Sumbangan raya kepada kakitangan Pejabat Agung
Sumber HD - 8-6-2018 PERANTAU hadiahkan motorsikal kepada Pengedar Harakah "Bertuah"
Sumber HD - 22-6-2017 Sumbangan raya Exco, ADN PAS Selangor kepada staf HarakahNAIB Presiden PAS Datuk Iskandar Samad berharap pihak pengurusan Harakah yang baru dapat mencari formula terbaik bagaimana untuk berdaya saing di dalam keadaan jualan akhbar seluruh dunia yang semakin menurun. Beliau berkata, hampir semua media cetak di dalam negara mengalami jualan yang merosot kerana berhadapan dengan saingan hebat oleh media sosial. Beliau juga berharap Harakah terus menerajui media untuk PAS bagi menyebar luas risalah Islam atau parti walaupun keadaan yang sentiasa berubah. "Harakah kena berubah menurut masa dan zaman, kalau kita enggan berubah kita akan ketinggalan. Pemasaran adalah suatu tugas yang berat. "Media cetak memang sedang mengalami penurunan. Akhbar lain pun dah jauh merosot berbanding suatu masa dahulu. Satu formula perlu dicari. Sekarang orang tengok web dan media sosial. Negara lain akhbar semuanya percuma mereka bergantung kepada iklan sahaja," katanya kepada kakitangan Harakah. Justeru, beliau mendoakan agar Harakah kembali semula ke zaman kegemilangannya yang suatu ketika dahulu mendapat tempat di kalangan masyarakat. Terdahulu, Ahli Dewan Negeri Chempaka itu bersama Ahli Dewan Negeri Bangi Shafie Ngah mengunjungi pejabat editorial Harakah bagi menyampaikan sumbangan kepada kakitangan Harakah. Turut bersama di dalam majlis ringkas ini Ketua Pegawai Eksekutif Harakah Profesor Zainal Abidin Kidam. Sumbangan kepada 62 kakitangan Harakah adalah daripada Exco dan Ahli Dewan Negeri Selangor PAS. – HARAKAHDAILY 20/6/2017Sumber HD- 20-6-2017 Tiga Dekad Akhbar Harakah Mencerdaskan UmmahOleh: Dr Riduan Mohamad Nor Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 akhbar Harakah beroperasi di medan siasah, tarbiah dan dakwah negara ini. PAS dalam dekad 1980-an telah diasak dengan sangat teruk oleh regim UMNO dan Barisan Nasional. Parti ini menjadi ‘Punching Bag’ (beg pukul) terutama dengan kejayaan UMNO memenangi dan menguasai pilihanraya tahun 1982 sehingga pada tahun 1986. Di era Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau mula menaiki takhta pada tahun 1981, dan pada tahun 1982 ikon anak muda, Anwar Ibrahim telah menyertai UMNO yang menyebabkan ramai Islamis muda terpinga-pinga melihat gerakan arah dan kesatuan amal Islami di negara ini. kesannya ABIM telah berpecah kepada tiga kumpulan, di mana kumpulan anak-anak muda sebahagiannya telah meletakkan harapan kepada PAS untuk memimpin perjuangan untuk menegakkan Syariah di tanahair kita. Tokoh-tokoh PAS akhirnya berpakat dan bersepakat untuk melahirkan akhbar sendiri sebagai medium penerangan kepada Parti Islam seMalaysia, apatah lagi dengan kebangkitan Islam yang berlaku di seluruh dunia terutama di permulaan abad ke-15 hijrah. Dalam dekad 1980-an, bagaimana berlaku tragedi pembantaian kepada ahli-ahli PAS seperti tangkapan ISA, Operasi Padi 1980, yang menyaksikan Ustaz Abdul Halim Arshad, Ustaz Othman Marzuki di tahan di bawah ISA negeri Kedah. pada tahun 1984 pula, tangkapan-tangkapan ISA ke atas pimpinan-pimpinan dan pemuda PAS seperti Ustaz Abu Bakar Chik, Haji Muhammad Sabu, Ustaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Abdul Latif Muhamad, dan beberapa pimpinan Dewan Pemuda PAS yang lain. tangkapan ISA oleh regim Mahathir ini adalah untuk melenyapkan suara ke atas kebobrokan pemerintah yang berselindung di bawah program penerapan nilai-nilai Islam yang diterajui oleh Anwar Ibrahim. PAS sentiasa diserang melalui akhbar lidah UMNO seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Manakala pada waktu malam, serangan bertubi-tubi melalui TV dan saluran arus perdana. semua ini akhirnya menimbulkan satu kesedaran kepada pimpinan PAS untuk memiliki wadah maklumat yang tersendiri, maka pada tahun 1987 lahirlah akhbar Harakah. Pada awalnya, akhbar Harakah telah memuatkan banyak tulisan pimpinan-pimpinan PAS dan mempunyai kolum-kolum tertentu kepada pimpinan-pimpinan contohnya kolum ‘Fikrah Perjuangan PAS’ yang ditulis oleh Ustaz Nakaie Haji Ahmad. Manakala kolum ‘Mimbar Jumaat’ pula diisi oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Manakala pimpinan PAS lain yang telah memanfaatkan penulisan sebagai tempat persiapan fikrah kepada ahli ialah Ustaz Harun Taib, Ustaz Hassan Soleh (Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan), Haji Subky Latif dalam kolumnya ‘Saya Kira’, kolum ‘Kuliah 5 Minit’ oleh Ustaz Amaluddin Darus, manakala kolum ‘Siswa’ oleh Ahmad Lutfi Othman, seorang mantan pimpinan pelajar UTM yang terbuang dari kampus kerana isu purdah. Harakah telah mengalami pasang surut serta jatuh bangun dalam perjuangan untuk mencerdaskan orang-orang Melayu dan juga sebagai bahan bacaan untuk ahli-ahli PAS di seluruh negara. Harakah juga berperanan sebagai agen pengikat ukhuwah, sebagai wahana menyalurkan arahan daripada kepimpinan-kepimpinan dan ahli-ahli serta Harakah juga telah menjadi penyumbang besar kepada pengoperasian PAS Pusat. Pada tahun 1990, apabila PAS berjaya menawan Negeri Kelantan melalui pemuafakatan politik Angkatan Perpaduan Ummah (APU), maka permintaan kepada akhbar Harakah semakin meningkat terutama Kerajaan Negeri Kelantan yang mula dimiliki oleh PAS. Kesan daripada kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1990 dengan terlantiknya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, rakyat negara ini mencari berita alternatif kepada Kerajaan Negeri Kelantan, maka Harakah adalah menjadi pilihan kepada mereka. Penjualan Harakah melalui jaringan perniagaan gerai-gerai buku, melalui penjualan di peringkat cawangan-cawangan, akhirnya meningkat penjualan Harakah sedikit demi sedikit. Pihak kerajaan melalui pihak polis dan kdn sentiasa memantau penjualan Harakah, malah kadang-kadang para penjual ditakuti dengan rampasan-rampasan akhbar Harakah oleh KDN dan pihak berkuasa. Akhbar Harakah juga telah menjadi juru bicara ummah, di mana pelbagai berita dan rangkuman berita dalam dan luar negara berkaitan tentang gerakan Islam, termasuk di Algeria, Palestin, Tunisia, Mesir, Subcontinent, dan juga keadaan semasa umat Islam di peta luka umat Islam disiarkan oleh akhbar Harakah. Tulisan-tulisan baik daripada penulis Harakah juga digunting dan ditampal di markas dan di surau-surau di seluruh negara. Dengan berlakunya pemecatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada tahun 1998, telah menyebabkan jualan Harakah telah meledak di pasaran melebihi 300 ribu naskhah bahkan hampir 400 ribu naskhah. Harakah menjadi bahan bacaan politik kepada pencandu politik dan penyokong Anwar Ibrahim, di mana PAS telah mengalami kebanjiran keadaan baru, pasca Reformasi. Walaupun pihak KDN bertindak tegas untuk menghalang penjualan Harakah, namun tidak menghalang rakyat daripada berusaha untuk mendapatkan naskhah ini sehingga cetakan ratusan ribu ini, Harakah tersebar ke seluruh pelosok kampung, felda dan kawasan pedalaman. Dalam pilihanraya 1999, PAS telah memenangi 27 kerusi Parlimen, dan 98 kerusi Dewan Undangan Negeri, parti ini berjaya merengkuh kembali kekuasaan di Terengganu dan mempertahankan Negeri Kelantan yang dimenangi sejak tahun 1990. Permintaan terhadap Harakah semakin tinggi dengan besar permintaan daripada kelompok kelas menengah Melayu untuk mereka mendapatkan berita-berita atau maklumat selain daripada medium arus perdana negara ini. Akhbar Harakah juga menjadi medan melahirkan ramai penulis berbakat, mengeluarkan wartawan yang tahan uji serta wadah maklumat untuk ahli-ahli. Dengan perkembangan pesat dunia teknologi maklumat, kemunculan akhbar talian, pesatnya dunia android sehingga setiap saat pelbagai berita dikemaskini di tangan, maka ia turut memperlahankan media cetak termasuk akhbar Harakah. Harakah telah menempuh zaman kegemilangannya dan bagi saya secara peribadi, akhbar inilah juga yang melatih saya menulis dan berekspresi. Bermula zaman kampus (1991) dengan menggunakan nama pena “Abdul Kader Hachani” menghantar berita ke Harakah dengan harapan tulisan anak muda kail sejengkal ini disiarkan pihak Editor. Akhbar ini juga merakamkan sejarahnya dengan tinta emas mencerdaskan bangsa dan mendobrak kebobrokan dan kebejatan regim pemerintah. Sumber HD - 20-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hijau.FM, Radioku Warnai Fikrahku
Sumber HD - 13-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Kekal istiqamah walaupun abah tiada“TERUSKAN bersama PAS dan sentiasa beristiqamah walaupun abah dah tak ada lagi,” antara pesan pengasas Harakah, Yusof Jalil kepada anak-anaknya. Anak keduanya, Nur Habsah Yusof, 37, ketika dihubungi memberitahu, walaupun ayahnya mengalami angin ahmar kira-kira 10 tahun lalu, namun allahyarham sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Katanya, allahyarham selalu berpesan kepada beliau dan adik beradik lain supaya sentiasa beristiqamah dalam perjuangan PAS. Pak Usuf juga bekas Pengarang Buletin Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Beliau mengasas kewujudan Harakah bersama Haji Subky Latif dan Ishak Surin. “Semalam abah mengadu sesak nafas, kami bawa dia ke hospital,” ujarnya. Isterinya, Hamidah Dahlan telah meninggal dunia 10 tahun lalu. - HARAKAHDAILY 3/4/2017Sumber HD - 3-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 30 Tahun Harakah ; Medium Rasmi Dan Cakna Suara RakyatMAC 2017 genap 30 tahun umur penerbitan Harakah. Harakah melalui detik suka dan duka sepanjang penerbitannya sejak 1987. Pernah disekat penerbitan,digantung, malah berdepan rampasan demi rampasan oleh pihak berkuasa. Masuk keluar ke kandang saksi, diugut dengan Akta Mesin Cetak dan beberapa kakitangannya pernah dihadapkan ke mahkamah kerana memperjuang suara kebenaran. Tidak kurang yang turun naik balai polis disiasat, yang ditahan ketika himpunan dan ada yang diugut pelbagai jenis ugutan. Saya sendiri pernah melalui detik sukar keluar masuk balai polis disoal siasat semasa menjadi wartawan dan kini bergelar ketua pengarang pula dihadapkan dengan pelbagai fitnah mengendali akhbar rasmi PAS ini. Namun semua itu adalah resam dalam perjuangan. Tidak ada yang mustahil dan tidak ada yang menjadi penghalang. Harakah melangkah terus memacu suara parti selepas ia diheret dengan stigma akhbar pro anwarisme suatu masa lalu. Alhamdulillah sejak dua tahun ini ia telah dikembalikan sebagai suara parti. Dalam meraikan ulangtahun ke 30 ini Harakah sekali lagi berdepan cabaran untuk meningkatkan jualannya. Diharapkan seluruh ahli PAS dan penyokong serta peminat akhbar ini terus setia memiliki HARAKAH disetiap keluarannya. Kami di pihak Harakah akan cuba memastikan penerbitannya konsisten dan mencari idea baharu memantapkan persembahannya. Semoga Harakah akan terus menjadi akhbar nombor satu pilihan ahli PAS dan masyarakat demi mendapatkan sumber rasmi PAS dan isu isu rakyat yang diperjuangkan. Membangun Bersama Islam WAN NORDIN WAN YAACOB KETUA PENGARANG HARAKAH 24 MAC 2017 ***Sambutan Harakah 30 Tahun Dilancarkan Sempena ‘Kampung Media’ Di Kampung Bukit Tanah, Jabi, Terengganu Sumber BO - 24-3-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Men’Ceria’ kan 30tahun Harakah
Sumber HD - 17-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jenayah Syariah: Denda terlalu rendahKUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengakui hukuman denda yang dikenakan sekarang kepada pesalah jenayah syariah terlalu rendah membuatkan pesalah tidak serik untuk mengulangi kesalahan yang sama. Bercakap berdasarkan pengalamannya sebagai peguam Zainul berkata misalnya seorang pelacur mengaku melakukan kesalahan atas dakwaan zina tetapi denda yang dikenakan itu akan dibayar oleh pihak lain di belakang pelacur terbabit. "Pelacur mengaku bersalah, denda RM3000. Selepas kes itu ada seseorang di belakang pelacur itu yang akan membayarnya. Bayar sahaja. Sebab malam boleh kerja lagi. "Saya rasa apabila denda RM3000 tidak dapat hindar kesalahan sebab boleh buat lagi kerana tauke duduk di belakang. Dia tidak boleh didakwa sebab dia bukan Islam," katanya di dalam Bicara Harakah di MyHarakah Bazaar hari ini. Sementara itu, seorang lagi penalis Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang juga mengakui denda yang dikenakan tidak akan memberi kesedaran dan kesilapan kepada tauke-tauke yang berada di belakang pesalah. "Yang datang itu bukan atas kesedaran tetapi mengaku bersalah sebab hendak bayar denda, tidak mahu panjang cerita kerana kadar denda paling tinggi RM5000. "Kalau mereka mungkin dalam keadaan tidak bersalah atau terperangkap supaya lalukan khalwat dan tahu tidak bersalah tetapi untuk pergi ke proses bicara akan mengambil masa lama dan kos lagi tinggi daripada membayar denda. Lebih baik bayar denda yang rendah dan membuat pengakuan bersalah," ujarnya. Program Bicara Harakah yang bertajuk Pasca Himpunan 355, Syariah diperkasa rakyat sejahtera turut menjemput Exco Kelantan Datuk Dr Mohamed Fazli Hassan manakala moderatornya adalah Pengarah Institut Kajian Strategik Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof. – HARAKAHDAILY 2/3/2017Sumber HD - 2-3-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Harakah : 30 Tahun Membawa Misi DamaiMENJELANG usia 30 Mtahun akhbar rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Harakah kini kekal tampil sebagai sebuah akhbar berkala yang menjadi penyambung bicara dengan masyarakat awam, khususnya dalam khalayak Ahli PAS. Mengharungi liku-liku arus media massa yang sentiasa dihimpit dengan pengaruh media baru berorientasikan jaringan internet dan olahan berita maya, ternyata Harakah masih di persada massa dari sudut peranannya sebagai akhbar parti. Peranannya yang amat besar dalam memajukan perjuangan PAS ke dada masyarakat. Perjuangan PAS dengan misi damai dan sejahtera ke arah pembentukan cara hidup Islam, maka Harakah tetap memilih jalan pemberitaan damai. Ia sesuai dengan fungsi Harakah yang menyampaikan berita secara informasi, mendidik dan membujuk (persuasive). Akhbar nasional dan Kelantan Bergerak dengan fungsi-fungsi pemberitaan sedemikian, maka Harakah telah mempersembahkan pemberitaan yang bernilai dalam memartabatkan perjuangan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Berbekalkan taglinenya “Membangun Bersama Islam” sekali gus terkandung nilai berita yang menyebelahi kerahmatan Islam sebagai sistem hidup yang progresif berpaksikan sistem Islam. Malah selama lebih 23 tahun Harakah sentiasa dilihat bernilai sebagai akhbar Kelantan di dalam memuatkan kandungan pemberitaan yang tuntas melaporkan peranan sosok tubuh tersohor Menteri Besar Kelantan era 1990-2013, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sosok pemimpin yang satu-satunya menabur bakti untuk perjuangan Islam dan sekali gus selaku Ketua Negeri Serambi Makkah. Kini pasca pilihan raya umum 2013, ruang pemberitaan sosok tubuh itu diisi pula dengan peranan Ustaz Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan yang merupakan penerus legasi Kepimpinan Ulama di Negeri Kelantan. Justeru itu, kandungan pemberitaan Harakah terus utuh di atas prinsip perjuangan damai (silmi) yang dilihat berjaya mendekatkan isu-isu perjuangan siasah syar’iyyah yang menjadi tonggak kekuatan perjuangan politikdakwah PAS. Maka di atas prinsip perjuangan damai inilah berlakunya peranan Harakah sebagai sumber berita yang mendamaikan para pencinta kehidupan Islamis di Negeri Serambi Makkah itu. Jauh sama sekali bagi Harakah untuk melaporkan berita yang bernilai konflik mahupun provokasi. Sebaliknya pendirian Harakah sentiasa mengutamakan keilmuan menerusi penerbitan isu dan peristiwa yang mendekatkan jemaah dengan warga pembaca kalangan Ahli PAS. Ia turut mengundang minat para pembaca awam yang sukakan pemberitaan alternatif kepada akhbar milik kerajaan. Justeru tidaklah pelik jika dikatakan para pembaca Harakah juga terdiri daripada individu yang bukan Ahli PAS. Apa yang menarik lagi, petak-petak kandungan dalam pemberitaan Harakah adalah bersifat complexity dan compulsory. Complexity daripada segi keilmuan yang berpandukan minda kepimpinan PAS yang menghidangkan pelbagai sudut fikrah yang boleh melengkapkan nilai-nilai berita dan peristiwa aktiviti PAS di seluruh negara. Di samping turut menyiarkan berita-berita dari sumber agensi berita milik kerajaan (khususnya BERNAMA), lantaran keterikatan Harakah dengan syarat kelulusan permit penerbitan. Namun Harakah tetap dianggap akhbar parti dan syarat permitnya hendaklah untuk ahli PAS sahaja. Cabaran survivability Dalam meneliti fungsi dan prestasi Harakah itu sudah tentu terdetik di hati bagi mendoakan agar akhbar kesayangan ahli PAS ini terus relevan sesuai dengan arus kontemporari. Walaupun himpitan pengaruh media baru kini memungkin kitaran pemasaran yang merundum, maka Harakah seharusnya dapat mengimbangi fungsinya agar seiring dengan minat dan trendy kalangan pembaca yang sekarang ini banyak merujuk kepada berita di hujung jari. Apa yang pasti pendekatan baru Harakah berkonsepkan e-paper, online daily (Harakahdaily) dan penjualan Kad Istiqamah kepada warga pembacanya sedikit sebanyak telah dapat memenuhi selera sesetengah pembaca yang tidak lagi membelek Harakah edisi cetak. Namun begitu, inisiatif kempen ke arah meningkatkan jumlah pembaca dan kuantiti jualan telah diperkasa. Antaranya dengan memperkenalkan kempen 3B (Beli, Baca dan Beri) ia telah berjaya mengekang titik merundum kuantiti pengedaran dan jualan. Malahan menerima kempen satu Harakah satu keluarga PAS pula telah berjaya meningkat pembelian atas nama PAS Kawasan dan pihak PAS Kawasan kemudiannya mengagih baca kepada ahli PAS di peringkat Cawangan. Harakah tidak akan berkubur Demikian pula, Harakah tidak mungkin berkubur dalam arus ledakan maklumat yang bersifat bestari berikutan keputusan Kerajaan Negeri Kelantan yang membeli dan mengagih kepada Pusat Khidmat Dun (Wakil Rakyat). Justeru 45 Pusat Khidmat Dun telah menyambung peranan Harakah dalam menyampaikan maklumat aktiviti PAS di seluruh negara. Oleh sebab itu, isi kandungan Harakah telah ditambah dalam ruangan berita hal ehwal Kelantan. Langkah tersebut amat tepat di dalam usaha memugar emosi ahli PAS dalam mengikuti apa yang berlaku dalam tempoh seminggu. Ternyata fungsi dan konsentrasi pemberitaannya memerlukan nilai berita yang bersifat evergreen dan forever serta dapat melebar, malah menebalkan persetujuan masyarakat kepada PAS sebagai parti pilihan yang tepat. Semoga Allah memelihara survival Harakah sebagai pembawa misi damai untuk terus maju mengatur perjuangan Islam agar diterima oleh majoritit masyarakat Malaysia. >>Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.Sumber HD - 23-2-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Harakah, Humaira jalin kerjasama wakaf al-Quran
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42016-harakah-humaira-jalin-kerjasama-wakaf-al-quran BANGI: Humaira Publication Sdn Bhd sebuah syarikat yang sedang mencipta nama telah menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Harakah dalam mengendalikan program Wakaf al-Quran.
Program Wakaf al-Quran bersama Harakah ini akan berjalan selama setahun di mana Harakah lebih menumpukan kepada promosi program itu melalui akhbarnya. Manakala Humaira Publication yang merupakan salah satu anak syarikat Maghfirah Media Group akan membekalkan al-Quran kepada mereka yang memerlukannya. Wakaf al-Quran ini bermula RM10 untuk satu lot di mana nilaian sebuah al-Quran adalah RM50, RM80 dan RM100 senaskah. Wakal al-Quran ini akan disalurkan ke sekolah-sekolah tahfiz, madrasah, pondok pengajian dan lain-lain tempat pengajian yang memerlukan. Pelancaran Wakaf al-Quran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob bersama Pengarah Urusan Maghfirah Group Mohd Shahrularifin Ab Manan dalam Majlis Apresiasi dan Sambutan Aidilfitri Maghfirah Media Group di sini malam tadi. - HARAKAHDAILY 1/8/2016 Sumber HD - 1-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Bekas editor buku Harakah hidapi barah
KOTA BHARU: Biarpun disahkan doktor diserangi penyakit barah usus, namun bekas editor Unit Buku Harakah, Mohd Nasir Awang, 51, tabah menghadapi dugaan tersebut.
Beliau juga sedang menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Raja Zainab Perempuan II, di sini sejak Oktober tahun lepas. Sekarang melengkapi pakej enam rawatan tersebut yang diadakan tiga minggu sekali. Ditemui di hospital berkenaan petang semalam beliau yang ditemani isteri memberitahu berada di wad semalaman bagi menjalani rawatan kimoterapi. “Setiap kali rawatan antara dua hingga tiga jam. Terasa panas seluruh badan akibat kesan ubat yang dimasukkan ke dalam badan bagi mematikan sel-sel barah yang menjangkiti organ lain. “Kali ini merupakan pusingan keenam saya menjalani rawatan tersebut,” ujarnya yang kelihatan tenang selepas diduga dengan ujian berat terbabit. Badannya kelihatan agak susut, namun masih ceria berkongsi kisah kehidupannya selepas disahkan menghidapi barah usus. Mohd Nasir berkhidmat di Harakah bermula sebagai penyunting rencana pada 1990 selepas menamatkan pengajian bidang ekonomi di Amerika Syarikat. Beliau sekarang tinggal di Kampung Air Tawar Besut, pernah juga berkhidmat sebagai pegawai penyelidik di pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu. Kerjaya akhir sebagai Ketua Editor Majalah Dian. Pernah juga menghasilkan tiga buku mengulas isu politik tanah air. - HARAKAHDAILY 3/3/2016 Sumber HD - 3-3-2016 19 ejen kad istiqamah terima watikah pelantikanKUALA LUMPUR: Sebanyak 19 ejen kad istiqamah menerima watikah pelantikan pada Majlis Pelancaran Ejen Kad Istiqamah. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop di MyHarakah Bazar, hari ini. Dr Rosli ketika pelancaran itu berkata majlis itu adalah sebagai usaha menggerakkan dan mempromosikan kad istiqamah yang diperkenalkan pada muktamar lepas. "Hari ini kita meraikan ejen-ejen yang kita lantik sebelum ini, kita menyerahkan watikah sebagai pelantikan rasmi sebagai ejen kad istiqamah. "Kita mensasarkan ejen seramai seratus orang di seluruh negara dengan sasaran jualan. Kad sebanyak seratus ribu dalam masa enam bulan hingga setahun," katanya. Menurut beliau lagi, pada majlis hari ini ejen-ejen diberi taklimat bagaimana ingin akses ke laman sesawang kad istiqamah. "Setiap ejen akan diberi komisyen sebanyak 20 hingga 40 peratus bagi setiap kad yang dijual. "Ini memberi peluang kepada ejen-ejen untuk menambah pendapatan mereka dan secara tidak langsung meringankan beban mereka," katanya lagi. Tambah beliau, setiap mereka yang menjadi ahli kad istiqamah akan berpeluang untuk akses ke produk digital seperti e-Harakah, ebook dan arkib Harakahdaily. "Produk digital seperti media elektronik (e-paper) sudah menjadi rujukan setiap pembaca dan kita Harakah tidak mahu ketinggalan dalam teknologi ini. "Dengan konsep ini kita yakin berita-berita dari Harakah dapat dibaca di mana-mana tempat mahupun di luar negara. Maklumat yang kita sampaikan lebih pantas malah kita turut dapat menjimatkan kos," tambah beliau lagi. Sementara itu, Pengurus Pemasaran Ahmad Faisal Tawang menjelaskan seramai 40 orang ejen telah berdaftar, namun hanya 19 orang yang hadir pada majlis pelancaran hari ini. - HARAKAHDAILY 11/11/2015 Sumber HD - 11-11-2015 Pelancaran agen Kad Istiqamah 11 NovKUALA LUMPUR: Harakah akan melancarkan agen bagi Kad Istiqamah pada 11 November ini bertempat di MyHarakah Bazar, Jalan Pahang di sini. Pelancaran itu bertujuan untuk memberi peluang kepada mana-mana pihak ataupun PAS cawangan serta kawasan yang berminat untuk menambah pendapatan. Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang ketika ditemui berkata pihak Harakah membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi agen Kad Istiqamah atau Kad Setia pelanggan. "Kita memberi komisyen sebanyak 40 peratus kepada setiap agen, ini memberi peluang untuk kita menambah pendapatan di saat ekonomi yang semakin teruk ini. "Selain itu ruang yang disediakan ini membolehkan PAS mana-mana cawangan atau kawasan boleh mencari dana mereka sendiri," katanya. Menurut beliau, pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop. "Program bermula jam 2 petang dan kita jemput semua hadir, kita akan terangkan kebaikan serta fungsi kad tersebut," katanya lagi. Kad Istiqamah terdiri tiga kategori iaitu Silver, Gold dan Platinum. Setiap kategori menawarkan pakej serta penebusan mata ganjaran di kedai buku MyHarakah Bazar dan gerai MyHarakah Bazar di mana-mana tapak karnival atau jualan. - HARAKAHDAILY 6/11/2015 Sumber HD - 6-11-2015 Tol naik: Dengar alasan kerajaan, jangan percayaKUALA LUMPUR: Rakyat negara ini boleh mendengar bermacam-macam alasan yang diberikan oleh kerajaan tetapi janganlah menaruh kepercayaan kononnya kenaikan kadar tol yang baru diumumkan untuk menyediakann lebih banyak kemudahan, demikian menurut Ketua Muslimat PAS Malaysia, Nuridah Salleh. Katanya, berlambak-lambak janji yang ditaburkan oleh kerajaan tidak kira masa hatta janji di dalam pilihan raya lepas masih lagi tidak tertunai. "Termasuklah masa PRU lalu kerajaan BN berjanji tidak naikkan tol. Sekarang kita lihat sendiri. Rakyat memang didahulukan. Rakyat boleh dengar alasan tetapi percaya jangan," katanya ketika ditemui. Kenaikan tol hari ini katanya, akan memberi kesedaran kepada rakyat bahawa kerajaan BN sejak dahulu lagi memang pandai berjanji sekadar untuk menyedapkan halwa telinga rakyat. Justeru katanya, rakyat perlu sedar dan jangan sekali-kali meletakkan kepercayaan kepada kerajaan BN sekali gus memberi peluang kepada pembangkang pada PRU-14 nanti. "Cukup-cukuplah percaya apa yang diperkatakan BN. Bagilah kepada pembangkang untuk terajui negara pada PRU-14 nanti," jelas beliau. Antara alasan kerajaan kononya kenaikan kadar tol di sembilan lebuh raya bermula 15 oktober ini bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih banyak hospital dan sekolah di masa hadapan. Kadar tol di 10 lebuh raya akan dinaikkan secara drastik berkuatkuasa Khamis ini kerana kerajaan memutuskan tidak lagi bagi membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terbabit sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi. – HARAKAHDAILY 13/10/2015 Sumber HD - 13-10-2015 Muslimat gembleng tenaga depani masalah rakyatKUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia akan terus mengembleng tenaga dalam mendepani isu-isu rakyat bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh pada program Bicara Harakah sempena Himpunan Fastaqim berkata, penglibatan Muslimat dalam PAS selari dengan matlamat parti inginkan. "Masyarakat ingin melihat kepimpinan PAS sekarang dan Muslimat turut sama dalam usaha meyakinkan rakyat. "Muslimat ingin memperkukuhkan PAS dalam menghadapi pilihan raya akan datang, kita akan terus bekerja agar matlamat parti kita peroleh," katanya di MyHarakah Bazar hari ini. Beliau yang turut berkata, dengan krisis yang berlaku sekarang Muslimat sentiasa memberi ruang kepada orang lama dan baru di semua peringkat dalam menerajui parti itu. "Kita bekerjasama dengan semua pihak termasuk NGO, usaha ini membantu kita untuk terus perkukuhkan parti," katanya lagi. Nuridah yakin dengan kepimpinan Dewan Muslimat yang ada sekarang dapat membantu PAS menghadapi pilihan raya umum akan datang seterusnya memberikan kemenangan kepada parti itu. – HARAKAHDAILY 13/10/2015 Sumber HD - 13-10-2015 Tazkirah Zohor di Galeri Myharakah Bazaar, 12.30 pm - 1.30 pm, disampaikan oleh Dr Azman Ibrahim Mendekati Golongan Fakir Posted on Friday, June 26 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
PAS menjalankan aktiviti mendekati golongan yang daif di pusat bandar. Naib Presiden PAS dan beberapa pimpinan peringkat kawasan turun.
Sumber TKO - 26-6-2015
TAZKIRAH RAMADHAN - DTITM
Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man bersedia untuk mberikan tazkirah..
~~ PESTA BUKU RAMADHAN ~~
Sempena bulan penuh keberkatan ini, myharakahbazaar.com memberikan POTONGAN HARGA sebanyak 30% bagi SEMUA BUKU.
Lebih kurang 2000 judul buku terbitan BUKU HARAKAH, PTS GROUP, TELAGA BIRU, KEMILAU PUBLIKA, HIJJAZ PUBLISHING, GALERI ILMU, AL RISALAH, HIDAYAH HOUSE, SRI SARJANA, PUSTAKA CAHAYA KASTURI, CASAMAS PUBLICATION, IN TEAM, EDUKID, DARUL MUGHNI dan banyak lagi.
...
Promosi berlangsung sehingga 18 Julai 2015.
Layari myharakahbazaar.com untuk pembelian
atau terus ke
GALERI BUKU MYHARAKAHBAZAAR
22 JALAN PAHANG BARAT OFF JALAN PAHANG
53000 KUALA LUMPUR
See MoreLayari myharakahbazaar.com untuk pembelian
atau terus ke
GALERI BUKU MYHARAKAHBAZAAR
22 JALAN PAHANG BARAT OFF JALAN PAHANG
53000 KUALA LUMPUR
Ibrah Qurani: 3 kelompok dalam PAS
Menarik satu point yang disebut oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Bicara Harakah semalam apabila ditanya berkenaan krisis dalam PAS sekarang.
Perselisihan pandangan yang berlaku di dalam PAS sekarang adalah kerana di dalam PAS ada pelbagai kelompok.
Sebagaimana firman Allah di dalam surah Faatir ayat 32 apabila menceritakan berkenaan 3 kelompok yang ada di dalam umat Nabi Muhammad S.A.W.
Firman Allah:
ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا؛ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ
"Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar".
Jika dirujuk di dalam kitab tafsir Ibn Kathir, mufassirin menafsirkan 3 kelompok ini seperti berikut:
1) Dholimun linafsih (فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ): Melampau dalam melakukan sebahagian perkara kebaikan serta melakukan maksiat dan perkara yang dilarang. Disebut oleh Qatadah, mereka ini mempunyai ciri-ciri nifaq dan fasiq. Bila mereka bertaubat dan beristighfar, taubat mereka diterima oleh Allah.
2) Muqtasid (وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ): Melakukan kewajipan dan meninggalkan perkara yang dilarang. Dalam masa yang sama, meninggalkan sebahagian yang disunatkan dan melakukan sebahagian yang dibenci (makruh).
3) Saabiqun bil Khairaat (وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ): Melakukan perkara yang wajib dan sunat. Meninggalkan perkara yang haram, makruh dan sebahagian yang harus. Mereka berusaha beramal dan memahami Islam dengan sebenarnya.
Oleh itu dalam konteks PAS, golongan pertama perlu untuk kita sedarkan mereka dengan hikmah supaya kembali ke landasan perjuangan yang sebenar.
Adapun golongan kedua, perlu untuk mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran mereka melalui program-program ilmu, tarbawi, dialog, mukhayyam dan sebagainya. Golongan ketiga pula, itulah yang perlu kita usahakan sedaya mungkin kita. - HARAKAHDAILY 20/5/2015
Penulis ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Kuala Terengganu.
Sumber HD - 20-5-2015
Peningkatan ahli kerana semakin ramai faham Islam
KUALA LUMPUR: Peningkatan keahlian baru PAS seramai 15,807 orang pada tiga bulan pertama 2015 dilihat sebagai perkembangan baik kepada parti itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, faktor peningkatan ini juga kerana mereka memahami perjuangan Islam yang dibawa PAS serta peranan media baru.
"Saya melihat ia sebagai perkembangan media baru yang menjelaskan tentang Islam yang sebenar serta perjuangan PAS
"Media baru memberikan perkembangan terbaik dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat di luar," jelasnya pada Program Bicara Khas di MyHarakah Bazaar.
Menurut beliau lagi, masyarakat luar lebih gemar membaca untuk mengenali Islam jika dibandingkan dengan masyarakat Malaysia.
"Saya melihat orang luar lebih gemar membaca untuk mereka mengenali Islam dan apabila mereka mengetahui indahnya Islam, dengan sendiri mereka mendekatinya.
"Sesetengah orang kita lebih gemar menjadi penonton (tidak mengkaji Islam), apabila hanya membaca apa-apa yang disiarkan maka pemahamannya tidak betul.
"Apabila mereka yang rajin membaca (mengkaji) ini tahu betapa indahnya Islam yang dipegang oleh PAS, mereka akan menyertai kita," katanya lagi.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Marang turut menjelaskan, peningkatkan keahlian bukannya disebabkan hudud semata-mata.
Jika mereka hanya membaca tentang hukum-hukum di dalam hudud sahaja (bukan melihat Islam keseluruhan), bukan sahaja mereka takut tetapi terus meninggalkan Islam.
Peningkatan 2015 melebihi 2014 apabila sepanjang tahun lepas hanya 19,764 orang menyertai PAS. – HARAKAHDAILY 20/5/2015
Sumber HD - 20-5-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS dahului rakyat di sebalik isu dalaman
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan PAS sentiasa mendahulukan rakyat dalam setiap masalah yang mereka hadapi.
Presiden PAS berkata, contoh terbaik adalah ketika bencana banjir di Kelantan tahun lalu apabila kerajaan negeri tampil menyediakan rumah untuk rakyat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin pada Bicara Khas Presiden PAS di MyHarakah Bazaar tengah hari tadi, yang melihat PAS hanya tertumpu krisis dalaman berbanding masalah rakyat.
"PAS sentiasa mendahului rakyat dalam segenap isu dan ap yang mereka hadapi.
"Contoh terdekat adalah ketika banjir di Kelantan tahun lalu, kerajaan negeri menyediakan rumah untuk mangsa-mangsa banjir," katanya.
Menurut beliau lagi, walaupun Kelantan tidak mempunyai kewangan yang mewah tetapi rakyat tetap hidup senang.
"Kelantan walaupun tidak mewah dari segi kewangan tetapi rakyat hidup senang, tidak seperti negeri di bawah Barisan Nasional (BN), negeri kaya tetapi rakyat susah.
"Ini jelas membuktikan pentadbiran PAS di bawah prinsip Islam segalanya menjadi baik," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 19/5/2015
Sumber HD - 19-5-2015
Tak masuk nama saya pun tak apa - Presiden PAS
KUALA LUMPUR: "Tak masuk nama saya pun tak apa," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ringkas berhubung Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat.
Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan media pada program Bicara Harakah di MyHarakah Bazar, Jalan Pahang Barat di sini tengah hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berjanji akan melaksanakan kembali Jawatankuasa Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat.
Pada sidang media semalam, Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata di mana setiap kementerian terpilih akan diwakili oleh seorang ahli parlimen dari setiap parti, ianya bertujuan untuk memperkukuhkan timbang tara (check and balances) demi memelihara kepentingan rakyat.
Tegas Tuan Guru Abdul Hadi, apa yang penting adalah untuk memenangi pilihan raya dan mengisi kemenangan itu, bukannya siapa yang menjadi menteri. - HARAKAHDAILY 19/5/2015
Sumber HD - 19-5-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yang hendak berpecah keluar dari PAS
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan tidak ada perselisihan faham di kalangan ahli dan pimpinan parti itu di dalam perkara yang melibatkan dasar parti.
Sebaliknya Ustaz Abdul Hadi tidak menafikan wujudnya perselisihan faham di kalangan mereka yang melibatkan furuk (cabang).
"Ada perkara cabang yang kita boleh berbeza pendapat dan bertolak ansur, tetapi perkara dasar kita kena bertegas.
"Jika pertelingkahan berlaku maka kita kena kembali kepada Allah dan Rasul sebagai jalan yang terbaik dan ini ada disebut dalam nas," katanya dalam program Bicara Harakah Edisi Khas Bersama Presiden PAS di MyHarakah Bazaar Jalan Pahang, di sini.
Namun katanya perbezaan pendapat di kalangan PAS bukanlah perkara baru dan ia telah berlaku sejak tahun 60-an dan berjaya diselesaikan atas kematangan ahli dan parti itu sendiri.
"Perbezaan pendapat, kita bermesyuarat. Perselisihan faham adalah perkara biasa di dalam sebuah parti, yang hendak berpecah keluarlah dari PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Beliau mengakui PAS kini telah mengorak langkah lebih jauh apatah lagi mempunyai ahli dengan pelbagai latar belakang.
"Oleh sebab itu, ada yang berfikiran lebih maju, ada yang menzalimi diri sendiri dan bermacam-macam jenis manusia di dalam PAS hari ini ," katanya. - HARAKAHDAILY 19/5/2015
Sumber HD - 19-5-2015
Bicara Khas Presiden PAS, esok 19 Mei
KUALA LUMPUR: Bicara Harakah Edisi Khas bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 19 Mei (Selasa) di MyHarakah Bazar (hadapan KPJ Tawakal, Jalan Pahang).
Program siri ke-5 itu akan berlangsung selama dua jam bermula jam 12 tengahari dan akan membincangkan isu-isu semasa membabitkan parti itu.
Beberapa soalan yang akan dibangkitkan pada program tersebut antaranya adalah mengenai peta perjalanan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Moderator bagi program tersebut akan dikendalikan oleh Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob.
Selain itu dua panel penanya yang terdiri daripana Pengarang Berita Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob dan Penolong Pengarang Berita Kanan, Muhammad Azamin Amin.
Sebanyak 10 soalan telah disediakan kepada Presiden PAS termasuk dua soalan daripada laman sosial Facebook Harakahdaily dan tiga daripada penonton yang hadir.
Dijangkakan akan turut hadir adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar. – HARAKAHDAILY 18/5/2015
Sumber HD - 18-5-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Program bersama Presiden, rakyat boleh tanya soalan
KUALA LUMPUR: Program Bicara Harakah bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 19 Mei ini turut memberi peluang kepada rakyat tidak dapat hadir menanyakan soalan-soalan.
Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop ketika ditemui berkata program ini merupakan program Bicara Khas yang akan membincangkan isu-isu khusus terutama persediaan PAS menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Ini merupakan satu program khas editorial dalam kita membincangkan matlamat PAS untuk menghadapi PRU14.
"Dalam pada masa yang sama kita akan mendengar sendiri pendirian Presiden PAS tentang masa depan parti itu di dalam Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Selain itu beliau turut berharap melalui program ini segala persoalan yang timbul dan rakyat ingin ketahui dapat dirungkai menjadi satu panduan baru.
"Rakyat ingin mengetahui pendirian PAS dalam isu-isu yang berlaku di dalam negara, seperti isu 1MDB mahupu n Tabung Haji.
"Apa yang penting sekali adalah isu membabitkan hubungan di dalam Pakatan Rakyat dan kita mahu segala fitnah yang dilemparkan oleh musuh kita dapat diselesaikan," sambung beliau.
Dr Rosli yang turut memberi peluang kepada pendengar, pembaca serta penyokong PAS dan rakyat untuk kemukakan soalan kepada Ahli Parlimen Marang melalui platform yang disediakan nanti.
Program selama 2 jam akan diadakan di MyHarakah Bazar pada jam 11 pagi itu turut disiarkan secara langsung melalui TV Harakahdaily di www.harakahdaily.net dan setiap soalan yang boleh dihantar ke jaiezzany@gmail.com . – HARAKAHDAILY 13/5/2015
Sumber HD - 13-5-2015
Bicara Harakah 5: 19 Mei, 2 jam bersama Presiden PAS
KUALA LUMPUR: Bicara Harakah akan menganjurkan program 2 jam bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 19 Mei nanti.
Progam yang dianjurkan Harakahdaily bersama MyHararakah Bazar siri kelima berupakan bual bicara edisi khas bagi tujuan untuk merungkai segala kekusutan atau pun konflik dalaman parti.
Program bual bicara selama dua jam itu turut membincangkan hala tuju Muktamar Tahunan PAS kali ke- 61 yang akan berlangsung pada Jun nanti.
Melalui program ini, diharapkan setiap persoalan yang timbul dapat direalisasikan sepenuhnya agar PAS kembali pada paksi perjuangan sebenar dan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
Program yang akan berlangsung di galeri MyHarakah Bazar di hadapan KPJ Tawakal Jalan Pahang akan bermula pada jam 11 pagi.
Kepada yang berminat boleh untuk hadir boleh emel ke jaiezzany@gmail.com untuk pendaftaran. – HARAKAHDAILY 8/5/2015
Sumber HD - 8-5-2015
ABBY ABADI KAKU KELU 2 JAM DENGAR NASIHAT TOK GURU - ABBY ABADI
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34075-abby-abadi-kaku-kelu-2-jam-dengar-nasihat-tok-guru
Sumber HD - 27-2-2015
KISAH IBU MAHU BERPINDAH SETELAH TUAN GURU JADI MB - USTAZ DUSUKI
TOK GURU BERBICARA DENGAN USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI )ANAK BUAH)
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34073-kisah-ibu-mahu-berpindah-setelah-tuan-guru-jadi-mb
Sumber HD - 27-2-2015
BICARA HARAKAH BINCANG PERJUANGAN TUAN GURU ESOK - AL HARAKAH
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34030-bicara-harakah-bincang-perjuangan-tuan-guru-esok
Sumber HD - 25-2-2015
HARAKAH TO CONTINUE FLOOD RELIEF EFFORT - DR ROSLI YAAKOP
SEDIH TINGGAL TAPAK RUMAH JE!
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/33535-harakah-to-continue-flood-relief-effort
Sumber HD - 29-1-2015
MISI BANTUAN : MANGSA BANJIR SELFIE DENGAN ABBY
ABBY ABADI BERSAMA DR ROSLY YAAKOB TURUT MENYERTAI MISI BANTUAN HARAKAH
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33411-mangsa-banjir-berebut-rebut-selfie-dengan-abby-abadi
Sumber HD - 22-1-2015
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN HARAKAH KE KELANTAN - DR ROSLY
DR ROSLY YAAKOB - PENGARAH URUSAN HARAKAH
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33277-misi-bantuan-kemanusiaan-harakah-ke-kelantan
Sumber HD - 15-1-2015
MISI HARI INI, SAYA DIAJAK OLEH HARAKAH - ABBY ADABI
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33278-misi-hari-ini-saya-diajak-oleh-harakah-abby-abadi
Sumber HD - 15-1-2015
HARAKAH SUMBANG UNIFORM SEKOLAH KEPADA MANGSA BANJIR:
NO 28,JALAN PAHANG BARAT OFF JALAN PAHANG, KUALA LUMPUR.
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33203-harakah-sumbang-uniform-sekolah-kepada-mangsa-banjir
Sumber HD - 12-1-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawatan Kosong
Sebuah organisasi media Islam yang aktif dalam bidang penerbitan akhbar dan buku memerlukan seorang yang memenuhi kelayakan dalam menjawat dan mengisi jawatan kosong di syarikat kami:-
A. WARTAWAN
Kelayakan
Sumber HD - 19-8-2014
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A. WARTAWAN
- Lelaki berumur tidak melebihi 35 tahun dan bersedia menjadi ahli PAS
- Mempunyai Ijazah atau Diploma dalam bidang berkaitan, terutama kewartawanan
- Kebolehan menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dengan baik
- Berupaya bekerja di bawah tekanan dan di bawah seliaan yang minimum,sentiasa menepati ‘deadline’ dan sanggup bekerja di luar waktu pejabat, termasuk hari-hari cuti umum
- Wajib mempunyai lesen memandu.
- Bertanggungjawab kepada Pengarang terhadap tugasan berita, fokus, liputan khas dan menyediakan rencana atau news analysis
- Menerima arahan Pengarang berhubung tugasan dan kesediaan untuk bertugas luar kawasan, berkerja lebih masa dan diwaktu cuti.
- Menggunakan inisiatif sendiri untuk mendapatkan bahan berita jika tidak menerima sebarang arahan atau sepanjang ketiadaan Pengarang
- Melaksanakan tugasan yang diarahkan Ketua Pengarang dan Pengarang dari semasa ke semasa.
sumbermanusia@harakah.net.my
Tarikh Tutup: 22hb Ogos 2014
Calon yang memohon jawatan tetapi gagal untuk menghadiri temuduga apabila dijemput boleh DISENARAIHITAMKAN untuk permohonan jawatan akan datangTarikh Tutup: 22hb Ogos 2014
Sumber HD - 19-8-2014
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Warga Harakah jayakan agenda kebajikan rakyat
SELAYANG: Sikap prihatin warga kerja Harakah dalam misi menjejaki golongan kurang bernasib baik membuktikan kesungguhan mereka menjayakan agenda kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman politik.
Di Hospital Selayang, seramai 120 orang pesakit di wad Ortopedik dan Oftomologi menerima sumbangan kuih daripada Harakah menjelang Hari Raya Idulfitri.
Kehadiran warga kerja Harakah bersama Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud disambut Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hairom Hanam Mohamad Wahid yang turut mengiringi delegasi Harakah ke wad 6A, 6B, 6C dan 6D, semalam.
Rombongan Harakah bertemu dengan setiap pesakit bukan semata-mata menyampaikan sumbangan kuih tetapi lebih utama menyatakan supaya bersabar dan reda dengan ujian daripada Allah SWT.
Harakah turut memberi kuih raya kepada Penolong Pengarah Hospital; Pegawai Pentabdiran; pihak pengurusan dan Keselamatan serta jururawat di setiap wad Ortopedik dan Oftomologi.
Sumbangan berbentuk hamper itu disampaikan oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya; Ketua Operasi Pentadbiran, Mokhtar Rozaidi dan Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof.
Harakah merupakan orang tengah kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin menyalurkan sumbangan ke Dana Ramadan Harakah untuk disalurkan terus kepada golongan orang yang kurang bernasib baik.
Harakah telah memulakan aktiviti memberi sumbangan kepada golongan memerlukan antaranya ibu-ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit di hospital pada ramadan tahun 2010.
Sebelum ini, Harakah telah memberi sumbangan kepada perantau yang mahu pulang ke kampung khususnya di Pantai Timur di Tol Gombak dan perhentian bas di Grendwood, Gombak. - HARAKAHDAILY 23/7/2014
Sumber HD - 23-7-2014
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Harakah santuni gelandangan ibu kota
KUALA LUMPUR: Dalam kehangatan isu gelandangan mahupun pengemis di ibu kota yang mendapat perhatian banyak pihak, Harakah melalui Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (Bakkah) tampil menyantuni golongan tersebut.
Seramai 11 orang kakitangan Harakah telah memulakan operasi pada jam 2.30 pagi di sekitar Pudu Raya bagi mengedar makanan sahur buat gelendangan yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Bakkah yang memulakan program ini sebagai usaha badan itu dalam mendekati golongan tersebut disamping mengetahui permasalahan yang dialami oleh mereka.
Turut serta dalam program kali ini adalah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.
Program yang bermula di hadapan Bangunan Maybank itu berakhir di sekitar Centre Market kira-kira jam 4.15 pagi.
Mahfuz yang turut sama menyertai program turut mengucapkan terima kasih kepada Harakah khususnya Bakkah dalam aktiviti amal ini bagi membantu gelandangan walaupun sekadar sebungkus makanan namun ia merupakan satu aktiviti sosial yang baik.
"Saya memgucapkan tahniah kepada Harakah khususnya Bakkah yang mengambil inisiatif yang sangat berharga yang bersifatkan kemanusian yang memenuhi tuntutan Ramadan dalam membantu gelendangan di sekitar Kuala Lumpur.
"Isu gelandangan merupakan isu yang sangat serius dan semua pihak perlu duduk berbincang bagaimana untuk menguruskan kehidupan gelendangan ini, bukan sekadar memberi makanan tetapi bagaimana hendak mengurus mereka dalam memimpin masa depan mereka, " jelas beliau.
Beliau yang turut berpendapat, jika isu gelandangan ini tidak diatasi seberapa segera ia akan mendatangkan permasalahan kepada kehidupan masa depan mereka.
"Kita perlu melihat selangkah kehadapan dalam memberi bimbingan untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik
"Sebab itu saya mengharapkan semua pihak yang terlibat dalam isu gelendangan ini harus melihat beberapa langkah kehadapan, kita perlu mengatasi kehidupan yang lebih panjang bukannya jangka masa yang pendek," sambung beliau lagi.
Makanan yang diedarkan itu disediakan oleh kakitangan Harakah dengan cara memasak bergotong-royong di Pejabat Harakah.
Persiapan yang dilakukan sejak petang sebelum kerja-kerja memasak dilakukan pada jam 10 malam.
Kerjasama dan kejayaan kepada program tersebut akan dijadikan satu aktiviti tahunan Bakkah setiap kali bulan Ramadan pada tahun-tahun yang akan datang.
Bakkah juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini. - HARAKAHDAILY 18/7/2014
Seramai 11 orang kakitangan Harakah telah memulakan operasi pada jam 2.30 pagi di sekitar Pudu Raya bagi mengedar makanan sahur buat gelendangan yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Bakkah yang memulakan program ini sebagai usaha badan itu dalam mendekati golongan tersebut disamping mengetahui permasalahan yang dialami oleh mereka.
Turut serta dalam program kali ini adalah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.
Program yang bermula di hadapan Bangunan Maybank itu berakhir di sekitar Centre Market kira-kira jam 4.15 pagi.
Mahfuz yang turut sama menyertai program turut mengucapkan terima kasih kepada Harakah khususnya Bakkah dalam aktiviti amal ini bagi membantu gelandangan walaupun sekadar sebungkus makanan namun ia merupakan satu aktiviti sosial yang baik.
"Saya memgucapkan tahniah kepada Harakah khususnya Bakkah yang mengambil inisiatif yang sangat berharga yang bersifatkan kemanusian yang memenuhi tuntutan Ramadan dalam membantu gelendangan di sekitar Kuala Lumpur.
"Isu gelandangan merupakan isu yang sangat serius dan semua pihak perlu duduk berbincang bagaimana untuk menguruskan kehidupan gelendangan ini, bukan sekadar memberi makanan tetapi bagaimana hendak mengurus mereka dalam memimpin masa depan mereka, " jelas beliau.
Beliau yang turut berpendapat, jika isu gelandangan ini tidak diatasi seberapa segera ia akan mendatangkan permasalahan kepada kehidupan masa depan mereka.
"Kita perlu melihat selangkah kehadapan dalam memberi bimbingan untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik
"Sebab itu saya mengharapkan semua pihak yang terlibat dalam isu gelendangan ini harus melihat beberapa langkah kehadapan, kita perlu mengatasi kehidupan yang lebih panjang bukannya jangka masa yang pendek," sambung beliau lagi.
Makanan yang diedarkan itu disediakan oleh kakitangan Harakah dengan cara memasak bergotong-royong di Pejabat Harakah.
Persiapan yang dilakukan sejak petang sebelum kerja-kerja memasak dilakukan pada jam 10 malam.
Kerjasama dan kejayaan kepada program tersebut akan dijadikan satu aktiviti tahunan Bakkah setiap kali bulan Ramadan pada tahun-tahun yang akan datang.
Bakkah juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini. - HARAKAHDAILY 18/7/2014
Sumber HD - 18-7-2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nik Abduh bersama Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop dan sebahagian kakitangan Harakah selepas menyampaikan Tazkirah Ramadhan di Surau Harakah hari ini.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata rakyat negara ini perlu menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan yang dialami rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Israel.
Jelasnya, rakyat negara ini tidak perlu lagi mengganggap derma yang diberikan itu sebagai sunat tetapi ia merupakan satu kewajipan.
"Di dalam surah Al-Baqarah ayat 177, Allah ada menyebut bukanlah kebajikan itu orang yang mengadap wajah mereka ke barat atau ke kanan tetapi orang yang melakukan kebajikan adalah mereka yang beriman kepada Allah dan malaikat.
"Dan di dalam ayat tersebut juga Allah Taala turut menyebut tentang harta, pertama tentang zakat dan dalam ayat yang sama turut memberitahu adalah membelanjakan harga yang dia kasihi, sayangi kerana dia susah atau harta yang sedikit, tetapi Allah kata wajib keluarkan harta tersebut untuk orang yang dekat dengan dia iaitu orang miskin ataupun anak yatim," jelasnya selepas program Tazkirah Ramadhan di Surau Harakah hari ini.
Kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi, terdapat ulama yang menyebut, oleh kerana Allah menyebutkan kewajipan kita tentang harta tersebut dan ia memberi maksud bukan hanya wajib kepada mereka yang layak memberi zakat tetapi juga kepada mereka yang tidak layak mengeluarkan zakat.
"Kita orang awam yang tidak kaya dan tidak layak untuk membayar zakat tetapi di depan kita ada orang miskin, anak yatim ataupun mereka yang terkandas di perjalanan, maka wajib ke atas kita untuk menderma.
"Dalam keadaan sekarang yang berlaku di hadapan kita adalan rakyat Palestin yang menanggung penderitaan, mereka memerlukan bantuan kita dan kita wajib membantu mereka.
"Kita sebagai rakyat Malaysia, walaupun kita tidak kaya tetapi menjadi kewajipan kita untuk berbelanja untuk mereka, dan ini adalah fardu ain kepada diri kita," sambung beliau.
Dalam pada itu, beliau turut berpesan agar setiap individu yang ingin menderma perlu menyalurkan bantuan tersebut kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik dan mempunyai kelayakan.
"Bila kita ingin menderma kita perlu bijak dan melihat kepada siapa sumbangan itu diberikan, ini akibat terlalu banyak pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi di Palestin.
"Pesanan saya mereka yang mengambil kesempatan ini perlu bertaqwa kepada Allah dan perlu ingat jika ia disalah guna ia adalah haram dan besar dosanya di sisi Allah," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 16/7/2014
Sumber HD - 16-7-2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wajib derma bantu rakyat Palestin
Nik Abduh bersama Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop dan sebahagian kakitangan Harakah selepas menyampaikan Tazkirah Ramadhan di Surau Harakah hari ini.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata rakyat negara ini perlu menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan yang dialami rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Israel.
Jelasnya, rakyat negara ini tidak perlu lagi mengganggap derma yang diberikan itu sebagai sunat tetapi ia merupakan satu kewajipan.
"Di dalam surah Al-Baqarah ayat 177, Allah ada menyebut bukanlah kebajikan itu orang yang mengadap wajah mereka ke barat atau ke kanan tetapi orang yang melakukan kebajikan adalah mereka yang beriman kepada Allah dan malaikat.
"Dan di dalam ayat tersebut juga Allah Taala turut menyebut tentang harta, pertama tentang zakat dan dalam ayat yang sama turut memberitahu adalah membelanjakan harga yang dia kasihi, sayangi kerana dia susah atau harta yang sedikit, tetapi Allah kata wajib keluarkan harta tersebut untuk orang yang dekat dengan dia iaitu orang miskin ataupun anak yatim," jelasnya selepas program Tazkirah Ramadhan di Surau Harakah hari ini.
Kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi, terdapat ulama yang menyebut, oleh kerana Allah menyebutkan kewajipan kita tentang harta tersebut dan ia memberi maksud bukan hanya wajib kepada mereka yang layak memberi zakat tetapi juga kepada mereka yang tidak layak mengeluarkan zakat.
"Kita orang awam yang tidak kaya dan tidak layak untuk membayar zakat tetapi di depan kita ada orang miskin, anak yatim ataupun mereka yang terkandas di perjalanan, maka wajib ke atas kita untuk menderma.
"Dalam keadaan sekarang yang berlaku di hadapan kita adalan rakyat Palestin yang menanggung penderitaan, mereka memerlukan bantuan kita dan kita wajib membantu mereka.
"Kita sebagai rakyat Malaysia, walaupun kita tidak kaya tetapi menjadi kewajipan kita untuk berbelanja untuk mereka, dan ini adalah fardu ain kepada diri kita," sambung beliau.
Dalam pada itu, beliau turut berpesan agar setiap individu yang ingin menderma perlu menyalurkan bantuan tersebut kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik dan mempunyai kelayakan.
"Bila kita ingin menderma kita perlu bijak dan melihat kepada siapa sumbangan itu diberikan, ini akibat terlalu banyak pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi di Palestin.
"Pesanan saya mereka yang mengambil kesempatan ini perlu bertaqwa kepada Allah dan perlu ingat jika ia disalah guna ia adalah haram dan besar dosanya di sisi Allah," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 16/7/2014
Sumber HD - 16-7-2014
No comments:
Post a Comment