Kuala Lumpur: Sejak berhijrah sedikit demi sedikit pada April lalu, saya terima banyak undangan menyampaikan ceramah tetapi lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman, kata pelakon dan pengarah filem, Zul Yahaya mengenai penghijrahan dirinya dan keluarga. Zul atau nama sebenarnya, Zulkiffili Yahaya, 46, berkata, dia bukan ulama atau ustaz yang boleh berbicara mengenai agama secara mendalam apatah lagi dirinya masih belajar. Saya tidak layak berceramah mengenai agama tetapi hanya berkongsi apa yang saya rasa supaya masyarakat boleh turut mencuba dan merasainya. Perubahan ini atas kehendak sendiri, bukan kerana desakan mana-mana pihak. Apabila ramai bertanya mengenai penghijrahan ini, pada mulanya segan nak berkongsi kerana bimbang ada yang salah anggap. Namun apabila tetapkan niat sekadar bercerita kisah hidup barulah hati saya rasa lega, katanya. Ditanya apa yang membuatkan hatinya terbuka untuk berhijrah, Zul berkata sebagai ketua keluarga dia mahu membimbing anak-anak ke arah yang diredhai Allah. Suatu malam selepas pulang dari kerja dan melihat anak-anak tidur nyenyak depan televisyen, saya menangis. Mereka dilahirkan beragama Islam dan saya tak mahu mereka Islam hanya pada nama. Jadi, sebagai ketua keluarga saya mesti melakukan sesuatu. Lagipun setiap manusia pasti mahu berubah menjadi lebih baik dan apabila Allah SWT sudah jentik hati saya ke arah itu, saya mesti melakukannya. Dulu saya bukanlah jahat sangat tetapi sebagai hamba-Nya, banyak yang saya abaikan, katanya. Zul berkata, dia tidak segan menyertai anak-anak belajar mengaji dan solat dengan ustaz yang dipanggil mengajar di rumah. Syukur, apabila saya berubah tanpa dipaksa anak-anak dan isteri juga berubah. Isteri saya dengan rela hati memakai niqab. Melihat perubahan mereka, saya berasa sangat seronok dan menikmati kebahagiaan yang luar biasa. Saya kini mula merasakan cara hidup mereka yang dekat dengan Allah SWT, tenang dan tiada masalah, katanya. Zul yang terkenal dengan drama Papaya kini berehat seketika daripada terbabit dengan aktiviti seni dan menumpukan perhatian terhadap perniagaan produk muslimah. Jika saya masih berlakon, sukar untuk saya melakukan perubahan kerana jadual kerja tidak menentu. Saya bukan bersara dan sekiranya kembali berlakon, saya akan pilih jalan cerita serta watak yang bersesuaian dengan perubahan ini. Kini, stesen TV banyak mengangkat cerita kerohanian dan ia satu perkembangan yang bagus. Kita boleh berdakwah melalui apa sahaja medium termasuk lakonan, katanya. Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta seorang lelaki berusia antara 1 hingga 8 tahun. Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8mMps7GGIn0 Sumber TKO - 23-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Saiful Apek Dalami Islam Selepas Dipanggil Berceramah Posted on Wednesday, October 05 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31901 |
Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 47, berkata, perkara tersebut secara tidak langsung memberinya peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
"Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur. Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni, tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi.
"Alhamdulillah mungkin juga ada sebab saya dapat peluang itu, sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang ilmu agama," ujarnya kepada mStar Online.Saiful ditemui pada majlis memperkenalkan peserta program Lawak Solo yang diadakan di The Apartment, Suria KLCC, Rabu.
Dalam pada itu, pelakon filem Cicak Man ini berkata, dia sudah lama mempunyai niat untuk berubah ke arah tersebut, namun lebih mengambil pendekatan secara perlahan-lahan.
"Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu drastik.
"Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah di masjid dapat juga menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama mendalami agama Islam," ujarnya.
Selain itu, Saiful berkata, dia kini banyak melakukan sesuatu yang baharu dalam kehidupannya termasuklah mendapat tawaran membawakan watak antagonis.
Dia juga terlibat dalam filem KL Vampire dan Ajib Is Back sebagai watak penjahat.
"Sampai satu tahap saya rasa dah puas melakukan semua benda yang sama sahaja, sebab itu pada usia ini saya ingin cuba sesuatu yang baharu.
"Selain menghadiri forum agama, saya juga bersyukur diberi peluang membawakan watak-watak antagonis yang pernah saya idamkan suatu masa dulu," ujarnya.
Saiful bakal menjadi juri dalam program realiti Lawak Solo yang bersiaran setiap Jumaat, bermula 21 Oktober ini, pukul 10 malam di Astro Warna (Saluran 132).
Sumber TKO - 5-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya berjalan dengan tawakal kepada ALLAH - Rosyam Nor Posted on Thursday, September 08 @ 22:44:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31595 |
Menurut aktor popular itu, beliau tidak melakukan sebarang persiapan kerana idea untuk berjalan kaki bagi mempromosikan program World #QuranHour hanya tercetus minggu lalu.
"Idea ini datang secara spontan ketika saya menghadiri taklimat dengan NGO. Ia kemudiannya disambut baik oleh Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dan kita terus realisasikan.
"Malah, segala persediaan seperti mendapat bantuan polis pengiring dibuat dalam masa dua hari. Hari ini (semalam) saya dan rakan-rakan berjalan dengan tawakal, itulah persiapan kami," katanya kepada media di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.
Rosyam berkata, beliau memilih untuk berjalan kaki kerana ia merupakan cara paling mudah dan dalam masa sama dapat menarik perhatian orang ramai terhadap program World #QuranHour.
"Saya sendiri pun tak pernah buat (jalan kaki) dan ini kali pertama. Ia cabar kewibawaan kami untuk bawa al-Quran ke sini.
"Namun, bukan jalan kaki yang cuba saya tonjolkan kerana ia satu perkara biasa. Tetapi ia untuk ingatkan semua orang bahawa 11 September ini akan berlangsung World #QuranHour selama satu jam," katanya.
Beliau turut bersyukur kerana perjalanan kira-kira 10 jam itu dipermudahkan dan tidak menghadapi banyak masalah.
"Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang membantu khususnya PDRM yang mengawal lalu lintas dan rakan-rakan yang cukup komited. Menariknya, tiada seorang pun yang cedera.
"Alhamdulillah, cuaca juga sangat baik walaupun hujan seketika. Malah, sepanjang perjalanan ramai yang bunyikan hon dan ambil gambar sebagai tanda sokongan," katanya.
Dalam pada itu, Rosyam sekali lagi menyeru umat Islam beramai-ramai memberi sokongan terhadap program World #QuranHour pada jam 9 pagi, Ahad ini.
"Hidup kita berpandukan al-Quran dan Sunnah. Walaupun sedikit mengingati al-Quran, kita akan dijaga oleh ALLAH.
"Saya nak semua masyarakat mula berjinak-jinak dengan al-Quran. Kalau tak pandai baca al-Quran, kita baca terjemahan, jika tidak sekali pun kita boleh pegang al-Quran atau berbincang pasal al-Quran," katanya.
Sumber TKO - 8-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hanya dengan sekali lafaz, bekas pelakon yang kini bergelar usahawan, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan, 38, selamat bergelar isteri kepada seorang wartawan, Muhammad Faizal Zakaria, 41, tepat pukul 3.30 petang dalam satu majlis yang diadakan di sini, hari ini. Seperti mana yang dilaporkan oleh portal mStar, majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Assobirin, Lembah Keramat itu menyaksikan Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sebuah al-Quran bagi menggantikan wang hantaran. Dalam majlis yang diadakan serba ringkas itu, pihak pengantin lelaki menyerahkan 11 dulang hantaran termasuk tas tangan, telekung, jam tangan, wangian dan buah-buahan. Sebagai balasan, pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang yang merangkumi sejadah, kasut, dompet, jam tangan dan buah-buahan. Turut hadir ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan artis seperti Azza dan Sasha Saidin. Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Abby yang pernah mencipta kegemilangan menerusi drama bersiri dan filem Gerak Khas itu manakala yang kedua buat Muhammad Faizal atau lebih dikenali sebagai Jai yang merupakan wartawan kanan akhbar Harakah itu. Sementara itu, Abby yang ditemui Harian Metro pula berkata, dia mengharapkan ikatan perkahwinannya ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. "Saya bersyukur kerana ditemukan dengan jodoh sekali lagi dan semoga perkahwinan ini akan menjadi yang terakhir dalam hidup saya," katanya kepada akhbar itu. Pasangan mempelai akan diraikan dalam satu majlis resepsi penuh sederhana di Taman Tasik Titiwangsa, di sini Ahad ini. Sebelum ini, Abby yang juga bekas anggota kumpulan Elite pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Norman Hakim pada tahun 2002. Namun, perkahwinan mereka yang sering mendapat perhatian meluas itu tidak kekal lama apabila masing-masing membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2008. Menerusi perkahwinan itu, Abby dan Norman dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Kemudiannya, pada tahun 2013, Abby mengejutkan ramai pihak apabila berkahwin kali ketiga dengan seorang pemuda, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya ketika itu. Namun, perkahwinan itu tidak bertahan lama dan berakhir dengan kontroversi apabila Abby diceraikan dengan talak satu pada 9 Mei 2014. Sumber: therakyatpost.com Sumber TKO - 15-8-2015
PETALING JAYA: Penyanyi dan juga komposer, Faizal Tahir menyifatkan kenyataan Khairy Jamaluddin yang berseloroh dengan mengatakan ‘menyokong sokong Liverpool sama seperti menyokong Pas kerana mereka tidak pernah menang’ sebagai lawak teruk dan bodoh. Menerusi laman Instagram, Faizal meluahkan rasa terkilannya dan tidak puas hati terhadap Menteri Belia dan Sukan dan membuat beberapa pesanan buatnya. Tambah Faizal lagi, dia sedar dan hormat akan kelab yang disokong Khairy namun lawak Ketua Pemuda UMNO itu tidak masuk akal. “Mmm.. Tak cakap pun tak jadi. Pada saya ‘lawak’ dia jadi. Jadi bodoh. Please Sir, i believe we are better than this. We could all be better than this. Jangan biar anggota badan lain mengatasi akal,” tulis Faizal. Walaupun dia bukan penyokong Liverpool, Faizal ternyata kurang senang dengan kenyataan KJ itu. Beberapa orang pengikut Faizal turut menyokong pendapatnya dan memberikan komen di Instagram yang rata-ratanya menghentam Khairy. Khairy membuat kenyataan itu ketika sesi Hard Talk With Khairy Jamaluddin sempena Persidangan Pelajar Malaysia ke-9 pada Ahad. “Saya minta maaf. Menyokong Liverpool sama seperti menyokong Pas, mereka tidak pernah menang,” kata Khairy. - FMT Sumber TKO - 11-8-2015
PETALING JAYA: Selepas Faizal Tahir, seorang lagi artis tempatan menyuarakan kurang senang dengan kenyataan Khairy Jamaluddin yang menyamakan penyokong Liverpool dengan penyokong Pas. Menerusi Instagram, selebriti Afdlin Shauki berkata, dia tahu niat Khairy untuk berseloroh tetapi tidak wajar untuk mengaitkan politik dan sukan kegemaran rakyat. “Dahlah semua benda sekarang berbaur politik yang sangat merungsingkan rakyat, rasanya ada khutbah jumaat pun macam berbaur politik sekarang. “Ni bola pun nak kasi panas!! Tak payahla bro….kita memang suka menganjing diantara kita, its part of the game bila kita sokong team bola tapi setelah semua benda dalam timeline aku cerita politik yg merimaskan jgn bola aku pun nak kau politikkan,” tulisnya. Afdlin juga telah memuat naik gambar dengan kapsyen ‘Saya memandang serius perkara ini’. Pelakon dan pengarah itu berkata, rakyat negara ini sudah tidak malu untuk menyatakan sokongan terhadap Pas. “Lagipun rasanya org tak malu sokong PAS sekarang bro. Biar kalah tapi di hormati, jangan menang tapi dibenci. YNWA (You Never Walk Alone),” tulisnya. ujarnya. Sumber TKO - 11-8-2015 Rakyat tak bodoh, kata Waheeda Posted on Thursday, August 06 @ 16:11:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
Penyanyi dan pelakon Waheeda mengaitkan pergolakan kepimpinan dan masalah berkaitan ekonomi negara menjadi punca kadar jenayah semakin meningkat.
Waheeda atau nama sebenarnya Wahidah Abdul Wahab, 37, berkata keadaan itu mengakibatkan rakyat menjadi tertekan dan terdesak.
“Masyarakat bertindak apabila tertekan dan terdesak. Ia buat jenayah meningkat,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu “Wassini” itu juga berkongsi pelbagai pandangan berkaitan isu keselamatan di negara ini.
“Apa guna kita katakan ada kebebasan di negara, sedangkan selamatkah rumah kita atau selamatkah untuk berjalan?” soalnya.
Politik Malaysia kini menyaksikan pelbagai isu menghangatkan keadaan, termasuk dakwaan skandal 1MDB melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta tindakannya menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengulas perkembangan itu, Waheeda memberikan kenyataan umum, tetapi keras.
“Kita sebagai rakyat tidak bodoh,” katanya yang terus tampil berpurdah bersama suaminya Akil Akhil Hayy, yang juga seorang penyanyi dan personaliti agama.
Kembali pada al-Quran
Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Johor Bahru itu menegaskan dia bukanlah orang yang patut dirujuk dalam soal politik.
Baginya, hidup biarlah berpegang pada asas Islam dan berteraskan Quran dan Sunnah Nabi.
“Nasihat saya, kita harus kembali kepada Quran dan Sunnah bila kita tidak sependapat dan ada ragu.
“Kita ada Allah dan rasul dengan cara itu kita tidak sesat. Pegang dua perkara itu.
“Faham al-Quran dan Sunnah, apabila kita faham, kita tahu untuk selesaikannya, saya percaya itu.
“Bagi negara yang majoriti penganutnya Islam, kembalilah pada dua perkara itu. Bertindak atas emosi dilabel tidak bagus dan bertindak tanpa ilmu lagilah tidak bagus,” katanya. - MK
Sumber TKO - 6-8-2015
Siti muat naik doa Rasulullah kepada pemimpin yang menyusahkan rakyat Posted on Wednesday, July 08 @ 23:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah memuat naik sekeping foto yang memaparkan doa buat pemimpin yang menyusahkan rakyat.
Melalui laman sosial Instagramnya, Siti juga menggunakan kapsyen, “Ya Allah.. Kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari fitnah dan didusta,”.
Foto yang telah dimuat naik sehari lalu itu telah disukai seramai 14,495 pengguna Facebook lain.
Rata-rata peminat Siti menyambut baik doa yang dimuat oleh penyanyi nombor satu negara itu.
Bagaimanapun, tidak diketahui siapakah pemimpin yang Siti maksudkan tersebut.
Dalam statusnya sebelum ini, Siti menyuarakan sokongan secara terbuka ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tidak akan membiarkan beliau sendirian - FMT
Sumber TKO - 8-7-2015
Inneke Koesherawati berubah setelah baca Surah An-Nur, Al-Ahzab
Artis Inneke Koesherawati mengaku hidupnya berubah setelah membaca Surah An-Nur dan Al-Ahzab. Hatinya memutuskan berhijab setelah membaca ayat yang memerintahkan perempuan untuk menutup aurat.
Kala itu, kata Inneke, dirinya sudah lama tak membaca Al-Quran. Bahkan, mushaf yang dia baca itu sudah berdebu, kerana terlalu lama tak dibuka.
"Akhirnya buka-buka, yang sudah lama banget nggak pernah buka-buka Al-Quran, hingga berdebu," kata Inneke dalam talkshow Wardah Day di Senayan City, Jakarta.
Dengan kemampuan seadanya, Inneke akhirnya membaca Kitab Suci itu. Ilmu mengaji yang pernah dipelajari semasa kecil dia gunakan. Huruf demi huruf, ayat demi ayat, dia baca dengan tergagap.
"Tiba-tiba sampailah pada Surah An-Nur dan Al-Ahzab yang mengatakan bahawa kita suruh menutup aurat," ujarnya dipetik laman Eramuslim.
Saat itu, sebenarnya tak ada niat untuk berhijab. Selain itu, kontrak sinetron masih beratur. Dia tak mahu kehilangan pekerjaan hanya gara-gara berhijab. Namun, setelah membaca kedua surah itu, semua berubah. Hatinya tergerak.
"Waktu itu, Bismillah saja. Akhirnya Aidil Fitri tertutup. Bismillah, apa yang terjadi terjadilah," tutur Inneke.
Hingga kini, duta jenama Wardah ini tetap mengenakan hijabnya dan kehidupannya telah membuktikan jika hijab tidaklah menghalang rezemi yang terus mengalir padanya.
Jika perempuan secantik Inneke Koesherawati sahaja menutup auratnya, alangkah lucu dan ironis jika perempuan-perempuan yang "biasa saja" malah mendedah aurat dengan memakai seluar jeans pendek atau fesyen yang kekurangan bahan.
Sumber HD - 7-7-2015
Nora Danish Mahu Berhijab Tanpa Paksaan Posted on Saturday, July 04 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish ada menyimpan hasrat untuk berhijab seperti dilakukan beberapa artis popular namun dia belum memutuskan perkara itu dalam waktu terdekat.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, biarlah keputusan berhijab itu dibuat dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak.
"Saya memang ada berhasrat untuk berhijab kerana sebagai muslim ia sesuatu yang wajib untuk dilakukan tetapi biarlah ia betul-betul ikhlas dari hati dan bukan kerana permintaan pihak lain atau peminat.
"Berhijab ini kalau boleh kita ingin pakai buat selama-lamanya, jadi saya pun dalam proses untuk sucikan hati dan bersedia ke arah itu satu hari nanti," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis berbuka puasa Safi Ramadan Al-Mubarak, di Hotel Royale Chulan, di sini, malam Khamis.
Hanis Zalikha dan Nora Danish duta produk kosmetik jenama Safi.
Nora selaku duta Safi Rania Gold yang tampil berhijab pada majlis tersebut berkata, ia adalah bagi menghormati majlis berbuka puasa dan solat terawih yang dilakukan bersama tetamu.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah pelakon Hanis Zalikha yang merupakan duta Safi Balqis.
Sementara itu, tambah Nora, kekasihnya Nedim Nazri tidak pernah memaksa atau melarang jika dia mengambil keputusan untuk berhijab.
"Nedim tidak pernah menyuruh dan dia juga tidak ada masalah kalau saya ingin bertudung. Biasanya kalau saya bertudung dia akan puji cantik dan muat naik di Instagram miliknya," ujar Nora.
Dalam perkembangan lain, Nora berkata, sepanjang Ramadan ini, dia meluangkan sepenuh masa terhadap anaknya Putra Rayqal Ramli, 6, dan kafe Kopi & Xoxo miliknya di Bangsar.
Dia juga dapat melatih anak lelakinya itu untuk berpuasa di bulan Ramadan ini.
"Alhamdulillah, bulan Ramadan ini saya berehat dan habiskan masa di kafe saya setiap hari. Ramadan kali ini juga saya dapat melatih anak saya untuk belajar berpuasa," katanya. - Mstar

Sumber TKO - 4-7-2015
Zaiton Sameon berhijrah, termakbul doa Sharifah Aini:
MUNGKIN mengambil keberkatan bulan Ramadhan, penyanyi veteran Zaiton Sameon kini sudah berhijrah dan mengenakan hijab. Memetik laporan Rotikaya,
Zaiton Sameon berhijrah, termakbul doa Sharifah Aini
MUNGKIN mengambil keberkatan bulan Ramadhan, penyanyi veteran Zaiton Sameon kini sudah berhijrah dan mengenakan hijab. Memetik laporan Rotikaya, adik angkat penyanyi berkenaan, Syed Yusuf Wafa memberitahu penyanyi itu mahu kekal dengan imej sedemikian, sebagaimana memetik postingnya di Instagram. “Alhamdulillah termakbul doa Allahyarham Bidua...nita Sharifah Aini,” tulis Yusuf. Sepanjang hayat Sharifah Aini, beliau memang diketahui amat rapat dengan Zaiton dan sering membantu rakannya itu.
Klik untuk artikel penuh:
http://www.harakahdaily.net/…/36171-zaiton-sameon-berhijrah…
Sumber FBH - 29-6-2015

Aku Ahli Biasa
Namun demikian, sebagai tinggalan sejarah dari dunia seni dan keterlibatan dalam beberapa siri ceramah bersama PAS, aku menjadi makluman kepada umum walau pun kami serupa sebenarnya.
Kebiasaannya sebagai figura orang akan mudah menyapa, dengan apa saja sapaan. Namun yang selalu ialah, “apa dah jadi dengan PAS sekarang?”. Aku sebenarnya tak tahu apa jawapannya kerana politik adalah ilmu khusus yang dikuasai oleh pemainnya.
Pun begitu pertanyaan itu terkadang menimbulkan radang dihati kerana intonasi yg membawa maksud “padan muka kau nak masuk PAS sangat”. Sekarang pun ada kaum yang saja meletakkan aku dalam grup WA mereka sebagai “penonton” terhadap sikap mereka kepada kumpulan agamawan yang bangkit dari muktamar lepas.
Aku hanya ahli biasa PAS, yang meyokong, mendengar dan mengundi. Ini bermakna aku sudah berpihak. Soalan sinis membuatkan aku menjawab,”ini mainan musim. Sekarang ni musim tengkujuh. Jangan ditanya mengapa, kerana itu kerja ALLAH. Yang pasti kalau kita bukan nelayan jangan memandai turun ke laut. Bila habis musim kita lihat nelayan mana yang terus meranduk ombak, dan kita tunggu aje ikan apa yang mereka bawa pulang untuk kita pilih”.
Supaya nelayan akan terus kelaut selepas tengkujoh, kepada pemain persepsi politik, jangan jadi orang pandai tak boleh ditumpang, serta bodoh tak boleh diajar.
Bob Lokman
Sumber BO - 26-6-2015
JAIS SAMBUT BAIK AMY SEARCH BUKA SEKOLAH TAHFIZ - PENOLONG PENGARAH KANAN JAIS
Jais sambut baik Amy Search buka sekolah tahfiz: KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengalu-alukan usaha selebriti tempatan menceburkan diri dalam pendidikan agama antaranya mendirikan sekolah tahfiz.
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengalu-alukan usaha selebriti tempatan menceburkan diri dalam pendidikan agama antaranya mendirikan sekolah tahfiz.
www.harakahdaily.net|By azmi
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/36053-jais-sambut-baik-amy-search-buka-sekolah-tahfiz
Sumber HD - 22-6-2015
Felixia Yeap nikah pagi semalam Posted on Monday, June 08 @ 13:11:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Oleh Zaidi Mohamad
KUALA LUMPUR: Felixia Yeap mengesahkan dirinya sudah bernikah pagi semalam menerusi akaun rasmi laman sosial miliknya.
Namun, perincian mengenai majlis kahwinnya tidak diperoleh kerana usaha menghubunginya tidak berjawab sebentar tadi.
Cuma entri di laman Instagram dan Facebook rasmi milik wanita dengan nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap itu mengesahkan dirinya kini bergelar isteri. "Ia sebuah acara yang sangat ringkas.
Alhamdulillah dan saya turut menyolek sendiri wajah semasa bernikah," katanya.
FELIXIA turut memuat naik gambar menu makanan tengah hari sambil menampakkan secara samar identiti suaminya. - Foto ihsan instagram raisyyahrania.official
Bagaimanapun gambar suaminya tidak dikongsi, cuma beberapa gambar yang jelas menampakkan wajah suaminya itu sudah mula tersebar di laman maya. Berdasarkan sumber dan pencarian di enjin carian Google, suaminya bernama Dr Rezal Khairi Ahmad.
Sekitar 40 minit lalu, Felixia turut memuat naik gambar menu makanan tengah hari sambil menampakkan secara samar identiti suaminya.
"Hari pertama kami bersama dan seterusnya untuk seumur hidup kami. Alhamdulillah untuk semuanya," katanya. Sebelum ini, Felixia pernah dilaporkan bercinta dengan seorang lelaki selepas beberapa hari dia memeluk Islam pada 3 Julai 2014 - Berita Harian
Sumber TKO - 8-6-2015
BARU-baru ini kecoh di portal media atas talian apabila vokalis kumpulan Search menyatakan kekecewaannya terhadap seorang ahli motivasi bernama Lukman. Ini kerana beliau memuatkan status di Facebook yang menggelar pengisi Festival Belia 2015 sebagai 2015 hantu-hantu, siap dengan gambar kumpulan Search.
Portal media ultra kiasu dengan cepat mengambil kesempatan dengan menjadikan isu tersebut sebagai berita hangat. Apatah lagi ahli motivasi tersebut merupakan salah seorang kepimpinan daripada sebuah gerakan Islam pro-kontrak sosial dan pro-perlembagaan yang sangat dibenci oleh ultra kiasu.
Berita tersebut bahkan disambut gembira oleh portal media milik parti politik ultra kiasu sehingga memuatkan tiga kupasan khas untuk isu tersebut untuk dari tarikh 26 hingga 29 Mei 2015. Sekiranya Lukman sekadar orang biasa dan tiada kaitan dengan mana-mana organisasi yang menjadi ancaman kepada ultra kiasu, sudah pasti status FB ahli motivasi kecil-kecilan seperti beliau tidak diambil pusing.
Akhirnya yang bergembira adalah ultra kiasu dan konco-konco mereka, apabila beratus-ratus peminat kumpulan Search, yang rata-ratanya Melayu dan beragama Islam, membantu “kerja” mereka untuk menyusahkan ahli motivasi tersebut untuk berhadapan dengan kutukan, makian dan tohmahan.
Walaupun penulis merasakan gelaran hantu itu agak keterlaluan, namun begitu gelaran tersebut tidaklah kurang tepat. Awal-awal zaman pancaragam rock dan heavy metal diimport dari Barat dan diperkenalkan di Malaysia sekitar awal 80-an, masyarakat Malaysia terutamanya Melayu yang biasa dengan nilai Islam dan ketimuran, akan memanggil pengamal rock dan heavy metal sebagai hantu, dek kerana sinonim dengan rambut panjang mengerbang, solekan yang pelik, dan seluar baju yang londeh dan bercarik.
Orang-orang tua yang melihat kelibat mereka, bahkan ada juga para ustaz memberikan label yang keras bagi golongan itu, kerana bagi mereka ia merosakkan akhlak dan akidah bangsanya. Hantu, kutu berahak, pelesit dan seumpamanya digunakan sebagai gelaran sebagai langkah mencegah anak-anak muda mengikut jejak langkah begitu.
Sama ada ahli motivasi Lukman telah menggunakan kaedah ketinggalan zaman untuk menegur pengamal dan peminat genre muzik rock tersebut; ataupun mungkin masyarakat kita secara amnya telah semakin cair sensitiviti mereka terhadap apa yang salah, dan apa yang betul.
Dengan berlalunya zaman, pengamal muzik rock tetap beristiqamah dengan gaya dan cara mereka, tetapi masyarakat sekeliling tidak dapat beristiqamah menjadi masyarakat yang kurangnya rasa ingin memuliakan syiar-syiar agama, makanya perkara lalai dan sia-sia juga menjadi hak asasi. Ya! Hak asasi yang patut dihormati, tidak boleh disanggah dan dicela hatta walau bertentangan dengan nilai agama dan kebudayaan.
Hatta rosaknya jiwa anak bangsa runtuh seruntuhnya. Yang untung adalah industri muzik, yang kononnya memberi keuntungan kepada negara sehingga beratus juta walaupun terpaksa dibayar dengan jati diri anak bangsa.
Walaupun terkini Jakim mengeluarkan Garis Panduan Hiburan dalam Islam edisi kedua pada Februari 2015, usaha Jakim seolah-olah dipandang sepi oleh penganjur, penaja, pengamal serta peminat industri hiburan tanah air.
Padahal pandai pula mereka menggunakan elemen agama juga untuk dijadikan justifikasi betapa relevannya mereka di persada masyarakat. Golongan artislah yang banyak menderma, golongan artislah yang banyak membantu rumah anak yatim, golongan artislah yang membuka madrasah serta sekolah tahfiz.
Sesungguhnya mereka terlupa bahawa agama Islam itu syumul (menyeluruh) merangkumi semua aspek kehidupan. Tidak boleh hanya satu sudut sahaja menitikberatkan agama, sedangkan mengabaikan Islam dalam sudut-sudut kehidupan yang lain.
Satu lagi, apabila kerajaan yang memerintah masih belum terlepas dengan integriti dalam mentadbir urus negara ini, bahkan dengan pendapatan negara yang semakin berkurang dek merudumnya harga minyak mentah, tiba-tiba Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula menganjurkan Festival Belia 2015 di Putrajaya dengan besar-besaran.
Adakah sumber kewangangannya dari penaja swasta atau dari duit cukai rakyat yang majoritinya tidak hadir pun ke festival tersebut. Walau ada pameran dan aktiviti yang bermanfaat, namun ia banyak dicemari dengan budaya berhibur dan berseronok secara berlebihan, termasuklah konsert yang diisi oleh “hantu” bak kata ahli motivasi Lukman.
Adakah KBS tidak menghadam panduan yang disediakan Jakim? Bukankah KBS dan Jakim bertugas di bawah kerajaan yang sama? Sekiranya festival sebegini dianjurkan oleh pihak swasta, mungkin boleh disebut bertujuan untuk meraih keuntungan.
Tetapi apabila pihak kementerian kerajaan yang menganjurkan acara sebegini, apa sebenarnya aspirasi kerajaan tentang belia yang mahu disiapkan untuk memimpin negara ini di masa hadapan?
Banyak pengajaran dan hikmah yang boleh dilihat dari isu Amy Search dan ahli motivasi Lukman. Dari isu agenda musuh negara, isu sensitiviti keimanan masyarakat, ke isu dualisme dalam beragama di kalangan masyarakat, sehinggalah ke isu peranan badan kerajaan.
Ramadan akan menjengah dalam masa kurang sebulan, semoga rakyat Malaysia keseluruhan akan masuk dan keluar dari bulan Ramadan, dalam keadaan lebih bertaqwa. – HARAKAHDAILY 11/6/2015
Pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira mengakui bahawa dia mengimpikan untuk bertudung penuh, namun menegaskan isu tersebut bukanlah cerita yang perlu dijaja.
“Doakan…itu adalah impian saya. Ini bukan sesuatu yang biasa dijaja ceritanya…biar ia datang ikhlas dari hati atas dasar kesedaran dan tanggungjawab.
“Ia hadir tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak. Insya-Allah doakan saya supaya bahagian penghijrahan saya dipermudahkan dan diberkati,” ujarnya kepada akhbar Berita Harian.
Sebelum ini, ramai yang membuat andaian bahawa Erra sedang menuju ke arah menyempurnakan dirinya sebagai seorang muslimah apabila tampil memakai penutup kepada dalam beberapa majlis.
Dia turut ditampilkan sebagai ‘muse’ dalam koleksi rekaan Rizman Ruzaini beberapa minggu lalu dengan bertudung litup. Manis betul!
Apa-apapun, sama-samalah kita doakan supaya niat Erra untuk mengubah penampilaannya berjalan lancar. Yelah, setakat bertudung sehari dua lepastu ‘free-hair’ balik, buat apa kan?
– MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 1-6-2015
Model antarabangsa, Amber Chia mengejutkan peminatnya apabila tampil berhijab kelmarin.
Ia susulan beberapa keping foto yang dimuatnaiknya menerusi laman Facebook bersama peminat.
Penampilan Amber itu dikatakan bagi menyokong Hari Hijab Sedunia yang turut disambut di Malaysia dan disifatkan sangat ‘comel' oleh pengguna media sosial.
"Memakai atau tidak adalah kebebasan memilih bagi bukan Islam.
"Tetapi ia (berhijab) merupakan satu pengalaman yang hebat bagi saya untuk memakai hijab pada hari ini (kelmarin)," tulisnya pada kapsyen foto berkenaan.
Susulan posting foto berkenaan, ramai pengguna Facebook bukan Islam turut menyokong tindakan Amber yang dikatakan menjadi aspirasi kepada wanita lain.
"Ya, ia adalah pilihan anda. Saya gembira anda menunjukkan contoh yang baik bagi setiap wanita di luar sana. Hanya pendapat peribadi saya, solekan kurang akan jadi lebih cantik," tulis Eric Teo.
"Bukan-Islam patut mencuba , cantik juga bila memakainya," Steven Lee.
"Cantik.. Saya merupakan penganut Kristian tetapi saya suka memakai hijab.. tiada maksud lain," tulis Claire Fernandez.
.......
Ini mungkin dakwah "khalid Samad" - TKO
Sumber TKO - 31-5-2015
KUALA LUMPUR – Bekas selebriti yang kini aktivis PAS, Bob Lokman meminta ahli biasa parti itu yang berharap kepimpinan tertinggi PAS ditukar dalam Muktamar PAS Ke-61 pada Jun depan supaya meninggalkan parti berkenaan.
Beliau meminta ahli-ahli PAS terbabit memahami bahawa mereka sebenarnya ibarat penumpang sebuah kenderaan yang sedang dipandu oleh pemimpin tertinggi PAS yang cekap dan tahu arah serta tujuan perjalanan.
“Tak berapa hari lagi kenderaan besar ini akan berhenti untuk menjalani major servis (Pemilihan PAS). Tukar minyak, tukar brek, tukar absober, tukar lampu dan macam macam lagi yang rosak atau lusuh.
“Makanya selepas major servis nanti, Kita tetaplah menjadi penumpang yang patuh dengan peraturan perjalanan kenderaan Kita. Yang rasa penat dengan perjalanan sebelum ni boleh turun dan naik kenderaan lain pula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemilihan PAS yang akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor bakal menyaksikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun oleh bekas Naib Presiden parti itu, Ahmad Awang dalam pertandingan satu lawan satu.
Bob Lokman dalam pada itu mengingatkan ahli biasa PAS, kenderaan yang beliau maksudkan itu jika mempunyai pemandu baharu yang mempunyai jalan baru untuk dicuba akan hanya membuatkan kenderaan tersebut menjadi lebih cepat lusuh.
Justeru,beliau meminta ahli biasa PAS sedar diri dengan memahami istilah penumpang dan jangan menganggu pemandu sedia ada kerana perbuatan itu akan menjejaskan kelancaran perjalanan ke destinasi yang masih jauh.
“Kalau penumpang tak suka dengan cara pemanduan, janganlah nak bina kenderaan baharu dalam kenderaan sedia ada. Ada baiknya mintak berhenti, turun dan binalah kenderaan berenjin turbo serta terus memecut biar cepat sampai. Itu pun kalau tahu jarak destinasinya. Semoga selamat sampai kalau tak masuk gaung,” sindirnya.
Sindiran Bob Lokman itu disokong Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang akan berusaha merebut jawatan Ketua Pemuda PAS daripada penyandangnya, Suhaizan Kaiat dalam pemilihan PAS kali ini.
Nik Mohamad Abduh menjelaskan kenyataan Bob Lokman itu menggambarkan komitmen dan istiqamah beliau untuk terus bersama kepimpinan ulama PAS. – mynewshub.cc
Sumber TKO - 27-5-2015
Kumpulan nasyid Brothers membuat kemunculan semula dengan menghasilkan album kelima setelah 10 tahun menyepi dalam industri muzik tanah air.
Salah seorang ahlinya iaitu Yasin Sulaiman, 40, berkata, kemunculan kumpulan Brothers adalah untuk menawan semula hati orang ramai menerusi lagu-lagu yang disampaikan.
“Sebenarnya kumpulan Brothers ini tidak berpecah tetapi masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri sehingga Ramadan tahun lepas kami berjumpa dan merancang untuk menghasilkan album.
“Kemunculan semula dilakukan kerana ramai peminat menanyakan bila kami mahu membuat kemunculan semula jadi kami mengambil keputusan untuk keluarkan album agar ia dapat menawan semula hati peminat yang menunggu selama 10 tahun,” katanya kepada mStar Online.
Yasin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharu kumpulan Brothers berjudul Sabar di Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara Perdana di sini, Rabu lalu.
Ini merupakan album kelima kumpulan Brothers yang memuatkan lima buah lagu iaitu Demi Cinta, Kamaresyah, Tawakallah, Allahuma dan Sabar.
Dalam pada itu tambah Yasin, kelainan yang terdapat pada album Sabar merupakan evolusi muzik baru yang ingin diketengahkan kepada pendengar.
“Kami sebenarnya ingin mengetengahkan vokal yang terdapat pada setiap anggota kumpulan Brothers berbanding muzik.
“Apa yang menariknya pada album ini ialah semua lagu yang didendangkan merupakan vokal brothers berhamoni jadi penggunaan muzik kurang digunakan,” katanya.
Sementara itu, Yasin berkata, album tersebut mengisahkan tentang kehidupan masa kini yang memerlukan kesabaran dan sikap tolak ansur untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Tambahnya Yasin, album ini banyak memberi motivasi kepada orang ramai supaya bersabar walaupun pelbagai dugaan yang datang.
“Kesabaran perlu ada pada setiap orang dalam menempuhi hari yang mencabar dan kami ingin berkongsi apa yang hendak disampaikan menerusi lagu,” katanya.
Album kelima kumpulan Brothers ini boleh didapati secara digital menerusi iTunes, Amazon, Spotify, KKBox dan Deezer.
Dalam perkembangan yang sama, kumpulan Brothers sedang merancang untuk mengadakan konsert bagi mempromosikan album berkenaan.
Selain Yasin, Brothers turut dianggotai oleh Salleh, Faiz dan Syah.-mstaronline
Sumber BO - 22-5-2015
GAMBAR TERAKHIR AFDLIN SHAUKI DENGAN HARUN SALIM BACHIK
http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34238-gambar-terakhir-afdlin-shauki-dengan-harun-salim-bachik
Sumber HD - 9-3-2015
MENCARI LELAKI DAYUS DISEBALIK RANCANGAN HIBURAN - USTAZ ZAINUDIN HASHIM
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33490-mencari-lelaki-dayus-di-sebalik-rancangan-hiburan
Sumber HD - 27-1-2015
SAYA TAK SUKA LELAKI SENTUH SAYA KECUALI BABY - FELICIA YEAP
http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33250-saya-tak-suka-lelaki-sentuh-saya-kecuali-baby
Sumber HD - 14-5-2015
RAMAI KECAM GADIS BERTUDUNG DIPELUK ARTIS K-POP;
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33182-ramai-kecam-gadis-bertudung-dipeluk-artis-lelaki-k-pop
Sumber HD - 11-1-2015
Sumber HD - 19-10-2014
KOTA BHARU: Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali dengan Eja meluangkan masa kira-kira 15 minit bertemu dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Eja bersama suami Mohd Silahudin Jamaluddin bersama anak mereka, Nur Eishal tiba di Kota Bharu Khamis lalu bagi memenuhi program Bicara Selebriti Ke-8 di Balai Islam Lundang, di sini.
Eja dan suaminya mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru selepas solat Asar semalam di Pulau Melaka sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Tuan Guru berharap Eja sentiasa istiqamah dengan penghijrahannya yang kini telah menutup aurat.
Menurut Tuan Guru, segala hasrat panjatkan doa pada Allah kerana manusia itu tidak bersendirian.
“Kita ada Allah, Dia sentiasa mendengar hasrat kita, keinginan kita, jadi jangan lupakan Allah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian bagi memenuhi hasrat Eja yang meminta supaya Tuan Guru mendoakannya agar sentiasa istiqamah dengan penghijrahannya itu.
Bagi Eja sendiri hasrat kerajaan negeri yang mengundangnya memenuhi slot selebriti itu diharap dapat memberi ruang kepadanya bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah lama dihajatinya.
Eja mula bertudung sekembalinya dari mengerjakan umrah kali keempat tahun ini ketika berusia 41 tahun.
Turut menjayakan selebriti itu, artis Neelofa, Ustazah Fatimah Sharha yang dipengerusikan Amin Rais. - HARAKAHDAILY 15/9/2014
Sumber HD - 15-9-2014
Alhamdulillah. Nampaknya keberkatan bulan Ramadhan kali ini telah membuka hati beberapa orang selebriti wanita untuk mengikuti syariat Islam. Umie Aida kini turut sama berhijrah dan menutup aurat dengan bertudung sejak awal bulan Ramadhan ini. Pada mulanya Umie Aida enggan menghebahkan perkara baik ini namun pelakon ini akhirnya sudi berkongsi sedikit ketika ditemui oleh wartawan di majlis pengkebumian Allahyarham Sharifah Aini.
Hati Umie Aida mula terbuka untuk bertudung sejak mula menyertai kelas agama tahun lalu. Kata Umie menerusi Berita Harian:-
Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata saya membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.
Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal. Ketika menunaikan solat Tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100%.
Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. Insya Allah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya.
Terharu Abang Nara membaca bait-bait kata Umie Aida. Sesungguhnya Umie Aida antara mereka yang beruntung diberikan kenikmatan dan kesempatan untuk menutup aurat. Tahniah Umie!!! Semoga makin ramai selebriti wanita kita akan mengikuti jejak langkah penghijrahan rakan-rakan mereka. Lagi beberapa gambar Umie Aida bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. -beautifilnara
ULASAN GB
Syabas dan semoga istiqamah.
Sumber HD - 15-7-2014
Lukman, Search dan Jakim

Sumber HD - 11-6-2015
Erra Impi Bertudung Litup, “Doakan Penghijrahan Saya Dipermudah” Posted on Sunday, May 31 @ 22:22:20 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira mengakui bahawa dia mengimpikan untuk bertudung penuh, namun menegaskan isu tersebut bukanlah cerita yang perlu dijaja.
“Doakan…itu adalah impian saya. Ini bukan sesuatu yang biasa dijaja ceritanya…biar ia datang ikhlas dari hati atas dasar kesedaran dan tanggungjawab.
“Ia hadir tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak. Insya-Allah doakan saya supaya bahagian penghijrahan saya dipermudahkan dan diberkati,” ujarnya kepada akhbar Berita Harian.
Sebelum ini, ramai yang membuat andaian bahawa Erra sedang menuju ke arah menyempurnakan dirinya sebagai seorang muslimah apabila tampil memakai penutup kepada dalam beberapa majlis.
Dia turut ditampilkan sebagai ‘muse’ dalam koleksi rekaan Rizman Ruzaini beberapa minggu lalu dengan bertudung litup. Manis betul!
Apa-apapun, sama-samalah kita doakan supaya niat Erra untuk mengubah penampilaannya berjalan lancar. Yelah, setakat bertudung sehari dua lepastu ‘free-hair’ balik, buat apa kan?
– MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 1-6-2015
Amber pilih pakai tudung Posted on Sunday, May 31 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Model antarabangsa, Amber Chia mengejutkan peminatnya apabila tampil berhijab kelmarin.
Ia susulan beberapa keping foto yang dimuatnaiknya menerusi laman Facebook bersama peminat.
Penampilan Amber itu dikatakan bagi menyokong Hari Hijab Sedunia yang turut disambut di Malaysia dan disifatkan sangat ‘comel' oleh pengguna media sosial.
"Memakai atau tidak adalah kebebasan memilih bagi bukan Islam.
"Tetapi ia (berhijab) merupakan satu pengalaman yang hebat bagi saya untuk memakai hijab pada hari ini (kelmarin)," tulisnya pada kapsyen foto berkenaan.
Susulan posting foto berkenaan, ramai pengguna Facebook bukan Islam turut menyokong tindakan Amber yang dikatakan menjadi aspirasi kepada wanita lain.
"Ya, ia adalah pilihan anda. Saya gembira anda menunjukkan contoh yang baik bagi setiap wanita di luar sana. Hanya pendapat peribadi saya, solekan kurang akan jadi lebih cantik," tulis Eric Teo.
"Bukan-Islam patut mencuba , cantik juga bila memakainya," Steven Lee.
"Cantik.. Saya merupakan penganut Kristian tetapi saya suka memakai hijab.. tiada maksud lain," tulis Claire Fernandez.
.......
Ini mungkin dakwah "khalid Samad" - TKO
Sumber TKO - 31-5-2015
Bob Lokman Minta Ahli PAS Istiqamah Dalam Perjuangan Posted on Wednesday, May 27 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
KUALA LUMPUR – Bekas selebriti yang kini aktivis PAS, Bob Lokman meminta ahli biasa parti itu yang berharap kepimpinan tertinggi PAS ditukar dalam Muktamar PAS Ke-61 pada Jun depan supaya meninggalkan parti berkenaan.
Beliau meminta ahli-ahli PAS terbabit memahami bahawa mereka sebenarnya ibarat penumpang sebuah kenderaan yang sedang dipandu oleh pemimpin tertinggi PAS yang cekap dan tahu arah serta tujuan perjalanan.
“Tak berapa hari lagi kenderaan besar ini akan berhenti untuk menjalani major servis (Pemilihan PAS). Tukar minyak, tukar brek, tukar absober, tukar lampu dan macam macam lagi yang rosak atau lusuh.
“Makanya selepas major servis nanti, Kita tetaplah menjadi penumpang yang patuh dengan peraturan perjalanan kenderaan Kita. Yang rasa penat dengan perjalanan sebelum ni boleh turun dan naik kenderaan lain pula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemilihan PAS yang akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor bakal menyaksikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun oleh bekas Naib Presiden parti itu, Ahmad Awang dalam pertandingan satu lawan satu.
Bob Lokman dalam pada itu mengingatkan ahli biasa PAS, kenderaan yang beliau maksudkan itu jika mempunyai pemandu baharu yang mempunyai jalan baru untuk dicuba akan hanya membuatkan kenderaan tersebut menjadi lebih cepat lusuh.
Justeru,beliau meminta ahli biasa PAS sedar diri dengan memahami istilah penumpang dan jangan menganggu pemandu sedia ada kerana perbuatan itu akan menjejaskan kelancaran perjalanan ke destinasi yang masih jauh.
“Kalau penumpang tak suka dengan cara pemanduan, janganlah nak bina kenderaan baharu dalam kenderaan sedia ada. Ada baiknya mintak berhenti, turun dan binalah kenderaan berenjin turbo serta terus memecut biar cepat sampai. Itu pun kalau tahu jarak destinasinya. Semoga selamat sampai kalau tak masuk gaung,” sindirnya.
Sindiran Bob Lokman itu disokong Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang akan berusaha merebut jawatan Ketua Pemuda PAS daripada penyandangnya, Suhaizan Kaiat dalam pemilihan PAS kali ini.
Nik Mohamad Abduh menjelaskan kenyataan Bob Lokman itu menggambarkan komitmen dan istiqamah beliau untuk terus bersama kepimpinan ulama PAS. – mynewshub.cc
Sumber TKO - 27-5-2015
‘Brothers’ Kembali Bersatu
Salah seorang ahlinya iaitu Yasin Sulaiman, 40, berkata, kemunculan kumpulan Brothers adalah untuk menawan semula hati orang ramai menerusi lagu-lagu yang disampaikan.
“Sebenarnya kumpulan Brothers ini tidak berpecah tetapi masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri sehingga Ramadan tahun lepas kami berjumpa dan merancang untuk menghasilkan album.
“Kemunculan semula dilakukan kerana ramai peminat menanyakan bila kami mahu membuat kemunculan semula jadi kami mengambil keputusan untuk keluarkan album agar ia dapat menawan semula hati peminat yang menunggu selama 10 tahun,” katanya kepada mStar Online.
Yasin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharu kumpulan Brothers berjudul Sabar di Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara Perdana di sini, Rabu lalu.
Ini merupakan album kelima kumpulan Brothers yang memuatkan lima buah lagu iaitu Demi Cinta, Kamaresyah, Tawakallah, Allahuma dan Sabar.
Dalam pada itu tambah Yasin, kelainan yang terdapat pada album Sabar merupakan evolusi muzik baru yang ingin diketengahkan kepada pendengar.
“Kami sebenarnya ingin mengetengahkan vokal yang terdapat pada setiap anggota kumpulan Brothers berbanding muzik.
“Apa yang menariknya pada album ini ialah semua lagu yang didendangkan merupakan vokal brothers berhamoni jadi penggunaan muzik kurang digunakan,” katanya.
Sementara itu, Yasin berkata, album tersebut mengisahkan tentang kehidupan masa kini yang memerlukan kesabaran dan sikap tolak ansur untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Tambahnya Yasin, album ini banyak memberi motivasi kepada orang ramai supaya bersabar walaupun pelbagai dugaan yang datang.
“Kesabaran perlu ada pada setiap orang dalam menempuhi hari yang mencabar dan kami ingin berkongsi apa yang hendak disampaikan menerusi lagu,” katanya.
Album kelima kumpulan Brothers ini boleh didapati secara digital menerusi iTunes, Amazon, Spotify, KKBox dan Deezer.
Dalam perkembangan yang sama, kumpulan Brothers sedang merancang untuk mengadakan konsert bagi mempromosikan album berkenaan.
Selain Yasin, Brothers turut dianggotai oleh Salleh, Faiz dan Syah.-mstaronline
Sumber BO - 22-5-2015
GAMBAR TERAKHIR AFDLIN SHAUKI DENGAN HARUN SALIM BACHIK
http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34238-gambar-terakhir-afdlin-shauki-dengan-harun-salim-bachik
Sumber HD - 9-3-2015
MENCARI LELAKI DAYUS DISEBALIK RANCANGAN HIBURAN - USTAZ ZAINUDIN HASHIM
KUMPULAN NASYID IN TEAM
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33490-mencari-lelaki-dayus-di-sebalik-rancangan-hiburan
Sumber HD - 27-1-2015
SAYA TAK SUKA LELAKI SENTUH SAYA KECUALI BABY - FELICIA YEAP
FELIXIA YEAP
http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33250-saya-tak-suka-lelaki-sentuh-saya-kecuali-baby
Sumber HD - 14-5-2015
RAMAI KECAM GADIS BERTUDUNG DIPELUK ARTIS K-POP;
GADIS BERTUDUNG DIPELUK ARTIS K-POP
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33182-ramai-kecam-gadis-bertudung-dipeluk-artis-lelaki-k-pop
Sumber HD - 11-1-2015
Ke arah filem Islamik tanggungjawab siapa?
FILEM adalah rakaman video dan audio yang boleh disimpan ke dalam komputer untuk tayangan semula ataupun berulang kali. Filem boleh diadaptasi dalam bentuk lakonan manusia ataupun diterjemah dalam bentuk animasi, iaitu lukisan kartun. Filem adalah satu medan dakwah untuk menyampaikan suatu mesej atau idea.
Filem Islamik adalah filem yang mempunyai unsur dakwah Islami dan mematuhi syariat-syariat Islam yang telah diturunkan oleh Allah kepada rasul kita Muhammad SAW. Islam itu adalah akhlak yang baik dan Rasulullah juga mempunyai akhlak yang baik. Pokok asasnya, melakonkan watak seorang mukmin yang benar-benar beriman mestilah berakhlak mulia dan tidak mensyirikkan allah.
Itu adalah kriteria asas yang perlu diketahui oleh pengarah filem, dan barulah mengambil kira aspek pemakaian di dalam lakonan. Had aurat di dalam lakonan perlulah dijaga bagi memenuhi kriteria- kriteria filem Islamik yang lengkap. Sebagai contoh, filem arahan Pierre Andre, Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, yang dbintangi oleh kumpulan lawak Shiro dan seorang penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang mempunyai nilai Islam yang sangat tinggi dan berkualiti.
Namun, jika sesebuah filem memaparkan sekilas saat seorang pelakon yang tidak menutup aurat pada satu babak menyebabkan sebuah filem itu sifar pada nilainya, begitulah Islam menilai sesebuah filem. Sama kaedahnya seperti rukun Islam, jika ditolak satu daripada rukun tersebut, maka rosaklah kesemuanya ataupun iman seseorang.
Filem yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut dianggap berjaya walaupun mesej yang ingin disampaikan kurang berkualiti. Antara kriteria lain ialah sebuah filem mestilah menerapkan nilai murni yang baik, pengajaran dan moral Islam yang baik. Contohnya, sunnah Rasulullah seperti memberi salam ketika berjumpa, berjabat tangan, membaca doa sebelum makan, makan menggunakan tangan, mestilah diterapkan sehingga ia menjadi satu budaya atau adat bagi masyarakat umat Islam.
Kita mestilah memahami maksud ini, bukan kita memaksudkan mengamalkan sunnah Rasulullah itu kerana mengikut adat, tetapi budaya Islam yang kita amalkan seharian menjadi satu adat masyarakat setempat untuk dilihat oleh orang bukan Islam. Contohnya, filem sekarang, menggambarkan masyarakat Islam kononnya makan menggunakan sudu ketika di rumah, restoran dan kafe, sedangkan budaya ini bukanlah budaya orang Islam atau pun orang Melayu, makan dengan sudu ini adalah budaya orang barat. Mengapa kita terikut-ikut dengan budaya mereka? Mungkinkah kerana kita selalu menonton filem-filem barat ataupun merasakan makan dengan sudu itu kelas pertama bagi menggambarkan seseorang itu kaya? Perspektif inilah yang perlu diubah oleh kita yang bertanggungjawab membawa amanat baginda Rasulullah SAW. Inilah salah satu cara untuk kita berdakwah dengan menyampaikan amalan-amalan sunnah Rasulullah ke industri perfileman.
Dari sudut lakonan seseorang, sudah pasti menjadi masalah untuk menggambarkan seorang anak lelaki bersalam dengan ibunya apabila status hubungannya bukan muhrim di dalam sebuah filem. Inisiatifnya ialah pelakon di dalam sebuah filem itu ialah dari sebuah keluarga. Jadi, status hubungannya sah untuk bersalam ketika melakonkan watak tersebut.
Tetapi, jika menjadi masalah bagi pengarah untuk mencari pelakon sekeluarga yang berbakat, filem animasi adalah salah satu inisiatif yang terbaik kerana tidak wujud masalah dalam pergaulan ketika melakonkan watak seoranng ibu dan anak lelaki. Animasi kartun yang tidak melibatkan mana-mana individu, hanya menggunakan teknologi komputer menjadi satu inisiatif yang terbaik. Tetapi malang, tahap pengeluaran kartun animasi kita di Malaysia amat rendah dalam menjayakan filem ini. Ini jelas untuk kita memberikan contoh seperti filem Upin Ipin dan Saladdin.
Upin Ipin
Kartun animasi ini sangat sesuai kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya kanak-kanak. Penyerapan nilai murni dan ajaran Islam membuatkan filem ini adalah filem Islamik yang berjaya dan sempurna. Cerita tentang kehidupan seharian dua orang budak yang semakin meningkat ke alam kanak-kanak di kampung membuatkan penonton tertarik dengan gelagat dan kenakalan dua orang budak ini.
Filem ini menggambarkan kehidupan seorang kanak-kanak muslim yang sedang mengharungi bulan puasa dan detik-detik hari raya menunjukkan dakwah Islami diserap ke dalam filem ini. Ditambah juga dengan kehidupan sehariannya belajar mengaji al-Quran membuatkan filem ini mempunyai nilai Islam yang sangat tinggi. Di samping itu, bagi tidak membosankan kanak-kanak yang menonton, filem ini juga menyelitkan hiburan seperti kisah dua orang budak ini yang suka bermain pada setiap waktu membuatkan penonton terhibur dengan kenakalan budak ini.
Antara nilai murni yang ditunjukkan di dalam filem ini adalah menceritakan bagaimana budak ini bergaul dengan rakan-rakannya. Rakan-rakannya yang berbilang kaum menunjukkan filem ini menerapkan unsur-unsur penyatuan antara kaum. Unsur ini sangat penting di dalam sesebuah filem bagi menunjukkan contoh teladan kepada semua rakyat yang berbilang kaum di malaysia ini supaya penyatuan rakyat antara kaum menjadi lebih utuh, sekaligus mengelak peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang lagi.
Saladdin
Saladdin adalah filem yang mempunyai sejarah Islam yang sangat tinggi moralnya, mengisahkan tentang seorang ketua perang, Salahuddin al-Ayyubi yang ingin menawan Masjidil Aqsa daripada orang kafir. Filem ini menunjukkan karakter-karakter seorang ketua yang patut dicontohi oleh kita tentang sifat kesabaran, ketenangan, ketegasan menjadikan tentera yang dipandu olehnya menjadi tentera yang sangat bersemangat dan kuat, sekaligus mengangkat kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi sebagai ketua perang yang amat digeruni.
Secara tidak langsung, semangat orang Islam untuk berjuang pada jalan allah membakar di jiwa. Sesiapa yang menonton filem ini pasti membuatkan liang romanya meremang seketika, dengan ketegasan dan semangat yang ditunjukkan oleh ketua perang ini membuatkan tenteranya bersemangat.
Filem kartun Saladin oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) telah memenangi hadiah Tokyo Big Sight Award di Pesta Anime Antarabangsa Tokyo 2007, pameran animasi terbesar dunia. Saladin juga memenangi anugerah untuk kecemerlangan dalam imejan janaan komputer tiga dimensi (3D CGI), kesan visual khas dan animasi. Ini menunjukkan filem animasi merupakan antara jalan terbaik untuk mengembangkan dakwah Islam melalui jalan ini.
Penyelesaiannya Bagi pengarah filem yang sedarakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendakwah, semestinya beliau melihat seluruh aspek kehidupan sebagai seorang muslim yang sebenar. Masalahnya adalah nilai label filem seperti (U), (18 SX), (18 SG) seakan-akan tidak berfungsi. Label (18SX) memaparkan adegan seks sehingga terdedah payudara wanita.
Persoalannya, label ini dibuat oleh orang bukan Islam, tetapi mengapakah kitamengambil label tersebut dan mengggunakannya untuk negara Islam kita. Persoalannya, adakah kita mahu menyalahkan (LPF) Lembaga Penapisan Filem kerana membenarkan filem yang tidak mematuh isyariat Islam tersebut ditayangkan pada masyarakat umum? Adakah kita mahu menyalahkan pelakon kerana menerima watak sebegitu, ataupun kita mahu menyalahkan pengarah kerana tidak mematuhi syariat Islam? Masalah ini perlu ditanya kepada diri kita sejenak, dan adakah LPF, pengarah, pelakon tahu tentang agama dengan menyeluruh atau pun beliau berlatarbelakang jurusan agama ketika di bangku persekolahan?
Jadi, penyelesaiannya, kita sebagai umat Islam yang sedar, ditambah pula berlatarbelakang jurusan agama dari bangku sekolah hingga keperingkat universiti perlu berani ke depan untuk menceburi bidang seni ini bagi menyelamatkan maruah Islam dan mengubah dasar perfileman Malaysia supaya filem Islamik dikembangkan di negara Islam kita ini.
Tidak cukup masa untuk kita menuding jari kepada sesiapa kerana kitalah yang mesti bergerak ke hadapan menguasai bidang seni ini. Banyak universti ataupun kolej yang berlatar jurusan agama seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan lain-lain. Contohnya, USIM yang menawarkan jurusan komunikasi jelas memberi impak kepada pelajar Islam tentang tanggungjawabnya sebagai pendakwah millennia untuk zaman ini.
Pelajar banyak didedahkan tentang subjek berkaitan karya seni berlandaskan perspektif Islam. Kesemua pelajar Islam ini tidak terbatas untuk mempelajari tentang perspektif Islam dengan menyeluruh. Jadi, sensitiviti dengan agama lain ketika mempelajari bidang ini tidak wujud kerana tidak ada pelajar bukan Islam di bumi USIM ini. Peluang ini perlu digunakan sepenuhnya oleh pelajar dalam tempoh pengajian ini untuk mempelajari perspektif Islam yang menyeluruh dan padat. – HARAKAHDAILY 6/11/2014
Muhammad Azlan Ahmad Nazri, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 6-11-2014

Masya Allah, bukan Islam 'prepare' untuk Heliza solat
KUALA LUMPUR: 'Okay, kita break dahulu, bagi Heliza solat, then baru makan then baru shoot balik', tulis selebriti Heliza Helmi menerusi facebooknya, kelmarin.
Tulisan itu menceritakan kisahnya pada suatu sesi penggambaran yang disukai ramai pengunjung facebooknya, seperti di bawah.
MasyaAllah....
Allah.. Allah.. Allah..
Semoga Allah memberikan Taufik Hidayah kepada mereka.
Ija ada shooting silky white ni dan mereka adalah Chinese
Pagi tadi masa Ija baru sahaja sampai, ayat pertama yang mereka kata adalah,
Heliza pergi makan dulu, kami akan prepare kan untuk you Solat.
Bila masuk sahaja waktu azan. Tau apa mereka kata.
'Okay, kita break dahulu, bagi Heliza solat, then baru makan then baru shoot balik'
Handphone Ija, bila azan hp ni ada suara Azan, waktu Asar tadi, mereka sendiri yang stopkan shooting, dan mereka kata....
'Okay Heliza you solat dulu ok?'
Sejadah ni pun mereka yang prepare.. Allahu Akbar..
Ya Rabbi! Ya Allah MasyaAllah. Terima kasih Allah...
Solat tepat waktu. Dan Ija tak perlu mention pun ttg solat tapi mereka yang ingatkan Ija.. MasyaAllah........
Adakah kita sebagai Muslim ingat panggilan Allah?

Siapa kita mahu hidup gembira selamanya - Wardina
KUALA LUMPUR: "Kita manusia tidak akan selamanya sedih," tulis selebriti Wardina Safiyyah.
Menurutnya, mereka yang kononnya bergembira tidak akan selamanya bergembira kerana itu lumrah hidup.
"Kita perlu terima bahawa kesedihan adalah sebahagian dari hidup. Tidak mungkin kita selamanya gembira tanpa dugaan," tulisnya menerusi facebook.
Itu semua, ujar beliau hanya untuk mereka yang diterima di syurga.
"Dunia ini hakikatnya tidak indah, tidak sempurna..tidak ada yang akan kekal bahagia untuk selamanya," ujarnya.
Justeru, tambah beliau bergembiralah dengan kesedihan kerana kesedihan itu sebenarnya indah.
Menurut Wardina, ianya sebahagian hidup mereka yang beriman kerana setiap Nabi merasa kesedihan.
"Siapa kita kononnya mahu hidup gembira selamanya? Kegembiraan hakiki tidak wujud... Jangan tertipu.
"Everything will pass... Good or bad. Tell yourself that. I believe we can be happy... but we can't stay happy forever because tears and pain will enter here and there in between...," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 15/10/2014
Sumber HD - 15-10-2014

Selebriti pun bising bila harga minyak naik
Selebriti Pun Bising Bila Harga Minyak #Ron95 Naik Lagi. Sigh.
Maka, jam 12.00 tengah malam semalam (1 Oktober 2014) secara rasminya, harga minyak Ron 95 telah dinaikkan daripada RM2.10 seliter kepada RM 2.30 seliter.
Sebenarnya, kami pun agak terkejut dengan pengumuman yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) lewat petang semalam. Tapi, nak buat macam mana kan?
Cuma, kami ingatkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana sahaja yang mengeluh dengan kenaikan harga ini. Rupa-rupanya ramai juga selebriti yang terkesan dengan isu ini. Aik, mereka bukan ke agak loaded jugak?
Ha.. ini hanyalah beberapa status yang sempat kami screenshot sehingga lewat malam semalam dan kami percaya ramai lagi yang akan meluahkan pendapat mereka mengenai isu ini.
Yang peliknya, setahu kami selebriti di Malaysia ni memperoleh pendapatan yang agak lumayan juga. Namun, mungkin dek kerana petrol merupakan keperluan harian, maka mereka pun rasa terbeban juga.
Nampaknya lepas ni mereka pun kena kerja keras siang malam dan bersaing antara satu sama lain untuk dapatkan job pula kan? Fuh! - blog OHBULAN!
Sumber HD - 2-10-2014

Hijrah: TG Nik Aziz harap Eja terus istiqamah
KOTA BHARU: Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali dengan Eja meluangkan masa kira-kira 15 minit bertemu dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Eja bersama suami Mohd Silahudin Jamaluddin bersama anak mereka, Nur Eishal tiba di Kota Bharu Khamis lalu bagi memenuhi program Bicara Selebriti Ke-8 di Balai Islam Lundang, di sini.
Eja dan suaminya mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru selepas solat Asar semalam di Pulau Melaka sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Tuan Guru berharap Eja sentiasa istiqamah dengan penghijrahannya yang kini telah menutup aurat.
Menurut Tuan Guru, segala hasrat panjatkan doa pada Allah kerana manusia itu tidak bersendirian.
“Kita ada Allah, Dia sentiasa mendengar hasrat kita, keinginan kita, jadi jangan lupakan Allah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian bagi memenuhi hasrat Eja yang meminta supaya Tuan Guru mendoakannya agar sentiasa istiqamah dengan penghijrahannya itu.
Bagi Eja sendiri hasrat kerajaan negeri yang mengundangnya memenuhi slot selebriti itu diharap dapat memberi ruang kepadanya bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah lama dihajatinya.
Eja mula bertudung sekembalinya dari mengerjakan umrah kali keempat tahun ini ketika berusia 41 tahun.
Turut menjayakan selebriti itu, artis Neelofa, Ustazah Fatimah Sharha yang dipengerusikan Amin Rais. - HARAKAHDAILY 15/9/2014
Sumber HD - 15-9-2014
Kumpulan Nasyid Thai:
http://www.youtube.com/watch?v=PWARlyI2474
Filem Melayu belum merdeka?
BOLEH disimpulkan bahawa Jin, filem arahan Pierre Andre yang kesembilan hanya menambah jumlah filem Melayu tempatan. Walaupun sinematografi menarik bersama penataan muzik dan bunyi serta lakonan yang agak cemerlang oleh pelakon utamanya, Jin tetap bukan filem Melayu tempatan terbaik setakat ini.
Ada dua perkara yang sekian lama ‘menghantui’ filem Melayu tempatan masih wujud dan diteruskan dalam Jin. Sebelum menonton filem tersebut serta melihat Pierre sebagai penulis lakon layar dan pengarahnya, saya mengharapkan suatu kelainan kerana anak pelakon veteran Khatijah Tan itu dianggap semakin matang dalam berkarya. Namun, sebaliknya yang saya dapati.
Pertama, sama sekali saya tidak menolak Islam sebagai cara dan pedoman hidup! Memang Islam menjadi pembimbing dan penyelamat kerana maknanya sendiri adalah selamat sejahtera.
Bagaimanapun, saya terkesan dengan kekecewaan seorang rakan yang juga pengkritik filem bahawa Islam ‘terus dijadikan’ sebagai penyelesai segala masalah.
Kedua, tanah perkuburan terus dikaitkan dengan hantu, iblis, jin dan syaitan. Oleh sebab itulah tidak ramai yang suka atau berani mengunjunginya. Mengapa tanah perkuburan tidak dikaitkan dengan keinsafan dan kesedaran?
Sekali pandang, memang keinsafan dan kesedaran juga menakutkan, tetapi ia jauh lebih baik daripada takutkan ‘makhlus halus’ yang tiada apa-apa manfaat.
Jin mengisahkan perjalanan hidup suami isteri muda, iaitu Syafiq, lakonan Zul Ariffin, dan Lily (Mon Ryanti). Syafiq seorang ahli perniagaan berusaha meningkatkan taraf hidup keluarganya dengan membeli sebuah rumah agam untuk isteri tercinta.
Lily sangat menyukai rumah seperti istana dan cantik itu yang dibeli daripada seorang warga Johor. Namun, dia dan Syafiq tidak mengetahui sejarah rumah yang kerap bertukar milik itu menyimpan beberapa cerita pelik dan gangguan serius.
Pada peringkat awal, suami isteri itu tidak merasakan sebarang keanehan dan menakutkan sehinggalah beberapa siri gangguan kecil terjadi kepada Lily. Bagaimanapun, oleh kerana berasal dari bandar dan kurang percaya pada perkara ghaib, mereka menolak perkara tersebut.
Lily menyangka semuanya adalah gangguan binatang-binatang dari hutan yang berdekatan. Setelah beberapa kali diganggu, baharu dia mula memberi perhatian dan cuba memberitahu suaminya. Malangnya, Syafiq berkeras enggan mempercayai perkara-perkara yang di luar kewarasan akal.
Lily semakin tertekan dan mula mengesyaki ada yang tidak kena dengan rumah tersebut. Keadaan menjadi lebih parah apabila neneknya, Tok Wan yang nyanyuk dan sakit tinggal bersama-sama mereka. Gangguan semakin menjadi-jadi.
Syafiq yang tidak percaya turut diganggu oleh makhluk halus yang cuba mendiami tubuh Tok Wan. Namun, dia menganggap itu kerana Tok Wan nyanyuk dan bukan disebabkan oleh makhluk yang Lily syaki.
Sehinggalah pada satu malam, Syafiq mendapat panggilan telofon yang mengatakan salah sebuah kedainya terbakar. Dia terpaksa meninggalkan isterinya di rumah bersama Tok Wan yang ketika itu sudah dirasuk tanpa mereka sedari.
Pada lewat malam itu sepeninggalan Syafiq, terjadi sesuatu pada Lily. Apabila pulang, Syafiq mendapati keanehan berlaku pada diri isterinya itu. Lampu di rumahnya juga tidak dapat dinyalakan. Syafiq meminta bantuan rakannya yang bertugas di jabatan agama yang datang bersama Ustaz.
Lily turut menyerang Syafiq dan rakan suaminya itu. Akhirnya dia dipulihkan oleh Ustaz yang kemudian menjelaskan bahawa tapak rumah Syafiq adalah bekas tanah perkuburan. Dia juga memberitahu telah menyedari ‘kepanasan’ rumah tersebut pada kali pertama datang bersama rakan Syafiq dari jabatan agama Islam itu. Malangnya, Tok Wan meninggal dunia selepas dipulihkan daripada gangguan makhluk halus.
Ustaz turut menasihatkan Syafiq dan isterinya agar menunaikan solat fardu dan rajin membaca al-Quran. Tambahnya, rumah umat Islam wajar dihiasi dengan bacaan al-Quran. Mungkin inilah ‘krisis’ yang dimaksudkan oleh rakan saya tadi.
Dengan gangguan makhlus halus yang dipaparkan sepanjang durasi filem, apatah lagi wajah ngeri hantu yang mengganggu turut ditampilkan dan kemunculan kawan lama Syafiq yang bertugas di jabatan agama Islam, penonton telah dapat meneka kesudahan cerita Jin.
Kebetulan itu ditambah dengan watak Ustaz. Mengapa rakan Syafiq dari jabatan agama Islam dan Ustaz? Mengapa tidak rakan biasa dan bukan Ustaz?
Justeru, tiada yang baharu atau dari dimensi lain terhadap kisah makhluk halus seperti yang saya harapkan. Ditambah pula dengan gimik pada adegan akhir yang memaparkan Lily masih diganggu. Memang jelas gimik biasa yang klise yang kerap ditampilkan dalam sekian banyak filem bergenre serupa sebelum ini.
Nampaknya berterusan ayat suci al-Quran hanya dijadikan ‘senjata’ untuk menghalau hantu syaitan dalam filem Melayu tempatan. Sampai bila al-Quran hanya dijadikan pendinding dan bukan cara hidup? Ustaz juga hanya berperanan sebagai ghostbuster, bukan pendakwah sejati (kecuali menasihatkan Syafiq dan Lily agar rajin beribadat).
Dengan dua persoalan utama tersebut dan sempena menyambut kemerdekaan tanah air yang ke-57 tahun, Jin boleh dianggap sebagai antara filem Melayu tempatan yang belum merdeka!
Jin turut dibintangi Harun Salim Bachik, Zaryyn Min dan Imam Muda Naufal sebagai Ustaz. Filem yang diterbitkan oleh 3Line Media dan Ram Entertainment itu mula ‘menghantui pawagam’ seluruh tanah air pada 21 Ogos lalu. – HARAKAHDAILY 2/9/2014
Sumber HD - 2-9-2014

Noryn Aziz dapat anak lelaki
KUALA LUMPUR: Penyanyi Noryn Aziz selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur semalam.
Dipetik daripada blog Gaban Comel, bayi lelaki seberat 3.13 kg dilahirkan secara normal pada jam 4.25 petang.
Menerusi satu kiriman WhatsApp daripada pengurusnya, Noryn berkata beliau sangat gembira dan bersyukur di atas kelahiran bayi sulungnya.
Noryn merupakan isteri kepada arkitek terkenal dan juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sejak 2010.
Sumber HD - 26-8-2014

Suhaimi senarai barangan buatan Israel
KOTA BHARU: Penderitaan penduduk Gaza yang menjadi mangsa serangan tentera regim haram Zionis Israel sejak awal Ramadan lalu mendapat simpati masyarakat dunia termasuk negara ini.
Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama bersatu suara membantah kejaman dilakukan negara pengganas dunia itu.
Golongan artis turut menyatakan bantahan mereka dengan pelbagai cara termasuk mengadakan program menyedarkan masyarakat tentang apa yang berlaku di bumi Palestin.
Bekas anggota Kumpulan Nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad mempunyai cara tersendiri untuk menyatakan bantahan terhadap kekejaman Zionis Israel iaitu dengan menyenaraikan produk keluaran Israel.
Katanya, usaha itu dibuat bertujuan untuk memastikan barangan berkenaan tidak digunakan anggota keluarganya. Senarai barangan yang diboikot ditampal di dinding rumah untuk rujukan.
“Pada masa yang sama kami menyatakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam di Ghaza,” ujar suami kepada Nor Diana Naim atau Ina Naim ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Malam Kembara Cinta Imam Mutiara yang diadakan di Kolej Teknologi Darulnaim, sempena Festival Konvokesyen (Fesko’14), baru-baru ini.
Menurutnya, rasa simpati perlu diterjemahkan melalui usaha dan tindakan seperti menderma untuk rakyat Palestin, memboikot produk keluaran Israel serta sekutunya selain berdoa.
“Artis juga mempunyai tanggung jawab yang sama untuk memboikot barangan Israel dan ianya antara usaha yang mampu kita lakukan,”ujarnya.
Suhaimi mula menyanyi solo pada tahun 2008 selepas meninggalkan kumpulan In Team.
Setelah pasangan itu berkahwin pada Ogos 2007, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
“Ina kini banyak masa di rumah, menjaga anak-anak,”ujar Suhaimi ketika ditanya berhubung perkembangan Ina terkini. - HARAKAHDAILY, 25/8/2014
Sumber HD - 25-8-2014

Gua rock, tapi sokong ulama
Saya hanya seorang hamba Allah yang daif di sisi-Nya. Hamba Allah yang banyak dosa, tidak pantas untuk memberi nasihat pada teman-teman. Namun, justeru sayangkan kalian dan apa yang diperjuangkan, izinkan saya berkata-kata.
Sabarlah dan beristiqamahlah, teman-teman pimpinan PAS di semua peringkat. Jangan mundur walau apa sahaja mehnah yang menerjang. Usah gentar dengan segala taburan fitnah dan adu domba. Bukankah Rasulullah SAW memberi ingatan: "Bersabarlah, menang atau syahid."?
Janji-Nya Maha Benar. Manusia bukan penentu dan redha manusia itu hantu. Nyawa PAS bukan di tangan manusia. Bukan pada banyak atau sikit kerusi di Dun dan Parlimen. Hanya Allah penentu segala. Usaha dan bergerak menuju matlamat tetap wajib diteruskan.
Saya? Ya, saya Web Sutera yang mengenali erti sebuah perjuangan dan hasrat molek untuk memartabatkan Islam di persada Malaysia. Saya, lelaki yang dilahirkan dengan didikan agama oleh bonda dan ayahanda, mereka memberi makna bahawa PAS bukan sekadar nama. Nama apa pun, ia sekadar wahana. Paling utama Islam.
Apa yang digembar-gembur sebagai 'perselisihan ulama dan profesional’ hanyalah doktrin musuh-musuh. Mengapa harus terperangkap, wahai pejuang? Semua Islam. Maju terus!
Saya mantan Mat Metal dan hard rocker. Saya tetap sokong ulama, walaupun saya rock!
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Sumber HD - 18-8-2014
UAI / Bob LOkman -
https://www.youtube.com/watch?v=CacQ31VU06A
Sumber TVHD - 18-8-2014

Syabas, giliran Umie Aida pula bertudung...
Alhamdulillah. Nampaknya keberkatan bulan Ramadhan kali ini telah membuka hati beberapa orang selebriti wanita untuk mengikuti syariat Islam. Umie Aida kini turut sama berhijrah dan menutup aurat dengan bertudung sejak awal bulan Ramadhan ini. Pada mulanya Umie Aida enggan menghebahkan perkara baik ini namun pelakon ini akhirnya sudi berkongsi sedikit ketika ditemui oleh wartawan di majlis pengkebumian Allahyarham Sharifah Aini.
Hati Umie Aida mula terbuka untuk bertudung sejak mula menyertai kelas agama tahun lalu. Kata Umie menerusi Berita Harian:-
Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata saya membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.
Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal. Ketika menunaikan solat Tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100%.
Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. Insya Allah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya.
Terharu Abang Nara membaca bait-bait kata Umie Aida. Sesungguhnya Umie Aida antara mereka yang beruntung diberikan kenikmatan dan kesempatan untuk menutup aurat. Tahniah Umie!!! Semoga makin ramai selebriti wanita kita akan mengikuti jejak langkah penghijrahan rakan-rakan mereka. Lagi beberapa gambar Umie Aida bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. -beautifilnara
ULASAN GB
Syabas dan semoga istiqamah.
Sumber HD - 15-7-2014
No comments:
Post a Comment