. Lim Guan Eng tidak boleh putuskan itu dan ini.
Dia dipilih rakyat dan dia menang, memegang amanah dari rakyat. Kerajaan negeri dipegang oleh parti yang menang dalam pilihan raya. Parti yang menang ini adalah pengurus, bukan kerajaan negeri ini milik DAP.
Ini kerajaan negeri, dia pemegang amanah saja, pengurus kepada negeri ini. Dia dibayar gaji, Ketua Menteri dan exco-exco dibayar gaji. Maknanya mereka bekerja dengan rakyat. Ini seharusnya kita kena faham.
Sebab itu saya melihat dalam isu pemecatan beberapa orang dalam kalangan Pas, lantikan ini adalah lantikan kontrak. Boleh diberhentikan, itu tiada masalah, malah kita tidak pertikai, tapi pemecatan sepatutnya ikut Prosedur Operasi Standard (SOP), perlu dipanggil untuk diberitahu mengapa dipecat, jika pemecatan dibuat tanpa alasan, maknanya tidak ikut prosedurlah walaupun kontrak. Masyarakat boleh menilai.

Apa pandangan ustaz berhubung senario politik di Pulau Pinang?
Biasa sahaja cuma Pas itu mempunyai cara berbeza dengan Islamnya, kita parti politik tapi parti politik Islam, yang patuh syariah dan tidak membelakangnya. Rakan dalam Pakatan, DAP mereka sosialis, demokratik, sama juga PKR, masing-masing ada prinsip.
Kita menghormati prinsip masing-masing dan sama-sama perjuangkan isu kebersamaan iaitu rasuah, tangani kezaliman. Dalam masa sama kita ada agenda bersama. DAP mungkin dia lihat benda ini (rasuah) tidak baik kerana beri kesan kepada negara, dan Pas juga melihat perkara sama namun kita percaya, orang yang terima dan beri rasuah akan dimasukkan ke neraka.

Komen penolakan hudud oleh DAP.
Itu tidak pelik, kita dah tahu dia tidak sokong dari awal lagi, sebab itu dia kena hormatilah, kita pun tak laksanakan di Pulau Pinang tetapi di Kelantan sebab Pas ‘solid’ di sana. Oleh itu, di sana lah yang sesuai untuk dilaksanakan.
Kita tidak bincang untuk laksanakan di sini pun. Kita mengutamakan dakwah, Pas sendiri akan menceritakan tentang hudud. Kita kena tunjukkan dulu di Kelantan. Hari ini kita melangkah dengan baik. Rakyat boleh menilai sejauh mana kesungguhan Pas dari dulu hingga kini.

Bagaimana dengan kenyataan DAP mengisytiharkan PR sudah berkubur?
Takkan sebuah kerajaan buat keputusan tanpa rujuk keputusan rasmi? Saya melihat usul Dewan Ulama Pas itu baru mencadangkan ke Majlis Syura Ulama Pas kerana yang ada kuasa untuk putuskan hukum adalah Majlis Syura Ulama Pas.
Bagaimanapun, sekarang ini Majlis Syura Ulama Pas belum buat keputusan lagi. Bila belum buat keputusan maknanya tidak rasmi lah. Bagaimana seorang Ketua Menteri boleh buat keputusan tanpa merujuk kepada keputusan rasmi, ini kerajaan.
Muktamar Pas adalah mesyuarat dalaman Pas, Pas boleh bercakap apa sahaja kerana ia dalam rumah tangga Pas, sama macam DAP, mereka juga ada rumah tangga sendiri. Sepatutnya Guan Eng, jika dia matang dan ahli politik yang hebat, dia tidak akan tergopoh-gopoh dan melatah untuk buat keputusan.

Bagaimana pula apabila Ketua Menteri menggunakan kenyataan ‘usul diterima tanpa bahas’ sebagai alasan untuk mengisytiharkan PR berkubur?
Bagi saya itu fahaman dia, sama ada dia mahu mencari fahaman yang betul dengan merujuk kepada kepimpinan Pas atau dia hanya mendengar tanpa merujuk kepada kita. Sepatutnya dia perlu merujuk kepada kita.
Itu akhlak dia, kita ada akhlak kita. Masyarakat boleh melihat tindakan mereka dalam keadaan panas ini. Pas ambil keputusan untuk tidak memanaskan keadaan dan kita akan melihat kepada keutamaan rakyat.
Kita kena jalan seperti biasa, setakat mana yang boleh. Tunggu keputusan rasmi oleh kepimpinan Pas. Nak berkubur macam mana, nama pun Pakatan. Pakatan mana boleh satu pihak? Seorang takkan dikatakan Pakatan.
Itu nama dia pakat, pakat sudah tentu banyak pihak. Kita belum buat keputusan lagi, jika DAP nak masuk kubur, itu dia punya pasal lah. Dia nak masuk kubur sendiri, kita tidak boleh buat apa sebab itu tindakan dia sendiri. Kita tidak masuk campur rumah tangga dia. Kita kekal seperti biasa dan jalankan tanggungjawab seperti biasa.
Adakah dengan pelantikan ini ustaz berasa terbeban?
Saya sudah biasa dengan banyak jawatan besar sebelum ini. Bagi saya, ini bukan beban tetapi kayu pengukur kewibawaan saya. Saya akan bergerak secara berjemaah. Saya nak dilihat bergerak dengan kekuatan yang boleh dirasai oleh semua masyarakat.
Saya tidak mahu orang nampak saya sahaja sebaliknya cawangan-cawangan, kawasan, Pemuda Pas dan Muslimat Pas yang berperanan. - Sinar Harian

Sumber TKO - 6-7-2015
PAS Pusat beri suntikan baru kepada saf Pulau Pinang
KEPALA BATAS: Kunjungan Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat ke Pulau Pinang baru-baru ini memberi suntikan baru kepada saf kepimpinan negeri ini bermula dari cawangan, kawasan dan negeri.
Lagipun amat sesuai ekoran sesi ini PAS Pulau Pinang diterajui oleh pesuruhjaya yang baharu iaitu Ustaz Muhamad Fauzi Mohd Yusof merangkap Yang Dipertua PAS Balik Pulau.
Kunjungan kali ini benar-benar menambah perisa kemanisan perjuangan apabila semua yang berada di peringkat atasan adalah ulama berbanding dahulu.
Kunjungan bermakna itu dimulai dengan pertemuan tertutup antara kepimpinan utama dengan jentera PAS seluruh peringkat di Madrasah An-Nadhoh, Kubang Semang, Penanti.
Pertemuan tersebut bermatlamat memberi penjelasan kenapa tapisan berlaku dan memperkenalkan hala tuju golongan ulama untuk mengembalikan imej pimpinan ulama sebagaimana pada tahun 1980 dan 1990-an.
Setelah beramah mesra dan bertukar pandangan dengan para ahli, kepimpinan bertanggungjawab pula menyampaikan maklumat menerusi ceramah perdana di halaman Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah bersebelah Markaz Tarbiyah PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas.
Manakala pihak Pemuda PAS pula mengadakan program edaran Harakah percuma secara berasingan sempena kempen membeli Harakah dan Street Dakwah di uptown Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Program berkenaan dipimpin oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin.
Semasa berucap dalam ceramah perdana semua pemimpin menasihati ahli supaya istiqamah dengan perjuangan dan jangan sekali-kali meninggalkan perjuangan yang telah dibina oleh para ulama dahulu. - HARAKAHDAILY 30/6/2015
Sumber HD - 30-6-2015
Harakah jadi wadah perkenal, terang dasar PAS
PERMATANG PAUH: Menjalin silaturrahim dengan menyantuni realiti hidup warga bandar menjadi antara aktiviti Ramadan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.
Aktiviti tersebut diadakan menerusi penglibatan bersama anggota Jabatan Amal dan Alternative Riding Club bertemu mesra dengan penduduk di sekitar Bandar Perda, di sini malam tadi.
Program itu turut disuntik semangat dengan penyertaan sama pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia iaitu Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi; Naib Ketua Pemuda, Khairil Nizam Khirudin dan Bendahari Pemuda PAS Malaysia, Muhtar Suhaili.
Selain pengisian tazkirah, rombongan Pemuda PAS telah mengadakan ‘Street Dakwah’ dengan melakukan kunjungan ke ‘uptown’ di bandar tersebut sambil mengedar naskhah Harakah.
Menurut Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azzamudden, selain mengeratkan hubungan bersama masyarakat, aktiviti itu juga bertujuan menyampaikan mesej parti.
“Harakah menjadi wadah kami memperkenalkan dan menerangkan dasar-dasar PAS. Berbetulan juga di dalamnya terdapat pengisian-pengisian berkaitan Ramadan.
“Mudah-mudahan dengan edarannya menambahkan maklumat dan pengetahuan bukan sahaja mengenai politik semasa, tetapi juga panduan untuk menjalani ibadah Ramadan.
“Insya Allah kami mengharap sentuhan ini menjadikan Ramadan dijalani dengan lebih baik kepada kami dan masyarakat,” ujarnya menyeru penyertaan lebih ramai anak muda dalam aktiviti yang bakal dianjurkan pihaknya.
Katanya, pihaknya mengambil inisiatif membeli Harakah dan mengedarkan kepada orang ramai secara percuma sebagai sebahagian daripada aktiviti dan usaha dakwah kepada masyarakat.
Menurutnya, masyarakat yang ditemui memberikan respons baik, bahkan mencadangkan supaya aktiviti seperti itu diadakan lebih kerap.
Jelas Afnan, Pemuda PAS Pulau Pinang akan terus menggerakkan aktiviti dakwah santai seperti ini berbekalkan akhlak Islam.
“Dalam pendekatan politik dakwah, kekuatan dakwah adalah asas kepada kekuatan politik,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 28/6/2015
Sumber HD - 28-6-2015
Pasti Pulau Pinang perlu bangunan sendiri
KUALA LUMPUR: Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) semakin mengorak langkah menjadi pilihan utama bagi ibu bapa sebagai medium pendidikan prasekolah Islam kepada anak-anak khususnya di Pulau Pinang.
Setelah lebih 25 tahun bertapak di Pulau Pinang, Pasti semakin berkembang pesat dan bilangan pelajar yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
"Perkembangan terkini, Pasti Pulau Pinang telah menerima pelajar dari kalangan non-muslim," ujar Pengarah Pasti negeri, Mohd Hafiz Kasim dalam satu kenyataan.
Ini, katanya membuktikan sistem pembelajaran Pasti amat berkesan di dalam memberi pendidikkan Islam dengan menekankan sistem 5M iaitulah membaca, menulis, mengira, menghafaz dan mengamalkan.
Menurutnya, sistem yang dirangka itu turut diakui sebagai yang terbaik di Malaysia malah turut dikongsi dengan Jamaat Islami Sri Lanka oleh Pengarah Pasti Malaysia, Ustaz Hassan Ahmad dalam rangka lawatan beliau baru-baru ini.
Justeru, ujarnya bagi mengukuhkan dan memantapkan Pasti di Pulau Pinang maka satu cadangan telah dibuat untuk memastikan Pasti negeri mempunyai bangunan sendiri bagi memudahkan urusan pentadbiran dan mengurus sama ada untuk latihan, bilik mesyuarat, pejabat perniagaan dan sebagainya dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta.
"Maka saya menyeru kepada semua para dermawan untuk membantu kami merealisasikan impian ini," ujarnya lagi.
Katanya, sumbangan boleh disalurkan atas nama PASTI NEGERI PULAU PINANG DANA PEMBANGUNAN melalui akaun BIMB 07-0430-1102-4556 atau menghubungi Ustaz Rizam di talian 019-4789 560. - HARAKAHDAILY 21/6/2015
Sumber HD - 21-6-2015
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sedia galas amanah
PULAU PlINANG: Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Mohd Yusof bersedia menggalas amanah sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang bagi sesi 2015 -2017.
Beliau ketika dihubungi menyifatkan kepercayaan yang diberi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang amat besar, tambahan pula Pulau Pinang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
"Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada Presiden kerana memberi kepercayaan untuk mengendalikan parti di Pulau Pinang. Bagi menjayakan parti, saya harap mendapat kerjasama yang erat daripada semua," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau akan berusaha dengan lebih gigih untuk menggerakkan PAS seiring dengan perkembangan kini yang mana PAS dilihat sebuah parti politik yang mampu merubah senario politik Malaysia.
Apapun, ujarnya yang penting ialah kerjasama daripada semua PAS kawasan.
"Tanpa kerjasama yang erat PAS tidak berkembang dan maju sebaliknya makin lemah.
"Untuk mencapai kemenangan kita harus bersatu dan saya minta PAS kawasan dalam Pulau Pinang dapat menjalinkan ukhuwah untuk tumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS negeri. - HARAKAHDAILY 16/6/2015
Sumber HD - 16-6-2015

Dewan Ulamak, Muslimat, Pemuda Pulau Pinang pertahan Presiden PAS
Merujuk kepada tindakan DAP yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, berikut ialah respon kami:-
Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang (DUPN PP), Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang (DMPN PP) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPN PP) dengan ini menyatakan ketegasan dan istiqamah kami untuk berdiri teguh mempertahankan Presiden PAS dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.
Memutuskan hubungan dengan Presiden PAS bermaksud memutuskan hubungan dengan PAS keseluruhannya. Hubungan dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan yang bersifat parti dengan parti, bukan individu dengan individu.
Kami juga kesal terhadap tuduhan tidak jujur dan tidak bermaruah keatas Presiden PAS yang kononnya telah bekerjasama dengan Umno untuk melanggar semangat konsensus Pakatan Rakyat.
Tuduhan jahat inilah yang sebenarnya telah menyemarakkan lagi api perselisihan dan memberi nafas baru kepada musuh. Kami menggesa supaya tuduhan ini ditarik balik serta merta, melainkan jika DAP benar-benar mahu Pakatan Rakyat berkubur.
Oleh kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen berpandukan perlembagaan persekutuan, maka sewajarnya PAS mempunyai hak untuk mengemukakan rang undang-undang berkaitan hudud dalam ruang demokrasi yang dibenarkan.
Sama ada rang undang-undang itu diterima atau sebaliknya, ianya bergantung kepada keputusan yang akan dibuat dalam parlimen kelak.
Kami menegaskan bahawa perjuangan memartabatkan syariat Islam yang luas mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk hudud adalah arahan daripada Allah SWT sebelum kewujudan PAS, PKR, DAP dan Pakatan Rakyat lagi.
Sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam, adalah menjadi kewajipan kami untuk menjunjung tinggi titah perintah Allah SWT jauh mengatasi persetujuan manusia termasuk DAP.
Oleh itu, kami tidak boleh menghalang mana-mana pihak yang turut menyokong perlaksanaan syariat Islam ini, kami juga bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja termasuk DAP bagi menyampaikan dakwah mengenai keindahan Islam yang bersifat universal.
Sekian, terima kasih.
USTAZ MOHD FAUZI YUSOF
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang
USTAZAH HASANAH IDRUS
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang
USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
Sumber HD - 26-3-2015
PAS P.Pinang gesa pemecatan Iszuree ditarik balik
GEORGETOWN: PAS Pulau Pinang meminta kerajaan negeri menangani isu pemecatan Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim dengan bijaksana disamping perlu mengadakan perbincangan.
Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang Fadzil Kemi berkata, isu yang dibangkitkan Iszuree pada Muktamar PAS lepas adalah melibatkan rakyat dan bukannya memburuk-burukkan kerajaan negeri.
Bercakap dalam sidang media hari ini, Fadzil berkata, sebagai seorang pemimpin PAS yang komited Iszuree hanya menyuarakan isu berkaitan nasib penduduk negerinya itu.
Ekoran itu, beliau mendesak kerajaan negeri menarik balik pemecatan Iszuree.
Iszuree yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulalu Pinang, dipecat daripada semua jawatankuasa tetap pihak berkuasa tempatan (PBT) ekoran ucapan dasarnya dalam Muktamar PAS Kali ke-60 baru-baru ini menegur kerajaan Pulau Pinang berhubung isu dasar perumahan.
Memetik laporan Awani, Iszuree, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata beliau hanya membangkitkan isu rakyat sama seperti yang dilakukan pemimpin DAP atau PKR ketika mereka menghadiri perhimpunan agung parti masing-masing.
Sehubungan itu, Pengerusi Lujnah Tanah PAS Pusat Mazlan Aliman berkata pihaknya mahu mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng berhubung isu tanah dan penduduk negeri ini. - HARAKAHDAILY 1/10/2014
Sumber HD - 1-10-2014

Kuliah: Jangan cetus kemarahan penganut agama lain
PULAU PINANG: PAS Pulau Pinang meminta semua guru agama yang menyampaikan kuliah di masjid supaya lebih berhati-hati ketika menyampaikan dakwah supaya ucapan tidak menimbulkan kemarahan penganut agama lain sehingga mencetuskan ketidakharmonian kaum.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan demikian di pekarangan Masjid Jamek Bandar Perda pagi tadi sebagai respons kepada isu membabitkan seorang penceramah agama di negeri ini.
Beliau berkata, mereka yang bergelar pendakwah wajar bersikap secara berhemah semata-mata untuk menggambarkan kesyumulan dan kebaikan Islam itu sendiri.
Jelasnya, ia bersesuaian dengan firman Allah di dalam Surah Al Ana'm ayat 108 yang bermaksud "jangan kamu menghina agama dan tuhan pengikut agama lain kelak mereka akan menghina Allah sebagai balasan dengan penuh kebencian".
Katanya, mengenai keharmonian, PAS sebagai sebuah parti Islam bertanggungjawab untuk menyuarakan pandangan dalam isu tersebut supaya kaum lain sama-sama menghormati kedaulatan negara yang mahu hidup dalam keadaan aman dan damai.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat berharap mana-mana pihak usah membuang masa bertikam lidah terhadap sentimen perkaunan sebaliknya mengambil sikap meredakan keadaan.
Hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Penerangan PAS negeri, Rosidi Husein, Ketua Lajnah Ekonomi PAS negeri, Zolkiply Md Lazim dan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Asokan Perumal. - HARAKAHDAILY 31/7/2014
Sumber HD - 31-7-2014

Shahul Hamid ditahan untuk bantu siasatan polis
BUKIT MERTAJAM: Penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd ditahan polis awal hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau yang dikatakan menghina kaum India.
Shahul Hamid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada kira-kira pukul 9.00 pagi dan dibebaskan semula kira-kira empat jam kemudian, dipercayai selepas keterangan beliau diambil.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan penahanan Shahul Hamid.
Katanya, penceramah itu dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia hasil laporan polis dibuat terhadapnya.
Sementara itu, Shahul Hamid hari ini meminta maaf secara terbuka kepada kaum India berikutan ceramah agamanya itu.
Shahul Hamid berkata, beliau harap diberi peluang untuk memperbaiki diri atas kesilapannya itu.
"Saya mohon maaf...Saya sedar juga berasal usul dari India dan tidak sepatutnya menghina agama dan kepercayaan mereka," katanya kepada pemberita.
"Saya harap semua laporan polis terhadap saya dapat ditarik balik dan tidak ada tindakan diambil terhadap saya," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment