MUAR - Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Masjid, Parit Yusof Darat di sini, hari ini.
Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur bapanya Allahyarham Mahmud Abdul Aziz pada 8.45 pagi yang dihadiri lebih 100 anggota keluarga, rakan dan penduduk kampung. Mengiringi jenazah, ibunya Habsah Omar, 77 dan tiga anak Allahyarham Haziani Farhana, 26, Haziani Sofia, 24, dan Haziq Fazli, 19.
Turut hadir di tanah perkuburan itu, Anggota Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim, Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Balang, Zaiton Ismail, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad.
Suami Allahyarham, Dr Hasrul Sani bagaimanapun tidak dapat hadir kerana menerima rawatan di Hospital Putrajaya sebaik tiba di tanah air malam tadi.
Sebelum itu, jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.25 malam tadi sebelum tiba di rumah ibunya di Semerah, Batu Pahat pada 1 pagi ini. Habibah adalah antara enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter yang membawa delegasi kedutaan asing di Pakistan yang terhempas di Lembah Naltar dalam Wilayah Gilgit-Baltistan, 8 Mei lepas.
Turut terbuuh dalam nahas helikopter itu ialah duta besar Norway dan Filipina, isteri duta besar Indonesia dan dua juruterbang pesawat itu.
Bagaimanapun Dr Hasrul Sani mengalami cedera ringan dalam insiden itu dan menerima rawatan awal di Hospital Gilgit, Pakistan. Pesawat malang itu membawa sekumpulan delegasi kedutaan asing dan isteri mereka untuk menghadiri sebuah program rasmi dihoskan oleh Kerajaan Pakistan.
Media melaporkan puak Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap nahas itu tetapi tentera Pakistan menafikannya.
Sementara itu adik ipar Allahyarham, Dr Ahmad Pauzi Abu ketika ditemui selepas pengembumian itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang melancarkan proses kebumi dan membawa pulang jenazah.
Menurut beliau, Allahyarham sebelum ini ada menyatakan kerinduan kepada arwah bapanya dan atas alasan itu keluarga memilih tanah perkuburan itu untuk disemadikan jenazah.
"Alhamdulillah semuanya telah berakhir dan kami ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menguruskan jenazah sehingga selesai dikebumikan," katanya.
Allahyarham Habibah merupakan anak kedua daripada sembilan beradik. - Bernama
Sumber Bernama / SH / HD - 16-5-2015
Bekas ahli Parlimen Dungun meninggal dunia
DUNGUN: Bekas Anggota Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh, meninggal dunia di rumahnya di Taman Alur Jejawi, dekat sini, awal pagi tadi.
Allahyarham, 58, yang mengalami komplikasi kencing manis disahkan meninggal dunia, pada kira-kira 6 pagi.
Menurut anak Allahyarham, Mohd Nazir, 26, bapanya rebah di bilik air ketika mengambil wuduk untuk solat Subuh.
Matulidi yang dilahirkan pada 5 Julai 1957 berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Dungun bermula 2008 hingga 2013.
Turut hadir menziarahi Allahyarham ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, tidak jauh dari kediaman Allahyarham. - Bernama
Sumber HD - 15-5-2015

Di akhir hayat, Nor Atikah bercakap keindahan syurga
PASIR PUTEH: "Syurga itu sangat mahal mak," itulah kata-kata terakhir Nor Atikah Alias, 25, kepada ibunya Najihah Mat Jusoh, 48, sebelum menghembuskan nafas 5 Mei lalu.
Pelajar tahun akhir di Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Russia meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sklifosovskogo selepas dua minggu terlantar akibat kebakaran asrama tempat pelajar Malaysia menginap.
Allahyarham melecur pada bahagian muka, tangan dan kaki, serta keracunan karbon monoksida.
Suasana pilu mengiringi ketibaan jenazah Nor Atikah di rumah keluarganya, di Kampung Bukit, di sini 8.30 pagi semalam.
Lebih memilukan lagi pemergian anak kesayangan itu ketika ibu-ibu lain diraikan sempena sambutan Hari Ibu.
Najihah berkata beliau redha dengan pemergian anak kedua dari lima beradik itu.
Beliau bersama suami, Alias Mat Yaakob, 53, sempat bersama Nor Atikah selepas tiba di hospital terbabit di Moscow pada 3 Mei lalu.
"Saya sempat bercakap selama 3 hari dengan dia selepas tiba di hospital terbabit. Nor Atikah meluahkan isi hatinya kepada kami.
“Dia minta supaya halal makan minum serta memohon maaf dengan kami. Di akhir hayatnya, dia banyak bercakap keindahan syurga, kalau boleh dia mahu berlari-lari sambil memimpin tangan adik-adik ke syurga.
"Saya cuba kuatkan semangat dia, namun Tuhan lebih menyayanginya. Insya Allah kami redha dengan pemergiannya," katanya ketika ditemui.
Jenazah Nor Atikah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit.
Bapa saudaranya, Mat Yaacob Mat Jusoh, 53, berkata arwah bakal menamatkan pengajian pada Julai ini dan dijadual melangsungkan perkahwinan pada 28 Ogos hadapan dengan Dr Wan Mohd Ikhwan Wan Sayuti. - HARAKAHDAILY 10/5/2015
Sumber HD - 10-5-2015
Jenazah Pelajar Malaysia Nor Atikah Selamat Dikebumikan
PASIR PUTEH, 10 Mei (Bernama) -- Jenazah Nor Atikah Alias, pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam kebakaran asrama di Rusia pada 22 April lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, Jeram Linang di sini, Ahad.
Jenazah pelajar itu disemadikan bersebelahan kubur neneknya Allahyarham Esah Ali kira-kira pukul 10.45 pagi.
Jenazah pelajar perubatan itu sebelum itu disembahyangkan di rumah bapa saudaranya Mat Yaacob Mat Jusoh terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan.
Jenazah yang dibawa pulang dari Moscow, Rusia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 Sabtu malam dan terus dibawa dengan kereta jenazah dan tiba pukul 8.30 pagi Ahad di rumah bapa saudaranya itu.
Turut mengiringi jenazah dari Moscow dan KLIA ialah bapa allahyarham, Alias Yaacob, ibu Najihah Mat Jusoh dan tunang Nor Atikah iaitu Wan Mohd Ikwan Wan Ahmad Sayutti.
Nor Atikah, 25, pelajar tahun akhir Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia, Moscow, meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sklifosovskogo akibat melecur 30 peratus pada muka, tangan dan kaki.
Segala kos untuk membawa pulang jenazah Nor Atikah ditanggung oleh kerajaan Terengganu kerana Allahyarham merupakan pelajar tajaan Yayasan Terengganu.
Menziarahi jenazah ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Anggota Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Terengganu Ghazali Taib dan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.
Najihah ketika ditemui pemberita berkata beliau sempat bertemu dan bercakap dengan Nor Atikah sebelum anaknya itu meninggal dunia tiga hari kemudian di hospital tersebut.
"Dalam pertemuan itu, Nor Atikah banyak menceritakan soal syurga. Beliau seorang anak yang baik dan saya reda dengan pemergiannya," kata wanita itu.
Allahyarham ialah anak kedua daripada lima beradik. Bapanya seorang anggota polis trafik berpangkat sarjan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.
Sementara itu, Mat Yaacob berkata dua ekor lembu yang telah disediakan untuk majlis perkahwinan Nor Atikah pada Ogos ini, akan digunakan untuk membuat kenduri doa tahlil untuk Allahyarham.
Beliau berkata allahyarham amat rapat dengan keluarganya dan apabila setiap kali pulang bercuti dia akan datang ke rumahnya.
--BERNAMA

Sumber Bernama / HD - 10-5-2015
Jenazah Nor Atikah Selamat Tiba Di Tanah Air
PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Jenazah Nor Atikah Alias, pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam kebakaran asrama di Rusia pada 22 April lepas, selamat tiba di tanah air Sabtu malam.
Pesawat yang membawa jenazah Nor Atikah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam, dan disambut oleh sanak saudara serta beberapa kenalan.
Mengiringi jenazah dari Moscow ialah bapanya Alias Yaacob, ibu Najihah Mat Jusoh serta tunang Nor Atikah iaitu Wan Mohd Ikwan.
Van yang membawa jenazah meninggalkan kompleks kargo KLIA pada 10.45 malam dan menuju ke kampung halaman arwah di Kampung Bukit, Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan dengan diiringi tiga buah kereta yang membawa anggota keluarga.
Ketika ditemui pemberita, Alias berkata jenazah Nor Atikah dijangka dikebumikan di Kampung Bukit pada 10 pagi Ahad.
Alias juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam urusan membawa pulang jenazah anaknya ke tanah air, antaranya Wisma Putra, Yayasan Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Nor Atikah, 25, pelajar perubatan tahun akhir Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia di Moscow meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sklifosovskogo akibat melecur 30 peratus pada muka, tangan dan kaki.
Segala kos untuk membawa pulang jenazah Nor Atikah ditanggung oleh kerajaan Terengganu kerana Allahyarham merupakan pelajar tajaan Yayasan Terengganu.
-- BERNAMA

Aktivis ucap takziah pemergian bapa Adam Adli
KUALA LUMPUR: Aktivis sosial merakam ucapan takziah dan melahirkan rasa sedih atas pemergian bapa kepada Adam Adli, Abdul Halim Abdul Hamid pagi tadi akibat kemalangan jalan raya malam tadi.
Mereka berasa terkesan dengan pemergian Abdul Halim, 55, yang mesra dipanggil ayah dalam kalangan aktivis dan anak muda.
Allahyarham meninggal dunia pagi tadi selepas mengalami kecederaan serius akibat terlibat dalam kemalangan motosikal di Penaga, Pulau Pinang malam tadi.
"Sekarang kita dalam proses pemakluman kepada Balai Polis Trafik Kepala Batas. Selepas itu beberapa urusan teknikal oleh pihak Hospital.
"Setakat perbincangan bersama mama, Adam dan keluarga, jenazah ayah akan dimandikan di hospital memandangkan keadaan internal bleeding yang banyak.
"Usai nanti akan dibawa singgah sekejap di rumah kemudian ke Masjid Abdullah Ahmad Badawi, Kepala Batas utk solat jenazah (sebelum atau selepas solat Jumaat) hari ini.
"Almarhum ayah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Permatang Bertam, Kepala Batas inshaa Allah.
"Semoga Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan terakhir seorang ayah. Al fatihah. Allahul musta'an," tulis Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi di facebooknya dua jam yang lalu.
"Innalillahi wainna ilaihirojiuun. Rasa seperti kehilangan seorang 'Ayah'. Ramai kehilangan Ayah Halim Hamid. Kami dalam perjalanan, Ayah," tulis aktivis Nashita Md Noor yang juga isteri kepada OKZ12, Bad Latif yang kini di Penjara Tapah.
"Al Fatihah Halim Hamid yang membahasakan dirinya ayah, telah kembali ke rahmatullah pagi tadi kerana kemalangan.
"Ujian berat untuk Adam Adli, Amir Amin yang kehilangan bapa yang memahami," demikian tulis aktivis Ronasina Fandi yang juga kartunis.
"Al fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kami sangat-sangat sedih dengan berita ini. Salam takziah buat Adam Adli sekeluarga. Semoga tabah dengan dugaan ini," tulis jurugambar akhbar Suara Keadilan, Yuisri Yuis pula.
Abd Halim merupakan penyokong kuat kepada Adam yang merupakan aktivis pelajar dan beberapa kali ditangkap.
Sewaktu hayatnya, Abd Halim sering menyertai himpunan aman dan aktiviti sosial dan kebajikan, salah satunya Dapur Jalanan yang memberi makanan percuma kepada gelandangan di Jalan Panggung pada setiap petang Ahad. - HARAKAHDAILY 24/4/2015
Sumber HD - 24-4-2015
Nahas helikopter: Razakan selamat dikebumi di Tuaran
KUALA LUMPUR: Jenazah pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Allahyarham Razakan B Seran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sg. Damit di Tuaran, kira-kira jam 12 tengah malam, malam tadi.
Terdahulu, jenazah yang diterbangkan ke Kota Kinabalu dari Pangkalan Udara Subang selepas selesai solat jenazah di Masjid Bukit Aman, mendarat tiba di pekan Tuaran, jam 8.45 malam.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Kampung Sg Damit untuk sekali lagi solat jenazah bagi anggota keluarga terdekat memberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan.
Turut hadir pada upacara itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Hajiji Noor, Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim dan Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Jame Alip.
Allahyarham Razakan, 31, merupakan antara enam mangsa helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor kira-kira 4.55 petang, Sabtu lalu.
Razakan yang merupakan anak keempat daripada lima beradik telah berkhidmat selama 10 sebagai anggota polis.
Beliau meninggalkan seorang isteri Setinurafene Andu, dan dua orang anak yang masing-masing berusia tujuh tahun dan setahun enam bulan. - Bernama
Sumber HD - 6-4-2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk makluman semua ayah mertua Kak Wan, Dato' Ibrahim Abd Rahman (ayah DSAI) kembali ke rahmatullah jam 1.45am sebentar tadi. Jenazah dibawa pulang di alamat Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Height, Kajang. Jangkaan setakat ini pengebumian di Tanah Perkuburan Sg. Ramal, selepas zuhur, Insya Allah.
Kali pertama DSAI dipenjara beliau diuji dengan pemergian Ibunda beliau dan juga pemergian Ustaz Fadhil Noor. Kali ni diuji pula dengan ...pemergian TGNA dan kini, ayahanda beliau.
Kali pertama DSAI dipenjara beliau diuji dengan pemergian Ibunda beliau dan juga pemergian Ustaz Fadhil Noor. Kali ni diuji pula dengan ...pemergian TGNA dan kini, ayahanda beliau.
Kak Wan terpaksa batalkan semua program di Pulau Pinang hari ini, bergegas pulang ke Kajang..
Sumber FB / DSDrWAWI - 5-4-2015
Sumber FB / DSDrWAWI - 5-4-2015
KETUA PENERANGAN PAS RAUB MENINGGAL KEMALANGAN - PAS RAUB
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34569-ketua-penerangan-pas-raub-meninggal-kemalangan
Sumber HD - 27-3-2015
PM pengasas Singapura Lee Kuan Yew meninggal dunia
SINGAPURA: Perdana Menteri pengasas Singapura Lee Kuan Yew meninggal dunia pukul 3.18 Isnin pagi di Hospital Besar Singapura, demikian Pejabat Perdana Menteri mengumumkan.
Mendiang berusia 91 tahun.
Menurut PMO, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, anak mendiang Lee Kuan Yew amat sedih.
Ia memetik Hsien Loong sebagai berkata prosiding pengebumian dan urusan tempat untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir akan diumumkan kemudian.
Kuan Yew dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Feb kerana radang paru-paru yang teruk.
Dilahirkan pada 16 Sept 1923, di Singapura, Kuan Yew dikenali sebagai pengasas Singapura modern, dengan mengetuai kerajaan lebih daripada tiga dekad, menjadikan beliau antara perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia.
Sebagai pengasas bersama dan setiausaha agung pertama People's Action Party (PAP) (Parti Tindakan Rakyat), mendiang memimpin parti itu mencapai lapan kemenangan dalam pilihan raya antara tahun 1959 hingga 1990.
Beliau juga menyaksikan pemisahan Singapura daripada Malaysia dalam tahun 1965.
Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai visi besar dan berani, Kuan Yew berjaya menjadikan Singapura sebuah bandar raya negara bertaraf dunia.
Kuan Yew meletak jawatan sebagai perdana menteri dalam tahun 1990 dan dilantik sebagai Menteri Kanan oleh Perdana Menteri kedua Singapura Goh Chok Tong.
Pada Ogos 2004, Kuan Yew memegang jawatan sebagai penasihat atau Menteri Mentor dalam kerajaan yang dipimpin anaknya, Perdana Menteri sekarang Lee Hsien Loong.
Mendiang merupakan lulusan Undang-undang Ijazah Kelas Pertama Kepujian daripada Universiti Cambridge dalam tahun 1949.
Sepanjang memegang jawatan perdana menteri, menteri kanan dan penasihat lebih daripada 50 tahun, Kuan Yew merupakan antara tokoh politik paling berpengaruh di Asia.
Kuan Yew mengumumkan persaraan daripada jawatan kabinet pada 14 Mei 2011 selepas pilihan raya umum tahun itu tetapi kekal sebagai anggota Parlimen. - Bernama
Sumber HD - 23-3-2015

PELAKON HARUN SALIM BACHIK MENINGGAL DUNIA - TIMBALAN PENGERUSI SENIMAN
ALLAHYARHAM HARUN SALIM BACHIK - BEKAS PRESIDEN SENIMAN
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34231-pelakon-harun-salim-bachik-meninggal-dunia
Sumber HD - 8-3-2015
HARUN SALIM BACHIK KEMBALI KE RAHMATULLAH
Salam Takziah diucapkan buat Bekas Presiden SENIMAN yang juga merupakan Pelawak Terkenal tanah air , Allahyarham Harun Salim Bachik . Dikhabarkan beliau rebah di RnR Gunong Semanggol .
Allahyarham merupakan bapa kepada Exco Dewan Pemuda PAS Shah Alam , Sdr Danial Al Rasyid .Al Fatihah
Sumber FB/PAS/SEL - 8-3-2015
AYAHANDA YB USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI KEMBALI KE RAHMATULLAH
Al Faatihah.
Ayahanda Hj Hassan bin Mohamad telah kembali ke Rahmatillah sekitar jam 8.00 malam sebentar tadi. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa ayahanda dan menempatkan ayahanda dikalangan hambaNya yang soleh di Jannah.
Gambar : Khamis lepas, ayahanda sangat ceria dan sihat dengan "mata baru"nya.
Sumber FBUNH - 8-3-2015
P AS MARAN UCAP TAKZIAH KETUA CAWANGAN KHAS MENINGGAL - TIMBALAN YDP MARAN
PDRM
Sumber HD - 28-2-2015
TIGA BERANAK MAUT NAHAS SELEPAS PULANG ZIARAH - KPD BACHOK
Sumber HD - 13-2-2015
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ KEMBALI KE RAHMATULLAH - NIK ABDUH
AL MARHUM DBS TG NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - AL MURSYIDUL AM PAS
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33824-tuan-guru-nik-abdul-aziz-kembali-ke-rahmatullah
Sumber HD - 12-2-20215
PENGULAS SUKAN HASBULLAH AWANG MENINGGAL DUNIA - ASRO AWANI
DATUK HASBULLAH AWANG - PENGULAS SUKAN ASRO / RTM
Sumber HD - 12-2-2015
BEKAS SU PAS KELANTAN MENINGGAL DUNIA - YDP KAWASAN KOTA BHARU
ALLAYARHAM USTAZ SALAHUDIN ABDULLAH - BEKAS SU BPPNK
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33801-bekas-su-pas-kelantan-meninggal-dunia
Sumber HD - 11-2-2015
ALLAHYARHAM SALLEH GIGIH BELA NASIB PENEROKA - MAZLAN
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33774-allahyarham-salleh-gigih-bela-nasib-peneroka
Sumber HD - 10-2-2015
ARWAH NURSYUHADA, SYAHID BUATMU SEPERTI NAMAMU - MUSLIM CARE
ALLAHYARHAM NURSYUHADA JOHARI - MAHASISWI UITM PERMATANG PAUH
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33644-arwah-nursyuhada-syahid-buatmu-seperti-namamu
Sumber HD - 4-2-2015
TENGKU INTAN ZAHARAH MANGKAT, PAS TERENGGANU RAKAM TAKZIAH
ALMARHUMAH TENGKU INTAN ZAHARAH TENGKU OMAR SERI SETIA
Sumber HD - 24-1-2015
Anwar ucap takziah atas kemangkatan Raja Saudi
KUALA LUMPUR 23 JAN : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz.
Dalam usia 90 tahun, Raja Abdullah diumum mangkat dalam pengumuman yang dibuat stesen tv negara itu awal pagi ini.
Beliau dilahirkan pada tahun 1924 dan menjadi Raja Arab Saudi pada 1 Ogos 2005 selepas kemangkatan Raja Fahd.
Sebelum itu, Raja Abdullah juga pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan Panglima Pengawal Kebangsaan Arab Saudi.
Berikutan kemangkatan beliau, beberapa negara Arab hari ini dilapor berkabung selama 40 hari sementara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyatakan negara itu turut berkabung tiga hari bermula hari ini.
Sementara itu, Anwar turut mengucapkan tahniah di atas pertabalan Putera Mahkota Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz selaku Raja Arab Saudi yang baharu.
“Semoga era kepimpinan beliau dapat memandu Arab Saudi dan Timur Tengah amnya ke satu tahap terbaik.
“Bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan semua,” jelasnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64951
Sumber KD - 23-1-2015
BEKAS DUTA JADI TEBUSAN TUPAC AMARU MENINGGAL DUNIA
DATUK AHMAD MUKHTAR SELAT - BEKAS DUTA KE PERU
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33401-bekas-duta-jadi-tebusan-tupac-amaru-meninggal-dunia
Sumber HD - 22-1-2015
ISMAIL KAMUS - MENINGGAL BUAT KALI KEEMPAT
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33366-ismail-kamus-meninggal-buat-kali-keempat
Sumber HD - 20-1-2015
AL MARHUM TUN ABDUL RAHMAN YAAKOB, 86 MENINGGAL DUNIA JAM 9.40 MLM 10 JANUARI 2015 DI PUSAT PAKAR NORMAH, PETRAJAYA, KUCHING
Abdul Hamid Zainal Abidin meninggal dunia
Menerusi mesej daripada anak Allahyarham, Junaidi, 26, yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia daripada mengerjakan umrah, bapanya meninggal dunia pada jam 9.52 malam selepas dimasukkan ke IJN kira-kira jam 5 petang.
"Minta kawan dapat ziarah ayah saya buat kali terakhir di rumah (No 8 Jalan Suasana 5/3A Bandar Tun Hussein Onn, Cheras)," katanya.
Allahyarham Abdul Hamid pernah memegang jawatan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) serta bekas Pengerusi MARA.
Allahyarham adalah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435H/2013M.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah," katanya dalam akaun twitter miliknya malam tadi.
Jenazah SN Abdullah Hussain selamat dikebumikan
PETALING JAYA: Jenazah Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat zuhur pada Khamis.
Abdullah, 94, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 17, di sini kira-kira pukul 9 malam semalam kerana sakit tua.
"Arwah bapa seorang yang sangat warak, kuat beribadat dan selalu mengaji terutama selepas waktu Subuh ... seorang sangat penyayang terutama kepada ibu dan anak-anaknya," kata Ahmad Patria, anak sulung Allahyarham ketika ditemui pemberita selepas upacara pengebumian itu.
Menurutnya, arwah bapanya pernah mengharap semoga perjuangan bidang penulisannya itu menjadi kesinambungan kepada generasi akan datang.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Saroja Basri dan lima orang anak berumur antara 32 hingga 46 tahun serta 20 orang cucu.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang hadir di tanah perkuburan menyifatkan pemergian Allahyarham sukar dicari ganti dan sangat-sangat dirasai terutama dalam kalangan sasterawan seangkatannya.
"Arwah seorang yang sangat produktif ... beliau sangat menghormati golongan sasterawan seangkatan beliau malah juga daripada golongan yang muda," katanya kepada pemberita sambil menambah yang beliau mengenali Abdullah sejak tahun 1950-an lagi.
Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Sasterawan Negara Datuk Dr. Mohd Anwar Ridhwan turut menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya di Seksyen 17, di sini.
Abdullah telah menghasilkan lebih 19 novel di antara 1940 hingga 1990-an, antaranya novel Iman yang pernah memenangi Hadiah Pertama Novel Nasional, tiga kumpulan cerpen, sembilan terjemahan, satu autobiografi dan lima biografi.
Anugerah yang pernah diterima Allahyarham ialah SEA Write Awards di Bangkok, pada tahun 1981 dan Penerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1995 iaitu penerima kelapan sejak anugerah itu diperkenalkan pada tahun 1980. - Bernama
Sumber HD - 1-1-2015

Korporat: PAS gesa contohi Allahyarham Ani Arope
KOTA BHARU: PAS meminta agar pengurusan korporat yang ada sekarang harus mencontohi prinsip yang ada pada bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Allahyarham Tan Sri Ani Arope (foto).
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata Ani Arope memerupakan tokoh korporat yang tegas serta mempunyai integriti yang tinggi.
"PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ani Arope yang meninggal dunia awal pagi semalam, diharapkan mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Kehilangan Ani Arope merupakan satu kehilangan besar buat negara kerana beliau merupakan tokoh korporat yang hebat dan berani dalam menegakkan kebenaran," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, keberanian allahyarham terbukti apabila beliau menyanggah Perdana Menteri dalam isu membabitkan penjana tenaga bebas (IPP).
"Allahyarham memang berprinsip, tidak mengizinkan dirinya diperalatkan oleh kepentingan politik parti pemerintah.
"Keberaniannya dalam menjaga kepentingan TNB demi menyelamatkan negara dan rakyat. Kita berharap apa yang beliau lakukan dahulu menjadi pemangkin kepada pengurusan korperat sekarang," sambung beliau.
Bekas Pengerusi Eksekutif TNB itu meninggal dunia pada usia 83 tahun jam 5.26 pagi semalam di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) akibat barah prostat sejak lebih dua tahun lalu.
Allahyarham meletak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif TNB, kerana tidak mahu menandatangani perjanjian IPP kepada syarikat-syarikat persendirian seperti Powertek dan YTL Power Service.
Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam jam 3.30 petang semalam selepas disolatkan di Surau Al-Ansor, Seksyen 2 jam 2 petang.- HARAKAHDAILY 21/2/2014

Datuk Omar Mohamad kembali ke rahmatullah
KOTA BHARU: Yang Dipertua PAS Kawasan Bachok, Datuk Omar Mohamad meninggal dunia di KPJ Perdana di sini pada jam 11.35 pagi tadi.
Solat jenazah beliau akan dilaksanakan selepas Isyak di Masjid Mahmudi, Bachok.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terkejut dan sedih mendengar perkhabaran perginya ke rahmatullah YDA PAS itu.
"Beliau merupakan seorang sahabat dan rakan seperjuangan yang sukar dicari ganti. Baktinya di Dun Perupok serta kawasan Bachok juga kepada seluruh rakyat negeri Kelantan tentunya akan diingati sampai bila-bila.
"Pemergian beliau mengiringi kematian seorang lagi tokoh PAS Bachok malam semalam, Ustaz Idris Ahmad yang pernah menjadi Adun Tawang.
"Semoga Allah SWT merahmati kedua-dua mereka yang baru sahaja meninggalkan kita," tulis beliau dalam facebook.
"Perginya seorang lagi Mujahid Dakwah dalam PAS yang terus beristiqamah sehingga akhir hayatnya. Ya Allah, kurnialah syurga-Mu," tulis Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menerusi facebook.
Dalam masa dua hari PAS Bachok khasnya menerima dua kehilangan tokoh pimpinan.
Pagi tadi baru selesai pengebumian jenazah Ustaz Idris Ahmad iaitu bekas Yang Dipertua PAS kawasan. - HARAKAHDAIY 20/12/2014

Bekas exco, Ustaz Idris Ahmad meninggal dunia
KOTA BHARU: Bekas anggota exco kerajaan negeri Kelantan, era awal 90-an, Ustaz Idris Ahmad, 73 telah kembali ke rahmatullah malam tadi di kediamannya di Kampung Pak Pura, Beris Kubur Besar, kira-kira pukul 10.30 malam tadi.
Allahyarham meninggalkan empat orang anak, salah seorangnya Pengarang Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Attif Zayyad.
Allahyarham sebelum ini menghadapi masaalah komplikasi jantung.
Ketika dihubungi Attif memberitahu bahawa ayahnya nampak kurang sihat sejak akhir-akhir ini.
“Selepas solat Maghrib dia minta nak minum air lai cikang, selepas itu saya bawa dia ke bilik untuk tidur.
“Saya tinggalkan dia seketika bersama emak saya kerana mahu menziarahi rakan setugas di Kota Bharu yang kematian isteri, namun belum sempat sampai, dikhabarkan ayah sudah meninggal dunia dan saya berpatah balik ke rumah,”ujarnya.
Attif mengucapkan terima kasih kepada pimpinan dan orang ramai yang sering bertanya khabar dan menziarahi ayahnya sebelum ini.
Turut menziarahi arwah malam tadi Anggota Parlimen Bachok, Marzuk Shaari, Adun Jelawat Abdul Aziz Kader dan lain-lain pimpinan PAS Kawasan Bachok.
Allahyarham meninggalkan empat orang anak, seorang isteri Norizam Che Ismail, 52. Isteri pertamanya, telah meninggal dunia pada tahun 2006.
Allahyarham pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Arab Mahiliah Geting, Tumpat.
Demi sebuah perjuangan dan memenuhi tuntutan jemaah, beliau melepaskan jawatannya itu untuk bertanding di Dun Tawang selama tiga penggal, bermula tahun 1982, 1986 dan 1990.
Jawatan terakhirnya ialah sebagai Adun Tawang tahun 1990-1995. Allahyarham pernah diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bachok. Jenazah dikebumikan pagi ini di tanah perkuburan Islam, Kampung Pak Pura. – HARAKAHDAILY 20/12/2014

Ustaz Manaf kembali ke rahmatullah
MARAN: Bekas Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Abdul Manaf Othman, 70, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 7 petang semalam dipercayai akibat serangan jantung.
(Ketika diziarahi ajk pas kawasan - duduk di kanan sekali)
Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Aris Feizul Ismail, arwah rebah sewaktu mengambil wuduk untuk bersembahyang Maghrib di rumahnya di Jengka 2, sebelum dikejarkan ke Hospital Jengka.
Bagaimanapun, beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di pangkuan isteri serta anaknya.
“Arwah sempat membaca khutbah Jumaat lalu dan kelmarin masih mengimamkan solat di masjid itu,” kata Aris.
Arwah adalah imam Masjid Jengka 2 dan merupakan ahli PAS yang aktif sejak tahun 1980-an dan memegang jawatan penting di peringkat PAS kawasan.
Selain daripada itu beliau pernah beberapa penggal dilantik sebagai ahli jawatankuasa Dewan Ulamak Negeri Pahang dan dipilih Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulamak PAS Pusat pada sesi 2007-2009.
Beliau pernah tiga kali bertanding pilihan raya mewakili PAS iaitu di Dun Tajau dan Jempol.
Arwah juga merupakan pejuang peneroka Felda sezaman dengan Pak Soh Sukarno, Abdul Malik Yusof dan Suhaimi Said yang semuanya telah kembali ke rahmatullah.
Sementara itu Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) Pahang, Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, antara jasa arwah yang terbesar ialah memperjuangkan geran hak milik peneroka Felda daripada geran secara berkelompok kepada individu.
Jenazah Ustaz Manaf disembahyangkan di suraunya Darul Quran, Jengka 2 sebelum disemadikan di tanah perkuburan berhampiran.
Turut menziarahi, anggota-anggota PAS Pahang serta sahabat dan keluarga. - HARAKAHDAILY 16/12/2014

PAS rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Mustafa
KUALA LUMPUR: PAS merakamkan takziah kepada keluarga Seniman Lagenda Filem Melayu Allahyarham Datuk Mustapha Maarof yang meninggal dunia kerana komplikasi masalah paru-paru.
Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam menyifatkan pemergian allahyarham satu kehilangan besar kepada negara kerana beliau merupakan antara barisan seniman seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Datuk Aziz Satar.
"Maka kehilangan seniman yang boleh membawa watak yang cukup dirasai dan dihargai oleh rakyat Malaysia dari dahulu sampailah ke hari ini.
"Kita amat memerlukan orang seperti allahyarham sebagai ayahanda yang terlibat dalam seniman dan karyawan selepas bersara," katanya kepada Harakahdaily.
Bahkan katanya, allahyarham antara yang terlibat di dalam persatuan bagi membela nasib pelakon dan seniman lagenda agar kehidupan mereka terbela selepas bersara.
"Beliau tidak mahu melihat nasib yang menimpa pelakon vateran di mana ada yang tinggal di rumah PPRT selepas bersara, dan ianya tidak mahu mengulangi nasib seperti Tan Sri P Ramlee," katanya.
Allahyarham yang dikenali sebagai Hero legenda filem Melayu era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 pagi ini di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.
Allahyarham yang berusia 79 tahun dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang bersebelahan pusara isterinya, Roseyatimah.
Hero legenda ini cukup terkenal dengan lakonannya sebagai tunggak utama di dalam filem Bawang Putih Bawang Merah, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Naga Tasik Chini, Detik 12 Malam, Keris Sempena Riau, Sumpah Pontianak dan banyak lagi.
Allahyarham menjejakkan kaki ke Cathay Keris Film di Singapura sekitar tahun 1955 dan kerjaya seninya bermula dengan filem Pendekar Bujang Lapok.
Mustapha mula mencipta nama melalui filem Hang Tuah dan merupakan antara pelakon lelaki kacak yang menjadi pujaan ramai ketika itu. - HARAKAHDAILY 15/12/2014

Air mata mengalir ketika usung keranda Pak Su Weil
SUATU hari di bulan Ramadhan dalam tahun 2007, ketika itu Tuan Guru Haji Mohammad Awang Teh atau mesra dipanggil Pak Su Haji Weil adalah Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi sementara saya memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah Dun merangkap Ketua Pemuda Dun.
Kami sedang dalam rangka program turun ke surau-surau dan masjid-masjid dalam Dun Jabi untuk bersolat tarawih bersama ahli qaryah dan kalau diizinkan dapatlah kami menyampaikan tazkirah sepatah dua selepas solat tarawih kepada jemaah dalam program yang dinamakan ‘Ihya Ramadhan’.
Kami berdua disertai beberapa orang lagi AJK PAS Jabi masuk kampung demi kampung hampir setiap malam dibulan Ramadhan. Rutin hariannya, pada jam 6 petang biasanya saya bertolak dari Kota Bharu menuju ke Jabi dan kerapnya tak sempat sampai di Jabi sebelum waktu iftar menyebabkan saya berbuka puasa di tepi jalan sahaja dengan bekal yang disediakan isteri.
Matlamat kami adalah untuk berkesempatan bersolat tarawih di seberapa banyak yang mungkin masjid dan surau. Biasalah kita bukan orang kerajaan. Tentunya bukan mudah nak masuk ke masjid-masjid kerajaan. Masuk sekadar nak jadi makmum, itu biasa. Tetapi masuk untuk berkongsi sepatah selidah ilmu dengan jemaah, ianya tak semudah itu.
Masjid Kampung Tok Dor Luar, Jabi antara masjid yang agak pekat kebiruannya. Kebetulan Pok Su Haji Weil mempunyai jadual kuliah mingguan di masjid ini yang diatur pada zaman kerajaan PAS Terengganu tahun 1999 – 2004 dulu dan masih berterusan sehingga tahun 2007. Pak Su Haji Weil tak ‘dihalau keluar’ walaupun BN kembali berkuasa di Terengganu.
Saya bincang dengan Pak Su Haji Weil, Masjid Tok Dor Luar ini kita perlu pergi walau pekat biru macam mana sekali pun. Maka pergilah kami di satu malam bulan Ramadhan tahun 2007. Selesai solat tarawih, Pak Su Haji Weil diizinkan menyampaikan tazkirah tarawih.
Saya masih ingat lagi, Pak Su Haji Weil ambil mikrofon dan beliau berucap sikit. Kemudian beliau memaklumkan “Malam ni ambo tak berapa sihat. Tapi ambo ada bawak anak jate mari sekali. Ambo nak mintak izin nak bagi speaker ni ko anak jate ambo untuk dia bagi tazkirah bagi pihak ambo…”
Tok Imam yang merupakan orang kuat JKKK Tok Dor Luar tak kata apa-apa. Saya pun apa lagi, terus pegang mikrofon dan bertazkirah dalam lingkungan 10 minit dengan topik Fadhilat Ramadhan serta sedikit kaitan hikmah puasa dari sudut perubatan. Nampak para jemaah mendengar dengan khusyuk. Mungkin belum pernah ada sebelum ini, orang bercakap hikmah puasa dari pandangan doktor di sini. 10 minit pun kira cukup. Bukannya kita nak berpolitik hentam kromo dalam masjid.
Lebih kurang sebulan dua selepas itu, Pak Su Haji Weil memaklumkan bahawa dia menerima surat dari Pengerusi Masjid Tok Dor Luar yang menyatakan bahawa beliau tak dibenarkan lagi berkuliah di Masjid tersebut. Tu dia! Walaupun sebabnya tak dinyatakan, sendiri fahamlah. Tahun 2007 sudah diambang kepanasan suhu PRU ke 12. PRU pertama di mana saya diamanahkan mewakili parti di Dun Jabi. Kesian Pak Su Haji Weil.
Sebab itulah, bila saya solat Jumaat di Masjid Anak Ikan suatu hari, pernah Imam masjid mempelawa saya untuk mengimamkan solat. Saya kata, “silakan Tok Imam, saya jadi makmum saja.” Bimbang saya naik jadi Imam sembahyang, Tok Imam pula yang kena turun! Bukan boleh buat kira dengan Umno.
Apa yang saya kisahkan di atas adalah sedikit gambaran tentang peranan yang selalu dimainkan oleh Pak Su Haji Weil sebagai pembuka jalan yang ‘tertutup’ untuk dilalui oleh orang lain. Bersandarkan kekuatan peribadinya yang dihormati ramai kalangan kawan dan lawan, Pak Su Haji Weil selalu menjadi peneman saya untuk ‘misi-misi sukar’ bertemu dengan ‘orang-orang bekeng’ dalam masyarakat. Bertemu pengundi sasar dari rumah ke rumah secara bertentang mata terutamanya dari kelompok kepala-kepala masyarakat dari pelbagai latarbelakang adalah antara syarat wajib apabila menjadi calon dalam pilihanraya.
Saya ketika itu hanyalah seorang anak muda yang baru bertatih dalam politik, belum dikenali apatah lagi nak dihormati. Dengan Pak Su Haji Weil saya bersandar. Beliau berdiri teguh di belakang saya. Pagi, petang, siang dan malam kami bersama-sama. Sama letih, sama lapar dan sama dahaga. Dia tak pernah merungut apa-apa. Tak pernah mengadu bahawa dia susah, tak ada duit dan sebagainya. Saya sendiri yang perlu bijak menilai untuk membantunya. Nak harapkan dia minta sesuatu adalah mustahil.
Bagi saya Pak Su Haji Weil adalah watak seorang ayah, seorang sahabat dan seorang teman dalam perjuangan yang bersama mengharungi suka dan duka, lapar dan dahaga, senyum dan ketawa, dimarahi dan disayangi dalam jalan dakwah ini. Teman ketika gagal dan berjaya juga teman ketika berada di atas dan di bawah.
Tuan rumah bila dengar Pak Su Haji Weil mari, tak pernah lagi tak buka pintu. Ada orang buta serta uzur yang kami kunjungi, dengar suara Pak Su Haji Weil bagi salam, dia dah kenal. “Allah… Pak Su… lamanya dok napok!” Kata sahabat ini walaupun sebenarnya dia memang tak nampak mata.
Ada rumah seorang orang kuat parti keris. Dalam perjalanan berkempen PRU12, Pak Su Haji Weil kata, “Mari kita singgah rumah ni.” Tetapi bila nampak saja saya datang dengan pakai lencana PAS, seorang wanita umur dalam 50-an, tuan rumah tersebut cepat-cepat menutup pintu.
Saya turun dari kereta lalu bagi salam, “Assalamualaikum… Assalamualaikum…”
Wanita tu tetap tak buka pintu. Sekejap kemudian dengar suara seorang lelaki.
“Sapo dio mari tuu??”
“Ni orang PAS mari nak ngepen!”
Keluarlah suami wanita tersebut dengan wajah serius, “Guano? Ada keja gapo?” soalnya kepada saya dengan agak kasar.
“Tak dok apa-apa Abe. Kebetulan lalu sakni Pak Su Haji Weil ajak singgah.” Jawab saya selamba.
Bila Pok Su Haji keluar dari kereta, wajah suami yang tadinya serius terus bertukar jadi mesra.
“Laaa… Pok Su Haji ruponya. Mok dia weehh… Pak Su Haji mari niihh!”
Hahahaa… bolehlah kami naik ke rumah, minum air teh O cicah biskut tawar.
Tak menang PRU 2008, tak ada apa yang melunturkan semangat kami dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Kami terus bekerja dan bekerja. Teraju kepimpinan PAS Dun Jabi bertukar dengan saya mengambil alih jawatan Pengarah PAS Dun Jabi sementara Pak Su Haji Weil sebagai Timbalan Pengarah. Jarang orang yang pernah menjadi ketua dengan mudah bersedia untuk menjadi orang nombor dua. Tapi Pak Su Haji Weil adalah contoh seorang pejuang yang tak pernah ada sebarang kepentingan diri dalam kerja-kerja Harakah Islamiyah. Berada di kedudukan nombor satu atau nombor dua, beliau terus bekerja.
Masih tak menang lagi PRU 2013, kami teruskan kerja. Bagi kami orang-orang muda di Jabi, Pak Su Haji Weil yang diamanahkan pula sebagai Penasihat PAS Jabi adalah tempat untuk mendapatkan sepatah mutiara nasihat. Memang beliau tak ada kebolehan berkhutbah dan berpidato. Kebolehan beliau adalah mengajar dan mengajar. Beliau telah menghabiskan banyak usia di Pondok Pasir Tumboh seterusnya ke Mekah serta bermastautin di sana selama lebih kurang 11 tahun untuk menuntut ilmu. Bekalan ilmu yang dibawa balik adalah hujan rahmat bagi masyarakat Jabi yang masih mundur duniawi dan ukhrawi.
Pak Su Haji Weil sebenarnya tak menghadapi masalah kesihatan yang serius. Dalam usia 64 tahun, dengan masalah diabetes yang tidak terlalu kronik, beliau boleh dikatakan sihat. Hanya sekali sekala beliau perlu ke klinik untuk menyambung bekalan ubat kencing manis yang dihidapinya.
Pada hari Rabu 3 Disember 2014, mendengar berita beliau dimasukkan ke wad Hospital Besut, awal-awal pagi lagi saya telah tercegat di hadapan Wad 6 Hospital Besut yang pernah menjadi lokasi saya mencari rezeki pada tahun 2000 dulu.
Kami berbual pelbagai topik sehingga saya terlupa bahawa saya perlu balik segera semula ke Kota Bharu kerana mempunyai temujanji dengan pesakit di klinik. Beliau kelihatan sihat dan kami sempat bersarapan bersama ala kadar. Saya memeluknya erat ketika ingin berpisah keluar dari wad selepas melihat dah banyak kali nurse menjeling ke arah kami. Tambahan pula ketika itu bukan waktu melawat.
“InsyaAllah… Pak Su Haji akan sembuh dan boleh balik segera. Assalamualaikum…”
Tak diduga, inilah rupanya kata-kata terakhir saya kepadanya di dunia fana ini. Semoga kami dipertemukan semula di dalam syurga nanti.
Hari Khamis, 4 Disember 2014, saya balik lagi ke Jabi untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan PAS Dun Jabi. Sempat saya bertanya khabar tentang beliau dari ahli mesyuarat. Dimaklumkan bahawa Pak Su Haji Weil dah keluar dari wad. Alhamdulillah… maknanya dah sihat semula.
Hari Jumaat 5 Disember 2014, jadual harian saya agak padat menyebabkan niat nak menziarahi Pak Su Haji Weil di rumahnya tertangguh. Bermula dengan kuliah pagi Jumaat di Pondok Pasir Akar kemudian saya terus ke Kuala Terengganu untuk membentangkan kertas kerja di Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden peringkat Kawasan Kuala Terengganu. Program saya bersambung sehingga ke Kuala Lumpur.
Kira-kira jam 7.50 malam, Ahad 7 Disember 2014 ketika masih berada di Lembah Klang, badan terasa letih dan kebetulan malam tu tak ada apa-apa program, terdengar telefon bimbit saya berdering. Terpapar nama sahabat saya, Badli yang menetap di Matlain Badrin, sekampung dengan Pak Su Haji Weil. Suaranya terdengar cemas…
“Doktor! Doktor tahu doh Pak Su Haji meninggal?”
“Innalillah… dok tahu lagi Li, betul ko ni?? Acu Li soheh betul-betul!”
“Ok!” Jawab Badli ringkas.
Selang 3 minit, Badli menelefon lagi.
“Ya… memang betul doktor! Pak Su Haji meninggal! Ada di Spital Jerteh sekarang…”
Satu perkhabaran yang bagaikan seketul batu besar menghempap kepala saya. Dengan jari yang gementar, saya menekan skrin Samsung Note, mencari nombor Mak Su Haji, isteri Tok Guru Haji Weil dan terdengar suaranya sayu di hujung talian menjawab panggilan saya. Innalillah wainna ilaihi raajiuunn…
Terus saya minta isteri berkemas. Kita balik segera ke Jabi malam ni. Tapi cukupkah stamina saya untuk drive seorang diri sepanjang malam dari KL ke Jabi. Terasa badan terlalu letih dan saya tahu setakat mana kemampuan diri sendiri. Lantas saya mengambil keputusan untuk memaksa diri melelapkan mata barang sejam dua agar sedikit tenaga dapat dikumpulkan walaupun agak mustahil untuk mata dipejam dalam menghadapi situasi sebegini.
Kira-kira jam 12 tengah malam, saya memulakan pemanduan seorang diri dari KL menuju ke Jabi.
Dalam minda saya hanya fikir untuk sampai ke Jabi dengan selamat. Saya paksa mata dibuka seluas-luasnya. Memori ketika bersama beliau dalam saf perjuangan bagaikan video yang diulang tayang berkali-kali. Perjalanan melalui Lebuhraya Karak, Jalan Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan seterusnya Besut terasa begitu jauh. Suatu hakikat yang saya insafi sepanjang perjalanan bahawa Malaikat Maut datang berkunjung kepada sesiapa sahaja mengikut perintah dan ketentuan Allah. Pak Su Haji pergi ketika saya dan masyarakat masih teramat memerlukan kehadiran beliau.
Tiba di Jabi kira-kira jam 9 pagi, saya terus menuju ke kediaman Almarhum. Air mata saya menitis melihat jasad kaku Almarhum Tok Guru Haji Weil yang sedang dimandikan. Jasad yang telah mencurah segala keringat demi untuk melihat kemenangan dan ketinggian Islam. Sekarang Pak Su Haji Weil telah pergi untuk selamanya. Pergi dengan meninggalkan satu ruang kosong yang sukar diisi. Perginya seorang ayah, seorang teman dan sahabat dalam perjuangan. Semoga segala kepenatan selama ini dibalas oleh Allah dengan kerehatan di syurga yang kekal abadi.
Untuk Mak Su Haji dan keluarga… Takziah dengan rasa kesedihan yang mendalam saya sampaikan bagi pihak PAS Dun Jabi serta sedikit sumbangan wang khairat kematian.
Ketika mengusung keranda yang membawa jenazah Almarhum turun dari kediamannya untuk dibawa ke Masjid Matlain Badrin bagi menunaikan solat jenazah, air mata saya mengalir lagi membasahi pipi. Dulu dengan kereta buruk saya, saya selalu menjadi pemandu Almarhum, kami menjelajah ke sana-sini bersama-sama dalam menunaikan tanggungjawab jemaah. Pagi ini, Isnin, 8 Disember 2014, inilah bakti terakhir saya untuk jasad Almarhum di dunia fana ini…
Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Allah dalam keadaan redha dan meredhai.
Terima kasih bagi pihak PAS Dun Jabi kepada semua yang telah menziarahi membantu sehingga jenazah Almarhum selamat disemadikan di perkarangan Pondok Raudhatul Muhammadi, Kampung Bukit Jeruk, Jabi.
Penghargaan kepada Tuan Guru Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu serta rakan-rakan ahli-ahli Yang Berhormat kerana meluangkan masa dalam kesibukan jadual Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk menziarahi walau hanya sempat solat jenazah di perkuburan.
Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita akan dikembalikan. - HARAKAHDAILY 10/12/2014
Sumber HD - 10-12-2014
PAS ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Fuad Hassan
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Fuad Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) tengah malam tadi.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi berharap agar keluarga Allahyarham bersabar dengan dugaan yang diberikan atas kehilangan orang tersayang.
"Kita (PAS) doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan keluarganya diberi kesabaran untuk menempuhi dugaan atas kehilangan orang tersayang.
"Kita berharap setiap ahli keluarga dapat meneruskan hidup dalam suasana yang lebih baik dan mengganggap apa yang berlaku ini sebagai dugaan daripada-Nya," katanya kepada Harakahdaily.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut melahirkan rasa bangga dengan keluarga Tan Sri Ustaz Hassan Azhari kerana telah dapat membentuk anak-anaknya menjadi individu yang berkepimpinan dalam pelbagai bidang dan Allahyarham Datuk Fuad Hassan adalah salah seorang daripadanya.
"Walaupun dalam latar belakang politik yang berlainan tetapi kita berbangga dengan keturunan keluarganya yang mempunyai tokoh dalam pelbagai bidang serta sumbangan yang diberikan," sambung beliau.
Fuad menghembus nafas terakhir kita-kira jam 12.20 tengah malam tadi di sisi ahli keluarganya setelah tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital berkenaan awal pagi semalam.
Allahyarham sebelum itu diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutup sempena Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu 11.15 malam kelmarin. – HARAKAHDAILY 8/12/2014
Sumber HD - 8-12-2014

Perginya seorang tokoh murabbi ummah
إنا لله وإنا إليه راجعون .. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه . اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الابيض من الدنس وابدله دارا خيرا من داره وأدخله الجنة وأعذه من عذاب النار
Menerima berita kematian Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Ketua Dewan Ulamak PAS Perak. Kehilangannya sangat dirasai, apabila pergi menemui Allah sebagai seorang Ketua Dewan Ulamak yang menjadi saksi perjuangannya hingga ke akhir hayat.
Baru sahaja beberapa hari lepas saya bersama rakan-rakan menziarahi beliau di hospital. Dengan kehebatannya khususnya dalam bidang Tauhid dan Usuluddin, beliau mencetak ilmu-ilmu di dalam dada kader-kader perjuangan PAS.
Hari Jumaat 21 November, bersamaan 28 Muharram 1436, jam 9 pagi, di celahan waktu dhuha yang tenang, murabbi ummah ini menghembuskan nafas akhirnya. Saya tercari-cari pelapis generasi muda yang bakal menyoroti silsilah perjuangannya.
Beliau pernah menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, pernah diberi amanah sebagai Pengetua Maahad Ihya as-Syarif di era kebangkitan Islam di sana, sehinggalah pernah menjawat sebagai Pesuruhjaya PAS Perak.
Setelah berhenti berkhidmat di Maahad Ehya As-Syarif, beliau menubuhkan pusat pendidikan Darul Taalim, mendidik tanpa mengira umur dan masa sehinggalah menemui Allah pada hari ini pusat pendidikan tersebut masih terus memberi jasa kepada masyarakat.
Ketegasan berprinsip di zaman mudanya, berterusan sehinggalah menjawat Ketua Dewan Ulamak PAS Perak yang menjadi saksi jasanya di dalam PAS di hadapan Allah SWT.
Pengalaman yang luas, sepenuh umurnya sarat dengan usaha meninggikan kalimah Allah yang dahulunya menjadi asing bagi manusia, sehinggalah ke hari ini Islam mula dikenali di Malaysia dan Perak khususnya.
Bertepatan dengan tema Muktamar PAS baru-baru ini, "Terus Beristiqamah". Beliau wajar dijadikan contoh tauladan yang beristiqamah sehingga ke penghujung.
Jumaat dua minggu lepas, 7 November merupakan Liq Fikri PAS Perak di Markas Tarbiah PAS Air Kuning, beliau menghadirkan diri walaupun keuzuran.
Semoga semangat juangnya berterusan ke dalam jiwa kader-kader gerak kerja Islam PAS. - HARAKAHDAILY 21/11/2014
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Perak.
Sumber HD - 21-11-2014

Ketua Ulamak PAS Perak meninggal dunia
IPOH: Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Kamaruddin Awang Basir meninggal dunia kira-kira jam 9.00 pagi tadi di Hospital Taiping, Perak.
Allahyarham yang berumur 66 tahun meninggal dunia akibat serangan angin ahmar dan jangkitan kuman sejak minggu lalu.
Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Batu 14, Batu Kurau selepas solat Asar nanti sebelum dikebumikan.
Menurutnya anaknya, Ustaz Akmal Kamaruddin ketika dihubungi berkata, bapanya itu dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu.
"Kondisinya semakin lemah selepas beberapa hari dengan mengharapkan bantuan pernafasan," katanya.
Kamaruddin Awang Basir sebelum ini pernah dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Perak sekitar tahun 90'an dan selepas itu beliau terus istiqamah memegang jawatan di dalam PAS dan yang terakhir iaitu Ketua Dewan Ulamak PAS Perak. - HARAKAHDAILY 21/11/2014

Ketua ARC Subang meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Ketua Kelab Penunggang Alternatif (ARC) Subang, Muhammad Mustafa, meninggal dunia jam 11.25 pagi ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Muhammad, 27, meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 77 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh berhampiran Taman Bahtera Hulu Bernam jam 7.20 pagi semalam.
Kejadian berlaku ketika beliau yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha XJ6 dalam perjalanan dari Damansara Damai untuk ke tempat beliau mengajar di SK Proton City.
Beliau dilaporkan gagal mengelak penunggang basikal yang cuba melintas jalan secara tiba-tiba.
Akibat kemalangan itu, penunggang basikal itu maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru.
Allahyarham Muhammad pula pada awalnya dihantar ke Hospital Slim River dan kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ekoran mengalami cedera parah.
Jenazah difahamkan akan disolatkan dan dikebumikan di kampung kelahirannya di Masjid Kampung Kolam, Kuala Ibai, Terengganu.
Allahyarham sebelum ini aktif dalam kelab permotoran dan merupakan AJK Kebajikan Kelab MyXJ6.
Beliau juga seorang hafiz dan bekas pelajar Darul Quran Jakim pada 2005 hingga 2006) dan kemudian meneruskan pengajian di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi sebelum bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam. - HARAKAHDAILY 19/11/2014
Sumber HD - 19-11-2014

Allahyarham selalu hadir kuliah saya - TG Abdul Hadi
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar yang meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya pagi ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.
"Saya ucap takziah kepada keluarganya, saya hargai khidmatnya.
"Allahyarham seorang yang pernah hadiri kuliah saya pada tahun 80 hingga 90-an ketika saya buat kuliah bulanan di Masjid Mujahidin. Semoga Tuhan memberi rahmat kepadanya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Bernama melaporkan, Allahyarham Tan Sri Mohd Bakri meninggal dunia kira-kira pukul 8.45 pagi ini akibat kanser.
Beliau berusia 66 tahun.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di No 10, Jalan Aman Perdana 5U/KU5, Taman Aman Perdana, Meru, Klang.
Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak dan memulakan perkhidmatan sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971.
Beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 5 November 2003 sehingga Sept 2006, menggantikan Tan Sri Norian Mai. - HARAKAHDAILY 10/11/2014
Sumber HD - 10-11-2014

Bekas Ketua Polis Negara meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya kira-kira pukul 8.45 pagi ini akibat kanser.
Beliau berusia 66 tahun. Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP
Asmawati Ahmad mengesahkan perkara berkenaan kepada Bernama.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di No 10, Jalan Aman Perdana 5U/KU5, Taman Aman Perdana, Meru, Klang.
Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak dan memulakan perkhidmatan sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971.
Beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 5 November 2003 sehingga Sept 2006, menggantikan Tan Sri Norian Mai. – Bernama

PAS ucap takziah pemergian Prof Ghulam Azzam
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga mantan Amir Jamaat Islami Bangladesh Profesor Ghulam Azzam yang meninggal dunia dalam tahanan awal pagi tadi.
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar bukan sahaja kepada gerakan Islam Bangladesh, tetapi dunia amnya.
"Beliau adalah seorang pemimpin dan juga ulama yang sangat disegani di seluruh dunia. Kitab-kitab beliau menjadi rujukan oleh gerakan Islam dunia.
"PAS sangat merasai kehilangan beliau, dan sudah tentu kehilangan pejuang tulen seperti beliau sangat sukar dicari ganti," katanya kepada Harakahdaily.
Ghulam Azzam, 92, yang dipenjara seumur hidup oleh pemerintah regim negara itu meninggal dunia pagi ini di Hospital Perubatan Universiti Sheikh Mujibdi, Bangabandu di ibu negara Dhaka
Kematian Allahyarham disahkan anaknya Abdullah Mamoon Azam dan dua doktor yang terlibat.
Sebelum dari ini, beliau dijatuhkan hukuman mati sebelum diubah kepada penjara seumur hidup dan diserahkan kepada Tribunal Jenayah Antarabangsa, bagi menyiasat insiden kekacauan semasa perang kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971.
Allahyarham adalah seorang pemimpin politik terkenal di Bangladesh dah dihormati ramai rakyat Bangladesh.
Ramai yang percaya pendakwaan terhadap Allahyarham sebelum ini adalah bermotif politik.
Hampir 80 peratus pemimpin Jamaat Islami negara itu diperangi sama ada dibunuh mahupun dipenjara.
"Bagi PAS, beliau adalah pejuang contoh yang telah menghabiskan hanyatnya dalam memperjuangkan agama ini yang akhirnya syahid dalam tahanan," kata Syed Azman lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli PAS untuk mengadakan solat ghaib selepas solat Jumaat hari ini. - HARAKAHDAILY 24/10/2014
Sumber HD - 24-10-2014
Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Tan Sri Ismail Hussein, 82, meninggal dunia jam 9.36 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dipercayai akibat sakit tua, lapor Bernama.
Bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) ituberusia 82 tahun, meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak - dua lelaki dan dua perempuan.
Allahyarham yang juga mantan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dilahirkan pada 30 Jan 1932 di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dan menerajui Gapena bermula 1971 hingga 2013.
Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 16, Petaling Jaya, 10 pagi ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira 11 pagi.
Sumber HD - 21-10-2014

Bekas Ketua Keselamatan PAS T'ganu meninggal dunia
KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Keselamatan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Harun Jusoh, 74, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Damansara kira-kira jam 10.40 pagi tadi.
Menurut Ketua Keselamatan PAS negeri, Mohd Yasin Muda jenazah veteran PAS itu dibawa pulang ke Kuala Terengganu untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kolam, Kuala Ibai.
Allahyarham pernah dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda Kawasan Kuala Terengganu pada 1959 hingga 1967, Yang Dipertua PAS kawasan pada 1967 hingga 1978 dan sekali lagi pada 1993 hingga 1995.
Beliau pernah memenangi kerusi Dun Wakaf Mempelam pada Pilihan Raya Umum 1974 dan Dun Bandar pada PRU 1990.
Kejayaan itu merupakan satu sejarah kerana Dun Bandar merupakan kubu kuat BN sejak tahun 1959. - HARAKAHDAILY 18/10/2014
Sumber HD - 18-10-2014
Adik Allahyarham Tun Hussein Onn meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Adik kepada bekas Perdana Menteri ketiga Allahyarham Tun Hussein Onn, Lt Jen Datuk Jaafar Onn, 81, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor kira-kira 7.45 malam tadi.
Menurut jurucakap media Kementerian Pertahanan, Allahyarham Jaafar yang juga bekas Timbalan Panglima Tentera Darat akan dikebumikan pada Rabu di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas solat Zuhur.
Jaafar dilahirkan pada 3 Mac 1933 di Singapura, meninggalkan seorang isteri Datin Wan Fatimah Abdullah dan dua orang anak.
Jaafar menyertai tentera pada tahun 1952 dan bersara pada 1983.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ngee Heng dan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, sebelum melanjutkan pengajian di bidang ketenteraan di Officer Cadet School (OCS), Eaton Hall Cheshire, England (1953); Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), England (1955); British Staff College, Camberly, England (1962); dan Royal College Defence Studies (RCDS), England (1978). - BERNAMA
Sumber HD - 15-10-2014

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah meninggal dunia
ALOR SETAR: Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah, Ustaz Ahmad 'Izzat Mohamad Shauki, 34, kembali ke rahmatullah jam 11.10 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah dimasukkan ke hospital tersebut 19 September lalu selepas terjatuh ketika mendirikan solat dan tidak sedarkan diri.
Pada 21 September lalu, Ahmad 'Izzat selamat menjalani pembedahan di bahagian kepalanya kerana terdapat darah beku akibat pendarahan di bahagian otaknya.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah ibunya di Batu 2 Lebuhraya Sultan ABdul Halim dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Derga pada jam 10.00 pagi.
Solat jenazah kedua akan diadakan pada jam 11.00 pagi di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena sebelum dikembumikan di tanah perkuburan di situ bersebalahan Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Azizan Abdul Razak dan ayahanda beliau, Ustaz MOhamad Shauki Ibrahim.
Ahmad 'Izzat juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan BUkit Lada dari tahun 2008 hingga 2013. - HARAKAHDAILY 14/10/2014
Sumber HD - 14-10-2014

Al Marhum Ust Ahmad Izzat kembali ke sisi Penciptanya diusia muda, belum 40
Oleh : YB Ustaz Ahmad YahayaTahun 1997 ana mula menjadi guru di Madrasah At Taklimiah Tok Keling dia baru tingkatan 5.
Al Marhum pelajar cerdik dan petah berpidato. Setahun slps itu Al marhum lanjutkan pelajaran ke Mesir. Jika balik bercuti Madrasah Taklimiah tempat khidmatnya.
Begitu jg selepas tamat pengajian di Mesir sehingga dipilih sebagai Adun Bukit Lada tahun 2008.
Al Marhum adalah kebanggaan Madrasah sbb dia anak sulung Madrasah yg diasaskan pd tahun 1992.
Al Marhum kembali ke sisi Penciptanya ketika mnjawat pelbagai jawatan dlm jamaah antaranya,
Tim Ketua Dppnk
Ketua Penerangan Dupnk Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah
Ketua Dewan Pemuda Pas Pokok Sena
Pengerusi Lmbaga Tadbir Smidu Pengerusi Lmbaga Tadbir Sridu Pen SU Lmbaga Tadbir Madrasah At Taklimiah
Guru di Makarimul Akhlak
Guru Umumi di seluruh negara.
Amanah yg begini bnyk dipikul menggambarkan tingginya komitmen beliau kpd jamaah dan tinggi jg keyakinan jamaah kepadanya.
Amanah sebagai pendidik di sekolah dan dlm masyarakat bukti tingginya ilmu dan keupayaannya.
Jam 11. 10 mlm ini Pas Kedah kehilangan anak muda yg sukar dicari ganti.
Pemuda Kedah dan Pokok Sena kehilangn pemimpin. Ummah jg kehilangan guru umumi yg disegani.
Anak murid di sekolah kehilangan pembimbing. Apatah lg ahli keluarga dan 5 anak yg mnjadi yatim.
Namun jasa Almarhum akan terus dikenang di sisi manusia. Kebaikannya akan diganjarkan balasan terbaik di sisi Allah...Selamat jalan wahai sahabatku, taman2 Syurga menanti mu..
Catatan YB Ustaz Ahmad Yahaya
Sumber FBUNHT - 13-10-2014
Bekas jaguh bina badan meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Bekas jaguh bina badan negara Bujang Taha, 77, meninggal dunia pada pukul 10.47 malam tadi di Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana komplikasi kanser mulut, kanser paru-paru serta asma.
Bernama melaporkan, menantu perempuan beliau, Suzana Ibrahim, berkata allahyarham yang mendapatkan rawatan di HUS sejak seminggu lalu akibat asma, meninggal di sisi anak dan cucunya.
Pada kemuncak kariernya, Bujang memenangi gelaran Mr Asia sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1980, 1982, 1983 dan 1986 selain memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977 dan di Jakarta pada 1979.
Beliau pernah bertanding Mr Universe di Belgium pada 1982.
Sumber HD - 13-10-2014

Takziah kepada keluarga Abdul Ghani Minhat
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah di atas kematian lagenda bola sepak Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Minhat (gambar) pada pagi ini.
“Bagi DPPM, pemergian Tan Sri Ghani ditangisi kerana negara kehilangan sebutir lagi bintang berharga dan kehilangan beliau sukar dicari ganti,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Sesungguhnya, kata beliau sumbangan besar dan jasa beliau dalam dunia sukan khususnya bolasepak amat besar sehingga berjaya mengharumkan nama negara.
Di zaman keemasan beliau, ujar Riduan negara banyak menempa kejayaan yang membanggakan di pentas antarabangsa.
Malah, tambahnya jarang ada insan hebat mampu mencapai tahap kehebatan seperti mana yang pernah beliau kecapi.
“Nama almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat terpahat dalam sejarah sukan bolasepak negara antara pemain yang begitu cemerlang dan terhebat sepanjang zaman di negara ini setanding dengan pemain antarabangsa lainnya.
“Bahkan, sumbangan beliau selepas era persaraannya juga besar sehingga berjaya membantu negara dalam mengharungi pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa. Sewajarnya pemain generasi muda negara ini mewarisi kehebatan beliau serta mencontohi langkah kejayaan seperti mana yang beliau lalui,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau berkata di atas jasa-jasanya yang begitu tinggi ini, DPPM merasakan almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat wajar diberi penghormatan tertinggi.
Tambahnya, DPPM mendoakan semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan insan yang soleh dan diredahi di sisi-Nya.
DPPM, ujarnya turut mendoakan semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian yang berat ini. Alfatihah.
Sumber HD - 28-9-2014

Pengarah filem Jamil Sulong meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Pengarah filem veteran Datuk Jamil Sulong meninggal dunia di rumah anaknya, Anwardi, di Bukit Utama Damansara di sini pada kira-kira 9.30 malam tadi.
Allahyarham berusia 88 tahun.
Anwardi, 55, berkata bapanya meninggal dunia akibat serangan angin ahmar setelah hampir sebulan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail di sini dan akan disembahyangkan selepas solat Jumaat sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang.
Allahyarham telah mengarahkan 26 filem, antaranya, Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Laksamana Bentan, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.
Beliau turut menulis lirik beberapa lagu nyanyian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan biduanita negara Saloma seperti Engkau Laksana Bulan, Merak Kayangan serta Tiru Macam Saya.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datuk Rosnani Ludin, 78, atau lebih dikenali sebagai Rosnani Jamil serta empat anak iaitu Murniaty, 59, Arjunaidi, 56, Anwardi dan Asnadi, 48. - Bernama
Sumber HD - 26-9-2014

Takziah buat keluarga Ustaz Safrizal Tarmizan
Keadaan kenderaan yang dipandu Ustaz Safrizal.
KOTA BHARU: Badan Perhubungan PAS Kelantan dan Jawatankuasa Jentera operasi PAS Pilihan raya Dun Pengkalan Kubor mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Safrizal Tarmizan dan ibunya yang maut dalam kemalangan jalanraya di Cabang Tiga Sungai San, Kuala Krai.Manakala isterinya, Nor Izatil Aqmar Mat Lazim, 28, cedera dan anak, Umar Al Fateh, 3 mengalami pendarahan otak.
Jenazah allahyarham dan ibunya dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk 'post-mortem' dan pengurusan yang berkaitan sebelum dibawa pulang ke Seremban.
Penasihat Jentera Operasi PRK N.01 Pengkalan Kubor, Datuk Takiyuddin Hassan, turut melahirkan rasa dukacita di atas apa yang berlaku.
Mengulas kejadian itu, Takiyuddin berkata pihaknya mendoakan semoga arwah Ustaz Safrizal, 31 dan ibunya diberi rahmat ke atas rohnya serta diberi ganjaran besar oleh Allah.
“Saya difahamkan ustaz bersama keluarga dan ibunya dari Muktamar PAS Pusat di Johor untuk membantu PRK Pengkalan Kubor, tetapi akhirnya kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 1.00 pagi tadi.
“Kami di Kelantan dan Pengkalan Kubor berasa sedih di atas kemalangan itu apa lagi kehadirannya untuk memberi semangat dalam perjuangan untuk kemenangan,” ujarnya.
Serentak dengan itu, beliau menyeru mana-mana petugas yang akan membantu kempen PRK sebaik sahaja selesai muktamar supaya berhati-hati agar tidak berlaku lagi perkara yang tidak diingini.
“Kami mendoakan kesejahteraan tuan-tuan semua agar selama sampai di Kelantan dan seterusnya ke Pengkalan Kubor juga selamat pulang ke kampung tuan-tuan semua selepas itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Nor Azman Mohamad ketika dihubungi berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. - HARAKAHDAILY 20/9/2014
Sumber HD - 20-9-2014
Bekas Mufti Wilayah kembali ke rahmatullah
KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahaya telah kembali ke rahmatullah jam 1.50 petang ini di Al-Islam Hospital Kampung Baru, di sini.
Jenazah dikeluarkan dari hospital dan dibawa pulang ke rumah Allahyarham di No 90 Jalan 9/6 Seksyen 9 Shah Alam untuk diuruskan dan dikebumikan kira-kira jam 5.30 petang ini.
Allahyarham dilahirkan pada 3 Julai 1939 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkelulusan B.A Syariah, Universiti Al-Azhar, Diploma Pendidikan, Universiti Ain Syam, Kaherah dan Sarjana Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir.
Beliau pernah menjadi Naib Pengetua Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan pada 1970 hingga 1980, Ketua Akademi Islam, Universiti Malaya (1911-1995), Pensyarah Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1995-1997) dan selepas itu sebagai Mufti Wilayah Persekutuan hingga 2003. - HARAKAHDAILY 27/8/2014
Sumber HD - 27-8-2014

Adun Pengkalan Kubor meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia di Guangzhou, China pagi ini.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia jam 5.45 pagi ini semasa menjalani rawatan penyakit barah yang dihidapinya di negara itu.
Noor Zahidi adalah Ketua Umno Bahagian Tumpat.
Pada PRU13 lepas, beliau yang mendapat 10,174 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438) dan Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (65) dengan majoriti 1,736 undi. - HARAKAHDAILY 20/8/2014
Lanjut menyusul
Adun BN jalani rawatan di luar negara?
Sumber HD - 20-8-2014

Pelawak veteran Maidin meninggal dunia
ALOR SETAR: Pelawak veteran yang terkenal dengan lakonan dalam filem Anak Mami, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia pada pukul 2 petang tadi.
Menurut seorang anggota keluarganya yang enggan dikenali, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun.
Allahyarham yang terkenal dengan panggilan Mamu Maidin itu meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim, lima anak serta tiga orang cucu.
Allahyarham yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang itu mula bergiat dalam bidang seni dengan menyertai kumpulan boria di kampungnya sekitar 1950-an.
Allahyarham yang popular dengan lakonannya di dalam filem Anak Mami pernah membintangi sitkom Salam Pantai Timur dan pernah memenangi anugerah Aktor Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi drama Pinang Durian. - Bernama
Sumber HD - 13-8-2014

Ketua Urusan Ulamak Beruas meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Awal pagi yang dihidangkan dengan berita sedih. Berita yang diterjah melalui sistem pesanan Whatsapp mengenai kehilangan seorang pendakwah dan pejuang agama Allah yang sehingga ke akhirnya bersama-sama dalam jemaah Islam, demikian tulis blogger Ajijoi.
Selanjutnya beliau memetik berita yang datang:
Assalamualaikum. Hilangnya permata... Ustaz Hazli b. Hassan, Ketua Urusan Ulamak Beruas telah kembali ke rahmatullah terlibat dengan kemalangan di Sri Iskandar jam 12.15 malam tadi selepas pulang dari pengebumian ayahnya, Hassan b. Loden yang meninggal pagi tadi di Behrang 2020,Tanjung Malim. Jenazah beliau ada di hospital Changkat Melintang. Al-Fatihah...
"Saya pernah bersama-sama Allahyarham di dalam Lajnah Penerangan PAS Perak," tulisnya.
Menurutnya, arwah begitu komited dan rajin dalam menjalankan tugasan bagi membawa syiar Islam di Beruas khususnya dan negeri Perak ini amnya.
Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan pejuang-pejuang kalimah Allah dan para solihin.- HARAKAHDAILY 13/8/2014
Sumber HD - 13-8-2014
Nazry Raihan ucap terima kasih
KOTA BHARU: Bekas vokali Kumpulan Nasyid Raihan, Nazry Johani mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan serta mengucapkan takziah di atas kematian ayahnya pada Khamis 10 Julai lalu.
Ketika dihubungi, Nazri memberitahu ramai yang menghubunginya serta menghantar sms mengucapkan takziah di atas kematian ayahnya.
Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata ayahnya Johani Abdullah, 73, meninggal dunia di tempat kejadian di Keningau Sabah kerana terbabas.
“Saya menyifatkan pemergian ayah pada bulan Ramadan ini begitu bertuah, ayah di jemput Allah pada bulan mulia, bulan yang penuh rahmat,”ujarnya.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama ayahnya pada tempoh yang lama kerana berada di Kuala Lumpur, Kelantan untuk memungut dana bagi pembinaan Al Tahfiz Bayu Syahadah.
Ekoran kematian ayahnya, Nazry terpaksa membatalkan beberapa program di semenanjung dan terpaksa pulang ke Sabah.
Nazry bersama ayah serta adik beradiknya memeluk Islam pada tahun 1983. Sebaik sahaja memeluk agama Islam, keluarga ini mempelajari agama Islam di Perkim serta sering menghadiri kelas-kelas agama. HARAKAHDAILY 19/7/2014
Sumber HD - 19-7-2014
Nenek sempat lepas rindu sebelum maut
KOTA BAHARU: Seorang nenek Azizah Deraman, 49, sempat melepaskan rindunya terhadap cucunya Nur Salsabila yang berusia sembilan bulan sebelum dia dan anaknya maut selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian di sini, semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, Azizah dan anaknya Noor Aziemah Mat Ruki, 28, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Wakaf Stan, di sini, selepas menghantar cucunya di Pasir Tumboh, di sini.
Anaknya Mohd Nor Azly, 23, berkata ibunya ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Wakaf Stan selepas menghantar anaknya Nur Salsabila ke rumahnya di Pasir Tumboh, di sini.
"Ibu rindu cucunya jadi petang tu dia pergi ambil dekat rumah, selepas waktu berbuka di hantar balik.
"Dalam perjalanan pulang dia kemalangan, saya terkejut dan tidak menyangka ibu dan kakak telah meninggal dunia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, semalam.
Mohd Nor Azly berkata dia hanya mengetahui tentang kemalangan melibatkan ibu dan kakak sulungnya itu selepas dimaklumkan abangnya.
"Abang menelefon saya dan ketika saya sampai mayat dah ada di tepi jalan dan saya redha dengan pemergian ibu dan kakak," katanya.
Katanya, jenazah akan dibawa dan dikebumikan di Kampung Pulau Raja di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Sumber HD - 10-7-2014

No comments:
Post a Comment