PETALING JAYA: Debaran semakin dirasai oleh rakyat Malaysia apabila dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi keputusan tiga gol tercantik yang akan mara ke pusingan kedua diumumkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), lewat Jumaat. Justeru, peminat bola sepak tanah air masih mempunyai masa untuk mengundi gol cantik jaringan pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang turut mengharapkan undian tersebut dapat membantu dalam pemburuan Anugerah Puskas Fifa 2016. Pada Khamis, Fifa memuatnaik artikel mengenai gol cantik pemain berusia 29 itu bertajuk Subri’s physics-defying free-kick di laman sesawang rasminya. Artikel itu menceritakan bagaimana video gol cantik tersebut menjadi viral di seluruh dunia. Lebih menarik, jaringan itu turut mendapat sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menulis di Twitternya bahawa berita mengenai sepakan percuma yang 'menakjubkan' dan 'benar-benar hebat' berkenaan sudah sampai ke benua Amerika. Tidak setakat itu, gol jaringan Faiz Subri mendapat penghormatan daripada pemain legenda dunia termasuk Gabriel Batistuta, Marta dan Marco van Basten yang memilih jaringan tersebut untuk disenaraikan sebagai 10 pencalonan untuk Anugerah Puskas FIFA 2016 seperti diumumkan pada 21 November lalu. Artikel itu turut menggesa orang ramai supaya mengundi gol Mohd Faiz sekiranya berasakan ia bernilai untuk menerima anugerah Puskas. "Jika anda merasakan jaringan Subri bernilai untuk Anugerah Puskas, masa sudah semakin suntuk untuk terus meletakkan dalam pemburuan (anugerah). "Tarikh akhir untuk pusingan pertama undian berakhir pada Jumaat, dengan tiga gol terbaik yang ditentukan peminat akan memasuki pusingan kedua dan peringkat terakhir," kata artikel berkenaan. Pemenang akan diumumkan pada majlis Anugerah Terbaik Fifa pada 9 Januari 2017. Setakat ini video jaringan Mohd Faiz yang dimuatnaik FifaTV di laman Youtube mendapat 1,361,647 tontonan, mengatasi sembilan pencabarnya yang lain termasuk pemain terkemuka Barcelona, Lionel Messi dan Neymar. Sumber TKO - 2-12-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) hari ini menyenaraikan gol Mohd Faiz Subri sebagai antara 10 jaringan tercantik untuk Anugerah Puskas 2016. Fifa dalam laman web rasminya, www.fifa.com, memaklumkan gol Mohd Faiz itu adalah antara yang disenaraipendekkan bagi melalui proses awal pemilihan sebelum melalui peringkat kedua. Selain jaringan cantik Mohd Faiz yang dilakukan pada perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Februari lepas, turut tersenarai ialah gol pemain antarabangsa, Lionel Messi dari Argentina. Peminat bola sepak boleh membuat undian terhadap jaringan pilihan mereka bermula hari ini menerusi laman web Fifa sehingga 2 Disember ini. Tiga jaringan terbaik yang mendapat undian terbanyak akan melalui undian sekali lagi. Pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Fifa di Zurich pada 9 Januari 2017. - Bernama ......... Webmaster: Anda boleh mengundi untuk Malaysia di Channel atau Groups Tranungkite Telegram ataupun Whatsapp. https://telegram.me/tranungkite atau https://telegram.me/TranungKiteOnline Sumber TKO - 22-11-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penaja utama bola sepak Kelantan Vida Beauty Sdn Bhd disahkan tidak lagi menaja skuad The Red Warriors (TRW) pada musim depan. Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa melalui kenyataan di Facebooknya, malam ini. "Penaja utama Pamoga Qu Puteh telah memaklumkan hasrat untuk tidak menaja pasukan Kelantan Musim depan (2017). Walaupun mengikut perjanjian tajaan mereka adalah sehingga 2017. "Saya memahami hasrat mereka dan akan bawa isu ini ke Majlis Kafa. Kita akan mencari jalan keluar yang terbaik dengan mengambil kira semua faktor serta menjaga hubungan baik jangka panjang dengan semua pihak," katanya. Terdahulu, syarikat kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman dilaporkan tidak mahu meneruskan tajaan kepada pasukan Kelantan selepas kecewa dengan prestasi hambar TRW. Pengasas produk Qu Puteh yang lebih dikenali sebagai Vida itu menyifatkan keputusan itu dibuat selepas pelaburannya tidak menampakkan hasil. Sementara itu, prestasi pasukan Kelantan pada musim ini dilihat tidak terlalu teruk malah berjaya berada di kedudukan keempat dalam saingan Liga Super. Annuar berkata, keengganan Hasmiza meneruskan tajaan Kelantan itu akan menambah kesulitan dan memberi ujian kepada pengurusan Kafa. "Walaupun ini akan menambah kesulitan Kafa, namun seperti biasa setiap musim pengurusan Kafa sentiasa diuji pelbagai kepayahan yang biasanya tidak difahami pihak luar. "Namun dengan izin Allah, kita sentiasa dapat atasi cabaran berkat keikhlasan dan kejujuran bekerja secara sukarela menjaga bola sepak Kelantan," ujarnya. Tambah beliau, Kafa bagaimanapun tidak akan mudah berputus asa menjaga bola sepak negeri itu. "Tugas bola Kelantan tak siapa mahu mengambil tanggungjawab ini, bakal kita pikul sehingga ada pihak yang bersedia ambil alihnya. Insya-Allah, musim 2017 TRW bakal berwajah baru" jelasnya. Vida Beauty sebelum ini menjadi penaja utama Kelantan pada awal musim 2016 dengan mengikat perjanjian bernilai RM16 juta bagi tempoh dua musim sehingga 2017. Sumber TKO - 27-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RIO DE JANIERO 25 Okt. - Legenda bola sepak Brazil, Carlos Alberto yang merupakan ketua pasukan ketika memenangi Piala Dunia 1970 meninggal dunia akibat serangan jantung pada berusia 72 tahun, hari ini. Pertahanan kanan Brazil itu telah mewakili negaranya sebanyak 53 kali dan pernah menjuarai beberapa kejohanan bersama kelabnya Fluminense serta Santos sekitar 1960-an dan 1970-an. - REUTERS Sumber TKO - 26-10-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pasukan Wales mungkin telah mempunyai kejohanan eropah terbaik sepanjang pasukan bola sepak negara mereka ditubuhkan pada musim panas lalu. Di padang mereka mungkin akan menjadi kuasa baru bola sepak dunia. Tetapi, andai gaya gambar pasukan diberikan mata, Wales sememangnya akan tewas awal. Berikut adalah senarai gambar pasukan Wales yang epic fail. Gareth Bale..oh Gareth Bale.. 2002 | Gambar : Mirror Football 2003 | Gambar : Mirror Football 2004 | Gambar : Mirror Football 2006 | Gambar : Mirror Football 2009 | Gambar : Daily Mail 2012 | Gambar : Mirror Football 2015 | Gambar : Mirror Football 2016 | Gambar : Mirror Football Sumber TKO - 14-10-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya terpanggil untuk membuat cadangan sekali gus untuk Jawatankuasa Di Negeri Johor untuk memberi fasilitas untuk kaum pemuda di Negeri dan juga menyahut panggilan PM untuk beri cadangan untuk bajet 2017 Setiap tahun bila saya baca berita dalam Negara perut sya senak membaca berita derita muda mudi dalam Negara mati tenggelam di dalam sungai, lubok atau di tepi pantai. Kadang terfikir pulak mungkin Malaysia nih terbilang di dalam Negara 'underdeveloped' lagi kerna walau pun kita ada Putra Jaya, hantar pemain badminton ke olimpik dan Competition yang berbentuk antara bangsa ,namun hampir setiap minggu di dalam setahun ada saje kematian melibatkan perenang kita tenggelam di dalam lubok, sungai. Baca ajelah Berita Harian dan fakta ini akan terurai dengan jelas. Dasar untuk muda mudi dinegara di dalam bidang riadah mungkin terendah di dalam dunia . Walaupun KBS ada belanjawan berbilion juta [Rm 100 juta tersonglap] fasilitas hanyalah untuk badminton dari acara acara yang orang ramai takde minat dan takde pertalian minat langsung. Banyak padang bola awam telah dikomersilkan dan bolih dilupakan saje kerna status tahap bola di Negara adalah tercorot di dalam dunia mengikut ranking FIFA. Tidak ramai pemuda yang bolih main badminton kerana tidak ade kemudahan awam dan juga 'start up' nak ambil hobi ini memerlukan invesmen yang tinggi. harga raket saje sudah lebih dari RM 100 dan disposable seperti ' bulu ayam' pun makan ratus juga di dalam setahun. Saya cadangkan Negeri Johor dan juga KBS adakan kolam renang sebagai tempat riadah famili 1 Malaysia supaya famili bolih mandi manda di kompleks kolam renang awam di bina ala 'famili water park' supaya ianya baolih dinikmati dek semua lapisan rakyat. Tak maluke mat mat gedebe di KBS bila Pandalela Renong beritahu dia belajar berenang di sungai aje? Mana si Mat yang buat 'sports development' di KBS? Kita belanja berbilion over 10 years untuk badminton. Tapi berapakah KBS belanja untuk bangunkan sukan renang? Masih harap minah dan mat yang renang dari sungai akan tiba untuk menang pingat di olimpik lagi ke? . " Sumber TKO - 21-9-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk menjadi seorang atlet bertaraf dunia, selain mempamer aksi terbaik di atas gelanggang, atlet itu juga kadang-kala perlu mempunyai gaya tersendiri untuk memikat para penyokong. Itulah juga yang dipamerkan atlet-atlet bertaraf dunia seperti Usain Bolt dengan aksi “Lightning Bolt” yang diinspirasikan di dewan tarian di Jamaica , Lin Dan dengan gaya tabik hormat ala tentera, Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak yang meraikan jaringannya dengan gaya “This is Me”, dan tidak ketinggalan, pemain bola keranjang NBA, LeBron James, dengan aksi menepuk serbuk putih sebelum perlawanan. Dan kini, pelari pecut sensasi negara, Mohamad Ridzuan Puzi, menyertai senarai atlet dunia yang mempunyai gaya atau dalam bahasa Inggerisnya, 'trademark' tersendiri selepas meraih emas pertama Malaysia dalam saingan akhir 100 meter T36 di Sukan Paralimpik Rio. Apabila pengulas memperkenalkan Ridzuan sambil mengelarnya “The Malaysian Tiger”, dengan membuat mimik muka harimau sambil tangannya melakukan cakaran, Ridzuan memperagakan aksi “Cakar Harimau” di depan kamera. Kenapa “Cakar Harimau” jadi pilhan Ridzuan? Ridzuan menjelaskan pemilihan itu dibuat secara simbolik terhadap ketangkasan haiwan itu, dan simbolik haiwan itu terhadap Malaysia. Harimau Malaya merupakan spesies haiwan yang hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia. Aksi itu telah pun diperagakan Ridzuan ketika Sukan Sukan Para Asean 2015 di Singapura. Jurulatihnya, R. Jeganathan, tidak ada masalah dengan gaya anak didiknya itu asalkan ia tidak mengganggu fokus Ridzuan di atas trek. Menguruskan atlet kelainan upaya adalah berbeza kerana emosi mereka perlu diambil kira, dan Jeganathan sendiri gembira melihat “anaknya” itu berseronok di atas trek untuk menaikkan semangatnya sendiri. Kini, Ridzuan mampu berbangga kerana aksi yang diciptanya itu menjadi ikutan buat anak-anak muda lain yang mahu mengikut jejak langkahnya. “Harimau Malaya” kini boleh berbangga dengan megah akhirnya apabila muncul wira sukan yang berjaya mengharumkan namanya di pentas dunia! Sumber TKO - 16-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ATLET Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima.
Atlet yang berasal dari Perlis itu dalam lompatan kedua dan ketiga dan keempatnya sahaja sudahpun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m.
Lompatan pertamanya dibatalkan, manakala lompatan keempat pula sekadar mencatatkan 6.79m.
Pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak lalu, Abdul latif mencatatkan lompatan sejauh 7.46 meter, mengatasi catatan peribadi terbaiknya 7.35m yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2015 di Doha.
Beliau merupakan antara atlet yang disebut-sebut sebagai prospek pingat untuk negara sebelum pemergian kontinjen negara ke Rio.
Terdahuli, Malaysia meraih emas pertama di Paralimpik Rio dalam acara 100m T36 (celebral palsy) yang disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dengan rekod baharu dunia.
Pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).
- Astro Awani
Sumber TKO - 121-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Kualiti pemain bola sepak tempatan masih jauh ketinggalan, kata Tan Sri Prof Khoo Kay Kim, yang membidas pihak pengurusan gagal memberikan persediaan kepada pemain sehingga mereka beraksi di padang seolah-olah mereka tidak menggunakan otak. “Pemain kita main tak pakai otak, mereka main macam robot, hantar bola tak betul, tendang tak betul, semua tak betul, macam mana mereka boleh bermain untuk pasukan kebangsaan?” soal Khoo, sejarahwan negara yang kerap dirujuk pendapatnya mengenai hal sukan dan sosio-ekonomi. Beliau memberi contoh skuad negara bawah-22 (B-22) tewas 1-2 kepada skuad B-22 Bahrain pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Jumaat. Semalam, prestasi bola sepak negara terus merudum selepas Harimau Malaysia dikalahkan 3-0 oleh tuan rumah Indonesia pada perlawanan persahabatan. Khoo berkata pihak pengurusan dan jurulatih gagal menyediakan latihan sesuai dengan corak permainan terkini. “Mereka tidak diberi latihan yang sesuai, bila kita pilih pemain kita perlu mengkaji cara mereka bermain bukan seperti robot, selalu bagi bola kepada penjaga gol. “Bagaimana mereka nak capai keputusan baik kalau mereka selalu hantar bola kepada penjaga gol?” soal beliau. Menurutnya, setiap pemainan perlu dijadikan sandaran bagi meningkatkan kebolehan pemain, dan bukan sentiasa bermain dengan cara yang sama. “Sekarang saya tengok, mereka dilatih bermain cara sama, kalau pemain A dapat bola mereka akan hantar kepada pemian B, itu bermakna mereka tak guna orang (tidak kreatif bermain),” katanya. Khoo turut membidas percakaran yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), susulan penyerahan apa yang didakwa bukti ketirisan badan itu oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Katanya, tugas utama FAM adalah memulihkan prestasi dan kualiti bola sepak negara yang kian merudum melalui kerjasama dengan pelbagai pihak. Katanya, FAM perlu memastikan bakat pemain digilap daripada peringkat sekolah. “Bukannya setelah dewasa baru kita nak melatih mereka.” Sumber TKO - 7-9-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jaguh badminton negara Datuk Le Chong Wei menafikan beliau ada menerima surat terbuka yang dikatakan ditulis oleh seteru tradisinya dari China, Lin Dan. Menjawab soalan wartawan, Chong Wei sebaliknya sempat berseloroh dengan mengatakan mereka bukannya pasangan bercinta. "Mana ada, saya tak dapat (surat). Itu tipu punya. "Saya tak tulis, dia pun (Lin Dan) tak tulis. Awak ingat kita cinta ke tulis surat ni," katanya dengan nada berseloroh pada sidang media di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang hari ini. Surat yang didakwa dari Lin Dan itu menjadi viral di media sosial selepas Chong Wei tewas dalam aksi separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Olimpik Rio Jumaat lalu. Menurut pemain nombor satu dunia itu, surat tersebut mungkin sengaja ditulis oleh wartawan dari China dan menjadi viral di media sosial. "Tak ada isu, itu wartawan China sendiri tulis punya," katanya disusuli ketawa. Dalam perlawanan separuh akhir itu, pertembungan dua seteru tradisi berkenaan disifatkan sebagai sengit hingga ke titisan keringat terakhir. Aksi penuh mendebarkan sejak dari set pertama, perlawanan berpihak kepada Lin Dan - sekali gus mencemaskan penyokong Malaysia. Di set kedua pula Lin Dan bagaikan kehilangan rentak untuk seketika apabila 12 mata menjarakkan atlet China itu dengan Chong Wei di kedudukan 11-4. Bagaimanapun Lin Dan berjaya merapatkan jurang sebelum perlawanan berakhir 21-11. Debaran mutlak berlaku di set ketiga. Kedua-dua pemain hanya dibezakan satu atau dua mata dengan setiap seorang saling memungut mata. Perlawanan set ketiga memperlihatkan Chong Wei dan Lin Dan bergilir-gilir mendahului lawan dengan perbezaan satu mata saja. Sedikit kelegaan hadir di hujung-hujung babak apabila Chong Wei mendahului pada mata 20-18 sebelum Lin Dan menyamakan kedudukan. Perlawanan terpaksa ditentukan secara deuce. Selepas bertarung selama 79 minit - dengan rali paling lama satu minit dan 59 pukulan - Chong Wei berjaya mendapat dua mata berturut-turut dan memuktamadkan kemenangan dengan mata 22-20. Sumber TKO - 24-8-2015 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kenapa atlet suka gigit pingat yang mereka menang? Posted on Sunday, August 21 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31425 |
Sumber TKO - 212-8-20216
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hendrawan Dedahkan Kenapa Lee Chong Wei Hanya Tidak Mampu Tandingi Chen Long Posted on Sunday, August 21 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31424 |
“Saya sudah lakukan yang terbaik untuk (Datuk) Lee Chong Wei. Maafkan saya.”
Demikian reaksi jurulatih perseorangan negara yang juga legenda Indonesia Hendrawan sebaik menyaksikan anak buahnya itu tewas pada aksi final Kejohanan Dunia kepada juara bertahan dari China Chen Long.
Jelas Hendrawan, Chen Long sememangnya berada dalam kelas tersendiri pada perlawanan semalam dan beliau mengaku sudah melakukan segala-galanya untuk membantu Chong Wei.
“Kami sudah mencuba pelbagai strategi tetapi Chen Long tetap berupaya membaca rentak permainan Chong Wei.
“Perkara pertama yang saya beritahu Chong Wei ialah dia mesti memberi tekanan kepada Chen Long. Jika tak dapat melakukan perkara itu, memang sukar untuknya menang.
“Benar apa yang saya katakan apabila Chen Long mula mendapat rentak permainan, perlawanan menjadi lebih sukar,” kata juara dunia 2001 itu.
Hendrawan yang pernah berjanji akan melahirkan seorang juara dunia mengaku dia gagal memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia.
“Tapi saya berjanji, saya akan terus mencuba membantu Malaysia.
“Secara jujur, saya hanya mengambil alih tugas selaku jurulatih pada Mei lalu. Bukan senang dalam tempoh tiga bulan untuk membantu Chong Wei.
“Inilah yang terbaik dapat saya lakukan. Sekarang bukan masanya untuk Chong Wei kejar ranking dunia.
“Sebab saya tahu dan rakyat Malaysia pun tahu apa yang kita semua mahukan iaitu ingin melihatnya muncul selaku juara dunia,” katanya.
Turut kecewa Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen namun mengakui Chen Long ternyata terlalu hebat.
“Sudah tentu saya juga berasa kecewa kerana gagal membantu Chong Wei muncul juara.
“Tapi kita wajar memberikan penghormatan kepada Chen Long kerana dia mempamerkan aksi mantap. Dia mempunyai segala jawapan kepada segala taktikal Chong Wei,” katanya..
Jelas Frost, beliau sendiri tercari-cari jumlah kesilapan dilakukan jaguh China itu, tetapi hanya dua kesilapan saja dikesan.
“Apapun saya, Hendrawan serta Chong Wei tidak akan berputus asa. Yang penting kami perlu menganalisa segala kelemahan selepas ini,” katanya.
Lee Chong Wei Cita-cita dulu dan kini Posted on Saturday, August 20 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31413 |
Sekitar tahun 1999, pada usia 17 tahun, Lee Chong Wei terpilih menyertai latihan pusat skuad badminton negara.
Misbun Sidek antara tenaga jurulatih skuad negara ketika itu.
Misbun lontarkan persoalan pada anak muda asal Perak itu, apa yang Lee Chong Wei impikan apabila bergelar pemain kebangsaan dan berpeluang mewakili Malaysia.
Lee Chong Wei, remaja naif yang minat badminton, jawabnya, beliau mahu cari duit.
Misbun tanya lagi, apa yang Lee Chong Wei mahu gapai.
Lee Chong Wei jawab yang beliau mahu dapatkan duit banyak-banyak untuk beli kereta.
Misbun sedikit pun tidak terkejut dengan jawapan Lee Chong Wei, kerana itu lah jawapan lazim oleh mana-mana remaja sekalipun.
Legenda badminton negara era 80an itu kemudiannya tanya lagi dan minta Lee Chong Wei beri lagi satu sebab apa yang beliau mahu capai setelah dapat mewakili negara.
Baharu lah Lee Chong Wei jawab, yang beliau mahu jadi pemain badminton terbaik di dunia.
Misbun beri nasihat pada Lee Chong Wei, bahawa untuk berjaya dan jadi yang terbaik, Lee Chong Wei perlukan korbankan masa mudanya dan pertaruh komitmen tinggi, selebihnya seperti rejim latihan biar Misbun selaku jurulatih yang akan jaga.
Pernah juga, disebabkan rejim latihan Misbun yang rigid, Lee Chong Wei sampai menangis kepenatan.
Lebih tujuh tahun Misbun bimbing Lee Chong Wei, dan dalam tempoh itu lah Misbun menggilap dan membentuk Lee Chong Wei.
Sebab itu, usai tamat final Sukan Olimpik 2012 yang lalu, meskipun beliau tewas kepada Lin Dan, dan meraih pingat perak, antara orang pertama yang Lee Chong Wei hubungi adalah Misbun Sidek.
Lee Chong Wei sekarang, adalah apa yang Misbun gilap dahulu.
Bintang gilap bintang, jadi terang biarpun siang!
Kredit: Retro Bola Sepak
Sumberr TKO - 20-8-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pernah Kemalangan Semasa Berlumba, Tapi Bangun Kembali Terus Berkayuh, Habis Berlumba Baru Sedar Betis Tertusuk Kayu Posted on Friday, August 19 @ 07:26:29 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31385 |
Nama RocketPocketMen Malaysia atau nama penuhnya Azizulhasni Awang nampaknya kini menjadi bualan ramai selepas beliau berjaya memenangi pingat gangsa dalam sukan lumba basikal kategori Keirin di Olimpik Rio, Brazil.
Lebih membanggakan ia adalah pingat pertama yang dimenangi oleh sukan berbasikal negara sejak sukan olimpik mula dianjurkan sehingga kini, jadi tidak hairanlah nama beliau kini menjadi sebut.
Disebalik kejayaan yang diperoleh ini sudah ada pengorbanan perlu dilakukan dan pengalamannya yang tersendiri yang tidak dapat dilupakan.
Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Tuan Syahril A. Kadir telah memuatnaik satu artikel yang mengimbau kembali kehebatan anak Malaysia ini yang cukup membuatkan ramai rasa terharu.
Jom kita baca.
OKLAH on a more serious note, mengapa aku sangat sentimental dengan Azizulhasni Awang. Pada yang lupa atau belum tahu, dia pernah mengalami kecederaan ngeri, tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan dalam laluan memenangi pingat gangsa pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester lima tahun lepas.
Azizulhasni bersama empat lagi pelumba terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan serpihan dari trek kayu sepanjang 23 sentimeter tertusuk di betisnya sampai habis koyak rabak seluarnya hingga menampakkan punggung.
Namun dia tetap meneruskan perlumbaan selepas kemalangan dan hanya menyedari tentang kecederaan yang dialami selepas menamatkan saingan. Semuanya dia lakukan bukan saja untuk dirinya, tetapi demi menjulang nama Malaysia yang tercinta ini!
Walaupun dalam kesakitan yang amat sangat, cita-cita pemuda bertubuh kecil ini tidak pernah padam biarpun terpaksa berhadapan dengan pencabar yang lebih tinggi, lebih gagah bentuk fizikalnya semata-mata untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar dengan megahnya!
Azizulhasni juga pernah mengejutkan dunia apabila memakai sarung tangan GAZA sebagai menunjukkan sokongannya terhadap rakyat Palestin waktu Sukan Komanwel di Glasgow dua tahun lepas hingga mendapat amaran keras daripada badan sukan dunia itu, namun dia tidak peduli dan tak gentar langsung dengan amaran itu.
Jadi bila permohonannya mendapatkan HANYA sebuah basikal tidak diendahkan, aku rasa ia LEBIH TAJAM DAN MENYAKITKAN daripada tertusuk kayu itu sendiri. Kalau kita boleh merasai 'kesakitan' itu, bayangkan dia si empunya badan.
Apa salahnya dia meluahkan 'sedikit' kesakitannya...selama ini dia bermatian-matian demi negara ada pernah dia luahkan dan ada kita pernah endah? Ini bukan soal nak hentam kerajaan atau memanda menterinya, ini soal hati dan perasaan seseorang yang rasanya dipinggirkan...itu saja, kenapa perlu melantun tak tentu pasal?
Selama ini Azizulhasni tak pernah mengeluh atau komplen apa-apa pun, dia hanya pendamkan apa yang dia rasa, jadi takkan dengan hanya sedikit luahan kita dah nak cop dia sebagai besar kepala etc...siap nak bandingkan pingat gangsa dia dengan pingat perak orang lain, ni apa crita???
Apapun aku tetap puji MB Terengganu kerana berjanji untuk menyiasat perkara itu walaupun sebenarnya 'nasi dah jadi bubur'. Namun oklah bubur daripada ia bertukar basi.
Aku tutup cerita Azizulhasni dengan ucapan - kau tetap wira walau apa saja kutukan dan sindiran yang kau terima kerana isu ini.
Salute buat Jijoe, my ROCKETPOCKET MAN!- Siakapkeli.my Sumber TKO - 19-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Egypt’s Hijab-Wearing Volleyballer Raises Eyebrows In Rio
Speaking to Anadolu Agency, el-Ghobashy said that she wanted to correct widespread misperceptions in the West regarding Islam, saying Muslim women should be represented in all fields.
“I respect those who play [volleyball] in bikinis and my competitors respect my choice to play while wearing hijab,” said el-Ghobashy, whose Olympic uniform reveals only her hands and face.
She went on to assert that, in the Muslim world, women play as active a role as men, particularly in her country, noting that some 5,000 women play volleyball in Egypt.
“I receive positive messages on social media from many countries, especially from women who say I have given them courage and that they are proud of me,” el-Ghobashy said.
“I’ve opened the door for many hijab-wearing women and they thank me for that,” she added.
When asked by her fellow volleyball players why she chooses to wear hijab, the 20-year-old tells them that she has been wearing it for 10 years.
It is her personal preference, she explains, and in accordance with Muslim norms.
“Most of my fellow players understand this,” she said.
El-Ghobashy, who hopes to represent Egypt four years from now at the 2020 Olympic Games in Tokyo, says she wants to be judged by her volleyball performance — not by what she chooses to wear Sumber BO - 13-8-2016
“Maaflah, menyokong Liverpool seolah-olah menyokong PAS, mereka tidak akan menang.”
Itu kata-kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam video sepanjang 15 minit yang dimuat naik di Facebook Astro Awani.
Dalam video berkenaan, Khairy membandingkan pasukan bola sepak Liverpool dengan PAS kerana kedua-dua entiti itu, menurut beliau, tidak akan pernah menang.
Kenyataan itu diikuti oleh tepukan gemuruh daripada hadirin.
Namun, kenyataan Khairy mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
"Jangan pandang rendah pada orang... anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan!!!" komen Eya Zahira.
"Ya saya peminat Liverpool," kata Amuiru Firdaus pula.
Video berkenaan mendapat lebih 500 likes dan dikongsi lebih 300 kali dalam masa setengah jam ia dimuat naik.
Pautan video: https://www.facebook.com/astroawani/videos/vb.11726505964/10152993582345965/?type=2&theater
Sumber TKO - 10-8-2015
ORANG ramai melihat jentera perlumbaan yang dipamerkan sempena KL City Grand Prix di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/ RUSHDI SALLEH
SELAMA INI demonstrasi haram yang diadakan pada hujung minggu sudah dianggap cukup menyusahkan kehidupan seharian warga kota. Kesesakan jalan raya berlaku di mana-mana. Susur masuk ke Kuala Lumpur sesak, susur keluar pun sesak. Keadaan jalan raya di dalam bandar lagi sesak. Semuanya kerana banyak jalan ditutup ‘secara terpaksa’.
Semalam bermula satu acara sukan tidak berfaedah yang menambahkan stres dan kemarahan penduduk kota. Perlumbaan kereta di tengah bandar. Acara itu berlangsung selama tiga hari, semalam, hari ini dan esok. Acara itu kononnya sangat hebat sehingga digembar-gemburkan akan mencatat ‘sejarah nasional.’ Ya, memang sejarah akan tercatat sebagai perlumbaan kereta di tengah bandar yang paling menyusahkan hidup hampir dua juta warga Kuala Lumpur!
Sejak seminggu lalu warga kota sudah memberi reaksi negatif terhadap penganjuran acara ini. Bacalah Facebook, Twitter dan media sosial lain, semuanya penuh dengan maki hamun terhadap penganjur acara ini. Jangan salahkan mereka. Warga kota ada sebab yang berasas untuk ‘naik angin’. Mereka berhak merasa marah. Jalan raya di tengah ibu kota yang tak pernah merasa sesaat pun tanpa kesesakan dijadikan litar lumba. Idea tidak siuman siapakah ini?
Kenapa perlu diadakan di tengah-tengah bandar sedangkan Malaysia sudah mempunyai litar lumba kereta terhebat di dunia iaitu Litar F1 Sepang. Kalau penganjur ‘perasan’ mahu menjadikan perlumbaan ini seperti di Litar Monte Carlo, lupakanlah! Jalan raya di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur tidak mencapai standard minimum untuk dijadikan litar lumba.
Warga kota terpaksa berhadapan dengan kesesakan paling azab sepanjang minggu acara ini diadakan. Walaupun acara hanya bermula semalam, persiapannya sudah bermula lebih awal dari itu. Kerja-kerja memasang pagar keselamatan, penghadang jalan, pentas dan macam-macam lagi sudah mengganggu aliran trafik harian. Laluan yang sempit bertambah sempit. Kesesakan berlaku sepanjang masa bukan sahaja di venue perlumbaan malah di mana-mana sahaja.
Tidak ada istilah yang dapat menggambarkan bagaimana seksanya memandu masuk dan keluar dari ibu kota pada waktu ini. Yang terlibat pula lima jalan utama. Jalan-jalan tersebut ditutup kepada semua kenderaan bermula semalam hingga esok dek kerana perlumbaan tidak berfaedah ini. Jalan-jalan raya yang terlibat ialah Jalan Ampang ke KLCC, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee.
Seperti biasa setiap kali jalan ditutup, maka berlaku kesesakan luar biasa yang menambahkan sakit jiwa warga kota yang mahu ke tempat kerja. Tolonglah jangan nasihatkan mereka menggunakan pengangkutan awam hanya kerana mahu merasionalkan acara tidak berfaedah ini!
Apa yang menghairankan kenapalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh meluluskan perlumbaan ini? Pihak berkuasa tempatan itu sudah tentu maklum apa akan terjadi jika satu acara lumba kereta diadakan di tengah-tengah kota raya itu. Kenapalah diluluskan satu acara yang jelas akan menambahkan kesesakan jalan raya sedangkan litar khas untuk perlumbaan kereta motor sudah tersedia di Sepang!
Penganjur tidak perlulah menghalalkan penganjuran acara ini dengan memberikan fakta-fakta ekonomi sebagai sokongan. Antaranya acara ini akan menjana pendapatan negara menerusi sektor pelancongan, mewujudkan ‘berjuta-juta’ peluang pekerjaan serta memperkenalkan Kuala Lumpur di mata dunia.
Semua orang sudah tahu tetapi penduduk kota tidak ambil peduli semua itu. Mereka cuma mahu rutin kehidupan seharian mereka ke tempat kerja tidak diganggu.
Lagipun apalah taraf perlumbaan kereta yang tak pernah orang dengar pun selama ini jika mahu dibandingkan dengan perlumbaan F1 yang saban tahun dinanti-nantikan peminat dari seluruh dunia!
Tolonglah jangan ulangi lagi perlumbaan tidak berfaedah ini tahun depan. Penduduk Kuala Lumpur sudah terbeban dengan macam-macam tekanan hidup. Kos sara hidup yang tidak turun-turun, kegawatan politik serta situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan.
Lagipun jalan raya di tengah bandar Kuala Lumpur ini bukanlah elok sangat. Sempit, compang-camping, penuh dengan lubang, lompang sana sini, kualiti turapan yang tidak sempurna selain pelbagai kecacatan lain.
Tanyalah mat rempit, mereka pun tidak sanggup berlumba di jalan raya di tengah ibu kota ini!-utusan
Sumber TKO - 9-8-2015
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada jam 5 petang tadi.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat persatuan bolasepak Negeri itu Mohd Fahmy Yahya dalam Facebook rasmi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Johor Southern Tigers.
Namun tidak dinyatakan dengan jelas mengapa peletakkan jawatannya dibuat secara mengejut.
Dalam kenyataannya, Mohd Fahmy berkata Datuk Ismail Karim selaku setiausaha kerajaan negeri dilantik menggantikan baginda sebagai presiden Persatuan Bolasepak negeri itu yang baru.
"Bagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.
"Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan," kata Mohd Fahmi. - MK
Sumber TKO - 12-7-2015
Pihak Kerajaan Negeri Kelantan sangat mengutamakan aspek keselamatan para penyokong pasukan bola sepak Kelantan yang akan hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA musim 2015 edisi ke-26 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei 2015 nanti. Saya berharap para penyokong dari Kelantan dapat menjaga solat ketika disana, tatasusila sebagai anak Kelantan dan adab ketika menyaksikan perlawanan tersebut.
Pihak Kerajaan Negeri dengan ini mengisytiharkan tarikh 24 Mei 2015 iaitu hari ahad sebagai hari cuti peristiwa di Negeri Kelantan bagi memberi keselesaan kepada anak-anak Kelantan untuk pulang dengan selesa dan tidak tergesa-gesa. Jaga keselamatan dijalan raya dan jangan berlumba-lumba untuk cepat sampai memandangkan ruang masa masih panjang untuk perjalanan pulang.
Harapan saya agar penyokong Kelantan dapat membawa ruh riadhah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika dan insiden yang tidak bermoral. Saya sendiri menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA 2015, insya-Allah.
Pasukan Bola Sepak Kelate Boleh!
YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 29 REJAB 1436 / 18 MEI 2015
KOTA BHARU: Kelantan mengumumkan 24 Mei ini sebagai cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala FA antara The Red Warriors dan Lions XII.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, dengan pengumuman cuti itu diharap penyokong dan peminat yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut tidak perlu lagi tergesa-gesa pulang.
“Ahad ini cuti peristiwa di Kelantan bagi memberi keselesaan kepada penonton yang menyaksikan perlawanan berkenaan pulang dengan selesa dan tidak perlu tergesa-gesa.
"Saya juga berharap penyokong dari Kelantan menjaga solat dan mempertahankan tatasusila sebagai anak Kelantan ketika menyaksikan perlawanan itu,” katanya pada satu kenyataan di sini.
Perlawanan akhir Piala FA musim 2015 edisi ke-26 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil 23 Mei ini.
Menteri Besar juga berharap penyokong Kelantan membawa roh riadhah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika.
"Saya menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA 2015, insya-Allah,” katanya.
Beliau juga berharap pasukan bola sepak menyemarak semangat Kelate Boleh!
Kelantan layak ke peringkat akhir setelah berjaya menumpas Pahang dengan agregat 3-2 pada perlawanan separuh akhir kedua malam semalam. - HARAKAHDAILY 18/5/2015
Sumber HD - 18-5-2015
KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negara, Pemuda PAS Malaysia melalui Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (Dacs) telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. semalam.
Pertemuan yang diadakan di ibu negara itu antara lain membincangkan serta berkongsi idea ke arah kemajuan sukan tersebut.
Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, Tengku Abdullah mengharapkan PAS dapat merentasi sempadan politik demi kemajuan bola sepak negara.
"Kalau boleh buat football program daripada peringkat belia, adakan league even your own internal between the PAS.
"Kalau boleh kita kurangkan barrier itu, masukkan sapa-sapa yang nak main tapi anjuran tak kiralah sama ada PAS, syarikat mahupun persatuan," titah baginda sambil bersetuju unsur-unsur dakwah boleh diaplikasikan melalui platform sukan.
Antara lain, Pemuda PAS titahnya boleh menganjurkan latihan asas di peringkat bawahan di samping mewujudkan satu bentuk model sukan tersebut.
"Buat dulu, jangan kira nak buat besar-besar, start somewhere," titah Tengku Abdullah lagi.
Tengku Mahkota Pahang itu turut berharap agar Pemuda PAS dapat meneruskan penganjuran program-program ke arah kecemerlangan sukan itu.
Baginda menyambut baik alternatif yang diusahakan Pemuda PAS termasuklah menubuhkan Sport Sunnah Club (SSC) untuk memperkenalkan sukan-sukan sunnah kepada masyarakat.
Sementara itu, Pengarah Dacs Malaysia, Salman Saleh berkata, pihaknya bersedia membantu dari sudut penganjuran program serta idea melalui platform yang ada.
Pemuda PAS, katanya mengambil perhatian serius terhadap prestasi dan perkembangan sukan tanah air terutama bola sepak.
"Saya yakin di bawah pentadbiran Tuanku, bola sepak Malaysia akan berjaya diperkuatkan lagi prestasinya.
"Inisiatif-inisiatif FAM seperti menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Rakyat di peringkat bawahan akan berjaya mencungkil bakat-bakat baru," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas pertemuan itu.
Pemuda PAS turut merafak sembah tahniah kepada Tuanku yang dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Dunia (Fifa) baru-baru ini.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Exco Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan ahli Jawatankuasa Dacs Malaysia, Muriza Mulhi serta Safarizal Saleh. - HARAKAHDAILY 16/5/2015
Sumber HD - 16-5-2015
Pasukan Wushu Turki (TWF) mengeluarkan keputusan yang mengejutkan, apabila Pengerusi TWF Abdurrahman Akyüz memutuskan untuk tidak mengikuti semua acara yang diadakan Pertandingan wushu Eropah. Keputusan itu menyusul akibat larangan mengenakan jilbab bagi atlet wanita wushu.
"Para atlet wanita Turki sudah mulai memboikot event kejuaraan wushu Eropa sejak tahun lalu. Demikian juga halnya dengan event-event tahun ini." ujar Abdurahman sebagaimana dikutip dari kantor berita Turki Anadolu dan dipublikasikan oleh dakwatuna.com
Abdullah juga menyampaikan bahwa pertandingan wushu Eropah telah melanggar hak asasi para etlet dalam melaksanakan kewajiban agama. Selain itu, pertandingan ini juga sebenarnya telah gagal secara amnya. Sehingga ada beberapa pasukan dari negara lain yang ikut memboikot seperti Italia dan Prancis. [dakwatuna/islamedia].
Sumber TKO - 4-5-2015
He was stripped of his world championships silver medal but allowed to keep his singles and team bronzes from last year's Asian Games, which he played before the failed drugs test came to light.
Crucially, Lee can now begin his build-up to Rio de Janeiro next year, where he will try to crown his career by winning his first Olympic title.
- Sudirman Cup target -
Lee said he accepted the BWF's ruling and would be more careful to avoid banned substances.
"I can say I learned something from these few months," said the soft-spoken shuttler. "I will be more careful now."
Lee, a quiet, self-effacing athlete know for shunning the limelight while training obsessively, first became world number one in late 2008, staying at or near the summit ever since.
Aku sebenarnya hairan kenapa kes Lee Chong Wei ini sangat-sangat diutamakan dan sangat-sangat mendapat perhatian terutamanya dari pihak BAM mahupun dari menteri belia dan sukan, KJ itu sendiri. Jawapan yang seringkali diucapkan adalah bagi memastikan Lee Chong Wei layak ke sukan Olimpik di Brazil 2016. Sebenarnya, aku tak berapa yakin sangat dengan jawapan tue.
Korang cuba selami apa yang berlaku dalam badminton Malaysia kebelakangai. Terbuka Malaysia, bungkus. Terbuka Singapura, tersungkur. Nanti kejohanan dunia kat Indonesia, agak-agak apa yang akan berlaku. Aku sebenarnya mengharapkan sesuatu, tapi bukan dari Lee Chong Wei, tetapi dari pemain-pemain yang lain.
Terkesan dengan fenomena yang aku sebut tadi, tak hairanlah apabila BAM memberikan tekanan yang agak drastik dan agak tegas kepada pemain-pemain, malah kepada jurulatih. Malah kedengaran, KPI-KPI yang ditetapkan oleh BAM yang tidak dapat dipenuhi dengan cemerlang, maka mereka ini digugurkan.
Tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam BAM, tapi apa yang kita boleh lihat, beberapa pemain yang hebat meninggalkan BAM. Malah, ada jurulatih meninggalkan BAM. Alasan, tekanan daripada pihak pengurusan. Entah betul, entah tidak, tidak dapat dipastikan. Mungkin ada isu lain, kita tak tahu. Apa yang kita tahu, mereka-mereka ini lari, meninggalkan BAM dan menyertai kelab-kelab profesional lain. Bagi aku, KPI-KPI yang diceritakan tadi hanyalah alasan, dan berkemungkinan besar, ada isu lain yang menyebabkan pemain-pemain dan jurulatih meninggalkan BAM.
Berbalik kepada isu Lee Chong Wei. Sebutan kes yang berlansung di Amsterdam sudahpun berlalu, malah Lee Chong Wei dikatakan lebih tenang selepas apa yang berlaku. Chong Wei dilihat akan mula berlatih untuk mempersiapkan dirinya bagi menghadapi kejohanan akan datang. Soalan aku, kenapa penting sangat menumpukan sepenuhnya kepada Lee Chong Wei? Adakah sekadar mengharapkan Lee Chong Wei SAHAJA mewakili Malaysia untuk kejohanan dunia. Bagaimana pemain-pemain lain selain yang berada di dalam BAM. Dan soalan aku yang paling penting, kenapa BAM, sebagai badan yang mengelola badminton Malaysia tidak menitikberatkan pemain-pemain dari kelab profesinal lain untuk kejohanan-kejohanan dunia??
Ini semua politik semata-mata. Daripada kaca mata aku, yang hanya membaca berdasarkan laporan-laporan akhbar, media-media elektronik, aku hanyalah kerdil. Menyatakan pendapat aku dalam blog aku yang picisan ini, tapi tak bermakna aku tak sayangkan Malaysia. Kalau ini berlanjutan, maka badminton Malaysia akan sampai disuatu tahap yang mana kita tidak lagi boleh bersaing di pentas dunia.
Kalau betul, BAM ikhlas membangunkan badminton Malaysia, dan tidak hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata, maka kita tidak akan ketandusan pemain-pemain muda. Malah, negara-negara Eropah mula mengukir nama dipersana dunia. Jangan dilupa, pemain-pemain daripada India. pemain perseorangan India Saina Nehwal berjaya menjadi pemain no 1 dunia. Come on la Malaysia. India pun sudah melakar nama di carta BWF sana.
Macam aku cakap tadi, ini hanya retorik politik semata-mata. Mahu Malaysia berapa di persada dunia dan hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata. Umur pun dah meningkat tua. Sepatutnya, Lee Chong Wei sudahpun mempunyai anak didik nya sendiri bagi meneruskan legasi badminton. Dan sepatutnya kita sudahpun mempunyai Lee Chong Wei ke 2, juara dunia yang baru, tetapi apa yang berlaku, hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata.
Aku mengharapkan keputusan doping Lee Chong Wei memihak kepadanya. Tetapi, aku tidak mengharapkan Lee Chong Wei membawa harapan Malaysia ke persada dunia. Bagilah pula pemain-pemain lain untuk menggalas harapan negara di peta dunia. Dan ikhlas dari aku, sepatutnya Lee Chong Wei bersara terus dari badminton kerana aku yakin, beliau mempunyai formula untuk melahirkan pemain-pemain yang berwibawa sepertinya. Dan aku yakin, sekiranya dia bersara, barulah 'orang-orang politik' tahu, di mana kepentingan maruah negara.
Kepada ahli politik-politik dalam sukan badminton Malaysia nie, tolong lah, pergi jauh-jauh. Kamu semua memalukan Malaysia sebenarnya...
MAHU TATAP PELUK ANAK SEBELUM PERGI SELAMANYA
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34776-mahu-tatap-peluk-anak-sebelum-pergi-selamanya
Sumber HD - 8-4-2015
Tahniah selangor..tahniah!! Tahniah!! Tahniah!! Pasukan selangor terus mengekalkan rentak kemenangan!!
Maafkan abam..abam ilang pedoman kat stadium td...nasib korang la..sape suruh x pegi..
#1Orang1Bendera...
#ForzaSelangor
#MKLK
See More
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan kesediaan untuk berdebat mengenai isu kemerosotan prestasi bola sepak negara dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada bila-bila masa.
Namun, Khairy mengharapkan perbincangan yang menghasilkan sesuatu yang positif yang boleh membangunkan bola sepak negara dan bukannya mencari kesalahan orang lain.
"Sama ada secara terbuka ke tertutup ke saya bersedia untuk bahas bila-bila masa. TMJ ke FAM tak ada masalah.
"Bahas itu kena ada dengan orang yang kita rasa ada kualiti atau nilai bola sepak, tetapi saya tak dipilih. TMJ hanya iktiraf Lim Teong Kim sebab dia sahaja faham bola sepak," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Tunku Ismail sebelum ini dilaporkan mencabar beberapa individu penting dalam bola sepak negara untuk mengadakan perdebatan termasuk secara langsung di televisyen berkaitan isu kemerosotan sukan utama itu.
Antara individu yang disenaraikannya termasuk Khairy, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B. Sathianathan.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau bersedia berbahas jika dipanggil kerana tidak mahu orang tersalah faham bahawa dia tidak mahu berbahas.
"Saya tak mahu orang salah faham kononnya saya tidak mahu berbahas. Tapi bergantung kepada perbahasan itu supaya positif perbincangannya.
Dalam perkembangan lain, Khairy menganggap tindakan ahli perniagaan tempatan, Datuk Dr Noordin Ahmad membeli kelab bola sepak Itali, FC Bari 1908 merupakan perkembangan baik untuk pembangunan bola sepak negara.
Katanya, Noordin yang kini memiliki 50 peratus kepentingan saham kelab itu akan membuka peluang negara bekerjasama dengan Bari daripada segi pembangunan dan pendedahan pemain negara.
"Saya terkejut sebab saya pun tak kenal dia selama ini. Tapi dia sebagai ahli perniagaan dan boleh memiliki kelab FC Bari memang baik untuk kita.
"Seperti QPR dan Cardiff City yang turut dimiliki ahli perniagaan kita, Noordin juga menerusi FC Bari dapat menyumbang kepada pembangunan sukan negara kita," katanya. - MalaysiaGazette
Sumber TKO - 19-4-2016
" Inilah kekalahan terburuk Malaysia dalam sejarah bolasepak moden.Banyak pakar-pakar bolasepak berikan fakto punca kekalahan.Semuanya salah belaka. Puncanya satu sahaja. Iaitu,jangan adakan perlawanan di negara Arab terutama di Saudi dan UAE. Ini kerana pemain bola kita hanya bergerak kaki sahaja tetapi mata dan fikiran melilau-lilau mencari seseorang di tempat duduk penonton. Pemain bola kita mencari-cari dermawan yang sudi berikan mereka duit derma RM2.6 bilion seperti saudara mereka di Malaysia.Manalah tau jika ada rezeki dapat derma dari Sheikh Arab telah yang dermakan Rm2.6 bilion kat orang Pekan tu. Kalah 10-0 tiada malunya berbanding dapat ganjaran derma Rm2.6 bilion.Tak gitu Coach Dolah ? Ini bukan cerita kelakar tetapi untuk senyum-senyum je. 10 - 0 : PUNCA KEKALAHAN TEAM MALAYSIA" Sumber TKO - 4-9-2015
LEGENDA bola sepak dunia, Diego Maradona bertemu semula dengan pengadil yang membenarkan jaringan menggunakan tangan oleh pemain Argentina itu pada aksi Piala Dunia 1986. Ketika bertemu pengadil berkenaan iaitu, Ali Bennaceur di Tunis, Maradona turut memeluk dan cium individu tersebut kerana mengisytihar jaringan yang digelar 'tangan tuhan' sehingga hari ini. Dalam perlawanan bertemu England pada saingan suku Piala Dunia itu, Maradona menewaskan penjaga gol lawan, Peter Shilton selepas menolak masuk bola menggunakan tangan. Maradona kemudian mendakwa gol itu dihasilkan oleh 'tangan tuhan' yang menjadi jaringan paling unik dan ditakuti oleh pengadil sehingga hari ini. Jaringan tersebut turut mengubah beberapa dasar pengadilan bola sepak dunia sehingga kini. Ketika bertemu Ali, Maradona turut menghadiahkan gambar kenangan ketika perlawanan berkenaan kepada pengadil tersebut. Sumber TKO - 19-8-2015 Sokong Liverpool macam sokong PAS Posted on Monday, August 10 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
“Maaflah, menyokong Liverpool seolah-olah menyokong PAS, mereka tidak akan menang.”
Itu kata-kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam video sepanjang 15 minit yang dimuat naik di Facebook Astro Awani.
Dalam video berkenaan, Khairy membandingkan pasukan bola sepak Liverpool dengan PAS kerana kedua-dua entiti itu, menurut beliau, tidak akan pernah menang.
Kenyataan itu diikuti oleh tepukan gemuruh daripada hadirin.
Namun, kenyataan Khairy mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
"Jangan pandang rendah pada orang... anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan!!!" komen Eya Zahira.
"Ya saya peminat Liverpool," kata Amuiru Firdaus pula.
Video berkenaan mendapat lebih 500 likes dan dikongsi lebih 300 kali dalam masa setengah jam ia dimuat naik.
Pautan video: https://www.facebook.com/astroawani/videos/vb.11726505964/10152993582345965/?type=2&theater
Sumber TKO - 10-8-2015
Bermulanya acara sukan tidak berfaedah, menyusahkan rakyat! Posted on Sunday, August 09 @ 20:21:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo |
ORANG ramai melihat jentera perlumbaan yang dipamerkan sempena KL City Grand Prix di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/ RUSHDI SALLEH
SELAMA INI demonstrasi haram yang diadakan pada hujung minggu sudah dianggap cukup menyusahkan kehidupan seharian warga kota. Kesesakan jalan raya berlaku di mana-mana. Susur masuk ke Kuala Lumpur sesak, susur keluar pun sesak. Keadaan jalan raya di dalam bandar lagi sesak. Semuanya kerana banyak jalan ditutup ‘secara terpaksa’.
Semalam bermula satu acara sukan tidak berfaedah yang menambahkan stres dan kemarahan penduduk kota. Perlumbaan kereta di tengah bandar. Acara itu berlangsung selama tiga hari, semalam, hari ini dan esok. Acara itu kononnya sangat hebat sehingga digembar-gemburkan akan mencatat ‘sejarah nasional.’ Ya, memang sejarah akan tercatat sebagai perlumbaan kereta di tengah bandar yang paling menyusahkan hidup hampir dua juta warga Kuala Lumpur!
Sejak seminggu lalu warga kota sudah memberi reaksi negatif terhadap penganjuran acara ini. Bacalah Facebook, Twitter dan media sosial lain, semuanya penuh dengan maki hamun terhadap penganjur acara ini. Jangan salahkan mereka. Warga kota ada sebab yang berasas untuk ‘naik angin’. Mereka berhak merasa marah. Jalan raya di tengah ibu kota yang tak pernah merasa sesaat pun tanpa kesesakan dijadikan litar lumba. Idea tidak siuman siapakah ini?
Kenapa perlu diadakan di tengah-tengah bandar sedangkan Malaysia sudah mempunyai litar lumba kereta terhebat di dunia iaitu Litar F1 Sepang. Kalau penganjur ‘perasan’ mahu menjadikan perlumbaan ini seperti di Litar Monte Carlo, lupakanlah! Jalan raya di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur tidak mencapai standard minimum untuk dijadikan litar lumba.
Warga kota terpaksa berhadapan dengan kesesakan paling azab sepanjang minggu acara ini diadakan. Walaupun acara hanya bermula semalam, persiapannya sudah bermula lebih awal dari itu. Kerja-kerja memasang pagar keselamatan, penghadang jalan, pentas dan macam-macam lagi sudah mengganggu aliran trafik harian. Laluan yang sempit bertambah sempit. Kesesakan berlaku sepanjang masa bukan sahaja di venue perlumbaan malah di mana-mana sahaja.
Tidak ada istilah yang dapat menggambarkan bagaimana seksanya memandu masuk dan keluar dari ibu kota pada waktu ini. Yang terlibat pula lima jalan utama. Jalan-jalan tersebut ditutup kepada semua kenderaan bermula semalam hingga esok dek kerana perlumbaan tidak berfaedah ini. Jalan-jalan raya yang terlibat ialah Jalan Ampang ke KLCC, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee.
Seperti biasa setiap kali jalan ditutup, maka berlaku kesesakan luar biasa yang menambahkan sakit jiwa warga kota yang mahu ke tempat kerja. Tolonglah jangan nasihatkan mereka menggunakan pengangkutan awam hanya kerana mahu merasionalkan acara tidak berfaedah ini!
Apa yang menghairankan kenapalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh meluluskan perlumbaan ini? Pihak berkuasa tempatan itu sudah tentu maklum apa akan terjadi jika satu acara lumba kereta diadakan di tengah-tengah kota raya itu. Kenapalah diluluskan satu acara yang jelas akan menambahkan kesesakan jalan raya sedangkan litar khas untuk perlumbaan kereta motor sudah tersedia di Sepang!
Penganjur tidak perlulah menghalalkan penganjuran acara ini dengan memberikan fakta-fakta ekonomi sebagai sokongan. Antaranya acara ini akan menjana pendapatan negara menerusi sektor pelancongan, mewujudkan ‘berjuta-juta’ peluang pekerjaan serta memperkenalkan Kuala Lumpur di mata dunia.
Semua orang sudah tahu tetapi penduduk kota tidak ambil peduli semua itu. Mereka cuma mahu rutin kehidupan seharian mereka ke tempat kerja tidak diganggu.
Lagipun apalah taraf perlumbaan kereta yang tak pernah orang dengar pun selama ini jika mahu dibandingkan dengan perlumbaan F1 yang saban tahun dinanti-nantikan peminat dari seluruh dunia!
Tolonglah jangan ulangi lagi perlumbaan tidak berfaedah ini tahun depan. Penduduk Kuala Lumpur sudah terbeban dengan macam-macam tekanan hidup. Kos sara hidup yang tidak turun-turun, kegawatan politik serta situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan.
Lagipun jalan raya di tengah bandar Kuala Lumpur ini bukanlah elok sangat. Sempit, compang-camping, penuh dengan lubang, lompang sana sini, kualiti turapan yang tidak sempurna selain pelbagai kecacatan lain.
Tanyalah mat rempit, mereka pun tidak sanggup berlumba di jalan raya di tengah ibu kota ini!-utusan
Sumber TKO - 9-8-2015
TMJ letak jawatan presiden persatuan bola sepak Johor Posted on Sunday, July 12 @ 21:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada jam 5 petang tadi.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat persatuan bolasepak Negeri itu Mohd Fahmy Yahya dalam Facebook rasmi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Johor Southern Tigers.
Namun tidak dinyatakan dengan jelas mengapa peletakkan jawatannya dibuat secara mengejut.
Dalam kenyataannya, Mohd Fahmy berkata Datuk Ismail Karim selaku setiausaha kerajaan negeri dilantik menggantikan baginda sebagai presiden Persatuan Bolasepak negeri itu yang baru.
"Bagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.
"Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan," kata Mohd Fahmi. - MK
Sumber TKO - 12-7-2015
Klip video Ustaz Azhar Idrus naik paramotor jadi viral: THE RAKYAT POST Ustaz
ANDA TERTINGGAL ARTIKEL INI???
--------------------------------------------------
Kisah yang lalu Pasukan Bola Sepak Perak satu ketika dahulu sangat beruntung apabila mendapat seorang pengurus yang ada title "Ustaz".Bekas pengurus yang dimaksudkan ini ialah Ustaz Norazli Musa, atau gelaran masyhurnya "Ustaz Toliban".Sungguh berdisiplin orangnya, ketika era tadbirnya sebagai pengurus bola sepak, beliau akan sentiasa memastikan pemain-pemain solat terlebih dahulu sebelum mula ...beraksi di atas padang.Sungguh menarik, sebelum beliau memegang jawatan itu, ibadah pemain pasukan Bola Sepak Perak tidak terjaga. Kerap tidak solat sebelum bermain. Tetapi sebaik sahaja Ustaz Toliban "hadir", ibadah para pemain terpelihara.Amat dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat, khususnya ummat Islam di Malaysia.Sungguh tidak disangka ramai, beliau ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Perak. Kini pula beliau berada pada jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat.Allahuakbar!- FB Mohd Fadhil -
Klik untuk artikel penuh:
http://www.harakahdaily.net/…/95-terb…/36084-kisah-yang-lalu Sumber FBHD - 25-6-2015 Kenyataan Media YAB Menteri Besar Kelantan Sempena Perlawanan Akhir Piala FA 2015 Posted on Monday, May 18 @ 15:44:47 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
Pihak Kerajaan Negeri Kelantan sangat mengutamakan aspek keselamatan para penyokong pasukan bola sepak Kelantan yang akan hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA musim 2015 edisi ke-26 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei 2015 nanti. Saya berharap para penyokong dari Kelantan dapat menjaga solat ketika disana, tatasusila sebagai anak Kelantan dan adab ketika menyaksikan perlawanan tersebut.
Pihak Kerajaan Negeri dengan ini mengisytiharkan tarikh 24 Mei 2015 iaitu hari ahad sebagai hari cuti peristiwa di Negeri Kelantan bagi memberi keselesaan kepada anak-anak Kelantan untuk pulang dengan selesa dan tidak tergesa-gesa. Jaga keselamatan dijalan raya dan jangan berlumba-lumba untuk cepat sampai memandangkan ruang masa masih panjang untuk perjalanan pulang.
Harapan saya agar penyokong Kelantan dapat membawa ruh riadhah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika dan insiden yang tidak bermoral. Saya sendiri menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA 2015, insya-Allah.
Pasukan Bola Sepak Kelate Boleh!
YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 29 REJAB 1436 / 18 MEI 2015
Sumber TKO - 18-5-2015
Piala FA: Kelantan umum cuti peristiwa Ahad ini
KOTA BHARU: Kelantan mengumumkan 24 Mei ini sebagai cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala FA antara The Red Warriors dan Lions XII.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, dengan pengumuman cuti itu diharap penyokong dan peminat yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut tidak perlu lagi tergesa-gesa pulang.
“Ahad ini cuti peristiwa di Kelantan bagi memberi keselesaan kepada penonton yang menyaksikan perlawanan berkenaan pulang dengan selesa dan tidak perlu tergesa-gesa.
"Saya juga berharap penyokong dari Kelantan menjaga solat dan mempertahankan tatasusila sebagai anak Kelantan ketika menyaksikan perlawanan itu,” katanya pada satu kenyataan di sini.
Perlawanan akhir Piala FA musim 2015 edisi ke-26 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil 23 Mei ini.
Menteri Besar juga berharap penyokong Kelantan membawa roh riadhah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika.
"Saya menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA 2015, insya-Allah,” katanya.
Beliau juga berharap pasukan bola sepak menyemarak semangat Kelate Boleh!
Kelantan layak ke peringkat akhir setelah berjaya menumpas Pahang dengan agregat 3-2 pada perlawanan separuh akhir kedua malam semalam. - HARAKAHDAILY 18/5/2015
Sumber HD - 18-5-2015
Presiden FAM, Pemuda PAS bincang majukan bola sepak
KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negara, Pemuda PAS Malaysia melalui Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (Dacs) telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. semalam.
Pertemuan yang diadakan di ibu negara itu antara lain membincangkan serta berkongsi idea ke arah kemajuan sukan tersebut.
Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, Tengku Abdullah mengharapkan PAS dapat merentasi sempadan politik demi kemajuan bola sepak negara.
"Kalau boleh buat football program daripada peringkat belia, adakan league even your own internal between the PAS.
"Kalau boleh kita kurangkan barrier itu, masukkan sapa-sapa yang nak main tapi anjuran tak kiralah sama ada PAS, syarikat mahupun persatuan," titah baginda sambil bersetuju unsur-unsur dakwah boleh diaplikasikan melalui platform sukan.
Antara lain, Pemuda PAS titahnya boleh menganjurkan latihan asas di peringkat bawahan di samping mewujudkan satu bentuk model sukan tersebut.
"Buat dulu, jangan kira nak buat besar-besar, start somewhere," titah Tengku Abdullah lagi.
Tengku Mahkota Pahang itu turut berharap agar Pemuda PAS dapat meneruskan penganjuran program-program ke arah kecemerlangan sukan itu.
Baginda menyambut baik alternatif yang diusahakan Pemuda PAS termasuklah menubuhkan Sport Sunnah Club (SSC) untuk memperkenalkan sukan-sukan sunnah kepada masyarakat.
Sementara itu, Pengarah Dacs Malaysia, Salman Saleh berkata, pihaknya bersedia membantu dari sudut penganjuran program serta idea melalui platform yang ada.
Pemuda PAS, katanya mengambil perhatian serius terhadap prestasi dan perkembangan sukan tanah air terutama bola sepak.
"Saya yakin di bawah pentadbiran Tuanku, bola sepak Malaysia akan berjaya diperkuatkan lagi prestasinya.
"Inisiatif-inisiatif FAM seperti menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Rakyat di peringkat bawahan akan berjaya mencungkil bakat-bakat baru," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas pertemuan itu.
Pemuda PAS turut merafak sembah tahniah kepada Tuanku yang dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Dunia (Fifa) baru-baru ini.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Exco Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan ahli Jawatankuasa Dacs Malaysia, Muriza Mulhi serta Safarizal Saleh. - HARAKAHDAILY 16/5/2015
Sumber HD - 16-5-2015
Atlet Muslimahnya Dilarang Berjilbab, Turki Keluar dari Acara Wushu Eropah Posted on Monday, May 04 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Pasukan Wushu Turki (TWF) mengeluarkan keputusan yang mengejutkan, apabila Pengerusi TWF Abdurrahman Akyüz memutuskan untuk tidak mengikuti semua acara yang diadakan Pertandingan wushu Eropah. Keputusan itu menyusul akibat larangan mengenakan jilbab bagi atlet wanita wushu.
"Para atlet wanita Turki sudah mulai memboikot event kejuaraan wushu Eropa sejak tahun lalu. Demikian juga halnya dengan event-event tahun ini." ujar Abdurahman sebagaimana dikutip dari kantor berita Turki Anadolu dan dipublikasikan oleh dakwatuna.com
Abdullah juga menyampaikan bahwa pertandingan wushu Eropah telah melanggar hak asasi para etlet dalam melaksanakan kewajiban agama. Selain itu, pertandingan ini juga sebenarnya telah gagal secara amnya. Sehingga ada beberapa pasukan dari negara lain yang ikut memboikot seperti Italia dan Prancis. [dakwatuna/islamedia].
Malaysian badminton star Lee gets backdated doping ban
He was stripped of his world championships silver medal but allowed to keep his singles and team bronzes from last year's Asian Games, which he played before the failed drugs test came to light.
Crucially, Lee can now begin his build-up to Rio de Janeiro next year, where he will try to crown his career by winning his first Olympic title.
- Sudirman Cup target -
Lee said he accepted the BWF's ruling and would be more careful to avoid banned substances.
"I can say I learned something from these few months," said the soft-spoken shuttler. "I will be more careful now."
Lee, a quiet, self-effacing athlete know for shunning the limelight while training obsessively, first became world number one in late 2008, staying at or near the summit ever since.
But he has repeatedly fallen short in pursuit of the sport's top prizes -- the world and Olympic titles -- despite reaching three world championship finals and two Olympic deciders.
Lee's absence from the court has dropped him from the top ranking all the way down to 30th in the world.
Malaysian badminton officials had told AFP they were hoping for a decision this week so that they would know whether or not to include Lee in the May 10-17 Sudirman Cup in China.
Sports Minister Khairy Jamaluddin, who appeared at the press briefing with Lee, said Malaysia also wanted him to compete in the Southeast Asian Games in June.
"I agree with (the Badminton Association of Malaysia) and Chong Wei that he needs to get back into form with as many competitions as possible to ultimately qualify for the 2016 Olympic Games in Rio De Janiero after being out of action for eight months," Khairy said.
Sumber HD - 27-4-2015
Antara Lee Chong Wei, Badminton dan Malaysia
Aku sebenarnya hairan kenapa kes Lee Chong Wei ini sangat-sangat diutamakan dan sangat-sangat mendapat perhatian terutamanya dari pihak BAM mahupun dari menteri belia dan sukan, KJ itu sendiri. Jawapan yang seringkali diucapkan adalah bagi memastikan Lee Chong Wei layak ke sukan Olimpik di Brazil 2016. Sebenarnya, aku tak berapa yakin sangat dengan jawapan tue.
Korang cuba selami apa yang berlaku dalam badminton Malaysia kebelakangai. Terbuka Malaysia, bungkus. Terbuka Singapura, tersungkur. Nanti kejohanan dunia kat Indonesia, agak-agak apa yang akan berlaku. Aku sebenarnya mengharapkan sesuatu, tapi bukan dari Lee Chong Wei, tetapi dari pemain-pemain yang lain.
Terkesan dengan fenomena yang aku sebut tadi, tak hairanlah apabila BAM memberikan tekanan yang agak drastik dan agak tegas kepada pemain-pemain, malah kepada jurulatih. Malah kedengaran, KPI-KPI yang ditetapkan oleh BAM yang tidak dapat dipenuhi dengan cemerlang, maka mereka ini digugurkan.
Tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam BAM, tapi apa yang kita boleh lihat, beberapa pemain yang hebat meninggalkan BAM. Malah, ada jurulatih meninggalkan BAM. Alasan, tekanan daripada pihak pengurusan. Entah betul, entah tidak, tidak dapat dipastikan. Mungkin ada isu lain, kita tak tahu. Apa yang kita tahu, mereka-mereka ini lari, meninggalkan BAM dan menyertai kelab-kelab profesional lain. Bagi aku, KPI-KPI yang diceritakan tadi hanyalah alasan, dan berkemungkinan besar, ada isu lain yang menyebabkan pemain-pemain dan jurulatih meninggalkan BAM.
Berbalik kepada isu Lee Chong Wei. Sebutan kes yang berlansung di Amsterdam sudahpun berlalu, malah Lee Chong Wei dikatakan lebih tenang selepas apa yang berlaku. Chong Wei dilihat akan mula berlatih untuk mempersiapkan dirinya bagi menghadapi kejohanan akan datang. Soalan aku, kenapa penting sangat menumpukan sepenuhnya kepada Lee Chong Wei? Adakah sekadar mengharapkan Lee Chong Wei SAHAJA mewakili Malaysia untuk kejohanan dunia. Bagaimana pemain-pemain lain selain yang berada di dalam BAM. Dan soalan aku yang paling penting, kenapa BAM, sebagai badan yang mengelola badminton Malaysia tidak menitikberatkan pemain-pemain dari kelab profesinal lain untuk kejohanan-kejohanan dunia??
Ini semua politik semata-mata. Daripada kaca mata aku, yang hanya membaca berdasarkan laporan-laporan akhbar, media-media elektronik, aku hanyalah kerdil. Menyatakan pendapat aku dalam blog aku yang picisan ini, tapi tak bermakna aku tak sayangkan Malaysia. Kalau ini berlanjutan, maka badminton Malaysia akan sampai disuatu tahap yang mana kita tidak lagi boleh bersaing di pentas dunia.
Kalau betul, BAM ikhlas membangunkan badminton Malaysia, dan tidak hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata, maka kita tidak akan ketandusan pemain-pemain muda. Malah, negara-negara Eropah mula mengukir nama dipersana dunia. Jangan dilupa, pemain-pemain daripada India. pemain perseorangan India Saina Nehwal berjaya menjadi pemain no 1 dunia. Come on la Malaysia. India pun sudah melakar nama di carta BWF sana.
Macam aku cakap tadi, ini hanya retorik politik semata-mata. Mahu Malaysia berapa di persada dunia dan hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata. Umur pun dah meningkat tua. Sepatutnya, Lee Chong Wei sudahpun mempunyai anak didik nya sendiri bagi meneruskan legasi badminton. Dan sepatutnya kita sudahpun mempunyai Lee Chong Wei ke 2, juara dunia yang baru, tetapi apa yang berlaku, hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata.
Aku mengharapkan keputusan doping Lee Chong Wei memihak kepadanya. Tetapi, aku tidak mengharapkan Lee Chong Wei membawa harapan Malaysia ke persada dunia. Bagilah pula pemain-pemain lain untuk menggalas harapan negara di peta dunia. Dan ikhlas dari aku, sepatutnya Lee Chong Wei bersara terus dari badminton kerana aku yakin, beliau mempunyai formula untuk melahirkan pemain-pemain yang berwibawa sepertinya. Dan aku yakin, sekiranya dia bersara, barulah 'orang-orang politik' tahu, di mana kepentingan maruah negara.
Kepada ahli politik-politik dalam sukan badminton Malaysia nie, tolong lah, pergi jauh-jauh. Kamu semua memalukan Malaysia sebenarnya...
Sumber Stylosport.com / HD - 14-4-2015
MAHU TATAP PELUK ANAK SEBELUM PERGI SELAMANYA
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34776-mahu-tatap-peluk-anak-sebelum-pergi-selamanya
Sumber HD - 8-4-2015
Tahniah selangor..tahniah!! Tahniah!! Tahniah!! Pasukan selangor terus mengekalkan rentak kemenangan!!
Maafkan abam..abam ilang pedoman kat stadium td...nasib korang la..sape suruh x pegi..
#1Orang1Bendera...
#ForzaSelangor
#MKLK
See More
PEMAIN, PENONTON TAFAKUR DI STADIUM
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33898-pemain-penonton-tafakur-di-stadium
Sumber HD - 16-2-2015
TERIMA KASIH TANGGUH TRW VS LIONS VII KE MALAM ESOK - NIK ABDUH
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33865-terima-kasih-tangguh-trw-vs-lions-xii-ke-malam-esok
Sumber HD - 14-2-2015
TIFO ANJING : HUKUM FAM BUKAN PENYOKONG - LENSA
'TIFO' KEPALA ANJING
http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33750-tifo-anjing-hukum-fam-bukan-penyokong
Sumber HD - 9-2-20215
SAYA KASIHAN PADA MEREKA PAMER FIFO WAJAH ANJING - PRESIDEN PERSATUAN BOLASEPAK PAHANG
TENGKU ABDUL RAHMAN SULTAN AHMAD SHAH - PRESIDEN PERSATUAN BOLASEPAK PAHANG
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33628-saya-kasihan-pada-mereka-pamer-tifo-wajah-anjing
Sumber HD - 3-2-2015
PEMAIN MAHU KEMBALIKAN KEGEMILANGAN RED GIANTS - KAPTEN
PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33607-pemain-mahu-kembalikan-kegemilangan-red-giants
Sumber HD - 2-2-2015
FAM DI PIALA SUMBANGSIH 31 - ANJING PAKAI BAJU, MENGAPA?
http://www.ibnhasyim.blogspot.com
PENYOKONG JDT MEMPAMERKAN BANNER ANJING
Sumber HD - 1-2-2015
JDT pelopori guna marshal perlawanan
JDT AKAN PELOPORI PENGGUNAAN MARSHAL PERLAWANAN
gambar hiasan
Tahniah buat peminat JDT dan tahniah TMJ dan keseluruhan tenaga kerja JDT. Demi memastikan peminat berasa selamat dan terhindar dari gejala hooligan, satu pembaharuan akan dibuat di Malaysia.
Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan menubuhkan satu syarikat keselamatan yang akan bertanggungjawab atas keselamatan di dalam dan luar Stadium Larkin sewaktu perlawanan diadakan, mulai musim yang akan datang. Langkah ini diambil kerana DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim amat menitikberatkan aspek keselamatan orang ramai. Seramai 1000 orang marshal akan ditempatkan di sekitar stadium pada waktu perlawanan.
Untuk memastikan setiap marshal merupakan anggota yang berkualiti, mereka dikehendaki mengikuti kursus latihan dan ujian oleh pihak Polis DiRaja Malaysia dan Askar Timbalan Setia Negeri.
Peranan marshal yang bertugas adalah untuk memastikan keselamatan penyokong tuan rumah dan pelawat. Diharapkan dengan adanya langkah sebegini, akan menjadikan setiap perlawanan di Stadium Larkin selamat dan menghiburkan bagi semua penyokong bolasepak.
~johor southern tigers~
Sumber HD - 5-1-2015
5 faktor liga bola sepak Thailand kian maju
Penjagaan rumput yang berkala dilakukan oleh pihak stadium bola sepak di Thailand.
MUNCULNYA kelab-kelab baru yang menggunakan cara pengurusan kelab Eropah seperti Muang Thong United, Chonburi FC dan Bangkok Glass FC adalah antara faktor yang membuat liga Thailand kian maju.
Dipetik daripada rencana yang pernah disiarkan laman web kaskus.co.id. menyatakan kehadiran mereka mendapat sambutan hangat peminat kelab dan boleh berkembang cepat dalam hal peminat mereka.
Perubahan tersebut menjadi awal penerokaan potensi industri yang memberikan harapan tinggi peminat agar liga tempatan dapat menarik seperti halnya liga besar Eropah.
Berikut ialah petikan rencana tersebut.
Kumpulan terbaik di Asia Tenggara pada masa ini adalah Thailand Premier League (TPL) berdiri sejak 1996, namun baru "berkembang" tahun 2007. Kiblat bola sepak di Thailand adalah Liga Inggeris, kelab-kelab seperti Buriram United, Muangthong United, Chonburi FC mendominasi TPL. Pemain-pemain dari BPL pernah merasakan keghairahan TPL seperti Robbie Fowler & Jay Bothroyd (Muangthong United), Jay Simpson (Buriram United). Bekas pelatih pasukan kebangsaan Inggeris, Sven Goran Erikson pernah menjadi pengarah teknik kelab asal Thailand BEC Tero Sasana FC.
5 hal yang membuat liga Thailand kian maju
Bola sepak Thailand memang sejak lama kelasnya lebih tinggi dari Indonesia. Meski begitu mereka terus berbenah untuk boleh seperti kumpulan-kumpulan besar seperti J-League dan Liga Eropah.
Berikut ini faktor-faktor yang meningkatkan kualiti liga bola sepak Thailand yang memang lebih teratur dari Liga Indonesia:
1. Cheerthai Power Group, organisasi suporter yang menggalakkan kembalinya bola sepak Thailand sejak 2004 menanamkan motto "Ball Nork Kae Sa Jai, Ball Thai Eu Nai Sai Leod" yang ertinya, 'bola sepak antarabangsa hanya untuk kesenangan, bola sepak Thailand ada dalam darah'.
2. Sejak 2008, kelab-kelab Thailand yang sebelum ini dikendalikan oleh persatuan dan kelab, sekarang menjadi badan usaha atau syarikat. Di Thailand, penggunaan itu mendapat sambutan hangat dan ketika musim 2009 bermula Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah membentuk Thailand Premier League Company Ltd (TPLC), bertindak sebagai badan penganjur di bawah FAT dengan mewujudkan kelab peserta dituntut untuk berjalan sebagai syarikat.
3. Munculnya kelab-kelab baru yang menggunakan cara pengurusan kelab Eropah seperti Muang Thong United, Chonburi FC dan Bangkok Glass FC. Kehadiran mereka mendapat sambutan hangat peminat kelab dan boleh berkembang cepat dalam hal peminat mereka. Perubahan tersebut menjadi awal penerokaan potensi industri yang memberikan harapan tinggi peminat agar liga tempatan dapat menarik seperti halnya liga besar Eropah.
4. Thailand mengikuti pedoman AFC yang menyarankan bahawa bola sepak dijauhkan dari pengaruh politik untuk kepentingan pembangunan jangka panjang. Mereka memberi nota bahawa penglibatan politik boleh menjejaskan sebuah pasukan atau kelab menjadi kurang baik.
5. Dalam kumpulan Thailand terdapat peraturan bahawa bangku cadangan hanya untuk pemain gantian, 3-4 kakitangan pelatih, ketua jurulatih dan pengurus pasukan. Ketua atau presiden kelab harus duduk di tempat VIP. Pada dasarnya ini adalah mendorong mereka untuk fokus kepada perniagaan, tetamu VIP mereka, penaja, pelabur dan rakan-rakan mereka tetapi juga untuk mencegah mereka mempengaruhi pasukan mereka sendiri dan pengadil.
Sumber HD - 21-12-2014
Ranking Fifa bolasepak Malaysia dari 1993 - 2014
Ranking FIFA Skuad Bolasepak Malaysia Dari 1993 Hingga 2014. Berikut adalah sejarah ranking FIFA skuad bolasepak Malaysia dari tahun 1993 hingga kini bulan Disember 2014. Dipetik dari FIFA.com
Ternyata memang terdapat kejatuhan teruk dari tahun 90-an hingga terkini. Sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan ranking FIFA skuad Harimau Malaya ini setanding dengan pasukan Jepun dan Korea Selatan
Date FIFA Ranking position
December 2014 154
November 2014 155
October 2014 156
September 2014 154
August 2014 155
July 2014 151
June 2014 153
May 2014 145
April 2014 142
March 2014 141
February 2014 150
January 2014 154
2013 154
2012 158
2011 148
2010 144
2009 160
2008 156
2007 159
2006 152
2005 123
2004 120
2003 116
2002 128
2001 111
2000 107
1999 117
1998 113
1997 87
1996 96
1995 106
1994 89
1993 79
Malaysia average position from FIFA World Ranking creation is 126
Sumber HD - 20-12-2014
Peguam BAM minta perbicaraan kes Chong Wei ditunda
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan dan Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menilai status padang bola sepak Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa ini sama ada lokasi itu boleh digunakan untuk separuh akhir Piala AFF Suzuki.
"Pilihan di tangan FAM. Stadium Shah Alam pun sudah bersedia. Keputusan akan dibuat tidak lama lagi," kata menterinya Khairy Jamaluddin kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan anggota Parlimen Belia di sini hari ini.
Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya ke peringkat separuh akhir piala tersebut selepas menewaskan Singapura 3-1 malam tadi di Stadium Nasional Kallang Singapura.
Sebelum ini dilaporkan, KBS memutuskan untuk membaik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil susulan kerosakan yang berlaku selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 1 Nov lepas.
Pada peringkat separuh akhir awal Disember ini, Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Vietnam manakala Thailand yang merupakan juara tiga kali, bakal membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan A, Filipina.
Perlawanan separuh akhir akan dijalankan mengikut format timbal balik iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Dis manakala separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Dis ini.
Menyentuh mengenai isu doping pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei, Khairy berkata peguam yang dilantik Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menghantar surat kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meminta perbicaraan kes itu ditunda.
Beliau berkata ini adalah kerana pihak peguam memerlukan masa untuk menyediakan kes ini dengan lebih terperinci selepas BAM dimaklumkan bahawa tarikh pendengaran dijadualkan pada 8 Disember ini di Amsterdam.
Chong Wei kini digantung sementara waktu oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas. - Bernama
Sumber HD - 30-11-2014

T-team hilang tonggak tengah
KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak berstatus kelab, T-Team kehilangan tonggak tengah apabila Muhammad Shahrin Sapien berhijrah ke pasukan Terengganu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Penolong jurulatih T-Team, Mohd Azhari Salim berkata pemain berumur 20 tahun itu, yang berasal dari Bukit Wan, Batu Rakit di sini, menandatangani kontrak dengan pasukan Terengganu hari ini.
"Kita cukup terkilan kerana dia (Muhammad Shahrin) antara pemain yang kita harap dapat membantu T-Team dalam mengharungi Liga Malaysia musim depan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pemain itu kini sedang membantu pasukan Terengganu dalam kempen bola sepak Piala Emas Raja-Raja.
Mohd Azhari berkata apapun T-Team terpaksa melepaskan pemain tersebut demi masa depan beliau dan untuk kebaikan pasukan Terengganu sendiri.
Dengan perkembangan tersebut, beliau berkata T-Team perlu mencari seorang pemain tengah yang benar-benar bagus bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Muhammad Shahrin yang sedikit sebanyak bakal menjejaskan persiapan pihaknya yang akan beraksi dalam Liga Perdana tahun depan.
Mengulas mengenai jurulatih yang bakal membimbing pasukan T-Team tahun depan, Mohd Azhari berkata T-Team merancang menggunakan jurulatih dari Indonesia.
Katanya T-Team juga akan menggunakan khidmat beberapa pemain import namun ia masih di peringkat perbincangan. - BERNAMA
Sumber HD - 27-11-2014

FAS tak mungkir janji bayar Paulo Rangel
PERSATUAN Bolasepak Selangor (FAS) menafikan sekeras-kerasnya ia mungkir janji dalam isu pembayaran tandatangan atau ‘signing on fees’ untuk kontrak baru seperti yang didakwa Paulo Rangel (foto) dalam laman sosial Instagram dan Twitter.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad dalam kenyataan media berkata, Rangel menerima lebih RM1 juta tidak termasuk bonus dari awal musim sehingga hari ini.
Rangel dianggarkan menerima RM1 juta untuk gaji dan signing on fees, tidak termasuk bonus untuk kemenangan.
“FAS menjelaskan kontrak Rangel dilanjutkan untuk dua tahun lagi sehingga 2016 dengan bayaran tandatangan atau signing on fees berjumlah RM300,000. Kontrak baru beliau bermula 1 Disember 2014.
“Kami sudah menjelaskan wang pendahuluan sejumlah RM100,000 pada 21 Oktober lalu iaitu sebelum dia berlepas pulang ke Brazil untuk bercuti. Rangel dijadual kembali ke Selangor pada 20 November nanti,” kata Abdul Mohhtar.
Katanya, baki RM200,000 akan dilunaskan pada hujung bulan November sebelum kontrak barunya bermula secara rasmi pada 1 Disember, 2014.
“FAS telah memberi wang pendahuluan RM100,000 sebagai signing on fees meskipun kontrak barunya hanya berkuat kuasa pada Disember.
“FAS mendedahkan selain itu, Rangel turut menerima RM50,000 sebagai bonus atas kejayaan memenangi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Liga Super,” katanya.
Katanya untuk kontrak sepanjang 2014, Rangel juga menerima anggaran yang sama sebagai signing on fees. Jadi tidak timbul isu FAS tidak membayar atau berhutang dengan Rangel.
“FAS menegaskan gaji pemain dan pegawai sudahpun dilunaskan, dengan gaji bulan Oktober akan dibayar dalam minggu depan.
“FAS turut menegaskan tiket penerbangan dua hala pergi dan balik buat Rangel dan keluarganya ditanggung oleh persatuan itu.
“Ini jelas membuktikan kami melayan pemain kami dengan profesional,” katanya.
Mengenai sebarang bentuk tindakan yang bakal dikenakan terhadap Rangel atas tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada pengurusan, FAS akan membincangkan isu itu sejurus kepulangannya dari Brazil.
Buat sementara waktu, ejen Rangel sudahpun dimaklumkan untuk menasihati penyerang itu agar berhati-hati membuat sebarang ulasan sama ada kepada media atau dalam media sosial yang bertujuan menimbulkan salah tafsir orang ramai.
Sumber HD - 17-11-2014

Piala AFF Suzuki: Khairy yakin kemampuan Dollah
KUANTAN: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau yakin dengan keupayaan yang dimiliki jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh dalam membawa pasukan itu pada saingan Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura, bermula 23 Nov depan.
Katanya mana-mana pihak tidak sepatutnya meragui apa sahaja keputusan yang diambil oleh jurulatih tersebut terutamanya dari segi pemilihan pemain yang akan beraksi pada perlawanan itu nanti.
"Saya tak nak komen lebih, saya yakin jurulatih Dollah Salleh tahu apa yang dia perlu buat, jadi kita tidak perlu komen lebih-lebih...biar dia buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fit Malaysia Pahang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 di sini hari ini.
Beliau berharap Dollah dan anak buahnya akan memberikan persembahan terbaik pada setiap perlawanan dalam kejohanan itu nanti.
Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan dengan berdepan Myanmar pada 23 Nov diikuti Thailand pada 26 Nov. Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Skuad negara akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, pada 29 Nov ini.
Vietnam, yang menjadi tuan rumah bersama, akan mengetuai cabaran kumpulan A bersama tiga pasukan lain iaitu Filipina, Indonesia dan Laos.
Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang diadakan mengikut format timbal balik.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata pihaknya kini memberikan tumpuan dan keutamaan kepada pendengaran kes doping jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berbanding perkara lain.
Beliau berkata isu lain seperti cadangan menyemak semula fungsi Institut Sukan Negara (ISN) bukan menjadi keutamaan beliau pada masa ini.
"Apa pun semakan yang perlu kita buat (terhadap ISN), kita akan memberi tumpuan selepas kes perbicaraan Lee Chong Wei selesai, itu yang menjadi keutamaan kita sekarang," katanya.
Chong Wei kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamenthasone' ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.
Perbicaraan kes doping Lee dijangka bermula awal bulan depan. - Bernama
Sumber HD - 16-11-2014

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Malaysia 2014
Sumber HD - 13-11-2014
SuperMohk: 13-11-2014 (Ulangtahun Lahir ke-61)
https://www.youtube.com/watch?v=dAYeVDKonTg
Pendedahan Razif Sidek wajar disiasat
DAKWAAN bekas jaguh regu badminton negara, Razif Sidek bahawa pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei telah mengambil bahan terlarang tersebut sejak beberapa tahun lalu wajar disiasat. Menurut Razif, Chong Wei mengambil ubat berbentuk suntikan yang berasal dari China.
Yang saya baca dalam laporan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu sebelum ini, tindakan Chong Wei ini telah lama diketahuinya, malah turut diketahui oleh pegawai dan pemain lain.
Bagi saya, pendedahan Razif ini bukanlah sesuatu yang kecil dan boleh diketepikan begitu sahaja.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mesti mengambil tindakan menyeluruh untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
KBS wajar memanggil Razif untuk mendapatkan maklumat lanjut. Semua pegawai dan pemain juga wajar tampil memberi keterangan dan KBS hendaklah memberi jaminan bahawa segala keterangan dan identiti mereka dilindungi.
Saya percaya, KBS yang dipimpin oleh menteri baru dan muda ini mampu bertindak dengan telus dan tidak mengamalkan pilih kasih dan memberi muka kepada mana-mana pegawai yang berstatus VIP dalam siasatannya.
Kes ini bukan sahaja mencemar nama baik Persatuan Badminton Malaysia, bahkan negara dan rakyat keseluruhannya. – HARAKAHDAILY 12/11/2014
Sumber HD - 12-11-2014

Sports body names Lee in doping scandal
Badminton's governing body confirmed Tuesday that Lee Chong Wei has been suspended "due to an apparent anti-doping regulation violation", identifying him for the first time after weeks of reports naming the world number one.
The Badminton World Federation (BWF) said the Malaysian star was barred from competing until its panel determines whether he has committed a violation, after he failed a drugs test at the BWF World Championships in August.
No date for the hearing has been given, and the BWF declined further comment.
Read the full story here
Sumber HD - 12-11-2014
Jurulatih, kapten Tok Gajah kekal musim depan
KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan jurulatih Zainal Abidin Hassan dan kapten Mohd Razman Roslan akan kekal bersama pasukan Tok Gajah, pada musim depan.
Presidennya Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata setakat ini beliau belum menerima berita yang mengatakan mereka mendapat tawaran atau berpindah ke pasukan lain.
"Saya juga akan mengadakan berbincang dengan pegawai-pegawai PBNP mengenai status pemain, termasuk meneliti semula kontrak mereka yang mungkin akan tamat tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan kejayaan pasukan itu mempertahankan Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Makmur di sini semalam.
Tengku Abdul Rahman juga percaya sebahagian besar pemain skuad Piala Malaysia Pahang yang menjadi tonggak utama akan kekal bersama Tok Gajah.
Bagaimanapun beliau memberi kebebasan kepada pemain untuk membuat keputusan sama ada untuk kekal atau berpindah kepada pasukan lain jika mereka mendapat peluang yang lebih baik.
Mengulas mengenai masa depan penyerang import, Dickson Nwakaeme, beliau berkata, pemain itu melahirkan hasrat untuk bermain di Eropah dan memaklumkan akan menjalani ujian bersama sebuah kelab di Perancis.
"Andai gagal di sana, dia boleh kembali kepada Pahang pada tahun
hadapan kerana kita sentiasa terbuka menerimanya untuk bermain di dalam skuad Tok Gajah," katanya.
Mengenai pemain baharu yang akan dibawa ke dalam skuad Tok Gajah, Tengku Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan bahawa Pahang perlu membeli beberapa pemain yang berkualiti sebagai persiapan tahun hadapan, terutama untuk beraksi dalam Piala AFC.
"Jika saya diberi peluang, saya akan pilih pemain Kedah, Badrol Bakhtiar untuk bermain dengan Pahang tetapi mestilah dibuat melalui saluran yang betul kerana saya tak mahu ambil pemain yang masih terikat dengan kontrak," katanya. - Bernama
Sumber HD - 4-11-2014

Piala Malaysia: Jangan bawa barang larangan
KUANTAN: Polis menasihati penonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia 2014, yang menyaksikan Pahang menentang Kedah di Stadium Darul Makmur di sini, supaya mematuhi peraturan ditetapkan dan mengelak daripada menimbulkan provokasi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata penyokong kedua-dua pasukan dilarang membawa masuk bahan dilarang seperti senjata, mercun dan payung untuk mengelak insiden tidak diingini.
"Memandangkan keadaan cuaca tidak menentu kini, mungkin hujan semasa perlawanan namun penyokong dilarang membawa masuk payung. Bawalah baju hujan kerana itu lebih selamat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar dengan arahan itu.
Dalam keghairahan memberi sokongan kepada pasukan masing-masing, polis juga menasihatkan penonton supaya sentiasa menjaga tata susila dan tidak melakukan provokasi atau gangguan semasa perlawanan itu.
Abdul Aziz juga berkata tempat meletak kenderaan untuk penyokong Pahang disediakan di hadapan UTC Kuantan dan kawasan letak kenderaan di Bukit Sekilau di sini, manakala tempat letak kenderaan di hadapan stadium itu dikhaskan untuk penyokong Kedah, pegawai perlawanan serta petugas media.
Menurutnya 550 pegawai dan anggota polis akan bertugas di stadium itu malam esok. - Bernama
Sumber HD - 23-10-2014

Naturalisasi mungkin penawar luka Harimau Malaya
KEMERIAHAN kancah bola sepak melanda Malaysia tika ini, susulan kempen Piala Malaysia yang sedang berlansung diikuti kemeriahan aksi pra musim Liga Perdana Barclays atau Liga Perdana Inggeris yang sedang berlansung.
Pastinya saat ini dinanti sekian lama para penggemar sukan paling popular di dunia ini.
Kempen Piala Malaysia untuk siri 2014 boleh dikelaskan antara kempen paling menarik, dengan pelbagai kejutan seperti gahnya PDRM dan Kedah Darul Aman di peringkat kumpulan mengatasi pasukan gergasi lain biapun keduanya pasukan berstatus Liga Perdana.
Tidak kita nafikan aksi mengujakan yang ditampilkan bintang-bintang import setiap pasukan memberi jawapan mengapa kejohanan berprestij bola sepak tempatan seperti Liga Super dan Piala Malaysia kembali mendapat sambutan.
Hipotesis mudah untuk disimpulkan bahawa peminat bola sepak di Malaysia menagih aksi pemain import berbanding pemain tempatan.
Senarai penjaring semasa Piala Malaysia dari kedudukan pertama hingga ke enam dipelopori pemain import setiap pasukan, sehingga yang ke tujuh Hairudin Omar (gambar) dari Angkatan Tentera Malaysia sebagai wakil pemain tempatan.
Kemajuan kejohanan kompetitif seharusnya seiring dengan peningkatan mutu pasukan bola sepak negara. Sudah terang lagi bersuluh persembahan memukau oleh 'awang-awang import' jelas sebagai method utama menarik perhatian penonton mewarnai dan memeriahkan stadium.
Pemain tempatan secara kasarnya hanya beraksi penuh pada posisi-posisi seperti penjaga gawang dan bahagian tengah. Biarpun kuota dan syarat yang digariskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tentang pengambilan pemain import dipatuhi setiap pasukan, namun ianya seolah membina tembok besar menghalang peningkatan
pasukan bola sepak negara.
Analisis kualiti pasukan kebangsaan tentang ketiadaan pemain serangan yang mempunyai penyudah berbisa juga pertahanan tengah yang kental merupakan masalah utama Harimau Malaya yang begitu ketara.
Mungkin merekrut 'awang import' baik untuk meningkatkan minat rakyat Malaysia untuk menonton bola sepak tetapi akibat buruk buat pasukan Harimau Malaya lebih membimbangkan.
Kemunculan pemain seperti Brendan Gan (gambar kanan) dan Junior Eldstar merungkai persoalan apakah status utama kedua pemain tersebut sama ada berstatus naturalisasi atau tidak; buat jangka masa pendek khidmat keduanya ditagih skuad negara.
Adakah sudah tiba masa untuk Malaysia melaksanakan naturalisasi pemain, untuk kembali mendapatkan rentak ke peringkat lebih tinggi.
Bukan sekadar menghuni sekitar ranking antara 150-160 sekitar dekad ini, sesuatu perlu dilakukan.
Pilihan antara dua; pemain naturalisasi atau memulangkan kembali tempat pemain tempatan di liga Malaysia. - HARAKAHDAILY, 9/10/2014
Sumber HD - 10-10-2014

Chong Wei pertahan Anugerah Perdana TYT P Pinang
GEORGE TOWN: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dinobat sebagai pemenang Anugerah Perdana TYT Negeri Pulau Pinang dan Olahragawan negeri 2013, sekali gus mengulangi pencapaian cemerlangnya pada tahun 2012.
Jaguh badminton negara itu bagaimanapun tidak dapat hadir untuk menerima anugerah berkenaan daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada Majlis Anugerah Sukan 2013 di Hotel Traders di sini.
Chong Wei yang diwakili Pengarah Majlis Sukan Negeri Frederick Tan Teck An, tidak dapat hadir kerana neneknya meninggal dunia, Isnin lepas.
Sementara itu, Olahrawati negeri dianugerah kepada Ratu Skuasy negara Datuk Nicol Ann David yang baru meraih pingat emas dalam skuasy perseorangan wanita pada kejohanan Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan.
Nicol juga tidak dapat hadir untuk menerima anugerah berkenaan kerana terikat dengan latihan rutinnya di Amsterdam, Holland dan diwakili bapanya Desmond David.
Chong Wei dan Nicol, masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.
Anugerah Olahragawan Harapan pula diraih atlet renang Alwyn Tan Yean Yang, 17, yang berjaya memenangi dua pingat emas pada Sukan Malaysia di Perlis baru-baru ini.
Atlet skuasy, Vanessa Raj, 18, dianugerah Olahragawati harapan 2013 atas kejayaan memenangi dua pingat emas dalam acara individu dan berpasukan wanita pada Temasya Sukan Belia Asia di Nanjing, tahun lepas.
Mereka masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.
Selain itu, skuad karate turut mencapai kejayaan cemerlang apabila berjaya meraih Anugerah Pasukan Lelaki dan Wanita terbaik 2013.
Anugerah Tokoh Pemimpin Sukan 2014 pula diraih Timbalan Presiden Persekutuan Karate Malaysia Lim Chee Jin dan Anugerah Jurulatih terbaik 2013 dinobatkan kepada Jurulatih Karate negeri Lim Lee Lee. - Bernama
Sumber HD - 9-10-2014

FAM masih tidak berubah - Annuar
KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih tidak berubah.
"FAM masih tidak berubah...flip flop decision tak habis habis," tulisnya menerusi facebook.
Baginya, FAM bersikap berat sebelah dalam penjadualan semula perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2014.
Tambahnya, jadual perlawanan tidak harus diubah sewenang-wenang, layanan pada pasukan hendaklah sama dan adil.
Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan, jadual tidak boleh diubah atas kehendak satu pihak.
"Cukup-cukupah buat benda sebegini, kekalkan jadual yang sudah lama disahkan, bila nak berubah ni?" tulisnya lagi.
Beliau juga mengingatkan kepada mereka yang suka menyebarkan berita palsu mengenai perpindahan pemain supaya tidak mengelirukan orang ramai.
"Insyaallah 2 atau 3hb Nov kita akan umumkan...apapun senarai TRW 2015 sudah hampir complete," tambahnya.
Malah, jelasnya bagi pemain tempatan 90% akan didaftar dengan FAM minggu ini juga. - HARAKAHDAILY 9/10/2014

Dunia adalah pentas kita
BLOGGER dan wartawan veteran, Dato' Kadir Jasin meminta orang Melayu jangan berkecil hati dengan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mereka malas. Tidak pasti adakah Kadir seorang Melayu tulen atau bukan.
Jika Kadir Melayu tulen, benarkah beliau langsung tidak tersinggung dengan dakwaan Mahathir itu? Adakah beliau memang mengaku semua orang Melayu di Malaysia malas atau semata-mata mengampu/membela kerana Perdana Menteri keempat itu mengupahnya untuk mengkritik kerajaan pimpinan Najib Razak?
Sebagai manusia yang waras, mustahil orang Melayu tidak berkecil hati dengan kata-kata keras tersebut, apatah lagi jika mereka sebenarnya rajin bekerja dan berusaha.
Dakwaan Mahathir tidak tepat. Jika malas, sudah lama bangsa Melayu hilang di dunia. Jangan kerana segelintir, seperti yang ditegaskan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Kebangsaan Antartika, Universiti Malaya, Prof Dato' Dr Azizan Abu Samah, seluruh bangsa dilabel sebagai malas.
Dr Azizan yang juga Timbalan Pengarah IOES dan Naib Presiden Jawatankuasa Sains Penyelidikan Antartika menegaskan sedemikian dalam forum bertajuk 'Dunia ialah Pentas Kita' (sepatutnya 'adalah'), anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) di Rumah Pena, 20 September lalu.
Forum itu diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan ke-51 Pena (Mesyuarat Agung (pemilihan Jawatankuasa Pena 2014-2016)). Langkah Pena yang diketuai oleh Presidennya, Dr Mohammad Saleeh Rahamad (yang dipilih semula dalam Mesyuarat Agung tersebut) menganjurkan forum yang membawa isu panas itu wajar dipuji.
Sebenarnya, tidak salah untuk orang Melayu tersinggung atau marah kerana dakwaan Mahathir itu bersifat menyeluruh. Memang tidak adil dan melampau beliau melabelkan orang Melayu malas berdasarkan pencapaian dalam satu bidang sahaja.
Saya fikir dakwaan Mahathir itu hanya berdasarkan bidang ekonomi. Bagi beliau, disebabkan malas, orang Melayu masih tidak memonopoli ekonomi negara. Saya fikir Mahatihir hanya mahu orang Melayu kaya, bukan halal haram cara menjadi kaya.
Jika benar begitu, Mahathir tidak wajar melabelkan sedemikian kerana bidang lain seperti seni dan sukan telah membuktikan orang Melayu rajin.
Azizan dalam ceramahnya memberi contoh penyanyi Yuna yang telah sedikit demi sedikit mencatat kejayaan di Amerika Syarikat. Katanya, Yuna telah membuktikan kemampuan dan akan datang boleh memilih untuk beraksi di mana sahaja.
Beliau tidak menyebut kejayaan Dato' Siti Nurhaliza dan Shila Amzah. Mungkin mengetahui dan tidak menafikannya, cuma terlupa untuk menyebut. Yang penting, kejayaan tiga diva negara itu membuktikan orang Melayu kuat berusaha. Kalau malas, adakah ketiga-tiga mereka akan berada pada kedudukan sekarang?
Dalam bidang sukan pula, ada atlet Melayu yang menjadi legenda seperti Allahyarham Abdul Ghani Minhat dan Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari untuk bola sepak (walaupun gagal beraksi di Piala Dunia).
Ghani digelar Raja Bola Malaya. Mokhtar yang mendapat jolokan SuperMokh pula turut mencipta rekod menjadi pemain bola sepak tanah air yang pertama menerima anugerah Olahragawan Negara (1976). Adakah Ghani dan Mokhtar malas?
Badminton amat dikenang pada era 90-an, khususnya 1992 apabila adik-beradik Sidek, iaitu Rashid, Razif, Jalani dan Rahman Sidek membawa skuad negara kembali memenangi Piala Thomas selepas 25 tahun.
Razif dan Jalani juga mungkin menjadi juara beregu dunia jika 'servis S' ciptaan mereka tidak diharamkan oleh Persekutuan Badminton Dunia. Servis tersebut sangat mengelirukan lawan hingga menerbitkan rasa cemburu (mungkin) yang membawa pada pengharamannya atas alasan cepat merosakkan bulu tangkis.
Dalam lumba basikal tanah air pula muncul legenda seperti Allahyarham Daud Ibrahim pada era 70-an dan Rosman Alwi (80-an). Shalin Zulkfili pula adalah ratu boling negara.
Adakah mereka orang Melayu yang malas? Tentu tidak kerana faktor nasib amat kecil peratusannya. Faktor yang membawa kejayaan cemerlang tetap juga usaha keras dan berterusan.
Tegas Azizan, sebenarnya yang malas pada orang Melayu ialah malas ditipu oleh orang yang 'patut-patut' (berkuasa dan berwewenang).
Mereka, tambahnya, malas mendengar dianggap malas meskipun keluar awal pagi menangkap ikan atau menoreh.
"Orang Melayu malas melihat kekayaan negara diberi kepada orang lain, mendengar pemimpin mengutuk bangsa sendiri, dan melihat orang Melayu berjawatan tinggi atau kaya raya kerana memecah amanah menyelewengkan wang rakyat," tegas Azizan.
Sambil menegaskan bahawa Mahathir bukan Tuhan yang tidak boleh disanggah, tambah beliau, wajarkah orang Melayu dianggap malas jika mereka mampu menerajui Petronas dan Khazanah Nasional Berhad.
"Majoriti pensyarah di universiti yang mencerdikkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum juga adalah orang Melayu. Begitu juga yang menjayakan DEB dan Felda. Selain itu, 50 peratus pakar perubatan dan pakar undang-undang adalah orang Melayu," kata Azizan lagi.
Bagi beliau, kejayaan Malaysia adalah kejayaan orang Melayu. Katanya, orang Melayu telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan mereka dari 30 peratus ke empat peratus. Mereka menyediakan prasarana dan pentadbiran awam yang menyumbang pada pertumbuhan ekonomi.
Lebih menarik, tambah Azizan, pengguna dalam kalangan orang Melayu yang banyak mendukung ekonomi kaum Cina di Malaysia!
Bagaimanapun, Azizan menegaskan orang Melayu yang berwibawa dan berwawasan terpaksa menghadapi dua musuh, iaitu orang Melayu sendiri yang hasad dengki serta banyak memperlekehkan kejayaan bangsa, dan cauvanis Cina yang iri hati. Kedua-duanya, kata Azizan akan cuba membunuh kerjaya.
Dalam hujahnya menyanggah dakwaan Mahathir, Azizan menegaskan tiada kajian yang menunjukkan sesuatu bangsa bodoh atau cerdik, rajin atau malas kerana ia sangat bergantung pada nilai hidup seseorang.
Untuk mengatasi sindrom jaguh kampung pula, Azizan menegaskan orang Melayu mesti berani berfikiran besar serta menerokai dan bersuara di pentas dunia. Mereka, katanya, mesti berbangga dengan kejayaan sendiri, dan memerdekakan minda daripada belenggu saki-baki penjajahan minda.
Jelas Azizan, orang Melayu tidak perlu bimbang kerana dunia kini terbuka untuk mereka terokai. Sebenarnya, kata beliau, orang Melayu sudah mempunyai kemampuan ekonomi dan kematangan pemikiran untuk menjadi pemimpin dunia membangun.
Azizan menegaskan negara kita sudah mempunyai ramai Mahathir dalam banyak bidang selain politik. Cuma, beliau curiga adakah orang Melayu akan memerdekakan diri mereka yang sebenar-benarnya - tidak menjadi seperti burung sangkar yang setelah dilepaskan akan terbang semula ke sangkar atau berkeliaran di sekitar sangkar tersebut hingga akhirnya mati dibaham oleh kucing. – HARAKAHDAILY 29/9/2014
Sumber HD - 29-9-2014

Pemain bola paling banyak hat trick
Ronaldo mengukir nama sebagai pemain yang mempunyai hat trick paling banyak di dalam Top 5 liga di Eropah semenjak 1992. Namun, Messi boleh mengatasi rekod Ronaldo itu memandangkan usia Messi yang masih muda.
Sumber HD - 22-9-2014
Sumber HD - 22-9-2014
Nicol David, atlet Pulau Pinang terima insentif
GEORGE TOWN: Pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David bersama enam atlet Pulau Pinang menerima insentif kerajaan negeri selepas pencapaian cemerlang mereka semasa Sukan Komanwel XX di Glasgow 2014.
“Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan kerajaan negeri yang berbesar hati memberi insentif kepada saya dan atlet Pulau Pinang berikutan pencapaian kami di Sukan Komanwel Glasgow,” kata Nicol dalam satu kenyataan ringkas.
Selain beliau, turut menerima insentif berjumlah RM7,500 ialah Chan Peng Soon pemain badminton negara bagi kategori beregu lelaki dan penyerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sebuah majlis di Komtar, Jumaat lalu.
Hadir sama dalam majlis penyerahan tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bersama Chong Eng, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita dan Komuniti,
16 daripada 179 orang atlet yang mewakili negara merupakan atlet negeri Pulau Pinang yang menyertai lapan jenis sukan iaitu Terjun Akuatik, Angkat Berat, Badminton, Berbasikal, Boling Padang, Hoki, Skuasy, dan Menembak.
Enam daripada 16 atlet Pulau Pinang berjaya menyumbang tiga butir pingat emas dan tiga butir pingat perak buat Kontinjen Negara semasa Sukan Komanwel XX Glasgow 2014.
Kontinjen Negara secara keseluruhannya berjaya memenangi sebanyak enam pingat emas, tujuh perak, dan 6 butir pingat gangsa dari 10 jenis sukan meliputi sukan Badminton, Angkat Berat dan Powerlifting, Akuatik (renang dan terjun), Badminton, Berbasikal, Ping Pong, Boling Padang, Gimrama, Skuasy, dan Menembak.
Sumber HD - 8-9-2014
3 player Bayern elak pegang arak
Pemain skuad Piala Presiden JDT maut dalam kemalangan
JOHOR BAHARU: Seorang pemain bola sepak skuad Piala Presiden Johor Darul Ta'zim (JDT) meninggal dunia manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta di KM43.5 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru, Kota Tinggi, di sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Shahrul Anwar Md Idris berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam ketika Md Amirul Hakim Samsuddin, 18, dan rakannya Mohd Rafi Abu, 29, mengikuti konvoi beberapa buah motosikal dari arah Pasir Gudang untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara.
"Md Amirul Hakim menunggang motosikal terbabit manakala Mohd Rafi adalah pembonceng. Dipercayai motosikal mereka berlanggar dengan kereta yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Shahrul Anwar berkata Md Amirul Hakim yang dilaporkan parah di bahagian kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, Pandan, di sini.
Beliau berkata rakannya turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan. - Bernama
Sumber HD - 31-8-2014

Bersih: Penyokong JDT prihatin, bentuk budaya positif
BUDAYA POSITIF YANG HARUS DIPUJI DAN KEKAL ABADI.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada para penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan aksi ke-4 Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin semalam 26 Ogos 2014.
Kepuasan dan keseronokan bersorak meraikan kemenangan sememangnya satu kenangan manis buat yang hadir namun rasa bangga ditambah lagi dengan semangat mereka yang tidak terus pulang sebaliknya turut sama-sama bergandingan tangan dengan para petugas membersihkan persekitaran stadium di kawasan tempat duduk mereka.
Tahniah dan Syabas... Teruskan amalan mulia ini sehingga sebati dan menjadi sebahagian dari jati diri.
Amat mengharap agar para penyokong dari negeri lain akan menyusul ikut gelagat murni lagi mulia ini.
Sumber HD - 27-8-2014
Berusia 15 tahun dan diserap ke skuad senior
Martin Odegaard bakal membuka mata kelab-kelab sekitar Eropah berikutan pemilihannya ke skuad senior Norway pada usia 15 tahun.
Odegaard kini bersama kelab Norway, Stromsgodset telah mencuri perhatian Manchester United dan juga Barcelona dan beberapa kelab lain.
Odegaard telah di senaraikan mewakili Norway di dalam aksi persahabatan menentang UAE pada usia 15 tahun 253 hari.
p/s: bila agaknya Malaysia akan ada talent seperti ini?
Sumber HD - 20-8-2014
Kejohanan di Glasgow: Pengajaran buat Malaysia
MUNGKIN kejohanan berprestij di Glasgow sudah lama berakhir, namun konflik yang melanda badan-badan sukan, pasukan mahupun individu yang berkait rapat dengan penghantaran wakil negara di bumi Scotland masih belum reda.
Masing-masing menuding jari serta seakan mengambil langkah selamat mengelak dari dipertanggungjawabkan atas kekecewaan kontinjen Malaysia.
Sekadar memuaskan mungkin penakrifan ekstremis yang sesuai untuk diberikan pada skuad negara yang mewakili Malaysia di Glasgow, Scotland.
Penutupan kejohanan dengan mengungguli tempat ke-12, 6 emas, 7 perak dan 6 gangsa. Sasaran utama yang di letakkan sebanyak 7 pingat emas diakhiri dengan pencapaian kurang satu pingat.
Pada siri kejohanan yang lalu di New Delhi, India, kontinjen negara jelas cukup bersedia melangkaui sasaran awal sebanyak 10 emas dengan membawa pulang 12 emas tapi bukan untuk kejohanan kali ini.
Penilaian pemerhati sukan tanah air jelas manampilkan rasa kecewa dengn persembahan hambar yang di tampilkan terutama dalam acara badminton perseorangan dan hoki, biarpun kedua-dua acara ini disasarkan sebagai pilihan merangkul emas sebelum berlangsungnya temasya di Glaslow, Scotland.
Sasaran 4 pingat emas dalam acara badminton hanya sekadar impian buat Malaysia, dek persembahan yang cukup hambar ditampilkan wakil perseorangan negara Liew Darren dan Chong Wei Feng mengundang pelbagai persoalan terhadap aspek pengurusan, kejurulatihan dan pemilihan pemain.
Biarpun dihimpit tekanan menggalas tugas berat kerana ketiadaan Lee Chong Wei, ianya bukan alasan untuk mereka mempamerkan aksi yang cukup hambar seolah tiada persediaan rapi dari segi fizikal mahupun mental.
Di sebalik kekecewaan terhadap wakil perseorangan, wakil beregu negara memberi peluang untuk kontinjen negara menghela nafas lega dengan pungutan tiga emas dengan dua untuk beregu dan satu berpasukan jelas membantu menaikkan kembali kedudukan negara ke tempat yang lebih tinggi.
Bagi tiga lagi baki pingat emas diperolehi menerusi acara terjun, skuasy dan angkat berat.
Skuasy menepati ramalan dengan kemenangan Dato’ Nicol Ann David sebagai pilihan utama, disusuli kemenangan memperoleh emas oleh Mohd Afifi Ansor dalam acara angkat berat bagi kategori 69 kilogram biarpun dilihat kurang menyerlah di Sukma 2012.
Beliau memberi pendapat sewajarnya negara kita mencontohi kaedah atau persediaan yang dilakukan oleh negara seperti Kazakhstan, China dan Rusia bagi melahirkan lebih ramai atlet angkat berat yang mampu mengangkat nama Malaysia ke tahap yang lebuh tinggi.
Penerjun negara Ooi Tze Liang menghadiahkan pingat emas dan perak untuk Malaysia dalam acara 3 meter papan anjal dan 10 meter terjun individu lelaki.
Skuad hoki negara sekali lagi dihimpit prestasi yang membingungkan seluruh rakyat Malaysia, tatkala dijinak dengan mudah di peringkat kumpulan oleh New Zealand, England dan Trinidad Tobago.
Tewas di tangan pasukan 'underdog' seperti Trinidad dan Tobago memperkukuhkan lagi kenyataan bahawa pasukan negara tidak mempunyai konsistensi malah kurang persediaan dari segi taktikal mahupun kejurulatihan.
Diakhiri dengan keputusan merehatkan Dharma Raj (gambar) selaku jurulatih baru-baru ini mungkin sebagai langkah menilai kembali kemampuan beliau.
Menduduki tempat ke 13 di belakang negara jiran Singapura seolah-olah suatu penilaian secara kasar mengukur kemunduran tahap perkembangan arena sukan tanah air.
Diakhiri dengan hanya pungutan 6 pingat emas merupakan palitan arang yang cukup mengaibkan lipatan sejarah penglibatan Malaysia dalam sukan Komanwel dalam tempoh sedekad.
Pemilihan atlet berdasarkan prestasi semasa bukan reputasi mengajar kita meningkatkan keupayaan atlet muda berbanding mengambil langkah selamat dengan menghantar atlet senior dengan alasan berpengalaman.
Tahniah buat para atlet yang berjuang demi mengharumkan nama Malaysia akan tetapi kajian, penyelidikan juga timbang tara harus dilakukan demi meningkatkan kembali prestasi para atlet baik dari semasa ke semasa sebelum menghadapi pentas kejohanan berprestij seperti sukan Komanwel dan sukan Asia yang mendatang. - HARAKAHDAILY, 19/8/2014
Sumber HD - 19-8-2014
Khalid kekal Presiden FAS 2014-2018
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi penggal 2014-2018 setelah menang tanpa bertanding pada kongres tahunan ke-64.
Beliau menyandang kerusi Presiden FAS sejak tahun 2010 setelah mengambil alih jawatan itu daripada Dr Mohamad Khir Toyo.
Timbalannya, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad turut mengekalkan jawatan setelah menang tanpa bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAS bagi penggal itu yang berlangsung di Kelab Shah Alam.
Bernama melaporkan pada kongres berkenaan, tiga daripada empat Naib Presiden Datuk Emran Kadir, Datuk Seri Subahan Kamal dan K. Palanisamy mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan yang diadakan.
Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai salah seorang Naib Presiden dan digantikan oleh Datuk Samin Sarmin.
Enam muka baru turut dilantik menganggotai jawatankuasa eksekutif FAS bersama tujuh muka lama.
Mereka adalah Omar Ali, Noor Hisham Mohd Ghouth, Ariffin Hamid, Datuk P Sugumaran, Abd Rauf Ahmad dan Adanan Sariff manakala tujuh muka lama adalah Bendahari FAS Datuk S Sivasundaram, Razak Abdul Karim, V Thalayasingam, Mustaza Ahmad, K Santhanaraju, R Sekar Chandra dan Y Suntharasagaran.

M City kekalkan rekod EPL
MANCHESTER City memulakan cabaran EPL musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Newcastle 2-0 dalam perlawanan yang berlansung pagi tadi waktu tempatan.
Kejayaan itu juga memastikan rekod dalam EPL terus kekal iaitu juara liga tidak pernah kalah dalam perlawan pembukaan mereka.
Gol City dijaringkan David Silva dan Sergio Aguero. Kemenangan ini juga meletakkan Manchester City di kedudukan teratas berdasarkan perbezaan gol/jaringan. kedudukan ini mungkin berubah-ubah kerana masih banyak baki perlawanan yang perlu diharungi. Kemenangan ini juga bakal menjadi pembakar semangat City untuk mengekalkan kejuaraan.
Dalam perlawanan lain, kelab QPR yang dimiliki oleh Tony Fernandes, Bos Air Asia gagal memanfaatkan banyak peluang yang terhidang dan akhirnya tewas 0-1 kepada Hull City. QPR baru sahaja dinaikkan ke liga perdana selepas tersingkir pada musim lepas. – HARAKAHDAILY 18/8/2014
Sumber HD - 18-8-2014

MU langkah kiri
PEMINAT Manchester United pastinya kecewa apabila pasukan itu tewas kepada Swansea City 2 – 1 dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris. Walaupun menjadi tuan rumah, MU gagal memanfaatkan beberapa peluang di samping corak permainan yang belum begitu mantap.
Berkemungkinan para pemain masih belum sepenuhnya dapat mengadaptasi corak yang dikehendaki oleh Van Gaal.
Yang menariknya gol pertama Swansea dijaringkan pemain Korea Selatan Ki Sung-Yueng (Gambar). Ki yang berusia 25 tahun ini menjaringkan gol pertamanya sejak bermain dalam Liga Perdana Inggeris.
Kejayaan ini pastinya lebih manis selepas kelab ini kehilangan beberapa pemain utama seperti Chico, Pablo Hernandez and Michu.
Bagi Van Gaal, perjuangan kelab yang dimiliki oleh keluarga Yahudi, Glazer masih jauh. Seperti yang dikatakan oleh pengurus Liverpool sebelum ini cabaran di liga ini lebih daripada yang dijangkakan oleh Van Gaal.
Tahniah Swansea City! – HARAKAHDAILY 16/8/2014
Sumber HD - 16-8-2014

Debut yang mengecewakan buat Dollah Salleh
KEMELUT perjuangan Harimau Malaya masih belum berakhir. Ditimpa pelbagai rintangan, sang harimau tampak tidak bermaya dengan tiada lagi pembaharuan untuk mengaum juga membaham mangsa.
Slot perlawanan persahabatan anta Malaysia bertemu Tajikistan 8 Ogos lalu bukan diakhiri dengan helaan nafas lega Dollah Salleh (gambar, kanan) akan tetapi cukup mencalar debutnya sebagai jurulatih skuad utama negara.
Biarpun jelas perbezaan taktikal hantaran pendek dan menyerang agresif cuba di terapkan beliau rentetan desakan peminat mahupun pemerhati bola sepak tanah air yang mahukan kelainan dalam permainan di akhiri cukup ngeri buat Sang Harimau.
Masalah ketumpulan jentera serangan, midfielder tengah yang kurang penjanaan idea dan barisan pertahanan yang seringkali cuai dan leka seperti mempersetujui analisis para peminat dan pemerhati bola sepak tanah air bahawa Harimau Malaya dulu dan sekarang tiada bezanya.
Tidak adil untuk menyalahkan Dolah Salleh seratus peratus memandangkan perlawanan ini merupakan debut buat dirinya. Kekurangan fokus, tiada peningkatan kemahiran individu, kecuaian membenarkan kesilapan mudah juga ketumpulan serangan, pastinya sindrom atau penyakit yang cukup lama dihidapi sang harimau sehingga kini belum ada penawar yang mujarab untuk mengubatinya.
Melihat senarai 23 skuad pilihan Dollah Salleh, beliau masih dibayangi kebimbangan merekrut pemain baharu dengan hanya masih bergantung harap pemain yang sama di gunakan Dato K. Rajagobal (jadual).
Pastinya para penyokong sang harimau mahu Dollah Salleh merekrut pemain berdasarkan kualiti juga konsistensi bukan sekadar reputasi.
Menyuarakan pandangan selepas perlawanan tentang ketidakadilan pengadil dan penjaga garisan serta faktor cuaca menyebabkan pemain berada di tahap kecergasan yang rendah.
Satu-satunya gol yang dicipta negara menerusi sepakan penalti yang di sempurnakan pemain berpengalaman Amri Yahya (penyerang), pujian juga harus diberikan buat Farizal Marlias (penjaga gol) yang bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa cubaan juga satu sepakan penalti.
Biarpun ranking semasa membenarkan kemenangan Tajikistan kerana kedudukan mereka yang lebih tinggi berbanding pasukan negara akan tetapi persembahan juga permainan yang membosankan menggambarkan tiada peningkatan mutu pasukan negara.
Selaku peminat juga penyokong, harapan semestinya Dollah Salleh akan merekrut pemain-pemain yang lebih cemerlang seiring dengan kempen Piala Malaysia 2014 yang bakal menjelang tanpa teragak-agak menggugurkan pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik.
Tidak kira pemain senior yang lebih berpengalaman atau pemain muda yang lincah, prestasi semasa harus di ambil kira bukan sekadar mengambil jalan mudah mengekalkan muka lama.
Penyerapan taktikal baharu Dollah Salleh seharusnya di sesuaikan dengan lebih cepat oleh para pemain untuk kita sama-sama melihat kelainan yang di tonjolkan oleh pasukan Malaysia pada perlawanan yang mendatang juga persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki. - HARAKAHDAILY, 14/8/2014
Sumber HD - 14-8-2014

Eliaquim Mangala, pertahanan bernilai £32juta, termahal di EPL
Sarung tangan ini bernilai RM1.25 juta
SARUNG tangan yang dipakai Muhammad Ali ketika perlawanan penentuan World Heavyweight Champion ketika menentang Joe Frazier telah di lelong dengan harga RM1.25 juta. Perlawanan pada 8 Mac 1971 itu di gelar 'The Fight of the Century' menyaksikan Muhammad Ali tumpas kepada Frazier.
Perlawanan ini adalah perlawanan pertama mereka iaitu kedua-dua peninju berada di puncak. Perlawanan ini mendapat liputan di 35 negara.
Ali kemudiannya kembali dan berjaya mengalahkan Joe Frazier pada 1 Oktober 1975 di Manila. Beliau bersara sepenuhnya daripada arena tinju pada Disember 1981, selepas kalah beberapa kali dan mula menghadapi masalah kesihatan.
Muhammad Ali dianggap legenda tinju kerana satu-satunya peninju yang tiga kali menjadi Juara Dunia Tinju kelas Berat (Heayweight).
http://www.stylosport.com/
Sumber HD - 8-8-2014
Siapa Atlet paling tinggi bayaran 2014?
FORBES menyenaraikan 10 atlet yang menerima bayaran tertinggi bagi tahun 2014. Pengiraan itu termasuk pendapatan pokok, bonus kemenangan dan perjanjian iklan dan lain-lain. Atlet yang tersenarai merangkumi pelbagai jenis sukan dan negara.
1 - Floyd Mayweather
Atlet sukan tinju ini memperoleh pendapatan lebih daripada USD100 juta setahun sejak 2012 lagi. Dia berjaya mengalahkan Tiger Wood sejak 2013 dan melonjak ke kedudukan pertama dalam senarai Forbes.
2 - Cristiano Ronaldo
Bintang Real Madrid, Ronaldo tidak perlu diperkenalkan khususnya bagi peminat sukan bola sepak. Dia memperolehi USD80 juta setahun. Pendapatannya terhasil daripada gaji asas dan bonus kemenangan iaitu USD52 juta dan bakinya daripada pelbagai kontrak iklan termasuk Nike and Tagheuer.
3 - Lebron James
Bintang bola keranjang Miami Heat ini mengumpul pendapatan sekitar USD72.3 juta dan merupakan pemain yang menerima pendapatan paling tinggi dalam National Basketball Association (NBA). Antara syarikat yang terbabit dengan James termasuklah Nike, McDonalds, dan Coca-Cola .
4 - Leonel Messi
Messi pula menjana pendapatan USD64.7 juta. Sebagaimana Ronaldo dan James, sebahagian pendapatannya diperoleh melalui iklan dan penajaan. Messi terbabit dengan Adidas, Turkish Airlines, dan We Chat.
5 - Kobe Bryant
Pendapatan tahunan Bryant ialah USD61.5 juta, separuh daripadanya datang daripada penajaan dan iklan seperti Turkish Airlines, IBM Lenovo, Nike, Panini, dan Hublot.
6 - Tiger Woods
Woods merupakan pemegang rekod pendapatan tertinggi bagi tahun 2001 hingga 2012. Pada tahun 2014, pemain golf profesional yang berusia 38 tahun ini hanya menjana pendapatan USD61.2 juta. Namun USD55 juta datangnya daripada penajaan dan iklan dan lain-lain.
7 - Roger Federer
Pemain tenis asal Switzerland ini menjana pendapatn USD56.2 juta. Sebanyak USD52 juta datangnya daripada penajaan Nike, Credit Suisse, dan Rolex.
8 - Phil Mickelson
Mickelson memperoleh USD53.2 juta. Sepanjang penglibatannya dalam sukan golf, dia memenangi 42 kejuaraan. Antara produk dan syarikat yang menyumbang kepada pendapatannya termasuklah Callaway, Barclay's, Exxon Mobil, dan Rolex.
9 - Rafael Nadal
Hero Sepanyol ini mengumpul pendapatan USD44.5 juta setahun dan USD30 juta adalah daripada penajaan.
10 - Matt Ryan
Atlet National Football League (NFL) ini memperoleh USD43.8 juta. USD42 juta daripada gajinyanya dalam NFL, dan bakinya USD1.8 juta daripada penajaan. - HARAKAHDAILY 7/8/2014
Sumber HD - 7-8-2014

Gaza: Jom boikot Manchester United!
Dalam keghairahan memboikot zionis Israel, kadang-kadang kita melakukannya tanpa ilmu – maka lahirkan boikot yang beremosi dan bermusim.
Tidak dinafikan tindakan boikot sedikit sebanyak memberi kesan ekonomi kepada zionis dan negara yang menyokongnya. Namun dalam keghairahan itu banyak perkara kita terlepas pandang.
Selain syarikat makanan segera McD yang kini menjadi sasaran boikot, kita diberikan senarai syarikat dan produk yang ada kaitannya dengan zionis dan negara penyokongnya. McD menjadi sasaran utama kerana syarikat ini merupakan restoran makan segera yang paling popular di Malaysia!
Dalam industri sukan pula, salah satu kelab yang sahamnya dimiliki oleh Yahudi ialah Machester United. Walalupun ada kelab lain yang turut dimiliki oleh Yahudi, tetapi kelab ini mempunyai peminat dan pengaruh yang besar di Malaysia.
Suka atau tidak keuntungan kelab ini sudah tentu ada sahamnya kepada negara haram Israel.
Pemilik saham terbesar kelab Manchester United sekarang ini ialah Malcolm Irving Glazer. Walaupun Glazer telah meninggal dunia pada 28 Mei 2014 lalu, kini penguasaan kelab ini diteruskan oleh keluarga Glazer.
Keluarga Glazer merupakan pendatang Yahudi dari Lithuania dan beliau lahir di Rochester, New York, Amerika Syarikat.
Jadi, kepada peminat dan penyokong Manchester United, jika anda boleh memboikot McD, apa salahnya jika memboikot juga kelab ini. Banyak lagi kelab lain dalam liga perdana Inggeris yang boleh anda sokong.
Atau, jika anda banyak wang belilah saham kelab ini dan jadi pemiliknya! Jika anda jadi pemiliknya, gunakanlah keuntungan kelab anda untuk membantu rakyat Palestin di Gaza. Perkara yang sama juga boleh dilakukan terhadap McD. HARAKAHDAILY 6/8/2014
Sumber HD - 6-8-2014
Sukan Komanwel: Tahniah dan terus berusaha
JABATAN Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada kontinjen negara Malaysia yang menyertai Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland apabila pulang dengan membawa enam pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa. Pencapaian ini sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ke 12 keseluruhan daripada kesemua negara yang menyertai kejohanan ini.
Meskipun sasaran keseluruhan tujuh pingat emas oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak dicapai, DACS merasakan pencapaian enam pingat emas adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Paling manis apabila beregu badminton perempuan iaitu Vivian Khoo-Woon Khe Wei berjaya mengungguli pingat emas kelima manakala pingat emas keenam dikutip oleh beregu badminton lelaki iaitu Tan Wee Kiong- Goh V Shem. Kejayaan skuad badminton meraih tiga pingat emas keseluruhan juga menjadikan skuad badminton negara sebagai skuad terbaik kontinjen negara di sukan Komanwel kali ini. Selain Badminton, pingat emas negara dituai menerusi acara angkat berat, terjun dan skuasy.
DACS mengucapkan terima kasih kepada kesemua pemenang pingat emas negara iaitu Ooi Tze Liang (Gambar) dalam acara 3 meter (m) papan anjal individu, Mohd Hafifi Mansor (angkat berat 69 kg), Datuk Nicol Ann David (Skuasy wanita), pasukan badminton negara di samping kedua-dua beregu badminton negara. Mereka berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia dan membuktikan bahawa atlit negara mampu melakar kejayaan cemerlang sehebat negara lain. Semoga mereka ini akan terus berusaha bagi memastikan sasaran tertinggi dalam sukan dunia iaitu Sukan Olimpik dapat dicapai dalam beberapa tahun akan datang.
Kepada atlit yang tidak berjaya menggondol sebarang pingat pada kejohanan kali ini, DACS mengharapkan mereka agar tidak berputus asa dan terus berusaha bagi memastikan kejayaan manis mampu dilakar pada kejohanan dunia yang akan datang. Banyak lagi acara dunia yang menunggu dan rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan demi kejayaan dicapai oleh atlit negara. DACS juga berharap, acara lain juga perlu diberikan tumpuan untuk meraih pingat emas seperti renang, olahraga dan acara berpasukan seperti hoki yang berpotensi mampu melahirkan jagoan di peringkat Sukan Komanwel dan Olimpik suatu hari nanti. – HARAKAHDAILY 5/8/2014
Zulkarnain Zaki ialah Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS), Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 5-8-2014

Azizulhasni tidak perlu mohon maaf
SARUNG TANGAN 'HARAM' |
Tak berapa lama dulu keluar isu Azizulhasni, penunggang basikal Malaysia yang didakwa berpolitik dalam sukan kerana memakai glove bertulis "SAVE GAZA".
Azizulhasni terpaksa mohon maaf kerana diugut akan diambil tindakan disiplin, sehingga terkeluar dari pertandingan di Scotland.
Tapi dalam permohonan maaf itu Azizul Hasni tetap mempertahankan tindakannya.
RAKYAT MALAYSIA BERDIRI BERSAMA AZIZUL, PEMIMPIN BAGAIMANA? |
Syabas Azizulhasni.
AHLI SUKAN PROFESSIONAL YANG BERANI |
PRESIDEN YANG BERANI MENEGUR KUASA BESAR |
Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tetap mengecam kezaliman negara pengganas Israel.
Tapi pemimpin politik Malaysia enggan memohon maaf pada rakyat marhaen mahupun rakan seperjuangannya sendiri walaupun telah melakukan kesalahan. Amat memalukan sekali ego pemimpin ini.IKON ANAK MUDA |
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 2-8-2014
Save Gaza: Keberanian Azizul dipuji
BEBERAPA hari lalu timbul isu sarung tangan pelumba basikal negara Azizulhasni Awang yang tertera “Save Gaza”. Ada ura-ura bahawa tindakan amaran atau sebagainya akan diambil kerana dikatakan bercanggah dengan peraturan kejohanan. Namun tindakan itu mendapat pujian daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menyifatkannya tindakan berani.
“Keberanian yang ditunjukkan oleh pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dengan menayangkan sarung tangan bertulis 'Save Gaza', adalah sikap yang terpuji. Azizulhasni jelas merupakan wira umat dan sekaligus wira kemanusiaan.
“Beliau mewakili generasi muda Malaysia tanpa mengira latar agama dan bangsa menyertai umat dunia membantah pemerkosaan kemanusiaan oleh regim teroris Zionis.” Tegas Amidi Abd Manan, Presiden, ABIM dalam kenyataan ringkasnya.
Menurut Amidi lagi seharusnya pihak penganjur Sukan Komanwel berbangga dengan tindakan Azizulhasni ini yang menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestine. Gaza bukan konflik politik biasa tetapi ia adalah satu pencabulan hak kemanusiaan yang amat buruk. Tiada rekod seburuk Israel dalam perihal Hak Asasi Manusia yang membunuh tanpa belas dan merampas tanah rakyat Palestine.
Sukan adalah wahana membina perpaduan dan kemanusiaan. Justeru tindakan Azizulhasni adalah demi memartabatkan kemanusiaan.
“ABIM mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan penghargaan dan penghormatan terhadap Azizulhasni yang mempertaruhkan masa depan kerjayanya dan juga mungkin keselamatan dirinya demi menyelamatkan Gaza dan kemanusiaan,” tegas Amidi lagi. – HARAKAHDAILY 26/7/2014
Sumber HD - 26-7-2014
Cemerlang di Piala Dunia, gagal di liga antarabangsa
BELUM habis bahang Rio di Brazil, kini pemerhati bola sepak dunia sibuk memperkatakan tentang spekulasi berkenaan jendela perpindahan pemain sepenjuru ruang liga-liga terbaik dunia.
Seiring dengan kempen Piala Dunia 2014, pastinya nama-nama pemain yang menyerlah ketika kempen dijalankan akan diperkatakan sebagai anak emas yang wajar di saingi kelab ternama sebagai persediaan kejuaraan liga musim 2014/2015.
Islam Slimani ditawar kontrak lumayan oleh West Ham United, Luis Suarez dibida Barcelona, Divock Origi dipancing Liverpool dan pelbagai lagi spekulasi menarik yang pastinya membuat peminat bola sepak tidak senang duduk.
Kebanyakan pemain yang mula mendapat perhatian ketika ini, semestinya yang memberikan persembahan terbaik, konsisten dan mengkagumkan untuk negara yang di wakili mereka.
Sejarah mengajar kita bukan semua pemain yang berkhidmat cemerlang untuk negara ketika kejohanan antarabangsa seperti Piala Dunia dan Euro mampu memberikan kualiti yang sama ketika mewakili kelab.
Jose Kleberson (gambar), mewakili Brazil di Piala Dunia 2002 dengan memegang peranan sebagai pemain midfield pertahanan bersama Gilberto Silva dilihat cukup menyerlah ketika perlawanan akhir menentang Jerman.
Beliau memainkan peranan yang amat penting menggantikan tempat Juninho selaku kesebelasan utama.
Mengumpul hampir 30 caps untuk Brazil diapit dengan dua kali panggilan ke Piala Dunia (2002 dan 2010), menggamit persoalan mengapa beliau tidak menyerlah ketika mewakili kelab besar Manchester United, sehingga dilabel antara pembelian Sir Alex Ferguson yang gagal.
Peristiwa diperlekehkan tatkala beliau dibandingkan dengan Anderson, midfielder Manchester United yang juga berasal dari Brazil dengan laungan “Anderson... son... son you are better than Kleberson” memberi gambaran tentang kehadiran beliau di Red Devil merupakan kegagalan buat dirinya.
Klausa perpindahan melebihi £6 juta, pemain ini memulakan kempen dengan kecederaan ketika perlawanan keduanya. Sering diletakkan selaku pengganti David Beckham di posisi sayap ketika diturunkan, amat berbeza dengan peranan sebenarnya selaku midfielder tengah atau bertahan mungkin salah satu sebab mengapa beliau tidak menyerlah.
Pemain ini hanya melengkapkan 20 perlawanan di Old Trafford sebelum berhijrah ke Besiktas pada tahun 2005.
Denílson de Oliveira (gambar), pemain paling sensasi sekitar tahun 1998 tatkala menjadi pemain termahal dunia dek klausa pemindahan sebanyak £21.5 juta dari Sao Paolo ke Real Betis.
Pemerhatian pengurus Real Betis terhadapnya bermula setelah membantu Brazil memenangi Piala Copa Amerika, Piala Konfederasi 1997 dan bermain kesebelasan utama sepenuhnya sepanjang kempen Piala Dunia 1998 di mana Brazil dinobatkan selaku naib juara.
Persembahan di Real Betis amat mengecewakan dalam musim yang pertama, sekadar menjaringkan dua gol daripada 35 perlawanan jelas tiada pulangan berbaloi yang ditempa pasukan atas pelaburan termahal dunia ketika itu.
Musim selepasnya Real Betis tersingkir dari La Liga dan Denilson dihantar pulang ke Brazil untuk tempoh pinjaman setahun, sekembalinya beliau ke Real Betis sekadar mengisi bangku simpanan.
Tiada lagi harapan untuk dirinya ditampilkan selaku kesebelasan utama, Denilson berhijrah ke Bordeux.
Penghijrahan dari sebuah kelab besar sehinggalah di akhir karier beliau bermain di Liga Vietnam bersama Hải Phòng F.C, penghijrahan terakhir beliau ke kelab Greece, Kavala F.C dan dilepaskan tanpa bermain walau satu perlawanan.
Thomas Brolin (gambar) merupakan pemain penyerang pasukan Sweden, menjaringkan 25 gol dalam 47 penampilan juga cemerlang ketika kempen Piala Dunia di USA 1994.
Pengurus Leeds, Horward Wilkinson menandatangani beliau dari Parma F.C dengan klausa sebanyak £4.5 juta pemain ini diletakkan sebagai pemain sayap berbanding posisi asalnya selaku pemain tengah atau serangan.
Protes terhadap posisinya dapat dilihat dengan persembahan cukup memalukan ketika menentang Liverpool di mana Leeds tewas 5 jaringan tanpa balas.
Bermula dari saat itu, peluang untuk pemain berambut perang ini tertutup. Mengalami masalah kecederaan yang panjang seolah noktah terakhir untuk kariernya di Leeds walaupun hanya tiba beberapa bulan sebelum itu.
Perpindahannya ke Crystal Palace dengan 13 penampilan liga tanpa sebarang jaringan membuka satu lagi sejarah hitam dalam kariernya.
Beliau dilepaskan oleh Crystal Palace kemudian berpindah ke Hudikksvalls FF, sebuah kelab di Liga Sweden. Hanya membuat satu penampilan tanpa sebarang jaringan.
Pemain-pemain tersebut memberikan persembahan terbaik ketika beraksi mewakili negara di Siri Piala Dunia, menarik perhatian peninjau bakat kelab-kelab ternama untuk ditandatangani.
Pulangan yang dilakukan tidaklah seperti yang diharapkan, pelaburan yang cukup tinggi diakhiri dengan perpindahan keluar ke kelab lain.
Justeru kenyataan tentang prestasi semasa yang cemerlang di peringkat antarabangsa bukan penilaian telus potensi pemain merupakan kenyataan yang sukar untuk di sangkal. - HARAKAHDAILY, 17/7/2014
Sumber HD - 17-7-2014

Ozil derma bonus Piala Dunia kepada Gaza
BEBERAPA laman web melaporkan bahawa pemain antarabangsa Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil menderma sebahagian bonus Piala Dunia yang diperoleh kepada kanak-kanak Gaza.
Ozil, yang berketurunan Turki, membuat pengumuman itu selepas berakhirnya kempen Piala Dunia di Brazil.
Persatuan Bola Sepak Jerman dianugerahkan setiap pemain pasukan itu bonus €300,000 untuk memenangi piala ini, sebagai tambahan kepada €150,000 berikut kemenangan separuh akhir dan ganjaran lain untuk setiap perlawanan.
Laporan tersebut menyatakan bahawa Mesut Ozil telah mengumumkan beliau akan menderma £350,000 yang beliau peroleh kepada kanak-kanak di Gaza.
Sebelum ini, Ozil mendapat liputan meluas dalam rangkaian sosial kerana membaca doa ketika perlawanan menentang Argentina.
Selain itu timbul juga kontroversi selepas beliau enggan berjabat tangan dengan seorang pegawai FIFA kerana sokongannya kepada Israel.

Pemenang anugerah pada Piala Dunia 2014
Juara Piala Dunia 2014: Jerman
4 bintang untuk Jerman
TAHNIAH Jerman! Jerman mengakhiri penantian 24 tahun untuk menjulang kembali Piala Dunia setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 1990 di Itali menewaskan Argentina juga dengan jaringan 1-0.
Jerman (ketika itu Jerman Barat) memenanginya kali pertama (Trofi Jules Rimet) pada tahun 1954 di Switzerland mengalahkan Hungary 3-1. Jerman memenanginya buat kali kedua selepas 20 tahun iaitu pada tahun 1974 mengalahkan Belanda 2-1. Jerman menjadi tuan rumah.
Kemudian Jerman terpaksa menunggu 16 tahun kemudian untuk menang buat kali ketiga.
Sebaik tamat kejohanan kali ini, Jerman mencipta banyak catatan sejarah iaitu secara keseluruhan Jerman muncul pasukan paling banyak beraksi di perlawanan akhir iaitu lapan kali. Jerman juga muncul pasukan pertama Eropah menang di Benua Amerika (Brazil merupakan pasukan pertama benua Amerika menang di Eropah).
Ini kali pertama Jerman menang atas negara Jerman Bersatu. Tiga kemenangan sebelum ini atas nama Jerman Barat. Penyerang veteran mereka Miroslav Klose pula menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman iaitu 16 gol.
Tahniah Jerman! Empat bintang untuk anda. Satu di belakang Brazil dan menyamai skuad Itali. - HARAKAHDAILY 14/7/2014
Sumber HD - 14-7-2014
Pencipta 'magic spray' di Piala Dunia bakal jadi jutawan
Dibesarkan dalam kemiskinan dan kemudian menghadapi kebankrapan, Heine Allemagne kini kelihatan bersedia untuk menjadi jutawan, terima kasih kepada sihirnya menghilang semburan sepakan percuma.
Heine sangat teruja kerana ciptaannya berjaya digunakan dalam perlawanan pembukaan di Sao Paulo baru-baru ini.
Beliau berkata semburan yang digunakan di perlawanan ini adalah "saat ajaib" dan beliau telah menghabiskan masa "14 tahun dalam hidupnya khusus untuk idea ini.
Itulah tuah Hanie sekelip mata ciptaannya berjaya dan bakal menjadikan dirinya jutawan kerana ciptaannya ini akan digunakan di seluruh dunia. ~mirror
Sumber HD - 14-7-2014
Senarai calon pemain terbaik Piala Dunia 2014
Berikut adalah senarai pemain terbaik yang dikeluarkan oleh FIFA
Memphis Depay (Holland), Paul Pogba, Raphael Varane (both France)
Calon Anugerah Golden Glove
Keylor Navas (Costa Rica), Sergio Romero (Argentina), Manuel Neuer (Germany)
Calon Anugerah Golden Ball
Thomas Muller, Toni Kroos, Philipp Lahm, Mats Hummels (all Germany), Lionel Messi, Javier Mascherano, Angel Di Maria (all Argentina), Neymar (Brazil), Arjen Robben (Holland), James Rodriguez (Colombia)
Calon Anugerah Pemain Muda Terbaik

Sumber HD - 13-7-2014
Brazil kalah kerana sumpahan rakyat sendiri
BRAZIL KALAH KERANA SUMPAHAN RAKYATNYA SENDIRI (VIDEO) (UPDATE)
Tahniah kepada Germany
Takziah kepada Brazil
7-1 bukan satu kekalahan yang termasuk dalam kategori "nasib malang."
Ia kekalahan yang memalukan tuan rumah.
Macam-macam komen timbul setelah Brazil kalah. Yang mengkomen termasuk PM 1Malaysia:
SUMBER |
Betul. Kepimpinan Brazil memang hampeh.
250,000 warga Brazil tinggal yang dalam keadaan setinggan merempat diusir demi bola sejak tahun 2007!
Golongan ini adalah terpinggir, berkulit hitam, miskin, hidup tanpa saluran air, litrik dan juga sistem pembentungan. Golongan yang rendah harga diri serta diselubungi kesedihan, terasing dan jiwa yang memberontak.
Kerajaan Brazil kata kawasan setinggan ini menjadi sarang berbagai jenayah, khususnya pengedaran dadah.
Lalu mereka diperhambat dengan kuasa polis yang bersenjata.
Pesta bola-sepak diiringi dengan tangisan dan sumpahan mereka yang dicampak ke jalanan!
Jadi, apakah pengajaran yang Pemimpin Malaysia harus pelajari?
Adakah menghukum pengemis dan pemberi sedakah serta nafikan makanan buat geladangan itu sebuah kepimpinan?
Adakah meruntuhkan rumah-rumah setinggan tanpa penyelesaian bersepadu itu juga contoh sebuah kepimpinan?
Itu cuma dua contoh kepimpinan bagi sebuah kementerian di Malaysia.
Belum lagi kita masukkan kelemahan kepimpinan menangani masalah pencerobohan di Lahad Datu, kehilangan pesawat penumpang MH370, kemalangan ngeri bas-bas penumpang, banjir dahsyat di Pahang, tanah runtuh, bangunan runtuh, jalan berlubang, etc...etc...
Belum lagi kita lihat masalah kemiskinan, kenaikan harga barang...etc...etc...
Belum lagi kata dalami masalah gila hiburan, penagihan dadah, bunuh anak, zina, arak dan judi di kalangan orang Melayu yang beragama Islam....
Belum lagi kta semak masalah kelemahan tadbir-urus, ketirisan, pembelian barangan dengan harga melampau dan sebagainya...
Belum lagi kita selidik punca kejatuhan ranking universiti...
dan lain-lain...
UPDATE: Kalau betul ini Yong beri thumbs-up, walaupun ia sementara.
LEBIH BAIK DARI IDEA MENTERI WILAYAH (BERITA HARIAN) |
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 10-7-2014
Brazil kalah kerana doa orang ini?
TAHNIAH Jerman, takziah Brazil! Itulah hakikat pahit yang terpaksa diterima Brazil apabila kalah 1 – 7 kepada Jerman dalam perlawan separuh akhir Piala Dunia Fifa.
Sebagai peminat setia Jerman, tentulah saya gembira pasukan kesukaan saya menang. Namun jumlah gol yang diperoleh itu amat memeranjatkan apatah lagi berdepan dengan pasukan hebat seperti Brazil. Saya percaya seluruh dunia juga terkejut dengan kemenangan besar Jerman ini!
Dari suatu sudut yang lain, ingin saya sentuh isu besar yang cuba disorokkan di bawah “karpet” iaitu isu gelandangan dan golongan miskin di Brazil.
Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa hampir setiap hari sepanjang berlangsungnya Piala Dunia Fifa ini ada tunjuk perasaan. Penganjuran ini mendapat tentangan sebahagian rakyat Brazil khususnya golongan gelandangan dan miskin. Maklumlah, untuk menjayakan kejohanan ini berapa banyak rumah rakyat miskin dirobohkan dan dihalau ke kawasan lain, dengan alasan tidak mahu mencemarkan imej tuan rumah.
Mereka bukan tidak menyukai pasukan Brazil dan tidak cintakan sukan nombor satu dunia ini, tetapi mahu kerajaan lebih mengutamakan mereka berbanding berhabis dunia menganjurkan kejohanan besar ini.
Benar, kerajaan Brazil mungkin memberi alasan bahawa penganjuran ini akan membawa hasil berbilion ringgit dan duit itu boleh digunakan kembali untuk rakyat. Namun, realiti tidak begitu!
Seperti biasa, akhirnya golongan gelandangan dan miskin ini tetap dengan kemiskinan mereka dan hasil daripada keuntungan kejohanan ini entah ke mana.
Ingatlah, kejohanan Piala Dunia Fifa kali ini berlangsung atas kesedihan, kesusahan dan air mata rakyat yang susah dan miskin. Kemenangan dan keuntungan berbilion ringgit tidak ada maknanya bagi mereka! Adakah akibat doa orang miskin yang teraniaya ini Brazil kalah?
Sumber HD - 9 -7-2014

Ini punca kekalahan Brazil
SEPERTI yang saya ramalkan Brazil akan kalah kepada Jerman di separuh akhir. Bagaimanapun kekalahan yang besar 1-7 memang di luar jangkaan. Selepas menonton perlawanan tersebut, empat faktor dikenal pasti.
1. Perubahan mendadak corak permainan Brazil daripada strategi 'long passing' kepada 'short passing', atau kembali kepada corak tradisional Brazil (Samba) telah memakan diri. Scholari telah merubah corak tersebut disebabkan ketiadaan Neymar. Neymar adalah seorang penyerang mempunyai larian yang pantas, maka dia lebih sesuai dengan umpanan jarak jauh. Apabila Neymar tidak dapat diturunkan, corak permainan Brazil kembali kepada Samba, iaitu hantaran pendek, gelecek dan kreativiti pemain. Pasukan Brazil kali ini tidak begitu mempunyai ciri-ciri seperti ini.
2. Disebabkan perubahan corak tersebut, pemain-pemain pertahanan telah dijadikan enjin utama untuk menjana gol. Sepuluh minit pertama, jentera utama ini dikerah habis-habisan sehingga David Luis kerap berada dalam kotak penalti lawan. Dalam tempoh ini Brazil memang menguasai permainan, tetapi pemain pertahanan menjadi letih dan hilang tumpuan kepada tugas asasi mereka untuk bertahan. Kesemua gol separuh masa pertama disebabkan keletihan dan hilang tumpuan sehingga membenarkan penyerang-penyerang Jerman begitu bebas berada di kawasan bahaya.
3. Pasukan Brazil kali ini tidak begitu kuat di bahagian tengah (midfield). Walaupun mempunyai pemain seperti Oscar. Corak permainan Samba memerlukan pemain yang kreatif di bahagian ini, seperti Kaka sebelum ini. Apabila Brazil kembali kepada corak Samba, pemain tengah tidak mampu mengikut rentak ini. Mereka tidak mampu mencipta peluang untuk pemain penyerang, malah gagal menandingi pemain tengah Jerman. Sepatutnya Scholari membawa Kaka dalam barisan utama pemain Brazil kali ini, termasuk Ronaldinho yang sedikit sebanyak dapat membantu jentera tengah walaupun dia pemain penyerang. Kedua pemain ini dapat disandarkan harapan apabila Neymar dan Silva tidak dapat diturunkan.
4. Faktor ini merupakan faktor kelemahan Brazil turun temurun, iaitu penjaga yang tidak begitu cekap. Sememangnya Brazil menghasilkan ramai pemain-pemain hebat tetapi ramainya di bahagian penyerang dan tengah. Lazimnya penjaga gol Brazil tidak begitu hebat, sehebat nama pemain penyerang dan tengah mereka. Walaupun Julio Cesar dilihat sebagai hero sewaktu menentang Chile tempohari, dalam permainan kali ini dia gagal membuat bacaan tepat. Gol pertama, sepatutnya dia boleh membaca arah sepakan sudut dan keluar untuk menumbuk bola. Gol ketiga dan ketujuh, sepatutnya dia berupaya menepis bola itu kalau berada di sudut yang betul.
Sumber -9 -7-2014

No comments:
Post a Comment