Perang Saraf Hingusan Ancam Kewibawaan PM |
Posted on Monday, January 12 @ 13:55:12 MYT by paktam
Oleh A Kadir Jasin PANTUN Melayu paling indah dan bermakna dalam hal ilmu dan kebijaksanaan berbunyi: Pergi memburu di padang datar, Dapat rusa belang kaki; Kalau berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi Pantun nasihat itu berguna kepada kita semua dan, dalam konteks semasa amat afdal kepada pendiayah, tukang cerita dan tentera siber Perdana Menteri, Umno, Barisan Nasional dan kerajaan. Taktik hingusan menyerang peribadi pengkritik Mohd Najib Abdul Razak dan kerajaannya tidak berkesan sebaliknya boleh menjadi senjata makan tuan.
Apatah lagi kalau peribadi Perdana Menteri, lebih rentan
(vulnerable) dan mudah ditelanjangkan oleh para pengkritik beliau sebagai
serangan balas.
Apa halnya kalau petugas-petugas propaganda Perdana Menteri
adalah orang muda yang tohor ilmu dan tidak pun kenal siapa sebenarnya
pengkritik bos mereka?
Saya yakin ramai daripada mereka, kerana muda usia dan
tidak berada di tengah-tengah pergelutan politik, khususnya yang membabitkan
Mohd Najib, tidak pun tahu bentuk perhubungan di antara Perdana Menteri dengan
orang yang hari ini menegur beliau.
MAP Sambung Lidah PR?
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sesetengah elemen
dan wartawan media arus perdana (MAP), termasuk dalam kumpulan Media Prima,
telah secara terbuka bertindak sebagai penyambung lidah Pakatan Rakyat,
khususnya dalam membelasah (Tun ) Daim Zainuddin.
PR, terutamanya Parti Keadilan Rakyat, mempunyai agenda
tersendiri memburuk-burukkan Daim. Pemuka PR seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim
dan Lim Kit Siang tahu kehebatan saluran maklumat dan strategi Daim.
Mengapa tidak? Daim adalah antara orang penting memainkan
peranan menaik dan menurunkan Anwar dalam politik negara.
Mereka tahu perisikan, analisis dan strategi Daim lebih
hebat daripada mana-mana pihak dalam Umno dan BN. Oleh sebab Daim tidak
berminat dalam politik maka analisis dan strategi beliau adalah lebih bebas dan
berkecuali.
Tambah memeningkan PR adalah hakikat bahawa Daim mempunyai
perhubungan baik dengan sesetengah orang mereka sendiri.
Di kalangan penyokong dan petugas Mohd Najib pula, ramai
bimbang Perdana Menteri meminta atau menerima nasihat Daim. Mereka tidak mahu
kemungkinan itu berlaku kerana nasihat Daim mungkin merugikan mereka.
Jadi mereka berusaha melemahkan kredibiliti Daim dan pada
masa yang sama cuba melaga-lagakan Mohd Najib dengan Daim.
Apakah para pengarang dan wartawan MAP tidak sedar matlamat
tersirat PR atau mereka diarahkan menyerang Daim dengan apa cara juga, termasuk
bersekongkol dengan PR?
Boleh jadi juga mereka tidak mendalami atau sengaja
menidakkan perhubungan antara Mohd Najib dan Daim lantas mereka mengambil agenda
PR, khususnya PKR, sebagai agenda mereka sendiri dan menyerang Daim atas
tanggapan inilah yang terbaik bagi mempertahankan Mohd Najib.
Mungkin mereka tidak tahu dan PM pun tidak mahu
memperbesar-besarkan keakraban beliau dengan Daim. Namun, antara yang terawal
beliau hubungi selepas mendarat di Kota Bharu (dari Hawaii) ialah Daim.
Pendiayah muda PM yang kini dikatakan amat berkuasa dan
kaya dengan sumber kewangan mungkin tidak tahu atau tidak sedar bahawa kalau
bukan kerana orang seperti (Tun) Dr Mahathir, Daim, (Tan Sri) Sanusi Junid, (Tan
Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dan beberapa orang lagi veteran Umno, bos mereka
mungkin tidak merasa menjadi PM atau tidak menjadi PM secepat itu. Malah kalau
diserahkan bulat-bulat kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan para penerajunya,
ada kemungkinan Mohd Najib tidak menjadi PM.
Jadi elok para propagandis, laskar siber dan penggilap epal
Mohd Najib buang dulu hingus mereka dan belajar daripada sejarah. Jangan terlalu
angkuh dengan operasi gelap mereka dan dengan wang yang mereka ada untuk
mengupah dan membeli.
Cerita Peribadi Siapa Lebih Sensasi?
Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan)
mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin
orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.
Mungkin diayah murahan mengenai para pengkritik Mohd Najib
boleh merosakkan imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan mereka pun tidak
berkedudukan politik.
Tetapi cerita-cerita yang menyelerakan mengenai Mohd Najib,
kalau ada, boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak
tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba haram
seperti yang isterinya, Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini.
Para pendiayah dan laskar siber wajib sedar, iaitu ketika
mereka masih merangkak dalam dunia maklumat dan propaganda, para pengkritik Mohd
Najib sudah pun makan sekarung garam dan kenal bos mereka dari A ke Z.
Daripada cuba membunuh pembawa khabar (the messengers)
adalah lebih baik mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap
bos mereka satu persatu.
Kalau mereka kurang faham, biar saya beri sedikit “hint”
dalam bentuk soalan, khususnya berkaitan ekonomi sebab saya yakin ramai daripada
mereka tidak faham ekonomi. Antaranya:
1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana
banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak
SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?
2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak
melestarikan (sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh
di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100
hingga AS$105 setong?
3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita
ekonomi untuk mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai
penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga di New
York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling rendah sejak April
2009?
4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung
kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir
40% kepada perolehan kerajaan?
5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos
import, khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula,
kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun?
6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke
atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit?
7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara
kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah?
8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga
dikalahkan oleh Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran
membangun?
9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja
yang melabur dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB
telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18 pada 9
Jan, kejatuhan lebih 50 peratus?
10. Apakah sebabnya rizab antarabangsa Bank Negara
Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion –
merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12 bulan hingga akhir bulan lalu?
11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan
nilai ringgit dan rugi?
12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan
penarafan antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi
hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu?
13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang
1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika?
15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah
kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB?
16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat
peruntukan (provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman
1MDB keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus?
18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak
memberi penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi
kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak membawa
beliau balik?
Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham
dan ada keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar
beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah.
Peribadi, dasar, prestasi dan kesesuaian beliau untuk terus
memerintah tidak akan menjadi bertambah baik dengan membunuh pembawa khabar
ngeri.
Atau apakah pendiayah, laskar siber dan pengampu PM
mempunyai agenda sendiri yang mirip sokong bawa rebah dan gunting dalam
lipatan?
Perdana Menteri wajib berhati-hati terhadap musuh dalam
selimut yang mendakap dan menggosok belakang beliau, tetapi di tangan keris
terhunus.
Wallahuaklam.
Sumber DD - 12-1-2015
|
Lawak Apa Rosmah Buat Ni, Rumahnya Di Jalan Duta Bukan Di Tepi Jalan Pun? |
Posted on Thursday, January 08 @ 15:28:22 MYT by paktam
Oleh Shahbudin Husin Orang UMNO yang mengetahui dan biasa berkunjung ke rumah peribadi Najib Razak di Jalan Duta rata-rata ketawa kecil dan tersenyum simpul sambil kehairanan apabila Rosmah Mansor menyatakan beliau dan Perdana Menteri selalu tidak dapat tidur kerana gangguan bunyi bising mat rempit. Mereka berkata, lawak apa yang sedang dipersembahkan oleh Rosmah itu atau ia sekadar mahu "menunjuk-menunjuk" keprihatinannya kerana seolah-olah turut terganggu dengan masalah yang ditimbulkan oleh kaum remaja. Yang lain pula tidak segan-segan menyatakan ia hanyalah kaedah untuk menarik simpati setelah kembali daripada percutian dan "berjoli" dengan jet kerajaan manakala Najib pula dijangkiti e.coli yang masih misteri di mana diperolehinya jangkitan bakteria itu. Ini kerana majoriti ahli dan pemimpin UMNO biasa benar dengan lokasi rumah Najib itu. Sepanjang masa sebelum Najib berpindah ke Seri Perdana, di rumah itu kerap sekali diadakan jamuan Hari Raya, berbuka puasa, doa selamat, tahlil dan sebagainya. Rumah peribadi yang terletak berhampiran Kedutaan India itu bukanlah terletak di tepi jalan besar sebenarnya. Ia terletak agak ke dalam sedikit di satu lorong kecil dan boleh dikatakan agak terpencil kedudukannya. Berdepan dengan rumah Najib itu pula ialah kediaman bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Harun Idris dan bahagian belakang rumah bekas pemimpin Selangor itulah yang sebenarnya mengadap Jalan Duta. Tetapi rumah Harun Idris itu terletak agak tinggi di atas bukit dan jika ada mat rempit berlumba di Jalan Duta, penghuni di rumah itu pun mungkin hanya mendengar sipi-sipi saja bunyi bisingnya. Tidak jauh daripada rumah Najib di Jalan Duta itu ialah kediaman Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor. Walaupun demikian, rumah Ku Nan itu juga agak jauh daripada tepi Jalan Duta dan tidak mungkin terganggu dengan bunyi bising mat rempit. Berbanding rumah Harun Idris dan Ku Nan, kediaman Najib jauh lebih ke dalam daripada tepi Jalan Duta yang agak sibuk itu. Jadi bagaimana Rosmah dan Najib boleh merasa terganggu dan sampai tak boleh tidur malam kerana gangguan mat rempit? Dalam suatu majlis semalam yang memperkatakan masalah sosial golongan remaja, isteri Perdana Menteri itu berkata, "saya dan Najib tak boleh tidur sebab dengar bunyi bising motosikal pukul 2 pagi. "Rumah saya di Kuala Lumpur ( Jalan Duta ) bila tengah malam dengar bunyi motosikal bukan main laju dan kuat...lama pulak tu, mestilah ramai yang berlumba di tengah jalan," katanya. Beliau menambah lagi, "apabila dengar bunyi bising, saya fikir kita kenalah buat sesuatu sebab saya dan Najib memang tak boleh tidur sebab dengar bunyi bising motosikal." Sehubungan itu, beliau yang baru kembali daripada bercuti dari Hawaii dan Amerika Syarikat serta Bangkok, berharap orangramai tidak mudah mengalah dan putus asa dalam mendidik remaja yang gemar berlumba motosikal pada waktu malam. Kata ramai orang-orang UMNO lagi, tidak mungkin Rosmah dan Najib terganggu serta tak boleh tidur kerana bunyi bising motosikal mat rempit memandangkan rumahnya itu bukan terletak di tepi jalan pun, kecualilah jika "nikmat tidurnya" telah ditarik Tuhan atau kerana memikirkan terlalu banyak perkara lain. Selain untuk menarik simpati, tambah mereka, mungkin juga "cerita tak masuk akal" ini sengaja direka oleh Rosmah untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada terus bercakap berkenaan jet, golf, cuti, joli dan e.coli yang terus menjadi bualan ketika ini. http://shahbudindotcom.blogspot.com/ Sumber DD - 8-1-2015 |
"Biarlah Najib Main Golf, Muhyiddin Kan Ada" |
Posted on Wednesday, January 07 @ 23:09:20 MYT by paktam
Oleh Shahbudin Husin Sekali lagi media luar negara memalukan Perdana Menteri, Najib Razak. Jika dulu Washington Post mendedahkan beliau bermain golf dengan Presiden Amerika, Barack Obama di Hawaii ketika banjir mula melanda, kini Bangkok Post pula menyatakan pemergiannya ke Thailand ketika banjir sedang menggila baru-baru ini adalah juga kerana main golf. Dalam laporannya, Bangkok Post menyatakan, Najib berada di ibu negara Thailand, Bangkok pada awal tahun baru 2015 baru-baru ini adalah untuk "bercuti dan beriadah" dengan antara aktivitinya dipenuhi acara membeli-belah dan bermain golf. Dalam kunjungan peribadi yang diturut diambil kesempatan untuk bertemu dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, Jenderal Prayudh Chan-ocha, Najib dan keluarganya juga dilaporkan menginap di Hotel Shangri-La Bangkok. Selain percutiannya ke Hawaii yang dilakukan secara senyap-senyap, kehilangan Najib di awal tahun baru 2015 baru-baru ini turut menjadi perbualan ramai kerana ia turut dilakukan secara rahsia sehingga beliau sendiri menulis di laman sosialnya memaklumkan tentang kunjungannya ke Thailand serta mengadakan perbincangan dengan Jenderal Prayudh mengenai banjir. Kunjungan Najib ke Thailand yang kebetulan dengan pengesahan oleh FlightRadar24 bahawa jet kerajaan 9M-NAA juga singgah di bandar itu dalam perjalanan daripada beberapa bandar besar dunia iaitu Los Angelas, New York, London, Dubai dan segera menimbulkan andaian beliau sekeluarga bercuti sekali lagi di negara jiran itu bersama keluarganya. Dalam masa yang sama, ia juga menimbulkan misteri mengenai siapakah yang menaiki jet khas kerajaan dan menjadi "Perdana Menteri" sepanjang perjalanan itu? Tersebarnya gambar-gambar yang menampakkan Rosmah Mansor didapati membeli-belah di Central Chidlom, Bangkok sekali lagi merancakkan perbualan ramai mengenai hobi isteri Perdana Menteri yang memang sejak dulu digambarkan gemar mengunjungi butik dan kedai-kedai mewah di seluruh dunia. Dengan tersebarnya berita oleh Bangkok Post ini, nyata bahawa Najib sentiasa mencari masa meluangkan masa bermain golf tidak kira masa, ketika dan suasana. Jika di Hawaii beliau didapati bermain golf ketika banjir baru mula melanda, setelah pulang dan meninjau negeri-negeri yang ditimpa musibah itu dan ketika air belum surut, Najib juga disahkan bermain golf di Bangkok pula. Walaupun tidak disebut dengan siapa beliau bermain golf di Bangkok itu, adakah ia juga sebahagian daripada "diplomasi golf" seperti yang dilakukannya di Hawaii dengan Obama sebelum itu? Jika sebelum ini, ramai yang mengkritiknya kerana lebih mengutamakan diplomasi golf berbanding mangsa banjir, nampaknya sekali lagi Najib tidak dapat melupakan golf dalam agenda kehidupannya. Ini tentunya menimbulkan persoalan, apakah pemimpin negara lain tersinggung dan berkecil hati jika acara main golf itu dibatalkan semata-mata kerana keadaan banjir luar biasa sedang berlaku dalam negara? Andainya pendedahan Bangkok Post bahawa kunjungan peribadi Najib ke Thailand baru-baru ini adalah semata-mata untuk bertemu dengan Jenderal Prayudh, ia mungkin tidak begitu menjejaskan namanya tetapi apabila didapati turut bermain golf dan membeli-belah, gambarannya ialah beliau dilihat memang tidak sensitif dengan derita dan sengsara mangsa banjir. Golf seolah-olah sangat penting. Di Hawaii bermain golf, di Bangkok juga main golf. Kalau sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pernah berkata, "biarlah Najib bercuti" beliau pun manusia biasa juga" dan "saya kan ada" sebagai usaha meredakan kritikan ramai berhubung tidak sensitifnya Najib dengan keadaan banjir, kini barangkali waktu yang sesuai pula untuk rakyat mengucapkan ungkapan yang sama kepada Perdana Menteri. "Biarlah Najib terus main golf sesuka hatinya, Muhyiddin kan ada". http://shahbudindotcom.blogspot.com/ Sumber DD - 7-1-2015 |
Si Luncai Berjumpa Don Quixote |
Posted on Wednesday, January 07 @ 23:03:32 MYT by paktam
Oleh A Kadir Jasin
SI LUNCAI terserempak dengan Don Quixote
(ki-ho-teh). Setelah masing-masing memperkenalkan diri mereka pun bertukar-tukar
cerita.
Don Quixote: Saya dengar tuan terjun ke
sungai dengan labu-labu dan orang berteriak, “biarkan, biarkan”. Betul
begitu?
Si Luncai: Betul. Yang mereka maksudkan
itu bukan buah labu untuk dimakan tetapi kendi labu untuk mengisi air. Kendi
labu itu milik saya bukan milik orang lain.
Si Luncai: Saya dihukum raja kerana
memberitahu baginda kepalanya yang dogol mengingatkan saya kepada ayah saya yang
sudah meninggal dunia. Baginda murka dan menitahkan hamba dibuang ke laut.
Don Quixote: Tetapi tuan hamba tidak mati
lemas?
Si Luncai: Saya bukan orang cerdik, tapi
saya belajar daripada pengalaman. Saya tidak lemas sebab saya guna kendi labu
sebagai pelampung.
Don Quixote: Oh! Jadi tidak tepatlah
gambaran tuan seorang bodoh dan bangang?
Si Luncai: Bangsa saya ada peribahasa
berbunyi, hanya mutu mengenal manikam dan satu ungkapan berbunyi raja adil raja
disembah, raja zalim raja disanggah. Tuan pula saya dengar bertarung dengan
kincir angin?
Don Quixote: Benar. Saya seorang pahlawan
setia dari negara Sepanyol. Saya bertarung dengan kincir angin kerana ia adalah
gergasi yang sangat ganas!
Si Luncai: Tapi kincir angin bukan
gergasi. Ia jentera untuk mengepam air mengelak banjir.
Don Quixote: Itu kata tuan, tetapi sebagai
pahlawan setia adalah tugas saya mengalahkan musuh biar siapa sekali pun mereka!
Kesimpulannya, pilihlah yang mana satu
kita hendak jadi. Si Luncai yang disangka dangkal tetapi berfikiran tajam atau
Don Quixote yang berkhayal menjadi perwira tetapi tenggelam dalam
angan-angan?
Dalam adat resam Melayu, raja atau pemerintah yang adil
ditaati manakala yang zalim dan melanggar hukum ditentang.
Nota Kaki: Saya diperkenalkan kepada
cerita The Ingenious Gentleman Don Quixote of La
Mancha ketika di sekolah menengah pada tahun 1960-an oleh guru
bahasa Melayu saya. Berapa ramai agaknya guru bahasa Melayu sekarang yang baca
cerita Don Quixote dan Si Luncai?
http://kadirjasin.blogspot.com Sumber DD - 7-1-2015
|
Misteri jet: Jadilah betul-betul PM, bukan lari-lari
KUALA LUMPUR: Apakah pengajaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebalik perbualan ramai mengenai misteri jet kerajaan yang didapati mengelilingi dunia sejak dua minggu lalu tetapi tidak diketahui siapa menggunakannya?
Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin dalam blognya.
Bagi beliau, jawapannya hanya satu iaitu sebagai Perdana Menteri, beliau harus bersikap telus, sesuai dengan dunia langit terbuka yang ada sekarang.
"Sebagai Perdana Menteri, jadilah betul-betul macam Perdana Menteri, bukan lari-lari, sembunyi-sembunyi dan macam pencuri," tulisnya.
Tulisan penuh beliau seperti di bawah.
Apakah pengajaran kepada Perdana Menteri, Najib Razak di sebalik perbualan ramai mengenai misteri jet kerajaan yang didapati mengelilingi dunia sejak dua minggu lalu tetapi tidak diketahui siapa menggunakannya?
Jawapannya hanya satu iaitu sebagai Perdana Menteri, beliau harus bersikap telus, sesuai dengan dunia langit terbuka yang ada sekarang.
Jika ketika bercuti ke Hawaii sebelum sambutan Krismas dulu, Najib tidak merahsiakan pemergiannya dan memberitahu salah satu acaranya ialah bermain golf dengan Barack Obama, sudah tentu tiada siapa kisah apabila gambarnya dengan Presiden Amerika itu tersebar luas.
Jika setelah banjir semakin menggila dan beliau kemudian membuat keputusan kembali ke dalam negara, beliau pulang dengan pesawat yang sama yang membawanya bercuti ke Hawaii, sudah tentu juga tiada siapa mahu sibuk-sibuk menjejaki di mana pesawat rasmi itu berada.
Tetapi tentulah agak menghairankan apabila pesawat itu ditinggalkan di Amerika sedangkan Najib sebagai "tuan yang berhak" menggunakannya sudah berada di dalam negara.
Itulah yang akhirnya mendedahkan bahawa Najib menaiki pesawat komersial daripada Amerika ke Hong Kong sebelum dijemput oleh jet TUDM ke Kota Bharu. Hanya setelah timbul banyak persoalan kenapa jet itu ditinggalkan di Amerika, barulah kemudian ada penjelasan bahawa ia mengalami masalah teknikal.
Tetapi apabila dikesan melalui FlightRadar24, pesawat itu bergerak di antara Hawaii - Indianapolis - Los Angelas dan New York, bukan saja penjelasan mengenai masalah teknikal sudah tidak bermakna, bahkan menyebabkan keghairahan orangramai untuk mengetahui siapa penggunanya jadi semakin membara.
Jika setelah beberapa hari menghabiskan masa dengan mangsa banjir di seluruh negara, Najib juga memberitahu semua media bahawa beliau akan pergi ke Thailand bertemu dengan rakan sejawatnya di sana, sudah tentu juga tiada siapa mengaitkannya dengan "kebetulan" pesawat 9M-NAA itu turut berlabuh di Bangkok pada waktu yang sama.
Tetapi sekali lagi, sebagaimana bercuti ke Hawaii dilakukan secara sembunyi-sembunyi, pemergian Najib ke Thailand juga seperti seorang yang ada kekasih hati tapi takut bini.
Dan jika Najib memberitahu bahawa selepas bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, beliau juga bertemu kembali dengan keluarganya yang ditiinggalkannya di Hawaii sebelum ini, tiadalah juga sesiapa yang berminat mahu bercakap tentang pemergiannya itu dan mengambil gambar isterinya sedang membeli-belah di kota Bangkok.
Malangnya, bukan saja pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand dirahsiakan, malah bagaimana isterinya boleh sampai ke Bangkok juga tidak diberitahu secara rasmi. Nasib baiklah ada FlightRadar 24 yang memberitahu bahawa jet kerajaan itu menjelajah beberapa kota besar dunia dan berada di Bangkok ketika Najib juga berada di sana.
Malam tadi, jet 9M-NAA itu akhirnya kembali ke dalam negara secara rasmi. Sekali lagi, Najib juga pulang secara sembunyi-sembunyi.
Jika sebelum ini, setiap kali Najib berlepas dan kembali ke dalam negara, ramai yang menyambut, meraikan dan mencium tangannya, semua itu tidak berlaku lagi kali ini.
Sebagaimana beliau pergi ke Hawaii dan Thailand macam pencuri, kembalinya juga macam pencuri. Semuanya dilakukan secara sembunyi dan ingin dirahsiakan.
Dalam dunia langit terbuka yang Najib sendiri antara pengagumnya dengan begitu aktif menyebar-luaskan aktiviti, menghebahkan maklumat dan memuat-naik gambar-gambarnya melalui laman sosial miliknya, adalah begitu ganjil beliau bersikap sebaliknya kali ini.
Di ketika beliau juga kerap menyatakan bahawa internet dan media sosial adalah medium penyebaran maklumat yang penting sekarang, adalah ganjil juga apabila Najib merasakan seolah-olah Utusan, Berita Harian dan TV masih berkuasa.
Dalam dunia langit terbuka dan hanpir semua orang sudah memiliki gajet pintar dalam genggaman, sesiapa saja adalah wartawan dan pemberita sebenarnya. Penyebaran berita tidak lagi menunggu media rasmi menghebahkannya.
Sesuai dengan itu, Najib juga seharusnya bersikap telus dan terbuka. Sebagai Perdana Menteri yang menjadi hak kepada mana-mana rakyat memperkatakan tentang setiap jalur kehidupannya, Najib tidak seharusnya cuba bersembunyi-sembunyi lagi kerana banyak kamera tidak rasmi sedang berada di sekelilingnya sepanjang masa.
Lagi beliau cuba berahsia, lagilah pemberita tidak bergaji ini makin aktif mengejarnya.
Sebagai Perdana Menteri, jadilah betul-betul macam Perdana Menteri, bukan lari-lari, sembunyi-sembunyi dan macam pencuri.
Sumber HD - 5-1-2015

Sudah sampai masanya Rosmah layak guna jet
Suatu ketika dahulu, penggunaan jet itu menjadi pertikaian apabila Rosmah didapati menggunakannya semasa menghadiri suatu program di Dubai bersama beberapa isteri menteri kabinet.
Beberapa penggunaan lain jet itu oleh Rosmah sama ada untuk kunjungan ke luar negara mahu pun perjalanan dalam negara, sentiasa saja menjadi bualan, pertikaian dan berita hangat di media-media.
Di Parlimen juga, kos perbelanjaan penggunaan jet oleh Rosmah yang melibatkan ratusan ribu ringgit wang rakyat turut pernah menjadi pertanyaan Ahli-Ahli Parlimen dan mereka mempertikaikan kelayakan isteri Perdana Menteri menggunakan kemudahan eksklusif itu.
Pendek kata, isu penggunaan jet oleh Rosmah sentiasa saja diperkatakan salah atau benarnya meskipun isteri Perdana Menteri dikatakan mendapat kebenaran khas daripada Kabinet atau pun daripada Najib sendiri selaku Perdana Menteri.
Kali ini, penggunaan jet oleh Rosmah kembali hangat apabila Najib yang sedang bercuti dan selepas bermain golf bersama Barack Obama di Hawaii didapati pulang sendirian untuk meninjau suasana banjir dalam negara dan meninggalkan pesawat khas itu di AS.
Ia segera menimbulkan andaian bahawa jet itu adalah untuk kegunaan Rosmah, apatah lagi ia dikesan melalui FlightRadar24 turut berkeliaran di ruang udara Indianapolis, Los Angelas, New York, Dubai dan Bangkok dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Berbanding era Mahathir dan Pak Lah, penggunaan jet oleh isteri Perdana Menteri tidak pernah menjadi isu. Ketika itu hanya Perdana Menteri yang menggunakan kemudahan itu sepenuhnya dan isteri mereka tidak pernah menggunakannya secara sendirian.
Tetapi kini isu jet begitu kerap menjadi mainan media berikutan Rosmah terlihat ghairah mahu menggunakan kemudahan itu. Mungkin sudah sampai masanya atas sebab-sebab tertentu seperti keperluan tugas, keselamatan dan memenuhi keinginan seorang yang penting dalam hidup Perdana Menteri, Najib perlu membuat keputusan rasmi dalam mesyuarat kabinet agar isterinya diberi kelayakan khas sepanjang masa menggunakan jet kerajaan itu.
Dengan itu, bermakna dari segi penggunaan jet, Rosmah dinaikkan taraf untuk layak dan bebas menggunakan kemudahan itu, sama seperti kelayakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Jika jet kerajaan yang sedia ada tidak mencukupi, Najib juga boleh menempah sebuah lagi pesawat baru, sesuai dengan penggunaan yang bertambah ini. Lagi pula, kita adalah negara kaya dan hanya lima tahun lagi kita juga akan mencapai status negara maju 2020. Maka, isteri Perdana Menteri juga sudah selayaknya dipertingkatkan statusnya.
Melalui keputusan Kabinet itu, bermakna Rosmah bebas menggunakan jet kerajaan atas urusan rasmi, peribadi atau bercuti tanpa perlu meminta kebenaran khas sebagaimana amalan sekarang atau menggunakannya secara "curi-curi ayam" lagi.
Hanya dengan menaikkan taraf kelayakan isteri Perdana Menteri sebagai pengguna jet kerajaan yang sah dan layak saja dapat mengelakkan ia daripada terus menjadi isu dan mainan di media-media.
Hanya dengannya juga mampu mengelakkan berulangnya kejadian seperti di Hawaii baru-baru ini di mana Najib terpaksa pulang sendirian menggunakan pesawat komersial untuk meninjau keadaan banjir di dalam negara sementara isteri dan keluarganya pula meneruskan percutian di AS.
Sebagai kerajaan yang sedang berkuasa, sudah sampai masanya Najib berfikir di luar kotak, bukan saja untuk kemudahan isterinya ke sana ke mari dengan jet kerajaan dan sebagai tanda kasih sayang kepada isterinya, malah juga untuk mengelakkannya dan para pemimpin kerajaan yang lain menghabiskan banyak masa bersoal jawab di Parlimen atau dengan media mengenainya.
Pihak pembangkang dan orang ramai juga tidak boleh mempertikaikannya lagi kerana kebenaran itu sudah diberikan secara sah oleh kerajaan. Media turut tidak perlu bising-bising setiap kali Rosmah bergentayangan di udara dengan jet yang dibiayai oleh wang rakyat itu.
Yang tidak setuju dan mahu membantahnya juga tidak perlu buang banyak masa lagi bercakap mengenainya, tunggu saja melalui peti undi dan tukar kerajaan yang ada. – http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 3-1-2015
Diplomasi Golf Najib kena kutuk dengan orang kuat Mahathir..
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad tampil mengkritik perdana menteri, dua bekas orang kuatnya turut tampil membangkitkan kelemahan unit komunikasi Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk A Kadir Jasin, kedua-dua orang lama dalam dunia pemberitaan, malah berkongsi pandangan masing-masing berhubung perkara itu.
Kadir, melalui tulisannya yang disiarkan di blog Zainuddin, menyindir unit komunikasi JPM dalam “menangani pengaliran maklumat” dalam isu 'diplomasi golf' antara Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama.
Baca lagi
Sumber HD - 1-1-2015
Banjir: Najib patut tukar separuh menterinya
TINDAKAN Perdana Menteri, Najib Razak mengarahkah semua menteri kabinet yang sedang bercuti agar segera pulang bagi membantu operasi menyelamat mangsa banjir adalah suatu episod malang bagi negara kita.
Sebagaimana kita ditimpa malang kerana musibah banjir, kehilangan pesawat MH370 dan MH17, memiliki menteri-menteri yang terpaksa diarahkan pulang bak "itik lupa pulang ke sarang" adalah juga suatu musibah malang.
Ia malang kerana realitinya kita mempunyai ramai pemimpin yang tidak sensitif terhadap rakyat dan lebih malang lagi mereka ini sebenarnya tidaklah sangat mengutamakan rakyat sebagaimana yang sering dilaung-laungkan di depan mikrofon, di hadapan kamera tv atau ketika bersama penyokong.
Ia secara langsung juga menggambarkan menteri-menteri yang sedang bercuti ini tidak memahami kedudukan mereka sebagai anggota pentadbiran adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan mendahulukan rakyat dalam semua perkara.
Seharusnya apabila sudah mengetahui Najib sendiri sudah mengambil keputusan memendekkan percutiannya di Hawaii, semua menteri yang sedang bercuti ini lebih dahulu kembali ke tanah air.
Malangnya, sama ada setelah mengetahui Najib sudah membuat keputusan memendekkan cutinya dan sesudah sekian lama Perdana Menteri berada di dalam negara melawat mangsa-mangsa banjir, masih tidak terlihat kelibat menteri-menteri ini yang dilaporkan sedang bercuti di London, Australia, New Zealand, Dubai dan China, turut mahu pulang.
Agaknya ketika rakyat sedang sengsara dan Najib sedang bersiap-siap untuk pulang atau ketika melawat mangsa banjir, menteri-menteri ini masih riang ketawa bersama keluarga dan rakan-rakan sama ada sambil membeli-belah atau menikmati hidangan yang mewah-mewah.
Setelah dua hari berada di dalam negara, mungkin setelah menyedari hanya segelintir daripada mereka ada dalam negara, Najib akhirnya terpaksa mengeluarkan arahan agar mereka segera kembali dan memendekkan cuti masing-masing.
Tindakan mengarahkan mereka ini pulang pastinya memberi imej buruk kepada nilai kepimpinan yang ada dalam diri menteri-menteri terbabit. Seolah-olah mereka tidak boleh berfikir dan menilai sendiri keutamaan sebagai pemimpin.
Di kalangan yang sedang bercuti ini, di mana sebahagian gambar-gambarnya sudah bersepah di media sosial, sama ada menteri terbabit, anak-anak atau rakan mereka memuat-naiknya dalam FB, Twitter atau Instagram, adalah merupakan menteri-menteri kanan serta yang "perasan" mereka adalah bakal Perdana Menteri pada masa depan.
Di kalangan tiga menteri kanan yang berjawatan Naib Presiden Umno iaitu Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammudin yang kini sedang berebut untuk saling mendahului menghuni Seri Perdana atau Seri Satria, semuanya hilang, senyap dan sunyi tanpa sebarang berita.
Begitu juga dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai pelapis kedua calon bakal Perdana Menteri, turut hilang tanpa khabar berita sehingga poster kehilangannya turut bertaburan di media-media sosial.
Sebahagian menteri-menteri lain juga begitu, yang tinggal dalam negara ketika ini hanya beberapa kerat saja. Asyik-asyik muka menteri yang sama saja sedang bertungkus-lumus dengan mangsa banjir di pelbagai negeri ketika ini.
Dalam masa yang sama, Najib sendiri sedang merudum prestasinya dan di pertikai di mana-mana. Dengan pelbagai masalah dalam negara yang tidak berkesudahan, Najib kini berhadapan cabaran getir untuk mempertahankan kuasa Umno dan BN berbekalkan hanya 47 peratus undi popular saja.
Dengan musibah banjir melanda yang sekaligus memperlihatkan ramai menteri sedia ada seperti "tak reti bahasa" dalam sama-sama membantu menaikkan imej kerajaan dan BN, Najib kini tiada pilihan lain selain mengeluarkan sekurang-kurangnya separuh daripada menteri yang ada daripada kabinetnya jika ingin terus berkuasa.
Dalam keadaan sekarang, sudahlah Najib sendiri dalam kedudukan "parah"dan hampir "kehilangan nyawa", sebahagian menteri ini pula tidak membantu di saat kehadiran mereka benar-benar diperlukan.
Mereka tidak sanggup atau masih keberatan untuk berkorban, walaupun sebagai pemimpin dan sepatutnya lebih "berakal" berbanding rakyat kebanyakan, membuat sesuatu keputusan bukanlah sukar bagi mereka.
Bersama dengan ramai menteri yang sudah menjadi kecaman ramai sebelum ini dan dianggap tidak layak mengemudi negara, musibah banjir besar ini menyerlahkan lagi sebahagian daripada mereka.
Hanya dengan membuang sekurang-kurangnya separuh daripada menteri yang ada dan menggantikannya dengan muka-muka baru yang lebih diyakini, barulah mungkin terserlah sedikit sinar untuk Najib, Umno dan BN terus mengekalkan kuasanya.
Jika tidak dan masih enggan membuang mereka, bersedialah untuk "gulung tikar" bersama menteri-menteri yang tak berguna itu. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 29-12-2014
Negara banjir, PM bergolf di Hawaii
NEGARA Banjir. Laporan terakhir lebih 90,000 terpaksa berpindah. Perdana Menteri bermain golf di Hawai dengan Presiden Amerika.
Jadi “songsanglah” maklumat SMS pemuda harapan bangsa (PHB) di JPM yang memberitahu pada 15 Disember: “Salam Datuk, rancangan cuti itu belum muktamad lagi...” dan separuh betullah khabar SMS ketua media PM yang berbunyi “…End of the year taking a break” tanpa menyebutkan di dalam atau luar negara.
Malaysian Insider memetik akhbar The Washington Post sebagai berkata Mohd Najib Abdul Razak adalah antara empat orang, termasuk Obama, yang bermain golf di Pangkalan Pasukan Marin Amerika di Teluk Kanehoe, Hawaii.
Negara Banjir PM Bergolf di Hawaii
Mungkin ini sebahagian daripada kunjungan minta ampun setelah beliau dibelasah oleh diplomat dan media massa Amerika kerana membatalkan cadangan beliau memansuhkan Akta Hasutan.
Tidak perlulah minta ampun atau minta persetujuan Obama atau mana-mana pemimpin dunia untuk memerintah negara. Atau apakah zaman menghantar bunga emas kepada kuasa besar berulang semula?
Kembali di tanah air, Bernama melaporkan 90,250 telah dipindahkan akibat banjir besar di Kelantan, Terengganu, Pahang (negeri Mohd Najib), Perak dan Perlis.
Seramai 32,343 di Kelantan diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) and Perlis (265).
Kata Bernama, inilah banjir paling teruk di Kelantan dalam ingatan. Banjir paling teruk sebelum ini berlaku di Lembah Kelang pada tahun 1971.
Kerajaan telah membuat peruntukan RM50 juta untuk negeri-negeri terbabit, mengikut Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.
Adakah PM kita itu akan terus berada di luar negara sehingga tahun baru atau akan pulang menyertai rakyat jelata yang dilanda dan dihimpit pelbagai mala petaka dan musibah?
Junjung kasih kepada Sultan Perak kerana menitahkan agar Krismas disambut sederhana di negari baginda sebagai tanda simpati kepada mangsa banjir.
Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.com/
Sumber HD - 25-12-2014

Mahathir jangan selindung, sebut nama pengganti Najib
KUALA LUMPUR: Sudah sampai masanya Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti menyerang dan mempertikaikan satu demi satu dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merugikan rakyat dan negara.
Bagi penulis Shahbudin Husin, langkah yang sesuai diambil Mahathir ketika ini ialah meminta agar Najib segera berundur dan memberi peluang kepada orang lain mengambil alihnya.
"Mahathir juga perlu berterus-terang siapa yang patut mengambil alih tempat Najib," tulis beliau dalam blognya.
Menurutnya, jika Tan Sri Muhyiddin Yassin pilihannya, Mahathir perlu menyebutnya secara terbuka kerana masa semakin suntuk menjelang PRU14 nanti.
Baginya, bekas Perdana Menteri itu perlu sebut sahaja terus-terang dan tidak perlu berselindung-selindung lagi.
"Masa mengecam, mempertikai, menyerang dan menghasut sudah berakhir sebenarnya bagi Mahathir sebab sekarang adalah masa untuk menjatuhkan dan menukar.
"Jangan tunggu-tunggu lagi Tun!" tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 20/12/2014

Jangan terlalu mendongak, nanti Khairy langgar bendul
KUALA LUMPUR: Isu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin membidas seorang ahli parti itu yang tidak mempunyai jawatan penting didalam parti itu kerana mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang hangat diperkatakan ramai.
"Saya yang mempunyai perasaan ‘soft spot’ terhadap Ketua Pemuda Umno
Malaysia itu terpaksa juga memberikan sedikit komen," tulis Aspan Alias dalam blognya semalam.
Bagi beliau, Khairy sepatutnya merenungi apa yang dikritik oleh orang bawahan itu adalah untuk kepentingan parti itu sendiri.
Menurutnya, Khairy mesti tahu yang beliau tidak berada di atas itu dengan sendirinya kerana beliau bermula dan berakhir.
Baginya, kata-kata Khairy kepada ahli biasa parti yang membawa makna, 'you are of no consequence, you are just ordinary member' terhadap Syed Rosly itu sangat menyedihkan, kerana tidak ramai yang akan menyangka yang Khairy boleh berkata dengan begitu angkuh seperti itu.
"Mungkin semua di antara kita di bawah ini wajar berteriak dan mengakui yang beliau adalah orang hebat. Mungkin Khairy masih lagi sangsi yang masih ramai orang di bawah ini masih ramai yang tidak mengetahui beliau itu orang hebat," tulisnya lagi.
Menurut Aspan, orang bawahan pun tahu Khairy itu orang atasan dan jangan Khairy tidak tahu ini.
"Kalau kita mengetahui diri kita sendiri kita tidak akan menolak kenyataan yang sangat penting ini. Kalau tidak ada yang bawah, masakan ada yang atas," tambahnya.
Justeru, bagi Aspan tidak perlu Khairy bercakap begitu untuk mempertahankan Najib itu.
"Kita merasakan yang Najib yakin yang Khairy adalah penyokong kuat beliau walaupun beliau tidak mengkritik Syed Rosly itu," ujarnya.
Justeru, beliau berharap Khairy tidak mengecewakan orang ramai yang menaruh harapan terhadap beliau.
"Pandanglah ke bawah selalu, jangan sentiasa mendongak ke atas, nanti ‘tolando bondul (bendul) dibawah’," tulisnya. - HARAKAHDAILY 20/12/2014

Kalaulah Khairy Jamaluddin bukan menantu PM
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) menyifatkan Syed Rosli Jamalulail yang menggesa agar Perdana Menteri meletakkan jawatan demi menyelamatkan masa depan Umno hanyalah mewakili suara paling rendah dalam parti itu.
Beliau turut mempertikaikan beberapa portal yang menyiarkan gesaan Syed Rosli itu sedangkan individu tersebut tidak mempunyai jawatan penting dalam Umno.
Kata KJ lagi, laporan seumpama itu seharusnya memetik daripada seseorang yang mempunyai kewibawaan.
Berikutan tulisan di laman sosial Facebooknya yang menggesa Najib berundur sebagai suatu pengorbanan dan memudahkan BN memenangi pilihan raya umum akan datang, beberapa portal berita telah menjadikan gesaan itu sebagai berita utama dan kemudian turut menjadi perbualan umum.
"Walaupun Syed Rosli hanyalah pemimpin di peringkat cawangan (suara paling rendah menurut KJ), sebenarnya gesaan terhadap Najib ini bukanlah suara yang baru kedengaran dalam Umno," tulis Shahbudin Husin dalam blognya semalam.
Baginya, pandangan yang diutarakan Syed Rosli hakikatnya adalah relevan untuk masa depan dan untuk menyelamatkan Umno dan BN daripada tumbang, tak kira siapa pun dirinya.
"Bukankah Umno parti rakyat bawahan dan sesiapa pun berhak memberikan pandangan?" tanya beliau.
Menurutnya, soal kenapa portal berita memetik gesaannya, ia tentulah kerana ada nilai berita yang diutarakannya.
Tambahnya, tetapi membaca kenyataan KJ mengenai Syed Rosli, sesiapa pun tidak dapat mengelak daripada beranggapan bahawa Ketua Pemuda Umno itu seorang pemimpin paling sombong dan angkuh yang pernah dilahirkan oleh Umno sejak 1946.
Ternyata KJ semakin lupa asal usul dirinya dan bagaimana beliau naik dalam Umno.
"Bukankah orang bawahan yang menaikkannya? Dalam pilihan raya pula, kalau tanpa golongan paling bawah dalam Umno bekerja keras, bolehkah beliau menang?" tanya Shahbudin lagi.
Beliau menambah, KJ juga bukan golongan berdarah bangsawan sejak lahir yang mana darah elit dan bangsawan daripada keluarga Perdana Menteri hanya mengalir di luaran tubuhnya setelah berkahwin dengan anak Pak Lah saja.
"KJ sendiri pun sebenarnya, jika bukan kerana pernah menjadi menantu Perdana Menteri, beliau juga bukanlah sesiapa dalam Umno dan mungkin masih berada di peringkat paling rendah juga waktu ini," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 19/12/2014

Surat terbuka: Najib mesti jaga air muka sendiri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti jaga 'air mukanya sendiri' dan mengambil tindakan tokoh-tokoh besar negara itu dengan jiwa yang besar.
"PM dan kabinet hari ini wajar menerima hakikat yang barisan kepimpinan hari ini tidak boleh meneruskan kepimpinan mereka lagi," tulis Aspan Alias dalam blognya.
Baginya, seramai 25 orang manusia ternama telah menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Najib, mengkritik PM secara terbuka dengan berani baru-baru ini adalah petanda yang rakyat sudah tidak lagi dapat menahan kelemahan kerajaan hari ini.
Berikut tulisan penuh beliau.
UMNO sekarang dalam keadaan yang terburuk dalam sejarah penubuhannya dan penguasaannya ke atas kerajaan. UMNO sudah tidak tentu rupa bentuknya lagi dan UMNO sedang teraba-raba dalam kegelapan. Pemimpin UMNO khususnya pucuk pimpinannya bukan tidak mahu berubah tetapi mereka tidak tahu cara untuk berubah dan apa yang mereka perlu ubah. Terlalu banyak untuk diubah, tidak tahu yang mana satu yang hendak diubah dahulu dan yang mana hendak diubah kemudian.
Kita tahu dan yakin, jika ini jugalah kumpulan yang diamanahkan untuk terus memimpin parti itu, UMNO itu sendiri akan terjun bersama mereka. Mereka sekarang tidak sedar yang mereka adalah ‘liability’ besar dan penyumbang kepada kehancuran parti itu dan bukannya pemimpin kepada negara lagi. Kita berterus teranglah, Najib dan kumpulannya tidak lagi mampu untuk membetulkan parti ini.
Hanya jika kita berniat untuk merosakan negara dengan lebih teruk lagi sahaja, baru kita berikan tugas untuk menyambung amanah yang telah diberikan sebelum ini.
Semuanya dan serba-serbinya di ambang kehancuran dan ia amat susah untuk memperbaiki segala kelemahan mereka dalam sekali gus. UMNO sudah terbiar oleh pimpinannya sejak tiga puluh tahun dahulu. Seperti yang disebut dalam posting sebelum ini, UMNO sedang dipimpin oleh mereka yang tidak mempunyai ‘talent’ untuk melalui proses memperbetulkan parti mereka.
Berlagak dan berlakon seperti pemimpin yang berkepimpinan, sudah tidak lagi dapat menyorokkan kemampuan dan nilai kepimpinan mereka yang lemah dan buruk itu. Mereka tidak pernah belajar kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dipelajari dalam kepimpinan negara. Mereka tidak mampu untuk menjadi pemimpin sebenar maka mereka terus sahaja memaparkan nilai kulit sahaja dalam kepimpinan mereka. ‘They are not leaders; they are just acting like one’
Lagi mereka mengumumkan tindakan pembaikpulihan, lagi dalam masalah yang mereka hadapi.
Tidak payah disebut lagi segala masalah yang mereka hadapi dan mengulangi acap kali. Sekarang waktu untuk bertindak secara drastik untuk mendapatkan perubahan itu. Najib dan barisannya perlu dan wajar berundur jika mereka mahu dikenang sebagai penyelamat parti terbesar itu. Pengunduran Najib dan barisannya merupakan sumbangan terbesar mereka kepada negara.
Hanya dengan berundur sahaja yang membolehkan mereka dianggap sebagai penyelamat parti itu, kerana jika mereka masih kekal bergayut kepada parti itu, mereka sendiri merupakan penyumbang besar kepada kemusnahan parti yang memimpin kerajaan sejak merdeka dahulu.
UMNO sekarang ibarat telur di hujung tanduk. Ia juga boleh diibaratkan seperti kapal besar yang sudah berkarat terumbang ambing di lautan luas tanpa nakhoda. Oleh kerana nakhoda yang sudah hilang punca dan arah anak-anak kapal dan penumpang dalamnya sedang mabuk dan muntah-muntah kerana hala tuju yang tidak menentu.
Baru-baru ini terjadi peristiwa yang tidak pernah terjadi kepada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini di mana seramai 25 orang manusia ternama telah menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Najib, mengkritik PM secara terbuka. Semua orang tahu apa isi kandungan surat itu, tetapi yang saya hendak sebut ini ialah ia merupakan tanda dan bukti yang Najib sudah sepatutnya berhenti dan membiarkan sesiapa yang berpengalaman dari kalangan tokoh politik dan ‘planners’ untuk membawa negara ini kepada politik baru yang saya sebutkan tanpa jemu-jemu sejak beberapa lama dahulu.
Najib mesti jaga 'air mukanya sendiri' dan mengambil tindakan tokoh-tokoh besar negara itu dengan jiwa yang besar. PM dan kabinet hari ini wajar menerima hakikat yang barisan kepimpinan hari ini tidak boleh meneruskan kepimpinan mereka lagi. Penghantaran surat secara terbuka dengan berani ini adalah petanda yang rakyat sudah tidak lagi dapat menahan kelemahan kerajaan hari ini.
Semua pemain politik yang menguasai kerajaan hari ini wajar mengangkat bendera putih dan menyerah sahaja jika mereka masih ada saki baki harga diri mereka. Mereka adalah di kalangan yang bernama dan bergelar yang pernah menjadi ketua-ketua jabatan pelaksana kepada kerajaan kita.
Mereka terdiri dari bekas hakim-hakim, bekas duta-duta besar negara, bekas ketua-ketua setiausaha kementerian dan bekas pegawai tertinggi angkatan tentera dan Polis dan berbagai-bagai lagi jabatan pertubuhan.
Ini merupakan undi tidak percaya yang dilakukan secara terbuka dan jika ia diarahkan kepada Perdana Menteri ia adalah juga arah kepada seluruh ahli-ahli jemaah kabinet yang mentadbir negara kita sekarang. Ahli-ahli kemaah kabinet sekarang adalah kabinet lantikan Perdana Menteri, maka mereka juga wajar berhenti bersama PM yang melantik mereka.
Mereka yang menulis surat terbuka itu juga wajar memahami hakikat yang merosakan negara tidak mungkin boleh diyakini untuk memulihkan keadaan negara sekarang ini. Seperti yang disebutkan tadi jika kita bercadang dan berhajat untuk merosakan lagi negara sahaja baru kita boleh memberikan tanggungjawab membaikpulih negara itu dilakukan oleh mereka yang sedang memimpin negara sekarang ini. Mereka hanya berkebolehan untuk meranapkan segala fabrik politik, kerajaan dan kenegaraan sahaja.
Ada yang menganggap kepimpinan hari ini adalah makhluk perosak (pest) kepada negara ini.
Meminta mereka memperbaiki negara serupalah seperti yang disebutkan oleh perbidalan, ‘seperti tikus membaiki labu’ sahaja. - HARAKAHDAILY 13/12/2014
Sumber HD - 13-12-2014

Najib ganti Tunku sebagai PM paling gembira
Walaupun Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pernah mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri paling gembira, gelaran itu kini seharusnya sudah pun berpindah kepada Najib Razak.
Jika Perdana Menteri pertama itu didapati memanggil rakan-rakannya bermain poker ketika api pergaduhan kaum sedang marak di Chow Kit dan Kampung Baru dalam peristiwa 13 Mei 1969, Najib pula tetap meneruskan agenda percutiannya ke luar negara biar pun pelbagai isu sedang melanda negara ketika ini.
Najib ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan dan beberapa hari selepas itu dikatakan terus bercuti panjang sehingga 6 Januari 2015.
Pada 1 Ogos lalu, iaitu pada Hari Raya ketiga dan sehari selepas mengadakan lawatan rasmi ke Belanda berhubung isu MH17, beliau juga didapati bercuti panjang sehingga 15 Ogos.
Seperti yang didedahkan oleh Asia Sentinel, di sebalik membatalkan jamuan Hari Rayanya, Najib didapati bercuti di beberapa bandar Eropah seperti Paris, Sardinia (Italy), Cannes, Rom dan London bersama sekumpulan ahli perniagaan Cina, jutawan playboy Taek Jho Low serta bekas Perdana Menteri Qatar.
Hanya dalam tempoh kira-kira empat bulan saja selepas percutiannya yang terakhir, Najib sekali lagi mengambil cuti dan berehat di luar negara.
Tahun-tahun sebelumnya juga, meskipun era pemerintahannya sentiasa diselubungi banyak masalah, Najib dan keluarganya sentiasa meluangkan masa untuk bercuti.
Dengan ini, tidak diragui lagi bahawa daripada semua Perdana Menteri, Najiblah yang paling "enjoy" dan bergembira dengan jawatannya. Beliau dan keluarganya, disebalik pelbagai kecaman dan kekalutan yang berlaku dalam negara, didapati terus bergembira dengan segala macam kemudahan yang hadir bersama jawatan Perdana Menteri yang disandangnya.
Cuti tetap cuti dan semua yang berlaku dalam negara seperti prestasi kerajaan yang dipertikai, sokongan rakyat yang terus merosot, kritikan Mahathir yang berterusan serta 1001 isu lainnya, langsung tidak mengganggu perancangannya untuk bercuti dan bergembira.
Sebelum ini, ketika timbul isu pembaziran dan kemewahan yang melibatkan isteri dan keluarganya, ia juga tidak mengganggu untuk terus berbelanja mewah sehingga satu demi satu "kebejatan" keluarga Perdana Menteri didedahkan kepada umum.
Tidakkah ini menunjukkan Najib seorang pemimpin yang mementingkan kegembiraan dalam hidupnya?
Berbanding Mahathir yang pernah tidak bercuti selama beberapa tahun ketika suasana dalam negara tidak begitu menggalakkan suatu waktu dahulu dan kemudian bercuti panjang selama dua bulan apabila keadaan negara terkawal, Najib seolah-olah tidak sedia menangguhkan kegembiraannya yang sebenarnya tidaklah lebih utama daripada amanah yang dipikulnya.
Sebagaimana dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu, di samping menyatakan kebimbangan bahawa hanya dengan merosotnya sokongan pengundi sebanyak 2 peratus saja sudah boleh menyebabkan UMNO dan BN hilang kuasa dalam PRU 14, Muhyiddin Yassin turut menyatakan bahawa beliau dan Najib akan mengurangkan program-program ke luar negara bagi memberi lebih tumpuan kepada masalah dalam negara.
Ketika pewakilan UMNO di Dewan Merdeka bertepuk dan bergembira dengan perkhabaran itu yang seolah-olah menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin, sejurus kemudian semuanya "terbarai" apabila didapati Muhyiddin pergi China manakala Najib pula ke Korea Selatan.
Dan ini juga bukanlah kali pertama Najib dan Muhyiddin tidak berada dalam negara secara serentak, malah disambung pula dengan percutian Perdana Menteri sehingga 6 Januari 2015 tidak ubah seperti memandang "enteng" semua masalah dan kekalutan dalam negara.
Adakah Najib tidak bimbang dengan kedudukan UMNO dan BN yang kian merosot ketika ini yang ditambah dengan kritikan berterusan daripada Mahathir terhadapnya?
Apakah Najib juga tidak bimbang UMNO akan kalah dan kemungkinan BN menjadi pembangkang selepas ini?
Atau Najib memang tidak peduli dengan nasib dan masa depan UMNO selepas ini kerana sekurang-kurangnya beliau sudah merasa menduduki kerusi Perdana Menteri yang menjadi buruan ramai pemimpin itu.
Kekentalan dan ketidakpedulian terhadap pelbagai masalah serta kekalutan dan tetap meneruskan percutian lebih dari sekali dalam setahun serta mengutamakan kegembiraan memang sukar ditandingi dan melayakkan Najib diberikan trofi "PM paling gembira dalam sejarah Malaysia". (SH 11/12/2014)
Posted by Shahbudin Husin at 19:40 7 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Wednesday, 10 December 2014
Antara Mahathir Dan Najib, Siapakah Bakal Kecundang?
Ayat paling "power" yang diluahkan oleh Mahathir Mohamad kepada kepimpinan Najib Razak yang sedang dipertikaikannya ialah "kalau tak ada kelayakan, jangan jadi kerajaan".
Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, ramai lagi yang berkelayakan untuk menggantikan Najib.
Selain itu, Mahathir juga memperlekeh kemampuan Najib dengan berkata, kemenangan BN dalam PRU 13 bukanlah disebabkan imej Najib tetapi tetapi kerana pengundi BN takut jika Anwar menjadi Perdana Menteri, yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ialah Lim Kit Siang serta menyebabkan ramai yang kena tangkap.
Sebelum itu, selain menarik balik sokongan, hampir semua tindakan atau keputusan yang dibuat Najib sentiasa saja mendapat kritikan dan bangkangan daripada Mahathir. 1MDB, TPPA, pemansuhan akta, hubungan kaum, CEO MAS, menyaman pengkritik atau apa saja, semuanya mendapat teguran dan "tidak kena" pada pandangan Mahathir.
Sesiapa pun yang mengikuti semua perkembangan antara Mahathir dan Najib ini, pasti tidak dapat mengelak daripada merasakan bahawa suatu lagi perkelahian politik bakal berlaku. Tidak kurang yang meramalkan hayat politik Najib mungkin sudah di penghujungnya ketika ini.
Ini kerana, sejarah politik Mahathir memperlihatkan beliau tidak pernah kesian atau mengalah dengan mereka yang dibencinya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim adalah musuh "heavyweight" yang disingkirkannya ketika sedang berkuasa, manakala Pak Lah pula berjaya diketepikannya selepas tidak lagi mendiami Seri Perdana.
Sama ada sedang berkuasa atau tidak, pengaruh dan kelicikan Mahathir tidak boleh dipandang mudah.
Selagi tidak menyingkirkan mereka yang dimusuhinya, bermakna ia belum berakhir bagi Mahathir. Kepada Najib, walaupun belum menyebut secara terbuka, Mahathir semakin hari semakin menampakkan hasratnya ke arah itu.
Jika dulu beliau hanya menegur dan mengkritik, kini nadanya beralih mengenai kelayakan sebagai kerajaan, ramai lagi boleh dipilih sebagai pengganti Perdana Menteri serta kemenangan BN bukan disebabkan peranan dan kerja keras Najib selama ini. Semua itu adalah tanda-tanda jelas Najib sudah tiada dalam hati Mahathir.
Di mata Mahathir sekarang ini, Najib barangkali adalah bakal "mangsa penyingkirannya" yang seterusnya.
Tetapi walaupun dikritik, ditegur, disindir dan diserang, Najib sehingga ini tidak mudah melatah. "Telinga kualinya" terlalu tebal.
Dalam masa yang sama, Najib bukan saja tidak menunjukkan tanda-tanda akan mengalah, bahkan juga tidak mahu berubah. Selain terus dengan stail dan gaya lamanya memimpin parti dan kerajaan, ada juga laporan mengatakan Najib ketika ini sedang cuba mengenepikan pengaruh Mahathir secara perlahan-lahan.
Najib dikatakan tidak lagi menunjukkan kemesraannya seperti dahulu bila bertemu Mahathir di majlis-majlis tertentu, bahkan ada juga laporan mengatakan turut bersikap "endah tak endah" apabila bekas Perdana Menteri itu sedang bercakap.
Sebagai orang tua, keadaan itu pasti menyinggung Mahathir dan membuatkannya terus mahu menyerang Najib.
Sementara Najib mahu terus bertahan sebagai Perdana Menteri sehingga PRU 14 akan datang dengan keyakinan masih mampu mencipta kemenangan lebih gemilang, Mahathir pula mula memberi bayangan bahawa BN akan tumbang jika Najib tidak digantikan. Tujuannya ialah untuk menarik seramai mungkin sokongan berpihak kepadanya. Tetapi kuasa tarikan sebagai Perdana Menteri juga merupakan kelebihan kepada Najib untuk terus bertahan.
Jika keadaan ini berterusan dan masing-masing tidak mahu mengalah, perkara yang menarik ditunggu ialah bilakah "peperangan terbuka" akan meletus dan siapakah yang bakal kecundang dalam pertembungan antara kedua-duanya nanti?
Berjayakah Mahathir menyingkirkan seorang lagi musuh politiknya? Atau mungkinkah Najib satu-satunya pemimpin UMNO yang gagal diketepikan oleh Mahathir?
Mahathir adalah pemimpin yang paling kerap menghadapi cabaran serta paling suka bermusuh tetapi sentiasa menang dan berjaya menyingkirkan mereka yang mahu disingkirkannya.
Najib pula hampir tidak kenal erti pertandingan dan sentiasa dibentangkan "karpet merah" dalam pendakian kerjaya politiknya. Di dalam UMNO, beliau hanya pernah bertanding bagi jawatan Naib Presiden, suatu jawatan yang memerlukan tiga pemenang dipilih manakala jawatan-jawatan lain yang menghendaki seorang pemenang, semua diperolehinya secara percuma.
Pertembungan Mahathir dengan Najib sepertinya sudah sukar dielakkan. Walaupun Najib terus berdiam dan tidak memberi respons tetapi Mahathir sentiasa saja mencari peluang memanaskan keadaan dan memberi tekanan.
Mungkinkah kemenangan terus memihak kepada Mahathir atau Najib berjaya mencipta sejarah baru dengan "mengkafankan" terus gangguan bekas Perdana Menteri itu?
Sumber HD - 12-12-2014
Mahathir vs Najib: Siapakah bakal kecundang?
AYAT paling "power" yang diluahkan oleh Mahathir Mohamad kepada kepimpinan Najib Razak yang sedang dipertikaikannya ialah "kalau tak ada kelayakan, jangan jadi kerajaan".
Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, ramai lagi yang berkelayakan untuk menggantikan Najib.
Selain itu, Mahathir juga memperlekeh kemampuan Najib dengan berkata, kemenangan BN dalam PRU13 bukanlah disebabkan imej Najib tetapi tetapi kerana pengundi BN takut jika Anwar menjadi Perdana Menteri, yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ialah Lim Kit Siang serta menyebabkan ramai yang kena tangkap.
Sebelum itu, selain menarik balik sokongan, hampir semua tindakan atau keputusan yang dibuat Najib sentiasa saja mendapat kritikan dan bangkangan daripada Mahathir. 1MDB, TPPA, pemansuhan akta, hubungan kaum, CEO MAS, menyaman pengkritik atau apa saja, semuanya mendapat teguran dan "tidak kena" pada pandangan Mahathir.
Sesiapa pun yang mengikuti semua perkembangan antara Mahathir dan Najib ini, pasti tidak dapat mengelak daripada merasakan bahawa suatu lagi perkelahian politik bakal berlaku. Tidak kurang yang meramalkan hayat politik Najib mungkin sudah di penghujungnya ketika ini.
Hal ini kerana, sejarah politik Mahathir memperlihatkan beliau tidak pernah kesian atau mengalah dengan mereka yang dibencinya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim adalah musuh "heavyweight" yang disingkirkannya ketika sedang berkuasa, manakala Pak Lah pula berjaya diketepikannya selepas tidak lagi mendiami Seri Perdana.
Sama ada sedang berkuasa atau tidak, pengaruh dan kelicikan Mahathir tidak boleh dipandang mudah.
Selagi tidak menyingkirkan mereka yang dimusuhinya, bermakna ia belum berakhir bagi Mahathir. Kepada Najib, walaupun belum menyebut secara terbuka, Mahathir semakin hari semakin menampakkan hasratnya ke arah itu.
Jika dulu beliau hanya menegur dan mengkritik, kini nadanya beralih mengenai kelayakan sebagai kerajaan, ramai lagi boleh dipilih sebagai pengganti Perdana Menteri serta kemenangan BN bukan disebabkan peranan dan kerja keras Najib selama ini. Semua itu adalah tanda-tanda jelas Najib sudah tiada dalam hati Mahathir.
Di mata Mahathir sekarang ini, Najib barangkali adalah bakal "mangsa penyingkirannya" yang seterusnya.
Tetapi walaupun dikritik, ditegur, disindir dan diserang, Najib sehingga ini tidak mudah melatah. "Telinga kualinya" terlalu tebal.
Dalam masa yang sama, Najib bukan saja tidak menunjukkan tanda-tanda akan mengalah, bahkan juga tidak mahu berubah. Selain terus dengan stail dan gaya lamanya memimpin parti dan kerajaan, ada juga laporan mengatakan Najib ketika ini sedang cuba mengenepikan pengaruh Mahathir secara perlahan-lahan.
Najib dikatakan tidak lagi menunjukkan kemesraannya seperti dahulu bila bertemu Mahathir di majlis-majlis tertentu, bahkan ada juga laporan mengatakan turut bersikap "endah tak endah" apabila bekas Perdana Menteri itu sedang bercakap.
Sebagai orang tua, keadaan itu pasti menyinggung Mahathir dan membuatkannya terus mahu menyerang Najib.
Sementara Najib mahu terus bertahan sebagai Perdana Menteri sehingga PRU14 akan datang dengan keyakinan masih mampu mencipta kemenangan lebih gemilang, Mahathir pula mula memberi bayangan bahawa BN akan tumbang jika Najib tidak digantikan. Tujuannya ialah untuk menarik seramai mungkin sokongan berpihak kepadanya. Tetapi kuasa tarikan sebagai Perdana Menteri juga merupakan kelebihan kepada Najib untuk terus bertahan.
Jika keadaan ini berterusan dan masing-masing tidak mahu mengalah, perkara yang menarik ditunggu ialah bilakah "peperangan terbuka" akan meletus dan siapakah yang bakal kecundang dalam pertembungan antara kedua-duanya nanti?
Berjayakah Mahathir menyingkirkan seorang lagi musuh politiknya? Atau mungkinkah Najib satu-satunya pemimpin Umno yang gagal diketepikan oleh Mahathir?
Mahathir adalah pemimpin yang paling kerap menghadapi cabaran serta paling suka bermusuh tetapi sentiasa menang dan berjaya menyingkirkan mereka yang mahu disingkirkannya.
Najib pula hampir tidak kenal erti pertandingan dan sentiasa dibentangkan "karpet merah" dalam pendakian kerjaya politiknya. Di dalam Umno, beliau hanya pernah bertanding bagi jawatan Naib Presiden, suatu jawatan yang memerlukan tiga pemenang dipilih manakala jawatan-jawatan lain yang menghendaki seorang pemenang, semua diperolehinya secara percuma.
Pertembungan Mahathir dengan Najib sepertinya sudah sukar dielakkan. Walaupun Najib terus berdiam dan tidak memberi respon tetapi Mahathir sentiasa saja mencari peluang memanaskan keadaan dan memberi tekanan.
Mungkinkah kemenangan terus memihak kepada Mahathir atau Najib berjaya mencipta sejarah baru dengan "mengkafankan" terus gangguan bekas Perdana Menteri itu? – HARAKAHDAILY 11/12/2014
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2014/12/antara-mahathir-dan-najib-siapakah.html
Berjudi bukan cara kerajaan cari dana - Tun M
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) telah melabuhkan tirai seminggu lalu, namun bagi bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri, Tun Mahathir masih banyak perkara yang tertinggal daripada dibahaskan.
“Saya kecewa kerana banyak lagi rintihan dan keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian Umno dan Kerajaan,” tulisnya dalam blog beliau.
Antara yang mendapat perhatian beliau ialah berkenaan termasuklah TPPA yang dianggapnya merbahaya kepada masa depan negara.
“Tidak ada perubahan terhadap niat untuk menandatangani perjanjian bebas cukai Trans Pacific Partnership Agreement. Perjanjian 29 bab ini merbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera. Perjanjian ini lebih tertumpu kepada sekatan terhadap Negara Cina dan campurtangan dalam hal ehwal ekonomi dalaman Negara,” tulisnya lagi.
Selain itu, Tun Mahathir turut menegur tentang 1MDB yang dianggapnya sebagai suatu tindakan yang merugikan kerajaan. Bagi beliau belian, bunga yang dikenakan terhadap kerajaan dan komisyen amat tinggi.
Tun Mahathir turut mempertikaikan kenapa pelaburan atau wang disimpan dibuat di Cayman Islands. Menurut beliau Cayman Islands adalah pusat operasi Hedge Fund dan dagangan mata wang. Orang atau syarikat biasa gemar melabur dalam Hedge Fund dengan pulangan yang tinggi.
Namun Kerajaan biasanya tidak melabur dalam Hedge Fund kerana ia adalah satu jenis judi.
“Berjudi bukan cara Kerajaan mencari dana, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dahulu pun Kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam Hedge Fund dengan garanti pulangan 30 peratus. Tetapi ia ditolak,” tulisnya lagi.
Sejak menarik balik sokongan terhadap kepimpnan Datuk Seri Najib, Tun Mahathir terus-terusan mengkritik kerana berpendapat banyak tindakan Najib yang merugikan negara dan rakyat.
Namun, segala kritikan itu, tidak pernah dibalas oleh Najib secara terbuka. – HARAKAHDAILY 5/12/2014
Sumber HD - 5-12-2014

Masa itu mereka faham makna 'you change or you die'
SAYA terdengar dan terlihat ramai yang memberikan komen tentang perhimpunan agung Umno yang baru berlalu itu hanya berkisar siapa yang berjaya dan siapa yang kalah moralnya dalam perhimpunan itu.
Ada yang berpendapat Muhyiddin dan Zahid merupakan pemenang dalam perhimpunan itu jika dibandingkan dengan apa yang dicapai oleh Najib secara peribadi.
Kesemua komen-komen di kalangan ahli-ahli Umno itu hanya berkisar tentang siapa yang lebih bertambah pengaruh di kalangan perwakilan Umno itu.
Hanya beberapa kerat sahaja yang memikirkan isu ini dalam konteks yang lebih besar, seperti isu sama ada Umno berjaya menghilangkan persepsi buruk rakyat yang ramai.
Tidak ramai yang teringat yang Umno itu parti politik terbesar, dan dalam isu krisis kepimpinan yang dihadapi oleh parti itu bukannya hanya melibatkan ahli-ahli Umno.
Mereka terlupa yang lebih penting ialah imej dan pandangan baik terhadap parti itu kerana yang akan dihadapi oleh parti itu ialah masyarakat awam dan bukannya setakat ahli-ahli Umno sahaja.
Akhirnya, jika menang pun sebelah pihak dalam Umno itu, yang menang itu akan menguasai parti yang akan kalah dan ia tidak memberikan apa-apa faedah kepada parti itu pada masa-masa yang akan datang.
Bagi Umno kekalahan itu is not an option sebabnya jika melalui kekalahan parti itu akan terus tersungkur dan tidak akan bermaya untuk duduk dan bangun lagi.
Jika kalah Umno akan menjadi vegetable party dan akan hanya tinggal pada nama dan sejarah buruk yang mereka lalui sahaja.
Umno akan tersungkur bersama imej rasuahnya dan semua superlatives buruk yang ada kepadanya itu.
Nyata perhimpunan parti itu baru-baru ini tidak menunjukkan apa-apa perubahan atau prospective changes yang positif yang sangat diperlukan oleh parti itu untuk kekal relevan di hari muka.
Pimpinan setiap peringkat parti itu hanya menyebut kata-kata, ‘berubah kalau tidak akan diubah’ tetapi mereka tidak mempunyai daya dan kudrat untuk berubah kerana yang dimaksudkan oleh kata-kata itu adalah mereka sendiri.
Berubah itu ialah mereka mengundurkan diri dari kepimpinan. Tetapi mereka tidak berdaya melakukannya kerana mereka tidak boleh hidup tanpa memegang jawatan itu kerana selama ini jawatan itu adalah segala-galanya.
Itulah modal berniaga untuk mereka, dan itu jugalah modal untuk menaiki tangga sosial masing-masing yang tinggi menggunung itu.
Pendeknya Umno itu kekal seperti biasa. Oleh itu tunggu sahaja apa-apa nasib yang akan menimpa mereka. Masa itu nanti barulah mereka merasakan dan memahami makna you change or you die. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 4-12-2014

Turun 2% undi, Muhyiddin tanya ahli Umno atau Najib?
KUALA LUMPUR: Jika Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menanyakan ahli parti itu mampukah mereka mengelakkan penurunan 2 peratus undi itu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak seharusnya lebih utama ditanya.
Bagi penulis Shahbudin Husin yang berpandangan daripada semua masalah yang dikaitkan berpunca daripada Najib, berapa peratus pula yang boleh diperbaikinya dalam tempoh 39 bulan menjelang pilihan raya umum akan datang.
"Kiranya Najib tiada jawapan mengenai persoalan ini, adalah sia-sia meminta ahli dan pimpinan Umno bawahan berusaha mengelakkan penurunan 2 peratus yang dibimbangi oleh Muhyiddin itu?" tulis beliau dalam blognya, semalam.
Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu telah melontarkan cabaran yang kritikal kepada ahli parti itu iaitu hanya dengan penurunan 2 peratus undi saja lagi akan menyebabkan Umno dan BN kecundang dalam pilihanraya umum akan datang.
Beliau menggambarkan bahawa berdasarkan trend sokongan yang kian merosot sejak Pilihan raya Umum 2008, penurunan hanya 2 peratus saja lagi akan menyebabkan BN hanya mampu menang 103 kerusi Parlimen saja dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Bagi Shahbudin, apa yang ditimbulkan oleh Muhyiddin itu bukan saja cabaran kepada seluruh ahli, pemimpin dan jentera Umno seluruh negara tetapi juga merupakan hentakan yang barangkali ditujukan secara khusus kepada Najib selaku pemimpin utama parti dan kerajaan.
Ini kerana, menurutnya mahu tidak mahu, harus disedari bahawa masalah dan persepsi negatif kepada Umno dan kerajaan sekarang sebahagian besar berpunca daripada Najib sendiri.
Beliau berpandangan beban yang ditanggung oleh Umno dan kerajaan sekarang sekurang-kurangnya 60 peratus adalah berpunca daripada Najib dan segala kelemahan dalam dirinya.
Selebihnya, kata beliau mungkin berkaitan kelemahan beberapa pemimpin lain termasuk Muhyiddin sendiri, cara bekerja, budaya buruk parti, hal berkaitan kerajaan dan juga persepsi terhadap Umno itu sendiri.
Beliau berpendapat pelbagai kelemahan Najib yang lain seperti gagal meningkatkan ekonomi negara, pengurusan kewangan yang lemah, peningkatan hutang, pentadbiran kerajaan yang dipertikai, hubungan kaum yang merenggang, melantik pemimpin yang dipertikai sebagai menteri, gagal bertindak pantas menyelesaikan isu-isu dengan banyak berdiam daripada bertindak dan sebagainya lagi adalah antara deretan masalah yang menjadikan Umno dan kerajaan terus dipertikaikan oleh rakyat.
"Ditambah dengan pelaksanaan GST bermula April 2015 yang akan terus menjadikan kos hidup rakyat meningkat, setelah pelbagai kenaikan kos berlaku sebelum ini, sentimen rakyat lebih mudah membenci daripada menyokong Umno dan BN," ulasnya lagi. - HARAKAHDAILY 2/12/2014
Sumber HD - 2-12-2014

Menteri gelabah bila ditanya benarkah Umno bayar blogger?
Kalau kita berada ditempat Shabery Cheek ni, rasanya kita pun serba salah dan gelabah jugak nak menjawab soalan wartawan tentang samada benar atu tidak UMNO membayar Blogger 'Bangang' seperti yang Najib kata tu..
Nak nafikan nanti wartawan tanya pulak "Adakah Dato' Seri setuju jika saya menganggap Perdana Menteri telah berbohong mengenai isu ini?
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 2-12-2014
Bangang: Kepimpinan Najib sudah sampai tahap terendah
KUALA LUMPUR: Perkataan 'bangang' yang disebutkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu meletakkan kepimpinannya sudah sampai ke tahap terendah.
"Tandanya beliau sanggup menggunakan perkataan seperti 'bangang' dan sebagainya terhadap bloggers yang menyokong Umno sendiri kerana memberikan pandangan kritikan baik dan berguna untuk Umno," tulis Aspan Alias dalam blognya.
Menurutnya, jika sudah sampai ke tahap itu ia dengan jelas menunjukan Najib adalah dalam situasi 'desperation' yang sangat nyata.
"Najib akhirnya menembak ke kaki sendiri," tulisnya lagi.
Tulisan penuh Aspan sebagaimana di bawah.
Kali ini hendak sentuh tentang isu perubahan yang disebut dengan lantang oleh pimpinan UMNO terutamanya yang selalu disebut oleh Presidennya Najib Razak. Kita sudah sentuh cebisan apa yang perlu diubah dalam posting yang lepas tetapi jika Najib dan pimpinan UMNO itu serius hendak berubah, persoalan yang selanjutnya ialah siapa yang hendak melakukan perubahan itu.
Tidak siapa yang menentang pandangan Timbalan Presidennya yang perubahan itu mesti dilakukan, kerana jika tidak dilakukan rakyat akan mengubah UMNO itu. UMNO akan duduk di petak pembangkang dan jika itu berlaku UMNO tidak akan bangun lagi sampai bila-bila.
UMNO tidak akan bangun lagi, sekali gus mereka yang melaung dan berucap bergegar-gegar itu akan duduk di tepian sambil menjilat luka mereka sendiri. Semasa itu tiada siapa yang memandang UMNO lagi dan kita semua telah lihat apa yang terjadi kepada UMNO Selangor yang kini hanya tinggal seperti melukut di tepi gantang.
UMNO di Selangor 'diibaratkan jika ia datang tidak nampak mukanya dan jika ia pergi tidak nampak belakangnya'. 'Datangnya tidak dijemput perginya tidak disuruh'. Tiada siapa yang peduli walaupun telah pernah diminta supaya UMNO Selangor itu berubah. Tetapi tiada siapa yang percaya UMNO akan tumbang seperti itu dan sekarang baru masing-masing sedar yang mereka sudah dianggap tidak wujud lagi di bumi Selangor itu.
Sesungguhnya pimpinan UMNO sedar keadaan ini maka kita mendengar suara perubahan dan transformasi dan berbagai-bagai lagi istilah dan slogan besar-besar yang kita dengar diungkapkan oleh pimpinan UMNO itu.
Tetapi ia tetap dengan tahap lama, tiada perubahan dan tiada membawa apa-apa ‘consequence’ terhadap retorik besar itu. Rakyat telah memekakkan telinga mereka apabila mendengar ucapan dan kata-kata pemimpin UMNO dan membutakan mata dengan segala tindakan UMNO yang mereka sendiri mengaku sebagai tindakan yang baik untuk rakyat. Segala apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO hanya dianggap seperti angin yang lalu sahaja.
Pucuk pimpinan UMNO terutamanya sedang menghadapi krisis keyakinan yang tidak pernah dialami oleh parti itu selama ini. Dari segi moral dan teknikalnya UMNO sudah hilang segala-galanya.
“UMNO is finished and done with” kata seorang perwakilan UMNO ke perhimpunan parti itu yang tamat pada Sabtu lepas. Katanya lagi UMNO hanya tinggal tubuh yang besar dan gemuk tetapi rohnya sudah mati. UMNO itu sudah tidak ada rohnya lagi. UMNO itu sudah tidak UMNO lagi pada hakikatnya. Ia wujud hanya pada zahirnya sahaja.
Parti ini sudah mengenepikan semua pimpinan yang berpotensi dan yang baik dan sekarang ia sedang sarat dengan mereka yang telah bersama-sama bertanggungjawab membawanya ke tahap yang kita rasakan hari ini. Tetapi kumpulan ini jugalah yang sedang melakukan segala-galanya untuk memperbaiki keadaan tetapi sentiasa menemui kegagalan.
Kita tidak tahu bagaimanakah cara kumpulan pimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan ini boleh memperbaiki hasil perbuatan mereka sendiri. Mereka adalah kumpulan perosak parti dan jika kita masih mahukan mereka melakukan perubahan, ia hanya akan menjadikan keadaan dan situasi lebih buruk lagi. Memberikan mereka tanggungjawab untuk memperbaiki keadaan serupalah seperti tikus memperbaiki labu.
Mengekalkan tanggungjawab ini kepada mereka akan hanya mengekalkan persepsi yang kali ini merupakan penggal terakhir UMNO itu mentadbir negara. Jika ini kemahuan UMNO, pimpinan hari ini mesti berhenti menyalahkan sesiapa atau pihak-pihak lain jika UMNO sampai ke penghujung usianya dalam masa yang singkat ini. Yang pentingnya pimpinan parti ini jangan sekali-kali menyalahkan mana-mana pihak jika ia terjadi dan hanya mengambil dan mengakui yang kesalahan itu letaknya kepada mereka.
Selagi imej dan persepsi rasuah serta politik rasis dan extremis agama masih terlekat kepada parti ini, selagi itulah pimpinan hari ini tidak akan kekal lebih lama dari sekarang. UMNO mahukan imej baru dan imej baru ini hanya akan boleh diperolehi dari pimpinan baru, ‘and nothing less’.
Pimpinan Najib mesti mengambil kefahaman yang dimarahi rakyat sekarang ini ialah sifat menyalahkan ahli-ahli mereka sendiri dan pihak-pihak lain apabila menghadapi krisis keyakinan ini.
Mereka tidak mahu menerima hakikat yang kesalahan-kesalahan itu terbit dari kekosongan roh pimpinan dan kelemahan daya pemikiran mereka sendiri.
Mereka tidak mahu menerima kenyataan yang mereka sudah tidak patut memimpin parti dan negara lagi. Jika mereka menerima hakikat kelemahan itu datang dari mereka sendiri dan membawa parti itu menghadapi zaman malapnya nanti, maka kita tidak payah bertanggungjawab terhadap segala yang buruk menimpa kita semua.
Kini yang nyata kepimpinan Najib sudah sampai ke tahap terendah. Tandanya beliau sanggup menggunakan perkataan seperti 'bangang' dan sebagainya terhadap bloggers yang menyokong UMNO sendiri kerana memberikan pandangan kritikan baik dan berguna untuk UMNO. Jika sudah sampai ke tahap itu ia dengan jelas menunjukan Najib adalah dalam situasi 'desperation' yang sangat nyata. Najib akhirnya menembak ke kaki sendiri.
Kita akan lebih bersedia untuk menerima hakikat yang akan menerima bencananya ialah orang-orang dan rakyat biasa seperti kita semua ini. - HARAKAHDAILY 1/12/2014
Sumber HD - 1-12-2014

UMNO: A tale of two faces
UMNO has two faces. The general assembly shows it all.
Let’s start with Khairy Jamaluddin, the UMNO Youth Chief. This man occasionally speaks sense and has an outlook that can easily convince the public that he is indeed progressive. Not many would disagree with him when his tweeted "Somebody should arrest those magic carpet bomohs.
Memalukan,” which earned him a warning of “crocodile slaps” from the self-proclaimed Raja Bomoh. His decision of replacing the National Sport Council director-general after Malaysian contingent failed to deliver the targeted number of gold medals in Commonwealth Game and Asian Game was a progressive one.
But he is anything but progressive in UMNO General Assembly. I have to admit that until now I still can’t get Khairy’s logic in linking the complaints over the sudden road name changes in Kuala Lumpur to challenging the position of Malay rulers. And of course, I also cannot fathom how a person that sees himself as reformist and progressive can speak of retaining the elements of Sedition Act or the country will be “in ruin”. Just how exactly we’ll be “in ruin”?
Next, let’s have a look at UMNO Wanita Chief, Sharizat Abdul Jalil. She earned standing ovation at a conference in India recently while she spoke about women empowerment and Malaysian women breaking the glass ceiling in various sectors. But she stands for anything but women empowerment in UMNO General Assembly. Just when female politicians in Malaysia become victims of frequent sexist remarks and are working hard to prove us equal to our male counterpart in competency and compassion, she actually talked about burning bras and lubricants! I feel ashamed as female politician reading such statement. Such sexual remarks will only reinforce the general stereotype of
professional women in the country. What has sex to do with our ability to serve the country?
UMNO’s tale of two faces will not be complete without the party president, Najib Razak. Enough have been said about how he preaches moderation abroad but allows religious extremism at home.
But none beats his speech in this UMNO General Assembly, of which he made Malaysia’s U-turn of the century by announcing that Sedition Act is not only to stay but also to be strengthened.
Yes, UMNO is expecting Malaysians to believe in both of their faces. Good news to us is no government can survive long based on people’s ignorance of their other side of the face. In the mean time, fellow Malaysians, let’s be patient and work on.
Sumber HD - 1-12-2014
'Dah beri BR1M setahun, apa yang mereka nak lagi'
KUALA LUMPUR: Pemimpin elitis Umno mempunyai dukungan dari segelintir ‘industrialists’ dan peniaga-peniaga besar, tulis Aspan Alias dalam blognya.
Bagi beliau, mereka lebih cenderung untuk bersama dengan elitis dan kumpulan ‘industrialists’ ini kerana akan lebih menerima untung dan laba yang besar.
Menurutnya, mereka beranggapan rakyat yang ramai ini adalah kumpulan yang banyak masalah dan mereka rimas dengan tindakan ramai yang membuat kritikan terhadap mereka (pimpinan).
"Memperjuangkan rakyat itu dianggap mereka sebagai kerja yang membosankan," tulisnya.
Menurut Aspan lagi, Umno yang dikuasai oleh elitis ini yang sekarang mempamerkan kumpulan mereka sebagai kumpulan yang mewakili orang Melayu.
“Dah beri BR1M setahun sekali, apa yang mereka hendak lagi?” mungkin itulah yang terpahat dalam jiwa dan nilai itulah yang ada dalam diri kepimpinan itu, tulisnya lagi.
Tetapi, katanya di peringkat zahiriahnya mereka melaungkan slogan yang besar-besar utuk menjadikan negara ini sebagai negara maju menjelang tahun 2020 dan rakyat negara yang berpendapatan tinggi.
"Apa ini semua, sedangkan rakyat sedang berhadapan dengan kemungkinan menjadi rakyat yang termiskin dengan kos sara hidup yang tidak dapat dizahirkan oleh rakyat yang ramai," ujarnya.
Mengenai Perhimpunan Agung Umno selesai semalam, baginya walaupun tiada apa yang ‘significance’ berlaku, ia juga membawa satu paparan yang jelas tentang ketakutan Umno akan jatuh dan tersungkur di hadapan mata rakyat yang kini sedang dalam kemarahan dan kritikal terhadap parti itu.
Tambah Aspan lagi, timbalan presidennya dengan ringkas merumuskan yang Umno perlu berubah jika tidak mahu diubah.
"Beliau telah memasukkan isu ini sebagai inti parti dalam ucapan perasmian tiga sayap parti itu Selasa lepas," tulisnya. - HARAKAHDAILY 30/11/2014
Sumber HD - 30-11-2014

Batu api dah biasa dalam Umno - Najib
KUALA LUMPUR: "Jadi batu api sikit-sikit tak apa, dah biasa dalam Umno," ujar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada perhimpunan agung parti itu di PWTC, petang tadi.
Beliau menyatakan demikian mengenai Akta Hasutan yang dikekalkan.
Katanya, akta itu ditokok tambah dan akan dibawa ke persidangan Parlimen akan datang.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Peguam Negara supaya mempunyai kuasa pendakwaan.
"Kita minta ketegasan daripada Peguam Negara, polis buat siasatan rapi, SKMM buat siasatan sewajar supaya kita bagi isyarat jelas, tiada siapa harus takut dan bimbang kalau tidak melanggar undang-undang negara kita," ujarnya.
Justeru, katanya tiada sesiapapun harus takut dengan akta itu jika tidak mengapi-apikan dan menghasut orang. - HARAKAHDAILY 29/11/2014
Sumber HD - 29-11-2014

Perhimpunan Umno: 'Setakat habiskan karipap saja bang'
KUALA LUMPUR: Aspan Alias menceritakan mengenai seorang perwakilan Umno pada bahawa Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja.
Beliau menerusi tulisan dalam blognya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu.
Tulisnya, perwakilan itu menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja..dibawanya kita di bawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”.
Tulisan penuh beliau seperti di bawah.
Apakah hasil Perhimpunan Agung UMNO 2014 perolehi? Jawapannya semua tahu. UMNO tetap sama…sama keadaannya seperti sebelum Perhimpunan Agung itu. Kalau ada pun hasilnya ia tidak begitu diminati oleh rakyat yang tidak suka dan gemar dengan Akta Hasutan 1948 di kekalkan. Ya, itu sahaja perbezaan diantara sebelum dan selepas Perhimpunan Agung itu.
Selain dari itu UMNO tetap UMNO sebelum perhimpunan agung dahulu. Ia masih memainkan isu yang boleh menyatukan ahli-ahli UMNO walaupun buat seketika walau seburuk mana pun isunya.
Selepas perhimpunan perwakilan yang tidak tahu isu sebenar yang dihadapi oleh UMNO akan balik kampung dan seperti yang saya sebut beberapa hari lepas, ‘business as usual’.
Tidak ramai di antara perwakilan itu balik ke kawasan masing-masing dengan memahami kenapa mereka mewakili UMNO kawasan mereka ke Perhimpunan Agung itu dan apakah yang mereka perolehi yang baik dari perhimpunan tahunan itu. Cuba kita tanya mereka apa yang mereka sumbangkan dalam perhimpunan itu selain dari membaham karipap yang disediakan oleh urusetia pusat UMNO itu?
Perhimpunan seperti itu pada asasnya ialah bermatlamatkan untuk melihat apakah perbezaan yang menambah kebaikan kepada parti itu, dengan perwakilan dan pemimpin yang berbaris duduk di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu lakukan.
UMNO yang sepatutnya menumpukan untuk menambah keyakinan terhadap kepimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat kritis itu. Isu ekonomi tidak langsung disentuh oleh Presiden parti dalam ucapan dasar Presiden dan itu amat pelik sedangkan itulah masalah dan isu terbesar yang dihadapi oleh UMNO dan kepimpinan kita.
Isu rasuah tidak dapat dibangkitkan dengan baik dan tidak ada perwakilan yang mengupas isu itu dengan teliti sedangkan imej rasuah yang sedang melekat dan bergayut kepada kepimpinan negara yang kebanyakannya adalah dari UMNO tidak hilang-hilang lagi, malahan bertambah kuat lagi.
Yang membuat masalah kepada negara adalah kepimpinan UMNO yang duduk diatas ‘high table’ itu. Jika keadaannya sama maka UMNO tidak boleh berharap yang kejayaan mereka akan pasti dalam pilihanraya yang akan datang, kerana rakyat dan di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri tidak berpuas hati dengan hasil perhimpunan itu.
Saya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu. Beliau menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja..dibawanya kita di bawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”.
Tidak ada suara yang bercakap secara betul tentang isu-isu ekonmi.
1MDB tidak diberikan penjelasan secara teliti dan isu pendidikan langsung tidak ada pencapaiannya. Malahan perwakilan Kelantan sahaja yang berkata yang ada pihak yang dicemburukan tentang kejayaan 1MDB. Entah apa yang dicemburui oleh sesiapa yang mempunyai pemikiran dan kefahaman sedikit sebanyak tentang
1MDB ini pun tidak siapa yang tahu. Apa sebabnya orang cemburu dengan syarikat pelaburan kerajaan yang hanya boleh disertai oleh mereka yang berkesanggupan untuk mengalami kerugian besar sahaja yang boleh bersama dengan 1MDB itu.
Tidak ada apa-apa isu yang boleh membawa ‘consequence’ besar terhadap parti itu dalam perhimpunan agung itu, hanya setakat melihat pemimpin utamanya berucap bergegar-gegar dengan genggaman tangan yang kuat untuk menambahkan seni pembohongan yang sedang mereka lakukan terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya.
Yang kita tahu kita masih dalam genggaman pemimpin yang gila dengan kuasa dan sifat lahap yang tidak terkawal sahaja. Bagi mereka semuanya bersalah kecuali mereka sahaja. Jika kita lihat kerajaan kita begitu lemah, ia adalah disebabkan oleh kita semua, bukannya oleh kerana kelemahan pimpinan mereka.
Jika ada perselisihan faham di antara rakyat berbilang kaum, ia disebabkan oleh kita, bukannya oleh kelembapan pimpinan mereka. Jika negara sarat dengan rasuah itu kerana kesalahan kita, pemimpin kita tidak rasuah dan akan membawa negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi, walaupun sudah ramai rakyat yang sedang bergelumang dalam kesusahan untuk mengharungi kehidupan yang kian menyepit mereka.
Melebarnya jurang pendapatan di antara segelintir rakyat dengan rakyat yang ramai itu adalah kesalahan kita semua. Ia bukannya kerana sifat pemimpin kita yang mengamalkan budaya kronisma dan nepotisma.
Tidak diberitahu bagaimanakah Najib hendak mentadbir negara dengan kejatuhan harga minyak ke tahap USD70 semalam sedangkan Najib hanya tahu menghadap rakyat sahaja apabila berdepan dengan keadaan ini. Bila pula cukai-cukai lain hendak dikenakan kepada rakyat kerana isu penurunan harga minyak ini buka satu isu kecil.
Yang kaya-kaya hanyalah mereka yang berada di ‘corridor of power’ dan itu pun salah kita semua, kenapa tidak mengampu dan berkhemah di pejabat menteri-menteri dan mereka yang berkuasa.
Menghapuskan subsidi bahan bakar itu pun salah rakyat. Subsidi bahan bakar yang diberikan kepada industri tidak dihapuskan tetapi subsidi terhadap rakyat ditarik balik. Itu pun salah kita. Semuanya salah kita dan pimpinan UMNO yang mengaku bijak itu tetap tidak bersalah.
Bagaimana hendak menyalahkan pimpinan UMNO, kerana mereka berada di atas itu bukannya tahu apa-apa. Kita tidak boleh menyalahkan kepada mereka yang tidak tahu apa-apa kerana ‘ignorance is not a crime’. Begitu juga ‘stupidity is not a crime’.
Tetapi kita masih bernasib baik. Kita masih mempunyai tanah terbiar yang luas. Rakyat marhaen boleh mulakan menanam ubi kayu sebagai ganti ‘staple food’ kita apabila negara kita jatuh menderum nanti.
Apa nak ditakutkan, bukankah datuk nenek kita biasa dengan makan ubi semasa pemerintahan Jepun dahulu? Jika Jepun membuatkan datuk nenek kita makan ubi, kenapa kita marah jika UMNO akan membuatkan generasi kita makan ubi sebagai pengganti beras hancur yang sedang dimakan rakyat biasa di bawah ini?
Yang pentingnya mereka yang berada di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu kenyang dan senang lenang dengan memerah keringat rakyat biasa yang serba miskin sekarang ini. Walau bagaimana pun kita tunggu ucapan penangguhan pemimpin-pemimpin kita petang ini dahulu. Manalah kita tahu, mungkin ada yang baik kita akan dengar.
Kepada perwakilan UMNO ucapkan kembali ke kampung dengan selamat. Jangan memandu terlalu laju, elakan kemalangan di jalanraya. Terima kasih banyak-banyak kerana bertepuk dengan bergegar-gegar selama 5 hari berada di ibu kota. Bukannya tidak letih bertepuk dalam dewan itu.

Setuju teguran Tun M kepada Umno
SEMALAM, sekali lagi dalam blognya, Tun Dr. Mahathir meluahkan kritikan dan teguran kepada Umno. Bagi saya luahan ini bukan perkara baharu tetapi telah berulang kali telah diluahkan, namun seperti mencurah air di daun keladi.
Antara perkara yang menjadi kegusaran beliau ialah kurangnya penyertaan cerdik pandai dalam organisasi parti. Mungkin sekali imbas, pada peringkat ahli parlimen dan menteri kabinet perkara ini tidak begitu ketara, namun bagi peringkat bahagian dan kawasan teguran Tun Mahathir lebih jelas.
Benar, teguran mahathir ada asasnya. Apabila melihat kembali suasana politik peringkat bawahan dan pertengahan, saya mendapati ramai juga kalangan bekas rakan sekolah yang kini menjawat jawatan penting dalam politik sama ada peringkat bahagian mahupun negeri.
Ketika zaman persekolahan dahulu, mereka bukanlah antara pelajar yang cemerlang sama ada dalam akademik mahupun sahsiah diri. Ketika rakan seangkatan sibuk mencari ilmu di menara gading, mereka mula terlibat aktif dalam politik di kampung-kampung. Ketika kami baru habis pengajian dan mahu mula bekerja, sesetengah rakan ini sudah pun ada jawatan dalam politik.
Ketika kami mahu mula berjinak dengan politik, rakan-rakan tadi sudah ada dalam kedudukan penting, ada pengaruh dan pengikut sendiri, malah ada yang sudah bergelar “Datuk”. Sudah tentu peluang kami untuk masuk apatah lagi memegang jawatan akan disekat dan disukarkan.
Akibatnya, ramai kalangan kami tidak ambil kisah tentang politik.
Pada masa yang sama, pendedahan demi pendedahan tentang korupsi parti dan pemimpin dapat dilihat dengan jelas dan terang. Sikap para menteri pula yang tidak menunjukkan kecerdikan mereka dalam mengemudi negara menjadikan kami semakin meluat dan makin menjauhi Umno. Tahun 2008 juga menjadi titik perubahan diri saya daripada tidak berparti kepada Pakatan Rakyat.
Saya percaya, jika apa yang disuarakan oleh tidak diberi perhatian serius, tidak mustahil Umno akan berkubur suatu hari nanti. Cuma sejauh manakah pihak pembangkang dapat memperkukuhkan parti mereka sebagai galang ganti yang lebih baik.
Rakyat sedang menunggu dengan mata dan telingan yang terbuka. – HARAKAHDAILY 26/11/2014
Sumber HD - 26-11-2014

Selamat Bersidang Umno
1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong UMNO kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir Insya’allah! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.
2. Sebagai orang tua, dan orang tua UMNO pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.
3. Semua tahu UMNO sekarang tidak popular seperti UMNO dahulu. Ada yang berkata UMNO tidak lagi relevan.
4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika UMNO dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli UMNO tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.
5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli UMNO?
6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap UMNO sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.
7. UMNO hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.
8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.
9. Oleh itu yang dapat masuk UMNO hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.
10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.
11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan. Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan UMNO untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk UMNO. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.
12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam UMNO. “UMNO saya punya.” “ Bahagian ini saya punya.”
13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa UMNO menyertai parti lain. Maka akan merosotlah UMNO dan akan hilanglah parti keramat ini.
14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.
15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.
16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputra dan UMNO. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.
17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan UMNO akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.
18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.
19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.
20. Selamat Bersidang UMNO. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sumber HD - 25-11-2014
Umno-BN still insists on crony culture
A crucial issue was raised last week when Pakatan Rakyat lambasted a Federal minister for claiming that the Federal government could not implement the open tender system for the time being. What was more shocking was that Putrajaya gave the lamest of excuses by saying that this exercise would be ‘very hard’ and ‘would take time’. And surprisingly this claim was from a former head of Transparency Malaysia which is known for fighting corruption, malpractice and promoting transparency in all dealings at all levels of society.
Of course this is not surprising at all and in fact this is why Pakatan has gained the support of the people at the expense of Umno-BN. If Umno-BN thinks that by maintaining the non-transparent system that they had built up over several decades could ensure continued political support for the coalition through a multi-level distribution of “goodies”, then they are terribly wrong. The rakyat is more discerning now and will over time demand that this corrupt practice come to an end and in the process throw them out.
Now what is really the difference between the two coalitions in respect of procurement of government projects?
In the case of the Umno-BN regime, the practice of closed tenders is there simply because the dominant party in the BN coalition, Umno, needs to take care of its cronies who then reciprocate in the form of political support for the party – a kind of support that does not just operate at one level but at several levels. This is known as the “patron-client” relationship which is quite a common feature in developing countries where the “patron” (Umno, in this case) provides certain rewards in the form of money or other material stuff like procurement of government projects to its “clients” who being beneficiaries of this arrangement then reciprocate in the form of continued support for the political party in power. The clients in turn may have several levels of people below them who would also benefit from the “largesse” that they would have procured. These clients would not abandon the patron for fear of losing lucrative material gains, hence, this nexus is quite difficult to do away with; which also somewhat explains why the Federal minister gave such a pessimistic reply.
The rakyat can easily see through all this. This is simply non-willingness to do away with corrupt and wrong practice, say mismanagement of public money. Under the closed tender system costs are inflated and projects are not necessarily given to the competent but to cronies who in turn sub-contract it to others who may not be professionals at all. The other risk is that those actually doing the project may compromise on standards because the “cut” that they would have received from the main procurer would not be sufficient if the original specifications in the tender were to be followed.
Hence we find in the states ruled by BN of falling ceilings in hospitals, stadiums collapsing or court rooms getting flooded during downpours.
In contrast, the open tender system practised by the Pakatan governments of Penang and Selangor have clearly shown results.
Firstly there has been mass savings in public money since middlemen have been cut out. Rentiers have been removed from the real contractors. And transparency has been promoted all along the chain. The end result is the availability of more funds for more projects that the rakyat benefit from.
The BN system of doing things has actually promoted more bad governance when public money is spent as if it belonged to the ruling party. Accountability is the victim in the process.
So, the solution to this would not be asking the Federal government to mend its ways, because “it is difficult and takes a long time”, but to throw out the ruling party – BN - at the next election.
Sumber HD - 24-11-2014

Andai kata Mahathir boikot perhimpunan Umno tahun ini
KUALA LUMPUR: Sejak bertindak menarik balik sokongannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dianggap paling lemah dan menimbulkan banyak kerosakan kepada negara, Tun Mahathir Mohamad tidak henti-henti memberi teguran serta kritikan.
Tidak saja teguran itu dibuat secara terbuka melalui media atau tulisan di blognya, bekas Perdana Menteri itu juga kerap memberi pandangan dan kritikan melalui orang peseorangan atau kumpulan tertentu yang bertemu dengannya.
“Secara umumnya, Mahathir tidak berpura-pura dalam tindakannya. Sama ada secara tertutup atau terbuka, nada dan tahap kritikannya terhadap kepimpinan Najib tetap sama,” tulis Shahbudin Husin dalam blognya, semalam.
Menurut beliau, Mahathir juga menegur mengenai hutang 1MDB yang tinggi dan pemberian BR1M yang dianggapnya rasuah kepada rakyat.
Tambahnya, memahami sikap Mahahir yang tidak mudah mengalah apabila sudah membuat sesuatu keputusan, adalah dijangka menjelang Perhimpunan Agung Umno pada 25 hingga 29 November ini, bakal ada lagi teguran dan kritikan akan diluahkannya terhadap Najib.
“Tetapi sebagaimana sikap Najib yang suka berdiam diri, membisu dan senyap dalam banyak isu, beliau juga mengambil sikap yang sama terhadap semua teguran serta kritikan oleh Mahathir selama ini,” tulisnya lagi.
Untuk itu, beliau berpandangan bagi menunjukkan keseriusannya menegur dan mengkritik Najib, Mahathir sewajarnya tidak menghadiri Perhimpunan Agung Umno tahun ini.
Bagi Shhabudin, hanya dengan memboikot perhimpunan kali ini mampu menyedarkan Najib dan lain-lain pemimpin Umno agar tidak terus berkhayal dalam dunia mereka sendiri yang sebenarnya makin buruk di pandangan umum. – HARAKAHDAILY 20/11/2014
Sumber HD - 20-11-2014

Pemberian BR1M umpama rasuah, kata Mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib dan kali ini mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sama seperti rasuah.
Menulis di blognya Mahathir berkata, tambahan pula pemberian BR1M itu dibuat ketika hampir dengan pilihan raya atau disenaraikan dalam manifesto pilihan raya.
Tindakan itu menurut beliau mewujudkan persepsi bantuan itu bertujuan mendapatkan undi dan ianya tidak dapat dinafikan.
"Bantahan utama saya ialah kerana pemberian wang pada skala begitu sangat kelihatan seperti rasuah," katanya melalui blog chedet.cc hari ini.
Beliau juga mempersoal alasan kerajaan bahawa pemberian BR1M sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan untuk mencapai status negara maju pada 2020.
Katanya, hujah tersebut sangat mengelirukan.
"Kita mesti meraih pendapatan dengan meningkatkan produktiviti, bukan dengan pemberian wang tunai dari kerajaan,"
"Kalau ya pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada yang benar-benar susah dan tidak mampu bekerja bagi meraih pendapatan," kata beliau lagi sambil menyifatkan pemberian BR1M lebih banyak memberi kesan negatif.
Ia termasuk meningkatkan kecenderungan bergantung kepada kerajaan, termasuk bagi meningkatkan pendapatan sendiri, tanpa berusaha sendiri.
"Ia melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan daya saing mereka dalam pasaran," katanya. - HARAKAHDAILY 14/11/2014
Sumber HD - 14-11-2014

Pemuda Gerakan mahu Saifuddin sertai PAS
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang mencadangkan Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyertai PAS ekoran kenyataannya 'membela' parti Islam itu.
Cadangan itu dilontar Tan, merujuk kepada kenyataan Saifuddin yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau bahawa kewujudan PAS di negara ini adalah satu 'masalah'.
"Saifuddin harus membuat keputusan... jika dia merasakan PAS adalah baik, maka dia harus menyertai PAS," kata beliau dipetik Astro AWANI.
Tan sebelum ini berkata kewujudan PAS di negara ini menjadi masalah dan tidak sesuai berada di Putrajaya berdasarkan apa yang dilihatnya di Kedah dan Kelantan.
Beliau mendakwa, cara PAS memerintah dengan 'memaksa' orang ramai menerima mereka.
Saifuddin juga Ahli Parlimen Temerloh bagaimanapun menyanggahnya dan mendakwa perjuangan PAS adalah mengikut proses demokrasi di negara ini.
Oleh itu katanya, kewujudan parti Islam itu bukanlah satu masalah dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
"Dalam politik kita lawan, tetapi tidak boleh anggap kewujudan PAS sebagai suatu masalah," katanya dipetik portal berita itu lagi.
Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) juga mengakui, terdapat ahli PAS yang menerapkan nilai moderat serta terbuka kepada perbincangan. - HARAKAHDAILY 14/12/2014

Tunku yang saya kenali
Bismillahhirrahmannirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, dengan rendah diri saya memanjat kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmatNya dapat kita bersama-sama untuk mengenang kembali warga terulung negara tercinta ini, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Umum mengetahui Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan. Ramai juga mengenali beliau sebagai putera raja berjiwa rakyat yang amat sayang lagi kasihkan warga biasa. Tetapi yang benar-benar rapat dengannya serta dapat menyelami hati budi Tunku semakin kurang kerana ramai di antara mereka telah meninggalkan kita.
Maka itu saya amat berterima kasih kepada Sdr Aziz Zariza di atas undangan merasmikan pelancaran bukunya “Putera Merdeka”. Ia memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi, dengan para hadirin budiman sekelian, sedikit sebanyak apa yang saya tahu mengenai Al-Marhum Tunku. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sdr Aziz atas kejayaan beliau ini.
2. Tunku yang saya kenal mempunyai sifat dan perwatakan mulia yang disanjung kawan serta lawan. Beliau berperilaku sederhana dan sentiasa berpijak di bumi nyata. Ada kalanya perilaku Tunku agak ‘idiosyncratic’; umpamanya sering kali Tunku ke pejabat berkasut tanpa stokin. Apa pun, mereka yang mengenalinya sentiasa mengenangi Tunku sebagai insan yang halus budinya lagi bermartabat tinggi dan menjaga serta mengawal maruah. Tunku juga terletak di kalangan negarawan dunia terulung dan keadaan ini nyata diiktiraf oleh Queen Elizabeth II, Ratu United Kingom dan Al Malik Feisal, Raja Arab Saudi. Sebagai negarawan, ternyata Tunku adalah seorang ‘visionary’ berwawasan tinggi.
3. Izinkan saya mengimbas kembali hemah Tunku yang cemerlang itu. Sebagai seorang pemimpin politik yang dihormati dunia, Bapa Kemerdekaan kita itu amat disegani oleh para pemimpin Komanwel. Ketika Afrika Selatan dihantui dasar pilih bulu ‘apartheid’ penindasan mengikut warna kulit, suara hati kecil Tunku yang sememangnya bersimpati terhadap kedaifan rakyat jelata tidak membenarnya berdiam diri, berlidah kelu seribu bahasa. Maka itu pada Persidangan Perdana Menteri Komanwel 1961 di London, Tunku dengan sokongan, antara lainnya, Perdana Menteri India Jawaharlal Nehru dan Perdana Menteri Kanada John Diefenbaker serta pemimpin-pemimpin Afrika yang lain, menentang keahlian Afrika Selatan. Memandangkan dia melawan arus anti ‘apartheid’ yang tidak mampu diatasinya, Perdana Menteri Afrika Selatan H. F. Verwoerd berundur dan membawa negaranya keluar dari pertubuhan tersebut. Perkembangan ini juga menyebabkan Afrika Selatan terencat dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sejarah menunjukkan bahawa Afrika Selatan kembali ke pangkuan Komanwel pada 1994 apabila Nelson Mandela dan Kongres Kebangsaan Afrika [African National Congress – ANC] menang di dalam pilihanraya umum dan memimpin tampok pemerintahan negara itu.
4. Ketokohan Tunku sebagai negarawan dan kepimpinan politiknya yang berhemah itu, mendapat perhatian teliti di kalangan dunia Islam, terutamanya usaha-usaha pendakwahan Tunku. Amat ketara sekali ialah peranannya sebagai pengasas PERKIM [Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia] pada 1960 dengan tujuan awalnya untuk mengembangkan agama Islam di Semenanjung. Kejayaan PERKIM mengembalikan saudara-saudara senegara ke jalan yang lurus lagi benar [sirrathol mustaqim] mendapat pengiktirafan pertubuhan Rabitah al-Alam al-Islami dari Arab Saudi dalam bentuk pergandingan bahu dengannya di Kuala Lumpur pada 1980 untuk menubuhkan RISEAP [Regional Islamic Da’awah Council of South East Asia & the Pacific – Majlis Dakwah Islam Asia Tenggara & Pasifik].
5. Tujuan penubuhannya ialah untuk merapat dan mengeratkan pertalian dan perhubungan antara negara di wilayah tersebut yang mempunyai kaum Islam minoriti sejajar dengan usaha mereka mencapai tujuan dan cita-cita bersama di samping usaha dan tugas mereka menegak, mempertahan, serta mengembangkan tujuan Islam. Sebagai pengasas, Tunku telah dilantik sebagai presiden pertama RISEAP. Sejak permulaannya yang sederhana itu, RISEAP kini mempunyai 44 ahli biasa dan 10 ahli bersekutu daripada 22 buah negara.
6. Sebenarnya kerja-kerja pendakwahan Tunku bermula awal lagi, iaitu di tahun-tahun 1960an. Pada waktu itu beliau amat gigih mencari jalan untuk menyatu-padukan ummah melalui suatu pertubuhan seakan-akan the Commonwealth of Nations. Tunku amat tertarik dengan konsep Komanwel Negara-Negara Islam walaupun terdapat banyak konflik dan perbalahan sesama sendiri. Berkat kegigihan Tunku serta sokongan padu Al Malik Feisal dan dengan diberkati Allah SWT, tertubuhlah OIC [Organisation of Islamic Conference]. Tunku dilantik sebagai Setiausaha Agung pertamanya selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia. Ketika menyandang jawatan inilah Tunku berusaha menubuhkan IDB [Islamic Development Bank]. Pada hemat saya, sudah tiba masanya usaha mulia Tunku itu dibawa ke kemuncaknya dengan mengembangkan bidang tugas IDB sebagai teras dan paksi dalam penubuhan “Islamic Reserve Bank” untuk menjadi perintis ekonomi Islam yang bertindak sebagai ‘central bank’ kepada ummah.
7. Sebagai seorang pemimpin Islam yang banyak berbakti untuk memartabatkan kedudukan agama Allah ini, Tunku telah disanjungi dengan Anugerah Al Malik Feisal dan Anugerah Hijrah Pakistan, penerima pertama anugerah tersebut selepas Pakistan menzahirkannya. Ketika mengulas kedua-dua penganugerahan tersebut di dalam pojok [column] akhbarnya, Tunku menulis:
9. Ketika negara berada di ambang kemerdekaan, kita cuma mempunyai satu sahaja kelengkapan yang melambangkan kedaulatan sesebuah negara merdeka, iaitu bendera yang kini diberi nama rasmi Jalur Gemilang. Bendera ini mula diterima-pakai dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 setelah UMNO, di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar, berjaya menumpaskan pembentukkan Malayan Union, iaitu gagasan yang dimuslihatkan oleh Harold MacMichael untuk memindah kuasa Raja-Raja Melayu terus ke tangan British. Dalam memikirkan simbol-simbol kedaulatan yang lain seperti Lagu Kebangsaan dan Bunga Kebangsaan, Tunku sebagai pemimpin praktikal yang sentiasa berpijak di bumi nyata tidak mahu menyusahkan rakyat dalam apa jua keputusan yang dibuat oleh beliau.
10. Berdasarkan rasional inilah Tunku membuat ketetapan untuk tidak digubah sebuah lagu baru sebagai Lagu Kebangsaan tetapi memilih irama Terang Bulan dengan lirik yang ditulisnya sendiri yang diberi nama Negaraku. Tunku tertarik dengan Terang Bulan kerana lagu popular ini mudah dinyanyi dan menjadi siulan anak muda pada tahun-tahun 1930an dan 1940an. Nyata sekali Tunku tidak mahu membebankan rakyat dengan lagu dan irama baru yang harus dihafalkan dan membiasakan diri dengannya sebagai Lagu Kebangsaan.
11. Begitu juga halnya dengan pemilihan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan negara kita. Mengikut perkiraan Tunku, pemilihan kuntuman bunga canggih seperti orkid, umpamanya, belum tentu dapat memikat rakyat biasa untuk menerimanya sebagai Bunga Kebangsaan. Ini ialah kerana rakyat biasa kurang lazim dengan bunga-bunga sofistikated. Tetapi rakyat biasa amat kenal akan Bunga Raya yang terdapat di merata ceruk kampung, mudah ditanam dan sering dijadikan tanda sempadan untuk memisahkan dua bidang tanah kepunyaan berlainan. Logik yang berpijak di bumi nyata lagi mudah diketengahkan ini juga mencerminkan peribadi Tunku sebagai seorang yang penyayang dan tidak suka menyusahkan orang lain.
12. Ketika hayatnya, Tunku terkenal sebagai seorang yang gemarkan bolasepak. Sebagai mahasiswa Universiti Cambridge, Tunku mewakili pasukan bola sepak Kolej St Catherine’s, kolej kediaman beliau. Yang demikian, Tunku yang amat peka akan pentingnya rakyat jelata mendapat hiburan murah lagi bermanfaat, menggalakkan perkembangan bola sepak sebagai sukan nasional. Di tahun-tahun selepas 1957, Stadium Merdeka yang dibina untuk pengisytiharan kemerdekaan dijadikan tempat pertandingan Pestabola Merdeka. Ia merupakan kejohanan bola sepak Asia tertua dan bersemaraknya populariti Pestabola Merdeka di tahun-tahun 1960an hingga 1980an menjadi bukti bahawa maksud Tunku menjadikan bola sepak sebagai salah satu sukan kebangsaan kita telah tercapai.
13. Para hadirin sekelian, apa jua keputusan yang dibuat oleh Tunku adalah untuk kepentingan rakyat jelata; umpamanya Peraduan Membaca Quran Tahunan yang kemudiannya dinamakan Tilawah Membaca Quran Tahunan. Ide di sebalik kejohanan ini ialah untuk mewujudkan jalinan ukhwah sesama rakyat terutamanya pada bulan Ramadhan. Sekaligus ini merupakan aktiviti dakwah yang dihargai oleh negara-negara Islam lain yang mengambil bahagian.
14. Satu lagi aktiviti dakwah yang mengharumkan nama Tunku sebagai pemimpin Islam disegani ummah ialah pembinaan Masjid Negara di atas tapak bersetentang dengan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Yang menariknya ialah terdapatnya kemudahan penginapan di aras bawah tanah masjid kebangsaan itu. Ia sekali lagi mencerminkan betapa Tunku sentiasa memikirkan akan keselesaan dan kemudahan untuk rakyat biasa. Rasional pemilihan tapak itu ialah mereka yang datang ke Kuala Lumpur dengan kereta api tetapi mempunyai kewangan terhad hanya perlu menyeberangi jalan untuk mendapat kemudahan bermalam percuma.
15. Lebih menarik lagi ialah cara pembiayaan pembinaan Masjid Negara. Ia tidak langsung membabitkan dana kerajaan. Tunku berjaya mengguna daya tarikannya untuk menawan hati para dermawan dan tauke-tauke besar bagi menyumbang kepada tabung pembinaannya. Kekurangan kewangan untuk memenuhi tabung ini ditampung oleh Al Malik Feisal.
16. Sifatnya yang mengutamakan rakyat di samping menjaga kepentingan mereka dapat dikesan di bidang politik seawal pelantikan Tunku sebagai Ketua Menteri pada 1955 selepas Perikatan, gabungan parti politik yang dipimpinnya, memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi untuk Majlis Perundangan Persekutuan dalam pilihanraya umum pertama yang berlangsung pada 27 Mei tahun itu. Tunku sedar bahawa keadaan negara di bawah pentadbiran Darurat pimpinan Pesuruhjaya Tinggi Donald MacGillivray amat menyusahkan kehidupan rakyat biasa. Justeru itu beliau berjaya meyakinkan Sir Donald untuk mengadakan Rundingan Baling dengan Chin Peng, ketua Parti Komunis Malaya [PKM] pada 28 dan 29 Disember tahun yang sama. Ikut sama di rundingan tersebut ialah David Marshall, Ketua Menteri Singapura. Sayangnya Rundingan Baling itu tidak memberi apa-apa keputusan kerana Chin Peng enggan membubar PKM dan tidak mahu menerima hakikat bahawa pihak British berniat untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
17. Sebagai seorang yang cintakan kedamaian, Tunku tidak kecewa dengan perkembangan Rundingan Baling. Sebaliknya beliau terus mencari jalan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah apa yang dikenali sebagai Darurat ini. Tunku tidak selesa memimpin negara yang dikelilingi kuasa komunis. Maka itu beliau telah mengadakan rundingan sulit dengan pihak British yang, pada ketika itu, menjadikan pengunduran dari Timur Suez sebagai sebahagian daripada dasar luarnya.
Tindakan Tunku ini akhirnya menghasilkan gagasan Malaysia yang menggabungkan, pada awalnya, Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kedudukan Singapura di dalam gabungan ini lebih merupakan duri dalam daging kepada kaum Melayu. Mereka, terutamanya, tidak dapat menerima kerenah pemimpin sekutu tersebut. Demi mengelakkan keadaan ini terus merosot keputusan diambil untuk memisahkannya daripada Malaysia.
18. Walau apa pun implikasi terhadap tindakan yang diambil itu, umum tidak dapat menafikan bahawa Tunku adalah seorang budiman yang cintakan kedamaian. Ini ternyata dengan jawapannya ketika ditanya pada suatu sidang akhbar kenapa tidak ditambah peruntukan pertahanan yang terkandung dalam belanjawan. Jawapan ringkas Tunku ialah kita negara kecil dan miskin dan tidak mampu bergaduh dengan kuasa besar. Apabila ditanya lagi apa akan terjadi sekiranya kita dilanggar, Tunku secara berseloroh menjawab, kita serah diri. Jawapan ini disambut dengan ketawa berderai. Tetapi di sebalik jawapan bersahaja dan berseloroh itu Tunku amat benci akan keganasan dan peperangan.
19. Para hadirin sekelian, saya telah cuba menceritakan sedikit sebanyak apa yang saya tahu mengenai Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Izinkan saya menutup bicara ini dengan menggambarkan Tunku melalui tiga ungkapan yang terdapat di dalam drama komedi “Twelfth Night” oleh Shakespeare – “some are born great, some achieve greatness, and some have greatness thrust upon them”. Tunku menepati ketiga-tiga gambaran ini. Putera raja ini lahir di istana. Inilah ‘born great’. Sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia yang menjadi salah seorang pemimpin sanjungan dunia Islam, Tunku telah “achieve greatness”. Apabila didesak oleh barisan pemimpin UMNO untuk mengisi kekosongan akibat pengunduran Dato’ Onn Jaafar sebagai pemimpin, itulah “greatness being thrust upon Tunku”.
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, akhir kata dengan melafazkan Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan segala sukacitanya melancarkan dengan rasminya buku “Putera Merdeka” oleh Aziz Zariza.
Wabillahitaufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah Ketika Merasmikan Pelancaran “Putera Merdeka” oleh Aziz Zariza, Sebuah Buku Mengenai Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj,
Pada Hari Selasa, 11 November, 2014, Jam 4.30 Ptg
Bertempat Di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur.
Sumber HD - 13-11-2014

“If I had been told that one day, I would be honoured as a Muslim leader and given such high awards as the King Feisal Award and the Hijrah Award of Pakistan, I would never have believed it … I shared the King Feisal Award with His Excellency Sheikh Massanein Makhlof. He is an authority on the religion of Islam. He could read every word of the Quran by heart, noting where the Ps and Qs, the full-stops, commas, hyphens and dashes are. He knows every word uttered by the Prophet in the Hadith … As for me, I never dreamt that I would be nominated to share the honour with this great religious man … I did no more than do what a good Muslim should do in the cause of Allah and for the good of men.”8. Para hadirin sekelian, Tidak dapat dinafikan betapa hebatnya pengiktirafan terhadap Tunku sebagai seorang pemimpin Islam dan negarawan. Bagaimanapun, rakyat sezamannya – terutamanya mereka yang rapat dan akrab dengannya – lebih mengkagumi akan sebab musabab tersirat di sebalik beberapa keputusan yang dibuat oleh Bapa Kemerdekaan kita dalam menyiap-sediakan negara menghadapi 31 Ogos, 1957. Sebab musabab ini bersandarkan kepada perasaan kemanusiaan Tunku yang amat peka terhadap tindakbalas rakyat biasa kepada sesuatu keputusan itu. Di sini saya ingin berkongsi dua tiga cerita yang menggambarkan betapa Tunku sentiasa memikir mengenai keselesaan rakyat biasa dalam apa jua tindakan yang diambil olehnya.
9. Ketika negara berada di ambang kemerdekaan, kita cuma mempunyai satu sahaja kelengkapan yang melambangkan kedaulatan sesebuah negara merdeka, iaitu bendera yang kini diberi nama rasmi Jalur Gemilang. Bendera ini mula diterima-pakai dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 setelah UMNO, di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar, berjaya menumpaskan pembentukkan Malayan Union, iaitu gagasan yang dimuslihatkan oleh Harold MacMichael untuk memindah kuasa Raja-Raja Melayu terus ke tangan British. Dalam memikirkan simbol-simbol kedaulatan yang lain seperti Lagu Kebangsaan dan Bunga Kebangsaan, Tunku sebagai pemimpin praktikal yang sentiasa berpijak di bumi nyata tidak mahu menyusahkan rakyat dalam apa jua keputusan yang dibuat oleh beliau.
10. Berdasarkan rasional inilah Tunku membuat ketetapan untuk tidak digubah sebuah lagu baru sebagai Lagu Kebangsaan tetapi memilih irama Terang Bulan dengan lirik yang ditulisnya sendiri yang diberi nama Negaraku. Tunku tertarik dengan Terang Bulan kerana lagu popular ini mudah dinyanyi dan menjadi siulan anak muda pada tahun-tahun 1930an dan 1940an. Nyata sekali Tunku tidak mahu membebankan rakyat dengan lagu dan irama baru yang harus dihafalkan dan membiasakan diri dengannya sebagai Lagu Kebangsaan.
11. Begitu juga halnya dengan pemilihan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan negara kita. Mengikut perkiraan Tunku, pemilihan kuntuman bunga canggih seperti orkid, umpamanya, belum tentu dapat memikat rakyat biasa untuk menerimanya sebagai Bunga Kebangsaan. Ini ialah kerana rakyat biasa kurang lazim dengan bunga-bunga sofistikated. Tetapi rakyat biasa amat kenal akan Bunga Raya yang terdapat di merata ceruk kampung, mudah ditanam dan sering dijadikan tanda sempadan untuk memisahkan dua bidang tanah kepunyaan berlainan. Logik yang berpijak di bumi nyata lagi mudah diketengahkan ini juga mencerminkan peribadi Tunku sebagai seorang yang penyayang dan tidak suka menyusahkan orang lain.
12. Ketika hayatnya, Tunku terkenal sebagai seorang yang gemarkan bolasepak. Sebagai mahasiswa Universiti Cambridge, Tunku mewakili pasukan bola sepak Kolej St Catherine’s, kolej kediaman beliau. Yang demikian, Tunku yang amat peka akan pentingnya rakyat jelata mendapat hiburan murah lagi bermanfaat, menggalakkan perkembangan bola sepak sebagai sukan nasional. Di tahun-tahun selepas 1957, Stadium Merdeka yang dibina untuk pengisytiharan kemerdekaan dijadikan tempat pertandingan Pestabola Merdeka. Ia merupakan kejohanan bola sepak Asia tertua dan bersemaraknya populariti Pestabola Merdeka di tahun-tahun 1960an hingga 1980an menjadi bukti bahawa maksud Tunku menjadikan bola sepak sebagai salah satu sukan kebangsaan kita telah tercapai.
13. Para hadirin sekelian, apa jua keputusan yang dibuat oleh Tunku adalah untuk kepentingan rakyat jelata; umpamanya Peraduan Membaca Quran Tahunan yang kemudiannya dinamakan Tilawah Membaca Quran Tahunan. Ide di sebalik kejohanan ini ialah untuk mewujudkan jalinan ukhwah sesama rakyat terutamanya pada bulan Ramadhan. Sekaligus ini merupakan aktiviti dakwah yang dihargai oleh negara-negara Islam lain yang mengambil bahagian.
14. Satu lagi aktiviti dakwah yang mengharumkan nama Tunku sebagai pemimpin Islam disegani ummah ialah pembinaan Masjid Negara di atas tapak bersetentang dengan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Yang menariknya ialah terdapatnya kemudahan penginapan di aras bawah tanah masjid kebangsaan itu. Ia sekali lagi mencerminkan betapa Tunku sentiasa memikirkan akan keselesaan dan kemudahan untuk rakyat biasa. Rasional pemilihan tapak itu ialah mereka yang datang ke Kuala Lumpur dengan kereta api tetapi mempunyai kewangan terhad hanya perlu menyeberangi jalan untuk mendapat kemudahan bermalam percuma.
15. Lebih menarik lagi ialah cara pembiayaan pembinaan Masjid Negara. Ia tidak langsung membabitkan dana kerajaan. Tunku berjaya mengguna daya tarikannya untuk menawan hati para dermawan dan tauke-tauke besar bagi menyumbang kepada tabung pembinaannya. Kekurangan kewangan untuk memenuhi tabung ini ditampung oleh Al Malik Feisal.
16. Sifatnya yang mengutamakan rakyat di samping menjaga kepentingan mereka dapat dikesan di bidang politik seawal pelantikan Tunku sebagai Ketua Menteri pada 1955 selepas Perikatan, gabungan parti politik yang dipimpinnya, memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi untuk Majlis Perundangan Persekutuan dalam pilihanraya umum pertama yang berlangsung pada 27 Mei tahun itu. Tunku sedar bahawa keadaan negara di bawah pentadbiran Darurat pimpinan Pesuruhjaya Tinggi Donald MacGillivray amat menyusahkan kehidupan rakyat biasa. Justeru itu beliau berjaya meyakinkan Sir Donald untuk mengadakan Rundingan Baling dengan Chin Peng, ketua Parti Komunis Malaya [PKM] pada 28 dan 29 Disember tahun yang sama. Ikut sama di rundingan tersebut ialah David Marshall, Ketua Menteri Singapura. Sayangnya Rundingan Baling itu tidak memberi apa-apa keputusan kerana Chin Peng enggan membubar PKM dan tidak mahu menerima hakikat bahawa pihak British berniat untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
17. Sebagai seorang yang cintakan kedamaian, Tunku tidak kecewa dengan perkembangan Rundingan Baling. Sebaliknya beliau terus mencari jalan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah apa yang dikenali sebagai Darurat ini. Tunku tidak selesa memimpin negara yang dikelilingi kuasa komunis. Maka itu beliau telah mengadakan rundingan sulit dengan pihak British yang, pada ketika itu, menjadikan pengunduran dari Timur Suez sebagai sebahagian daripada dasar luarnya.
Tindakan Tunku ini akhirnya menghasilkan gagasan Malaysia yang menggabungkan, pada awalnya, Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kedudukan Singapura di dalam gabungan ini lebih merupakan duri dalam daging kepada kaum Melayu. Mereka, terutamanya, tidak dapat menerima kerenah pemimpin sekutu tersebut. Demi mengelakkan keadaan ini terus merosot keputusan diambil untuk memisahkannya daripada Malaysia.
18. Walau apa pun implikasi terhadap tindakan yang diambil itu, umum tidak dapat menafikan bahawa Tunku adalah seorang budiman yang cintakan kedamaian. Ini ternyata dengan jawapannya ketika ditanya pada suatu sidang akhbar kenapa tidak ditambah peruntukan pertahanan yang terkandung dalam belanjawan. Jawapan ringkas Tunku ialah kita negara kecil dan miskin dan tidak mampu bergaduh dengan kuasa besar. Apabila ditanya lagi apa akan terjadi sekiranya kita dilanggar, Tunku secara berseloroh menjawab, kita serah diri. Jawapan ini disambut dengan ketawa berderai. Tetapi di sebalik jawapan bersahaja dan berseloroh itu Tunku amat benci akan keganasan dan peperangan.
19. Para hadirin sekelian, saya telah cuba menceritakan sedikit sebanyak apa yang saya tahu mengenai Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Izinkan saya menutup bicara ini dengan menggambarkan Tunku melalui tiga ungkapan yang terdapat di dalam drama komedi “Twelfth Night” oleh Shakespeare – “some are born great, some achieve greatness, and some have greatness thrust upon them”. Tunku menepati ketiga-tiga gambaran ini. Putera raja ini lahir di istana. Inilah ‘born great’. Sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia yang menjadi salah seorang pemimpin sanjungan dunia Islam, Tunku telah “achieve greatness”. Apabila didesak oleh barisan pemimpin UMNO untuk mengisi kekosongan akibat pengunduran Dato’ Onn Jaafar sebagai pemimpin, itulah “greatness being thrust upon Tunku”.
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, akhir kata dengan melafazkan Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan segala sukacitanya melancarkan dengan rasminya buku “Putera Merdeka” oleh Aziz Zariza.
Wabillahitaufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah Ketika Merasmikan Pelancaran “Putera Merdeka” oleh Aziz Zariza, Sebuah Buku Mengenai Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj,
Pada Hari Selasa, 11 November, 2014, Jam 4.30 Ptg
Bertempat Di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur.
Sumber HD - 13-11-2014
Berundur: Saya tak pernah kalah, Noh jawab Mahathir
KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini menjawab kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan 'memulangkan paku buah keras' kepada bekas Perdana Menteri itu.
Noh dalam reaksinya kepada The Malaysian Insider, mengajukan kembali soalan kepada Mahathir, sejak bila orang ramai mula mengaitkan Umno dengan rasuah?
“Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop Umno parti rasuah? Ia bermula zaman bila?” katanya seperti dilapor portal itu.
Mahathir melalui tulisan di blognya semalam, menggesa kepimpinan Umno Selangor berundur dan organisasi itu dibubarkan sahaja sebagai penyelesaian kepada kelemahan parti Melayu itu di negeri itu.
Beliau berkata, kelemahan Umno Selangor bukan sahaja soal gagal pada PRU12 dan PRU13 lalu, namun juga kegagalan menarik minat golongan muda menyertai parti itu.
Kritikan terhadap kepimpinan Umno Selangor oleh Mahathir ini menyusul selepas seminggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat keritikan sama.
Najib dalam ucapan di Konvensyen Umno Selangor minggu lalu berkata, beliau mengakui wujud perasaan malu dalam dirinya kerana BN menjadi parti pembangkang di Selangor.
Beliau juga membidas gerak kerja Umno negeri itu sebagai lembab dalam menawan hati rakyat di negeri itu.
Sementara itu, mengulas gesaan berundur, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang meminta Mahathir mensasarkan gesaannya itu secara spesifik kepada pihak yang dimaksudkan.
“Dia suruh siapa berundur?...Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?" tanya Noh lagi. - HARAKAHDAILY 6/11/2014
Sumber HD - 6-11-2014

Perubahan Umno Selangor ialah bubar - Mahathir
KUALA LUMPUR: Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh Umno Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula, tulis Tun Mahathir Mohamad.
Justeru, baginya, pemimpin-pemimpin Umno Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU12 dan PRU13 dan perlu berundur.
"Hari ini untuk mendapat calon Menteri Besar di kalangan pemimpin Umno pun tidak ada. Ini boleh diadakan dengan ramai jika Umno Selangor sedia menerima ahli baru," tulis beliau dalam blognya bertajuk Umno Selangor Perlu Berubah.
Menurutnya, pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya.
Oleh itu, ujar bekas Perdana Menteri itu, usaha mereka bukanlah memperkuatkan Umno tetapi memperkuatkan kedudukan mereka.
Baginya, penerimaan ahli baru dengan ramai termasuk yang berbakat adalah perubahan yang utama yang perlu dilakukan oleh Umno Selangor.
Tambah beliau, ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri dari veteran Umno termasuk dan bahagian lain.
"Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat Umno untuk agenda peribadi mereka," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 5/11/2014
Sumber HD - 5-11-2014

Kos hidup meningkat menjelang 2020 - Mahathir
KUALA LUMPUR: Kos hidup rakyat akan meningkat lebih tinggi jika Malaysia terus memburu status sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Memetik laporan Bernama, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau khuatir jika negara hanya menekankan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi tetapi ketinggalan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.
Beliau dipetik berkata, hanya memperoleh pendapatan tinggi tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara maju, tidak seperti kemampuan penyeldikan dan kemahiran boleh melakukannya.
"Pendapatan Malaysia hampir mencapai negara maju tetapi pengalaman dan kemahiran rakyatnya sama seperti mereka yang berada di negara membangun.
"Pada ketika ini, saya khuatir dan tidak begitu menaruh harapan bahawa menjelang 2020, Malaysia akan menjadi negara maju," katanya.
Mahathir juga turut memberi contoh Brunei yang mencapai status negara berpendapatan tinggi tetapi ia bukan negara maju.
Kata beliau, pendapatan tinggi dan produktiviti yang rendah hanya akan menjadikan kos sara hidup meningkat lebih tinggi. - HARAKAHDAILY 30/10/2014
Sumber HD - 30-10-2014

'Saya tak peduli orang nak kritik' - Rosmah
PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyedari bahawa beliau turut menjadi sasaran kritikan oleh pihak yang tidak menyenangi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
"Mereka ini hanya mahu tumbang Kerajaan, tetapi mereka tidak boleh buat pada Najib, jadi mereka buat pada saya," katanya dipetik Mstar Online.
Beliau dilaporkan berkata demikian pada sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2014 di Kelana Jaya semalam.
Beliau mengulas kritikan banyak pihak terhadap pembabitan beliau yang didakwa 'mengawal' Najib dan penglibatan beliau dalam program pendidikan awal kanak-kanak dan Permata.
Menurutnya, sesiapa yang mahu mendapatkan maklumat sahih atau penjelasan boleh menulis surat ke pejabatnya di Pejabat Perdana Menteri.
Walaupun berhadapan dengan serangan peribadi, Rosmah berkata, beliau tidak mempedulikannya dan akan meneruskan usaha mencemerlangkan wanita dan kanak-kanak. - HARAKAHDAILY 22/10/2014
Sumber HD - 22-10-2014

Minyak naik, Hasan Malek nasihat ikut cendol Bakar
KUALA LUMPUR: Sekarang ini cendol merupakan produk yang sama kategorinya dengan bahan bakar petrol dan diesel, tulis Aspan Alias.
Jika harga minyak naik, nasihat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, semua pihak mesti mengikut langkah cendol Bakar di Kuala Selangor menurunkan harga jualan cendolnya sebanyak 20 sen.
Pendeknya, kata Aspan jika naik harga minyak, semua penjualan barangan dan perkhidmatan perlu menurunkan harga jualannya.
Tambah beliau, rupa-rupanya baru sekarang kita ketahui yang cendol itu merupakan barangan keperluan untuk hidup, seperti petrol, tanpa petrol tidak dapat menyambung hidup dengan sempurna.
"Nasihat menteri ini selalunya menggelikan hati dan saya secara peribadi sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengar nasihat beliau yang pelik dan kadang kala menggelikan hati tidak dapat ditahan-tahan," tulis Aspan dalam blognya.
Justeru, beliau berharap perkhidmatan bas dan keretapi juga akan menurunkan tambangnya dengan kenaikan harga bahan bakar sekarang ini.
Tambahnya, teksi juga perlu menurunkan harga tambangnya dari sekarang untuk menyambut dan memberikan reaksi dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini bagi mengikut contoh penjual cendol Bakar di Kuala Selangor itu.
Katanya, kalau pemandu teksi ditanya oleh pengguna perkhidmatannya kenapa harga tambang sudah turun, hanya jawab yang tindakannya menurunkan harga tambang itu ialah di atas nasihat Menteri Hasan Malek untuk mengikut contoh penjual cendol Bakar di Kuala Selangor yang menurunkan harga cendolnya sebanyak 20 sen semangkuk.
"Kepada menteri ini, dengan penurunan harga cendol Bakar Kuala Selangor itu ia akan mengurangkan tahap inflasi negara, dan jika semua mengikut nasihat beliau sudah tentu keadaan ekonomi negara akan bertambah baik," tulisnya lagi.
Menurut beliau, formula ekonomi Hasan Malek ini, lagi petrol dan diesel serta bahan bakar yang lain naik semua mesti menurunkan harga jualan produk-produk dan perkhidmatan mereka.
"Kita tunggu berapa ramai lagi akan mengikut nasihat menteri ini kerana nasihat beliau ini terlalu lain dari yang lain dan terlalu pelik untuk didengar dan diterima, setidak-tidaknya oleh diri saya sendiri," ujarnya lagi.
Selalunya, kata beliau harga bahan bakar menjadi penentu harga barangan keseluruhannya, tetapi menteri ini berpendapat yang harga cendol merupakan barometer yang terbaik untuk menentukan tahap harga bahan keperluan kehidupan kita.
Sumber HD - 14-10-2014

Ahmad Maslan Oh Ahmad Maslan
Kalau ada anugerah atau trofi yang patut diberikan kepada pemimpin UMNO yang paling gigih membela dan mempertahankan Najib Razak, pemenangnya tidak lain ialah Ahmad Maslan.
Beliau yang merupakan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri Kewangan, bila saja ada isu mengenai Najib, selalu saja tampil dengan idea dan hujahnya yang tersendiri dan lain daripada yang lain.
Berbanding Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri yang lain, Ahmad Maslan seperti menumpukan sebahagian masa, tenaga dan buah fikirannya untuk menjadi pembela nombor satu kepada Perdana Menteri.
Walaupun banyak hujahnya sebelum ini dipertikaikan, dijadikan bahan ketawa, sindiran, dianggap pandir dan seumpamanya sehingga menjadi satu-satunya pemimpin yang pernah menunjukkan pointer CGPA yang diperolehinya untuk membuktikan dirinya "tidaklah bodoh sangat" tetapi beliau tetap dengan kegigihannya itu.
Barangkali baginya, yang penting asalkan Najib gembira dengan kerja-kerja yang dilakukannya, itu sudah memuaskan hatinya. Kalau isteri Najib, Rosmah Mansor turut dapat dibela dan gembira sama, tentunya ia merupakan bonus berganda lagi baginya.
Dalam isu Bajet 2015 yang baru dibentangkan Najib, Ahmad Maslan sekali lagi tampil dengan kegigihannya yang luar biasa itu. Jika semalam beliau membela Rosmah mengenai peruntukan yang diterima Permata dengan mengatakan isteri Perdana Menteri itu tidak mendapat manfaat walau sesen pun daripada peruntukan yang diberikan kerajaan, hari ini giliran Najib pula dibela dan dipertahankannya.
Mempertahankan kenaikan gaji Ahli Parlimen yang diumumkan Najib, beliau berkata, ia bukan saja dikira masih rendah, malah gaji Perdana Menteri sendiri hanya menyamai gaji Perdana Menteri Zambia saja.
Dengan gaji RM22 ribu yang diterima Najib, Ahmad Maslan juga berkata, jika di sektor swasta ia hanya menyamai gaji seorang pengurus besar saja manakala gaji Ahli Parlimen sebanyak RM6500 pula tidak berpatutan jika dikira dengan jumlah pengundi yang sekurang-kurangnya berjumlah 50 ribu di sesebuah kawasan Parlimen.
Tentang pemotongan subsidi minyak sebanyak 20 sen pula, beliau berkata, melalui tindakan itu kerajaan dapat membina 40 buah universiti dan 2000 dewan orangramai di seluruh negara dan oleh itu adalah bodoh meneruskan pemberian subsidi itu.
Mengenai kenaikan BR1M, beliau mengatakan pemberian itu bukan untuk menjadikan rakyat bermewah dan sebab itu, katanya, ia dilakukan sebanyak tiga kali setahun.
Kalau diberi sekaligus, sudah tentu ramai yang memberi telefon baru, katanya sambil menunjukkan telefon i Phone 6 baru miliknya yang didakwanya dibelikan oleh anaknya di London.
Jika dilihat semua hujah Ahmad Maslan ini, ia bukan saja boleh dipertikaikan, malah mengundang senyuman sinis dan ketawa orangramai.
Dalam memperkatakan gaji Perdana Menteri yang didakwa menyamai Zambia itu, kenapa beliau tidak menyebut mengenai pelbagai kemudahan dan elaun lain yang dinikmati oleh Najib, termasuk penggunaan jet untuk Rosmah juga? Itu belum dikira lagi peluang mengumpul kekayaan melalui cara lain sehingga menjadikan, bukan saja keluarga mana-mana Perdana Menteri, malah tiada juga keluarga bekas menteri yang sederhana hidupnya. Semuanya super mewah.
Begitu juga dengan gaji Ahli Parlimen, beliau hanya menyebut tentang gaji asas tetapi tidak mengambil kira jawatan dan gaji lain yang diterima, sama ada dalam kerajaan sebagai menteri, timbalan menteri atau mahupun pengerusi mana-mana GLC.
Dengan menyebut jumlah pengundi yang diwakili oleh seseorang Ahli Parlimen, Ahmad Maslan juga menyembunyikan hakikat bahawa mereka juga sebenarnya diberikan peruntukan tahunan untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat dan bukannya bergantung kepada gaji RM6500 itu saja.
Mengenai pembinaan 40 universiti dan 2000 dewan orangramai pula, tidakkah ini menunjukkan kerajaan pimpinan Najib terlalu "bodoh", lemah dan hilang upaya, sehingga hanya dengan memotong subsidi minyak saja, barulah ada wang untuk membina segala kemudahan itu?
Secara tidak langsung jawapan Ahmad Maslan mengenai pemotongan subsidi yang sudah banyak dilakukan sebelum ini memudahkan lagi rakyat menolak kerajaan pimpinan Najib ini.
Begitu juga jawapannya mengenai BR1M, walau kaedah itu terus dikecam oleh banyak pihak, termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tetapi Ahmad Maslan terus tampil dengan hujah yang lain pula untuk mempertahankan dasar yang dianggap populis dan menjadikan kebergantungan berterusan rakyat dengan kerajaan.
Itulah Ahmad Maslan dan dari semasa ke semasa, beliau akan terus tampil dengan hujah dan gaya pemikirannya yang tersendiri. Di sebalik rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang, beban kos dan kemarahan yang semakin membara terhadap Najib dan kerajaan, hujah-hujah beliau boleh pula dijadikan penghibur dan bahan ketawa.
Mungkin sudah sampai masanya Najib memikirkan kenaikan pangkat atas peranannya itu.

Khairy berpotensi naik menjadi TPM - Kadir Jasin
KUALA LUMPUR: Kalau dengan takdir Najib terpaksa berundur sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang, pasangan Muhyiddin dan Ahmad Zahid adalah alternatif yang logik.
Demikian ulasan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin menerusi blognya.
Tetapi, menurutnya kalau Muhyiddin terus penat dan menderita sindrom Timbalan Perdana Menteri maka jawatan PM mungkin jatuh ke tangan Hishammuddin Hussein dan dalam situasi itu, Khairy berpotensi naik menjadi TPM.
"Dalam politik tidak ada yang mustahil. Yang tidak masuk akal pun boleh berlaku. Jadi, suka atau tidak kita terpaksa meletakkan Khairy di tempat yang penting dalam senario politik dan kepemimpinan negara untuk dekad ini," tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP itu lagi.
Berikut ialah tulisan penuh beliau bertajuk 'Isu Kepemimpinan: Memperkatakan Khairy Jamaluddin'.
TAJUK berita akhbar The Star pada 11 Oktober berbunyi "Budget boost for Khairy". Dalam bahasa Melayu bolehlah disebut "Anjakan belanjawan untuk Khairy".
The Star memberikan tajuk itu kerana peruntukan Kementerian Belia dan Sukan dinaikkan daripada RM700 juta tahun ini kepada RM1 bilion tahun hadapan.
Pada hari Ahad 12 Oktober pula, akhbar yang sama menyiarkan tajuk berita "Walk the middle path, urges Khairy" (Khairy gesa ikut jalan tengah). Daripada dua tajuk berita ini, nyata The Star mengakui kedudukan Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia.
Ada pembahas blog ini dan peserta Persidangan Kedai Kopi (KKA) yang berpendapat saya penyokong kuat Khairy Jamaluddin.
Gabungan hebat Ketua Pemuda-Menteri Belia
Saya mengakui yang saya ada membuat beberapa ulasan positif mengenai beliau. Itu adalah berasaskan penelitian dan pengamatan saya terhadap gerakan beliau dalam politik Umno dan Kerajaan sejak lebih 10 tahun lalu.
Tetapi saya tidaklah mengenali beliau secara peribadi kecuali beberapa pertemuan dan perbualan kasual. Sepanjang ingatan saya, kali terakhir saya bercakap dengan beliau adalah pada tahun 2000 di Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi.
Saya ingat peristiwa itu kerana di majlis itulah saya mendengar "khabar angin" mengatakan hari-hari saya sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NST mungkin sedang dihitung. Kebetulan pada hari itu, Sabtu 8 Januari, akhbar New Straits Times menyiarkan rencana Askiah Adam yang menggunakan istilah "dereliction of duty" (kecuaian tanggungjawab) bagi mengulas satu tindakan kerajaan.
Pemuda Umno Sepanjang Zaman
Sebagai wartawan tua, saya membuat penilaian positif terhadap Khairy berdasarkan pengalaman saya dengan jatuh bangun Ketua-ketua Pemuda Umno sejak zaman Datuk Harun Idris pada akhir 1969.
Mungkin ramai tidak sedar bahawa dalam politik Umno, pergerakan Pemuda mempunyai kedudukan yang istimewa dan unik. Buat permulaan, ia adalah cabang Umno yang ditanam dengan doktrin dan ideologi melalui pelbagai slogan dan pendekatan - ada yang kental dan banyak juga dangkal.
Boleh dikatakan semua Ketua Pemuda mempunyai slogan masing-masing. Misalnya, Hidup Melayu (ketika Tun Hussein Onn menjadi ketua 1949-50), Merdeka! (Tun Abdul Razak Hussein 1950-51), Pemuda di Barisan Hadapan (Tun Sardon Jubir 1951-64), Pemuda Harapan Bangsa (Senu Abdul Rahman 1964-71), Pemuda Pelopor Pembangunan (Harun Idris 1971-76), Pemuda Kumpulan Halia (Syed Jaafar Albar 1976-77), Pemuda Era Bertindak (Suhaimi Kamarudin 1977-82), Pemuda Penggerak Zaman (Anwar Ibrahim 1982-87), Pemuda Berakar Teguh Berakal Canggih (Mohd Najib Abdul Razak 1987-93), Pemuda Era Motivator dan Penggerak Wawasan (Abdul Rahim Thamby Chik 1993-96) dan Pemuda Pemangkin Gerakan Reformasi (Ahmad Zahid Hamidi (1996-98).
Sejak awal penubuhan Umno lagi, pergerakan Pemuda diberikan tugas menanam semangat kebangsaan yang berteraskan Melayu serta melatih dan menentukan hala tuju kepemimpinan negara.
Kecuali Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr Mahathir Mohamad, kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah bekas Ketua Pemuda atau giat dalam pergerakan belia seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Khairy Bercita-cita Tinggi
Bagi Khairy, beliau bukan sahaja mempunyai latar belakang keluarga dan pendidikan elit malah beliau juga mempunyai cita-cita tinggi.
Beliau tidak malu-malu kucing untuk menyatakan cita-citanya. Beliau telah dipetik secara meluas sebagai berkata, beliau mahu menjadi Perdana Menteri menjelang usia 40 tahun. Kini beliau berusia 38 tahun.
Kalau diikutkan latar belakang, Khairy bukanlah bahan dunia politik. Beliau bukan daripada latar belakang siasah. Anak tunggal diplomat Melayu dari Negeri Sembilan ini dilahirkan di Kuwait. Ibunya dari Kedah. Beliau bersekolah di Singapura dan masuk universiti di England.
Beliau mempunyai ijazah dari Oxford dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi dan sarjana muda teori undang-undang dan politik dari University of London. Pada mulanya beliau berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan sebagai penulis di majalah The Economist dan pengacara TV.
Kalau saya tidak silap, kali pertama saya terserempak dengan Khairy dan kelompok Oxford-Cambridge (Oxbridge) adalah pada awal 1990-an dalam satu bengkel di Putrajaya bagi satu kumpulan penuntut cemerlang universiti tempatan dan luar negara yang digelar Students for Vision 2020.
Penganjur bengkel itu ialah Allahyarham Tan Sri Dr. Mohammad Noordin Sopiee (26 Disember 1944 - 29 Disember 2005) yang berupa Pengerusi dan Pegawai Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).
Ada pemerhati melabel Khairy sebagai Anwar 2.0. Saya tidak pasti sedalam dan seakrab mana perhubungan Anwar-Khairy, sekiranya ada. Yang saya tahu, mentor bengkel Students for Vision 2020 adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Anwar dan Tun Daim Zainuddin menjadi mentor bersekutu. Saya turut mengambil bahagian dalam salah satu sesi bengkel itu.
Berdasarkan latar belakang keluarga, pembesaran dan pendidikan , Khairy bukanlah calon semula keahlian Umno. Tetapi itu jugalah ciri yang membuatkan beliau menonjol dalam Umno.
Pada ketika Khairy mengambil keputusan bergerak cergas dalam Umno, memasuki politik apatah lagi politik Umno bukanlah sesuatu yang "fashionable".
Pada waktu itu, ramai anggota generasi muda Melayu lebih taasub mencari kejayaan material dan di kalangan yang berjiwa politik pula, mereka lebih terpengaruh dengan idea-idea kontemporari seperti reformasi.
Sama ada secara kebetulan atau dirancang, Khairy berjaya mendekati Tun Abdullah Ahmad Badawi, menjadi menentu, pembantu khas dan penolong ketua setiausaha sulit beliau. Krisis Anwar pada 1998 membawa tuah kepada Abdullah, dan turut memanfaatkan Khairy dalam jangka masa panjang.
Bagaimanapun, kerana monopoli Khairy dan kelompok Oxbridge serta beberapa kerat usahawan ke atas pentadbiran Abdullah maka beliau turut merasai tempias gerakan menjatuhkan Abdullah pada 2008/2009.
Tindak-tanduk beliau serta “budak-budak tingkat empat” lain dalam politik, pentadbiran, perniagaan dan media massa dikritik keras.
Abdullah jatuh dan digantikan oleh Mohd Najib. Logiknya Khairy tentulah terpelanting sama. Beliau adalah antara anggota kabinet dapur Abdullah yang paling dibenci. Tetapi beliau sekadar menderita tempias sementara.
Mohd Najib Penyelamat Khairy
Kejayaan beliau membebaskan diri daripada Abdullah dan merapati Mohd Najib sehingga diterima sebagai orang kepercayaan membuktikan keupayaan beliau sebagai political survivalist muda.
Mohd Najib perkukuh kedudukan Khairy
Kejatuhan Abdullah tidak membantutkan kerjaya politik Khairy. Pada tahun Abdullah dipaksa meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Khairy menang pertandingan Ketua Pemuda dengan mengalahkan Mohd Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.
Hari ini, kedudukan beliau dalam politik Umno boleh disifatkan sebagai unshakable - sukar digoyang. Sebagai Ketua Pemuda serta Menteri Belia dan Sukan, beliau mempunyai kedudukan yang cukup kuat dalam hierarki Umno.
Untuk itu, beliau wajar berterima kasih kepada Mohd Najib kerana melantik beliau menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Saya adalah antara orang yang mahu Khairy diberikan jawatan menteri apabila beliau menang Ketua Pemuda. Tetapi bukan Menteri Belia. Saya mencadangkan Kementerian Luar.
Saya melihat gabungan jawatan Ketua Pemuda dengan Kementerian Belia sebagai memberikan terlalu banyak kuasa dan kelebihan kepada Khairy berbanding barisan kepemimpinan Umno dan kerajaan yang seangkatan dengan beliau.
Sama ada Mohd Najib menyedarinya atau tidak, Khairy kini muncul sebagai orang paling hadapan dalam pewarisan Umno. Selepas Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden adalah Khairy.
Sebab itu pada masa lampau, Presiden Umno dan Perdana Menteri amat berhati-hati memberi jawatan dan peranan kepada Ketua Pemuda. Tidak semua Ketua Pemuda diberikan jawatan, apatah lagi jawatan Menteri Belia. Malah Pergerakan Pemuda dianggap begitu berpengaruh sehingga jawatan Menteri Belia sengaja tidak diberikan kepada Ketua Pemuda kecuali orang itu diyakini kesetiaannya atau sedang dilatih untuk kedudukan yang lebih tinggi.
Namun ada juga Ketua Pemuda yang tidak mahu jawatan kerajaan. Mereka mahu menjadi Ketua Pemuda yang bebas dan boleh mengkritik kerajaan sekiranya perlu. Antara mereka ialah Allahyarham Jaafar Albar dan Suhaimi Kamaruddin.
Ada pemerhati mengatakan bahawa Tun Abdul Razak tidak membawa Ketua Pemuda waktu itu, Datuk Harun Idris, ke Pusat sebaliknya mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kerana beliau tahu pengaruh Harun di kalangan belia, khususnya dan orang Melayu, amnya. Sebaliknya Abdul Razak melantik biras beliau, Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah menjadi Menteri Belia.
Sama ada Mohd Najib sedar hal ini atau tidak, tindakan melantik Khairy sebagai Menteri Belia telah menggandakan kuasa dan pengaruh beliau sebagai pemimpin pelapis Umno dan kerajaan.
Saya rasa Mohd Najib sedar kerana beliau sendiri membina landasan kuasa dan mengumpul barisan penyokong tegar ketika menjadi Ketua Pemuda dan Menteri Belia.
Jadi kita tidak perlu hairan atau marah kepada Khairy kalau beliau nampak begitu yakin dan berani. Pertamanya, perwakilan Pemuda telah memberi undi mutlak kepada beliau dua kali berturut-turut. Keduanya, Presiden Umno merangkap Perdana Menteri telah melantik beliau menjadi Menteri Belia.
Ke Mana Khairy Selepas Ini
Pertama, kalau beliau pandai dan semakin matang, beliau akan lakukan seperti kata ungkapan Inggeris, "keep your nose clean". Jangan cari pasal dan jangan buat hal sehingga boleh diperas ugut satu hari nanti!
Masuk Tentera dan hantar anak ke sekolah biasa
Dalam dunia yang dipacu oleh media sosial, ramai orang tahu bahawa Khairy menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan pada saat ramai pembesar Umno, termasuk menteri sendiri curi-curi hantar anak-anak mereka ke sekolah elit swasta. Beliau sendiri masuk menjadi anggota Tentera Wataniah.
Kedua, bila dan bagaimana perubahan kepemimpinan Umno dan kerajaan akan berlaku. Kalau dengan takdir Mohd Najib terpaksa berundur sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang, pasangan Muhyiddin Mohd Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi adalah alternatif yang logik.
Tetapi kalau Muhyiddin terus penat dan menderita sindrom Timbalan Perdana Menteri maka jawatan PM mungkin jatuh ke tangan Hishammudin Hussein dan dalam situasi itu, Khairy berpotensi naik menjadi TPM.
Dalam politik tidak ada yang mustahil. Yang tidak masuk akal pun boleh berlaku. Jadi, suka atau tidak kita terpaksa meletakkan Khairy di tempat yang penting dalam senario politik dan kepemimpinan negara untuk dekad ini.
Suka atau tidak, buat waktu ini yang nampak menonjol di kalangan barisan pelapis Umno ialah Khairy, kecuali kalau dalam masa terdekat ini muncul watak-watak lain yang lebih karismatik, petah dan pintar.
Wallahuaklam.
Sumber HD - 13-10-2014

Ada baiknya Mahathir juga tegur Rosmah
KUALA LUMPUR: Semua orang mengetahui bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah hampir dua bulan menarik balik sokongannya kepada Datuk Seri Najib Razak yang memimpin negara sejak 2009 lalu.
Mahathir juga bertekad meneruskan tegurannya mengenai apa-apa yang dirasakannya tidak betul yang dilakukan oleh Najib selaku Perdana Menteri.
Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam.
Mahathir pernah menegur dasar Najib yang dianggapnya merosakkan ekonomi dan kewangan negara, hubungan kaum yang semakin renggang, tindakan tidak bijak menghapuskan beberapa akta seperti ISA dan Ordinan Darurat serta terlalu lembut dengan negara jiran, dana pelaburan 1MDB yang seolah-olah berlagak seperti golongan kaya tetapi sebenarnya menyebabkan hutang negara terus meningkat.
Kelmarin, bapa Mukhriz itu menegur mengenai amalan yang dilakukan Najib sebelum PRU13 dengan memberikan wang kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak menghargai layanan, meningkatkan hutang negara, mendengar nasihat konsultan dan lain-lain lagi tetapi keputusan pilihanraya tetap lebih buruk berbanding PRU12.
Menurut Shahbudin, berbanding serangan Mahathir kepada Tun Abdullah Badawi dahulu di mana Khairy Jamaluddin sebagai menantu yang dianggap campurtangan dalam pentadbiran negara, menjadi sasaran utamanya.
Namun isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor belum lagi menjadi kritikan Mahathir walaupun campurtangan isteri Perdana Menteri itu turut menjadi bualan ramai sejak dahulu lagi.
Antara penglibatan Rosmah itu adalah isu penggunaan jet kerajaan termasuk semalam yang dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat.
Ketika ditanyakan kos membawa Rosmah ke Padang, Indonesia, dengan menggunakan jet kerajaan untuk menerima anugerah tertinggi Minangkabau bersama rombongannya yang turut disertai menteri kabinet, kerajaan mengambil keputusan tidak mahu mendedahkannya.
Justeru, bagi Shahbudin, terlanjur Mahathir sudah menarik balik sokongannya dan menegur satu demi satu kepincangan Najib dalam mengurus negara, ada baiknya turut sama menegur karenah Rosmah. - HARAKAHDAILY 9/10/2014
Sumber HD - 9-10-2014

Tunggulah p'raya, amaran Mahathir kepada Najib
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan rasa kecewa beliau terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Menulis di blog beliau, Mahathir berkata, biarpun kerajaan menerima teguran beliau secara terbuka sebelum ini, namun sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dibuat.
Beliau berkata, Najib mungkin hanya akan sedar tentang kebenaran teguran beliau itu apabila diuji pada pilihan raya.
"Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.
"Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas," katanya.
Beliau turut memberi contoh, bagaimana di era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri yang menyaksikan pernah menang besar dalam PRU 2004.
Namun pada PRU 2008, BN kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat.
"Sepatutnya pengganti (Najib) memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak.
"Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi," katanya.
Beliau turut memberi peringatan kepada Najib bahawa mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.
- HARAKHDAILY 7/10/2014
Sumber HD - 7-10-2014

Tikar Terbang P Ramlee lwn Permaidani Ajaib
DALAM beberapa posting terbaru, kita berbincang dan berbahas isu-isu serius. Kali ini marilah kita bercerita mengenai sesuatu yang lebih ringan dan mungkin menghiburkan. Orang putih kata, comic relief.
Tapi sebelum itu, tolonglah ambil perhatian yang komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Dalam blog kita ini, pembahas WAJIB ada nama. Mama samaran dan nama pena pun tak apa. Angka pun boleh. Guna nama sendiri macam saya lagilah bagus.
Kita mulakan dengan menonton klip filem berikut oleh Allahyarham Seniman Negara, (Tan Sri) P Ramlee dari Youtube.
Daripada klip di atas, kita memperoleh ilmu dan panduan untuk mencari persamaan, teladan dan kesimpulan. Antaranya:-
1. Betapa asli (original) dan dalamnya pemikiran P Ramlee. Filem beliau dapat dengan kiasan dan sindiran membina. Dalam adegan di atas beliau menggantikan permaidani terbang dengan tikar mengkuang terbang.
2. Naik tikar dan permaidani ajaib lebih pantas daripada menunggang unta. Tetapi tikar dan permaidani ajaib hanya ada dan relevan dalam cerita P Ramlee dan hikayat Seribu Satu Malam saja. Dalam realiti, kita kena naik kapal terbang untuk perjalanan jauh dan pantas.
3. Arab berkhayal dan bersengketa. Barat mencipta dan membolot kuasa. Dunia Arab porak-peranda. Malang seribu kali malang, banyak orang kita sangat taasub kepada Arab sampai sanggup jadi pengebom bunuh diri dan berbunuh-bunuhan sesama Muslim.
4. Ada seorang bekas profesor memberitahu saya, dalam sebuah kitab agama lama Johor disebutkan iaitu kalau masih dalam keraguan setelah membaca kitab itu, pergilah bertanya kepada Arab yang terdekat.
5. Selain menghias, permaidani ada banyak kegunaan luar jangkaan. Dalam hikayat Seribu Satu Malam (The Arabian Nights), permaidani ajaib boleh terbang.
6. Bila ada permaidani, ada pulalah pengguna, pengeluar, pengedar dan peniaga permaidani (carpet traders). Carpet traders pula ada perbagai jenis. Ada yang membekalkan permaidani kepada masjid dan surau. Cukup makan, jarang kaya dan sana sini buat pahala. Lazimnya Melayulah. Ada carpet traders kelas eksklusif. Mereka bekalkan permaidani kepada istana dan rumah orang ternama. Mereka berjaya dan kaya. Bank bagi pinjaman mudah puluhan juta. Kalau pintar atau putar-belit mereka turut mendapat pengaruh dan kuasa. Jadilah mereka carpet teaders with power.
7. Selain menjadi hiasan dan simbol status kepada pemiliknya, permaidani juga boleh dijadikan tempat menyembunyikan sampah dan debu seperti dalam pepatah Inggeris “sweeping under the carpet”.
8. Menggulung manusia dalam permaidani pun boleh seperti dalam legenda Cleopatra. Dia telah disembunyikan diri dalam gulungan permaidani untuk dibawa bertemu kekasihnya, Julius Caesar. Cleopatra berbuat begitu demi mengelak daripada dikesan dan dibunuh oleh musuh ketatnya iaitu abangnya Ptolemy.
9. Apabila Caesar pulang ke Rom dan dinobatkan sebagai maharaja (emperor), Cleopatra mengikutinya. Tetapi apabila Caeser dibubuh oleh Brutus and Cassius, Cleopatra cepat-cepat lari dari Rom dan kembali ke Mesir. Natijahnya, dalam politik dua beradik pun boleh jadi musuh ketat dan dalam cinta berahi, macam-macam tipu helah digunakan. Pastinya orang yang menolong menyeludup Cleopatra dalam gulungan permaidani dianugerahkan duit dan pangkat.
Elizabeth Taylor Sebagai Cleopatra |
10. Kemudian cerita mengenai kematian Khalifah Baghdad, al-Musta’sim pada tahun 1258. Apabila panglima tentera Mongol, Hulagu Khan, menawan Bahgdad dia dikisahkan telah membalut al-Musta’sim dalam permaidani dan mengarahkan kuda memijaknya sampai mati. Diriwayatkan yang Hulagu percaya kepada nujum. Nujum memberitahu beliau memancung al-Musta’sim boleh mencetuskan malapetaka seperti gempa bumi.
Lukisan Mongol Mengepung Baghdad 1258M |
11. Al-Musta’sim pula digambarkan sebagai seorang pemerintah yang lemah, berbolak-balik (vicillating), malas, suka meminum serbat dan di kelilingi pemuzik serta badut.
12. Akhir kalam, panduan berbomoh daripada seorang bekas setiausaha bahagian Umno dari Pantai Timur. Katanya banyak orang politik suka berbomoh. Ingat lagi cerita Mona Fandey-Mazlan Idris? Mazlan adalah ADUN BN Pahang.
13. Pesan beliau, sebelum meminta bomoh “mengunci” seseorang, pastikan bomoh itu tahu membukanya. Katanya, pernah berlaku si mangsa terkunci mati kerana si bomoh hanya belajar mengunci tetapi terlupa belajar membuka kunci.
Nota kaki: Blog ini tidak menggalakkan perbomohan dan sebarang kerja yang menyekutukan Allah.
Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.com
Sumber HD - 7-10-2014
Betul ke kata-kata ni?
Kerajaan BN memang menyusahkan rakyat dan bermewahan harta rakyat tanpa perancangan yang betul.
Kenaikan minyak akan menyebabkan impak kepada barangan lain sebab semuanya bergantung kepada minyak.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 3-10-2014
Inilah padahnya bila anak bangsawan jadi PM
Sejak malam tadi apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter, bukan saja stesen minyak dibanjiri dengan kenderaan, malah laman sosial juga sarat dengan kecaman terhadap keputusan yang dianggap tidak bijak dan membebankan rakyat itu.
Dengan mengumumkan kenaikan itu hanya tiga hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha yang pastinya akan melonjakkan peningkatan harga barang-barang keperluan serta menambah lagi jumlah perbelanjaan, kerajaan berslogankan mendahulukan rakyat pimpinan Najib Razak seakan-akan sudah tersasar jauh daripada apa yang selalu mereka laungkan.
Bukan saja kenaikan itu yang dipertikaikan kerana beberapa laporan media antarabangsa menyebut harga minyak dunia sedang menurun ketika ini tetapi juga masa kenaikan itu yang hanya tiga hari sebelum sambutan Hari Raya Korban turut dianggap tidak sesuai sama-sekali.
Apakah kerajaan tidak prihatin lagi kepada rakyat? Kenapakah kerajaan tidak boleh menunggu seminggu dua lagi untuk mengumumkan kenaikan itu?
Di media sosial, ramai yang meluahkan kemarahan mereka. Bulan saja penggiat media sosial pro pembangkang yang mengambil kesempatan ini untuk membelasah lagi kepimpinan Najib Razak, malah ramai juga yang pro kerajaan turut meluahkan perasaan yang sama. Semua mereka berpendapat kenaikan itu tidak wajar, selain masanya juga tidak sesuai.
Terdapat juga yang menyindir Najib dan kerajaan berikutan kenaikan itu seperti memberi petua menjimatkan minyak kereta dan bagaimana untuk memastikan penanda minyak sentiasa di garisan F yang dibuat dalam bentuk lawak jenaka. Ada pula yang mentafsirkan BR1M 2.0 dengan maksud "Beratur Ramai-ramai Isi Minyak 20 sen".
Yang memerli Najib dan kerajaan dengan mengucapkan terima kasih dan tahniah juga ramai atas tindakan menaikkan harga minyak, antaranya ialah bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin.
Ustas Kazim Elias, penceramah agama yang sebelum ini menolak lantikan sebagai Ahli MT UMNO oleh Najib adalah antara yang paling awal meluahkan perasaan tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ini serta meminta kerajaan mengkajinya semula atas dasar prihatin terhadap rakyat yang berpendapatan rendah.
Di kalangan pemimpin kerajaan pula, walaupun media sosial seharusnya menjadi medium mendekatkan interaksi antara pemimpin dengan rakyat, tetapi kenaikan harga minyak malam tadi telah menyebabkan mereka senyap sunyi dan "tidur awal" lantaran mengelak untuk berhujah dengan kemarahan rakyat. Jelas bahawa tidak ramai pimpinan kerajaan yang berani mempertahankan tindakan kerajaan itu dan berhujah secara terbuka.
Hanya Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan yang tampil cuba merasionalkan kemarahan rakyat dengan menulis di twitternya "Ron95 sebenar pasaran RM2.58 seliter. Harga di Malaysia RM2.30. Subsidi kerajaan 28 sen seliter. Diesel sebenar 2.52. Msia 2.20. Subsidi 32 sen. Tq."
Namun sebenarnya bukan harga pasaran minyak dan jumlah subsidi yang diberikan kerajaan atau jumlah RM2 billion subsidi yang diperuntukkan kerajaan yang menjadi isu dan boleh meredakan suhu marah rakyat, tetapi hal paling besar ialah kenapakah Najib bersetuju dengan kenaikan yang dianggap tinggi dan dilakukan menjelang Hari Raya Korban pula?
Apakah kerajaan sudah kekeringan kantung kewangannya sehingga tidak sabar-sabar mahu mengurangkan subsidi rakyat? Kalau kerajaan kekurangan wang yang memberi erti prestasi ekonomi tidak membersangkan, bagaimana pula diumumkan baru-baru ini ekonomi negara berkembang sebanyak 6.4 peratus?
Logiknya jika ekonomi makin berkembang yang tentunya diikuti dengan bertambah kukuhnya kewangan negara, tentulah kerajaan tidak begitu terdesak memotong subsidi untuk rakyat bawahan.
Walaupun ada yang meletakkan punca kenaikan ini berdasarkan saranan Pemandu yang dipimpin oleh Idris Jala, kata putus membenarkan kenaikan itu tetap di tangan Najib Razak selaku Perdana Menteri. Hanya jika Najib bersertuju dengan kenaikan yang dicadangkan itu, barulah ia akan dinaikkan.
Menaikkan harga minyak dan mengurangkan subsidi rakyat bukanlah kali pertama dilakukan Najib. Ia sudah banyak kali dilakukan sebelum ini. Alasan klise yang selalu diberikan ialah untuk meningkatkan daya saing rakyat dan memberi ruang ekonomi berkembang dengan lebih baik.
Tetapi memotong subsidi yang menyebabkan harga minyak naik tanpa angin dan tanpa ribut serta menjelang musim perayaan bagi umat Islam bukan saja tidak meningkatkan daya saing dan perkembangan ekonomi, bahkan tidak lain adalah manifestasi wajah dan warna hati sebenar Najib sebagai anak bangsawan yang tidak memahami derita dan kesusahan rakyat terbanyak di negara ini.
Sementara beliau dan keluarga teus bermewah dengan pelbagai kemudahan yang ditanggung rakyat melalui cukai rakyat, sedikit demi sedikit rakyat disengsarakan dengan pelbagai beban dan kenaikan yang dipaksakan. Sebagai anak bekas Perdana Menteri yang sejak lahir dilimpahi kemewahan, bukan saja kesusahan tidak pernah dirasainya, pemahaman mengenai erti derita dan kemiskinan juga tidak sama dengan mereka yang pernah mengalaminya.
Setelah enam tahun berlalu, kesilapan memilih anak bangsawan sebagai Perdana Menteri nyata makin ketara. Negara tidak harus mengulangi lagi kesilapan ini. Anak, cucu atau menantu Perdana Menteri tidak seharusnya lagi diberi ruang memimpin negara ini jika kehidupan rakyat bawahan dan marhaen ingin benar-benar difahami, diperjuangkan dan dibela.
Sumber HD - 2-10-2014

Selagi Mahathir kritik Najib, berlaku sesuatu di luar jangka?
KUALA LUMPUR: Sejak Tun Mahathir Mohamad mengumumkan sikapnya tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam masa yang sama telah wujud beberapa kumpulan dalam Umno yang bertujuan mahu membawa sikap dan pendirian bekas Perdana Menteri itu ke arah yang lebih jauh.
Hujah mahu Perdana Menteri berundur ialah selagi Najib memimpin parti dan kerajaan, peluang Umno dan BN ditumbangkan dalam pilihan raya umum nanti lebih mudah lagi kerana beliau dianggap terlalu lemah dan banyak isu peribadi yang boleh dimanipulasi oleh pembangkang, tulis Shahbudin Husin.
Menurutnya, Mahathir sendiri dalam pertemuan dengan sekumpulan NGO baru-baru ini turut membangkitkan kebimbangan mengenai kehilangan kuasa itu jika Najib terus berkuasa lagi.
"Ini secara umumnya memberi gambaran bahawa teguran dan kritikan itu adalah bertujuan memastikan Umno dan BN terus berkuasa melalui sama ada Najib dipaksa berubah atau diubah kedudukannya," tulis Shahbudin menerusi blognya semalam.
Bagaimanapun, baginya Najib bukan saja dilihat kebal kerana sokongan pemimpin Umno masih kukuh terhadapnya, banyak juga kesimpulan yang mengatakan sebahagian kekuatan Najib terletak kepada peranan isterinya.
Namun begitu, sejauh mana Rosmah memainkan peranannya tidak pula dijelaskan tetapi daripada suara-suara yang kedengaran beliau juga ada pengaruh.
Justeru, macam-macam kebarangkalian selagi Mahathir terus bersuara dan mengkritik Najib dan tidak mustahil sesuatu yang di luar jangkaan akan berlaku.
Sumber HD - 30-9-2014

Semua pihak perlu akur pilihan Sultan Selangor - Tun M
PUTRAJAYA: Semua pihak harus akur dengan pemilihan calon Menteri Besar Selangor yang baharu oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengelak krisis politik berpanjangan di negeri itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Beliau berkata pemilihan Sultan Selangor perlu diterima semua pihak terutamanya Pakatan Rakyat ekoran kegagalan mereka mengemukakan calon tunggal Menteri Besar Selangor yang disokong oleh semua.
"Mereka tidak dapat membuat kata putus bersama untuk mengemukakan satu calon... sebab itu Sultan meminta dua tiga calon dan terpulang pada Sultan untuk memilih sesiapa dan saya harap semua pihak akan bersetuju," katanya.
Dr Mahathir berkata sekiranya terdapat usul tiada kepercayaan dibawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri Rakyat yang menyebabkan Menteri Besar yang dipilih itu 'jatuh', ia hanya memanjangkan masalah di negeri itu.
"Berpanjangan masalahnya dan lebih baik mereka sokong siapa yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar," katanya kepada media selepas melancarkan projek pembangunan bercampur Shapadu Putrajaya Haven di sini, hari ini.
Ditanya adakah pemilihan Menteri Besar oleh Sultan Selangor menunjukkan pencabulan demokrasi dalam Parlimen, Dr Mahathir berkata:
"Demokrasi adalah mengikut suara ramai, kali ini tiada suara ramai jadi terpaksa pihak seperti
presiden membuat keputusan.
"Kalau ada satu calon yang disokong penuh oleh semua, maka tidak ada kemungkinan usul tiada kepercayaan, malah satu nama dah cukup," katanya.
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diadakan esok di Istana Alam Shah, Klang.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata nama menteri besar yang baharu bakal diumumkan hari ini bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin. – HARAKAHDAILY 22/9/2014
Sumber HD - 22-9-2014

Mengapa marah bila Mahathir kata Melayu malas?
KUALA LUMPUR: "Dan mengapakah kita harus marah dan kecil hati apabila (Tun) Dr Mahathir Mohamad berkata, the Malays are lazy?" tanya tokoh wartawan, Datuk A Kadir menerusi blognya.
Baginya, tidak semua Melayu malas, itu pasti.
Katanya, ramai Melayu yang rajin, tekun dan cemerlang, diberi tongkat mereka ubah jadi dayung dan tiang.
Tambahnya, ramai Melayu, umpama kata Hang Tuah, tidak hilang di dunia.
Mereka, ujar beliau mencipta nama dan hidup senang di merata dunia.
"Tetapi ada juga Melayu yang merempat di negara sendiri. Diberi benih, benih mereka makan. Diberi baja subsidi, baja mereka jual untuk berjudi dan berjoli," katanya.
Menurutnya, hutang keliling pinggang beli Honda, Yamaha dan Suzuki kemudian jadi Mat Rempit berlumba haram sampai mati.
"Jadi saya sekali lagi bertanya, Melayu yang macam mana hendak kita perkasa ekonominya?
"Yang memerintah Melayu. Yang berdakwah, berceramah dan bermuhasabah Melayu. Yang ramai jadi polis, kastam, guru dan imigresen pun macam Melayu," tulis beliau lagi.
Tambah beliau lagi, yang ramai kena tangkap rasuah dan menipu pun Melayu.
"Melayu terima rasuah masuk penjara. Cina dan India yang bagi rasuah tidak jadi apa-apa. Kalau adapun sekerat dua," katanya.
A Kadir turut memetik pantun lama kegemarannya.
Pergi memburu di padang datar
Dapat rusa belang kaki
Kalau berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Versi moden yang mampu saya ilhamkan.
Pergi memburu di padang datar
Dapat rusa belang kaki
Kalau guru kurang ajar
Tentulah murid lebih lagi.
"Apabila guru sanggup bocorkan kertas peperiksaan dan buat bermacam-macam dosa dan angkara, bagaimanakah kita hendak mengajar anak-anak kita agar tekun dan berwibawa?" tanya beliau.
Guru kencing berdiri
Murid kencing berlari.
Serangkap daripada sajak “Melayu” oleh Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang:
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan.
Sumber HD - 15-9-2014

Debat bukan budaya kita, Najib bohong rupanya
Debat bukan budaya kita?.. Najib bohong rupanya, Ahli MT UMNO sahkan!
DULU... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat.
Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.
"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.
Baca di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 14-9-2014
Saya masih tak sokong Najib, kata Mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau masih tidak menyokong Datuk Seri Najib Razak selepas beliau membuat pengumuman menarik sokongan terhadap perdana menteri itu bulan lalu.
"Saya masih tidak sokong dia (Najib), " katanya dipetik Astro Awani ketika ditanya pemberita tentang perhubungannya dengan Najib ketika ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku '#WahaiMelayu' karya Anas Zubedy, semalam.
Sebelum ini, media melaporkan beliau sebagai berkata akan meletak jawatan jika menjadi perdana menteri pada hari ini.
Kenyataan itu dilihat sebagai sindiran sinis yang ditujukan kepada Najib selepas beberapa penulisan di blog beliau yang tegas mengkritik Najib sebagai lemah.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan perwakilan Umno di peringkat bahagian mencontohi beliau agar berani mengkritik pemimpin yang tidak melakukan perkara yang betul.
"Kadang-kadang pemimpin perlu dikritik. Dalam bahasa Melayu kita panggil menegur.
"Apabila ada seseorang melakukan melakukan sesuatu yang anda fikir tsalah, anda perlu mempunyai hak untuk menyatakan ia bersalah," katanya.
- HARAKAHDAILY 12/9/2014
Sumber HD - 12-9-2014

Dr Mahathir serang Najib lagi, kali ini isu 1MDB
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terus mempersoal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, dan kali ini berhubung dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam tulisan terbaru di blog beliau, Mahathir berkata dana 1MDB ini berlagak sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan Negara.
Sedangkan kata beliau, hakikat sebanar duit untuk 1MDB adalah hutang dan bukan dari lebihan kewangan negara.
Sebenarnya kata beliau, perbelanjaan Kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas yang menyebabkan bajet negara menghadapi defisit, bukan lebihan.
"Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi.
"Hutang oleh Negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah Negara yang mengalami defisit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini," kata beliau.
Beliau juga menegur supaya pengurusan kewangan Negara perlu ikuti aturan peraturan dan diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat.
"Memang saya tidak perhati betul-betul tetapi saya tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek," katanya.
Tulisan belaiu itu sebagai mengulas tulisan bekas Ketua Menteri Sabah Saleh Said Keruak yang berpendapat bahawa 1MDB ialah untuk bantuan dalam bidang pelajaran.
Bagaimanapun Mahathir berkata beliau tidak tahu kegunaan wang 1MDB untuk pelajaran.
"Yang saya tahu 1MDB diguna untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah power plant di Negeri Sembilan.
"Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari 4 billion Ringgit," katanya.
Berhubung bantuan pelajaran katanya, sejak dahulu lagi kerajaan telah peruntukkan hampir 25 peratus dari bajet untuk pelajaran dan kerajaan tidak pernah hutang untuk maksud tersebut.
- HARAKAHDAILY 11/9/2014
Sumber HD - 11-9-2014

Mencari roh yang hilang, roh siapa?
Pemuda Ini Mencari Roh Yang Telah Hilang. Roh Siapa???
Makan dalam perkataan yang tertera kat baju pemuda nih. Roh UMNO memang dah hilang lama dah sebab itulah orang-orang lama dalam UMNO ramai yang beranggapan UMNO sekarang tidak seperti UMNO yang dulu.
UMNO zaman ini lebih mementingkan diri sendiri, pangkat atau jawatan. Rakyat letak nombor dua, yang penting periuk nasi sendiri diutamakan.
Rasuah menjadi amalan dalam pentadbiran, bukan aku cakap perwakilan dan Mahathir sendiri sahkan memang rasuah dalam UMNO wujud. Jadi fikirlah sendiri makna tersirat kembalikan roh UMNO itu.
Sumber HD - 31-8-2014
Teguran: Najib tidak tolak mungkin jumpa Mahathir
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak tidak menolak kemungkinan mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung teguran bekas perdana menteri itu terhadap pentadbirannya.
"Apapun segala kemungkinan akan berlaku...harap ia berkesudahan dalam keadaan yang baik untuk Umno keseluruhannya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini.
Najib yang juga Presiden Umno berkata demikian semasa menjawab pertanyaan sama ada beliau akan menemui Dr Mahathir, yang menegur dasar pentadbiran beliau menerusi blog www.chedet.cc, baru-baru ini.
Antara isu yang dibangkit bekas perdana menteri Malaysia paling lama itu ialah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menyifatkan teguran itu sebagai masalah dalaman Umno, Najib berharap ia dapat diuruskan dan ditangani dengan sebaik-baiknya.
Najib berkata kenyataan beberapa pemimpin Umno berhubung teguran Dr Mahathir sebelum ini, juga menunjukkan mereka memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan sedia ada.
"Tapi, dalam masa sama, kita hormati Tun Mahathir sebagai pemimpin yang lebih berpengalaman," katanya. - Bernama
Sumber HD - 29-8-2014

Kata kat Najib, anak sendiri lagi lebih
EDISI KATA DULANG PAKU SERPIH .. KATA KAT NAJIB ANAK SENDIRI LAGI LEBIH.
Bukan berniat dan bertujuan nak pertahankan Najib tetapi sekadar nak dedahkan sifat kuman seberang lautan nampak .. ikan paus tersangkut di kelopak mata langsung buta buat-buat tak nampak.
Kalau nak bersuara dan memberikan pandangan atas kapisiti bekas negarawan untuk beri nasihat amat-amat dialukan ... malahan apa yang diperkatakan ini memang benar, tepat lagi sahih, tetapi kena nasihat anak kandung sendiri dulu agar boleh dijadikan contoh teladan untuk diikuti dan barulah rakyat percayai apa yang terhambur dari mulut itu gred ikhlas bukannya sekadar mengkritik.
Kritik pedas Najib boros, yang anak sendiri sebagai MB Kedah buat ubah suai rumah dan tanam pokok kurma sebagai bahan lanskap sampai RM4.3 juta apa ceritanya????
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 29-8-2014
Najib vs Mahathir: Khairy sokong siapa?
PERTENGAHAN September ini lebih ramai pemimpin akar umbi dan pertengahan dijangka akan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad memastikan gelombang menurunkan Presiden, Dato' Seri Najib Tun Razak yang lemah bakal menjadi realiti.
Meskipun Dr Mahathir menyebut bahawa kritikannya itu bukan untuk menjatuhkan Najib, sebaliknya di peringkat akar umbi dan kepimpinan pertengahan merasakan mereka tidak lagi selesa dengan kelibat Najib yang dikuasai Datin Seri Rosmah Mansor.
"Kalau setakat hal pentadbiran sedikit mencampuri ia tidak datang kesan, tetapi hal pentadbiran Umno dan negara habis semuanya boleh dikatakan ada campur tangan yang menyebabkan Najib semakin lemah," kata sumber itu yang bergiat aktif dalam mempropagandakan pemikiran ahli untuk bangkit mengkritik kepimpinan Najib.
Dalam satu blog pro-Mahathir pula menyebut, "Sudah acap kali kita mendengar teguran Mahathir sejak pemerintahan Najib.
"Najib kelihatan seperti tidak sedar diri, dirinya seolah-olah terlalu sibuk mengejar glamour. Apa sahaja teguran kepada Najib langsung tak diendah, malahan kelihatan juga kaki pengampu akan bersedia mempertahankan Najib," katanya.
"Mungkin juga sudah dibayar, maklumlah siapa yang menjadi Menteri Kewangan? Najib, dia boleh menggunakan saluran wang untuk mengekalkan kedudukannya seperti mana kita lihat apa yang terjadi kepada calon-calon yang bertanding dalam perebutan kerusi tertinggi Umno yang lepas," kata blog darah-satria.blogspot.com dipetik.
Sementara ramai dalam kalangan kepimpinan anak muda di bahagian dan negeri mula menyatakan rasa tidak selesa mereka dengan sikap Najib dalam mentadbir parti.
"Cuma saya tak tahulah dalam hal ini Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin duduk di posisi mana, sebab tak nampak lagi dia mengulas dalam isu Najib-Mahathir ini.
"Yang mungkin boleh saya katakan adalah, Khairy juga ada persepsi lain terhadap Tun Mahathir sebab bekas Perdana Menteri itu pernah jadikan beliau sasaran ketika menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi," kata Razman yang juga aktivis pemuda di peringkat bahagian di Negeri Sembilan.
Khairy mempunyai sejarah hitam dengan Dr Mahathir apabila bekas Presiden Umno itu menjadikan beliau sasaran dalam krisis tahun 2007 hingga 2009.
Khairy yang dilabel sebagai budak 'tingkat empat' oleh Mahathir yang mempengaruhi Abdullah dalam pemerintahan sepanjang tahun 2004 hingga 2009 dibalun seteruknya dan dikatakan menjadi antara punca Abdullah terpaksa melepaskan jawatan.
Kini Khairy dipilih Najib menganggotai kabinetnya selaku Menteri Belia dan Sukan selain Ketua Pemuda Umno yang mengalahkan Dato' Mukriz Mahathir.
Mukriz adalah satu-satunya aset yang ditinggalkan Mahathir untuk kelangsungan politiknya selepas bersara. Namun kelibat Mukhriz kurang mendapat sambutan daripada kalangan akar umbi.
Najib pula tidak peka dengan permasalahan akar umbi Umno yang kini semakin meradang apabila pelbagai projek pembangunan katanya disusun rapi oleh orang-orang keliling Rosmah.
Isu kaitan antara usahawan karpet, Deepak Jaikishen dengan Rosmah sedikit sebanyak memberi gambaran buruk kepada ahli bagaimana isteri Perdana Menteri itu dilihat memberi imej negatif kepada parti.
Terdapat desakan di peringkat bawah agar kepimpinan yang ada hari ini direformasikan, namun Najib sendiri sedang mencatur langkah samada untuk memujuk semula bekas bossnya atau meneruskan gaya pentadbiran lemah yang ada.
Episod perang Mahathir-Najib ini baru bermula, sama ada Khairy akan menjadi penyerang di pihak Najib atau 'swtich game' untuk bersama bahtera Mahathir, beliau orang politik yang pastinya licik melihat percaturan dalaman.
Naiknya siapa sahaja untuk menggantikan Najib, pastinya Khairy tidak mahu lepas peluang bersama dengan saf kepimpinan baharu. – HARAKAHDAILY 27/8/2014
Sumber HD - 27-8-2014

Arak dalam MAS: Ikhlaskah Pemuda Umno?
GERAKAN Sokong Syariah (GESA) bersetuju dan memuji akhbar Sinar Harian Utara yang menyiarkan tajuk hadapannya berkaitan isu penerapa syariah dalam syarikat MAS.
Tajuk hadapan Sinar Harian Selasa 26 Ogos 2014 tertera “Henti Arak Tutup Arak” dan “Pemuda Umno minta MAS lakukan transformasi dengan terapkan elemen patuh syariah untuk tingkatkan imej penerbangan itu”.
Ini isu besar dan agenda besar semua pihak yang mengaku berjuang atas nama Islam dan syariat. Inilah obligasi yang perlu ditanggung di bahu masing-masing. Isu ini sebenarnya telah hangat dibahas sepanjang Ramadan yang lalu apabila kenyataan media Ustaz Tarmizi Sulaiman selaku Ketua Penerangan Dewan pemuda PAS Negeri Kedah dihentam dan dikritik teruk dalam Malaysiakini.
Hari ini Sinar Harian sekali lagi memetik kenyataan beliau iaitu “Menaiki pesawat MAS tidak membawa para penumpang merasai bahawa pesawat ini dikendalikan oleh sebuah negara yang saban tahun menganjurkan Musabaqah al-Quran malah menjadi johan saban tahun dalam hal taranum al-Quran”. (Malaysiakini 21 Ogos 2014)
Kenyataan beliau dikatakan tidak kena tempat dan dihentam dahsyat tanpa mengira parti. Beliau dikatakan tidak mengenal sensitiviti masyarakat walaupun beliau turut memuatkan beberapa kenyataan tokoh yang menolak arak dalam MAS seperti pandangan Dr Asri Zainul Abidin, Dr Ridwan Tee serta Allayarham Abdul Ghafar Ketua Pramugara MAS.
Kenyataan beliau kemudiannya dipopularkan juga oleh Siti Zailah Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang yang menegur sikap kerajaan yang masih membelakangkan syariat sehingga mengundang petaka dalam syarikat berkenaan.
Benarnya adalah, mengaitkan sesuatu bala dan bencana dengan akar ketuhanan dan akibat melanggar perintah Allah adalah suatu muhasabah yang paling besar disamping mententeramkan ahli keluarga mangsa.
Lihat sahaja apabila isu berkabung dan isu tafakur dihebahkan dan diwar-war kerajaan untuk mangsa MH17 sempena kepulangan jenazah, isu ini hanya ditegur oleh para ulama dan ustaz di kuliah-kuliah maghrib ada malam Jumaat sebelum berkabung diumumkan. Hal ini kerana jika mereka mengeluar kenyataan media dan vokal menegur kesalahan menteri yang tidak menjustifakasikan amalan berkabung menurut syariah pastilah mereka akan dihentam sepertimana Ustaz Tarmizi.
Pemuda Umno boleh dikira berani kerana menyuarakan hasrat menerap syariah di saat ramai pihak termasuk kaum Islam menolak atau meremehkan saranan tersebut. Penulis teringat beberapa komentar kaum Islam di Malaysiakini yang berkata jika ghairah sangat untuk inginkan syariat mengapa idak sahaja azan dan solat berjemaah sahaja dalam pesawat. Ramai juga mengatakan pihak parti tertentu bahawa Ustaz Tarmizi akan merosakkan negara jika memerintah kerana berfikiran kolot dan negetif.
Namun, harus diingatakan Pemuda Umno seharusnya sedar kuasa menerap syariah ada di tangan pemimpin Umno iaitu senior mereka sendiri. Mereka perlu sedar kelompok berkuasa dalam parti itulah yang mengekalkan suasana sekular dan langgar syariah dalam MAS hanya kerana ingin meraih pelanggan bukan Islam yang sebanrnya bukan semuanya kemarukkan alkohol dalam pesawat.
Perkara yang penting sepertimana isu hudud, mengeluar kenyataan media menerap syariah perlu ikhlas untu melaksana dan bukan sekadar menangguk isu untuk ‘keuntungan politik’ masing-masing sahaja. – HARAKAHDAILY 27/8/2014

Agaknya itulah yang Mahathir bising ketika ini
Dalam tempoh beberapa minggu lagi perintah panel arbitrasi London akan diputuskan, sama ada kerajaan Malaysia untuk sekian kalinya tewas dan di dalam kes ini Malaysia terpaksa membayar levi sebanyak lebih kurang RM2.12 bilion kepada kerajaan Singapura, ataupun keputusannya memihak kepada Malaysia agar levi yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ini kepada Khazanah Nasional tidak perlu ditunaikan.
Akar punca kepada isu ini ialah berkaitan bekas tanah milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, Singapura. KTM yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia telah diberi hak untuk mengurus sebidang tanah di Tanjong Pagar secara pajakan selama 999 tahun yang seluas 217 hektar melalui satu perjanjian yang telah dimeterai semenjak era kolonial British lagi.
Stesen keretapi ini menempatkan pusat kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kerajaan Malaysia, justeru menjadikan para pengguna perkhidmatan keretapi ini berada di dalam zon sempadan negara yang kabur, di mana lokasi stesen itu adalah wilayah Malaysia sedangkan secara fizikalnya dikelilingi oleh Singapura.
Di dalam perjanjian berkenaan, KTM tidak dibenarkan membangunkan wilayah anugerah tersebut, dan ianya hanya boleh digunakan untuk tujuan keretapi sahaja. Oleh yang demikian, Malaysia tidak dapat mengkormesialkan wilayahnya di Singapura ini kecuali syarat pajakan tersebut diubah dengan persetujuan Singapura.
Bagi mengatasi masalah persempadanan ini, pada tahun 1998 kerajaan Singapura telah menaiktaraf stesyen keretapi Woodlands sebagai pusat CIQ yang baru, dan seterusnya mendesak KTM supaya memindahkan operasi stesyennya ke Woodlands. Sehinggalah pada tahun 2010, melalui pendekatan ‘memberi dan menerima’, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memindahkan pengoperasian KTM ke Woodlands dan menyerahkan kembali stesyen keretapi Tanjong Pagar ini kepada Singapura bermula 1 Julai 2011.
Apabila operasi KTM berpindah ke Woodlands, secara automatik perjanjian yang telah dimeterai selama ini termansuh, dan kerajaan Singapura berjaya mengambil alih wilayah Malaysia ini melalui desakan undang-undang domestiknya yang bersifat kata dua kepada kerajaan Malaysia. Kerajaan Singapura sudah tentu setelah berjaya mengambil alih wilayah kabur seluas 217 hektar ini dari Malaysia, akan memajukannya dengan pelbagai lagi projek hartanah bernilai berbilion dolar.
Sebagai timbal balasnya, beberapa projek pembangunan telah dirangka untuk manfaat bersama kedua-dua negara yang mana termasuklah menubuhkan usahasama untuk membangunkan projek hartanah di empat bidang tanah di Marina South, dan dua bidang tanah lagi di Ophir Roche, dengan Malaysia mempunyai 60% pegangan saham dan Singapura pula sebanyak 40% pegangan saham. Dipercayai nilai hartanah projek usahasama ini sebenarnya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai semasa bekas tanah KTM di Tanjong Pagar jika ianya boleh dikomersialkan.
Namun kegagalan kerajaan Malaysia untuk memastikan tiada sekatan terhadap hak, untuk bagaimana Malaysia boleh memanfaatkan wilayahnya sendiri ketika memeterai perjanjian berkenaan, seharusnya menjadi pengajaran yang berguna kepada pemimpin generasi sekarang. Akan tetapi, mengapa pula di dalam terma rujukan JV ini tidak mengambil kira halangan-halangan dan muslihat terkemudian seperti levi yang menyusahkan ini? Kerajaan Malaysia berulangkali terpedaya dengan muslihat diplomatik Singapura.
Ketika Malaysia mempunyai hak yang sangat jelas untuk membina 'jambatan bengkok', keputusan ditarik semula hanya gara-gara kononnya menghormati perjanjian air 1961 dan 1962. Sedangkan Singapura dilihat dengan begitu mudah memperdayakan perjanjian pajakan 999 tahun tanah wilayah Malaysia dengan undang-undang domestik yang diperkenalkan.
Kerajaan Malaysia perlu menjadikan sejarah Thailand yang walaupun terlewat 23 tahun 'diperalatkan' oleh Singapura melalui MoU pertahanan yang dirangka sehingga membolehkan SAF secara unilateral menggunakan pangkalan udara dan ruang udara Thailand untuk kepentingan strategik Singapura di rantau Asia Tenggara ini, namun kesedaran untuk tidak selamanya dicaturkan oleh Singapura akhirnya membolehkan MoU yang tidak seimbang tersebut dinaiktarafkan supaya Thailand juga mendapat hak yang sewajarnya di dalam hubungan bilateral mereka bersama Singapura selepas ini.
Sesungguhnya sejarah telah merakamkan bahawa sesuatu transformasi hanya boleh direalitikan apabila sesebuah kerajaan mempunyai sang ketua yang berprinsip dan tegas. Pilihannya hanya dua, sang ketua berubah atau sang ketua diubah. Agaknya itulah yang Tun Dr. Mahathir bising-bisingkan ketika ini.
* Penulis merupakan calon PhD tahun akhir di bidang pengajian strategi dan keselamatan, UKM.
Sumber HD - 26-8-2014

Mahathir perlu keluar Umno sekali lagi...
Selain berpendapat polisi dan dasar Najib Razak banyak merosakkan hubungan kaum, ekonomi dan kewangan negara, teguran Mahathir Mohamad juga berkisar mengenai rasa rimasnya dengan terlalu banyak pengampu dan pembodek yang berada di sekeliling Perdana Menteri sekarang ini.
Dalam dua kisah dongeng zaman silam yang disebutkan Mahathir dalam tulisannya, jelas memperingatkan mengenai budaya ampu dan bodek yang disedari oleh banyak pihak berada di tahap melampau sekarang ini. Pembodek dan pengampu ini bukan saja dalam bentuk mengharapkan balasan seperti projek dan sebagainya tetapi ramai juga yang dibayar gaji semata-mata untuk berbuat demikian.
Apa yang disebutkan Mahathir itu bagaimanapun terbukti nyata akhirnya kerana bukan intipati teguran beliau yang mahu diambil-berat oleh pemimpin dan menteri UMNO, sebaliknya mereka berebut-rebut memuji dan menyanjung kehebatan Perdana Menteri dalam menguruskan negara sehingga diumpamakan lebih hebat daripada Barack Obama dan Vladimir Putin.
Meskipun budaya membodek pemimpin pada umumnya adalah amalan biasa, tetapi ramai yang merasakan budaya itu begitu berlebih-lebihan dan melampau ketika ini sehingga seolah-olah Najib tidak pernah melakukan kesalahan sama-sekali dalam menguruskan negara.
Lebih buruk lagi, isteri seorang Perdana Menteri yang tidak pernah begitu menonjol sebelum ini dan didapati melakukan beberapa pembaziran yang tidak sepatutnya, turut tiada yang berani memberikan teguran dan kritikan. Malah ramai yang memuji, menyanjung dan mencium tangannya apabila bersalam.
Dalam masa yang sama, Najib pula terus dengan sikap biasanya apabila menghadapi masalah. Beliau hanya diam, senyap dan tiada respon.
Sudah masuk hari kelima sejak Mahathir melontarkan taguran dan mengumumkan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri, sehingga ini Najib masih diam dan tiada respon. Tiada ulasan dan reaksi daripada seorang nakhoda apabila kapal yang dikemudinya sedang ditembak dan dalam keadaan terumbang-ambing.
Teguran Mahathir terhadap Najib sebenarnya bukanlah kali pertama. Ia sudah kerapkali dilakukan sebelum ini. Tetapi semua teguran dan kritikan itu berlalu begitu saja berikutan sikap Najib yang diam, senyap dan dan tiada respon serta mengharapkan ia dilupakan seiring dengan peredaran masa.
Apa yang pertama kali dilakukan Mahathir kepada Najib ialah menarik balik sokongannya. Sebelum ini, di sebalik kritikannya, beliau tetap menyokong Perdana Menteri dan hanya mahukan isu yang disebutkannya diberi perhatian atau tindakan saja.
Ketika era Pak Lah dahulu, Mahathir juga banyak memberi teguran atas beberapa kepincangan yang berlaku dan sehingga ke suatu peringkat, oleh kerana ia terus tidak diberi perhatian, beliau akhirnya mengumumkan keluar daripada UMNO untuk memberi lebih tekanan.
Kesannya, BN hilang majoriti dua pertiga dalam pilihanraya 2008 dan Pak Lah kemudiannya berundur daripada memimpin negara.
Walaupun Mahathir menyebut tegurannya bukan bertujuan memaksa Najib melepaskan jawatannya, sebaliknya hanya mahukan adanya perubahan tetapi kebarangkalian untuk Najib berubah juga sebenarnya sangat tipis. Kalau Najib mahu berubah, beliau sebenarnya sudah melakukannya sebaik keputusan PRU 13 dulu lagi. Dari segi ini, ramai yang mengatakan Najib memang lebih teruk daripada Pak Lah.
Najib bukan saja selesa dengan sokongan kukuh dari kalangan pimpinan UMNO bahagian-bahagian seluruh negara tetapi juga kerana tiada yang tampil menegur dasar serta polisi yang dilakukannya dalam mengurus negara. Setiap hari beliau hanya mendengar kata-kata pujian dan tiupan angin yang seolah-olah sedang membawanya ke syurga.
Oleh itu, teguran yang disertai penarikan balik sokongan Mahathir ini juga mungkin tidak mendatangkan kesan kepada perubahan yang diharap-harapkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Najib tentunya lebih menghargai pujian berbanding teguran. Satu-satunya tindakan yang boleh terus diambil untuk menekan dan membuatkan Najib segera memberi reaksi terhadap teguran dan kritikan serta cenderung untuk berubah ialah dengan Mahathir mengumumkan keluar UMNO sekali lagi.
Hanya tindakan keluar UMNO ini yang boleh membuatkan arus bawah dalam UMNO akan bergerak lebih laju dan sama-sama bangun menuntut perubahan. Sebelum ini, arus bawah yang bergelodak ini sering dilindungi oleh pemimpin di atas atau oleh pengampu dan pembodek sehingga berjaya menutup hakikat yang sebenarnya sedang berlaku serta memberi gambaran yang baik-baik kepada Najib.
Namun, dengan kesediaan Mahathir membuat tindakan drastik sekali lagi keluar UMNO, arus bawah ini akan lebih mengalir deras bersama-samanya. Lebih berkesan lagi, jika beberapa bekas pemimpin lama yang sekarang ini banyak meluahkan rasa tidak puas hati atas kepimpinan Najib yang disifatkan lembut dan lembik, turut mengambil tindakan yang sama.
Tidak kurang berkesannya juga jika Mukhriz, anak Mahathir yang menjadi Menteri Besar Kedah turut bersama-sama dengan perjuangan bapanya itu.
Sebagaimana yang disebutkan Mahathir bahawa beliau lebih sayangkan bangsa dan negara ini, keberaniannya sekali lagi keluar UMNO adalah pengorbanan ke arah itu. Jika tidak, tegurannya mungkin bagai angin lalu saja kerana Najib tidak terasa panas pun lantaran lebih banyak disejukkan oleh tukang-tukang kipas yang berada di sekelilingnya. (SH 21/08/2014)
Sumber HD - 21-8-2014

Mahathir tegur Najib, badai 2007-2009 bakal berulang
KRISIS menggantikan Menteri Besar Selangor masuk kepada fasa akhir, sama ada ianya bakal berakhir dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor atau sebaliknya Istana menerima cadangan Pakatan Rakyat menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Proses panjang yang berlarutan sejak pertengahan Ramadan, malahan sebelum ini bermula di Langkah Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nampak seakan sudah sampai ke hujungnya.
Biar apapun yang berlaku, Pakatan Rakyat kembali duduk dalam saf yang mulai stabil untuk berdepan Umno-BN yang sebelum ini cukup seronok meneropong sebarang percaturan di Selangor.
Harapan mereka adalah perlunya Pakatan Rakyat berpecah. Tidak sampai hajat itu, kini rumah tangga Umno pula berantakan. Tun Dr Mahathir Mohamed melayangkan semula serangan terhadap Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Sambil menyifatkan pentadbiran Najib sebagai terlalu berlembut, kritikan Mahathir dengan pantas disahut pihak yang tidak sebulu dengan Najib.
Antaranya Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshee mempertahan kenyataan Mahathir dan menyokong teguran ikhlas itu.
Lebih teruk daripada Abdullah
Mahathir dalam satu tulisan di blognya menyebut bahawa beliau menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.
Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan ?dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan? berbanding pendahulunya itu.
"Harapan saya Datuk Seri Najib akan mengambil ikhtiar dari prestasinya yang buruk dalam pilihan raya umum ke-13," katanya.
"Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Datuk Seri Najib."
Justeru, Mahathir berkata, beliau tiada pilihan selain menarik balik sokongan dan menegur pemimpin itu.
Mahathir antaranya mengkritik tindakan Najib 'melayan tuntutan musuh' dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bersikap rendah diri kepada negara jiran serta memberikan layanan tidak saksama terhadap kaum dan parti yang menyelamatkan kerajaan.
Bekas perdana menteri juga mengkritik penggunaan wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan dalam pilihan raya, pengabaian industri tempatan, pertambahan cuti dan kenaikan gaji minimum.
Bagi Mahathir banyak dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
Mahathir sendiri sanggup menerima kesan akibat menegur pemimpin nombor satu negara itu.
Melihat pekembangan ini, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berpendirian bahawa setelah Najib gagal pecahkan PAS daripada Pakatan Rakyat dengan menggunakan proksi-proksinya maka Najib terpaksa berdepan dengan percahan dalaman Umno.
Mahathir akan heret 'pertembungan' hingga berjaya
Dalam banyak pertembungan (dalaman Umno) yang membabitkan bekas Presiden Umno itu, secara umumnya Mahathir akan menang dan dalaman Umno berpecah.
Lihat sahaja semasa Mahathir menyerang Abdullah Ahmad Badawi berikutan kerajaan ketika itu terlalu dikuasai oleh pentadbiran 'tingkat 4', Mahathir menggunakan semua saluran pengaruhnya bagi memastikan Abdullah 'rebah'.
Satu persatu isu membabitkan pentadbiran lemah Abdullah didedah Mahathir dan hingga menyebut bahawa tiada Perdana Menteri selemah Abdullah.Kritikan menjurus kepada menantunya, Khairy Jamaluddin yang kini menerajui Menteri Belia dan Sukan.
Kini Mahathir membuka gelanggang baharu dengan menyifatkan pula Najib lebih lemah daripada Abdullah, maka bagi Suhaizan anak muda sendiri melihat bahawa masa depan Najib cukup suram.
Dalam keadaan ini pastinya Najib serba salah antara mengikut kata Mahathir atau melaksanakan dasar transformasinya yang mengundang kritikan bekas Perdana Menteri itu (Mahathir).
"Selepas ujian berat di negeri Selangor Pakatan Rakyat akan lebih kuat. Lebih kuat berbanding sebelum ini. Kekuatan pakatan ini bakal merempuh Najib," kata Suhaizan.
Dalam keadaan sekarang, Najib sebenarnya cukup tertekan. Jangka masa tiga tahun kehadapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 cukup singkat baginya.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sudah tidak menjadi umpan untuk rakyat, masyarakat Cina kekal marah pada Najib dan Umno, masyarakat Melayu semakin tidak tahan dengan kenaikkan harga barang, masalah negara terlalu banyak.
Dengan tekanan Mahathir yang semakin kuat terhadap Najib, maka bila-bila masa sahaja Najib boleh diserang secara dalaman mahupun luaran oleh musuh Umno dan anggota Umno sendiri.
Keupayaan Mahathir menghadirkan gelombang dan badai menentang seperti pada tahun 2007 hingga 2009 yang menyebabkan Abdullah jatuh boleh berulang kembali.
Anak muda kembali minat dan akan sentiasa memerhati perkembangan ini selepas berantakan sebentar di Selangor hampir ke penghujungnya. Mahathir memulakan langkah, pastinya beliau akan terus memacu langkah hingga Najib kelemasan. - HARAKAHDAILY 21/8/2014

Mahathir tegur, bagaimana jika Najib tak mahu berubah
KUALA LUMPUR: Jika diperhalusi apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamnad ialah beliau hanya mahukan Datuk Seri Najib Razak berubah.
Beliau tidak mungkin ada maksud lain kerana tiada apa-apa lagi yang kurang dalam hidupnya, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, walaupun semua musuh-musuh politik Mahathir sebelum ini berakhir dengan penyingkiran atau perletakan jawatan, dalam usia mencecah 90 tahun ini beliau barangkali juga sudah letih dengan agenda menamatkan karier seseorang yang tidak sehaluan dengannya.
"Agenda beliau kali ini hanyalah mahukan Najib berubah, keadaan negara menjadi lebih baik dan BN terus memerintah negara ini.
"Soalnya, mahukah Najib berubah?" tanya beliau.
Tulisan penuh seperti di bawah.
Tulisan Mahathir di blognya yang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak dan mengumumkan penarikan balik sokongan yang diberikannya selama ini, pasti akan mencetuskan krisis baru dalam UMNO. Setelah PR berjaya menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor baru-baru ini, virus perpecahan nampaknya merebak kepada UMNO pula.
Susulan pendirian terbarunya itu, Mahathir malam tadi menjelaskan, apa yang dilakukannya kini bukanlah bertujuan mahu memaksa Najib meletakkan jawatan, sebaliknya hanya kerana tidak bersetuju dengan beberapa polisi kerajaan yang tidak menguntungkan negara yang dilakukan Perdana Menteri.
"Ini juga bukan isu peribadi. Apa yang dilakukan Najib tidak memanfatkan negara...ketegangan kaum dan agama meningkat dan orang tidak lagi hormat kepada Perlembagaan negara.
"Beliau terlalu lembut dengan semua orang, kadangkala tidak respons, senyap...ada masalah tapi tidak mengambil tindakan," demikian Mahathir menghuraikan pendiriannya.
Jika diperhalusi apa yang dilakukan Mahathir ini ialah beliau hanya mahukan Najib berubah. Beliau tidak mungkin ada maksud lain kerana tiada apa-apa lagi yang kurang dalam hidupnya. Walaupun semua musuh-musuh politiknya sebelum ini berakhir dengan penyingkiran atau perletakan jawatan, dalam usia mencecah 90 tahun ini beliau barangkali juga sudah letih dengan agenda menamatkan karier seseorang yang tidak sehaluan dengannya.
Agenda beliau kali ini hanyalah mahukan Najib berubah, keadaan negara menjadi lebih baik dan BN terus memerintah negara ini.
Soalnya, mahukah Najib berubah?
Dan bagaimana pula kalau Najib tidak mahu berubah?
Sejak dari awal mengambil alih tampuk kerajaan pada 2009, perkataan berubah adalah sering menjadi basahan mulut Najib. Beliau selalu memperingatkan agar semua peringkat UMNO segera berubah, jika tidak mahu rebah. Malangnya dalam banyak tindakan yang dilakukannya, perubahan yang diharapkan terlalu minima. Malah Najib juga banyak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh Abdullah Badawi.
Meskipun keputusan pilihanraya 2013 menyaksikan reputasi BN lebih teruk daripada 2008, Najib terlihat kukuh dalam persada UMNO berikutan beliau pandai menjaga Ketua-Ketua UMNO bahagian seramai 191 orang dengan tawaran jawatan, kedudukan dan projek. Sebab itu, tidak hairan Najib mempunyai kabinet paling besar, puluhan penasihat bertaraf menteri daripada kalangan pimpinan UMNO, manakala selebihnya diberikan kedudukan dalam agensi, GLC dan sebagainya.
Teguran kepada Najib pada umumnya boleh didengar di mana-mana selain daripada kelompok pemegang jawatan utama dalam UMNO bahagian-bahagian. Mahathir, Daim dan lain-lain bekas pimpinan juga turut banyak memberi teguran tetapi oleh kerana Najib beranggapan semua teguran itu tidak mampu menggugat kedudukannya yang sudah dibentengi oleh lebih 80 peratus daripada 191 Ketua-Ketua UMNO bahagian itu, semua teguran itu tidak pernah dipedulikannya.
Barangkali bagi Najib, tegur dan kritiklah sebanyak mana pun, selagi majoriti Ketua-Ketua UMNO bahagian tidak berpaling tadah, beliau akan terus kekal berpejabat di Perdana Putra serta tidur lena di Seri Perdana.
Lantaran itu, kebarangkalian untuk Najib berubah sangat tipis sebenarnya. Najib lebih mementingkan idea-idea daripada puluhan penasihat, pegawai dan konsultan yang mengelilinginya daripada mendengar suara akar umbi yang mengkritik dan menjerit mengenai perubahan ke telinganya.
Banyak kali juga, atas kepercayaan yang sama, teguran, pandangan serta krtikan daripada Mahathir yang menyayanginya selama ini turut tidak diendahkan. Beliau hanya senyap, tiada respons dan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Sebenarnya, inilah masalah Najib.
Dengan keadaan ini dan Mahathir pula sudah mengumumkan akan terus menegur dan bersuara walaupun sehingga akhirnya beliau tinggal keseorangan, Najib akan berhadapan dengan dua musuh yang nyata ialah PR yang masih bernafsu tinggi untuk menumbangkan UMNO dan BN serta kumpulan Mahathir yang mungkin semakin membesar daripada masa ke semasa.
Jika hambatan PR terpaksa dihadapi secara politik dalam pilihanraya, cabaran Mahathir hanya boleh dilenturkan jika Najib sedia membuat pengakuan untuk berubah, tidak lagi lembut, cepat respons, pantas bertindak bila ada masalah dan yang tidak kurang pentingnya ialah lebih mendengar pandangan daripada bekas Perdana Menteri itu.
Kalau tidak, Najib terpaksa menahan hati dan telinga daripada mendengar teguran dan kritikan Mahathir dengan lebih kerap lagi. Meskipun Mahathir mengatakan tegurannya bukan untuk memaksa Najib meletakkan jawatan, tetapi kekerapan dan kelantangannya bersuara secara tidak langsung akan memberi kelebihan kepada Anwar dan PR dalam pilihanraya umum yang tidak sampai empat tahun daripada sekarang.
Andainya BN tewas dalam, tentulah yang lebih dipersalahkan ialah Najib kerana enggan untuk berubah walaupun sering diperingatkan untuk berbuat demikian.
Sebagaimana Mahathir tidak pernah tewas dalam menumbangkan musuh-musuh politiknya sebelum ini, kali ini pula beliau meletakkan beban yang lebih berat kepada Najib.
Najib tidak boleh diam lagi kali ini.
Sumber HD - 19-8-2014

Mahathir 'pukul' Najib tapi sindir MT Umno
KUALA LUMPUR: Kritikan terbuka Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya bukan sahaja kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) Umno secara keseluruhan.
Setiausaha Umno Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yasin, berkata seluruh MT Umno sewajarnya memahami bahawa kritikan tersebut sebenarnya ditujukan kepada mereka selaku pemutus dasar parti.
Ini kerana katanya, amalan dan dasar yang dipakai adalah 'parti menguasai kerajaan' dan MT Umno adalah badan penasihat kepada Najib.
"Dr Mahathir tak nak cakap (terus terang) sahaja sebenarnya. Kalau ikutkan, dia nak cakap suruh MT Umno berhenti sahaja lah.
"MT tidak berfungsi. Najib tak pernah ditegur oleh MT. Ramai orang berkepentingan di dalamnya dan takut untuk menegur Najib," kata beliau kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Mahathir terhadap Najib melalui blognya semalam.
Dalam tulisan itu Mahathir menyatakan beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan Najib kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau juga berkata, terpaksa terus menegur Najib kerana tidak ada pemimpin yang berani menegur Perdana Menteri itu.
"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.
"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima," kata beliau dalam blognya chedet.cc.
Feudal dalam Umno
Mengulas lanjut, Zaharin yang pernah dipecat keahlian dua kali dari Umno berkata, budaya feudal masih kuat dalam Umno dan ianya menjadi faktor mengapa orang bawah takut untuk menegur pemimpin atasan.
"Ini budaya dalam Umno, tak boleh lawan bos. Kalau tegur, kena tulah jadi derhaka, tak dapat projek.
"Ini mentaliti feudal bersubsidi yang bukan bukan sahaja sebati malah sudah berdaki dalam Umno.
"Saya berusaha untuk buang tapi tidak berjaya. Dua kali saya buat (tegur), hasilnya saya dipecat," katanya.
Beliau pernah dipecat pada 1996 ketika zaman Mahathir yang kemudian diterima semula pada 1998.
Ketika Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau sekali lagi dipecat pada tahun 2006 dan kemudian diterima semula pada 2009 selepas Najib menjadi Presiden Umno.
Beliau juga aktif menulis isu politik tanah air, dan mengkritik pedas dasar kerajaan di blog beliau zaharinmy.blogspot.com dengan nama pena 'Sang Kelembai'.
- HARAKAHDAILY 19/8/2014

Perlukah Najib lepas jawatan kerana teguran Mahathir?
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan yang beliau tidak menyuruh Datuk Seri Najib Razak berhenti, hanya tidak bersetuju dengan dasar-dasar Najib yang tidak memberikan keuntungan dan kebaikan kepada negara.
Justeru, bagi Aspan Alias semalam beliau menulis tentang kelemahan tindakan Mahathir sambil menyatakan yang jika Najib diberhentikan, siapa yang ada untuk menggantikan Najib dalam pemikiran dan pandangan bekas Perdana Menteri itu.
"Saya juga menulis yang selama ini semua pilihan Dr Mahathir itu akan akhirnya dipersalahkan oleh beliau sendiri," tulis beliau di dalam blognya hari ini.
Menurutnya, beliau menyebut itu kerana itu adalah hakikatnya, tetapi kenyataan yang Mahathir buat untuk menarik balik sokongan terhadap Najib itu tidak pula salah dan sememangnya Najib bertanggungjawab kerana beliau adalah failed leader kepada rakyat yang berbilang kaum ini.
"Saya menyebut itu dengan tujuan untuk kita memahami kenapa kita sentiasa disuakan dengan pemimpin yang tidak betul dan kena kepada kehendak rakyat dan negara.
"Hanya setelah kita memahaminya barulah kita mungkin dapat mencari penyelesaiannya yang baik supaya keadaan menyalahkan pilihan kita sendiri itu berulang lagi," tulisnya lagi.

Siapa calon Mahathir ganti Najib?
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat deklarasi yang beliau menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk terus memimpin negara ini.
"Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi," tulis Aspan Alias di dalam blognya, semalam.
Tambahnya, Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk performancesnya daripada Tun Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.
Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan Umno dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.
Bagi Aspan, untuk memilih gantian dengan cadangan Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihannya tidak pernah betul seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.
Sesudah itu, katanya Abdullah Badawi menjadi ‘pelapik’ Mahathir dan akhirnya pelapik ini juga menjadi sasaran beliau dan akhirnya pelapiknya itu berhenti dan bersara.
"Selepas Abdullah, beliau gunakan Muhyiddin untuk menaikkan Najib sehinggakan Muhyiddin berani untuk bersikap kurang ajar kepada Abdullah. Maka Najib jadilah Perdana Menteri," tambahnya.
Sekarang, katanya baru Mahathir sedar Najib lagi tidak berguna kepadanya dan juga kepada negara.
"Beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib, tetapi jika kali ini kita mendengar cadangan siapa yang akan beliau mahukan untuk mengganti Najib, rakyat mesti berfikir ratusan kali kerana mengikut apa yang kita alami dengan pilihan Dr Mahathir, siapa yang menjadi pilihan beliau akan menjadi pemimpin yang tidak berguna lagi," ujarnya lagi.
Pendeknya, tambah beliau siapa yang ditunjuk oleh Mahathir sudah pasti pilihan yang salah.
"Itulah formula penting dalam pemilihan siapa yang hendak menggantikan Najib," tulis Aspan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 19/8/2014

Bukankah Najib pernah mengaku jumpa Saiful?
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 19-8-2014
'Saya hanya tegur Najib, bukan suruh letak jawatan'
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berniat meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, sebaliknya hanya memberi teguran terhadap Perdana Menteri dalam catatan terbaru dalam blognya.
"Saya tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, saya cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia.
"Ia (teguran) itu bukan bersifat peribadi. Orang lain tak tegur dia, jadi saya tegur la," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia (IEIJS-UUM) di sini semalam.
Bekas perdana menteri itu dalam catatan blognya hari ini berkata, beliau menegur pentadbiran Najib kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik belaka.
Katanya, hanya apabila ditegur sahaja pemimpin akan sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin memperbetulkannya.
Dr Mahathir berkata beliau menegur menerusi blognya kerana telah berulang kali menegur pentadbiran Najib tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.
Sementara itu, mengenai penubuhan IEIJS, Dr Mahathir berkata, ia dapat membantu memberi kefahaman dalam bentuk fakta akademik kepada orang Islam dan juga bukan Islam mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Palestin.
"Tidak banyak kajian fakta tentang Baitulmaqdis oleh ulama-ulama Islam.
Hasil penubuhan institut ini, saya berharap akan ada kefahaman yang lebih baik tentang apa jua yang berlaku di sana," katanya. - Bernama
MENEGUR

Teguran Mahathir kepada Najib sudah terlewat
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat deklarasi yang beliau menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk terus memimpin negara ini.
"Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi," tulis Aspan Alias di dalam blognya, semalam.
Tambahnya, Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk performancesnya daripada Tun Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.
Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan Umno dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.
Bagi Aspan, untuk memilih gantian dengan cadangan Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihannya tidak pernah betul seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.
Sesudah itu, katanya Abdullah Badawi menjadi ‘pelapik’ Mahathir dan akhirnya pelapik ini juga menjadi sasaran beliau dan akhirnya pelapiknya itu berhenti dan bersara.
"Selepas Abdullah, beliau gunakan Muhyiddin untuk menaikkan Najib sehinggakan Muhyiddin berani untuk bersikap kurang ajar kepada Abdullah. Maka Najib jadilah Perdana Menteri," tambahnya.
Sekarang, katanya baru Mahathir sedar Najib lagi tidak berguna kepadanya dan juga kepada negara.
"Beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib, tetapi jika kali ini kita mendengar cadangan siapa yang akan beliau mahukan untuk mengganti Najib, rakyat mesti berfikir ratusan kali kerana mengikut apa yang kita alami dengan pilihan Dr Mahathir, siapa yang menjadi pilihan beliau akan menjadi pemimpin yang tidak berguna lagi," ujarnya lagi.
Pendeknya, tambah beliau siapa yang ditunjuk oleh Mahathir sudah pasti pilihan yang salah.
"Itulah formula penting dalam pemilihan siapa yang hendak menggantikan Najib," tulis Aspan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 19/8/2014
Sumber HD - 19-8-2014
"Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi," tulis Aspan Alias di dalam blognya, semalam.
Tambahnya, Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk performancesnya daripada Tun Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.
Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan Umno dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.
Bagi Aspan, untuk memilih gantian dengan cadangan Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihannya tidak pernah betul seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.
Sesudah itu, katanya Abdullah Badawi menjadi ‘pelapik’ Mahathir dan akhirnya pelapik ini juga menjadi sasaran beliau dan akhirnya pelapiknya itu berhenti dan bersara.
"Selepas Abdullah, beliau gunakan Muhyiddin untuk menaikkan Najib sehinggakan Muhyiddin berani untuk bersikap kurang ajar kepada Abdullah. Maka Najib jadilah Perdana Menteri," tambahnya.
Sekarang, katanya baru Mahathir sedar Najib lagi tidak berguna kepadanya dan juga kepada negara.
"Beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib, tetapi jika kali ini kita mendengar cadangan siapa yang akan beliau mahukan untuk mengganti Najib, rakyat mesti berfikir ratusan kali kerana mengikut apa yang kita alami dengan pilihan Dr Mahathir, siapa yang menjadi pilihan beliau akan menjadi pemimpin yang tidak berguna lagi," ujarnya lagi.
Pendeknya, tambah beliau siapa yang ditunjuk oleh Mahathir sudah pasti pilihan yang salah.
"Itulah formula penting dalam pemilihan siapa yang hendak menggantikan Najib," tulis Aspan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 19/8/2014
Sumber HD - 19-8-2014
Mahathir janji akan terus 'tekan' Najib
Sudah agak lama sebenarnya bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak menegur kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak. Mungkin disebabkan banyak isu-isu lain yang timbul seperti kehilangan pesawat MH370, tragedi MH17 dan pertukaran Menteri Besar Selangor menyebabkan Mahathir tidak bersuara mengenai Najib.
Lantaran itu, barangkali ramai yang beranggapan bahawa Mahathir kini sudah mulai akur dan menyokong sepenuhnya kepimpinan Najib. Tambahan pula dalam beberapa majlis berbuka puasa sebelum ini dirakamkan pula kemesraan antara kedua mereka itu.
Tetapi dalam tulisan terbaru Mahathir dalam blognya yang bertajuk "Menegur", bekas Perdana Menteri itu jelas memberi isyarat bahawa akan terus menegur dan mengkritik kepimpinan Najib yang disifatkannya masih tiada perubahan dari segi dasar dan pendekatan.
Sambil mengimbas tindakannya menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman dan kritikannya kepada Abdullah Badawi sebelum ini, Mahathir tetap berpendapat bahawa jika seseorang pemimpin itu tidak ditegur, mereka barangkali tidak sedar dengan kesilapan yang dilakukannya.
Beliau juga membawakan dua kisah zaman silam bagaimana pengampu dan datuk-datuk yang kerjanya hanya mengampu dan mengiyakan saja semua perkataan dan perbuatan raja, akhirnya telah membawa malu kepada raja setelah disedari semua yang dilakukan selama ini adalah salah.
Dua kisah yang ditulis oleh Mahathir dalam blognya seperti menyindir Najib dan mereka yang dekat dengannya lantaran Mahathir mengetahui bahawa ada orang-orang tertentu telah menyampaikan kepada Najib bahawa beliau telah memburuk-burukkan pemerintahan Perdana Menteri.
Tidak menyangkal hakikat itu, malah Mahathir juga menyebut beberapa teguran yang pernah dilakukannya sebelum ini terhadap Najib serta alasan berbuat demikian.
Di akhir tulisannya, Mahathir menegaskan sekali lagi, "jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur" dan "bukan saya tidak sayang pemimpin tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya".
Tulisan yang dimuatkan dalam blognya serentak dengan mulanya Najib kembali bertugas setelah bercuti mewah selama lebih dua minggu di beberapa negara Eropah di sebalik meminta rakyat bersederhana dan turut berduka dengan tragedi MH17 sambil membatalkan jamuan Hari Rayanya, barangkali adalah perkhabaran buruk bagi Najib pada hari ini.
Selain terus berhadapan dengan serangan pembangkang dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kepimpinannya, isyarat jelas daripada Mahathir bahawa beliau akan terus menegur dan mengkritik Najib, barangkali juga turut tidak disenangi oleh para penasihat dan datuk-datuk yang berada di sekeliling Najib sekarang ini.
Sejak tragedi MH17 terutamanya, Najib agak terpisah daripada banyak kritikan kerana rakyat rata-rata bersimpati dengan tragedi yang berlaku itu. Tambahan pula, Najib turut menunjukkan beliau turut "lebih berakal" dalam menangani sesuatu musibah berbanding MH370 sebelumnya.
Tetapi apabila kelibatnya menghilang lebih dua minggu di sebalik perbagai kemelut dalam negara dan kemudian didapati bercuti mewah di beberapa bandar Eropah bersama jutawan playboy Hollywood, Taek Jho Low dan bekas Perdana Menteri Qatar, reputasi sebenar Najib mulai tercalar dan diperkatakan. Lebih-lebih lagi dalam sebuah kunjungannya ke Sardinia, Itali, turut juga bersamanya ialah sekumpulan besar ahli perniagaan Cina.
Dengan isyarat jelas daripada Mahathir yang masih mempunyai pengaruh dalam UMNO dan masyarakat bahawa beliau akan terus menegur walaupun akhirnya tinggal keseorangan, Najib sebenarnya masih jauh dari selesa dalam memimpin negara ini.
Walaupun tidak diketahui sampai ke mana teguran Mahathir ini atau apa kesudahannya nanti, ditambah dengan PR yang kembali kukuh setelah menyelesaikan isu pertukaran Menteri Besar Selangor dengan jayanya, masa depan Najib sebenarnya masih lagi tidak menentu sambil serangan daripada luar dan dalam UMNO akan berterusan tanpa titik nokhtahnya. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 18-8-2014

Adun BN jalani rawatan di luar negara?
KOTA BHARU: Seorang wakil rakyat Umno dikatakan menjalani rawatan di luar negara akibat menghidapi penyakit kronik, kata sumber Umno.
Katanya, penyakit yang dihadapi Adun Pengkalan Kubur itu agak serius dan sudah beberapa berulang alik ke luar negara bagi mendapat rawatan.
Difahamkan juga pada Ramadan lalu seorang Naib Presiden Umno datang menziarahi Adun terbabit, yang juga merupakan pemimpin kanan Umno di Kelantan.
Malah Adun terbabit juga difahamkan lebih banyak berehat di rumahnya di Kuala Lumpur.
Laman sosial facebook miliknya juga tidak lagi aktif dan tiada aktiviti baru dipaparkan.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri 24 dan 25 Jun lalu, Adun berkenaan tidak hadir.
Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob mengumumkan pada pembukaan persidangan itu Adun terbabit memohon cuti. - HARAKAHDAILY 7/8/2014
Sumber HD - 7-8-2014

Kalau bapa tinggalkan helang, Mukriz pula airport?
Sayup-sayup kedengaran dari utara berita Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengangkat cadangan agar satu lapangan terbang dibina di Kulim berikutan keperluan untuk menarik pelaburan ke bandar ini selain menepati permintaan penduduk tempatan.
Pada saya, cadangan yang dikemukakan oleh Mukhriz ini hanyalah satu agenda peribadi dan sama sekali tidak perlu disegerakan. Ini kerana negeri Kedah itu sendiri telah mempunya dua lapangan terbang buat masa sekarang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar dan Lapangan Terbang Langkawi. Ini ditambah pula dengan lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas yang terletak di Pulau Pinang juga tidak jauh jaraknya daripada negeri Kedah iaitu hanya 44 kilometer.
Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian semua pihak bahawa Kelantan wajib didahulukan dalam urusan pembinaan dan pembesaran lapangan terbang demi kemaslahatan bersama semua pihak.
Keperluan pembesaran terminal penumpang dan landasan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu tidak boleh dinafikan lagi memandangkan jumlah penerbangan di lapangan ini sebanyak 31 penerbangan sehari.
Ini berikutan jumlah penerbangan yang begitu banyak direkodkan di lapangan terbang ini iaitu MAS sebanyak enam penerbangan, Air Asia lapan penerbangan, Firefly tiga belas penerbangan dan Malindo Air empat penerbangan.
Jika pembinaan lapangan terbang di Kulim dikatakan untuk memenuhi keperluan lima tahun akan datang, maka pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra adalah untuk memenuhi keperluan segera.
Hari ini, dengan kepanjangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra iaitu 2,400 meter dan kelebaran 3,500 meter menyukarkan pesawat besar seperti A330 300, B777 200, B747 400 untuk melakukan pendaratan menyebabkan Lapangan Terbang Kota Bharu tidak boleh dinaik taraf sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa.
Persoalannya, apakah faktor kegagalan kerajaan melakukan pembesaran lapangan terbang ini memandangkan pengambilan balik tanah telah dibuat semenjak tahun 1980-an lagi namun sehingga sekarang ia hanya digunakan untuk penanaman kelapa?
Perlu diingatkan, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu adalah antara lapangan terbang tersibuk di Malaysia. Menurut data dari pihak Malaysia Airports sendiri, jumlah pengendalian penumpang di lapangan terbang ini semakin meningkat saban tahun.
Pada tahun 2011 contohnya, jumlah kendalian penumpang ialah seramai 1,132,345 orang dan ia meningkat kepada 1,259,205 orang pada tahun 2012. Ia jauh lebih ramai dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di Kuantan yang mencatatkan jumlah kendalian penumpang seramai 248,846 penumpang sahaja pada tahun 2011 dan hanya meningkat kepada 280,074 pada tahun 2012.
Bahkan jika dibandingkan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Star, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra masih jauh di hadapan. Untuk rekod, jumlah kendalian penumpang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada tahun 2011 ialah seramai 407,717 orang dan pada tahun 2012 ialah seramai 433,644 sahaja. Data ini boleh diakses dengan mudah di laman web http://www.malaysiaairports.com.my/.
Kerajaan wajib menyedari bahawa pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bukan lagi isu politik. Ia wajar dipertimbangkan merentasi pertimbangan politik partisan yang sentiasa memenjara akal rasional.
Lokasi Kota Bharu atau lebih khusus lagi Pengkalan Chepa sebagai lokasi terakhir kepada mana-mana penerbangan dari Semenanjung Malaysia merentasi Laut China Selatan wajar dipertimbangkan sebagai lokasi yang paling dekat untuk pendaratan sekiranya berlaku sebarang keperluan di tengah-tengah lautan.
Tragedi yang menimpa MH370 pada bulan Mac lepas wajib dijadikan pengajaran bahawa ruang langit yang terbentang luas sentiasa terdedah kepada apa jua kemungkinan.
Hakikatnya, cadangan ini ialah untuk mewujudkan legasi Datuk Seri Mukhriz di bumi Darul Aman ini. Mukhriz masih belum meninggalkan apa-apa di negeri Kedah untuk dicanang sebagai kejayaan peribadi beliau semenjak menjadi Menteri Besar.
Paling tidak, bapanya telah meninggalkan seekor helang yang besar di Langkawi. Andainya cadangan untuk membina lapangan terbang di Kulim ini diterima dan dilaksana yang khabarnya kos pembinaannya dianggarkan RM1.6 billion, saya kira wajar sekali Kedah digelar sebagai Darul Airport selepas ini.
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Beliau boleh dihubungi melalui laman sosial facebook di alamat : http://www.facebook.com/ahmadfadhli80
Sumber HD - 5-8-2014

Hanya Umno boleh jatuhkan Najib - Kadir Jasin
KUALA LUMPUR: Sesiapa pun yang berhasrat menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak atau mengharapkan kejatuhan beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah bermimpi di siang hari atau lebih mirip kepada mengigau dan meracau.
"Mohd Najib mustahil boleh dijatuhkan sebagai Presiden Umno dan selagi beliau kekal Presiden Umno, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri," tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.
Menurutnya, hanya Umno yang boleh menjatuhkan Mohd Najib, tetapi selepas lebih lima tahun menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, tidak wujud sebarang tanda bahawa ada pemimpin Umno yang mampu atau mahu mencabarnya.
"Yang terdekat adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin. Tetapi beliau telah pun mengisytiharkan yang beliau tired (letih) dan tidak berminat mencabar Mohd Najib," tulisnya lagi.
Baca lagi
Sumber HD - 1-8-2014

Kenapa Mukhriz hendak dibunuh?
BERITA panas dari Kedah minggu ini ialah apabila seorang pejuang maya pro BN, ditangkap polis kerana didakwa membuat ugutan untuk membunuh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dan juga kepada Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdulah.
Blogger berusia 37 tahun itu sebelum ini dikesan membuat ugutan bunuh itu melalui laman Facebook menggunakan akaun 'Padi Jantn'. Pihak polis berjaya mendapat perintah tahanan reman untuk beliau. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, siasatan dibuat adalah susulan daripada lebih 20 laporan polis dibuat pelbagai pihak menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.
Padi Jantn bukanlah nama asing lagi dalam dunia maya politik. Laman tersebut (Facebook dan blog) sangat aktif menghentam dan memfitnah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Laman itu seringkali menyiarkan foto-foto menghina pemimpin kerajaan Pakatan yang diedit, khususnya Almarhum Ustaz Azizan Razak. Padi Jantn dikatakan ‘keyboard warrior’ BN yang berbayar.
Cuma akhir-akhir ini Padi Jantn membuat kejutan apabila tiba-tiba serangannya berubah haluan; kali ini mengkritik kerajaan negeri Kedah pimpinan Mukhriz Mahathir secara terbuka. Isunya adalah isu lama, iaitu Madrasah Salihiah. Kalau dahulu Padi Jantn mengkritik Ustaz Azizan tetapi kali ini ini serangan dihalakan kepada Mukhriz, sebab yang memimpin kerajaan sekarang ialah Mukhriz. Lebih-lebih lagi sewaktu jadi pembangkang dahulu, Mukhrizlah yang paling lantang memperjuangkan agar surau tersebut dikekalkan di situ. Beliau pernah berkampung di situ bersama Perkasa demi mempertahankan tanah wakaf tersebut. Apabila dapat jawatan Menteri Besar, perjuangan tanah wakaf pun nampaknya berakhir.
Isu Madrasah Salihiah, yang terletak di bandar raya Alor Setar diroboh untuk pembangunan menyeluruh kompleks Aman Central panas di zaman Ustaz Azizan apabila BN menjadikannya isu rasis untuk membakar sentimen Melayu.
Media BN kala itu hanya melapor madrasah itu akan dirobohkan untuk dibuat kompleks perniagaan tetapi tidak melaporkan tentang surau baru lebih besar yang akan dibina di tempat tersebut di samping pampasan RM1.48 juta untuk membina wakaf baharu di tempat lain yang lebih besar manfaatnya. Ertinya roboh satu surau dapat dua surau yang lebih besar.
Media BN memberitahu, bangunan itu mempunyai nilai sejarah kerana berusia 100 tahun tetapi surau yang kononnya berusia 100 tahun itu telah dirobohkan di zaman BN memerintah Kedah.
Media BN menceritakan seolah-olah keputusan merobohkan madrasah hanya berdasarkan ‘fatwa’ yang dibuat oleh Ustaz Azizan seorang. Mereka menggelapkan sama sekali peranan besar Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang bermuzakarah secara mendalam sebelum memutuskan keharusan madrasah dirobohkan.
Perangai hodoh media BN tidak pernah berubah dalam kerja menggelapkan berita serta melaporkan sesuatu perkara secara tidak adil.
Ahli Majlis Fatwa yang menyetujui penggantian madrasah wakaf itu adalah Dato’ Sheikh Baderuddin Haji Ahmad (Mufti yang juga Pengerusi), Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Mohd Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd Hamid Md Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof Madya Dr Haji Abdul Aziz Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah).
Itu sedutan catatan terdahulu yang menyebabkan kerajaan BN Kedah kini selesa untuk meneruskan projek Aman Central sekalipun untuk sejurus waktu mereka berjaya menipu orang Melayu/Islam di negeri ini berhubung isu tersebut.
Berbalik kepada isu tangkapan terhadap pemilik akaun FB dan blog Padi Jantn. Apa yang menjadi persoalan ialah laporan polis yang dibuat oleh pihak Umno dan Perkasa berhubung ugutan terhadap Mukhriz tersebut adalah terhadap ‘Muhamad Taufik’ yang dinamakan sebagai pemilik akaun FB Padi Jantn. Lalu individu tersebut yang ditahan oleh pihak polis.
Untuk pengetahuan, bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Mohd Nor telah berjaya dalam tuntutan samannya terhadap pemilik blog Padi Jantn kerana memfitnahnya terbabit rasuah balak dan ditahan oleh SPRM. Pemilik yang dinamakan adalah Sobri Sudin, bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar di zaman BN. Sobri kalah di mahkamah pada Oktober 2013 dan diarahkan membayar RM100,000 kepada Sanusi. Maknanya, secara tak langsung mahkamah telah mengesahkan bahawa Sobri adalah pemilik blog Padi Jantn. Kini muncul pula Taufik. Adakah ia satu konspirasi pihak tertentu untuk mengelirukan mahkamah. Sama ada Sobri atau Taufik keduanya adalah orang Umno. Bagaimanapun bukan mustahil pula untuk sesebuah akaun sosial itu diurus oleh beberapa orang selaku 'admin'.
Mengapa isu Madrasah Salihiah itu menjadi begitu besar sehingga Menteri Besar diugut untuk dibunuh? Tun Mahathir Mohamad yang mengulas isu tersebut sendiri tidak yakin dengan ugutan bunuh itu. Baginya, orang Malaysia tidak seganas itu. Lagipun, kalau betul seseorang nak membunuh dia tak akan buat ugutan terbuka.
Besar kemungkinan itu kerja orang yang gilakan publisiti atau cuma ‘mahukan sesuatu’. Pihak polis perlu juga menyiasat tahap mental pengugut. Yang jadi hero dalam isu ini pula ialah Mukhriz. Sudah setaraf dengan presiden Amerika yang sering jadi sasaran pembunuh. Akhirnya isu ini akan jadi bahan lawak jenaka sahaja.

Sumber HD - 21-7-2014
No comments:
Post a Comment