Padam segera sentimen kebencian sebelum marakNANYANG Siang Pau (NSP) telah bertindak mengulangi skrip sama yang menjadikan gugatan ke atas ketenteraman awam dan keharmonian kaum sebagai mangsa dalam permainan politik pihak tertentu. Tindakan NSP boleh dilihat sebagai mewakili pihak tertentu yang terdesak untuk membesarkan lagi bantahan mereka terhadap usaha dan agenda Islam menerusi penggubalan dan pindaan undang-undang di Parlimen. Mengapa prosedur dan tatacara yang telah dilakukan secara sah itu mesti dipertajamkan dengan sentimen seperti ini? Jangan dijadikan permohonan maaf sebagai alasan lunak, tetapi ketika sama kamu seolah-olah mempamerkan pisau di tangan.Ia sama sahaja seperti menghunus senjata untuk bersengketa secara pengecut di mana perbuatan itu hanya dilakukan pelampau yang senyum di depan tetapi menikam di belakang dan ini tentunya sangat merbahaya. NSP ternyata telah menjadi wadah kepada pihak penghalang yang cuba membuat sekatan dan penentangan lanjutan kepada RUU355. Ia akhirnya mengesahkan kewujudan pihak penghalang yang pernah disebut Presiden PAS. Tetapi mengapa perlu dengan membakar sensitiviti agama dan bernada rasis? Apakah kita lupa ia adalah api yang paling mudah dimarakkan? Malah, kebiadaban dan persendaan karikatur itu setidak-tidaknya telah menyinggung banyak pihak. Tidak ada mana-mana pihak boleh menerima penghinaan dan provokasi yang kita khuatir akan menyebabkan pihak tertentu menangguk di air keruh. Ingat kembali beberapa insiden yang pernah berlaku dahulu. Kita tidak mahu ia berulang dan kami menggesa semua pihak menghentikan ulangan perbuatan seperti ini. Kami juga mahu pihak KDN mengkaji semula permit penerbitan akhbar kepada NSP jika penerbitan karikatur tersebut melanggar syarat dan menyeru semua pihak menjunjung etika media yang dihormati. “Jihad Menuju Kemenangan" USTAZ SALIM MAHMOODSumber HD - 11-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Izinkan guru berpolitik selagi tidak melampauPENGLIBATAN kalangan guru di dalam politik terutamanya parti bukan kerajaan tidak harus 'dimangsakan' atau dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk mengambil tindakan sewenangnya. Sebaliknya, penyertaan aktif dengan parti-parti politik berdaftar perlu dirai dan dihormati selaras hak perlembagaan dan amalan demokrasi yang subur serta adil, dengan harapan ia juga satu bentuk sumbangan kepada negara. Demikian itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak perlu mengeluarkan amaran bernada ugutan dan dilihat emosi, serta mengundang tindakan politik yang 'dihalalkan' atas nama pentadbiran. Sebaliknya, kementerian perlu sentiasa membuat penilaian adil dan mengeluarkan garis jelas kepada para guru berhubung kebenaran yang pernah dikeluarkan dari pindaan Peraturan 21 (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Sekiranya tidak, tindakan Mahdzir hanya dilihat langkah terdesak menjelang PRU14 yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan cuba menakutkan atau menghukum guru terlibat. Juga tidak mengheret persekitaran dan masa pekerjaan menjadi medan atau mewujudkan kancah pertembungan politik. Jauh sekali terjebak dengan politik adu domba, fitnah dan perpecahan. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yakin bahawa para guru sentiasa mengekalkan profesionalisme dan integriti perkhidmatan, serta sensitiviti etika dan disiplin yang tinggi kerana guru adalah 'tokoh' masyarakat yang sentiasa tinggi komitmen memberi khidmat bakti kepada masyarakat. USTAZ MOHD AZAM ABD SAMADSumber HD - 28-3-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- SSM & BR1M: Pengurusan lemah, rakyat susahKERAJAAN masih tidak mempunyai mekanisme bersepadu dalam mengenalpasti pendapatan diperolehi terutama oleh golongan peniaga 'shadow economy' yang dilihat menjadi punca sebenar kekurangan perolehan kepada negara. Kesan dari itu, kerajaan mengenakan percukaian ke atas semua rakyat atau mengetatkan prosedur kepada rakyat atau peniaga berpendapatan rendah sebagaimana GST dan isu SSM dari kalangan pemohon BR1M baru-baru ini. Lebih mengecewakan terdapat wakil rakyat kerajaan yang terus memperolokkan rakyat apabila situasi restoren dipenuhi pengunjung dijadikan ukuran kemampuan kewangan rakyat. Jika demikian, apakah bantuan dan data serta laporan berkaitan kemiskinan dalam negara satu pembohongan atau drama? Apatah lagi, kebanyakan pemilik rekod SSM itu adalah kalangan yang menyahut kempen atau pogram pemilikan dianjurkan pihak kerajaan. Juga menunjukkan usaha mereka untuk berdikari yang sepatutnya semakin dipermudahkan. Sewajarnya dengan segala syarat berkaitan pendaftaran dan lesen perniagaan, pengiklanan, premis, akaun dan seumpamanya telah membolehkan kerajaan mengesan golongan jutawan senyap dari perniagaan ala 'shadow economy', disamping penguatkuasaan oleh agensi berkaitan. Melaluinya, kerajaan bukan sahaja akan memperolehi hasil sepatutnya yang sengaja 'dielakkan', tetapi juga menangani pelbagai muslihat dan kegiatan haram dalam perniagaan serta mengekang gugatan berkaitan jenayah dan keselamatan. Ketika sama kerajaan dapat menghapuskan percukaian kepada golongan miskin terutamanya yang sepatutnya dibela dari hasil kekayaan negara. Inilah diajar Islam iaitu mengambil dari golongan kaya untuk diagih kepada golongan miskin dan memerlukan. Ia juga sebagaimana saranan PAS iaitu mengambil dari Cukai Keuntungan Modal (Capital Gain Tax) ke atas golongan korporat dan peniaga dalam mengurus penyelesaian berkaitan yang terdahulu pernah diajukan dalam Dokumen Hijau. USTAZ NURUL AMIN ABDUL HAMIDSumber HD - 12-3-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ALOR SETAR: PAS Kedah menyerahkan kepada Setiausaha Agung PAS, berhubung laporan disiplin Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar, yang dibuat oleh PAS kawasan berkenaan baru-baru ini. Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, perkara tersebut akan dibincangkan di peringkat tertinggi dan PAS Kedah akan akur kepada keputusan yang bakal dibuat oleh PAS Pusat. “Walaupun dalam kenyataan beliau (Mahfuz) baru-baru mengatakan beliau tidak bersalah namun tindakannya sejak kebelakangan ini dilihat seolah-olah mengkritik parti sendiri terutama berkaitan kerjasama bersama parti Bersatu dan Pakatan Harapan,” tegas Dr Ahmad Fakhruddin Sebagai pemimpin dan ahli PAS, beliau harus sedar sesuatu perkara yang telah menjadi keputusan parti perlu diakur oleh semua ahli tidak kira pemimpin mahupun ahli biasa memandangkan ia merupakan adab yang dididik oleh para ulama dalam berorganisasi, kata beliau. Jelas beliau lagi, ahli PAS di semua peringkat terikat dengan disiplin yang ditetapkan tetapi dalam masa sama PAS membuka ruang kepada ahlinya untuk melontarkan idea, pandangan serta buah fikiran untuk kebaikan parti. “Walau bagaimanapun pandangan serta kritikan perlulah melalui saluran yang betul agar ia tidak dieksploitasi oleh pihak tertentu. “PAS meraikan kepelbagaian pendapat dan sentiasa berlapang dada dengan kritikan serta penambahbaikan tetapi sebagai ahli mahupun pemimpin PAS perlu ingat bahawa Facebook atau lainlainnya bukanlah medan sebenar untuk menyampaikan kritikan. “Lebih-lebih lagi memberi pandangan kepada media- media yang jelas memberi gambaran tidak betul terhadap PAS. “Perlukan dia yang masih menjadi Ahli Parlimen PAS menyifatkan kenyataan- kenyataannya yang bercanggah dengan keputusan parti yang dilontarkan di pentas-pentas terbuka, di media-media hanya sebagai haknya sebagai rakyat Malaysia, lainlah kalau dia isytihar keluar PAS,” tambah beliau agak serius. Sehubungan itu katanya, ahli-ahli PAS digalakkan menghadirkan diri ke program- program anjuran PAS seperti Liqa-Fikh, tamrin, Taklimat Khas, usrah atau lain-lain untuk mengetahui perkembangan terkini serta pendekatan semasa politik PAS dan dengan itu dapat mengelak diri daripada dikelirukan oleh golongan tertentu yang mempunyai tipu muslihat untuk menjatuhkan imej PAS. Sumber TKO - 24-2-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Lebih baik Umno Kedah jaga rakyat dari cabar PAShttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44290-lebih-baik-umno-kedah-jaga-rakyat-dari-cabar-pas PAS sebagai sebuah gerakan Islam sentiasa tegas dan istiqamah memegang prinsip, dan terbuka menerima rundingan demi kemaslahatan rakyat. Setiap tindakan PAS diikat dan dipertimbang dengan nilaian syarak melalui pendekatan yang hikmah. Sekali lagi, desakan Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin supaya PAS Kedah menyatakan pendirian kerjasama dengan Bersatu, menunjukkan kekeliruan dan kedangkalan dirinya apabila tidak memahami perbezaan antara walak, kerjasama dan ikatan dalam politik. Malahan Umno sendiri tidak berprinsip apabila masih takut menyatakan sokongan terhadap pindaan Akta 355 kerana takutkan MCA dan MIC serta parti komponen BN yang lain. Mungkin serangan semberono Shaiful ini bertujuan menonjol menjadi calon PRU nanti atau mengampu pihak tertentu. Elok kiranya beliau urus partinya sendiri yang sedang menghadapi masalah keyakinan rakyat, perpecahan dalaman yang "parah", serta pentadbiran negeri Kedah yang lemah di bawah pemerintahan BN. Ingin ditegaskan bahawa walak kami adalah kepada perkara dasar, di mana ia kewajipan semua ahli dan pimpinan serta peringkat organisasi dalam PAS. Ikatan atau tahaluf pula tertakluk oleh keputusan hukum diputuskan Majlis Syura Ulamak PAS. Manakala dalam soal kerjasama atau taawun, ada keterbukaan diberikan parti, namun wajib dilakukan atas tujuan takwa dan kebaikan. Bahkan PAS Kedah hanya pernah sepentas dengan pimpinan Bersatu khususnya Datuk Seri Mukhriz hanya sekali dalam program Himpunan Derita Rakyat Kedah 2, akhir Disember tahun lepas. PAS Kedah tidak memperalatkan mahupun memaksa mana-mana pihak, sebaliknya bertemu dan menjalin hubungan atas kerelaan dan kesedaran berkaitan kepentingan rakyat dan juga negeri. Ia sesuai dengan kewujudan serta peranan PAS sebagai parti politik dan dakwah. Maka, tidak perlu Datuk Shaiful pertikai PAS Kedah yang sentiasa patuh kepada arahan tertinggi parti, kerana kesedaran bahawa keputusan yang dilakukan oleh Majlis Syura Ulamak berpaksikan nilaian syarak dan bersumberkan Al-Quran dan Sunnah yang menjadi rujukan parti PAS. Pemuda Umno Kedah jangan dilihat bersikap kebudak-budakan di mana hanya seronok dengan jawatan dan kebendaan, tetapi gagal memberikan idea bernas dalam melaksanakan tanggungjawab dan mandat yang diberikan rakyat, sehingga kemiskinan, pengangguran, jenayah dan masalah sosial masih "tegar" di negeri Kedah. Umno-BN Kedah sebenarnya lemah, lesu dan dan gagal menunaikan mandat rakyat, selama 4 tahun memerintah kembali Kedah dan hanya tunggu dekat pilihan raya, baharu bergelut untuk turun menyantuni kehidupan rakyat. Selain kontang idea untuk memacu pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, berlaku pembaziran dan pemborosan, isu air tidak berkesudahan, pengurusan tidak cekap, tanah hampir tergadai, kehidupan rakyat terbeban, janji PRU13 tidak tunai, isu peruntukan RM30 juta 1 parlimen, dan banyak masalah lain sehinggakan Umno sanggup menggadai prinsip untuk menjaga kroni dan "tauke". Sudah berkali-kali saya ulangi, kelemahan pemerintahan Umno-BN Kedah tidak mampu menyaingi sepenggal PAS mentadbir Kerajaan Negeri Kedah. Kampus Induk KUIN, Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Bantuan Kafalah, program-program kem bina insan, Aman Central, Hotel Adya adalah antara kegemilangan di bawah Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Sedangkan Umno terkenal dengan politik cantas, kroni, pembaziran dan ketirisan dalam pengurusan kewangan. Eloklah Umno Kedah uruskan masalah dalamannya dahulu, di samping menegaskan pendiriannya terhadap pindaan Akta 355 untuk mengangkat dan memartabatkan Mahkamah Syariah serta menunaikan janji PRU13 yang masih belum terlaksana. Tempoh setahun ini, sudah pasti "durian runtuh" atau "projek atas angin" banyak akan diluluskan sebagai janji manis untuk PRU14 yang makin hampir. Dewan Pemuda Pas Kedah mengajak seluruh rakyat untuk tidak terpengaruh dengan persepsi buruk yang sengaja dimainkan, tetapi hendaklah mendapatkan maklumat dari sumber yang betul. Pengalaman sepenggal memimpin kerajaan bersama rakan Pakatan Rakyat terdahulu memberikan kematangan PAS untuk kembali memerintah Kedah dan keyakinan bahawa panduan Islam, Iman dan taqwa mampu untuk mencegah penyelewengan, salah guna kuasa dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah 14 Februari 2017 | 17 Jamadil Awwal 1438 - HARAKAHDAILY 15/2/2017 Sumber HD-15-2-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PAS Kedah tolak kerjasama politik dengan Umno BNhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44183-pas-kedah-tolak-kerjasama-politik-dengan-umno-bn PAS Kedah menolak hasrat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah untuk menjalin kerjasama dengan PAS, kerana melihat ianya dibayangi kelicikan muslihat politik Umno. PAS ingin menyarankan kepada Umno/BN yang menunjangi kerajaan Kedah hari ini supaya memberi perhatian penuh kepada kebajikan rakyat akibat daripada polisi-polisi mereka yang membebankan rakyat seperti rasionalisasi harga petrol dan diesel, sistem percukaian GST serta kegagalan mengawal harga barangan keperluan harian. Kerajaan negeri juga belum dapat menamatkan kegusaran rakyat berhubung masalah bekalan air bersih, ancaman perjanjian dengan operator air yang berat sebelah serta kerisauan terhadap tanah bersejarah dan "green belt" dalam bandar yang mahu dikomersialkan. Hal tersebut sewajarnya yang perlu jadi keutamaan kerajaan berbanding percaturan politik kepartian. PAS juga melihat kenyataan Pengerusi Umno Kedah itu sebagai usaha untuk mengalih perhatian daripada membincangkan soal agihan RM30 juta bagi kawasan parlimen dimenangi Umno/BN. Ahli-ahli Umno akar umbi mula bertanya ke manakah peruntukan itu disalurkan dan bagaimana dibelanjakan? Sehingga kini jumlah yang terlalu besar itu belum terjelma dalam bentuk pembangunan atau kebajikan rakyat. PAS sedang memberi fokus mengangkat suara rakyat Kedah, di samping menyelami permasalahan yang dihadapi mereka saban hari melalui setiap ruang dan peluang yang ada. Bagi kami, sebarang percaturan politik kepartian mestilah meletakkan keutamaan "Islam yang memimpin". Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi Pesuruhjaya PAS Kedah Bertarikh: 7 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 7/2/2017 Sumber HD -7-2-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pertemuan PAS-Bersatu bakal lakar politik baharu negarahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44118-pertemuan-pas-bersatu-bakal-lakar-politik-baharu-negara PAS ternyata sebuah parti yang berprinsip dan boleh dipercayai serta dihormati apabila sentiasa dipelawa undang oleh parti lawan dan kawan. Malah, banyak pihak mengutarakan hasrat bertemu dan berbincang bersama PAS sebelum mendahului sesuatu tindakan. Pengiktirafan sedemikian juga bererti segala tohmahan dan fitnah terhadap PAS adalah palsu di mana lebih selamat bagi pihak-pihak yang merekayasa atau bermain persepsi negatif, jahat dan diulang-ulang agar menilai dahulu setiap perkhabaran mengenai PAS atau mengadakan tabayyun terlebih dahulu. Pun begitu terdapat juga mereka yang cemas dan tidak senang duduk dengan kedudukan PAS ketika ini. Lebih-lebih lagi terbaharu apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan pertemuan bersama PAS pada 2 Februari ini. Sedangkan ia bakal meneguhkan politik Islam-Melayu di Malaysia. Mereka mahu melihat ianya gagal agar masyarakat khususnya Islam-Melayu terus berpecah tiga sekali gus mengambil kesempatan dan keuntungan di atasnya. Sedangkan, hubungan yang mungkin diadakan bakal mengulangi sejarah dan pengalaman PAS dalam tahaluf bersama Semangat 46 (S46) serpihan Umno dahulunya. Ia bukan sahaja membina kekuatan, malah terbukti menewaskan Umno di banyak kerusi dan memerintah Kelantan hingga ke hari ini. Berbeza dari tahaluf bersama DAP yang sentiasa mengulangi pengkhianatan dan menghalang usaha PAS mara untuk menobatkan Islam dalam pemerintahan. Hubungan PAS-Bersatu juga amat penting setelah terlihat PAN hanya hadir sebagai pengacau dalam politik tanah air dan memberi mesej terhadap sikap khususnya PKR Kedah yang 'makan keliling' dan lupa diri. Jika hubungan dua pihak berlangsung, tidak mustahil Bersatu boleh bertanding baki 12 Dun yang dilapangkan PAS Kedah kepada rakan tahaluf. PAS Kedah tentunya tidak akan mementingkan diri dengan tumpuan bertanding di 24 Dun lainnya, bahkan bersedia menurunkan jentera dan keupayaan yang ada di 12 Dun ini juga nanti. Insya-Allah, Umno-BN Kedah mampu ditumbangkan dengan kolaborasi ini. Pun begitu, kami yang mengikuti perkembangan pertemuan itu sentiasa memberi wala' dan thiqah kepada keputusan kepimpinan tertinggi parti di mana sudah pasti meneliti dan mendapat kelulusan Majlis Syura Ulamak PAS. USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah - HARAKAHDAILY 1/2/2017 Sumber HD - 1-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Menteri Besar 'akui' tidak adil terhadap rakyathttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44117-menteri-besar-akui-tidak-adil-terhadap-rakyat Pengakuan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa "pengundi di kawasan Parlimen yang kalah akan rugi" mengesahkan bahawa berlaku pilih kasih dalam agihan peruntukan pembangunan untuk rakyat negeri Kedah yang diterajui oleh kerajaan Umno Barisan Nasional. Sewajarnya pihak kerajaan mengetepikan perbezaan politik dalam mengagihkan peruntukan RM30 juta kepada setiap kawasan parlimen termasuklah lima kawasan parlimen yang dimenangi pembangkang. Pendedahan oleh Menteri Besar mengenai peruntukan RM30 juta bagi satu kawasan Parlimen, bererti jumlah keseluruhan yang diagihkan untuk pembangunan adalah sebanyak RM300 juta iaitu bagi 10 kawasan Parlimen BN. Persoalan lain yang timbul, apakah rakyat benar-benar menikmati peruntukan tersebut? Apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada rakyat menerusi jumlah itu? Dan apakah peruntukan berkenaan dapat meringan bebanan kos kehidupan rakyat? Peruntukan yang diumumkan sangat besar, sedangkan tidak dapat merasai kehadirannya. Ke mana sebenarnya perginya peruntukan tersebut? Dalam sistem pengurusan Islam, konsep keadilan pembangunan mestilah diselaras tanpa melihat kawasan tertentu berdasarkan warna politik sempit, yang akhirnya rakyat Kedah kehilangan RM150 juta (bagi lima kawasan Parlimen milik pembangkang). Kenyataan oleh Menteri Besar itu memperlihatkan kerajaan hari ini tidak mempraktikkan konsep 'dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat', sedangkan perolehan hasil kutipan GST oleh kerajaan tidak mengenal rakyat di kawasan parlimen kalah atau menang. Sepatutnya Datuk Paduka Ahmad Bashah berfikir bagaimana untuk mempertahankan kerusi Parlimen BN Kedah, berbanding berhasrat untuk merampas kerusi parlimen yang dimenangi pembangkang dalam pilihan raya lalu melalui pendekatan yang sangat tidak demokratik. Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi Pesuruhjaya PAS Kedah 1 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 1/2/2017 Sumber HD - 1-2-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Tabung 'Lima Kupang Selama Dua Bulan'http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44077-tabung-lima-kupang-selama-dua-bulan ALOR SETAR: Setiap amal soleh menerima ganjaran 10 kali ganda, tetapi sumbangan fi sabilillah digandakan hingga 700 kali ganda kerana faedahnya berpanjangan serta tidak terhenti walaupun setelah meninggal dunia. "Berbeza dengan amal-amal lain; sembahyang, puasa, zakat, haji, bila kita mati tak boleh buat. Tetapi fadhilat sumbangan fi sabilillah bertujuan menegakkan Islam," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau berkata demikian sebagai kempen menyeru ahli PAS Kedah untuk menabung 'Lima Kupang Selama Dua Bulan' pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks PAS Kedah, di sini semalam. Kempen itu adalah inisiatif terancang digerakkan PAS Kedah bagi mengumpulkan dana untuk menyiapkan bangunan pentadbiran, sekali gus bakal digunakan sepenuhnya pada Muktamar Tahunan PAS April nanti. Tambah Tuan Guru, Kompleks PAS Kedah adalah kompleks yang dibina berkait dengan bukan sahaja pentadbiran parti, termasuk juga mentarbiyah dan mengilmukan rakyat khususnya orang Islam. Juga katanya, mendakwah manusia kepada Islam dengan menyambung perjuangan Nabi SAW. Orang ramai boleh menyumbang melalui akaun Bank Muamalat 0201 0001 5687 16 atas nama Kompleks PAS Kedah dan sebarang pertanyaan hubungi 04-7481122. - HARAKAHDAILY 29/1/2017 Sumber HD - 29-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PAS tidak ikat hubungan rasmi dengan Bersatu
ALOR SETAR: Sebarang hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) di Kedah ketika ini hanya berlaku di peringkat PAS negeri sahaja tanpa melibatkan organisasi PAS kawasan mahupun PAS cawangan.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi menegaskan perkara itu pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Sumbangan Dana Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, di sini. Menurutnya, tiada ikatan hubungan rasmi di mana status sama juga sedang berlaku di peringkat PAS Pusat dan PAS Kedah hanya berhubung dalam sempadan dibenarkan sahaja. Beliau berharap agar perkara itu jelas kepada semua peringkat ahli PAS dan menyerahkan setiap keputusan berkaitan kepada pimpinan. Sebaliknya Dr Fakhruddin menyeru ahli PAS Kedah supaya memberi fokus kepada gerak kerja parti agar kepercayaan ahli terus terjaga. Penumpuan itu juga katanya, supaya hasrat memerintah menjadi kenyataan kerana usaha mengubah pentadbiran BN kini terpikul peranannya atas semua ahli parti. Terdahulu dalam ucapannya, Dr Fakhruddin menegaskan betapa pentingnya pembinaan Kompleks PAS Kedah yang dirancang berjaya disiapkan. Jelas beliau, ia mercu tanda yang menunjukkan adanya PAS di negeri Kedah dan mesti diketahui oleh masyarakat umum, bukan semata-mata kepada saingan politik PAS. Menurutnya, pembinaan itu sebagaimana Masjid Quba yang menjadi binaan pertama oleh Rasulullah SAW memerintah Madinah. "Nabi bina masjid supaya orang nampak, inilah Islam. Di situlah dibuat ibadah, diadakan pertemuan dengan orang ramai, diatur strategi perang dan sebagainya. Samalah juga bangunan kompleks yang kita bina ini. Ia tanda kita berjuang fi sabilillah. "Sepertimana masjid dibina atas dasar takwa, begitulah binaan kita ini dari pengorbanan dan kesungguhan. Tiada parti lain yang menjadikan terasnya Islam melainkan PAS. "Kita berjuang faham Islam dan kita juga fahamkan orang lain. Kerana kita yakin dengan perjuangan kita dan kita menyumbang atas takwa untuk membangunkan kompleks ini," ujarnya. - HARAKAHDAILY 29/1/2017 Sumber HD - 29-1-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pemuda Umno Kedah takut bayang-bayanghttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44055-pemuda-umno-kedah-takut-bayang-bayang PAS yang tertegak atas dasar Islam sentiasa tegas dan istiqamah memegang prinsip, tetapi berhikmah dan bijaksana dalam pendekatan. Setiap tindakan PAS mempunyai asas yang diikat dan dipertimbang dengan nilaian syarak. Demikian itu, desakan Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin supaya PAS Kedah menyatakan pendirian kerjasama dengan Bersatu hanya menjelaskan bahawa sayap parti bangsa itu berasa terlalu gusar dan terancam. Malah, beliau menunjukkan kekeliruan dan kedangkalan dirinya apabila tidak memahami perbezaan antara walak, ikatan dan kerjasama dalam politik. Bahkan, pertikaian Shaiful bercanggah dengan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang memuji ketegasan pendirian serta mengakui kekuatan PAS. Bermakna serangan semberono Shaiful itu mungkin untuk menonjol diri atau mengampu pihak tertentu. Ingin ditegaskan bahawa walak kami adalah kepada perkara dasar, di mana ia kewajipan semua ahli dan pimpinan serta peringkat organisasi dalam PAS. Ikatan atau tahaluf pula tertakluk oleh keputusan hukum diputuskan Majlis Syura Ulamak PAS. Manakala dalam soal kerjasama atau taawun, ada keterbukaan diberikan parti, namun wajib dilakukan atas tujuan takwa dan kebaikan. PAS Kedah tidak memperalatkan mahupun memaksa mana-mana pihak, sebaliknya bertemu dan menjalin hubungan atau persetujuan atas kerelaan dan kesedaran berkaitan kepentingan rakyat dan juga negeri. Ia sesuai dengan kewujudan serta peranan PAS sebagai parti politik dan dakwah. Maka, tidak perlu kami kuliahkan Shaiful jika perkara asas seperti itupun tidak dapat dimengertikannya. Kerana Pemuda Umno Kedah tentu akan dilihat bersikap kebudak-budakan di mana hanya seronok dengan jawatan dan kebendaan, selain banyak angan-angan, tetapi gagal pada perkara tanggungjawab dan mandat. Sedangkan sebenarnya yang lesu dan bankrap politik adalah Umno BN sebagaimana dibuktikan pada pemerintahan selama 4 tahun ini. Selain kontang idea untuk memacu pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, berlaku pembaziran dan pemborosan, isu air tidak berkesudahan, pengurusan tidak cekap, tanah hampir tergadai, kehidupan rakyat terbeban, janji PRU13 tidak tunai dan banyak masalah lain. Kelemahan pemerintahan Umno BN Kedah tidak mampu menyaingi sepenggal PAS mentadbir Kerajaan Negeri Kedah. Kampus Induk KUIN, Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Bantuan Kafalah, kem-kem bina insan, Aman Cental, Hotel Adya adalah antara kegemilangan di bawah Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Kami juga ingin mengingatkan Bashah supaya tidak perasan dan membuat andaian sendiri kononnya akan berlaku penyatuan PAS dan Umno. Shaiful perlu sedar bahawa kenyataan Bashah itulah sebenarnya cubaan untuk memperalatkan PAS. Ia juga sengaja disebut untuk menimbulkan persepsi negatif kepada PAS. Walhal Umno sudah terlalu buruk dan penuh kerosakan hingga dibenci rakyat kerana kezaliman dan penyelewengan dilakukan. Sudah pasti PAS tidak akan menggalas 'biawak hidup' atas isu penyatuan sengaja dimainkan oleh Umno yang tersepit. USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah - HARAKAHDAILY 27/1/2017 Sumber HD - 27-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Muslimat PAS Kedah serah sumbangan bantu Rohingyahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43994-muslimat-pas-kedah-serah-sumbangan-bantu-rohingya SUNGAI PETANI: Kebajikan yang menjadi perhatian utama PAS, terus dijalankan tanpa henti tidak mengira batasan masa tertentu sama ada pilihan raya masih jauh atau hampir tiba. Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, baru-baru ini berjaya mengumpul RM11,505 untuk diserahkan kepada Rohingya Humanitarian Fund Mapim untuk kebajikan pelarian etnik Rohingya yang menerima keganasan kezaliman dari tentera Mynmar. "Walaupun mereka (pelarian Rohingya) bukan rakyat Malaysia namun atas keperihatian sebagai saudara seagama maka Dewan Muslimat merasakan wajar kita berusaha membantu sedaya yang mampu," jelas ketua dewan berkenaan, Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali. Bersama dua tiga orang jawatankuasa lain, sumbangan berkenaan diserahkan sendiri oleh beliau di Pejabat Mapim, Sungai Petani. "Selain itu kita juga melancarkan dana sumbangan untuk membantu mangsa-mangsa musibah atau bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran dan lain-lain yang bukan sahaja untuk negeri Kedah tetapi negeri-negeri lain yang memerlukan. "Muslimat juga bersedia berkhidmat apabila diadakan kerahan tenaga apabila dikehendaki," katanya lagi. Sehubungan itu, kebajikan biasa meliputi golongan kurang berkemampuan sama ada ibu tunggal, anak yatim, warga emas, sakit dan lain-lain diteruskan disetiap kawasan seluruh Kedah. "Dewan Muslimat mensasarkan 30 buah rumah setiap bulan bagi setiap kawasan. Ada yang lebih. Bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan. "Walau pun sumbangan yang diberi tidak seberapa namun yang penting keperihatinan menjenguk kesusahan mereka itu yang paling utama," ujarnya bersemangat. Beliau dan beberapa orang Adun PAS akan bersama Food Flotilla For Myanmar yang dijangka memulakan pelayaran pada 3 Februari nanti Sumber HD - 22-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ BN jadikan Kolej Universiti Insaniah alat politikhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43941-bn-jadikan-kolej-universiti-insaniah-alat-politik TERBUKTI pemerintahan Umno-BN Kedah hanya tahu cakap berdegar-degar, tetapi tidak lebih umpama tin kosong yang dipalu kuat apabila Kolej Universiti Insaniah (KUIN) masih tidak melepasi syarat kelayakan untuk menjadi sebuah universiti. Ia mengukuhkan lagi imej lembab dan lemahnya pentadbiran dan pembangunan oleh Menteri Besar, Datuk Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah yang kelihatan kemaruk meraih sokongan, sebaliknya mutu kerja dan perkhidmatan ditahap minima. Ia rekod kegagalan berterusan BN yang sejak penubuhan KUIN berawal dari Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) tahun 1995 tidak pernah melakukan usaha naik taraf bersungguh ke atas IPT kebanggan Kedah ini. Sedangkan pemerintahan Almarhum Tan Sri Datuk Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak hanya mengambil masa empat tahun menyiapkan infrastruktur Kampus Tetap KUIN di Kuala Ketil. Serta pertambahan daripada empat program diploma kepada lebih 40 bidang baharu akademik termasuk Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD). Pemerintahan BN Kedah hakikatnya tidak pernah berminat meninggikan setiap perkara yang ada kaitan dengan agama kecuali sekadar untuk kepentingan politik. Bahkan, hampir membunuh mati KUIN apabila berhasrat menjualnya dahulu kepada pihak lain. Malah, bermentaliti sekular apabila tidak menyokong pengenalan bidang dan fakulti baharu oleh Ustaz Azizan dahulu, konon atas nama mempertahankan pendidikan teras Islam. Walhal, Almarhum telah menunjukkan integrasi ilmu yang sebenarnya berpaksi dan berasal daripada Islam dengan penuh jaya. Juga Ustaz Azizan bercita-cita mengangkat KUIN sehebat Universiti Al-Azhar dan Universiti Cambridge dengan menjadikan Kedah sebagai hub-ilmu di rantau ini. Beliau mahu ilmu dari KUIN melimpah mengalir kepada masyarakat hingga mempengaruhi sosio-ekonomi dan budaya hidup semasa rakyat, serta pemangkin dakwah kepada bukan Islam yang ramai di Selatan Negeri Kedah. Malang sekali, Bashah jelas dan nyata sekadar menghimpunkan warga KUIN semalam untuk motif politik BN semata, selain memanjangkan ampu dan bodek mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sekali gus menghampakan warga KUIN dan rakyat negeri ini khususnya anak muda yang menanti naik taraf status universiti. Sudah pasti ia bakal dijadikan modal politik yang diulang-ulang sebagai ugutan atau janji manis pada PRU14 tidak lama lagi sebagaimana pengisytiharan naik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) kepada Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) pada PRK Kuala Kangsar, Perak tahun lalu. Berbanding USAS, ternyata KUIN jauh memenuhi sebegitu banyak aspek kelayakan, termasuk pelbagai pencapaian serta pengiktirafan dalam dan luar negara. Namun, gimik dilakonkan BN ini membenarkan bahawa pasukan Bashah tidak bekerja dan gagal, melainkan mencipta lebih banyak helah dan mainan politik sahaja. USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 18/1/2017 Sumber HD - 18-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PAS bersama Gagasan Sejahtera sedia galas mandat rakyathttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43932-pas-bersama-gagasan-sejahtera-sedia-galas-mandat-rakyat Khurafat politik dalam negara, bahawa hanya Umno/Barisan Nasional sahaja mampu mentadbir negeri atau negara Malaysia makin terhakis di kalangan rakyat kini. Justeru itu, PAS bersedia menghadapi PRU14 dengan seluruh kekuatan untuk mencabar kekuatan Umno/BN di negeri 'Jelapang Padi' menerusi blok ke-3 iaitu Gagasan Sejahtera. PAS memiliki rencah ramuan tersendiri serta bebas menentukan pilihan dalam strategi, apabila berhadapan dengan Umno/BN dalam PRU14 berasaskan kajian-kajian politik semasa. Gabungan politik pembangkang bukanlah satu-satunya cara untuk menumbangkan Umno/BN kerana persefahaman politik boleh melalui pelbagai kaedah. Tidak timbul soal PAS perlu bersama Pakatan Harapan kerana PAS tiada hubungan politik dengan DAP dan PAN, begitu juga lawan politik PAS sejak merdeka iaitu Umno/BN. PAS menyedari keperitan rakyat akibat dari polisi ekonomi kerajaan hari ini yang dilihat tidak prihatin apabila gagal mengekang kenaikan kos hidup dan keperluan harian. PAS konsisten menunjukkan komitmennya mengangkat suara rakyat kedah seperti isu air, pemutuan harga padi, penetapan tetap siling harga getah, alam sekitar, tanah serta kebajikan rakyat kedah. Akhirnya, PAS bersama rakan-rakan politik melalui Gagasan Sejahtera membuka tangan untuk menerima mandat rakyat khususnya di negeri Kedah bagi menjadi 'Government in waiting' pada PRU14 nanti. Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi Pesuruhjaya PAS Kedah - HARAKAHDAILY 17/1/2017 Sumber HD - 17-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ DPPN-AMK Kedah tekad tumbangkan Umnohttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43923-dppn-amk-kedah-tekad-tumbangkan-umno ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Angkatan Muda Keadilan Negeri Kedah seiring terhadap fokus untuk menewaskan Umno dan mengembalikan pemerintahan pada PRU14 sebagaimana kebersamaan dan persefahaman pernah dijayakan ketika memerintah Kedah pada tahun 2008 dahulu. Kedua pihak juga menyedari betapa anak muda menolak Kerajaan BN Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta mahukan perubahan politik berlaku di negeri itu. Pertemuan melibatkan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Mohd Azam Abd Samat dan Ketua AMK Negeri Kedah, Mohd Ridhwan Razali bersama exco masing-masing itu berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam. Mereka juga telah berdialog, menyatakan pandangan dan pendirian terhadap isu dan perkembangan politik semasa, serta memahami dan menghormati perjuangan serta situasi dihadapi masing-masing. Kedua pihak turut sedia mengadakan program bersama yang menguntungkan rakyat dan bukannya kalangan pimpinan tertentu sahaja, melalui usaha mengembeleng kebangkitan rakyat Kedah khususnya kalangan anak muda. Malah, dari pertemuan itu, Pemuda PAS Angkatan Muda Keadilan melahirkan harapan ke arah politik yang lebih baik dan harmoni pada masa depan dijayakan dengan peranan anak muda bermula dari langkah pada hari ini. – HARAKAHDAILY 16/1/2017 Sumber HD - 16-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sembah tahniah sempena hari keputeraan Sultan ke-89http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43904-sembah-tahniah-sempena-hari-keputeraan-sultan-ke-89 Sembah Tahniah Sempena Hari Keputeraan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan ke-89 Patik mewakili ahli-ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah serta seluruh ahli PAS dengan rendah diri menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas keputeraan Ke Bawah DYMM Tuanku kali ke-89. PAS yang bertapak di Negeri Kedah Darul Aman sejak 1952, tidak lekang daripada prinsip perjuangannya untuk membantu membina Kedah yang aman dan sejahtera. Menerusi konsep 'Raja berperlembagaan' dan 'Demokrasi berparlimen', PAS istiqamah menjadi wadah semak imbang dalam Dewan Undangan Negeri, di samping memperjuang dan mempertahankan hak negeri serta rakyat Kedah yang berbilang kaum. Patik serta seluruh ahli PAS mendoakan kesejahteraan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah serta berdiri teguh di belakang DYMM Tuanku dalam membina Kedah yang sentosa dan sejahtera. Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi Pesuruhjaya PAS Kedah 15 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 15/1/2017 Sumber HD - 15-1-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pemuda Umno serlah reaksi cemashttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43763-pemuda-umno-serlah-reaksi-cemas KEYAKINAN PAS akan kembali memerintah adalah berpaksikan kepada keimanan bahawa Allah berjanji memberikan pemerintahan kepada sesiapa dikehendaki-Nya dan setiap sesuatu pasti ada ajalnya. Umno tidak perlu terus meletakkan diri dalam dosa keangkuhan seolah-olah akan kekal berkuasa selamanya. Keyakinan itu pernah dibuktikan apabila BN Kedah yang bertakhta lebih 50 tahun ditumbangkan pada PRU 2008 dahulu. Walaupun sepenggal PAS memerintah dalam tanpa bantuan sewajarnya dari Kerajaan Persekutuan, tetapi telah membekas kesejahteraan untuk rakyat dan kemajuan negeri. Pembangunan Kampus Tetap KUIN, Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD), Aman Central, Hotel Adya, pemberian kafalah dan lain-lain terzahir untuk kepentingan rakyat, bahkan dibangga, ditiru dan diteruskan sebahagiannya oleh BN biarpun seketika. Namun, Kerajaan BN Kedah bukan sahaja gagal melangsungkan lainnya, malah hampir menghancurkannya. Jangan lupa, pemerintahan BN nyaris menjual KUIN, menyerah rangkaian Maktab Mahmud kebanggaan Kedah kepada Kerajaan Persekutuan dan gagal meneruskan pembinaan MTSD di Pulau Tuba, Langkawi. Lebih teruk, apabila banyak pembangunan digariskan dalam manifesto BN pada PRU lalu belum ada mampu dilaksanakan. Menunjukkan BN Kedah bukan sahaja lemah dan gagal, tetapi juga menipu serta hanya pandai menabur janji manis yang terus diulang selama empat tahun ini. Hakikatnya, kosong dari kejayaan hingga terpaksa mengumumkan pencapaian yang penuh sandiwara, syok sendiri dan penyedap halwa telinga, sedangkan rakyat masih kekal terhimpit oleh politik BN. Sekadar berbangga dengan bantuan-bantuan diberikan menunjukkan Pemuda Umno gagal memahami antara tanggungjawab dan hak. Kini menyerang PAS kerana ingin menutup kelemahan sendiri dalaman Umno-BN yang berebut dan tamakkan kuasa, walhal kepentingan rakyat diabaikan. Ketika sama menyerlah budaya ampu bodek yang wujud dalam kalangan Pemuda Umno hingga terpaksa menyolek wajah secantik mungkin dan itu terbukti dengan menyerang mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga berasal dari Umno. Malah, membayangkan kegusaran, keterdesakan dan rasa terancam Umno Kedah. Hakikatnya, PAS tidak mempergunakan Mukhriz dan tiada keperluan untuk itu. Tetapi ia satu dari pelbagai kerjasama politik dengan BERSATU dalam menyemarakkan lagi gelombang rakyat ke arah memastikan BN dapat dijatuhkan pada PRU akan datang. Jika Umno-BN berasa kuat, tidak perlu cemas, berpencak sahaja digelanggang sama. USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 2/1/2017 Sumber HD - 2-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Negeri Kedah kini ditadbir mengunakan remote control dari jarak jauh. Sebab ramai Exco, ADUN dan Pegawai MB bahkan MB sendiri sedang bercuti dan bersukaria di luar negara. Dulu mulut-mulut tu la yang kata Mukhriz jarang duduk di Kedah , selalu ke luar negara!! Kini kita boleh tengok sendiri dimana pemimpin-pemimpin Umno pi bersuka ria di luar negara sedangkan rakyat sengsara. Kota London & negara China tu dah macam bandar Alor Setar & pekan Padang Terap buat depa.. Jadi AJK UMNO bahagian pun untung sakan..Dapat juga main ular kat Vietnam & beli batik Indonesia..banyak duit depa noo!!! Kita cuba tanya Bashah , dalam 10 bulan dia jadi Menteri Besar berapa kali dia pi luar negara ?? Jangan ingat rakyat tak tau !! Zaman dah moden sekelip mata saja maklumat sampai !! Tu belum kira lagi hat Bashah ambik cuti sakit , jadi berapa lama dia dapat turun bersama rakyat ? Cuba habaq mai !! Mesyuarat Exco ataupun mesyuarat Umno, berapa kali Bashah buat di Kuala Lumpur padahal baru 10 bulan tadbir negeri !! Cakap orang buruk rupanya dia terlalu kotor Cuba check la ni, dengaq kata depa ada di China Sumber TKO - 30-12-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tekad 2017: Ubah derita kepada sejahterahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43712-tekad-2017-ubah-derita-kepada-sejahtera TAHUN Baharu 2017 tidak memberi makna bagi kebanyakan rakyat termasuk di negeri Kedah atas pelbagai bebanan kehidupan harian, khususnya berkaitan kos sara hidup yang meningkat. Punca dari semua ini bukan dari masalah dilakukan rakyat, tetapi akibat dari polisi, pengurusan dan pelaksanaan oleh kerajaan yang lemah, tidak peka, menindas dan menyeleweng. Kerana kedudukan yang dipegang dijadikan batu loncatan untuk kepentingan peribadi. Lalu, keringat dan poket rakyatlah diperah semahunya. Kerajaan tidak menjadi penaung, penyatu dan penyelesai masalah rakyat. Inilah satu bentuk perhambaan yang Allah taklifkan kepada orang beriman supaya membebas manusia dan memakmurkan bumi. Cukai GST dan kenaikan harga barang mempengaruhi kecukupan rakyat dan semakin terasa menjelang sesi baharu persekolahan. Tetapi apabila diluahkan, rakyat dikata tidak bersyukur dan diperolokkan mereka dengan seruan seperti makan kangkung, jangan membeli, jangan naik dan sebagainya. Tindakan seumpama juga berlaku di Kedah. Air yang jadi keperluan asas, masih mengalami masalah perbekalan. Exco yang bertanggungjawab ternyata lemah dan cuba membodohkan rakyat dengan memberitahu masalah selesai pada tahun 2020. Maknanya rakyat akan terus menanggung masalah dan gangguan bekalan air selama 4 tahun lagi. Pengumuman penubuhan 'Task Force', bukan menyelesaikan masalah rakyat tapi 'omongan kosong'. Telah jadi amalan biasa, janji manis digula-gulakan kepada rakyat yang terus mengharap. Jaminannya belum ada. Buktinya, sudah empat tahun BN mengambil alih pentadbiran negeri Kedah, semua janji mereka dalam manifesto tidak tertunai. Apakah rakyat mahu terus terpedaya? Peruntukan sedia ada melalui Kerajaan Persekutuan juga banyak diperolehi melalui geran ataupun pinjaman berjuta-juta, di mana Kedah mendapatnya hampir setiap tahun. Mengapa masalah air di Kedah tidak selesai? Adakah peruntukan diserap sebahagiannya untuk kepentingan diri dan politik? Pilihan Raya Umum yang boleh berlaku pada bila-bila masa selewatnya tahun 2018 lebih lagi akan menyaksikan banyak janji akan ditabur kepada rakyat. Banyak pemberian telah diumumkan dan rakyat berhak untuk mengambilnya. Tetapi janganlah kita 'menjual harga diri' dan undi atas nama 'bantuan' diberikan. Senang seketika, tapi menderita 5 tahun lamanya. Demikian itu jadikan 2017 tekad untuk mengubah segala derita tersebut kepada sinar sejahtera bersama penyelesaian Islam. Insya-Allah PAS akan sentiasa memperjuang dan bersama rakyat menuju kepada kehidupan diredai Allah dengan menjadikan negeri ini sejahtera yang mendapat keampunan dan rahmat-Nya. USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 29/12/2016 Sumber HD - 29-12-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SIK - Ladang tanaman anggur di Tasik Beris dan Sungai Senam yang diusahakan Syarikat Excel Agrotech Sdn Bhd kini ditutup akibat penjagaannya yang rumit.
Menurutnya, beberapa pekerja terpaksa diberhentikan, namun dibayar pampasan.
“Sebelum ini ladang anggur di Tasik Beris dipindahkan di Sungai Senam untuk tanaman semula, tetapi sebab penjagaan yang begitu rumit kedua-duanya ditutup, Mei lalu.
“Mengusahakan tanaman anggur rumit, hasilnya tidak menentu, bunga anggur juga mudah terbakar sekiranya cuaca terlampau panas,” katanya di sini semalam.
Mohd Nor Azizi berkata, dia sedih dengan penutupan itu dan ladang anggur mungkin tidak akan dibuka lagi.
“Selepas ini mungkin ladang anggur di sini tidak lagi dibuka, rasa sedih bila ladang anggur yang merupakan kebanggaan bagi daerah Sik terpaksa ditutup,” katanya.
Bagaimanapun, pihak pengurusan ladang anggur kini menggantikan tanaman itu dengan buah rock melon.
“Buah ini dipilih majikan sebagai ganti kepada anggur, ia mudah dijaga dan mempunyai permintaan tinggi.
“Hasilnya pula empat kali setahun berbanding anggur dua kali setahun,” katanya.
Mohd Nor Azizi berkata, sebayak 2,000 pokok kini sedang diusahakan di atas tanah seluas 12.96 hektar di Sungai Senam.
“Buah ini baru diusahakan, setakat ini pihak ladang masih belum membukanya untuk sebarang lawatan ,” katanya.
Tambahnya, beliau berharap tanaman buah rock melon akan maju dan berjaya pada masa akan datang.
“Rock melon boleh jadi produk buah hasil keluaran daerah Sik,” katanya. Sumber TKO - 2-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Duit habis tetapi masalah air Kedah tidak selesaihttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41904-duit-habis-tetapi-masalah-air-kedah-tidak-selesai PADANG TERAP: Pimpinan Umno-BN yang menerajui Kerajaan Negeri Kedah selama 50 tahun gagal menyelesaikan masalah air di negeri ini biarpun telah menghabiskan dana lebih RM1.7 bilion dan kini memohon pula RM2.8 bilion. Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, pihak Adun pembangkang telah memainkan peranan semak dan imbang dalam isu tersebut. "Adun kita telah sebut dalam Sidang Dun tiga bulan lepas supaya masalah air ini diselesaikan sebelum Ramadan, tetapi mereka alpa," bidasnya pada Himpunan Isu Air Kedah di Loji Air Kuala Nerang, di sini sebentar tadi. Tegasnya, PAS Kedah menuntut supaya Kerajaan Persekutuan segera menyediakan geran kepada negeri Kedah bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Sementara itu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor yang turut berucap menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia segera menyiasat penggunaan dana berkaitan. Beliau mengemukakan antara kecurigaan terhadap penggunaan RM26 juta bagi meningkatkan taraf Loji Kuala Nerang itu tetapi tetap tidak memenuhi keperluan semasa penduduk. Menurutnya kontraktor terlibat dalam pembinaan itu adalah dari kalangan mereka yang ada kaitan dengan pemimpin BN. "Tiap-tiap kali tuan-tuan lalu di sini, lihat loji ini, tuan-tuan kena ingat ia dibina dari segala kebobrokan yang dilakukan pemimpin BN. Mereka buat projek hanya untuk diri sendiri," luahnya kesal. Beliau turut menempelak kegagalan BN sejak mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah sejak tiga tahun lalu tetap tidak menggerakkan penyelesaian sewajarnya. Turut berucap Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abdul Aziz yang melahirkan kekesalan kerana ketiadaan air semakin kritikal sejak tiga bulan lalu. Katanya, keadaan itu mendatangkan kesukaran yang banyak terhadap penduduk setempat. Para peserta himpunan dalam pada itu melaungkan gesaan agar Exco Kerajaan Negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim yang memegang portfolio bekalan air agar segera meletakkan jawatan. – HARAKAHDAILY 20/7/2016 Sumber HD - 20-7-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bekalan air: CAP kesal kenyataan MB Kedah
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41820-bekalan-air-cap-kesal-kenyataan-mb-kedah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berhubung masalah bekalan air yang dihadapi penduduk negeri ini kerana mempersendakan cadangan CAP bagi mengatasi keadaan ini.
Tanpa memberi sebarang ulasan tentang gesaan CAP, beliau dengan angkuh menolak berkata, “Kita tahu buat kerja, tak perlu nak ajar”, yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini pada 12 Julai 2016. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dan dihadapi oleh rakyat negeri ini beliau sepatutnya memberi penjelasan terhadap perkara-perkara yang dikemukakan oleh CAP. CAP terkejut dan kecewa dengan tindakan dan sikap Menteri Besar ini kerana memperkecilkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bersuara mewakili rakyat Kedah yang sudah sekian lama hidup menderita kerana masalah air. Seorang pemimpin yang mentadbir suatu negeri seharusnya berpengetahuan dan memahami sesuatu isu, punca berlakunya masalah dan menanganinya dengan baik serta berkesan. Apakah beliau tidak merasai seperti apa yang dirasakan oleh penduduk-penduduk yang terlibat dengan masalah itu sehingga terlupa bahawa CAP adalah sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak pengguna dan alam sekitar di negara ini. Kami menggesa pertimbangan serius diambil ke atas saranan kami dalam menangani isu air di negeri ini kerana air merupakan keperluan asas dan akan membawa kepada implikasi besar kepada rakyat dan alam sekitar sekiranya sumber air dan hutan tidak diurus dengan baik. Justeru CAP meminta Ahmad Bashah secara terbuka memberi penjelasan terhadap perkara-perkara yang menjadi punca rungutan dan keluhan ribuan rakyat sejak berpuluh tahun lamanya. CAP juga membantah keputusan kerajaan untuk membina telaga tiub dan empangan baharu di negeri ini. Tidak ada gunanya dan menjadi satu pembaziran jika telaga dan empangan tersebut bermasalah seperti sekarang kerana kawasan tadahan air tidak dilindungi serta tidak diurus dengan baik dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri Kedah sekarang ialah kemusnahan hutan akibat kegiatan pembalakan dan projek perladangan yang kian meluas. Hentikan aktiviti ini demi pengekalan sumber bekalan air yang berkualiti dan mencukupi untuk rakyat Kedah. SM MOHAMED IDRIS Presiden CAP - HARAKAHDAILY 14/7/2016 Sumber HD - 14-7-2016
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ‘diboo’ peminat-peminat bola sepak ketika perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah menentang Kelantan di Stadium Darulaman, malam tadi. Rakaman video yang dimuatnaik di mukhrizmahathirfc.com menunjukkan Ahmad Bashah diboo peminat boleh sepak dipercayai penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum perlawanan bermula. Teriakan dan jeritan ‘boo’ oleh peminat bola sepak jelas kedengaran pada minit 2.13 hingga 2.31 dalam rakaman itu. mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 4 Februari lalu. Menerusi satu lagi rakaman video menunjukkan Ahmad Bashah diboo ketika berada dalam kereta untuk pulang selepas perlawanan selesai. Kira-kira 17,000 peminat bola sepak kedua-dua pasukan hadir menyaksikan perlawanan itu yang berkesudahan Kedah menewaskan Kelantan 2-1. https://www.youtube.com/watch?v=t0xqNfBhW2o&feature=player_embedded Sumber TKO - 2-3-2016
ALOR SETAR - Pas Kedah konsisten dengan pendirian hanya bersama PKR dan mana-mana parti
politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menerima asas perjuangannya untuk
kesejahteraan rakyat menerusi tahalluf siyasi.
Pesuruhjaya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, oleh itu tidak berbangkit soal menerima pelawaan Pakatan Harapan untuk bersama gabungan itu sama ada di peringkat negeri atau pusat. “Hari ini rakyat melihat parti komponen Pakatan Harapan berselisih dalam sesuatu isu kesan dari pemakaian konsep ‘setuju untuk setuju’, sedangkan masing-masing memiliki ideologi perjuangan yang berbeza. “Begitu juga pembentukan kerajaan negeri Kedah dari BN yang dipimpin Menteri Besar baharu (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) tidak dapat menunjukkan arah tuju jelas untuk menjadikan ‘Kedah senang’,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas terhadap tawaran Pakatan Harapan Kedah untuk parti Islam itu bersama mereka sebagai persiapan awal menentang BN pada PRU14. Menurutnya, rakyat Kedah yang bermaklumat sentiasa mengikuti perkembangan politik dan Pas sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab mewakili mereka memberi pandangan dalam ruangan demokrasi yang diamalkan. “Rakyat Kedah tertanya-tanya, apakah perancangan yang diuar-uarkan dalam manifesto BN akan masuk ke makmal transformasi kali kedua apabila berlaku pertukaran menteri besar,” katanya. Kelmarin, Pakatan Harapan mengakui masih membuka pintu untuk Pas bersama gabungan yang disertai PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP sebagai persiapan awal menghadapi PRU14. Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, sesiapa yang mempunyai visi yang sama iaitu untuk menumbangkan BN, dialu-alukan bersama Pakatan Harapan. Sumber TKO - 24-2-2016 Menegur keangkuhan Guan Eng, tahniahAzminKRITIKAN Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana melucutkan dua Adun PKR dari GLC negeri itu perlu dilihat sebagai sanggahan kepada sikap keterlaluan Guan Eng dalam tindakan politiknya kebelakangan ini. Keangkuhan Guan Eng itulah sebenarnya menjadi punca keretakan dan perpecahan Pakatan Rakyat sebelum ini. Malah kini beliau merasa dipuncak takhta dengan mengenepikan sesiapa sahaja yang dianggap menghalang cita-citanya. Kritikan Azmin itu satu langkah berani yang perlu disokong semua pihak supaya keegoan berkuasa sebagaimana ditunjuk Guan Eng diberikan peringatan sewajarnya. Guan Eng hanya merosakkan imej ahli politik dan meresahkan banyak rakyat yang ketika ini mendambakan politik matang dan sejahtera. Kami mengharap perkara tersebut yang mendapat perhatian massa ketika ini akan membuka mata dan kesedaran kepada banyak pihak terhadap sikap sebenar Guan Eng. Budaya berpolitik negara mesti dibebaskan dari sikap-sikap kefiraunan seperti yang ditunjukkan. – HARAKAHDAILY 24/2/2016 Penulis ialah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Sumber HD - 24-2-2016
Hangpa boleh pi jumpa dgn individu2 dalam gambar ini di Kupang, Baling, Kedah..... depa ni semua juga adalah ahli jentera umno di Kupang yg bertungkus lumus masa PRU 13 lepas.... Fenomena bermula di Jerlun telah berjangkit k3 seluruh Kedah.....insya Allah umno be end bakal rebah.... Kredit: Pengundi Pas Kedah
Sumber TKO - 10-2-2016
Mukhriz Mahathir - Pandangan PenutupDUA hari sebelum lawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (MM) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) itu (24 Ogos 2013), Ustaz Azizan Razak (UAR) diziarahi Datuk Profesor Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman. Tokoh ternama dalam dunia pendidikan dan pemikiran Islam itu adalah bekas rektor UIAM (1989-99) terbang dari Riyadh Arab Saudi. Dia membawa senaskah Al-Quran dan sekotak kurma dari ladang di Madinah. (Kisahnya telah saya tulis di http://sanusimdnor.blogspot.my/…/kasih-sayang-merentasi-sem…) Lawatan MM dan TSMY pada 24 Ogos 2013 saya kira yang terakhir sewaktu hayat UAR. Catatan tulisan tangan TSMY di buku pelawat menggunakan tulisan jawi yang kemas. Sebulan selepas itu UAR dijemput oleh Penciptanya, pergi selama-lamanya. MM dibayangi pencapaian luar biasa UAR. Sukar sekali bagi MM memposisikan diri sebagai MB Kedah daripada Umno selepas Kedah melalui detik-detik terbaik dalam sejarah negeri di bawah kepimpinan UAR. Kedah berubah wajah daripada banyak sudut. UAR muncul sebagai pemimpin ikonik Kedah. Biar dari sudut apapun, 'kelibat' UAR sentiasa menjadi kayu ukur rakyat Kedah bagi menilai MM. Budaya kerja, cara hidup, dasar parti, latar belakang keluarga, gaya pemikiran, tahap pendidikan, ketokohan, keutamaan dan keterbukaan UAR jauh meninggalkan MM dan pembantu di sekelilingnya. Memimpin Kedah dan 'perkakasnya' tidak semudah melontarkan kritikan sewaktu berkempen. Kerajaan negeri tidak sama dengan MITI. Sewaktu di KMC, UAR ada bertanya MM. "Datuk dah masuk pejabat ka? Kerajaan renovate pejabat tu baru-baru ni, depa pasang karpet dan cat baru. Dah elok la bilik MB tu". Kata MM. "Masuk dah tadi. Besaq sungguh bilik tu. Jauh beza dengan ofis saya di MITI. Di sana bilik saya timbalan menteri kecik ja". UAR bertarung dengan kesihatannya di hospital, MM dan Umno terpaksa bertarung dengan legasinya di medan politik dan pentadbiran Negeri Kedah. Yang cuba dipunggah memakan diri, yang nak diteruskan tiada upaya, yang nak ditiru terpaksan dilakonkan. Rakyat memerhati, PAS terus melontar pandangan dan nilaian. Pencapaian UAR memimpin kerajaan meletakkan 'benchmark' yang sukar digapai oleh Umno dan MM. Kegagalan itu cuba diletakkan kepada MM seorang apabila pemimpin Umno negeri, Adun-adun Umno/BN dan Exco-exco mula menjarakkan diri. Umno pusat pun buntu dengan krisis Presiden mereka, Umno kedah pun buntu dengan 'padang baru Kedah' yang ditebas oleh UAR dan PAS. 100 hari pertama itu Umno kedah hanya mampu melancarkan UTC- program kerajaan pusat. Cubaan-cubaan lain masih dalam balang di makmal transformasi. 26 September, MM dan ayahnya Tun M bergegas ke kuburan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena. Pusat pendidikan yang diasaskan oleh Ustaz Fadzil Noor dan dibangunkan oleh UAR menerima sesiapa saja tetamu pada petang itu. Tun M berdiri terpacak di pinggir liang sejak awal, kemudian di sertai anaknya MM hingga selesai talkin. Saya tawarkan kerusi untuk Tun M melepaskan penat berdiri, kerana waktunya masih panjang sebelum jenazah dapat disemadikan. Dia menolak dengan baik. "Tak paa..saya nak berdiri saja". Biarpun berasak-asak, panas cuaca dan panas 'suara-suara nakal' dari belakang, mereka dua beranak tidak berganjak, tenang sahaja, tidak mahu melepaskan kesempatan bersama saat sayu yang bersejarah itu. MM dikuburkan sendiri oleh Umno ketika dia masih sihat, kuat bertenaga. Dia memiliki personaliti yang baik. Dia hadir bersila di ruang tamu rumah UAR menjamah jamuan kenduri cukur kepala cucu UAR beberapa bulan selepas itu. Layan diri. Banyak gambar-gambar MM bersila, masuk kampung, masuk pondok, berjubah, berketayap, bersolawat - humble- dipaparkan. Ia tidak ada nilai sama sekali di sisi Umno. Dia cuba untuk tidak merempuh legasi PAS pimpinan UAR sebelumnya, tapi dia tidak mampu melonjak ke depan kerana Umno yang mendokong dan didokonginya tidak serasi dengan perjalanan meredah kepayahan demi negeri dan rakyatnya. Ini telahan saya. Mereka semua berpolitik untuk mencari kesenangan - MM sudah memilikinya dengan jalan lain. Mereka berpakat merebahkan MM untuk menyenangkan bos di Kuala Lumpur yang boleh menjamin kesenangan diri mereka sendiri. Dapatkah legasi UAR dan PAS disaingi oleh gerombolan yang dikepalai pula oleh DS Basyah. Kita tunggu. – HARAKAHDAILY 6/2/2016 Sumber HD - 6-2-2016 Mukhriz disingkir sebab cuba ikut stail PASKUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah semasa di bawah kepimpinan Menteri Besar, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak telah memperolehi pencapaian tinggi dalam banyak aspek hingga menjadi satu tekanan kepada pemerintahan yang diterajui Umno-BN Kedah kini. Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kejayaan Ustaz Azizan menjadi penanda aras yang mesti disaingi Umno di mana ia dilihat gagal dilaksanakan di bawah pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir. “Pada saya, itu asas pertelagahan dalam Umno dan mereka merasakan rakyat nampak Umno selaku pemerintah gagal menyaingi pencapaian Kerajaan Negeri Kedah semasa ditadbir oleh PAS. “Maka, Mukhriz selaku ketua menjadi mangsa. Apatah lagi dengan sikap Umno yang lebih merebut peluang terhadap diri berbanding mengutamakan rakyat. Mukhriz cuba bawa Umno Kedah untuk ikut ‘stail’ PAS; hidup sederhana, dahulukan rakyat, tonjol imej agama, berjubah, berkopiah, dekati ulama dan pondok, anjur salawat. “Jadi rakyat terutamanya orang muda terima kesederhanaan dan imej baik Mukhriz ini. Tetapi hakikatnya, pemimpin Umno tak berupaya hidup dalam lakonan. Team (Datuk Seri Ahmad) Bashah Md Hanipah adalah wajah sebenar Umno,” ujarnya kepada Harakah baru-baru ini mengulas situasi terkini pergolakan Umno di negeri Jelapang Padi itu pasca pelantikan MB baharu. Menurut beliau, transformasi yang diusahakan Mukhriz sebenarnya adalah untuk menghilangkan pengaruh zaman PAS, tetapi dilihat mengambil masa terlalu lama hingga menyebabkan Bashah yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah beberapa penggal tidak lagi dapat bersabar. Terangnya, Mukhriz berusaha menjayakan agendanya itu dengan imej kesederhanaan, telus, merancakkan pembangunan fizikal dan modal insan, tetapi terganggu oleh persekitaran Umno itu sendiri yang penuh skandal di semua peringkat dengan isu RM2.6 bilion, GST, 1MDB, dolak dalih Perdana Menteri, krisis dengan SPRM dan banyak lagi. “Menyebabkan Mukhriz terpaksa bersuara dan suaranya itu dihargai rakyat Kedah terutamanya anak muda. Mereka meluat dengan penyelewengan. Mereka sudah terbayang sebuah kerajaan yang bersih dan negeri membangun pesat. “Tetapi Umno merasa mereka gagal di bawah Mukhriz, lebih-lebih lagi pembangunan memerintah Kedah menggunakan dana Kerajaan Persekutuan. Apabila duit tak turun kepada Mukhriz, dia juga tak mampu buat apa-apa. Jadi Umno cuba tutup kelemahan dengan memecat Mukhriz. “Sebetulnya, budaya politik dan pentadbiran Umno tidak mampu bernafas tanpa peruntukan Persekutuan. Berbeza dengan keupayaan PAS dahulu. Sebab itu Kedah boleh membangun zaman PAS memerintah. Umno bukan jenis mengutamakan rakyat, pemimpinnya hanya nak mereka senang dulu, kalau ada lebih baru bagi rakyat,” bidasnya. Menurutnya lagi, Ahmad Bashah dengan pengalaman lamanya dalam Kerajaan Negeri Kedah selaku Exco telah dikenali gaya pengurusannya yang lebih kepada pembangunan fizikal. Katanya, Bashah ‘dikenali’ dengan imej Tesco Mergong, menukar perkampungan Melayu dan sawah padi menjadi pusat komersil, serta kawasan Industri Kecil Sederhana Tandop menjadi perumahan Desa Seraya yang mewah dan pusat membeli belah. Begitu juga tambahnya, Stargate yang asal sebagai kawasan perumahan turut dimajukan sebagai pusat komersil di bawah Bashah. “Mukhriz cuba ikut rentak PAS, tapi duit tak turun dan Umno tak tolong dia. Umno tak nampak jalan boleh cari kekayaan kalau ikut cara PAS. Adun Umno dan Umno Bahagian tak mampu ‘survive’ macam Adun PAS dan PAS Kawasan yang tetap hidup zaman PAS jadi kerajaan. “Maka Mukhriz jadi mangsa mereka. Dia pula kurang pengalaman, sepatutnya Bashah yang banyak pengalaman tolong dia. Tapi Bashah idam kerusi (Menteri Besar) tu. Dia biar Mukhriz nampak tidak ‘perform’ supaya satu masa dia boleh jatuhkan Mukhriz, dan dia dah buat. “Najib suka sebab boleh menang dalam pertarungan dengan team Tun Mahathir. Bashah suka sebab boleh jadi MB. Adun-adun yang sokong Bashah suka sebab boleh minta habuan kerana menaikkan Bashah dan jatuhkan Mukhriz. Tapi rakyat jadi mangsa kerakusan pemimpin Umno,” ujarnya menyudahkan pandangan. – HARAKAHDAILY 5/2/2016 Sumber HD -5-2-20166 Mukhriz Mahathir: Pandangan kali keduaSELEPAS sehari semalam di Hospital Besar P. Pinang, saya dan keluarga UAR dimaklumkan KDYMM YDP Agong berkenan segera menziarahi mantan Menteri Besar baginda itu. Rombongan DiRaja itu tiba selepas maghrib, UAR telah tidak sedarkan diri, ditempatkan di ICU. Baginda diiringi oleh Datuk Seri Paduka Mukhriz Mahathir (MM) dan pegawai-pegawai negeri, para doktor pakar, pegawai Istana Negara. Turut serta ialah mantan MB Kedah ke-9 (MK) pada ketika itu memenangi kerusi Parlimen Padang Terap. Diiringi doktor pakar, Seri Paduka YDP Agong dan MM berdiri di sisi katil UAR memerhati dan merenung UAR dibungkus selimut tebal, saluran pernafasan, wayar alatan perubatan berselirat di hidung, mulut dan sekitar tubuhnya . Tetamu lain berdiri memandang dari luar pintu, suasana sunyi sepi. Tokoh besar negeri berjasa itu bersabung nyawa. Nampak kerisauan dan kesedihan di wajah baginda. Sebelum mereka beredar MM menyapa saya sekali lagi - KALI KEDUA - menenangkan kegelisahan, dia berpesan lagi untuk menghubunginya jika ada apa-apa perkembangan. Saya ucap terima kasih kepadanya. Esoknya saya dimaklumkan Kerajaan Kedah menyediakan penginapan kepada keluarga UAR (dan kami) di kediaman Rumah Kerajaan Kedah Pulau Pinang (Istana Kedah) yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah. Hampir 100 hari rumah itu didiami keluarga UAR dengan ehsan kerajaan negeri. Daripada seorang jeneral perang yang baru menewaskan pasukan lawan, MM dan kemanusiaannya yang kaya, menzahirkan belas ehsan dari tampuk kuasanya. Sepanjang empat bulan itu, lebih daripada lima kali MM datang berziarah, ada ketika mengiringi KDYMM YDP Agong, YTM Tengku Bendahara (Almarhum) dan rombongan DiRaja, Timbalan Perdana Menteri dan ada kalanya secara pribadi. Memandang, merenung, bersimpati dan berlalu pergi. Saya rasa dia juga mengutip pengalaman daripada ziarahnya itu. Kali terakhir berjumpa di HSB, MM mengiringi TSMY menziarahi UAR. Saya menyapanya "Datuk... tak aci marah laa naaa... saya menulis macam-macam mengkritik tindakan Umno memunggah hasil kerja Ustaz Azizan. Ada kalanya saya hentam Datuk". MM ketawa, senyum panjang seperti biasa dilihat dalam gambar-gambarnya. "Sama-sama lah kita. Saya tak paa, dunia politik saya fahamlah". Dia pun masuk ke kereta. Politik memerlukan pandangan kedua, bukan pandangan kali kedua. – HARAKAHDAILY 4/2/2016 Sumber HD - 4-2-2016
Ahmad Bashah angkat sumpah MB Kedah esokALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, berkuat kuasa esok. Perkara itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman di sini sejurus pengumuman peletakan jawatan oleh Mukhriz berkuat kuasa serta merta. "Berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar, Jemaah Pemangku Sultan telah berkenan Datuk Seri Ahmad Bashah, Adun Bakar Bata dilantik sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa esok 4 Feb (2016). "Majlis pelantikan Menteri Besar Kedah akan diadakan esok 4 Feb jam 10 pagi di Istana Anak Bukit, Alor Setar," katanya. - Bernama Sumber HD - 3-2-22016 Kesan pecah-belah kepada politik KedahPENYINGKIRAN (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah adalah peristiwa politik negeri yang cukup sesuai dijadikan bahan kajian oleh penuntut sains politik. Ia mempunyai segala ramuan yang diperlukan untuk sebuah drama “intrigue” politik. Pertimbangkan fakta-fakta berikut: 1. Mukhriz adalah satu-satunya anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang cergas dalam politik. 2. Beliau adalah "late starter" kerana Dr Mahathir menyekat anak-anaknya daripada bertanding pilihan raya ketika beliau masih Perdana Menteri dan Presiden Umno. 3. Abang Mukhriz, iaitu Mokhzani yang dikatakan lebih sesuai dalam politik hanya bergiat di peringkat Umno bahagian ketika Dr Mahathir masih Perdana Menteri. Cadangan agar beliau bertanding pilihan raya ditolak oleh bapanya. 4. Apabila Dr Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden pada tahun 2003, barulah Mukhriz boleh memikirkan sama ada mahu memasuki politik atau tidak. Beliau bertanding kerusi Parlimen Jerlun, Kedah pada Pilihan Raya Umum 2008 dan menang walaupun Kedah jatuh ke tangan PAS tahun itu. 5. Dalam PRU 2013 Mukhriz dan bapanya bergabung berkempen dan berjaya merampas balik negeri itu daripada Pas. 6. Janji pilihan raya adalah jika BN merampas semula Kedah, Mukhriz akan dilantik sebagai Menteri Besar. Beliau menang kerusi Dewan Undangan Ayer Hitam dan dilantik menjadi Menteri Besar. 7. Malangnya, kalau Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, bukan Tun Abdul Razak, Mukhriz pula bukan Tun Dr Mahathir. Beliau tidak mempunyai perwatakan, kecekapan politik, ketekunan dan kreativiti bapanya. 8. Kesilapan besar beliau yang pertama adalah tersalah kira permainan politik Adun dan Ketua-ketua Bahagian Umno. Beliau sama ada tidak sedar atau tidak mempedulikan hakikat bahawa majoriti Adun dan Ketua-ketua Bahagian Umno Kedah adalah veteran politik tikam belakang dan kayu tiga. 9. Tetapi jerami yang mematahkan belakang kerbau adalah pergeseran antara Dr Mahathir dengan Mohd Najib. Mukhriz menjadi mangsa politik pukul anak sindir menantu. Atau lebih tepat, belasah Mukhriz kalau tidak berdaya melawan Mahathir. 10. Mukhriz secara langsung menjadi mangsa "collateral damage" perang Najib-Mahathir. Kerana beliau sendiri tidak begitu kuat maka mudahlah digasak oleh budak-budak Mohd Najib. 11. Apatah lagi budak-budak Mohd Najib diberi banyak dedak untuk makanan sendiri dan untuk diagih-agihkan. Politik “cash is king” bukan saja digunakan untuk mencari sokongan dan membeli kesetiaan tetapi juga bagi memusnahkan musuh. 12. Walaupun Mohd Najib dan budak-budaknya telah berjaya memperoleh apa yang mereka idamkan, isu yang lebih mencabar sebenarnya baru bermula. 13. Apakah Menteri Besar baru ini paling layak di segi pengalaman, pelajaran, ilmu dan pengetahuan untuk menerajui negeri dan parti berbanding Exco dan Adun Umno yang lain? 14. Adakah beliau mampu menyatupadukan semula Umno dan mengambil hati ahli serta penyokong parti sebelum PRU nanti? 15. Realitinya, sesiapa pun yang mengambil alih akan mengalami "handicap" pada pilihan raya akan datang kerana sudah menjadi sejarah di Kedah, iaitu apabila parti yang memerintah berpecah-belah ia akan kalah dalam pilihan raya. 16. Umno/BN kalah kepada PAS pada PRU 2008 kerana pecah-belah Umno negeri dan masalah pentadbiran pusat. (Datuk Seri) Mahdir Khalid sempat jadi Menteri Besar selama 802 hari sahaja selepas mengambil alih daripada (Datuk Seri) Syed Razak Syed Zain (2,203 hari). 17. PAS kalah pada PRU 2013 kerana pecah-belah akibat cabaran terhadap Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. 18. Pengundi Kedah yang sudah biasa dengan pertukaran parti amat sensitif terhadap permainan politik. Mereka akan tolak parti yang dilihat sebagai mementingkan diri sendiri daripada kepentingan rakyat jelata. – kadirjasin.blogspot.my Sumber HD - 3-2-2016
1. Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah mengambil ketetapan untuk mempertegaskan sokongan terhadap pendirian yang dibuat oleh PAS Pusat, iaitu mana-mana wakil rakyat PAS yang keluar parti hendaklah mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS tersebut. 2. Sehubungan itu, PAS Kedah mendesak ADUN Pengkalan Kundor, Dato' Ir Phahrolrazi Md Zawawi yang mengisytiharkan diri menyertai Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia supaya mengosongkan kerusi DUN Pengkalan Kundor, ekoran beliau bukan lagi ahli PAS (berdasarkan peruntukan Perlembagaan PAS, Fasal 15 (1)(c). 3. Pengosongan tersebut mesti dilakukan ekoran bai'ah yang dibuat oleh Phahrolrazi menjelang PRU13 bahawa beliau tidak akan meninggalkan atau mengkhianati perjuangan PAS. Sesungguhnya bai'ah adalah merupakan ikrar, akujanji dan sumpah setia yang wajib dipatuhi kerana ia adalah dokumen integriti yang sah, apatah lagi berbai'ah dengan menyebut Nama Allah sebagai saksi. 4. Dakwaan Phahrolrazi bahawa beliau menang kerana Pakatan Rakyat adalah tidak wajar kerana realiti menunjukkan bahawa PASlah yang bekerja keras terhadap kemenangannya. Beliau bertanding atas tiket PAS. Justeru apabila beliau tidak lagi bersama PAS, maka wajar kerusi yang dimenangi dengan dokongan dan sokongan kuat PAS dikosongkan bagi memberi peluang kepada rakyat membuat pemilihan semula siapakah wakil rakyat mereka. 5. Berdasarkan realiti politik semasa kini, PAS Kedah yakin kembali mendapat sokongan padu dari rakyat jelata pelbagai kaum. Dakwaan kononnya masyarakat berbilang kaum tidak lagi menyokong PAS, lebih kepada "propaganda politik" untuk menjustifikasikan kewujudan parti baharu. Kelahiran parti baharu kononnya untuk menentang BN, hanya akan membawa faedah kepada BN kerana berjaya memecahkan sokongan terhadap pembangkang. 6. PAS Kedah terus istiqamah bersama PAS Pusat untuk tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan Umno/BN, lebih-lebih lagi dalam usaha pembentukan kerajaan. Komitmen menolak Umno/BN oleh PAS Kedah telah dibuktikan melalui Himpunan Tolak BN yang diadakan pada 22 Ogos lalu, berjaya menghimpunkan lebih 30 ribu ahli dan penyokong PAS. 7. Berhubung ura-ura berlaku penggantian terhadap kedudukan Menteri Besar Kedah dalam masa terdekat, PAS berpendirian bahawa; sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Menteri Besar tidak akan mengubah polisi Umno serta tidak mampu untuk membetulkan kepincangan dalam Umno. Kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan BN Kedah sepanjang dua tahun berlalu sangatlah teruk. Ia diakui sendiri secara terbuka oleh ADUN BN (Dato' Ahmad Lebai Sudin) dan kelemahan itu dijangka berterusan jika BN kekal sebagai kerajaan. 8. Maka PAS Kedah bertekad untuk kembali berkuasa di negeri ini pada PRU14, setelah rakyat dapat menilai sendiri kepincangan yang berlaku terhadap kerajaan dan parti yang memerintah (Umno/BN) sama ada di peringkat negeri atau Pusat. Sekian, Terima Kasih. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi Pesuruhjaya PAS Kedah 4 September 2015. Sumber TKO - 6-9-2015
ALOR SETAR - Pas Kedah kini lebih mantap sejak sekumpulan ahlinya bertindak menubuhkan Harapan Baru. Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kepimpinan yang ada dalam Pas sekarang tidak lagi dihadapkan dengan polemik dalaman parti yang berpanjangan. “Situasi aman yang wujud dalam Pas kini menyebabkan kita mampu merancang dan mengatur pelbagai program dengan lebih baik dan berkesan. “Buktinya apabila Pas Kedah mengadakan Himpunan Tolak BN baru-baru ini. Ahli dan penyokong hadir dalam jumlah sangat besar memberi sokongan padu,” katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib yang menyebut Pas ibarat diserang angin ahmar akibat tekanan politik yang banyak sehingga melahirkan serpihan dan kumpulan baru. Md Shukri berkata, situasi itu berlaku kerana tumpuan Pas bukan lagi pada melemahkan Umno dan BN, tetapi mempertahankan parti dari godaan politik Harapan Baru. Mohd Hayati berkata, kenyataan itu adalah propaganda kerana realiti yang berlaku dalam Pas tidak seperti yang digambarkan. “Malah sejak kewujudan kumpulan serpihan Harapan Baru, Pas dilihat semakin kuat dan mantap,” katanya. Menurutnya, ahli Pas Kedah juga semakin bertambah dengan mendadak iaitu lebih 5,000 orang dalam tempoh sebulan dan situasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini. Beliau berkata, kekuatan baharu yang wujud dalam Pas pasti akan menyemarakkan lagi semangat, azam dan kemaraannya menuju ke Putrajaya. “Bagi Pas Kedah, dunia sudah tahu bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menghadapi tentangan daripada ahli bawahannya sendiri akibat pelbagai masalah," katanya. Bekas Ahli Parlimen Pendang itu turut berpandangan bahawa berdasarkan senario yang ada, Umno bukan sahaja diserang angin ahmar tetapi sakit jantung dan diabetes. “Kesan dari pelbagai penyakit dalaman yang menyerang Umno selaku parti memerintah, maka kerajaan Malaysia dilihat tidak stabil dan masyarakat antarabangsa khususnya pemain ekonomi hilang keyakinan terhadap negara ini. “Penganalisis ekonomi dan politik, Tun Daim Zainuddin juga pernah mendedahkan bahawa kepimpinan negara yang hilang wibawa dan kemerosotan keyakinan oleh pihak luar menjadi faktor penting terhadap kejatuhan nilai ringgit sekarang,” katanya. - SInar
Sumber TKO - 30-8-2015
Kemelut yang melanda UMNO Kedah kini sudah telah membuka era baru terhadap pentadbiran Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Desas desus kini tersebar mengatakan Datuk Seri Mukhriz tidak sempat menghabiskan penggal pemerintahan beliau berikutan rasa kurang senang rakyat Kedah terhadap corak pemerintahan beliau. Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, kerusi Menteri Besar Kedah akan beralih tangan pada 1 Oktober yang akan datang. Perubahan tampuk pemerintahan ini telah dijangka berikutan corak pentadbiran yang tidak selari dengan apa yang diminta oleh Putrajaya sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan barisan ADUN dan rakyat Negeri Kedah. Andai perkhabaran ini benar, dua nama yang disebut-sebut menggantikan beliau adalah Datuk Seri Ahmad Badshah yang merupakan ADUN Bakar Bata dan ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin. Dua nama ini dikatakan antara paling disenangi oleh Istana Darul Aman dan rakyat Negeri Kedah amnya. Perkhabaran ini sebenarnya bermula sewaktu lawatan Perdana Menteri ke Kedah baru-baru ini bagi merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO. Beliau dilihat berulang kali menyebut nama Datuk Seri Ahmad Badshah yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Adakah perkhabaran ini benar? Sama-sama kita tunggu sehingga detik 1 Oktober 2015. Sumber Link Sumber TKO - 28-8-2015 Buang pekerja: Kesan ekonomi mula beri kesanALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada para pekerja Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd, Gurun yang diberhentikan kerja oleh majikan mereka hari ini, demikian ucap Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Mohd Azam Abd Samat. Menurut beliau, walaupun diberi pampasan, namun tindakan tersebut terlalu drastik dan seharusnya disusuli notis awal secara terbuka kepada kakitangan berkaitan agar mereka mampu bersedia menghadapi cabaran ekonomi ketika ini. Ujarnya, pemberhentian itu bukan hanya memberi kesan kepada individu, tetapi juga isteri dan anak-anak yang masih bersekolah akan turut menerima akibatnya. “Kita sedia maklum bahawa keadaan ekonomi negara kini semakin membimbangkan hingga mendesak semua pihak melakukan penyelarasan sewajarnya. Syarikat-syarikat terpaksa melakukan pengecilan operasi, pembekuan pengambilan pekerja dan pemberhentian pekerja. “Namun aspek budi bicara dan pertimbangan kemanusiaan serta kebajikan juga perlu diperhalusi. Ruang-ruang untuk pekerja berpindah atau berkerjaya ke destinasi pilihan mereka seterusnya boleh disediakan majikan sebagai tanda prihatin dan menghargai pekerja atas tenaga pernah mereka curahkan. “Pemberhentian secara mengejut begini menyebabkan pekerja terbeban memikirkan sewa rumah, hutang bank, kenderaan, bil-bil, tuisyen anak-anak dan tanggungan lain kerana tidak membuat persediaan awal,” ujarnya dalam suatu kenyataan hari ini. Menurutnya, keadaan berlaku ini juga perlu diambil iktibar semua pihak betapa Malaysia sedang menuju kepada tahap ekonomi yang kian parah. Ini katanya, menuntut usaha menangani secara komprehensif agar negara tidak terjebak ke kedudukan lebih teruk hingga mengundang pelbagai implikasi bukan sahaja sosial, tetapi juga keselamatan. “Dolak dalih pemimpin negara terhadap kedudukan ekonomi masa kini jelas membuktikan sikap kronisme dan menjaga kepentingan peribadi sahaja. Sedangkan rakyat sedang terhimpit teruk dengan senarai keperluan hidup yang kian mahal. “Umno-BN terlalu lemah dan semakin hilang punca serta sudah tidak boleh diberikan peluang memerintah. Terlalu lama selesa dengan kuasa yang ada menyebabkan usaha dilakukan hanyalah berlegar kepada tujuan untuk pertahankan kuasa, bukan mensejahterakan rakyat,” tempelaknya. – HARAKAHDAILY 27/8/2015 Sumber HD - 27-8-2015
OLEH ZULKIFLI YAHAYA ISU tuntutan Kedah terhadap Kerajaan Persekutuan, berhubung sumbangan besarnya dalam mengekalkan kawasan tadahan air untuk tujuan penanaman padi bergema lagi. Pengerusi Majlis Pemangku Sultan Kedah, Tunku Salehuddin Tunku Badlishah ketika merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini, membangkitkan semula isu yang agak lama terbenam itu. Tunku Salehuddin berkata, kerajaan negeri berkorban 240 ribu hektar kawasan hutan dijadikan kawasan tadahan, demi membekalkan air yang mencukupi kepada aktiviti penanaman padi, di mana Kedah membekalkan 35 peratus dari hasil beras negara. “Oleh kerana itu, Kedah harus diberi peruntukan tambahan yang setimpal oleh kerajaan Persekutuan di atas pengorbanan yang telah dilakukan. Di zaman Dato’ Seri Syed Razak jadi Menteri Besar, kerajaan Negeri sudah membuat tuntutan pada Pusat sebanyak RM100 juta setahun. Masa itu Perdana Menteri ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Tuntutan tidak ditunai. Mungkin ada kaitannya dengan pengakuan Tun bahawa beliau seorang yang kedekut. Pada ketika Dato’ Seri Mahdzir Khalid jadi Menteri Besar tuntutan tidak disambung. Agaknya, malu alah Mahdzir terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan tuntutan tidak dibuat. Apabila Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan jadi Menteri Besar, tuntutan kewangan begitu mendesak. Maklumlah Allahyarham membuat pelbagai projek besar untuk kepentingan rakyat, sedangkan Pusat tidak membantu. Pusat hanya menghulurkan bajet yang menjadi kewajipan mereka mengikut peruntukan dalam perlembagaan. Tiada tambahan. Maka sekali lagi Kedah, melalui Ustaz Azizan selaku Menteri Besar, mendesak Pusat memberikan sumbangan terhadap negeri ini terhadap jasanya dalam menjamin keselamatan bekalanan makanan negara. Malah beliau pernah membuat kenyataan seolah-olah mengugut untuk menebang balak di kawasan tersebut jika tuntutan tidak dipenuhi. Ustaz Azizan tidaklah sampai melakukannya, namun Pusat juga tiada hati budi langsung untuk menunaikan tuntutan Kedah itu. Hari ini bila tuntutan tersebut bergema semula di Sidang DUN, ia dikemukakan oleh pihak istana pula. Kerajaan negeri pimpinan Dato’ Seri Mukhriz sepatutnya melakukan tindakan susulan. Tapi masakan tuntutan yang besar itu dapat ditunaikan Pusat, sedangkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dijaja kerajaan negeri Kedah saban waktu pun tidak dipedulikan Najib. Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa menegaskan bahawa banyak perkara yang melibatkan kebajikan rakyat dapat dibuat jika kerajaan tuntutan RM100 juta itu dipenuhi. RM100 juta itu bukanlah terlalu banyak. Ia hanya kirakira 0.04 peratus dari RM2.6 bilion yang didermakan jutawan Arab kepada Najib. RM100 juja boleh dimanfaatkan oleh kerajaan negeri untuk membantu para penoreh yang tertekan dengan kejatuhan harga komoditi tersebut. Setakat ini kerajaan negeri hanya mampu menyumbang bungkusan gula kopi yang bernilai RM50. Ia tidak boleh membantu mengurangkan beban penoreh untuk sekurang-kurangnya enam bulan. Kedah mempunyai rakyat yang terbabit dengan kegiatan penanaman padi paling ramai di Malaysia. Mereka perlu menyara keluarga melalui hasil padi sedangkan pelbagai cabaran terkini yang datang menerpa aktiviti penghasilan padi. Penyakit dan bencana alam menjadi cabaran utama. Hampir setiap musim ramai petani yang kerugian angkara penyakit dan banjir yang menenggelamkan sawah. RM100 juta adalah terlalu besar untuk dimanfaatkan kepada para petani yang menjadi ‘pegawai keselamatan makanan’ sepenuh masa. Selain dari penyakit padi, nampaknya penyakit tidak mahu menghargai keringat pesawah padi yang berkorban untuk negara turut mencengkam. Berbilion wang negara dihilangkan atas alasan yang tidak munasabah namun mereka kedekut untuk menghulurkan sedikit dari wang tersebut untuk membalas pengorbanan rakyat Kedah. Setelah mendapat signal dari istana terhadap tuntutan tersebut, adalah Mukhriz akan meneruskannya? Mukhriz pun berserabut juga sebenarnya. Jangankan hendak menuntut RM100 juta wang pengorbanan menjaga keselamatan makanan negara, menuntut bajet terhadap enam projek mega yang disebut dalam Sidang DUN Bajet tahun lalu pun masih gagal. Entahlah apa nak jadi pada Kedah di bawah BN? Mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU13 lalu hanya sia-sia. Rakyat tidak dapat manfaat apa-apa selain dari kenyang menelan retorik politik BN sepanjang dua tahun ini. Elok benar tindakan PAS Kedah melancarkan kempen Tolak BN pada 22 Ogos nanti, yang menghimpunkan sebahagian besar kepimpinan PAS Pusat yang akan turun menggempur Kedah nanti. Ia satu permulaan terbaik untuk mengembalikan PAS pada persada kuasa di Kedah setelah BN gagal. http://www.wartautara.com/ ARTIKEL ARTIKEL LAIN DI WARTA UTARA ONLINE YANG MESTI DIBACA
Sumber TKO - 25-8-2015 5,044 serah borang sertai PAS di KedahALOR SETAR: Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 8.0) Peringkat Negeri Kedah Darul Aman menerima penyertaan ahli baru PAS seramai 5,044 orang termasuk seorang mantan pemimpin DAP. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima borang permohonan keahlian PAS itu daripada Setiiausaha PAS negeri, Ustaz Mussodak Ahmad pada majlis yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, malam tadi. Penyertaan itu adalah hasil yang digerakkan melalui kempen yang digerakkan dalam tempoh tiga minggu. Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan mengucapkan tahniah kepada saf kepimpinan PAS Kedah. "Tahniah saf kepimpinan PAS Kedah semoga terus berjuang dan beristiqamah membawa Islam kepada masyarakat. "Islam sebagai penyelesai dan penyelamat," tulis beliau menerusi facebook. Pada sebelah petang semalam, Himpunan Anak Muda Kedah turut diadakan di tempat yang sama. - HARAKAHDAILY 23/8/2015 Sumber HD - 23-8-2015
Tahniah, Amiruddin istiqamah bersama PASALOR SETAR: Penyataan Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah bahawa beliau kekal bersama PAS membuktikan keteguhan dirinya secara jelas dan berprinsip, demikian puji Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya. Katanya, penegasan Amiruddin itu turut disertakan penafian terhadap khabar angin yang tersebar, sekali gus bermakna dakwaan terhadap batang tubuh beliau hanyalah rekaan golongan terdesak. "PAS Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas istiqamah beliau itu di mana menzahirkan juga kesediaannya memberikan khidmat dan sumbang bakti berterusan kepada parti dan masyarakat. "Datuk Amiruddin telah menunjukkan sifat berhemahnya yang wajar dicontohi dan melambangkan hikmah parti diwakilinya," ujarnya satu dalam kenyataan, di sini. Menurutnya, PAS negeri menasihati Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk tidak bersikap serkap jarang serta memberi pelbagai andaian terhadap individu tertentu terutama pimpinan PAS dengan dakwaan kononnya telah menyertai gerakan itu. Tambahnya, berpolitiklah secara berhemah dan tunaikan makna amanah yang dilaungkan agar tidak menimbul suasana dan perasaan tidak harmoni kepada mana-mana pihak. - HARAKAHDAILY 19/8/2015 Sumber HD - 19-8-2015 Pemuda PAS harap Abdul Khalid terus istiqamahALOR SETAR: Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipelawa untuk bersama perjuangan PAS agar terus beristiqamah membina Malaysia ke arah lebih makruf dan berjaya. Exco Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, Khalid telah menunjukkan teladan dan pencapaian serta integriti yang dikagumi, cemerlang lagi terpuji semasa mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. "Adalah wajar dengan pengalaman, kesungguhan serta rekod tersebut dilestarikan demi kepentingan rakyat dan negara yang sememangnya memerlukan ahli dan tokoh politik amanah juga gigih seperti beliau. "Karier politiknya tidak harus berakhir begitu sahaja apabila tamatnya penggal pilihan raya kali ini, setelah beliau terdahulu meninggalkan dunia korporatnya demi menghambakan diri dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat. "Beliau memerlukan satu tapak teguh dan kukuh dalam realiti persaingan politik Malaysia ini di mana kelazimannya menuntut perjuangan individu itu adalah menerusi penglibatan bersama parti politik sedia ada," ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah. Sehubungan itu katanya, bahtera PAS adalah yang sesuai, selari dan terbaik untuk disertai Khalid. Mohd Azam menyeru Adun Pelabuhan Klang itu untuk tidak bertangguh lagi dan menyatakan kesediaan memberikan slot khas menerima penyertaan Khalid. Menurutnya, Pemuda PAS Kedah menawarkan kepada beliau Himpunan Anak Muda bersempena Himpunan Tolak BN yang akan berlangsung pada Sabtu, 22 Ogos ini di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar untuk tujuan tersebut. - HARAKAHDAILY 18/8/2015 Sumber HD -18-8-2015 Rakyat jangan terpedaya imej Islam MukhrizALOR SETAR: Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Mohd Rejab Md Akhir menyatakan bahawa BN yang memerintah negeri ketika ini tiada cita-cita untuk Islam, melainkan memperalatkan Islam setelah mereka terpukul dengan kekalahan satu penggal kepada PAS. Maka dengan itu katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang terikat dengan parti diwakilinya itu hanya menjadikan Islam sebagai 'projek' dengan mengutip segala simbol seperti berjubah, berkopiah, mendekati tokoh ulama dan program-program Islamik secara terpilih. Hakikatnya ujar beliau, tidak ada roh Islam diserapkan dalam kehidupan masyarakat dari pentadbiran Islam kerana asas serta tujuan kerajaannya itu sendiri bukan untuk agama. "Maka imej Islam digunakan bertujuan untuk tarik sokongan politik dan undi sahaja, kosmetik semata-mata. Mukhriz hanya pelengkap kepada dasar-dasar sekular partinya. "Rakyat jangan terpedaya. Kerana terbukti ketika sama mereka lebih mementingkan kebendaan. Mereka juga mengutamakan keseronokan. Tidak pantas mereka hendak bantu kesusahan rakyat, tetapi mereka boleh belanjakan hingga jutaan ringgit untuk program hiburan lawak," tempelaknya. Menurutnya, ketika sama hal ehwal berkaitan Islam terabai misalnya kegagalan mengurus kekosongan penjawat-penjawat untuk pengurusan masjid. Begitu juga katanya, penangguhan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman di Pulau Tuba, Langkawi, hampir menjual Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dan menyerahkan 10 Maahad Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan. Tegas beliau, semua itu adalah ikon dan pembangunan yang berkaitan kepentingan Islam di Kedah secara khusus, malangnya tidak diberi perhatian sewajarnya. Oleh itu katanya, jika Mukhriz benar-benar mengangkat Islam, sudah tentu semua institusi tersebutlah terlebih dahulu diperkukuhkannya. "Tapi tidak, Mukhrizlah yang melemahkan institusi-institusi ini. Maka rakyat Kedah mesti melihat bahawa BN tidak membawa sebarang sinar untuk Islam. "Sebaliknya PAS telah buktikan semasa mentadbir Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan, beliau menerapkan prinsip-prinsip pemerintahan Islam. "Bebas rasuah, berjimat cermat, mengutamakan rakyat baik pada pembangunan insan mahupun ekonomi, memperbaiki banyak kerosakan atas masyarakat dan infrastruktur. "Lebih mengagumkan, Ustaz Azizan seorang ulama memiliki wawasan dunia dan akhirat untuk rakyat Kedah," katanya. - HARAKAHDAILY 17/8/2015 Sumber HD - 17-8-2015 Ulama, aset penting PAS – Brig Jen (B) NajmiBALING: PAS mesti dijaga dan dipertahankan dengan tidak membiarkan ia sewenang-wenangnya dicabar pihak tertentu hingga merosakkan nilai sejarah dan jasanya selama lebih 60 tahun kepada umat negara ini, demikian seru Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Kedah, Brig Gen (B) Dato’ Ustaz Najmi Ahmad. “Bukan satu masa yang ringkas dan pendek di mana kalau kita abaikan dan tidak memberi nafas kepadanya, sedangkan ia sudah berjasa 60 tahun. Dia nak sampai 60 tahun ini terpaksa melalui berbagai ujian. Jadi kalau kita tidak mempertahankannya, tidak bersama menjaganya bererti suatu yang tidak cerdik kepada kita kalau kita biarkan berlalu dalam keadaan dicabar dan sebagainya. “Bahawa masa sejarah itu cukup penting yang ada di dalam PAS ini kalau nak dibandingkan dengan pengalaman baru dalam pergolakan timbul suatu pergerakan baru nak dibandingkan dengan induk tu sendiri,” ujarnya. Kedua katanya, PAS berkembang dengan ilmu apabila bertapak dan bangkit daripada pengorbanan para ulama di pondok-pondok. Khususnya di Kedah ujar beliau, kekuatan PAS berasaskan dari pondok-pondok sebagai benteng yang cukup penting kepada PAS. Hal itu katanya, menyempurnakan kalimah al-Quran iaitu “Hanyasanya mereka yang takut kepada Allah adalah dari kalangan ulama” yakni golongan ini hanya terdapat di dalam PAS dan tidak pada parti lain. “Inilah aset yang cukup penting yang cukup bermakna dan kita mestilah menyuburkan ini, kita jangan kuburkan aset ini. “Ketiga, PAS mempunyai sejarah yang cukup bermakna iaitu kita pernah mengorbankan para syuhada. Kita masih teringat saudara Othman Talib, korban pertama dalam Pilihan Raya Kecil di Padang Terap. “Maknanya sampai begitu parti kita ini jemaah kita ini telah memberi korban. Juga Ustaz Ibrahim dan teman-temannya dan itu adalah antara korban-korban yang telah kita anugerahkan kepada PAS ini,” ujarnya membangkitkan semangat. Susur galur itu katanya, mesti difahami dan PAS tidak boleh disamakan dengan pertubuhan yang baru lahir dan tidak harus nilai serta sejarah itu dibuang begitu sahaja. Serunya, seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti satukan fikrah dan tindakan serta mengukuhkan benteng menghadapi sebarang cabaran kerana ujian ditempuh anggota PAS masih kecil berbanding perjuangan Islam seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir. “Mereka anugerahkan ribuan para syuhada, tetapi kita tak sampai lagi 50 orang. Oleh itu yang sedikit itu menjadi nilai yang cukup besar kepada kita dalam konteks kita di Malaysia ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 31/7/2015 Sumber HD - 31-7-2015 Tegas tangani anasir dalam jamaahALOR SETAR: Tokoh ulama PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Abdul Wahab Hassan melontarkan peringatan bermakna untuk direnungi seluruh anggota Harakah Islamiyah PAS berhubung pendirian dan tindakan terhadap situasi dalaman yang sedang melanda jamaah masa ini. Menurutnya, terdapat empat kewajipan utama pemimpin dengan perkara pertama adalah ‘tanfizu syariah’ iaitulah meluluskan syariah sekadar boleh dan termampu, di mana hasrat itu tidak ada pada parti Islam baharu yang disebut-sebut akan ditubuhkan. Kedua ujarnya, ‘masyru dakwah’ iaitulah mengibarkan dakwah seluas-luasnya dan ketiga adalah ‘au qadau ala tawarih’ yakni segera menyelesaikan segala bentuk penyelewengan terutama di dalam jamaah. “Saya tengok terlalu lewat bertindak dari pimpinan. Semua yang ternyata bawa cela (kerosakan) tak patut lekat (berada) dah, bagi saya jangan taruh (simpan) dah. Puak ni taruh jadi bahaya, jadi duri dalam daging,” tegas beliau yang dikenali dengan julukan Tuan Guru Awang Lanai. Manakala keempat katanya, ‘idadu jaish ‘ila ikalimatillah’ iaitulah menyediakan sebanyak mungkin tentera atau kumpulan tenaga kerja untuk meninggikan kalimah Allah. Beliau turut memetik takrif kepimpinan oleh Imam Al-Mawardi RA dari kitab Ahkamu Sultaniah yang bermaksud “Kepimpinan diasaskan sebagai pengganti Nabi-nabi meneruskan sistem pemerintahan dalam menjaga agama dan urus tadbir dunia dengan hukum hakamnya dan pegangan mereka di tengah-tengah ummah adalah wajib disepakati”. Perkara itu terangnya, telah tercatat sejak tahun 450 Hijrah lagi, malangnya ulama-ulama di dalam Umno membutakan mata dan membisu terhadap perkara itu kerana menjaga periuk nasi dan kepentingan peribadi. “Ini sebab depa (mereka) belajar (agama) mula tujuan macam tu dah. Sebab tu saya pesan kepada pelajar kita yang pergi mengaji luar negeri, jangan niat pergi belajar tu untuk nak cari makan gaji, nampak kuasa dan sebagainya. “Siapa yang niat tujuan dia belajar (agama) macam tu, Allah akan turunkan dia tiga bala. Yang pertamanya dibalakan dengan jawatan. Kedua Allah letakkan dia dipinggir negeri di tempat tidak ada orang boleh kira berbicara. “Bala ketiga Allah Taala matikan ketika umurnya muda lagi, tak sampai had pencen akan mati awal. Jadi yang belajar kerana tujuan tu, tengok dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Imam Ghazali sebut nasihat ni kepada pelajar-pelajar. “Jadi, pergi luar negeri kena niat elok nawaitu. Ingat niat nampak habuan besar, balik rupanya jumpa tiga bala ni,” ujar Mudir Pondok Tahzibun Nufus Lanai, Parit Panjang. Kerana itulah katanya, pemilihan pemimpin dalam Islam, apatah lagi jamaah Islam, mestilah mereka yang ahli agama dan sekiranya tidak, bermakna parti atau kumpulan tersebut hanya ada Islam pada nama semata-mata. Malah menurutnya, sebagaimana pemimpin itu adalah pengganti Nabi menjaga agama dan politik dunia, maka perlantikan pemimpin di kalangan umat juga wajib dengan ijmak ulama. Beliau yang berpengalaman hampir 30 tahun sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan. “Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh. “Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, “Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia”. “Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh. “Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan,” tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa’. Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pemerhatiannya mengambil pandangan mereka daripada golongan bukan Islam terutama DAP berdasarkan sikap berdiam diri anggota GHB tatkala DAP menyerang pimpinan PAS, di mana diam itu adalah tanda setuju. Sedangkan katanya, serangan DAP itu adalah kepada para alim ulama dan dasar Islam yang diperjuangkan PAS. Beliau menggesa agar golongan seperti itu jangan dibawa masuk ke premis dan entiti jamaah serta dijauhi. Membaca petikan kitab, Tuan Guru menyebut, mendepani gerak kerja jamaah adalah wajib atas setiap Muslim dan mengerjakannya dan melunasinya adalah tanggung jawab yang dituntut serta dipertanggung jawabkan di hadapan Allah. “Akan ditanya kamu kerja tak untuk kuatkan jamaah Islam. Tuhan akan tanya kamu buat tak kerja ni? Tahap mana kamu kerja? Itu saja akan ditanya. Kita hidup atas muka bumi kuatkan tak jamaah Islam? “Ini kadang-kadang tak ambil tahu langsung masalah jamaah Islam nak hidup atau mati, senyap saja. Nabi kata, “Setiap amalan dicatat dan dipegang dengannya pertanggung jawaban atas mereka”. “Kerana inilah Islam seru kita untuk tempatkan diri dalam jamaah dan tegah untuk pencilkan diri ketika adanya jamaah. Kalau tak ada, wajib kita bantu tubuhkan jamaah. Jelas kena ada jamaah sehingga kalau pemimpin menyeleweng sekalipun, zalim sekalipun tetap kena duduk dalam jamaah,” terang beliau. Tuan Guru turut membacakan hadis Nabi di mana menegaskan sesiapa keluar dari jamaah yang telah terpimpin maka boleh dipenggal lehernya kecuali ia kembali kepada jamaah dengan menegaskan bahawa hadis itu kuat kerana terdapat dalam Musnad Imam Ibnu Hambal, Sunan Tarmizi dan Sahih Muslim. Jelasnya, terjadinya perkara-perkara sedemikian adalah disebabkan berjuang dengan tidak berpandu al-Quran dan hadis serta berjuang mementingkan jawatan dan kebendaan, bukan menuju akhirat. - HARAKAHDAILY 30/7/2015 Sumber HD - 30-7-2015 Mukhriz dirundung dilema, Kedah terumbang ambing1. Negeri Kedah kini berada dalam keadaan tidak menentu ekoran Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat terumbang ambing mendepani situasi politik semasa khususnya pergolakan dalaman Umno-BN. 2. PAS Kedah tidak menolak kemungkinan Umno Negeri Kedah sedang turut dicengkam pertembungan dalaman yang cuba disembunyikan sebagaimana sedang berlaku dalam Umno di peringkat nasional. 3. Terkini menyaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 4. Umum beranggapan Mukhriz gagal menyatakan pendirian jelas berhubung asakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengecam pentadbiran Najib. Dilema itu diakui beliau sebagaimana tersiar di media. 5. Tambahan pula pengalamannya sebagai Timbalan Menteri dahulunya tidak mampu memberi impak besar kepada negeri Kedah dan rekodnya selaku Menteri Besar sehingga ke hari ini menunjukkan beliau belum mempunyai wawasan realistik melainkan hanya retorik. 6. Bahkan kehendak Mukhriz untuk mengadakan pembangunan mega yang dibanggakannya tidak menjejak ke bumi nyata dan tidak menyentuh keperluan sebenar rakyat negeri ini, selain tanpa pembelaan sewajarnya terhadap isu dan hak rakyat sebagaimana cengkaman kejatuhan harga getah, kenaikan harga barangan, masalah perbekalan air, pampasan harga tanah dimanipulasi dan sebagainya. 7. Adalah malang, apabila 6 projek mega di Kedah tidak tersenarai dalam agenda pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang diumumkan baru-baru ini. Sama ada Kedah diabai dan didiskriminasikan atau lantaran permainan politik dalaman Umno-BN, yang pasti rakyat negeri Kedahlah mendapat kerugian atas semua itu. 8. Sehubungan itu, PAS Negeri Kedah berazam dengan sepenuh tekad untuk kembali ke Wisma Darul Aman menerajui Kerajaan Negeri Kedah, seterusnya menyambung semula usaha mensejahterakan rakyat negeri Jelapang Padi tercinta ini dengan pemerintahan dan perkhidmatan lebih baik. 9. PAS Negeri Kedah menyeru agar seluruh rakyat memberi penilaian secara adil dan bersama kami untuk memastikan hasrat ini direalisasikan menerusi undi pada Pilihan Raya Umum akan datang. - HARAKAHDAILY 29/7/2015 Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Sumber HD - 29-7-2015 Amiruddin kekal Ketua Pembangkang Dun KedahALOR SETAR: Perkhidmatan cemerlang dan kewibawaan serta pengalaman Datuk Amiruddin Hamzah selaku Ketua Pembangkang Dun Kedah kekal menjadi taruhan dan harapan untuk terus menyuarakan hak dan kepentingan rakyat negeri ini. Atas keyakinan itu, PAS Negeri Kedah telah melantik beliau sebagai Pengerusi Sekretariat Adun PAS Negeri Kedah, demikian menurut Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi. Katanya, selama dua tahun sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin telah membawa suara PAS bersama PKR dan DAP sebagai mewakili hasrat rakyat. Tegasnya, PAS negeri komited untu terus menggerakkan peranan bersama dan dukungan serta sokongan kepada beliau bagi menjayakan peranannya menerusi sekretariat tersebut. “Saf kepimpinan baharu PAS Negeri Kedah sedang menyusun penelitian dan merangka strategi terbaik ke arah usaha kembali memerintah Kerajaan Negeri Kedah yang antaranya akan dizahir dan dijayakan oleh Adun-adun PAS untuk merealisasikannya. “Peranan Datuk Ir Amiruddin selaku Pengerusi Sekretariat adalah satu bentuk pembahagian dan penyusunan tugas ke arah menjayakan keputusan dan tindakan bersama yang bakal diambil,” ujarnya menyangkal dakwaan Amiruddin tidak diberi peranan dalam PAS Kedah. Menurut beliau, dengan pakej dan kepimpinan yang ada pada Amiruddin, PAS negeri percaya bahawa Adun-adun PAS Kedah akan menjadi ikon impian bersama rakyat untuk memegang tampuk pentadbiran negeri. Sekaligus katanya, pasukan ini akan menjadi saf hadapan dalam menghadapi Umn BN yang diketuai Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Katanya, PAS negeri optimis, peranan secara kolektif mereka adalah kekuatan jitu sebuah jentera yang pasti mencapai cita-cita untuk kembali ke Wisma Darul Aman pada PRU14 nanti. “Kami menyeru sokongan dan kebersamaan masyarakat rakyat negeri Kedah untuk menyertai PAS Negeri Kedah menjayakan hasrat murni ini demi mengembalikan “Kedah Sejahtera” ke persada pemerintahan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/7/2015 ADUN ALOR MENGKUDU SANTUNI ANAK YATIM Adun Alor Mengkudu santuni anak yatim: ALOR SETAR: Rasulullah SAW mengisyaratkan hubungan Baginda dengan mereka yang memelihara urusan anak yatim sedekat jari telunjuk dan jari tengah.
ALOR SETAR: Rasulullah SAW mengisyaratkan hubungan Baginda dengan mereka yang memelihara urusan anak yatim sedekat jari telunjuk dan jari tengah.
Menterjemah agenda berkebajikan pada RamadanBERKEBAJIKAN secara konsepnya bermotif agar setiap hak Allah terlaksana dengan menjalankan perintah-Nya serta didayakan pula ke atas manusia lain. Bermakna atas pengakuan kepada keesaan Allah, perbuatan manusia tertakluk menuruti ketetapan-Nya adalah ibadah serta bertanggungjawab atas manusia lain sebagai satu seruan dakwah. Berbeza dari usaha kebajikan dilaksanakan kebanyakan orang lain hanya atas kemanusiaan atau melibatkan ‘habluminannas’ semata-mata yang dilakukan secara bebas, bermotif keperluan hidup serta mensasar atas pilihan peribagi atau kepentingan kelompok. Atas asas kefahaman itulah, maka berkebajikan menjadi agenda di dalam gerak kerja dan usaha PAS yang dijunjung sebagai syariat Allah kepada kelompok orang beriman sekaligus melengkapkan ‘habluminallah’ dan ‘habluminannas’. Menterjemahkan berkebajikan ke medan realiti, Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling dipimpin ketuanya, Mohd Roshidi Maarof telah mengadakan Ziarah dan Iftar Jamaie Bersama Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin. Pada program tersebut, golongan miskin yang banyak disebut di dalam al-Quran agar dijaga mereka oleh orang beriman, telah disantuni dengan ziarah ke kediaman dan serahan sumbangan sebagai pemberian dari pihak berkemampuan kepada golongan memerlukan. Juga menjalin hubungan kasih sayang dan pembelaan ke atas mereka. Begitu juga seruan Nabi SAW agar memberi makan kepada orang berbuka puasa dilaksanakan dengan mengadakan majlis iftar perdana bersama masyarakat dalam rangka silaturrahim dan meraih limpahan pahala. Pada menjalani ibadah tarawih turut diselitkan sesi tazkirah yang menjadi muhasabah peringatan dan penjana kekuatan agar giat meningkatkan ibadah di bulan Ramadan ini. Program sehari itu berakhir dengan sesi pertemuan Khairil Nizam bersama anggota Pemuda PAS Kawasan Baling mendengar tausiyah untuk istiqamah meneruskan perjuangan. Untuk sama-sama menyemarakkan agenda berkebajikan dilaksanakan Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling, adalah diseru untuk turut menyumbang ke akaun Bank Islam 02048010008716. - HARAKAHDAILY 6/7/2015 Sumber FBHD - 5-7-2015 Kepimpinan Kolektif PAS Kedah Hadapi Umno-BN2. Kepimpinan adalah amanah yang akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT. Demikian itu, memastikan kepimpinan yang ada sentiasa dilandasan betul di sisi Allah dalam rangka keredaan-Nya, rujukan tertakluk kepada kami adalah al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama dan qiyas sebagaimana ternyata pada Perlembagaan PAS. 3. Akhirnya, segala objektif, halatuju dan gerak kerja serta arahan dari keputusan kepimpinan adalah untuk kepentingan Islam semata-mata, di mana terserah kepada penilaian umum memberi tanggapan ke atas PAS Kedah, tetapi insya-Allah akan kami buktikan dengan kerja. 4. Dalam sejarah PAS amnya dan PAS Kedah khususnya, tidak pernah parti ini ketandusan pemimpin. Pelapis sentiasa dibina dan terbina atas dokongan menyambung risalah perjuangan Islam yang tidak akan terpadam hingga hari kiamat sebagaimana dijanjikan Allah. 5. Malah, di dalam PAS terbukti usaha mencetak kepimpinan berlaku secara berstruktur menerusi perjawatan, tugasan dan pelbagai program pembinaan yang dijalankan hingga hari ini telah melahirkan ramai tokoh nasional dan antarabangsa. 6. Lawan politik PAS adalah Umno-BN dan PAS Kedah tekad untuk mengembali dan menyambung kejayaan kepimpinan lalu memerintah negeri Kedah, insya-Allah. Kami yakin dengan gabungan kepimpinan yang ada, kesetiaan ahli, perancangan dan tindakan bersama, kepercayaan rakyat dan pertolongan Allah SWT, perkara tersebut dapat direalisasikan. 7. PAS Kedah percaya, rakyat negeri ini telah melihat dan dapat membuat perbandingan adil antara tempoh pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sesi lalu dibawah kepimpinan Almarhum Tan Sri Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dari Kerajaan BN Negeri Kedah yang diterajui Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir. 8. Terbukti, Mukhriz bukan sahaja gagal menyambung pelbagai perancangan untuk memacu Kedah ke arah mensejahterakan rakyat seluruhnya, bahkan segala impian dilontarkannya sehingga kini tidak lebih hanya sebuah angan-angan. Idea dilontarkannya bukan sahaja tidak realistik dan tidak dapat dicapai secara nyata setelah dua tahun memerintah, bahkan tidak mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan. 9. Demikian itu, PAS Kedah menawarkan kesediaan bahawa kami untuk berkhidmat kepada rakyat negeri Kedah seterusnya mengangkat kembali sebuah pemerintahan untuk kepentingan seluruh rakyat di bawah payung keredaan Allah SWT. USTAZ AHMAD YAHAYA Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH 11 Ramadhan 1436 | 28 Jun Pesuruhjaya : Ust Dr. Ahmad Fakruddin Hj Fakrurrazi Timbalan Pesuruhjaya 1 : Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman Timbalan Pesuruhjaya 2 : Dato’ Ust Najmi bin Ahmad Timbalan Pesuruhjaya 3 : Hj Muhammad Sanusi bin Md Noor Setiausaha : Ust Musoddak Hj Ahmad Bendahari : Hj Muhamad Sobri Osman Ketua Penerangan : YB Ust Ahmad bin Yahya Pengarah Pilihanraya : Ust Hj Azizan bin Hamzah Pemangku Ketua Dewan Ulamak : Tuan Guru Hj Mohd Rejab Md Akhir Ketua Dewan Pemuda : YB Ust Mohd Azam Abd Samat Ketua Dewan Muslimat : YB Dato’ Ustazah Ashah Ghazalinbsp; Sumber BO - 27-6-2015 Idea Mukhriz tidak realistik, tak dapat sokongan pusatKEPIMPINAN PAS di semua peringkat terlaksana secara kolektif dengan gabungan pelbagai latar belakang dari aspirasi semasa ahli akar umbi. Tidak timbul penguasaan oleh mana-mana pihak tertentu kerana setiap kepimpinan yang ada tertakluk kepada dasar PAS iaitu Islam. Kepimpinan adalah amanah yang akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT. Demikian itu, memastikan kepimpinan yang ada sentiasa dilandasan betul di sisi Allah dalam rangka keredaan-Nya, rujukan tertakluk kepada kami adalah al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama dan qias sebagaimana ternyata pada Perlembagaan PAS. Akhirnya, segala objektif, halatuju dan gerak kerja serta arahan dari keputusan kepimpinan adalah untuk kepentingan Islam semata-mata, di mana terserah kepada penilaian umum memberi tanggapan ke atas PAS Kedah, tetapi insya Allah akan kami buktikan dengan kerja. Lawan politik PAS adalah Umno BN dan PAS Kedah tekad untuk mengembali dan menyambung kejayaan kepimpinan lalu memerintah negeri Kedah, Dalam sejarah PAS amnya dan PAS Kedah khususnya, tidak pernah parti ini ketandusan pemimpin. Pelapis sentiasa dibina dan terbina atas dokongan menyambung risalah perjuangan Islam yang tidak akan terpadam hingga hari kiamat sebagaimana dijanjikan Allah. Malah, di dalam PAS terbukti usaha mencetak kepimpinan berlaku secara berstruktur menerusi perjawatan, tugasan dan pelbagai program pembinaan yang dijalankan hingga hari ini telah melahirkan ramai tokoh nasional dan antarabangsa. Lawan politik PAS adalah Umno BN dan PAS Kedah tekad untuk mengembali dan menyambung kejayaan kepimpinan lalu memerintah negeri Kedah, insya-Allah. Kami yakin dengan gabungan kepimpinan yang ada, kesetiaan ahli, perancangan dan tindakan bersama, kepercayaan rakyat dan pertolongan Allah SWT, perkara tersebut dapat direalisasikan. PAS Kedah percaya, rakyat negeri ini telah melihat dan dapat membuat perbandingan adil antara tempoh pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sesi lalu di bawah kepimpinan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dari Kerajaan BN Negeri Kedah yang diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Terbukti, Mukhriz bukan sahaja gagal menyambung pelbagai perancangan untuk memacu Kedah ke arah mensejahterakan rakyat seluruhnya, bahkan segala impian dilontarkannya sehingga kini tidak lebih hanya sebuah angan-angan. Idea dilontarkannya bukan sahaja tidak realistik dan tidak dapat dicapai secara nyata setelah dua tahun memerintah, bahkan tidak mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan. Demikian itu, PAS Kedah menawarkan kesediaan bahawa kami untuk berkhidmat kepada rakyat negeri Kedah seterusnya mengangkat kembali sebuah pemerintahan untuk kepentingan seluruh rakyat di bawah payung keredaan Allah SWT. - HARAKAHDAILY 28/6/2015 USTAZ AHMAD YAHAYA Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah Sumber HD - 28-6-2015 Kilang di Kedah hasil beras palsu tidak berasasKUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu beras palsu yang tersebar di media sosial sejak sebulan yang lalu yang didakwa dihasilkan di negara China. "Terbaru, terdapat dakwaan bahawa sebuah kilang beras di negeri Kedah turut menghasilkan beras palsu," ujar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan. Jelasnya, berdasarkan kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan pada 21 Mei 2015, majoriti beras yang diimport oleh negara ini adalah daripada negara Vietnam, Thailand dan Pakistan, sebagaimana dimaklumkan oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas). Menurutnya, pengimportan beras daripada negara China adalah terlalu kecil iaitu kurang daripada 0.01% berbanding jumlah import keseluruhan beras iaitu 800,000 tan metrik setahun dan ia adalah berdasarkan permintaan untuk kegunaan di restoran makanan Jepun dan Korea di negara ini. Katanya, hasil pemantauan Kementerian Kesihatan ke atas perkara ini, didapati dakwaan bahawa sebuah kilang beras di negeri Kedah menghasilkan beras palsu adalah tidak berasas. "Dengan penjelasan ini, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat," ujarnya. Tambah beliau, sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan di pasaran, pengguna boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq. - HARAKAHDAILY 27/6/2015
Sumber HD - 27-6-2015
Pinda Akta 355: Dedah wajah sekular UmnoUSAHA PAS untuk menegakkan undang-undang syariah Islam telah menjadi hasrat sejak penubuhannya dan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS. Maka, apabila memperolehi kekuasaan pemerintahan negeri, PAS telah membentang dan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 serta Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) pada tahun 2001 dan (Hudud dan Qisas) pada tahun 2002 di Dewan Undangan Negeri Terengganu. Demikian itu, usul pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang, adalah sebahagian usaha dan percubaan PAS ke arah tujuan yang sama. Ia merupakan peranan dan tanggung jawab PAS memperjuang dan mengangkatnya hingga menjadi perundangan yang sah mengikut prosedur dan amalan demokrasi negara ini. Adapun ia tidak dapat dibentangkan buat kali kedua pada Sidang Parlimen baru-baru ini bukanlah satu kegagalan, tetapi kerana tertakluk kepada Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat. Inilah bukti kesabaran, kesungguhan dan istiqamah PAS selama ini hingga akhirnya ia disenaraikan. Hanya menunggu masa gilirannya, RUU tersebut pasti akan dapat dibentangkan. Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 telah memberi isyarat jelas bahawa ahli PAS bersama dan teguh dibelakang Tuan Guru Presiden PAS termasuk menanti tiba detik RUU ini akan dibentangkan. Golongan yang mendakwa kononnya PAS ditipu dan masuk perangkap Umno sebenarnya sengaja membiarkan emosi mempengaruhi mereka. Hakikatnya yang terperangkap adalah Umno di mana selama ini berdolak dalih terhadap pelbagai kepentingan berkenaan Islam. Sebaliknya, usul RUU Persendirian ini menunjukkan kebijaksanaan PAS memanfaatkan peluang dan ruang yang menjerat Umno. Penundaan dan alasan untuk memberi laluan kepada Presiden PAS mendahulukan membentangkan RUU tersebut hanya menyerlahkan lagi wajah sekular disembunyikan Umno. Sedangkan melaksanakan perundangan Islam merupakan sebahagian daripada perintah Allah SWT sebagaimana kefarduan solat, puasa dan haji. Apakah ada perkara yang lebih perlu diberikan keutamaan daripada melaksanakan syariat Allah? Turut terperangkap juga adalah golongan yang berpura-pura lunak kepada Islam, tetapi mereka sebenarnya tidak mahu perundangan Islam dimartabatkan. Saat melihat usaha PAS ini hampir berjaya dikemuncaknya, mereka cuba menggunakan pelbagai cara untuk menghalang impian ini direalisasikan. Golongan inilah yang menggugat keharmonian permuafakatan Pakatan Rakyat apabila menjadikan EKJS dan RUU sebagai alasan. Pihak berkepentingan ini jelas bermotif menggantikan PAS dalam pakatan baharu dan memaksa PAS meninggalkan dasar perjuangannya, selain memecahkan kesatuan yang ada dalam parti Islam ini kerana dengki, dendam dan iri hati mereka. Namun, PAS akan tetap teguh dengan dasar dan perjuangan Islamnya. PAS tidak pernah menyembunyikan agendanya. PAS akan terus berusaha mengangkat Islam menjadi cara hidup yang memberikan kesejahteraan kepada orang Islam bahkan termasuk kepada masyarakat majmuk negara ini hingga rakyat mengecapi nikmat ‘rahmatan lil ‘alamin’. PAS yakin usaha ini pasti berjaya dengan adanya pertolongan Allah biarpun mengambil masa ratusan tahun. – HARAKAHDAILY 20/6/2015 - Ustaz Mohd Azam ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Sumber HD - 20-6-2015 Usah cemari bazar Ramadhan dengan insiden tak bermoralKUALA LUMPUR: Bazar Ramadhan di negara ini telah menjadi sebahagian keperluan penting sosial masyarakat setiap kali tiba bulan puasa. Ini bermakna, peniaga bazar mempunyai peranan besar dalam agenda menjayakan Ramadhan iaitulah membantu masyarakat Muslim menghayati dan beramal untuk menyempurnakan Ramadhan sebagai bulan ibadah. "Ini dilakukan dengan turut serta beramal memenuhi tanggung jawab dan tuntutan Ramadhan sebagai seorang peniaga," ujar Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Mohd Azam Abd Samat. Antaranya, kata beliau menjual makanan untuk tujuan berbuka pada waktu yang munasabah agar tidak menjadi subahat kepada golongan ponteng puasa mengambil kesempatan. Ini, tambahnya sekaligus menjadi dakwah amar makruf nahi munkar dari golongan peniaga. Katanya lagi, para peniaga selain menyedia jualan makanan yang halal, suci dan bersih, dinasihatkan supaya menjual hanya makanan segar dan bukannya 'kitar semula'. "Bagi memastikan jualan tidak semata-mata bermotif keuntungan, tetapi juga menjadi ibadah, maka lebihan makanan yang tidak terjual disyorkan supaya disedekah kepada golongan fakir miskin dan anak yatim," ujarnya yang juga Adun Sungai Limau. Menurutnya, sedekah bukanlah satu kekurangan, sebaliknya ia adalah kelebihan yang membawa keberkatan dan balasan curahan rezeki serta pahala besar dari Allah kepada setiap pemberian ikhlas, bahkan ianya adalah amalan paling disukai Rasulullah SAW. Beliau juga menasihatkan para peniaga tidak menjual barangan yang rosak serta mengurangi timbangan semasa urusan jual beli. Ini, katanya kerana kejujuran adalah ibadah keikhlasan sementara silaturrahim tidak terhad antara peniaga dan pembeli. Dalam realiti persaingan, ujarnya para peniaga perlu membantu dan meraikan hak para peniaga lain supaya dapat menjalankan perniagaannya. Tambahnya, tapak yang disewa untuk berniaga, jangan dialibabakan. Justeru, kata beliau pihak berkuasa yang membuka sewaan tapak perlu memantau hal ini. Bagi memastikan semua peniaga dapat menjalankan urusannya, kata beliau ketetapan dan peraturan dibuat pihak berkuasa mestilah dipatuhi. Kata beliau lagi, pihak berkuasa yang mengendalikan bazar dituntut supaya memudahkan peniaga serta menggunakan budi bicara dalam menyelesaikan sesuatu masalah. "Jangan dicemari bazar Ramadhan dengan insiden tingkah laku tidak bermoral," pesannya. Tambahnya, tapak bazar mestilah diurus jaga kebersihannya agar ia tidak menjadi fitnah kepada Islam dari pandangan yang tidak menyenangkan masyarakat awam. Pihak berkuasa juga, ujar beliau perlu menyediakan kemudahan solat dan wuduk yang selesa untuk peniaga dan pengunjung di setiap baazar. "Peringatan mengenai solat mestilah dititipkan kerana ia adalah ibadah utama di samping juga nasihat mengenai aurat yang terjaga," katanya. - HARAKAHDAILY 17/6/2015 TIGA PEMUDA PAS KAWASAN KEMBARA TARBAWI BERSAMA - USTAZ AZMAN SHAPAWI
DEMO BANTAH GST
KEMBARA TARBAWI BERMOTOSIKAL PPK SIK
USTAZ AZMAN SHAPAWI
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35672-tiga-pemuda-kawasan-kembara-tarbawi-bersama Sumber HD - 28-5-2015 "Hukuman Bermotif Dendam Politik Untuk Sekat Kebangkitan Islam Di Mesir & quo |
Posted on Monday, May 18 @ 09:24:58 MYT by paktam
"Di antara orang-orang beriman itu, ada bersikap benar menunaikan perkara yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (perkara yang mereka janjikan itu) sedikitpun." (al-Ahzab: 23) Hukuman mati yang dihadapkan atas pertuduhan pelbagai kesalahan dan jenayah ke atas mantan Presiden Mesir, Dr Mohamad Morsi dan pimpinan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyidul Am, Dr Mohammed Badi'e bersama ratusan anggota yang lain oleh regim pimpinan General Abdul Fatah as-Sisi adalah bukti janji Allah mengenai hamba-Nya. Merekalah golongan terpilih yang menyempurnakan penyaksian hingga akhirnya dizalimi tirani penguasa hanya kerana menjulang dan mempertahankan al-haq. Inilah sunnah yang terlebih dahulu didepani para Nabi dan Rasul termasuk junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat RA serta pejuang Islam disepanjang zaman. Akan dicerca, difitnah, dipinggirkan, dibuang negeri, dianiaya jasad dan jiwa, termasuklah dibunuh kejam tanpa alasan yang benar. Perjuangan di seluruh dunia dalam rangka menegakkan aqidah dan syariat Islam sememangnya tidak sunyi dari kejahatan dan komplot manusia khususnya di zaman ini diketuai Amerika untuk menyekat dan menghapus kebangkitan Islam. Namun mereka gagal memahami, bahawa di sana adanya janji Allah yang pasti menyempurnakan agama-Nya. Akan tetap bangkit dicelah-celah sekatan dan kezaliman ini, golongan yang berjuang menegakkan risalah Islam seperti mengalirnya air di sungai. Perkara ini juga harus menyedarkan seluruh dunia dan umat Islam untuk bangkit dari dibelengu penjajahan dengan membebaskan diri untuk berada hanya di bawah naungan Allah. Kepada sahabat-sahabat saya dari jamaah Ikhwanul Muslimin yang dihukum, berbahagialah kalian kerana telah menyempurnakan janji kepada Allah. Semoga kita bertemu nanti di syurga-Nya yang abadi. "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (at-Taubah: 111) ------------------ ۞ إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Sumber DD - 17-5-2015 |
Mukhriz khianati institusi Islam
ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terbukti mengkhianati institusi pendidikan Islam, bahkan seolah-olah memusuhi tempat untuk melahirkan ulama, apabila terbaru mengarahkan pula pembekuan segala aktiviti untuk Sekolah-sekolah Agama Negeri serta peruntukan.
Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, semasa awal mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah, Mukhriz telah menghentikan projek pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) di Pulau Tuba, Langkawi.
"Beliau juga bertindak keterlaluan dengan cuba 'menutup' Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil apabila mengarahkan pelajar dan kakitangan kembali ke Kampus Alor Setar di Mergong.
"Malah, rangkaian Maktab Mahmud yang menjadi kebanggaan negeri Kedah telah diserahkan kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ini menunjukkan kegagalannya mengurus institusi-institusi yang sinonim dengan negeri Kedah ini.
"Pentadbiran Mukhriz turut gagal menguruskan institusi agama yang lain termasuk masjid, apabila sehingga Mac 2015 terdapat 158 kekosongan jawatan Imam, 318 Bilal dan 226 Siak daripada 568 Masjid seluruh negeri Kedah," ujarnya.
Sedangkan katanya, ketika sama Mukhriz terus berangan-angan dengan projek mega kononnya untuk dibawa ke Kedah, namun sehingga kini setelah lebih dua tahun, beliau hanya mengharap sahaja dari Kerajaan Persekutuan.
Menurut Ustaz Mohd Azam, MTSD semasa di bawah kepimpinan mantan Menteri Besar, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak telahpun meluluskan RM3 juta pada Sidang Bajet 2012 di Dewan Undangan Negeri untuk pembinaan Fasa Pertama bangunan tetap MTSD.
Sekaligus katanya, Almarhum telah meletakkan pandangan futuristiknya terhadap masa depan pulau terpencil itu dan cuba meletakkan cahaya al-Quran dipulau yang tiada bekalan elektrik itu, selain menjana tarikan pelaburan dan pelancongan masa depan.
Almarhum menurutnya, melakar satu perubahan yang lengkap dicita-cita dan dilaksanakannya meliputi pembangunan serentak infrastruktur dan insan.
"Malah, MTSD yang diilhamkan oleh Ustaz Azizan di mana beliau sendiri yang meletakkan standard kriteria pengambilan pelajar, penetapan kurikulum, sistem pembelajaran dan pemilihan tenaga pendidik.
"MTSD telah membuktikan pencapaian cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 lalu apabila daripada 50 pelajar yang merupakan kumpulan pertama pengambilan MTSD, seramai 14 pelajar mendapat A untuk semua 11 mata pelajaran, manakala selebihnya memperoleh pencapaian minimum sehingga 8A.
"Begitu juga hasrat Almarhum menjadikan KUIN sebagai Pusat Pengajian Islam terkemuka di rantau ini dengan status universiti penuh, telah diusahakannya dengan bersungguh-sungguh apabila berjaya menyiapkan prasarana kampus tetap di Kuala Ketil.
"Almarhum juga berjaya menambah bidang pengajian hingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) serta tawaran 44 kursus pengajian selain menarik masuk tenaga pengajar berkelayakan," ujarnya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.
Menurut beliau, sepatutnya usaha murni itu diteruskan dan menjadi sesuatu perolehan membanggakan untuk negeri Kedah, malangnya di bawah kepimpinan Mukhriz semua hasrat tersebut seakan-akan hancur.
Ketika sama katanya, Mukhriz sibuk dengan penampilan kosmetik dan 'extravaganza' antaranya menganjurkan Majlis Salawat dengan cara yang membazir di mana membelanjakan sehingga hampir RM700,000 untuk program hanya sehari. – HARAKAHDAILY 1/4/2015
Sumber HD - 1-5-2015
GST dipaksa kepada ‘bangsa negara’
ALOR SETAR: Kejayaan kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu adalah hasil tindakan mereka menekan dan mencengkam kepatuhan rakyat selama BN memerintah lebih 58 tahun.
Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, rakyat negara ini telah dijadikan ‘bangsa negara’ oleh pemerintah BN yakni hanya mampu mengkritik dan merungut terhadap dasar kerajaan.
“Kerajaan buatlah apapun, mereka akan mampu marah untuk beberapa ketika, walaupun selepas itu mungkin kita tinggal tulang belulang. Rakyat kita sebenarnya tidak dibentuk menjadi rakyat ‘negara bangsa’ yang ada keberanian untuk menukar kerajaan, biarpun kerajaan itu mencekik nafas rakyatnya.
“Rakyat ‘bangsa negara’ ini dibelai menjadi bangsa penakut selama 58 tahun oleh BN sejak 1957, setelah direndam dalam 'kolam rendah diri', dikurung dalam 'reban pak turut' dan dipijak dengan 'kasut jangan melawan' selama 446 tahun oleh penjajah.
“Kini Kerajaan BN ‘menuai’ hasil asuhan ‘kepenakutan’ bangsa kita. Bermulalah hidup rakyat dengan menjalani kehidupan ber-GST seluruh Malaysia. Inilah natijah undi, kerana BN tahu sangat-sangat bahawa rakyat negara ini hanya tahu merungut, tidak tahu menukar kerajaan,” ujarnya setelah seminggu GST dilaksanakan di Kompleks PAS Kedah, di sini.
Menurutnya, tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak kemerdekaan apabila dasar-dasar kerajaan dipersenda, dipermain, dimomok dan ‘dirayakan’ oleh seluruh rakyat sama ada di bandar atau di desa, dari yang tua hingga kanak-kanak, termasuk sama ada mereka bekerja sendiri, swasta mahupun kerajaan.
Jelasnya, rakyat menyambut ‘kelahiran’ GST dengan mencipta lagu, poster, pengumuman ala-ala pengisytiharan hari raya, bertukar-tukar ucapan takziah dan tahniah.
“Rakyat negara ini baik-baik semuanya. Mereka menerima dasar ini untuk dipakai sehingga ke anak cucu. Kalaulah rakyat negara ini seperti ‘negara bangsa’, sudah tentu hari ini BN sudah berkubur,” ujarnya sebagai reaksi terhadap perkembangan pelaksanaan GST. – HARAKAHDAILY 7/4/2015
Sumber HD - 7-4-2015
Tanah: Pampasan tidak setimpal harga semasa
SUNGAI PETANI: Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Kedah memandang berat isu pengambilan tanah di kawasan Sungai Limau dengan pampasan yang tidak setimpal dengan nilai tanah terbabit.
Pada 4 Disember 2014, kerajaan telah mewartakan pengambilan tanah bagi pembinaan jalan sambungan dari Lebuh Raya Utara-Selatan ke Pulau Bunting melibatkan 231 lot tanah bergeran dan 33 kediaman penduduk.
Menurut Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, ekoran tindakan tersebut, pihak yang tanahnya diambil telah menyatakan bantahan berdasarkan harga yang ditawarkan tidak setimpal dengan harga semasa serta jangkaan masa depan.
"Sekalipun tanah berstatus pertanian, tetapi pembangunan yang dicadangkan selepas itu ialah taman-taman perumahan, bangunan pejabat kerajaan, sekolah-sekolah, kilang padi, gerai-gerai, rumah-rumah kampung dan lot-lot tanah kosong.
"Harga yang ditawarkan hanyalah di sekitar RM3.80 hingga RM4.80 sekaki persegi. Sungguh murah," terangnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan seusai mesyuarat Pakatan Rakyat Kedah di Pejabat Adun Bukit Selambau, di sini tengah hari tadi.
Sebagai perbandingan jelasnya, penilaian oleh jurunilai bertauliah (sekurang-kurangnya oleh lima buah syarikat) meletak harga RM15 sekaki persegi di kawasan terbabit.
Ini, katanya berdasarkan pengambilan tanah untuk dibuat jalan dari Yan ke Guar Chempedak pada 2012 bernilai RM21.48 sekaki persegi.
"Nilai terendah pernah dibuat di kawasan sekitar ialah pada harga RM8.45 sekaki persegi, iaitu Jalan Sedaka - Batu 17 pada 2010. Sepatutnya pada tahun 2015 ini tentulah nilai tanah kawasan tersebut semakin tinggi, bukannya jauh lebih murah," ujarnya.
Persoalan yang dibangkitkan katanya, sehingga setakat ini kerajaan hanya sibuk dengan pengambilan tanah tetapi tidak mengumumkan sebarang pembangunan yang dirancang secara spesifik di Pulau Bunting tersebut atau persekitarannya.
"Apakah langkah menyembunyikannya bertujuan untuk tidak meletakkan penilaian yang tinggi terhadap harga tanah yang terbabit dengan pengambilan?" soal beliau.
Dalam rundingan dengan kerajaan, ujarnya penduduk juga gagal mendapat pampasan setimpal bagi penat lelah mereka mengusahakan tanah tersebut serta aset yang terdapat di situ. - HARAKAHDAILY 5/4/2015
SUK KEDAH NAFI YANG DIERTUAN AGONG GERING - DP MOHD FUAT MOHD ALI
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34704-suk-kedah-nafi-yang-di-pertuan-agong-sedang-gering
Sumber HD - 4-4-2015
TUN M KRITIK NAJIB, APA KATA MUKHRIZ ? - DMO
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34702-tun-m-kritik-najib-apa-kata-mukhriz
Sumber HD - 4-4-2015
PENDUDUK TUNTUT PAMPASAN TANAH MENGIKUT NILAI SEMASA - AUN SG LIMAU
YB USTAZ MOHD AZAM ABDUL SAMAD - ADUN SG LIMAU / KP KAWASAN JERAI
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34436-penduduk-tuntut-pampasan-tanah-mengikut-nilai-semasa
Sumber HD - 19-3-2015
LIMA MPR INDONESIA SUMBANG S$15000 BAIKI RUMAH - WAKIL KETUA MPR
BANTUAN KECEMASAN
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34397-lima-mpr-indonesia-sumbang-s-15-000-baiki-rumah
Sumber HD - 17-3-2015
DOKTOR KEDAH DAN PERLIS TOLAK PENGASINGAN DISPENSARI - HIMPUNAN DOKTOR-DOKTOR SWASTA KEDAH-PERLIS
DR HAMDAN MOHAMED KHALIB - PENGERUSI HIMPUNAN DOKTOR-DOKTOR SWASTA KEDAH-PERLIS
Sumber HD - 17-3-2015
GST: PAS Kedah cabar k'jaan negeri nyata pendirian
KUALA LUMPUR: PAS Kedah menyokong penuh kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan memberi kesan tidak baik terhadap rakyat Malaysia di mana rakyat tidak menyokong tindakan tersebut.
"PAS Kedah kekal dengan pendirian bahawa cadangan pelaksanaan GST mulai 1 April 2015 ini hendaklah dibatalkan atau sekurang-kurangnya ditangguhkan," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau mencabar Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir supaya menyatakan pendirian rasmi kerajaan negeri terhadap pelaksanaan GST tersebut.
"Adakah Menteri Besar bersetuju atau membantah sikap yang diambil oleh Tun Dr Mahathir berhubung pelaksanaan GST?" soal beliau.
Katanya, jika Kerajaan Negeri Kedah berdiam diri, bermakna mereka bersetuju dengan GST dan menyanggah pendirian Mahathir.
Justeru, kata beliau Mukhriz hendaklah segera mengeluarkan kenyataan tegas bagi pihak kerajaan negeri berhubung isu GST supaya rakyat tidak terkeliru. - HARAKAHDAILY 14/3/2015
Sumber HD - 14-3-2015
BOMBA KEDAH NAFI GAMBAR KEMALANGAN NGERI - PPA JBPM
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34095-bomba-kedah-nafi-gambar-kemalangan-ngeri
Sumber HD - 28-2-2015
IBU TERLANTAR DI HOSPITAL, 3 BERADIK HILANG TEMPAT BERGANTUNG - ADIK MANGSA
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34000-ibu-terlantar-di-hospital-3-beradik-hilang-tempat-bergantung
Sumber HD - 23-2-2015
MANGSA TSUNAMI KEDAH 10 TAHUN LALU BELUM DAPAT RUMAH - BEKAS JKKK
KESAN TSUNAMI DI KEDAH 10 TAHUN LALU
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33545-mangsa-tsunami-kedah-10-tahun-lalu-belum-dapat-rumah
Sumber HD - 29-1-2015
ROTAN : MENTERI WAJAR BACA BUKU TARBIYATUL AULAD FIL ISLAM - KPP KEDAH
USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA - KETUA PEMUDA PAS KEDAH
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33474-rotan-menteri-wajar-baca-buku-tarbiyatul-aulad-fil-islam
Sumber HD - 26-1-2015
CHARLIE HEBDO : TAKTIK OPERASI FALSE FLAG RON PAUL - PEMUDA KEDAH
USTAZ AHMAD TARMIZI SULAIMAN - KETUA PENERANGAN PP KEDAH
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33397-charlie-hebdo-taktik-operasi-false-flag-ron-paulSumber HD - 22-1-2015
PAS Kedah bantu mangsa banjir Kelantan
ALOR SETAR: PAS Kedah akan menghantar kira-kira 500 sukarelawan ke Kelantan mulai 1 hingga 10 Januari ini bagi membantu mangsa banjir, khususnya dalam kerja-kerja pembersihan premis yang terbabit dengan banjir.
Menurut Setiausaha PAS negeri, Ustaz Musoddak Ahmad, setiap PAS kawasan akan menyediakan tidak kurang daripada 33 orang petugas sepanjang tempoh tersebut.
Jelasnya, PAS Kedah akan bertumpu kepada dua kawasan Parlimen yang teruk dilanda banjir iaitu Gua Musang dan Kuala Krai. Manakala agihan sukarelawan dari Kedah yang akan membantu kawasan parlimen Gua Musang iaitu Sik, Pendang, Padang Terap, Jerai, Merbok, Jerlun, Kubang Pasu dan Kuala Kedah.
Sementara sukarelawan daripada kawasan Kulim-Bandar Baharu, Baling, Pokok Sena, Sg Petani, Alor Setar, Langkawi dan Padang Serai pula akan membantu di parlimen Kuala Krai.
"Arahan sudah dikeluarkan kepada para petugas kawasan supaya membawa peralatan kerja seperti gergaji enjin pemotong pokok, water pump, alatan pembersihan premis dan lain-lain peralatan yang bersesuaian," katanya.
Dalam pada itu menurutnya, Pusat Pengumpulan Bantuan Untuk Mangsa Banjir anjuran PAS Kedah terus beroperasi di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut.
Katanya, sehingga kini banyak sumbangan yang telah diterima, khususnya beras, air mineral, sardin, bihun, minyak masak, lampin bayi, selimut, beg sekolah dan pakaian.
"PAS Kedah juga mengalu-alukan sumbangan wang tunai. Sebarang pertanyaan berhubung bantuan banjir boleh hubungi Penyelaras Bantuan Banjir PAS Kedah, Ismail Hashim di talian 019-5515985 atau 04-7481125," jelasnya. - HARAKAHDAILY 30/12/2014

PM digesa pertegas pendirian Malaysia isu Al-Qaradhawi
ALOR SETAR: Demokrasi dunia hari ini telah hancur apabila ulama mujahid yang tersohor dengan pandangan kesederhanaan, Prof. Dr Yusof al-Qaradhawi dituduh dan difitnah melakukan jenayah berat hingga menjadi buruan Polis Antarabangsa (Interpol).
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk segera menyatakan pendirian tegas membela tohmahan dan siri baru kekerasan terhadap ulama tersohor dunia itu yang juga penerima Tokoh Maal Hijrah 2009 dari Kerajaan Malaysia.
Interpol mengeluarkan Notis Merah pada 4 Disember lalu bertujuan untuk menahan Presiden Persatuan Ulama’ Sedunia itu setelah menerima desakan dari Regim Mesir pimpinan Presiden, Abdul Fattah Said Hussein Khalil as-Sisi
“Ini sebenarnya adalah agenda Kerajaan Regim As-Sisi terhadap inspirasi besar Ikhwanul Muslimin. Tidak hairan jika regim zalim ini memusuhi Qaradhawi.
“Kerana ulama ini sememangnya diharamkan daripada menjejakkan kaki ke Mesir apabila keilmuan besar beliau berjaya menyuntik semangat gerakan Islam yang menggunakan jalan demokrasi dalam berdakwah,” demikian tegas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.
Menurutnya, tindakan Regim As-Sisi meletakkan pertuduhan “merestui, menghasut, dan membantu melakukan pembunuhan sengaja, membantu banduan melarikan diri, pembakaran, vandalisme dan mencuri” sebagaimana terkandung dalam Notis Merah adalah satu tidakan gila.
Jelasnya, tidak masuk akal apabila seorang ulama berusia 88 tahun dan tersohor sebagai tokoh seruan kesederhanaan itu dihadapkan dengan pertuduhan melampau sedemikian.
Malah katanya, tuduhan melakukan vandalisme dan mencuri sahaja sudah cukup tercela dikenakan kepada tokoh Maal Hijrah Malaysia itu.
“Kami berharap janganlah selepas Persidangan Umno yang cukup ghairah menyokong Akta Hasutan menjadikan kerajaan mengiyakan tuduhan Mesir terhadap ulama rujukan dunia ini dengan tuduhan sebagai penghasut. Jika menceritakan kebenaran itu sebagai hasutan, maka tiada lagi wujud ulama yang mengajar untuk kemaslahatan masyarakat.
“Kami juga menyokong pandangan bahawa tindakan Interpol adalah bias, cenderung kepada regim; walaupun regim itu sedang disiasat dan dipantau oleh banyak badan hak asasi yang menyaksikan kezaliman, penipuan dan kerosakan dibuat oleh Kerajaan Mesir terhadap musuh politiknya,” ujarnya kesal.
Katanya, dunia sedang menyaksikan, sejauh mana sekalipun bertentangnya tindakan regim As Sisi dengan terma-terma demokrasi ciptaan Barat, ia kekal didiamkan.
Kerana jelasnya, begitulah cara Amerika dan sekutunya melaksanakan demokrasi iaitu hanya untuk kepentingan mereka sedangkan kebanyakan Negara dunia termasuk negara umat Islam dibiarkan tenggelam dalam arus totalitarian dan autokrasi.
“Kerajaan Malaysia mesti segera tunjukkan semangat wasatiyyah yang benar. Sikap ekstrem Mesir dan Interpol perlu ditegur jika benar Malaysia menjadikan moderat dan wasatiyyah sebagai pegangan.
“Jangan wasatiyyah hanya sekadar konsep demi melunakkan agenda dakwah, keagamaan, sebaliknya kekerasan terhadap ulama dan umat Islam tidak pula diwasatiyyahkan,” tegur Ahmad Tarmizi. – HARAKAHDAILY 24/12/2014

Sumber HD - 24-12-2014
Miss Tourism: Pemuda PAS Kedah persoal Mukhriz
ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyelar keras tindakan Kerajaan BN mengutamakan maksiat atas nama laba dan keuntungan ekonomi melalui penganjuran Miss Tourism International di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi.
“Walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak berkait secara langsung dengan penganjuran ini, tetapi program maksiat yang mendapat sokongan padu Kementerian Kebudayaan Dan Perlancongan ini tentulah mendapat kerjasama erat daripada pihak Kerajaan BN Kedah sebelum Langkawi dijadikan destinasi program berkenaan,” ujar Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.
Tegas beliau, Pemuda PAS Kedah menyokong penuh kenyataan Dewan Ulama PAS Kedah yang menyifatkan penganjuran tersebut telah mencampuradukkan segala kegiatan makruf atau kebaikan dengan aktiviti mungkar.
Menurut Tarmizi, pihaknya berasa kecewa kerana sebelum ini Menteri Besar itu cukup ghairah menganjurkan program berselawat, berzikir dan menjemput para habib mengumandangkan qasidah.
Malah, Menteri Besar itu juga katanya, kelihatan positif pada mata rakyat apabila sanggup mendengar kuliah Maghrib di beberapa masjid dan surau serta menziarahi pondok-pondok pengajian Islam.
“Adakah imej keagamaan ini hanya untuk meraih sokongan dan undi rakyat semata-mata. Adakah Datuk Mukhriz hanya memperguna sentimen dan semangat primordialisme dalam kalangan rakyat berbangsa Melayu yang cenderung kepada kebudayaan serta nilai keagamaan untuk kepentingan survival politik BN Kedah?” terjahnya.
Jelasnya lagi, tindak tanduk Menteri Besar itu mencerminkan sikap ‘arrogant’ Umno-BN melanggar fatwa-fatwa ulama berkenaan penganjuran majlis ratu cantik dan majlis maksiat.
“Pada kami penganjuran program sebegini adalah sokongan Datuk Mukhriz terhadap saranan dan hasrat Kerajaan BN Pusat. Ini seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Razak pada 10 November 2013 lalu iaitu Kerajaan Pusat akan terus membangunkan industri pelancongan di Pulau Langkawi ‘ke tahap lebih tinggi’ dengan menjadikannya sebagai destinasi percutian dunia berkonsepkan nautika mewah.
“Perdana Mneteri juga pernah berkata bahawa industri pelancongan di Langkawi perlu dibawa ke fasa seterusnya dan ini memerlukan beberapa pelabur besar dan jenama terkemuka untuk menarik minat lebih ramai pelancong luar, termasuk yang berpendapatan tinggi. Inilah kemuncak tahun 2014 yang ditutup dengan acara maksiat. Meninggikan industri perlancongan menurut sifir parti sekular seperti Umno adalah dengan menambahkan elemen hiburan tanpa batasan termasuk berunsur ghairah, seksi dan sebagainya.
“Langkawi telah sarat dengan gejala maksiat daripada penjualan arak secara bebas, budaya tempatan yang bercampur budaya liberal antarabangsa, kerosakan moral remaja dan kini hiburan melampau melalui program ratu cantik. PAS bukan sahaja menentang pesta hiburan maksiat sebegini di Kedah malah konsisten di serta Malaysia kerana PAS komited dengan seruan menolak maksiat dan kemungkaran,” luahnya kesal.
Miss Tourism International adalah pertandingan ratu cantik antarabangsa tahunan yang dikendalikan oleh D 'Touch International Sdn Bhd Foundation.
Peraduan ini bermula pada tahun 1994 di Kuching, Sarawak dan Malaysia menjadi tuan rumah kepada Ratu Pelancongan Antarabangsa setiap tahun, kecuali pada tahun 2006 ia telah diadakan di luar Malaysia buat kali pertama, di Guangzhou, China.
Acara ini akan berlangsung 23 hari melibatkan 62 negara bermula daripada kedatangan para peserta di Malaysia pada 9 Disember dan akan diakhiri dengan pertabalan baru Ratu Pelancongan Antarabangsa 2014/2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Presint 5, Putrajaya pada 31 Disember nanti. – HARAKAHDAILY 17/12/2014
Seri Mentaloon: Kenapa beri kepada kontraktor luar?
ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menunaikan janjinya untuk mendedahkan kontraktor yang tebabit dengan projek ubahsuai lanskap Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon.
Dalam sidang media yang diadakan hari ini, beliau berkata projek berkenaan telah diberikan kepada kontraktor yang didaftarkan pada 4 Januari 1990 yang beralamat Daimond Square Off Jalan Gombak sementara alamat perniagaannya pula di Sungai Ramal Luar, Kajang, Selangor.
Sehubungan itu, Mahfuz meminta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi penjelasan kenapa projek lanskap yang turut membabitkan penanaman pokok kurma dan royal palm itu diberi kepada kontraktor dari luar negeri Kedah.
"Kenapa tidak diberikan kepada kontraktor dari Kedah sendiri tetapi kepada orang luar? Adakah kontraktor Kedah tak pandai atau tak layak?
"Yang menjadi persoalan di sini adakah sudah tiada kontraktor sedemikian di Kedah sehinggakan kerajaan mengambil kontraktor luar untuk projek tersebut.
"Walaupun saya tidak bersetuju projek itu diteruskan kerana lanskap yang sedia ada masih elok dan cantik tetapi memberi projek tersebut kepada kontraktor luar seolah-olah tidak mengiktiraf kebolehan orang tempatan. Bodoh sangatkah orang Kedah?" soalnya pada sidang media pagi tadi seusai Program Jom Shopping bersama anak-anak yatim anjuran PAS Kawasan Pokok Sena.
Mahfuz sebelum ini mempertikaikan peruntukan besar untuk projek terbabit mencecah RM2.9 juta yang tidak munasabah memandangkan kos pengurusan sebatang pokok kurma hanya sekitar RM1,000 dan pokok royal palm dalam lingkungan RM600 hingga RM700.
Beliau juga meminta kerajaan negeri memaklumkan berapa batang pokok yang ditanam untuk tujuan tersebut sehingga menelan belanja sebegitu besar.
"Bila saya bangkitkan hal ini, mereka kaitkan pula dengan projek ubahsuai rumah kediaman di Seri Mentaloon yang diberi kepada abang saya. Saya tak terlibat dengan urusan itu dan saya juga tidak bersetuju pengubahsuaian rumah itu dibuat kerana ianya telah dilakukan pada tahun 2011 yang lalu.
"Jadi tak ada kaitannya kritikan saya ini dengan abang saya," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 16/12/2014

Kenapa Mukhriz benarkan Miss Tourism di Langkawi?
ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi pada 17 Disember sebagai bukti sikap pragmatik Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencampuradukkan segala kegiatan sama ada makruf atau mungkar.
“Kami percaya, perkara ini langsung tidak dirujuk kepada pihak Mufti terlebih dahulu. Sedangkan semasa awal pentadbiran Datuk Seri Mukhriz, logo rasmi negeri Kedah pun dirujuk kepada pihak Mufti,” sindir Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.
Ujar beliau, acara seperti ini hakikatnya langsung tidak mewakili budaya, identiti dan simbol masyarakat negara ini.
Malah katanya, tidak juga membawa keuntungan ekonomi yang nyata melalui urusan perniagaan atau pelancongan tempatan, selain tidak meluaskan hubungan dengan banyak pihak kecuali golongan berkepentingan.
Paling utama tegasnya, penganjuran itu menyalahi hukum syarak dan melanggar fatwa berkaitan dengannya.
Demikian itu tegas Ustaz Ahmad, tidak ada kewajaran yang nyata dan perlunya acara tersebut diadakan di Langkawi khususnya dan di Malaysia amnya.
“Apatah lagi dengan imej ketimuran serta pelbagai penganjuran tahunan bertaraf dunia seperti ‘Musabaqah Al-Quran’ hingga meletakkan negara ini dengan julukan ‘Negara Islam’ contoh.
“Lebih malang, Langkawi Permata Kedah yang pernah diusahakan sebagai pulau pelancongan berakhlak dan dibatasi serta dikurangkan unsur maksiat terhadapnya semasa diketuai oleh mantan Menteri Besar, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kini dicemari semula dengan imej-imej sedemikian.
“Malah, penganjuran program seperti ini bukan kali pertama sejak Kedah kembali ditadbir Barisan Nasional, apabila sebelum ini membenarkan penganjuran Pesta Muzik Planet Eupe di Sungai Petani melibatkan artis antarabangsa yang juga tidak sesuai dengan masyarakat setempat,” katanya pada satu kenyataan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.
Menurutnya, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah melihat, jika sekiranya ‘trend’ ini tidak ditangani, bermakna Kedah akan terus menjadi tumpuan program seumpamanya yang dilihat mempunyai pelbagai agenda tersirat.
Secara khusus dakwanya, program seperti itu tentunya mengundang kesan sosial terutama kepada anak-anak muda yang selama di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Azizan telah dibawa kepada bimbingan yang berakhlak dan mendewasakan.
“Oleh itu, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah mendesak Mukhriz agar menetapkan pendirian sebenar terhadap jati diri rakyat negeri Kedah yang diacukannya untuk masa hadapan dan bukan hanya menumpukan kepada projek mega angan-angannya.
“Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga menggesa pihak berkuasa agama negeri agar tidak berdiam diri, sebaliknya memandang serius perkara ini serta melihat pelbagai kemungkinan pada masa hadapan agar ia segera ditangani sebelum membarah,” ujar kesal. – HARAKAHDAILY 16/12/2014

Seri Mentaloon: Mahfuz akan dedah kontraktor 16 Dis
POKOK SENA: Samalam, genap seminggu Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya, di Seri Mentaloon.
Namun begitu sehingga semalam, pendedahan yang dinantikan itu masih belum dibuat oleh Mukhriz.
Justeru, menurut Mahfuz, beliau sendiri akan membuat pendedahan terbabit pada hari Selasa, 16 Disember ini.
"Berkaitan dengan isu ini, selepas seminggu, seperti yang saya janjikan tempoh hari untuk saya dedahkan nama syarikat kontraktor itu dan saya akan dedahkannya pada hari Selasa ini.
"Kita akan adakan sidang media bertempat di pasaraya Mydin Alor, Mengkudu, Alor Setar sempena program 'Jom Shopping Bersama Anak-anak Yatim' pada jam 10 pagi," kataya kepada pemberita seusai majlis penyampaian Bantuan Persekolahan peringkat Dun Bukit Lada di Bandar Baru Pokok Sena di sini semalam.
Minggu lalu, Mahfuz membuat cabaran terebut kepada Mukhriz sebagai respons kepada isu pengubahsuaian di Seri Mentaloon membabitkan kos RM4.3 juta iaitu rumah kediaman sebanyak RM1.4 juta dan bahagian lanskap sebanyak RM2.9 juta.
Mukhriz dalam ucapan penggulungan perbahasan bajet semasa Sidang Dun Kedah baru-baru ini menjelaskan projek pengubahsuaian Seri Mentaloon diberikan kepada 'abang Ahli Parlimen Pokok Sena'.
Bagaimanapun menurut Mahfuz, persoalan yang dibangkitkan bukanlah kerana ianya membabitkan nama abang beliau, sebaliknya kewajaran untuk Sri Mentaloon diubahsuai dengan kos terbabit.
"Sedangkan ianya sudah dibaikpulih untuk dijadikan istana tetamu menyambut Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Brunei pada tahun 2011. Bukan kerana bang saya yang dapat projek itu, kerana projek yang dia perolehi ini dibuat secara telus melalui JKR. Saya tak kisahpun kerana saya tidak ada kena mengena dan saya tak kisahpun kalau ianya diberikan kepada kontraktor Umno.
"Tapi yang kita pertikaikan ialah kewajaran untuk kediaman rasmi ini diubahsuai semula," jelas beliau. - HARKAHDAILY 13/12/2014
Sumber HD - 13-12-2014Namun begitu sehingga semalam, pendedahan yang dinantikan itu masih belum dibuat oleh Mukhriz.

Mahfuz cabar Mukhriz dedah kontraktor projek lanskap
ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar memaklumkan kepada orang ramai kontraktor yang dilantik untuk projek lansakap di kediaman rasminya, di Seri Mentaloon.
Menurut Mahfuz, projek pengubahsuaian lanskap di Seri Mentaloon itu menelan belanja sehingga RM2.9 juta.
"Kita minta Mukhriz mendedahkan siapakah yang tender penanaman pokok kurma dan royal itu dan mohon diperjelaskan adakah projek berkenaan dalam pengetahuan UPEN dan adakah ianya melalui JKR?
"Saya minta dia jelasnya kepada umum dalam tempoh seminggu.Selain itu saya minta dia maklumkan juga berapa belanja penanaman sebatang pokok kurma dan royal palm sehingga peruntukan RM2.9 juta dibelanjakan," kata beliau kpeada pemberita dalam sidang media, semalam.
Menurutnya lagi, kebanyakan pokok kurma dan royal palm yang ditanam di Malaysia diimpot dari Thailand dan dalam pengetahuannya, kos sebatang pokok kurma sehingga selesai urusan hanya RM1000 dan royal palm antara RM500 hingga RM600 sahaja.
Justeru beliau meohon supaya Mukhriz bersikap telus memaklumkan hal demikian kerana jumlah peruntukan yang besar itu tidak munasabah sama sekali serta tidak berpadanan dengan jumlah pokok yang ditanam di kediamaan rasminya itu.
"Saya dimaklumkan dalam tempoh empat tahun kurma itu dijangka mengeluarkan buah dan kononnya dapat menampung keperluan orang ramai menjelang bulan Ramadan. Tapi belum tentu ianya berbuah dan mengeluarkan hasil sedangkan jumlah yang dikeluarkan terlalu tinggi serta tidak senilai dengan keperluan yang dikatakan.
"Rakyat Kedah bukan mengharapkan kurma dari Seri Mentaloon, setiap tahun mereka boleh beli di Pekan Rabu tapi rakyat memerlukan kebajikan yang lain dan jangan sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat pada perkara yang tidak terlalu diperlukan oleh rakyat," tambahnya lagi.
Sehubungan itu, beliau merasa amat kesal akan sikap Mukhriz yang cuba berselindung perkara sedemikian dan sebaliknya mencanang projek pengubahsuaian Seri mentaloon diberikan kepada 'abang Ahli Parlimen Pokok Sena' seperti yang didedahkan semasa penggulungan perbahasan bajet Kedah 2015 minggu lalu.
"Perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan saya kerana projek berkenaan diberi kepada abangnya melalui tender yang dikeluarkan oleh JKR.
"Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat sokongan agar abang saya memperolehi tender berkenaan, tetapi yang dipertikaikan ialah apakah keperluan rumah itu di ubahsuai sedangkan perkara yang sama telah dibuat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dulu.
"Tahun 2011, rumah tu sudah di baikpulih untuk dijadikan istana tetamu menyambut Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Brunei. Apakah tak cukup lagikah segala kelengkapan yang diubahsuai?" soal Mahfuz.
Mukhriz juga dibidas kerana berbohong di dalam Sidang Dun tersebut ini dengan mengatakan kedua-dua projek berkenaan diberi kepada abang beliau sedangkan menurut Mahfuz kedua-dua tender berkenaan diberi kepada kontraktor yang berbeza.
"Saya minta dia jawab. Kalau dia tak jawab, saya akan maklumkan. Saya tahu siapa kontraktor tanam pokok kurma dan royal palm tu. Tapi saya nak dia jawab dulu," ujarnya.
Harakahdaily dimaklumkan bahawa kos pengubahsuaian di Seri Mentaloon membabitkan kos RM4.3 juta iaitu rumah kediaman sebanyak RM1.4 juta dan bahagian lanskap sebanyak RM2.9 juta.
Dalam sidang media yang sama, Mahfuz yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat, mengharapkan Kerajaan Kedah mengikuti langkah Selangor yang memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk Adun Pembangkang walaupun disifatkan sebagai satu penghinaan kepada mereka.
"Sebenarnya, Pakatan Rakyat Kedah juga mempunyai perancangan, andainya diberi mandat oleh rakyat sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, akan memberi peruntukan kepada Adun Pembangkang untuk membantu menyelesaikan urusan-urusan berkaitan kebajikan rakyat. Jadi saya harap kerajaan sekarang bolehla meniru macam apa yang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor buat," tambah beliau.
Terdahulu, Mahfuz telah menyempurnakan Program Santuni Denyutan Rakyat (Sedara) di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Lam sun, Telok Wan Jah di sini.
Hadir sama dalam program tersebut Adun Derga, Tan Kok Yew dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim. - HARAKAHDAILY 29/11/2014
Sumber HD - 29-11-2014

Kuin: Tindakan Kerajaan BN Kedah seperti menghina Agong
PAS Kedah mempertikaikan sikap Kerajaan Barisan Nasional Kedah yang berterusan menyalahkan Pakatan Rakyat dalam isu pembinaan Kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil.
Yang terbaru, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah mengatakan pembinaan kampus tersebut adalah kesilapan pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Hal ini jelas menampakkan BN menafikan bahawa betapa pentingnya sektor pendidikan untuk pembangunan modal insan dan BN lebih mementingkan soal untung rugi sahaja.
Ironinya, Kerajaan BN di peringkat Persekutuan dalam setiap kali pembentangan Bajet pastinya memberikan peruntukan yang tertinggi dalam sektor pendidikan. Yang terbaru untuk Bajet 2015, sebanyak RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan.
Pelaburan pendidikan adalah bersifat menguntungkan untuk jangka masa panjang, maka atas aspirasi inilah yang membuatkan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah ketika itu sanggup mengambil risiko bersusah payah untuk menaiktaraf kolej universiti tersebut. Dengan pembinaan kampus yang lebih selesa bersesuaian dengan pertambahan jurusan pengajian yang ditawarkan untuk menampung keperluan 7,000 pelajar.
Perbuatan Kerajaan BN Kedah membangkit dan mempersoalkan pembinaan Insaniah ini samalah seperti mempersoal dan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang telah memperkenan dan merasmi pembukaan kampus Insaniah yang menjadi lambang kebanggaan Kedah ini pada 29 Januari 2013.
Bukankah dengan terhasilnya ramai graduan Insaniah dalam pelbagai bidang akan dapat membangunkan lagi modal insan dan sekaligus menjadi penyumbang ke arah pembangunan Kedah sendiri?
Sesungguhnya, pelaburan untuk pembangunan modal insan amatlah tidak ternilai harganya. Amatlah malang apabila pembinaan Insaniah ini dikatakan membazir, sedangkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sanggup berbelanja jutaan ringgit hanya untuk membuat pengubahsuaian kediaman rasmi beliau berserta taman pokok kurma.
Bukankah RM4.3 Juta wang rakyat dibelanjakan untuk kepentingan kecantikan dan kemewahan itu adalah satu pembaziran yang nyata?
PAS Kedah mendesak Kerajaan Barisan Nasional agar mengambil sifat tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang telah dipilih rakyat pada PRU13 yang lalu untuk menyelesaikan isu Insaniah ini dengan sebijaknya.
Usah kerana dendam politik sehingga sanggup menggadaikan harapan dan impian sekalian rakyat yang ingin melihat Insaniah terus mekar berkembang ke tahap yang lebih cemerlang. - HARAKAHDAILY 22/11/2014
Penuis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Sumber HD - 22-1-2014

K'jaan Kedah diminta atasi air dari kuari bertakung
BALING: Pemilik tanah di kawasan berdekatan projek kuari pasir di Kampung Kuala Sedim, Kuala Ketil dekat sini, meminta kerajaan Kedah agar menghentikan kerja-kerja menyedut pasir berdekatan kampung berkenaan.
Penduduk mendakwa tanah dan kawasan tanaman pokok kelapa sawit serta getah milik mereka dimasuki air berikutan penghadang kawasan kuari dengan tanah mereka runtuh dan masalah itu sudah berlarutan sejak lebih setahun lepas.
Air daripada projek kuari pasir itu bertakung di kawasan tanaman getah dan kelapa sawit mereka sehingga sebulan kerana pengusaha kuari pasir terbabit tidak mengendahkan masalah tersebut.
Pemilik tanah dan penduduk di kampung berkenaan berkata mereka sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti Pejabat Tanah Daerah Baling serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.
"Walaupun aduan sudah dibuat ke Pejabat Tanah Daerah Baling, tiada sebarang tindakan dilakukan kerana sehingga kini pengusaha kuari pasir berkenaan masih rakus menyedut pasir dari kawasan berdekatan tanah kami," kata seorang pemilik tanah, Abd Rahman Hashim, 65.
Beliau kesal kerana pihak berkuasa tanah daerah dan JPS gagal bertindak walaupun kejadian itu telah lama berlarutan.
Katanya apabila berlaku hujan lebat dan air dalam kawasan kuari melimpah, tanahnya yang ditanam dengan kelapa sawit ditenggelami air selama beberapa minggu.
Difahamkan kuari pasir itu telah beroperasi lebih lima tahun lepas tetapi masalah mula timbul sejak kebelakangan ini apabila dinding penghalang itu runtuh, menyebabkan air sering memasuki kawasan tanah penduduk kampung.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Sedim, Zainal Yaakob berkata penduduk kecewa kerana tidak ada sebarang tindakan daripada mana-mana pihak.
Beliau berkata pemilik tanah di kampung berkenaan berdepan masalah hakisan dan limpahan air ke kawasan tanah mereka, berpunca daripada kerja-kerja kuari pasir di kawasan itu dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada pelbagai pihak di daerah Baling, namun tiada sebarang tindakan diambil.
"Ke mana lagi kami nak mengadu masalah kami kerana semua pihak tidak bertindak membantu kami dalam masalah kuari pasir ini yang mengancam tanah pemilik kampung," katanya.
Beberapa pihak yang berkaitan dengan isu itu, ketika dihubungi Bernama enggan mengulas. - Bernama
Sumber HD - 9-11-2014

Ku Nan: Pemuda PAS Kedah buat laporan Polis
ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah hari ini membuat laporan polis ke atas kenyataan Setiausaha Agong Umno yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat.
Tengku Adnan dilaporkan berkata demikian dalam ucapannya pada 2 November lalu pada program Multaqa Kebangsaan Biro Agama Umno.
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Nasir Zakaria pada jam 2.00 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini.
Dalam kenyataanya, Mohd Nasir berkata, Pemuda PAS Kedah memandang berat dan serius tuduhan rambang dan tidak bertanggungjawab oleh Tengku Adanan ini dan menuntut beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang tersasar tersebut.
"Buat pengetahuan Tengku Adnan, Fasal 3 Perlembagaan PAS menegaskan bahawa Dasar PAS ialah Islam dengan seruannya Allahu Akbar. Fasal 5 pula menegaskan bahawa tujuan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.
"Fasal 6 pula menegaskan usaha-usaha PAS antaranya menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan, diikuti Fasal 7 yang menegaskan hukum yang tertinggi dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul,Ijma Ulama dan Qias.
"Fasal 8 pula memperuntukkan penubuhan Majlis Syura Ulamak bagi memandu dan menjamin segala aktiviti PAS sentiasa bertepatan dengan dasar PAS iaitu Islam. Peruntukan perlembagaan inilah yang menegaskan kedudukan PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam seumpama ini tidak terdapat dalam perlembagaan parti Umno yang didokong oleh Tengku Adnan," jelasnya.
Mohd Nasir turut membidas dakwaan Tengku Adnan mengatakan Umno sebagai parti Melayu yang boleh memastikan akidah umat Islam terpelihara.
"Ini adalah tersasar dari realiti yang sebenar. Sepanjang merdeka sejak 1957, Umno sebagai parti pemerintah yang berkuasa telah membiarkan pemikiran dan akidah yang rosak berkembang seperti sekular yang memisahkan agama daripada politik, pluralisme beragama yang melihat semua agama adalah sama membawa ke syurga dan liberalisme beragama yang mempertikai hukum-hakam Islam.
"Malah usaha menegakkan syariat Islam seperti undang-undang jenayah Islam masih gagal dinobatkan dan tidak dipandang serius oleh Umno selaku pemerintah yang mengaku Islam.
"Sekali lagi Pemuda PAS Kedah mendesak Tengku Adnan menarik kembali tuduhan tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang," ujarnya lagi.
Mohd Nasir turut ditemani oleh jawatankuasa Pemuda PAS Kedah serta Setiausaha Ulama PAS Kedah yang juga Adun Alor Mengkudu, Ustaz Ahmad Yahaya. – HARAKAHDAILY 5/11/2014
Sumber HD - 5-11-2014

Wanita mundar-mandir sebelum terjatuh ke dalam sungai
SUNGAI PETANI: Seorang guru wanita dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil dekat sini.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa, Siti Hajar Bakar, 48, yang dikatakan terjatuh ke dalam sungai berkenaan pagi semalam masih dijalankan setelah usaha yang dilakukan sejak petang semalam oleh anggota penyelamat tidak menemui mangsa.
Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Rosdi Ismail berkata kawasan operasi pada hari ini diperluaskan bagaimanapun keadaan air sungai yang keruh serta deras melambatkan kerja-kerja mencari.
Beliau berkata lapan anggota unit Skuba terbabit dalam operasi itu dengan dibantu tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Petani.
Turut membantu dalam operasi itu anggota polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk tempatan serta kaum keluarga mangsa, katanya di sini hari ini.
Anggota Bomba terpaksa menggunakan bot sepanjang operasi kerana keadaan Sungai Muda yang dalam dan berarus deras.
Beberapa penduduk kampung mendakwa melihat seorang wanita mundar-mandir di atas jambatan Syed Omar berhampiran Kampung Pantai Cicar kira-kira 7 pagi semalam.
Rosdi berkata pihaknya mendapat petunjuk mangsa terjatuh ke dalam Sungai Muda kerana ada kesan tapak kaki di atas paip besar di jambatan itu serta penemuan sebelah selipar yang disahkan milik mangsa.
"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan awalnya di dua kawasan berdekatan termasuk kawasan semak dan ladang kelapa sawit berdekatan tempat kejadian dan dalam sungai di mana mangsa dipercayai terjatuh," katanya.
Mangsa yang tinggal di kawasan perumahan Taman Petani Jaya di sini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang di sini, datang ke kawasan kejadian dengan memandu kereta dan meletakkan kenderaannya di tepi jalan raya berdekatan Kampung Pantai Cicar. - Bernama
Sumber HD - 30-10-2014

Ustaz Izzat, pemergianmu amat berat untuk dihadapi
Penulis (kanan) bersama Almarhum dan Ustaz Ahmad Yahaya.
TERNYATA, pemergian Almarhum Ustaz Izzat Shauqi pada jam 11.10 malam (13 Okt 2014) amat mengejutkan saya. Kesedihan ini pastinya bukan sahaja dirasai oleh keluarga Almarhum bahkan turut dirasai juga oleh semua kader-kader dakwah yang dibentuk oleh Almarhum. Juga teman-teman seperjuangan beliau sama ada dalam Dewan Pemuda PAS Pokok Sena, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah serta keseluruhan pendukung jamaah Islam.Sejak mendapat berita ini hanya doa sahaja dapat dititipkan dari jauh moga Almarhum Ustaz Izzat Shauqi ditempatkan Allah swt bersama orang-orang yang beriman serta amal soleh Almarhum diterima Allah.. Amin.
Termenung seketika memikirkan kenangan serta jasa Almarhum yang cukup banyak sama ada pada diri yang faqir ini dan juga gerakan Islam yang tercinta ini.
Semuanya adalah peluang dakwah
Seingat-ingat saya, perkenalan dengan Ustaz Izzat Shauqi bermula pada Disember tahun 2006 apabila saya di minta oleh Ustaz Ahmad Yahya (kini Yang Berhormat) untuk membantu Madrasah Taklimiah al-Khairiah (MTK) di Tok Keling, Alor Mengkudu yang menganjurkan Kem Bina Insan. Satu program tahunan MTK kepada masyarakat di samping untuk mencari dana pembangunan MTK sendiri. Ketika itu Ustaz Izzat Shauqi menjawat jawatan Guru Penolong Kanan di MTK.
Banyak yang saya bualkan dengan Ustaz Izzat sepanjang program tersebut. Antara yang diluahkan kepada saya ialah sikap orang Melayu yang tidak mengutamakan pendidikan Islam serta kefahaman agama kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang meningkat remaja tanpa kefahaman agama ini mudah rosak serta terlibat dengan gejala sosial dan akhirnya akan mengganggu pendidikan mereka di sekolah. Apabila sudah dibuang sekolah menengah, barulah terkial-kial datang ke sekolah agama rakyat (SAR) seperti MTK untuk belajar dan ditarbiah. Pada usia 16 dan 17 tahun, ia bukan perkara yang mudah.
Namun kata Ustaz Izzat Shauqi, kita yakin dengan agama, yakin dengan al-Quran. Seteruk manapun jiwa yang datang, jiwa itu kosong. Maka jika disiram dengan tekun, mereka pasti berubah menjadi manusia yang benar-benar manusia. Inilah peluang dakwah yang ada pada para pendidik yang belum tentu ada pada profesion lain.
Dari sekolah atap kepada Yang Berhormat
Pada pilihanraya umum yang ke-12, saya teruja apabila mendapat tahu Ustaz Izzat Shauqi dicalonkan oleh PAS Kedah bagi bertanding di kerusi Dun N9 Bukit Lada. Selain Ustaz Izzat Shauqi hanya beberapa calon lain sahaja yang bertanding di Dun Kedah dari suara pemuda. Ustaz Izzat Shauqi yang mewakili PAS berhadapan dengan Dato Ariffin Man dari BN yang mana calon BN tersebut jauh lebih berpengalaman serta berusia. Perbezaan umur mereka kira-kira 17 tahun. Namun ia tidak menjadi halangan buat Ustaz Izzat Shauqi, beliau menang kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 208 undi.
Kemenangan Ustaz Izzat Shauqi telah mencatat sejarah yang tersendiri, pada usia 29 tahun beliau menjadi Yang Berhormat termuda dalam sidang Dun Kedah. Beberapa tahun selepas itu dilantik pula sebagai Timbalan Speker Dewan Undangan Negeri Kedah bagi menggantikan YB Abdul Ghani Ahmad yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru.
Perubahan status ini langsung tidak menghalang beliau untuk rapat dan mesra dengan sahabat-sahabat yang lain. Disantuni kami semua sama seperti mana beliau yang dulu. Beberapa kali hadir ke Kuching Sarawak ketika saya masih di sana untuk terus menyebarkan risalah Islam. Jika kita menghubungi beliau dengan panggilan telefon dan tidak berjawab, Ustaz Izzat Shauqi pasti akan menghubungi kita semula selepas itu. Beliau juga begitu tekun memenuhi jemputan kuliah, ceramah serta acara-acara lain sama ada dianjurkan parti, kerajaan mahupun masyarakat setempat.
Kenangan akhir
Ketika pulang ke Kedah sekitar pertengahan bulan September yang lalu, saya dijemput kuliah di Masjid Alor Madi, Anak Bukit. Alhamdulillah, kehadiran yang memberangsangkan daripada masyarakat sekitar. Selepas kuliah baru saya tahu, bahawa kehadiran saya pada malam itu adalah untuk menggantikan kuliah mingguan Ustaz Izzat Shauqi. Mendapat maklum bahawa kesihatannya banyak terjejas dan sudah dimasukkan ke hospital.
Kali terakhir berjumpa dengan Ustaz Izzat Shauqi kira-kira setahun yang lalu di Pantai Samila Beach Thailand. Perjumpaan tanpa dirancang, difahamkan Ustaz pada ketika itu bersama bondanya menziarahi sanak saudara mereka di sana. Banyak perkara yang kami bualkan apatah lagi pada ketika itu PAS baru sahaja hilang Kerajaan Negeri Kedah. Perbincangan agak panjang lebar sambil menghadap laut, sekali sekala wajahnya disentuh lembut bayu. Hasratnya masih besar, matlamatnya masih sama, Islam harus didaulatkan semula.
Perginya tentu disambut dengan kesedihan, namun semangat dan ruh perjuangan Almarhum tetap bersama kita semua dan obor perjuangan ini tetap akan diteruskan. Ketika saya menulis secebis kisah pengalaman ringkas ini, tentunya jasad Almarhum telah pun selamat disemadikan. Berhampiran insan-insan hebat yang lain, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Almarhum Ustaz Shauqi Ibrahim dan Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak.
Buat sahabatku Ustaz Izzat Shauqi, pemergianmu amat berat untuk dihadapi oleh kami semua. Moga rahmat dan kasih sayang Allah bersamamu... Amin.
19 Zulhijjah 1435H
Sumber HD - 14-10-2014
Selamat jalan wahai sahabatku
Almarhum Ustaz Ahmad Izzat kembali ke sisi Penciptanya di usia muda, belum 40 tahun.
Tahun 1997 ana mula menjadi guru di Madrasah At Taklimiah Tok Keling dia baru tingkatan 5.
Almarhum pelajar cerdik dan petah berpidato. Setahun selepas itu Almarhum lanjutkan pelajaran ke Mesir. Jika balik bercuti Madrasah Taklimiah tempat khidmatnya.
Begitu juga selepas tamat pengajian di Mesir sehingga dipilih sebagai Adun Bukit Lada tahun 2008.
Almarhum adalah kebanggaan Madrasah sebab dia anak sulung Madrasah yang diasaskan pada tahun 1992.
Almarhum kembali ke sisi Penciptanya ketika menjawat pelbagai jawatan dalam jamaah antaranya"
Timbalan Ketua DPPNK
Ketua Penerangan DUPNK Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Kedah
Ketua Dewan Pemuda PAS Pokok Sena
Pengerusi Lmbaga Tadbir Smidu Pengerusi Lmbaga Tadbir Sridu Penolong SU Lmbaga Tadbir Madrasah At Taklimiah
Guru di Makarimul Akhlak
Guru Umumi di seluruh negara.
Amanah yang begini banyak dipikul menggambarkan tingginya komitmen beliau kepada jamaah dan tinggi juga keyakinan jamaah kepadanya.
Amanah sebagai pendidik di sekolah dan dalam masyarakat bukti tingginya ilmu dan keupayaannya.
Jam 11.10 malam tadi PAS Kedah kehilangan anak muda yang sukar dicari ganti.
Pemuda Kedah dan Pokok Sena kehilangn pemimpin. Ummah juga kehilangan guru umumi yang disegani.
Anak murid di sekolah kehilangan pembimbing. Apatah lagi ahli keluarga dan 5 anak yang menjadi yatim.
Namun jasa Almarhum akan terus dikenang di sisi manusia. Kebaikannya akan diganjarkan balasan terbaik di sisi Allah...Selamat jalan wahai sahabatku, taman-taman Syurga menantimu...
Catatan YB Ustaz Ahmad Yahaya

Pesta buang pekerja kerajaan BN
INGAT lagi cerita Yiked Holdings Sdn Bhd (YIKed) yang disaman RM11 juta di penghujung pentadbiran Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak dahulu?
Menurut fakta kes, mahkamah telah mengarahkan YIKed membayar RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn Bhd. Ia ekoran kegagalan YIKed menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama dengan syarikat berkenaan dalam satu projek besar yang telah dimulakan sejak zaman Menteri Besar BN, Tan Sri Osman Aroff lagi.
Long Island Development Sdn Bhd iaitu syarikat bersama YIKed dan Long Island Properties bertanggungjawab menebus 16 keping tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad tetapi telah gagal berbuat demikian.
Rentetan itu, syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambil alih pinjaman tidak berbayar Southern Finance Berhad bertindak menyaman YIKed RM11 juta dan telah berjaya di mahkamah.
YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300,000 bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan dibayar ansuran sehingga bersambung di bawah pentadbiran Dato' Paduka Mukhriz Mahathir yang mengambil alih Kedah pada Mei 2013.
Jumlah RM11 juta yang dibazirkan angkara kerajaan BN sebelum Mac 2008 termasuk dalam senarai RM403 juta penyelewengan dan pembaziran yang berlaku di zaman BN dahulu. Ustaz Azizan terpaksa berhempas pulas mencari duit untuk melunaskan semua pembayaran yang dipaksakan itu. “Tak dak duit nak bayar, aku tebang balak,” seloroh Ustaz Azizan dalam satu sidang media di Stadium Suka Menanti.
Hebatnya pentadbiran Ustaz Azizan, bagaimana tenat pun menghadapi masalah kewangan dalam GLC beliau tidak pernah mengizinkan tindakan zalim memecat staf hanya kerana kekangan kewangan. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah antara yang hadapi masalah kewangan sehingga gaji lewat dibayar.
Pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat berusaha mencari duit menyelesaikan masalah yang berlaku. Namun membuang pekerja sewenang-wenangnya tidak berlaku.
Hari ini seluruh negara dikejutkan dengan tindakan YIKed (merupakan anak syarikat Yayasan Islam Negeri Kedah) memberhentikan 28 staf serentak dengan alasan prestasi syarikat tidak memberangsangkan, syarikat menanggung perbelanjaan operasi yang tinggi, perolehan tidak dapat menampung kos operasi dan alasan penstrukturan semula syarikat.
“Saya difahamkan, pemberhentian dilakukan secara sukarela dan tanpa paksaan,” ujar Exco kerajaan negeri Dato' Mohamad Rawi Abdul Hamid. Jurucakap 28 staf yang dipecat, Fadhlurrahman Zawawi pula menegaskan bahawa kesemua staf diberhentikan tanpa sukarela. Cakap Exco yang tidak boleh dipakai. Dalam keadaan negara mengalami kemelesetan ekonomi, kedudukan kewangan rakyat yang gawat akibat kenaikan kos sara hidup dan sukarnya rakyat untuk mendapat peluang pekerjaan; tidak munasabah staf Yiked mahu diberhentikan secara sukarela.
Antara yang diberhentikan, ada yang sudah berkhidmat sehingga 17 tahun dan kesemua staf adalah bertaraf pekerja tetap. Hilang pekerjaan adalah merupakan perkara besar. Banyak komitmen yang ditanggung oleh mangsa daripada perbelanjaan harian hinggalah ansuran tetap bulanan untuk semua pinjaman yang perlu dilunaskan. Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan baharu dengan segera.
Baru bulan lalu, Dewan Undangan Negeri Kedah dikejutkan dengan pendedahan pembangkang perihal kegagalan projek pertanian Kedah Agro di Bukit Tangga. Ramai pekerja yang diberhentikan atau lari begitu sahaja setelah tidak menerima gaji dalam tempoh yang panjang. Semuanya gara-gara kegagalan kerajaan BN menguruskan projek dengan baik, rugi dan tiada sumber kewangan untuk meneruskan.
Dalam isu pemberhentian staf YIKed, kerajaan negeri bersikap lunak kononnya sedia membantu mereka yang diberhentikan kerja. “Saya akan cuba bantu mereka sebaik mungkin,” janji Mukhriz penuh lunak apabila diajukan persoalan pemberhentian staf YIKed itu. Janji seumpama itulah juga yang dibuat dahulu terhadap staf Insaniah Holding yang tidak dibayar gaji berbulan-bulan sejak BN ambil alih kerajaan. Akhirnya ramai yang tidak tahan dengan penderitaan yang ditimpakan mengambil jalan keluar dengan berhenti.
Sebagai Menteri Besar, Mukhriz sudah tahu dari awal pembuangan pekerja beramai-ramai di YIKed. Kalau nak tolong tak berlaku berlakon, sediakan dahulu tempat alternatif untuk mangsa pemberhentian. Atau serapkan mereka ke dalam pentadbiran negeri. Hakikatnya, tiada tempat lagi yang boleh diisi dalam kerajaan atau GLC. GLC lain juga sedang alami penstrukturan. Ada staf yang sudah dibuang dan akan dibuang. Staf sedia ada pun nak dikurangkan, maka tak berbangkit lagilah pengambilan staf baharu. Semua itu cuka lakonan lunak BN Kedah dengan bermain kata-kata.
Semua yang berlaku menunjukkan betapa BN gagal menguruskan dengan baik GLC. Syarikat yang boleh buat untung pun tenat, apatah lagi yang syarikat yang tidak memberangsangkan. Kemungkinan ditutup lebih banyak daripada terus beroperasi.
Sejak berzaman BN mempamerkan rekod pengurusan GLC yang sangat teruk. ‘Kemampuan’ mereka hanyalah menguruskan duit yang disediakan oleh Pusat. Untuk menambah dana negeri dengan mencari sendiri, maaflah memang BN tiada kemampuan.
Baru-baru ini akibat terlalu boros dan habis duit dalam kantung negeri, maka Majlis Mesyuarat Exco terpaksa minta peruntukan tambahan dari Pusat sebanyak RM4 juta. Pusat luluskan tetapi tiada ramai tahu kemana menghilangkan duit tersebut.
Dari awal kita sudah menjangkakan bahawa menyerahkan pentadbiran kerajaan dan GLC kepada BN ibarat menyerahkan bunga pada kera.
Namun apa boleh buat, rakyat terbanyak yang buat pilihan. Sekarang rakyat terbanyak Kedah juga ramai yang menyesal. Kesilapan mengundi BN terpaksa ditanggung dalam tempoh agak panjang. – HARAKAHDAILY 29/9/2014
Sumber HD - 29-9-2014

Jadikan Harakah 'akhbar dalam usrah'
PASCA Muktamar Tahunan PAS ke-60, atau pun sebelumnya, saya tidak berminat menulis dan mengulas isu konflik secara terbuka. Apabila membaca akhbar Harakah keluaran beberapa minggu lalu, saya tertarik dengan sisipan Fikrah yang mengenengahkan fungsi dan kemampuan Harakah sebagai medan dakwah dan siasah yang baik.
Saya fikir ada baiknya saya menulis serba sedikit kenangan indah saya bersama akhbar rasmi PAS ini. Harakah adalah akhbar yang kekal bertanggungjawab secara istiqamah hingga kini.
Setiap gerakan Islam yang hebat pasti ada wadah media yang menjadi proksi aau lidah rasmi yang mengiringi perjuangan mereka. Akhbar, majalah, jurnal atau risalah adalah antara bahan utama yang membantu gerakan Islam sejak awal gerakan muwajahah silmiyyah diperkenal oleh Ikhwanul Muslimin.
Teringat saya kisah indah kehebatan akhbar-akhbar Ikhwan yang dinukilkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi di dalam buku 'Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun'.
Akhbar Al Ikhwan bukan sahaja dijadikan bahan dakwah dan agenda siasah Ikhwan, malah ia diambil kesempatan pula oleh Imam Hassan Al Banna untuk menulis secara berkala dengan membawa agenda tarbiyah sebagai agenda besar. Kuliah setiap hari Selasanya dijadikan Risalah Selasa dan juga dimaktubkan di dalam akhbar Ikhwan.
Hal ini bagi saya tidak pelik malah ia juga amalan di Malaysia, Mursyidul Am PAS dan Presidennya tidak kering idea dan ilmu untuk terus menulis secara istiqamah dalam kolum khas nasihat dan tafsir mereka masing-masing.
Malah jika tidak salah saya, Presiden kita, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengulas tafsir dalam kolumnya sebelum menjadi presiden lagi.
Inilah pengiktirafan berterusan Harakah kepada generasi ulama dan tuan guru-tuan guru berkaliber yang ada di dalam PAS. Kolum itu menjadi kegemaran saya dan saya secara berkala masih mengumpul dan meneliti bahan-bahan kedua-dua tuan guru itu.
Kepada mahasiswa atau aktivis yang bukan aliran agama, bahan seperti ini sahaja pun mampu menyebabkan anda berkebolehan untuk bertazkirah jika anda memanfaatkan tulisan-tulisan ini.
Saya tertarik dengan saranan Haji Ishak Surin, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu yang menyarankan agar golongan yang ‘berada’ atau berkemampuan untuk membeli Harakah dan menajanya untuk diedar kepada para pengundi, penyokong atau pihak yang tidak mengundi PAS.
Bahan dalam Harakah sarat dengan isi tiga elemen tarbiyah, dakwah dan siasah. Ia mampu melunak hati yang keras untuk menerima kebenaran. Persoalannya ia perlu dibaca dengan ‘istiqamah’ dan itulah peranan kita memastikan bahan ini secara konsisten sampai ke tangan mereka.
Saranan YDP Batu itu tidak baru, suatu ketika Ustaz Idris Ahmad juga pernah menyarankan untuk ahli PAS meletak Harakah di rumah-rumah pengundi dan kedai-kedai kopi untuk dijadian bahan sembang, bahan diskusi semasa ‘mengeteh atau mengopi’.
Semasa saya menjadi Ketua Penerangan MTD Sungai Rapat sepanjang pilihan raya lalu, saya pernah membuat kertas kerja khas bagaimana UPU perlu menyahut seruan Ustaz Idris yang telah beliau bentang dalam Liqa’ Fikri PAS Perak sebelum itu malah saranan itu juga dimuatkan dalam artikel tetap Ustaz Idris dalam Harakah. Alhamdulillah ada UPU yang menyahut seruan dan memandang penting agenda ini.
Suatu ketika pasca pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Harakah menjadi terlalu laris bagaikan ikan yang naik ke darat sebelum tsunami. Saya menghayati fenomena itu kerana saya antara penjual Harakah di antara tahun 1998 hingga 2002.
Bapa saya sebagai pesara guru telah memiliki sebuah kedai ubatan tradisional dan kitab telah menjadikan Harakah sebagai salah satu bahan jualan kami.
Untung tidak ke seberapa tetapi kepuasan memberi bahan yang amat ditagih ketika itu cukup terasa. Mungkin itulah perasa pengedar dadah, berasa puas memberi bahan tagih kepada para penagih, jika boleh diumpamakan.
Kami terpaksa menunggu bekalan Harakah di Taman Brown Pulau Pinang daripada Pak Ibrahim (pengedar tahun-tahun itu). Kami juga terpaksa menjadi tukang angkut kepada pengedar Harakah lain yang tidak sempat ke Taman Brown setiap kali keluaran muncul. Harga ketika itu adalah RM 1.30. Sekali gus hubungan kami sesama penjual menjadi erat. Pembeli Harakah ketika itu ada yang berseloroh, "dadah dah sampai belum, kami gian dah ni."
Pada zaman yang belum dipengaruhi sihir media sosial dan gajet, akhbar cetak seperti Harakah menjadi tumpuan dan ia paling terserlah berbanding akhbar pembangkang lain. Ada yang ingin menjadi pengedar ‘segera’ mengambil bekalan kepada kami tanpa mahu mengambil untung dan dijual dengan harga yang sama. Fenomena apakah ini?
Ya, para petugas PAS ketika itu sanggup menjadi kaki tangan Haraah secara tidak rasmi kerana Harakah benar-benar memacu GERAK, Reformasi dan segala kebangkitan ketika itu.
Kami jual hingga ke pasar tani dan pasar malam. Hari ini kita tidak lihat lagi suasana menjual Harakah secara gerai ke gerai. Saya pernah melakukannya apabila Harakah Isnin tiba, kami yang juga memiliki gerai di Pasar Tani Ahad di Balik Pulau, mengelek Harakah untuk dijual daripada seorang ke seorang, gerai ke gerai ala-ala ‘salesmen’ kerana Harakah dikehendaki segera oleh pembaca.
Ayat ‘Harakah satu’, 'mai aku punya satu;, ‘bagi stok lebih sikit’ adalah ayat yang saya masih ingat semasa menjual ala ‘salesmen’ dahulu. Ada juga yang ‘nakal’. Melempar Harakah yang saya hulur di hadapan saya. Oh ya, ketika itu penyokong Dr Mahathir Mohamad kan masih ada. Mereka cukup bencikan Harakah.
Apabila fenomena Harakah dikesan juak-juak Dr Mahathir maka beliau geledah dan rampas Harakah sesuka hati. Stok tergencat banyak kali. Ramai yang marah-marah pengedar seperti kami. Harakah dijadikan keluaran dua kali sebulan!
Tidak masuk akal dan harga menjadi RM2.50. Harakah cukup tebal dan tidak mampu membuat liputan semua berita kena semuanya hangat dan panas. Harakah 'kembali normal' cuma harga tidak kembali ke RM1.30. Harga RM2 cukup murah bagi anda memiliki jurnal haraki seperti Harakah.
Harakah bermaksud gerakan. Secara bahasa dan istilahnya, Harakah memang telah terbukti menjadi akhbar gerakan dan ia bergerak secara istiqamah.
Merujuk tema Ucapan Rasmi Presiden PAS baru-baru ini, ‘Terus istiqamah’, Harakah telah lama beristiqamah dalam membawa mesej lidah jemaah. Dalam mengharungi krisis MB Selangor, Harakah menjadi lidah yang mengembali fokus, tidak bersifat batu api sepertimana sihir media sosial, terus membawa isu kepincangan Barisan Nasional, mengenengah isu ekonomi, mustadhafin dan luar negara walaupun krisis kelihatannya lebih diminati oleh ahli PAS.
Tidak hairan portal talian, meda sosial lebih diminati ahli PAS berbanding Harakah saat ini kerana Harakah tidak mengapikan krisis.
Saya teringat kata-kata Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam Persidangan ICT & Media Baru 2011 di KUIZM, beliau menegaskan media sosial dan media alternatif bukan mukjizat yang boleh membangkitkan rakyat atau mencorak sesuatu revolusi atau perubahan.
Ia hanya menghebahkan dan menyemarakkan maklumat sahaja tanpa ada etika jurnalisme dan etika kewartawanan yang berkesan. Selalunya tiada nilai pertanggungjawaban dalam menghebah atau menulis di media sosial. Inilah bezanya dengan Harakah yang masih terikat dengan disiplin yang ketat.
Kenyataan dalam talian cukup pantas dan segera kadangkala tidak melalui proses perenungan matlamat, faktor luaran dan kesam akibat sesuatu penulisan.
Tidak seperti akhbar terbit /cetak yang terpaksa melalui proses demi proses sebelum dicetak. Kerana itu tulisannya matang.
Saya menjadikan Harakah sebagai materi utama dalam kerja 'news monitoring' saya saban bulan. Sejak tahun 2007 hingga kini koleksi buku skrap pemantauan isu telah berpuluh-puluh dan isi perutnya kebanyakkan daripada Harakah.
Kerja 'research' dan meneliti isu secara belakang tabir yang saya lakukan beberapa tahun lalu untuk beberapa pemimpin jemaah juga mengambil manfaat daripada kerja 'news monitoring' yang saya lakukan tanpa mengira jawatan, masa dan tanpa arahan sesiapa. Ia hobi, minat dan kesungguhan yang terbit kerana saya tida tergamak 'me-‘let go’ Harakah lama saya sebagai pembalut nasi lemak dan kepada pihak 'recycle paper' sebelum saya membedah isi Harakah itu. Bak kata Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dalam video biografi yang saya tonton beberapa tahun lalu, kata beliau Harakah umpama jurnal dan bahan separa akdemik ilmiah yang padat. Membacanya perlu teliti dan bersungguh. Jika membaca dan meneliti Harakah, insya Allah manfaatnya akan dirasai. Itulah antara ungkapan Mursyidul Am dalam video berkenaan jika saya tidak tersilap ingat.
Sejak mendengar ucapan itu, saya cuba mengajar diri saya membaca dengan tekun isi Harakah. Agenda tarbiyah juga telah lama menjadi agenda besar Harakah. Kolum dua tuan guru kita, kolum Ustaz Zainudin Hashim, Abdul Shukor Harun, dan kolum Ustaz Idris Ahmad.
Tetapi adakah ia menjadi bahan bacaan ‘istiqamah’ ahli PAS. Adakah ahli PAS menitikberatkan menjadikan kolum ini sebagai bacaan wajib dalam usrah-usrahnya?
Jika di sekolah adalah majalah dalam darjah, ada akhbar dalam darjah, apa salahnya dalam usrah iaitu bilik darjah dalam jemaah diadakan akhbar dalam darjah iaitu Harakah?
Saya yakin Harakah belum dimanfaat sepenuhnya oleh ahli dalam medan diskusi. Hal inilah yang mengganggu keseimbangan tiga elemen pemusatan kerja dalam jemaah. Elemen tarbiyah menjadi dingin, lesu, malap dan mandom.
Saban muktamar mengumandang idea tarbiyah yang dinamik tetapi hakikatnya agenda mudah membedah Harakah pun belum mampu diistiqamahkan oleh ahli dan para naqib dalam PAS bagaimana ingin dinamik lagi?
Presiden Teras, Cikgu Azmi Abd Hamid ada mengulas bahawa Harakah telah menjadi media 'mainstream'. Saya juga mengikuti pemikiran dan kerja buat beliau dalam NGO Mapim di Utara. Beliau antara pembaca Harakah yang tegar, setegar dua tuan guru kita yang membaca Harakah walaupun di dalam wad. Ia kekal 'mainstream' sudah berdekad usianya sejak tahu 1987.
Sejarah menyaksikan akhbar kebangkitan rakyat lain tidak mampu kekal seperti Al Imam, Pengasoh, Neracha dan juga zaman kita ini bebrapa nama akhbar yang tidak perlu kita nyatakan namanya telah terpadam penerbitannya. Mungkin kita boleh berkata akhbar Islamis yang diharam berkenaan dilakukan oleh penjajah dan Harakah muncul di zaman moden 1980-an. Tetapi realitinya Harakah bertahan dan ia mampu kekal.
Faktor utama adalah ia akhbar yang berpenyokong. Semasa saya menulis untuk Era Pakatan pada tahun 2009, akhbar yang mulai naik nama itu padam di pertengahan jalan. Ia tiada pendukung yang mahu membelanya semasa aktiviti ‘penyaun’ mengeledah dan merampas naskhah Era Pakatan ketika itu. Mereka rugi ribuan ringgit.
Maka perlu kita sedarkan kepada para ahli dan penyokong label akhbar untuk ahli PAS sahaja jangan dianggap sebagai ancaman Akta Cetak sahaja. Anggaplah ia satu motivasi bahawa ahli PAS perlu muhasabah kerana masih ramai ahli PAS yang tidak berselera membaca Harakah akhbar jemaah sendiri malah lebih gemar membaca akhbar rakan Pakatan Rakyat yang lain walaupun ia tidak menjadi kesalahan.
Saya mendoakan Harakah terus istiqamah dan kekal dalam perjuangan memartabat Islam dan rakyat di Malaysia.
Penulis adalah AJK DPP Sungai Petani, Timbalan Ketua Penerangan DPP Negeri Kedah.
Sumber HD - 25-9-2014
Terima kasih dan sokong lagi
Terima Kasih Dan Sokong Lagi. Ini Hadiah Buat Peniaga Di Alor Setar Kedah
Pada macai ini tidak menjadi masalah, RM120 apalah sangat, peniaga tidak akan terbeban pun. Inilah mentaliti pemikiran dalam minda macai Umno BN dan pemimpin BN, apa sahaja kenaikan sudah pasti tidak akan membebankan rakyat, hakikatnya rakyat sengsara. Pendapatan tidak seberapa diberi pulak kepada kerajaan negeri.
Sumber HD - 9-9-2014
Kisah Mukhriz dan ‘ladang kurma’ termahal
DATO' Paduka Mukhriz Mahathir mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi Menteri Besar yang tidak menetap di Kedah. Beliau hanya ‘membujang’ di Kedah sedangkan anak isterinya tinggal di Kuala Lumpur. Sebab itu isteri Mukhriz jarang bersama dalam majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan.
Setahun menjalani kehidupan seperti itu menyebabkan beliau mula menerima kritikan daripada para pemimpin kerajaan serta rakyat negeri ini. Mereka nampak Mukhriz semacam tidak serius untuk menjadi anak Kedah tulen. Tidak munasabah Menteri Besar Kedah tidak menetap di Kedah bersama keluarganya.
Mungkin kerana itu beliau membuat keputusan untuk tinggal di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon. Menteri Besar Kedah yang terakhir tinggal di rumah rasmi kerajaan itu ialah Dato’ Syed Omar. Tujuh menteri besar selepas itu, termasuk Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan tidak tinggal di Seri Mentaloon.
Yang mencetuskan kontroversi ialah apabila ubah suai yang dilakukan kerajaan BN terhadap kediaman rasmi tersebut, termasuk landskapnya adalah berjumlah RM4.3 juta! Ubah suai itu pula dilakukan hanya selepas tiga tahun kediaman itu diubah suai.
Dalam peristiwa banjir besar yang melanda Kedah pada 2010, Seri Mentaloon adalah antara kawasan yang turut diharung banjir. Maka selepas banjir terpaksalah dibaik pulih. Pada Mac dan April 2011, Seri Mentaloon diubah suai sekali lagi. Kali ini adalah untuk menyediakan penginapan yang sesuai (dengan keperluan Istana Negara) bagi menyediakan 'Istana Tetamu' untuk kegunaan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Kedah sempena berakhirnya perkhidmatan baginda. Gantinya adalah KDYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah sebagai YDP Agong ke-13.
Kerajaan Kedah bersiap selaras dengan sambutan yang wajar sebuah negeri kepada lawatan rasmi oleh ketua sebuah negara. Tiada hotel bertaraf lima bintang atau yang setara dengan keperluan Istana Negara di Alor Setar. Kediaman itu juga pernah menjadi 'Istana Tetamu' kepada Duli-Duli yang Maha Mulia Sultan beberapa negeri, termasuk Almarhum Sultan Johor dan Sultan Brunei sewaktu menghadiri acara di Kedah sebelum itu. Ubah suai yang dilakukan terhadap bangunan dan landskap itu menelan belanja RM1.4 juta, menjadikan kediaman rasmi itu bertaraf ‘lima bintang’.
Belanja RM1.4 juta itu, bukanlah pengubahsuaian bangunan, penambahan beberapa ruangan baharu dan hiasan dalam sahaja, malahan termasuk kerja-kerja di luar bangunan. Di bahagian luar dibina kolam air pancut berlampu, jalan pejalan kaki, ubah suai landskap, lampu-lampu dipasang di tembok pagar dan pokok-pokok di bahagian hadapan.
Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Mohd Noor mendedahkan bahawa angka RM1.4 juta itu mencetuskan kemarahan Ustaz Azizan. Baginya, jumlah tersebut terlalu mahal. Namun apa nak dikata, angka itu sampai ke pengetahuan Ustaz Azizan selepas kerja-kerja diselesaikan.
Kini kerajaan BN melakukan pengubahsuaian tanpa berlaku sebarang kerosakan pun. Memang tiada keperluan untuk melakukan ubah suai. Menurut maklumat yang dibocorkan, orang yang ‘mengatur’ perhiasan dalaman serta peralatan mewah yang perlu dimasukkan ke kediaman itu ialah isteri Mukhriz sendiri. Kontraktor dikatakan terpaksa merujuk kepada mahligai Mukhriz di Kuala Lumpur bagi mengenal pasti bahan-bahan yang akan digunakan dalam pengubahsuaian di Seri Mentaloon. Maksudnya, bagi memenuhi cita rasa isteri seorang menteri besar. Semua peralatan adalah jenama mewah dan mahal.
Pengubahsuaian kediaman sahaja bernilai RM1.4 juta. Manakala untuk bahagian landskap (luaran) kosnya adalah sebanyak RM2.9 juta. Bermakna jumlah keseluruhannya RM4.3 juta, jumlah yang cukup untuk membina sebanyak 215 unit rumah kos rendah yang bernilai RM20,000 sebuah.
Apa istimewanya landskap sehingga mencecah hampir RM3 juta? Ia cuma sebuah taman yang ditanam dengan pohon-pohon kurma. Mungkin mereka mendapat idea membuka ‘ladang kurma’ setelah melihat pokok kurma di Kota Bharu berbuah lebat. Bolehlah rasanya kerajaan BN Kedah meneruskan agenda Belanda Timur yang diasaskan Ustaz Azizan, Kedah muncul sebagai negeri pengeluar kurma yang utama di Malaysia. Cuma kos menanam pokok kurma sangat mahal, sepohon pokok bernilai hingga puluhan ribu ringgit. Semua ini menjadi bahan jenaka yang 'diviralkan' di media maya. - HARAKAHDAILY 2/9/2014
Sumber HD - 2-9-2014

Beli Harakah macam beli daun ketum
PERANAN media begitu hebat dalam memberikan pemahaman kepada rakyat sehingga mampu menjatuh atau membangunkan sesebuah kerajaan.
Berucap membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah ucapan Tuanku Sultan Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya (PAS-Alor Mengkudu) berkata, kontroversi yang timbul akibat penyiaran berita sebuah akhbar harian yang menyentuh tentang pentadbiran kerajaan negeri adalah kecil berbanding serangan media semasa 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat.
"Isu yang timbul pada akhbar semalam ini kecil sahaja kerana ini adalah edisi utara, orang Selangor tak bacapun.
"Pihak di sebelah sana (BN) selalu menyebut pengalaman mereka sebagai pembangkang selama 5 tahun dulu, tapi Pakatan Rakyat selaku kerajaan pada masa itu lebih teruk dikerjakan oleh media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.
"Ini termasuk cuba mengeruhkan hubungan dengan istana seperti yang kena kepada Adun Kubang Rotan dulu, seolah-olah digambarkan dia sendiri sudah tak layak berpijak di bumi Kedah ini," katanya.
Perbahasan Ustaz Ahmad turut menarik minta Dato' Ahmad Lebai Sudin (BN-Bukit Lada) yang mencelah dengan bertanyakan sama ada Harakah mampu menandingi media dikuasai BN.
Ali Yahya (BN-Pantai Merdeka) pula menyebut tentang peranan media yang turut menjatuhkan kerajaan BN Kedah pada 2008.
"Harakah ni kena tengok juga dari sudut kekerapan keluarannya iaitu dua kali seminggu. Itupun nak beli Harakah ni pun macam nak beli dadah atau daun ketum," jelas Ustaz Ahmad disambut ketawa anggota dewan.
Berita lanjut di Harakah edisi Jumaat. Dapatkan naskah anda.
Sumber HD - 20-8-2014

Isu Kedah: PAS gesa hormati saluran demokrasi
KUALA LUMPUR: PAS menggesa agar isu kepimpinan utama Kerajaan Kedah diselesaikan dengan segera mengikut amalan demokrasi menerusi suara rakyat melalui Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk ditentukan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS berpegang pada lunas undang-undang serta asas demokrasi yang berakhlak dan beradab dalam menyelesaikan apa juga masalah yang melanda dalam negara ini.
Apatah lagi, katanya sekiranya sebarang masalah yang berlaku itu akan menjejaskan pengurusan kerajaan sekaligus mengganggu kesejahteraan rakyat berbilang kaum yang ada.
Kenyataan beliau itu dibaca timbalan beliau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semasa mengadakan sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini hari ini.
Hadir sama Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, AJK PAS Pusat, Muhtar Suhaili dan Muhammad Sanusi Md Nor.
Turut diulas dalam sidang media itu berhubung isu pilihan raya Sarawak dan peluang PAS di sana. - HARAKAHDAILY 1/2/2016
Sumber HD - 1-2-2016
PAS Kedah anjur solat jenazah ghaib MH17
ALOR SETAR: PAS Negeri Kedah akan mengadakan majlis solat jenazah ghaib khas untuk jenazah muslim yang terkorban dalam tragedi pesawat MAS MH17.
Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata (Gambar), makluman kepada semua Yang DiPertua PAS Kawasan seluruh Kedah telah dilakukan untuk dipanjangkan kepada seluruh ahli PAS di negeri ini.
Ujarnya, semua ahli diminta bersiap sedia pada bila-bila masa untuk hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan di Kompleks PAS Kedah sebaik sahaja pengurusan jenazah mangsa hingga boleh disembahyangkan di Ukraine diselesaikan.
"Kami akan sentiasa memantau urusan ini dari dekat melalui media dan sumber- yang berada di sana," ujarnya di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, sebentar tadi.
PAS Kedah katanya, turut merakamkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi itu dan diharap mereka terus bersabar serta menyerahkan kepada pihak berkuasa menguruskan kes tersebut diperingkat antarabangsa.
PAS Kedah juga maklumnya, turut menyambut baik seruan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak supaya bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang dan telah mengarahkan semua markaz PAS seluruh Kedah menaikkan bendera separuh tiang.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Mahfuz Omar mengetuai arahan mengibarkan bendera Malaysia separuh tiang di Kompleks PAS Kedah seusai Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah sebentar tadi.
Turut sama Timbalan Pesuruhjaya II, Dato' Dr Ismail Salleh; Setiausaha, Ustaz Musoddak Ahmad dan juga Sanusi. – HARAKAHDAILY 19/7/2014
Sumber HD - 19-7-2014

No comments:
Post a Comment